Selangor · 29 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 200 turns · 17,644 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat belas pada 29 Julai 2022 dimulakan dengan bacaan Doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Pagi. Salam Sejahtera. Saya mempersilakan Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Progres Lra Langat 2Questions
48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mempercepatkan pengaktifan LRA Langat 2
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Subang Jaya bertanyakan soalan berhubung dengan isu projek Loji Rawatan Air Langat 2. Untuk makluman Yang Berhormat, projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dan sistem agihan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pengurusan Air Aset Berhad (PAAB). Berdasarkan kepada makluman yang diberikan PAAB kemajuan keseluruhan projek sehingga Mei 2022 adalah 90.32% mengikut kemajuan sebenar berbanding 92.58% mengikut jadual kemajuan kerja iaitu kelewatan sebanyak 2.26%. Loji Rawatan Air Langat 2 mempunyai kapasiti reka bentuk pengeluaran air terawat sebanyak 1130 Juta liter sehari, telah pun siap dan diaktifkan bermula Disember 2019.
Walau bagaimanapun, sistem agihan LRA Langat 2 merangkumi koridor barat dan koridor utara masih lagi dalam peringkat pembinaan dan hanya akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023. Bagi memastikan air terawat daripada Loji Rawatan Air Langat ini dapat disalurkan kepada pengguna. Pihak PAAB membuat penyambungan daripada kolam imbangan baru LRA Langat 2 di Bukit Enggang kepada kolam imbangan LRA Langat 1 sedia ada. Seterusnya, pihak Air Selangor juga telah melaksanakan 2 lagi kerja-kerja penyambungan paip-paip di bahagian hiliran bagi meluaskan lagi sistem aliran kepada lebih banyak kawasan. Pada masa ini Air Selangor telah mengagihkan air terawat yang dikeluarkan dari Loji Rawatan Air Langat 2 menggunakan sistem agihan sedia ada sehingga 400 Juta liter sehari. Sekian.
Saya mempersilakan Hulu Kelang.
Soalan 49.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Membangun Brain Bank SelangorQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan kerajaan dalam membangunkan ‘Brain Bank’ Selangor?
b)
Apakah unjuran masa hadapan bidang dan penguasaan ilmu yang diperlukan?
Terima kasih Speaker dan Hulu Kelang yang bertanyakan tentang apakah rancangan Selangor untuk pembangunan ‘Brain Bank’ Selangor? Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, dalam penggal-penggal yang lepas kita mempunyai program yang kita panggil sebagai Selangor ‘Brain Bank’. Dalam program Selangor ‘Brain Bank’ ini, peruntukan - peruntukan yang telah disediakan adalah sebuah peruntukan untuk membiayai dan menaja atau mendanai pengajian-pengajian di peringkat Doktor Falsafah kepada anak-anak negeri Selangor yang dapat menduduk, yang sampai ke kedudukan ataupun yang sampai ke peringkat Doktor Falsafah selepas menghabisi Sarjana Pertama dan Sarjana Kedua ataupun Master.
Yang Berhormat sekalian, pada tahun 2019 kita telah menggubal sedikit program ini dengan menggantikan program yang dinamakan sebagai Program Bitara. Dan program Bitara ini tidak lagi melihat, cream of the cream ini pada saat mereka sudah sampai kemuncak pendidikan. Dan juga pendidikan dan ruangan mereka untuk mendapatkan pembelajaran, tetapi melihat mereka ataupun siapa-siapa yang anak negeri Selangor yang belajar di negeri Selangor ini pada tahap-tahap peringkat pendidikan menengah supaya bila sampai di peringkat menengah mereka boleh melanjutkan pengajian Ijazah Pertama ataupun pengajian-pengajian lain. Di peringkat tertinggi terutamanya di universiti-universiti terbaik di dunia.
Kita menyasarkan world universiti ataupun 10 universiti yang terbaik dunia. Namun pada ketika ini, kita telah melebarkan kepada 20 atau 30 universiti terbaik di dunia dan sebahagiannya di Asia. Dan kita telah menghantar seorang sebenarnya, pelajar anak negeri Selangor yang belajar di negeri Selangor untuk belajar di Royal Surgeons College, di Ireland pada waktu ini dan beliau telah atau hampir-hampir habis belajar. Baru-baru ini saya terserempak dengan ayah beliau di Universiti Teknologi Mara atau Hospital Universiti Teknologi Mara beliau memaklumkan anak beliau yang ditajai oleh kita itu sudah sampai di peringkat akhir pendidikan.
Yang Berhormat sekalian, kita taja di peringkat ini untuk masuk ke universiti dulu. Namun begitu, program sebenarnya akan bermula di peringkat menengah. Di mana kita akan kenal pasti, cream of the cream bagi pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka akan didik dan dilatih supaya dapat memasuki universiti-universiti terbaik di dunia seperti MIT Harvard ataupun Cambridge, supaya dididik daripada menengah sampai mereka qualifies dan mampu berdepan suasana mencabar.
Soalan (b) pula, unjuran masa hadapan bidang dan penguasaan ilmu ini adalah berdasarkan kepada perkembangan ataupun berdasarkan kepada bidang yang menjadi penumpuan di negeri Selangor. Antaranya, adalah skop-skop yang tertakluk dalam Smart Selangor seperti government, kuasa dan kualiti, pengurusan air, pengurusan sisa pepejal, bangunan dan juga perumahan, pergerakan ataupun pengangkutan, bab-bab safety dan juga sekuriti, kesihatan, pengurusan bencana, makanan, dan juga pertanian serta pendidikan.
Manakala bidang-bidang yang biasanya disebutkan tentang kewujudannya di negeri Selangor adalah berkenaan pembangunan sosial, pembangunan kebudayaan dan persekitaran, pembangunan pembinaan, keselamatan alam sekitar, perniagaan runcitan, serta bidang-bidang teknologi dan juga Islamic Fest. Ini antara bidang-bidang yang diberi perhatian dan tumpuan. Jika bidang-bidang ini dipohon oleh mereka kita akan cuba pertimbangkan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya hendak timbulkan isu ini adalah bukan masalah keluarga atau anak saya, tapi ia adalah satu perkara pentingnya dasar. Dia hari ini berada di London, tiga minggu dia balik daripada London. Sebenarnya kenapa cepat sangat dia di London, rupanya dia telah ditugaskan oleh Parlimen untuk menghadiri kursus dan pembentangan kertas kerja. Hebat potensi dia. Dia banyak menulis di surat khabar dan menulis banyak di majalah. Jadi bila dia pergi, saya tanya. Apa. Balik hari kali pertama dia pergi saya difahamkan dia kata telah ditawarkan untuk PhD. Pada kali pertama dia ditawarkan oleh PhD di Sussex U. Kali ini selepas gap 3 tahun dia balik, 5 tahun dia balik first master dia, mereka tawarkan mereka. The same school, Sussex U, sebagai number one school in human right. Mungkin kita tidak perlu itu. Yang penting dia adalah anak Selangor, lahir di Selangor (Hulu Kelang), pastu dia berada dengan keadaan begitu. Dia offer kali kedua oleh Malaysia, ialah dia buat oleh MARA. Jadi MARA kata besar kemungkinan...
Soalannya Hulu Kelang?
Soalannya, apakah dasar kita sebenarnya, ‘Brain Bank’ kali pertama kita buat adalah untuk kita mendapatkan ramai anak-anak yang berpotensi. Kedua ini, apa beza ia ni, saya hendak minta penjelasan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Adakah ini dapat di manfaatkan oleh seluruh anak Selangor yang ada?
Terima kasih. Saya. Mungkin permohonan-permohonan yang dibuat dengan libat/rujuk oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi adalah permohonan-permohonan yang dilakukan sebelum ini. Memang komuniti atau jawatankuasa ataupun panel pemilihan Selangor ‘Brain Bank’ itu kebanyakannya adalah profesor-profesor Universiti yang akan mengkaji dan akan melihat apakah kertas cadangan ataupun qualitycian ataupun pengalaman yang dipamerkan atau yang ditonjolkan oleh setiap calon-calon yang memohon Brain Bank. Ia hampir-hampir sama dengan jawatankuasa dissertation bagi setiap PhD yang ingin sampai ke peringkat viva sebenar. Sebab itu, saya telah mengubah komuniti dan jawatankuasa ini supaya ia lebih melihat dengan futuristic dan melihat dengan lebih terbuka supaya kita menilai sekarang ini sudah di peringkat menengahlah. Kalau dulu kita banyak melihat mereka yang berada di Ijazah Pertama ataupun di Ijazah Kedua, sama ada mereka ini layak di peringkat PhD. Ataupun apakah peringkat PhD yang mereka ingin pohon pada ketika itu. Justeru saya percaya apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi adalah permohonan yang dirujuk
beberapa tahun yang lepas yang telah ditolak tetapi permohonan itu memang sepenuhnya ditentukan oleh panel tersebut. Yang mana saya lihat panel tersebut, purelya acedemician secara keseluruhan adalah para akademik. Akademia yang memberikan penilaian-penilaian mereka berdasarkan kecenderungan mereka. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, tahniahlah kepada Program Bitara yang mengambil kira pelajar-pelajar di peringkat menengah ini untuk dikenal pasti sebagai input kepada Brain Bank ini. Adakah Kerajaan Negeri juga mengambil kira bagaimana di peringkat Kerajaan Negeri ini menjadikan satu platform untuk kita bukan sahaja mengenal pasti, memberikan satu program kepada mereka supaya mereka ini juga boleh terlibat dalam program yang akhirnya mereka ini menjadi Brain Bank kepada Negeri Selangor terutamanya di sekolah-sekolah yang di bawah Kerajaan Negeri ya, seperti MITS. Mereka ini adalah cream of the cream yang terpilih, mungkin juga di peringkat Universiti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, memang akhirnya Brain Bank ini kita tidak hendak ada drain bank ataupun kehilangan, blank bank Brain Bank yang berlaku. Sebenarnya itu adalah kaunter Brain Bank yang berlaku apabila mereka belajar di luar negara ataupun mereka mendapat pendedahan di luar negara, mereka tidak mahu pulang. Jadi apakah kita syaratkan dengan pemilik-pemilik ataupun penerima-penerima Program Bitara ataupun program Brain Bank kita ini. Mereka perlu pulang dan berbakti ke anak syarikat kita ataupun Kerajaan Negeri ataupun atas kelulusan Kerajaan Negeri. Sebagai contoh kalau beliau dalam bidang perubatan kita tidak ada mempunyai hospital lagi. Klinik yang kita ada hanyalah 17 klinik sahaja. Jadi, jika beliau hendak berkhidmat sebagai pakar bedah, nak bertugas di Hospital Sungai Buloh dan sebagainya, kebenaran itu kita akan berikan, itu yang pertama.
Yang kedua, pencapaian-pencapaian yang disebutkan oleh Sijangkang tadi memang kita sedang lakukan dengan rapat terutamanya oleh Yayasan Selangor. Kita bukan sahaja mendekati asrama-asrama Yayasan Selangor sekarang. Kita juga mendekati Maktab Rendah Sains MARA (dengan izin) ataupun MRSM. MRSM ini juga kita ada attachment. InsyaAllah saya menerima pandangan Yang Berhormat Sijangkang. mungkin kita boleh explore pula MITS. Sekarang ini MITS ini mempunyai pelajar-pelajar yang dikelolakan sendiri oleh Jabatan Agama Islam, Bahagian Pendidikan. Dan, biasanya mempunyai pelajar-pelajar yang cemerlang. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 50.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Jelajah Job Fair SelangorQuestions
50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah sambutan yang diterima dalam program Jelajah Job Fair Selangor?
b)
Apakah jenis pekerjaan yang ditawarkan dan menjadi tumpuan utama pemohon?
c)
Berapakah jumlah pemohon yang berjaya mendapat pekerjaan dalam program Jelajah Job Fair Selangor setakat ini?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang, berkaitan Jelajah Job Fair. Pelaksanaan Program Jelajah Selangor (Job Fair) adalah diantara usaha Kerajaan Selangor dalam menyediakan platform serta ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kaedah mengawal pengangguran di bawah kadar 4%. Pada tahun 2021, ada enam (6) program Selangor Job Fair yang telah berjaya dilaksanakan di lima (5) lokasi berbeza iaitu Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Sungai Buloh. Penganjuran program ini pada tahun 2021 adalah bersesuaian dengan S.O.P yang telah dikenakan oleh MKN dan dengan sebab itulah kehadiran pada waktu itu agak terhad. Walau bagaimanapun pada 2021 kehadiran yang telah direkodkan yang telah berdaftar sebanyak 2,726 berdaftar untuk mendapat pekerjaan, daripada ini 1,178 telah diterima sebagai temu duga kedua, manakala 716 telah diterima untuk bekerja pada Job Fair 2021. Pada tahun 2022, kita selaras dengan kelonggaran pergerakan PKP kita telah mengadakan Mega Job Fair yang telah mendapat sambutan yang sangat baik telah kita adakan pada 11 dan 12 Jun 2022 di Pusat Konvensyen MBSA. Pada 2022 jumlah tawaran pekerjaan adalah sebanyak 20,490 peluang pekerjaan. Kehadiran mereka yang berdaftar
seramai 8,201 jumlah temu duga yang dijalankan adalah pada 3,601, jumlah yang diterima bekerja adalah seramai 1,996 iaitu 55% daripada kehadiran yang diadakan pada waktu itu.
Soalan seterusnya adalah apakah jenis pekerjaan yang ditawarkan dan menjadi tumpuan pemohon. Jenis-jenis pekerjaan yang ditawarkan merangkumi pelbagai sektor, bermula daripada peruncitan, pembuatan, makanan dan minuman dan pelbagai sektor yang lain. Jenis pekerjaan yang menjadi tumpuan utama adalah dalam bidang kejuruteraan ataupun engineering. Banyak pekerjaan-pekerjan yang ditawarkan bermula daripada serendah-rendah daripada juruwang sehinggalah ke peringkat professional dalam Job Fair tersebut. Jadi banyak senarai dan kalau Yang Berhormat berminat saya boleh hantar pada Yang Berhormat kemudian senarai mengikut syarikat-syarikat yang hadir dalam Job Fair kita 2022. Walau bagaimanapun pada akan datang ini Job Fair kemungkinan dalam bulan September atau Oktober kita nak memberi fokus kepada peluang pekerjaan yang sedia ada dan ditambah memberi fokus kepada dalam bidang perhotelan. Saya akan berbincang dengan Yang Berhormat YB Hee, Kajang untuk kita laksanakan permintaan untuk mereka dalam bidang perhotelan dan peluang pekerjaan dalam bidang sukan. Mereka yang kelulusan dalam bidang sukan, kita akan perbanyakkan sektor-sektor sukan dalam Job Fair kita yang akan datang pada kali ini. Disamping itu Yang Berhormat ada juga cadangan dan permintaan daripada Persatuan Orang Buta untuk membantu mereka mendapat pekerjaan. Ini sedang kita menghalusi bagaimana cara yang terbaik untuk kita mendekati Golongan Orang Buta (OKU) ini untuk kita sama-sama bantu dalam Mega Job Fair yang akan dating dijangka dalam bulan 9 atau 10 yang akan datang ini.
Soalan tambahan.
Permatang.
Okay Job Fair kita dah adakan, adakah kategori OKU ini diterima oleh syarikat untuk berkhidmat bersama mereka.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada 2018 atau 2019 Job Fair kita yang diadakan di MAEPS, di antara kita mempunyai 20 booth yang fokus kepada golongan OKU ini. Jadi kita tidak menolak peluang-peluang pekerjaan bantu OKU ini dan sebenarnya kalau kita bantu OKU ini di kalangan especially dikalangan adik-adik kita OKU ini kalau kita bantu sebenarnya JKM membayar allowance pada mereka sebenarnya. Jadi di samping kita membuka peluang mereka juga menerima allowance. Jadi dengan kata lain Yang Berhormat Permatang di samping pada pekerjaan yang biasa kita tawarkan OKU juga kita tudak tinggalkan dalam Job Fair kita.
Taman Templer. Boleh Timbalan Speaker, boleh Timbalan Speaker benarkan saya.
Ya, sila. Benar.
Terima kasih. Cuma saya nak tanya dengan Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebutkan soal berkaitan dengan 5, 6 Program Job Fair ni. Job, Job, Job apa kah?. Yelah kadang-kadang. Kita belajar pondok je yang itu. Cuma nak tahu, yang datang daftar ini, yang datang cari kerja ini. Kita nak tahu daripada negeri-negeri berhampiran ni, maksudnya daripada Perak, daripada Kedah, daripada Kelantan daripada Negeri Sembilan. Maksudnya selain manfaatnya diperolehi oleh masyarakat dan juga warga di Negeri Selangor, kita nak tahu juga maksudnya bila kita mengadakan program di Negeri Pakatan Harapan ini maksudnya manfaatnya turut diperolehi oleh masyarakat dan juga warga daripada luar Negeri Selangor. Kita nak minta sedikit komen ataupun pandangan daripada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.
Jangan marah Yang Berhormat Templer. Memang setiap...
Bukan marah, bukan marah sebab baju warna merah ini lain macam. Lainlah macam Sabak dia baju warna biru, koboi.
Yang Berhormat Taman Templer, Job Fair Selangor ini menarik perhatian daripada mereka seluruh negara sebab itulah pada waktu kita menganjurkan Job Fair ini. Mereka hadir sejauh utara Perlis dan ada juga daripada Selatan tanah air kita hadir bersama-sama. Tak usah ceritalah, yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada gerombolan daripada Terengganu datang minta Job Fair itu. Itu kita rai juga la. Tetapi nak ceritakan bahawa Job Fair, Mega Job Fair Selangor kita ini adalah tumpuan daripada semua mereka di kalangan masyarakat pelbagai lapisan, pelbagai tempat. Ia saya setuju dan kita ada laporan yang mengatakan mereka datang jauh daripada semua negeri untuk bersama-sama dalam Job Fair kita.
Bandar Utama.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Bandar Utama ingin mendapatkan pencerahan sekiranya Kerajaan Negeri selain daripada usaha Job Fair, adakah untuk pemohon-pemohon OKU, kita ada kumpulkan data ataupun informasi mereka sekiranya sebagai contoh ada peluang pekerjaan selepas itu kita
boleh mendapat kembali info-info pemohon-pemohon OKU. Kenapa Bandar Utama bertanya sedemikian adalah kerana kebanyakan pemohon OKU kadangkala menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kerja, lebih banyak berbanding dengan pemohon-pemohon biasa. Jadi sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai data sedemikian jadi sekiranya ada syarikat-syarikat ataupun agensi dalam Kerajaan Negeri yang membuka ruang untuk pekerja OKU kita boleh terus mendapatkan maklumat mereka. Jadi Bandar Utama ingin mendapatkan pencerahan, adakah kita mempunyai pengumpulan data sedemikian, terima kasih.
Di peringkat diporfolio saya belum ada Yang Berhormat. Tetapi kerjasama kita adalah dengan persatuan, sama ada Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Cacat dan pelbagai. Mereka ini yang mempunyai data dan ahli-ahli mereka yang tersendiri. Walau bagaimanapun, saya akan mohon daripada Yang Berhormat Dr. Siti Mariah, Kesihatan yang menjaga OKU barangkali ada data yang boleh kita bekerjasama program itu nanti dan saya akan sampaikan pada Yang Berhormat kemudian.
Soalan berikutnya, Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Balakong nombor 51.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Pelaburan Asing Di SelangorQuestions
51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah strategi kerajaan untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan asing di Selangor terutamanya pelabur-pelabur dari negara China?
Tuan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah proaktif dalam menarik pelaburan asing ke Selangor. Ketika sempadan Malaysia masih ditutup, Invest Selangor telah mengadakan beberapa siri
webinar untuk bertemu dan berinteraksi dengan pelabur - pelabur asing di rantau yang merupakan sumber pelaburan yang penting untuk Negeri Selangor. Bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri melalui agensi pengalakkan negeri telah menganjurkan beberapa program webinar seperti berikut;-
BIL PROGRAM OBJEKTIF SELANGOR INVESTMENT MISSION (WEBINAR)
1.
Webinar bertajuk ‘How Selangor, The Golden State of Malaysia is Thriving as the ASEAN Business Hub’ pada 12hb Mac 2021 (Hong Kong) Program secara maya ini adalah anjuran bersama Invest Selangor dan Asia CEO Community, Hong Kong. Seramai 55 ahli persatuan iaitu pengurusan syarikat-syarikat Hong Kong telah menyertai webinar ini.
2. ‘Online Business Matching for Selangor & Ningbo Enterprises’ pada 8hb April 2021: (China)
Untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan sewaktu PKP, sesi Business Matching secara maya diadakan dimana 6 syarikat Selangor bertemu dan berbincang dengan 13 pengimport daripada Ningbo, China.
3.
The Belt and Road Summit 2021 pada 1hb – 2hb September 2021; (Hong Kong) Objektif penyertaan program ini ialah mempromosikan Negeri Selangor dan mencari pelabur yang berpotensi melalui program tahunan yang dianjurkan oleh Hong Kong Trade Development Council (HKTDC). Sejumlah 13 mesyuarat diadakan sepanjang program ini dan tindakan susulan diambil oleh Invest Selangor untuk memperkenalkan syarikat yang bersesuaian agar menerokai peluang perniagaan dan pelaburan.
4. The Asian Logistics, Maritime and Aviation Conference (ALMAC) pada 2hb – 3hb November 2021. (Hong Kong) Invest Selangor menjadi salah satu penaja program yang dianjurkan oleh Hong Kong Trade Development Council (HKTDC). Satu rakaman video bertema ‘Investment Opportunities in Halal Logistics in Selangor’ oleh Dato’ Hasan Azhari Hj. Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, diletak di laman web rasmi sepanjang program ini. Selain dari itu, ISB iaitu Invest Selangor
Bagi meneruskan program promosi bagi tahun 2022, program webinar bertajuk ‘Explore Selangor, the Golden State of Malaysia’ pada 26hb April 2022. Webinar ini adalah bertujuan bersama adalah anjuran bersama Invest Selangor dan MIDA Shanghai, Guangzhou dan Beijing. Rakan strategik termasuk MAYCHAM Greater-Bay-Area dan MAYCHAM Hong Kong & Macau. Sejumlah 77 orang dari Malaysia dan China telah menyertai webinar ini. Selain itu, program misi pengalakkan pelaburan ke China yang telah dirangka akan dilaksanakan setelah sempadan negara China dibuka kelak. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Lembah Jaya nombor 52.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Penyelesaian Isu Hakmilik StrataQuestions
52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana penyelesaian /pendekatan Kerajaan Negeri dalam isu pemberian hakmilik strata kepada pembeli-pembeli yang menunggu lebih sepuluh tahun dan lebih?
Terima kasih Lembah Jaya, Timbalan Speaker untuk makluman semua Yang Berhormat. Semakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mendapati bahawa kesemua permohonan hakmilik strata yang dikemukakan dengan lengkap telah diproses mengikut tempoh yang ditetapkan seperti yang terkandung di dalam piagam pelanggan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa PTGS. Namun begitu, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan komited dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan skim pembangunan berstrata yang masih berpeluang membuat kempen promosi Selangor di booth maya serta berhubung dengan pelabur-pelabur berpotensi dari seluruh dunia.
belum mempunyai hakmilik. Hasil daripada aduan orang awam serta maklumat daripada pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB), satu pasukan petugas khas (task force) telah diwujudkan bagi menyelesaikan permohonan hakmilik strata yang bermasalah di negeri Selangor. Selain itu, pihak Kerajaan Negeri melalui PTGS boleh mengambil tindakan di bawah seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985 terhadap mana-mana pemilik asal tanah atau pemaju yang gagal untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata mengikut tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan hakmilik strata tersebut adalah tertakluk di bawah seksyen 10, Akta Hakmilik Strata 1985.
Untuk makluman Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pasukan petugas ataupun (task force) di PTGS adalah;
(1) Membantu menyenaraikan skim – skim strata yang belum mendapat strata di Negeri Selangor; (2) Membantu dan menyelaras proses – proses yang perlu dalam permohonan hakmilik strata; (3) Mengenalpasti masalah dan isu yang berkaitan dengan skim – skim yang tidak mempunyai strata; (4) Membuat pemantauan terhadap skim – skim strata yang bermasalah; dan (5) Melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti yang tertakluk di bawah seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri bagi pemajuan yang pemilik tanahnya telah pun tiada pemajunya telah gulung tikar tetapi tidak ada penyelesaian kepada situasi demikian. Kedua adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu tabung bagi membantu meringankan bebanan bagi mereka yang ingin mendapatkan pemilikan strata ini kerana mereka terpaksa membayar denda dan sebagainyalah. Melibatkan kos yang amat tinggi. Terima kasih.
Terima kasih. Biasanya kalau dalam situasi-situasi yang berkenaan kita akan berurusan dengan likuidator. Likuidator mereka yang akan mengambil alih daripada penggulungan syarikat-syarikat terbabit supaya akhirnya kita dapat menyelesaikan pemilikan strata. Ada saat-saat tertentu kadang-kadang
penggulungan itu pun dah tidak ataupun likuidator yang dipilih pun juga akan bertukar-tukar. Ini normalisasi dalam pengurusan rumah hak milik strata terutamanya perumahan yang dibangunkan sebelum-sebelum ini. Dan akhirnya Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa keputusan. Antara keputusan yang pernah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri adalah meng-wavekan ataupun melupuskan beberapa cagaran-cagaran tertentu atau bayaran-bayaran tertentu supaya pemilikan hak milik strata itu dapat selesai. Kalau tidak silap saya, kita selesaikan satu kes di Kelana Jaya. Apabila pemajunya telah keluar tetapi penyelesaiannya tidak ada sepatutnya caj itu dikenakan kepada Pemaju, Pemaju dah selesai, dah gulung dan kita, dan akhirnya jadi mangsa adalah pemilik-pemilik perumahan itu. Apa yang kita buat, kita waive yang sebenarnya seperti benefit kepada pemaju tetapi ia juga memberi peluang kepada pemilik-pemilik hartanah tersebut. Namun kita akan semak kes ini, kes by kes sebab kita tak boleh nak membiayai yang menjadi kewajipan kepada pemaju. Sekarang kita kena letakkan beberapa syarat tertentu supaya perkara-perkara ini tidak lagi berlaku tetapi ini berlaku sebab pembangunan-pembangunan yang dilakukan pada tahun 90an.
Itu baru ada satu (1) sahaja yang lain kita tak kan buat lagi ataupun kita akan semak kes by kes kerana dia akan repeat, dia akan mengulang masalah-masalah yang akhirnya pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab telah menjana dan menikmati keuntungan tertentu tetapi tidak menyelesaikan urusan dengan Pejabat Tanah dan Daerah sebagai contoh untuk menyelesaikan lot-lot ataupun untuk menyelesaikan proses pemberimilikan strata yang harus dilengkapkan. Kadang-kadang kos ini agak tinggi dan akhirnya tertimpa balik kepada pemilik-pemilik.
Bagi Pihak Kerajaan Negeri mungkin kita tak buat dana lah. Tetapi dalam saat-saat tertentu seperti caj-caj tertentu itu kita boleh ambil keputusan untuk diwaivekan. Waive itu akhirnya akan memberi manfaat kepadanya kerana mereka tidak perlu membayar ataupun mereka hanya membayar sebahagian kecil daripada kos yang sepatutnya. Kita memang agak kasihan kepada sebahagian pembeli-pembeli ini yang telah ditipu, diperdaya dan dimanipulasi oleh Pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab ini tetapi biasanya Pemaju-pemaju yang ada ini kadang-kadang mereka ini berselindung di atas nama-nama baru. Mereka menggunakan satu company JV baru dan sebagainya untuk satu pembinaan kemudian digulungnya company itu dan digulingkan dan akhirnya yang mendapat kesan adalah pemilik-pemilik strata tersebut. Terima kasih Yang Berhormat cukup faham lah tu.
Soalan Tambahan. Tuan Timbalan Speaker.
Ya. Lembah Jaya.
Adakah kerajaan akan menggunakan model yang sukses tadi yang dikatakan satu (1) kes yang telah diselesaikan dengan melupuskan ataupun mengecualikan pembayaran, certain charges, itu pertama. Kedua, memang pendekatan ataupun kaedah yang digunakan syarikat-syarikat yang menggunakan anak, membuka syarikat baru untuk melaksanakan pembangunan kemudian mereka lari daripada tanggungjawab. Adakah Kerajaan Negeri akan menyenaraihitamkan mereka yang telah melakukan tindakan seperti ini.
Terima kasih. Sukses yang saya cerita tadi tu very specific dan kes yang perlu kita tidak boleh jadikan sebagai satu kaedah-kaedah yang am ya. Kalau kita gunakan kaedah itu, nanti kesannya orang akan gunakan ruangan itu untuk menggunakan kaedah yang sama mereka menikmati keuntungan, dia tak ambil tanggungjawab dan akhirnya tak selesai. Kita tak boleh nak replicate itu kepada semua tempat Yang Berhormat. Kalau kita cetak ulang kaedah yang saya sebutkan tadi maknanya banyak lagi hal yang akan berlaku dan banyak lagi di mana depan orang akan tunjuk ini sebagai president. Keputusan kerajaan Negeri juga sangat specific pada ketika itu ia hanya merujuk kepada kes ini dan kes ini tidak boleh lagi diulang pada tempat lain ataupun replicate dan ia hanya dirujuk kepada kes by kes isu. Ataupun hal-hal yang merujuk setiap kes supaya ia tidak memberikan kesan kerana dana yang sepatutnya dibayar itu sepatutnya dinikmati ataupun diperolehi oleh Pejabat Tanah ataupun Majlis Tempatan dan sebagainya tapi tidak dapat. Akhirnya kita tidak dapat menyediakan fasiliti ataupun kemudahan yang lebih baik sebagaimana yang sewajarnya kita miliki.
Namun begitu, kita juga cuba menilai kalau pada kes-kes yang tertangguh lama, hah kes-kes yang tertangguh lama mungkin kita boleh tengok balik. Saya minta Yang Berhormat EXCO Perumahan untuk menyemaknya kembali ataupun Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor boleh menyemaknya kembali supaya kita boleh selesaikan masalah tertunggak tetapi jangan masalah tertunggak ini boleh dijadikan contoh supaya ada Pemaju JV tadi melalaikan ataupun khianat terhadap tindakan yang sepatutnya mereka buat ataupun tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan. Itu yang pertama.
Soalan kedua, berkenaan dengan senarai hitam, KPKT sedang membuat cadangan untuk meminda Akta Pengurusan Strata supaya MOT dibayar semasa pembelian hartanah strata. Hah ini adalah contoh yang akan diambilkan oleh KPKT dan dalam masa yang sama KPKT sedang membuat cadangan untuk meminda Akta Pengurusan Strata supaya MOT, maaf, betul lah dua kali ditulis, dua kali saya baca (ketawa).
KPKT sedang pinda undang-undang Akta Pemilik Pengurusan Strata di mana MOT yang sepatutnya dibayar ini dibayar di peringkat awal. Kalau kaedah ini diluluskan kerana ia di
bawah Akta, dia akan lebih baik dan akan mengurangkan risiko tu dan mengelakkan kelewatan pemilikan strata.
Soalan kedua Yang Berhormat, adakah penyenaraihitam? Ya. Kita bukan hanya senarai hitam nama company itu tapi kita akan sampai kepada pemegang-pemegang saham dan juga ahli-ahli lembaga pengarah untuk tanggungjawab itu dipikul bersama sampai mereka mampu ractify kalau mereka ada projek-projek lain ataupun mereka ingin membangunkan di Negeri Selangor. Terima kasih.
Sungai Pelek.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memberi penjelasan yang lengkap. Saya hendak tahu pandangan Yang Amat Berhormat. Apa salahnya kalau kita nampak ada kes yang lama sangat, 10 tahun, 20 tahun tapi yang tak boleh selesai. Pada masa yang sama, saya faham lah kita tak boleh bagi pemaju yang buat salah itu lari begitu jugak. Tapi apakah salahnya Kerajaan Negeri gunakan kuasa yang kita ada untuk menyelesaikan masalah rakyat dulu bagi mereka strata title dulu, lepas tu kita terus, kita, kita, kemudian kita terus mencari ya Pemaju-pemaju yang bersalah itu. Dengan cara ini dia akan jadi lebih adil kepada pembeli kerana pembeli bukan mereka yang salah jadi itu, apa salahnya Kerajaan boleh buat begitu. Pandangan Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat, salahnya ialah apabila tindakan itu kita buat sebagaimana yang pengecualian MOT sebagai contoh terhadap apa yang sepatutnya yang menjadi tanggungjawab Pemaju yang menikmati laba dan juga nikmat yang besar adalah Pemaju kerana Pemaju-pemaju ini enjoy dengan kewangan yang mereka nikmati, gunakan perbelanjaan sampai satu tahap tanggungjawab mereka tu mereka tak tunaikan kesan kepada penduduk.
Kita akan bantu penduduk. Sudah pasti. Kerajaan Negeri tidak akan menyita bangunan penduduk tu, itu sudah pasti. Kita tidak akan mengambil dengan sikap kejam untuk menyita tu tapi kita akan kerjakan Pemaju ini dulu supaya mereka melaksanakan tanggungjawab sebab itu Pesuruhjaya Bangunan sebagai contoh merupakan antara badan yang akan mengenal pasti senarai Pemaju-pemaju ini dan akan mendapatkan maklumat-maklumat ini. Memang niat kita nak bantu sebab itu kita ada contoh tadi tapi contoh yang saya sebut tadi, satu (1) kes itu kita akan buat kalau ia boleh dan perlu kalau ia sudah terlalu lama sebahagian boardnya juga telah meninggal dunia dan sebagainya kerana ia telah melibatkan kos yang sangat besar ya. Sebagai contoh pengeluaran hak milik strata ia memerlukan satu kos bayaran upah untuk ukur peta strata, pelan strata.
Ini bukan satu benda yang mudah, kadang-kadang pemaju-pemaju ini dia keluar, dia tinggalkan semua, kosong, zero tak ada apa. Deserted, tak ada masalah apa dan bayaran ukur tidak dapat dikecualikan. Maknanya Kerajaan Negeri kena bayar melibatkan bayaran ukur tersebut kalau kita nak selesaikan hal tersebut. Mungkin boleh tetapi bayaran-bayaran lain juga macam mana? Dan kosnya sangat besar sebab ia melibatkan setiap petak yang ada di dalam bangunan-bangunan berstrata ataupun bangunan highrise dengan izin atau bertingkat. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Sungai Air Tawar.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya No. 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Inflasi Harga BarangQuestions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk rakyat yang berdepan dengan inflasi harga barang di Selangor?
b)
Apakah penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan petani dan penternak yang menghadapi inflasi tidak terjejas?
Terima kasih. Maaf lah tadi. Jawab strata-strata, inflasi naik lupa. Yang Berhormat Sekalian. Kerajaan Negeri bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga barangan di pasaran adalah berpatutan. Antara usaha-usaha yang diambil dan akan dipertingkatkan ialah melaksanakan penguatkuasaan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Penguatkuasaan terhadap Pencatutan atau pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan mekanisme untuk
menentukan keuntungan yang tinggi yang tidak munasabah 2018 yang mula dikuatkuasakan pada Jun 2018.
Kedua, pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan seluruh negara di bawah Operasi Catut 9.0 bermula pada 7 Januari 2022. Operasi ini telah menggerakkan semua anggota penguatkuasaan Kementerian seluruh negeri bagi membendung isu kenaikan harga barang di pasaran. Pengeluaran notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga yang tidak munasabah bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan secara bertulis atas kenaikan harga barangan tersebut sekiranya wujud elemen pencatutan, tindakan perundangan boleh diambil di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.
Yang seterusnya, penguatkuasaan perintah penandaan harga barang dan caj bagi perkhidmatan 2020 yang mewajibkan peniaga mempamerkan harga barang dan perkhidmatan mereka ke atas perkhidmatan dan barangan yang dijual. Pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan bagi mengawal harga barangan dan keperluan tertentu dan yang seterusnya penetapan harga maksimum bagi gula pasir putih bertapis, pelitup muka ataupun face mask, gas petroleum cecair LPG, petrol ron 95, diesel, tepung gandum untuk kegunaan am, minyak masak kampit 1 kilo, bagi memastikan harga dijual tidak melebihi harga yang ditetapkan namun Kementerian akan memperluas kawalan ke atas barangan keperluan lain mengikut keadaan dan keperluan. Mengadakan sesi libat urus bagi memberikan penjelasan khidmat nasihat kepada mereka yang terlibat.
Yang ketiga, melaksanakan langkah kolaborasi bersama dengan agensi Kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan memastikan bekalan yang mencukupi dan ditawarkan pada harga yang munasabah. Meningkatkan keberadaan pegawai-pegawai penguat kuasa di lokasi-lokasi tumpuan dan yang terakhir memudahkan rakyat mengemukakan aduan melalui saluran media di Kementerian seperti Aplikasi WhatsApp, KPDNHEP 019-2794317, Portal e-Aduan, Aplikasi Telefon Pintar EZ Adu, Talian Hotline KPDNHEP 1800 800 86 800 dan hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran.
Bagi membantu golongan petani, penternak yang menghadapi inflasi tidak terjejas Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah berikut:-
(i) Pemberian dan bantuan intensif secara berterusan dengan memberikan
penumpuan kepada bantuan bagi mengurangkan kos pengusaha seperti
pemberian input-input tanaman seperti benih dan juga pemberian makanan
ternakan kesan daripada peningkatan kos sehingga 25 hingga 100%.
(ii) Menambah lokasi-lokasi jualan secara terus hasil segar melalui Program Agro
Prihatin seperti Selangor Agro Market dan Program Ihsan. Pada kadar harga
jualan yang lebih baik yang masih rendah berbanding dengan jualan kepada
orang tengah.
Ini sebagaimana jawapan saya pada Semenyih tempohari dan makna kita telah laksanakan lebih 53 DUN pada musim perayaan lebih 8. Kita dah jual lebih daripada 63,000 paket-paket minyak masak. Kita dah jual lebih daripada 123,000 ekor ayam dan ini telah mampu mengurangkan kesan pengusaha di kalangan masyarakat kita. Walau bagaimanapun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini Kerajaan Negeri cuba sedaya upaya mengurangkan kesan akibat inflasi yang telah mula dirasai oleh semua golongan termasuk petani dan penternak.
Di Negeri Selangor terdapat lebih 50 ribu pengusaha telah berdaftar dengan jabatan dan agensi bidang berkaitan di sektor pertanian termasuk petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri asas tani, serta penjual hasil pertanian yang terkesan. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Sungai Ramal
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Taman Mini SelangorQuestions
54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Melaka mempunyai Taman Mini Malaysia. Alangkah baiknya jika Selangor mempunyai Taman Mini Selangor mewakili 9 Daerah dalam Negeri Selangor yang memaparkan seni budaya, juadah, permainan rakyat, warisan dan lain-lain lagi sebagai daya tarikan pelancong. Bilakah Taman Mini ini dapat direalisasikan?
Tuan Speaker. Buat masa ini KN belum mempunyai cadangan untuk mewujudkan Taman Mini Selangor. Beberapa faktor perlu dikaji sebelum pelaksanaan projek-projek seumpama ini. Antaranya ialah isu tanah, peruntukan kewangan, pengangkutan awam serta daya tahan projek ini. So, bagi memastikan sebarang projek ialah benar-benar memberi impak kepada pembangunan.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa buah pusat kebudayaan yang telah mewujudkan, memaparkan seni budaya, permainan rakyat dan juga warisan sesuatu kaum atau tempat seperti berikut:
1. Royal Klang Heritage Walk 2. Muzium Mini Sabak Bernam 3. Perkampungan Budaya Mahmeri Pulau Carey 4. Bukit Malawati Kuala Selangor 5. Muzium Daerah Kuala Selangor 6. Perkampungan Orang Asli Sungai Rasau, Hilir Batu 14 Puchong (Suku Temual) 7. Kota Seni Petaling Jaya 8. Taman Persahabatan Selangor-Jepun, Shah alam 9. Malaysia Chinese Museum di Seri kembangan.
Sekian.
Soalan berikutnya, Sabak.
Soalan saya, 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Status Majlis DaerahQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapakah daerah Sabak Bernam, satu-satunya daerah dalam Negeri Selangor yang masih berstatus Majlis Daerah ?
b)
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi menukar status Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran?
Tuan Speaker.
Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil.4 Tahun 2008; Kriteria baharu naik taraf Pihak Berkuasa Tempatan memberi penjelasan dan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan PBT berhubung kriteria baharu yang digunakan bagi permohonan naik taraf PBT. Naik taraf PBT adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 4 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171 di mana Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan menteri dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan. Antara kriteria baharu naik taraf Pihak Berkuasa Tempatan adalah jumlah penduduk dan jumlah hasil tahunan Pihak Berkuasa Tempatan.
Majlis Daerah Sabak Bernam, mempunyai jumlah penduduk seramai 132,000 orang berbanding kriteria minimum perbandaran seramai 150,000 orang. Selain itu, kutipan hasil tahunan Majlis Daerah Sabak Bernam masih rendah berbanding dengan kriteria minimum perbandaran sebanyak RM20,000 juta.
Antara rancangan jangka pendek dan jangka panjang adalah seperti berikut:
1. Membuka peluang kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur dan membangunkan Daerah Sabak Bernam dengan projek yang berskala besar. 2. Memperbanyakkan lagi projek-projek perumahan, komersial dan industri di daerah untuk membuka peluang pekerja kepada penduduk setempat dan menambah hasil melalui kutipan cukai pintu. 3. Meluaskan lagi zon pembangunan dalam Rancangan Tempatan Daerah supaya tanah-tanah yang berpotensi dapat dibangunkan bagi merancakkan lagi ekonomi daerah. 4. Menaik taraf kemudahan awam dan kemudahan asas daerah. 5. Cadangan pembesaran sempadan bandar; dan 6. Merancang projek-projek strategik daerah seperti Kompleks Agropolitan Sabak, Jambatan Ke-2 Sabak – Hilir Perak dan Pusat R&D Asas Tani.
Sekian, terima kasih.
Sabak.
Soalan tambahan saya. Melalui rancangan jangka pendek dan jangka panjang, dijangka tahun bila Daerah Sabak Bernam akan berubah pada Majlis Perbandaran?.
Yang kedua, kami sering dipersalahkan kerana menolak cadangan untuk parking berbayar di Daerah Sabak Bernam menyebabkan hasil MDSB tidak meningkat. Saya nak tanya berapakah pendapatan hasil caj parkir sekiranya dilaksanakan di Sabak Bernam dalam masa satu tahun?. Terima kasih.
Bagi soalan yang pertama, sebenarnya banyak rancangan yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan lagi ekonomi di kawasan Daerah Sabak Bernam. Y.B. Sabak Bernam boleh merujuk kepada buku ini (Rancangan Selangor Pertama (RS-1) muka surat 97. Iaitu pemacu perubahan yang keenam. Kawasan Pembangunan Sabak Bernam atau pun SABDA (Sabak Bernam Development Area) ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi daerah ini melalui 5 aktiviti teras:
1. Menambah komuniti bernilai tinggi dan meningkatkan tahap produktiviti dengan penggunaan teknologi pertanian terkini. 2. Membangunkan pertumbuhan rantaian industri serta mencipta peluang pekerja dan pasaran. 3. Membangunkan produk pelancongan yang berkaitan dengan Agropelancongan dan ekopelancongan. 4. Menarik perhatian pelabur baharu untuk membangunkan aktiviti perindustrian hiliran. 5. Membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam.
Unjuran hasil kira-kira RM248 juta setahun daripada aktiviti teras ekonomi dan mewujudkan kira-kira 3,600 pekerja melalui pengambilan di dalam aktiviti teras ekonomi. Ini semua ada di dalam buku RS-1.
Bagi soalan kedua, saya ingin tegaskan di sini tiada kaitan langsung kutipan caj parkir dengan kenaikan taraf PBT. Dan soalan berapakah anggaran hasil yang boleh dapat daripada kutipan hasil parking, saya tiada maklumat itu kerana ia belum dilaksanakan. Kalau nak dapatkan anggaran, saya perlu semak dengan Majlis Daerah Sabak Bernam. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Hulu Bernam tidak hadir. Berikutnya, Seri Kembangan, tidak hadir.
Tuan Timbalan Speaker, saya merujuk kepada Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor No. 24 (2), meminta izin daripada Tuan Timbalan Speaker untuk mengambil soalan Seri Kembangan.
Saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Banjir Kilat Kawasan BandarQuestions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan dan projek yang telah atau akan dilaksanakan untuk mengatasi banjir di kawasan bandar?
b)
Adakah tindakan yang akan dilaksanakan untuk menyelesaikan isu banjir di Seri Kembangan dan Seri Serdang?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tungku yang mewakili bagi Yang Berhormat Seri Kembangan. Seri Kembangan bertanyakan soalan berhubung dengan isu banjir di kawasan Seri Kembangan dan Seri serdang.
Untuk makluman yang berhormat, projek yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengatasi banjir di kawasan Bandar Seri Serdang adalah seperti berikut:
Bil.
Tajuk Kos (RM) Tarikh Mula/ Tarikh Siap Status 1. Kerja-Kerja Membersihkan Kolam Dataran Banjir TNB dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Taman Serdang Jaya, Seri Serdang, Daerah Petaling 199,650.00 24.1.2022 – 23.5.2022
Tarikh LAD Bermula: 24.5.2022 Dalam Pelaksanaan
Kemajuan Kerja: 90% 2. Kerja-Kerja Pengorekan Kolam 336,750.00 25.3.2022 – 15.7.2022 Dalam Pelaksanaan
Bil.
Tajuk Kos (RM) Tarikh Mula/ Tarikh Siap Status Takungan Seri Serdang dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Taman Andalas Seri Serdang, Daerah Petaling
Tarikh LAD Bermula: 16.7.2022
Kemajuan Kerja: 80% 3. Kerja-Kerja Pengorekan Kolam Takungan A dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Berhampiran Taman Universiti Seri Serdang, Daerah Petaling 341,149.00 25.3.2022 – 15.7.2022
Tarikh LAD Bermula: 16.7.2022 Dalam Pelaksanaan
Kemajuan Kerja: 60% 4. Kerja-Kerja Pengorekan Kolam Takungan B dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Berhampiran Jabatan Pertanian Seri Serdang, Daerah Petaling 345,001.00 25.3.2022 – 15.7.2022
Tarikh LAD Bermula: 16.7.2022 Dalam Pelaksanaan
Kemajuan Kerja: 60%
Jumlah 1,222,550.00
Pemerhatian di tapak oleh pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mendapati punca banjir kilat di kawasan bandar adalah disebabkan oleh:-
1. Terdapat halangan (blockage) di jajaran sistem saliran terutamanya di dalam culvert.
2. Saiz longkang dan culvert sedia ada di tapak tidak mampu menampung kadar aliran semasa hujan lebat.
Pihak MBSJ akan menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan tersebut melalui kaedah penyelesaian seperti berikut:-
1. Projek Penyelenggaraan Secara Tahunan Penyelenggaraan sistem saliran melalui kontrak penyelenggaraan tahunan semasa.
2. Projek Sebut Harga One Off
Projek menaiktaraf sistem saliran terutamanya kawasan hotspot banjir kilat.
Berdasarkan pemerhatian oleh pihak MBSJ, isu banjir di kawasan Seri Kembangan dan Seri Serdang secara keseluruhannya adalah berpunca daripada keamatan (intensiti) hujan yang tinggi menyebabkan paras air Sungai Kuyoh serta anak sungainya (Anak Sg. Kuyoh, Sg. Rekah, Sg. Pati Liat dan Sg. Jinma) tinggi dan melimpah ke kawasan yang rendah.
Bagi cadangan jangka panjang, pihak JPS kini sedang melaksanakan projek pembangunan seperti berikut:-
Bil . Tajuk Kawasan Terlibat Anggaran Kos (RM) Sumber Peruntukan Status Jangka Tender Kerja Anggara n Tempoh Projek 1. Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kuyoh, Selangor Seri Kembangan
SK Seri Serdang, Taman Seri Serdang, Taman Serdang Jaya
Lebuhraya Besraya (KTM Serdang) dan Bluwater Estate
Kompleks Jabatan Pertanian Serdang 300,000,000.0 0 Persekutuan Peringkat Reka Bentuk (Laporan Konsep) Suku Kedua Tahun 2023 40 bulan 2. Menaik taraf Sistem Saliran SK Seri Serdang, Taman Seri 15,000,000.00 Pembanguna n Negeri (P13) Peringkat Pelantika n Suku Keempa 40 bulan
Bil . Tajuk Kawasan Terlibat Anggaran Kos (RM) Sumber Peruntukan Status Jangka Tender Kerja Anggara n Tempoh Projek Kawasan Seri Serdang Serdang, Taman Serdang Jaya Perundin g t Tahun 2023 3. Membina Kolam Takungan Bluewater, Seri Kembangan, Selangor Lebuhraya Besraya (KTM Serdang) dan Bluwater Estate 4,000,000.00 Akaun Amanah Caruman Parit (CP) Dalam Proses Penilaian Tender Tarikh Tutup Tender: 7 Jun 2022 24 bulan
4. Menaiktaraf Sistem Saliran di Bangunan Bahagian Kejuruteraan, Jabatan Pertanian Serdang Kompleks Jabatan Pertanian Serdang 2,000,000.00 Peruntukan Persekutuan JKR
Peringkat Reka Bentuk oleh JKR - -
Jumlah 321,000,000.0 0
Manakala bagi isu banjir bersifat tempatan, pihak MBSJ sedang melaksanakan “Projek Pembinaan Longkang di Jalan BS 3/8 bagi Penyelesaian Banjir di Jalan BS 3/1”. Tindakan secara berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan sistem saliran di bawah seliaan pihak MBSJ berada dalam keadaan baik bersama dengan pihak JPS. Sekian, terima kasih.
Meru.
Soalan Tambahan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO tentang soalan (a) tentang status Projek Tebatan Banjir di Meru yang telah diluluskan dalam belanjawan sebanyak RM20 juta. Itu yang pertama.
Yang kedua, beberapa tahun lepas saya dan Yang Berhormat EXCO ada membuat perbincangan tentang nak mengatasi masalah banjir di Meru yang berkaitan dengan di Jalan Kenangan untuk upgrade longkang di Pekan Meru, Jalan Kenangan. Jadi saya nak tau status nya juga. Mungkin saya tahu tak boleh jawab pada ketika ini tetapi boleh beri jawapan bertulis selepas ini.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Dia tiada kaitan dengan Meru ya. Ini adalah kepada Seri Kembangan. Walau bagaimanapun, secara umumnya saya bagi tahu memang kita telah mendapat maklum pelaksanaan projek yang besar di Sungai Kapar melibatkan Sungai Kapar yang kalau tidak silap saya, mencecah RM 300 juta yang telah lulus oleh pihak Kerajaan Persekutuan, Projek Tebatan Banjir yang besar melibatkan barrage. Ini merupakan projek yang besar yang merupakan projek kali pertama di negara kita. Penggunaan Baraj di Sungai Kapar Besar. Jadi itu saya perlu umumkan.
Ini akan melibatkan pelaksanaan sistem tebatan banjir menyeluruh bagi kawasan Meru. Tetapi yang lain itu, yang dalaman itu sedang diusahakan yang parit-parit dalaman itu di bawah Majlis Perbandaran Klang sedang di usahakan dan saya tidak boleh beritahu spesifik tetapi sedang dilaksanakan dan juga yang lain-lain yang saya dah umumkan sebelum ini pun dalam pelaksanaan. Saya akan dapatkan secara terperinci kemudian. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Taman Templer.
Soalan saya nombor 58.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Masjid Selayang PandangQuestions
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Proses pembinaan Masjid Baru Kg Selayang Pandang, kemajuan status pembinaan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Taman Templer. Ada satu (1) minit lagi. Cadangan pembinaan Masjid Selayang Pandang di tapak baharu Lot PT 11120 seluas 1.88 ekar dan tapak tambahan di Lot PT 87368 seluas 0.49 ekar telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir (JATUM) Bil. 2 /2018 yang bersidang pada 28 Jun 2018. Pembinaan Majlis tersebut dianggarkan berjumlah RM12 juta. Pihak Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid belum dibenarkan untuk mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang dari pihak PBT disebabkan dana kutipan yang belum mencapai 50% daripada anggaran kos pembinaan.
Cadangan pembinaan masjid ini tidak tersenarai dalam Rancangan Pembangunan Malaysia ke-12 dan Bahagian Agihan Dan Pembangunan, UPEN perlu melihat merit keutamaan pembinaan masjid ini bagi Daerah Gombak serta merit keperluan pembinaan masjid bagi daerah-daerah yang lain untuk disenaraikan dalam RMK-13. Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO terima kasih di atas jawapan yang diberikan..
Taman Templer ........
Saya rasa soal berkaitan dengan masjid ni dah tidak ada masalah. Cuma isunya pula sekarang ini sebab masjid tu dah diambil, ada Sekolah Agama KAFA sebelah itu. Jadi isunya sekarang ini adalah isu berkaitan dengan Sekolah Agama KAFA itu. Sekarang ni memang lepas ni kalau andai kata sekolah tu diambil tanah sekolah tu dia ambik memang kita dah tidak ada tapak untuk kita menjadikan Sekolah Agama KAFA, saya harapkan supaya pihak Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat EXCO dapat mengambil perhatian soal berkaitan dengan pembinaan Sekolah Agama KAFA yang baru di Kampung Selayang Pandang.
Ya terima kasih. Nanti kita akan bagi jawapan bertulis pada Yang Berhormat.
Soalan berikutnya Pelabuhan Klang.....
Terima kasih Tuan Yang Berhormat Timbalan Speaker soalan Pelabuhan Klang No.59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Isu Pencemaran Sungai Chandong Pulau Indah, Sungai Tengkorak Telok Gong Dan Sungai Udang Telok GongQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mencegah kejadian pencemaran sungai yang seringkali berlaku dan berulang di Sungai Chandong Pulau Indah, Sungai Tengkorak dan Sungai Udang Telok Gong?
b)
Apakah kesan daripada pencemaran tersebut terhadap sistem ekologi dan alam sekitar di sungai tersebut?
Tuan Speaker. Yang untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan juga Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan bagi mencegah kejadian pencemaran di ketiga-tiga sungai yang berkenaan dengan menyasarkan aktiviti perkilangan yang menghasilkan efluen perindustrian dan buangan terjadual susulan kes pencemaran yang kerap berlaku baru-baru ini. Pihak JAS telah mempertingkatkan keberadaan iaitu visibility anggota penguatkuasaan dengan menjalankan rondaan harian dan hujung minggu ke kawasan industri Telok Gong dan juga Pulau Indah bagi mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan. Pemantauan di lokasi-lokasi hotspots pencemaran menggunakan dron turut juga dilaksanakan. Bagi mengawal pencemaran di pusat di punca. Control at source. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS telah pun memperkenalkan dasar Polluter Pay Principal iaitu (PPP) dan Zero Discharge Policy (ZDP) untuk mengurangkan masalah pencemaran daripada aktiviti perindustrian dan juga meningkatkan kualiti sumber air negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Klang iaitu MPK telah pun mula mengawal jenis-jenis industri yang dibenarkan beroperasi di kawasan Telok Gong mulai 1 September 2021. Yang terhad pada industri ringan dan sederhana serta tidak industri berat yang baru dibenarkan. Untuk menjawab soalan kedua mengenai kesan pencemaran kepada ekosistem sungai-sungai tersebut, satu kajian yang khusus adalah diperlukan untuk menentu pasti serta tepat apakah kesan pencemaran terhadap sistem ekologi di Sungai Chandong, Sungai
Tengkorak dan juga Sungai Udang Di Telok Gong. Ini termasuk makluman mengenai inventori punca-punca pencemaran status kualiti air sungai Selangor, data-data kehidupan akuatik dan juga marin, keupayaan tampungan iaitu taring capacity sungai dan sebagainya. Sempena itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah pun menjalankan kajian awal penyiasatan, iaitu investigative study di Telok Gong pada tahun lalu di mana iaitu dapatan daripada kajian tersebut boleh membantu pihak Kerajaan Negeri untuk meneruskan kesinambungan kajian sungai yang lebih komprehensif dan juga mencadangkan pelan tindakan mitigasi serta pemulihan sungai sedang pendek dan juga sederhana dan panjang , sekian..
Pelabuhan Klang ........
Ya, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Pelabuhan Klang ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri mendapat kerjasama daripada Pihak Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Alam Sekitar dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di kawasan sungai Chandong, Sungai Tengkorak dan Sungai Udang di Pelabuhan Kelang?
Ya, memang soalan ini disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar. So untuk makluman Yang Berhormat, hasil siasatan JAS ke atas aduan pencemaran air sungai Chandong yang berwarna merah tempoh hari, itu di mana Jabatan Alam Sekitar berjaya menahan lori tangki yang disyaki membuang sisa cat dan pigment yang berwarna merah yang menyebabkan Sungai Chandong berwarna merah pada kejadian 13 Jun dan 29 Jun 2022. Hasil intipan yang dijalankan berjaya menemui lori tangki tersebut yang ditempatkan di dalam sebuah premis di Pelabuhan Klang yang juga dijadikan pusat pembuangan terjadual tanpa kelulusan JAS. Semasa serbuan pada 5 Julai 2022, yang turut disertai anggota penguatkuasaan MPK sebanyak 100 tong intermediate bulk container iaitu IBC di isi pelbagai buangan seperti buangan cat, buangan dakwat, asid terpakai, dan minyak hitam terpakai telah pun ditemukan. Selain itu, pihak JAS menemui kesan-kesan buangan pigment berwarna pada penutup bahagian atas lori tangki. Beberapa sampel buangan telah pun di ambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia JKM bagi analisa kimia. Kompesisi buangan siasatan kesalah dibuat atas seksyen 34 B dan 34 A dan seksyen 18 dan seksyen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. So kini tumpuan pada pemilik premis dan pengendalian haramnya terlibat untuk rekod semenjak kejadian pada 29 Jun 2020 sebanyak 14 premis sekitar Kelang dan juga Shah Alam telah digempur oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar namun tidak menemui kegiatan yang mencurigakan.
Soalan seterusnya, Dusun Tua.
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya no. 60
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Kpi Dalam Mengambil Tindakan Ke Atas Kerja Tanah HaramQuestions
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kerajaan akan mewujudkan satu KPI untuk memastikan tindakan terhadap kerja-kerja tanah tanpa permit dilaksanakan dalam tempoh tertentu berbanding membiarkannya berlarutan sehingga beberapa tahun?
b)
Apakah kerajaan akan memastikan PBT-PBT segera membawa kes-kes kerja tanah tanpa permit ke mahkamah?
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker dan Dusun Tua yang bertanya soalan berkenaan dengan tindakan-tindakan ke atas kerja tanah haram oleh pihak-pihak berkuasa tempatan. Ahli Yang Berhormat sekalian, Key Perfomance Indicator adalah berkaitan dengan pencapaian ataupun performance sebuah organisasi malah menjadi petunjuk pencapaian perlaksanaan organisasi masing-masing dalam satu jangka masa yang tertentu. Oleh itu saya ingin jelaskan bahawa Kerajaan Negeri melaksanakan KPI, satu-satu Pihak Berkuasa Tempatan melalui penetapan tempoh masa kepada menyelesaian aduan, jadual pemantauan berkala dan tindakan penguatkuasaan. Ini ukuran KPI yang kita letakkan kepada pihak berkuasa tempatan termasuk dalam kerja-kerja tanah haram ataupun kerja tanah tanpa berlarutan kerja-kerja tanah tanpa permit yang ditanyakan oleh pihak Yang Berhormat Dusun Tua. Pihak PBT perlu mematuhi prosedur, dalam masa sama perlu juga mematuhi prosedur tindakan penguatkuasaan. Prosedur yang pertama adalah penguatkuasaan kesalahan menjalankan kerja tanpa kebenaran di atas tanah hak milik. SOP yang kedua, prosedur penguatkuasaan kesalahan bangunan tanpa kelulusan di tanah hak milik. SOP yang ketiga, prosedur penguatkuasaan kesalahan menjalankan pembangunan tanpa kebenaran, kerja tanah struktur sedia ada di atas tanah-tanah rizab kawasan tanah lapang. SOP empat, prosedur operasi sitaan jentera di atas tanah pemilik. SOP lima, prosedur tindakan penguatkuasaan secara bersepadu di tapak pelupusan dan pembuangan sampah haram. Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan adalah di atas Seksyen 70 (a) Kerja Tanah Tanpa Kelulusan di bawah Akta Jalan Dan Parit Dan Bangunan 1794 Akta 133, 1974 Akta 133 dan merujuk kepada Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 Akta 172, kerja-kerja tanah perlu dikemukakan terlebih dahulu ke PBT dan untuk
kelulusan seperti mana peruntukan Seksyen 19(1) Akta 172 iaitu tiada seorang pun daripada PBT, selain PBT boleh memulakan mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan telah diberikan kepadanya. Pelanggaran bagi pemajuan tanpa kebenaran merancang juga boleh dikenakan tindakan pendakwaan di bawah perenggan 26(1b) Akta 172 dan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 27 Akta 172. Bagi kesalahan kerja tanah tanpa kebenaran yang telah dijalankan, PBT terlebih dahulu akan mengeluarkan tawaran kompaun mengikut Seksyen 70 (a) Kerja Tanah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974 Akta 133. Bagi ditawarkan kepada pemilik tanah pemaju serta mengarahkan pemilik tanah mengemukakan permohonan pelan kelulusan kerja tanah pada pihak PBT. Sekiranya pihak pemaju gagal atau pemilik tanah tersebut gagal membuat demikian, tindakan seterusnya adalah unit perundangan PBT boleh membawa kes-kes ini ke perintah mahkamah sebagai mana tanya, persoalan yang ditanyakan oleh Dusun Tua. Apakah sequences nya, sequences nya adalah kita akan tawarkan kompaun supaya mereka membuat proses pemutihan terhadap kerja yang mereka lakukan. Tetapi kalau mereka masih lagi enggan, tawaran itu ditolak seterusnya adalah tindakan-tindakan ke arah mahkamah kerana kita juga ingin mengeluarkan atau memberikan peluang kepada pemilik-pemilik tanah ini supaya memulihkan proses sewajarnya mereka lakukan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Dusun Tua
Berkata mengenai KPI tadi, antara salah satu perkara yang dilihat adalah penyelesaian terhadap sesatu aduan itu. Dalam kes kerja tanah tanpa kebenaran ini atau kerja tanah haram ini, apakah yang dimaksudkan, yang difahami sebagai penyelesaian itu? Adakah sekadar mengetahui pemilik tanah, adakah sekadar kompaun atau hingga di mana sehingga dikatakan selesai itu?
Yang Berhormat, apabila kompaun telah dikeluarkan dan mereka membayar kompaun dan mereka melaksanakan proses pemutihan ataupun kebenaran terhadap kerja tanah itu, itulah yang dikatakan selesai. Maknanya kalau mereka masih berdegil maknanya kena bawa ke mahkamah, bawa ke mahkamah bila dia bawa ke mahkamah itu sudah tidak lagi di bawah urusan majlis kerana ia di bawah urusan mahkamah untuk menetapkan walaupun ada kaitan dengan majlis . Jadi yang dikatakan selesai apabila kita sudah kenakan kompaun, mereka membayar dan mereka melakukan proses pemutihan terhadap, ataupun pembetulan terhadap proses permohonan kebenaran mereka. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Jeram.
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 61.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Rumah SelangorkuQuestions
61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah unit Rumah Selangorku yang bakal dibina di DUN Jeram pada tahun 2022?
b)
Sehingga ke hari ni, berapa banyak jumlah pemohon yang telah menerima Skim Rumah Selangorku di kawasan DUN Jeram?
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Timbalan Speaker. Jeram memang selalu suka tanya kawasan dia sahaja. Dia tak tanya kawasan orang lain. Jadi untuk itu, untuk makluman Yang Berhormat terdapat 1 projek sebenarnya telah siap 2021 iaitu RSKU jenis D : 170 unit di Shah Alam 2 Sendirian Berhad di bawah IJM Land. Saya ingat saya telah pergi ke sana dan melihat tentang kawasan ini. Tetapi untuk mengetahuan Yang Berhormat, soalan seterusnya tentang bakal dibina di Dun Jeram, iaitu sebenarnya ada 4 projek dengan 903 unit rumah Selangorku yang sedang dibina berhampiran dengan kawasan yang saya sebut tadi. Dan juga di bawah seliaan di bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Maknanya sekarang ni sedang bina 4 projek iaitu meliputi 903 unit. Selain daripada itu, kalau Jeram ingin mengetahui projek ini di bawah:-
Bil Pemaju / Lokasi Jumlah Unit 1 Sejati Inti Sdn. Bhd. Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor 65 unit 2 Serambi Padu Sdn. Bhd. Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor 392 unit
Bil Pemaju / Lokasi Jumlah Unit 3 Soon Sin Hin Dev. Sdn. Bhd. Mukim Api - Api, Daerah Kuala Selangor 52 unit 4 OIB Properties (CV) Sdn. Bhd. Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor 394 unit Jumlah Keseluruhan Jumlah : 903
Jadi selain daripada ada 16 projek dan juga yang kita luluskan batch pertama dan yang kedua 4 projek dan keseluruhannya 10 projek yang telah diluluskan iaitu 16 projek meliputi 12,761 unit rumah RSKU. Rumah Idaman atau Harapan yang dalam perancangan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan sekarang ini di bawah seliaan di bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Projek-projek yang 16 itu adalah :-
Bil Pemaju / Lokasi Jumlah Unit 1 Kota Kelang Development Sdn. Bhd. 91 unit 2 Geostream Sdn. Bhd. 272 unit 3 Landasan Harta Sdn. Bhd (Perfect Eagle Development Sdn. Bhd.) 76 unit 4 Sejati Inti Sdn. Bhd. 75 unit 5 Worldwide Holding Berhad 161 unit 6 Kelana Kualiti Sdn. Bhd. (Glomac Berhad) Fasa 6B 178 unit 7 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)(Fasa 1A) 80 unit 8 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)(Fasa 1B) 80 unit 9 Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. 747 unit 10 Hillpark Resources Sdn. Bhd. (Plot 1) 384 unit 11 Hillpark Resources Sdn. Bhd. (Plot 2) 396 unit
Bil Pemaju / Lokasi Jumlah Unit 12 Hillpark Resources Sdn. Bhd. (Plot 3) 424 unit 13 Hillpark Resources Sdn. Bhd. (Plot 4) 180 unit 14 KL-Kepong Country Homes Sdn. Bhd. 631 unit 15 Elmina Equestrian Sdn. Bhd. 343 unit 16 KLK Park Homes Sdn. Bhd. 954 unit Jumlah Keseluruhan Jumlah : 5,072
Panjang lagi Yang Berhormat. Saya akan bekalkan perincian ini Yang Berhormat. Yang mana 16 projek itu akan menyumbang 5,072 unit. Dan bakal tambahan ini adalah baru sahaja fasa kedua, ataupun apa ini kumpulan keduanya adalah 4 projek tambahan iaitu sebanyak 7400 unit lagi. Dalam peringkat perancangan yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri akan diselia oleh bawah Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Dan 4 ini, yang ini projek besar-besar sikit. Maknanya apa ini bawah Harapan dan Idaman iaitu di bawah
Bil Pemaju / Lokasi Jumlah Unit 1 Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. (Konsortium PNSB Construction) 1,258 unit 2 Konsortium PNSB Constuction (Worldwide Property Management Sdn. Bhd.) 1,349 unit 3 Paragon Pinnacle Sdn. Bhd. 4,637 unit 4 Jernih Kejora Sdn. Bhd. 156 unit Jumlah Keseluruhan Jumlah : 7,400
Maka keseluruhan ia dalam perancangan adalah 10 projek yang akan menyumbang sebanyak 12,472 unit Rumah RSKU Idaman dan juga Harapan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Jeram.
Terima kasih. Antara yang banyak-banyak perumahan yang bakal dibina atau yang sudah dibina, adakah terdapat rumah yang berharga bawah RM100,000.00 di kawasan Jeram. Terima kasih.
Ada, Yang Berhormat, sebab projek yang saya sebut ini adalah projek bercampur. Jadi saya akan bentangkan pada Yang Berhormat, selain pada yang Harapan, RM250,000.00 tu, kita ada juga projek-projek yang telahpun diluluskan sebelum ini, yang saya nyatakan itu, yang mesti melaksanakan A, B, C, D. Dan kebanyakannya di kawasan Yang Berhormat, kita, saya lihat selain daripada yang berstrata, kebanyakannya kita kekalkan projek yang di atas tanah atau landed property. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Banting.
Soalan saya, 62.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Pelan Struktur Pembangunan Pengangkutan Awam Kuala LangatQuestions
62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Masalah kesesakan lalulintas di beberapa PBT semakin serius khususnya selepas PKP dan ini bertambah teruk dengan kualiti perkhidmatan bas awam yang tidak efektif. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan Pelan Struktur Pembangunan Pengangkutan Awam Kuala Langat?
Berdasarkan Rancangan Tempatan Kuala Langat (RTKL) 2030 yang diwartakan pada 5 Julai 2018, telah menggariskan iaitu Cadangan Peningkatan Tahap Perkhidmatan Pengangkutan Awam melalui Projek T-12 (Naik Taraf Perkhidmatan Bas) iaitu :-
Pada masa kini terdapat 2 operator swasta yang sedang beroperasi iaitu melibatkan 4 laluan :
Bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor, terdapat 2 laluan yang disediakan di kawasan MPKL iaitu :- i. Laluan BTG 1 (Banting – Mitsui – KLIA 2 – Banting) ii. Laluan BTG 2 (Banting – Taman Banting Baru – Permatang Pasir – Chodoi – Banting)
Berdasarkan prestasi semasa, sambutan pengguna terhadap penggunaan pengangkutan awam tidak menggalakkan berikutan penurunan jumlah penumpang terutamanya selepas PKP. MPKL bercadang untuk memperluaskan kolaborasi pengangkutan awam diantara MPKL-MBSA-MBSJ untuk memudahkan kemudahsampaian pengguna contohnya dari Kota Kemuning-Bandar Rimbayu-Bandar Saujana Putra-Putra Heights. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinrara, apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meminta Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk menjalankan, bukan sahaja kajian, tetapi pengenal pastian tapak yang bersesuaian, mungkin bukan satu, mungkin dua tiga, untuk dijadikan terminal bas. Apa yang berlaku sekarang, untuk pengetahuan Yang Berhormat, di kawasan Banting dan barangkali Kuala Langat, Sijangkang, dan juga Morib, termasuk, tidak ada terminal bas yang bersesuaian. Kebanyakan tanah yang ada di kawasan Banting dan Bandar, telah pun diberikan hak milik kepada syarikat-syarikat GLC, pada zaman kerajaan yang terdahulu. Dan ini menyebabkan Majlis dan juga operator, bas operator, tidak ada satu tapak yang bersesuaian, untuk menurunkan penumpang, mengambil penumpang dan sebagainya. Saya ingin bertanya, sekiranya ada rancangan itu, bilakah ia boleh dilaksanakan. Kerana tapak ini sangat penting, dan mereka barangkali, Majlis barangkali memerlukan bantuan kewangan ataupun suntikan modal daripada kerajaan untuk membeli, kadangkala, mungkin kita perlu beli tanah tu, untuk dijadikan sebagai satu, dibangunkan sebagai satu terminal bas. Saya ingin bertanyalah, Yang Berhormat.
Kerajaan Negeri sangat mengambil maklum berkenaan kekurangan satu terminal bas di daerah Kuala Langat. Saya kira tapak itu sebenarnya bukan satu isu besar, tetapi kos pembinaan terminal itu, melibatkan satu kos yang agak besar. Oleh itu Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengemukakan permohonan
kepada Kementerian Pengangkutan dan untuk meminta bantuan dari segi dana pembinaan untuk terminal bas tersebut. Tetapi sehingga kini belum terima apa-apa jawapan yang positif daripada Kementerian Pengangkutan lagi. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua.
Banting.
Terdapat satu bidang tanah, kalau saya tak silap. Betulkan saya, kalau saya silap. Kalau tak silap, tanah tu di kawasan Sungai Lang, berdekatan dengan Pasar Awam Banting. Itu adalah tapak yang pertama. Kedua, ada perancangan di kawasan sekitar Kota Seri Langat. Barangkali ada perancangan di situ. Ada dua tempat sebenarnya pernah dibincangkan. Jadi adakah Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan majlis, sekiranya tidak ada apa-apa lagi daripada Kementerian Pengangkutan dan barangkali Kerajaan Persekutuan, selepas ini pun bukannya daripada Pakatan Harapan. Kalau kita boleh masukkan projek ini di dalam Rancangan Selangor Pertama, supaya, barangkali ia bukan pun projek kerajaan sendiri, boleh dijalankan secara private partnership. Kita bangunkan satu terminal. Adakah itu, boleh, ada peluang ke nak masuk dalam RS-1. Itu saja soalan saya, kedua.
Semua projek,sebenarnya, ada peluang untuk masuk dalam Rancangan Malaysia yang akan datang. Tetapi, adakah ia akan diluluskan oleh Kerajaan Pusat, itu soalan lainlah. Tapi kalau kita nak masukkan projek itu, tiada masalah untuk kita masukkan dalam cadangan daripada Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan. Tak ada masalah nak masukkan.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tadi Yang Berhormat menyebutkan bahawa kadar kepenggunaan pengangkutan awam ini menurun, PKP dan selepas PKP. Apakah pandangan Yang Berhormat, adakah perlu satu kajian. Selain daripada kita nak bina satu terminal. Saya khuatir nanti terminal itu ada, tetapi kadar penggunaannya rendah. Hari ini yang sebagai salah satu yang saya lihat, keyakinan daripada pengguna ini. Konsistensi pengangkutan itu sendiri, menyebabkan mereka kurang yakin untuk menggunakan perkhidmatan ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat, berkaitan, satu kajian perlu secara menyeluruh perlu dilakukan.
Saya rasa keyakinan penduduk untuk mengguna pengangkutan awam kerana Covid-19 itu telah tidak timbul lagi. Semua telah yakin bahawa pandemik Covid-19 ini telah dikawal dengan baik. Kita boleh tengok, permintaan, LRT, MRT, baru-baru ini. Memang ramai penumpang. Tetapi keadaan di Kuala Langat berbeza sedikit. Saya percaya, ketidaksinambungan antara pengangkutan awam di kawasan Kuala Langat. Boleh, memang tidak ada masalah, untuk menyediakan pelan induk ke, pelan struktur ke, macam mana pelan. Tetapi pelaksanaan itu, merupakan cabaran besar. Kita semua sedia maklum, pengangkutan awam ini melibatkan kos yang sangat besar. Dan ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk melaksanakan segala pelan yang telah disediakan atau akan disediakan. Saya bagi satu contoh, di kawasan Majlis Bandar raya Petaling Jaya, telah menyediakan satu pelan induk pengangkutan awam khusus untuk Petaling Jaya sahaja. Dan kalau tak salah saya, dalam pelan itu, di seluruh Petaling jaya memerlukan 120 laluan bas. Tetapi kini kita hanya mempunyai lebih kurang 60 ke 70 laluan bas sahaja. Yang baki itu, tidak ada perkhidmatan bas lagi. Dan macam mana kita boleh menampung keperluan ini, mengikut cadangan di dalam pelan induk pengangkutan awam Petaling Jaya. Kita perlu komitmen daripada Kementerian Pengangkutan Awam untuk menyalurkan lebih banyak dana dan membantu Selangor untuk mendapatkan lebih banyak bas, untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Semenyih, telah dijawab bersekali dengan nombor, soalan bernombor 33. Seterusnya Hulu Kelang. Tidak hadir. Berikut, Rawang.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya, soalan 65.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Projek SakitQuestions
65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Bagaimana inflasi menjejaskan prestasi perlaksanaan projek kerajaan? b) Berapakan projek yang terjejas disebabkan kenaikan harga bahan pembinaan? c) Bagaimana Kerajaan Negeri mengatasi masalah ini?
Terima kasih Yang Berhormat Rawang, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Rawang bertanyakan soalan berhubung dengan isu berkaitan inflasi yang sama ada menjejaskan prestasi perlaksanaan projek kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, inflasi bukan sahaja memberi impak negatif kepada sektor pembinaan, namun menjejaskan pelbagai sektor lain, yang berkaitan pembuatan dan perkhidmatan. Kesan inflasi terhadap sektor pembinaan akan menyebabkan harga bagi bahan binaan meningkat. Selain daripada itu, bekalan bahan yang jadi sukar untuk didapatkan, disebabkan kekurangan bekalan bahan binaan dari dalam mahupun luar negara, kerana kos pengeluaran untuk mengeluarkan bahan telah meningkat. Ini juga disebabkan oleh disrupsi ataupun gangguan di dalam rantaian bekalan. Selain itu, inflasi turut menyebabkan kos berlebihan, atau kos over run, terhadap lain-lain perkara berkaitan projek pembinaan. Seperti contoh kadar sewa jentera dan sebagainya. Sehubungan itu, fenomena inflasi ini akan menyebabkan peningkatan luar jangka kos keseluruhan, sesuatu projek pembinaan, sekali gus menjejaskan kelancaran projek dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual perancangan. Saya boleh berikan contoh-contoh, sebagai contohnya antara bahan utama, untuk pembinaan ialah besi, besi tetulang, reforcement bar, yang telah meningkat lebih 35% kenaikan harganya. Dan juga untuk jalan, contohnya, pembinaan jalan betomin, telah meningkat lebih 43%. Jadi, selain daripada itu juga, pelaksanaan projek-projek perancangan yang belum mula juga terpaksa ditangguhkan akibat inflasi ini. Kenaikan harga barang ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, untuk kerja-kerja yang terlibat memang banyaklah, tapi saya akan mengambil contoh yang JKR. Sebanyak 29 projek JKR, yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang melibatkan beberapa agensi jabatan lain, seperti Jabatan Agama Islam, Pejabat Tanah Galian, Pejabat Daerah dan juga PADAT, Perbadanan Adat Melayu dan Kesenian. Ini projek-projek yang diuruskan oleh JKR contohnya. Ada 29 semuanya, yang sekarang ini. Daripada 29 itu, yang terlibat dengan kenaikan kos, kontrak, iaitu Variation Order, VO, ialah 27, daripada 29, 27 terlibat. Dan daripada 29 ini, yang disebabkan oleh kenaikan ini, menyebabkan kelewatan, 17. Jadi tinggi, dan sebab terkesan pada semua. Dan juga, ada juga yang menyebabkan, terlalu mahal, terlalu tinggi, jadi bila kita buat tender, buka dan sebagainya, kosnya tidak dapat diurus, tidak dapat diterima, terlalu jauh. Jadi terpaksa kita buat penenderan semula ataupun ditangguhkan. 2. Daripada 29 ini, 2 terpaksa ditangguhkan kerana kos terlampau tinggi.
Sehubungan dengan itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan, telah mengeluarkan pekeliling perbendaharaan, PP Perolehan, PK 2.4, yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022. Berkaitan Variation Of Price, VOP. Ini bagi menangani buat sementara iau kenaikan barang-barang binaan ini. Jadi Kerajaan Negeri
turut mematuhi akan pekeliling ini. Antara senarai bahan binaan yang terlibat dalam, seperti berikut iaitu :-
i) Besi tetulang iaitu re-bar. ii) Crust aggregate – crusher run iii) Miles steel pipe iaitu besi paip iv) Cooper / tembaga.
Ini adalah empat yang dimaklumkan. Ada lagi bahan-bahan lain tak masuk, yang saya sebut tadi, betomin. Yang memberi kesan besar kepada pembinaan jalan. Tak ada dalam senarai ini. Jadi memang kita menghadapi masalah. Selanjutnya, Yang Amat Perdana Menteri pada 14 Julai 2022, telah mengumumkan bahawa 11 lagi bahan binaan ditambah, dalam pelaksanaan VOP. Yang inilah saya sebut tadi, iaitu simen, batu bata dan dinding kaca, batu bar, bahan syiling serta bahan bumbung. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri sangat menyambut baik pengumuman Yang Amat Perdana Menteri, kerana dengan penambahan bahan binaan tersebut dapat membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barang binaan. Selain memastikan projek siap pada masanya. Walau bagaimanapun, kenaikan kos ini akan memberi impak yang besar kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri, kerana Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih besar bagi melaksanakan satu projek dan juga terpaksa menerima hakikat akan kelewatan projek-projek disebabkan oleh kenaikan harga barang ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul No. 14 Tahun 2022Motion
Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya Sambungan Usul No. 14 Tahun 2022. Usul Rancangan Selangor Pertama 2021 – 2025.
Saya persilakan Yang Berhormat Taman Medan.
Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker di atas ruang yang diberi kepada Taman Medan dan untuk menyambung kembali perbahasan menyokong Usul Rancangan Selangor Pertama yang telah dimulakan semalam pada peringkat mukadimah semata-mata. Ya, kesempatan ini juga diambil bagi berkongsi pandangan dan juga menyuarakan beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan dan juga perhatian dalam proses pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama dan apa yang menguja kan Taman Medan tentang Rancangan Selangor Pertama ini ialah sebagai satu pelan untuk
pelaksanaan proses bagi menyediakan sebuah negeri yang diletakkan sebagai tahap pintar, berdaya huni dan juga makmur.
Walaupun sebenarnya kalau kita lihat dari satu sudut bahawa Negeri Selangor dikenali sebagai negeri yang digelar sebagai Darul Ehsan. Negeri yang penuh dengan Ihsan. Ya dan sifat ihsan itu dinikmati oleh banyak pihak, bukan sekadar rakyat tapi juga makhluk dan juga ciptaan yang lain dan saya percaya bahawa mereka yang berada di dalam Negeri Selangor ini terbabit juga untuk memacu ke arah mana proses untuk pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama ini sesuatu yang dapat direalisasikan.
Ya, saya hendak melihat dari sudut bagaimanakah teras yang telah disusun di antara ke semua aspek-aspek yang telah disenaraikan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua dalam ucapan pembentangan beliau ialah tentang aspek yang berkait dengan pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial, pemacuan kelestarian dan tadbir urus SMART dan berkesan. Jadi sektor-sektor tumpuan itu sesuatu yang sebenarnya menjadi fokus. Kalau kita lihat dari segi bagaimana membentuk keseimbangan di antara setiap aspek-aspek yang disenaraikan. Lalu saya nak melihat umpamanya pada sektor tumpuan yang berkait dengan pengukuhan ekonomi ya di antaranya ialah sektor yang berkait dengan aktiviti pelabuhan dan juga logistik. Kita tahu bahawa Negeri Selangor memiliki pelabuhan yang dulu kalau dalam pelajaran Geografi yang dipelajari oleh kesemua kita di peringkat pendidikan asas ya Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang ada? Tak ada? Pelabuhan Klang ya. Kalau kita lihat bagaimana ini sebagai satu tempat yang memang tak perlu diperkenalkan lagi tapi bagaimana kemudian ia dibangunkan dan kemudian dia memberi kesan kepada banyak aspek. Termasuklah, hah panjang umur, ya sebut nama terus muncul. Jadi kalau kita lihat sewajarnya dimanfaatkan sepenuh-penuhnya sehingga banyak kita lihat aktiviti-aktiviti yang berkait dengan kewujudan Pelabuhan ini dia mempengaruhi kependudukan, mempengaruhi bagaimana jaringan-jaringan pembangunan yang lain. Jadi wajar manfaatnya tapi kawasan berdekatan juga perlu dimanfaatkan.
Baru-baru ini umpamanya saya pernah pergi ke sebuah Pulau yang berdekatan dengan Pelabuhan Klang ya tapi dalam kawasan Yang Berhormat Sijangkang, namanya Pulau Carey. Saya lihat sendiri walaupun Pulau Carey itu aktiviti utamanya ialah pengeluaran komoditi iaitu getah dan juga kelapa sawit tapi tak jauh dari situ dengan mata saya sendiri saya melihat kapal persiaran ni yang membawa pelancong berlabuh dan kemudian diangkut ya, di angkut dengan apa kita panggil shuttle. Perkhidmatan perantara ya bot-bot perantara untuk membawa pelancong. Lalu apa salahnya kalau umpamanya kita melihat usaha mempertingkatkan dari segi kemudahan dan juga aspek-aspek fizikal yang boleh membantu melancarkan lagi aktiviti tersebut.
Begitu juga tentang, saya nak memberikan pandangan tentang industri halal yang semalam telah dilancarkan satu daripada aktiviti ya untuk memperkenalkan industri halal untuk memberikan galakan, dorongan bagi industri halal ini sebagai satu yang dapat dimanfaatkan. Sebab bila menyebut perkataan halal orang faham ianya sesuatu yang hanya khusus untuk mereka yang beragama Islam. Tapi hakikatnya kalau kita nak tahu, industri halal ini sebagai sesuatu yang menjadi satu daya tarik ya untuk mereka yang terbabit di dalamnya juga dapat faedah dari segi bagaimana kita tahu sebut halal, halal perkara yang baik, perkara dari segi aspek-aspek yang berkait bukan sekadar apa yang difahami sesuatu yang terhindar ataupun bebas daripada khinzir. Bebas daripada sesuatu yang disenaraikan tapi dari segi aspek yang berkait dengan penyediaan, dari segi kebersihan, dari segi bagaimana kelancaran-kelancaran semua itu lah suatu yang dikaitkan dengan halal lalu tumpuan kepada sektor halal ini suatu yang dipertingkatkan dan juga kita hendak biarlah ia umpamanya rakyat Selangor dapat manfaat daripada industri ini. Ya mereka yang boleh menjadi pembekal, feedar dan sebagainya.
Boleh celah?
Ya, saya persilakan, sahabat saya tapi jangan lama.
Silakan Seri Setia.
Saya nak, terima kasih Tuan Speaker, saya nak tanya sahabat Taman Medan. Bila berkata tentang halal ni, kalau kita lihat apa pandangan Taman Medan kalau saya bagi contoh ada restoran yang halal sijilnya, ada restoran yang tidak ada halal tetapi terutamanya orang Islam dia pilih restoran yang tidak ada sijil halal kerana dinyatakan bahawa restoran halal itu bukan orang Melayu atau Islam.
Terima kasih kepada Seri Setia. Ya. Mungkin perspektif ataupun persepsi itu sesuatu yang kena diberikan apa pembetulan ya sebab aspek halal ini saya lihat, saya begitu kagum umpamanya di kawasan saya, ada satu industri pengeluaran makanan yang mengeluarkan satu burger bernama Purnama Burger. Dia pernah datang minta tolong kepada saya untuk nak mendapatkan status tersebut. Ya, bagaimana seriusnya mereka ini bukan kerana mereka ini terikat dengan soal halal dan haram. Tapi ialah bagaimana serius memenuhi keperluan ya. Saya lihat ya umpamanya tujuannya ialah supaya kita boleh manfaatkan Negeri Selangor sebagai negeri teras dalam negara Malaysia ini ialah satu yang boleh diberikan tumpuan untuk industri ini sebagai suatu yang boleh dijayakan secara bersama. Ya, kita boleh ambil pendekatan untuk supaya mereka yang terbabit dalam industri kecil penyediaan makanan
umpamanya diberikan dorongan, diberikan pencerahan ya dalam usaha sebab apa? Ya juga berkait dengan bagaimana hendak memperkukuhkan ekonomi. Ya, sebab kita lihat sekarang ni kerana masalah ekonomi yang menimpa juga dia memberi kesan kepada aspek-aspek yang lain. Aspek-aspek keselamatan ya kalau umpamanya ekonomi bermasalah di kalangan keluarga maka akan jadi gejala-gejala sosial yang lain ya semalam umpamanya saudara, sahabat saya Pelabuhan Klang, dua malam lepas pergi tangkap orang curi kabel. Kenapa curi kabel? Ya, sebab apa? Sebab kita yakin bahawa walaupun dia menimbulkan satu masalah kepada penduduk ya kerana gelap jalan boleh menimbulkan bahaya tapi aspek yang lain juga berkemungkinan mereka ini di kalangan menghadapi kos yang seumpama itu.
Taman Medan, betul lah kita cari yang halal.
Minta izin dulu, minta izin dulu.
Mencuri ni pun...
Minta izin dulu, tak minta izin dulu.
Mencuri, menyamun ni pun
Tak, tak. Tuan Speaker, saya mohon minta izin.
Mencuri, menyamun ni pun tak boleh, nak tanya, nak tanya
Tak, tak minta izin dulu.
Nak tanya dengan Taman Medan ni,
Minta izin boleh tanya lah.
Kalau jenis orang curi kerajaan ni macam mana? Hah curi kerajaan ni macam mana? Kalau curi kabel pun tadi tak boleh.
Kalau rompak, kalau samun kerajaan yang telah diberikan mandat oleh rakyat apa hukumnya? Tapi ini saya nak cerita ni, bukan, bukan berlaku di sini berlaku di Venezuela. Hah! Saya nak minta pandangan sikit daripada Yang Berhormat Taman Medan.
Terima kasih saudara saya, saya mohon maaf kalau suara tinggi biasalah kadang-kadang ada react lah. Saya susah sikit nak ulas tapi sebenarnya itu sebagai satu yang tidak bermoral lah. Ya, culik kerajaan ke apa. Saya setuju ya. Saya mohon maaf sekali lagi kepada saudara saya Taman Templer, maafkan saya.
Adinda maafkan kekanda.
Baiklah.
Mohon mencelah
Allah, okay tak apa tapi saya bagi ruang kepada Sijangkang.
Taman Medan tapi masa tak banyak ya.
Boleh? Terima kasih Tuan Speaker. Tadi Yang Berhormat Taman Medan menyebutkan. Saya minta maaf ini kalau saya agak terlambat untuk respond. Sebab saya terfikir-fikir kalau Taman Medan tadi menyebutkan datang ke Pulau Carey, ya ada melihat satu proses pengangkutan pelancong daripada kapal ke Pulau Carey yang saya ingat mungkin saya agak terlepas pandang kawasan saya. Saya tak pasti sama ada itu berlaku benar ataupun dia penyeludupan manusia ataupun apa? Sebab saya tak pernah tahu pun ya ada proses bawa pelancong daripada kapal turun ke Pulau Carey selama ini. Daripada kapal ke Pulau Carey. Terima kasih.
Apa saya difahamkan oleh penduduk di Pulau Carey ialah bertuah lah Pulau Carey. Saya pun datang jenguk ada sekali tu saya pergi ke satu aktiviti di Amerton Cove ya, bila saya pergi saya lihat perkataan tu di kapal itu tertulis Cruise. Tak kan Cruise ini menyeludup manusia kan dan difahamkan bahawa bot-bot yang menyediakan perkhidmatan mengangkut para pelancong itu dia bawa ke Pelabuhan Klang. Tak jauhkan. Pelabuhan di Pulau Indah sebab kedudukan Pulau Indah dengan Pulau Carey itu bersebelahan ya. Jadi saya fikir, Sijangkang tidak perlu risau ada penyeludupan manusia (ketawa). Bukan lah, itu saya nampak lah. Jadi maknanya patut terima kasih Pulau Carey kepada saya sebab saya menimbulkan ini mungkin Pulau Carey di dalam DUN nya boleh ambil manfaatnya juga. Ya, okay. Saya setuju. Jadi balik
kepada tadi, tumpuan, fokus kita ialah soal bagaimana untuk kita memanfaatkan dari segi sudut imbangan.
Begitu juga Negeri Selangor sebagai negeri yang mensasarkan kesejahteraan rakyat, kebahagiaan rakyat yang saya fikir baru-baru ini dalam beberapa hari lepas ada sebuah orang, negeri yang orang nombor dua dalam pentadbiran negeri itu menyatakan bahawa negeri dia lebih bahagia dari Negeri Selangor. Ikut indeks kajian. Lalu saya pun hairan, ya kalau betul negeri dia kebahagiaan ini diukur dari segi apa? Salah satu kalau saya hendak ambil hadis Nabi SAW menyebut, “satu aspek kebahagiaan ialah (ayat Al-Quran) Rezeki di negeri itu cukup tapi negeri tersebut, kalau saya nak sebut lah banyak rakyatnya datang ke Negeri Selangor. Ya, I/C maaf sebut, I/C tengah-tengah 03. Datang, ya tapi bila hari mengundi pilihan raya balik negeri sampai sesak jalan. Ya, bila duduk dalam Negeri Selangor mereka ini ada masalah dalam Negeri Selangor cari wakil rakyat kat Negeri Selangor. Betul Taman Templer? Betul lah, kan? Ramai datang, tengok-tengok penggundi Bachok. Alah Bachok. Kenal ahli Parlimen Bachok? Lalu bagaimana? Sebab negeri yang bersifat ihsan ya, sebab saya setuju ya dalam antara program yang terkandung dalam iltizam Selangor Penyayang ialah ada dalam Rancangan Selangor ini ialah meletakkan mereka yang berdaftar sebagai pengundi di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Taman Medan, ringkaskan.
Baik. Bagi saya lagi 1 minit setengah sebab saya dah celah, 4 orang celah saya. Lalu kalau kita lihat ya dari segi keupayaan Negeri Selangor menyediakan apa-apa kemudahan itu berkait dengan proses pelaksanaan Rancangan Selangor yang Pertama dan yang terakhir saya nak petik tentang bidang peningkatan kesejahteraan dan ketrangkuman sosial dan bidang tumpuannya adalah
Taman Medan
Hah, Speaker kena tambah masa saya.
Taman Medan saya masa kempen pilihan raya dulu ni, saya ada dengar lah kawan-kawan kita dok sebut kalau Pakatan Harapan perintah nanti dia kata tak ada pembangunan. Kalau Pakatan Harapan perintah nanti, tidak ada raja di Negeri Selangor ini. Kalau Pakatan Harapan perintah nanti, orang Melayu tidak ada kat Negeri Selangor ini. Saya nak minta sedikit pandangan lah daripada Yang Berhormat, sebab Yang Berhormat sebut tadi ada rakyat daripada luar yang datang ke Negeri Selangor ini.
Maksudnya bila Pakatan Harapan perintah ini memang tidak ada pembangunan. Orang Selangor ni kalau daripada Klang nak pergi ke Shah Alam dia naik sampan. Dia naik sampan. Hah! Daripada Klang nak pergi ke Kuala Lumpur ni dia naik kereta kerbau. Sebab tak ada pembangunan. Jalan raya tak ada, sekolah tak ada, masjid tak ada, sebab tak ada pembangunan sebab kita Pakatan Harapan ini tak reti, tak tahu nak buat pembangunan jadi saya nak minta sedikit pandangan daripada Taman, Taman, Taman, Taman Medan.
Taman Templer, semalam soalan tambahan saya kepada Bandar Baru Klang ya berkait dengan Hub Industri Aeroangkasa dilaporkan dalam SelangorKini. Yang bertanya Taman Templer. Saya pun hairan. Saya Taman Medan tanya tau, tiba-tiba saya ingat Bandar Baru Klang dalam laporan tu, Taman Templer yang bertanya, Allah popular sungguh. Lalu
Jangan, jangan jealous, dia popular sebab dia memang popular lah.
Ya lah.
Taman Medan kena menonjol lah. Taman Medan kena menonjol baru dia boleh
Kita jadi wakil rakyat bukan niat popular. Nak berkhidmat. Ikhlas.
Hah! Itu ayat hebat teruskan. Minit yang terakhir. Minit yang terakhir.
Sebab apa Taman Templer sebut, dia kata kita nak cakap banyak tak ada lah, tengok sendiri ya tengok sendiri. Ya, kenapa orang yang mendakwa itu mereka sendiri pun duduk diam dalam Negeri Selangor. Ya, kalau tak percaya, umpamanya indeks kebahagiaan itu diukur ya kenapa, kenapa pilih juga duduk di sini? Pilih beli rumah kat sini, pilih bekerja kat sini, pilih bermacam-macam. Cari jodoh pun kat Selangor juga kan?
Yang Berhormat.
Allah, Yang Berhormat EXCO.
Ringkas sahaja. Saya kira gini yang orang Kelantan ini, mungkin yang Kelantan ini mungkin yang tak bahagia tu dia kena merantau ya. Timbalan Menteri Besar Kelantan pun kata, orang Kelantan suka merantau. Dia merantau sebab dia tak bahagia kat Kelantan, jadi dia dah keluar merantau di Selangor nak cari kebahagiaan. Sebab itu lah kadar dia, kebahagiaan dia tinggi. Sebab yang tak bahagia dah datang Selangor. Itu yang menyebabkan kita punya rendah.
(Ketawa).
Okay. Terima kasih Bandar Baru Klang. Jadi umpamanya, yang last saya nak petik. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Jaras tentang Job Fair soalan pagi tadi ya. Orang daripada negeri lain, saya tak hairan kalau yang cari kerja itu bersifat individu. Ini dalam Job Fair di Selangor wakil Kerajaan Negeri lain ya, saya tak sebutlah negeri mana tapi semua orang tahu datang ke Job Fair Selangor untuk carikan rakyat dia kerja. Sebab apa?
Taman Medan
Allah mencelah lagi
Saya tak tahu, saya tak tahu. Negeri mana tu? Saya tak tahu. Hah! sila nyatakan negeri tu, saya tak tahu.
(Ketawa). Dah terang lah pada sesi lepas oleh Yang Berhormat Paya Jaras, Negeri Terengganu. EXCO Sumber Manusia Negeri Terengganu. Rupanya saya tanya macam mana mereka, sebab terpapar dalam berita di satu akhbar EXCO Kerajaan Negeri Terengganu membuat pelepasan kumpulan rakyat Terengganu yang beroleh pekerjaan di Matsushita Shah Alam. Saya terkejut, aikk kenapa datang sini? Aikk, rupa-rupanya mereka pergi ke karnival jom kerja Negeri Selangor cari mana untuk rakyat. Dia tak buat nak buat karnival kerja dia sendiri. Tak salah.
Taman Medan
Saya percaya Rancangan Selangor Pertama ini manfaatnya ialah sesuatu yang boleh menjadi perkara yang menunjukkan kekuatan, menunjukkan bahawa keyakinan rakyat itu akan terus diperolehi pada masa-masa akan datang termasuklah untuk kita mencapai kejayaan di Putrajaya, insyaAllah. Saya dengan rasa rendah diri menyokong Usul Rancangan Selangor Pertama yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Sekian, terima kasih. Assalammualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh.
Satu, dua, tiga empat.
Saya bangun dulu Tuan Speaker.
Gombak Setia lah.
Terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan pada Gombak Setia untuk mengambil bahagian bagi membahaskan sebuah dokumen penting yang buat kali pertamanya diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dengan hasrat mengorak langkah demi kemajuan mampan Negeri Selangor.
Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama 2021 - 2025
Yang Berhormat Gombak Setia sepuluh minit sahaja ya.
Yang bertemakan Negeri Pintar Berdaya Huni dan Makmur adalah satu ikhtiar progresif yang harus di dokong oleh semua pihak. Mengambil kira pengalaman lampau sama ada tatkala kita berada di puncak kejayaan, mahupun pengalaman kita berhadapan dengan krisis kita kena harus senantiasa bersedia dengan perancangan yang strategik, konstruktif dan pragmatik bukan sahaja untuk tempoh jangka masa pendek tetapi juga jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
Justeru Gombak Setia ingin mengajak semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk membahaskan dokumen yang maha penting ini dengan jujur, ikhlas, tawaduk untuk mencapai matlamat yang satu demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.
Tuan Speaker, sudah acap kali Gombak Setia mengingatkan agar sesuatu perancangan ekonomi mestilah berdasarkan kerangka dan unjuran yang tepat agar kita dapat menghasilkan rancangan dan pelan yang realistik dan benar-benar menjana manfaat demi rakyat dan Negeri Selangor. Kita tidak perlu memetik angka-angka yang besar untuk menarik perhatian atau sekadar mendatangkan keterujaan demi kepentingan politik tetapi akhirnya tidak mencapai matlamat dan lebih malang lagi memperlihatkan sikap delusional Kerajaan Negeri. Saya ingin menegaskan bahawa memang perancangan itu penting tetapi untuk mencapai pertumbuhan yang organik dan mampan tetapi jangan sampai kita dianggap delusional just because we want to impress with big numbers, dengan izin. Saya meneliti dengan tekun dokumen Rancangan Selangor Pertama, begitu juga dengan teks pembentangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang menyatakan iltizam
Kerajaan Negeri untuk menyumbang 30% daripada KDNK Negara menjelang 2025. Dengan 14 petunjuk makro, sebagai indikator pencapaian keseluruhan Rancangan Selangor Pertama.
Namun berdasarkan kerangka yang dibentangkan, saya melihat terdapat kontradiksi yang amat ketara di antara matlamat dengan indikator-indikator utama yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Selangor mencatatkan sumbangan 24.3% yakni RM 343.5 bilion kepada KDNK Negara pada tahun 2020. Manakala pada tahun 2021, Selangor sumbang 24.8% yakni RM 327.1 bilion kepada KDNK Negara. Ini bermakna untuk meningkatkan sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK Negara kepada 30% kita perlu mencatatkan tambahan angka pertumbuhan kira-kira 7%.
Saya ingin mengajak seluruh Ahli Dewan yang bijak bestari untuk kita semua berfikir sejenak, apakah dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 6.5% hingga 7% yang digariskan dan dijadikan indikator, adakah ianya cukup untuk merealisasikan matlamat sumbangan 30% daripada kepada KDNK Negara dalam tempoh lima (5) hadapan. Cuba kita kira berapa jumlah sumbangan negeri yang akan ditingkatkan berdasarkan kenaikan setiap peratus pertumbuhan ini? Berdasarkan kiraan saya Tuan Speaker, untuk mencapai sumbangan 30% ini, Selangor harus mencatatkan pertumbuhan sekurang-kurangnya 9.5% setiap tahun secara compounded annual growth atau CAGR dengan izin. Mengambil kira segala proses dan rancangan-rancangan yang lain dilaksanakan 100% tanpa gagal dalam tempoh lima (5) tahun seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Tuan Speaker, ini sangat tidak realistik. Pertama, matlamat dan indikator yang digariskan ini berkontradiksi antara satu sama lain. Kedua, jumlah pertumbuhan 9.5% setiap tahun ini tidak masuk akal. Kerana ianya jauh lebih tinggi daripada purata pertumbuhan nasional, purata pertumbuhan serantau, purata pertumbuhan global, malah lebih tinggi daripada kadar purata pertumbuhan negara-negara maju. Maka Gombak Setia ingin bertanya, apakah rancangan utama Kerajaan Negeri dan apakah perincian pengiraan komponen utama KDNK dalam usaha untuk mencapai tambahan pertumbuhan kira-kira 7% tadi bagi merealisasikan Rancangan Selangor Pertama ini. Apakah rancangan-rancangan pembangunan ekonomi yang baru kerana berdasarkan usaha-usaha yang dibentangkan, saya masih lihat ianya berkaitan dengan idea dan perihal yang sedia ada seperti digitalisasi, usaha ke arah negeri pintar serta projek-projek pembangunan yang kadangkala tidak masuk akal. Sebagai contoh, Projek Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan ataupun IDRISS, nama sedap. Pembangunan yang dianggarkan merangkumi jumlah keluasan 40,000 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar GDV RM 1 trilion. Keluasan 40,000 ekar ini jumlahnya 1/3 daripada jumlah keluasan daerah Sepang dan 1 trilion ini nilainya 1,000 bilion ringgit. Apakah Kerajaan Negeri benar-benar yakin
pembangunan ini dapat direalisasikan dalam tempoh lima (5) tahun, ini kerana indikator ke-12 jelas menggariskan bahawa kadar penyelesaian projek pada tahap 100%.
Tuan Speaker, cuba kita semak, ataupun cuba kita cari mana projek dalam Negeri Selangor yang GDV nya, tak perlu ambil 1,000 bilion tadi. Kita ambil 10 bilion, GDV nya 10 bilion. Boleh disiapkan dalam tempoh 10 tahun. Ini baru 10 bilion. Yang kita bincang tadi 1 trilion. Maksudnya 1,000 bilion ringgit. Saya mohon pada Kerajaan Negeri untuk memberikan perincian kepada projek ini berdasarkan angka-angka yang diberikan.
Tuan Speaker, bidalan Melayu berkata, “ukur baju di badan sendiri”, begitu juga dengan perancangan kita untuk merealisasikan sesuatu matlamat khasnya 19 projek pemacu perubahan atau game changer project. Saya meneliti satu persatu cadangan projek-projek yang saya yakin akan dilaksanakan dengan kerjasama mahupun swasta yang pastinya nilai pelaburannya bilion-bilion dengan GDV trilion-trilion. Saya mohon Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk memperincikan kemampuan fizikal Kerajaan Negeri. Kapasiti anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mahupun dengan izin committed capital daripada pihak swasta yang telah pun diperolehi untuk merealisasikan hasrat ini. Apakah hasil laporan what-if-analysis atau sensitive analysis bagi mengukur keupayaan mendapatkan dana dalam melaksanakan usaha-usaha ini. Sekali lagi di manakah elemen kajian risiko serta what-if-analysis dan sensitive analysis mengambil kira kesan peperangan Rusia dan Ukraine, disruption in supply chain dengan izin. Kesan inflasi global dan pelbagai lagi seperti mana laporan Rancangan Selangor Pertama ini. Saya ingin menegaskan sekali lagi, bahawa unjuran sasaran KDNK sebanyak 30% tadi adalah berdasarkan indikatornya pelaksanaan 100% projek-projek dalam Rancangan Selangor Pertama.
Tuan Speaker, saya ingin memperhalusi perbahasan ini kepada usaha Kerajaan melaksanakan pembangunan infrastruktur digital dan pendigitalan yang turut menjadi salah satu agenda dalam Rancangan Selangor Pertama. Gombak Setia ingin bertanya apakah justifikasi pelaburan ekuiti Kerajaan Negeri melalui MBI dalam Syarikat Wave Pay System Sdn. Bhd. bagi pembelian pegangan saham ekuiti 49% dengan nilai RM 10 juta. Ini kerana berdasarkan laporan SSM berhubung laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021, bagi syarikat tersebut, kelihatan seolah-olah pelaburan yang dibuat adalah defisit nilai sifatnya. Berdasarkan semakan yang saya buat, Syarikat Wave Pay System Sdn. Bhd. ini hanyalah merupakan syarikat yang memiliki modal berbayar sejumlah RM200,000.00. Pendapatan ataupun revenue tahunan hanya kira-kira RM 52,766.00. Syarikat ini mencatatkan kerugian sejumlah RM 1.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Kerugian terkumpul bagi syarikat ini dari tahun 2017 hingga 2021 berjumlah lebih RM 4.7 juta.
Bahkan, Tuan Speaker, syarikat yang kita labur ini, Kerajaan Negeri labur ini, syarikat ini mempunyai tanggungan liabiliti sejumlah hampir RM 1 juta melebihi keupayaan aliran aset
semasa yang hanya berjumlah RM 184,462.00. Saya ingin bertanya di manakah justifikasi pelaburan yang munasabah untuk Kerajaan Negeri menyuntik sehingga RM 10 juta kepada syarikat yang tidak mempunyai aset malah tidak mempunyai pendapatan. Lebih memeranjatkan saya kerana melalui pelaburan yang begini besar jumlahnya RM 10 juta, Kerajaan Negeri hanya mendapat pegangan saham 49% dan mungkin golden share. Saya amat yakin laporan due deligence yang dilakukan oleh para pegawai kerajaan mahupun perunding pasti menunjukkan kesenjangan nilai yang ketara di antara jumlah pelaburan dengan kedudukan kewangan syarikat.
Saya ingin bertanya, apakah Kerajaan Negeri meragui kemampuan dan kapasiti anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri? Misalnya saya beri contoh, Selgate Healthcare Sdn. Bhd. yang telah pun yang merupakan pemilik kepada Aplikasi SELangkah yang telah pun diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan perkhidmatan e-Wallet dengan produk Selangkah e-Wallet.
Tuan Speaker, sesungguhnya bagi saya pegangan 49% saham tidak dapat menjamin kepentingan dan keselamatan data peribadi rakyat negeri Selangor kerana tanpa pegangan saham majoriti, Kerajaan Negeri tidak akan mempunyai kawalan terhadap pengurusan, terhadap operasi, terhadap aset serta yang paling penting terhadap maklumat dan data strategik milikan syarikat. Apatah lagi WavePay e-Wallet bakal digunakan sebagai gerbang bayaran ataupun payment gateway utama Kerajaan Negeri, jabatan serta agensi-agensi Kerajaan Negeri. Ini bermakna segala jenis transaksi cukai, bayaran bil serta lain-lain transaksi antara rakyat negeri Selangor dengan Kerajaan Negeri akan melalui WavePay e-Wallet yang tidak dapat dikawal selia oleh Kerajaan Negeri Selangor. Justeru, apakah jaminan Kerajaan Negeri terhadap kepentingan dan keselamatan data kerajaan negeri serta maklumat peribadi rakyat negeri Selangor memandangkan projek ini, saya dimaklumkan telah pun mula dilaksanakan?
Justeru Tuan Speaker, Gombak Setia memohon Kerajaan Negeri sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita ada matlamat yang sama. Tujuan kita adalah untuk menjana kemakmuran negeri dan juga menjana kesejahteraan untuk rakyat Negeri Selangor. Tetapi penting untuk kita memastikan usaha yang baik ini disemak kembali supaya ianya menggunakan unjuran yang tepat, data yang betul supaya akhirnya kita dapat mencapai matlamat sebagaimana yang kita gariskan dalam Rancangan Selangor Pertama 2021-2025. Dengan izin, terima kasih Tuan Speaker.
Speaker.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya terus kepada perbahasan. Perkara yang pertama yang Kampung Tunku ingin sentuh berkenaan Teras 1 – Pengukuhan Ekonomi berkenaan pengukuhan sektor pelabuhan dan logistik. Pada tahun 2020 semasa waktu awalan pandemik Covid-19, kita melihat bahawa industri perkapalan, logistik dan rangkaian perbekalan ataupun supply chain (dengan izin) seolah-olah jammed secara tiba-tiba. Selain isu pandemik, krisis laluan Suez Canal yang dihalang oleh kapal gergasi Ever Given antara 23 hingga 29 Mac 2021 telah menunjukkan bahawa bidang logistik dan supply change (dengan izin) kena ubah perspektif dan operasi mereka daripada model Just In Time (dengan izin) to Just In Case yang melibatkan daya tahan dan kebolehan untuk membuat local sourcing. Negeri Selangor menjadi rumah kepada beberapa pelabuhan utama yang memudahkan perdagangan tempatan dan antarabangsa. Jadi saya gembira melihat projek program dan inisiatif utama di bawah RS-1.
Soalan saya kepada pihak kerajaan ialah apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan industri pelabuhan dan logistik kami berdaya tahan sekiranya terdapat pandemik pada masa hadapan? Soalan kedua berkenaan Projek Carey Selangor. Apakah impak kepada masyarakat orang asli di Pulau Carey? Kedua, bolehkah masyarakat orang asli diserap sebagai tenaga pekerja dalam projek Carey Selangor supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan di sana?
Kedua, berkaitan dengan ekonomi digital. Dua minggu yang lepas, pihak saya bersama Ahli-ahli Majlis MBPJ baru menganjurkan PJ Startup Festival bersama Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) rakan kongsi dalam bidang modal teroka venture capital dengan izin, private equity dengan izin dan lain-lain. Program ini juga berjalan serentak dengan Jelajah Usahawan Digital Selangor Peringkat Daerah Petaling anjuran SIDEC dan telah menarik lebih kurang 5,000 orang selama dua hari. Pada masa negara-negara jiran semakin menjadi tempat untuk startup unicorn dan bakal unicorn, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah langkah kita untuk memastikan unicorn-unicorn ini di kekal di Selangor, kekal di Malaysia? Kita dah lihat contoh yang paling utama Grab berpindah ke Singapura dan sekarang kita ada satu sahaja iaitu Carsome. Jadi Kerajaan Negeri haruslah make it attractive dengan izin agar unicorn itu kekal di negeri Selangor.
Antara satu cadangan ialah untuk dengan izin, improve our story telling and share our success stories. Ramai panelist daripada syarikat-syarikat dan agensi seperti MDEC, BSAF, Bursa Krypto Currency seperti Luno dan lain-lain yang menyertai PJ Startup Festival berpendapat bahawa eko-sistem ekonomi digital Malaysia mesti menambah baik story telling kami dengan izin, supaya startup unicorn yakin bahawa negeri Selangorlah tempat yang paling sesuai untuk mereka. Selain itu, ekonomi digital yang diterajui Kerajaan Negeri Selangor haruslah bersifat inclusive.
Saya amat tertarik dan terharu dengan perkongsian Yang Berhormat Senator Dato’ Ras Adiba Radzi semasa panel di PJ Startup Festival yang bertajuk dengan izin, Digital Economy Global Opportunities For All. Yang Berhormat Senator Ras Adiba telah berkongsi tentang golongan OKU yang telah memulakan business sendiri dalam talian semasa pandemik Covid-19 dan golongan OKU juga terkejut sebab mereka tidak sangka bahawa mereka mampu menyertai dan berjaya sebagai usahawan digital kecil. Mendengar perkongsian Yang Berhormat Senator, bantuan yang mereka perlukan secara amnya termasuk upgrading of skills dengan izin dalam pemasaran, branding, dengan izin dan juga networking, dengan izin. Dalam perjalanan kita menjadi lebih cakna terhadap cabaran dan keperluan golongan OKU, saya berharap SIDEC dan agensi-agensi lain yang mengusahakan ekonomi digital di bawah Rancangan Selangor 1 berfikir secara inclusive dalam perangkaan dasar, program dan juga bahan komunikasi. Perkara-perkara yang mudah dilaksanakan contohnya OCTEX ataupun menggunakan color scheme dengan izin yang mesra terhadap golongan buta warna juga dapat menggalakkan partisipasi golongan OKU dalam ekonomi digital.
Akhirnya saya ingin membangkitkan Aplikasi SELangkah. Sejujurnya, I loved SELangkah dengan izin. Selangkah saya rasa setakat ini lebih baik berbanding MySejahtera dan semasa tempoh pandemik, pasukan Kampung Tunku memang giat mempromosikan penggunaan Apps SELangkah. Dalam sidang-sidang yang lepas, SELangkah diwar-warkan seperti bakal menjadi super apps, dengan izin untuk warga Selangor mendapat maklumat dan berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor. Saya ingat dalam peringkat awalan SELangkah ada rancangan untuk developed SELangkah based year itu solusi, pembayaran bersatu untuk memudahkan transaksi digital dan selain itu, ada SELangkah Wallet.
Jadi saya ingin tanya, dalam contohnya Skim Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), mengapa kita perlu gunakan external provider dengan izin seperti WavePay? Saya kira tak salah kalau kita bekerjasama dengan mereka tetapi kita patut menyerap dan integrasikan mereka ke dalam Apps SELangkah daripada mewajibkan orang untuk memuat turun App WavePay. Keperluan memuat turun dua aplikasi memberi kesan kepada user experience dengan izin dan kita pernah mengalaminya dengan Selangor Mental Sihat di mana asalnya pengguna perlu muat turun Apps Wat Dot sekiranya ingin mendapat temu janji dengan pakar kesihatan mental dan segelintir pengguna telah memberi maklum balas bahawa proses transfer dengan izin dari SELangkah ke Wat Dot agak menyusahkan. So, saya lihat perkara yang sama mungkin berlaku dengan proses transfer dari aplikasi SELangkah ke WavePay. Saya betul-betul harap Kerajaan Negeri akan mengambil kira faktornya. Again, I love SELangkah dengan izin. Tapi saya rasa SELangkah ini kita kena teruskan branding yang kuat, jangan bagi dia branding itu diluted dan kita perlu
menghasilkan solusi yang simple dan elegance dengan izin kerana tak semua orang cakna teknologi dan digitalisasi.
Perkara ketiga yang saya ingin sentuh berkenaan masyarakat menua. Secara amnya di dalam budaya orang Asia ini, warga emas mempunyai mentaliti negatif tentang penuaan. Contohnya nenek saya sendiri kerap berkata “oh saya dah tua, tak boleh buat apa-apa” walaupun dia masih boleh makan, tidur dan bergerak seiring dengan umurnya. Berbanding di barat, warga emas ada mentaliti berbeza. Usia tidak menjadi penghalang untuk mereka terlibat dalam aktiviti seperti mendaki bukit dan sukan lasak. Unjuran populasi Malaysia ke arah tahun 2025 dan seterusnya melihat Malaysia menjadi negara berpopulasi tua ataupun aging society dengan izin. Dan DUN Kampung Tua eh Kampung Tunku, bukan kampung tua merupakan antara DUN yang ada populasi tua yang tinggi. Tambahan itu, ramai mengalami simptom emptiness dengan izin, iaitu tinggal bersendirian dalam rumah sementara anak-anak telah berhijrah ke negeri atau negara lain. Oleh itu, saya gembira melihat inisiatif Kerajaan Negeri seperti platform pekerjaan Tenaga Kerja Warga Emas Selangor, platform Penuaan Aktivis Selangor, membina facility persaraan dan lain-lain. So kita diharaplah dapat mengubah mentaliti warga emas dan memberi mereka satu assurance dengan izin bahawa mereka tidak disisihkan begitu saja. So saya ucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Perkara keempat berkenaan dengan wanita. Semasa sesi pertanyaan semalam, saya gembira mendengar bahawa Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) telah melahirkan 5 orang Ahli Majlis Wanita dan 26 orang wanita yang bergiat aktif dalam NGO. Saya juga gembira mendengar berita bahawa AKW sedang berusaha memperoleh akreditasi daripada MQA supaya penyertaan wanita dalam AKW akan diiktiraf oleh majikan dan agensi-agensi lain lalu memberi lebih banyak peluang pekerjaan.
Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengingatkan bahawa negeri Selangor merupakan negeri yang pertama untuk meningkatkan had umur berkahwin daripada 16 ke 18 tahun. Semasa pandemik, pakar-pakar kesihatan telah melaporkan peningkatan bilangan kes kahwin bawah umur terutamanya antara keluarga miskin tegar. Oleh itu, saya kira pindaan tersebut ada di bawah kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan ada kesan positifnya remaja perempuan di Selangor digalakkan untuk meneruskan pendidikan dan menyertai work force di Selangor. Namun saya berharap kita tidak berhenti sekadar sini, tetapi merancang ke arah women friendly city ataupun women friendly state dengan izin. Contohnya facility menyusu, kemudahan taska dan tadika dan saya ingin tekankan ia kena direka dengan baiklah. It must be design, dengan izin bukan di tempat-tempat bersembunyi ataupun ala kadar saja, last minute dengan izin. Contohnya kita pasang langsir dan anggap dah mencukupi.
Akhirnya, isu belia. Saya lihat dalam RS-1 bahawa pengangguran dan pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan adalah antara punca utama ketidakpuasan dalam kadar belia di Malaysia. Oleh itu, saya cadangkan Kerajaan Negeri harus rancakkan lagi program seperti Job Fair, Job Care dan program-program upskilling. Promosi harus ditingkatkan. Contohnya saya ada penduduk yang minat dengan Job Fair di Shah Alam tetapi by the time she saw the ad, program itu telah tamat. Saya juga ingin memberi satu cadangan radikal bagi senarai kakitangan awam di bawah kerajaan, bidang kerajaan negeri Selangor, setiap jabatan perlu ada kuota 30% wanita dan atau 30% belia. Kita boleh letakkan had umur pada 35 atau 40 for convenience dengan izin. Dengan ini, kita dapat jentera kakitangan awam yang berkepelbagaian yang diverse dengan izin yang boleh membawa perspektif dan idea yang segar kepada sektor perkhidmatan awam negeri Selangor. Tambahan itu, belia akan rasa mereka ada ruang dan suara dalam merangka polisi Kerajaan Negeri Selangor terutamanya berkaitan dasar belia. Perasaan belonging dengan izin itu amat penting antara golongan belia you know. Dan saya rasa kira pentinglah dengan adanya undi 18 dan...
Kampung Tunku.
Ya, saya.
Ayat akhir.
Okay boleh. Okay, so yang terakhir saya ingin sentuh berkenaan kelestarian dan sumber air. Kebelakangan ini saya ingin bertanya tentang status henti tugas LRA Bukit Tampoi akibat aliran minyak di muka sauk. Saya ingin bertanya, berapakah akaun pengguna yang terjejas dan bagaimana kita nak elakkan perkara ini berlaku lagi? So, sekian saja isu-isu yang disentuh. Kampung Tunku mohon menyokong Usul No.14 Tahun 2022 – Usul Rancangan Selangor Pertama 2021-2025. Semoga semua perancangan kita menjadi realiti dan kebaikan demi warga Selangor. Terima kasih.
Kuala Kubu Bharu.
Terima kasih kepada Tuan Speaker yang memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama 2021 hingga 2030 di Dewan yang mulia ini. Selepas ini saya akan menggunakan singkatan RS-1 saja. Saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar yang membentangkan RS-1 menjadikan Selangor sebagai negeri yang pertama merangka pelan pembangunan lima tahun. Saya ingin menyentuh empat tumpuan yang dirangka dalam buku RS-1. Pertama, saya lihat sektor tumpuan pelancongan yang ada satu peta menyatakan kepelbagaian
aktiviti pelancongan di Selangor pada muka surat 65. Antaranya adalah Tapak Warisan Kuala Kubu Baru. Saya mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang mengindahkan tapak Warisan Kuala Kubu Baru itu. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Pekan Kuala Kubu Baru penuh dengan lukisan mural. Baru-baru ini pelukis Orang Asli yang terkenal Sheikh Koyok dan abangnya Ramlan Koyok dijemput untuk menghasilkan karya bertema kehidupan masyarakat Asli Temuan didinding lorong belakang Jalan Dato’ Muda Jaafar Kuala Kubu Baru. Sheikh Koyok itu mungkin dari Pulau Carey ya, dia orang Banting. Lukisan mereka akan menjadi mural budaya Orang Asli yang pertama di Malaysia. Saya mencadangkan kempen “Pusing Selangor” mempromosikan mural tersebut supaya orang awam lebih menfahami kehidupan dan budaya Orang Asli Temuan. Saya mendapati isu dan cabaran slaid hayat yang tertulis dalam RS-1 memang tepat menunjukkan keadaan semasa iaitu kekurangan bakat kemahiran dan kekurangan dana mengakibatkan kekurangan inovasi. Adakah strategi yang dirangka boleh mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi? Pada pandangan saya peranan SBIOCO adalah sangat penting. Saya mencadangkan SBIOCO memberi geran kepada pasukan penyelidikan bagi tujuan inovasi.
Tuan Speaker, program khas kerjasama makmal adalah satu inisiatif yang sangat baik. Saya mengambil contoh di negara China. China Pharceutical Univercity (CPU) atau Bahasa Cina panggil “Cong Kuo Yao Keta Shi Dinan Qing” yang bekerjasama dengan 10 syarikat besar di mana syarikat tersebut memberikan biasiswa kepada pelajar yang terpilih dengan cara tersebut, syarikat-syarikat tersebut akan berterusan mempunyai bakat untuk bekerja dalam drug discovery, dengan izin hasil penyelidikan juga boleh digunakan secara komersial dengan senang oleh syarikat tersebut. Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa CPU, Universiti tersebut juga bekerjasama dengan UITM. Kedua-dua Universiti itu telah menandatangani MOU. Dengan ini saya yakin program khas kerjasama makmal akan meningkatkan daya saingan negeri kita yang pintar berdaya huni dan makmur. Tuan Speaker agroteknologi merupakan salah satu sektor tumpuan dalam RS1. Kesuburan tanah adalah satu perkara yang asas bagi bidang sains tanah dan sektor pertanian. Dengan ini kerajaan Selangor perlu pandang serius terhadap tanah dan saya mencadangkan PKPS iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menghasilkan lebih banyak baja Bio-organik untuk menggantikan baja kimia. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Indonesia telah menghalang penggunaan baja kimia secara berperingkat. India pula menggalakkan petani mereka menggunakan baja bio dan racun serangga bio melalui skim subsidi di mana petani boleh mendapat duit investment dengan izin dengan menunjukkan bukti termasuk resit membeli produk tersebut. Selangor patut menjadi negeri pertama yang seratus-peratus mengurangkan baja bio organik bawah RS-1. Selain daripada itu Tuan Speaker, kerajaan Selangor perlu menggalakkan anak muda yang lebih muda menyesuaikan diri dalam dunia teknologi menceburi sektor pertanian. Agrobank mengadakan skim pembiayaan sehingga RM 500 ribu kepada usahawan tani
muda. Kerajaan Selangor tidak mempunyai bank tetapi mempunyai RS-1. Saya yakin kerajaan Selangor juga boleh membantu usahawan tani muda kita dari segi modal dan teknologi untuk memperkukuhkan keselamatan makanan Malaysia. Akhirnya saya ingin memberi pandangan saya mengenai wanita, keluarga dan komuniti yang merupakan bidang tumpuan RS-1. Saya amat bangga dengan Dewan yang amat mulia ini, sepanjang sembilan tahun saya selaku Ahli Dewan Negeri yang mewakili rakyat Kuala Kubu Bharu tidak pernah ada seorang Ahli Dewan Negeri mengeluarkan perkataan yang menghina wanita atau tidak menghormati wanita seperti di Parlimen.
Baru-baru ini di Parlimen kecoh kerana seorang Ahli Parlimen yang sangat tidak menghormati wanita. Beliau menggunakan perkataan bermula dengan P. P tu bukan bermaksud Pandamaranlah dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual. Ini tidak berlaku di Dewan ini, saya harap pada penggal yang akan dan penggal yang seterusnya tidak akan berlaku di Dewan Negeri Selangor yang mulia ini. Keadaan yang berlainanlah, ini yang kita ada. Saya terima kasih kepada Ahli Dewan Negeri lelaki bukan sahaja menghormati wanita malah menyokong segala usaha kerajaan Selangor untuk memperkasakan wanita. Marilah kita memupuk kesedaran terhadap kesaksamaan gender demi kesejahteraan.
AHLI DEWAN : Hidup wanita. Hidup wanita. Kami sayang wanita.
Terima kasih. Terima kasih. Saya dan rakan-rakan wanita dalam Dewan yang mulia ini akan sentiasa memastikan sepuluh program dan inisiatif yang digaris dalam bidang wanita, keluarga dan komuniti itu yang termaktub dalam Buku RS1 itu dilaksanakan dengan baik. Sekian sahaja saya menyokong usul ini.
Ya. Terima kasih Kuala Kubu Bharu. Sebelum saya teruskan, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Pagi ini kita juga menerima lawatan daripada mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan sukarelawan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri DUN Meru, daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) seramai enam orang. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya beri kepada, oh ini panjang ini ya. Sijangkang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker ya untuk memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Usul Rancangan Selangor Pertama oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Jadi pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang mengeluarkan satu naskhah Rancangan Selangor Pertama yang menjadikan Usul pada sidang kali ini. Dan saya melihat bahawa naskhah-naskhah seperti ini sebenarnya sangat berharga cuma, beberapa agenda yang berlaku juga sebelum ini adalah soalnya sejauh mana kita dapat mengambil tindakan selepas itu. Termasuklah beberapa agenda-agenda oleh Kerajaan
Negeri ataupun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor sendiri berkaitan dengan klusterisasi dan sebagainya yang saya kira dibentangkan pada peringkat awal beliau sebagai Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor. Tetapi dalam sidang-sidang bajet seterusnya tidak berlaku ataupun tidak diperlihatkan kepada kita perancang-perancangan berkaitan klusterisasi sehingga saya ingat dalam sidang yang lepas saya sentuh apakah jadi dengan perancangan klusterisasi itu. Dan sebab itu saya melihat bahawa tindakan selepas itu adalah satu perkara yang sangat penting. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara untuk memberikan pandangan-pandangan, cadangan, saranan di dalam perkara-perkara yang dibincangkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Dan sudah tentulah saya kira, saya amati kenapa rancangan ini dikeluarkan adalah berkaitan terutamanya apabila berlaku krisis bukan sahaja berlaku di negara kita, bukan sahaja di Selangor tetapi di dunia. Berkaitan dengan soal peranan kuasa-kuasa besar Amerika, China, Rusia. Berkaitan dengan perubahan iklim yang berlaku di dunia. Berkaitan dengan wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di dunia dan akhirnya melumpuhkan sistem ekonomi kita sedikit sebanyak kesihatan kita dan juga berkaitan dengan keperluan pemakanan ataupun keselamatan makanan pada hari ini.
Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat, pertamanya saya nak menyentuh berkaitan dengan isu yang berkaitan atau perkara yang berkaitan dengan pengukuhan ekonomi. Secara fokusnya saya nak menyentuh berkaitan dengan Carey Selangor yang melibatkan lebih kurang dalam 6 ribu hektar yang akan dibangunkan dalam pembangunan zon ekonomi khas Pulau Carrey ini. Cuma apa yang saya lihat di situ jangka masa yang diletakkan adalah 2025 hingga 2060. Sedangkan kalau kita lihat bahawa perancangan atau Rancangan Selangor Pertama ini 2021 sehingga 2025. Tetapi saya tidak menidakkan apa juga pembangunan yang akan dilakukan, tidak berlaku esok kita nak buat baru hari ini. Kita merancang sudah tentu dalam tempoh pada hari ini mungkin di peringkat Kerajaan ini merancang untuk bagaimana pelaksanaan pembangunan Carey Selangor itu berlaku pada jangkaan 2025 - 2060. Saya juga nak dapat respons daripada Kerajaan Negeri sebenarnya. Sebab saya sebagai Ahli Dewan Negeri, kawasan di mana Pulau Carey ini adalah sebahagian daripada kawasan saya. Sehingga pada hari ini saya tidak mendapat apa-apa maklumat ataupun taklimat bagaimana pelan ‘master plan’ yang akan dibangunkan di kawasan khas Pulau Carey ini ataupun pembangunan Pelabuhan Ketiga yang disebut-sebutkan sebelum ini terutamanya daripada Kerajaan Pusat. Sama ada perancangan yang akan dirancangkan oleh kerajaan ini adalah hanya bergantung kepada perancangan pembangunan pelabuhan yang saya kira tunggak pembangunan di situ yang mungkin telah dibincangkan kepada pihak Kerajaan Negeri yang mungkin tidak sampai kepada kami sebagai ADUN ataupun saya sendiri sebagai Ahli Dewan Negeri Tempatan. Ataupun Selangor ini merancang bagaimana Selangor sebagai sebuah negeri yang mempunyai tanah kepentingan tanah di situ. Compliment kepada pembangunan itu ataupun menjadi sokongan kepada pembangunan itu. Cuma apa yang saya harapkan ada
mungkin sedikit sebanyak makluman daripada kerajaan negeri bagaimana pembangunan yang akan berlaku di situ sekurang-kurangnya. Input-input daripada masyarakat tempatan, daripada ADUN-ADUN dapat membantu mencorakkan pembangunan sebuah pelabuhan yang akan dibangunkan sebagai kawasan ekonomi khas Pulau Carey itu sendiri. Cuma saya nak menarik juga kepada mungkin pertimbangan Kerajaan Negeri melalui pengalaman ataupun sejarah yang berlaku di dalam pembangunan di kawasan kita. Satu saya nak sebutkan apabila Kerajaan Negeri dulu merancang untuk pembangunan Canon City, sebahagian tanah yang akan terlibat di situ adalah kawasan tanah Malay reserve dan juga kawasan-kawasan Orang Asli penempatan dan juga kawasan rayau. Yang mana akhirnya kalau saya lihat mungkin, bukan ini pandangan saya seolah-olah agak kepentingan tempatan itu tidak dilihat secara tuntas. Apa yang berlaku apabila perancangan itu berlaku, penempatan Orang Asli ditempatkan kepada satu Desa Kemandul ataupun tanah perumahan, kawasan raya diganti kawasan bukan sahaja di negeri tetapi di luar daripada negeri Selangor. Bagaimana mungkin Orang Asli ini boleh menjadikan kawasan rayau yang mungkin menjadi pendapatan dia sedangkan mereka duduk di Negeri Selangor di Taman Desa Kemandul. Yang saya melihat bahawa akhirnya kepentingan mereka ini tidak diletak pada priority yang pertama. Yang kedua adalah berkaitan tanah reserve Melayu yang mana akhirnya disebabkan projek itu tanah reserve Melayu terpaksa diganti dan penggantian ini juga saya ingat memberi kesan yang sangat tidak baik. Sebahagiannya diganti di kawasan di daerah Hulu Selangor yang menjadi kawasan penerokaan, yang saya kira juga menjadi masalah itu isu penyelesaian peneroka-peneroka di sana. Yang kedua sebahagiannya digantikan sebagai tapak reserve Melayu di kampung Melayu Orang Asli. Yang mana kawasan ini dahulunya ini sudah diteroka oleh sebahagiannya orang-orang Asli eh orang-orang Melayu dan sebahagiannya orang-orang India yang telah menanam sumber pendapatan kepada mereka yang akhirnya juga menjadi isu kerana bila di-reserve kan orang Melayu kepada reserve Melayu orang-orang kepentingan orang-orang India sudah tidak ada di situ. Dan saya dimaklumkan ada jaminan-jaminan untuk menggantikan yang sehingga pada hari ini kita tidak dapat menyelesaikan. Saya ingat dalam tempoh hari semasa saya menjadi terlibat dalam kerajaan negeri sebagai EXCO juga, kita cuba merancangkan tetapi kita gagal masih lagi tidak berjaya untuk menggantikan tempat yang seperti ini.
Yang Berhormat Sijangkang sila duduk. Sambung nanti, lima minit untuk sesi sebelah petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan 12.00 tengah hari maka saya menangguhkan Dewan hingga ke pukul 3.00 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)