Selangor · 23 November 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 286 turns · 33,254 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Ke Empat Belas pada 23 November 2022 dimulakan dengan bacaan doa dan proklamasi.
i. Bacaan Doa
ii. Proklamasi
Bacaan Doa.
Bacaan Proklamasi.
OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), DARJAH KERABAT (PAHANG), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA.
BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara (70) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri :
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), DARJAH KERABAT (PAHANG), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada
menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara (70) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 23 November 2022 hingga 25 November 2022, 28 November 2022 hingga 30 November 2022, 1 Disember 2022 hingga 2 Disember 2022 dan 5 Disember 2022 hingga 6 Disember 2022 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan yang Keempat Belas, yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.
DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 01 haribulan November 2022.
Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan sekalian. Pada media dan pemerhati. Bertemu lagi dalam mesyuarat Ketiga Dewan yang mulia ini, bagi Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas. Sebelum saya meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa orang Ahli Dewan Negeri Selangor, iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Tuan Ganabatirau A/L Veraman, Yang Berhormat Puan Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamzan, dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi di atas kemenangan dalam pilihanraya Umum ke 15, PRU 15, baru-baru ini. Saya juga ingin memaklumkan bahawa pada persidangan kali ini, tiada had kehadiran untuk memasuki Dewan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, saya berharap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ketua-ketua jabatan, para petugas dan semua pelawat yang hadir ke persidangan, dapat mematuhi garis panduan, kemasukan ke Dewan Negeri seperti mana yang telah ditetapkan oleh urus setia persidangan bagi menjaga keselamatan kita semua. Untuk perhatian bersama, pemakaian pelitup muka semasa berada dalam Dewan adalah digalakkan. Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan, Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih, Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 1.
Sekejap, ya. Ada kesilapan. Saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk membentangkan Kertas dulu. Terlepas. Maaf, ya. Terlalu cepat.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, membentangkan Kertas-kertas Mesyuarat.
1) Kertas Mesyuarat Bilangan 39 Tahun 2022 - Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023
-Rang Undang-Undang Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022
2) Kertas Mesyuarat Bilangan 40 Tahun 2022 - Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2022
3) Kertas Mesyuarat Bilangan 41 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
4) Kertas Mesyuarat Bilangan 42 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
5) Kertas Mesyuarat Bilangan 43 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
6) Kertas Mesyuarat Bilangan 44 Tahun 2022
-Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2021 Siri 1
7) Kertas Mesyuarat Bilangan 45 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
8) Kertas Mesyuarat Bilangan 46 Tahun 2022
-Dasar Modal Insan Selangor 9) Kertas Mesyuarat Bilangan 47 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
10) Kertas Mesyuarat Bilangan 48 Tahun 2022
-Sijil Ketua Audit Negara Dan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 Dua Belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
1) Majlis Bandaraya Shah Alam
2) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
3) Majlis Bandaraya Subang Jaya
4) Majlis Perbandaran Klang
5) Majlis Perbandaran Ampang Jaya
6) Majlis Perbandaran Selayang
7) Majlis Perbandaran Kajang
8) Majlis Perbandaran Sepang
9) Majlis Perbandaran Kuala Langat
10) Majlis Perbandaran Kuala Selangor
11) Majlis Perbandaran Hulu Selangor
12) Majlis Daerah Sabak Bernam
11) Kertas Mesyuarat Bilangan 49 Tahun 2022
-Laporan Tahunan 2021 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
12) Kertas Mesyuarat Bilangan 50 Tahun 2022
-Anggaran Perbelanjaan Perbekalan 2023 Dan Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Perbekalan 2023 Kerajaan Negeri Selangor
13) Kertas Mesyuarat Bilangan 51 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
14) Kertas Mesyuarat Bilangan 52 Tahun 2022
-Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
15) Kertas Mesyuarat Bilangan 53 Tahun 2022
-Laporan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor
16) Kertas Mesyuarat Bilangan 54 Tahun 2022
-Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pemasangan Lampu Jalan Solar Di Negeri Selangor
17) Kertas Mesyuarat Bilangan 55 Tahun 2022
-Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Keperluan Pelan Tindakan Bagi Menangani Persepsi Pengguna Sekiranya Pelaksanaan Kenaikan Tarif Air Dilaksanakan Di Negeri Selangor 18) Kertas Mesyuarat Bilangan 56 Tahun 2022
-Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Penyelenggaraan Dan Pengurusan Perumahan Strata Kos Rendah/Sederhana Rendah Di Negeri Selangor 19) Kertas Mesyuarat Bilangan 57 Tahun 2022
-Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pembangunan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) Di Negeri Selangor 20) Kertas Mesyuarat Bilangan 58 Tahun 2022
-Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Akses Kepada Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Negeri Selangor 21) Kertas Mesyuarat Bilangan 59 Tahun 2022
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pelaksanaan Dasar Pemberian Subsidi Pembelian Rumah Selangorku, Rumah Harapan Dan Rumah Idaman Berdasarkan Tahap Pendapatan Penerima Manfaat Di Negeri Selangor 22) Kertas Mesyuarat Bilangan 60 Tahun 2022
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan (Hasil Lawatan Ke Daerah Sabak Bernam) Di Negeri Selangor
23) Kertas Mesyuarat Bilangan 61 Tahun 2022
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Isu Berkenaan Kaedah Pengiraan Cukai Tanah Berdasarkan Nilai Pasaran Di Negeri Selangor 24) Kertas Mesyuarat Bilangan 62 Tahun 2022
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (Public Account Committee - PAC) Berkaitan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) 25) Kertas Mesyuarat Bilangan 63 Tahun 2022
-Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2022 26) Kertas Mesyuarat Bilangan 64 Tahun 2022
-Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2022
27) Kertas Mesyuarat Bilangan 65 Tahun 2022
-Arahan Raja Dalam Mesyuarat Berhubung Penambahbaikan Hak Dan Keistimewaan Y.B. Tuan Speaker Dan Y.B. Ahli Dewan Negeri 28) Kertas Mesyuarat Bilangan 66 Tahun 2022
-Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Isu Pewartaan Dewan Orang Ramai Dan Balai Raya Di Setiap Daerah Di Negeri Selangor
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Saya mempersilakan Bukit Lanjan.
Terima Kasih Tuan Speaker. Sekali lagi, soalan nombor 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. PELABURAN HIJAU DAN HI-TECH DI SelangorQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sila nyatakan jumlah pelaburan yang diterima oleh Kerajaan Negeri sejak 2020 sehingga sekarang. b) Apa jenis sektor dan industri yang menjadi fokus untuk pelabur? c) Apa rancangan masa depan untuk Kerajaan Negeri untuk mendapat pelaburan hijau dan teknologi tinggi?
Tuan Speaker, bagi tempoh 2020, sehingga Jun 2022, sebanyak 689 projek perkilangan, telah diluluskan di Negeri Selangor dengan pelaburan berjumlah RM30 juta, RM 30.82 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak RM19.16 bilion, adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 11.66 bilion adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 39,287 potensi peluang pekerjaan telah dilulluskan. Pada tahun 2020, jumlah modal pelaburan adalah RM18,425,162,123. Sementara bagi 2021, adalah RM7.5 bilion. Dan bagi 2022 (Jan – Jun) adalah sebanyak RM4.88 bilion. Jenis sektor industri yang menjadi fokus untuk pelaburan adalah seperti berikut;-
i. Sains Hayat (Life Sciences) ii. Pembuatan Makanan & Minuman (Food & Beverages), iii. Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronic) iv. Kelengkapan Pengangkutan (Transport Equipment) v. Mesin dan Peralatan (Machinery & Equipment)
Selain daripada itu, terdapat 2 industri baru turut dikenalpasti dan berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan seperti;-
i. Perkhidmatan Logistik (Logistic Services); ii. Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre dan Creative Content Technology
Pihak Invest Selangor ketika ini sedang melaksanakan kajian bagi menilai semula sektor – sektor yang menjadi tumpuan sebelum ini dan meneroka sektor – sektor baru yang berpotensi dan menjadi kekuatan Selangor untuk dipromosikan di masa hadapan dalam usaha menarik pelaburan dalam pelbagai sektor yang berpotensi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak minta status, kalau dapat, Tuan EXCO, berkaitan dengan sasaran untuk menarik pelaburan dari sudut medical dan medical device. IR 4.0, terima kasih.
Tuan speaker, seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, dalam Life Sciences, Sains Hayat, itu merangkumi yang medical devices, yang juga berkaitan dengan 4.0. itu dalam Sains Hayat, Life Sciences.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Penukaran Meter Pukal Kepada Meter Individu Bawah Air SelangorQuestions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan penukaran meter pukal kepada meter individu secara 100% percuma untuk kawasan pangsapuri kos rendah, terutamanya kawasan-kawasan yang sentiasa mengalami isu pembayaran bil air?
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama, Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan daripada Bandar Utama ialah berhubung dengan penukaran meter pukal kepada meter individu bawah Air Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Air Selangor tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelanggan di kesemua kediaman bertingkat (strata), termasuklah pangsapuri kos rendah yang ingin bertukar daripada meter pukal kepada meter individu. Kos pemasangan meter baru ke premis ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Air Selangor. Walaubagaimanapun, untuk kesemua permohonan program migrasi dari meter pukal kepada meter individu bagi jenis kediaman bertingkat (strata) serta komuniti berpagar hendaklah dibuat melalui pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) masing-masing. Permohonan ini seterusnya akan dihantar kepada pihak Air Selangor untuk kelulusan penukaran meter. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, apakah jika sekiranya JMB itu mempunyai masalah kewangan. Mereka tak boleh tukar daripada meter pukal kepada meter individu. Apakah Kerajaan Negeri boleh membantu.
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, untuk meter sahaja, pertukaran, daripada pukal kepada meter baru, itu adalah di bawah tanggungan pihak Air Selangor. Dia yang menjadi masalah persoalannya ialah apabila ada kerja-kerja struktur, structure lain yang perlu dibuat, perubahan ataupun pengubahan. Itu yang menyebabkan, ada kos-kos lain, yang akan terlibat. Itu yang menyebabkan, saya dapati banyak permasalahan yang timbul daripada kawasan-kawasan apartmen ataupun kawasan yang berstrata ini, ialah apabila perlu dibuat kerja-kerja kejuruteraan ataupun yang tambahan, yang melibatkan kos yang agak tinggi. Ini yang permohonan. Tapi di peringkat Kerajaan Negeri, kita tidak menyediakan perkara-perkara ini. Dan kalau permohonan dibuat, kita oleh tengok, tetapi saya rasa agak sukar, kerana kosnya agak tinggi, yang terlibat dalam, bergantung kepada apartmen yang terlibat. Kita akan tengok kosnya. Agak tinggi. Dan ini kena ditanggung oleh pihak JMB. Terima kasih.
Maksud saya Yang Berhormat EXCO, saya dapat maklumat bahawa, kita tahu, bahawa JMB ini, dia ada masalah dari segi kutipan bulanan, pembayaran daripada pemilik rumah itu. Jadi antara syaratnya, JMB harus ada kewangan yang kukuh, untuk tukar meter pukal kepada individu. Betul kah?
Itu yang saya tegaskan tadi. Kalau setakat tukar meter sahaja, itu dapat ditanggung oleh Air Selangor. Tapi kalau ada kerja-kerja engineering lain yang terlibat, yang melibatkan kos, itu yang saya kata jadi masalah. Tapi bagi JMB yang mempunyai kutipan, disebut sebagai Sub-station, yang tinggi, yang bagus, dia tidak ada masalahlah menghadapi semua ini. Yang jadi masalahnya ialah apabila, kegagalan, terutama di apartmen kos rendah, yang gagal mengutip. Bukan sahaja setakat membiayai kos bagi migrasi ini, tetapi kos-kos lain pun, mereka menghadapi masalah. Nak bayar, kadang-kadang bil elektrik dipotong kerana tak bayar dan sebagainya. Termasuk juga kos untuk mengecat, mereka tak ada kemampuan. Ini yang kita hadapi di... saya rasa bukan saja di Selangor, di mana-mana. Tapi kelemahan itu diperingkat JMB dan MC itu, perlulah diuruskan terlebih dahulu. Dan permohonan pada kita, kerajaan negeri memanglah, dalam apa-apa hal, kita dapat bantu, tapi kalau kos terlalu tinggi, kita kena tengok kes by kes la.. macam mana kita nak hadapi. Memang kita nak galakkan supaya semua dapat buat migrasi ini, kerana dia membantu dari segi program di bawah SADE, Skim Air Darul Ehsan. Memang kita memberikan kepada individu meter. Bagi bantuan Skim Air Darul Ehsan
itu, bagi pada setiap individu meter. Jadi kalau benda itu dapat dibuat, tentulah lebih baik dan mengelakkan juga daripada menimbul permasalahan dari segi meter pukal ini. Jadi tak ada, bantahan-bantahan kerana meter ini, dia tak pakai banyak ini dan sebagainya. Ini jadi masalah yang kita hadapi di... di ... bukan sahaja di Selangor, tetapi memang hadapi masalah yang agak besar. Jadi pengurusan JMB perlu diuruskan. Ini di luar bidang kuasa sayalah untuk nak menyentuh, perkara ini, yang perlu diselesaikan, untuk dibawa kepada pihak Air Selangor, bagi buat migrasi. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Speaker. Bagi kawasan pangsapuri kos rendah, saya rasa sebahagian besarnya adalah kumpulan B40. Dalam program pemberian air percuma pun, saya ingat kita tak, maklumat yang saya dapat, yang terakhir, tak sampai 50% pun. Yang akaun meter ni, dapat didaftarkan, dapat diberikan skim air percuma ini. Kalau boleh, mungkin boleh dipertimbangkan daripada sudut, sumber kewangan yang kita sasarkan itu, digunakan juga dalam membiayai penukaran meter pukal kepada individu. Kemungkinan.
Pada umumnya, begitulah disekitar 50%. Tapi ada juga yang apartmen yang kos rendah, yang dapat sampai 80, itu bergantung pada pengurusan. Saya sendiri pernah dibawa, Ketika menjadi Ahli Majlis di Shah Alam, ada. Yang kos rendah, 80 lebih peratus. Memang ada, tapi secara puratanya memang 50 ke bawah lah. 50%. Ini memang kita menghadapi masalahlah dari segi pengurusan di apartmen ini. Walau bagaimanapun, kita akan lihat cara, saya tidak ada maklumat yang lengkap mengenai data, berapa lagi kawasan atau berapa lagi apartmen yang belum buat migrasi in. Kalau, nanti kita akan teliti dan lihat bagaimana perkara ini dapat kita perbaiki. Terima kasih.
Bukit Melawati.
Soalan Bukit Melawati, nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. E-Wallet (wavpay)/ PendigitalisasianQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah jaminan keselamatan data peribadi dan transaksi para warga Selangor dengan penggunaan sistem Wavpay yang kian giat diguna pakai dalam
pelbagai aplikasi agihan bantuan di Selangor seperti BINGKAS dan sebagainya?
Terima kasih Bukit Melawati. Wavpay Printed Holding Sdn. Bhd. merupakan syarikat pelaburan ataupun investor company kepada MBI. Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menggunakan e-wallet Wavpay untuk dua inisiatif, di bawah iltizam Selangor Penyayang, untuk program BINGKAS dan juga program INSAN. Memandangkan e-wallet ataupun e-dompet Wavpay adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Wavpay Sistem Sdn. Bhd., iaitu syarikat e-money issuer yang diluluskan oleh Bank Negara. Segala sistem e-wallet dan pengumpulan data, termasuk data peribadi pelanggan adalah di bawah kawal selia Bank Negara dan tertakluk kepada pematuhan ketat ke atas polisi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pengurusan maklumat pelanggan. Dan pemberitahuan yang dibenarkan atau management of customer information and permitted discloser. Selain pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi, pengkalan data bagi setiap e-money issuer, di bawah kawal selia BNM, adalah diwajibkan untuk memenuhi ciri-ciri keselamatan IT, yang diwajibkan di bawah Pengurusan Risiko dan Teknologi ataupun Risk Management In Technology. Bagi memastikan keselamatan data dari pencerobohan. Selain dari itu, penggunaan e-wallet Wavpay ataupun e-dompet Wavpay juga perlu bertanggungjawab ke atas keselamatan maklumat bagi memastikan peranti yang digunakan untuk mengakses sistem e-wallet Wavpay, mempunyai ciri keselamatan seperti ID dan kata laluan yang selamat dan tidak dikongsikan kepada orang-orang lain.
Secara asasnya, segala data-data dan maklumat yang telah dikumpulkan itu, menjadi milik Kerajaan Negeri sebagai pemegang antara sahamnya dan juga syaratnya. Dan selain daripada itu, mereka juga harus memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, bagi memastikan keselamatan data dan juga Akta Perlindungan Maklumat. Terima kasih.
Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Hutan Simpan Kekal Yang BaruQuestions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Nyatakan status terkini pewartaan Hutan Simpan Kekal di Mukim Sungai Panjang Sabak Bernam, Mukim Buloh Telor Hulu Selangor dan Mukim Semenyih Hulu Langat yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2021.
b) Apakah peratus keluasan Hutan Simpan Kekal di Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Ketiga-tiga kawasan tersebut telah selesai diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada 12 Ogos 2021. Pewartaan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 7, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Maklumat siar warta ketiga-tiga hutan simpanan kekal tersebut adalah seperti berikut:
i. Hutan Simpan Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam seluas 308.62ha (762.29 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1811-2021 (PW 3021);
ii. Hutan Simpan Buloh Telor Barat, Mukim Buloh Telor, Daerah Hulu Selangor seluas 149.96ha (370.57 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1812-2021 (PW 3020);
iii. Hutan Simpan Buloh Telor Timur, Mukim Buloh Telor, Daerah Hulu Selangor seluas 57.18ha (141.23 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1813-2021 (PW 3020); dan
iv. Hutan Simpan Bukit Broga, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat seluas 63.88ha (157.86 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1814-2021 (PW 3019).
Sehingga kini keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor adalah berjumlah 250,250.33 ha atau bersamaan 31.65 peratus daripada keseluruhan negeri Selangor.
Tambahan.
Silakan Kuala Kubu Baharu.
Ya, terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO, sama ada pewartaan pada tahun 2021 itu akan memberi kesan kepada kampung orang asli dan juga kebun mereka. Terutamanya di Mukim Buluh Telor dan juga Mukim Semenyih. Saya rasa ada kampung orang asli di sana. Kita kerajaan negeri telah berusaha sejak 2008, untuk mewartakan kampung
orang asli di seluruh Selangor. Jadi adakah dia bertindih ataupun macam mana. Terima kasih.
Terima kasih, pertanyaan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Buat masa ini, kita tiada terima apa-apa bantahan daripada orang asli terhadap kawasan mereka. So, untuk masa ini, keempat-empat kawasan simpanan ini, tidak ada bantahan langsung daripada orang asli.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Bukit Lanjan.
Saya tertarik apabila saya terdengar Bukit Broga diwartakan sebagai satu hutan simpan kekal yang baru. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor. Soalan saya adalah, apakah flora dan fauna yang unik di kawasan Bukit Broga yang menyebabkan kawasan ini boleh digelarkan sebagai hutan simpan baru. Dan apa usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasan itu kekal hijau dengan tanaman ataupun program-program oleh Kerajaan Negeri.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan, untuk makluman Yang Berhormat, Broga ini merupakan satu kawasan, hiking area untuk mereka yang suka hiking setiap hari, memang terkenal dengan tempat pelancongan. Di mana buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang bergiat usaha untuk menanam pokok di kawasan-kawasan yang terosot terutama kawasan-kawasan telah pun terbakar pada masa yang dahulu. So banyak program-program telah dijalankan melalui Jabatan Perhutanan Selangor dan juga NGO-NGO untuk memastikan kawasan ini pada suatu masa akan datang akan ditanam dengan pokok-pokok yang hutan yang di mana kita telah pun luluskan. Sekian, terima kasih.
Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Berkenaan Bukit Broga ini, masih di kawasan Semenyih, terima kasih. Tapi apa yang dimaklumkan bahawasanya kebakaran berlaku selalu di Bukit Broga ini, jadi kita harap pihak berkuasa Kerajaan Negeri, adakan papan-papan kenyataan yang mengatakan denda sebagainya yang melibatkan penjagaan kita berterusan. Jadi saya nampak perlu Kerajaan Negeri bertanggungjawab memastikan bahawa bukan sekadar diwartakan sahaja, tapi penguatkuasaan untuk dari segi jangka masa panjang untuk kawasan ini lebih terpelihara dan di jaga dengan rapi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih, memang Broga ini selepas diwartakan sebagai hutan simpanan, so siapa yang memasuki hutan itu perlu buat permohonan. So, ini melibatkan satu masalah kepada hiker, di mana
saya terima banyak complaint, aduan daripada hiker kerana mereka tidak sudi untuk buat permohonan untuk masuk ke hutan simpanan ini. Sebab itulah penguatkuasaan dijalankan untuk memastikan kawasan-kawasan yang telah pun terbakar dan kita tanam semula pokok, kita memastikan kawasan ini tidak dirosak oleh hiker. Di mana penguatkuasaan memang ada selepas hutan simpanan itu dikuatkuasakan, tapi masalah timbul sekarang, sebelum itu mereka hiker itu masuk dengan senang, tak perlu permit, so selepas broga itu diklasifikasikan sebagai hutan simpanan, ia perlu mohon permit untuk menaiki gunung, sekian.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Akademi Kepimpinan WanitaQuestions
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah peratus Graduan Akademi Kepimpinan Wanita yang mendapat tempat di dalam bidang pekerjaan?
b)
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk pelajar OUM lepasan AKW?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat semua, Program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) Selangor merupakan sebuah program inisiatif di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dengan usahasama Wanita Berdaya Selangor (WBS). Program ini telah dilancarkan pada 19 September 2019 bertujuan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran para pelajar dan bertindak sebagai paip bakat (talent pipeline) dalam melahirkan lebih ramai pemimpin wanita dalam pelbagai lapangan dan kerja sosial bermasyarakat. Pada 19 Februari 2022 lalu, AKW telah melahirkan seramai 180 orang graduan setelah menjalani pembelajaran mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan melalui
dua (2) kohort iaitu Kohort 1 (Tahun 2019/2020) seramai 81 orang graduan dan Kohort 2 (Tahun 2020/2021) seramai 99 orang graduan. Manakala bagi Kohort 3 ( Tahun 2021/2022) pula para pelajar AKW seramai 121 orang masih sedang mengikuti modul pembelajaran bagi Kohort 3 dan dijangkakan akan bergraduasi pada bulan Mac tahun 2023. Berdasarkan rekod, seramai 113 orang daripada 180 orang graduan AKW daripada Kohort 1 dan Kohort 2 mewakili peratusan sebanyak 62.7% kini sedang bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Tapi untuk makluman, pelajar kita yang menjadi pelajar kita tak semestinya mereka semua yang tidak bekerjaya atau tidak bekerja, jadi data ini hanya yang bekerja, mungkin sebelum itu masuk dalam kursus mereka sudah bekerja, itu saya tidak ada data itu. Manakala bagi pelajar Kohort 3 AKW yang sedang mengikuti modul pembelajaran kini mempunyai seramai 75 orang yang sedang bekerja daripada keseluruhan 121 orang pelajar iaitu sebanyak 61.9%. Data ini menunjukkan bahawa lebih daripada separuh para graduan AKW kini merupakan golongan wanita yang sedang bekerja dalam pelbagai bidang selaras dengan objektif pelaksanaan AKW untuk melahirkan para pemimpin wanita yang mempunyai ilmu dan kemahiran dan dapat menerajui dan memimpin dalam pelbagai bidang pekerjaan dan organisasi tapi saya tidak boleh mengatakan bahawa oleh sebab mereka mengikuti AKW, maka mereka mendapat pekerjaan, itu ada satu data lain yang kita perlukan. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, peruntukan yang telah dibelanjakan kepada pelajar-pelajar lepasan AKW bagi melanjutkan pelajaran menerusi Kohort 1 & 2 Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH) di Open University Malaysia (OUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah berjumlah RM 91,459.30 dengan ringkasan seperti berikut :
Bil Kohort Universiti Pengajian Bil.Graduan AKW Jumlah (RM) 1 1 (2019/2020) OUM Diploma 6 25,484.40 Ijazah Sarjana Muda 4 30,513.00 UKM Sarjana 2 13,762.00
Jumlah Kohort 1 (2019/2020) 12 69,759.40 2 2 (2021/2022) OUM Diploma 2 2,300.40
Ijazah Sarjana Muda 7 7,994.70 Sarjana 2 11,404.80 Jumlah Kohort 2 (2021/2022) 11 21,699.90 Jumlah Kohort 1 dan 2 23 pelajar RM91,459.30 (Sumber : Wanita Berdaya Selangor - WBS)
Sijangkang.
Terima kasih, Speaker. Yang Berhormat EXCO, apakah bidang-bidang yang mereka dididik dalam Akademik Kepimpinan Wanita dan juga bidang-bidang yang mereka ceburi selepas itu dalam OUM kalau boleh di maklumkan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk makluman semua, kelayakkan minimum untuk mereka mengikuti AKW adalah SPM, makna dia kita terbuka kepada wanita yang minimumnya SPM. Tujuan kita adalah untuk kita memahirkan mereka terutamanya mereka yang ingin terlibat di dalam politik dan kerja sosial dan juga bagi mereka yang sesetengahnya sudah graduan, ada ijazah ada sampai PHD pun ada yang ingin mengikuti kursus kita kerana pendedahan yang kita dalam AKW ini Yang Berhormat, adalah sesuatu yang mereka tidak belajar di Universiti. Walaupun mereka pergi ke Universiti, lebih kepada kepimpinan wanita di dalam masyarakat. Jadi saya ingat kursus yang mereka ambil ini pelbagai, di peringkat diploma, mereka menyambung dalam ada yang mengambil pentadbiran, ada yang juga mengambil sains politik, sarjana dan lebih tinggi sarjana sains politik dan sebagainya. Saya tidak ada semua detail nya Yang Berhormat, nanti kalau boleh saya boleh bagi kemudian tentang kursus-kursus yang diambil oleh graduan kita. Terima kasih.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Sukma 2022Questions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi Kontinjen SUKMA Selangor bagi SUKMA seterusnya?
b)
Apakah sukan-sukan yang akan diberi lebih keutamaan pada SUKMA 2024, selain daripada bola sepak?
c)
Berapakah perbelanjaan Kontinjen SUKMA Selangor 2022 secara keseluruhannya?
Terima kasih Tuan Speaker, saya mohon izin menjawab soalan 6 bersekalian dengan soalan nombor 101 dan 168 iaitu daripada Sentosa dan Sijangkang. Saya merangkum ketiga-tiga soalan ini dan ada tiga kategori yang ditanya, pertama berkaitan dengan SUKMA, persiapan kita dan apakah perbelanjaan kita, dalam SUKMA yang baru berlangsung September baru ini. Kategori kedua adalah kemerosotan iaitu kurang atau tidak begitu merangsang dan yang ketiga adalah berkaitan dengan perancangan masa depan tentang SUKMA ini.
Yang Berhormat Speaker, semua maklum bahawa SUKMA terakhir yang baru-baru ini, Selangor telah menduduki tempat yang ke-5 di bawah Johor, Terengganu, Wilayah, Sarawak dan di Selangor dan Sarawak dan Selangor. Johor, Terengganu, Wilayah, Sarawak dan Selangor. Jadi dalam hal ini, pertamanya saya ingin menyebut bahawa prestasi yang kita laksanakan dan yang kita telah tunjukkan dalam SUKMA yang terakhir, sebenarnya kalau kita bandingkan dengan SUKMA yang terdahulu, kita tidak menganggap ia satu kemerosotan. Sebab kalau kita bandingkan jumlah kutipan Perak, di Sarawak 120, SUKMA Perak 101 dan SUKMA yang terakhir kita telah mengutip sebanyak 131 perak pingat. Jadi dari segi merosot atau tidak, saya tidak menganggap ini satu kemerosotan, tetapi kita tidak mahu berada dalam bahawa kita masih di tempat kelima dan kita kena push untuk berada di tiga tempat yang teratas.
Perbelanjaan yang kita telah belanjakan untuk SUKMA yang terakhir adalah berjumlah RM 6.276 juta ataupun 90% yang telah dibelanjakan menurut rekod sehinggan 12 Oktober 2022. Di antara detail perbelanjaan kita adalah :
SUKMA
Persediaan Pasukan 3,240,000.00 3,150,342.82 89,657.18 97% Persediaan Kontinjen 2,410,600.00 2,502,307.50 -91,707.50 104% Pengurusan Klinik dan Sains Sukan 200,000.00 35,548.60 164,451.40 18% Program Pusat Latihan (PLMSD) 122,000.00 710.00 121,290.00 1% Penganjuran Kejohanan 200,000.00 135,568.00 64,432.00 68% Pengurusan Pusat Sukan 0 5,000.00 -5,000.00 0%
JUMLAH KESELURUHAN
7,000,000.00
6,276,384.16
723,615.84
90%
Di antara persiapan telah kita jalankan juga untuk SUKMA yang terakhir baru ini adalah, Majlis Sukan Negeri Selangor telah menggerakkan beberapa inisiatif seperti menyediakan platform kepada pasukan SUKMA Selangor menjalani latihan tindih dengan atlet kebangsaan dan mengadakan friendly game dengan pasukan-pasukan pilihan dari negeri lain serta kem-kem khas di kem pemantapan atlet yang telah dilaksanakan dalam SUKMA baru-baru ini.
Saya ingin mengambil perhatian Ahli Yang Berhormat semua, bahawa SUKMA yang berlaku baru-baru ini bukan SUKMA dia adalah SUKMA Khas yang mana pada SUKMA baru-baru ini, walaupun dijalankan SUKMA baru-baru ini, tetapi nombor satu rekod tidak diambil kira, iaitu SUKMA walaupun dia pecah rekod SUKMA, dia tidak dianggap sebagai rekod SUKMA, sebab SUKMA yang berlangsung baru-baru ini adalah SUKMA khas kerana ia adalah tertangguh daripada tahun 2020.
Yang kedua, di antara syarat yang tidak diikuti dalam SUKMA biasa adalah, walaupun penyertaan tidak daripada lapan negeri, tetapi Majlis Sukan Negara tetap menjalankan sukan tersebut. Yang ketiga, kebiasaannya umur atlet adalah di bawah 21 tahun, tetapi dalam SUKMA yang terakhir, dibenarkan sehingga 23 tahun dan yang keempat, kebiasaannya atlet kebangsaan hanya boleh menyertai dua acara dalam SUKMA,
tetapi dalam SUKMA terakhir ini, dia benarkan atlet kebangsaan untuk masuk berapa sahaja yang mereka kehendaki. Dengan sebab itu SUKMA yang berlaku di Kuala Lumpur ataupun di bawah Majlis Sukan Negara adalah SUKMA Khas yang mana rekodnya tidak diambil kira tetapi dilaksanakan keran tertangguh sejak 2020.
Persoalan yang kedua tentang bagaimana, apakah berlaku kemerosotan. Sebagaimana yang saya sebut tadi, bahawa dari segi rekod kita masih memungut pingat yang banyak tetapi di antara faktor yang melibatkan prestasi kebanyakan atlet kita adalah pertama kesan daripada pandemik 2019. Yang kedua ke tidak tetapan penganjur SUKMA yang telah menjadi faktor penyusunan program latihan berubah dan atlet terpaksa menarik diri untuk memberi fokus pada komitmen yang lain. Tarikh SUKMA ini dah banyak berubah Yang Berhormat Ahli Parlimen hulu langat. Jadi oleh sebab dia berubah berubah, jadi atlet kita pun bahawa SUKMA ini ada ke tidak, jadi dia fokus kepada perkara-perkara yang lain. Penganjuran dilihat dalam keadaan tergesa-gesa malah perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana SUKMA merupakan satu penganjuran yang prestij untuk atlet prestasi tinggi berbanding dan mesti dalam keadaan bersiap siaga dalam semua aspek dan masih tiada keputusan had umur pada waktu itu di peringkat awal tentang penganjuran SUKMA.
Yang ketiga, di antara faktornya adalah kurang kejohanan anjuran persatuan kebangsaan, di mana atlet-atlet mesti sekurang-kurangnya didedahkan lima kali kejohanan peringkat kebangsaan dalam tempoh setahun dan ia adalah penting untuk mengukur prestasi atlet kita yang mana perkara ini tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh pandemik-19.
Apakah perancangan masa depan kita? Kita Majlis Sukan Negeri Selangor akan memberi fokus pada aspek seperti penekanan, pendekatan sains sukan dan teknologi yang akan bertindak sebagai sistem sokongan bagi meningkatkan prestasi para atlet. Aspek kejurulatihan juga akan ditambah baik dengan mengenal pasti jurulatih sepenuh masa, sama ada jurulatih tempatan mahupun luar negara yang mampu membawa atlet kita ke tahap antarabangsa. Selain mengambil kira faktor pengalaman, semua jurulatih perlu mengguna pakai dan menerapkan sains sukan dan bantuan teknologi dalam program-program persiapan atlet. Penawaran satu skim gaji juga antara cadangan kita untuk meningkatkan prestasi depan iaitu skim gaji untuk atlet yang berpotensi adalah satu aspek penting yang sedang dirancang oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dalam memastikan atlet-atlet ini menjalankan latihan secara sepenuh masa.
Antara sukan yang menawarkan skim gaji adalah berpusat ataupun berfokus kepada sukan, ada sukan individu yang menawarkan acara lebih daripada 15 pingat emas seperti berikut. Fokus kita pada olahraga dan sasaran kita adalah 44 pingat, renang yang dipertandingkan 38 pingat, menembak 26 pingat, wushu 20 pingat, basikal 30 pingat, ini adalah sukan-sukan yang menawarkan pingat yang tinggi. Dan Majlis Sukan Negeri Selangor juga telah menetapkan sasaran kepada jurulatih iaitu
menawarkan lebih 15 pingat emas sekurang-kurangnya 8 pingat emas dan sukan yang menwarkan kurang 20 emas, sasaran adalah sekurang-kurang 5 pingat emas. Sukan bagi sukan yang menawarkan pingat kurang 10 pingat emas, sasaran Selangor adalah mesti sekurang-kurangnya 3 pingat emas dan ini adalah cadangan yang kita akan perbaiki.
Perbincangan lebih lanjut dalam bersama jurulatih dan persatuan sukan negeri akan diselaras dan mengenal pasti elemen-elemen tambahan yang diperlukan bagi mencapai sasaran pingat SUKAM 2024 kelak. Tambahan pula penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa bagi menjamin prestasi negeri Selangor melonjak naik dengan menumpukan semua sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA 2024. Bagi atlet yang berpotensi dalam sukan individu, Majlis Sukan Negeri Selangor akan menfokuskan pada usaha menyediakan program intensif sepenuh masa pada mereka ini.
Yang Berhormat, boleh pendekkan lah.
Ya.
Pendekkan jawapan dia.
Saya itu sajalah Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Ya Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat, ini adalah sidang Dewan Negeri bukan Parlimen, jadi tiada Ahli Parlimen. Teguran ini direkodkan ya. Kedua, tentang SUKMA. Kali ini kita baik, bagusnya, soalan nak tanya. Peranan ADUN dalam sistem angkat. Ada kesan baik yang saya rasa waktu dibuat dan bukan rekod, rekodnya mesti diambil kira kerana ia adalah satu perkara yang terbukti bahawa ada faktor-faktor keletihan. Letih. Saya jadi bapa angkat, ADUN angkat pada hoki wanita. Bila saya baca buku, saya bagi motivasi, buku saya, saya ada main hoki dulu, jadi dia seronok. Tapi dia tak tahu kenapa, tak diberikan pada awal. Jadi mereka mengharap kalau rekod ini boleh diberikan maka boleh dicapai dengan lebih cemerlang. Contohnya saya kata kita ubah taktik, teknik bila dia ubah teknik, dia score gol, itu ada rahsia-rahsia yang saya buat. Keduanya tentang sukan ini adalah sebenarnya kita boleh, kita memang, kita in the state of denial. Kita bukan in the state of denial. Bila kita boleh capai satu benda itu, kita tak capai, problem nya ialah kita, bukan pada budak-budak itu.
Yang Berhormat Hulu Kelang, jadi Ahli Parlimen tu kena straight to the point. Tolong-tolong, jelaskan, pendek. Kalau tidak nanti saya tak bagi.
Penyakit saya ini, doktor kata masih susah saya nak summarise. Saya nak minta maaf kalau tak bagi saya cakap, saya tak cakap langsung lah. Tapi kalau saya boleh improvekan, saya akan summarise benda ini. Saya nak summarisekan pada isu.
Soalan, soalan, soalan.
Baik. Soalannya, summarise nya ... jadi saya nak tahu, adakah sistem akan dikekalkan pada masa depan, kalau nak dikekalkan setakat ini kena betul-betul buat satu sistem di mana perancangan ada, peruntukkannya ada jangan sampai-sampai, saya belum apa-apa dia minta sepuluh ribu. Bagi minum susu, chocolate drink, coklat, saya rasa tak kan menyusahkan, ... saya rasa kalau bila saya bagi itu, dia happy. Dia kalau tak bagi, dia kecik hati. Semua ini kena amik kira dan saya harap kita kalau nak buat, buat sungguh-sungguh, biar sungguh-sungguh baru lebih baik. Terima kasih.
Pertama saya ialah saya sedar dia Ahli Dewan Negeri... Templer. Saya nak rakamkan jutaan terima kasih kepada semua ADUN-ADUN angkat SUKMA dan saya dapat feedback memang atlet kita sangat teruja bila ADUN-ADUN ini ada, dia teruja dan memang di antara matlamat kita adalah meletakkan ADUN sebagaimana yang Hulu Kelang kelemahan, kita harapkan ADUN-ADUN dapat beri sokongan sama ada moral ataupun kewangan sebenarnya kepada mereka ini. Terima kasih saya rakam kepada semua ADUN angkat dan saya rakam terima kasih kepada semua staf Majlis Sukan Negeri Selangor yang bersusah payah sepanjang tempoh. Saya akan ambil maklum tentang apa yang Hulu Kelang sebut dan memang faktor kewangan ini sangat penting dan Selangor ini kita harapkan Majlis Sukan Negeri Selangor dapat berdikari untuk mencarikan kekuatan kewangan dan dalam sesama menjaga atlet mereka.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Ijok nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Persiapan Menghadapi BanjirQuestions
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dari pengalaman, kelemahan dan kesilapan pengurusan banjir yang lalu, apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor memperkemaskan proses permohonan bantuan banjir untuk mengelakkan penyelewangan dan permohonan yang bertindih?
b)
Adakah PPS yang ada di dalam keadaan sempurna?
Terima kasih Ijok. Saya ingin mohon izin menjawab soalan ini bersama dengan 14 soalan lain. Daripada Ijok, daripada Rawang, daripada Subang Jaya, daripada Meru, Balakong, Sijangkang, Sementa, Bandar Utama, Hulu Kelang, Batang Kali, Sungai Panjang, Pandamaran, Semenyih, dan Bandar Utama sekali lagi.
Bagi nombor, nombor.
Okay maafkan saya. 7, Ijok, 133 Rawang, 134 Subang Jaya, 201 Meru, 202 Balakong, 211 Sijangkang, 220 Sementa, 234 dan 273 Bandar Utama, dah hilang pula, 241 Sungai Panjang, 238 Batang kali, 236 Hulu Kelang, 257 Pandamaran, 258 Semenyih. Tuan Speaker, saya menjawab sebab sebahagian besarnya hampir perkara yang sama, cuma saya akan menjawab secara terperinci untuk beberapa soalan yang saya akan kemukakan nanti. Saya bermula dengan dengan Ijok dan beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bertanya dengan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan bantuan banjir dapat dikemukakan dan prosesnya dapat dilaksanakan dengan baik tanpa elemen-elemen penyelewengan dan sebagainya.
Pertama bantuan segera disalurkan untuk permohonan yang lengkap dan berdaftar dan berpindah di dalam PPS. Yang kedua, laporan polis perlu dikepilkan bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS bagi mengelakkan sebarang penyelewengan atau tuntutan-tuntutan bertindih dan yang ketiga, pengesahan oleh pegawai yang dilantik untuk mengesahkan pemohon-pemohon yang tidak berpindah di PPS adalah mangsa bencana. Ini adalah tiga perkara asas yang diwajibkan bagi melepaskan segala permohonan-permohonan supaya permohonan-permohonan ini dapat dielakkan penyelewengan diperkemaskan dipercepatkan dan mengelakkan pertindihan-pertindihan.
Namun begitu, saya percaya pada kali ini, pengawalan kita dalam pengurusan banjir lebih baik akibat daripada mangsa yang berlaku ataupun mangsa yang terlibat tidaklah terlalu besar pada satu-satu masa berbanding dengan apa yang berlaku di beberapa daerah-daerah sebelum ini. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa pertindihan dan
kelewatan dan sebagainya, saya kira kita telah menyelesaikannya semua menjelang bulan Mac ataupun bulan April tahun 2022 dan mengambil masa empat bulan berbanding dengan beberapa tawaran-tawaran kerajaan persekutuan seperti pembinaan rumah yang masih lagi belum selesai sehingga kini.
Mengenai PPS pula Ijok, sesungguhnya PPS-PPS kita, kita telah siapkan ataupun kita telah lengkapkan diperingkat awal dengan memahami persediaan-persediaannya. Di antara perkara-perkara yang kita persiapkan dengan segera ialah menyediakan barangan-barangan keperluan seperti selimut, pakaian, hygine kit, kaunseling, cubical tent dan sebagainya. Barang-barangan ini telah dialihkan daripada central depot ataupun depoh berpusat yang terletak di Sungai Buloh, lokaliti-lokaliti daerah.Sebab itu daripada kali ini apabila sesuatu pusat perpindahan sementara dibuka, kita dapati pegawai-pegawai kita ataupun kemudahan-kemudahan itu telah lengkap dan dapat bersiap sedia dan lengkap di peringkat awal.
Manakala untuk soalan-soalan yang lain, saya ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah melaksanakan tindakan bagi menghadapi musim tengkujuh di hujung tahun ini atau dikenali juga sebagai monsun timur laut dan juga pilihan raya umum yang ke-15. Mengedarkan surat arahan persediaan menghadapi monsun timur laut pada 14 September 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri mulai 19 September sehingga 07 Oktober 2022, mesyuarat dan perbincangan persiapan bagi memastikan kesiapsiagaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Daerah dan Persekutuan dan kita juga telah menerima 8543 cubicle tent daripada Yayasan Sultan Ibrahim pada 13 September 2022. Pengerdaran kelengkapan asas pusat perpindahan sementara seperti cubical tent, selimut, tilam, bantal dan kelengkapan asas di kesemua daerah bagi memastikan bantuan penempatan sementara sebagaimana saya sebutkan.
Kita telah menyenaraikan 16,119 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi negeri dan persekutuan dengan kekuatan sebanyak 15,215 aset dan jentera. Latihan simulasi amal ataupun latihan-latihan amal dan simulasi bencana pada 28 dan 29 September dengan dihadiri 343 peserta dan 67 agensi, mesyuarat dan pelarasan adhoc bersama dengan Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan juga pembelian satu bot amfibia dan 30 bot inflatable dengan anggaran kos lebih kurang RM 1.16 juta, dan kita juga telah menerima peruntukan daripada NADMA sebanyak RM 450 ribu bagi menghadapi monsun timur laut dan RM 103 ribu penambahbaikan ataupun menaiktaraf pusat-pusat perpindahan sementara di negeri Selangor.
Kalau saya nak maklumkan, mulai Ogos sampailah Oktober, Jawatankuasa Bencana Daerah yang bermula Hulu Langat pada 29 Oktober dan yang terakhir adalah Klang pada 26 September 2022 telah melakukan mesyuarat. Manakala dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita turut menetapkan beberapa EXCO supaya menyelaras dan juga bersedia kalau berlaku banjir besar seperti dulu sebagaimana
tanggungjawab yang telah saya kemukakan sebaik berlaku peristiwa banjir tersebut. Yang Berhormat Khairuddin akan penyelaras sukarelawan, Dato’ Teng Chang Khim atau Yang Berhormat Teng Chang Khim penyelaras aktiviti pemulihan di Klang, Yang Berhormat Tuan Ganabatirau akan penyelaras pengurusan kebajikan, Yang Berhormat Ir. Izham penyelaras pemulihan infrastruktur, Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han penyelaras pembersihan sampah pukal, Yang Berhormat Dr. Siti Mariah penyelaras pengurusan kesihatan, Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail penyelaras pengurusan PPS dan Yang Berhormat Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni penyelarasan pengurusan masjid dan surau jika berlaku sebarang kerosakan dan kesan-kesan lain.
Sementara itu, melalui Jawatan Sukarelawan Kita, Khidmat ataupun SERVE turut melalui beberapa latihan-latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan first batch dengan izin seramai 26 hingga 28 orang telah dilatih dengan latihan dan telah layak untuk melakukan aktiviti-aktiviti search and rescue ataupun aktiviti penyelamatan sepanjang daripada peristiwa banjir ataupun pengalaman banjir yang lepas kerana sebelum ini, SERVE hanya bertindak dalam pasca banjir, namum kali ini dengan latihan yang kita berikan, SERVE boleh membantu pasukan bomba dan penyelamat terutamanya untuk melakukan proses-proses penyelamatan dan InsyaAllah Kerajaan Negeri bersedia untuk memberikan kemudahan-kemudahan kepada pasukan SERVE supaya mereka boleh melakukan proses search and rescue pada hari ini dan masa depan.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, untuk menjawab spesifik beberapa soalan, saya ingin mulakan dengan soalan Pelabuhan Klang yang bertanyakan apakah langkah-langkah yang dibuat oleh JPS, PBT, JKR dan Pejabat Daerah bagi pelan-pelan mitigasi banjir di kawasan Klang terutamanya. Untuk jangka masa pendek oleh JPS, kerja-kerja yang akan dilakukan yang telah dilakukan ialah kerja-kerja memulih ban serta kerja mengatasi banjir di Telok Gong. Yang kedua kerja memulih ban serta mengatasi banjir di Pulau Indah, kerja-kerja menyelenggara secara berkala di parit burrow dan kerja-kerja berkaitan di Pulau Indah. Yang keempat penyelenggaraan secara berkala di parit burrow dan kerja-kerja berkaitan di Telok Gong dan kerja-kerja memulih sistem saliran ban dan tebing sungai di Pelabuhan Klang serta kerja-kerja berkaitan daerah Klang.
Bagi perancangan jangka panjang dengan peruntukan kerajaan negeri pula kita ada dua projek iaitu :-
a) Tebatan Banjir Sungai Kembong, Pulau Indah. Jangkaan hingga projek adalah 2023 dan akan mengambil masa dua tahun;
b) Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang, Pulau Indah. Jangkaan akan mula projek pada tahun 2023 dalam tempoh dua tahun.
Manakala bagi MPK pula, dia menyelenggara perparitan, tadahan dan juga melakukan pemantauan Litar Kamera Tertutup (CCTV) dengan Unit CCTV MPK di 76 lokasi di samping menyediakan Pasukan PANTAS untuk bertindak 24 jam jika berlaku sebarang peristiwa banjir.
Manakala bagi Jabatan Kerja Raya, kita telah antara kerja-kerja yang dilakukan ialah:-a) merangka dan menyediakan kakitangan, jentera peralatan pengurusan trafik bagi pengurusan bencana di seluruh daerah; b) pemantauan ketat di seluruh kawasan senggaraan dan mengemas kini situasi semasa; dan c) penekanan yang diberikan kepada skop-skop kerja yang melibatkan sistem saliran di seluruh kawasan; d) melaksanakan dan mempercepat pusingan pembersihan longkang; e) menempatkan staf untuk pemantauan lokasi yang kerap berlaku banjir; dan f) menggerakkan flying squad (pasukan khas) bagi kerja-kerja kecemasan dan pembersihan longkang, scupper drain tepi jalan sekiranya berlaku limpahan air di atas permukaan jalan.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, untuk Pejabat Tanah dan Daerah, saya percaya Pejabat Tanah dan Daerah merupakan pengendali utama bencana ataupun pengurus besar bencana yang akan memantau keseluruhan agensi baik agensi beruniform, agensi Negeri dan Persekutuan di peringkat daerah supaya dapat bertindak ketika musim banjir dan kawalan banjir.
Untuk soalan Yang Berhormat Sungai Panjang, saya ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhannya kos yang diperuntukkan untuk tahun 2022-2023 untuk keseluruhan pengurusan banjir yang telah kita laksanakan adalah sebanyak RM2.713 juta. ini persiapan bagi menghadapi monsun, tidak termasuk projek-projek mitigasi banjir dan sebagainya yang diumumkan dan dilaksanakan.
Manakala bagi Bandar Utama yang bertanyakan, apakah persediaan? Sudah pasti kita ada persediaan jika berlaku banjir dan juga Pilihan Raya Umum. Dah berlaku pun. Antaranya yang paling jelas ialah berlaku di kawasan Sepang, Dengkil, kalau tidak silap saya ialah mengalihkan Pusat Perpindahan Mengundi daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (satu sekolah jenis kebangsaan Tamil) ke sekolah lain. Maknanya dia ada SOP tertentu. Kita agak bimbang juga apa yang berlaku di Johan Setia kerana sekolah itu adalah merupakan pusat perpindahan pengundi tetapi Alhamdulillah banjir hanya turun sebelum pilihan raya dan tidak berlaku pada pilihan raya tetapi kebimbangan kita jelas berlaku apabila berlaku beberapa keadaan dan risiko yang telah membebankan penjawat-penjawat awam terutamanya ketika berdepan dengan pilihan raya, mereka juga terpaksa berdepan dengan tugas menangani bencana dan juga banjir yang telah berlaku.
Yang Berhormat Hulu Kelang ada bertanyakan ‘apakah perkara-perkara kritikal yang menjadi perkara asas untuk berdepan dengan banjir ataupun persediaan banjir ini?’ Kita kena melihat semua aspek Yang Berhormat Hulu Kelang iaitu daripada aspek kemudahan infrastruktur. Saya nak sebutkan kemudahan infrastruktur ini, dia memang mengambil masa. Sebagai contoh Kerajaan Negeri dah memulakan projek pendalaman semula Sungai Klang. Bermula bila? 1 November. Kosnya berapa? Lebih kurang RM100 juta dengan kawasan yang sangat kritikal iaitu di kawasan Sri Muda dan juga berhadapan dengan sekitar Bukit Lanchong dan Kampung Sri Aman. Namun di sana, ia baru bermula dan agak tersekat kerana diganggu dengan proses sampah dan kita memerlukan minimum satu tahun untuk menyelesaikan.
Dalam pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion. Sebahagian projek-projek ini hanya bermula tahun hadapan ataupun paling cepat tahun ini dan pihak Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat Izham antaranya SASud di bawah MBSA akan bermula InsyaAllah tahun ini dan telah bermula sebahagian pun dengan pembelian-pembelian pam supaya kita dapat mengelakkan banjir dari peringkat awal. Namun menguruskan pengaliran air, ia tidak semudah menghentikan dan menyambung aliran elektrik kerana akhirnya kita perlu ke satu tempat discharge. Itu yang disebabkan beberapa tempat di Bukit Changgang hari ini masih lagi banjir (kita ada 300 orang) dan juga di beberapa kawasan-kawasan lain kerana akhirnya air ini perlu discharge ke kawasan laut. Dan untuk discharge ke kawasan laut, dia perlu bergerak daripada hulu ke hilir dan akhirnya dia akan menyebabkan genangan di beberapa lokaliti terutamanya di daerah Sepang dan Kuala Selangor yang akan terbeban dengan peristiwa ataupun dengan kejadian seperti ini. Terima kasih.
Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker. Kita sering dapati mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara kebanyakannya adalah daripada kalangan keluarga, wanita, kanak-kanak dan warga emas. Para suami ataupun bapa ada tetapi mereka sering keluar bekerja dan tidak berada di PPS 24 jam tetapi selebihnya memang keluarga ya di kalangan ibu yang menjaga anak-anak. Jadi dari sudut sokongan psikososial mangsa banjir ini, adakah kerajaan menyediakan program ataupun inisiatif program-program yang dirancang untuk memberi sokongan psikososial terhadap mangsa banjir dan adakah peruntukan disediakan bagi tujuan ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini daripada pengalaman saya melawat PPS-PPS, beberapa kemudahan kesihatan yang disiapkan ialah kemudahan asas supaya pesakit-pesakit kronik terutamanya ataupun golongan rentan akan mendapat rawatan-rawatan segera dan rawatan kecemasan jika berlaku sebarang kecemasan. Ada juga beberapa NGO ataupun badan-badan bukan kerajaan yang melakukan ketika musim bencana dan bah besar yang lepas
dengan melakukan program untuk anak-anak dan sebagainya supaya menghilangkan stress, kemurungan dan tekanan di kalangan mangsa-mangsa banjir. Saya percaya hal ini boleh dijadikan nilai tambah dan InsyaAllah sebab itu kita letakkan Yang Berhormat Dr. Mariah supaya melihat aspek kesihatan ini secara keseluruhan. Dan jika ada keperluan menghantar mereka yang boleh memberikan psychology treatment kepada mangsa-mangsa ini, akan dapat kita laksanakan daripada masa ke semasa. Sudah pasti kita boleh melebarkan tapi apa yang berlaku di Pusat-pusat Pemindahan Sementara ini kebanyakannya sangat asas dan sangat-sangat basic (dengan izin) sebab kita tak mahu mereka terkesan tapi tempat-tempat tersebut agak terhad. Maklumlah kita faham, sekolah.
Di sekolah itu pun sekarang ini dah paling tidak ada cubicle, ada tikar dan ada mat ataupun ada selimut untuk mereka berbanding dengan sebelum ini. Dan selepas ini kita tengok persiapan makanan. Kali ini dah understanding dah. Pegawai-pegawai Daerah, JKM. Di hari pertama, Pegawai Daerah dah mula prepare at least malam pertama tu makanan tak ada tapi apa yang saya nak sebutkan insiden yang berlaku setakat ini, kita berdoa supaya tidak berpanjangan. Setakat ini Alhamdulillah insiden yang berlaku adalah insiden yang sangat minimum berbanding dengan kesan tahun-tahun sebelum ini. Tapi malangnya berlaku berulang kali di satu-satu tempat. Antara yang berulang kali dan telah dua dia punya nikmatnya (dua telah berlaku) adalah di Johan Setia (dua kali di tempat yang sama, di lokasi yang sama) dan di beberapa tempat yang lain (di Sepang juga telah berlaku). Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Kita melihat bahawa untuk menyelesaikan masalah banjir ini terutamanya berkaitan dengan sistem saliran kita, selepas kajian tebatan banjir dan sebagainya memakan masa yang lama dan kita faham keadaan itu. Cuma bagi mitigasi yang bersifat skala pendek yang mana kawasan-kawasan yang prone terutamanya kawasan saya ini di Batu 9 Kebun Baru, di Jalan Perepat, Jalan Pusara, Telok Panglima Garang. Ini kawasan yang kerap berlaku banjir. Dan saya dapati antara mitigasi yang agak baik adalah dengan mengadakan pam-pam sama ada bergerak ataupun yang statik. Cuma saya dapati bahawa jumlahnya sangat dia sangat tidak mencukupi.
Ini juga diakui oleh pihak JPS. Soal pembersihan parit berkala ini sangat cantik dah sekarang ini tetapi saya ingat pihak Kerajaan Negeri perlu melihat jumlah keperluan untuk pam bergerak ini dan juga daripada sudut pengawasan sebab saya dapati di kawasan saya, pam bergerak ini, mobile pump ini yang akhirnya ada juga bentuk sabotaj sebab dia potong semua wayarnya sehingga tidak berfungsi. Saya ingat ini perlu pengawalan yang baik. Kalau jumlahnya terlalu sikit pula, kita berisiko dengan perkara yang sebegini, yang kita tidak dapat atasi dengan baik, mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik. Cuma mungkin Kerajaan Negeri juga boleh juga
respons berapa banyak pam-pam yang kita sediakan tempat berisiko ini dan jumlah peruntukan-peruntukan yang agak besarlah diperlukan. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang. Kita akan ambil maklum berkenaan dengan keperluan pam. Memang pam-pam ini banyak membantu terutama untuk menyusutkan air ataupun kenaikan air di satu-satu locality dan ia banyak membantu terutamanya di kawasan Sri Muda yang baru-baru ini berdepan dengan peristiwa banjir tetapi kenaikannya sangat minimum dan jauh berbanding tahun lepas. Sebab apa? Sebab Kerajaan Negeri telah mobilize beberapa pam-pam milik Kumpulan Semesta untuk kita pinjamkan kepada pengurusan banjir dan sebagainya. Jumlahnya saya tak ada detail tetapi saya akan cuba lihat balik untuk pelarasan ini sebab kosnya juga agak besar Yang Berhormat. Sebab kalau kita nak beli pam, maknanya boleh tetapi berapa banyak yang kita nak letakkan secara statik ataupun berapa banyak kita nak letakkan yang boleh mobile. Yang paling baiknya kita kenal pasti kawasan-kawasan hot spot dan kita letakkan secara statik dan bila berlaku saja, kita boleh pam air yang melepasi ban untuk elakkan daripada ia terus melimpah ke rumah-rumah. Sebenarnya telah berlaku tapi kita baru dapat sebahagian daripada Kumpulan Semesta terutamanya di kawasan Sri Muda dan beberapa locality lain.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Tua, Dato’ Menteri Besar yang telah menjawab soalan Pelabuhan Klang. Persediaan menghadapi risiko banjir besar 2022. Apa yang saya dengar tadi jawapan-jawapan yang dibuat oleh pihak JPS, JKR, Pejabat Daerah dan juga PBT adalah jawapan untuk jangka masa pendek. Saya tidak perlukan jawapan itu. Sekarang tentang jangka masa panjang. Tetapi bolehkah saya mendapatkan jawapan secara bertulis daripada JPS, JKR, Pejabat Daerah dan juga PBT mengenai pelan jangka masa panjang di kawasan Pelabuhan Klang?
Boleh. Sebab dia hanya jawapan bertulis. Boleh.
Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Kemarau 2025Questions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menghadapi kemarau berpanjangan yang akan bermula pada 2025?
b)
Sila nyatakan pelan tindakan kemarau berpanjangan tersebut dari segi sekuriti makanan.
Terima kasih Y.B. Subang Jaya, Y.B. Tuan Speaker. Subang Jaya bertanyakan soalan berhubung dengan pelan tindakan Kerajaan Negeri dalam menghadapi kemarau yang akan bermula pada tahun 2025 dan juga bahagian keduanya ialah mengenai kesannya kepada sekuriti makanan.
Untuk makluman Yang Berhormat,
Sebagai persediaan dan perancangan dalam menghadapi musim kemarau yang dijangka akan berlaku pada tahun 2026, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah membangunkan lebih awal laman sesawang info kemarau bermula sejak tahun 2001 lagi yang boleh dicapai melalui pautan infokemarau.water.gov.my. Laman web berkenaan memaparkan status semasa, aras empangan, kadar luahan dan hujan bagi stesen-stesen hidrologi di seluruh Malaysia. Maklumat-maklumat berkenaan telah digunakan oleh pelbagai pihak termasuk wartawan dalam melaporkan status empangan di dalam akhbar tempatan. JPS juga menggunakan maklumat tersebut semasa pembentangan di peringkat kementerian dan juga NADMA.
Pada tahun 2016, dalam Rancangan Malaysia ke-11, JPS Malaysia telah melaksanakan kajian dan Program Pembangunan National Water Balance Management System (NAWAB) secara berperingkat bagi 19 lembangan sungai di Malaysia. Pada tahun 2020 hingga 2021, laman sesawang NAWAB bagi lembangan Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Bernam, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka telah di siap manakala lembangan Sungai Similajau di Bintulu dan Sungai Klang pula dijangka siap pada bulan September 2022. Sistem NAWAB memaparkan status semasa dan ramalan kecukupan air di empangan serta ramalan kemarau dapat dibuat dalam tempoh 2 hingga 12 bulan ke hadapan. JPS Malaysia juga telah menyediakan laporan berkala iaitu Pelaporan secara mingguan meliputi data aras empangan, stor, storan dan trend. Pelaporan bulanan melibatkan bulanan data, standard, specification index (SPI) empangan, kadar luahan sungai, arus air dan ramalan kemarau. Laporan
bulanan ini boleh dimuat turun laman sesawang info kemarau. JPS Malaysia juga menyediakan laporan khas mengikut keperluan jabatan, kementerian dan juga negeri. Itu yang dah dibuat (yang dibuat melalui LUAS dan juga JPS Negeri). Laporan-laporan semua ini diperolehi melalui pejabat JPS Malaysia.
Berhubung dengan status empangan kita dan juga status mengenai ramalan ke hadapan, kemungkinan-kemungkinan berlakunya pengurangan air ataupun kemarau. JPS Malaysia sedang dalam rangka menyediakan pelan tindakan kemarau (bencana kemarau) yang akan meliputi Negeri Selangor yang SOP ini lengkap (sebelum, semasa dan selepas kemarau). Untuk tujuan itu juga di peringkat kerajaan negeri di bawah LUAS), kita telah pun mewujudkan jawatankuasa (apa yang dipanggil) Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) ataupun WARAS iaitu Water Resources Assurance Scheme yang telah diperluaskan tanggungjawabnya untuk meliputi bukan saja isu berkaitan isu gangguan bekalan air ketika berlaku pencemaran, tetapi juga pengurusan sumber air secara holistik bagi Negeri Selangor. Atas tujuan itu, pihak LUAS telah mewartakan 20 buah kolam bekas lombong dan telah mengenal pasti 78 kolam tambahan baru bagi di kitar untuk wartakan sebagai kawasan takungan air. Jumlah kolam, tasik dan bekas lombong yang akan membantu menghadapi kemarau itu berjumlah setakat ini 98 buah. Daripada 98 kolam ini, kerajaan negeri telah meluluskan 21 buah kolam, dipilih untuk dinaiktaraf dalam Skim Jaminan Air Mentah tadi (SJAM). Kolam-kolam ini dijangka mampu menyediakan tambahan bekalan air dengan ketahanan selama dua bulan. Kolam tersebut dua bulan tambahan ya. Dua bulan tambahan. Kolam tersebut akan di naik taraf dengan infrastruktur tambahan dengan jangkaan kapasiti iaitu 14 juta meter padu kepada 21 juta meter padu. Sementara itu 127 lagi kolam takungan banjir JPS sedia ada akan dinilai sekiranya boleh dia bertindak dwifungsi. Iaitu sebagai kolam takungan banjir dan sumber air alternatif ketika musim kemarau. Ini semua telah dirangka dan di dalam proses pelaksanaan di bawah SJAM ataupun WARAS. Terima kasih.
Subang Jaya.
Tuan Speaker, terima kasih. Soalan tambahan. Saya lihat terdapat banyak usaha Tuan Speaker tetapi ada satu perkara yang kami kena belajar daripada kemarau 1983 iaitu isu non-revenue water. Pada masa itu NRW kami di Negeri Selangor pada tahap 38%. 30 tahun selepas itu iaitu pada hari ini kami hanya berjaya turunkan sehingga 28%. Walaupun kami boleh memperbanyakkan sumber tetapi kalau terdapat banyak leaking je sehingga sampai ke pengguna maka akan menghadapi masalah juga dari segi coping mechanism. Jadi soalan saya adakah kami sebagai Kerajaan Negeri Selangor akan menyemak semula sasaran year on year non-revenue water kami, supaya kami turunkannya lebih daripada sasaran yang dikenakan oleh pihak SPAN? Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Subang Jaya. Ya sebagaimana yang kita sedia maklum di bawah perancangan Air Selangor 30 tahun
perancangan strategic planning ataupun perancangan strategik Air Selangor ialah menurunkan kadar 1% setiap tahun, non-revenue water ataupun air tidak terhasil untuk bagi memastikan bahawa kita dapat menjimatkan ataupun menjimatkan kos yang kapital kos, CAPEX dalam kita membangunkan loji rawatan. Lebih murah sebenarnya kalau kita dapat tingkatkan ataupun kurangkan NRW ini. Dan memang 1% bunyinya tidak besar ya. Tetapi sebenarnya ia memerlukan RM 150 juta bagi kita nak menyelesaikan isu 1% ini setiap tahun. Ini bukan sahaja termasuk penggantian paip ya. Ia juga melibatkan pelbagai penggantian alat-alat lain valve dan sebagainya yang diperlukan untuk memastikan kita dapat tapi setakat ini perancangannya memang 1% kita akan cuba penuhi setakat ini mengikut perancangan sebagaimana yang kita rancang. Ada kalanya kita lebih, ada kalanya kita terkurang sikit daripada 1% tetapi overall nya secara averagen ya puratanya adalah 1% setiap tahun yang kita dapat turunkan dan kita memang menuju ke arah yang sangat baik dari segi... Cuma saya tertinggal tadi yang pertanyaan Subang mengenai security makanan. Untuk makluman semua, pengurusan air ini kemarau ataupun masa banjir dan sebagainya ini, kita nak uruskan secara holistik ini juga kita melibatkan juga pengurusan kemarau ni air bukan sahaja untuk minuman ya tetapi untuk pengairan bagi pertanian kita. Itu sebenarnya memastikan bahawa bekalan air mencukupi bukan sahaja untuk minuman tetapi juga untuk digunakan bagi pengairan kita terutama sawah padi kita yang akan memastikan sumbangan Selangor kepada bekalan makanan mencukupi ketika musim kemarau dan juga ternakan. Dan ini semua adalah dan eco-culture dan itu semua di ambil kira dalam water balance yang disebutkan tadi ataupun pengairan ketika musim kemarau. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Pertanyaan saya nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Kuari Dalam Hutan Simpan Bukit LagongQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dakwaan penguasaan 27 operasi kuari dalam Hutan Simpan Bukit Lagong disiarkan dalam internet telah dikuasai kepada seorang Menteri Kerajaan Persekutuan. Apakah penjelasan kerajaan?
Tuan Speaker, soalan ini soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan No 115 daripada Yang Berhormat Bukit Gasing. Kerajaan negeri Selangor menafikan dakwaan penguatkuasaan 27 operasi kuari ya yang dikuasai seorang Menteri Kerajaan Persekutuan. So, secara umumnya maklumat aktiviti pengkuarian di Hutan Simpan Bukit Lagong adalah seperti berikut. 6 buah kuari yang telah pun diluluskan sejak tahun 1992 iaitu 30 tahun yang lepas dengan keluasan 208.04 hektar sedang beroperasi pada ketika ini dan jangka akan tamat dalam masa terdekat mulai tahun 2023 hingga 2026. 20 buah kuari yang telah pun diluluskan pada sekitar tahun 2018 hingga tahun 2019 dengan keluasan 800.5 hektar dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2023 bagi fasa pertama dan tahun 2026 bagi fasa yang kedua. Semua kuari ini boleh beroperasi sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah pun dikenakan. Aktiviti pengkuarian ini diluluskan melalui pengeluaran Lesen Kecil di bawah Seksyen 28 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Semua kuari dalam Hutan Simpan Kekal telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor MMKN dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini adalah selaras dengan Seksyen 16 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Untuk makluman Yang Berhormat bagi setiap permohonan baru yang diterima akan di bincang dan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor iaitu JKPPNS yang dipengerusi oleh Pengarah Jabatan Planning Negeri Selangor dan dianggotai oleh agensi teknikal seperti Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Mineral & Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan (JMG) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum diangkat bagi kelulusan MMKN. Setiap kuari yang akan beroperasi adalah wajib mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal berkaitan seperti pelaksanaan penilaian kesan kepada alam sekitar iaitu EIA, pematuhan syarat-syarat skim kuari dan penyediaan jalan permulaan berdasarkan Garis Panduan Jalan Hutan 2010 Pindaan 2018 serta syarat-syarat lain yang berkaitan. Setiap pelesen yang berjaya juga perlu menyediakan Rancangan Pengurusan Kuari 10 Tahun yang merangkumi susun atur infrastruktur kaedah perancangan aktiviti kuari pengurusan Overburden, pemulihan kawasan dan sebagainya. Kebenaran mula operasi aktiviti pengkuarian kuari akan diberi secara berfasa bagi mengurangkan impak alam sekitar. Pengeluaran hasil dari Hutan Simpanan Kekal seperti bahan batu granit boleh diberi keutamaan bagi menjamin sumber bahan mentah yang mencukupi untuk menampung permintaan yang tinggi seiring dengan kepesatan pembangunan di seluruh negeri Selangor dan juga di sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Sebelum itu pembukaan dan pengoperasian kuari-kuari di dalam Hutan Simpanan Kekal ini diperlukan bagi menangani isu kerencatan ke atas pembangunan pada masa kini dan juga akan datang. Tambahan, pada tahun 2018 pihak Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor turut menyediakan satu maklumat mengenai status rezab simpanan batuan granit ke atas kuari sedia ada berdasarkan Laporan Skim Kuari. Maklumat tersebut mendapat kebanyakan kawasan kuari berkenaan telah pun mengalami kekurangan rizab bahan batuannya dalam tempoh kurang daripada 4 tahun ataupun lebih sedikit. Oleh itu kelulusan dan juga pembukaan kuari-
kuari baru dibuat bagi menggantikan kuari-kuari yang akan ditamatkan operasinya sedikit masa lagi. Selain itu, Hutan Simpan Bukit Lagong telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran sejak diwartakan pada tahun 1917 lagi. Sehubungan itu, kawasan hutan ini telah menjanakan hasil pendapatan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui kutipan royalti, premium dan juga saiz bahan batuan granit selaras dengan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan Selangor 2014 (Pindaan 2020). Sebagai langkah pengurangan kesan alam sekitar dan bagi memastikan aktiviti pengkuarian tidak menjejaskan kehidupan penduduk sekeliling, kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menetapkan langkah-langkah mitigasi untuk dilaksanakan oleh setiap pelesen kuari yang berkaitan dan tertakluk kepada kelulusan EIA. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga akan meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan operasi kuari ini. Setiap kawasan kuari yang beroperasi juga adalah tertakluk kepada undang-undang dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh jabatan teknikal berkaitan seperti JAS, JMG, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Selain daripada usaha-usaha pemulihan oleh pihak jabatan, setiap kawasan kuari yang akan dihentikan pengoperasiannya selepas tamat tempoh lesen kecil adalah disyaratkan untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan kawasan hutan berkenaan. Ini adalah untuk memastikan nilai-nilai biodiversiti kawasan berkenaan akan terpulih dalam jangka masa yang akan datang, sekian.
Soalan tambahan.
Sungai Pelek.
Ya. Terima kasih Tuan Speaker. Jadi Yang Berhormat EXCO kata 6 dimulakan sebelum kita ambil alih oleh kerajaan tetapi mengikut laporan-laporan media termasuk The Edge, dia kata ada 26 lesen kecil. Jadi kita pun keliru lah tadi Yang Berhormat kata 6 sahaja. Lepas itu tapi laporan kata 27. Sebab kalau 27, kita khuatir lah. Loss control lah. Dia hutan tak jadi hutanlah. Kerana lesen kecil ini sudah jadi satu senjata dan akhirnya kita tak dapat hutan simpan lagi lah. Kalau kita hanya enam sahaja saya rasa boleh control tapi kalau sampai 27 jadi saya sila memberi penjelasan.
Itulah masalah Sungai Pelek ni tak dengar jawapan saya dengan baik ni. Sungai Pelek nak percaya laman web ataupun nak percaya soalan daripada Kerajaan Negeri Selangor? Saya dah kata 6 buah kuari yang telah pun diluluskan sejak tahun 1992 dan ini akan ditamat pada tahun 2023 hingga 2026. So, 20 kuari yang telah pun diluluskan sekitar tahun 2018. So, jumlah memang sekarang 26. 6 dulu, 20 sekarang so 26 lah. Bukan 27. Bukan banyak sangat sebab itulah ada penutupan kuari-kuari bukan setakat di hutan simpan, kuari-kuari ini beroperasi di sekitar kawasan tanah biasa juga tanah hutan di sekeliling sebelah Hulu
Langat dan juga di sebelah Selayang. So kerana ada penutupan kuari-kuari ini pada masa yang terdekat ini so kita terpaksa menggantikan kuari baru ini. Kalau tidak ia akan menjejaskan kerenjatan permintaan kuari itu dipasaran. So harap Yang Berhormat means faham tentang isu ini bukan terikut-ikut dengan apa berita daripada laman web ya.
Soalan tambahan.
Sungai Panjang, tak hadir. Belum habis lagi, gossip pulak. Sijangkang silakan.
Soalan saya nombor 11 Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Rumah Selangorku Jenis A (rm42,000) Mampu MilikQuestions
11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa banyak projek yang telah mendapat kelulusan tetapi masih belum dibina lagi?
b)
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kenaikan kos barangan binaan kepada kategori rumah ini?
Terima kasih Sijangkang. Sijangkang bertanya tentang bagaimanakah atau berapa banyak projek yang telah mendapat kelulusan berkaitan dengan rumah jenis A mampu milik. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 1 Oktober 2022 sebanyak 40 projek dengan 10,567 unit rumah Selangorku jenis A ataupun RM42,000 telah diluluskan kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kini sedang dalam proses mendapatkan kelulusan pelan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk seterusnya dasar ini bagaimanakah kita ingin melihat bagaimana bila kos kenaikan barangan binaan apakah dasar kerajaan terhadap perkara ini? Jadi untuk makluman Yang Berhormat tidak dapat dinafikan sejak penularan wabak COVID-19 melanda negara pada tahun 2020 sehingga sekarang telah memberikan impak kepada industri pembinaan. Jadi ini menyebabkan harga barang binaan seperti pasir, besi, simen dan rantaian
berkaitan dengan pembinaan telah meningkat secara puratanya kepada 9.21%. Jadi walau bagaimanapun kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa yang terhad ya dalam pengawalan harga bahan binaan ini. Jadi kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan dua perkara. Pertama Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan & Rumah Idaman MBI) untuk Pasca COVID-19 yang telah mampu merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan satu lagi kita telah sehingga kini telah pun pembinaan itu terbukti berjaya ya maknanya dengan mewujudkan atau kelulusan telah pun dapat diberikan kepada 109,272 unit rumah yang telah bersetuju di mana ia telah mencipta saya ulang mencipta nilai ekonomi sebanyak RM 27bilion kepada negeri Selangor. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut memberikan insentif kepada pemaju perumahan di Negeri Selangor yang membangunkan projek Rumah Selangorku ini melalui Pengecualian Caj Pemajuan sebanyak 100% bagi menggalakkan pembinaan Rumah Mampu Milik bagi tahun 2022. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 2022Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 2022.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang yang bernama Enakmen Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2022. Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia, Kerajaan di peringkat Persekutuan ataupun Dewan di peringkat Persekutuan, Dewan Rakyat telah melakukan suatu pindaan iaitu Akta Perlembagaan dalam (pindaan nombor 3. 2022 Akta A 1663) yang telah berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022. Proses ini dicapai apabila pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum dapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada 31 Ogos 2022 dan di wartakan pada 6 September yang lalu. Pindaan ini melibatkan Seksyen 7 A Jadual ke 8. Fasal 6 Perkara 48, Perkara 160 Fasal Baharu 3A, Perkara 10 serta perkara-perkara baharu 49A. Secara umumnya pindaan ini dikenal sebagai Akta Anti Lompat Parti dan mana-mana Ahli Dewan Rakyat bertukar parti selepas tarikh pilihan raya akan hilang kelayakannya. Di peringkat negeri harus juga kita menyeragamkan atau dilakukan proses penyeragaman bagi menguatkan lagi sistem demokrasi kita agar rakyat terus aktif dalam menentukan masa depan negeri dan negara serta memastikan amanah yang telah diberikan kepada wakil-wakil rakyat dijunjung oleh mereka. Enakmen ini bertujuan untuk memastikan kita tidak memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu yang mungkin meletakkan kepentingan kelompok individu. Mengatasi kepentingan negeri dan juga negara. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian perwujudan RUU Enakmen Undang-undang Tubuh Selangor Pindaan 2022 ini memerlukan kepada persetujuan Dewan yang mulia ini kerana ia akan memastikan kelangsungan pentadbiran yang stabil bagi negeri Selangor. Oleh itu Kerajaan Negeri telah mendapat pendapat pandangan Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri dan beliau telah menasihatkan supaya suatu RUU atau Rang Undang-undang atau meminda perkara 64 Undang-undang Tubuh Negeri serta memasukkan klausa baru dalam perkara 65A perlu dibawa ke Dewan yang mulia untuk dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan. Dengan hasrat umum bahawa kepercayaan dan keutuhan sistem demokrasi harus terus dijunjung. Saya berharap agar ia dibahaskan dengan tuntas dan matang oleh semua Ahli Dewan meneliti setiap persoalan supaya demokrasi yang kita laksanakan ini memberikan peluang yang adil kepada semua untuk membentangkan hala tuju dan pelan yang mereka ingin dibawakan dan memberikan penghormatan kepada mandat yang diberikan kepada rakyat di dalam sesuatu pilihan raya tidak mempermainkan dengan kaedah-kaedah tertentu yang akhirnya pilihan majoriti rakyat itu menjadi suatu suara minoriti di dalam dewan akibat daripada pergerakan-pergerakan yang penuh dengan kecurigaan dan melawan kepada hasrat dan juga apa yang diterjemahkan di dalam suara hati rakyat di peti-peti undi. Dengan hasrat tersebut saya mohon untuk mencadangkan RRU ini disokong dan diluluskan. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Rang Undang-undang ini dibaca kali pertama dan silakan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan ini pun telah pun disokong dan saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Saya bagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat masa yang cukup untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian untuk Rang Undang-undang ini silakan Ahli-ahli Yang Berhormat sepenuhnya. Hulu Kelang tiada had masa.
Bacaan doa. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Boleh saya mula. Saya diminta oleh rakan-rakan saya untuk berucap dulu. Saya dah pesan, penyakit saya ini adalah penyakit yang makin merudum dan saya sukar untuk multi tasking dalam pemikiran dan dalam gerak kerja. Multi tasking adalah penting kerana ia adalah sifat seorang yang memimpin terutamanya dalam banyak isu kita boleh bawa ke tengah dan kita bentangkan dengan baik dapat dibahaskan dengan tepat dengan itu kita dapat mendapat satu pencerahan yang baik. Jadi saya nak jelaskan bahawa dalam isu kita ini, isunya adalah isu tamadun manusia. Ketamadunan, isu antara kemanusiaan dan ketuhanan isu agama dan kehidupan. Isu dikatakan secularism dan bukan secularism tetapi secularism ini adalah satu perkara yang kita kena faham dengan tepat. Secularism kadang-kadang membawa kebaikan kepada masyarakat dan kadang-kadang membawa lebih banyak membawa keburukan. Dalam Islam, sejarah Islam menyatakan secara umumnya bahawa secularism adalah maknanya isu keagamaan dan amal keagamaan dan kenegaraan. Okay jadi apabila berlaku pemisahan agama dan kehidupan maknya berlakulah
secularism itu adalah satu simplistik konsep saya pun tinggalkan. Pada mula-mula saya mengenal Islam saya menganggap secularism ini adalah musuh ketat Islam. Pada tahun 1976 saya terlibat dalam gerakan pelajar di UK. Dan telah tulis buku berkenaannya. Saya akan sambung lagi dalam 2 buku lagi. Dia menyatakan bahawa secularism adalah satu perkara yang boleh membawa pada kecelaruan dalam masyarakat, apabila manusia menganggap agama satu dan suku kata kalau orang Terengganu dan apa ini kenegaraan suku. Saya ada berapa minit, 20 minit ya? Saya nak framekan masa 20 minit. Okay. Jadi kalau begitu secularism kalau begitu dia jadi bercanggah apa yang dilakukan mereka yang telah melawan, satu empayar Islam besar bernama Ottoman Empayar ataupun Daulah Uthmaniyah. Daulah Uthmaniyah dia menjustifaikan keagamannya dalam menguasai pemikiran rakyat. Tapi apakan betul begitu. Yang mencabarnya bukan orang sembarangan tapi Abd Al-Rahman Al-Kawakibi seorang pemikir yang hebat, orang muda umur 40an, dia adalah seorang pegawai di branch pentadbiran Empayar Ummayah, Bani Ummayah dan dia menyatakan bahawa kesan daripada itu menjadikan manusia jadi beku. Orang Islam jadi beku tidak maju dan dia apa-apa agama. Sedangkan agama ini luas dan Islam mengatakan pemikiran awal maklumat Islam seperti macam Imam Abu Hanifah, Imam Syafie memerangi musuh, sama hebatnya dengan memerangi khalifah yang zalim. Itu satu prinsip Ibnu Tamiyyah yang membawa doktrin tersebut, 600 tahun selepas Abu Hanifah diikuti oleh Iman Malik dan diikuti Iman Syafie dan juga Imam Ahmad. Tidak ada Imam yang menyatakan .... kalau kamu menyintai Islam, kamu boleh claim kamu Islam. Kamu boleh claim nama raja-raja hebat, Muhazam Shah. Nama yang mengambarkan ada kekuatan keazaman tapi sebenarnya zalim. Apabila benda ini berlaku kita lihat bahawa yang berlaku adalah kepincangan dalam masyarakat Islam. (Nama tokoh tidak jelas ) ada mengatakan bahawa adalah lebih baik dalam pentadbiran negara, Khalifah ini jangan peralatkan agama. Boleh ya. Saya menjustifikasikan ini dengan apabila akhirnya kebencian itu meningkat, kenapa kebencian meningkat kerana kezaliman. Kezaliman tidak lain tidak bukan Raja ataupun telah dia tidak mentadbir akta atau enakmen perundangan perjanjian yang padu pada seluruh masyarakatnya. Dia menunjukkan satu sistem yang dia buat, dia control dia tak melaksanakan apa yang dia telah tunjukkan oleh Iman Khalifah Omar, mengikut cara Sayidina Abu Bakar dipilih jadi Khalifah, dia kata aku bukan terbaik di kalangan kamu kalau aku salah betulkan aku, kalau aku betul sokonglah aku. Sokong. buat kerja, sokong memperbaiki. Sayidina Omar dia kata, dia dah banyak dapat duit zakat. Duit zakat dia buat dekat rumah. Dia kata aku bukan lantik kau untuk mengutip cukai tetapi untuk kamu uruskan kemiskinan untuk tidak berlaku di tempat kamu. Orang yang kutip zakat kata kami telah melakukan yang baik, zakat tak perlu di tempat kami. Daripada Syria sampai sempadan dengan Bezantine, negara Islam tak perlu zakat. So kita nak hantar balik ke Mekah, ke Madinah dan kita salur balik ke luar. Begitu sekali hebatnya ya dengan itu kita mampu konsep ini fahami dan apabila kerajaan Uthamaniah itu menzalim, zalim, zalim, zalim. Kenapa dia zalim kerana meninggalkan warisan perjanjian dia untuk membela rakyat. Kenapa jatuhnya Ummayyah selepas Khalifah AlRasyidin 4 orang, ada yang kata 6 orang termasuklah Husin Ali dan Hassan Ali bukan Dr. Hassan Ali, tapi dalam sejarah itu. Jadi kita dapati
dalam kawasan itu Islam makin kuat kerana penerimaan kepada keadilan itu tapi bila orang yang berkuasa ini, dia ada kuasa menggunakan sumber, dia guna sehabis-habiskan ini. Apa yang digunakan oleh mereka adalah begini ya, Omar kata kalau aku ada satu dinar pada aku, diberi kepada negara menang pada barisan perang aku ambil dia dan aku letak dalam Baitulmal dan sekiranya aku mahu menggunakannya aku bersurah dengan kabinet aku, angkat aku adalah Khalifah. Khalifah punya syurah not power tetapi kalau aku ini adalah dapat satu dinar, satu dirham ke banyak dirham ke aku gunakan, aku ada kuasa aku gunakan adalah jabbar. Jabbar ini adalah tyrant adalah dictator. Konsep simple maknanya, kita menjadi satu custodian kepada satu amanah yang hendak dibangunkan. Jadi kita lihat, kita lihat dalam kontak dalam sejarah banyak orang claim. Western Society asas demokrasi itu dia kata, makna kata. Makna kata perjanjian yang dilakukan oleh the top people of the British, zaman sekarang British atau English Kingdom of The Queen dia jadi, negara dia itu menjadi United Kingdom of Great Britain and Ireland. Ireland tu dulu tu satu pulau yang banyak pecah-pecahan. Split menjadi Northen Ireland, Southern Island dan jadi Independent Republic. Yang bawah itu pecahan berperang. Yang Great Britain itu, Wales ada, England ada. Hah, England menang semalam, bola. Lepas itu ada Scotland. Jadi ini kita melihat dalam konteks itu. Kekuatan-kekuatan yang dibina oleh raja-raja masa itu adalah untuk berdamai. Rupanya perdamaian mereka itu hanya di peringkat Baron. It’s a good way, that’s good enough. Makna kata adalah satu perjanjian yang dibuat oleh top people untuk mengelakkan berlakunya peperangan dan sebagainya. The United Kingdom Of Great Britain and Ireland, jadi satu state. Jadi, kita nak tengok apa prinsip dia. Prinsip, makna kata human rights ini adalah asasi manusia. Apa asasi manusia? Manusia dilahirkan sama rata, born equal. Seribu tahun masyarakat barat nak terima. Akhirnya dipaksa oleh Stallion Karl Marx. Karl Marx ini tak boleh jalan, non functional, people will not listen to you. Kita ada demokrasi pun kalau Perdana Menteri itu buat keputusan tak nak pulangkan RM 2.6 bilion, tak boleh buat apa dah. Sampai dia dah masuk jail pun, dia rasa negara Malaysia ini negara dia punya, Melayu punya. DAP tak boleh, cina tak boleh, kafir. Itu adalah satu perkara yang kita kena faham.
Saya nak ringkaskan di sini, saya nak bawa kenapa kita membawa anti lompat parti ini satu perkara yang sangat penting dari segi culture. Rasullah S.A.W dia bina dua tahu, satu masyuarakat yang berconsult, consultative, discussion, hidup dia simple. Bagaimana dia buat? Dia mengadakan perjanjian dengan orang yang datang di Madinah. Jumpa kat mana, jumpa di zaman musim Haji. Musim haji apa? Jahiliah. Apa jahiliah itu? (tidak jelas) jahiliah kerana dilakukan oleh orang-orang Arab yang menganggap bahawa mereka mewarisi generasi Ibrahim. Agama nabi Ibrahim. Mereka menganggap bahawa mereka boleh buat apa yang mereka suka. Kalau apa yang ada dalam amalan Nabi Ibrahim. Haji adalah amalan Nabi Ibrahim. Islam datang confirm.... (tidak jelas) Berkaitan dengan tentang Haji, semua peruntukan diberikan agar Haji itu merupakan most important salient feature of narrative Nabi Ibrahim.
Bila dia sudah bina kekuatan itu, dia jadikan orang yang ada pengaruh untuk diberikan keyakinan as the guardian of the Kaabah, Baitul Ateeq. The oldest. The first original
of version of house worship. Bayt itu rumah. Semua itu konsepnya simple. Jadi Rasullah tahu bagaimana tradisi sejak daripada (tidak jelas) hinggalah kepada Abdul Mutalib (datuk dia), Abu Sufyan, Muawiyyah. Back to century of Arab Jahiliah system yang mengadakan satu perundingan. Kita jangan tengok mereka ini jahiliah tapi mereka ini adalah orang jahiliah dari segi amalan itu tapi dari segi politik itu dia ada muru’ah ini, maruah, ada kekuatan. Jadi Rasullah kata, aku bina kamu dengan perjumpaan-perjumpaan, rundingan-rundingan dengan sahifah. Sahifah ini benda yang ditulis. We agree. Maka berlaku dengan aktifnya selepas Hijrah, sebelum Hijrah, iaitu Perjanjian Baitul Aqabah. It is part of the bai’ah. Perjanjian. We are to willing to protect if you migrate to us, you will do what you like regarding to what Allah has wording you. Jadi kita buat benda betul ya. Jadi, trust is trust. Amalan itu adalah penting, amalan itu adalah satu benda yang sangat penting dan itu jika dilakukan dengan baik dipendekkan cerita Rasullah sampai satu tahap dia membuat perjanjian berdasarkan Sahifah Madinah. Sampai ini melibatkan hingga sampai 82 hingga 83 fasal dan dinyatakan sebagai The First Written Constitution of The World. Ini buku ada dalam buku Muhammad Hamidullah, dia explain buku itu dengan konsep yang bernama The Conduct Of State, written in 1944 masa perang Dunia di Germany, Hitler nak endorse as the world, global punya panduan. The Muslim Conduct of State, first written in Germany. The book is very good. If you want to know who is Muhammad Hamidullah, dia ulama’ dulu. Dia adalah scholar. Dia meninggal pada 1930, dia ada PhD, dia ada tiga PhD, semua dari Jerman dan France. He is well written man with hundred over books. Dia adalah seorang yang hebat, orang India-Pakistan. Our system of conduct of state of the government is German based. Bukan Anglo, Franco ataupun British punya sistem.
Yang menarik, kenapa ada yang apa yang dikatakan, makna kata plot by orang Eropah. Makna kata was 1260M sedangkan Sahifah Madinah ini 571M tambah 20. Berapa tahun dah? Around 600 years before, makna kata. Hebat. Makna kata ini dia punya hebat, dia at the peak of civilisation. Kerana masa itu kita sudah ada, dunia sudah ada world trade road namanya Silk Roads (Laluan Sutera), lepas itu ada international punya (Bacaan Ayat Quran) dalam Surah Quraisy menyatakan how the most importance factors of peaceful world dalam bahasa arabnya mengatakan ta’yush (the world of peaceful engagement) Nama dia ialah, negara itu ada 2 benda; enough supply food and peaceful. Itu yang berlaku di dunia. Perang ada tetapi orang akan respect Quraisy (Bacaan Ayat Quran). The emperor of Byzantine the (tidak jelas) of Rome and Persian, gaduh-gaduh. Bila Arab yang tak kuat datang, tiad power tiada itu pun dia isi peace field antara dia orang. Macam mana Abu Sufya time dia jadi ketua Quraisy dia ada modal air liur saja. Bila ada gaduh ada antara Persian Empire dengan Roman Empire, dia boleh mendamaikan orang. Itu Abu Sufyan. Yang saya kaji tentang Sahifah Madinah, The First Written Constitution of The World, dia ada perjanjian antara kabilah itu punya. Apa tujuannya? Kenapa kabilah Islam dia ada berbaik-baik, perjanjian dengan kabilah-kabilah lain. Kerana this is important. Dynamic, dynamic . If you can hold people, of their weapon, of their killing machinery, of their army, you ada integrity. Janji mulut dia, janji yang kemudian dia dituliskan. Its
going to be good, a great (tidak jelas). Rasullah dah ikat semua kabilah-kabilah yang ada di Madinah, align to each other, yang musuh, you musuh I, I musuh you tapi musuh you bukan musuh I, musuh I mungkin musuh kita bersama. Konsep ini cantik. Bila nak implement, orang stuck tau. People will (tidak jelas). Clever was Rasullah S.A.W., dia tak bawa pedang. Arab berjalan bawa pedang tetapi Rasullah tidak bawa pedang. Rasullah yakin pada Allah dia tidak akan hilang nyawa dengan misi dia tercapai. Saya ada jumpa satu bahan, Silk Roads ini kat atas, berlakulah pergerakan orang-orang Arab, orang Afrika lalu Pulau Tioman. Pulau Tioman ada perjanjian. Semua itu ada dalam satu buku yang saya sedang kaji lagi. Iaitu ada perjanjian di kalangan beberapa group manusia termasuk dua orang Cina dalam perjanjian, saya tak tahu DAP atau MCA. Dalam perjanjian yang saya katakan, saya pun peninglah. Rasullah dah organise-organise, saya jumpa dalam tulisan tepinya I’m looking for you. (tidak jelas) adanya puteri Cina yang kahwin dengan Sultan Melayu, Puteri Hang Li Po. So, itu kelebihan Melayu dia nak as in power, dia kahwin. Kalau dia kahwin dengan Cina, kalau dia kahwin dengan Turki. Itu adalah kalau tengok dalam hikayat Melayu, ada panggil Bani Asfar ada yang panggil Bani Oren, ada yang mengatakan ini Bani Rom. Jadi dalam Dr Ridwan dari Universiti Selangor. Dia mengatakan kesilapan itu dibuat sampai lama pembetulan. Dalam hadis ada kata, Bani Asfar (Rom Bani Asfar) ini memang lain, kita dengan dia lain. Kita kalau belek, Bani Asfar is about race yang datang kemudian. (tidak jelas) Rom ini adalah orang kulit kuning is Chinese or orang Melayu. Sama dalam perjanjian-perjanjian dia kata, mereka berkata oh mereka bersenjata, pegang senjata dia, dia dikalahkan, senjata dirampas, lembing-lembing, busur-busur panas, perempuan-perempuan dibakar, jadi tiga hari tiga malam. Bumi masa itu sudah berputar balik.
Agreement punya pasal, agreement dah, mula war. Second war. kemudian Mahattan punya projek, lepas itu atomic bomb, lepas itu macam-macam lagi, yang ada, yang ada buat neutron bomb, bomb yang kaitan dengan kuasa dia, kalau North Korea yang boleh buat. Itu cara dia. Jadi kita mahu. Jadi kita lihat bahawa evolution of agreement itu berlaku, satu hari nanti there will a ban of war machines using for gun. Saya pergi balik anak panah dengan busur. This way, ia ada begitu. Saya hendak bawa cerita ini supaya kita faham sejarah manusia itu bermula dengan permuafakatan. Permuafakatan mesti dibuat setiap masa. Jika muafakatan dibuat selalu akan sejahtera lah masyarakat. Kalau tidak? Okay. Saya hendak reining, boleh saya reining?
Sungai Pelek. Sungai Pelek ingin mencelah.
Saya takut nanti jika orang tak cakap.
Ada masa lagi Hulu Kelang. 5 minit. 10 minit.
Jadi saya nak planning, saya kata Rasulullah S.A.W, dia punya sistem simple, yang faham prinsipnya adalah anak yang hebat iaitu
Abu Sufian. Anaknya yang nama Muawiyyah. Jadi Rasulullah ini dia baca, dia dah kaji dan dia sudah tahu orang arab ini sungguh power. Ada power dia bersyurah. Ada power dan kekuatan, ketenteraan dia akan rasuah orang. Itulah. Saya hendak cerita sikit ya tentang apa Rasulullah sebut pada Fathu Mekah. Hari pembukaan Mekah, jadi dia kata siapa-siapa yang berada di dalam masjid, selamatlah dia, amal dia. Apa tu Abu Suffian dia respect, dia nampak satu kebaikan Rasulullah kepada dia. Masa dia pergi Taif dia kata kena kejar dengan penduduk Taif, kena baling batu, luka di seluruh badan. Dia berhenti di satu kawasan yang dinamakan kebun, kebun rehat. Dia tengok di situ dia berehat dan berdoa, lepas itu pekerja dan penjaga kebun, Muawiyyah dan Abu Suffian memberi air minum, dengan tenang dia ambil. Okay kalau itu kita balas lagi baik . Jadi dia kata sahabat-sahabat, kau kenal ke anak muda itu? Jadikan dia rapat dengan aku. Sahabat-sahabat pun rapat dengan Rasulullah, dalam masa yang rapat Rasululllah sayang atas kelebihan dia. Abu Suffian, ketua kepada pada Quraisy masa itu. Orang yang pergi ke istana, Qisra dan Qaisar untuk bincang-bincang sehingga termaktub satu surah Al-Quraisy. Jadi dia kata, dia sayang Rasululllah. Muawiyyah kata aku pelik Rasulullah ini dia memang open, dia tidak menunjukkan seorang ciri yang ada kuasa, ada kekuatan dan ada pengaruh. Satu dunia akan tunduk pada dia. Dia tiada mengikat satu perjanjian pun dengan perjanjian-perjanjian yang terlalu loosely... (tidak jelas).
Hulu Kelang, saya hendak minta pencerahan sedikitlah daripada Hulu Kelang. Bila kita tengok Akta Lompat Parti ini diwujudkan adalah disebabkan dengan langkah syaitan di Hotel Sheraton. Dan, baru-baru ini yang lebih memeranjatkan kita seorang pemimpin parti kanan Islam telah menyatakan bahawa dia yang menggerakkan usaha langkah syaitan di Hotel Sheraton ini. Pada saya ini satu tingkah laku yang tidak wajar. Dulu masa kita di Perak, masa itu saya pada zaman PAS. Kota Anggerik, saya dari PAS dahulu. Bila masa Kerajaan Nizar dirampas pada masa tersebut kita marah, kita demokrasi, kita ceramah, kita hentak, kita maki tapi bila langkah syaitan di Hotel Sheraton yang dilakukan ini oleh tokoh yang dikatakan ulama ini, tokoh yang dikatakan bawa imej Islam ini, apa pandangan Hulu Kelang?
Patutlah jadi Ahli Parlimen.
Dasyat betul. Dasyat, dasyat.
Jangan buang masa ya, okay. Langkah Sheraton ini memang syaitan, kerana dia adalah punca motifnya kejahatan. Dalam Islam, tertib. Dekat-dekatkan, rapat-rapatkan. Qurba, Zabir Qurba. Mawaddah Rahmah kurba wal mustakim. Layanan itu biar sama, anak yatim, fakir orang miskin, kita kena sayang dengan Zabir Qurba. Kalau kita rajin tolong anak-anak kita hati kita akan terbuka untuk tolong orang lain. Kita tahu macam mana kita hendak beri dan kita. Okay kita hendak nyatakan di sini bahawa. Ustaz Hadi. Ustaz Hadi ya? Ustaz Hadi ini sahabat saya. Saya tahu dia sahabat saya sebab dia biasa datang rumah dia,
tapi satu yang saya kesian pada dia iaitu dia tidak tegas. Beberapa sekarang ini tidak berapa baiklah. Jadi boleh kita buat meeting, saya plan buat meeting saya dan dia. Dia ni persamaan semasa di Mesir, Usrahnya sama dengan saya. Kemudian dia balik ke Malaysia, dia terlibat dengan belia, kemudian dia kata bapa dia suruh dia hendak jadi tok guru. Kita bincang, kita bincang tapi kita hendak dia tegas tapi dia duduk kat masjid buat ini-buat ini, buat itu-buat itu. Kita datang meeting dari KL hendak ... ke KL ke Ipoh ke dia tak nak dia nak kat Rusila. Bila buat di Rusila dia pun relax sangat. ADUN datang nak buat apa ini, anak cucu dia layan jadi sudah sikit saya cakap dengan dia.
Hulu Kelang, Sungai Pelek ingin mencelah.
Mencelah. Terima kasih. Menurut Perkara 65 (a) (i) ia dilepaskan oleh parti politik itu kita faham. Tetapi yang kedua itu, Perkara 65 (a) (ii) dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu. Ini keliru sebab seorang ahli dia dipecat atau dia resign atau meletakkan jawatan. Ini sis... ini tidak lagi jadi anggota, sangat keliru kerana kekeliruan ini ada parti-parti tertentu dan dia akan buat pindaan supaya dia menjadi tidak demokratik. Jadi adakah Yang Berhormat kita delete, kita batalkan Perkara 65 (a) (ii) kerana dia membawa kesan buruk membawa kekeliruan dan membawa kesempatan parti-parti tertentu untuk menyekat hak bersuara sesuatu ahli. Setuju ke delete atau batalkan ini kerana ini membawa kekeliruan? Terima kasih.
Dalam kaedah syarak atau fidyah dia ada katakan Al-Mukmin, Al-Mukmin Inna Syuruti. Al mukmin itu orang yang beriman itu kepercayaan kepada dia. Orang yang paling penting adalah orang yang beriman ia syahadah ia benar, dia nak kebenaran, dia hendak kebenaran itu asas kehidupan dia, keluarga dia, anak bini dia dan masyarakat dia. Jadi kalau dia ada penglibatan-penglibatan tidak betul, curiga, khianat, dia ini dia dah ketagih khianat kes Sheraton, pacific dia boleh treat. Dia boleh pakat dengan media sampai keputusan SPR pun dia control, dia keluarkan sana punya dulu. Bila benda itu nampak ada ciri-ciri macam Sheraton dia buat. Dia boleh kata dia ada satu...
Yang Berhormat boleh jawab soalan saya dahulu?
Memang boleh jawab itu.
Setuju atau tidak batalkan Perkara 65 itu kerana ia membawa kekeliruan atau memberi kesempatan pada parti-parti untuk melenyapkan suara kalian, boleh jawab itu ke? You setuju atau tidak?
Setuju ada sebab. Tidak setuju pun ada sebab.
Yang Berhormat Hulu Kelang saya bagi pandangan sedikit. Saya rasa nak gugur atau tidak gugur Sungai Pelek, kita harap benda itu tidak bercanggah dengan apa yang telah diputuskan di Parlimen, supaya memudahkan dan juga melancarkan perjalanan kita. Kalau sebab canggah pun tidak kan dapat kelulusan juga. Kalau benda bercanggah dengan apa yang telah diputuskan oleh Parlimen. Jadi kita kena faham di situ.
Saya faham Yang Berhormat, kalau kita delete ini, ia tidak sama dengan persetujuan itu saya faham. Tapi saya rasa, saya tidak berani cakap apalah! Tapi saya rasa ahli Parlimen kita yang bersama-sama meluluskan, perkara ini adalah satu perkara cacat. Jadi kalau kita buat macam itu ada kemungkinan Tuan Speaker, Parlimen pun ikut kita kerana Seksyen/Perkara ini memang turut membawa kekeliruan dan sudah ada parti kesempatan ini untuk menyekat hak bersuara keahlian. Itu sebabnya, sebab itu saya rasa bercanggah. Tapi kita influence Parlimen. Terima kasih
Minta Hulu Kelang
Boleh semua Yang Berhormat duduk. Bukit Lanjan duduk dulu. Sekarang ini Hulu Kelang berbahas. Saya beri 5 minit lagi. Selepas ini kalau ada pendapat daripada Yang Berhormat ingin membahas menyatakan sesuatu pandangan boleh berbahas kemudian.
Curtain benda yang tidak betul. Salah, khianat pada mandat yang diberikan. Yang baru ini pun hampir-hampir jadi, itu lagi dahsyat. Dulu Anwar diminta bersetuju dengan syarat, bebaskan sahaja. Benda itu dia tidak setuju. Hari ini dia telah cerita kerana permintaan dia bebas, orang kata tak masuk akal. Kalau pada saya MB nya berjaya dia akan minta ampun pada melalui Agong. Dia tidak boleh. Jangan jatuhkanlah, jangan jatuhkan kemuliaan perlembagaan kita. Walaupun dia katakan minta pelepasan dari penjara kesalahan tuduhan. Apa ni, apa ini kedua tuduhan liwat. Kalau tidak Peruntukan Perlembagaan Negara, itu jadi orang yang betul. Ini baru ada gambar-gambar dia boleh jadi Perdana Menteri wah! Dia nak tukar basic punya langkah itu langkah dia. Tidak logik. Frust tau. Bila anak sendiri lihat kenyataan pihak lawan, dia kecewa macam mana tengok world cup lagi baiklah dari mengundi tak mengundi. Jadi saya harap apa yang saya hendak bawa begini ya, bahawa yang dilakukan dalam masyarakat kita hari ini adalah hendak kembali kepada Al-Mukmin ataupun Al-Haq, kebenaran itu pada syarat-syaratnya.
Kita hendak lahirkan manusia Melayu, India, Cina Malaysia yang ada jati diri yang ada kekuatan yang ada kehendak untuk mempertahankan apa yang dia kata. Ini nak beli dengan duit gaji. Tak boleh, tak boleh, kita mesti lahirkan generasi yang mantap, yang kuat, yang bawa mati pun tak apa, mati itu sekali. Mati sekali itulah kematian yang pertama dalam hidup kita. Kehidupan dilakukan atas dasar (Bacaan Ayat Al-Quran) hidup dan mati tadi dijadikan pertama kali dalam bentuknya. Bentuknya bentuk
hidup, dia roh alam roh. Panjang ceritanya, saya nak katakan mati pun tak takutlah. Kita akan hidup berterusan, roh kita akan dibangkitkan tapi mati itu, bukanlah satu benda yang mengelirukan sangat tapi memberi pencerahan.
Hulu Kelang, Hulu Kelang.
Yes, yes, yes.
Baru-baru ini dalam kempen kita dikejutkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan yang dia bagi tahu kalau undi Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan nanti masuk neraka. Ni ini ini macam mana ni Hulu Kelang. Seolah-olahnya kita nak bagi tahu kunci syurga dan juga neraka, mak bapak dia punya.
Tak betullll..
Tak betul. Imam Lau Weng San. Ini tak boleh. Tak boleh tak betul. Yang betul ialah Allah. Allah adalah agama yang...buat baik antara kamu, jangan kamu bertengkar. Kurangkan bertengkar. Tapi yang penting fastabiqul khairat. Hidup kita Cina, DAP, MIC, Jawa ke, Bugis ke apa Hindu ke, you work... fastabiqul khairat. Dan kemudian Allah akan bangkitkan kamu dalam keadaan kamu masa itu, dia akan tentukan mana yang betul. Allah judge. Sekarang kita dah settlekan dalam teori kita. (Bacaan Ayat Al-Quran) maknanya apa, maknanya yang benar itu datangnya dari tuhan kamu, tuhan kamu, tuhan kamu satu. Walu macam mana pun tuhan kamu, dan dengan kenyataan itu, siapa yang nak kufur, kufurlah. Sapa yang nak beriman, berimanlah. Kufur dan Yakfur bererti kalau kamu nak baik secara demokrasi, boleh buat secara demokarasi, tapi kalau taknak, Kufur kamu. Tapi ini satu konsep yang sangat penting dalam Al-Quran dan banyak dalam Surah Al-Kahfi. Itulah baca tiap-tiap minggu, saya baca tiap-tiap minggu. Malam jumaat mesti baca. (Bacaan Ayat Al-Quran) Allah baca choice tapi, kalau manusia ini dia nak act like god, susahlah, dia mesti bertindak sebagai manusia. Kemanusiaan dan ketuhanan adalah dua prinsip yang sangat penting. Ketuhanan adalah hak Allah. Kemanusiaan adalah manusia. You want to choose, orang lain tak ada halang. Ini kita kata dia punya buru niat orang pun. Orang niat nak jadi gay ke apa, dia pergi bongkar. Tak ada. Hei kalau tahu masa Rasullah ada, hidup lagi, sihat lagi, ada orang pergi sembahyang masjid berkali-kali 5 waktu, ada di kalangan orang di Mekah itu. Pelanggan, pelacur tau. Buku...Quran, ....ada bukti tapi dia orang report takpa. Jangan ceroboh dia punya hak. Bukan yang saya kata dia tak mengharamkan, dia tak go the, panjat tembok orang, dia tak boleh. Okay saya berhenti di sini dan ucapkan terima kasih kerana memberikan saya peluang bercakap panjang.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker.
Lompat si katak lompat, lompat mencari nikmat, Lompat si katak lompat, belum lagi pasti selamat.
Selamat pagi, selamat tengah hari kepada Ahli Dewan yang mulia ini. Sebagai seorang aktivis alam sekitar dan penggemar flora dan fauna. Saya selalu rasa tidak selesa, kerana istilah katak digunakan untuk ahli Politik yang suka tukar parti. Ini pandangan saya, ini tidak adil kepada katak-katak dan kodok-kodok di Malaysia. Mereka ini adalah haiwan amfibia yang sangat menarik dan membawa manfaat kepada manusia. Di luar rumah saya..
Yang Berhormat Bukit Lanjan, kalau tak setuju istilah katak, nak guna istilah apa.
Nantilah. Di luar rumah saya, saya memelihara beberapa ekor katak dan kodok. Betul dan kerana itu semua nyamuk-nyamuk dan serangga-serangga lain habis di makan. Dekat Putrajaya, Tasik Wetland Putrajaya, terdapat 13 spesis katak daripada 5 keluarga. Antaranya katak puru, katak jambul lurus, katak padi, katak jawab, katak pokok, kodok sawah dan lain-lain. Jadi pada 5 Oktober 2022 berakhirnya politik katak di Malaysia. Dan saya harap mulai tahun hadapan nama baik haiwan amfibia katak dan kodok tidak lagi dikaitkan dengan ahli politik yang tiada prinsip dan tiada respek. Sebenarnya saya sangat sedih, saya sangat suka kata. Saya betul, saya bukan joking. Saya betul-betul memelihara katak di luar rumah saya. Saya bagi makan, saya bawa, apa grasshopper kecil-kecil untuk bagi mereka makan. Saya kesian mereka. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejarah katak ini bukan bermula pada tahun 2022. Ini pengalaman peribadi saya, pada penggal pertama saya menjadi seorang EXCO antara tahun 2008-2013 saya juga menerima pelbagai beberapa tawaran. Ada tawaran untuk pangkat, tapi saya jawab kepada orang yang menawarlah, saya masa itu sudah jadi EXCO. Tawaran baru adalah untuk menjadi EXCO sekali lagi, macam tak berbaloilah. Keduanya ada tawaran duit, pada mulanya mereka tawar sejuta, kemudian dua juta dan lepas itu dia kata kalau bawa Ahli Parlimen itu penggal pertama, bawa Ahli Parlimen kita akan tambah 5 juta. Saya buat calculation, kira-kira saya rasa macam tak berbaloi. Saya bincang dengan Ahli Parlimen masa itu, daripada Parlimen Subang, dia pun kata tak berbaloi. Saya pun tak ingat. Tapi tawar menawar ini, orang itu berulang-alik pejabat saya selama 5 tahun. Tetapi selepas satu pilihan raya yang ke-13, masa itu Parti Keadilan Rakyat bersama dengan rakan-rakan semua, masa itu ada PAS, ada DAP kota ada majoriti yang sangat-sangat bagus dalam Dewan Negeri, maka orang itu sudah hilang dan mereka tidak melawat lagi di pejabat saya. Jadi saya harap pada tanggal 24 November 2022 iaitu esok ia menjadi satu hari yang bersejarah di Negeri Selangor. Iaitu selepas Dewan Negeri Selangor bakal meluluskan pindaan kepada Enakman Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri esok dan satu bab yang sangat sedih dan memalukan dalam sejarah Malaysia boleh ditutup. Saya sebut bakal kerana
untuk pindaan ini diluluskan Dewan yang mulia ini memerlukan sokongan majoriti 2/3 esok untuk kelulusan tersebut. Saya nak tanya siapa dalam Dewan ini yang berani menghina mandat rakyat. Siapa yang tidak berani hadir esok untuk mengundi RUU ini. Saya melihat di sebelah kanan saya, tengok-tengok tengok, ok Kuang. Kuang, saya rasa Kuang boleh lepas, kerana Kuang tidak tukar parti. Dia kena pecat pada masa itu, jadi selamat Kuang. Tetapi ada beberapa Yang Berhormat, Ahli Dewan Negeri ini yang berubah parti mereka. Saya risau esok mereka juga tidak hadir, apa akan berlaku kepada pindaan ini. Jadi saya amat bersetuju apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar membuat keputusan untuk menangguh pembubaran Dewan Negeri Selangor, supaya Rang Undang-undang pindaan, RUU ini boleh dibahas dan saya harap esok akan diluluskan oleh majoriti, semua kalau boleh majoriti kalau tidak semua Ahli Dewan Negeri ini. Ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana kelulusan RUU ini akan memberi satu manfaat dan satu jalan lurus untuk sesiapa yang akan bakal menjadi Kerajaan Negeri selepas PRN yang akan datang iaitu pada tahun hadapan. Jadi antara tanggung jawab yang berat dan penting untuk semua Ahli Dewan Negeri untuk penggal ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi dan fungsi Pilihan raya dalam masyakat. Untuk makluman semua sejak Pilihan raya Umum yang ke-14, lebih daripada 40 orang Ahli Parlimen telah menukar parti mereka. Angka ini merupakan angka yang paling ramai dalam sejarah Dewan Rakyat. Dan dalam Dewan ini juga ada perubahan. Nasib baik kita ada majoriti yang mencukupi untuk mengelakkan perubahan kerajaan di Negeri Selangor. Bayangkan kalau di Peringkat Pusat sudah ada 3 dalam satu penggal mereka ada 3 Perdana Menteri. Saya rasa ini adalah satu bab yang amat memalukan yang tidak memberi manfaat kepada negara kita, tidak memberi manfaat kepada rakyat yang mengundi dan rakyat yang bersusah paya untuk mencari rezeki selama ini.
Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, kita mesti mengguna hak undian kita dalam dewan ini untuk memastikan pengkhianatan mandat rakyat dan penghakisan kepercayaan pengundi terhadap sistem Pilihan raya ini boleh berhenti di Negeri Selangor. Dan saya juga ingin merujuk kepada kempen Pakatan Harapan khususnya di Parlimen Gombak baru-baru ini. Tema kempen tersebut adalah ‘Gombak Bermaruah’. Apa maksudnya ‘Gombak Bermaruah’, ‘Gombak Bermaruah’ maksudnya kalau rakyat mengundi Ahli Parlimen seorang menjadi Ahli Parlimen untuk kerusi parlimen ataupun kerusi negeri, mandat itu harus di kekal, mandat itu harus dihormati dan disebabkan oleh pengkhianatan yang berlaku lebih daripada dua tahun yang lalu ini, terpaksalah Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri seluruh negara terpaksa untuk menggubal dan meminda perlembagaan ataupun Undang-undang Tubuh Kerajaan masing-masing. Saya harap selepas ini kita tidak akan ada episod yang berulang. Setiap undi rakyat adalah sangat bermakna dan bernilai dan untuk makluman semua, nasib baik Akta Lompat Parti di peringkat pusat hari ini telah diluluskan sebelum Pilihan raya ke-15 yang baru selesai. Kalau tidak, 24 jam selepas keputusan PRU-15 keluar, sudah berhujan katak dan kodok berpesta. Hari ini mandat rakyat yang memberi undi yang paling banyak kepada Pakatan Harapan pada PRU
ini dapat dikekalkan. Pakatan Harapan yang pada hari ini memiliki Kerusi Parlimen yang paling banyak juga dapat dikekalkan. Kalau tidak sudah tentu parti-parti yang dapat undian dan juga kerusi kurang daripada PH sudah mula beraksi.
Jadi, Ahli Dewan Negeri yang saya hormati, saya merujuk kepada RUU, Kertas Bilangan 40/2022, dalam kertas bilangan ini terdapat inti pati pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Fasa kedua yang bertujuan untuk memotong Fasal 5, Perkara 64. Ini akan membolehkan mana-mana Ahli Dewan Negeri yang melepaskan keahlian mereka untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Negeri ini dan dengan demikian kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Negeri bagi tempoh 5 tahun tidak lagi terpakai. Saya amat menyokong fasal ini, pindaan ini kerana ini akan memberi peluang kepada sesiapa. Kita bukan nak menyekat sesiapa untuk berubah parti politik mereka, berubah prinsip politik mereka. Kalau mereka rasa, mereka terpaksa tukar parti, maka mereka harus pulang kepada rakyat, minta undi daripada mereka untuk mereka menyokong ataupun tidak menyokong hasrat seseorang calon yang ingin menukar parti mereka.
Jadi, dengan perkara ini dimansuhkan, maka sesiapa yang nak cuba nasib mereka harus balik kepada rakyat untuk dapat sokongan padu daripada mereka. Untuk fasal ketiga dalam Rang Undang-undang ini iaitu Perkara 65 (a) saya ada tadi Yang Berhormat Sungai Pelek ada tanyalah kepada rakan saya Yang Berhormat Hulu Kelang, adakah Hulu Kelang sokong perkara, perenggan 3 ini dikeluarkan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, saya pada ketika ini menyokong penuh pindaan kepada Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ini tanpa pindaan baru. Ini adalah kerana di peringkat pusat, 1 Akta iaitu Akta Anti Lompat Parti sudah diluluskan dan kalau kita membuat pindaan yang bercanggah dengan undang-undang di peringkat Persekutuan, maka kita akan ada masalah juga pada masa yang akan datang. Pada ketika ini, saya ucapkan tahniah kepada beberapa Ahli Dewan Negeri Selangor yang berjaya menjadi Ahli Parlimen Baru iaitu daripada Ahli Parlimen Dusun Tua, Batu Tiga, Kota Kemuning, Sijangkang.
Mohon mencelah.
Bukit Lanjan mohon mencelah.
Ya, siapa.
Saya tidak menjadi Ahli Parlimen ya, minta dibetulkan.
Lepas itu, Taman Templer, Sijangkang. Kita ada saya rasa 5 Ahli Parlimen yang datang daripada Dewan Negeri Selangor penggal ini. Jadi mereka, boleh membawa perkara ini ke Dewan Rakyat, mereka boleh bahas, mereka boleh tanya pihak ataupun pakar undang-undang di
peringkat persekutuan apa yang harus kita semua buat. Bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat pusat apa yang perlu dilaksanakan supaya tidak ada keraguan bila kita nak melaksanakan perenggan 3, Perkara 65(a). Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini, sebenarnya saya rasalah tibalah masanya untuk politik matang bertapak di negara ini dan khususnya di negeri Selangor. Kita perlu tangkis politik pengkhianatan dan juga politik buang di negara ini. Saya harap selepas kelulusan Rang Undang-undang. Pindaan Rang Undang-undang ini, kita boleh pulang kepada pengundi-pengundi di Negeri Selangor dan maklum kepada mereka dengan penuh keyakinan bahawa undi mereka akan selamat, undi mereka akan dipertahankan.
Bukit Lanjan.
Ya, Taman Templer.
Taman Templer.
Tadi, saya dengar Bukit Lanjan sebut kita nak bawa politik matang, politik yang berintegriti, politik yang bijaksana. Cuma, kempen kita baru-baru ini Yang Berhormat Bukit Lanjan boleh setuju dengan saya tak, kalau andai kata lepas ini, pilihan raya yang akan datang ini kalau kita boleh bentuk kerajaan hari ini, antara benda pertama yang kita nak bawa adalah soal berkaitan dengan etika kita berkempenlah. Khususnya, saya rasa saya tengok baru-baru ini kalau kita pergi tengok kempen kita baru-baru ini saya nampak kalau parti yang dia banyak duit, meriahlah, dengan bendera, dengan billboard, dengan poster dan sebagainya dan kali ini punya pilihan raya kita nampak Perikatan Nasional dia punya banner, dia punya poster, dia punya billboard dan saya dimaklumkan semalam oleh kawan-kawan saya, dia kata UMNO, Barisan Nasional pun billboard pakai kayu. Tetapi Perikatan Nasional dia pakai besi. Pakai besi. Besi tengah mahal sekarang. Jadi saya nak kalau boleh pilihan raya akan datang ini untuk publisiti ini semuanya ditanggung oleh pihak kerajaan. Maksudnya untuk 1 DUN itu, 10 billboard besar, kerajaan tanggung. 20 billboard kecil, semua kerajaan tanggung dan kita parti-parti politik dibenarkan untuk bersyarah di televisyen. Hari ini Sijangkang bersyarah, besok Taman Templer pula, lusa Pelabuhan Klang pula. Hari keempat, kita bagi Sungai Air Panjang pula.
Sungai Air Tawar. Airnya tawar, bukan panjang.
Sahaja nak tengok, tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat alert ataupun tidak kehadiran kawan-kawan kita ini. Itu yang saya cakap terbalik itu. Jadi saya nak minta perkara ini kalau bolehkan mana parti yang banyak duit kita tengok memang meriah. Parti yang tak ada duit macam Pakatan Harapan ini sebab menjadi masalah kepada Pakatan Harapan ini sebab Pakatan Harapan ini tak reti nak menculik, tak reti nak mencuri, tak reti nak merompak, itu yang
jadi masalahnya. Sebab itu bendera kita kurang, ini Haji Izham ini pun tak reti-reti. Patutnya reti mencuri, menculik, merompak supaya kita punya bendera banyak, kita punya poster banyak, kita punya billboard banyak. Inilah jadi masalah kepada Pakatan Harapan tak reti.
Terima kasih Taman Templer. Saya amat setuju, kalau saya lihat kempen yang dijalankan di Parlimen Damansara baru-baru ini. Parlimen Damansara merupakan Parlimen yang paling kuat untuk Pakatan Harapan di seluruh negara. Calon kita Gobind Singh, no problem tak ada isu, tak ada masa, tetapi kalau kita turun lihat jumlah bendera, bunting, billboard kalau dibandingkan dengan Perikatan Nasional jauh berbeza. Antara langit dan bumi, BN pun jangan cakap BN lah, BN pun tak nampak tak tahu pergi mana pula. Saya ini sangat mengejutkan saya tidak ada isu kalau cadangan-cadangan tadi yang disebut oleh Taman Templer ini dapat dilaksanakan dan saya harap Taman Templer boleh bawa di Dewan Rakyatlah. Ini semua etika berkempen, syarat-syarat berkempen, had kepada jumlah wang yang digunakan, perbelanjaan kempen dan sebagainya. Itu di peringkat pusat. Bukan di peringkat negeri. Kita hanya boleh ikut sahaja Akta Pilihan Raya yang dikeluarkan oleh SPR. Tetapi satu contoh yang saya nak berilah, kalau kita pergi negara Jepun, masa pilihan raya mereka berjalan saya boleh katalah tak ada orang tahu masa itu adalah masa pilihan raya. Kerana mereka tidak ada bendera, mereka tidak ada bunting. Ada billboard lah, 1 billboard tetapi semua calon masuk. Gambar mereka dalam 1 billboard, ada kempenlah 1 calon, seorang calon naik 1 kereta ataupun hilux dan dia hanya bagi ceramah sahaja. Dia jalan sikit-sikit, 2 orang dengar, 3 orang dengar itu cara mereka kempen. Sangat tenang, sangat aman langsung tak seronok.
Bukit Lanjan.
Taman Templer.
Dia dalam Malaysia sekarang ini Bukit Lanjan dia jangan cina, cina tak boleh. Tambah pula DAP, DAP, DAP, DAP tak boleh, tak boleh. Kalau Melayu, Islam curilah, rompak lah, billion pun tak apa. Ini dalam negara kita sekarang Malaysia.
Saya cakap Jepun, bukan China dan saya Parti Keadilan Rakyat bukan DAP. Nanti boleh tanyalah DAP. Jadi, Tuan Speaker Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini saya ingin akhiri perbahasan saya dengan seruan kepada semua Ahli Dewan Negeri termasuk Ahli Dewan Negeri daripada pihak pembangkang, bahagian pembangkang supaya esok semasa kita mengundi untuk Rang Undang-undang ini kita satu hati, satu suara meluluskan pindaan ini.
Dua tiga kucing berlari, lalu masuk rumah Sheraton di tepi, lambaian bye bye hangat diberi, akhirnya tersungkur meratap pipi
Sekian, terima kasih.
Banting.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Banting juga ingin berdiri untuk melafazkan sokongan saya terhadap pembentangan Rang Undang-undang yang akan meminta Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang memasukkan frasa-frasa yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang ini dan saya ingin untuk kemudahan semua saya ingin melafazkan, membaca sedikit tentang apa yang akan diluluskan di sini. Iaitu yang pertama dengan adanya pindaan yang dibuat oleh Rang Undang-undang ini, maka seseorang Ahli Dewan Negeri di Selangor yang telah dipilih ke Dewan Negeri sekiranya beliau melepaskan keanggotaannya ataupun resign ataupun terhenti menjadi anggota parti politiknya ataupun SIS. Beliau perlulah mengosongkan kerusinya sebaik sahaja satu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Dewan Speaker di bawah Fasa 3, Perkara Baru 65(a) ini dan juga dengan adanya Rang Undang-undang ini, selepas itu Ahli Dewan Negeri Selangor yang berkenaan juga dibenarkan untuk bertanding semula di dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas beliau melepaskan keahliannya dalam Dewan Negeri ini dan dengan demikian kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Negeri dalam tempoh 5 tahun pun tidak akan diterima pakai lagi dan ini sebenarnya sesuatu yang ada dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan yang lalu tetapi sekarang ini tidak akan diterima pakai lagi. Klausa ini sebenarnya adalah ada sebenarnya sebelum undang-undang ini dipinda memang Perlembagaan asal Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan membenarkan Ahli-Ahli Dewan yang mengosongkan kerusinya ataupun meletakkan jawatan untuk bertanding semula, tetapi pada tahun 1980 an kalau saya tak silap peruntukan ataupun Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menegah bahawa Ahli Dewan Negeri ataupun Ahli Dewan Rakyat ini daripada bertanding semula dalam tempoh 5 tahun. Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang saya kira adalah baik, bagus untuk pembangunan dan juga perkembangan politik di negara kita khususnya di Negeri Selangor kerana ini adalah sesuatu yang memang amat diperlukan olah rakyat. Saya ingin mengingatkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa sebenarnya Dewan Negeri Selangor kalau saya tidak silap mungkin setahun ke-2 tahun yang lepas kita ada membahas satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Gasing ataupun Subang Jaya saya kurang pasti yang membawa maksud yang lebih kurang sama iaitu masyarakat ataupun meminta Kerajaan Negeri Selangor untuk menyegerakan pembentangan satu Rang Undang-undang yang membawa maksud menegah gejala lompat parti ini dan walaupun usul itu telah pun diluluskan pada masa itu.
Tetapi kita tidak boleh meneruskan proses yang seterusnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang ini kerana pada masa itu Perlembagaan Persekutuan masih belum lagi dipinda dan pada masa itu keadaan politik di peringkat persekutuan juga barangkali tidak begitu mengizinkan undang-undang, Rang Undang-Undang ini dibentangkan. Tetapi segala-galanya telah pun berubah apabila Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan menandatangani CSA dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Bera Dato’ Seri Ismail Sabri yang menyatakan dan mensyaratkan bahawa adalah menjadi keutamaan kepada kerajaan untuk meluluskan satu Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan klausa-klausa yang dinyatakan di sini. Saya dimaklumkan bahawa klausa ataupun perkara ataupun fasa yang hendak kita masukkan dalam perbahasan ataupun kertas Rang Undang-Undang ini adalah sama dari segi bahasa atau dari segi perkataan yang diguna pakai semasa parlimen meluluskan Rang Undang-Undang yang sama. Saya menerima bahawa perkara ini dan bersetuju dan menyokong kerana memang ini adalah hasrat rakyat. Saya cuma kita kadangkala kita pun rasa sedikit menyentuh hati bila kita perlu mengambil masa yang begitu lama untuk meluluskan peruntukan-peruntukan ini di dalam negara kita kerana kalau kita boleh mengimbas sekali dalam sejarah perkara ini mula-mula dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada DAP iaitu saudara Lim Kit Siang seawal tahun 1978 dan kemudiannya mendapat sokongan banyak kali di peringkat di kalangan ahli-ahli pembangkang termasuk PAS pada masa itu yang memohon supaya perkara ini dipinda dan dimasukkan tetapi kita perlulah menunggu sehingga tahun 2022 iaitu barangkali 40 lebih tahun. Saya dilahirkan pada 1978 kita perlu menunggu 44 tahun untuk memastikan untuk perkara ini dimansuhkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan dan sekarang ini akan dimasukkan dalam undang-undang diperingkat negeri Selangor itu adalah sesuatu yang bagus. Cuma kita perlu mengakui bahawa ada dalam bahasa Malaysia, dalam bahasa English two wrong doesn’t make one ringht. Kita perlu mengakui bahawa undang-undang yang kita bentangkan ini tidak sebenarnya tidak perfect ataupun bukan semuanya cantik-cantik belaka. Memang kita perlu mengakui bahawa ada kekurangannya, ada juga kekeliruannya tetapi ini tidak boleh dijadikan satu alasan untuk menolak Rang Undang-Undang ini secara total. Ini adalah tidak wajar kerana sekiranya ada kekeliruan dan kekurangan makanya ia haruslah dan bolehlah pada masa-masa depan masa mengizinkan, keadaan mengizinkan, Kerajaan boleh meminda undang-undang yang ada ini untuk menjadikannya lebih kemas untuk lebih apa ni sepadan dengan peredaran masa dan keperluan masa pada itu, dan rang undang-undang ini juga haruslah di luluskan dengan kadar segera kerana kita lihat betapa pentingnya ia nya dalam menjamin kestabilan politik di negara Malaysia. Kita lihat, saya setuju seperti dengan apa yang dilafazkan oleh Bukit Lanjan tadi sekiranya kita tidak ada Rang Undang-Undang ini maka saya rasa akan berlaku banyak perkara yang buruk yang pertama yang disebutkan Yang Berhormat tadi, iaitu katak-katak akan berpesta maksudnya akan berlaku banyak tawar-menawar pada masa itu pada tamat tempoh masa 24 ataupun 48 jam selepas keputusan PRU diumumkan, dan akan berlaku wakil-wakil rakyat diculik, wakil-wakil rakyat kehilangan dan kemudiannya berlaku perkara yang akan menyebabkan keputusan pilihan raya itu
tidak dapat apa ini, ditolak ataupun di terbalikan. Kerajaan yang dipilih itu tidak dapat dibentuk akhirnya wakil-wakil rakyat melompat dari satu parti ke satu parti yang lain menyebabkan kerajaan yang asal ataupun kerajaan yang kalah itu, pihak yang pihak yang kalah itu menang semula melalui pintu belakang. Saya rasa itu adalah sesuatu yang harus kita meletakan satu titik noktah melalui pembentangan dan juga meluluskan Rang Undang-Undang ini. Kita juga perlu beringat ini adalah fenomena pertama kalau kita tidak ada undang-undang ini.
Kedua, ketidakstabilan politik itu akan menyebabkan ekonomi Malaysia terus menjunam, kita telah pun melihat dalam keadaan setahun dua di Malaysia prestasi ekonomi Malaysia semakin teruk, mata wang kita semakin merosot dan juga pendapatan rakyat semakin berkurang ini disebabkan kekurangan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia menyebabkan tidak ada pelaburan sama ada pelabur domestik ataupun pelabur asing dan ini akan membentuk satu keadaan di mana kegiatan ekonomi kita semakin berkurang. Rakyat juga akan menghadapi masalah untuk menjalankan kehidupan biasa seharian. Jadi saya berpendapat bahawa Rang Undang-Undang ini diluluskan pada kadar yang segera cuma kita berasa sedikit apa ini, sedikit terkilan apabila di peringkat negeri kita juga perlu melaksanakan ataupun meluluskan undang-undang sama. Kini. sekarang ini kita okay lah di negeri Selangor kita tidak ada masalah. Memang kita antara Dewan Negeri, Selangor paling ke depan. Kita ada membentangkan Usul, kita sebenarnya amat mendepani masa lah kita melakukan ini sebelum Parlimen atau Dewan Rakyat meluluskan undang-undang ini, kita ada usul dan sebagainya. Kita ke depan tapi bukan perkara yang sama barangkali bukan tapi tidak semestinya berlaku di negeri-negeri yang lain dan mungkin mereka akan menggunakan masa-masa yang lebih panjang untuk yang sama. Saya difahamkan di negeri Perak contohnya, undang-undang sedemikian belum lagi diluluskan dan sebelum tahun diluluskan mereka dah bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, jadi akan menimbulkan satu kegusaran atau pun pertanyaan di dalam pengundi apakah akan keadaan akan berlaku selepas pilihan raya nanti. Jadi kita berasa syukur kerana fenomena lompat melompat katak berpesta itu tidak berlaku di negeri Perak kerana apa yang berlaku adalah hang parlimen di sebelah sana adalah kita juga tidak boleh menafikan apabila kita lihat Dato Seri Haji Saarani Menteri Besar Perak dia mengatakan apabila dia berbincang dengan rakan di sebelah sana dengan Perikatan Nasional tidak ada tawaran, saya rasa ini adalah anggapan saya tanggapan saya secara subjektif apa akan berlaku? mengapa tidak ada tawaran? Adakah mereka akan menggunakan taktik-taktik yang sebenarnya bertentangan dengan semangat Rang Undang-Undang ini untuk memastikan mereka akan mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri ? Ini bertanya saya, jadi saya rasa ini adalah amat malanglah sekiranya ini berlaku kerana seharusnya Rang Undang-Undang ini perlulah bukan sahaja diluluskan di peringkat Parlimen tetapi harusnya ia nya diluluskan di setiap Dewan Undangan Negeri sebelum kita berhadapan dengan pilihan raya, maka dengan itu bolehlah kita minta rakyat untuk turun mengundi memastikan dan kita boleh memastikan keadaan kadar peratusan ataupun peratusan mengundi itu adalah tinggi. Kali ini kita lihat peratusan mengundi itu adalah sangat tinggi, saya tidak boleh
membayangkan Tuan Timbalan Speaker sekiranya undang-undang ini tidak diluluskan di peringkat Parlimen dan kita turun padang berkempen kita nak minta rakyat mengundi, dia akan tanya balik soalan yang sama kepada kita. Adakah Yang Berhormat boleh menjamin calon-calon yang kita menangkan itu dia tidak akan lompat parti selepas PRU? Memang jawapan saya, saya kepada mereka saya tidak boleh jamin kalau tidak ada undang-undang ini tidak boleh jamin, kerana mereka memang boleh lompat. Dalam struktur undang-undang yang lama itu memang mereka dibenarkan untuk lompat ataupun bertukar parti kerana mereka kata itu adalah hak asasi dia. Hak dia di bawah Perlembagaan Persekutuan, hak untuk berpersatuan. Jadi kita tidak boleh menghalang dan kita barangkali tidak boleh menuntut ganti rugi kerana itu adalah tidak di peruntukan di bawah Undang-Undang Persekutuan. Dia memang boleh bebas untuk memilih persatuan yang mereka join dia bebas untuk memilih parti politik yang dia hendak menyertai. Jadi itu adalah sesuatu yang saya rasa kita berasa syukur kerana undang-undang ini telah di luluskan di peringkat Parlimen sebelum kita turun untuk berkempen di pilihan raya di dalam pilihan raya. Jadi Tuan Timbalan Speaker, saya berpendapat ada juga beberapa perkara saya rasa perlu kita bangkitkan di sini untuk memperkemaskan apa yang saya pernah lafazkan sebelum ini Rang Undang-Undang ini tidak menghalang kita menghalang atau menegah ataupun mensyaratkan seorang Ahli Dewan yang berhenti menjadi ahli ataupun meletakkan jawatannya sebagai ahli, dia keluar parti kalau dia ada pegang kerusi, dia perlu mengosongkan kerusi dan dia dibenarkan untuk bertanding semula sebagai calon. Itu adalah apa yang kita nak luluskan di sini tetapi Rang Undang-Undang ini tidak mengekang parti politik itu adalah tajuk saya antara lompat parti dan parti yang lompat. Kita juga harus ingat bahawa kemungkinan untuk parti yang bergabung di dalam sebuah gabungan politik tidak kisahlah apa namanya Pakatan Harapan , Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Politik Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah tidak kisahlah apa nama dia, dia bergabung di bawah satu parti, di bawah satu gabungan. Keseluruhan parti itu, en bloc, lompat keluar dan masuk gabungan satu lagi. Ataupun dia keluar, dia kata dia sendiri adalah tidak memihak mana-mana, dia bebas. Apa akan berlaku kalau macam itu? Bukankah ini juga satu sifat lompat parti yang lebih besar kerana ia berlaku secara en bloc dan undang-undang ini tidak ada sebarang peruntukan untuk mengekang parti-parti yang lompat. Parti yang lompat itu saya rasa kira harus peringat akan menjadi satu fenomena yang kerap berlaku selepas ini sekiranya kita tidak memikirkan cara untuk mengekang ataupun regulate ataupun mengawal atur tingkah laku parti yang sedemikian ini. Bukannya sesuatu yang baru. Sebenarnya ia pernah berlaku di negeri Selangor di mana pada satu masa dahulu kita ada satu kita berasal daripada Pakatan Rakyat, terdiri daripada 3 buah parti pada masa itu, parti PAS, parti Keadilan dan juga parti DAP. Tetapi kemudiannya sedikit berlaku perkara di mana parti PAS memutuskan kerjasama dengan parti-parti komponen yang lain dan ini adalah sesuatu yang menimbulkan banyak masalah. Saya, pendapat saya berpendapat kerajaan juga harus dan juga pakar-pakar perundangan juga harus memikirkan soalan ini. Adakah kita boleh meluluskan satu juga undang-undang ataupun pindaan terhadap undang-undang sedia ada untuk memastikan gejala ini tidak akan berlaku. Sebabnya ialah
keadaan ini sekarang pun budaya politik di Malaysia ini dia bukan sahaja ada parti politik kerana sosio latar belakang politik kita yang majmuk. Kita perlu ada gabungan parti politik untuk mentadbir Malaysia dan juga negeri Selangor dan ini adalah sesuatu yang pernah ditulis atau pun boleh dilafazkan oleh pakar-pakar sejarah. Seperti contoh, Malaysia, Malaya tidak akan dapat mencapai kemerdekaan kalau tidak ada kesepakatan antara UMNO, MCA dan MIC. Parti DAP satu sendiri tidak boleh mentadbir kerajaan negeri ataupun Malaysia kalau tidak ada sokongan daripada parti yang lain. Begitu juga dengan Perikatan Nasional, Parti Bumi Bersatu pun tak boleh, parti PAS pun tak boleh, parti-parti daripada Sabah dan Sarawak lagi tidak boleh. Perlu ada gabungan politik perlu ada kerjasama politik dan bagaimana kita mengawal atur hubungan kerjasama ini saya rasa kita juga perlu memberi sedikit tumpuan di situ. Kita bukannya macam negara-negara barat di mana Parti-Parti Demokratik, parti Republican Parti Buruh, Parti Konservatif dia mentadbir negara mereka secara tunggal tanpa perlu bergabung. Tetapi di negara Malaysia hakikatnya realiti politik di Malaysia ialah orang Melayu, orang Cina, orang India, orang Kadazan, orang Dusun orang Kadazan, orang Iban, orang Dayak, orang Kristian, orang Hindu, orang Islam semua perlu bekerjasama untuk menjadikan negara ini berjaya, kalau tidak kalau satu-satu kaum sahaja atau kalau satu-satu parti sahaja tak mungkin akan berlaku jadi kita perlu ada sesuatu undang-undang atau peruntukan pada masa depan barangkali bukan sekarang untuk memastikan perkara ini... ya?
Yang Berhormat , sambung ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari, dengan ini saya tangguhkan Dewan sehingga jam 2:30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula. Saya persilakan Banting.
Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Timbalan Speaker (rakan saya dari kawasan Morib). Saya kira dalam perbahasan ataupun pilihan raya yang lepas itu kita telah mengalami satu kempen Pilihan Raya yang agak menarik. Walaupun kita kalah di kawasan Kuala Langat, tetapi saya rasa kerjasama antara parti-parti komponen di kawasan Kuala Langat adalah pada keadaan yang saya kira paling baiklah (kalau setakat ingatan saya). Jadi, di situ kita boleh lihat ramai rakyat yang sebenarnya menyokong Pakatan Harapan. Di kawasan
Kuala Langat kita memenangi undi sebanyak 51,000 undi berbanding dengan pemenangnya yang hanya mendapat 52,000 undi. Dan saya kira ini adalah satu prestasi yang boleh kita ambil iktibar iaitu sokongan daripada pengundi adalah begitu padu dan tadi saya ada mengatakan bahawa kenapa rakyat turun untuk mengundi pada kali ini kerana rakyat sekarang dia yakin dengan Undang-undang Anti Lompat Parti yang telah luluskan di peringkat persekutuan dan sekarang tiba pula giliran DUN Negeri ataupun Dewan Negeri Selangor untuk meluluskan undang-undang yang sama supaya rakyat akan berasa yakin apabila mereka turun sekali lagi untuk mengundi dalam PRN yang bakal dilangsungkan dalam masa tidak sampai lima ataupun enam bulan dari sekarang.
Jadi Tuan Timbalan Speaker, saya tadi ada menyebut sekiranya undang-undang ini tidak diluluskan di Dewan Undangan Negeri, musibahnya ataupun kesan buruknya adalah sangat-sangat tinggi, sangat-sangat teruk. Kita tak nak rakyat kehilangan kepercayaan terhadap sistem politik di Malaysia ini. Rakyat telah pun mula berasa muak dengan gejala ataupun tingkah laku politikus-politikus yang hanya mementingkan kepentingan politik dan kedudukan sendiri sahaja tanpa menghiraukan kepentingan rakyat dan negara. Saya mengambil contoh Tuan Timbalan Speaker, apabila Langkah Sheraton itu (Langkah Syaitan) yang dinyatakan oleh YB Taman Templer yang kita tegur, yang kita semua benci apabila Langkah Syaitan ataupun dikenali sebagai Langkah Sheraton ini berlaku. Rakyat berasa begitu hampa, begitu kecewa. Saya masih ingat ada seorang ketua kampung kita yang turun padang, dia ditegur dan dimarah oleh penduduk kampung. Mengapa ini berlaku? Rupa-rupanya ketua kampung kita pun terpaksa menanggung marahlah walaupun itu bukan suatu yang dilakukan oleh beliau.
Tetapi ini menunjukkan Tuan Timbalan Speaker, kesedaran orang kampung terhadap kematangan politik ini semakin meningkat. Mereka tidak lagi mengizinkan atau membenarkan hal di mana politikus-politikus ataupun katak-katak ini melompat sana, melompat sini dengan menggunakan alasan yang berbunga-bunga kononnya nak pembangunan, nak ada peruntukan supaya senang jaga kawasan dan sebagainya. Itu tidak boleh diterima pakai lagi. Sekurang-kurangnya di kawasan Kuala Langat (di kawasan kampung, bukan kawasan bandar. Kawasan kampung). Mereka mengatakan bahawa Wakil Rakyat kena ada integriti, kena ada prinsip. Wakil Rakyat yang menang tidak boleh menggadaikan prinsipnya, memperjuangkan harga dirinya kepada parti lawan semata-mata untuk mendapatkan kepentingan, kekayaan, jawatan, kuasa dan sebagainya. Janganlah guna alasan untuk jaga kawasan, nak jaga rakyat. Itu sebagai satu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka yang mengkhianati mandat rakyat ini. Dan saya ingin bertanyakan kepada mereka yang mengkhianati rakyat, yang berada di Dewan yang mulia ini yang merupakan Ahli kepada Dewan Negeri Selangor ini. Bukankah (tidakkah) mereka berasa malu untuk bertanding semula? Nak berdepan dengan rakyat dan sekarang ini kita tengok apa yang berlaku kepada orang-orang ini? Saya tidak perlu sebut nama. Antaranya Bukit Antarabangsa. Bukit Antarabangsa hari ini tak hadir. Sebenarnya dia tak perlu hadir.
Mencelah.
Ya.
Mohon celah. Boleh?
Ya, ya. Boleh, boleh.
Kuala Kubu Baharu.
Ok, tadi Yang Berhormat sebut Bukit Antarabangsa. Adakah kali ini dia bertanding di PRU kawasan parlimen tak? Kalau ada, di mana dia bertanding ya?
Beliau bertanding di kawasan lama dia. Gombak (berdepan dengan panglima besar Selangor) dan kalah. Kalah dengan agak bergayalah. Maksudnya Menteri Besar kita menang dengan bergaya. Dan ini adalah satu hakikat, ini adalah satu pengajaran. Hari ini beliau tak ada di sini. Gombak Setia pun tak ada. Saya tak tahulah Yang Berhormat. Saya tak tahulah ada Sidang Parlimen ke? Ada Mesyuarat Kabinet ke? Apa nak buat? Sekarang ini bukan lagi Ahli Parlimen, bukan lagi anggota kabinet, bukan lagi menteri. Malahan menteri pun (Perdana Menteri pun belum lagi diangkat sumpah). Jadi beliau seharusnya datang ke Dewan ini, berdepan dengan kita, berdepan dengan rakyat. Kita nak bahas apa ini undang-undang (Rang Undang-undang Pindaan Terhadap Perlembagaan ataupun Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor). Berdepanlah dengan rakyat. Hakikatnya tengok, tidak berani. Tidak berani datang ke Dewan. Apakah maksudnya? Jadi tahu-tahu sajalah Yang Berhormat dan rakan-rakan sekalian.
Teguran saya ini YB Tuan Timbalan Speaker, bukan saja terhadap mereka yang lompat-lompat, yang kebetulannya mereka juga Ahli Dewan Negeri Selangor. Malahan juga kepada mereka ataupun parti mereka yang bersekongkol dengan mereka untuk melakarkan yang menyebabkan Langkah Syeriton ini menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang hanya dapat bertahan selama 22 bulan sahaja. Sekarang karma. Orang sekarang ini berkata apa? karma. Ini karma dia. Apa berlaku selepas 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan ialah kerajaan gagal. Kerajaan Perikatan Nasional yang gagal. 17 bulan kita nampak macam-macam perkara berlaku. Larangan ataupun Perintah Kawalan Pergerakan yang terumbang-ambing, prestasi ekonomi terus merudum, negara kita menghadapi krisis demi krisis, budak-budak tidak boleh bersekolah, rakyat tidak ada makan dan minum, tidak ada bakul makanan yang mencukupi, sumber pendapatan rakyat terjejas, semua berlaku pada masa yang sama. Ini menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional yang menyusuli kerajaan Pakatan Harapan, dia lagi teruk daripada Pakatan Harapan. Itu sebabnya label yang dilemparkan kepada kerajaan Muhyiddin ini ialah kerajaan gagal. Itu
adalah benar kerana memang terbukti gagal sampai rakyat kena mengangkat bendera putih. Masih ingat tak tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Yang Berhormat sekalian? Bendera putih kerana sudah tidak boleh (tidak ada wang) untuk membeli makanan. Tidak ada sumber pendapatan. Nak makan/minum pun tak boleh. Rakyat nak pergi sekolah pun tak boleh. Tak ada tablet, tak ada Internet. Janji nak bagi, tetapi akhir-akhirnya tidak kesampaian. Masih juga mereka nak datang ke Pejabat ADUN, Pusat Khidmat Ahli Dewan Negara kita, Dewan Rakyat kita untuk mendapatkan bantuan.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita semua tahu kerana orang-orang yang mengkhianat ini, inilah apa yang berlaku kepada kerajaan Malaysia ataupun negara Malaysia yang kita ada. Tidak cukup dengan 17 bulan, 14 bulan Ismail Sabri apa berlaku? Nasib baik saya nak ingatkan kepada semua. Nasib baik Ahli Parlimen Pakatan Harapan sudi untuk berunding dan kita ada foresight untuk mengetahui bahawa sekiranya ketidakstabilan politik ini terus berulang (undi tidak percaya, macam-macam perkara lagi) sehingga apa yang berlaku macam kerajaan Perikatan Nasional mereka takut untuk berdepan dengan Dewan Rakyat. Mereka tidak berani memanggil Persidangan Dewan Rakyat kerana tidak berani untuk menghadapi undi tidak percaya. Kita tahu sekiranya ini terus berlaku, ini akan menyebabkan prestasi ekonomi negara kita akan terus merosot. Barangkali tidak ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Oleh sebab itu, Pakatan Harapan telah pun membuat satu keputusan yang saya rasa sangat penting. Sangat penting dan sangat kritikal iaitu untuk menandatangani Perjanjian CSA dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjamin buat sementara waktu Kerajaan Persekutuan dapat berfungsi dengan biasa tapi pada masa yang sama peruntukan dan kuasa diturunkan kepada Wakil Rakyat untuk menolong rakyat dan menstabilkan situasi politik yang terumbang-ambing pada masa itu. Dan pada masa itu jugalah Undi 18 diluluskan. Pada masa yang sama, kita membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik. Pada masa yang sama kita meluluskan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti di Peringkat Persekutuan. Kesemua ini dicapai kerana adanya perjanjian ini yang menyebabkan negara kita berada sekurang-kurangnya untuk satu tempoh masa yang pendek di landasan yang betul supaya perjalanan kerajaan boleh diteruskan secara aman. Saya kira ini adalah prinsip yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan. Tengok apa yang berlaku sekarang. Kita sudah menjangka Pakatan Harapan tidak akan mendapat undi ataupun kita tidak ada satu gabungan ataupun blok politik yang akan menang kerusi majoriti dan telah pun terbukti perkara ini. Perikatan Nasional hanya ada 73 kerusi, Pakatan Harapan ada 82 kerusi (mungkin ada 83 kalau kita menang Padang Serai), Barisan Nasional agak merosot 30 kerusi, GPS 23 kerusi termasuk yang lain tak sampai 30 kerusi pun (GRS, Parti Bangsa Malaysia, calon Bebas dan sebagainya) tak sampai 30 kerusi.
Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pakatan Harapan lah sekarang ini hendak menstabilkan keadaan politik. Kita selalunya ditanya. Saya masih ingat Tuan Timbalan Speaker. Kita selalu ditanya oleh media ‘adakah Pakatan Harapan akan mempertimbangkan soal untuk bekerjasama dengan blok politik yang lain kalau
berlakunya hung Parlimen?’. Saya selalu ingat pemimpin kita (sama ada daripada Parti Keadilan, daripada DAP ataupun Amanah), kita tidak pernah menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain (dengan blok politik yang lain) untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang stabil sekiranya berlakunya hung parlimen. Tidak pernah. Tetapi kita berasa terkilan ada rakan-rakan di sebelah sana itu (baik Perikatan Nasional, baik GPS, baik Barisan Nasional) yang masih lagi taksub dengan sesuatu yang pada masa sekarang telah pun terbukti membelakangi kepentingan negara Malaysia dan rakyat Malaysia. Malahan saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak matang. Ini adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai cakap tak serupa bikin. Masih ingat tak? Dulu kita selalu tanya, kita selalu dengar ada orang yang selalu mewar-warkan kononnya politik matang. Politik matang macam mana? Kalau perkara macam ini, dia pun tidak boleh bersepakat. Politik matang macam mana? Kalau mereka masih tidak lagi menghiraukan kepentingan rakyat dan negara. Politik matang macam mana? Kalau mereka masih lagi meletakkan kepentingan politik mereka sebagai tempat pertama (sebagai prioriti). Politik matang macam mana? Kalau mereka ini masih lagi menganggap politik kepartian itu adalah pada tempat yang pertama.
Jadi saya berdiri di sini Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menegur tindakan-tindakan ataupun tingkah laku politikus yang tidak matang ini. Lebih-lebih lagi mereka yang kata mereka matang, nak perjuangkan politik matang tapi cakap pun tak cakap. Buat pun tak buat langsung. Jadi oleh sebab itu, saya ingin mengajak rakan-rakan semua supaya kita perlu tengok konteks anti lompat parti ini kita perlu luluskan Rang Undang-Undang ini. Kita tahu ada lagi kekeliruan ataupun kekurangan di dalam Rang Undang-Undang ini, tetapi kita tidak boleh menolak. Tidak boleh menolak kepentingan ataupun semangatnya secara total. Rang Undang-Undang ini perlu diluluskan. Sekiranya ada apa-apa kekurangan, kerajaan perlu dan saya menggesa kepada kerajaan untuk memastikan semua kekurangan ataupun kelemahan yang ada di situ boleh diperbaiki melalui pindaan pada masa-masa yang akan datang. Kita tidak mahu lagi ada orang-orang di sebelah sana, saya tak kisahlah mungkin Bukit Antarabangsa ke, Gombak Setia ke, tak tahulah Sungai Air Tawar macam mana, tak pastilah. Kita tak nak mereka ini menggunakan kalau ada loop hole (dalam bahasa undang-undang). Kalau ada loop hole yang ada dalam rang undang-undang ini mereka gunakan untuk melakukan perkara yang sama. Ini kita perlu ingat. Jangan kita lalai kerana kalau kita tidak hati-hati, ada lagi loop hole-loop hole yang akan digunakan oleh individu tertentu untuk kepentingan mereka.
Kita telah pun lihat di Perak. Kita tak tahu apa akan berlaku di Perak sebab sekarang ini ok lah sebab Menteri Besar Perak sudah angkat sumpah. Apa ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga telah pun mengambil tugasnya tapi sebelum itu apabila perpincangan berlaku, pastinya saya rasa ada perkara ada di dalam otak sesetengah pihak tu dia masih ingat. Boleh ke? Sempat ke? Saya guna apa ruang saja yang saya ada untuk tarik sokongan daripada wakil-Wakil Rakyat daripada sebelah satu tu di sebelah tu. Kita tak nak ini berulang. Kita tak nak langkah Sheraton ini berulang
sekali lagi di mana-mana negeri di Malaysia ini. Kita nak supaya martabat dan juga amanah rakyat itu diangkat sebagai satu perkara yang penting. Tuan Timbalan Speaker, saya pernah menyebut dan saya ingin menyarankan supaya kita juga perlu mengambil tahu bahawa bagi mereka yang lompat parti, mereka kalau ikut apa yang diluluskan oleh Rang Undang-Undang ini mereka dibenarkan untuk bertanding semula. Jadi, jangan kata undang-undang ini tidak demokratik kerana kalau tidak demokratik pastinya mereka yang terhenti daripada menjadi Wakil Rakyat ataupun ahli parti yang menyebabkan kerusi mereka ini dikosongkan mereka tidak ada hak untuk bertanding semula kalau ikut perlembagaan yang ada ni. Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang lama tu. Tak boleh. 5 tahun straight tak boleh bertanding. Tetapi kali ini kita telah pun mengeluarkan peruntukan ini ataupun halangan ini. Dibenarkan untuk bertanding dan kalau mereka bertanding atas tiket parti yang baru dan mereka menang maka kita kata rakyat yang mengangkat, rakyat yang membenarkan, yang mengizinkan mereka untuk melakukan tindakan itu. Kalau macam tu kita tak boleh buat apa-apalah. Kita kena terima, itu adalah keputusan rakyat. Seperti apa yang berlaku dengan rakan saya, Tuan Timbalan Speaker, Morib ya dengan Hulu Kelang. Walaupun pada masa itu keluar daripada ataupun dipecat daripada parti PAS tetapi masuk dan turun gelanggang dalam PRU-14 atas tiket Pakatan Harapan Amanah dan menang. Menang dengan bergaya. Jadi saya rasa itu adalah sesuatu yang kita kena terima. Orang-orang PAS tak boleh kata mereka ini pengkhianat tidak boleh lagi sebab itu adalah keputusan rakyat. Dan saya juga mengingatkan rakan-rakan di dalam Perikatan Nasional ini, jangan bersekongkol dengan pengkhianat. Jangan bersekongkol dengan katak-katak. Walaupun parti mereka itu bukan parti yang menerima katak-katak. Walaupun parti mereka ini buat masa ketika dahulu pernah menjadi mangsa kepada mangsa aktiviti lompat parti ini tetapi jangan sekalipun dalam Pilihan Raya- Pilihan Raya yang akan datang ini mereka pula yang bersekongkol dengan orang-orang yang lompat parti ini. Yang bekerjasama dengan parti-parti yang terdiri daripada lompat katak-katak ini untuk membentuk satu gabungan politik.
Banting.
Ya.
Banting.
Yang Berhormat Templer.
Langkah, langkah, langkah demi langkahhhh (sambil menyanyi). Langkah setan yang dibuat dekat Hotel Sheraton ini, Presiden parti saya dia bagitahu tiga empat hari sebelum langkah setan itu bermula Muhyiddin Yassin ada jumpa dia. Dia kata isunya isu Cina dalam Pakatan Harapan ini sebab ada DAP. Yang menjadi kemusykilan kepada saya tu masa Bersatu ditubuhkan masa dia join Pakatan Harapan dia tak tahu yang Banting ni Cina. Dia ingatkan yang Banting ni Melayu. Dia ingatkan yang Banting ni Melayu sebab itu dia
sertai Pakatan Harapan tapi bila dah menang. Bila dah menang boleh tubuhkan kerajaan, jadi Menteri KDN, jadi Menteri Ekonomi nafsu dia besar. Tak sabar. Dibantu oleh dua, tiga parti yang lain ni. Yang kemaruk nak jadi kerajaan ini. Yang dia punya kepimpinan parti pun bagitahu bahawa dialah yang sebenarnya yang menggerakkan langkah syaitan di Sheraton ini yang menyebabkan undi rakyat mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan telah dicabuli. Saya nak tanya pandangan daripada Banting. Apa masalah Cina DAP dalam Pakatan Harapan ini? Betul ke DAP ni nak gubal balik Perlembagaan, DAP ni tak nak raja-raja, DAP ni tak nak Melayu, DAP ni tak nak bahasa Melayu, DAP ni Komunis. Kalau boleh saya nak minta supaya Banting hari ini jawab sejelas-jelasnya tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam Pilihan Raya baru-baru ini.
Terima kasih. Saya menanti-nantikan saat ini untuk menebus maruah kita. Untuk memperjelaskan isu ini bukan sahaja di hadapan mereka yang tidak hadir tetapi juga di hadapan mereka yang hadir. DAP terdiri daripada berbilang kaum. Ada Cina, Melayu dan juga India, ada Kadazan, Dusun, ada Dayak, Iban. Kita ada Wakil Rakyat lagi daripada Dayak Iban. Rakan kita Ahli Parlimen Mas Gading, Saudara Bimol. Mordi Bimol, dia adalah anak Bidayuh sebelum ini kita ada Wakil Rakyat dari Tenom, Noorita Sual dari Kadazan Dusun. Kita ada lagi, ramai lagi Wakil Rakyat daripada bangsa India dan bangsa Melayu. Saya tak perlu cakap banyak sebab di Dewan ini kita ada ramai contoh. Parti DAP bukan Parti Komunis, itu adalah tohmahan ataupun fitnah yang sengaja ditaburkan untuk meraih undi. Undi menjaga kepentingan politik mereka. Yang Berhormat Taman Templer kena tahu sebelum Pilihan Raya saya ada baca Selangor Kini. Saya ada baca penerbitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulia kita, yang menasihatkan semua orang, semua calon, semua Parti Politik berkempen secara berhemah jangan memfitnah tapi kena pilih orang yang beramanah, yang ada integriti tapi jangan fitnah. Itu adalah mengikut ajaran agama Islam. Tetapi malang tidak berbau Yang Berhormat Taman Templer, bila kita turun kempen fitnah macam-macam yang melemparkan terhadap kita. Kita berasa sangat susah hati kerana DAP ini bukan sahaja dituduh sebagai Komunis. Kita ni dikatakan sebagai anti Islam. Macam mana kita anti Islam? Kita campur tangan dalam Hal Ehwal Pentadbiran Islam di negeri Selangor.
Banting.
Ya.
Semalam, Agentina kalah dengan Arab Saudi. Salah DAP!! Salah DAP yang menyebabkan Agentina kalah dengan Arab Saudi.
Bukan sahaja salah DAP saya rasa. Bukan saja Agentina kalah dengan Arab Saudi. Semua perkara di bawah langit ini di atas langit
pun di bawah langit pun apa saja berlaku semua salah DAP. Bukankah itu satu alasan yang mudah sekali tetapi adakah alasan ini masuk akal? Ha Yang Berhormat? Bila kita turun berkempen....
Yang Berhormat Banting.
Ya.
Taman Medan.
Terima kasih. Salah satu yang dinyatakan oleh Taman Templer sebentar tadi ya. Tuduhan bahawa DAP adalah Komunis. Saya nak mohon komen daripada Yang Berhormat Banting. Tuduhan Komunis ini datang daripada pihak yang pernah bermesyuarat dengan Parti Komunis China pada tahun 2017 di Ibu Pejabat Parti mereka. Ya ada satu terpapar ya, kalau mereka buat Persidangan Agong tahunan tu ada wakil Parti Komunis China sedangkan DAP tak pernah panggil. Jadi siapa sebenarnya yang menjadi pihak yang berkawan dengan pihak Komunis ni? Terima kasih Yang Berhormat Banting.
Menghadir ke Persidangan Parti Komunis China itu tidak lain dan tidak bukan adalah rakan-rakan komponen daripada Barisan Nasional. Ada gambar dia, ada video dia tetapi saya dan Parti saya, saya kira saya tak pernah hadir. Dan saya ingin mengisytiharkan di sini dan ramai lagi rakan-rakan kita daripada DAP kita bukan Komunis. Kita tidak ikut fahaman Komunis. Malahan ada sebahagian kita, kita anti-Komunis sebab Komunis ini adalah tidak selari dengan budaya dan juga semangat Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin bertanya kalaulah DAP ini Parti Komuniskan Komunis ini haramkan? Tidak dibenarkan pendaftarannya oleh Pertubuhan Pendaftaran Pertubuhan. Siapa yang jaga Kementerian Dalam Negeri? Antara tempoh 2018 hingga 2020? Siapa yang jaga Kementerian Dalam Negeri 2020 sehingga 2022 sebelum pembubaran Dewan Rakyat? Tidak lain, tidak bukan Muhyaddin Yassin 2018 sampai 2020, Menteri Dalam Negeri. Yang jaga Pendaftaran Pertubuhan 2020 sampai 2022 Hamzah Zainuddin daripada Parti Peribumi Bersatu, Perikatan Nasional. Kalaulah Parti DAP adalah Parti Komunis yang lawan Melayu, Yang lawan Bahasa Melayu, Yang Lawan Raja. Dahsyatnya! Sekarang ini Tuan-tuan dan Puan-Puan Yang Berhormat semua tak perlu tengok saya di sini. Kita semua dah masuk penjara. Bandar Baru Kelang masuk penjara. Kuala Kubu Baru masuk penjara. Banting masuk penjara. Parti DAP diharamkan tak ada lagi roket. Tetapi ini tidak berlaku. Buktinya macam mana? Maksudnya semua ini adalah tohmahan fitnah yang dilemparkan oleh Parti lawan khususnya semasa Pilihan Raya untuk menakutkan orang Melayu. Itu adalah tidak benar. Kerana kalau sudah benar kita nak tanya kalau orang percaya, dengar ni, nak tanya balik, kenapa kau sebagai Menteri Dalam Negeri kau tak buat apa-apa? Kenapa tak diharamkan DAP? Kenapa
tak tangkap dua tiga kerat Ahli-Ahli DAP tu parti itu ke dalam lokap? Kenapa tak buat? Kita tanya balik. Kena tanya balik.
Banting.
Ya.
Kuala Kubu Baru.
Banting. Saya rasa mesyuarat dengan Parti Komunis itu bukan masalah yang besar kerana kita pun pergi luar negara dan bermesyuarat dengan pelbagai pihak ataupun kita dijemput. Yang penting sekali ialah adakah DAP itu anti-Islam? Adakah ini betul tak?
DAP tidak anti-Islam. Muktamad. Noktah. Kita tidak anti-Islam malahan kita tidak mencampuri urusan pentadbiran agama Islam di negeri Selangor. Semasa kempen Pilihan Raya ada akar umbi Parti sesuatu yang mendakwa bahawa DAP ini mencampuri Hal Ehwal Agama Islam. Tidak benar sekali. Tidak pernah berlaku tetapi fitnah satu dunia mereka buat. Tik Tok, Face Book live, ceramah dan sebagainya...
Banting. Banting.
Banting bagi jap.
Banting. Banting. Dia, dia tuduh kalau Pakatan Harapan, kalau DAP kata ada nanti Islam terkubur, Masjid tak ada, surau tak ada. Ini saya nak sebutlah saya cakap punya celakalah saya kata. Speaker saya tarik balik tapi celakalah saya kata speaker saya tarikh balik.. ini memang celaklah saya cakap ikut.. saya tarik balik Speaker.
Taman Templer.. Taman Templer..
Speaker. Dia kata Selangor macam-macam tapi dia mari tazkirah mari kuliah, mari cari duit, mari berforum datang Selangor, mari surau di Selangor, mari masjid di Selangor. Sebab itu saya katakan memang celaka! Saya tarik balik Tuan Speaker.
Banting sebelum jawab saya nak tanya sikit.
Ya. Ya. Ya.
Ok. Saya nak minta maaf ya Tuan Speaker. Ok saya sebagai orang Islam nak tanya pandangan kepada yang bukan Islam tentang tohmahan-tohmahan bila dituduh DAP Komunis, DAP nak mengancam Islam dan sebagainya, fitnah-fitnah begini. Bagaimana pandangan orang bukan Islam sekarang bila begitu adakah mereka beranggapan Islam macam tu?
Sebenarnya rakyat Malaysia tak kira kaum, mereka menerima dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mereka tak nak campur pun apa pun urusan agama Islam. Mereka menghormati. Sama seperti orang Melayu dan Islam pun menghormati ajaran agama ataupun pengamalan agama-agama yang lain di tempat masing-masing tak ada isu tak ada hal. Orang kampung kata tak ada hal, tak ada hal. Tapi kerana politikus-politikus ini yang tak semestinya yang lompat Parti yang dahulunya juga mangsa kepada lompat Parti ini dan sekarang ini mereka bersekongkol dengan orang-orang yang lompat Parti ini mereka buat satu Perikatan, mereka ceramah satu dunia, mereka gunakan DAP ini sebagai mangsa. Memangsakan DAP. Dan kalau kita lawan balik, lawan hujah, susahlah! Nanti dorang kata memang sah yang ini dua tiga kerat DAP ni memanglah tengoklah cara dia hujah tu macam mana? Macam tulah. Ha tengok haaa. Marilah Melayu sokong PAS ataupun Parti-Parti Islam. Ataupun orang Melayu. Jadi tuan-puan semua Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat semua, apa yang saya lafazkan di sini adalah satu perkara yang saya rasa perlu kita hebahkan ataupun saya kongsikan kepada semua. Parti DAP tidak pernah sekalipun anti. Malah kita sokong apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau tak percaya. Kalau tak percaya, tengok Perlembagaan Parti kita. Kalau tak percaya tengok manifesto Pakatan Harapan. Kalau tak percaya, saya nak tanya bukankah kamu dulu baik semasa zaman Pakatan Rakyat lagi bekerjasama dengan orang DAP. Orang DAP dulu sampai sekarang ada bubar ke? Lim Guan Eng tetap Lim Guan Eng, Antony Loke tetap Antony Loke. Tak ada ubah banya-banyak tapi dasar kita ada pengalaman untuk bekerjasama dengan kita. Kerajaan negeri macam mana? Kerajaan Pulau Pinang macam mana? Kerajaan Perak dahulu di bawah Pakatan Rakyat macam mana? Kerajaan Perak yang dahulu di bawah Pakatan Rakyat macam mana? Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan macam mana? Kan ada pengalaman jadi EXCO lagi duduk satu meja lagi, bermesyuarat setiap minggu. Ada bukti tak? Tak ada.
Banting, Banting pandangan Banting yang menang pilihan raya ini, yang menang pilihan raya ini menang sebab fitnah, fitnah ini bukan malam. Siang hari fitnah. Kata kita Pakatan Harapan komunis, kita nak gubal perlembagaan, kita anti Raja, kita anti Melayu, kita anti Islam. Ini Selangor ini 15 tahun Pakatan Harapan perintah ada Raja, ada Melayu, ada masjid ada tazkirah, ada usrah, ada, ada, ada, ada, ada, ada, ada, ada, ada semua ada. Kali ini saya memang marah betullah. Yang menang ini macam mana, yang menang disebabkan fitnah. Islam melarang amalan fitnah ini. Bila kena korang dia ada ayat
dia, bila kena ke dia, semua haram, semua halal. Saya nak minta parti ni kalau boleh di haramkanlah dalam Malaysia ini. Sebab bawa rosak, dia penunggang, dia penjual, dia pengkhianat kepada agama Islam dalam negara kita ini. Memang saya marah betul ini.
Jadi sebabnya itu kita susah hati juga. Yang Berhormat Taman Templer tapi kena bersabar,saya sabarlah dalam tempoh 14 belas hari berkempen itu kita sabar. Kita tidak respons tapi kita pun berharap rakyat ada kebijaksanaan yang mencukupi barangkali ini kita kalah kan mereka menang, tapi saya yakin dengan antinya dengan adanya Anti Lompat Parti ini dan juga semangat ataupun undang-undang baharu yang akan dikemukakan kita berharap Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri dan akan membawa pada landasan yang betul. Kita kenalkan tapi Yang Berhormat Taman Templer jangan susah hati juga. Kita susah hati, tapi kita jangan terlalu susah hati. Kita perlu beringat undang-undang pilihan raya ini dia ada satu peruntukan yang menghalang dan menegah Wakil Rakyat ataupun calon ataupun individu daripada mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah ataupun kenyataan yang akan merosakkan hubungan kaum dan agama. Kitalah nanti adakah ini boleh digunakan untuk menghalang tindakan ini.
Banting, Banting kalau kita tengok satu klip video semasa kempen di Perak. Dia sebut terang-terang kalau Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri nanti dia akan halalkan LGBT. Banting tahu tak apa tak LGBT ini, lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan. Antan bertemu antan, lesung tidak berguna lagi. Kalau tak reti balik cari kamus.
Tapi hakikatnya orang yang rasa susah hati ialah ada orang yang percaya. Ada orang yang guna ini sebagai bahan kempen di pilihan raya. Itu sebabnya Yang Berhormat kata tadi ada menggunakan perkataan penunggang, penipu, pemfitnah. Saya simpulkan satu sahaja, P itu adalah perosak, perosak nasional yang merosakkan nilai-nilai murni yang ada di negara kita. Seperti yang saya kata, kalaulah betul-betul DAP ini masalah dia maka kau dulu sebagai Menteri Dalam Negeri kau buat apa? kau jaga Polis kau buat apa? kau jaga pendaftar pertubuhan kau buat apa? kalau kau tak buat apa penyandang kamu seterusnya kau buat apa? Larut buat apa? kalau larut tak buat apa-apa pun macam mana? jadi jangan guna ini sebagai parti DAP sebagai scape goat ataupun kambing hitam untuk menghalalkan tuduhan mereka itu. Kalau berani kalau jantan, bertanding pilihan raya ataupun apa-apa sahaja pilihan kita bahas tentang dasar negara, kita bahas tentang masa depan anak-anak kita. Tapi tak berani, yang hanya berani mereka buat main tikam dari belakang fitnah, itu sebabnya perkataan yang digunakan oleh Taman Templer yang bermula dengan huruf P itu saya boleh simpulkan perosak nasional. Merosakkan segala nilai murni yang ada dalam masyarakat Malaysia ini. Dengan fitnah dengan bohong. Jadi Tuan Timbalan Speaker, saya dengan ini saya ingin, saya sambung sikit.
Banting boleh saya mencelah.
Ya. Sekejab lagi.
Memang saya Banting hujan dan juga daripada Taman Templer bila kita kaitan dengan DAP dengan Cina dengan Komunis dan sebagainya. Tapi saya hairanlah tengok banyak orang Melayu beragama Islam menyertai parti DAP kita punya ADN-ADN Dusun Tua ada juga bersama kita, Bandar Baru, Bandar Baru pula, Bandar Utama ada dengan bersama kita. Apakah keistimewaan parti DAP yang boleh membawa anggota-anggota Melayu beragama Islam ke parti DAP?
Pastinya parti DAP ini nak betul-betul sekiranya parti ini sebuah yang parti yang betul-betul ikhlas untuk memperjuang hak semua rakyat maka saya rasa itu tarikan yang paling besar kalau parti ini dia bukan main kata sahaja, dia buat dia betul-betul melaksanakan. Dia betul-betul ikhtiar, dia betul-betul bekerja buat kerja untuk tolong rakyat tanpa mengira kaum. Itu sebabnya parti ini dapat sambutan, malahan semua parti sekiranya dia buat cara yang sama, saya kira dia boleh buat mendapat sambutan juga daripada penduduk berbilang kaum di Malaysia termasuk orang Melayu. Masalah kita ialah ramai parti politik di negara Malaysia ini khusus di sebelah sana, dia main cakap sahaja, dia main cakap itu pertama, kedua dia main fitnah main bohong, main sentimen, jadi saya ikut titah ucapan ataupun kenyataan tuanku kita jangan fitnah dan kita jangan balas fitnah dengan fitnah, kita balas fitnah dengan itu dengan fakta, fakta ialah kita DAP di dalam Kerajaan Negeri Selangor, kita tak ganggu, kita tak kacau, kita tak campur tangan dan kita tolong seberapa banyak boleh rakyat Malaysia, rakyat Melayu anak Cina anak India anak kita, itu apa yang dikatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kita jaga semua orang. Kita nak bentuk kerajaan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kita, kita perlu membina sebuah kerajaan yang inclusive yang merangkumi semua kaum, sebab negara Malaysia ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama semua rakyatnya yang berbilang kaum. Oleh sebab itu Tuan Speaker, saya amat berharap supaya kerajaan ambil tindakan. Kita tak nak tegur tegurlah, kita tak nak nasihat, nasihatlah tetapi kalau ada lagi orang mengingkar yang nak lompat parti yang melanggar undang-undang ini ataupun langgar peraturan dan undang-undang negara ini fitnah dan sebagainya, sudah sampai waktunya untuk PDRM dan SPRM untuk masuk untuk ambil tindakan, untuk menghukum mereka ini. Mereka yang membeli Wakil Rakyat yang merasuah Wakil Rakyat, menyogok wang ringgit dengan kekayaan dan kedudukan yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah yang tidak benar semasa kempen pilihan raya. Ada seorang calon saya lihat dia masuk ke bilik darjah dia pakai baju yang ada logo parti dia. Hairan saya mengapa perkara itu tidak ditegah, kan undang-undang Malaysia diterima pakai sama rata oleh semua rakyat. Saya masuk ke dalam apa ni bilik darjah saya tak pakai baju yang ada logo parti. Tapi saya tidak faham Taman Templer, saya tak faham Kuala Kubu Baharu, Yang Berhormat Kota Kemuning, yang saya tak faham Timbalan Tuan
Speaker mengapa ada orang boleh buat begitu. Dia pakai baju yang ada logo dia, dia masuk ke bilik darjah dia buang undi, dia tangkap gambar lagi, tak ada orang tegur. Calon lagi tak ada orang tegur. Saya dengan Tuan Timbalan Speaker kita adalah individu-individu yang special dalam pilihan raya ini. Pilihan raya kali ini kita bukan penyokong, kita bukan pencadang dan penyokong. Pencadang dan menyokong lain orang. Kita bukan agen, kita bukan wakil calon, kita ini walaupun Wakil Rakyat tapi kalau nak masuk pun susah. Sebab kita bukan agen kira undi, kita bukan agen tempat mengundi, kita bukan pencadang calon, kita bukan penyokong calon, kita bukan wakil pencalon, kita Wakil Rakyat kita tak ada peluang, kita tak ada peranan malahan kalau kita nak masuk sekolah pun, tag tak ada tak boleh masuk. Kalau you pengundi tempat sekolah itu bolehlah. Kita tak boleh nak ronda-ronda tempat mengundi ini kerana kita ini Wakil Rakyat, walaupun kita Wakil Rakyat tak boleh. Itu sebabnya saya kata undang-undang pilihan raya ini kita perlu perketatkan, kita perlu laksanakan, kalau ada orang sogok wang, yang rasuah, yang beli Wakil Rakyat, yang fitnah memfitnah, saya rasa sudah sampai masanya pihak eksklusif PDRM, SPRM, Pendaftar Pertubuhan untuk buat sesuatu. Jangan sampaikan pengundi dan rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem politik dan demokrasi di negara kita. Jangan sampai fitnah memfitnah sebagai budaya kita perlu berhentikan, kita perlu berhentikan budaya songsang ini dan saya berharaplah dan saya berharap bagi mereka yang ada wakil di dewan yang mulia ini jangan duduk dia sahaja, jangan sembunyikan diri, saya terima kasih kepada rakan kita, saya kira di kawasan Kuala Langat tohmahan daripada Barisan Nasional kurang sikit saya tak tahu mengapa, tapi kurang sikit. Tapi ini faktalah, ini pemerhatian saya. Barisan Nasional taklah fitnah tak tabur fitnah. Pakatan Harapan dia pun tak tabur fitnah Perikatan Nasional dia diam-diam sahaja. Diam-diam pun boleh menang 32 kerusi ni. Kita berharap politik matang ini jangan, Tuan Timbalan Speaker jangan cakap sahaja.
Saya rasa Yang Berhormat, Yang Berhormat senang lupa.
Mungkinlah adalah, saya tak kata ada, saya kata ada tapi sikit-sikitlah ada. Ha ha.
Dah insaf.
Dimaafkanlah, mungkin dia insaf, ataupun mungkin kali ini dia dalam posisi defending mungkin dia sedikit defensive dia pun tak naklah serang-seranglah. (suasana riuh). Tapi itu saya rasa Tuan Timbalan Speaker, kita cakap tentang kematangan, politik matangkan. Politik matang ialah bukan sesuatu yang cakap sahaja, dahulu dia ada sebuah partikan. Selalu kata politik matang, politik matang sana, politik matang sini tapi cakap tak serupa bikin yang melakukan ialah Pakatan Harapan.
Parti fitnah.
Sampai sekarang apabila kita nak membentuk Kerajaan Persekutuan. Sekarang ini masih lagi..
Yang Berhormat, Kota Damansara mencelah.
Yang Berhormat Banting, tidakkah dalam keadaan sekarang ini demi kepentingan rakyat dan kestabilan politik perlukah Barisan Nasional bersama dengan Pakatan Harapan. Apa pandangan?
Saya setuju kerana ini adalah suara hati semua rakyat Malaysia, tapi kita sangat susah hati bila ada orang ini yang selalu lagi selalu memainkan sentimen no DAP no Anwar. No DAP no Anwar no Federal Government lah. Then Malaysia have no future.
Yang Berhormat Banting. Ya terima kasih. Apa disebut oleh Yang Berhormat Banting tadi tentang kewajaran apa yang timbul Kota Damansara. Tidakkah contoh yang terjadi di Perak menunjukkan berjiwa besar Pakatan Harapan walaupun Pakatan Harapan kerusi dia lagi banyak daripada Barisan Nasional. Barisan Nasional jadi Menteri Besar. Saya ingat Semenyih rasa seronok di Perak. Barisan Nasional. Kita jiwa besar menunjukkan bahawa kita mengetepikan segala konflik segala politik adalah untuk rakyat kita. Baik terima kasih.
Tapi saya harap bukan Selangor ha.
Tapi bergantung pada keadaan tapi saya cuma ingin membincangkan perkara ini iaitu apa bila keputusan itu dan terbukti hal parlimen saya kira Anwar ada menghubungi rakan-rakan lain sama ada di Barisan Nasional ataupun GPS ataupun mungkinlah Perikatan Nasional, mungkinlah kalau ada. Untuk bincang Dato’ Seri Anwar orang putih kata reach out, send an olive branch untuk bincang, untuk kepentingan masa depan. Cuma kita tak faham tadi kata ada orang ini dia terlalu taksub dengan no DAP no Anwar, no DAP no Anwar no Federal Goverment no future itu sahaja, bagi saya itu sahaja,bukan bagi saya sahaja bagi semua rakyat Malaysia sama ada mereka menyokong Barisan Nasional atau pun Perikatan Nasional ataupun GPS ataupun GRS ataupun Pakatan Harapan kalau kita tabsub dengan kepentingan politik ini, kepentingan politik kepartian ini there will be no future for Malaysia and they forever unless political fight. Jadi saya berharap kita sebagai rakyat, kita sebagai pengundi, kita sebagai pemimpin politik, kita sebagai Wakil Rakyat masa untuk berkempen, masa untuk berkempen itu sudah berlalu. Sekarang masa adalah untuk fikir macam mana cara untuk membentuk sebuah kerajaan. Jadi saya berharap pada masa sama, rakan kita akan menghayati maksud
sebenarnya politik matang. Rakyat kita, rakan kita di sebelah sana yang khususnya yang begitu beria-ia dengan politik tohmahan, fitnah ini segeralah buangkan tabiat buruk ini. Kalau nak percaya, kalau kau percaya sangat dengan tohmahan-tohmahan fitnah ini, tunjukkan bukti. Jangan pula bukti tak ada cakap kosong dan apabila dicabar di mahkamah tidak ada bukti dan bayar ganti rugi. Kita tak tahu sudah berapa puluhan jutaan wang ringgit yang dibayar oleh orang-orang parti ini dalam kes mahkamah sivil, tuntutan saman. Tak tahulah. Banyak sudah. Saya kira Yang Berhormat Taman Templer pasti ada angkanya. Banyak kan? Yang di saman oleh Wakil Rakyat Amanah, ganti rugi yang dibayar kepada pemimpin parti Amanah, begitu banyak sekali. Tak cukup lagi ke? Nak lagi? Saya tak tahulah. Jadi Yang Berhormat sekalian, jadi saya dengan ingin mengakhiri ucapan saya.
Tuan Speaker boleh sedikit mencelah?
Ya sedikit.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Banting. Terutamanya saya nak bertanyalah sebab tadi Yang Berhormat Banting sebutkan politik matang ini kan. Saya kira dengan kematangan kita sebagai ahli Dewan Negeri di Selangor ini kita dapat menilailah dengan keadaan kita berpolitik di Negeri Selangor ini. Cuma saya nak ambil kesempatan nak ucap tahniah kepada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan ini apabila mendapat sebuah Kerajaan bersama-sama dengan Barisan Nasional di Negeri Perak. Cuma saya nak tanya sebab ada kenyataan daripada Menteri Besar yang sekarang ini bahawa adalah bodoh saya kalau tidak menerima tawaran sebagai Menteri Besar. Cuma saya nak tanyalah sama ada ini adalah satu bentuk sebagai rasuah ataupun sesuatu yang lain lah. Mungkin Yang Berhormat boleh jelaskan. Terima kasih.
Itu pada pendapat saya pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana dipilih dan menang dalam Pilihan Raya ini sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat di bawah DUN Banting salah sebuah kerusi di bawah Kuala Langat dan memang tugas besar untuk membawa suara hati rakyat Banting ke peringkat Parlimen. Tapi berkenaan dengan rasuah ini saya kira ia akan diperhalusi oleh pihak-pihak berkaitan sekiranya ada tuduhan dan lemparan bahawa ini rasuah. Parti Yang Berhormat ataupun Perikatan Nasional Yang Berhormat di kawasan Perak itu boleh buat laporan. Yang saya nak tanya balik, Dato’ Seri Haji Saarani dia ada bincang dengan parti Perikatan Nasional tetapi tidak ada sebarang tawaran yang saya sekarang ini sangsi ini atau secara subjektif. Apa yang saya rasakan, apakah mungkin Perikatan Nasional hendak cuba menggunakan taktik lama? Yang Berhormat semua tahulah apa maksud taktik lama. Taktik lama. Yang kedua, undang-undang anti lompat parti ini masih belum diluluskan di Negeri Perak. Undang-undang ini masih belum lagi diluluskan di Negeri Perak. Jadi kalau ada ADN
Barisan Nasional yang lompat, kerusi tidak akan dikosongkan. Jadi saya ingin bertanyalah apakah yang bermain dalam fikiran dan otak pemimpin Perikatan Nasional di kawasan Negeri Perak. Tapi saya tak tau. Cuma sekarang ini kalaulah ada isu berkenaan dengan rasuah, siapa saja pun boleh buat laporan SPRM, betul tak Yang Berhormat Sungai Air Tawar? Boleh kan? Boleh. Tapi akan disiasat dan akan ditentukan oleh pihak berkuasa. Oleh sebab itu saya kata, undang-undang berkenaan dengan kesalahan pilihan raya ini sekarang ini SPRM, SPR, PDRM dia sekarang ini kena siasat, kena buat betul-betul. Kalau ada undang-undang dalam pilihan raya yang menegah tindakan memberi Wakil Rakyat menegah tindakan pakai parti logo dalam pakaian semasa masuk bilik darjah, kalau adalah. Kalau ada undang-undang yang menegah mereka menggunakan fitnah untuk berkempen, kalau ada. Kalau ada undang-undang yang melarang mereka menggunakan kenyataan-kenyataan yang akan menjejaskan hubungan kaum dan agama di Malaysia ini. Kalau-kalau adalah, hukum mereka. Hukum kaw kaw. Kalau ada. Kalau ada sampai yer Yang Berhormat Taman Templer. Nak haramkan parti itu, silakan.
Banting, Banting, Banting. Saya setuju sangat tadi tu. Macam dia sebutkan kes Lim Guan Eng, yang kata Lim Guan Eng ambil duit kan? Yang presiden saya sebut Lim Guan Eng senyum jer. Senyum didapati bersalah. Hah, ini undang-undang yang terbaiklah di dalam negara kita. Senyum didapati bersalah. Cuma saya nak tanya balik pada Sijangkang, kalau boleh Sijangkang, tolong jawab. Dapat duit mana kempen yang banyak sangat baru-baru ini? Kan? Dapat duit banyak mana ini? Siapa bagi duit yang banyak sangat ini? Kalau kita tengok kempen baru ini, kita kata kalau kita Pakatan Harapan memang lah, Pakatan Harapan ini memang tak reti nak menculik, tak reti nak mencuri. BN pun saya tengok, ermmm tak ada kelas lah BN kali ini. Dia punya banner tidak banyak, dia punya bunting pun tak banyak. Tapi kalau Perikatan Nasional nombor satu, nombor satu. Cuma kita nak tanya dapat duit dari mana? Dapat duit daripada mana? Kita nak tanya. Kalau tak betul, kita tubuh kerajaan nanti kita report, kita minta polis dan juga SPRM siasat.
Kita dikejutkan juga sebenarnya semasa kempen pilihan raya dikejutkan. Menteri KASA, Menteri Air ini ada menandatangani dua-tiga surat tawaran untuk memberi kontrak kepada beberapa syarikat yang melibatkan wang berbilion-bilion ringgit. Sebenarnya Yang Berhormat Taman Templer, saya juga ada melontarkan soalan ini semasa kempen pilihan raya tetapi tidak ada jawapan. Tak ada jawapan. Kita lihat makin hari makin banyak bendera dia. Makin hari makin banyak bunting dia, makin hari makin banyak papan iklan dia. Ada warriors-warriors tertentu. Ada yang baju biru, ada baju hijau pun ada. Ada yang saiz macam ini, ada yang saiz besar. Makin hari makin banyak, tulisannya pun makin hari makin menarik. Kita pun tertanya-tanyalah, adakah ia ada kaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh Menteri Air itu? Menteri Air itu daripada parti apa? Daripada parti apa saya tak tahu, Yang Berhormat.
DAP.
DAP. Oh, saya kena tanya Setiausaha kawan saya. Kalau dia tak tahu dia dari DAP, macam mana parti DAP boleh tolong parti PAS.
Boleh Yang Berhormat? Saya ingat.
Yang Berhormat nak jawab soalan dari mana datang wang itu.
Saya nak penjelasan dan bukti kalau dapat ditunjukkan oleh Yang Berhormat Banting kerana ada menyebutkan ada kontrak yang ditandatangani. Saya ingat lebih baik tunjukkan bukti begitu juga dengan saya kira yang disebutkan oleh Yang Berhormat Taman Templer. Tak perlu tunggu nanti kalau ada sebuah kerajaan. Kalau ada bukti sekarang, atau pun laporkan kepada pihak yang berkuasa.
Saya tak tohmah, saya tak tuduh. Saya Cuma bertanya saja dari mana datang wang itu.
Sumber mana kewangan sebagainya kita akan keluarkan laporan-laporan kewangan.
Saya Cuma bertanya saja dari mana datang wang itu.
Yang Berhormat ada sebutkan ada surat kontrak yang ditandatangani.
Ada laporan media. Adakah dia pernah? Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat, adakah benar ada kaitan atau tidak dengan kontrak-kontrak yang diberikan itu. Soalan saja, jawapan hanya ya atau tidak. Ada atau tidak ada. Tak perlu international rumours. Saya tak tuduh tapi ada tohmahan, ada tuduhan macam ini, saya sebagai calon dan sebagai Wakil Rakyat Kuala Langat saya tanya. Saya tanya semasa ceramah, saya tanya secara terbuka, tak ada soalan. Kebetulan di sini saya nampak ada wakil-wakil yang saya rasa ada jawapannya. Saya pun cuba tanyalah, maka dengan itu saya pun berharap dapat jawapan. Jawapannya hanya mudah saja, sama ada ya atau tidak. Saya ingat Yang Berhormat Sijangkang nak jawab ya atau tidak. Jadi ya ke tidak? Tidak.
Haa, sekarang Yang Berhormat (tidak jelas). Buktikan sebelum keluar kenyataan. Saya ingat ada kenyataan dari Menteri KASA pun.
Bukan, saya tanya tentang kempen Kuala Langat. Saya tak tanya tentang kempen Bera ke, Marang ke, Kota Bharu ke.
Boleh buat semak laporan kewangan kita masa kempen pilihan raya. Saya ingat, kita tak ada dapat sumber dari mana-mana.
Saya nampak Yang Berhormat boleh jawab ya ke tidak. Ya atau tidak. Itu sahaja.
Ya atau tidak apa?
Ya atau tidak terima, adakah kempen pilihan raya Yang Berhormat di Kuala Langat ini ada kaitan dengan wang yang disumbangkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang terlibat dalam kontrak itu.
Tidak.
Hah, itulah. Itu saja. Kenapa nak putar satu dunia ataupun international rumit. Itulah jawapan Yang Berhormat. Jadi kita terimalah, jadi jangan gusar. Kita tanya saja. Kita gentleman.
Kota Damansara.
Banting. Terima kasih. Tidakkah Banting tahu atau maklum sekiranya Pakatan Harapan memerintah antara salah satu usaha yang akan dibuat ialah bahawa SPRM di bawah seliaan Parlimen. Itu mungkin boleh, apa kenapa Pakatan Harapan berharap perkara sebegitu rupa? SPRM di bawah Parlimen. Boleh jelaskan?
SPRM di bawah Parlimen saya rasa di luar bidang kuasa saya untuk menjawab tetapi ada kalanya saya rasa sekiranya ada peruntukan seperti itu maka senanglah ataupun mudah ahli Parlimen memantau perjalanan dan pelaksanaan SPRM. Tetapi itu pun perkara di peringkat Parlimen dan lebih baik kita serah kepada ahli-ahli Parlimen yang ada baru dipilih untuk mendalami perkara ini. Tapi saya tidak ada bantahan sekiranya hendak dibuat sedemikian rupa cuma saya menegaskan supaya pihak-pihak berkaitan perlu menyiasat perkara yang melibatkan kesalahan pilihan raya ini dengan sedalam-dalam. Jangan buat sepintas lalu saja, jangan ingat perkara ini remeh temeh, jangan ingat perkara ini pilihan raya dah lepas kita tak perlu buat apa-apa. Padahal sekiranya dibiarkan begitu sahaja,
tidak disiasat ia akan menjejaskan masa depan dan juga pembangunan politik di Malaysia ini. Kita tak nak rakyat atau khususnya pengundi muda dia muak dengan politik. Dia muak politikus, dia muak dengan penglibatan dalam parti politik. Kita tak nak. Kita nak semua untuk mengambil bahagian, mengambil bahagian dalam politik dan menyemarakkan pembangunan politik di Malaysia agar ia jadi lebih demokratik, lebih adil dan lebih rasional dan bukan berdasarkan kepada emosi. Hari ini kita telah pun mengorak langkah yang bagus untuk membawa satu Rang Undang-undang untuk menegah Wakil Rakyat daripada lompat parti dan kalau lompat parti mereka perlu mengosongkan kerusi dia. Tetapi beliau dibenarkan bertanding untuk semula sebagai calon kerusi yang sama. Saya kira ini adalah semangat besar yang kita perlu menyokong semasa membahaskan Rang Undang-undang ini. Berkenaan dengan perkara-perkara yang lain saya rasa kita perlu menjadi tanggungjawab bangkitkan di sini sebagai ingatan semua. Kita ini adalah Wakil Rakyat, kita akan mengambil bahagian dalam pilihan raya nanti, kita akan berhadapan dengan rakyat. Kita perlu menjelaskan, membawa budaya politik yang matang yang rasional yang tidak berdasarkan emosi yang berdasarkan fakta bukannya fitnah untuk dibawa kepada rakyat supaya rakyat tidak terbawa-bawa dengan emosi-emosi yang keterlaluan. Itu saja Tuan Timbalan Speaker, saya dengan ini ingin menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian terima kasih.
Saya mempersilakan Sungai Air Tawar.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bismillah hir-rahman nir-raheem, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Lompat si katak lompat, Dari halaman hingga ke dapur, RUU lompat parti sudah disepakat, Semoga Malaysia dan Selangor terus Makmur
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Sungai Air Tawar untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang yang cukup penting kepada asas kestabilan politik dan menjunjung tinggi prinsip dan nilai demokrasi di negara kita dan Negeri Selangor ini. Rang Undang-undang Enakmen Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor pindaan 2022 ini akan menjadi nilai tambah kepada pembaharuan sistem demokrasi negara kita dalam Negeri Selangor yang kita cintai ini. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya juga secara peribadi ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sahabat saya Yang Amat Berhormat Sungai Tua, begitu juga kepada Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Kota Kemuning, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Taman Templer begitu semangat ya, atas kejayaan memenangi
kerusi Parlimen di tempat masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 pada minggu yang lepas.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyatakan bahawa selaku Ketua Pembangkang, saya menyokong penuh penggubalan Rang Undang-undang ini dan menginsafi akan bahawa perbuatan lompat parti telah menyebabkan banyak polemik dan krisis politik di negara ini. Bahkan perkara ini terkait rapat dengan pengkhianatan kepada mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih kita semua sebagai wakil mereka di Dewan yang mulia ini. Dunia hari ini berada dalam situasi yang tidak ketentuan. Kita baru sahaja menempuhi keadaan berganda iaitu kemelesetan ekonomi dan wabak Covid 19, meskipun kita telah ada di landasan permulaan ekonomi kita diancam pula dengan ancaman ekonomi mendatang yang menguji daya tahan ekonomi negara dan rakyat. Tinjauan ekonomi dunia tahun 2023 menunjukkan dunia yang akan semakin tidak menentu dan mencabar. Susulan konflik geopolitik di antara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China serta perang Rusia dan Ukraine, tekanan inflasi global dan prospek pertubuhan ekonomi yang lemah. Pada awal tahun lalu, tabung kewangan antarabangsa mengunjurkan kadar pertubuhan kadar ekonomi dunia bagi 2023 pada kadar 3.8%. Namun pada Julai lalu, IMF telah menyemak semula unjuran 2023 kepada 2.9%. Cabaran-cabaran besar ini hanya boleh ditangani oleh sebuah kerajaan yang stabil, inklusif dan kondusif. Maka langkah Penggubalan Rang Undang-undang ini selari dengan Kerajaan Persekutuan amatlah bertepatan dan wajarlah disokong, semua tanpa kira fahaman politik. Merujuk kepada Laporan Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri terdapat sekurang-kurangnya 41 daripada 193 negara daripada seluruh dunia penggubalan lompat parti. Hal ini membuktikan fenomena lompat parti ini dialah isu global dan hanya boleh ditangani melalui mekanisme undang-undang.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Ke-9 daripada UMNO dan Barisan Nasional iaitu Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah selaku Perdana Menteri dan selaku Ketua Majlis mendukung menyaksikan sistem demokrasi di negara ini. Sesungguhnya ini adalah legasi besar UMNO dan Barisan Nasional bagi memastikan maruah dan nilai moral ahli-ahli politik di negara ini menjadi prinsip utama didalam menjunjung keutuhan sistem demokrasi. Bahkan legasi ini akan mengangkat penyertaan rakyat di dalam sistem demokrasi kita demi memastikan wakil-wakil mereka menghormati mandat dan kepercayaan yang telah diberikan melalui proses pilihan raya. Seperti ungkapan tokoh politik dunia Presiden Abraham Lincoln Kerajaan dengan izin, of people by the people for people...
Sungai Air Tawar.
Itu adalah asas kepada demokrasi dan pembaharuan..
Sungai Air Tawar.
Pimpinan Barisan Nasional bagi memastikan maruah dan sistem demokrasi terus terpelihara.
Terima kasih sahabat saya Sungai Air Tawar. Tak kan nak musuh pula.
Sahabat ya. Tahniah. Tahniah Yang Berhormat. Tahniah sahabat sebab kita semua sahabat.
Sebut Keluarga Malaysia tadi. Baik. Ya, Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Yang Berhormat ada menyebut bekalan bahawa apa yang berlaku tentang Penggubalan Rang Undang-Udang yang berkait dengan parti lompat. Ini adalah hasil daripada daya usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu. Tapi sedar ke Yang Berhormat bahawa idea ini juga dibuat oleh Pakatan Harapan sebab ada satu persamaan satu component Pakatan Harapan dan satu component Barisan Nasional iaitu keadaan rakyat dan UMNO sendiri menjadi mangsa lompatan ramai-ramai ni. Banyak di kalangan wakil-wakil rakyat dari parti Keadilan Rakyat dan juga UMNO sendiri telah dicuri atau melompat ke parti pribumi Bersatu Malaysia. Jadi, apakah sebenarnya yang boleh dikatakan mungkin bersetujulah bahawa ini juga idea dari pihak kami Pakatan Harapan untuk merealisasikan kerana Perdana Menteri pada ketika itu adalah UMNO dari Barisan Nasional dan mungkin ada persefahaman daripada majlis tandatangan itu juga satu faktor berlakunya perkara tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Saya kira bukan sahaja
Taman Medan.
Taman Medan. Minta maaf, Yang Berhormat Taman Medan. Saya kira bukan sahaja kita malahan saya yakin rata-rata pengundi juga tidak bersetuju dengan perkara lompat melompat ini. Atas sebab itu saya berbahas ini, khusus atas perkara ini. Aktiviti melompat parti telah memberi kesan sangat besar kepada kestabilan negara dan prospek ekonomi pelaburan. Berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya sehingga April 2021 seramai 39 orang atau hampir 18% dari keseluruhan ahli parlimen telah melompat parti. Sejurus pertukaran kerajaan sejurus Pilihanraya Umum Ke-14 pada tahun 2018, kita telah melihat bertapa ramai ahli parlimen yang telah melompat-melompat ke sana ke sini. Hasil lompatan ini telah menyebabkan krisis politik, ketidakstabilan dan ketentuan di negara ini. Dalam tempoh kurang 4 tahun kita telah menyaksikan pertukaran tiga buah Kerajaan dan tiga orang Perdana Menteri. Fenomena lompat parti semenjak 2018 ini juga telah menyebabkan perpecahan ahli parlimen kepada
beberapa politik utama yang membawa kepada pertandingan sengit sekurang-kurangnya 3 penjuru pada Pilihanraya Umum baru-baru ini. Hal ini menyaksikan pola pengundian terpecah merentasi beberapa parti utama sehingga sekali lagi kita berada di kancah ketidaktentuan politik akibat Parlimen yang terkandung. Apabila tiada mana-mana parti politik pun yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Di negeri juga fenomena lompat parti telah menyaksikan banyak pentadbiran negeri terjejas apabila Ahli-ahli Dewan Undang melompat parti ke seberang sehingga menyebabkan kejatuhan Kerajaan Negeri yang memerintah. Ini pernah berlaku di Kelantan, Sabah, Johor, Melaka, Perak dan Kedah. Saya mengambil maklum berdasarkan pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebentar tadi, asas peruntukan Undang-Undang Tubuh Selangor ini adalah diambil daripada Peruntukan 6 (A) 1663 bagi memastikan penyeragaman daripada segi peruntukan dan fungsi undang-undang dengan Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, Rang Undang-Undang ini seharusnya konsisten juga dengan apa yang dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan menjawab soalan teknikal seperti taksiran yang jelas berkaitan larangan Ahli Dewan Negeri bertukar parti, status Ahli Dewan Negeri yang bertukar daripada bebas kepada bertukar ke parti yang lain sama ada di bawah gabungan sama ataupun berbeza, Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipecat dari parti politik dari segi mekanisme pemakluman kekosongan kerusi setelah Ahli Dewan bertukar parti.
Saya juga menyokong penuh, pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang dibuat oleh Bab 5 Bahagian Ke-2 yang bakal menyaksikan pemotongan Fasal 5 Perkara 64 dan memasukkan perkara baharu iaitu Perkara 65 (A) sebagai perkara baru selepas 65. Bagi memastikan keberkesanan Rang Undang-undang ini saya menyeru agar Kerajaan Negeri memastikan Rang Undang-undang segera diwartakan supaya dapat dikuatkuasakan sebelum Pembubaran Dewan Negeri Selangor . Ini bagi Pilihanraya Negeri pada tahun hadapan. Saya rasa Yang berhormat Tuan Speaker, cukup sampai sini sahaja ucapan saya pada hari ini saya mengajak semua rakan-rakan Ahli Dewan tanpa mengira fahaman politik di atas semangat partisyen untuk menyokong Rang Undang-undang ini. Selaku Ketua Pembangkang dan DUN Air Tawar saya menyokong penuh Rang Undang-undang, Enakmen Undang-undang Tubuh Negeri Selangor Pindaan 2022 ini telah mengembalikan maruah dan martabat sistem demokrasi negara ini agar terus dipandang tinggi oleh rakyat. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang, DUN Sungai Air Tawar. Dipersilakan Yang Berhormat Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker.
Sang pengkhianat berpakaian perang, Ucapannya manis namun jiwanya penuh arang, Tangan ditadah seakan suci, Mulut berdoa namun hati penuh benci,
Air mata menitis kesedihan, Tangan memegang kain Harapan.
Pada tahun 2020, negara Malaysia dikejutkan dengan satu insiden yang tak pernah berlaku dalam sejarah kami, di mana beberapa orang wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan telah berkomplot dan membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan dan bergabung dengan parti-parti pembangkang bagi menubuhkan kerajaan.
Antara 23 hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020, rakyat Malaysia telah menyaksikan pengelutan kuasa yang dahsyat antara dua-dua kem tersebut pada tahap Kerajaan Persekutuan. Selepas pencetusan pada 23hb Februari 2020, maka pelumbaan untuk menarik seramai wakil rakyat yang mungkin untuk mencapai bilangan 112 telahpun bermula. Terdapat juga beberapa orang wakil rakyat yang telah menukar pendirian mereka sebanyak empat kali dalam sehari! Pengelutan kuasa pula juga dapat dilihat dalam beberapa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan. Kesan insiden tersebut pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri masih boleh dirasai sehingga hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor juga tidak dikecualikan kerana terdapat beberapa wakil rakyat dalam Dewan yang Mulia ini yang juga telah melompat parti. Jangan kita sesekali dikeliru. Insiden tersebut merupakan satu pengkhianatan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Perlu kami juga ingat bahawa pengkhianatan pada masa itu timbul pada masa kritikal di mana negara kita sedang memerangi wabak Covid-19. Pengkhianatan ini juga telah menyebabkan pengeluaran pelaburan sebanyak RM 43 billion daripada pasaran saham pada masa itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita perlu faham sistem pilihanraya Malaysia yang menggunakan sistem “first-past-the-post”, dengan izin. Sistem first-past-the-post kebiasaannya akan mengalakkan sistem dua parti. Fakta ini diketahui semua pelajar Sains Politik. Parti-parti kecil jarang boleh hidup sesendiri dalam sistem ini. Kalau parti-parti kecil yang ingin hidup dalam sistem ini, maka suatu pakatan perlu dijalinkan, biasanya sebelum pilihanraya. Pakatan tersebut akan duduk bersama untuk membahagi kerusi, dan kebiasaannya akan bersetuju kepada suatu manifesto untuk dilaksanakan jika pakatan tersebut berjaya membentuk kerajaan. Oleh sebab itu dan oleh sebab sistem demokrasi negara Malaysia, masyarakat kita dan semua negara yang menggunakan sistem yang sama kebiasaannya akan mengundi mengikut parti. Oleh itu, calon tersebut akan diikat kepada lambang parti dan gabungan parti yang dipilih melalui pilihanraya diberikan mandat rakyat untuk membentuk kerajaan. Dengan itu, usaha untuk memecahkan gabungan tersebut bermaksud rampasan mandat rakyat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah masa kita untuk lindungi mandat rakyat melalui pindaan Undang-Undang Tubuh pada hari ini. Sepertimana kami sedia maklum, 4 hari lepas, negara kami telah melalui Pilihanraya Ke-15. Kali ini, pilihanraya Negeri Selangor tidak diadakan serentak kerana Kerajaan Negeri Selangor berputus untuk tidak bubar bersama-sama dengan Parlimen. Pada padangan Subang Jaya, tindakan demikian adalah wajar memandangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor belum dipinda untuk merangkumi fasal-fasal berkenaan anti-lompat parti. Walaupun terdapat banyak kesan, tindakan untuk tunggu sehingga pembentangan undang-undang hari ini akan memastikan agar demokrasi Negeri Selangor dilindungi dan mandat rakyat dibela. Dalam perjuangan untuk menggubal undang-undang anti-lompat parti, Subang Jaya ingin mengiktiraf Yang Berhormat Lim Kit Siang. Empat puluh empat tahun dulu, beliau telah meramalkan satu masa hadapan di mana ruang politik didominasi ketamakan dan penyalahgunaan kuasa.
Pada Mac 1978, beliau telah dengan berani membentangkan satu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian atau Private Members Bill untuk menggubal undang-undang sedemikian. Walaubagaimanapun, beliau gagal pada masa itu. Empat puluh empat tahun selepas itu, usaha untuk mengelak anti lompat parti oleh beliau akhirnya menjadi realiti di Parlimen, dan hari ini, Dewan Undangan Negeri Selangor.
Inilah maksud perjuangan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mungkin apa yang kami usahakan hari ini tidak nampak hasilnya. Tetapi jangan sesekali kami berputus asa jika apa yang diperjuangkan adalah perkara yang baik. Kami membawa suara rakyat, dan selagi rakyat menaruh kepercayaan untuk kami membawa suara mereka, janganlah kami mengecewakan mereka. Dalam perkara ini juga Subang Jaya ingin mengiktiraf Yang Berhormat Bukit Gasing, mana beliau telah pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada 16 Julai 2020 membawa satu usul untuk menggesa Dewan Negeri Selangor meminda Undang-undang Tubuh supaya Ahli-Ahli Dewan Negeri yang melompat parti perlu mengosongkan kerusi mereka.
Pada masa itu, dikatakan kes Supreme Court Nordin bin Salleh menghalang pindaan sedemikian. Untuk makluman, kes Nordin bin Salleh mengatakan bahawa Undang-Undang Anti-Lompat Parti adalah bertentangan dengan kebebasan berpersatuan yang dilindungi dalam Artikel 10.
Subang Jaya dalam menyokong usul Bukit Gasing pada masa itu mengatakan pendirian bahawa kebebasan berpersatuan tidak terjejas kerana ADUN masih boleh melompat, masih boleh berpersatuan – cuma kesan Undang-Undang Anti-Lompat Parti adalah beliau perlu berdepan semula dengan rakyat.
Baru-baru ini, iaitu pada 3 Ogos 2022, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam kes Zulkifli bin Ibrahim vs Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengatakan, dengan izin:-
“[12] In our judgment, an elected representative’s ability to change or have changed his membership of a political party, for whatever reason, does not take on the character of the personal right of a citizen to form associations as envisioned in Article 10(1)(c) of the Federal Constitution. It is instead, part and parcel of the proper functioning of Parliamentary 4 democracy and as such, can be validly restricted and regulated by laws passed, in this case, by the State Legislature with the view to regulating the terms for qualification of membership in the first respondent. [16] In our view, once an elected representative has succeeded in an electoral contest on the ticket that he sought, he has exercised his right of association by contesting on that ticket. Once he is in the House or the State Legislature, the nature of his association takes on a different character in that it is no longer his personal right to associate but now governed by the ticket he stands on upon having been given the mandate by the electorate that entrusted to him that position.”
Status kami sebagai wakil rakyat dipegang kepada standard yang lebih tinggi. “More is expected of us” – dengan izin, kerana tindakan kami ada impaknya terhadap demokrasi.
Akhir kata, Ahli-ahli Yang Berhormat – tegakkanlah prinsip, lindunglah maruah, utamakanlah rakyat. Baik kita gugur gemi perjuangan daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Dengan itu, Subang Jaya menyokong pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Sekian, terima kasih.
Seri Kembangan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, Yang Berhormat Sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah, kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan satu draf Rang Undang-undang yang amat penting ini. Ia tepat pada masanya. Sidang kali ini akan tercatat dalam sejarah kerana kita akan membahas dan bakal meluluskan undang-undang yang menjadi Game Changer dengan izin di dalam arena politik Negeri Selangor. Walaupun pindaan undang-undang ini tidak rumit sangat, tetapi ia akan memberi impak yang sangat besar dan ia satu undang-undang yang dinanti nantikan oleh semua rakyat. Dalam hal lompat parti ini, banyak parti politik menghadapi masalah selepas Pilihan raya dan sentiasa bimbang dengan ahli-ahli yang mewakili parti mereka akan melompat parti ke melompat ke parti saingan. Tidak perlu saya diingatkan di sini bahawa wakil rakyat yang melompat parti merupakan satu tindakan yang mengkhianati mandat dan pilihan rakyat. Malaysia mengamalkan sistem First Past the Post dengan izin bagi tujuan Pilihan raya, maka parti atau gabungan politik yang memenangi kerusi terbanyak akan
mempunyai mandat untuk membentuk kerajaan. Sekiranya seseorang Ketua Kerajaan memilih untuk meletak jawatan ataupun hilang keyakinan majoriti di dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri maka, dengan sendirinya, mandat kerajaan yang dibentuknya juga terbubar. Kehilangan keyakinan majoriti terhadap seorang Ketua Kerajaan juga boleh dicetuskan oleh aktiviti lompat parti di kalangan Ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Isu ini sudah tentu dapat mencetus krisis perlembagaan serta mengundang ketidakstabilan politik yang sudah tentu boleh memudaratkan negara untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, pada Februari 2009 di perak tindakan 3 Ahli Undangan Negeri melompat parti telah menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada tahun 2009. Yang terbaru membabitkan langkah Sheraton pada Februari 2020 menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Ini merupakan satu isyarat yang jelas menunjukkan bahawa amalan demokrasi di negeri kini perlu ditambah baik. Rang Undang-undang ini boleh memastikan kestabilan politik berpanjangan dalam sesebuah kerajaan. Peristiwa penukaran Perdana Menteri sebanyak 3 kali selepas PRU-14 menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini. Jika tidak ditangani segera, kemungkinan kestabilan kerajaan juga akan tergugat selepas Pilihan raya. Jika kerajaan yang dipilih tidak mempunyai jumlah majoriti yang kukuh. Mungkin akan berlaku tawar menawar yang menyebabkan Wakil Rakyat keluar parti dan masuk parti lain. Jika ia membawa kepada robohnya sebuah kerajaan yang baru dipilih, maka episod sebegitu sudah pasti akan berulang dan hasilnya negeri kita akan terus berada dalam suasana tidak stabil. Undang-undang Anti Lompat Parti akan memberi keyakinan khususnya kepada pengundi. Rakyat akan bertambah yakin dengan kewujudan sesebuah kerajaan yang akan dilindungi dari bencana Wakil Rakyat bertukar parti. Pengundi akan menjadi lebih yakin, dengan pilihan yang mereka buat kerana mereka tahu wakil rakyat yang mereka pilih dan seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi tidak akan melompat parti. Perkara ini amat penting kerana tanpa keyakinan ini mungkin ramai yang tidak mahu turun mengundi kerana tidak yakin seorang Ahli Perundangan yang dipilih akan kekal dengan sesebuah parti politik. Rakyat akan berasa lebih selamat dalam suasana politik demokrasi yang lebih stabil dan berintegriti. Justeru itu saya ingin menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan kerjasama barisan sama-sama kita menghentikan gejala lompat parti ini. Arah ke hadapan saya juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya mengkaji keperluan untuk mengadakan satu Rang Undang-undang baharu seperti apa yang telah dilaksanakan di United Kingdom iaitu Fixed Parliaments Act 2011 dengan izin, yang telah menetapkan tarikh Pilihan raya dan rakyat tidak perlu sentiasa teka bilanya Pilihan raya akan berlangsung. Akhir sekali Tuan Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Saya persilakan Dusun Tuan.
Terima kasih Tuan Speaker. Pertama tama sekali kita semua saya pasti memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan pindaan
yang sangat bermakna ini yang pastinya suatu yang sangat penting di dalam sejarah Negeri Selangor. Selepas kita melalui Pilihan raya yang terbaru ini, kita melihat banyaknya muncul titik-titik ekstremisme atau melampau baik di media sosial atau di luar. Segalanya yang hanya bermula dengan kempen-kempen untuk meraih undi dan sebagainya, akhirnya beransur-ansur menuju kepada kegiatan-kegiatan yang lebih melampau dan lebih mengeruhkan keadaan. Jadi kita kena berhati-hati kerana titik-titik pelampau ini sentiasa ada dan bersembunyi di kalangan masyarakat kita dan amat-amat berbahaya sekali. Lagi-lagi kalau nanti yang ditujukan serangan itu ke atas sistem demokrasi kita dan juga akan menyebabkan runtuhnya amalan demokrasi dan akhirnya meruntuhkan juga institusi politik di negara ataupun negeri kita. Kita berdepan dengan dua ekstrem dalam soal demokrasi ini. Di satu penjuru merasakan ini lah sistem paling sempurna dan yang selain daripada sistem ini semuanya buruk belaka. Ini bagi saya tidak juga sihat kerana ia menutup ruang-ruang wacana dan akan menjadikan kita tidak dapat melihat apa yang perlu dibaiki dan apa kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi. Di satu penjuru lagi kita melihat ada sifat melampau yang merasakan sistem demokrasi yang kita amalkan ini adalah yang paling buruk. Sampai perlunya kita kembali kepada sistem-sistem pemerintahan pada masa lalu. Ini juga tidak sihat dan akhirnya akan membawa kepada kegiatan untuk meruntuhkan sistem yang sedang kita guna pakai ini. Jadi tanpa saya mahu menafikan keabsahan kebimbangan daripada kedua-dua penjuru ini berkaitan dengan kebaikan dan kelemahan satu sistem pemerintahan, saya yakin kita perlu berdiri di atas jalan tengah bukan kita nak mencari kesempurnaan yang sudah tentu sangat mustahil tapi kita nak melakukan yang terbaik dengan apa yang kita ada sekarang. Demokrasi ini lebih lagi demokrasi perwakilan yang kita amalkan bukanlah sistem yang paling ideal tetapi mungkin yang terbaik yang kita ada buat masa ini. Jika kita menerima hakikat itu, maka kita harus sentiasa melakukan islah penambahbaikan terhadap sistem yang ada sekarang.
Oleh itu setiap masalah yang timbul dan menggugat sistem sedia ada juga merupakan peluang untuk kita melihat titik lemah yang perlu diperbaiki. Ketidakstabilan beberapa tahun ini akibat daripada tindakan khianat mengkhianati dan lompat melompat parti telah membuka mata kita seluasnya pada titik lemah undang-undang kita. Seperti yang saya pernah bangkitkan sebelum ini ketika Bukit Gasing membawa usul untuk dipinda satu enakmen bagi menghalang aktiviti melompat parti ini kita berdepan dengan satu ironi sebenarnya di mana Pilihan raya kita, kempen kita dan segala aktiviti politik kita sangat menjurus ke arah kepartian tetapi dari sudut undang-undang dia sangat menjurus kepada Wakil Rakyat itu secara batang tubuhnya sendiri. Jadi sana ada ketidakseimbangan yang mengakibatkan kita lupa bahawa kadang-kadang kita dipilih sebab parti bukan semestinya diri kita sendiri. Jadi apa yang berlaku sebelum ini sehingga mengakibatkan ketidakstabilan bukan sahaja menyebabkan ketidakstabilan dalam pentadbiran tetapi juga telah merapuhkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem demokrasi yang kita amalkan. Sebab itu saya kata, saya ingatkan kita kena berjaga-jaga apabila kepercayaan terhadap sistem yang kita amalkan ini semakin merapuh. Pertama mungkin mereka akan menjauhkan diri
daripada sistem politik ini. Tapi yang paling kita risau dengan kemunculan pemikiran-pemikiran semakin melampau, akhirnya nanti akan bertindak menyerang sistem politik yang kita amalkan ini. Namun begitu, usaha ini yang untuk kita meminda enakmen ini dah tentunya tidak dapat diteruskan kalau tidak Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu meminda apa yang perlu dipinda seperi apa yang saya katakan tadi sebelum berdiri ketika dicadangkan oleh Bukit Gasing untuk meminda atau mewujudkan satu enakmen, akhirnya kita bersetuju kita terpaksa tunggu kepada Kerajaan Persekutuan untuk meminda dahulu perlembagaan kerana kita tidak mahu nanti ada pindaan ini dia akan menghalang daripada diamalkan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sudah tentu besar harapan kita agar pindaan kali ini dapat mengekang kegiatan lalang yang ke kiri dan ke kanan bergerak mengikut tiupan angin.
Orang biasa tak apa nak menjadi lalang. Rakyat biasa nak menjadi lalang, hari ini dia rasa dia nak sokong sini, dia pergi sini. Besok dia nak sokong sana, pergi sana, tak mengapa sebab itu orang biasa . Tetapi kita ini adalah Wakil Rakyat yang terlibat dalam pembentukan kerajaan kalau kita menjadi lalang, bertukar-tukar pasukan mengikut kepentingan sendiri, ini bukan sahaja mengganggu pentadbiran tapi juga menghakis kepercayaan terhadap amalan demokrasi kita. Sistem pemilihan kita juga, iyalah macam saya sebutkan tidak pernah begitu jelas tapi kita faham bahawa kita ini bukan sahaja individu di dalam Dewan ini dipilih masuk ke Dewan ini tetapi juga mewakili parti-parti yang kita ikuti yang mencalonkan kita untuk bertanding. Jadi saya sangat mengalu-alukan dan tentu sekali menyokong sepenuhnya pindaan ini yang mana kita boleh lihat dengan jelas disebutkan dalam Perkara 65A yang dimasukkan di dalam pindaan itu yang mana ‘Jika hendak hendak bertukar pasukan, jika hendak join team lain dengan izin, maka tentulah kerusi itu harus dikosongkan. Jadi saya kira inilah langkah pertama daripada perjalanan yang mungkin lagi panjang untuk kita terus membaik pulih sistem demokrasi perwakilan kita supaya ianya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem ini dan seterusnya mengukuhkan lagi institusi politik kita. Jadi kita jangan juga cepat berpuas hati dan kena terus meneruskan melihat titik lemah yang ada dalam sistem perundangan kita supaya kita dapat terus melakukan penambahbaikan. Jadi saya kira saya perlu menyokong dan saya mengajak semua. Hari ini saya lihat di sebelah pembangkang tidak ramai yang membahaskan lagi. Saya harap bersama-sama kita membahaskan dan tentu sekali bersama-sama kita menyokong kerana kena ingat ini bukan atas kepentingan mana-mana parti atau kepentingan mana-mana wakil, tetapi ini demi menjaga sistem demokrasi perwakilan kita. Demi memastikan institusi politik kita terus utuh dan tidak dirapuhkan oleh anai-anai keraguan orang ramai terhadap sistem politik kita. Saya dengan ini menyokong Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang meminda supaya kita mengelakkan adanya aktiviti lompat parti di masa akan datang. Sekian.
Ya terima kasih Dusun Tua. Saya persilakan Yang Berhormat Taman Medan.
Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Taman Medan untuk turut sama membahaskan pindaan Rang Undang-undang yang berkait dengan proses untuk mencegah perbuatan melompat parti bagi kalangan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang di bawah enakmen yang telah dinyatakan. Jadi berbetulan dengan apa yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum daripada pilihan raya umum yang ke-15 untuk mencegah berlakunya perbuatan bertukar parti oleh Ahli-Ahli Dewan, maka kalau kita mengimbas kembali kepada sejarah. Sebenarnya ia bukan suatu yang baru dan mungkin juga didorong oleh beberapa faktor. Kita tahu untuk seseorang itu bertanding menjadi wakil rakyat sama ada di peringkat negeri ataupun di peringkat parlimen. Kita perlu melihat dari sudut niat untuk kita mencurahkan khidmat kepada rakyat. Mewakili rakyat di dewan-dewan perundangan yang dinyatakan. Tetapi kemudian ia menjadi satu platform untuk mencari keuntungan peribadi. Ya, kalau saya nak merujuk kepada apa yang juga pernah berlaku, keruntuhan kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh PAS pada tahun 60an itu. Yang mana ia, berlaku disebabkan kerana ada proses perpindahan sokongan ataupun parti daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS pada waktu itu. Ia yang menyebabkan jatuh kerajaan negeri pada waktu itu. Begitu juga bagaimana apa yang berlaku pada tahun 2009 yang mana jatuhnya kerajaan negeri Perak kerana adanya simple majority ataupun majoriti tipis. Kedudukan Ahli Dewan Negeri ataupun Dewan Undangan Negeri pada waktu itu yang hanya dengan perbezaan 3 kerusi. Jadi cari 3 orang tukar dan ia nya berlaku dan banyak faktor ia kadang-kadang kita lihat faktor-faktor itu yang berbeza, ada yang saya dengar ada sebab adanya habuan dan tidak terkecuali juga dengan ugutan. Ada kes yang berlaku dengan ugutan-ugutan, tak makan dengan habuan maka diugut, kita boleh memperolehi dakwaan-dakwaan ataupun maklumat-maklumat sedemikian. Sebab itulah, apa yang berlaku nak dikongsikan oleh Taman Medan sendiri sesudah daripada Langkah Sheraton ataupun Langkah Syaiton. Taman Medan cukup malu kerana lokasi Langkah Sheraton itu dalam Parlimen Petaling Jaya yang ada Taman Medan. Sekarang saya nak bagi tahu dengan semua Hotel Sheraton ini yang menjadi tempat Langkah Syaiton itu sekarang ini merudum peniagaannya kerana apa, kerana berlakunya satu langkah yang telah menyebabkan terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi yang kemudian dipulihkan dengan adanya undang-undang anti lompat ini dan berlaku pada sidang yang pertama bila mana sesudah Langkah Sheraton dan salah seorang Ahli Dewan telah, Taman Templer jangan tanya siapa ya, bertemu dengan Taman Medan menawarkan untuk berpindah kerana dengan dikatakan disebut bahawa kami akan tambah peruntukan, kami akan tambah habuan, lalu apa yang difikirkan adalah bagaimana perasaan rakyat yang telah memberikan kepercayaan untuk mewakili mereka dengan platform yang telah ditentukan lantas itu yang difikirkan.
Begitu juga kita kedudukan sebagai seorang Ahli Dewan ini bukan untuk nak mencari suatu yang bersifat keuntungan peribadi. Seperti sesetengah daripada kalangan
mereka terbabit dalam politik. Sebab itulah kalau kita lihat apa yang berlaku ini ialah dengan tujuan untuk kita mengembalikan kepercayaan rakyat itu sendiri. Mengembalikan bahawa kerana orang sering melabel ahli politik ini sama sahaja. Ahli politik ini tidak ada beza, bagaimana ada seorang Ahli Parlimen dari Setiawangsa, Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad beliau pernah dalam kenderaan awam menaiki LRT, dalam tatkala beliau berada di situ dilihat oleh seorang rakyat di kawasan beliau dia kata ini ahli politik sama sahaja perangai. Dia kata saya tak terbabit, saya masih kekal sama sahaja. Lalu bagaimana nak membina nak memberikan persepsi yang baik inilah usaha kita dan saya percaya kalau ini berlaku, cuma ia nya perlu dikuatkuasakan dengan tegas dan begitu juga kalau kita melihat dari segi kandungan undang-undang itu sesuatu yang wajar diperhalusi. Kadang-kadang mungkin ada sesetengah daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri itu ataupun Dewan Rakyat mungkin sengaja buat hal untuk supaya dipecat daripada parti, mungkin.
Tetapi kalau kita lihat perkara ini perlu juga menjadi satu bentuk perbahasan bagaimana ia nya boleh diaplikasikan ataupun diimplementasikan supaya dapat mencegah daripada unsur-unsur sedemikian dan begitu juga ada dibangkitkan sebentar tadi ialah tentang bagaimana pembentukan gabungan dalam parti itu bila mana ada ahli gabungan keluar itu menjadi punca utama kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020 yang lalu dan inilah kita lihat bahawa ketidakjujuran itu menjadi satu elemen yang telah menyebabkan keruntuhan kerajaan itu sendiri. Kalau kita lihat ketidakjujuran itu juga menyebabkan terhilangnya kepercayaan daripada banyak pihak, kalau kita tengok bagaimana sekarang ini keadaan ekonomi kita yang masih tidak lagi meyakinkan kepada berlakunya pemulihan ekonomi bila tengok sistem macam ini apa punya jenis kerajaan ini. Kadang-kadang macam yang disebut Taman Templer, mulalah ada orang cuba nak main sentimen-sentimen apa Melayu Islam. Betul. Betul tak Taman Templer. Kita nak membina satu kerajaan yang boleh memberikan khidmat yang baik untuk rakyat, menyediakan kehidupan yang sejahtera untuk rakyat. Bukan untuk semata-mata untuk kita nak berbangga dengan itu ini, tidak. Sebab itulah kalau kita lihat bahawa apa yang perlu kita dukung di dalam proses pindaan di dalam undang-undang ini ialah sesuatu yang dapat mengembalikan keyakinan kepada sistem, kepada pentadbiran dan bukan sekadar oleh rakyat, kepada masyarakat antarabangsa, kepada apa yang berlaku di negara kita ini. Jadi saya tidak memanjangkan perbahasan saya. Saya dengan rasa rendah diri dan rendah hati menyokong pindaan kepada apa yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
Ya persilakan Balakong.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya amat mengalu-alukan pindaan ini dan pada pendapat saya pindaan ini sepatutnya dibuat seawal mungkin supaya tidak berlakunya lagi pengkhianatan terhadap mandat rakyat di negara kita. Termasuklah di dalam dewan yang mulia ini. Gelaran Yang
Berhormat pernah sekali menjadi satu gelaran yang begitu mulia tetapi oleh kerana ada Yang Berhormat tidak kiranya di Parlimen atau di Dewan Negeri ini telah melakukan tindakan yang tidak begitu dihormati rakyat telah menghilangkan rasa hormat kepada kita. Tak kiranya pengundi-pengundi yang berpengalaman ataupun pengundi-pengundi baru juga berpendapat bahawa ahli-ahli politik ini semua sama sahaja. Kalau ada umpan yang cukup lumayan, maka mereka akan lompat ke sini, ke sana. Perkara ini juga menyebabkan ketidakstabilan politik dan kerajaan dan mengakibatkan kesukaran kita mengurus negara ini terutamanya pada masa yang penuh dengan cabaran dari segi ekonomi, COVID-19 dan bencana alam ini. Masih kita ingat lagi 2 tahun yang lepas iaitu bulan Februari dan bulan Mac 2020, semasa seluruh dunia tengah berwaspada terhadap ancaman COVID-19 segelintir ahli politik termasuklah Yang Berhormat Bukit Antarabangsa yang tak ada di sini sekarang. Mencetuskan Langkah Syaitan bukan Sheraton, Langkah Syaitan yang mengkhianati rakan-rakan sepakat mereka. Menciptakan sejarah Kudeta di negara tercinta kita. Tidak lama kemudian, mereka lompat dari parti mereka dan menjadi ahli parti-parti lain yang menyokong Kudeta ini. Mereka kata mereka adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan apa yang mereka lakukan adalah mewakili rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tetapi syabas saya ingin ucapkan kepada rakyat Malaysia terutamanya rakyat Bukit Antarabangsa, Gombak dan Ampang kerana menolak sekeras-kerasnya ahli-ahli politik yang mengkhianati mandat rakyat ini. Rakyat telah bersuara dengan menggunakan kertas undi mereka dalam pilihan raya umum kali ini. Namun begitu, suara rakyat perlu sentiasa kita hormati dan peduli. Kalau setiap pilihan raya sahaja suara mereka dapat didengar dan dinilai dengan jumlah undi. Maka kita sebagai pembuat dasar negeri bertanggungjawab untuk memastikan wakil-wakil rakyat tidak mengkhianati mandat rakyat sewenang-wenangnya dalam tempoh perkhidmatan mereka. Hanya satu perkara sahaja saya prihatin dalam pindaan ini adalah mereka yang dipecat daripada keanggotaan parti politik tidak akan terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri kerana mereka tidak tertakluk dalam RUU ini. Saya berasa ini adalah satu look hope dengan izin atau pintu belakang yang membenarkan wakil-wakil rakyat yang ingin lompat parti membuat tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh parti politik. Mereka akan membuat tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh parti politik mereka dan menunggu pemecatan dari parti mereka supaya boleh lompat dengan berlesen. Saya menyeru bahawa semua parti politik sepatutnya membuat pindaan di dalam konstitusi mereka seperti apa yang telah dibuat, dilakukan oleh parti tindakan demokratik dan parti amanah negara supaya menurap lubang jalan ini dan menutup pintu belakang supaya tiada sesiapapun boleh menyalahgunakan kebebasan yang diberi kepada kita. Saya juga ingin menyokong saranan Yang Berhormat Seri Kembangan berkenaan mewujudkan satu undang-undang yang mencontohi Fixed Term Parliament Act 2011 dengan izin dari United Kingdom untuk menetapkan tarikh pilihan raya negeri supaya tiada mana-mana parti atau pihak mengadakan pilihan raya sesuka hati dan juga mengurangkan ketidakstabilan politik di negeri kita ini. Pada masa yang sama, Selangor juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh Malaysia terutamanya kerajaan persekutuan dengan mewujudkan dan melaksanakan undang-undang ini. Biarlah Selangor menunjukkan bagaimana konsep keadilan,
kesaksamaan dan kestabilan politik di praktis di dalam satu negeri kepada seluruh Malaysia, dengan ini saya menyokong sepenuhnya RUU, Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, Pindaan 2022. Terima kasih.
Persilakan Yang Berhormat Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana membuka ruang kepada Bandar Utama untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, Pindaan 2022 atau lebih dikenali oleh orang ramai sebagai Akta Lompat Parti berkenaan dengan larangan Ahli Dewan bertukar parti, yang sebelum ini memang telah diluluskan di Parlimen. Pertama sekali Bandar Utama ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor kerana sekali lagi menjadi peneraju dalam meluluskan Rang Undang-undang ini dan perkara ini memang sangat penting untuk pilihan raya negeri yang akan datang kerana selepas ini sekiranya kita mahu menolak katak-katak yang melompat dalam kerajaan negeri, kita perlu luluskan Rang Undang-undang ini. Ini bermaksud apabila kita menjalankan ataupun mengadakan pilihan raya negeri pada tahun hadapan kita tidak perlu lagi berhadapan dengan mana-mana katak yang lompat ke sana ke sini demi kepentingan diri dan individu dan ini juga boleh membuktikan kepada semua bahawa mekanisme undang-undang boleh melancarkan sesuatu yang mampu mengutamakan kepentingan kelompok berbanding dengan kepentingan individu dan perkara ini juga sangat penting supaya kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya yang akan datang mampu dikembalikan. Kepada Tuan Speaker saya rasa kepada ahli-ahli dewan juga kita semua tahu pada pilihan raya umum kali ini sebenarnya Pakatan Harapan merupakan pemenang yang paling besar di mana Pakatan Harapan telah mempunyai pengundi mencecah 5.8 Juta perbanding dengan perikatan nasional yang hanya sebanyak 4.7 Juta sahaja iaitu Pakatan Harapan sebenarnya melebihi 1.15 Juta pengundi di Malaysia yang mengundi Pakatan Harapan berbandingan dengan perikatan nasional dan sekiranya hari ini sekiranya akta anti lompat parti ini tidak diluluskan pada parlimen sebelum ini maka keadaan Malaysia pastinya akan lebih huru-hara berbanding dengan keadaan sekarang di mana saya pasti lebih banyak lagi ahli-ahli parlimen yang telah berjaya mendapat jawatan akan diberikan offer dengan izin atau pun akan digalakkan untuk memilih perikatan nasional dengan manfaat-manfaat yang mereka akan dapatkan. Jadi sebenarnya rakyat Malaysia sangat marah dengan keadaan kini di mana prinsip mengundi ini untuk mengangkat sesuatu parti kerana di Malaysia ini seperti yang kita tahu kebanyakan rakyat mengundi kerana apa yang ada di dalam parti itu berdasarkan ideologi berdasarkan pegangan, berdasarkan manifesto parti dan sebagainya. Dan bayangkan sekiranya kita tidak mempunyai akta anti lompat parti ini bagaimanakah keadaannya kini. Contohnya perikatan nasional mempunyai 73 kerusi, GPS 23, warisan 3, GRS 6, PBM 1, Bebas 2, KDM 1. Dan kesemua ini sekiranya kita tambahkan masih kekurangan 6 kerusi, jadi rakyat pada hari ini sebenarnya mahukan sebuah kerajaan yang dipilih sebelum ini berdasarkan
apakah ideologi dan pegangan dan ini terpulang pada parti walaupun kita masih mempunyai kelemahan yang seperti dibangkitkan tadi
Saya mohon pencelahan silakan..
Silakan
Terima Kasih Tuan Speaker dan Bandar Utama...apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bandar utama tadi tentang dukok dan sokongan rakyat kepada setiap wakil yang mereka pilih itu didorong kepada bagaimana mereka membawa lambang parti masing-masing lah tapi tidakkah juga yang berhormat menyedari juga ada satu elemen lain yang mana rakyat di kawasan itu didukung kerana personaliti, calon itu sendiri ye kalau kita tengok di kawasan semenanjung ni kurangla tapi di Sarawak umpanya Sabah banyak dikalangan mereka bertukar-tukar ini semua menang.. saya ambil contoh beberapa kawasan di Puncak Borneo di Julau yaa Julau tu nama dia ahli parlimennya Ralley Song bertandinglah lambang apa pun menang dia.. dalam bahasa Inggeris saya panggil King Of Julau kalah Tengku Li di Gua Musang. Jadi kerana kadang-kadang personaliti itu sendiri mendukung jadi apa pendapat Yang Berhormat bahawa soal lompat parti ini juga bukan sekadar untuk melihat dari platformnya dibawa tapi juga kadang-kadang personaliti jadi bagaimanakah kita dapat mengimbangi keadaan ataupun faktor yang membawa sokongan rakyat kepada mereka yang bertanding.. terima kasih....
Sangat Bandar Utama memang sekiranya kita mahu memilih calon kita mahu memilih wakil rakyat yang cukup baik boleh berkhidmat, bijak bila berdebat dalam parlimen tu bukan dengan kenyataan yang bukan-bukan tapi sekiranya kita melihat secara keseluruhan, memang kita dapat lihat rakyat sebenarnya marah, marah dengan jenis-jenis wakil rakyat yang mengkhianat yang melompat ke sana ke sini contohnya seperti yang dikatakan oleh Balakong sebentar tadi, sekiranya rakyat tidak marah kepada perbuatan yang melompat ke sana ke sini itu, maka saya percaya mungkin Bukit Antarabangsa masih boleh mempertahankan kerusinya. Tapi kita dapat melihat di mana rakyat memang tidak suka dengan orang yang melompat ke sana ke sini dan kita dapat melihat sebenarnya pengundi-pengundi di Bukit Antarabangsa ini mengambil peluang untuk menghukum orang sebegitu.
Saya ingat bukan Bukit Antarabangsa, mungkin boleh betulkan Gombak sebenarnya. Ahli Parlimen Gombak mantan Dewan Negeri Bukit Antarabangsa masih lagi Ahli Dewan.
Tapi dia kalah kat Gombak la Cuma dekat Dewan ni nak sebut Bukit Antarabangsa..tapi dia tak datang dia tak hadir saya tak tahu laaa....
Mantan Parlimen Ampang macam melambai-lambai kat tengah jalan tu?
Takpelah kita cakap di sini pun saya tak tahu mereka dengar atau tidak... saya tak tahu mereka mungkin ada perkara yang lebih penting walaupun tidak dapat menjadi ahli parlimen..tapi mungkin ada kerusi-kerusi lain yang .....
Kawan dia ada di sini ..nanti sampaikan.
Tolonglah sampaikan, okay tolonglah sampaikan kepada kawan-kawan belah sana yang rakyat hari ini memang mahukan sebuah kerajaan yang kompeten yang berbilang kaum dan tidak mahu jatuh ke politik yang hanya tahu mainkan pre kauman dan sebagainya untuk manfaat politik. Jadi sekiranya kita meneruskan apa ni, pertandingan ataupun pilihan raya umum ini tanpa mempunyai apa-apa kawalan sebagai contoh akta anti lompat parti bayangkan apabila rakyat telah pun memilih sesebuah parti kerana dilihat bersih progresif dan sebagainya dan akhirnya beberapa orang ataupun ahli parlimen yang ada di dalam parti itu memilih untuk keluar daripada parti kerana manfaat diri sendiri. Jadi saya juga berharap, Bandar Utama berharap anak muda juga akan melawan politik kotor sebegini yang akhirnya hanya akan memusnahkan negara apabila Ahli-ahli Parlimen tidak berbincang tentang polisi tidak berbincang tadbir urus yang baik namun ada bahan-bahan yang menghasut rakyat Malaysia ke arah yang lebih ekstrem.
Taman Templer ..Ahli Parlimen eh bukan...
Bandar Utama menyebutkan soal berkaitan dengan anak muda...saya rasa Bandar Utama ni muda lagi ni saya rasa...kita nampak trend pengundian baru-baru ni kita nampak..kita menjangkakan undi 18 ni akan bagi sokongan kepada kita Pakatan Harapan tapi ada orang cakap undi 18 ni seolah-olah macam senjata makan tuan, senjata makan tuan, sebab hasil daripada tinjauan awal kita , kita nampak mereka tak bersama dengan kita, dengan Pakatan Harapan, ialah faktornya macam-macam la, diorang ni tak pergi pasar lah , dengan tik toknya lah, dengan kawan-kawannya lah, faktor mak bapa dan sebagainya lah kan jadi pandangan Bandar Utama, jadi macam mana untuk kita cara untuk kita menangani permasalahan soal berkaitan dengan undi anak muda ni ...terima kasih.
Lembut suara merdu lunak suara ye.
Terima kasih Taman Templer yang ni nak cakap Taman Templer ke nak panggil jawatan Ahli Parlimen? baiklah Taman Templer saya rasa anak muda pada zaman ini, terutamanya pengundi berumur 18 tahun ke atas mereka baru sahaja menjadi pengundi, dan di Malaysia ni termasuk penggundi automatik kita dapat melihat bertambahnya banyaknya pengundi yang ada pada waktu kini. Untuk anak muda seperti yang dikatakan dengan pengaruh tik tok dan sebagainya pengaruh sosial media dan sebagainya memang sukar untuk kita memberikan pendedahan pada awalnya kerana terlalu banyak bahan ataupun kandungan yang ada di dalam tik tok dan sebagainya. Jadi bahan-bahan itu sekiranya ia nya membawa ke arah yang baik membawa ke arah pemikiran kritikal itu adalah sesuatu yang lebih baik kerana kita menggalakkan pengundi kita untuk berfikir menggalakkan mereka berfikir tentang polisi, menggalakkan mereka berfikir jenis apa parti yang sepatutnya disokong berdasarkan apa yang mereka boleh lakukan untuk Malaysia dan rakyat Malaysia tetapi sekiranya seperti yang dikatakan sebentar tadi dalam kandungan tik tok ataupun sosial media di mana sekiranya ada parti-parti yang sesukahati menjatuhkan sapa yang undi DAP ataupun Pakatan Harapan akan masuk ke neraka. Saya rasa pengundi yang berumur 18 tahun ke atas pun dia rasa takut kerana perkara ini dilihat dia tidak mempunyai kematangan politik dan dia tidak mampu lagi mengenali antara parti-parti lain waktu yang singkat ni sekiranya mereka mengundi untuk DAP dan PH bayangkan mereka di brain wash ataupun diberitahu yang mereka ini akan masuk penjara, penjara pula neraka, masuk penjara ok lagi tapi masuk neraka ni adalah satu tuduhan yang sangat begitu berat ye.
Bandar Utama ia kalau kita dapat parti politik yang bertanggungjawab saya biasa sebut dalam Dewan ni engkau nak maki aku engkau nak hentam aku hentam. Sebab apa sebab aku tak buat kerja, sebab aku tak service aku tak jalankan tanggungjawab bukan kita hentam sebab dia cina, bukan kita hentam sebab dia DAP, bukan kita hentam sebab kita mainkan isu perkauman isu agama, ini yang jadi masalahnya yang kita tengok sekarang ni macam di Tiktok bila disentuhkan kalau undi BN kalau undi PH nanti masuk neraka, nanti masuk neraka, kemudian saya bagi laluan kemudian sampai satu tahap nak bunuh orang kafir, nak bunuh...eh...politik apa yang kita nak bawa dalam negara kita ni, kita cuba nak pilih Wakil Rakyat nak pilih ADUN nak pilih Parlimen nak bentuk kerajaan, tapi sampai nak membunuh, sampai masuk neraka, ini ke kita negara 65 tahun kita merdeka? sepatutnya politik kita politik matang, politik kita politik sejahtera, politik kita politik akademi, politik kita politik integriti dia bukan politik sempit, sebab tu kita buka politik kita ni kita sebut anak muda kami Pakatan Harapan kami tawarkan ini..ini..ini...soal PTPTN, soal perumahan, soal pendidikan, soal kerjaya, itu tapi yang jadi masalahnya budaya politik fitnah, adu domba, pembohongan, yang dimainkan oleh parti yang kata bawa imej Islam, ke hulu ke hilir pakai ketayap, no, bukan saya anti orang pakai ketayap, bukan saya anti orang pakai jubah, tetapi mereka ini ialah sebenarnya yang merosakkan agama Islam, mereka inilah sebenarnya merosakkan anak-anak muda kita. Ya kita tak salahkan anak muda mungkin mereka belum sampai ke satu tahap kematangan mereka berpolitik. Tapi kalau kita pun umur 18 tahun,
orang dua tiga kali datang jumpa kita contohnya ni Meru, dia sihat, tapi saya pakat dengan Doktor Deris saya pakat dengan Pak Abu, saya pakat dengan Bandar Utama jumpa dia hang kita kata eh saya jumpa aku nampak ko ni macam tak sihat, dia tahu dia sihat ..eh aku sihat.. mari Doktor Deris suruh derap, cengkung muka ko ni,cengkung muka ko ni kau tak sihat ke? eh dia kata aku, aku sihat, sihat mari Pak Abu mari kat dia pas tu dia bagi begitu jugak dengan anak muda, haaaa iye iye Yang Berhormat saya nak habiskan masa...
Nanti tak sempat nak gulung.
Ini ..ini yang jadi masalah kepada kita hari ini sebab tu ...standard parlimen..speaker speaker kita ni berpolitik tak kirala kita cikgu ke kita engineer ke, kita peguam ke, kita kita Dato’ SS ke kita Pegawai Kewangan ke kita kena takut dengan dosa-dosa dengan pahala..hidup ini ada syurga dan ada neraka...ni dia ...
Terima kasih Taman Templer ...yang berhormat Bandar Utama.. sambung esoklah ...esok kena esok kena jawab balik la baik.....Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 4:30 petang dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok 24 bulan 11 2022 hari Khamis jam 10:00 Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)