Selangor · 26 July 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 320 turns · 35,109 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Pada 26 Julai 2022 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam sejahtera, selamat pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Pagi ini untuk makluman, Dewan Negeri Selangor telah menerima rombongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, MPKK Majlis Perwakilan Kanak-kanak yang berumur antara 13 hingga 17 tahun dan kanak-kanak dari komuniti PPR Kuala Lumpur dan diketuai oleh Puan Kaseswari a/p Rajagopal. Majlis Perwakilan Kanak-Kanak MPKK merupakan salah satu badan di bawah JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya persilakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya No.8.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Penguatkuasaan Pembuangan Sampah Secara HaramQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah benar bahawa unit penguatkuasaan MBSJ diarahkan untuk tidak mengeluarkan kompaun kepada pesalah yang membuang sampah secara haram sekiranya tiada bukti gambar dan video, walaupun terdapat bukti lain seperti barang kes iaitu sampul surat dengan alamat surat-menyurat, saksi dan sebagainya?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, berdasarkan kepada Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (Majlis

Perbandaran Subang Jaya) 2007, larangan bagi pembuangan sampah haram diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil berikut. Yang pertama, Undang-Undang Kecil 4 iaitu larangan pembuangan sampah di mana-mana tempat awam yang tidak ditetapkan oleh Majlis. Yang kedua, Undang-Undang Kecil 5 iaitu larangan meletakkan sampah-sarap di mana-mana tempat awam dan yang ketiga, Undang-Undang Kecil 12 iaitu larangan pembuangan sampah perindustrian dan buangan perdagangan di mana-mana tempat yang tidak ditetapkan oleh Majlis. Di atas perkara ini, pegawai yang diberi kuasa boleh mengambil tindakan penguatkuasaan iaitu mengkompaun mana-mana pesalah yang melakukan kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil tersebut. Seterusnya, kompaun yang tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan boleh didakwa di Mahkamah di mana penalti yang ditetapkan adalah denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh dikenakan denda harian sehingga dua ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Selanjutnya, berdasarkan rekod Majlis Bandaraya Subang Jaya, daripada Januari 2021 sehingga kini, sebanyak 1,153 Notis Tawaran Mengkompaun (NTK) telah dikeluarkan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007 iaitu 1,139 NTK di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 4 dan 14 NTK di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 12. Dalam perkara ini, enam (6) kes telah dimajukan ke peringkat pendakwaan di mana tiga (3) kes telah berjaya disabitkan di Mahkamah manakala selebihnya dalam peringkat sebutan kes di Mahkamah.

Seterusnya, tindakan penguatkuasaan seperti mengkompaun atau mendakwa kesalahan hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip undang-undang iaitu dengan adil dan berlandaskan kepada pembuktian yang kukuh. Dalam perkara ini, bukti-bukti yang boleh diterima pakai di Mahkamah termasuklah antaranya rakaman gambar, rakaman video, atau rakaman percakapan saksi-saksi kejadian. Bukti-bukti ini hendaklah menunjukkan secara jelas pesalah yang melakukan aktiviti pembuangan sampah secara haram selaras dengan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 2007.

Sekiranya terdapat sampah yang dibuang secara haram tetapi tiada bukti yang menunjukkan individu atau syarikat yang melakukan aktiviti pembuangan sampah secara haram tersebut, pihak Majlis tidak mempunyai maklumat pesalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Selanjutnya, bagi mana-mana kes yang melibatkan aduan daripada saksi yang melihat secara terus kesalahan dilakukan first-hand eyewitness yang tidak disertakan sekali bukti visual seperti rakaman gambar atau video, tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada keupayaan dan kerelaan saksi untuk menjadi saksi pendakwaan di

Mahkamah sekiranya kompaun dicabar dan kes dibicarakan di Mahkamah. Terima kasih.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker soalan tambahan. Saya lihat jawapan daripada Yang Berhormat EXCO ini sangat mantap dan saya juga setuju dengannya. Cuma apa yang berlaku di tapak bukan seperti dimaklumkan kerana saya difahamkan oleh pihak penguat kuasa bahawa mereka di bagi tahu hanya video dan juga gambar diterima. Jadi adakah tindakan akan diambil untuk memastikan maklumat yang betul seperti apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO disalurkan kepada pihak penguat kuasa supaya bila kami mohon untuk mereka ambil tindakan dengan bukti tertentu mereka tidak akan kata kami tak boleh. Kami hanya boleh bagi nasihat. Itu soalan saya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Seperti yang telah dijelaskan dalam jawapan saya tadi tindakan penguatkuasaan itu boleh dilakukan. Tidak semestinya perlu ada video atau pun gambar tetapi cabarannya adalah sekiranya kompaun tersebut dicabar di mahkamah tapi bagi tindakan penguatkuasaan itu tetap boleh dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker

Ya Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tuan Speaker, soalan tambahan. Berkaitan dengan soalan yang sama juga. Biasanya sampah haram ini melibatkan sampah pukal. Itu yang menjadi masalah besar. Kerusi, meja, tilam dan sebagainya. Kita memang tidak ada bukti kukuh untuk kita tempat itu menjadi isu utama. Mungkin ada cara yang terbaik untuk kita selesaikan masalah itu. Yang sampah pukal terutamanya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kebiasaannya sampah haram ini adalah dari sampah pukal sampah industri dan sampah komersial. Kita perlu kerjasama daripada semua pihak termasuk industri kedai-kedai dan juga penduduk untuk bekerjasama sekiranya kita nampak ada aktiviti pembuangan sampah haram tersebut tolong ambil gambar atau buat rakaman video supaya tindakan penguatkuasaan itu lebih senang. Kita boleh cadangkan tindakan penguatkuasaan itu lebih efektif. Dan bagi pihak industri dan kedai atau pun komersial, lantiklah kontraktor yang bertanggungjawab dan selalunya perkara seperti ini berlaku adalah mereka hanya lantik kontraktor tetapi sampah dihantar ke mana. Adakah sampah itu dihantar ke tapak pelupusan yang betul. Yang itu mereka tidak ambil peduli. Sepatutnya sebagai tuan kedai atau pun tuan sesebuah kilang mereka harus ambil peduli di manakah sampah mereka dihantar. Adakah sampah itu dibuang di tepi jalan, di tepi sungai atau dihantar di tempat pelupusan yang sah. Terima kasih.

Speaker

Meru.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak bertanya, selain dari kompaun, ada tak tindakan yang lebih tegas. Kadang-kadang kompaun ini dia tidak makan saman. Walaupun kita dah kompaun tapi kesalahan itu berulang. Dan boleh tak kita buat tindakan sitaan pada premis pada pelaku pesalah ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Jawapan itu direct saja boleh. Sitaan itu boleh dibuat dan selalu dibuat. Saya bagi contoh MPK baru-baru ini saya semalam saya baru terima mesej daripada YDP MPK bahawa 2 buah lori telah disita di kawasan MPK kerana berlaku pembuangan sampah secara haram di tanah di tepi KESAS Highway. Sitaan itu boleh dibuat.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adakah pihak PBT memberikan lesen kepada pengoperasian swasta yang ada. Contohnya yang menguruskan sampah-sampah pasar malam di kawasan kampung-kampung, yang saya lihat ini di antara punca yang menyebabkan sampah haram ini dan giat dibuang di tempat yang telah ditetapkan. Dan apakah juga yang pihak PBT ini boleh memastikan bahawa setiap pengoperasi-pengoperasi di negeri Selangor ini diberikan kebenaran dan dipantau oleh pihak PBT. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya bentes sedikit penjelasan daripada soalan tersebut. Pengoperasian pasar malam.

Pengoperasian pembuangan sampah daripada pasar malam dan juga sampah-sampah daripada kampung domestik dan sebagainya. Pengoperasi swasta.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Operator swasta. Sebenarnya syarat yang telah ditetapkan bagi semua tapak pasar pagi atau pasar malam sampah itu kalau diuruskan oleh pihak PBT biasanya adalah akan diuruskan oleh pihak KDEB. Sekiranya sampah tersebut diuruskan oleh pihak KDEB maka sampah itu akan dihantar ke tapak pelupusan yang besar.

Tuan Yang Berhormat EXCO, yang menguruskan secara sendirian?. Yang bukan ada kaitan dengan pihak Majlis.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Itu yang saya jawab tadi. Saya jawab soalan dari Yang Berhormat Kota Damansara tadi bahawa pengusaha itu ataupun kontraktor yang telah dilantik itu harus bertanggungjawab untuk hantar sampah tersebut kepada tapak pelupusan yang besar dan bukan ambil cara senang atau pun cara yang mudah

buang di tepi jalan. Ini kita perlu pemantauan daripada semua pihak termasuk pihak penganjur yang melantik kontraktor tersebut mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan kontraktor yang dilantik menjalan tugas yang baik dengan bertanggungjawab.

Speaker

Nampaknya Ahli-Ahli Yang Berhormat minat dengan sampah. Yang Berhormat Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat EXCO kata syarikat itu atau industri kena lantik kontraktor dia. Adakah PBT bagi senarai nama yang betul-betul ada lesen untuk pembuangan sampah seperti mungkin 20 syarikat dan mereka perlulah pilih dari 20 syarikat itu untuk menjadi kontraktor mereka. Sebab inilah yang betul-betul yang qualified yang betul-betul berkualiti dan mereka boleh buang. Jadi bila mereka dapat kontrak daripada kontraktor itu bila pihak Berkuasa Tempatan baru lulus lesen kepada mereka adakah ini boleh jalan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini merupakan satu kaedah yang telah dilaksanakan oleh beberapa PBT di mana ada satu senarai panel kontraktor yang boleh, industri boleh pilih daripada senarai panel kontraktor tersebut. Tetapi saya nampak kaedah ini masih kurang berkesan kerana masih ada kontraktor yang ambil kesempatan dan cara mudah untuk tidak dilupuskan untuk tidak melupuskan sampah tersebut sampah industri tersebut di tapak pelupusan yang betul. Mereka ambil cara yang senang dan buang di tempat yang haram.

Speaker

Banting duduk dahulu. Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO saya ingin tanya, adakah ini standard seluruh PBT di Selangor. Sebab di MBPJ kami ada kes yang sama di mana ada penduduk yang membuang sampah haram. Bukan sampah yang banyak tapi sikit hari demi hari dan pihak MBPJ atau KDEB ada menemui alamat surat-menyurat orang itu dan bila penguat kuasa pergi ke rumah itu mereka nampak warga emas. Dia tak saman. Saya rasa kena ada penyelarasan di semua PBT. Kalau dapat bukti alamat surat-menyurat dan sebagainya kita patut saman kita tak boleh tunggu saja. Apa komen Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Boleh kalau nak saman. Boleh bukan tak boleh. Di bawah undang-undang semua pesalah itu adalah sama. Kita perlu ambil tindakan terhadap semua pesalah tidak kira lelaki, perempuan atau usia muda atau tua. Tapi PBT sebagai sebuah kerajaan prihatin selalulah kita cuba bertolak ansur sekiranya mereka boleh berubah dan kita sentiasa bagi peluang kepada pesalah seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku tadi. Tetapi, sekiranya perkara seperti macam ini, berulang, saya setuju tindakan penguatkuasaan yang tegas harus diambil.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Speaker

Yang terakhir, Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan pokok sebenarnya berkaitan dengan beban pembuktian yang boleh digunakan untuk memperkuatkan kes pendakwaan di mahkamah. Jadi saya rasa, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sebelum ini kita pernah bincangkan iaitu menggunakan teknologi canggih seperti drone, dalam keadaan dia adanya gambar, dia adanya photographic evidence ataupun rakaman video dan sebagainya. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kita perlu melakukan sesuatu tetapi dalam keadaan kekurangan beban pembuktian itu, apa kah Kerajaan ataupun melalui KDEB ataupun melalui PBT ataupun melalui SSDU dan sebagainya, menggunakan teknologi canggih seperti ini untuk memperkasakan kualiti pendakwaan dan juga penguatkuasaan kerana kita tidak boleh membiarkan pesalah-pesalah ini melarikan diri, dibebaskan begitu sahaja tanpa beban pembuktian ataupun keterangan yang cukup. Jadi, saya ingin bertanya adakah, ada tak usaha ini supaya ia boleh dilakukan dalam masa terdekat. Ataupun, secara pilot project pun tidak apa. Ya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ada, Kerajaan Negeri Selangor, sebenarnya telah bekerjasama dengan agensi Angkasa. Agensi Angkasa di mana mereka yang mengawal satelit, satelit itu akan capture data, data di seluruh Selangor, ia akan menunjukkan kawasan yang berkemungkinan berlakunya pembuangan sampah haram dan data ini akan dikongsikan dengan PBT. PBT telah diminta untuk menyemak semua data yang dibekalkan oleh agensi ini dan kita perlu turun tapak untuk memastikan adakah itu tapak pembuangan sampah haram ataupun bukan. Sekiranya tapak itu telah menjadi tapak pembuangan sampah haram, tindakan penguatkuasaan akan diambil segera dan laporan itu akan dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri setiap tiga (3) ke empat (4) bulan. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Genius Hafiz Al-QuranQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mengambil pelajar-pelajar 9A+ ke atas bagi menjalani program genius hafiz Al-Quran.

b)

Menentukan modul latihan hafiz genius dan dari mana guru-guru mendapat latihan mereka.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker, Hulu Kelang bertanya tentang adakah cadangan untuk mengambil pelajar-pelajar 9A ke atas bagi menjalani Program Genius Hafiz Al-Quran. Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan program Huffaz Profesional sejak tahun 2021. Lima (5) orang murid keluaran Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dipilih untuk menerima biasiswa Y.A.B. Dato’ Menteri Besar / Kerajaan Negeri Selangor. Syarat murid yang dipilih mestilah 9A+ ke atas. Setakat ini ada dua (2) universiti yang telah menerima murid-murid cemerlang ini iaitu Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kerajaan Negeri akan mengembangkan program seumpama ini kepada universiti lain di dalam negara.

Seterusnya soalan tentang modul latihan Hafiz Genius dan dari mana guru-guru mendapat latihan mereka. Modul latihan kepada pelajar hufaz ini adalah di bawah tanggungjawab universiti-universiti berkenaan. Terdapat juga kerjasama antara UNITEN dan UIA dengan Darul Quran JAKIM dalam membangunkan modul yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Kerajaan Negeri melalui JAIS juga bersedia untuk mengkaji bagi meningkatkan keupayaan pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang dan kemahiran selain dalam masa yang sama terus dapat mengekalkan hafalan 30 juzuk. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan, Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Isu saya nak bawa sikit soalan adalah isu, tahfiz ini adalah terbukti bahawa proses Genius Hafiz itu menjadikan seorang itu lebih bernas, lebih cerah pemikiran, really intelligent. Maknanya, kalau pandangan, ambil kursus tahfiz ini jadi okay kan? Jadi, proses menjadikan seorang tahfiz itu menjadi anak yang brilliant, genius, jadi kita hendak melihat, benda ini sudah jalan beberapa tahun, kita hendak, pada time ini, dia tahfiz, jadi ustaz, mengajar, kita hendak dia tahfiz, belajar sains fizik dan dia pakar dalam bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan pada hari ini. Adakah itu telah terhasil? Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, ada respon? Tak ada? Okay, tidak ada, saya persilakan Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya Nombor 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Rumah Mampu MilikQuestions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan menyediakan dana atau skim khas untuk bantuan bina rumah diatas tanah milik sendiri bagi golongan B40?

b)

Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah tersedia dalam skim bantuan Kerajaan untuk tahun 2022?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Sungai Panjang. Sungai Panjang bertanya tentang Rumah Mampu Milik yang mana adakah Kerajaan menyediakan dana atau skim khas untuk bantuan bina rumah di atas tanah milik sendiri. Ingin saya maklumkan di sini, untuk golongan B40 ataupun golongan mereka yang mempunyai tanah milik sendiri yang ingin dibangunkan, ia ada satu peruntukan tetapi di bawah Standco Kerajaan Prihatin yang diketuai oleh Yang Berhormat Kota Kemuning iaitu Program Kerajaan Prihatin yang mana bina rumah baru dan juga baik pulih rumah baru sebanyak RM 1 juta keseluruhan dana setahun yang diperuntukkan. Setiap bina rumah baru diperuntukkan maksimum RM 50,000.00 sebiji rumah dan juga untuk baik pulih boleh diminta sehingga maksimum RM 20,000.00. Saya rasa untuk lanjutan boleh nanti Yang Berhormat Kota Kemuning menjawab soalan ini di soalan-soalan yang lain. Tetapi bagi pihak Kerajaan, Lembaga Perumahan, bagi soalan yang kedua, berapa kah jumlah Rumah Mampu Milik yang telah tersedia dalam Skim Bantuan Kerajaan untuk tahun 2022 sahaja? Dan untuk maklumat Yang Berhormat, setiap tiga (3) bulan sekali kita, bawah Lembaga Perumahan, kita di bawah Jawatankuasa Rumah Selangorku, kita meluluskan beberapa permohonan dari pihak pemaju dan di antara perkara yang kita lihat adalah meneliti rumah-rumah mampu milik atau rumah kos rendah yang sepatutnya dilaksanakan bertahun-tahun yang lepas yang tidak dilaksanakan dan kita telah pun membuat pelbagai usaha untuk mereka memastikan pemaju-pemaju melaksanakan program mereka. Jadi, dengan itu kalau diikutkan banyak yang telah kita luluskan, keseluruhan kalau kita lihat daripada tahun 2000 dan 2020 sehingga semasa pembentangan ataupun satu projek ataupun skim baru idaman harapan dibuat, kita nampak ada potensi ramai pemaju datang semula untuk memohon pembangunan ini.

Tetapi untuk, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Panjang, berapakah rumah yang tersedia dalam Skim Bantuan Kerajaan tahun 2022, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun meluluskan sebanyak 4,818 unit rumah yang melibatkan 10 projek. Sebenarnya, kelulusan itu ada dua (2) peringkat, satu di peringkat Jawatankuasa, banyak dah kita lulus tetapi perlu diangkat semula kepada MMKN untuk kelulusan, setelah dilihat di dalam konteks teknikal oleh PBT dan sebagainya, jadi kelulusan sehingga 1 Julai 2022, kita telah luluskan 10 projek sebanyak 4,818 unit yang mana ia terdiri kombinasi antara Rumah Selangorku, Rumah Harapan dan juga Rumah Idaman. Izinkan saya memperincikan serba sedikit sepuluh (10) projek ini yang mana kita lihat Rumah Idaman ya, telah pun, akan dilaksanakan Dengkil, Harapan di Klang, RSKU Jenis C, Jenis C ini maknanya kalau makna Yang Berhormat masih keliru, Jenis C ini ada dua, satu jenis strata, ada satu yang jenis landed ataupun yang di atas tanah yang mana ia berharga RM 150,000.00 dalam lingkungan 800 kaki persegi. Iaitu Jenis C di Sepang, Harapan kita laksanakan dua (projek) iaitu di Klang dan Gombak. RSKU Jenis D, Jenis D ini maknanya dengan keluasan 900 kaki persegi berharga RM 200,000.00 ya. Dan ia diluluskan di Sepang, kita ada juga RSKU A, B, A itu maknanya rumah RM 42,000.00 yang telah pun diluluskan di Semenyih, iaitu Hulu Langat dan juga B di Hulu Langat, RSKU Jenis C diluluskan di Hulu Langat bawah MPKJ.

Dan seterusnya, yang terakhir sekali lagi di Semenyih iaitu Jenis Harapan yang dilaksanakan di bawah MPKJ. Jadi itu sahaja jawapan daripada saya.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan dan juga perincian sebentar tadi. Soalan tambahan saya adalah yang pertamanya adalah berkaitan dengan apakah syarat-syarat secara spesifik yang diletakkan oleh pihak Kerajaan kepada pemaju untuk pihak pemaju ini menyediakan dalam setiap projek itu sejumlah Rumah Mampu Milik seperti yang disyaratkan oleh Kerajaan dan berapa peratus yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan agar pihak pemaju menyediakan access kepada Rumah Mampu Milik dalam setiap projek yang telah diluluskan dan yang seterusnya sejauh mana keseriusan Kerajaan dalam memastikan pemaju ini mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan? Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Sungai Panjang. Sungai Panjang bertanyakan apakah syarat-syarat, ada beberapa syarat yang dikenakan. Kalau tak nak itu milik persendirian maksud pemaju, kita di bawah 5,000 kaki, 5 ekar minta maaf 5 ekar. Mereka ada perlu menyerahkan beberapa peratusan tanah itu untuk dibangunkan Rumah Selangorku. Kita ada peratusan 10-2020, kita di bawah 10,000 ekar, juga kita ada peratusan-peratusan yang ditentukan. Ini bagi menjamin bahawa pembinaan Rumah Selangorku ini ada diperuntukkan untuk Rumah Mampu Milik ini ya. Jadi, syarat-syarat ini pastilah begitu ketat kita tentukan selain daripada

syarat-syarat yang selain daripada jumlah pembinaan kita juga mensyaratkan ada peruntukan untuk lot Bukan Bumi dan juga Bumiputera, itu juga ditegaskan. Jadi, syarat itu sudah sedia ada sekian lama dan ia dipatuhi oleh pemaju tetapi jika pemaju-pemaju ini telah pun melanggar syarat-syarat yang ditentukan, kita ada beberapa peringkat cara kita untuk menguatkuasakan perkara ini. Di antaranya, kita tidak akan bagi kelulusan lah, ya, kebenaran merancang itu kita tidak akan bagi kelulusan dan ada yang terkini yang kebetulan semalam saya mempengerusikan mesyuarat ini juga. Kita mengatakan jika mereka telah mendapatkan kelulusan, ya contohnya, kelulusan itu dah ada tahun 2019, 2018, tetapi tidak bina-bina. Jadi, stok Kerajaan untuk pembinaan Rumah Selangorku ini agak tidak dapat dilaksanakan lah kan, kelulusan dah dapat lama. Jadi, mungkin kita perlu mengenakan beberapa caj baru kepada mereka. Kita ada caj pindaan, contohnya, daripada nak pinda daripada rumah A kepada C dan sebagainya itu kita ada buat penguatkuasaan itu tetapi kita belum ada satu mekanisme caj tidak melaksanakan. Saya rasa sudah sampai masa Kerajaan juga meletakkan satu syarat baru iaitu bagi pemaju-pemaju yang telah hampir 10 ke 20 tahun yang tidak melaksanakan projek-projek mampu milik ini perlu disediakan sedikit penguatkuasaan ataupun caj ini supaya mereka mempercepatkan pelaksanaan, itu yang pertama.

Bagi benda yang sama juga, kita ada kaedah menggalakkan ya, menggalakkan seperti mana Dato’ Menteri Besar telah pun memberikan satu pandangan untuk kita memastikan sempena, ataupun bila kita berdepan dengan masalah Covid yang lepas kita ingin memacu ekonomi ini, maka lahirlah satu skim baru iaitu Skim Harapan dan Idaman tetapi kita masih memegang rekod-rekod lama yang mesti dirujuk. Ada pemaju-pemaju yang kadang-kadang, ada sedikit lah manipulasi berlaku bila mana mereka menjual tanah-tanah yang ada seolah-olahnya kita lupa bila nama baru, pemaju tersebut nama baru dan jadi, seolah-olahnya kita macam terlepas pandang, tetapi tidak. Alhamdulillah, Lembaga Perumahan telah pun memulakan sistem rekod yang begitu teliti di mana punca kuasa kelulusan ataupun portion 5 ekar, 10 ekar dan sebagainya itu kita simpan di dalam sistem. Walaupun ia berubah kerana lot tanah tak berubah. Yang berubah syarikat. Jadi, kita masih dapat tracking, kita masih menentukan bahawa mereka mesti melaksanakan projek mampu milik ini.

Dan yang keduanya soalan tadi, saya dah terlupa. Panjang benar jawab soalan pertama, kan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang seterusnya ialah berkenaan dengan keseriusan Kerajaan, begitulah.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Ha, ya. Yang mana saya dah combine lah. Saya dah jawab kedua-duanya. Maknanya kita serius, bukan sahaja kita sebagai regulator ya, memastikan mereka teratur di dalam permohonan dan pembinaan tetapi saya nak kita melihat jauh sedikit sekarang ini supaya tanah-tanah yang sedia ada diperuntukkan di bawah mampu milik ini mesti dilaksanakan dengan baik. Jadi, Insya-

Allah saya ingat ada lagi satu skim yang bila kita kata Harapan dan Idaman ini, kita galakkan, kita bagi tempoh sahaja. Ia mesti dibuat dalam masa dua (2) tahun. Daripada kelulusan, ia mesti dibuat dalam tempoh dua (2) tahun. Apa jadi selepas dua (2) tahun kalau ia tidak datang memohon? Ia akan jatuh balik untuk dibuat dalam kategori asal yang pernah diluluskan oleh Lembaga Perumahan. Jadi, itu kaedah-kaedah yang telah pun kita guna pakai dan kita mengharapkan dengan ini kita dapat menyediakan lebih ramai rumah, lebih banyak lah, sebenarnya Rumah Mampu Milik. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Melawati

Y.B. PUAN JUWAIRIYA BINTI ZULKIFLI

: Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin bertanyakan soalan pihak kerajaan berapa sebenarnya jumlah kawasan ataupun taman-taman yang telah dibangunkan Rumah Mampu Milik ini di atas tanah anak syarikat dan mungkin selain MBI dan sebagainya boleh nyatakan anak-anak syarikat yang terlibat tersebut.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Bukit Melawati tetapi soalan ini terlalu spesifik saya akan bekalkan memang ada banyak tanah-tanah yang sekarang ini anak-anak syarikat Kerajaan Negeri juga tidak terlepas diminta atau pun dikenakan supaya mereka juga perlu melaksanakan perkara ini dan yang paling aktif sekarang ini adalah anak-anak syarikat di bawah MBI iaitu di bawah PNSB Konsortium PNSB yang telah pun tengah melaksanakan dan juga di bawah KSSB Kumpulan Hartanah Selangor Sdn Bhd, jadi dua ini adalah antara player atau pun pemain pembinaan yang besar di Negeri Selangor tetapi kita juga melihat di mana tanah-tanah di bawah perancangan yang telah pun untuk pembinaan perumahan ini kita yang milik MBI atau pun kerajaan dan GLC kita kita akan pastikan ia juga tidak terlepas dari syarat yang dikenakan.

Jadi Insya-Allah saya akan bekalkan soalan tambahan.

Speaker

Gombak Setia, tidak hadir. Pelabuhan Kelang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Kelang No.12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Isu Pangsapuri Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan KlangQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini permohonan baikpulih yang telah dikemukakan oleh MPK kepada Kerajaan Negeri? b)

Bilakah permasalahan di pangsapuri tersebut dapat diselesaikan sebelum menjadi lebih teruk dan tidak boleh dibaikpulih seperti di Pangsapuri Seri Berembang? c)

Adakah pangsapuri tersebut masih selamat untuk diduduki?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Pelabuhan Kelang. Pelabuhan Kelang bertanya tentang Pangsapuri di Taman Teluk Gedung Indah kesian Pelabuhan ini banyak isu di kawasan beliau iaitu bertanya tentang apakah status permohonan balik pulih yang telah dikemukakan oleh MPK kepada Kerajaan Negeri, untuk rekod yang YB pihak MPK mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM 5.75 juta kepada Pengerusi Majlis Tindakan Selangor yang kemudian dipanjangkan permohonan ini kepada YB Menteri KPKT pada 18 Februari 2021 di antara kerja-kerja yang dipohon kalau kita lihat ada beberapa 7 perkara yang diletakan di sini iaitu kerja awalan, pembaikan mendapan, struktur bumbung Blok A dan B Pembaikan kerosakan rumah, kita ada juga kerja kos elektrik yang telah pun kita majukan kepada KPKT. Tetapi setakat ini pihak KPKT telah meluluskan peruntukan hanya sebanyak RM 124,000.00 bagi kerja pembaikan pemegang sahaja hand rail yang mana hand rail untuk Blok A dan blok B di pangsapuri tersebut pada 30 April 2021.

Jadi pihak majlis telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi kerja pembaikan mendapan selain daripada kita kata program kerja-kerja yang tadi itu, kita memohon juga mendapan secara khusus kepada pihak jabatan Perumahan Negara pada 28 Februari 2022 kita follow up lagi jadi masih belum mendapat sebarang maklum balas sehingga terkini. Jadi saya sendiri sebenarnya dalam mesyuarat saya bersama dengan Yang Berhormat Menteri pada awal ini juga membangkitkan perkara yang sama bukan sahaja di lokasi Teluk Gadong di Klang di banyak tempat di dalam Selangor ini saya bertanya tentang apakah ada peruntukan khas ingin yang boleh kita manfaatkan tetapi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri buat masa ini tidak ada peruntukan khas terutamanya berkaitan dengan struktur mendapan. Yang ada adalah peruntukan-peruntukan yang kita kata perkakasan yang saya ada itu. Jadi pihak majlis

juga sebenarnya selepas itu kita mohon sekali lagi supaya mungkin kita boleh lihat di bawah Lembaga Perumahan apakah perkara-perkara yang boleh kita bantu. Tetapi Yang Berhormat sebenarnya satu kajian perlu dibuat selepas apa yang berlaku di Seri Beremban wajar kita memikirkan satu kajian yang khusus atas faktor keselamatan sebagaimana soalan Yang Berhormat tentang apakah kawasan itu selamat atau tidak itu perlu dibuat satu kajian khas dan saya telah pun memohon pihak MPK menyediakan kertas untuk memohon kajian ini dibuat melalui Kerajaan Negeri.

Dan seterusnya soalan, apakah Yang Berhormat tanya dapat diselesaikan perkara ini sebelum menjadi teruk. Saya rasa ia hanya diselesaikan kalau kita ada peruntukan khas yang dapat disediakan Insya-Allah kalau RM 5.75 juta itu tahun 2021 kita mohon mungkin tahun ini telah meningkat kosnya kalau ada peruntukan itu saya akan terus memohon daripada pihak-pihak kerajaan KPKT atau pun daripada pihak Lembaga boleh bagi serba sedikit daripada 7 perkara tersebut saya rasa ianya boleh dilaksanakan. Tetapi kalau peruntukan itu tidak ada maka kita perlu menyusun keutamaan apakah patut yang dilakukan jadi saya memang kecewa bila keutamaan yang diberi oleh pihak Kementerian hanya hand rail sahaja yang diperbetulkan sedangkan itu, bukan lah perkara yang utama dalam menyelamat atau nak memperbetulkan masalah yang berlaku di banyak pangsapuri-pangsapuri di Negeri Selangor. Itu sahaja jawapan saya Tuan Speaker.

Speaker

Pelabuhan Kelang

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih, Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jawapan berkenaan dengan permasalahan pemendapan, isu Pangsapuri Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Kelang. Cuma soalan saya selain daripada peruntukan yang kita mohon daripada pihak KPKT yang sehingga sekarang masih belum diluluskan bolehkah Kerajaan Negeri mendahulukan peruntukan sebanyak RM 5.5 juta itu sebab kalau kita lihat sekarang bangunan di kawasan tersebut struktur bumbungnya semakin rosak saya takut kosnya semakin meningkat sebab semakin rosak dan berlaku lagi pemendapan tanah yang saya lihat serius sebab kawasan ini juga terletak berhampiran dengan sungai dan sentiasa terdedah dengan masalah banjir kilat sewaktu air laut pasang surut dan bertembung dengan hujan lebat dan sekiranya boleh bila kah ia nya boleh dilaksanakan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih YB Pelabuhan Kelang. Sebagaimana saya jawab tadi, kita perlu angkat semula isu ini bila kita lihat tidak jawapan secara spesifik hampir setahun lebih daripada KPKT jadi kita saya telah minta pihak MPK untuk bawa di dalam MTES untuk diperbincangkan. Boleh atau tidak, itu kita kena lihat secara keseluruhan kerajaan Selangor kita punyai satu peruntukan yang agak terhad kita hanya ada RM 2 billion lebih hasil yang boleh kita jana setiap tahun. Pastinya kalau kita melihat perkara ini memang saya rasa yang paling dahulu boleh kita dahulukan adalah kajian itu. Kita kena kenal pasti dulu sama ada bangunan itu selamat atau tidak jadi selepas kita dapat jawapan daripada KPKT

baru lah kita lihat agensi untuk memastikan keutamaan itu boleh kita sediakan. Kalau kita lihat mutakhir ini kita lihat bencana yang berlaku di Negeri Selangor terutama di bawah MPAJ memang kesannya agak orang kata agak bimbang bangunan-bangunan usang yang tidak dibaiki kita untuk itu saya tak boleh bagi jawapan di sini kerana memerlukan pertimbangan daripada Pihak Kerajaan jadi Insya-Allah perkara ini akan kita ajukan, terima kasih.

Speaker

Balakong

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih soalan Balakong NO.13

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA (N27 BALAKONG)

TAJUK : PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM DI SELANGOR

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan atau mempromosikan kebudayaan pelbagai kaum di Selangor terutamanya budaya kaum Cina dan India?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Balakong. Soalannya apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan atau mempromosikan kebudayaan pelbagai kaum di Selangor terutamanya budaya kaum Cina dan India? Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program mempromosikan kebudayaan etnik Cina dan India di Negeri Selangor dengan tujuan utama bagi memastikan kebudayaan etnik-etnik ini terus mendapat perhatian serta dihargai oleh generasi muda.

Antara program utama yang dilaksanakan adalah program Rentak Selangor yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 di mana setiap tahun sekurang-kurangnya satu kumpulan kebudayaan daripada etnik Cina atau India telah ditampilkan untuk dirakamkan serta didokumentasikan oleh pengamal-pengamal media sama ada cetak atau elektronik untuk menjadi tatapan, bacaan dan tontonan orang ramai dari dalam dan luar negara. Antara kumpulan atau kesenian yang telah ditampilkan untuk promosi adalah seni Urumee Melam, Tarian Kollatam, Seni Beladiri Silambam, Orkestra Cina, Seni Beladiri Wushu dan Gendang 24 Musim.

Kerajaan Negeri juga melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, telah melaksanakan strategi pembangunan dan promosi kebudayaan pelbagai kaum melalui persembahan-persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Kesenian PADAT di dalam majlis-majlis rasmi juga jemputan. Persembahan kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan tema yang sering digunakan terutamanya ketika program-program anjuran Kerajaan Negeri. Selain itu, kebudayaan dan warisan daripada pelbagai kaum di Selangor juga merupakan antara pameran yang akan dipamerkan di Balai Kebudayaan, Muzium Sultan Alam Shah yang sedang dalam proses naik taraf.

Dari aspek pembangunan, Kerajaan Negeri sedang membangunkan Kampung Budaya Selangor atau Selangor Cultural Village (SCV) iaitu salah satu komponen di dalam projek Selangor Maritime Gateway (SMG), di tepi Sungai Klang yang terletak di tengah-tengah Bandar Klang. SCV ini kelak akan menjadi pusat rujukan kepada sejarah, kebudayaan dan tradisi serta menjadi hab aktiviti kebudayaan yang mempamerkan aspek kepelbagaian dan pelbagai budaya warisan budaya etnik-etnik yang terdapat di Selangor melalui anak syarikat Kerajaan Negeri, Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) sebagai pelaksana di sepanjang Sungai Klang.

Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker, apakah status Pusat Budaya Cina, Pusat Budaya India, dan juga Pusat Budaya Melayu yang idea ini dimulakan 10 tahun yang lalu, apakah status nya yang diadakan buat di Kelang itu. Apa status nya?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek, yang dimaksudkan itu adalah Kampung Budaya atau pun Selangor Culture Village yang ini masih lagi dalam proses permohonan KM dan jika kelulusan dapat dilaksanakan dengan segera maka InshaAllah akan projek ini akan diteruskan dan akan menjadi satu mercu kebudayaan negeri Selangor.

Speaker

Rawang

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya Nombor 14

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Kekurangan Tenaga KerjaQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimana Kerajaan Negeri membantu untuk menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja dihadapi oleh pelbagai sektor? b)

Bagaimana isu kekurangan tenaga kerja telah menjejas prestasi pelaburan di dalam Negeri Selangor?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Rawang. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk membantu menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh pelbagai sektor, antara usaha dan program yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut Program Selangor Mega Job Fair secara mega ini merupakan satu medium yang proaktif untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam membantu syarikat atau industri yang memerlukan tenaga kerja. Program ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Jun 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 530 petang bertempat di Pusat Konvensyen MBSA. Antara pengisian program sepanjang tempoh program tersebut adalah seperti perkongsian ilmu kerjaya kaunter penerangan agensi, temu duga terbuka oleh pihak majikan. Program ini telah melibatkan sebanyak 107 syarikat atau majikan daripada jumlah tersebut sebanyak 20490 peluang pekerjaan yang merangkumi pelbagai sektor dan jawatan ditawarkan kepada pencari kerja. Program ini telah berjaya melibatkan bilangan pencari kerja berdaftar seramai 8201 orang dengan jumlah yang ditemu duga seramai 3601 dan seramai 1996 telah mendapat pekerjaan. Selain itu melalui portal www.selangorjobportal.com.my dilancarkan pada 12 Mei 2022 golongan belia yang mencari peluang pekerjaan boleh menyemak kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan secara real time dengan berdaftar di portal yang disediakan. Kedua Program Selangor Kerjaya pada masa yang sama dalam usaha membantu pihak majikan atau industri untuk mendapatkan tenaga kerja pihak MBI atau Menteri Besar Selangor Pemerbadanan juga telah melaksanakan Program Selangor Kerjaya yang menyediakan peluang pekerjaan eksklusif untuk warga Selangor. Program ini menawarkan peluang pekerjaan melalui pemerdayaan kerjaya yang berkesan dan pemohon perlu mendaftar dengan melayari laman web www.selangorkerjaya.com.my.

Kemudahan laman web ini diberi secara kepada majikan yang mahu mengiklankan jawatan kosong. Manakala calon pemohon akan melalui penilaian profil serta pemerdayaan kerjaya tertakluk kepada pekerjaan yang diiklankan dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh majikan yang berdaftar sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Setelah penempatan kerja berlaku calon juga boleh mendapatkan latihan-latihan profesional dan asas pembelajaran atas talian. Ketiga Program Inisiatif Roda Darul Ehsan. Program Inisiatif Roda Darul Ehsan merupakan satu program kerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Grab, Food Panda, Beego, Bungkusit dan

bakal memberi peluang pekerjaan di dalam ekonomi kepada anak muda di seluruh Selangor. Program ini juga dapat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja warga tempatan.

Keempat, program Jelajah Job Care. Inilah satu-satunya program yang diletakkan di bawah Standco saya untuk makluman Yang Berhormat. Selain itu, Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan PERKESO Selangor dan menganjurkan program Jelajah Job Care. Program ini dilaksanakan di 8 Daerah iaitu Klang, Hulu Selangor, Petaling, Sepang, Hulu Kelang, Gombak, Kuala Langat dan Sabak Bernam.

Kelima, Program Jaminan Kerja Selangor. Program Jaminan Pekerjaan merupakan satu program berkonsepkan pameran kerjaya. Dengan kerjasama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA). Program ini fokuskan kepada golongan yang telah kehilangan pekerjaan semasa pandemik Covid-19.

Keenam, Program Penempatan pekerjaan Selangor. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Usahawan dan Peniaga Pusat Beli-belah Selangor. Khususnya untuk membantu bekas-bekas banduan serta pelatih parol untuk mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai agensi yang bersesuaian. Program ini sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat luar terhadap mereka. Sebanyak 15 majikan daripada pelbagai agensi telah terlibat sebagai panel program ini. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada mereka yang telah menjalani hukuman dalam Negeri Selangor dan ia adalah berdasarkan cadangan daripada Jabatan Penjara Malaysia. Daripada 143 orang peserta, seramai 21 orang telah berjaya ditawarkan pekerjaan.

Ketujuh, Program Perantisan dan Penempatan Pekerjaan. Pihak Kerajaan juga bekerjasama dengan Syarikat Carsome, akademi yang menawarkan Program Perantisan Mekanik Automatif dan Pengurusan Pejabat. Daripada 70 peserta yang menyertai program ini, seramai 38 orang telah berjaya mendapatkan pekerjaan di Cawangan Carsome Sdn Bhd dengan gaji permulaan RM2,000 berserta elaun.

Kelapan, Program GIGCARE 1000. Program GIGCARE 1000 ini adalah program bantuan caruman di bawah Skim Pelindungan PERKESO kepada 1,000 pekerja dalam tempoh setahun seperti Food Panda, Grab Food, Bungkus-it dan Lalamove. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam menyediakan latihan dan kemahiran yang relevan seperti dalam program-program seperti IKTISASS yang dapat membantu menyediakan tenaga kerja mahir di Selangor dan meningkatkan kebolehan pasaran belia dan graduan.

Dalam pada itu, Yang Berhormat Rawang juga menanyakan bagaimana isu kekurangan tenaga pekerja telah menjejas prestasi pelaburan di dalam Negeri Selangor. Untuk perkara ini walaupun saya akan jawab, tapi saya pohon Yang

Berhormat untuk mendengar soalan dan jawapan daripada Yang Berhormat Bandar Baru Klang daripada soalan nombor 30 akan menjawab secara sepenuhnya.

Di mana secara dasarnya isu kekurangan pekerja bukan faktor utama yang menjejaskan prestasi pelaburan di dalam Negeri Selangor. Walaupun Negeri Selangor merekodkan nilai pelaburan keempat tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia pada tahun 2021. Tetapi Selangor mencatatkan rekod jumlah kelulusan bilangan projek perkilangan tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Ini menunjukkan Selangor masih menjadi destinasi pilihan pelabur di Malaysia.

Kerajaan Negeri menyedari isu kekurangan sumber tenaga kerja. Antara cabaran yang perlu ditangani dalam menarik pelaburan ke Negeri Selangor. Oleh itu antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Invest Selangor bagi mengekalkan prestasi pelaburan di Negeri Selangor adalah seperti berikut pertama, memberi penumpuan kepada usaha-usaha bagi menarik pelaburan dalam industri berasaskan teknologi tinggi atau industri yang berintensifkan modal, capital intensive. Kedua mewujudkan industri yang melibatkan pengeluaran nilai tambah, value added manufacturing. Dan ketiga mewujudkan industri yang menggunakan sistem automasi dan robotik dalam proses pengeluaran, sekian terima kasih.

Speaker

Meru.

Okay, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Okay, berkaitan dengan isu pekerja asing ini, walaupun beberapa sektor mengalami beberapa masalah ketika ini. Masalah sekarang pekerja-pekerja asing itu sendiri meninggalkan masalah dalam negara kita terutama pekerja-pekerja asing PATI dan sebagainya. Walaupun saya memahami bahawa undang-undang atau pun kita tidak ada punca kuasa untuk menangkap mereka dan sebagainya, tapi apa tindakan Kerajaan Negeri untuk mengawal mereka ini dan dalam masa yang sama, apa yang boleh kita buat untuk memastikan peluang pekerjaan ini benar-benar dapat diberikan manfaat kepada warga tempatan bukannya kepada warga asing. Sebab satu kerugian kita bawa pelabur yang banyak, banyak kilang-kilang yang terbina dalam negeri kita tapi diisi oleh warga asing bukan warga tempatan, apakah usaha Kerajaan Negeri?. Terima kasih.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Seperti yang telah saya nyatakan tadi untuk pekerja asing dan juga Invest Selangor itu tadi, soalannya akan dijawab secara teliti oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang dalam soalan 30. Namun begitu, itulah sebabnya kita mengadakan begitu banyak promosi pengenalan, peluang-peluang pekerjaan yang mana saya telah senaraikan. Begitu banyak pendedahan kepada pemohon-pemohon pekerja ini di Selangor. Bukan saja untuk warga Selangor, malahan daripada satu Malaysia, mereka semua berhijrah ke Selangor untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Dan kita telah mempromosikan begitu banyak Job

Fair ataupun Job Care atau pun peluang-peluang di bawah program-program yang diadakan malahan di bawah PERKESO sekali pun. Kita telah pun berjaya memberi pendedahan yang begitu banyak kepada warga tempatan supaya mereka mengambil peluang, sekian terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya juga berkenaan isu pekerja asing. Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terkini mengenai pekerja asing dan adakah Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai kekurangan pekerja dalam bidang ladang kelapa sawit manufacturing dan construction, dengan izin terima kasih.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku disebabkan masih lagi pekerja asing, sejujurnya tiada lagi saya sebagai STANCO saya tak pernah menerima sebarang aduan daripada pihak daripada industri construction atau pun perladangan, setakat ini, tak pernah dapat. Namun daripada industri seperti automatif atau pun daripada elektronik seperti Sony, seperti daripada Panasonic mereka datang ya, mereka memberitahu masalah-masalah mereka. Dan itulah sebabnya kita adakan promosi tentang Job Care, Job Fair dan sebagainya. Dalam pada itu saya percaya sebab saya pernah secara peribadi saya telah melakukan melalui Standco saya menulis dan berjumpa dengan Menteri Sumber Manusia. Saya juga telah membawa beberapa isu berkaitan tentang isu peladang. Pekerjaan di perladangan dan sebagainya mana saya bukan diadukan oleh majikan tapi lebih kepada pekerja peladang itu sendiri. Telah dibawa dan kita masih lagi, sebab apa tiada lagi follow up daripada mereka. Dalam pada itu juga saya percaya sebabkan portfolio ini tentang pekerja, melibatkan daripada Yang Berhormat Paya Jaras yang mana ada juga beliau dipertanggungjawabkan untuk Job Fair, saya pula program di bawah pemberian pekerja dan di sini pula ada portfolio Invest Selangor di mana pekerja-pekerja asing dibawa ke situ. Maka saya percaya dalam begitu banyak portfolio yang melibatkan tentang pekerja ini, dalam masa yang terdekat sepatutnya Kerajaan Negeri patutnya merangka dasar pekerja itu sendiri. Dasar pekerja dan juga dasar pekerja asing. Untuk masa terkini apa yang saya tahu adalah tiada lagi berita dasar yang terdekat dengan Kerajaan buat masa ini, terima kasih.

Speaker

Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker soalan saya 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Pembangunan Tanah Anak Syarikat NegeriQuestions

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Tanah anak syarikat lebih bertumpu kepada pembangunan perumahan/industri/peniagaan. Adakah Kerajaan Negeri memberi arahan baru supaya tanah yang masih belum membangun digalakkan untuk pelaburan pertanian moden? b)

Jika ada arahan baru, kawasan mana yang dikenal pasti? Jikalau tiada dasar yang baru, apakah sebabnya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Seri Kembangan dan Speaker atas soalan yang telah dikemukakan berkenaan dengan penggunaan tanah-tanah milik Anak Syarikat Kerajaan Negeri sama ada untuk aktiviti pertanian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, satu dasar pertanian iaitu Pelan Transformasi Agro Selangor atau pun PETA telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi memajukan sektor pertanian dengan lebih teratur dan tersusun dengan memberikan penekanan kepada pertanian yang mampu menghasilkan pulangan yang tinggi menerusi kaedah moden. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah memberi arahan agar tanah-tanah Kerajaan Negeri yang dikenal pasti yang diwartakan mengikut keperluan atas tujuan pertanian. Syarikat berkaitan Kerajaan seperti MBI, PKPS, PKNS dan Yayasan Selangor telah mengemukakan senarai tanah kepada Unit Pemodenan Pertanian Seksyen Makro dan Penswastaan (UPEN) di Selangor. PNSB telah bertanggungjawab menguruskan projek pertanian bersepadu di Sungai Rasah, Hulu Selangor semenjak 1992 lagi. MBI dan PKPS bersetuju untuk berkolaborasi bagi melaksanakan projek pertanian bio teknologi tinggi di bawah pemantauan EXCO Jawatankuasa Tetap atau pemantauan EXCO Infrastruktur Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Industri Asas Tani Yang Berhormat Pandan Indah.

Jadi kolaborasi MBI dan PKPS yang telah dimuktamadkan adalah melibatkan satu bidang tanah di Batu 29, Batu Arang, Mukim Rawang, Daerah Gombak dengan keluasan sebanyak 781.47 ekar. Ini yang setakat ini telah dikenal pasti, namun daripada masa ke semasa kita telah memberikan tanggungjawab untuk mengumpulkan tanah Kerajaan baik tanah Anak Syarikat baik, sebab sasaran kita adalah sebanyak 2,000 ekar satu tahun dan sasaran itu masih lagi perlu kita kenal dan juga kita kena cari.

Baru-baru ini Yang Berhormat, kita turut telah keluar sempadan, kita telah bekerjasama dengan Negeri Sembilan untuk menanam jagung bijirin untuk penanam jagung bijirin yang merupakan salah satu daripada sumber makanan ternakan di dalam Negeri Selangor dan kita percaya dengan kaedah tersebut ia akan dapat mengurangkan kesan kenaikan serta penggantungan terhadap bahan makanan daripada sumber import yang telah menyebabkan harga makanan yang begitu tinggi pada waktu ini, terima kasih.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker.

Speaker

Ya silakan Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas ucapan yang diberikan. Saya hendak tanya seperti apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat tadi, adakah tanah-tanah ini akan dibuka kepada pihak swasta atau pun petani-petani yang kecil untuk mengambil bahagian dalam perkembangan pertanian moden tersebut, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sudah pasti ia tidak akan dilaksanakan sendiri, memang kita ada lead agency, lead agency kita ialah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor atau pun PKPS kerana setelah bertahun-tahun saya boleh nyatakan bahawa PKPS mendapat sumber dan juga mendapatkan hasil yang besar daripada sektor perladangan. Jadi kita ingin memperkasakan sektor pertanian yang merupakan antara cita-cita dan juga tujuan awal penubuhan PKPS. Dan sebagaimana yang telah kita cadangkan di Sabak Bernam dan berapa kawasan yang lain, kita akan membuka kepada syarikat-syarikat yang berkaitan untuk penanaman. Sebagai contoh jagung bijirin, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat yang telah membuktikan berkemampuan untuk menanam jagung bijirin dan menanam jagung itu di Negeri Selangor atau pun di bawah kelolaan tanah-tanah yang dipandu oleh PKPS. PKPS adalah is the leading agency, kita akan buka kepada syarikat-syarikat yang berkemampuan terutamanya. Ia bukan merujuk kepada pertanian kecil di sini sebab ia memerlukan satu sumber dan juga memerlukan satu modal dan juga kemahiran yang tinggi dan teknologi yang tinggi. Sudah pasti kita akan cari syarikat yang berkaliber dan berkemampuan dan usaha Kerajaan Negeri mengenal pasti tanah, mengenal pasti tanaman dan juga melaraskan aktiviti pertanian moden ini, terima kasih.

Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ya, Tuan Speaker, sekarang ada persepsi di kalangan ADUN termasuk saya sendiri bahawa proses untuk meluluskan tanah untuk pertanian moden ke, tradisional ke agak lambat. Jadi apakah langkah atau pun tindakan Kerajaan Negeri boleh buat sekiranya persepsi-persepsi ini adalah realiti.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sekiranya tidak berlaku muat, dia berlaku apabila kita harus mengikut proses, proses permohonan tanah akan dibuat sebagaimana biasa. Tetapi rujukan soalan Seri Kembangan tadi ialah merujuk kepada tanah-tanah GLC yang ingin dibangunkan itu tak ada lagi proses pemilikan tanah. Proses pelupusan tanah ia akan melalui proses biasa, dapatkan borang 1, lepas dapat borang 1 diukur, dapat 5A, lepas dapat 5A bayar premium dapatlah tanah tersebut. Dia dapat 5A belum tentu jadi hak milik lagi, itu jelas ya. Justeru apa yang kita hendak buat yang soalan asas Seri Kembangan ialah tanah yang sudah jadi hak milik tadi 700 ekar sebagai contoh, kolaborasi terus MBI dengan PKPS untuk kenal pasti siapakah pengusaha-pengusaha yang kita ingin dapatkan. Hampir keseluruhan daripada Fruit Valley kita telah selesaikan dan kita telah berikan kepada syarikat atau pun individu untuk penanaman sayur sebagai contoh, itu hampir keseluruhan. Tahun 2016, 2017 sebahagian daripada 200 ekar kita telah luluskan untuk tanaman durian sebagai contoh. Ini adalah satu perkara yang kita buat daripada masa ke semasa kalau sebelum ini PKPS tertumpu pada tanah hak milik mereka, sekarang kita gerakkan PKPS untuk berbincang dengan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek pertanian moden ini dapat diluluskan, sekian terima kasih.

Speaker

Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Peruntukan Infrastruktur BanjirQuestions

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Peruntukan untuk tebatan banjir di Kampung Jaya Setia dan di Kampung Rantau Panjang telah pun dilulus. Bilakah projek tebatan banjir tersebut akan dilaksanakan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ijok. Yang Berhormat Ijok bertanyakan soalan berhubung dengan peruntukan program tebatan banjir di Kampung Jaya Setia dan di Kampung Rantau Panjang yang telah diluluskan dan bila projek tersebut akan dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, projek tebatan banjir di Kampung Jaya Setia dan di

Kampung Rantau Panjang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri (P13). Kedua-dua projek tersebut di dalam proses seperti berikut, untuk projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kampung Jaya Setia, Mukim Ijok dengan kos RM3,000,000.00 di dalam proses reka bentuk dan akan siap hujung tahun ini untuk dimulakan kerja-kerja fizikal pada untuk kerja-kerja tender pada awal tahun hadapan dan juga diikuti dengan kerja-kerja fizikal pada pertengahan tahun 2023 yang akan mengambil tempoh 24 bulan kerja-kerja pelaksanaannya. Untuk kerja Rancangan Tebatan Banjir bagi Rantau Panjang, dia terlibat di dalam tebatan banjir Sungai Selangor, yang bernilai RM11,000,000.00 di dalam peringkat lantikan perunding juga turut akan diikuti dengan kerja-kerja reka bentuk dan perolehan pada suku kedua. Saya telah review benda ini dan pada asalnya suku ke-empat dan telah diawalkan kerana memandangkan keadaan kita yang kritikal, kita telah awalkan untuk buat dengan lebih cepat pada suku kedua pada tahun hadapan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker, kampung-kampung Ijok ini memang sering dilanda banjir. Peruntukan telah diberi tetapi Ijok khuatir sebab projek-projek ini lambat bermula, tiap-tiap kali hujan banjir jadi penduduk-penduduk rasa macam resah, khuatir, kenapa peruntukan last year telah diluluskan tetapi belum bermula lagi. Itulah saya sangat risau sebab apa, setiap kali hujan kampung Ijok, semualah kampung-kampung tradisi akan dilanda banjir. Tolong percepatkan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Untuk makluman semua, sebagaimana kita sedia maklum, program tebatan banjir ini adalah satu program yang berterusan yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Dan kita tidak dapat melaksanakan projek ini secara adhoc begitu kerana dia melibatkan sistem saliran dan juga sistem sungai dan juga takungan banjir. Jadi semalam selepas ditangguhkan sidang pun, saya bermesyuarat untuk melihat semula peruntukan atau pun pelbagai kemajuan berhubung dengan rancangan tebatan banjir dan usaha-usaha bagi kita menguruskan Skim Jaminan Air Negeri Selangor atau pun SJAM ini kerana kita dapati sekarang ini dengan berlakunya banjir besar banyak kita menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan kita perlu selaraskan kerana dari segi tebatan banjir ini kita kena lihat dia ada dua sistem. Satu sistem yang terlibat langsung dari segi projek tebatan banjir yang besar. Yang ini usaha untuk mengalirkan air daripada up stream terus langsung ke laut, ini projek-projek yang besar. Yang kecil-kecil ini localize ini seperti di mana yang berlaku di Ijok. Ada yang bersifat major iaitu yang Sungai Buloh itu tapi ada juga yang localize macam sistem di Kampung Setia Jaya ini. Semua ini dilihat secara bersekali walaupun dia localize tempatan tapi perlukan tumpuan dan proses untuk perolehan ini bukan mudah kerana bajet itu lulus, tak lulus pun. Bajet lulus pun dia kena melalui proses ukur, isu tanah.

Ada setengah tempat itu kita perlukan pengambilan tanah kerana melibatkan kawasan persendirian. Jadi proses itu makan masa dan lepas itu baru dapat dan lantikan konsultan boleh dibuat tapi kerja-kerja mereka bentuk kena mengambil kira dari segi invert level dia, hydrology dan hydraulic design dan memerlukan sedikit masa dan tempat itu diikuti dengan perolehan sebelum dapat dilaksanakan. Jadi memerlukan masa, saya bagi contoh ada beberapa projek ini yang terlibat contohnya di Taman Mutiara, dia perlukan kelulusan daripada LLM, makan masa jadi nak dapatkan perolehan tanah itu kadang-kadang kelulusan itu memakan masa setahun lebih. Jadi itu yang kadang-kadang mengganggu kelancaran projek-projek tambatan banjir kita. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Potensi UnicornQuestions

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Terdapat berapakah syarikat yang beroperasi di Selangor berpotensi menjadi sebuah Unicorn di masa akan datang? b)

Apakah syarikat-syarikat berkenaan dan jenis perniagaannya?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyasarkan untuk melahirkan lima syarikat unicorn di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Platform e-dagang kereta bersepadu Carsome telah muncul sebagai syarikat unicorn pertama di negara ini pada 2021. Carsome telah bertapak di Selangor dan memulakan operasi pada tahun 2015. Selain Carsome yang muncul selaku syarikat unicorn yang pertama negara dengan nilai melebihi AS$1 bilion, terdapat beberapa syarikat pemula di Selangor yang berpotensi menjadi sebuah unicorn pada masa akan datang. Syarikat soonicorn, soon to be unicorn iaitu syarikat yang berpotensi untuk menjadi unicorn dan bernilai AS$100 juta adalah seperti Aerodyne, Dropee, Fave, The Lorry dan Naluri Hidup. Dropee merupakan bekas peserta program pemecut Selangor iaitu Selangor Accelerator Programme (SAP). Daripada 120 syarikat pemula yang telah menyertai program SAP

ini, 41 telah menerima pembiayaan, mewakili kadar kejayaan sebanyak 34%. Mencari lebih ramai syarikat yang berpotensi dalam hasrat untuk memupuk syarikat unicorn di negeri ini adalah penting kerana ia akan menyumbang kepada inovasi, penciptaan pekerjaan dan seterusnya penciptaan kekayaan. Oleh kerana populasi dan saiz pasaran kita yang tidak seluas negara Asia Tenggara yang lain, usahawan Malaysia juga perlu meluaskan pasaran mereka ke serantau untuk mencapai status unicorn. Syarikat – syarikat yang berkenaan dan jenis perniagaannya seperti berikut;-

Syarikat Jenis perniagaan Aerodyne Pengurusan dron Dropee Platform borong perniagaan ke perniagaan (B2B), pembekal penyelesaian e-dagang Fave Platform teknologi kewangan (fintech) The Lorry Platform logistik Naluri Hidup Kecerdasan Buatan (AI) dalam penjagaan kesihatan

Sekian, terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Kenaikan Kos Sara HidupQuestions

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Selangor yang sedang menghadapi kenaikan kos sara hidup yang tinggi disebabkan peningkatan harga barang-barang keperluan dan perkhidmatan?

b)

Apakah tindakan tegas yang telah diambil terhadap peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan mereka?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Burong atas soalan yang merujuk kepada tentang langkah-langkah kerajaan dan inisiatif kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan beberapa tindakan penguasaan yang dilakukan oleh kementerian yang berkaitan. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, beberapa faktor seperti climate change atau pun perubahan suhu yang mendadak dan suasana peperangan di Ukraine dan pasaran antarabangsa telah meningkatkan dan menyebabkan harga pasaran serta barangan di peringkat lokal dan tempatan meningkat dengan sangat mendadak. Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dengan sangat popular dapat dilaksanakan ialah jualan ihsan yang membantu rakyat-rakyat dalam Negeri Selangor untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang asas dan juga barang-barang yang terputus bekalan seperti telur suatu ketika dahulu dapat disediakan oleh pihak yang berkenaan. Pihak Kerajaan Negeri sememangnya telah menjadi tuan rumah kepada beberapa perindustrian misalnya penternakan ayam, daging yang diusahakan sendiri oleh PKPS yang mampu mengeluarkan lebih daripada 200,000 ekor bagi setiap circle atau pun bagi setiap kitaran.

Dalam masa yang sama syarikat-syarikat yang mengeluarkan telur turut menyewa di tanah-tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri justeru melalui hubungan yang baik dengan pembekal seperti ayam dan telur ini kita akhirnya dapat melaksanakan jualan yang berada dalam kadar yang lebih rendah atau pun hampir sama dengan pasaran dan memudahkan rakyat untuk menikmati barangan bekalan makanan yang seimbang dan juga yang mampu dicapai terutamanya ketika musim perayaan. Setakat ini sebanyak 53 DUN telah berjaya kita laksanakan jualan ihsan ini di antara Februari hingga April dan untuk jualan Aidilfitri sebanyak 8 DUN terlibat sementara untuk jualan Aidiladha sebanyak 5 DUN terlibat dan sebanyak 60,000 tray telur ayam telah mampu kita jualkan atau kita pasarkan, 132,000 ekor ayam telah berjaya kita pasarkan dan 66,000 pek minyak masak sebab kenaikan harga minyak masak bagi kenaikan harga botol kekurangan pek-pek tersebut. Ini menunjukkan bahawa kita mampu untuk menampung serta mengurangkan bebanan masyarakat melalui program jualan ihsan walaupun secara asasnya ini adalah di luar bidang atau tanggungjawab Kerajaan Negeri kerana asasnya kerana dia adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, melalui Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari masa ke semasa melalui EXCO kita Yang Berhormat Sungai Kandis akan melaksanakan pemantauan dan juga kerjasama yang erat dengan jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, melakukan siasatan-siasatan dan mengambil tindakan seperti saman bagi setiap kesalahan-kesalahan yang dilakukan terutamanya menyorokkan bekalan atau pun memberi atau menjual barangan dengan harga yang tinggi. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat atas jawapan yang amat memberangsangkan mengenai jaminan untuk memastikan bekalan mencukupi bagi mengatasi masalah kekurangan harga-harga barang. Saya perhatikan bahawa langkah ini adalah sangat baik dan kita memahami bahawa masa-masa musim perayaan terutamanya, kita sering mengalami masalah kekurangan bekalan-bekalan jadi sama ada dasar ini yang saya rasa cukup baik akan dijadikan sebagai satu dasar yang berterusan maknanya kita proaktif sebelum musim-musim perayaan, jualan-jualan ihsan ini dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Burong atas pengiktirafan yang telah diberikan. Sudah pasti Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang sambutan yang baik daripada rakyat dan sebenarnya program jualan ihsan ini atau pun dimulakan dengan Selangor Agro Market atau pun SAM ketika musim pandemik yang lepas. Pandemik yang lepas kita dapati bekalan-bekalan ini berkurang dan kita buat di beberapa tempat dan sambutannya sangat baik. Namun begitu saya hendak sebutkan di sini bahawa kita tidak mahu mengganggu pasaran terlalu lama. Kalau kita ganggu pasaran terlalu lama, dia akan membengkakkan bekalan tersebut dan akhirnya akan mengganggu harga dan harga berpanjangan. Intervensi yang kita lakukan mungkin tidak di dalam tempoh yang panjang mungkin dalam tempoh dua tiga bulan tetapi dalam musim perayaan yang dirujuk oleh Sungai Burong sudah pasti kita akan cuba laksanakan lagi dengan lebih banyak. Kalau boleh kita hendak buat di setiap daerah, setiap DUN, setiap Parlimen supaya rakyat dapat memiliki dan memberi peluang sebenarnya kepada petani-petani kerana beberapa tekanan sebelum ini ialah tentang peranan orang tengah. Peranan orang tengah yang telah menyebabkan harga meningkat dengan naik namun kita ada kitarannya kita hanya boleh intervensi ketika musim perayaan atau pun dalam keadaan-keadaan kritikal kerana dia akan menganggu keseluruhan chain tersebut atau pun kitaran tersebut. Saya ambil maklum cadangan daripada Sungai Burong. Kita akan cuba melihat setiap musim perayaan terutamanya Aidilfitri, Aidiladha atau pun Tahun Baru Cina yang memerlukan sumber-sumber bahan mentah yang banyak untuk menyambut perayaan tersebut dan mengurangkan bebanan yang diberikan, yang menariknya atau yang agak baiknya kerana kita mempunyai barangan kita sendiri seperti ayam syarikat yang menguruskan atau Syarikat PKPS mempunyai ladang penternakan ayam di Sungai Besar yang mampu mengeluarkan 500,000 bagi setiap satu kitaran. Kitaran lebih kurang 48 hari atau 58 hari lebih kurang dan dengan itu sendiri kita boleh berikan kepada rakyat dan syarikat telur itu bukan syarikat lanjut, dia hanya menyewa dengan tanah milik kita tetapi kita boleh dapatkan dengan harga yang sedikit murah. Kalau kita dapat, kita fikirkan selepas ini juga sebenarnya Yang Berhormat Pandan Indah sedang fikirkan untuk minyak masak pula, kita sedang fikirkan sebab ini antara yang

selalu terputus, yang selalu disorokkan, yang selalu ditingkatkan harga barangnya kerana kitaran tersebut. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Tuan Speaker soalan nombor 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Menara Telekomunikasi Di Masjid-MasjidQuestions

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah masjid-masjid yang membenarkan syarikat-syarikat TELCO menyewa tapak masjid?

b)

Berapakah jumlah penyewaan yang dibayar kepada JAIS?

c)

Adakah masjid-masjid mendapat hasil daripada penyewaan tapak tersebut?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhomat Tuan Speaker dan Sijangkang yang telah mengajukan soalan. Spesifik berapakah jumlah masjid-masjid yang membenarkan syarikat-syarikat Telco menyewa tapak masjid? Oleh sebab persoalannya menuju kepada masjid, jawapannya tak ada kerana pihak masjid sebenarnya tidak ada kuasa untuk berurusan dengan mana-mana pihak di luar dan semua urusan hendaklah dilakukan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Walau bagaimanapun, JAIS telah memberi kebenaran kepada syarikat Telco di 139 buah masjid.

Dan soalan kedua berapakah jumlah penyewaan yang dibayar pada JAIS. Kadar sewaan yang ditetapkan adalah di antara RM3,000 – RM4,000 bagi setiap tapak. Soalan ketiga adakah masjid-masjid mendapat hasil daripada penyewaan tapak tersebut? Jawapannya ada. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Kalau boleh saya nak minta sedikit pendetailan penjelasan daripada EXCO berapakah jumlah yang mungkin dalam bentuk peratusan daripada sewaan itu diberikan kepada masjid kerana saya dapat makluman daripada masjid-masjid yang selepas PKP ini antaranya sumber kewangan mereka yang agak menyusut dan mereka tidak dapat membuat program-program yang boleh mengimarahkan semula masjid seperti sebelum ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Sijangkang atas soalan tambahan tersebut. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agama Islam sentiasa memantau dan mengenal pasti masjid-masjid yang disebut sebagai Asnaf ataupun masjid yang sangat memerlukan bantuan. Jadi mereka perlu mengemukakan laporan kewangan kepada pihak Pejabat Agama Islam untuk melihat sejauh mana keperluan dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa membantu mana-mana masjid yang memerlukan bantuan terutamanya yang pendapatannya tidak cukup untuk membuat pembayaran utiliti dan juga pengurusan. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan pembayaran yang dibuat kepada surau. Saya difahamkan dan saya terima aduan Tuan Speaker, surau juga ada juga didirikan tapak-tapak. Sebelum ini mereka ini dapat sewa daripada Telco tapi sekarang ni mereka juga menghadapi masalah sehinggakan masalah-masalah utiliti di dalam surau pun mereka terpaksa mengutip derma daripada orang ramai, ahli khariah. Jadi saya ingin bertanya soalan yang ditanyakan oleh Sijangkang tu saya tanyakan bersekali untuk surau dan memohon adakah surau ini boleh mendapat boleh menetapkan, kita boleh menetapkan satu dasar mungkin satu peratus ataupun dua peratus di salurkan terus kepada akaun masjid ataupun surau supaya ia boleh digunakan untuk pembangunan dan juga program surau yang disediakan oleh JAIS la. JAIS boleh menentukan kriteria.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Banting yang mengajukan tentang bagaimana saluran pendapatan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor daripada sewaan Telco. Ada masjid yang mempunyai sumber pendapatan dan ada juga surau yang tak ada pendapatan. Justeru itu dengan pentadbiran penyusunan semula ini bayaran diberi kepada JAIS dan JAIS yang akan menyalurkan semula kepada mana-mana surau ataupun masjid yang mendapat sewaan daripada Telco tadi ikut keperluan. Jadi perkara ini memang telah sedia maklum dalam pentadbiran Jabatan Agama. Sekian.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker. Berkenaan dengan bayaran Telco ni, saya telah bangkit dalam Sidang yang lepas. Saya telah difahamkan ada circular daripada JAIS mengatakan duit itu semua dia masuk kepada JAIS. Jadi minta penjelasan tentang duit ni tadi, adakah surau terutama surau yang ada Telco ini boleh dapat itu penjelasan kepada Majlis. Jawapannya boleh.

Speaker

Sentosa

Tuan Speaker saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Pembangunan Usahawan IndiaQuestions

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Selain bantuan melalui program usahawan dan pertanian, apakah perancangan lain bagi membantu memberdaya masyarakat India di Selangor?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa Kerajaan negeri Selangor sentiasa berada selangkah di hadapan bagi memastikan ruang dan peluang dicipta untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang adalah merupakan antara jawatankuasa terawal yang diwujudkan khusus bagi membantu para pekerja ladang serta anak-anak pekerja ladang di negeri Selangor yang majoritinya adalah berbangsa India untuk mendapatkan pelbagai peluang dan manfaat yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor. Walau bagaimanapun memandangkan ladang-ladang di negeri Selangor yang semakin berkurangan, dan tidak aktif pelaksanaan program-program tersebut masih lagi diteruskan dengan kumpulan sasaran. Adalah ditumpukan khususnya kepada masyarakat India dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jawatan kuasa Tetap Kerajaan Prihatin. Di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin terdapat 20 portfolio khusus yang diwujudkan bagi memelihara kebajikan masyarakat India seperti berikut :-

(1) Portfolio Pembangunan Masyarakat India (2) Portfolio Program Pembangunan Pendidikan Masyarakat India.

Di bawah portfolio Pembangunan Masyarakat India, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah banyak membantu masyarakat India dalam meringankan bebanan dalam arus pemodenan yang semakin berkembang pesat. Pembangunan ekonomi di masyarakat India merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin di masa hadapan. Justeru itu program-program yang telah dilaksanakan memberi tumpuan kepada pekerja ladang di negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka menerusi penganjuran program-program berbentuk kursus kemahiran jangka pendek termasuklah ceramah dan taklimat yang membantu meningkatkan keyakinan dan semangat di kalangan masyarakat India untuk terus maju dan berdaya saing.

Program-program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para masyarakat India mendalami asas-asas kemahiran ilmu yang boleh menjana pendapatan sampingan. Walau bagaimanapun sejak pandemik Covid-19 melanda program-program seumpama ini telah dihentikan seketika bagi membendung penularan wabak Covid-19. Namun begitu, memandangkan negara kita telah memasuki fasa endemik, Jawatankuasa akan meneruskan kembali penganjuran program-program sedemikian agar kebajikan masyarakat India terus terbela. Tidak hanya menumpukan perhatian kepada golongan belia, portfolio program pendidikan masyarakat India juga telah diwujudkan bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan dalam meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi rakyat yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar Tamil di negeri Selangor. Program-program yang terdapat di bawah portfolio program pendidikan masyarakat India di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut :-

1) Bantuan sumbangan subsidi tambang bas sekolah. Pemberian wang RM300.00 secara on off kepada setiap pelajar SJKT yang layak mengikut kriteria permohonan bagi mengurangkan bebanan ibu bapa melibatkan kos pengangkutan anak ke sekolah. 2) Bantuan yuran pengajian institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta bagi pelajar komuniti India B40. Bantuan yuran pengajian maksimum sebanyak RM5,000.00 bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM3,000.00 bagi Diploma kepada setiap pelajar India B40 yang layak mengikut kriteria permohonan bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak-anak kepada ibu bapa. Sumbangan yang diberikan adalah secara cek kepada institusi IPTA dan IPTS yang berkenaan. 3) Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil negeri Selangor merupakan program baru bagi menggantikan program anugerah kecemerlangan ujian pemeriksaan sekolah rendah UPSR yang telah ditamatkan berikutan pemansuhan UPSR. 4) Program-program pendidikan masyarakat India bertemakan motivasi pendidikan, kemahiran, kem penerangan, taklimat, usaha sama persatuan agensi luar dan dalam negara dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi dan pendidikan di kalangan pelajar di dalam menimba ilmu pendidikan.

5) Program bantuan pra sekolah pelajar SJKT negeri Selangor. Program baru yang telah mendapatkan kelulusan MMKN. Pemberian sumbangan maksimum RM300.00 kepada setiap pelajar SJKT yang layak bagi membeli keperluan pra sekolahan dan yang berkaitan.

Kesimpulannya, selain membantu masyarakat India melalui bantuan di bawah program usahawan dan pertanian, Kerajaan negeri Selangor juga telah banyak membantu para masyarakat India di negeri ini bukan semata-mata dengan memberi bantuan kewangan malah golongan ini turut dibantu dari pelbagai sudut yang memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

Speaker

Ya sila Sentosa

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat EXCO untuk satu jawapan yang cukup lengkap. Walau bagaimanapun saya nak tanya berkenaan dengan program-program keusahawanan yang dijalankan terutamanya Program I-SEED yang cukup berjaya. Tahniah diucapkan dan saya nak tanya berkenaan dengan adakah latihan atau follow up diberikan kepada penerima-penerima geran terutamanya kalau boleh share sedikit berkenaan dengan success story mereka yang patut kita tahu so bolehlah kita kalau program ini berjaya mungkin Dato’ Menteri Besar boleh naikkan dana untuk tahun depan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Pada dasarnya soalan Sentosa adalah selain daripada program usahawan tapi namun begitu soalan tambahan usahawan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana mengenang kembali tentang program I-SEED. Memang apabila I-SEED diperkenalkan kita masih lagi dalam keadaan epidemik, I mean dalam keadaan masih lagi MCO dikekalkan pada begitu. Walau bagai mana pun program-program penyerahan barang telah disediakan dan memang ada follow up tapi untuk mendapatkan secara carta ataupun dengan detail out program dan kami ada program tahunan hari ini atau maka karnival I-SEED akan diadakan supaya Menteri Besar telah pun berjanji untuk menaikkan dana untuk I-SEED memandangkan program ini mendapat begitu sambutan luar biasa dan juga success story yang begitu banyak. Terima kasih.

Speaker

Banting

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya yang ke 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Bangunan MpklQuestions

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah rancangan terbaru MPKL untuk projek pembangunan bangunan baru MPKL serta kedudukan bangunan sedia ada?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang Berhormat Tuan Speaker Rancangan terbaharu MPKL untuk projek pembangunan bangunan baharu, pihak MPKL telah membuat perancangan semula pembangunan selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan MPKL Bilangan 4 Tahun 2021 yang telah diadakan pada 25 Mei 2021. Anggaran tempoh masa dari fasa perancangan pembangunan sehingga ke fasa pembinaan mengambil masa selama 6 tahun bermula dari tahun 2021 sehingga tahun 2027. Fasa perancangan pembangunan terbahagi kepada empat fasa utama iaitu : I. Fasa 1 - Pemilihan cadangan tapak/ tanah. MPKL telah mengenal pasti lokasi bagi tapak cadangan pembangunan bangunan baharu MPKL. Lokasi tapak terletak di Kota Seri Langat berkeluasan 10 ekar dan merupakan pusat pentadbiran daerah Kuala Langat. Pada masa ini, hanya Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat yang berada di tapak tersebut. Tapak cadangan merupakan rizab MPKL seperti mana yang telah diluluskan dalam Kelulusan Kebenaran Merancang bertarikh 18 Mei 2020. Surat permohonan pewartaan tanah kerajaan bagi tapak bangunan baharu MPKL telah dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat pada 31 Mei 2022. II. Fasa 2 - Penilaian projek pembangunan Pihak MPKL telah memulakan pelaksanaan penilaian projek pembangunan. Anggaran tempoh penilaian projek selama dua tahun bermula tahun 2022 sehingga tahun 2024. Status semasa bagi fasa penilaian projek, pihak MPKL kini sedang di peringkat akhir penyediaan pelan konsep bangunan baharu MPKL. Pelan konsep bangunan baharu MPKL yang disediakan dapat menampung kapasiti kakitangan sejumlah 1200 orang setelah mengambil kira unjuran penambahan kakitangan bagi tempoh 30 tahun akan datang.

III. Fasa 3 – Reka bentuk, perolehan dan kelulusan Pihak Berkuasa. Penyediaan reka bentuk, perolehan dan kelulusan Pihak Berkuasa dijangka akan bermula pada tahun 2024 dan anggaran tempoh masa adalah satu tahun serta dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir tahun 2025.

IV. Fasa 4 - Pembinaan Peringkat pembinaan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2025. Anggaran tempoh masa pembinaan adalah selama dua tahun dan jangkaan siap pada tahun 2027.

Bagi kedudukan bangunan sedia ada, pihak MPKL sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang telah bermula pada 03 Februari 2022 dan skop kerja yang terlibat seperti penyediaan tempat meletakkan kenderaan, pondok pengawal, laluan keluar masuk dan pembinaan bangunan tambahan. Jangkaan siap kerja adalah pada 30 Julai 2022.

Selain itu juga, pihak MPKL akan menempatkan kakitangan jabatan teknikal dari Ibu Pejabat MPKL ke bangunan lama di Telok Datok yang dahulunya merupakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat. Proses penempatan ini disebabkan bangunan MPKL sedia ada tidak dapat menampung jumlah kakitangan yang semakin bertambah. Kerja-kerja mengubah suai dan menaik taraf bangunan akan bermula pada 20 Julai 2022 dan akan siap pada 19 Disember 2022. Tempoh pelaksanaan kerja adalah 6 bulan. Sekian, terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Maaf Yang Berhormat Banting. Masa telah habis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima pemberitahuan usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh YB. Bukit Gasing, YB. Kampung Tunku dan YB. Balakong oleh kerana urusan kerajaan ini perlu didahulukan, saya menggunakan kuasa Speaker di bawah Peraturan Tetap 79 supaya ditangguhkan Peraturan Tetap 76 (5) bagi membolehkan usul menerima penyata ini dibahaskan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata “Ya”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata “Tidak”.

Dipersetujui.

Usul No. 8 Tahun 2022Motion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul No. 8 Tahun 2022. Usul Cadangan Pindaan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Yang Berhormat sekalian, saya memohon untuk membawa satu usul seperti berikut, Bahawasanya menurut perenggan 4 Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan meminda Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti draf cadangan di Kertas Mesyuarat Bilangan 27 Tahun 2022.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telahpun disokong menurut perenggan 4 Peraturan Tetap 69. Usul ini tidak perlu dibahaskan lagi dan dikemukakan masalah ini kepada mesyuarat untuk keputusan sehingga Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap Dewan menyediakan penyata berhubung cadangan pindaan tersebut kepada Dewan. Oleh itu, usul ini diserahkan kepada Peraturan-peraturan Tetap Dewan untuk dikaji dan dibincangkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi:

Bahawasanya menurut perenggan 4 Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan meminda Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti: draf cadangan di Kertas Mesyuarat Bilangan 27 Tahun 2022.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata “Ya”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata “Tidak”.

Usul ini dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya. Usul No. 9 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh YB. Kampung Tunku.

Speaker

Silakan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Speaker dan Ahli YB. sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Public Accounts Committe (PAC) berkaitan pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 28 Tahun 2022.

Tuan Speaker, kita maklum bahawa kebersihan persekitaran merupakan satu aspek penting dalam mengekalkan imej Negeri Selangor sebagai satu negeri terunggul dalam menarik peluang pekerjaan, pelaburan dan pelancongan. Sebelum pemeteraian perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor dengan KDEBWM, pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam antara pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT-PBT) tidak setara dan mengalami masalah ketelusan di mana kontraktor yang bermasalah masih dikekalkan dan sebagainya. Ini telah menggalakkan Dato’ Menteri Besar pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengumumkan pemindahan kerja pembersihan awam kepada PBT-PBT dan concessionaire, dengan izin pada masa itu iaitu Alam Flora untuk fokus terhadap kutipan sisa pepejal sahaja pada tahun 2011. Seterusnya, pada tahun 2020 KDEBWM telah mengambil tanggungjawab ke atas perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam antara semua kesemua 12 PBT di Negeri Selangor. Saya kira sejak adanya KDEBWM ada penambahbaikan dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, dapat lebih banyak komunikasi antara pihak KDEBWM dengan PBT, Ahli Majlis dan juga penduduk. Kebolehan KDEBWM diuji semasa bencana banjir Disember 2021, di mana mereka ditugaskan untuk membersihkan semua sampah akibat banjir di kawasan-kawasan yang terjejas teruk seperti Taman Sri Muda dan Kampung Bukit Lanchung di Kota Kemuning serta Taman Sri Nanding dan kampung-kampung di sekitar Hulu Langat.

Banyak cabaran yang dihadapi. Pasukan saya turut terlibat dalam aktiviti bantuan banjir dan pembersihan. Ada kawasan di mana jalan terlalu kecil untuk lori KDEBWM masuk, ada yang memerlukan kawalan trafik yang ketat supaya mesin seperti backhoe dan sebagainya boleh melaksanakan tugas-tugas mereka. Di Taman Sri Nanding, di mana Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan Y.B. Exco Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Tuan Mohd. Khairuddin bin Othman turun bersama ramai sukarelawan, pasukan Bukit Lanjan turut hadir. Ada selut yang begitu tebal sehingga Dato’ Seri Menteri Besar pun tersangkut sampai ke paras lutut dan selut sebegini tidak boleh dibersihkan menggunakan tenaga kerja, walaupun kita nak kerah 100 orang, tak boleh tetapi memerlukan mesin khas untuk menyedut lapisan-lapisan selut yang tebal. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Y.B. Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru. Dengan kerjasama KDEBWM, dengan PBT-PBT dan agensi lain, sampah pukal sebanyak 78,000 tan telah dikutip setakat 7 Januari 2022. Dan bermula 8 Januari KDEBWM melancarkan Fasa Kedua pembersihan yang melibatkan decontamination, dengan izin, dan pembersihan longkang menggunakan teknologi effective microbiology, dengan izin.

Seterusnya KDEBWM telah meneruskan projek gotong-royong dengan membekalkan tong roro di kawasan-kawasan bersasar, melihat penduduk masih membuang sampah pukal semasa membersihkan dan membaik pulih rumah mereka. Sekali lagi sebagai seorang yang terlibat secara terus dengan aktiviti pembersihan pasca banjir

saya ucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO, pengurusan dan semua pekerja KDEBWM yang terlibat. Namun saya kira, kita sebagai Selangor, Kita Selangor jangan leka dengan kebaikan yang ada. Malah, kita harus memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada. Oleh itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) membawa penyata hari ini mengenai KDEBWM supaya kita dapat membahas dan memberi pendapat serta menambah baik syor-syor yang dikemukakan oleh PAC.

Tuan Timbalan Speaker, pada 9 Februari 2022, PAC telah mengadakan satu sesi pendengaran tertutup mengenai maklum balas oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), berkaitan pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti yang telah dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), aktiviti Jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri Selangor 2019 Siri 2. Minta maaf. Hadirin termasuk Jabatan Audit Negara Negeri Selangor (JANNS), Ahli Majlis MPK, KDEBWM dan kontraktor lantikan KDEBWM. Selain itu portal AG Dashboard milik Ketua Audit Negara menjadi rujukan berkenaan tindakan yang diambil setakat ini. Secara amnya, Laporan Ketua Audit Negara telah menemui isu-isu tersebut:

Pertama, prestasi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, pencapaian output, di mana semakan audit mendapati MPK tidak mewujudkan mekanisme untuk membuat pemantauan menyeluruh bagi memastikan jadual kutipan dipatuhi sepenuhnya oleh KDEBWM. MPK hanya memantau secara rawak melalui aplikasi whatsapp dan bertindakbalas terhadap aduan daripada penduduk dan laporan kerja KDEBWM melalui whatsapp ini tidak didokumenkan. Selain itu, didapati kaedah pemotongan tuntutan bayaran berdasarkan NTP yang dikeluarkan tidak memberi gambaran benar perkhidmatan kutipan secara keseluruhannya. Butiran spesifik boleh didapati dalam mukasurat 4 Laporan PAC. Kedua, keselesaan penduduk terjejas akibat kerja yang dilaksanakan tidak mematuhi spesifikasi kontrak dan; Ketiga, isu penilaian prestasi KDEBWM di mana audit telah mendapati bahawa peratusan markah yang dipotong bagi pengurusan pembersihan awam adalah terlalu rendah. Contohnya bagi setiap NTP yang dikeluarkan kepada KDEBWM pemotongan markah hanya pada kadar 0.05 peratus. Hasil dapatan perbincangan dua hala antara KDEBWM dan kontraktor boleh didapati dalam mukasurat 14 hingga 16 Laporan PAC manakala penemuan Jawatankuasa boleh dibaca di mukasurat 16. Saya menggalakkan Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk menelitinya kerana PAC mendapati bahawa isu-isu yang diutarakan bukan sahaja berlaku di MPK malah juga di PBT-PBT lain. PAC mempunyai 10 syor yang melibatkan: 1. Pemilihan kontraktor untuk menggunakan compactor atau lori sendiri yang hendaklah mengikuti spec KDEBWM dan PBT atau menggunapakai lori yang disediakan oleh KDEBWM;

2. Kajian semula kontrak supaya tidak terlalu panjang dan mengikat;

3. Perlunya MPK dan KDEBWM memainkan peranan masing-masing untuk membuat teguran dan amaran seterusnya notis berperingkat;

4. Program kesedaran penduduk serta perbincangan berkala antara PBT dan Ahli Majlis. Ahli Majlis juga digalakkan supaya menganjurkan perbincangan dengan Persatuan Penduduk di taman perumahan supaya penduduk dimaklumkan tentang jadual kutipan sampah KDEBWM dan tidak mengharapkan KDEBWM membuat kutipan sampah supaya berulang di luar jadual yang ditetapkan;

5. Saranan untuk MPK membuat pengemaskinian senarai taman perumahan ataupun kawasan penempatan baharu yang menggambarkan anggaran kutipan sampah yang sebenar supaya dapat menambahbaik kontrak sedia ada dengan KDEBWM. PBT-PBT lain juga disarankan agar mengambil langkah yang sama terutamanya di kawasan yang mempunyai banyak pembangunan baharu;

6. Kajian semula kadar bayaran kepada KDEBWM oleh Kerajaan Negeri Selangor; akhirnya; syor-syor selainnya menyentuh tentang paper work, dengan izin, daripada KDEBWM, penyediaan dan pengurusan tong sampah yang mencukupi di premis-premis perniagaan serta pemantauan yang lebih komprehensif dan berstruktur oleh MPK dan PBT-PBT lain tanpa bergantung kepada aduan penduduk semata-mata.

Akhir kata sekali lagi, kebersihan persekitaran amat penting bagi mengekalkan imej Negeri Selangor sebagai negeri terunggul bagi menarik pekerjaan dan pelaburan dan pelancongan. Saya ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepada KDEBWM kerana berjaya mengharungi ujian pasca banjir Disember 2021 tapi PAC juga menggalakkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar membahaskan penyata ini demi mempertingkatkan tahap kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan warga Selangor. Tuan Timbalan Speaker, saya mohon mencadang.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Speaker, saya menyokong. Saya rasa penyata ini sangat straight forward dan PAC sudah mengemukakan sebanyak 10 syor di sini jadi, saya tidak bercadang berbahas panjang lebar cuma saya ambil satu point sahaja iaitu, PAC mendapati tindakan wajar telah diambil namun masih terdapat kelemahan yang perlu ditambahbaik oleh kedua-dua pihak termasuk MPK lah, jadi PAC berpandangan sistem pemilikan kontraktor ataupun lori yang ditawarkan kepada pihak kontraktor yang diamalkan oleh KDEBWM sekarang tidak sesuai dan sepatutnya KDEBWM memastikan kontraktor menyediakan sendiri compactor. Ini adalah untuk mengelakkan KDEBWM dari membuat pinjaman dan menanggung kos operasi yang tinggi. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telahpun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telahpun disokong, saya buka usul ini untuk dibahaskan. Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih diucapkan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya sebenarnya amat tertarik dengan isi kandungan yang dibentangkan oleh Kampung Tunku tadi dan usul ini merupakan satu crystallization ataupun kristal sesuatu isu yang selalu menjadi tumpuan orang ramai dan juga Dewan Negeri ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada PAC yang dibimbing oleh Ketua Pembangkang, syabas diucapkan kerana penyata ini merupakan sesuatu yang saya kira sangat padat dan cukup komprehensif dan merungkaikan segala masalah yang dihadapi oleh KDEBWM lebih-lebih lagi isu yang melibatkan pengurusan sisa pepejal di Selangor dan berserta penemuan dan cadangan disyorkan yang saya berharap sangat Kerajaan Negeri boleh membeli perhatian yang cukup serius terhadap perbahasan usul ataupun penyata ini. Ini adalah yang pertama dan kedua apabila kita lihat masalah yang melibatkan pengurusan sisa pepejal ini, kita harus membincangkan perkara ini secara objektif iaitu berlandaskan kepada fakta tidak lain dan tidak bukan hanya fakta sahaja. Jadi saya berharap segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan itu walaupun adalah pandangan peribadi daripada para ADUN sendiri haruslah diambil secara objektif iaitu we not here dengan izin to find fault to anybody tetapi untuk memastikan sistem ini dapat dipertingkatkan.

Tuan Timbalan Speaker, apa yang kita perlu lihat perlu diuruskan dalam perbahasan ini ialah kita perlu bincangkan ada apakah peranan yang boleh dimainkan oleh pemegang-pemegang taruh dalam isu pengurusan sisa pepejal ataupun sampah sarap ini. Yang pertama, peranan yang dimainkan oleh PBT. Kalau di kawasan saya Majlis Perbandaran Kuala Langat. Kedua, apakah peranan yang dimainkan oleh KDEBWM sendiri iaitu kontraktor utama yang diberi tugas menguruskan pengurusan sisa pepejal di Selangor dan akhir sekali peranan yang dimainkan oleh orang awam, Ahli Majlis dan juga Wakil Rakyat, apakah peranan yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini. Tuan Timbalan Speaker, kalau kita lihat masalah yang dihadapi oleh perwujudan Syarikat KDEBWM ini adalah satu keputusan yang cukup penting untuk memastikan bahawa selang Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT dapat mempunyai kuasa ataupun kata we have said untuk menentukan macam mana kualiti pengurusan sisa pepejal di Negeri ini ditangani. Pada masa itu saya ingat kita mewarisi banyak masalah daripada penamatan kontraktor utama pada masa itu iaitu Alam Flora dan PBT-PBT sendiri diberi kebebasan untuk melantik kontraktor-kontraktor sendiri untuk menguruskan pengurusan sisa pepejal di kawasan masing-masing tetapi kualiti perkhidmatan itu adalah tidak stabil kadangkala baik kadangkala buruk. Jadi selepas itu Kerajaan telah membuat satu keputusan secara dasar bahawa

sebuah syarikat yang khusus dalam perkara ini akan dilantik untuk memberi satu perkhidmatan yang menyeluruh kepada semua PBT dengan kos yang lebih rendah. Itu adalah asal usulnya KDEB mengapa kita hendak membuat satu syarikat adalah supaya ia akan menjadi sebuah syarikat yang mirip dengan syarikat pengurusan sisa pepejal yang lain di negara ini seperti Alam Floral, Southern Waste dan sebagainya tetapi kos yang dikenakan itu perlulah lebih rendah daripada kos yg dikenakan sebelum ini pada masa yang sama kualiti perkhidmatan itu tetap ada. Itu sebabnya menurut economic of skill kita perlukan syarikat seperti begini disediakan di Negeri Selangor. Cuma perlu lihat Tuan Timbalan Speaker pada masa sekarang memang kita perlu akui bahawa secara puratanya ada peningkatan tetapi kita tidak boleh mengabaikan bahawa terdapat banyak kes tertentu di setiap PBT ini macam below evarage ataupun memang prestasi kontraktor ataupun KDEB dalam kawasan-kawasan tertentu tidak memuaskan. Kita perlu melihat mengapakah prestasi kontraktor yang tidak memuaskan ini bagaimana ia boleh berlaku apakah punca kepada masalah ini.

Saya melihat di kawasan saya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, satu zon yang saya kena sebutkan KTKL Zon 8 memang bukan zon Yang Berhormat Timbalan Speaker dan bukan zon Yang Berhormat Sejangkang. Ini adalah zon kutipan sampah di kawasan zon 9 ataupun Sungai Jarum yang dari dahulu sehingga sekarang selalu menghadapi masalah. Saya telah pun berbincang dengan Ahli Majlis dan juga pegawai dan sebagainya kita pernah mendapat bahawa masalahnya berpunca daripada design of the contract. Reka bentuk kontrak adalah sangat berkaitan dengan penemuan dan syor yang ada di hadapan kita ini dalam penyata ini. Apa yang sebenarnya kalau kita meneliti penemuan Jawatankuasa, syor it’s very much related to the design of the contract iaitu sekiranya sesuatu kontrak bagi zon ataupun kontraktor itu kalau ia tidak di reka bentuk di tulis dengan cara yang teliti, apatah lagi kita tahu selalunya kita ada kecenderungan untuk mereka bentuk menulis sebuah kontrak itu secara dengan izin one size fits all. Dia pakai satu set macam itu, satu draf sahaja diguna untuk semua zon. Padahal itu semua PBT pun sama juga pakai yang sama. Jadi saya rasa perkara ini kita perlu lihat sudah sampai masanya Majlis termasuk PBT termasuk KDEB perlu duduk dengan lebih kerap perlu bincang dengan lebih kerap untuk merangka satu kontrak yang mungkin akan perlulah mengambil kira sentimen tetapi faktor-faktor sesuatu kawasan. Faktor secara tempatan, bukan semua zon ataupun tempat menghadapi masalah kutipan sisa pepejal yang sama, ada sesetengah zon menghadapi masalah yang khusus contohnya di kawasan bandar mungkin apa yang perlu ditekankan adalah kutipan sampah domestik kalau di kawasan taman perumahan apa yang lebih ditekankan ialah pembersihan jalan dan sebagainya. Kalau di kawasan seperti kawasan yang golongan berada kalau di kawasan saya, kawasan SS1, kawasan Kampung Tunku mungkin masalah yang selalu dihadapi adalah masalah sampah pukal ataupun sampah kebun. Tetapi kalau di kawasan saya sekarang ia tidak ada sampah macam itu, masalah seperti ini kurang tetapi masalah pembuangan sampah domestik itu lebih lagi sedikit. Dan di kawasan saya KTKL 8 ini hampir sejak walaupun kontrak lama ini telah pun ditamatkan awal

kerana prestasi sangat tidak memuaskan, kontraktor backup yang dilantik untuk memenuhi kekosongan kontrak yang ada itu juga menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini berlaku kerana kontrak yang diberikan adalah under design contohnya kalau data yang dibekalkan oleh Majlis mempunyai mungkin lima ribu ataupun empat ribu isi rumah tetapi kerana data itu, maklumat itu tidak dikemaskinikan menyebabkan kontrak yang masuk apabila dilantik, dimasukkan, baru tahu sebenarnya tempat itu sudah pun membangun dengan pesat. Pelbagai begitu banyak rumah telah pun dibina, begitu banyak penduduk yang menetap di situ sehinggakan kapasiti yang ada sekarang pada kontraktor itu tidak mencukupi untuk menangani masalah dan ini menyebabkan kontraktor gagal untuk mematuhi jadual waktu kutipan Isnin, Rabu, Jumaat, Selasa, Khamis dan Sabtu tidak boleh buat kerana zon 9 sebagai contohnya zon 9 adalah salah satu zon yang besar.

Pada masa saya ambil alih, saya rasa sekurang-kurangnya 6 ribu buah isi rumah mengapa saya tahu. Masih ingat kita buat pengedaran face mask dari pintu ke pintu kan masa itu Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin berkata satu isi rumah empat keping face mask 2020 yang dibekalkan oleh NAKMA. Kita pergi rumah ke rumah kita bilang-bilang kalau kita ikut data yang dibekalkan oleh Majlis lima ribu lebih sahaja tetapi kita bilang ada enam ribu lebih malahan tujuh ribu lebih rumah perlukan bekalkan face mask itu. Ini menunjukkan maklumat yang dibekalkan oleh Majlis barangkali tidak sesuai dengan masa dan oleh sebab itu bila mereka membincangkan, mereka membentuk kontrak itu kita dah bagi lima ribu rumah sahaja. Cukuplah kerana bayaran berdasarkan bilangan rumah yang ada dan bila kontraktor turun ke padang dia bilang-bilang alamak tidak cukup. Saya hanya kompaktor satu sahaja, yang diperlukan sebenarnya adalah dua dan kalau kita baca penemuan jawatankuasa ini kompaktor itu sebenarnya bukan milik mereka dan masalah ini berlaku di Klang mungkin saya tidak pasti ia mungkin berlaku di PBT-PBT yang lain maksudnya kontraktor yang dilantik itu ia mempunyai satu sebuah kompaktor yang beroperasi pada sesuatu masa di sesuatu zon sahaja malahan maka itulah apa yang dia ada, dia tidak dapat mengerahkan kompaktor yang kedua untuk mengisi sebarang kekeliruan atau sebarang kelewatan yang perlu di selesaikan dan kalau macam itu ia ditambah teruk lagi dengan penubuhan jawatankuasa bahawa sebenarnya kompaktor-kompaktor ini sebenarnya bukannya milik mereka. Ia adalah milik KDEBWM yang mungkin disewa kepada mereka untuk sesuatu tempoh yang tertentu dan kemudiannya mereka menjadi pemilik kenderaan ini selepas sekian waktu. Saya rasa ini adalah satu modul saya tidak kata ini baik atau pun buruk tetapi 10 minit kita perlu diperingatkan sebelum KDEB masuk, bila Majlis melantik kontraktor saya masih ingat masa itu Majlis di MBPJ adalah ada buat satu syarat kontraktor yang membina sesuatu kontrak pengurusan sisa pepejal di sesebuah taman ataupun zon perlu menunjukkan bukti bahawa dia adalah pemilik kepada kenderaan kompaktor itu. Mesti menjadi pemilik. Pada masa itu ada kontraktor yang cuba meniru, menipu fotostat tukar nama, tukar plat nombor dan macam-macam lagi tetapi syarat tetap syarat. Iaitu mereka yang hendak membina sesebuah kontrak pengurusan sisa pepejal di sesebuah zon di sesebuah PBT perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mempunyai

hak milik terhadap kenderaan tersebut. Sekiranya zon itu besar, maka beliau perlu menunjukkan dia mungkin belum menunjukkan bukti syarikat itu mempunyai lebih daripada dua ataupun tiga kompaktor. Itu adalah sesuatu yang saya rasa kita perlu tengok balik sekiranya sesuatu zon itu terlalu besar maka mungkin baik kalau Kerajaan atau PBT menetapkan kontraktor yang perlu dilantik perlulah lebih daripada seorang kalau tidak mahu lantik lebih daripada seorang maka kita perlu memastikan kontraktor itu mempunyai kapasiti yang mencukupi iaitu jangan lah hanya satu buah kompaktor sahaja ia memerlukan syarat mungkin ialah syarikat itu perlu mendapati mempunyai lebih daripada dua buah kompaktor untuk menjalankan tugas yang dibenarkan. Ini selalu berlaku di kawasan zon saya sebab terlalu besar sehingga kan penduduk.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Boleh mencelah?

Timbalan Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya hendak bertanya atau minta pandangan daripada Banting, selain daripada masalah kapasiti, masalah lain dan kita tahu masalah sekarang ini adalah masalah kos yang tinggi. Apa pandangan daripada Banting kalau Kerajaan Negeri boleh tambah kos lagi untuk kontraktor-kontraktor ini kerana masalah pekerja sekarang pun hendak elaun yang tinggi, gaji yang tinggi. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Dalam perbahasan saya ini saya ada meringkaskan dalam tiga aspek dalam ucapan saya. Satu peranan perlu dimainkan oleh KDEB kedua peranan yang perlu dimainkan oleh MBKL barangkali Kerajaan Negeri lah dan yang ketiga adalah peranan orang awam dan juga Ahli Majlis, MPKK termasuk juga Wakil rakyat dan sebagainya. Jadi saya akan masukkan menjawab soalan Yang Berhormat tadi setakat apa yang saya tahu. Memang kita perlu memastikan bayaran itu berbaloi kerana kalau tidak its a matter of chicken and egg

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat mohon sedikit.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Banting sekiranya sesebuah syarikat itu membida untuk mendapatkan kontrak pengurusan sampah di sesuatu PBT, perlu ada sekurang-kurangnya dua, lebih daripada satu kompaktor tetapi bagaimana kalau syarikat tersebut dia memang ada lebih daripada satu kompaktor, tapi dia juga ada kerja ataupun tender di tempat-tempat lain yang dia sedang laksanakan. So, mungkin kriteria itu perlu untuk dipertimbangkan juga.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Perlu. Bagi saya adalah menjadi satu kelebihan kepada seseorang kontraktor kalau dia mempunyai lebih daripada sebuah kompaktor walaupun kompaktor- kompaktor yang dimiliki itu sedang menjalankan tugas di PBT yang lain. Tapi apa yang kita lihat ialah bila kompaktor yang kalau dalam kes saya inilah di Zon 9 ini, Zon 9 MPKL, Zon KDEB KTKL Zon 8, kalau kontraktor yang dilantik ini, dia mempunyai kompaktor yang bertugas, dia mempunyai lebih daripada sebuah kompaktor. Maka sekiranya berlaku keciciran daripada segi kutipan ataupun dari segi jadual waktu, dia boleh mengerah kontraktor ataupun kontraktor yang berkhidmat di Klang contohnya, Pelabuhan Klang dia dekat dengan kawasan saya, ataupun dari Sepang, di Dengkil dia boleh digerakkan dari situ ataupun dari Kota Kemuning, Shah Alam, ataupun dari Puchong, Subang Jaya untuk datang ke kawasan saya, untuk mengatasi masalah kompaktor, masalah sampah yang tidak dikutip selama dua tiga hari. Kalau dalam sewaktu, kalau itu pun tidak dikira, kalau ia nya berlaku dalam musim perayaan ataupun ada long weekend, dia ada long weekend itu, maka kutipan sampah itu tidak dapat dilakukan pada hari Isnin, contohnya. Maka hari Selasa dan hari Rabu akan menjadi bertimbun-timbun di situ. Dan ini adalah kerana kegagalan, ini berlaku di sesebuah kawasan yang ada di Kuala Langat ini, maka ia menimbulkan kemarahan daripada penduduk dan mereka ini pergilah ke Facebook dan sebagainya untuk mengutuk rakyat atau Wakil Rakyat dan juga Ahli Majlis dan juga Kerajaan. Dan orang ini pun kita kenal juga sebenarnya.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Mohon mencelah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kita kenal dia dan kita boleh sampaikan feedback daripada rakyat. Kita nak sampaikan feedback daripada rakyat kepada Dewan ini. Ya, Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Kuala Kubu Baharu

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, terima kasih. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Banting, adakah KDEB mempunyai kompaktor untuk sewa kepada kontraktor ataupun kontraktor kena bayar sendiri. Mengenai dengan kompaktor saya nampak tadi macam selalu katakan kontraktor tidak cukup kompaktor tetapi kalau mengikut pembentangan daripada Yang Berhormat Kampung Tunku, memang masa banjir kita ada banyak kompaktor turun ke kawasan banjir. Jadi ini ada sikit bertentangan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kalau kita lihat apa yang berlaku di kawasan saya, kontraktor yang dilantik sebelum ini dan sekarang ini dia hanya ada satu kompaktor sahaja. Ini ada lah keadaan apa yang berlaku di kawasan saya. Mungkin di kawasan lain ada kontraktor yang mempunyai lebih dari sebuah kompaktor, dan mungkin pada zaman darurat ataupun kecemasan, Kerajaan boleh mengerahkan kompaktor-kompaktor di seluruh negeri Selangor untuk datang menolong Kota Kemuning, Shah Alam, Pelabuhan Klang dan sebagainya. Malahan pada masa itu kita sebenarnya

juga sangat memerlukan bantuan daripada kompaktor di luar negeri Selangor. Tapi apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah Kerajaan perlu lihat ataupun MDKL ini perlu lihat kembali design of the contract untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang dilantik ini mempunyai kompaktor yang mencukupi. Ada sesetengah Zon, Tuan Timbalan Speaker, dia mungkin perlukan sebab kawasan dia tidak besar. Satu kompaktor sudah cukup. Itu mungkin kita boleh diteruskan tetapi sekiranya melalui aduan dan juga feedback dari orang ramai, melalui sosial media, sama ada dengan niat jahat atau tidak, kita tahu kawasan itu, selalu sakit, selalu ada masalah, maka kalau kita nak plan atapun kita nak draf kontrak itu, bila kontrak yang lepas sudah tamat and we want to draft a new contract dengan izin, maka kita perlu pastikan yang dilantik itu perlu mematuhi satu set kriteria yang lebih tegas supaya masalah ini tidak berulang.

Ini adalah berkenaan dengan KDEB Waste Management. Peranan yang boleh dimainkan oleh MDKL, tadi ada juga saya sentuh sedikit iaitu perlu membekalkan data ataupun maklumat yang tepat yang terkini kepada kontraktor bahkan kontraktor-kontraktor ataupun subkontraktor yang dilantik. Tapi yang kedua juga kita perlu lihat mungkin kita perlu kaji, sekiranya terdapat PBT yang mampu membayar kos yang lebih tinggi untuk membiayai pengurusan sisa pepejal di kawasan mereka. Saya rasa ada baiknya kalau ini boleh dilakukan. Kerana kita tahu kos pengurusan yang dikenakan oleh KDEBWM kepada semua PBT adalah jauh lebih murah daripada kontraktor-kontraktor yang lain ataupun syarikat-syarikat yang lain seperti Alam Flora dan sebagainya. Itu kita sedia maklum. And of course dengan izin, it’s all goes back to the question of chicken and egg. Kita nak tanya sama ada kita ada chicken ada ayam ke dulu ataupun telur ke dulu. Jadi saya menyarankan kepada Kerajaan untuk melihat kembali sekiranya per unit price yang dibayar oleh PBT itu sudah pun tidak menepati keperluan semasa, maka ada baiknya kadar ini diselaraskan. Apatah kali kalau lah sesuatu PBT itu mampu membayar kos yang lebih tinggi.

Timbalan Speaker

Kota Damansara

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih, Banting. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ini yang lepas ada pelarasan gaji minima sebanyak RM 1,500.00. Kemungkinan besar kos operasi berubah. Pada pandangan Yang Berhormat Banting, perlu kah dikaji semula tentang kos yang melibatkan perjanjian itu perlu dibincang semula untuk membantu operasi KDEB dan sebagainya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Keperluan. Kerana gaji yang meningkat ini merupakan menyebabkan kos yang dibayar oleh Majlis kepada KDEBWM semakin tidak berbaloi. This no longer value for money, kita tahu kos yang dikenakan oleh KDEBWM itu adalah murah, lebih murah daripada yang lain. Tetapi ini bukan satu alasan bahawa kita boleh mengurangkan menjejaskan kualiti perkhidmatan KDEBWM. Kualiti perkhidmatan itu perlu dikekalkan apatah lagi kalau kita imbas kembali, penubuhan syarikat KDEMWM ini adalah untuk memastikan pengurusan

sisa pepejal di negeri Selangor ini boleh dilakukan dengan lebih efektif, dan efisien ataupun sama efektif dan sama efisien dengan syarikat-syarikat gergasi yang lain seperti Alam Flora tetapi kos yang dikenakan itu adalah lebih murah. Lebih murah itu bukan bermaksudnya KDEBWM should run business or loses, tidak harus berlaku. Jadi sebabnya its your boys found kepada terhadap kontrak yang dikatakan itu. Adakah kontrak yang ditandatangani antara Majlis dengan KDEBWM itu ada lah mencerminkan keperluan semasa. Bagi saya ia nya perlu dirombak kembali.

Timbalan Speaker

Batang Kali mohon mencelah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Yang Berhormat Banting dan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Adakah Yang Berhormat Banting melihat perjanjian yang sedia ada antara Majlis dan kontraktor ini, tadi dikatakan bahawa mungkin waktu lawatan tapak jumlah rumah disebutkan berbeda dengan kos yang dimasuki oleh kontraktor. Sama ada perjumpaan berkala diadakan di antara Majlis dengan pihak kontraktor bagi mengenal pasti apakah masalah-masalah yang mereka hadapi setelah kesan-kesan daripada penambahan bilangan rumah ataupun longkang-longkang yang begitu teruk, ataupun dalam longkang ada pokok yang tumbuh dan sebagainya. Adakah clause-clause tertentu, ataupun syarat-syarat perjanjian tertentu yang ada dalam perjanjian tersebut, yang boleh diubahsuai misalnya, yang boleh pihak Majlis menambah sedikit bilangan jumlah kontrak berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan semasa yang dihadapi oleh kontraktor ini. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sebenarnya pertanyaan daripada Yang Berhormat Batang Kali itu adalah berkaitan dengan apa yang saya bincangkan di sini iaitu daripada segi perangkaan dan juga penyediaan kontrak dan isi kandungan itu, ia nya perlu. Memanglah penyediaan kontrak itu perlulah mendapat input yang terkini daripada Majlis, Majlis Kerajaan Tempatan. Tetapi, dan sekiranya tidak ada pertemuan yang kerap antara semua pemegang-pemegang taruh ini mustahil ini dapat dilakukan. Kalau di peringkat Majlis kita tahu bahawa Jawatankuasa Pengindahan Bandar merupakan satu mesyuarat jawatankuasa yang sering dihadiri oleh wakil dari KDEB dan juga pegawai kerajaan dan pengurusan sisa pepejal setiap PBT dan juga Ahli Majlis dan sebagainya. Jadi saya rasa sepatutnya tidak ada masalah lah untuk mereka bertemu dengan lebih kerap, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kerana hakikinya ialah kita memerlukan maklumat feedback yang terkini daripada sesuatu kawasan untuk memastikan kontrak yang dirancang itu memenuhi keperluan semasa, memenuhi keperluan penduduk. Sekiranya kita memerlukan kontraktor lebih daripada seorang kontraktor, kita tulis di dalam kehendak kita. Sekiranya kita memerlukan lebih daripada sebuah kompaktor, kita tuliskan kenyataan

ini di dalam kontrak. Sekiranya KDEB memerlukan bayaran yang lebih tinggi, kenalah bincang. Kalau tidak akan menyebabkan masalah.

Secara terus terang Tuan Timbalan Speaker, di Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan Bandar ini ada berlakunya masalah sisa pepejal ini sehingga Ahli Majlis ada saya terdengar, ada Ahli Majlis yang lantang bersuara. Kalau masalah ini tidak diatasi, kalau penduduk asyik saja membuat aduan di sosial media, dan memang aduan itu berlaku, maka KDEB perlu lakukan sesuatu. Kalau KDEB tidak lakukan sesuatu, Majlis kena buat sesuatu. Gantung banner, letak gambar YDP, letak gambar Ahli Majlis, letak gambar kontraktor, pengurus KDEB dengan bukan sahaja nama, nombor handphone. Kalau ada lagi kes macam ni berlaku telefon lah orang-orang ini. Sebab mereka sudah tidak dapat, apa ni tidak ada tempat untuk menyuarakan naluri hati mereka. Kerana masalah ini sering kali berlaku. Saya berharap kita tidak perlu sampai ke tahap sebegini tetapi di dalam Jawatankuasa Pengindahan Bandar itu memang ada Ahli Majlis yang sudah pun terpaksa bersuara sebegitu lantang semata-mata hendak membangkitkan perasaan tidak puas hati sama ada dengan KDEB atau pun dengan kontraktor yang disebutkan itu. Jadi Tuan Timbalan Speaker, tadi saya menyentuh sedikit tentang MDKL dan juga KDEB.

Timbalan Speaker

Seri Setia

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Yang Berhormat Banting, saya nak bertanya, kalau ikutkan pada pandangan dan perkiraan saya, kos yang dibuat oleh pihak PBT ini lebih tinggi. Kalau sekiranya mereka sendiri untuk mengusahakan pembersihan sampah kutipan ini. Tetapi bila Kerajaan Negeri wujudkan KDEBWM ini, maka pembayarannya atau kadarnya adalah lebih rendah daripada PBT uruskan. Apakah Yang Berhormat Banting bersetuju dengan apa yang saya nyatakan pada realitinya PBT sendiri nak usahakan sendiri walaupun dia tahu kos itu tinggi.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

PBT terpaksa, perlu akur dengan keputusan Kerajaan iaitu pengurusan sisa pepejal ini merupakan sebuah sektor ataupun satu bentuk aktiviti yang sebenarnya kos operasi itu boleh dikurangkan sekiranya dilakukan secara bersepadu, secara local, secara komprehensif supaya kita boleh mendapatkan value for money. Cuma sekarang ini, kalau bayaran itu terlalu rendah pun ia sebenarnya pun akan menjejaskan prestasi KDEB, itu adalah sesuatu yang saya rasa, itu adalah realiti. Dan kalau kita ni kekal dengan kadar yang sedia ada itu rakyat mungkin akan berasa dia tidak akan rasa bahawa itu adalah masalah mereka. Mereka barangkali merasa sekiranya kos yang perlu saya bayar itu begitu rendah saya nak buang ke tak nak buang, suka hati lah. Tapi kalau rakyat tahu rupa-rupanya kos untuk mereka menghasilkan sisa domestik satu kilogram setiap hari rupa-rupanya mereka perlu bayar, kos itu bukan hanya murah, mahal, malahan semakin hari semakin mahal, mereka akan ada satu kesedaran untuk mengurangkan sampah sarap yang dihasilkan di dalam rumah mereka. Yang Berhormat...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Kuala Kubu Baharu

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih. Yang Berhormat Banting, ini saya petik daripada laporan Ketua Audit Negara, 2020 mengenai dengan KDEBWM iaitu Waste Management Company itu, di mana mereka ada keuntungan pada tahun 2018 sebanyak RM6.37 juta, 2019 sebanyak RM12.52 juta, dan 2020 sebanyak RM2.13 juta dan keuntungan kurang pada 2020 kerana Kerajaan Negeri tidak memberi geran kepada mereka pada tahun itu. Jadi mereka boleh untung, ini bermakna kos bukan satu isu. Adakah Yang Berhormat Banting setuju?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kita mengucapkan tahniah lah kalau KDEB boleh mencatat keuntungan walaupun bukan satu amount yang cukup besar, RM 6 juta. Kalau bagi saya, sebab apa yang saya dengar, apa yang saya dapat ialah selalunya Encik Ramli datang, dia kata mungkin kos yang kita bayar itu tidak setara dengan syarikat-syarikat yang lain. Jadi mungkin itu perlulah mendapat penjelasan daripada syarikat berkenaan, boleh untung lagi, macam mana. Tapi apa tah lagi, apa pun sekali pun, kalau boleh untung, maka baguslah, KDEB sebenarnya boleh melakukan walaupun dengan ada program, keuntungan RM 6 juta itu boleh lah mungkin, dia boleh sediakan lebih banyak kompaktor untuk disewakan ataupun disewakan pada kontraktor-kontraktor yang menunjukkan prestasi yang baik ataupun KDEB boleh mewujudkan program-program alam sekitar, program-program pengurangan sampah, program-program CSR yang menjurus kepada pengurangan sampah sarap di Negeri Selangor.

Saya pernah mencadangkan ada baiknya kalau KDEB menganjurkan program atau mewujudkan satu eko-sistem untuk mengitar semula sampah-sampah tertentu, contohnya minyak terpakai, contohnya sampah sarap electronic watse dan kita lihat kerajaan sekarang ini telah berlaku sedikit tetapi bukan di bawah KDEB, di bawah Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap yang lain seperti alam sekitar dan sebagainya. Mungkin it’s time, masa sudah sampai untuk KDEB untuk merangka sesuatu. Berdasarkan apa yang apa keuntungan yang dia ada, tapi apa pun sekali, apa yang saya dapati dan saya rasa barangkali dalam banyak mesyuarat secara rasmi ataupun tidak rasmi, KDEB dengan wakil mereka akan selalu berkati bahawa kos ataupun bayaran per unit price yang kita bayar adalah lebih rendah daripada syarikat-syarikat yang lain.

Saya rasa ini apa selalu kita dengarkan, jadi saya tahu itu adalah satu fakta ia di, bayaran itu lebih rendah daripada syarikat-syarikat yang lain yang beroperasi di Kuala Lumpur, di Pahang, di Putrajaya, di tempat-tempat yang lain di negeri-negeri yang lain, tapi ini bukan satu alasan untuk KDEB mengurangkan, mengurangkan ataupun merendahkan prestasi perkhidmatan mereka. Sekiranya KDEB merasakan bahawa kadar bayaran itu tidak mencukupi, mungkin kerana situasi sekarang perlu ada kenaikan gaji RM1500 gaji minimum, tiba-tibanya berlaku dan sekarang ini kontrak ataupun bayaran yang diterima itu tidak mencukupi, maka ada kena ada ruang di

dalam kontrak itu sebagai seperti kontingensi pelan supaya masing-masing ada hak untuk merunding semula bayaran itu. Jadi saya rasa itu adalah sesuatu yang harus dilihat dengan lebih teliti selepas ini, ya Yang Berhormat, boleh.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Speaker. Saya nak bertanya pada Banting, setuju kah Banting berkaitan dengan usul yang dibincangkan ini, yang dibahaskan ini, berkaitan pengurusan perkhidmatan sisa pepejal oleh KDEB Waste Management ini. Untuk dikaji semula, kerana sangat banyak isu-isu yang diutarakan tadi, termasuklah yang Banting sendiri sebutkan supaya semua pemegang taruh yang mana bukan daripada awal oleh Banting tadi, duduk dan bincangkan isu nya adalah berkaitan yang realistik. Mungkin daripada sudut soal perjanjian, jumlah kontraktor yang ada juga boleh mungkin dipertimbangkan daripada sudut keluasan, jarak daripada pusat pelupusan yang juga mengambil kira mungkin perjalanan mengambil masa akhirnya tidak dapat dilakukan oleh satu kompaktor sahaja.

Mungkin juga oleh jumlah tan ataupun jumlah sisa pepejal yang haru dilupuskan, itu juga menjadi parameter-parameter yang akan dipertimbangkan. Berkaitan dengan jumlah kontraktor dan juga jumlah kompaktor yang harus ada di kawasan-kawasan yang tertentu. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Setujulah. Sebenarnya, tak perlu tunggu perbahasan ataupun Usul ini diluluskan. Sebenarnya selama ini isu berkenaan dengan sisa pepejal dan juga prestasi KEDBWM ini sering kali menjadi tumpuan perbahasan Dewan dan juga laporan media di luar sana dan juga buah mulut orang ramai. Jadi, saya rasa sememangnya dan seharusnya KDEBWM dan juga jawatankuasa dan juga kerajaan negeri mempunyai peluang yang mencukupi untuk mendapat tahu apa yang berlaku sebenarnya di peringkat hakiki. Apa yang saya bangkitkan di sini adalah secara lebih teliti lagi dan apa yang berlaku di kawasan saya dan ini kebetulan ianya selari dengan apa yang ditemui dan apa yang di cadangkan oleh jawatankuasa.

Tuan Timbalan Speaker, sebenarnya saya ada satu lagi peranan, tadi saya kata MPKL dan juga KDEB. Satu lagi peranan yang boleh dimainkan oleh orang awam. Kita tahu, saya mengucapkan syabas kerana KDEBWM merupakan sebuah syarikat yang pertama-tama sekali mengeluarkan mewujudkan satu apps yang dikenali i-clean apps. Cuma saya tak pasti lah saya rasa ramai orang lebih suka membuat aduan secara konvensional, melalui whatsapp, melalui whatsapp kepada Yang Berhormat, whatsapp kepada Ahli Majlis dan sebagainya.

Sepatutnya aduan-aduan daripada orang ramai, salah satu sebenarnya, salah satu aspek untuk kita merangka satu kontrak yang menyeru yang betul-betuk jitu dan tepat, adalah berdasarkan kepada aduan. Saya ingin bertanya sebenarnya, kalau lah aduan apps ini tidak digunakan secara meluas oleh penduduk, ianya barangkali tidak dapat

berfungsi dengan betul untuk merekod, tidak dapat merekodkan jumlah aduan yang dihadapi oleh KDEB setiap hari. Apabila kita tidak dapat mengetahui bilangan aduan yang diterima setiap hari, maka kita tidak akan dapat tahu sama ada masalah yang di hadapi serius ke tidak. Apa yang kita lakukan, apa yang berlaku sekarang ialah, orang buat aduan secara konvensional. Panggilan telefon, whatsapp ataupun melalui e-mel dan sebagainya kerana bagi orang ramai ini adalah cara yang paling cepat. Dia tidak, tetapi sekiranya aduan itu dibuat tanpa melalui apps, kita tidak boleh membuat semakan, kerana daripada apps itu kita akan tahu mengapa zon ini tiba-tiba dia ada seratus, dua ratus buah aduan, padahalnya tak ada satu pun yang direkodkan melalui apps ini, dia mungkin satu atau dua sahaja.

Jadi, ianya sekiranya ini berlaku maka ia akan memberi satu gambaran yang tidak tepat terhadap apa yang berlaku di situ. Jadi saya ingin menyaran kepada kerajaan juga semua orang ramai dan juga orang ramai dan juga wakil rakyat supaya mencatatkan ataupun merekodkan aduan melalui apps ini adalah sangat peting kerana ia penting bukan sahaja sebagai satu saluran untuk mengatasi masalah, tapi juga penting untuk Kerajaan menilai prestasi, kita nak tahu sama ada KDEBWM dia ada buat kerja ke tidak, kita nak tahu kontraktor yang diadukan itu dia ada buat kerja ke tidak. Kalau kontraktor itu, zon 9 ini dia sering kali ada masalah, kita tahu lah, dia ada masalah, bukti itu di sini. Kalau dia nak bawa kita ke mahkamah ini boleh ditunjukkan sebagai bukti, sebab kita sudah ada dokumentasi.

Kalau kita tidak merekodkan aduan-aduan ini secara terperinci, maka saya rasa kita mungkin, kita ada akan menghadapi banyak masalah iaitu kontrak itu, prestasi masalah ini akan sentiasa menjadi berulang, kita tidak dapat mengatasi masalah ini secara hakiki, secara dasarnya dan sebenarnya kita nak menyelesaikan masalah ini secara dasar in sama saja, bukan saja untuk i-clean apps, bukan saja untuk KDEB malahan aduan untuk semua agensi kerajaan, majlis, baik majlis, baik PBT ataupun UPEN ataupun JKR. Sekiranya aduan terdapat aduan yang sering kali direkodkan terhadap jalan itu, macam kita buat Waze, kita nak tampal lubang, kita berdasarkan kepada aduan dibuat melalui Waze itu. Itulah cara dia, kita tekan saja, JKR akan tahu, selepas sehari itu, kita akan tahu memang jalan ini, Jalan Kebun, Jalan Kampung Kebun, dari Sungai Kandis sampai ke Sijangkang, dari Sungai kandis sampai ke Tropicana Aman, jalan itu, sering kali saja ada lubang, apa berlaku, kerajaan akan mengerahkan sumber-sumber dan juga aset-aset untuk memastikan tidak ada lagi aduan jalan di situ, jalan berlubang di situ.

Ini adalah konsep dia, kalau sesuatu zon itu sering kali ada masalah sampah, tapi tidak diadukan, tidak ada catatan, orang pun tak tahu, pegawai kalau dia mesyuarat, tak adapun. Maka saya rasa, kita pun susah payah nak buat, nak bayar kepada developer untuk men-develop untuk membangunkan aplikasi mudah alih akhirnya tidak ada orang nak pakai, maka it is not value for money, Yang Berhormat Speaker. So, kalau ada kita perlu memastikan bahawa aduan itu dapat direkodkan melalui sistem, melalui aplikasi mudah alih ini. Jadi Tuan Timbalan Speaker, ini adalah sedikit

sebanyak isu yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang Mulia ini dan sebahagian besarnya adalah sebenarnya merupakan rintihan rakyat. Mereka memerlukan satu penyelesaian cepat terhadap apa yang berlaku di sesebuah zon ataupun tempat, saya tidak menafikan bahawa di kebanyakan tempat di Kuala Langat termasuk Yang Berhormat Morib pun saya rasa okay juga.

Kadang-kadang mungkin ada satu dua aduan, tapi kita tidak boleh menganggap semua zon lain adalah okay, cantik tetapi kita juga harus tahu mungkin satu tiga kawasan yang memang bermasalah dan kita perlu memastikan kontraktor yang dilantik untuk kawasan itu menjalankan tugas dia. Dia memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan dan untuk ini berlaku maka kita tidak boleh menggunakan cara one size fits all, kena ada perbezaan sedikit sebanyak ataupun peluang untuk masing-masing membangkitkan isu-isu ataupun masalah yang ditemui apabila kontraktor masuk ke tapak. Ini adalah berdasar apa yang saya ingin sampaikan, saya berharap usul ini dapat disokong dan selepas ini kerajaan boleh melihat kembali apa segala teguran yang ada dan boleh menambah baik masalah-masalah yang dihadapi oleh kdeb ini secepat yang mungkin.

Apa yang penting ialah bayaran perlulah tepat pada waktu tetapi bayaran yang menepati keperluan KDEB juga perlu dilakukan, itu saya setuju. Sekiranya PBT, sesebuah PBT adalah dia mampu membuat bayaran yang lebih tinggi, saya rasa maka perlulah bincang, mungkin dari situ kita boleh buat cross subsidi lah untuk membantu PBT-PBT yang menghadapi masalah seperti Sabak Bernam dan sebagainya, sekarang ini saya pun tak nak kata MPKL ini lebih masalah, MPKL ini sekarang ini saya rasa prestasi kewangan dia cantik juga, tapi sekiranya kerajaan dapat melihat kembali dan membuat satu keputusan yang menyeluruh saya rasa, saya amat berharap supaya prestasi kutipan sampah sarap di kawasan di seluruh Negeri Selangor termasuk di kawasan saya dan juga di kawasan Kuala Langat dan juga di kawasan Subang Jaya ini dapat di atasi. At least dalam masa setahun daripada sekarang, itu adalah saranan saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat semua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di sini.

Timbalan Speaker

Silakan Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Saya menyambut baik dengan syor-syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam berkaitan pengururusan berkaitan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Saya ingin merujuk kepada perkara 4.1.5 yang mengatakan kerja-kerja pembersihan taman, landskap, longkang monsun dan longkang taman, bukalah semuanya di bawah tanggungjawab KDEBWM. Sebahagiannya adalah tanggungjawab kontraktor yang dilantik oleh PBT sendiri. Saya berpendapat bahawa perkara ini sebenarnya menampakkan kekeliruan dan kesukaran pengurusan sisa pepejal kerana tiada keseragaman atau komunikasi di antara kontraktor-kontraktor sisa pepejal.

Jika kita membandingkan bayaran kepada KDEB, dengan syarikat atau kontraktor lain seperti Alam Flora, Idaman dan SWM, KDEB menawarkan harga purata RM 7 sebulan untuk kutipan sebanyak 3 kali seminggu bagi sampah domestik ataupun 12 kali sebulan. Ini apa yang sedangkan kita bincangkan tadi, kutipan KDEB ini terlalu rendah. Jadi saya bagi sedikit statement berapa sebenarnya bayaran tersebut. Jadi, ada PBT bayar RM 5 seunit rumah sebulan, dan purata RM 7 ini purata saja ya. Jadi, manakala syarikat-syarikat lain menawarkan harga purata RM 14.80 sebulan untuk kutipan 8 kali sebulan sahaja. Ini bermaksud dengan kadar dengan sekali kutipan sampah domestik, KDEB hanya menerima bayaran sebanyak RM 0.58 sen, manakala syarikat-syarikat lain menerima bayaran sebanyak R M1.85 iaitu tiga kali ganda lagi mahal daripada KDEB. Dengan bayaran ini, bagaimanakah kita boleh meminta KDEB mematuhi kadar gaji minimum sebanyak RM 1500 seorang. Bayangkanlah setiap kompaktor diikuti dengan dua orang pekerja dan seorang pemandu, sebulan perlu membayar gaji RM 4500, tiga orang kan, jadi RM 4500.

Bayaran pungutan seunit rumah adalah sebanyak RM0.58 sahaja sekali. Maka sebuah kompaktor perlu membuat pungutan 7,759 kali untuk mendapat gaji minima mereka. Ini bukan gaji lain, gaji sendiri sahaja, okay. Jadi, kalau kita divide lagi, kejap ya. Iaitu sehari mereka perlu buat pungutan sebanyak 298 unit rumah dan sekiranya satu pungutan ambil masa seminit sahaja, hampir 5 jam tidak henti-henti pekerja KDEB perlu membuat pungutan dan belum lagi kita kira masa ulang-alik kompaktor ke tapak pelupusan sisa pepejal. Belum lagi kita kira kos untuk bayar tapak pelupusan, kos untuk servis kompaktor, kos untuk pengurusan dan lain-lain. Saya perlu memberi pujian kepada KDEB, Balakong merupakan satu kawasan yang mempunyai masalah sampah haram yang sangat serius. Dengan bantuan KDEB, setiap aduan yang kita terima biasanya dapat diselesaikan dalam masa 24 jam. Kadangkala dua tiga jam sahaja. Jadi, belum lagi saya sebut tentang bantuan yang disalurkan oleh KDEB semasa banjir kilat yang berlaku pada tahun lepas.

Timbalan Speaker

Balakong, Kuala Kubu Baharu ingin mencelah.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Sila.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih. Yang Berhormat Balakong nampak KDEB dekat Balakong sangat baik. Adakah Balakong juga menghadapi masalah seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2000 mengenai dengan kontraktor dia tidak mencabut iklan haram?

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Bagi kawasan saya sebenarnya iklan haram ni sebenarnya bukan tanggungjawab KDEB. Dia sebenarnya di bawah PBT. Kenapa ada iklan-iklan haram tapi dengan setiap aduan yang saya boleh cakap yang saya hantar kepada KDEB setiap aduan diselesaikan. Jadi, memang saya nak puji KDEB. Kalau mereka tidak kerjasama, memang saya akan marah tapi semasa mereka buat

kerja yang baik kenalah kita pujikan. Kan? Okay. Jadi, belum lagi saya sebut tentang bantuan yang disalurkan oleh KDEB semasa banjir kilat yang berlaku tahun lepas. KDEB juga sangat pro aktif atas aduan berkenaan sampah haram dan sentiasa mengambil inisiatif bagi menjalankan pantauan ke hotspot-hotspot dengan izin, sampah haram. Mereka sekali sahaja kita complaint sini ada sampah haram, dalam sebulan dua bulan mereka akan sentiasa pergi pantau dengan inisiatif sendiri. Kita tak panggil pun. Dengan ini saya ingin mengesyorkan bahawa dengan kos yang terlalu rendah sampai tahap tidak munasabah dan efficiency dan komitmen yang tinggi dan juga memandangkan KDEB merupakan syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor, kita seharusnya memberi semua kontrak pengurusan sisa pepejal yang diuruskan oleh PBT termasuklah kerja-kerja pembersihan taman, landskap, longkang monsun dan longkang taman kepada KDEB untuk mengurangkan kos dan meningkatkan efficiency kerja pembersihan. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan untuk menambahkan bayaran kepada KDEB. Bayaran purata RM 7.00 seunit rumah sebulan adalah terlalu rendah. Bayar kacang dapat monyet, saya rasa semua pun dengar kan? RM0.58 bagi sekali pungutan sampah? Kacang pun lagi mahal tau. Jadi, saya ingin tahu sangat apakah sebabnya PBT tidak memberi semua kontrak pengurusan sisa pepejal dan kerja pembersihan awam kepada KDEB? Adakah kontraktor-kontraktor lain adalah lebih murah? Adakah mereka lebih efficienct? Adakah mereka senang dihubungi atau adakah mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih daripada KDEB? Kalau semua ini tidak, saya tidak nampaknya sebab-sebab lain kita tidak lantik KDEB untuk menguruskan semua sisa pepejal dan kerja pembersihan dalam Negeri Selangor ini. Dengan ini, saya menyokong Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam berkaitan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Jadi, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk sama-sama berbahas tentang Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) berkaitan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam oleh KDEB yang mana kalau kita lihat isu sampah bukanlah satu isu baharu dan merupakan isu besar di Selangor pada ketika ini terutama di kawasan-kawasan bandar dan juga pinggiran bandar. Tidak terkecuali juga ia berlaku di tempat saya yang mana kalau kita lihat saya akan cerita juga baik dan buruklah. Berlaku adil. Bukan kita buruk untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk memperbaiki apa yang kurang supaya kita dapat meningkatkan servis dan perkhidmatan kita sendiri. Dan kalau kita lihat seperti mana yang telah dibahaskan oleh Banting dan juga daripada Balakong tadi memperkatakan soal kos sebenarnya. Tentang bayaran yang diterima oleh KDEB itu yang rendah. Dan memang saya merujuk kepada pihak MPK sendiri khususnya yang mana dia menceritakan bahawa pembayaran yang dikenakan ataupun yang diterima oleh pihak KDEB ini tidak mengikuti ataupun tidak sepatutnya

bayaran itu diterima pada ketika ini. Maksudnya dari segi jumlahnya. Kalau ikut bayaran cuma RM 5.00 untuk satu rumah yang paling rendah antara PBT terendah di Negeri Selangor sedangkan kalau kita lihat penduduk semakin bertambah dan sampah pun semakin banyak dan sepanjang saya menjadi wakil rakyat khususnya di Meru, saya memuji pihak pengurusan KDEB sendiri di Meru setiap kali aduan dan setiap kali perkara yang dibangkitkan mereka akan segera menyelesaikan cuma mereka juga mengadu tentang beberapa kekangan-kekangan mereka contohnya kekurangan dari segi jentera ataupun kekurangan dari segi manpower ataupun tenaga kerja untuk menguruskan sampah-sampah yang semakin banyak daripada kebiasaan. Lebih-lebih lagi apabila berlakunya banjir dan juga pada musim perayaan kita dapat lihat bahawa sampah-sampah ini menimbun daripada kadar biasa.

Dan kalau kita lihat daripada isu ini juga mungkin antara sampah-sampah ini tidak dikutip ini sebagai teguran kepada KDEB untuk meningkatkan saya lihat kadang-kadang petugas-petugas ataupun pengutip-pengutip sampah ini, mereka ini akan kutip mengutamakan sampah-sampah recycle dulu. Jadi, kadang-kadang di lori itu dah penuh dengan sampah-sampah recycle yang mereka hendak jual balik untuk dapatkan hasil, duit upah yang lebih banyak. Di sini kadang-kadang sampah-sampah logistik atau yang sepatut sampah-sampah yang sepatut mereka angkat ini tidak dapat angkat banyak. Ini yang menyebabkan kadang-kadang kutipan itu terjejas dan juga sampah itu menimbun. Dan mana kalau kita lihat antara yang saya nak bangkitkan di sini juga adalah berkaitan dengan sampah khususnya di kawasan kampung yang mana kutipan sampah domestik dan sampah pukal di kawasan kampung dan kita pun sedia maklum kawasan-kawasan kampung ini mereka tidak bayar cukai. Mereka tidak bayar cukai tapi terpaksa kita kutip juga sampah-sampah ini. Yang mana penduduk tidak boleh bina tapak sendiri untuk tempat pembuangan sampah. Jadi, kita kena sediakan tapak pembuangan sampah dalam konsep sampah berpusat dan mereka ini tidak boleh buang sampah di tepi jalan. Kebenaran dan tapak sampah berpusat ini hendaklah dipersetujui oleh orang kampung dan dengan kebenaran JKR. Dan orang kampung ini selalunya mereka ini tidak setuju bila tempat mereka ini jadi tempat pembuangan sampah sebab menimbulkan masalah bau dan sebagainya tetapi kita mereka perlu akur juga. Suka tak suka kena sediakan tempat itu. Kalau tidak masalah ini tidak boleh diselesaikan dan kadang-kadang mereka daripada kampung dan bukan sahaja daripada kampung tetapi juga peniaga-peniaga, penjaja-penjaja jalanan tepi-tepi jalan ini, mereka juga membuang sampah di kawasan-kawasan perumahan. Yang ini menimbulkan timbunan sampah dan tidak adil kepada penduduk taman atau kawasan perumahan yang membayar cukai yang mana masalah sampah di tempat mereka tidak selesai disebabkan longgokan sampah atau timbunan sampah yang timbul ataupun yang terhasil daripada penduduk kampung yang tidak membayar cukai termasuk peniaga-peniaga jalanan ini sendiri. Jadi, kutipan sampah domestik bagi kawasan kampung ini perlu dikutip setiap hari sebab sampah memang banyak di kampung dan perlu penyelarasan semula perjanjian spesifikasi kontrak bayaran yang mana perkara ini bagi saya tidak adil kepada pihak KDEB. Saya dimaklumkan juga kalau sampah itu sepatutnya dia ada SOP, berapa kutipan dia kena kutip tapi

sebenarnya kutipan yang dikutip oleh pihak KDEB ini lebih daripada kadar yang sepatutnya mereka kutip dan mereka tidak diberikan bayaran tambahan ke atas kutipan-kutipan yang melebihi yang sepatutnya mereka kutip.

Untuk makluman Yang Berhormat sekalian juga, satu isu yang kita kena bangkitkan bersama antara masalah yang kita kena fikirkan bersama kebanyakan petugas-petugas KDEB...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Meru.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Meru.

Silakan, silakan. Saya nak tunggu daripada Taman Templer ni.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Meru, rindu, rindu. Adakah kita boleh menyatakan bahawa KDEB ini di anak tirikan? Sebab kalau kita dengar tadi apa yang disebutkan oleh Balakong bila ADUN buat aduan kepada KDEB dia layan. Saya sendiri pun Alhamdulillah. Setakat hari ini kalau kita buat aduan kepada pihak KDEB ini dia layan. Cuma kalau kita dengar tadi soal RM 5.00, RM 7.00 ni dalam keadaan hari ini, barang semua naik. Saya tiga empat hari lepas pergi ke pasar tani di Putrajaya, program shopping dengan Perdana Menteri bagi Perdana Menteri RM 100.00 tapi Perdana Menteri tak datang. Ikan talapia dulu dua tiga bulan yang lepas harga sekilo RM 14.00. Sekarang dah naik dekat RM 20.00. Talapia ni ikut sejarah dulu-dulu orang tak makan talapia ni. Tapi sekarang sekilo RM 20.00. Kemudian gaji RM 1,500.00 duduk di Kuala Lumpur. Selayan ni kira Kuala Lumpur lah. Meru ni pun kira Kuala Lumpur lah. Kita berada di Lembah Klang. Jadi, kos kehidupan sekarang pun tinggi. Kemudian jumlah penduduk kita di Selangor ni pun, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar sebut dulu 6.3 juta Pelabuhan Klang. Sekarang ni penduduk di Negeri Selangor dah meningkat kepada 7 juta. Saya kadang-kadang duk terfikir juga kita di Negeri Selangor ini pun mungkin kena buat juga peraturan ataupun undang-undang jugalah. Mungkin menghadkan. Jadi isu juga kalau saya sebutkan ni. Menghadkan juga maksudnya kita kena ada had juga rakyat di Selangor ini. 8 juta ke? 9 juta ke? 10 juta ke? Sebab kos berkaitan dengan perumahan kita hendak fikir, soal berkaitan dengan airnya, soal berkaitan dengan sekolahnya, masjid dan sebagainya. Jadi tanggungjawab yang sangat besar kepada kita di Negeri Selangor ini. Sebab itu saya rasa dalam persoalan soal berkaitan dengan apa yang...

Tuan Timbalan Speaker, boleh celah atas celah tak?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Haaa?

Boleh celah atas celah?

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya pun dah dua hari tak bercakap ni. Baru start-start nak belajar bercakap hari ini ni.

Timbalan Speaker

Taman Templer, bukan celah ni, ni bahas ni. Ringkas.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ya.

Timbalan Speaker

Ini bukan celah, bahas tu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sebab itu saya kata tadi saya nampak seolah-olah KDEB ini di anak tirikan lah. Saya rasa kalau perlu dipertingkatkan dinaikkan kos harga ataupun pembayarannya perlu kita berikan kepada KDEB ini, kita kena bagilah saya rasa. Kalau tidak kita hendakkan satu perkhidmatan servis bertaraf dunia yang terbaik tetapi duit kita bagi ciput. Jadi, saya minta sikit pandanganlah daripada Meru walaupun soalan saya ni agak panjang. Terima kasih, Timbalan Speaker.

Okay. Terima kasih saya kepada Yang Berhormat Taman Templer. Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Taman Templer. Ini antara isunya. Bila bayaran tidak setimpal dengan apa yang diberikan sudah pasti dia mempengaruhi servis ataupun perkhidmatan yang diberikan. Cuma persoalannya bila kita melibatkan soal kos ataupun hendak menambahkan bayaran kepada pihak KDEB dia akan melibatkan pembayaran ataupun cukai yang bakal dikenakan sendiri kepada rakyat itu sendiri. Itu yang menjadi masalahnya. Memang dalam keadaan sekarang ini macam mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Taman Templer tadi dengan kos naik dan sebagainya sudah pasti dalam masa yang sama kalau kita nak mengenakan cukai tambahan kepada rakyat pada ketika ini rakyat pun akan melenting. Walaupun sebenarnya kadar itu memang sepatutnya perlu dikaji semula dah sebab saya tidak ingat tapi kadarnya pun dalam kadar yang lama. Tahun bila saya tak pasti. Saya tak dapat maklumat detail. Tahun 2020 baru lagilah. Kalau 2020 baru lagilah. Tapi dalam keadaan kita berhadapan dengan inflasi, kita berhadapan dengan situasi yang terkini, lebih-lebih lagi kalau kita lihat bagaimana Kerajaan Pusat sendiri telah menetapkan kadar gaji minima dan di situ juga kita lihat bagaimana ada salah guna kuasa apa saya hendak sebut dekat sini, yang mana kalau kita kaji kebanyakan pekerja-pekerja KDEB termasuk pemandu ni kadang-kadang warga asing sendiri. Dan bukan sahaja mereka ini tidak ada lesen, kadang-kadang mereka ini PATI pun.

Tetapi itulah yang dapat KDEB sediakan untuk bayar pekerja-pekerja dengan kadar bayaran yang lebih murah sedangkan kalau kita, minta maaflah kalau saya sebut mungkin warga tempatan kita sendiri amat kurang berminat untuk bekerja sebagai pengutip sampah dan mungkin mereka tidak standard dan sebagainya sedangkan ia merupakan pekerjaan yang paling mulia sebenarnya. Cukup mulia dan mereka inilah sebenarnya sebagai tulang belakang yang telah memberikan keselesaan kepada kita. Sebab itu kita tengok dalam satu kitaran kutipan mereka tak buat kutipan sampah, satu taman mengamuk, bising dan sebagainya. Itu menunjukkan bahawa mereka ini cukup penting peranan mereka. Bagi saya, kita kena bagi penghormatan khusus kepada petugas-petugas kutipan sampah, KDEB ini sendiri. MPK yang menguruskan bahagian sampah, sebab mereka buat kerja yang orang tak suka buat. Tetapi mereka sanggup orang kata mengotorkan tubuh badan mereka untuk memberikan keselesaan kepada kita.

Mungkin pihak Kerajaan Negeri juga boleh memikirkan insentif tertentu kepada warga tempatan yang bersedia untuk kerja mengutip sampah dia sendiri, tak mustahil benda itu kita boleh fikirkan bersama. Contoh saya dapat maklumat dan juga program-program yang boleh membantu pihak KDEB untuk menyelesaikan masalah ini. Macam mana yang kita lihat, bagaimana MPK, saya dapat makluman mereka ada buat kerjasama dengan pihak syarikat swasta, macam dengan Nestle dalam bentuk CSR. Pihak MPK sediakan logistik, jadi penduduk-penduduk barang-barang yang boleh di kitar semula ini dimasukkan dalam itu dan pihak Nestle akan uruskan. Jadi, pihak MPK sendiri tidak menanggung kos, tetapi pihak CSR ataupun pihak syarikat swasta ini sendiri yang akan mengeluarkan kos mereka untuk meringankan bebanan MPK itu sendiri. Kalau saya difahamkan perbelanjaan MPK sahaja untuk menguruskan isu sisa pepejal ini mencecah RM 77 juta, 1 tahun dan saya difahamkan separuh perbelanjaan MPK ini untuk uruskan sampah sahaja. Kalau ikut memang 1 business yang baguslah, mungkin sebagai makluman tambahan sebelum ini saya dapat maklumat. Di Hong Kong, businessman atau ahli perniagaan yang paling kaya di Hong Kong adalah seorang wanita, bukan lelaki. Seorang wanita, yang mana wanita ini apa business nya kutip sampah. Dia kutip sampah, jadi orang kaya. Nanti Yang Berhormat Melawati bolehlah jadi kontraktor kutip sampah, mana tahu boleh jadi orang kaya lepas ini kan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Sekarang nak datang ke Banting untuk membuat pelaburan kan?

Dia ada datang.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ada newspaper.

Bolehlah Banting mengurat dia nanti. Mana tahu kan dapat hasil. Jadi sebenarnya benda ini kalau kita fikir dalam bentuk positif, dia akan jadi positif jugalah. Cuma ada beberapa perkara

yang kita nak kena perbaiki dekat sinilah dan juga kalau kita lihat juga di sini macam mana saya sebutkan tadi isu yang dibangkitkan di dalam penyata ini tadi saya terpandang satu isu ugut petugas-petugas KDEB khususnya yang berlaku di Sentosa. Mana Sentosa kita? Ugut, perkara ini juga kita kena ambil serius. Ini juga sebenarnya mengganggu perjalanan kutipan sampah bila petugas-petugas mereka ini diugut. Bagi saya ini satu perkara yang serius dan pihak PDRM perlu membuat siasatan dengan mengambil tindakan sebab kita tak nak wujudnya budaya gengsterisme di dalam negeri kita ya, mengambil kesempatan. Saya yakin sebenarnya bukan sahaja kepada pengutip sampah, tetapi juga kontraktor-kontraktor juga ada yang diugut bila masuk 1 kawasan diugut dan sebagainya dan kebanyakannya kadang-kadang kita tak ambil kisah sangat perkara ini sebab kita anggap mungkin perkara ini kes-kes terpencil. Tetapi kadang-kadang kes-kes terpencil inilah yang sebenarnya menimbulkan masalah dan jadi punca permasalahan kepada kita. Jadi kita kena ambil perhatian perkara ini supaya isu-isu berkaitan dengan isu ugut dan sebagainya dapat diselesaikan dan saya juga nak mengambil kesempatan di sini berkaitan dengan isu di tempat saya berkaitan sampah. Saya sedikit agak kecewa sebenarnya walaupun saya tak menyalahkan pihak KDEB sebabnya KDEB sudah buat kerja yang sepatutnya telah pelantikan kontraktor baru di Meru, saya difahamkan masalah kutipan sampah amat teruk.

Bukan sahaja tidak mengikut jadual malahan saya boleh katakan hampir setiap hari saya mendapat aduan daripada penduduk tentang kutipan sampah yang tidak mengikut jadual dan juga kutipan-kutipan sampah yang telah memberi kesan yang tidak baik kepada penduduk, pencemaran bau dan juga membawa faktor-faktor penyakit-penyakit yang lain. Jadi saya harap pihak yang berkaitan lebih serius untuk menangani isu ini, saya pun tak faham apa kelemahannya, ada yang antara bila saya tanya antaranya isu inilah isu kakitangan, petugas tak cukup, isu jentera bermasalah dan sebagainya. Jadi perkara-perkara ini rakyat dia tak nak dengar, dia tahu masalah selesai sahaja, dia tahu dia orang dah bayar cukai. Jadi benda itu dia nak buat kutipan dan saya lihat juga penyata tadi menyatakan bagaimana ada juga bayaran-bayaran yang telah dipotong atas sebab kontraktor ini yang tidak mengikut jadual kutipannya dan sebenarnya bagi pandangan saya buat masa ini seminggu 3 kali kutipan itu dah tak sesuai lagi. Sebab sampah semakin banyak orang, makin banyak orang Selangor ini subur-subur selalu sangat beranak. Jadi kalau kita lihat pertumbuhan kawasan-kawasan perumahan juga cukup banyak. Macam di Meru sahaja lebih daripada 100 perumahan dan banyak lagi kawasan-kawasan perumahan yang bangun tetapi tidak berdaftar pun, tidak masuk lagi perumahan-perumahan di tanah-tanah lot di kawasan kampung macam yang saya sebut termasuk peniaga-peniaga tumbuh bagai cendawan. Tak masuk lagi peniaga-peniaga haram, peniaga warga asing yang bukan sahaja menimbulkan masalah daripada segi pembuangan sampah tetapi juga berkaitan dengan masalah-masalah banjir yang disebabkan oleh sampah-sampah ini tadi. Jadi, kadang-kadang kalau kita lihat rentetan daripada sampah-sampah ini sendiri, kalau tak dikutip ikut jadual dan bila berlaku hujan dan sebagainya. Sampah-sampah darat, saya suka panggil istilah sampah darat. Sampah darat ini waktu,

makna longkang-longkang perparitan yang telah di selenggara oleh pihak berwajib ini bila berlalu hujan sampah darat ini dia akan menuju ke parit dan longkang. Jadi orang nampak.

Meru, mencelah.

Seolah-olah PBT tidak buat kerja, JKR tidak buat kerja sedangkan mereka.

Meru, boleh mencelah?

Okay silakan.

Tadi Meru ada menyebutkan bahawa kutipan sebanyak 3 kali seminggu itu tidak mencukupi, jadi berapakah, berapa kali kah sampah harus dikutip ikut cadangan Meru ini. Kalau seminggu ini.

Okay, kalau tanya pandangan saya, saya cadangkan setiap hari. Tetapi bagi saya pada ketika ini agak mustahil sebab kadarnya saya sebut tadi, kadar bayaran yang diberikan kepada KDEB itu amat berkurangan. Sebab itu saya mencadangkan tadi, selain daripada bagi saya kita nak kenakan kutipan cukai kepada rakyat waktu ketika kita berhadapan dengan krisis ekonomi ini memang tak sesuai, tetapi kita fikirkan inisiatif lain. Bukan sahaja dari sudut kutipan kerjasama dengan pihak-pihak swasta tadi yang saya sebutkan yang boleh buat kita kerjasama tetapi dalam masa yang sama mungkin juga kalau saya tak pasti, tetapi saya rasa pasti ada jalan macam syarikat-syarikat besar yang ada di tempat-tempat kita. Kita minta mereka menyumbang dalam bentuk CSR dan mereka dikecualikan cukai. Kalau boleh. Dikecualikan cukai supaya manfaat dapat balik kepada rakyat dan dapat balik kepada penduduk dalam bentuk kerja-kerja pembersihan ini tadi. Sebab bagi saya perkara ini kalau nak harapkan KDEB ataupun Kerajaan Sepenuhnya memang masalah saya tak nampak akan selesai dengan mudah dan juga pendedahan. Bagi pandangan saya hebahan yang lebih aktif yang perlu disebarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tentang program-program yang dilaksanakan ataupun pendidikan sosial, kefahaman kepada penduduk tentang orang kata disiplin ataupun etika pembuangan sampah pun perlu diterapkan. Saya faham pihak PBT dia ada buat program-program ini. Kita ada buat program tetapi sejauh mana maklumat ini sampai kepada penduduk. Sejauh mana kita mungkin masukkan dalam website, kita masukkan dalam kita punya media sosial tetapi bagaimana orang-orang di kampung. Bagaimana orang-orang yang tidak menggunakan teknologi maklumat dan mereka saya yakin tidak tahu pun kewujudan program-program yang dirancang kan oleh Pihak Kerajaan ataupun PBT tentang inisiatif-inisiatif ini.

Macam sebelum ini saya difahamkan khususnya di Meru ada 1 program yang dibuat, program belian sampah. PBT beli sampah daripada orang awam. Tetapi rupanya kita

rujuk pada MPK kenapa program itu tidak dibuat balik, kenapa tidak dijalankan balik, sebab ia melibatkan kos yang sekali ganda, bertambah kos itu dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan, curi sampah pun ada. Sudah jadi satu jenayah mencuri sampah pula, dia curi sampah orang lepas itu dia jual. Tetapi curi sampah ini walaupun kita nampak lucu, tetapi perkara itu berlaku ketika itu dan kita sendiri terpaksa menanggung kos yang besar. Cuma yang paling penting pada ketika ini bukan sahaja kita nak pastikan gerak kerja ataupun kutipan sampah ini efisien, lancar mengikut jadual nak selesaikan itu kita kena tengok daripada punca dia ya daripada punca dia itu sendiri. Suka tak suka saya minta maaf kalau saya cadangkan memang Kerajaan Negeri kena membantu PBT-PBT yang betul-betul bermasalah dari segi peruntukan tambahan untuk menambah bilangan kutipan sebab kita tahu walaupun kutipan sampah ini hasilnya datang daripada cukai pintu dan sebagainya. Cukai pintulah terutamanya tetapi dia tidak mencukupi sebab itu kutipan itu tidak boleh nak cover jumlah sampah yang banyak dan kadar kutipan yang saya sebutkan tadi terlampau sedikit. Kalau saya rasa kita naik RM 1.00 pun mungkin rakyat dah melenting pada ketika ini RM 1.00 sahaja dan saya rasa buat masa ini itu bukanlah 1 cadangan yang sesuai dan baik untuk kita kemukakan tetapi mungkin Kerajaan boleh memikirkan untuk menambahkan peruntukan. .

Meru boleh celah.

Timbalan Speaker

Dusun Tua.

Bajet kepada PBT yang bermasalah tadi.

Nak tanya, berkenaan dengan tambahan yang kita perlukan, wang tambahan untuk tambah lagi kapasiti nak kutip sampah dan sebagainya PBT-PBT kita. Kalau kita lihat setiap tahun mempunyai reserve lebihan rizab yang banyak. Jadi pada pandangan Meru, adakah patut kita gunakan rizab-rizab ini sebenarnya untuk tampung kos pengurusan sisa pepejal.

Rizab-rizab macam mana tadi?

Rizab-rizab. Ada rizab-rizab di PBT, ada lebihan. Berjuta-juta.

Kalau rizab ada memang patutlah dikeluarkan bagi saya 1 tindakan yang kurang bijak duit banyak tetapi disimpan dalam akaun. Macamlah masjid - masjid di Negeri ini di Selangor ini di surau - surau di Selangor ini. Duit banyak, dia seronok dalam akaun duit banyak. Sedangkan duit itu untuk digunakan oleh rakyat. Macam itulah juga PBT saya harapkan duit yang ada itu nak disimpan buat apa, tiap-tiap tahun ada duit baru

masuk, gunakanlah. Gunakanlah untuk manfaat rakyat, sebab kita kena faham duit cukai yang kita kutip untuk dipulangkan kepada rakyat. Bukannya kita nak simpan dalam akaun kita berbangga duit kita banyak, tetapi kalau tidak boleh di manfaat kepada rakyat. Yang ini persepsi ini, kita kena betulkan dan juga kita kena beri kefahaman kepada petugas ataupun penjawat awam ini. Saya rasa bukan salah penjawat-penjawat awam pun. Saya yakin mereka nak macam itu tetapi mereka tidak boleh buat keputusan. Jadi kita tengok di mana birokrasinya, di mana kelemahannya, di mana kekurangannya di peringkat kita boleh ubah, kita legislatif. Boleh ubah benda itu untuk memudahkan pengurusan nak mengurangkan birokrasi supaya perbelanjaan ataupun pengurusan kewangan ini boleh disalurkan kepada pihak yang berwajib untuk menguruskan ataupun memperbaiki sistem khususnya macam kerja kutipan sampah yang kita bincangkan ini dapat berjalan dengan lebih baik. Jadi saya di sini juga nak mengambil kesempatan kepada pihak Kerajaan untuk sama-sama menilai kembali tentang kontrak daripada KDEB itu sendiri sebab bagi saya nampak. Minta maaflah saya macam dizalimi mereka ini.

Sebab itu yang memberi kesan kepada perkhidmatan, kita tak boleh salahkan mereka 100%. Mereka dah buat yang terbaik tetapi apa yang kita berikan kepada mereka tidak setimpal dengan apa yang mereka telah berikan kepada kita. Saya bukan nak membela KDEB lebih-lebih pun tetapi sebenarnya hakikatnya saya macam mana saya sebutkan tadi saya berpuas hati tetapi mereka tak boleh nak bagi seperti mana yang kita nak sebab berkaitan dengan soal kos dan juga bayaran yang tak mampu mereka nak tanggung untuk memberikan servis ataupun perkhidmatan yang terbaik kepada kita. Jadi sebabkan kita pun dah sampai penghujung untuk sesi pagi ini. Jadi saya tutup dulu perbahasan saya di sini dan saya menyokong penuhlah Penyata Jawatankuasa Kira - Kira Wang Awam Berkaitan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Oleh KDEB. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, kerana memberi ruang untuk saya bahaskan tentang KDEB Waste Management ini, di hadapan kita.

Timbalan Speaker

Dusun Tua sila duduk. Disambung petang ya.

Okay baik.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan 1.00 tengah hari, kita sambung sidang kita pada jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum wbt dan selamat petang. Dewan disambung semula. Saya mempersilakan Yang Berhormat Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya dengan ini menyambut baik penyata yang dibentangkan tadi oleh Kampung Tunku, satu penyata berkenaan dengan KDEBWM atau KDEB Waste Management. Dan ketika ucapan pembentangan daripada Kampung Tunku, Kampung Tunku ada menyebut tentang sumbangan dan jasa KDEB Waste Management ketika berlakunya bencana banjir besar baru-baru ini. Dan kami di Hulu Langat sendiri melibat perkara ini merasai perkara ini dan berterima kasih kepada KDEB Waste Management dan Kerajaan Negeri yang menggerakkan ketumbukan jentera-jentera pembersihan ke kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir. Saya yakin perkara ini tentu sekali sukar dilakukan sekiranya tidak jentera-jentera ini semua berada di bawah satu payung dan pengurusan yang sama. Jadi terima kasih kepada KDEB dan semuanya. Saya juga ingin mengingatkan satu lagi sumbangan yang mungkin kadang-kadang terlepas pandang berkenaan dengan KDEB ini. Untuk kawasan kampung tradisi, saya percaya kawasan yang ada kampung tradisi di Dusun Tua kita ada 14. Di kampung tradisi kutipan sampah yang dilakukan itu untuk pengetahuan, jika yang tidak tahu itu, dilakukan dengan tang gungjawab sosial atau CSR dengan izin kerana seperti yang kita maklum kawasan kampung tidak membayar cukai taksiran. Dalam erti kata lain mereka tidak membayar untuk satu servis kutipan sampah namun terima kasih pada Kerajaan Negeri dan juga KDEB yang telah melakukan CSR itu tadi dengan mengutip sampah-sampah di kawasan kampung meskipun kawasan kampung tradisi itu bukanlah pembayar cukai taksiran. Ini adalah sisi baik dan jangan kita terlepas pandang. Dan sungguhpun begitu kita percaya penyata ini walaupun ada perkara yang dibangkitkan kita kena terima kerana menjadi yang terbaik itu bukanlah bermakna serba sempurna tidak ada yang boleh diperbaiki lagi. Sebaliknya untuk menjadi yang terbaik itu kita kena sentiasa memperbaiki diri kita sehingga kita menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Ada perkara yang saya ingin petik daripada penemuan jawatankuasa yang saya kira menarik untuk dikupas dalam perkara 5 dan 4 ada menyebut bahawa jawatankuasa mendapati KDEBWM tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab kepada pihak kontraktor yang

dilantik untuk membuat teguran serta amaran kepada pemilik premis yang membuang sampah tidak di tempat yang disediakan dan seterusnya agak menarik di sini penemuan ini menyatakan bahawa maka bukan kerja kontraktor untuk menegur premis yang tidak membuang sampah dengan cara sepatutnya tetapi harus dikembalikan kepada kontraktor yang utama iaitu KDEB Waste Management untuk membuat teguran. Saya berpandangan bahawa sebenar-benarnya kalau kita lihat premis-premis terutama yang melibatkan perniagaan ini semua dilesenkan oleh PBT. Jadi di sini saya libat perlunya satu kerjasama bersepadu antara PBT dan KDEB Waste Management. Saya kira ini juga perkara yang banyak berlingkar dalam penyata ini adalah berkenaan dengan komunikasi dan kerjasama yang bersepadu. Saya bagi contoh kalau di Hulu Langat itu di tepi jalan utama diletakkan tong sampah untuk memudahkan penduduk kampung membuang sampah. Pada asalnya memang tong sampah untuk digunakan penduduk kampung dan kalau mungkin dikira mengikut inventorinya mencukupi dan sesuai dengan kontrak dan sebagainya. Tetapi apa yang didapati kemudian hari adalah terdapat lambakan sampah melebihi daripada yang dijangkakan atau yang KDEB bersedia untuk kutip dan hasil siasatan biasanya kita akan kembali kepada isu di mana sebenarnya dibanyakkan ini tong sampah yang disediakan penduduk dibuang sampah bukan saja dibuang oleh penduduk tapi digunakan oleh peniaga-peniaga. Maka di sini siapakah yang sepatutnya mengatasi masalah peniaga yang menggunakan tong sampah penduduk. Maka kita tak boleh meminta satu pihak di sini perlu ada komunikasi perlu ada kerjasama bersepadu di mana pihak KDEB perlu memaklumkan pada PBT dan sudah tentu adalah PBT yang perlu menjalankan tindakan penguatkuasaan pemantauan dan sebagainya. Kerana di sini jelas bahawa PBT telah melantik melalui kontrak KDEB ini untuk menguruskan sampah penduduk sahaja. Maka kalau ada yang lain maka penguatkuasaan perlu dijalankan oleh PBT. Lesen harus dikeluarkan kepada peniaga harus dipantau. Dan juga peniaga yang telah mendapat lesen harus dipantau sampah dibuang di mana. Saya melihat perkara ini agak berulang-ulang dalam syor penyata dan sebagainya. Saya kira perlu diperkemas. Perlu disepadukan kerjasama antara PBT dan KDEB ini untuk memastikan banyak masalah itu dapat di atasi. Saya juga berhasrat menyentuh satu syor daripada penyata ini sekadar pertanyaan kepada pihak kerajaan kerana saya dah tak boleh bertanya kepada jawatankuasa mengeluarkan syor. Dalam perkara 6 jawatankuasa menyebut bahawa kontrak 7 (5+2) 7 tahun terlalu lama dan perlu dipendekkan kepada...

Timbalan Speaker

Ya Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dusun Tua maklum tak yang saya ini adalah merupakan pengundi kepada Yang Berhormat Dusun Tua. Kena maklum tu. Tadi Yang Berhormat Dusun Tua ada menyatakan soal berkaitan dengan program CSR. Tong sampah yang diletakkan oleh KDEB di tepi jalan rumah saya di Hulu Langat. Khususnya di taman Seri Nanding dekat Dusun Nanding. Ada lebih kurang 4 atau 5 tong. Ini pun satu masalah saya nampak. Sebab kita bagi percuma, kita nak seru kepada masyarakat khususnya warga di Negeri Selangor ini. Ini

perkhidmatan yang Kerajaan Negeri dan KDEB bagi kepada masyarakat dan juga warga Selangor yang tinggal di kampung. Jadi kena hargai. Bila kita sediakan tong sampah kadang-kadang bukan jual, bukan jual Sungai Pelek. Bila kita sediakan tong sampah yang jadi masalah kadang-kadang tong sampah ada, tapi tak buang sampah dalam tong sampah. Ini jadi masalah. Kita dah bagi satu perkhidmatan. Kita dah bagi satu servis yang terbaik saya rasa. Sebab kampung memang kita tahu dia free. Sebab dia tak bayar cukai pintu tapi perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan melalui KDEB. Sebab itu kita harapkan khususnya masyarakat dan warga sebab Selangor negeri maju. Kita negeri maju jadi pemikiran kita, tindakan kita mestilah maju berdasarkan kedudukan negeri Selangor yang merupakan negeri maju dalam negara kita. Sebab tu soal sampah ini kita tidak suka. Sampah ini satu benda yang kita tak suka tapi sampah ini juga kalau betul-betul kita urus dia boleh jadi jutawan. Dia boleh buat duit bilion. Kalau ketua Pembangkang dia sebut Bilion. Soal berkaitan dengan sampah ini saya rasa antara perkara yang seharusnya selain dari kerajaan, PBT dan KDEB, tanggungjawab kita sebagai masyarakat, kita pun masyarakat walaupun kita wakil rakyat. Kadang-kadang kita tengok sampah itu memanglah berlonggok-longgok dan masyarakat kita pada hari ini dia bukan nak tahu sebagaimana tadi disebutkan oleh Meru. Dia bukan nak tahu ini tanggungjawab sapa. Sapa punya bidang kuasa. Dia tahu nak selesai saja. Saya rasa bukan rakyat saja. Kalau kita jadi rakyat pun memanglah itu tanggapan kita. Kita tak mahu dengan soal jalan ini pun kita tak mahu dengar. Bawah PBT ke, bawah Kerajaan Negeri ke, bawah Kerajaan Persekutuan ke kita tak nak dengar. Yang kita nak tahu masalah ini dapat diselesaikan. Jadi pada hemat dan pandangan saya, saya rasa KDEB ini telah menjalankan tanggungjawab dan juga fungsi tapi silap ada kesilapan di mana-mana itu biasa cuma kita sebagai kerajaan kita sebagai wakil rakyat saya rasa kita harus menegur dan kita harapkan supaya pihak KDEB bila kita tegur dia kena ambil tindakan la. Kalau Jeram nak bangkit, bangkit. Jangan mencelah ketika Taman Templer tengah berbahas.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 36 (1)..

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Seolah-olah sekarang ini macam Jeram ni. Jeram, ini kita dalam Dewan. Saya diberikan hak oleh Dusun tua untuk bercakap.

Saya bagi ruang mencelah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini jadi masalah ni. Kalau betul-betul nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang sebetulnya. Ini kita tak tahu nak jadi pembangkang ke nak jadi bebas ke atau nak jadi Kerajaan. Bila tak dapat bajet marah kepada Kerajaan Negeri. Kena buatlah satu keputusan. Contohnya macam Sijangkang. Dia pembangkang. Tapi Sijangkang janganlah. Saya cuma cuit sikit saja. Saya dan Sijangkang ini kami sahabat baik. Sahabat dunia akhirat. Assalamualaikum W.B.T.

Saya nak mencelah ya.

Tak boleh mencelah, celahan Sijangkang. Tapi saya setujulah betul la tu kalau nak mencelah minta kebenaran. Kita bagi kalau nak mencelah. Berbalik kepada yang kedua pula saya bersetuju dengan Templer untuk kampung tradisi ini adalah CSR jaga elok-elok. Saya pernah cuba mengintip kerja-kerja KDEB juga dan dalam kita nak mengintip kerja kontraktor KDEB kita dapat gambar lain pula. Kita dapat gambar orang buang sampah di luar tong sampah. Lain yang kita nak tanggap. Lain yang kita dapat tangkap. Ini masalah sikap. Satu benda baik telah diberikan secara percuma. Kita harap masyarakat juga menghargai perkara ini.

Dusun Tua, Sijangkang ingin mencelah. Setuju tak Dusun Tua kalau isu antara yang dibangkitkan oleh Templer dan Dusun Tua sendiri kita mencadangkan dari kerajaan supaya sejauh mungkin kerajaan boleh melihat tapak-tapak yang boleh diambil sebagai tempat untuk meletakkan RORO atau pun tong sampah sebagai tempat meletakkan sampah sementara selain daripada tepi-tepi jalan dan juga diberikan CCTV untuk kita melihat pelaku yang membuat perkara yang akhirnya menjadi bebanan kepada Kerajaan Negeri atau KDEB Waste Management. Terima kasih.

Terima kasih Sijangkang. Tentu sekali saya sangat setuju dengan cadangan Sijangkang dan sebenarnya saya tak pasti di PBT lain tapi di MPKJ perkara ni sedang kita perhalusi dan satu pilot projek juga sedang dilakukan di MPKJ di Hulu Langat itu sendiri di mana memang sudah masanya kita mula mempertimbangkan untuk meletakkan tong sampah ini untuk kawasan kampung di kawasan yang lebih kita ketahui yang membuangnya sudah tentu orang kampung. Sebab kalau letak di tepi jalan ini ia seperti membuka ruang kepada peniaga yang entah kadang-kadang bukan dari situ pun. Baru-baru ini musim durian, kita dapat tangkap yang buang durian itu muka dia bukan peniaga dari Hulu Langat. Tapi tak tau dia berniaga kat mana la. Kita selalu kita tahulah muka-mukanya. Jadi saya sangat setuju memang perlu ada perkara begitu.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Tuan Speaker, tadi Dusun Tua katakan sikap orang kampung dan sebagainya. Templer pun kata sikap. Jadi, sikap ini memang saya mengakui ada sikap yang kurang sihat atau sebagainya. Tapi saya rasa saya dengar di Kuala Lumpur mereka sudah mulakan program recycle atau pun kitar semula. Dari taman-taman. Bukan kampung tradisi. Jadi semua ada taman tertentu di Kuala Lumpur mereka telah memulakan bagi setiap rumah mereka akan asingkan sampah supaya kita akan kitar semula. Saya rasa masanya sudah sampai. Adakah Dusun Tua setuju masa sudah sampai untuk orang Selangor bermula dari tamanlah. Jangan pergi ke kampung tradisi dulu. Kita mulakan program recycle yang betul-betul sebab bagi dunia ini sekarang in the future memang pakai

program ataupun zero waste management. Maksudnya kita akan cuba mengurangkan sampah supaya sampah itu akhirnya yang terpaksa dilupuskan itu di pusat pelupusan itu sudah jadi kurang. Jadi recycle memang is the way to go. Kalau Kuala Lumpur sudah start, saya rasa Selangor pun boleh start. Kita Selangor yang menjadi perintis untuk Zero plastic. Jadi Selangor took the lead. Jadi apa salahnya kalau Dusun Tua, Selangor sekali lagi take a lead in recycle program. Terima kasih.

Terima kasih Sungai Pelek. Bukan masanya sudah sampai, masanya sudah berjalan sepatutnya. Masa untuk recycle ini bukan sekarang. Ini kita cerita recycle ini sepatutnya sudah berlalu lima (5) tahun, 10 tahun ya. Jadi, sekarang ini circle economy itu pun sendiri ialah satu benda yang sangat memang macam agak orang kata, lapuk dah lah. Bukan ketinggalan zaman tetapi ia dah lama diperbincangkan. Dan saya rasa di Selangor pun, sudah beberapa kali sidang kita berbincang tentang kitar semula malah ketika saya bahas tentang circle economy, iaitu satu gambaran besar, lebih besar tentang kitaran ekonomi itu sendiri, kita balik kepada kitar semula balik. Punya lah kita sayang kitar semula ini kita cerita circle economy pun kita balik kitar semula. Dan memang kita perlu mempertingkatkan lagi, memperkasakan lagi, kalau kurang itu kena lebih malah ke tahap sebenarnya sekarang ini bukan sahaja kitar semula, kita juga kena secara di peringkat rumah dan sebagainya melakukan pengasingan sampah. Saya yakin, ramai yang masih mungkin belum cuba buat, asingkan sampah yang mana boleh di recycle, yang mana boleh ini, mana nya minyak, mana makanan dan sebagainya. Makanan boleh buat baja sebenarnya ya, yang itu nanti kita belajar lah. Lain punya cerita lah. Jadi, berbalik kepada KDEB ini tadi, walaupun begitu, walaupun dengan segala kebaikan dan sebagainya, tidak dinafikan ada beberapa perkara yang boleh diberi penambahbaikan. Kalau kita lihat sebenarnya, secara keseluruhan prestasi KDEB kalau kita tengok pada laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1, kita dapat tengok pada Jadual 13 menyatakan sebenarnya secara umumnya untuk kutipan sisa pepejal, sebenarnya persepsi kebanyakan warga Selangor menyatakan ia memuaskan. Cuma ada sedikit agak tidak orang kata, di antara puas dan tidak puas itu, tak berapa nak puas itu ialah pada pembersihan awam dan saya melihat perkara ini sebenarnya senada dengan satu kaji selidik oleh Kerajaan Negeri sendiri kerana pada sesi ketiga ya, sidang tahun 2020 saya sendiri pernah tanya pada Kerajaan dan turut mendapat jawapan berkenaan Kajian Penilaian untuk penambahbaikan prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang mana fokus khasnya ialah sisa pepejal yang juga menampakkan keputusan yang sama. Jika dalam audit ini, Buku Audit telah dijawab bahawa keputusan kaji selidik itu tidak meluas, dengan sampel yang tidak ini, tetapi kalau kita lihat pada kajian yang dilakukan sendiri oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dilakukan oleh Merdeka Centre pada 2020 juga, yang nampak keputusannya lebih kurang sama juga di mana untuk sisa pepejal, kutipan sisa pepejal, secara umumnya memuaskan. Cuma pembersihan awam ini ada yang puas dan tidak berapa puas macam itu. Puas tidak sampai. Jadi, yang ini pun sebenarnya kita kena berlaku adil juga lah sebab kalau kita perhalusi, bukan semua PBT sebenarnya, yang sekarang ini ada sebahagian pembersihan awamnya dilakukan oleh KDEB.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Penjelasan.

Ya. Sila.

Timbalan Speaker

Ok, Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Baik ya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dusun Tua. Dia sebagai Auditor ya, dia seorang Auditor sebenarnya. Dia dikenali sebagai ADUN dan macam orang biasa motorsikal, naik motor tengok sampah, tengok macam-macam. Itu dia. Masa banjir pun dia bagus. Tetapi baru-baru ini saya pergi ke Hulu Langat, kawasan teduhan ya, teduhan, resort ya. Resort Itu special sebab dia punya owner tu kawan lama saya dan dia pergi dia naik heli, helikopter lah, helikopter bagus. Dan saya pun pernah ikut, perjalanan yang jauh dan benda itu menyediakan kemudahan untuk kita melihat. Tetapi saya hendak tahu, apa sebab, saya tidak boleh faham, kecewa you know. Baru-baru ini, pada hari kedua saya dan saudara, adik-beradik isteri saya, yang kehilangan suami dia pada masa COVID itu, tidak berjumpa dan kami jumpa dekat teduhan. Yang peliknya pada masa itu, hari ketiga, hari ketiga atau hari keempat, sampah dia tu, Ya Allah, banyak! Saya kata, ini di mana ni? Kat Hulu Kelang pun tak jumpa. Jadi, saya hendak tahu, apa sebab? Saya come back dua (2) hari selepas itu, masih tidak kutip lagi.

Baik, terima kasih Hulu Kelang. Menjawab soalan ini macam EXCO pula, kena jelaskan kenapa sampah banyak dan sebagainya. Jadi, tidak apa. Saya kongsikan sedikit lah. Kalau nak kata sampah banyak itu, kalau saya, saya sentiasa tanya balik di belah mana? Lain tempat, lain isu nya. Saya bagi contoh, misalnya di Batu 18, kalau ada longgokan sampah yang banyak itu boleh jadi atas dua (2) perkara. Pertama kerana di antara Pangsun ke Batu 18, dari Sungai Lui ke Batu 18, dari Lui ke Batu 18 dan Pangsun itu hanya ada satu sampah iaitu di Batu 18. Jadi, bayangkan ya, kesemua orang membuang sampah di situ. Tak percaya boleh tanya Yang Berhormat Seri Setia lah, mak mertuanya di sana. Jadi, semua membuang sampah di Batu 18. Jadi, itu menyebabkan lambakan. Ini tidak termasuk sekali juga, jangan dilupa juga bahawa tong-tong sampah yang disediakan untuk penduduk ini tadi turut dibuang sampah nya oleh peniaga-peniaga, itu satu. Sebab itu kita cakap tadi, PBT kena juga bersama-sama memantau perkara ini. Lesenkan kalau perlu, kutip sampah mereka kalau perlu.

Dan kedua, sudah tentu ada pengusaha-pengusaha resort dan sebagainya, camp site yang itu kita tahu sesetengah tempat ini mereka tidak menguruskan sampah sendiri jadi bila sampah itu dikumpul, dibuang di mana? Di buang di tong sampah yang sama tempat penduduk membuang sampah. Jadi, akibatnya, sebab itu kita katakan tadi, kalau awalnya mungkin ketika kontrak itu hendak di draf, kita buat kiraan dan sebagainya, sampah, tong sampah ini mungkin tiga (3) ini muat lah untuk satu

kampung. Tetapi, apabila diletakkan tong sampah itu, akhirnya menjadi berlambak-lambak, berlonggok-longgok kerana tidak mengambil kira faktor-faktor yang lain. Jadi, ini kalau sedikit maklumat lah kalau pada Hulu Kelang yang bertanya tadi. Jadi berbalik kepada Laporan Audit tadi lah, saya katakan seperti tadi bahawa, di sana secara keseluruhannya Laporan Audit dan juga Kajian Kerajaan Negeri agak senada yang mana untuk persepsi masyarakat terhadap kutipan sisa pepejal bagi KDEB memuaskan rata-ratanya cuma ada sedikit yang tidak berapa puas, tentang, orang kata pembersihan awam. Tetapi, ini pun kita kena tengok balik sebab tidak semua PBT ini, pembersihan awamnya ada yang dah letak bawah KDEB, ada yang belum. Saya bagi contoh saya sendiri lah. Kita di bahagian Kajang, kita tahu sampah pukal ini diuruskan oleh KDEB tetapi bila saya balik rumah mak saya di MPAJ, rupanya sampah pukal tidak diuruskan oleh KDEB. Kita ini pandai lah suruh, tak apa letak sahaja nanti KDEB angkat, lepas itu baru tahu rupanya sampah pukal ini tidak diuruskan oleh KDEB. Jadi, ini ada perincian yang menyebabkan di sana ada perkara yang diuruskan oleh KDEB ada perkara yang tidak. Maka ini menimbulkan kekeliruan dan akibatnya orang menyangka ini semua kerja KDEB lah. Namun begitu, saya tetap ingin menekankan apa yang telah ditekankan oleh Laporan Audit di mana pihak KDEB juga perlu mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan. Ini internal ya sebab mana-mana kontraktor, subkontraktor yang tidak melakukan kerja yang bagus perlu harus ada tindakan sebenarnya tidak boleh, sebab kadang-kadang kita lihat kesilapan itu daripada subkontraktor yang sama itu berulang-ulang. Dia dah buat kesilapan, tegur, tapi dia buat lagi dan sebagainya. Maka, ini mungkin, saya tidak pasti sama ada ia menyeluruh atau berlaku di sesetengah tempat dan sebagainya tetapi harus diberi perhatian kepada KDEB, maka perlu nya ada pemantauan dan penguatkuasaan yang betul-betul jitu lah. Lebih-lebih lagi pemantauan ini, kadang-kadang saya lihat ia juga melibatkan, tengok penyelia. Ada penyelia bagus kerja nya, ada zon tertentu penyelia tidak berapa, lagi-lagi dan kaedah juga, mekanisme pun saya kira perlu ditambahbaiklah sebab saya tahu, macam yang saya dimaklumkan, banyak laporan yang dihantar melalui gambar tetapi kadang-kadang yang subkontraktor ini dia pandai, dia ambil gambar itu, angle dia tu, sebab saya kadang-kadang saya minta, saya sentiasa minta gambar untuk kemas kini kerja-kerja harian dan sebagainya untuk KDEB dan kadang-kadang kita tengok angle dia tu, kadang-kadang angle tunjuk tanah, tunjuk tepi tong sampah, ia tidak menyeluruh bila kita turun sendiri pergi tengok rupanya ada sikit lagi yang tak habis dikutip. Jadi, mungkin kaedah mekanisme untuk pemantauan itu juga perlu lah dipertingkatkan supaya prestasi KDEB ini, kalau daripada baik menjadi lebih baik, kalau lebih baik menjadi lebih cemerlang. Jadi, saya setakat itu sahaja jadi saya akhiri perbahasan, terima kasih.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker kerana membenarkan Bandar Utama untuk berbahas. Pertama sekali, Bandar Utama ingin juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PAC kerana telah menyempurnakan Penyata berkaitan dengan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa

Pepejal ini dan Pembersihan Awam ini oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Ini merupakan satu Penyata yang sangat penting pada pandangan Bandar Utama kerana KDEB ini berkaitan dengan isu pengutipan sampah di seluruh Selangor dan isu ini semestinya membabitkan kualiti hidup penduduk. Oleh itu, kita sebenarnya memerlukan pengurusan sisa pepejal yang berdaya tahan lah. Jadi, apabila membahaskan Penyata ini, isu utama seperti yang dinyatakan adalah permasalahan berkaitan dengan pengutipan sampah dan menurut Notis Tindakan Pembetulan (NTP), kebanyakan isu yang terlibat ataupun berkait adalah merupakan isu kelewatan mengutip sampah tidak mengikut jadual berdasarkan NTP dan kegagalan membersih ataupun mengutip sampah.

Sebentar tadi sebenarnya, saya telah pun mendengar pandangan dan perbahasan daripada kebanyakan Ahli Dewan Negeri, isu ini memang sangat panas lah saya nampak juga banyak Ahli Dewan Negeri yang ingin berbahas. Di sini saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara iaitu sekiranya kita perlu meningkatkan daya tahan ataupun kita perlu memperkasakan KDEB, kita perlu melihat cara ataupun strategi pemerkasaan KDEB ini secara menyeluruh. Jadi, Bandar Utama sebenarnya ingin mendapatkan pencerahan. Pertama sekali, sekiranya apabila kita melakukan laporan ini adakah kita juga telah melihat kepada kemampuan KDEB untuk mengendalikan pengurusan sisa pepejal iaitu adakah kita telah mempunyai laporan yang terperinci? Sebenarnya, berdasarkan model pengurusan, berapa lama kah masa yang diperlukan oleh seorang kontraktor untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada kawasan seluas mana? Ataupun, berapakah kontraktor yang diperlukan ataupun alat peralatan yang mencukupi diperlukan bagi memastikan kecekapan perkhidmatan KDEB? Dan juga keukuran terhadap prestasi KDEB, apakah jangkaan terhadap prestasi KDEB dan sekiranya tidak dapat dicapai, apakah solusinya? Apakah juga cara pemantauan prestasi? Adakah cara yang dilakukan merupakan cara yang cukup cekap bagi kita mengenal pasti? Apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan? So, sebagai contoh saya melihat juga di dalam Penyata dan laporan yang telah diberikan, memang kita ada peningkatan ataupun cara-cara penambahbaikan kerja-kerja KDEB tetapi sekiranya kita ada cara pemantauan, sebagai contoh, sebelum ini saya memang pernah mendengar KDEB mempunyai sistem pemantauan kenderaan tetapi adakah ia mencukupi ataupun kita perlu juga pemantauan daripada kamera pengawasan? Jadi, untuk kita pastikan gerak kerja KDEB ini dapat kita halusi ataupun dapat kita fahami. Juga untuk kita menyediakan data untuk tujuan analisis sekiranya sebuah lori sebagai contoh, berapa masa kah yang betul-betul diperlukan untuk menyempurnakan tugas di sesuatu kawasan dan sekiranya ada juga cabaran-cabaran yang tidak dijangkakan, sebagai contoh, ada penduduk yang tidak membuang sampah mengikat dengan cara yang baik ataupun ada sampah haram dan sebagainya. Perkara-perkara itu, kita perlu juga mengetahui kerana sebelum ini saya memang tahu ada sesetengah penduduk melakukan aduan terhadap KDEB dan sebagainya tetapi selepas melakukan aduan itu sebenarnya kita juga kena address ataupun kita kena utarakan aduan yang dilakukan itu, apa isu-isu ataupun cabaran yang dihadapi oleh KDEB.

Jadi, sekiranya kita mahu tahu cabaran yang dihadapi KDEB itu, kita perlu melakukan pemantauan yang cekap selain daripada langkah-langkah ataupun strategi peningkatan seperti yang dinyatakan dalam Penyata, contohnya, Unit Promosi dan Kesedaran, Unit Smart Squad, Unit Kitar Semula dan sebagainya tetapi yang paling penting adalah, adakah selain daripada Unit itu, KDEB sebenarnya dapat melakukan perkara dengan cekap tanpa faktor-faktor yang lain? Kerana sebelum ini memang ada dimaklumkan kadar bayaran terhadap KDEB ini mungkin tidak memadai berbanding dengan kadar bayaran terhadap syarikat-syarikat lain. Ambil contohnya, kadar bayaran DBKL terhadap Alam Flora dan sebagainya. Jadi, sekiranya kadar bayaran tidak mencukupi untuk cover ataupun untuk memberikan perkhidmatan yang baik, itu adalah sesuatu yang kita perlu kaji. Sebagai contoh, yang telah dinyatakan di dalam Penyata, memang penetapan gaji minimum sebanyak RM1,500.00 ini, ia akan meningkatkan kos operasi kontraktor. Jadi, apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kadar bayaran itu adalah kadar bayaran yang adil untuk KDEB? Kerana saya boleh mengambil contoh seperti tahun lalu apabila berlakunya banjir, banyak kerja banyak usaha yang perlu dilakukan oleh KDEB adakah mereka mendapat kos bayaran yang setimpal kerana itu dapat menggalakkan untuk menjalankan perkhidmatan yang lebih baik ataupun sebaliknya dan juga adakah kerajaan Negeri dalam laporan sekiranya ada memasukkan juga isu-isu bencana alam yang tidak dapat dijangka. Itu merupakan salah satu perkara yang ingin diketahui oleh Bandar Utama kerana KDEB ini memang berkaitan dengan pengutipan sampah harian tetapi pada zaman kini terutamanya bila adanya perubahan iklim dan sebagainya mungkin dia ada sesuat perkara ataupun cabaran yang tidak dijangka oleh kerajaan Negeri jadi adakah perkara itu juga dikira apabila kita melaksanakan mungkin kontrak pada masa hadapan supaya KDEB dia dapat peruntukan yang secukupnya untuk berfungsi dan membolehkan mereka berfungsi.

Perkara ini memang sangat penting kerana berdasar pengalaman Bandar Utama memang banyak kali sering kali kita mendengar aduan daripada penduduk. Aduan berkenaan ada kelewatan dalam pengutipan sampah, ataupun ada tempat yang tidak dapat cover dan sebagainya dan kontraktor juga kadangkala dia memberikan mungkin jawapan yang munasabah tetapi tidak dapat diterima kerana mungkin kadar bayaran mungkin ada juga isu-isu yang lain contohnya sampah haram, sampah yang tidak tertakluk dalam perkhidmatan KDEB tetapi KDEB terpaksa melakukan tugas. Jadi perkara-perkara seperti ini ada baiknya saya melihat dalam penyata terdapatnya usaha program kesedaran penduduk tetapi Bandar Utama berharap program ini akan dilakukan secara efisien dan seluruh. Dalam sesi penerangan itu walaupun perlu adanya di kawasan tempatan tetapi juga penting supaya kita dapat pastikan penerangan ataupun awareness kesedaran dengan izin ini dapat difahami oleh seluruh warga Selangor apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan semua warga Selangor sebenarnya faham tanggungjawab KDEB, tanggungjawab kerajaan tempatan, faham tanggungjawab mungkin penyelaras dan sebagainya, kerana hanya dengan memastikan tiada pertindihan tugas apa tanggungjawab dan peranan KDEB

ini dapat dilakukan secara lebih tersusun dan lancar. Sebagai contoh kadangkala seperti yang dinyatakan dalam penyata amaran kepada penduduk yang mungkin penduduk membuang sampah dengan cara tidak betul dan sebagainya. Adakah sesetengah perkara itu perlu dilakukan oleh kontraktor oleh KDEB ataupun perlu melibatkan kerajaan tempatan dan juga saya melihat KDEB sebenarnya dia juga mempunyai laman web ataupun website dengan izin, mereka sendiri adakah laman web itu juga dapat memaparkan ask question answers dengan izin ataupun soalan yang sering ditanya. Sekiranya kita mahu apa menggalakkan participant daripada warga Selangor ataupun penduduk untuk menjaga kebersihan mungkin kita juga perlu sediakan platform dan juga saluran supaya penduduk memahami pengetahuan-pengetahuan asas tentang KDEB apa yang dijalankan oleh KDEB dan sebagainya. Secara keseluruhannya berdasarkan pengalaman Bandar Utama memang pada permulaan bila kita mendapatkan perkhidmatan KDEB ada perkara-perkara yang dipersoalkan oleh penduduk ada perkara-perkara yang mungkin penduduk masih tidak biasa pada beberapa tahun lepas tetapi kini perkhidmatan yang dijalankan oleh KDEB apa yang pasti adalah semasa kita memberikan aduan ataupun kita meminta penerangan KDEB memang efisien ataupun cekap dalam memberikan maklum balas dan menyelesaikan isu-isu yang tertangguh ataupun aduan yang tertangguh dan sebagainya.

Jadi di sini Bandar Utama juga ingin memuji kecekapan KDEB terutama mungkin kadangkala aktiviti ataupun usaha yang dilakukan oleh KDEB ini sebenarnya menyebabkan sedikit kerugian kepada pihak KDEB jadi Bandar Utama berharap kita sebagai Kerajaan Negeri bukan sahaja kita berlaku adil kepada penduduk tempatan kepada warga Selangor kita juga berlaku adil kepada KDEB ataupun agensi-agensi lain yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri Selangor supaya kita dapat pastikan apabila perkhidmatan yang dikeluarkan ataupun dilaksanakan oleh agensi-agensi seperti KDEB dan lain-lain ini mereka dapat menjalankan perkhidmatan yang terbaik dan sekiranya berlaku kecurangan ataupun berlaku apa-apa kelambatan ia nya bukanlah kerana mereka tidak mempunyai peruntukan yang secukupnya ataupun mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna atas isu-isu yang lain dan bukan daripada isu agensi jadi saya harap kerajaan Negeri dapat memantau prestasi KDEB secara konklusif dengan lebih cekap dapat selepas ini menjawab persoalan bagaimanakah cara pemantauan yang dapat dikaji dan dapat kita tentukan KPI nya dan juga sekiranya kita dapat memastikan.

Timbalan Speaker

Banting

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tadi YB Bandar Utama ada menyebut tentang prestasi kontraktor tadi saya ada menyebut tentang compactor secara khusus setuju ker YB Bandar Utama bahawa ada baik kalau KDEB memandang kan sekarang ini banyak compactor itu adalah dimiliki oleh KDEB dan disewa kepada kontraktor maka KDEB perlu ada juga satu kontrak yang berasingan untuk memastikan sebarang kerosakan yang ada pada compactor itu perlu diberi penyelenggaraan yang paling

pantas dan paling cepat dan perlu ada panel yang dilantik untuk menjalankan tugas ini bukan saya di setiap daerah tetapi di setiap PBT supaya masalah-masalah yang remeh temeh seperti ini tidak akan digunakan sebagai alasan untuk lewat lah dan sebagainya. Apakah pendapat YB?.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih YB Banting, oleh sebab itu yang telah saya katakan sebentar tadi kita perlu mempunyai laporan yang lebih terperinci ada apa-apa jenis bantuan yang dapat diberikan oleh pihak kerajaan ataupun cadangan dan nasihat yang diberikan oleh pihak kerajaan supaya kita dapat menyelesaikan isu-isu seperti yang diungkitkan oleh YB Banting sebentar tadi ini termasuk lah isu-isu peralatan, isu-isu sumber manusia dan sebagainya. Semua isu ini perlu diutarakan supaya dan bukan setakat diutarakan tetapi diutarakan secara sistematik supaya sekiranya kita telah mempunyai strategik ataupun atur cara bagi mengendalikan isu ini atau pun mempunyai president dengan izin Bandar Utama berharap selepas itu kita dapat menyelesaikan isu ini secara keseluruhan isu di bawah kerajaan Negeri Selangor jadi, ada perkara lain yang ingin dibangkitkan ataupun diungkitkan oleh Bandar Utama, Bandar Utama akhirnya hanya harap kerajaan Negeri dapat memberikan penerangan tambahan ataupun pencerahan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Bandar Utama iaitu beberapa perkara termasuk pertamanya adakah kadar bayaran yang akan sekiranya ada review dengan izin oleh kerajaan Negeri, adakah kadar bayaran termasuk peruntukan khas, termasuk isu-isu yang tidak dijangka seperti isu perubahan iklim, isu bencana alam juga seperti yang dinyatakan oleh YB Banting tadi isu peralatan. Bagaimanakah kita dapat menyelesaikan isu-isu sekiranya terdapat sebarang apa peristiwa kecemasan jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat memberikan maklum balas terhadap perbahasan Bandar Utama, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kuang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk membincangkan usul penyata jawatankuasa kira-kira wang awam. Berkenaan dengan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh pihak KDEB Waste Management. Pada pandangan saya isu KDEB sudah menjadi satu isu lazim kita bincangkan di dalam Dewan kerana isu sampah sejak daripada kita masuk 2018 dulu perkara-perkara ini selalu kita highlight ataupun kita utarakan di dalam setiap kali Persidangan Dewan.

Nampaknya sampai ke tahun kelima ini kita masih lagi membincangkan isu-isu yang sama tetapi hari ini kita jelas bahawa Penyata ini menjurus kepada merujuk kepada MPK tapi sedangkan di seluruh Selangor ini menghadapi isu-isu yang sama berkenaan dengan sampah banyak merata dan tidak dikutip bukan sahaja di tong-tong sampah disediakan tetapi dipinggir-pinggir jalan begitu juga. Saya perhatikan sejak empat lima tahun ini saya berada di Kuang Jalan B159 saya rasa di side table

ini rumput dipotong tetapi sampah macam botol, plastik, polisterin tidak dikutip jadi kita tengok di kiri dan kanan itu serupa jalan itu dah bersih lah dah potong rumput dan sebagainya tapi sampah tidak dikutip tapi ini bukan sahaja berlaku di Jalan B15 yang saya sebut tadi tetapi di jalan-jalan perbandaran juga begitu Bandar Tasik Puteri pun begitu juga, di sepanjang jalan di antara jalan utama Bandar Tasik Puteri ke M Resident keadaannya sama berlaku. Sampah ini seperti yang saya sebut tadi pokok ataupun rumput dipotong tetapi sampah masih ada di situ ini sebenarnya memberi gambaran yang buruk terhadap negeri kita sebagai satu negeri yang telah ditakrifkan sebagai negeri maju dan juga boleh ditakrifkan juga sebagai negeri yang metropolitan, semua orang berada di Negeri Selangor yang sekarang ini kita dah lebih 6juta penduduk sudah tentu kita menghadapi krisis sampah yang begitu yang berulang-ulang kita sebut di dalam Dewan ini.

Speaker

Seri Setia

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Kuang menyatakan bahawa sampah ataupun botol, rumput yang tidak dipotong di kawasan itu, apakah Kuang tahu bahawa kita ada penyelia daripada Majlis sendiri dan juga penyelia daripada KDEB apakah tidak ada aduan tidak ada pemantauan daripada penyelia tersebut.

Saya nak maklumkan kepada rakan kita ini, tak kan setiap kita tengok sampah ini kita kena buat aduan, tak kan tiap-tiap minggu sekali dua kali kita terpaksa buat aduan. Jadi di mana tugas mereka sebenarnya. Saya ingin, nanti-nanti saya belum habis jawab lagi, saya ingin nak tegaskan walaupun penyelia itu berada di kawasan tetapi SOP ini harus berubah kita tak tahu di mana sama ada di pinggir Jalan B159 ini ada tanggungjawab siapa, adakah tanggungjawab KDEB ataupun tanggungjawab JKR ini pun satu perkara juga, tapi saya sebut dua perkara tadi berkenaan dengan apa ini jalan ini satu kemungkinan jalan negeri yang mungkin bukan di bawah pengawasan KDEB tetapi satu lagi jalan perbandaran di Bandar Tasik Puteri adalah seratus peratus di bawah perbandaran. Tiap kali kita nak report ker untuk memastikan bahawa kebersihan itu sentiasa dilakukan. Di mana tanggungjawab mereka sebagai kontraktor yang kerjanya untuk membersihkan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan. Saya nak bagi satu contoh di Bandar Tasik Puteri ini pun rumput boleh berada di atas jalan raya, adakah pembersihan ini tidak termasuk untuk kerja-kerja pembersihan di bahu-bahu jalan atau pun di antara jalan dan juga road curb in between jalan dengan road curb penuh dengan pasir dan tanah, potong rumput sampah tak kutip satu, potong rumput pembersihan jalan tetapi bahu-bahu jalan itu masih lagi penuh dengan pasir dan sebagainya jadi dia amat jauh berbeza dengan kebersihan yang kita boleh lihat begitu...

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Sekali lagi, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Baik saya setujulah apa yang Kuang nyatakan tadi. Kadang-kadang kita tidak tahu tempat ini sesiapa yang harus menyelenggarakan sebenarnya,

adakah JKR yang harus menyelenggarakannya, adakah PBT. Kalau PBT ia termasuk dengan KDEB itu maksud saya tadi, bukanlah maksudnya hendak buat pemantauan tetapi andai kata yang ternampak, kalau ternampak tak ada salah kalau kita buat aduan daripada ia terus menjadi satu hutan yang tinggi nanti. Yang keduanya itu saya sekali lagi ulang saya setujulah apa yang Kuang nyata bahawa ini termasuk bukan saja di dalam kawasan PBT, yang ini perlu semak juga, kalau andai kata ia di bawah JKR, makna aduan itu harus di bawah JKR.

Ya lah, teguran-teguran ini memang agak selalunya membina terutama harus diberi perhatian oleh syarikat-syarikat yang mempunyai konsesi tersebut terutama KDEB. Saya ingin mengambil contoh bagaimana begitu bersihnya pasar Philippine di Sabah kerana apa, kerana apa dia jadi bersih. Kerana di situ terletaknya satu orang atau pun dua orang yang sentiasa memantau dan menyapu untuk memastikan bahawa pasar Philipine itu bersih. Tetapi di dalam Kuang, saya mengambil contoh di Kuang saja, saya tak mahu jauh-jauh. Di Tasik Puteri, di Tasik Biru, satu kawasan yang begitu kecil ada lebih kurang 20 atau pun 30 buah kedai sahaja, apa yang mereka buat, kontraktor buat. Kontraktor buat sapu, 4 – 5 orang bersusun tengah sapu lepas itu dia punya supervisor akan ambil gambar, selepas 1 jam belum habis pusingan dia buat kerja dia dah stop, dia dah hilang. Benda ini berulang-ulang berlaku, kawasan tidak menjadi bersih, saya pun tak tahu beberapa pusingan atau pun beberapa kali sapuan harus dibuat dalam tempoh 1 hari. Tapi hari-hari patut ada di situlah, tapi dia buat 1 jam, dia sapu lebih kurang, dia ambil gambar lepas itu dia hantar dengan penyelia, penyelia kata ok, lepas itu dia stop dan dia hilang tidak tahu ke mana. Jadi perbahasan kita berkenaan dengan KDEB ini bukan sesuatu benda yang kita hendak menjadikan KDEB itu sebagai kambing hitam atau pun hendak menjadikan KDEB itu sebagai punching bag, bukan. Kita hendak supaya Negeri Selangor sebagai negeri yang maju, sebagai negeri metropolitan ini bersih, bersih daripada sampah sarap. Selain daripada itu, kita hendak supaya rakyat kita yang duduk di dalam Selangor ini gunakanlah kepala otak yang pandai-pandai ini semua. Kalau memandu jangan buang sampah keluar daripada cermin kereta. Letaklah di dalam kereta, simpan dalam kereta, sampai di rumah buanglah di dalam tong sampah. Takkan kita hendak bandingkan, bandingkan dengan apa yang berlaku di Selangor ini dengan apa yang berlaku sewaktu tiap-tiap kali hendak Hari Raya. Hari Raya dari Kuala Lumpur ini sampailah ke Kelantan, Terengganu dan sebagainya tengoklah kiri kanan jalan apa yang terjadi. Di waktu jammed 5 – 6 jam itu mana sampah mereka buang? Takkan ini perlu diajar daripada segi sivik dan minded nya supaya berubah, hendak makan dalam kereta makanlah, janganlah buang di luar plastiknya. Hendak minum, minumlah dalam kereta janganlah dibuang keluar botolnya. Mentaliti masyarakat kita ini pun harus berubah, bukan hari ini kita jadikan KDEB sebagai punching bag saja tetapi mentaliti masyarakat kita terutama yang duduk dalam Selangor ini pun harus berubah ke hadapan sikit. Jangan buang sampah merata-merata, kerana sikap manusia inilah yang menyebabkan negeri kita menjadi kotor ya, sikap manusia ini. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Templer tadi. Bagaimana tong sampah

yang besar disiapkan di tepi jalan tapi dia orang tak buang pun dalam tong sampah itu. Tak buang, dibuang di bawah juga, saya pun tak tahu apa jenis manusia ini. Saya hendak beritahu ada 2 kawasan pembuangan sampah di Kuang, saya arahkan supaya KDEB tutup kerana apa, kerana untuk mendidik masyarakat kita, masyarakat ini penting kerana mereka adalah sebahagian dalam keseluruhan berada dalam komponen itu.

Kuang, mencelah sikit.

Timbalan Speaker

Meru.

Ok, terima kasih Kuang. Saya hendak minta pandanganlah, sebab saya hendak berkongsi pengalaman saya melihat pengurusan sampah di luar negara. Macam contoh di Jepun, Jepun hendak jumpa tong sampah susah tapi sampah tak ada. Kalau kita pergi dekat sana itu, hendak jumpa sampah lebih susah daripada kita jumpa sampah merata-rata di Malaysia ini. Dan seperti mana yang saya sebutkan tadi, hendak jumpa tong sampah pun susah. Ini adalah disebabkan sikap masyarakat mereka sendiri yang bertanggungjawab tentang sampah itu sendiri sehingga mereka sendiri bila jumpa sampah bertanggungjawab mengutip dan meletakkan dalam poket mereka. Jadi apa yang tak kena dengan masyarakat kita sehinggakan, sedangkan negara kita majoriti Islam yang menekankan tentang soal kebersihan tetapi kita tidak nampak kebersihan itu dipraktikkan oleh orang kita sendiri.

Setiap agama ini, asasnya ialah kebersihan serupa juga kita hendak menunaikan solat. Kalau kita tidak bersih kita boleh tunaikan solat? Tak boleh. Serupa juga macam agama-agama lain, hendak masuk ke kuil hendak masuk ke tokong, mereka pun hendak bersih kerana kebersihan ini ialah asas sama ada daripada segi bangsa ke agama ke, agama pun menekankan kebersihan ini dari awal lagi sebelum datangnya agama. Jadi kalau kebersihan ini sudah tidak dijadikan sebagai motivasi dalam kehidupan bagaimanakah keadaan di dalam rumah, di dalam rumah. Saya tahu pengalaman Wakil Rakyat ini lebih banyak fasal kita ini sentiasa ziarah orang dan sebagainya kita tak nak sebutlah bab-bab itu kan. Tapi apa yang saya hendak sebutkan ini saya hendak tekankan bukan kita hendak jadikan KDEB ini sebagai punching bag tetapi kita sambil kita berbahas ini, kita harus menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kebersihan itu. Kerana itu adalah asas, bayangkan kalau sambil lalu naik motor tak stand pun motor ini, sampah buang saja, betul? Tak ada stand pun, dia tak berhentikan motor itu, dia tak berhentikan motor itu untuk buang sampah, tidak. Dia sambil lalu saja, sambil dia pegang, perlahan-lahan dia buang. Masuk masuklah, tak masuk tak masuklah, sudahlah.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Mohon mencelah. Boleh Yang Berhormat?

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ok, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Kuang tadi berkenaan dengan sikap. Kenapa semasa sekolah kita boleh jaga kebersihan kita tahu hendak letak tong sampah itu dekat mana, hendak buang sampah dekat mana, kawasan persekitaran sampai sekarang, kawasan persekitaran dekat sekolah itu mesti bersih. Tapi kenapa lepas sekolah tak boleh jadi macam itu. Apa pandangan Kuang.

Ya lah, kalau saya hendak komen ini dia banyak melibatkan individu yang apa inilah. Tapi secara keseluruhannya, secara keseluruhannya saya hendak sebutkan kejap, saya hendak sebutkan apabila kita berada dalam rumah kebanyakannya kita tidak menitik beratkan kebersihan di dalam rumah. Kalau kita cungkil satu-satu daripada Wakil Rakyat yang ada ini, saya pasti mereka boleh berkongsi pengalaman mereka ziarah satu rumah ke satu rumah, silakan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Kuang, cuma saya hendak tanya kepada Kuang, adakah ibu bapa perlu jadi teladan kepada anak-anak? Sebab saya pernah tegur seseorang kanak-kanak di mana kanak-kanak itu buang sampah di belakang kedai. Dan apabila saya jumpa dia, saya tanya dia kenapa you buang di sini sebab ini arahan daripada ibu bapa. Jadi ini bila mereka belajar saya tanya adakah sekolah ajar macam ini, tidak ada tapi ibu bapa yang ajar. Jadi adakah ibu bapa perlu jadi teladan kepada anak-anak, terima kasih.

Terima kasih saya setuju dengan Yang Berhormat. Kalau kita dah keluar daripada sekolah, bermakna kononnya kita telah terlepas dari satu penjara disiplin. Disiplin itu sebenarnya adalah penjara kepada manusia, daripada darjah satu sampailah kita tingkatan 5, ia menjadi penjara kepada semua anak-anak kita. Apabila mereka keluar daripada sekolah selepas Tingkatan 5 dan sebagainya apa yang kita tengok apa yang berlaku, bukan pada zaman kitalah yang conteng baju, sign dan sebagainya itu. Dia tak berlakulah pada zaman saya dulu, zaman Yang Berhormat Bandar Klang pun tak berlakulah, tapi sekarang ini kita tengok berlaku keluar saja daripada sekolah, tudung pun boleh dibuka dan sebagainya you know. Kemudian baju pun boleh di tandatangan, ini soal sikap, macam saya sebutkanlah tak akan saya hendak ulang-ulang. Tapi kebersihan ini saya hendak tekankan sekali lagi kebersihan ini puncanya dari rumah. Kalau rumah kita bersih sudah tentu kita mempunyai disiplin yang begitu tinggi di dalam rumah. Dan tidak mungkin sekali pun kita keluar dari rumah kita, kita akan suka-suka hati dalam rumah bersih, dekat luar kotor pun tak apa. Tak mungkin dia akan berlaku mentaliti begitu. Tapi ini sekali lagi sebelum saya hendak habiskan ini, saya hendak

supaya masyarakat kita berubah terutama di dalam Negeri Selangor kita mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Sampah makin hari makin bertambah, KDEB pun kalau katakan kita hendak keluarkan daripada punching bag pun tak boleh lepas juga. Sebab waktu bekerja mereka collect sampah, saya pun nampak lori sampah KDEB ini pergi ke kedai-kedai barang lusuh. Jual plastik, jual kotak, jual besi dan sebagainya. Pun saya nampak ia pun berlaku juga di kawasan saya. Jadi bila pusingan itu hendak habis, bila pusingan yang sepatutnya mereka lakukan itu dengan alasan kononnya lori rosak dan sebagainya tapi dia mengambil masa yang begitu lama untuk memunggah barang-barang recycle ini kepada kedai-kedai barang lusuh. Dan ini pun berlaku juga, cuma saya hendak yang terakhir ini saya hendak tekankan supaya KDEB ini tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. Janganlah tiap-tiap kali kita hendak telefon, hendak beritahu CEO. Saya tahulah CEO ini kalau dia punya command memanglah semua benda ini boleh selesai, tapi itu bukan isunya. Bukan soal isunya kita bagi aduan kepada Haji apa nama KDEB ini, Haji Ramli ini. Takkanlah every time every day kita hendak telefon Haji, ini kawasan-kawasan. Memanglah command dia itu esok atau pun sekejap lagi selesai, tapi sampai bila aduan-aduan ini harus kita terus kepada Haji Ramli ini. Manakah dia punya penyelia? Takkanlah engkau terima saja gambar daripada kontraktor-kontraktor, pekerja-pekerja dia pun bukanlah orang Malaysia pula itu. Pekerja-pekerja banyak dari Pakistan, potong rumput Pakistan, Bangladesh dan sebagainya yang berada dalam Kuang ini semua manusia yang jenis macam itu. Saya kata tadi 1 jam dia pusing kawasan taman perumahan, dia ambil gambar lepas 1 jam dia hilang. Benda ini berulang-ulang berlaku tiap-tiap kali kita laporkan kepada penyelia, mungkin esok 2 jamlah jadinya. Tapi apa yang saya hendak cuba tekankan dalam JP-ABAS pun saya dah sebut supaya kerja-kerja pembersihan domestik ini terutama dalam kawasan-kawasan perumahan, di kawasan-kawasan perdagangan dikembalikan kontrak itu kepada Majlis-majlis Perbandaran masing-masing supaya boleh dikawal, supaya pembersihan itu satu kawasan itu boleh diulang-ulang satu atau dua atau tiga kali dalam satu hari. Bukannya satu jam kerana itu perbandingan saya ambil antara kita dengan perbandingan di pasar Filipina di Sabah sana, nun Sabah sana bersih. Negeri kita yang maju ini tak jadi bersih, jadi agak apa inilah. Saya hendak Kuala Kubu saya rasa lepas ini Kuala Kubu punya turn, saya hendak habis dah ini.

Saya cuma KDEB saya sebutkan tadi supaya tingkatkan prestasi kerana tanggungjawab untuk pembersihan ini tanggungjawab yang agak berat dan berat juga kepada seluruh Ahli Majlis. Ahli Majlis pun kena mainkan peranan, jangan tengok sahaja, jangan tunggu Wakil Rakyat complaint, jangan tunggu rakyat complaint baru hendak bertindak. Ketua-ketua Kampung pun begitu juga, berikanlah kesedaran kepada masyarakat di dalam kawasan masing-masing dan saya hendak menutup ini, Insya Allah pada 13hb Ogos 2022 ini, Kuang akan melancarkan kempen kebersihan sepanjang tahun yang dipanggil sebagai Kuang Bersih Kuang Sejahtera. Saya harap supaya kebersihan negeri ini harus diambil pendekatan yang lebih agresif oleh EXCO dan juga kita semua yang berada di dalam negeri ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Speaker

Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan.

Speaker

Saya bagi 10 minit.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Baik. Dalam perbahasan Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (Public Account PAC) berkaitan dengan pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Saya hanya ada tiga sahaja isu yang ingin dibangkitkan namun yang pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak KDEB Waste Management kerana telah banyak melakukan penambaikan terhadap aduan-aduan atau pun format pengurusan sebelum ini yang banyak kita terima antaranya berkenaan pembayaran lewat, aduan-aduan yang tidak dilaksanakan atau pun tidak diambil tindakan namun saya percaya telah banyak penambaikan dilaksanakan dan saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berhubungan dengan aduan-aduan seperti ini. Saya juga ingin membangkitkan bahawa berkenaan dengan isu sampah haram. Saya difahamkan pengurusan sisa pepejal dan sampah haram ini bukanlah terletak di bawah bidang kuasa atau pun skop kerja KDEB Waste Management namun apa yang berlaku hari ini akhirnya pihak PBT akan mengarahkan pihak KDEB untuk mengutip sampah-sampah haram ini sama ada di kawasan kampung, di longgokan-longgokan di tepi jalan dan mereka terpaksa lakukan walaupun tanpa peruntukan yang khusus atau pun hanya sekadar kerja yang ikhlas atau pun bantuan secara suka rela ini kita tidak akan dapat mencapai matlamat yang kita hendak capai untuk memastikan negeri kita, kawasan kita berada di dalam keadaan yang bersih. Dan sudah tentu pada kita sama ada pihak PBT atau pun pihak KDEB bukanlah menjadi isu tetapi matlamatnya kita hendak pastikan persekitaran kita ini bersih. Kawasan perumahan kita bersih, kawasan kejiranan kita bersih dan jalan-jalan yang kita lalui itu bersih daripada pencemaran sampah haram di tepi-tepi jalan khususnya dan rakyat juga atau pun para pengadu, mereka akan membuat aduan terus kepada pihak KDEB atau pun PBT. Tidak semua yang tahu kawasan sempadan operasi KDEB mahupun di bawah PBT atau pun kontraktor swasta yang dilantik oleh PBT jadi pada pandangan saya perlu kerajaan melihat isu ini supaya pihak KDEB apabila telah diberikan ditambah skop kerjanya kawasan operasi diperluaskan lagi maka peruntukan khas atau pun tambahan perlu diberikan juga kepada pihak KDEB atau pun pihak PBT untuk menguruskan hal ini, masalah sampah haram ini. Saya beri sedikit atau saya ingin highlight berdasarkan daripada laporan kewangan pada tahun 2020 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM, jumlah pendapatan KDEB Waste Management adalah kedua yang terendah berbanding dengan tiga lagi syarikat konsesi yang bernaung di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP). Saya bagi contoh E-Idaman Sdn. Bhd. yang

menguruskan Negeri Kedah dan Perlis, mereka mengutip sampah hanya 1,600 tan dan mendapat pendapatan berjumlah RM296 juta hampir RM296 juta, manakala Alam Flora Sdn. Bhd. yang menguruskan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang 4,100 tan sehari, ini dalam jumlah sehari. Revenue mereka dalam 800 juta, manakala SWM Environment Sdn. Bhd. yang menguruskan sampah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mengutip sampah 5,000 tan sehari dengan keuntungan maaf pendapatan 919 juta dan KDEB Waste Management Sdn. Bhd yang menguruskan sampah-sampah di Negeri Selangor dan mencatatkan jumlah kutipan sampah sehari tertinggi di Malaysia 7,000 tan hanya memperoleh pendapatan yang kedua terendah di Malaysia iaitu 464 juta sahaja. Jadi pada pandangan saya tidak adil untuk kita meletakkan bebanan dan mengharapkan hasil mutu kerja yang terbaik namun kita tidak menyokong dari sudut peruntukan mahupun dasar-dasar yang lebih jelas supaya pihak KDEB Waste Management dan pihak PBT mahupun agensi yang berkaitan untuk menguruskan hal ini. Untuk menguruskan isu-isu yang terkait dalam bidang kuasa mereka.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bukit Melawati. Nak tanya Selangor buat sendiri. Cuma nak tanya ada tak negeri lain buat sendiri? Dan bagaimana prestasi mereka.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Sebenarnya saya sebut tadi, negeri-negeri lain tadi itu telah ditetapkan oleh syarikat atau pun agensi mereka sendiri yang menguruskan pengurusan sampah di negeri masing-masing.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dimaklumkan Perak buat sendiri.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Saya tidak maklumat lebih lanjut berkenaan Perak dan sebagainya namun saya memberikan contoh itu sebagai perbandingan tugas, bebanan dan pencapaian hasil KDEB Waste Management yang menguruskan Negeri Selangor berbanding dengan syarikat-syarikat lain yang menguruskan negeri lain dengan ukuran jumlah sampah tersebut dan kita bermakna 7,000 tan sehari pihak KDEB Waste Management sebenarnya berjaya menguruskan sampah-sampah domestik, longgokan sampah haram dan sebagainya yang tertinggi tapi pendapatannya yang kedua terendah. Pada pandangan saya kita harus rasional untuk memastikan mereka ini atau tekanan yang kita berikan ini disesuaikan dengan beban mereka. Sekiranya kita mengharapkan negeri kita yang bersih, kejiranan kita, negeri kita ini namun dia tidak menyokong dari sudut aspek peruntukan, fasiliti, dasar-dasar apa yang jelas boleh menjejaskan pencapaian mutu kerja pihak agensi yang telah kita tetapkan dalam menguruskan hal sisa pepejal ini. Jadi saya juga mengharapkan agar pihak kerajaan dapat menggariskan satu dasar atau pun garis panduan yang lebih jelas terhadap pengurusan dan kaedah menangani sampah haram, sama ada kita letakkan di bawah agensi ini, KDEB atau pun kontraktor swasta PBT dan sebagainya serta peruntukan khusus atau peruntukan tambahan sama ada melalui PBT untuk kita tangani isu ini bersama dengan lebih efisien bersama pihak-

pihak yang bertanggungjawab. Sudah tentu penalti atau pun denda yang dikenakan terhadap pesalah laku dan bagaimana pihak kerajaan dapat tangani isu ini dengan lebih serius dan lebih kreatif supaya pihak PBT, KDEB atau pejabat tanah dan agensi yang berkaitan lebih jelas dengan peranan mereka masing-masing. Seterusnya Tuan Speaker, ingin saya bangkitkan dengan ...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah pun memberikan banyak fakta yang menunjukkan bahawa KDEB dia punya pungutan sampah itu yang paling tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain tapi hasilnya yang kedua terendah dan saya juga ada maklumat bahawa walaupun hasilnya keseluruhannya adalah 460 juta satu tahun tapi keuntungannya hanya 6 juta bererti kurang daripada 1%. Kalau di dunia luar kalau bukan dalam kerajaan, kalau keuntungan 1% bererti rugi sebab aset nilainya susut setiap tahun, inflasi naik, kos naik jadi sebenarnya kalau kontraktor lain dia dah tidak buat tapi ini sebab syarikat kerajaan jadi untuk adil kepada KDEB nampaknya kita terpaksa naikkan bayaran kalau kita nak kekalkan persembahan tapi bererti kalau kita hendak tambah bayaran kepada KDEB kita kena naikkan cukai taksiran jadi soalannya setuju tak kita naikkan cukai taksiran. Terima kasih.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Ini memang isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini berkenaan dengan cukai taksiran.

Bagi laluan, saya setuju sebenarnya kalau cukai ini dinaikkan tapi kepada rumah-rumah wakil rakyatlah semua. Rumah rakyat jangan bagi naik, rumah wakil rakyat terutama Yang Berhormat Bandar Baru Klang naikkan sampai tiga kali ganda pun tak apa. Semua wakil rakyat yang dalam ini dialah yang kena mendahului. EXCO-EXCO kena bayar dua kali gandalah.

Speaker

Terima kasih Kuang, saya sudah tidak benarkan dia bangun sendiri, bangun sendiri tanpa keizinan tak boleh macam itu lagi ya, ini yang terakhir. Tak apa kita minta Bukit Melawati teruskan sama ada nak cukai tak cukai ke itu terpulanglah Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Ya berkaitan cukai taksiran akhirnya sudah pasti kita sendiri yang memikirkan dan kesannya terhadap rakyat dan saya percaya pihak kerajaan punya formula yang terbaik untuk memikirkan kaedah bagaimana kita pada yang sama kita hendak kualiti terbaik, mutu terbaik, pencapaian terbaik tapi kita menzalimi pihak yang terpaksa melaksanakan kerja dengan mungkin kakitangan yang mungkin tidak cukup, pekerja yang tidak cukup, bayaran yang rendah, kadar charge yang rendah jadi kita harus adil dalam hal ini, harus kita berfikiran rasional dan juga wajar untuk kita pertimbangkan namun dalam saat-saat ini yang getir dengan keadaan ekonomi yang meruncing dan juga membimbangkan pihak kerajaan harus memikirkan formula yang terbaik untuk..

Tuan Speaker sikit saya nak mencelah.

Speaker

Sikit ya, jangan panjang lebar.

Sebab tadi kita dibangkitkan tentang kenaikan cukai ini saya takut disalah faham. Saya yakin semua Ahli Dewan di dalam dewan ini semuanya tidak bersetuju untuk cukai pintu dinaikkan pada masa ini dan saya sendiri menentang keras kalau itu jalan dia untuk menambah pendapatan KDEB tapi dalam perbahasan saya tadi saya sudah terangkan mungkin Kerajaan Negeri boleh bantu macam ada juga PBT yang ada duit banyak, keluarkanlah jangan disimpan, jangan tengok akaun banyak seronok tengok duit banyak dan kita tak nak rakyat dimangsakan dalam situasi yang tidak sesuai untuk kita menaikkan cukai pintu tapi kita kena cari jalan lain untuk membantu rakyat. Itu sahaja.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Saya setuju dengan pandangan Meru untuk tidak menaikkan cukai taksiran atau pun cukai pintu pada ketika ini namun saya percaya Yang Berhormat EXCO telah pun mengumumkan berkenaan hal yang demikian yang tidak ada cukai taksiran pada tahun ini. Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan barisan EXCO Kerajaan Negeri untuk memikirkan info terbaik dengan input-input terbaik dari wakil-wakil rakyat sekalian. Seterusnya Tuan Speaker, saya teruskan kepada isu yang ingin saya bangkitkan yang agak spesifik di mana terdapat kes bahawa pemilik tanah mengenakan charge atau pun sewa pada kontraktor tertentu untuk membuang sampah domestik di kawasan kampung di tanahnya sendiri dan ini berlaku di Kampung Seri Aman walaupun bukan di bawah kawasan DUN Bukit Melawati tetapi aduan ini sampai kepada saya jadi saya fikir ini adalah suatu yang serius kerana dia sudah berlarutan sehingga 10 tahun dan walaupun penalti denda dikenakan namun isu ini masih tidak selesai dan masih berjalan, kontraktor masih membuang sampah dengan tujuan pihak pemilik tanah untuk meninggikan tanah di kawasannya bagi tujuan tertentu. Kita tidak tahu apa tujuannya tapi dibenarkan dan di charge lagi jadi salah laku seperti ini, pemilik tanah seperti ini harus dikenakan tindakan. Penguatkuasaan harus dijalankan sama ada pihak Pejabat Tanah atau Majlis sendiri harus lihat isu ini dengan lebih serius. Dengan keadaan begini atau kes sebegini boleh menyebabkan pencemaran bau, pencemaran persekitaran dan menyebabkan kesihatan penduduk kampung itu terjejas. Dan kita ingin elakkan perkara-perkara yang tidak diingini yang lebih serius yang mungkin boleh berlaku sekiranya diteruskan lagi dengan kaedah ini dan tiada siasatan dijalankan ataupun tiada penguatkuasaan yang lebih serius dilaksanakan.

Dan yang terakhir Tuan Speaker berkenaan dengan isu kebersihan dan juga kutipan sampah di kawasan pasar-pasar awam. Masalah kita sebenarnya adalah sikap masyarakat seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuang tadi di mana

sikap masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab yang buang sampah tetapi tidak buang di dalam tong sampah. Dia nak mudah kadang-kadang penjaja, peniaga dan dari luar pun bukan di kawasan itu sendiri, pergi ke pasar-pasar yang mempunyai tong sampah yang besar ini tetapi dia letakkan di luar sahaja. Jadi ini menyebabkan kadangkala anjing liar di sebelah malam dan sebagainya mengotorkan kawasan tersebut dan apabila kutipan sampah dibuat, pihak pekerja yang sepatutnya tidak membersihkan kawasan persekitaran tersebut. Jadi saya mohon agar pihak kerajaan dapat memberikan pencerahan supaya pihak KDEB ataupun pihak yang bertanggungjawab untuk pembersihan di kawasan pasar awam ini dapat melihat lebih fokus kepada kawasan pembuangan sampah di pasar-pasar awam supaya kita dapat memastikan pengguna, pelanggan dan rakyat kita yang ke pasar-pasar ini dalam keadaan yang bersih dan mereka dapat memastikan persekitaran kita persekitaran pasar-pasar awam mahupun pasar-pasar malam, pasar pagi ini juga terjaga. Jadi saya dengan ini Bukit Melawati menyokong Usul Penyata yang dibawa ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Bukit Melawati. Saya beri peluang kepada Pandamaran 5 minit.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

5 minit? Terima kasih Tuan Speaker. Pandamaran ingin menyokong Usul KDEB di mana untuk pengetahuan kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat bahawa pilot projek KDEB ada di Majlis Perbandaran Klang. Semasa ‘pilot project’ ini dijalankan, saya adalah Ahli Majlis. Sebelum KDEB ambil alih saya sering menerima aduan dari penduduk dan aduan itu perlu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan tapi saya berterima kasih lah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana menubuhkan KDEB WM iaitu KDEB Waste Management untuk mengendali dan menjaga kebersihan walaupun pada awalnya bila KDEB ambil memang ada banyak masalah sebab mereka tengah menyesuaikan diri dan kita nampak selepas penyesuaian itu aduan daripada penduduk telah kurang. Sebelum KDEB ambil alih Klang, bandar Klang dikenali sebagai bandar yang paling kotor di Malaysia. Saya rasa Pelabuhan Klang mengaku, ya selepas KDEB ambil alih kita nampak ada kemajuan dan nama bandar yang paling kotor tak ada dah. Ya, jadi saya memang berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah tubuhkan KDEB Waste Management dan ini apabila berjaya dilaksanakan di Majlis Perbandaran Klang, kita nampak projek-projek ini KDEB telah pergi ke Ampang Jaya, Selayang, Subang Jaya, Petaling Jaya dan berjaya juga sebab mereka dah ada pengalaman.

Jadi saya bila terima aduan sekarang kita terima aduan dalam 24 jam aduan itu mesti selesai berbanding dengan sebelum KDEB ambil alih kena ambil seminggu, kadang-kadang ambil 2 minggu. Jadi ini kita nampak ada persepsi daripada penduduk bahawa Klang telah meningkat. Walau bagaimanapun peningkatan prestasi memang ada tetapi ada kebelakangan ini sebab memang jentera-jentera atau compactor telah uzur sebab lama, 7 tahun dah. Jadi apa kata leakage depan pintu saya sebelum ini tak ada, 6 tahun tak ada tapi kebelakangan ini sudah mula. Jadi saya sudah buat aduan dan

mereka telah baiki dan lepas dua tiga minggu, leaking lagi. Jadi kita nampak ya kalau ikut laporan ni Juruaudit walaupun ada keuntungan RM2 juta untuk tahun 2020 tapi memang tak cukup beli satu compactor RM700 ribu, RM800 ribu. Berapa compactor boleh beli dengan jumlah ini? Patut la KDEB dia kena jaga sikit dia punya kewangan, dia tak boleh nak beli compactor sewenang-wenangnya jadi bila ada kelebihan kata apa dia punya bajet tu, jadi boleh tambah lagi baik bila compactor kontraktor tu rosak, dia terus ada satu compactor untuk dipinjam kepada kontraktor tu. Jadi saya nampak ya Pandamaran nampak kadar pembayar kepada kontraktor KDEB tu untuk MPK sebab dia pilot projek, jadi kadar bayaran memang sekarang sangat rendah, saya difahamkan dia RM5.00 satu rumah untuk sebulan. Jadi pandangan saya memang tak cukup berbanding dengan Kuala Lumpur Alam Flora mereka terima Kuala Lumpur ada RM14.00 jadi kita nampak beza. Jadi saya akhirnya saya harap la MPK, pihak MPK dapat membenarkan kadar pembayaran kepada KDEB dapat dipertingkatkan dan justeru KDEB dapat beli jentera-jentera yang lebih canggih dan sempurna pada masa akan datang. Akhir sekali saya menyokong Usul ni. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Pandamaran. Subang Jaya 5 minit.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Baik terima kasih Tuan Speaker kerana membenarkan Subang Jaya untuk membahas Penyata berkenaan KDEB. Sedikit sahaja Subang Jaya ingin berterima kasih sebenarnya kepada KDEB sebab bila Subang Jaya bangkitkan isu berkenaan tong RORO di kawasan rumah kos rendah, KDEB pun masuk untuk menyumbangkan tong RORO tersebut sebab menimbulkan masalah pengutipan sampah. Jadi saya boleh lihat daripada situ bahawa niat daripada KDEB ini ingin memastikan kebersihan negeri Selangor cuma seperti mana telah disebutkan oleh ramai Yang Berhormat, cabarannya ialah kos. Kos setiap isi rumah adalah RM5.00 hingga RM7.00 sedangkan di DBKL adalah RM14.00. Selain daripada itu kami juga kena faham bahawa gaji minimum yang dikenakan pada kebelakangan ini juga membawa cabaran kepada KDEB di mana RM1,500.00 yang kena dibayar kepada setiap pekerja menimbulkan masalah kerana dengan Majlis, perjanjian yang telah ditandatangani adalah pada kadar RM900.00 setiap pekerja pada masa itu. Jadi kalau sekarang kalau kami nak lihat semula perjanjian-perjanjian tersebut Majlis pun ada rasa kekangan pendapatan. Jadi chicken and egg kind of situation. Persoalannya selain daripada kenaikan cukai, apakah kaedah lain yang kami boleh pertimbangkan untuk mungkin pertimbangkan penjimatan daripada pihak Majlis supaya mereka ada kewangan yang secukupnya untuk menawarkan kepada pihak KDEB. Jadi di sini Subang Jaya ingin mencadangkan tadi dia sebutkan oleh Yang Berhormat Kuang bahawa lori-lori KDEB ini akan singgah di tempat-tempat penjualan bahan-bahan kitar semula. Kami kena lihat ini sebagai sumber sebenarnya. Untuk Subang Jaya statistiknya menunjukkan bahawa pada tahun 2019 sebanyak RM2 juta boleh didapati daripada bahan kitar semula. Jadi kalau ianya expand kepada Majlis-majlis lain saya percaya bahawa perkara ini boleh menimbulkan penjimatan di kalangan Majlis dan justeru itu boleh membantu dari segi kewangan di pihak KDEB. Itu yang pertama.

Yang kedua, kami lihat di sini bahawa prestasi daripada KDEB perlu ditambah baik tetapi kami tidak boleh menyalahkan KDEB ini semata-mata. Bagi saya kami kena lihat kepada ekosistem sepenuhnya dan di mana kami boleh melakukan penambahbaikan. Di sini Subang Jaya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor menerajui perbincangan terutamanya di Kerajaan Persekutuan untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan supaya kami boleh kenakan denda komuniti servis. Sebab saya lihat di sini soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuang dan juga Yang Berhormat Pandamaran seolah-olah isu pendidikan ia menjadi persoalan utama. Kalau kami lihat isu pembuangan sampah ini jadi kalau kami sebagai Kerajaan atau pun Majlis sebagai Kerajaan Tempatan berkuasa untuk mengenakan hukuman komuniti servis, saya rasa perkara ini akan berkesan. Contohnya seperti yang telah dilakukan di negeri Sabah. Jadi itu cadangan yang pertama daripada Subang Jaya.

Cadangan seterusnya pada tahun lepas semasa pembentangan Belanjawan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bahawa 200 unit CCTV akan dipasang untuk tujuan keselamatan. Di sini Subang Jaya ingin mencadangkan selain 200 yang akan dipasang pada tahun ini, CCTV yang sedia ada iaitu 441 CCTV sedia ada dalam Kerajaan Negeri Selangor juga boleh digunakan untuk tujuan pemantauan. Jadi kami boleh lihat di mana sistemnya boleh ditambah baik untuk link kan SSTU dengan Majlis-majlis supaya mereka ada akses kepada footage tersebut di mana perlu mereka boleh gunakan untuk tujuan sama ada dakwaan di peringkat mahkamah dan sebagainya.

Jadi itu sahaja daripada Subang Jaya terdapat ramai lagi Yang Berhormat yang ingin membahas. Subang Jaya menyokong Penyata tersebut. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Subang Jaya. Saya beri kepada Pelabuhan Klang lah.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

5 minit.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Pertama saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PAC yang telah berjaya membentangkan Penyata berkenaan dengan prestasi KDEB dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dibuat oleh pihak KDEB bagi mengatasi masalah yang sering timbul berkenaan dengan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan juga pembersihan awam. Secara orang kata peribadi lah dan pengalaman saya dengan pihak KDEB kalau nak dibandingkan sebelum ini sampah-sampah diuruskan oleh pihak PBT sebelum itu pihak Alam Flora, saya melihat pihak KDEB menguruskan pengurusan sampah sisa pepejal, kutipan dan

juga pembersihan dengan lebih baik daripada yang sebelum ini cuma saya nak kongsikan sedikit pengalaman dalam Dewan yang mulia ini sebab masa pun 5 minit sahaja, berdasarkan pengalaman saya juga sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, sama macam Yang Berhormat Pandamaran sebelum ini saya 6 tahun sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang pernah kita buat pilot projek di mana kita buat kajian kenapa sampah-sampah di kawasan perumahan ini sukar untuk dibersihkan. Saya berpandangan begini. Kalau kita lihat rumah kita bersih, kita jaga, kita tak buang sampah dalam rumah kita. Dalam kereta kita bersih, ya kita tak buang sampah dalam kereta kita. Begitu juga kita dalam rumah kita jaga tapi bila kita keluar je rumah, ah lantak lah, kita buang je la sampah sebab ada kontraktor, ada tukang sapu nanti bersihkan. Sebab tu dekat lampu-lampu isyarat, kita tengok penuh sampah sebab masa tu kereta berhenti, buka tingkap buang je sampah apa yang ada dari dalam kereta sebab beranggapan masyarakat beranggapan sebab ada tukang sapu, ada tukang kutip, itu kerja dia orang, dia orang buat. So ini mentaliti masyarakat.

Jadi apa yang saya pernah buat selama 6 bulan lah, kita cuba, dan saya tak pasti selepas tu saya dah tak jadi Ahli Majlis dan kemudian projek tersebut diberhentikan di mana sebab ada sikap tanggungjawab di kawasan perumahan masing-masing pernah kerja-kerja pembersihan awam, kita tak kata kutipan sisa pepejal ataupun kutipan sisa sampah domestik tetapi pembersihan awam seperti sapuan, pemotongan rumput dan pembersihan longkang-longkang itu kita berikan kepada Persatuan Penduduk menguruskannya. Jadi semasa 6 bulan itu diuruskan oleh salah satu Persatuan Penduduk Zon Ahli Majlis kawasan saya, kita lihat ada banyak perubahan dan kurangnya aduan sebab penduduk sendiri yang jaga kawasan taman perumahan mereka dan bukan dijaga oleh pihak kontraktor dan saya lihat peluang diberikan kepada ibu tunggal, ada warga-warga emas yang bekerja di kawasan taman perumahan tersebut dan tinggal di situ dan membuat sapuan dan pembersihan.

Ini cadangan saya, saya berharap pihak KDEB mungkin dengan kos yang sangat orang kata ketat, sangat terhad tetapi boleh memikirkan kaedah ini bagaimana untuk bekerjasama dengan pihak penduduk, Persatuan Penduduk sebab di kawasan saya di DUN Pelabuhan Klang memang ada Persatuan Penduduk yang sanggup untuk bekerjasama untuk menguruskan pembersihan kawasan tersebut untuk memastikan kebersihan di tahap yang sebaiknya. Jadi ini cadangan kepada pihak KDEB mungkin ada kesukaran dasar dan polisi bagaimana nak melantik dan bekerjasama dengan pihak Persatuan Penduduk tapi itu lah yang saya boleh cadangkan dalam Dewan yang mulia ini yang mungkin untuk bincang panjang lebar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan, kita akan bincang dengan lebih lanjut lagi dengan pihak KDEB dan mungkin kita akan lahirkan satu penyata bagi cadangan-cadangan penambahbaikan untuk pembersihan awam di kawasan-kawasan taman perumahan. Jadi untuk itu Pelabuhan Klang menyokong penyata yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berkaitan pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd.

Speaker

Terima kasih, Pelabuhan Klang. Saya bagi Seri Setia. Lima minit, lima minit Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Ada beberapa perkara yang saya mungkin boleh bertukar pandangan atau pendapat yang boleh saya nyatakan tentang KDEB ini. Yang pertamanya kita tahu bahawa KDEB ini wujud pada 1 Julai 2016. Waktu itu mengadakan pilot project di Majlis Perbandaran Klang. Masa itu memang ada bantahan yang banyak daripada semua PBT-PBT tetapi atas arahan kerajaan maka mereka telah mengadakan pilot project dan pilot project yang di MPK, Klang ini telah membawa, walaupun ada beberapa aduan tetapi ada beberapa kebaikan juga. Maka pada 1 Mac 2017 pula, MPAJ dan juga MPS telah diambil alih oleh KDEB dan kedua-duanya kontrak ini adalah selama 7 tahun dan berikutan daripada itu semua sekarang ini semua PBT telah bersetuju dan telah ambil maklum kita semua telah tahu bahawa kontrak pembersihan kutipan dijalankan oleh pihak KDEB Waste Management selama 7 tahun. Baik, yang seterusnya saya juga nak maklumkan bahawa semua nyatakan KDEB mempunyai kos yang rendah tetapi kerjanya lebih. Apabila EXCO tanya tadi apakah kita perlu kenaikan cukai dah tentu orang tidak setuju, saya sempat membaca beberapa komen daripada live di Media Selangor. Ramai yang bersetuju supaya kos ini dinaikkan kerana tahap kerjanya lebih lagi. Tetapi memang betullah, bila sebut pasal cukai taksiran memang ramai yang tidak bersetuju. Saya yakin dan percaya dengan beberapa pandangan daripada rakan-rakan ADUN jugak menyatakan bahawa kerajaan Negeri mesti ada satu kaedah yang boleh digunapakai ataupun boleh dinaikkan kadar tugasan KDEB ini. Dan kita juga harus tahu apabila KDEB diambil alih ataupun mengendalikan setiap PBT banyak perkara-perkara yang telah mereka lakukan. Antaranya setiap lori kontraktor ataupun lori KDEB yang mana KDEB telah memberi pinjaman, sewa sebanyak sewa beli selama 5 tahun. Mana kita nak cari kontraktor ataupun syarikat yang boleh mengendalikan penyewaan lori ini selama 5 tahun kepada kontraktor-kontraktor yang mungkin baru nak berniaga ataupun mereka yang tidak ada kemampuan untuk buat pinjaman bank tetapi KDEB mengurus dan membantu mereka. Dan setiap lori ini diberikan ataupun diletakkan kamera ataupun yang dinamakan VMS Vehicle Monitoring System yang boleh mengesan ke mana lori ini pergi. Ramai yang tanya mungkin tak yakin lori KDEB ni dia pergi ke tempat yang tidak sepatutnya tetapi sebenarnya mereka ini dilengkapi dengan CCC dan juga kamera ini dan dapat diketahui ke mana lori ini pergi dan tindakan akan diambil kepada kontraktor tersebut.

Dan selain daripada itu, walaupun ramai yang tahu bahawa ada baik dan buruknya cuma harapan daripada saya sendiri perlu ada kerjasama yang erat antara PBT dan KDEB. Contoh dari segi pembayaran, mungkin ada pihak PBT yang tidak berapa setuju dengan pembayaran yang menyatakan ini tidak sesuai, ini terlalu tinggi, tetapi harus tahu bahawa pihak KDEB tidak akan menipu sebegitu sekali sebab dia mempunyai sistem macam saya katakan tadi, dan sistem penimbang juga berapa berat yang harus dibayar dan satu lagi harapan saya bahawa kerjasama yang erat

perlu ada antara PBT dan juga KDEB. Contoh macam saya nyatakan tadi, penyelia-penyelia bukan sahaja penyelia KDEB tetapi penyelia daripada PBT jugak harus bekerjasama. Kadangkala satu pihak buat kerja satu pihak lagi tidak buat kerja. Bagaimana kadang-kadang bercanggah pandangan bila kita rujuk, penyelia PBT kata begini, bila kita rujuk satu lagi penyelia KDEB kata begini. Saya rasa ini perlu ada kerjasama yang lebih erat antara penyelia-penyelia KDEB dan PBT. Dan seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada KDEB. Banjir dalam Negeri Selangor mereka membantu, keadaan macamana sampah yang banyak berapa banyak sampah haram mereka bantu walaupun bukan kerja mereka. Di kawasan saya PPR Lembah Subang adalah PPR yang paling teruk dalam dunia yang tidak diselenggara oleh KPKT. Baru ni kebakaran berlaku dalam tempat pembuangan sampah, KDEB yang usahakan untuk bersihkan jugak. Sedangkan KPKT tak ambil tahu tentang perkara ini. Jadi, ini tugas mereka yang tidak ada dalam tugas kontraktor yang tidak ada dalam kos pembayaran itu tetapi mereka boleh lakukan jugak kerana mereka nak pastikan mereka jaga mutu kebersihan dalam Negeri Selangor. Jadi saya rasa ini cukup besar pengorbanan kerja daripada KDEB dan jugak gotong-royong. Kita tengok selama ini kalau kawasan yang kita nak buat gotong-royong kita panggil Majlis PBT, kita panggil KDEB, walaupun bukan kerja KDEB tetapi mereka lakukan jugak untuk menjayakan gotong-royong pada kawasan yang kita mintak tu dan jugak saya harap satu lagi, pendidikan jugak perlu saya baru balik daripada luar negara, pendidikan untuk bagaimana mengatasi ataupun menjaga kebersihan negara lain dah mula daripada sekolah lagi tetapi negara kita agak lambat, agak sukar, tidak ada kerjasama daripada Kementerian.

Speaker

Masa tak ada.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Masa tak ada? Minta maaf. Jadi saya rasa kita perlu, saya setuju pada dasarnya saya setuju apa yang dibawa penyata yang dibawa jawatankuasa ini tetapi kita perlu sedikit penambahbaikan lagi untuk memastikan KDEB menjadi satu syarikat yang terbaik dalam Negeri Selangor dan dalam negara ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih YB. Seri Setia. Nampaknya Ahli-ahli Yang Berhormat cukup minat dengan pembersihan, cukup minat dengan sampah, potong rumput dan sebagainya. Saya cadangkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh adakan satu pertandingan DUN mana yang paling bersih. Kerajaan boleh bagi hadiah, boleh ya? Jadi saya bagi Sentosa lima minit.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kerana membenarkan Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Memang banyak yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sejak pagi tadi. Perlu kita faham satu kerjasama perlu diadakan seperti apa yang telah diberitahu oleh Seri Setia. Satu kerjasama menyeluruh dari semua pihak bukan sahaja kita cari salah atas KDEB tetapi PBT perlu memainkan peranan mereka dan

juga sebagai ADUN, Ahli Majlis, Persatuan Penduduk untuk menyelesaikan masalah sampah ini. Sebenarnya kalau kita tengok saya beberapa tahun dahulu pun selalu mencari salah atas KDEB. Tetapi selepas beberapa tahun dah sekarang, saya tengok prestasi kerja KDEB terus menaik. Kita perlu memberi mereka masa right? Dan saya ingat bagi mereka satu, dua tahun lagi prestasi kerja mereka akan naik juga.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya juga ingin menyarankan dan juga membantu dari segi mencadangkan syor kepada Jawatankuasa iaitu PBT perlu wujudkan satu in house team dengan compactor dan satu team di mana kalau ada kawasan-kawasan bermasalah jangan tunggu untuk KDEB sahaja untuk menyelesaikan masalah. Terus hantar team in house untuk menyelesaikan masalah ini. Ini adalah kerana PBT dipersalahkan bukan KDEB sahaja. KDEB sebenarnya adalah service provider tapi PBT perlu ada compactor dengan satu team menyeluruh supaya mereka boleh menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

Yang kedua ialah, kontraktor-kontraktor ataupun kontrak yang diberikan, kita tengok di satu-satu kawasan ada 3 jenis kontraktor. Satu kontraktor ambil sampah sisa pepejal, satu kontraktor sapu jalan dan sebagainya lagi satu pulak potong rumput. Kalau satu kontraktor ni tak kerja, dia salahkan ini bukan scope kerja dia dan sebagainya. Kalau boleh satu kontraktor dipertanggungjawabkan untuk satu kawasan supaya kita tahu siapa yang perlu dipersalahkan atau perlu dia mengambil tindakannya.

Yang ketiga, YB. Tuan Speaker ialah saya tertarik dengan apa YB. Meru bagitahu. Satu program untuk pekerja-pekerja kontrak yang bekerja kuat siang malam sampai pagi pun dia datang rumah ke rumah untuk ambil sampah dan sebagainya. Kita menghadapi masalah kenaikan gaji dan sebagainya. Perlu ada satu program yang boleh kita pihak Kerajaan Negeri wujudkan demi kebajikan mereka. Itu sahaja Tuan Speaker. Saya sokong syor ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Sentosa. Seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul penyata tentang KDEB Waste Management. Tahniah dan syabas. Saya juga ingin meminta pihak Bahagian Pengurusan Maklumat ICT dan pihak-pihak berkaitan supaya dapat mencari ya, sebab saya dapat complaint daripada Ahli-ahli Dewan termasuk kakitangan kerajaan tentang sistem wifi Dewan Negeri Selangor yang lemah dan juga putus-putus dan tidak konsisten, lemah. Saya minta ambil maklum dan perbaiki. Saya harap masalah yang sama tidak berulang berlaku di dalam semasa Persidangan seperti perkara yang penting ini ya. Saya harap pihak ICT ambil maklum. Baik, saya minta pihak Kerajaan bagi sedikit respon. Yang Berhormat EXCO Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Kerajaan Negeri menyambut baik ulasan, pandangan serta teguran semua Ahli Yang Berhormat mengenai pengurusan sampah di Negeri Selangor. Di peringkat Kerajaan Negeri kita

sentiasa memantau perjalanan operasi KDEB supaya pengurusan sampah di Negeri Selangor adalah cekap dan lestari. Kita mahu Selangor yang lebih bersih disebabkan itu Kerajaan Negeri pada tahun 2016 sudah melihat keperluan agar pengurusan sampah ini ditadbir oleh badan profesional yang menjawab terus kepada Kerajaan.

Semakan audit terhadap Corporate Score Card KPI KDEB Waste Management bagi tahun 2019 dan 2020 mendapati KDEB berjaya mengurangkan sasaran aduan awam antara 40 hingga 62 peratus. Dalam tempoh 3 bulan sahaja dilantik PMC. Selangor selalu menjadi line light dalam apa jua yang kita lakukan. Apa sahaja yang berlaku di Selangor akan menjadi perhatian negeri lain kerana negeri ini adalah pemacu utama ekonomi negara dan KDNK kita yang tinggi. Ini bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Jika lihat pertumbuhan penduduk di Negeri Selangor naik lebih 10 peratus daripada 2013 hingga 2020 ini tidak termasuk warga asing lagi. Secara langsung penghasilan sampah juga telah bertambah dan kerajaan Negeri sedar keperluan untuk adanya pengurusan yang cekap dan peruntukan yang mencukupi.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kampung Tunku, Dusun Tua, Bandar Utama dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain yang telah memberi penghargaan kepada KDEB Waste Management atas bantuan yang telah disalurkan semasa banjir besar melanda Selangor pada 18 Disember 2021. Seluruh jentera KDEB telah dikerahkan untuk membantu pembersihan pasca banjir. Dalam keadaan KDEB yang mempunyai aset pembersihan yang biasa, kini baru kita sedar kemampuan KDEB sebagai agensi yang mampu respon kepada kejadian seperti banjir. Saya ingin bagi satu contoh kerjasama yang baik dengan PBT untuk pembukaan transfer station yang melancarkan pengeluaran sampah daripada kawasan perumahan. Ini bukti KDEB mempunyai kepakaran dalam menguruskan sampah-sampah biasa dan sampah-sampah luar jangkaan seperti sampah banjir. Ini adalah kelebihan model pengurusan sisa pepejal dan pembersihan seperti ini. Saya juga ingin menjawab beberapa soalan yang telah ditimbulkan semasa perbahasan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali, Banting. Yang Berhormat Banting telah beberapa kali menyentuh pasal ketidakcukupan compactor dan meminta compactor tambahan. Sebenarnya ia bukan isu compactor boleh ditambah atau tidak boleh ditambah. Sebenarnya ia bukan isu compactor boleh ditambah atau tidak boleh ditambah. Isu utama adalah bayaran sekiranya kita mampu bayar compactor kita boleh tambah compactor tiada masalah atau kita boleh tambah jumlah trip pada setiap hari sekiranya sub kontraktor ataupun kontraktor itu hanya dibayar untuk melaksanakan kutipan satu kali sehari. Kalau kita hendak minta kutip dua kali sehari itu tidak adil bagi kontraktor tersebut. Sekiranya bilangan ataupun jumlah sampah di sesuatu tempat iaitu adalah banyak sangat dan satu trip itu tidak mencukupi maka kita perlu tambah compactor atau tambah trip kutipan dan bagi Sungai Pelek, Sungai Pelek juga mencadangkan cadangan yang baik, Yang Berhormat Sungai Pelek mencadangkan tibalah masa kita melakukan Program Kitar Semula. Saya ingin meminjam ayat daripada Yang Berhormat Dusun Tua sebenarnya bukan tiba masa, masa sudah berjalan semasa Yang Berhormat Sungai Pelek

menjadi EXCO Kerajaan Tempatan sebenarnya program ini telah start kita telah mula program Yang Berhormat telah mulakan program kitar semula dan saya nampak sehingga hari ini.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tidak nampak kesan yang baik macam tidak efektif.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang Berhormat Sungai Pelek saya ingat yang itu telah mula dan sehingga hari ini kesedaran itu sudah ada saya boleh bagi contoh ada dua Pusat Kitar Semula yang telah ditubuhkan oleh KDEB satu di Meru satu di Bandar Bukit Puchong. Kedua-dua pisat kitar semula ini telah dapat mengutip sepuluh tan barang yang boleh di kitar semula setiap hari. Ini hanya dua pusat kitar semula yang ditubuhkan oleh KDEBWM dan kita bercadang dalam tahun ini lima lagi Pusat Kitar Semula seperti macam ini akan ditubuhkan di PBT yang lain. Kesedaran itu ada dan kita perlu, saya perlu kerjasama Yang Berhormat untuk meningkatkan lagi kesedaran lagi di kalangan penduduk khususnya di kawasan bandar. Bagi Bandar Utama juga mencadangkan supaya satu sistem pemantauan diadakan sebenarnya sistem pemantauan kita sudah ada. Kita ada CCTV dan GPS di lengkapkan di semua compactor dan data-data tersebut akan disalurkan di coman centre di Ibu Pejabat KDEBWM dan comman centre ini boleh nampak setiap compactor. Kita dapat memantau adakah aduan, saya bagi satu contoh sekiranya ada ADUN yang berkata sampah itu tidak dikutip kita dapat memantau daripada CCTV yang dipasang atas compactor tersebut adakah sampah itu dikeluarkan sebelum compactor itu sampai dan kru ataupun pekerja kita terlepas pandang ataupun sampah itu dikeluarkan selepas compactor itu lalu di tempat itu.

Speaker

Ya silakan Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bandar Utama juga sedar tentang adanya sistem sebegitu Cuma hendak menambah sedikit pencerahan yang didapati. Data dan informasi yang terkumpul itu ertinya sekali cabaran yang dihadapi KDEB semasa mengutip sampah sama ada penduduk ada mengeluarkan ataupun ikatkan sampah itu dengan baik atau tidak. Bandar Utama ingin bertanya setelah data dan informasi itu dikumpulkan, adakah kini pihak KDEB mampu melaksanakan tugas berdasarkan kadar bayaran. Adakah ini berpatutan dan sebagainya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini merupakan kadar bayaran merupakan satu kekangan kepada KDEB. Walau bagaimanapun bayaran itu adalah agak rendah sekiranya kita banding dengan konsesi lain yang menjalankan tugas yang sama di negeri lain tetapi KDEB masih komited untuk melaksanakan yang paling baik kepada Negeri Selangor dan.

Yang Berhormat saya hendak bertanya sedikit minta izin Speaker.

Speaker

Satu minit.

Tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebut tentang tempat kitar semula KDEB di Meru tetapi saya tidak tahu pula tapi jual barang recycle adalah. Adakah terdapat salah faham di situ atau sebagainya, boleh bagi penjelasan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang itu adalah tempat pengumpulan barangan kitar semula di kawasan Meru. Sekiranya Yang Berhormat Meru ingin membuat lawatan ke pusat tersebut saya boleh aturkan satu lawatan bagi Yang Berhormat Meru.

Ya, saya nak.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Di Klang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya di Klang. Sesiapa yang berminat kita boleh aturkan lawatan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya sangat berterima kasih yang pertama Meru menjadi tuan rumah kepada pusat ini kerana di Bukit Gasing kami memang sudah mula memulakan kempen untuk mengasingkan sampah dan saya nak ucapkan on the record kepada KDEB kerana mengumpul bahan recycling yang diasingkan daripada setiap rumah. Kita ada satu sistem kita letak dalam beg plastik transparent. Jadi sampah biasa dalam beg plastik hitam, biru, kuning dan beg plastik giant yang itu sampah tetapi penduduk Bukit Gasing digalakkan letak dalam beg plastik tranparent dan Kontraktor KDEB dalam DUN Bukit Gasing kutip beg plastik transparent diletakkan secara berasingan dan pergilah kepada pusat itu, tuan rumah Meru. Jadi saya ucapkan terima kasih mewujudkan tapi saya hendak tanya soalan Yang Berhormat EXCO kata bayaran di Selangor kurang daripada apa yang diterima oleh pengutip sampah di Negeri lain. Mungkin Yang berhormat EXCO boleh huraikan berapa yang dibelanjakan di Kuala Lumpur ataupun di Negeri lain yang lebih tinggi tetapi tidak lebih bersih daripada Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kalau kita tadi Yang Berhormat Bukit Melawati telah membantu saya untuk memberikan data-data syarikat-syarikat lain, konsesi-konsesi lain berapa mereka terima ataupun berapa pendapatan konsesi-konsesi tersebut. Sebenarnya KDEB tadi Yang Berhormat Melawati kata KDEB adalah kedua terendah. Itu daripada segi revenew ataupun pendapatan. Sekiranya kita hendak

membandingkan dengan jumlah sampah yang diuruskan oleh KDEB berbanding dengan jumlah revenew atau jumlah pendapatan yang diterima oleh KDEB, KDEB sebenarnya adalah paling murah sekali berbanding konsesi yang lain. Jadi kita boleh banding tahap perkhidmatan yang diberi ataupun ditawarkan oleh KDEB adakah jauh lebih teruk daripada konsesi lain bagi saya tidak. KDEB masih boleh mampu melaksanakan kutipan sebanyak tiga kali seminggu berbandingkan kawasan yang melakukan dua kali seminggu walaupun revenew kepada syarikat konsesi tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada KDEB. Saya juga ingin jemput Yang Berhormat Kuang ke pasar-pasar ke di dalam Negeri Selangor bukan sahaja di Pasar Filipina di Sabah ada pasar yang bersih di Selangor kita juga ada pasar yang saya kira tahap kebersihan itu adalah cukup baik seperti Pasar di Seksyen 16 Shah Alam, Pasar Cempaka di Bandar Utama dan Pasar Banting di kawasan Yang Berhormat Banting, Pasar Penampang yang ini saya kira tahap kebersihan itu adalah cukup baik dan sau cadangan daripada yang berhormat Subang Jaya untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menambah baik Akta Kerajaan Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat Subang Jaya sebenarnya Kerajaan Negeri telah menyediakan draf Enakmen Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor. Draf itu telah siap dan kita telah kemukakan draf ini kepada Kementerian KPKT dan telah ditolak sebanyak dua kali tetapi kita masih dalam usaha untuk membincangkan bersama Kementerian KPKT dan kita harapkan terbaik daripada Kementerian KPKT. Jadi satu lagi.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sebelum itu izinkan saya masa kita ada enam minit lagi kalau Yang berhormat ada sedikit masa. Yang tadi cadangan Subang jaya yang kita ada komuniti servis, kadang-kadang kompaun ini dia buat rayuan, orang yang dikenakan kompaun membuang sampah secara haram dia letak tilam di tepi jalan dia buang rokok atau sebagainya kalau kita dapat tangkap mereka dan kita beri kompaun mungkin sebagai rayuan secara administrative kompaun itu boleh ditukar kepada empat jam setengah hari komuniti servis. Jadi jika tidak mahu membayar RM 500.00 kompaun itu tukarlah empat jam dia sapu jalan untuk sedar diri bahawa dia buat salah dan dia harus contribute ke arah kebersihan negeri ini dan mungkin Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan ke.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini cadangan yang baik mungkin kita akan teliti dalam sekiranya enakmen itu diterima oleh Kementerian KPKT. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menjelaskan pada waktu rakyat masih berhadapan dengan kenaikan harga barang dan juga ketidaktentuan ekonomi masa ini MMKN telah putuskan tiada kenaikan cukai pintu pada masa ini. Jadi sekali lagi Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada PAC dan kepada semua Ahli Yang Berhormat semua dapatan ini akan diperhalusi dan ditambah baik demi Selangor yang lebih bersih. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang berhormat EXCO daripada Kinrara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan dewan ini ialah satu

usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Public Accounts Committee (PAC) berkaitan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam oleh KDEB WM Sdn. Bhd yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 28 Tahun 2022.

Ahli-ahli yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA, Ahli-ahli Yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya, Usul Nombor 10 Tahun 2022 Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing

Speaker

Silakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih, tadi saya harap kita boleh sambung hingga pukul 4.30 petang. Ini kita hendak mula baru start engine ini kita terpaksa tangguh sampai esok tapi ok disebabkan terpaksa kita buatlah dua minit. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tatap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan dasar pemberian subsidi pembelian Rumah Selangorku, Rumah Harapan dan Rumah Idaman berdasarkan tahap pendapatan penerima manfaat di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 29 Tahun 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan Penyata ini adalah yang berwarna kuning Kertas Mesyuarat 29 saya harap semua sudah sempat membaca dan ia bukan Penyata yang tebal tetapi bagi mereka yang belum sempat baca boleh atau tidak saya ingin menarik perhatian kepada Penyata ini, saya tidak baca semua. Baca semua itu boleh baca di rumah malam ini esok kita boleh bicara dengan lebih mendalam tetapi di dalam muka surat pertama point 3.1 saya dan Jawatankuasa kami memang ambil maklum bahawa Rumah Selangorku yang sedia ada hari ini adalah dibina oleh pemaju sebagai syarat kepada pembinaan rumah harga bebas mereka. Kadang-kadang mereka buat rumah bebas banglo kadang-kadang buat rumah kondominium, rumah teres dan sebagainya dan dikenakan syarat antara 20% hingga 50% rumah dalam pemajuan itu mesti Rumah Selangorku dan rumah-rumah ini dijual dengan harga yang murah jauh lebih murah daripada harga kos kepada pemaju kos subsidi yang rumah mahal rumah banglo itu menjadi cross subsidi kepada rumah yang murah tetapi masa sudah tamat. Kita sambung esok.

Speaker

Yang Berhormat Bukit Gasing sila duduk sebagai pencadang sambung esok lah ya. Ahli-ahli Yang berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 4.30 petang maka saya tangguhkan Dewan ini hingga ke hari esok pada 27.7.2022 hari rabu pada pukul 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)