Selangor · 24 November 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 359 turns · 32,333 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 24 November 2022 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya mempersilakan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Jualan Ehsan SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah cara pelaksanaan Jualan Ehsan Selangor dengan jualan barangan yang murah?

b)

Bagaimana dan berapa penduduk Selangor dapat manfaat dalam program Jualan Ehsan Selangor?

c)

Berapakah kos yang dibimbing oleh kerajaan atas program Jualan Ehsan Selangor?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Rawang bertanyakan soalan berkenaan dengan pelaksanaan Program Jelajah Ehsan Selangor (JER). Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jualan Ehsan Selangor (JER) menggunakan konsep jelajah ke semua DUN di Selangor dengan menaiki trak iaitu sebanyak 9 trak setiap hari kecuali hari Jumaat dengan membawa enam produk harian (ayam, ikan, daging, telur, beras

dan minyak masak). Setiap barangan keperluan harian yang dibawa dijual pada harga lebih rendah iaitu antara 28 hingga 30 peratus diskaun. Untuk makluman Yang Berhormat setakat 30 Oktober 2022, lebih 200,000 penduduk Selangor telah menikmati manfaat daripada program ini dan kos ini semua dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak RM 12 juta untuk tahun ini sehingga bulan Disember untuk 700 lokasi. Saya akan menjawab juga soalan ini bersekali dengan soalan yang hampir sama iaitu soalan 187 iaitu Banting, Soalan 240 Kg. Tunku, soalan 254 Permatang dan soalan 264 Balakong. Untuk sehingga kini pinjaman atau penjimatan kos barangan asas sehingga Oktober iaitu sebanyak RM 2.825 juta iaitu hampir 30% daripada jumlah kutipan jualan sebanyak 6.8 juta di 396 lokasi. Sasaran kita adalah untuk mencapai 700 sehingga bulan Disember. Dengan subsidi RM 12 juta yang disalurkan Kerajaan Negeri sehingga Disember ini. Untuk makluman juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk disambung lagi tambahan RM 12 juta sehingga bulan Mac 2023. Kerana sambutan yang luar biasa dan manfaat yang baik untuk rakyat. 9 lori jelajah Ehsan ini dalam fasa 3 iaitu pelaksanaannya dengan menjelajah ke seluruh Negeri Selangor pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 10 pagi sehingga 1 petang dengan membawa 6 produk yang saya dah sebutkan tadi. Jadi statistik hasil jualan sehingga Oktober secara terperinci yang disebutkan tadi ialah jumlah jualan tanpa subsidi ialah RM 9.6 juta. Jualan bersubsidi ialah RM 6.8 juta. Jadi ini merupakan program yang telah dilaksanakan sehingga Oktober meliputi 56 DUN di Negeri Selangor.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan.

Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO dan rakan-rakan yang membuat program yang sangat baik. Dan saya ingin menjelaskan kalau boleh disertakan Jelajah JER itu jelasnya peranan Kerajaan pertama bukan untuk menjana ekonomi tapi satu naratif yang baik.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, program ini diadakan setelah mengambil kira kepentingan rakyat selepas pasca pandemik di mana berlaku kenaikan harga barang yang amat membimbangkan. Dan memberi kesan besar kepada rakyat. Oleh itu apabila kita memulakan program ini pada bulan Februari kita namakan program intervensi diikuti dengan Program Jualan Prihatin dan kemudian diberi penjenamaan semula pada bulan September bagi program ini dinamakan Program Jelajah Ehsan Rakyat. Jadi kita juga memikirkan tidak perlu ada persaingan jualan-jualan ini dengan peniaga-peniaga kecil lain sebab itu kita tidak membenarkan jualan ini dibuat berhampiran kawasan-kawasan pasar dan sebagainya. Dan koordinasi kita ialah melalui permohonan dan kerjasama dengan pusat khidmat masyarakat di setiap DUN. Mereka perlu mengenal pasti tempat-tempat yang sesuai

dan juga memberi kerjasama daripada segi sokongan logistik di tempat-tempat ini kerana kita nak mengurangkan, meminimumkan kos dalam pelaksanaan program JER ini. Juga kita melaksanakan program ini disebabkan terlalu banyak traknya 9 setiap hari jadi dengan itu kerjasama dari pusat khidmat itu bagus dan kita dapat kerjasama yang cukup baik dalam pelaksanaan. Walaupun ada permintaan yang tinggi kita terpaksa jadualkan kerana kita hanya ada 9 trak setiap hari. Oleh itu untuk masa depan ini kita ada masa lagi bolehlah pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat melalui pusat khidmat untuk memastikan membuat permohonan lebih awal untuk kita jadualkan dengan lebih baik. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan Program Jelajah Ehsan Rakyat ini merupakan satu program berbentuk intervensi iaitu ia bukan suatu yang boleh diadakan sepanjang masa setiap masa. Apakah objektif kerajaan dalam kita capai iaitu memastikan dengan adanya program ini harga barang khususnya harga barang enam-enam buah harga barang itu iaitu daging ayam, lembu, telur, beras dan minyak masak telah mengalami satu penurunan harga selepas intervensi ini. Apakah kajian akan dilakukan untuk mengkaji keberkesanan program ini. Walaupun kita tahu bahawa rakyat sebenarnya gembira dan rasa lega dengan adanya program ini tetapi kita tahu ia bukan suatu yang boleh diadakan secara berpanjangan jadi adakah kerajaan ada memikirkan kesan-kesan positif yang perlu dicapai oleh program ini selepas ia tamat nanti.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Sememangnya program ini sebagaimana awal program intervensi dan dia tidak bersifat kekal kerana kita ada sebut tadi matlamat utama adalah untuk membantu dalam masa segera keperluan atau bebanan yang ditanggung oleh rakyat pasca pandemik. Dan sebagaimana juga kita sedia maklum bahawa kebanyakan dasar atau polisi yang berhubung dengan kawalan harga barangan ini adalah terletak di bawah Kerajaan Pusat. Dan dengan tekanan yang kita lihat hari ini disebabkan oleh kejatuhan ringgit maka bertambah lagi beban sebenarnya dari segi kos barangan dan kita memantau dan melihat sama ada harga barang ini ada penurunan dan setakat ini belum ada penurunan malah ada barang ini yang didapati tidak cukup stok. Contohnya telur. Ini yang jadi bahan kempen telur baru ini. Kita dapati antara puncanya ialah di mana bila berlaku kenaikan dollar atau strengthening of US Dollar telur-telur ini telah dieksport sebenarnya. Untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik. Sebab tidak ada kawalan dari segi kuota untuk jualan telur ini. Jadi kalau ikut dari segi self sufficient level, tahap kemampuan sara diri bagi Malaysia sebenarnya telur 113% pengeluaran lebih mencukupi. Tapi bila tidak ada kawalan dari segi eksport jadi kita kekurangan telur. Tapi untuk Selangor ini sebenarnya semua enam barangan yang disebutkan ini kita tidak ada satu pun yang kita mempunyai kekuatan

ataupun kita memenuhi 100% keluaran kita. Jadi memang kita akan perlu import dan selagi kita perlu import sama ada luar negeri Selangor atau luar negara selagi itu kita tidak akan berupaya mengawal harga barang ini dengan lebih baik. Cuma kita dah sebut tadi ia hanya untuk membantu rakyat mengurangkan beban menghadapi suasana semasa dan apabila keadaan agak pulih maka kita akan tarik balik program ini ataupun dalam bentuk program yang lain. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Tuan Speaker, soalan tambahan saya berkenaan dengan cara pelaksanaan program ini memang dapat sambutan yang hebat di setiap tempat selama ini tetapi dalam masa yang sama oleh sebab dapat sambutan hebat ramai yang datang menimbulkan suasana yang panas dan apabila kita cuba membantu pihak PKPS tetapi pihak pengurusan memberitahu bahawa mereka mempunyai kaedah mereka sendiri dan tidak begitu menyambut baik kerjasama yang cuba dihulurkan. Oleh itu barisan beratur panjang tengah panas dan menyebabkan suasana menjadi dua tiga kali panas dan ada juga insiden di mana juru akaun datang lewat selagi juru akaun tak sampai jualan belum boleh dimulakan menyebabkan kekecohan berlaku. Jadi kita menghadapi masalah yang sukar untuk mengendalikan orang ramai yang datang. Mohon mungkin dapat maklum balas daripada pihak EXCO untuk membaiki keadaan ini. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Sungai Ramal. Memang menerima banyak aduan dan kita pun faham program ini yang dikendalikan oleh pihak PKPS adalah merupakan program yang agak baru bagi mereka tentulah keadaan yang begitu besar dilaksanakan 9 trak setiap hari di merata tempat dengan staf semua dimobilisasi untuk menguruskan program ini tentulah ada aduan sana sini yang saya terima dan saya dah lihat penambahbaikan berlaku dari masa ke semasa dan kita perbaiki. Saya memang menerima dan mengalu-alukan sebarang komen ataupun cadangan daripada bukan sahaja dari pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat tapi dari pihak pelanggan yang memberi aduan dan sebagainya. Saya pun turun memantau di banyak tempat untuk melihat bagaimana kita dapat memperbaiki, memang ada kelemahan sedikit sebanyak tetapi ini tidak menghalang kejayaan program ini yang dapat sambutan luar biasa daripada seluruh rakyat Selangor dan kita akan teruskan dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa. InsyaAllah. Terima kasih.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Baik SelangorQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah impak ekonomi yang telah dihasilkan oleh program BAIK Selangor 2021?

b)

Apakah rancangan seterusnya untuk BAIK Selangor 2022?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Tuan Speaker, sepanjang pandemik COVID-19 ekonomi domestik merata-rata telah menerima kesan buruk sebagai usaha untuk merangsang ekonomi domestik Kerajaan Negeri telah melancarkan projek penjenamaan semula produk desa kampung baru serta pembangunan ekonomi setempat melalui projek yang dikenali sebagai BAIK Selangor. BAIK Selangor telah berjaya menarik minat penyertaan lebih daripada 80 pengusaha dan sebanyak 37 produk telah berjaya dijenamakan semula. Lalu mendapat pengiktirafan BAIK Selangor 2021/2022. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang penjualan kepada para usahawan kampung baru melalui media sosial dan pelbagai platform yang lain termasuk bazar secara fizikal atau jualan atas talian. Di samping itu projek BAIK Selangor turut mendapat perhatian secara global antaranya media negara China telah meliputi berita tentang perjalanan projek BAIK Selangor. Malahan platform perniagaan atas talian terkenal Taobao turut memasarkan produk BAIK Selangor. Selain itu Taipei Economy and Cultural Office menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha BAIK Selangor. Dengan adanya pendedahan dan peluang yang diberikan ini sesetengah produk telah berjaya meningkatkan jualan berlipat kali ganda berbanding sebelumnya. Program ini turut membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan setempat khususnya terhadap golongan muda di mana mereka tidak perlu lagi meninggalkan kampung mereka untuk mencari pendapatan. Program ini juga telah membantu pengusaha BAIK Selangor memperluaskan kemahiran berniaga dalam menjana peluang pekerjaan di kampung masing-masing.

Melalui program ini juga identiti dan nilai kampung baru juga dapat dipertingkatkan selain berjaya menarik perhatian pelancong untuk melawat ke kampung-kampung berkenaan. Dengan adanya program seperti ini ia mampu memberi impak kepada ekonomi khususnya industri kecil dan sederhana 2021. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri meneruskan program ini pada tahun 2022 iaitu dengan menggandakan program BAIK Selangor 2022/2023. Bagi tahun 2022 program ini diteruskan dengan sasaran penghasilan produk baru sebanyak 40 produk. Dalam

masa yang sama set buah tangan pertama atas penjenamaan negeri Selangor tahun 2022/2023 dilancarkan. Objektif BAIK Selangor pada tahun ini juga menekankan crop funding tanggujawab sosial cropped. Pengiktirafan pembelian oleh kerajaan dan matlamat pembangunan lestari ataupun sustainable development goals. Sekian. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya, berapakah jumlah kos yang telah kita belanjakan untuk program BAIK Selangor yang saya lihat programnya sangat baik dan adakah ini akan dilebarluaskan bukan sahaja tertumpu di kampung baru tetapi semua usahawan yang ada di negeri Selangor supaya akhirnya produk-produk itu akan lebih bertambah dengan lebih baik dan jumlah pendapatan di Selangor ini dapat dipertingkatkan. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Sijangkang. Kos keseluruhan saya tak berapa ingat yang angka yang tepat tapi lebih kurang RM 300,000 sahaja. Dan buat masa ini program ini hanya diadakan di kampung baru kerana dia menggunakan peruntukan jawatankuasa kampung baru. Jadi saya nampak program ini dapat sambutan yang baik terutamanya daripada golongan anak muda kerana mereka tidak perlu berhijrah ke kawasan bandar raya untuk mencari rezeki. Mereka dapat mencari rezeki di kampung tercinta mereka. Mereka dah boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan-golongan anak muda yang lain. Jadi ini memang merupakan satu projek yang dapat sambutan yang cukup baik semasa pandemik dan pasca pandemik. Terima kasih.

Speaker

Soalan no. 14 sudah dijawab. Seterusnya Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker, soalan 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Situasi Covid-19 Dan Cacar MonyetQuestions

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini mengenai penyakit COVID-19 dan Cacar Monyet di Selangor?

b)

Apakah pelan tindakan terkini Kerajaan Negeri untuk mencegah dua jenis penyakit ini?

c)

Apakah cadangan yang disyorkan kepada rakyat?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan yang bertanya mengenai situasi COVID dan cacar monyet. Secara umumnya, situasi COVID-19 di Negeri Selangor berada di paras yang masih terkawal. Jumlah kes mingguan yang dicatatkan di Negeri Selangor mula menunjukkan peningkatan pada minggu epid 41 hingga minggu epid 44 iaitu 4,000 kes seminggu sehingga 10,000 kes seminggu namun menunjukkan penurunan kes kepada 9,000 kes seminggu pada minggu epid 45 2022. Majoriti kes yang dicatatkan adalah kes yang mempunyai simptom ringan (kategori 2) iaitu sebanyak 94.4%. Kes-kes ini hanya perlu menjalani isolasi di rumah dan mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan simptom tanpa perlu menjalani perawatan di hospital. Kematian akibat COVID-19 juga berada di paras yang terkawal. Purata kematian disebabkan COVID-19 setiap minggu di Negeri Selangor adalah enam (6) kematian / minggu sejak minggu epid ke 41 sehingga minggu epid ke 45 2022. Kadar kematian berbanding jumlah kes yang dicatatkan di Negeri Selangor adalah pada kadar 0.1% setiap minggu, menepati sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (sasaran – 0.1% atau kurang kematian akibat COVID-19 berbanding jumlah kes mingguan). Untuk makluman sidang DUN sekalian kalau kita tengok kes purata kematian COVID-19 6 kes seminggu, jantung 9 kes dan related disease ada 9 kes seminggu dan kencing manis dan berkaitan dengan penyakit endokrin 4-5 kes. Maknanya COVID-19 tidak begitu seteruknya daripada akibat kematian diabetes dan penyakit jantung. Manakala bagi penyakit Cacar Monyet di Negeri Selangor, sehingga kini Negeri Selangor belum mencatatkan apa-apa kes confirmed Monkey Pox.

Di antara pelan tindakan terkini Kerajaan untuk mencegah dua jenis penyakit ini ialah untuk COVID-19 mempertingkat usaha pendidikan kesihatan di kalangan masyarakat awam berkenaan kepentingan amalan TRIIS (test, report, isolate, inform, seek treatment), sentiasa amalkan strategi keselamatan dan kesihatan kendiri, serta mengambil suntikan dos penggalak. JKN Selangor juga masih terus memantau situasi COVID-19 secara terperinci terutamanya berkaitan kadar kemasukan ke hospital, penggunaan ICU serta kematian sebagai strategi persediaan awal sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes seperti yang berlaku ketika gelombang Delta dan Omicron. Mengenai Monkey Pox atau cacar monyet ialah meneruskan pemantauan dan aktiviti pengesanan kes-kes disyaki melalui peringatan-peringatan kepada

pengamal perubatan kerajaan dan swasta. Peringatan ini adalah agar setiap kes yang disyaki Monkey Pox segera dinotifikasi kepada pejabat-pejabat kesihatan daerah bagi tujuan siasatan dan aktiviti kawalan dan pencegahan, selaras dengan yang termaktub di bawah Akta 342. Cadangan yang disyorkan ialah terus dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip keselamatan dan kesihatan kendiri seperti tidak keluar rumah dan segera mendapatkan rawatan sekiranya bergejala, mengamalkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat sesak dan mendapatkan dos penggalak sekiranya belum berbuat demikian. Sekian.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Soalan tambahan.

Speaker

Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker. Terima kasih kepada EXCO. Saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri masih memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyat. Kalau ya bagaimanakah mereka nak dapatkan perkhidmatan tersebut. Sekian.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Soalan yang baik sebab kalau ikut untuk dos pertama kita sudah habis sepatutnya sekarang dos penggalak kita masih ada lagi sedikit vaksin baki. Sekiranya ada yang nak ambil dos penggalak kita ada Sinovac. Itu sahaja vaksin yang kita ada. Kita boleh uruskan. Saya akan minta supaya klinik tertentu Selcare bagi mereka yang ingin mengambil vaksin COVID-19 ini.

Soalan tambahan.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Pada pemerhatian saya, saya kira kes di Selangor ini masih tinggi lagi mungkin faktor utama adalah berkaitan dengan mobilisasi yang tinggi di negeri Selangor ini. Adakah kajian dibuat berkaitan dengan kes-kes yang serius ataupun akhirnya dengan menyebabkan kematian ini adalah disebabkan oleh mereka ini kumpulan yang tidak mendapat vaksin ataupun menolak vaksin. Ataupun kes-kes yang berkaitan dengan varian yang baru yang mungkin lebih berbahaya atau mungkin kes yang berkaitan komobiditi pesakit itu sebab saya ingat ini akan beri impak kepada bagaimana kita menguruskan soal pendidikan kepada rakyat supaya akhirnya kes ini dapat kita kurangkan atau kita dapat elakkan di Selangor. Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya kira COVID-19 will stay sebab kita tahu virus COVID ini bermutasi. Dia akan berubah daripada satu form ke satu form yang lain. Dan maka

seperti influenza juga. Jadi tentulah rakyat perlu kita alert. Namun dari segi statistiknya sama ada kajian ini dibuat, saya percaya Kementerian Kesihatan ada tapi saya tidak mempunyai maklumat sebab Jabatan Kesihatan Selangor akan hantar semua maklumat-maklumat yang ada kepada sentralisasi dan itu mereka menganalisis. Saya tidak tahu sama ada mereka melakukan kajian seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat. InsyaAllah saya akan bertanya kepada KKM. Terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no.16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Status Pelaksanaan ManifestoQuestions

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan secara terperinci status terkini pelaksanaan manifesto PRU14 Pakatan Harapan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sentosa atas soalan yang telah dikemukakan. Cuma saya ingin mengimbau balik apakah yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang ke 14 yang lepas. Tidak ada spesifik manifesto dan tawaran-tawaran yang dikemukakan iaitu tawaran baru semasa pilihan raya yang lepas. Dalam pilihan raya lepas Barisan ataupun Pakatan Harapan telah mengekalkan ataupun melaksanakan beberapa penambahbaikan ataupun tawaran kesinambungan terhadap program IPR yang ditawarkan dan telah dinikmati oleh rakyat dan juga merakyatkan ekonomi pada sejak dari tahun 2008 lagi. Dan pentadbiran ini telah melaksanakan beberapa pengubahsuaian serta penambahbaikan. Penambahbaikan itu termasuklah menambah program baru seperti insan dan BAIK mahupun menggabungkan beberapa program seperti insentif perkahwinan belia dan juga kursus perkahwinan dan tidak ketinggalan turut menyusun semula dan memfokuskan program seperti Skim Air Darul Ehsan atau SADE. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri memberi fokus kepada usaha untuk memperkasa rakyat berbanding untuk pemberian dalam program people centering atau program kebajikan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Di samping itu kita turut

tidak melupakan dan mengabaikan aspek pembangunan negeri dan ini turut telah dibentangkan dan turut ditunjukkan melalui Rancangan Selangor 1 dan pencapaian KDNK negeri menunjukkan peningkatan yang baik dan sentiasa melebihi kadar nasional. Dalam masa yang sama kita turut menyumbang kepada KDNK terbesar ataupun sumbangan negeri Selangor merupakan penyumbang KDNK terbesar negara yang sudah mencecah hampir 25%. Iaitu 24.8% pada tahun lalu. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya sangat tertarik apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebutkan kita nak rakyat kita ini berdaya kendiri sebab saya melihat antaranya apabila ada penjajaran contohnya pemberian air percuma ini yang mana kita berikan kepada golongan B40 dan kita sasarkan lebih kurang 600,000 meter akaun pengguna yang mana kita masih lagi belum mencapai pada 50% yang saya melihat kita masih tidak menyelesaikan lagi jumlah yang kita jangkakan itu yang saya kira memberi manfaat kepada kebanyakan masyarakat yang memerlukan dan baru-baru ini di buka kepada kumpulan M40 dan saya ingat mungkin ada justifikasi yang betul memberikan impak sebab saya tengok pun Air Selangor tidaklah mempunyai keuntungan yang besar dalam operasinya. Mungkin ada justifikasi yang mungkin dimaklumkan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebab itu kita telah meningkatkan kadar pendapatan isi rumah kepada RM5,000 ke bawah. Sebelum ini kita tetapkan RM4,000 dan ke bawah dan kita masih ada lagi ruang sebab kadar maksimum yang dianggap B40 atau M40 lower adalah RM6,000 dan ke bawah. Kita kena melihat kepada pendaftaran yang akan datang nanti. Kalau masih ada yang tidak menerima setelah kita ubahsuai dan sebagainya mungkin kita boleh meningkatkan kepada kadar-kadar tertentu. Kedua, Yang Berhormat sekalian, daripada rancangan pelan perniagaan Air Selangor kita jangkakan Program Air Percuma ini kita boleh laksanakan sepenuhnya tapi bukan sekarang. Ia akan terhasil selepas Air Selangor melengkapkan keseluruhan transformasinya dan berjaya untuk menyumbangkan dividen. Jumlah dividen itu nanti adalah mencukupi daripada pelan perniagaan dan juga dari cash flow atau unjuran tunai yang dianggarkan kepada pelan perniagaan Air Selangor. Ia akan mengambil masa bukan satu tahun, dua tahun, saya boleh katakan ia boleh mengambil masa tujuh, lapan tahun baru kita boleh melengkapkan semua. Tapi pada ketika ini Kerajaan Negeri boleh menambah dari dana negeri dan di samping itu kalau ada lebihan tertentu daripada fund itu Air Selangor sendiri akan menggunakan lebihan yang mereka ada walaupun mereka masih lagi bergerak dengan unjuran negatif ataupun dengan keuntungan negatif ketika ini kerana pelan perniagaannya begitu yang telah dipersetujui oleh SPAN dan Permodalan Aset Air Berhad (PAAB) terus memberikan pinjaman-pinjaman terhadap projek untuk naik taraf pembetungan atau pun air daripada segi paip air dan juga pengurusan aset air dan juga pengumpulan

dan mitigasi Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pada satu ketika dulu. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Pelaburan Dan Kemelesetan EkonomiQuestions

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan bagi tahun 2023 sedang dunia berdepan ramalan akan berlakunya kemelesetan ekonomi?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, antara usaha Kerajaan untuk meningkatkan pelaburan bagi tahun 2023 adalah seperti berikut :

1.0 Perancangan Strategik;

1.1 Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 – 2025

Rancangan Selangor Pertama (RS-1) berfungsi sebagai pelan rancangan pembangunan lima tahun secara menyeluruh bagi Negeri Selangor. Pelan ini dirangka berpandukan strategi dan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai visi untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang tahun 2025. Antara teras utama yang diberikan penumpuan seperti pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan hidup dan keterangkuman sosial, pemacuan kelestarian serta SMART dan tadbir urus berkesan.

Dalam teras ekonomi, Kerajaan Negeri mensasarkan beberapa hala tuju seperti;-i. Peningkatan pertumbuhan KDNK;

ii. Meningkatkan nilai pelaburan dalam sektor keutamaan; dan kompleksiti tinggi; iii. Meningkatkan peluang pekerjaan; iv. Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar tetap.

Beberapa projek pembangunan fizikal telah dikenal pasti akan dilaksanakan oleh pihak pemaju swasta di bawah Rancangan Selangor Pertama ini melibatkan pembangunan dalam sektor pelancongan, komersil atau perniagaan dan industri. Kerajaan Negeri yakin, apabila projek–projek ini dilaksanakan kelak, ianya mampu untuk menarik dan meningkatkan pelaburan asing serta menggalakkan penambahan pelaburan oleh pelabur sedia ada di Negeri Selangor.

1.2 Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan Serantau Bersepadu Di Selangor Selatan (Integrated Development Region In South Selangor (IDRISS).

Dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi dan hartanah, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Perlaksanaan Projek Pembangunan IDRISS yang melibatkan daerah Sepang dan Kuala Langat.

Penubuhan Jawatankuasa Pasukan Petugas Perlaksanaan Projek Pembangunan ini secara langsung akan berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu merealisasikan pelaksanaan cadangan pembangunan projek di samping membantu menyelesaikan isu–isu yang berbangkit.

1.3 Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (Selangor Biotechnology Action Plan).

Perancangan yang holistik akan digarap sebaik mungkin bagi memperkasakan pertumbuhan industri terpilih seperti bidang Bioteknologi yang amat berpotensi untuk berkembang di Selangor. Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor yang diterbitkan akan menggariskan perancangan pembangunan secara komprehensif bagi memacu pertumbuhan industri bioteknologi di Negeri Selangor di samping menyediakan Negeri Selangor sebagai lokasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara.

Bagi melaksanakan perancangan pembangunan dalam industri bioteknologi, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebuah divisyen

khusus yang dikenali sebagai Selangor Biotechnology Coordination Office (SBIOCO) yang diletakkan di bawah Invest Selangor. Divisyen baru ini akan berperanan untuk menyelaras pembangunan projek–projek berasaskan bioteknologi di Negeri Selangor dan juga pembangunan ekosistem industri berkenaan.

1.4 Penubuhan Majlis Industri Rel Negeri Selangor

Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Industri Rel Negeri Selangor bagi memastikan industri ini diberi perhatian kerana industri ini dilihat mampu memberikan impak yang besar kepada ekonomi Selangor pada masa akan datang.

Penubuhan Majlis Industri Rel Negeri Selangor adalah bagi memastikan inisiatif-inisiatif pembaharuan strategik menjadi asas yang penting kepada agenda pemakmuran negeri dan peningkatan kualiti kehidupan.

2.0 Pelaksanaan Program Promosi Penggalakkan Pelaburan

Program–program promosi pelaburan seperti misi lawatan penggalakkan pelaburan ke luar negara, libat urus, perbincangan, webinar, promosi dan pengiklanan dalam media cetak mahupun elektronik secara berterusan dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam usaha menarik pelaburan baru serta mengekalkan pelaburan sedia ada.

2.1 Selangor International Business Summit (SIBS)

Selangor International Business Summit adalah program pameran perdagangan dan persidangan peringkat antarabangsa yang diadakan setiap tahun oleh Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor. Objektif penganjuran program ini adalah untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai Hub Perdagangan Global dirantau ASEAN dan juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan serta memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama perniagaan untuk kepentingan bersama.

Program ini dapat memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk meneroka pasaran luar negara serta mewujudkan komuniti perdagangan antara Selangor dan Negara-Negara luar serta

menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan serta hub perdagangan bagi rantau ASEAN.

‘Selangor International Business Summit 2022 (SIBS 2022)’ yang merupakan edisi keenam telah diadakan pada 6-9 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. SIBS 2022 telah berjaya mendapatkan penglibatan syarikat dalam dan luar negara untuk membuka gerai pameran. Sebanyak 906 buah gerai pameran daripada 623 buah syarikat telah direkodkan terlibat sebagai pempamer pada SIBS 2022. Sebanyak 60 buah negara telah terlibat di dalam SIBS 2022 sama ada sebagai pempamer, pembeli antarabangsa (International Buyer), penceramah persidangan, peserta seminar, pengunjung pameran dan sebagainya.

Antara negara–negara yang terlibat adalah seperti USA, Australia, UK, Spain, The Netherlands, Italy, Germany, Canada, Czech Republic, Uzbekistan, Japan, Korea, Taiwan, Hong Kong, Egypt, UAE, Singapore, Thailand, Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lagi. Seramai 44,342 pelawat telah direkodkan mengunjungi pameran dan persidangan yang diadakan ini di mana sebanyak 25% adalah pengunjung awam dan sebanyak 75% adalah pengunjung perniagaan (trade visitors). Program SIBS 2022 ini telah merekodkan potensi transaksi perniagaan bernilai RM1.45 bilion. Program pameran dan persidangan yang diadakan secara tahunan ini akan diteruskan dengan cadangan penganjuran SIBS 2023 yang dijadualkan pada Oktober 2023 bertempat juga di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. 2.2 Selangor Aviation Show (SAS)

Selangor Aviation Show (SAS) merupakan program pameran yang melibatkan pemain–pemain dalam industri aero angkasa. Program pameran ini telah diadakan pada 8-10 September 2022 bertempat di Subang Skypark RAC, Subang, Selangor. Pameran ini telah pun mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana sebanyak 124 buah gerai pameran daripada 66 buah syarikat sama ada dari luar ataupun dalam negara. Antara negara-negara luar yang terlibat adalah : i. Singapura ii. United Kingdom iii. China iv. France v. Nigeria

vi. Brazil vii. South Korea viii. USA ix. Czech Republic x. Hong Kong xi. Switzerland

Seramai 10,563 orang pengunjung telah direkodkan yang terdiri daripada pengunjung awam (Public Visitors) dan juga Pengunjung Perniagaan (Trade Visitors). Sejumlah RM1.174 bilion potensi transaksi telah direkodkan sepanjang pameran ini diadakan.

Dan seterusnya Tuan Speaker, adalah :

2.3 Menggalakkan Pembukaan Kawasan Perindustrian Yang Kondusif

Untuk ini, Kerajaan telah pun membuka projek iaitu, ataupun menyediakan satu garis panduan di mana kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) bagi menyediakan keperluan kawasan perindustrian baru yang kondusif untuk pihak pelabur. Seterusnya, adalah Program-Program Libat Urus, Menyantuni Pelabur & Penyelesaian Isu-Isu Pelaburan serta Insentif-Insentif Pelaburan Baru. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Meru.

Okay, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO yang telah berjaya menganjurkan program yang cukup berjaya ini. Cuma saya ingin bertanya untuk program aero angkasa yang dibuat di Subang itu, adakah perancangan untuk dipindahkan ke Sepang? Sebab saya tengok tempat itu kecil, sambutan tinggi jadi, saya rasa tidak sesuai untuk dibuat di situ. Kot-kot ada cadangan hendak dipindahkan tempat dia, tempat pameran maksud saya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Meru. Sebenarnya, Aviation Show yang kita anjurkan tersebut adalah berlainan daripada apa yang kita fikirkan. Sebelum ini, apabila kita menyebut Aviation Show, kita lebih rujuk kepada Civil Aviation iaitu di mana ia merujuk kepada Airlines ataupun

Penerbangan Awam iaitu syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan mengambil penumpang mengikut jadual tertentu tetapi yang kita titik beratkan di Selangor adalah Business Aviation dan juga General Aviation iaitu ia rujuk kepada pesawat persendirian, private jet kepada pesawat chartered ya, yang lebih kecil kepada juga helikopter, drone dan juga pesawat-pesawat kecil. Jadi, tempat yang sesuai adalah Lapangan Terbang Subang kerana jenis pesawat yang kecil ini kebanyakannya propeller, ia bukan jet ya, dan jet buat masa ini sebenarnya tidak dibenarkan di Lapangan Terbang Subang melainkan private jet yang kecil. Salah satu sebabnya adalah kita dalam usaha untuk mempromosikan Lapangan Terbang sebagai hub untuk private aviation untuk business aviation. Oleh itu, tempat yang sesuai adalah di Subang dan bukan di Sepang, sebab tidak ada masalah untuk pesawat mendarat di situ. Ini adalah dasar Kerajaan Persekutuan dan oleh itu kita hanya boleh menumpukan kegiatan seperti ini di Lapangan Terbang Subang sahaja dan kalau mengikut pengalaman kita, Aviation Show yang kedua ini telah mencatatkan satu rekod yang amat menggalakkan dan sesungguhnya ia mendatangkan juga masalah yang baik, pada masa hadapan kita akan menghadapi masalah di mana ruang yang disediakan itu tidak mencukupi. Itu adalah satu cabaran yang baik. Walau bagaimanapun, kita akan mencari penyelesaiannya untuk memastikan Selangor Aviation Show ini merupakan Aviation Show yang terunggul di Rantau Asia malah di rantau Asia Pasifik, terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Melalui Program SIBS, Kerajaan bercadang untuk membangunkan satu komuniti Perdagangan Antarabangsa. Saya hendak bertanya sama ada berapa banyak syarikat-syarikat ataupun usahawan yang telah terlibat dalam komuniti Perdagangan Antarabangsa ini dan adakah ada yang gagal dan apakah puncanya yang mungkin kita boleh bangunkan ataupun create lebih ramai lagi dan kegagalan itu dapat dikurangkan untuk akhirnya memberikan impak yang besar kepada usahawan ataupun syarikat-syarikat dalam Negeri Selangor ini. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sesungguhnya SIBS bagi tahun 2022 ini adalah yang terbesar sekali berbanding dengan yang telah kita anjurkan sejak tahun 2025. Kita amat berbangga dengan program ini kerana ia telah pun berjaya mencapai status antarabangsa dan dalam penyertaan dalam negara juga amat menggalakkan di mana tahun ini kita berjaya mendapatkan 10 buah negeri untuk menyertai program ini termasuk dua (2) agensi Kerajaan daripada Sabah dan hanya negeri seperti Kelantan dan Terengganu sahaja tidak mengambil bahagian, Perlis juga tidak, yang lain telah pun mengambil bahagian. Itu menunjukkan bahawa negeri lain juga melihat SIBS ini sebagai satu platform yang amat penting mereka untuk usahawan mereka memasarkan produk mereka ke arena antarabangsa. Tetapi, disebabkan ini adalah satu platform B2B (Business to Business), ini bererti hanya usahawan yang mempunyai produk yang export ready

yang bersedia untuk dieksportkan. Jadi, kita tidak boleh membantu usahawan mikro. Kita perlu ada program yang berlainan untuk melatih usahawan kita bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi yang dapat dieksportkan. Itu adalah satu cabaran yang lain. Dan bagi mereka yang tidak mencapai standard yang kita perlukan, kita tidak boleh menurunkan standard kita untuk membolehkan mereka ini. Mereka perlu mengharungi cabaran tersebut memperbaiki mutu mereka supaya produk mereka dapat mencapai mutu yang kita kehendaki di peringkat antarabangsa. Oleh itu, usaha kita sekarang adalah untuk mengekalkan standard, maknanya bukan, malah untuk mempertingkatkan lagi status SIBS di Lapangan Antarabangsa.

Speaker

Sungai Burong.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin menggunakan Peraturan Tetap 24 (2) untuk Sg. Burong.

Speaker

Tidak dibenarkan. Batang Kali, tidak hadir. Sementa, tidak hadir.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh Pelabuhan Klang cakap? Kita tengok mereka ini asyik tidak datang sahaja, soalan semua ada tetapi kenapa tidak datang? Apa sebab mereka tidak datang? Adakah mereka maklumkan kepada Tuan Speaker? Daripada semalam kita tengok Dewan kosong, tidak menghormati Dewan tetapi bila berkempen, fitnah sana sini.

Speaker

Baik, baik, saya ambil maklum ya Yang Berhormat Pelabuhan Kelang, memang masalah disiplin. Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya yang Ke 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Kenderaan ElektrikQuestions

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah kerajaan melalui PBT dan agensi-agensi bercadang untuk memulakan penggunaan kenderaan elektrik termasuk motosikal elektrik dalam urusan harian memandangkan ianya mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan dan Malaysia mempunyai pengeluar motosikal dan kenderaan elektrikal sendiri?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, Malaysia telah pun menetapkan aspirasi negara untuk mencapai Gas Rumah Kaca Sifar Bersih seawal tahun 2050. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 turut memberikan penekanan terhadap Agenda Pertumbuhan Hijau bagi memastikan perancangan pembangunan negara mengambil kira kelestarian alam sekitar dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon. Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon iaitu Low Carbon Mobility Blueprint 2021 hingga 2030 yang dibangunkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Kementerian Pengangkutan telah menetapkan fokus utama berkaitan dengan kenderaan mesra alam iaitu pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan GHG melalui penggunaan mobiliti elektrik. Secara dengan Low Carbon Mobility Blueprint Kerajaan kini menumpukan kepada pembangunan kenderaan elektrik iaitu EV dengan menawarkan pelbagai insentif cukai bertujuan menggalakkan aktiviti pemasangan dan juga pengilangan kenderaan, pengeluaran komponen berkaitan EV serta perkhidmatan teknologi hijau. Negeri Selangor turut berhasrat menjadi negeri peneraju dalam penggunaan kenderaan elektrik EV dalam ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2021 Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan insentif galakan penggunaan kenderaan elektrik dan turut bercadang untuk menyediakan 1000 buah pengecas EV menjelang tahun 2022 dengan kerjasama pihak swasta. Penyediaan infrastruktur yang bersepadu ini akan menjadikan Negeri Selangor sebagai pelopor menggunakan kenderaan elektrik. Perkembangan pesat EV bukan hanya berlaku kepada kenderaan biasa dan perdagangan malah motosikal elektrik turut mendapat permintaan dalam pasaran memandangkan ia lebih praktikal dan prestasinya lebih cekap. Di Malaysia, pasaran kenderaan elektrik kini berada dalam fasa pertumbuhan yang memberangsangkan. Setakat ini, syarikat kenderaan elektrik Malaysia mengeluarkan kenderaan elektrik adalah Volvo, manakala bagi motosikal elektrik pula dikeluarkan oleh Eclimo Sdn. Bhd. dengan model skuter elektrik Eclimo ES-11 dan Tree Technologies Sdn. Bhd. Iaitu Treeletrik dengan model T-70. Bagi kenderaan elektrik pula, syarikat pengeluar tempatan seperti Perodua dan juga Proton sedang dalam peringkat kajian bagi membangunkan kenderaan elektrik mampu milik manakala Honda dan juga BMW juga akan menyumbang kepada pembangunan pasaran EV tempatan di Malaysia. Kenderaan elektrik termasuk motosikal elektrik mula diterima masyarakat sebagai salah satu bentuk pengangkutan yang berupaya dan praktikal terutamanya di kawasan bandar. Setakat ini, antara Pihak Berkuasa Tempatan, PBT yang bercadang dan telah pun melaksanakan inisiatif kenderaan elektrik termasuk motosikal adalah seperti berikut : 1. Majlis Perbandaran Selayang sedang 2. dalam peringkat cadangan untuk menggunakan kenderaan elektrik di peringkat Jabatan. 3. Majlis Bandar raya Petaling Jaya telah pun mempunyai tiga (3) unit T-Skuter.

4. Majlis Bandar raya Subang Jaya masih di peringkat cadangan dan kajian 5. Majlis Perbandaran Kajang sedang dalam peringkat cadangan. 6. Majlis Perbandaran Kuala Selangor sedang dalam peringkat cadangan dan akan dimasukkan dalam Perancangan Bajet 2023. 7. Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah menggunakan kenderaan elektrik Micro Mobility E-Bike bagi kegunaan di peringkat Jabatan. 8. Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah mempunyai tiga (3) buah motosikal elektrik bagi urusan penguatkuasaan. 9. Majlis Bandar raya Shah Alam telah mempunyai dua (2) unit elektrik motor – Renault dan enam (6) unit elektrik buggy bagi tujuan rondaan. Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PBT kini memaju ke arah mewujudkan bandar rendah karbon dengan menggariskan elemen utama mobiliti hijau dan pelan tindakan bandar rendah karbon di peringkat PBT. Peranan aktif PBT dalam memulakan inisiatif mobiliti hijau amatlah dituntut ke arah Negeri Selangor lebih hijau dan juga lestari. Sekian.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tuan

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Saya ingin bertanya dan daripada jawapan yang dibekalkan oleh Ahli Yang Berhormat Kajang, sebenarnya telah ada PBT-PBT yang telah pun menggunakan elektrik motosikal walaupun bilangan unit itu adalah sangat-sangat rendah, sangat sedikit. Soalan tambahan saya ialah adakah Kerajaan ada memberi satu arahan secara bertulis kepada bukan sahaja PBT tetapi semua agensi Kerajaan termasuk Pejabat Tanah dan sebagainya untuk memastikan bahawa keseluruhan fleet motosikal ataupun kenderaan yang mereka guna itu perlu lah menggunakan motosikal electrical sepenuhnya menjelang tahun, tidak pasti lah, mungkin 2024 ke 2025 untuk memastikan bahawa ada satu dorongan ataupun arahan secara bertulis yang mereka perlu patuhi. Kalau tidak, saya dengar ada PBT ia hanya setakat kajian, lagi kajian, lagi kajian, kaji sampai kaji kita tidak tahu bila ia akan dilaksanakan sepenuhnya. Sebab kita lihat, bukan sahaja ia efficient dari segi menjimat tenaga tetapi efficient dari segi pengurusan keluar masuk dan juga aktiviti penguatkuasaan dan juga kakitangan kita. Ia ada banyak kelebihan, saya lihat. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Untuk kita menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, sebelum kita menggunakan dengan luasnya, kita kena selesai masalah infrastruktur dulu di mana sekarang kita mengalami masalah bilangan pengecas yang tidak begitu banyak so, penggunaan kenderaan elektrik itu perlu ada pengecas elektrik di merata tempat. Ia bukan hanya tertumpu di suatu Majlis Perbandaran ataupun Bandar raya, ia perlu diadakan di

semua stesen jarak dengan munasabah. So, untuk menggalakkan penggunaan cas elektrik itu Kerajaan Negeri Selangor sedang bekerjasama dengan swasta untuk mewujudkan infrastruktur untuk membina lebih banyak pengecas elektrik bukan setakat di parking-parking area tetapi termasuk juga di commercial area termasuk di shopping centre. So, itu yang bagi keutamaan kepada kita.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan No. 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. SmueQuestions

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan nilai RM100 ke RM200 bagi pemberian baucer SMUE dan Jom Shopping Perayaan memandangkan kos barangan yang naik?

a)

Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan nilai RM100 ke RM200 bagi pemberian baucer SMUE dan Jom Shopping Perayaan memandangkan kos barangan yang naik?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan soalan 175 dari Yang Berhormat Meru berkaitan tajuk yang sama. Bermula September 2019, program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dilaksanakan di mana ahli SMUE yang masih hidup menerima manfaat baucar beli-belah bernilai RM100.00 setiap tahun pada bulan kelahiran mereka. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan nilai baucar kepada RM100 kepada setiap penerima. Bagi tahun 2022, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) selaku pelaksana bagi program ini telah menganggarkan jumlah penerima sebanyak 196,000 orang dengan implikasi kewangan sebanyak RM19.6 juta bagi pemberian baucar Jom Shopping SMUE. Sebarang kenaikan baucar akan melibatkan bajet yang besar kerana jumlah penerima yang ramai di seluruh Negeri Selangor dan peningkatan bajet ini perlu diselaraskan di peringkat Kerajaan Negeri. Di samping itu, bantuan

kewangan selepas kematian ahli SMUE turut diwujudkan di mana setiap ahli SMUE yang meninggal dunia, waris akan menerima wang khairat kematian bernilai RM500.00. Oleh yang demikian, sehingga kini, terdapat dua (2) bantuan di bawah skim ini iaitu:

1. Manfaat semasa hidup - pemberian baucar beli-belah RM100.00 setiap tahun pada bulan kelahiran ahli; dan 2. Manfaat selepas kematian - pemberian wang khairat kematian dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian sebanyak RM500.00 kepada waris sekiranya ahli meninggal dunia. Dalam pada itu, untuk makluman Yang Berhormat Meru, Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang meneliti cadangan penambahbaikan syarat bagi Syarat Pendaftaran Ahli SMUE bagi golongan OKU seperti berikut : 1. Pengundi berdaftar di Selangor hanya disyaratkan bagi pemohon OKU yang berumur 18 tahun dan ke atas. Manakala bagi pemohon OKU yang berumur bawah 18 tahun disyaratkan hanya ibu atau bapa pemohon adalah pengundi berdaftar di Selangor. Kertas pertimbangan bagi ketetapan baru ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. Terima kasih.

Speaker

Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Soalan saya soalan No. 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Status Isu Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai Dun TerataiQuestions

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah cerun yang mengalami tanah runtuh di bawah status infrastuktur yang diselenggaraan oleh MPAJ?

b)

Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi bantuan kepada 4 rumah untuk membina semula rumah mereka?

c) Status projek membaik pulih cerun.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Teratai, Tuan Speaker. Yang Berhormat Teratai bertanyakan soalan berhubung dengan isu tanah runtuh di Taman Bukit Permai DUN Teratai. Untuk makluman Yang Berhormat, cerun yang dimaksudkan yang mengalami keruntuhan pada bulan Jun ya, pada tahun 2022 itu adalah, cerun tersebut adalah berstatus kawasan lapang yang telah diwartakan sebagai kawasan lapang dan penyelenggaraan cerun itu berada di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Yang keduanya, bahagian kedua soalan berhubung dengan isu pembinaan rumah. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tengah mengeluarkan beberapa peruntukan bagi membantu mangsa dan juga membaiki rumah ini dan telah diluluskan iaitu untuk pembaikan cerun ialah RM1.471 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Untuk bantuan kepada keluarga, setiap keluarga dianggarkan 70 buah keluarga, setiap keluarga menerima RM500.00 iaitu RM35,000.00 dan juga kerosakan kepada kereta sebanyak enam (6) biji kereta atau RM500.00 jadi RM3,000.00. Ini daripada Tabung Amanah Bencana Negeri dan juga sumbangan daripada pihak MBI di bawah CSR nya iaitu RM10,000.00 setiap mangsa yang meninggal, untuk empat (4) orang yang meninggal iaitu RM40,000.00, yang cedera seorang iaitu RM5,000.00 dan juga rumah yang rosak, 11 buah rumah yang mendapat RM5,000.00. Setiap rumah yang rosak ini RM55,000.00. Pihak MPAJ hanya membantu dari segi mempercepatkan proses serta meluluskan permohonan perobohan dan pembinaan semula rumah yang terjejas dengan kejadian tanah runtuh ini. Dan untuk makluman juga, status kerja-kerja baik pulih tanah runtuh di Taman Bukit Permai ini sehingga 30 September 2022 adalah sebanyak 62%. Terima kasih.

Speaker

Sungai Air Tawar. Tidak hadir. Lembah Jaya, juga tidak hadir. Jeram, sudah tenggelam. Meru.

(Dewan riuh)

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 27. Cakap di luar kena saman.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Moratorium 25 Tahun Hutan Simpan KekalQuestions

27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan dasar moratarium 25 tahun berkenaan dengan Hutan Simpan Kekal khususnya untuk pembangunan di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari?

b)

Berapakah baki hutan simpan yang masih kekal dan berapakah jumlah yang telah dinyah gazet hutan simpan Bukit Cherakah?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, maksud untuk dasar Moratorium 25 tahun pembalakan adalah bermakna tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal mulai tahun 2010 hingga tahun 2035. Hutan Simpan Bukit Cherakah Tuan Speaker, soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan No. 72 daripada Yang Berhormat Kota Anggerik dan juga soalan No 196 daripada Yang Berhormat Sungai Pelek. Hutan Simpan Bukit Cherakah yang masih kekal pada masa kini adalah seluas ±1,298.86 hektar (±3,208 ekar) dan Hutan Simpan Bukit Cherakah Tambahan dengan keluasan ±982.80 hektar (±2,427.51 ekar). Kedua-dua hutan simpanan kekal ini masih diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sebagai kelas Hutan Perlindungan iaitu Hutan Tadahan Air dan Hutan Bagi Maksud-maksud Persekutuan. Hutan Simpan Bukit Cherakah telah melalui kira-kira 20 kali penyahwartaan sejak tahun 1962 melibatkan seluas ±30,172.46 ekar. Penyahwartaan yang terakhir adalah seluas 406.22 hektar (1,003.76 ekar) pada tahun 2000 dan hanya selesai dilaksanakan pada 5 Mei 2022 yang lalu melalui kenyataan siar warta G.N. 1645-2022 (P.W. 1443). Walau bagaimanapun, terdapat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam ke atas keputusan penyahwartaan hutan ini pada 11 Ogos 2022 lalu.

Justeru itu, Kerajaan Negeri akan menyemak cadangan rundingan untuk mewarta semula hutan ini terutama yang melibat syarikat GLC Negeri dalam moratorium pembalakan selama 25 tahun telah pun diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pembentangan bajet oleh YAB Dato Menteri besar pada tahun 2010 rasanya umumnya membekukan segala aktiviti pembalakan di dalam kawasan hutan simpanan kekal sebagai salah satu usaha melindungi dan memelihara sumber alam yang penting. Walau bagaimanapun kerajaan negeri masih boleh melaksanakan sebarang pembangunan di dalam kawasan hutan simpanan kekal sekiranya melibatkan kepentingan awam seperti pembinaan empangan, talian TNB, lebuh raya, laluan bekalan air, dan sebagainya. Aktiviti akan laksanakan dengan sebaik mungkin bagi menangani sebarang impak alam sekitar dan melindungi kawasan sensitif, sekian terima kasih.

Speaker

Dusun Tua

Yang Berhormat EXCO memandangkan moratorium pembalakan ini dah hampir dengan tempoh tamatnya iaitu 2035, apakah Kerajaan Negeri sudah mula mempertimbangkan untuk melanjutkan atau bagaimana? Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Yang Berhormat Dusun Tua masih lama lagi sehingga 2035, so sekarang 2022 masih ada lagi 13 tahun lagi. So kita masih belum bincang sama ada nak lanjut atau tidak. Ini bergantung kepada kerajaan akan datang. Kemungkinan bukan saya pada masa itu, so saya tak boleh jawab untuk soalan, ialah kalau boleh saya memang berharap moratorium tidak akan dilanjutkan selepas 2035. Sekian.

Speaker

Pandamaran

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no.28

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA (N47 PANDAMARAN)

TAJUK : BANTUAN SIHAT SELANGOR

28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Nyatakan cara-cara untuk memohon Bantuan Sihat Selangor.

b) Nyatakan jumlah yang telah diperuntukkan pada tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Pandamaran. Pandamaran bertanya mengenai bantuan kesihatan Program Bantuan Sihat Selangor atau pun BSS bermula pada tahun 2009 yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan bantuan perubatan dan rawatan seperti rawatan dialisis, pembedahan kecil, rawatan katarak mata mahupun alatan perubatan seperti kaki palsu dan lain-lain.

Bagi mendapatkan manfaat daripada program ini, individu yang layak perlu membuat pendaftaran dan permohonan di laman sesawang http://bantuansihat.selangor.gov.my/. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan. Tempoh kelulusan permohonan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua (2) minggu dari tarikh borang dikemukakan kepada pihak UPEN, tertakluk kepada dokumen sokongan yang dikemukakan haruslah lengkap dan memenuhi syarat ditetapkan. Namun, selari dengan perkembangan teknologi terkini dan dalam memastikan proses semakan dan kelulusan dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, semua proses permohonan akan dilaksanakan secara atas talian, bermula pada tahun hadapan. Ini bermakna pemohon tidak lagi perlu mengemukakan borang permohonan kepada pihak UPEN malah turut dapat menyemak status permohonan secara atas talian. Perincian berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sehingga kini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited menjayakan program BSS ini melalui peruntukan tahunan bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2018 hingga 2022, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM 5,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) setiap tahun bagi program BSS.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerana permohonan yang mengambil dua minggu untuk diluluskan, ia tidak sesuai untuk permohonan kecemasan. Nanti insyaAllah kita rujukkan di bawah satu mekanisme untuk permohonan kecemasan.

Speaker

Kota Anggerik, Tidak Hadir. Sungai Ramal

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Tuan Speaker, soalan saya no.30.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Promosi Kebajikan Kerajaan Negeri Kepada RakyatQuestions

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Ramai rakyat masih tidak bermaklumat berkenaan pelbagai skim/ program kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Apakah kaedah lebih efektif yang boleh dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat berkenaan?

b)

Wajarkah sekiranya setiap ADN dibekalkan dengan 'Digital Billboard' bagi memenuhi tujuan di atas ?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, Sungai Ramal yang bertanyakan soalan, berkenaan dengan promosi-promosi program kebajikan dengan program Kerajaan Negeri secara keseluruhan. Buat pengetahuan Yang Berhormat program-program Kerajaan Negeri sering diuar-uarkan melalui pelbagai platform sesuai setiap kali kegiatan diadakan atau di umum. Semua berita itu tersebar melalui beberapa platform dan jenis media. Salah satu usaha adalah melalui platform yang disediakan oleh syarikat milik negeri Selangor iaitu Media Selangor Sdn. Bhd. mempunyai 1 akhbar empat edisi, termasuk Mandarin dan Tamil, portal berita SelangorKini empat bahasa dan portal video SelangorTV, dan pelbagai jenis media sosial termasuk Tiktok, Instagram dan Twitter, dan sejumlah kecil media digital dalam bangunan ataupun TVDIM di pejabat-pejabat kerajaan.

Maknanya media Selangor mengawal keseluruhan hampir semua perkara termasuk dalam komersial media yang dicetak sendiri dan juga alternatif media seperti laman sesawang dan tidak ketinggalan microsite seperti Tiktok, Twitter, Instragram dan sebagainya. Malahan dalam beberapa bulan yang lepas saya lihat perkembangan tiktok media Selangor juga sangat baik kadangkala ia melebihi daripada pengendali-pengendali establish media yang sudah sekian lama.

Namun begitu saya faham Tiktok bukan lah satu perkara yang mudah sebab persaingan nya banyak kita terpaksa bersaing dengan influencer dengan artis dengan jutawan dengan jelitawan yang terpaksa yang mendapat tuntunan berjuta-juta ringgit.

Mengenai soalan kedua berkaitan dengan billboard, Kerajaan Negeri bersedia tetapi kita kena tengok lokasinya dan tidak semua kemudahan akses billboard itu kita dapat perolehi sebab sebahagianya dikawal urus oleh pihak berkuasa tempatan. Namun begitu kita sedang merancang sebenarnya dengan pihak tertentu saya akan maklumkan kemudian untuk mendapatkan beberapa lokasi digital billboard dan ini adalah lebih baik kerana pertukaran-pertukaran paparan itu akan membantu orang memahami bukan sahaja program kebajikan dalam soalan asas Yang Berhormat Sungai Ramal tetapi juga berkenaan dengan program-program dan rancangan dasar kerajaan negeri, terima kasih.

Speaker

Teratai

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Saya nak tanya soalan kedua kepada billboard digital, memberi kepada setiap ADUN. Adakah termasuk ADUN sokong kerajaan ataupun ADUN pembangkang. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya belum menyemak balik dalam dasar itu, kalau rasanya sepatut tak masalah tetapi saya aturkan balik. Permohonan boleh dibuat oleh ADUN mesra kerajaan atau ADUN yang lebih sayangkan MB, terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal, mesra jangan tak mesra

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Terima kasih soalan tambahan, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya faham digital billboard mungkin makan kos yang agak tinggi tapi satu bentuk pengiklanan yang sangat efektif, kita lihat syarikat besar dalam papan iklan ataupun billboard, di tempat-tempat kita semua memang ada dan saya lihat selalu Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun menggunakan portal billboard, saya kadang-kadang cemburu tengok muka Yang Amat Berhormat yang hensem. Saya fikir juga kalau ada kami pun dapat peluang itu tapi lebih serius sebenarnya kerana cara iklan lain seperti akhbar Selangor Kini kita gunakan itu mendapat beberapa masalah. Contohnya apabila diletakkan di tempat-tempat tertentu memang hilang disebabkan adalah yang sabotaj, yang paling efektif saya rasa memang ada melalui billboard tapi kami ADUN menghadapi kesukaran mendapatkan tempat tapi kalau boleh billboard mudah dan lebih murah kalau boleh diikhtiarkan setiap ADUN ada satu billboard khas di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat saya ambil maklum terhadap cadangan tersebut memang kita sedang usahakan sebab sebenarnya kita sedang melebarkan usaha Selangor Kini ke arah pemilikan billboard atau pun pengendalian billboard. Sebab pengendalian billboard ini bukan sahaja dia mampu untuk memperkemas dan memperluas penyebaran makluman kerajaan negeri tetapi juga boleh menjana keuntungan ke arah media Selangor yang tidak lagi bergantung sebab ia boleh berganti yang bukan hanya maklumat negeri tetapi juga boleh menyalurkan maklumat-maklumat komersial ataupun disewa untuk maklumat-maklumat komersial, terima kasih Yang Berhormat saya memang minta media Selangor untuk bagi maklumat nanti, bagaimana memastikan paling kurang satu ADUN satu kawasan billboard yang boleh digunakan untuk bukan menjana pendapat menyebarkan maklumat kepada rakyat, terima kasih.

Speaker

Semenyih

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya no. 31, terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Stadium Shah AlamQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan status terkini projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dan apakah cabaran serta tindakan pihak pemaju untuk memastikan projek ini berjalan lancar?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih ke atas Semenyih soalan yang dikemukakan. Lanjutan letter of intent yang telah kita serahkan kepada pihak MRCB namun pihak MRCB sedang untuk menyiapkan dan hampir selesai sebenarnya proses untuk keseluruhan pelan pembangunan dan keseluruhan pelan pembangunan dan juga konsep Stadium Shah Alam yang kita ingin bangunkan. Secara asasnya apabila sidang media kali kedua telah dibuat kita mendapat maklum balas yang sangat positif sekarang hanya menunggu kajian keutuhan, kajian keutuhan ini sangat penting supaya kita dapat mengukur tentang keutuhan tanah tidak mahu ada sebarang pergerakan air dan sebagainya. Namun begitu disebabkan pilihan raya urusan-urusan ini terhenti seketika dan sekarang ia bersambung semula, ia masih lagi mengikut jadual yang kita harapkan iaitu menjelang suku pertama tahun depan saya percaya ia boleh disiapkan dan saya telah memberi arahan kepada pihak kerajaan negeri agar 3 lokaliti ini mempunyai kelulusan-kelulusan segera dan khas, iaitu kawasan SMJ termasuk di kawasan pembinaan Stadium kerana kita anggap ini adalah di antara katalis yang boleh membangunkan dan boleh menjana pendapatan dan ekonomi negeri dan memberi impak besar kepada negeri selain daripada

Dan malahan kalau kita nak disebutkan tentang kesediaan terhadap pembangunan kawasan stadium ini sudah di siap sediakan untuk kawasan pembangunan dan untuk makluman Yang Berhormat kalau di peringkat awal cadangan pembinaan ini adalah ada gabungan di antara komersial dan juga dengan bangunan-bangunan milik Kerajaan Negeri. Namun proposal terbaru dan juga pelan terbaru yang telah dikemukakan kepada syarikat yang kita tawarkan, letter of intent, the whole set of that development dengan izin keseluruhan kawasan pembangunan itu akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri termasuk unit-unit komersial yang kecil di mana swapping yang diberikan itu tidak lagi tergantung di kawasan itu tetapi di lokaliti lain kerana kita tidak mahu mengganggu terhadap blank susun atur dan juga sebenar pihak Kerajaan Negeri cuba menggabungkan dengan pelan pihak Kerajaan Persekutuan antaranya untuk memastikan takungan air yang berdekatan dengan Sungai Damansara itu, dapat mengelakkan kejadian banjir yang berulang dan kedua aliran trafik yang lebih baik yang di lokaliti tersebut di seksyen 13 yang sering berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas. Jadi kalau saya nak ikut jadual atau tidak? Yes, ikut jadual dan kita masih lagi yakin ia boleh dilaksanakan dan boleh mendapat memulakan pada suku pertama pada tahun depan, terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, soalan 32.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Pjd LinkQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini permohonan untuk pembinaan projek lebuhraya PJD-Link?

b)

Butirkan semua mesyuarat yang telah diadakan tahun ini berkaitan lebuhraya ini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan kegemaran Bukit Gasing yang ini mengetahui status pembinaan projek lebuh raya PJD-Link dan juga mesyuarat semua yang diadakan pada tahun ini yang berkaitan dengan pembangunan lebuh raya ini.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat juga projek ini untuk refresh, PJD-Link adalah Projek Petaling Jaya Dispersal Elevated Highway (PJD Link), adalah projek penswastaan lebuh raya 4 lorong 2 hala bertingkat sepenuhnya fully elevated sepanjang 34.3 kilometer, merangkumi pembinaan jalan utama sepanjang 12.5 kilometer dan ramp tanjakan sepanjang 21.8 kilometer bermula daripada Plaza Tol NKVE Damansara dan berakhir ke lebuh raya Bukit Jalil, Bandar Kinrara.

Untuk makluman Bukit Gasing, untuk tahun ini saya akan ceritakan mesyuarat baru saya bagi tahu status, untuk tahun ini daripada 9 Februari 2022, Kerajaan Negeri melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan mesyuarat MMKN ke6 2022 pada 16 Februari 2022 telah meluluskan dan mengesahkan penerimaan pakai carta alir proses perancangan pembangunan lebuh raya dan infrastruktur negeri Selangor perkara ini telah saya sebut dalam mesyuarat yang lepas sidang yang lepas oleh itu bagi melancarkan proses kelulusan adalah wajar cadangan PJD-Link ini mematuhi carta alir proses ini, proses perancangan bangunan lebuh raya dan infrastruktur kerajaan negeri Selangor perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara pihak PJD link dengan kerajaan persekutuan adalah pada 5 April 2022 telah meletakkan syarat duluan supaya pihak syarikat melaksanakan Enviroment Impact Assessment

(EIA) Sosial Impact Assessment (SIA) dan Traffic Impact Assessment (TIA) terlebih dahulu sebelum perjanjian ini menjadi efektif dan projek boleh dimulakan. Oleh itu, cadangan PJD Link ini masih belum boleh dimuktamadkan di peringkat di Negeri Selangor kerana sehingga kini masih tiada kajian EIA, SIA dan TIA yang lengkap yang dilaksanakan oleh pihak PJD Link yang perlu dibentangkan kepada MTES dan disahkan oleh MMKN termasuk penyelesaian perihal tanah.

Pada mesyuarat bulan April 2022 iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuh Raya dan Projek Infrastruktur Bilangan 1/2022 yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur Kemudahan Awam. Pihak LLM memaklumkan mengenai status terkini rundingan teknikal, termasuk rundingan kos projek yang telah dimuktamadkan melalui laporan kos projek cadangan Lebuh raya PJD Link oleh LLM pada Januari 2022. Pihak PJD Link telah menandatangani perjanjian konsesi pada 5 April pada yang saya sebutkan tadi, 2022.

Yang Berhormat Pengerusi iaitu EXCO Infrastruktur Kemudahan Awam memaklumkan pihak konsesi perlu menyediakan laporan SIA yang komprehensif dan mengambil kira setiap bantahan yang diterima. Juga jajaran dikemukakan perlu dijelaskan adakah sama dengan jajaran KDEX sebelum ini. Pengerusi juga memaklumkan bahawa selain laporan EIA dan laporan SIA, laporan TIA perlu dikemukakan dan perlu dibentangkan di peringkat Kerajaan Negeri untuk diteliti sebelum sebarang keputusan. Seterusnya pada 25 Mei 2022, perbincangan berkaitan pelaksanaan penyediaan laporan penilai Sosial Impact Assessment (SIA) telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah PLAN Malaysia Selangor. Perbincangan diadakan bersama dengan syarikat PJD Link Sdn. Bhd. mengesyorkan pihak syarikat untuk membentangkan status cadangan lebuh raya ini pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Lebuh Raya dan Projek infrastruktur amnya Negeri Selangor sebelum dibawa ke MTES. Pada 12 September 2022, mesyuarat yang kedua Pemantauan Pelaksanaan Lebuh raya dan Projek Infrastruktur di dalam Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh EXCO Infra dan Kemudahan Awam, telah dibentangkan mengenai cadangan pembinaan lebuh raya ini dan telah dimaklumkan ada perubahan-perubahan kepada laluan. Yang keduanya telah dimaklumkan juga kelulusan dari jemaah menteri telah diperolehi daripada 12 September ini adalah perkara yang awal ya.

Okay, PJD Link memaklumkan bahawa ada sedikit perubahan pada jajarannya yang saya sebutkan tadi yang diluluskan oleh konsesi dan dimuktamadkan sebelum laporan SIA disediakan. Pihak PJD Link menggunakan jajaran yang telah dimuktamadkan untuk penyediaan, dan perubahan kepada jajaran menyebabkan SIA nya terganggu kerana dia perlu mendapatkan jajaran yang muktamad. Dan sekali lagi ditegaskan dalam mesyuarat ini bahawa permohonan ini perlu menyediakan dan mendapat kelulusan berkenaan laporan SIA itu terlebih dahulu dan menyelesaikan segala isu bantahan yang dihadapi di jajaran ini sebelum dibawa ke MTES. Itu adalah mesyuarat yang terakhir iaitu pada bulan September baru ini. Jadi untuk makluman Yang

Berhormat Bukit Gasing, bahawa statusnya di peringkat negeri tidak ada perubahan sejak saya laporkan dalam mesyuarat yang lepas, dalam sidang yang lepas. Yang ada perubahan hanya di peringkat Persekutuan, di mana ada ditandatangani perjanjian konsesi. Di peringkat negeri kita telah syaratkan untuk masuk kepada MTES kali ini mesti menyiapkan semua laporan-laporan EIA, SIA dan TIA sehingga kini kita belum menerima sebarang secara rasmi laporan-laporan ini, sekian terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih, Yang Berhormat EXCO dalam sidang Dewan yang lepas, dikatakan untuk mesyuarat pemantauan pembinaan lebuh raya ini, ADUN-ADUN yang terlibat dalam kawasan pembinaan lebuh raya akan dijemput menghadiri mesyuarat, tapi saya maklum ada dua mesyuarat yang sudah berlangsung tapi kami belum dijemput, ada tak kami akan dijemput untuk mesyuarat ketiga dan seterusnya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat, saya mungkin sudah terlepas pandang atau pun mungkin pihak urus setianya ialah PLAN Malaysia Selangor, saya akan pastikan mereka ini masuk dalam senarai jemputan di lebuh raya- lebuh raya yang terlibat dengan ADUN-ADUN tempatan. Untuk yang WCE itu kita ada jemput Yang Berhormat Banting, pernah sekalilah. Mesyuarat pun tidak lah kerap, jadi kita akan pastikan kali ini dijemputlah ya, terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih, berkenaan jajaran yang dikatakan berubah, adakah Yang Berhormat EXCO boleh beri sedikit keterangan apa yang telah berubah dengan cadangan jajaran ini.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebenarnya tidak banyak, saya masih menunggu secara rasmi tapi saya difahamkan tidak banyak perubahannya hanya sedikit, tapi walau macam mana dalam mesyuarat yang berikutnya kita akan dapat secara rasmi dalam Jawatankuasa Pemantauan Lebuh Raya ini dan nanti kita akan jemput Yang Berhormat sekali lagilah untuk tengok secara teliti, sekian terima kasih.

Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Kota Damansara No. 33.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Institut Pemberdayaan Pekerja Dan Unit Pemberdayaan PekerjaQuestions

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-

a) Berapakah peruntukan kewangan yang telah disalurkan sejak penubuhan dan untuk apakah ia telah dibelanjakan?

b) Apakah usaha yang akan dibuat (jika ada) untuk memastikan agar tiada pertindihan fungsi kedua-dua unit tersebut?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) adalah merupakan unit khas yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembedayaan Pekerja dengan peranan untuk merancang, menyelaras, melaksana serta memantau program-program yang melibatkan Jawatankuasa khususnya untuk membantu para pekerja yang telah kehilangan pekerjaan di Selangor semasa wabak pandemik COVID-19.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 1 juta setahun dengan merangkumi kos-kos pengoperasian serta pelaksanaan program-program pembangunan khusus untuk membantu para pekerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk terus mencari sumber pendapatan dan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Penubuhan UPPS secara rasminya adalah bermula pada Oktober 2021. Oleh yang demikian, tidak banyak program yang dapat dilaksanakan memandangkan tempoh waktu yang terhad namun UPPS pada tahun 2021 dapat dilaksanakan memandangkan tempoh waktu yang terhad namun UPPS pada tahun 2021 dapat memberi fokus kepada perancangan serta penelitian bagi menentukan halatuju Jawatankuasa dan jalinan kerjasama antara jabatan dan agensi yang berkaitan pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2021 sebahagian peruntukan masih digunakan secara efisien dengan penganjuran beberapa program pembangunan yang khusus bagi memberi manfaat kepada warga Selangor dalam usaha membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Antara program-program tersebut adalah seperti berikut :-

i) Program Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan dengan usaha sama Kolej Kings dengan penyertaan seramai 750 orang peserta dalam kalangan B40. ii) Program Latihan dan Penempatan Pekerja dengan usaha sama Kolej Kings dengan penyertaan seramai 30 orang peserta program dalam kalangan B40. iii) Persidangan secara maya bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta. iv) Latihan pekerjaan dan penempatan segera dari kalangan B40 bersama usaha sama AA Knowledge yang melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta. v) Karnival Kerjaya Maya bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta. vi) Persidangan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melibatkan penyertaan seramai 140 orang peserta. vii) Taklimat bersama Jobstreet berkenaan teknik carian kerja untuk golongan B40 melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta.

Bagi tahun 2022 pula, UPPS giat merencana pelbagai lagi program dengan kerjasama persatuan, jabatan dan agensi terlibat bagi memastikan rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan dapat mencari sumber pendapatan yang baru khususnya melibatkan warga pekerja yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik COVID-19. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara juga, sebarang penyaluran peruntukan tahunan tersebut tidak disalurkan terus kepada UPPS bagi membolehkan kawalan dan pemantauan di peringkat Pejabat EXCO bagi menilai keberkesanan program yang dilaksanakan serta sebarang kerjasama dan perjanjian dengan jabatan dan agensi luar perlu melalui Pejabat EXCO untuk kelulusan demi menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhannya. Sehingga kini, sebanyak RM 646,957.50 telah dibelanjakan bagi pelaksanaan program-program pembangunan berkenaan. Program-program yang telah dijalankan ini turut mendapat sambutan dan kerjasama baik dengan persatuan, Badan-badan Bukan Kerajaan serta jabatan dan agensi awam dan swasta yang turut mempunyai program pemerkasaan pekerja masing-masing. Selama tempoh pewujudan Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) sebagai unit khas di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja, tiada pertindihan fungsi dikenal pasti melibatkan Institut Pemberdayaan Pekerja Selangor (WISE). Walau bagaimanapun, UPPS tidak menolak sekiranya ada pertindihan fungsi ini boleh dijadikan sebagai suatu titik kerjasama di antara kedua-dua pihak untuk sama-sama berganding bahu mewujudkan inisiatif bagi memanfaatkan warga Selangor.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Soalan tambahan.

Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker, kita ada UPPS kemudian kita ada Institut Pemberdayaan Pekerja, bolehkah pihak Kerajaan untuk

tujuan penyelarasan usaha memberdayakan pekerja ini disatukan di bawah satu pentadbiran agar penyaluran dana dapat diguna dengan sebaik mungkin.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Kota Damansara saya percaya dimasa akan datang kedua-dua Institut ini akan disatukan di bawah satu portfolio, sekian terima kasih.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Speaker, soalan saya No. 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Mewujudkan Operasi Mahkamah Tinggi Syariah Di Daerah Lain Di SelangorQuestions

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-

a) Adakah sebarang cadangan operasi Mahkamah Tinggi Syariah Selangor diperluaskan ke daerah-daerah lain selain daripada mahkamah sedia ada di Shah Alam?

b) Adakah ia boleh dianggap sebagai usaha memartabatkan perundangan syariah dan syiar Islam?

c) Adakah sebarang kekangan atau keterbatasan untuk proses tersebut?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker yang telah memberikan saya ruang untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Taman Medan. Dua soalan saya sebelum ini tidak dapat dijawab kerana tidak dapat ADUN berkenaan tidak hadir. Soalan Taman Medan, adakah sebarang cadangan operasi Mahkamah Tinggi Syariah Selangor diperluaskan ke daerah-daerah lain selain daripada mahkamah sedia ada di Shah Alam. Tentunya ada satu cadangan operasi Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sedang dipertimbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan melihat keperluan mewujudkan MTS di daerah-daerah yang menerima jumlah pendaftaran kes Mahkamah Tinggi yang tinggi. Penempatan MTS di daerah yang terpilih akan dilaksanakan sekiranya

permohonan pertambahan waran perjawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini terdapat dua (2) daerah yang mempunyai Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) iaitu di Shah Alam dan di Gombak Timur. Walau bagaimanapun, buat masa ini pengoperasian MTS Gombak Timur juga dibuat di Shah Alam kerana bangunan MTS Gombak Timur di Selayang masih belum sedia untuk diduduki. Ya, sekiranya operasi Mahkamah Tinggi Syariah diperluaskan ke daerah lain di Negeri Selangor ia bukan sahaja memudahkan urusan orang awam di Negeri Selangor terutama bagi daerah-daerah yang jauh kerana tidak perlu datang ke Shah Alam untuk memfailkan, membicarakan dan mendengar keputusan kes tersebut. Malah ia menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan perundangan Syariah dan syiar Islam di Negeri Selangor. Ya, terdapat kekangan atau keterbatasan untuk proses tersebut dilaksanakan. Kekangan atau keterbatasan adalah rentetan daripada dasar yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan berkenaan pembekuan atau pengecilan saiz perjawatan perkhidmatan awam. Sekiranya dasar tersebut masih berterusan sudah pasti pertambahan perjawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tidak dapat dilaksanakan dan seterusnya Mahkamah Tinggi Syariah hanya beroperasi di Shah Alam dan Gombak Timur sahaja dan tidak dapat diperluaskan ke daerah-daerah lain, insyaAllah apabila kerajaan Pakatan Harapan baharu dibentuk di Putrajaya, kita akan kemukakan supaya pertambahan jawatan untuk Hakim-hakim Mahkamah Tinggi ini ditambah, insyaAllah. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Soalan tambahan.

Speaker

Yang Berhormat Taman Templer, soalan tambahan tidak dapat diproses, sila duduk.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Taman Templer memang tak ada lagi soalan tambahan.

Speaker

Ya, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11:30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan. Silakan.

Sambungan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2022Bill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2022.

Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Bandar Utama sambung, saya bagi ruang yang secukupnya. Silakan.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker kerana membenarkan Bandar Utama untuk menyambung. Saya ingin terus menyentuh tentang politik perkauman dan agama kerana perkara ini sangat bahaya di mana kita

mendidik anak-anak muda kita untuk membenci tanpa sebab. Perkara ini merupakan perkara yang ditolak oleh rakyat Malaysia kerana kita tidak mahu anak-anak muda kita ini terpengaruh dengan sentimen agama atau pun perkauman hanya kerana diperalatkan oleh sesetengah golongan yang ingin meraih undi. Jadi perkara ini memang sangat merosakkan negara. Terus terang saya katakan apa yang menggalakkan api perkauman dan agama ini , adakah ia dapat membangunkan negara? Atau pun adakah negara kita akan dapat semakin maju ke hadapan? Jawapannya sudah tentu tidak, kita akan semakin ke belakang. Kita mahu ajak anak-anak muda untuk bersuara selepas undi 18 ini diluluskan tapi kita mahu mengajak mereka bersuara tentang polisi, tentang pendidikan, pekerjaan, tentang perumahan, polisi-polisi yang memang akan dapat membantu anak-anak muda ini pada masa hadapan dan bukannya terpengaruh dengan taktik-taktik yang menghasut dan memusnahkan perpaduan negara di mana kita menggunakan taktik pecah dan pintar. Kesian anak-anak muda ini kena scam dengan politik hasutan sebegini tanpa sedar diri mereka kena scam. Jadi sesetengah dari calon politik sebelum ini ada yang berkata, “Sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim naik, habislah orang Melayu nanti, agama Islam bukan lagi agama rasmi, nanti perlembagaan akan dirosakkan dan sebagainya”.

Dan semua jenis kenyataan ini sebenarnya diwujudkan untuk menakut-nakutkan golongan pengundi muda dan anak muda tanpa sebarang fakta. Jadi setiap kali pilihan raya, keluar saja isu seperti ini, isu perkauman. Dan kalau betul sekiranya ahli-ahli politik, calon yang mahu bertanding ini memikirkan tentang masa depan negara sepatutnya mereka tidak memainkan sentimen-sentimen begini dan fokus kepada pembangunan negara. Jadi saya harap selepas ini kita tidak tahu lagi bila akan tertubuhnya Kerajaan Persekutuan tetapi selepas ini saya berharap apabila Kerajaan Persekutuan dibentuk, Kerajaan ini akan fokus kepada pembangunan dan pembinaan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita mahu mengambil contoh sekiranya kaum yang berbeza hidup bersama, kita sepatutnya mengambil contoh yang bukan contoh-contoh ekstrem yang telah banyak dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan beberapa hari ini. Kita hendak mengingatkan bahawa rakyat Malaysia adanya contoh yang lebih baik sebagai contoh bila seorang nenek Cina bercerita yang bernama Chee Hoi Lan sekiranya masih ada yang mengingati beliau, beliau telah membesarkan seorang gadis Islam yang bernama Rohana Abdullah di mana beliau membesarkan gadis Islam ini mengikut cara Islam sepenuhnya kerana menghormati agama Islam dan Chee Hoi Lan telah dipilih untuk menjadi penerima anugerah Maulidur Rasul baru-baru ini. Kita seharusnya mengingatkan rakyat bagaimana rakyat Malaysia bersama-sama ketika gerakan bendera putih tanpa mengira kaum, tanpa mengira kaum Cina, Melayu, India dan sebagainya, kita berkumpul bersama dengan semangat kita jaga kita. Ini sebenarnya sepatutnya politik yang kita mahu bangunkan dan politik yang kita mahu ajarkan kepada rakyat Malaysia. Jadi kembali kepada Akta Lompat Parti, bayangkan pengundi-pengundi keluar mengundi pada 19 November sebelum ini kerana mahukan politik yang matang, pengundi mahukan politik yang sederhana yang melibatkan pembuat Dasar dari berbilang kaum supaya semua kumpulan bangsa,

etnik, jantina dan lapisan umur dapat diwakili di dalam Sidang Parlimen dan perkara ini bukan sahaja dikatakan atau pun disokong oleh Pakatan Harapan malah juga parti-parti lain seperti GPS yang juga pernah mengeluarkan kenyataan yang sama sebegini. Jadi sekiranya ada Ahli Parlimen kini ingin melompat kepada parti yang mempunyai pandangan dan pegangan yang berbeza dan bertentangan dengan para pengundi, apakah perasaan para pengundi sekiranya ditipu sebelum ini dan selepas ini ditipu sekali lagi. Jadi dengan wujudnya Rang-Rang Undang ini sekurang-kurangnya pihak individu tidak boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada parti atau pun keputusan demi kepentingan diri. Perkara ini penting supaya kita dapat mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya yang akan datang dan jelas sekali lagi, rakyat telah memilih pada kali ini kepada politik yang sederhana, politik yang melibatkan pemimpin pelbagai kaum dan Pakatan Harapan telah jelas mempunyai para pengundi mencecah..

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan saya Hulu Klang.

Speaker

Silakan Hulu Klang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih, pendek dan singkat. Saya ingin bertanya, kalaulah kita mengamalkan politik sederhana disebutkan itu, apakah ciri-ciri politik sederhana kerana sederhana ini adalah relatif tapi relatif pun ahli politik yang paling sederhana pun di kalangan kita kalau ikut umur dia, awal dia terlibat dalam politik hingga sekarang, saya rasa ramai orang DAP yang sederhana. Baju putih, seluar hitam, rumahnya sederhana. Kalau AMANAH punya ADUN atau pun Ahli Parlimen sebab kita tidak ada kita bincang. Saya kata pada seorang doktor pakar sini, saya tanya berapa lama dia ada duit saju juta? Dia dulu doktor, saya tanya Halimi ada satu juta dalam bank akaun? Tak ada, rupiah ada la kot! Saya kata very simple, saya memang besar dalam bentuk...

Speaker

Jangan ganggu, biar dia fokus.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Jadi saya, kalau saya ada seratus ribukan dah pencen, saya boleh hidup dengan pencen, jadi kita kena simple kita nak contohnya mana, kalau orang UMNO luluslah. Sekarang ini bukan sudah lebihkan, dia tanya di Kamunting duduk dengan Ezam dengan geng UMNO ini, dulu dia kata, “dalam UMNO pada tahun 2000 itu tidak ada ketua bahagian yang tidak ada duit satu juta cash dalam akaun dia”, Itu sederhana UMNO, duit satu juta dalam akaun cash dan sebagainya jadi kita nak standard, kita nak buat satu dari segi sederhana itu apa? Dan sederhana kita faham, sederhana hartanya, sikapnya, politiknya dan sebagainya boleh beri penjelasan kepada saya? Sekian, terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya percaya ada... Terima kasih dengan soalan Yang Berhormat, saya percaya memang banyak definisi tentang politik yang sederhana tetapi untuk majoriti wakil rakyat atau pun untuk rakyat Malaysia, saya

rasakan sederhana ini bermaksud kita tidak menghasut dan kita tidak menggalakkan penggunaan politik yang berunsur fitnah ertinya apabila kita menggunakan isu atau pun sentimen perkauman dan agama seperti ini, kita mengajak rakyat terutamanya kini apabila kita mempunyai undi 18 kita cuba mempengaruhi anak muda yang berumur 18 tahun ke atas yang mungkin baru sahaja baru mengenali dunia kita cuba mempengaruhi mereka dengan sentimen-sentimen menghasut dan fitnah ini yang tidak membawa apa-apa manfaat. Contohnya sekiranya kita mahu anak-anak muda ini mengundi untuk sesuatu calon sepatutnya berdasarkan apakah calon ini boleh lakukan untuk kawasan atau pun untuk negeri ini dan Malaysia, apakah calon ini memang bersih daripada segi akhlaknya, adakah calon ini memang tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang membawa kepada kecurangan terhadap rakyat dan negara tetapi sekarang apa yang terjadi di Malaysia ini kita dapat melihat banyak calon politik apabila mereka naik ke pentas dan berbahas mereka akan mengeluarkan isu-isu unsur-unsur sentimen yang berbau perkauman di mana sebenarnya kita sedang mengajar anak muda untuk membenci antara satu sama lain tanpa mempunyai sebarang sebab di mana bagaimanakah kita dapat membenci tidak kiralah kaum Cina ke, kaum Melayu ke, kaum India ke tanpa sebarang data, info atau pun apa yang telah dilakukan. Ini adalah jenis politik yang telah digalakkan oleh sesetengah pihak kini di mana mereka mengajak sekiranya parti politik ini telah menang, maka kita sebagai orang Melayu akan kehilangan kuasa, kita sebagai orang Islam mungkin tidak akan dapat mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi. Tetapi saya nak tanya..

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Boleh mencelah, terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama, jangan kacau boleh. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama, berkenaan dengan kempen baru-baru ini saya sendiri pun rasa sedih dengan apa yang telah berlaku di dalam negara kita terutama sekali minggu kedua kempen Pilihan Raya Umur Ke-15 dan sangat dasyat, sangat sedih sebab kali ini ia meninggalkan kesan yang saya kira bukan senang untuk kita betulkan dan ini satu cabaran kepada kerajaan yang baru yang akan membentuk kerajaan di Putrajaya nanti dan apakah cadangan atau pun pandangan pihak Yang Berhormat Bandar Utama, tindakan yang patut kita ambil. Boleh tak kita batalkan calon-calon yang menggunakan isu perkauman ini, maknanya dia guna isu perkauman, keagamaan terbatal dan disqualified tidak boleh bertanding. Boleh atau tidak? Sebab kita perlu tegas pada kali ini.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Nanti kalau siapa jadi Perdana Menteri, saya pm okay. Tapi sekiranya ...

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Bandar Utama, semalam dalam perbahasan ada juga disebut bahawa sepatutnya SPRM, SPR dan sebagainya perlu ambil tindakan untuk siasat dan juga mengambil tindakan janganlah jadi paper tiger ialah kita ada undang-undang atas

kertas tapi tidak ada penguatkuasaan dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Bandar Utama setuju dengan saya kalau betul-betul kali ini, kalau kita ada peluang, kita hendak bersihkan, kita hendak perbetulkan segala permasalahan ini dengan meminta dan mengharapkan supaya pihak-pihak seperti SPRM, PDRM untuk mengambil tindakan. Saya ambil contoh kalau di Singapura atau pun di negara maju, ada sosial media mereka perlu mendaftarkan atau pun memaklumkan kepada SPR mereka bahawa sekian-sekian adalah laman sosial dan mereka perlu bertanggungan calon-calon ini dengan laman Website, Tiktok untuk Facebook dan Instagram, mereka perlu bertanggungan terhadap semua isi kandungan termasuk komen, video dan juga penceramah ucapan yang terpapar diterbitkan di dalam laman Facebook atau pun media social mereka. Mereka perlu bertanggungan dan mereka boleh didakwa di mahkamah sekiranya mereka menimbulkan isu-isu yang berkaitan dengan perkauman, agama dan sebagainya. Dan nampaknya sekarang ini tidak ada orang kisah, jadi sewenang-wenangnya mereka mengeluarkan kenyataan seperti ini. Saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat Bandar Utama bersetuju dengan kita dan meminta kerajaan baru tidak kisah siapa. Harap-harap kita jadilah, tapi sesiapa yang jadi kerajaan mesti membuat sesuatu tindakan yang tegas terhadap isu ini supaya keamanan, keharmonian negara ini tidak lagi tercemar dengan sikap-sikap yang mementingkan kepentingan politik sendiri.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Pelabuhan Klang telah jawabkan Bandar Utama bersetuju. Sebenarnya Bandar Utama baru hendak bangkitkan tentang isu dan perkara ini di mana Bandar Utama sebenarnya pada musim pilihan raya, Bandar Utama menjadi campaign manager untuk kawasan Puchong, sekarang tahulah. Jadi sepanjang taklimat SPR, pihak SPR pun telah mengatakan bahawa sekiranya kita mahu berkempen, berkempenlah dengan cara sederhana.

Jadi saya percaya SPR sebenarnya mempunyai takrifan apa definisi sederhana itu. Sederhana apabila dijelaskan adalah jangan mengeluarkan kenyataan yang berunsur menghasut ataupun kenyataan yang membawa ataupun menyalakan sentimen dan api perkauman ini. Jadi perkara ini memang menjadi wujud. Ini merupakan larangan yang telah dimaklumkan oleh SPR.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Bandar Utama, setakat hari ini kita tak dengar lagi Polis pergi tangkap Ketua Pemuda PAS tu. Tak dengar lagi. Cuba kenyataan tu dikeluarkan oleh Taman Templer ataupun oleh Pelabuhan Klang saya ingat belum sempat subuh, saya ingat kena angkut dah. Kena angkut. Lepas tu ada pula seorang artis yang menyatakan nak bunuh orang tu. Nak sembelihkan. Sepatutnya pihak Polis dalam negara kita ni tak perlu tunggu report.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin bertanya satu. Nak tanya satu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Eh Banting nanti kejap...baru nak naik sheikh ni....Banting ni menjadi masalah ni.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Penjelasan sahaja lah. Apa maksud sembelih? Apa maksud sembelih dari segi ajaran agama Islam, sembelih tu maksudnya apa?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sembelih ini kalau ibadat korban, kita menyembelih binatang yang boleh. Contohnya kambing, macam lembu, macam kibas, macam kerbau. Ini kalau pakai kopiah ni orang panggil Ustaz. Tapi tak pakai kopiah lah kan. Tapi mana Polis? Kita tak naklah, kita clean, kita kata Polis dalam negara kita pun pilih kasih. Bila kena ke kita, tidak buat apa-apa. Tapi bila kena kepada Parti yang jadi Kerajaan tidak ada tindakan. Sedangkan video itu kita tengok dia viral kat Tiktok, dia viral dekat Twitter, dia viral dekat FB, dia viral. Sepatutnya Polis kena ambil tindakan, kena tangkap, kena siasat dan juga kena dakwa.

Ini kita cakap dalam Dewan yang mulia dan titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak pun menyatakan bahawa jangan kita Ahli-ahli politik dalam negara kita ini mengamalkan politik perkauman. Politik adu domba, politik kebencian, politik fitnah dalam negara kita ini. Sebab itu saya sebutkan semalam ke mana kita nak bawa negara kita ni? Lepas tu tuduh macam-macam lah. Komunis lah, LGBT lah, tak boleh azan lah di Pulau Pinang lah, nak gubal Perlembagaan, tak nak raja, tak nak Melayu lah, tak nak Islam dan sebagainya. Sebab tu saya sebutkan dalam ceramah saya kamu jadi Kerajaan sekarang ni. Askar bawah kamu, Polis bawah kamu, SPRM bawah kamu, Gerak Khas bawah kamu, Bomba bawah kamu, Komando bawah kamu, PASKAL bawah kamu, APMM bawah kamu, JKR bawah kamu, JPS bawah kamu, JPM bawah kamu, semua bawah kamu lah. Kenapa tak siasat? Saya ingat bukan setakat pergi tangkap Ketua Pemuda PAS tu, saya rasa kita kena tangkap dan siasat juga pimpinan-pemimpin PAS yang selama hari ini fitnah, bohong dan juga adu domba.

Taman Templer, bagaimana...nak tambah, nak tambah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Baru nak naik sheikh ni kacau je hah.

Yang kata apa ada Gerakan Kristian Yahudi?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini semua ni, semua ni nak selit dalam TikTok. Ada masuk tu. Salah. Ini yang menjadi masalah ni.

Tak salah, tak salah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Aah sila, sila sila.

Taman Templer tak payah duduk. Tak apa. Saya ada minta izin. Tak ada, dia terus naik sheikh, saya naik lebai.

Tu apa bekas Perdana Menteri dok sebut fasal Kristian. Yang sebut Kristian Yahudi tu macam mana?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ini ada minta izin ke tak? Kena minta izin kat Taman Templer.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat sekalian, sekarang ini yang suruh duduk saya. Ini Hulu Kelang mencelah, boleh?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya cukup masa ke tak? Cukup la.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang duduk dulu. Ini floor, bagi laluan dekat Taman Templer habiskan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ah, Taman Medan, apa soalanya tadi?

Bekas Perdana Menteri daripada Pagoh dia kata ada usaha gerakan Kristian Yahudi menguasai negara. Itu pun salah satu hasutan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ya lah kalau betul benda itu, ada dia jadi Kerajaan. Walaupun dia tidak jadi Perdana Menteri, dia sebahagian daripada Kerajaan sebelum ni. Siasat lah. Dakwa. Ini main tuduh je. Saya jadi masalah juga hari ini kalau tidak memang saya nak tibai juga UMNO Barisan Nasional tapi sebab dah jadi kawan ini kan. Itu yang nak kena juga belajar nyanyi lagu UMNO ini... Lambang kita yang gagah, dipandang mulia dan ikhlas. Jadi masalah juga. Tapi tak apa dia dah baik, dia dah insaf kan. Sebab dulu sejarah Islam dulu pun Sayidina Umar Abdul Khatab apa yang dia tak buat? Tapi bila Allah bagi hidayah kan, Allah angkat Sayidina Umar Al Khatab dan Allah janjikan di antara 10 sahabat Nabi yang masuk syurga.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Dah habis ke? Dah habis ke?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini janji Allah. Nak mencelah?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Taman Templer gunakan slot saya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Okay, okay okay lah. Terima kasih Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ini bukan Parlimen lah. Sabar, sabar Parlimen nanti ada masa yang lebih panjang. Okay. Masa ni pulangkan kepada Bandar Utama. Alright kalau tak habis Bandar Utama tapi Bandar Utama nak bangkitkan semua ni. Ini kerana Bandar Utama ingin bersuara untuk ibu bapa di luar

sana. Makcik-makcik, pakcik-pakcik yang rasa kecewa bila anak-anak mereka terpengaruh dengan sentimen yang anti perkauman sebegini. Untuk Bandar Utama sebenarnya yang paling penting apabila kita berdebat tentang isu ini di dalam Dewan Negeri yang mulia ini adalah supaya kita sedar kita jangan jadi ego, tak kira lah daripada Parti politik yang mana di belah sini ataupun di belah sana, yang paling penting adalah pilihan rakyat adalah sebenarnya menjurus kepada politik sederhana yang melibatkan pemimpin berbagai-bagai kaum.

Jadi saya harap selepas ini dengan adanya Kerajaan Persekutuan, tidak tahu kerajaan jenis apa, kemungkinan kerajaan perpaduan dan sebagainya kita semua tidak kira wakil rakyat daripada parti politik yang mana kita kena mengingatkan diri bahawa kita ini merupakan wakil rakyat dan bukan wakil rakyat untuk sesetengah pihak ataupun kelompok ataupun untuk manfaat yang sesetengah jenis manfaat tapi kita ini merupakan wakil rakyat yang mewakili semua rakyat Malaysia.

Jadi kembali kepada angka di mana Pakatan Harapan mempunyai para pengundi yang mencecah 5.8 juta orang pengundi, ini merupakan para pengundi yang telah mengundi untuk Pakatan Harapan sebelum dalam tempoh pilihan raya. Ertinya mereka memang menyokong dengan pegangan ideologi, manifesto yang ingin dibawa oleh Pakatan Harapan. Jadi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor pada hari ini adalah memastikan walaupun selepas ini masih akan terdapatnya kelemahan daripada segi first-past-the-post di mana kita tidak tahu rakyat Malaysia ataupun warga Selangor apakah pilihan mereka selepas pilihan pertama. Apakah pilihan kedua atau pilihan ketiga rakyat tetapi sekurang-kurangnya selepas ini kita tidak akan melihat lagi pasar katak di mana kita boleh menjual katak di sana, di sini, dibeli di sana di sini dan sebagainya. Jadi prinsip dan undang-undang ini adalah untuk mengangkat undi rakyat Malaysia iaitu sekiranya parti itu telah dipilih berdasarkan ideologi pegangan ataupun manifesto parti maka parti itu...

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Bismillahirahmanirahim. Saya marah ni. Saya nak jelaskan di sini kalau tak saya rasa tak sempurna pasal pihak Polis ni. Jadi ada disebut ni maknanya ya kalau kita ambil tindakan kalau kita tak akan, Jadi saya tak tau apa nak dibuat, saya masa di tahan ISA dahulu saya, saya dibuli, buli mental, buli psikologi saya, buli perasaan saya, sampai ke tahap dia kata kalau you nak jadi apa ya, you ini kualiti kurang-kurang jadi Timbalan Menteri atau Menteri, itu permainan dia lah.

Saya kata saya nak jadi satu je, saya nak jadi Ketua Polis Negara. Dia kata tak boleh, kamu adalah ahli politik tak boleh. Orang-orang yang politik saya jawab, orang yang paling politik sekali dalam negara kita ialah Polis Negara. Okay, dia kata tak boleh. Saya nak beritahu kita saya nak nyatakan kalau tidak ada reformasi yang besar dalam Angkatan Pasukan Keselamatan Polis kita tidak akan ke mana. Benda ini kena dinyatakan dengan jelas dengan dinyatakan bahawa saya nak, sepatutnya saya nak penjelasan daripada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Saya bila kata saya kat anak jadi saya Polis Negara memang tak logik tapi saya rasa saya boleh buat kalau saya

nak buat. Lain negara boleh buat, negara boleh buat. Jadi apa yang kita nak katakan di sini adalah begini ya...okay? Dia ada sekali saya lepas ke ISA saya ada di Alor Setar pada hari tu, dia telefon saya saya tak angkat. Lepas tu dia paksa saya datang ke sebuah hotel di KL di Suite Hotel. Second Director of SUB nama dia Haji Ali. Dia datang dengan pakaian sut yang cantik, coat dia oren, lepas tu dia keluarkan dia punya pistol. Bamp... di letak atas meja. Dia berdiri saya duduk, dia kata kalau saya pukul awak hari ini, dia nak pukul saya. Saya rasa badan saya sejuk, tingkat 21 hotel di KL, pukul 9 malam saya datang, dia paksa saya datang dia kata kena ISA lagi. Itu dia dia paksa saya. Lepas tu dia kata kami ni, awak kena ingat awak adalah, I Polis. Politik awak ini akan rosak sekiranya awak merosakkan Melayu. Melayu. Kami ada tentera, kami adalah orang Melayu yang paling tulen, negara ini tidak akan berjaya kalau formulanya bukan UMNO di tengah-tengah Barisan Nasional yang memagarinya dan orang-orang Melayu menguasai segala-galanya. Itu dia SB. This is no more joke. Rekodkan. Dalam buku saya tulis nobody challenge pada masa itu kerajaan pada masa itu Menteri Dalam Negeri pun nak ambil tindakan kat saya, my books stand correct. Tajuk dia SB Boleh, Malaysia Boleh ataupun tujuan jilid 7 dan jilid 3 adalah SB Boleh, Malaysia Boleh, SB Boleh. Full shits. Mencarut habis. Teruk, saya kecewa la kalau hari ini Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri dia tak buat satu menyatakan bahawa you got to stand rightly or you cannot be a better Malaysia. Better Malaysia make a better Police, Better Malaysia means tak ada SB as political police. Kalau ada hancur. Dia boleh kata kami ada latihan, kamu berkuasa masa tu saya fikir PKR, PKN, kalau kami ada kuasa, kalau kamu menang tak sampai 40 minit kami ambil balik. Kami akan merusuh jalan-jalan kat KL. Yang lain juga kamu akan kalah. Dasyat. So kita kata alamak macam mana Malaysia ni. Dia kata BN, FIT (Federal Investigation Team).

Okay, jadi kat Dewan Yang Mulia ini saya rakamkan, saya menyeru Datuk Seri Perdana Menteri dan kabinetnya memberi kata yang jelas, kalau dipecat semua, ganti yang baik. Kalau pecat, saya kata pecat ini, kat Dewan ini dan itu akan menyebabkan kematian saya esok, dilanggar dan sebagainya, that will prove, saya tak tuduh, tapi itulah yang berlaku. Dia kata “siapa lawan kami, kami ada cara nak bunuh dia.” “Bukan susah pun nak jatuhkan”, dia kata, “bukan susah pun nak jatuhkan kereta Perdana Menteri masuk gaung”. That is in my book and dalam surat khabar parti yang saya dukung dahulu, nama dia Harakah, keluar dalam tu, buku itu nobody challenge. Bahkan saya difahamkan pada tahun kedua, saya, pertama saya dah siap buku saya yang kelima, Ketua Polis Perak pergi mengadap Ketua Polis Negara meminta Ketua Polis Negara untuk bebaskan Saari Sungib, kalau tidak dia akan ditulis lagi, banyak lagi saya akan tulis. Kita malu, katanya. Jadi saya nak tegaskan kat sini, collection saya siapa yang kena, siapa cakap macam ni, dia akan kena dengan tindakan yang kasar. Orang yang saya kenal adalah Malik bin Husin. Dia kena tahan tahun 1998 ISA – dia kena malam perhimpunan yang besar-besaran di Dataran Merdeka, perhimpunan yang sangat besar, dan dia ditahan, matanya ditutup, dia baru ... (tidak jelas) masa tu, dia terajang, tumbuk, terajang, kepala, kaki, badan, pinggang, punggung, dan kemudian dia kira tak lebih tak kurang daripada 70, 60 ke 70 terjahan,

tendangan, sepakan, terajangan, yang dia kena. Sampai dia perli-perli, masa itu mata dia tertutup, mata terbuka tu, “eh tunggu, tunggu, tunggu” mata terbuka ni, “aku nampak engkau ni, ini yang suruh aku resign”.... (tidak jelas) Ketua Polis Negara siapa masa tu? Rahim Noor, Rahim Noor. Dahsyat. Lepas tu dia tak habis lagi, dia pun tonggengkan kawan saya ini, dia ambil kabel .. jolok kat jubur, minta maaf. Ini kali kedua saya sebut kat sini, selepas 10 tahun ya. Saya tak, saya tak, saya hormat polis selagi mana polis hormati kemanusiaan sesama manusia. Tapi kalau itu lah polis tak hormat kita, Anwar Ibrahim pada masa itu baru berapa jam saja hilang jawatannya daripada Timbalan Perdana Menteri telah dibogelkan dan sebagainya. So, this is the, setelah saya keluar, saya kata saya terkejut melihat dan dikepungi, disoal siasat oleh 10 orang Melayu-Melayu yang saya tak pernah nampak macam ni Melayu. Nama Abdul Rahman, nama Arifin bin Arif, Arif bin Arifin, nama bagus-bagus tapi perangai, Ya Allah. Terkejut saya di Malaysia ini ada begini. Rupa-rupanya, saya minta maaf saya pakai istilah ini, rupa-rupanya adanya makhluk-makhluk yang diternak oleh UMNO, yang menetaskan benih-benih jahat begini yang inilah Melayu yang sentiasa akan berpecah kerana Melayu berpecah bukan sebab banyak parti politik, tapi parti politik ini didalangi oleh orang-orang yang menghasut, jadi saya harap anakanda saya, Yang Berhormat, ... boleh tak kita mintak, boleh tak saya mintak, bahawa kalau Perdana Menteri dan teamnya nak buat better reform, you must be controlled of under police. ... tak dapat ambil acara dia. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih, Yang Berhormat. Nanti kita suruh kawan-kawan yang akan masuk kabinet tolong sampaikan. Apa yang penting adalah saya rasa, kita perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. One time at least dengan izin, supaya beliau dapat memimpin Malaysia ini ke arah yang lebih baik, insyaAllah. Jadi, seperti apa yang dikatakan pengalaman yang telah dikongsi oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, dengan apa yang telah dikongsi oleh rakan-rakan lain, Ahli-ahli Dewan lain, apa yang penting sebenarnya, kita lihat banyak yang mencelah pada pagi ini kerana kita semua terasa dengan impak dan kesan apabila terdapat sesetengah calon ataupun wakil rakyat yang menggunakan sentimen anti perkauman ini supaya mereka dapat meraih undi. Saya harapkan selepas ini apabila kita melihat ke hadapan, kita akan erm.. berpakat tidak kira Ahli Parlimen, ataupun Ahli Dewan, dari belah kiri ataupun kanan, dari Pakatan Harapan, Pakatan Nasional, Barisan Nasional dan sebagainya, apa yang kita mahukan, apa yang rakyat mahukan adalah sejenis politik yang bersih, politik yang adil, apabila kita debatkan sesuatu ianya berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri, impaknya bagaimanakah kita ingin memperbaiki daripada segi polisi, daripada segi menjamin hak rakyat Malaysia dan warga Selangor dan bukannya mempermainkan sentimen sebegini lagi. Hari ini kita melihat Setiausaha Agong, DAP di mana beliau pun telah meletakkan ego untuk meminta maaf kepada pihak GPS sekiranya melakukan apa-apa perkara yang menyinggung perasaan sebelum ini. Saya rasa kita telah mula gerak ke arah politik matang iaitu sekiranya kita pernah melakukan kesilapan

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Tadi saya dengar apa yang diceritakan oleh Bandar Utama bahawa Setiausaha Agong DAP dalam meminta maaf kepada Ketua Menteri Sarawak dan saya rasa lagi terkini, ada satu lagi berita yang terkini di mana Pengerusi DAP, Yang Berhormat Lim Guan Eng juga minta maaf, mungkin Bandar Utama boleh tambah dalam ucapan dia.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ya, kita dapat melihat Pengerusi dengan Setiausaha Agong daripada DAP telah meminta maaf, sekiranya oleh kerana peristiwa silam yang pernah menyakiti antara satu sama lain, ini dilihat di mana pemimpin mampu dan sanggup meletakkan ego ke belakang demi masa hadapan dan demi rakyat Malaysia dan saya harap perkara ini boleh dicontohi dan dipelajari oleh Wakil Rakyat yang lain di mana selepas ini apabila kita

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak tambah, Anwar Ibrahim ini sebagai seorang susuk yang gagah, tapi hatinya lembut, dia mudah maafkan. Jadi saya takut, dia asyik maaf, maaf, maaf, sampai habis kita punya hak. Saya nak, saya nak la kalau boleh Dewan ni menyatakan bahawa saya nak, Perdana Menteri langkah satu dia buat, membebaskan semua tahanan politik. Okay, itu jelas. Tahanan politik ini, SOSMA is the target. Yang lain tu banyak lagi. Banyak yang berkaitan dengan apa ni, Simpang Renggam punya tahanan jenayah dan lain-lain. Kedua, saya mahu bawa institusi polis dia reform sepenuhnya, tidak ada special branch. Saya adalah bekas pelajar UK gred 82, saya biasiswa 76 dasar ekonomi baharu NEP yang darch yang ke-7, batch yang ke-7 ataupun yang ke-6, dasar ekonomi baharu start 1976, dapat biasiswa MARA, saya pelik saya kerja, kerja pun masuknya tu ya, UTM, .. sijil, saya dihantar ke Korea bersama dengan 3 HICOM punya apa ni, Manager dan seorang ITM punya senior Pensyarah Kanan, saya .. pensyarah. Everything were fine dan akhirnya bila saya faham, saya faham, saya faham saya compare balik, rupa-rupanya saya adalah dia kata, sebagai talent dia memang pick capture saya sebagai talent. Talent tertentu untuk boleh dapatkan .. dan pada malam pertama saya ditahan, dia kata you punya rekod penuh la, fail you penuh dan saya balik pada tahun 82 dengan pesanan daripada saudara saya yang dalam bidang itu di Bukit Aman, menyatakan beritahu ada bapak Shaari bahawa dia dipantau dia adalah orang nombor satu sekali paling jahat yang melawan Kerajaan, kita hantar dia Dasar Ekonomi Baharu, dia lawan kita dengan Dasar Ekonomi Baharu. Ha, itu Shaari Sungib, dia masih muda lagi. Jadi saya tahu bahawa institusi itu akan memantau dan beriman, dia beriman dan beretika, bahawa dialah the best, dialah yang menyara Malaysia, dialah yang menyara orang Melayu, kalau Melayu tak ada, bagai the piller the ... of the state habis. Ini adalah khurafat, ini adalah satu tahyul, ini adalah satu penyelewengan akidah. Saya nak dan Anwar Ibrahim bersihkan akidah ini. Yang menjadikan Malaysia kekal adalah kesatuan, perpaduan kita mendukung kebenaran dan keadilan. Kalau ada umat yang begitu, dimulakan dengan generasi bandar baharu dan lain-lain, kita akan mempunyai Ahli Parlimen yang handal dan cukup kental. Terima kasih.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ada tak yang nak mencelah lagi? Okaylah, saya habiskan la. Tapi saya rasa apa message yang disampaikan oleh YB. Hulu Kelang penting untuk rakan-rakan kita yang bergelar Ahli Parlimen juga dibawa ke Parlimen sekiranya insyaAllah mempunyai rezeki untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya. Okay, jadi akhirnya saya tidak akan mengambil masa yang lebih panjang saya cuma berharap Rang Undang-undang ini dapat dikuatkuasakan dengan segera bagi memastikan undi warga Selangor terjamin dan untuk titik-titik lemah yang lain saya harap kita dapat baiki satu persatu selepas itu dan kita dapat membawa sistem ataupun pentadbiran yang lebih baik step by step, dengan izin pada masa yang akan datang. Sekali lagi saya ingin rekodkan oleh kerana isu perkauman, agama yang telah dipermainkan sepanjang tempoh pilihan raya ataupun kempen ini, pelbagai jenis fitnah dan tohmahan telah dilepaskan dan dihala kepada DAP. Dan sekali lagi saya sebagai ahli DAP ingin rekod di sini kita semua ahli DAP saya boleh katakan termasuk perkara ini kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP sebelum ini di mana kita menjunjung perlembagaan, kita menghormati perlembagaan, kita hormati Islam sebagai agama rasmi dan kita menghormati Yang Dipertuan Agong, kita menghormati Raja-Raja, hak dan keistimewaan orang Melayu, menghormati hak Sabah dan Sarawak, saya rasa ini telah dibuktikan selama ini, dan DAP tidak pernah bergaduh ataupun menyoalkan perkara-perkara sebegini malah saya ingin nasihatkan kepada parti-parti lain yang sebelum ini kita dapat melihat melalui banyak apa tu, Media Prima, Malaysia Kini, Free Malaysia Today, Berita Harian dan sebagainya di mana saya rasa parti lain lebih ke arah itu di mana kita seharusnya sebagai Wakil Rakyat kita mendahulukan nasihat Yang Dipertuan Agong kan dan Raja-Raja. Jadi di sini setakat ini sahaja perbahasan saya pada kali ini sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sentiasa mendahului termasuk dalam isu Rang Undang-Undang ataupun Akta Lompat Parti ini saya sepenuhnya menyokong cadangan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 2022. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Yang pertama ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sungai Panjang berhasrat untuk turut sama membahaskan Rang Undang-Undang berkenaan dengan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pertukaran parti politik selaras dengan pindaan di peringkat Parlimen ataupun di peringkat Perlembagaan Persekutuan. Yang pertamanya, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, pindaan ini adalah selaras dengan pendirian kita di peringkat Dewan Negeri Selangor yang kita telah putuskan sebelum ini bahawa pasca PRU Ke-14 negara dan juga negeri kita berada dalam ketidaktentuan dinamik politik yang menyebabkan kepelbagaian dan juga pelbagai isu-isu yang timbul apabila ramai Ahli-ahli Parlimen khususnya yang menukar sokongan ataupun lompat parti dan ianya memberikan kesan secara langsung dalam pentadbiran dan juga urus tadbir Negara baik daripada segi sosio ekonomi, sosio politik dan juga secara keharmonian

masyarakat secara umumnya. Jadi telah pun tiba masa nya untuk undang-undang seperti ini diperkenalkan untuk kita memberikan satu disiplin ataupun tatacara khususnya kepada Ahli-ahli Politik bagi mengelakkan perkara-perkara seperti itu berlaku memperlihatkan Paska PRU Ke-14 Negara mempunyai empat orang Perdana Menteri kerana kelompongan ataupun loop hole dalam undang-undang yang memberikan ruang kepada Ahli-ahli Politik khususnya Ahli-ahli Parlimen untuk menukar sokongan dan adanya pindaan perlembagaan di Peringkat Persekutuan sebelum PRU Ke-15 di peringkat Parlimen baru-baru ini sudah pun memperlihatkan kesan yang jelas Paska PRU Yang Ke-15 apabila hampir sama keadaannya berlaku seperti selepas PRU Ke-14 apabila tidak ada gabungan parti yang berjaya mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan. Cuba kita sama-sama bayangkan sekiranya perkara ini berlaku Paska PRU Ke-15 ini masih lagi tidak ada pindaan perlembagaan ataupun pindaan undang-undang di peringkat Parlimen yang menyekat Ahli-ahli Parlimen untuk menukar sokongan. Saya yakin dan percaya dalam tempoh seminggu atau sehari yang lepas sudah pasti ramai berlaku bargaining dengan izin ataupun tawar menawar di antara Ahli-ahli Parlimen yang mungkin akan sekali lagi mengheret rakyat dan juga masyarakat khususnya pengundi melihat Kerajaan yang ditubuhkan tidak seperti apa yang mereka harapkan tetapi pada kali ini dilihat sedikit berbeza apabila Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan juga akta ataupun undang-undang ini dikuatkuasakan dan kita dapat lihat perbincangan-perbincangan yang ke arah lebih positif dan juga progresif bukan perbincangan-perbincangan terhadap peralihan kuasa ataupun sokongan yang berbentuk peribadi ataupun kepentingan-kepentingan yang tersendiri. Namun haruslah diingat dalam perkara-perkara ini selain daripada bertukarnya sokongan seseorang individu yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen ataupun di peringkat konteks kita di peringkat Ahli Dewan Negeri ini ada juga perkara-perkara pokok yang lain secara prinsip dan dasarnya yang harus kita adakan reformasi ataupun kita adakan transformasi yang kita harus ubah supaya.

Sungai Panjang. Mohon mencelah.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Silakan.

Speaker

Taman Medan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya tertarik sebab Sungai Panjang ini antara Yang Berhormat dari UMNO Barisan Nasional yang juga ingin berbahas. Jadi sewaktu berlaku peristiwa lompat pada sesi pra ataupun pasca Langkah Sheraton ataupun Sheraton move, parti Yang Berhormat wakili juga mengalami masalah yang sama, saya tidak tahu nak kata apa dicuri wakil rakyatnya sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat Negeri sebelum daripada peristiwa itu. Jadi apakah memberi kesah kepada parti Yang Berhormat wakili ini.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Seperti yang telah kita bahaskan sebelum ini yang mana saya telah masukkan dalam perbahasan saya pada ketika itu ketika Yang Berhormat Bukit Gasing mengusulkan satu usul di peringkat Dewan Negeri tentang ketetapan dan pendiri diri kita. Yang pertamanya pada ketika itu adalah untuk kita meminda ataupun mengusulkan satu enakmen yang tersendiri tetapi ianya adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana pada masa ketika itu Lembaga Persekutuan belum dipinda dan akhirnya kita secara consensus ataupun secara kolektif Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan bahawa bertukar parti dan juga menukar sokongan ini adalah sesuatu yang tidak bermoral dalam politik dan ia adalah satu yang tidak wajar. Jadi ini adalah manifestasi daripada ketetapan tersebut, sudah pasti PRU Ke-14 Barisan Nasional adalah antara parti yang sangat terkesan berbeza dengan PRU Ke-15 kerana pada masa itu kita masih lagi mempunyai bilangan Ahli-ahli Parlimen yang agak besar melebihi 70 kerusi yang akhirnya mereka bertukar haluan dan juga bertukar sokongan politiknya yang keluar daripada UMNO Barisan Nasional menyokong dan menyokong parti lain baik membentuk kerajaan ataupun selepas daripada itu berlaku gabungan-gabungan dan sebagainya tetapi perkara ini telah pun diputuskan. Jadi sama ada terkesan ataupun tidak terkesan Barisan Nasional Paska PRU Ke-14 adalah parti yang pertama sekali terkesan dengan langkah lompat melompat ini dan seterusnya.

Yang Berhormat marah atau ada rasa marah atau tidak. Marahkan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Sudah pasti saya sebagai pemimpin.

Saya hendak tanya kesan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan sudah pasti saya sebagai pemimpin baru dalam politik dan juga pemimpin daripada generasi muda melihat perkara ini adalah satu yang tidak sihat sepatutnya Perlembagaan Persekutuan atau pun konsep demokrasi itu adalah bersifat gentleman kalau kita tidak mempunyai sokongan ataupun tidak lagi menyokong sesuatu idealisme bolehlah menukar sokongan tetapi bukan kerana alasan-alasan dan juga sebab-sebab yang tertentu dan ini adalah salah satu cara dengan pindaan Perlembagaan dan juga kita di Peringkat Negeri meminda Undang-undang Negeri kita dan ini adalah salah satu literan ataupun kawal selia yang kita boleh buat tetapi dalam masa yang sama untuk kita mengelakkan perkara-perkara ini terus menjadi polemik dalam pentadbiran dan urus tadbir di peringkat Negeri dan juga peringkat Persekutuan saya juga menyeru pihak-pihak yang berwajib khususnya pihak-pihak Kerajaan bagi pihak Negeri baik di pihak Persekutuan untuk terus memberikan layanan yang sama rata baik kepada ADUN-ADUN penyokong Kerajaan atau bukan Kerajaan keran akhirnya perkara ini akan diperbahaskan ataupun dijadikan alasan ataupun sandaran

kenapa kita perlu menjadi Kerajaan kerana kita dibekalkan dengan peruntukan yang lebih, akses yang lebih dan juga banyak juga yang lebih sebagai Kerajaan. Sedangkan peranan dan juga tugas kita di dalam Dewan, baik Dewan di peringkat Negeri mahupun di peringkat Parlimen adalah sama untuk kita membuat semak dan imbang yang bekerja dan yang bertanggungjawab mengurus dan juga mentadbir Negara ini adalah mereka yang telah dipilih ataupun dilantik sebagai anggota pentadbiran baik di peringkat Negeri dan juga Persekutuan. Inilah mereka yang kita perlu semakan dan juga imbang sedaya upaya kita supaya setiap dasar-dasar dan juga pelaksanaan Kerajaan ini adalah memberikan kepentingan kepada rakyat dan juga Kerajaan yang bertanggungjawab daripada segi integriti kompetensi dan juga perkara-perkara yang lain.

Jadi ini adalah tugas kita bersama, jadi sebagai pembangkang kita tidak seharusnya dihukum ataupun kita di penalised dengan pelbagai sekatan dan juga perkara-perkara lain yang boleh mendorong apabila kumpulan-kumpulan tertentu ataupun Ahli-ahli Politik yang tertentu parti-parti politik yang tertentu yang berada di dalam pembangkang akan sentiasa memikirkan untuk menjadi Kerajaan setiap hari dan apabila ini yang mereka fikirkan ada perkara yang mereka usahakan ini akan membolehkan menyebabkan Kerajaan dalam keadaan goyah dan tidak stabil kerana gerakan politik bukannya kerana perbahasan, bukan kerana argument, bukan kerana teguran, bukan kerana check and balance yang kita hendak pastikan Kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan yang memberikan penyampaian yang tuntas kepada rakyat dan masyarakat tetapi gerakan-gerakan politik yang ingin topple ataupun merampas Kerajaan dengan izin. Jadi ini adalah perkara-perkara yang kita boleh lakukan bersama-sama, saya yakin dan percaya kita yang ada pada hari ini ingin melihat politik Malaysia lebih matang dan juga progresif. Jadi saya sama-samalah menyeru agar kita selepas ini kena sama-sama menyampaikan dan juga menyediakan platform.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Politik yang lebih matang kepada rakan-rakan dan juga generasi muda supaya mereka tidak jauh dengan politik. Silakan Taman Templer.

Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya ingat sidang kali ini saya pun kena beralih arah juga kalau selalunya saya akan tibai saya maki saya bantai kan tetapi nampaknya kali ini kita kena ucapkan syabas dan tahniah kepada UMNO Barisan Nasional maksudnya kalau kita dengar apa yang disebutkan maksudnya belum habis lagi pak abu tidak apa kalau pak abu hendak bantai selepas ini bantai lah. Cuma kita nampak kalau betul lah sebagaimana yang disuarakan tadi kepentingan Negara dan juga kepentingan Rakyat yang menjadi keutamaan kepada

kita pada hari ini, kita tahu hari ini ekonomi kita teruk harga barang mahal ringgit kita jatuh satu dolar bersamaan dengan RM4.80, mungkin cecah dalam RM5.00 lepas ini kalau kita pergi ke Indonesia duit kita sudah tidak laku kalau kita pergi ke Thailand pun lepas ini orang Thailand pun dan tidak mahu duit kita masalah kenaikan kos kehidupan, masalah kenaikan harga barang hari ini pun kita tidak tahu lah bertukar Perdana Menteri sampai tiga kali, bertukar Kerajaan sampai tiga kali tapi masalah rakyat kehidupan rakyat masalah perut rakyat sehingga hari ini kita tidak mampu untuk selesaikan. Ia kita yang menjadi Perdana Menteri, kita yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, kita yang jadi Menteri.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Syarah dulu. Mungkin kita tidak rugi besar, kita tidak dapat merasai keperitan kehidupan masyarakat dan juga rakyat dalam Negara kita ini. Kita hendak sebutkan masalah telur ayam pun kita tidak boleh selesaikan. Nanti dulu duduk dulu Speaker bagi masa panjang untuk kita, boleh.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Taman Templer kalau boleh ringkaskan terus kepada soalan, dua minit ke.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya hendak bahas diri sendiri saya rasa tidak seronok sebab saya suka mencelah dalam celahan itu. Jadi Parlimen, Parlimen lah tapi maksudnya kita hendak sebutkan masalah telur ayam kita tidak boleh selesaikan. Ini makanan rakyat, ini makanan orang kampung, ini makanan orang desa, ini makanan orang tinggal di apartment, di flat, di kondominium. Cikgu makan telur, polis makan telur, tentera makan telur kalau dalam ceramah itu disebut lain lah benda itu kurang masalah ini kita tidak boleh hendak selesaikan bagaimana kita hendak jaga ekonomi Negara, macam mana kita hendak jaga soal pendidikan. Saya masa kempen di Hulu Langat baru-baru ini ada mak bapa yang datang jumpa saya satu kelas Kota Damansara.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Taman Templer saya ingat panjang sangat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hendak pergi soalan itu sudah hendak pergi.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

20 saat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hendak pergi. Satu kelas kalau, Dengkil hendak bangkit Dengkil bangkit. Jangan celah-celah macam ini. Dengkil bangkit. Kalau Dengkil ada benda yang tidak puas hati Dengkil bangkit jangan mejar mencelah macam ini. Dengkil bangkit sekarang kalau hendak bercakap Dengkil bangkit kalau ada benda yang tidak puas hati.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Timbalan Speaker saya ingat dah luar daripada.

Speaker

Baik.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Jangan mencelah, masalah kalau Dengkil ada benda hendak cakap Dengkil bangkit sekarang. Dia bagi laluan. Ini masalah pengkhianat ini, pengkhianat ini yang menjadi masalah. Okay soalan saya, kita nampak saya hendak habiskan 45 orang satu kelas macam mana anak-anak kita hendak belajar sedangkan bajet untuk Kementerian Pendidikan setahun bilion cuma saya nampak bila parti UMNO lambang kita yang gagah dipandang mulia boleh EXCO Belia dan Sukan, nampaknya ia kita kena dan tidak lagi sudah lepas ini peruntukan pembangkang tidak dapat minta TEKUN tidak dapat kalau rumah ini rumah pembangkang jalan raya tidak bagi elektrik tidak bagi kita tidak mahu dengar, kita hendak bina satu Malaysia baru dan inilah dia Kerajaan Perpaduan Nasional. Terima kasih Sungai Air Panjang. Minta maaf Dengkil.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay terima kasih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Itu tadi soalan lah tu.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay terima kasih Yang Berhormat Taman Templer di atas celahan dan juga pandangan dan juga soalan tadi. Saya ingat hasrat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Taman Templer tadi adalah dia hendak buat perbandingan Paska PRU Ke-14 dan Paska PRU Ke-15. Dua perbandingan yang kita tidak boleh samakan walaupun ada perkara-perkara yang kita boleh ambil iktibar dan juga Ibrah daripada apa yang berlaku daripada selepas PRU Ke-14 berkenaan khusus dengan dinamik ataupun pergerakan-pergerakan politik tetapi harus juga diingat cabaran kita selepas PRU Ke-14 apabila kita berhadapan dengan Pandemik COVID-19 dan juga sebagainya ini adalah sesuatu dengan izin unprecedented dan sudah pasti ianya kesannya mestilah sampai sekarang baik daripada segi kesan ekonomi jangka panjang dan juga sebagainya ditambah pula dengan ketidaktentuan politik pada ketika itu menambah perit lagi keadaan rakyat dan juga Negara yang kita perlu teruskan selepas PRU Ke-15 ini.

Jadi, point yang terakhir yang disampaikan oleh Yang Berhormat Taman Templer tadi adalah antara point yang saya sedang bahaskan sebelum dia masuk mencelah tadi lah supaya kita bagi kesaksamaan semua Ahli-Ahli Dewan ini tidak ada lagi alasan kita tidak boleh memberikan khidmat kerana kita pembangkang. Sedangkan kita dipilih majoriti kawasan yang kita wakili supaya kita ada sama-sama akses yang sama, pintu yang terbuka sama dengan ADUN Kerajaan dan juga bukan kerajaan supaya kita dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat dan juga masyarakat. Akhirnya rakyat dan juga masyarakat menilai kita sebagai seorang pemimpin bukan semata-mata sentimen atau pun parti politik yang kita wakili. Sebab, yang paling penting

pemimpin pada hari ini adalah pemimpin yang bertanggungjawab dan juga pemimpin yang transparent dan juga competent dalam menunaikan dan juga melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau. Saya juga mendengar celahan-celahan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang yang sering menyorot kembali pengalaman-pengalaman silam beliau dengan sejarah ketika ditangkap oleh pihak polis, sejarah-sejarah lampau apabila beliau ditahan dan juga sebagainya termasuk lah dengan, cercaan atau pun kata-kata yang beliau tidak boleh terima datang daripada pemimpin-pemimpin parti politik baik daripada UMNO atau pun parti-parti yang lain. Jadi kita yang seharusnya yang ke depan ini kita tidak boleh bawa lagi dah naratif lama ini. Naratif ke arah yang terlalu ekstrim dalam kita berpolitik. Kita kena melihat secara progresif dan juga secara objektif dalam kita melunaskan dan juga menunaikan tanggungjawab kita termasuklah dalam kempen-kempen serta ceramah-ceramah politik.

Sebenarnya negara kita telah pun mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyekat dan juga mengawal agar tidak berlaku pengembangan idealisme yang ekstrem khususnya yang menyentuh sensitiviti agama dan juga kaum. Kalau kita lihat kita ada Akta Hasutan. Dan hari ini, negara dan juga negeri kita mempunyai cabaran yang baharu iaitu cabaran media sosial yang mana ada lagi akta-akta sebagai contoh Akta Komunikasi dan juga Multimedia yang perlu di perkasa kan dan juga perlu diperkemas kan supaya penyebaran atau pun perkara-perkara yang ditimbulkan melalui laman media sosial baik Facebook, Twitter, Tiktok dan juga Whatsapp ini juga mesti dikawal selia dengan baik dan boleh kita kekang pengembangan atau pun sesuatu perkara yang tidak wajar, fitnah dan sebagainya.

Kita juga ada Akta Anti Berita Tidak Benar. Ini juga adalah perkara yang kita boleh kawal selia perkara-perkara ini termasuk dalam kempen pilihan raya. Sebenarnya Akta Kesalahan Pilihan Raya telah pun sebenarnya ada satu pindaan yang sebelum ini dibuat iaitu pada Seksyen 4(a) yang menetapkan kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan. Dalam seksyen ini sangat jelas, semasa selepas atau pun ketika berkempen tidak boleh kita perkembangkan perasaan-perasaan jahat termasuklah kita mengingatkan semua pimpinan daripada seluruh parti-parti politik yang ada dalam Malaysia ini untuk kita ke hadapan ini kita tidak boleh lagi memberikan gambaran-gambaran yang terlalu negatif dan juga ekstrem kepada competitor kita atau pun pesaing kita daripada parti lawan atau pun parti yang bergabung dengan kita kerana ini akan menyukarkan dan juga memberikan kekeliruan kepada pengundi. Adalah lebih baik untuk kita sama-sama memberikan satu manifesto atau pun tawaran-tawaran apa yang kita boleh laksanakan di pihak kita berbanding di pihak lawan kita.

Kita boleh criticize, kita boleh argue kita boleh pertimbangkan bersama perbandingan tawaran-tawaran tersebut berbanding kita meletakkan kebencian kepada satu-satu parti politik kerana mungkin salah satu atau pun dua orang yang mungkin asalnya daripada parti politik tersebut menyebabkan persepsi dan juga tanggapan itu

berterusan dan ini dibalas balik oleh parti politik tersebut meletakkan satu tanggungan yang lain pula kepada sesuatu parti politik yang dilabel pelbagai-bagai lah perompak, penyamun, komunis, ekstremis, taliban dan sebagainya. Jadi kita tak nak lagi timbul perkara-perkara atau istilah-istilah label-melabel ini di masa-masa yang akan datang yang akhirnya apabila berlaku keadaan selepas ... Sekejap Yang Berhormat Hulu Kelang. Sekejap, nanti saya akan beri laluan.

Supaya tidak berlaku lagi apabila keadaan Parlimen Pasca PRU ke-15 ini apabila berlaku hang parliament (parlimen yang tergantung). Satu parti ini hendak pergi mewujudkan satu kerajaan perpaduan dengan satu parti ini dia dicemuh dia dituduh dan dia tohmah dengan pelbagai. Untuk bergerak dengan satu parti yang lain lagi, sekali lagi dia dituduh dan ditohmah dengan pelbagai perkara isu dan akhirnya keadaan tidak mengizinkan dan juga parlimen tetap tergantung dan juga tidak berlaku, tidak ada pembentukan kerajaan berlaku setelah hampir seminggu pilihan raya umum yang ke-15 dilaksanakan pada 19 November yang lepas. Jadi saya silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Okey terima kasih saya ucapkan. Cuma kalau boleh kita tuntas satu penyesalan yang telah dibuat oleh UMNO/ Barisan Nasional yang memerintah lama satu law, fasal undang-undang ini kesilapan ini, kesilapan biasa yang selepasnya berterusan. Dalam sejarah Malaya, Malaysia kesalahan itu bermula pada tahun 1947 lagi apabila kita membenarkan adanya undang-undang yang mengatasi lebih tinggi daripada perlembagaan. Undang-undang yang dinamakan ISA dia lebih tinggi daripada perlembagaan. Selepas adanya ISA berderet semua akta yang diwujudkan berada di atas, tinggi daripada perlembagaan. Cuba check, semua. Akta Mesin Cetak, Akta Polis semua akta itu di atas perlembagaan penetapan yang telah dibuat untuk menentukan bilangan hari kena tangkap, kena lock up, tak boleh challenge, semua ada di itu dalam. Sedangkan perlembagaan paling tinggi dan tidak ada undang-undang boleh atas. Tetapi sejak itu, undang-undang ini telah memberikan satu ruang yang sangat hebat kepada UMNO untuk berkuasa. Kami disadvantage. Sejak dulu lagi disadvantage. Apa-apa kena tangkap dah, kena seksa kena seksa lah kena tendang Zahir, Hassan kita punya Ahli Parlimen Kajang ingat nak mati dah FRU tendang badang yang kurus itu dia Ahli Parlimen baru untuk Setiawangsa. Saya kesian rakan saya itu. Tetapi kita nak beri tahu di sini zalim pada rakyat. Kalau kamu zalim bagaimana kamu tembak gas pemedih mata kat badan orang. Tiada polis di dunia yang buat, Israel pun (...kata-kata tidak dapat difahami)...Polis tembak kat kepala orang, badan orang benjol bengkak-bengkak zalim. Benci sangat kepada kami. Kami rakyat Malaysia juga. Jadi saya ingat jangan benarkan berlakunya satu sistem di mana Malaysia ini ada tidak pakai tongkat sekali sahaja. UMNO tak pakai tongkat dia boleh menang pilihan raya dalam keadaan orang tak boleh berkempen. Ingat balik satu hari sahaja apabila pada tahun 60an menang pilihan raya pada tahun 60 maka berjanji kata nak mansuhkan ISA akhirnya dimansuhkan ISA. Dimansuhkan ISA pada 30 Julai 1959 kemudian dikuatkuasakan balik pada 1 Ogos 1960. Satu tahun satu hari sahaja Malaysia ini

tiada undang-undang yang tidak memberikan kuasa kepada Perdana Menteri tangkap. Jadi saya nak kalau boleh saya tak tau lah satu pendirian saya boleh tanya nanti, Amanah pun tak tau kalau Amanah minta saya buat pendirian saya boleh memikirkan kalau lah saya terpaksa berada dalam gabungan satu parti yang menyanyi lagu UMNO semua, I’m not for it.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya yakin dan percaya apa yang disampaikan dan juga kisah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang ini adalah satu pengajaran dan juga iktibar untuk kita semua apa yang beliau lalui yang kita tidak lalui sebelumnya.

Dan sesuai dengan falsafah dan juga prinsip undang-undang yang berubah dan undang-undang ini bukan sesuatu yang statik ini adalah sesuatu yang dinamik. Sesuai dengan prinsip dan juga falsafah law and society. Undang-undang ini berubah mengikut zaman ketika dan generasi dan juga mengikut kehendak dan juga tawaran semasa yang diperlukan di dalam masyarakat tertentu. Mungkin pada ketika itu, itu lah demografinya. Itulah keadaan suasana pada ketika itu.

Namun, pada hari ini rakyat dan juga masyarakat telah pun terpelajar dan hari ini maklumat dan juga informasi berada di hujung jari mereka semua sedar dan faham tentang undang-undang dan juga politik. Jadi, tidak ada lagi dah penganiayaan atau pun taking advantage terhadap musuh-musuh atau pun pesaing-pesaing politik dengan menggunakan undang-undang atau pun menyalah gunakan kuasa yang ada. Saya berpendirian bahawa sememangnya pada ketika itu, Internal Security Act dan juga beberapa undang-undang yang lain memberikan kuasa yang besar kepada Pihak Eksekutif yang memberikan ruang yang boleh disalahgunakan sekiranya Eksekutif atau pun mereka yang bertanggungjawab pada ketika itu tidak bertanggungjawab dengan kuasa dan juga hak yang diberikan di bawah sesuatu undang-undang tersebut. Jadi, perkara itu pun telah diubah. ISA sudah pun tidak ada. Tidak ada lagi penahanan eksekutif tanpa perbicaraan. SOSMA diperkenalkan adalah untuk menggantikan ISA dengan hasrat untuk mengawal dan juga memastikan keselamatan negara dan dalam undang-undang SOSMA juga adalah satu prosedur bukanlah undang-undang yang menghukum yang mana hukum dan juga kesalahan mestilah ada dalam undang-undang pokok yang lain seperti contoh kanun keseksaan atau pun kesalahan-kesalahan yang lain. SOSMA ini adalah bersifat lebih kepada tatacara tentang penangkapan dan juga penahanan sehingga lah boleh seseorang itu dibicarakan atau pun diteruskan penyiasatannya. Jadi ini adalah perkara-perkara yang kita kena lihat. Kita berpolitik ini kalau boleh kita lihat sebagai politik yang progresif, politik yang lebih matang untuk kita menambah kawan, menambah kenalan dan menambah idea bertukar-tukar pandangan pendapat dan berdasarkan idealisme dan juga pendirian masing-masing.

Bukan kerana idealisme. Kerana pendirian kita bermusuh antara satu sama lain sehingga menyebabkan boleh merosakkan mengancam keselamatan dan juga keharmonian. Dan jadi ini kita mahu berlaku lagi kita juga tak nak berlaku apa yang berlaku pada tahun 1999 iaitu berlaku rusuhan besar-besaran di seluruh negara. Jadi kita harap ini tidak lagi berlaku kerana pada ketika itu informasi maklumat hanya ada satu hala. Mereka hanya mendengar daripada pemimpin yang mereka percaya. Mereka membaca akhbar atau pun maklumat daripada apa yang mereka boleh akses. Tidak ada perkara lain untuk mereka buat rujukan lain atau pun second opinion tetapi pada hari ini, maklumat terbuka. Kita boleh menilai secara tuntas. Kita boleh menilai secara rasional dan kita juga boleh menilai secara bertanggungjawab tentang apa yang berlaku dan apa suasana yang berlaku dalam negeri dan juga negara termasuklah pentadbiran di peringkat kerajaan baik peringkat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Saya juga tertarik dengan celahan daripada Yang Berhormat Taman Templer. Tadi berkenaan dengan perbandingan ‘Kalau tak menyokong kerajaan tidak dapat itu dan ini’ tetapi sebenarnya perkara ini masih lagi berlaku.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Speaker di dalam tempoh saya berkempen kita masih lagi mendapat maklumat sebagai contoh kita tidak tahu di mana salahnya, kalau saya salah tolong betulkan tetapi maklumat ini sampai kepada saya bahawa ketika di dalam tempoh berkempen ada agensi-agensi dan juga jentera-jentera di pihak Kerajaan Negeri yang kalau boleh katakan some sort of mengugut atau memaksa pengundi-pengundi atau pun penerima-penerima Bingkas contohnya. Kalau nak meneruskan penerimaan Bingkas ini kena sokong Kerajaan Negeri. Jadi kita harap pada masa-masa yang akan datang perkara ini tidak akan berlaku. Mungkin di Pihak Eksekutif tidak sedar tetapi di pihak jentera kerajaan di peringkat bawah di peringkat kepimpinan setempat ada lagi sentimen dan juga stigma seperti ini supaya ini tidak boleh diteruskan lagi.

Kita nak mengorak langkah ke politik yang lebih progresif dan saya sentiasa melaungkan satu slogan ‘Kita Kena Membiasakan Yang Betul Dan Juga Membetulkan Yang Biasa’ tatkala kita politik, negara kita ini telah pun mencecah puluhan tahun sesuatu parti politik memerintah dan juga parti politik yang lain menentang. Maka mungkin ada perkara-perkara yang biasa kita lakukan ini sebenarnya mungkin tidak tepat dan juga tidak benar jadi kita kena betulkan balik dan apabila kita telah betulkan, kita kena biasanya perkara yang kita telah betulkan jadi ini adalah cabaran saya dan juga cabaran generasi ahli-ahli politik yang seterusnya baik daripada mana-mana parti politik mana sekali pun utk kita berhadapan dengan pengundi yang hari ni bijaksana dan juga melihat secara menyeluruh.

Sedikit sahaja.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Saya beri ruang kepada Yang Berhormat Meru.

Okay terima kasih Sungai Panjang. Setuju tak kalau saya katakan apa yang dibangkitkan oleh Sungai Panjang itu semua telah dimulakan oleh Pakatan Harapan bermula daripada Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri termasuk bajet dan sebagainya dan kita pun melihat kepada kelayakan bukan kepada parti politik sebenarnya untuk memberi bantuan-bantuan kepada rakyat khususnya di Negeri Selangor.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Sebenarnya bukan sahaja Pakatan Harapan. Saya setuju Pakatan Harapan juga telah memulakan nilai-nilai tersebut tetapi mana-mana parti politik pun kita telah pun ambil tanggungjawab untuk memulakan kebertanggungjawaban ni dalam melantik dan juga memilih. Tapi harus diingat dalam kelekaan kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab memperjuangkan idealisme masih lagi ada loop hole atau kelemahan-kelemahan tertentu. Kalau boleh saya katakan dalam Dewan yang mulia ini di peringkat Dewan Undangan Negeri, saya tahu dan juga maklum berkenaan dengan pelantikan Ketua-Ketua Kampung di peringkat negeri dan juga persekutuan yang mempunyai at least ada kriteria-kriteria minimum sebagai contoh boleh membaca, menulis dan juga mengira. Tanpa merendahkan mana-mana pihak. Di tempat saya masih ada lagi Ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Negeri yang buta huruf. Jadi di manakah kebertanggungjawabannya? Adakah dia dilantik atas dasar jawatan politik dan sebagainya? Jadi, kita kena ambil sama-sama tanggungjawab ini bersama. Tidak kira apa-apa parti. Kalau kita telah meletakkan kriteria kita kena akur dengan kriteria-kriteria tersebut. Jadi, teguran-teguran ini bukanlah untuk merendahkan tetapi untuk kita membina, menyemak dan juga memastikan penyampaian kita tuntas dan juga kita sampaikan apa yang kita cakap. Jadi, tuan-tuan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Timbalan Speakar, saya yakin dan percaya pasca PRU-15 ini akan mengajar kita dan saya yakin dan percaya dengan adanya pindaan perlembagaan di peringkat Undang-Undang Tubuh Negeri ini juga akan memberikan kelebihan kepada Negeri Selangor untuk memasuki Pilihan Raya Negeri yang akan datang dan kita harap negeri-negeri yang lain juga akan mengambil tanggungjawab yang sama untuk turut meminda Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri sesuai dengan pindaan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang mana telah kita laksanakan pada hari ini dan InsyaAllah saya yakin dan percaya ini akan menjadi satu titik mula untuk kita memastikan kebersamaan kita, kebertanggungjawaban kita. Dan sekali lagi saya mohon untuk parti yang menjadi kerajaan bertanggungjawab sebagai kerajaan dan yang tidak membentuk kerajaan ambil tanggungjawab sepenuhnya menjadi pembangkang, yang bertanggungjawab, yang menjadi semak dan imbang kepada pihak kerajaan ada perkara-perkara yang kita perlu sama-sama lakukan bersama untuk rakyat dan juga negeri kita atas dalam konteks kita sebagai badan perundangan tertinggi dalam negeri di Dewan Negeri Selangor. Silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kita ini dua darjat tau. Antara dua darjat. Siapa-siapa BN cakap cantik mana-mana pun you are protected. You are safe. Kami jadi mangsa anak isteri. Saya masa dalam Kem Kemunting tu, isteri saya buat demo kat luar, is targeted by the police. Dia kena tangkap, dia kena tangkap. Dia kena tangkap. Dua malam, satu malam dalam lokap. Kami ini Malaysian lah. Anak saya masa tu baru empat tahun, isteri saya bawa. Tak tahu kawan jagalah. Tapi akhirnya 48 orang kena tangkap. 40 orang kena tangkap. Jadi macam pariah betul lah. Dia kena pergi mahkamah, jumpa majistret tiap-tiap kali nak bicarakan 48 orang, 38 orang bukan mudah. Seorang tak datang, balik. Satu tahun empat kali pergi. Belanja duit berapa banyak? Yang bercerai-berai sebab bergaduh tak nak pergi mahkamah. Kadang-kadang yang tak boleh datang adalah majistret.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Majistret datang pun...

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak satu perlepasa daripada pihak kerajaan dan parti yang pernah dominan macam UMNO ini, minta maaflah. Insaf dan taubatlah. Kalau tak ada taubat tak ada makna dalam kita nak baik balik.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Macam saya cakap tadi. Cerita dan juga apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau dan juga rakan-rakan beliau dan saya percaya Yang Berhormat Hulu Kelang telah pun mendapat pengadilan yang kalau nak dibandingkan mungkinlah tidak setimpal dengan apa yang dilalui oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tetapi secara prinsipnya Yang Berhormat telah pun mendapat kejayaan apabila menang dalam saman tersebut dan akhirnya akta dan juga ISA tersebut tidak lagi dikuatkuasakan dan juga telah dimansuhkan. Jadi, yang selepas ini kita jadikan apa yang berlaku ini sebagai kita punya iktibar dan pengajaran. Dan jangan pula kita mengulangi perkara-perkara yang kita katakan salah ini jadi ketika kita mentadbir dan juga kita mengurus, kita ulang balik. Jadi, kita kena sama-samalah bergerak ke hadapan ini bersama-sama. Dan saya percaya Dewan Negeri Selangor dengan komposisi yang kita ada dalam Dewan Negeri Selangor ini, dengan kepelbagaian latar belakang, kepelbagaian pengalaman dalam mengurus politik dan juga mengurus kerjaya masing-masing, masing-masing Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh memberikan libat urus yang sama dalam Dewan Negeri ini. Dan saya yakin dan percaya kita bersama-sama boleh untuk memastikan kestabilan dan juga kemakmuran negara khususnya negeri kita Negeri Selangor saya mohon menyokong pindaan Undang-Undang Tubuh, Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker yang memberikan peluang kepada saya untuk membahas dalam Usul ini. Saya melihat Rang Undang-Undang ini tepat pada masanya lebih-lebih lagi kita akan menghadapi Pilihan Raya Negeri pada tahun hadapan. Dengan adanya Akta Lompat Parti ini maka saya rasa Dewan ini akan menuju kepada satu perkembangan yang baik dan perubahan yang positif. Saya boleh nampak kesopanan dalam Dewan yang mulia ini akan meningkat selepas adanya undang-undang ini di mana kita tak akan menggunakan perkataan seperti syaitanlah, pengkhianatlah, ini semua tak akan wujud lagi pada sidang Dewan yang akan datang.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Speaker, mohon mencelah.

Timbalan Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Kuala Kubu Baharu saya ada soalan. Saya dengar perkataan-perkataan seperti syaitan, pengkhianat dan sebagainya bukan datang daripada pihak pembangkang baru-baru ini. Datang daripada pihak kerajaan. Jadi, di mana KKB, Kuala Kubu Baharu lihat ketenangan ini akan berlangsung? Di sebelah kerajaan ataupun pembangkang?

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Sekarang ni tak ada satu clear light siapa yang akan jadi pembangkang selama-lamanya atau menjadi kerajaan selama-lamanya. Jadi, Kerajaan Negeri dia walaupun dia sebagai anggota kerajaan Negeri tapi di landscape politik Malaysia dia masih lagi status pembangkang. Jadi, bila berlakunya lompat katak-katak ini jadi hati dia panaslah. Dia tak dapat menahan diri dengan ini perkataan-perkataan seperti syaitanlah, pengkhianatlah semua orang akan start, akan mula melabelkan wakil rakyat yang melakukan perbuatan lompat parti ini. Jadi, yang kedua saya nampak akta ini juga akan menyekat orang yang gila kuasa. Orang yang gila kuasa itu tidak akan mempunyai peranan dan tempat lagi sekiranya ada Akta Lompat Parti.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ini kerana mereka...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kuala Kubu Baharu. Semalam saya melihat satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan bahawa.... ramai betul nak kacau. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semalam yang menyatakan bahawa masih ada lagi unsur-unsur untuk curi ahli-ahli parlimen dan perkara ini disahkan semalam oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan bahawa ada 10 orang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional yang telah diculik oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk dibawa untuk menyokong Perikatan Nasional. Yang menjadi peliknya Dato’ Seri Hishamuddin Tun

Hussein ini jadi Ahli Parlimen dah lama. Jadi menteri pun dah lama. Benda ini dibincang, dibawa, bahas, tubuh jawatankuasa, bawa ke Parlimen kemudian bawa ke Dewan Negara kemudian dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk dapat kelulusan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong soal berkaitan dengan Akta Anti Lompat Parti. Tapi bayangkan benda yang sudah diluluskan, dipersetujui bersama dan beliau ada dalam Parlimen sebagai Ahli Parlimen dan juga sebagai Menteri Kabinet beliau melanggar apa yang telah beliau persetujui dan ini saya rasa adalah merupakan satu malapetaka dan juga gerak gempa kepada sistem amalan demokrasi yang berlaku dalam negara kita. Jadi, nak minta sikit pandangan daripada Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Kita tak dapat nafikan ada orang dia faham. Dia sangat tahu tapi dia buat tak faham. Jadi, Anti Lompat Parti ini memang telah menyatakan dengan jelas bahawa end block kalau kita nak menyokong salah satu gabungan untuk menjadi kerajaan kita mesti menjadi end block tak boleh ada individu. Yang mereka ini cubalah, cuba nasib test the water apa yang kita kata dalam Bahasa Inggeris, tengok boleh berjaya tak untuk mengabaikan Akta Lompat Parti ini? Ini memang satu perangai yang tidak baik tapi negara kita secara keseluruhan kita menuju ke arah yang positif kita menuju ke perubahan yang menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Ini yang kita naklah. Jadi, tak ada ruanglah untuk mereka membeli Wakil Rakyat lagi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kuala Kubu Baharu. Dalam kempen dia tohmah kita. Kita nak buang raja-raja. Kita nak, kita tak nak raja-rajalah maksudnya. Pakatan Harapan ini. Dia tuduh kita begitu. Tapi bila titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong minta ditubuhkan kerajaan perpaduan, mereka ingkar. Mereka tak nak. Ni tuduh kita macam-macam tapi bila kena ke batang tubuh beliau, dia ingkar, dia derhaka, dia lawan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kalau kita tengok statement ataupun kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan nada lembut tapi tegas “Saya akur akan nasihat Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan”. Dalam hal ini Kuala Kubu Baharu, siapa sebenarnya yang menjadi penderhaka dalam negara kita?

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ada pepatah kata ‘terang lagi bersuluh’ ya. Ini terang lagi bersuluhlah. Saya rasa episod ini akan berlalu selepas mereka mengambil maklum tentang apa yang dinaungkan iaitu kerajaan perpaduan. Yang di mana titah Yang Dipertuan Agong sendiri yang menyebut saya tak pernah dengar sorang Agong ataupun sultan menyebut tentang kerajaan perpaduan dan mencadangkan secara terbuka ini. Jadi, ini adalah semua hasil daripada adanya Akta Anti Lompat Parti. Kalau tanpa akta ini, sekarang banyak katak saya rasa lompat sini lompat sana ni. Kita dah taulah kenapa tak ada katak? Kerana dalam akta ini calon-calon yang dicadangkan oleh satu gabungan parti dan dia menang, selepas dia menang dia terikat dengan gabungan yang dia ada dan tidak boleh meninggalkan

gabungan tersebut. Jadi, Tuan Timbalan Speaker wakil rakyat sangat bernilai sekarang. Mereka bernilai bukan dari segi kewangan. Mereka bernilai kerana tidak boleh jual dan beli. Ini menjadikan wakil rakyat kita betul-betul Yang Berhormat. Ini saya rasa adalah yang betullah. Kita menuju, mengadakan mewujudkan Akta Lompat Parti ini...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuala Kubu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Tidak ada...

Timbalan Speaker

Kuala Kubu Baharu, sila duduk. Sambung ye petang. Masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera, sebelum kita menyambung perbahasan untuk Rang Undang-undang Pindaan Tubuh Kerajaan Negeri Selangor saya menzahirkan rasa syukur Alhamdullillah atas pelantikan YB Dato’ Seri Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Saya persilakan Kuala Kubu Bharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, betul kita baru habis makan tengah hari semasa makan tengah hari itu saya percaya bukan sahaja Tuan Timbalan Speaker dan rakan-rakan kita di Dewan ini seluruh rakyat di Malaysia telah menerima berita yang cukup menggembirakan kita iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10. Beliau akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan ialah apa yang dimaksudkan kerana ada undang lompat parti ini maka, kerajaan itu kita semua akan menyokong Kerajaan Persekutuan tahniah saya ucapkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim saya juga menyokong dan memberi sokongan penuh kepada parti kepada Kerajaan Perpaduan ini. Saya ingin menyeru penyokong Pakatan Harapan bahawa kita perlu bertenang dan jangan provoke semasa kita meraikan kemenangan ini biarlah kita meraikan kemenangan dengan bersederhana atau lompat parti telah memberi kemenangan besar kepada kita iaitu dengan cara mengosongkan kerusi Wakil Rakyat yang mempunyai niat untuk lompat. Akta ini ialah menyekat niat mereka dan menghormati hak rakyat memilih, hak

rakyat memilih itu telah dihormati kerana sekiranya mereka melompat mereka perlu mengosongkan kerusi mereka. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, DAP telah mengadakan satu kongress khas saya rasa sebelum ini parti Amanah juga mengadakan kongress yang sebegini di mana Kongress Khas DAP adalah pada bulan September yang lalu DAP telah meminda Perlembagaan Parti iaitu Wakil Rakyat dipecat perlu mengosongkan kerusi mereka sebagai satu langkah melengkapi Akta Lompat Parti ini dan menutup semua ruang yang ada yang boleh lorong tikus atau pun sebagainya membolehkan Wakil Rakyat mencari kesempatan untuk lompat atau pun berpura-pura menjadi Adun Bebas jadi dengan adanya parti politik juga mempunyai perlembagaan penyekat ahli mereka iaitu dengan selepas mereka dipecat mereka akan maklumkan kepada Dewan yang mulia bahawa Wakil Rakyat tersebut telah dipecat dan kerusi perlu dikosongkan mereka masih lagi mempunyai peluang untuk bertanding semula cuma menang ke kalah terpulang kepada rakyat ini adalah satu kemenangan rakyat dan semua Ahli Parlimen dan Adun akan bersopan dan tidak akan mencetuskan huru hara lagi, dengan ini saya menyokong usul sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Pandamaran

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Pandamaran ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Kerajaan Negeri Selangor 2022. Kerajaan Negeri Selangor perlu adanya pindaan rang undang-undang ini kerana Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat pada tahun 2018 dan mendapat mandat daripada rakyat telah mengalami kejatuhan kuasa pentadbiran akibat puak-puak katak seperti Bukit Antarabangsa, Sementa, Gombak Setia, Lembah Jaya akibat juga dari Kerajaan Negeri Selangor juga akan kecundang apabila puak-puak ini dan lompat ke parti lain. Kita siapa yang akan menjadi mangsa apabila Wakil Rakyat sebegini lompat dari parti ke parti lain bukan parti sahaja yang menjadi mangsa malah rakyat yang menjadi mangsa. Ramai rakyat yang mengundi terutamanya pengundi mereka marah kerana Wakil Rakyat lompat parti mengakibatkan tidak kestabilan kerajaan Persekutuan dan terus mengakibatkan mereka marah dan tidak ingin untuk keluar mengundi pada masa akan datang dan kita berterima kasih kerana adanya MOU yang telah ditandatangani Kerajaan Persekutuan jadi anti hopping law dengan izin akta anti lompat parti telah lulus di Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu ada untuk pindaan Rang Undang-undang sebegini dan sebelum kita apa kata ada perubahan dan kita pada 2020 ada Adun-adun daripada Pakatan Harapan telah terima tawaran-tawaran yang lumayan daripada parti sebelah, kita ada menawarkan 15juta yang paling banyak kepada seorang ADN untuk lompat dari parti DAP ke parti lain. 15juta dan juga ditawarkan untuk Ahli Senator dan juga jawatan-jawatan GLC. Ini satu tawaran yang begitu menarik tapi prinsip ataupun ahli-ahli Wakil Rakyat DAP ini kita berdiri tegas dan tidak menerima tawaran-tawaran sebegini dan justeru kerajaan Pakatan Harapan di Selangor kekal sampai sehingga kini dan kita saya percaya Pandamaran percaya diakan bubar pada tahun depan dan kita akan terus menguasai di Negeri Selangor.

Baru-baru ini kita nampak Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua parti untuk menghadap ke tuanku tapi kita nampak ada seorang pemimpin dari Perikatan Nasional dia adalah mengingkar titah tuanku, kita boleh dikatakan seorang pemimpin yang derhaka dan mereka lah mereka mereka yang sentiasa mengatakan DAP Anti Kerabat Diraja tapi kita nampak, siapa yang menentang titah tuanku beliau lah yang menentang titah tuanku enggan sign apa yang telah di titah oleh tuanku pada 2 hari lepas. Jadi kita nampak saya menyeru kepada rakyat-rakyat pengundi-pengundi buka mata jangan percaya kepada tuduhan tohmahan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin yang sebegini yang sentiasa memainkan isu perkauman. Jadi inilah kita kena buka minda jadi Pandamaran tak nak panjang lebar, sebab saya Pandamaran begitu gembira sebab kerajaan kita Pakatan Harapan telah memerintah dengan bantuan Barisan Nasional dan juga Warisan dan ada yang daripada GPS juga jadi saya pun tak nak panjang lebar jadi Pandamaran menyokong pindaan Rang Undang-undang ini, terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Seri Setia

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera semua rakan-rakan, ADN di dalam Dewan ini. Pertamanya kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT, atas kemenangan atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilantik melebihi 20 tahun beliau diangkat untuk menjadi Perdana Menteri tetapi hari ini sekali lagi beliau diangkat dan sudah pasti InshaAllah pada pukul 5.00 petang nanti beliau akan dinobatkan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu yang menjadikan Perdana Menteri kita yang baharu ini yang selama ini kita impikan dan InshaAllah sama-sama kita doakan walau namanya Kerajaan Perpaduan tetapi hak rakyat harus dijaga apabila kita bersama pentadbir Negara ini. Baik tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat rakan-rakan sekalian saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Rang Undang-undang Enakmen Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Saya masih sedih, gembira kalau kita tengok Rukun Negara kita, kita tahu Rukun Negara ada 5 prinsip yang pertama Kepercayaan Kepada Tuhan, yang kedua Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, yang ketiga Keluhuran Perlembagaan, yang keempat Kedaulatan Undang-undang dan yang kelima Kesopanan dan Kesusilaan. Kita ambil lima rangkuman Rukun Negara ini cukup baik untuk rakyat kita,untuk negara kita diajar daripada mula kita bersekolah lagi, mungkin sekarang ini ramai yang tak tahu itu yang pernah kita tekankan sama-sama bahawa pendidik tata rakyat cukup penting. Rukun Negara ini cukup penting hari ini saya nak membahas tentang antaranya Rang Undang-undang yang terlibat juga adalah tentang kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara kita yang kelima. Kita tahu bahawa masyarakat kita masyarakat yang majmuk sopan santun, toleransi kesusilaannya peradabannya hormat antara satu sama lain dan kita tidak mengira apa bangsa agama sekali pun kita hidup dalam Negara yang majmuk, kita hidup dalam keadaan aman sentosa. Tetapi kita tengok baru-baru ini kita dimomokkan ditakutkan

dengan berbagai-bagai-bagai ketakutan yang melibatkan bangsa, agama dan yang lebih menyedihkan yang menakutkan adalah mereka ini yang berpaksikan agama tetapi mereka sendiri yang menakutkan kita dengan berbagai-bagai-bagai benda yang tak masuk akal.

Saya amat sedih juga sekarang ini kalau kita tengok, kalau rakan-rakan Yang Berhormat semua mungkin ada yang tahu mungkin ada dengar ada yang tak dengar atau ada yang tahu tapi buat-buat tak tahu, sampaikan anak-anak kita di takut-takutkan sampaikan anak-anak kita yang kecil yang bawah umur ditakutkan kalau kata Pakatan Harapan memerintah, DAP memerintah maka anak-anak Islam yang pergi sekolah akan pakai skirt. Sampai begitu di takut takutkan, kalau lelaki pakai skirt itu di kata LGBT jadi maknanya ini perkara yang kita takut dan ini perkara yang di momok momokkan. PRU-15 sebelum menjelang PRU-15 dah di takut takutkan jadi yang lebih menyedihkan mereka-mereka ini di kalangan pelajar-pelajar tahfiz minta maaf saya cakap. Dua hari lepas ada seorang bekas pelajar tahfiz yang bergelar ustaz dia menceritakan tentang keburukan mengundi DAP mengundi Pakatan Harapan dia menceritakan tentang 13 Mei akhirnya dia tarikh balik dan dia sendiri pun takut dan dia sedar kesalahannya saya rasa dia tidak sedar tetapi dia takut kalau tindakan yang diambil oleh pihak polis dan saya nak baca satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sendiri yang mana kita tahu bahawa beliau ini kerana beliaulah pengikut-pengikutnya ikut sama. Saya baca satu keratan pada 10 November 2022 beliau menyatakan saya ada bukti DAP komunis jumpa di mahkamah.

Saya bacakan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sedia mengemukakan bukti susulan mendakwa DAP membawa ideologi komunis dan anti tuhan di mahkamah. Selain menegaskan tidak akan menarik balik segala dakwaan tersebut, betapa angkuhnya beliau. Dia kata dia tidak gentar dan tidak berganjak dengan pendirian itu. Saya tidak akan memohon maaf atau tarik balik kenyataan itu, eloklah mereka buat laporan polis. Memang saya kenal beberapa orang pemimpin DAP yang tak percaya Tuhan dan pernah bercampur dengan kami tanpa perlu sebut nama. Nanti kita jumpa di mahkamah. Rakan-rakan semua, lihatlah betapa angkuhnya dan kenyataan begini yang membuatkan semua pemimpin-pemimpin dia pun sama, mengeluarkan kenyataan yang begitu bahaya kepada rakyat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Ya, silakan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hendak tanya Seri Setia sikitlah, bila bicara soal berkaitan mahkamah dulu, saya teringat semasa kes Claire dulu. Dia saman Claire, dia saman Claire lepas itu dia bayar RM1.4 juta kepada Claire. Ini belum pernah berlaku ini, dia saman Claire, lepas itu dia bayar pula RM1.4 juta kepada Claire, dia minta tarik balik saman yang dia sendiri kemukakan kepada Claire. Jadi minta sikit pandangan dari Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Kalau dia berani, dia cakap kenyataan ini, dia berani dia berjumpa di mahkamah. Kenapa dia hendak bayar kepada Claire? Sepatutnya dia saman dan dia jumpa di mahkamah. Ini yang menjadi persoalan dari tempoh hari daripada isu ini menjadi persoalannya. Baik, yang saya hendak bawakan di sini bahawa ini yang salah satu yang menakutkan kita. Dan kita tahu, bahawa pada tarikh 23 Oktober 2020, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu kumpulan, satu kumpulan yang kononnya untuk membuat perubahan di dalam negara ini. Yang kononnya hendak mengubah sistem pentadbiran dalam negara ini tetapi 23 Oktober 2020 itu adalah satu langkah yang dinamakan langkah Sheraton. Langkah pengkhianat, langkah syaitan yang mana menyusahkan semua rakyat dalam negara kita. Kadang-kadang kita terfikir apa tujuan mereka untuk melompat. Dia ada penjelasan dia, tetapi tahukah ...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Akibat daripada langkah syaitan, saya tarik balik, langkah syaitan, saya tarik balik Speaker. Langkah syaitan, di Hotel Sheraton menyebabkan Muhyiddin Yassin boleh menjadi Perdana Menteri yang menjadi tanda tanya sekarang ini, seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini dan kalau kita tengok semalam pun, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Kerajaan Negeri Terengganu, dia tanya mana Perikatan Nasional dapat duit ini? Sebab dilaporkan semasa pandemik COVID-19 itu, duit rakyat dalam negara kita ini berjumlah hampir 500 bilion Ringgit Malaysia telah digunakan, tidak diaudit dan tidak dibawa ke dalam Parlimen. Jadi saya hendak minta pandangan dari Seri Setia kalau kita sudah tubuh kerajaan ini, boleh atau tidak kita desak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya cungkil balik kes ini. Kita hendak tahu dengan sejelas-jelasnya 500 bilion Ringgit Malaysia ini pergi ke mana. Sebab ini wang rakyat, ini duit rakyat, ini duit negara yang kita perlu tahu di mana 500 bilion ini mereka belanjakan, terima kasih Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Kita setuju, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kita desak, kita minta supaya beliau bawa semula kes-kes yang banyak yang tertangguh yang mana yang disakau ini. Ini atas pertimbanganlah, yang geng sakau pun dah jadi gengkan. Baik, saya setuju apa yang dicadangkan oleh sahabat saya ADUN Templer itu. Itu yang saya nyatakan bahawa banyak kes-kes semasa pengkhianatan ini berlaku. Cuma saya hendak fokus bahawa langkah-langkah Sheraton ini adalah langkah satu lagi langkah yang cukup menyedihkan. Rakan-rakan semua harus tahu bahawa akibat langkah Sheraton ini, akibat lompat parti ini, akibat lompat katak ini, berapa ramai rakyat kita yang menderita. Berapa ramai perancangan kita untuk membina semula negara ini tergendala, beberapa perkara yang kita hendak lakukan terbantut akhirnya. Saya ambil contoh kawasan saya, saya ulang kali saya

nyatakan PPR Lembah Subang, saya ini sayang dengan penduduk Lembah Subang, sebab itu bila sidang DUN saya nyatakan nama itu. Di PPR Lembah Subang kita dah berbincang dengan Menteri KPKT yang selepas lompat parti itu, sebelum dia lompat parti itu, kita dah berbincang selepas kerajaan kita menang, kita dah bincang. Bahawa kita hendak wujudkan satu tempat yang lebih cantik yang dinamakan PPR Lembah Subang. Kita sudah tengok, kita hendak putihkan semula Lembah Subang ini. Kita hendak jadi bangunan ini, bangunan yang salah satu PPR yang menjadi ikutan di seluruh negara kita. Tetapi akhirnya tidak terjadi kerana kes lompat parti ini. Dan insyaAllah, sekarang ini saya akan usaha untuk bersama-sama Menteri KPKT yang baru, kita hendak naikkan kembali Lembah Subang itu.

Rakan-rakan, ADUN-ADUN yang saya hormati banyak kesusahan lagi. Derita rakyat, derita rakan-rakan kita akibat lompat parti. Berapa ramai yang berkhidmat di pusat-pusat Ahli Parlimen di bawah Pakatan Harapan yang terpaksa berhenti kerja, yang diberhentikan kerja. Berapa ramai yang sebelum ini bekerja di pejabat Menteri di bawah Pakatan Harapan, terpaksa diberhentikan kerana akibat lompat parti dan pertukaran kerajaan dengan serta-merta. Mereka terpaksa dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan dan berapa ramai yang derita, keluarga bercerai berai kerana lompat parti ini. Hari ini kita lihat sendiri, kita boleh lihat bahawa mereka yang lompat parti telah diadili dan dihukum karma telah mereka tempuhi. Ada yang terpaksa berteriak di tengah-tengah divider, ada yang terpaksa merayu tetapi akhirnya hukum karma, hukum Allah yang menentukan dan mereka ini tidak lagi dipilih oleh rakyat dalam kawasan mereka. Saya juga amat kesal akibat lompat parti ini, kita terpaksa tanggung beberapa permasalahan. Dan kita terpaksa selesaikan sendiri, jadi saya amat bersetuju Akta Lompat Parti ini dan berterima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen kerana telah meluluskan Akta Lompat Parti ini. Kalau tidak lagi ramai yang akan lompat parti terutamanya apabila kerajaan tidak stabil dan kerajaan yang tidak cukup majoriti ini. Terima kasih atas tindakan semua yang berjaya meluluskan Akta Lompat Parti ini. Bagi saya mereka yang lompat parti ini, tidak ada unsur-unsur ...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini adalah soal berkaitan dengan doktrin yang mereka mainkan. Dulu satu masa dulu kita dengar zaman PAS tahun 70an, 80an dulu, sembahyang dua imam. Kalau andai kata berlaku sembahyang fardu, imam kerajaan itu mereka tidak ikut. Mereka buat saf mereka sendiri, betul ustaz, saf ya. Takut dah terjadi ustaz pula dah, kemudian sembelihan, sembelihan orang UMNO dulu ini, haram, tak boleh makan. Kalau ada kenduri kendera, perkahwinan ke, tahlil ke, tak mari. Sebab sembelihan orang UMNO masa itu, haram. Kemudian nikah pun pada masa tersebut, kalau dah dia kena nikah dulu dengan orang PAS kemudian baru nikah pula dengan kadi kerajaan. Ini 30 tahun, 40 tahun dulu, tapi sekarang ini kita nampak pendekatannya

mereka hendak bawa sekarang ini, politik sempit, jumud. Kita tengok, kita risau anak-anak muda kita, umur 17, 18 tahun dekat Pulau Pinang tak boleh azan. Dekat Pulau Pinang tak boleh sembahyang, di TikTok, dimainkan isu 13 Mei 1969. Komunis, undi BN, undi PH nanti masuk neraka. Mereka mainkan sentimen-sentimen agama untuk menakut-nakutkan pengundi khususnya untuk mengundi kita, Pakatan Harapan. Seri Setia, masalah ini sangat serius, masalah ini masalah besar, sebab pemikiran anak-anak muda kita dalam negara kita ini sudah diganggu gugat oleh kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Jadi kita kena buat sesuatu, kita tidak ada masalah, mereka tidak undi kita Pakatan Harapan sebab dasar Pakatan Harapan tidak baik. Dasar pendidikan Pakatan Harapan tidak baik, dasar kesihatan Pakatan Harapan tidak baik, dasar kebajikan Pakatan Harapan tidak baik, dasar pengangkutan Pakatan Harapan tidak baik, tidak ada masalah. Kamu boleh tolak kita dalam pilihan raya umum akan datang, tapi bukan dengan cara fitnah, bukan cara adu domba, bukan dengan cara pembohongan. Dan tadi saya sempat melihat ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan-badan survey dalam negara kita ini yang menyatakan dengan jelas bahawa ucapan Presiden PAS adalah merupakan ucapan yang menimbulkan kebencian perkauman dalam negara kita. Ini bukan Mat Sabu sebut, Tanjung Sepat, ini bukan Guan Eng sebut, ini bukan salah Udin Ayob sebut tapi disebutkan oleh satu badan pemikir yang menyatakan bahawa ucapan orang yang menyatakan PAS for all, PAS untuk semua tapi punya biadab menyatakan bahawa segala kerosakan yang berlaku dalam negara kita ini disebabkan oleh orang Cina dan juga oleh orang India. Pada saya jangan tengok orang, jangan tengok orang, tengok perbuatan Melayu yang baik, Melayu yang tidak rasuah adalah merupakan kawan dan teman kita betul? Cina yang tidak rasuah, Cina yang tidak merompak adalah merupakan teman dan sahabat pada kita, betul? India yang tidak sakau, yang tidak samun adalah merupakan teman dan juga sahabat kita betul? Tapi Melayu, Cina, India yang sakau, yang mentenkedarah, yang mencuri, yang rompak, yang rogol duit rakyat merupakan musuh kita dan kita akan tentang habis-habisan, setuju? Terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih ADUN Templer. Saya cuma hendak tambah sikitlah, tadi Templer kata bahawa Presiden PAS, Presiden PAS ini kita tahu dilantik sebagai Duta. Saya tidak tahu beberapa kali dia pergi luar negara satu hal, tetapi yang kita tahu beberapa kali dia datang ke Dewan. Kalau sebagai pemimpin Islam, pemimpin yang patuh, tetapi kenapa kau tidak masuk Dewan dan apa hasilnya makan kalau tidak memenuhi tanggungjawab yang telah diberikan. Baik, rakan-rakan Yang Berhormat semua, kita tahu bahawa apabila diperintah oleh 17 bulan di bawah Perikatan Nasional setelah berlakunya pertukaran kerajaan, maka tertubuhlah Kerajaan Perikatan Nasional yang mana dinyatakan di bawah Kerajaan Melayu Islam ini menyaksikan pengangguran rakyat meningkat daripada 772,900 orang pada kadar 4.8% pada Disember 2020 dan tidak ada perancangan ekonomi pun yang berjaya dibuat. Dan kita kena tahu bahawa ketika itu tempoh PKP paling panjang dalam dunia adalah di bawah Kerajaan Perikatan Nasional. Ketika itu

ekonomi cukup turun, cukup merudum, orang tidak ada kerja, bunuh diri, ini hasilnya tertubuh parti yang khianat kepada rakyat dalam negara kita. Kita lihat kerajaan tidak stabil, kerajaan tebuk atap ini. Ekonomi semakin teruk sedangkan beliau sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, beliau tidak melaksanakan tanggungjawab yang baik sebagai Perdana Menteri dan kita lihat pada hari ini pun dan beberapa hari yang berlalu dua tiga hari ini tidak ramai ADUN-ADUN Pembangkang yang hadir. Kita boleh lihat sendiri, Bukit Antarabangsa, saya pernah menyatakan Bukit Antarabangsa ini dia hanya datang touch and go sahaja, sudah tidak ada. Kita tengok yang lain pun tidak ada. Saya ucapkan terima kasih tahniah, yang setia menanti ini memang ada tapi kalau boleh kamera fokus mereka ini tidak ada di dalam Dewan ini. Inilah yang berlaku sentiasa di dalam Dewan Negeri Selangor. Jadi saya minta supaya sedar dan tahu bahawa ini yang hendak ditunjukkan sebagai pemimpin. Rakan-rakan semua, hari ini kita akan meluluskan Rang Undang-Undang ini dan saya Seri Setia amat berharap dan bersetuju ia diluluskan dengan segera dan lebih baik lagi kerana kita tidak mahu katak-katak yang mengkhianati lagi di dalam negeri kita ini. Dan hari ini kita telah diberi kejutan juga bahawa kita telah ada Insya Allah pukul 5.00 petang nanti kita akan ada Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan ini kita hendak baiki segala kelemahan yang ada pada negara kita dan nampaknya UMNO pun kena tukarlah lagu. Dia bukan bersatu kita bersatu, dia sudah sebut bersatu itu masalah dia. Dia kena sebut bersama kita bersama dengan setia berganding bahu, jiwa teguh berpadu ..

Sudah boleh sign borang UMNO

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Kita rumpun yang baru, ini cadangan saya.

Hoi ya hoi tidak boleh nyanyi lagi.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Dia tidak boleh bersatu lagi sebab bersatu ini adalah parti yang mengkhianati, PAS ini parti tunggang agama, jadi dia kena keluarkan bersatu itu, dia kena sebut bersama. Jadi sekali lagi..

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Bagi saya sedikit laluan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Sila-sila.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya bertemu dengan Anwar Ibrahim pertama kali pada tahun 1976 masa saya di Kamunting, sahabat suku abad.

“ Kita bersua suku abad silam, mekar remajaku memburu keyakinan, segar semangatku lepasan taman, kau sematkan obor perjuangan keyakinan itu,

Sahabat, tarikh 8 Ogos untukmu, ku laungkan amarah, ku gerakkan kudratku supaya aku dihantar ke tamanmu, tempat kau membina keyakinan suku abad yang lalu.”

-8.45 pagi, 6 Ogos 2001, Kem Tahanan Politik Kamunting-

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Yang Berhormat, saya sanjung tinggi pengorbanan Yang Berhormat. Saya sempat pergi ke Kamunting dahulu untuk melihat macam mana kehidupan penderitaan Yang Berhormat dan rakan-rakan dan Alhamdulillah hari ini termakbul semua doa kita. Baik rakan-rakan semua, sekali lagi saya hendak kamera fokuskan kepada pembangkang-pembangkang Negeri Selangor. Inilah pembangkang-pembangkang Negeri Selangor, kita hendak luluskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti ini, kalau ini caranya mereka sendiri mengkhianati mereka yang telah dipilih sebagai Wakil Rakyat. Kita tunggu sampai pukul 4.00 petang nanti, kita tengok adakah mereka akan masuk atau mereka juga bersetuju atau mereka membiarkan benda ini diluluskan dan disokong oleh kita. Kita akan lihat nanti. Baik, rakan-rakan Yang Berhormat semua, sekali lagi DUN Seri Setia bersetuju.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sekejap, nanti dulu. Jangan landing awal sangat. Dato’ Seri Anwar akan angkat sumpah pukul 5.00 petang ini, betul? Jadi pukul 5.00 petang ini, Islam terancam. Pukul 5.00 petang ini, Islam sudah mula terancam, pemandu mabuk sudah mula banyak, buy Muslim first akan berkumandang lepas ini, pramugari-pramugari yang sudah menutup aurat itu, pukul 5.00 nanti dia pakai skirt balik. Padang Merbok akan jadi sasaran selepas ini. Padang Merbok, sebab itu kita hendak minta kepada Menteri Wilayah selepas ini maksudnya kita cetak borang untuk Permohonan Padang Merbok itu kita terus hantar ke PAS Pusat di Jalan Raja Laut itu, senang sebab selepas ini macam-macam. Melayu terancam, Islam terancam, Raja-raja terancam, lepas ini pemandu mabuk dah ada lepas ini. Start pukul 5.00 lepas saja Dato’ Anwar Ibrahim angkat sumpah, Melayu terancam, Islam terancam dan Padang Merbok awas Padang Merbok. Padang Merbok sekarang ini kalau rumput cantik tapi mulai besok mungkin ada demonstrasi himpunan menentang Kerajaan Perpaduan Nasional yang ditubuhkan. Apa pandangan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya Taman Templer terlupa sesuatu. RUU 355, dia akan mula bangkitkan semula.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya tidak sebut semua.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tak apa saya tambah, dia sebelum ini tidak bangkit sebab dia tak ada masa, ruang tak cukup. Kerajaan yang adapun tak sempat. Kali ini kita hendak tengok RUU 355 pula. Kita hendak bawa sekali lagi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tapi Seri Setia dia sebut bagi dia tempoh 5 hari, semua masalah boleh selesai. Dia kata dahulu. Bagi saja 5 hari semua masalah boleh selesai. Kalau hendak belajar lawan dengan UMNO belajar dengan kami daripada PAS, walaupun mulut penuh, penuh sagon.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Baik terima kasih sahabat Templer. Sekali lagi DUN Seri Setia bersetuju dengan perkara berkaitan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor ini, saya ucapkan terima kasih, saya bersetuju.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sabak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Timbalan Speaker. Hendak menyanyi boleh, saya akan menyanyi.

“ Dari Perlis sampailah ke Sabah Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah Kita sudah berjaya ”

Selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10, dari Perlis sampailah ke Sabah umpama kita baru merdeka, merdeka dari puluhan tahun pimpinan negara yang selama ini yang tidak mengambil berat kesejahteraan rakyat dan negara tapi kita yakin bermula esok dan seterusnya Kerajaan yang akan dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat rakyat merasakan perbezaan. Kalau selama ini telur tidak ada, saya bagi tempoh seminggu pada Kerajaan. Telur ada, bolehlah didapati di pasar raya kalau boleh, kalau tidak boleh kita bagi 100 hari sebab rakyat kita ini dia tidak boleh tunggu lama. Bila kita memerintah 22 bulan, bila kita gagal melaksanakan apa yang kita janjikan sampaikan sekarang mereka berwirid Kerajaan PH itu gagal. Jadi saya minta rakyat menunggu 100 hari ini ada perubahan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Celahan, Sabak tadi Sabak kata 22 bulan gagal. Saya tidak fikir Kerajaan 22 bulan ini gagal semuanya tapi dalam masa 22 bulan juga kita dapat menahan, mengemukakan dan menyumbat seorang pemimpin di dalam penjara. Dalam masa 22 bulan ini juga kita dapat membawa kes-kes besar di mahkamah. Dalam masa 22 bulan ini juga GST dihapuskan, dalam masa 22 bulan ini juga Sabak...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Seri Setia, ini kena dengar sebab saya hendak minta begini, pembangkang tak ada, kita anggap Sabak sebagai pembangkang, jadi kita tutuh dia cukup-cukup.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

22 bulan ini juga PEKA B40 yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri, selaku menteri wanita yang memperkenalkan, yang memudahkan saringan secara percuma. 22 bulan ini juga harga minyak stabil, tidak payah kita rebut-rebut setiap minggu naik turun minyak, 22 bulan ini juga kita diperkenalkan dengan i-SURI yang melibatkan suri dengan EPF yang melibatkan potongan EPF atau pun kelebihan EPF kepada wanita-wanita. 22 bulan PERKESO yang diperkenalkan kepada semua rakyat Malaysia sama ada berniaga atau pun bekerja sendiri. Apa lagi? 22 bulan saja kita tahu kes penyelewengan di dalam Tabung Haji dan kita dapat membawa orang yang sepatutnya itu ke muka pengadilan. Ini 22 bulan Sabak, hanya beberapa hari saja. Kita hendak pastikan 5 tahun ini lebih banyak perkara lagi untuk rakyat dan lebih banyak perkara lagi disungkit ..

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Saya rasa Seri Setia ada gaya untuk menjadi Menteri Komunikasi yang baru.

Baik, terima kasih Seri Setia. Saya rasa Seri Setia telah silap apa yang saya sebut. Saya sebutkan supaya dalam masa yang terdekat. Rakyat tidak merasakan bahawa kita melaksanakan apa yang kita laksanakan selepas Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri, katakan merasakan baru 22 bulan kita berjaya tidak dinafikan tetapi ramai rakyat katakan bahawa kita gagal dan kita minta dalam masa 100 hari harga barang boleh distabilkan. Sekiranya di dalam 100 hari kita gagal, sudah tentu dari Perlis hingga ke Sabah ada yang kata kita gagal. Jadi di dalam 100 hari ada perkara yang kita boleh laksanakan sehingga dari Perlis hingga ke Sabah dan sampai ke Sabah merasakan kita sudah merdeka. Kita tidak nafikan 22 bulan ini kita berjaya tetapi rakyat bawah, rakyat Sabah, rakyat Sungai Besar, rakyat luar bandar merasakannya kita tidak berjaya untuk menyenangkan kehidupan mereka. Jadi saya harap dalam masa 100 hari harga barang turun, harga minya turun walaupun sepuluh sen. Semua harga boleh turun walaupun sedikit. Kalau ini berlaku saya yakin Pilihan Raya Negeri bulan 6, Pilihan Raya Negeri bulan 5 atau bulan 6, atau bulan 3 atau bulan 4, ingat Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang guyub di tangan Perikatan Nasional dan tunggu 5 tahun untuk kita berubah dan saya di Sabak Bernam, di Sungai Besar dan di Tanjung Karang juga akan guyub. Jadi saya minta kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam masa 100 hari untuk menentukan saya menang di Sungai Air Tawar mengalahkan Ketua Pembangkang dan lain-lain di anjung utara, pastikan bahawa rakyat merasai perubahan dalam masa 100 hari pemerintahan di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Baik seterusnya saya hendak berpantun,

“ Katak si katak lompat

Lompat sampai terbalik

Saya tidak melompat

Cuma bertukar bilik ”

Bila saya bertukar dari parti AMANAH ke PKR, saya juga dianggap sebagai katak selepas saya jadi katak, Meru pula ikut saya bertukar bilik.

Minta betulkan, saya tidak lompat ya, nanti saman dapat, itu tuduhan.

Eloklah itu, dua-dua sama lompat jadi katak.

Tidak kiralah, itu tuduhan.

Lepas itu ada tiga orang dari Johor juga bertukar bilik. Jadi saya hendak tengok di dalam Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ini, apakah bertukar bilik ini seperti saya, Meru dan tiga orang di Johor dianggap gugur juga sebagai Ahli Dewan Negeri. Sekiranya bertukar bilik, kita tidak bertukar rumah, bertukar bilik. Harus ada penjelasan supaya akan datang tidak ada yang bertukar bilik. Tak tukar? Tukar. Ditukarkan. Terpulanglah ditukarkan ke tak ditukarkan. Jadi ini yang diambil perhatian sama ada tukar bilik ini dianggap sebagai hilang kelayakan sebagai ADUN. Kalau tak dijelaskan ada yang tukar bilik mana tau lah Sany bertukar bilik kepada PKR kita pun tak tahu. Jadi kita beri penjelasan apakah bertukar bilik ini dianggap hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Negeri.

Akhirnya, Sabak memang tak nak bercakap panjang. Baik saya sebut tadi Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang semua kalah Pakatan Harapan. Isunya memang betul, isunya memang betul, isunya memang betul. PAS menggunakan isu agama dan bangsa. Mereka kata pada anak muda kamu sembahyang pun tidak, kamu mengaji pun tidak, kamu pergi masjid pun tidak, kamu pergi surau pun tidak, tapi ada satu jalan kamu nak masuk syurga, undi PAS. Jadi saya ingatkan pada EXCO Agama dan kita akan pegang JAKIM, Menteri Agama, pastikan ini berkali-kali Taman Medan, Meru, Templer menyebut bahawa masjid jangan digunakan untuk berpolitik, maksud saya memang tak ada politik kepatian tetapi semua kuliah di seluruh masjid dan surau di Selangor memang ada unsur-unsur supaya menyokong PAS. Baru-baru ini di masjid saya Masjid Al Islahiah, Kampung Tebuk Jawa ada ceramah Maudilir Rasul. Kebetulan mc (juru acara) tak suka saya. Nama saya tak disebut. Penceramah tak tahu ADUN ada duduk di situ. Bukan tak popular memang mc tu tak suka saya, dia tak sebut. Penceramah menyebut bahawa ingat YB EXCO Agama masjid Al Islahiah, Kampung Tebuk Jawa. Saya sebut satu je, disebut dalam mukjizat Nabi dia ada belah

bulan, jadi nak pilihan raya ini jangan susah-susah. Maksud dia pangkah dia pangkah lah bulan. Saya nak bangun tapi tak nak buat kekecohan.

Nak mencelah sikit boleh? Nak mencelah sikit. Terima kasih pada Sabak. Yang berkaitan dengan masjid dan sebagai. Sebenarnya pada pandangan saya bukan sahaja masjid tapi di sekolah-sekolah juga. Saya terkejut malam tadi saya makan dengan anak saya darjah 2. Dia tanya saya ayah betulkan ke kalau Dato’ Seri Anwar jadi Perdana Menteri, Cina akan memerintah negara ni? Darjah 2. Saya tanya siapa yang cakap. Cikgu yang cakap. Jadi saya dengar tu satu kejutan bagi saya sebab maknanya bukan setakat remaja yang terpengaruh dengan dakyah ni tetapi juga anak-anak sekolah kita, sekolah rendah. Bukan setakat remaja, sekolah. Jadi mungkin Sabak boleh bagi pandangan apa yang patut kita buat kepada golongan-golongan yang suka menghasut ni.

Terima kasih. Kita sekarang ada kuasa di peringkat negeri dan di peringkat federal. Menteri Pelajaran saya juga dulu cikgu, saya ni PAS, betul dalam kelas saya mengajar supaya benci kerajaan BN masa itu. Sebab saya dulu orang PAS dan sekarang berlaku cikgu-cikgu PAS, ustaz-ustaz PAS di dalam kelas memang menghasut murid-murid supaya tidak mengundi Pakatan Harapan.

Berapa lama dah bertaubat ni? Berapa lama?

Agak lama juga la sehingga saya diambil tindakan tatatertib, sehingga saya dibuang sebagai seorang guru. Saya tak dapat pencen, saya tak ada gratuiti kerana pada masa itu saya undi PAS masuk syurga. Sama la dengan Templer, sepentas dengan saya dulu, jangan nak berkata yang bukan-bukan. Sebab itu sebelum saya gulung, saya minta EXCO Agama, Menteri Agama bahawa 99.99% penceramah di masjid dan di surau adalah penyokong tegar PAS dan dalam mereka menyampaikan kuliahnya sedikit sebanyak memang ada unsur-unsur supaya mengundi PAS dan membenci Pakatan Harapan. Ini benar, ini benar, ini benar. Pastikan selepas ini saya pergi masjid, saya pergi surau, saya tak dengar unsur-unsur supaya mengundi PAS itu. Terima kasih. Akhirnya saya menyokong RUU.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Nanti dulu Sabak. Duduk dulu. Tuanku dah bertitah, Tuanku Sultan Selangor dah bertitah minta supaya masjid-masjid ni jangan ada anasir-anasir politik. Orang politik tak kira lah. Saya di Masjid Pekan Batu 14 Hulu Langat, EXCO Agama, Nazir dia jadi wakil calon kepada calon Perikatan Nasional. Masjid Pekan Batu 14 Hulu Langat. Tapi Tuanku beritahu tak boleh berpolitik. Tak boleh pegang jawatan, dia orang politik. Ni jadi masalah ni. Arahan Tuanku ingkar, arahan tuhan pun ingkar, arahan perlembagaan pun ingkar, arahan SPR pun ingkar. Kalau parti ni la dapat tubuhkan kerajaan dekat Malaysia ni saya takut negara kita jadi negara Taliban, jadi Daesh. Sikit bunuh, sikit bunuh, sikit

sembelih, sikit tembak, sikit tembak, sikit sembelih, sikit bunuh. Jadi sebagai seorang ustaz nak kena betulkan balik ni. Mana alignment nya tak betul ni.

Terima kasih Templer. Kita betulkan dengan peraturan mereka langgar. Jadi saya minta pada EXCO Agama kepada pemilihan Jawatankuasa yang akan datang, tidak dibuat secara pemilihan ahli kariah. Kita tunjuk sahaja mereka yang boleh mentadbir masjid tu dengan kehendak yang kita mahu. Kalau dengan pemilihan confirm kita akan kalah. Kita tunjuk sahaja Nazir tu orang yang boleh mentadbir masjid dengan kehendak kerajaan seperti yang dulu-dulu pada zaman UMNO. Kita pilih, kita tunjuk. Selagi kita tak tunjuk Tuanku pun dia derhaka apa lagi dengan kita Ahli Dewan Negeri dan juga EXCO. Akhirnya, jangan ada lagi.

Saya mohon mencelah. Sebelum akhirnya kepada Sabak. Disebut oleh Taman Templer, Sabak tadi tentang mereka yang ingkar titah tuanku berkenaan perkara berkait dengan perjalanan hal ehwal Islam. Jadi saya nak bagi tahu kadang-kadang mereka ini tak jujur. Antara yang diberikan kepercayaan untuk mentadbir masjid dan surau ni syaratnya jangan ada jawatan politik. Tapi saya nak beritahu jawatan mereka sorok. Sorok kedudukan mereka. Menyorokkan cerita sebenar ini ajaran Islam ke? Taman Templer? Tidak. Macam suara Marang je. Dia peminat Marang. Sorok, tak jujur. Jadi ajaran apa nama parti yang dengan label Islam tapi tak jujur menyorokkan kedudukan malah agenda-agenda ialah lebih kepada agenda untuk memperkukuhkan kedudukan mereka pada sisi masyarakat. Kalau umpamanya kalau pegang apa, pegang masjid dengan surau tujuan dia supaya nanti ustaz-ustaz dapat tempat kuliah. Betul ya Taman Templer, Sabak. Jadi, itu dia lepas tu ada income, masyuk, betul ya. Itu tujuan dia, saya sendiri dulu sewaktu menjadi penceramah bertauliah kerja saya ialah untuk mengganti ustaz tak datang. Dulu lah. Saya tak ada jadual tetap. Jadi bila tengok-tengok kenapa tak datang? Sakit, demam. Rupa-rupanya pergi ke tempat lain, bayaran lebih tinggi. Ada seorang bekas calon di Shah Alam, dia dapat panggilan jemputan untuk menyampaikan ceramah agama di satu organisasi korporat di Shah Alam juga, Proton. Tiba-tiba dua hari sebelum acara ini ustaz politik dapat aja terus batal, minta maaf tak dapat hadir , saya ada hal yang tak dapat dielakkan. Kemudian rupa-rupanya dikesan di media sosial dia dapat jemputan di Telekom Malaysia, Menara Rebung, Pantai Baru. Telekom dengan Proton siapa bayar lebih besar? Tentulah Telekom, TM. Jadi ini perangai orang ni yang menjadikan agama sebagai bahan dagangan untuk mereka mencapai kesenangan. Itu sebenarnya. Jadi kalau misalnya ada orang tengok, tengok TikTok maka itu lah sebenarnya. Jadi apa pandangan Sabak? Terima kasih.

Saya simpulkan di sini lah. Setiap masjid diwajibkan merakam semua kuliah sama ada kuliah maghrib, kuliah subuh dan ceramah, dan setiap bulan pihak Nazir kena hantar rakaman semua kuliah

dan dihantar ke Pejabat Agama dan kita nilai. Sekiranya ada unsur-unsur, sudah Templer...aduh, unsur-unsur.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Masjid satu hal, masjid satu hal. Pejabat Agama. Pejabat Agama ni pun nak kena tengok juga ni. Pejabat Agama ni kadang-kadang bila kita buat aduan, kadang-kadang Pejabat Agama buat tak kisah je. Eh Sabak, sini pandang.

Ok, ok.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya dah nak landing banyak kali dah. Pejabat Agama, masjid, masjid lah, Pejabat Agama nak kena tengok juga la. Tapi bukan semua ada setengah-setengah Pejabat Agama ni yang kadang-kadang dengan ADUN pun kadang-kadang hei kita ni bukan nak dihormat sangat tapi hormat kita sebab kita ni dipliih sebagai Wakil Rakyat, kita dapat mandat daripada rakyat sebagai Wakil Rakyat. Ini kadang-kadang nak bagi tahu ni kadang-kadang, bukan, bukan marah Sabak, bukan marah Sabak sebab sini tak ada Pembangkang ada ke situ je lah, nak buat macam mana. Yang ini pun kita nak kena tengok juga Sabak. Baik terima kasih.

Saya pun dah nak landing lama dah. Kali ini jangan ada yang nak mencelah lagi. Jadi minta kepada mungkin Pengarah JAIS ada di sini saya mohon supaya luahan Ahli Dewan ini diambil perhatian. Tak sah kalau saya dah sokong tadi, saya nak nyanyi lah. Apa ke lagu saya nak nyanyi.

‘Ku berharap engkau mengerti di hati kami hanya ada Anwar Ibrahim’

Lagu tu pun tak tau lebih baik jangan main Tiktok lah. Terima kasih. Speaker.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Oi orang tak pernah dengar lah lagu kau tu Ustaz. Adoi kau ni juara tiga kali lah.

Timbalan Speaker

Baik-baik saya persilakan Sungai Ramal.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Bismillahirohmannirohim

dan assalamualaikum. Terima kasih Timbalan Speaker beri peluang kepada Sungai Ramal untuk turut menyatakan sepatah dua kata berkenaan dengan cadangan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada hari ini. Saya antara yang jarang berkata-kata sama ada dalam ataupun luar Dewan tapi memandangkan pada hari ini acara kita adalah satu perkara yang besar yang melibatkan hala tuju negara pada masa depan maka saya memilih untuk turut berkata-kata saya dirakamkan juga dalam Dewan ini menyumbang kepada kita punya usaha pada hari ini untuk membincangkan gerakan negeri dan negara kita ke hadapan.

Tuan Timbalan Speaker, saya menyertai politik ini semasa rambut semuanya masih hitam, sekarang saya tidak tau mana yang lebih banyak hitam atau putih. Saya menyertai politik pada masa itu bidang politik ini masih lagi satu bidang yang boleh dipandang mulia dan baik. Jadi bila saya memasuki politik saya tidak lah menerima kritikan atau pun tegahan daripada keluarga mahupun daripada ibu bapa saya. Berbeza dengan sekarang. Sekarang kalau boleh dia nak saya bersara je dari politik secepat mungkin disebabkan arus masa pada hari ini. Dan bila saya lihat keadaan kita pada hari ini setelah sekian lama berkecimpung yang menjadi satu perkara yang sangat mendukacitakan saya adalah berkenaan dengan hal perpaduan. Kita masuk politik demokrasi sefaham kita dalam politik demokrasi ini untuk kita berjaya, untuk kita mendapat tempat, untuk kita mendapat sokongan maka kita hendaklah berkenalan dengan ramai membuat ramai kawan bukannya ramai musuh. Lagi ramai kawan, lagi tinggi kita boleh naik dalam politik demokrasi. Tetapi kita lihat apa yang berlaku adalah sebaliknya pulak dalam negara kita terutama dalam dekad-dekad terakhir ini kita lihat bagaimana dalam politik demokrasi ini nak naik dia mesti berkabilah pulak dah. So, dia akan pupuk satu kelompok yang besar dan kemudian kelompok itu akan cuba untuk merejam dan menidakkan kelompok-kelompok yang lain untuk membolehkan dia naik dan dengan itu timbullah macam-macam musuh, fitnah dan keji-mengeji satu sama lain. Kita sama-sama dalam Dewan ini saya percaya daripada yang muda, kepada yang terutama telah tua macam saya ini telah melalui begitu banyak pengalaman, bertarung di medan arena politik ini, dan kita telah mempunyai begitu banyak parut dalam perjuangan ini. Berbekas-bekas, macam-macam kata nista, caci maki dan sebagainya yang kita tempuh tapi saya percaya seperti mana saya percaya apa yang saya rasai dirasai jugak oleh teman-teman semua iaitu apabila kita akhirnya mendapat dikurniakan oleh Allah, oleh Tuhan nikmat kejayaan maka nikmat yang kita rasai pada masa itu telah berjaya seperti air yang dijirus ke api, memadamkan api, memadamkan semua luka-luka yang kita ada, menyembuhkan segala sakit hati dan sebagainya yang kita rasa sepanjang kita melalui perjalanan yang penuh keperitan dan pancaroba ini dan apabila kita sampai kepada ke puncak kejayaan, maka sayugialah kita nekad saya percaya bukan saya dalam ajaran agama yang saya anuti agama Islam tapi semua agama-agama yang menyeru kepada kebaikan supaya kita mensyukuri nikmat kemenangan yang dikurniakan kepada kita dan syukur itu dalam erti kata kita menerima kemenangan itu dengan penuh rendah hati, dengan penuh insaf, dan mengambil amanah yang sampai ke tangan kita itu untuk kita pastikan kita bawa amanah kita itu, kita tidak jadi seperti mereka yang kita tentang dan kita kalahkan kerana mereka yang kita tentang dan kita kalahkan itu, kita tentang dan kalahkan mereka atas sebab prinsip yang kita pegang untuk kita tukar sifat-sifat, nilai-nilai yang salah yang mereka bawa itu untuk kita kemukakan nilai, sifat yang mulia yang kita perjuangkan selama ini.

Saya tertarik dengan satu perutusan daripada Istana Negara yang baru saja dikeluarkan sempena dengan insyaAllah, kita bakal menyambut Perdana Menteri kita yang baharu yang ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pada pukul 5.00 petang

nanti insya Allah dan disebut di dalam perutusan tersebut, nasihat oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong agar Perdana Menteri yang baharu ini apabila melantik kabinet mengamalkan resmi padi, semakin berisi, semakin menunduk. Kita tahu terutama sekali bakal Perdana Menteri kita, beliaulah orang yang paling banyak menanggung luka, paling banyak parut, paling banyak sengsara dibandingkan dengan kita semua. Beliau telah berkorban segala-galanya, termasuk anak-anak isterinya sekali, menghadapi ujian yang sangat besar. Akhirnya, setelah puluhan tahun dihina dan dinista sampai jugak akhirnya Allah mengurniakan kepada beliau martabat yang tinggi dibuktikan kebenaran perjuangan beliau dan dianugerahkan di dunia ini lagi insyaAllah nikmat atas usaha beliau untuk melawan kebatilan itu dan dalam kita menyambut kemenangan itu, kita kena bawa negara kita arena politik kita kembali dipulihkan ke jalan yang sebetulnya, sebaiknya iaitu untuk menyatu padukan rakyat semua dalam negara. Ini adalah satu peluang keemasan. Kita kena benar-benar rebut peluang ini. Kata-kata saya mungkin sekali tidaklah membangkitkan semangat dalam Dewan, semangat pada rakan-rakan, mungkin lebih kepada api yang menjurus sedikit, memadamkan sedikit perasaan kegembiraan yang kita harungi sekarang ini. Tapi saya nak bersama dengan anda semua sama-sama kita berusaha sekian lama cuma pesanan yang saya beri hari ini lebih kepada kebimbangan saya, harapan yang besar pada diri saya untuk melihat bahawa pada jam 5.00 petang ini merupakan detik perubahan kepada negara kita menjadi sebuah negara yang lebih baik terutamanya saya sangat-sangat fokus kepada perpaduan dalam negara.

Tuan Timbalan Speaker, ingin saya sebutkan sedikit, sikit cukuplah, sebab tujuan saya bukanlah untuk membangkitkan perasaan marah ataupun mengeji sesiapa tetapi sebagai pedoman kita untuk masa depan. Apa yang saya nak sebut sebagai contoh sebagaimana yang saya nyatakan, bagaimana negara kita ini perpaduan dia menjadi terlalu sangat rapuh akibat daripada permainan politik. Kalau kita lihat satu masa dulu, masa saya masih di bangku sekolah bila sampai hari raya contohnya kita akan lihat dipamerkan di televisyen bagaimana pemimpin-pemimpin negara akan saling melawati, menziarahi satu sama lain semasa hari raya. Masa tu saya lihat bagaimana Lim Kit Siang akan pergi ke rumah terbuka Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada masa itu dan pada masa tu saya hairan sebab sebagai seorang pelajar sekolah, bukankah mereka ni musuh lawan tak sangka bila hari raya boleh pulak salam, boleh elok-elok peluk-peluk pulak, makan sekali, apa ni? Macam mana bergaduh lepas tu boleh baik pulak macam tu? Itu perasaan saya, tapi bila sampai kepada saat tiba masa saya pulak naik dalam politik ini, jangan kata nak pergi hari raya, atau menyambut perayaan di kalangan kaum lain, tapi sesama sendiri hari raya pun tak boleh pergi. Terutama dengan bekas rakan-rakan saya daripada PAS. Tak boleh pergi pun hari raya mereka. Not welcome. Padahal itu hari raya. Saya jemput mereka, tak datang. Kalau hari raya pun tak boleh nak rai bersama, kalau salam pun tak berjawab, ini berlawan jenis apa ni? Bagi salam pun tak jawab, dia sampai ke tahap itu sekali. Dia punya permusuhan dalam politik ini sedangkan kita semua masing-masing saudara mara adik-beradik semua saya percaya macam saya jugak, ada yang UMNO, ada yang PAS, ada yang AMANAH, ada yang DAP, ada macam-

macam. Ada yang BERSATU, macam-macam parti. Dalam keluarga saya pun begitulah, boleh berjumpa dengan sepupu, bukan semuanya satu parti bukan semuanya satu aliran, tapi kita kena masih lagi berhubung dan bertaut rapat persaudaraan itu sebab kita percaya kita sama-sama memperjuangkan untuk kebaikan negara cuma kaedah yang berlainan. Baik, Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Yang Berhormat, pendekkan.

Tuan Mazwan bin JoharAMANAH · PHSungai Ramal

Baik, saya akan pendekkan. Terus kepada Rang Undang-Undang kita pada hari ini. Saya menyokong Rang Undang-Undang ini kerana membawa suara hati daripada rakyat dalam kawasan saya, saya tahu masing-masing menunggu dan menyokong Rang Undang-Undang ini kerana ianya memberikan satu keabsahan, kepada pilihan mereka sebab mereka mahu pilihan mereka dihormati dan amanah yang diberikan kepada Wakil Rakyat itu dipegang kukuh sehinggalah tamat tempoh perkhidmatan masing-masing, mereka dipilih atas apa yang mereka kempenkan semasa pilihan raya apa yang mereka janjikan pada masa itu, maka sewajarnya bila mereka diberi kemenangan atas apa yang mereka yang kempen dan katakan itu, maka itulah yang untuk mereka pegang sampailah tamat perkhidmatan mereka. Jadi dengan kata-kata itu, saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan ini dan menyokong Rang Undang-Undang yang dibentangkan untuk pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2022. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Sungai Ramal. Saya rasa sekadar itu untuk perbahasan Rang Undang-Undang untuk kali ini. Saya mohon pihak Kerajaan sekiranya ada untuk gulung, silakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Speaker yang telah terlibat dalam sesi perbahasan pada kali ini. Alhamdulillah, kita telah mencipta sejarah dalam Dewan ini apabila kita telah meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sesuai dengan perkembangan yang berlaku di peringkat Persekutuan pada Ogos yang lalu apabila kita telah ataupun Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan Negara dan sekali gus membenarkan Klausa Anti Hopping Law dengan izin, ataupun Anti Lompat Parti diluluskan dan telah diwartakan. Segala pindaan-pindaan yang terkandung di dalam perkara ini seperti melibatkan seksyen 7(a) Jadual Kelapan, fasal 6 Perkara 48 dalam fasal 6 Perkara 48 perkara 160 seperti fasal baharu 3(a) dan perkara 10 dan Perkara 49(a) dan tidak ketinggalan juga bahawa Undang-Undang Tubuh ini memasukkan Klausa baharu dalam perkara 65(a) dalam Dewan ini adalah sesuai untuk kita sekatakan dan selaraskan apa yang telah diputuskan di peringkat Persekutuan supaya tidak ada clash atau pun dengan izin, clash dengan izin ataupun persetentangan dengan apa yang telah diputuskan di peringkat Persekutuan. Dengan adanya pindaan-pindaan ini maka selepas ini saya percaya keadaan politik akan lebih terjamin dan pilihan rakyat akan lebih terjamin. Bahawa rakyat dipilih dan memilih

individu dengan parti-parti tertentu manifestonya sendiri dan pemimpin itu perlu bertanggungjawab di atas ruangan dan juga pilihan yang diberi oleh rakyat yang percaya dan yakin dengan apa yang kita bawakan.

Saya mengikuti dengan banyak perbahasan-perbahasan di kalangan ahli Dewan membangkitkan peristiwa yang berlaku pada Februari 2020 dan saya perlu ingatkan sekali lagi ini bukan persoalan individu pergi ke kumpulan A, kumpulan B keluar daripada kluster C, dan sebagainya. Tetapi ini membabitkan tentang kestabilan negara. Ikutilah apa yang telah berlaku dalam tempoh 2 tahun setengah yang lampau kita dapati bahawa keadaan politik negara tidak stabil seorang Perdana Menteri bertukar, pembubaran Parlimen yang dipertikaikan, dan ada bantahan daripada Ahli Kabinet sendiri, diikuti dengan pilihan raya-pilihan raya Negeri yang sekali gus telah memberikan kesan langsung kepada kos pilihan raya dan juga kepada keseragaman terhadap proses pemilihan dalam negara kita. Saya masih ingat pada tahun 90-an lah baru kali pertama negara kita telah berjaya mengadakan pilihan raya serentak negeri dan Parlimen. Keputusannya juga adalah keputusan serentak tetapi pada hari ini ada 6-7 negeri yang tidak dapat melaksanakan atau pun ada 10 negeri yang tidak dapat bersekalikan sekali. Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor dan diikuti oleh 6 negeri yang lain. Jadi ini adalah satu perkara yang merugikan kepada negara dan ia adalah kesan langsung daripada peristiwa yang disebut syarat dan move ataupun sebagainya ataupun penjajaran politik yang telah menyebabkan keadaan yang tidak stabil dalam negara kita. Dalam beberapa pertemuan-pertemuan awamnya saya sebutkan, ia bukan melibatkan individu dengan individu yang khianat ke tak khianat, tikam kawan ke tikam belakang, atau siapa yang hilang kerja, atau siapa yang dapat kerja baharu, yang kekal Menteri atau tidak kekal Menteri yang duduk Menteri Besar, EXCO dan sebagainya. Ia merujuk kepada keseluruhan bingkai politik dalam negara kita dan bingkai itu telah sedikit sebanyak tergugat yang kononnya ikut dasar-dasar perlembagaan yang kalau diikut baris demi baris, ya tetapi spiritnya atau semangatnya tidak berada dalam keadaan itu. Kita kena ingat kita mewarisi sistem Westminster Democracy dalam Westminster Democracy the biggest numbers ataupun the biggest presentation akan diberikan ruang untuk menjadi Pentadbir dan Pengurus dan juga memberikan ruang untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Menteri Besar dan Chief Minister. Ini yang kerap kali ada, tetapi spirit itu kadangkala digerudi ataupun diubahsuai atau diputar balik, putar balik asal ada ruang kecil dan akhirnya ia memberikan impak dan kesan yang besar kepada negara kita dan akhirnya apa yang berlaku kerajaan yang dibentuk tidak berasaskan kepada tawaran. Kerajaan yang dibentuk tidak berasaskan kepada apa yang mereka janjikan dulu sebaliknya ia berasaskan kepada politikal expediency, dengan izin untuk kita melengkapkan kedudukan dan sebagainya. Justeru saya percaya itulah keputusan pilihan raya yang telah terada dan hari ini alhamdulillah telah berlaku pemuafakatan dan kita diuji tentang kematangan, kematangan para politik kawan ataupun di kalangan ahli-ahli politik bagaimana melihat bahawa negara ini adalah priority utama the state come first Negara ini adalah prioriti pertama kita bukan kedudukan, bukan kepuasan peribadi dan sebagainya. Sudah pasti masing-masing ingin mencapai kedudukan politik tidak

salah hendak menjadi Menteri Besar hendak menjadi EXCO menjadi Menteri ataupun Perdana Menteri tetapi harus memahami dan menyedari bahawa walaupun kita bukan dipanggil sebagai stateman tetapi semua kena ada jiwa itu. Kalau ada jiwa itu barulah kita menghormati dan saya beranggapan dengan undang-undang ataupun dengan pindaan yang kita lakukan ini yang saya percaya dengan keseluruhannya ada rinci dan detail tetapi apa yang dibuat oleh Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri ataupun Kamar cuba sekatakan. Ini penting juga dengan spirit constitution kita kalau dalam spirit constitution kita dalam mana-mana Undang-undang yang bertingkah Undang-undang yang atas akan mengatasi apa yang ada di bawah dan kita juga tidak boleh membenarkan kali ini berlaku kalau tidak pindaan ini akan dianggap sebagai pindaan yang tidak cermat, cuai dan akhirnya akan memberikan kesan langsung sebab itu kita teliti dalam Kamar, kita teliti dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita minta ADUN-ADUN di kalangan Kerajaan melihat keseluruhannya dan hari ini kita bahaskan dengan penyertaan yang sangat positif daripada keseluruhan Ahli-ahli Dewan.

Saya rasa saya tidak mahu ulas soal politik-politik yang lain yang berkenaan dengan masjid, surau politik perkauman yang saya rasa sudah terpesong daripada niat ini, niat ini adalah untuk memberikan ruang supaya rakyat diberikan kepuasan dan rakyat ada jaminan. Kalau dia pilih ini berdasarkan orangnya dan berdasarkan partinya ada orang yang baik tetapi kalah kerana partinya tidak disokong, ada orang yang tidak begitu cemerlang tapi kerana gagasan partinya dia disokong dan ini adalah sentimen dan ini adalah keadaan semasa rakyat kita tidak lagi memberikan ruang multi demokrasi parti yang begitu luas terbuka sampai kertas undi walaupun kita sudah mencatatkan sembilan calon di Ampang ada sembilan calon ada sepuluh calon di Batu itu masih lagi belum begitu berleluasa kerana political parti atau parti-parti politik masih lagi menguasai dan parti politik ini yang sebenarnya masih lagi mencari people institution dengan izin atau menjadi institusi rakyat yang dianggotai oleh ahli-ahli , anggota-anggota dan pasukan dan ada pasukan ahli-ahli politik baru yang kemudian parti ini tidak mendapat sokongan kerana belum ambil masa, kita dulu pun bermula pada tahun 1998 sangat kecil sebelum menjadi sebuah parti yang besar begitu juga sahabat-sahabat kita dari parti-parti yang lain. Jadi ini adalah satu gambaran dan peluang kepada kita dan kita mempunyai perbincangan yang lain tentang demokrasi sebagai contoh sekarang ini di panggil sebagai first past the post ataupun westminster democracy kita tidak bincang lagi fasal representative ataupun representation election kalau yang berlaku di bawah Negara-negara luar representasi pilihan raya di mana ia bergantung pada jumlah percentage tertentu. Tidak apalah ia akan diangkat dan dibincangkan di atas tetapi spirit asal kepada undang-undang anti-hopping law ataupun undang-undang anti lompat parti ini menjamin suara rakyat itu tidak diperkotak-katikkan di mana ada orang yang datang dengan nadanya tertentu dengan slogan nya yang tertentu dengan tawaran yang tertentu mewakili kepada lambang yang diangkat dan lambang yang dibawa itu dan mencapai kemenangan tetapi dalam masa-masa tertentu mengambil sikap secara berkumpulan meruntuhkan apa yang dia bawa ini bukan masalah pengkhianatan kepada partinya atau pada mentornya atau

pada ketuanya ataupun pada bos nya tetapi ini adalah soal besar dan ia telah jelas bukti yang sangat empiris ataupun bukti yang sangat cerapan yang sangat jitu apabila kita dapat lihat keadaan politik yang tidak stabil hinggalah kepada proses kita menentukan kesahan Perdana Menteri pada hari ini yang mengambil masa perbincangan proses dan sebagainya yang mana ini bukan baru di Negara-negara moden tetapi saya percaya ini mengajar kita untuk lebih matang berpolitik, matang dalam mengadaptasi kemenangan, matang dan juga boleh berterima dengan kekalahan ataupun boleh berterima dengan kekurangan. So saya mengucapkan terima kasih di atas semua perbahasan-perbahasan yang dibuat. Marilah kita terlibat dalam sejarah penting negara kita dan negeri kita apabila pada hari ini kita telah melaksanakan satu pindaan pada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan pindaan-pindaan ini akan memberikan jaminan kepada kuasa rakyat. Kita boleh stabil dan makmur. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Tua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila berkata ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Setiausaha Dewan. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama satu enakmen untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Tahun 1959.

Speaker

Silakan. Jawatankuasa tidak angkat cokmar ke.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker saya menyokong.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila berkata ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Setiausaha Dewan. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila berkata ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Setiausaha Dewan. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Pengerusi

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila berkata ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Setiausaha Dewan. Dipersetujui.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti dibincangkan dan dipersetujui dimaklumkan semula ke Dewan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Pengerusi saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker saya mohon memaklumkan dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga bagi diluluskan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca kali ke tiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Setiausaha Dewan. Dipersetujui.

Rang Undang-undang Lembaga Urus Air Selangor pindaan 2022Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ke ketiga Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor pindaan 2022. Aturan urusan mesyuarat seterusnya Rang Undang-undang Lembaga Urus Air Selangor pindaan 2022. Rang Undang-undang ini bernama satu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Enakmen LUAS telah digubal dan di wartakan pada Mei 1999 sebagai Undang-undang yang mengawal dan mengatur perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber air dan lembangan sungai di Negeri Selangor. Enakmen LUAS ini digubal supaya Lembaga Urus Air Selangor dapat menjalankan fungsi dan kuasanya dengan lancar dan mengurus sumber air Negeri secara bersepadu holistik dan mampan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia Enakmen LUAS ini dipinda pada tahun 2020 antaranya menaikkan hukuman denda bagi kesalahan mencemar sumber air daripada RM100,000.00 kepada denda minimum RM200,000.00 dan denda maksimum tidak melebihi RM1,000,000.00. Selain daripada itu pindaan tahun 2020 turun menjadikan hukuman penjara sebagai hukuman mandatori berbanding dengan hukum sebelum itu. Tuan Speaker Enakmen LUAS pindaan 2022 ini bertujuan untuk meminda dua seksyen bagi penambahbaikan peruntukan sedia ada supaya tadbir pengurusan dan pentadbiran LUAS menjadi lebih baik dan efisien. Pindaan-pindaan yang hendak dilakukan dalam Enakmen LUAS ini adalah seperti yang berikut. Pertama, perenggan 30 (a) (4) Enakmen LUAS dipinda bagi membolehkan cap caj abstraksi air yang dibayar oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri secara kronologinya pada 30 Jun 2005 LUAS dengan kelulusan pihak Berkuasa Negeri telah menyiarkan pemberitahuan caj bagi abstraksi air daripada mana-mana sumber air di dalam Warta Kerajaan negeri bagi tujuan penggunaan bekalan air adalah sebanyak 0.01 ringgit ataupun satu sen bagi setiap meter padu dan komersial sebanyak 0.05 ringgit ataupun lima sen per meter padu berkuat kuasa pada 1 Julai 2005. Seterusnya pada 7 Jun 2012 LUAS telah meminda pemberitahuan caj bagi abstraksi air daripada mana-mana sumber air tersebut iaitu istilah tujuan penggunaan bekalan air dipinda kepada istilah utiliti awam. Caj abstraksi bagi tujuan penggunaan utiliti awam pula dikenakan pada Pengurusan Air Sdn. Bhd pada September 2019 selepas proses Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor selesai. Setelah Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor selesai hasil kutipan caj abstraksi tersebut telah dimasukkan ke dalam Tabung LUAS yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 Enakmen LUAS 1999 caj abstraksi tersebut dimasukkan di dalam Tabung LUAS selaras dengan kehendak perenggan 30(A)(4) Enakmen LUAS 1999. Selanjutnya pada 14 Disember 2021 pihak Kerajaan negeri telah memutuskan supaya mulai tahun 2023 caj abstraksi air mentah di bawah perenggan 44(1)(A) Enakmen

LUAS 1999 yang dikenakan ke atas Pengurusan Air Selangor dibayar kepada Perbendaharaan Negeri dan dimasukkan ke dalam Wang Disatukan Negeri. Setelah menerima keputusan tersebut LUAS telah meneliti peruntukan di dalam seksyen 30 dan mendapati terdapat keperluan untuk meminda perenggan 30 (A) (4) supaya arahan daripada pihak Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan tanpa menyalahi mana-mana peruntukan dalam Enakmen LUAS 1999. LUAS telah membentangkan beberapa cadangan pindaan terhadap seksyen 30 tersebut di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Perundangan dan Penguatkuasaan LUAS yang dipengerusikan Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri dan dihadiri oleh Ahli-ahli yang dilantik serta beberapa jemputan daripada agensi yang berkaitan Mesyuarat jawatankuasa tersebut bersetuju untuk meminda perenggan 30 (a) (4) sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Rang Undang-undang yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Seterusnya subseksyen 59 (3) Enakmen LUAS dipinda bertujuan untuk menambah baik tatacara permohonan lesen supaya selari dengan pendekatan teknologi terkini yang pada masa ini penggunaan medium atas talian seperti online application sebagai kaedah untuk memohon lesen di bawah subseksyen 59 (1) Enakmen LUAS 1999. Pindaan kepada subseksyen 59 (3) Enakmen LUAS 1999 ini akan membolehkan LUAS mengaplikasikan penggunaan medium atas talian sebagai mekanisme suatu permohonan lesen tanpa penggunaan mandatori borang seperti yang dinyatakan. Pindaan ini memudahkan urusan-urusan berkaitan dengan mana-mana orang yang hendak memohon lesen kepada LUAS tidak perlu mengisi borang secara manual dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dipertingkatkan seiring dengan perkembangan teknologi internal of things demi mendukung hasrat Kerajaan Negeri Selangor sebagai sebuah smart state. Jadi tidak banyak perkara yang kita pinda. Ada dua (2) perkara untuk membenarkan caj abstraksi yang di kumpul di dalam tabungan LUAS dimasukkan sebagai salah satu daripada hasil yang disatukan dan yang kedua supaya proses aplikasi pelesenan dapat dipermoden kan dan dipermudahkan dengan tanpa penggunaan borang. Kalau sebelum ini memerlukan borang secara fizikal yang mungkin akan melambatkan serta melecehkan dan dalam pada masa yang sama turut membantu usaha-usaha transformasi digitalisasi negeri Selangor ke arah Smart State menjelang tahun 2025. Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Silakan. 5 minit Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Don’t worry 5 minit mencukupi. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin memulakan dengan saya bersetuju bahawa kita ada caj abstraksi air daripada sumber-sumber kita dan saya ingin bertanya selama ini duit ini masuk ke dalam

tabung LUAS yang sedia ada ini boleh atau tidak Kerajaan Negeri huraikan cara hasil ini di belanjakan. Apakah aktiviti-aktiviti di bawah skop yang dibelanjakan oleh tabung ini dan apabila kita bergerak kepada satu (1) era baru di mana semua caj ini masuk ke dalam Kumpulan Wang Disatukan, adakah aktiviti-aktiviti ini akan diteruskan atau pun aktiviti-aktiviti ini mungkin akan terhenti. Jadi, apakah impak ke atas aktiviti-aktiviti tersebut its related kepada kualiti air, kepada nak reserve sungai.

Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan di sini ada atau tidak polisi yang kita ada ini dapat di laksanakan dengan seragam ke atas semua kilang-kilang di Negeri Selangor. Ada atau tidak kadar pematuhan kepada dasar ini adalah dalam sekitar 90% ke atas atau pun dalam kes-kes mungkin dalam 20% sahaja pematuhan. Macam mana keadaan tersebut sebab ada tak kita sebagai Kerajaan Negeri mempunyai keupayaan untuk menguatkuasakan polisi ini. Jadi mereka yang mengambil air untuk tujuan kilang besar mungkin lebih senang untuk dikesan tetapi mereka yang mengambil air untuk pertanian, untuk kolam-kolam ikan dan sebagainya di kampung, di ladang, macam mana kebolehan kita untuk menguatkuasakan. Adakah kita ada kadar minimum pengeluaran air sebelum kita menguatkuasakan dan adakah di dalam sekitar 90%. Berapa banyak enforcement action yang diambil dalam tahun-tahun yang lepas. Saya rasa ini sangat penting sebab sumber air di Selangor memang sangat berharga. Kita pernah ada kemarau pada 2014 dan mungkin kemungkinan itu sangat menakutkan rakyat Selangor. kita kena pastikan di dalam 20 hingga 50 tahun akan datang sumber air di ambil, di eksploitasi dengan kadar terancang. We need to have carefull management of how much we take the water from nature dan macam mana air itu dikembalikan kepada persekitaran. Kalau air tidak dikembalikan kepada persekitaran dengan baik, ia mencemarkan sumber air untuk semua di bawah downstream. Jadi, banyak kilang atau petani yang ekstrak air downstream ini mereka akan terjejas jika air yang dipulangkan ke dalam sungai itu tidak dipulangkan dengan kadar yang cukup bersih. So, gambaran yang cukup besar ini penting tetapi saya harap sedikit penjelasan boleh diberi oleh Kerajaan Negeri terhadap persoalan-persoalan. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Satu soalan. Sikit sahaja. Minta maaf saya dalam keadaan stiff. Soalan ini daripada penduduk Hulu Kelang, mereka bertanya apakah pemotongan air kerana tidak membayar bil bagi pengguna yang pemotongan itu menjadi hasil kepada negeri. Dalam bidang apakah dia klasifikasi pemotongan Air Selangor terhadap pengguna dan apa kesannya kepada hasil negeri. Terima kasih.

Speaker

Baik. Saya persilakan pihak kerajaan untuk menggulung.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Untuk Yang Berhormat Hulu Kelang terlebih dahulu. Proses pemotongan bekalan air itu adalah proses yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air atau pun Air Selangor. Itu proses mengagihkan rawatan itu memang secara monopoli dalam peraturan kita diuruskan oleh Air Selangor Sahaja. Ini adalah di dalam

penstrukturan air negeri dan hasilnya adalah untuk operasi semula, sambungan balik dan sebagainya. Tiada kena mengena dengan LUAS.

LUAS adalah urusan sebelum muka pintu sauk atau pun air mentah. Jadi semua bekalan air mentah baik daripada tasik, sungai, kolam sebenarnya di dalam urus tadbir LUAS. Jadi caj abstraksi ini adalah kepada syarikat-syarikat atau pun kepada syarikat Air Selangor untuk menguruskan. Pernah berlaku ada satu syarikat pengeluaran sarung tangan, dia membuat abstraksi air nya sendiri dan kita LUAS telah berhubung dengan mereka dan mereka telah melanggar beberapa, mereka mendapatkan air itu dan kita kenakan caj tetapi caj itu pengurusan serta perawatan terhadap air itu harus diuruskan oleh Air Selangor. itu sistemnya. Dan caj Abstraksi itu kepada syarikat-syarikat. Ada sebahagian syarikat telah menyedut air itu sendiri. Contohnya ada beberapa syarikat recycling paper yang berada di dalam Kuala Langat. Itu di kalangan out source air sendiri dan memang kita kenakan caj. TNB juga dikenakan caj dan beberapa yang lain dikenakan caj. Sejumlah caj itu seingat saya lah, saya akan memberitahu kepada Yang Berhormat Bukit Gasing bahawasanya nilai kutipan itu dalam sekitar 30 hingga 40 juta setahun dan biasanya wang itu akan digunakan untuk pengurusan dan pentadbiran LUAS termasuk proses-proses untuk penguatkuasaan, proses untuk semakan, proses untuk pemantauan terhadap air dan untuk makluman semua seluruh petugas kita bekerja 24 jam pada masa ini. Dalam tempoh dua (2) bulan, sebulan akhir ini memang bekerja 24 jam untuk memastikan tidak ada sebarang insiden-insiden yang memudaratkan terhadap bekalan air mentah terutamanya insiden pencemaran. Dan ia telah dioperasi kan Cuma sekarang, sesuai dengan arahan Kerajaan Negeri supaya dia dimasukkan ke dalam tabung Amanah Negeri dan Tabung Wang Disatukan Negeri dan Wang Disatukan Negeri ini akan dikembalikan kepada LUAS untuk keperluan-keperluannya. Jadi kalau ada kelebihan kalau ada kekurangan sebenarnya negeri boleh membantu. Dan kalau ada lebihan tiada masalah sebab dia ada akaun nya. Penghantaran wang tersebut dan selagi mana LUAS berkesempatan dan berkeupayaan untuk menguruskan ia boleh menguruskan.

Kedua, tentang pelesenan yang saya sebut kan tadi sedikit sebanyak kita telah mula untuk meletak pengesan (sensor) di beberapa unit-unit selepas ini dengan lebih agresif. Ini adalah untuk memenuhi kepada polisi ZDP (Zero Discharge Policy). Di mana Zero Discharge Policy (Polluter pay for the polution atau polluter pay principle) di mana mereka akan mengeluarkan atau melepaskan affluent ke dalam sungai dan anak sungai yang akhirnya akan sampai sungai dan pihak LUAS boleh memeriksa dan dengan adanya sensor itu atau pengesan itu, kita dengan accurate atau dengan jitunya kita akan dapat mengesan sejauh mana limpahan-limpahan bahan yang dikeluarkan dan sebagainya. Sebab itu sebahagian unsur pelesenan itu hanya bukan unsur untuk application, approval sahaja tetapi in future kita akan dapat menguruskan jumlah pelepasan effluent atau pun kita dapat memantau pelepasan effluent dan mengenakan caj kepada mereka yang melanggar atau pun mengambil tindakan segera terhadap pelepasan sisa dan bahan ke longkang yang tidak sepatutnya mereka boleh buat treatment. Ini lebih terpakai sebenarnya kepada kilang-kilang dan

juga perusahaan-perusahaan yang terpaksa melepaskan effluent dan sebenarnya perlu untuk merawat effluent itu tetapi akhirnya nanti kita juga akan sampai tidak sampai ke rumah insyaAllah ia akan sampai ke komersial-komersial atau pun aktiviti-aktiviti komersial yang memungkinkan berlaku pencemaran. Kita sangat terkesan dengan beberapa insiden pencemaran sebelum ini yang berpunca bukan daripada kilang besar tetapi daripada bengkel. Bengkel-bengkel kenderaan terutamanya apabila disiarkan esok bermula PKP, jadi petang hari nya akan berlaku pembersihan kilang secara besar-besaran dan cecair-cecair kimia, cecair-cecair seperti bahan peluntur yang digunakan untuk membersihkan kenderaan-kenderaan berat itu telah mengalir ke dalam anak sungai, mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sungai dan pegawai kita terpaksa menyusur sepanjang sungai Selangor masuk ke Sungai Gong sampai di beberapa pusat dan sampai dapat. Tetapi Alhamdulillah beberapa tindakan yang kita buat termasuk penggunaan teknologi seperti Aquarintin telah memungkinkan pengurangan insiden itu di samping kita melakukan pemeriksaan fizikal dengan pegawai-pegawai kita bertindak 24 jam rolling time setiap masa setiap waktu untuk meneliti dan ada stesen-stesen tertentu yang kita perbanyakan sekarang supaya mengelakkan insiden pencemaran berlaku dan mengakibatkan jutaan rakyat terkesan daripada hal ini.

Jadi secara asasnya, aktiviti tidak akan terkesan. Ia akan dapat guarantee daripada government dan governemnt akan menggunakan wang tersebut kembali kepada LUAS sebab sepatutnya LUAS akan bertindak sebagai institusi dan bodi yang boleh menguruskan dan mentadbir dengan peruntukan dan ia akan mudah mendapat auditan dan sebagainya. Jadi kalau nak tahu terperinci apa yang digunakan sebelum ini kita boleh kemukakan sebab LUAS tiap-tiap tahun ada mengemukakan, ada mencadangkan penyata-penyata akaun dan penyata-penyata laporan mereka di sana dengan jelas dan terperinci wang-wang tersebut telah digunakan. Bezanya wang itu dimasukkan ke dalam Wang Disatukan. Sebelum ini wang itu tidak dianggap sebagai Wang Disatukan. Itu sahaja. Terima kasih speaker.

Speaker

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kaya Ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak persetujui sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3

Pengerusi

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 4

Pengerusi

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.

Dipersetujui. Pencadang?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan semula ke dalam Dewan yang mulia

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan pengerusi saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula. Silakan

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sabar speaker. Pukul 5 lambat lagi. Tuan speaker saya mohon memaklumkan dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang di hadapan dewan ini adalah Rang Undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli ahli yang berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.

Dipersetujui.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan pindaan 2022Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor pindaan 2022. Aturan urusan seterusnya, Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan pindaan 2022. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun MMKN telah pun bermesyuarat pada Mei 2022 telah bersetuju untuk mengemukakan pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 bagi meminda Jadual Kedua, Perenggan 1, Butiran A ruang 1 dan Butiran A ruang 2 iaitu mengenai syarat dan kadar pembayaran pampasan kepada pasangan Ahli Dewan Negeri yang telah meninggal dunia pindaan tersebut seperti berikut. Pertama, dalam perenggan 1, dengan memasukkan selepas perkataan kematian yang berakibat dari bencana yang ditanggung dalam kemalangan dalam perkataan dan kematian biasa. Dalam Butiran A ruangan 1 dengan memasukkan selepas perkataan dalam kemalangan dengan perkataan kematian biasa dan kematian biasa dan dalam butiran A ruangan 2 dengan menggantikan perkataan RM40,000.00 dengan perkataan RM200,000.00 di bawah sub kepala Ahli Dewan Negeri dengan menggantikan perkataan RM60,000.00 dengan perkataan RM200,000.00 di bawah sub kepala Tuan Speaker dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dengan menggantikan perkataan RM500,000.00 dengan perkataan RM200,000.00 di bawah sub kepala Menteri Besar dan dengan menggantikan perkataan RM150,000.00 dengan perkataan RM200,000.00 di bawah sub kepala Timbalan Menteri Besar.

Cadangan ini adalah untuk membela nasib balu dan duda Ahli-Ahli Dewan Negeri yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada awal penggal Dewan Negeri yang ke-14 telah menyaksikan empat kematian di kalangan Ahli-Ahli Dewan ini. Pertama, Allahyarham Mat Shuhaimi bin Shafiei, Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis

yang meninggal pada 2 Julai 2018. Kedua, mendiang Eng Kian Chi, Ahli Dewan Negeri kawasan Balakong yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada Julai 2018. Ketiga, Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin bin Badaruddin, Ahli Dewan Negeri kawasan Seri Setia yang meninggal akibat kanser pada 2 Ogos 2018 dan keempat Allahyarham Bahtiar bin Mohd Nor, Ahli Dewan Negeri kawasan Semenyih. Dia meninggal pada Januari 2019. Berdasarkan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980, hanya mendiang Ng Tien Chee sahaja yang layak mendapat faedah dibayar bernilai RM40,000.00. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersetuju Jadual Kedua Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dipinda supaya apa sahaja punca kematian Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan Negeri, waris layak menerima kadar, menerima faedah kena bayar sebanyak RM200,000.00. Bayaran ini mampu untuk membantu waris meneruskan kehidupan mereka. Pindaan ini akan berkuat kuasa mulai Januari 2023. Hanya boleh tentukanlah berapa banyak waris yang tu. Dengan ini saya mencadangkan satu Rang Undang-undang yang bernama satu Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan Pindaan 2022 dibacakan kali yang kedua.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan ini telahpun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Baik. Tak ada. Okay. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendak dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Baik. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.

Dipersetujui.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Semua takut bini marah. Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya, maafkan saya. Tuan Pengerusi saya mencadangkan supaya Dewan ini bersidang semula.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula. Okay tenang, tenang. Saya sumpah, teringin nak sumpah pula. Silakan bacaan ketiga.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Masalah. Rang Undang-undang ni untuk balu. Ahli Yang Berhormat sekalian, Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan agar Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata ‘Ya’, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan Pindaan 2022.

Speaker

Silakan pihak kerajaan. Kejap ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan pada hari ini telah selesai saya mempersilakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebelum saya membentangkan ini saya nasihatlah segera-segera cari pasangan dengan Speaker. Banyak dia lupa ni. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa suatu usul yang berbunyi seperti berikut bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11, dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan sekarang dan bersambung pada hari esok, Jumaat 25 November 2022 pada jam 3.00 petang bagi pembentangan Belanjawan Tahun 2023.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.

Usul ini dipersetujui. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.25 PETANG)