Selangor · 28 July 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 410 turns · 34,749 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 28 Julai 2022 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam sejahtera, selamat pagi kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-Ketua Jabatan dan pada pemerhati dan pengamal media. Pagi ini Dewan Negeri Selangor menerima lawatan dari sekolah kawasan DUN Kota Anggerik ke Dewan Negeri Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. Guru pengiring Puan Ruziahwati bin Zakaria. Jumlah pelajar seramai 20 orang hadir. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya persilakan Lembah Jaya.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya no. 36.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Industri AeroangkasaQuestions

36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status Industri Aeroangkasa di Selangor dan perancangan Kerajaan Negeri dalam sektor ini?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) yang di bawah Invest Selangor Berhad sedang meneliti dengan lebih mendalam langkah– langkah yang perlu diambil untuk merancakkan semula industri aeroangkasa setelah

negara memasuki fasa pemulihan oleh kerana pandemik Covid-19. Seperti mana yang kita tahu, lebih dari enam puluh dua peratus (62%) ekonomi aeroangkasa Malaysia terletak di negeri Selangor, dan kerana industri aeroangkasa dilanda teruk oleh pandemik Covid-19 secara global, usaha untuk meningkatkan angka ini adalah amat penting. Antara strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah dengan pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) baru – baru ini. Salah satu pilar yang menjadi fokus utama dalam RS-1 adalah industri Aeroangkasa. Hal ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif seperti Roundtable Meeting (RTM) dengan izin pada tahun lepas bersama kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, misi-misi penggalakan ke luar negara serta suara-suara industri secara kolektif, program talent development aerospace dengan izin. Antara matlamat strategik yang ternyata adalah penambahbaikan infrastruktur serta peningkatan kesalinghubungan ke lapangan-lapangan terbang yang sedia ada. Hal ini menunjukkan bahawa industri aeroangkasa adalah industri yang strategik, serta telah diberi perhatian sewajarnya dalam menggalakkan aktiviti ekonomi negeri Selangor pasca pandemik Covid-19. Melalui mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor yang terdiri daripada ketua – ketua pegawai eksekutif di dalam industri ini, sesi menukar pandangan dan pendapat tentang status industri Aeroangkasa dan juga status tindakan di dalam Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor telah diketengahkan. Antara langkah - langkah yang telah diambil adalah seperti program reskilling dengan izin untuk pekerjaan seperti juruteknik dan para juruterbang supaya mereka memperoleh status fit to work dengan izin. Invest Selangor turut terlibat di dalam penghasilan Industrial Skills Framework (IndSF) untuk Manufacturing dan Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara permintaan daripada industri dan bakat yang sebenar yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi anjuran HRD Corp. Kerajaan Negeri juga melihat sewaktu melanda pandemik Covid-19 bahawa rantaian bekalan di dalam industri ini tergendala oleh kerana negara banyak bergantung dengan penyedia - penyedia luar negara. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersama pemain-pemain industri giat mencari peluang kerjasama dan alternatif baharu dalam rantaian bekalan supaya dapat mengurangkan kebergantungan aktiviti mengimport. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Lembah jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Apakah perancangan ataupun hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat industri aeroangkasa ini bertapak ataupun berpangkalan di negeri Selangor. Apakah tempoh masa yang diharapkan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, seperti yang telah saya sebutkan tadi pada masa ini sebanyak 62% industri aeroangkasa dalam Malaysia ini berada di Selangor. Jadi dia sudah bertapak berpangkalan di Selangor Cuma sekarang kita hendak mengekalkan advantage yang kita ada hari ini. Mengekalkan kekuatan kita. Maka kita ada pelan tindakan selama 10 tahun daripada 2021 hingga 2030 supaya kita dapat mengekalkan kekuatan kita dengan memperkembangkan lagi industri yang sedia ada yang lebih menumpukan kepada civil aviation ataupun civil aviation kepada business aviation dan juga general aviation. Ini adalah strategi kerajaan Selangor pada masa ini supaya kita dapat mewujudkan satu ekosistem yang lebih lengkap lagi. Di antaranya antara program yang telah disenaraikan dalam Rancangan Selangor 1 yang juga merangkumi sebahagian daripada pelan tindakan aeroangkasa ini kita menyediakan satu tapak sebanyak 2,000 ekar untuk membangunkan Selangor International Aeropark supaya kita dapat menumpukan aeroangkasa di civil dari segi MRO untuk civil aviation ini berada di sepang dan kita juga mewujudkan program di sekitar kawasan lapangan Subang untuk mengembangkan sub sektor iaitu business aviation dan general aviation termasuk drone yang kita baru-baru ini membina atau menyediakan satu pusat iaitu centre of excellence iaitu untuk drone iaitu yang pertama di Rantau Asia ini. Kita bukan sahaja nak menjadi jaguh di Malaysia tapi menjadi jaguh di Rantau Asia. Malah di Asia Pasifik. Itu matlamat kita.

Speaker

Taman Medan.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya bertanya kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang tentang cadangan oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan yang berjiran dengan kita untuk juga mewujudkan hab industri penerbangan di kawasan yang bersempadan dengan Negeri Selangor iaitu di Kawasan Labu atau Nilai sedemikian. Jadi adakah sebarang kolaborasi antara dua kerajaan negeri ini sebab saya lihat umpamanya baru-baru ini ada perjanjian untuk memajukan sempadan saya rasa adakah sebarang kaitan dengan industri aeroangkasa yang juga dicadangkan hendak dilaksanakan proses oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya ada pertukaran fikiran ataupun pandangan daripada kedua-dua pihak bersama antara saya dan EXCO di Negeri Sembilan. Kita ada membangkitkan usaha untuk kolaborasi. Cuma setakat ini kita belum mengadakan perbincangan yang serius kerana kita dah berkembang

62% daripada industri ini berada di Selangor. Negeri Sembilan baru mula jadi belum ada saya rasa ada ruang untuk kita kolaborasi khususnya bagi saya ada kekuatan di Negeri Sembilan terutamanya sebab nilai tanahnya rendah. Jadi kos untuk mendirikan kilang di Negeri Sembilan memang rendah. Ia berada di sempadan dengan Selangor ini Lapangan Terbang Antarabangsa kita KLIA berada dekat-dekat dengan sempadan Negeri Sembilan. Jadi di situ ada advantage sebab ini keadaan di pasaran. Bila pelabur atau mana-mana pembeli tanah sekalipun bila dengar tanah di Selangor dia akan menjadi mahal. Tanah di Negeri Sembilan dia akan menjadi murah walaupun dia dipersempadankan dengan satu jalan sahaja. Bezanya begitu ketara. Jadi itu ada advantage di sebelah sana. Cuma dari segi sambungan kalau kita nak buat MRO kena ada sambungan. Daripada kawasan MRO kalau didirikan di Negeri Sembilan, nak ke KLIA ini jauh sedikit. Sementara Selangor International Aeropark yang kita cadangkan itu dia betul-betul di sebelah KLIA. Jadi kedua-dua tempat ini boleh dihubungkan dengan air bridge. Kalau nak buat air bridge ke Negeri Sembilan ke KLIA mungkin dalam 7 hingga 10 kilometer. Jadi itu melibatkan kos yang tinggi. Jadi itu kelemahannya. Tapi MRO tidak semestinya bererti kapal terbang kena pergi ke situ. Pesawat tak semestinya pergi ke situ. Dia boleh tanggalkan enjin dan hantar ke situ. Boleh juga. Jadi di situlah saya nampak ada banyak ruang yang boleh dapat kita kolaborasi dengan Negeri Sembilan dan saya percaya Negeri Sembilan memang hendak berkolaborasi dengan kita sebab yang ada institusi pengajian tinggi yang ada kursus-kursus dalam kejuruteraan dan juga yang berkaitan dengan aeroangkasa ini berada di Selangor. Tidak ada satu pun yang berada di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang berkenaan dengan industri aeroangkasa. Jadi kita tahu industri aeroangkasa ini ialah industri yang dengan izin very rich area of industry. Jadi ada tak cadangan ataupun perancangan kerajaan Negeri untuk menjadikan kawasan yang dinyatakan tadi itu sebagai satu kawasan yang syarikat yang strategi boleh dijadikan dekat kawasan itu sebagai HQ mereka. Sebagai contoh mungkin pemain industri dalam aeroangkasa ini seperti airbus atau syarikat berkaitan lain yang boleh jadikan tempat itu sebagai hab atau sebagai mereka punya HQ di negeri Selangor. Yang saya pasti ia akan memberikan impak atau kesan kepada ekonomi setempat. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Memang itulah antara usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik syarikat-syarikat airline untuk menjadikan Selangor ini tapak mereka sebagai ibu pejabat ataupun pusat mereka. Sebab itulah kita hendak membangunkan Selangor International Aeropark. Dan baru-baru ini kita mendapat maklumat bahawa Kerajaan Persekutuan akan menandatangani perjanjian untuk membeli

10 Airbus A300 New. Dan juga menyewa atau secara lease 10 lagi. Jadi itu sudah tentu memberikan peluang untuk bidang perkhidmatan MRO ini. Jadi dengan itu kita diberi kekuatan untuk berunding dengan pihak Airbus kalau mereka penjualnya pesawat yang akan dibeli oleh kerajaan Persekutuan untuk menjadikan tempat ini sebagai pusat. Sementara itu, mengikut laporan dan bukan sahaja laporan, saya bertemu dengan SIA Engineering yang telah pun menandatangani satu MoU untuk menempatkan pusat MRO SIA itu Singapore Airline di Subang. Di mana pesawat SIA, bukan letak di Singapura tapi nak letak di Subang. Dan juga buat MRO di situ. Itu antara rancangan yang mereka ini. Dan sementara itu di Lapangan Terbang Subang kita telah pun berjaya menarik syarikat Dassault Aviation adalah syarikat pembuat pesawat business jet yang kedua besar di dunia. Mereka sudah pun memindahkan pusat mereka atau head quarters daripada Hong Kong ke Subang. Itu satunya. Dan baru-baru ini pada bulan Mei, saya berkesempatan pergi ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan upacara menandatangani perjanjian di antara Dviation iaitu syarikat swasta dengan Honda Jet yang juga akan meletakkan pusat MRO mereka di Subang. Jadi itu menunjukkan trend di mana Selangor ini semakin menjadi pusat tarikan kepada industri Aeroangkasa sama ada dari segi civil aviation atau pun business aviation atau pun general aviation. Baik terima kasih.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hendak pergi ke Kanada sangatlah jauh. Soalan saya 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Mrt & Lrt Bandar Baru SelayangQuestions

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Permohonan kemudahan MRT,LRT atau komuter di Bandar Baru Selayang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Templer. Tuan Speaker, Bandar Baru Selayang mempunyai kemudahan pengangkutan awam sedia ada melibatkan jaringan perkhidmatan MRT atau LRT dan komuter yang dihubungkan melalui perkhidmatan bas ke stesen-stesen berkenaan. Di peringkat Kerajaan Negeri tiada

permohonan kemudahan MRT, LRT atau komuter di Bandar Baru Selayang kerana penyediaan pengangkutan awam MRT, LRT memerlukan kos yang sangat tinggi dan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tak apalah, bagi Balakong.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Cuma nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah pandangan Yang Berhormat EXCO tentang MRT dan LRT dalam dua bulan ini berturut-turut ada masalah sikit. Apakah pandangan Y.B. EXCO. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kerajaan Negeri mengambil maklum hal ini. Kita juga dapat aduan terus daripada pengguna. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dengan penggunaan pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang khususnya di Negeri Selangor. Sebab itu Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan kemudahan first mile dan last mile di seluruh Selangor seperti Bus Smart Selangor dan micromobility di sesetengah PBT. Tapi Kerajaan Pusat yang mengawal selia perkhidmatan MRT dan LRT mesti memastikan perkhidmatan ini adalah cekap dan selesa. First mile dan last mile yang Kerajaan Negeri Selangor sediakan itu tidak akan sempurna tanpa keberkesanan mode pengangkutan utama seperti LRT dan MRT. Dengan frekuensi LRT di waktu puncak yang naik dari 2 minit sehingga 4 minit atau 5 minit dan kadangkala lebih lama, ini memang menyusahkan para pengguna dan kita harap perkara ini tidak lagi berulang. Terima kasih.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tadi kita dengar jawapan daripada Yang Berhormat EXCO, tak mohon, tapi kenapa tak mohon? Mohonlah, mohon.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kita akan mohon.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Mohon, kalau tak mohon sebab itu Kerajaan Persekutuan pandang kerajaan kita Selangor ini dia pandang sebelah mata. Kita nak kalau boleh dia pandang 4 mata, 5 mata, 6 mata sebab Yang Berhormat EXCO nanti dulu, sebab dia jarak hendak sampai ke Bandar Baru Selayang itu saya ingat lebih kurang tiga atau empat kilometer saja. Tak panjang. Jadi kalau Yang Berhormat EXCO boleh mohon

sekarang, tak apalah boleh dapat lagi tiga atau empat tahun tiada masalah tapi kita kena mohon. Minta pandangan dari Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang Berhormat Templer, saya rasa Yang Berhormat Templer salah faham jawapan saya kerana di kawasan saya di Selayang Baru itu telah ada kemudahan MRT, LRT atau pun komuter. Mungkin pada pandangan Yang Berhormat Templer itu tidak mencukupi. Saya hendak bagi satu maklumat kepada semua Yang Berhormat di sini bahawa Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya telah menyediakan satu Pelan Induk Pengangkutan Awam di Negeri Selangor atau pun lebih dikenali sebagai PIPANS dan dalam induk ini kita telah mengenal pasti 12 koridor di mana dia akan datang membawa pengangkutan awam yang berasaskan rail. Ini telah ada di dalam pelan induk pengangkutan awam Negeri Selangor. Pelan induk ini ke semua 12 koridor kita telah memberi cadangan ini kepada Kerajaan Pusat kepada MOT semasa perbincangan RMK Ke-12 tetapi kita masih belum menerima apa-apa maklum balas atau pun jawapan yang baik daripada Kerajaan Pusat. Terima kasih. Permohonan itu ada buat, bukan tak buat, kita dah kemukakan pelan induk ini kepada Kerajaan Pusat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 38.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Pemodenan Pertanian Di Anjung Utara Negeri SelangorQuestions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif dan insentif Kerajaan yang telah dilaksanakan untuk pemodenan pertanian tanaman padi, kebun kelapa, kebun kelapa sawit dan tanaman sayur?

b)

Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari 2018-2022?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Panjang. Sungai Panjang bertanyakan soalan berhubung dengan pemodenan pertanian di anjung utara di Negeri Selangor yang tentunya melibatkan daerah Sabak Bernam dan juga Kuala Selangor. Jadi apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan pertanian di sana. Inisiatif dan insentif Kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemodenan pertanian tanaman padi, kebun kelapa sawit dan tanaman sayuran adalah seperti berikut :-

1. Insentif yang berkaitan dengan tanaman padi merangkumi pemberian benih padi baja organik serta profil tanah sawah bagi mengenal pasti kesuburan tanah tersebut sedang berjalan dengan pesat di sana. Kita mendapati bahawa antara punca utama penurunan pengeluaran padi di kawasan barat laut itu adalah disebabkan rawatan tanah yang agak kurang menyerlah. Itu sedang diusahakan dan dilaksanakan secara besar-besaran. Selain daripada itu dengan adanya profil tanah tahap penggunaan tanah yang lebih optimum dan bersasar serta secara tidak langsung boleh menjimatkan kos input tanaman. Dalam pada itu juga melalui idea barat laut satu inisiatif di bawah antara Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri yang dipanggil Program Smart Sawah Bersekala Besar atau SMART SBB telah pun dimulakan pada musim kedua tahun 2021 oleh FGV Integrated Farming Holding Sdn. Bhd., Taman Sentosa Sdn Bhd dan BERNAS sebagai agensi pelaksana dan telah berjaya meningkatkan hasil padi di kawasan yang berkaitan dan kini untuk tahun-tahun yang berikutnya tahun ini kita telah luaskan kepada kawasan yang lebih 2,000 hektar untuk diusahakan secara apa yang disebut Smart SBB di mana jaminan diberi supaya 7 metrik tan pada setiap lot akan dihasilkan dan dijamin oleh syarikat ini. Dan ini telah berjaya akan meningkatkan hasil keluaran padi dan juga pendapatan bagi petani kita dan akan dibuat berperingkat-peringkat meliputi seluruh kawasan untuk fasa 2 ini adalah 2,000 hektar. Di bawah Program Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam pula antara program yang telah mula dilaksanakan untuk kita juga membantu melalui program jawatankuasa ekonomi iaitu program yang kita ambil daripada pelan tranformasi agro iaitu tanaman bernilai tinggi projek watermelon yang mana telah melibatkan 15 pengusaha yang kita bantu untuk memulakan program ini dan akan kita perluaskan. Selain daripada itu Program Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam turut meletakkan sektor pertanian sebagai agenda utama kerana kawasan ini kluster di kawasan daerah adalah termasuk di dalam kluster pertanian, kluster agro pertanian dan juga agro pelancongan. Di kawasan Sungai Air Tawar pula Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan kawasan seluas 120 ekar yang merupakan Program SMART Selangor Agro Park SMART SAP yang kedua, yang mana yang pertama ada ni Changkat Menteri yang dalam proses kelulusan yang akan bermula suku terakhir tahun ini dengan projek-projek tanaman sayur, nanas, betik serta projek pengeluaran benih kelapa matag. Ini merupakan satu-satunya tapak nurseri kelapa matag yang di Negeri Selangor yang akan diusahakan pertanian lebih

kurang 50 ekar daripada 120 itu. Ini tujuan untuk membantu sebab kita telah mensasarkan kawasan Sabak Bernam sebagai kawasan tumpuan kepada kelapa. Jadi untuk meningkatkan hasil tanaman semula, kita akan jadikan di situ untuk kelapa matag. Projek tanaman betik pula adalah bertujuan untuk penggunaan benih Selangor yang baru yang telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permasuri Selangor pada 22 Jun 2022 lalu yang telah diberi nama tropical papaya dan merupakan projek pertama penanaman benih papaya di Negeri Selangor yang akan dibuat di Sungai Air Tawar yang secara tidak langsung menjadikan Sabak Bernam sebagai kawasan benih betik SPP pertama di Negeri Selangor. Bagi memastikan pengeluaran kelapa dapat di pertingkatkan dari segi hasil dan kualiti Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan bagi penanaman projek semula kelapa.

2. Peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2018-2022 secara keseluruhannya berjumlah RM136,725,000 yang merangkumi program projek seluruh Negeri Selangor untuk tempoh tersebut. Namun begitu bagi peruntukan yang melibatkan pemodenan pertanian utara adalah sebanyak RM52,550,979 yang merangkumi projek-projek pertanian moden dan insentif berbentu peralatan dan input-input pertanian. Sekian.

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penerangan dan juga jawapan tadi. Dalam jawapan tadi Yang Berhormat EXCO ada beritahu tadi antara perkara yang penting dalam proses pemodenan pertanian adalah untuk membuat profiling tentang kesuburan tanah. Di peringkat agensi persekutuan di bawah Kementerian MOSTI kita ada Malaysia Space Agency ataupun Agensi Angkasa yang boleh membantu dari segi cerapan dan juga melihat tentang profiling tanah ini, dan adakah pihak kerajaan ada membuat sebarang usaha sama dan sejauh mana usaha sama tersebut dalam memastikan penyampaian maklumat-maklumat ini kepada petani-petani. Saya khuatir sebab petani-petani tidak dapat maklumat yang jelas berkenaan dengan tanah keadaan dan juga tanah mereka masing-masing. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Sebenarnya memang ada interaksi kita ataupun kerjasama kita sebenarnya, dia agensi nuklear yang Malaysia yang telah terlibat dengan lebih awal bukan sahaja pada musim ini, sejak awal lagi sebelum pandemik lagi saya memang ada berinteraksi dengan semua pihak yang terlibat untuk membantu untuk memulihkan menyuburkan kawasan tanaman padi kita. Dan agensi Nuklear ini memang menyaburkan kawasan tanah kita di mana alat itu kita boleh gunakan tanpa perlu kita buat sampling pada tanah untuk kita dan ia lebih murah,

kalau dulu kita nak buat satu point itu nak sample hantar ke lab dia memerlukan RM 1,500 begitu satu tempat. Tapi sekarang dengan hanya kaedah ini, teknologi ini hanya 13 parameter boleh kita dapat dalam satu point sahaja RM200 sahaja. Jadi ini akan memberikan peluang lebih banyak untuk kita perluaskan kaedah-kaedah untuk buat profiling tanah bagi kawasan padi kita di barat laut. Itu sedang kita sedang usahakan. Selain dari itu kita telah sediakan tapak 1 blok untuk mereka bagi menggunakan benih mereka juga yang mereka usahakan di bawah agensi nuklear bukan benih nuklearlah, benih padi yang sedang diusahakan yang saya sangat.. lebih bertahan dan lebih produktif dari segi pengeluarannya yang telah kita putuskan bersama mereka, itu antara perkara-perkara dan banyak lagi yang saya dapat dan berkongsi di sini secara ringkas dan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri juga ada, sudah 4 musim, 5 musim kita telah buat bagi penggunaan bahan-bahan organik dan juga mikro cuma kita masih meneliti IOT ini guna internet of thing ini sebab apa isu vandalism kalau kita hendak pasang kat sawah itu kita hendak monitor tengok barang dah hilang. Jadi itu sebenarnya satu teknologi yang baru dan moden yang kita perlu perkemaskan tapi kita masih melihat kaedah yang terbaik untuk memastikan ia berjalan dengan baik, itu yang sedang kita fikirkan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Taman Medan.

Saya ingin bertanya kepada, baik soalan saya Tuan Speaker nombor 39.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Status Masjid PengurusanQuestions

39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kriteria yang menyebabkan sebuah masjid dijadikan sebagai masjid pengurusan? b)

Adakah ianya mengambil kira kehendak dan pandangan anak kariah? c)

Tidakkah di dalam undang-undang pentadbiran agama Islam menetapkan bahawa sebuah masjid hendaklah dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mentadbirnya terdiri dari anak kariah?

a)

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker dan Taman Medan yang mengajukan soalan berkenaan dengan masjid pengurusan. Apakah kriteria yang menyebabkan sebuah masjid dijadikan sebagai masjid pengurusan? Sebenarnya Tiada kriteria khusus. Penetapan suatu masjid sebagai masjid kariah atau masjid pengurusan merupakan hak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang bertujuan untuk menaik taraf pengurusan masjid di Negeri Selangor. Oleh kerana itu, di peringkat pelaksanaannya terdapat beberapa kategori masjid yang diklasifikasikan sebagai masjid pengurusan iaitu:-

i. Semua Masjid Diraja Negeri Selangor ii. Semua Masjid Daerah iii. Sebahagian masjid baru yang baru siap dibina iv. Sebahagian masjid kariah yang menghadapi masalah serta konflik dengan ahli kariah. Pelaksanaannya juga tertakluk dengan pewujudan atau penambahan waran perjawatan tetap atau kontrak dari MAIS atau kerajaan Negeri Selangor. Soalan kedua, adakah ia mengambil kira kehendak dan pandangan anak kariah? Sebarang keputusan dalam menetapkan sesuatu masjid sebagai masjid pengurusan adalah di bawah bidangkuasa Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Dan Surau Negeri Selangor (JATUMS). Ianya diwujudkan bagi mewakili MAIS bagi menunaikan tanggung jawab, kewajipan atau perjalanan kuasa-kuasa MAIS mengikut Seksyen 27 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 Pindaan 2016. Dan pandangan daripada anak kariah boleh diajukan kepada Pejabat Agama namun ia bukan lah sebagai kata putus dalam membuat keputusan status masjid.

Soalan yang ketiga, tidakkah di dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam menentapkan bahawa sebuah masjid hendaklah dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mentadbirnya terdiri anak kariah. Tak semestinya. Seksyen 104 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 memperuntukkan :-Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi :-a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesebuah masjid; b) penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Masjid, pelantikannya dan penamatannya dan fungsi Jawatankuasa Pengurusan Masjid.

Seksyen 104 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 pula memperuntukkan:-“Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini, Majlis boleh, demi kelicinan dan manfaat pentadbiran sesuatu masjid dan surau atau atas alasan lain yang boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini:-a) Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi sesuatu kariah masjid atau menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Surau bagi sesuatu kariah surau; atau

b) Membatalkan penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah bagi sesuatu masjid atau membatalkan penubuhan Jawatankuasa Surau dan sebagai gantinya menubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Jawatankuasa Pengurusan Surau dengan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai dan wajar. Terima kasih.

Soalan tambahan

Speaker

Taman Medan

Baik terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengambil perhatian berkenaan jawapan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis sebentar tadi. Salah satu kriteria untuk menjadi Masjid Pengurusan ialah bila ada konflik di kalangan anak kariah tetapi ada dakwaan yang menyatakan bahawa Masjid Pengurusan ini dijadikan Masjid Pengurusan oleh pihak yang berkenaan masjid yang paling banyak dananya. Ini dakwaan penduduk lah. Jadi saya ingin memohon sebab umpannya di Seri Setia ada sebuah masjid di TTDI Jaya yang ada konflik juga tapi tak mahu diambil dengan alasan ada pembangunan pada waktu itu. Jadi saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan berkenaan dengan pengambilan ataupun masjid-masjid atau surau yang dijadikan sebagia Masjid Pengurusan. Masjid ni bila tak ada duit orang tak nak. Bila duit banyak tu yang berebut tu. Jadi berebut dan bertelingkah ini akhirnya Pejabat Agama Islam terpaksa campur tangan untuk mendamaikan dan meredakan keadaan kerana timbul fitnah-fitnah atau cerita-cerita tak sedap yang tak sepatutnya tetapi ini bukan semua ya. Ia berlaku case by case. Maknaya kita akan terima dan teliti dan siasat semua aduan untuk diambil keputusan sama ada masjid ini akan dijadikan sebagai Masjid Pengurusan atau ditadbir oleh anak kariah. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya pada Yang Berhormat EXCO, Kerajaan pernah mensasarkan 10 buah masjid yang akan distatuskan sebagai Masjid Pengurusan setiap tahun dan saya tidak pasti sejauh mana ia dapat dilaksanakan dan berapa banyak implikasi kewangan dalam pengurusan masjid, pengurusan ini dan setakat ini berapa banyak masjid yang telah distatuskan sebagai Masjid Pengurusan.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Sijangkang yang mengajukan soalan tambahan ini, berkenaan dengan jumlah masjid yang telah dijadikan sebagai Masjid Pengurusan. Sekarang ini sudah mencapai 41 buah yang pertamanya Masjid Negeri 1, Masjid Daerah ada 9, Masjid Diraja 5 dan Masjid naik taraf 26. Jadi sepanjang tempoh 5 tahun selepas diumumkan untuk penambahan yang 10 tadi jadi jumlah yang 10 tadi telah, baru sahaja dipenuhi dan ke depan insyaAllah kita akan teliti untuk penambahan masjid-masjid yang sesuai untuk dijadikan Masjid Pengurusan. Terima kasih.

Speaker

Meru

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak bertanya pada Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan status terkini. Saya pernah mengajukan permohonan As-Syarif, Meru sewaktu Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku yang memegang Portfolio Agama tentang perubahan dari pada pemilihan kepada pengurusan.

Itu yang pertama, dan saya nak tanya juga yang kedua berkaitan implikasi kewangan. Adakah setiap masjid samada Masjid Diraja ataupun Masjid Negeri atau masjid yang disebutkan tadi itu, dari segi implikasi kewangannya sama, kos pengurusannya sama, untuk ditukar kepada pengurusan ni tadi.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Meru yang mengajukan tentang kos untuk mengambil alih pentadbiran sesebuah masjid. Untuk menjadikan sebuah masjid itu sebagai Masjid Pengurusan ia sekurang-kurangnya ada 2 orang pegawai yang akan dilantik sebagai Pengurus dan Pembantu Pengurus. Jadi implikasi kewangan pastinya ada tetapi jumlahnya lebih kurang sama. Dan untuk jawapan lebih lanjut berkenaan status Masjid As-Syarif saya akan dapatkan maklumat lanjut daripada jabatan dan nanti ia akan disusul dengan jawapan bertulis. Terima kasih.

Speaker

Seri Setia

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya pada Yang Berhormat EXCO. Saya tertarik apa Yang Berhormat katakan tadi bahawa antara kriteria pengurusan yang diambil adalah kerana konflik antara kariah dengan pihak masjid. Soalan saya tidak adakah satu had tempoh masa tahun untuk pihak pengurusan serahkan balik kepada kariah sebab kawasan saya ada satu masjid tu hampir 10 tahun di bawah pihak pengurusan. Jadi kariah ni mula bertanya sampai bila kami nak di bawah pengurusan masjid?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Seri Setia. Berkenaan dengan soalan yang diajukan iaitu tempoh masa sesebuah masjid itu akan diurus oleh Jawatankuasa Pengurusan. Sebenarnya tidak ada tempoh masa. Ia bergantung pada situasi, keperluan dan juga keadaan semasa. Kalau sekiranya memang ada keperluan untuk diserah balik kepada pihak anak kariah, pihak JAIS akan meneliti daripada segenap aspek dan insyaallah akan dipertimbangkan tetapi kita sekarang menuju ke arah pengurusan masjid yang lebih kemas, yang lebih profesional, justeru tadi diajukan oleh Sijangkang berkenaan unjuran untuk menjadikan masjid-masjid kita ditadbir dan diurus oleh Pengurus yang sepenuh masa supaya lebih kemas dan lebih licin. Terima kasih.

Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan saya nombor 40.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Kewangan Pbt Di SelangorQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan Belanjawan setiap PBT di Selangor pada tahun 2022 b)

Adakah PBT di Selangor mempunyai kewangan yang kukuh sekiranya tidak melaksanaan kenaikan cukai takfiran pada tahun ini? c)

Nyatakan PBT yang masih hutang dengan Kerajaan Negeri serta jumlah hutang mereka. Y.B

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, secara keseluruhan anggaran hasil setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bagi tahun 2022 adalah berjumlah RM 2,426.51 juta. Perbelanjaan RM 2,621.41 juta dan kekurangan atau defisit adalah sebanyak RM194.9 juta dengan pecahan seperti berikut :-

Bagi Shah Alam, anggaran hasil 2022 adalah sebanyak RM 487 juta dan anggaran perbelanjaan 2022 adalah RM508.34 juta. Defisit RM21.34 juta.

Bagi PJ RM388.74 juta. Itu anggaran hasil dan perbelanjaan RM 410.72 juta. Defisit RM21.98 juta.

Bagi Subang Jaya, anggaran hasil RM279.14 juta, anggran perbelanjaan RM297.65 juta. Defisit RM18.51 juta.

Klang, anggaran hasil RM258.29 juta, anggaran perbelanjaan RM305.14 juta. Defisit RM46.84 juta.

Ampang Jaya, anggaran hasil RM147 juta, anggaran perbelanjaan RM200 juta, defisit RM53 juta.

Selayang, anggaran hasil RM189.27 juta, anggaran perbelanjaan RM189.27 juta. Balance budget.

Bagi Kajang, anggaran hasil RM222.59 juta, anggaran perbelanjaan RM231.36 juta, defisit RM8.77 juta.

Bagi Sepang, anggaran hasil RM166.21 juta dan anggaran perbelanjaan juga RM166.21 juta, balance budget.

Bagi Kuala Langat anggaran hasil RM78.76 juta dan anggaran perbelanjaan RM86.33 juta, defisit RM7.57 juta.

Kuala Selangor, anggaran hasil adalah RM93.98 juta dan anggaran perbelanjaan juga RM98.8 juta, balance budget, mohon maaf, anggaran perbelanjaan adalah RM98.8 juta iaitu defisit RM4.82 juta.

Hulu Selangor, RM93.78 juta untuk anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan adalah RM104.05 juta. Defisit adalah RM10.27 juta.

Sabak Bernam, anggaran hasil RM21.75 juta, anggaran perbelanjaan adalah RM23.54 juta. Defisit RM1.78 juta.

Kedudukan kewangan PBT Negeri Selangor terkini adalah baik dengan pelaksanaan kawalan perbelanjaan yang dibuat, namun terdapat aras cukai taksiran yang berkuat kuasa yang telah menjangkau lebih daripada 30 tahun dan ia memberi kesan kepada PBT dalam memberi perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, memandangkan negara baru sahaja beralih ke fasa endemik Covid-19 dengan aktiviti ekonomi baru dibuka, Kerajaan negeri Selangor tidak berhasrat untuk menaikkan kadar cukai negeri Selangor pada masa ini. Ditambah dengan masalah kadar infeksi makanan dan harga barang yang semakin tinggi, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat (MMKN) pada 13 Julai 2022 membuat keputusan bahawa tiada kenaikkan kadar cukai pintu di negeri Selangor pada waktu rakyat masih berhadapan dengan ke tidak tentuan ekonomi pada masa ini. Kerajaan Negeri akan terus bersama dengan rakyat negeri Selangor dengan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa ini. Terdapat 6 PBT yang masih mempunyai hutang dengan Kerajaan Negeri yang dan baki pinjaman sehingga 18 Julai 2022 adalah hampir RM53 juta. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut :

i. Shah Alam – RM24.2juta ii. Subang Jaya - RM11.5 juta iii. Kajang – RM3.5 juta iv. Kuala Langat RM1.9 juta v. Kuala Selangor – RM6.9 juta vi. Sabak Bernam – RM4.8 juta.

Sekian, terima kasih.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Soalan tambahan.

Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan tidak begitu kukuh, perbelanjaan juga banyak defisit dan juga kita sudah menyatakan bahawa tidak setuju untuk menaikkan cukai taksiran. Bagaimana dengan kutipan sampah yang dilakukan oleh KDEB dengan kadar bayaran yang sangat rendah seperti yang dua hari yang lepas kita bahaskan ini adakah Kerajaan Selangor berhasrat memberi geran semula kepada KDEB supaya mereka boleh meningkatkan prestasi mereka daripada baik kepada lebih baik dan menjadikan sebuah syarikat kutipan sampah yang terbaik sekali di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih di atas cadangan daripada Yang Berhormat KKB. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat KKB dan cadangan ini akan dibincang dalam mesyuarat yang akan datang. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Taman Medan

Baik, terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Kinrara, saya ingin bertanya, selain daripada cukai taksiran, denda, saman, kompaun dan sewaan aset serta ruang niaga, apakah sumber-sumber lain yang boleh menjadi sumber kepada pendapatan dan perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan? Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Itu sahajalah yang pendapatan bagi PBT. Satu lagi yang mungkin Yang Berhormat Taman Medan tidak sebut tadi adalah lesen perniagaan. Lebih kurang macam tu jelah pendapatan yang untuk semua PBT. Terima kasih.

Speaker

Sungai Burong? Tak hadir. Semenyih?

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menggunakan peruntukan 24(2) untuk soalan. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Pemulihan Sektor PelanconganQuestions

41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memulihkan sektor pelancongan yang telah terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat pandemik COVID-19?

b)

Apakah jenis bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan yang terjejas dan jumlah yang telah dibelanjakan untuk membantu mereka sehingga kini?

Speaker

Okay, saya izinkan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Bagi tujuan memulihkan sektor pelancongan yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19, Kerajaaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor yang bertindak sebagai agensi promosi pelancongan rasmi negeri telah pun melaksanakan inisiatif seperti berikut:

1. Melaksanakan kempen pelancongan domestik “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” di platform e-dagangan dan juga e-dompet terpilih berserta pengagihan subsidi e-voucher pelancongan Negeri Selangor yang bernilai RM 2 juta pada tahun 2020 dan RM 1 juta pada tahun 2021;

2. Mempromosikan tempat-tempat tarikan pelancongan di Negeri Selangor melalui Siri Promosi Jelajah Pusing Selangor Dulu ke negeri-negeri terpilih Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta penyertaan di dalam acara pameran pelancongan bagi pasaran domestik seperti MATTA Fair Kuala Lumpur, Malaysian International Travel Mark Kuala Lumpur, Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 Kuching, Sarawak dan juga Jelajah Pusing Selangor Dulu, Johor. Usaha sama mempromosikan pakej pelancongan Negeri Selangor secara business to business dan juga government to government bagi mewujudkan aktiviti promosi pelancongan domestik secara bersilang;

3. Mempromosikan produk-produk pelancongan Negeri Selangor melalui Siri Promosi Pelancongan Splendid Selangor yang menumpukan pasaran antarabangsa seperti penyertaan Kerajaan Negeri di Dubai Expo 2020 daripada 6 hingga 12 Mac 2022, Feria Internacional de Turismo (FITUR) di Madrid, Sepanyol daripada 19 hingga 23 Januari 2022 dan juga Seatrade Cruise Global Fair dekat Miami, Florida daripada 19 hingga 23 Januari 2022. Malaysia Healthcare Expo, Jakarta, Indonesia iaitu 24 hingga 27 Mac 2022 dan akan datang adalah Tourism Expo Japan (JATA) dan juga World Travel Market (WTM) London;

4. Melancarkan aplikasi Go Selangor sebagai aplikasi rasmi Kerajaan Negeri Selangor yang diperkenalkan untuk memulihkan pelancongan dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana iaitu IKS di sekitar Selangor;

5. Memberikan geran bantuan bagi penganjuran acara berkaitan pelancongan di Negeri Selangor. Peruntukan keseluruhan sebanyak RM 1 juta, peruntukan maksimum RM 20 ribu bagi setiap cadangan penganjuran acara yang terpilih;

6. Bantuan geran pemulihan on off kepada 17 persatuan-persatuan berdaftar berkaitan penggalakan pelancongan di Negeri Selangor dengan setiap persatuan menerima sebanyak RM 15 ribu. Jumlah keseluruhan adalah RM 225 ribu;

7. Latihan digitalisasi iaitu platform e-dagang dan media sosial pada pengusaha-pengusaha IKS iaitu industri kecil dan sederhana produk pelancongan Selangor, peruntukan sebanyak RM 253,650.00.

Untuk menjawab soalan yang kedua, bantuan-bantuan yang telah pun diberikan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan yang terjejas dan jumlah yang telah pun dibelanjakan untuk membantu mereka sehingga kini adalah seperti berikut:

1. Subsidi Baucar Pelancongan 2020 iaitu sebanyak RM 2 juta dikendalikan melalui konsep penyenaraian Pakej Pelancongan di platform e-dompet, Touch N Go iaitu Touch N Go Digital Sdn. Bhd. dengan e-dagang Lazada Malaysia iaitu Ecard Services Sdn Bhd dengan sebanyak 34 pengusaha produk pelancongan yang beroperasi di dalam Negeri Selangor dengan menerima faedah program penyertaan sukarelawan yang mana pengguna mendapat baucar pelancongan dengan nilai RM200 dan perlu berbelanja tambahan sekurang-kurangnya RM50 bergantung kepada pakej pelancongan yang ditawarkan;

2. Subsidi Baucar Pelancongan 2021 iaitu sebanyak RM1 juta dikendalikan melalui konsep penyenaraian Pakej Pelancongan Pusing Selangor Dulu di platform e-dagang Shopee Malaysia iaitu Shopee (M) Sdn. Bhd. dengan sebanyak 37 pengusaha agensi pelancongan yang beroperasi dalam Negeri Selangor dengan menerima faedah program yang mana pengguna mendapat e-baucar pelancongan bernilai RM100 setiap satu dan perlu berbelanja tambahan sekurang-kurangnya RM50 bergantung kepada pakej pelancongan yang ditawarkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan?

Speaker

Semenyih?

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, kita maklum bahawa pelancong di Selangor ini ada dua kategorilah apa yang saya maklumkan iaitu kategori antarabangsa dan kategori tempatan lah. Apa yang kita nampak lihat di Selangor ini merupakan potensi ya, kita di kawasan industri ya yang pesat dan diorang hujung minggu merupakan tempat apa, mencari tempat-tempat rekreasi untuk me-releasekan, menenangkan fikiran. Tapi apa yang saya nampak kita ada potensi

untuk tempatan ni, sekarang ni ada cycling – berbasikal jadi saya nampak kemudahan infra ni masih kekurangan lagi jadi melibatkan keselamatan dan keselesaan. Jadi pihak-pihak EXCO dapat naiktarafkan ya, jalan-jalan yang apa, beri keutamaan pembinaan laluan basikal untuk kita apa, hujung minggu dan sebagainya. Ini salah satu galakan Selangorlah, saya rasa itu boleh pihak EXCO berbincang dengan pihak JKR atau pihak persekutuan untuk melebarkan jalan khusus untuk kemudahan berbasikal ini. Itu cadangan sayalah. Pandangan pihak Yang Berhormat EXCO semua.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih cadangan daripada Yang Berhormat Semenyih. Memang pelancongan berkonsepkan berbasikal ini kian mendapat penarikan di mana selepas Covid-19, dia bukan setakat merupakan sukan, secara sukan tapi juga kerana riadah dan banyak tempat laluan seperti ke KKB dan juga ke Batu Arang merupakan tumpuan untuk mereka ni so kita akan maklum dan akan bekerjasama dengan PBT untuk menaiktaraf apa yang sedia ada supaya mereka dapat kayuh basikal dengan selamat dan juga dapat menikmati tempat-tempat pelancongan menarik di sekitar sana. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sungai Pelek?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. Pusing Selangor, Pusing Sepang Dulu. Tuan Speaker, memandangkan sektor pelancongan amat penting untuk negeri kita dan Selangor pun merupakan sebuah negeri yang banyak dengan tarikan pelancongan dan memandangkan ini penting kepentingan ini adakah kerana pandemik juga, jadi pelancongan domestik sudah menjadi satu sektor yang sangat penting hasil untuk Selangor. Jadi adakah Tourism Selangor akan diberikan lebih dana lagi untuk mempromosikan pelancongan? Kerana tadi EXCO katakan ada baucar pelancongan ha, itu satu idea bagi saya sangat baik, sangat berkesan. Cuma dana hanya RM 2 juta satu tahun. Itu merupakan satu amaun yang kecil sangatlah. So sebab itu saya mintak adakah Tourism Selangor ataupun Exco Pelancongan boleh meminta bantuan daripada negeri supaya suntikan lebih dana untuk mempromosikan pelancongan domestik di Selangor. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Memang kita mengharapkan mendapatkan tambahan peruntukan untuk mempromosikan pelancongan bukan setakat di luar negara tapi juga di Malaysia dan juga di Selangor khususnya, dan untuk itu tujuan ni walaupun baucar ni RM 2 juta pada tahun 2020 dan RM 1 juta pada 2021, tapi dia ada multiply effect sebab RM 2 juta tu kemungkinan akan membawa satu business yang agak besar sampai RM5 juta kerana dia merangkumi untuk pembelian pakej daripada yang produk pelancongan tu, bukan setakat RM200, RM100 tapi RM300. So dia

kena tambah nilai, so dia ada multiply effect. So untuk masa akan datang kita akan mintak supaya ada peruntukan tambahan untuk tujuan yang ni. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Tuan Speaker?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan, tambahan sikit.

Speaker

Bukit Lanjan? Soalan sudah dijawab, 42. Seterusnya, Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Speaker, soalan saya No. 43.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Pinjaman SukukQuestions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membenarkan Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI melakukan pinjaman sukuk dan apakah strategi untuk memuktamadkan terbitan sukuk tersebut?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Gombak Setia atas soalan yang ditanyakan berkenaan dengan hasrat Kerajaan Negeri membenarkan ataupun tidak MBI atau Menteri Besar Incorporated untuk melaksanakan pinjaman sukuk dan apakah strategi-strategi memuktamadkan penerbitan sukuk tersebut? Untuk makluman Yang Berhormat Gombak Setia setakat ini Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO Kerajaan Negeri belum lagi dimaklumkan oleh pihak MBI sama ada untuk menerbitkan ataupun melakukan pinjaman sukuk, menerbitkan, melakukan pinjaman sukuk yang mungkin dilaksanakan sebagai salah satu option bagi pihak MBI mendanai beberapa projek-projek berkapasiti tinggi dan bernilai tinggi yang dilaksanakan oleh MBI dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Namun begitu, kita yakin MBI mempunyai beberapa option dan ini adalah sebahagian daripada usaha yang sewajarnya dilaksanakan untuk MBI selain daripada membantu negeri untuk program pembangunan dalam negeri tetapi juga membantu negeri untuk melancarkan beberapa projek-projek khusus dan khas yang difikirkan sesuai seperti SMG ataupun Selangor Maritime Gateway dan beberapa projek yang dilancarkan dalam

Rancangan Selangor-1. Setakat ini belum sampai kepada pengetahuan Kerajaan Negeri namun, untuk makluman Gombak Setia perkara ini dibincangkan dalam beberapa option MBI dan salah satu option itu adalah sukuk dan mereka sedang meneliti ataupun menggariskan. Terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Gombak Setia?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Dato’ Menteri Besar atas jawapan tadi, namun saya ingin minta pandangan Kerajaan Negeri sekiranya MBI memohon untuk memuktamadkan sukuk pastinya ia akan memerlukan jaminan-jaminan daripada Kerajaan termasuklah untuk mencagarkan aset-aset MBI kepada bank. Justeru itu saya mohon penjelasan daripada Kerajaan apakah pandangan Kerajaan Negeri sekiranya perkara-perkara seperti ini dipohon oleh MBI? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih pihak Gombak Setia. Sudah pasti pihak Kerajaan Negeri akan membincangkan secara keseluruhan risiko yang bakal dihadapi termasuk charge ataupun mencagarkan aset-aset kita kepada bank ataupun institusi-institusi kewangan. Sudah pasti untuk penerimaan ataupun mendapatkan sukuk ini biasanya ia akan bergantung kepada penarafan yang diberikan oleh bank terhadap institusi-institusi milik kita seperti anak syarikat PKNS dan sebagainya. Justeru MBI harus memberikan keyakinan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sama ada langkah mengambil sukuk ini sesuai dan juga tidak mengurang, menawarkan risiko yang tidak membebankan Kerajaan Negeri terutamanya akan kehilangan aset-aset yang sewajarnya menjadi milik dan hasrat Kerajaan Negeri. Dan yang kedua, pihak Kerajaan Negeri juga ingin melihat hasrat sama ada pendanaan sukuk ini digunakan untuk apa. Kalau ia digunakan untuk menjana projek ataupun menjana program dan projek baru yang berkualiti tinggi, kita kena lihat projek itu sendiri sama projek itu betul-betul berdaya saing ataupun projek itu hanyalah satu tawaran yang masih lagi tidak dipastikan kos benefit analysis yang jelas perlu diterangkan kepada Kerajaan Negeri. Dan saya yakin MBI mempunyai risk department ya, dan pihak Kerajaan Negeri akan melihat jugak serta mendapatkan pandangan kedua kalau diperlukan. Sudah pasti jaminan diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan risiko yang besar terhadap kehilangan aset-aset Negeri. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih kepada Tuan Speaker, bukan ke benar permohonan sukuk ini ataupun permohonan sukuk ini perlu melalui satu proses saringan ataupun kelulusan daripada pengawal atur yang tidak, diketuai oleh Bank Negara sebelumnya ia boleh diluluskan. Dan barangkali untuk meleraikan sebarang kebimbangan yang ada di sebelah sana yang bertanyakan soalan ini, bukankah benar bahawa Kerajaan sekarang ini telah pun memohon beberapa sukuk untuk membiayai projek-projek infrastruktur dan bukannya semata-mata untuk projek-projek ataupun perbelanjaan pengurusan sebab tadi, di mana ini boleh digunakan untuk membekalkan atau menyebabkan ataupun mewujudkan satu multiplier effect yang cukup tinggi kepada pembangunan ekonomi Selangor. Bukankah itu yang berlaku di Selangor sekarang?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sudah pasti bagi pihak Kerajaan Negeri jika ingin memberikan sebarang sokongan ataupun jaminan Kerajaan Negeri perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kewangan dan ini adalah syarat yang perlu di penuhi oleh pihak Kerajaan Negeri jika ingin memberikan sebarang jaminan. Menyentuh berkenaan soalan yang dikemukakan oleh Banting. Sudah pasti permohonan sukuk akan melalui proses-prosesnya dan pihak bank juga akan melihat kemampuan kepada pemohon sukuk adakah mereka mampu membayar dia ada A, triple A status ataupun taraf dan pelbagai taraf-taraf yang di bandingkan dengan aset pemilikan syarikat terbabit kemampuan syarikat terbabit dan laporan-laporan terkini syarikat terbabit. Justeru itu Bank Negara akan memantau dan prosesnya sangat ketat dan bank juga diikat dengan peraturan yang kukuh ataupun yang jitu oleh Bank Negara dan juga Peraturan Kewangan Negara. Justeru saya percaya daripada segi peraturan saya tidak bimbang cuma pengalaman kita melihat beberapa anak syarikat mengambil sukuk saya boleh maklumkan ada sebahagiannya tahun-tahun yang lepas kira-kira tahun 2012, 2013,2014 lepas bila kita lihat bebanan yang besar itu kerana tidak digunakan untuk menjana projek sebaliknya digunakan untuk pentadbiran. Justeru memang secara peribadi saya dan juga Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kita sudah menetapkan bahawa pengambilan sukuk untuk membiayai projek yang bernilai tinggi dan kita ingin lihat sendiri kemampuan dan kos benefit analisisnya ataupun penilaian risiko terhadap projek itu supaya ia tidak membebankan syarikat itu sendiri pada masa hadapan mahupun Kerajaan Negeri yang akhirnya Kerajaan Negeri bertanggungjawab kerana sebahagian besar daripada board nya adalah Menteri Besar Negeri ataupun Setiausaha Kerajaan Negeri, PWN ataupun EXCO Kerajaan Negeri sendiri yang bertanggungjawab dalam keputusan-keputusan yang dibuat. Sekian, terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa tidak hadir. Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 45.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Status Jejambat Bandar Saujana Putra Dan Kesesakan Lalulintas Di Bandar Saujana PutraQuestions

45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah jaminan oleh Kerajaan Negeri bahawa Jejambat BSP akan dapat disiapkan pada Mei 2023?

b)

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan lain untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas di laluan ini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Sijangkang bertanyakan soalan mengenai status jejambat Bandar Saujana Putra dan kesesakan lalu lintas di Bandar Saujana Putra. Untuk makluman Yang Berhormat, pendengaran tertutup Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketulusan Special Select Committee on Accountability and Integrity ataupun SELCAT telah diadakan pada 22 April 2022 berkenaan status terkini projek pembinaan jejambat atau flyover di Bandar Saujana Putera. Di dalam pendengaran tersebut pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd di bawah LBS Bina Group Bhd. Untuk membina jejambat ini telah memberi komitmen kepada Jawatankuasa SELCAT bahawa jambatan ini akan disiapkan pada Mei 2023 berdasarkan keadaan semasa yang melibatkan isu pekerja, isu bahan binaan dan juga isu mendapatkan kelulusan untuk memasuki tapak yang melibatkan kawasan lebuh raya di PLUS dan juga SKVE. Saya telah turut dipanggil oleh SELCAT untuk pendengaran ini dan telah juga memanggil mesyuarat berikutnya pada 21 Jun 2022 yang melibatkan semua pihak yang terbabit dengan jejambat ini termasuk pihak PLUS, LLM dan juga Majlis Perbandaran Kuala Langat bagi membincangkan secara terperinci untuk memastikan projek ini akan siap mengikut jadual dan di dalam mesyuarat itu komitmen sekali lagi diberikan oleh pihak LBS, Seribu Baiduri Sdn. Bhd melalui LBS Bina Group untuk menyelesaikan segala isu berkaitan dan setakat ini kemajuannya 48% dan kita telah mensyaratkan juga dalam mesyuarat

berkenaan supaya Majlis Perbandaran Kuala Langat akan memastikan pemantauan yang dibuat secara berkala iaitu secara bulanan yang akan dibentangkan setiap bulan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Pengangkutan Awam Majlis Perbandaran Kuala Langat. Jadi kita akan memantau dan memastikan kalau mengikut dari perancangan dari isu-isu yang berkaitan nampaknya isu-isu berkaitan dengan pekerja berkaitan dengan kenaikan harga barang binaan dan juga berkaitan isu aspek teknikal telah diselesaikan dalam proses pelaksanaan dan insyaallah akan siap mengikut yang dijadualkan. Untuk yang bahagian kedua yang mengenai perancangan menyuraikan kesesakan lalu lintas, berdasarkan kelulusan Pelan Susun Atur Pembangunan Bandar Saujana Putra yang diluluskan sebelum ini terdapat cadangan keluar masuk ke Bandar Saujana Putra iaitu melalui Lebuh Raya ELITE(PLUS), Lebuh raya SKVE dan juga ke Bandar Rimbayu. Kesesakan di kawasan ini kerana ia menjadi laluan pintas untuk menghubungkan Shah Alam ke Putrajaya dan ke Pelabuhan Klang. Kajian trafik menyeluruh daripada pihak IJM Berhad untuk pembangunan di kawasan Rimbayu akan digunakan bagi menambah baik dan merancang laluan keluar yang sesuai di pembangunan ini yang menyumbang kesesakan di bulatan Bandar Saujana Putra. Kajian dijangka akan disiapkan pada hujung bulan Ogos 2022 dan pihak pemaju pembangunan di sekitar Rimbayu akan mengkaji semula keseluruhan laluan di kawasan sekitar yang memungkinkan untuk membina laluan ‘interchange’ dari Rimbayu dan Seri Cheeding terus ke lebuh raya SKVE dan sekiranya ada keperluan Pelan Kebenaran Merancang akan dipinda berdasarkan laporan TIA yang telah dikemukakan. Pada masa ini, pihak pengurusan Pejabat Cawangan MPKL di Bandar Saujana Putra dengan kerjasama PDRM telah mengambil tindakan pengawalan lalu lintas dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Jika terdapat keperluan, masa pengawalan akan ditambah dan ditingkatkan. Laluan susur sementara dari Jalan Saujana Putra terus ke laluan Plaza Tol SKVE telah dibina oleh pihak LBS sebelum pembinaan jejambat disiapkan bagi mengurangkan kesesakan di Bulatan Bandar Saujana Putra. Sekian.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya tengok persepsi daripada kalangan masyarakat masih tidak yakin bahawa projek ini akan disiapkan pada Mei 2023. Tidak apa. Itu adalah persepsi walaupun kita cuba yakinkan, kerana jawapan daripada EXCO pada penghujung tahun lepas akan siap pada Mei tahun ini dan mereka tidak yakin tapi itu soal mereka. Yang saya hendak bangkitkan sekarang ini adalah lebih kurang dalam dua atau tiga bulan yang lalu berlaku mendapan di kawasan bulatan itu yang saya kira sehingga pada hari ini saya tidak dapat lagi maklumat apa puncanya dan tempoh hari juga ada menyatakan akan diadakan satu kajian sebab kita melihat pengalaman daripada sudut cerucuk kita ada runtuhan di jejambat daripada Cyberjaya dan kemudian cerucuk yang menyebabkan Bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat tidak dapat diuruskan. Saya khuatir kalau dia juga disebabkan

ada laluan air di bawah menyebabkan jejambat di Cyberjaya itu runtuh dan sekarang ini kita tidak nampak lagi jawapan apa puncanya dan saya khuatir ini akan menjadi masalah kelewatan dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang tentang pertanyaan tambahan itu dan saya telah pun jelaskan sedikit semasa pendengaran SELCAT dan juga dalam mesyuarat, memang ditimbulkan isu yang saya sebut tadi aspek teknikal di mana berlaku sedikit delay ataupun kelewatan itu kerana perubahan kepada design kepada cerucuk merupakan satu kesilapan. Tapi bukan kesilapan design yang awal daripada pihak konsultan tidak menepati sepenuhnya keperluan bagi pembinaan jejantas atau jejambat ini. Itu telah diubah dan telah diselesaikan. Cuma yang ada sedikit isu yang pada peringkat awal saya dapat ketika mesyuarat itu ialah, berlakunya isu pengalihan utiliti di bawah yang menyebabkan sedikit keruntuhan yang telah pun difahamkan telah selesai sehingga hari ini pun telah berjalan dengan baik. Tentang persepsi kawasan itu masih sesak dan kita memang melihat lagi apa lagi kaedah yang kita boleh buat, memang kawasan itu agak sesak sebab itu saya ada sebut tadi cadangan jalan keluar ke Rimbayu itu dapat diperkemas dan diperbaiki dan SKVE telah siap untuk dibuat, boleh mengurangkan sikit tetapi masih lagi kawasan itu masih sesak dan kita akan lihat lagi apa lagi kaedah yang kita boleh gunakan dan untuk rakyat setempat kalau sesak mesti tidak yakinlah tapi saya sudah memaklumkan dalam mesyuarat kerja-kerja tanah memang lambat tidak nampak pergerakannya tetapi siap kerja-kerja tanah tapak itu dan kerja-kerja di atas akan cepat. Jadi itu yang kita sebut tadi akan pantau secara bulanan jadi saya sudah beri tahu Majlis Perbandaran minta arahan setiap bulan kita akan dapatkan laporan tentang kemajuan ini dan kita tidak akan tunggu sehingga dua tiga bulan sebelum Mei baru kita hendak pastikan ikut jadual. Setakat ini 50% dan sedang berjalan dengan baik. Cuma satu isu lagi yang kita sedang selesaikan yang akan dibawa ke MTES adalah berhubung dengan maintenance itu nanti yang sangkut sikit dengan ELITE kerana ada kawasan yang tengah-tengah di bawah Majlis Perbandaran tetapi kawasan itu hendak diuruskan oleh Majlis Perbandaran tidak berbaloi melibatkan dua lebuh raya ini yang itu kita akan selesaikan dan diputuskan untuk bawa paper ini untuk penyelesaian berkenaan maintenance bagi menghubungkan dua ELITE dan SKVE ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Ini juga berkaitan dengan soalan saya yang ke 274. Flyover di Bandar Saujana Putra ini merupakan pada pandangan saya sekarang ini telah pun bergerak dengan lebih cepat. Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat EXCO sama ada dapat permohonan untuk mendapatkan kelulusan

ataupun permit menjalankan kerja pada waktu malam ataupun sepanjang 24 jam daripada kontraktor yang berkenaan dan sekiranya ada daripada kontraktor ataupun konsultan ataupun syarikat pemaju adakah kerajaan bersedia untuk memberi kelulusan kepada mereka barangkali kelulusan khas bagi mempercepatkan seluruh proses ini sekiranya ada. Yang kedua, berkaitan dengan penyelenggaraan itu Yang Berhormat menyebut bahawa perlu dibincangkan di MTES adakah kerajaan akan explore atau meninjau kemungkinan untuk minta SKVE dan atau Lebuh Raya Utara Selatan untuk menyumbang sebahagian daripada kutipan tol di Bandar Saujana Putera ini kepada Majlis sekiranya Majlis diberi mandat untuk menyelenggarakan flyover itu dan majlis menggunakan wang atau geran daripada mereka untuk menyelenggarakan flyover ini. Adakah itu satu peluang ataupun kemungkinan yang kita boleh tinjau.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Untuk soalan pertama, soalan tambahan pertama itu saya memang rasa kewajaran. Setakat ini masih belum ada permohonan itu saya difahamkan belum ada, kalau ada saya rasa itu satu kewajaran kerana pembinaan jalan di kawasan sesak ini kalau dibuat semasa siang memang akan mengganggu lalu lintas menambah lagi sesak. Biasanya kita akan buat pada sebelah malam. Jadi ini saya rasa doesn't matter what time, tunggu masa untuk mereka membuat kerja disebelah malam tapi yang pentingnya pemantauannya kita kena pastikan jika ada ter-delay daripada jadual pembangunan, bermakna kita perlu mencepatkanlah. Itu dalam jadual kerja perlu diteliti dan dipantau bulanan kalau kita dapati ada delay atau kelewatan, kita kena buat lebih 24 jam sebab untuk memastikan ia siap by Mei 2023. Yang keduanya berhubung dengan isu mengenai kos ataupun perbelanjaan bagi maintenance, untuk makluman antara dua highway ini dia memang ada kawasan ROW masing-masing yang mereka akan bayar mengikut konsesi mereka. Tetapi di antara highway ini ada trash. Saya ingat ada dalam 100 meter yang terletak di bawah bidang kuasa Majlis Bandaran. Yang ini kalau kita nak minta Majlis Bandaran untuk menguruskan saya rasa tidak wajar. Ini highway lagi standard nya tinggi daripada segi pengurusan lebuh raya ini dan kos yang tinggi. Jadi seperti saya sebut tadi paper ini kita kena bawa pada MTES, tengok sama ada kita hendak serah kepada pihak konsesi. Kalau kita serah kepada mereka, mereka akan minta supaya dibayar. Bukan dia bagi dekat kita, kita yang kena bagi dekat dia pula sebab dia hendak maintenance trash SKVE dengan ELITE. Ada satu kaedah lagi kita boleh juga minta supaya Majlis Bandaran, MPKL untuk menguruskan tempat itu dengan kos maintenance yang tinggi dan itu kita akan teliti nanti untuk diputuskan segera sebab apa, tuntutan daripada Elite dan SKVE ialah dia mengambil sehingga, dia minta duit untuk maintenance sehingga tempoh konsesi dia. Itu yang menyebabkan kos yang tinggi baru-baru ini. Sampai 2 juta, berapa juta tu. Sebab dia minta awal-awal lagi. Kos sampai 2,047, 2,037 jadi saya itu tidak wajar, sebab benda ini adalah tahunan, bajet ini. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita akan selesaikan dalam masa terdekat. Terima kasih.

Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)Questions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah graduan AKW setakat program ini dilancarkan dan berapa ramai daripada mereka diserap ataupun dilantik ke jawatan-jawatan seperti Ahli Majlis atau Ketua Kampung?

b)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mempromosikan AKW sebagai satu program yang mempunyai akreditasi?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih, Yang Berhormat Kampung Tunku. Tuan Speaker, saya mengambil soalan yang patut dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Seri Serdang. Isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan Akademi Kepimpinan Wanita, berapakah graduan akademi yang telah dicapai dan sebagainya. Jadi ingin saya nak maklumkan di dalam Dewan ini Akademi Kepimpinan Wanita atau dikenali sebagai AKW merupakan sebuah program inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang telah dilancarkan pada 19 September 2019 oleh Dato’ Menteri Besar. Jadi program ini diwujudkan sebagai sebuah platform untuk golongan wanita menambah ilmu dan kemahiran serta bertindak sebagai find bakat dengan izin talent guideline untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam lapangan politik dan kerja sosial. Jadi inisiatif ini sejajar dengan Dasar Wanita Selangor yang mencapai matlamat 4 iaitu mempercepatkan penyertaan, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita. Semenjak dilancarkan telah ada 3 kohort yang telah dilancarkan dan 2 telah pun graduasi. Dan untuk menjawab soalan seramai 180 graduan iaitu 81 orang daripada kohort 1, dan 99 orang graduan daripada kohort 2, yang mana sasaran sepenuhnya kita akan sasarkan kepada 500 pada graduan menjelang tahun 2025. Daripada 180 orang itu graduan AKW seramai 5 orang graduan telah dilantik sebagai Ahli Majlis, manakala seramai 26 graduan AKW telah memegang jawatan di dalam Badan Bukan Kerajaan dan Pengurusan Tertinggi

Parti Politik di semua peringkat. Jadi ini adalah satu penglibatan yang mana kita yakin atau pun satu akademi yang kita yakin boleh melonjakkan ataupun mempercepatkan penglibatan wanita di dalam pembuat dasar ataupun politik itu sendiri.

Dan soalan kedua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat atau pun khususnya Yang Berhormat Kampung Tunku, Kerajaan Negeri telah meletakkan sasaran lebih awal untuk mengangkat AKW sebagai sebuah program pengajian yang mendapat pengiktirafan di dalam Agensi Kelayakan Malaysia atau pun dengan izin Malaysian Qualification Agency (MQA). Jadi bagi mendapat akreditasi tersebut AKW perlu memenuhi beberapa syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak MQA. Iaitu meliputi 9 bidang. Jadi kalau kita lihat syarat-syarat yang telah diletakkan itu, 9 bidang itu, saya bacakan di sini iaitu; mesti adalah 1. Misi, visi dan matlamat pendidikan yang jelas. 2. Reka bentuk dan pencapaian kurikulum 3. Penilaian pelajar 4. Pemilihan dan khidmat sokongan pelajar 5. Staf akademik 6. Sumber pendidikan 7. Pemantauan dan semakan program 8. Kepimpinan Governance dan pentadbiran 9. Menambaikan kualiti berterusan

Jadi apa yang saya lihat AKW ini dalam banyak-banyak 9 bidang ini ada satu perkara yang belum tidak dicapai iaitu dalam perkara (5) iaitu staf akademik. Staf akademik ini sebenarnya ada kekangan sikit sebab di AKW ini mengambil tenaga pengajar sebagai secara sambilan. Jadi ini saya yakin Insya-Allah akan diselesaikan dan pihak WBS kini sedang dalam tindakan untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan sepenuhnya supaya akreditasi penuh dapat dijalankan atau pun dapat diperolehi daripada MQA. Jadi buat masa ini Sijil Graduasi AKW sedia ada adalah sijil yang boleh digunakan sebagai sijil sokongan dan ia adalah nilai tambah untuk perlantikan jawatan-jawatan di dalam Kerajaan Negeri. Terima kasih, itu sahaja.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Speaker

Kampung Tunku

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Baik. Saya gembira mendengar bahawa antara kohort AKW terdapat 5 Ahli Majlis dan 26 orang wanita yang terlibat dalam NGO. Tetapi, antara mereka yang tidak ada lantikan politik atau pun penglibatan dengan NGO dan sebagainya, apakah usaha AKW untuk memastikan bahawa hubungan antara AKW dengan mereka masih

bersambung that’s mean dengan izin they will come back for programme dan sebagainya dengan izin atau pun membantu di dalam program Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Kampung Tunku. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan yang saya tahu yang juga dibekalkan nota tambahan, iaitu kalau mereka tidak diserapkan di dalam bidang-bidang politik atau pun jawatan-jawatan politik, mereka sebenarnya ada alumni AKW yang mana telah mereka manfaatkan iaitu sebagai penyumbang khidmat dan bakat di dalam program-program di bawah Kerajaan Negeri. Contohnya mereka menjadi moderator, menjadi ahli panel dan menjadi sekretariat yang dianjurkan oleh Wanita Berdaya Selangor kerana kita tidak mahu mereka yang telah pun dididik atau pun diambil dan diberikan pelajaran ini kita tidak manfaatkan. Sebenarnya ada lagi potensi untuk kita serapkan selepas ini jika ada ruang yang diberikan. Itu sahaja. Terima kasih.

Speaker

Bukit Melawati

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Capaian Internet Di Kawasan Luar BandarQuestions

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kadar capaian Internet di kawasan-kawasan luar bandar di Negeri Selangor termasuk Kuala Selangor?

b)

Apakah langkah terkini Kerajaan Negeri dalam membantu menambahbaik infrastruktur dan kemudahan Internet di kawasan luar bandar?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Bukit Melawati. Yang Berhormat Bukt Melawati bertanyakan soalan berkaitan capaian Internet di kawasan luar bandar. Statistik terkini liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G di Kawasan berpenduduk bagi Negeri Selangor sehingga suku pertama

tahun 2022, adalah 99.78%. Bagi pecahan mengikut daerah bagi Kawasan luar bandar di dalam Negeri Selangor adalah seperti berikut. Di Negeri Selangor, Kuala Selangor adalah 99.29%. Yang kedua ialah Sabak Bernam 99.03% dan di Hulu Selangor 98.20%. Pada Suku pertama 2022 kadar keupayaan jalur lebar di daerah Kuala Selangor adalah seperti berikut. Bagi purata kelajuan jalur lebar talian tetap ialah 125 mega bit per second ataupun 21-25 Mb. Purata kelajuan jalur lebar tanpa wayar ialah 34.45 mb. Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa giat menjalankan usaha-usaha bagi mempertingkatkan capaian internet di Kawasan-kawasan luar bandar seiring dengan perlaksanaan inisiatif Jendela yang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia iaitu Jalinan Digital dan juga di dalam Kerajaan Negeri juga sedang di dalam peringkat menyiapkan apa yang disebut sebagai Selangor Connectivity Master Plan (SCMP). Iaitu yang akan merangka Pelan Induk bagi Perlaksanaan Connectivity bagi seluruh Negeri Selangor. Di dalam masa yang sama juga Kerajaan Negeri Selangor melalui SmartSel akan membangunkan rangkaian internet Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Fasa 1, di Sabak Bernam dan ini akan diperluaskan di seluruh negeri dan ini bertujuan juga untuk membantu mempertingkatkan bagi capaian ataupun capaian internet ini bagi Kawasan-kawasan di sekitar talian ataupun laluan pada rangkaian ini. Pengunjung perpustakaan bakal menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi sehingga 50 mb Dedicated Internet Access (DIA). Inisiatif ini dapat memberi peluang kepada rakyat luar bandar bagi mengakses pembelajaran dan pendidikan di atas talian serta Education Digital Content yang disediakan oleh PPAS. Rangkaian internet ini akan diperluaskan ke seluruh Negeri Selangor secara berperingkat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM) berperanan dalam memastikan juga kelajuan jaringan jalur lebar ini dapat dipertingkat menerusi inisiatif Jendela dan baru-baru ini pun kita telah meluluskan 17 pembinaan menara ini ditangguhkan oleh SKMM di beberapa tempat di kawasan luar bandar. Sehingga akhir 2022 berbagai projek sedang dan akan dijalankan bagi mencapai sasaran seperti berikut:

1. Meningkatkan purata kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25 Meg kepada 35 Meg dan insya allah kalau yang kita 5G ini yang saya sebut dalam soalan yang 1 itu, kalau dapat kita perluas dengan segera itu kita akan meletakkan minima 100 meg kelajuan bagi jalur lebah mudah alih. 2. Menyediakan liputan gentian optik sebanyak 7.5 juta premis 3. Menyediakan liputan 4G daripada 91.8% tahun 2020 kepada 96.9% purata di Kawasan berpenduduk.

Bagi mencapai sasaran di atas berikut adalah inisiatif yang dilaksanakan di Kawasan luar bandar dan kurang liputan di Negeri Selangor oleh SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multi Media Malaysia (KKOMM). Perancangan Projek Jendela 2020-2022 oleh MMC adalah seperti berikut. Di Negeri Selangor ialah sebanyak 400, yang sudah siap struktur

adalah 343, dalam perlaksanaan 23 dan struktur pemancar baru. Naik taraf aset yang sudah siap 7303, dalam perlaksanaan 450. Ketersediaan sambungan gentian optik, siap 450, 490 premis. Dalam perlaksanaan 186, 070. Jalur lebar satelit ialah siap 5, dan juga pusat, yang komunikasi yang di bawah SKMM ini dah siap 6. Dan bagi KKOMM ini, untuk sekolah 50, di luar bandar. Kawasan perindustrian 2, dan di sekolah 174 premis. Ini antara usaha-usaha yang dibuat oleh SKMM dan Komunikasi dan juga KKOMM. Sekian, terima kasih.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan, Bukit Melawati

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan yang diberikan. Walaupun disebutkan tadi capaian di kawasan luar bandar termasuk Kuala Selangor sehingga 99.92%, Sabak Bernam dan Hulu Selangor mencapai hampir 100% tetapi hakikatnya di kawasan-kawasan kampung di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan saya di Kampung Bukit Kucing, Kampung Bukit Badong, Parit Mahang dan sebagainya dia tidak dapat diterjemahkan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi. Jadi untuk closing the gap, mengurangkan atau merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar ini, adakah pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk melihat teknologi wireless iaitu tv wide space technology yang mana menggunakan an used broadcasting frequency ini dengan izin, sebagai contoh radio frekuensi tinggi sebagai salah satu kaedah untuk menambah baik capaian internet dan juga teknologi telekomunikasi di kawasan luar bandar. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang kita meneliti dan melihat semua kaedah yang sedia ada bagi kita untuk membantu mempertingkatkan dan saya sendiri beberapa kali berbincang dengan pihak SKMM. Pertamanya apa yang menjadi masalah besar kita ialah salah satunya ialah apa yang diistilahkan sebagai blind spot. Kawasan blind spot ini adalah kawasan yang berlaku, walaupun kita mempunyai rangkaian fibre yang agak luas di seluruh Negeri Selangor, tapi difahamkan pihak SKMM sendiri akan siap pada tahun depan pada second quarter untuk 100% gentian fiber di seluruh negeri ini. Sebenarnya kita kena faham di bawah sistem komunikasi yang ada sekarang ini penggunaan fiber adalah menjadi wajib di seluruh negeri bahkan banyak menggunakan video dan juga apa nama ini sistem yang sekarang ini memerlukan kelajuan yang tinggi. Dengan skala aplikasinya dan kita memerlukan kelajuan yang tinggi. Dan gentian optik adalah pilihan, the only choice sebenarnya. Wi-fi ini yang menara komunikasi yang untuk wi-fi ini boleh lah bertahan tetapi kalau untuk komunikasi yang lebih laju kita memerlukan. Sebab itu sistem 5G menjadi penting dan mereka menggunakan kaedah, banyak akan menggunakan tower yang lebih pendek, lebih dekat

dan banyak menggunakan gentian fiber bagi tujuan capaian ini sebab kelajuan yang tinggi. Tetapi apa yang berlaku ialah bila walaupun di seluruh negeri Selangor kita ada network yang agak luas dan juga proses penggantian gentian fiber pun dah hampir lengkap, by next year kita akan siap. Tetapi jika berlaku juga kawasan-kawasan yang, apa yang dalam peta itu yang connectivity punya isu blind spot ini. Di mana ia akan berlaku kelompongan dalam connectivity dia di kawasan-kawasan tertentu. Inilah kita sedang teliti dan lihat bagaimana kita nak pastikan. Biasanya tempat-tempat ini kawasan yang agak kurang penduduk dan kalau kawasan-kawasan itu penduduk lebih padat mudahlah untuk kita melaksanakan. Tapi kalau di kawasan penduduk yang tidak ramai dan dia akan menghadapi masalah daripada mendapatkan connectivity yang baik. Ini adalah satu proses berterusan.

Yang Kedua, masalah yang kita hadapi ini apabila berlaku transisi daripada 4G nak pergi ke 5G, tapi line 5G tidak siap. Tiba-tiba 3G pun dah ditamatkan. Jadi menyebabkan strain atau tekanan kepada 4G kerana dia nak ambil spectrum dia nak ambil dari 3G itu dan gunakan. Jadi ini yang berlaku sekarang ini, transisi inilah yang menyebabkan kita menghadapi masalah drop chargers dan drop call yang banyak. Putus-putus ini dan juga kualiti call yang drop begitu ketara yang berlaku sekarang ini. Aduan yang masih kita terima banyak daripada pengguna sebab ini proses fenomena yang sementara dan saya berkeyakinan kalau kita cepatkan sistem 5G ini dilaksanakan kita akan berjaya untuk menyelesaikan isu ini. Dan seterusnya juga, yang menghadapi masalah...

Speaker

Baik, Yang Berhormat, Sila duduk

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sikit lagi.

Speaker

Baik, Yang Berhormat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul No. 14 Tahun 2022, Usul Rancangan Selangor Pertama 2021 - 2025Motion

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya Sambungan Usul No. 14 Tahun 2022, Usul Rancangan Selangor Pertama 2021 - 2025

Speaker

Saya persilakan Bukit Lanjan, Ketua BBC. Masa tidak terhad.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Saya sebenarnya ingin ringkaskan ucapan saya.

Speaker

Panjangkan pun tak apa.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya nak ringkaskan bukan kerana apa, saya rasa dalam Dewan yang mulia ini terdapat banyak pakar-pakar dan juga orang yang sangat passionate hah tentang isu-isu pembangunan di Negeri Selangor. Jadi saya nak beri laluan kepada mereka. Cuma saya nak sebut dua (2) isu pokok yang saya rasa adalah isu yang harus diambil kira dalam mana-mana pembangunan di Negeri Selangor. Satu adalah isu perubahan iklim. Dua adalah keutamaan yang perlu diberi kepada wanita di Negeri Selangor. Jadi dua (2) isu ini.

Tuan Speaker, perubahan iklim merupakan satu isu yang saya rasa sangat serius, kita telah mengalami bukan satu banjir yang kecil baru-baru ini tetapi ada beberapa banjir kilat yang sangat serius juga. Kita telah lihat di peringkat international sebagai contohnya di Konvensyen Iklim Dunia, KOP 26. Semua negara telah setuju untuk menghadkan ke tahap 1.5 darjah Celsius kenaikan ya. Itu adalah had yang paling tinggi yang kita membenarkan. Kalau tidak, kita akan ada satu masalah yang sangat besar. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Baru-baru ini kita pula ada baca di mana cuaca suhu di negara-negara seperti di Eropah, di London hah di Kota London, di mana suhu di sana mencecah 40 darjah Celsius. Lebih panas daripada Malaysia, tak ada orang boleh jangka di Eropah boleh lebih panas daripada di negara tropika seperti di Malaysia dan pembakaran hutan yang merebak tanpa kawalan di merata tempat di Eropah.

Jadi saya juga, ingin berkongsi beberapa kata-kata yang diungkapkan oleh Setiausaha Agung United Nations, “I seen many scientist reports in my time but nothing like this”, dengan izin. Maksudnya ia memberi amaran bahawa ramalan kesan langsung pemanasan global jikalau mencecah ke 1.7 atau pun 1.8 darjah Celsius lebih 14% spesies haiwan akan pupus dan paling teruk setengah daripada populasi manusia di bumi akan berada dalam situasi risiko yang sangat-sangat tinggi. Jadi hari ini, kita bukan hanya nak berbincang macam mana kita nak turun kadar Carbon Intensity dengan izin tetapi pada hari ini kita sepatutnya ada langkah-langkah untuk memastikan dengan izin, the survival of the human rises akan berterusan.

Tuan Speaker, dalam laporan ini, terdapat hampir 20 / 30 muka surat berkaitan dengan isu-isu kelestarian. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi keutamaan kepada isu-isu kelestarian. Di Selangor, saya ada beberapa isu, saya nak cadangkan juga untuk Kerajaan Negeri melihat ataupun masukkan dalam laporan ini, rancangan ini. Satu adalah pemeliharaan biodiversiti. Untuk makluman semua, Dewan yang mulia ini. Awal minggu ini, di Dewan Rakyat terdapat satu pindaan kepada Akta Perhutanan Negara di mana mereka sekarang telah masukkan pindaan yang mewajibkan pendengaran awam perlu dijalankan sebelum mana-mana hutan akan dinyahwarta. Itu adalah satu, saya rasa lonjakan yang sangat bagus lebih daripada, kita pernah buat. Kita sudah mula di Negeri Selangor sejak tahun 2011. Dalam Dewan yang mulia ini, kita telah

luluskan pindaan tersebut, kita telah menjadi Negeri perintis dan kita telah menerajui dalam isu ini tetapi kita perlu ada lebih daripada itu.

Jadi sebagai contohnya, saya ada baca beberapa berita tentang satu hutan dekat sini sahaja, Hutan Simpan Bukit Cherakah. Hutan Simpan Bukit Cherakah, semasa saya jadi EXCO masa itu sudah dinyahwarta. Sudah keluar gazet, tanah itu sudah diberi milik kepada beberapa syarikat dan saya tidak tahu mengapa, mungkin kesilapan administrative masa itu mereka tidak dicetak dalam warta, printed in the gazette, dengan izin. Jadi apa yang Kerajaan Negeri buat iaitu mereka siapkan ataupun dengan izin, refinish the final process untuk keluar warta pada tahun ini. Saya tidak ada isu dengan itu, saya rasa itu sebenarnya adalah langkah yang betul kerana proses ini mesti berjalan sehingga ke tahap terakhir.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tapi apa Kerajaan Negeri, sorry saya tidak membenarkan ya. Apa Kerajaan Negeri boleh buat walaupun kita tahu kawasan ini sudah keluar warta adalah berbincang. Duduk berbincang dengan pemilik tanah untuk cuba runding dengan mereka, beri sedikit balik untuk memastikan bukan memastikan kita dapat kesemuanya tetapi untuk memastikan bahawa ada satu koridor hijau antara dua (2) keping hutan yang sangat penting di Shah Alam, Hutan Simpan Cherakah. Sekarang Hutan Simpan Cherakah sudah dibahagikan kepada dua (2). Tidak ada connecting corridor dengan izin. Jadi ini sesuatu yang Kerajaan Negeri ada hak dan juga ada kemampuan untuk buat begitu. Saya cadangkan Kerajaan Negeri melihat perkara ini dan bukan sahaja Hutan Simpan Bukit Cherakah tetapi semua Hutan Simpan di Negeri Selangor mesti dipeliharakan seperti apa yang kita telah luluskan dalam Dewan yang mulia ini, dengan izin, unanimously oleh semua Ahli Dewan Negeri Selangor yang mulia ini. Okay. So, itu tentang Hutan Simpan.

Isu kedua, saya ingin bangkitkan adalah satu isu yang kita panggil dengan izin, “Payment For Eco-Systems Services”, (PES). Secara ringkasnya maksudnya adalah kalau kita ingin memelihara dan memulihara sesuatu khazanah alam semula jadi, kita mesti bayar. Nothing is free in this world. So, kalau kita nak masuk hutan simpan nak rekreasi, kita mesti bayar supaya kita boleh dapat dana untuk memelihara dan memulihara kawasan tersebut. Kalau kita nak masuk, hah! Mandi dekat sungai sama juga, jadi Kerajaan Negeri saya cadangkan untuk melihat semula. Kita memang ada tiket. Ada yuran yang orang awam bayar untuk masuk hutan rekreasi dan sebagainya tetapi ini pendapat saya lah, tidak berbaloi. RM2.00 nak masuk satu hutan yang saya rasa amat-amat cantik, yang dipelihara secara baik oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. RM2.00 / RM3.00 tak berbaloi. Kalau kita nak pergi ke United States nak pergi ke Australia, nak masuk, jalan sahaja dalam hutan simpan

mereka kita perlu bayar permit yang sangat-sangat mahal. So, itu satu perkara, saya harap Kerajaan Negeri perlu melihat dalam isu PES ini, so, termasuk hutan. Apa perkhidmatan yang hutan memberi kepada rakyat. Memberi kepada Selangor. Perkhidmatan Air Sungai, bukit, laut dan sebagainya. So, bukan sahaja tiket nak masuk hutan rekreasi tetapi services. Perkhidmatan yang dijanakan oleh sumber alam semula jadi ini.

Ketiga, saya ingin bangkit, cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk ada satu yang saya panggil State Conservation Trust Fund ataupun saya rasa YB, Yang Berhormat Kajang boleh catatkan dalam Bahasa Melayu lah. Bahasa Inggeris, is State Conservation Trust Fund. Trust fund ini hah dana ini adalah seharusnya dikutip bukan sahaja daripada sumbangan daripada Kerajaan Negeri tetapi pihak swasta boleh sumbang, menyumbang kepada Trust Fund ini. Kerajaan Pusat wajib masukkan dana peruntukan untuk Trust Fund ini dan dengan Trust Fund ini kita boleh guna untuk memastikan kita dapat memulihara Taman Negeri di Negeri Selangor.

Selain daripada itu, isu pendapatan ataupun dana tambahan saya ingin cadangkan Kerajaan Negeri melihat macam mana kita boleh keluarkan skop kelestarian, green bonds untuk memastikan kita cukup dana untuk menjaga alam sekitar dan juga biodiversiti di Negeri Selangor. Nilai sebenar biodiversiti hutan, laut dan sebagainya sebenarnya bukan ringgit dan sen tetapi peranan mereka untuk memastikan kehidupan kita lebih bermakna dan ada nilai yang sangat tinggi.

Isu keempat. Tuan Speaker, perolehan hijau Kerajaan perlu diutamakan. Goverment Green Procument. Perkara ini, saya difahamkan telah dibangkit di peringkat Pusat beberapa kali. Saya nak cadangkan, syorkan pada Kerajaan Negeri kalau nak buat, nak laksanakan Rancangan Selangor Yang Pertama, Green Goverment Procument. mesti diwajibkan. So, apa contoh yang kita boleh buat? Tu sebagai contohnya kerja-kerja penyelenggaraan, kerja-kerja pembinaan, pengubahsuaian, kertas yang kita dapat dalam Dewan ini sepatutnya kertas recycle. Recycle Paper. Bukan kertas putih dan sebagainya. So, kita perlu utamakan green procument. Lampu-lampu sebagai contohnya, lampu-lampu dalam Dewan ini sepatutnya LED. Air yang diguna dalam bilik air sepatutnya datang daripada rain water harvesting system ataupun SPA.

Tuan Speaker, satu lagi isu yang mungkin sedikit controversial. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat macam mana nak melaksanakan apa yang saya panggil State Carbon Tax. Cukai Karbon Negeri. Ini adalah satu cadangan yang sebenarnya telah dikeluarkan dalam RMK-12. Green Carbon Tax. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat mana industri yang mengeluarkan karbon yang sangat tinggi. Saya dengar ada Aerospace lah, pembuatan lah dan sebagainya. Sepatutnya mereka membayar satu

jenis tax carbon kepada Kerajaan Negeri. Kita bukan satu pada kadar yang standard lah tapi mengikut jumlah emission carbon yang industri ataupun sektor tersebut keluarkan.

Keenam, Tuan Speaker, saya baca banyak tentang solar dan juga renewable energy. Tenaga yang boleh diperbaharui dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Ini adalah satu pendekatan yang sangat bagus, saya 100% setuju. Baru-baru ini saya telah dengan bantuan Menteri Besar Incorporated (MBI), saya telah pasangkan satu sistem solar di atas bumbung pangsapuri kos rendah. Mereka selama 20 tahun, mereka tak ada api, tak ada elektrik, bila mereka naik tangga koridor mereka, 20 tahun imagine that. Bayangkan. Saya tengok-tengok, lepas itu i kata mengapa tak bayar? Oh! 20 tahun yang lalu mereka tak dapat jelaskan bil elektrik TNB dan hari ini kalau mengikut mereka susah juga kalau mereka panggil TNB untuk masuk dan pasang elektrik kerana mereka takut mereka tidak mampu bayar setiap bulan.

Jadi, dengan bantuan MBI kita pasang solar panel atas bumbung dua blok hari ini tangga, koridor pangsapuri kos rendah ini dekat Selayang, Taman Bidara mereka boleh jalan secara selamat. Mereka ada cahaya dan bukan sahaja itu, mereka guna sistem mengesan pergerakan motion censor untuk menjimatkan lagi electricity ataupun elektrik. Jadi, untuk membangunkan ataupun memastikan penggunaan tenaga ini cekap, Kerajaan Negeri bukan sahaja perlu melihat macam mana kita boleh menggalakkan sektor pembaharuan tenaga, renewal energy tapi kita juga perlu lihat macam mana kita boleh memastikan kita ada energy efficiency, dengan izin, kecekapan tenaga. Sebagai contoh yang saya sebut tadi di pangsapuri kos rendah ini, sekarang mereka ada motion censor tapi Dewan ini tidak ada. Sepatutnya boleh ada. Kalau bilik air kita boleh kurangkan kegunaan tenaga yang digunakan pada ketika ini. Selain daripada itu Tuan Speaker, Dewan ini selalu sangat sejuk. Saya rasa ini tidak cekap dari segi penggunaan tenaga. So, isu-isu kecil ini nampaknya kecil tetapi kalau kita buat sikit-sikit dalam Dewan ini, semua bangunan kerajaan, SUK, PBT, Pejabat Daerah, dewan dan sebagainya kita boleh jimat tenaga secara besar-besaran.

Ketujuh Tuan Speaker, kita selalu dengar bahawa sekarang kita mana-mana syarikat di seluruh dunia termasuk Malaysia sekarang, dalam apa-apa jua pelaburan mesti ada sesuatu yang dipanggil ESG (Environment Social Governance and Risk Assessment), penilaian risiko (ESG), saya syorkan kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan semua GLC Kerajaan Negeri mesti mula ada satu panel ataupun jabatan untuk menimbang ataupun menilaikan apa risiko ESG dalam syarikat-syarikat tersebut.

Tuan Speaker, saya merujuk kepada satu artikel oleh sebuah majalah Fox, sini adalah satu majalah kewangan bukan haluan kiri tetapi free market, dengan izin. Jadi, pada tahun 2020 pada Januari 22, mereka mencetak satu artikel dengan izin, tajuknya adalah “Reducing

Environmental Impact Is Now A Business Imperative”. Apa maksudnya? Maksudnya sekarang lebih berbaloi kalau kita masuk mengambil kira isu-isu alam sekitar, isu-isu penurunan karbon dan sebagainya dalam semua tindakan dan keputusan business. Kalau Fox boleh cetak berita seperti ini, apatah lagi Kerajaan Negeri saya rasa memang boleh membuat begitu, dengan izin saya hendak baca satu perenggan “Surveying more than 2,000 global executive. Dlyod Global found that almost 90% a greet to some degree that the impact of climate change would negatively affect their organization ends nearly six intend claim to have internal sustainability initiative in place from reducing travel to eliminating plastics and more”. So, maksudnya dunia business sekarang mereka dah lihat perkara ini sebagai satu peluang, satu masalah tetapi juga satu peluang, you know. It is a risks, it is a crisis tetapi ia adalah satu opportunity, dengan izin. Jadi, Kerajaan Negeri telah mengambil satu pendekatan yang sangat-sangat bagus dari segi fokusnya dalam Rancangan Selangor Pertama dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Saya juga ingin masuk dalam beberapa kategori. Saya akan sebut muka surat yang saya rasa Kerajaan Negeri boleh melihat semula ataupun menambah baik lagi. Satu adalah muka surat 139, Pengurusan Air. 138 dan juga 139. Strategi untuk memastikan pengurusan air ini mampan, saya rasa mesti mengambil kira adaptasi kepada perubahan iklim dan beberapa cara Kerajaan Negeri harus mula bukan esok. Saya rasa kita patut mula semalam adalah untuk memastikan kita boleh kurangkan apa yang dipanggil dengan izin, surface run off water. Setiap kali kita hujan, kita akan lihat, kita akan boleh menyaksikan bahawa longkang penuh dengan air, parit penuh dengan air, storm drain penuh dengan air, masuk ke sungai, selepas itu sungai itu penuh dan akhirnya banjir. So, ini adalah hakikatnya kalau kita ada penurunan hujan terlalu intensif yang saya jangka akan berlaku lebih kerap. Jadi, Kerajaan Negeri perlu lihat macam mana kita boleh menyimpan air tersebut. So, sebagai contoh kita mesti pastikan semua kolam air tadahan tidak boleh disentuh. Sepatutnya kita ada lebih banyak kolam air tadahan bukan sahaja secara terbuka tapi kita juga boleh buat underground ataupun bawah tanah. Keduanya, kita juga harus memastikan sektor industri mula buat apa yang kita panggil water recycling kerana untuk industri mereka tidak perlu air yang terawat. Mereka boleh ada satu sistem untuk merawat air dalam premis mereka supaya mereka boleh kitar semula dan guna air, air mentah ataupun air yang rain water harvesting atau sebagainya. Ini akan mengurangkan tekanan khususnya kalau Negeri Selangor mendapat peningkatan jumlah penduduk yang saya rasa setiap hari semakin banyak orang akan masuk untuk cari kerja untuk bersama dengan keluarga mereka di Negeri Selangor. Jadi kita perlu melihat macam mana kita boleh menampung kenaikan jumlah penduduk di Negeri Selangor.

Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk kepada satu isu yang saya rasa mungkin Kerajaan Negeri perlu lihat semula. Ini didapati di dalam muka surat 142 tajuknya Negeri Rendah Karbon. Saya amat setuju apa yang dicadangkan dalam strategi ini cuma dalam diagram

yang dicetak di mana mereka menunjukkan berapa jumlah pelepasan karbon daripada kereta, LRT, bas, basikal dan sebagainya saya rasa mungkin Kerajaan Negeri lupa untuk masukkan kapal terbang. Di Negeri Selangor kita ada dua airport yang utama di negara ini dan itu pun kita mesti masuk sebagai satu faktor di mana bila kita buat kira-kira ataupun calculation total carbon emission ini perlu diambil kira.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya. Silakan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin bertanya.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya tertariklah bila disebut tentang lapangan terbang tetapi basikal. Saya masih ingat sebenarnya beberapa tahun yang lalu, kerajaan ada mencadangkan untuk mewujudkan laluan basikal bukan di Shah Alam sahaja tapi semua PBT ini. Dia kena ada satu syarat iaitu mereka perlu wujudkan laluan basikal untuk penunggang-penunggang basikal bukan sahaja untuk aktiviti riadah tapi untuk kehidupan harian. Komuter pergi balik kerja, hantar anak ke sekolah, pergi beli barang dan sebagainya. Jadi, saya ingin bertanya adakah kerajaan sekarang ini, adakah Yang Berhormat juga bersetuju dengan saya bahawa kerajaan sepatutnya sekarang ini dah mula nampaknya program ini dah macam tidak begitu diberi perhatianlah. Saya pun tak pasti adakah kerajaan telah pun dan akan menyuntik suntikan modal sebab pada permulaannya ia seolah-olah sebagai satu pilot project sahaja dan ia kena membangun. Jadi, sekarang ini nampak tidak ada apa-apa insentif. Macam tidak disebutlah dalam Rancangan Selangor ini. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat sama ada kita perlu tengok semula dan pastikan yang kita dah mulakan itu kita teruskan malahan kita buat lebih banyak lagi. Contohnya, galakan kepada staf, kakitangan untuk mengayuh basikal, dia datang ke apa ini, kalau di luar negara ada potongan cukai ataupun insentif kalau majikan sediakan shower room ataupun locker untuk mereka simpan barang. Sebab kalau kita hendak kayuh basikal ini bukan senang. Kita kena bawa barang banyak. Pakaian kena tukar dan sebagainya. Jadi, saya bertanyalah Yang Berhormat apakah pandangan?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya bukan kerajaan lagi ya. Yang Berhormat Banting. Cuma betul sebelum ini ada rancangan untuk membuat sebanyak boleh laluan basikal di Negeri Selangor di peringkat PBT. Saya rasa program ini masih dijalankan. Cuma mungkin tidak di, mungkin berita itu tidak keluar dan saya rasa itu adalah satu cadangan yang sangat bagus. Dan kalau kita lihat, saya amat tertarik apabila pilihan

raya presidential, presiden di negara Perancis tahun lepas. Saya menyaksikan beberapa manifesto mereka. Antara manifesto yang mereka bersaing antara parti-parti ataupun calon-calon adalah jumlah kilometer ataupun peruntukan yang mereka akan masuk ataupun bina ataupun guna jikalau mereka menang. Saya rasa ini satu pendekatan yang sangat menarik di Perancis. Antara calon yang masuk tetapi tidak menang adalah Datuk Bandar Kota Paris dan beliau telah menggunakan beratus juta, saya difahamkan beratus juta Euro untuk memastikan hari ini Perancis di Kota Paris ada laluan basikal, ada basikal yang mereka boleh sewa dan keutamaan diberi kepada penunggang basikal bukan rekreasi sahaja tapi komuter. Tapi kalau hari ini saya pun hendak sebutlah antara kawasan di mana ada laluan basikal yang pertama yang dibangunkan oleh PBT sebenarnya di kawasan saya. Damansara Damai dulu ada satu laluan basikal cantik tetapi lama-kelamaan ada gerai. Lama-kelamaan ada penjaja. So, akhirnya PBT iaitu MBPJ terpaksa keluarkan kerana satu bahaya, dua ia menyebabkan kesesakan jalan kerana ada gerai, ada benda-benda yang diletakkan atas laluan basikal itu dan orang yang hendak gunakan laluan itu memang tak boleh gunalah. Jadi, mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat semula bukan sahaja basikal Yang Berhormat Banting, tetapi saya juga harap di Negeri Selangor kita boleh melihat apa yang kita panggil mikro mobiliti. Bukan semua orang boleh berbasikal. Saya rasa dalam Dewan ini Yang Berhormat Bandar Baru Klang suka berbasikal, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar juga suka berbasikal dan Seri Setia dan sayalah, oh ya Seri Kembangan tapi bukan semua. Jadi, ada yang ingin pergi ke kedai tapi tidak hendak ambil kereta, tidak hendak basikal mungkin susah, mungkin ada mereka OKU ataupun warga emas jadi kenderaan mikro mobiliti ini adalah sangat membantu dan kita boleh lihat dekat Taiwan, dekat China, Hong Kong dan juga beberapa negeri-negeri lain seperti Korea Selatan mereka mengutamakan laluan basikal, laluan mikro mobiliti lebih daripada jalan raya ataupun lebuh raya. Jadi, dalam muka surat 144 Tuan Speaker, saya harap Kerajaan Negeri bila mereka tulis pelaksanaan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon Peringkat Negeri dan Tempatan jangan lupa masukkan basikal juga. Basikal ini satu cara yang bukan saja exercise, memberi exercise yang sangat bagus tetapi ia bakal boleh mengurangkan. Ha? Cuaca panas? Ini bila saya dengar Yang Berhormat kata cuaca panas maksudnya Yang Berhormat tidak berbasikal selalu.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Cuma saya Yang Berhormat. Cuma saya rasa kita tahu panas. Jadi sebabnya kita perlu ada kerangka ataupun frame work ataupun environment kan? Kalau tidak ada maka dia tidak akan berlangsung secara sepenuhnya. Contohnya kalau panas cuaca, kita tahu. Tapi itu sebabnya kita rasakan ada keperluan untuk kita sediakan kelengkapan-kelengkapan seperti shower room, bilik mandi dan juga locker untuk staff untuk mandi dan juga untuk tukar pakaian ataupun simpan barang-barang pakaian mereka dan sebagainya. Tetapi ini akan melibatkan kos lah tapi suka atau tidak, kita barangkali perlu mulalah sesuatu. Mulakan sesuatu supaya ia boleh dibangunkan ataupun dikembangkan. Setuju ke Yang Berhormat dengan saya bahawa apa yang

dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini sangat bagus tapi kita perlu tahu apakah pembangunan dia, apakah report card dia. Adakah kerajaan perlu membentangkan progress ataupun status terkini itu secara komprehensif ke Dewan yang mulia ini dan semasa ke semasa.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih YB Banting. Nanti masukkan dalam ucapan Banting. Saya rasa itu cadangan yang bagus, boleh dicadangkan kepada Kerajaan Negeri. Tuan Speaker, saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana baru-baru ini Kerajaan Negeri telah melancarkan satu majlis, Majlis Perubahan Iklim di Peringkat Negeri Selangor. Saya rasa nama singkatnya Iklim. Cantik juga. Kita, saya tidak tahu mengapa tapi saya dijemput untuk menjadi satu anggota majlis ini. Terima kasih. Mungkin kerana saya terlalu selalu keluar kritikan, jadi itu cara mereka untuk mendapat untuk memastikan saya boleh ada satu channel untuk memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri. Jadi majlis ini adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk menangani masalah perubahan iklim. Dan melalui majlis ini, saya difahamkan Kerajaan Negeri akan mencetakkan ataupun mengeluarkan satu dasar khusus untuk perubahan iklim di negeri Selangor. Syabas, tahniah dan saya harap kita dapat mendengar pembentangan ini bukan di luar tetapi dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Speaker, antara isu yang saya juga ingin kaitkan tentang isu alam sekitar dan juga perubahan iklim. Ada kaitan dengan kesihatan awam. Saya baca dalam laporan ini, ada pelbagai strategi dan juga pembangunan yang bakal berlaku tetapi saya ingin cadangkan satu yang saya panggil low hanging fruit iaitu kaedah yang sangat murah, kaedah yang sangat senang iaitu dengan memastikan semua taman-taman awam rekreasi dipulihara, dipelihara dan dipulihara. Keduanya untuk memastikan bukan saja, bukan saja di kota tetapi di luar bandar, kawasan seperti Sabak Bernam, Hulu Langat. Mereka dapat facility sports yang sangat bagus. No point, dengan izin. No point kalau kita bina klinik kesihatan, hospital dan sebagainya tetapi kita tidak membina facility untuk sports, untuk rekreasi, untuk kesihatan. Semua ini adalah penting physical health dan juga mental health.

Tuan Speaker, saya ingin sekarang ingin pergi ke isu wanita yang strateginya kita boleh lihat di muka surat 115 dan juga sehingga 117. Pelbagai isu telah diutarakan dalam Rancangan Selangor Pertama, tetapi yang sangat menarik untuk saya adalah strategi kelapan iaitu pemerkasaan wanita dalam sektor pekerjaan serta kesamarataan jantina di negeri Selangor. Saya rasa ini adalah satu isu yang kita selalu sebut tetapi kadangkala kita tidak boleh lihat outcome, dengan izin daripada dasar ini. Sebagai contohnya, saya di maklum saya pun terkejut ya. Saya di maklum oleh Yang Berhormat Subang Jaya dalam Dewan ini kita tidak ada satu bilik menyusu anak. Saya terkejut dan kalau saya seorang wanita, saya tidak tahu perkara ini. Apatah lagi lelaki-lelaki yang duduk dalam Dewan yang mulia ini. So, ini adalah satu perkara yang nampaknya sangat remeh tetapi sebenarnya

sangat penting. Takkan Yang Berhormat Subang Jaya terpaksa lari ke Bangunan Annex untuk menyusu anak, lepas itu lari balik untuk menyertai pembahasan. Jadi ini bila kita ada strategi untuk memastikan wanita diperkasakan di sektor pekerjaan, kita perlu lihat mitigation dengan izin perkara-perkara ini yang kita biasanya kalau lelaki mereka tak nampak ini. Tapi wanita yang ada anak dan sebagainya, ini isu utama untuk mereka pulang ke kerja. Jadi saya cadangkanlah untuk Dewan, Pejabat Dewan dan juga Pejabat Speaker untuk mengambil kira isu ini. Saya hanya sebut satu isu saja. Ada lebih kita boleh menambah baik lagi tetapi bila kita balik, bulan November untuk sesi lanjut

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sya harap di Dewan ini kita

Timbalan Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ada bilik menyusu khusus untuk wanita. Ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Cuma...

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya, ya Taman Templer.

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ya. Cuma perlu sedikit penjelasan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ya?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Adakah kita dibenarkan, maksudnya bila wanita bekerja ini untuk bawa anak kecil di pejabat? Cuma perlu sedikit penjelasan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Dalam pejabat? Dalam apa? Dalam kamar?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dalam Dewan. Dalam Dewan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Dalam Dewan? Belumlah. Belum tak semestinya tidak akan. Kita boleh melihat macam mana kita boleh memperkenalkan dasar-dasar yang lebih dengan izin women friendly, mother friendly. Di negara-negara lain tak ada isu. Saya rasa Turkey boleh kan? Kalau tak silap. Day care? Ha, Day Care Centre

dan sebagainya. Kerana kita nak wanita bekerja dalam keadaan dan suasana yang selesa dan juga yang bagus untuk mereka.

Dari segi pemerkasaan wanita juga Tuan Speaker, saya ada beberapa cadangan. Sebenarnya tidak radikal tetapi mungkin untuk Dewan ini saya harap boleh diterimalah oleh Kerajaan Negeri dan juga Pejabat Dewan. Satu adalah komposisi jawatankuasa khas ataupun jawatankuasa pilihan. Peratusan wanita yang duduk dalam jawatankuasa ini harus dipertingkatkan, harus ditambahkan. Kalau boleh kita boleh tambah bukan saja 30%, 50% pun boleh kerana kita ada ramai wanita di sini, ADUN-ADUN wanita. Keduanya juga, dalam mana-mana perbincangan, panel (panel perbincangan), diskusi, forum yang dijalankan oleh kerajaan negeri sila pastikan sekurang-kurangnya ada seorang pembentang discussion (dengan izin) wanita. Bukan wanita hanya jadi moderator saja, kalau tidak. Terima kasih. Kalau tidak, itu bukan panel diskusi, itu manel diskusi. Dan ketiganya, kita ada bukan saja untuk Ahli Dewan Negeri discussion, tetapi dalam struktur penjawat awam di negeri Selangor. Saya syorkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil kira kesamarataan gender untuk memastikan memberi peluang kepada wanita untuk memimpin di peringkat PBT, di peringkat pejabat daerah, jabatan dan sebagainya. So, saya amat gembira di negeri Selangor kita ada Puan Gayathiri, Setiausaha Pejabat Dewan. Dia memang seorang yang kerja keras, yang sangat ada kemahiran, fantastik, tengah malam pun dia akan angkat phone ataupun jawab soalan saya. Tahniah. Maaf, saya orang, saya sudah tua. Saya takut saya lupa soalan saya. Keduanya PBT, Puan Noraini di MPK. Satu-satunya wanita yang memimpin di peringkat PBT. Tapi kita perlu lebih lagi wanita. Oh Kuala Selangor. Maaf. Kuala Selangor juga. Pejabat Daerah Gombak juga wanita. Tapi Hulu Langat. Tapi tak cukup. Memang tak cukup. Hulu Langat dan Gombak. Tak cukup. Dua sahaja. Ada sembilan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, nak mencelah bangun ya.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Mana? Oh ya, ya. Sorry.

Boleh saya mencelah?

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Ha? Boleh, boleh. Dusun Tua. Kalau sokong wanita, boleh.

Baik. Sokong. Nak sokong ni.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Okay.

Ha nak sokong. Saya bersetuju dengan saranan Bukit Lanjan ni. Apabila menyebut antara pegawai-pegawai yang tertinggi ni di kalangan wanita, sebab itu saya nak kena sebut juga. Di Hulu Langat, daerah Hulu Langat, Pegawai Daerahnya adalah seorang wanita dan setakat saya bekerjasama dengan ramai pegawai-pegawai daerah, ini antara yang terbaik, yang paling responsif, paling cekap buat kerja. Jadi tidak bermakna bila wanita itu kadang-kadang ada stigma-stigma ya. Tapi sebenarnya wanita bagus buat kerja. Ini saya sokong ni.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Okay, okay. Terima kasih, terima kasih Dusun Tua. Jadi ini antara cadangan ini. Bila Kerajaan Negeri membuat keputusan nak melantik seseorang untuk memimpin satu jabatan, PBT, pejabat daerah, sila ambil, saya bukan nak paksa tapi sila ambil kira pimpinan kepimpinan wanita dan sila pastikan sekurang-kurangnya ada 30% wanita berjawatan tinggi di negeri Selangor.

Tuan Speaker, sebelum saya akhir, saya. Ya, ya. Saya nak bagi chance kepada semua. Dah 45 minit. Sebelum saya akhir Tuan Speaker, ada satu isu yang isu yang terakhir. Maaf. Adalah berkenaan tentang teknologi. Teknologi akses kepada data, pengumpulan data dan sebagainya. Ini bahagian yang terakhirlah. SMART dan pengurusan negeri dan sebagainya. Saya nak sebut satu isu iaitu di negeri Selangor, kita antara dua negeri yang ada apa yang kita panggil Enakmen Kebebasan Maklumat, Freedom of Information Enactment yang diluluskan dalam Dewan yang mulia ini. Sekarang sangat bagus kerana nampaknya kerana Kerajaan Negeri sangat proaktif sekarang. Jadi apa yang diminta oleh penduduk semakin lama semakin kurang untuk maklumat. Tetapi kerajaan juga, saya cadangkan perlu membuat sesuatu yang dipanggil open information. Maksudnya sebelum penduduk nak tanya tentang satu projek ataupun nak minta maklumat tentang isu, apa-apa isu dalam kawasan mereka, Kerajaan Negeri sudah keluarkan maklumat tersebut.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Bukit Lanjan. Minta laluan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sungai Pelek saya tak bagi.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tak bolehlah? Ini sangat penting ni.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tak boleh. Saya tak bagi laluan.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ini sangat penting.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Jangan, jangan.

Jangan pentingkan.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya mahu

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Kalau, kalau penting Sungai Pelek

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sangat-sangat penting.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sungai Pelek boleh bangkitkan dalam ucapan. Saya nak habislah. Okay.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sekejap, sekejap.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tak, tak boleh. Tak benarkan.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Information Act.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tak benarkan. Masuk dalam ucapan Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ini personal, ini sudah.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Eh, tak ada personal. Jangan cakap macam ini. Okay. Itu saja saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri. Sebelum saya akhiri ya, saya nak tunjuk kepada Dewan yang mulai ini pada muka surat 194 sehingga 195. Buka. Saya nak tunjuk ini. Ini adalah Rawang, kita panggil Rawang Bypass. Mengapa saya tunjuk foto ini? Kerana 10 tahun yang lalu, rancangan JKR pada ketika itu adalah untuk membina satu jalan nak potong Hutan Simpan Kanching masa itu.

Nasib baik masa itu kita jadi Kerajaan dan masa itu, saya EXCO Alam Sekitar. Saya beritahu JKR kalau nak masuk hutan simpan tak boleh masuk seperti itu kita mesti ada laluan untuk haiwan liar dan untuk pokok tumbuh, jadi hari ini kita boleh lihat betapa cantik, indah Rawang Bypass kerana; satu Kerajaan Negeri mereka tegas kerana tidak membenarkan JKR masuk untuk pancung hutan simpan tersebut tetapi hari ini kita elevated highway. Orang boleh lihat pemandangan tapi boleh keluar masuk saya rasa mungkin ada beruang lagi not sure lah. Saya tak tanya Rawang ada beruang tak? Ada ular? Jangan masuk kacau ular, tapi this is what we call dengan izin, green planning. Perancangan hijau dan saya harap Rancangan Selangor Pertama ini akan memberi keutamaan yang lebih kepada pembangunan hijau di Negeri Selangor.

Salam kemaafan saya hulurkan, semoga kemesraan terus berpanjangan,

Rancangan Selangor akhirnya dimakbulkan, semoga Selangor mendapat keberkatan

Sekian terima kasih.

Tuan Speaker saya mohon mencadang, Tuan Speaker saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kota Damansara

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Timbalan Tuan Speaker, kerana memberi keizinan Kota Damansara berbahas dalam Rancangan Selangor Pertama kali ini. Kalau kita melihat pertama saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya mengadakan rancangan Negeri. Hanya di Selangor sahaja ada rancangan Negeri. Syabas, tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya mengadakan perkara ini. Saya akan menyentuh sedikit tentang sektor ekonomi yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat. Bagaimana matlamat untuk pencapaian sebanyak 97 peratus tenaga kerja. Saya merasakan bahawa untuk memastikan tenaga kerja ini mungkin tidak boleh 100 peratus melibatkan kadar pengangguran juga, maknanya selain daripada kita menyediakan peluang pekerjaan yang mana peluang pekerjaan ini bukan sahaja di peringkat Persekutuan bahkan di peringkat Negeri pun bercakap benda yang sama memberi peluang pekerjaan kepada golongan pekerja. 15juta di Malaysia ini, kita ada 15juta kaum pekerja, dan mereka ini memainkan peranan yang penting untuk membangun ekonomi Negara. Rancangan Selangor Pertama ini mempunyai tujuan yang sangat baik saya ingin menyentuh tentang sasaran 2025, 97 peratus dalam masa yang sama juga kita kena melihat kadar pengangguran, kadar pemberhentian pekerja mungkin kita bertanya kenapa ini berlaku saya ingin memetik 2, 3 hari lepas telah berlaku piket telah berlaku piket kalau kita tengok ini kakitangan sokongan Lembaga Tabung Angkatan Tentera adakan piket tuntut kenaikan gaji, 2 3 hari yang lepas berlaku. Kesatuan Lembaga Tabung Angkatan Tentera gesa semak skim gaji, dakwa Menteri bisu, Menteri bisu. Ini keluar dalam kenyataan akhbar, Lembaga Tabung Angkatan Tentera kesal juga kakitangan piket berlaku. Saya ingin menarik perhatian Ahli dewan sekalian, bahawa piket di bawah Peruntukan Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memang dibenarkan dan sudah tentu dia memberi kesan yang tidak baik kepada baik Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri. Kenapa? Kerana apabila berlakunya piket maka ia akan memberi kesan yang negatif terhadap skim atau pun suasana iklim pelaburan. Kita dengar bagaimana kita bercakap industri Aerospace, pelaburan diperlukan dan kita pun tahu juga piket ini di seluruh dunia banyak yang terlibat oleh industri Aeroangkasa. Selalunya kalau kita berita ini dalam sebulan lagi 2500 pekerja boieng nak mengadakan piket. Kenapa ini berlaku? Kenapa piket berlaku, kerana kita tahu kos sara hidup meningkat inflasi dan ini menyebabkan golongan pekerja tertekan mereka tidak ada jalan lain terpaksa piket dan

terpaksa mengadakan tunjuk perasaan. Isu Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini, pekerja-pekerja ini terpaksa Menteri masuk campur dan akhirnya selesai. Walau bagaimanapun ia nya walaupun selesai tetapi ia memberi impak yang negatif kepada masyarakat luar contohnya pelabur-pelabur yang akan datang akan rasa kurang senang apabila mereka melabur di Malaysia khususnya di Negeri Selangor. Kalau matlamat kita untuk menarik pelaburan saya ingin menarik perhatian agar kita mengambil berat golongan pekerja ini supaya tidak berlaku piket ataupun desakan-desakan tindakan industri yang merosakkan iklim pelaburan khususnya di Negeri Selangor. Untuk makluman, sidang dewan di Selangor ini sendiri kita mempunyai hampir 300 Kesatuan Sekerja.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kota Damansara, sebelum Kota Damansara pergi lebih jauh tadi Kota Damasara ada menyebut soal berkaitan piket. Piket ini saya rasa demonstrasi, saya rasakan cuma kalau kita dulu sebagai pembangkang selepas jadi Kerajaan 22 bulan dulu kita isu pilihan raya SPR, tak telus kita piket, kita demo. Isu ISA kita piket, kita demo. Isu Air kerajaan Negeri Selangor dulu di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid kita demo, kita piket saya ingat lagi ada EXCO yang bagi duit kepada saya beli healer gajah itu, kita nak supaya masa kita demo tue, healer gajah tu dengar maksudnya yang hadir tu dengar dia dengar apa semua yang disebut oleh kepimpinan Kerajaan Negeri. Maksudnya saya nak sebut inflasi baru-baru ini, mungkin esok pun ada permintaan untuk kita buat di luar pagar bangunan SUK ini, untuk kita support soalan berkaitan dengan inflasi dan juga dengan kenaikan barang. Sebab walaupun kerajaan Persekutuan tubuhkan apa Jawatankuasa Jihad, “jihad ke jahat”. Kita pun tak tahu sebab harga barang naik, soal harga barang sebab itu antara benda yang nak saya minta juga Kerajaan Negeri Selangor ini melalui RS-1 ini kita nak minta supaya soal berkaitan dengan Selangor ini dijadikan negeri pengeluaran makanan nombor satu dalam Negara kita ini, sebab soal makan ini pada pandangan saya orang makan hari-hari. Satu hari makan 2 kali 3 kali. Beli baju mungkin kita beli baju setahun sekali cuma saya nak minta kepada Kota Damansara soal berkaitan dengan demonstrasi ini adalah merupakan perkara yang dibenarkan dalam perlembagaan dan kalau kerajaan tak mahu dengar, tak mahu ikut, tak mahu patuh, tidak mahu mendengar rintihan masalah rakyat saya rasa jalan yang terbaik adalah untuk kita turun ke jalan raya, kita minta pandangan daripada Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Timbalan Tuan Speaker, saya bercakap piket tadi dalam konteks pekerja yang 15 juta pekerja di Malaysia ini mereka berhak untuk berpiket. Jadi saya untuk memastikan demonstrasi dalam kata yang lain tapi dalam perkataan undang-undang disebut piket dalam Seksyen 40 Akta Perusahaan, saya menyingkap perkara ini kerana kita menuju ke arah 97 peratus guna tenaga kerja, ini tidak boleh capai kalau ada kerisauan, keresahan yang tidak suka di kalangan kaum pekerja, jadi saya harap saya nak menyentuh tentang dalam hal demikian dulu...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kota Damansara, saya nak tambah sikit sahaja lagi, saya baru terbaca ini, saya terbaca dalam FB ini kalau Bukit Gasing nak celah, celah sekarang saya baru terbaca ini. Saya rasa Kota Damansara tak menyebutkan soal berkaitan dengan piket yang akan dilaksanakan oleh CUEPACS, apabila CUEPACS menyatakan kalau andai kata Kerajaan Persekutuan tidak menaikkan gaji kakitangan kerajaan, pegawai kerajaan dalam negara ini. Piket akan dijalankan oleh CUEPACS saya rasa Kota Damansara mungkin tertinggal maklumat yang saya berikan ini. Sila kan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Taman Templer.

Timbalan Speaker

Mencelah, satu celah, celah dua ini macam mana ini

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Tuan Speaker, bagi saya jelaskan

Timbalan Speaker

Bukit Gasing duduk dulu

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Bagi saya jelaskan, piket yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera Pekerja ini terpaksa CUEPACS, CUEPACS terpaksa masuk campur, MTUC pun terpaksa masuk campur akhirnya Menteri Pertahanan terpaksa masuk campur. Oleh sebab itu, saya ingin menyarankan juga kerana isu kos sara hidup ini sangat membebankan golongan pekerja, dulu kita berkaitan gaji minima, gaji minima pada masa itu RM 1200, pada masa itu kerajaan Negeri Selangor telah merintis telah menerajui untuk mengadakan gaji minima RM 1500. Kerajaan Pusat belum ikut, kita telah mulakan, kita telah merintis, kita telah menerajui oleh, bagi saya habis dulu.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Jiran

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sungai Pelek tak dapat lagi kebenaran, mana boleh macam itu,

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ketua Kampung

Timbalan Speaker

Sungai Pelek duduk dulu, Sungai Pelek.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sungai Pelek, Sungai Pelek

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ketua Kampung kita

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sungai Pelek, Sungai Pelek tak dapat kebenaran lagi...

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ini Ketua Kampung kita...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Ini peraturan perlembagaan ini,

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Maksud saya Tuan Timbalan Speaker, maksudnya isu gaji minimum ini melihat kemampuan Negeri Selangor saya mencadangkan Kota Damansara mencadangkan gaji minima 1500 saya harap semua wakil rakyat menyokong saya supaya di Negeri Selangor ini ditingkatkan gaji minima 1500 sekurang-kurangnya 1600 kepada kaum pekerja, sekurang-kurangnya.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya sokong, boleh ya saya sokong. Ok. Setahu saya Ketua Kampung kita ada elaun dia buka gaji tapi setahu saya juga Ketua Kampung dia 24hours dia berkhidmat tapi saya difahamkan elaun mereka sebulan hanya RM 1200 walaupun kerja macam 7-Eleven. Apakah pandangan Kota Damansara? masa sudah sampai kita naikkan elaun bulanan untuk semua Ketua Kampung RM 1500 atau pun RM 1600 terima kasih.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Kenaikan elaun dan sebagaimana itu perkara yang baik, saya cerita dalam konteks pekerja isu gaji kita ada akta gaji minima yang telah diluluskan baru-baru ini 1500 itu pun terlambat National Level Advisory Committee, dengan izin. Nak duduk bincang dengan MTUC, dengan CUEPACS makan masa. Bertali arus tunda demi tunda, saya percaya kalau Kerajaan Negeri Selangor memulakan dengan merintis menaikkan gaji daripada RM 1500 sekurang-kurangnya RM 1600. Insya-Allah kita akan meyakinkan lagi kaum pekerja bahawa Negeri Selangor ini sangat prihatin pada golongan pekerja, saya minta sokongan kepada semua ADUN supaya Kerajaan Negeri Selangor, mengesyorkan supaya dinaikkan gaji 1500 sekurang-kurangnya kepada 1600 dan seterusnya.

Pegawai Kewangan Negeri tu seronok dengar.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan speaker, saya ingin mencelah

Speaker

Bukit Lanjan

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih, Kota Damansara kerana membangkit satu isu yang sangat penting untuk semua pekerja. Tetapi tahu tak Kota

Damansara. di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri pada 2011 telah mewajibkan gaji minima di Negeri Selangor khusus di GLC sekurang-kurangnya 1500 ringgit jadi kalau nak tambah 100 ringgit terlalu rendah tahapnya kadarnya.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Saya mencadang sekurang-kurangnya RM 1600, saya percaya dan yakin bahawa kerajaan, saya percaya dan yakin RM 1600 itu memang boleh dan saya harap pihak Kerajaan Negeri Selangor memikir dengan sedalam-dalamnya tentang perkara ini kerana ia melibatkan kakitangan swasta kakitangan badan berkanun dan kakitangan kerajaan saya ingin menyentuh juga syarikat Aerospace Industry 63 peratus, syarikat aerospace industri di Malaysia di Negeri Selangor.

Dan untuk makluman Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat semua bahawa lebih 50% itu semua di Kota Damansara, memang di Kota Damansara. Kerana itu, saya ingin menekankan kita ada banyak syarikat di situ, Syarikat Airod, Spirit Aerospace, Airbus, Boeing dan sebagainya. Saya percaya bahawa dengan adanya tujuan Kerajaan untuk mempromosikan 30 bilion business Asia Pacific. Saya percaya, sebab itu berhubung kait dengan tadi yang saya cakap tadi bahawa kalau kita menjaga kaum pekerja, yang banyak mereka ini adalah daripada pekerja Aerospace Industry dan kalau kita boleh melakukan ini, maka kita akan dapat menjaga golongan pekerja supaya kadar pengangguran tidak akan bertambah.

Saya juga ingin ucapkan tahniah, syabas UPPS, Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor. Ini satu kejayaan bagi Kerajaan Negeri Selangor kerana Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor hanya di Selangor. Hanya di Selangor sahaja yang ada dan kita telah menerajui Unit Pemberdayaan Pekerja ini dan saya percaya dengan adanya, saya ingin juga minta supaya UPPS ini memainkan peranan yang penting untuk membela kaum pekerja. Contohnya, Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan di mana pekerja dibuang dan dianiaya dan sebagainya dan mereka ini kebanyakannya bila sampai ke mahkamah, tiada duit. Ada majikan-majikan, memang betul ada majikan-majikan yang kerana terpaksa buang kerja, kurangkan pekerja kerana dia kata duit tidak ada, aliran tunai tiada dan sebagainya, tetapi ada juga majikan-majikan yang sanggup berlawan dengan pekerja itu, bawa ke mahkamah, bayar RM10,000.00 – RM20,000.00 sanggup semata-mata untuk menjaga imej dan akhirnya pekerja dianiaya. Saya berharap dengan baru-baru ini, dana RM1 juta yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Dana Guaman. Saya harap dengan Dana Guaman ini dapat membantu membela kaum pekerja yang dianiaya dan terutama di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan.

Untuk itu, saya juga harap bahawa pekerja-pekerja yang dibuang, saya juga ingin juga menekankan supaya Kerajaan Negeri Selangor mengeratkan hubungan antara MTUC, CUEPACS dan sebagainya. Baru-baru ini, Alhamdulillah, UPPS pun telah mengadakan

perjumpaan dan saya harap hubungan ini dapat diteruskan supaya pekerja-pekerja di Malaysia, khususnya, lebih 3 juta pekerja di Selangor ini merasa yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor betul-betul membela kaum pekerja. Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyebut juga tentang berkaitan dengan green technology ya. Green technology baru-baru ini kita telah, dalam program Inisiatif Bangunan Hijau. Di Negeri Selangor ada lapan (8) ribu bangunan strata, so, baru-baru ini kita, melalui EXCO Perumahan Kesejahteraan Bandar, kita telah merasmikan Program Inisiatif Bangunan Hijau di mana lampu LED telah dipasang dan saya berharap Kerajaan Negeri Selangor dapat, ada lapan (8) ribu tu, pangsapuri GMB, GMC yang perlu memulakan Inisiatif Bangunan Hijau ini atas dasar kelestarian dan saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada MBPJ. MBPJ ada satu program yang dipanggil, bukan, ia dipanggilnya, maaf ya, tentang Skim Rebat Cukai Taksiran Rumah Mesra Alam Hijau Petaling Jaya. Ini satu-satunya di Malaysia, satu-satunya di Malaysia di mana PBT mengadakan Skim Rebat Cukai Taksiran Rumah Mesra. Saya harap, terutama semua PBT-PBT di Negeri Selangor ini akan memulakan Skim Rebat ini di mana mereka yang terlibat di dalam skim ini, Inisiatif Mesra Alam ini terutama mereka yang, tenaga solar, penjimatan air, pengurusan sampah 3R, menggunakan pengangkutan awam, menanam pokok di kawasan rumah melalui aspek pelbagai biologi. Ini perlu disebar luaskan di semua PBT-PBT di seluruh Selangor. Saya juga ingin menyingkap tentang penggunaan pengangkutan awam. Saya hendak sebut di sini kita telah lama menggunakan free, bas percuma dan ada juga orang complaint kata bas percuma ini telah digunakan, orang pendatang asing banyak, digunakan pendatang asing dan sebagainya. Saya pun ingin mencadangkan kita mengadakan van sekolah percuma. Van sekolah percuma, tak banyak trip mungkin satu (1) pagi hantar, balik dan sebagainya. Saya harap dengan usaha kita membantu rakyat, kita memperkenalkan van sekolah percuma di Negeri Selangor.

Saya juga mengucapkan, dan dalam isu perumahan, isu perumahan ini sebelum ini pun telah saya bangkitkan. Di kesempatan ini saya ingin memaklumkan ada isu perumahan, ada dua (2) kawasan perumahan yang masih belum selesai iaitu 40 keluarga ladang Subang yang, oleh developer Titijaya dah bertahun tidak siap. 40 keluarga di Ladang Subang. Juga yang ini sejak dulu lagi 73 keluarga terlibat di Kampung Bunga Raya, ini sejak dah lebih 20 tahun, kita pun tidak tahu apa yang jadi pada mereka, janji demi janji, sekarang sampai lah Kerajaan sebelum Kerajaan kita, belum lagi selesai. Saya harap itu pun perlu diambil pertimbangan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekian, saya Kota Damansara menyokong Rang Undang-Undang RS-1 Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ya, Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Banting ingin juga mengambil bahagian dalam perbahasan Usul yang menyokong pembentangan Rancangan Selangor yang pertama oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar

semalam. Sebenarnya terdapat banyak isi ataupun perincian yang perlu diketengahkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk saya sendiri, termasuk pembangkang tetapi saya rasa ada kalanya kita juga perlu lihat secara terperinci setiap satu program ataupun projek ataupun teras yang hendak kita ketengahkan. Saya pertama sekali ingin mengucapkan tahniah sebenarnya kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Sungai Tua kerana telah pun membentangkan satu Rancangan yang julung-julung sekali di Malaysia kerana kita difahamkan dan memang ini merupakan sesuatu yang menjadi pengetahuan umum iaitu Negeri Selangor dengan pembentangan Rancangan Selangor yang pertama ini merupakan negeri yang pertama di Malaysia yang membentangkan sebuah rancangan pembangunan lima (5) tahun. Bagi saya ini adalah sesuatu percubaan yang baru dan Tuan Timbalan Speaker, kalau kita mengikuti perbahasan di Dewan Negeri Selangor ini tetapi sejak tahun 2008, pada permulaannya di bawah pimpinan mantan ADUN Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudian diikuti oleh Dato’ Seri Azmin Ali dan sekarang oleh Yang Berhormat dari Sungai Tua. Pembentangan-pembentangan Rancangan-rancangan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

Saya masih ingat lagi pada permulaannya kita ada pembentangan Rancangan seperti Rancangan, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 2008 dan meliputi lima (5) perkara. Antara yang saya boleh ingat adalah Pembaharuan Bandar, Pembersihan Sungai Kelang dan juga Pengangkutan Awam dan juga Pengeluaran Hasil Padi dan sebagainya. Setelah lebih kurang 14 tahun, akhir tahun ini ialah tahun yang ke-14, tahun depan ialah tahun yang ke-15 Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan memegang Kerajaan Negeri Selangor. Kita boleh lihat dengan pembentangan Rancangan Selangor ini, Taman Templer, ada satu kesinambungan di situ, ada satu kesinambungan iaitu pada tahun 2008 barangkali kita membangkitkan satu idea, mencungkil satu idea tetapi sekarang ini kita telah lihat sebenarnya percambahan idea itu sudah pun berlaku dan banyak program dan juga rancangan yang akan diketengahkan di bawah Rancangan Selangor ini. Pada pendapat saya ini adalah satu perubahan, satu pembangunan yang sangat-sangat bagus kerana kita boleh lihat dengan pembentangan ini bukan sekadar hendak bentang sahaja sebenarnya, walaupun kita, rasanya macam pernah dengar sebelum ini tetapi dengan adanya satu perancangan yang rapi dan tersusun seperti ini akan lebih mudah lah untuk, bukan sahaja Ahli Dewan Negeri Selangor, bukan sahaja mudah untuk Wakil Rakyat tetapi juga untuk Pegawai Kerajaan, Ahli Majlis malahan orang awam untuk mengikuti perkembangan setiap satu pembangunan ini. Saya rasa ini adalah perlu. Kita perlu mendokumentasikan perjalanan kita sebelum itu dan kita perlu juga mendokumentasikan perancangan kita pada masa hadapan sekurang-kurangnya untuk dua (2) atau tiga (3) tahun yang akan datang kerana Rancangan Selangor ini adalah dari tahun 2021 sehingga ke tahun 2025.

Tuan Timbalan Speaker, kalau kita hendak lihat kembali apakah perbezaan di antara apa yang kita bentangkan di dalam Rancangan Selangor Pertama ini dengan apa yang kita

pernah dengar dan baca sebelum ini, saya rasa perbandingannya sangat besar. Antara perbandingan ataupun perbezaan yang sangat, yang paling ketara ialah sebelum itu barangkali pada tahun 2008 ataupun 2012, 2013, kita ada Rancangan dia, kita ada dengar ada sikit perincian barangkali di peringkat PBT ada juga langkah-langkah susulan, dasar-dasar atau perbincangan di Jawatankuasa Infrastruktur, Jawatankuasa OSC dan sebagainya, ada kertas-kertas pembentangan, pembentangan-pembentangan dan sebagainya. Pada masa itu, ia adalah pada peringkat yang agak permulaan, agak kasar. Tetapi sekarang ini, kita sudah nampak ada batang hidung dia. Sudah tahu di mana dia. Siapa yang akan melakukannya, siapa yang akan menjadi Jawatankuasa Pengelola, kerangkanya sudah ada cuma, jadi oleh sebab itu, perbahasan kita pada hari ini adalah lebih canggih, daripada yang sebelum itu. Mungkin pada sebelum itu, kita akan berbincang lebih kepada dasar, konsep, ideologi dan sebagainya, tetapi sekarang ini, kita ini hendak membahaskan tentang pelaksanaannya, implementation dan koordinasi dan juga apakah sumber ataupun cara yang kita ada untuk memantau dan juga untuk mengkoordinasikan semua perkara yang terlibat. Jadi, dan juga saya difahamkan juga Tuan Timbalan Speaker, salah satu sebab saya mengatakan begini kerana kita lihat soft launch ataupun program yang, pelancarannya, pelancaran Program Rancangan Selangor Pertama ini pada dua (2) – tiga (3) minggu yang lepas di Dewan Konvensyen MBSA yang tidak lama itu, saya difahamkan, ia telah pun, pada sasarannya adalah Kerajaan mensasarkan 2 atau 300 orang yang hadir sahaja. Tetapi, saya difahamkan Tuan Timbalan Speaker, wakil ataupun rakan-rakan daripada sektor Korporat, sektor Swasta yang mendaftarkan diri untuk hadir sampai ke 500 – 600 orang. Begitu hangat respond nya. Jadi, saya rasa ini adalah satu indicator ataupun satu petunjuk yang menunjukkan bahawa sebenarnya, pihak di luar, orang-orang yang berada di sektor-sektor Korporat dan juga dalam apa jua bidang, sektor Hartanah, Perindustrian, Pembuatan dan sebagainya, mereka ini sangat memandang berat terhadap Rancangan Selangor Pertama ini dan ini menunjukkan bahawa ada keyakinan di situ lah bahawa apa yang kita, Kerajaan Negeri Selangor hendak mencadangkan ini bukan calang-calang kata sahaja. Memang ada sesuatu yang berisi di sini dan something akan berlaku. Jadi, saya ingin menggunakan permulaan ini ataupun ucapan ini untuk memberi kata-kata semangat kepada Kerajaan dan saya merasakan, saya ingin menyokong sebenarnya sepenuhnya pembentangan Rancangan Selangor Pertama ini. Tetapi sebagai Ahli Dewan yang, sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor, kita sebagai cabang legislative, ada peranan kita untuk bertanyakan soalan dan juga mengambil bahagian dalam perbahasan dan kadangkala mungkin ada perbezaan pendapat tetapi saya rasa kesemua input yang ada dalam perbahasan ini dapat dicatatkan dengan baik oleh pihak Eksekutif dan juga Penjawat Awam supaya ia boleh dijadikan sebagai input.

Tuan Timbalan Speaker, apa yang saya hendak bangkitkan, pertama, iaitu Default Mentality. Kalau kita ambil makna kasar, kata kasar default ini maksudnya ia sesuatu yang telah pun status quo di situ. Jadi, kalau kita merancang satu rancangan yang sebegitu rapi

ini, kita tidak boleh ada default mentality ini. Kerana dengan ada default mentality ini, kita akan beranggapan bahawa ini adalah sesuatu yang sama seperti apa yang berlaku sebelum itu. Tidak ada apa-apa keistimewaan. Kalau kita masih lagi kekal dengan default mentality itu, kita akan cenderung copy and paste. Kita akan cenderung copy and paste.

Kita sangat khuatir kalau ada mana-mana yang terlibat dengan perancangan dan pelaksanaan Program Rancangan Selangor ini, apa yang ada adalah default mentality, copy and paste, maka ia tidak akan mencapai satu keputusan ataupun result yang kita hendak inginkan. Jadi, sebab itu saya sangat berharap supaya Kerajaan juga dari segi pemantauan itu, pelaksanaan itu kena sangat-sangat berhati-hati supaya semua yang terlibat dengan pelaksanaan ini biarlah mereka bermula daripada muka surat yang bersih, start from something new, totally new, supaya mereka ini akan mencambahkan satu pemikiran yang berbeza daripada apa yang dilakukan sebelum ini ataupun dalam perkataan lain yang saya selalu berkongsi dengan rakan-rakan semua ialah membetulkan yang biasa dan yang membiasakan yang betul. Apa yang sudah biasa itu, jangan kita hendak biasakan lagi. Pastinya ada kesilapan di sini dan kita perlu membetulkannya dan perlu ada keberanian untuk menegur dan membetulkannya. Dan bagi mereka yang sudah pun betul maka kita perlu membiasakannya kerana yang betul memang betul dan kalau hendak betulkan lagi akan menjadi lebih betul lagi dan itu perlu dibiasakan.

Jadi, ini adalah permulaan saya dan saya berharap Kerajaan Negeri perlu menyusun semula langkah kita untuk memastikan pelaksanaannya menepati sasaran yang hendak di, yang telah dicadangkan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tuan Timbalan Speaker. Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Banting ada menyebutkan soal berkaitan dengan pemantauan sebab bila Yang Amat Berhormat Sungai Tua bentangkan semalam ini, projek ini lima (5) tahun. Saya ingat bukan bilion, Ketua Pembangkang, dia bukan bilion punya projek ni, ini trilion. Ha, trilion, trilion, bukan bilion. Sebab kalau saya tengok di muka surat 198 ini, soal berkaitan dengan pemantauan, ya kita tahu Kerajaan Pakatan Harapan ini, setakat hari ini orang cemuh! Orang boleh cemuh lah macam-macam, tetapi setakat hari ini, Alhamdulillah, soal berkaitan dengan rasuah, mentekedarah duit rakyat ini, Alhamdulillah buat masa ini tidak ada. Cuma kita takut, kita takut, kita takut yang hendak ke depan ini. Ha, mungkin silau mata ke, rabun mata ke, kita tidak tahu. Sebab kita tengok ini, soal berkaitan dengan pemantauan ini, saya hendak mencadangkan kalau boleh Kerajaan Negeri Selangor ini kita kena berani. Jawatankuasa Pemantauan ini kalau boleh kita masukkan sekali pihak daripada pembangkang, saya rasa. Sebab, kita hendak telus,

kita hendak adil, kita kena berani. Selain daripada pembangkang saya hendak minta juga kalau boleh kita masukkan juga mungkin wakil daripada SPRM untuk duduk dalam Jawatankuasa Pemantau ini. Kalau berlaku kesilapan, kalau berlaku ketirisan ia dapat dikesan awal oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Kita tidak mahu dah jadi barah, dah jadi kanser baru kita hendak terpekik, kita hendak terlolong, kita tidak mahu perkara itu berlaku. Apa pandangan daripada Banting?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Nampaknya Yang Berhormat Taman Templer, bila, dalam permulaan ucapan saya, saya amat menekankan bahawa perbahasan saya ini, khususnya saya lah, akan lebih menjurus kepada apakah peranan Dewan ini kita boleh buat. Memang menjadi satu budaya yang cukup bagus. Sekarang ini, kalau kita yang sejak tahun 2008 ini, Kerajaan setiap kali ada hendak membentangkan apa-apa projek ataupun rancangan ataupun kertas dan sebagainya, dasar, Smart Selangor Development Plan 2025, Rancangan Ekonomi, Rancangan Prihatin, dan macam-macam lagi. Kerajaan Negeri Selangor akan datang ke Dewan, akan buat Usul untuk mendapatkan kelulusan dan juga perbahasan serapi mungkin, seteliti yang mungkin bukan sahaja di pihak Kerajaan tetapi juga di pihak pembangkang. Itu adalah satu permulaan yang sangat-sangat bagus dan ruang perbahasan itu dibuka secukup-cukup luasnya tetapi apa yang berlaku, apa yang lebih penting lagi ialah apa yang berlaku selepas itu. Usul akan diluluskan barangkali akan ada banyak lagi perkara-perkara baru yang akan dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, macam mana, apakah akan berlaku dengan idea-idea baru ini. Adakah ia akan dicatat oleh Penjawat Awam, kalau Penjawat Awam dia pandai, dia prihatin, dia tahu tentang isu itu, dia sensitif dengan isu itu, dia akan buat catatan dan kemudian akan ada perbincangan di peringkat Jabatan dan kemudian akan dapatkan lebih banyak maklumat dan kemudian akan membentangkan Kertas-kertas dan sebagainya untuk diluluskan, diperhalusi oleh MMKN ataupun MTES. Itu cara dia. Tetapi di pihak sana, di sebelah sini, kita sebagai Ahli Dewan Negeri saya rasa sama ada Kerajaan ataupun Pembangkang perlu ada satu peranan yang khusus untuk memantau.

Saya setuju sebenarnya, Yang Berhormat Taman Templer dimasukkan Pembangkang, Ketua Pembangkang. Bukan sahaja seorang, mungkin dua (2), tiga (3) orang lagi pun tidak apa, tetapi kita sama-sama boleh memainkan peranan. Dan saya juga ingin, sebenarnya saya ucap celahan daripada Yang Berhormat Taman Templer itu sebenarnya ialah fast track sikit lah, menyebabkan saya terpaksa fast track sikit perbahasan saya ini kepada satu point yang saya rasa sangat integral ataupun menjadi penting dalam perbahasan saya itu. Saya merujuk kepada satu rangka kerja penyampaian. Ia, dalam RS-1 ini ada satu rangka kerja penyampaian, Peneraju Tema Strategik Utama dan Ketua kepada sektor tumpuan yang telah dikenal pasti untuk memacukan hasil. Rangka Kerja ini sangat penting. Pada saya, apa sahaja lah program-program yang kita hendak cadangkan itu, bagus lah kalau ada. Bagus kalau ada, mesti ada. Dan bagus kalau lebih banyak lagi. Lagi banyak lagi

meriah. Bagus lagi kalau ada penyertaan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga sektor Swasta. Tetapi, Rangka Kerja Penyampaian ini sangat penting. Kita lihat pembuat keputusan adalah MMKN dan MTES. Kemudian ada Jawatankuasa Pemantauan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ SUK (Setiausaha Kerajaan) dan juga peneraju dasar, UPEN, ada Unit Pemantauan Berpusat, ada kumpulan Kerja satu ekonomi, Ketua keseluruhan, Ketua sektor tumpuan agensi pelaksana. Dan kalau kita lihat Ketua keseluruhan, ada MBI Incorporated, ada Pengarah UPEN, ada Timbalan SUK (Pengurusan), sekretariat ada Invest Selangor, ada UPEN, UPEN, UPEN, UPEN Sektoral, UPEN PBT, UPEN Seksyen Makro dan Penswastaan, ada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, ada Invest Selangor, ada PKNS, ada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Kalau kita lihat, rangka macam ini, boleh lah kita rumuskan sebenarnya. Keseluruhan pekerja di dalam Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan SSAAS ini adalah sekretariat lah.

Jadi, soalan yang timbul ialah, pertama sekali saya tanya tadi, dimanakah peranan yang dimainkan oleh Dewan ini? Kita memantau pasti kita akan memantau, kita akan berbahas, adakah kita akan...

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Mohon penjelasan ya. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Banting tentang pembabitan beberapa pihak yang kesemuanya berpusat di peringkat Kerajaan Negeri. Tetapi kita tidak boleh lupa juga ya beberapa pelaksanaan daripada rancangan-rancangan ini juga kita kena membabitkan juga beberapa pihak yang di luar daripada Kerajaan Negeri, umpamanya Agensi Kerajaan Persekutuan, ya, saya tengok umpamanya dalam aspek pendidikan. Tentu lah ada perlu kerjasama daripada pihak Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan juga dalam merealisasikan Rancangan Selangor Pertama ini di peringkat Negeri Selangor. Jadi, saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Banting tentang hal tersebut kerana ada kadang-kadang kekangan itu berlaku dengan berbagai-bagai polisi yang sebenarnya ia membataskan ya, kadang benda itu tidak tertulis tetapi kadang-kadang itu yang berlaku. Jadi, saya mohon pandangan daripada Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya. Saya kata tadi, saya berterima kasih kepada Taman Medan. Kadangkala, setiap hari kita kerja ini, kita keluar masuk pejabat yang sama, kita nampak muka yang sama, kita mesyuarat pun orang yang sama, kita bincang pun perkara yang sama malahan format nya pun sama, format mesyuarat itu, minit mesyuarat pun lebih kurang sama, ayat yang digunakan, perkataan yang digunakan pun lebih kurang sama.

Adakah ini boleh, adakah ini satu environment yang boleh, membolehkan kita mengembangkan ataupun mencambahkan idea baru. Saya tidak pasti. Bagi saya, ada baiknya kalau Rangka Kerja Penyampaian ini kita ringkaskan, memang kita boleh ringkaskan lagi ataupun kita boleh masukkan, kita libatkan bersama. Pertama sekali saya rasa sangat penting, Pegawai-pegawai kita di peringkat akar umbi, di peringkat PBT dan juga di peringkat Pejabat Tanah. YDP nya, Pengarah Jabatannya, mungkin Ahli Majlis nya, mungkin lah, ataupun Pegawai Daerah, Pegawai Pembangunan, CADO kita, macam mana dia boleh dilibatkan dalam semua perancangan ini. Sebab it cannot be a top down, it has to be a bottom up, dengan izin Tuan Timbalan Speaker. Jadi, sebab itu saya juga sangat merasakan bahawa kita perlu tengok kembali rangka kerja ini supaya ia betul-betul satu team ataupun pasukan yang proaktif yang boleh bergerak dengan lebih cepat, lebih pantas, lebih efisien dan ada penglibatan daripada pihak luar termasuk Pegawai-pegawai kita di peringkat daerah, itu yang pertama.

Kedua, involvement ataupun keterlibatan daripada Kerajaan Persekutuan ya, Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Taman Templer pastinya tahu, saya pernah bangkitkan isu berkenaan dengan satu projek yang, bukan projek, ataupun inisiatif Wilayah Pembangunan Selatan Selangor (IDRISS). Saya sebenarnya sangat gembira dan saya memuji Kerajaan untuk yang merangkakan Wilayah, memulakan atau mewujudkan Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan ini ataupun IDRISS. Dan saya bacakan di dalam Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan ini, Selatan Selangor ini ia melibatkan dua (2) daerah Yang Berhormat termasuklah daerah kita, yang kita sayangi, di daerah Kuala Langat dan juga daerah Sepang. Daerah yang melibatkan Dengkil, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana melihat daerah Sepang dan Kuala Langat ini sebagai daerah yang penting kerana IDRISS ini ia melibatkan tadi kata trilion kan, trilion di sini lah, IDRISS. Trilion bukan di Gombak, IDRISS ini, GDV nya mencecah RM1 trilion. Apa ada di situ? Selangor Business Capital dibangunkan oleh PKNS di Sepang, Selangor Aero Park ini barangkali akan dibangunkan oleh Syarikat Swasta, mengikut apa yang saya ada lah. Ini maklumat. Kemudian Sepang Gold Coast, yang akan membangunkan satu Global Village dibangunkan oleh SGC Sdn. Bhd., it’s part of private sector company lah, Unisel Global Campus, ada Guocoland Emerald Sepang, I think Guocoland is a private developer, dengan izin, New Era University College oleh Mestika University Berhad, Putrajaya Holding akan membuat mix development di Cyberjaya. NCT Smart Industries dan Business Park, yang ini saya tahu lah barangkali ia dekat dengan Bandar Seri Ehsan, Carey Island Port, Carey Island Special Commercial Zone, semua ini projek hebat-hebat belaka dan melibatkan sama ada GLC Kerajaan Persekutuan, tadi saya ada sebut Putrajaya Holding, GLC Kerajaan Persekutuan ataupun projek-projek yang dikeluarkan oleh GLC Negeri seperti PKNS dan juga syarikat-syarikat swasta seperti

Sepang Gold Coast dan sebagainya. Merdeka Universiti pun ada. Jadi, soalan saya ialah, yang pertama ialah, ini ialah satu inisiatif yang bagus. Bagaimana kesemua 10 projek ini disenarai? Apakah kriteria? Soalan saya ialah, sebab saya bertanya kerana barangkali mungkin di kawasan Kuala Langat dan Sepang, ada lagi projek lain yang berpotensi tetapi perlu mendapat perhatian dan juga sokongan dan dukungan daripada Kerajaan di dalam RS-1 ini tetapi tidak disebut. Adakah mereka juga akan ada peluang untuk dimasukkan ke dalam RS-1 ini dan sekali gus mendapat suntikan modal dan insentif daripada Kerajaan? Adakah ini akan berlaku? Adakah ini boleh berlaku untuk setahun, dua (2) tahun yang akan datang sebelum RS-1 ini tamat pada tahun 2025?

Seterusnya, saya juga ingin bertanya sekiranya kesemua projek ini telah pun diluluskan dan sudah pun dimasukkan di dalam RS-1 ini, maka apakah Kerajaan akan memberi suntikan modal ataupun bukan suntikan modal lah tetapi insentif. Adakah Kerajaan akan memberi pelepasan cukai? Adakah Kerajaan akan memberi kelulusan tertentu ataupun pelepasan tertentu, kita hendak bertanya? Apakah Kerajaan akan lakukan projek-projek ataupun inisiatif ini untuk menarik lebih banyak pelabur untuk datang melabur di dalam IDRISS ini? Itu sebabnya saya rasa kalau kita lihat Taman Medan, projek-projek ini memerlukan koordinasi yang cukup tinggi daripada Kerajaan Persekutuan. Ia tidak boleh hanya dirangka oleh Kerajaan Negeri secara silos sahaja, secara persendirian. Perlu ada kolaborasi yang cukup rapi dan juga rapat dengan Kerajaan Persekutuan. Kita pun amat berharap lah ya Yang Berhormat Sungai Air Tawar, kalau PRU diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan, ada peluang Pakatan Harapan diberi peluang untuk menjadi Kerajaan Persekutuan selama lima (5) tahun, jangan lah bagi kita dua (2) bulan sahaja. Bagi lah kita lima (5) tahun. Maka, kalau macam itu, senang lah Rancangan Selangor ini akan berlepas dengan pantas dan cantik. Jadi, ini harapan kita tetapi dalam keadaan

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, bagi lah, bagi lah.

Timbalan Speaker

Masa dah

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek, masa telah (Ahli Dewan ketawa).

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Haiya!

(Ahli Dewan ketawa)

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Banting, sambung petang.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sambung, ya sambung. Nanti saya bagi

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Yang Berhormat Banting, teruskan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih, terima kasih.

Speaker

Ya, dengan terperinci lah. Silakan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya sambung sikit apa yang saya sebutkan tadi,

Speaker

Bukan sikit, banyak tidak apa.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih, berkenaan dengan perancangan dan juga, saya ada sebut tentang default mentality, saya ada sebut betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, saya ada sebut tentang isu perancangan, koordinasi dan sebagainya, saya ada sebut tentang Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan ataupun IDRISS yang akan menghasilkan GDV sebanyak, sekurang-kurangnya RM1 trilion di kawasan Sepang dan Kuala Langat. Dan saya ada sebut juga 10 projek yang telah pun disenaraikan dalam IDRISS ini, salah satu, sebenarnya bukan satu (1) tetapi dua (2) daripada 10 projek yang dinyatakan ini adalah berkaitan dengan Pulau Carey, pembangunan Pulau Carey di Kuala Langat. Tuan Speaker, sebenarnya, semasa saya dipilih menjadi ADUN Banting, selepas saya dipilih, sebenarnya pada masa itu di peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat telah pun ada banyak perbincangan berkenaan dengan

hala tuju dan masa depan Pulau Carey dan bayangkan lah pada tahun itu adalah, tahun itu adalah tahun 2018, kita perlu menunggu empat (4) tahun ke tiga (3) tahun untuk melihat, at least on paper, sesuatu yang nampaknya telah pun bercambah menjadi pokok kecil lah sekarang ini, ada perancangan untuk membina Pulau Carey Port dan juga Carey Island Special Economic Zone. Berita yang bagus cuma Yang Berhormat Speaker, Majlis pada masa itu ada satu perbincangan yang saya rasa cukup penting iaitu sama ada kita hendak jadikan pembangunan Pulau Carey ini sama seperti apa yang berlaku di Pelabuhan Kelang, bukan Pelabuhan Klang, kawasan Pelabuhan Klang sama ada kita hendak bina ataupun meletakkan ini di bawah sebuah Lembaga Pelabuhan dan kalau kita pun macam itu barangkali kita akan menjadi macam Majlis Perbandaran Klang dikritik tidak tentu hala. Isu tentang jalan, parit, semuanya bukan Majlis punya isu tetapi Majlis Perbandaran Klang pula yang kena menanggung tuduhan dan juga kritikan. Majlis Kuala Langat tak nak macam itu.

Itu adalah cara pertama, iaitu membangunkan Pulau Carey ini di bawah sebuah Lembaga Pelabuhan. Kedua, adakah Kerajaan juga akan menjadikan Pulau Carey ini meletakkan keseluruhan Pulau Carey ini di bawah satu Rancangan Kawasan Khas, Rancangan Kawasan Khas, ia masih lagi diletakkan di bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat tetapi tertakluk kepada sebuah Rancangan Kawasan Khas (RKK). Seperti apa yang berlaku lah, kalau saya rasa di Petaling Jaya ada satu Rancangan Kawasan Khas di Seksyen 13. Itu lah rupa bentuknya, cadangan nya. Pada pendapat saya, sekiranya Kerajaan hendak membangunkan Pulau Carey ini, maka harus lah dan lebih baik ia diletakkan di bawah sebuah Rancangan Kawasan Khas di mana Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan masih ada sedikit bidang kuasa, masih ada bidang kuasa untuk menentukan kelestarian pembangunan di kawasan itu dan kita harus ingat, saya masih ingat lagi Yang Berhormat Bukit Lanjan, di Pulau Carey ini ada satu tribe ataupun satu suku kaum Mahmeri yang merupakan identiti, sebenarnya satu ikon orang asli di kawasan Negeri Selangor. Dan untuk makluman semua kepadatan ataupun bilangan penduduk kaum orang asal ataupun orang asli di Selangor, yang tertingginya di kawasan Kuala Langat. Saya rasa yang kedua mungkin di Sepang. Hulu Selangor mungkin yang ketiga. Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk kita memelihara budaya, kepercayaan, cara hidup dan juga kehidupan orang asli di Pulau Carey ini sekiranya ia akan dibangunkan sebagai di bawah Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan ini. Saya ingin mengingatkan Kerajaan supaya perkara ini harus diberi perhatian dan input daripada MPKK nya perlu lah ada di situ, ya.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Mohon mencelah Tuan Speaker.

Speaker

Ya, silakan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Tahu tak Yang Berhormat Banting bahawa di Mah Meri ini kita ada di Kuala Langat, ramai duduk di sana juga di Sepang tetapi juga di Klang. Jadi, sebelum, mungkin 40 - 50 tahun yang dahulunya, ramai Mah Meri duduk di Klang, sekarang yang dipanggil Tanjung Harapan tetapi selepas pembangunan di Klang, pembangunan, pelabuhan, expansion, dengan izin, dan sebagainya, hari ini memang susah nak cari ya seorang orang asli di Klang, di Tanjung Harapan. Jadi, kalau itu boleh berlaku di Klang, apa pendapat Yang Berhormat kalau projek pelabuhan ini merebak ataupun bertapak di Pulau Carey?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Itu sebabnya kita tidak akan menghalang tetapi kita juga perlu mengambil segala langkah yang boleh untuk memastikan cara hidup dan budaya kehidupan orang asal suku Mah Meri di kawasan Kuala Langat, Pulau Carey dan juga di seluruh Selangor ini, kalau Kuala Langat lah, saya cakap dulu, Kuala Langat, Pulau Carey dapat dipelihara, dikekalkan, bukan setakat sebagai salah satu daya penarik pelancong tetapi juga sebagai satu identiti. Identiti Kuala Langat, di Kuala Langat saya rasa Yang Berhormat Sijangkang dan Morib boleh setuju dengan saya, kita cakap di Kuala Langat bukan tiga (3) kaum utama, kita ada empat (4) kaum utama, iaitu Bumiputera Melayu, Cina, India dan juga orang asal, orang asli. (Bercakap menggunakan bahasa mandarin), dengan izin, Tuan Speaker, empat (4) kaum utama, kalau tempat lain mungkin tiga (3) kaum lah, Melayu, Cina, India tetapi di sini empat (4) kaum. Dan kita ada orang, sekolah-sekolah, banyak sekolah yang sebenarnya pelajar dan muridnya adalah terdiri daripada orang asal. 100% orang asal. Oleh sebab itu, adalah penting untuk Kerajaan mengambil kira pandangan ini supaya pembangunan Pulau Carey ini adalah terancang dan salah satu cara untuk memastikan ia terancang adalah memastikan ada check and balance, ada regulations di situ. Sekiranya ia dibangunkan di bawah Lembaga Pelabuhan, saya hilang, saya khuatir ia akan hilang begitu sahaja. Bukan sahaja hilang malahan kalau lah Pelabuhan Kelang ini, jalan dia, jambatan dia, rosak sana sini, kena kritik dan kena tegur adalah Majlis dan juga Ahli Majlis, tidak ke susah? Kita tak nak pisang berbuah dua kali, kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku di tempat lain dan kita pastikan yang buruk itu tidak akan berlaku di Kuala Langat tetapi yang baik itu kita hendak diulangi di Kuala Langat malahan dengan lebih baik daripada yang sebelum itu. Tuan Speaker, itu adalah perkara yang saya hendak sentuh tentang Pulau Carey ini. Kemudian, semalam kita terkejut dengan satu insiden iaitu insiden gangguan bekalan elektrik, bukan kecil tetapi besar. Tetapi saya juga ingin

Speaker

Terkejut tak?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya?

Speaker

Terkejut?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terkejut? Saya tidak terkejut lah, terkejut dengan perkaraitu, tetapi saya tidak terkejut. Tetapi, sebenarnya Tuan Speaker, bagi orang Kuala Langat ini bukan perkara yang baru sebab di Kuala Langat saban hari gangguan elektrik ini selalu berlaku. Ini saya dapat perhatikan ini jarang berlaku di kawasan Klang, kawasan lama saya Petaling Jaya tidak berlaku, Shah Alam pun tidak berlaku. Tetapi sebenarnya di kawasan Kuala Langat sering kali berlaku. Saya tidak pasti lah Yang Berhormat, Pusat Khidmat selalu putus elektrik. Kalau dulu lagi kerap. Sekarang ini masih ok sikit tetapi semalam itu sebenarnya kawasan Banting pun kena. Kita ada bangkitkan melalui Ahli Majlis ada bangkitkan, ada bertanya kepada Tenaga Nasional di Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan jawapan yang diberi ialah memang tidak ada bekalan elektrik yang mencukupi untuk kawasan Kuala Langat, kita tidak tahu mengapa, mungkin kekurangan pencawang, mungkin kekurangan tenaga dan sebagainya, kita tidak pasti. Tetapi, kita pada masa yang sama, juga sangat khuatir kerana Kuala Langat ini akan mengalami satu era baru di mana akan ada kemasukan pelabuhan dan infrastruktur yang banyak. Pelabuhan kilang kertas, pelabuhan macam-macam. Kita ada pembangunan-pembangunan township yang baru seperti Tropicana Aman, Gamuda Cove dan sebagainya. Padahal, pada suatu waktu ketika dahulu, difahamkan ECRL pun hendak masuk ke Kuala Langat. Kalau pelabur-pelabur besar ini sedang menunggu dengan pelabuhannya, dengan wang tunai mereka hendak labur di tempat kita tetapi kita beritahu dia

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kuala Langat, tunggu dulu. Kuala Langat, sikit, hendak pencerahan daripada Kuala Langat ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Speaker

Banting, hey Yang Berhormat Taman Templer,

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Banting, Banting.

Speaker

Banting, perbetulkan, bukan Kuala Langat. Bukan Kuala Langat, Kuala Langat itu Parlimen.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ya lah, Banting, Banting, Banting ini

Speaker

Parlimen.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Banting ini dalam Kuala Langat, Banting dalam Kuala Langat, ya, ya, betul, betul.

(Ahli Dewan ketawa)

Speaker

Kuala Langat itu katak.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Cuma hendak tanya dengan Banting ini, tadi Banting menyatakan bahawa pelaburan masuk di Negeri Selangor ini. Eh! Saya pelik Banting. Sebab ada laporan menyatakan pelabur dah tak masuk dah di dalam Negeri Selangor kita ini. Sebab ia kata soal berkaitan dengan ekonomi Negara, soal berkaitan dengan keadaan politik Negara yang tidak stabil tetapi Banting beritahu maksudnya pelabur masuk berbilion-bilion di Negeri Selangor ini. Jadi, kita hendak tanya dengan Banting ini, apa-apa yang menyebabkan, maksudnya para pelabur ini dia masuk dalam Negeri Selangor tetapi negeri-negeri lain ini ia tidak berapa hendak masuk. Ini saya hendak sedikit penjelasan daripada Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya hendak menjawab soalan daripada Taman Templer itu, jawapan nya sangat senang. Kerana Negeri ini ditadbir oleh Pakatan Harapan. (Ahli Dewan bersorak) Bukan sahaja kita bersih, kita tidak rasuah tetapi kita ada kemampuan untuk mentadbir Negeri yang complicated macam Selangor. Saya rasa, jawapannya juga ialah kerana rakyat dan juga pelabur asing ini, ia jujur. Bila orang berkata, when people are dealing with cash, their own cash and their own money, bila orang ini dia kena bertanggungjawab terhadap pelabur dia, terhadap pemegang saham dia, dia kena buat keputusan yang betul, betul tak? Dia akan pastikan wang yang ada pada dia itu dilaburkan di tempat yang betul, dilaburkan di tempat yang ada pulangan, dilaburkan di tempat yang boleh memberi jaminan bahawa ada pulangan dalam tempoh tertentu kerana mereka yakin dengan Negeri Selangor apatah lagi ditadbir oleh sebuah Kerajaan yang jujur, yang bersih, yang berkaliber, berkapasiti tinggi dan kuat, maka saya rasa pelaburan ini akan masuk. Cuma, saya nak ingatkan sebenarnya, Pegawai-pegawai Kerajaan ini kena bersiap sedia. Orang sebenarnya sudah menunggu di depan dah, sudah ketuk pintu dengan beg cash dia. Wang tunai dia semua ada di situ. Nak melabur, nak masuk rumah kita untuk melabur di daerah kita. Tetapi kita pula memberitahu dia, from behind, TNB pula mengatakan kepada saya, elektrik tidak cukup. Itu susah tu.

Jadi ini membawa kita kepada satu isu yang sangat penting iaitu kita perlu memastikan bahawa segala infrastruktur yang ada di kawasan Kuala Langat dan juga Selangor perlu lah berada pada satu tahap yang mesra pelabur. Jangan lah kita ini bila hendak berdepan dengan masalah itu, baru lah kita fikir macam mana untuk menyelesaikan masalah itu. Sepatutnya, persiapan dari segi jangka panjang, persiapan awal perlu lah berada di tempat dia. Dan soal berkenaan dengan bekalan elektrik ini merupakan sesuatu yang sangat asas kerana di daerah-daerah yang lain, kita tidak menghadapi masalah seperti ini. Tetapi, saya tidak tahu mengapa, tetapi saya mahu perkara ini diberi perhatian yang serius oleh TNB. Satu lagi perkara, Tuan Speaker, sebenarnya masa saya mula-mula jadi ADUN, saya

masih ingat lagi di dua-dua pintu masuk ini ada terpapar, saya masih ingat tempat duduk Pegawai-pegawai Kerajaan, saya masih ingat masa itu, ada wakil daripada Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, PDRM ada wakil, Hospital ada wakil, Jabatan Kesihatan ada wakil nya, Jabatan Pendidikan Negeri ada wakil nya, Jabatan Pertanian ada wakil nya, Lebuh raya ada wakil nya. Tetapi sekarang kita tidak ada lah. Kita tidak tahu mengapa. Kalau mereka boleh hadir, sekurang-kurangnya suara hati, masalah yang dibangkitkan oleh rakyat melalui Wakil Rakyat ini, melalui Ahli-ahli Dewan Negeri semua akan dicatat dan diambil maklum oleh mereka. Kita tidak perlu melalui orang tengah. Saya bangkitkan tentang isu bekalan elektrik, kalau boleh ada wakil daripada Kementerian datang dan hadir di sini. Kalau setakat Setiausaha Politik pun ok juga lah. Tetapi kalau Setiausaha Politik bukan untuk semua Kementerian, untuk Kementerian Kewangan sahaja. Nak minta duit boleh lah. Minta Yang Berhormat Sungai Air Tawar untuk buat. Tetapi ada pekerja, atau kerja-kerja khusus yang memerlukan perhatian cepat daripada Pegawai-pegawai di peringkat Kementerian ataupun Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Dulu ada, saya tidak tahu mengapa, mungkin selepas lima (5) tahun, enam (6) tahun, 10 tahun Pakatan Harapan pegang teras Selangor ini mereka mungkin tidak lagi berminat untuk datang ataupun terlupa untuk datang. Apa pun sekali, saya rasa baik kalau mereka hadir dan menjawab soalan berbekalkan jawapan kepada EXCO untuk disampaikan kepada kita ya Yang Berhormat Sijangkang.

Speaker

Ya, silakan Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting, adakah Yang Berhormat mendapat maklumat apa punca yang berlaku putus bekalan elektrik itu? Sama ada isu berkaitan kurang bekalan tenaga elektrik itu sendiri ya, ataupun sebab punca daripada yang lain. Sebab saya ingat beberapa tahun yang lepas memang berlaku di kawasan saya tapi sejak beberapa tahun selepas itu nampak ia tidak berlaku, cuma saya tidak menafikan bahawa putus bekalan elektrik itu berlaku tapi disebabkan oleh beberapa kenderaan-kenderaan besar, trak-trak besar yang melanggar sistem pendawaian di tepi-tepi jalan ini dan adakah Yang Berhormat setuju kalau kita nak satu tindakan tegas supaya lihat terutamanya di kawasan industri ini supaya dilihat semua sistem rangkaian-rangkaian sama ada telefon, elektrik ini dirangkaikan dalam keadaan yang sesuai makna kenderaan lalu dia tidak terlanggar. Kawasan di Kampung Baru sendiri saya tengok tanahnya tanah gambut tiangnya condong ke kanan, condong ke kiri, mudah dilanggar air dan akhirnya menyebabkan putus bekalan elektrik, putus bekalan telefon dan adakah Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi setuju untuk dilihat semua kerana ini akan memberikan impak kepada pelabur-pelabur luar yang hendak melabur di kawasan Kuala Langat terutamanya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Setuju, saya setujulah. Faktor atau sebab kepada gangguan bekalan elektrik sama ada kecil atau besar yang kerap berlaku di kawasan Kuala Langat ini adalah banyak dan saya tidak menafikan barangkali ia juga disebabkan oleh keadaan infrastruktur rangkaian bekalan elektrik yang tidak bagus, yang tidak diselenggara dengan baik atau pun didirikan atas tanah yang tidak sesuai, mungkin kita perlu lihat kembali apakah cara yang tepat untuk mengatasi masalah ini. Tapi tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini lebih kepada TNB, TNB perlu menolong kita. Kadangkala ia jadi macam ini, kalau dia hendak bekalkan tenaga elektrik Sijangkang, mungkin dia akan potong sedikit di Jenjarom atau pun Sungai Jarom, kalau dia hendak bekalkan sedikit di Sungai Jarom , dia potong sikit ambil sedikit di Sijangkang dan berikan kepada Sungai Jarom atau pun Banting atau pun Teluk Datuk atau pun Morib, saya rasa itu apa yang berlaku sekarang dan apa-apa pun sekali baik kalau Yang Berhormat kalau ada wakil daripada TNB boleh datang sini untuk mendengar perbahasan kita dan memberi satu penjelasan yang lebih jelas kepada EXCO dan EXCO boleh berbincang dengan lebih baik dengan mereka dan pada masa yang sama memberi satu jawapan yang lengkap dan komprehensif kepada kita dan kita bolehlah berbincang bersama-sama. Rancangan Selangor ini Tuan Speaker sebenarnya sangat penting untuk kita Selangor dan juga Malaysia. Sekiranya boleh berjaya dia akan membantu Malaysia juga dan saya juga membangkitkan selain daripada bekalan tenaga elektrik ini salah satu isu yang saya selalu sering kali memberi perhatian adalah isu ECRL. Saya tahu ECRL sekarang ini dia tidak akan melalui jajaran selatan iaitu di kawasan seperti Sungai Jarom, Jenjarom dan sebagainya tidak akan dilalui lagi. Saya difahamkan akan ada buat jajaran yang baru yang mungkin saya dengar ada kemungkinan bahawa ia akan melibatkan kawasan Kuala Langat pada masa depan. Masa depan itu tak tahulah mungkin 10 tahun akan ada jajaran baru dan sebagainya. Saya memohon supaya kalau kerajaan atau eksekutif ada jawapan atau pun status terkini tentang hala tuju pembangunan ini eloklah boleh dikongsikan bersama-sama dengan kita khususnya wakil rakyat di kawasan Kuala Langat ini supaya rakyat boleh bersiap sedia. Saya sentiasa menekankan sentiasa siap sedia, kita sediakan payung sebelum hujan, jangan pula hujan datang, payung tak ada, nak cari sana-sini, nak pinjam sana-sini susah. Jadi kalau ada persiapan itu kita boleh minta pegawai-pegawai kita atau pun kita boleh tegur pegawai-pegawai di peringkat PBT atau pun majlis atau pun pejabat tanah untuk bersiap sedia. Ada orang ini dia akan datang ke sini untuk membuat jajaran dia, ada bekalan elektrik dia, macam mana kita hendak susun dia punya tempat atau pun sediakan tanah-tanah rizab sebagainya. Semua perlu disiapkan seawal yang boleh yang mungkin. Juga berkenaan dengan WCE. WCE ini adalah satu projek di bawah Lembaga Lebuh raya Malaysia sehingga sekarang status pembangunan atau pun kemajuannya masih lagi di dalam keadaan yang tidak begitu meyakinkan, saya berharap supaya kerajaan boleh memberi penjelasan tentang status pembangunan seksyen satu, dua dan tiga untuk projek ini. Dan suka untuk saya bangkitkan di sini Yang Berhormat, WCE kalau kita hendak cakap tentang IDRISS ini ada banyak pembangunan yang akan berlaku ini sebenarnya

memerlukan jajaran lebuh raya yang komprehensif. Kalau kita lihat jaringan WCE sekarang ini hanya akan berakhir di Bandar Mahkota Banting sahaja. Jadi adakah terdapat kemungkinan supaya jajaran ini dapat disambungkan ke kawasan Tanjung Sepat dan sebagainya untuk memastikan dan ia dapat dirangkaikan dengan lebih betul dan sekiranya jawapan ya, siapakah yang akan membiayai projek ini dan sekiranya melibatkan Kerajaan Negeri Selangor, bagaimana kerajaan apakah peranan kita untuk memastikan projek ini dapat menepati masa dan juga kehendak daripada rakyat Selangor dan juga Kuala Langat. Juga saya ingin menyebut sedikit tentang pertanian. Kita tahu bahawa dalam pelan dalam Rancangan Selangor ini ada disebut tentang satu projek yang cukup besar yang melibatkan Sabak Bernam, kita berasa bangga kerana Sabak Bernam dilihat sebagai jelapang padi untuk Selangor dan saya ada permulaan perbahasan saya ada menyebut Yang Berhormat Tuan Speaker masih ingat pada masa itu Rangsangan Ekonomi Selangor oleh mantan Menteri Besar, salah satu adalah untuk meningkatkan hasil padi. Saya rasa sekarang ini...

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya Yang Berhormat Banting. Yang Berhormat Banting tadi ada menyebut cadangan untuk menyambungkan WCE daripada Banting ke Sungai Pelek, Tanjung Sepat jadi saya cuma nak tanya sebab kita kena ada kata sepakat adakah Yang Berhormat Banting ada tanya pendapat Tanjung Sepat, Sungai Pelek dan sebagainya sebab bila kita hendak buat PJD Link ini, sebab ada cadangan hendak buat PJD Link ini, Bukit Gasing bantah, Sungai Pelek yang jauh pun bantah yang PJ jadi takut kita setuju nak buat sampai Tanjung Sepat, Sungai Pelek lagi bantah. Macam mana kita hendak buat, satu minta satu tak nak. Saya mintalah..

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya sokong itu WCE sampai Tanjung Sepat, itu saya sokong.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu kelirukan? Highway dekat dia, dia setuju, yang jauh daripada dia, tak setuju.

Speaker

Mana satu nak sokong ke atau nak tolak?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Bagi saya Yang Berhormat Tuan Speaker..

Speaker

Mana satu perjelaskan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Bagi saya untuk WCE ini sebenarnya dia telah melalui proses-proses tertentu berbanding dengan PJD Link ini dia masih lagi saya difahamkan bahawa batang hidung sekarang ini pun tidak nampak di atas meja MMKN, apa pun tidak ada..

Speaker

Tapi kenapa ada bantahan? Tak ada sampai ke EXCO, kenapa ada bantahan? Kenapa Sungai Pelek bantah?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Bukan saya yang jawab. Saya tidak kata apa pun.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kalau mahu jawab saya boleh jawab.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tak boleh, tak boleh.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kita bagi pendapat sebagai residen PJ highway itu tidak sesuailah sebab itu kita bantah. Saya residen PJ okay.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Okay saya teruskan ucapan saya. Yang Berhormat sebenarnya boleh ambil bahagian di dalam perbahasan dan boleh bincang. Tapi untuk WCE ini saya rasa penting. WCE termasuklah Bandar Saujana Putra dengan flyover dia.. sama ada dia jajaran utara ke selatan ke semua penting untuk pembangunan di kawasan saya dan kawasan semua kerana apa yang hakikinya ialah proses dia. WCE ini dia perlu melalui proses EIA, SIA dan sebagainya, perlu ada satu tinjauan dan saya difahamkan sebelum ini ada jawapan daripada Yang Berhormat EXCO sebab mengapa ia didapati disiapkan waktu lebih awal kerana ada pertikaian tentang ganti rugi di mahkamah. Mahkamah masih belum membuat keputusan tapi apa pun sekali isu ini belum pun selesai jadi kita berharap sangat supaya WCE ini boleh dipercepatkan supaya sebelum saya Yang Berhormat Tuan Speaker sebelum ini berdiri di atas pentas ini ada menyebut WCE berulang kali, janji kosong Barisan Nasional tapi sekarang ini berjalanlah, saya amat berharap kalau ini boleh disiapkan seluruh koridor pembangunan akan dibangunkan dan kita tidak payah bimbangkan pun tentang mungkin peluang pekerjaan, kemiskinan di Daerah Sabak Bernam barangkali bila WCE ini boleh dibangunkan peluang pelaburan atau pekerjaan akan ada, logistik itu akan berlangsung dengan lebih baik dan ini akan secara tidak langsung akan ada multiplier atau pun ... menyebabkan rakyat yang duduk di pesisiran pantai ini akan menikmati hasil pembangunan. Saya amat berharap supaya WCE ini dapat dipercepatkan dan saya bermohon EXCO yang berkaitan untuk menolong kita pantau betul-betul. Kita memang tidak boleh hadir mesyuarat setiap kali tapi kalau EXCO ada dia kena tanya soalan bagi pihak kita, dia kena minta siapa-siapa terlibat kontraktor, pemaju dia, lembaga dia datang untuk berjumpa pada kita dan dapatkan maklumat yang terkini untuk kita dan minta mereka, tanya mereka apakah cara terbaik untuk cepatkan lagi. Saya ada tanya tadi tentang fly over Bandar Saujana Putera adakah mungkin mereka hendak mohon kerja 24 jam sehari, sebab itu apa yang saya lihatlah dia sebenarnya jauh daripada kawasan perumahan jadi sekiranya kerja-kerja pembangunan itu dijalankan dengan lebih rapi, terancang, teratur tanpa menyebabkan kacau ganggu yang berlebihan dia boleh dijalankan secara 24 jam atau pun dengan syarat pemaju atau pun kontraktor ada kapasiti. Ini saya bagikan supaya pihak EXCO dia dapat tahu supaya dalam mesyuarat nanti dia akan tanya soalan yang betul, soalan yang jitu dan dapatkan jawapan yang baik untuk kita semua. Jadi Tuan Timbalan Speaker kesimpulannya ialah perkara-perkara seperti ini sangat memperlihatkan kesamaan bersama Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kerjasama terhadap Kerajaan Selangor dalam membangunkan kerja-kerja seperti ini. Saya tadi ada menyebut tentang fakta pengeluaran hasil padi, saya berpendapat dan merasakan dan mencadangkan kepada kerajaan perlulah kita lihat dan jangan lupa kawasan Kuala

Langat ini sebenarnya ada potensi yang besar untuk membangunkan industri pertanian. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan, terima kasih kepada kerajaan, pada Yang Berhormat Pandai Indah dan juga Kajang kerana kebelakangan ini telah pun memberi kerjasama dengan baik untuk memastikan golongan petani di kawasan Kuala Langat ada mendapat satu jaminan apabila mereka diberi kebenaran untuk mendapatkan permit kegunaan untuk menjalankan aktiviti pertanian untuk membekalkan bahan-bahan makanan kepada rakyat Negeri Selangor. Walaupun hasil mereka bukanlah besar sangat tetapi ini telah memberi mereka satu keyakinan supaya mereka boleh melaporkan wang yang lebih banyak untuk mempertingkatkan kapasiti mereka, gunakan teknologi yang lebih canggih dan memastikan hasil tanaman mereka ini boleh menyumbangkan kepada keselamatan bekalan makanan di Negeri Selangor. Walaupun bukan di Malaysia, di Negeri Selangor pun sangat cukuplah. Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang Selangor Maritime Gateway. Saya memuji usaha kerajaan Negeri Selangor kerana nampaknya Selangor Maritime Gateway ini telah pun berlangsung dengan cantik sekali. Sekarang ini kita ada satu perancangan sudah boleh nampak perancangan dia. Rupanya Selangor Maritime Gateway ini adalah berasal daripada Mid Valley melalui Selangor Klang River sehinggalah ke Pelabuhan Klang. Ini adalah satu projek pembangunan yang sangat-sangat berwawasan tinggi. Sebelum ini kalau kita ingat sebut sahaja tentang Selangor Maritime Gateway kita mungkin bercakap tentang kebersihan Sungai Klang, kita mungkin bercakap tentang fauna dan flora di sepanjang Sungai Klang, Pelabuhan Klang, Bandar raya Klang, kebudayaan Klang, sejarah Klang mungkin up swing a bit we can go places like Kemuning and other places tapi rupanya Selangor Maritime Gateway ini kalau Yang Berhormat sekalian merujuk kepada apa yang kita ada di tangan kita, dia sebenarnya bermula dari Mid Valley. All the way from Mid Valley Klang to Port Klang, dia akan berubah menjadi satu destinasi pelancongan, industri, pelaburan hartanah dan juga logistik. Harapan saya Tuan Speaker, kalau kita mampu melakukannya di Sungai Klang, tengok-tengoklah juga di Sungai Langat yang mungkin ada potensi yang lebih baik untuk dibangunkan, saya lihat proses pembersihan Sungai Klang itu telah pun berjalan dengan baik dan walaupun tahap pencemaran di Sungai Langat ini tidak seteruk Sungai Klang sebelum ini tapi sekiranya kerajaan ada kemampuan dan kapasiti, Sungai Langat juga boleh dijadikan sebagai sebuah destinasi pelaburan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Selangor Maritime Gateway ini adalah namanya Selangor bukan Klang Maritime Gateway, bukan Sungai Selangor Maritime Gateway tapi Selangor itu di sebelah utara, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Bernam satu lagi jadi Selangor Maritime Gateway ini kalau ada peluang tadi saya dengar Dengkil pun bersetuju dengan saya, kita harap boleh lakukan sesuatu, apa lagi kalau ada projek atau pun inisiatif yang bersesuaian masukkanlah ke dalam Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) ini. Adakah ke semua projek ini telah pun ditetapkan, tak boleh nak tokok, tak boleh nak tambah lagi.

Kalau kita masih boleh nak tambah lagi saya boleh berharap Kerajaan memulakan sesuatu berkenaan dengan Selangor Maritime Gateway di bahagian Sungai Langat. Saya difahamkan baru-baru ini memang Majlis Perbandaran Kuala Langat ada membuat satu persiapan untuk mereka cuba menyusuri Sungai Langat ni dan tengok apa yang kita boleh lakukan. Kalau sekarang kita tengok Sungai Langat ni kita ada loji rawatan air Labuhan Dagang di situ kita ada.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Saya ingin bertanya Banting apakah jenis projek yang Banting idamkan untuk Kuala Langat Maritime Gateway. Kalau di Klang kita lihat dalam buku ini banyak cadangan tapi saya rasa Pelabuhan yang kedua di Kuala Langat mungkin tak perlu, so apa cadangan key project yang dicadangkan oleh Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Logistik. Sebenarnya apa yang berlaku di Sungai Klang ini boleh dilakukan di Sungai Langat. Tak ada masalah, probably even at a lower cost. Tapi kalau disebutkan apakah aktiviti ataupun pembangunan yang boleh dijalankan dilakukan dimulakan dahulu di kawasan Sungai Langat ni saya rasa logistik kerana sebelum ni apabila Mega Steel bertapak di kawasan Dengkil, Sungai Langat ni pernah dia ada buat satu terusan pada masa itu, ini zaman Khir Toyo la, Yang Berhormat Khir Toyo, Canal City. Dia ada buat satu terusan dan dia ada satu bahagian telah pun dipotong dan dijadikan untuk memudahkan aliran logistik. Dan kalau kita lihat apa yang bakal berlaku di Kuala Langat ini dan Sepang dalam masa 10 tahun yang akan datang dengan WCE, dengan Pulau Carey dan sebagainya, saya kira logistik adalah sesuatu satu sektor yang boleh dibangunkan dengan baik. Jangan lupa Tuan Speaker, Kuala Langat ialah sebuah daerah yang terletak di tengah-tengah Pelabuhan Klang dan KLIA. Dengan ini saja sudah cukup tau bahawa betapa pentingnya kedudukan strategik lokasi Kuala Langat ini. Jadi sekiranya soalan ini saya jawab kepada Yang Berhormat, logistik is the first that we can consider to do. Try to do something in Kuala Langat. Satu lagi Yang Berhormat Tuan Speaker apabila kita menyebut tentang pembangunan di Selangor ini ada juga. Sungai Pelek tadi ada soalan ya? Saya lupa, saya tak ada ya, sudah jawab ya, terjawab? Cukup ya.

Speaker

PJD Link, PJD Link.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

PJD Link tu bukan bidang kuasa saya lah tapi saya cuma Tuan Speaker saya teruskan Rancangan Selangor 1 ini banyak menyebut sebenarnya tentang teknologi maklumat dan kita tahu bahawa di Morib ni sebenarnya ada satu landing base untuk syarikat-syarikat gergasi untuk memasang, memasang kabel fiber optik laluan optik ini melalui satu projek kabel dasar laut dan satu salah satu stesen, landing station yang akan dibina adalah di kawasan Morib, di Morib.

Jadi soalannya ialah apakah peranan Kerajaan, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek ini di bawah Rancangan Selangor 1 dan saya menyebut soalan ini semasa kita di dalam Rancangan Selangor 1 ini ada hasrat untuk memastikan bahawa jaringan jalur lebar, jaringan jalur lebar di negeri Selangor mencatat satu tahap yang memuaskan. Kalau saya tak silap ada satu inisiatif nama dia JALIN tetapi landing base berkenaan Morib ini tidak disebut. Jadi saya ingin bertanya kepada Selangor, kepada eksekutif apakah jaminan kita untuk memastikan perkara ini dapat direalisasikan. Saya ingin merujuk kepada makluman yang saya dapat daripada Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) ini sebenarnya sebuah anak syarikat Kerajaan Selangor yang telah pun diberi satu tugas yang cukup besar untuk memastikan semua Smart Agenda, Smart City State Agenda di Selangor ini dilaksanakan sehingga dia satu, mereka ada satu SSDU ada satu senarai score board atau score chart ataupun inisiatif yang perlu dipenuhi dan Kerajaan Negeri Selangor ada membentangkan Smart Selangor Action Plan sehingga tahun 2025. Soalan saya ialah bagaimana SSDU boleh memainkan peranan di dalam kerangka kerja yang ada sekarang ini sebab saya lihat apa yang kita ada ini tadi saya pada awal permulaan, pada permulaan Perbahasan saya ada disebut tentang kerangka kerja yang disebutkan tadi itu. Hampir semuanya adalah daripada Penjawat Awam yang ada di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah ini. Jadi di mana kah peranan yang boleh dimainkan oleh SSDU bukan sebagai pelaksana tetapi juga sebagai pemimpin atau pun pembuat dasar untuk memberitahu dan juga menasihati Kerajaan Negeri Selangor ke arah mana kita nak menuju. Dan saya kagum dengan SSDU ini kerana SSDU walaupun sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mempunyai score card terhadap setiap satu inisiatif yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ada markah dia. Mereka memberi markah, mereka kena mendapatkan markah setakat mana mereka dah buat inisiatif itu. Kalau tidak dapat melakukan mereka kena memberi penjelasan. Mereka kena bentangkan laporan. Jadi bagaimana pula dengan, bagaimana pula cerita nya dengan Rancangan Selangor 1 ini? Adakah perkara yang sama akan dilakukan? Adakah Kerajaan, adakah Dewan Negeri Selangor akan mendapat peluang untuk melihat score card pelaksanaan ini? Markah 25, markah 50, markah 26 ataupun 50, 78, 90. Apakah tempoh masa dia sebab kalau untuk SSDU ini dia sampai masa 2025 tapi ini juga, ini juga sampai 2025. Jadi hanya ada dua atau tiga tahun sahaja. Jadi untuk memastikan perbincangan kita ini lebih konkrit, lebih tangible, kena ada satu yang...

Speaker

Yang Berhormat Banting, berapa markah sepatutnya lulus? Bagi tahu Dewan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Untuk permulaan ini 25% lah. Kalau full mark adalah 100. Pembentangan ini adalah only this only cater for 25 marks to me. So you still have to work hard within the next one or two years dengan izin untuk mencapai markah 50. At least kita boleh merasakan bahawa sekiranya kita boleh capai 50 maka boleh dikatakan bahawa on track, dalam hala tuju yang betul. Kalau Kerajaan Pusat dipegang oleh Pakatan

Harapan lagi saya rasa lagi cepat. Saya berharap ini boleh berlaku lah dan saya rasa mungkin kita boleh pastikan bahawa perkara ini berlaku dan saya minta sekiranya boleh lah mungkin sekiranya pembentangan di Dewan ini mungkin dia bukan senang sangat, mungkin dia bentang pada SELCAT. SELCAT kita boleh pantau, mengapa ini, apa yang dikatakan di sini Selangor Maritime Gateway dia, Pulau Carey Island dia dan juga sebagainya, mengapa dia macam tergendala tidak apa apa-apa maklumat terkini. Jadi kita perlu tahu. Itu sebabnya peranan kita perbahasan kita ialah berdasarkan bukan sahaja kita, kita memang sokong tetapi lebih penting lagi peranan Dewan dan juga Ahli Dewan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Tuan Speaker, sedikit celahan.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Banting. Saya tertarik dengan hujahan dan cadangan Yang Berhormat Banting berkenaan dengan pemantauan pelaksanaan RS1, Selangor 1 ini lah Rancangan Selangor 1 yang mana dalam ucapan Yang Berhormat Banting tadi mencadangkan agar keterlibatan semua pihak dalam memastikan pemantauan dan juga penyampaian apa yang telah pun dibentangkan dan juga dirancang ini dan peranan badan legislatif iaitu Dewan Negeri Selangor untuk terlibat. Jadi saya nak tanya yang Berhormat Banting, apakah pandangan Yang Berhormat Banting sekiranya diwujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memantau dan juga melihat secara helicopter view untuk pelaksanaan RS-1 ini selain daripada di peringkat eksekutif dah ada menubuhkan siap tadi itu. Apa pandangan Yang Berhormat Banting? Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tak ada masalah untuk menyokong tapi saya, cadangan saya selebih cepat lagi kita boleh guna sama ada PAC atau SELCAT pun boleh. So maknanya kita Jawatankuasa seperti ini sudah ada. Jadi kalau kita boleh menggunakan platform sedia ada PAC atau SELCAT, saya rasa dia nya lebih cepat dan lebih efisien. Itu yang pertama lah. Jadi sekiranya ada satu lagi Jawatankuasa saya takut mungkin kita perlu tunggu lagi, tak sempat lah mungkin Dewan dah bubar. Kita pun tak sempat nak tubuhkan tapi kita sekarang ni sudah ada Jawatankuasa SELCAT dan PAC boleh lah mula kerja pada masa sekarang. Jadi Tuan Speaker saya ingin menyampaikan kesimpulan penghujung saya, penghujung perbahasan saya, saya sekali lagi ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan barisan MMKN kerana pastinya untuk menghasilkan sebuah perancangan yang sebegini bukan suatu kerja yang mudah, pasti mereka telah pun menjalankan banyak seminar, taklimat dan juga perbincangan dengan pemegang baru dan daripada respons yang diterima saya difahamkan pendaftaran untuk pelancaran itu dah lebih daripada apa yang dijangkakan. Ini menunjukkan bahawa minat dan keyakinan

pelabur yang cukup kuat terhadap negeri Selangor. Itu sebabnya mereka ni, pelabur ni dia tak ikut sentimen politik, sebab dia berurusan dengan wang yang ada dalam tangan dia. Kalau dia rugi, kejap kalau nak hadir ke Mesyuarat Agong tahunan dengan pemegang saham, dia kena marah, dikritik. Jadi nobody will risk their lives or their money because ini adalah wang mereka. Dan saya rasa ini adalah satu usaha yang cukup membanggakan kita semua. Saya amat berharap supaya segala teguran dan juga pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Pembangkang dapat diberi perhatian serius dan kita tidak harus berhenti di sini sahaja. Kejap lagi kalau ada peluang maka bentangkan lah laporan dia, score card dia kepada Jawatankuasa sama ada PAC atau SELCAT ataupun terus kepada Dewan untuk memastikan semua agenda ataupun isu yang kita bangkitkan di sini dapat diambil perhatian dan memang kita tidak boleh nafikan lagi saya bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Bukit Lanjan, kelestarian pembangunan itu perlu ada. Isu-isu dan agenda-agenda alam sekitar kita perlu pastikan ia dipelihara untuk memastikan pembangunan di Selangor ini adalah pembangunan yang seimbang. Sekian, Banting menyokong.

Speaker

Terima kasih Banting. Saya beri ruang dan peluang yang terbuka kepada Ketua Pembangkang Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Silakan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bismillahirrohmannirahhim. Assaslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sungai Air Tawar turut serta mengambil bahagian di dalam Perbahasan Rancangan Selangor 1 atau RS-1 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin menyatakan bahawa pihak Pembangkang secara prinsipnya tidak mempunyai isu untuk menyokong segala inisiatif dan usaha yang baik daripada Kerajaan kerana pada akhirnya kita diberi mandat oleh rakyat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Negeri Selangor ini. Namun sokongan ini tidak mutlak dan tertakluk kepada penilaian dan analisis terhadap prestasi Kerajaan Negeri. Di dalam pelaksanaan dasar dan projek yang dijanjikan dan bakal saya bahaskan sebentar nanti. Yang Berhormat Tuan Speaker, dunia hari ini berada dalam situasi ke tidak tentuan. Tabung Kewangan Antara bangsa IMF menjangkakan pertumbuhan ekonomi global akan terus diturunkan dari anggaran April lalu iaitu pada 3.6% setelah KDNK seluruh dunia meningkat sebanyak 5.9% tahun lalu. Dan pada penghujung Julai ini IMF akan mengeluarkan unjuran KDNK dunia yang baru. Dalam keadaan ekonomi dan kesihatan dunia yang sudah mula nampak sinarnya untuk kembali pulih, berbagai-bagai cabaran baru yang tidak diduga. Kita menyaksikan dalam tempoh sedekad ini dunia mengalami inflasi yang rendah tetapi baru-baru ini kita dikejutkan dengan harga barangan mentah di seluruh dunia melonjak kerana permintaan yang tinggi terhadap barangan keperluan yang mengatasi bekalan asas. Salah satu sebab perkara ini berlaku ialah apabila perang di

antara Ukraine dan Russia tercetus ketika dunia sedang bergelut untuk pulih daripada impak berterusan pandemik COVID-19. Hal ini menyebabkan inflasi terus melonjak sehingga mengancam Pertubuhan Ekonomi Dunia. Perang dagangan dan sekatan termasuklah larangan Amerika Syarikat ke atas import minyak Russia merebak ke ekonomi global sehingga menyebabkan kos tenaga dan komoditi utama seperti gandum, baja dan logam melonjak kepada paras yang tertinggi. Dalam konteks ekonomi tempatan pula, SNP Global Rating telah menyemak semula penerapan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada stabil daripada negatif. Berikutan kepercayaan terhadap pemulihan ekonomi negara yang berada pada landasan yang kukuh berbanding negara-negara lain pada tahap pendapatan yang sama. SMP Global Rating mengunjurkan KDNK Malaysia akan berkembang 6.1% pada tahun ini dan 5.0% pada tahun 2023 disokong oleh eksport yang kukuh pada harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi. Walaupun ekonomi dijangka berada di landasan pemulihan, faktor-faktor seperti ancaman mutasi virus COVID-19 dan kemunculan wabak baru yang menjadi kecemasan kesihatan global seperti virus monkey pox atau cacar monyet, kestabilan politik inflasi dan keselamatan bekalan makanan serta krisis iklim dijangka terus memberi cabaran kepada kemajuan pemulihan dan kesejahteraan rakyat. Bercakap soal RS-1 ini saya ingin membawa perhatian kepada Dewan ini bahawa melihat kepada pentingnya rancangan ini seperti yang diuar-uarkan oleh YAB Menteri Besar namun saya berasa agak sedikit kecewa kerana Kerajaan Negeri langsung tidak melibatkan pihak pembangkang dalam penggubalan dasar ini, tiada sesi libat urus mahupun jemputan untuk perbincangan diberikan kepada kami untuk memberi pandangan atau idea. Seterusnya menyentuh soal narrative, Rancangan Selangor 1 ini pertamanya saya mahu nyatakan bahawa saya lihat ada banyak perkara di dalam ucapan YAB Menteri Besar semalam, bukanlah semuanya sesuatu yang baharu, bahkan banyak program dan inisiatif yang hanya dijenamakan semula ataupun diolah bagi menampakkan kononnya ia adalah idea baharu dan segar. Kedua, adalah penting untuk saya tekankan bahawa rakyat sudah letih dan muak mendengar pelbagai perkara-perkara dan dasar-dasar besar namun tidak jelas, apa hasil atau impaknya secara terus kepada mereka. Dan kata lebih mudah kita sudah muak dengan sembang lebat dan berapi-api tetapi hasilnya tidak begitu gah. Ketiga, kita mendengar pelbagai rancangan dan projek hebat dalam tempoh 5 tahun ini tetapi kita menuntut perincian yang lebih mendalam tentang garis masa ataupun timelines bagi memastikan apa yang dijanjikan itu adalah realistik. Bukan semua perkara adalah bervisi dalam jangka masa panjang. Ada perkara yang memerlukan intervensi segera, misalnya langkah drastik bagi mendepani bencana banjir. Ini bukan benda 5 tahun sekali, tetapi mungkin berlaku dalam masa terdekat. Rancangan sepenting ini tidak boleh bersifat untuk semata-mata kita perlukan perancangan yang lebih spesifik dan timelines yang lebih jelas.

Keempat, kita telah mendengar YAB Menteri Besar mengumumkan pelbagai projek-projek mega, semuanya nampak cantik di atas kertas. Soalnya kita ingin tahu daripada mana punca pendapatan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tawaran-tawaran dan janji-janji manis ini? Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membiayai projek-projek mega yang telah diumumkan ini? Adakah sekadar bergantung kepada hasil dari kutipan cukai dan premium tanah sahaja? Ataukah menggunakan kaedah pave-i ataupun land swap ataupun penjualan aset Kerajaan Negeri? Harapannya segala perancangan ini bukan sekadar tanam tebu di tepi bibir. Sekurang-kurangnya tebu masih ada manis, tetapi janji manis dan sembang kosong apa pun tiada. YB. Tuan Speaker, ucapan YAB Menteri Besar yang menyentuh beberapa kali tentang perubahan iklim. Saya nyatakan situasi yang kita hadapi pada waktu ini bukan sahaja krisis iklim ataupun climax crisis tapi krisis iklim adalah ancaman global yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat, keselamatan, makanan, pembangunan, ekonomi dan kesihatan. Kerajaan Negeri harus belajar daripada pengalaman banjir besar yang berlaku di Negeri Selangor sebelum ini. Saya tekankan bahawa jentera pengurusan bencana di peringkat Negeri dan daerah haruslah lebih teratur dan bersedia maka bencana ini dapat dikendalikan dengan lebih baik walaupun terdapat beberapa cabaran. Misalnya, penambahbaikan Smart Selangor Operation Centre dan pembangunan pelan tindakan pengurusan bencana yang diumumkan YAB Menteri Besar semalam haruslah dilaksanakan segera. Kita tidak boleh menunggu lagi 5 tahun, 4 tahun ataupun 2 tahun. Kita mahukan fokus dan pelan tindakan segera diambil bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan segera. Saya juga berharap koordinasi dan hubungan yang lebih baik dapat dijalin di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pelaksanaan rancangan bersama di dalam mendepani ancaman krisis iklim seperti banjir di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga harus menyokong lebih pelaksanaan program-program pemerkasaan akar umbi seperti program pengurusan risiko berasaskan komuniti oleh agensi pengurusan bencana NADMA, dan pengurusan keselamatan berasaskan komuniti seperti yang digariskan oleh dasar keselamatan negara 2021 dan 2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Menjelang tahun 2040, Selangor dijangka mempunyai unjuran populasi lebih 1.3 juta warga emas yang berumur lebih 65 tahun. Justeru adalah penting untuk kerajaan Negeri menyediakan pelan pembangunan fasiliti awam serta rancangan penjagaan kesihatan yang dapat mendukung populasi menua di Negeri Selangor. Dengan sistem penjagaan dan akses kesihatan yang lebih baik di negara ini, jangka hayat rakyat di negara ini telah meningkat. Bagaimanapun cabaran ekonomi semasa dan simpanan masa tua yang rendah menyebabkan ramai golongan yang berumur 60 tahun tidak boleh sepenuhnya bersara daripada alam pekerjaan. Maka, bagi menjadikan Selangor sebagai negeri kalis masa depan, dan terhadap populasi menua, adalah penting untuk kerajaan Negeri memasukkan rancangan bagi silver economy kerana silver economy adalah sektor

ekonomi yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan ekonomi warga emas yang masih perlu terus berada di alam pekerjaan. Antara model terbaik di dalam perancangan sistem kesihatan, dan silver economy ini untuk populasi menua kita boleh melihat daripada negara Singapura dan Jepun. Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Golongan anak muda menjadi keutamaan dan peranan anak muda dalam membangun dan memajukan negeri sangat penting kerana mereka inilah yang bakal menjadi tunjang kepada kejayaan di Negeri Selangor kelak. Justeru Kerajaan Negeri harus menumpukan perhatian khusus kepada pembaharuan dan usaha yang menjurus kepada kebajikan belia. Melihat kepada RS-1 yang dibentangkan semalam, saya dapati tiada program atau rancangan baharu yang melibatkan golongan muda yang ada hanyalah program Ride dan Selangor Kerjaya yang merupakan program sedia ada yang telah diumum pada tahun 2019 dan tahun 2020. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri untuk turun ke akar umbi dalam melaksanakan lebih banyak program turun padang seperti program keusahawanan potensi daerah, karnival kerjaya bebas bercirikan perniagaan online, dan juga khidmat potensi kerjaya yang relevan dengan zaman kini yang lebih ke arah ekonomi digitalis. Seperti yang kita sedia maklum, krisis iklim dan konflik geopolitik dunia telah memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan global yang juga menyebabkan gangguan bekalan makanan di negara ini. Kebergantungan yang tinggi terhadap import komoditi yang memberi kesan kepada ketersediaan bekalan makanan ruji seperti ayam, daging dan sayur-sayuran menyebabkan inflasi makanan ditanggung oleh rakyat. Jadi saya nak beritahu YAB Menteri Besar,

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ketua Pembangkang,

Speaker

Ya, Taman Templer mintak laluan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tetapi jaminan keselamatan bekalan makanan juga adalah sama penting kerana ianya adalah soal survival dan keperluan harian rakyat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Ketua Pembangkang, terima kasih YB. Speaker. Di awal perbahasan Ketua Pembangkang tadi ada menyebutkan soal berkaitan dengan pembangkang tidak dijemput. Saya nak tanya dengan Ketua Pembangkang, kita ADUN-ADUN yang lain ni dijemput dalam sesi libat urus yang diadakan di Dewan MBSA yang baharu tu, canggih dewan tu saya tengok, dewan tu, dewan yang baharu tu kan, yang tepi highway tu kan. Tarikhnya tak silap saya 7.7.2022 kalau tak silap saya lah, kalau saya silap, betulkan saya Taman Medan. Saya nak tanya adakah cuma dijemput ADUN daripada kerajaan sahaja ke, atau pun ADUN daripada pembangkang tidak dijemput? Kita nakkan satu jawapan yang terbaiklah, daripada Ketua Pembangkang, adakah sama ada pembangkang tidak dijemput cuma kami di pihak kerajaan sahaja, yang dijemput pada tarikh keramat 7.7.2022. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih YB. Taman Templer. Saya mencadangkan agar pada masa akan datang lebih banyak jemputan-jemputan yang melibatkan pembangkang khususnya dalam rancangan seperti pelan Selangor Pertama ini. Itu yang saya maksudkan YB. Taman Templer. Terima kasih. Jadi saya nak beritahu YAB Menteri Besar, ekonomi berasaskan industri itu adalah penting tetapi jaminan keselamatan bekalan makanan juga adalah sama penting kerana ianya adalah soal survival dan keperluan harian rakyat. Justeru saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk benar-benar memberi tumpuan kepada reformasi pertanian di Negeri Selangor dan membangunkan tanah-tanah pertanian terbiar untuk aktiviti-aktiviti penternakan ayam dan lembu. Penanaman jagung dan kacang soya serta sayur-sayuran untuk mendukung jaminan keselamatan bekalan makanan di negara ini secara umumnya dan di Negeri Selangor secara khususnya. Pembangunan industri pertanian ini bukan sahaja bakal menjadikan Selangor sebagai kalis ancaman keselamatan makanan, bahkan dapat menjana peluang pekerjaan dan membangunkan ekonomi setempat di dalam rantaian makanan yang holistik. Ditambah pula dengan penggunaan kaedah pertanian dan perladangan yang berteknologi tinggi hasilnya akan lebih lumayan.

Tadi Sungai Air Tawar sebut penanaman, tanaman-tanaman tertentulah untuk menjamin stok bekalan makanan bagi ternakan. Sungai Air Tawar sebut penanaman kacang soya, ya salah satu daripada tanaman-tanaman yang dinyatakanlah. Saya nak tau, ada kat mana penanaman kacang soya kalau ada Sungai Air Tawar ada maklumat? Sebab kalau penanaman jagung atau makanan-makanan berkaitan tu memang ada. Boleh bagi maklumat? Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih YB. Saya mengambil contoh, tapi saya nak maklum jugak, tanaman roselle pun berlaku lagi di DUN saya, Sungai Air Tawar tu termasuklah tanaman nenas MD2 dan sebagainya. Saya cadangkan yang itu pun boleh tanam di DUN saya. Masa pembentangan Belanjawan bulan 11 tahun lepas, kerajaan dah umumkan pelaburan sekitar RM1.08 bilion untuk pembangunan ekonomi di Sabak Bernam untuk mempertingkat sektor pertanian dan pengeluaran makanan. Tapi sebagai ADUN Sungai Air Tawar saya tak nampak apa pun yang dilaksanakan, tiba-tiba semalam Menteri Besar umumkan pula pembangunan kawasan Sabak Bernam ataupun SABDA. Ingatkan benda baharu rupa-rupanya benda yang sama tetapi dijenamakan semula. Saya sebenarnya mengalu-alukan sebarang pembangunan di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Dan saya sedia maklum di DUN saya ini mempunyai tanah ratusan ekar di sekitar kawasan Sungai Lang, yang mungkin boleh dibangunkan dan boleh memberi satu pendapatan yang baik kepada penduduk di DUN Sungai Air Tawar. Walau bagaimana pun saya ingin mengingatkan kerajaan Negeri agar tanggungjawab hakiki kerajaan Negeri bukan sahaja membangunkan DUN Sungai Air Tawar, malahan memberi atau menjaga segala aset-aset yang sedia ada. Saya ambil contoh, dahulu kerajaan Negeri di bawah PKPS membuat satu

program mega menebang pokok paya bakau simpanan di dalam saya kira hutan simpan secara besar-besaran daripada Kampung Dato’ Hormat membawa kepada Kampung Sungai Tengah. Ya, dengan alasan ingin mengadakan satu projek penanaman kelapa sawit. Malangnya selepas bakau ini digondol, ya, hidupan liar asal di kawasan itu, monyet keluar terlepas mengganggu tanaman orang kampung...

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Itu zaman Khir Toyo kan tu?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bukan, bukan ini selepas itu. Tak, tahun lepas tahun 2008.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya nak mencelah, saya nak mencelah,

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bukit Lanjan, lepas ni boleh check. Dan sehingga hari ini, sehingga hari ini

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Selangor tak benarkan bakau dipotong tu.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya nak mencelah, izinkan. Saya hanya nak beri fakta tentang isu apa yang disebut oleh Sungai Air Tawar iaitu penanaman kelapa sawit projek penanaman kelapa sawit dekat Sungai Air Tawar. Kawasan itu adalah paya bakau. Betul, Yang Berhormat? Jadi, apa yang telah berlaku selepas kita jadi Kerajaan pada tahun 2008 baru PKPS balik ke Kerajaan Negeri dan menyatakan bahawa mereka tidak dapat menanam pokok kelapa sawit kerana tanah itu tak sesuai untuk tanaman tersebut dan mintak kawasan itu diganti semula dengan tapak yang lain. Jadi projek itu sebenarnya dijalankan sebelum tahun 2008 bukan selepas tahun 2008.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat Bukit Lanjan, projek penebangan ini dijalankan selepas tahun 2008 boleh tanya orang sekitar tempat saya. Dia ditebang tahun 2008.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tidak, tidak.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Okay, isunya Yang Berhormat Sungai Pelek ini DUN saya selepas berlaku penebangan sehingga hari ini Kerajaan Negeri juga tiada melakukan usaha-usaha untuk penanaman semula di kawasan ini sehingga orang tempatan terpaksa melakukan usaha mereka sendiri di bawah Kelab Bakau ataupun Kelab Cinta Bakau untuk menanam semula pokok-pokok bakau di kawasan ini atas sebab itu Kerajaan Negeri yang sebegini hebat tidak apa lah kalau kesan itu hendak di tuduh kepada kami walaupun perkara itu berlaku selepas tahun 2008 tapi tidakkan tiada usaha untuk

memulihkan semula pokok kayu bakau ditebang ini di bawah PKPS yang kononnya dulu hendak tanam pokok kelapa sawit.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya mohon mencelah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Kalau keadaan tanah ini tidak sesuai kenapa kayu bakau ini diambil. Isu penebangan ini berlaku selepas tahun 2008 mungkin diluluskan pada zaman BN tetapi kayu ini diambil dan ditebang selepas Kerajaan Pakatan Harapan. Ini Fakta

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tidak saya tidak setuju Yang Berhormat ini berlaku sebelum tahun 2008. Tidak mungkin Yang Berhormat itu tidak mungkin. Sesiapa yang kenal saya, saya tidak benarkan mana-mana pihak untuk masuk tebang hutan simpanan bakau.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Yang Berhormat setahu saya.

Speaker

Dasyat.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Betul.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sehingga saya hendak sebut saya hendak put on record sehingga saya tidak mahu sebut siapa lah saya pernah keluarkan amaran kepada dua Ahli Dewan Negeri bukan penggal ini bukan penggal sebelum ini tetapi penggal 2008 sehingga 2013 kalau mereka masuk satu kawasan untuk semak hutan simpan bakau itu saya akan panggil Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk turun dan tahan mereka masuk lokap sehari. Itu adalah fakta. Jadi untuk saya sebagai mantan EXCO pada masa itu membenarkan PKPS untuk masuk hutan simpan bakau tebang dan keluar selepas itu memang tidak akan berlaku tetapi saya setuju dengan apa yang disarankan Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang kerana betul walaupun mereka sudah tebang tetapi kerana mereka rasa tidak sesuai untuk kelapa sawit jadi adalah tanggungjawab mereka untuk menanam semula. Itu saya setuju dengan Yang Berhormat dan saya harap selepas ini PKPS dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengambil maklum dan segera pergi ke sana untuk memulihkan kawasan tersebut.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sungai Air Tawar you bagi peluang kepada saya kan?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Okay terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sedikit sahaja.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Okay, Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Setahu saya selepas 2008 Pakatan Rakyat kali pertama memegang kuasa di Negeri Selangor kerana memandangkan insiden-insiden macam forest ataupun hutan dicabuli dan bakal dicuri dan sebagainya. Saya kalau tidak silap saya Kerajaan ada satu moratorium tidak boleh, melarang semua sekali pembalakan dan juga kayu bakau. Jadi saya tidak percaya selepas 2008 masih ada kelulusan daripada Kerajaan untuk kawasan bakau dan sebagainya. Saya tidak percaya, kalau adapun itu adalah kecurian. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih. Sabak silakan.

Terima kasih Sungai Air Tawar. Saya hendak menjadi orang tengah. Kejadian itu berlaku semasa saya menjadi Penyelaras DUN Sungai Air Tawar sekitar tahun 2008 memang ada aduan daripada penduduk Sungai Air Tawar dan PKPS supaya projek itu dibatalkan tetapi keputusan PKPS saya tidak tau PKPS itu adalah arahan Kerajaan atau tidak. Masa itu pertemuan diadakan di ILDAS PKPS bertegas untuk memajukan tanah itu dan akhirnya memang betul hutan bakau itu ditebang dan ditanam dengan sawit, sawit pun sudah ditanam tetapi bila ban pecah sawit semua mati akhirnya projek itu batal. Saya tidak pasti projek itu pada zaman PN ataupun zaman PH tetapi berlaku penebangan itu dan penanaman sawit itu pada zaman PH. Saya sebagai manusia yang bertanggungjawab ke atas kebenaran dan ini yang berlaku masa itu saya Penyelaras DUN Sungai Air Tawar dan ada penentangan besar-besaran penduduk Sungai Air Tawar dan diadakan penemuan bersama PKPS tetapi PKPS memberi jaminan tidak akan berlaku pecahan ban, itu janji PKPS tetapi selepas sawit ditanam memang ban pecah dan sawit mati siapa salah?. Saya tidak tahu. Ayam dahulu ke atau telur dulu ke minta maaf ini penjelasan ikhlas daripada saya. Terima kasih.

Mohon mencelah Yang Berhormat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih ADUN Sabak memang layak lah dia menang Ketua Cabang. Kuang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Saya memang tersentuh bila disebut fasal hutan bakau yang ditebang di Sungai Air Tawar. Untuk makluman Dewan saya adalah orang yang bukan menebang.

Speaker

Orang yang menebang.

Saya orang Yang Terlibat Di Dalam Satu Perjumpaan Bersama Penyelaras DUN Iaitu Saudara Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman. 150 ekar itu ditebang semata-mata untuk menanam kelapa sawit bantahan daripada semua ketua-ketua kampung dan orang kampung pada masa itu kerana rumah babi sudah tiada. Rumah babi sudah tidak ada rumah monyet sudah tiada rumah habis masuk ke kampung-kampung dan ke dalam rumah pun masuk dan kerana itu kita adakan satu perjumpaan bersama Penyelaras DUN pada masa itu iaitu saudara Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman. Nasib baik dia bangun awal kalau dia tidak bangun awal kalau tidak aku drill dia lagi tetapi alhamdulillah dia bangun awal ia satu pengakuan yang sangat jujur oleh Sabak, sangat jujur kerana saya terlibat dalam proses bantahan bersama dengan orang-orang kampung dan sebagainya. Jadi saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Kerajaan perlu mengkaji semula sampai sekarang kawasan itu masih lagi gondol begitu ban pecah beberapa kali ban pecah di situ yang menggugat semua kawasan itu masuk ke Kampung Hormat, Kampung Dato Hormat. Saya ini orang Kuang.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Yang luluskan itu, Kuang yang luluskan itu bukan ke Kerajaan BN bukan Kerajaan PH.

Kalau Yang Berhormat Sabak telah mengaku Sungai Pelek diam-diam lah.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sabak tidak tahu Kerajaan yang mana.

Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Dia tidak berani cakap apa. Saya boleh kata itu satu kelulusan bukan Kerajaan PH. Itu telah lulus awal.

Pakatan Rakyat sama sahaja.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Mana ada sama.

Saya jelaskan semula saya sebut tadi berlakunya memang di masa pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tahun 2008 penebangan dan penanaman sawit dan kelulusan saya tidak tahu dari Kerajaan mana.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kelulusan BN lah.

Cuma mungkin.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kelulusan BIN mengaku sahaja lah. Kita ada moratorium untuk melarang semua pembalakan termasuk bakau.

Sungai Pelek jangan lah kacau saya belum habis lagi.

Speaker

Sungai Air Tawar. Nanti dulu Yang Berhormat Air Tawar hendak bagi pada Kuang ataupun tidak sebab Kuang bukannya berbahas dia tumpang sahaja dia lebih sudu daripada kuah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Bagi la sikit.

Speaker

Bagi ya.

Terima kasih Tuan Speaker kerana mengingatkan Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Dia tahu saya akan menyokong dia sebab dia mempunyai fakta yang betul tapi Sabak kalau tidak mengaku pada masa itu Kerajaan Pakatan Rakyat saya hendak bantai dia sebab dia menjadi penyelaras daripada mana datang? Dia pada masa itu duduk di dalam PAS dia Penyelaras PAS.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ohh dalam PAS.

Kita panggil dia untuk menjelaskan tentang penebangan besar-besaran ini tapi sekarang tapi sekarang Ketua Cabang.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kuang jangan panjangkan cerita itu kelulusan BN.

Speaker

Sekarang Ketua Cabang.

Sungai Pelek diam-diam lah jangan buat soalan yang pelik sabar lah dahulu. Sabar dahulu you tidak mengaku sahaja Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan itu sama sahaja adik-beradik Cuma nama sahaja bertukar orangnya sama lagi Kerajaannya pada 2008 sehingga sekarang. Jadi saya tidak mahu panjang-panjang nanti Tuan Speaker kita geng-geng Sabak ini lain sedikit perangai geng-geng Sabak ini lain sikit mana yang betul, betul yang tidak betul. Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Kelulusan BN telah dibuat oleh Pakatan Rakyat. Terima kasih.

Betulkan lah itu Pakatan Rakyat yang sebenarnya sama ada PH atau PR ke sama sahaja.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Bila sudah lulus dia kena implement kena jalankan jadi kebetulan lulus sebelum Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Negeri selepas ambil Kerajaan Negeri sudah lulus jadi dia kena teruskan lah.

Tidak, yang saya maklum bahawa projek itu bukan datang daripada Kerajaan sebelum Pakatan Rakyat kerana ia ditebang di antara 2008 sehingga 2009 mana mungkin Kerajaan yang terdahulu Kerajaan BN yang buat ini. Tidak kuasa sudah. Bidang kuasa sudah tidak ada yang saya tahu PKPS yang masuk bagi pada satu kontraktor yang buat kerja yang propose untuk tanam kelapa sawit. Kawasan yang berair yang ban air masuk air yang tidak keluar berhari-hari, berminggu-minggu bagai you ingat kelapa sawit boleh hidup? Sampai sekarang kawasan itu gersang.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Saya hendak tanya Kuang tarikh kelulusan bila?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya rasa untuk menamatkan pertikaian ini saya cadangkan perkara ini kita minta Jawatankuasa ABAS untuk menyiasat. Kalau tebang pun dia kena ada masa untuk melantik kontraktor dan sebagainya. Jadi ada kemungkinan keputusan itu dibuat sebelum 2008 ada juga mungkin dibuat pada tahun selepas Pakatan Rakyat. Jadi kita siasat daripada kita gaduh di atas perkara ini.

Yang ini saya setuju dengan Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Sebab bezanya.

Supaya ia dirujuk kepada Jawatankuasa Dewan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Belum habis lagi Yang Berhormat belum lagi. Sebab kalau keputusan dibuat sebelum Pakatan Rakyat ambil alih maka BN bertanggungjawab kalau keputusan dibuat selepas Pakatan Rakyat ambil alih bererti Pakatan Rakyat bertanggungjawab termasuk Yang Berhormat Sijangkang juga bertanggungjawab sebab dia Pakatan Rakyat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih. Patut dia diam sahaja. Terima kasih di atas cadangan.

Speaker

Untuk menerangkan untuk mencari kebenaran kisah benar kita minta Jawatankuasa ABAS tolong. Jadi Ketua Pembangkang sila teruskan.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang di atas cadangan ini. Sebab itu saya katakan Yang Berhormat Sungai Pelek kita tidak boleh baling batu sorok tangan tidak kira kelulusan ini daripada zaman siapa tetapi penebangan berlaku.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sungai Air Tawar Peraturan Tetap. Sebelum ABAS buat keputusan saya mohon Sungai Pelek tarik balik tuduhan kepada Kerajaan Barisan Nasional 36.

(Dewan Riuh.)

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sangkaan jahat itu tarik balik. Walaupun saya tidak menyokong Barisan Nasional.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Sangkaan jahat bagi Ahli Dewan Negeri bukan parti politik.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Speaker tengok dahulu Peraturan 36 (6).

Speaker

Siapa sangkaan jahat?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sungai Pelek, sebab dia buat tuduhan tai kita telah buat keputusan Jawatankuasa ABAS akan membuat keputusan sebelum atau selepas. Jadi kena tarik dahulu tuduhan itu kerana saya rasa tidak adil.

Speaker

Terima kasih Jeram.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya rasa.

Speaker

Ya Bandar Baru Klang Peraturan Tetap juga.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram yang sekarang ini merujuk kepada Peraturan Tetap. Jadi Peraturan

Tetap 36(6) mengatakan seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain. Jadi Barisan Nasional itu bukan Ahli dia bukan tuduh mana-mana Ahli jadi tidak terpakai.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Baca habis-habis dulu Jeram. Orang lain pun bawa buku juga Jeram. (Dewan Riuh.)

Speaker

Jadi Yang Berhormat Jeram jelas ya. Jadi saya minta Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Jadi apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram yang betul-betul pejuang lah saya kira. Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Tapi saya hendak sentuh sikit pada Yang Berhormat Sungai Pelek tadi memang perkara ini berlaku selepas tahun 2008 tapi kita menerima pandangan Yang Berhormat Bandar Baru Klang agar segera perkara ini disiasat kerana saya memang kesian hutan simpan ini dan gondol banjir sekarang selalu ban pecah sampai orang kampung terpaksa tanam sendiri pokok bakau ini. Yang Berhormat Bukit Lanjang pencinta alam sekitar saya alu-alukan datang jika ada program penanaman semula oleh Kelab Bakau ini boleh ikut sama so kita boleh sama-sama lihatlah apa yang berlaku di sekitar kawasan ini. Di samping itu jaga saya amat berharap juga pihak Kerajaan Negeri tolonglah dalam keghairahan dalam membina projek baru tolonglah lihat tanggungjawab sedia ada iaitu dalam menjaga aset-aset Kerajaan Negeri di kawasan DUN Sungai Air Tawar ini. Saya tengok ada satu bangunan ILJAS terbiar begitu usang, begitu teruk, tidak diurus. Bangunan itu sudah jadi macam projek gajah putih. Bangunan berhantu. Tak kan Kerajaan Negeri tidak ada perancangan sesuatu untuk membuat kerja-kerja pembaikan, maintenance dan sebagainya. Janganlah dibiarkan, besok akhirnya, sepuluh tahun Kerajaan Negeri pun kata bangunan ini sudah tidak selamat diduduki dan perlu dirobohkan dan sebagainya dijual atau dibuat projek JV lagi dengan mana-mana GLC untuk dibangunkan di kawasan itu. Sedangkan sewaktu ada Kerajaan Negeri membuat sikap acuh tak acuh dan lepas tangan terhadap aset-aset ini. Dan seperti di ILDAS, saya tengok semakin uzur, tidak terurus. Perlu ada kerja-kerja pembaikan, begitu juga apa nama dulu Hare Resort, alhamdulillah sekarang sudah dibersihkan. Tetapi masih tidak nampak kerja-kerja untuk membangunkan semula bangunan dan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Sebab itu saya nak tegaskan mesti ada komitmen oleh Kerajaan Negeri supaya nak pastikan apa yang dirancang benar-benar terlaksana. Saya tak nak umum tapi tak nak buat apa pun lepas tu umum lagi nama lain tetapi tiada jaminan atau pelaksanaan. Saya mahu menyentuh soal yang paling utama sekali yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan dan kejayaan RS-1 ini iaitu tadbir urus. Secara umumnya segala yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar semalam adalah kelihatan cantik di atas kertas tetapi saya berasa tidak

begitu yakin dengan pelaksanaannya kelak berdasarkan kepada prestasi yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri. Dalam isu ini saya ingin bawa contoh di dalam pengurusan aset yang lemah dan mungkin gagal oleh Kerajaan Negeri. Kes yang paling klasik ialah kemelut Stadium Shah Alam. Sudah hampir 9 tahun, akhirnya baru-baru ini YAB Menteri Besar umum surat penyerahan tunjuk niat. Tetapi adakah ini benar-benar realiti ataupun sandiwara politik yang hanya ingin mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan tadbir urus Kerajaan Negeri. Sebab apa yang saya cakap begitu ada di dalam pengumuman baru-baru ini Kerajaan Negeri mengatakan bahawa kos baik pulih Stadium Shah Alam akan menelan belanja sebanyak RM787 juta, tetapi angka tersebut tidak datang dengan sebarang perincian yang teliti, apatah lagi penjelasan mengenai keperluan belanja yang sebegitu tinggi yang beliau sebutkan hanyalah sistem infrastruktur yang sudah berusia lebih 22 tahun. Kerajaan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar menyerahkan kepada syarikat swasta untuk mencadangkan sama ada stadium tersebut patut dinaik taraf atau dirobohkan bagi membina stadium baharu dan keputusan tersebut hanya akan diumumkan pada bulan September ini. Saya ingin bertanya YAB Menteri Besar, jikalau pembinaan semula Stadium Shah Alam ini menggunakan alasan stadium lama, sudah reput dan infrastrukturnya sudah berpuluh tahun makanya ada lah pada setiap 30 tahun Kerajaan Negeri akan merancang untuk membina stadium yang baharu. Kalau begitulah perancangannya, maka lingkuplah Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Sebab itu saya suka sebut Kerajaan Negeri pada hari ini ada masalah pengurusan sangat-sangat kritikal. Bangunan yang sedia ada pun tidak mampu hendak dijaga apatah Kerajaan Negeri nak membina bangunan baharu. Lupakan lah.

Perkara lain yang saya nak tekankan ialah progres dan time line projek pelaksanaan projek. Saya nak tanya YAB Menteri Besar apa sudah jadi dengan Projek Perumahan Taman Air Manis. Sudah lebih 10 tahun, dan belanja lebih 26 juta, hari ini apa yang ada hanya tiang. Ini dinamakan semula di bawah nama Projek Idaman dengan sasaran untuk siap pada tahun 2025. Dekat 15 tahun baru nak siap, 220 buah rumah. Ke mana hala tuju projek perumahan di negeri ini. Ini juga di antara satu contoh, belum lagi kita lihat Hotel Carlton terbengkalai begitu sahaja. Bangunan Yayasan Selangor. Dahulu Bangunan Perangsang saya ingat lagi dalam Dewan yang mulia ini. Saya sebut bangunan ini hendak dijual, YAB Menteri Besar memberi alasan bahawasanya bangunan ini bangunan lama, strukturnya sudah lama, perlukan kos yang sebegitu tinggi untuk membaik pulih bangunan ini. Atas sebab itu Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk menjual bangunan ini. Kalau nak kira Bangunan SUK ini pun lebih tua daripada bangunan-bangunan lain. Tetapi kenapa ia masih baik boleh digunakan lagi untuk dipakai kerana ada kerja-kerja pembaikan, ada kerja-kerja penaiktarafan bukan dibiarkan begitu sahaja. Begitu juga dengan soalan mulut saya semalam. Yang Berhormat Sungai Tua ada sebut berlaku beberapa perbelanjaan demi perbelanjaan untuk mengurus Stadium Shah Alam. Tetapi berapa banyak sudah kita belanja tetapi hasilnya stadium itu tetap tidak boleh digunakan pakai maksudnya ia nya

adalah satu perbelanjaan membawa kepada kegagalan dalam mengurus bangunan itu. Dan akhirnya terpaksa mengumumkan satu projek mega dalam bentuk, mungkin bentuk JV ataupun swap land, land swap. Ye Banting

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, saya kira soal berkenaan dengan penyelenggaraan dan juga pembangunan ini sebenarnya amat berkait rapat dengan asal usul ataupun permulaannya. Kita kata bahawa nak bina bangunan 100 tingkat asasnya adalah sangat penting. Asas dia. Foundation dia. Perancangan dia. Facilities study dia. Stadium Shah Alam ini tidak akan terbiar sebutlah apakah perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara ini. Tapi saya difahamkan adakah ia nya dibina semasa dibina ataupun adalah pada zaman Barisan Nasional. Macam mana perancangan dia, adakah facilities study dilakukan dengan betul-betul. Adakah kita ada memikirkan siapa yang akan menanggung kos penyelenggaraan. Adakah PBT buat masa itu ada kemampuan untuk melakukannya atau tidak. Sekiranya tidak siapa. Saya kira masa itu tahun 90an, Majlis Bandar Raya Shah Alam masih belum lagi dinaiktaraf sebagai bandar raya, hanya Majlis Perbandaran sahaja. Jadi atas asas itulah stadium ini dibangunkan dan kemudian diserah kepada PBT. Saya rasa kita perlu tengok juga aspek itu. Dari segi perancangannya sekiranya ia nya bermula pada satu situasi yang tidak betul, ataupun tidak diteliti dengan baik maka akan ada kos yang defektif.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sikit saja.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Timbalan Speaker, dalam laporan YAB Menteri Besar dikatakan kalau lah nak baik pulih Stadium Shah Alam kosnya lebih kurang 787 juta. Itu satu kos yang memeranjatkan saya lah, sangat tinggi. Dan dalam laporan yang sama YAB Menteri Besar katakan ada satu ketika iaitu beberapa tahun yang lalu, JKR diminta membuat satu kos anggaran kos membaik pulih. Pada masa itu lebih kurang 350 juta sahaja. Jadi saya rasa badan yang berhak ataupun seharusnya dipertanggungjawabkan untuk membuat satu nilai anggaran kos baik pulih adalah JKR. Kita tidak boleh bagi syarikat yang ada minat untuk membangunkan kawasan itu untuk mencari untuk mendapatkan anggaran kos baik pulih itu. Saya rasa itu dia tidak betul. Sebab setahu saya semua harta benda atau bangunan kerajaan, kerajaan Negeri ke Kerajaan Tempatan, Kerajaan Pusat seharusnya dipertanggungjawabkan kepada, diberi tanggung jawab kepada JKR untuk membuat anggaran itu. Sebab saya faham kerajaan bukan keluarkan wang cash untuk buat projek ini tapi dia akan gantikan dengan tanah, gantikan tanah pun kalau kos itu berpatutan jadi gantikan dengan tanah itu pun berpatutan. Kalau kos baik pulih itu mark up terlalu banyak, jadi kerajaan negeri akan rugi juga. Itu saya punya pandangan, saya minta pandangan Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ye saya setuju sangatlah Sungai Pelek. Kalau kos sahaja dia dah sebut sampai mencecah 787 juta walhal tidak, lepas tu projek pembinaan ini berbentuk pula dalam bentuk land swap, sudah pasti besok penghasilannya tidak hasil seperti mana yang kita harapkan. Sebab itu kita kena lihat balik jangan kita terpesona, hanya dengan disebut kononnya nak buat balik pembangunan mega ratusan juta tetapi cagarannya apa. Cagarannya apa untuk projek ini. Adalah land swap ataupun memang ada syarikat yang nak bina free. Saya rasa tidak mungkin. Yang ini perlu dibentang dan perlu dijelaskan kepada rakyat di dalam Negeri Selangor. Begitu juga saya tengok seperti yang saya katakan tadi, Kerajaan Negeri membelanjakan beberapa angka tapi hasilnya mana. Tidak kiralah Ladang Air Manis, Kerajaan Negeri telah membelanjakan 26 juta. Hasilnya apa. 12 tahun tidak siap. Yang ini kerajaan Negeri perlu lihat balik. Jangan asyik bangga tiap kali belanjawan tiap kali ini Rancangan Selangor Pertama. Belanjawan beberapa puluh juta, beberapa puluh bilion, trilion lagi, tapi perkara yang sebegini mudah ini pun Kerajaan gagal untuk membuktikan mengurus aset Kerajaan Negeri yang sepatutnya. Perkara yang seperti ini yang perlu kita lihat yang perlu kita melihat realiti Negeri kita pada hari ini. Bukan hanya ingin sentiasa kita berangan-angan kepada perkara-perkara besar yang belum tentu lagi hasilnya. Ye, Yang Berhormat Sijangkang.

Terima kasih Sungai Air Tawar. Soal baik pulih beberapa aset kerajaan termasuk lah Stadium ini merupakan kos yang begitu besar. Dan tadi Yang Berhormat juga menyentuh soal penyelenggaraan termasuklah ILDAS dan beberapa juga bangunan-bangunan kerajaan. Cuma saya lihat di Shah Alam sendiri, kalau Yang Berhormat sebutkan Hotel Carlton dan di belakang Hotel Carlton itu ada tempat meletak kereta. Dan di situ juga saya tengok pokok-pokok tumpang hidup yang saya kira bukan satu hari bukan seminggu, bertahun. Dan ini saya rasa juga adalah kegagalan untuk menyelenggara. Jadi saya ingat soal penyelenggaraan ini harus ada satu reformasi, apa pendapat daripada Yang Berhormat.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ye, saya amat setuju, kerana kalau Kerajaan Negeri hanya pandai merancang tetapi tidak ada pelan penyelenggaraan yang konkrit maka perkara seperti ini akan terus berlaku. Ini realiti, belum lagi dahulu saya tengok kita ada Akademi Bola di kawasan Jeram. Dulu kita lawatan PAC kita tengok bangunan ini dilihat tidak terurus. Alhamdulillah baru-baru ini kita pergi dah lebih baik tetapi saya tengok Kerajaan Negeri tidak ada perancangan konkrit. Yang ada hanyalah perancangan memberi bangunan ini kepada satu kolej swasta. Semudah itu. Tapi perancangan bola, akademi bola itu tidak berlaku. Lepas kita membuat lawatan kepada tidak silap saya, Pusat Sukan MSN di Seksyen 13. Dekat mana di situ ada Sukan SUKSES, Kompleks Sukan SUKSES. Di mana di situ ada satu kawasan untuk latihan gimnastik. Saya tengok keadaannya cukup uzur. Amat memalukan. Kita sebuah negeri maju tapi fasiliti sukannya tidak dijaga. Yang lantai tu waktu itu kami datang masih pakai lantai second hand. Itu pun diberitahu ambil

daripada Stadium Shah Alam selepas Stadium Shah Alam banjir bawa untuk latihan atlet negeri Selangor. Macam mana kita nak melahirkan atlet yang baik sedangkan kita terkenal sebelum ini melahirkan atlet yang bertaraf antara bangsa di negeri Selangor dalam sukan gimnastik ini. Bila kita tanya peruntukan yang diperuntukkan hanyalah 500 ribu sahaja setahun. Itu pun yang lulus 250 ribu sampai hari ini tidak dapat. Sampai hari ini tidak dapat. Jadi perkara-perkara seperti ini, ini realiti yang kita hadapi. Jangan kita mabuk kepada satu perkara yang dilihat megah tetapi hari ini bangkai di depan mata kita, kita biarkan begitu sahaja. Khusus tadi saya sebut Stadium Shah Alam. Jadi kalau ada usaha-usaha nak meroboh saya memang tidak setuju. Ada beribu stadium tua di dalam dunia ini tetapi ia nya diurus dan dia mempunyai nilai yang jauh lebih terbaik dari sebuah stadium lama. Lebih-lebih lagi Stadium Shah Alam ini mempunyai sejarah pernah berlangsung Sukan Komanwel di dalam Stadium Shah Alam ini.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Stadium Shah Alam ini, di samping itu jugak stadium ini besar, kapasitinya besar kita boleh banyak buat program-program lain termasuk sukan dan konsert dan sebagainya. Ye Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya tertarik berkenaan dengan point yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar, berkenaan dengan pelan pembangunan hingga perancangan Kerajaan khusus berkenaan dengan pembangunan semula ataupun projek berkaitan dengan Stadium Shah Alam. Kalau kita lihat balik sememangnya Stadium Shah Alam seperti diumumkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar mempunyai nilai dan mempunyai sejarah bukan hanya terhadap pembangunan sukan khususnya bola sepak di Negeri Selangor. Sudah pasti stadium ini mempunyai nilai sejarah ataupun semangat rakyat dan juga warga Negeri Selangor ini yang menyebabkan isu yang berkaitan dengan Stadium Shah Alam ini diberikan perhatian. Jadi saya ingin mohon sedikit penjelasan dan juga pandangan Yang Berhormat Sungai Air Tawar berkenaan dengan apa yang telah pun diumumkan oleh Pihak Kerajaan bahawa projek pembangunan semula Stadium Shah Alam ini melibatkan sebuah syarikat yang besar iaitu MRCB dengan nilai yang telah pun dimaklumkan tadi RM787 juta lebih kurang, cuma kalau kita tengok dalam laporan The Star baru ni pada 19 Julai yang mana antara persoalan yang berlaku di luar sana terutamanya daripada segi penilaian dan juga research daripada pihak luar berkenaan dengan apa timbal balik atau pun yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar land swapping tadi tu. Agaknya di mana lokasi dan juga apa kah perjanjian dan juga persetujuan-persetujuan dalam melaksanakan perkara ini. Apa pandangan Yang Berhormat Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya amat setuju . Kalau benar perlu diberitahu, jangan hanya diberitahu kononnya Stadium ini Stadium lama dah tak selamat diduduki ya perlu gini dan begini kena beritahu faktanya kalau benar ada syarikat swasta yang ingin memajukan kawasan ini apakah terma perjanjiannya dengan Kerajaan Negeri Selangor. Ya Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, terima kasih. Tuan Timbalan Speaker. Saya rasa Pihak Pembangkang tak ada isu lain sebab itu dia ulang-ulang isu ini. Sebenarnya pada hari semalam ada satu soalan masa soal sesi jawab. Soalan daripada Sungai Air Tawar sendiri, soalan utama, Menteri Besar dah siap jawab, 15 minit jawab lepas tu tak ada soalan tambahan satu pun daripada Sungai Air Tawar ataupun daripada Sungai Panjang. Tak berani nak tanya bila Menteri Besar menjawab sekarang bila Menteri Besar tak ada hah dia ulang-ulang lagi. Saya rasa itu tidak adil. Hah! Itu kita kata “hate below the belt.” Kenapa semalam tak berani tanya? Bila Menteri Besar ada, hah sekarang baru nak tanya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Bandar Baru Klang atas nasihat dan pandangan tapi saya nak beritahu juga tak betul tu Yang Berhormat Bandar Baru Klang, saya ada tanya soalan selepas Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberi jawapan, saya ada tanya berapa kos tahunan dan pada waktu ketika tu Yang Amat Berhormat beritahu dia ada membelanjakan RM5 juta. Sebab tu saya katakan tadi, Yang Amat Berhormat ada menjawab sewaktu pertanyaan mulut saya beberapa angka, beberapa juta. Beberapa juta telah dibelanjakan tetapi jangan kira ambil angka berapa juta kita dah belanja hasilnya apa? Kalau berapa juta pun belanja hasilnya memang tak boleh guna gagal lah. Tu saya kata kalau nak kira projek ladang air manis, Kerajaan Negeri dah belanja 26 juta, hasilnya 12 tahun tak siap. Tetap gagal bagi saya. Kalau belanja sikit pun berjaya buat, berjaya lah. Kalau sebut belanja begini, begini, begini, begini hasilnya tak ada, gagal lah. Jadi Kerajaan Negeri perlu ambil tanggungjawab perkara ini. Jangan hanya pandai jawab bila kita sebut, oh jawab begini konon Kerajaan Negeri dah belanja jumlah begini, begini, begini. 12 tahun projek ladang air manis tak siap, belanja dah 26 juta. Sama isu dia, nak jawab alasan apa? Boleh bagi alasan tapi projek ini tetap tidak mencapai status yang sepatutnya. Sebab itu saya memberi teguran, dalam pada kira ghairah yang menyebut sesuatu perkara projek mega ya satu perkara yang dilihat betul, bagus kepada Negeri Selangor tapi kita jangan lupa tanggungjawab hakiki kita juga perlu melaksanakan dan bertanggungjawab dengan apa yang kita perkatakan. Itu yang jauh lebih penting. Sebab itu saya tekankan sangat, ya tadi Yang Berhormat Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Sungai Air Tawar. Saya nak tanya pandangan ataupun pendapat daripada Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Sungai Air Tawar berkenaan dengan fasiliti sukan yang disebutkan tadi. Adakah sukan di Selangor

ini mundur ataupun pencapaiannya teruk setelah PH ambil alih Kerajaan Negeri Selangor boleh tak minta memberikan sebarang pandangan Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tak pe Jeram, ok, itu nantilah saya bagi skop daripada Paya Jaras lah yang menjawab berkenaan dengan sukan tapi saya fokus kepada benda ni lah. Ya, Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, saya ada bertanya ada perkara bahawa dengan soal penyelenggaraan infrastruktur sukan ni khususnya Stadium ni makan belanja yang cukup besar dan kita harus bukan kah pernah bahawa kita juga harus iktibar daripada pengurusan Stadium-Stadium ini. Jangan, adakah Yang Berhormat masih ingat bahawa satu ketika pernah ada sebuah Stadium bumbung dia jatuh, bukan sekali, dua kali. Hah ini berlaku di sebuah negeri yang perintahi oleh Barisan Nasional dan UMNO, Negeri Terengganu

Mohon mencelah.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Bumbung dia jatuh, bukan sekali, dua kali. Baru-baru ini tempat duduknya ditenggelami air. Penonton duduk dalam apa ni tempat penonton tu, air tu sampai sini. Banjir kat situ, memakan belanja jauh lebih besar. Sampai sekarang pun tak habis-habis. Bumbung jatuh dua kali. Kita masih ingat. Zaman 2005 ke 2006 bumbung jatuh, bumbung jatuh. Runtuh.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Terima kasih tapi tak lah sampai Raja Muda Selangor tersekat dalam lif. Jadi sebab itu saya bagi tahu bina lah semula Stadium Shah Alam ini. Kalau Kerajaan Negeri nak bina baru, saya sokong 100%. Nak lebih kecil pun tak apa. Tapi yang sedia ada ni tolong, tolong jangan dirobohkan. Saya dah buat lawatan. Saya ingat nak merobohkan Stadium ni pun setahun belum tentu siap sebab konkritnya cukup kuat. Yang ada hanyalah masalah bumbung, masalah banjir yang perlu diatasi buat penebatan banjir dan sebagainya, padang, kerusi ya kalau jumlah tu terlalu besar, saya ingat Kerajaan Negeri boleh buka kepada sesiapa yang berminat dengan harga dan jumlah yang mungkin lebih kecil untuk baik pulih Stadium Shah Alam ini. Jadi itu lah serba sedikit pandangan saya berkenaan dengan perkara ini. Ya itu pengurusan aset begitu juga dengan Hotel Calton dan sebagainya, tolong lah tengok balik. Ya, tolong tengok balik. Jadi panjang senarai jika saya nak sentuh.

Timbalan Speaker

Sungai Air Tawar. Kuang mencelah.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Hah Kuang, Ya Kuang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Sebenarnya isu Stadium ini bukannya tahun ini kita bicarakan, bukan di waktu ini sahaja. Saya rasa kita dah membicarakan soal dewan ini, Stadium yang kopak kapik ini sejak 2018. Saya tengok sejak daripada 2018 hingga tahun ini tidak ada sebarang satu, tidak ada sebarang pembaikan drastik yang dilakukan. Saya nak ambil satu analogi jika rumah kita bocor sudah tentu sebahagian besar daripada barangan yang ada di bawah yang ada di dalam rumah kita akan hancur. Akan rosak dan sebagainya. Begitu juga dengan Stadium kita, Stadium kita kalau tak dibaiki bumbung dulu apa yang ada di bawahnya semua habis lah. Semua jadi lapuk. Kerusi-kerusi jadi lapuk, padang umpamanya. Saya ambil analogi itu sahaja. Rumah kita kalau bocor kita biarkan bertahun-tahun tapi kita kononnya nak duduk lagi dalam tu, kita biarkan dia bocor segala apa aset yang ada di dalam rumah tu pun macam saya ulang tadi lah kan. Serupa juga dengan Stadium ni, jangan lah buat ketepikan sangat. Janganlah kedekut sangat nak belanja. Kita nak robohkan bangunan yang struktur mega yang besar macam tu bukannya satu benda yang mudah. Baiki lah dulu peringkat-peringkat. Baiki dulu bumbung lah. Hah supaya tak nampak buruk sangat daripada pandangan umum. Walaupun tak ada siapa nak main kat padang tu pun tak pe tapi bumbung tu baiki dulu.

Kalau tak sesuai polycarbonate pada zaman ini bumbungnya menggunakan polycarbonate kita cari satu material yang lebih, yang boleh tahan lama, hah tak kisahlah apa pun. Semalam Yang Berhormat Sungai Tua. Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebut berkenaan dengan ketidaksesuaiannya polycarbonate itu lagi kan kita ambil maklum memang kita tahu polycarbonate ni paling lama 5 / 6 tahun sahaja yang boleh bertahan. Selepas itu, dia akan jadi peroi. Maksudnya peroi tu dia akan jadi hancur perlahan-lahan. Kita cari lah satu material yang boleh tahan lama. Sekurang-kurangnya kalau tak digunakan Stadium itu, bumbungnya dah ada lah perubahan. Betul? Kalau nak baiki padang berapa sangat pun jumlah belanja yang perlu? Tak kan lah sampai 10 juta untuk naik taraf padang bola sepak yang ada sekarang. Kalau TMJ kata, dia boleh baiki padang itu dengan harga 2 juta kenapa kita tak boleh buat benda yang sama. Hah! Ini contoh lah. Saya nak bukan apa, saya nak menyokong apa yang disebut oleh, yang dibangkitkan oleh Sungai Air Tawar supaya perhatian ini diambil secara serius oleh Kerajaan kerana debat ini ataupun bahas berkenaan dengan ni, dengan, dengan Stadium ni sejak daripada 2018 sampai sekarang tak selesai. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, Tuan Speaker. Yang Berhormat Kuang ni, dia bukan minta penjelasan. Dia buat ucapan kalau nanti dia nak buat ucapan lagi kena tolak masa daripada dia.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Ok. Panjang ya kalau nak diteruskan senarai jika nak sentuh tapi secara prinsipnya prestasi pengurusan dan aset dan pelaksanaan projek-projek pembangunan ekonomi di Negeri Selangor adalah amat tidak memuaskan.

Justeru, mengambil kira faktor berkenaan dan demi memastikan kejayaan RS-1 ini, saya ingin mengusulkan sebuah Jawatankuasa Pemantauan RS-1 yang turut dianggotai oleh Ahli Dewan Negeri daripada Pembangkang. Jawatankuasa bipartisan ini akan memastikan pelaksanaan projek-projek yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri di dalam RS-1 dapat dipantau progressnya dan dinilai jika ianya masih relevan seperti mana yang dicadangkan oleh Taman Templer. Terima kasih tadi Taman Templer.

Jawatankuasa ini juga dapat memastikan langkah intervensi awal diambil sekiranya terdapat projek-projek utama berkaitan rakyat yang berisiko untuk mengalami kelewatan ataupun terbengkalai. Saya rasa itu lah yang paling penting yang perlu kita sama-sama laksanakan ataupun perlu kita ambil iktibar.

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, Timbalan Tuan Speaker, saya rasa cukup sampai di sini sahaja ucapan saya sebagai Ketua Pembangkang pada hari ini. Saya berharap agar perkara-perkara dan cadangan yang telah saya sampaikan tadi mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di dalam mengukuhkan proses semak dan imbang pada Kerajaan Negeri. Besar harapan saya agar Kerajaan Negeri mengambil kira peranan Pihak Pembangkang di dalam Penggubalan Dasar-dasar Utama Kerajaan di atas semangat bipartisan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor. Sekian, wabilahi taufik walhidayah, assalammualaikum, warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker kerana memberi pelang kepada Sentosa mengambil bahagian dalam Perbahasan Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Tahniah dan syabas, saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang berjaya membentangkan Rancangan Selangor Pertama yang dilihat memacu pembangunan ekonomi Negeri Selangor untuk tempoh lima (5) tahun yang akan datang. Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini meletakkan 14 petunjuk mikro serta merangkumi 4 tema strategi, 5 pemangkin dasar dan 262 projek serta inisiatif yang merangkumi 19 pemacu perubahan. Tuan Speaker,

Kerajaan Negeri Selangor, telah mengambil satu langkah yang berani membentangkan Rancangan Selangor Pertama dalam keadaan kebanyakan di mana negara masih bergelut dan berada dalam tempoh pemulihan selepas Pandemik COVID-19. Langkah berani ini membuktikan Kerajaan Negeri merupakan sebuah Kerajaan berdaya tahan dalam mendepani pelbagai krisis serta dapat memaju pembangunan ekonomi negeri untuk jangka masa lima (5) tahun ke hadapan. Ini adalah satu berita baik untuk warga-warga sebelah Sabak Bernam, Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Rancangan Selangor Pertama ini dapat memberi keyakinan tambahan kepada semua rakyat Selangor dalam mendepani PRU Ke-15 yang mungkin akan diadakan bila-bila masa. Rakyat Selangor secara langsung dapat melihat satu pelan sebagai satu garis panduan kemajuan Negeri Selangor dalam tempoh lima (5) tahun ke hadapan.

Satu perancangan berserta garis masa yang telah diunjurkan dalam Rancangan Selangor Pertama ini memberi satu daya tarikan serta keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Negeri Selangor.

Tuan Timbalan Speaker,

Biasanya kita perlu buat Gol Setting, right? Satu Pablo Picasso, seorang painter telah mengatakan our goal can only dengan izin, our goal can be only be reached through a vehicle of a plan, in which we must fervently believe, and upon which we must vigorously act. There is no other route to success.

Rancangan Selangor Pertama ini merupakan sebuah pelan strategik right one gold, satu matlamat yang satu pelan tindakan bagi Kerajaan Negeri menggariskan garis panduan dalam setiap dasar serta polisi Kerajaan Negeri. Pembangunan mampan secara holistik dapat dilihat dalam Rancangan Selangor Pertama apabila Kerajaan Negeri telah memberi penekanan dan fokus kepada pembangunan sosio ekonomi di luar bandar seperti pembangunan serantau, bersepadu di Selangor Selatan. Integrated Development Regent in Selangor, South Selangor iaitu IDRISS.

Pembangunan kawasan Sabak Bernam iaitu SABDA dan zon pembangunan ekonomi Selangor Maritime Getaway. Pembangunan di wilayah ini secara tidak langsung akan mengecilkan jumlah migrasi warga Selangor di luar bandar ke bandar kerana peluang pekerjaan akan mula tertumpu di wilayah yang dibangunkan. Pembangunan mampan di wilayah ini juga akan membolehkan jajaran atau daerah bersebelahan menerima impak positif dengan berlakunya peningkatan aktiviti sosio ekonomi. Langkah Kerajaan Negeri Selangor RS-1 untuk membangunkan kawasan luar bandar adalah satu langkah tepat seperti mana kerajaan Indonesia membuat penempatan semula pusat pentadbiran negara daripada Jakarta kepada Kalimantan Timur. Ini bertujuan membantu mengembangkan

ekonomi di luar Pulau Jawa yang paling tinggi populasinya selain merapatkan jurang pendapatan di seluruh negaranya. Langkah itu bertujuan menangani masalah kepadatan penduduk di Jakarta serta mengurangkan ketidaksamarataan ekonomi di banyak pulau Indonesia. Apabila pembangunan mampan dijalankan di wilayah luar bandar di Negeri Selangor, secara langsung kepesatan aktiviti ekonomi tidak lagi tidak tertumpu di kawasan bandar yang sedia padat, sedia ada pesat kerana rakyat luar bandar sudah dapat menjalankan aktiviti ekonomi di wilayah yang dibangunkan. Negeri Selangor akan dapat mengurangkan kadar kemiskinan bandar serta dapat membuka peluang pekerjaan berlipat kali ganda.

Tuan Timbalan Speaker, dalam kita memberi keutamaan pembangunan ekonomi di wilayah luar bandar sudah pasti Kerajaan Negeri perlu menambah baik dan meningkatkan tahap infrastruktur awam seperti jalan raya yang menghubungkan wilayah ini dengan wilayah bandar iaitu WCE dan sebagainya, keadaan jalan raya perlu dinaik taraf seiring dengan perkembangan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri juga perlu memberi perhatian khusus terhadap sektor pengangkutan awam di kawasan luar bandar ini agak perkembangan ekonomi di kawasan ini berkembang dengan seimbang seperti direncanakan dalam Rancangan Selangor Pertama. Selain itu, bagi melaksanakan strategi-strategi yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dalam RS1, kerjasama menyeluruh daripada setiap agensi-agensi kerajaan terutamanya pihak PBT amat diperlukan dan prestasi perlu dipertingkatkan. Hal ini bagi mencapai sasaran utama menjelang 2025. Kedudukan Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat kebangsaan berada di penarafan 10 ke atas.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Sentosa.

Ya.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Boleh?

Silakan.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Tuan Timbalan Speaker, tadi Sentosa sebut untuk menjayakan RS-1 perlukan kerjasama semua pihak. Saya rasa dari pihak pusat kerajaan pusat pun sangat-sangat penting bukan sahaja PBT lah. Saya bagi satu contoh. Kerajaan Negeri sudah membenarkan meluluskan satu dana bagi orang Sungai Pelek supaya satu jalan short cut dari KLIA sampai ke Sungai Pelek. Sudah lulus. Ulu Chuchuh. Sudah lulus pun. Tapi malangnya kerana tanah yang jalan itu melepasi itu

adalah tanah milik KLIA (MAAB), Malaysia Airline, Airport. Jadi, dia tidak benarkan sampai hari ini. Jadi, ini satu contohlah. Jadi, mana-mana rancangan perlukan hanya Negeri Selangor sahaja berusaha tidak boleh. Tengok kita sudah ada dana cuma tanah dia control dia tidak bagi laluan. Tidak bagi right of use. Itu satu contoh sahaja. Jadi, apa pandangan saudara Sentosa?

Saya setuju dengan Sungai Pelek. Tadi Sungai Air Tawar pun mengatakan kita perlu bekerja keras dan sebagainya. Kerajaan Pusat pun ada tanggungjawab dia untuk memastikan rancangan ini berjaya. Tuan Timbalan Speaker, dalam kita mencorak pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun yang akan datang, Sentosa menyambut baik fokus Kerajaan Negeri terhadap menangani bencana alam seperti banjir serta banjir kilat. Sudah pasti pembangunan yang pesat boleh menyebabkan banjir kilat berlaku bencana alam akan memberi kesan terhadap rantaian bekalan yang berpotensi menjejaskan ekonomi Selangor amnya. Langkah Kerajaan Negeri yang dinyatakan dalam RS-1 telah menggariskan beberapa penambahbaikan ke atas program-program sedia ada serta penambahan inisiatif baharu antaranya. Penambahbaikan Smart Selangor Operation Centre yang akan berupaya untuk menghantar amaran awal bencana adalah satu langkah ke hadapan yang amat baik. Pembangunan pelan tindakan pengurusan bencana yang menggariskan persediaan terhadap bencana, pengurusan bencana, tindak balas dan pemulihan dengan tumpuan kepada tadbir urus dan komunikasi yang efektif serta pelaksanaan projek infrastruktur, mitigasi banjir telah dikenal pasti termasuk pedalaman sungai, pembinaan dan penaik tarafan longkang monsun, tampungan sungai dan kolam tadahan.

Tuan Timbalan Speaker, sebelum saya akhiri beberapa perkara yang saya juga ingin bawa...

Sentosa, mohon pencelahan.

Saya ada sembilan minit sahaja.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Sikit. Tidak lama. Sekejap. Tadi...mohon izinlah ya. Terima kasih kepada Sentosa dan terima kasih juga Timbalan Speaker. Tadi disebut oleh Sentosa tentang usaha kepada proses untuk menghadapi bencana. Saya lihat fokus yang disebut oleh Sentosa sebentar tadi ialah lebih

kepada bencana banjir semata-mata. Apakah mungkin kalau Sentosa setuju bencana yang lain juga mungkin kita boleh hadapi persediaan? Ya, seperti bencana yang berkait dengan cuaca dan keadaan antaranya ribut taufan. Antaranya mungkin tsunami dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Sentosa?

Terima kasih Taman Medan. Memang kita ambil iktibar daripada Disember 18, 2021 apa yang kita telah belajar. Dari apa yang kita dapat ya itulah apa yang saya tulis ini adalah memandangkan pengalaman yang kita dapat Malaysia ini, kita ini, apa ini we are very safe. Hanya banjir yang menjadi masalah utama sekarang. Tuan Timbalan Speaker, ada beberapa perkara saya hendak bangkitkan mengambil kesempatan ini berkenaan dengan sikap pemaju. Ya, sikap pemaju perlu juga memainkan peranan di mana di Bandar Botanic khususnya. Satu kawasan perumahan yang mewah, harga rumah tinggi, orang membeli rumah memandangkan ada satu tasik yang disediakan. Tapi malahan tasik itu adalah satu kolam tadahan, right? Yang cantik dia buat tapi sampai hari ini sudah 20 tahun tidak diselenggara langsung. Ada banyak juga pemaju yang mempamerkan rumah cantik dan infra-infrastrukturnya, dia rumah cantik rumah five star tapi infra dia satu star, dua star, right? Oleh itu Tuan Speaker, memang kita mesti memastikan PBT mesti memastikan pemaju-pemaju perlu memainkan peranan untuk memastikan kawasan yang mereka majukan macam kolam Botanic ini. Satu kolam yang cukup cantik tetapi tidak diselenggara. Baru-baru ini saliran daripada kolam takungan ke Sungai Aur tidak disiapkan. Dia menjalani kawasan rintisan elektrik sampai banjir. So, pihak PBT perlu bantu menyelesaikan perkara di Bandar Botanic. Selain daripada itu, di Bukit Tinggi satu kawasan pusat komersial yang aktif di mana kawasan-kawasan rumah kedainya lantainya mendap. Satu kajian perlu dijalankan demi keselamatan penghuni-penghuni ataupun tuan punya kedai kerana kawasan Bukit Tinggi ini adalah satu kawasan yang aktif dan Yang Berhormat sebelah saya juga telah memberitahu saya Kampung Seri Berembang iaitu satu kawasan perumahan lebih dari 300 rumah perlu dipindahkan kerana kawasan itu tidak selamat. So, kita minta satu kajian menyeluruh perlu dibuat supaya kawasan Bukit Tinggi dikaji balik satu kawasan komersial yang aktif di mana kawasan lantainya mendap, ada banyak juga laporan saya terima orang terjatuh kerana simen dia tidak rata dan sebagainya.

Selain daripada itu Tuan Speaker, Kampung Jawa. Laluan WCE jalan mengikut Kampung Jawa banyak rumah-rumah telah diarahkan untuk pindah dan mereka telah dijanjikan pampasan. Tetapi sampai hari ini walaupun kita berbincang tentang laluan WCE tetapi pampasan itu yang dijanjikan kepada penduduk-penduduk yang telah pun pindah, rumah mereka terbiar pampasan mereka tidak dapat. Saya minta jasa baik Kerajaan Negeri untuk bantu menyelesaikan perkara ini kerana sudah lebih daripada lima tahun mereka duduk di luar rumah mereka kerana mereka dijanjikan satu pampasan. Tuan Timbalan Speaker, selain daripada itu kawasan Sentosa. Orang ingat Sentosa ini hanya Taman Sentosa.

Tetapi Taman Sentosa adalah satu bahagian daripada DUN Sentosa di mana kawasan perumahannya ada 300 rumah dibina beberapa pemaju dijanjikan piecemeal projek telah dibuat, infrastruktur dia memang tidak terurus, kita ada banyak masalah di sana. Di mana kawasan-kawasan Taman Sentosa ini tidak adapun satu pasar. DUN Sentosa tidak ada satu pasar. So, perancangan perlu dibuat. Walaupun saya setuju kita di sebelah apa ini kita perlu membuat satu kajian menyeluruh untuk membantu macam tidak ada satu pusat komuniti untuk warga emas, tidak ada balai polis dan juga tidak ada satu pasar. Saya harap Majlis Perbandaran Klang boleh membantu saya untuk mencari tempat dan terus membina.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar kerana baru-baru ini daripada iktibar COVID-19 bila ada banyak kematian kita tidak mencukupi krematorium-krematorium. Beliau telah menyarankan setiap PBT perlu membina satu krematorium di majlis masing-masing. Kita di Selangor ada lebih kurang empat krematorium yang dikendalikan oleh Majlis-majlis dan baru-baru ini Dato’ Menteri Besar telah bersetuju untuk membina sebuah krematorium di Kuala Selangor yang boleh membantu untuk masyarakat-masyarakat bukan sahaja masyarakat Hindu atau India membakar mayat tetapi banyak lagi yang perlukan bantuan krematorium ini. So, di sebelah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Tanjung Karang mereka perlukan satu krematorium. Saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih. My last three minutes, saya habiskan dengan saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dapat merealisasikan Rancangan Selangor Satu dan sokongan menyeluruh dan meletakkan Negeri Selangor sebagai satu tanda aras sebuah negeri termaju di Malaysia. Izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan memetik sebuah kata-kata daripada Gusdur yang merupakan tokoh dan pemimpin politik yang menjadi Presiden Indonesia yang keempat, “Keberhasilan pemimpin diukur dari kemampuan mereka dalam mensejahterakan umat yang mereka pimpin”. Sentosa menyokong, sekian terima kasih.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Bismillah hirrahman nirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Seminit lagi ya. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Timbalan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Taman Medan untuk membahaskan usul ucapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar berkenaan Rancangan Selangor yang pertama. Jadi, kalau kita lihat apa yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Sungai Tua semalam sesuatu yang memfokuskan kepada beberapa aspek yang terdiri daripada teras-teras dan bidang

tumpuan yang telah diberikan perincian oleh beliau dalam proses untuk mengangkat Negeri Selangor sebagai negeri yang pintar, berdaya huni dan juga makmur. Jadi, ini bagus, ini..

Timbalan Speaker

Taman Medan

Esok ada peluang lagi Insya Allah.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Terima kasih banyak.

Timbalan Speaker

Sila duduk.

Terima kasih, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 4.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok, 29 Julai hari Jumaat jam 9.30 pagi. Jam 9.30 pagi ya, bukan pukul 10.00. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)