Selangor · 1 August 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 236 turns · 32,545 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke-14 pada 1 Ogos 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dimaklumkan bahawa 3 orang EXCO, Yang Berhormat Ganabatirau a/l Veraman (Ahli DUN Kota Kemuning), Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han (Ahli DUN Kinrara) dan Yang Berhormat Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni (Ahli DUN Sungai Kandis) telah dijangkiti Covid-19. Sehubungan itu, semua Ahli DUN dan Ketua Jabatan dipohon untuk mengambil langkah pengawalan kendiri untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. Untuk soalan, saya persilakan Yang Berhormat Pandamaran?
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya, soalan Pandamaran, Nombor 66.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Joint Management Body (JMB)Questions
66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri dapat menubuhkan satu badan yang dapat menggantikan JMB yang sedia ada?
Terima kasih, Timbalan Speaker. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Pandamaran, Akta 757 telah memperuntukkan bahawa sekiranya selepas dijalankan siasatan sewajarnya dan terbukti Badan Pengurusan Bersama atau dikenali sebagai JMB dalam Bahasa Inggerisnya, Join Management Body, tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bangunannya dengan memuaskan, maka Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner
of Building (COB) boleh melantik ejen pengurusan untuk menyelenggarakan dan menguruskan bangunan selama mana tempoh yang dinyatakan oleh COB. Ini adalah satu peruntukan di bawah akta yang membenarkan ya, kalau JMB itu tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka. Justeru, dalam menangani isu kegagalan JMB dan kesukaran melantik ejen pengurusan berminat, Kerajaan Negeri perlu membuat kajian teliti mengenai beberapa implikasi sekiranya ingin menubuhkan satu badan khusus yang dapat menggantikan JMB. Maksudnya kita tidaklah semata-mata terus mengambil-alih tapi kita perlu membuat siasatan dan beberapa penemuan-penemuan terlebih dahulu sebelum pihak COB mengambil-alih JMB yang sedia ada. Jadi, punca utama kita lihat kegagalan JMB dalam menjalankan peranan mereka sebenarnya disebabkan keterbatasan sumber kewangan, pengurusan dan juga penjagaan bangunan dan selain daripada kecekapan dalam memastikan pengurusan itu berjalan dengan baik dan mereka juga tidak ada pihak-pihak teknikal yang boleh membantu mereka sebenarnya.
Maka Kerajaan Negeri pada masa ini berpandangan program-program sedia ada perlulah diperkasakan dan dalam di bawah peruntukan bawah Lembaga Perumahan sekarang ini kita telah pecahkan beberapa program. Program-program yang untuk membantu pihak-pihak JMB menjalankan tanggungjawab dengan baik kita telah pun memulakan program e-COB ataupun pengurusan secara atas talian. Kita juga telah membuat program MEKAR, Mobiliti Ekononomi Rakyat untuk membantu penduduk-penduduk yang tidak mampu membayar, untuk boleh membayar beberapa yuran yang telah tertangguh dengan membuat program-program di bawah JMB dan juga beberapa programlah yang sebenarnya telah dimulakan. Tetapi selain daripada itu saya selaku EXCO, saya rasa ada fundemental issue ataupun perkara lebih asas di bawah pengurusan JMB ini sebab selama ini kita memberikan tanggungjawab kepada pihak penduduk untuk penubuhan ini tetapi mereka tidak ada kuasa penuh ataupun authority. Jadi pandangan yang kita telah pun bengkelkan dan kita mungkin saya telah pun mengutarakan pada pihak Kementerian, kita perlu mengambil kira kemungkinan-kemungkinan ada beberapa kaedah yang telah dibuat oleh negara yang maju, khususnya negara jiran di Singapore, contohnya di mana pengurusan ini memang sepenuhnya diambil alih oleh pihak PBT tetapi mereka melantik ejen-ejen pengurusan sepenuhnya untuk pelaksanaan. Jadi di situ kutipan-kutipan yang ada ini dapat disatukan di bawah satu wang, dan akhirnya ia akan diuruskan dengan baik, tidak timbul lagi bangunan yang tidak diuruskan dengan baik atau kutipan tak cukup dan sebagainya. Tapi ini semua baru dalam peringkat awal yang mana saya insya-Allah menjadikan keutamaan untuk kita buatkan satu kertas kerja dan juga di sudut perundangan bagaimanakah punca kuasa untuk kita jadikan ia satu jalan keluar bagi memastikan tiada lagi bangunan-bangunan yang tiada pengurusan bangunan ataupun JMB ni kerana kecekapan ini dan juga pengutipan ini adalah punca utama masalah yang diwujudkan. Itu sahaja daripada saya, terima kasih.
Tuan Speaker, saya nak mencelah sikit?
Meru.
Boleh tak sebelum kita memulakan sidang kita, melanjutkan kita beri penghormatan dulu kepada Almarhum mantan Menteri Besar kita yang baru kembali ke Rahmatullah.
Insya-Allah kita pukul 11.30 pagi nanti kita akan tangguhkan dewan untuk ziarah dan untuk memberikan penghormatan dan saya mempersilakan semua ahli Dewan bangun dan untuk membaca Al-Fatihah dan juga yang beragama Islam.
Timbalan Speaker, untuk makluman semua jam 11.30 nanti kita akan ada satu Usul, Usul itu kita akan laksanakan sedikit penghormatan dan juga saya akan mencadangkan sesuatu, so lebih baik kita habiskan sesi Q&A ini sampai 11.30. Itu cadangan saya. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Seri Setia?
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, sebagaimana kita tahu kalau kawasan tu tidak ada JMB, maka akan dilantik sebagai ejen. Berapa lama tempoh ejen yang akan mengendalikan bangunan tersebut dan kita tahu kalau ejen ini masuk, dah tentu dia akan bantu untuk menyelesaikan masalah kawasan tersebut dan ada kenaikan sedikit daripada pembayaran sebelum ini. Jadi, adakah ini pun menjadi satu masalah dan itu soalan saya. Dua soalan, yang pertama sampai bila ejen ini akan berada di situ dan kedua, ejen akan dah tentu akan menaikkan kadar itu, apakah tidak akan timbul masalah?
Terima kasih, Yang Berhormat Seri Setia. Memang akan, kalau kita lihat pengambilan tanggungjawab ini daripada JMB kepada COB, ianya mestilah dibuat dalam keadaan di mana tempoh itu tidak dihadkan. Selagi kita lihat tidak ada pengurusan yang baik di peringkat JMB, ataupun MC maka tempoh itu akan dipegang oleh COB. Maknanya dia akan melantik ejen itu sehinggalah dia rasa, kita rasakan pengurusan itu telah pun boleh diserahkan semula. Di bawah akta, dua-dua itu membenarkan. JMB boleh buat, ataupun diambil alih oleh COB dan melantik ejen itu boleh dibuat. Tetapi memang ada kebanyakan tempat-tempat yang ada kenaikan. Walaupun ianya telah pun diuruskan oleh COB, ataupun dengan melantik ejen tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga ataupun menaikkan yuran tanpa membuat mesyuarat agong untuk memaklumkan berapa kenaikan yang ada. Jadi prosesnya diambil alih oleh COB, COB melantik ejen pengurusan, tetapi sebelum menamakan atau menyatakan yuran tu berapa, mereka perlu membuat AGM untuk menguar-uarkan untuk mendapat persetujuan daripada penduduk semua, baru boleh kenaikan dibuat. Jadi itu prosesnya, itu sahaja, tentang
quantum tu berapa itu terpulang kepada AGM untuk bersetuju kenaikan yang sedia ada. Terima kasih.
Soalan tambahan. Pandamaran?
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO, bagaimana ya Kerajaan dapat bantu JMB ini untuk meringankan mereka. Sebab, kawasan saya ramai yang terhutang bil kepada Air Selangor, Tenaga Nasional Bhd dan mereka asyik nak dipotong dan datang hadap ke mintak untuk bantu, mereka kata mereka diugut oleh penduduk jika mereka nak potong air mereka sampai mereka dapat bayar. Jadi saya mengalu-alukan, Pandamaran mengalu-alukan cadangan untuk PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk ambil alih JMB. Tapi sebelum ambil alih, bagaimana kita dapat membantu menyelesaikan bil-bil yang tertunggak sehingga RM 600 ribu, RM 700 ribu, memang payah mereka.
Okay, terima kasih Pandamaran. Saya rasa isu ini berlaku di semua tempat di dalam Selangor ini, kan. Bukan sahaja di sini, mungkin di negeri lain juga berlaku benda yang sama. Kerana saya ulang balik, masalah besarnya adalah bila mana JMB tu ada tanggungjawab mengutip yuran tetapi mereka tidak ada kuasa sepenuhnya sesegera yang mungkin untuk menangkap ataupun bukan menangkap, memberi notis ataupun mengenakan apa-apa susulan kepada itu, mereka kena ada proses, notis beberapa kali barulah mereka boleh membawa pihak-pihak yang tidak, apa, tidak membayar yuran itu. Akhirnya masalah yang baru yang kita tengok ataupun yang biasa ada kita lihat, bil-bil tidak dapat dibayar dan sebagainya. Jadi apa yang kita buat sekarang ini bawah COB kita cuba memudahcarakan dengan membuat perbincangan dengan pihak-pihak agensi yang terlibat. Tidak semua kita dapat selesaikan tetapi paling tidak kita berbincang cara keluar bagaimana. Mereka tidak perlu secara lump sum, secara ansuran tetapi bagaimanapun saya yakin kaedah ini hanya sementara je dapat kita selesaikan. Jadi lebih asasnya adalah bagaimana sepatutnya tanggungjawab dan juga kuasa itu perlu diberikan semula kepada pihak yang berwajib untuk kutipan yang ada kerana apa, kerana sekarang ini masalah besarnya bukan sahaja kutipan, masalah tidak apa tu, tidak ada keharmonian antara penduduk, ya, pergaduhan, salah guna kuasa, macam-macam berlaku, jadi kita perlu menutup perkara ini dengan cepat dengan kita mengambil tanggungjawab untuk mengolah satu kaedah baru bagaimanakah kutipan bersepadu ini patut dibuat dan siapakah bertanggungjawab membuat ini, akhirnya kita boleh uruskan negeri ini dengan sebaik mungkin. Sebab rumah-rumah strata ini sekarang ini bukan sahaja strata itu hanya satu kategori, rumah kos rendah, kita ada kos rendah, kita ada mewah, kan, yang mewahnya kondominium dan sebagainya masalahnya lain pulak. Duit banyak pun masalah, duit kurang pun masalah. Jadi akhirnya kita perlu mengambil pendekatan yang lebih adil, lebih baik supaya pengurusan rumah-rumah strata ini dapat diuruskan dengan sebaik mungkin. Itu jawapan saya, Timbalan Speaker. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Ijok?
Tuan Timbalan Speaker, saya ingin mengambil soalan ini mengikut Peraturan 24 (2) kerana Ijok positif Covid-19.
Baik, saya terima. Silakan, kerajaan.
Tuan Speaker, sehingga kini keseluruhan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor yang telah pun diwartakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 adalah berjumlah 250,250.33 hektar iaitu bersamaan dengan 31.65 peratus keseluruhan kawasan keluasan Negeri Selangor. Berdasarkan keputusan Kerajaan Negeri MMKN Ke-8/2022, pada 30 Mac 2022 untuk mewartakan semula hutan simpan Kuala Langat Utara. Tiada lagi mana-mana kawasan hutan simpan Kuala Langat akan dinyahwartakan untuk tujuan pembangunan. Sekian.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Bukit Melawati?
Tuan Timbalan Speaker, merujuk kepada soalan pertama iaitu hutan simpan, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri, difahamkan bahawa satu pembangunan eko-pelancongan di Taman Alam, Kuala Selangor akan dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri tidak lama lagi. Jadi, walaupun impak positif banyak yang akan dirasai oleh penduduk tempatan, ya, peluang pekerjaan, limpahan ekonomi dan sebagainya, jadi bagaimana pihak Kerajaan Negeri dapat memberi jaminan bahawa hutan simpan bakau di Taman Alam, Kuala Selangor dan biodiversity nya itu tidak akan terjejas? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor telah pun melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 39/2021 bertarikh 17 November 2021 secara dasarnya telah meluluskan cadangan untuk memajukan Taman Alam Kuala Selangor sebagai sebuah Pusat Antarabangsa. Walau bagaimanapun berapa perkara masih perlu diteliti dan di kaji semula. So kita melihat di sebelah utara terutamanya Kuala Selangor dan di Sekinchan kita kekurangan hotel yang bertaraf bintang sebab itu kita tidak dapat menarik pelancong daripada luar negara untuk stay, tinggal di Kuala Selangor. So mereka terpaksa tinggal di Petaling Jaya. Subang Jaya ataupun Kuala Lumpur dan daytrip. So tidak memberi kesan ekonomi tambahan kepada kawasan setempat. Sebab itu kita mencadangkan, kerana ada satu syarikat yang ingin melabur dan dicadangkan Kerajaan Negeri Selangor dan kita tidak bagi menyahwartakan sebarang Hutan Simpan kekal, tidak. Kita hanya memberikan permit penggunaan untuk mereka untuk menaikkan, mendirikan hotel bertarafkan
antarabangsa bintang hanya pada kawasan yang tertentu yang tidak ada kesan terhadap Hutan Simpan. Dan saya hendak beri tahu di sini, ramai yang cuba ambil cerita ataupun memberikan gambaran semacam Kerajaan Negeri Selangor akan menyahwartakan Hutan Simpan, tamaklah. Wah, tidak sama sekali. Saya hendak beri contoh ini bukan sahaja berlaku di Taman Alam. Sebelum itu berlaku di Hutan Simpan Komanwel juga ada chalet-chalet didirikan di Hutan Simpan, kita ada Hutan Simpan Kanching juga sama. Kita ada Hutan Simpan Sungai Congkak terdapat chalet-chalet yang dibina untuk permit penggunaan dan di luar di Selangor juga seperti di Langkawi, Taman Eko Rimba Hutan Simpan Mat Cincang Langkawi juga digunakan untuk naik taraf hotel lima bintang, di Taman Rompin, Pahang juga di Bako Nasional Park, Serawak dan Hutan Simpan Sepilok, Sabah semua dibenarkan untuk memberikan mendirikan hotel untuk tarikan pusat pelancongan. Saya harap selepas kita bagi jawatan sebegini tiada pihak menggunakan isu ini untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor terutamanya pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab sebelum itu.
Soalan Berikutnya, Sijangkang.
Terima kasih Tuan timbalan Speaker soalan 68.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Sekolah Agama Di Bandar Saujana Putra, JenjaromQuestions
68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status perancangan pembangunan SRA BSP dan berapa kapasiti yang dirancangkan?
b)
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf KAFA BSP?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Sijangkang. Saya mohon izin menjawab untuk Yang Berhormat Sungai Kandis kerana beliau didapati positif COVID-19 hari ini. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa rancangan pembangunan Sekolah Rendah Bandar Utama Saujana Putra telah disenaraikan oleh Rancangan Malaysia yang ke-12 atau RMK-12
dengan kapasiti dua blok bangunan bagi 40 bilik darjah yang mampu menampung lebih kurang 1,600 orang murid bagi satu-satu sesi. Untuk soalan kedua pula, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf KAFA BSP ataupun Bandar Saujana Putra kerana atas faktor keselamatan atau saiz tapak di KAFA BSP sekarang ini agak kecil dan ia adalah menumpang di tapak surau yang sempit dan mungkin akan memerlukan saiz yang lebih besar yang kita hendak dibina dalam Rancangan Malaysia yang ke-12 nanti. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri boleh membantu sedikit sebanyak untuk keselesaan yang sekarang ini, ada di KAFA BSP sebab dengan keadaan yang menggunakan sistem kabin yang saya kira tidak selesa langsung. Terutamanya bilik-bilik guru yang mungkin dari sudut keperluan keselesaan sedikit seperti aircond dan sebagainya dan juga kelas-kelas yang hanya dengan sekatan-sekatan itu sekurang-kurangnya sehingga Sekolah Agama Bandar Saujana Putra ini dibangunkan sedikit sebanyak sudut keselesaan pada pelajar dan warga pendidik ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih. Pihak Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan hal tersebut Yang berhormat dengan beberapa faktor. Faktor pertama bilakah SRA Bandar Saujana Putra akan dibangunkan. Kalau tempohnya terlalu dekat nanti kos baik pulih terhadap bangunan yang sedia ada itu mungkin akan terbazir kerana kita hanya gunakan sekitar dua hingga tiga tahun. Bila akan mula dan bila akan siap itu faktor utama. Faktor kedua adalah melihat pada tabungan. Kita memang ada tabungan tertentu yang boleh kita gunakan termasuk tabungan-tabungan daripada pihak Jabatan Agama Islam dan kita akan melihat bagaimana naik tarafnya. Mungkin kemudahan yang naik taraf itu tidak melibatkan struktur yang besar, mungkin melibatkan penyaman udara ataupun melibatkan kemudahan lain sementara menunggu siapnya SRA Bandar Saujana Putra sebagaimana di dalam Perancangan Malaysia Yang ke-12. Kita juga melihat sebab Rancangan Malaysia ini biasanya disenaraikan tetapi kadang-kadang ia mengambil masa, kadang-kadang mengambil dua Rancangan Malaysia baru boleh dilaksanakan ataupun kadang-kadang terpaksa digugurkan hal ini akan dipantau hari masa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan yang berikutnya, Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker soalan saya 69.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Selangor Smart Agro Park (SSAP)Questions
69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini rancangan pembangunan SSAP di Changkat Menteri Daerah Sabak Bernam?
b)
Berdasarkan status semasa, bilakah jangkaan projek tersebut akan siap mengikut fasa yang telah dirancang?
JAWAPAN :
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Sungai Panjang bertanyakan soalan berhubung dengan kemajuan Projek Selangor Smart Agro Park di Changkat Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Panjang, pada ketika ini projek berkenaan masih lagi di bawah menunggu kelulusan daripada Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar yang di bawah Jadual 2 yang telah dikemukakan ke Jabatan Alam Sekitar,Putrajaya pada 5 Jun 2022. Jadi kita sedang menunggu laporan itu untuk diluluskan. Kelewatan juga asalnya kelewatannya disebabkan khidmat perunding yang ada sikit masalah dari segi komitmen kerjanya dan kita sudah selesaikan dan telah di submit laporan kepada Putrajaya. Dan berdasarkan status semasa kita jangkaan projek ini akan siap pada penghujung tahun 2023 dengan mengambil kira kelewatan kelulusan Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar yang makan masa sekurang-kurangnya satu tahun. Setelah kelulusan diperoleh pembangunan itu akan dijalankan dan kita yakin akan siap dalam satu tahun selepas itu kerana peserta-peserta telah kita kenal pasti Cuma menunggu keputusan EIA sahaja. Terima kasih.
Sungai Panjang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas update terkini berkenaan SSP. Seperti yang kita maklum ia telah dirasmikan dan isu EIA ini datang kemudian dan kalau kita lihat aduan-aduan dan juga rungutan orang-orang setempat seolah-olah ada kerja di tapak dilakukan. Jadi sepanjang menunggu tempoh kelulusan EIA ini, adakah ada kategori kerja-kerja dibenarkan ataupun sebenarnya kerja-kerja tidak dibenarkan buat di situ sebab semakin hari saya menerima aduan dan melihat sendiri sambil lalu semakin terang kawasan itu. Jadi kalau boleh diberikan penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat saya pun sebenarnya telah melawat tempat itu dua kali ketika aduan diterima dan kita mendapati tidak ada kerja-kerja yang dilaksanakan. Kalau adapun untuk kerja-kerja jalan untuk maintain, selenggara jalan-jalan disitu sebab kawasan itu agak gambut jadi memerlukan maintenance. Dan kita memang meletakkan security untuk menjaga keluar masuk ke tempat itu bagi memastikan kepatuhan kepada kelulusan oleh EIA. Dan memang tidak, setakat hari ini tidak ada, memang di kawasan sekitar itu kawasan-kawasan lain yang turut buat permohonan dan juga ada yang telah mendapatkan kelulusan EIA dan untuk kawasan ini memang tidak ada kerja untuk pelaksanaan projek ini. Sebab saya sentiasa menerima pertanyaan daripada peserta ini, tanya bila hendak mula, bila hendak mula. Jadi bermakna memang tidak ada lagi dan saya telah memeriksa dengan pihak PKPS memang tidak ada kerja-kerja dibuat di situ. Terima kasih.
Sikit Yang Berhormat.
Sungai Panjang.
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Cuma tadi penjelasan tadi itu berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja-kerja laluan di dalam kawasan tersebut adakah kerja-kerja pembersihan jalan itu sesuatu yang dibenarkan sementara menunggu EIA. Terima kasih.
Itu yang saya sebut tadi kerja-kerja maintenance perlu dibuat untuk memastikan jalan itu boleh digunakan. Tetapi itu terhad kepada laluan di kawasan tapak pelancaran itu dan juga jalan itu sahaja. Dan yang lain-lainnya memang kita akan tunggu kelulusan untuk daripada EIA. Kalau tidak kita tidak boleh teruskan kerana kosnya agak tinggi untuk menguruskan tempat itu. Kawasan yang peat soil ataupun kawasan gambut memang memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraannya. Sekian, terima kasih.
Soalan berikutnya, Sentosa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya nombor 70.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Program SithamQuestions
70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah prestasi Program SITHAM dalam membantu usahawan kecil kaum India sehingga tahun 2021?
b)
Nyatakan jumlah usahawan India yang telah dibantu melalui Program SITHAM sehingga tahun 2021?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Sentosa yang bertanya tentang program SITHAM yang telah mula dimulakan pada akhir bulan September 2019 hingga kini dan prestasi program SITHAM ini kalau kita lihat ia amat saya boleh katakan amat baik kerana ia adalah salah satu program yang kita khusus kan pada mulanya untuk rakyat ataupun masyarakat India dan sekarang pun telah ada penambahan iaitu I-SEED. Jadi prestasi bagi program SITHAM dalam membantu usahawan kaum India sehingga 2001 adalah kalau diikutkan pecahannya kepada empat. Sebenarnya detail nya terlalu banyak, jadi saya baca kesimpulan. Saya akan bekalkan pen-detailan pada Yang berhormat Sentosa. Antara program SITHAM kita pecahkan kepada empat iaitu latihan Pembangunan Usahawan, Khusus Kemahiran Dan Pembuatan, Program Bimbingan Perniagaan atau pun GROW, Geran Bantuan Peralatan Peniagaan yang mana kita lihat pada tahun 2020 usaha ini agak perlahan memandangkan ada kita semua berdepan dengan pandemik COVID-19 tetapi tahun 2021 kita mula accelerate ataupun merangsang balik program ini dengan baik. Dan akhirnya Program Latihan Pembangunan Usahawan telah pun telah dapat melatih seramai 600 orang peserta yang mana ia terlibat memberi latihan asas kepada usahawan India untuk mempelajari teknik meningkatkan jualan dan memahami selok-belok terkini dalam bidang perniagaan seperti pengurusan perniagaan, pemasaran secara dalam talian, peluang pinjaman, permohonan pelesenan, pendaftaran syarikat atau mereka juga telah mula diberikan pendedahan tentang bagaimana hendak mendapatkan pensijilan halal kepada dalam usaha-usaha jika mereka membuat produk-produk berkaitan dengan pemakanan. Yang keduanya Kursus Kemahiran Dan Pembuatan seramai 1,331 orang peserta telah pun terlibat semenjak kursus ini dijalankan dan kursus jangka pendek yang memberikan latihan secara one off ini dengan izin kepada peserta tidak mempunyai sebarang kemahiran perniagaan terlebih dahulu tetapi kita bagi supaya mereka kita lihat minat itu dapat di pupuk di kalangan mereka kebanyakan khusus kemahiran dan pembuatan ini di ceburi oleh kaum wanita. Yang ketiganya Program Bimbingan Perniagaan seramai 30 orang peserta mendapat manfaat daripada program GROW ini yakni program bimbingan perniagaan buat para peserta yang tiada pengalaman perniagaan, juga tetapi kita gandingkan dengan industry player ataupun syarikat yang akan membimbing mereka secara khusus. Jadi kalau saya lihat
sebenarnya setiap tahun SITHAM hanya dibekalkan sebanyak 1 juta diberikan kepada HIJRAH Selangor untuk pelaksanaan program dan kita lihat sebenarnya program-program yang dilahirkan itu agak baik kerana kita lebih fokus. Seperti mana GROW kita ada 70 peserta dan kalau kita dapat lihat impak dia, kita boleh lihat mereka telah pun sebahagian besar 60% telah berdikari sebenarnya dan akhirnya geran Bantuan Peralatan Perniagaan seramai 112 orang telah menerima Geran bantuan Peralatan perniagaan dengan bernilai RM 657,204.10 iaitu jumlah keseluruhan daripada bantuan yang ada. Jadi kesimpulannya bilangan usahawan India yang telah dibantu oleh program SITHAM sehingga hujung tahun 2021 adalah seramai 2,113 orang dengan pecahan-pecahan yang telah saya bacakan.
Jadi sebanyak 2 juta itu dapat memberikan touch ataupun sentuhan kepada 2,113 dan program ini kita lihat dah ada penerusan di mana mereka telah juga dapat bantuan Hijrah secara modal bantuan modal dan akhirnya kita lihat ramai, saya bangga untuk rakamkan dalam Dewan ini, ada beberapa dua tiga apa ni syarikat yang telah pun ataupun individu yang telah menubuhkan syarikat dan akhirnya telah dapat kita bawa pendedahan untuk exposure ataupun exhibition ataupun pameran-pameran di luar negeri. Terima kasih.
tambahan
Sentosa
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO, kerana bagi satu jawapan yang cukup lengkap. Soalan saya, soalan susulan saya ialah berkenaan dengan pemberian barangan-barangan geran. Barangan geran. Saya tengok bagus jika kita beri barangan-barangan keperluan mereka untuk mengendalikan perniagaan mereka, seperti SITHAM dan I-SEED. Soalan saya ialah, adakah kita ada follow up dengan penerima-penerima barangan ini dan kita perlu, ada lah kita tengok, barangan itu mereka gunakan sepenuhnya atau tidak. Kalau tidak bolehkah kita ambil balik dan bagi kepada pengguna lain ataupun peniaga lain yang memerlukan.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Sebenarnya mereka ada tanggungjawab selama dua tahun ya untuk menggunakan peralatan yang kita beri. Tetapi kita lihat beberapa juga penerima SITHAM kita yang agak jujur semasa era pandemik hari itu, mereka tidak dapat meneruskan perniagaan dan mereka telah serahkan semula barangan ikut kepada pihak Kerajaan. Sebenarnya Kerajaan tidak ada orang kata apa ya, syarat mesti dipulangkan tetapi kita membuat balik perolehan itu supaya ia nya boleh dialihkan kepada individu yang lain. Jadi kalau kita ikutkan dalam dua tahun ini memang pemantauan itu dibuat dengan kita bukan sahaja memberi peralatan kita menjadikan mereka ini senarai yang mesti diberikan tumpuan jika kita ada program-program latihan selain daripada yang diuruskan di bawah SITHAM iaitu di bawah pembangunan usahawan ataupun bawah
SIDEC, kita akan majukan kepada mereka. Dari situ sebenarnya kita track sama ada mereka ini terus berniaga ataupun mereka telah pun berhenti perniagaan. Jadi itu jawapan daripada saya Yang Berhormat Sentosa, terima kasih.
Sungai Pelek.
Terima kasih. Memandangkan kejayaan SITHAM dan juga keadaan ekonomi yang tidak tentu adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk menyuntik lebih banyak lagi dana untuk lebih menjayakan SITHAM dan program ini.
Terima kasih Sungai Pelek. Sungai Pelek ini memang suka tentang isu-isu berkaitan kewangan lah. Saya ingat tahun ini, insya-Allah mungkin ada satu pertemuan antara SITHAM dan I-SEED, kerana mereka, kita semua kedua-dua program ini sebenarnya membuat pendekatan yang boleh dikatakan agak sama, jadi di situ mungkin kita lihat prestasi, kalau saya yang bertanggung jawab tentang SITHAM saya lihat keperluannya pun ada untuk penambahan ini tetapi ia nya akan kita lihat secara khusus berapa banyak dan sebagainya kita yakin ia nya bukan saja dengan cara penambahan, mungkin dengan memberikan mereka sedikit jalan keluar, jangan lihat tentang dana SITHAM atau I-SEED sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi dana-dana yang ada yang di luar sana yang sebenarnya tidak pernah pun dikatakan ia nya khusus untuk satu-satu kaum. Jadi di sini sebenarnya Kerajaan ingin memanjangkan kepada pihak penerima bantuan SITHAM dan I-SEED ini bahawa selain daripada dana awalan yang khusus di bawah SITHAM dan I-SEED ini, sebenarnya dana banyak ada di luar itu, kita akan pastikan mereka juga tidak akan ketinggalan untuk mendapat manfaatnya. Itu saya rasa saya cadangkan kalau itu, kita lihat telah pun berjalan dengan baik. Saya rasa keperluan untuk tambah itu mungkin tidak perlu. Itu jawapan saya. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan 71.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Pelan Pembangunan Kemudahan Awam Dan Pengangkutan AwamQuestions
71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor akan merancangkan untuk menerbitkan pelan utama untuk meningkatkan bilangan dan kapasiti kemudahan awam, selaras dengan piawaian yang ditetapkan dalam Rancangan Negeri Selangor 2035?
b)
Apakah kesudahan penyerahan “Selangor Transportation Masterplan” kepada Kerajaan Persekutuan?
Terima kasih Bukit Gasing atas soalan yang dikemukakan berkenaan dengan langkah-langkah pihak PBT iaitu Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyenaraikan kemudahan awam agar selaras dengan beberapa dasar penting seperti Rancangan Struktur Pembangunan Negeri tahun 2035. Untuk makluman Yang Berhormat dan seluruh Ahli Dewan, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 yang digubal oleh Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@ Selangor supaya Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi serta rakyat dalam negeri dapat melihat konteks pembangunan struktur negeri ke arah pembangunan wilayah bandar yang mampan dan wilayah bandar yang makmur. Penggubalan dasar-dasar ini adalah berteraskan kepada Strategi dan Konsep Pembangunan Tertumpu Wilayah Bandar (City Region Development Oriented) yang sedikit sebanyak tergambar dalam pembentangan saya dalam Rancangan Selangor Pertama. (RS-1). Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, untuk perancangan-perancangan pembangunan infrastruktur ataupun kemudahan awam di peringkat PBT, ia akan diterjemahkan di dalam Zoning atau pun di dalam rancangan-rancangan tempatan. Rancangan-rancangan tempatan ini akan dibahaskan dan dibincangkan di dalam Jawatankuasa Perancangan Negeri dan kemudiannya ditetapkan di dalam Majlis Perancangan Fizikal Negera secara keseluruhan namun beberapa proses-proses seperti pendengaran, dan proses-proses seperti libat urus dengan semua pihak terlibat akan diambil kira sebelum sesuatu rancangan tempatan diterjemahkan. Rancangan Tempatan lah di pihak PBT akan menerbitkan dan menggambarkan tentang infrastruktur-infrastruktur yang dibangkitkan dan selaras dengan Rancangan Struktur 35, dan ini turut dilaksanakan di peringkat Majlis-Majlis seperti MBSA, MBPJ dan Majlis-majlis seluruh Negeri Selangor. Untuk yang terakhir sekali saya ingin maklumkan di sini bahawa dalam menyediakan keperluan kemudahan masyarakat yang lebih komprehensif dan pengguna lebih optimum di Kawasan bandar, Kerajaan negeri melalui PLANMalaysia juga telah menyediakan Kajian Keperluan dan Kesesuaian Kemudahan Masyarakat Berkepadatan Tinggi, Bandar Padat Dan Berdaya Huni, yang meliputi kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Klang.
Matlamat kajian ini adalah untuk “Mewujudkan Inventori Kemudahan Masyarakat Di Kawasan Zon Promosi Perancangan Bandar Padat Berdaya Huni (ZPP) Di Negeri Selangor Serta Mencadangkan Piawaian Khusus Berkaitan Kemudahan Masyarakat Di Kawasan ZPP”. Ada enam (6) objektif yang digariskan antanya ialah –
1. Mengkaji potensi ZPP dalam kawasan kajian termasuk mengenalpasti sempadan, saiz populasi dan keperluan serta kesesuaian kemudahan masyarakat yang diperlukan. 2. Menyediakan inventori kemudahan masyarakat sediada dan komited beserta unjuran keperluan mengikut kawasan -kawasan yang ditetapan. 3. Mengenalpasti isu, penawaran dan permintaan berkaitan kemudahan masyarakat di tempat berkenaan. 4. Membuat perbandingan di antara ketersediaan kemudahan masyarakat di kawasan PP berbanding standard piawaian yang telah ditetapkan. 5. Mengenalpasti lokasi tapak-tapak kemudahan masyarakat sedia ada yang masih belum dibangunkan. 6. Mencadangkan garis panduan piawaian kemudahan masyarakat khusus dan sesuai bagi kawasan ZPP selaras dengan keperluan dan ketersediaan tanah.
Jadi kalau saya mudahkan kita ada Rancangan Struktur, di pihak Jawatan Kuasa Perancangan Negeri atau pun State Planning Comittee akan menggariskan dan menetapkan mengikut zon dan zon-zon yang telah ditetapkan dalam Rancangan Tempatan, dan dalam Rancangan Kawasan Bandar Yang Padat Berdaya Huni, yang kita setkan kita juga ada menetapkan satu kajian khusus yang dibuat oleh PLANMalaysia dan kalau perlu saya rasa ia wajar diterbitkan untuk pengetahuan semua. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Seri Setia.
Tuan Timbalan Speaker. Soalan nombor 72.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions
72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bolehkah proses tuntutan khairat kematian dilanjutkan ke jangka masa setahun supaya pewaris dapat membuat tuntutan lengkap?
Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Seri Setia, sama ada proses tuntutan khairat kematian boleh dilanjutkan ke jangka masa setahun supaya pewaris dapat membuat tuntutan lengkap. Jawapannya ialah buat masa ini ialah tuntutan khairat kematian hanya boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kematian sahaja seperti yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Tuntutan Khairat Kematian. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keputusan lain daripada Kerajaan Negeri, maka ia akan diumumkan kemudian. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Sungai Pelek.
Mahu jawab lagi?
Sudah dijawab ye, bersekali.
Seterusnya, Sungai Burung.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 74.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. Bantuan Mangsa Banjir Dan Pelan Atasi BanjirQuestions
74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah bantuan dan pampasan yang telah disalurkan dan diterima oleh mangsa-mangsa banjir mengikut kawasan yang terjejas?
b)
Apakah perancangan dan pelan tindakan untuk mengatasi masalah banjir besar tidak berulang lagi di masa akan datang?
Terima kasih Sungai Burong atas soalan yang ditanyakan khususnya berkenaan bantuan kepada mangsa banjir dan apakah pelan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir. Yang pertama secara keseluruhannya sumbangan isi rumah yang telah kita salurkan dengan nama Bantuan
Selangor Bangkit kepada 126,041 Ketua-ketua Isi Rumah (KIR) dan isi rumah di Negeri Selangor dan 17 waris mangsa banjir yang meninggal dunia semasa kejadian banjir Disember 2021 untuk meringankan beban mangsa-mangsa ini adalah berjumlah RM132,628,000.00 bagi 126,041 isi rumah dan 17 waris mangsa banjir yang telah meninggal dunia pada masa terbabit. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, selain itu pihak Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa projek-projek yang secara terperincinya saya rasa EXCO Infrastruktur boleh selaraskan terutamanya, untuk menangani masalah sedia ada termasuk perlaksanaan 31 juta untuk menyelesaikan tanah-tanah runtuh, yang menyebabkan kawasan terputus sehingga sekarang di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Selangor yang telah menyebabkan, yang disebabkan oleh bencana banjir tersebut. Namun begitu, beberapa pembaikkan sungai-sungai dan sebagainya itu telah dilaksanakan dan hampir siap, saya rasa hampir siap sepenuhnya dan kita dapat lihat suasana serta kehidupan masyarakat kembali normal. Malahan Jabatan Statistik Negara atau Perangkaan Negara (DOSM) telah menggambarkan bahawa lebih 60% daripada rakyat Negeri Selangor telah kembali hidup secara normal. Tidak kurang atau kurang sebulan daripada peristiwa banjir yang telah melanda pada Disember yang lalu. Beberapa strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri supaya penyelesaian isu kutipan sisa pepejal dan sisa banjir telah berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan mengembalikan semangat dan kehidupan rakyat untuk perlaksanaan seterusnya. Projek-projek lain yang kita, beberapa dana-dana lain itu diuruskan mengikut EXCO masing-masing, pembaikkan rumah dan sebagainya kita menjadi perantara dan pemudah cara kepada peruntukan-peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak Persekutuan.
Untuk soalan (b), Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempunyai 2 kaedah iaitu kaedah pelaksanaan yang melibatkan struktur dan kaedah pelaksanaan yang bukan struktur. Bagi pelaksanaan yang struktur kita telah melihat beberapa strategi antaranya:-
(i) Pembinaan ban banjir, tembok penahan banjir (flood wall), terowong banjir (flood tunnel), bypass channel dan barrage bagi tujuan kawalan banjir.
(ii) Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bagi menyediakan bekalan air terawat yang mencukupi di samping untuk tujuan pengurusan banjir. Maklumat Tambahan SJAM akan saya lampirkan kepada Yang Berhormat.
(iii) Pembinaan kolam takungan banjir seperti underground storage, elevated pond, vertical & horizontal storage dalam kolam takungan bertingkat.
(iv) Pembinaan pintu kawalan air dan jumlah pam yang diintegrasikan dengan Sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data Berkomputer (SCADA) bagi pintu air di kawasan yang berisiko tinggi mengalami banjir. Pintu Air
ini akan dikawal secara automatik dan juga boleh dikawal serta dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.
(v) Melebar dan mendalamkan sungai sebagai “Projek Mendalamkan dan Melebarkan Sungai Klang Termasuk Meninggikan Ban Sungai Klang” dengan anggaran kos lebih kurang RM700 juta telah dibentangkan oleh JPS pada bulan Februari 2022 dan dalam proses pertimbangan oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) iaitu Landasan Lumayan Sdn. Bhd. khususnya di kawasan sepanjang Sungai Klang yang telah menyebabkan beberapa banjir di Bukit Lanchong, Kampung Tengah, dan di Kampung Lombong pada peristiwa banjir yang lepas.
Manakala bagi pelaksanaan bukan struktur adalah:-(i) Program Ramalan Amaran Banjir Negara (PRAB) yang berupaya meramal kejadian banjir monsun 7 hari lebih awal, memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal, ketepatan ramalan aras air (+/- 0.5m) dan ramalan banjir kilat 1-3 jam lebih awal. Ini yang dibangunkan oleh pihak JPS di peringkat federal dan Persekutuan dan Insya Allah kalau ia sempurna dengan cepat semakin cepat ia dilaksanakan semakin baik untuk kita untuk melihat ramalan banjir.
(ii) Pembangunan Rangkaian Stesen Hidrologi termasuk Sistem Siren dan Amaran Banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan dan amaran banjir dan
(iii) Pembangunan Sistem Pemantauan Banjir melalui laman web Infobanjir Negeri Selangor untuk memberi amaran awalan banjir kepada orang awam mengenai status paras air sungai, taburan hujan dan kamera pemantauan status banjir.
Selain itu ada beberapa perkara yang ditetapkan dan untuk tahun 2022 sahaja Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir dengan kos tahunan semasa sebanyak RM 12.0 juta dengan kos keseluruhan RM 253.15 juta. Ini kita telah luluskan sebanyak RM 12.0 juta pada tahun ini. Pembangunan Sistem Saliran dengan kos tahunan sebanyak RM 9.2 juta daripada kos keseluruhan sebanyak RM 113.0 juta. Pembangunan Lembangan Sungai dengan kos tahunan RM 15.6 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM 83.9 juta. Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi dengan kos tahun semasa RM 1.2 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM 6.0 juta. Pembangunan Saliran Mesra Alam dengan kos tahun semasa RM 9.0 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM 53.3 juta. Pembangunan Pantai dengan kos sebanyak RM 5.2 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM 24.9 juta. Dan juga Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal dengan kos tahun semasa RM 4.0 juta dengan kos keseluruhan berjumlah RM 11.75 juta.
Saya nak maklumkan juga susulan daripada kejadian banjir yang lepas, saya maklumkan bahawa tindakan susulan diambil oleh Kerajaan Negeri ialah 32 kerja segera berjumlah RM 39.675 juta merangkumi skop mengorek sungai, pengorekan kolam dan perolehan pam bergerak. 12 kerja-kerja kritikal berjumlah RM 19.18 juta merangkumi skop membaik pulih ban dan perolehan genset dan sistem siren. 70 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM 12.2 juta menggunakan peruntukan pembangunan negeri yang merangkumi skop kerja-kerja pengukuhan dan kestabilan tebing sungai, penyelenggaraan sungai dan pantai. Ini yang saya sebutkan tadi dan 293 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM 70 juta menggunakan peruntukan pembangunan persekutuan yang merangkumi skop pemuliharaan sungai dan pembaikan struktur.
Saya juga memaklumkan bahawa sebahagian besar daripada peruntukan untuk menangani banjir, sebahagian besarnya disalurkan ke Selangor sebagaimana pengumuman Kerajaan Persekutuan baru-baru ini yang melibatkan peruntukan lebih kurang RM 15 bilion tetapi sebahagiannya akan diturunkan ke Selangor dan dipantau oleh Jabatan Pengairan Negeri dan pihak negeri supaya projek-projek tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan konteks ‘value of money’ dengan sebagainya.
Terima kasih.
Ya.
Soalan tambahan.
Meru.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Sungai Tua. Berkaitan dengan ada tak usaha daripada Kerajaan Negeri untuk mendesak pihak ICU,JPM menyegerakan bantuan yang dijanjikan. Sebab ini menjadi fitnah kepada Kerajaan Negeri, ramai di kalangan mangsa banjir ini dia ingat kita juga yang buat benda itu. Jadi, di peringkat negeri sendiri, apa usaha Kerajaan Negeri mendesak ICU untuk menyegerakan bantuan yang telah dijanjikan sebab ramai lagi yang tak dapat.
Yang kedua, saya mohon bertanya tentang status projek bernilai RM20 juta yang telah dibentangkan dalam Belanjawan lepas. Tentang projek tebatan banjir di Meru yang dianugerahkan kepada pihak JPS.
Bab yang kedua itu, saya rasa Yang Berhormat Pandan Indah boleh jawab sebab detailsnya beliau tangkap hari-hari. Berkenaan dengan sumbangan RM 2500 lagi tambahan oleh Kerajaan Persekutuan.
Sebenarnya bila Kerajaan Persekutuan umumkan, kita umumkan RM 1000, Kerajaan Persekutuan umumkan RM1000, dia berjalan dengan cukup cantik Yang Berhormat sekalian. Apabila ia dilaksanakan dengan satu kaunter di pihak pejabat tanah & daerah. Tetapi bila Kerajaan Persekutuan tambah lagi RM2500, kita tak dapat selaraskan daripada peringkat awal lah sebab pengumuman itu datang awal dan masih lagi diuruskan.Saya tak pasti mungkin melalui pejabat-pejabat tanah & daerah lagi dan kita hanya menyampaikan senarai itu kepada SU sebab peruntukkan dikeluarkan oleh pihak ICU dan juga oleh Kerajaan Persekutuan.
Saya maklumkan bahawa, di dalam Dewan ini berulang kali bahawa ada orang tanya secara langsung pada kita bahawa ia adalah peruntukan Kerajaan Persekutuan. Dan kita juga telah memaklumkan setiap kali sampai dari pejabat daerah kita atau maklumat kita sampai ini adalah peruntukan Kerajaan Persekutuan yang perlu dilunaskan iaitu RM2500 atas janji dan juga pengumuman Perdana Menteri yang belum diselesaikan keseluruhan. Berkenaan dengan verifikasi dan sebagainya, pejabat & daerah kita dan juga networking kita termasuk ketua kampung dan penghulu telah membuat sebaik mungkin untuk menyenaraikan bahawa ini adalah mereka yang terlibat. Kalau proses semakan dan sebagainya pegawai-pegawai kita dari peringkat bawah akan cuba menyemak dengan sebaiknya. Itu tahap kita lah Yang Berhormat. Kita nak gesa di sini, mereka pun dah dengar, pengumuman pun dah dengar jadi nak digesa secara bersurat dan sebagainya, itu akhirnya ia keputusan kepada jabatan. Sebab ICU secara langsung dengan Jabatan Perdana Menteri. Yang tentang RM 20 juta itu, saya rasa pihak Pandan Indah boleh jawab nanti secara bertulis kepada Yang Berhormat sebab masa kita. Terima kasih.
Terima kasih.
Sungai Panjang.
Sorry.
Sungai Burong. Minta maaf.
Sorry.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya ialah, adalah terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberi penjelasan mengenai bantuan mangsa banjir yang telah pun diberikan kepada rakyat Negeri Selangor. Sudah tentu ini akan memberikan kesan yang amat penting bagi mengurangkan bebanan mereka. Saya ingin menarik kepada perancangan jangka panjang iaitu pembangunan dari segi struktur yang telah disebutkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kebelakangan ini, hujan kita tengok turun terlalu lebat dan acap dan berkemungkinan kita bimbang juga akan berlaku keadaan banjir-banjir yang besar sebabkan hujan yang berlebihan.
Saya ingin melihat dari segi perancangan jangka panjang. Yang pertama, selain daripada melebarkan dan mendalamkan sungai-sungai bagi melancarkan lagi aliran air sewaktu hujan berlebihan. Pembinaan takungan-takungan air ini memang amat penting dalam jangka panjang untuk meredakan aliran air disebabkan hujan berlebihan. Cuma saya ingin mengetahui yang pertama dari segi keutamaan pembinaan-pembinaan ini.
Yang kedua, adakah pemaju-pemaju besar di Lembah Klang ini yang menjalankan projek-projek ini akan diwajibkan untuk membina kolam-kolam takungan. Kerana saya lihat beberapa contoh pemaju seperti pembangunan di Bukit Raja yang membina kolam takungan sendiri, ini dapat membantu lah, dapat mengurangkan keadaan sewaktu berlaku keadaan hujan lebat dan banjir kilat. Terima kasih.
Terima kasih. Saya kira dalam jawapan tadi, saya dah jelaskan antara strategi yang kita laksanakan ialah melalui kolam-kolam takungan termasuk kolam takungan bertingkat, kolam takungan underground dan sebagainya. Dan ia terkandung dalam projek yang kita laksanakan dan juga projek yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan.
Dan antara contoh yang kita gunakan ialah apabila kita lihat empangan-empangan kita, salah satu empangan saya bagi contoh ialah Empangan Klang Gate. Empangan Klang Gate telah dinaiktaraf kepada satu situasi bukan hanya untuk menangani kolaman takungan air tetapi juga menangani limpahan banjir. Sebab itu dalam peristiwa banjir lepas, ia tidak memberi kesan di kawasan Gombak terutamanya di kawasan Hulu Kelang, Kampung Kemensah dan sebagainya. Walaupun ada kenaikan tetapi kenaikan itu sangat terkawal berbanding tempat-tempat lain. Justeru, salah satu daripada jangka masa panjang kita ialah kolam-kolam takungan kita termasuk di empangan-empangan utama kita. Empangan Sungai Selangor dan Empangan Langat, Empangan Semenyih dan sebagainya kita akan turut melibatkan projek-projek tebatan banjir di situ sebelum ia turun ke downstream. Ia maknanya ditangani di peringkat upstring dan ini antara strategi yang sangat berkesan melihat model yang terbina di Empangan Klang Gate terutama.
Yang kedua, kawasan-kawasan yang dijadikan tumpuan sudah pasti kawasan-kawasan yang telah dilimpahi banjiri yang lepas. Di kawasan kita di Sungai Damansara sebagai contoh, di kawasan sekitar stadium yang melibatkan Giant dan sebagainya ada melibatkan tanah Kerajaan Negeri dan ada permintaan untuk kita release kawasan tersebut. Sudah pasti kita akan bagi keutamaan untuk kawasan terbabit. Kawasan Sri Muda, Yang Berhormat. Yang menerima kesan yang agak buruk, Meru dan kawasan sekitarnya tak termasuk kawasan-kawasan lain yang terjejas. Jadi, pihak JPS mempunyai menteri dan senarai semaknya melihat kepada keutamaan awlawiyyat tempat-tempat tersebut di mana yang harus kita bangunkan dan kita merujuk kepada peristiwa banjir yang lepas yang besar dan juga beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini untuk projek tebatan banjir tersebut. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya ingin bertanya tentang pemaju adakah diwajibkan juga, pemaju-pemaju besar macam Sime Darby dan sebagainya.
Terima kasih. Ia akan terkandung di dalam maklum balas yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya akan minta pihak standco infrastruktur melihat kemudahan ini sebab sebarang cadangan kemajuan akan mendapat maklum balas oleh pihak jabatan dan salah satu jabatannya adalah Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi Jabatan Pengairan dan Saliran kena mencadangkan hal ini. Di pihak kelulusan, pihak PBT. Sewaktu sebelum kebenaran merancang ataupun kebenaran pembinaan diberikan, ia harus diletakkan sudut pengawalan dan juga menangani limpahan air dan banjir pada masa-masa hadapan. Saya sedia, kita akan membawa usul cadangan Yang Berhormat itu supaya dipertimbangkan. Terima kasih.
Sungai Pelek.
Terima kasih. Sepang merupakan satu tempat ataupun kawasan yang selalu banjir kerana banyak kampung seperti Labu Lanjut, Kampung Giching, Kampung Chincang, dia sama paras ataupun hampir lebih rendah daripada sungai. Jadi kita sangat bergantung pada ban, sangat bergantung pada kunci air dan sebagainya. Tetapi selalunya ban pecah, ban pecah. Jadi, saya pun tak boleh jawab soalan daripada orang-orang kampung. Apakah cara yang lebih baik, ataupun ada cara baru untuk ban yang tidak senang pecah dan satu lagi kita semua tahu bidang kuasa sebenarnya tebatan banjir adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat, Kerajaan Federal. Tetapi malangnya, for the past many years, JPS selalunya macam kurang dana. Jadi, Sepang sebenarnya ada masterplan macam mana buat tebatan banjir dan sebagainya. Tapi saya khuatir kalau kerajaan tak tukar, dia akan terus tak ada dana. Jadi, kita haraplah Negeri Selangor pulak untuk menyediakan dana untuk semua projek tebatan banjir. Apakah pandangan Yang Amat Berhormat?
Untuk Sepang dan Kuala Langat, keadaan Sepang, Kuala Langat adalah kawasan di downstream, ataupun di kawasan hilir. Sebab itu kawasan-kawasan ini akan menerima banjir, setelah di kawasan hulu ditimpa banjir. Setiap kejadian di kawasan hulu akan berakhir di kawasan hilir. Ini adalah perkara asas yang kita kena tahu. Sebab itu apabila kejadian menimpa kawasan-kawasan di hulu Selangor, di Klang, di kawasan di Kajang dan sebagainya impak akhirnya akan sampai di kawasan Bukit Changgang, dia akan sampai di kawasan Sepang, di kawasan Dengkil dan juga beberapa kawasan-kawasan yang lain. Jadi ia adalah disebabkan oleh aliran air, apabila Klang berlaku banjir akhirnya dia akan datang di kawasan Kuala Selangor, Bukit Kuching, Bukit Hijau dan bukit-bukit
yang lain. Jadi, Yang Berhormat sekalian. Saya nak maklumkan di sini, antara dapatan yang kita buat adalah tentang kualiti ban dan memang ia telah ditetapkan oleh Yang Berhormat EXCO , Yang Berhormat EXCO juga melaporkan dalam Dewan berulang kali, apabila ban itu dibina dengan menggunakan struktur tanah yang saja dan struktur itu yang telah menyebabkan ia melimpah dan sebagainya. Namun begitu, pembinaan kolam-kolam takungan adalah the best strategy yang ada dalam peringkat negeri setakat ini.
Disebabkan kita tidak mempunyai kawasan yang cukup luas, jadi kolam takunganlah yang menjadi sandaran kita. Dan kolam takungan kita juga tidak ada saiz tanah yang luas, kalau ada saiz tanah yang luas kita boleh ambil alih. Pengambilan tanah bukan mudah. Saya ambil contoh, bila kita buat projek tebatan banjir kita di Sungai Kedondong, di Sungai Pelepas. Kita mengambil masa bertahun-tahun, akhirnya bila kita buat di Sungai Kedondong, ada bantahan pulak daripada pihak tertentu termasuk dia cuba diambil kesempatan di pihak pembangkang. Alhamdulillah, hari ini di Sungai Kedondong projek tebatan banjir itu telah selesai dan ia telah mengelakkan kawasan banjir di kawasan Sungai Buloh dan kawasan-kawasan Paya Jaras terutamanya.
Jadi, Yang Berhormat sekalian. Nak tangani banjir ini bukan satu benda yang mudah dan ia kadangkala akan melibatkan pengambilan tanah dan proses-proses mendalamkan dan juga melibatkan tanaman dan kadang-kadang nak deal tentang 2-3 pokok pisang ni kadang-kadang berparang-parang, Yang Berhormat. Nak kena selesaikan. Jadi bukan mudah, tetapi saya melihat perkara itu sebagai satu keseluruhan. Sebab itu bila Federal, bahawa ada peruntukan, saya tahu tetapi akhirnya pelaksanaannya dia akan melibatkan pihak negeri terutamanya bila nak deal dengan penyelesaian tanah dan juga penyelesaian pelaksanaan yang dilaksanakan oleh JPS. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Meru.
Terima kasih, Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 75.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Budget Pelupusan Sampah Domestik Kepada KdebQuestions
75. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah peruntukan pelupusan sampah tahun 2022 kepada KDEB untuk Dun Meru?
b)
Berapakah syarikat sampah dan bilangan aset serta zon operasi kontraktor di Meru secara detail?
c)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah peruntukan pelupusan sampah ini selaras dengan peningkatan penduduk Selangor?
Timbalan Speaker, selaras dengan keputusan MMKN Ke-7/2016 yang diadakan pada 24 Februari 2016 dan disahkan MMKN Ke-8/2016 pada 2 Mac 2016. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) termasuklah kawasan Dun Meru adalah di bawah pengurusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd selaku projek management company (PMC). Pada tahun 2021, pihak majlis telah membuat pembayaran sebanyak RM 26,137,749.27 juta bagi pengurusan sisa pepejal domestik dan sebanyak RM 39, 911,597.53 juta bagi pembersihan awam. Manakala lagi 2022, peruntukkan pengurusan sisa domestik adalah sebanyak RM 27 juta dan bagi pembersihan awam adalah sebanyak RM 41.837 juta. Secara purata setiap isi rumah membayar RM5 sebulan untuk tujuan pengurusan sampah ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tiada peruntukkan khusus yang diberikan kepada KDEB Waste Management bagi menguruskan pelupusan sampah di Dun Meru. Bagi kawasan Meru, KDEB Waste Management telah melantik empat (4) buah syarikat melalui proses tender terbuka bagi melaksanakan kutipan sisa-sisa domestik. Bagi memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal domestik dapat dilaksanakan dengan sistematik mengikut jadual yang telah ditetapkan, kawasan Meru telah dibahagikan kepada empat (4) zon perkhidmatan. Operasi kutipan di setiap zon perkhidmatan ini dikendalikan oleh satu (1) syarikat yang masing-masing menggunakan satu (1) lori kompaktor. Secara puratanya, kawasan Meru menjana sebanyak 70 tan metrik sampah sehari yang memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) trip kutipan setiap hari.
Butiran zon kawasan kutipan serta bilangan aset bagi kutipan sisa pepejal domestik kawasan Meru adalah seperti berikut :
Pengurusan-pengurusan sampah di tapak pelupusan sampah sanitari adalah di bawah selenggaraan Worldwide Holding Sdn. Bhd. (WHB) dan tidak melibatkan KDEB Waste Management yang merupakan syarikat yang lantik untuk mengangkat sampah dari punca ke tapak pelupusan sampah sanitari.
Kos pelupusan sampah (tipping fee) dibayar oleh PBT kepada WHB berdasarkan berat sampah yang dihantar bagi tujuan pelupusan. Jumlah bajet yang diperuntukkan bagi kos pelupusan sampah setiap tahun adalah merujuk pada rekod pelupusan sampah semasa di dalam kawasan Majlis. Pada tahun 2019, jumlah kos pelupusan sampah adalah sebanyak RM 65,668,950.90. Pada tahun 2020, jumlah tersebut bertambah sebanyak 3.86% menjadikan jumlah kos adalah sebanyak RM 68,302,245.69. Manakala pada tahun 2021, kos pelupusan ini hanya meningkat sebanyak 0.06%. Peningkatan dan pertambahan ke atas kos ini pada setiap tahun adalah selaras dengan pertambahan pembangunan perumahan, komersial dan juga industri yang akan melibatkan pertambahan penduduk secara amnya. Sekian.
Soalan berikutnya Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Dari Klang ke Sabak Bernam, soalan saya nombor 76.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Penularan HfmdQuestions
76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah kadar peningkatan jangkitan penyakit HFMD di Selangor mengikut daerah? Apakah faktor utama yang menyumbang penularan ini?
b)
Apakah tindakan khas Kerajaan Negeri bagi membendung masalah ini dari berlarutan dan memangsakan kanak-kanak?
Terima kasih. Bukan acara berbalas pantun apatah lagi acara meminang. Kalau acara meminang boleh saya pertimbangkan. Ahli Berhormat yang saya kasihi sekalian, untuk makluman Yang Berhormat keseluruhan kadar jangkitan HFMD di Selangor ataupun hand, foot, mouth disease ataupun penyakit tangan, kaki dan mulut ini di semua daerah menunjukkan trend meningkat berbanding tahun 2021 iaitu dengan perbandingan minggu epik 1 hingga 27, 1 hingga minggu ke 27 semasa PKP dan tempoh semasa tahun 2022.
Pada tahun 2022, trend peningkatan ini dikesan seawal minggu epik ketujuh dan ia dilihat semakin ketara selepas minggu epik ke-13 di semua daerah. Pecahan peningkatan kes mengikut daerah adalah seperti berikut :
Kalau bandingkan keseluruhannya pada tahun 2021 ketika PKP ada 644 kes tapi pada tahun 2022, khususnya pada minggu epik ke-7 sampailah minggu epik ke-13 tadi
jumlah keseluruhannya adalah 33,864. Maknanya ada peningkatan yang sangat tinggi dan peningkatan yang sangat bergejala. Jadi, kita memantau keadaan ini daripada semasa ke semasa termasuk mengedarkan dan juga menyelenggara dengan Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya dalam usaha sama ada memberikan arahan penutupan ataupun arahan-arahan tertentu supaya mengelakkan perebakan yang lebih besar khususnya pada ketika musim persekolahan telah dibuka. Sebahagian faktornya adalah apabila sekolah dibuka, taska dan tadika, pusat asuhan di antara pusat-pusat yang berstrategi dan kita lihat antara faktor-faktornya ialah apabila sikap ibu bapa yang masih lagi menghantar anak-anak walaupun anak-anak ini bergejala. Dan juga hasil penilaian risiko di taska dan tadika yang mengalami HFMD mendapati, aktiviti gate keeping ini pemeriksaan kanak-kanak di pintu masuk institusi jagaan dan pengasingan kanak-kanak yang bergejala adalah kurang berkesan. Dan yang ketiga, amalan kebersihan kendiri sama ada di rumah dan institusi keluarga kurang diberikan penekanan oleh keluarga. Faktor lain seperti kepadatan institusi jagaan dengan bilangan, jumlah yang sangat tinggi di samping dengan kemudahan yang tidak berpadanan, sifat semula jadi kanak-kanak iaitu pergaulan rapat antara kanak-kanak terutama di institusi jagaan seperti bermain bersama, berkongsi mainan dan juga sikap gemar masukkan mainan dan barang ke mulut terutamanya yang berumur dua tahun ke bawah meningkatkan risiko jangkitan di kalangan mereka.
Antara tindakan yang diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan PKD ialah perbincangan harian JKN mengenai sivilan kes di Selangor, mengadakan town hall meeting bersama agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan untuk menangani isu-isu di tadika dan taska, menjalankan webinar HFMD bersama pengusaha tadika, program Wawancara Bernama Radio dengan HFMD pada 3 Jun 2022 untuk ingatkan tentang risiko-risiko itu, membuat sesi tunjuk ajar di lapangan di mana Pegawai PKD giat mengadakan sesi taklimat dan tunjuk cara penilaian risiko bagi institusi jagaan. Bagi setiap wabak pihak JKN akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk penilaian risiko dan pendidikan kesihatan bersasar di tadika dan taska, memerintahkan penutupan premis tadika dan taska yang berwabak di bawah Akta CDC dan sebanyak 318 buah dan juga penutupan sukarela premis sebanyak 51 buah. Ada lebih kurang 318 telah diarahkan tutup, 51 sukarela menutup. Mempergiat pendidikan kesihatan di peringkat daerah dan negeri sejak 2022, mewar-warkan semula garis panduan pengendalian kanak-kanak di taska dan prasekolah melalui laman web dan membuat kenyataan akhbar berkaitan dengan HFMD daripada semasa ke semasa dan penentuan terhadap penutupan ataupun operasi itu diputuskan oleh pihak PKD hasil daripada advise PKD kepada Jabatan Pendidikan Daerah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Oleh kerana kita tahu bahawa mangsa kepada penyakit HFMD ini adalah kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan tadi Dato’ Menteri Besar ada menyebut 33,864 kes yang berlaku sepanjang tahun ini. Jadi, ini adalah satu angka yang sangat besar dan effect ataupun kesan yang besar juga adalah kepada para ibu bapa selain daripada pihak tadika, nurseri ataupun pusat asuhan itu sendiri tapi kesannya adalah para ibu bapa yang mana mereka terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil ini seawal umur satu hingga enam tahun ini yang berada di tadika atau nurseri ini yang mana mereka perlukan lebih penjagaan terhadap anak-anak ini kerana penyakit HFMD ini sangat sensitif, sangat pedih dalam mulut, di tangan, di kaki pada anak-anak ini jadi perlukan penjagaan yang lebih daripada para ibu bapa terhadap anak-anak ini. Jadi, apakah tindakan Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri memberikan kelonggaran pada para ibu bapa yang sebagai kakitangan Kerajaan Negeri untuk diberikan kelonggaran pada mereka untuk mungkin work from home ataupun memberikan cuti khas kepada para ibu bapa ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ia biasanya adalah berdasarkan kepada kebijaksanaan dan juga budi bicara Ketua-Ketua Jabatan sama ada memberikan pelepasan-pelepasan khas dan sebagainya. Namun begitu, dalam praktikal secara harian dalam situasi-situasi yang bencana, dalam situasi mendesak ataupun situasi-situasi tertentu, sudah pasti pihak Ketua-Ketua Jabatan akan memberikan kelonggaran mengikut peraturan dan Standard Operating Procedure bagi pengurusan pejabat dan sebagainya. Kita faham bahawa HFMD ini ada kesan kepada anak-anak. Yang kita bimbang ialah dia akan menyebabkan kes-kes seperti kematian. Alhamdulillah, kes-kes agak terkawal kerana pembengkakan ia hanya melibatkan gatal-gatal dan juga demam sebabkan menahan sakit dan sebagainya. Tapi nampak gayanya concern ataupun keprihatinan ibu bapa terhadap penyakit ini juga sudah semakin meningkat daripada masa ke semasa. Justeru, kita lihat kes tinggi tetapi dalam kawalan HFMD dan hanya perlukan kawalan seperti beberapa perubatan. Antibiotik tak boleh. Dia akan dapat dikawal penyakit ini. Cuma latihan-latihan yang diberikan oleh PKD itu sebenarnya sangat perlu kepada PKD, kepada pengendali-pengendali taska dan tadika sebab di sanalah yang biasanya menjadi perebakan. Kalau kita dapat kawal di sana, puncanya juga ada dan juga di rumah. Kalau anak-anak didapati ada kesan-kesan, elakkan daripada pergi ke sekolah ataupun pergi ke pusat jagaan untuk kawal perebakan tersebut. Tentang cuti emergency dan sebagainya, EL (emergency leave) itu amalan biasa yang saya rasa setakat ini mencukupi, belum perlu kita mengadakan satu cuti khas ataupun pelepasan khas setakat ini. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Kota Anggerik.
Tuan Speaker, mengguna pakai 24 (2).
Saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Pembinaan Masjid Di Seksyen U12, Shah AlamQuestions
77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah Kerajaan Negeri akan membina masjid untuk keperluan kariah Seksyen U12, Shah Alam?
b)
Di manakah tapak sebenar masjid yang dicadangkan pembinaan oleh Kerajaan Negeri melibatkan kariah Seksyen U12, Shah Alam?
Yang Berhormat sekalian saya mohon jawab untuk Sungai Kandis. Beliau kurang sihat.
a) Pembinaan Masjid U12 akan disusun dan dirancang mengikut merit dan mengikut keutamaan keseluruhan Daerah Petaling dan merit keseluruhan keperluan pembinaan masjid seluruh Negeri Selangor. Buat masa ini keperluan Solat Jumaat masih boleh ditampung oleh Surau Al-Amin dan Surau An-Nur di Kawasan yang berkenaan. Tapak masjid U12 adalah di Lot 4005 seluas 2.65 ekar telah diwartakan pada 24 April 2016. Kedudukan tapak masjid adalah terletak di pertengahan antara Surau Al-Amin dan Surau An-Nur. Berdasarkan Google Map kedudukan tapak masjid akan saya lampirkan kepada Yang Berhormat Kota Anggerik yang bertanyakan soalan ini. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Gombak Setia.
Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor 78.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Cukai TertunggakQuestions
78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menangani masalah liabiliti cukai tertunggak yang dihadapi oleh anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
Lepas ini 79, orang lain Speaker bukan saya. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh pengurusan ataupun kerugian yang dicatatkan oleh pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. adalah kerugian terkumpul berjumlah RM1.23 billion dan jumlah keuntungan yang dikutip oleh PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad) berakhir 31 Disember 2021 adalah berjumlah RM232 juta. Untuk tempoh yang sama, Air Selangor tidak mencatatkan liabiliti cukai dan tiada tempoh sebarang liabiliti cukai tertunggak yang perlu dibayar pada ketika ini oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad. Saya percaya soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Gombak Setia adalah berkenaan dengan taksiran yang telah dikenakan kepada dua syarikat-syarikat berkenaan iaitu PNSB dan juga Air Selangor sebagaimana keuntungan dan juga capaian yang telah dibuat pada tahun-tahun sebelum ini. Antaranya PNSB telah ditaksirkan semenjak 2012, 2013, 2014 dan 2017. Manakala Air Selangor adalah merujuk kepada apa yang dicapai oleh Konsortium ABAS pada tahun 2009 sampai 2018, PNSB Water sampai 2018, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sehingga 2015, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor adalah sehingga 2015 sehingga 2019, Puncak Niaga pada tahun 2011. Apakah strategi kita? Strategi kita sudah pasti kita melaksanakan dua kaedah. Pertama, kita membuka saluran dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjustifikasi beberapa taksiran-taksiran yang dikenakan kerana kita anggap berapa taksiran yang dikenakan itu tidak kena. Sebagai contoh, taksiran yang dikenakan kepada MBI. Saya ambil contoh. Ini dululah soalan. MBI, MBI dikenakan dan kita membuat perbandingan MBI-MBI negeri lain tidak dikenakan cukai taksiran. Ataupun tak dikenakan cukai bukan cukai taksiran. Taksiran cukai Lembaga Hasil. Dan kenapa situasi ini berlaku kepada MBI Selangor dan tidak berlaku kepada MBI negeri lain?
Begitu juga dengan air. Sebab air melibatkan proses pengambilan dan penstrukturan syarikat-syarikat ini. Saya dimaklumkan dalam master aggreement ataupun dalam perjanjian asas yang sedang diteroka dan dibincangkan, kenapa perkara-perkara ini sepatutnya tidak termasuk di dalam tanggungan ataupun burden yang harus dipikul oleh Syarikat Air Selangor, sekarang yang mengambil alih daripada syarikat sebab ia melibatkan keuntungan capaian pada tahun 2009, 2010, 2011 sampai ada
sebagainya boleh dinilai selepas pengambilan sepenuhnya pada tahun 2018 yang lepas. Dalam pada masa yang sama, kita juga menggunakan saluran undang-undang adalah untuk memastikan proses taksiran itu dapat kita tangguhkan sementara, sementara kita mengadakan penilaian semula dan perbincangan sama ada bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun dengan pihak Kementerian Kewangan ataupun dengan pihak Mahkamah jika ada keperluan-keperluan mendesak. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih Menteri Besar di atas jawapan sebentar tadi. Namun saya ingin bertanyakan susulan taksiran yang disebutkan tadi yang dikenakan oleh MBI, berapa nilai taksiran yang sebenarnya dikenakan kepada MBI ini dan juga saya ingin bertanya akhirnya berapa daripada taksiran itu juga berapa liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh sama ada MBI begitu juga 2 anak syarikat sebagaimana jawapan Menteri Besar tadi.
Saya kena dapatkan jumlah taksiran. Kalau taksiran yang dikenakan kepada PNSB secara keseluruhannya, cukai yang dipertikaikan secara keseluruhannya adalah RM 247 juta dan juga satu lagi pada tahun 2017 sebanyak RM 68.924 juta. Ini 2 yang dikenakan kepada PNSB. Manakala untuk Syarikat Air Selangor ini jumlahnya besar sebab ia melibatkan anak-anak syarikat dan keseluruhannya angkanya mencecah hampir RM 2 billion. Tetapi liabiliti yang ditanggung pula oleh anak-anak syarikat ini secara detail nya saya rasa saya perlu kemukakan secara yang bertulis kepada Yang Berhormat sebab ia melibatkan angka yang lebih tepat. Kalau saya sebutkan secara rangkuman nanti dia mungkin tersilap. Tetapi pada pandangan pasukan peguam ataupun pasukan undang-undang, dua-dua anak syarikat kita mempunyai ruangan untuk memohon permintaan semua pula sebab mutakhir ini memang Lembaga Hasil sedang mencari semua. Kita lihat apa yang dicari pada tahun yang ditaksirkan kepada anak-anak Syarikat Air Selangor ini yang dulunya merupakan vendor-vendor pemegang pengurusan Air Selangor sejak daripada tahun 2009. Sejak daripada tahun 2012, sejak daripada tahun 2015. Kenapa 2015 baru ditaksirkan sekarang dan ia menjadi burden yang tidak padan, tetapi kita ada alasan-alasan tertentu.
Sebahagian alasan itu di bawa ke mahkamah dan mahkamah akan menetapkan beberapa syarat adakah perlu pembayaran ataupun tidak perlu pembayaran dan ia akan melihat secara keseluruhan. Dalam pada masa yang sama kita juga membuka pintu kepada Lembaga Hasil supaya mengemukakan tawaran balas terhadap kita kerana ada beberapa alasan-alasan yang telah diberikan sebagaimana jawapan. Liabilitinya, saya tidak ingat secara detail Yang Berhormat sebab angkanya besar, saya tak nak bagi jawapan yang terkhilaf. Terima kasih.
Speaker, kalau boleh memandangkan Dato’ Menteri Besar jawab tadi akan beri dalam bentuk bertulis, saya minta dilampirkan secara keseluruhan juga jumlah liabiliti MBI. Sebab saya kira MBI ada juga liabiliti hutang yang sangat besar. Justeru itu, kita perlu rangkumkan MBI secara detail. Begitu juga anak-anak syarikat supaya kita dapat tahu bagaimana we can move from here untuk menyelesaikan khususnya untuk melaksanakan Rancangan Selangor Pertama. Terima kasih.
Kita akan jawab mengikut kepada kaedah jawapan yang telah diberikan. Dua soalan asas Yang Berhormat ialah PNSB dan Air Selangor. Kita akan berikan. MBI yang saya sebutkan di sini kita akan berikan secara keseluruhan kerana yang dikenakan bukan anak syarikat, yang dikenakan ialah kepada MBI, Yang Berhormat.
Soalan berikutnya. Jeram.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 79.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. Jalan KampungQuestions
79. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah kerajaan untuk membangunkan dan membaiki infra jalan kampung yang selalu rosak akibat faktor tanah yang sering berombak?
b)
Bolehkah jalan di kampung dilebarkan bagi muatan kenderaan orang kampung lalu seperti MPV?
Terima kasih Yang Berhormat Jeram, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Jeram bertanyakan soalan berhubung dengan isu pembangunan ataupun pelebaran jalan kampung. Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor selaku pentadbir yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan pembaikan jalan kampung mengambil perhatian terhadap sebarang kerosakan jalan kampung. Buat masa ini, nasihat dan pandangan daripada Agensi Teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terutamanya yang melibatkan jalan-jalan pertanian akan
didapatkan bagi membantu Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor dalam membangunkan dan membaiki infra jalan kampung yang telah dikenal pasti mempunyai isu struktur dan keadaan tanah yang agak teruk. Nasihat dan pandangan daripada Agensi Teknikal ini akan dijadikan panduan dalam perlaksanaan projek jalan kampung yang akan dijalankan.
Juga untuk makluman Yang Berhormat, jalan kampung ini sebenarnya mempunyai lebar di sekitar, di antara 2.44m sehingga 4.27m iaitu 8 kaki hingga 14 kaki anggaran ya. Itu jalan kampung. Jadi ia tertakluk, sebarang pelebaran jalan kampung tertakluk kepada spesifikasi ini dan juga mengambil kira bahu jalan, road shoulder diperlukan atau tidak, berserta rizab jalan bagi kegunaan laluan utiliti. Ini merupakan pertimbangan-pertimbangan yang akan diambil ketika kita perlu pelebaran itu boleh dibuat atau tidak dan juga melihatkan juga kepada keperluan jalan itu sendiri. Adakah sesuai untuk dilebarkan atau tidak dan pada amnya kelebaran ini boleh dilalui kenderaan termasuk MPV yang sebagaimana disebutkan Yang Berhormat. Sekiranya jalan kampung sedia ada ingin dilebarkan lagi, maksimum sehingga 4.27 m ataupun 14 kaki ini. Pelebaran boleh dibuat setelah mengambil kira keluasan rizab simpanan jalan dan keperluan untuk mengalihkan utiliti seperti tiang elektrik dan paip air. Sekian.
Soalan tambahan.
Jeram.
Yang Berhormat Tuan EXCO, sidang lepas ada mengatakan ada pemberian 10 batang tiang lampu. Jadi dah diberikan ke belum?. Terima kasih.
Itu saya ingat nak sebut dalam penggulungan nanti, tetapi tak apa untuk tujuan ini saya boleh sebutkan di sini dan kita telah pun meluluskan, Kerajaan Negeri untuk fasa 1 ini kepada 30 DUN. 30 DUN akan menerima 10 tiang lampu solar, LED yang dalam proses perolehan sekarang dan pejabat Pusat Khidmat nanti akan menghubungi, ADUN-ADUN akan dihubungi. 30 ini untuk fasa 1, bagi menetapkan, menentukan tempat mana yang jalan-jalan yang sesuai untuk diterangi dengan lampu ini, yang lampu ini ialah yang berspesifikasi tinggi yang bernilai di sekitar RM 10,000.00 satu. Sangat-sangat kualiti dan akan diberikan kepada 30 dan yang 26 lagi DUN itu dalam fasa 2. Jadi ini yang memperuntukkan, kita peruntukan RM 3 juta untuk fasa pertama ini yang akan dibuat dalam masa terdekat dalam proses perolehan dan saya yakin setengah Pusat ADUN-ADUN telah dihubungi pun untuk mengenal pasti tempat mana lokasi yang sesuai untuk diletakkan lampu-lampu berikut. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Sungai Air Tawar.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 80.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. Jangkaan Pelaburan 2022Questions
80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah anggaran jumlah pelaburan masuk dan keluar pada suku pertama dan suku kedua tahun 2022?
b)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah pelaburan baru pada tahun 2022 dan tahun 2023?
Ya Tuan Timbalan Speaker.
a) Bagi tempoh Januari hingga Mac 2022, sebanyak 72 projek perkilangan telah pun diluluskan oleh MIDA di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,268,156,313 (RM 3.27 bilion).
Pihak Kerajaan Negeri tiada maklumat berkenaan pelaburan yang keluar pada suku pertama dan suku kedua tahun 2022.
b) Dalam usaha untuk menambah pelaburan baru Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor selaku agensi penggalakan pelaburan sentiasa melaksanakan berbagai program dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh Pelabur. Antara strategi yang dirancang seperti berikut;-
1.0 Perancangan Strategik; 1.1 Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 – 2025 yang telah pun dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar. 1.2 Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan Selangor Golden Triangle. Dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi dan hartanah, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Perlaksanaan Projek Pembangunan Selangor Golden Triangle yang
akan diperbesarkan selepas Kerajaan Negeri, Dewan ini meluluskan Rancangan Selangor 1 dan akan diubahsuai selepas IDRISS diumumkan. 1.3 Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (Selangor Biotechnology Action Plan). Perancangan yang holistik akan digarap sebaik mungkin bagi memperkasakan pertumbuhan industri terpilih seperti bidang Bioteknologi yang amat berpotensi untuk berkembang di Selangor. Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor yang diterbitkan akan menggariskan perancangan pembangunan secara komprehensif bagi memacu pertumbuhan industri bioteknologi di Negeri Selangor di samping menyediakan Negeri Selangor sebagai lokasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara. Bagi melaksanakan perancangan pembangunan dalam industri bioteknologi, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebuah divisyen khusus yang dikenali sebagai Selangor Biotechnology Coordination Office (SBIOCO) yang diletakkan di bawah Invest Selangor. Divisyen baru ini akan berperanan untuk menyelaras pembangunan projek – projek berasaskan bioteknologi di Negeri Selangor dan juga pembangunan ekosistem industri berkenaan. 1.4 Penubuhan Majlis Industri Rel Negeri Selangor Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Industri Rel Negeri Selangor bagi memastikan industri ini diberi perhatian kerana industri ini dilihat mampu memberikan impak yang besar kepada ekonomi Selangor pada masa akan datang. Penubuhan Majlis Industri Rel Negeri Selangor adalah bagi memastikan inisiatif - inisiatif pembaharuan strategik menjadi asas yang penting kepada agenda pemakmuran negeri dan peningkatan kualiti kehidupan. Objektif penubuhan majlis ini adalah untuk;-a) Memberikan dokongan kepada pengukuhan perkembangan industri rel di Negeri Selangor; b) Memberikan pandangan kepada Kerajaan Negeri tentang hala tuju industri rel di negeri Selangor; c) Membangunkan ekosistem industri rel di negeri Selangor;
d) Menjadikan industri rel di Selangor sebagai salah satu industri yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri. 2.0 Pelaksanaan Program Promosi Penggalakan Pelaburan Dalam usaha mengekalkan dan menarik pelaburan baru, program – program promosi penggalakan pelaburan telah dirancang sebaik mungkin untuk dilaksanakan sepanjang tahun. Walaupun negara sedang dilanda pandemik ketika ini, perancangan perlaksanaan program yang telah diputuskan tetap diteruskan dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Program – program libat urus, perbincangan, webinar, promosi dan pengiklanan dalam media cetak mahupun elektronik secara berterusan dilaksanakan agar program – program promosi penggalakan pelaburan tidak terhenti disebabkan penularan pandemik. 2.1 Program Promosi Penggalakan Pelaburan. Melalui program – program menarik pelaburan seperti Trade & Investment Mission secara fizikal dan virtual terus diperkukuhkan lagi di samping penekanan kepada industri tumpuan seperti Sains Hayat (Life Sciences), Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic) dan Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment) yang dilihat sebagai industri yang semakin berkembang di Selangor. Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenal pasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti Perkhidmatan Logistik (Logistic Services) dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology. 2.2 Selangor International Business Summit (SIBS) Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad selaku penganjur telah mengadakan program ‘Selangor International Business Summit Hybrid 2021 (SIBS 2021)’ edisi kelima pada 7 – 10 Oktober 2021 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dan juga secara virtual di www.selangorbusinesshub.my Bagi tahun 2022, penganjuran SIBS bagi edisi keenam akan diteruskan dan program pameran dan persidangan ini dijadualkan
akan diadakan pada 6 – 9 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. 2.3 Selangor Aviation Show (SAS) Sektor aeroangkasa di Negeri Selangor akan terus dipacu dan diperkukuhkan dengan hasrat menjadikan Negeri Selangor sebagai lokasi pelaburan utama untuk industri aero angkasa dengan mensasarkan sebanyak 70% syarikat – syarikat berkaitan aero angkasa di Negara ini beroperasi di Selangor. Dengan itu, bagi tahun 2022, penganjuran Selangor Aviation Show (SAS) akan diteruskan dan dirancang akan diadakan pada 8 – 10 September 2022 bertempat di Subang Skypark RAC. 2.4 Menggalakkan Pembukaan Kawasan Perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) Dasar ini telah pun diluluskan dan permohonan telah pun diterima. 2.5 Program – Program Menyantuni Pelabur & Penyelesaian Isu – Isu Pelaburan Terus diadakan melalui networking dan sesi pertemuan lain. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Ucapan takziah oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Ucapan takziah oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim yang merupakan bekas Ahli Dewan Negeri kawasan Ijok dari 8 Mac 2008 hingga 5 Mei 2013 yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang dari tanggal 6 Mei 2013 hingga 9 Mei 2018 dan Mantan Menteri Besar Negeri Selangor bermula 13 Mac 2008 hinggalah 22 September 2014 telah meninggal dunia semalam 31 Julai kira-kira jam 11.08 malam. Sebagai penghormatan saya memohon Dewan ini bertafakur selama 1 minit mengikut kepercayaan agama masing-masing. Ahli Yang Berhormat sekalian dipohon berdiri. (Bacaan Al-Fatihah)
Semua Ahli-Ahli Dewan sekalian dipersilakan duduk. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai menghargai jasa-jasa beliau yang telah ditumpahkan di dalam Dewan Negeri ini dan Negeri Selangor selama 2 penggal dan menjadi Menteri Besar Negeri Selangor
dengan menyelaraskan beberapa program-program yang telah memberi impak kepada rakyat daripada dulu sehingga kini antaranya penyusunan dan pembentukan Merakyatkan Ekonomi yang sekarang dikenali sebagai Iltizam Selangor Penyayang, pembentukan serta idea untuk membangunkan Pesisir Kawasan Sungai Klang yang pada ketika ini menjadi Selangor Maritim Gateway dan juga pembentukan serta pengukuhan MBI sebagai sebuah institusi yang berdaya saing. Saya dengan ini memohon sebagaimana mengikut Peraturan 26 (c) Dan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan sehingga jam 2.30 bagi memberikan peluang kepada Majlis Pengebumian Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dan memberi peluang kepada Ahli-Ahli Dewan khususnya dan sesiapa yang terlibat dalam Dewan ini untuk melakukan ziarah kematian tersebut. Dengan itu saya ingin mencadangkan perkara ini. Terima kasih.
Tuan Timbalan Speaker. Saya menyokong usul yang dibawa oleh Dato’ Menteri Besar. Tuan Timbalan Speaker, saya berpeluang menjadi Speaker sepanjang masa Allahyarham Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar Selangor dan juga berpeluang untuk menjadi EXCO semasa beliau pada tahun 2013 hingga tahun 2014, dalam penggal kedua. Dan beliau adalah Dato’ Menteri Besar Selangor yang pertama selepas pertukaran pertama Kerajaan Negeri sejak Merdeka yang telah membawa pembaharuan yang kagum kepada pentadbiran termasuk perundangan yang masih dihargai dan diingati rakyat. Saya mendoakan agar tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah disokong saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya menangguhkan Dewan ini sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Sambungan Usul No. 14 Tahun 2022Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Usul No. 14 Tahun 2022. Usul Rancangan Selangor Pertama 2021 – 2025.
Ya, salam sejahtera saya mohon pihak Kerajaan untuk gulung kalau ada. Silakan. YB. EXCO Bandar Baru Klang. Silakan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua YB. yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Selangor Pertama, dan membangkitkan isu di bawah kawal selia saya. Tuan Speaker, pembangunan serantau bersepadu di Selangor Selatan, atau dengan izin Integrated Development Region In South Selangor (IDRISS) pada asalnya melibatkan projek-projek di bawah cadangan projek pembangunan yang kita namakan sebagai Selangor Golden Triangle. Kriteria kelayakan projek di bawah Selangor Golden Triangle adalah seperti berikut: 1. Pembangunan hartanah bagi tujuan perindustrian perniagaan dan perumahan yang membawa kesan impak ekonomi kepada Negeri dan kawasan setempat;
2. Keluasan minima bagi cadangan pembangunan bagi setiap projek adalah 200 ekar dan dalam satu hak milik sahaja. Bagi pembangunan yang kurang daripada 200 ekar perlu mendapat kelulusan khas pihak berkuasa Negeri. Sekiranya hak milik kurang daripada 200 ekar dan melibatkan beberapa hak milik proses penyatuan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Pelaksanaan Projek Pembangunan Selangor Golden Triangle bagi proses sokongan.
3. Projek pembangunan yang strategik bernilai tinggi dan berimpak tinggi dengan penerapan industri 4.0 layak dipertimbangkan walaupun keluasan pembangunan kurang daripada 200 ekar. Pada masa ini terdapat 6 cadangan projek pembangunan yang telah disenaraikan di bawah Selangor Golden Triangle dengan keluasan pembangunan sekitar 7,914.74 ekar. Antara projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
i. Selangor Business Capital – Pemaju PKNS, keluasan 143.24 ekar dalam daerah Sepang;
ii. Sepang Gold Coast Global Village yang dimajukan oleh Sepang Gold Coast Sdn Bhd, keluasan 988 ekar dalam daerah Sepang; iii. Sepang Aeropark – Pemaju Sime Darby Properties, keluasan 2000 ekar daerah Sepang; iv. GuocoLand Emerald Sepang – Pemaju GuocoLand (M) Berhad, keluasan tanah 2373 ekar daerah Sepang; v. Putrajaya Holdings – Putrajaya Holdings (PJH), keluasan 1678 ekar daerah Sepang; dan vi. NCT Smart Industrial Business Park – NCT Land Sdn Bhd, 732.5 ekar di dalam daerah Kuala Langat. Dengan pengumuman IDRISS, maka Selangor Golden Triangle akan digantikan di mana keluasan asal sebanyak 7914.74 ekar akan diperkembangkan kepada kira-kira 40 ribu ekar yang merangkumi pelabuhan Pulau Carey dan zon ekonomi khas Pulau Carey serta cadangan dua institusi pengajian tinggi dalam Sepang Gold Coast, iaitu Unisel Global Campus dan sebuah kolej universiti di GuocoLand Emerald, Sepang. Jumlah cadangan projek setakat ini adalah sepuluh. Daripada sepuluh cadangan projek ini, dua projek telah pun masuk ke peringkat hampir untuk membentangkan permohonan kelulusan merancang iaitu projek NCT Smart Industrial Park dan Sepang Gold Coast Global Village. Namun begitu, kita tidak mengehadkan hanya kepada sepuluh projek di atas. Kita juga ada menerima permohonan-permohonan dan pertanyaan-pertanyaan daripada pemilik-pemilik dan pemaju yang memiliki cadangan berpotensi di daerah Sepang dan Kuala Langat untuk turut serta di dalam program ini. Sekiranya permohonan-permohonan ini memenuhi kriteria yang telah pun ditetapkan, kita mengalu-alukannya. Kita mengharapkan dengan adanya penyelarasan dan pemantauan yang dilakukan di peringkat Negeri pembangunan di kawasan ini akan dapat dipacu dengan lebih pantas. Tuan Speaker, dalam usaha menarik minat pelabur untuk melabur dalam projek-projek di bawah IDRISS, kerajaan Negeri telah mengenal pasti insentif-insentif yang boleh diberikan di bawah bidang kuasa pihak kerajaan Negeri. Cadangan insentif ketika ini dalam proses semakan untuk kelulusan pihak berkuasa Negeri. Cadangan-cadangan insentif adalah seperti berikut: 1. Cadangan Skim Premium Khas - Pihak berkuasa Kerajaan Negeri akan menentukan akan membuat keputusan kemudian;
2. Cadangan pengecualian cukai taksiran ke atas tanah kosong bagi tempoh 5 tahun selepas tarikh kelulusan pembangunan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan;
3. Cadangan diskaun sebanyak 50% cukai taksiran ke atas bangunan kosong bagi tempoh 5 tahun selepas tarikh pengesahan sijil penyiapan dan pematuhan atau dengan izin, Certificate of Completion;
4. Cadangan pengecualian bayaran lesen perniagaan bagi tempoh 5 tahun.
Cadangan-cadangan insentif ini masih dalam peringkat penelitian lanjut dan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa Negeri kelak. Tuan Speaker, bagi memastikan projek-projek pembangunan yang dicadangkan di bawah IDRISS dapat dilaksanakan dengan lancar, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas yang akan membantu menyelaras, memantau serta membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Jawatankuasa sedia ada yang memudahkan dan memantau Selangor Golden Triangle akan diubahsuai dan diperluaskan bidang kuasa dan bidang kerja menjadi Jawatankuasa Petugas Khas IDRISS. Mesyuarat bagi jawatankuasa ini diadakan secara berkala dan Ahli-Ahli Jawatankuasa terdiri daripada jabatan-jabatan teknikal sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat kerajaan Persekutuan. Setiap pemaju akan memberikan taklimat berkenaan status kemajuan projek serta isu-isu yang berbangkit ketika mesyuarat diadakan melalui sesi taklimat ini, jabatan-jabatan teknikal secara langsung akan mengetahui status projek serta bantuan-bantuan yang diperlukan oleh penggerak projek agar projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Cadangan projek-projek pembangunan di bawah IDRISS ini merupakan projek yang terancang dan pemaju perlu melalui proses kelulusan pembangunan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal bagi memastikan segala keperluan dan kemudahan infra disediakan secukupnya oleh pihak pemaju. Tuan Speaker, IDRISS merupakan pembangunan pelaburan swasta bersepadu di daerah Sepang dan Kuala Langat. Didorong dan dilengkapkan dengan kemudahan oleh pihak Kerajaan Negeri dan disokong dengan insentif Negeri dan Persekutuan merangkumi jumlah keluasan 42 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar atau dengan izin, GDV – Gross Development Value sebanyak RM1 trilion. Anggaran RM1 trilion ini adalah anggaran kasar berdasarkan kiraan GDV RM250 juta seekar yang agak konservatif. Angka ini akan berubah bergantung kepada pembangunan sebenar. Oleh itu pembiayaan projek-projek yang dicadangkan di bawah IDRISS adalah daripada pihak swasta sepenuhnya dan tidak melibatkan dana kerajaan. Pihak Kerajaan Negeri hanya membantu dari segi penggalakan melalui insentif premium dan cukai taksiran serta penyelarasan pembangunan, pemantauan pelaksanaan projek, memudahcara permohonan, promosi projek dan sebagainya. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada syarikat pemula ataupun start up, dengan izin, start up tempatan dengan memberi mesej yang jelas tentang pembiayaan, dasar dan peranan pelbagai agensi yang bertanggungjawab mengembangkan ekosistem. Kerajaan Negeri juga akan memastikan bahawa program-program yang membantu untuk mengembangkan perniagaan syarikat pemula akan terus dilaksanakan secara konsisten. Sejak tahun 2018, kerajaan Negeri melalui agensi kerajaan Negeri Selangor iaitu Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) telah
melaksanakan program Selangor As A Rator Programme (SAP) ia merupakan program berstruktur yang berlangsung selama 3 bulan bertujuan untuk memberi persiapan agar 30 syarikat pemula teknologi dalam peringkat permulaan yang dipilih bersedia untuk menerima pelaburan. Program ini membantu para peserta dalam menggilap bukan sahaja produk dan perniagaan mereka, tetapi juga pasukan utama mereka melalui kelas dan mentor yang berkongsi pengetahuan, pengalaman dan nasihat. Daripada 120 bekas peserta program ini, kira-kira 34 % daripada syarikat pemula telah menerima pembiayaan dan ini dianggap sebagai tahap kejayaan yang tinggi untuk syarikat pemula. Menurut anggaran SIDEC secara tidak rasmi, berdasarkan pengalaman pemain-pemain industri digital veteran, 80% syarikat pemula di Malaysia beroperasi dari Bangsar Selatan ke Petaling Jaya dan Subang dan mereka telah membentuk satu jaluran lembah silikon versi Malaysia secara semula jadi. Manakala syarikat logistik dan gudang digital bertumpu di Shah Alam dan Klang. Negeri Selangor sememangnya mempunyai ekosistem syarikat pemula yang sempurna. Elemen utama untuk menggalakkan pertumbuhan lebih banyak syarikat unicorn adalah memastikan syarikat pemula mempunyai pembiayaan yang mencukupi untuk terus berkembang. Ekosistem syarikat pemula Negeri Selangor semakin berkembang dengan dua rakan pemodal teroka atau VC – venture capital iaitu Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB) dan The Hive South East Asia. SIDEC memainkan peranan sebagai perantara di antara syarikat-syarikat pemula Selangor yang berpotensi membuat pembentangan ataupun pitching kepada mereka. Manakala Kementerian Kewangan melalui agensinya penjana capital telah membekalkan sebanyak RM600 juta dan pemula melalui 8 syarikat pemodal teroka atau VC yang terpilih. The Hive merupakan salah satu syarikat pemodal teroka yang memberi fokus kepada syarikat tahap seed dan ini amat bersesuaian untuk kebanyakan syarikat pemula di Selangor. Dianggarkan kebanyakan syarikat pemula yang bakal mendapat dana pemula penjana capital adalah syarikat-syarikat yang berpengkalan atau beroperasi di Selangor berdasarkan jaluran silicon valley versi Malaysia yang disebutkan di atas. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri secara rutin menawarkan pelbagai insentif fizikal termasuk geran tunai dan rebet untuk memastikan agar syarikat pemula kekal beroperasi di Malaysia. Kerajaan Negeri melalui agensi Kerajaan Negeri seperti Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) juga semakin giat mengadakan lawatan keluar negara untuk mendapatkan pelaburan bagi syarikat pemula teknologi di bawah seliaan SIDEC. Sejak tahun 2018, SIDEC telah mengadakan lawatan bersama syarikat pemula teknologi cemerlang yang terpilih di bawah Selangor As A Rator Programme ke Beijing, Hanjung, Jakarta, Dubai dan Lembah Silikon untuk memperkenalkan mereka kepada pemodal teroka dan syarikat pemula teknologi asing di China, Indonesia, UAE dan Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan, daripada 120 bekas peserta program ini kira-kira 34% daripada syarikat pemula telah menerima pembiayaan ataupun pelaburan. Selain itu sejak tahun 2016, SIDEC juga telah menganjurkan Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC) untuk menggalakkan penggunaan teknologi di
kalangan syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana. Ini sekaligus akan mengembangkan lagi potensi perniagaan sesebuah syarikat dalam menggalakkan mereka untuk mengecapi status silikon dan seterusnya unicorn. SDEC merupakan salah satu acara di bawah Selangor International Business Summit dan merupakan acara tahunan dan mengumpul para pemimpin industri, ahli akademi, PKS dan sektor kerajaan dan swasta untuk mendalami cara memperkukuhkan dan mengembangkan ekosistem pendigitalan PKS Selangor dalam membentuk rangka kerja dan penyelesaian bandar pintar dan ekonomi digital sedia ada dan masa hadapan. Bagi mengatasi masalah kekurangan bakat digital pula Kerajaan Negeri Selangor melalui SIDEC telah memperkenalkan Sekolah Digital Selangor atau Selangor Digital School yang dijangka akan mula beroperasi September 2022. Sektor ekonomi digital negara memerlukan lebih kurang 1.5 juta bakat digital namun buat masa sekarang pasaran cuma mempunyai sekitar 50% bakat dan kemahiran dalam sektor ekonomi digital. SDS dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi. Walaupun secara dasarnya Portfolio EXCO Pelaburan lebih fokus kepada aktiviti pelaburan sama ada dalam sektor perindustrian, perkhidmatan serta perniagaan, tetapi terdapat juga projek-projek pelaburan berasaskan pelancongan yang dibawa masuk. Kita juga sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya terdapat cadangan-cadangan bagi membangunkan kawasan pelancongan di Negeri Selangor. Salah satu usaha kita adalah dengan menyenaraikan Projek Sepang Gold Coast Global Village dalam projek pembangunan IDRISS. Tuan Speaker, Pelaburan Kerajaan dalam syarikat e-wallet Wavpay Systems Sdn Bhd adalah melalui anak syarikat milikan penuh MBI, Selangor e-Wallet Sdn Bhd (SEW), yang memegang saham ekuiti 49% dalam Syarikat Special Purpose Vehicle (SPV) iaitu Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd (WFHSB) yang memiliki 100% pegangan saham ekuiti dalam syarikat-syarikat berikut iaitu Wavpay Systems Sdn Bhd (syarikat e-wallet di bawah kelulusan Bank Negara Malaysia), Wavpay Credit Sdn Bhd (syarikat kredit berlesen di bawah kelulusan KPKT) dan Wavpay e-Commerce Sdn Bhd (syarikat e-dagang). Justifikasi pelaburan ekuiti Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) adalah berdasarkan pertimbangan berikut satu, keputusan Kerajaan Negeri di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan pada 3 Jun 2020 telah meluluskan secara dasar berhubung pelaksanaan projek e-wallet Kerajaan Negeri Selangor bagi Agenda Cashless & E-Servics Selangor dan MBI telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan perincian cadangan pelaburan e-wallet bagi memastikan kelestarian projek, mewujudkan sebuah anak syarikat dan peruntukan sebanyak RM10 juta diluluskan bagi pelaburan dalam pembangunan projek e-wallet Kerajaan Negeri Selangor. Kedua, pemilihan untuk pelaburan di dalam Wavpay Fintech adalah hasil dari pelaksanaan proses Request for Proposal (RFP) oleh MBI, di mana MBI telah menjemput 53 syarikat e-wallet untuk menyatakan minat untuk menyertai RFP berhubung pelaburan dalam pembangunan projek e-wallet Kerajaan Negeri. Sebanyak 23 syarikat e-wallet telah menyatakan minat dan telah dijemput untuk menyertai RFP tersebut. Sebanyak 14 syarikat e-wallet telah menyerahkan cadangan melalui RFP yang ditutup pada 2 Oktober 2020 dan dinilai oleh syarikat perunding PWC, 11 syarikat telah layak untuk penilaian RFP.
Proses penilaian RFP dilaksanakan berdasarkan kriteria penting bagi memastikan kelestarian projek e-wallet Kerajaan Negeri iaitu satu, Syarikat e-wallet mempunyai kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai syarikat e-Money Issuer. Kedua, cadangan pelaburan bukan menggunakan kaedah ‘White Labelling’. Ketiga, Pelaburan adalah untuk memiliki pegangan saham dalam syarikat e-wallet. Empat, Pelaburan tidak melebihi peruntukan RM10 juta yang telah diperuntukkan. Lima, kedudukan kewangan yang kerugian syarikat e-wallet tidak terlalu besar dan enam, Syarikat e-wallet menawarkan ciri-ciri nilai tambah seperti kad kredit, saiz dompet dan lain-lain. Berdasarkan kriteria penilaian RFP tersebut, sebanyak 3 syarikat telah disenaraikan pendek untuk pemilihan syarikat e-wallet bagi pembangunan projek e-wallet Kerajaan Negeri. Ketiga-tiga syarikat yang disenaraikan pendek telah dijemput untuk membentangkan cadangan pelaburan dan pelan pembangunan perniagaan untuk proses saringan selanjutnya untuk memastikan kesesuaian cadangan. Wavpay Systems Sdn Bhd telah dipilih sebagai syarikat e-wallet yang berjaya bagi pelaburan pembangunan projek e-wallet Kerajaan Negeri tertakluk kepada keputusan pelaksanaan due diligence ke atas syarikat-syarikat dalam Kumpulan Wavpay. SEW telah melantik Crowe Growth Consulting atau Crowe dan Chooi & Company, Cheang & Ariff (CCA) iaitu syarikat peguam untuk melaksanakan due diligence ke atas Kewangan, Percukaian, Teknologi, Perniagaan dan Perundangan, serta penilaian ke atas pelaburan. Hasil daripada due diligence yang dilaksanakan, didapati tiada dapatan negatif. Penilaian ke atas syarikat-syarikat dalam Kumpulan Wavpay telah dilaksanakan oleh Crowe menggunakan 4 kaedah penilaian iaitu Discounted Cash Flow, Customer Lifetime Value, Revenue Multiples dan Price Earnings Multiples. Berdasarkan nilai pertengahan atau median bagi semua kaedah penilaian yang digunakan, nilai keseluruhan pelaburan Kumpulan Wavpay adalah bernilai di antara RM30.3 juta dan RM33.2 juta iaitu nilai median adalah RM31.8 juta pada 18 Oktober 2021. Maka nilai pegangan saham ekuiti 49% dalam Wavpay Fintech adalah bernilai RM15.58 juta iaitu lebihan nilai pelaburan sebanyak RM5.58 juta. Bererti syarikat bernilai RM31.8 juta kita mengambil 49% dengan membayar RM10 juta untuk nilai RM15.58 juta. Paham ya. Memandangkan terdapat 53 pemain e-wallet di Malaysia, dilaporkan bahawa BNM lebih menggalakkan konsolidasi pemain e-wallet daripada memberi kelulusan permohonan baru bagi e-Money Issuer atau e-wallet. Berdasarkan ketidakpastian untuk memperoleh kelulusan dari pihak BNM terhadap permohonan baharu syarikat e-wallet, kelulusan e-wallet melalui kaedah white-labelling dianggap berisiko tinggi dengan berkemungkinan tidak mendapat kelulusan daripada pihak BNM, dan sekiranya permohonan tersebut dipertimbangkan akan memakan masa terlalu panjang sehingga 3 tahun serta perlu melalui proses permohonan yang rumit. Nilai lesen e-wallet Wavpay Systems pada tarikh penilaian adalah RM31.8 juta pada tempoh penilaian.
Memandangkan tiada kelulusan e-wallet baru dikeluarkan oleh BNM, nilai e-wallet Wavpay dianggarkan lebih dari RM31.8 juta. Ini terbukti berdasarkan penjualan sebuah syarikat e-wallet yang masih dalam peringkat beta-testing yang belum dapat
lesen telah dijual dengan harga RM30 juta pada tahun 2021. Berhubung laporan kewangan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd dan Wavpay Systems Sdn Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 mengikut carian SSM pada 15 Julai 2022 yang disahkan oleh pihak peguam cara SEW adalah seperti berikut. Bagi Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd, syarikat induk modal saham adalah RM10,200,000, Laporan Kewangan 31 Disember 2021 dan Asetnya adalah RM5,002.00, Liabiliti adalah RM10,180.00, Modal Saham adalah RM2.00, Retained Earnings adalah RM5,180 (defisit), Kerugian adalah RM5,180.00. Wavpay Systems Sdn Bhd Modal Saham adalah RM10,840,000, Laporan Kewangan 31 Disember 2021, Aset adalah RM5,426,309.00, Liabiliti adalah RM1,107,658.00, Modal Saham adalah RM9,040,000.00, Retained Earnings adalah RM4,721,349.00 (defisit), Pendapatan adalah RM52,766.00 dan Kerugian sebenar adalah RM1,908,464.00. Perbandingan syarikat-syarikat e-wallet dengan Wavpay Systems Sdn Bhd. Berdasarkan carian SSM, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 Wavpay Systems telah mencatat pendapatan sebanyak RM52.7 ribu dan kerugian RM1.9 juta berbanding syarikat-syarikat e-wallet lain seperti Touch n Go yang mencatat pendapatan RM53 juta dan kerugian RM202 juta, Boost mencatat pendapatan RM47 juta dan kerugian RM107 juta, Kiplepay mencatat pendapatan RM15 juta dan kerugian RM22 juta manakala Setel mencatat pendapatan RM45 ribu dan keuntungan RM14 ribu. Modal saham Wavpay Systems dicatatkan RM9 juta dengan kerugian terkumpul berjumlah RM4.7 juta manakala Touch n Go mencatatkan modal saham sebanyak RM934 juta dan kerugian terkumpul RM720 juta, Boost mencatat modal saham sebanyak RM682 juta dan kerugian terkumpul RM580 juta, Kiplepay mencatat modal saham sebanyak RM79 juta dan kerugian terkumpul RM72 juta dan Setel mencatat modal saham sebanyak RM134 ribu dan kerugian terkumpul RM48 ribu. Jelas kerugian Wavpay Systems boleh dianggap rendah jika berbanding dengan syarikat e-wallet lain. Seperti Setel Ventures, pendapatan dan kerugian terkumpul Wavpay Systems terpulang kepada strategi syarikat. Memandangkan Wavpay telah mendapat kelulusan e-wallet daripada BNM pada bulan Disember 2019, Wavpay telah mengambil pendekatan konservati, untuk tidak melancarkan Wavpay e-wallet secara ‘big bang’ dan memilih untuk menambah baik sistem aplikasi serta memohon kelulusan BNM untuk menaikkan saiz dompet dari RM200 kepada RM10,000. Dengan itu, Wavpay dapat mengurangkan kerugian dalam masa berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19.
Berhubung kebimbangan terhadap data-data peribadi dan data Kerajaan Negeri, Wavpay sebagai syarikat e-Money Issuer yang diberi kelulusan daripada BNM adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan pematuhan keselamatan Risk Management in Technology (RMiT) yang dikenakan oleh BNM ke atas syarikat e-wallet. Di samping itu juga semua data Kerajaan Negeri adalah milik Kerajaan Negeri dan Wavpay Systems adalah data processor sahaja. Daripada segi kegunaan data untuk pemprosesan e-wallet, risiko yang terdedah dengan penggunaan Wavpay e-wallet adalah tidak lebih daripada risiko ke atas data dan maklumat yang digunakan oleh gerbang pembayaran yang sedia ada bagi perkhidmatan Kerajaan Negeri.
Walaupun pegangan ekuiti saham Kerajaan Negeri adalah hanya 49% dalam Wavpay, Kerajaan Negeri tetap ada kawalan ke atas syarikat-syarikat di dalam Kumpulan MBI melalui perwakilan Kerajaan Negeri dalam Ahli Lembaga Pengarah bagi setiap syarikat Wavpay yang keanggotaannya diberikan sama rata dalam syarikat-syarikat terbabit. Tambahan pula, melalui hak di bawah Golden Share milik Kerajaan Negeri akan diberi kuasa berhubung perkara-perkara yang menggugatkan kepentingan Kerajaan Negeri atau Negara. Pegangan saham 51% dimiliki oleh pihak Wavpay adalah bagi memastikan pihak Wavpay mengambil tanggungjawab untuk terus komited dalam menguruskan dan membangunkan perniagaan e-wallet serta memberi jaminan terhadap sebarang pinjaman yang diperlukan oleh syarikat daripada pihak bank, sekiranya perlu. Setakat 29 Julai 2022 SELANGKAH masih belum tersenarai sebagai e-Money Issuer yang diluluskan oleh BNM sedangkan Wavpay Systems Sdn Bhd ada tersenarai di dalam laman sesawang BNM tersebut. Mungkin ini memandangkan SELANGKAH masih menggunakan kemudahan perkhidmatan White Labeling atau Wallet-as-a-Servic yang ditawarkan di bawah wallet Kiplepay. Dalam erti kata lain, SELANGKAH hanyalah aplikasi biasa yang tidak mempunyai lesen e-money issuer tetapi hanya menyewa lesen daripada Kipple. Dari aspek untuk menjadi Super App bagi perkhidmatan Kerajaan Negeri, Wavpay sudah mempunyai ciri-ciri yang diperlukan dan bersedia untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan e-wallet, dengan saiz dompet berjumlah RM10 ribu, termasuk pembayaran di bawah inisiatif Kerajaan Negeri, pinjaman kredit atas talian, marketplace, insuran dan sebagainya. Pelaburan di dalam Wavpay adalah sebagai langkah awal dalam persiapan untuk membangunkan sebuah syarikat Fintech selaras dengan arus peralihan menuju kepada ekonomi digital dan merealisasikan Agenda Cashless Kerajaan Negeri. Setakat ini Aplikasi SELANGKAH merupakan portal maklumat dan pendaftaran bagi penerima yang layak untuk menerima manfaat atau bantuan dari program-program sosial dan kesihatan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. SELANGKAH e-wallet hanyalah menggunakan perkhidmatan Wallet-as-a-Service atau White labelling yang ditawarkan oleh Kiplepay yang merupakan syarikat e-wallet atau e-Money Issuer yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”).
Wavpay Systems Sdn Bhd pula merupakan syarikat e-wallet atau e-Money Issuer yang diluluskan oleh BNM seperti Kiplepay. Justeru itu, sama ada SELANGKAH mengunakan e-wallet Kiplepay mahu pun e-allet Wavpay ianya melibatkan 2 proses pendaftaran. Pertama pendaftaran dengan SELANGKAH untuk kelulusan kelayakan menerima manfaat dan kedua dengan Kiplepay atau Wavpay untuk pembayaran melalui e-wallet. Kesimpulannya, manakala aplikasi SELANGKAH tidak di bawah kawal selia BNM sementara Wavpay dan Kiplepay adalah syarikat e-wallet di bawah kelulusan serta kawal seliaan pematuhan BNM.
Sebagai maklumat tambahan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memberi mandat kepada MBI untuk membangunkan applikasi e-wallet pada 10 Jun 2020 dan selaras dengan itu telah mengeluarkan arahan tiada pembangunan applikasi e-wallet secara berasingan oleh agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri.
Selcare Healthcare Sdn Bhd SELANGKAH seharusnya mematuhi arahan MMKN dengan tidak melancarkan e-wallet sewaannya pada Disember 2021.
Kesimpulannya,
(i) Wavpay Systems adalah pemegang lesen e-wallet atau e-money issuer yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Pelaburan MBI dalam Wavpay Systems telah melalui penilaian 2 peringkat iaitu pemilihan melalui RFP dan perlaksanaan due diligence oleh perunding bebas.
(ii) SELANGKAH hanya adalah satu applikasi biasa yang tidak mempunyai lesen e-wallet atau e-money issuer Bank Negara Malaysia tetapi menyewa lesen tersebut secara whitelabel daripada Kipplepay. Ia tidak layak untuk dipertimbangkan mengikut kriteria dalam penilaian di peringkat RFP dan ia telah melancarkan perkhidmatan bertentangan dengan arahan MMKN.
Sebagai maklumat tambahan juga, pemilik saham utama Kipplepay iaitu Greenpacket juga mengalami cabaran keyakinan dan kewangan di mana harga saham Greenpacket di Bursa Saham Kuala Lumpur telah jatuh dari RM0.69 pada tahun 2020 kepada RM0.05 pada Jumaat yang lepas. Pemegang saham utama syarikat tersebut juga telah dilaporkan sedang menghadapi tindakan notis kebankrapan.
Salah satu kelebihan yang nyata apabila Kerajaan Negeri menggunakan perkhidmatan Wavpay Systems yang dilaburkan oleh MBI adalah penjimatan yang ketara. Dalam perlaksanaan Bingkas, SELANGKAH telah dibayar fi pengurusan atau management fee sebanyak 3% iaitu RM3.24 juta. Tambahan daripada itu, untuk integrasi dengan Kipplepay dan perkhidmatan yang lain, lebih daripada RM2 juta diperlukan dan bayaran penyelenggaraan sistem sebanyak RM500 ribu setahun untuk setipa tahun berikutnya. Ini bererti bagi penyelenggaraan untuk 5 tahun sahaja sebanyak RM2.5 juta diperlukan. Jumlah besar adalah kira-kira RM4.5 juta. Sementara itu, perbelanjaan untuk pembayaran Bingkas melalui Wavpay yang merangkumi integrasi, penyelenggaraan dan operasi adalah hanya RM1.4 juta untuk 5 tahun. Perbezaan sebanyak RM3 juta.
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, MMKN telah mengesahkan keputusan MMKN ke 11/2022 pada 11 Mei 2022 untuk mengiktiraf e-wallet Wavpay sebagi e-wallet dan gerbang pembayaran keutamaan Kerajaan Negeri Selangor dan untuk itu semua jabatan, PBT, badan berkanun, agensi dan syarikat Kerajaan Negeri perlu menyempurnakan proses integrasi menerima pakai e-wallet Wavpay dalam tempoh 3 bulan setelah menerima pemberitahuan. Ini adalah satu langkah ke hadapan untuk merealisasikan matlamat-matlamat RS-1, antaranya,
(i) merealisasikan inisiatif Smart Selangor pada 2025;
(ii) merealisasikan matlamat Industri 4.0 dengan mendigitalisasikan sebahagian urusan perniagaan khususnya IKS; (iii) membina e-kerajaan dan Smart Government termasuk Kerajaan Tempatan; (iv) mempelbagaikan sumber hasil negeri; dan (v) mempelopori aktiviti cashless dan e-servis.
Untuk program BINGKAS adalah dimaklumkan bahawa bermula dari 1 Julai 2022 sehingga 28 Julai 2022, seramai 20,974 orang yang layak untuk menerima bantuan BINGKAS telah menerima bayaran melalui e-wallet Wavpay iaitu berjumlah sebanyak RM6.3 juta. Pembayaran kepada seramai 282 orang masih dalam proses penyemakan semula maklumat berkaitan kad pengenalan dan nombor talipon oleh pihak inisiatif BINGKAS. Bagi menjawab cadangan memberi geran kepada pasukan penyelidikan untuk membantu mereka menghasilkan inovasi baru, dalam bioteknologi adalah dimaklumkan bahawa satu dana telah pun ditubuhkan sebelum ini dan kini telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada minggu yang lepas untuk dijadikan sebagai tabung amanah untuk pembangunan pelbagai sektor. Sementara itu, strategi, inisiatif serta program telah digubalkan di dalam Pelan Tindakan Bioteknologi 2021-2030 untuk mengatasi cabaran kekurangan bakat dan dana dalam pembangunan industri biotek yang dipertanggungjawabkan kepada S-Bioco di bawah kelolaan Invest Selangor.
Terima kasih EXCO Bandar Baru Klang. Silakan seterusnya. Yang Berhormat Batu Tiga
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya sebenarnya ingin menjawab ataupun menggulung selain daripada portfolio yang diamanahkan. Insya Allah saya akan menggulung isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semua berkaitan dengan portfolio wanita dan keluarga. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin mengatakan di sini kalau kita teliti Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang telah dikemukakan yang tebalnya 214 muka surat secara detail nya, kita dapati bahawa ada 2 tema ataupun 2 teras yang strategik yang menyentuh dalam portfolio Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan. Pertamanya bidang tumpu pertama, penjanaan pendapatan dan kebajikan sosial dengan strategi utama: Pertama memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan aktiviti keusahawanan dan pelbagai lagi bantuan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah dan membasmi kemiskinan. Bidang tumpu ke-4 juga menyentuh isu yang sama yang berkaitan dengan pembangunan perumahan iaitu perumahan mampu milik, dan strategi utama nombor 12 mengenai penerokaan model baru untuk perumahan mampu milik termasuk bekerjasama dengan institusi kewangan supaya wujud skim pembiayaan khusus buat rakyat Selangor terutamanya golongan B40 untuk memiliki rumah dan strategi utama 13 mengenai pemeluasan program penyewaan dan
pembaikan rumah. Jadi kalau ingin saya nyatakan di sini jika tercapai sasaran mikro dalam RS-1 menjelang tahun 2025 nanti terutama dalam pertumbuhan purata KDNK yang kita sasarkan sebanyak 6.5% hingga 7%, maka sumbangan kepada Selangor yang akan kita sasarkan pada 30% itu akan dapat menjadi kenyataan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ingin saya maklumkan sebagai beliver besarnya dalam portfolio ini lebih mensasarkan sasaran bukan mikro iaitu dalam RS-1, yang mana tekanan kepada terutamanya seperti meningkatkan pembinaan rumah idaman dan Rumah SelangorKu, harapan yang berkeluasan 1000 kaki persegi, lengkap dengan pelbagai amenities dan fasiliti dan membudayakan kehidupan moden yang mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah. Ia akan kita lihat insya allah akan dapat memberikan unit-unit rumah yang agak selesa. Tapi dalam masa yang sama penekanan dalam dasar baharu RS-1 ataupun dalam RS-1, salah satu iaitu Rumah SelangorKu dasar 3 bulan kosong juga akan dikemukakan bagi menepati kehendak-kehendak dan lebih wajarnya kita lihat dalam konteks bagaimana untuk menyesuaikan dengan izin demand dan supply yang selalu kita bangkitkan bagi memastikan negeri Selangor dapat memberikan kepada semua satu keluarga satu kediaman itu dapat dipenuhi. Jadi ia nya juga akan mengambil kira beberapa isu-isu berkaitan dengan perubahan-perubahan yang mungkin mengubah beberapa komponen dan strategi perumahan yang akan kita lihat dalam tempoh yang terdekat ini. Jadi RS-1 juga menegaskan kelangsungan dan kesinambungan pelbagai skim pembiayaan mikro antara 1,000 ringgit kepada dinaikkan kepada 100 ribu ringgit dengan terma dan syarat pembayaran balik yang sangat memudahkan dan tidak membebankan dalam tempoh 6 hingga 36 bulan. Bila kita, bila kerajaan telah pun mengolah pinjaman-pinjaman yang membuka ruang sedikit bukan sahaja kepada kategori perniagaan-perniagaan makanan, perbengkelan dan sebagainya kerajaan telah membuka ruang polisi untuk memberi bantuan kepada pertanian contohnya bagi menggalakkan lagi mereka yang terlibat dalam pertanian ini untuk meminta atau pun memohon ruang-ruang ataupun memohon modal bagi pertanian ini dengan tidak terus membayar sebelum ia nya dapat menghasilkan pendapatan maka Kerajaan selaku mengubah pinjaman apa ni pertanian kepada peminjam Hijrah daripada terus membayar balik ia nya ditangguhkan selama 6 bulan selepas 6 bulan baru mereka boleh memulakan pembayaran semula. Jadi meskipun salah satu objektif utama tema strategi 1, iaitu pengukuhan ekonomi adalah menyelaraskan pertumbuhan ekonomi dan strategi pelaburan Selangor demi menarik minta syarikat-syarikat bertaraf antara bangsa tetapi Kerajaan Selangor tidak pernah melupakan golongan usahawan-usahawan yang kecil dan sederhana ini untuk mereka terus juga tidak tersasar dengan hanya kekal didalam jenis-jenis perniagaan yang mikro. Oleh itu dalam strategi 1 ini kita akan kukuhkan ekonomi iaitu selaras dengan adanya pertumbuhan ekonomi dalam konteks pelabuhan dan logistik, pelancongan ekonomi digital, aeroangkasa, automotif, elektrik dan elektronik serta jentera dan kejuruteraan awam, kejuruteraan serta industri halal dan sains hayat dan agroteknologi, maka kita akan selari dan selaraskan program pembangun keusahawanan strategi 1.
Dalam banyak-banyak perbahasan yang telah saya dengar daripada awal, saya ingin menarik dan tertarik dengan kesemua idea yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat sekalian, tetapi ada satu yang agak special iaitu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan, yang kita tahun mantan EXCO Alam Sekitar selama dua penggal. Ia nya adalah satu dasar yang saya rasa berkisar ataupun pandangan yang berkisar tentang kelestarian iaitu ialah salah satu daripada 4 strategik di dalam RS-1 yang mana kita lihat perubahan-perubahan iklim dan juga alam sekitar ini perlu diberikan fokus. Jadi dengan ini saya ingin memfokuskan penggulungan saya terhadap saling kaitnya diantara kelestarian dengan aspek perumahan dan kesejahteraan bandar khususnya inisiatif-inisiatif pemeliharaan alam sekitar dan memerangi perubahan iklim dalam industri hartanah terutama segmen perumahan yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri menerusi PBT ataupun Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi berpandukan Pelan Tindakan Pelaksanaan Bandar Berdaya Huni di Selangor yang telah pun disiapkan, Program Bangunan Hijau Ke Arah Kesejahteraan Bandar, dan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon, pemasangan dan penyelenggaraan lampu LED dan sistem solar di bangunan strata kediaman khususnya Projek Rumah SelangorKu telah mula dilaksanakan menerusi kerjasama Pintar antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan 3 syarikat swasta iaitu Ordessy Cob Sdn Bhd, Sumi Capital Sdn Bhd dan Synergy ESEO Sdn Bhd. Jadi dengan adanya pelaburan sebanyak RM400 juta untuk lampu LED dan juga RM120.0 juta untuk solar energy ini, saya yakin ia boleh dipercepatkan lagi. Ukuran indeks rendah karbon dan sebagainya dicapai dan saya ingin memuji atau memberikan tahniah khusus kepada MBPJ yang telah pun memberikan insentif kepada bangunan-bangunan yang telah pun memulakan pemasangan lampu-lampu LED dan juga solar ini dengan diberikan rebet kepada cukai taksiran. Jadi saya rasa program-program ini boleh dikembangkan lagi kepada semua PBT dan akhirnya apa yang ingin saya sebut di sini kita menegaskan bahawa apa yang kita lakukan ini kita perlu saya perlu menyeru kepada semua bukan sahaja usaha di pihak Kerajaan, tetapi ayuh kita Ahli-ahli Yang Berhormat Negeri dan semua agensi-agensi Kerajaan dan juga PBT berikrar akan memperluas lagi kempen pemasangan lampu LED dan sistem solar, SPA dan segala-galanya kita sebut di dalam Dewan ini supaya akhirnya kita dapat mencapai indeks yang diperlukan. Dan saya juga boleh berikan jaminan dari hari ke hari banyak juga dasar-dasar Kerajaan yang telah pun kita olah dan kita ubah supaya penegasan dan menetapkan pelaksanaan ini bukan sahaja diambil oleh pihak kerajaan ataupun pihak majlis tempatan tetapi ia perlu juga diambil oleh semua pemaju-pemaju yang melaksanakan perumahan rumah harga bebas untuk pelaksanaan ini dapat dilaksanakan ataupun di dalam pembangunan komersial. Jadi untuk itu, saya yakin strategy green planning implementation monitoring evaluation akan menjadi satu teras utama dalam penggubalan dan pelaksanaan semua dasar Kerajaan Negeri. Jadi itu serba sedikit yang saya olah dan saya rumuskan di bawah Rancangan Selangor Satu (RS-1), tetapi untuk.
Minta penjelasan.
Silakan.
Ya, Banting.
Terima kasih.
Saya kesian dengan jawapan oleh Yang Berhormat EXCO bukan sahaja Batu Tiga malah Bandar Baru Klang kerana cukup padat dengan fakta tetapi nampaknya sebelah sana tidak begitu berminat dengan jawapan, seolah-olah pertanyaan tentang perbahasan mereka dua tiga hari yang lepas itu seolah-olah melemparkan batu tapi sembunyikan tangan. Soalan saya Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan harga rumah mampu milik. Saya difahamkan baru-baru ini ada parti komponen sebelah sana. Tidak ada wakil di dalam dewan ini. Menyatakan bahawa nak kerajaan dan PKNS bila mereka mentadbir kerajaan Selangor nanti (kalau ada peluang lah, kalau-kalau) akan memberi diskaun 50 peratus rumah mampu milik kepada rakyat Negeri Selangor. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Batu Tiga, adakah benar bahawa sebenarnya ini adalah tuduhan ataupun satu helah yang bersifat populis di mana, malahan di negeri yang ditadbir oleh mereka sendiri pun mereka pun tidak mampu menawarkan tawaran dan potongan 50 peratus kepada rakyat di negeri mereka sedangkan mereka nak kita lakukan di Negeri Selangor, apakah pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih Banting. Biasalah kita lihat kalau kita bercakap sebagai pembangkang mungkin kita boleh mengajukan berbanyak idea-idea tetapi dalam konteks melaksanakan kita perlu berlaku adil. Sebagai pentadbir, adakah ia boleh dilakukan ataupun tidak. Cadangan yang disebut, 50 peratus potongan itu, pada saya apakah ia populis atau tidak? Kita kena lihat dengan sebaiknya, kalau dilihat dengan situasi sekarang apa yang berlaku dengan kenaikan barangan, kenaikan pelbagai benda. Kita rasa agak mustahil untuk mengekalkan harga-harga rumah sedia ada ini dengan kaedah pemotongan. Sepatutnya, cadangannya adalah pendekatan-pendekatan lain yang patut kita lakukan. Mungkin dari pandangan Yang Berhormat yang lain itu berkaitan tentang bagaimana pembangunan yang kita buat supaya kita boleh dapat melahirkan atau memberikan rumah-rumah mampu milik yang tidak lagi jauh di tempatnya, maka kita akan kumpulkan beberapa tanah-tanah yang sedia ada yang boleh dibangunkan dan ada crop cross subsidy yang baik untuk rakyat. Tetapi apa pun bagi saya, sebab itu bagus juga soalan dari Banting itu, sebab saya boleh menjawab kepada soalan Air Tawar tetapi saya nak rakamkan dalam Dewan ini tentang tuduhan. Tuduhan mereka yang mengatakan di bawah Rancangan Selangor Satu ini, mungkin akan ada rancangan-rancangan yang seakan tinggal sebegitu sahaja, tidak dilaksanakan. Itu nanti kita minta Speaker membuat ruling. Saya tak tahu lah nak buat apa kan.
Tetapi apa yang ingin saya nyatakan di sini, Sungai Air Tawar kalau bercakap tuh. Saya tak pasti Sungai Air Tawar ini turun padang atau tidak. Sebab bila beliau bercakap tentang isu Taman Air Manis contohnya, beliau mengatakan janji kerajaan yang tak pernah dilaksanakan. Kita ambil masalah ini, saya ingat saya mempengerusikan masalah ini selepas Sidang Dewan lepas daripada tahun 2020 yang di bawah terus saja kita ada mesyuarat yang khas. Dan sekarang ini projek Taman Air Manis telah pun 30 peratus berjalan dengan baik. Semua kelulusan-kelulusan di zaman dulu yang tak pernah dibuat telah pun dapat kelulusan lengkap, ya Tuan Speaker. Jadi untuk itu, saya ingin mengatakan untuk keputusan.
Yang Berhormat EXCO. Ulang sikit lagi, saya tak berapa nak dengar. Sekali lagi. Sekali lagi.
Hah, tengah tengok hansard lah tuh.
Kenapa tak dengar? Kenapa tak dengar? Mic tak kuat ker?
Haa, tak berapa nak kuat. Tak berapa nak kuat, Yang Berhormat EXCO ni.
Okey.
Betullah hari ni kita bersedih kan, tapi jawapan itu mesti tegas sikit. Saya tak berapa nak dengar. Haaaa. Tolong bagi saya dengar sikit.
Okey, saya ulang. Mungkin phrase nya lain sikit. Tapi saya nak ulang, bahawa apa yang disebut dalam Dewan ini oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar yang mengatakan bahawa kerajaan kita, kerajaan sekarang ini hanya bercakap tak pandai melaksana. Saya nak merakamkan di sini bahawa Taman Air Manis yang dikatakan tak buat apa-apa itu, sekarang ini telah 30 peratus dalam pelaksanaan. Kesemua kebenaran merancang, pelan bangunan fasa 1, fasa 2, pelan tanah, pelan jalan dan perparitan telah lulus oleh PBT.
Jadi sekarang, tolonglah turun padang dan tengok sendiri. Saksikan yang projek ini berjalan dengan lancar dan kebenaran merancang ini, inn sya Allah pada 31 Mei yang lepas telah lulus dan kita akan saksikan 183 unit rumah idaman MBI jenis teres. Teres, bukan strata ya, teres. Tingkat 1, 20x70, manakala pelan bangunan bagi meliputi 54 unit rumah idaman MBI telah diluluskan dan telah pun dalam pelaksanaan. Jadi, untuk itu saya ingin menegaskan sebab saya dengar dengan tekun ya. Selaku ketua pembangkang saya juga rasa terkilan kalau ada perkara-perkara yang sebenarnya dibuat dengan betul cakap dalam Dewan ini betul. Kalau salah memang kami terima, tetapi kalau salah fakta saya rasa itu perlu sedikit teguran yang diberikan kerana ia akan melibatkan salah pandangan oleh rakyat kepada kerajaan sekarang. Jadi kita
serius dan saya ingin rakamkan di sini sebenarnya projek terbengkalai 20 tahun yang dibuat oleh Barisan Nasional lepas kepada orang kampung yang berjumlah 8000 orang. Sekarang ini, lapan (8) projek alhamdulillah. Inn syaa Allah, saya akan umumkan enam (6) daripada projek itu akan diselesaikan pada hujung tahun ini. Ya.
Jadi ini menunjukkan bahawa kita ingin serius. Masalah-masalah yang lepas perlu pendekatan yang sedikit kelainan. Sebab itu saya yakin Dato’ Menteri Besar mengumumkan Rancangan Selangor Satu ini adalah satu inovasi dan kreativiti dalam pendekatan menyelesaikan masalah rakyat. Sebab itu saya juga memberi sedikit berita gembira. Pandamaran pun tak ada rupanya. Pada Pandamaran, tentang isu Jalan Papan yang telah pun menjadi masalah kepada beliau sekian lama ya, iaitu isu bagaimana peneroka bandar yang telah pun sepatutnya dibuat pembangunan di kawasan situ. Dan ingin saya rakamkan dalam Dewan ini, setelah 3 ataupun 4 mesyuarat bersama pemaju iaitu pemaju Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd ataupun MECSB. Jadi pemaju telah pun bersetuju menyerahkan 11 ekar tanah yang sepatutnya dibangunkan kepada kerajaan yang nilainya kita yakin kat sini boleh melihat sikit pendekatan yang baru.
Tetapi selepas kita dapat tanah itu yang ingin diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, saya telah pun meminta kepada kerajaan untuk buat sedikit satu pendekatan bagaimanakah kajian yang boleh kita buat dengan adanya tanah, dengan adanya peneroka itu, apakah solusi-solusi baru yang boleh kita lakukan. Daripada MMKN yang lepas, kita telah mengemukakan 2 opsyen, dan hasil perbincangan itu kita lihat kerajaan mengambil kira isu setinggan, isu struktur tanah yang ada. Jadi kita tidak mungkin dapat melaksanakan projek yang berskala tinggi hingga lebih kepada 18 tingkat jadi begitu juga kita lihat ada risiko-risiko tertentu. Maka dengan ini, saya ingin mengatakan di sini bahawa isu Jalan Papan, inn syaa Allah kita boleh selesaikan kalau lepas ini kita akan mesyuarat seterusnya iaitu dengan mengambil kira selepas kajian yang telah pun didapati. Maka kita akan mencadangkan pendekatan yang dapat memberi menang-menang kepada semua pihak terutama kepada isu peneroka bandar yang sedia ada pada Kerajaan Negeri kepada juga pemaju penyelamat yang akan mengambil atau membangun projek yang ada. Itu apa yang saya simpulkan didalam portfolio saya. Izinkan saya Tuan Speaker untuk mengambil bahagian terus kepada penggulungan untuk portfolio wanita dan keluarga.
Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat semua, saya dapati bagi pihak Yang Berhormat Seri Serdang ada 8 ahli Yang Berhormat yang telah pun menyinggung ataupun menyentuh isu-isu berkaitan dengan wanita dan keluarga. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua dan kita lihat di sini daripada lapan (8) perkara yang telah disinggung saya telah simpulkan kepada tiga (3) sahaja kategori besar isu yang berkaitan wanita yang dibahaskan.
Pertama, pengarusperdanaan dan kesamarataan gender. Yang kedua, komposisi 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dan juga isu
bantuan sokongan khusus kepada golongan wanita yang bekerja. Di kerajaan Selangor sentiasa komited memberikan perhatian kepada isu-isu golongan wanita melalui pelbagai inisiatif khususnya yang menyentuh aspek bantuan sokongan dan juga pemerkasaan wanita. Dari selain dari itu, kerajaan Negeri juga berusaha untuk menyediakan sistem sokongan yang diperlukan bagi membantu golongan wanita untuk menyumbang secara aktif dalam arus pembangunan negeri sama ada melalui penglibatan secara langsung dalam sektor pekerjaan mahupun secara tidak langsung melalui pembangunan sektor lain. Jadi, Kerajaan Negeri sedari dari tahun 2020 telah pun mengorak langkah dalam menggerakkan pengarusperdanaan gender di Selangor dengan membuat dua (2) program iaitu program Gender ataupun gender main streaming. Program ini telah pun pada tahun kedua di mana tujuh (7) buah jabatan perintis telah terlibat dan dua (2) kumpulan pegawai titik tumpu ataupun gender focal point dan juga pasukan gender ataupun gender focal team telah dilantik.
Saya kembangkan sedikit tentang GFT dan GFP ini sebenarnya amat penting di dalam satu negara itu. Ia isu-isu berkaitan wanita ini tidak hanya difahami dan diulas oleh wanita sahaja. Ia nya penting mesti ada golongan lelaki yang memahami dan memperjuangkan sama isu ini. Sebab itu daripada 2020 lagi, EXCO telah pun mencadangkan GFT dan juga GFP ini untuk memastikan setiap agensi yang ada dapat menjadi jurubicara tentang isu yang berkaitan malah boleh menggubal dasar-dasar yang sesuai dengan isu-isu berkaitan dengan gender.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kesemua GFP dan GFT ini telah dilantik untuk melalui proses berikut sepanjang pelaksanaan program pengarusperdanaan gender itu iaitu menjalani latihan, yang keduanya ada audit gender untuk memahami mereka betul-betul faham tentang apakah itu peranan yang perlu dimainkan dan boleh menganalisa hasil daripada audit gender bersama dengan WVS atau Wanita Berdaya Selangor untuk dibentangkan kepada Pengarah. Maknanya bukan sahaja mereka dilatih malah mereka juga boleh menganalisa kalau ada aspek-aspek ataupun pandangan-pandangan yang diberikan itu adalah pandangan yang gender bias ataupun isu-isu yang tidak berkaitan dengan ataupun tidak memberi kepada pandangan gender yang sebenarnya. Begitu juga dengan adanya GFT, GFP ini boleh merangka pelan tindakan gender dan seterusnya melaksanakan pelan tindakan gender yang telah pun ada.
Jadi isu kedua yang dicadangkan ataupun berkaitan adalah berkaitan komposisi 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar dan dasar ini merupakan antara polisi yang sebenarnya telah lama wujud. Di Selangor di antara negeri yang terawal membuat dasar 30 peratus ini. Jadi untuk itu, kita dapati sini untuk mempercepatkan penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan dan kehidupan awam dan politik di kalangan wanita, maka dasar wanita juga telah meletakkan matlamat khusus untuk perkara ini. Jadi untuk itu, Dasar Wanita Selangor Pelan Tindakan 2017-2020 wajar dilihat pencapaian-pencapaiannya.
Apakah ia nya telah mencapai matlamat, dengan ini saya dapati di sini Yang Berhormat EXCO telah pun mencadangkan sekumpulan penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia untuk menilai semula apakah sasaran 30 peratus itu telah pun tercapai. Jadi untuk itu, perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini akan diberikan perhatian seterusnya oleh Wanita Berdaya Selangor untuk memastikan dasar wanita baru yang akan diolah adalah selari dengan apa yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
Isu ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, iaitu adalah berkaitan bantuan sokongan khusus kepada golongan wanita yang berkerjaya merangkumi beberapa aspek seperti yang disebutkan berkaitan dengan bilik susuan, aturan kerja flexible, kemudahan taska tadika dan sebagainya. Dalam perincian Rancangan Selangor Satu (RS-1) telah diberikan penekanan berkaitan penambahbaikan untuk taska dan tadika yang akan dilakukan demi memastikan sistem sokongan yang terpenting bak golongan wanita dalam ini dapat ditambah baik. Jadi cadangan-cadangan lain sebenarnya saya ingin rakamkan juga tahniah kepada Tuan Speaker yang telah pun memberikan ruang untuk memastikan Dewan Negeri ada juga mempunyai kemudahan-kemudahan ini tetapi saya juga rasa cadangan-cadangan lain yang telah dikemukakan ini akan dapat diperhalusi termasuk mewujudkan women friendly city dengan memperbanyakkan kemudahan dan facility khusus untuk golongan wanita. Saya amat bersyukur kerana saya ingat dari tahun 2008 lagi bila kita membicarakan tentang isu wanita ramai Yang Berhormat yang tidak mengambil bahagian terutama Yang Berhormat lelaki tetapi kali ini isu ini dah jadi sebahagian daripada topik perbincangan dengan ini saya ucapkan tahniah. Mudah-mudahan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) nanti akan memberikan gagasan yang lebih mikro, pelaksanaan-pelaksanaan yang akan menjadikan aspek isu janda ini bukan lagi isu yang ingin kita letakkan tetapi ianya telah pun kita ukur di sudut sejauh mana kita telah mencapai dan mungkin sasaran 30% itu akan menjadi sasaran lantai (floor) tidak lagi sasaran orang kata yang masih dikejar tetapi kita nak meletak sasaran itu floornya adalah 30%, silingnya mungkin 30%. Jadi, di situlah baru dikatakan wanita Selangor ataupun Negeri Selangor begitu prihatin dengan masalah gender dan akhirnya Selangor telah pun mencecah 30% itu. Sekian Speaker, saya menggulung perbahasan ini.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Batu Tiga. Saya persilakan Yang Berhormat Tanjung Sepat.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab soalan tentang bangunan Teater Shah Alam. Bangunan Teater Shah Alam telah diserahkan semula kepada Majlis Bandar Raya Shah Alam pada bulan Mei 2021 yang mana pihak MBSA telah membuat penyelenggaraan kecil ke atas bangunan berkenaan iaitu sistem penghawa udara, pembaikan tandas dan juga membaiki kerosakan bumbung. Kos pembaikan kecil yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM40,000.00 dan MBSA juga menyediakan kos operasi utiliti kawalan
keselamatan pembersihan berjumlah RM21,000.00 sebulan. Bagi ini memberi laluan kepada program-program yang telah ditempah dari tempoh serahan berkenaan. Program tersebut dilanjutkan sehingga September 2022. Meliputi kerja-kerja menaik taraf sistem akustik bangunan tersebut, kerusi dan juga permaidani yang telah usang. Selain daripada itu dicadangkan untuk membina ampiteater di luar bangunan teater berkenaan. Fasad luar bangunan tersebut adalah untuk memberi perhatian dan menjadikan bangunan tersebut lebih menarik. Sasaran program dicadangkan adalah dijalankan teater berkenaan adalah persembahan kebudayaan, pementasan teater dan juga konsert serta rakaman program TV. Dijangka kerja-kerja menaik taraf bangunan ini akan dijalankan pada suku kedua tahun 2023 dengan anggaran RM12 juta.
Selanjutnya tentang SAMAG (Shah Alam Modern Art Gallery) adalah garapan daripada idea Y.A.B. Dato’ Menteri Besar di dalam mengembangkan bakat-bakat seni khususnya dalam di kalangan pelajar dan juga anak-anak muda di Shah Alam dan juga di Selangor umumnya. Ianya adalah sebuah galeri yang menempatkan hasil-hasil karya para penggiat seni, anak-anak muda, pelajar-pelajar IPTA mahupun swasta untuk berkarya melalui lukisan, arca ataupun apa saja hasil imaginasi seni yang boleh dizahirkan dalam bentuk pameran. Pada 26 November 2022, dalam pembentangan bajet Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan SAMAG. Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk membeli bangunan milik Bank Negara, Seksyen 14, Shah Alam dengan harga RM33.4 juta dan melalui keputusan yang sama turut dinyatakan bahawa agensi yang dicadangkan untuk menguruskan Galeri SAMAG tersebut adalah Yayasan Seni Selangor Galeri Shah Alam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Sepat. Saya persilakan Yang Berhormat EXCO Paya Jaras.
Bismillah hirrahman Nirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. Paya Jaras ingin mengambil sedikit masa untuk ringkas untuk menjawab beberapa soalan. Saya nak bermula dengan problem statement yang dibangkitkan oleh Sungai Panjang dalam perbahasan beliau yang mengatakan saya kod hansard di muka surat 102. Ketiga-tiga isu besar ini masih gagal ditangani oleh Kerajaan Negeri Selangor secara menyeluruh walaupun sudah masuk Penggal Ketiga Kerajaan Negeri Selangor, that is the word. Merujuk kepada tiga isu iaitu yang pertama berkaitan dengan kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh peningkatan kadar inflasi. Saya nak bagi tahu pada Sungai Panjang yang bahawa pengawalan harga ini adalah di bawah federal authority bukan kaitan dengan Kerajaan Negeri.
Yang kedua, yang dibangkitkan oleh Sungai Panjang adalah kadar pengangguran yang kini berganda di Negeri Selangor daripada 2.9% kepada 4.3% pada tahun 2020. Saya kira Sungai Panjang tidak update dari segi figure yang dinyatakan sebab pada
suku 2022, suku pertama tahun ini kadar pengangguran kita adalah 3.2% di bawah kadar 4%. 2020 ia meningkat 4.3 disebabkan oleh pandemik yang kita alami. Jadi, walaupun 4.3 itu di atas 4.3%, 4% tapi ia lebih bagus daripada kadar pengangguran Malaysia iaitu 5.2%. We are still at good level Yang Berhormat Sungai Panjang dan ia tidak boleh dijadikan asas mengatakan negeri kita ini tidak dapat mengawal kadar pengangguran. Kita masih berada dalam tahap yang baik kerana apa? Supply kita banyak. Demand kita juga banyak. Supply kita itu orang yang nak minta kerja, ramai. Demand orang untuk ambil kerja juga ramai. Di mana jambatan dia? Itu tugas yang dimainkan oleh saya, saudara Yang Berhormat Kota Kemuning dan beberapa EXCO yang lain. Bridging di antara supply dengan demand, kita ada Job Fair. Job Fair adalah urusan memberi orang bekerja kepada mereka yang belum bekerja. Setelah dia bekerja, Yang Berhormat Ganabatirau akan mengambil alih memperdayakan pekerja itu sendiri sama ada secara fizikal, Job Fair yang dihadiri lebih 12, 15,000 orang ataupun dalam talian melalui Selangor Kerjaya yang diadakan oleh MBI. Jadi, asas saya nak jawab bahawa kadar quotation disebut 2020 4.3 adalah nombor yang lama Yang Berhormat Sungai Panjang kerana suku pertama kita 2020, suku terakhir 2021 adalah 2.9%. 2022 naik sedikit 3.2% tetapi kerajaan berpuas hati kerana kita masih mengawal program kadar ini dan kita mempunyai alternatif-alternatif untuk mengatasi kadar pengangguran kita.
Yang kedua, yang disebutkan oleh Kampung Tunku tentang promosi Job Fair. Saya kira saya akan betulkan kaedah maklumat kita tetapi saya berterima kasih kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan yang membantu mempromosikan program Job Fair kita melalui LED PBT masing-masing. Di samping Job Fair itu, Yang Berhormat Kampung Tunku juga mencadangkan 30% pegangan belia dalam kerajaan. Di dalam Job Fair kita yang kita adakan baru-baru ini, kita juga dihadiri oleh SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), kita ada MBI, kita ada jawatan persekutuan, kita ada JPA yang hadir untuk program Job Fair kita. Jadi, ini adalah bridge, program ini adalah bridge di antara supply dan demand bagi kita kawal masalah pengangguran dalam negeri kita.
Saya nak pergi kepada Sungai, saya nak pergi kepada Sungai Tawar. Sungai Tawar yang memberi gambaran yang tidak tepat juga dalam perbahasan beliau. Saya nak bermula juga dengan problem statement yang disebut oleh Sungai Air Tawar di muka surat 94, hansard. Dia memberi gambaran bahawa kemudahan sukan kita ni teruk. Lalu beliau bertanya macam mana kita nak melahirkan atlet yang baik sedangkan kita kenal sebelum ini melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa di Negeri Selangor dalam sukan gimnastik. Sungai Air Tawar menggambarkan bahawa kegagalan Kerajaan Selangor mengurus bangunan menyebabkan prestasi atlet kita teruk. Saya nak kod dan saya rasa ini dipersetujui oleh Yang Berhormat Dr. Yunus ataupun Sijangkang sewaktu beliau menjadi EXCO Belia. Saya nak bagi tahu bahawa di antara bangunan disebut adalah Seksyen 6, Shah Alam yang juga disebut sebagai Kompleks Sukan SUKSES yang dibina pada tahun 1992 dan kini berusia 30 tahun. Siapa guna SUKSES ini? Di SUKSES ini di antara pusat latihan kita melatih gimnastik
artistik, gimrama, karate, sepak takraw, judo, wusyu, mua thai, kabade dan pencak silat. Lalu saya nak jawab kalau sekiranya bangunan ini terlalu teruk sangat sehingga kita gagal melahirkan atlet yang baik, saya nak baca keputusan-keputusan yang dilahirkan oleh atlet kita yang berlatih di tempat SUKSES ini. Jumlah pelatih yang, biar saya lahir, saya baca. Kita guna SUKMA Perak 2019 sebagai benchmark untuk kita menjawab. Gimnastik artistik memungut empat pingat emas, satu perak, dua gangsa. Ini yang atlet-atlet yang saya sebut yang menggunakan SUKSES sebagai tempat latihan kita. Gimrama satu perak, dua gangsa. Judo tiga gangsa. Karate satu emas, tiga perak, tiga gangsa. Wusyu satu perak, tiga gangsa. Mua thai satu perak, tiga gangsa. Pencak silat tiga perak, lima gangsa. Sepak takraw dua gangsa. Dengan kata lain Yang Berhormat, semua atlet kita yang menggunakan SUKSES sebagai tempat latihan memberi pingat dalam Sukan SUKMA kita. Jadi, gambaran yang disebut oleh Sungai Air Tawar seolah-olah Kerajaan Selangor ni teruk. Betul bangunan ini adalah bangunan tua, 30 tahun dan MSN setiap tahun memperuntukkan sebanyak RM200,000.00 untuk membaiki bangunan tersebut. Jadi, saya kira gambaran adalah tidak benar dan kita sentiasa membaik pulih tempat tersebut dan gambaran seolah-olah menggunakan mat gimnastik daripada tempat banjir tidak betul. Itu tidak betul. Kita bukan pungut daripada air stadium tu. Ambil air letak di SUKSES, tidak betul. Kita memindahkan untuk menyelamatkan mat itu di tempat yang lebih baik, itu sahaja. Jadi, gambaran Sungai Air Tawar tidak betul dan yang kedua juga memberi gambaran tentang ABMK. Sungai Air Tawar menyebut juga dalam ucapan beliau tentang ABMK yang seolah-olah sekarang ini dibangunkan pada kolej swasta. Untuk makluman Yang Berhormat semua ABMK kini telah diserah kepada Red Giant Sdn. Bhd. iaitu pasukan yang di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Selangor. Keputusan Kerajaan Negeri bertarikh 27 Oktober 2021 telah bersetuju untuk meluluskan pengambilalihan ABMK ini di Puncak Alam oleh Red Giant Sdn. Bhd. dengan kata lain selepas daripada ini bukanlah kita beri kepada agensi swasta tetapi kepada Persatuan Bola Sepak Selangor melalui Red Giant Sdn. Bhd.
Isu yang ketiga yang dibangkitkan oleh Sungai Air Tawar adalah adalah juga berkaitan dengan Hotel Carlton. Yang Berhormat semua, kalau ada kelemahan kita akan betulkan dan saya bersetuju dengan Sijangkang terdapat sedikit ketidakselesaan di belakang bangunan itu dan kita telah periksa benda itu tanah tersebut sama ada di bawah MBSA ataupun di bawah MBI. Saya akur tempat itu masih dalam penelitian kita dan saya akan ambil tindakan yang sewajarnya. Saya akan minta MBSA clearkan semua hutan-hutan yang ada di belakang Carlton itu, itu adalah jalan utama kita. Kalau MBSA tidak dapat buat demikian, saya akan gunakan peruntukan saya dan saya akan clearkan semua tempat-tempat di belakang itu.
Sedikit penjelasan Tuan Speaker.
Sijangkang.
Yang saya maksudkan dalam ucapan perbahasan saya itu adalah pokok-pokok tumpang di tempat parking yang saya kira bukan sedikit, terlalu banyak. Kalau boleh itu diselesaikan supaya bila lalu pun sedap mata memandang. Sebab pokok-pokok tumpang yang saya kira bukan setahun dua tahun tapi yang telah bertahun-tahun. Terima kasih.
Saya ingat dia tumpang je zaman Dr. sebagai EXCO tumpang juga pokok tu kot. Jadi, kita sama-sama handle. Ya, Yang Berhormat saya akan pastikan kawasan tersebut lebih sedap mata memandang. Saya minta Majlis Bandar Raya Shah Alam mengambil tindakan segera untuk clearkan pokok-pokok tumpang yang ada di situ. Jadi, oleh itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tidak ada perkara lain, perkara yang disebut oleh...
Speaker.
Sabak adalah berkaitan dengan petani muda. Ini saya akan bincang dengan Yang Berhormat EXCO Pertanian tentang penglibatan golongan muda dalam...
Sijangkang. Sijangkang ada Yang Berhormat. Sijangkang ada sikit.
Terima kasih Tuan Speaker. Dalam perbahasan saya, saya ada juga mengutarakan apakah kerajaan mempunyai perancangan daripada sudut persiapan mungkin tenaga-tenaga kerja yang boleh difikirkan pada hari ini? Sebab kalau kita lihat keupayaan ekonomi itu akan memberikan peluang pekerjaan yang begitu banyak terutamanya mungkin ada program-program yang boleh dikhususkan pada demand, jenis-jenis pekerjaan seperti saya bagi contoh mungkin perlu ada pemandu yang profesional apabila pelabuhan di Carey itu dibangunkan, keperluan logistik itu. Mungkin Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengerah tenaga kerja CIAST sebegitu. Cuma saya, satu lagi saya nak minta kalau di pihak kerajaan ada maklumat seperti mana yang telah dibahaskan atau dibangkitkan oleh Taman Medan berkaitan dengan pelepasan secara beramai-ramai daripada Kerajaan Negeri Terengganu oleh EXCO untuk datang ke Selangor ke Job Fair kerana ini saya lihat walaupun mungkin sebagai perdebatan dalam media sosial seolah-olah ada ..
Saya mohon betulkan. Saya tak kata pelepasan ke Job Fair, pelepasan untuk bekerja, yang Job Fair itu Kerajaan Terengganu hantar wakil, bukan peserta itu pergi Job Fair. Jadi mohon betulkan.
Saya ingat inilah mungkin EXCO boleh bagi maklumat, sebab itu jadi perdebatan. Saya kira sangat tidak baik
kerana yang kita kaitkan itu adalah kerajaan yang tidak boleh menjawab di dalam dewan kita. Ketidakadilan yang saya kira mungkin tidak benar, perlu dibetulkan. Kalau betul ok. Bermakna ada penyelesaian dia. Terima kasih.
Speaker saya mohon tambahan.
Saya kurang jelas tadi Sijangkang, what is the point yang nak dibangkitkan? Adakah respons Kerajaan Negeri terhadap berita ini? Begitu?.
Kalau ada maklumat yang secara jelaslah, katakan ada di pihak Kerajaan Terengganu mohon pelepasan untuk menghantar rombongan yang begitu besar untuk mendapatkan kerja di Negeri Selangor dan sebagainya. Mungkin kalau ada di pihak kerajaan. Terima kasih.
Saya tidak menyebut sebagai spesifik pelepasan dan sebagainya. Sebab pendirian kita ialah Job Fair ini terbuka kepada siapa-siapa sahaja. Cara mana dia nak hantar itu, itu bukan dalam perhatian kita. Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Sijangkang ini adalah berita yang kita dengar dalam sosial media pun dia tidak secara spesifik G to G dengan kita. Jadi pada kita, apa sahaja yang kita boleh bantu rakyat di dalam Selangor dan rakyat di Malaysia kita akan terus membantu untuk memudahkan atau menyuburkan lagi ekonomi negara kita. Silakan.
Mohon laluan. Saya nak merujuk pada apa yang disebut Sijangkang tadi ya, dalam perbahasan saya pada hari Jumaat lepas tentang, saya sentuh tentang bagaimana tindakan sebuah kerajaan negeri yang kita tahu Kerajaan Negeri Terengganu yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO di sidang yang terdahulu sebelum ini berdasarkan jawapan bahawa maklumat yang diperolehi daripada penganjur di bawah Jawatankuasa Tetap Yang Berhormat Paya Jaras menyatakan bahawa ada maklumat menyatakan bahawa wakil Kerajaan Negeri Terengganu itu turut turun dan mencari. Tetapi, dalam sehari 2 ini Taman Medan minta maaf kena serang dalam media sosial dan juga di dalam antaranya adalah 1 daripada sebuah laman web trdi.my, kita tahulah trdi.my itu Terengganu Darul Iman, ini golongan-golongan tersebutlah yang menyatakan bahawa EXCO Kerajaan Terengganu terpaksa ke Karnival Jom Kerja Selangor mencari pekerjaan adalah tidak benar. Saya tak katakan EXCO, tetapi saya merujuk kepada jawapan oleh Yang Berhormat Paya Jaras pada sidang yang terdahulu bahawa ada info bahawa wakil Kerajaan Negeri Terengganu telah datang dan mendapatkan maklumat-maklumat dan berunding dengan peserta-peserta Karnival Jom Kerja ataupun Job Fair anjuran Kerajaan Selangor dan ini sebenarnya fokus saya ialah menunjukkan bahawa dia ambil manfaat oleh kerajaan yang lain juga.
Maknanya ini kejayaan Pakatan Harapan, maknanya kejayaan saya nak fokuskan juga pewujudan peluang kerja di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan oleh Pakatan Harapan ini. Di manfaat juga oleh kerajaan negeri yang lain. Jadi, tetapi sebenarnya saya ambil maklumat daripada Yang Berhormat Paya Jaras pada sidang terdahulu bahawa ada dinyatakan maklumat oleh penganjur bahawa wakil daripada Kerajaan Negeri Terengganu pun hadir untuk mendapatkan maklumat dan berunding tentang bagaimana peluang pekerjaan kepada rakyat negeri tersebut yang mana mereka ambil manfaat tetapi nama mereka dicanangkan sebagai pihak yang berjaya dapatkan peluang pekerjaan. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Paya Jaras.
Saya kena semak hansard yang dululah spesific word yang saya gunakan. Tetapi saya tidak recall menyebut mana-mana individu daripada Terengganu yang datang, cuma saya dimaklumkan ada rombongan-rombongan yang datang kepada Job Fair kita yang mana bagi kita tidak salah, kita alu. Cuma ini menggambarkan bahawa sustainability kita ataupun fundamental kita economic fundamental kita Selangor ini bagus. Itu sahaja. Di bawah pentadbiran kita ini, kukuh. Jadi, sesiapa sahaja boleh datang pada kita. Sama juga kita pergi ke Baling, Kedah kita juga pergi. Di bawah nama kerajaan Negeri Selangor untuk membantu mereka. Jadi ini adalah hubungan di antara kita dengan rakyat. Jadi yang mana kita mampu kita bantu untuk membantu mereka. Jadi, Kuala Kubu Baharu juga mencadangkan menggalakkan anak-anak muda dalam pertanian, saya dah sebut tadi. Begitu juga dengan Sabak, saya akan berbincang dengan Yang Berhormat EXCO Pertanian untuk mencari ataupun mendapatkan 1 skim yang sesuai untuk kita bantu anak-anak muda melalui pertanian hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Paya Jaras. Saya persilakan Yang Berhormat Kajang. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya akan menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat - Yang Berhormat untuk portfolio alam sekitar dan pelancongan, termasuk juga seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Yang Berhormat Kinrara. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Sungai Air Tawar, berhubung isu Hutan Simpan Paya Bakau di mana menurut beliau ini merupakan tujuan tanaman kelapa sawit yang terbiar, habitat hidupan liar di kawasan tersebut telah pun terganggu dan merosakkan hasil tanaman orang kampung berhampiran. Kerajaan Negeri Selangor ingin memberi sedikit penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar tersebut.
Untuk makluman, kawasan Hutan Simpan Paya Bakau yang dimaksudkan adalah berstatus tanah kerajaan dan bukannya hutan simpan kekal. Tanah kawasan ini telah pun diluluskan sejak pewartaan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 21/2012 bertarikh 6 Jun 2012 di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara sebagai tanah
ladang dan melantik Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Pengawal dan diurus tadbir oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor serta di pajak kepada PKPS. Pada tahun 2013, PKPS telah menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan untuk tujuan projek tanah ladang kelapa sawit di atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian daripada penduduk Sungai Tengar Utara yang menyatakan bahawa kawasan tersebut wajar dikekalkan sebagai kawasan kampung tersusun dan memelihara serta memelihara ekologi hidupan liar yang terdapat di atas tanah tersebut. Selaras dengan itu, PKPS telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri pada 19 Februari 2016, sehingga kini kawasan tersebut telah dipulihkan secara semula jadi dan seterusnya menjadi kawasan tersebut sebagai kawasan pemeliharaan dan pemulihan ekologi hidupan liar, dalam hubungan ini kerajaan negeri akan meminta PKPS dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk melihat semula keadaan kawasan tersebut. Pasti langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya. Sekiranya perlu kawasan tersebut akan diwartakan sebagai hutan simpan kekal, selaras dengan komitmen kerajaan negeri pada masa kini untuk meningkatkan peratusan kawasan hutan simpan di Negeri Selangor. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Seri Kembangan berkenaan pengurusan sampah, infrastructure yang lebih berkualiti dan juga permit online untuk mereka yang pendaki gunung, semasa mereka nak mohon permit daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan memastikan perkhidmatan ekopelancongan sentiasa ditambah baik selaras dengan keperluan semasa. Di antara usaha-usaha yang sedang dan telah dijalankan oleh jabatan ini adalah untuk penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut : 1. Melaksanakan penyelenggaraan kawasan Taman Eko Rimba di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan secara kontrak. Pada tahun 2022, sejumlah RM542,577.38 telah pun diperuntukkan untuk tujuan penyelenggaraan yang melibatkan skop kebersihan kawasan, kutipan sampah, mencuci bangunan, selenggaraan landskap dan sebagainya. Kerja-kerja ini melibatkan 6 buah Taman Eko Rimba iaitu Taman Rimba, Kota Damansara, Sungai Tua, Sungai Sendat, Komanwel, Sungai Tekala, Taman Eko Rimba, Gunung Nuang.
2. Melaksanakan projek penambahbaikan infrastructure di kawasan Taman Eko Rimba melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 juta pada tahun 2022. Ialah skop yang terlibat adalah penurapan semula jalan, tempat meletak kenderaan, pembaikan bangunan pejabat dan tandas, pendawaian elektrik, pembaikpulihan laluan pejalan kaki, pemangkasan pokok-pokok bahaya dan sebagainya.
3. Membangunkan sistem permit memasuki hutan secara atas talian dengan kerjasama Smart Selangor Development Delivery Unit. Projek ini telah pun
dikenal pasti pada akhir tahun 2021 dan sedang melalui proses reka bentuk sistem, so kita harap dalam hujung tahun ini di mana software ini akan dapat membantu mereka yang ingin mendaki gunung, boleh terus untuk membuat permohonan online. Tidak lagi perlu untuk pergi di pejabat Perhutanan Negeri Selangor. Untuk Sungai Pelek, dana pelancongan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah pun memperuntukkan sebanyak RM3.78 juta bagi tujuan promosi dan acara pelancongan. Peruntukan tersebut telah hanya tertumpu kepada program dan acara promosi di luar negara sahaja. Tetapi juga kepada siri promosi di dalam negara. Antara mekanisme terbaik untuk menarik minat rakyat Selangor dan negeri lain untuk berkunjung di kawasan pelancong di Negeri Selangor adalah dengan yang : 1. Penganjuran kempen ‘Nak bercuti pusing Selangor dulu’. Untuk memfokuskan kepada promosi pelancongan pasaran domestik. Kempen ini memberikan pendedahan dan juga awareness dengan content pemasaran untuk menarik pelancong luar negeri melancong ke Negeri Selangor.
2. Penyediaan pakej pelancongan seperti pakej Experiential Tourism yang dijalankan oleh 51 hos komuniti Negeri Selangor di mana pakej-pakej ini memfokuskan produk pelancongan luar bandar. Pakej ini juga akan digunakan oleh agensi pelancongan tempatan dan luar negara.
3. Aktiviti promosi pelancongan norma baru melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan juga atas talian seperti penganjuran program promosi e- travel fair.
4. Penyertaan program-program promosi dalam negara seperti Jelajah Negeri, di Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kedah. MATTA Fair dan juga pameran pelancongan.
5. Inisiatif digital dan atas talian seperti penganjuran webinar bersiri, live streaming di laman media sosial Tourism Selangor.
6. Penganjuran program VR pelancongan. Virtual reality untuk produk pelancongan di 9 Daerah di negeri Selangor.
7. Penganjuran program Fan Trip yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan juga antarabangsa.
Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Semenyih, Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan memastikan kemudahan laluan basikal disediakan dengan baik dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan, traffic sewaktu kawasan serta memberi keutamaan kepada kawasan tumpuan pengunjung. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan
RM4.05 juta bagi menaik taraf infrastructure kemudahan awam dan sebanyak RM1.35 juta diperuntukkan di bawah POT menaiktarafkan produk pelancongan. Untuk Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, lukisan mural di Tapak Warisan, KKB. Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, Kuala Kubu Baharu dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri Selangor 2021 – 2026. Kawasan tersebut telah pun di masuk di bawah produk pelancongan warisan dan budaya Daerah Hulu Selangor dan Tourism Selangor bersama MPHS dan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan mempromosi kawasan tersebut di dalam Kempen Pusing Selangor Dulu. Yang Berhormat Sijangkang, berkenaan hutan darat, hutan paya gambut dan juga hutan paya bakau. Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor sehingga kini adalah seluas 250,250.33 hektar, daripada keseluruhan keluasan tersebut seluas 148,590.41 hektar ataupun 59 % adalah merupakan hutan darat. Manakala, seluas 82,621.92 hektar ataupun 33 % adalah merupakan hutan paya gambut dan 8 % daripada keseluruhan hutan simpan kekal adalah hutan paya laut. Iaitu seluas 18,998 hektar. Berhubung Taman Alam, Kuala Selangor, telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui MMKN pada tahun 2018 untuk diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Buat masa ini proses pewartaan sedang dilaksanakan dan berada di peringkat penyediaan pelan warta. Kawasan yang akan dibangunkan sebagai Pusat Eco Pelancongan Antarabangsa tersebut adalah melibatkan seluas 84.13 hektar sahaja atau pun bersamaan 28% daripada keseluruhan kawasan. Cadangan pembangunan Pusat Eco Pelancongan ini masih di peringkat kajian pelan pembangunan oleh pihak UPEN, Jabatan Hutan Negeri Selangor, TOURISM Selangor Sdn Bhd dan juga agensi-agensi teknikal yang lain.
Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO, cuma saya hendak dapatkan sedikit penjelasan. Dari kawasan yang akan dibangunkan sebagai kawasan Eco Pelancongan Antarabangsa, itu juga akan digazetkan diwartakan sebagai hutan simpan atau pun dia tidak diwartakan sebagai hutan simpan?.
Ya memang kita hanya bagi permit permohonan. So, keseluruhan taman alam masih dalam kawasan hutan simpan kekal. Kita tidak mewartakan satu inci tanah pun. So, kawasan itu masih status hutan simpan kekal.
Bermakna kita membenarkan pembangunan hotel seperti mana jawapan daripada EXCO pagi tadi di kawasan hutan simpan kekal ini.
Ya, bukan hotel tetapi chalet. Chalet yang berbentuk ...
Sebab Yang Berhormat pagi tadi sebutkan hotel. Gambaran saya hotel ini bukan ...
Tidak bertingkat-tingkat, tidak. Hanya satu dua tingkat berbentuk kayu chalet sahaja.
Ok, terima kasih penjelasan.
So, saya harap penjelasan ini jelas jangan di mana surat khabar, Parti sedang menyerang kita dalam isu ini. Saya memang kecewa.
Saya mengutarakan dalam soal ini sebab Yang Berhormat sebutkan pembangunan hotel pada pagi tadi dalam jawapan Yang Berhormat.
Tidak kerana soal bertanya hotel. So, saya katakan ini bukanlah hotel. Ini hanyalah chalet yang hanya melibatkan kayu.
Tidak, saya tidak pernah menyebutkan soal pembangunan hotel dan sebagainya.
Kita tidak macam di Langkawi. Langkawi semua hotel.
Ok, terima kasih.
Ini hanya kita hanya beri permit untuk pembangunan Pusat Eco Pelancongan dengan menggunakan chalet sahaja. Ok, untuk Kampung Tunku, Yang Berhormat Kampung Tunku. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengutamakan dan menjaga kebajikan rakyatnya dan tidak terkecuali masyarakat orang asli. Sebagai sebuah kerajaan prihatin, Kerajaan Negeri akan memastikan projek Pemaju Perubahan Carey Selangor tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat orang asli di kawasan tersebut. Malahan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi keutamaan kepada masyarakat orang asli di Pulau Carey. Untuk Sijangkang, isu pembangunan Canal City yang menyebabkan masalah penempatan orang asli dipindah ke kawasan Desa Kemandol dan manakala penempatan orang asli kawasan Rayau diganti di kawasan luar Selangor iaitu di Rembau.
Kerajaan Negeri percaya apabila suatu pembangunan dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut tertentu termasuklah di perkampungan Orang Asli. Pelbagai aspek telah pun diambil kira termasuk pulangan-pulangan kepada Kerajaan. Pulangan
kepada masyarakat Orang Asli serta persetujuan antara pihak pemaju dan masyarakat Orang Asli sebelum sesuatu pembangunan itu diluluskan. So, saya rasa ini bukan isu, saya rasa isu ini dah selesai di mana Kerajaan, semasa Pakatan Rakyat dianggotai oleh Parti PAS juga. Kerana Taman Desa Kemandol telah diwartakan di bawah Seksyen Akta 6 Orang Asli, selesai isu ini. Dan kedua tanah pertanian telah diganti berstatus hak milik terletak di Rembau, Negeri Sembilan atas persetujuan Orang Asli terlibat. So, sekarang masalah timbul kerana tanah itu adalah hak milik ada Orang Asli menjualkan tanah ini. Jualkan tanah ini, sebab itu saya sudah tidak setuju kalau hendak bagi tanah kepada Orang Asli, kita jangan bagi hak milik. Wartakan tanah itu selama-lamanya bukan untuk hak milik, selepas itu mereka akan jual. Orang tertentu akan melobi mereka dapatkan rumah, tanah itu. Itu yang berlaku sekarang, jadi isu di penempatan Orang Asli dekat Kemandol.
So, untuk menjawab soalan yang dibahaskan oleh ADUN Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Bandar Utama, Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Kota Anggerik dengan banyak perkara yang berhubung dengan kelestarian alam sekitar. Termasuk perkara-perkara polisi daripada Kuala Selangor, yang ini panjang lebar sikit so, saya harap Yang Berhormat dapat meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan negeri ialah karbon. So, seperti mana yang kita sedia maklum perubahan iklim adalah satu isu kompleks yang merentasi pelbagai bidang sektor seperti tenaga, pertanian, pengangkutan dan perhutanan kesan awam, sumber air, pemuliharaan biodiversiti dan lain-lain lagi yang perlu ditangani segera dengan mengambil kira impak fenomena pemanasan global yang menyebabkan peningkatan pelepasan Gas Rumah Hijau iaitu GHG. Oleh itu, adalah penting untuk Negeri Selangor terus komited dan progresif dalam menangani isu perubahan iklim ini.
Agenda perubahan iklim dan teknologi hijau merupakan keutamaan Negeri Selangor seperti mana yang telah pun dinyatakan dalam dokumen Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Untuk makluman, Malaysia melalui Kementerian Alam Sekitar Air Kasar, telah pun mengemukakan pendirian negara untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG merentasi ekonomi sebanyak 45% pada tahun 2030. Dan mencapai pelepasan GHG sifar seawal tahun 2050. Bagi memenuhi sasaran pengurangan pelepasan GHG ini, Malaysia perlu melaksanakan tindakan litigasi pengurangan pelepasan GHG mengikut dasar dan agenda negara selaras dengan matlamat pembangunan mampan iaitu SDG. Penetapan hak intensiti karbon telah pun dinyatakan dalam rangka kerja bandar adalah karbon iaitu LCCF yang dibangunkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang mana ia merupakan panduan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju dalam membuat keputusan berhubung pelaksanaan pengurangan intensiti karbon ini.
Atas komitmen tersebut Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan berterusan dengan membuat penambahbaikan kepada sektor-sektor yang dikenal pasti penyumbang-penyumbang terbesar dalam pengeluaran karbon negeri melalui
dasar-dasar negeri. Antaranya adalah yang pertama menambah baik dan juga mengguna pakai rangka bandar rendah karbon LCCF dalam semua perancangan dasar di peringkat PBT dengan memfokuskan kepada elemen-elemen seperti tenaga, sisa, air, mobiliti dan juga kehijauan. Dan yang kedua membangunkan mekanisme pelaporan karbon untuk industri dan juga pembangunan rangka kerja untuk penggunaan gas Rumah Hijau bagi membolehkan perancangan karbon rendah yang lebih baik di peringkat tempatan. Dan ketiga, mewujudkan zon-zon rendah karbon di bandar-bandar dan juga di Perbandaran. Dan yang keempat, PBT disarankan untuk memberi insentif kepada isi rumah dan menawarkan pakej insentif yang sesuai kepada industri yang menggunakan teknologi hijau, aplikasikan elemen kecekapan tenaga dan air. Yang kelima pembangunan berorientasikan transit atau pun transit oriented development (TOD) diuji bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang berintensiti tinggi di dalam pengangkutan jarak berjalan kaki iaitu walking distance serta meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, accessibility dan juga pengurusan lalu lintas melalui pengurusan lalu lintas pintar di bandar.
Dengan mengambil kira situasi pengubahan iklim yang semakin ekstrem ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Tindakan Perubahan Iklim atau pun namanya Iklim Selangor sedang dalam perancangan untuk membangunkan dasar dan juga pelan tindakan perubahan iklim Negeri Selangor 2030 yang berlandaskan kepada dasar-dasar sedia ada sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat negeri. Dengan mengambil kira dasar-dasar tempatan sedia ada, kaedah pengumpulan maklumat-maklumat ini akan dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai jabatan atau pun agensi kerajaan hanya melibatkan pandangan adalah wajar dan dasar-dasar ini disatukan dalam suatu dokumen utama dan bagi mengelakkan sebarang pertindihan peranan di peringkat pelaksanaan serta mengoptimumkan keberhasilan pelaksanaan.
Untuk isu Elektrik Vaguer (EV) iaitu kenderaan berelektrik ya. Ini juga polisi Kerajaan Negeri Selangor yang di mana kita akan dalam hujung tahun ini atau pun mulai tahun depan, di jalan raya kita akan nampak lebih banyak elektrik vaguer akan dipakai, digunakan. Adakah kita bersiap sedia untuk menyahut cabaran ini di mana bilangan kenderaan elektrik akan bertambah. Mengambil kira peranan penting EV dalam pengurangan pelepasan karbon, Kerajaan Negeri telah pun menetapkan sasaran sebanyak 10 ribu unit pengecas EV akan dipasang menjelang tahun 2025. Dengan permulaan sebanyak 1,000 pertama akan dilaksanakan pada tahun 2022. Pada ketika ini Kerajaan negeri sedang dalam fasa perbincangan dengan syarikat-syarikat swasta dan PBT yang mana untuk peringkat permulaan 5 PBT akan memulakan pemasangan EV di kawasan masing-masing sehingga Disember 2022. Iaitu Majlis Bandar raya Shah Alam, Majlis Banda Raya Subang Jaya, Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang dan Majlis Perbandaran Sepang. Oleh itu, dalam merangka dasar baru pengecas EV antara perkara-perkara Kerajaan Negeri akan boleh dipertimbangkan adalah yang pertama ...
Yang Berhormat Kajang. Soal berkaitan dengan kereta elektrik itu tadi?
Bagi saya habiskan dulu. Bagi saya habiskan dulu.
Sikit sahaja hendak tanya, kereta elektrik ini mahal sangat, RM220,000.00. Kenapakah dia mahal? Sedangkan bukan pakai minyak petrol pun tapi mahal. Jadi mungkin Kerajaan Negeri boleh tengok kot, macam mana kita bincangkan kalau dia bagi murah sikit, dia kalau murah, insyaAllah mungkin rakyat boleh beli dan kita boleh guna di jalan raya.
Yang control price itu di bawah Kerajaan Pusat. Kerana Kerajaan telah pun tidak membenarkan sebarang, dia punya tax, sebarang tax telah dihapuskan dan dijangka harga elektrik car ini akan berkurang di mana lebih kurang RM200,000.00. So, kita harap saya difahamkan Proton akan kenakan kereta elektrik pada penghujung tahun ini dengan harga yang sangat berpatutan. Kita boleh tengok dan lihat bagaimana harga dia yang boleh menyebabkan orang ramai untuk membeli kenderaan elektrik EV ini. Kita jangan kata elektrik EV ini zero kos, tidak walaupun kereta mahal, semasa mengecas perlu bayar juga, bukan free, you kena bayar elektrik. Kita pump petrol sebelum itu RM100, RM120 tapi untuk pengecas semasa kita mengecas kereta ini harga lebih kurang RM20 ke RM30 masih perlu bayar, hanya kurang sikit sahaja. So, untuk tax itu semua di bawah Pusat, kita harap Kerajaan Pusat Persekutuan dapat memberikan tax yang lebih berpatutan yang lebih free tax kepada kenderaan EV ini dan kita menggalakkan supaya kilang-kilang electric car ini dapat datang ke Malaysia untuk buat kereta mereka di sini dan pasang di sini. Kalau kita hendak harap import kereta EV ini memang dia ada tax dan juga mahal. Kita harap kalau hendak menggalakkan rakyat untuk menggunakan electric car ini harganya lebih kurang RM180,000.00 ke atas. Kita jangan harap sangat murah.
Mohon mencelah, mohon mencelah Tuan Speaker.
Ya silakan Balakong.
Ada satu rasa saya ada satu perkara lagi mungkin boleh menggalakkan rakyat menggunakan EV ini adalah tempat mengecasnya tak cukup dan juga di Selangor sebenarnya ramai yang duduk di kondo atau pun pangsapuri yang sebenarnya tak boleh cas kereta dekat rumah, jadi mungkin Kerajaan Selangor boleh melakukan sesuatu untuk menambahkan tempat mengecas Vaguer Electric ini dengan izin, terima kasih.
Ok yang itu saya belum habis lagi sebab itulah saya hendak jawab soalan itu. Sebab itu rangka dasar baru pengecasan EV antara perkara-perkara yang Kerajaan Negeri boleh adalah mewujudkan zon kursus EV di Selangor contoh di Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan Sepang. Di samping itu menyediakan insentif untuk kenderaan rendah karbon seperti keutamaan tempat letak kenderaan bagi EV dan juga hibrid. Yang kedua memperkenalkan dasar zero emission mobility. Yang menekankan pelaburan dalam ekosistem pembangunan pengecas EV di peringkat PBT. Yang ketiga memperkenalkan dasar dan juga insentif sokongan bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik EV terutama motosikal yang lebih murah dan juga menjimatkan. Yang keempat, menggalakkan jabatan agensi Kerajaan Negeri untuk menganjurkan acara-acara besar Kerajaan untuk menggunakan kenderaan EV dan juga sebagai kenderaan rasmi Kerajaan.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balakong, memang kita ada masalah di bangunan kondominium dan apartmen kerana ada parking tertentu kita, kalau kita hendak memasangkan pengecas elektrik ini, you kena tambahkan volume electric city cukup tidak, TNB perlu main peranan. Dan TNB kena main peranan, kita tidak boleh suka-suka buat satu elektrik di tempat awam. Kalau kita buat satu begitu, that means kenderaan untuk orang awam datang ke kondominium tidak cukup untuk parking kerana pengecas itu perlu ambil 2, 3 atau 4 jam. Jadi kalau satu kenderaan occupied parking itu, memang ada masalah, gaduh orang tak cukup untuk parking. Dan banyak lagi masalah tentang vandalism, masalah tentang siapa yang akan authority untuk memantau kerana daripada segi keselamatan. Kalau banjir, kalau budak-budak sentuh dia akan beri masalah kepada tempatan. Ini semua kita akan ambil kira dan untuk seterusnya untuk hutan.
Soalan hutan dan juga biodiversiti, Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa isu pewartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah ini telah pun bermula tahun iaitu zaman Kerajaan Barisan Nasional dan ia telah pun dianggap selesai melalui kenyataan Siar Warta bagi pewartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah di Seksyen U10 Shah Alam pada 5 Mei 2022. Selain itu, Kerajaan Negeri turut akan memastikan segala aktiviti pembangunan di sekitar kawasan hutan Simpan Bukit Cherakah tersebut mematuhi prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa. Di antaranya adalah seperti keperluan penilaian impak alam sekitar di bawah Perintah Alam Sekeliling 2015 dan juga Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 akan disyaratkan kepada setiap pemilik tanah yang ingin membangunkan tanah tersebut.
Kajang, sikit sahaja, boleh? Terima kasih Tuan Speaker. Saya mencadangkan kalau Bukit Cherakah yang telah diwartakan itu kepada syarikat-syarikat tertentu itu, kalaulah premium belum bayar, bayar. Saya rasa Kerajaan boleh tarik, boleh tarik balik, kalau premiumnya belum bayar. Saya masih ingat dulu mantan Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Khalid ada satu tanah forest atau pun hutan yang diberikan kepada Yayasan Kemiskinan, dia pun tarik balik juga kerana dia tak bayar premium atau pun lambat membayarkan premium.
Lagi satu, apa salahnya kalau Kerajaan ada rundingan dengan syarikat dan juga ada engagement dengan NGO yang sekarang yang katakan hendak buat judicial review itu. Kalau boleh kita elakkan judicial review daripada penduduk di Shah Alam. Kita ada engagement dengan NGO itu, itu cadangan saya.
Itulah masalah saya Sungai Pelek, dulu Sungai Pelek jadi EXCO tak mahu selesaikan isu ini sampai sekarang kita selesaikan. Untuk makluman Sungai Pelek, kerana tindakan sebelum itu, kita ambil balik tanah. Kita terpaksa bayar ganti rugi, Yang Berhormat. Saya beri contoh, saya belum habis lagi. Kerana moritorium pembalakan, kita start 2010 hingga 2035. Kita tak benarkan orang balaklah sekarang, syarikat tuntut sekarang, Kerajaan semasa zaman Pakatan Rakyat ini bawa ke mahkamah. Selepas Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan, kita kalah. Kita terpaksa membayar RM51 juta, Yang Berhormat yang kes baru-baru ini, kita terpaksa membayar RM26 juta. Tindakan kita ini kadang-kadang kita tengok tax payer, adakah kita mampu gunakan tax payer bayar kepada pembalak syarikat pembalakan ini. Senang cakap senang, tapi. So, kita perlu bayar RM1 bilion sekarang kerana tindakan ini, kerana apa masalah, kerana tindakan undang-undang. Syarikat-syarikat telah pun, nama-nama telah pun ada dalam kertas MMKN di award dah. Diberi syarikat A, B, C, D kerana mereka belum bayar premium, kerana last step belum habis siar warta, mereka tidak mahu bayar premium, mereka ada hak tuntut balik. Akhirnya, tax payment kena bayar kepada mereka. Adakah kita hendak lakukan semua ini? Kalau kita start semua akan datang, adakah kita mampu untuk bayar ini? Ini semua kita kena tengok balik, bukan senang Yang Berhormat, dulu Yang Berhormat jadi EXCO lima tahun tak nak buat ini, sekarang saya buat.
Bukan tidak mahu buatlah. You pun fahamkan bukan tak hendak buat.
Itulah pengajaran kita ini.
Yang Berhormat boleh mencelah sikit. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat EXCO, setuju atau tidak permasalahan yang kita hadapi ini, sebenarnya kesan daripada kepincangan pentadbiran yang terdahulu sebelum kita ambil alih pada 2008. Maknanya kita mewarisi banyak masalah daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu dan sekarang ini kita pula yang terpaksa mencuci segala kekotoran yang telah ditinggalkan, najis-najis yang telah ditinggalkan apa komen daripada Yang Berhormat EXCO.
Saya setuju Yang Berhormat Kota Anggerik. Kita sekarang masih belum selesai masalah-masalah yang ditimbulkan semasa Barisan Nasional. Tanah dibagi kepada syarikat begitu sahaja. Sebab itulah saya tidak pasti mengapa Yang Berhormat daripada sebelah pembangkang hanya bisu semuanya. Tidak berani bangkitkan isu ini kerana ini semua kesalahan mereka. Kita jangan ulangi semua masalah ini, kita kena move forward dan kalau boleh bincang,
kita bincang. Kalau hendak bincang dengan syarikat itu kita bincang, tidak ada masalah, kita terus bincang tapi kalau kita hendak bagikan ganti rugi kita tidak mampu lagi Yang Berhormat, bincang mesti bincang.
Kerajaan Negeri Selangor telah pun menyemak semula kadar cas pelbagai perkhidmatan hutan melalui pindaan kaedah-kaedah hutan Negeri Selangor Peraturan 2017. Pindaan kaedah ini termasuklah kutipan masuk ke hutan lipur, sewaan tapak, khemah, gerai dan sebagainya. Buat masa ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang mengkaji semula kadar tersebut agar bersesuaian dengan keadaan semasa dan juga kualiti berkenaan hutan yang semakin baik. Dengan adanya kadar baru ini, pengurusan dan juga penyelenggaraan hutan akan lebih efisien di masa akan datang. Komitmen utama Kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini adalah mengekalkan dan meningkatkan keluasan hutan simpan kekal tidak kurang 30% daripada keluasan tanah negeri. Malahan beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi menambah keluasan hutan simpan kekal di Selangor dengan mengenal pasti dan mewartakan tanah-tanah Kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan hutan simpan kekal.
Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang melaksanakan beberapa usaha ke arah melestarikan sumber hutan di Negeri Selangor. Di antaranya adalah seperti berikut yang pertama dasar moratorium ke atas pembalakan selama tempoh 25 tahun melibatkan kawasan hutan simpan kekal dan hutan tanah Kerajaan sejak 2010. Yang kedua pindaan Seksyen 11 Enakmen (Pemakaian Akta Hutan Negeri Selangor 1985) pada tahun 2011 dengan memasukkan syarat penyiasatan awam bagi mana-mana hutan simpan kekal yang ingin di wartakan. Ketiga meluluskan wartakan kaedah-kaedah penyiasatan awam (Selangor 2014) di mana warta Kerajaan di bawah kaedah-kaedah Negeri Selangor dan lebih yang telah disiarkan warta pada 30 Januari 2014 di Negeri Selangor adalah merupakan negeri pertama satu-satunya negeri di Malaysia yang telah pun menguatkuasakan kaedah penyiasatan awam sebagai syarat di mana proses penyahwartaan hutan simpan kekal yang telah dijalankan untuk hutan simpan kekal Kuala Langat Utara.
Yang keempat, menyokong dasar dan juga ketetapan di peringkat Persekutuan dan Antarabangsa seperti inisiatif program penghijauan Malaysia yang telah pun dilancarkan melalui Kempen Penanaman 100 juta batang pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025. Yang kelima, melaksanakan konsep karbon kredit yang bermatlamat untuk mengurangkan pelepasan hutan dan juga peningkatan stok karbon dalam hutan. Yang keenam, pasaran karbon dan juga cukai karbon ini juga perkara yang sangat-sangat penting dan kita akan laksanakan, ini polisi.
Agenda pertubuhan hijau kini lebih kukuh dan Kerajaan Negeri sedang merancang strategik pengurangan karbon dengan berlandaskan prinsip alam sekitar, sosial dan juga amalan tadbir urus iaitu ESG. Seperti polisi karbon dan integrasikan strategik
kurang karbon dalam Rancangan Pembangunan Polisi serta program-program alam sekitar dan Kerajaan Negeri.
Yang kedua Kerajaan Negeri akan memperkenalkan instrumen ekonomi seperti mekanisme penetapan harga karbon atau pun carbon pricing mekanisme berdasarkan pasaran karbon sukalelar iaitu Voluentry Carbon Market (VCM) yang telah pun diumumkan oleh PERKASA sebelum ini. Ia adalah selaras dengan skim perdagangan karbon peringkat domestik iaitu DETS yang akan dilaksanakan oleh PERKASA dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan juga PUSAR Malaysia. Dengan pembangunan platform tonggak ini, pihak swasta boleh manfaatkan DETS bagi melaksanakan urus niaga trade carbon di peringkat domestik berbanding dengan pasaran antarabangsa yang mempunyai kos transaksi yang tinggi dan peluang teknikal yang lebih ketat. Kerajaan menjangkakan dengan pelaksanaan mekanisme carbon pricing seperti DETS oleh Malaysia akan meningkatkan keupayaan pemain industri dan menghasilkan produk dan juga perkhidmatan mampu berdaya saingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu Kerajaan Negeri melalui PBT dan juga Jabatan atau pun agensi negeri sedang dalam peringkat persediaan untuk terlibat dalam mengaplikasikan pasaran karbon dan cukai karbon di peringkat negeri. Kajian terperinci perlu dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan sebelum dasar dibangunkan di peringkat negeri.
Keseluruhannya Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk membangunkan instrumen yang boleh tindakan-tindakan terhadap perubahan iklim dilaksanakan seperti berikut. Yang pertama penubuhan jawatankuasa khas bagi mengawal selia serta memantau pelaksanaan perjanjian projek red carbon di negeri ini. Kedua meletakkan had pelepasan yang perlu dikurangkan oleh sektor-sektor utama yang dikenal pasti dalam dasar atau pun polisi alam sekitar Kerajaan Negeri. Yang ketiga mekanisme pelaporan karbon untuk industri dan pembangunan rangka kerja untuk pengiraan gas rumah hijau serta membangunkan inventori GHG tempatan. Yang keempat, kajian ke boleh laksanaan penetapan harga karbon dan juga meneroka pembayaran untuk eco sistem termasuk mengimbangkan pengimbangan karbon.
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan inisiatif program karbon kredit yang akan menjadikan salah satu sumber kewangan Kerajaan Negeri yang baru oleh projek Selangor Maritime Gateway (SMG). Selaras dengan itu, satu Jawatankuasa Task Force Pengurusan Karbon Credit telah ditubuhkan melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang akan memfokuskan kepada pemuliharaan hutan paya laut. Di mana di Negeri Selangor ...
Yang Berhormat, Yang Berhormat EXCO Kajang, sila duduk sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan, saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bagi membawakan usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 perenggan 4 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5:30 petang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Kajang sambung lagi.
Terima kasih Tuan Speaker. Selain itu, Kerajaan Negeri pada ketika ini telah pun melaksanakan beberapa inisiatif selaras dengan dasar di peringkat Persekutuan iaitu Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016 sehingga 2025 iaitu DKBK. Antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan bagi menyokong mekanisme kewangan hijau iaitu Green Financing Mechanism adalah yang pertama. Ecological Fiscal Tranfer For Biodiversity Conservation iaitu EFT. Kerajaan Persekutuan telah pun memperkenalkan inisiatif EFT dengan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi menggalakkan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk mewartakan kawasan perlindungan yang merupakan kawasan penting ekosistem termasuklah kawasan tadahan air hidupan liar. Peruntukan ini telah pun diagihkan kepada Kerajaan Negeri melalui pemberian tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup, itu tahap. Sebagai insentif tambahan untuk melaksanakan program dan juga projek menjamin kelestarian biodiversiti. Sebagai rekod, Kerajaan Negeri Selangor telah pun menerima EFT berjumlah RM2.47 juta pada tahun 2019 manakala pada tahun 2020 sejumlah RM3.666 juta, pada tahun 2021 setakat Julai 2022 sejumlah RM1.832 juta telah pun diterima oleh Kerajaan Negeri.
Yang kelima, tentang penilaian risiko impak alam sekitar, juga soalan yang ditujukan kepada Bukit Lanjan, Bandar Utama, Subang Jaya, Kota Anggerik. Kerajaan Negeri menyahut baik cadangan bagi mewujudkan sebuah Panel Penilai setiap syarikat berkaitan Kerajaan GLC bagi menjalankan penilaian ke atas risiko kesan kepada alam sekitar akibat sesuatu projek pembangunan. Walau bagaimanapun, bagi projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada perintah kualiti alam sekeliling ataupun aktiviti yang ditetapkan, penilaian kesan kepada alam sekeliling ataupun Perintah EIA 2015 telah pun mempunyai mekanisme yang sedia ada di mana Jawatankuasa Penilaian Laporan EIA akan ditubuhkan merangkumi agensi Kerajaan, Pakar Geologi dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO). Fungsi Jawatankuasa ini ialah bagi memastikan Kajian EIA yang disediakan oleh Perunding telah mengenal pasti semua
impak alam sekitar dan juga langkah mitigasi adalah mencukupi dan berkesan. Penubuhan Panel Penilaian di setiap GLC secara sukarela amat disokong bagi memastikan langkah check and balance dapat dicapai ke arah pembangunan yang lestari. Untuk soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan juga berkenaan Zero Discharge Policy (GDP). Selaras dengan matlamat Ke-6 di bawah Sustainable Development Goal (SDG), yang diperkenalkan oleh United Nation Development Programme (UNDP) iaitu meningkatkan kualiti air dengan mengurangkan pencemaran adalah dicadangkan pelaksanaan Zero Discharge Policy diperkenalkan. Merujuk pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di bawah Teras Ke-4 mewujudkan Persekitaran Hijau, meluaskan pembangunan lestari. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti air bagi lembangan sungai utama melalui GDP. Melalui pelaksanaan GDP, ini pihak yang melakukan pencemaran atau pencemar perlu menanggung kos langkah pencegahan dan juga kawalan pencemaran. Yang keempat, ia juga sebagai galakan kepada premis untuk pelaksanaan kitar semula air sisa bagi meminimumkan kemasukan efluen ke dalam sumber air dan seterusnya sebagai komitmen penglibatan dan juga sumbangan iaitu participation dan juga contribution dalam pemulihan sumber air di Negeri Selangor. Lima, pengiraan caj adalah berdasarkan jumlah isi padu iaitu cubic metre efluen yang dilepaskan ke dalam sumber air tanpa mengira pematuhan kepada piawaian kualiti efluen dan cadangan melalui dua (2) kaedah iaitu yang pertama : a) Caj secara blok mengikut isi padu pelepasan, yang pertama, RM0.10 iaitu untuk kategori kurang daripada 1000 cubic metre sebulan. Yang kedua, caj RM0.15 untuk 1000 – 100,000 cubic metre sebulan. Yang ketiga, caj RM0.20 untuk mereka yang melebihi 100,000 cubic metre sebulan. b) Caj secara pukal, ketetapan bagi aktiviti yang tidak sesuai bagi pemasangan alat ukuran. Jadi, yang pertama, aktiviti Perbandaran sebanyak RM5.00 sebulan untuk setiap premis. Yang kedua, kawasan pembangunan ataupun kerja tanah RM100.00 setiap ekar. Yang ketiga, ternakan unggas iaitu RM0.01 per ekar, eh, satu ekor, minimum RM5.00 sebulan. Yang keempat, ternakan ruminan RM0.10 seekor ataupun minimum RM5.00 sebulan. Hasil yang diperolehi akan digunakan semula bagi tujuan pemulihan dan juga pemulihan sumber air di Negeri Selangor selaras dengan maju ke arah Smart Selangor. Saya, di sini saya hendak jawab untuk pihak Yang Berhormat Kinrara, untuk isu Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Kuala Kubu Baharu berkenaan dengan Geran Semula kepada KDEB, Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum cadangan yang dikemukakan berhubung pemberian Geran Semula kepada KDEB Waste Management Sdn. Bhd. bagi tujuan menjadikan sebuah syarikat kutipan sampah yang terbaik. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti tempoh kontrak KDEB Waste Management dengan kesemua 12 Pihak
Berkuasa Tempatan PBT, pembayaran kadar tipping fees oleh PBT kepada KDEB Waste Management turut akan dikaji semula bagi memastikan KDEB Waste Management dibayar pada kadar yang bersesuaian dengan perkhidmatan kutipan sampah yang diberikan. Perbandingan kadar harga yang diterima oleh syarikat-syarikat konsesi lain di seluruh Negara dan faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan antaranya seperti Perintah Gaji Minimum 2022 yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2022 oleh Kerajaan Persekutuan. Selain daripada perkara ini, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan dengan sewajarnya berhubung dengan keperluan pemberian Geran Semula kepada KDEB Waste Management. Untuk soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak, berkenaan parking ya, yang ini isu juga kerana penduduk di Sabak Bernam, mereka bantah tidak mahu parking, so pada masa ini, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) belum melaksanakan kutipan bayaran parking di kawasan MDSB. Walau bagaimanapun, sekiranya MDSB melaksanakan kutipan bayaran parking tersebut, ia akan melibatkan sebanyak 3,362 lot yang merangkumi tiga (3) buah kawasan utama MDSB dengan kadar RM0.50 sejam. Anggaran kutipan hasil yang akan diperolehi oleh MDSB adalah sebanyak RM79,477.00 sebulan ataupun RM957,724.00 setahun. So, ia akan memberi hasil lebih kurang RM1 juta kepada MDSB kalau pelaksanaan parking itu dilaksanakan. Meru, berkenaan dengan warga asing. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa prihatin dengan permasalahan salah guna tanah oleh warga asing di kawasan Pentadbiran PBT masing-masing mengambil isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru, pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa menjalankan pemantauan dan juga menjalankan tindakan penguatkuasaan di kawasan Meru. Namun begitu, penjaja warga asing akan meniaga semula walaupun kerap diserbu kerana yang pertama, adanya permintaan daripada kumpulan warga asing di kawasan tersebut untuk mendapatkan bahan keperluan harian seperti barang runcit dan juga minuman keras. Dua, limpahan pekerja warga asing di kilang-kilang kawasan tersebut sebagai contoh, kilang Top Glove yang mempunyai seramai 8,000 orang pekerja asing. Yang ketiga, limitasi ke atas kuasa PBT yang tidak mempunyai kuasa untuk menangkap warga asing. So, pihak MPK sentiasa berusaha bagi mengekang permasalahan ini untuk menjamin keselesaan warga penduduk khususnya Meru. Antaranya tindakan yang telah pun dilaksanakan pada tahun ini adalah sebanyak 85 sitaan telah pun dilaksanakan di bawah Kesalahan Undang-undang Kecil 3 (Penjaja), UUK 3 Pelesenan Tred Perniagaan dan juga Perindustrian, UUK 3 (I) PM Arak dan juga premis yang mana ia melibatkan sebanyak 63 kes warga asing. Pihak MPK juga kerap melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan juga operasi bersepadu dengan penglibatan Pejabat Daerah dan Tanah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad termasuk Unit Dalaman seperti Jabatan Bangunan, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pelesenan dan juga Jabatan Pasar dan Penjaja. Ini termasuk tindakan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 72 (1), Seksyen 22 (6) Akta Jalan,
Parit dan Juga Bangunan 1974, Akta 133 untuk mengosongkan dan juga merobohkan struktur bangunan tanpa kelulusan dengan tempoh pematuhan yang diberi 30 hari. Jabatan Imigresen juga turut jemput tetapi atas faktor kekurangan tenaga kerja, pihak Jabatan Imigresen tidak dapat turut serta dalam kebanyakan operasi yang dijalankan. Dalam hal ini, kita dapat lihat keseriusan PBT dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana struktur bangunan yang dibina tanpa kelulusan. Operasi merobohkan struktur bangunan di atas tanah lot akan dijalankan sekiranya pemilik ataupun pengusaha premis gagal mematuhi arahan-arahan notis yang dikeluarkan. Ini turut diingatkan kepada mana-mana pemilik tanah dan premis untuk sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada dengan mendapatkan kelulusan perancangan dan juga pelan bangunan terlebih dahulu sebelum perancangan untuk mendirikan apa-apa struktur bangunan dijalankan.
Yang Berhormat, saya ingin mencelah ya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya akui pihak MPK memang pantas dan banyak kali buat kerja-kerja sitaan ini so, ucapkan tahniah kepada MPK khususnya pihak Penguatkuasa yang diketuai oleh Encik Shahrul, banyak sangat yang dibuat tetapi kita nampak, tindakan-tindakan yang dibuat ini tidak memberi kesan langsung kepada warga asing ini. Saya mencadangkan dalam perbahasan saya yang lepas, untuk kita mengenakan tindakan yang lebih tegas. Dengan undang-undang yang kita ada di peringkat kita, contohnya membuat sitaan, sebenarnya di kawasan yang saya bangkit ini, saya bagi pengkhususan di Jalan Teratai, Meru, yang mana kawasan itu pun binaan haram telah dirobohkan dan mereka bina balik. Bukan sahaja mereka bina balik malahan mereka mencabar pihak berkuasa kita, ada yang menggunakan bahasa kesat dan sebagainya. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi saya cadangan yang saya hendak kemukakan di sini adalah membuat sitaan terus pada premis termasuk tanah ataupun rumah, kediaman yang dijadikan kedai, itu bawah kuasa kita. Ataupun di peringkat kuasa kita contohnya Air Selangor, kita pun pelik macam mana mereka boleh dapat bekalan air, macam bangunan-bangunan haram ini, dan juga bekalan elektrik? Saya rasa di peringkat kita, boleh kita buat benda itu. Saya mencadangkan tindakan yang lebih tegas sebab sitaan barang ini, ia tidak memberi kesan sebab ia dapat untung lagi banyak daripada sitaan yang dibuat. Jadi, bagi saya tindakan kita, sudah tiba masanya kita buat tindakan yang lebih keras dan saya yakin mereka pun tahu dan malahan saya yakin kalau kita berjaya mengatasi masalah peniaga asing ini Selangor akan jadi Negeri contoh bagi Negeri-negeri lain sebab kita sudah tidak larat untuk berhadapan dengan Pati dan juga orang kata, peniaga asing yang mengambil kesempatan.
Yang Berhormat, pendekkan.
Dah, dah habis.
Benda ini sudah berulang-ulang kali, pendekkan.
Saya sudah pendekkan.
Saya mengambil maklum tetapi, masalah warga asing ini bukan setakat, ia masalah, memberi masalah pada Negeri tetapi juga Persekutuan. Adakah kita perlu warga asing untuk pekerja-pekerja yang mana warga tempatan tidak sanggup untuk buat? So, kita kena, kadang-kadang kita jangan diskriminasi, kadang-kadang kita perlu tahu masalah yang timbul kerana penguatkuasaan ini bukan hanya melibatkan Negeri tetapi juga Persekutuan. Kalau katakan Kementerian Dalam Negeri yang mana mereka tidak bagi kerjasama, susah untuk kita ambil tindakan. So, unless kita tidak mahu warga asing. Kerja kita akan diambil alih oleh pekerja tempatan, tetapi tidak.
Maksud saya begini Yang Berhormat, saya minta maaf Tuan Speaker, mereka datang untuk bekerja bukan berniaga. Yang berlaku hari ini, mereka datang ke tempat kita berniaga. Bukannya bekerja. Kita faham ada sektor-sektor tertentu, warga tempatan tidak berminat untuk mengisi, macam perladangan, perkilangan, memang banyak diisi oleh warga asing ini tadi, itu kita faham dan keperluan industri pun. Saya tidak menghalang yang itu, tetapi yang menyalah guna permit walaupun saya tahu itu di bawah Imigresen, tetapi kita, kalau terikut, iaitu kita gunakan di peringkat kita, kuasa yang kita ada, macam saya sebut tadi, premis digunakan secara haram, dan orang tempatan saya tidak nafikan ada orang tempatan sendiri yang mengambil kesempatan dalam isu ini. Jadi, kita boleh kenakan juga pada warga tempatan yang khianat ini, yang menyusahkan kita dan juga warga tempatan. Kalau nak katakan warga tempatan tidak berminat, saya yakin ramai warga tempatan yang minat hendak berniaga sebab ramai kata di tepi jalan itu ramai warga tempatan kita yang berniaga secara tidak sah, sebab tiada tempat tetapi tempat ini diambil oleh mereka ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, bukan warga asing tidak boleh berniaga, ada restoran-restoran mewah yang dijalankan oleh warga asing juga. So, kita jangan berpandangan begitu. So, hanya lesen, adakah mereka menggunakan jalan yang betul atau tidak? So, kita jangan katakan orang asing tidak boleh berniaga di Malaysia, dia tidak boleh kata begitu. Banyak restoran mewah-mewah diusahakan oleh orang asing juga. Bukan Malaysian, so, Templer, Yang Berhormat Templer, berkenaan dengan alam sekitar juga, tentang henti tugas Loji Rawatan Air. Kerajaan Negeri memandang serius akan isu pembuangan sampah haram, sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang membuang sampah merata-rata dengan mendapat bukti yang mencukupi serta pemantauan bekalan bagi mencegah aktiviti pembuang sampah yang tidak terkawal ataupun berulang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi lokasi sampah haram, menutup tapak sampah haram dengan tali pita,
menaikkan papan tanda larangan membuang sampah dan melaksanakan program insentif kepada pengadu yang memberikan informasi berkaitan pembuangan sampah haram di kawasan PBT. Sebagai langkah pencegahan, PBT turut memasangkan Sistem Kamera Litar Tertutup iaitu CCTV di tempat sampah haram yang menjadi hotspot bagi memantau kenderaan pihak yang membuang sampah. Antara undang-undang yang berkuat kuasa dan digunakan oleh PBT terhadap syarikat yang didapati melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam adalah yang pertama, notis ataupun kompaun Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 yang berkaitan dengan apa-apa kacau ganggu antaranya seperti Seksyen 69, melakukan kacau ganggu dalam anak sungai dan juga sebagaimana seorang yang melakukan satu kacau ganggu ataupun mendatangkan apa-apa kekotoran dalam satu, atas tebing mana-mana anak sungai, saluran parit awam atau lain-lain alur air dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melakukan sesuatu kesalahan dan boleh bersabit dengan tidak melebihi RM2,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya dan didenda tambahan tidak melebihi RM500.00 bagi setiap satu (1) hari kesalahan iaitu diteruskan selepas sabitan.
Yang kedua, notis dan kompaun Undang-undang Kecil (UK) Pemungutan Pembuangan dan juga Pelupusan Sampah Sarap 2007 di bawah Peruntukan 4 iaitu seorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil ini yang bagi tiada penalti peruntukan dengannya boleh apabila disabit didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi RM200.00 bagi setiap hari kesalahan ia itu terus lakukan. Yang ketiga, Penyitaan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan juga Pelupusan Sampah Sarap 2007 di bawah Peruntukan 27 (1) iaitu mana-mana Pegawai diberi kuasa boleh menyita ataupun mengalihkan apa-apa barang ataupun benda yang menyalahi Undang-undang Kecil ini dengan risiko ditanggung oleh pembuangnya. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 4/2019, Kerajaan Negeri bersetuju supaya Kamar Penasihat Undang-undang (PUU) bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) membentangkan draf Dasar Rang Undang-undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam iaitu PSPPA Negeri Selangor. Bagi meneruskan penggubalan Enakmen PSPPA Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) KPKT bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri. Namun, draf Enakmen tersebut masih dalam proses penelitian secara terperinci oleh pihak Perundangan di peringkat Kerajaan Negeri dan dalam pertimbangan untuk dibawa semula ke peringkat Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Enakmen ini diluluskan pemakaiannya kelak, mana-mana individu yang melakukan suatu kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah boleh disabit denda tidak kurang RM10,000.00 atau tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya. Selain daripada itu, Enakmen ini juga turut menyatakan suatu kesalahan juga boleh dihukum dengan hukuman Perintah Kerja
Pemulihan Menurut Sesuai Manfaat oleh Mahkamah. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT sentiasa menyemak Undang-undang Kecil sedia ada, memastikan Perundangan di peringkat Kerajaan Tempatan sentiasa relevan dari semasa ke semasa. UUK mengenai pungutan sampah akan ditambah baik, sedang diperhalusi sekiranya wajar untuk mengubah satu UUK berkenaan yang baru.
Yang last, berkenaan dengan WTE, Waste To Energy. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan, Rawang dan Sungai Pelek. Untuk Seri Kembangan, Rancangan Kawasan Khas Kampung Baru dulu ya. Kerajaan Negeri telah memikirkan kawasan, memikirkan dan juga sentiasa prihatin untuk menambah baik kesejahteraan rakyat khususnya terhadap pembangunan infrastruktur Kampung Baru Bagan Tersusun. Penyediaan sebuah perancangan Kawasan Khas adalah mengandungi cadangan dan juga tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenal pasti untuk yang pertama, pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan. Kedua, pemajuan semula, yang ketiga pengelolaan, yang keempat pemuliharaan ataupun amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh ataupun sebahagian Kawasan Khas itu. Yang kelima, jenis pengelolaan yang dicadangkan. Kerajaan Negeri mengambil kira, maklum akan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan namun cadangan ini perlu lah diperhalusi dengan sewajarnya untuk mengenal pasti Kampung Baru, Kampung Bagan, Kampung Tersusun yang benar-benar memerlukan RKK ini bagi tujuan pembangunan kawasan yang lebih terancang. Buat masa ini tiada RKK yang dirancangkan melibatkan Kampung Baru Bagan Tersusun, walaupun pada masa ini tiada RKK bagi mana-mana Kampung Baru Bagan Tersusun, Kerajaan Negeri sanggup prihatin dan telah pun membelanjakan sejumlah RM10.9 juta sejak tahun 2019 bagi pelaksanaan projek-projek kecil di 77 buah Kampung Baru Bagan Tersusun melalui Pejabat Daerah Tanah (PDT) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara projek yang telah pun dilaksanakan adalah seperti membaik pulih jambatan, jeti, balai raya, gelanggang sukan, pemasangan lampu solar dan menaik taraf jalan dan longkang kawasan Kampung Baru Bagan Tersusun. Keutamaan projek sentiasa diperhalusi mengikut keperluan komuniti Kampung Baru Bagan Tersusun dari semasa ke semasa. Selain sesuai dilaksanakan di bawah Pentadbiran PDT dan PBT. So, dalam masa yang sama bagi memastikan keselesaan persekitaran kepada penduduk kampung, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah pun memperuntukkan sebanyak RM7.3 juta setahun, khususnya bagi menguruskan kutipan sampah di kampung tersebut di Bagan Pulau Ketam dan juga Bagan Sungai Lima. Melalui penyaluran peruntukan dan juga pelaksanaan projek saluran seperti ini, Kerajaan Negeri akan memastikan bahawa Kampung Baru Bagan Tersusun diberi keutamaan yang sama dan seiring dengan sektor-sektor lain yang akan dibangunkan oleh, dan diselenggarakan seperti yang telah pun dirangka dalam Rancangan Selangor Pertama.
Berkenaan dengan projek Loji Rawatan Sisa Pepejal (WTE) di Taman Beringin, Kuala Lumpur ke Rawang, Landfill Rawang Selangor. Sebelum kelulusan projek ini, Kerajaan Negeri telah pun mendapat ulasan teknikal daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (Plan Selangor), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang. Antara ulasan yang diterima berkaitan dengan alam sekitar adalah seperti berikut, untuk Jabatan Alam Sekitar, tertakluk kepada penyediaan Laporan EIA iaitu Environment Impact Assessment dan kelulusan daripada Jabatan ini di bawah Akta 14 (B) (i) Jadual Kedua (sub) Perenggan 3 (1) Perintah Kualiti Alam Sekeliling Aktiviti yang ditetapkan (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015). Ulasan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kawasan cadangan terletak bersebelahan dengan Lebuh raya dan penempatan yang paling hampir terletak 1/4 kilometer dari tapak cadangan. Pihak pemaju perlu menyediakan langkah-langkah kawalan banjir seperti struktur kolam takungan bagi memastikan air-air dari kawasan pemaju dapat dikawal dan tidak membebankan sistem saliran sedia ada. Pihak pemaju juga perlu mengekalkan badan-badan air semula jadi berhampiran kawasan tersebut serta memastikan langkah-langkah kawalan pencemaran diambil perhatian. Yang ketiga, ulasan daripada Plan Malaysia Selangor, Perlu mematuhi dasar-dasar yang ditetapkan dalam perancangan struktur Negeri Selangor 2023 bagi membangunkan pembangunan kemudahan pengurusan sisa pepejal iaitu dasar MP30 Sistem Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik dan lebih efektif serta mesra alam iaitu melaksanakan kaedah pelupusan yang mengamalkan kitar semula seperti amalan kitar semula untuk semua jenis sisa WTE dan juga menyediakan kemudahan material recovery facility di semua tapak pelupusan di samping menimbang serta melaksanakan penggunaan loji rawatan termal di kawasan penempatan berkepadatan tinggi. Yang kedua, menambah ataupun menaik taraf kemudahan transfer station untuk tujuan pelupusan sisa pepejal di daerah Gombak. Dan ketiga, memastikan semua kemudahan pelupusan sisa pepejal ataupun toksik yang akan digunapakai oleh premis berkenaan adalah sesuai dan mengikut garis panduan dan syarat-syarat yang telah pun ditetapkan oleh JAS.
Yang keempat, ulasan daripada Lembaga Urus Air Selangor iaitu LUAS. Yang pertama, kedudukan lokasi tapak cadangan adalah anggaran 18 kilometer daripada muka sauk loji pembersihan air Rantau Panjang. Pemaju disarankan menggunakan teknologi mesra alam yang tidak memberikan impak terhadap sumber air dan juga persekitaran. Yang kedua, pemaju hendaklah memastikan kolam perangkap kelodak siap dibina sebelum sebarang kerja tanah dimulakan terutama bagi kerja pemotongan dan juga penambahan seperti reka bentuk dalam bentuk pelan kawalan hakisan dan juga kelodak iaitu ESCP. Yang ketiga, pemaju hendaklah memastikan pembangunan dijalankan secara berfasa dan menyediakan langkah kawalan serta mitigasi pencemaran agar meminimumkan impak air larian permukaan dalam sumber air berhampiran terutamanya bagi perimeter jumlah pepejal terampai (tss). Keempat, pemaju hendaklah menyediakan sistem saliran yang sistematik dengan mengambil
kira kedudukan aliran air permukaan di tapak bagi mengelakkan masalah banjir kilat atau tanah runtuh yang memberi kesan terhadap sumber air. Yang kelima, pemaju dikehendaki memastikan tiada sebarang aktiviti pelencongan sungai, penjajaran penghapusan ataupun aktiviti lain yang melibatkan badan air serta sebarang aktiviti pembangunan dalam kawasan 50 meter rezab sungai kecuali dengan kebenaran bertulis Pengarah LUAS selari dengan pelaksanaan strategik pengurusan sungai Negeri Selangor yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 30 Mei 2012. Yang keenam, langkah-langkah kawalan mitigasi dan kawalan pelaksanaan efluen perlu dijalankan oleh pihak pemaju secara berkesan dan berterusan bagi mengelakkan sebarang pencemaran kepada sungai dan badan air berdekatan. Ini adalah selaras dengan Peraturan Kemasukan ataupun Pelepasan Pencemar (Negeri Selangor 2012) dan pelanggaran Peraturan ini adalah merupakan satu kesalahan yang boleh dikena denda. Melalui maklumat ini, dapat dirumuskan di mana bahawa Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan dengan terperinci dan sewajarnya sebelum satu-satu projek disokong ataupun lulus hanya lah sama dengan pertimbangan dan kelulusan Projek Loji Rawatan dan Sisa Pepejal WTE di Taman Beringin, Kuala Lumpur ke Rawang, Landfill Rawang Selangor yang merupakan projek di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Negeri kini sedang menuju ke arah pembangunan WTE oleh Worldwide Holdings Berhad yang akan dibangunkan di Jeram dan juga di Tanjung 12. WTE adalah merupakan masa hadapan bagi pengurusan sisa pepejal yang akhirnya akan menjanakan pendapatan kepada Negeri dan Negara. Kerajaan Negeri menyokong penggunaan teknologi WTE ini yang selari dengan hala tuju ke arah memperdayakan ekonomi kitaran. Teknologi WTE bukan sahaja akan digunakan, pakai dalam Negeri Selangor malah telah pun diguna secara meluas di peringkat antarabangsa yang dibina dalam kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar berikutan impak yang minimum terhadap alam sekitar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kajang, yang panjang lebar. Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Pandan daripada Pandan Indah, habiskan sampai 5.30 ya.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut berbahas ataupun menimbulkan, menyinggung, menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan infrastruktur dan juga pertanian. Saya disebabkan masa yang tidak banyak, saya akan terus kepada perkara-perkara yang penting yang sebahagiannya saya telah pun menjawab dalam sesi soal jawab sebelah pagi yang ini saya akan sebutkan yang pertama, yang berhubung dengan pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sungai Pelek berhubung isu ban pecah. Projek menaik taraf ban dan pengukuhan tebing Sungai Langat sedang dilaksanakan bagi mengatasi ban serta tebing pecah. Projek ini dijangka akan siap pada 30 Jun 2023, kerja-kerja pengukuhan tebing menerusi peruntukan pasca banjir juga giat dilaksanakan di lokasi-
lokasi berisiko ban pecah dan banjir dan ia akan siap pada Oktober 2022. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, juga pihak Kerajaan Negeri sejak dua (2) tahun yang lepas kita telah menggunakan kaedah baru dalam pengurusan ban pecah di mana tempat-tempat yang sering berlaku pecah ban atau runtuh kita telah menggantikannya daripada tanah yang biasanya dibuat semula tanah, dimampat tanah itu, kita telah mengganti dengan kaedah material yang baru termasuklah penggunaan armour rock yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu yang ban yang sering kali berulang kali runtuh dan kita akan tengok lagi teknologi lain termasuk anchored, gabion yang kita gunakan untuk membantu mengurangkan kejadian runtuhan yang berulang kali tetapi kos juga mengambil kira kos dan sebagainya untuk mengelakkan daripada ban kita terlalu panjang. Bagi penyelesaian jangka panjang Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1 yang sedang dalam proses retender, akan dibuat quater kedua atau pun suku kedua yang sekarang tender untuk bagi tindakan di bawah JPS Malaysia di bawah federal budget dan aktiviti di Sungai Langat 2, ini di bawah off budget yang baru kita dapat makluman daripada Kerajaan Pusat yang bernilai 2.074 bilion telah diluluskan untuk dilaksanakan yang akan melibatkan juga kawasan di Sepang ini pada tahun hadapan, projek tersebut di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan. Bagi soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Anggerik berhubung dengan isu apa yang disebut SASuD ini atau pun Pelan Tindakan Banjir Shah Alam yang saya pun telah dimaklumkan oleh Datuk Bandar tentang program ini yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor dalam masa terdekat ini. Saya memahami dan melihat dengan teliti dengan apa yang telah dicadangkan yang akan kita bentangkan, yang melibatkan pelbagai agensi sebenarnya, bukan sahaja yang diusahakan oleh MBSA Majlis Bandar Raya Shah Alam tetapi melibatkan semua agensi teknikal dan mengambil kira pandangan Kerajaan Persekutuan kerana sebab itu di bawah Port Folio Infrastruktur kita telah pun mewujudkan apa yang dipanggil SeJAM sebelum ini iaitu Skim Jaminan Air Mentah, program bagi kita mengawasi sumber air kita supaya kita tidak terganggu bekalan air dan kita telah bercadang bahawa ini adalah mesyuarat untuk memperluaskan skop SeJAM ini atau WARAS ini Water Resouces Assurance Scheme untuk melibatkan seluruh aspek berhubung dengan sumber air kita termasuklah isu berkaitan banjir atau pun isu berkaitan kemarau dan isu berkaitan pencemaran yang boleh menganggu air. Jadi kita selaraskan supaya dia holistik. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya pertindihan atau pun percanggahan antara projek-projek yang Kerajaan Negeri nak buat yang akan dibuat oleh swasta dan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi ini yang berlaku dan kita telah pun memulakan urusan asepek ini untuk menggabungkan atau menghimpunkan semua agensi teknikal termasuk yang swasta supaya tidak ada pertindihan sebab air banjir kalau tidak urus begitu secara holistik dia akan menyebabkan banyak masalah jadi itu yang kita akan masuk termasuklah apa yang sedang diusahakan oleh Shah Alam apa yang dipanggil Pelan Tindakan Banjir Shah Alam yang saya difahamkan yang bernilai RM300,000,000 yang akan dibelanjakan, itu akan dibentangkan.
Seterusnya berhubung dengan pertanyaan yang ditimbulkan oleh Permatang tentang isu Akta Pengairan 1953. Sebenarnya Akta Pengairan 1953 masih berkuat kuasa dan memang di bawah Intergrated Agriculture Development Area (IADA) yang bertanggungjawab penuh dalam pembangunan kawasan pertanian di barat laut yang terutamanya tumpuannya kepada padi sebenarnya lebih dari itu tetapi padi merupakan kawasan utama kerana kawasan itu sekitar 19,000 hektar adalah kawasan pertanian yang padi. Jadi sebenarnya memang ada kuasa kepada IADA Agensi Kerajaan Persekutuan yang bekerjasama dengan kukuh dengan pihak-pihak Kerajaan Negeri dan dibantu oleh JPS sebab JPS ini ada dua bahagian, satu bahagian JPS yang menguruskan isu tebatan banjir, lagi satu JPS yang menguruskan pengairan untuk saliran bagi pertanian. Mereka bekerjasama dan memang melaksanakan segala aspek berkaitan, salah satu fungsi memastikan sistem dan infrastruktur pertanian berfungsi dengan baik, sempurna ke arah air yang efisien. Ini salah satu tugas dia, jadi apa-apa yang berkait dengan isu pencerobohan atau pun isu yang terutamanya di ban canal itu adalah di bawah bidang kuasa IADA dengan dibantu oleh JPS dan Jabatan Pertanian juga turut membantu. Tentang yang ditimbulkan oleh Meru berhubung dengan isu tebatan banjir ini yang disebutkan 20 juta itu memang betul saya ada menyebut dalam sidang yang lepas berhubung dengan kelulusan 20 juta ini. Untuk makluman Yang Berhormat, yang 20 juta ini melibatkan Fasa 1 ialah Menaiktaraf Kolam Takungan Kampung Budiman serta Menaiktaraf Sistem Saliran di Sungai Bakul ini telah mula 26 Julai 2022 telah mula dan akan siap pada 26 Julai 2024. Ini adalah untuk Fasa 1. Untuk Fasa 2, Menaiktaraf Sistem Saliran di Jalan Kenangan sepanjang 1.5 kilometer ini, pembinaan kolam takungan banjir di Ferry Park dan Sekolah Kebangsaan Meru 2, ini bernilai 12 juta, yang tadi 7.8 juta, mengikut keseluruhannya 20 juta. Ini dalam proses pengambilan tanah sedang dibuat proses pengambilan tanah. Berhubung dengan satu berita baik lagi bagi kawasan sekitar Meru terutama di DUN Meru, ialah Kerajaan Persekutuan dalam peringkat kelulusan, ini off budge, tadi off budget untuk Sepang, Sungai Langat ialah 2 bilion. Untuk Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar ini di bawah off budget yang mana merupakan satu projek yang julung kali dilaksanakan di Selangor iaitu penggunaan barrage dalam rancangan tebatan banjir bernilai 220 juta dan telah diluluskan iaitu pembinaan 2 struktur barrage ini di muara Sungai Kapar Besar dan muara Sungai Buluh. Projek ini meliputi kawasan Meru sehingga Kapar, termasuk kawasan perindustrian serta kawasan tadahan kedua-dua sungai sehingga ke bahagian muara sungai. Ini projek yang dikira off budget yang telah diluluskan pihak persekutuan.
Tentang isu kolam takungan yang tidak diselenggara yang ditimbulkan oleh Sentosa. Kolam-kolam takungan banjir ini yang saya pernah sebut sebelum ini ada lebih dari 600 kolam takungan banjir yang ada di Negeri Selangor dan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran hanya ini sekitar 120 begitu sahaja. Kita sedang berusaha dari semasa ke semasa untuk menambah mengambil alih kolam-kolam lain itu supaya dapat urusan selenggaraan itu dapat dibuat dengan baik tetapi proses itu bukan mudah. Dia ada kolam yang terletak di bawah PBT, ada yang terletak di bawah pihak
ketiga dan pihak JPS pernah di saman kerana masuk di kawasan ini untuk membuat kerja selenggara tapi tuan tanah mengambil buat tindakan undang-undang ke atas JPS. Ini pernah berlaku, sebab itu kita perlu berhati-hati walaupun begitu ada juga kolam-kolam yang masih di bawah PBT pun kita masuk, JPS masuk sebab keadaannya terlampau teruk termasuklah di Bandar Puteri, saya pernah hadir sendiri untuk melihat, JPS terpaksa masuk juga walaupun masih belum di serah kepada JPS kerana proses penyerahan itu melibat drawing, melibatkan engineering dan sebagainya sebelum dia terima. Sebab itu projek-projek yang baru sejak dua tahun lepas, memang kita syaratkan sebelum dapat CCC memang dia kena serahkan dulu kolam ini kepada JPS. Ini yang cerita-cerita kolam yang lama yang sebelum ini yang kita terpaksa saya telah minta pihak JPS kalau perlu kita kena engage consultant untuk buat balik drawing tempat itu atau mengukur balik, buat ukuran dan sebagainya memastikan tanah itu memang termasuk dalam tanah yang akan diserahkan. Jadi ini perkara-perkara yang makan masa untuk diselesaikan dan untuk kolam-kolam yang ditimbulkan DUN Sentosa memang ada kolam yang sebulan sekali, ada kolam yang diselenggara setahun sekali bergantung kepada kolam-kolam itu. Jadi saya ada senarai kerja-kerja yang dibuat di kolam itu mungkin saya akan serahkan panjang kalau saya hendak baca ini kepada Sentosa, nanti saya bagi bertulis kepada sebelum itu melibatkan kolam-kolam..
Boleh mencelah Tuan Speaker.
Nanti dulu.
Jadi kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan di kolam takungan banjir Taman Sentosa, kolam takungan banjir Bandar Puteri Daerah Klang. Ini dua kolam takungan yang sebenarnya Bandar Puteri ini belum diserahkan tapi telah dibuat kerja selenggaraan oleh pihak JPS. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ini adalah sebenarnya pertanyaan saya kolam-kolam tadahan yang dibina oleh pemaju. Pemaju selepas itu di sekeliling kolam tadahan itu dia buat rumah, dia jual rumah, dia serahkan pada majlis perbandaran tetapi sebelum mereka serah, sebelum mereka menyelenggara, korek balik, pastikan kawasan-kawasan kolam, dia punya perabot-perabot di kawasan sekeliling taman semua elok sebelum diserah. Ini masalahnya saya membangkitkan isu kolam tadahan Botanik tidak diselenggara lebih 20 tahun. Apakah itu penjelasan Y.B. EXCO?
Itu yang saya maksudkan tadi. Penyerahan itu memang akan diserahkan kepada JPS untuk diuruskan tetapi penyerahan itu melibatkan ... drawing dan juga memenuhi segala kriteria teknikal sebelum dia menerima macam juga jalan, bila jalan siap sebelum kita hendak ambil alih, hendak serah kepada PBT dia akan check perabot yang betul ke tidak, spesifikasi
betul atau tidak dia tidak akan ambil kalau katanya tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dengan lebih awal. Sama juga begitu apa yang berlaku ini, kolam-kolam yang lama ini sebahagiannya telah dibuat rosak jadi nak serah itu pertamanya yang kita hendak hadapi itu paling besar ialah dari sudut drawing sebab kita dapat makluman drawing itu dia tidak bayar pada consultant jadi consultant tak nak serah drawing itu kerana kos tambahan dan sebagainya jadi dia tidak submit kepada JPS dan dia tak ada pressure tekanan kepada mereka untuk menyerahkan itu sebab CCC sudah dapat awal, itu yang menjadi punca kenapa mereka begitu leka untuk menyerahkan kolam-kolam takungan ini dengan lebih awal. Tapi walau bagaimanapun sebagaimana saya sebutkan tadi, kita terus berusaha bersama dengan pihak PBT, JPS untuk mencari jalan kolam-kolam mana yang kita boleh ambil dan memerlukan masa dan kos yang tinggi dan perlu diambil alih kerana di bawah skim yang saya sebut sejam tadi ia melibatkan bukan sahaja saliran sungai, longkang dan juga tunnel tetapi juga melibatkan kawasan-kawasan detention point di kolam takungan ini sebab kita sudah lulus, kita ada banyak kolam-kolam ini yang kita akan sambung kaitkan dia dengan sistem saliran bagi kita memastikan dia adalah sebahagian daripada rancangan tebatan banjir dan sebahagian kolam-kolam yang besar ini bukan sahaja untuk tebatan banjir, kalau berlaku kemarau dia akan kita gunakan sebagai menaikkan level atau pun aras bagi air sungai-sungai kita. Ini sebab sebelum ini tidak ada, dia banyak tasik-tasik ini dia stand alone, yang besar-besar ini dia tidak di sambung dengan sistem-sistem rangkaian sungai. Ini yang Negeri Selangor merupakan negeri pertama yang akan menghubung kait sistem ini menjadi satu sistem saliran. Ini merupakan satu usaha yang ambitious yang Selangor terpaksa fikirkan kerana kalau dahulu storage ini terletak di hulu sekarang hujan di hilir lebih banyak dari di hulu. Macam berlaku banjir besar bulan 12, di Klang 500mm hujan sedangkan di Hulu Langat 250 sahaja jadi di hilir lebih banyak air jadi kolam-kolam di mana saja ada di Negeri Selangor memainkan peranan penting sebagai satu sistem daripada sistem kita menguruskan sumber air kita ketika banjir pun ketika kemarau. Tetapi perlu dihubung kaitkan sama ada pakai terowong ke pakai pipe line ke sistem sungai kalau tidak dia stand alone kita tak boleh guna sebab apa kos kita hendak bawak pump mobile 1 juta liter sehari itu kecil pam dia, tak ada pam yang besar boleh diusahakan. Jadi kita sedang usahakan di bawah Skim Jaminan Air Mentah atau WARAS Water Resouces Assurance Scheme ini dan juga berhubung dengan isu jalan yang ditimbulkan, saya tertarik dengan cadangan yang di bawa oleh Pelabuhan Klang berhubung dengan isu Jawatankuasa Khas Infra, saya sentiasa. Sila.
Sebelum pergi ke isu jalan, saya mewakilkan dalam perbahasan saya berkaitan tadi Yang Berhormat sebutkan WARAS, saya ingat kita pernah dengar juga sebelum-sebelum ini dalam persidangan-persidangan yang lepas, Kerajaan Negeri sudah ada membincangkan dan di bawa dalam Retreat EXCO untuk dibincangkan satu kaedah penyelesaian secara holistik baiknya kalau Kerajaan Negeri boleh bentangkan, maklumkan supaya rakyat dapat tahu jalan penyelesaiannya, apa yang akan berlaku kepada mereka. Pada hari ini
saya ingat isu banjir ini adalah isu yang besar. Setiap kali hujan rakyat dah khuatir dah selain dari kemarau yang mungkin kita akan hadapi ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, memang kita berhasrat begitu tapi kita dalam proses penyelesaian dari segi teknikal sebab dia satu usaha yang besar sebenarnya bukan yang kecil. Dia melibatkan penglibatan dari pihak federal, penglibatan dari Kerajaan Negeri, penglibatan dari pihak GLC, penglibatan juga dari pihak swasta, jadi sebab itu perlu selaraskan semua ini sebab ada cadangan, saya bagi contoh Shah Alam ada cadangan dari swasta nak bawa air dari Sungai Damansara terus ke Tasik Ladam. Kemudian ada pula usaha dari pihak Kerajaan Pusat melalui kaedah membuat terowong dengan menggunakan air yang sama, ada pula usaha pihak GLC hendak mendalamkan Sungai Klang, kemudian ada juga pihak PBT dengan kaedah yang lebih kurang sama. Jadi semua itu perlu diselaraskan, kalau tidak kita akan duplikasi dan menyebabkan pembaziran dari segi sumber atau resources kita. Itu yang sebab kita kena tumpukan, memanglah kita sebutkan banjir besar itu memanglah merupakan satu malapetaka besar tapi dalam masa yang sama ada hikmah dia. Hikmah dia ialah semua bersedia untuk bagi bajet untuk kita selesaikan isu cuma kita perlu selaraskan dan di bawah waras ini lah yang kita sedang finalize kan dan kita akan bentangkan secara holistik kepada Kerajaan Negeri dan kita akan war-war kan terus kepada rakyat negeri Selangor untuk masa terdekat ini.
Lagi satu tentang saya nak sebut tentang banjir ini, pertama disebabkan perubahan cuaca dan tidak menentu ini hujan tak menentu dan sebagainya, kita telah melihat bahawa dua aspek dari segi tebatan banjir ini. Pertama ialah membawa air daripada hulu, daripada Kuala Lumpur terutamanya supaya terus ke discharge point nya di laut. Jadi ini tidak ada pilihan sebenarnya, kalau kita buat secara orang kata piecemeal sebagai contohnya Smart Tunnel tu, dia sesat air di situ tapi dia bawa ke Selangor. Jadi dia tidak ada penyelesaian. Dan kita kena bawa air itu ke discharge point yang terakhir iaitu laut dan yang localize yang tempatan macam di Meru tadi dia tempatan, macam isu banjir di Selayang. Itu dia tempatan, itu kita kena selesaikan di situ tetapi yang lain yang besar-besar ini melibatkan Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor perlu air dipastikan dibawa terus ke negeri Selangor. Ini yang sedang kita beri perhatian untuk diselesaikan.
Saya ingin juga sentuh mengenai soalan daripada Rawang. Ada Rawang? Keluar dah. Saya sebut pendek sahaja. Jalan yang ditimbulkan ialah berhubung dengan FT 01, Jalan Rawang – Kuala Lumpur kesesakan teruk sepanjang 10 kilometer dan memakan masa 2 hingga 4 jam. Jalan yang dimaksudkan itu ialah jalan persekutuan, FT 01 di mana kesesakan ialah saya balik dari Klang, Pelabuhan Klang aliran trafik yang tinggi yang terutamanya pada waktu puncak yang melibatkan Taman Aman Siara ini yang merupakan menyebabkan laluan yang mendaki, laluan yang mendaki dan cadangan menaik taraf tersebut telah dianggar kos sebanyak RM63.3 juta telah
diangkat untuk kelulusan dalam Rolling Plan 3. Sebelum ini saya dah bagi tahu pernah ditolak, kita pernah mohon sebelum ini dan ditolak dan masuk lagi sekali untuk RP3 dan Rancangan Malaysia ke 12 pada Ibu Pejabat JKR Malaysia. Jadi permohonan itu masih dalam pertimbangan dan semakan pihak berkaitan.
Untuk Pelabuhan Klang tadi, apa yang saya sebut tadi untuk penubuhan Jawatankuasa Khas Infra saya memang banyak aduan daripada Pelabuhan Klang, Tahniah lah dari satu segi ya, banyak dia dan saya faham mengenai kedudukan tempat itu yang merupakan banyak kenderaan-kenderaan heavy duty yang berat, yang menggunakan dan saya pun banyak kali ke sana dan melihat memang bukan sahaja jalan-jalan mudah rosak tapi berbahaya. Dan saya pernah mencadangkan dalam pertemuan sama ada dengan LLM ataupun pihak JKR Malaysia supaya kita kena memikirkan untuk jangka panjang supaya pengasingan antara kenderaan-kenderaan berat ini dengan kenderaan-kenderaan ringan tidak boleh lagi ada penggunaan yang sama kerana kadar kemalangan dan kerosakan jalan yang begitu ketara. Dan saya pernah juga mencadangkan supaya dia banyak menggunakan elevated ataupun elevated apa bahasa Melayu? Bertingkat. Dia bertingkat. Sebab apa, sebab tanah di sana marine clay ni , tanah marin, tanah liat marin dia begitu sukar untuk kita stabilkan. Jadi kalau kita nak guna kos foundation piling tu banyak mana kita pile pun, dia tidak akan membantu sebenarnya sebab dia tenggelam lagi.
Jadi kena pakai elevated yang cara elevated punya highway, itu yang dicadangkan untuk digunakan bagi Klang. Saya pernah mencadangkan begitu walaupun begitu untuk jangka pendeknya kita telah, saya akan bagi pertimbangan untuk kita wujudkan satu Jawatankuasa Khas Infra bagi Pelabuhan Klang sebagaimana yang dicadangkan itu sebab ia melibatkan banyak pihak MPK la, melibatkan West Port dan North Port dan selepas ini kita ada lagi Third Port, apa port lagi saya tak tau kat situ yang akan daripada yang dibawa oleh Yang Berhormat EXCO Dato’ Teng berhubung dengan IDRISS ni lagi pesat pembangunan di situ yang memerlukan penelitian betul kepada infra supaya mengelakkan daripada kita mengabaikan aspek-aspek yang berkaitan dengan jalan dan juga berkaitan dengan banjir di kawasan berkenaan. Jadi saya akan pertimbangkan itu untuk dijadikan Jawatankuasa Khas Infra bagi Pelabuhan Klang untuk melihat perkara ini secara terperinci. Dan Taman Templer menyebut lampu-lampu yang 10 biji itu pakai dulu ya.
Pandan Indah, Pandan Indah sebut banyak sangat berkaitan dengan Pelabuhan Klang. Ya betul, cuma saya nak sebutkan kalau Pelabuhan Klang je menang dalam pilihan raya yang akan datang ni, taman-taman yang lain kalah tak guna juga. Jadi kena berlaku adil lah. Kena minta tolong juga kepada EXCO Infra ni tolong la sebab soal berkaitan dengan jalan ni saya bawa lama dah. Kadang-kadang tak tahu nak letak mana muka ni bila kita turun berjumpa masyarakat dan rakyat dia tanya soal berkaitan dengan lampu ni. Saya sampaikan kalau andai kata tak pasang lampu ni, saya akan keluarkan peruntukan saya sendiri untuk pasang lampu di jalan antara Selayang dan juga Rawang dan saya
akan minta bantuan daripada ADUN Rawang untuk sama-sama kita kongsi duit untuk beli lampu untuk pasang lampu daripada Selayang ke Rawang. Punya la seriusnya saya, saya nak sebab saya nak sebutkan soal keselamatan ini kita tak boleh berkompromi. Tak boleh. Kita sayang, kita cinta kepada rakyat Negeri Selangor ni. Setiap nyawa tu sangat berharga kepada kita tapi bukan lah marah Yang Berhormat Pandan Indah, bukan. Cuma minta sayang, sayang. Cuma minta supaya kalau boleh lah, kalau boleh tolong lah sebab jalan tu gelap sangat dan jalan ni memang digunakan oleh penduduk yang nak ke Kuala Lumpur.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Taman Templer, jalan memang digunakan oleh penduduk.
Ya, ya betul tapi tidak juga, tidak juga Speaker kerana kadang-kadang digunakan juga oleh haiwan, oleh binatang.
Itu agak kurang, agak kurang.
Jadi maksudnya sekarang saya minta lah soal lampu ni, saya minta soal lampu dan juga kalau boleh Yang Berhormat EXCO dia punya line tu pun, dah lah lampu tak ada, line pun tak ada, kalau boleh jangan lah asyik Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang, tengok juga la Taman Templer.
Templer, Templer, cukup la, cukup la. Kita dah dengar suara-suara Templer sudah dengar. Kita simpati.
Templer dianaktirikan.
Kita simpati dengan Templer. Minta Yang Berhormat EXCO teruskan.
Silap jolok sarang tebuan tapi saya tengok dah mengantuk jadi dengar Taman Templer cakap sikit lah. Saya jolok sikit lah. Saya kalau Taman Templer bagi tahu dapat 10 biji, Rawang dapat 10 dah 20, cukup lah.
Tak cukup EXCO, tak cukup sebab jalan ni panjang.
Seriously memang kita lihat apa yang...
Yang Berhormat cuba pendekkan ya.
Ya, aduan yang dibawa oleh Taman Templer itu kita akan beri perhatian tentang lampu-lampu. Saya pun risau sebab sebut banyak kali, lampu, lampu ingatkan apa dia. Jadi itu kita akan beri pertimbangan dan kita di bawah JKR pun kita bincang panjang mengenai isu lampu ini dan kita akan menggantikan, kita tak nak pergi lagi kepada kaedah lampu yang biasa atau sodium itu. Sebab yang kita akan go solar, sebab dari segi kos dan juga maintenance, memang in the long dalam jangka panjang memang menguntungkan. Sebab kabel ni selalu kadang-kadang lampu elok, kabel rosak, jadi orang curi. Lampu tak menyala juga jadi kalau salah satu terbakar atau rosak satu itu je, yang lain masih menyala. Jadi ini antara perkara yang kita telah putuskan baru ini untuk pastikan ke depan ini kita akan gunakan lampu LED Solar yang bernilai, yang berspeksifikasi tinggi bagi memastikan jalan kita cerah dan sebagainya dan juga tahan.
Dan saya sikit saya nak sentuh walaupun Ketua Pembangkang tak ada tapi saya sebut sikit lah walaupun benda ini akan dirujuk kepada JP-ABAS berhubung dengan isu katanya PKPS menebang pokok bakau dan telah dinafikan oleh Mantan EXCO kita dulu dan memang betul tidak ada lah penebangan itu sebenarnya dan untuk ini saya sebut sikit sahaja sebab ini akan JP ABBAS akan sikit je kawasan yang disebut dimaksudkan kata lah Sungai Tengar Selatan. Tempat itu dia ada 120 ekar sebenarnya yang kawasan yang terlibat bakau 22.5 ekar, 67.5 ekar itu adalah kawasan padang ragut pada ketika itu. Dari bantahan penduduk pada ketika itu kerana apa dia nak buat rumah lagi tambah di situ. Itu je isunya bukan kerana bakau.
Jadi itu saya kena sebutkan di sini dan yang keduanya aspek yang saya kena sentuh juga ialah bahawa isu ban ini. Saya sendiri pergi situ dan saya berjalan di ban itu. Isu ban ini bukan kerana bakau ditebang atau ban pecah, tidak. Ini seolah-olah gambaran diberi itu macam ban itu pecah sebab bakau tu ditebang, tak ada kaitan pun. Ban itu memang lah di tempat tanah bakau pun kalau dia nak runtuh dia akan runtuh. Di sini punca utama dia ialah kalau duduk di situ sekejap dalam sejam ke memang bot besar lalu di situ dan agak sempit di situ. Kawasan itu dan bot besar ini kita boleh tengok alun dia dan alun ini lah yang banyak menyebabkan pecah ban ini yang di kawasan ini bukan lah kerana sebab-sebab bakau dan sebagainya tetapi disebabkan oleh bot yang banyak yang ulang-alik, yang besar-besar menyebabkan alun yang memecahkan benteng ini.
Namun perkara itu bukan alon-alon ya, jadi kita telah pun mengambil sikap pertama; kita peringkat awalnya memang pihak JPS membaiki ban ini tetapi selepas itu kita fikirkan disebabkan kawasan ini 22.5 ekar ini kita nak jadikan dia kawasan penampan kepada biodiversiti. Itu yang melibatkan bakau, pokok api-api ada situ, pokok berdembam, jadi kita biarkan situ dan biar dia pecah dan air yang masuk itu boleh keluar masuk. Jadi tempat itu pun memang kawasan yang agak lembah, jadi tak timbul lagi isu banjir di situ ataupun isu berkaitan dengan bakau, bakau pun kita dah mula
tanam. JPS dengan kerjasama NGO dengan menambah lagi pokok-pokok bakau di kawasan 22.5 ekar itu.
Jadi yang akhirnya ada sikit lagi itu, saya sentuh sikit mengenai pertanian yang banyak ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabak Bernam, dia tak ada, daripada selain daripada Sabak Bernam yang bertanya daripada Sungai Pelek pun ada menyebut mengenai pertanian, Sijangkang ada menyebut juga mengenai pertanian dan Sijangkang yang banyak ya. Jadi saya sebahagian saya akan jawab dalam sesi soal jawab berhubung sekuriti makanan itu tapi yang di sini saya nak sentuh di sini bahawa di bawah Pelan Transformasi Agro (PETA) singkatannya PETA memang saya minta kalau benda ini kalau dapat kita masukkan kerana saya rasa tertinggal perkara ini dalam RS1, jadi saya ingin minta supaya dapat dimasukkan di situ perkataan itu memang kita jelaskan, kita perinci bagaimana kita nak menjadikan Selangor ini 5 perkara itu.
Yang pertama kita nak supaya pertanian moden ini menjadi asas kepada, dia bukan satu perkara yang mudah untuk mengubah minda, mind set para petani kita sebab asas kepada PETA ini ada 3 komponen penting. Pertama kita nak tingkatkan hasil pengeluaran SSL itu tadi. Jadi kita ada Self Sufficiency Level kita tu macam saya sebut itu daging kambing kita, kita hanya SSL tak sampai 1%, daging lembu tak sampai 5% dan lain-lain kita import. Ini nak tingkatkan SSL itu dan SSL itu kita akan tingkatkan yang mana kita anggap merupakan yang strategik, contoh saya beri contoh, kalau dalam tanaman, kita dah kenal pasti 12 jenis tanaman yang bernilai tinggi sebab kita juga nak supaya selain daripada dia meningkatkan SSL dia juga dapat menaikkan taraf pendapatan para warga petani kita. Itu yang kedua penting. Yang ketiga dia menyumbang kepada KDNK kita sebab sekarang ini rendah sangat pertanian hanya 1.4% sahaja daripada KDNK kita menyumbang. Jadi kita nak menaikkan.
Dan keempatnya ialah kita nak penglibatan lebih ramai anak muda dan wanita dalam pertanian kerana dengan kaedah pertanian moden ini wanita dapat very friendly kepada wanita juga. Saya bagi contoh macam penggunaan rain shelter ataupun IOT Internet Outing dalam pertanian boleh kita bawa, siapa yang berminat saya boleh bawa melawat di Perapat kat Kapar tu satu yang moden, dalam tu pakai overall coat je, macam technician lab kemudiannya pertanian dia menggunakan hydroponic, air sahaja dan apabila suhu dia meningkat sahaja, automatically air akan mengalir daripada dinding turun, dia sedut daripada sebelah sini dan suhu akan turun balik untuk stabilize. Ini penggunaan fully IOT di dalam dan tidak ada penggunaan pesticides lagi. Jadi boleh terus makan, dia tidak ada pesticides. Jadi benda-benda ini dia dan yang bagusnya pulangan pun daripada pelaburan ini kos nya kecilnya dalam 2 ekar lebih sahaja dia dibelanjakan lebih kurang RM3 juta. Dia dapat balik dalam 3 tahun sahaja. Ini antara perkara yang kita dapat beri perhatian. Esok saya akan sambung dalam soal jawab esok.
Pending dulu Yang Berhormat.
Silakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan 5.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga ke hari esok 2 hari bulan 8 2022, Selasa jam 10 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)