Selangor · 27 July 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 340 turns · 35,309 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 27 Julai 2022 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Membentangkan kertas-kertas mesyuarat:-

1. Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2022, Rancangan Selangor Pertama 2021 sehingga 2025 Negeri Pintar Berdaya Huni Dan Makmur.

2. Kertas Mesyuarat Bilangan 35 Tahun 2022 Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Dewan Negeri Selangor berhubung bencana banjir pada bulan Disember 2021 di Negeri Selangor.

3. Kertas Mesyuarat Bilangan 36 Tahun 2022, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor berhubung projek bagi menghubungkan HORAS 600 ke Loji Rawatan Air SSP1, 2, 3 dan Rantau Panjang dan Off River Storage ke LRA Semenyih.

4. Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2022, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor berhubung Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau.

5. Kertas Mesyuarat Bilangan 38 Tahun 2022, Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor berhubung kesiapsiagaan kerajaan negeri menghadapi musim kemarau pada tahun 2025.

Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam sejahtera, selamat pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian ataupun kita ketemu maneh. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pagi ini Dewan Negeri Selangor menerima kunjungan dan lawatan daripada sekolah kawasan DUN Kota Anggerik ke Dewan Negeri Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Guru penyelaras Puan Nazurah binti Abdul Halim dan juga En. Syed Ahmad Sani bin Tuan Hadi dengan seramai 20 orang pelajar yang

melawat ke Dewan Negeri Selangor. Selamat datang kepada semua. Saya mempersilakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Nombor 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah proses mengetahui maklumat pengundi bagi tuntutan khairat kematian, setelah pihak SPR sudah mengeluarkan nama dari sistem pengundi setelah mereka disahkan meninggal dunia? b)

Apakah usaha kerajaan menambah baik kaedah untuk warga emas ini mengetahui tentang baucar kelahiran tersebut?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Setia. Tuan Speaker, sekiranya data pengundi ahli SMUE telah dihapuskan dari sistem semakan daftar pemilik SPR. Pemohon boleh mendapatkan surat pengesahan pengundi atau lampiran bukti sebagai pengundi Selangor yang disahkan oleh ADUN masing-masing. Kedua, pada masa ini pelaksanaan pemberian baucar dibuat di peringkat Pusat Khidmat DUN. Maka PKM DUN adalah diseru agar menggunakan sepenuhnya penyampaian maklumat menerusi ketua-ketua kampung, ketua komuniti dan ketua-ketua agama di kawasan setempat untuk menyalurkan maklumat di kawasan mereka. Memandangkan kebanyakan golongan sasaran bagi program ini adalah terdiri daripada golongan warga emas. Selain itu YAWAS juga turut membantu PKM DUN dalam menyediakan perkhidmatan penyampaian maklumat melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) bagi memaklumkan peserta untuk hadir ke program-program pemberian baucar yang dilaksanakan oleh PKM DUN. Adalah dimaklumkan bahawa usaha cadangan pemberian baucar membeli belah SMUE kepada ahli bagi tempoh sepanjang tahun tanpa mengikut bulan kelahiran walaupun telah diluluskan oleh KKM, YAWAS masih lagi meneliti perkara ini memandangkan ada perkara-perkara teknikal yang perlu diselaraskan. Setelah cadangan ini diselaraskan, satu makluman rasmi akan dibuat kepada semua PKM DUN

dan diharap inisiatif ini dapat memudahkan ahli mendapat manfaat tersebut pada bila-bila masa sepanjang tahun tanpa menunggu bulan kelahiran mereka.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tadi maksud daripada Yang Berhormat EXCO adalah pengesahan daripada pihak DUN ya? Maksudnya begini ya sebab kita selalu hadapi masalah bila nama telah dihantar kepada JPN, Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka telah batalkan terus dan automatik di peringkat SPR pun akan batal namanya. Jadi apa yang dinyatakan pihak EXCO tadi hanya surat pengesahan daripada pihak ADUN. Betul ya?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Sebenarnya apa yang saya nyatakan tadi adalah sekiranya ahli SMUE, dia telah sistem semakan daftar pemilik itu telah dibatalkan. kita ataupun pengundi dikeluarkan, YAWAS telah menyatakan surat pengesahan daripada PKM ataupun ADUN itu boleh diterima itu apa yang YAWAS telah maklumkan kepada saya. Terima kasih.

Speaker

Pandamaran.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker?

Speaker

Ya Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Balakong merujuk kepada Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Nombor 24 (2) meminta izin kepada Tuan Speaker mengambil soalan daripada Pandamaran.

Speaker

Baik, saya izinkan. Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Bantuan Kewangan Pembedahan KanserQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk memberi bantuan kewangan untuk penghidap kanser untuk pembedahan kanser?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Tuan Speaker, saya mengambil soalan bagi pihak Seri Serdang kerana cuti sakit. Pandamaran bertanya adakah Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk memberi bantuan kewangan untuk penghidap kanser untuk pembedahan kanser. Selaku negeri yang sentiasa mengutamakan aspek penjagaan kesihatan rakyat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan perubatan dengan cepat dan berkualiti antaranya adalah melalui program Iltizam Selangor Sihat (ISS). Skim rawatan jantung, insentif rawatan TB dan bantuan sihat Selangor (BSS). Pada tahun 2022 kerajaan negeri telah mengorak langkah ke hadapan apabila memperkenalkan Program Selangor Saring yang bertujuan untuk melakukan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit seperti jantung, darah tinggi dan beberapa penyakit kanser yang terpilih seperti prostat, serviks, payudara dan kolorektal. Berhubung bantuan pembiayaan bagi pembedahan kanser, Kerajaan Negeri di bawah program Bantuan Sihat Selangor (BSS) ada menyediakan bantuan bagi pesakit kanser mendapatkan rawatan termasuk bagi pembedahan dengan had jumlah pembiayaan sebanyak RM 5000 bagi setiap kali permohonan. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan melayari laman sesawang STTP, Bantuan Sihat Selangor, bantuansihat.selangor.gov.my terima kasih.

Speaker

Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Stadium Shah AlamQuestions

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan pelaksanaan pembangunan yang dicadangkan dan peyelengaraan stadium oleh syarikat Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) bagi kawasan Stadium Shah Alam.

b)

Sejauh mana kemampuan syarikat DEFM mampu mengurus fasiliti sukan yang dipertanggungjawabkan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang dan juga seluruh Ahli Dewan sekalian, Tuan Speaker. Saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 24 ini bersama 6 soalan lain iaitu soalan 135 daripada Sungai Panjang, soalan 153 daripada Kota Anggerik, soalan 254 Hulu Bernam, soalan 278 daripada Sementa dan soalan 284 daripada Semenyih yang bertanyakan dalam sekitar hal yang berkaitan dan sama. Dan saya mohon izin untuk mengambil sedikit masa kerana butirannya melibatkan satu butiran yang agak panjang dan lebar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian secara keseluruhannya seluruh Ahli Dewan yang bertanya keenam-enam dan ketujuh termasuk Sungai Air Tawar bertanyakan tentang pembangunan yang saya telah sedikit sebanyak bentangkan pada 15hb, yang saya akan sebut semula dalam sidang ini. Namun begitu saya ingin pergi ke soalan yang kedua dulu berkenaan dengan kemampuan dan sejauh mana penyelenggaraan dilakukan untuk Kompleks Sukan Shah Alam termasuk Stadium Shah Alam khususnya soalan yang ditanyakan oleh Sungai Air Tawar dan juga oleh Sungai Panjang dalam soalan-soalan yang dikemukakan.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, semenjak daripada tahun 2008 hingga tahun 2018, 2008 hingga tahun 2018 secara keseluruhannya kita telah berbelanja kira-kira RM 56 juta untuk proses naik taraf, baik pulih dan juga pembaikan di dalam Stadium Shah Alam itu sendiri dan beberapa komponen-komponen lain di persekitarannya. Justeru ia menyebutkan bahawa setiap tahun semenjak daripada diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam hinggalah diserahkan secara rasmi kepada DEFM pada tahun 2017 ataupun 2018 kita berbelanja sekitar RM 5 hingga RM 6 juta satu tahun berdasarkan kepada keperluan-keperluan semasa untuk memastikan stadium ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu untuk melaksanakan beberapa aktiviti-aktiviti yang lazimnya diadakan di kawasan terbabit termasuk konsert, aktiviti-aktiviti dewan di Stadium Melawati dan juga Stadium Shah Alam sudah pasti perlawanan-perlawanan yang melibatkan Piala Malaysia dan juga melibatkan pasukan Red Giant. Sepanjang tempoh 2018 sehingga 2022 sebanyak RM 2.2 juta telah dibelanjakan untuk membaik pulih beberapa kemudahan seperti mengecat pagar stadium, pembersihan bim, naiktaraf tandas dan bumbung. Sebanyak RM 5.22 juta juga telah dibelanjakan bagi penyelenggaraan berkala seperti pembersihan luar dalam stadium, perkhidmatan kawalan keselamatan, penyelenggaraan lif, penyelenggaraan padang dan kerja-kerja elektrik serta sivil sepanjang tempoh terbabit. Peruntukan geran Kerajaan Negeri juga digunakan untuk kerja-kerja naiktaraf penyelenggaraan dan baikpulih kemudahan-kemudahan lain seperti Kompleks Sukan Shah

Alam, seperti Stadium Melawati, Stadium Mini, Pusat Akuatik, Lapangan Boling Padang dan Taman Sukan Lasak Seksyen 13.

Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum Sukan Sea tahun 2017, Kerajaan Negeri turut berbelanja lebih kurang RM 600 ribu untuk menggantikan polikarbonat iaitu elemen dan item untuk menggantikan bumbung dan juga kawasan-kawasan yang telah terjejas teruk secara keseluruhannya. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin memaklumkan dalam tempoh 2015 hingga 2017 sekitar RM 11.745 juta telah dibelanjakan bagi menaiktaraf kemudahan tandas, pemasangan kamera litar tertutup, pembaikan bumbung stadium, naik taraf kemudahan bilik korporat, bilik VIP, dan VVIP serta naik taraf lampu limpah padang. Kos ini tidak termasuk penyelenggaraan bekalan, penambahbaikan kecil sepanjang tempoh terbabit. Ini adalah angka yang dibelanjakan daripada 2013 – 2017 secara spesifik dibelanjakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam yang bertanggungjawab untuk mengendali, mengelola dan mengawal Stadium Shah Alam pada ketika itu. Jadi secara keseluruhannya daripada tahun 2008 sampai 2018 kita berbelanja lebih kurang RM 56 juta termasuk komponen yang dibelanjakan sendiri oleh pihak DEFM, dibelanjakan sendiri oleh MBSA dan juga sebahagian suntikan modal daripada Kerajaan Negeri Selangor. Berkenaan dengan kemampuan keseluruhan DEFM kita telah menunjukkan bahawa sepanjang tempoh menguruskan stadium ini daripada tahun 2018 sampai tahun 2020, ia telah menguruskan lebih daripada 40 konsert antara local dan international dalam pada masa yang sama menguruskan event dan program seperti Sultan Selangor Cup dan perlawanan-perlawanan Final Piala Malaysia 2018 sebagai contoh dan dia menunjukkan peningkatan 40% berbanding diuruskan ketika MBSA terlebih dahulu. Jadi secara keseluruhannya kemampuan ataupun tidak saya rasa kita telah menunjukkan kemampuan apatah lagi DEFM telah dipilih berdasarkan keupayaan mereka menguruskan Kompleks Generasi Muda dan Sukan. Dulu namanya Kompleks Belia Dan Kebudayaan yang sebelum ini diuruskan dengan dana Kerajaan Negeri sebanyak hampir RM 2 juta tiap-tiap tahun. Namun setelah diambil oleh DEFM pada tahun 2012, kita telah mengurangkan kos perbelanjaan negeri dan tidak langsung mengeluarkan kerana ia dibiayai dan diuruskan secara keseluruhannya oleh operasi Kompleks Raja Muda Musa ataupun Dewan Raja Muda Musa yang merupakan sebahagian daripada komponen yang terkandung di dalam Kompleks Belia dan Generasi Muda ataupun Generasi Muda dan Sukan atau pun dulu namanya Kompleks Kebudayaan dan Belia Negeri Selangor.

Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, saya ingin memaklumkan di sini bahawa sejak 2019 dan 2021 Kerajaan Negeri telah menerima banyak sangat kertas cadangan daripada pemain industri berkenaan baik pulih ataupun pembangunan semula Stadium melalui agensi seperti DEFM, MBI dan SUK. Pada tahun 2020 Kerajaan Negeri melalui MBI menubuhkan Jawatankuasa Khas dinamakan sebagai Unit Projek Khas di ketuai oleh Dato’ Ir. Ruslan Abdul Aziz mantan Pengarah JKR Negeri Selangor bagi mengkaji kertas-kertas

cadangan tersebut. Dan dalam masa yang sama mengkaji status kerosakan terkini Kompleks Sukan Shah Alam. UPK juga bertanggungjawab ataupun Unit Projek Khas juga bertanggungjawab mengkaji bentuk baik pulih yang bersesuaian dengan mengambil kiraan ancaman banjir teknologi terkini sistem utiliti yang lebih efisien, kos efektif dan keperluan pemegang-pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negeri, FAS serta Kerajaan Negeri.

Berdasarkan kertas-kertas kerja yang telah dikaji beberapa syarikat konsortium telah disenaraikan pendek dan beberapa siri pembentangan telah pun dijalankan bagi memastikan proses pemilihan adalah telus dan adil. Hasil penilaian tersebut UPK dan Kerajaan Negeri berminat untuk menjalankan kerjasama pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam bersama dengan Malaysia Corporation Resources Berhad (MRCB) ataupun MRCB. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat niat pada 15 Julai lalu sebagai langkah permulaan dan kerjasama, sama ada MRCB dapat menaik taraf Stadium tersebut sebagai mana keupayaan mereka menaik taraf Stadium Bukit Jalil pada tahun 2016 sehingga tahun 2017 dan ia adalah berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan MRCB dan juga kumpulannya yang juga merupakan sebuah yang dipegang secara besar majoritinya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mempunyai hampir RM 1 trilion dana kerana mempunyai simpanan di kalangan rakyat negeri Selangor.

Ahli Dewan yang dikasihi sekalian, dengan pemberian tunjuk minat tersebut maknanya MRCB harus mengusahakan dalam tempoh 6 bulan bermula dari Julai sehinggalah awal tahun 2022 untuk mengemukakan keseluruhan, termasuk pelan kebenaran merancang dan pelan bangunan untuk memulakan proses naik taraf dan juga pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ataupun membangunkan Stadium Shah Alam bagi kemudahan dan keperluan semasa. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, sudah pasti kita ingin menjadikan kawasan di kawasan sekitar Stadium dan Kompleks Sukan Shah Alam sebagai satu kawasan yang menyeluruh sesuai dengan pembangunan di sekitar Seksyen 13. Justeru sebahagian daripada tanah-tanah terbabit akan dibangunkan dengan bangunan-bangunan penempatan dan komersial dan juga meletakkan Stadium sebagai aset daya tarikan utama di samping mendekatkannya dan merapatkannya dengan kemudahan semasa iaitu MRT ataupun atau LRT 3 yang akan siap pada suku ketiga tahun 2025. Justeru saya percaya dengan perancangan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini kita akan mampu mengubah pandangan awam terhadap Stadium ini. Dan saya ingin memaklumkan beberapa gambar yang tular terutamanya ketika pandemik adalah langkah yang diambil oleh DEFM dan Kerajaan Negeri kerana pada ketika itu kita sedang mengkaji secara detail sama ada membangunkan semula atau pun membuat yang besar dan sebab itu kita telah menangguhkan beberapa usaha-usaha fasiliti ataupun penyelenggaraan yang kemudian tular kononnya kita tidak mengeluarkan sebarang dana ataupun hasil daripada Kerajaan Negeri Ataupun Anak-Anak Syarikat Negeri untuk menyelenggara dan mengurus semula stadium tersebut.

Sebagaimana yang saya maklumkan ketika pemberian letter of intention tersebut bahawa stadium ini lebih kurang kadar umurnya sama dengan Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya bina 4 tahun lewat daripada Stadium Shah Alam. Namun begitu Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga Axiata, apa namanya Stadium Tertutup bersebelahnya itu adalah Axiata dibangunkan kemudian pada tahun 2016 dan 2017 dan ia adalah dalam tempoh yang lebih pendek daripada jangka hayat yang ada di Stadium Shah Alam. Jadi saya kira sudah sampai masanya untuk Stadium Shah Alam dilihat semula di refurbish dan bila saya memaklumkan kepada MRCB mereka juga mereka juga memberi tahu sebenarnya naik taraf Stadium Bukit Jalil itu hampir serupa dengan membina baru kerana sebahagian besar daripada komponennya telah dileraikan dan dibuka semula dan diganti dengan komponen-komponen lain. Terutamanya komponen di negeri Selangor adalah seperti komponen bumbung polycarbonate yang disebut, yang digunakan sebelum ini tidak lagi sesuai kerana dia selain daripada mahal dan sukar untuk dapat pasarannya pada setengah-setengah masa selepas 5 hingga 7 tahun polycarbonate tersebut akan merapuh dan akan memberikan kesan kepada keselamatan stadium secara keseluruhannya.

Jadi kalau yang ditanya oleh Sementa bilakah akan boleh digunakan, kita jangkakan untuk bagi selamat ia akan bermula tahun 2026 untuk digunakan balik. Namun begitu pencapaian MRCB sebelum ini mereka boleh menaik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil dalam tempoh satu tahun tiga bulan, kita juga minta untuk mereka mempercepatkan. Namun begitu kita juga ingin melihat supaya elemen-elemen tertentu yang vital seperti padang dapat perlu diuruskan dengan baik supaya tidak berlaku kejadian-kejadian seperti padang yang perlu diuruskan dengan begitu, begitu, begitu berat terutama ketika musim hujan lebat sebagaimana yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil baharu ini. Terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sungai Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, nyatakan peruntukan khas setiap tahun penyelenggaraan Stadium Shah Alam yang diberikan kepada DEFM bagi tujuan penyelenggaraan melibatkan penyelenggaraan padang, penyelenggaraan mekanikal elektrik, penyelenggaraan sivil, pembersihan, perkhidmatan kawalan keselamatan dan baik pulih berskala sederhana dan kecil.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sejak ambil alih pada 2018, pihak Kerajaan Negeri telah menyiapkan dana lebih kurang RM 5 juta. Sama ada dana ini diberikan melalui dana Kerajaan Negeri ataupun diberikan melalui dana MBI kepada DEFM untuk menguruskan penyelenggaraan biasa. Namun masa ke semasa sebagaimana saya sebut tadi, kita turut menaik taraf lebih kurang RM 2.2 juta dan RM 5.92 juta dalam tempoh

yang 2018 hingga 2020 untuk membaik pulih seperti tandas dan beberapa kemudahan-kemudahan lain. RM 5 juta yang kita siapkan itu dan digunakan sekitar 4 juta hingga 5 juta ini adalah kadar penggunaan biasa semenjak dari MBSA lagi adalah digunakan untuk penyenggaraan biasa untuk membaiki mekanikal atau penyelenggaraan lif dan pelbagai perkara lain. Namun begitu setelah beberapa tahun ia dilaksanakan kita dapati kos penyelenggaraan perlu penyelenggaraan lebih besar dan major. Major construction dengan izin ataupun baik pulih secara besar-besaran kerana taraf stadium yang lama dan kita telah menemui 2 kali peristiwa banjir iaitu pada tahun 2006 dan tahun 2015. 2015 tidak kelihatan kerana ia memasuki di kawasan tempat duduk, tempat bilik persalinan dan beberapa bilik-bilik di lantai bawah dan tidak sampai ke kawasan padang pada ketika itu. Dan tahun 2021 berlaku lagi banjir yang turut sampai dan nampak kelihatan dan sebab itu saya rasa ini adalah tempoh yang sangat wajar untuk kita pertimbangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya juga nak maklumkan pada tahun 2013 hasil penilaian daripada JKR kita dapati kos untuk baik pulih pada ketika itu sekitar ialah RM 350 juta. Namun begitu pada hari ini setelah kita membuat penilaian semula berdasarkan harga semasa dan berdasarkan kepada kerosakan terkini yang ditanggung oleh Kompleks Sukan Shah Alam, bukan sahaja di Stadium Shah Alam sudah pasti di Stadium Malawati dan mini stadium kos dia telah meningkat naik hampir sekali ganda, hampir lebih sekali ganda lebih kurang RM 787 juta. Sebab itu kita sedang pertimbangkan kalau kos naik taraf ataupun bina semula itu lebih rendah atau bersamaan dengan 787 juta lebih baik kita dapat bangunkan stadium baru yang kedua-dua semua komponen-komponen dikekalkan untuk kegunaan-kegunaan pembangunan sukan dia dalam negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 25.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Pembangunan Infrastruktur Belia Dan SukanQuestions

25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan pembangunan infrastruktur belia dan sukan yang telah dilaksanakan sejak 2020 mengikut DUN?

b)

Adakah perancangan pembinaan dataran belia di Dun Sementa di tempat yang strategik?

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sementa, berkaitan dengan permohonan infra belia dan sukan. Semenjak 2020 sehingga 2021 Kerajaan Negeri telah menyelenggara sebanyak 79 kemudahan sukan di seluruh negeri Selangor dengan jumlah peruntukan yang dibelanjakan adalah sebanyak RM 3.8 juta. Bagi tahun 2020 sendiri sebanyak 40 kemudahan sukan telah dibina dan diselenggara yang melibatkan jumlah peruntukan RM 2 juta. Manakala pada tahun 2021 pula sebanyak 29 kemudahan telah diselenggara dengan perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta. Bagi 2022 sehingga Jun sebanyak 8 kemudahan sukan telah diselenggara dan dibelanjakan manakala 11 dalam proses untuk menerima peruntukan kewangan dan 8 telah siap pada tahun 2022. Yang Berhormat Sementa telah bertanyakan tentang jumlah peruntukan jumlah kemudahan mengikut DUN. Saya mohon untuk menjawab secara bertulis senarai yang sangat panjang Yang Berhormat. Kalau saya baca satu-satu mungkin terlalu banyak masa diperlukan. Soalan kedua adakah perancangan pembinaan dataran belia di DUN Sementa di tempat yang strategik? Yang Berhormat Sementa, Kerajaan Negeri sangat terbuka dengan cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat ADUN, kalau Yang Berhormat Sementa sendiri mempunyai tempat yang strategik yang boleh dikenal pasti saya kira kita boleh berbincang bersama dengan PBT untuk kita laksanakan program yang Berhormat Sementa maksudkan. Walau bagaimanapun cadangan membina dataran kompleks belia di DUN Sementa adalah sangat relevan dan boleh dilaksanakan di beberapa lokasi yang strategik yang mana kawasan lapang yang telah dirizabkan seperti Kompleks Belia Sementa, kawasan lapang Klang Perdana dan kawasan lapang Sungai Kapar Indah yang saya difahamkan masih ada lagi kawasan yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai Dataran Belia di DUN Sementa.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Soalan tambahan

Speaker

Ya Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO saya nak tanya soalan 25 (a) itu pembangunan infrastruktur tu senarai daripada tahun 2020 dan 2021 ada tak sebarang baik pulih ataupun tambah baik di DUN Jeram? Terima kasih.

Yang Berhormat Jeram walaupun Yang Berhormat Bebas tetapi Kerajaan Negeri tidak meninggalkan Jeram. Pada tahun 2020 Jeram, kita ada jumlah projek infra dilaksanakan di Jeram sebanyak 95,424 yang melibatkan kerja naik taraf padang awam Kampung Bukit Kerayong, Mukim Jeram dan membaik pulih dan menaik taraf gelanggang sepak takraw di Kampung Tambak Jawa, Mukim Jeram daerah Kuala Selangor itu 2020. Pada tahun 2021 pula saya senarai ini, cuma nanti jawapannya ada dalam kawasan Jeram ada kita buat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Taman Templer.

Speaker

Ya Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini masalah Jeram, patutnya Jeram mintalah untuk semua DUN.

Speaker

Soalan tambahan, soalannya apa?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Mintalah untuk semua DUN, saya nak minta EXCO juga, kita nak tahu kalau saya tanya Templer lepas tu Bandar Utama pula bangkit tanya Bandar Utama lepas tu Meru pula bangkit, tak selesai kita DUN hari ini kan. Jadi saya minta untuk tolong beri kepada kami semua projek pembangunan naik taraf ataupun buat baru kemudahan sukan di setiap yang terdapat di Dewan Undangan Negeri, Negeri Selangor ini. Jeram ni lain kali minta untuk semualah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Templer itu jawapan yang sangat signifikan. Cumanya saya nak maklumkan pada Yang Berhormat semua bahawa banyak lagi ADUN- ADUN yang tidak respond pada surat kita yang kita minta untuk nak naik atau baik pulih kemudahan. Ada yang respond dan ada lagi yang masih sunyi, jadi dengan sebab itulah saya merasakan bahawa secara keseluruhan secara puratanya dia tidak agak menyeluruh sebab ada Adun yang berminat ada tak berminat ada yang fokus lain. Walau bagaimanapun senarai penuh akan saya serahkan pada Yang Berhormat semua sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Templer. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya bahawa sebenarnya kalau kawasan kita ini melibatkan kerana cadangan daripada Kerajaan itu akan barangkali akan melibatkan kegunaan peruntukan Adun dan amount yang terlibat itu bukannya besar dan kita tahu kalau sukan ini sebenarnya adalah sesuatu yang akan kos. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk bincang dengan Kerajaan Persekutuan selain daripada menggunakan atau meminta Adun mencadangkan projek-projek berkenaan dan menggunakan sebahagian daripada peruntukan kawasan Adun selain daripada itu adakah Kerajaan Negeri sebenarnya boleh minta Kementerian Belia dan Sukan untuk memberi sedikit geran ataupun secara statutory kepada Kerajaan Negeri dan juga PBT untuk menyelenggara aset-aset dan juga peralatan-peralatan dan juga kemudahan sukan di kawasan kita, sama ada besar ke, kecil ke, gelenggang futsal ke, gelanggang bola kerajang ke, ataupun stadium, Stadium Jugra perlu dinaik taraf.

Speaker

Yang Berhormat straight to the point. Jangan pusing-pusing.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Straight to the point ya. Saya tanya soalan lah iaitu adakah kerajaan, mengapa kerajaan tidak minta supaya Kerajaan Persekutuan buat sesuatu di bawah Akta Pembangunan Sukan ini. Beri peruntukan secara statutori bukannya suka dia bagi, tak suka dia tak bagi. Statutori maksudnya kena ada amaun dia berapa? 10% ke, 20% ke. Bagi kepada Kerajaan Negeri atau pun PBT untuk menyelenggara, kalau tidak, tidak akan berakhir masalah kita. Saya ingin bertanya lah. Itu lah soalan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Cadangan yang baik. Cuma buat waktu ini kita belum ada keperluan untuk kita minta daripada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, Selangor pernah mencadangkan untuk menjadi Tuan Rumah SUKMA. Di antara kelebihan menjadi Tuan Rumah SUKMA adalah menerima geran daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina dan membaik pulih Stadium yang ada dalam Negeri Selangor. Stadium yang besar maksud saya, tetapi pada masa ini saya lihat Kementerian Belia dan Sukan juga struggle untuk mencari dana-dana. Tak cukup dana juga. Persekutuan pun dan saya kira keperluan negeri buat masa ini masih dalam kawalan kita dan Yang Berhormat kalau banyak lagi peluang-peluang yang kita boleh gunakan melalui dana negeri untuk kita bangunkan sports kita. Jadi buat keperluan waktu ini tidak ada lagi keperluan untuk kita nak minta daripada Kerajaan Persekutuan.

Speaker

Ya Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak bertanya Yang Berhormat EXCO untuk pembangunan ataupun pembaik pulih ya, infrastruktur sukan. Kita tahu kadang-kadang bukan kadang-kadang lah ada tempat ni di bawah PBT dan ada masanya kadang menjadi masalah bila kita nak minta sebab ianya di bawah PBT. Kita nak buat baik pulih yang ini dia kata kena rujuk PBT dan PBT yang kena uruskan. Bagaimana pandangan.

Yang Berhormat Seri Setia ini adalah perkara yang kita sedar telah selaras dengan PBT. Dana Kerajaan Negeri, Aset adalah milik PBT ataupun Pejabat Daerah Tanah. Apa yang berlaku dalam proses kita apabila Yang Berhormat menghantar surat untuk membaiki mana-mana kemudahan sukan kita akan liase dengan PBT ataupun Pejabat Daerah Tanah untuk memaklumkan pada dia bahawa kita akan masuk untuk baiki. Persoalan boleh atau tidak boleh tidak menjadi isu pada kita kerana apa? Kerana Aset tersebut sudah ada kita tak perbaiki pun PBT akan selenggara kalau kita perbaiki pun menambah baik nilai ke atas nilai Aset PBT itu sendiri.

Jadi kalau Yang Berhormat mempunyai cadangan, Yang Berhormat terus melalui Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri akan liase dgn PBT untuk lebih mudah proses kita naik tarafkan kemudahan sukan.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Paya Jaras. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Sekalian. Yang Berhormat Jeram dia adalah daripada Pembangkang Pejuang. Parti Pejuang dia bukan Bebas. Dia nampak Bebas tapi dia Pejuang. Dia Pejuang. Baik. Silakan Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No. 26.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Caj Pembangunan Kepada PemajuQuestions

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mohon penjelasan mengapa pemaju tidak diminta untuk menyediakan kemudahan surau atau kemudahan awam sebelum sesuatu tempat kawasan itu dibuka?

b)

Bagaimana hendak mengatasi masalah kepadatan penduduk bagi mendapatkan kemudahan awam seperti klinik, balai polis, balai bomba di kawasan Bandar Puncak Alam?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, kemudahan masyarakat merupakan satu komponen penting dalam proses perancangan dan pembangunan negeri. Penyediaan kemudahan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti adalah perlu kerana ia bukan sahaja menggambarkan perubahan permintaan tetapi juga sebagai indicator tahap pembangunan mampan Negeri Selangor ke arah pembentukan komuniti sejahtera.

Satu Garis Panduan komprehensif telah disediakan dan diguna pakai untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta agen pelaksana. Agensi pelaksana menyediakan kemudahan masyarakat yang secukupnya dan membangunkan sesuatu kawasan. Oleh itu, Kerajaan Negeri dan PBT telah mensyaratkan penyerahan tapak kepada Kerajaan untuk tujuan kemudahan. PBT berperanan memastikan penyediaan kemudahan yang mencukupi mengikut keperluan penduduk, peruntukan perundangan dan dasar semasa.

Secara umumnya konsep rancangan yang digunakan bagi penyediaan kemudahan masyarakat adalah berdasarkan kepadatan penduduk dan keluasan sesebuah kawasan pembangunan tersebut. Antara kemudahan tersebut adalah seperti kesihatan, pendidikan, balai polis, balai bomba dan penyelamat dan sebagainya. Walau bagaimanapun kemudahan yang dimaksudkan adalah bergantung kepada agensi pelaksana yang berkenaan berdasarkan bajet dan keperluan semasa. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Soalan tambahan.

Speaker

Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Tuan Speaker, soalan ini boleh dikatakan kerap kali saya tanya sehingga kini belum ada sebarang penyelesaian daripada Kerajaan Negeri. Boleh tak Kerajaan Negeri maklumkan kepada saya berapa kali pihak Kerajaan Negeri telah memohon untuk mengadakan Balai Polis dan juga Balai Bomba di kawasan yang padat penduduk terutamanya di kawasan Bandar Puncak Alam. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya akan semak dengan agensi pelaksana adakah bajet itu telah disediakan untuk kawasan Puncak Alam. Okay. Baik. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin bertanya kepada tentang kegunaan caj kemajuan ini iaitu adakah, siapakah yang menentukan bagaimana caj ini akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur di seluruh kawasan sama ada dibuat oleh Pemaju ataupun ditentukan oleh Majlis dan sekiranya ditentukan oleh Majlis adakah, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Ahli Majlis? Apakah jawatankuasa, adakah jawatankuasa pengurusan aset ataupun apa ni jawatankuasa-jawatankuasa internal ataupun bersifat penaksiran yang lain di dalam PBT itu juga boleh dianggotai oleh Ahli Majlis untuk menentukan bahawa kegunaan caj kemajuan yang dibayar oleh Pemaju dan Kontraktor ini digunakan untuk sebenar-benarnya untuk ke pembangunan dan juga kebajikan penduduk setempat dan bukannya ditentukan oleh barangkali individu yang tidak tahu tentang apakah yang diperlukan di peringkat tempatan. Soalan saya lah.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Buat masa ini penentuan cara penggunaan caj kemajuan tu adalah di bawah PBT dan Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti kesesuaian untuk membentukkan satu jawatankuasa khas untuk tujuan ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Soalan tambahan.

Speaker

Tak apa Jeram, cukup. Sila kan Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya No. 27.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Smue Untuk Oku Bawah Umur Dan Warga Emas/oku Sakit Terlantar Sejak Kecil.Questions

27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memansuhkan syarat kelayakan sebagai pengundi Selangor untuk OKU di bawah umur 18 tahun?

b)

Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan pendaftaran automatik SMUE untuk warga emas/OKU yang sakit terlantar sejak kecil lagi?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Meru pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan syarat kepada OKU di bawah 18 tahun untuk menjadi pengundi di Negeri Selangor. Itu pertama ya.

Kedua, setiap pendaftaran bagi program SMUE untuk warga emas atau OKU perlu mempunyai maklumat data yang lengkap dan terkini dari setiap ahli dan juga pewaris. Sekiranya pendaftaran automatik SMUE untuk warga emas atau OKU ini hendak dilaksanakan ia perlu mengambil kira kaedah untuk mendapatkan maklumat penerima dan pewaris secara automatik.

Untuk mendapatkan maklumat seperti itu, jaringan kerjasama dan pembekalan data dari pelbagai agensi, dari Kerajaan Pusat seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi yang lain berkaitan adalah diperlukan dalam bagi melancarkan proses pendaftaran dan seterusnya penyerahan manfaat kepada ahli berdaftar. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan mekanisme pendaftaran secara automatik ini berdasarkan ke boleh laksanaan dari pelbagai sudut bagi cadangan ini.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila kan Meru.

Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, ada perancangan tak daripada Department Yang Berhormat EXCO sendiri untuk menambah bantuan-bantuan selain daripada Jom Shopping dalam SMUE ini?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Saya percaya anda merujuk kepada Program SMUE ini. Setakat ini, program ini telah ditetapkan Baucar pembelian RM100.00 bernilai dan juga kita ada Khairat Kematian, RM500.00. Setakat ini itu duanya program yang masih lagi ada kita wujudkan. Mungkin dalam masa yang akan datang dengan

keadaan pendapatan negeri perlu diambil kira untuk merangka program-program lain. Jangan lupa juga program-program Iltizam juga membantu mereka-mereka yang mendaftar ini. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO iaitu pembayaran Baucar RM100.00 kepada sama ada yang OKU ataupun tidak OKU sekarang ini dilakukan secara baucar kertas tu, masih lagi. Sebenarnya sebelum ini kita pernah pun, saya telah pun mencadangkan dan Kerajaan telah pun menerima dan juga dilaporkan bahawa akan menjadi dasar. Adalah menjadi dasar supaya pembayaran akan dilakukan secara e-wallet ataupun melalui pembayaran elektronik. Saya ingin bertanya, bila lagi kita akan menunggu program apa ni pelaksanaan dasar ini kerana ianya sebenarnya telah pun dilaporkan di SelangorKini dan telah pun dilaporkan oleh Media-media yang lain tetapi masih lagi kita gunakan cara yang lama. Soalan saya.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat Banting. Sebenarnya memang soalan ini baik, bagus. Saya sedar ya tahun lalu iaitu masa bajet Yang Berhormat telah menanyakan pembayaran secara digitalization ya digitalization kita boleh telah laksanakan untuk BINGKAS pada masa ini. Kita sedang nampak ada progress yang baik. Memang hari ini pun, saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Bandar Baru Klang, saya baru telah menulis kepada YAWAS bahawa supaya keadaan pembayaran bagi SMUE ini buat secara e-wallet itu perlu dibincangkan secara mendalam dan juga mungkin dalam masa akan datang kita akan menggunakan e-wallet. Kita tak akan lagi tu lah dasarnya secara dasarnya kita akan bergerak ke arah e-wallet itu. Itu lah yang kita putuskan.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih, soalan 28.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pjd LinkQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini projek pembinaan PJD Link?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Bukit Gasing. Yang Berhormat Bukit Gasing bertanyakan soalan berhubung dengan status terkini projek pembinaan PJD Link. Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan ini dengan soalan 73 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek dan juga soalan 148 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Utama. Kalau di peringkat Kerajaan Negeri, kalau nak tahu status terkini sejak saya membentangkannya dalam Dewan yang lepas tak ada. Tak ada perkembangan sebenarnya secara rasmi di peringkat Kerajaan Negeri. Itu jawapan pendek lah ya. Jadi jawapan panjang sikit. Untuk saya, boleh saya peringatkan sedikit latar belakang projek ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Cadangan Projek Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway ini (PJD Link), merupakan cadangan lebuh raya baharu yang bertujuan untuk menyuraikan kesesakan trafik bagi kawasan Bandaraya Petaling Jaya dengan menyediakan sambungan utama kepada semua jalan raya dan lebuh raya sedia ada di sekitarnya. Projek ini melibatkan connectivity atau sambungan kepada enam (6) lebuh raya sedia ada dan akses kepada lima (5) laluan rel utama bagi mencapai objektif untuk menyuraikan trafik. Cadangan ini juga telah mengambil kira sambungan kepada sistem pengangkutan awam serta sesi libat urus yang telah diadakan bersama pihak Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Untuk makluman dan penjelasan status pelaksanaan PJD Link di peringkat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah sedia maklum bahawa PJD Link telah mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri pada 12 November 2017. Pada tahun 2020, satu Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 09 September 2020 iaitu kertas EXCO-MTES No. 1/20/2020 yang telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-34/2020 pada 30 September 2020 telah menimbangkan dan bersetuju secara dasar cadangan pelaksanaan PJD Link ini. Secara dasar di sini merujuk bermaksud hanyalah kita mengambil maklum dan membenarkan kerja-kerja ataupun kajian awal. Itu sahaja yang ada di kuasa Kerajaan Negeri. Kita tidak ada kuasa untuk meluluskan projek-projek penswastaan ini. Kita hanya membenarkan beri keizinan untuk membuat kerja-kerja kajian sahaja. Itu saya harap, saya peringatkan lagi sekali kekeliruan ini. Kita tidak ada kuasa untuk meluluskan projek sebegini ya.

Jadi Pada 9 Februari 2022 Kerajaan Negeri melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 6/2022 pada 16 Februari 2022 telah meluluskan dan mengesahkan penerima pakaian Carta Alir Proses Pembangunan Lebuh raya dan Infrastruktur Utama di Negeri Selangor yang baru. Itu yang kita teruskan dan dalam itu merujuk kepada projek seumpama ini atau projek-projek infra utama memerlukan tiga (3) kali pembentangan di peringkat MTES, sebelum kita mengambil kira kelulusan projek-projek ini. Oleh itu bagi melancarkan proses kelulusan, adalah wajar cadangan dan pihak PJD Link ini dikehendaki mematuhi Carta Alir ini, Proses Perancangan Pembangunan Lebuh raya dan Infrastruktur Utama di Negeri Selangor dan setakat ini mereka hanya baru membuat satu pembentangan yang awal. Di mana sebab itu kita memberikan dan juga sebarang projek lain pun begitu mereka perlu mendapat kelulusan rasmi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri untuk kita bawa ke dalam MTES bagi menerima peringkat asal atau awal untuk melihat sama ada kita boleh membenarkan mereka untuk membuat kajian awal sahaja.

Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Pihak PJD Link dengan Kerajaan Persekutuan pada 5 April 2022, ini pun kita dapatkan melalui akhbar sahaja kita tidak ada dapat secara rasmi, telah meletakkan syarat duluan ataupun condition precedent supaya pihak syarikat melaksanakan tiga perkara ini yang besar ini. Environment Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA) dan Traffic Impact Assessment (TIA) terlebih dahulu sebelum perjanjian ini menjadi efektif dan projek boleh dimulakan. Dan mereka belum membentang kepada Kerajaan Negeri iaitu di bawah MTES pada pembentangan kedua itu. Ini. laporan-laporan ini, sebelum kita boleh pertimbangkan langkah-langkah seterusnya. Oleh itu cadangan PJD Link ini masih belum boleh dimuktamadkan di peringkat Negeri Selangor kerana sehingga kini pihak Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk dibentangkan EIA, SIA dan TIA ini oleh pihak PJD Link. Kerana ia perlu disahkan sebelum kita memberi pertimbangan selanjutnya. Jadi itu status sebenar apa yang berlaku sehingga hari ini, apa yang saya sebut tadi tidak ada perkembangan secara rasmi daripada pihak JPD Link sejak pembentangan saya dalam sidang dewan yang lepas. Terima kasih.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker, saya menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini bahawa penduduk di Petaling Jaya secara umumnya sudah menolak dan banyak kali membuat demonstrasi. Dan baru-baru ini, Dato’ Menteri Besar sendiri ada buat kenyataan dalam satu forum kalau tidak silap saya. Sedikit sebanyak dapat menyenangkan hati lah orang PJ. Saya sebagai residen PJ, saya pun bersama-sama

tidak setuju dengan program ini kerana saya percaya dia akan membawa keburukan kepada noise, dan sebagainya tetapi accessibility bukan baik untuk orang PJ. Jadi saya hendak tanya, boleh ke Kerajaan Negeri pada setakat ini mengeluarkan statement secara rasmi untuk...

Speaker

Sungai Pelek, soalannya?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sungai Pelek bukan di bawah Petaling Jaya.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Adakah sesuai Kerajaan Negeri pada tahap ini, setakat ini, keluarkan statement yang sekeras-kerasnya menolak program ini supaya...

Speaker

Yang Berhormat tadi dah cakap. Kerajaan Negeri sudah keluarkan kenyataan, sekarang tanya kenyataan

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kenyataan rasmi. Rasmi.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Secara rasmi. Boleh ke tidak saya bertanya? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Biar saya terangkan sedikit. Yang Berhormat kalau saya hendak sorot sedikit macam mana PJD Link datang kepada Kerajaan Negeri. Mereka berjanji untuk ractify ataupun atasi semua ulasan, komen serta bantahan penduduk ketika KIDEX ditawarkan. KIDEX kita telah tolak. Mereka kata PJD Link akan ractify semua. So, apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri boleh katakan kelulusan dasar atau kelulusan awal okay, datang serta buat kajian kamu, buat pendengaran awam dan datang semula kepada negeri. Jadi kita tidak boleh menolak satu nama sebab atas namanya. Tetapi kita kena terima kompenannya. a fair government sebagai kerajaan yang adil kita kena dengar dan listen. So far, Kerajaan Negeri tidak dengar lagi apakah ractification itu, dan perkara-perkara itu jadi kita tidak boleh buat keputusanlah. We have to be fair kepada semua, kepada pemaju dan sebagainya. Kita tidak boleh based the sentiment. I know that the noise, kebisingan, kemarahan ada di bawah. Dengan ada sentiment yang juga kat bawah. Populariti. But this government is no work base on popularity sahaja. Kita kena kerja dengan fakta dan data. This way we have to listen daripada pihak pemaju, apa yang mereka hendak buat. Kalau maknanya tidak ractify, masih lagi tidak buat, kita akan tolaklah PJD Link. Tetapi jika mereka dapat ractify, the dan kita minta dia buat pendengaran awam lagi sekali dan sebagainya. Dan, baru kita benarkan dan sebagainya. Itu sebenarnya. Sebab kelulusan tanah finally adalah pada hasil Kerajaan Negeri supaya jelas. Itu yang saya jelaskan dalam forum baru ini sebab apa kalau dia tidak

dapat ractify semua penjelasannya tidak memuaskan hati, then Kerajaan Negeri tiada masalah untuk kita tidak benarkan PJD link dibangunkan dan sebagainya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tambah sedikit Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Yang Berhormat EXCO, silakan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar itu tepat sekali. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan Selangor, kita tidak boleh menolak projek semata-mata nama, kita tidak suka dia cadang. Kita menolak atau menerima projek berdasarkan kepada aspek dan SOP yang kita luluskan. Jadi kita perlu menilai dalam EIA, TIA tu akan membentangkan keseluruhan sama ada mereka melaksanakan tugas itu atau tidak. Kalau dia tidak melayan bantahan daripada penduduk, SIA itu akan dilaporkan. Kita boleh tolak agar begitu. Tapi kita bagi peluang sebab kita telah bersetuju bentangkan SIA ini. Tetapi sehingga hari ini belum sampai. TIA pun, dari segi traffic pun tidak sampai lagi. Itu yang pertama. Kedua, saya perlu tegaskan di sini bahawa projek penswastaan lebuh raya ini di bawah Seksyen 20 (a) Akta Perancangan Bandar Desa adalah di bawah Kerajaan Persekutuan bukan kelulusan dibuat oleh Kerajaan Negeri. Itu yang kita kena fahamkan, mereka yang meluluskan projek penswastaan ini. Kita hanya memanduri atau pun melihat kewajaran projek itu bila pelaksana dibuat di negeri Selangor, itu sahaja yang kita boleh, bidang kuasa kita. Saya harap itu dapat difahami, Terima kasih.

Speaker

Taman Medan.

Saya sebelum kemukakan pertanyaan, ADUN hendak mengambil kesempatan juga bahawa DUN di peringkat Taman Medan ada dua kelompok. Pertama, yang tidak bersetuju. Kedua, bersetuju sangat. Terutama di JPS 1 yang boleh nampak menonjol. Jadi pertanyaan saya kepada Kerajaan Negeri adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti pihak mana yang telah mengemukakan usul untuk pembinaan PJD Link? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Itu yang saya sebutkan tadi projek mega macam ini kan, projek infra mesti ada beberapa golongan. Yang setuju dan yang tidak bersetuju. Itu satu perkara yang lumrah. Macam Telco lah! Tower dia nak, bagus tetapi tiang menara kena letak di rumah dia. Itu, cerita macam ni yang selalu kita dengar dan sebab itu kita perlu ada SOP nya. Dalam menara itu kena letak kat rumah dia. Cerita macam ini yang selalu kita dengar kan. Sebab itu kita perlu ada SOP nya. Dalam SIA, Social Impact Assessment ini kesan impak dia perlu bentang dan kita tahu daripada situ kelopongan ataupun kekurangan akan timbul. Sebab jika dia

tidak memberi perhatian terhadap kedua-dua kelompok ini, sepanjang jajaran ini, maka kita boleh mengambil tindakan termasuk melantik pihak ketiga untuk melantik semula. Itu antara kaedah, kalau kita tidak berpuas hati atas SIA dia punya laporan ini, tidak menetapi kehendak projek ini, kita boleh melantik pihak ketiga untuk membuat kajian semula dengan SIA ini. Sebab itu saya kata, proses ini perlu diberi peluang untuk mereka bentang. Setakat ini saya difahamkan mereka masih tidak bersedia lagi, SIA ini. Berkemungkinan besar banyak benda yang akan dibincangkan. Dan saya insyaAllah, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat berminat nanti kita boleh jemput ke MTES untuk sama-sama mendengar ataupun berbincang dengan aspek ini apabila dibentangkan kemudian.

Tetapi setakat ini belum ada permohonan daripada pihak mereka untuk membentangkan laporan SIA dan juga Traffic Impact Assessment dalam MTES di Negeri Selangor. Terima kasih.

Soalan saya belum jawap lagi, ada Kerajaan Negeri mengenal pasti pihak mana yang mengusulkannya? Saya mohon penjelasan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebut tadi. Proses SIA ini memerlukan mereka berinteraksi dengan semua jenis kumpulan mendesak ataupun membantah ini untuk mendapatkan laporan. Itu yang kita tunggu tapi sampai sekarang tidak ada lagi benda itu. Kita tidak tahu golongan mana yang mereka pergi jumpa dan golongan mana yang mereka tolak. Jadi kita perlu laporan itu. Dari situ kita akan tahu. Kita pun terima pihak kerajaan, pihak Menteri Besar juga menerima kunjungan.Saya juga terima kunjungan tetapi kita menyerahkan kepada semua golongan yang membantah dan menyokong ini supaya kita sabar menunggu laporan SIA. Saya difahamkan sebahagian besar mereka telah dihubungi oleh pihak consultant yang melaksanakan SIA ini. Tapi kita akan tunggu laporan itu, Terima kasih.

Speaker

Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, soalan saya nombor 29.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Insentif Kepada Golongan M40Questions

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah insentif-insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan M40 di Negeri Selangor? b)

Berapa jumlah penerima dari golongan M40 yang menikmati insentif-insentif ini?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Kota Anggerik, Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Soalan ini berkenaan dengan insentif-insentif Kerajaan Negeri Selangor salur kepada kelompok-kelompok M40 di dalam Negeri Selangor yang biasa tertumpu, biasa terlekat di program-program insentif atau iltizam Selangor Penyayang atau IPR sebelum ini, dengan kelompok M40. Yang Berhormat sekalian, semenjak dari tahun 2016 dan 2017 beberapa program kita memang mendekati kelompok M40 dan sebahagiannya adalah untuk memperkasakan kelompok M40. Antara program tersebut adalah Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor. Ini telah dipertingkatkan sekarang sebagai contoh, sebelum ini bentuk bantuannya di antara RM5 sehingga RM50,000.00. Sekarang telah dinaikkan RM10 hingga RM100,000.00. So bantuan RM10,000.00 ini dapat membantu kelompok M40 terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang lepas. Kedua, Skim Rawatan Jantung. Ini juga antara program yang turut memberi bantuan pada M40 untuk menerima rawatan jantung malahan sebahagian bantuan yang kita berikan itu, membiayai sepenuhnya perbelanjaan rawatan jantung pada mereka. Namun pada mutakhir ini, kita mula membahagikan supaya ia lebih ramai menikmati, mungkin mereka menikmati di antara 40% hingga 50% yang ditanggung di IJN ataupun di hospital-hospital yang lain.

Ketiga, Program Saring Selangor. Ini program terbaru ia tidak ada taraf umur. setakat ini yang mendaftar dengan Selangkah 15 000, yang hadir dalam saringan dengan yang dianjurkan dalam Jelajah dan juga setiap DUN lebih kurang 8000 lebih. Maknanya daripada 15 ribu yang mendaftar, 50% telah hadir menggunakan baucar-baucar yang ditempa dalam aplikasi Selangkah. Ujian Saringan Kanser ataupun CANSEL, ini sebagai saringan Selangor. Cakna Kesihatan Mental ataupun (SIHAT) selama ini seramai 14 666 telah menyertai pemeriksaan mata 736 orang. Program Skim Mesra Usia Emas, bukan bergantung pada B40. Ia bergantung pada semua kelompok. Sebahagian daripada M40 atau pun mungkin 30 atau 40% adalah daripada M40 dari 82 000 yang telah mendaftar dengan Skim Mesra Usia Emas. Manakala itu, Kerajaan Negeri ketika pandemik telah mengadakan pengumuman pelaksanaan Rumah Idaman dan Rumah Harapan. Rumah Idaman dan Rumah Harapan yang berluasan 250 kaki persegi turut dibuka pada kadar kelayakan RM10 000.00 house income ataupun pendapatan isi rumah. Ini bolehlah termasuk M40 yang layak menerima atau membeli untuk mendapatkan rumah-rumah Selangorku, Idaman dan Harapan yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Khusus untuk membantu dua-dua sektor perumahan dan juga pembinaan ketika pandemik. Terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal. Tidak Hadir. Eh, hadir.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Ada Tuan Speaker, Alhamdulillah sudah sihat. Soalan saya nombor 30.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Tenaga KerjaQuestions

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah bilangan tenaga kerja asing yang telah susut dalam Negeri Selangor semenjak pasca pandemik COVID-19 bermula sehingga penghujung tahun 2021? b)

Adakah kekurangan tenaga kerja asing ini dapat digantikan dengan tenaga kerja tempatan? c)

Adakah tenaga kerja asing diperlukan kembali di Selangor?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penduduk bekerja di negeri Selangor pada tahun 2021 adalah seramai 3.52 juta orang, iaitu sebanyak 23.4 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja nasional. Penduduk bekerja bukan warganegara merangkumi komposisi sebanyak 9.9 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja di negeri Selangor iaitu seramai 349.3 ribu orang. Penduduk bekerja bukan warganegara merekodkan penurunan 6.8 peratus atau berkurangan seramai 25.6 ribu orang berbanding tahun 2020. Perbandingan antara tahun 2021 dengan tempoh pra pandemik pada 2019, bilangan penduduk bekerja bukan warganegara di negeri Selangor merekodkan pengurangan sebanyak 94.9 ribu orang (2019: 444.1 orang). Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, jumlah pekerja asing yang diluluskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi negeri Selangor untuk tempoh Januari sehingga Disember 2020 adalah seramai 449,878. Manakala bagi

tempoh Januari sehingga Disember 2021 pula, jumlah pekerja asing yang diluluskan PLKS bagi negeri Selangor adalah seramai 352,989. Statistik ini menunjukkan berlaku penyusutan 21.5% atau seramai 96,889 orang pekerja asing berdasarkan jumlah PLKS yang diluluskan bagi negeri Selangor. Berdasarkan program-program pertemuan bersama pihak pekilang yang diadakan, pihak Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa para pekilang menghadapi kesulitan bagi mendapatkan sumber pekerja tempatan. Kebanyakan penduduk tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor perkilangan. Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi keperluan semasa industri di Malaysia, kerajaan telah membenarkan majikan menggajikan pekerja asing. Walau bagaimanapun hanya beberapa sektor dan sub sektor tertentu sahaja dibenarkan yang mana telah dikenal pasti kurang diminati oleh pencari kerja tempatan. Antara sektor-sektor dan sub-sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing seperti berikut;-

Bagi sektor utama;-Bil.

Sektor 1. Perkhidmatan 2. Perkilangan / Pembuatan 3. Pembinaan 4. Perladangan 5. Pertanian 6. Perlombongan dan Pengkuarian

Bagi Sub-sektor yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing;-Bil.

Sub-Sektor Perkhidmatan 1. Restoren 2. Pembersihan dan pencucian 3. Resort di Pulau Peranginan 4. Hotel 5. Kedi (Lelaki) 6. SPA

7. Pusat Urutan Kaki 8. Pengendalian Kargo 9. Borong dan Runcit.

Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

TUAN SPEAKER

: Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak bertanya tertarik dengan isu warga asing ini. Kita lihat tadi beberapa sektor yang terkesan atas pengurangan apa ini tenaga kerja warga asing ini tapi kebanyakan warga asing yang datang ini selepas ini bukan bekerja tapi berniaga. Dia berniaga di sini dan apa tindakan daripada Kerajaan Negeri nak menghalang mereka betul-betul menggunakan permit mereka untuk bekerja di kilang-kilang yang kita perlukan. Itu soalan saya yang pertama. Dan yang kedua, sejauh mana kesan dan juga kekurangan hasil negeri apabila pengurangan sektor pekerja asing ini masuk ke negara kita dan soalan saya yang terakhir, kesan daripada hubungan antara Malaysia Indonesia pada ketika ini apabila Indonesia menyekat kemasukan pekerja asing ke negara kita. Itu yang terkini ya. Yang mana sekarang ini Kerajaan pula membenarkan kemasukan setengah juta, 500,000 warga asing daripada Bangladesh ke negara kita, tidakkah itu menimbulkan masalah ke negeri kita sendiri. Sebab daripada segi komunikasi sebagainya yang memberi kesan, saya rasa yakin akan memberi kesan kepada rakyat kita sendiri.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya amat mengharapkan saya adalah Menteri yang menjawab di dalam Dewan Rakyat.

Itu maksud saya kata di peringkat negeri. Saya faham bidang kuasa itu di peringkat Pusat. Saya faham. Tapi apa tindakan tindakkan di peringkat kita negeri ini. Kita mesti ada juga usaha ataupun inisiatif yang kita nak buat, untuk letakkan syarat-syarat baru dan sebagainya sebab itu, kita pun ada hak kita juga. Untuk jaga keharmonian rakyat di negeri kita supaya warga asing ini tidak menguasai terutama perniagaan di dalam negeri kita ini.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Yang Berhormat Meru, saya ada kekangan. Pertamanya kekangan dari segi Perlembagaan Persekutuan. Di mana ini adalah bidang kuasa Menteri di peringkat Federal. Keduanya kekangan dari segi Peraturan Tetap

itu adalah hal ehwal luar negara. Pihak negeri tidak ada bidang kuasa dalam perkara itu. Jadi kita tidak boleh buat apa kalau..

Saya faham benda itu Yang Berhormat EXCO, saya faham benda itu. Macam kita di peringkat negeri pun, kita ada kuasa kita contohnya, sebagai contoh sekarang ini banyak warga asing yang datang kata nak bekerja tapi dia berniaga. Dia menggunakan nama warga tempatan, contoh...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu belum lagi, ya

Biar saya jawab dulu

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tak, tak saya tahu. Yang Berhormat..

Biar saya tanya dahulu, jawab pula, biar saya tanya dahulu.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya tahu, saya tahu..

Nak tahu macam mana saya tak cakap lagi.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Dah tanya dah. Dah Tanya. Biar saya jawab, saya belum tanya. Saya belum habis.

Speaker

Yang Berhormat Meru, duduk.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Nanti dahulu.

Saya bertanya dahulu, baru boleh jawab.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan itu di tanya.

Saya kena bertanya dahulu baru tuan boleh jawab.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan boleh tanya Yang Berhormat duduk dahulu. Yang Berhormat dengar dulu. Dengar penjelasan saya dahulu.

Speaker

Yang Berhormat, duduk.

Pertanyaan belum lagi.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Dengarlah penjelasan dahulu.

Speaker

Dengar dahulu. Kalau tak puas hati baru tambah lagi sikit. Ini tak dengar nak tanya terus. Ini bukan Menteri, kalau Menteri Senator lain ceritalah.

Saya belum bertanya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Dah tanya. Ada tiga soalan, ia dua soalan itu hanya boleh dijawab oleh Menteri. Saya belum masuk ke soalan berniaga itu dia dah menyampuk dah. Kena bersabar okay.

Speaker

Cepat naik angin.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan pertama itu dan soalan ketiga itu berkaitan dengan kuasa Federal saya tiada kuasa nak jawab, okay. Kedua itu berniaga pihak berkuasa iaitu melalui sebenarnya melalui PBT boleh tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga asing yang ingin berniaga tetapi kita ada masalah, ada orang tempatan yang bersekongkol dengan mereka. Jadi itu perlulah siasatan sekiranya itu berlaku, itu satu penipuan. Ia satu penipuan terhadap PBT di mana kalau laporan polis dibuat boleh disiasat dan orang tempatan itu boleh dihukum mengikut undang-undang kita. Itu jawapan saya.

Itu yang saya nak minta penjelasan itu dan jawapan dari segi bidang kuasa tadi saya cakapkan.

Speaker

Meru, sila duduk. Tak adalah dah jelaslah. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat semua dah jelas. Meru sahaja yang tak jelas

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sungai Pelek, Sungai Pelek, Sungai Pelek.

Speaker

Ya, silakan. Saya tak benarkan. Hulu Bernam.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, mengikut Peraturan Tetap. Saya rasa pagi ini sahaja dah banyak berlaku. Jadi saya cuma ingin ambil kesempatan mengingatkan ADN melalui Peraturan Tetap ini. Peraturan Tetap 24 Sub 3 dan Sub 4, yang ada buku yang bawa itu macam Jeram itu buka ya. Peraturan Tetap 24 Perenggan 3,

“Speaker boleh membenarkan Ahli mengeluarkan pertanyaan tambahan bagi maksud menerangkan apa-apa butir perkara yang telah diberi jawapan lisan tetapi bolehlah ditahannya apa-apa pertanyaan demikian jika pada pertimbangannya, pertanyaan itu mendatangkan perkara yang tidak berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan asal atau melanggar Peraturan Tetap 23”. Perenggan 4 “ Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah untuk berbahas”. Ini saya rasa peringatan perlu diberikan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Ahli Yang Berhormat EXCO daripada Bandar Baru Klang.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Tuan Speaker, soalan.

Speaker

Soalan dah habis. Hulu Bernam, tak hadir. Hulu Bernam tak hadir. Sungai Pelek. Soalan Sungai Pelek sahaja boleh.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Soalan 32 Tuan Speaker.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Lesen Perniagaan Sementara Covid 19Questions

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh pertimbangkan semula penamatan lesen perniagaan sementara COVID-19 yang akan tamat 30 Jun ini ke suatu tarikh yang lain atau sehingga satu alternatif lain untuk peniaga-peniaga tersebut dapat diadakan untuk kelangsungan hidup mereka?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN ke-13 / 2022 bertarikh 18 Mei 2022 yang disahkan oleh MMKN ke-14 / 2022 bertarikh 8 dan 9 Jun 2022 bersetuju agar pemberian dan kelulusan lesen sementara Pasca Covid 19 kekal tamat pada 30 Jun 2022. Melihat kepada peralihan fasa endemik negara di mana semua sektor telah dibenarkan beroperasi seperti biasa. Namun begitu Kerajaan Negeri juga bersetuju agar pemberian dan kelulusan lesen sementara kepada peniaga selepas tarikh tersebut adalah tertakluk kepada pertimbangan

secara case by case oleh Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor masing-masing. Pada waktu ini permintaan lesen sementara telah pun berkurangan sejak sektor ekonomi dibuka tahun ini. Ianya adalah satu trend atau petanda yang baik di mana rakyat Selangor telah dapat kembali bekerja di tempat kerja masing-masing. Terima kasih.

Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker, Soalan Kota Damansara 33.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Program Bingkas Dan KissQuestions

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perbezaan yang paling antara kedua-dua program ini?

b)

Berapakah jumlah yang di benarkan untuk program tersebut bagi setiap ADUN?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan Nombor 63 oleh Yang Berhormat Semenyih, Soalan Nombor 108 oleh Yang Berhormat Pandamaran dan Soalan Nombor 294 oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar berkaitan dengan tajuk yang sama. Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebagi salah satu inisiatif untuk membantu dan memperkasakan keluarga yang berpendapatan rendah. Program ini meluaskan capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu sahaja malah anggota keseluruhan keluarga bermula pada 1 Julai 2022, program KISS dan KISS IT telah ditamatkan dan ditambah baik dengan Program BINGKAS. Perbezaan antara perbezaan atau penambahbaikan dari program KISS kepada BINGKAS adalah seperti berikut;

1. penerima yang layak akan menikmati manfaat kadar sebanyak RM 300 setiap bulan iaitu peningkatan RM 100 berbanding program KISS dengan pemberian bulanan sebanyak RM200; 2. Bilangan penerima di seluruh Negeri Selangor dinaikkan dari 20,000 penerima kepada 30,000 penerima; 3. Syarat kelayakan jumlah pendapatan isi rumah pemohon juga dinaikkan dari RM2,000 sebulan kepada RM3,000 sebulan; 4. Kaedah pelaksanaan ataupun pembayaran adalah secara e-wallet berbanding penggunaan kad bagi Program KISS. Ini adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam menuju negeri pintar dan digitalisasi; 5. Senarai barangan yang sedia ada bagi program KISS adalah dikekalkan dan penambahan kategori perihal pendidikan dalam senarai pembelian barang yang dibenarkan bagi Program BINGKAS.

Tuan Speaker, kuota bagi Program BINGKAS telah dinaikkan kepada 30,000 penerima dengan pecahan kuota kepada setiap DUN adalah berdasarkan jumlah pengundi di kawasan DUN. Bilangan pengundi di DUN adalah ditentukan berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut; DUN yang mempunyai bilangan pengundi di bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima bagi DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,0000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima. Dan bagi DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima dan bagi DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tambahan.

Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker. Saya difahamkan ada beberapa masalah yang telah timbul ketika pelaksanaan Program BINGKAS ini. Bolehkah Yang Berhormat EXCO menerangkan masalah-masalah tersebut dan bagaimana masalah tersebut diatasi.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Masalah saya sendiri nyatakan, saya sendiri jawab. Tiada bagi masalah apa pula. Tapi bagaimanapun kita sedar apabila sesuatu program itu ditambah baik ataupun diperbaharui khasnya apabila program ini pula yang dikatakan akan di digitalisasikan atau digunakan e-wallet, memang apabila kad KISS semua penerima kad KISS ini diteruskan

sehingga dua bulan lagi iaitu Julai dan Ogos akan diterima. Maka apabila data-data ini pindahkan kepada e-wallet. Tapi mempunyai masalah sebab apa, sebelum ini penerima kad KISS mungkin lebih daripada 10 orang, mungkin ada 1 handphone nombor sahaja. Mereka punya perhubungan. Apabila mereka ini secara automatik diubah kepada BINGKAS, mereka mempunyai masalah perhubungan dengan telefon nombor dia. Khasnya handphone number. Ini adalah masalah utama dan juga sistem yang dikendalikan oleh SELangkah yang mempunyai permohonan yang begitu banyak dalam masa terdekat iaitu minggu pertama Julai itu, so maka memang ada wujudnya hangging di mana sistem itu menjadi begitu sukar untuk menerima begitu banyak permohonan tapi saya percaya kini, banyak masalah telah ditangani dengan baik oleh SELangkah mahupun...terima kasih.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan susulan, terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin tahu, daripada hampir 20,000 permohonan BINGKAS yang telah diluluskan minggu sebelum ini, berapa peratusan pemohon itu daripada kalangan wanita.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Ini adalah soalan yang mana tiada. Namun begitu saya nak menolong dalam hal ini, Yang Berhormat Bukit Lanjan perlu diingatkan, sebelum ini 20,000 lebih adalah sebenarnya daripada kad KISS maka sekarang sampai setakat semalam sahaja 20,580 telah diluluskan. Saya percaya lebih daripada 90% mereka semua adalah wanita. Terima kasih.

Speaker

Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker, Soalan saya Nombor 34.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Seni Dan BudayaQuestions

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengalakkan perkembangan seni dan budaya di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan golongan atau penggiat seni dan budaya kepada masyarakat dan negara melalui pelbagai program dan projek yang sedang dan telah dilaksanakan di mana Kerajaan Negeri juga meletakkan tanggungjawab memelihara dan memulihara perkembangan seni dan budaya adalah sama penting dengan elemen-elemen perkembangan sosial bangsa. Terdahulu, Kerajaan Negeri telah mengaktifkan Kota Seni Shah Alam dan Kota Seni Petaling Jaya di mana melalui pengaktifan kota-kota seni ini, Kerajaan Negeri telah membuka banyak ruang dan peluang kepada penggiat seni budaya dan seni kreatif dan terus berkarya.

Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Galeri Shah Alam di Tasik Shah Alam telah melaksanakan pelbagai pameran dan aktiviti seni yang berskala kecil sehingga kebangsaan dengan menampilkan karya-karya hebat termasuklah luar negara. Di sinilah juga, pelbagai aktiviti pendidikan dan wacana yang telah dilaksanakan bagi menarik minat golongan muda serta penglibatan golongan pendidik dan profesional. Selain itu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Blackbox@SACC yang bertujuan untuk menjadi platform kepada penggiat-penggiat seni meluahkan, mempamerkan karya seni kreatif mereka terutama dari aspek seni persembahan dan seni kreatif. Bagi memastikan golongan seni dan budaya terus segar dan memilih Negeri Selangor untuk berkarya, Kerajaan Negeri juga telah memainkan peranan dan membantu golongan-golongan ini yang terjejas daripada PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan yang lepas. Antaranya, adalah projek Kita Buskers Selangor yang telah dijalankan pada tahun 2021 dan memberi manfaat kepada 720 penggiat seni jalanan.

Bagi memastikan seni dan budaya setempat tidak ditelan zaman, Kerajaan Negeri turut telah melaksanakan pelbagai kajian, penyelidikan, bengkel, seminar dan juga bidang kebudayaan, warisan melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ataupun PADAT yang mana ianya bertujuan untuk mengenal pasti, merekod dokumentasi elemen kebudayaan warisan yang terdapat di Negeri Selangor serta mengangkat elemen-elemen kebudayaan warisan yang telah dikenal pasti melalui identiti Selangor seperti Kain Telepuk, Kebaya Selangor, Wau Kapal dan Motif Bunga Tanjung. Pengembangan seni dan budaya juga dilakukan melalui penerbitan buku-buku separa ilmiah yang diterbitkan oleh PADAT hasil daripada kajian yang dilakukan. Sebanyak tujuh (7) buah buku baharu PADAT berkenaan Seni Budaya Selangor bakal dilancarkan pada 8 Ogos 2022 di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam. Terkini, Kerajaan Negeri telah membeli sebuah kompleks bangunan milik Bank Negara di tengah Bandaraya Shah Alam yang berharga RM 33.4 juta untuk dijadikan pusat pameran karya-karya seni serta bakal menjadi salah satu pusat aktiviti kebudayaan dan seni yang utama di Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Bandar Utama cuma ingin meminta sedikit lagi penerangan. Sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa perancangan untuk mengadakan apa-apa program secara besar-besaran iaitu boleh dijadikan sebagai program untuk mempromosi seni dan kebudayaan sehingga mencapai tahap kebangsaan. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Bagaimana kalau kita lihat, in syaa Allah pada 20, 21 Ogos 2022 dengan kerjasama MOTAC dan juga Majlis Perbandaran Kuala Langat akan mengadakan Festival Nasi Ambeng di Pantai Morib di mana yang ini akan The Malaysian Book Record ya yang akan dibuat secara besar-besaran dan saya yakin dan percaya dengan adanya Festival ini akan memberikan satu juga peluang untuk kita mengenalkan budaya ataupun identiti Negeri Selangor kepada tahap kebangsaan dan juga antarabangsa.

Soalan Tambahan.

Speaker

Taman Medan.

Saya ingin bertanya kepada Pihak Kerajaan Negeri adakah sebarang usaha ataupun kolaborasi dengan pihak-pihak yang berkaitan antaranya Organisasi Seni dan Budaya ataupun Institusi Pengajian Tinggi yang menganjurkan kursus-kursus yang berkait dengan seni dan budaya.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Kita sering juga mengadakan bengkel-bengkel ya untuk kerjasama dengan pihak-pihak pengajian tinggi di mana kita telah mengadakan beberapa perbincangan khusus untuk memastikan bahawa setiap apa juga identiti yang kita nak bawa ataupun kita reserve kan sebagai satu identiti Negeri Selangor perlu mendapat penyelidikan terlebih awal dan ini melibatkan juga institusi pengajian tinggi dan juga profesional yang untuk memberi pandangan dan cadangan sewajarnya.

Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker. Tadi YB EXCO ada menyatakan tentang Selangor...

Speaker

Yang Berhormat.

Yang Berhormat EXCO ada menyatakan tentang bahawa Selangor mempunyai hasil-hasil seni sendiri seperti Kain Telepuk dan juga Kebaya Selangor.

Jadi bagaimanakah Pihak Kerajaan Negeri seharusnya mempromosikan ya, supaya ianya menjadi identiti rakyat Selangor dan kita menggalakkan rakyat Selangor untuk mengguna pakai Kain Telepuk dan juga apa Kebaya Selangor ini. Sebab kita ini di Selangor kita seperti sudah kekurangan ataupun kita sudah tidak punya identiti, kehilangan identiti Selangor itu sendiri. Jadi selain daripada pihak Istana yang menggunakannya mungkin kita galakkan rakyat Selangor, wanita-wanita Selangor ini menggunakan apa ni hasil-hasil warisan seni ini. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Seperti yang saya maklumkan tadi bahawa pada 8 Ogos ini di mana kita akan melancarkan dulu tujuh (7) buku yang diterbitkan oleh pihak PADAT. Ini sebagai langkah pertama untuk kita memperkenalkan kepada rakyat awam bahawa kita mempunyai beberapa identiti ataupun kebudayaan kesenian dari segi pakaian, makanan dan sebagainya.

Antara ketujuh-tujuh buku tersebut yang pertama iaitu:-

(i) Buku Kebaya Selangor;

(ii) Penyelidikan Terkini Tentang Nisan Acheh di Selangor;

(iii) Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor;

(iv) Sulaman (tak clear) Melayu;

(v) Permainan Wau Kapal;

(vi) Tarian Piring Selangor dan

(vii) Warisan Telepuk Alam Melayu

Jadi selepas kita membuat pelancaran buku-buku ini maka kita bercadang untuk dihebahkan dan juga diberi kepada orang-orang awam untuk memastikan bahawa segala penyelidikan dan juga identiti ini dapat kita sebarkan dan menjadikan satu yang diguna pakai sebagai satu tradisi identiti Negeri Selangor.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Soalan Tambahan.

Speaker

Ya Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya nak tanya Yang Berhormat Speaker, untuk menggalakkan perkembangan seni dan budaya ni sejauh manakah kita ataupun Pihak Kerajaan Negeri memanfaatkan penggunaan Teater Diraja Shah Alam ataupun ia masih lagi dalam keadaan yang apa tidak boleh digunakan sepenuhnya. Minta pandangan ataupun jawapan Yang Berhormat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Anggerik bahawa Teater Shah Alam itu sekarang kita telah serah semula kepada Majlis Perbandaran Shah Alam kerana didapati bahawa teater itu telah tidak sesuai lagi dari segi audionya, dari segi facilities yang ada maka kita telah serahkan kepada Perbandaran Shah Alam untuk baik pulih dan mengendalikan. PADAT tidak mempunyai satu apa ni teknikal strength ya untuk membantu ataupun membaik pulih ataupun menyelenggara status tersebut. Terima kasih.

Speaker

Baik Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker. Buah durian, buah delima soalan saya 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Geran Dana Usahawan Mikro SelangorQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejauh mana keberkesanan program ini dan apakah kriteria utama untuk memohon geran tersebut?

b)

Nyatakan jumlah terkini yang menerima geran ini mengikut pecahan DUN.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Semenyih. Semenyih bertanya tentang Geran Dana Usahawan Mikro Selangor ataupun dikenali secara ringkasnya DUMS. Jadi keberkesanan Dana Usahawan Mikro Selangor ini

merupakan satu perkara yang memang menjadi kata apa ya? Menjadi penantian oleh Usahawan-usahawan Mikro tetapi izinkan saya sendiri untuk menjelaskan, sebenarnya Dana ini adalah dana yang dibantu kepada usahawan micro di sembilan (9) daerah Negeri Selangor demi meningkatkan hasil jualan dan sekali gus melahirkan usahawan-usahawan berdaya saing dan tahan terutamanya kita ingin mengalihkan Usahawan-usahawan Mikro itu kepada Usahawan-usahawan perusahaan yang sederhana ataupun dikenali sebagai SME.

Dengan ini, setiap tahun Kerajaan telah pun memberi hampir 100 orang minima yang dipilih layak untuk mendapat bantuan ini. Apa pun demi memastikan ya bahawa dana usahawan ini adalah dalam track yang betul jika kita telah pun seawal 2018 membuat kajian keberkesanan yang dilakukan oleh Universiti ataupun UNISEL yang mana telah mendapatkan satu kajian yang agak memberangsangkan.

Dengan adanya wujud dana usahawan mikro ini kajian impak ini telah pun meletakkan ataupun mensasarkan bahawa ataupun menunjukkan ia dapat menjana pendapatan kasar perniagaan yang daripada RM 5,000.00 ke yang kita kata kalau dulu dia meningkat dia pendapatan dia RM 5,000.00 tetapi sekarang dia telah meningkat hampir ada 20% dan ada 40% ya tetapi yang lebih memberangsangkan kita lihat pendapatan bulanan pulak, ianya meningkat yang tadi 50%, 30% itu tahunan tetapi ada di kalangan peniaga-peniaga yang kita beri dana usahawan ini jumlah pendapatan bulanan peribadi ya telah pun melebihi RM1,000.00 hingga ke RM 5,000.00 sebulan. Jadi disitulah sebenarnya kita lihat keberkesanan ini wujud di dalam program Dana Usahawan Mikro dan yang paling penting kita lihat juga beberapa usahawan mikro ini telah pun masuk dalam bidang industri sederhana yang berjaya menjadi pengeluar produk-produk yang berjaya baik dalam bidang F & B ataupun dalam bidang-bidang, bengkel-bengkel yang mana kita lihat kalau dulu bengkel-bengkel ini bengkel-bengkel kereta terutamanya hanya menggunakan manual tetapi sekarang dengan bantuan Dana Usahawan kita beri bantuan apa ni mesin digital ya terutama dalam mengangkat enjin-enjin berat dan sebagainya maka mereka telah pun dapat melaksanakan atau pun membuat suatu bengkel yang lebih komprehensif dan lebih baik.

Jadi tujuan asal program ini kita kena lihat bahawa bukan sahaja melahirkan peniaga-peniaga usahawan kecil tetapi kita mahu mengalihkan mereka kepada Dana kepada menjadi SME ataupun pengusaha-pengusaha sederhana dan kriteria untuk melayakkan mereka ada tujuh (7) Yang Berhormat. Iaitu:-

(i) Rakyat Selangor ataupun yang telah bermastautin lebih 10 tahun;

(ii) Perniagaan dijalankan di Negeri Selangor ya, dia tak bolehlah jalankan

perniagaannya di tempat lain ya;

(iii) Berumur antara 18 hingga 55 tahun;

(iv) Nilai jualan kurang daripada RM 300,000.00 setahun atau bilangan

pekerja seramai 2 hingga 5 orang sahaja yang dibenarkan;

(v) Perniagaan ini telah dan masih beroperasi sekurang-kurangnya dua (2)

tahun.

(vi) Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan

(vii) Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ini adalah di antara perkara kriteria asas yang diperlukan dan soalan seterusnya berapakah pecahan penerima dana usahawan mikro bagi tahun 2022? Kalau ikut daerah Klang menerima penerima sebanyak 13, Petaling, 12 orang, Sepang 17 orang, Kuala Langat 8 orang, Hulu Langat 17 orang, Gombak 4 orang, Kuala Selangor 11 orang, Sabak Bernam 7 orang dan Hulu Selangor seramai 11 orang dan sehingga Julai sebenarnya seramai 100 orang telah pun diluluskan untuk mendapat permohonan ini yang jumlah nilaiannya sebanyak RM 1,857,372.60. Itu sahaja jawapan daripada saya. Terima kasih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Tuan Speaker.

Speaker

Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Mohon Yang Berhormat EXCO, adakah perancangan daripada Yang Berhormat EXCO untuk apa melanjutkan tempoh geran kepada orang-orang yang telah berjaya ini lah. Untuk menjadikan sebagai SME ke dia ada kah cadangan atau apa?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Melanjutkan tu saya kurang faham sama ada di lanjutkan dari sudut tempoh permohonan atau apa?

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Tambahan, masa yang ada kat dia Yang Berhormat cakap pada dia berjaya meningkatkan pendapatan dia daripada RM1,000.00 ke RM5,000.00 jadi dia ada potensi lagi untuk mendapatkan geran atau sekali aje. Maksud saya geran ada tak geran peringkat kedua.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Okay. Sebenarnya Dana Usahawan Mikro ini adalah permulaan bagi mereka mendapat dana yang lebih besar. Geran yang lebih besar bermula dengan geran kecil RM 5,000.00, RM 10,000.00 yang di bawah Kerajaan Prihatin dan kita bagi mereka bimbingan ataupun geran untuk pastikan peniaga besar, dana usahawan mikro yang bernilai RM 30,000.00 tetapi sekarang ini kita ada banyak dana-dana lain contohnya kita ada bantuan Hijrah yang telah pun di naik tarafkan daripada RM50,000.00 kepada boleh RM100,000.00 dan dana usahawan mikro ini sekarang khususnya juga kita buat matching geran ya geran padanan maksudnya kalau lah mereka ada dana sendiri yang mereka katalah nak beli satu peralatan tu katalah RM50,000.00 ya kerajaan benarkan. Dulu segalanya Kerajaan tanggung maksudnya kita hanya bagi RM 30,000.00 jadi dia terlepas lah kalau nak beli peralatan RM 50,000.00 tu. Sekarang dibenarkan kita keluar RM 30,000.00 mereka keluar RM 50,000.00 contoh nya dengan pinjaman daripada Hijrah jadi ianya boleh mendapatkan, membolehkan mereka mendapatkan peralatan yang khusus ya jadi selain daripada itu ada juga digital dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat sila duduk. Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul nombor 10 tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 36 (5) oleh Yang Berhormat Bukit GasingMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Usul nombor 10 tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 36 (5) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gasing untuk menyambung. Teruskan

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada Penyata Perenggan 3.1 kepada Ahli-Ahli yang ada kertas mesyuarat ini di hadapan mereka bahawa, kami mengakui dan kami tahu, kami faham bahawa isu rumah mampu milik di Selangor adalah sistem cross subsidy. Ini bukan subsidi terus daripada kerajaan. Kerajaan tidak keluarkan belanja duit secara direct untuk rumah Selangorku tetapi satu sistem cross subsidy di mana rumah-rumah harga bebas contohnya rumah teres, rumah banglo yang dibina mempunyai keuntungan yang lebih yang digunakan untuk cross subsidies rumah mampu milik. Dan kami juga telah bertanya dalam banyak sesi dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor untuk memahami dengan lebih lanjut, kuantum cross subsidy dan memang ada subsidi yang significant. So, contoh yang kita kaji di sini. Projek Rumah Selangorku di Kundang Estet. Anggaran subsidi lebih kurang RM 41,000.00 setiap unit. Jadi apabila ada elemen subsidi, adakah semua pembeli harus mendapat subsidi yang sama?. Itu persoalan yang ditimbulkan yang penyata ini cuba

memahami persoalan tersebut. Adakah semua rakyat yang membeli harus mendapat subsidi yang sama. So, rata-ratanya sekarang kita lihat mana-mana produk Rumah Idaman, Rumah Harapan Rumah Selangorku dijual pada harga tetap. Katakan rumah Harapan RM 250,000.00 dapat 1000 kaki persegi, dapat tiga (3) bilik dua (2) bathroom dapat aircond dan kelengkapan perabot yang ada. Mereka yang bergaji RM 4,000.00 membelinya pada harga RM 250,000.00. Mereka yang bergaji RM 10,000.00 pun membelinya pada harga RM 250,000.00. Jadi, kita lihat rakyat yang bergaji RM 10,000.00 mendapat subsidi yang sama dengan rakyat yang bergaji RM 3,000.00 dan RM 4,000.00.

So, Jawatankuasa kami menilai situasi ini. Dan kita juga melihat contoh di tempat lain. Kalau lihat contoh di Kuala Lumpur, RUMAWIP mereka pun sama. Semua pun dapat membeli rumah sesebuah RUMAWIP tersebut dalam harga RM300,000.00 tidak kisah mereka bergaji RM15,000.00 atau RM3,000.00. So, Kuala Lumpur pun sama, kalau lihat PRIMA, peringkat persekutuan pun sama. Mereka pun jual harga yang sama. Di Malaysia semua pun buat dengan cara ini.

Tapi kalau kita lihat di luar negara contohnya di Singapura. Mereka mempunyai subsidi yang bertangga di mana mereka yang mempunyai gaji yang lebih rendah, mendapat subsidi yang lebih besar untuk membeli rumah. Mereka yang mempunyai gaji yang lebih tinggi, mendapat subsidi yang lebih kurang. Kerajaan membantu rakyat mengikut kemampuan mereka. Bukan kerajaan membantu rakyat sama rata, tidak kisah kamu bergaji RM 3,000.00 atau pun bergaji RM 10,000.00. So, cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa hari ini, adalah satu (1) cadangan yang pada pandangan saya game changer. Satu (1) cadangan yang akan menukar cara kita membuat jualan rumah mampu milik.

Tidak kisahlah jenamanya Rumah Harapan ke Rumah Idaman untuk membuat satu perbezaan. Memang butiran mekanisme macam mana hendak dilaksanakan memerlukan kajian yang lebih rapi dan perbincangan yang lebih mendalam oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan MMKN. Tetapi pada asasnya, on the principe of it, boleh tak kita menerima satu (1) cadangan, di mana harga rumah mampu milik yang dikawal penjualannya oleh kerajaan. Ini bukan bebas, bukan pemaju boleh membina dan menjual nya sesuka hati kepada sesiapa yang dia nak tetapi kita kawal. Kita ada proses untuk filter semua pemohon. Hanya mereka yang layak akan diberi peluang untuk membeli. So, dalam sistem di mana kita mengawal pembeli nya, dalam sistem di mana kita memberi bantuan kepada pembeli dengan produk yang dibina pada harga yang lebih tinggi tetapi dijual pada harga yang lebih rendah.

Adakah kita nak jual kepada pembeli pada harga yang sama. Kata kan rumah harapan RM 250,000.00 dengan tidak mengambil kira adakah mereka mempunyai gaji RM 3,000.00 atau RM 5,000.00 atau RM 7,000,00 atau pun RM 10,000.00. Sebab rata-ratanya semua

pun layak untuk membeli kalau gajinya di bawah RM 10,000.00. Sebenarnya syilingnya sampai RM 15,000.00 dengan keutamaan kepada mereka di bawah RM 10,000.00. Okey kita lihat antara RM 3,000.00 sehingga RM 10,000.00 mereka layak untuk beli tetapi adakah kita nak bagi dia dalam harga yang sama?.

Secara prinsipnya saya ingin membawa perkara ini kepada seluruh rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini. Adakah kita hendak menukar sistem ini?. Kalau kita tukar sistem ini, mungkin mereka yang bergaji RM 3,000.00 membeli rumah harapan tersebut dengan subsidi yang lebih besar. Contohnya RM 220,000.00 kita besarkan subsidi kepada mereka yang bergaji rendah. Dan mereka yang bergaji sederhana contohnya gaji dia RM 6,000.00 kita tetap jual pada harga RM 250.000.00. Mereka yang bergaji tinggi, contohnya RM 9,000.00 mungkin mereka harus beli dalam harga pasaran, harga kos. Bukan kita mengaut keuntungan pun. Harga kos mungkin RM 310,000.00 jadi ada perbezaan. Kita target subsidi daripada flat rate kepada semua kepada kita target subsidi kepada mereka yang lebih memerlukannya.

Kalau kita tengok macam mana Singapura buat, ada di dalam lampiran 2. Boleh tengok belakang sekali. Di dalam lampiran 2, dia ada sertakan macam mana Singapura buat di mana mereka yang bergaji di bawah SGD1500,00 mendapat subsidi SGD 80,000. Sebab di Singapura HBD dia ada pelbagai harga bukan macam di Selangor. Di Selangor simple semua Rumah Harapan berharga RM 250,00.00 kalau di Kuala Lumpur RUMAHIP dia pun sama semua harga rumah dia RM 300,000.00 tetapi di Singapura HDB ada dua bilik, tiga bilik, empat bilik, lima bilik. Lain lokasi lain harga. Jadi di dalam semua harga pelbagai harga mereka, subsidi yang diterima, geran yang diterima adalah berbeza mengikut pendapatan mereka.

Mereka yang lebih daripada SGD 9,000.00 gaji mereka, masih boleh beli rumah HDB tetapi tidak dapat geran. Government tidak beri geran. Beli lah pada harga kos. Tiada geran. Tetapi mereka yang bergaji rendah dapat geran sehingga SGD 80,000.00. Jadi, prinsipnya...

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat Speaker, saya tertarik dengan apa yang dibentangkan oleh Bukit Gasing. Cuma saya minta pendapat Bukit Gasing sama ada kita boleh masukkan kawasan luar bandar juga. Maksudnya luar bandar ini kos nya lebih rendah lagi kerana kos tanah yang rendah dan sebagainya so ini akan dapat meramaikan lagi rakyat yang memiliki. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Pada pendapat saya, prinsip ini adalah prinsip universal di mana kita boleh buat di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Dan juga di kawasan bandar jurang pendapatan wujud. Ada penduduk yang berpendapatan

RM 2,000.00 sebulan sahaja. Ada yang mungkin ladang sawit/ dia ada ladang sawit atau dia ada kebun sayur yang berjaya mempunyai pendapatan RM 8,000.00 – RM 9,000.00 masih layak untuk beli Rumah Selangorku.

Tetapi adakah dia wajar mendapat diskaun atau pun subsidi yang sama seperti mereka yang bergaji RM 2,000.00?. pada pandangan saya lah, dan bukan pandangan saya seorang dalam penyata ini seluruh Jawatankuasa bersetuju anonymous termasuk daripada pembangkang juga bersetuju bahawa kita harus tukar sistem di mana kita harus target subsidi kita supaya kita mengambil kira pendapatan mereka.

Dan apabila kita mengambil kira pendapatan mereka, tentulah dia akan menambah kerja kepada LPHS. Memang dia kena buat kerja lebih sedikit. Dia kena menilai, dia kena ambil kira, calculation yang lebih rumit dalam membuat costing dan untuk mengawal pemaju. Memang kerja dia akan bertambah tetapi pada pandangan saya, penambahan kerja ini wajar.

Adakah susah atau pun senang untuk menilai gaji? Pada pendapat saya memang kita dah menilai sebab kalau kita sekarang tidak menilai dengan betul, dan mereka yang bergaji RM20,000.00 boleh tipu dan dapat Rumah Selangorku. Jadi, memang kita pun dah menilai pendapatan mereka betul atau tidak apa yang mereka nyatakan dalam permohonan mereka. So, sistem itu pun sudah ada tetapi sekarang its about sistem jualan. So memang policy memerlukan penukaran if you want to accept this principal. Bukan sahaja di kawasan bandar tetapi di kawasan luar bandar.

Kawasan luar bandar pun jurang perbezaan pendapatan wujud. Dan ini lah essence penyata pada kali ini. Dalam perbahasan nanti, saya memang mengalukan sebarang soalan, saya akan cuba seberapa banyak untuk mencelah, untuk menjawab jika ada apa-apa pertanyaan. Saya rasa di sinilah, i mean it’s a very simple it,s very straight foward penyata untuk kali ini. Dan saya ingin mohon untuk mencadangkan. Terima kasih.

Tuan Timbalan Speaker. Dalam kita bagi memastikan matlamat satu (1) keluarga satu (1) kediaman tercapai, maka dengan itu saya, satu kajian menyeluruh perlu dibuat bagi memastikan bahawa pendapatan bersesuaian dengan subsidi yang ditawarkan bagi sesebuah rumah Selangorku, Idaman atau pun Harapan. Maka dengan itu, Tuan Speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Silakan Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker, Tuan Timbalan Speaker.

Saya rasa cadangkan dan syor penyata ini amat sesuai dan juga ikut prinsip, ikut nilai kita pun saya rasa adil. Jadi, saya menyokong tetapi dengan syarat semua untuk 1st time buyer dan bila dia sudah jadi lebih selesa, lebih kaya dan sebagainya, kalau dia mampu beli rumah yang lebih baik dan sebagainya,adakah kita ada satu syarat bahawa rumah itu dipulangkan kepada pasaran. Satu soalan saya dalam otak saya lah. Adakah bila dia sudah graduate ye lah dia sudah jadi kaya, dia tidak perlu mampu milik itu jadi dia pulangkan kepada market tetapi dengan ganti rugi kepada dia yang berpatutan. Boleh kah ini diterima?.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker dan tahniah kepada AJK Pembasmian yang telah membentangkan penyata ini. Cuma tadi Yang Berhormat Bukit Gasing pernah sebut, telah sebut. Cara pembinaan Rumah Selangorku di Selangor ini adalah menggunakan method cross subsidies. So, yang ini seperti yang dalam 3.4 mengatakan memang anggaran RM 41,000.00 dalam sebuah rumah. Bermaksudnya, pembeli-pembeli yang membeli rumah dengan harga bebas, kena menanggungkan harga rumah ini. Ini bermakna kos yang akan ditambah adalah ditambah atas pembeli-pembeli rumah harga bebas. So, di sini disebabkan Selangor amat berhampiran Kuala Lumpur, sentiasa orang akan mengambil satu (1) perbandingan antara RUMAWIP, rumah PRIMA bersama dengan Rumah Selangorku di Selangor ini.

So kita mengambil perbandingan di Kuala Lumpur memang ada tempat yang lebih strategik, tempat yang lebih cantik harga nilainya yang lebih mahal tetapi rumah yang dia tawarkan, tak kiralah RUMAWIP ke rumah yang harga bebas ke, mereka boleh control di dalam harga RM 300,000.00 hingga RM 400,000.00. Ini yang mengambil perhatian saya iaitu sebab saya pergi bertanya dengan beberapa pemaju dan saya dapat tahu bahawa di Kuala Lumpur memang mereka ambil method yang mungkin longgar dengan meningkatkan densiti di kawasan tersebut supaya lebih ramai orang yang boleh dapat harga yang lebih murah. So dalam pertanyaan saya, adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh menurunkan syarat-syarat yang diberikan kepada pemaju yang nak membina rumah Selangorku supaya kos pembinaan tu boleh lebih rendah dan lebih selesa di antara pemaju pembeli untuk membeli rumah tersebut di atas, sebab dengan situasi win-win situation dua-dua pihak pun menang dan mereka selesa untuk membina lebih banyak lagi rumah Selangorku. Saya memang setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa untuk meringankan bebanan kerajaan dan patut mengkaji kan balik kaedah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya golongan ini tidak menghadapi persaingan dengan golongan yang lebih mampu pada masa yang sama saya berharap juga kerajaan boleh mengkaji masalah golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapat pinjaman bagi membeli rumah pertama terutamanya rumah Selangorku, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Balakong ......

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Sebenarnya Banting sudah habis bahas ke belum nampak macam pendek sangat...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Boleh ..boleh bahas...

Timbalan Speaker

Banting ......

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kemiskinan ini dan kita tahu berkaitan dengan harga rumah mampu milik yang ditawarkan kepada pemohon tidak haruslah ditetapkan mengikut tahap pendapatan mana bolehlah dirangka satu tangga gaji seperti yang apa dicadangkan oleh Housing and Development Board di Singapura. Tuan Timbalan Speaker sebenarnya apa yang ingin saya bahaskan dua tiga isu yang sangat berkaitan dengan pembangunan dan jual beli rumah mampu milik pertama sekali sebenarnya bila kita membaca penyata ini saya ingin menarik perhatian yang berhormat EXCO bahawa ramai membeli yang memohon tu sebenarnya mereka juga menghadapi masalah pemprosesan permohonan mereka itu sewajarnya kita tahu ia perlu mengalami beberapa peringkat saringan seperti tahap pendapatan kemampuan untuk bayar balik dan sebagainya tetapi apa yang kita dapati meneliti we go to ground dengan izin pemohonan itu mengambil masa yang terlalu lama, pemohonan di proses mengambil pemprosesan itu mengambil masa yang terlalu lama. Dan ada baik saya sekiranya dalam jawapan ataupun maklum balas daripada Kerajaan supaya selain daripada kita menetapkan satu tangga gaji dan sebagainya kita perlu makluman daripada lembaga untuk memberitahu rakyat dan juga pemohon dan juga pembeli rumah berapa lama diperlukan proses permohonan ini. Dan kedua kita lihat tangga gaji tetapan ini ia haruslah diperincikan dan juga diberi pertimbangan sewajarnya kerana memang seperti apa yang saya katakan sekarang ini dalam kita mentadbir kerajaan kita tidak bolehlah melancarkan one size fits all. Iaitu masing-masing penduduk berbeza. Penduduk yang berbeza akan mempunyai tahap ataupun kemampuan yang berbeza.

Kita juga harus oleh sebab itu kita harus mengambil maklum tentang satu fakta yang sangat penting memang akan ada penduduk yang memerlukan perumahan dan mereka tidak ada sebarang kemampuan untuk membina membeli rumah sebab itu saya minta supaya sama ada jawatankuasa ataupun lembaga tengok balik apakah dasar sekarang ini yang kita lakukan ini Skim Smart Sewa sebelum ini telah pun diketengahkan oleh kerajaan perlulah diperluaskan ataupun diperincikan supaya ia menjadi sesuatu skim yang boleh mudah diperolehi ataupun lebih mudah dinikmati oleh golongan yang saya maksudkan itu iaitu

orang yang memang memerlukan rumah tetapi mereka tidak ada sebarang kemampuan untuk membeli rumah. So what we do with them? Adakah kita akan membiarkan mereka sahaja ataupun kita menawarkan peluang kepada mereka untuk menyewa dan akhirnya mereka dapat memiliki rumah tersebut dan pastinya harga untuk rumah kini rumah yang teramat murahlah. Yang ketiga, supply. Kita lihat tentang penyata ini dan kita lihat sebenarnya kalau di kawasan saya, saya rasa berasa agak bila ada penduduk datang ke pejabat saya dan meminta mereka nak beli rumah mereka ini golongan yang lebih kurang berpendapatannya RM 3 Ribu –RM 5 Ribu macam itu kalau ikut apa yang dicadang oleh Jawatankuasa barangkali mereka sesuai untuk memohon RM 200 ribu ataupun RM 250 ribu tetapi kalau bukak sahaja di kawasan Kuala Langat ini tak banyak yang ada. Dalam sidang Dewan yang lepas saya bertanya tentang rumah terbelangkalai saya bertanya soalan ini mereka memerlukan di kawasan kita ni memerlukan rumah mampu milik mereka perlu memerlukan tetapi option yang ada pada mereka tidak banyak di kawasan saya rasa saya tidak adapun di Sijangkang saya rasa pun takde Morib ada Morib tapi Taman Templer tak tahulah penduduk saya tak nak pergi di Taman Templer jauh sikit....

Timbalan Speaker

Taman Templer......

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya tanya Banting dulu, tanya Timbalan Speaker. Adab kan. Kita bincang soal berkaitan dengan rumah mampu milik, bukan mampu tengok di Selangor ini. Alhamdulillah lah semalam pun saya sebut daripada 6.3 Juta penduduk dah naik 7 Juta mungkin lepas ini naik lagi kan. Cuma kerisauan saya Banting ialha bila kita membicarakan soal berkaitan rumah mampu milik ini sekarang ini, mungkin orang mampulah. Tapi sekarang ini disebabkan inflasi kos besi naik, kos pasir naik, kos kayu naik semuanya naik adakah pihak Kerajaan Negeri mampu bertahan dengan harga yang kita tawarkan untuk harga rumah mampu milik ini?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya tiada jawapannya tapi sekiranya harga yang ditawarkan itu tidak mencerminkan, tidak kompetitif la maksudnya sama ada ia terlalu rendah sehingga ianya tidak sustainable tidak mampan ataupun ia terlalu tinggi dan rakyat tidak boleh beli. Jadi saya rasa kerajaan perlu bersiap sedialah. Selalu saya kata perlu ada satu mekanisme menjaga mereka yang langsung tidak ada kemampuan untuk membeli apa-apa rumah. Seperti contoh sebelum ni kita ada Skim Smart Sewa untuk menjaga ataupun mengambil kepentingan golongan seperti ini. Jadi itulah jawapan saya kadangkala kita tak boleh kata kalau inflasi dia dan kemudian harga itu tak sustainable kita nak tengok nak buat macam mana. Kadangkala kita pun perlu ambil tahu juga supaya harga rumah tidak menjadi terlalu rendah dan menjadi penawaran rumah-rumah sebegini tidak sustainable. Tuan Timbalan Speaker tadi saya juga ada menyebut bahawa bekalan ini perlu ada di semua daerah sama ada rumah rumah 200 ribu , 250 ribu ringgit sama ada rumah 300 ribu ringgit untuk mereka yang gaji 3 ribu, 5 ribu, 7 ribu, 10 ribu dan sebagainya ia perlu

di sediakan di semua kawasan semua daerah dan kita juga harus selepas membaca penyata ini barangkali kita juga harus memikir satu faktor iaitu downpayment. Kita harus menganggap seorang yang mendapat gaji rendah tidak akan mampu membeli rumah yang sedikit mahal. Barangkali kalau down payment yang dia bayar itu dia tinggi barangkali dia boleh memiliki contoh kalau gaji 3 ribu ringgit tapi dia nak beli rumah berharga 300 ribu ringgit tapi dia mampu membayar down payment 150 ribu ringgit maka komitmen dia ialah hanya setakat 150 ribu ringgit melalui pinjaman bank. Jadi saya rasa faktor seperti ini perlulah kita ambil kira. Dan terakhir yang kedua terakhir saya ingin memetik perhatian Dewan perenggan 3.1.1, Jawatankuasa mengambil maklum antara kebimbangan Yang Berhormat EXCO mengenai isu rumah mampu milik adalah stok rumah mampu milik yang dibina dan dijualkan khusus untuk golongan pendapatan rendah tidak dapat dikekalkan kerana pembeli kerana pembeli tidak dapat membayar bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan akhirnya dilelong oleh bank dan dijual kepada semua golongan. Itu adalah satu perenggan yang cukup dahsyat bagi saya, tetapi saya tidak tahu dan kami tidak tahu berapakah peratus orang-orang macam ini. Maksudnya dia beli, dia melepasi saringan, diluluskan tak kira lah berapa lama yang diambil untuk memproses permohonan dia. Dah beli dan sign, dia buat pinjaman bank, bayar 2 ke 3 bulan setahun kemudian dilelong. Kita nak tahu siapakah mereka, berapa ramaikah mereka ini, dimanakah ini berlaku, projek siapa? Kadangkala projek-projek seperti ini dia mungkin ada kaitan dengan prestasi dan juga kualiti pemaju tertentu. Jadi yang terakhir ialah barangkali kita boleh lihat selain dari HDB cadangan ini bagus diambil daripada HDB di Singapura. Saya ingin bertanya sebenarnya apakah contoh-contoh lain yang kita boleh ikut di negara-negara lain seperti di Hong Kong dan sebagainya. Saya rasa sekiranya ada rujukan atau contoh yang lebih banyak lagi untuk dirujuk di negara lain, saya rasa kita boleh merangka satu cadangan satu penyata ataupun satu dasar yang lebih menyeluruh untuk di pertimbangkan dan diterima pakai di kerajaan Selangor.Itu sahaja, terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. Saya bersetuju dengan saranan dan dalam penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan iaitu perlu wujudnya satu syarat penawaran perumahan kos rendah yang lebih bersasar mengikut tangga pendapatan pemohon. Syarat sistem ini diguna pakai oleh Singapur sejak lama lagi dan ia dapat menambahkan peluang golongan berpendapatan lebih rendah untuk mendapatkan rumah yang lebih sesuai dengan mereka. Sebagai contohnya, sebelum ini asyik berlaku rumah selangorku jenis A yang sebelum ini hanya dijual dengan harga tetap RM 45 ribu sering dirampas habis dan sebanyak berpuluh ribu permohonan disenaraikan dalam disenarai menunggu. Sistem ini juga dapat sedikit

sebanyak mengelakkan sebahagian pembeli yang tidak bertanggungjawab untuk mencari peluang, mencuri peluang orang lain untuk membeli rumah kos rendah dan menyewa kepada orang lain kerana pilihan rumah adalah terhad bergantung kepada pendapatan mereka. Walau bagaimanapun, perumahan kos rendah sentiasa akan mendatangkan masalah terutamanya pemilik-pemilik rumah tidak bayar fee penyelenggaraan sama ada mereka tidak mampu bayar atau mereka sengaja membuat bayaran. Perkara ini menyebabkan JMB tidak boleh berfungsi dengan baik kerana mengalami kekangan kewangan dan kawasan sekeliling perumahan juga tidak dapat di jaga dengan baik. Selain itu banyak unit rumah kos rendah juga terpaksa dilelong akibat ketidak kemampuan pemilik sal membayar pinjaman dari bank.

Cuba kita membuat satu kiraan yang senang adakah satu keluarga yang mempunyai isirumah sebanyak RM 3000 sebulan mampu membeli ataupun memilik sebuah rumah kos rendah yang bernilai RM 200 ribu. Katakanlah ketua isi rumah ini berusia 40 tahun beliau mempunyai seorang isteri, 2 orang anak dan pinjaman rumah beliau adalah selama 30 tahun. Purata faedah pinjaman perumahan sekarang adalah dalam 3.5% , maka bayaran pinjaman sebulan adalah sebanyak RM 898.09 berhampiran dengan RM 900. Maka hampir 1 per 3 pendapatan isirumah perlu digunakan untuk membayar pinjaman rumah sahaja. Dengar sahaja rasa keluarga ini mampu membeli rumah sebuah rumah bernilai RM 200 ribu tetapi cuba kita cuba kos-kos hidup lain bagi keluarga yang mempunyai 2 dewasa dan 2 anak kecil ini. Katakanlah satu meal dengan izin, bernilai RM 5, 4 orang ahli keluarga perlu menggunakan RM 60 untuk membeli makanan. Sehari. Katakanlah mereka memasak di rumah dan mengurangkan kos sebanyak RM 10 setiap hari, mereka masih menggunakan 1500 sebulan untuk makanan sahaja. Katakanlah mereka mempunyai sebuah Proton Saga yang manual, yang paling basic yang bernilai RM 34,800 dan setiap bulan RM 350, maka RM 3000 pendapatan isi rumah tinggal RM 1150 sahaja untuk membayar bil-bil air, eklektik, telefon, insurans,pakaian kos perbelanjaan barang-barang keperluan dan lain-lain lagi.

Memang mampu ke, keluarga ini, menanggung beban pinjaman rumah sebanyak RM 900.00 sebulan. Adakah RM 250.00 yang tinggal itu, cukup untuk membayar bil-bil yang saya sebutkan tadi. Belum lagi saya masukkan keluarga-keluarga yang mungkin mempunyai pesakit di kalangan ahli-ahli keluarga mereka. Saya menghormati pilihan dan keputusan sekiranya sesebuah keluarga, yang berpendapatan RM 3,00.00 untuk membeli rumah kos rendah yang bernilai RM 200,000.00. Saya percaya mereka akan berusaha dan mencari pendapatan tambahan supaya mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih selesa. Tetapi saya juga ingin mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor supaya memberi pilihan kepada keluarga-keluarga kurang berkemampuan, untuk membuat keputusan tidak membeli rumah dan berniat menyewa rumah dengan kos yang lebih rendah. Setahu kita rumah kos rendah tidak boleh disewa. Ia hanya boleh dibeli dan dimiliki oleh golongan yang tidak mempunyai sebarang harta di bawah nama mereka. Pemilik rumah kos rendah juga,

juga tidak seharusnya menyewa rumah kos rendah mereka kepada orang lain. Ini menyebabkan kebanyakan rumah sewaan di pasaran sekarang merupakan rumah kos sederhana dan sewaan rumah-rumah ini agak tinggi. Berbanding dengan kemampuan keluarga-keluarga B40.

Dengan ini, saya ingin memberi cadangan bahawa selain daripada rumah kos rendah dan mampu milik, Kerajaan Selangor boleh mengkaji kesesuaian dan kemungkinan mewujudkan polisi perumahan awam yang disewa dengan sewaan yang murah kepada golongan B40, yang membuat keputusan untuk menyewa rumah. Wang yang dijimat daripada membeli rumah, pembelian rumah, dapat digunakan untuk menambah baik status kehidupan keluarga atau digunakan untuk membuat pelaburan bagi menambah pendapatan. Dengan polisi ini juga, kerajaan mempunyai kuasa sebagai seorang pemilik untuk menjaga penyelenggaraan perumahan awam tersebut dan mengurangkan beban golongan B40 atas bayaran terhadap isu tempat tinggal mereka. Mekanisme polisi ini boleh mula dikaji dari sekarang supaya kita sebagai satu Kerajaan yang prihatin dan peduli, dapat menjaga rakyat Selangor dengan lagi baik. Dengan ini saya menyokong Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan berhubung pelaksanaan dasar pemberian subsidi pembelian rumah Selangorku, Rumah Harapan dan Rumah Idaman berdasarkan tahap pendapatan penerima manfaat di negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Bukit Gasing. Untuk makluman, saya adalah ahli kepada Jawatankuasa ini. Cuma berdasarkan perbahasan daripada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas pada pagi ini, berkaitan dengan isu ini, saya ingat ia telah pun menjelaskan kenapa rasionalnya kita membuat penyata ini. Yang pertamanya adalah berkaitan dengan peluang pinjaman seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Balakong. Kerana daripada segi syarat dan juga kriterianya itu, adalah daripada pendapatan RM3,000.00 hingga RM10,000.00. Ia bukanlah tertumpu pada betul-betul B40. Sudah pasti kalau apabila membeli rumah ini, melibatkan pinjaman bank, dan bank ini adalah bank-bank komersial yang akan melihat dari segi keboleh bayaran sesuatu pinjaman tersebut. Sudah pasti mereka yang berpendapatan lebih tinggi ini akan mendapat peluang pinjaman yang, kelulusan pinjaman yang lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang mungkin kurang daripada itu.

Jadi, ini adalah antara perkara yang dititikberatkan untuk kita melihat semula, kaedah pemberian subsidi tersebut. Dan dalam perbahasan ini juga, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek, berkenaan dengan kawalan juga, betul. Seperti yang dalam

perkara 3.11 tersebut, sekiranya sesebuah rumah yang kita telah pun berikan secara, dalam inisiatif rumah mampu milik, dimiliki oleh seseorang individu, atas apa sebab, apabila rumah itu dijual ataupun dilelong oleh pihak bank yang memberikan pinjaman, adakah, persoalannya, adakah pihak Kerajaan boleh membuat kawalan terhadap pindah milik ataupun terhadap pemberian milikan baru kepada pembida yang menang. Kalau isu lelong. Kerana, saya percaya, dalam setiap proses pindah milik hartanah ini, ada ruang untuk kerajaan membuat kawalan, kerana rumah ini diberikan atas inisiatif dan juga ada sumbangan subsidi kerajaan. Supaya rumah ini tak termasuk ataupun tidak diberikan selepas itu dalam pasaran terbuka. Kalau dalam kes lelong mungkin Pihak Berkuasa Negeri, dalam geran ataupun dalam syarat pindah milik itu, boleh tidak membenarkan sekiranya pindahan milik itu kepada mereka yang berpendapatan tinggi ataupun, mereka yang telah pun mempunyai beberapa hartanah yang lain. Itu kalau lelong. Agak teknikal ataupun agak sukar kalau dalam kes lelong ini. Apa lagi kalau lelong itu adalah lelongan mahkamah bukannya lelongan opsyen terbuka. Opsyen bukan mahkamah.

Yang keduanya adalah berkenaan pindah milik biasa. Sebagai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek tadi, andai kata dalam tempoh 10, 15 ataupun 20 tahun, penerima rumah Selangorku ataupun rumah mampu milik bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini, mereka nak memindah milik rumah tersebut kepada orang lain. Adakah, ada unsur kawalan di situ supaya dia bukanlah, termasuk terus dalam pasaran terbuka, yang siapa-siapa pun boleh memiliki rumah jenis itu. Supaya rumah itu terus dimiliki oleh orang-orang yang dalam range ataupun dalam kemampuan ataupun letakkan juga syarat nak memiliki rumah ini, mestilah rumah pertama. Tak boleh, orang yang dia jual rumah tersebut ataupun dia pindah milik rumah tersebut kepada orang yang telah memiliki beberapa hartanah yang lain. Jadi, kalau tak, dalam tempoh 5, 10 tahun, kalau ada moratorium ataupun ada kekangan yang lain, selepas daripada itu, maka hartanah itu akan masuk pada pasaran terbuka. Saya percaya di peringkat dasar sekarang, LPHS, ada dasar untuk memastikan pegangan milik, hak milik Bumiputera. Boleh tak dasar yang sama diletakkan juga dalam milikan-milikan rumah-rumah Selangorku ataupun inisiatif rumah mampu milik. Sebab Yang Berhormat EXCO, semalam pun, ada maklumkan bahawa di peringkat kerajaan dah ada database, dah ada rekod, rumah-rumah yang dikategorikan ataupun yang diberikan secara inisiatif rumah mampu milik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Sijangkang.

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, mengizinkan saya untuk turut berbahasa dalam Penyata Jawatankuasa Khas Pembasmian Kemiskinan ini. Saya melihat, saya sangat bersetuju dan berterima kasih kepada Jawatankuasa ini, di atas saranan pembelian rumah kos rendah ini. Sekarang ini ia akan

dicadangkan berdasarkan kepada tangga pendapatan yang tertentu. Cuma saya melihat kriteria ataupun dasar yang ditetapkan itu, pembelian berdasarkan kepada pendapatan isirumah. Yang pertamanya, mungkin agak sukar kepada pembeli-pembeli ini, untuk mendapatkan pinjaman. Saya ingat, saya maklum bahawa salah inisiatif daripada kerajaan negeri, dasar Smartsewa ini, yang sangat juga memberikan faedah kepada golongan yang ingin memiliki rumah seperti ini. Itu yang saya lihat, sebagai antara kekangan yang berlaku pada hari ini.

Yang kedua, adalah berkaitan juga dengan kedudukan rumah-rumah mampu milik ini. Disebutkan juga oleh Banting, tidak semua kawasan PBT ataupun daerah mempunyai rumah mampu milik seperti ini. Dan sebahagian besar juga, yang saya ingat, realitinya juga berlaku juga di kawasan saya. Permohonan perumahan ini, mereka mendapat peluang di kawasan di tempat-tempat yang agak jauh daripada kawasan tempatan mereka. Sedangkan mereka mungkin punca pendapatannya itu adalah pada lokaliti itu. Jadi, mereka terpaksa menolak, akhirnya. Dan ini juga, tidak memberikan satu ruangan mudah untuk mereka untuk memiliki rumah mampu milik ini. Merujuk kepada soal isirumah itu tadi. Ada sebahagiannya, mereka mendapat kelulusan akhirnya, untuk memiliki rumah ini, tetapi disebabkan kekangan-kekangan tertentu, yang akhirnya mereka tidak mampu lagi untuk meneruskan pembayaran pinjaman bank dan sebagainya. Untuk meneruskan pemilikan rumah ini, disebabkan, mungkin ada di antara ahli keluarganya sudah keluar, membina keluarga baru dan tidak membantu kepada keluarga ini. Saya tidak pasti, mungkin, ada di dalam dasar kerajaan negeri. Tapi kalau tidak ada, saya nak mencadangkan supaya rumah-rumah yang seperti ini, yang akhirnya mungkin terpaksa dilelong oleh bank dan sebagainya. Ia juga dimasukkan juga pada sistem Smartsewa, oleh Kerajaan Negeri untuk menjadi satu kesinambungan, yang pemilik ini mampu untuk meneruskan. Dan mungkin ini salah satu aset bagi mereka. Dan apabila mereka mampu semula kembali nanti, mereka boleh meneruskan sistem pembelian kepada mereka. Jadi, saya ingat itu antara beberapa perkara yang saya nak sentuh. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pertama sekali, Bandar Utama menyambut baik usaha Jawatankuasa dalam membentangkan Penyata ini, untuk menambahbaikkan dasar pemberian subsidi pembelian di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Pada pendapat Bandar Utama, seperti yang telah di katakan tadi, memang kini, apa yang telah dilakukan merupakan subsidi bersilang. Di mana sekiranya terdapat penambahbaikan, saya memang, Bandar Utama memang mengharapkan akan adanya pemberian subsidi yang lebih adil. Dan yang lebih penting, iaitu adakah dengan berlakunya perubahan sebegini yang telah dicadangkan dalam penyata, akan adanya penjimatan, yang membolehkan lahirnya lebih banyak projek

perumahan ataupun projek lain-lain yang dapat membantu lebih banyak warga Selangor. Cuma di sini, Bandar Utama ingin mendapatkan pencerahan dan penerangan tentang kesinambungan dan juga kelestarian, program ataupun projek yang akan dicadangkan.

Ada beberapa perkara yang ingin Bandar Utama ingin dapatkan penjelasan. Iaitu, pertama sekalinya, bagaimanakah kita nak memastikan declaration, dengan izin, ataupun sekiranya pemohon itu memberikan maklumat yang tepat berkaitan dengan pendapatan isirumah. Kerana kita merupakan Kerajaan Negeri, sekiranya di banding dengan kerajaan Singapura, memang kita ada mungkin akan berlaku kekangan. Di mana kita tidak mempunyai akses kepada data ataupun maklumat yang lebih terperinci, berbanding dengan Kerajaan Persekutuan. Jadi adakah kita akan, mendapat akses daripada kerajaan persekutuan ataupun kita akan membina bank data sendiri untuk memastikan, sekiranya projek ini dilaksanakan, kita dapat mengenal pasti, siapa yang mendapat subsidi yang lebih tinggi dan sebagainya.

Dan kedua juga, yang ingin saya tanyakan adalah berkaitan dengan kebolehlaksanaan program seperti ini. Sekiranya kita melaksanakan program seperti ini, adakah kita dapat meningkatkan supply, dengan izin, di dalam negeri Selangor, kerana kini terdapat anggaran sehingga kini, 87,000 permohonan aktif rumah Selangorku. Jadi boleh kita lihat memang mempunyai permintaan tinggi daripada warga Selangor, kerana masing-masing ingin memiliki rumah sendiri. Dia sedikit berbeza dengan, mungkin budaya negara luar, terutamanya budaya barat. Di mana banyak daripada kalangan penduduk di negara luar, mungkin dia, lebih selesa dengan menyewa rumah. Tetapi budaya Asia ataupun budaya di Malaysia ini, kita memang ingin memiliki rumah. Jadi, tapi bagaimana Kerajaan Negeri Selangor, dapat memastikan kita dapat, apa itu, mengambil kira kesemua permohonan di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Adakah dengan terlaksananya, apa tu, cadangan daripada Penyata Jawatankuasa ini, kita dapat memastikan, we can have enough supply, for the people of Selangor, dengan izin. Dan juga kebolehlaksanaan dari segi, kerana kini, sejak bertahun-tahun lalunya, kita telah pun melaksanakan program rumah Selangorku, Rumah Harapan, Idaman dan sebagainya. Untuk rumah-rumah yang telah pun wujud kini, dia juga ada isu-isu berbangkit yang belum selesai. Contohnya, seperti meter pukal, di bawah kawasan Bandar Utama, telah beberapa kali berlakunya, di mana pangsapuri kos rendah tidak mampu menjelaskan bayaran air, sebagai contoh, kerana wujudnya isu meter pukal.

Di mana sekiranya tidak silap, Bandar Utama ingat semasa dalam peringkat Syabas dahulu memang ada pelaksanaan penukaran meter pukal secara percuma tetapi kini di bawah Air Selangor mungkin meter pukal itu boleh ditukar tetapi penduduk perlu membayar sebahagian daripada apa tu proses penukaran itu. Mungkin dalam 30% dan sebagainya.

Jadi bagaimanakah Kerajaan Negeri mahu memastikan bukan sahaja projek yang akan dibangunkan di masa hadapan tetapi juga rumah yang telah wujud kini bagaimanakah kita hendak memastikan kesinambungan ataupun continuanity sekiranya dibenarkan, supaya kita dapat menjamin bukan sahaja penduduk ataupun warga Selangor mempunyai tempat tinggal tetapi juga dalam keadaan yang selesa dan kualiti hidup yang boleh diterima kerana di bawah pembangunan Rumah Selangorku, Rumah Harapan dan sebagainya. Mungkin ada di kalangan penduduk yang memang tidak mampu membayar bayaran penyelenggaraan atau pun maintenance fee dan akhirnya menjadikan keadaan tidak terjaga di banyak kawasan pangsapuri kos rendah. Dan akhirnya juga Bandar Utama juga menyokong cadangan daripada Balakong dan Ahli Dewan Negeri yang lain di mana walaupun kita mungkin tidak mempunyai budaya menyewa rumah dan lebih banyak yang ingin memiliki rumah tetapi adakah ini merupakan sesuatu yang diperlukan di pasaran buat masa kini kerana memang ramai juga keluarga yang tidak mampu memiliki rumah dengan berbagai jenis sebab dan faktor seperti tidak dapat membuat pinjaman. Memang tidak ada sustainability atau pun memang selepas itu mereka mendapat pendapatan yang lebih baik ataupun ruangan ekonomi yang lebih baik. Bagaimana pulak kita nak pastikan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan atau pun dana untuk mereka yang mungkin tidak dapat membayar secara persistent. Hah! Itu juga pertanyaan daripada Bandar Utama dan akhirnya adakah sekiranya kita mahu melaksanakan apa yang telah dibentangkan ini sebelum itu akan terdapatnya kajian apa yang diperlukan oleh warga Selangor dan apa yang diingini oleh penduduk-penduduk di bawah Kerajaan Negeri Selangor kerana kita perlu tentukan apa yang diperlukan dalam pasaran sebelum kita membuat keputusan terhadap skim-skim ataupun dasar di bawah Kerajaan Negeri Selangor kerana saya percaya dasar ini sebenarnya apabila terlaksana dia akan mengambil masa yang lama dan bukannya kita boleh menggubal ataupun mengubah dasar ini berdasarkan bulanan ataupun tahunan. Kadangkala mungkin satu dasar itu mungkin satu penggal sehingga dua penggal dan kadangkala sampai sambung sehingga 15 tahun lamanya.

Jadi Bandar Utama hanya ingin paling penting mendapatkan penerangan dan pencerahan tentang kebolehlaksanaan projek Rumah Selangorku dan apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan segala perancangan yang akan terlaksana itu memang mengikuti perkembangan pasaran. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Taman Medan. Yang terakhir ya untuk berbahas.

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker di atas ruang diberikan untuk bersama-sama berkongsi pandangan bersama dengan Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian

berhubung dengan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan dasar pemberian subsidi pembelian Rumah Selangorku, Rumah Harapan dan Rumah Idaman berdasarkan tahap pendapatan pemberi manfaat di Negeri Selangor.

Sebentar tadi kita ada mendengar beberapa pandangan dan juga apa yang telah dinyatakan berkait dengan Usul tersebut ya daripada beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat. Taman Medan ingin berkongsi tentang perkara yang berkait dengan mekanisme pengenalpastian kepada pelaksanaan dasar tersebut ya sebab kita tahu bahawa pemberian subsidi ini ialah sesuatu yang menjadi keperluan yang tidak dapat di tolak sama sekali pemberiannya ialah kepada mereka yang memerlukan terutama daripada golongan yang dikategorikan sebagai M40 ya dan proses pemberian subsidi ini juga sesuatu yang wajar juga dinilai dari segi bukan sekadar bagaimana maklumat-maklumat diberikan berkait dengan pendapatan seisi keluarga bagi mereka yang memohon. Ya kalau mereka yang bekerja makan gaji mungkin kita rasa mudahlah kita boleh lihat dari sudut apa yang dikemukakan dalam permohonan dari penyata pendapatan mereka tetapi kebanyakan mereka yang memohon juga tidak dapat kita tolak sama sekali ialah mereka yang berpendapatan dengan pendapatan yang tidak ada evidence ataupun keterangan tentang bagaimana mereka beroleh pendapatan.

Kalau kita lihat skim-skim ataupun program-program yang dilaksanakan sama ada di peringkat Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat dalam nak mengesahkan pendapatan mungkin boleh kita dapat satu pengakuan ataupun pengesahan daripada mereka yang berautoriti daripada kalangan wakil rakyat, daripada kalangan kepimpinan setempat dan sebagainya. Tetapi dalam proses ini yang kita nak mengenal pasti ini, kita bimbang juga kerana maklumat yang jelas dan maklumat yang terperinci sesuatu yang kadangkala sukar diperolehi bagi mereka yang bekerja dengan pendapatan yang tidak diperolehi maklumat dengan jelas. Ya mereka yang bekerja sendiri, kita lihat umpamanya mereka yang ada perniagaan kecil pastilah peniaga kecil ini sesetengahnya tidak ada maklumat jelas yang mungkin boleh dinyatakan dari sudut cukai pendapatan yang mereka bayar.

Hah! Yang ini yang kita nak ambil kira sebab saya bimbang, Taman Medan bimbang bahawa kadangkala pemberian subsidi ini kepada program-program dalam sama ada Rumah Selangorku, Rumah Harapan dan Rumah Idaman ini sesuatu yang tidak mencapai sasaran yang tepat. Ya! Banyak kes pemberian peluang untuk memiliki ataupun menduduki kediaman-kediaman yang disediakan oleh Kerajaan di banyak tempat sama ada di Selangor ataupun di negeri selain dari Selangor yang bila mana diberi kemudian sesudah itu telah zahir ataupun telah nyata bahawa mereka yang mendapat peluang ini ialah mereka yang tidak sepatutnya diberikan peluang itu. Ya, kalau umpamanya rumah-rumah mampu milik ni yang mensasarkan kepada golongan M40 umpamanya. Kita tengok ada diam-diam

setengahnya ada lebih daripada satu kediaman di sama ada mungkin di luar Selangor. Yang ada yang tinggal bekerja di Selangor tapi mereka beli rumah di Negeri Sembilan, di Perak, di Wilayah Persekutuan sehingga data tu maklumat pemilikan kediaman di Selangor itu tidak ada.

Lalu saya minta, kalau boleh adalah keselarasan di antara maklumat-maklumat yang dinyatakan tentang status pemilikan kediaman bagi mereka yang memohon dan begitu juga kadang-kadang kita lihat bahawa ada kes orang yang memohon memperolehi kemudahan ini ialah mereka yang menyembunyikan keupayaan mereka untuk membeli aset-aset perumahan ini. Ya pernah dengar kisahkan dulu, rumah yang agak rendah dari segi kadar pembiayaan untuk mendudukinya di Negeri Pulau Pinang pernah terdedah satu kes bahawa yang menduduki kediaman itu ialah orang-orang yang ada memiliki kekayaan. Ada yang memiliki kenderaan yang mahal sehingga di paparkan mereka ini pergi melancong keluar negara dengan menaiki kelas perniagaan penerbangan pun ada.

Jadi sebab itulah dalam pelaksanaan pemberian subsidi bagi pembelian Rumah ini sesuatu yang wajar dikaji mekanisme bagaimana untuk kita mengenal pasti maklumat-maklumat yang berkait dengan kelayakan berasaskan pendapatan bagi mereka yang berkenaan. Jadi Taman Medan dengan ini menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Gasing. Sekian, terima kasih. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sentosa ingin mengambil bahagian dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan dan juga berkenaan dengan juga banyak Yang Berhormat telah sentuh tentang Rumah Mampu Milik ingin saya juga mencadangkan beberapa cadangan. Kita sedia maklum membeli dan memiliki rumah sendiri merupakan impian atau idaman setiap individu. Keputusan untuk membeli rumah sangat penting dan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan seseorang. Ya bukan hanya memerlukan komitmen kewangan yang tinggi malah membeli rumah merupakan pelaburan jangka panjang. Namun hasrat untuk memiliki sebuah rumah impian di Malaysia semakin susah. Harga rumah saban hari semakin tinggi memberikan kesan kepada pembeli khususnya bagi belia yang mempunyai pendapatan yang secara relatifnya rendah. Pemaju dilihat semakin hebat meneruskan projek perumahan bahkan kebanyakan perumahan tersebut dalam kategori mahal. Sehingga banyak rumah ini tidak terjual. Menurut laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia pada akhir tahun 2019, sejumlah 30,664 rumah baru tidak terjual selepas sembilan (9) bulan. Mengikut hukuman pasaran apabila barang tidak laku, harga barang tersebut akan turun tetapi dalam kes rumah sebaliknya yang berlaku.

Tuan Timbalan Speaker, bahkan yang berlaku di negara kita kadar kenaikan harga rumah lagi tinggi daripada kadar kenaikan gaji. Menurut Bank Dunia Dan Pertubuhan Bangsa Bersatu sesebuah rumah di kira mampu milik jika harganya tiga kali ganda pendapatan tahunan isi rumah. Masalahnya berdasarkan laporan Institut Kajian Khazanah, 65% rumah baru yang tidak terjual selepas sembilan (9) bulan di pasaran pada suku kedua 2019 berharga RM300,000.00 dan ke atas. Jika dikaji dengan lebih mendalam dasar bank dan Kerajaan pada tahun 2009 menjadikan punca utama harga rumah naik sehingga ke hari ini. Sebelum tahun 2009, harga rumah di Malaysia masih lagi berpatutan tetapi sejak 2009, kadar kenaikan harga rumah mula menaik, mula naik melebihi 8% setiap tahun. Apabila bayaran bulanan pinjaman perumahan direndahkan tetapi tempoh pinjaman perumahan dipanjangkan, orang senang beli rumah tetapi kemudahan akses pinjaman perumahan ini telah menggalakkan ramai orang membeli rumah di luar kemampuan kewangan mereka sehinggakan banyak rumah mahal laris. Melihat aliran rumah mahal yang laris ini, pemaju yang menyangka permintaan terhadap rumah mahal semakin meningkat sehinggakan mereka membina lebih banyak rumah mahal. Selain daripada itu, pelaksanaan polisi Kerajaan pada tahun 2009 juga membenarkan warga asing membeli rumah berharga sehingga RM1 juta di Malaysia, sehingga membuka ruang kepada ramai warga asing. Maka nilai pasaran rumah mustahil untuk turun kerana pemaju yakin boleh menjual perumahan mereka tersebut kepada orang lain terutamanya warga asing.

Pada Oktober 2019, Kerajaan menggalakkan warga asing membeli rumah di Malaysia dengan mencadangkan penurunan harga minimum rumah kepada warga asing daripada RM1 juta kepada RM 600,000.00 memburukkan lagi keadaan. Walaupun cadangan Kerajaan itu salah satu cara untuk menyelesaikan masalah lambakan rumah yang tidak terjual, namun dalam masa yang sama menyebabkan pemaju berlumba-lumba membina rumah mahal. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan secara lebih inclusive oleh pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah sukar. Masalah ini dan untuk memastikan rakyat mampu memiliki rumah sendiri jika perkara ini tidak diselesaikan dengan kadar segera tidak mustahil lebih sukar untuk rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri. Kementerian KPKT telah mengaktifkan semula Majlis Perumahan Mampu Milik dalam memastikan projek pembinaan 500,000 unit rumah dan telah meluluskan RM 2.25 billion untuk bantuan perumahan kepada rakyat miskin dalam tempoh RMK-12. Dalam keadaan ekonomi yang penuh dengan tekanan kini saya juga ingin menyarankan Kerajaan Negeri agar memperhalusi cadangan dengan mensyaratkan kepada Pemaju ya kepada Pemaju untuk membina sebilangan Rumah Mampu Milik dalam projek mereka bagi memberi lebih banyak peluang rakyat Selangor memilikinya.

Tuan Timbalan Speaker, rumah mampu milik Kerajaan Negeri sedia ada sudah pasti tidak dapat menampung keperluan rakyat Selangor yang kurang berkemampuan. Terdapat

rakyat Selangor yang bergelut dengan beban hutang, hutang iaitu semasa termasuklah hutang PTPTN. Bagaimana kerajaan negeri ingin membantu golongan muda ataupun belia yang menghadapi masalah hutang PTPTN. Rumah mampu milik perlu menjadi agenda utama Kerajaan Negeri kerana kita perlu akui masa, masih ramai orang muda yang tidak mempunyai rumah sendiri. Kerajaan Negeri perlu mengkaji semula syarat-syarat kelayakan dan mungkin boleh meletakkan syarat-syarat minimum dan meringankan permohonan golongan muda yang disebutkan di atas. Skim Sewa Beli yang dijalankan oleh kerajaan negeri juga perlu diperluaskan dan diperbanyakkan dan perlu diberi tumpuan di kawasan bandar dan bukan di pinggir bandar sahaja. Di Sentosa, kami juga ada satu projek terbengkalai yang perlu mendapat tumpuan. Boleh juga, boleh dibantu untuk menyiapkan semula projek terbengkalai kerana dah bertahun-tahun belum lagi dapat satu penyelesaian. Persoalan saya adalah, mengapakah rumah mampu milik yang sudah siap dibina, tetapi tidak berpenghuni sedangkan ramai pemohon rumah mampu milik masih tidak lagi mendapat jawapan. Sentosa mohon sokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terutamanya saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan yang membawa usul ini. Tuan Timbalan Speaker dan rakan-rakan, kita telah dengar beberapa pandangan daripada rakan-rakan adun, saya mengambil kesempatan sedikit. Saranan saya supaya rumah mampu milik ini juga harus ada di kawasan bandar bukan saja di luar bandar, terutama di dalam kawasan miskin bandar.

Seri Setia merupakan salah satu kawasan dalam miskin bandar, dengan keadaan nya yang ada sekarang ini, kalau boleh tengok keadaan di rumah-rumah pangsa, rumah-rumah pemindahan, rumah pemindahan ini adalah merupakan mereka ini dulu setinggan, pindah ke rumah pemindahan yang ditawarkan dengan harga yang murah. Saya nak bagi perbezaan rumah pemindahan dengan rumah mampu milik. Rumah pemindahan harganya memang cukup murah, tetapi keadaan dia rumah itu agak sempit dengan kemudahan yang kurang, suraunya yang terpaksa menumpang di bawah padang permainan nya yang kecil tetapi di kongsi bersama-sama, keadaan parkir nya. Kita tidak mahu rumah mampu milik yang mana kerajaan negeri yang buat ini menjadi seperti rumah pemindahan yang ada pada zaman dahulu.

Tuan Timbalan Speaker, saya cadangkan kalau boleh saya setuju saranan daripada Sentosa tadi, kita boleh kerjasama dengan beberapa syarikat-syarikat perumahan. Boleh jv dengan mereka, contoh di kawasan saya di kawasan Seri Setia, kita ada tanah-tanah yang terbiar, milik daripada syarikat Sime Darby yang tah berapa lama mereka nak usahakan pun kita pun tak tahu. Mungkin boleh bekerjasama dengan mereka untuk

mengadakan rumah mampu milik di kawasan itu. Daripada dibiarkan terbiar begitu saja dan kerjasama ini saya rasa kalau, mungkin mereka pun boleh menang, win-win situation dengan izin, sama-sama dapat kelebihannya, kerajaan negeri boleh, pemaju perumahan pun boleh.

Seterusnya, kalau kita tengok rumah, perumahan ataupun rumah pemindahan tadi yang saya nyatakan, keadaan yang begitu sempit satu rumah ramai sekarang ini anak ada, cucu ada, semua tinggal satu rumah kerana mereka tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga yang tinggi dalam keadaan sekarang ini. Jadi amat berharap, satu-satunya kerajaan dalam negara kita adalah kerajaan negeri Selangor yang boleh membantu rakyat nya untuk mendapatkan rumah yang mampu milik bukan mampu tengok. Baik, seterusnya saya punya cadangan satu lagi, cadangan saya. Ada beberapa kawasan di kawasan Seri Setia juga, yang mana kawasannya adalah kawasan perumahan yang lama, pangsapuri yang lama yang dah dibina pada tahun 80 an 90 an yang keadaannya pun daif. Saya nak cadangkan supaya kerajaan negeri boleh bina semula, maksudnya berbincang dengan syarikat pemaju tersebut yang boleh dibina semula kawasan perumahan tersebut dan mungkin boleh harga yang mampu milik yang ditawarkan kepada mereka yang baru nak hendak membeli tanpa meminggirkan pemilik-pemilik rumah pada asalnya. Itu sahaja cadangan dan saranan saya, terima kasih dan saya menyokong cadangan daripada Jawatankuasa ini.

Timbalan Speaker

Saya persilakan pihak kerajaan untuk memberi maklum balas.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih kepada Jawatankuasa yang telah pun melahirkan penyata ini tapi apa jua saya juga menyentuh juga tentang isu perumahan rakyat dan isu kemiskinan ini perlu, memang wajar dibincangkan bersekali memandangkan penukunan ataupun bantuan kita kepada rakyat bukan sekadar untuk masalah kebajikan dan sumbangan-sumbangan untuk sara hidup tetapi ia lebih kepada kelangsungan kehidupan da untuk perlindungan seterusnya.

Saya sebenarnya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Taman Templer semalam iaitu Taman Templer telah mengatakan bahawa Selangor ini telah pun menjadi tumpuan negeri tumpuan daripada dulu sampai sekarang kita tengok telah mencecah tujuh juta. Cadangan yang dikemukakan oleh Templer itu saya rasa satu yang significant kerana saya lihat ada satu lagi masalah besar di Selangor ini. Kajian menunjukkan setiap seratus ribu yang datang ke Selangor, ini tak masuk pendatang asing, ataupun pekerja asing, yang datang ke Selangor dari negeri-negeri lain di Malaysia, setiap seratus ribu, hanya sepuluh ribu sahaja pulang ke negeri masing-masing. Jadi sembilan puluh ribu itu, kekal tinggal di Selangor, setiap seratus ribu. Kalau kita kata peningkatan itu dua juta, maksudnya berapa

ratus juta, satu perpuluhan, saya rasa satu perpuluhan satu juta menetap setiap dua juta dan sebagainya. Jadi ini adalah persoalan asas yang menjadi juga pertimbangan oleh kerajaan yang memandangkan ianya sebenarnya memerlukan sesuatu pendekatan dan juga inovasi baru bagi memastikan rumah mampu milik ini tidak lagi hanya semata-mata diberikan ataupun dijual. Ia kena dilihat mekanisma-mekanisma yang lain, kediaman serta polisi setiap keluarga satu kediaman itu kediaman itu mungkin lah bukan dimiliki tetapi mungkin disewa, mungkin disewa milik. Jadi itu perkara-perkara yang sekarang ini telah kita dapat pertimbangan dan izinkan saya sebelum saya menjawab penyata ini.

Beberapa kajian yang kita telah buat daripada tiga belas ribu lima ratus tiga puluh enam pemohon ini kategori pemohon di dalam data Lembaga Perumahan yang kita buat pada hampir setahun kajian ini, yang telah pun selesai pada 04 Julai 2022. Kita lihat pemohon yang memohon Rumah Selangorku ini bukan sekadar terdiri pada mereka yang miskin ataupun tidak mampu, tetapi suprisingly dengan izin ataupun mengejutkan, sebahagian besarnya 60% adalah daripada pemohon 18 tahun hingga 29 tahun. Ini kajian yang perlu kita ambil teliti, yang keduanya 30 tahun hingga 39 tahun adalah kategori umum yang kedua tertinggi iaitu hampir 40%. Jadi hampir 30% iaitu kedua-dua ini menyumbang 80%, maknanya di Selangor ini yang ingin memiliki Rumah Selangorku dan mampu milik ini adalah mereka yang berpendapatan, berumur 40 tahun ke bawah, itu satu fakta pertama.

Yang keduanya, yang banyak memohon sekarang adalah yang bujang, yang bujang, maknanya bujang daripada 13 ribu ataupun 13,500 responden ini 51.7% yang memohon. Ini kita kena lihat senario ini, statistik ini ia agak menarik dan yang berkahwin hanya 44% banyak juga lah sebenarnya kan dan selain itu janda, duda ada juga 3.5%. Dan kalau kita lihat ini subjek yang kita tengah bincang sekarang ini, dalam kontaks pendapatan, siapakah di kalangan mana yang banyak memohon rumah mampu milik ini adalah mereka yang berpendapatan seisi rumah dalam lingkungan Rm 3000 hingga RM 5000. Jadi ini menyumbang 34% daripada keseluruhan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Mohon mencelah.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Ya Balakong, silakan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Mungkin saya boleh satu yang ini bukan dalam mana-mana apa tu, research dengan izin, yang ini hanya pengalaman saya dengan penduduk saya. Bahawa yang sebenarnya ada penduduk yang beli rumah Selangor ku ini guna nama anak, kalau dia ada empat anak, yang lebih daripada 18 tahun dia guna empat-empat nama anak untuk beli rumah Selangor ku ini. Kerana anak-anak mereka belum membeli rumah lagi dan mereka mampu membeli. Jadi sebenarnya di

bawah nama anak mereka tetapi bukan miliki anak mereka sebenarnya dan mereka menyewa rumah-rumah tersebut. Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Jadi apa isunya. Isunya kita benarkan atau tidak begitu.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Maka, memang beli rumah itu mungkin bukan yang umur 18,19 tahun yang mampu, sebenarnya yang mampu ayah mereka ataupun emak mereka, bukan mereka.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya boleh nampak senario ini sebenarnya menyumbang kepada kemampuan, memanglah selalunya orang yang lebih berumur itu dia ambil kira untuk tidak membuat ataupun tidak memohon sebab faktor pinjaman, ramai tadi Yang Berhormat sebut, jadi di situ dia menggunakan nama anaknya atau memang anak dia memang memerlukan rumah, especially ataupun terutamanya mereka yang memang lahir di Selangor. Pastilah mereka nak beli rumah di Selangor, kalau dia ada anak dua dan tiga, jadi saya rasa persoalan itu dah termasuk di dalam kajian ini.

Dan yang terakhirnya Yang Berhormat sekalian semua,..

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Boleh celah sedikit. Yang Berhormat EXCO, saya nak minta Yang Berhormat EXCO tadi nyatakan semula yang orang bujang berapa peratus yang beli. Sebab media-media pembangkang selalu mainkan bahawa orang bujang, orang muda tak mampu beli lagi rumah dalam negeri Selangor ini.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya sebutkan sekali lagi, status perkahwinan itu bujang seramai 51.7% yang memohon tetapi saya mungkin tidak ada lagi statistik berapa peratus yang telah layak dapat yang itu mungkin kita boleh bagikan sedikit tambahan nanti tentang kelayakan permohonan berapa peratus. Tetapi apa yang saya nak sebutkan, walaupun begitu sebut yang banyak-banyak itu, berapakah jumlah bayaran pinjaman perumahan yang mampu dibayar oleh setiap mereka. Rata-rata kita lihat yang mampu membayar pinjaman itu adalah mereka dalam lingkungan pinjaman yang tidak melebihi jumlah seribu ringgit sebulan.

Jadi ini fakta yang saya nak kongsikan, sebelum kita melihat lebih jauh tentang isu bagaimana kerajaan meneliti tentang isu cross subsidy dan sebagainya. Tapi sebelum itu Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya rasa penyata ada banyak perlu diperbetulkan, saya akan sebutkan satu persatu kerana dalam sesi pendengaran bersama, kita telah pun menyatakan beberapa fakta dan ini tidak dimasukkan dalam perkara ini dan saya harap ianya boleh dimasukkan terutama tentang cross subsidy itu sebenarnya kita tidak beri pada

semua jenis, contohnya hanya diberi pada jenis A, B, C, D sahaja. Sebab saya dah ulang balik soalan daripada Sungai Panjang yang lepas dan saya kembalikan semula hari ini, bahawa rumah mampu milik ini ada beberapa kategori, dia ada jumlah rumah A iaitu RM 42000, jumlah rumah B kategori dia RM 100,000, C RM 150,000 dan D, E dan ianya D, E ada juga dan juga Idaman dan Harapan.

Yang banyak dibincangkan di dalam Dewan ini adalah Rumah Idaman dan Harapan. Rumah Idaman dan Harapan ini asalnya adalah datangnya daripada plot-pot pemajuan yang sepatutnya membina A, B,C, D, tetapi mereka tak bina, 20 tahun, 30 tahun tak bina, jadi bila kita lihat, plot-plot yang kalau kita sebutkan wajar dibina lama dulu ataupun mungkin kurang daripada 5 tahun, lebih 5 tahun, kita dapati ada kaedah baru yang kita boleh menggalakkan insentif galakan. Iaitu di antaranya adalah Rumah Harapan dan Idaman memandangkan rangsangan itu kita diberikan dan juga nak memastikan kita dapat mengeluarkan lebih banyak rumah-rumah yang mampu milik yang berharga RM 250,000 sahaja sebab itu wilayah mengenakan RM 300,000 tapi Selangor menetapkan siling hanya RM 250,000. Sebab apa, sebab asalnya daripada rumah yang sepatut membina untuk rakyat miskin ini, ataupun rakyat pendapatan rendah ini. Jadi konsep itu kita kekalkan tetapi kita galakkan bagi menyesuaikan dalam keadaan sekarang tetapi pembinaan mesti dilaksanakan. Jadi apa yang saya sebut di sini, cross subsidy tidak berlaku kepada skim-skim yang lain.

Apa yang berlaku teknik dia berbeza. Bila kita buat perubahan daripada A, B, C itu tadi kepada E (Harapan ini dan Idaman), pemaju perlu membayar kontra sahaja. Dia bayar kontra. Kontra apa? Dalam konteks unit rumah ataupun bayaran caj pindaan. Dia pinda kan? Daripada rumah A, B, C, D ini kepada (dipinda kepada) Rumah Harapan dan Idaman. Dia perlu pulangkan semula kepada kerajaan unit-unit rumah sebanyak 13 ke hingga, sehingga 13 hingga 30 peratus kepada Kerajaan. Lihat kepada situasi. Jadi unit ini yang kita ambil, yang kita gunakan, yang dia menjadi stok kerajaan untuk kita berikan kepada rakyat tetapi bukan sebagai dimiliki tetapi sebagai disewakan kepada mereka dengan kadar yang 20% rendah daripada yang ada. Jadi...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Jadi saya nak basic ini Yang Berhormat semua faham dahulu supaya akhirnya saya boleh pergi kepada soalan-soalan ataupun isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Silakan Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya memang betul-betul

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Nak minta penjelasan, Tuan Timbalan Speaker. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tadi dan saya ingin kaitkan dengan 3.7 tadi menyatakan “Jawatankuasa juga ambil maklum kebanyakan pemaju telah menyerahkan tanah yang dibina rumah kos rendah, menyerahkan tanah sebenarnya kurungan koma yang telah siap dibina rumah kos rendah, kepada pihak Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) yang kemudiannya dijadikan sebagai tapak untuk membina Rumah Idaman”. That’s is actually what I think you mean Yang Berhormat EXCO itu. Tanah itu adalah milik pemaju tapi tidak dibina rumah dan kemudian dibina rumah dan dipindahkan kepada, diserahkan kepada MBI untuk dijadikan sebagai Rumah Idaman sama ada dibina, dijual atau disewa. Sebab saya lihat kalau saya baca ayat ini, saya ingat pemaju serah tanah. Macam mana serah?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Bagus Banting membangkitkan perkara ini. Sebenarnya ia bukan diserahkan. Jenis Harapan dan Idaman ni dua jenis yang berbeza daripada kategori yang patut pemaju buat. Kalau pemaju sendiri atau swasta, dia ada jenis A, B, C, D ini yang dia perlu buat dulu tetapi dia tidak buat, itu menunjukkan mereka kena buat dalam konteks Rumah Harapan nama dia. Tetapi kalau itu adalah tanah Kerajaan Negeri, anak syarikat ke, MBI ke ia perlu kita bagikan sedikit keluar nama yang berbeza itu MBI. Sebenarnya, eh sorry. Rumah Idaman. Rumah Idaman yang dilahirkan dahulu sebenarnya yang digalakkan dahulu. Tetapi bagi memastikan, apa ini kita tidak hanya melihat tanah-tanah kerajaan sahaja, kita buka juga kepada syarikat-syarikat, pemaju-pemaju yang sedia ada untuk terlibat di dalam projek untuk memastikan galakkan rangsangan Rumah Idaman, eh Rumah Harapan ini ya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Siapa?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sungai Pelek.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Oh. Okay, silakan. Sekejap. Tadi, sekejap. Sebelum saya jawab, saya nak tanya jadi saya nak sebut bahawa 3.7 itu memang tidak ada serahan tanah tetapi ada JV. Maknanya katalah syarikat, ada satu syarikat Kerajaan Negeri, dia nak ada tanah tetapi dia ada JV ataupun usaha sama dengan syarikat lain untuk membina. Itu ada. Itu berlaku. Terima kasih.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. Rumah Idaman ke Rumah Harapan ke Rumah Selangorku ke semua konsep yang baik dan

memang adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri membantu rakyat yang tidak mampu. Jadi masalah di tempat kita ialah, kita tahu semua kos sudah menaik, sudah naik dan ditambahkan lagi ringgit, nilai ringgit pun susut dan sebagainya. Jadi untuk menjayakan konsep Rumah Selangorku mampu milik dan sebagainya, apakah pandangan EXCO kalau boleh kita cari tanah kerajaan di mana-mana district dan daerah. Misalnya di Sepang. Saya rasa di district Sepang pun ada banyak tanah lapang yang dimiliki Kerajaan Negeri. Kalau kita boleh gunakan tanah Kerajaan Negeri, lepas itu kita buat join venture dengan pemaju, saya rasa dengan cara ini kita boleh dapat membina lebih banyak unit rumah mampu milik. Apa pandangan EXCO? Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Itu sebenarnya akan saya jawab dalam sebahagian daripada soalan yang telah pun dikemukakan lebih awal. Itu nanti saya jawab bersekali dengan Sungai Pelek. Tapi apa yang saya ingin teruskan di sini, bila kita dah tahu tentang apakah sebenarnya rumah mampu milik itu (kategorinya dan nilainya dan kaedahnya dan sebagainya), sebab itu sedikit lagi satu lagi pemahaman yang mungkin perlu dibetulkan bahawa tidak semua rumah ini (mampu milik ini) dibenarkan dimiliki dengan cara yang sama. Maksudnya, kita memang ada ukuran mengikut pendapatan. Contohnya saya bacakan di sini Rumah Jenis A, mereka dibenarkan dalam seisi rumah pendapatan di bawah RM3,500. Orang yang lebih daripada itu tak dibenarkan. Rumah Jenis B pendapatan tidak melebihi RM7,000, memang dah ada. Kita tidak ada, tidak benarkan. Dalam sistem tidak baca kalau mereka lebih je, dia tak boleh masuk nak beli kategori B atau A. Dan kalau untuk mereka memiliki Rumah C yang berharga RM150,000 itu, pendapatan tidak boleh melebihi RM10,000, seisi rumah. Memang dah ada. Untuk Rumah Selangorku, Idaman Jenis D dan E itu, kita bagi lingkungan RM10,000 hingga RM14,000. Jadi saya rasa fakta ini perlu diperbetulkan sedikit di dalam jawapan ini supaya kita semua faham. Kita tidak buka, open macam itu mereka yang bawah RM10,000 pun boleh beli. Jadi memang dah ada. Sistem ini telah wujud lebih lama, sekian lama untuk memastikan orang yang layak sahaja memiliki perkara tersebut.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ya, terima kasih. Maksud saya Jenis A ke B ke C ke D ke kerana tanah sudah naik harga, bangunan sudah naik dan sebagainya. Sudah macam tidak praktikal lagi lah. Itu maksud saya. Jadi kita kerajaan kena

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Ya Sungai Pelek, nanti saya jawab.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Buat adjustment yang betul-betullah.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya tahu. Nanti saya jawab, saya rangkumkan isu yang dibangkitkan itu bersekali. Silakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Memang saya ambil maklum dan saya rasa semua yang melihat laman web LPHS pun tahu bahawa setiap kategori rumah itu ada harga silingnya Type A itu yang RM3,000 ke bawah. Tetapi apa yang kami bangkitkan bukan mempertikaikan bahawa wujudnya siling-siling tersebut untuk kategori A dan kategori B. Tetapi apa-apa kategori pun ada perbezaan pendapatan antara pembeli. Contohnya Rumah Harapan, walaupun RM10,000 boleh beli Rumah Harapan tapi ada yang pembeli RM7,000 ada pembeli RM6,000 ada pembeli RM4,000 ataupun RM3,000 gajinya. Jadi tidak in every category, siling adalah siling. Tapi siling ke bawah itu ada jurang yang besar. So, kategori hanya Rumah Selangorku Type A saja yang mungkin tak ada jurang yang besar sebab siling dia sangat rendah tetapi selepas kita keluar daripada Rumah Selangorku Type A antara siling ke bawah itu ada jurang yang sangat besar dan oleh itu lahirnya cadangan bahawa harga jualan itu haruslah bersasarkan kepada subsidi bersasar di mana yang pendapatan lebih rendah dapat subsidi lebih dan pendapatan lebih tinggi dapat subsidi lebih rendah. Kami pun ambil maklum selepas dibenarkan conversion Rumah Selangorku A, B, C kepada Rumah Harapan dan Rumah Idaman. Stok sedia ada Rumah Selangorku jenis A dan B ini sudah kurang. Kalau Yang Berhormat boleh perjelaskan kepada Dewan ini dalam dua tahun yang lepas, berapa projek baru yang dilancarkan dengan kategori Type A dengan Type B. Dah hampir dah tak ada sebab semua pemaju dibenarkan untuk convert Rumah Harapan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Okay. Ada dua perkara. Pertama, kita punya siling itu tidak jauh. Kita dalam peningkatannya dalam Type A RM3,500. Type B RM7,000 siling untuk mereka berpendapatan dan RM10, 000 dan seterusnya Harapan. Itu pertama. Memang ada. Bukanlah gap dia besar sangat. Tinggal lagi cadangan untuk melihat cross subsidy itu seperti mana sebagaimana yang dibuat oleh Singapore. Itu mungkin kita boleh lihat untuk tambah baikkan. Itu saya tidak nafikan. Tetapi dalam konteks pendapatan itu memang kita ambil kira. Itu point saya.

Yang keduanya, kita lihat tentang stok. Apakah dengan kita buat Rumah Harapan ini lenyaplah A, B, C, D itu? Tidak juga. Sebab itu dalam saya tak ingat soalan yang ditanya, mungkin daripada Sungai Panjang semalam yang berapakah rumah mampu milik yang dibuat? Saya bacakan. Ada Harapan, ada C, ada A, ada B. Kekal. Ia masih kekal dibuat dan tidak semua kita benarkan conversion itu berlaku dengan izin ya. Kita tidak semua. Kita lihat juga banyak situasi dan baru kita izinkan Rumah Harapan dan Idaman ini dilaksanakan. Itu perkara yang ingin saya jelaskan di dalam Dewan ini dan seterusnya kita telah ada ketetapan

Timbalan Speaker

Sijangkang ingin mencelah.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Ya Sijangkang.

Terima kasih EXCO. Saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Kalau kita lihat pada clause 3.10 ini yang mengatakan bahawa jenis A, B dan C ini akan dihentikan. Apakah rancangan kerajaan negeri, bila akan diberhentikan? Sebab saya melihat kalau tadi kita masih lagi meletakkan siling-siling itu terpakai RM3,000 pendapatan, RM3,500 lebih sehingga dan kita dimaklumkan bahawa Rumah Idaman, Harapan ini siling RM10,000 hingga RM14,000. Jadi saya ingat mereka-mereka yang mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM10,000 ini masih terlalu ramai lagi dan kalau kita hentikan, mungkin peluang-peluang untuk mereka ini agak semakin mengecil dan kemampuan daripada mungkin kalau kita benarkan RM3,500 walaupun dengan keadaan apa ini yang kita berikan berkadar tadi, mungkin mereka tidak mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM250,000 itu. Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Sijangkang. Sebenarnya ini satu fakta yang kita kena ambil maklum. Memang sebagaimana yang dibincangkan banyak oleh 12 Yang Berhormat yang bangkit itu, kemampuan ini bukan hanya kita terletak kepada kita nak bagi mereka miliki rumah sahaja. Dia ada banyak lagi rentetan benda-benda yang perlu kita lihat. Kalau Insya-Allah kalau kita boleh bagi kepada mereka rumah mampu milik RM42,000 contohnya, ada masalah lain pembayaran loan tak dapat lepas dan akhirnya rumah-rumah ini akan dijual sebagai harga pasaran. Contohnya, maknanya mereka lelong, lepas 5 tahun depa dapat bayar, lepas itu depa, mereka terpaksa menyerah ataupun menjual rumah. Harga pasaran. Jadi kerajaan kehilangan stok-stok yang ada. Itu pertama isu dia.

Yang keduanya, masalah apakah semua mereka yang tidak berpendapatan baik ini nak miliki rumah? Sebab itu bila kita sebut, kita buat kajian, tak semua yang kata dia nak miliki rumah. Ada yang kata dia perlu sewa sahaja. Dan bila kita bagi (kerajaan Selangor telah menyediakan 2 jenis sewaan). Satu sewaan yang memang dibuat di bawah PPR yang harganya hanya RM 250. Mereka yang betul-betul tidak mampu dan sebagainya memang kita letakkan kepada dua tempat ataupun enam tempat (apa orang kata) rumah PPR ini di Selangor. Tetapi kita akui bahawa jumlah ini dari masa ke masa, permohonannya meningkat. Sebab itu kita tengah memikirkan bagaimana untuk menambahkan lagi rumah-rumah dalam konteks PPR ke tanah-tanah kerajaan yang sedia ada dan dengan bajet peruntukan kerajaan Selangor sendiri.

Dan yang saya nak sebut yang Sijangkang sebut kemungkinan besar itu memang berlaku sebab kajian telah pun siap. Kita buatkan dasar baru kerajaan. Yang dah ada tu dia kena buatlah. Kalau untuk akan datang, kita telah mulakan satu dasar baru yang saya jangka akan dibangkitkan di dalam MMKN tidak lama lagi iaitu dasar yang membenarkan perumahan rakyat ini dibuat bermula dengan RM 100,000. Jadi RSKU 3.0 ini adalah RSKU ataupun dasar baru yang mengambil merangkumi semua isu-isu yang kita lihat, yang kita dah tak boleh buat apa dah. Kita kena move on supaya kita dapat lagi menyediakan rumah-rumah rakyat ini. Jadi soalan yang dibangkitkan ini saya rasa yang perlu saya nyatakan di sini ada beberapa fakta yang perlu dikemaskan, diperbaiki. Memang kita ada mengikut pendapatan, memang tidak semua kita kata layak (dia mengikut kategori). Dan kita lihat harga subsidi ini juga sebenarnya memanglah memang sepatutnya kepada mereka yang layak tetapi atas dasar apakah ianya ada kos-kos tertentu macam sebab itu kita kata macam harga RM250,000. Itu adalah harga kos. Bukan dengan harga subsidi. Kita ambil kira dah perkara itu tetapi apa yang dicadangkan, kita mungkin melihat negara-negara maju yang lain yang boleh kita laksanakan perkara ini.

Jadi seterusnya saya ingin mengatakan bahawa memang kalau kita lihat supply and demand memang tidak mencukupi. Kalau kita kajian ataupun selepas kita membuat Program Harapan dan Idaman ini, saya sambung karanglah. Pukul 2. Insya Allah.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum W.B.T., Salam sejahtera. Saya persilakan Batu Tiga untuk menyambung jawapan daripada penyata yang dibentangkan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya sambung sedikit tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh 12 Ahli Yang Berhormat di dalam menyentuh dan menyinggung isu-isu berkaitan dengan Penyata. Jadi seterusnya saya

ingin tadi saya ada bercakap tentang kategori bagaimana kita telah pun meletakkan had-had pendapatan kepada mereka dan isu-isu berkaitan dengan subsidi jadi saya ingin beralih tentang apakah kelayakan-kelayakan ini kita kawal sebab saya yakin tujuan kertas ini dibentangkan adalah untuk memastikan setiap keluarga ataupun isu-isu kemiskinan dapat memberikan juga penumpuan kepada pemilikan perumahan ataupun pemilikan yang ada. Tetapi saya ingin mengatakan dasar Kerajaan Selangor sekarang ini adalah dasar satu keluarga satu kediaman jadi apa yang ingin kita katakan ada golongan yang berpendapatan rendah ini mereka tidak mampu untuk memiliki rumah memandangkan bukan tadi ada yang timbulkan tentang bukan sahaja kemampuan itu berdasarkan ukuran pendapatan tetapi mereka juga kadang-kadang tidak dapat mengemukakan dokumen-dokumen yang sewajarnya. Jadi ada beberapa inovasi baru yang kita buat di dalam sistem penerimaan sebab itu ramai yang mengatakan apakah proses yang dibuat itu telus dan sebagainya. Kita sekarang ini telah pun menjangkakan setiap tawaran perumahan itu kalau dulu dua tahun masa menunggu tetapi sekarang kita pendek kita akan setiap enam bulan sekali kita akan review sebab kadang-kadang ada mereka yang memohon rumah tetapi mereka telah pun mendapat perumahan ataupun depa tahu kaedah ataupun kaedah yang kita buat sekarang di dalam sistem perumahan Selangor di mana kita suruh mereka self check ataupun memeriksa sendiri kemampuan. Yang ni kita cross order sama ada pendapatan rendah ataupun tinggi kadang-kadang memang pendapatan itu tinggi tetapi ataupun memungkinkan tetapi bila kita lihat kemampuan sebab ditolak perbelanjaan, pinjaman-pinjaman lain yang ada mereka tidak jatuh di dalam ke tahap yang kemampuan yang dinyatakan. Yang keduanya bila mereka telah memohon kadang-kadang mereka tidak mengemukakan dokumen sah yang disebut oleh Bandar Utama tadi. Jadi sistem dokumentasi itu mesti disahkan. Jadi itu yang kadang mereka tidak dapat permohonan ataupun rumah yang ada. Apa pun saya ingin membuat conclusion selain daripada perbincangan di dalam perbincangan kertas penyata ini ada satu perkara tentang prihatin kita tentang apakah kerajaan Selangor mencukupi dalam menyediakan rumah mampu milik ini. Jadi alhamdulillah dalam pertengahan suku tahun baru ini kita telah pun membincangkan kena ada satu blueprint stok tanah yang boleh kita manafaatkan untuk pembinaan rumah-rumah sederhana ini eh kos mampu milik ini. Sebab yang kita lihat selama ini disebabkan kaedahnya setiap pemajuan itu kita ambil sebahagian besar itu untuk cross subsidize daripada pemaju tetapi sekarang kerajaan Selangor mengambil kira masalah-masalah lepas contohnya rumah kos rendah ini, rumah Selangorku, rumah mampu milik ini diletak nun jauh kat tempat lain. Tiada infrastruktur, tiada pengangkutan dan sebagainya. Sekarang ini kita tengah merangka di manakah kesesuaian lokasi-lokasi yang perlu dinamakan untuk dibina rumah-rumah mampu milik ini? Jadi kemungkinan besar ianya boleh menampung tentang lokasi-lokasi yang strategik di dalam Klang Valley ataupun di dalam Pusat Bandar itu ada juga di kalangan rumah-rumah yang dibina bawah kos mampu milik ini tetapi apa yang sedikit inovasi yang perlu dibuatkan maknanya dasar itu perlu kita lihat semula kalau setiap lima ekar, sepuluh ekar itu kena ada serahan dalam

bentuk pembuatan, penubuhan mungkin ianya GDV itu perlu diserahkan supaya semua pemaju-pemaju yang sepatut membina rumah mungkin tahun-tahun yang lepas tidak dapat dibina itu menyerahkan kos itu kepada kos satu kos sejumlah kewangan yang ada jadi kerajaan akan membina rumah PPR itu dan akhirnya itu menjadi milik kerajaan sama ada PPR ataupun rumah yang boleh disewakan.

Jadi apa yang saya, itu sahaja sebenarnya yang saya nak singgung kerana yang selain daripada itu saya rasa ianya tersasar sikit daripada kertas yang telah pun dibentangkan oleh Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan kerana kita yakin dasar satu keluarga satu kediaman ini kita telah mengambil kira sebab itu sekarang ini kerajaan Selangor beralih daripada hanya menjual ataupun bukanlah menjual menawarkan rumah-rumah untuk dibeli kita sekarang juga melihat tentang rumah-rumah sewa dan akhirnya baru-baru ini pada bulan Mei yang lepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah pun meluluskan polisi rumah sewa milik. Maknanya kalau kita lihat rumah yang kita dapat ataupun milikan kalau ikutkan data saya contoh, kalau daripada 8,785 unit yang telah pun dalam perancangan untuk dibina, kerajaan Selangor akan memiliki 3,062 unit rumah untuk dimiliki. Dari rumah inilah akan diberikan keutamaan kepada mereka yang ingin menyewa ataupun kita akan tawarkan selepas 5 hingga 7 tahun ini mereka akan memiliki rumah ini tetapi tak semesti rumah yang sama mungkin rumah yang standard yang sama yang telah ditawarkan. Jadi skim itu dinamakan skim sewa milik yang ini adalah khususnya untuk menampung golongan-golongan yang berpendapatan rendah yang pada asalnya sama ada tidak dapat loan ataupun tidak dapat memiliki rumah tetapi mereka tinggal dengan dasar sewaan dan akhirnya selepas 5 tahun duit sewaan yang dia bayar itu 30% disimpan oleh Lembaga Perumahan yang mereka boleh gunakan 30% itu untuk membayar pendahuluan ataupun untuk membeli rumah-rumah mampu milik ataupun untuk disewa milik balik rumah yang tersebut. Jadi saya rasa itu perkara yang ingin saya sentuh. Tetapi apa pun saya rasa saya mengharapkan supaya soalan-soalan yang ada daripada pihak-pihak Yang Berhormat yang telah membangkitkan, saya ingin mengatakan rumah-rumah yang dibina ada dua jenis iaitu harga kawalan dan juga harga bebas. Yang kita bicarakan ini adalah rumah-rumah harga kawalan. Jadi harga kawalan ini itulah sebenarnya yang dibicarakan oleh Bukit Sentosa, Sentosa iaitu rumah-rumah yang tidak terjual. Kebanyakkannya menunjukkan rumah itu tidak dapat dijual sebab harga itu agak tinggi. Tetapi rumah-rumah mampu milik di Selangor ini saya boleh maklumkan dalam Dewan ini hanya 200 unit rumah sahaja yang masih belum terjual itu pun adalah jenis D, RM 200 ribu ke atas. Tetapi selain daripada itu bina je memang dapat jualannya memang dapat dilaksanakan walaupun kita dapat tahu peminjam-peminjam selalunya 40%, sorry pemohon-pemohon selalunya 40% tidak dapat lulus pinjaman tetapi kaedah baru yang kita gunakan itu kita lihat semula dan sebagainya jadi kita suruh mereka self check dulu terlebih dahulu akhirnya Alhamdulillah ramai yang boleh telah lulus pinjaman dan kita juga telah membuat satu usaha supaya ada pihak-pihak yang dapat membantu di bawah program membersihkan CTOS dan CCRIS

yang mana mereka bayarkan CTOS dan CCRIS itu. Akhirnya mereka bebas daripada blacklist dan sebagainya dan akhirnya peminjam, peminjaman perumahan dapat dilaksanakan. Jadi itu sahaja.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Dah habis dah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Nak tanya ada satu soalan berkenaan dengan masa yang diambil untuk....

Timbalan Speaker

Banting. Masa-masa tidak mengizinkan ya Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya

Timbalan Speaker

Tamatkan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tak apa boleh tanya dalam soalan yang akan datang. Terima kasih. Itu sahaja daripada saya.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi “Bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia Ini Menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan Atau JPK, Pembasmian Kemiskinan”. Bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan dasar pemberian subsidi, pemberian Rumah Selangorku, Rumah Harapan dan Rumah Idaman berdasarkan tahap pendapatan penerima manfaat di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 29 Tahun 2022. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

AHLI DEWAN : YA.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya Usul Nombor 11 Tahun 2022, Usul Di Bawah Peraturan Tetap 76(5) Oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Tuan Speaker dah Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut “Bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia Ini Menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Hasil Lawatan Ke Daerah Sabak Bernam Di Negeri Selangor Yang Telah Dibentangkan Di Dewan Yang Mulia Ini Sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2022”. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan kami telah sebagai satu Jawatankuasa melawat Daerah Sabak Bernam dan lawatan tersebut adalah untuk mendengar daripada Jabatan Kebajikan daripada Lembaga Zakat, daripada Pejabat Daerah dan juga daripada Ketua-Ketua Komuniti, Ketua-Ketua Kampung, Kampung Tradisi, Kampung Baru dan Bagan berkenaan isu kemiskinan yang wujud di Daerah Sabak Bernam. Kami mendengar taklimat daripada agensi kerajaan dan kami juga mendengar feedback daripada wakil-wakil ketua kampung setiap mukim telah menghantar 5 ketua kampung untuk sesi tersebut. Dan penemuan Jawatankuasa boleh kami simpulkan dalam dua isu, jawatankuasa berpendapat ia harus diletakkan dalam satu Penyata kepada Dewan. Isu yang pertama ialah kami mendapati pendapatan bilangan keluarga yang menerima manfaat daripada Zakat ataupun Jabatan Kebajikan adalah satu angka yang besar iaitu lebih kurang 7000 isi rumah. 7000 isi rumah di mana 4,500 daripada isi rumah tersebut dianggarkan mempunyai wakil keluarga yang mampu bekerja dan mampu menjana pendapatan. Dan sekitar 2,500 yang mungkin uzur, tua, OKU yang tidak berapa mampu untuk bekerja dan menjana pendapatan. Ini adalah satu penemuan yang penting dan besar disebabkan feedback dan yang ini feedback yang dikira anonymous daripada Ketua-Ketua Komuniti ialah memang ramai sangat penerima bantuan ini yang terlalu bergantung kepada penerimaan bulanan. So, mereka mendapat di subsidi, this is bantuan a handout dan ini menyebabkan mereka malas untuk mencari pekerjaan dan terkeluar daripada kelayakan untuk menerima handout tersebut. Mereka rata-ratanya boleh bekerja. Ini adalah feedback yang dipersetujui antara Pegawai-pegawai dan juga Ketua-ketua Komuniti tapi malangnya disebabkan mereka masih layak mereka masih tidak bekerja mereka sangat berpilih untuk tidak mengambil pekerjaan. Lembaga Zakat masih membantu mereka, Jabatan Kebajikan masih membantu mereka. Dan ada yang menerima dalam sekitar 800ribu sebulan bergantung kepada bilangan anak dalam tanggungan mereka dan sebagainya. Setelah berbincang dan idea pun telah pun dilontarkan kepada dalam sesi ini, kita mendapati hampir semua Ketua-Ketua Komuniti bersetuju bahawa mungkin kerajaan boleh memikirkan satu sistem yang drastik di mana daripada welfare kita tukar kepada workfare dengan izin. Di mana kepada 4,500 penerima sedia ada yang mampu bekerja yang kita hari ini cakap kepada golongan yang mampu bekerja mungkin kita harus memberi mereka ataupun meminta mereka untuk bekerja untuk mendapatkan bantuan. So, saya memberi satu contoh kerana saya telah melaksanakannya

di DUN Bukit Gasing sejak beberapa tahun yang lepas. Pejabat DUN saya adalah di atas satu restoran. Di bawah ofis saya adalah satu restoran dan saya telah berbincang dengan pengusaha restoran ini di mana saya minta dia kalau saya hantar pemohon untuk kebajikan saya mohon kerjasama daripada dia untuk beri dia satu pekerjaan dan gaji dia RM10 satu jam. Dan saya bagi tahu yang saya akan bantu untuk menanggung RM10 sejam.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Speaker.

Timbalan Speaker

Ya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya. Nak bagi saya cakap?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yes.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

So, duduklah. Ya Tuan Speaker ini pembentangan daripada Yang Berhormat Bukit Gasing selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan. Jadi seharusnya dia bentangkan kertas ini mengikut apa dalam kertas ini bukan cerita pengalaman dia sebagai ADUN di kawasan sendiri. Ini bukan tempat untuk kita bicara, bukan perbahasan. Ini bentang kertas, bentang kertas sahaja. Saya rasa kalau tidak, kita akan membuang masa. Yang ini bukan tatacara yang betul. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Itu contoh untuk bagi huraian.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

This is not debate, saya cakap ini bukan perbahasan. Ikut ini, ini peraturan dan ini tatatertib sepatutnya ada. I’m not intrested debate with you.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Alright. So, isu yang dibawa ke sini ialah kerajaan harus memikirkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang boleh bekerja melalui cara mereka harus bekerja. Jadi kerajaan boleh memikirkan pelbagai modal di mana penerima harus bekerja sebelum mendapat bantuan bulanan tersebut. Yang kedua isu yang kami temui dalam sesi ini ialah isu pengesahan pendapatan. Now ramai pemohon tidak mempunyai slip gaji, pada mereka yang bekerja tetap mempunyai slip gaji adalah satu perkara yang senang mereka hanya perlu menunjukkan kepada JKM ataupun Zakat. Tetapi kepada mereka tidak mempunyai slip gaji mereka, diminta untuk

mendapat pengesahan daripada ketua kampung daripada wakil rakyat dan feedback yang kami dapat daripada semua ketua kampung ialah agar adalah amat sukar untuk menolak sebab mereka datang untuk memohon bantuan, rata-ratanya semua ketua kampung akan sain pengesahan pendapatan tersebut. Jadi in the end semua pengesahan pendapatan itu yang sampai ke Jabatan Kebajikan yang sampai kepada Zakat semua disahkan pendapatannya di bawah garis kemiskinan. Jadi daripada isu tersebut kami ingin membangkitkan mungkin kita dapat do away kita hapuskan sistem di mana lantikan politik seperti Wakil Rakyat dan Ketua Kampung dan Ahli Majlis diberi tanggungjawab untuk mengesahkan pendapatan. Memang agak sukar untuk kenal pasti 100% dan juga menjadi sukar untuk mereka menolak seseorang dengan enggan untuk sign dan bagi sign dan cop dan mengesahkan pendapatan. Ini bukan suara saya seorang, ini daripada sesi tersebut feedback daripada ketua-ketua kampung yang hadir. Jadi Jawatankuasa ini membuat saranan bahawa kita tak perlu sistem pengesahan pendapatan seperti ini dan pengesahan pendapatan seharusnya dilakukan oleh pegawai yang bertauliah seperti mana mereka diberi latihan dan beri training untuk macam mana untuk menyemak apa pendapatan sebenarnya seseorang pemohon dan menentukan sama pendapatan mereka di bawah garis kelayakan atau melebihi garis kelayakan.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Speaker, Timbalan Speaker. Saya berpandangan bahawa ketua kampung, Ahli-ahli politik ataupun Ahli Dewan Negeri dan juga lantikan jawatan politik. Ini adalah mereka-mereka yang pada pandangan saya yang terlalu hampir dengan rakyat ataupun masyarakat dan mereka inilah yang sebenarnya yang lebih tahu orang-orangnya yang lain ataupun penjawat yang ada authority yang mungkin ada diberikan pengetahuan tentang itu kenapa tidak mungkin boleh disarankan mereka-mereka ini kita letakkan daripada penambahbaikan integriti sebagai contoh dan kita beri lagi kuasa kepada mereka untuk memberikan sokongan dan mungkin pendidikan-pendidikan yang lain supaya saya ingat itu lebih wajar. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya ingin menerima pandangan yang berbeza tetapi pandangan Jawatankuasa ialah terlalu hampir seperti mana yang di cakap oleh Yang Berhormat Sijangkang ahli-ahli politik Ketua Kampung ini terlalu hampir dengan masyarakat untuk mereka menolak permohonan, permintaan daripada jiran mereka. Oleh itu mereka rasa terpaksalah mereka bagi sokongan kepada jiran-jiran mereka. Jadi saraan ini adalah supaya pegawai yang lebih jauh dan tidak terikat dengan hubungan rapat hubungan sekampung dengan mereka pegawai diberi latihan, pegawai yang profesional untuk datang buat penilaian dan memberi satu keputusan yang natural dan profesional terhadap taraf pendapatan mereka, ini adalah saranan daripada jawatankuasa. Jadi rata-ratanya penyata ini memberi dua saranan yang besar kepada

Kerajaan Negeri dan kami mohon Kerajaan Negeri menimbang dua saranan ini. Terima kasih.

Tuan Timbalan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Sebelum saya buka kepada perbahasan, saya mengingatkan kita ada, selepas ini ada dua penyata. Setiap penyata kita peruntukan masa lebih kurang ke 15 ke 20 minit jadi pembahas boleh melihat tempoh yang kita benarkan itu sebelum kita pergi kepada RS1. Ok baik saya persilakan Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya bermula dengan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pemilihan Khas Pembasmian Kemiskinan atas laporan ini. Saya juga gembira melihat dalam laporan ini dikatakan bahawa tiada pertindihan bantuan antara JKM dengan Lembaga Zakat Selangor. Ini satu kes yang jarang berlaku sebab di kawasan-kawasan lain kita nampak bahawa ada ramai kes di mana kadangkala orang yang meminta bantuan dapat daripada pelbagai agensi-agensi malah juga daripada NGO-NGO dan rumah ibadat tempatan. Saya ingin bertanya tentang platform khas yang disarankan oleh Jawatankuasa untuk menyelaraskan data-data penerima bantuan daripada pelbagai agensi kerana di bawah Kerajaan Negeri Selangor kita ada SSIPR tetapi ia tidak dihubungkan kepada Lembaga Zakat Selangor yang juga ada data basednya sendiri. Jadi saya mengemukakan soalan ini untuk dijawab oleh Yang Berhormat EXCO nanti. Dan keduanya saya gembira tengok bahawa ada usaha ataupun saranan untuk menggalakkan welfare dependency dengan izin supaya golongan miskin mampu bekerja terpaksa berusaha untuk keluar kepompong kemiskinan. Perkara kedua saya kurang bersetuju dengan saranan jawatankuasa 6.1 yang menyarankan agar kerajaan tidak menggunakan pengesahan gaji melalui Ahli Parlimen, Ketua Kampung dan mana-mana lagi lantikan politik kerana rakyat sudah biasa dengan cara ini. Rakyat akan cari Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis, ketua kampung dan ketua-ketua komuniti memang membuat pengesahan begitu. Dan saya kira ada kebaikan apabila rakyat cari kita untuk buat pengesahan sebegitu kerana contohnya Kampung Tunku, kami akan membuat lawatan ke rumah-rumah mendapat maklumat lebih teliti tentang pemohon dan kami juga dapat buat kes atau knowledge sharing dengan izin dengan agensi-agensi yang terlibat. Sekiranya ADUN ataupun ketua-ketua komuniti dikeluarkan daripada proses ini maka seolah-olah ADUN tidak tahu apa yang berlaku di kawasan mereka. Dan sekiranya kena melalui pegawai seorang pegawai di agensi, soalan nombor 1 ialah berapa pegawai akan bertanggungjawab ke atas ini, dan juga timbul masalah sekiranya pegawai tidak ada di office, keluar atau pun bercuti dan kita juga kena mengambil kira bahawa untuk sesetengah kawasan Pejabat Daerah agak jauh daripada taburan penduduk secara amnya. So mungkin di Sabak, Pejabat Daerah Sabak dekat dengan kawasan kampung tapi contohnya

di Daerah Petaling. Warga Petaling Jaya all the way dengan izin ke Sungai Buloh untuk melawat Pejabat Daerah. Dan yang terakhirnya saya menyokong Exit Policy dan tetapi saya ingin bertanya apakah pandangan Jawatankuasa atau Yang Berhormat EXCO tentang tempoh masa contohnya two plus one tahun dengan izin atau one plus one dan apakah matriks yang akan digunakan untuk menentukan pengeluaran mereka yang bergantung pada ataupun yang mendapat bantuan kerajaan daripada kepompong kemiskinan. Adakah kita akan merujuk kepada fakta bahawa mereka apakah mereka telah memperoleh pekerja ataupun kita akan rujuk kepada PJK yang juga amat rendah terlalu rendah iaitu RM2022 sebenarnya sangat rendah. So ini soalan apakah matriks yang kita akan menggunakan untuk kita menentukan bahawa seseorang itu tidak boleh berdikari, dia tidak memerlukan bantuan daripada agensi lagi. Dan yang terakhirnya saya ingin bagi saranan jawatankuasa 6.4.2 contoh workfair yang boleh dilaksanakan dan sebagainya. Saya ingin cadangankan bahawa terdapat kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan contohnya untuk memaklumkan mereka yang perlu lesen penjaja ataupun peluang pekerja kontrak dan sebagainya. Itu sahaja perbahasan saya terima kasih.

Timbalan Speaker

Banting. 3 minit.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker,

Timbalan Speaker

3 minit.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya. Terima kasih diucapkan. Saya ingin memberi perhatian kepada dua tiga perkara dalam saranan jawatankuasa pada muka surat 6 yang berkenaan catatan pengesahan gaji melalui Ahli Parlimen, Wakil Rakyat, ADUN, Ketua Kampung, KKI dan juga Ahli Majlis dan sebagainyalah. Pada pendapat saya, perkara ini wajar kita tengok kembali dan bincang semula kerana mengikut kebiasaan apa yang kita hadapi sekarang ialah sepatutnya Ketua Kampung juga Wakil Rakyat, merupakan individu yang dekat dengan komuniti dan biasalah sekiranya kita menerima soalan ataupun borang daripada sama ada oleh Wakil Rakyat ataupun Ketua Kampung ini, kalau individu itu memohon pemohon orang yang betul-betul miskin memerlukan bantuan dan kenal Ketua Kampung, kita atau AJK kenal dia jadi sepatutnya dan selalunya ada catatan di situ, ada sedikit catatan ditulis ini adalah satu borang lebih kurang sama dengan borang blueprint lah atau i-SEED pun sama lebih kurang ada catatan di situ Wakil Rakyat ataupun yang terima borang itu atau chance peluang untuk interview, jadi di situ bolehlah kita tulis seberapa banyak yang boleh dan mengikut pengetahuan sayalah apabila pegawai kerajaan menerima borang macam ini maka borang-borang ada catatan tambahan seperti ini akan diberi perhatian yang lebih-lebih beratlah berbanding borang barangkali kita tahu ada yang mungkin ok sahaja sebenarnya masih boleh, tetapi dia nak mohon kita pun sain tapi kita tak tulis apa-apa. Jadi saya rasa ini adalah satu pengalaman saya rasa kita boleh kongsi

semula dan kalau ini adalah apa yang berlaku maka ada sebenarnya tidak ada masalah kalaulah pengesahan melalui wakil rakyat dan juga ketua kampung boleh dilakukan. Yang seterusnya saya juga menyebut sedikit tentang bantuan, bantuan yang dibekalkan. Saya ingin menarik perhatian saya tahu kita, kita di Kerajaan Selangor ini Pakatan Rakyat belum lagi memegang kerajaan Persekutuan dan banyak lagi kita tidak boleh lakukan kerana kita tidak ada main power networking dan resources untuk membuat siasatan dan juga soal siasatan dan juga penyelidikan tetapi pun sekali kita dah mulakan langkah yang baru kita nak buat secara komprehensif. Saya rasa itu satu permulaan yang baharu bagus dan perlu diteruskan dan kita belum melipat gandakan usaha. Cuma saya ingin membawa contoh, kalau di Hong Kong saya mungkin rasa kita boleh semak ataupun kaji apa yang berlaku di Hong Kong ialah bantuan kebajikan yang dibekalkan bukan setakat bantuan sara hidup RM200 RM300 RM100 sebulan yang kita bagi tulah RM100 RM200 RM300 sebenarnya mungkin dia tak ada dia boleh tolong sikit-sikitlah. Tapi kata nak mengurangkan membasmi kemiskinan tak bolehlah. Kalau di Hong Kong mereka beri apa yang dipanggil comprehensif social security assistant (bahasa Cina) comprehensive social security assitant dan kalau ikut takrifan dia dengan izin provide the safety net for those who cannot support themselves financially its is design to bring their income up to principe level to meet their needs dan kalau kita baca apa yang berlaku dan saya tahu cara mereka ialah mereka memang beri banyak besar amount yang cukup besar untuk match dengan izin. Apa yang kurang di situ supaya mereka dapat satu income ataupun pendapatan yang secocok yang setara dengan gaji minimum dan mereka belum melalui ujian macam-macam. Saya rasa ini adalah cara yang betul untuk hala tuju masa depan Selangor dan juga Malaysia ini adalah seharusnya apa yang berlaku yang boleh dilalukan malah kita tidak dapat memegang Kerajaan Persekutuan dalam tempoh lebih lama, kalau boleh kita rasa kita boleh cara itulah. Jadi itulah apa yang saya boleh kongsi di sini dan saya mohon supaya penyata ini diberi perhatian secukupnya dan juga kerajaan memberi maklum balas yang seberat-beratnya. Sekian.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) .

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tuan Timbalan Speaker, kerajaan tak gulung ke?.

Timbalan Speaker

Kerajaan akan menjawab dalam sidang akan datang.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembasmian

Kemiskinan, saya ambil maklum segala apa yang telah dinyatakan seperti mana ramai juga maklumkan ini hanya adalah lebih kepada Sabak Bernam. Perlu diingatkan kemiskinan bandar itu lebih teruk lagi, ramai daripada standco saya sendiri kemiskinan bantuan kemiskinan dan juga kerajaan prihatin. Apabila kita siasat kembali, ramai di Sabak Bernam sebenarnya mempunyai tanah yang begitu banyak, mereka adalah empunya tanah banyak, hanya mereka tak usahakan tanah-tanah mereka. Dan juga lihat anak-anak mereka pindah ke bandar tak jaga, ini adalah paling banyak iaitu sebab kita nampak mereka yang ditinggalkan adalah orang-orang yang berumur di situ, itu berlaku dan mereka selalunya tak bagi detail tentang berapa banyak harta, harta tak alih mereka mempunyai, mereka tak bagi pun, apabila setiap kali itu sebab salah satu sebab saya percaya Jawatankuasa memutuskan supaya pengesahan pendapatan mungkin ketua-ketua kampung sendiri rasa begitu salah tapi sebenarnya kalau ingatkan dulu, apabila 2018 kita terima sebulat-bulatnya tentang e-kasih berlaku. Ramai Adun pejabat dan juga kita tak dapat luluskan e-kasih seolah Selangor ramai yang tak dapat, tengok Dato’ Menteri Besar sendiri senyum. Ini benar, kebenaran kita jangan lupa, jangan kita sendiri terikat tangan kita.

Saya setuju dengan pandangan Sijangkang, sangat bagus. Yang Berhormat Sijangkang, apa yang dikatakan, kita yang paling dekat, kalau integriti ada masalah, biar kita memperbaiki integriti tersebut seperti mana Yang Berhormat Banting kata. Dalam form-form blueprint, kita perlu ada ulasan kenapa kita menyatakan perkara-perkara begini. Begitu juga dengan program seperti di bawah saya. Saya suka dengar tapi saya akur. Lagi satu perkara saya exit policy yang dinyatakan, itu sebab kita dah letak exit policy seperti bingkas yang kita nampak. Dua tahun kita ada exit policy dan sebagainya. Kalau tidak ada exit policy, bantuan-bantuan begini, BKM ataupun bantuan seterusnya kita nampak ada masalah dan salah satu Tuan Timbalan Speaker, pengecualian cukai taksiran. Saya rasa sebenarnya hampir digelar sebagai kampung, boleh bayangkan kenapa Majlis Bandaraya, Majlis Daerah Sabak Bernam begitu miskin. Kita kena faham. Perkara-perkara ini, pengecualian-pengecualian yang diberikan ini juga ambil maklum, walaupun tanah banyak, rumah besar, kadang-kadang disebabkan kampung, mereka mengecualikan diri. Ini berlaku, tapi dalam pada itu juga, kemiskinan ada tak di situ, memang ada, kita kena akur perkara ini dan perancangan ada tak, kita itu sebab kita buat dalam Iltizam ini, bingkas adalah antara satu program yang khas kita nampak, yang mana membantu dengan cara pemberian itu adalah satu meringankan bebanan mereka. Air percuma, saya rasa di Sabak Bernam hampir semua dapat air percuma, Shah Alam tak dapat semua. Sebab kita ada limit dia empat ribu ke bawah, ini cara mereka, itu salah satu sebab kenapa masih lagi kembali kepada kenapa kita nak pengesahan itu perlu dilakukan. Tapi dalam pada itu juga saya percaya Yang Berhormat Pandan Indah, nak bawakkan program yang mana pertanian pemodenan pertanian ini program-program besar nak dibawa ke Sabak Bernam. Ia membawa satu peluang pekerjaan yang lebih baik begitu juga dengan Yang Berhormat Bandar Baru Klang juga Invest Selangor juga sedang cari tanah yang sesuai untuk

dibangunkan di kawasan tersebut. Saya percaya perkara-perkara ini adalah untuk majukan dan juga seragamkan pembangunan di Negeri Selangor, ini berlaku.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Penjelasan, ada di antara ....

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, Hulu Kelang sila duduk. Hulu Kelang, sila duduk. Kita dah kesuntukkan masa ya. Satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut peraturan 76(5) peraturan tetap Dewan Negeri Selangor DUN Yang Mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor berhubung pelaksanaan program Pembasmian kemiskinan iaitu hasil lawatan ke daerah Sabak Bernam di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai kertas Mesyuarat Bil. 30/2022. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

AHLI DEWAN : Ya.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya, usul nombor 12 tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT)bagi Dewan Negeri Selangor mengenai isu pewartaan dewan orang ramai dan balairaya di setiap daerah di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bil.31/2022.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, JP-PADAT telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali pada tahun ini untuk meneliti isu pewartaan dewan orang ramai dan balairaya di setiap daerah di negeri Selangor. Menurut taklimat oleh PDT dan PTGS mengenai balairaya dan dewan orang ramai, jumlah dewan orang ramai dan balairaya yang ada dalam senarai PDT adalah sebanyak 595 buah. Oleh sebab taklimat yang diberi oleh PDT Sabak Bernam tidak menjelaskan status balai-balai raya adalah yang telah ditawarkan atau belum. Saya keluarkan bilangan balai-balai raya ini daripada kiraan saya, jadi di dalam jumah 461 buah dewan orang ramai dan balai raya di dalam negeri Selangor, sebanyak

192 buah telah diwartakan atau diluluskan dan sebanyak 269 buah tidak diwartakan atau ditolak permohonan mereka. Ini bermaksud hanya 41.6% dewan orang ramai dan balairaya sahaja yang ditawarkan atau diluluskan. Ini adalah dewan orang ramai dan balairaya yang ada dalam senarai PDT. Saya mengambil DUN Balakong sebagai contoh, hanya dua balairaya di Dun Balakong di senaraikan dan diwartakan sebagai balairaya bawah PDT Hulu Langat, tetapi selepas saya mengenal pasti dengan Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua kampung dan juga persatuan-persatuan penduduk, sebenar nya di dalam Dun Balakong mempunyai 22 balairaya sekurang-kurangnya dan hanya dua daripada nya diwartakan. 20 yang lain tiada dalam senarai PDT sehingga kami mengemukakan butiran kepada PDT. Saya percaya ada banyak lagi balairaya yang tiada dalam senarai PDT-PDT masing-masing. Hal ini bukan salah PDT, banyak balairaya terutamanya balairaya yang berada di kampung tradisi adalah dibina oleh penduduk-penduduk kampung secara gotong-royong, ada balairaya yang dibina menggunakan peruntukan persekutuan dan dengan izin bypass PDT pada masa pembinaan. Ini berlaku sebelum tahun 2008. Ada juga balairaya yang dibina di tempat yang tidak diizinkan seperti rezab jalan sungai dan sebagainya. Ada juga balairaya yang berstatus bahaya.

Oleh sebab itu, PDT tidak sepatutnya disalahkan dalam hal ini. Walaubagaimana pun telah tiba masanya kita memandang serius tentang masalah dewan orang ramai dan balairaya yang tidak atau belum diwartakan. Ini supaya dewan orang ramai dan balairaya di dalam negeri Selangor ini dapat digunakan sepenuhnya dan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk setempat. Ramai penduduk yang ingin mengadakan aktiviti-aktiviti komuniti tetapi tiada tempat yang sesuai, persatuan-persatuan penduduk yang ingin aktif tetapi mengalami masalah kekurangan tempat bermesyuarat. Ada perayaan atau majlis perkahwinan yang hendak dianjurkan, terpaksa diadakan dengan sewaan tempat yang mahal. Telah tiba masanya kita mengidenfikasikan semua dewan orang ramai dan balairaya supaya kerajaan dapat tahu sebenarnya berapa dewan orang ramai da balairaya yang ada dalam Negeri Selangor. Berapa daripada mereka ini boleh diwartakan. Berapa daripada mereka adalah selamat digunakan, berapada daripada mereka adalah dalam keadaan bahaya dan tidak sesuai digunakan, siapa pihak yang menjadi care taker dengan izin bagi setiap balairaya sekiranya balairaya tersebut bukan di bawah jagaan PDT atau PBT. Selepas mendengar taklimat daripada PDT dan PTGS, JP-PADAT telah membuat beberapa saranan seperti berikut:-

1. Laporan status terkini dewan atau balairaya perlu disalinkan kepada JP-PADAT. 2. PDT seharusnya memaparkan papan tanda supaya status pemilikan dewan atau balairaya lebih jelas serta memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak yang betul. 3. Permohonan-permohonan pewartaan yang tidak dapat diselesaikan dalam temph enam bulan, perlulah dimaklumkan sebab kelewatan kepada pemohon.

4. Peruntukkan khas perlu disalurkan untuk menjalankan pembaikan kecil dewan ataupun balairaya. 5. Kelengkapan asas dewan dan balairaya perlu dipastikan untuk menarik orang ramai membuat penyewaan. 6. PDT perlu sentiasa menjalankan audit dan pemeriksaan secara berkala agar tidak berlaku ketirisan. 7. PDT perlu memberi peringatan kepada semua care taker dengan izin untuk menjaga aset-aset di dalam dewan atau balairaya dengan baik.

Dengan ini saya mohon mencadang.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk dibahaskan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Saya ingin mengambil perhatian, terima kasih saya menyokong usul ini selaku pengerusi PADAT dan saya rasa rakan saya dari Bukit Gasing, Balakong dan Taman Templer juga sangat aktif dalam siasatan dalam penyediaan penyata ini. Perkara pertama ialah Tuan Timbalan Speaker iaitu pembentangan hasil, hasil carian ini di dalam mesyuarat PBT iaitu saranan kita pertama itu...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting adalah pengerusi PADAT, sepatutnya dia dah ada report dia sendiri, bukan dia yang mengambil bahagia dalam ini, dia kena jawab. Dia sepatutnya ADUN yang tanya kenapa Yang Berhormat buat saranan ini, kenapa tak betul, bukan dia nak membahas. Saya rasa cara kita bahas ini membuang masa kalau itu cara nya. Tuan Timbalan Speaker, saya minta tegas sedikit lah, kalau tidak mana boleh yang pengerusi pulak mengambil bahagian, dia patut jawab.

Timbalan Speaker

Baik, baik. Ringkaskan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ia ringkas. Saya tidak berbahas Cuma saya cuba akan ringkaskan kerana saya cuba faham ...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kalau bukan bahas, jangan bangun. Ini masa buat perbahasan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ialah, kalau macam tu saya boleh ringkaskan lah.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Apa nak ringkaskan, tak ada perbahasan daripada pengerusi, pengerusi pula yang membahas, macam mana.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Iya, mungkin yang sediaka ini 90% itu bukan perbahasan lah, tapi 10, 90% itu adalah perbahasan, kalau yang 10% itu mungkin adalah untuk memperkukuhkan apa yang disarankan di sini.

Timbalan Speaker

Baik, baik ... Yang Berhormat Banting, sila ... kita terima segala ...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kalau ADUN, ada ADUN yang mempersoalkan fakta ini tak betul, penemuan tak betul. Saranan tak betul, pengerusi kena jawab, bukan pula dia bagi hujah sekarang ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tapi tak apa-apa Tuan Timbalan Speaker, saya mengikuti petua sekiranya ada ADUN lain yang hendak berbahas ataupun bertanyakan soalannya, saya rasa baik juga la saya bagi laluan, terima kasih, tiada masalah.

Timbalan Speaker

Sabak, dua minit Sabak.

Dua minit?

Timbalan Speaker

Ya.

Sehari suntuk saya menunggu, dua minit dia bagi. Bagilah lima minit. Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Koboi sugul pistol hilang, Pistol disimpan si ayu jelita, Balai raya banyak yang usang, Banyak juga belum diwarta.

Timbalan Speaker

Ambil masa tu Sabak, pantun.

Satu penemuan yang mengejutkan bahawa sebanyak 269 balairaya dan dewan orang ramai di Negeri Selangor belum diwartakan. Puluhan tahun wujud balairaya, begitu banyak balairaya yang tidak diwartakan. Saya nak tanya pada Pejabat Daerah dan Tanah, apakah mereka tidak nampak wujud nya balairaya yang tidak diwarta, wujudnya balai yang usang sehingga bila orang datang ke

kampung, mereka bertanya adakah pengerusi MPKK di sini. Dia tanya adakah pengerusi MPKK di kampung ini. Kerana balairaya seumpama rumah hantu. Jadi kerana dua minit saya diberi masa, saya bagi masa setahun saja pada Pejabat Tanah dan Daerah supaya semua 269 balairaya dan dewan orang ramai yang belum diwarta ini supaya dapat diwartakan dengan segera. Sekian, terima kasih. Dua minit memadai bagi saya. Hidup Sabak Bernam. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, dua minit Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Dua minit ya. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin, isu yang terpenting di sini, bahawa apa yang berlaku adalah tempat-tempat itu adalah tidak sah, sebenarnya. Dan ia adalah digunakan atas dasar untuk membuat bilik gerakan parti politik itu embargo. Dengan itu, apabila kita hendak guna dewan-dewan ini, keputusan yang dibuat oleh kerajaan barisan alternatif pada masa itu adalah Pakatan Rakyat pada masa itu adalah untuk menjadikan, ia dibawa oleh satu group atau kumpulan yang jelas identitinya. jelas identitinya adalah PBT atau Ahli Majlis. clear ya?

Jadi satu perkara yang sangat kelakar adalah apabila saya tanya-tanya untuk menjadikan balai penghulu sebagai pejabat ADUN. Selaras sebagai amalan BN sebelum itu. Jadi apabila kita hendak buat. Dia kata, saya ikut saya, saya tolong DO. DO kata ‘kalau ikut saya, saya tidak setuju’. Sebab masalahnya adalah kerana Penghulu ini dia punya ikut pengiraan tepat. Trend bagaimana semuanya tepat. Tapi kalau di situ juga dipakai untuk pejabat ADUN, masalah dengan audit, kami takut naya. Jadi, itu yang berlaku, jadi kita mahu perkara ini berulang dan sekali lagi bila kita hendak buat satu pusat dialisis, pusat dialisis itu juga dalam keadaan di mana ia tidak clear kedudukannya. Menteri Besar pada masa itu Tan Sri Khalid membuat peraturan tetap, bahawa semua bangunan-bangunan yang digunakan untuk bilik gerakan tidak boleh untuk parti dan juga pilihan raya, tidak boleh di sewa. Tapi yang boleh digunakan adalah untuk kita menjadikan tempat itu sebagai tempat yang boleh digunakan untuk kegiatan-kegiatan kebajikan dan sebagainya. Itu yang kita hendak katakan...

Timbalan Speaker

Baik Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Satu lagi. Ada cadangan juga. Kalau lah, sistem ini hendak diterap, kita institusikan rumah-rumah dan dewan-dewan ini untuk kegunaan ADUN. Benda itu, siapa-siapa yang masuk jadi ahli Parlimen ataupun ADUN berhak. Contohnya, di Malawati Mall, itulah yang saya cadangkan bahawa kita tidak boleh lagi menjadikan dewan-dewan ini sebagai kegunaan untuk semua tanpa satu institusi, dia ada undang-undang. Sekian. Saya menyokong sekiranya penemuan jawatankuasa itu 4.7

JP PADAT- Bandar Melawati terdapat balai yang tidak digunakan atau kurang digunakan kerana tidak mempunyai kelengkapan.

Timbalan Speaker

Baik. Hulu Kelang. Pihak Kerajaan ada hendak jawab?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih atas saranan oleh Jawatankuasa. Kita akan meneliti satu-satu cadangan yang dikemukakan. Namun, jika saya ingin undur ke belakang sedikit. Ini adalah proses kita seterusnya. Selepas kita melakukan beberapa proses yang boleh saya kata-kata ialah pemutihan dan pembersihan. Sebelum 2008 atau pasca 2008 kita dapati ada beberapa bangunan kerajaan, dewan orang ramai dan sebagainya dibina di atas tanah persendirian. Cuma kita laksanakan proses pembersihan itu dulu, baru kita laksanakan proses-proses pewartaan. Namun begitu saya ambil maklum cadangan yang telah dikemukakan oleh Sabak. Saya rasa tidaklah terlalu payah kerana pelan nya sudah ada, aturannya sudah ada, lokasinya sudah ada. Kedua, kita juga kena laksanakan, kadang sebahagian dewan itu pun tidak sesuai menjadikan dewan orang ramai, saiznya terlalu kecil. Dan pada ketika itulah, saya rasa wajar kita lihat tukar transform sebagai pusat khidmat, pejabat ataupun sesiapa yang menjadi wakil rakyat di sana tanpa melihat siapa yang menang atau siapa yang kalah, tetapi boleh jadi khidmat dan sebagainya.

Satu, proses untuk semak semula dan mengenal pasti itu mesti dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Daerah supaya hak serta aset itu deficit (dengan izin) dikenal pasti dan disahkan kedudukannya. Ini berlaku di banyak tempat, kadang-kadang kita pergi banyak dewan orang ramai tetapi tanah persendirian, jadi bukan hak milik negeri. Alhamdulillah sekarang kita dah laminate hal isu, perkara seterusnya ialah mewartakan supaya tidak di ganggu gugat oleh siapa-siapa. Dan, ini adalah proses take for granted sebelum ini. Saya rasa, kita kena buat supaya pewartaan ini akan mengesahkan dan akan memutuskan, bila-bila pun menjadi aset kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi Bahawasanya menurut laporan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah atau JP PADAT bagi Dewan Negeri Selangor mengenai Isu pewartaan dewan orang ramai dan balai raya di setiap daerah negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas Mesyuarat Bil.31/2022. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

AHLI DEWAN : Ya.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya, Usul nombor 13 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini, Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah bagi Dewan Negeri Selangor mengenai isu berkenaan kaedah pengurangan cukai tanah berdasarkan nilai pasaran di negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil.32 Tahun 2022.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya akan ringkaskan kerana masa tidak mengizinkan dan memberi laluan kepada pembentangan RS-1. Penyata ini secara asasnya memberi saranan kepada Kerajaan Negeri untuk menilai cara kita mengira cukai tanah. Untuk makluman semua, cara kita mengira cukai tanah hari ini adalah berdasar satu kadar meter persegi. Di mana Selangor Land Rules telah menetapkan bagi tanah kediaman, komersial, industri, pertanian dan sebagainya. Satu kadar beberapa ringgit ataupun berapa sen satu meter persegi untuk cukai tanah. Tetapi pengiraan cukai mengambil kira bahawa pada zaman ini harga tanah sangat berbeza dalam satu daerah one place another place (dengan izin). Banyak faktor influent price of land. Contohnya adakah tempat itu dibenarkan untuk pembangunan 40 tingkat ataupun hanya kebenaran bangunan satu tingkat. Adakah tempat itu mempunyai access yang bagus atau tidak bagus. Adakah dekat atau jauh daripada stesen LRT atau MRT. Dan perbezaan harga wujud dalam sesuatu daerah. So, kalau tanah komersial dalam daerah Petaling, antara Petaling Jaya dengan Seri Serdang ada perbezaan harga yang ketara tapi cukai yang dibayar sama. Kalau tanah kediaman antara Shah Alam ke Petaling Jaya wujud, walaupun dalam daerah Petaling jadi cukainya sama tapi kadar satu meter persegi. Apa yang dicadangkan dalam Jawatankuasa ini banyak negara maju di negara ini, hanya cukai tanah harus dikira mengikut harga nilai tanah. Jika tanahnya mahal cukainya akan mahal. Jika tanah murah cukainya mungkin murah. Kami ambil maklum bahawa perkara ini bukan mudah Kerajaan Negeri tidak boleh buat keputusan tersendiri. Kerajaan Negeri kena bawa ini kepada Majlis Tanah Negara dan ini mengambil proses masa. Tetapi dengan semakan 10 tahun semakan cukai tanah apa yang difahamkan the next semakan ialah pada tahun 2026. Ada 4 tahun lagi, masa ini adalah masa yang sesuai untuk Kerajaan Negeri mula menilai kalau kita hendak tukar cara kiraan cukai tanah. Memang memerlukan tenaga kerja yang lebih tetapi kita boleh melakukannya.

Kalau dilihat PBT mengira cukai pintu mengikut nilai tahunan. So, jadi kepakaran untuk mencari dan membuat database nilai-nilai pasaran memang ada pada jentera kerajaan. Cuma adakah kita hendak melaksanakan satu prinsip mana pemilik yang bernilai mahal harus bayar cukai mengikut nilai pasarannya dan pemilik tanah di mana nilai tanahnya adalah lebih murah bayar cukai yang lebih rendah. So, cukai bukan mengikut kadar meter persegi tetapi cukai mengikut harga tanah. Sekian. Terima kasih. Saya mohon mencadang.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Banting menyokong. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Diterima ya. Baik.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi:

Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini, menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor mengenai isu berkenaan kaedah pengurangan cukai tanah berdasarkan nilai pasaran di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 32 Tahun 2022.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

AHLI DEWAN : Ya.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul nombor 14 Tahun 2022. Usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 sehingga 2025.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon ingin membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut Bahawa Dewan yang mulia ini memahami kepentingan Kerajaan Negeri Selangor sebagai nadi pembangunan dan penyumbang KDNKK yang terbesar di Malaysia yang akan terus kekal berdaya saing di posisi ini. Menerusi hala tuju

strategik dan pembangunan yang komprehensif. Menyedari senario negeri yang berdepan dengan pasca covid-19 serta cabaran-cabaran persekitaran yang melanda serta keperluan yang melanda dan memacu semula ekonomi negeri menerusi pelan pembangunan 5 tahun 2021-2025 yang strategik dan realistik dan tepat. Mendukung Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor membolot azam menyatu tekad, serta menggembleng tenaga dan tindakan seiring untuk menjayakan pelan pembangunan tahun ini yang meletakkan keperluan sosio ekonomi rakyat sebagai keutamaan dengan mengambil kira aspek pengukuhan ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar sebagai agenda penting negeri. Mengajak seluruh negeri Selangor bersama-sama mengukuhkan diri ini dalam acuan komitmen yang sama dengan pentadbiran negeri supaya hasil negeri dapat dinikmati dan dimajukan bersama.

Mengemukakan satu rancangan yang terhasil buat pertama kali menerusi perancangan teliti dan hasil rancangan teliti melibatkan pelbagai sesi libat urus, permukiman, bengkel strategik, sesi delegasi dan simposium yang diterjemahkan ke dalam dokumen yang dikenali sebagai Rancangan Selangor Pertama 2021-2025.

Dengan izin Tuan Speaker, memohon kepada Dewan yang mulia untuk meluluskan Rancangan Selangor Pertama bagi tempoh 2021-2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai visi pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025. Dengan menggariskan 4 tempoh pelan strategik yang meliputi aspek pengukuhan dan ekonomi, peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial, pemacuan kelestarian dan tadbir urus dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon untuk mencadangkan usul kepada Dewan yang mulia untuk disokong dan dibahaskan dalam dewan yang mulia. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pada detik saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini, perkataan yang telah kerap kali disebut dan terlintas dalam fikiran apabila merujuk kepada situasi dunia pada hari ini hanyalah satu, iaitu KRISIS.

Krisis bukan sahaja dalam bentuk yang mengancam kesihatan masyarakat akibat pandemik yang kita lalui selama lebih 2 tahun setengah yang lalu, tetapi krisis alam sekitar akibat perubahan iklim, krisis perang di Ukraine selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan armadanya untuk menakluki wilayah Luhansk dan Donetsk pada 21 Februari lalu.

Semata-mata untuk mengelakkan pergelutan kuasa di Rusia serta untuk memenuhi nafsunya kembali ke zaman kegemilangan Soviet Union yang bersifat nostalgia, tindakan Putin menyebabkan satu lagi krisis kepada dunia. Rusia dan Ukraine membekalkan hampir satu perempat gandum seluruh dunia kira-kira 24%, 57% minyak biji bunga matahari, dan 14% hasil jagung dunia. Perang di Ukraine menyebabkan rantaian bekalan barangan mula

tergendala dan menjadi lebih parah berbanding waktu lockdown COVID-19. Muncul pula krisis kos sara hidup apabila harga barang mula meningkat secara mendadak dan menyebabkan inflasi di merata dunia. Menurut indeks harga makanan oleh Food and Agriculture Organisation (FAO), harga makanan pasca Perang Ukraine adalah paling tinggi sejak data harga makanan mula dikutip pada tahun 1990. Kajian World Investment Report 2022 oleh United Nations Centre on Trade and Development (UNCTAD) berkata: UNCTAD meramalkan momentum pertumbuhan pada tahun 2021 mustahil untuk dikekalkan dan aliran masuk FDI pada tahun 2022 akan berada pada trajektori menurun ataupun kekal mendatar. Peperangan di Ukraine memberi kesan yang melangkaui sempadan negara itu yang akan menyebabkan krisis tiga serangkai makanan, bahan bakar serta kewangan. Peningkatan harga minyak dan komoditi asas akan meningkatkan lagi inflasi dan memburukkan lagi lingkaran hutang. Peningkatan kes COVID-19 di China yang menyebabkan sekatan pergerakan di beberapa bandar yang penting dalam rantaian nilai global ataupun GVCs akan mengurangkan pelaburan baru di dalam industri berkaitan GVC.

Asian Development Bank pula menyimpulkan bahawa perubahan iklim akan memberi kesan mudarat kepada sektor pertanian, pelancongan, tenaga, produktiviti buruh, risiko bencana, kesihatan serta alam sekitar. Dan kesemua faktor ini boleh menyebabkan kehilangan KDNK rantau Asia Tenggara sebanyak 11% menjelang tahun 2100. Impak situasi ini sudah pun mula dilihat dalam negara kita, terutamanya di peringkat isi rumah.

Laporan Malaysia Economic Monitor yang diterbitkan oleh Bank Dunia pada bulan lalu berkata bahawa satu daripada empat kanak-kanak dalam isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke bawah tidak dapat turut serta dalam pembelajaran secara dalam talian akibat tiada akses kepada perkhidmatan internet.

Dan pengeluaran duit simpanan sehingga 3 atau 4 kali menyebabkan warga emas negara kita hidup dalam keadaan kewangan yang terdedah kepada risiko dan terpaksa bekerja atau bergantung kepada kerajaan untuk bantuan. Krisis-krisis yang sedang dihadapi oleh masyarakat dunia pada detik ini mengingatkan saya kepada kisah keluarga Joad dalam judul The Grapes of Wrath oleh John Steinbeck.

Steinbeck menceritakan kesengsaraan Tom Joad, seorang peladang yang pada ketika itu menetap di wilayah Oklahoma. Tom Joad terpaksa berhijrah bersama ibu dan ayahnya – Ma Joad dan Old Tom Joad – meninggalkan Oklahoma, dan menghala ke California kerana tanaman yang diusahakan di Oklahoma tidak mendatangkan hasil akibat kualiti tanah yang semakin lemah disebabkan oleh perubahan iklim. Pada waktu itu, mereka telahpun dibebani hutang kerana terpaksa membuat pinjaman kewangan daripada bank. Oleh kerana dihimpit krisis ekonomi dalam era The Great Depression di Amerika Syarikat, bank-bank terpaksa tutup kerana aktiviti perdagangan terhenti.

Pekebun hilang tanah dan ramai berhijrah ke California. Di California pula, akibat penghijrahan penduduk yang begitu ramai yang menceburi bidang pertanian, hasil sayur dan buah-buahan terlampau banyak sehingga penawaran melebihi permintaan. Penduduk California mula resah dan marah terhadap orang-orang dari Oklahoma dan wilayah lain yang datang mencari peluang hidup yang lebih selesa di California.

Steinbeck memetik tajuk ‘The Grapes of Wrath’ daripada sebuah lagu yang dihasilkan ketika Perang Saudara Amerika yang berlaku antara tahun 1861 hingga 1865, apabila rakyat Amerika melawan sesama sendiri. Ini mungkin sebahagian gambaran kita di Negeri Selangor apabila menjangkakan bahawa negeri ini bukanlah negeri yang terlalu bahagia tetapi kita tidak menyalahkan orang yang berhijrah ke sini, cuma sesekali ketika hari raya mereka pulang ke negeri mereka akan timbul banjir pada ketika itulah keadaan tidak bahagia muncul di negeri itu lalu menuduh Selangor bukanlah sebuah negeri bahagia tetapi mencari rezeki dan harta di Negeri Selangor. Apabila ketegangan mencapai satu tahap yang begitu tinggi, ada pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan ke hadapan untuk menyemai benih kemarahan masyarakat sekaligus merosakkan fabrik mana-mana negara.

Situasi ini mendorong Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, Abraham Lincoln berkata, “We must think anew and act anew. We must disenthrall ourselves.” Sudah pasti ramai yang akan tertanya, “Mengapa perlu negeri Selangor mengorak langkah untuk menghasilkan Rancangan Selangor?.Bukankah Belanjawan tahunan negeri sudah memadai?”. Saya pasti ada juga dalam kalangan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mempunyai persoalan yang serupa. Soalan-soalan serta mungkin kritikan yang akan timbul sentiasa diterima dengan hati yang terbuka dan jiwa yang tenang oleh Pentadbiran ini. Harus kita mengingati bahawa nadi Pentadbiran ini berteraskan kepercayaan rakyat Negeri Selangor yang diberi dengan begitu hebat sekali bermula tahun 2008 akibat satu perkara, iaitu islah ataupun reform. Tapi islah itu tidak boleh bermula dan terhenti dari segi aspek sistem politik dan ketelusan sahaja. Seperti kata-kata Abraham Lincoln yang saya petik tadi, “We must think anew and act anew” bermaksud kita harus berfikir dan merancang kerangka besar Negeri Selangor untuk masa hadapan. Dan perancangan ini bukan dibuat semata-mata ingin mendapat sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang sahaja.

Kita sudah mula lebih awal apabila Dasar Klusterisasi Ekonomi Negeri Selangor dibentang di dalam Dewan yang mulia ini pada akhir tahun 2018. Dasar Klusterisasi itu yang memfokuskan 10 gugusan bertujuan memberi kekuatan dan keunikan setiap daerah di Selangor sambil mewujudkan insentif untuk perniagaan kecil dan sederhana berkembang, serta memupuk koordinasi di antara sektor awam dan swasta untuk bersaing di rantau ini. Tetapi pandemik COVID-19 menyebabkan kita tiada pilihan selain

menyelamatkan nyawa serta perniagaan kecil dan sederhana yang tertekan selama dua tahun bermula akhir 2019.

Tuan Speaker,

Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa Negeri Selangor direkodkan sebagai negeri penerima migrasi yang tertinggi di Malaysia kecuali pada waktu pandemik apabila rakyat mula kembali ke kampung halaman masing-masing. Jabatan Perangkaan juga melaporkan bahawa Selangor kekal sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara sebanyak 24.8% pada tahun 2021. Ini secara terang menunjukkan bahawa, walaupun kedudukan Negeri Selangor sebagai hab ekonomi serta tenaga kerja paling tinggi, kita harus sentiasa merancang untuk meneroka peluang-peluang baharu dalam jangka masa sederhana. Perancangan ini harus mengambil kira cabaran-cabaran besar yang sedang dihadapi di dunia, seperti meneroka peluang pekerjaan dalam industri rendah karbon, kos sara hidup, adaptasi kepada perubahan iklim, infrastruktur yang mampan, keselamatan bekalan makanan serta rantaian bekalan barangan yang tahan uji ataupun ‘resilient’.

Thomas Piketty, antara pakar ekonomi tersohor dunia, menekankan di dalam bukunya yang terbaharu iaitu ‘The Brief History of Equality’, bahawa cabaran terbesar hampir kesemua isu-isu yang dihadapi masyarakat dunia berkait dengan kesenjangan ketidaksamaan. Beliau berkata bahawa ketidaksamaan tidak berlaku secara semulajadi tetapi dengan izin, “inequality is a social, historical, and political construction. And at the heart of this is power relationships which have led to revolts against injustice.”

Piketty menggunakan contoh gerakan Black Lives Matter, #MeToo, serta Fridays for Future yang dicetus akibat ketidaksamaan kaum, jantina serta alam sekitar yang merentasi negara ataupun generasi. Walaupun begitu, Piketty turut menggambarkan sejarah ekonomi sejak 1820 hingga tahun 2020 sebagai jangka masa positif yang berjaya mengurangkan ketidaksamaan, daripada segi kewangan, peluang, pendidikan, kesihatan, mahupun kepunyaan harta.

Rancangan Selangor Pertama bukan sahaja beriltizam untuk mencapai sumbangan 30% kepada KDNK negara menjelang tahun 2025, tetapi dengan izin, the golden balance antara pertumbuhan ekonomi dan penambahbaikan taraf kualiti hidup rakyat yang akan mengurangkan ketidaksamaan ini dengan menyediakan apa yang diperlukan rakyat di lokaliti-lokaliti seluruh Selangor, terutamanya di kawasan yang mengalami pembandaran yang rancak atau dengan izin, “rapid urbanisation”. Ini harus merangkumi cabaran seperti perumahan mampu milik, penyampaian perkhidmatan kerajaan yang efisien berteraskan konsep negeri berdaya huni.

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini meletakkan empat belas (14) petunjuk makro sebagai indikator pencapaian keseluruhan kepada tema strategik Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi memastikan strategi dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dinilai dari segi kejayaannya. Antara sasaran utama yang ingin dicapai menjelang tahun 2025 adalah:

Pertama : Pertumbuhan KDNK negeri disasarkan pada kadar 6.5 hingga 7.0 peratus setahun;

Kedua : Pelaburan yang diluluskan untuk sektor utama dan lebih canggih sebanyak 25 bilion ringgit hingga 35 bilion ringgit setahun;

Ketiga : Penembusan Jalur Lebar tetap bagi setiap 100 premis pada kadar 70 peratus;

Keempat : Jumlah peluang pekerjaan disasarkan antara 3.5 dan 3.8 juta orang, bersamaan dengan kira-kira 97% daripada jumlah tenaga buruh di Negeri Selangor;

Kelima : Median pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak kira-kira RM 9,290 sebulan di tahun 2025;

Keenam : Mengurangkan peratus kemiskinan mutlak kepada 0.7%;

Ketujuh : Mengurangkan peratus kemiskinan relatif kepada 11%;

Kelapan : Skor Indeks Kesejahteraan Keluarga berada pada skala 8.0;

Kesembilan : Pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau berdasarkan KDNK sebanyak 35 peratus berdasarkan intensiti pelepasan pada tahun 2005;

Kesepuluh : Jaminan bekalan air bersih harian;

Kesebelas : Meningkatkan kadar kitar semula sisa bahan buangan kepada 15%;

Kedua Belas : Kadar penyelesaian projek Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang berimpak tinggi berada pada tahap 100% berdasarkan kemajuan semasa;

Ketiga Belas : Kedudukan Pihak berkuasa Tempatan di Peringkat Kebangsaan berada di penarafan 10 teratas; dan yang terakhir yang

Keempat Belas : Pendigitalan perkhidmatan kerajaan berbentuk hujung ke hujung (end-to-end) sebanyak 85%.

Tuan Speaker,

Rancangan Selangor Pertama ini merangkumi empat (4) tema strategi, lima (5) pemangkin dasar dan 262 projek serta inisiatif yang merangkumi 19 pemacu perubahan atau game changer projects.

Tema Strategi Pertama : Pengukuhan Ekonomi

Dalam usaha memperkukuhkan lagi status Selangor sebagai pusat pembangunan ekonomi dan destinasi utama untuk pelaburan strategik di Malaysia dan di Rantau Asia, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) telah mengenal pasti sembilan (9) sektor tumpuan berdasarkan sumbangan KDNK semasa, potensi pertumbuhan pasaran dan permintaan masa hadapan yang akan terus memacu ekonomi Selangor.

Kesemua sektor ini berpotensi melonjakkan kedudukan ekonomi Selangor sebagai dengan izin, the economic powerhouse di Malaysia di samping menjana peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi di seluruh pelusuk Negeri Selangor. Selain itu juga, dalam memastikan pengagihan yang saksama bagi aktiviti ekonomi di Negeri Selangor, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) juga telah mengenal pasti beberapa wilayah yang akan dibangunkan melalui rancangan pembangunan berasaskan pelan pembangunan wilayah. Ini merupakan tambahan kepada sembilan (9) sektor tumpuan yang dikenal pasti. Pelan Pembangunan Wilayah (Klusterisasi) ini termasuklah Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan (Integrated Development Region in South Selangor - IDRISS), Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (Sabak Bernam Development Area - SABDA) dan Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG).

Tuan Speaker,

Sektor logistik di Malaysia menyumbang kira-kira 3.5% kepada KDNK negara setiap tahun. Perkhidmatan pos dan kurier pula berjaya mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam KDNK ketika pandemik melanda, kesan daripada peningkatan aktiviti e-dagang dalam kalangan para pengguna, sekali gus Selangor berjaya merekodkan 220,930 individu yang bekerja di dalam sektor logistik dan penyimpanan pada tahun 2020.

Oleh itu kita telah mengenalpasti satu Projek Pemacu Perubahan yang bertujuan mengukuhkan sektor logistik sekaligus ekonomi negeri iaitu Carey Selangor. Ianya adalah pembangunan Zon Ekonomi Khas (Special Economic Zone - SEZ) yang dicadangkan di Pulau Carey untuk pembangunan pelbagai yang terdiri daripada kawasan perindustrian, komersial, logistik, pelabuhan dan aktiviti rekreasi.

Pembangunan ini bertujuan untuk merangsang dan meningkatkan ekosistem ekonomi maritim yang sedia ada di Negeri Selangor, menambahbaik penggunaan tanah untuk pembangunan perindustrian, meningkatkan keterhubungan untuk menyokong kegunaan domestik dan perdagangan asing bagi jangka masa panjang.

Kerajaan Negeri menganggarkan nilai kasar sebanyak RM40.2 bilion akan menyumbang kepada ekonomi menjelang 2060, anggaran sumbangan KDNK sebanyak RM4.71 bilion pada tahun 2045 dan mewujudkan sebanyak 115,000 peluang pekerjaan. Carey Selangor akan mempunyai keluasan 6,000 hektar di mana zon ekonomi khas akan memberi tumpuan kepada tiga (3) industri utama seperti pembuatan, pelabuhan laut serta hab logistik dan pengedaran.

Ahli Dewan Yang Mulia,

Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri dalam industri pelancongan di rantau ini dengan kekayaan budaya dan pelbagai tarikan yang lain. Ia merupakan salah satu penyumbang terpenting kepada ekonomi negara. Semasa pandemik, pertumbuhan sektor ini terjejas dengan mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 72% di tahun 2020. Secara kesimpulannya, pandemik memberi impak yang besar kepada sumber pendapatan dan pekerjaan berkaitan dengan sektor pelancongan. Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2021-2026 bagi merangsang semula kerancakan industri ini.

Selangor mempunyai banyak daya tarikan berkaitan sektor pelancongan untuk ditawarkan di dalam daerah-daerah Negeri Selangor sekali gus berupaya memperkukuhkan potensi sektor pelancongan. Di antara projek pemacu perubahan yang telah dikenal pasti adalah pembangunan Shah Alam Contemporary and Modern Arts (SAMA) di bawah inisiatif Kluster Pelancongan Selangor. Kita percaya ramai pelancong dalam dan luar negara akan mengunjungi Muzium Seni ini dan menyaksikan kehebatan seniman Malaysia serta Asia Tenggara dan juga muzium-muzium yang ada di Negeri Selangor.

Sementara itu IDRISS merupakan pembangunan pelaburan swasta bersepadu di daerah Sepang dan Kuala Langat, didorong dan dilengkapkan dengan kemudahan oleh pihak Kerajaan Negeri dan disokong dengan insentif Negeri dan Persekutuan merangkumi keluasan sejumlah 40,000 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan sebanyak RM1 trilion.

Tuan Speaker,

Di Selangor, sektor pertanian berkembang pada kadar 3% setahun dari tahun 2015 hingga 2020 dan terus berkembang meskipun dalam keadaan berlakunya pandemik COVID-19. KDNK sektor pertanian Selangor mencatatkan peningkatan marginal kepada RM4.72 bilion pada tahun 2020, berbanding RM4.71 bilion pada tahun 2019. Selangor memberikan komitmen terhadap sektor pertanian melalui peruntukan khusus dalam Belanjawan Selangor 2021 termasuk inisiatif menghasilkan tanaman nilai tinggi melalui penggunaan IoT dan teknologi yang melibatkan peruntukan RM26.4 juta. Selangor Accelerator Programme juga turut memberikan pengkhususan terhadap pembangunan industri agroteknologi, selari dengan aspirasi negara dan negeri Selangor.

Justeru, Rancangan Selangor Pertama akan melaksanakan SABDA yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Sabak Bernam. Jumlah pelaburan sebanyak RM1.9 bilion untuk pembangunan Sabak Bernam, meliputi kawasan seluas 1,317 hektar ini dianggarkan akan memberi pulangan hasil sebanyak RM248 juta setahun daripada aktiviti teras ekonomi serta mampu mewujudkan 3,600 peluang pekerjaan baru.

Tuan Speaker,

Malaysia mempunyai ekosistem aeroangkasa yang komprehensif. Dianggarkan 63% daripada 240 syarikat aeroangkasa dan syarikat berkaitan aeroangkasa yang bertapak di Malaysia adalah berpangkalan di Negeri Selangor sekali gus menjadikan Negeri Selangor sebagai hab aeroangkasa negara.

Selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Rangka Tindakan Aeroangkasa Selangor 2020-2030, suatu projek telah dikenal pasti untuk menjadi pemacu perubahan di bawah sektor ini. Ianya adalah Selangor International Aero Park atau dikenali sebagai SAP bertujuan memastikan Selangor dan Malaysia terus menjadi hab aeroangkasa di peringkat global dan khususnya di peringkat serantau dan ASEAN.

Manakala itu Kerajaan Negeri akan melancarkan suatu Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway (ZPE SMG) yang bertindak sebagai koridor pembangunan ekonomi dengan meliputi kawasan seluas 27,960 hektar di sekitar Sungai Klang berserta dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Projek pemacu perubahan Stadium Shah Alam tentunya menggamit nostalgia dan emosi terutamanya penyokong pasukan Merah Kuning. Kerajaan Negeri berpandangan sudah tiba masanya stadium dan lingkungannya diberi nafas baharu. Projek Pembangunan Semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bertujuan untuk membina stadium kalis

usang ataupun ‘futureproof’ stadium dan fasiliti sukan yang menyerupai ciri-ciri teknologi terbaharu dan pelaksanaan pembangunan serta kelestarian persekitaran.

Kerajaan Negeri mengenal pasti faktor utama kejayaan projek ini antaranya adalah prestasi pemaju dan menyiapkan stadium dan fasiliti sukan, kerjasama dan koordinasi bersama pihak berkepentingan dalam memastikan keperluan Negeri Selangor dipenuhi. Kita mensasarkan Gross Development Value bernilai RM 8-13 billion dalam projek ini.

Tema Strategik Kedua: Iaitu Mempertingkatkan Inklusiviti Sosial Dan Kesejahteraan Rakyat

Tuan Speaker,

Ketika Amerika Syarikat dihimpit dengan krisis ekonomi dan kepimpinan serta pergolakan global pada tahun 1932, Presiden Franklin Delano Roosevelt (FDR) telah memperkenalkan dasar ‘The New Deal’ bagi memacu pertumbuhan ekonomi, menjamin kebajikan rakyat serta membawa Amerika Syarikat keluar dari krisis ekonomi yang meruncing.

Setelah berjaya menstabilkan keadaan ekonomi, FDR telah memperkenalkan The Second New Deal pada tahun 1935 yang menumpukan kepada kebajikan rakyat terutamanya golongan yang terkesan dengan krisis ekonomi. Antara yang diperkenalkan ialah Social Security Act yang memberi bantuan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, pencen serta bantuan kebajikan.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan telah melaksanakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada tahun 2008 yang bermula dengan 7 inisiatif. Program ini dilaksanakan dengan matlamat berkongsi hasil Negeri Selangor dengan rakyat dan membantu rakyat mengharungi kemelesetan ekonomi ketika itu. Setelah itu, MES diperkemas dan dikembangkan menjadi 36 inisiatif di bawah kerangka Inisiatif Peduli Rakyat.

Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperkemas, menambah baik dan menjajarkan program serta inisiatif di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Iltizam Selangor Penyayang dengan 44 program yang meneruskan kesinambungan MES dan juga IPR serta pada masa yang sama melengkapkan ekosistem program kebajikan Kerajaan Negeri. Iltizam Selangor Penyayang (ISP) turut dirangka dengan mengambil kira faktor kemelesetan ekonomi pasca pandemik dan mengkhususkan konsep dari kebajikan kepada pemerkasaan. Inilah yang diungkap oleh ahli ekonomi terkenal Amerika Syarikat ataupun ahli ekonomi terkenal, Amartya Sen sebagai social justice ataupun keadilan sosial dalam bukunya, ‘The Idea of Justice’.

Iltizam Selangor Penyayang adalah ‘The Second New Deal’ dengan izin, bagi membantu memperkukuhkan kitaran sosioekonomi, menambah baik kehidupan rakyat Selangor menerusi program-program kebajikan dan memberi fokus kepada golongan rentan bangkit setelah dihimpit pandemik dan juga masalah ekonomi.

Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini, enam (6) bidang tumpuan telah dikenal pasti berdasarkan kajian yang terperinci untuk mengenal pasti faktor-faktor utama yang memberi impak kepada kesejahteraan rakyat.

Enam (6) sektor tumpuan utama itu adalah:

· Pertama: Penjanaan Pendapatan dan Kebajikan Sosial.

Penjanaan pendapatan dan kebajikan sosial tertumpu kepada pendapatan isi rumah, kemiskinan, pengangguran merentasi semua kumpulan demografi di negeri ini. Mengurangkan kesemua kadar kemiskinan adalah kunci aspirasi dalam tempoh 5 tahun akan datang di Negeri Selangor dan juga mencatatkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang kedua tertinggi di Malaysia pada tahun 2020 serta mencatatkan kadar inflasi ketiga tertinggi pada tahun 2019. Ini menunjukkan kos sara hidup yang tinggi dan kian meningkat di Negeri Selangor.

Bagi membantu rakyat Selangor mendepani cabaran inflasi serta peningkatan kos sara hidup, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS iaitu program bantuan kewangan untuk meringankan beban kos sara hidup keluarga berpendapatan rendah di Negeri Selangor dengan menyediakan RM300.00 sebulan kepada isi rumah yang layak. Program ini merupakan pemacu perubahan utama bagi strategi ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menggalakkan keusahawanan bagi meningkatkan taraf hidup. Strategi ini memberi tumpuan untuk meningkatkan tahap pendapatan isi rumah dan membasmi kemiskinan melalui program bantuan keusahawanan. Contohnya, Skim Hijrah Selangor yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan mikro di antara RM1,000.00 hingga RM100,000.00 dengan pembayaran balik dalam tempoh 6 bulan hingga 3 tahun.

Strategi Kedua: Tumpuan Khas terhadap Kumpulan Sasar iaitu Belia, Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya

Menurut takrifan Bank Dunia, apabila 20% daripada populasi terdiri daripada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas, maka populasi tersebut tergolong dalam ‘ageing society’. Berdasarkan kajian “A Silver Lining: Productive and Inclusive Ageing for Malaysia”

oleh Bank Dunia, Selangor mencatatkan kadar populasi berusia lebih 65 tahun tertinggi di Malaysia.

Dijangkakan menjelang tahun 2040, Selangor akan mempunyai unjuran populasi 1.3 juta warga emas yang berumur lebih 65 tahun. Justeru, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini menyediakan Selangor dalam peralihan tersebut, mensasarkan peningkatan kesihatan fizikal dan mental serta kebajikan warga emas. Program Jom Shopping Warga Emas dan Program Selangor Saring yang turut memfokuskan kepada kebajikan dan kesihatan warga emas di Selangor akan diperluaskan. Selain itu, menerusi Rancangan Selangor Pertama, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan polisi yang mesra warga emas bagi diadaptasi di peringkat PBT. Ini termasuklah mewajibkan pembinaan fasiliti khusus warga emas seperti lif khas, laluan khas serta bilik khusus dalam pelan pembinaan bangunan pejabat dan perumahan di PBT-PBT.

Tidak ketinggalan, tumpuan khas diberikan terhadap kumpulan sasar iaitu belia dan orang kelainan upaya. Sebagai aset masa depan Selangor dan negara amnya, peranan dan tanggungjawab belia akan terus diberikan perhatian. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini akan memfokuskan untuk meningkatkan kesejahteraan belia dan kebolehpasaran belia untuk menangani isu pengangguran serta dengan izin, unemployment.

Selangor mempunyai Dasar Belia yang telah dibawa dan diluluskan di peringkat Dewan Negeri. Dasar Belia Selangor bersifat komprehensif dan holistik untuk masa depan anak muda. Program seperti Roda Darul Ehsan, inisiatif Roda Darul Ehsan akan diperluas bagi membantu meningkatkan penglibatan belia dalam sektor ekonomi gig dengan beberapa penambahbaikan. Selain itu, Program Selangor Kerjaya yang telah diumumkan pada 2020 telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga 30 Jun yang lalu, seramai 25,747 orang tenaga kerja telah berdaftar dengan Selangor Kerjaya, manakala 10,708 peserta telah memanfaatkan kemudahan ujian ‘profiling’ yang disediakan oleh Selangor Kerjaya. Manakala untuk program ‘Selangor Freelance’, sehingga 30 Jun 2022 seramai 12,381 orang telah mendaftar. Dari jumlah tersebut, 9,578 orang telah disahkan menepati kriteria yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua program padanan kerjaya yang dianjurkan Kerajaan Negeri telah menerima sambutan yang baik dan Kerajaan Negeri melalui PNSB serta MBI akan memperluas lagi kedua-dua program ini untuk anak Selangor selain daripada Jom Kerja yang dianjurkan di peringkat daerah secara fizikal.

Golongan Orang Kelainan Upaya ataupun OKU juga akan terus di perkasa. Terkini, Selangor mempunyai hampir 90,000 Orang Kelainan Upaya yang berdaftar, menjadikan Selangor berpotensi untuk menjadi negeri lebih mesra OKU. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini akan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada OKU, dengan tumpuan tambahan kepada belia OKU semasa mereka beralih dari pusat kebajikan

kepada dunia luar seperti Pemulihan dalam Komuniti (PdK) dan perkhidmatan Pusat Kehidupan Berdikari.

Ketiga: Wanita, Keluarga dan Masyarakat Wanita merupakan tunjang institusi kekeluargaan dan masyarakat. Cabaran yang dihadapi golongan wanita kian meningkat terutamanya pasca pandemik. Rancangan Selangor Pertama akan memberikan penumpuan khas bagi membantu wanita bekerja terutama dalam sektor pengasuhan dan penjagaan anak.

Selain daripada mengembangkan dan meluluskan inisiatif sedia ada seperti Program Bantuan Tunai ASUH Pintar (bantuan RM1,200.00 setahun bagi tujuan penjagaan anak) serta program Bantuan Tunai TUNAS (bantuan tunai RM300.00 setahun bagi yuran pra sekolah anak-anak), Kerajaan Negeri juga mencadangkan insentif khas bagi syarikat yang mewujudkan pusat asuhan ataupun penjagaan kanak-kanak di pejabat. Ini akan dimulakan dengan agensi-agensi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri serta mewajibkan penyediaan pusat asuhan kanak-kanak serta bilik khas untuk penyusuan bayi di semua premis PBT di seluruh Negeri Selangor.

Langkah dan usaha ini dijangka akan mendorong lebih ramai wanita untuk kekal dan kembali bekerja, seterusnya menyumbang kepada sasaran 75% penyertaan wanita dalam pasaran kerja pada tahun 2025. Selain daripada itu, pembangunan usahawan wanita akan diperkukuh dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan dan latihan kemahiran. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) juga akan memberi tumpuan kepada program advokasi untuk menggalakkan majikan sektor awam dan swasta untuk menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel seperti bekerja dari rumah dan secara hibrid untuk pekerjaan yang sesuai serta kerja mengikut waktu yang fleksibel khusus untuk golongan wanita.

· Strategi Keempat: Perumahan Mampu Milik

Di bawah bidang tumpuan ini, terdapat dua matlamat iaitu meningkatkan kadar pemilikan rumah di Selangor dan menawarkan kediaman yang menjamin kesejahteraan keluarga yang lebih baik. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini turut memberi penekanan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan bandar melalui peningkatan pengawasan jenayah penggunaan teknologi pintar dan menjalankan kempen kesedaran untuk mencegah jenayah.

Pemilikan rumah mampu milik di Negeri Selangor menghadapi tiga isu utama iaitu ketidakpadanan antara penawaran dan permintaan untuk saiz dan jenis rumah, lokasi unit rumah mampu milik dan kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan untuk isi rumah berpendapatan rendah, terutamanya mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang

stabil. Bagi menyelesaikan permasalahan ini serta membantu rakyat Negeri Selangor memiliki kediaman yang selesa, Kerajaan Negeri akan meningkatkan pembinaan Rumah Idaman dan Rumah Selangorku Harapan yang telah menerima sambutan amat menggalakkan. Rumah Selangorku Harapan dan IDAMAN berkeluasan 1,000 kaki persegi, dilengkapi pelbagai fasiliti dan kemudahan. Bagi menyelesaikan isu pembiayaan perumahan, Kerajaan Negeri sedang giat meneroka bentuk kerjasama dengan institusi kewangan terutama perbankan bagi mewujudkan sistem pembiayaan khusus buat rakyat Negeri Selangor memiliki kediaman.

Kelima: Penjagaan Kesihatan

Sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pelan kesihatan awam yang holistik yang merupakan kesinambungan daripada usaha negeri Selangor memberi ujian saringan COVID-19 dan Vaksin COVID-19 (SelVAX) percuma, Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan sektor kesihatan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan skop program Iltizam Selangor Sihat dan menambah jumlah peserta. Iltizam Selangor Sihat ialah skim insurans kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka mengurangkan bebas kos penjagaan kesihatan di pusat penjagaan kesihatan swasta. Skim ini menawarkan perlindungan sebanyak RM500 setahun untuk pemegang polisi kategori keluarga dan RM200 setahun untuk pemegang polisi kategori individu bujang.

Dengan meluaskan skop perlindungan serta menambah jumlah peserta, Kerajaan Negeri yakin program ini akan membantu golongan yang memerlukan menerima perlindungan kesihatan yang baik. Selain daripada faktor perlindungan kesihatan, di bawah sektor ini juga Kerajaan Negeri akan menumpukan aspek nutrisi pemakanan terutama buat anak-anak. Dalam belanjawan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS). ASAS ialah program pemakanan kanak-kanak bagi keluarga berpendapatan rendah untuk mengurangkan kadar prevalens tumbesaran terbantut dan kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak.

Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini, Kerajaan Negeri akan memperluaskan ASAS ke seluruh negeri bagi menangani isu kekurangan zat makanan kanak-kanak yang merupakan isu serius di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri menjangka dengan menangani masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak akan memberi impak positif dalam jangka panjang terutama mengurangkan jumlah pesakit yang berpunca daripada kekurangan zat makanan.

Keenam: Pendidikan

“Let us pick up our books and our pens. They are our most powerful weapons. One child, one teacher, one book and one pen can change the world.”

Kata-kata hikmat ini diungkapkan oleh Malala Yousafzai, tokoh yang memperjuangkan pendidikan di bumi Afghanistan. Pendidikan adalah antara bidang tumpuan yang utama di dalam RS-1 dan menjadi salah satu faktor pemacu perubahan atau pun game changer yang diperlukan untuk menyediakan modal insan berkualiti ke Negeri Selangor dan negara serta membina asas yang mampan bagi meningkatkan taraf hidup dan keluar daripada belenggu kemiskinan. Fokus Bidang Tumpuan Pendidikan tertumpu pada pendidikan yang bermula daripada sekolah rendah hingga pengajian tinggi dengan strategi untuk meningkatkan kebolehcapaian.

TEMA STRATEGIK KETIGA: PEMACUAN KELESTARIAN

Isu kelestarian dan alam sekitar sentiasa menjadi isu utama di peringkat global. Berdasarkan laporan Global Risk Report 2021 yang diterbitkan oleh World Economic Forum, risiko jangka panjang yang kritikal dihadapi ketika ini tertumpu pada isu alam sekitar, perubahan iklim serta kelemahan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pihak yang melakukan ‘jenayah alam sekitar’. Di Malaysia dan Selangor, kedua-dua isu ini sering hangat diperkatakan dalam arus perdana apabila berlakunya tanah runtuh, banjir kilat dan sumber bekalan air yang tercemar.

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini mengambil beberapa pendekatan strategik untuk memajukan kelestarian di Selangor. Peralihan kepada pendekatan yang lebih lestari diperlukan pada setiap masa dalam membuat keputusan bagi meningkatkan keutamaan alam sekitar yang lestari dan berlandaskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Amalan Tadbir urus (ESG).

Lima (5) sektor tumpuan akan menyokong pembangunan kelestarian negeri telah dipilih berdasarkan keadaan alam sekitar negeri dan global, status terkini dan penyelidikan mengenai penambahbaikan yang diperlukan untuk menyelaraskan objektif tersebut dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Lima (5) sektor tumpuan adalah seperti berikut:

 Daya Tahan dan Pengurusan Bencana  Pengurusan Air  Negeri Rendah Karbon  Pengurusan Sisa  Biodiversiti dan Sumber Asli

Kejadian banjir dan tanah runtuh di Selangor sering berlaku disebabkan oleh pembangunan dan keadaan cuaca yang ekstrem. Perubahan iklim juga meningkatkan risiko berlakunya bencana. Bencana alam akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan yang berpotensi menjejaskan ekonomi Selangor amnya.

Bagi tujuan ini, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) telah menggariskan beberapa penambahbaikan ke atas program-program sedia ada serta penambahan inisiatif baharu antaranya:

 Penambahbaikan Smart Selangor Operation Centre (SSOC) yang akan berupaya untuk menghantar amaran awal bencana menjelang tahun 2025.  Pembangunan Pelan Tindakan Pengurusan Bencana yang menggariskan persediaan terhadap pengurusan bencana, tindak balas dan pemulihan dengan tumpuan kepada tadbir urus dan komunikasi yang efektif.  Pelaksanaan projek infrastruktur mitigasi banjir telah dikenal pasti termasuk pendalaman sungai, pembinaan dan penaiktarafan tampungan sungai dan kolam.

Selangor mempunyai kadar penggunaan air dan penggunaan per kapita tertinggi di dalam negara iaitu sebanyak 230 liter per kapitan sehari, 45% lebih daripada saranan penggunaan air oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 165 liter per kapita sehari.

Walau bagaimanapun, lebih daripada 90% sumber air mentah Selangor diambil daripada sungai dengan 62% memerlukan rawatan lanjut sebelum ia boleh digunakan sebagai bekalan air. Air Selangor menjangkakan kadar Non-Revenue Water (NRW) yang saat ini berada pada kadar 27.93% akan dapat diturunkan sebanyak 25% lagi menjelang 2025. Ini berlaku setelah 556.14 km paip (daripada keseluruhan 30,008km) telah berjaya ditukar setakat 31 Disember 2021.

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) telah menggariskan tiga (3) strategi utama dan sembilan (9) projek, program dan inisiatif (PPI) dalam fokus bidang pengurusan air. Pemacu perubahan untuk bidang tumpuan pengurusan air adalah Selangor Maritime Gateway (SMG) – pembersihan dan pemulihan Sungai Klang.

Projek SMG ini memberi tumpuan kepada pembersihan dan pemulihan sungai melalui pelbagai kaedah seperti sistem pemantauan penyebaran kualiti air, log boom dan penggunaan jentera pengutip sampah canggih interceptor. Kaedah lain yang telah dikenal pasti untuk pembersihan dan pemulihan sungai termasuklah Sistem Pengurusan Air Bersepadu dan Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Peluang baharu, peningkatan kualiti hidup dan pembangunan kelestarian di sepanjang Sungai Klang dan anak sungainya dapat dipertingkatkan.

Selangor masih mempunyai pelepasan karbon yang positif. Sektor seperti tenaga, pengangkutan dan pembinaan merupakan penyumbang utama pelepasan karbon dalam negeri. Selangor berpotensi menjadi sebuah negeri rendah karbon dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan dalam sektor-sektor tersebut melalui penggunaan cara yang inovatif.

Di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Selangor akan memberikan komitmen bagi mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050 di kawasan bandar raya dan perbandarannya. Pengesanan pelepasan Gas Rumah Hijau (Green House Gas) dalam semua sektor akan dilakukan melalui penggunaan mekanisme pelaporan karbon untuk industri dan pembangunan rangka kerja untuk pengiraan Gas Rumah Hijau bagi membolehkan perancangan karbon rendah yang lebih baik di peringkat tempatan. Pengurangan keseluruhan dalam pelepasan Gas Rumah Hijau, peningkatan daya tahan terhadap risiko iklim dan perlindungan biodiversiti dapat dipertingkatkan.

Sebagai negeri yang mempunyai bilangan penduduk yang tertinggi, Selangor turut menjana jumlah sisa pepejal, terjadual dan klinikal yang tertinggi di negara. Secara purata, Selangor menjana 7,220 tan sisa pepejal sehari, bersamaan 22% daripada sisa pepejal negara.

Selangor kini menuju ke arah sistem pengurusan sisa bersepadu dengan peluang untuk mengurangkan sisa ke tapak pelupusan. Penyelesaian teknologi inovatif seperti kemudahan Sisa kepada Tenaga atau Waste-to-enegy (WTE), penapisan biogas dan banyak lagi boleh menjadikan sisa-sisa menjadi sumber yang berharga. Bagi tujuan itu, bidang tumpuan ini menggariskan dua (2) strategi dan lima (5) projek, program atau inisiatif (PPI). Tiga (3) daripadanya dianggap game changer iaitu Pembangunan Fasiliti Pemulihan Bahan (MRF), Pelan Tindakan Pengurusan Sisa, dan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) dengan loji rawatan Sisa kepada Tenaga (WTE).

Pembinaan loji rawatan Sisa Kepada Tenaga (WTE) dijangka mampu mengurus 4,700 tan sisa pepejal setiap hari dan menjana lebih 90MW elektrik, menyumbang lebih 67% daripada jumlah sisa pepejal yang dijana di Selangor hari ini seterusnya campuran tenaga boleh diperbaharui dipertingkatkan serta mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sanitari dan meningkatkan kadar kitar semula.

Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengutamakan alam semula jadi dan biodiversiti ini. Untuk meningkatkan kelestarian biodiversiti dan sumber asli di negeri ini, tiga (3) strategi dan sembilan (9) projek, program atau inisiatif telah dikenal pasti di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini, Selangor akan terus memberi tumpuan terhadap kelestarian alam sekitar di samping meningkatkan tahap kesejahteraan sosial melalui pembangunan infrastruktur hijau dan pemuliharaan sumber asli. Kerajaan Negeri juga begitu komited untuk menjadi negeri rendah karbon pada masa hadapan.

TEMA STRATEGIK KEEMPAT: TADBIR URUS S.M.A.R.T DAN BERKESAN

Tuan Speaker,

Apa pun dasar atau polisi yang dirangka tidak akan lengkap tanpa mempunyai sistem penyampaian yang berkesan dan urus tadbir yang cemerlang. Negeri Selangor bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang sangat pantas bertindak balas dengan keperluan semasa. Ini bukanlah pujian kosong kerana misalnya kita telah membuktikan kemampuan luar biasa di saat melalui perit getir pandemik dan juga bencana banjir besar tahun lalu.

Kita telah menunjukkan bagaimana sinergi antara pelbagai pihak sama ada dengan jabatan atau agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan dapat menghasilkan pelbagai bentuk inisiatif yang baru dan terkedepan. Ini menjadi bukti bahawa kita tidak bekerja in silo tetapi mengambil pendekatan saling bekerjasama dan berkongsi maklumat.

Namun, sudah semestinya kita tidak harus mudah berpuas hati kerana apa yang berlaku kelmarin tidak semestinya tidak akan berlaku esok malah krisis di masa hadapan mungkin lebih parah lagi. Saya percaya pengalaman menguruskan krisis dapat disesuaikan ke dalam pelbagai bidang kerja yang lain.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor akan mempertingkatkan usaha pengurusan krisis dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) di mana pendekatan berasaskan data saintifik akan digunakan bagi mendepani pelbagai bentuk risiko yang dihadapi oleh Negeri Selangor. Kemungkinan perubahan iklim yang mendadak dan taburan hujan yang berlebihan memerlukan kepada tindakan proaktif termasuk dalam membuat jangkaan risiko yang bakal dihadapi.

Dalam pembentangan Belanjawan yang lalu saya mengumumkan penubuhan Unit Implementasi dan Pemantau Prestasi (SIAP) yang dapat menyediakan satu pelaporan yang lebih menyeluruh berkenaan dengan maklumat projek dan inisiatif negeri. Melalui unit ini satu sistem pemantauan dan pelaporan nyata (RMRS) akan dibentuk bagi membolehkan paparan status kemajuan prestasi dan pengekstrakan maklumat dapat dilakukan.

Transformasi Pendigitalan

Negeri Selangor telah mengorak langkah lebih awal berbanding pihak lain di dalam melaksanakan program Pendigitalan Perkhidmatan Kerajaan Negeri dalam rangka mencapai gagasan matlamat Smart Selangor menjelang tahun 2025. Beberapa inisiatif seperti SELangkah, CEPat dan BINGKAS telah menunjukkan kejayaan bagai pendigitalan dapat memastikan perkhidmatan yang lebih lancar dan berkesan.

Bagi meluluskan lagi cakupan inisiatif pendigitalan ini, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Selangor Government Data Exchange (SelGDX) sebagai platform perkongsian data bersepadu merentasi agensi negeri dan sektor awam bagi membolehkan inovasi dan juga sebarang penyelesaian masalah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Tuan Speaker,

Dalam sesebuah negara atau negeri yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kita tidak boleh menafikan suara-suara yang bertanyakan mengapa perlu kita kepada sesuatu perancangan pembangunan sosio ekonomi negeri sepanjang lima tahun. Apatah lagi rancangan lima tahun sebegini dikatakan sesetengah pihak sebagai obsolete.

Manakala itu harus saya ingatkan juga bahawa di peringkat Persekutuan Rancangan Malaysia atau RMK-12, yang juga suatu rancangan lima tahun masih berjalan dan sudah tentu ia akan memberi kesan kepada negeri ini. Oleh kerangan itu, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) turut mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek mahupun inisiatif yang bersifat simbiotik dan syumul di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diperlukan kerana sebagaimana yang saya sebut di atas. Cabaran-cabaran besar yang dihadapi ada di antaranya adalah krisis di luar kawalan kita, misalnya Perang Russia – Ukraine atau pun Perang Dingin di antara China dan Amerika Syarikat. Tatkala Kerajaan Persekutuan masih dilanda pelbagai fenomena – sekejap taufan, sekejap badai, sekejap hujan renyai – ketika negara ini diselubungi ketidaktentuan, saya selaku Menteri Besar Selangor tidak boleh duduk diam dan pasrah tanpa berikhtiar.

Kita mempunyai kesedaran bahawa kita wajib berusaha, berdoa dan bertawakal. Makanya ini adalah usaha serta ikhtiar kita bersama Insya’Allah. Kemahuan kita untuk memastikan Negeri Selangor sebagai sebuah Negeri Rahmah sesuai dengan anjuran Al-Quran, Surah al-Balad ayat 17:

َُّ م َََنا ََ ا ََ ُي ذا ََ۟اََن ما َمَ اَمَ ااَمَ ا ص ر اُصَٱ َمَ اَمَ ااَمَ ا ص ر َََٱََََْب.

Surah al-Balad yang saya nukilkan turut menggariskan beberapa perbuatan baik atau rahmah yang tinggi darjatnya. Bermula dengan ayat 13 sehingga ayat ke 16, kita disuruh memerdekakan hamba, memberi makan kepada mereka yang kelaparan, membantu yatim yang dekat dan punyai hubungan kekeluargaan dan membantu orang miskin yang dibelenggu tanah atau bergelumang pasir, istilah yang disebut Quran, Dha Matrabah. Orang miskin Dha Matrabah ini adalah mereka yang gelandangan, tiada perlindungan, tiada tempat tinggal dan tiada tempat berteduh. Semangat inilah yang membulatkan tekad saya untuk meluncurkan suatu perancangan seumpama Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk secara dasarnya, melonjakkan ekonomi negeri, menjamin kebajikan serta kesentosaan rakyat Negeri Selangor, memastikan aliran pendapatan baharu serta terkehadapan menangani perubahan mahupun inovasi teknologi semasa. Saya berharap ikhtiar ini, segala projek dan inisiatif ini, akan nanti dihitung oleh Yang Maha Esa sebahagian dari berpesan-pesan kepada kesabaran, berpesan-pesan untuk melakukan kebaikan:

َمَ اَمَ ااَمَ ا ص ر اُصَٱ َمَ اَمَ ااَمَ ا َص ر َََٱََْم ة“ ”

Tuan Speaker, izinkan saya nyatakan di sini, sebagai suatu anekdotal, saya ini merupakan pembaca tegar F.A Hayek, ahli ekonomi tersohor berasal dari Austria. Kecenderungan saya sebagai Hayekian dan membaca sedikit sebanyak Karl Popper, meyakinkan saya bahawa penggubalan dasar harus bersifat piecemeal atau runcitan, dengan izin piecemeal engineering. Walaubagaimanapun, saya sudah tentu bersama pasukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan barisan penjawat awam belajar untuk menjadi pragmatik. Kami sedar demi kebaikan rakyat dan negeri kita harus bersedia untuk bergerak tangkas dan lincah.

Beberapa episod krisis dan pergolakan antarabangsa mengajar saya seumpama Krisis Kewangan Asia 1997-1998, Krisis Gadai Janji Subprima, dengan izin, Subprime Mortgage Crisis, yang mengakibatkan krisis ekonomi global 2007-2008, kemudiannya sepanjang saya selaku Menteri Besar Selangor, kita berhadapan dengan pandemik semenjak 2020 yang sehingga kini masih terasa dampak dan kesannya. Terkini, Perang Russo-Ukraine dan Perang Dingin China dan Amerika Syarikat menguatkan lagi keyakinan saya untuk mengimbangkan di antara perspektif Hayek-Popper dengan perspektif Keynesian-Samuelson; di antara piecemeal engineering dan demand side theory, yang memfokuskan peranan kerajaan untuk menstabilkan ekonomi terutamanya sewaktu krisis.

Tuan Speaker, FA Hayek yang meraih Hadiah Nobel pada tahun 1974 itu terkenal skeptikal terhadap keangkuhan mengumpul data kononnya mampu meneka serta mengawal segala aspek kehidupan dan tingkah laku manusia. Menerusi esei beliau yang terkenal The Use

of Knowledge in Society, Hayek mengkritik inisiatif menggubal dasar secara central planning, perencanaan terpusat. Menerusi karya FA Hayek yang berjudul The Counter Revolution of Science dan The Poverty of Historicism yang ditulis Sir Karl Popper, kedua-dua tokoh tersebut mengkritik obsesi minda mekanikal yang mendabik dada bahawa kita perlu mengumpul data sebanyak mungkin untuk berkemampuan mengetahui menerusi data tersebut segala tingkah-laku dan motif setiap individu. Adakah Hayek menentang pengumpulan data atau maklumat mahupun perencanaan ekonomi? Sudah tentu tidak. Beliau menyebut dengan izin, “All economic activity is in this sense planning.” Akan tetapi beliau sedar, pada dekad-dekad akan datang, para central planner, perencana pusat mempunyai kecenderungan untuk menjadi otoritarian. Data-data yang dikumpul bukannya digunakan untuk merangka pelan ekonomi memakmurkan negeri, akan tetapi suatu pelan untuk mengawal tingkah laku rakyat! Inilah disebut sebagai An Abuse and Tyranny of Algorithmic Decision Making.

Justeru Rancangan Selangor Pertama berbeza daripada pelan-pelan ekonomi yang bersifat menjajah dan menerobos ruang individu. Kita akur kehendak semasa yang menggubal perancangan berdasarkan frasa terkenal seperti data driven policies. Namun pelan ekonomi kita berteraskan ekonomi manusiawi, Humane Economy sebagaimana yang ditekankan oleh pengarang Asian Renaissance, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sementara kita mengakui keberkesanan alat-alat teknologi atau technological tools untuk mengumpul data bagi membolehkan kita merencana dengan lebih baik, saya tidak dapat tidak mengakui kehebatan manusia atau manusiawi. Kerana kekaguman saya terhadap martabat manusiawi yang mengatasi martabat minda mekanikal inilah saya menukilkan dari Hamlet:

“What a piece of work is a man, How noble in reason, how infinite in faculty … The beauty of the world, The paragon of animals”

Berteraskan ekonomi manusiawi tersebutlah kita tidak mahu pencabulan hak peribadi sebagaimana kebobrokan Cambridge Analytica, atau pelan ekonomi yang meragut jutaan nyawa seumpama Great Leap Forward. Justeru agar Rancangan Selangor Pertama atau pelan-pelan ekonomi lainnya tidak menjadi pelantar, dengan izin Tuan Speaker, over-excessiveness or overly excited central planner, kita memastikan tema strategik keempat itu berkenaan tadbir urus atau governance. Kemahuan kita kepada negeri pintar bukan bermaksud negeri ini dan rakyatnya menjadi automaton. Kita mahukan sebuah negeri pintar, yang manusiawi, yang compassionate, yang penyayang.

Ahli Yang Berhormat, yang saya kasihi sekalian, semoga dengan pembentangan ini dan perbahasan, kita dapat mewujudkan keseimbangan di antara kemajuan menangani perubahan, menangani krisis, serta mengembangkan dan menimbulkan kesaksamaan

dalam kehidupan masyarakat kita yang digariskan melalui projek-projek dan juga strategi-strategi yang kita gariskan. Dan kita menjadikan dewan sebagai wadah untuk sama-sama kita membahaskan dan membincangkan dengan teliti kepada rakyat dan juga nasib rakyat di masa hadapan dan negeri Selangor yang kita cintai. Saya mencadangkan, Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, iaitu Usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 – 2025, oleh itu, saya kemukakan Usul ini untuk dibahaskan. Silakan. Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker.

Daun periuk pandai menari, Menari anak putera mahkota, Bukit Lanjan datang kemari, Kerana hendak bertemu mata, Dato’ Menteri Besar.

Speaker

Petang-petang lagi la, tambah, tambah. Petang petang, tambah lagi. Lagi, lagi, lagi.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Salam sejahtera, salam reformasi, hadirin sekalian, saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk menzahirkan ucapan sempena pembentangan Rancangan Selangor Pertama, pada sesi Mesyuarat Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas 2022, semangat tersebut kita sebagai sebuah kerajaan rakyat, telah bertapak di bumi Selangor sejak 2008. Setiap tahun, agenda memperkasakan pembangunan negeri dan mengangkat kebajikan rakyat, tidak pernah pudar, tidak sekalipun. Pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada saban tahun. Hari ini, sudah tentu, beribu-ribu, views, dengan izin, di laman facebook rasmi, dan Youtube Dewan Negeri, telah mengikut pembentangan dan juga liputan, di Dewan Negeri Selangor. Di seluruh Malaysia, walaupun, beberapa jam sebelum ini, kita rasa sedikit risau, kerana ketika itu, hampir seluruh semenanjung Malaysia ada, dengan izin, black-out.

Speaker

Terkejut.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terkejut. Nasib baik, tidak tahu apa special, di Dewan Negeri Selangor, special Speaker, mungkin. Ada api, dalam Dewan yang mulia ini. Tahniah, syabas saya ucapkan kepada Tuan Speaker.

Speaker

Sebab ada Rancangan Selangor Satu.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya, saya rasa...

Speaker

Ada rancangan, ada rancangan. ada Rancangan Selangor Satu.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ada rancangan yang kita bersedia, berdepan dengan black-out, black-out, bukan semasa pilihan raya sahaja, bila kita kira undi, tetapi kita memang ada perancangan, persediaan, kalau ada black-out di dalam Dewan yang mulia ini, pembentangan Rancangan Selangor Pertama Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur akan diteruskan. Jadi, tahniah kepada semua kakitangan Dewan ini. Kepimpinan melalui teladan, adalah satu ungkapan yang membentuk susuk pimpinan, yang menunjukkan contoh dan memberikan inspirasi kepada kehidupan masyarakat yang sejahtera. Ia adalah satu perkara sangat-sangat penting. Negeri Selangor mengambil iktibar daripada pandemik Covid-19, yang telah memberi satu pengajaran yang cukup mendalam kepada kita. Saya rasa ini juga adalah sebab utama mengapa kita ada Rancangan Selangor Pertama. Kita sangat biasa Rancangan Malaysia, 10, 11, 12, yang terkini. Tetapi hanya di negeri Selangor, bukan negeri-negeri lain, kita bermula untuk mengukir satu rancangan khas, untuk pembangunan. Bukan saja secara fizikal tetapi rohani. The physical and spiritual. The physical, the tangible, dan non tangible, dengan izin. Jadi saya rasa, Bukit Lanjan rasa, ini merupakan satu pendekatan yang sangat bagus. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di Negeri Selangor kita ada satu rancangan lagi. Nama rancangan itu adalah Rancangan Struktur Selangor. Selangor Structure Plan. Dan saya memang terlibat beberapa tahun yang lalu, untuk membantu secara dasar, memberi komen dan sebagainya untuk Rancangan Struktur Selangor, Selangor Structure Plan. Selangor Structure Plan ini, akan memberi satu gambaran secara makro, di mana kita boleh membangun satu kawasan. So, sebagai contohnya kalau di Tanjung Sepat, Tanjung Sepat, kita letak, industri apa. Kalau di Taman Templer, manakah tempat yang kita nak letak kawasan pelancongan. Ataupun kalau di Shah Alam, di mana kita nak mempelihara, memeliharakan dan juga memulihara kawasan hutan simpan di Shah Alam. So, ini adalah Selangor Structure Plan, ataupun Rancangan Struktur Selangor. Tetapi ini merupakan pertama kali kita ada satu rancangan Selangor yang khusus tentang pembangunan industri ekonomi, pendidikan, saya dengar memang ada pelbagai tema telah disebut dan dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar. Dan ini adalah satu, dengan izin, cara yang sangat

holistik, dengan izin. Di mana negeri Selangor, ataupun kerajaan negeri Selangor bersama dengan ADUN-ADUN semua, Ahli Dewan Negeri di sini, boleh mencetus satu revolusi, minda dalam rancangan sesebuah negeri. Tuan Speaker, izinkan saya sambung esok pagi.

Speaker

Duduk, Bukit Lanjan. Bukit Lanjan, sambung esok, saya bagi masa yang panjang untuk hari esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan 4.30 petang, dengan ini saya menangguhkan hingga ke hari esok 28.7.2022, hari Khamis, pukul 10.00 pagi.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)