Selangor · 2 August 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 311 turns · 20,169 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat kedua Penggal kelima Dewan Negeri Selangor ke – 14 pada 2 Ogos 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mempersilakan Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Rancangan Selangor Satu (RS-1), soalan Kota Damansara nombor 81.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Alam Sekitar Untuk Kawasan PerumahanQuestions
81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah sebarang program atau rancangan khas kerajaan untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam usaha menjaga alam sekitar?
b)
Berapakah peruntukan kewangan di sediakan untuk maksud tersebut?
c)
Sejauh manakah program tersebut telah berjaya?
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa merancang, melaksanakan program dan projek ke arah kelestarian alam sekitar. Pelan jangkaan yang akan berlaku terhadap ekosistem pada masa sekarang. Isu pemanasan global yang memberikan kesan kepada perubahan iklim dunia kembali menjadi perhatian dan semakin hangat diperkatakan susulan tragedi besar bencana banjir yang berlaku di Selangor pada Disember 2021.
Menyedari akan impak perubahan iklim kepada rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim di Selangor (IKLIM Selangor) bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor merancang, melaksana dan memantau program dan projek sedia ada dan baharu serta mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu perubahan iklim yang memberi impak kepada alam sekitar.
Penglibatan secara bersepadu di kalangan agensi kerajaan, pihak swasta atau industri dan juga komuniti dalam pelan tindakan yang bakal dibangunkan kelak. Bagi tujuan ini KN telah memulakan pelbagai pelan tindakan dan mitigasi yang bersifat proaktif, strategik untuk jangka masa pendek dan panjang dan merangkumi pelbagai sektor di samping penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Selangor (IKLIM Selangor), Kerajaan Negeri tetap konsisten dan komited dalam menganjurkan program-program Alam Sekitar. Terbaharu Program Tahunan Geran Kecil Alam Sekitar Dan Juga Teknologi Hijau Negeri Selangor telah dimulakan dari tahun 2018 hingga kini bertujuan memberi bantuan kepada komuniti dalam bentuk pembiayaan kepada projek atau pun program melestarikan alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu, seperti tahun-tahun sebelum ini Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Iklim dan Teknologi Hijau melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) komited dalam menganjurkan program-program beransurkan alam sekitar dan teknologi hijau.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, dalam usaha mengukuhkan Selangor sebagai Negeri Hijau, kita harus membuat persediaan awal dan komited dalam memastikan agenda melestarikan alam sekitar dapat direalisasikan. Justeru itu, pada tahun 2021 Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan sebanyak RM 2.48 juta bagi kesemua inisiatif ke arah mewujudkan persekitaran hijau. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar serta meluaskan lagi pembangunan rastali di Negeri Selangor. Keseluruhan program atau pun projek alam sekitar ini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah Tanah (PDT) dan jabatan atau pun agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, peruntukan tersebut telah diagihkan kepada pelaksana-pelaksana program setiap tahun berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan kos pemuliharaan dan perubahan iklim di Selangor telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran masyarakat di samping memupuk rasa tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar dengan penglibatan secara terus daripada masyarakat berdasarkan kajian-kajian sosial yang dijalankan dapatan mendapati pengetahuan, sikap dan kesedaran terhadap alam sekitar semakin baik. Dalam masyarakat di Negeri Selangor dan perlu diteruskan demi kelestarian alam sekitar.
Peningkatan kes-kes aduan daripada orang ramai berkaitan isu-isu alam sekitar Negeri Selangor juga mencerminkan keprihatinan dan kesedaran awam terhadap kepentingan memelihara alam sekitar. Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran masyarakat semakin tinggi secara tidak langsung ia nya menuntut tindakan-tindakan penyelesaian segera oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekian.
Soalan tambahan.
Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kajang kerana memberi jawapan. Kita tahu ada setengah Pihak Berkuasa Tempatan telah mengagihkan tong sampah secara percuma. Tapi tong sampah ini ialah tong sampah domestik. Sekarang kita dalam usaha menggalakkan 3R ini, adakah Kerajaan Selangor merancang untuk mengagih tong sampah kitar semula khususnya kepada penduduk-penduduk dan ataupun kalau tidak ada, adakah sebarang insentif boleh diberikan kepada penduduk. Itu yang pertama.
Yang kedua, Zon Hijau yang pernah diperkenalkan oleh setengah Pihak Berkuasa Tempatan, adakah benda itu masih diteruskan kalau tidak adakah reactivate semula. Terima kasih.
Terima kasih soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Kota Damansara. Berkenaan agihan tong sampah 3R (Kitar Semula) ini merupakan usaha yang telah dijalankan oleh di bawah jawatankuasa saya dan juga Jawatankuasa Tetap di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan setiap tahun kita mengagihkan banyak peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kita menjalankan program atau pun projek yang berunsurkan alam sekitar. So, tong sampah kitar semula 3R merupakan salah satu elemen/ salah satu program yang telah pun diagihkan di banyak tempat, di komuniti. So, saya berharap Yang Berhormat boleh minta daripada Ahli Majlis atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan tong sampah kitar semula 3R. Kerana kalau mengikut kutipan Tabung Amanah Caj Beg Plastik RM0.20 sen, kutipan telah pun dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan kita boleh guna tabung ini untuk menjalankan program-program kitar semula termasuk pemberian tong 3R.
Untuk jawapan kedua berkenaan Zon Hijau ini, ia memang tetap dilaksanakan so, tempat-tempat tertentu telah pun dikenal pasti sebagai Zon Hijau yang di mana setiap kali program-program/ projek setiap kali dijalankan kita fokus kepada kawasan yang kita telah pun kenal pasti Zon Hijau di setiap PBT. Memang ada. Terima kasih.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya nak mintak pandangan daripada Yang Berhormat EXCO. Saya tidak pasti sama ada ini di bawah program Zon Hijau Pihak Berkuasa Tempatan atau pun tidak. Mungkin dia keindahan, mungkin dia juga salah satu daripada program Zon Hijau. Saya dapati di sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan dia tanam pokok-pokok pasu yang ada di pembahagi-pembahagi jalan dan juga kawasan-kawasan taman yang tertentu dan saya dapati sebahagian besar daripada pokok-pokok dia mati. Tak lama selepas tanam, dua (2) ke tiga (3) bulan dia mati sebab, mungkin salah satu sebab cuaca lah dan saya lihat juga ialah kadang-kadang bila tanam di pembahagi jalan dia kena siram dan kena siram awal pagi dia mengganggu juga sistem lalu lintas. Adakah ini mungkin boleh dilihat semula, lagi-lagi kalau Pihak Berkuasa Tempatan tu bukan Pihak Berkuasa Tempatan yang terlalu kaya atau terpaksa membelanjakan kewangan yang cukup besar, mungkin ada pandangan daripada pihak Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk program penanaman pokok itu memang di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar. Di mana kita setiap tahun kita ada banyak program-program penanaman pokok bukan setakat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan tetapi juga di laksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan juga NGO-NGO dan juga termasuk persatuan penduduk. Masalah yang kita hadapi sekarang adalah tanam pokok senang, tetapi nak menjaga dia untuk masa panjang ni sangat-sangat memerlukan masa dan juga perlu ada orang jaga lah. So, apa yang kita mendapati lebih kurang 20% hingga 30% daripada pokok-pokok yang ditanam itu dia tidak dapat tumbuh dengan subur.
So, ada yang telah pun tumbang kerana angin. Ada yang kerana masalah orang / manusia yang sengaja untuk tumbangkan pokok. So, ada juga banyak juga masalah yang kita hadapi. So, dalam pelaksanaan penanaman pokok pada masa akan datang, kita nak pastikan bukan sahaja tanam tetapi pastikan dia ada pihak-pihak tertentu yang menjaga pokok itu. Kita akan memastikan selepas pokok itu tanam ia akan hidup dengan subur dan tidak gangguan atau pun masalah-masalah yang gangguan daripada manusia atau pun daripada masalah alam sekitar yang mengakibatkan banjir juga mengakibatkan pokok tumbang dan mati. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya pada EXCO, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan yang khusus dalam memastikan kelestarian alam sekitar dengan mempertingkatkan kutipan sampah atau pun kutipan kitar semula iaitu melaksanakan program 3R yang mana sebelum ini atau pun sekarang ini dinyatakan bahawa
Selangor hanya membuat kitar semula sebanyak 15% daripada keseluruhan sampah yang di jana oleh rakyat Selangor. Namun, di peringkat pusat iaitu di bawah Pengurusan Sisa Pepejal Pusat, target pelaksanaan kitar semula adalah sebanyak 30%. Jadi ia masih jauh daripada target yang ada sekarang. Jadi, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan program 3R ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dengan lebih banyak dengan peratusan yang lebih tinggi untuk Negeri Selangor. Saya juga ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri akan mengguna pakai Akta 672. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Lama tak dengar suara daripada Yang Berhormat. So, memang Kerajaan Negeri Selangor menekankan kepada usaha untuk menekankan recycling iaitu kitar semula 3R ini. So sebahagian daripada di bawah colleague saya di bawah Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan sebahagian di bawah saya dan di pusat saya nak tengok apa yang telah pun berlaku di Kerajaan Persekutuan. Sebelum itu mereka ada di dalam rumah mereka ada buat pengasingan sampah tetapi yang berhormat, projek ini totally failed. Gagal kerana sikap manusia di Malaysia ini mereka masih jauh ketinggalan tentang kesedaran untuk kitar semula 3R ini.
Walaupun kita ada orang yang boleh buat pengagihan atau pengasingan sampah di rumah, tetapi masalah nya sampai di landfill itu jadi berkumpul semula. Kalau kita nak buat pengasingan sampah dari rumah, kita juga perlu ada satu trip yang spesifikasi trip daripada kutipan sampah ini. Berasingan. Dia tidak boleh campur aduk dengan sampah lain. So, hanya fokus kepada sampah yang kita boleh kita boleh kitar semula. So yang ni kalau kita nak tambah trip, dia akan membebankan Pihak Berkuasa Tempatan kerana kutipan sampah tiga (3) trip seminggu, kalau nak tampah trip, kos akan meningkat.
So kita akan kaji semula bagaimana. Saya rasa yang penting kesedaran. Kita sekarang nak memupuk kesedaran rakyat melalui program-program, projek-projek yang kita jalankan. Kita nak fokus di murid-murid yang tadika -tadika supaya mereka boleh mendapat kesedaran sejak kecil lagi. Supaya mereka tidak, perlu biasakan untuk kita mengasingkan sampah. So kita buat masa ini kita tak ikut Akta 672 itu dibawah, saya rasa colleague saya menjawab lebih baiklah sebab ini bukan di bawah portfolio saya. So yang penting memang, Kerajaan Negeri Selangor memang berusaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat terutama yang belia-belia ni supaya mereka ini bakal, pada masa akan datang boleh menjalankan program-program ataupun ada kesedaran terhadap kitar semula ini. Sekian, terima kasih
Sungai Pelek.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker Terima kasih dengan izin the way forward adalah zero waste management ataupun lebih baik lagi macam negeri seperti New Zealand mereka ada natural resources
efficiency Act, di mana sampah dan sebagainya akan dinampak dari sudut holistik all angle masa sudah sampai, negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang ada kuasa sendiri dalam pengurusan sampah. Kita tidak ikut Federal, jadi negeri ada kuasa untuk melancarkan cara sendiri untuk menguruskan sampah. Jadi saya rasa apakah salahnya kalau kerajaan meneliti hal ini dan memulakan zero waste management ataupun natural resources efficiency Act dan sebagainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Pelek cakap senang tapi pelaksanaan ini ..
Cubalah, jangan give up too easily.
Sebab itu lah saya harap Yang Berhormat Sungai Pelek jangan apa sebut pasal, saya tahu Sungai Pelek tidak ada tidak bersetuju tentang program waste to energy (WTE) plant. Saya nak bagi tahu di sini Yang Berhormat Sungai Pelek, dah terbukti di negara Eropah boleh kata semua negara di Eropah menggunakan WTE. So dia punya masalah, kebanyakan negara di Eropah mengguna WTE. Di Sweden saya nak bagi contoh mereka boleh dikatakan 99% tak ada landfill dah semua guna waste to energy plant dan mereka hanya menghasil 1% landfill sahaja. So kalau katakan WTE ini memberikan masalah alam sekitar, saya rasa ini silap lah. Saya rasa Sungai Pelek perlu pergi Europe untuk meninjau dan negara jiran Singapore jugak mengguna WTE dan bandar-bandar raya di dunia ini termasuk London termasuk di Asia, di Thailand sekarang menuju ke arah penggunaan WTE. So saya rasa nak menjalankan zero waste ini memang kita memang berhasrat untuk mendidik warga Selangor ini supaya mereka tahu betapa pentingnya alam sekitar, menjaga alam sekitar. Dan juga kita harap pada masa akan datang kesedaran itu boleh menjadikan warga Selangor ini supaya mereka tidak membuang sampah dengan sewenang-wenangnya. Kalau nak buang sampah pun mereka tahu boleh agihkan sampah jenis apa yang boleh di recycle semula. Dan untuk masa akan datang dalam Selangor ini kita menerima sampah sebanyak 7 ribu tan. Kalau nak buat recycle hanya dengan 1 atau 2 orang memang susah. Kerana dia kerana dengan bulk dan tonnage, beribu-ribu tan setiap hari bukan setiap bulan so saya rasa kita perlu ke arah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan tidak lagi menggunakan landfill. Kerana landfill pada masa datang akan menyebabkan masalah bawah air tanah dicemarkan dan masalah busuk, bau dan masalah yang persekeliling yang asap yang telah pun boleh memberi masalah tempatan. So saya rasa untuk masa akan datang WTE merupakan satu cara, total solutions untuk masalah sampah di Malaysia dan juga di Selangor. Dan di Malaysia sampai sekarang tidak ada lagi satu WTE yang berjaya. So kita harap Selangor yang kita adakan di Jeram ni akan menunjukkan satu contoh yang bagus untuk kita selesaikan masalah sampah di Selangor ini. Sekian.
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker, sebenarnya WTE ataupun incinerator untuk menjanakan electricity itu satu
cara yang lama, digunakan oleh banyak negeri, negara seperti disebutkan tadi oleh EXCO. Cuma cara baru adalah zero waste management. Cara baru ialah seperti New Zealand menggunakan natural resources efficiency act. Itu cara yang baru. WTE memang dilaksanakan sudah lamalah dibanyak negara, itu WTE sebenarnya tidak sangat berlainan dengan incinerator. Dia cuma incinerator pada masa yang sama ia menjana electricity itu sahaja jadi ia masih membawa keburukan kepada alam sekitar dan sebagainya.
Sungai Pelek, ini soalan ke apa ini? Saya ada soalan nak tanya.
Ini bukan soalan ini sudah berbahas lah. jeram sepatutnya
Jadi sekarang bukan perbahasan, soalan tambahan. Sekarang soalan tambahan. Jadi saya ada soalan ini.
Nanti dulu, nanti dulu Jeram. Jeram, ada dua loji di Jeram, Jeram sepatutnya,
Ya lah, sebab Jeram nak tanya soalan tambahan ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat ...
Soalan tambahan Tuan Timbalan Speaker.
Sikit sahaja, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya minta apa salahnya negeri ada kuasa sendiri tak macam negeri yang lain, jadi kita gunakan kuasa kita, kita mulakan cara baru jangan gunakan WTE yang sudah outdated. Itu maksud saya.
Soalan tambahan Tuan Timbalan Speaker.
Biar saya jawab dahulu.
Yang itu bukan soalan, itu cuma cadangan Yang Berhormat EXCO.
Duduk dulu Jeram, EXCO nak menjawab.
Ya untuk maklumat Sungai Pelek, bukan outdated. Teknologi dah 20 tahun, memang dah terbukti WTE tidak akan menghasilkan toksik yang membahayakan, yang boleh mencemarkan alam sekitar. Tidak lagi, tidak lagi. Dan semasa memilihan WTE itu, kita akan pastikan ada real time monitoring system letak papan tanda itu di pintu depan, syarikat WTE dan link itu akan terus ke JAS, Jabatan Alam Sekitar supaya kita boleh monitoring 24 jam emission-emission daripada toksik yang kalau ada kita boleh detect. So saya rasa kalau katakan incinerator zaman dulu memang kerana tiada ada masalah tapi sekarang teknologi ni kalau suhu pemanasan ini lebih 850 degree celcius di mana toksik dioxin akan terurai, terurai. Saya rasa yang ini Sungai Pelek kena pergi belajar ya, perlu pergi belajar lagi. Sebab selalu kata WTE ada masalah tapi terbukti 20 tahun dah di Europe tak ada orang complaint dan saya nak beritahu Yang Berhormat, di Sweden dengan Swirtzerland, pelan WTE ini diadakan di bandar raya sebelah itu sekolah rendah, sekolah menengah tak ada masalah. Tak ada orang complaint, tak ada bau, tak ada masalah pencemaran, so saya tak tahu macam mana Sungai Pelek boleh bagi ulasan yang mengelirukan Dewan ini.
Tuan Timbalan Speaker soalan tambahan.
Tuan Timbalan Speaker, kalau Google sahaja, Google sahaja kita akan mendapati
Soalan tambahan Sungai Pelek,
Tuan Speaker, Peraturan Tetap.
Banyak negara di Eropah, sudah tak mahu WTE lagi, tak mahu incinerator lagi. Itu sudah lama punya cerita.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap.
Sungai Pelek sila duduk.
Peraturan Tetap 24 (4), tidak boleh digunakan waktu soalan untuk perbahasa. Tengok ini.
Sungai Pelek sila duduk. Soalan tambahan terakhir, Jeram.
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang ini Sungai Pelek kena sokong saya. Yang Berhormat Tuan EXCO, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan satu dasar di mana mengenakan caj 20 sen untuk
penggunaan plastik apabila membeli, saya merasakan tidak relevan lagi dan hasil kutipan duit itu sehingga kini saya rasa mungkin pemilik kedai telah atau pun pasar raya telah memperoleh ratusan ribu ringgit. Adakah Kerajaan Negeri untuk membatalkan sistem memperkenalkan pembelian 20 sen plastik itu dan gantikan, mewajibkan pengusaha itu menggunakan plastik mesra alam lebih efisien kerana kita masih lagi menekan pengguna. Sepatutnya kita lebih mesra kepada pengguna, terima kasih.
Saya rasa Yang Berhormat Jeram pun tidak mengikuti rancangan program Tabung Amanah caj beg plastik 20 sen ini. So kutipan sekarang di bawah Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT. So kutipan itu terus bagi kepada syarikat ataupun kedai-kedai lagi. So kita kutip dan agihan 60% kepada di bawah Tabung Amanah Negeri dan 40% di bawah Tabung Amanah PBT dan PBT dan juga Selangor menggunakan duit kutipan ini untuk membuat program-program alam sekitar. Banyak program-program telah pun dilaksanakan untuk kita bagi kesedaran kepada rakyat tentang bagaimana kita perlu menjaga alam sekitar dengan kurang menggunakan beg plastik 20 sen ini. Dan kita memang menggalakkan kedai ataupun syarikat menggunakan plastik yang lebih mesra alam, biodegradable plastics. Dan juga kita menggalakkan mereka menggunakan kertas bungkusan dan banyak lagi dan juga menggunakan beg kitar semula. Ini memang kita adakan setiap bulan setiap tahun.
Soalan Tambahan. Yang Berhormat EXCO
Sebelum soalan yang seterusnya, sila duduk Jeram. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran Partners Of Community Organization Trust yang diketuai oleh Yang Berhormat Jenney Lesimbang dari Kepayan Sabah, lawatan diatur oleh Yang Berhormat Permatang. Selamat Datang. Soalan seterusnya, Bandar Utama.
Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya no 82.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Polisi Adaptasi Kesan Perubahan IklimQuestions
82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri ada menyediakan apa-apa polisi adaptasi berkenaan dengan kesan perubahan iklim? Sekiranya ya, sila senaraikan dengan teliti.
Tuan Timbalan Speaker dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, isu perubahan iklim perlu ditangani segera dengan mengambil kira impak fenomena pemanasan global yang disebabkan peningkatan pelepasan gas rumah kaca iaitu Green House Gas (GHG) ekoran aktiviti manusia. Ia akan memberi kesan kepada sistem iklim global yang seterusnya menyebabkan kejadian cuaca yang lebih ekstrem. Selain itu pemanasan global juga akan memberikan impak kepada pembangunan sosioekonomi negara sekiranya tidak ditangani secara bersama pada kadar segera. Kerajaan Negeri sedar akan impak perubahan iklim yang akan dihadapi jika tidak ditangani dengan baik. Sehubungan itu, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Selangor ataupun Iklim Selangor telah ditubuhkan sebagai badan penasihat dan juga badan pemikir dalam membantu Kerajaan Negeri untuk merancang, mencadangkan penyelesaian mitigasi dan juga adaptasi pada isu-isu yang memberikan impak perubahan iklim dan alam sekitar. Dalam menangani isu-isu perubahan iklim, tindakan mitigasi dan juga adaptasi akan diambil melalui pembangunan kajian dan penyelidikan awal yang memfokuskan sektor-sektor utama seperti berikut. Yang pertama, pertanian keselamatan makanan. Yang kedua, kesihatan awam. Yang ketiga, infrastruktur tenaga persekitaran terbina termasuk bandar raya. Yang keempat, guna tanah dan perubahan guna tanah. Yang kelima, pengurusan sisa. Yang keenam, pengangkutan. Yang ketujuh, perhutanan dan biodiversiti. Yang kelapan perindustrian. Antara aspek-aspek lain yang diberi keutamaan adalah yang pertama menjalankan semakan secara sistematik, yang mengharmonikan perundangan dasar dan perancangan yang sedia ada. Yang Kedua menyepadukan langkah-langkah adaptasi dan mitigasi yang seimbang ke dalam rancangan pembangunan negeri. Yang ketiga mewujudkan dan melaksanakan RnD perubahan iklim dan yang keempat menilai semula hasil pembangunan sedia ada baru dan mengenal pasti punca berlakunya ketidak ketentuan monsun susulan daripada pembangunan tersebut yang boleh memberikan impak secara langsung kepada isu perubahan iklim. Yang kelima membentuk gaya hidup hijau dalam di kalangan semua lapisan masyarakat ke arah pembangunan mampan secara holistik melalui program-program kelasterian alam sekitar. Selain itu elemen pembebasan karbon juga berubah salah satu punca berlakunya perubahan iklim yang tidak menentu ini. Jadi aspek ini Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan kepada program-program hijau yang mampu untuk menyumbang kepada pengurangan karbon di negeri Selangor. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan intensity pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Oleh itu Kerajaan Negeri sedang dalam fasa membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau bagi tempoh 2022 hingga 2026 dengan matlamat untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi mencapai negara neutral karbon seawal tahun 2050.
Hala tuju pelan ini akan memfokuskan kepada tiga program utama, yang selari dengan dasar negara. Iaitu kecekapan tenaga, iaitu energy effiency, EE. Yang kedua, tenaga boleh diperbaharui iaitu renewable energy, RE, yang ketiga, pengurusan sisa pepejal. Adalah jangka menjelang tahun 2030 lebih banyak tenaga akan dijana daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui, RE. Seperti bio-disel, mini hidro, tenaga solar dan juga bio-gas. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti kerangka bandar rendah karbon, iaitu LCCF, dalam perancangan dasar di peringkat semua PBT. Program ataupun inisiatif LCCF, di utamakan adalah mobiliti kehijauan bandar, pelupusan sisa dan juga kecekapan air. Terkini, instrumen ekonomi seperti carbon pricing dan juga cukai karbon, akan diperkenalkan setelah mechanism-nya dimuktamadkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Sekian.
Bandar Utama.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO, Bandar Utama cuma ingin mendapatkan penerangan yang lebih terperinci, apakah perkembangan kajian awam yang ada pada waktu kini? Adakah kerajaan sedang menghabiskan kajian itu ataupun berterusan? Dan adakah terdapat perancangan adaptasi yang spesifik, berdasarkan kajian yang berikut. Sebagai contoh, bagaimana kita boleh menyesuaikan infrastruktur yang ada di jalan raya sekiranya berlaku banjir dan sebagainya. Supaya sekiranya berlakunya banjir, penduduk atau warga Selangor tidak perlu bimbang. Kerana kehidupan seharian kebanyakan masih boleh dijalankan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Majlis Tindakan Perubahan Iklim, ataupun Iklim Selangor, kita baru mengadakan mesyuarat pertama, 3 minggu yang lepas. So, kita pun, telah pun melantik konsultan di bawah Profesor UKM ini, untuk kita mengkaji, untuk adaptasi. Dan juga kita harap dalam tiga hingga empat bulan ini, kita dapat come out, apakah solution dan juga cara-cara untuk kita menghadapi perubahan iklim yang akan berlaku pada masa akan datang. Dan kita juga akan, untuk mengadakan satu Apps, satu aplikasi, untuk orang ramai, tentang bagaimana kita akan menghadapi, kalau berlaku banjir, apakah unit yang mereka perlu dapatkan bantuan. So, daripada kalangan penduduk dan juga sukarelawan yang boleh bantu. So, kita sedang mengkaji dan juga untuk come out yang Apps ini, untuk orang ramai dapat dalam masa yang singkat, dapat bantuan daripada semua agensi dan juga sukarelawan. So, kita tengah buat, tengah dalam proses itu. Sekian.
Soalan seterusnya, Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Lembah Jaya, 83.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Pelan Perancangan Permodenan PertanianQuestions
83. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: - a) Adakah Selangor mempunyai Pelan Perancangan Permodenan Pertanian? Huraikan. b) Apakah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh Selangor dalam tempoh sekarang hingga 10 tahun akan datang?
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Lembah Jaya bertanyakan soalan berhubung dengan Perancangan Pertanian Moden bagi negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Selangor telah pun menyediakan Pelan Perancangan Pemodenan Pertanian di bawah dasar Pelan Transformasi Agro Selangor, singkatannya PETA, daripada tahun 2020 hingga tahun 2025. Di bawah pelan perancangan pemodenan pertanian ini, ia merangkumi perkara-perkara seperti berikut :
i. Penggunaan kepada teknologi-teknologi moden. Bagi memastikan setiap hasil yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan bernilai tinggi, dan paling utama dapat mengoptimakan ruang kawasan yang ada, dengan kaedah penanaman berkonsepkan moden seperti hidroponik, aquaponik, vertical farming atau ladang menegak, fertigasi dan juga penggunaan maksimum Internet Of Thing, IOT, dan juga penggunaan range shelter, serta yang terbaru ialah penanaman di dalam bangunan. Ladang di dalam bangunan.
ii. Mengeluarkan tumpuan untuk mengeluarkan benih-benih tanaman yang bermutu tinggi dan resilient, yang berdaya tahan, di bawah usaha Kerajaan Negeri Selangor sendiri, bagi mengelakkan kebergantungan kepada benih-benih import. Yang sebagaimana yang kita telah lancarkan baru-baru ini, oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri. Lima benih yang pertama yang kita telah lancarkan, iaitu 2 jenis melon bernilai tinggi, jagung bijirin, jagung bijirin, jagung manis dan juga betik. Dan akan ditambah lagi dari masa ke masa. Bagi memastikan kita mempunyai stok benih-benih yang bermutu tinggi ini dengan banyak.
iii. Memastikan penggunaan tanah atau tanah-tanah yang digunakan dalam pertanian, mempunyai, dibuat profiling yang tersendiri untuk menentukan tahap kesuburan, kerana kita dapati antara punca utama ialah kegagalan kita dalam pertanian ini ialah ketidaksuburan atau infertility of the land, of the soil. Yang mana yang telah diusahakan sekian lama, tapi tidak dibuat rawatan. Jadi tumpuan kita untuk menentukan profil ini dibuat dan juga mengambil tindakan-tindakan merawat tanah-tanah supaya lebih subur.
iv. Secara berperingkat-peringkat penggunaan, kita memperkenalkan input-input pertanian yang lebih mesra alam dan berkualiti, termasuklah penggunaan baja-baja kompos dan organik. Dan dalam masa yang sama juga mengurangkan penggunaan racun-racun kawalan serangga ini, yakni kimia, dengan pengenalan bio-pesticide. Ini juga bukan sahaja untuk membantu, memulih, membantu menyuburkan ataupun memulihkan kawasan persekitaran kita, juga dari segi keselamatan warga tani kita. Dalam masa yang sama tidak mencemar air kita.
v. Kita juga memberi tumpuan di bawah program Agropreuner Development ataupun Agropreuner Selangor. Untuk tumpuan kepada latihan-latihan. Kepada warga tani kita kerana ini merupakan satu aspek penting dengan penggunaan teknologi moden ini. Dan juga dengan skim-skim latihan yang kita galakkan, untuk menggalakkan anak-nak muda dan kaum wanita supaya lebih aktif terlibat sama dalam pertanian.
vi. Yang terakhir, tentulah penggunaan isu-isu dana, yang mana pertanian moden ini, walaupun dia punyai pulangan yang baik, tetapi memerlukan modal yang agak tinggi. Itulah sebagai skim yang kita telah bincang dan kita telah perhalusi bersama, termasuklah di bawah Kerajaan Negeri dan juga dengan Agro Bank, bagi kita menyediakan kemudahan-kemudahan ini dalam proses untuk dilaksanakan.
Hasil pertanian yang dikeluarkan di negeri Selangor ini, memang sebagaimana yang telah tertera di bawah dasar, pertanian PETA ini, Pelan Transformasi Agro iaitu memberi tumpuan kepada tanam-tanaman yang bernilai tinggi, kerana Selangor ini, tanah kita adalah mahal, kos operasi lebih tinggi daripada negeri lain. Kita tidak mampu untuk menyediakan, ataupun tanaman-tanaman yang tidak memberi pulangan yang tinggi. Sebagai contoh untuk tanaman-tanaman sayur, contohnya, ataupun tanaman-tanaman kontan. Kita beri tumpuan kepada nanas, kalau nanas, MD2, itu merupakan tumpuan kita. Kalau melon, melon yang bernilai tinggi, yang satu kilonya dijual RM6.00 atau lebih RM6.00. Seperti golden melon yang kita lancarkan baru-baru ini. Dan juga, tumpuan juga kepada punca ataupun sumber protein, yang murah tetapi, dan juga yang bernilai tinggi. Sebagai contohnya kita memberi tumpuan sekarang ini, selain daripada ayam yang merupakan sumber protein murah, termurah dan yang sangat popular untuk kita tambah. Sebagai contoh, PKPS, kita telah
meminta supaya ditambah rumah-rumah ternakan ayam. Dan juga, dari segi teknologi kepada anak-anak ayam yang bermutu tinggi, juga sumber baru, yang kita sedang teliti dan sedang, dan sebahagian dilaksanakan ialah ternakan arnab, contohnya. Ini merupakan sumber protein yang tinggi sebenarnya. Ramai yang tidak tahu bahawa bekalan daging arnab ini sedang meningkat tinggi dan masih tidak mencukupi dan sangat kompetitif dan harganya pun bagus. Sekilo RM 35.00 daging arnab ini. Dan juga penggunaan benih-benih baka yang bagus daripada kambing Blackbelly dan Barbados jenis baka yang bagus, yang mempunyai resilient, dan juga kualiti yang tinggi. Dan juga dari ikan, kita sedang melihat kejayaan yang telah dilaksanakan di negeri Kedah, termasuklah ikan susu ini, yang boleh digunakan untuk menjadikan salah satu sumber protein yang baru, bernilai tinggi dan harganya pun berpatutan.
Jadi semua ini dan juga tumpuan kepada lembu sado, yang selama ini dijadikan lembu untuk macam pet, sahaja. Sebenarnya lembu ini mempunyai nilai yang tinggi dan boleh digunakan juga sebagai untuk kita meningkatkan hasil dari lembu ini. Jadi itu perkara-perkara yang sedang kita, sedang, ada sebahagian sedang dilaksanakan, ada yang dalam perancangan untuk dilaksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
Terima kasih kepada EXCO. Lembah Jaya ingin bertanya, kaedah yang digunakan ataupun pemodenan pertanian ini, bagaimana ia selari dengan kemampuan negeri Selangor untuk menyediakan ataupun mengekalkan bekalan makanan. Sustain, maknanya mampu berdiri sendiri. Perkara kedua, berapakah peratusan tanah di dalam negeri Selangor ini, yang diwartakan untuk penggunaan pertanian yang menghasilkan, inilah, bahan makan. Lembah Jaya juga ingin menyarankan, disebabkan negeri Selangor, agak terkedepan, dan juga selari dengan kehendak persekutuan, untuk membekalkan makanan yang cukup menggunakan tanah dengan secara optima, sebab tadi dibangkitkan berkaitan dengan dana. Kalau sekiranya mendapat kerjasama di peringkat persekutuan. Merupakan dalam bentuk dana, untuk biaya, projek-projek pertanian moden ini.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Memang sebenarnya, banyak kaedah yang kita gunakan di peringkat Kerajaan Negeri bagi untuk mempertingkatkan penglibatan, bukan sahaja, penglibatan, di bawah PETA, tujuan pertama-pertama, ialah untuk meningkatkan taraf pendapatan warga tani. Jadi sebab itu, kita kena pergi kepada pertanian yang boleh memberi pulangan tinggi. Kalau tidak, tahap kehidupan para warga tani kita, akan ditahap yang sama. Yang keduanya, ialah untuk meningkatkan SSL, Self Suffieciency Level, tahap kemampuan untuk kita menyediakan. Tetapi negeri Selangor memang, macam saya sebut, sumbangan kita hanya sedikit dalam pertanian ini. Disebabkan kita berebut tanah ini dengan industri dan juga sektor perumahan. Jadi kita, sebab itu kita kata
kalau tanpa kita menggunakan kaedah yang boleh memberi pulangan yang baik, tanah itu akhirnya akan terlepas kepada tempat yang lain. Itu dari segi ekonomik, ya.. Tetapi kita ada juga tanah-tanah yang kita telah pun mewartakan untuk pertanian, yang tidak boleh ubah. Contohnya padi, 18,000 hektar, atau 19,000 hektar ini memang kita dah wartakan untuk tanam padi, tidak boleh ditukar kepada tanaman lain. Tetapi dalam keadaan lain, kita memerlukan satu kaedah moden yang boleh beri pulangan tinggi untuk memastikan tanah itu kekal di bawah pertanian. Itu sebab kita beri fokus. Dan kita takkan mampu untuk memenuhi 100% SSL dalam makanan asasi kita. Di negeri Selangor ini, macam padi contohnya. Kita di peringkat negara 69%, atau 65%. Kita mungkin menyediakan 30 lebih peratus sahaja. Kita boleh tingkatkan dengan tanah yang sama untuk meningkatkan hasil melalui benih yang bagus, bajaan yang baik dan penanaman yang baik. Itu kita boleh, kita tingkatkan. Dan banyak benda-benda macam protein, sumber protein, contohnya makanan ruminan, daging lembu, memang sukar untuk kita. Sebab dia memerlukan kawasan yang luas dan sebagainya. Negeri Selangor, untuk buat itu, kita tak ada kemampuan. Jadi kita hanya boleh menyokong sahaja. Dengan, dan sebab itu, tumpuan lagi satu yang kita berikan di bawah PETA ini, Pelan Transformasi Agro ini, ialah penumpuan kepada satu rantaian bekalan yang penting yang diabaikan selama ini, iaitu penumpuan kepada R & D, penyelidikan dalam benih dan baka. Sebab itu Selangor boleh beri sumbangan pada negara dengan membuat research, sebab itu kita tubuhkan Agro Centre Oilless, ini dengan kerjasama pihak MARDI dan juga kerjasama dengan pihak-pihak IPTA yang penyelidik, untuk memberikan tumpuan kepada penyelidikan benih yang saya sebut tadi. Antaranya kita berjaya buat, dan juga baka tanaman, ruminan dan juga ikan, akuakultur. Itu sedang kita buat. Ini sumbangan kita, bukan sahaja untuk Selangor, kita akan juga bantu kepada negeri-negeri lain. Sebab apa, kita nak buat di Selangor semua, kita mempunyai kekangan dari segi tanah dan sebagainya. Dan dari segi, bagaimana kita membentuk atau melaksanakan semua ini, kita ada kerjasama dengan pihak, sentiasa dengan MAFI, Kementerian Pertanian dan juga Industri Makanan, sentiasa. Tidak ada masalah dari segi kerjasama, sama ada dalam meningkatkan mutu, ataupun kerjasama dari segi dana ataupun latihan. Latihan kita, pelbagai oleh, pelbagai GLC, jabatan, sama ada Federal ataupun negeri, sentiasa kita laksana dan kita selaraskan.
Untuk menarik minat lebih ramai dan di bawah Kerajaan Negeri sendiri, bawah Stanco saya pun banyak program-program bukan sahaja program khusus dalam bilik darjah, bilik kelas tetapi juga kursus on the job. Kita sediakan tempat-tempat ini mereka duduk, di situ ada elaunnya. Contohnya di Fruit Valley tu, Melon itu mereka kita pilih anak-anak muda ini, mereka tinggal situ, mereka usahakan empat / lima musim, dua tahun ke dengan elaun tiap-tiap bulan ada dan juga profit sharing.
Ini memang kita telah buat pun dan kita akan perluaskan lagi di bawah Program Agro Bandar kerana tempat-tempat tak perlu besar untuk kita menyediakan shelter, rain shelter ini atau pun green house ini bagi membantu anak-anak muda dan kaum-kaum wanita untuk terlibat dalam pertanian dengan hasil yang tinggi. Ini memang kita
sedang buat dan kita telah laksanakan dan kita akan teruskan dengan memperluaskan lagi program-program yang berkaitan kerana berkeyakinan di bawah sekuriti makanan ini sebenarnya kita boleh sebenarnya dengan kawasan yang kecil menghasilkan produk-produk pertanian ini yang bernilai tinggi dan boleh menjadi, menjana pendapatan yang baik. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ingin memaklum pada Yang Berhormat EXCO bahawa di Semenyih ini, ada satu kawasan ya, mukim ya, mukim Beranang. Hah Mukim Beranang ini, sekarang ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat ya, Dewan ya, merupakan pengeluar serai yang terbesar dalam Malaysia. Ya jadi saya harap Pihak Kerajaan Negeri prihatin bahawa di Beranang ini merupakan satu apa produk serai yang mana berpotensi menjadikan Negeri Selangor ini boleh, permasalah air boleh ya, di Beranang ini dulu kawasan sawah padi tapi permasalah air ya kita dapat diusahakan tanaman serai yang begitu besar dan telah diiktiraf. Banyak dah keluaran, akhbar-akbar mengatakan di Beranang ini merupakan potensi. Jadi saya nak tanya pada Yang Berhormat EXCO ada tak peruntukan khas untuk mengembangkan lagi industri hiliran yang melibatkan serai-serai ini? Ya sekarang ini kita nampak serai mungkin untuk tomyam dan sebagainya lah, supply tak cukup ya. Kita harap ada minyak wangi dan sebagainya lah. Sekarang ini sebagai apa mengelakkan produk yang boleh kita majukan lah peringkat dunia lah. Saya nampak serai ini menjadi satu yang mudahlah, 3T sahaja, tanam, tunggu, tuai. Saya nampak pun dia punya kesan sampingan atau dia punya apa? Musuh-musuh pun kurang. Saya harap itu ada potensi untuk selain kita meningkatkan apa pendapatan rakyat, rakyat dan kita pun nampak selesa lah. Nampak serai ini, kita nampak industri hiliran ini, saya harap pihak EXCO ada tak peruntukan khas untuk serai ini untuk mengeluarkan produk-produk yang berasakan serai lah, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih yang begitu berminat dengan serai. Sebenarnya saya ada melawat pun Beranang ni beberapa kali dah dan memang saya tahu Beranang ni memang antara pengeluar serai terbesar di Negeri Selangor dan saya faham masalah tanah dengan tanah Orang Asli di situ, tapi kita cuba selesaikan. Sebenarnya kaedah itu yang saya sebutkan tadi, kita pergi yang bernilai tinggi. Sebenarnya serai ini bukan sahaja untuk kegunaan, digunakan untuk biopesticide bagi sebenarnya kita boleh buat contract farming. Contract farming ini yang kita banyak dah kita mulakan, ada yang syarikat yang bersedia untuk tandatangan beli semua serai ni. Dia beli keseluruhan sebab dengan daun dia sekali semua untuk digunakan kosmetik. Dia gunakan untuk kosmetik.
Jadi ini yang antara kaedah dia, selain kita guna untuk pasaran tempatan untuk makanan dan sebagainya dia juga boleh digunakan untuk komersial yang lebih besar termasuk contract farming ini yang sebab itu kita tumpukan kepada tanaman-tanaman yang sebegini. Jadi untuk peruntukan ini sebenarnya kita tiap-tiap tahun di bawah Stanco sahaja, di bawah UPEN, lebih daripada RM 2 juta kita belanjakan untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada industri ataupun di bawah pertanian ini. Ini tidak termasuk lagi sumbangan ataupun dana yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Banyak, memang dana kita sentiasa sediakan untuk melihat sama ada dia dalam nelayan ke, pertanian ke, ruminan ke ataupun industri asas tani, kita akan beri bantuan berterusan untuk kita pastikan industri ataupun sektor pertanian kita ini akan terus maju dan meningkat. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih. Soalan saya, apakah mengikut keutamaan jenis pertanian yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri ya untuk menggunakan kaedah pertanian moden ini berdasarkan kepada keperluan kepada rakyat Negeri Selangor dalam sudut food security ataupun berdasarkan kepada nilai tambah kepada pendapatan kepada petani-petani?
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebagaimana saya sebutkan tadi, tiga komponen utama dalam food security ini ialah, satu ialah sumber karbohidrat, yang kedua ialah sumber protein, yang ketiga ialah garam zat galian, vitamin dan zat galian. Jadi yang daripada karbohidrat ni tumpuan kita ialah, tentu lah padi. Padi merupakan sumber karbohidrat yang penting diikuti dengan jagung dan ubi-ubi lah tapi ini sebagai sokongan sahaja tapi lebih kepada padi sebab itu kita belanjakan banyak peruntukan untuk memastikan padi, pengeluaran padi akan meningkat tapi saya tetap menyebut bahawa kita tidak akan mampu mencapai 100% untuk Selangor. Kita kena bekerjasama sebagai satu negara lah. Mana dia kalau Selangor sediakan 100% keperluan semua untuk rakyat dia memang tak akan mampu kita sediakan begitu. Jadi kita kena ada kerjasama sebab itu kita senantiasa kerjasama dengan Maafi untuk memastikan benda ini dapat dilaksanakan. Untuk mengurangkan penggantungan pada import.
Yang kedua sumber protein. Sumber protein tu yang saya sebutkan tadi, kita sangat-sangat rendah sumber protein ini. Selain daripada ayam yang agak tinggi sikit, ayam. Ayam kita pengeluaran Negeri Selangor sekarang ini di sekitar 15 juta ekor satu cycle, satu kitaran iaitu lebih kurang 35 hari / 40 hari. Jadi kalau kita ambil cara mudah kata dua bulan lah. Dua bulan, makna satu bulan 7.5 juta ekor tapi rakyat Selangor memerlukan kita dah anggarkan kalau seorang dua ekor ayam sebulan average kita perlukan 15 juta ekor satu bulan. Jadi kita hanya 50% sahaja SSL. 50% pula syarikat yang mengeluarkan ayam ini, jadi siapa yang ada kelapangan, ada duit modal, sila
boleh menternak ayam. Tapi syarikat yang mengeluarkan ataupun yang menternak ayam ini dia tidak hanya menjual di Selangor, dia juga menjual di luar Selangor, jadi kita anggarkan sebenarnya kita tak sampai 50 pun, 30% sahaja sebenarnya. Kita hanya kemampuan kita setakat ini sebab itu kita usahakan cuma kekangan besar ialah makanan ayam. Itu pun menjadi tumpuan Kerajaan Negeri yang kita tanam jagung semua tu kita nak bantu supaya harga makanan ayam ini dapat kita kawal dan turunkan sikit supaya harga ayam boleh turut turun. Itu sumber protein, ayam jadi kita lihat lagi sumber protein yang agak murah yang boleh dibuat macam arnab. Macam sumber protein lain ialah ikan susu yang saya sebutkan tadi tu selain daripada yang kita pernah ratah ikan kita pun banyak tapi harga agak mahal dah sekarang. Itu kita lihat bagaimana kita dapat bantu meningkatkan sumber protein kepada Negeri Selangor untuk sumbangan negara.
Dan yang ketiga ini yang penting juga jangan kita abaikan. Walaupun ramai tak makan sayur, tak minat sayur, anak-anak muda tapi zat galian, zat vitamin galian daripada sayur-sayuran. Dari segi tanaman ini sebenarnya saya cerita semalam dalam penggulungan di Perapat yang kita, siapa yang minat kita bawa. Dia menanam lebih 50 hampir 50 jenis salad yang bernilai tinggi. Moden. RM 3 juta dalam masa dua setengah / tiga tahun dia cover balik dapat duit pulangan. Memang moden dan dia tidak menggunakan tanah. Dia menggunakan hidroponik, air dan boleh makan terus, dia tidak ada pesticide. Sangat berjaya dan dia adalah pemenang salah seorang pemenang ikon Agro yang kita gunakan sebagai mentor kepada anak-anak muda ataupun yang minat nak masuk pertanian. Kita lantik ambassador, duta kita melalui ikon Agro ini. Yang kita bagi tiap-tiap tahun anugerah. Memang boleh berjaya. Itu salad, salad, itu pun dia tak cukup. Dia perlukan lagi kawasan untuk dibesarkan dan kita bantu dia.
Ini, ini sebab itu tumpuan kita macam nanas tadi saya sebutkan, tanaman kontan ini yang bernilai tinggi, MD2, jangan tanam nanas lain. MD2 untuk Selangor, negeri lain tak apa lah kalau nak tanam nanas lain. Kita yang bernilai tinggi, yang ada pasaran eksport yang luas. Hah! contoh macam kalau nangka nak tanam pun bagus. Nangka kita tak cukup, J33, ambil jenis itu. Yang bernilai tinggi. Jadi kalau macam kelapa, terbaik matak. Kelapa lain boleh juga tapi matak ni yang terbaik bernilai tinggi. Kita buka nurseri kita yang terbaru ni di Sungai Air Tawar, 50 ekar untuk pembenihan kelapa matak.
Jadi inilah tumpuan kita, kita pergi kepada aspek yang boleh beri pulangan baik supaya warga tani kita dapat meningkatkan pendapatan mereka dalam masa yang sama juga kita menyumbang kepada meningkatkan SSL, Self Sufficiency Level bagi makanan-makanan aspek tertentu. Terima kasih.
Soalan berikutnya Hulu Bernam. Tidak hadir.
Tuan Timbalan Speaker, saya menggunakan Peraturan 24 (2) untuk soalan.
24 (2).
24 (2).
Okay. Baik. Dipersilakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Masalah Ekonomi - Inflasi Yang Semakim MeruncingQuestions
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang ekoran kadar inflasi yang semakin meruncing?
b)
Berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan tersebut?
Terima kasih Semenyih yang mewakili Hulu Bernam dalam sesi Dewan kali ini. Bagi soalan 84 yang bertanya secara asasnya, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat bagi meringankan beban-beban rakyat khususnya tentang kenaikan harga barangan dan juga kadar inflasi yang semakin meningkat?
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa program-program yang secara terus sama ada memberikan bantuan ataupun subsidi secara terus dan bersasar kepada rakyat Negeri Selangor supaya kehidupan dan juga perjalanan rakyat di dalam Negeri Selangor dapat melalui dan dapat memenuhi keperluan-keperluan asasi mereka di samping berdepan dengan kesan-kesan sekitar seperti peningkatan harga barang, bencana dan sebagainya.
Antara program yang mendapat sambutan yang begitu besar adalah Program Bingkas, iaitu di mana program ini telah memberikan sumbangan kira-kira RM 300.00 sebulan yang telah bermula Julai dan secara keseluruhannya satu tahun mereka akan
memperolehi RM 3,600.00. Tapi untuk tahun ini, maybe kita mula dalam Julai dan ia tidak lah sampai RM 3,600.00 tapi kita akan sambung lagi wang tersebut. Dan Bingkas juga dilaksanakan dengan kos lebih kurang RM 108 juta dan Bingkas dilaksanakan dengan penggunaan e-Wallet. Dengan penggunaan e-Wallet, Kerajaan Negeri akan membuat keputusan bahawa wang itu akan boleh digunakan sebagai tabungan mereka. Kalau mereka tak dapat gunakan sekarang, ia boleh digunakan di bulan hadapan atau bulan-bulan seterusnya kerana kita ingin memperkasa dan mempertingkatkan proses digitalisasi di kalangan rakyat.
Dalam jawapan yang saya berikan kepada Sungai Burong dalam beberapa hari lepas juga, saya sentuh tentang Program Jualan Ihsan Negeri Selangor Agro Prihatin dan sebagainya dan saya telah senaraikan berapa banyak jumlah ekor ayam. Tak silap saya 132,000 ekor ayam dan kita telah jual lebih kurang 62,000 tray telor dalam masa yang sama. Jumlah sayur barang-barangan lain dan lebih 20,000 minyak masak yang kita jual secara terus kepada rakyat dengan memberikan harga diskaun yang diperolehi melalui networking dan urusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor. Bagi pihak-pihak lain Kerajaan Negeri turut melaksanakan program-program kebajikan kita yang kita namakan sebagai Iltizam Selangor Penyayang yang secara asasnya mampu mengurangkan bebanan masyarakat dan rakyat di Negeri Selangor terutamanya mereka yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan seharian mereka sama ada untuk menghantar anak ke sekolah dengan Program seperti ASUH PINTAR ataupun TUNAS dan juga bantuan-bantuan yang kita salurkan daripada masa ke semasa.
Dalam pada masa yang sama, kita cukup memberi perhatian kepada anak-anak istimewa di Negeri Selangor. Program seperti ANIS telah berkembang menjadi Didik Anis, Bantuan Anis, Guru Anis dan sebagainya yang mana Yayasan Anis secara keseluruhan akan melihat secara komprehensif bagaimana anak kurang upaya ini dapat diperkasakan dan kita turut memperkasa ekosistemnya bukan hanya keluarganya kerana kita turut memberi latihan kepada guru-guru supaya mereka terlatih menangani pelbagai bentuk kelainan upaya ataupun kekurangan upaya antaranya Cerebral Palsy, harus diuruskan berbeza dengan autism. Autism harus diuruskan cara berbeza berbanding dengan downsyndrom dan sebagainya. Ini adalah langkah-langkah kita laksanakan dan daripada masa ke semasa saya percaya ia mampu memberikan tekanan ataupun mengurangkan tekanan pendapatan dan kesan perbelanjaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Semenyih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar memaklumkan perkara ini. Bagi Semenyih, pada pandangan Semenyih ada menyatakan pepatah, iaitu memberi kail lebih baik daripada memberi ikan lah.
Jadi dalam keadaan negeri kita yang telah maju, kita harap kita telah menjadi negara contoh, negeri contoh ya di Malaysia ni. Kita harap dengan peningkatan pemberian kewangan ini, saya rasa tak ada penghujungnya. Pandangan saya lah Semenyih, kalau kita bagi RM 100.00 pun akan mengatakan tak cukup. RM300.00, RM500.00 ya akan berterusannya. Ya, pandangan saya lah. Bersetuju tak Yang Berhormat apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa satu rangka rancangan jangka panjang lah seperti dulu kita pernah mengadakan kerajaan dulu lah, mengadakan apa? Ini buku hijau dan sebagainya jadi kita untuk menangani malah pemakanan, masalah kekurangan di Selangor ni boleh tak digantikan wang tunai itu dengan bentuk yang lebih intensif lah maksud jangka panjang bukan jangka masa pendek untuk menangani masalah ini. Apa cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar?
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan yang Berhormat juga harus disampaikan supaya bantuan Keluarga Malaysia yang dulu namanya BRIM dihapuskan. Itu cadangan Yang Berhormat, kalau cadangan Yang Berhormat disampaikan di sana, kita sedia pertimbangkan. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah mengambil maklum hal ini. Semenjak 2018, kita telah menggubal dan juga merangka dasar-dasar bantuan negeri daripada pemberian kepada pemerkasaan. Justeru, program-program kita tidak lagi hanya menumpu kepada pemberian, tetapi menuju kepada pemerkasaan. Sebab itu saya sentuh tadi tentang Anis (Anak Istimewa Selangor) tidak hanya bantuan kepada keluarga ataupun anak-anak yang kelainan upaya atau kurang upaya ini sahaja dalam bentuk RM5,000 untuk membeli peralatan dan sebagainya, tetapi juga melatih guru-guru memberikan didikan kepada bapa dan juga keluarga serta penjaga dan dalam pada masa yang sama, memastikan ekosistem kepada anak-anak kurang upaya ini termasuk pusat jagaannya dan juga peluang pekerjaannya dapat diperkasa kan.
Jadi proses pemerkasaan itu memang dilakukan tapi begitu, namun begitu kita melihat sumbangan terus cash and out dengan izin atau tunai ini, ia diperlukan sekarang. Ia diperlukan sekarang untuk kurang dan menjadi penampan sementara sebelum perkara-perkara masa besar ataupun panjang dilaksanakan. Yang Berhormat Paya Jaras saya rasa mempunyai program Job Fair nya, kita mempunyai program Jom Kerja nya, kita mempunyai program seperti Selangor Freelance, kita empunyai program seperti Latihan Hijrah dan Keusahawanan. Semua program ini di selaras dan selenggara untuk menjadi apa yang disebut memberikan supaya mereka dinaiktaraf dari segi pengetahuan dan kemampuan serta pemberiannya ataupun sebagainya.
Dalam pada masa sama, saya juga maklumkan kutipan Lembaga Zakat Selangor sebagai contoh, tahun lepas telah mencecah hampir satu bilion ringgit Malaysia, hampir satu bilion saya dimaklumkan oleh CEO Zakat Selangor, hampir satu bilion. Namun begitu jumlah yang dibelanjakan hampir 90% lebih 90% digunakan dikembalikan kerana kesan daripada pandemik dan sebagainya. Saya setuju pandangan Yang Berhormat dan kita sealiran namun begitu kita kena laksanakan secara berperingkat kerana kita juga yang pentingnya mengubah pemikiran dan juga
mengubah mind set supaya mereka tidak menjadi penerima sahaja tetapi menjadi menerima yang aktif dan juga berlatih untuk mengeluarkan diri daripada kemiskinan. Terima kasih.
Soalan berikutnya Sungai Ramal telah dijawab bersekali dengan soalan nombor 7. Seterusnya Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan 86.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Hutan Simpan Kuala Selangor Dan Taman Alam Kuala Selangor (KSNP)Questions
86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Benarkah Kerajaan Negeri akan membangunkan kawasan ini sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa?
b)
Adakah pembangunan ini akan menjejaskan keluasan Hutan Simpan Negeri Selangor dan seterusnya memberikan kesan kepada ekologi dan alam sekitar kawasan tersebut?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan MMKN melalui kertas EXCO MTES pada 26 Ogos 2021 telah pun bersetuju meluluskan cadangan memajukan Kuala Selangor Nature Park iaitu Taman Alam Selangor sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa. Kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan Taman Alam Kuala Selangor adalah hanya seluas 84.13 hektar sahaja. Buat masa ini Taman Alam Kuala Selangor masih dalam proses pewartaan sebagai Hutan Simpanan Kekal iaitu di peringkat penyediaan PW oleh Jabatan Ukur dan pewartaan Selangor (UPEN).
Kawasan Taman Alam Kuala Selangor ini merangkumi 28% daripada keseluruhan kawasan yang seluas 292.81 hektar. Oleh yang demikian, keluasan hutan simpan tersebut tidak terjejas dan cadangan hanya menfokuskan di kawasan pembangunan sedia ada sahaja. Sekian.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Apabila cadangan ini diluluskan, apakah kaedah penggunaan tanah yang diberikan kepada pemaju ini, sama ada mungkin dalam bentuk pajakan ataupun kalau pajakan berapa tahun yang kita benarkan untuk pembangunan termasuklah chalet-chalet seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat semalam, terima kasih.
Terima kasih Sijangkang. Kita hanya benarkan permit pengunaan tanah, so kita tidak melibatkan penyahwartaan hutan simpan, tidak. Kita hanya bagi permit penggunaan kerana pelaburan merupakan syarikat, dia bukan pinjaman bank, mereka menggunakan wang sendiri sebanyak seratus juta untuk pelaburan seratus juta dari sebuah syarikat dan mereka ingin membangun untuk mendirikan cahlet-chalet sebanyak 300 chalet yang ada. So,dia bertaraf empat bintang. Kerana pelaburan yang agak besar seratus juta, so kita mencadangkan supaya memberikan penggunaan tanah ini 30 tahun campur 30 tahun. So bukan setakat penggunaan tanah tapi dari segi pulangan, pulangan kita tidak lagi menggunakan konsep profit sharing dah, profit sharing ini memang masalah kepada kita dari dulu lagi, kerana sharing, proft sharing ini tak pernah kita dapat keuntungan. So kita bagi cadangan supaya ada pulangan nya daripada revenue sharing iaitu jumlah pendapatan kasar sebanyak 5% daripada total sales sedia. So tak kira dia untung ataupun ada profit, untuk ataupun rugi, kita tetap ada 5% revenue sharing. So ini lebih terjamin pendapatan kepada Kerajaan Negeri Selangor. So kita tidak melibatkan sama ada penyahwartaan hutan simpanan.
Saya nak bagi contoh Yang Berhormat, konsep begini bukan baru, dia berlaku dari zaman dulu lagi. Kita ada Hutan Lipur Sungai Kanching di Gombak, kita ada Hutan Lipur Sungai Chongkak, kita ada Eko Rimba Komanwel. Semua hutan simpan ini kita dibenarkan untuk menaikkan chalet-chalet untuk penggunaan tidak melibatkan pengeluaran hutan simpan. Saya nak bagi contoh di Malaysia ini, ada juga projek-projek, program begini telah pun dilaksanakan yang terutama di hutan simpan di Kuala Tahan, ada chalet-chalet dalam Hutan Simpan Kuala Tahan. Di Langkawi, di hutan Eko Rimba Hutan Simpan Mat Cincang, Langkawi juga ada. Di Taman Negeri Romping, Pahang juga dibenarkan penggunaan seperti begini dan di Bakul National Park, Sarawak ada hotel 5 bintang dalam hutan simpan dan di hutan simpan di Sabah juga ada. So ini bukan cara baru, dia telah dibenarkan. Dan yang pertama kita nak menarik pelancong di luar negara, stay tinggal di Kuala Selangor ke utara. Kalau tidak, kita tak boleh, tidak boleh mengekalkan pelancong ini stay di Selangor, mereka terpaksa tinggal di hotel-hotel di Kuala Lumpur, mereka terpaksa tinggal di Petaling Jaya, Subang Jaya dan mereka hanya menggunakan day trip ke Kuala Selangor, orang tempatan tak dapat apa-apa keuntungan pun, kerana hanya day trip.
Mereka pergi ke Sky Mirror, mereka pergi kelip-kelip, makan seafood dan balik. So, apakah, dia tak boleh menjana ekonomi penduduk tempatan. Sebab itulah kita membenarkan supaya kita nak memajukan pelancongan di Kuala Selangor. Dia perlu satu tempat tinggal yang perlu satu yang bertaraf bintang supaya boleh mengekal dan juga membawa pelancong dari luar negara terutama Jepun, Hong Kong, Korea dan Europe dan juga Arab, stay tinggal di sana untuk spend untuk majukan, untuk meninggkatkan pendapatan ekonomi orang tempatan Kuala Selangor. Sekian.
Soalan tambahan.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya ialah dengan 300 chalet dalam satu kawasan yang boleh dikatakan agak kecil, apa akan diletak sebagai syarat kepada operator ini memandangkan kawasan ini adalah satu kawasan sensitif alam sekitar dan termasuk satu kawasan yang kita gelar IBA (Important Bird Area).
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Ini lah soalan yang saya menanti-natikan. Sebab kita kena jawab, kita kena jawab kepada penduduk dan juga parti-parti pembangkang kerana parti-parti pembangkang tidak bertanggungjawab melalui surat khabar Harakah. Memang untuk apa, saya nak jawab soalan ini. So bagi cadangan untuk membangunkan kawasan Taman Alam Kuala Selangor ini, berapa penetapan zon perlindungan perlu diambil kira bagi memastikan ekosistem hutan paya bakau terpelihara.
Antara ketetapan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Menyediakan zon penampan pembangunan (buffer zone) untuk mencegah dan meminimumkan kerosakan pokok semasa proses pembangunan di jalankan. 2. Mengenakan syarat kepada pemaju untuk mengemukakan ataupun menyatakan kaedah pengurusan pelindungan pokok-pokok persisiran pantai secara agrocultural method statement di peringkat perancangan dan reka bentuk semasa planning dan design dan pra pembinaan (pre-construction) dan pembinaan (construction) dan pasca pembinaan (post-construction). 3. Memperkenalkan kaedah perlindungan pokok (tree protection plan) dan agrocultural impact assesment diperingkat syarat kelulusan kebenaran merancang (KM) oleh pihak berkuasa tempatan.
Yang penting pihak pemaju juga akan dikenakan untuk menjalankan penilaian pembangunan berpandukan laporan kajian kepentingan nilaian ekosistem hutan paya bakau sebagai fungsi perlindungan pantai terhadap komuniti dan aktiviti ekonomi persisiran pantai Klang, Selangor 2016. Sekian.
Soalan seterusnya, Taman Medan.
Pergi ke Morib di musim tengkujuh, soalan Taman Medan nombor 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Operasi Sekolah Rendah Agama Dan KafaQuestions
87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah Sekolah Rendah Agama dan KAFA di seluruh Selangor terutamanya di daerah Petaling dan DUN Taman Medan?
b)
Apakah kategori status operasi dan pentadbiran institusi-institusi tersebut?
c)
Apakah sumber pembiayaan bagi kos operasi dan pentadbiran institusi-institusi tersebut?
Terima kasih Taman Medan, saya menjawab bagi pihak Exco yang masih lagi dilanda COVID-19. Berapakah jumlah Sekolah Rendah Agama dan KAFA di seluruh Selangor terutamanya di daerah Petaling dan DUN Taman Medan.
Soalan (b), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Sekolah Rendah Agama adalah berstatus Sekolah Agama Negeri (SAN), manakala KAFAI pula berstatus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sumber pembiayaan bagi kos operasi dan pentadbiran Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) adalah berdasarkan peruntukan Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor. Manakala pembiayaan bagi kos operasi pentadbiran Kelas Agama Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) pula berdasarkan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Adakah operasi-operasi institusi-institusi yang dinyatakan itu memiliki kaitan dengan apa yang telah juga ditetapkan ataupun disalurkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, jadi mohon pencerahan daripada pihak Kerajaan Negeri.
Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, untuk KAFAI, ia disalurkan melalui peruntukan-peruntukan JAKIM. Tapi untuk Sekolah Rendah Agama Integrasi da juga Sekolah Rendah Agama, wholly under state goverment ataupun di bawah peruntukan negeri dan tambahan daripada Lembaga Zakat Selangor. So yang JAKIM adalah sekolah-sekolah KAFAI ataupun KAFAI la, kemahiran asas fadhu ain integrasi yang ada di Negeri Selangor sebab sumbangannya terutamanya melibatkan gaji sebahagian daripada guru-gurunya ataupun mereka yang terlibat. Ini kadang-kadang terjadi sebab bila pemberian bonus sebagai contoh, dia kadang-kadang ada sedikit pertikaian. Dalam pada masa sama juga kita sedang fikirkan macam mana nak meningkatkan pendapatan mereka daripada masa ke semasa kerana kosnya besar. Saya harus melihat keseluruhan sama ada daripada pihak zakat ataupun pihak peruntukan negeri supaya peningkatan kualiti gaji dan juga kehidupan guru-guru KAFA ini diberikan perhatian, kerana sebahagian daripada gaji mereka iaitu adalah datang daripada JAKIM. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 88.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 88. Sekuriti Bekalan Makanan Di SelangorQuestions
88. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Jawatankuasa Sekuriti Makanan Selangor telah ditubuhkan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
b)
Nyatakan keluasan tanah untuk aktiviti pertanian mengikut daerah.
c)
Adakah Selangor mempunyai Taman Kekal Pengeluaran Makanan TKPM) atau sebahagiannya yang terbengkalai atau belum dimajukan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Kuala Kubu Baharu bertanyakan soalan berhubung dengan sekuriti makan di Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri (kita) telah pun peringkat awal penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Selangor atau Jawatankuasa SMS, walaupun SMS jarang orang pakai tapi ini, dah telah ditubuhkan. Perbincangan awal yang terdiri daripada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh EXCO Pertanian sendiri dengan keahlian terdiri daripada wakil daripada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, jabatan, agensi serta anak-anak syarikat berkaitan dengan sektor pertanian makanan, pemain Industri Sektor Makanan, IPTA, IPTS serta golongan profesional yang boleh memberi pandangan dan cadangan serta nasihat berkaitan pelaksanaan sekuriti makanan bagi negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, penekanan jawatankuasa ini ialah kepada aspek, tiga aspek penting iaitu dari segi makanan berkaitan dengan availability (keberadaan) dan accessibility. Accessibility dan availability (kemampuan untuk capaian). Dan yang ketiga ialah affordability (kemampuan dari segi harga). Ini tiga penekanan yang diteliti oleh jawatankuasa ini untuk memastikan rantaian bekalan makanan kita akan dapat dilaksanakan dengan baik iaitu rantaian bekalan makanan ini yang penting iaitu aspek pertama ialah guna tanah, yang kedua ialah penyediaan benih dan baka yang saya sebut tadi dalam soalan sebelum ini. Aspek pengeluaran makanan di sini, production ataupun sokongan. Sebagai contoh sokongan, khidmat sokongan ialah contoh kalau pengeluaran ayam itu khidmat sokongannya ialah makanan ayam itu. Itu adalah aspek sokongan. Yang kelima ialah penyimpanan (warehousing) dan yang keenam ialah pemasaran. Ini semua adalah rantaian bekalan yang diberi perhatian supaya tidak putus dalam kita pelaksanaan di bawah jawatankuasa ini, sekuriti makanan ini.
Yang kedua ialah kepentingan kita dalam mewujudkan data dan maklumat yang tepat dan cepat dan tepat dan cepat berkaitan sektor pertanian supaya sebarang keputusan atau decision making yang kita buat itu adalah lebih relevan. Dan yang ketiga
memberi tumpuan kepada aspek yang saya sebut tadi dari segi rantaian bekalan sebagaimana sejajar dengan dasar negeri iaitu di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA).
Yang kedua, yang bahagian kedua ialah berhubung dengan isu tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, keluasan keseluruhan tanah yang di telah, untuk pertanian untuk negeri Selangor adalah 298,548 hektar (ini pada tahun 2012). Kawasan tanah untuk pertanian secara puratanya telah berkurangan sebanyak 5.3% untuk tempoh 10 tahun yang lepas. Bagi jumlah keluasan kawasan tanaman padi daripada 298,000 ini, untuk tanaman padi saja bagi Barat Laut iaitu daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor berjumlah 18,610 hektar. Itu pun ada pengurangan daripada 19,000 sebanyak 5%. Selain daripada itu, terdapat 13 kawasan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Kawasan TKPM ini ialah kawasan yang kita dah wartakan untuk penanaman (untuk pertanian) yang infranya turut dibuat oleh kerajaan persekutuan dulu dan tanahnya di selia oleh kerajaan negeri dipanggil Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dengan jumlah keluasan 1,086 hektar. Ini bagi pertanian.
Bagi TKPM ataupun Taman Kekal Pengeluaran Makanan bagi ternakan 622 hektar dan TKPM bagi akuakultur iaitu bagi tanaman atau bagi projek udang yang di bawah kelolaan Jabatan Perikanan Selangor dia 5,171 hektar (ini termasuk ternakan kerang di kawasan pesisir pantai di Kuala Selangor dan Sabak Bernam). Menjadi keluasan keseluruhan untuk semua bidang pertanian di bawah Program TKPM adalah 6,879 hektar. Sejumlah 79,574 hektar iaitu 10% dari keluasan negeri Selangor telah dicadangkan agar dikekalkan sebagai kawasan pertanian makanan. Dia ada komoditi ya. Ini pertanian. Ini sumber dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2025.
Pada bahagian yang terakhir soalan ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebanyak 12 kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di bawah Jabatan Pertanian yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman dan tanaman kontan. Pada masa ini, terdapat seramai 363 orang peserta yang menyertai projek seluas 1,351.45 hektar ini dan telah berjaya mengeluarkan hasil pertanian sebanyak 29,276 metrik tan setahun dengan nilai RM 43.3 juta setahun. Dari segi status kemajuan projek sehingga kini, semua Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Selangor masih aktif dan tiada yang terbengkalai kecuali satu kawasan iaitu di TKPM Bestari Jaya Kuala Selangor yang berkeluasan 57 hektar telah, sebenarnya kita tak hentikanlah, kita benarkan lagi 2 tahun untuk pelaksanaan program disebabkan kawasan tersebut akan terlibat di bawah Program HORAS 3,000. Sekian.
Soalan tambahan.
Kuala Kubu Bharu.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, adakah SMS iaitu Jawatankuasa Sekuriti Makanan Selangor yang ditubuhkan itu akan menjadi satu jawatankuasa induk dalam sektor pertanian kita? Khususnya berkenaan dengan makanan dan berapa kali sudah bermesyuarat dalam jawatankuasa itu? Itu ialah soalan yang pertama.
Yang kedua mengenai dengan TKPM. TKPM itu adalah satu projek yang berjaya untuk menghasilkan makanan. Adakah tanah-tanah di sekeliling TKPM itu juga, hasrat kerajaan Selangor tidak menukar mereka kepada zon lain seperti zon industri ataupun zon kediaman? Kekalkan dia sebagai zon pertanian supaya kita boleh tambah lagi ini TKPM. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Bharu. Sebenarnya kita baru saja bermesyuarat. Walaupun Jawatankuasa SMS ini walaupun kita sebelum ini memang kita laksanakan pelbagai program tapi secara rasminya kita baru saja menubuhkannya dan ini memang menjadi jawatankuasa yang induk dari segi aspek, dari segi makanan sebagai sekuriti makanan bagi negeri Selangor. Tetapi masih tertakluk di bawah Pelan Transformasi Agro disebabkan sebab itu kalau kita lihat sini dia meliputi pelbagai agensi, jabatan yang cross the board ya dan juga beberapa EXCO yang terlibat dalam, terlibat dengan makanan ini memang kita akan ada bersama. Dan juga kerjasama daripada pihak industri, players dan juga pihak IPTA dari segi research dan sebagainya. Ini kita memang memberikan penekanan penting dalam pelaksanaan Jawatankuasa SMS ini kerana pengalaman kita bukan saja pengalaman kita disebabkan pandemik ini buka mata dan sekarang ini dengan kadar inflasi. Sebab dia, sebab itu saya sebut tadi bukan saja tumpuan kepada kewujudan atau keberadaan makanan ini tetapi juga harga. Kalau mahal pun tak guna juga. Jadi harga. Sebab itu kita akan tengok sekali supaya memastikan bahawa produknya ataupun makanannya available, ada. Dan juga dapat diberi, dibeli, didapati, diperolehi dengan harga yang berpatutan dan Insya Allah kita akan sedang dalam tingkat tahap penyediaan rujukannya. Dan juga di peringkat nasional pun, di peringkat pusat pun memang dah ada Jawatankuasa Sekuriti Makanan ini yang kita sentiasa bekerjasama untuk memastikan bahawa perkara ini dapat ditangani secara bersama dengan pihak kerajaan pusat.
Tentang TKPM ini memang kita bukan saja TKPM, sebab itu kita wujudkan SSAP, SSAF ini iaitu Smart Selangor Agro Park. Ini merupakan inisiatif sepenuhnya Kerajaan Negeri. TKPM ini usaha sama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan tanah-tanah yang lebih luas bagi kawasan pertanian yang pertanian moden yang saya sebutkan tadi. Tapi kita menghadapi kekanganlah. Ini disebabkan banyak juga tanah-tanah yang kita usahakan bersama dengan GLC, bila kita turun, saya bagi contoh di Rawang 700 ekar dengan MBI. Bila turun tengok keseluruhan kawasan dah diceroboh. Jadi 700 ekar, ingatkan ada la lagi 200 ke 300 ekar kita boleh guna. Tak boleh. Penuh dengan sawit dan sebagainya. Walaupun dia pertanian tapi itu komoditi. Kita kira makanan tanaman, makanan ini. Jadi kita
sentiasa berusaha untuk mendapatkan tanah-tanah yang sesuai di negeri Selangor dan bila ada kewajarannya untuk tanah itu kita akan bangunkan untuk pertanian moden ini dan kita akan buat secara kaedah yang disebutkan tadi dalam Pelan Transformasi Agro Selangor. Terima kasih.
Soalan susulan.
Bukit Lanjan.
Okay terima kasih. Yang Berhormat Pandan Indah, saya ingin dapat pendapat daripada, pandangan daripada Pandan Indah tentang penanaman ataupun penggunaan tanah rizab TNB di negeri Selangor yang sebenarnya adalah tanah kerajaan negeri untuk dalam projek untuk menambah lagi sekuriti bekalan makanan di Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun kita tengah bual perkara ini di luar, kita bawa ke Dewan jugalah sebab benda ini jadi agenda penting. Dia apa yang berlaku ini ialah kita memang ada perbincangan dengan pihak Tenaga Nasional untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan rintis ini di manfaat dengan terbaik terutama yang di dalam kawasan bandar dan memang banyak illegal punya. Kalau tidak diurus dengan baik, illegal punya akan masuk. Persoalannya di sini ialah tanaman ini memang dalam syarat untuk pembangunan ataupun tanaman. Memang dibenarkan tanaman kontan kecuali ada beberapa jenis tanaman yang agak berbahaya contohnya pisang. Ramai orang tak tahu pokok pisang ini untuk tahun lepas saja ada berlaku empat kali black out, tripping disebabkan oleh pokok pisang. Sebab dia pokok yang agak tinggi dan dia juga berair dan memang menyebabkan, saya dah tengok daripada Laporan Tenaga Nasional ada emat tempat tripping itu terbakar. Ini sebab itu pokok pisang tidak dibenarkan tapi tanaman lain tidak ada masalah dan permohonan perlu dibuat dengan cara memohon di pejabat daerah/pejabat tanah dan akan di ulasan daripada Tenaga Nasional. Cuma saya minta Tenaga Nasional supaya buat standard yang lebih jelas supaya ada sesetengah tempat boleh, sesetengah tempat tak boleh. Jadi ini merupakan perkara yang dah kita timbul dan bincangkan dan moga-moga perkara ini dapat diperbaiki dengan baik untuk masa depan ini.. Terima kasih.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Memandangkan sekarang ayam sudah ada lebih di pasaran dan juga dan adakah kerajaan akan review ataupun meneliti semula rancangan untuk menanam jagung di hutan di Kuala Langat Selatan? Terima kasih. Sekarang ayam sudah lebih, adakah sesuai lagi menanam jagung di hutan di Kuala Selangor Selatan?
Pelik betul soalan Sungai Pelek.
Apa yang pelik?
Sudah ada rancangan kan?
Tak, tak, tak.
Ha, adakah akan review itu?
Okay, pendek saja.
Mengapa gunakan hutan?
Macam inilah Yang Berhormat ya. Jagung ni sebenarnya kita meng-import hampir keseluruhan. Hampir keseluruhan. Sikit sahaja yang kita usahakan sendiri. Setahun kita perlukan 4 juta tan jagung ini. 4 juta tan jagung ayam ini. Pada sebelum pandemik, harga dia 1 tan RM 1,000. Sekarang untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekarang ini harga dia RM 2,600 1 tan. Kita meng-import ketika sebelum pandemik 3.3billion, saya jangkakan sekarang ini, untuk tahun ini akan naik ke 7 billion. Jagung ayam, makanan ayam ini, jagung bijirin ini. Jadi sudah sewajarnya kita dapat sumbangkan sikit daripada 4 juta ini kita buat dalam supaya kita dapat bantu negara supaya mengurangkan pergantungan pada import. Jadi sebab itu kita telah...
Soalan saya ialah kenapa tak gunakan tanah? Mengapa gunakan hutan? Gunakanlah tanah yang sesuailah.
Kawasan itu sebenarnya...
Mengapa gunakan hutan?
Nanti Yang Berhormat. Saya, yang jaga hutan EXCO lagi satu. Tempat ini sebenarnya di bawah reforestation. 30% akan kita tanam semula dengan pokok-pokok hutan dan sebahagiannya untuk pertanian. Memang dibenarkan hasil hutan begitu. Dan jagung ini kita tengok kesesuaian. Kalau tak sesuai, tempat mana pun tak boleh tanam. Walaupun di mana. Jadi tempat yang sesuai kita tanam dan kita mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Hutan. Ini yang kita laksanakan di
Saya bukan expert agriculture lah tapi tanah...
Tuan Speaker. Peraturan Tetap 24(4)
yang sesuai untuk jagung banyak. Jadi...
Tuan Speaker
Janganlah di hutan.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap 24(4) seorang tidak boleh menggunakan masa pertanyaan untuk membahas. Saya rasa ini dah cukuplah, sudah satu jam saya dengar macam ini.
Apalah marah-marah? Apalah marah-marah?
YB Sungai Pelek adalah Yang Berhormat yang sangat senior. Jadi jangan guna masa pertanyaan untuk membahas.
Saya tanya kerajaan akan meneliti.
Tuan Speaker. Saya akan rujuk.
Itu bukan berbahas.
Saya akan rujuk Sungai Pelek
Saya tanya.
Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Hai Bukit Lanjan ni
kalau Sungai Pelek tidak berhenti.
Ya.
You ambil masa YB Jeram.
Hahahaha
Tengok, sudah habis.
Baik. Saya beri peringatan
Soalan saya juga tu.
Ahli-ahli Yang Berhormat ya. Semasa sesi soalan jawab harus bertanya soalan tambahan ya. Bukan berbahas ya. Sikit-sikit bolehlah kan yang bersesuaian. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul Nombor 14 Tahun 2022 Usul Rancangan Selangor Pertama 2021-2025Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Usul Nombor 14 Tahun 2022 Usul Rancangan Selangor Pertama 2021-2025.
Saya persilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Soalan pelek jangan keluar. Nak jawab ada bukti ni. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Terima kasih Speaker dan seluruh Ahli Dewan. Alhamdulillah kita sampai di penghujung usul pembentangan Rancangan Selangor Pertama yang merupakan salah satu daripada anjakan yang sangat progresif dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam unsur-unsur merancang dan merangka pembangunan di dalam negeri Selangor. Sebagaimana yang disebutkan banyak pihak, kitalah negeri pertama di Malaysia yang membentangkan lima tahun pelan kita secara komprehensif. Walaupun saya pasti ia adalah satu proses yang berterusan yang bukan satu dokumen yang kekal, maksud saya tidak boleh diubah-ubah kerana dalam peringkat-peringkat tertentu ia masih boleh dinilai untuk penilaian separuh penggal ataupun beberapa perkara daripada masa ke semasa. Secara asas saya mendengar hampir semua perbahasan, kadangkala saya tidak ada di Dewan tetapi saya mendengarkannya melalui siaran langsung dan saya dapatkan melalui pegawai-pegawai yang mencatatkan, saya tidak nampak bantahan yang besar daripada seluruh Ahli Dewan Kerajaan dan pembangkang tentang keutamaan Selangor melaksanakan Rancangan Selangor Pertama ini. Jadi saya ucapkan terima kasih di atas dokongan-dokongan yang telah diberikan oleh seluruh Ahli Dewan kerajaan dan pembangkang.
Dan ada beberapa perkara yang disentuh oleh Ahli-Ahli Dewan yang saya akan cuba simpulkan dan jawab dalam sesi penggulungan pada kali ini. Perkara pertama yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan pragmatis ataupun pragmatik ataupun achievable ataupun doable terhadap rancangan ini. Rancangan ini telah menggariskan beberapa perkara untuk kita capai. Antara yang cuba kita capai ialah pencapaian 30% sumbangan KDNK kepada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2025. Kalau kita ingat sedikit sebanyak dalam sesi pembentangan belanjawan tahun 2022 dan sebelum itu ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Selangor Pemulihan saya telah mensasarkan bahawa menjelang 2030 negeri Selangor berkemampuan untuk memberikan sumbangan 30% KDNK ataupun
keluaran dalam negara kasar kepada GDP ataupun Kepada KDNK Nasional. Ahli Yang Berhormat sekalian pada tahun lepas tahun 2021,sumbangan KDNK kita kepada Federal ataupun Persekutuan hampir mencecah ¼ ataupun 25%. Sumbangan kita telah mencecah 24.8%. Sebelum itu kita punya sumbangan lebih kurang 24.3%. Sebelum itu sumbangan kita lebih kurang 24.1% ataupun 23.7%. Secara purata daripada sumbangan KDNK kita tiap-tiap tahun kita akan memberikan peningkatan lebih kurang 0.5% kepada KDNK Nasional. Dan unjuran ini kalau kita teruskan secara konsisten daripada tahun 2021, 2022, 2023, 2025 siapakah capaian KDNK yang kita dapat capai kalau tanpa Rancangan Selangor Pertama. Tanpa Rancangan Selangor Pertama sahaja menjelang tahun 2025 kita mampu menyumbang hampir ataupun 27% kepada keluaran dalam negara kasar. Inilah di antara perkara yang saya sebutkan ketika Simposium Perancangan Selangor Pertama bahawa impian kita untuk membuat Rancangan Selangor Pertama ataupun garapan kita terhadap Rancangan Selangor Pertama adalah untuk memperligat usaha-usaha pembangunan dan juga mengangkat dan mengupayakan program-program pembangunan dan kemajuan di peringkat negeri. Kerana daripada tahun ke tahun masa ke semasa peningkatan yang ditunjukkan adalah kurang 1% sekitar 0.1 paling tinggi mungkin 0.8 dan kadang-kadang dan biasanya berada di dalam median 0.5%. Ini bermakna dengan Rancangan Selangor Pertama, kita akan mampu mengujakan masyarakat di luar sana termasuk kumpulan-kumpulan perniagaan, syarikat, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan orang-perorangan untuk melaksanakan program-program pembangunan yang jelas daripada pihak kerajaan negeri. Kita ada SABDA sebagai contoh. Kita ada IDRISS sebagai contoh. Kita ada Pembangunan Wilayah Kawasan Stadium sebagai contoh. Kita ada kawasan pembangunan SMG Selangor Maritime Gateway sebagai contoh. Lokaliti-lokaliti yang dipanggil sebagai pembangunan wilayah ini akan mampu mengujakan dan menambah baik serta menambah nilai pembangunan yang tanpa kita lihat dalam atas kertas saja. Saya ambil satu contoh, saya baru bincang dengan Yang Berhormat Bandar Klang sebentar tadi. Antara perkara yang mendapat respons segera apabila kita umum tentang IDRISS. Salah satu komponen dalam IDRISS adalah Selangor-Eropah, SEP yang kita telah buat soft launchnya ketika Farnborough Airshow di United Kingdom baru-baru dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada Kerajaan Persekutuan ataupun pemain-pemain industri. Dalam Selangor Agropark yang kita siapkan dalam rancangan ini adalah pembangunan untuk 2,000 ekar. Belum pun kita menyelesaikan proses KMnya ataupun urusan tanahnya pihak Invest Selangor dan Yang Berhormat Bandar Klang telah dihubungi oleh pemilik tanah bersebelahan dengan tapak cadangan 2,000 ekar untuk metambah 1,000 ekar lagi. Ini menunjukkan bahawa keterujaan dan juga tarikan terhadap program Rancangan Selangor Pertama saya percaya sasaran 30% yang kita sasarkan untuk sumbangan KDNK walaupun kita sasarkan pada tahun 2030 disebabkan tiada Rancangan Selangor Pertama, Rancangan Selangor Pertama masih boleh mencapai pada tahun 2025 untuk sumbangan 30% kepada KDNK ataupun keluaran dalam negara kasar dalam negara kita dan negeri kita. Kalau kita melihat kepada projection yang dibuat secara konvensional ataupun konservatif maafkan saya. Memang kita akan hanya
mencapai 27% pada tahun 2025 tetapi dengan rancangan Selangor pertama dengan simptom yang saya sebutkan di Selangor-Eropah yang belum lagi kita dengar di SABDA ataupun beberapa maklum balas berkenaan dengan SMG yang setelah mengembang daripada bukan hanya proses pembersihan Sungai Klang dan kawasan pesisirnya tetapi juga telah merebak kepada kawasan-kawasan seperti Pulau Indah dan kawasan Pelabuhan Klang yang merupakan salah satu kawasan-kawasan yang sedia terbangun tetapi mampu untuk digubah dan dirancakkan lagi.
Kita sebagai contoh melihat bagaimana penyusunan semula di kawasan Teluk Gong oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. Ini semua adalah langkah-langkah susulan dan keterujaan yang lahir daripada planning dan rancangan yang telah disusun oleh pihak Kerajaan Negeri. Kalau ditanya dengan saya secara konservatif memang akan dapat 27.5 atau 27% sumbangan menjelang tahun 2025 tetapi kalau kita melihat kesan-kesan sampingan the ripple effect, kesan riak, simptom yang saya sebut satu dua perkara tadi kesannya boleh mencapai 30% pada tahun 2025. Namun begitu sebagai saya maklumkan tadi bahawa menjelang pertengahan terma ini ataupun menjelang pertengahan lima tahun ini kerajaan negeri masih boleh membentangkan rancangan separuh penggal ataupun review midterm review dengan izin Yang Berhormat Speaker terhadap Rancangan Selangor Pertama sebagaimana praktis dan juga sebagaimana cara dan kaedah yang dilaksanakan dalam RMK-RMK. Saya percaya di antara 27 ke 30% angkanya 3% tu nampak kecil tapi sumbangannya besar. Yang Berhormat sekalian kalau saya boleh detail kan sedikit, kita memerlukan kira-kira pertambahan lebih kurang 22 bilion tiap-tiap tahun untuk mencapai peningkatan yang lebih. Kalau kita lihat daripada tahun 2020 ke tahun 2021 iaitu sumbangan kita yang meningkat daripada 326 bilion kepada 343 bilion kita mempunyai peningkatan sekitar RM 16.7 bilion. Daripada tahun 2018 ke tahun 2019 saya dapati dan saya rasakan bahawa ia juga mempunyai angka yang hampir sama dan ini akan memberi kesan ataupun memberi impak secara langsung terhadap keluaran dalam negara kasar dalam negara dan sasaran 30% itu realistik, pragmatik dan boleh dapat dicapai dengan syarat kita semua dapat melaksanakan dan dapat mempersiap dan menyiapnyiagakan kehidupan kita dengan sepenuhnya. Menyentuh tentang KDNK saya ada mendengar di luar-luar sana terhadap kemampuan kita dan keupayaan negeri Selangor dalam melaksanakan program pembangunan ataupun merancakkan dengan ditunjukkan terhadap peratusan perkembangan KDNK. Dia kena beza KDNK dengan KDNK berkapital. Baru-baru ini ada orang mempertikaikan negeri Selangor peningkatan KDNK perkapitanya rendah kira-kira 88% berbanding negeri-negeri lain yang telah mencatatkan lebih daripada seratus peratus peningkatan KDNK perkapita daripada tahun tertentu 2010 sampai 2017. Begitu angka-angkanya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, ini yang saya rasakan perlu diingatkan kepada semua pihak-pihak ini supaya melihat dengan perkara terperinci dan melihat angka jangan terpedaya dengan peratusan-peratusan kerana peratusan-peratusan ini akhirnya akan memperdaya terhadap angka sebenar dan realiti sebenar yang berada dalam negara kita. Ahli Yang Berhormat sekalian, di antara
perbandingan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri berkenaan dengan KDNK Selangor dan juga KDNK Wilayah Persekutuan. Ini satu perbandingan yang saya rasa tidak adil kepada negeri Selangor. Pertama kita lihat jumlah penduduk di negeri Selangor dan juga jumlah penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kita daripada tahun ke tahun pada tahun 2008 penduduk kita sekitar 4.5, 4.8 juta rakyat. Hari ini telah mencecah hampir 7 juta. Menjelang tahun 2017, saya rasa angkanya lebih mudah, lebih kurang 6 juta orang berbanding dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.8 juta. dan hampir sebahagian kalau tidak 50% pun saya yakin, berani potong jari 40% kepada kegiatan ekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah disumbangkan oleh orang-orang Selangor yang tinggal di negeri Selangor. Mereka melakukan aktiviti ekonomi, berniaga, berurusan pejabat di Kuala Lumpur. Tinggal di mana? Tinggal di Ampang, tinggal di Kajang, tinggal di Petaling, tinggal di Subang, tinggal di Shah Alam pun ramai. Jadi untuk membandingkan begitu, tidak perbandingan yang adil daripada bekas seorang Perdana Menteri dan satu perbandingan yang cuba untuk menipu serta memperdaya terhadap angka-angka tersebut. Sebentar Hulu Kelang. Nanti saya nak habiskan dahulu. Mari juga kita lihat terhadap apa yang telah disumbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Pada tahun 2021 kita telah menyumbang 361 bilion RM 361,192,000,000 ambil kira KDNK perkapita kira-kira RM 55,568. Ini kalau dikira percapital. Dan perbandingan terhadap Kuala Lumpur adalah sebanyak 124,232 tetapi kita lihat sumbangan KDNK yang sebenar yang diberikan oleh Kuala Lumpur hanya 217,406,000,000 berbanding dengan kita 361 bilion lebih daripada 100 bilion perbezaan. Sebab apa angka Kuala Lumpur nampak lebih besar sebab jumlah penduduknya kecil. Jumlah penduduknya kecil. Ini mungkin Bendahari Barisan Nasional yang baru belum mampu menasihatkan bekas Perdana Menteri atas ucapan-ucapan yang disampaikan.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, dia bandingkan pula dengan Pahang. Saya sebut Pahang. Pahang sumbangan kita 361 bilion pada tahun 2021. Pahang hanya menyumbang 65 bilion. 65 bilion berbanding dengan 361 sekali lagi, penduduk Pahang mungkin 2 juta orang lebih. Kira-kira 200 ribu berbanding Kuala Lumpur dengan saiz tanah, harga tanah yang jauh lebih rendah dan ini satu perbandingan, nak lihat peratusan tak lihat kepada perkara rinci. Mungkin selepas ini Bendahari yang tersebut yang baru diumumkan boleh menasihatkan UMNO Selangor bagaimana melihat angka dengan tepat supaya kita tidak membuat perbandingan terhadap KDNK dan lihat keupayaan negeri Selangor secara keseluruhan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihan sekalian, sebab itu tentang KDNK unjuran ini saya percaya, Alhamdulillah kita berada dalam track yang betul dalam urusan yang betul untuk berkembang sampai 27%. Tapi dengan Rancangan Selangor Pertama sekiranya pengupayaan-pengupayaan yang kita lakukan ini dapat dicapai dan dapat digapai dengan betul. Insya-Allah saya percaya angka 30% boleh dicapai dan kita boleh melihat dalam midterm review kita akan kemukakan ketika sesi dewan pada penggal akan datang.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Perkara kedua selepas daripada gambaran makro terhadap keupayaan kita ialah berkenaan dengan kemampuan kewangan. Adakah kita mampu mengeluarkan kewangan kita sendiri? Sebagaimana yang saya sedia maklum dan saya maklumkan sebelum ini di dalam Dewan, Rancangan Selangor Pertama berbeza dengan Rancangan Malaysia adalah mengambil kira keseluruhan, tiga item ini di antara projek, program dan juga pelaksanaan Kerajaan Negeri. Program, projek dan pelaksanaan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga program, projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat swasta, termasuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Tiga komponen ini secara keseluruhannya saya boleh bandingkan begini, 7.16 bilion adalah peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebagai modal pemula dan pemangkin kepada pelaksanaan 262 projek yang kita laksana dan kita gariskan dalam Rancangan Selangor pertama. Manakala projek persekutuan adalah berjumlah RM 120 bilion. Projek-projek ini termasuk projek seperti ECRL dan beberapa projek yang terkandung dalam rancangan Malaysia ke 12. Dan pada masa yang sama kita mempunyai kira-kira 85 bilion adalah projek-projek daripada pihak swasta. Ini yang digariskan dalam IDRISS dalam SABDA anak syarikat Kerajaan Negeri SMG, Landasan Lumayan, Landasan Berjaya dan pelbagai syarikat yang lain, yang bukan hanya merujuk kepada anak syarikat Kerajaan Negeri. Daripada mana angka-angka ini datang sudah pasti daripada senarai investment, pelaburan telah kemukakan semalam dalam penggulungan, Yang Berhormat Bandar Klang sebutkan dalam IDRISS baru kita sebutkan ada sebahagiannya sudah sampai tahap kebenaran merancang. Maknanya bukan lagi urusan tanah dan sampai pada kebenaran merancang, lepas kebenaran merancang, perlu kebenaran bangunan dan boleh dijalankan dan dibangunkan. Saya percaya inilah sumber-sumber yang kita perolehi dan orang ingin menjurus lagi kemampuan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Dua player utama anak syarikat Kerajaan Negeri atau tiga yang kita nak lihat adalah tiga iaitu MBI, PKNS dan PKPS. Ketiga-tiga ini Alhamdulillah dalam tempoh masa pentadbiran Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan telah disusunkan semula dan diselenggara supaya tidak membebankan antara satu sama lain. Antaranya PKPS, PKPS yang pernah kita ambil pada tahun 2008 dalam kedudukan kewangan yang tidak stabil. Sekarang sudah mampu untuk menjana projek penjanaan seperti peta dan program-program yang lain. Selain daripada peningkatan hasil kelapa sawit, tetapi juga telah menumpu kepada projek-projek kita seperti penternakan ayam yang begitu berjaya, seperti penanaman sayur yang sekarang diuruskan dan kalau ia fokus dengan lebih jelas saya percaya PKPS boleh penguja dalam bidang pertanian, termasuk dalam sebahagian dalam projek SABDA dan beberapa projek-projek yang lain. Begitu juga dengan MBI, MBI sebelum ini kita strukturkan semula, kita susun supaya tidak ada dividen threat dengan izin. Dan beberapa anak syarikat MBI mempunyai kemampuan kewangan yang berlipat kali ganda hasil daripada investment yang besar. Dengan syarikat manufacturing dengan izin atau pembuatan, terlibat dengan syarikat pembuatan bukan hanya dalam negara, tetapi di luar negara. Pembuatan mold plastik sebagai contoh mempunyai kilang dengan pemegangan dengan ikuiti yang besar dalam syarikat-syarikat di Vietnam di China di Amerika Syarikat, di Malaysia, di Pulau Pinang
di Selangor dan juga pengeluar kepada bahan chemical untuk kegunaan yang hampir digunakan oleh semua syarikat-syarikat pengendali air di negeri Selangor dan juga di Malaysia. Saya percaya dengan kemampuan ini dan penyusun ini akan dapat menjana dana dan mengerakkan kemampuan tersebut terhadap liabiliti-liabiliti tertentu yang ditanggung. Mereka mempunyai pelan perancangan secara korporat untuk menyelesaikan saya yakin mereka boleh selesaikan walaupun ada pertimbangan antara yang A yang B mana satu nak dulu, mana satu nak mula sebab itu kita yakin dan percaya ia boleh digerakkan dan direncanakan dengan keupayaan kedudukan kewangan.
Pertama tentang unjuran makro, kedua tentang keupayaan dan kewangan dan yang ketiga yang dirujuk yang ditanya ramai tanya baik Ketua Pembangkang, baik Sijangkang, baik Bukit Gasing, baik Banting. Semua tak hadir, Sijangkang hadir. Adalah bagaimana keupayaan dan kemampuan pelaksanaan ini, satu cabaran. Seterusnya sebab itu dalam buku yang kita kemukakan dalam muka surat 198 sehingga muka surat 203,204,205. Kita telah menyiapkan satu tempoh dan juga satu draf dan satu rantaian, rangkaian bagaimana proses pelaksanaannya. Daripada pembuatan dasar daripada di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi kepada kor Jawatankuasa yang akan diketuai oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri kepada bilah-bilah sektor. Sektor ekonomi sebagai contoh, akan diketuai secara asasnya oleh MBI ya, sektor sosial sebagai contoh akan diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi yang juga mengendali banyak program-program Iltizam Selangor Penyayang dan sebagainya. Dan juga sektor seperti Alam Sekitar Kelestarian uruskan oleh Pengarah UPEN dan tadbir urus akan diuruskan ataupun ditadbir atau di bahagian pengurusan SUK. Ini empat sub sektor penting yang melihat kepada keberkesanan dan pelaksanaan dan kali pertama sebuah rancangan tempat rancangan pembangunan meletakkan tadbir urus sebagai salah satu kerangkanya. Sebab itu program yang kita war kan dalam ucapan itu adalah SELGDX. SELGDX itu apa? SELGDX ialah perkongsian data dan maklumat. Di antara jabatan-jabatan dan ada persetujuan untuk pelepasan data-data tersebut tanpa merujuk kepada jawatankuasa itu balik atau jabatan itu balik. Ke atas persetujuan atas permohonan mana-mana jabatan. Saya ambil contoh, Jabatan Alam Sekitar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, merujuk kepada satu individu dengan one common denominator iaitu IC, kita boleh melihat apakah sumbangan Lembaga Zakat ataupun Kebajikan kepadanya. Apakah kesalahan Alam Sekitar yang pernah dilakukan oleh mereka. Satu tekan sahaja kita boleh dapat kedua-dua maklumat, hasil persetujuan jabatan dengan program seperti program SELGDX ataupun Goverment Sharing Document ataupun agenda yang akan dilaksanakan dan telah siap dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Ini akan meringkaskan di antara jabatan, itu contoh yang kurang selari tapi kalau dalam permohanan-permohonan kebajikan kita juga kena semak antara Zakat dengan JKM. Kita juga kena semak dengan CSR,MBI. Kalau maklumat-maklumat ini di sharing bersama dengan satu platform, SELGDX akan meringkaskan dan tidak perlu tiga hari, silap-silap hanya tunggu setengah hari kita akan dapat keputusan terhadap permohonan yang dikemukakan. Sebab itu salah satu unsur yang penting dalam
penyampaian adalah urus tadbir dan urus tadbir ini akan dilengkapkan pula dengan program atau jabatan yang kita panggil sebagai SIAP. SIAP yang saya umumkan di dalam Belanjawan yang lepas telah ditubuhkan dan hanya akan tunggu akan dilaksanakan. Unit Pelaksana Dan Pemantauan Prestasi Selangor dan SIAP ini secara keseluruhan akan melihat, melapor daripada hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan. Laporan mereka untuk melihat kemampuan dan keberkesanan terhadap pelaksanaan projek-projek yang dilakukan. Contoh-contoh yang diberikan Sungai Air Tawar sebagai contoh ini adalah sebahagian masalah-masalah apabila kita terpaksa mewarisi legasi. Legasi yang besar, yang lama, yang terpaksa diuruskan semula. Apabila diberikan contoh, contohnya adalah ABMK yang semalam yang dijawab sedikit oleh Yang Berhormat Paya Jaras. Kalau kita susur ke belakang sedikit apa penyakit awal ABMK ini, penyakit awalnya ialah apabila tanah padang latihan Persatuan Bola Sepak negeri Selangor di Kelana Jaya diberikan ke hak untuk membangunkan kepada syarikat kroni UMNO dan digantikan kepada bangunan di ABMK yang tidak lengkap. Mereka menganggarkan bangunan itu bernilai belasan juta. Nilaian JKR, RM 6 juta. Kita bagikan sepatut bangunan itu untuk FAS, FAS tak nak terima sebab nilaian itu tak sepadan dengan ganti rugi yang sepatutnya. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016, 2017 kita telah menggantikan atau menaikkan taraf dan kita buat Akademi Merah Kuning pada tahun 2016,2017 2018 dan sekarang kita sewakan balik kepada sebuah syarikat kerana ia adalah urusan Persatuan Bola Sepak Melayu kerana Persatuan Bola Sepak Melayu kita pertanggungjawaban untuk membuat program pembangunan Bola Sepak. Pada ketika ini saya percaya pihak FAS kembali ingin menggunakan bangunan tersebut dan kita boleh berikan pada ABMK. Ini kita sebutkan kalau boleh kita uruskan daripada legasi dia ada masalah rintangan-rintangan tertentu. Sentuh tentang Carlton Holiday. Carlton Holiday Hotel kalau kita tengok Carlton Holiday Hotel adalah bangunan tak siap. Kenapa tak siap? Kita tak tahu lantikan kontraktor pada zaman itu, kemudian konon-kononnya ada kontraktor penyelamat. Kontraktor penyelamat tersebut mempunyai ikatan dengan syarikat yang memegang Carlton Holiday Hotel sampai 2026. Berapa pegangan mereka? 25%. Syarikat ini juga yang memegang bangunan yang tak siap tadi. Jadi kalau kita nak ubah nak buat apa-apa, we still have to deal legacy problem. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, jadi bukan semua benda perkara boleh dilaksanakan secara terus laksana habis. Begitu juga dengan hal Stadium. Yang Berhormat, tak pasti berapa banyak kali saudara masuk stadium, tapi daripada tahun 2015 sampai tahun 2016, hampir setiap 2 minggu saya akan pergi ke stadium sebagai pengurus bola sepak negeri Selangor. Dan juga berapa kali kita telah laksanakan prosesnya, bilakah stadium tidak boleh digunakan? Bilakah? Saya nak tanya. Ia tidak dapat dilaksanakan atau tidak dapat digunakan betul-betul adalah pada tahun 2020 atau 2019. 2020 kalau tak silap saya. Sebab apa? Sebab bumbungnya sudah tidak bertahan lama. Sebelum itu 2018 Pertandingan Akhir Piala Malaysia dilaksanakan di mana? Di stadium Shah Alam. Sultan Selangor Cup 2019 2018 dilaksanakan di mana? Stadium Shah Alam. Itulah hasil daripada apa nampak tak nampak, dia tak nampak sebab dia tak pergi stadium. Kalau orang pergi stadium dia nampak, dia nampak, dia boleh laksanakan. Tapi pada tahun 2020 kalau tidak
salah saya, kalau mungkin awal 2019 pihak FAM sebut, stadium ini tidak lagi selamat. Dan daripada situlah kita mula meneroka macam mana kita nak repair. Kita tengok laporan 2013, kita angkat lagi sebuah jabatan betul, ini bukan penilaian yang dibuat oleh syarikat. Ini adalah penilaian yang dibuat oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri diketuai oleh siapa? Diketuai oleh Dato’ Roslan bekas Pengarah JKR Selangor. Bahagian Pengurusan Jalan JKR Wilayah, ataupun JKR pusat pada tahun 2019, 2020.
Jadi Yang Berhormat sekalian tentang proses untuk naik taraf penyelenggaraan, nampak tak nampak ada nampak. Contohnya Sea Games 2017, berapa pertandingan bola sepak dilaksanakan di Stadium Shah Alam? Kenapa dia boleh dilaksanakan? Kerajaan Negeri belanjakan dekat 600 ribu ringgit masa itu, Pusat offer 400 ribu ringgit. Tak apalah kita gunakan duit peruntukan kita, gantikan bumbung-bumbung terbabit dan kalau nak ganti bumbung ini bukan rumah, saya tahulah Kuang banyak rumah, tapi boleh banding stadium dengan rumah. Rumah dengan stadium lain, dia mempunyai eko-sistem kalau kita cakap bumbung kita ganti bumbung. Dia mempunyai besi nya, mempunyai mme nya dan mempunyai rangkainya. Dia bukan satu isu, jadi kita kena lihat keseluruhannya, sebab itu bila keseluruhan, kita tengok kosnya daripada 300 juta telah meningkat kepada 700 juta. Kalau kita ubah suai kita naik taraf dengan kaedah dengan bangunan sedia ada. Itu ada pula orang cakap kenapa besar sangat, ialah harga besi pun naik, harga simen pun naik.
Boleh buat celahan? Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya nak tanya kepada Yang Amat berhormat. Pengerusi Jawatankuasa bantahan ataupun pertahankan stadium adalah Dato’ Salamon Selamat. Kita tahu siapa Dato’ Salamon Selamat ini. Beliau ialah mantan ADUN Batu Tiga dan beliau adalah daripada UMNO. Kita pelik kenapa beliau beria-ia pertahankan. Ini daripada UMNO juga kumpulan ini yang mempertahankan konon Jawatankuasa pertahankan stadium ini. Itu yang pertama. Yang kedua, saya ada baca fakta bahawa satu ungkapan “saya dan kelab Selangor FC amat teruja dengan pengumuman projek ini dan saya fikir semua orang di Selangor juga patut memiliki perasaan yang sama” Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC. Jadi saya tak faham kepada Ketua Pembangkang ini asyik nak mempertahan stadium ini.
Masing-masing ada, motifnya beza. Kalau motifnya untuk kemajuan pembangunan infrastruktur baru saya rasa, tidak ada yang menentang. Tapi motifnya kalau di belakangnya politik dan nak dijadikan isu politik, tak selesai. Jadi sebab itu Kerajaan Negeri bagi RM 787 juta, RM 780 juta dan kalau kos pembinaan lebih murah, kenapa kita nak belanja RM 787 juta. Dan konsepnya adalah land swaping dan bulan 9 nanti kita akan brief kan secara menyeluruh komponen dan itemnya.
Di sana masih ada ruang kita pun tak nak bagi lama sangat, dalam masa dua, tiga bulan harapnya dalam bulan pertama kita akan dapat selesaikan dan ini adalah
projek-projek khas termasuk IDRISS, termasuk SABDA. Kita akan laksanakan beberapa kemudahan termasuk mungkin kemudahan daripada segi premium, kemudahan daripada segi pelepasan tertentu kerana ia penting untuk kemajuan negeri dan juga untuk projek penaiktarafan negeri. Ada anggap kita ini, kita buat suka-suka. Tidak. Sebab saya sebutkan sequence dia, 2013, 2020 dan ke atas. Daripada situlah kita dapat laksanakan dan kita dapat rangka tentang Stadium Shah Alam, daripada segi pelaksanaan dan juga bagaimana nak buat kerja.
Stadium Old Trafford pun diruntuh dan dibangunkan semula. Ini tak menjadi masalah. Yang masalahnya nak tengok legasi. Legasi itu jadi masalah kalau ia terus berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan dari sudut penyelenggaraan. Kenapa nak belanja lebih mahal kalau kita boleh uruskan dengan cara efektif dan lebih berkesan. Itu persoalan utamanya dan semua komponen utamanya di antara Stadium dan Stadium Melawati, kita akan minta kekalkan. Mini Stadium juga kita minta untuk dikekalkan kerana Mini Stadium sekarang masih menjadi tempat tumpuan peminat-peminat bola sepak dan bermain bola sepak sampai hingga larut malam dan sehingga malam. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian
Yang Berhormat Sungai Tua, saya mohon juga penjelasan, apakah rancangan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam itu juga membabitkan litar bagi aktiviti-aktiviti pemotoran seperti Go-Cart dan juga apa nama ini yang kereta drift yang ada di bersebelahan dengan kawasan Stadium Utama Shah Alam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya memang dia akan melibatkan semua, termasuk juga kawasan Bazarena dan kawasan penempatan pekedai-pekedai. Dekat 600 tak silap saya atau 400 lebih pekedai-pekedai pasar pagi dan dulu Selangor Agro Market di sana dan kita akan ambil kira semua supaya mereka tidak dapat, tak perlu berpindah ataupun tidak perlu bertukar. Kalau bertukar pun kita kena cari tempat yang lain. Tempat yang berbeza supaya tempat itu lebih selesa dan lebih sesuai dan sebagainya.
Kita dah membangunkan litar lumba rakyat sebagai contoh. Hah, ini sedikit sebanyak sumbangan Sijangkang sebab dia suka sukan. Alhamdulillah kita telah pertingkatkan kita nak naik taraf supaya boleh dipertandingkan cup prix di sana. Kita nak pertambahkan lagi length nya so litar lumba rakyat pada ketika ini supaya boleh dijadikan sebagai pusat pembentukan dan juga pusat pertandingan yang bertaraf international kalau tidak pun mungkin sampai di peringkat nasional kerana beberapa litar di Elite sebagai contoh dan sebagainya telah ditutup pada ketika ini.
Ya, Sungai Pelek ya. Terima kasih. Dalam satu laporan daripada Sungai Tua. Yang Amat Berhormat katakan projek ini tidak akan melibatkan wang daripada Kerajaan, maksudnya kalau tak silap saya dia akan ada land swap untuk rancangan ini. Saya bukan pertikai land swap cuma saya
ada soalan beberapa hari yang lalu dalam Dewan yang mulia ini ialah, mana-mana kos untuk baik pulih untuk Stadium sepatutnya dibuat oleh JKR. Saya khuatir kalau kos baik pulih dibuat angka, dibuat oleh pihak yang lain ataupun pihak yang, pemaju yang ingin yang terlibat dalam rancangan ini ada kemungkinan saya tak pasti, dia tidak tepat. RM 787 juta untuk baik pulih Stadium Shah Alam, saya tak percaya. Walaupun saya tak ada bukti lah. Saya bukan expert ya, katakan ini mahal sangat ke tapi pandangan saya mahal sangat. Jadi sebab itu saya minta dalam Dewan ini, bagi JKR untuk buat angka itu, baik pulih itu, untuk buat estimate itu. Sebab ini melibatkan land swap kalau melibatkan land swap. Land yang kita swap itu, kena berpatutan dengan rancangan yang kita buat semula itu. Itu pandangan saya. Saya minta pandangan dan jawapan.
Saya rasa pandangan Sungai Pelek tersilau dengan silauan kepalanya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RM787 juta sebab itu saya bandingkan dengan Stadium dan kawasan pembinaan yang seumur dengan Stadium Shah Alam atau pun Kompleks Sukan Shah Alam. Yang seumurnya adalah Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Tertutup Axiata dan Kolam Renang dibangunkan semula keseluruhannya RM1 bilion. Bila dibuat? Tahun 2016 sampai 2017. RM 1 bilion. Kerajaan Negeri hendak lihat tiga (3) komponen yang sama bangunannya, RM 787. Sebab itu, saya minta tadi Sungai Pelek jangan keluar dulu. Ia tidak dibuat oleh syarikat itu pun, ia dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri. Oleh siapa? Oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Ditempatkan di mana? Ditempatkan kepada MBI. Ditempatkan di MBI kenapa? Sebab mudah, sebab pelantikan mereka temporary ataupun sementara. Secara kontrak. Bukan duduk di bawah Pejabat Kerajaan.
JKR nak tunggu? Yang Berhormat pun faham. Yang Berhormat pernah EXCO. JKR mempunyai list of project yang panjang. Nak tunggunya tiga (3) tahun kita baru dapat atau setahun kita baru dapat, itu yang pertama. Yang kedua, Pengarah dan ketuanya juga adalah Ex Pengarah JKR Negeri Selangor. Jadi disiplin terhadap penilaian harga, harga barangan itu masih lagi disiplin JKR dan kita rujuk juga JKR terhadap penilaian tersebut dan tak betul, kita tak boleh rujuk, kita tak rujuk pada syarikat tu pun. Kita, dibuat oleh kita. Sebab itu Jawatankuasa ini akan menjadi pengimbang di antara syarikat dengan Kerajaan Negeri supaya dia boleh dapatkan. Ini data secara saintifik dan datanya yang betul.
Kalau kita lihat hanya RM 787, kita cakap “wow” Amir buat projek besar nak masuk poket. Ini semua dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kawan Yang Berhormat kepada kita yang tak betul. Saya tahu Yang Berhormat membiayai mereka. Oleh sebab itu, saya minta supaya nasihat dengan betul-betul. Dapatkan fakta, bukan tuduh dulu namun nak report fakta. Ini kadang-kadang kita tak faham dengan orang macam ni.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu bila kita cakap land swap, sudah pasti kita nak nilai juga penilaian-penilaiannya. Penilaiannya macam
mana? Siapa yang nilai? Jawatankuasa lah. Sebab Jawatankuasa itu ada MBI, ada PTGS, ada JKR dan sebagainya dan saya percaya Jawatankuasa itu tak diganggu pun oleh negeri. Nak pilih yang siapa, nak bagaimana sebab itu penilaian kita buat, 15 itu daripada bulan tujuh tahun 2021 sampai bulan Ogos. Maaf kan saya. Daripada bulan Ogos tahun 2021 kita ambil masa dekat enam (6) bulan untuk lihat 15 syarikat-syarikat yang memohon dan kita lihat MRCB mempunyai background serta kedudukan yang kukuh kerana ia di miliki oleh KWSP. KWSP mempunyai fund dekat trilion Ringgit Malaysia dan kita percaya ia boleh laksanakan berdasarkan pengalaman di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Baik, Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Saya juga nak sentuh tentang, tentang waste to energy yang dibangkitkan sedikit sebanyak. Saya percaya bahawa waste to energy adalah future yang harus dilengkapkan di Malaysia. Kalau cadangan Yang Berhormat tadi zero discharge isunya, ZPP ataupun perkitaran semula ia akan mengambil masa tempoh yang lama sebab ia hanya polisi. Yang hendak dilaksanakan siapa? Yang hendak dilaksanakan ialah setiap pekilang-pekilang. Kita ada dasar untuk ZPP untuk pelepasan efluen Yang Berhormat, di LUAS. Kita akan ambil masa yang lama tapi Yang Berhormat sekalian, dasar-dasar ini sekali lagi akan menggembali kepada siapa? Akan kembali kepada pengguna, akan kembali kepada pekilang, akan kembali kepada rumah domestik. Kalau Yang Berhormat sebut tentang ZPP itu hanya rujuk kilang, betul lah tapi sebahagian besar sisa pepejal yang ada dalam negara kita, negeri kita ialah sisa pepejal domestik, iaitu daripada rumah-rumah.
Takkan kita nak tambah caj di rumah untuk mereka buat plant untuk mereka menguruskan sendiri sisa-sisa ini, paling tidak kita nak uruskan tentang pengasingan pun masih lagi berat sampai sekarang. Sebab itu, saya percaya hal ini memerlukan satu pelarasan yang besar dan kita lihat waste to energy adalah sebagai satu solusinya dan syarikat yang kita pilih Worldwide, anak syarikat pihak Kerajaan Negeri akan buat di Jeram dan akan buat di Tanjung 12, itu pun tidak dapat cover 7,000 tan sisa setiap hari yang kita bekalkan oleh KDEB Waste.
Jadi Pihak Kerajaan Negeri beranggapan penting, sebab itu Kerajaan Negeri letakkan beberapa subsidi supaya tipping fee nya masih lagi tinggi berbanding dengan landfill tetapi landfill kita tak boleh pertahankan Yang Berhormat. Kita dah tahu kita kurang tanah. Kita terpaksa beri hak permit penggunaan di beberapa kawasan hutan untuk menanam sayur sebagaimana bantahan Yang Berhormat terhadap Kuala Langat Selatan. Tapi apa yang saya nak sebutkan, kita juga nak suruh landfill letak sampah. Nak lantik landfill letak sampah kita kena tunggu 35 tahun untuk membangunkan semula kawasan itu sebagai pembangunan. Nak pertanian, insyaAllah 40 tahun kerana ada kesan-kesan licit dan sebagainya yang akan memberi kesan kepada tanah tersebut. Sebab itu, waste to energy adalah lebih efektif pada ketika ini. Kosnya juga lebih baik dan juga kita ingin memastikan bahawa kos bagi pengurusan ini dapat
diuruskan dan waste to energy adalah masa depan dan Kerajaan Negeri sedia membiayai sebahagian daripada kos itu untuk mengurangkan tipping fee.
Saya, saya bersetuju kalau kita terus gunakan cara sekarang iaitu sanitry landfill itu bukan long term lah, kita tak boleh bergantung kepada itu. Tapi saya ingin menegaskan di sini, ada banyak caranya selain daripada waste to energy. Waste to energy ini bukan satu teknologi yang baru yang canggih. Tidak. Dia sudah outdated. You Google sahaja sudah tahu lah. Jadi, jadi saya tidak setuju dengan EXCO katakan ini adalah high tech lah dan sebagainya. Zero emissionn lah, itu semua saya tidak percaya. Lagi satu dia mahal sangat. Bayangkanlah kita buat tiga (3) loji hanya untuk membakar ataupun burning, 4,700 tan sehari. Kita kena faham bukan 4,700 tak ada, semua tak ada, hilang, tak ada. Dia ada abu, depends on the rubbish lah. 20%, 25%, itu abu itu, ataupun technically call bottom ash itu sangat toksik. Susah handle tapi I balik pada kos, satu loji ikut Worldwide punya report, dua loji sudah ambil kos RM 1.1 bilion. Itu sebelum MCO, sebelum inflasi dan sebagainya. Kalau ikut inflasi dan sebagainya sudah RM 1.1 bilion pun tak cukup untuk buat dua. Jadi you tau la, Worldwide adalah GLC, kalau dia gagal, Kerajaan kena back up. Kerajaan punya wang dari mana, dari rakyat, sebab itu kita punya reserve tiga bilion, tapi kita buat tiga loji sudah hampir mahu, belum masuk Rawang lagi, kalau masuk Rawang, sudah more than three bilion. Kita, ill afford lah kalau bahasa putih, we cannot afford, we really cannot afford, so please re-think about this WTE.
Tuan Speaker, saya hanya ...
Yang Berhormat, tak apa, tak apa. Please re-think how you thiking. Sebab prosesnya kita akan kehilangan tanah beribu-ribu ekar. How you calculate, your calculation, how you calculate numbers. Kita dengan izin, wah dah cakap bahasa Inggeris dah ni. Yang Berhormat sekalian, kalau kita lihat, kita akan kehilangan beribu-ribu ekar untuk kononnya kos yang lebih rendah tetapi kesan kepada alam sekitar yang jauh lebih besar. Di Pulau Pinang baru-baru ini, di Selangor telah berulang kali sebelum ini, kebakaran sisa pepejal yang dibuang secara haram dan dilupuskan dengan cara yang tidak betul. Di Pulau Pinang, tempat landfill yang terbakar, dan kesan kepada alam sekitar lebih overwhelming dengan izin ataupun lebih parah berbanding yang lain. Sebab itu kos yang besar itu, inilah selaras dengan ESG, dengan izin, sekarang orang sebut semua ESG, Environment, Social and Governance.
Environment ini isunya macam mana, kita kena bandingkan dan timbangkan lah. Tak kan lah kos menjadi pertimbangan. Masa yang ini Yang Berhormat tengok inflasi pula, stadium tadi tak tengok inflasi. Sekarang Yang Berhormat kena lihat dengan jelas, bahawa secara keseluruhannya, jauh lebih baik untuk kita laksanakan waste to energy daripada kita teruskan kepada landfill. Yang Berhormat cakap tukar dasar, dasar zero
discharge, itu untuk kilang. Untuk rumah, macam mana Yang Berhormat nak buat zero discharge, kita nak minta supaya ...
Maaf, maaf buka zero discharge, zero waste management. Berlainan daripada zero discharge. Lagipun dia mahal sangat, lagipun saya tak kata teruskan dengan landfill, saya katakan kita gunakan cara lain.
Yang Berhormat, tak apa. Saya dah faham. Saya dah jelas...
Yang Berhormat sila duduk. Sungai Pelek sila duduk.
Supaya kita elak itu landfill. Saya tak setuju dengan landfill punya term. Jadi Yang Berhormat jangan salah faham.
Tak, tak.
Saya tidak cadang, kita teruskan dengan landfill. Saya cakap dengan cara yang lebih baik daripada zero to waste yang outdated tu.
Yang Berhormat, tak apa, tak apa. Saya tahu, saya boleh handle, dont worry, dont worry.
Solution is zero waste management or follow the New Zealand way.
Yang Berhormat
Quality, holistic...
Yang Berhormat...
Semua aspek kena angkat. Okay, termasuk kitar semula dan sebagainya
Tak apa, tak apa. Dia nak jadi hero...
Yang Amat Berhormat, minta celah sedikitlah. Saya hanya hendak sebut 2 fakta. Selepas pembakaran yang sangat teruk di landfill. Pulau Landfill di negeri Pulau Pinang, antara syarikat-syarikat yang dipohon untuk masuk proposal untuk membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Worldwide Holdings. Untuk melihat macam mana mereka boleh bina satu WTE. Jadi
WTE ini, Yang Amat Berhormat antara penyelesaian tentang isu-isu berkaitan dengan sisa pepejal.
Fakta yang kedua, sebelum saya duduk. Yang Amat Berhormat, adalah satu laporan yang telah keluar di Bloomberg News, 2 hari yang lalu, yang menyatakan bahawa dengan izin, waste side generate methane, a potent greenhouse gas when organic material like food scraps break down in absence of oxygen. Last year more than half of methane emission measured globally came from landfill in Asia termasuk Malaysia. Jadi saya amat menyokong apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri dan dalam Rancangan Selangor Pertama ini untuk melihat macam mana kita menyelesaikan masalah sisa pepejal melalui WTE. Terima kasih.
Yang Berhormat terima kasih. Itu maklumat nota tambahan untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek. Kita telah berhujah tadi, rakan kita Kajang telah berhujah dengan panjang dan jelas. Dan kita tidak boleh hanya menyelesaikan masalah dengan gunakan kaedah yang lebih baik. Apa dia kaedah yang lebih baik? Zero Waste Management contohnya, berapa lama hendak laksanakan? Bagaimana laksanakan
Zero Waste Management boleh dilaksanakan sekarang juga kalau ada political determination.
Yang Berhormat, minta izin.
Boleh.
Saya belum habis menjawab Yang Berhormat. Saya belum habis jawab.
Saya cadang selepas Dewan ini. Kalau mahu berbahas sekarang pun boleh. Tapi kalau tidak boleh, sebab saya rasa ada orang yang macam tidak sabar. Saya boleh membentangkan proposal apa itu zero waste management, apa cara itu lebih baik daripada waste to energy. Saya boleh. Terima kasih.
Terima kasih tapi Yang Berhormat kena isytiharkan kepentingan kalau ada melibatkan perniagaan Yang Berhormat. Yang Berhormat sekalian, saya hendak sebutkan di sini bahawa dari bertahun-tahun semenjak Yang Berhormat EXCO PBT, Bandar Klang EXCO PBT, Seri Kembangan EXCO PBT sampai Kinrara EXCO PBT. Apa lawatan kita ke luar negara? Waste to Energy. Kenapa tidak dapat buat? Sebab tidak buat apa-apa. Banyak sangat thinking sampai tidak selesai masalah. Kenapa kita tidak buat pada tahun 2010? Kenapa tidak buat pada 2017? Yang Berhormat duduk, saya telah banyak kali jawab
Mengapa tidak buat?
Yang Berhormat.
Bila kita hendak buat sekarang, harga mahal. Memang harga mahal, compare 2010.
Memang ada lawatan tapi...
Dah. Dah. Dah.
Di dapati waste to energy tidak sesuai.
Tak apa. Tak apa
Yang Berhormat Sungai Pelek.
Tidak sesuai.
Yang Berhormat, sila duduk.
Yang Berhormat saya tahu. Yang Berhormat saya tahu pilihan raya sudah dekat, nak jadi popular.
Saya boleh jelaskan.
Sudah. Sudah. Sudah popular dah.
Tidak boleh dilaksanakan, kerana dia.
Yang Berhormat Sungai Pelek.
Namanya waste to energy sebenarnya dia incinerator yang menjana electricity, itu sahaja. Dia akan terus membawa keburukan kepada environment tetapi yang saya khuatir, mahal sangat. Mahal sangat tidak berbaloi.
Speaker, saya tidak benarkan Speaker.
Yang Berhormat. Saya bagi amaran kepada Sungai Pelek, kecuali kalau dapat kebenaran...
Bagi amaran apa. Saya berbahas demi kepentingan rakyat.
Perlu mendapat kebenaran daripada Speaker dan juga Menteri Besar.
Dengan fakta dan sebagainya.
Sila duduk.
Yang Berhormat.
Jangan berdegil.
Saya hendak ulang balik. Yang Berhormat tidak berulang fakta, Yang Berhormat ulang dengan propaganda.
Itu satu fitnah.
Yang Berhormat
Belum habis jawab. Duduklah.
Saya memang berbahas dengan fakta.
Ini bukan Perbahasan
Ini bukan Perbahasan. Sebab itu saya minta jelaskan. Waste to energy ada solusi terbaik pada ketika ini. Zero waste management yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Memang kita lihat kajiannya. Tapi pelaksanaannya kena dibuat secara berperingkat. Kira uruskan 70 000 tan sampah sekarang. Macam mana kita hendak uruskan dengan lebih efficient? Sekarang ini teknologi yang ada ialah landfill. Nak transform kepada zero waste management yang disebutkan oleh Yang Berhormat, akan mengambil masa, akan mengubah sini.
Saya ingin berbahas tapi ada orang yang tidak sabar...
Sudah dibangkitkan.
Tidak bagi saya berbahas
Yang Berhormat ini bukan masa perbahasan, ini masa penggulungan.
Kalau bukan ini perbahasan,
Saya ingat dia...
Tapi tujuannya macam ingin hendak berbahas dengan saya, saya terpanggillah
Tak apalah. Tak apa.
Saya untuk berdiri
Saya rasa kita perlu ada disiplin dan kena faham peraturan Dewan. Kena faham. Apabila saya sebut belum habis jawab, jangan bangun. Dah lama jadi Ahli Dewan, susah macam ini. Yang Berhormat sekalian, saya hendak sebutkan.
Yang Berhormat Sungai Pelek, sila duduk.
Waste to energy merupakan salah satu daripada langkah yang kita buat daripada hasil kajian yang berpanjangan dan bila kita dapati...
Saya selalu ikut peraturan tapi dalam segmen perbahasa, saya hanya diberi 3 minit.
Yang Berhormat Sungai Pelek, you faham tak? Peraturan Tetap Sungai Pelek.
Peraturan Tetap.
. Bayangkan bagaimana boleh berbahas dalam masa 3 minit. Sekarang saya...
Tuan Speaker, Peraturan Tetap. Sungai Pelek. Peraturan Tetap.
Sungai Pelek, sila duduk. Yang Berhormat Sungai Pelek, sila duduk.
Sungai Pelek Peraturan Tetap.
Masa berbahas saya hanya diberi 3 minit.
Yang Berhormat Sungai Pelek,
Sungai Pelek, sebentar.
Sila duduk.
Speaker beri tahu saya
Tunjukkan teladan kepada Ahli-ahli Dewan, kepada rakyat di luar,
Tuan Speaker. Peraturan Tetap
Senior di dalam Dewan, mantan EXCO
Senior, senior la. Tapi diberi 3 minit sahaja.
Tidak mematuhi Peraturan. Yang Berhormat,
3 minit macam mana berbahas? Sekarang hendak mencelah pun tidak boleh.
Silakan Peraturan Tetap Bukit Malawati.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap 44 (1). Pengerusi telah menarik perhatian Dewan atau Jawatankuasa terhadap kelakuan Ahli yang berdegil, menyebut hujahnya sendiri atau hujah ahli lain dalam sesuatu berbahasan boleh memerintahkan Ahli itu berhenti bercakap. Saya berharap Tuan Pengerusi Speaker untuk membuat ketetapan supaya Sungai Pelek supaya tidak mengganggu hujah yang sedang dibahaskan atau sedang buat penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Malawati. Saya membuat ruling kepada semua Ahli Dewan, khususnya Sungai Pelek. Apabila Sungai Tua, Menteri Besar sedang membuat penggulungan dan kalau dia tidak benarkan untuk mencelah, tidak dibenarkan untuk mencelah. Kalau dia benar, baru boleh. Ini Peraturan yang asas. Budak-budak di sekolah semua tahu perkara ini. Tunjukkan teladan yang baik kepada semua rakyat dan termasuk Ahli-Ahli Dewan ya. Tunjukkan. Sekian.
Yang Berhormat sekalian, saya telah tegaskan berulang kali dan ini adalah usaha yang berterusan dan kita akan teruskan kerana sebahagiannya telah berjalan, dan perkara ini telah dibangkitkan berulang kali oleh Sungai Pelek. Bukan sekali di dalam Dewan. Benda yang sama dan berulang-ulang dan dijawab berulang-ulang dengan benda yang sama. Jadi kalau kita nak sampai kiamat pun dengan Sungai Pelek ini, dia cakap benda yang sama dan diulang balik. Dia cakap benda sama dan dia ulang balik. Dari masa ke semasa kita teruskan, sebab kita tidak boleh bertahan terlalu lama sebab kita telah...
Saya minta.
Sudahlah. Apa lagi Yang Berhormat? Daripada Pre-Council, daripada soalan dewan dengan Kajang, itulah jawapan kita. Zero waste management akan kita laksanakan. Kalau nak bentangkan, boleh bentangkan. Cadangkan kepada...
Sungai Tua ada beri jawapan. Cuma jawapan itu kurang memuaskan.
Saya akan beri jawapan
Cuma jawapan tu
Yang Berhormat Sungai Pelek, Yang Amat Berhormat tidak bagi.
Adalah hak ADUN terus bertanya apabila jawapan tidak boleh diterima.
Masa pertanyaan, waktu soalan itu telah habis. Itu pun tidak faham. Jangan buat malulah kepada Ahli-Ahli Dewan yang lain.
Yang Berhormat semasa berbahasan,
Bila masa perbahasan, Speaker hanya bagi 3 minit sahaja. Mana boleh.
Itu hak Speaker. Jangan mempertikaikan hak Speaker? Sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk.
Teruk. Ini teruk.
Sila duduk!
Sangat-sangat tidak betul.
Sila duduk Sungai Pelek. Tunjukkan kelakuan. Jangan memalukan. Sila duduk.
Siapa yang memalukan? Speaker ke atau saya?
Sila duduk.
Speaker bagi 3 minit sahaja, bagi ADUN untuk berbahas. Mana boleh.
Anda boleh menilai kualiti seorang pimpinan,
Tidak pernah berlaku di Parlimen.
Mana boleh?
Mantan EXCO, yang pernah jadi EXCO. Senior dalam politik tapi tidak mahu ikut Peraturan Tetap Dewan.
Saya tidak mahu Dewan Negeri ini jadi Dewan Negeri 3 minit. Saya tidak mahu.
Sila duduk.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap.
Bandar Baru Klang.
Ya Tuan Speaker, saya menyahut permintaan daripada Bukit Malawati tadi iaitu Speaker secara nyata, menyatakan bahawa Speaker menggunakan kuasa di bawah Peraturan Tetap 44 (1), menghentikan Sungai Pelek daripada berhujah. Tuan Speaker kena gunakan, buat perintah seperti itu menggunakan kuasa Peraturan 44 (1). Buat satu pengisytiharan sekiranya, Sungai Pelek masih berdegil maka Speaker boleh pergi ke Peraturan 42 (2) untuk mengeluarkan Sungai Pelek daripada Dewan ini.
Dan untuk itu juga, Tuan Speaker saya rasa ada satu tuduhan yang amat tidak adil daripada Sungai Pelek bahawa beliau hanya diberi tiga minit. Padahal apabila berbahasan dimulakan 2 hari telah pun ditetapkan. Tapi dalam masa 2 hari itu Sungai Pelek tidak bangun untuk meminta berucap. Kemudian pada hari keduanya, apabila selepas Dewan ini melanjutkan setengah jam, baru beliau bangun. Dan, pada ketika itu, sudah ada lebih
Itu salah fakta.
Ada 30 orang yang mohon
Itu salah fakta.
Tidak ada menyatakan
Saya bukan berhujah dalam masa extension. Tidak.
Baik Yang Berhormat EXCO Bandar Baru Klang. Saya ambil maklum tentang 42 tadi, 44 (1). Saya buat ruling tadi, apabila saya minta suruh berhenti. Berhenti, duduk. Dan apabila penggulungan yang hendak disampaikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, dia sudah beri ruang yang secukupnya. Pihak Pembangkang pun faham, tapi Yang Berhormat Sungai Pelek tidak faham. Ini yang pelik. Jadi saya minta ikut peraturan. Kita pastikan kelancaran Dewan ini, supaya penggulungan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Soalan dan pertanyaan semua sudah dibekalkan, sesi pun sudah panjang lebar hingga ke hari ini. Jadi saya minta semua bertenang, dan Yang Berhormat Sungai Pelek ikut peraturan. Kalau tidak saya akan gunakan peraturan yang lebih keras, untuk memastikan Yang Berhormat tidak menjadi hero di sini. Saya tahu, menjelangnya PRU. Saya dulu jadi Pembangkang. Mentality..
Ini bukan isu hero atau tidak hero.
Yang Berhormat
Ini kepentingan rakyat, okay.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Hulu Kelang duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya pernah jadi Pembangkang pada ketika tahun 2004. Kadang-kadang kita hendak menarik perhatian Dewan, waktu itu kita hendak paksa Speaker halau dia keluar, supaya dia boleh jadi hero di luar untuk buat media PC. Kemudian dia kata Speaker tidak adil, Speaker halang saya, tidak bagi saya cakap. Barulah surat khabar keluar besar ‘Yang Berhormat telah dihalau’. Ini taktik lama. Puluhan tahun kita pakai. Jadi sudahlah, kenapa saya tidak guna. Sebab saya tahu ini perangkap.
Ini tuduhan yang tidak adil kepada saya
Seseorang dia nak buat macam itu.
Ini tuduhan. Saya tidak Pembangkang.
Hulu Kelang duduk. Sungai Pelek duduk. Ini ruling. Kebiasaannya, taktik ini digunakan oleh Ketua Pembangkang, pihak pembangkang. Tapi hari ini saya agak pelik. Teknik ini digunakan oleh penyokong kerajaan. Tapi tidak apalah dia nak guna taktik ini.
Penyokong Kerajaan hendak jadi Pembangkang akan datang.
Saya tidak, saya tidak. Saya tidak mahu dihalau ya. Saya berbahas untuk kepentingan rakyat.
Mungkin dia tidak selesa duduk di situ. Saya tidak tahulah. Nanti kita. Cukuplah nanti kita bagi Sungai Tua untuk teruskan.
Saya rasa tiada isu lagi. Saya rasa telah menjelaskan dengan jelas. Dan telah berulang kali kita jelaskan. Dan perkara ini bukan tergesa-gesa. Sebab kita sudah tengok sejak 10 -15 tahun lepas. Kalau kita tergesa-gesa kita buat tahun ketiga. Ini tidak tergesa-gesa. Berpuluh tahun kita tengok benda ini. Daripada China ke Italy, ke Jepun, belum Marikh je lagi. Kita nak tengok waste to energy. Saya percaya hal ini telah disemak dengan teliti dan syarikat berkenaan bukan sahaja dirujuk oleh Penang tetapi dirujuk dan mendapat bidaan oleh Kerajaan Persekutuan atas projek waste to energy. Saya percaya atas capability dan kemampuan mereka yang terlibat dengan energy business, jenis perniagaan energy dan juga sebagainya.
Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya telah jelaskan banyak kali kita ulangkan, dan ini adalah state project yang berkemampuan dan dilihat cash flow nya. Kalau dia rasa kita tidak sesuai ,KPKT dan Kerajaan Persekutuan menilai satu projek waste to energy yang disertai oleh Worldwide dan mereka menang dalam bidaan tersebut. Ini bermakna bahawa mana lihat keupayaan daripada cash flow, dia bukan tengok teknologi sahaja. Cash flow nya juga. Teknologinya juga dan saya percaya dirujuk berulang kali dan saya dah ni, marah agaknya apabila saya sebut kawan-kawannya tadi.
Yang Berhormat sekalian, sebab itu kita percaya Rancangan Selangor Pertama, saya nak conclude Rancangan Selangor Pertama, akan memerlukan proses berterusan daripada seluruh Ahli Dewan. Cadangan daripada setengah Ahli Yang Berhormat untuk meletakkan jawatankuasa-jawatankuasa yang dia sertai oleh Pembangkang sebenarnya boleh ditubuhkan dan boleh di set up satu jawatankuasa khas di peringkat Dewan, ataupun boleh ditubuhkan melalui SELCATE. Untuk melihat pemantauan dan perkembangan sebab kita mempunyai struktur pelaksanaan di peringkat negeri, siapnya, core individu, core department nya, EXCO yang terbabit, jabatan yang terbabit. Dewan masih boleh menyemak dan menimbang pelaksanaan Rancangan Selangor Satu dengan Ahli Jawatankuasa yang diketuai oleh Pembangkang pun. Kita tidak ada masalah. Kalau hendak diketuai oleh kerajaan campur dengan ahli Pembangkang supaya menyemak pelaksanaan, adakah pelaksanaan-pelaksanaan itu mengikut dasar dan ketetapan awal.
Keempat-empat parameter ini kemudian dikembangkan dalam pelbagai projek dan sebagainya, sebab itu kita ukur berapa percent kita dapat. Maknanya smart itu kalau saya ambil daripada pintar bahasa asas kita ini, kita akhirnya sekarang ini in between kualiti dengan kuantiti la. Jadi aspek-aspek qualitative itu harus disebutkan juga
supaya nilai intellectual, keselesaan sebenar tetapi pengiraannya juga kena ditunjukkan apakah indeksnya apakah atasnya walaupun indeks peratusan itu kadang-kadang tak real dengan apa yang ada di bawah.
Hari ini la, macam kita sebut, antara orang sebut tentang indeks kebahagiaan yang jadi perbahasan kat sini, kalau ikut angka sekali lalu, nampak baik la. Saya sentuh tadi tentang ucapan, sentuh bahawa kita hanya minta 88% tapi bila tengok angkanya yang detail, banyak koyak rabak pandangan-pandangan tersebut. Jadi saya percaya bahawa semua Ahli Dewan mengambil maklum terhadap usaha kita dan saya ucap terima kasih banyak-banyak atas maklum balas dan daripada masa ke semasa ...
Sikit la sikit.
Dalam perbahasan saya, ada saya membangkitkan tentang isu berkaitan dengan Carey Selangor Yang Berhormat. Kalau dapat diberikan sedikit gambaran pembangunan Carey Selangor sebab dia melibatkan satu pendapatan yang agak besar 40 bilion dan juga peluang pekerjaan lebih daripada seratus ribu sehingga sekarang pun saya tak dapat sebahagian ADUN tempatan, saya tak dapat maklumat apa sebenarnya yang berlaku status pada hari ini untuk pembangunan Carey Selangor. Terima kasih.
Carey Selangor secara keseluruhannya adalah kita nak buat bandar pelabuhan yang ketiga di Malaysia selepas North Port dan selepas West Port. Kita tahu west port telah menambah bay-bay nya kepada 17 kalau tak silap saya. Meningkat T.E.U nya, kita nak buat T.E.U lain di Kuala Langat itu di Carey Island. Nasrat nasionalnya tuan-tuan Yang Berhormat sekalian, kerana kita kena bersiang dengan negeri jiran. Negeri jiran kita sedang menambak laut, sedang membuat reclaimination. Dan kalau kita tidak bersedia untuk menambah T.E.U kita dalam operasi kita, our port hanyalah akan menjadi feeder kepada beberapa pesaing-pesaing kita di peringkat rantau. Sebab itu Kerajaan Negeri mengambil sahutan ini dan bersedia dengan pelan kita dan menawarkan nanti kepada Kerajaan Persekutuan bahawa pelabuhan ketiga akan dibina di Pulau Carey. Kerana disitulah selepas kajian yang dibuat oleh Lembaga Pelabuhan Klang oleh pelbagai pihak lain, oleh Kementerian Pengangkutan saya percaya disitulah tempat terbaik dan yang agak menariknya pula kita mempunyai seribu ekar tanah di sana untuk memulakan keseluruhan.
Lain-lain kita perlukan pula selepas itu pelabuhan ini akan diikuti dengan perumahan diikuti dengan hub logistik dan sebagainya dan kita sedang mengambil kira pula kesan kepada kampung orang asli Mah Meri yang ada di kawasan sana supaya mereka terbela dan terjaga. Jadi keseluruhan pelan itu nanti kita akan libatkan sebab ia melibatkan komponen daripada pelbagai syarikat untuk Carey Selangor. Terima kasih.
Yang Terakhir.
Sehingga pada hari ini, belum ada lagi keputusan yang kerajaan pusat untuk pembangunan Pulau Carey ataupun Carey Island pelabuhan itu sendiri.
Ada. Secara asasnya kerajaan pusat telah mula meneroka tempat ini semenjak daripada awal 2015, 2016 saya kira dan mereka sudah sampai ke peringkat siap kajian. Dah sampai ke kajian, maknanya kajian keboleh pakai, kebolehpasaran ataupun kajian boleh ataupun kajian feasibility study. Kajian yang merujukkan bahawa kita perlu untuk boleh dibuat dan kita memang yakin ia adalah satu benda yang sangat baik untuk kita buta, jadi kita tak mahu mengulangi apa yang kita nikmati di Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang, pelabuhan ke 12 tersibuk di dunia. T.E.U 30 ribu kalau tak 12 ribu, 12 juta T.E.U , maafkan saya 12 juta T.E.U. Tapi akhirnya Kerajaan Negeri hanya mampu kutip cukai pintu sebab itu kita nak involve daripada awal pembinaan ini supaya ada hasil yang berterusan kepada syarikat Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Negeri dan hasil itu akan kita kembalikan kepada Orang Asli Pulau Carey di sana untuk kita pastikan penduduk-penduduk di kawasan Carey Island ada ini pendekatan negeri supaya kita tidak hanya menikmati kemajuan pembangunan infrastruktur itu sekadar pembangunan infrastruktur semata-mata. Jadi jumlah kerjanya dan sebagainya itu kita tengok.
Yang terakhir.
Yang terakhir, yang terakhir ya.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Dalam ucapan saya berkaitan dengan smart state ataupun negeri pintar ini, saya ada bangkitkan isu berkenaan dengan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan khususnya di peringkat untuk cyber security. Sebab Rancangan Selangor 1 ini menitik beratkan tadilah smart city itu disentuh juga tentang kebahagiaan dan sebagainya termasuklah dengan SELDEC dan sebagainya. Ini melibatkan data dan sebagainya, cuma kita nak sikit penjelasan dan juga komitmen daripada kerajaan berkenaan dengan cyber security di peringkat negeri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Terima kasih Sungai Panjang atas maklum balas itu dan mengingatkan saya. Memang ini antara plan kita lah, di peringkat awal smart state ataupun smart city yang kita laksanakan, kita mulakan dengan pelan, blueprint dan di ikuti dengan last mile, first mile untuk mewujudkan satu pengumpulan data. Tahap sekarang ialah tahap untuk kita menganalisa data dan tahap selepas ini bagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat adalah tentang keselamatan ataupun cyber security.
Dan ini saya sebutkan, memang dalam ucapan belanjawan yang lepas, maknanya elemen cyber security akan diberikan penekanan dalam elemen perbelanjaan smart state pada belanjawan tahun 2023 yang akan datang. Jadi komitmen kita jelas dan kita mengambil maklum dan hal ini satu adalah perkara yang penting kerana ia melibatkan privacy, ia melibatkan harta, ia melibatkan kedudukan peribadi dan kedudukan maklumat-maklumat yang saya tak sewajarnya dikongsi atau tentang kedudukan semasa.
Alhamdulillah, program kita, projek kita seperti SELangkah mendapat pengiktirafan PDPA. Kita malahan, kita adalah satu-satunya pada ketika itu dilaksanakan dan juga sistem imbasan QR Code kita, satu-satunya follow dan mengikuti kriteria PDPA. Jadi ini nilai itu sentiasa menunjukkan komitmen yang berterusan. Jadi terima kasih sekali lagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah sampai ke penghujung, saya ucapkan terima kasih kepada kelibatan semua termasuk elemen-elemen yang kita usahakan. Kejayaan ini kita adalah satu sejarah, tapi bagaimana selepas ini kita mampu mencatatkan sejarah melalui pencapaian-pencapaian cemerlang. Kerajaan Negeri sedia membuka pintu kita untuk melihat dan menyenaraikan, memantau dan kita juga bersedia untuk membentangkan daripada masa ke semasa, pencapaian-pencapaian Rancangan Selangor 1 yang membawa Selangor kekal sebagai negeri pintar, berdaya huni dan juga sebuah negeri yang makmur. Terima kasih, sekian. Assalamualaikum W.B.T.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi:
Bahawa Dewan yang mulia ini, memahami kepentingan negeri Selangor sebagai nadi pembangunan dan penyumbang KDNK terbesar Malaysia yang akan terus kekal berdaya saing pada posisi ini menerusi hala tuju strategik dan pembangunan yang komprehensif. Menyedari senario negeri ini yang berhadapan dengan cabaran pasca COVID19 serta cabaran-cabaran persekitaran yang melanda, serta keperluan untuk memulih dan memacu semula ekonomi Selangor menerusi pelan pembangunan lima tahun iaitu 2021-2025 yang strategik, realistik dan tepat.
Mendukung usaha seluruh lapisan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor membulatkan azam, menyatukan tekad serta menggembleng kesatuan tenaga dan tindakan yang seiring untuk bersama-sama menjayakan pelan pembangunan lima tahun ini, yang meletakkan keperluan sosio-ekonomi rakyat sebagai keutamaan dengan mengambil kira aspek pengukuhan ekonomi dan pemeliharaan serta pemulihan alam sekitar sebagai agenda penting Kerajaan Negeri. Mengajak seluruh rakyat Selangor bersama-sama mengukuhkan negeri ini dalam acuan dan komitmen yang sama dengan pentadbiran negeri supaya hasil negeri dapat dinikmati dan dimajukan bersama.
Mengemukakan satu rancangan yang terhasil buat pertama kali menerusi perancangan teliti dan hasil kajian terperinci, melibatkan pelbagai sesi libat urus, permukiman, bengkel strategik, sesi validasi da simposium, yang diterjemahkan ke dalam satu dokumen yang dikenali sebagai Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025.
Dengan izin Tuan Speaker, saya memohon kepada Dewan yang mulia ini meluluskan Rancangan Selangor Pertama bagi tempoh 2021 hingga 205, yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai visi “Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur menjelang tahun 2025” dengan menggariskan empat tema strategik yang meliputi aspek pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial, pemacuan kelestarian dan tadbir urus S.M.A.R.T. dan berkesan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak. Dipersetujui
Usul untuk menangguhkan dewanMotion
Aturan urusan mesyuarat yang seterusnya, Usul untuk menangguhkan dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, Alhamdulillah kita telah berjaya menyelesaikan urusan Mesyuarat Kali Kedua Tahun 2022 dan biasanya mesyuarat-mesyuarat ini dianggap sebagai mesyuarat yang sedikit hambar kerana tidak punya elemen-elemen menarik. Namun begitu, Dewan Negeri Selangor sekali lagi mencipta sejarah, kita menjadikan setiap sesi sebagai satu sesi yang bermakna dan kali ini kita telah menerima pembentangan Rancangan Selangor Pertama sebagai pelan jangka sederhana kerajaan negeri dan juga rakyat Negeri Selangor ke arah tahun 2025.
Di samping itu kita juga berterima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dalam menyampaikan segala usaha dan ikhtiar untuk menjayakan misi kita pada tahun 2025 setelah kita merintangi beberapa halangan dan kekangan dan cabaran. Cabaran bencana banjir pada tahun lepas, cabaran pandemik yang melanda hampir dua tahun setengah dan pelbagai perkara-perkara baru yang dihadapi. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas komitmen seluruh Ahli Dewan Kerajaan dan Pembangkang dan saya ingin mengalu-alukan semua untuk bersama-sama daripada masa ke semasa terlibat aktif dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan sebagai satu proses semak dan imbang dan meneruskan proses-proses check and balance dengan izin sebagai mana tradisi yang ada dalam westminster democracy.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya percaya ada ura-ura ingin mengatakan kita akan berdepan dan kemungkinan terbubarnya Dewan Negeri sebelum sidang akan datang. Jadi kalau perkara itu berlaku, saya ingin mohon ampun dan maaf sepanjang persidangan dan sepanjang saya mengetuai Kerajaan di dalam Dewan ini. Namun begitu kalau ia tak jadi dan sebagainya kita jumpa lagi pada November nanti sebagai sidang untuk Belanjawan Negeri Selangor. Tapi begitu, kita ada keputusan kita, kita akan pertimbangkan kerana kita di Negeri Selangor adalah sebagai pendahulu, pengemudi dan hanya bukan kerja kita hanya menurut dan meneruskan apa yang sewajarnya kita lakukan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, dengan itu saya ingin mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak, yang dijangkakan sebagai persidangan belanjawan. Terima ksih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Persidangan ini, saya mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Kelima kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urus setia, pelapor-pelapor dan semua petugas-petugas yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar.
Di kesempatan ini saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Azizan binti Ismail dari Jabatan Agama Islam Negeri Selangor di atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat sebagai Jurulapor Perbahasan Dewan yang akan bersara tidak lama lagi. Jasamu dikenang.
Kepada semua Yang Berhormat, sila semak draf penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula ke Pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi itu dapat disediakan dan diedarkan segera kepada Yang Berhormat sekalian. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, hari ini juga kita dapati, Dewan dimaklumkan Yang Berhormat Banting, Banting juga kena Covid-19, saya moga semua, semuanya termasuk Exco, semuanya dapat kuarantin dan sihat kembali sihat dengan segera dan waspada ingatan saya kepada Ahli-ahi Dewan dan semua Ketua Jabatan, Kakitangan Kerajaan serta semua yang hadir, walaupun kita tidak bersidang, tetapi di luar sana, Covid-19 tetap mengekori anda. Waspada, berjaga-jaga.
Dengan ini, saya menangguhkan Persidangan hari ini hingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)