Selangor · 29 November 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 294 turns · 45,251 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke Empat Belas pada 29 November 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya Pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera dan selamat pagi. Saya persilakan. Taman Templer.
Soalan saya no. 36.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Program Bingkas Dan KissQuestions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kerajaan berhasrat meningkatkan jumlah penerima BINGKAS bagi tahun 2023?
Tuan Speaker, Jawapan ini dijawab bersekali dengan Soalan No. 110 Yang Berhormat Datuk Rizam Bin Ismail (N01 Sungai Air Tawar), Soalan No. 127 Yang Berhormat Puan Rozana Binti Zainal Abidin (N09 Permatang) dan Soalan No. 170 Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat (N14 Rawang) berkaitan tajuk yang sama.
Kerajaan Negeri telah menaikkan sebanyak 5,000 kuota baharu bagi jumlah keseluruhan kuota Program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding kuota bagi Program KISS sebelum ini sebanyak 25,000 penerima. Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Pembahagian kuota adalah seperti berikut: -
i. DUN yang mempunyai bilangan pengundi bawah 50,000 pengundi akan menerima sebanyak 337 kuota penerima; ii. DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 50,001 hingga 75,000 pengundi akan menerima sebanyak 506 kuota penerima; iii. DUN yang mempunyai bilangan pengundi sebanyak 75,001 hingga 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 674 kuota penerima; dan iv. DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 pengundi akan menerima sebanyak 843 kuota penerima.
Sehubungan itu, dengan pertambahan kuota baharu sebanyak 5,000 penerima, Kerajaan Negeri pada ketika ini masih mengekalkan kuota semasa bagi program BINGKAS.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan 37.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Smart Selangor Delivery Unit (SSDU)Questions
37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila beri maklumbalas terkini tentang program-program (CEPat, C5i, SSDP, ITMS, Parkir dan lain-lain) dibawah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh unit ini.
b)
Apa peranan SSDU yang dimainkan dalam pengurusan bencana di Negeri Selangor?
Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM
: Tuan Speaker, Citizen e-Payment (CEPat) merupakan aplikasi pembayaran elektronik berpusat untuk perkhidmatan berbayar kerajaan di Selangor seperti cukai taksiran, lesen, kompaun, sewaan dan sebagainya. Sehingga kita terdapat 62 perkhidmatan ditawarkan dan CEPat yang meliputi 11 Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor dan 7 medium pembayaran tersedia untuk pilihan pengguna. Sehingga Oktober 2022 CEPat mempunyai hampir 90,000 pengguna berdaftar dan bilangan transaksi melebihi RM1.9 juta transaksi. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan peruntukan daripada
Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) sebanyak RM5.59 juta. C5i, Smart Selangor Operation Center SSOC terletak di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK telah siap dibangunkan pada November 2020. SSOC mengupayakan peranan C5i iaitu Command, Control Communication, Computerize, Collaboration dan Intelligent untuk Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan penyelarasan berpusat berdasarkan data hampir masa nyata. SSOC dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang operasi yang berkapasiti 20-30 orang, bilik mesyuarat, ruang media, ruang rehat kakitangan, perkakasan dan peralatan seperti 45 unit panel paparan berserta 1 unit perisian kawalan paparan kamera litar tertutup CCTV, perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi Gigabyte dan sebagainya. Selain itu SSOC mempunyai keupayaan gen set untuk menyokong pengoperasian SSOC sehingga 24 jam. Unit Pengurusan Bencana Negeri mengetuai pengoperasian di SSOC dan dibantu oleh SSDU. Sehingga kini SSOC telah dilawati oleh lebih daripada 10 entiti luar seperti Majlis Agama Islam Selangor, Malaysia Administrative Modernisation and Managemant Planning Unit (MAMPU), Selangor Task Force, MBI Kedah, PLAN Malaysia Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, PWC Malaysia, NEC Japan Limited, Unit Pengurusan Bencana Pulau Pinang, Invest Selangor Berhad, PDT Klang, PDT Petaling dan Smart City Alliance Association. Kos pengubahsuaian dan naik taraf SSOC termasuk perkakasan dan peralatan adalah sebanyak RM6.3 juta dibiayai oleh Geran Kerajaan Negeri dan peruntukan kewangan daripada Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI). Intelligent Traffic Monitoring System merupakan satu projek rintis yang dijalankan untuk pemantauan trafik di persiaran Kewajipan USJ menerusi penggunaan CCTV sambungan rangkaian telekomunikasi dan pembangunan analitis data raya. Pengumpulan data secara digital pemantauan secara 24 jam dan analisis data dapat membantu pihak MPSJ untuk mengenal pasti dan merancang kaedah penguraian trafik secara lebih berkesan berdasarkan fakta yang diperoleh. Pelaksanaan projek rintis ITMS ini telah menggunakan dan Geran Kerajaan Negeri sebanyak RM1.3 juta. Smart Selangor Parking merupakan aplikasi pembayaran parkir dan kompaun secara atas talian yang boleh digunakan merentasi 10 PBT di Selangor kecuali Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam yang belum mengenakan charge parkir. Sehingga penghujung Oktober 2022 SSP mempunyai lebih 24 juta bilangan pengguna. Manakala bilangan transaksi pada tahun ini sahaja telah melebihi RM26,000.00 transaksi. Aplikasi ini juga boleh digunakan di tempat letak kereta dua jam yang telah diperkenalkan oleh Majlis Bandar raya Subang Jaya di 8 lokasi tempat letak kereta terpilih bermula 1 September 2022. Selain daripada itu juga boleh diperoleh dari SSP berkuat kuasa 1 April 2022. Sehingga kini terdapat sejumlah hampir 1.5 juta kilogram kertas dapat dijimatkan melalui penggunaan aplikasi SSP ini Jumlah peruntukan untuk pembangunan SSP adalah sebanyak RM2.1 juta melalui Geran Kerajaan Negeri Selangor. Selangor Intelligent Transport System (SITS) adalah sebuah aplikasi untuk membantu pengguna bas Smart Selangor mengenal pasti senarai laluan bas, lokasi perhentian bas dan jangkaan ketibaan bas secara hampir masa nyata. Selain itu, penggunaan bas Smart Selangor berupaya untuk melaporkan insiden pemanduan berbahaya oleh pemandu bas dan juga pelaporan sekiranya berlaku barangan bilik peribadi pengguna
yang tanpa disengajakan tertinggal di dalam bas Smart Selangor. Sehingga kini SITS telah pun mempunyai 50,000 pengguna aktif dengan bilangan muat turun sebanyak 200,000. Sebanyak RM1 juta daripada Geran Kerajaan Negeri telah digunakan untuk mengupayakan SITS. Intelligent Responds Selangor merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk memproses semua pelaporan jalan berlubang oleh orang ramai yang dilaporkan menerusi aplikasi WAZE. Semenjak dibangunkan pada 2016 hampir 37,000 penampalan jalan berlubang telah diselesaikan yang melibatkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, 9 JKR Daerah dan Ibu Pejabat Negeri Selangor dan 9 Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor. Selain daripada itu, kadar kecekapan PBT juga dapat dipantau dan berjaya mencapai kadar lebih daripada 90% bagi kecekapan menampal jalan berlubang milikan PBT dan tempoh masa yang ditetapkan. IRS telah dibangunkan menggunakan Geran Kerajaan Negeri sebanyak RM1.4 juta. Sewaktu berlakunya insiden banjir pada bulan Disember 2021 Smart Selangor Operation Center telah beroperasi selama secara 24 jam bagi pengurusan insiden banjir pada ketika itu beberapa entiti seperti UPBN, Bahagian Korporat Kerajaan Negeri, SSDU dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor telah pun berkolaborasi secara aktif. SSDU telah mengambil bahagian secara aktif dengan memastikan kesemua 8 talian kecemasan dan perkakasan serta kemudahan ICT SSOC berfungsi dengan baik untuk kelancaran pengurusan bencana. Membantu UPBN dalam menjawab panggilan-panggilan daripada mangsa-mangsa banjir dan seterusnya merekodkan secara berpusat untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak berkaitan. Sekian, terima kasih.
Batang Kali. Tak hadir.
Tuan Speaker, saya nak gunakan Perlembagaan Mesyuarat 24(2) untuk soalan dari Batang Kali.
Saya tidak benarkan.
Cuma masalahnya Tuan Speaker, macam mana Port Klang punya tempoh hari. Kita nak tahu jawapan ni, sedangkan mereka pun tidak datang Sidang. Ini masalahnya. Kita tak dapat tahu jawapan ini.
Seri Setia sila duduk. Saya minta semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan Yang Berhormat kena ada dalam Dewan. Jangan ponteng dan jangan tak hadir. Itu nasihat saya. Itu sahaja. Seterusnya Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 39.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Integriti Pengurusan MasjidQuestions
39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah peruntukan sumbangan Kerajaan Negeri kepada semua masjid di Selangor sejak tahun 2018?
b)
Adakah kerajaan bercadang untuk memastikan semua masjid menjalankan kerjasama dengan pihak SPRM bagi menjamin ketelusan dan integriti pengurusan masjid?
Terrima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Soalan ada a dan b. Soalan (a), berapakah jumlah peruntukan sumbangan Kerajaan Negeri kepada semua masjid di Selangor sejak tahun 2018. Jumlah peruntukkan sumbangan kerajaan negeri kepada semua masjid sejak 2018 adalah berjumlah RM 48,956,930.00. Jenis sumbangan Elaun Bulanan Imam Masjid Kariah daripada 2018 sehingga 2022 setiap tahun sumbangan sebanyak RM4,050,000.00. Elaun Bulanan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid bagi tahun 2021 sebanyak RM6,349,200.00 dan pada tahun 2022 sebanyak RM6,409,260.00. Bagi sumbangan moreh pula, pada 2018 sebanyak RM2,062,300.00 dan pada tahun 2019 RM1,515,060.00. Bagi tahun 2021 dalam pandemik tidak ada sumbangan untuk moreh dan seterusnya pada tahun 2022 sebanyak RM1,404,350.00. Insentif untuk khas Ramadhan untuk jawatankuasa masjid dan surau pada tahun 2019 RM4,171,500.00 dan pada tahun 2020 RM4,171,000.00. Dan pada tahun 2021 sebanyak RM1,312,000.00 dan pada tahun 2022 RM1,312,500.00.
Bagi soalan (b), adakah kerajaan bercadang untuk memastikan semua masjid menjalankan kerjasama dengan pihak SPRM bagi menjamin ketelusan dan integriti pengurusan masjid? Yang Berhormat Tuan Speaker, masjid merupakan sebuah entiti di bawah kawal selia Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti diperuntukkan Bahagian Vot 11 (Masjid) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) pada Tahun 2003 (EPAIS 2003).
Pentadbiran pengurusan masjid juga adalah tertakluk pada Jabatan Agama Islam secara spesifik dengan dengan Peraturan-Peraturan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017 yang dibuat dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdasarkan peruntukkan Seksyen 104 (1) EPAIS 2003 dan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2016. Garis
Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2016 ini telah dijadikan rujukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merangka Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid Surau Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pihak SPRM telah berkolaborasi dengan pihak JAIS dengan kedua-dua pihak bersetuju memasukkan klausa khas peringatan integriti dan mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan dana kutipan pembinaan masjid atau surau dalam surat kelulusan pembinaan kepada jawatankuasa pembinaan. Terima kasih.
Taman Templer....eh bukan Taman Medan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya, adakah prinsip integriti yang dinyatakan dalam jawapan tadi sesuatu juga yang mencangkup dari sudut perjalanan urus tadbir dan juga biaya proses kos penyelenggaraan kerana kita tahu bahawa Jawatankuasa Masjid ini kadang-kadang mereka memegang pun mereka ada kalangan yang terbabit menjadi golongan opportunist terhadap perkara-perkara yang berkait dengan perjalanan operasi penyelenggaraan dan sebagainya, terima kasih.
Terima kasih. Bukan tak boleh jawab, saya tidak dibekalkan dengan saya bagi pihak Yang berhormat atau Kerajaan Negeri. Tetapi walau bagaimanapun, saya pasti bahawa pihak pengurusan masjid di bawah JAIS juga akan mengambil maklum perkara ini dan insyaAllah kita akan jawab secara bertulis terima kasih.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya apakah status perancangan Kerajaan Negeri untuk menambahkan 10 masjid pengurusan setiap tahun seperti mana yang pernah disebutkan di dalam sidang yang lepas, yang saya kira ada implikasi peruntukan kewangan dan juga mungkin memperbaiki daripada sudut integritinya di peringkat pengurusan masjid, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Kita ambil maklum dan kita pastikan bahawa pengurusan masjid dan apa juga yang melibatkan kewangan di dalam pengurusan masjid akan diambil kira dan kita akan jawab secara bertulis, terima kasih.
Bukit Lanjan, Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no. 40
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Pelan Adaptasi Dan Mitigasi Terhadap Perubahan IklimQuestions
40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri Selangor sudah mempunyai perancangan lengkap untuk membangunkan pelan adaptasi dan mitigasi terhadap isu perubahan iklim yang semakin relavan ketika ini? Sekiranya ada, sila senaraikan pelan-pelan utama yang bakal diinisiatifkan dalam tempoh beberapa tahun ini secara terperinci.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dan Ahli Yang Berhormat. Selangor kini berdepan impak perubahan iklim yang agak membimbangkan sejak kebelakangan ini musim beberapa kejadian banjir kilat ribut dan tanah runtuh yang menjejaskan aktiviti pembangunan khususnya ekonomi rakyat. Susulan daripada tragedi banjir besar yang melanda negeri pada Disember 2021, kepentingan untuk mengintegrasikan tindakan jangka pendek iaitu usaha pengurusan risiko bencana iklim usaha jangka sederhana dan panjang diadaptasi perubahan iklim bagi meningkat daya tahan masyarakat setempat perlu diberi keutamaan. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan satu pendekatan berperingkat yang akan mengintegrasikan tindakan jangka pendek dengan usaha jangka masa panjang bagi meningkatkan daya tahan masyarakat setempat. Untuk makluman ahli yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor MMKN Bil.26/2022 bertarikh 12 Oktober 2022 dan disahkan oleh MMKN ke-27/2022 pada 19 Oktober 2022 telah pun bersetuju dan meluluskan cadangan pembangunan dasar dan pelan tindakan perubahan iklim Negeri Selangor 2030 sebagai rangka kerja bagi menggerakkan beri pandangan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan, agensi Negeri, industri, masyarakat setempat serta pihak berkepentingan lain dalam mencapai pembangunan yang berdaya tahan iklim. Pendekatan berperingkat dilaksanakan bagi menyelaras usaha adaptasi dan pengurusan risiko bencana merentasi berbagai-bagai tempoh memandangkan bahawa hampir kesemua insiden bencana yang berlaku pada tahap negeri, bandar, daerah dan mungkin adalah berkaitan dengan pengaruh iklim. Pada peringkat awal skop pembangunan dasar ini telah pun dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Selangor atau pun iklim Selangor yang dianggotai oleh pakar-pakar berpengalaman dalam bidang pembangunan dasar iklim perancangan bandar dan perbandaran. Matlamat pembangunan dasar ini adalah seperti berikut:-
i. Membantu memastikan tindakan bersepadu yang perlu diambil bagi mencapai matlamat pembangunan lestari
ii. Satu bentuk perancangan secara menyeluruh dalam proses pembangunan negeri merangkumi sektor utama iaitu keselamatan air, dan sumber air pertanian atau keselamatan makanan, kesihatan awam infrastruktur, tenaga dan persekitaran terbina termasuk bandar raya, pengurusan sisa, pengangkutan perhutanan dan biodiversiti dan perindustrian dan
iii. Menitikberatkan pengukuhan keupayaan negeri agar dapat dikurangkan di samping memberi keutamaan untuk menyesuaikan negeri terhadap impak perubahan iklim, skop dasar yang akan diberi tumpuan adalah seperti berikut:
a. Merangka perancangan pembangunan negeri dengan mengambil kira sebagai langkah adaptasi dan juga pengurusan risiko bencana iklim berdasarkan teras strategik sektor ekonomi dan bidang fokus strategik utama projek program dan inisiatif penunjuk makro dan penggerak makro dalam rancangan Selangor Pertama dan sebagai dasar dan pelan tindakan yang berkaitan b. Menjalan tiga kajian perintis iaitu Kuala Selangor, Shah Alam dan Ampang Jaya. Pelan Tindakan Berdaya Tahan Iklim Tempatan akan disediakan untuk tiga PBT iaitu Kuala Selangor, terutama untuk persisiran pantai, Shah Alam mengutamakan Dataran Aluran Sungai, Ampang Jaya berkenaan dengan tanah tinggi, pelan tersebut bentuk dokumen hidup yang akan dikemas kini secara berkala c. Menilai semula pembangunan sedia ada memastikan kawasan ketahanan akibat daripada iklim untuk perancangan pembangunan masa hadapan berdaya tahan berasaskan kajian perintis d. memupuk gaya hidup hijau dalam kalangan semua lapisan masyarakat ke arah pembangunan ke arah lestari sebagai program peningkatan kesedaran yang e. menyarankan persekitaran yang menyokong pembangunan berdaya tahan iklim dengan meningkatkan tadbir urus untuk memperkukuhkan perancangan penguasaan dan pemantauan dan penilaian.
Kerajaan ingin menjangkakan dengan pembangunan dasar dan pelan perubahan iklim 2030 akan menghasilkan komitmen dan polisi Kerajaan Negeri dalam menangani perubahan iklim, Pelan Tindakan Bedaya Tahan Iklim Tempatan senario impak perubahan iklim melalui kajian perintis pakej maklumat untuk program peningkatan kesedaran masyarakat dan kerangka tadbir urus yang berdaya tahan iklim termasuk strategik untuk perdagangan antarabangsa, sekian terima kasih.
Silakan Pandamaran
Terima kasih Tuan Speaker. Cuma saya nak tanya dengan Yang Berhormat EXCO, di mana saya dengar ada tiga PBT yang telah disebutkan. Antara... Klang. Kenapa tidak masuk dalam pelan itu sebab Klang asyik menghadapi masalah banjir kilat yang sering berlaku, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Buat masa ini... Pandamaran, buat masa ini kita menumpukan tiga kawasan PBT yang terlibat tetapi kita akan membuat kajian terhadap PBT yang lain termasuk Klang juga. Hanya kita bagi keutamaan kepada tiga PBT ini dan PBT lain juga beri perhatian.
Sungai Panjang
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengambil Peraturan Tetap mesyuarat 24 (2) memandangkan Sungai Panjang memaklumkan dia ada urusan mahkamah.
Saya tidak benarkan. Kalau bagi alasan semua diterima, dia akan menggalak dan mendorong semua ahli-ahli Yang Berhormat tidak punctual, tidak disiplin, yang tak hadir walaupun ada urusan dan sebagainya. Jadi saya tidak benarkan kerana kita adalah peneraju Dewan di antara Dewan-Dewan di negeri kita. Jadi kita kena tunjukkan contoh, Ahli-Ahli kena pastikan sampailah kecuali urusan yang terdesak. Baik, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no.42
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. InfraselQuestions
42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jenis-jenis penyelenggara yang dilaksanakan oleh pihak INFRASEL?
b)
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada INFRASEL setakat ini?
JAWAPAN :
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Permatang bertanyakan soalan berhubung, dengan penyelenggaraan jalan
yang dilaksanakan oleh pihak INFRASEL, untuk makluman Yang Berhormat, INFRASEL adalah anak syarikat bagi KSSB Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri iaitu jalan JKR bagi Negeri Selangor meliputi 9 daerah sepanjang 4,061km. Kerja-kerja penyelenggaraan terdiri daripada penyelenggaraan rutin dan bukan rutin iaitu bukan berkala. (1) tampalan pothole atau lubang, jalan kerja-kerja kecemasan contoh kerja yang rutin tampalan pothole, pembaikan bahu jalan, pemotongan rumput pembersihan perabot jalan, pembersihan pembetung jejantas dan jambatan, garis jalan, pembersihan longkang dan pembersihan jalan. Penyelenggaraan bukan rutin ialah seperti kerja-kerja kecemasan contoh pembersihan pokok tumbang, pengurusan trafik sewaktu kecemasan. Kerja-kerja pembaikan lampu jalan dan lampu isyarat, kerja-kerja berkala pavement contoh turapan jalan, kerja-kerja berkala bukan pavement contoh pembaikan pembetung dan longkang.
Untuk bahagian kedua soalan yang berhubung dengan peruntukan yang telah diluluskan kepada INFRASEL. INFRASEL diberi tempoh konsesi selama lima (5) tahun bermula Februari 2021 sehingga 2025. Nilai peruntukan tahunan adalah sebanyak RM88,175,525.00 setahun bagi penyelenggaraan jalan-jalan negeri di Negeri Selangor Darul Ehsan. Sekian, terima kasih.
Banting
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya memandang INFRASEL adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan kebanyakan kerja yang dilakukan oleh syarikat ini sebenarnya adalah kerja-kerja jalan-jalan JKR, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri adakah mungkin supaya kalau INFRASEL ini boleh dikerah untuk sama ada oleh Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah ataupun PBT dan sebagainya untuk mengambil tindakan penyelenggaraan dan baik pulih pada kadar yang paling cepat tanpa melalui birokrasi. Kalau melibatkan kerja-kerja JKR, kita sedia maklum dia perlu ada melibatkan birokrasi ada mesyuarat ada kertas dan sebagainya. Kelulusan JKR Selangor malahan mungkin melibatkan JKR Persekutuan kalau melibatkan jalan-jalan Persekutuan dan kita tidak pasti sama ada INFRASEL ada terlibat dalam jalan-jalan Persekutuan atau tidak. Dan kalau nya saya ingin bertanya kalau ada kerja-kerja yang bersifat kecemasan bolehkah Kerajaan Negeri ataupun PBT membayar terus kepada INFRASEL untuk menjalankan supaya kerja-kerja itu boleh dilakukan dalam kadar yang sangat cepat khususnya pada musim tengkujuh. Sekarang ini banyak pothole, terlalu banyak kalau nak ikut birokrasi biasa saya rasa masa yang diambil itu akan terlalu lama. Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Banting, untuk makluman Yang Berhormat Banting, walaupun INFRASEL anak syarikat Kerajaan Negeri, mereka tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan kerana kontrak daripada INFRASEL kepada melalui JKR, Jadi kerja-kerja penyelenggaraan pengurusan jalan tertakluk kepada syarat-syarat ataupun SOP yang telah ditetapkan
oleh pihak JKR. Walaupun bagaimanapun bila apabila mereka mempunyai kontrak, konsesi ini tanggungjawab mereka ialah mengurus jalan ini dan yang perlu di selenggara secara rutin yang saya sebut tadi, dan juga termasuk kerja-kerja kecemasan tetapi tertakluk haknya kepada jalan-jalan raya yang telah ditetapkan yang telah peruntukan kepada mereka. Memang saya bagi penerangan banyak kali dalam Dewan ini kerja-kerja kalau melibatkan di luar bidang mereka, mereka tidak dibenarkan untuk melaksanakan kerja-kerja ini kerana dia banyak aspek dari segi undang-undang, peraturan dan segi audit yang akan... Walau bagaimanapun untuk kecemasan kita boleh pertimbangkan dan kita, pihak JKR pun kita mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kerja-kerja kecemasan ini dipatuhi ataupun dilaksanakan dengan segera yang mungkin. Kalau kita kata pihak Infrasel ini kalau directly secara langsung untuk dilaksanakan dia pun ada prosedur tidak boleh kita laksanakan begitu sahaja dan ada proses dokumen perolehan yang perlu dilaksanakan dan ini merupakan perkara yang kita kena pastikan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini dalam pelaksanaan, dalam kerja-kerja penyelenggaraan ini, terima kasih.
Kuang
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan kerja-kerja sama ada kerja-kerja pembersihan sampah seperti plastik botol-botol dan sebagainya berada di sisi jalan, adakah itu termasuk di dalam kontrak penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh INFRASEL. Terima kasih.
Sebagaimana saya sebut penyelenggaraan rutin itu meliputi juga pembersihan jalan, tetapi kalau di luar daripada ROW itu bukan di bidang kuasa pihak INFRASEL itu sendiri. Kalau dalam kawasan jalan sendiri ataupun ROW, dia itu maka itu tertakluk di bawah pengurusan INFRASEL sebagai pihak konsesi untuk lima tahun ini.
Pelabuhan Klang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pandan soalan tambahan, berkenaan apakah kaedah dan teknologi yang digunakan oleh pihak INFRASEL bagi menampal jalan-jalan yang berlubang terutama sekali pada musim hujan.
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Saya ada beberapa kali menceritakan mengenai teknologi ini yang kita dari masa ke semasa diperbaiki. memang kita akui kelemahan besar kita ialah dari segi sistem teknologi tampalan. Tampalan ini apa yang berlaku ialah ada dua jenis kriteria ataupun faktor yang boleh menjamin ketahanan. Pertamanya ialah dia bukan bersifat struktur, makna jalan itu jalan yang secara strukturnya jalan yang masih
elok, jika berlaku struktur yang rosak maka jalan-jalan kita itu kalau ditampal dia tidak boleh bertahan lama itu satu faktor utama. Dan kita saya dah maklum dalam Dewan ini juga bahawa lebih daripada 50 peratus jalan kita telah pun expired, telah pun luput tarikhnya dan perlu dibuat penaiktarafan dari masa ke masa. Dan kekangan kewangan menyebabkan kita terpaksa buat berperingkat-peringkat. Jadi kan jalan dalam 20 tahun dan kena buat penaiktarafan tapi banyak jalan kita dah melebihi 20 tahun dan tidak dibuat kerja naik taraf hanya dibuat tampalan-tampalan. Ini tidak boleh bertahan lama kerana dia sudah rosak dari segi struktur dan itu kita telah susun dengan JKR berperingkat-peringkat untuk pastikan bahawa dia akan dibuat penarafan mengikut keutamaan jalan yang penting. Yang keduanya teknologi yang digunakan untuk menampal lubang ini, kalau tidak diikut SOP yang betul pun akan rosak dia. Kalau cool mix kebanyakan sekarang ini yang tampalan bitumen ini yang digunakan ialah cool mix dipanggil dalam dengan izin dia tidak boleh tahan lama hanya sementara. Dia kalau tidak datang dengan hot mix dia akan hanya bertahan mungkin bulan dua bulan atau mungkin 2 minggu, 3 minggu sahaja. Ini mungkin perkara yang perlu difahami. Teknologi baru ada kita dalam proses dengan JKR untuk membuat pembelian teknologi yang dipanggil jet sebagainya itu dan saya harapkan tahun akan datang ini, tahun depan kita dapat beli untuk memperkemaskan lagi teknologi tampalan. Dalam masa juga pihak INFRASEL dengan sebelum dipanggil SRAMS kita pun tak berapa sedap bunyi SRAMS, Selangor Smart Road Asset Management System (SRAMS) kita dah tukar kepada Integrated Road Assess Management System (IRA). Dan kita nak dapatkan maklumat secara berkala secara berterusan setiap hari, mereka berapa banyak kilometer mereka mengumpulkan data maklumat mengenai dengan sistem teknologi yang ada untuk mengumpul berapa banyak lubang-lubang jalan yang ada di sepanjang bukan sahaja jalan-jalan, kerosakan perabot jalan pun diambil sekali untuk kita pastikan database yang lengkap dan sempurna dalam pelaksanaan terutama tampalan lubang. Ini telah berlangsung berlaku dan saya harapkan saya memantau untuk memastikan dia berjalan dengan cepat dan berkesan. Bagi memastikan kita mempunyai data yang lengkap berhubung dengan aduan dan pelaksanaan tampalan-tampalan ini dan juga prestasi tampalan-tampalan lubang ini, sekian.
Soalan tambahan.
Kuala Kubu Baharu
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no.43
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)Questions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah anak Selangor yang menerima Hadiah Pengajian IPT pada tahun ini.
b)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberikan tempoh permohonan yang lebih panjang daripada satu bulan memandangkan ramai mendapatkan surat tawaran IPT selepas Mac? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
Tuan Speaker saya akan menjawab soalan 43 bersama soalan 78 daripada Sungai Ramal. Untuk pengetahuan Kuala Kubu Baharu, jumlah anak Selangor yang menerima Hadiah IPT pada tahun ini adalah seramai 3000 pelajar yang telah menerima. Dan kita laksanakan perkara ini setiap tahun dan untuk soalan seterusnya, tempoh permohonan yang lebih panjang yang dicadangkan ini memang perlu kajian semula kerana kita melihat syarat yang ada sekarang ini iaitu tempoh pertama seperti mana disyaratkan ini adalah mereka boleh memohon dalam tempoh setahun. Dalam tempoh setahun mereka mengambil kursus tersebut ataupun Diploma ataupun Sarjana Muda tersebut tetapi dalam masa yang sama dibuka permohonan itu selama sebulan sahaja untuk dipohon maknanya kalau dia terlepas yang pertama dalam setahun itu ada lagi permohonan dibuka mereka boleh memohon sekali lagi. Dan seterusnya apakah akan dimansuhkan soalan daripada Sungai Ramal dimansuhkan borang pengesahan penuntut yang telah mendaftar diri di IPTA kita tidak akan memansuhkan. Kerana ini adalah merupakan syarat utama. Ada yang sebenarnya menerima permohonan tetapi akhirnya mereka tidak melaporkan diri, jadi syarat penerimaan kepada ataupun permohonan ini akan diberikan mereka yang diterima masuk ke IPT dan juga mereka telah memasuki IPT tersebut. Jadi syarat tersebut akan dikekalkan untuk permohonan yang akan datang. Dan jangka masa seterusnya soalan yang disebut adalah saya rasa permohonan skim IPTA ini setiap tahun adalah singkat tetapi sebenarnya kita tahu sebenarnya memang permohonan ini dibuka selama setahun sebagaimana yang saya jawab sebelum ini. Terima kasih, itu sahaja Tuan Speaker.
Sementa
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no.44.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Ekonomi Iks Dan PenjajaQuestions
44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah perancangan Kerajaan Negeri memberi bantuan tambahan bagi membantu ekonomi IKS terutamanya penjaja mendepani ramalan cuaca kerap hujan sekitar November 2022 hingga Mac 2023?
b)
Adakah sedikit kelonggaran akan diberikan Hijrah Selangor dalam meringankan beban peminjam dalam situasi tersebut nanti?
Terima kasih Sementa, terima kasih Tuan Speaker. Seperti bertanya tentang apakah perancangan Kerajaan Selangor bagi memberi bantuan tambahan kepada ekonomi IKS, ingin saya sebutkan di sini memang kita dapati disebabkan cuaca yang sekarang ini tidak menentu cuaca hujan daripada tahun lepas hingga tahun ini maka kita telah pun menyediakan beberapa program iaitu selain daripada kita sedar mereka tidak lagi hanya berniaga di tepi jalan ataupun berniaga kawasan-kawasan statik tetapi kita menggalakkan mereka juga untuk memohon di dalam program atas talian. Jadi dua program yang telah dilaksanakan iaitu program PLATS iaitu Platform Atas Talian Selangor, iaitu sasaran kita yang kita tetapkan tahun ini seramai 10,000. Sekarang ini Alhamdulillah lah telah mencecah hampir 20,000 yang telah mendaftar. Yang kedua SELDEC iaitu satu talian lagi yang buat di bawah syarikat Kerajaan Selangor iaitu PKNS yang mana menggalakkan untuk semua peniaga-peniaga ini untuk berniaga atas rumah, atas talian daripada rumah. Jadi ini menunjukkan kalau berlaku keadaan cuaca yang tidak menentu, yang mereka boleh mendaftarkan perniagaan mereka dan akhirnya mereka kekal boleh berniaga tetapi tidak lagi di tempat pasar-pasar malam atau pasar pagi yang telah disediakan. Walau bagaimanapun kita faham ada sedikit masalah jika mereka tak berniaga, mereka tak boleh bayar pinjaman HIJRAH dan sebagainya. Jadi meringankan bebanan usahawan ini, HIJRAH telah pun mempunyai skim atau pun menggalakkan mereka untuk datang semula berbincang supaya mempunyai pinjaman ataupun satu pelarasan penjadualan semula akan dibuat bagi mereka yang telah pun terhenti perniagaan disebabkan masalah cuaca yang kurang menentu ini. Jadi untuk tambahan juga kita juga akan memberikan kepada mereka yang sering berdepan dengan masalah ini untuk beralih kepada pinjaman supaya mereka buat pinjaman atas talian iaitu pinjaman menggunakan gajet supaya boleh berniaga atas talian, maknanya mereka boleh buat pinjaman perkakasan-perkakasan yang boleh membolehkan mereka berjualan atas talian ini kita beri juga. Jadi ada dua jenis pinjaman satu modal satu lagi perkakasan, jadi ini semua saya rasa boleh membantu usahawan kita untuk terus berniaga. Malah bukan itu sahaja, kita telah pun meminta
supaya mereka mengikuti kursus-kursus pembangunan supaya mereka akan memahami corak perniagaan baru yang boleh menambah perniagaan mereka, itu sahaja Tuan Speaker terima kasih.
Sijangkang
Speaker, soalan 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Status Terkini Pembangunan Pusat Pelancongan Antarabangsa Di Taman Alam Kuala SelangorQuestions
45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri tidak menjangkakan kesan kelestarian alam akan terganggu akibat daripada pembangunan tersebut?
b)
Adakah sebarang langkah mitigasi telah diambil kira secara keseluruhannya?
Terima kasih, Projek Pembangunan Pelancongan Taman Alam, Kuala Selangor merupakan satu projek yang berkonsepkan Eko-Pelancongan. Ia akan menampilkan sebuah destinasi pelancongan yang indah dan cara yang bersepadu dengan mengekalkan sumber kegunaan yang berterusan, di samping membantu memelihara dan bukan merosakkan kawasan semula jadi dan warisan sekeliling. Konsep pembangunan disini adalah terancang yang akan menitik beratkan sumber alam semula jadi dan seterusnya memberi impak yang rendah terhadap alam sekitar dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.
Untuk soalan kedua, sebelum projek ini dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah mendapat segala ulasan dari Jabatan dan Agensi yang berkaitan bagi memastikan langkah langkah mitigasi diambil kira. Projek ini akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengalaman dalam sektor pembangunan Eko-Pelancongan. Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantau Projek bagi memastikan segala syarat dan piawaian pembinaan dipatuhi. Walau bagaimanapun, aktiviti pemantauan profil hutan kayu bakar akan dilaksanakan sepanjang masa oleh Jabatan berkaitan bagi memantau
supaya tiada berlaku sebarang hakisan dan kerosakan kepada alam sekitar. Pihak pemaju juga akan mengamalkan konsep Pelancongan Hijau dalam perancangan pembangunan kawasan ini bagi mengekalkan warisan budaya dan alam sekitar Taman Alam sebagai contoh program penanaman semula pokok bakau, pembersihan sungai, aktiviti bird watching dan sebagainya. Sekian.
Kampung Tunku tidak hadir, Pelabuhan Klang.
Terima Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang no. 47.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Bas Smart SelangorQuestions
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan rangkaian perkhidmatan di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitarnya?
b) Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui MPK bagi memastikan perkhidmatan bas tersebut beroperasi di kawasan Pelabuhan Klang khususnya Pandamaran Jaya, Telok Gong dan Pulau Indah
Terima kasih Tuan Speaker dan Pelabuhan Klang. Sejak pelancaran Bas Smart Selangor pada 2015, pemantauan dan penambahbaikan sentiasa dilakukan bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik. Pemantauan dan penambah baikan yang dimaksudkan adalah terhadap ridership di setiap laluan yang sedia ada serta keperluan dan permintaan pertambahan laluan-laluan yang baru. Jawatankuasa Pengangkutan Awam di setiap PBT dari masa ke semasa akan membuat kajian secara terperinci terhadap setiap cadangan penambah baikan, pertambahan laluan baru, pindaan laluan sedia ada dan juga pemansuhan laluan bagi laluan yang kurang sambutan. Oleh yang demikian, Yang Berhormat sangat dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan bagi sama-sama meningkatkan kualiti rangkaian Bas Smart Selangor. Saya mengambil maklum permintaan untuk mewujudkan laluan ke Pandamaran Jaya, Teluk Gong dan Pulau Indah yang akan dipanjangkan perkara ini untuk perbincangan selanjutnya. Terima kasih.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya nak bertanya berkenaan dengan Bas Smart Selangor ini, dari segi kemesraan penggunaannya sebab saya dimaklumkan di luar bandar, aplikasi yang terbaru yang mana kena ada apps nak naik itu. Jadi orang luar bandar ini terutamanya orang kampung yang mana tidak ada telefon digital agak sukar untuk menggunakan apps itu. Kalau boleh itu, jadi mereka tidak dibenarkan untuk naik dan dimarahi oleh driver dan sebagainya. Jadi ini aduan yang saya dengar di kawasan saya, jadi apakah cara alternatif lain untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Saya minta penjelasan sedikit apps yang dimaksudkan adakah apps CEPat yang dimaksudkan itu? Untuk mengenal pasti identiti warganegara, adakah itu apps yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jeram?
Ada banyak apps? Kalau apps lagi lah bermasalah sebab...
Tak, tak, tak tak. Masalah apa yang dihadapi oleh...
Sebab saya dimaklumkan ada apps untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebab saya tidak sempat lagi, sebenarnya saya nak naik. Sebab selain daripada itu saya dimaklumkan dari segi kemesraannya kurang mesra. Dimarahi, kerap. Saya ada rekod, nanti saya akan Whatsapp, macam biasa saya akan Whatsapp.
Ya, boleh Whatsapp saya. Kerana kalau Yang Berhormat Jeram tidak dapat bagi tahu saya apps mana...
Ada berapa apps untuk menggunakan...
Bagi saya, susah saya nak jawab...
Ada berapa apps Yang Berhormat EXCO untuk menggunakan bas ini?
Sebenarnya satu apps sahaja.
Kalau satu Apps, satu itu sahaja lah.
Apps itu untuk mengenal pasti identiti adakah penumpang itu warganegara atau bukan warganegara.
Yang dimaksudkan aduan yang saya terima tentang apps, tak tanya pulak kalau ada banyak apps makna bermasalah kalau ada satu apps makna itu lah yang dimaksudkan oleh pengguna itu.
Buat masa ini satu apps sahaja
Jadi apps itu ada, kalau tidak boleh digunakan oleh luar bandar maknanya orang kampung yang tidak ada digital telefon pintar...
Sebenarnya tiada masalah bagi mereka ataupun warga emas yang menghadapi kesukaran untuk menggunakan apps itu, mereka boleh tunjukkan identiti ataupun IC untuk membuktikan identiti mereka bahawa mereka adalah warga Malaysia, itu sahaja. Bukan susah sangat, terima kasih.
Tak ada apps bagi Tik Tok lah, Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bertanya kepada EXCO, setakat inilah adakah, apakah punca yang jajaran-jajaran Bas Smart Selangor ini tidak menjadi pilihan? Sebab di Kuala Langat, apabila kita ada mesyuarat dua hala dengan ADUN dan juga Parlimen. Kadang-kadang Bas Smart Selangor ini langsung tidak ada penumpang, kalau adapun tidak sampai 10 penumpang. Jadi saya ingat ini harus dilihat semula supaya pada akhirnya kos yang kita belanjakan untuk Bas Smart Selangor ini secara optimum, terima kasih.
Seperti apa yang saya telah jawab tadi, kita selalu membuat kajian, kajian terperinci terhadap semua laluan, adakah laluan itu telah terima sambutan yang sangat baik, bas tidak mencukupi, kita perlu menambah bas lagi atau pun sambutan kurang baik. Dan kita perlu mansuhkan laluan tersebut, memang tidak dapat dinafikan ridership atau pun jumlah penumpang selepas atau pun pasca pandemik ini, memang menghadapi pengurangan yang sangat tinggi. Kalau kita banding dengan sebelum pandemik, saya dimaklumkan oleh pihak Rapid, di mana sekarang ridership sekarang tidak sampai 50% pun. Kenapa jumlah penumpang itu jauh lebih rendah daripada sebelum pandemik, saya percaya salah satu sebab adalah mungkin rakyat di Negeri Selangor mungkin telah membeli atau pun mereka sudah ada kenderaan sendiri.
Mereka beli kenderaan tersebut semasa pandemik kerana kurang selesa untuk menggunakan pengangkutan awam pada masa pandemik. Kalau sudah ada kereta, mereka guna kereta sahaja. Ini juga mungkin satu sebab kenapa kita boleh nampak jalan raya sekarang amat sesak dan sangat jem pada masa-masa waktu puncak. Dan kita perlu masa bagi rakyat khususnya rakyat di Negeri Selangor dan Lembah Klang untuk mereka kembali, mereka punya confident level bahawa penggunaan pengangkutan awam itu adalah selamat. Jadi saya rasa ini adalah tanggungjawab
sama-sama, maksud saya tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bersama-sama untuk memulihkan keyakinan pengguna pengangkutan awam di Negeri Selangor, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan berkenaan Bas Smart Selangor dan juga tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana membantu meringankan beban pengangkutan di Selangor terutamanya selepas banyak perkhidmatan Bas henti-henti awam itu dah berhenti sampai sekarang. Apakah perancangan kerajaan untuk membantu, ada banyak kawasan yang tidak ada laluan Bas Smart Selangor dan adakah perancangan untuk membenarkan macam bas kilang ke, bas persiaran ke yang boleh diberi peluang untuk menjaga kawasan-kawasan yang tidak ada laluan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, harus diingatkan bahawa tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan Bas atau pun perkhidmatan pengangkutan awam ini, sebenarnya adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri Selangor melancarkan perkhidmatan Bas Smart Selangor pada tahun 2015 kerana kita hendak memberikan satu perkhidmatan yang extra atau pun kita hendak membantu rakyat yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam supaya mereka juga dapat menikmati perkhidmatan pengangkutan awam.
Kalau kita hendak memberikan kebenaran kepada bas kilang atau pun bas persiaran, itu sebenarnya bukan bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Itu adalah kuasa di bawah APAD. Pengusaha itu perlu memohon permit laluan itu dengan APAD, jadi ini bukan di bawah kuasa kita. Dengan permohonan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, bahawa peruntukan yang diberikan untuk Bas Smart Selangor pada tahun 2023, kekal 25 juta ringgit. Ini bermakna peruntukan itu tiada penambahan, jadi kita harus berusaha daripada peruntukan-peruntukan yang sedia ada supaya kita dapat memberi manfaat yang terbaik kepada rakyat Selangor dengan peruntukan 25 juta ini.
Subang Jaya, tidak hadir. Hulu Kelang.
Soalan No. 49, terima kasih.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB (N18 HULU KELANG)
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :
a) Apakah status pemilikan tanah Kebun Che Mah di kawasan berdekatan Geopark?
b) Apakah jasa baik daripada pemilik tanah yang memberi laluan dari tanah untuk sampai ke Geopark dan Permatang Quarza tidak dihargai oleh kerajaan?
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, tapak kebun berkenaan merupakan hak milik (PM 6685 Lot 15693 dan PM1682 Lot 15964, Mukim Ulu Kelang) yang didaftarkan ke atas nama Nurul Hikmah binti Abd Khalid.
Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 18/2022 yang diadakan pada 3 Ogos 2022 mengambil maklum berkenaan keperluan penyediaan laluan (jalan) di kawasan pertanian Bukit Tabur memandangkan ramai pengunjung menggunakan kawasan tersebut sebagai laluan ke Bukit Tabur yang terletak di Permatang Kuartza untuk aktiviti rekreasi.
Sehubungan itu, MMKN telah memutuskan agar Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) membuat kajian kos pengambilan tanah di kawasan pertanian Bukit Tabur dan membentangkan semula kepada Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor untuk pertimbangan lanjut.
Kajian berkenaan sedang dilaksanakan melalui kerjasama bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Selangor dan dapatan kajian dijangka akan dibentangkan kepada MTES pada 2023, sekian.
Soalan tambahan.
Silakan.
Tempat itu adalah laluan ke Permatang Kuartza, tanah milik kerajaan. Itu satu jalan saja di situ. Tapi kalau you turun, turunnya adalah ke Kampung Kemensah dan tempat Kampung Kemensah itu hampir dengan tempat yang telah dijadikan personal business oleh penduduk. Di Sungai Kemensah, apa yang ialah kedai-kedai yang dibayar pada tuan yang membuat tempat parking. Itu adalah satu penindasan, satu macam gangsterism lah saya rasa, mereka tidak mahu berjumpa saya. Apa yang langkah yang perlu saya lakukan, apakah bantuan yang boleh dilakukan oleh MPAJ ataupun oleh Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk
menyekat mereka, seolah-olah menyita, dia letak tape dekat laluan masuk ke Bukit Che Mah itu. Ini adalah satu bertentangan di antara private property dan gangsterism, jadi boleh pencerahan, terima kasih.
Ya, masalah ini telah pun berlanjutan lama. Berpuluh tahun kita menghadapi masalah kutipan, kutipan secara illegal di mana pengunjung ke Sungai Kemensah ini mereka actually tidak dapat lesen, lesen untuk kutipan parking ataupun masukan kerana ini merupakan kawasan hutan simpan kekal. Dan untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, Bukit Tabur ini hanya di kawasan atas sahaja merupakan kawasan hutan simpan kekal. So, di bawah itu sebenarnya bukan, di bawah itu semuanya kawasan pertanian dan untuk masa jangka panjang, apa tindakan kerajaan akan ambil, adalah kita ada dua cara untuk selesai isu ini.
Yang pertama kita mencadangkan untuk mengambil alih tanah-tanah di kawasan itu. Dan dengan pertama, dengan gantian, gantian kita perlu paksa secara setempat kawasan yang mempunyai keluasan lebih kurang 600 ekar untuk penempatan untuk bagi gantian kepada pengusaha pertanian ini. Yang kedua kita bayar pampasan, kalau bayar pampasan melibatkan beratus juta, so ini di luar kemampuan kitalah. So, kita sedang kaji melalui MPAJ dan juga Pejabat Tanah dengan cara yang lebih munasabah untuk selesai isu ini. Termasuk di Sungai Kemensah ini, di mana pengusaha-pengusaha pelancongan ini membuat restoran di bawah sungai ini sebenarnya tidak dapat kelulusan. Ada bahaya, kalau berlaku aliran arus air sungai yang deras, so dia akan memberikan satu masalah kepada pelancong. So, kita ambil tindakan dari semasa ke semasa, kalau kita ambil tindakan yang lebih berat, dia akan memberikan masalah terhadap kita juga kerana pengusaha-pengusaha telah pun membuat business ini telah lama dah. So, kita hendak halau mereka keluar, memang ada masalah yang besar sikit. Tapi kita akan usahakan untuk cuba bincang dengan mereka dengan cara yang baik.
Tambah satu lagi, terima kasih Tuan EXCO. Jawapannya baik, saya ingin menjelaskan di sini satu soalan tambahan daripada segi kawasan itu, memang kawasannya adalah tanah milik kerajaan. Tapi yang telah minta dibersihkan oleh masa Menteri Besar ialah Menteri Besarnya adalah Tan Sri Muhammad Taib. Dia memberi peruntukan siapa yang boleh clear kan dalam satu tempoh masa, satu atau dua tahun, mereka akan dapat satu ekar, jadi dapat satu ekar. Dalam tiga orang ketujuh orang yang belum dapat pada masa itu tidak dibersihkan. Jadi soalan saya adalah begini, kalau kita adakan satu tempat itu nama dia ranjau dan .... itulah di kawasan Kuartza itu, Bukit Tabur itulah nama yang ada. Jadi kita hendak jadikan dia sebagai satu tempat yang ada kegunaan untuk public tapi dan baru-baru ini, dalam satu antara Menteri Besar, saya sebagai ADUN Hulu Kelang berkempen dalam pilihan raya, ada penduduk tanya, penduduk itu berkumpul sebagai Taman Melawati, resident association punya members, dia tanya dia kata tempat itu menambahkan pencemaran air mungkin boleh jadi suatu hari nanti, hakisan besar di
bukit itu. Jadi adakah kerajaan akan membelinya? Menurut Dato’ Menteri Besar, iaitu sebagai calon ...
Hulu Kelang, soalan, soalan.
Soalannya saya, dia kata kerajaan akan mempertahankan tanah-tanah itu daripada hakisan dengan membelinya walaupun dengan harga yang beratus-ratus juta. Jadi kita ingin mengambil perhatian di sini, di antara jawapan yang telah diberikan oleh EXCO dan jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Besar dalam sidang pertemuan rakyat itu, pada hari Jumaat itu, kita keluar mengundi hari Ahad. Jadi kita kena ambil tahu bahawa MB telah berjanji akan membeli, diberi tepukan gemuruh oleh penduduk di situ dan EXCO pun dah jawab caranya, jadi saya harap perkara ini di ambil perhatian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk Yang Berhormat, Sungai Kemensah ini, sebelum itu memang ada masalah kerana illegal pusat pelancongan ini. So dia menyebabkan masalah keruntuhan tanah di sepanjang sungai dan juga jalan-jalan masuk ke kesempitan juga memberikan masalah kepada orang tempatan terutamanya Orang Asli di dalam. So, kita akan tengok balik cara yang berkesan untuk memajukan kawasan ini sebagai satu pusat pelancongan di mana nampaknya sekarang structure-structure yang ada sekarang ini memang memberikan masalah kepada pengusaha kerana dia bila masa runtuh dan structure itu bukan structure kekal. Dan kita tengok balik untuk bagaimana kita hendak majukan kawasan ini sebagai pusat pelancongan, termasuk juga Bukit Tabur ini juga sebagai satu kawasan Geopark yang kita recognised oleh Kebangsaan. Dan dalam masa 3 tahun ini kita akan untuk apply Geopark UNESCO Status untuk 3 tahun akan datang memang penting untuk kita, termasuk juga pusat pelancongan di Sungai Kemensah, terima kasih.
Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 50.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Tanah PerkuburanQuestions
50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimana cara gazetkan tanah kubur hindu di satu-satu kawasan?
b)
Masalah kekurangan kawasan tanah perkuburan akibat dari ketidaksamaan imbang antara kaum di sesuatu penempatan penduduk. Apakah jalan penyelesaian yang perlu untuk mengatasi masalah ini?
Ya, silakan.
Ya Tuan Speaker. Yang Berhormat sekalian, setiap permohonan perizaban tanah di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 akan melalui empat (4) proses utama iaitu :-
1. Permohonan akan diterima di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang berkenaan dan kertas ringkasan permohonan akan diangkat bagi perakuan dan kelulusan Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS);
2. Setelah mendapat perakuan dan kelulusan daripada Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS), permohonan tersebut akan diproses di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) bagi mendapatkan kelulusan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar melalui Ordinan Perwakilan Kuasa 1984;
3. Permohonan yang telah diluluskan akan dikembalikan ke PDT yang berkenaan bagi permohonan Permintaan Ukur (PU) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor bagi tujuan penyediaan Pelan Akui (PA); dan
4. Setelah Pelan Akui diterima, permohonan dikemukakan kepada pihak PTGS oleh PDT bagi tujuan penyediaan siar warta.
Anggaran tempoh masa bagi menyelesaikan proses perizaban tanah di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 ini adalah di antara 90 hingga 180 hari bekerja.
b) Perancangan dan pembangunan tanah khususnya di Negeri Selangor dikawal melalui dokumen perundangan iaitu Rancangan Tempatan Daerah (RTD). Untuk makluman Yang Berhormat, semua daerah di Negeri Selangor, melalui PLANMalaysia@Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyediakan dan mewartakan RTD untuk digunakan dalam daerah masing-masing. Dokumen ini disediakan selaras dengan peruntukan perundangan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Rancangan Tempatan Daerah (RTD) ialah suatu dokumen rasmi yang mengandungi peta cadangan perancangan bagi setiap keluasan tanah dalam setiap kawasan PBT mengikut lot tanah yang merangkumi aspek guna tanah seperti perumahan, perniagaan, industri, alam sekitar, kemudahan masyarakat (termasuk perkuburan) infrastruktur dan utiliti, landskap, lalu lintas dan lain-lain.
Dalam proses penyediaan dokumen Rancangan Tempatan Daerah (RTD) ini, pelbagai peringkat kajian terperinci, publisiti dan penglibatan awam telah dilaksanakan sebelum dokumen ini diwartakan selaras dengan Seksyen 12, 13, 14 dan 15, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Oleh yang demikian, perkara berkaitan penyediaan tanah perkuburan termasuklah demografi setempat telah diambil kira dan dianalisis sebelum dokumen RTD diwartakan.
Selain itu, merujuk kepada Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPP) Edisi Keempat yang merupakan dokumen yang berperanan sebagai alat untuk mengawal pembangunan fizikal di Negeri Selangor khususnya. Dokumen ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 16/2022 pada 6 Julai 2022. MGPPP Negeri Selangor ini juga mengandungi garis panduan dan piawaian yang merangkumi hampir kesemua aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri daripada perumahan, perniagaan, perindustrian, kemudahan masyarakat, alam sekitar serta infrastruktur dan utiliti.
Di dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Keempat) bab KM5-1, Garis Panduan Umum Tanah Perkuburan dan bab KM5-2, Perkuburan Islam, Cina, Hindu, Sikh dan Kristian telah menerangkan dengan terperinci garis panduan dan piawaian perancangan. Sebagai contoh, dalam perancangan dan pembangunan sesebuah bandar baharu, penyediaan kemudahan tanah perkuburan telah dinyatakan dengan jelas bersama spesifikasi yang diperlukan.
Oleh yang demikian, berdasarkan dokumen MGPPP ini, isu berkaitan kekurangan penyediaan tanah perkuburan serta ketidakseimbangan penyediaan tanah perkuburan antara kaum bukan isu utama kerana telah dirancang dan dikawal dengan baik melalui dokumen RTD dan MGPPP yang diguna pakai di semua peringkat daerah dan negeri. Di peringkat PBT juga, setiap Kebenaran Merancang (KM) turut merujuk kepada kedua-dua dokumen ini.
Soalan tambahan.
Silakan Jeram.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ayat terakhir itu saya kurang setuju menyatakan tidak ada timbul isu daripada segi pewartaan tanah perkuburan. Saya ambil contoh di Kuala Selangor, saya baru tanya soalan ini setelah saya dapat satu aduan daripada seorang penduduk miskin yang mana tidak boleh membuat bayaran. Saya tanya di Ijok itu, ada satu kawasan yang mana yang besar, dia kata itu ialah private punya. Jadi saya tanya di mana, di mana Kuala Selangor yang boleh diguna pakai sebagai tempat perkuburan awam yang mana tidak memerlukan bayaran. Dia kata di Kuala Selangor tidak ada, jadi sebab itu saya menanyakan satu soalan ini. Kalau kita tengok daripada segi pembinaan rumah ibadat di Kuala Selangor umpamanya berbanding dengan tanah perkuburan maknanya tidak sekata. Terlalu banyak, contohnya saya ambil kuil umpamanya, terlalu banyak dibina tetapi seelok-eloknya sekiranya tidak perlukan tanah itu boleh dijadikan sebagai tanah perkuburan umpamanya. Sebab apa, saya lihat tanah perkuburan swasta dah mula banyak tetapi untuk orang yang miskin yang di luar bandar ini, mereka menjadi masalah untuk menguruskan kebumian mereka sehinggakan ada NGO-NGO dari luar datang ...
Jeram, soalan.
Jadi sebab itu saya hendak tanyakan pada Yang Berhormat adakah wajar ditengok semula daripada segi gazetkan tanah perkuburan itu seimbang dengan pembinaan rumah ibadat yang pertamanya, yang kedua di Kuala Selangor adakah terdapat yang mana yang bukan yang private punya tanah perkuburan awam yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, terima kasih.
Tuan Speaker, saya rasa Yang Berhormat Jeram itu membuat satu pertuduhan yang agak serius. Sebenarnya kalau dalam perancangan perumahan yang baharu, memang telah pun ditetapkan dalam garis panduan dan telah pun diwartakan. Tidak ada isu bahawa ada tanah perkuburan swasta yang mengambil alih tanah perkuburan awam, tidak sebab tanah perkuburan persendirian itu, mereka membeli tanah mereka sendiri. Sementara itu, dalam perancangan perbandaran yang baharu peruntukan untuk tanah perkuburan bukan Islam dan Islam telah pun ditetapkan mengikut garis panduan. Tidak boleh lari daripada itu, cuma mungkin di kawasan tertentu mungkin tidak cukup, tapi itu bukan di dalam kawasan pembangunan yang baru. Itu mungkin dalam kawasan yang lama tapi kalau membuat tuduhan bahawa keseluruhan daerah Kuala Selangor tidak ada tanah perkuburan mencukupi, saya rasa itu bukan satu fakta yang benar. Saya berharap Yang Berhormat Jeram dapat fakta yang betul dan membentangkan pada pihak Kerajaan, kita akan menyiasat. Tapi mengikut garis panduan, memang kita mengikut garis panduan, terima kasih.
Tuan Speaker.
Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker, saya memang tertarik dengan apa kawan saya dari Jeram telah bangkitkan. Tapi perlu kita juga faham banyak tanah-tanah perkuburan terutamanya kawasan Hindu telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri. Memang ada tapi keperluan dia sekarang ialah mengikut peredaran zaman dan sebagainya. Kita perlukan krematorium daripada dibina sebelah Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam dan kawasan-kawasan berdekatan kerana tidak ada macam apa yang kita ada di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam. Mungkin Kerajaan Negeri perlu mengambil kesempatan ini untuk merancang pembinaan krematorium terutamanya di kawasan itu. Adakah soalan saya ialah, adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk membina krematorium seperti yang kita ada di Petaling Jaya dan Shah Alam di kawasan di sana, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Tuan Speaker, sebenarnya Kerajaan Negeri telah pun memberikan arahan kepada semua PBT supaya membina sekurang-kurangnya satu krematorium dalam kawasan masing-masing, terima kasih.
Teratai, tidak hadir. Lembah Jaya, dia tidak hadir maklumkan kepada saya atas ayahnya meninggal, saya ucapkan salam takziah dan seterusnya Sungai Burong, tidak hadir. Sungai Ramal hadir, silakan.
Setia hadir. Soalan No. 54, terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Program Peningkatan Hasil Tanaman Padi Di Negeri SelangorQuestions
Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-
a) Walaupun jiran bersebelahan, namun nasib pesawah dan pengeluaran padi antara DUN Sungai Burong dan DUN Sekinchan jauh berbeza. Mengapakah ini berlaku dan bagaimanakah nasib para pesawah dan pengeluaran padi dalam DUN Sungai Burong dapat ditingkatkan sebanding dengan DUN Sekinchan?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal dan Yang Berhormat Tuan Speaker. Sungai Ramal bertanyakan soalan berhubung dengan perbezaan hasil dari sawah di DUN Sungai Burong dan DUN Sekinchan. Walaupun Yang Berhormat adalah Sungai Ramal, sebab Sungai Ramal tapi juga penyelaras DUN Sungai Burong. Untuk makluman Yang Berhormat, pengeluaran hasil padi di kawasan Sekinchan didapati sentiasa lebih tinggi berbanding kawasan Sungai Burong walaupun kedudukannya bersebelahan.
Merujuk kepada data Penyiasatan Pengeluaran Padi Luar Musim 2021, purata hasil pengeluaran di kawasan Sekinchan adalah 5.61 mt/ha berbanding kawasan Sungai Burong 4.81 mt/ha. Perbezaan purata hasil ini adalah disebabkan oleh:
1) Penggunaan input tambahan seperti baja foliar di kawasan Sekinchan juga menyumbang kepada produktiviti padi yang lebih tinggi.
2) Kadar serangan serangga perosak dan penyakit di kawasan Sungai Burong yang lebih tinggi berbanding kawasan Sekinchan terutamanya serangan bena perang, Ulat Pengorek batang dan Hawar Daun Bakteria (BLB) menyebabkan penurunan produktiviti.
3) Bancian yang dijalankan menunjukkan penggunaan varieti padi yang lebih banyak juga menyumbang kepada penurunan produktiviti padi di mana bilangan varieti padi di kawasan Sungai Burong lebih banyak berbanding kawasan Sekinchan.
4) Saiz tanah sawah per individu juga menyumbang kepada produktiviti padi yang mana saiz yang lebih luas per individu melibatkan kos operasi yang lebih rendah jadi saiz sawah yang makin kecil disebabkan pembahagian faraid dan sebagainya di kawasan Sungai Burong ini antara juga menyumbang kos operasi yang tinggi disebabkan juga kos tanah yang lebih luas dan sawah yang lebih kecil. Dapatan bancian menunjukkan kawasan Sekinchan mempunyai bilangan keluasan sawah per individu lebih besar berbanding kawasan Sungai Burong.
Antara langkah-langkah peningkatan hasil yang ada telah dilaksanakan dan ada yang akan dilaksanakan termasuk apa yang dipanggil program 1 Blok, 1 Variety. Blok ini merujuk kepada kawasan sawah yang lebih kurang 50 lot. Kalau 50 lot itu sekitar 50 lot dipanggil 1 Blok. Jadi 1 Blok itu 50 lot lebih kurang dalam 60 hektar lah luasnya. Dia akan tanam satu variety sahaja, 1 variety padi sahaja untuk ada banyak sebab dia, saya akan terangkan. Penetapan variety adalah daripada petani blok berkenaan itu sendiri tetapi wajib variety yang sama ditanam dalam satu blok. Ini sedang diuruskan perbincangan bersama dengan Ketua Blok. Dan kedua, variety yang digunakan adalah mesti variety benih padi yang sah. Ini menjadikan satu lagi punca
masalah di mana benih-benih padi yang tidak disahkan digunakan menyebabkan berbagai-bagai penyakit dan sebagainya termasuk padi angin.
Ini sebenarnya telah pun ditetapkan disyaratkan penggunaan benih padi yang sah. Yang ketiga, sifat-sifat yang berbeza variety yang ditanam antara lot-lot padi akan dapat mengawal serangan penyakit ke lot bersebelahan apabila petani melakukan aktiviti meracun di lot sendiri. Kemudian tempoh masa penuaian itu lagi satu menjadi masalah, hendaklah sekata pada setiap blok. Ini ada setengah itu satu blok, bila kita tanam padi dah kebanyakannya dah tanam, dia belum start lagi. Jadi bila orang dah time hendak meracun, dia baru hendak sibuk baja. Jadi menyebabkan masalah banyak di blok itu. Jadi sekata, keseragaman pada setiap blok pada musim penanaman adalah tarikh penanaman adalah penting.
Yang kedua Kerajaan Negeri telah meluluskan insentif Peningkatan Hasil Padi dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12) sebanyak RM25,500,000.00. Pada tahun 2022, sejumlah RM2,130,000,00 telah dibelanjakan di mana RM1,250,000.00 bagi peningkatan hasil padi, RM680,000.00 bagi Pemuliharaan dan Pemulihan Tanah Sawah, RM100,000.00 bagi Pengeluaran Padi MyGap dan RM100,000.00 bagi Pengurusan Perosak Bersepadu Tanaman Padi.
Ketiga, penggunaan input-input yang premium untuk meningkatkan produktiviti padi seperti asid amino, mikrob berfaedah yang kita sentiasa berikan secara berkala berperingkat-peringkat kepada kawasan-kawasan tanaman padi ini, sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Speaker. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk mengambil tanggungjawab mungkin GLC dan sebagainya untuk sama ada menyewa tanah-tanah ini ataupun memajak supaya akhirnya pengurusan tanaman padi dan juga teknologi yang digunakan itu dengan jumlah keluasan yang lebih besar dapat dilakukan dan dengan baik dan pengeluaran sebagai jaminan keselamatan makanan padi ini dapat dijamin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sijangkang tak ada sawah jadi ibarat laut ini kawasan sawah. Untuk makluman, ada seluas hampir 18 ribu hektar. Satu kawasan yang sangat luas. Jadi sebarang pelaksanaan yang mendatangkan hasil perlu dibuat berperingkat-peringkat dan diberi keutamaan kepada kawasan yang produktiviti yang agak rendah. Dan ini memang dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri pun kita melaksanakan pelbagai kaedah untuk intervensi termasuklah program untuk rawatan tanah yang kita telah laksanakan
beberapa musim dan menunjukkan peningkatan di kawasan Sungai Burung dan sawah sempadan dan juga kita laksanakan juga di Sabak Bernam termasuk juga program-program yang dilaksanakan di bawah bukan GLC Selangor tapi dengan di bawah FGV.
Ini memang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan saya dapati dengan dan juga IDA mana ada peningkatan dan kita telah perluaskan di kawasan-kawasan lebih luas, blok-blok yang lebih banyak untuk meningkatkan hasil dan juga ada penglibatan dari Agensi Nuklear pun ada membantu dari segi benih padi mereka dan juga kaedah mereka. Banyak usaha yang dibuat sebenarnya tetapi tidak meliputi keseluruhan kawasan tapi diberi keutamaan pada kawasan-kawasan yang menjadi masalah produktiviti yang agak rendah.
Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri kita telah luluskan dalam Mesyuarat EXCO/ MMKN yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar bahawa kita untuk tahun depan, untuk musim akan datang ini Kerajaan Negeri akan membelanjakan hampir RM 9 juta untuk memberikan bantuan keseluruhan 18,000 hektar kawasan sawah padi itu baja-baja tanaman bagi meningkatkan hasil. Itu telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dan kita nak melihat bahawa semua tempat mendapat faedah daripada peningkatan hasil padi ini kerana selain daripada dia sebagai sekuriti makanan tapi juga menambah pendapatan pesawah kita yang ramai 9,000 lebih keluarga yang terlibat dalam industri ataupun penanaman padi ini yang kita perlu berikan perhatian. Sekian, terima kasih.
Banting, ada sawah. Silakan.
Di Kuala Langat ada sebuah kampung dahulunya dan sekarang ini dipanggil sebagai Kampung Sawah. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan memandangkan bahawa kita sedang memberi satu sasaran untuk mempertingkatkan hasil dan kualiti tanaman di Negeri Selangor khususnya padi, adakah mungkin Kerajaan Negeri ada meninjau cadangan atau pendapat idea-idea untuk membina kawasan penanaman sawah padi yang baru di Negeri Selangor khususnya di kawasan-kawasan yang pernah ada sejarah penanaman sawah di kawasan Kuala Langat sebab ada Kampung Sawah memang tempat tu adalah satu kampung yang pernah mengeluarkan padi. Jadi ini lah soalan saya.
Ya, Banting yang ada Kampung Sawah tapi tidak ada sawah. Walau dia sebenarnya memang kita melihat meneliti penggunaan tanah di negeri Selangor ini dan sebelum ini di Kuala Langat sebahagian kawasan yang menanam padi tetapi didapati sebagaimana kita sebutkan tadi apabila berlaku perubahan-perubahan kepada keperluan tanaman ini didapati ada tanaman yang jauh mendatangkan hasil yang lebih baik maka menyebabkan ditukar kepada sawit, kepada pelbagai tanaman lain.
Sebab itu kita Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan di barat laut ini hampir 18 ribu hektar ini sebagai kawasan padi untuk menjamin bahawa tanaman padi ini dipertahankan sebagai makanan utama atau sekuriti makanan kita. Ini penting, kalau tidak nanti habis tanaman itu sekarang pun ada secara tidak sah menanam di kawasan sawah ni menanam tanaman lain dan kadang-kadang kita pun sukar untuk membendung kerana apa, kerana mereka asyik rugi saja sebab penyakit, sebab sebagainya, rugi jadi mereka tak mampu nak meneruskan tanaman padi dan mereka mula menanam jagung dan sebagainya.
Tapi tidaklah banyak kita masih lagi kawasan padi yang luas dan saya telah menyebut banyak kali juga dalam sidang ini juga bahawa kaedah yang kita terapkan dari masa ke semasa ialah contohnya rawatan tanah, sebab tanah telah terlalu tak subur, terlalu, dia monocrop, crop atau tanaman yang sama diulang-ulang kalau tidak dirawat tanah-tanah itu akan jadi gersang, dia jadi tidak subur. Jadi kita telah perkenalkan bantuan dan sebagainya untuk memperbaiki atau merawat tanah ini dan juga kaedah untuk memeriksa tanah sesuai atau tidak dan juga varity padi yang bagus yang sama juga baja-baja yang sesuai dan juga biopesticide untuk mengawal dan penggunaan dron sebagainya. Semua ini digunakan bagi memudahkan sebab mereka kebanyakan dah tua, petani-petani ini. Jadi ini semua ini kita lihat kerana hasil padi kita tidak boleh deny, kita boleh nafikan, Selangor menyumbang sumbangan yang tinggi pengeluaran padi iaitu beras dalam negara yang penting merupakan sekuriti makanan dan insyaallah kita akan tetap mempertahankan sawah ini tetapi untuk mengembangkan lebih luas adalah agak sukar untuk dibuat di Selangor dengan keadaan tanah yang mahal dan kesesuaian dari segi tanah dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Projek Car Kampung Sungai TerentangQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Kenapa masih mempunyai sekatan pemberian hak milik tanah Kampung Sungai Terentang atas sebab Projek CAR TNB?
b)
Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan sekatan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Yang Berhormat Rawang bertanyakan soalan yang berhubung dengan status tanah di Sungai Terentang yang terlibat dalam projek CAR TNB iaitu CAR ini. CAR ini ialah satu acronym bagi Central Area Reinforcement. Ini adalah satu projek pembinaan talian bervoltan tinggi TNB yang digunakan untuk bertujuan untuk mengukuhkan bekalan elektrik bagi kawasan tengah.
Jadi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada MMKN pada 35/2016 pada 19 Oktober 2016 telah bersetuju menarik balik pengambilan tanah bagi tujuan projek CAR TNB yang melibatkan 35 hak milik memandang jajaran baru telah diluluskan oleh pihak Berkuasa Negeri pada 18 Disember 2014. Berdasarkan rekod sedia ada Pentadbir Tanah Gombak telah menerima 17 permohonan pelupusan secara pemberi milikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara di kawasan yang terlibat dengan projek CSR TNB sejak tahun 2019 dan permohonan-permohonan tersebut telah diproses dengan mendapatkan pandangan dan ulasan daripada pihak Tenaga Nasional (TNB).
Namun merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pelupusan Pejabat Daerah Tanah Gombak, pihak TNB pada awalnya tidak menyokong permohonan pemberi milikan berkenaan sehingga status tanah tersebut disahkan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, perbincangan semula dengan pihak TNB telah dilaksanakan dan pihak TNB bersetuju untuk menyerahkan semula tanah jajaran projek CAR tersebut kepada Kerajaan Negeri selaras dengan surat yang pernah dikeluarkan TNB rujukan pada 15 November 2018. Pentadbir Tanah Gombak sedang menyelaraskan semula permohonan pemberi milikan di kawasan tersebut dan kertas ringkasannya akan diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dalam masa terdekat.
Soalan tambahan.
Silakan Rawang.
Soalan saya, tanah itu dah dinyahwarta untuk tidak digunakan untuk kegunaan TNB. Kenapa dalam pentadbir Urus Pejabat Tanah perlu lagi dapat ulasan daripada TNB?
Tanah-tanah yang terlibat dengan TNB memang tertakluk di bawah Akta Bekalan Elektrik berkaitan dengan penggunaan tanah ataupun rintis. Jadi sebab itu yang perlu di dapat kelulusan tapi benda itu dah lepas sebab TNB dah pun bagi persetujuan sebab masa tu belum digazet jajaran sebenar yang final tu. Jadi bila dah digazet, ditentukan oleh Kerajaan Negeri maka barulah pihak TNB memberi kelulusan bersetuju menyerahkan balik. Sekarang ini
sedang diselaraskan di Pejabat Daerah untuk dibawa ke kelulusan pihak Berkuasa Negeri. Terima kasih.
Sungai Air Tawar.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 56.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Jangkaan Pelaburan 2023Questions
56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
(a) Berapakah anggaran jumlah pelaburan masuk dan keluar pada suku tahun
2022?
(b) Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menambah pelaburan baru dan
anggaran pelaburan pada tahun 2023?
Tuan Speaker, soalan 56 telah pun dijawab bahagian pertama (a) dalam soalan pertama sementara tu bahagian (b) telah dijawab dalam soalan nombor 17. Terima kasih.
Terima kasih. Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 57.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-(a) Bagaimanakah prestasi PeBS secara keseluruhan?
(b) Sila senaraikan 10 DUN PeBS yang paling aktif.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menjawab berkaitan dengan PeBS ataupun Penggerak Belia Selangor. Prestasi secara keseluruhannya adalah kalau kita ukur berdasarkan perbelanjaan PeBS keseluruhan adalah sebanyak 52% sehingga September 2022. Ada 9 DUN daripada 9 DUN yang berbelanja 0%, belum berbelanja lagi dan 9 DUN berbelanja sebanyak 50% di bawah 50%, manakala 38 Dewan Undangan Negeri daripada PeBS kita telah berbelanja sebanyak 50% ke atas.
Dari segi senarai 10 Dewan Negeri yang paling aktif saya sebut di sini adalah Hulu Bernam – 100%, Dusun Tua – 100%, Kajang – 100% , Kampung Tunku - 100%, Sungai Ramal - 98%, Semenyih – 97%, Lembah Jaya – 96%, Gombak Setia – 95%, Taman Templer - 94%, Hulu Kelang - 93% dan Balakong sebanyak 54% sehingga September 2022.
Ada 9 DUN yang masih lagi belum berbelanja apa-apa dan saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sungai Panjang, Sekinchan, Sungai Burong, Bukit Melawati, Seti Setia, Taman Medan, Batu Tiga, Bandar Baru Klang dan Kota Kemuning untuk menyokong PeBS masing-masing, belanja habiskan peruntukan untuk tahun ini.
Soalan tambahan.
Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, maklumat yang saya dapat tempoh hari ada masalah dari segi kelulusan kewangan ataupun penangguhan untuk meluluskan. Apakah benar?
Tidak ada masalah untuk peruntukan cuma saya hold dari segi bayaran elaun untuk seketika. Kita dah bayar dua tahun lebih, kita bayar untuk dua bulan tu saya hold kerana lepas kita, saya hold itu sebab kita nak buat review ke atas PeBS. Kita kumpulkan PeBS kita di Subang Jaya. Di antara aduan yang kita terima adalah daripada 5 PeBS yang dianggotai dalam DUN ini ada 3 yang bekerja, 2 yang hilang entah ke mana. Jadi kita nak kenal pasti yang mana hilang, yang mana ada ni saya hold dulu tetapi sehingga hari ini kita dah bayar semua sekali, elaun-elaun pada PeBS kita. Dari segi peruntukan tidak ada masalah, berjalan seperti biasa cuma elaun sahaja yang kita tahan baru-baru ini.
Soalan tambahan
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Di 9 DUN yang tidak berbelanja langsung, 0% itu adakah disebabkan oleh Jawatankuasanya tidak lengkap ataupun memang tidak berupaya untuk buat program? Terima kasih.
Ada di kalangan DUN ini yang kita letakkan penyelaras. Penyelaras, jadi bila Penyelaras Dewan Undangan Negeri adalah orang yang melantik PeBS kita di bawah itu. Jadi ada perubahan-perubahan kepada Penyelaras yang menyebabkan sistem ataupun lantikan itu berubah-ubah. Ada juga Dewan Negeri yang berubah dari segi kepimpinan di peringkat parti dan menyebabkan ada perubahan dari segi PeBS yang mana ada aktiviti kita tertangguh. Jadi walau bagaimanapun saya nak jawab pada Sijangkang peratus yang berbelanja kosong itu tidak begitu besar, sebanyak 9 Dewan Undangan Negeri sahaja iaitu 16% daripada keseluruhan yang ada 56 DUN. Jadi it’s managable dan kita akan pantau lah.
Soalan saya nombor 58.
Saya baru nak panggil. Jangan terlalu cepat Yang Berhormat. Ya, sila.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Rekreasi Hutan KanchingQuestions
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-
a) Apakah status terkini pusat rekreasi Hutam Kanching Taman Templer?
Terima kasih Yang Berhormat. Taman Eco Rimba Kanching ataupun Hutan Lipur Kanching merupakan Taman Eco Rimba di bawah pengurusan Tourism Selangor Sdn Bhd. Tahun 2005 Kerajaan Negeri Selangor MMKN 15/2005 yang diadakan pada 22 Jun 2005 telah menimbang dan meluluskan pengurusan hutan lipur Kanching letak di bawah Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan kini masih beroperasi sedia ada.
Cuma tambahan sikit la Yang Berhormat EXCO. Kawasan itu macam tidak terjaga lah. Kawasan itu macam tidak terjaga. Dia ada kedai dekat situ, kedai itu pun baru ini ada, ah dah habis pula.
Sila duduk, sila duduk.
Sila duduk ya.
Terima kasih, Yang Berhormat. Semasa PKP yang lalu memang ada sedikit masalah dari segi penjagaan, kebersihan dan juga masalah sampah yang bertaburan. Tapi dalam perancangan Tourism Selangor Sdn. Bhd., kita ada perancangan di mana kita tengah mendapat private apa, request proposal untuk bangun kawasan tersebutlah di mana ada syarikat yang ingin melabur untuk membangun kawasan ini sebagai satu pusat pelancongan baharu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kajang. Tepat pada waktu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Ucapan tahniah
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Ucapan tahniah.
Pada 26-27 November 2022 yang lalu, kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor telah menganjurkan “Pesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022” di mana YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan pewartaan Nasi Ambeng Sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor bertempat di Awani Sepang Goaldcoast Resort, Sepang. Susulan pengisytiharan berkenaan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor telah menganjurkan hidangan 2,022 dulang nasi ambeng tradisional Selangor pada 27 November 2022 bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang di mana Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor telah berjaya mencipta sejarah dengan mencipta rekod The Largest Nasi Ambeng Eating Section di dalam Malaysia Book Of Records iaitu sebanyak 2,022 dulang nasi ambeng untuk dihidang kepada sekurang-kurangnya 8,088 orang. Rekod ini juga sekali gus telah memecahkan rekod sebelum ini iaitu seramai 1,500 dulang yang dicatit pada tahun 2010 di Muar, Johor. Dianggarkan seramai 12,000 orang telah hadir untuk menikmati hidangan nasi ambeng di dalam program ini. Tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Borhan bin Aman Shah selaku EXCO Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor di atas kejayaan pengisytiharan pewartaan Nasi Ambeng Sebagai
Makanan Warisan Negeri Selangor dan mencipta rekod The Largest Nasi Ambeng Eating Section di dalam Malaysia Book Of Records. Silakan, Setiausaha Dewan.
Juga, tengok ..
Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 semua peringkat.
Baik, sebelum saya izinkan, saya nak maklumkan perbahasan, saya akan mulakan kepada Ketua Pembangkang dengan masa yang tidak terhad kepada Ketua Pembangkang. Silakan.
BismilIahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera. Tahniah kepada Tanjung Sepat kerana Nasi Ambeng dah menjadi makanan warisan pada Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Sungai Tawar untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2023 Selangor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada Jumaat minggu lepas. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini bagi menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan kebanggaan Negeri Selangor kita Red Giants yang telah mara ke pusingan Akhir Piala Malaysia menentang pasukan JDT pada hari Sabtu yang lalu. Meskipun kita tidak dapat berjaya beroleh kejuaraan, tetapi pasukan Red Giants kita telah menunjukkan kehebatan untuk bangkit dan mara sebagai finalis selepas penantian selama 4 tahun. InsyaAllah dengan semangat yang tinggi dan sokongan jitu daripada penyokong Gergasi Merah, kita pasti akan mara sekali lagi ke pusingan akhir dan menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir kita menjadi juara pada tahun 2015. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin menegaskan bahawa perwakilan pembangkang secara prinsipnya tidak mempunyai isu untuk menyokong segala inisiatif dan usaha yang baik daripada Kerajaan. Kami menginsafi bahawa pada akhirnya kami diberi mandat oleh rakyat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua keluarga Selangor Kita. Akan tetapi sokongan ini tertakluk kepada analisis terhadap prestasi Kerajaan Negeri di dalam penyampaian janji dan komitmen inisiatif serta beberapa cadangan tambahan yang bakal saya bahaskan sebentar lagi.
Tuan Speaker, siapa sangka 33 bulan sudah pun berlalu semenjak wabak Covid-19 diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Kita masih ingat bagaimana ratusan ribu rakyat telah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, ramai jatuh sakit, serta ramai juga yang telah meninggalkan kita semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak Dewan Yang Mulia untuk menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua barisan hadapan negara atau frontliner kita yang teguh dan kekal komited di kala situasi negara yang amat mencabar. Alhamdulillah, di dalam kekalutan
politik dan ketidaktentuan yang diwarisi, Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah YAB. Perdana Menteri Ke-9 daripada Barisan Nasional ketika itu, Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, kita berjaya mengharungi zaman pandemik Covid-19 sehinggalah ke arah peralihan fasa endemik.
Tuan Speaker, Alhamdulillah kini kita dapat lihat Malaysia telah berjaya keluar daripada kelesuan ekonomi dan berbagai-bagai cabaran akibat Covid-19. Pada suku ketiga tahun ini, keluaran dalam negeri kasar KDNK negara dan telah berkembang sebanyak 14.2 peratus lebih tinggi berbanding 8.9 peratus pada suku kedua dan 5 peratus pada suku pertama. Secara keseluruhan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 9.3 peratus bagi 9 bulan pertama Tahun 2022, nilai tertinggi semenjak tahun 2000. Kementerian Kewangan mengunjurkan Malaysia akan dapat mencapai pertumbuhan antara 6.5 hingga 7 peratus. Kesemua ini akan terus disokong oleh permintaan domestik yang berkembang terutamanya daripada perbelanjaan isi rumah yang meningkat selari dengan pemulihan prospek pasaran buruh dan pendapatan. Kadar pengangguran terkini telah menurun sebanyak 14 bulan berturut-turut kepada 3.6 peratus pada September 2022 berbanding kadar tertinggi di puncak pandemik iaitu 5.3 peratus pada bulan Mei bagi tahun 2020. Selain itu, sumbangan sektor berkaitan pelancongan kepada permintaan domestik dijangka pulih berikutan kenaikan jumlah ketibaan pelancong asing. Pelaksanaan lebih cepat, projek infrastuktur dengan kesan berganda yang tinggi, peningkatan pelaburan swasta serta permintaan luar yang kukuh akan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Tuan Speaker, di sebalik pencapaian dan kejayaan pemulihan ekonomi negara tahun ini kita perlulah berwaspada dengan cabaran ekonomi dunia pada tahun hadapan. Terkini, Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF telah menurunkan unjuran ekonomi dunia bagi tahun 2023 dari 3.8 peratus kepada 2.7 peratus. Mereka juga menjangka bahawa kebanyakan ekonomi negara, APEC akan terus perlahan dan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada negara-negara dunia akan mengalami kemelesetan ekonomi. Sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tempias cabaran ini. Sebagai contoh, akibat kenaikan harga pelbagai komuniti dunia yang menentukan harga barang asas kadar inflasi negara telah meningkat daripada 2.3 peratus pada Januari tahun ini kepada 4 peratus pada Oktober bagi 2022. Jika tidak kerana bantuan dan subsidi Kerajaan Persekutuan terdahulu, di bawah pimpinan Barisan Nasional yang mencecah hampir RM 80 bilion, kadar inflasi Malaysia sepatutnya akan lebih tinggi dan boleh mencecah sehingga 10 peratus. Ekoran kadar inflasi yang tinggi dihadapi negara-negara lain terutamanya Amerika Syarikat yang mencecah hampir 8 peratus kadar faedah mereka telah dinaikkan dengan agresif dengan peningkatan sebanyak 375 mata asas tahun ini. Dengan lebih daripada 80 bank pusat di seluruh dunia, mengetatkan dasar monetari mereka, dijangkakan ini akan menyumbang kepada kelembapan ekonomi tahun hadapan. Oleh sebab ini, ekonomi negara
dijangka menyederhana pada kadar 4 hingga 5 peratus selari dengan unjuran bank dunia sebanyak 4.2 peratus dan IMF sebanyak 4.4 peratus. Langkah ke hadapan kita juga perlu bersedia untuk pelbagai faktor risiko yang berkemungkinan akan terus menjejaskan prospek pertumbuhan negara seperti pertumbuhan ekonomi global yang rendah daripada jangkaan yang akan memberikan kesan terutamanya kepada prestasi eksport Malaysia. Perang di antara Rusian dan Ukraine yang semakin meruncing dan berpanjangan yang melibatkan sekatan ekonomi dan kewangan global yang lebih ketat dan meluas. Gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan termasuk kekurangan bahan mentah dan pekerja yang semakin serius dan pergolakan besar-besaran pasaran kewangan berikutan dasar moratori yang diketatkan secara agresif di ekonomi maju untuk membendung tekanan inflasi. Sebagai sebuah bangsa Malaysia, kita perlu segera bertindak untuk mendepani setiap cabaran yang mendatang dan pada masa yang sama bertanggungjawab membina masa depan yang cerah bagi anak-anak dan cucu kita. Maka, bagi ke arah Malaysia terutamanya Negeri Selangor yang lebih makmur dan sejahtera, kami ingin mencadangkan beberapa inisiatif yang dapat melengkapi belanjawan Selangor 2023. Cadangan ini dipanggil Kerangka Ekonomi Selangor 2023 oleh Barisan Nasional atau K-BN. Kerangka ekonomi ini berpaksikan kepada falsafah pembangunan yang seimbang dan semua segmen terpelihara atau balanced development dan no one is left behind. Dipacu oleh 3 teras utama iaitu kemampuan, kemakmuran dan kalis masa depan. Butiran lanjut mengenai kerangka ekonomi ini akan saya panjangkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga akan saya kongsikan pada sidang media saya pada petang ini. Selain itu, sebahagian inisiatif utama daripada Kerangka Ekonomi Selangor 2023 BN ini akan disentuh secara ringkas melalui beberapa cadangan dasar, program dan inisiatif sepanjang perbahasan saya pada hari ini, saya.
Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan Belanjawan Selangor 2023 yang berjumlah RM 2.45 bilion. Sebanyak RM 1.25 bilion atau 51 peratus diperuntukkan sebagai perbelanjaan mengurus manakala baki RM 1.2 bilion atau 49 peratus diperuntukkan sebagai perbelanjaan pembangunan. Secara keseluruhan anggaran perbelanjaan bagi tahun hadapan meningkat sebanyak RM 100 juta atau hampir 5 peratus berbanding Belanjawan 2022. Sebanyak RM 2.343 bilion daripada sudut anggaran pendapatan, Kerajaan Negeri menganggarkan kutipan sebanyak RM 2 bilion. Ini meletakkan Belanjawan 2023 dengan defisit sebanyak RM 450 juta antara yang tertinggi di dalam sejarah Belanjawan Selangor. Saya turut memuji tindakan berani yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk berbelanja lebih kepada waktu yang kritikal ini dalam membina ekonomi Selangor yang lebih berdaya tahan paska pandemik Covid-19. Ini juga penting untuk persiapan kita untuk mendepani cabaran dan ketidaktentuan ekonomi pada tahun mendatang. Selari dengan pemulihan ekonomi negara, kita dapat lihat ekonomi Negeri Selangor yang melonjak sebanyak 5 peratus pada tahun 2021. Berbanding penguncupan sebanyak 5.2 peratus kemuncak pandemik
Covid-19 pada tahun 2020. Oleh itu saya yakin tahun ini Negeri Selangor akan terus memulih dan makmur dengan peningkatan KDNK yang memberangsangkan ke arah yang sama dengan pemulihan KDNK Negara yang dijangka meningkat sehingga 7 peratus. Namun sebagai negeri yang menyumbang hampir kepada 30 peratus kepada KDNK Negara, Selangor tidak terkecuali daripada cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh dunia untuk tahun 2023 seperti yang saya sebutkan sebentar tadi.
Umum diketahui pertumbuhan ekonomi negara dijangka memerlahan antara 4 hingga 5 peratus tahun hadapan. Oleh itu, amatlah penting supaya kita bersedia dan berbelanja dengan lebih besar untuk memastikan kesiapsiagaan rakyat dan perniagaan dan ekonomi negeri di Negeri Selangor ini. Seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional terdahulu, hampir RM 80 bilion dibelanjakan untuk pelbagai jenis bantuan dan subsidi bagi mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup untuk rakyat dan perniagaan. Wajarlah kerajaan Negeri Selangor untuk turut melakukan perkara yang sama. Kita ada berbilion dari segi rizab Kerajaan Negeri dan saya yakin tidak menjadi masalah untuk Selangor berbelanja lebih. Ia ke arah melindungi lebih dari 7 juta penduduk dan hampir 300 ribu perniagaan di Selangor daripada cabaran kenaikan harga barang. Kita juga perlu meneliti ketirisan dan juga kes-kes salah laku berkenaan perolehan dan pelaksanaan projek-projek Kerajaan. Umum ketahui, diketahui beberapa pegawai Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah disiasat oleh SPRM atas dakwaan salah guna kuasa yang melibatkan projek tebatan banjir. Justeru, tadbir urus berkenaan perbelanjaan projek yang bertujuan untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta rakyat Selangor akibat bencana banjir perlu dilihat dengan lebih serius dan bukan sekadar kata-kata sahaja.
Umum diketahui beberapa pegawai Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) telah disiasat oleh SPRM atas dakwaan salah guna kuasa yang melibatkan Projek Tebatan Banjir. Justeru tadbir urus berkenaan perbelanjaan projek yang bertujuan untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta rakyat Selangor akibat bencana banjir perlu dilihat dengan lebih serius bukan sekadar kata-kata sahaja. Oleh itu saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Selangor mengambil contoh untuk melancarkan atau mengadaptasi Prinsip Tadbir Urus Baik bagi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan atau PGG seperti yang pernah diterbitkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini terutamanya berkenaan amalan tadbir urus baik dalam proses perolehan oleh GLC-GLC di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Tuan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Selangor juga wajar mengkaji dan melaksanakan program penyusunan semula jangka sederhana GLC untuk meningkatkan kesiap siagaan GLC dalam menghadapi pelbagai cabaran pasca pandemik dan mengoptimumkan peranan Kerajaan Negeri dalam sektor perniagaan. Ini akan memastikan pertama memangkinkan pertubuhan industri
baru di Selangor dengan meningkatkan penjajaran GLC kepada agenda pembangunan Negeri. Kedua mengukuhkan kedudukan kewangan Negeri, ketiga memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan oleh GLC bagi memastikan pembangunan yang seimbang dan keempat meningkatkan kecekapan Kerajaan Negeri dalam mengoptimumkan aset strategik Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, saya juga mengambil maklum bahawa hasil premium tanah dan cukai tanah adalah menyumbang 67% daripada keseluruhan hasil Kerajaan Negeri untuk tahun hadapan. Saya faham Negeri Selangor ini bukanlah Negeri yang kaya dengan hasil bumi seperti petroleum dan bahan galian akan tetapi kita tidak boleh hanya terlalu bergantung pada hasil premium dan cukai tanah semata-mata. Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri untuk melihat secara serius pilihan kaedah dan potensi untuk mempelbagaikan sumber hasil di Negeri Selangor ini. Sebagai Negeri industri sudah pasti kemajuan dan nilai pelaburan luar adalah penting untuk jana pendapatan dan peluang pekerjaan setempat tetapi melihat kepada dinamik dan cabaran semasa dan saya dan pada masa hadapan dunia Selangor juga haruslah kreatif dan melihat kepada potensi untuk turut menjadi antara negeri pengeluaran makanan melalui pelaksanaan lembah pengeluar makanan bersasar. Industri pertanian berteknologi tinggi ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan Negara bahkan turut menjana peluang pekerjaan dan keusahawanan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi kepada penduduk setempat.
Tuan Timbalan Speaker saya juga mendengar dengan teliti pembentangan Belanjawan Tahun 2023 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan mendapati banyak pengumuman projek inisiatif besar yang pasti benar-benar direalisasikan akan dapat memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada Negeri dan juga rakyat. Suka juga saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh hanya terlalu ghairah mengumumkan projek-projek baru jika pengumuman yang sedia ada sebelum ini masih belum ada kemajuan pembinaan yang progresif dan pemasaran yang masih ada masih belum diselesaikan. Justeru saya sangat berharap agar segala pengumuman yang dibentangkan di dalam Belanjawan ini benar-benar dilaksanakan melalui acuan garis semasa atau timeline yang jelas supaya rakyat benar-benar menerima manfaat. Tuan Timbalan Speaker dalam kita bercakap soal merancang bangunan projek-projek baru yang gah ini saya ingin menekankan satu aspek yang cukup penting iaitu pengurusan aset. Mengumumkan dan membina projek atau bangunan baru itu satu perkara, tetapi menguruskan dan menyelenggarakan facility ataupun infrastruktur adalah satu perkara yang lain. Isu pengurusan aset yang lemah ini bukan perkara baru hampir setiap ucapan perbahasan saya akan bangkitkan supaya Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian yang istimewa berhubung dengan perkara ini. Daripada Bangunan Yayasan Selangor, Bangunan
Toh Puan Norasyikin, Hotel Carlton sehingga kepada Stadium Shah Alam ini semua memerlukan intervensi segera daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan aset-aset ini terpelihara dengan baik. Selain itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga telah mengumumkan kewujudan ILDAS kawasan tengah di Kampung Jawa, Klang. Sudah pasti kita menyambut baik pengumuman ini kerana ia lebih memudahkan pelaksanaan aktiviti berkaitan oleh masyarakat. Namun begitu persoalan pokok berbangkit iaitu bagaimana pengurusan aset dan maintenance mentaliti apabila ILDAS sedia ada di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam tidak diselenggarakan dengan baik dan menjadi usang. Begitu juga dengan Bangunan Institusi Jati Diri Selangor (ILJAS) turut terbengkalai dan usang di Kampung Sungai Tengah. Mungkin kita tidak perlu pergi jauh saya mengambi contoh siling di pejabat saya, siling di Pejabat Ketua Pembangkang ini di sebelah Dewan kita ini pun banyak yang bocor, aircond menitis-nitis sampai habis basah dokumen yang ada di atas meja. Saya kira ini juga perlu diambil kira. Jadi ini semua berbalik kepada prinsip yang penting iaitu budaya mentaliti penyelenggaraan ataupun maintenance mentality.
Minta penjelasan. Saya ingin bertanya kepada Ketua Pembangkang sama ada Yang Berhormat Ketua Pembangkang maklum atau tidak bahawa projek penyelenggaraan dan juga baik pulih siling ataupun Dewan Negeri yang bocor ini telah bermula pada kalau saya tidak silap bulan tiga, bulan empat tahun ini akan disiapkan pada tahun hadapan pada masa yang sama akan mengambil masa sepanjang satu tahun. Saya tidak pasti yang Berhormat mengambil maklum dan tahu tentang perkara ini siap.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Saya ambil maklum tetapi saya yang sentuh ini perkara-perkara yang belum dibaikpulih sudah empat tahun, sudah masuk tahun kelima perkara-perkara kecil seperti kebocoran di siling perkara-perkara sekecil ini Kerajaan Negeri tidak mengamalkan maintenance mentaliti ia akan menyebabkan perkara-perkara yang jauh lebih besar akan lebih terbengkalai seperti Projek Perumahan Ladang Air Manis.
Mohon pencelahan.
Ya, Bukit Lanjan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Saya sebenarnya setuju apa yang disarankan oleh Yang Berhormat dan saya hendak tanya Yang Berhormat mungkin kah Dewan Negeri Selangor buat satu bangunan baru di mana kita ada facility baru, bilik baru, kawasan yang cukup untuk semua ADUN bekerja dan membuat mesyuarat dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan, itu cadangan yang baik tetapi itu saya kira Bangunan Annex yang sedia ada ini masih cantik dan hanya perlu dibuat kerja-kerja penyelenggaraan. Walau bagaimanapun saya amat setuju sekiranya Kerajaan Negeri membina sebuah Bangunan SUK baharu di tapak yang berbeza daripada yang ada sekarang yang itu saya setuju kerana saya melihat bangunan itu sudah terlalu lama dan perlu diberi wajah baru.
Minta mencelah sedikit.
Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang.
Tentang terbengkalainya projek itu, saya difahamkan bahawa kalau yang projek di kampung-kampung ia adalah dibuat di bawah bukan agensi tetapi macam front kepada Pimpinan UMNO. Adakah tepat? Benda itu betul? Dan balai raya, dewan-dewan serba guna dahulu siapa ketua cawangan yang boleh buat dana yang lebih besar daripada Menteri peringat pusat untuk membuat projek dan kemudian di kampung dia ada pengaruh yang besar dan kalau jalan okay, kalau tidak jalan dia bergaduh lagi. Jadi saya hendak pastikan adakah benar perkara itu? Dan kalau benar bagaimana kita hendak menggabungkan dua budaya berbeza, berbeza di antara kawan-kawan kami dalam Pakatan Harapan yang biasa buat kerja ini kita fisabililah, ikhlas tidak mengambil keuntungan dan budaya sebelah sana ada benda-benda yang begitu. Jadi bagaimana kalau benar kita hendak selesaikan kita tidak mahu pergaduhan itu melebar luar daripada antara UMNO dengan yang lain. Terima kasih.
Terima kasih yang Berhormat Hulu Kelang. Saya setuju berkenaan dengan bangunan-bangunan ataupun balai raya dil uar bandar khususnya yang dilihat terbiar ataupun usang dan tiba masanya Kerajaan Negeri perlu membuat satu bajet membaik pulih lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Selangor kali ini adalah sebuah Kerajaan di bawah Kerajaan Persekutuan jadi saya kira kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf balai-balai raya khususnya di kawasan luar bandar ini perlu dilaksanakan agar segala aktiviti-aktiviti masyarakat dapat dijalankan dengan jayanya. Seterusnya saya faham mungkin kemudiannya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atau EXCO akan menjawab dan bangkitkan soal legasi, soal apa yang diwarisi oleh Kerajaan terdahulu tetapi pada saya, kita tolak ke tepi perbezaan politik. Kita amalkan politik matang. Sudah tiga penggal dan hampir 15 tahun Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan soal legasi sudah tidak laku lagi. Kita kena move on dan mulakan perubahan sekarang di setiap peringkat perlu diterapkan budaya maintenance mentaliti. Ini supaya setiap projek dan facility yang baru mahupun sedia ada akan dapat diuruskan dengan baik dan berfungsi serta bermanfaat untuk Kerajaan
Negeri dan rakyat Selangor. Tuan Timbalan Speaker saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasa proses digitalisasi untuk perkhidmatan kaunter Kerajaan. Ini sangat penting untuk pengalaman perkhidmatan pelanggan yang pantas, efficient dan telus serta mengurangkan kebarangkalian untuk salah guna kuasa atau rasuah berlaku. Apa yang lebih penting saya berharap penyampaian sistem digitalisasi atau e-government ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh di semua Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor ini. Mudah kata saya berharap tidak ada jurang di Shah Alam dan Petaling Jaya sudah terima pakai sistem e-Government ini tetapi di Sabak Bernam atau Kuala Selangor masih lagi menggunakan proses manual maknanya pengalaman perkhidmatan pelanggan yang di war-warkan itu berbeza-beza dan rakyat pasti akan marah akan layanan dan tempoh masa yang lebih panjang bila adaptasi digitalisasi ini berlaku tidak menyeluruh. Sebagai tambahan saya turut menerima maklum balas daripada rakyat Selangor berhubung liputan wi-fi SmartSelangor yang seharusnya membantu mereka daripada golongan B40, M40, belia dan anak-anak pelajar. Malangnya maklum balas yang saya terima bukan sahaja wi-fi ini terlalu perlahan bahkan untuk guna wi-fi ini pun tidak boleh disambung. Jadi saya ingin memohon Kerajaan Negeri Selangor untuk meneliti aduan ini dan melihat apakah isu yang sebenar berkaitan liputan dan sambungan wi-fi ini dan apakah yang boleh dibuat untuk meningkatkan tahap penyampaian wi-fi SmartSelangor ini.
Tuan Timbalan Speaker kita menginsafi akan perit derita rakyat Selangor yang masih terkesan teruk akibat impak ekonomi apabila Pandemik COVID-19 melanda, ramai yang hilang kerja dan tutup perniagaan dan sehingga kini masih berjuang untuk mengembalikan kehidupan keluarga yang lebih baik. Kita menyedari rakyat Selangor masih hidup susah dan tergolong di dalam golongan rentan untuk itu Sungai Air Tawar menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial atau safety net melalui Program Skim Insurans Selangor Am Selangor (INSAN) yang akan melindungi 6 juta rakyat Selangor. Sebagai tambahan saya mencadangkan agar Program INSAN ini turut memberi perhatian khususnya kepada rakyat Selangor yang berada di dalam sektor ekonomi gig seperti penggunaan p-hailing, pemandu e-hailing memandangkan mereka benar-benar bergantung pada pekerjaan berkenaan untuk menyara hidup dan keluarga. Jika berlaku apa-apa kepada mereka terutamanya hanya mereka yang bekerja sudah pasti punca pendapatan keluarga akan terjejas. Jadi mungkin perlu ada Program outreach yang khas untuk pastikan golongan ini turut mendaftar di bawah Program INSAN ini. Selain itu, Program Iltizam Selangor Sihat dan Program bantuan Sihat Selangor amat penting untuk menjamin akses rawatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Selangor khususnya golongan B40. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat bekerja rapat dengan semua Ahli-ahli Dewan Negeri tanpa mengira fahaman politik agar promosi inisiatif-inisiatif ini dapat dilaksanakan di peringkat DUN supaya benar-benar sampai di akar umbi sebabnya kita mungkin fikir semua maklumat hanya di hujung jari tetapi masih ramai yang tidak ada
kemewahan asas untuk memiliki telefon pintar dan Internet ataupun tahu di mana mencari maklumat ataupun bagaimana untuk memohon bantuan atau skim ini semua. Tuan Timbalan Speaker, Skim Insurans Nyawa untuk diri dan juga keluarga adalah penting tetapi perlindungan rumah dan harta benda akibat bencana juga adalah amat penting samanya. Apabila banjir besar berlaku sehingga menenggelamkan rumah dan harta benda rakyat Selangor akan mengalami kehilangan dan kerugian besar untuk memulakan semula kehidupan pasca banjir.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Insurans Bencana Alam Selangor atau Disaster Risk Insurance sebagai perlindungan terhadap rumah-rumah mangsa banjir. Skim perlindungan ini boleh dilaksanakan secara berkelompok seperti di negara Filipina, Indonesia dan United Kingdom. Skim ini boleh terpakai kepada kawasan yang bukan berisiko tinggi untuk banjir, untuk kawasan berisiko tinggi banjir sudah pasti insuransnya akan sangat mahal, tidak lestari dan perlukan rancangan jangka panjang yang akan saya bahaskan kemudian.
Tuan Timbalan Speaker, walaupun saya seorang lelaki, tetapi sebagai seorang suami dan bapa serta wakil rakyat menjiwai denyut nadi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, saya ingin membangkitkan isu kemiskinan haid.
Mencelah, terima kasih... boleh?
Yang Berhormat Banting saya nak teruskan. Ini tidak lagi boleh menjadi subjek taboo. Sebagai pembuat dasar dan undang-undang kita harus melihat isu kemiskinan haid ini dengan serius.
Satu kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun lepas (2021) mendedahkan lebih 15 peratus remaja perempuan daripada keluarga B40 di sekitar ibu negara tidak mampu atau menghadapi kesukaran untuk membeli tuala wanita. Dan kita tahu sebahagian besar ibu negara itu mencakupi kelompok B40 di negeri Selangor ini. Jadi, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk pelaksanaan kempen pembersihan menstruasi yang termasuk dalam kempen kesedaran dan penyediaan tuala wanita secara percuma. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa peruntukan RM200,000.00 yang diumumkan tidak mencukupi bagi menampung keperluan remaja perempuan daripada keluarga B40 di Selangor ini. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan bagi program ini dan menggalakkan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri untuk memperluas program CSR mereka untuk turut menyokong kempen ini.
Tuan Timbalan Speaker, kesihatan adalah amat penting kepada segala-galanya. Produktiviti pasaran buruh yang berkualiti dan pembangunan yang seimbang menuntut kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat khususnya di Negeri Selangor ini. Jumlah dan risiko pendedahan daripada 3 penyakit utama tidak berjangkit NCD (penyakit tiga serangkai) iaitu darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi serta kanser semakin meningkat. Justeru itu, saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk memperkasa sistem penjagaan kesihatan primer amatlah penting. Maka saya menyokong intervensi kerajaan Negeri untuk terus melaksanakan program Selangor Saring bagi meningkatkan kesedaran rakyat Selangor terhadap kesihatan kendiri dan mengambil langkah awal untuk pencegahan dan pengesanan awal penyakit NCD. Untuk meningkatkan outreach dan impak program ini saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri terus menyalurkan peruntukan agar promosi kupon ini dapat dilaksanakan di peringkat DUN bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Selangor dari golongan B40 dan luar bandar untuk menyertai program ini.
Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang.
Hulu Kelang.
Hal wanita ini tidak sesuai, boleh saya ke situ. Okay dalam masyarakat India atau filem Pad Man dia berkenaan dengan bagaimana hendak menggalakkan wanita-wanita di India memakai tuala wanita atau pad. Dia invent satu machine dan materialnya murah, 1 rupee dapat dan benda itu berjaya dan akhirnya dia buat mereka untuk menggunakan produk ini dan meletup hebat dan itu sahaja cerita yang menarik lah. Jadi boleh saya cadangkan, adakah membawakan produk-produk ini penglibatan wanita, anak-anak remaja dan sebagainya boleh kita buat dengan mengadakan satu pertandingan yang lelaki boleh menyertai pertandingan itu dengan jayanya tidak ada diskriminasi gender tetapi yang ada adalah kebersamaan di dalam menjayakan satu projek yang projek itu kebanyakan adalah untuk semua. Adakah boleh kita lakukan dalam cerita Pad Man itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang saya ingat cadangan ini boleh kita panjangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Tuan Timbalan Speaker, isu kesihatan mental juga amatlah penting kepada Selangor ini. Seperti laporan Kementerian Kesihatan pada tahun 2021 Masalah kesihatan mental di Malaysia telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2020. Sebahagian besar pesakit ini adalah golongan remaja dan kaum lelaki. Jadi isu ini juga tidak boleh dilihat sebagai taboo. Dan penting untuk kita mewujudkan eko-sistem untuk menyokong dan membantu Kerajaan Persekutuan di dalam menangani masalah kesihatan mental. Maka saya turut menyokong program Selangor Mental Sihat yang akan diteruskan pada tahun
hadapan dan berharap agar penekanan khusus dapat diberikan kepada saringan awal talian hotline dan pembangunan latihan kaunselor.
Tuan timbalan Speaker, memiliki rumah idaman yang selesa adalah impian untuk setiap keluarga. Tidak semua mampu memiliki rumah yang dijual pada harga pasaran oleh pemaju swasta berikutan pendapat keluarga yang rendah. Justeru Sungai Air Tawar sangat menyokong Projek Perumahan mampu Milik di bawah Kerajaan Negeri bagi membantu pemilikan rumah kepada golongan ini. Namun saya ingin menyentuh mengenai kemajuan projek pembinaan Rumah Selangorku. Saya ambil maklum bahawa sehingga Julai 2022 sebanyak 29,822 unit rumah telah diserah kunci dan 18,039 unit sedang dalam pembinaan. Saya memohon agar Kerajaan Negeri dapat turut memperincikan rancangan dan garis masa untuk sasaran pembinaan bagi baki 186,069 unit yang masih berada di fasa perancangan. Hal ini penting supaya kita ada tracking dan tahu berapa banyak unit kita sasarkan untuk siap pada tempoh atau tahun yang tertentu. Saya menekankan perlunya ada sasaran ini kerana isu pemilikan rumah ini adalah amat mendesak dan sudah lama membelenggu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan. Selain itu, satu perkara besar yang kita belajar daripada hidup dalam fasa PKP ketika pandemik Covid-19 ialah rumah yang berkualiti. Rumah adalah pusat kepada institusi keluarga. Kita tidak mahu ada ahli keluarga, anak-anak berada tidak selesa di dalam rumah kerana saiznya yang terlalu kecil. Jadi mereka lebih suka keluar rumah dan luangkan masa dengan rakan sebaya sehingga terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Jadi, saya faham bahawa projek perumahan mampu milik ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan pemilikan rumah kepada semua tetapi saya sangat berharap agar tiada kompromi kepada kualiti rumah dan saiz rumah yang tidak terlalu sempit dan munasabah dengan pola perubahan purata saiz keluarga di Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, masa hadapan negeri dan negara ini adalah terletak kepada generasi muda pada hari ini. Justeru itu adalah penting untuk Kerajaan Negeri terus mendukung dan menyokong agenda dan akses pendidikan buat anak-anak Selangor. bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik bahkan sahsiah dan jati diri yang jitu. Program Tuisyen Rakyat adalah inisiatif yang baik untuk membantu calon peperiksaan SPM dan STPM. Saya melihat bahawa ia pasti akan menjadi lebih baik dan berimpak sekiranya program turut diperluas kepada para pelajar sekolah rendah. Seperti intervensi awal untuk membantu anak-anak Selangor yang memerlukan bantu kelas tambahan pada peringkat yang lebih awal lagi. Bidang Sains, Teknologi Engineering dan Matematik (STEM) amat penting untuk memacu ekonomi negara dengan acuan teknologi dan kepakaran tinggi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang turut membantu di dalam pemerkasaan STEM ini dan mencadangkan agar peruntukan RM1 juta itu dapat digunakan untuk aktiviti atau program-program seperti kempen, karnival,
minggu sains dan macam-macam lagi untuk menarik minat anak-anak muda di sekolah rendah dan menengah di dalam bidang ini.
Tuan Timbalan Speaker, bagi memartabatkan syiar Islam pendidikan anak-anak di dalam bidang agama amatlah penting. Ini bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan agama bahkan pengalaman nilai agama yang benar akan melahirkan masyarakat yang berakhlak, bermoral tinggi dan bertoleransi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Untuk itu, bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa untuk menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas Al-Quran dan Fardhu Ain’, Integrasi KAFA-I saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri untuk menginstitusikan program KAFA-I ini dan mempertimbangkan untuk membiayai sepenuhnya program ini sebagai teras pembangunan modal insan bagi Negeri Selangor. Guru adalah permata. Tanggungjawab guru KAFA ini bukan hanya sebagai pendidik semata-mata tetapi untuk membentuk modal insan untuk anak-anak Selangor yang beragama Islam untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Benar, mereka ini adalah murabbi ummah. Untuk itu saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pengumuman kenaikan dan penyeragaman elaun bulanan guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.
Menyentuh soal pendidikan ini, bagi menjamin akses kepada pendidikan dan menginsafi kesusahan ramai keluarga miskin dan pendapatan rendah, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan program subsidi van sekolah. Ini bagi memastikan ibu bapa yang tidak mempunyai kenderaan atau dalam kesibukan bekerja dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Ini sangat membantu terutamanya bagi mereka yang tinggal di rumah flat kos rendah yang berpendapatan tinggi. Saya sedih mengenang ada anak-anak Selangor kita yang masih kecil ini tidak dapat ke sekolah atau tiada wang untuk membayar tambang van sekolah. Jadi saya berharap subsidi van sekolah ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga ini dan memastikan anak-anak tidak ketinggalan daripada arus perdana pendidikan.
Tuan Timbalan Speaker, kerja adalah penting kepada semua terutamanya buat anak-anak muda yang baharu sahaja tamat pengajian. Apabila saya cakap tamat pengajian ini tidak semata-mata bermaksud ber’graduate’ dengan ijazah daripada universiti. Tamat pengajian juga termasuk institusi-institusi latihan kemahiran TVET dan Maahad Tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan swasta. Mendapatkan pekerjaan ialah satu perkara tetapi mendapatkan satu pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan ialah satu cabaran lain. Kita bukan sahaja berhadapan dengan isu pengangguran tetapi juga pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelulusan pendidikan. Saya juga sedar bahawa tidak semua anak muda ini beruntung dan berpeluang untuk masuk untuk masuk ke institusi pengajian tinggi atau pun institusi kemahiran TVET. Jadi saya menyokong usaha Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan program inisiatif kemahiran teknikal atau IKTISAS Smart
Selangor, Program Selangor Job Fair, Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia kepada lepasan tahfiz dan pembangunan Program Hufaz Profesional. Sebagai tambahan bagi meningkatkan kemahiran individu dan peluang yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pasaran buruh, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyokong Program Peningkatan Latihan dan kemahiran semula atau upskilling and reskilling.
Inisiatif amatlah penting kepada golongan yang sedang bekerja atau kehilangan kerja untuk meningkatkan kemahiran atau belajar kemahiran baharu bagi menceburi bidang pekerjaan berbeza. Bagi meningkatkan nilai tambah kepada program ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak industri untuk memastikan kursus kemahiran yang ditawarkan memenuhi permintaan industri serta ia boleh dilaksanakan oleh penyedia latihan swasta. Ini bagi mengurangkan beban operasi Kerajaan untuk pelaksanaan program dan mengelakkan pemusatan program hanya di bandar-bandar besar sebaliknya memberi peluang yang adil buat semua anak-anak muda dan rakyat Selangor. Tidak semua orang akan menjadi pekerja. Jika semua bekerja makan gaji siapa pula yang akan menjadi majikan untuk membayar gaji. Maka adalah penting untuk kita terus menyokong pembangunan sektor keusahawanan, perusahaan mikro kecil dan sederhana atau PMKS ialah tonggak utama ekonomi negara.
Sehingga tahun 2021, PMKS mewakili lebih 97% daripada jumlah pertumbuhan perniagaan di Malaysia. Daripada statistik ini, Selangor mencatatkan jumlah PMKS tertinggi di Malaysia dengan hampir 23% atau hampir 283,000 perniagaan adalah PMKS di Negeri Selangor. Untuk itu, saya menyokong penuh Program Hijrah Selangor untuk terus mendukung pembangunan usahawan negeri ini. Selain itu, Insentif Digital Media Usahanita Muda amatlah bertepatan dengan gelombang keusahawan digital atau dikenali sebagai e-commerce. Jadi, peruntukan khas RM300,000.00 kepada golongan wanita muda ini dapat memastikan tiada rakyat Selangor yang ketinggalan dalam arus digitalisasi global.
Tuan Timbalan Speaker, sebagai tambahan kepada Program Hijrah Selangor saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri turut memberi penekanan di dalam program menyokong ekosistem keusahawanan sosial di negeri ini. Berbeza dengan model keusahawanan yang konvensional, keusahawanan sosial ini bukan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata bahkan dapat turut menangani masalah sosio ekonomi. Keusahawanan sosial bukan sekadar mengenai majikan, pekerja dan untung bahkan ada peranan besar di dalam peningkatan tahap kehidupan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan rentan yang terpinggir dan sering tercicir daripada arus pembangunan dan program bantuan kerajaan. Seperti ucapan Perdana Menteri Ke-9 ketika melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2023 Menjelang Tahun 2030, keusahawanan sosial akan diiktiraf sebagai penyumbang penting di dalam membangunkan
Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengubah menggubal satu dasar bagi mewajibkan atau sekurang-kurangnya menggalakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yakni GLC Selangor untuk memperuntukkan sebahagian dana bagi membiayai pembangunan program keusahawanan sosial di Negeri Selangor. Pada masa jangka panjang, kerajaan boleh mengkaji dan mempertimbangkan untuk mewujudkan tabung keusahawanan sosial di mana GLC Selangor milik Kerajaan Negeri Selangor ini menyumbang di antara 0.5 hingga 1% daripada hasil keuntungan syarikat untuk membiayai tabung ini. Diharapkan inisiatif ini dapat menjamin pembangunan ekosistem keusahawanan sosial yang mampan yang bukan hanya berorientasikan keuntungan tetapi juga membantu meningkat taraf sosio ekonomi rakyat di Negeri Selangor.
Tuan Timbalan Speakar, keamanan negara ini adalah mustahil tanpa keharmonian hubungan etnik dan keutuhan masyarakat sesama kita. Justeru itu, saya menyokong pelaksanaan Program Duta Perpaduan Selangor dan Geran Perpaduan Kita Selangor dalam memupuk keharmonian dan toleransi di antara etnik. Program ini haruslah bebas daripada unsur politik. Memandangkan fahaman politik ekstrem boleh memecahbelahkan masyarakat, ia haruslah dilaksanakan secara neutral dan menekankan prinsip asas kemanusiaan dan kehidupan bermasyarakat. Ke arah pemerkasaan komuniti, saya ingin ucapkan terima kasih ke atas penyelarasan elaun Ketua Kampung kepada RM1,500.00 sebulan. Namun, ini sahaja tidak cukup. Apa yang lebih penting adalah untuk memastikan jawatankuasa-jawatankuasa di kampung benar-benar aktif dan diberi sokongan untuk melaksanakan program-program komuniti. Kita tidak mahu hanya Ketua Kampung dapat naik gaji tetapi jawatankuasa kampung tidak hidup dan tiada pun program kemasyarakatan yang dilaksanakan. Ini saya mohon perhatian khas daripada Kerajaan Negeri supaya kita tidak terlepas pandang. Jika dulu di kampung kita mengira Melayu, Cina, India. Kita biasa melakukan banyak aktiviti bersama, gotong-royong, kenduri, jamuan dan banyak lagi. Mungkin kedengaran biasa sahaja tetapi aktiviti seumpama ini dapat memupuk hubungan etnik yang baik dan rapat di antara mereka. Kini, kehidupan di bandar, struktur sistem sosialnya juga berbeza sekali. Ramai yang terlalu sibuk bekerja ataupun selesa meluangkan masa di rumah sendiri. Ada yang sampai jiran sendiri pun tidak kenal, jarang bertegur sapa dan juga jarang berjumpa atau berkumpul. Jadi, saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat memperkasa program rukun tetangga dan memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk hubungan dan keharmonian yang lebih baik.
Tuan Timbalan Speaker, secara keseluruhan ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyebut hanya sebelas kali perkataan iklim dan berulang kali disebut sebagai perubahan iklim. Melihat kepada pola perubahan iklim global yang ekstrem, saya ingin tegaskan bahawa kita sedang berhadapan dengan krisis iklim
ataupun climate crisis. Jadi, saya ingin menyentuh agak panjang berkaitan tindak balas terhadap crisis iklim ini. Krisis iklim adalah ancaman global yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan keselamatan makanan, pembangunan ekonomi dan kesihatan. Selangor merupakan negeri terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dengan jumlah penduduk yang tertinggi. Namun, dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat disebabkan migrasi daripada negara lain, Selangor tidak lagi asing dengan krisis iklim yang melanda negeri ini ekoran banjir besar yang berlaku dengan lebih kerap. Ini memberikan kesan kepada Selangor bukan hanya kepada jangka panjang malah ianya meningkatkan kos tahunan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi kerja-kerja pemulihan selepas banjir. Di dalam mendepani krisis iklim ini, saya menghargai usaha Kerajaan Selangor yang mengambil pendirian bersama dengan Kerajaan Persekutuan berteraskan tanggungjawab bersama tetapi berbeza kapasiti mengikut keupayaan masing-masing atau dikenali sebagai CBDRRC di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS1), Selangor mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan karbon sebanyak 35% menjelang tahun 2025 dan mencapai kata bersama melalui sasaran kebangsaan iaitu pengurangan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang tahun 2023. Saya juga mendengar dengan teliti beberapa pengumuman insentif dan projek berkaitan iaitu Pembangunan Tebatan Banjir, Pelan Induk Saliran Mesra Alam, Kolam Takungan Banjir dan Pembangunan Kajian dan Dasar Perubahan iklim Negeri Selangor. Meskipun ini sebahagian daripada inisiatif dan projek yang sangat baik, namun itu sahaja tidak mencukupi seperti yang saya tegaskan di awal tadi kita sedang berdepan dengan krisis iklim. Untuk itu saya ingin menyampaikan beberapa penambahan cadangan jangka pendek dan jangka panjang untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Bagi cadangan jangka pendek, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri, pertama bagi memacu perubahan dasar di peringkat Negeri Selangor yang berasaskan prinsip alam sekitar, kemampanan dan tadbir urus, saya mencadangkan penubuhan pejabat MAMPAN Selangor. Pejabat ini akan berfungsi sebagai badan untuk menyelia perbuatan dasar dan projek pembangunan yang berasaskan kemampanan. Kedua, bagi memastikan Negeri Selangor dapat mengadaptasi daripada krisis iklim dan fenomena berulang seperti banjir, saya ingin mencadangkan penggubalan Pelan Adaptasi Selangor (PAS). Pelan ini akan mengguna pakai prinsip penyelesaian berteraskan alam semula jadi seperti mana yang dicadangkan di dalam Konvensyen Pertubuhan Iklim, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bagi cadangan jangka panjang dan untuk menyediakan Selangor sebagai negeri kalis masa depan, saya ingin mencadangkan Gagasan Selangor New Green Deal atau Gagasan Tawaran Hijau Baru Selangor. Gagasan ini akan menyediakan Selangor untuk berdepan dengan pola perubahan iklim masa hadapan yang termasuk bakal menenggelamkan beberapa kawasan utama di pesisir pantai di Selangor. Gagasan Selangor New Green Deal ini akan mengambil kira rancangan penempatan semula Selangor bagi kawasan yang berisiko tinggi untuk banjir. Penubuhan Pusat Data Hijau Selangor
dan pelancaran Pelan Bio Diversiti Selangor. Bagi memperkukuhkan penguasaan dasar berdasarkan ESG dan memberi obligasi terhadap perlindungan alam sekitar kepada semua pihak, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memulakan rundingan bagi penggubalan sebuah undang-undang khas yang dipanggil sebagai Enakmen Bio-Diversiti Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, di peringkat hubungan antara kerajaan pula saya berharap koordinasi dan hubungan lebih baik dapat dijalin di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan lebih-lebih lagi dengan pemerintahan Pakatan Harapan di kedua-dua kerajaan pada masa ini. Ini amatlah penting untuk memastikan pelaksanaan rancangan dan tindakan bersama di dalam mendepani ancaman krisis iklim semasa dan masa depan di Negeri Selangor. Di peringkat tempatan pula, saya menyeru agar Kerajaan Negeri untuk menyokong lebih banyak program pemerkasaan kesedaran bencana di peringkat akar umbi. Ini termasuk program Pengurusan Risiko Berasaskan Komoditi (CBRDM) oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) yang digariskan oleh Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Di peringkat DUN saya pula, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri berhubung isu Hutan Simpan Paya Bakau di Kampung Sungai Tengah. Seperti yang kita sedia maklum, pokok bakau telah ditebang di hutan ini untuk dijadikan projek penanaman kelapa sawit. Namun seperti dimaklumkan oleh PKPS, tanah di kawasan Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Tengah ini tidak sesuai bagi tanaman sawit. Penebangan hutan paya bakau ini telah memusnahkan habitat monyet dan benteng kedua selepas ban yang dibina di sini bertujuan untuk mengurangkan impak banjir kepada kawasan kampung akibat air pasang. Kemusnahan habitat monyet ini menyebabkan haiwan ini berkeliaran mengganggu masyarakat, merosakkan hasil tanaman dan barangan penduduk kampung termasuklah di bangunan kerajaan seperti politeknik di Sungai Lang, Institut Perakaunan Negara (IPN) dan SBPI Sabak Bernam dan ILDAS. Jadi, setelah hampir berbelas tahun saya ingin bertanya apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk proses pemulihan hutan ini seperti penanaman semula pokok bakau? Ini kerana sehingga kini, saya melihat tiada apa-apa intervensi telah diambil oleh Kerajaan Negeri sendiri seperti yang saya nyatakan di awal perbahasan saya polimik tuduh-menuduh, soal legasi ini tidak lagi relevan untuk kita semua. Hari ini kita memerlukan penyelesaian bukan pergaduhan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Cinta Bakau Sungai Air Tawar dan lain-lain badan sukarelawan atas usaha untuk menanam semula pokok-pokok bakau di kawasan ini.
Tuan Timbalan Speaker, selaku Wakil Rakyat bagi Sungai Air Tawar saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi membangkitkan beberapa perkara atau isu berkaitan kawasan saya. Saya ingin tegaskan bahawa saya bukan semata-mata ingin mengkritik tetapi lebih kepada memainkan peranan semak dan imbang seperti
mana yang termaktub sebagai tugas utama kita semua. Berkaitan Sungai Air Tawar pada Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri ada mengumumkan perkara-perkara berikut untuk pembangunan ekonomi di Sabak Bernam. Pertama, peruntukan RM20 juta untuk membaik pulih bangunan Hay Resort, Kedua, peruntukan RM500 juta untuk membangunkan pusat industri hasil laut dan agro makanan seluas 450 hektar dan ketiga peruntukan RM500 juta untuk pembinaan pusat logistik dan perdagangan di Sungai Lang berserta hentian di Air Manis. Selain itu, pada Belanjawan 2019 Y.A.B. Dato’ Menteri Besar turut mengumumkan gugusan ekonomi yang melibatkan proses penanaman roselle dan nanas MD2. Jadi, saya sebagai Wakil Rakyat kawasan ini saya ingin memohon maklum balas daripada Kerajaan Negeri berhubung status dan laporan kemajuan serta garis masa pelaksanaan bagi segala projek dan inisiatif yang telah pun dicanangkan. Merujuk kepada Belanjawan 2023, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan RM3.6 juta untuk menaik taraf benteng pantai di kawasan pantai Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang terjejas. Berkaitan projek ini, saya juga ingin mengusulkan cadangan agar Kerajaan Negeri turut menaik taraf kawasan ban di sekitar untuk menjadi tempat rekreasi dan joging. Ini akan menjadikan kawasan pantai sekitar sebagai tarikan penduduk setempat terutamanya pada waktu petang dan hujung minggu serta mampu menjana peluang perniagaan kepada usahawan tempatan. Bukan semua perkara kita bangkang. Yang baik kita puji, yang boleh ditambah baik kita cadang. Jadi di sini saya membawa suara maklum balas penduduk di pesisir pantai sekitar Bagan Nakhoda Omar di Sungai Air Tawar terhadap usaha-usaha peletakan tukun tiruan oleh Yang Berhormat Pandan Indah yang memegang portfolio infrastruktur dan pertanian.
Tukun tiruan ini telah memberi manfaat langsung kepada nelayan setempat berikutan pertambahan tangkapan ikan disebabkan oleh peranan tukun tiruan sebagai sanctuary buatan yang menyediakan kawasan pembiakan dan nursery untuk ikan-ikan dan lain-lain kehidupan marin. Tukun tiruan ini juga dapat mengelakkan aktiviti penangkapan ikan berlebihan yakni overfishing dan penangkapan ikan tidak sah illegal fishing oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab menggunakan pukat harimau dan jaring tekap atau jaring babi. Ini kerana penggunaan pukat dan jaring telarang ini akan tersangkut pada struktur tukun-tukun tiruan yang diletakkan ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Pandan Indah atas inisiatif ini dan saya memohon agar lebih banyak tukun tiruan dapat diletakkan di sekitar kawasan kelong ini. Tuan Timbalan Speaker, menjelang tahun 2040, Selangor dijangka mempunyai unjuran populasi 1.3 juta warga emas yang berumur lebih 65 tahun. Dengan sistem kesihatan dan akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih baik di negara ini termasuk kesihatan kendiri dan imunisasi, jangka hayat dan umur rakyat di negara ini telah meningkat, namun cabaran ekonomi semasa dan simpanan masa tua yang rendah menyebabkan ramai golongan warga emas ini kelak tidak boleh sepenuhnya
meninggalkan alam pekerjaan. Justeru adalah penting Kerajaan Negeri mula merancang bagi menyediakan pelan pembangunan facility awam serta rancangan penjagaan kesihatan yang dapat mendukung populasi menua di Negeri Selangor ini, maka bagi menjadikan Selangor sebagai negeri kalis masa depan terhadap populasi menua adalah penting untuk Kerajaan Negeri memasukkan rancangan dan inisiatif bagi sektor ekonomi perak atau silver ekonomi. Silver Ekonomi ini adalah sektor ekonomi yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan ekonomi dan sosio ekonomi warga emas yang masih perlu terus berada di alam pekerjaan. Keperluan-keperluan ini termasuklah pasaran buruh ekonomi perak, sistem infrastruktur awam dan akses kepada penjagaan kesihatan. Antara model terbaik di dalam perancangan silver ekonomi untuk mendepani populasi menua ini adalah dilihat dari Singapura dan Jepun. Justeru saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelidikan bagi mengkaji dan meneliti kepentingan silver ekonomi ini bagi mendepani populasi menua di Negeri Selangor. Tuan Timbalan Speaker, seperti yang kita sedia maklum, krisis iklim dan konflik geopolitik dunia telah memberikan kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan global. Ini memberi kesan langsung dan gangguan kepada bekalan makanan di negara ini. Kebergantungan yang tinggi terhadap import komoditi telah memberi kepada ketersediaan bekalan makanan ruji seperti ayam, daging dan sayur-sayuran. Ini menyebabkan inflasi makanan yang pada akhirnya ditanggung oleh rakyat. Jadi saya ingin menegaskan bahawa krisis ekonomi di dalam industri ini adalah penting tetapi jaminan keselamatan bekalan makanan adalah juga sama penting. Keselamatan makanan ini adalah survival dan keperluan harian rakyat. Justeru, saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan tumpuan khas kepada reformasi kepada pertanian di Negeri Selangor dan membangunkan tanah-tanah pertanian terbiar untuk aktiviti-aktiviti penternakan ayam dan lembu, penanaman jagung serta sayur-sayuran untuk mendukung jaminan keselamatan bekalan makanan di negara ini secara amnya dan di Negeri Selangor secara khususnya. Pembangunan industri pertanian ini bukan sahaja bakal menjadikan Selangor sebagi krisis ancaman kepada keselamatan makanan malah dapat menjana peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi setempat di dalam rantaian bekalan makanan yang holistik. Ditambah pula dengan kaedah pertanian dan perladangan yang berteknologi tinggi hasilnya akan lebih lumayan. Sebagai contoh Program Inisiatif Sekuriti Makanan yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan lebih 400 hektar tanah terbiar bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan tetapi bagaimana penggunaan teknologi dan robot sistem automasi, kecerdasan buatan AI, drone dan lain-lain yang dapat membantu pengeluaran sektor pertanian pada masa hadapan.
Tuan Timbalan Speaker, saya rasa cukup sampai di sini sahaja ucapan saya sebagai Ketua Pembangkang dan wakil rakyat Sungai Air Tawar pada hari ini. Saya berharap agar perkara-perkara dan cadangan yang saya sampaikan tadi mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Menteri
Besar dan Kerajaan Negeri. Dan saya juga berharap agar bahawa kerangka ekonomi Selangor 2023 BN yang saya bentangkan turut bentangkan perhatian dan pertimbangan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Saya yakin kerangka ekonomi ini bukanlah pesaing tetapi ada sinergi untuk melengkapi Belanjawan Selangor ini. Pada akhirnya, saya dan kita semua sama-sama mengharapkan agar proses penggubalan belanjawan dan dasar-dasar besar di Negeri Selangor ini diharapkan agar proses penggubalan belanjawan dan dasar-dasar besar di Negeri Selangor ini dilaksanakan atas semangat dwipartisan demi pembangunan kemakmuran negeri dan rakyat Selangor ini yang kita cintai. Akhirnya itulah falsafah utama saya yang saya bawakan pembangunan yang seimbang dan semua segmen terpelihara agar tiada yang ketinggalan. Sekian, Wabillahi Wataufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya persilakan Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Bangun pagi makan sarapan, Sebelum pergi mencari ikan, Hati tergerak untuk ucapkan, Salam hormat untuk kalian
Yang dihormati Tuan Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, kakitangan kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan saya susulan daripada Pembentangan Belanjawan Tahun 2023. Salam sejahtera, salam reformasi. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO atas Pembentangan Belanjawan Selangor Tahun 2023 pada hari Jumaat yang lepas yang berjumlah RM 2.45 bilion yang bertemakan Kita Selangor, Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan Menjayakan Harapan. Negeri Selangor yang merupakan tonggak utama KDNK Negara kekal berada di tangga atas dengan nilai jumlah RM 3.43 bilion pada tahun 2021 berbanding dengan RM 3.71 bilion pada tahun 2020. Nilai-nilai tersebut meningkat ke 5% pada tahun 2021 berbanding dengan -5.25% pada tahun 2020 sekali gus telah melepasi pertumbuhan nasional yang melepasi data sebanyak 3.1%. Tahniah dan syabas pada Kerajaan Negeri Selangor. Baru-baru ini ada sesetengah pihak yang cuba menyindir kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dalam kempen politik semasa PRU-15. Namun pengumuman pada Jumaat lepas oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berhubung rizab kumpulan wang disatukan Negeri Selangor sehingga 24 November 2022 yang dicatatkan sebanyak RM 3.2 bilion berbanding pada RM 2.8 bilion pada tahun sebelum ini merupakan tamparan hebat terhadap dakwaan mereka. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan
yang ditunjuk terhadap keperluan rakyat di samping mengekalkan momentum kedudukan kewangan negeri untuk terus maju ke depan. Perkara ini terbukti diberi cadangan untuk pembangunan di Negeri Selangor yang berjumlah RM 1.2 bilion sebuah pertambahan 7% berbanding dengan belanjawan tahun sebelum ini bertujuan untuk menumpukan kepada pembangunan sektor sosial. Saya tertarik dengan dasar Kerajaan Negeri yang berhasrat untuk mengutamakan jaminan sektor swasta yang merangkumi kebajikan, pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat jelata yang mana tahun hadapan bakal menjadi tahun yang mencabar dengan kegawatan ekonomi dunia.
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, Kuat akar kerana tanahnya.
Bermaksud kekuatan kerajaan adalah kerana rakyatnya yang bersatu padu dan menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui belanjawan ini. Biar pun tohmahan demi tohmahan, fitnah demi fitnah dilempar terhadap Kerajaan Pakatan Harapan namun Kerajaan ini berdiri megah, bersinar lawa bagai bulan di pagar bintang disebabkan prestasi pentadbirannya. Hal yang demikian, di dewan yang mulia ini juga telah menyaksikan Kerajaan Negeri telah mengambil berat menjangkaui norma rancangan menyeluruh untuk 5 tahun yang akan datang yang dikenali sebagai RS-1 atau pun Rancangan Selangor Pertama. Saya menyimpulkan mukadimah ini dengan sebuah ungkapan dari Nelson Mandela yang berbunyi dengan izin, The greatest glory in living lies not in never falling, but in rising every time we fall.
Sebuah ungkapan yang boleh diberikan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berputus asa terhadap perjuangan dan rakyat yang tidak pernah luntur kepada kepercayaan terhadap beliau. Tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan selamat bertugas. Tuan Timbalan Speaker, dalam pada kita meraikan perkembangan mutakhir, ada suatu setiap kali saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini, saya akan memberi peringatan yang tegas iaitu isu perubahan iklim dunia. Masalah pemanasan global yang dipersetujui untuk dihadkan pada tahap 1.5 celsius pada Konvensyen Iklim Dunia seakan-akan tiada kesan terhadap peredaran laju negara dunia yang mengacapi perubahan. Suhu semasa bumi yang hampir 1.3 celcius bakal meningkatkan pada tahun-tahun yang akan datang dan ketinggian paras laut yang akan semakin meningkat. Keadaan cuaca yang tidak menentu telah membelenggu kita. Pertengahan tahun ini suhu cuaca di London telah mencecah 40 Celsius, lebih panas daripada Malaysia, tambahan pula pembakaran hutan merebak tanpa kawalan di merata tempat termasuk di Negeri Selangor selain itu heat wave yang kita semua sudah boleh rasa hari ini akan bertambah. Bayangkan satu bandar raya seperti di Petaling Jaya pada tahun 2020 mencatatkan kepadatan penduduk yang tertinggi di Malaysia sebanyak 1.6 juta dengan pembangunan pesat di bandar dan pelepasan karbon di udara gelombang panas yang disebabkan pemanasan global ini seolah-olah terperangkap di dalam bandar dan pastinya akan menerima kesan kepada penduduk. Saya mengalu-alukan niat Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah maklum kepada semua
bahawa Selangor sedang mengkaji pengisytiharan darurat iklim atau agensi. Ini adalah penting kerana dengan pengisytiharan tersebut maka satu peruntukan dana yang mencukupi harus diberikan kepada pihak yang berkaitan untuk memastikan kita ada satu sistem adaptasi untuk menangani darurat iklim ini. Saya menyambut baik juga cadangan Kerajaan Negeri yang telah menjamin penambahan keluasan hutan simpan di Negeri Selangor. Usaha ini perlu ditambah lagi. Pengisytiharan daerah Kuala Kubu Baharu sebagai satu kawasan di mana ada Central Forest Spines akan dipelihara dan juga dipulihara juga disambut baik. Saya harap juga ada banyak lagi koridor ekologi sedemikian sebagai contohnya di Shah Alam iaitu Hutan Simpan Bukit Cerakah dan Bukit Cerakah. Tambahan, dengan adanya satu koridor yang dikenali sebagai Hutan Komuniti Setia Alam. Bukan itu sahaja, koridor-koridor sebegini akan memberi satu jaminan alam sekitar kepelbagaian bio-diversiti dan ia perlu dipelihara dan di warta. Bicara tentang bio-diversiti, saya ingin memetik satu ungkapan roman yang mengatakan dengan izin, the burden is falling on those who did the list course the problem bermaksud golongan yang menerima kesan yang paling banyak adalah mereka yang kurang atau tidak pernah membuat apa-apa yang menyebabkan masalah ini. Hal ini sering berlaku di dalam isu perubahan iklim dan pembangunan bangunan yang tidak terancang. Berikutan pelan Kerajaan Negeri dalam Rancangan Selangor Pertama untuk membangunkan beberapa kawasan seperti Pulau Carey sebagai satu zon ekonomi khas untuk perindustrian, logistik dan sebagainya, saya sarankan kepada Kerajaan Negeri untuk mencadangkan kawasan perairan Negeri Selangor seperti di sekeliling Pulau Carey, Pulau Indah dan juga di kawasan-kawasan lain diwartakan sebagai kawasan laut negara konservatif bernilai tinggi untuk menjamin ekonomi biru atau blue economy dipelihara dan rakyat boleh mendapat manfaatnya.
Baru-baru ini Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun COP27 telah berlangsung di Mesir pada 7 hingga 18 November 2022. Sidang kemuncak ini merupakan pentas utama dunia untuk berbincang tentang isu-isu tentang berkaitan dengan perubahan iklim dan fenomena pemanasan global ini bukan lagi satu perbincangan dalam wacana. Ia adalah satu perkara yang sangat serius dan jika tindakan drastik tidak diambil, maka keadaan dunia dan termasuk negeri Selangor akan bertambah buruk. Pada ketika ini saya ingin juga menekan bahawa pertumbuhan pokok paya bakau di sekitar Negeri Selangor ini di kawasan-kawasan tertentu merupakan satu peralatan tebatan banjir semula jadi dan saya harap Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan lagi usaha memulihara pokok bakau dan menanam semula di kawasan-kawasan tersebut. Walaupun satu peruntukan sebanyak 3.6 juta telah diperuntukkan tetapi dengan izin prevention is better than cure. Sesungguhnya sesuatu perubahan yang ingin dibawa adalah tidak sempurna tanpa kesedaran kedalaman. Tindakan Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan RM 800,000 untuk program pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar disambut baik tapi kita tahu RM 800,000 ini memang tidak cukup. Maka saya harap Kerajaan Negeri juga akan lihat macam untuk menambah lagi di dalam peruntukan yang disebut ini kerana tahap alam sekitar harus ditingkatkan lagi dalam lapisan masyarakat terutamanya
golongan muda dan kesan implikasi perubahan iklim ini harus diketahui oleh semua. Kerajaan Negeri juga harus menumpukan perhatian pada tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, mikro dan mini hidro, biomass dan lain-lain. Inisiatif Kerajaan Negeri untuk membuat tiang lampu menggunakan tenaga solar untuk seluruh DUN Negeri Selangor sangat dialu-alukan. Sehaluan dengan Perjanjian Iklim Paris 2015, Konvensyen Lestari 2019 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mana Malaysia telah menyatakan untuk komitmen gas hijau sudah tiba masanya untuk Selangor muncul sebagai negeri yang mempelopori usaha ini. Sebagai contohnya di negara Perancis baru-baru ini, mereka telah membuat satu garis panduan di mana semua bumbung parkir di luar mesti ditutup dengan papan solar. Saya rasa ini adalah satu contoh yang Kerajaan Negeri boleh ikut juga. Saya rasa bangga bahawa dua PBT di negeri Selangor di MBPJ dan MBSA tersenarai pada bandar yang menyumbang kelestarian alam sekitar dunia bersama dengan 72 penyumbang dari Malaysia seperti yang direkodkan dalam laman sesawang UN Global Climate Action. Selangor juga harus menarik lebih ramai direct domestic inventors (DDI) dengan izin atau pelabur tempatan untuk melabur dalam usaha-usaha seperti ini. Saya lahir penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang mengetahui cabaran dan kesan di dalam perubahan iklim dan mengemukakan perhatian khusus dalam daya tahan dan pengurusan bencana. Bukan sahaja dalam Belanjawan Selangor pada Jumaat lepas malah juga pada pembentangan Rancangan Selangor Pertama baru-baru ini. Negeri kita harus mempunyai projek tadahan air yang harus berkemampuan untuk menampung taburan hujan sebanyak 300mm hingga 400mm. Hal ini hanya mampu menjadi kenyataan jika hutan semula jadi kita dikekalkan dan aktiviti pembalakan di kawal selia. Kawasan tanah yang terdedah kepada hujan akan menyebabkan hakisan tanah yang mana tanah-tanah akhirnya tanah-tanah ini termendap di dalam saluran sungai, longkang dan seterusnya memburukkan lagi keadaan sewaktu banjir. Bukan sahaja itu pergerakan air yang berlebihan ke atas tanah yang terdedah menyusuri pergelangan tanah memecah struktur tanah dan akhirnya terhakis hakisan tanah yang sangat dahsyat dan merumitkan terutama penduduk bandar. Maka di DUN Sungai Lanjan saya ingin membawa kepada perhatian Kerajaan Negeri bahawa kejadian tanah runtuh sekarang lebih lama, lebih kerap dan hampir-hampir meragut nyawa sebagai contohnya di Taman Suria, Taman Puri dan Selayang Utama.
Saya merujuk kepada satu surat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang di mana ketiga-tiga taman ini berada di dalam kawasan selia Majlis Perbandaran Selayang di mana sudah ada satu permohonan daripada MPS kepada Kerajaan Negeri untuk keluarkan peruntukan yang mencukupi untuk membaiki kawasan-kawasan cerun. Total jumlahnya adalah hampir RM 15,000,000. Pada ketika ini saya difahamkan peruntukan ini belum disalurkan kepada MPS, saya harap Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan peruntukan tersebut secepat mungkin. Saya juga mohon kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk memperuntukkan anggaran satu bilion ringgit untuk mengukuhkan semua cerun-cerun yang berdekatan dengan perumahan di negeri Selangor. Ini adalah satu
peruntukan yang sangat penting tatkala cabaran bencana hari-hari yang akan datang tidak diketahui maka usaha hari ini berkemungkinan menyelamatkan nyawa orang kita sayangi.
Tuan Speaker, saya mendesak Kerajaan Negeri untuk segera melabur dalam Pelan Adaptasi Iklim Kotingensi Terancang untuk mengawal bencana banjir pada masa yang akan datang. Penambah pembaikan banjir sebagai contohnya, meningkat jumlah kapasiti kolam tadahan serta lencongan air akan mengelakkan insiden seperti air pasang tinggi. Kerajaan Negeri adalah digalakkan penglibatan pihak berkepentingan stake holder dan juga public private partnership dengan izin. Dalam proses mitigasi banjir dan dalam anggaran saya, Kerajaan Negeri Selangor perlu mengeluarkan sebanyak RM 30 bilion untuk mengawal selia masalah ini. Kerajaan Negeri juga perlu menyediakan proses untuk membina terowong pengalihan air hujan sebagai contohnya SMART di Shah Alam dan juga di kawasan-kawasan lain di Klang dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan memandangkan sistem perparitan semasa tidak dapat menampung limpahan air yang terlalu tinggi. Hal ini bagi mengelakkan lagi satu musibah yang teruk seperti bulan Disember yang lepas yang telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM 1.4 bilion kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menyentuh sedikit sahaja kerana saya nampak ada sedikit kesuntukan masa tujuh minit. Saya ingin menyentuh kawasan Sabak Bernam ataupun SABDA, food security, keselamatan makanan adalah satu perkara yang sangat penting. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana satu telah memperkenalkan program SABDA ini di mana pertanian akan digerakkan secara lestari dan intensif. Saya terpanggil untuk mengingatkan sekali lagi Kerajaan Negeri bahawa pembangunan SABDA ini mesti menitikberatkan Hutan Simpan Sungai Karang dan Hutan Simpan Raja Musa. Tanpa hutan simpan ini tiadalah kawasan pertanian termasuklah kawasan sawah padi yang penting di Negeri Selangor khususnya di Sabak Bernam.
Tuan Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang pada tahun 2021 telah memperkenalkan Program Anak Selangor Anak Sihat Asas khusus untuk menangani malnutrisi di kalangan kanak-kanak di Negeri Selangor. Maka saya harap Kerajaan Negeri akan terus menjalankan program tersebut dengan bantuan Kerajaan Persekutuan supaya semua murid-murid di Negeri Selangor khususnya pelajar B40 akan dapat nutirion seperti susu formula khas, multivitamin, makanan berkalori tinggi dan juga khidmat kaunseling di sekolah-sekolah mereka. Tuan Timbalan Speaker, satu perkara yang penting adalah perpaduan dan saya sangat mengalu-alukan Geran Perpaduan Kita Selangor sebanyak RM 300,000 dan peruntukan dua juta untuk pembangunan inovasi diperuntukkan di dalam Belanjawan Selangor 2023. Saya harap ini menjadi satu loncatan paradigma di Negeri Selangor khususnya di mana saya rasa baru-baru ini sangat terganggu apabila kita mendapat maklumat bahawa pada hari ini pada abad ke-21 pada tahun 2022, kita masih ada perkataan, kata-kata yang saya rasa tidak
wajar disebut dan juga tidak wajar disebar. Kata-kata seperti ini yang tidak menunjukkan respek dan juga kebijaksanaan mana-mana pihak, saya harap semua Ahli-Ahli di dalam Dewan Negeri ini, parti-parti politik khususnya di Negeri Selangor tidak menggunakan isu-isu perkauman, racism dan sebagainya dan kalau nak menekan isu-isu politik. Saya selalu kata kepada kawan-kawan saya dengan izin, the problem is not about the people but the problem is usually with politicians. Maksudnya ahli politik yang suka mengapi-apikan isu perkauman, isu agama dan sebagainya. Saya rasa kita dah sampai satu tahap di mana kita dah matang khususnya di Negeri Selangor. Demokrasinya di sini sudah matang. Kita ada satu kerjasama yang sangat baik dengan pihak pembangkang. Hari ini saya pun tidak tahu Sungai Air Tawar atau pun Sijangkang. Not sure yet, suasana kat sini agak pada ketika ini, Bukit Antarabangsa mungkin. Walau bagaimanapun saya juga mengingatkan kawan-kawan saya bila mereka kata, Oh Perikatan Nasional ini membawa satu politik yang tidak bagus di Negeri Selangor atau pun di Malaysia, saya ingatkan mereka pada satu ketika tidak lama sebelum ini, kita juga berada di dalam satu kerajaan bersama dengan Parti Islam dan rakan baik saya adalah Sijangkang. Dia duduk di sebelah saya, kita ada selalu banyak cerita ada banyak perkara kita kalau duduk bersama kalau satu hati dengan niat yang jernih dan murni, saya rasa kita boleh mengatasi apa-apa juga masalah di hadapan kita. Jadi saya haraplah dengan duta perpaduan, program-program yang dijanakan, yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri, kita sama-sama. Jangan abaikan pihak pembangkang, kita harus bersatu supaya boleh menunjuk satu contoh yang baik di Negeri Selangor untuk anak muda kita.
Tuan Timbalan Speaker, dua point yang sangat ringkas, satu adalah wanita. Saya harap Selangor akan dapat menyemarakkan lagi usaha ini dan memastikan perwakilan 30% wanita dalam semua program dan projek Kerajaan Negeri harus memartabatkan kaum wanita di Negeri Selangor. Tibalah masanya untuk Dewan Negeri Selangor menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk wanita dan saya harap semua Ahli-Ahli Dewan Negeri ini akan juga menyokong dan kita juga harus mengkaji pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor di mana perwakilan 30% wanita ini harus dimasukkan ke dalam undang-undang tersebut. Tuan Timbalan Speaker, Negeri Selangor berbangga dengan keunikan lapisan masyarakatnya, Negeri Selangor menghormati semua lapisan kaum masyarakat, kita telah raikan sambutan pelbagai kaum di negeri ini, kita menjamah juadah pelbagai kaum. Saya harap rakyat Selangor boleh membuktikan walaupun ada perbezaan antara budaya dan agama, rakyat di sini tidak boleh dirunsing lagi dengan fahaman yang melampau untuk agenda politik sendiri. Ikan paus pandai menyelam, dari lubuk hati yang paling dalam, saya mengakhiri dengan salam. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Sudah cukup masa, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, dengan ini saya tangguhkan dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula. Saya persilakan Hulu Kelang. Tolong tekankan mic.
Nak tekan juga? Dia kata saya bercakap sahaja tak perlu tekan. Ok, Tuan Speaker, saya Saari Sungib Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, DUN Hulu Kelang ingin menyampaikan sebuah surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia melalui Dewan Negeri Selangor yang molek ini. Saya memahami bahawa pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini sebagai Perdana Menteri Malaysia merupakan satu perubahan yang besar dalam konteks bagaimanakah kita di Dewan Negeri Selangor ini memainkan peranan sebagai Ahli Dewan Negeri, Speaker, Timbalan Speaker, EXCO Kerajaan dan pihak-pihak yang boleh membawa kebaikan kepada Negeri Selangor. Saya, pada hari ini duduk di sini sebagai ADUN atau Ahli Dewan Negeri Selangor bagi Penggal Ketiga bagi DUN Hulu Kelang bermula dari Mac 2008 di bawah Parlimen Gombak dan Alhamdulillah dalam Pilihan Raya yang baru-baru ini diadakan, rakyat Gombak bermaruah telah menobatkan Amirudin Shari sebagai Ahli Parlimen baru bagi kawasan kami Gombak. Semoga Allah merahmati kami semua. Tahniah dari kami kepada rakyat Hulu Kelang dan Gombak atas pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 mewakili hasrat dan cita-cita untuk menikmati Kerajaan Reformasi yang menjiwai dan menghayati prinsip-prinsip demokrasi, keadilan, kesamarataan dan nilai-nilai kemanusiaan, Perdana Menteri akan membantu kami menyelesaikan masalah secara langsung. Jadi, kami memahami bahawa dengan saya menulis dan menyiarkan surat ini dan seruan ini membuktikan saya menyampaikan hasrat dan kerunsingan yang dihadapi oleh rakyat Hulu Kelang selama ini. Dan dengan itu, kita percaya di samping saluran rasmi yang akan saya lakukan dengan menghantar surat ini terus ke atas meja Dato’ Perdana
Menteri di Putrajaya dalam pentadbiran yang tidak ada birokrasi yang terlalu ketat dan sampailah maklumat ini kepada beliau. Pertama, kami menyeru, saya menyeru agar Perdana Menteri dengan disokong oleh Dato’ Menteri Besar membantu rakyat DUN Hulu Kelang yang menderita dan terancam keselamatan kami, diri dan nyawa disebabkan jalan berlubang kerana dikorek dan banyak tidak ditimbus dalam projek pembinaan rangkaian paip pembetungan di Bunus Kuala Lumpur (Reka dan Bina) dengan nombor kontrak yang dinyatakan di dalam surat ini. Projek ini memerlukan intervensi daripada Perdana Menteri untuk menentukan sama ada ia perlu diteruskan atau diberhentikan kerana ada lubang-lubang yang tidak diteruskan dan tidak dikambus telah menyebabkan kemalangan yang setakat ini masih lagi belum meragut nyawa tetapi kesannya cukup mengerikan. Jadi, saya menyeru agar satu keputusan yang tuntas dibuat dan saya percaya Dato’ Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat membantu kami. Kedua, menyelesaikan halangan yang sebelum ini dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyusahkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memajukan pembinaan dan pembinaan setinggan secara in-situ di Kampung Fajar Hulu Kelang. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan setinggan, peneroka bandar di Kampung Taman Warisan, Kampung Sungai Sering dan Kampung Batu 8 dan tempat-tempat lain di Hulu Kelang. Ketiga, saya menyeru Perdana Menteri dibantu oleh Menteri Besar menyelesaikan masalah rumah-rumah pangsa yang sudah tidak boleh lagi dinamakan sebagai tempat tinggal kepada penghuni demi mengelakkan terjadinya tragedi bangunan runtuh berlaku sekian kalinya di Hulu Kelang. Perumahan pangsapuri di Flat Ridzuan yang diterima keadaannya tanpa CF perlu ditangani segera. Demikian juga keadaan pangsapuri AU1A yang dibina pada akhir tahun 1980an. Dan pangsapuri AU2A di mana penduduk telah menduduki sejak tahun 1974. Di kedua-dua bangunan ini mempunyai banyak paip dalam rumah bawah tanah, di bahagian lantai yang bocor dan pendawaian elektrik yang melebihi usia 40 tahun. Keempat, menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di DUN Hulu Kelang, rakyat menderita, terseksa tidak ada air, air ada tetapi tidak sampai kerana berlakunya paip pecah terutamanya di Taman Melawati khususnya di semua Jalan-jalan A, Jalan C dan E dengan memperuntukkan yang secukupnya bagi menggantikan paip-paip lama jenis asbestos yang selalu pecah. Kelima, saya menyeru Perdana Menteri dibantu oleh Menteri Besar menyegerakan proses pengoperasian Bukit Tabur dan Permatang Kuartza sebagai geopark dan seterusnya, sebagai warisan Dunia, Antarabangsa World Heritage, membantu melindungi laluan burung raptors di ruang angkasa Bukit Taman Melawati yang juga menjadi perhatian masyarakat antarabangsa, memberi hak milik tanah di kawasan Ranjau dan Deboi bagi mereka yang telah dijanjikan dan telah berjaya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kita tahu bahawa Dato’ Menteri Besar Selangor telah memberi komitmen untuk mencari wang secukupnya
untuk menebus, membeli balik tanah-tanah yang telah diserahkan dihakmilikkan untuk tidak dimajukan oleh pengguna. Keenam, menyeru agar Kerajaan mengambil tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan reformasi, menegakkan keadilan dengan membebaskan semua tahanan politik menurut proses keadilan yang sewajarnya dan bersandarkan piawaian yang hak asasi manusia Antarabangsa. Ketujuh, menjalankan segala proses pemansuhan dan penggubalan Akta-akta secara tatacara yang zalim terutamanya SOSMA dan POTA dan digantikan dengan Undang-undang yang adil secara sejagat. Kelapan, mengukuhkan perjuangan warisan rakyat bagi memperingati kezaliman dan penindasan yang telah memangsakan puluhan ribu menurut buku PHD yang diterbitkan oleh London University karya Dato’ Rais Yatim. Puluhan ribu rakyat Malaya dan Malaysia dan warga asing dengan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai World Heritage. Saya mempunyai bahan-bahan yang cukup banyak, buku yang saya tulis di dalam KEMTA begitu juga beberapa enam (6) kilogram berat poskad yang dihantar daripada seluruh dunia kepada saya ketika saya merengkok sebagai prisoner of conscience di Kem Kamunting. Dan kita menyeru agar Kerajaan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai satu World Heritage sebagaimana saya selalu menjadikan Robben Island, penjara Presiden Mandela sebagai World Heritage yang didatangi oleh ribuan orang sehingga mendatangkan hasil kepada ekonomi negara. Kesembilan, membantu dan mengeluarkan peraturan selaras ke semua kawasan pentadbiran bagi membina medan-medan selera yang kemas, tersusun, bersih bertaraf A dan B, sekurang-kurangnya menurut piawaian Singapura, jiran kita. Kesepuluh, memastikan segala pencerobohan tanah-tanah kerajaan seperti zon penampan, tanah rizab jalan dan sungai untuk dijadikan bengkel dan kadang-kadang perniagaan hendaklah dibereskan yang telah dirobohkan secara paksa diganti balik dan apa yang telah dijanjikan kepada mereka hendaklah diselesaikan dengan satu proses pemutihan, Program Pemutihan Premis Berniaga Selangor dalam tempoh lima (5) tahun. Akhir sekali, saya menyeru Perdana Menteri Malaysia yang akan mengoperasikan pentadbiran Perdana Menteri Negeri dan Menteri Besar, daerah-daerah, PBT-PBT, anak yatim, orang susah, ibu tunggal dan seterusnya membantu bagi menunaikan janji oleh PBT di kawasan saya, MPAJ untuk membina semula kedai-kedai yang sebelum itu berada di susur keluar laluan Ukay Perdana ke MRR2 sebanyak 48 unit sebagaimana yang dijanjikan, tanah telah disediakan. Kerjasama antara Pejabat Tanah Gombak dan MPAJ hendaklah dilaksanakan dengan mantap dan ini akan menjadikan berhampiran dengan situ, satu bengkel yang telah diruntuhkan, dibina sebagaimana yang dijanjikan. Dengan itu, saya berharap apa yang saya sampaikan ini direkodkan dengan baik, sebaik-baiknya, disampaikan dalam media dan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bertanggungjawab memastikan sepucuk surat saya sampai ke atas meja Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terima kasih Menteri Besar Selangor, terima kasih EXCO, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih.
Baik, terima kasih Hulu Kelang. Saya mempersilakan Subang Jaya, 15 minit.
Terima kasih Tuan Speaker, Subang Jaya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Dato’ Menteri Besar dan juga barisan EXCO atas pembentangan Belanjawan 2023 yang cukup komprehensif. Subang Jaya tertarik dengan beberapa cadangan dan ingin kongsikan pengalaman dengan harapan bahawa dasar tersebut dapat ditambah baik. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Subang Jaya sempat hadir kursus Temasek Foundation iaitu di bawah Lee Kuan Yew School of Public Policy di Singapura secara atas talian dan di situ lah pasukan saya telah menjalankan satu dasar berkenaan Pengurusan Permintaan Air iaitu Demand Management di Negeri Selangor. Sebab mengapa dasar Pengurusan Permintaan Air dilihat penting adalah kerana air melibatkan bekalan dan permintaan. Kedua-duanya menyumbang kepada rezab margin air yang juga merupakan standard ukur tahap kesihatan air sesebuah negeri. Seperti dimaklumkan oleh Dato’ Menteri Besar rezab margin air di Selangor kini berada pada 13.6% iaitu masih kurang daripada tahap minimum 15% yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Tanpa perbelanjaan sebesar untuk menaikkan bekalan contohnya dengan bina Loji Rawatan air, penyambungan paip dan sebagainya, pengurusan permintaan air yang bijak juga mampu meningkatkan rezab margin air. Di Selangor, penggunaan kami telah naik dari 231 liter setiap orang setiap hari pada tahun 2017 kepada 270 liter setiap orang setiap hari. Ini adalah 68.7% lebih tinggi daripada sasaran WHO yang mencadangkan penggunaan sebanyak 160 liter setiap orang setiap hari. Mungkin ada di kalangan kami yang berpendapat bahawa pengurangan penggunaan adalah mustahil tetapi jiran kami iaitu di Singapura, penggunaan air rakyatnya adalah pada tahap 130 liter setiap orang setiap hari. Cuaca mereka sama, budaya mereka serupa jadi tiada sebabnya tahap penggunaan air kami dibandingkan dengan mereka terlalu jauh berbeza dan walaupun penggunaannya adalah kurang daripada sasaran WHO iaitu 160 liter setiap orang setiap hari, Kerajaan Singapura mempunyai sasaran untuk mengurangkan lagi penggunaan air sebayak 30% menjelang tahun 2030. Jadi Subang Jaya ingin tanya apakah sasaran pengurangan Negeri Selangor dan apakah jangka masa yang diberikan untuk mencapai sasaran tersebut? Dalam kajian Subang Jaya, semasa kursus dengan Temasek Foundation, kami mengenal pasti beberapa cadangan pengurusan permintaan. Yang pertama, 71% di kalangan mereka yang membuat survey, mengatakan bahawa mereka tidak sedar berkenaan kempen-kempen penjimatan air yang dilancarkan oleh Negeri Selangor. Walaupun Air Selangor telah menghasilkan content, kandungannya tidak disebar luas. Subang Jaya ada beberapa cadangan. (i) Air Selangor wajar pastikan video dan info grafik berkenaan penjimatan air muncul sebelum pengguna membayar bil melalui e-mel atau pun apps Air Selangor;
(ii) Air Selangor juga perlu masuk ke dalam sekolah untuk menjalankan kempen kesedaran kepada murid-murid dengan harapan ia akan mempengaruhi ibu bapa mereka; (iii) Sambutan Hari Air Sedunia wajar dilaksanakan di dalam komuniti. Kerajaan Negeri Selangor wajar menggunakan hari tersebut untuk membina kesedaran. Salah satu caranya adalah melalui Majlis Perwakilan Penduduk ataupun Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Selain kempen kesedaran, Air Selangor juga perlu fikir cara untuk menyampaikan maklumat berkenaan tahap penggunaan air seseorang kepada pengguna. Subang Jaya cadangkan supaya bagi pengguna yang menggunakan kurang daripada 160 litre setiap orang setiap hari bahawa satu sistem ganjaran diwujudkan untuk menggalakkan kelakuan begitu. Bagi pengguna yang menggunakan lebih daripada 160 liter setiap seorang setiap hari bahawa maklumat tersebut disampaikan kepada mereka berserta maklumat tentang kesan penggunaan air yang tinggi terhadap dunia ini. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, penggunaan air yang tinggi ada impaknya bukan sahaja terhadap rizab margin air tetapi lebih penting terhadap alam sekitar. Penghasilan air terawat melibatkan penghasilan karbon yang secara tidak langsung menyumbang kepada perubahan iklim. Selain itu penggunaan air yang tinggi juga membawa impak kepada badan-badan air seperti sungai dan tasik dengan mengurangkan air di dalamnya yang pada masa yang sama merosakkan tempat hidup flora dan fauna yang bergantung kepada nya. Wajar kami bertanya kepada diri sendiri adakah jenis dunia yang kami ingin tinggalkan untuk anak dan cucu cicit kami. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, cara ketiga untuk mengawal penggunaan air adalah dengan mengadakan kempen semakan kebocoran dalam rumah. Air Selangor juga wajar berhubung dengan mereka yang mempunyai bil yang tinggi dan mencadangkan supaya pengguna berkenaan semak premis mereka. Ahli-ahli Yang Berhormat tahukah anda bahawa selepas setahun titisan air daripada pili bocor mampu mengisi satu kolam renang. Ini adalah air yang tidak dimanfaatkan dan akan dibazirkan begitu sahaja. Oleh itu, jika kami ingin menangani pengurusan permintaan, kesemua perkara ini perlu diambil kira. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Subang Jaya tertarik dengan peruntukan RM2 juta untuk pembangunan agroponic khasnya berkenaan precision farming. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, terdapat satu kebun dalam bangunan yang menggunakan sistem precision farming dalam Subang Jaya. Walaupun tiada matahari dan tiada tanah, di dalam bangunan tersebut, tumbuhnya pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan seperti strawberi, thyme sebagainya. Cara ia tumbuh adalah dengan mengawal suhu, air, nutrisi dan pancaran UV dalam pelbagai komposisi dengan menggunakan sistem hydroponic dan Artificial Intelligence (AI). Terdapat juga ramai anak-anak muda dengan berkelayakan tinggi yang terlibat dalam kebun dalam bangunan tersebut. Terdapat seorang saintis yang berijazah Doktor
Falsafah daripada University of Nottingham, seorang pakar robotic dan seorang pakar Artificial Intelligence yang kedua-dua berijazah Doktor Falsafah dalam Biomedical Engineering dari Monash Universiti Malaysia. Pengoperasian kebun tersebut pula telah memperoleh Ijazah Master beliau dalam Agronomi dari Universiti Putra Malaysia. Oleh itu jelas daripada contoh kebun ini bahawa banyak peluang pekerjaan dapat dihasilkan selaras dengan sasaran Negeri Selangor untuk menjadi sebuah high income state dengan izin. Namun masalah yang dihadapi industri precision farming adalah kekurangan dasar dan peraturan-peraturan pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Ini membuka ruang kepada rasuah yang seterusnya menjadikan mereka susah beroperasi sehingga mereka sedang rancang untuk pindah ke Singapura. Secara fakta agensi-agensi di Singapura telah menghubungi mereka untuk menawarkan sokongan kewangan di samping iklim perniagaan yang lebih mesra yang akan bantu mereka membangun. Jadi untuk mengelak kehilangan bakat, Subang Jaya menyarankan agar Kerajaan Negeri dengan segera melaksanakan tiga perkara. (i) Menjalankan survey berkenaan bilangan kebun precision farming di seluruh negeri Selangor; (ii) Menggubal peraturan-peraturan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan untuk memutihkan aktiviti mereka; (iii) Tawarkan kepada sokongan kewangan. Isu seterusnya yang ingin dibawa Subang Jaya ialah berkenaan penambahbaikan sistem penjagaan awal kanak-kanak dengan mendaftar mereka dengan negeri Selangor. Dengan izin Tuan Speaker, Subang Jaya ingin baca daripada satu keratan akhbar The Star yang diterbit pada 13 Ogos 2022 yang mengatakan berikut :-In January the Social Welfare Department required all registered home-based childcare business owners to acquire more strict rules by the respective Local Authority by January 2023. The new rules for daycare operators include getting approval from the Fire and Rescue Department as well as meeting all requirements set by the Local Council and Health Ministry. Some Local Councils require home-based childcare centers to be run from corner lot house while others needed the property’s layout plans which require the services of an architect. Siti Nurshada 36, has been running a childcare business from a rented terrace house in Shah Alam since 2018. She said she could not fulfill the requirement and a cost for the children were increased if she were to pay a higher rental for a corner lot house. For the 32 year old Nor Azizah Mohamad Bustamin who has been a home-based childcare provider since 2011, business has come to an end. She earned over RM2,000.00 taking care of 5 children in apartment in Shah Alam but had to stop operation last month. Ahli-ahli Yang Berhormat Subang Jaya baru sahaja menjadi seorang ibu dan amat sedar berkenaan isu pengasuh. Yang diminta ibu bapa adalah persekitaran yang selamat dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan. Jika barrier to entry dengan
izin adalah terlalu tinggi, contohnya perlu menyewa rumah corner lot, perlu mengupah arkitek, maka hakikatnya adalah akan terdapat banyak pengasuh yang akan beroperasi secara haram. Dalam perkara ini Subang Jaya menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan melihat semula syarat-syarat yang dikenakan atas pengasuh. Mereka bukan taska atau pun pusat jagaan. Kerajaan Tempatan perlu melibat urus dengan pemegang tara seperti ibu bapa, pengasuh dan pakar industri untuk menentukan standard minimum pusat operasi tersebut. Isu terakhir yang ingin dibangkit Subang Jaya adalah berkenaan Demand Responsive Transport (DRT). Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor berkenaan hala tuju baru dan yakin bahawa dengan pelaksanaan yang rapi ia mampu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di samping membawa penjimatan. Untuk makluman Kerajaan Negeri, Subang Jaya sedang bekerjasama dengan Kumpul iaitu satu usaha bawah Syarikat Cosway Link yang membekalkan DRT di Subang Jaya. Oleh sebab sistem ini hanya akan menggerakkan van-van apabila terdapat tempahan, dan sistem Artificial Intelligence nya juga akan mencadangkan kepada pemandu laluan yang akan memaksimakan perjalanan, maka sistem ini akan menjimatkan duit. Ia tidak seperti sistem pengangkutan tradisional di mana ia akan masih berjalan walaupun tiada penumpang. Porting ataupun laluan yang dinamik bawah DRT juga bermaksud laluannya tidak statik. Sistem ini membawa 200 hentian di Subang Jaya yang meningkatkan accessibility pengangkutan awam jika dibandingkan dengan laluan bas tradisional yang mungkin hanya mempunyai lebih kurang 20 hentian. Kejayaan sistem DRT di Subang Jaya dapat dilihat jika dibanding dengan percubaan laluan InterCity oleh Prasana iaitu T792 di mana raider ship direkodkan oleh Prasarana adalah hanya 17 penumpang sehari. Pada sebaliknya sistem DRT di Subang Jaya bawah Kumpul dapat merekodkan sehingga 300 penumpang sehari. Dalam semangat pengurangan penghasilan karbon untuk melambatkan perubahan iklim, Subang Jaya percaya bahawa peningkatan penggunaan pengangkutan awam menjadi lebih penting dan oleh itu menyokong penuh usaha tersebut. Dalam perkara ini Subang Jaya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor jangan reinvent the wheel dengan izin dan wajar bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan DRT sedia ada seperti Kumpul. Dengan belanjawan Selangor yang cukup komprehensif, Subang Jaya yakin bahawa Kerajaan Negeri akan sekali lagi dapat membuktikan bahawa sebuah kerajaan yang bersih, efisyen dan berwibawa dapat membawa banyak manfaat kepada rakyat bawah jagaannya. Akhir kata Subang Jaya mengucapkan sekali lagi tahniah kepada Kerajaan Negeri dan dengan itu Subang Jaya menyokong. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Subang Jaya. Sebelum saya teruskan ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini Dewan Negeri Selangor telah menerima kunjungan, lawatan oleh anak muda daripada PeBT N31 Subang Jaya yang diatur oleh Yang Berhormat Subang Jaya yang diketuai oleh Encik Joseph Benjamin
Steward, Pengerusi PABS Subang Jaya. Seramai 40 orang telah menghadiri Dewan ini. Diucapkan melawat Dewan Negeri Selangor, saya persilakan Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrohmannirohoim. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat kepimpinan Dato’ Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO yang bukan saja cemerlang di dalam agenda pengurusan Kerajaan Negeri malah turut cemerlang di dalam PRU yang baru berlangsung hampir dua minggu yang lalu. Dia pun sibuk dengan persiapan pilihannya tetapi pentadbiran ini kekal komited dan tuntas di dalam persiapan perangkaan Belanjawan Negeri Selangor 2023. Jumaat lalu Dato Menteri Besar Selangor telah membuat pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2023 berjumlah RM2.4 bilion yang diagihkan kepada perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.2 bilion iaitu lebih kurang 51% manakala RM1.2 bilion lagi lebih kurang 41% diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Jumlah Belanjawan Negeri Selangor dilihat kompetitif jika mahu dibandingkan pada tahun-tahun sebelum ini iaitu sebanyak RM2.3 bilion pada 2022, RM2.23 bilion 2021 dan RM2.33 bilion pada tahun 2020. Pembentangan Belanjawan ini pula telah pun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini dengan mengambil kira unjuran hasil negeri yang berjumlah RM2 bilion dan sasaran perbelanjaan sebanyak RM2.45 bilion. Belanjawan Negeri Selangor 2023 dibentangkan dengan defisit sebanyak RM450 juta. Defisit ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain seperti Kedah, yang defisitnya hanya RM4 juta dan di Kelantan dengan defisit hanya RM165 juta. Saya yakin defisit ini adalah bagi pelebaran perbelanjaan yang bersesuaian demi melakukan persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim di negara ini selain usaha-usaha penyediaan peruntukan pembangunan yang collective dan sub demi menggapai aspirasi pembangunan mampan Negeri Selangor. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam kita merangka gerak kerja untuk memberi bakti kepada rakyat tidak sesekali kita mampu sangkal peranan keperluan penjanaan pelaburan yang perlu dibawa masuk bertujuan merancakkan ekonomi negeri Selangor. Oleh itu sekalung penghargaan buat pengurusan Invest Selangor yang telah membuktikan keboleh upayaan mereka di dalam mengurus dan menjana pelaburan masuk ke negeri ini. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang, EXCO yang menjaga hal-hal pelaburan sepanjang tempoh 2 tahun bermula Jun 2020, hingga ke Jun 2022, sebanyak 689 projek perkilangan yang telah diluluskan di Negeri Selangor dengan pelaburan masuk sebanyak RM30.82 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM19.6 bilion pada pelaburan tempatan dengan izin Direct Domestic Investment dan sebanyak RM11.66 bilion adalah daripada pelaburan asing atau dengan izin Foreign Direct Investment. Beberapa jenis sektor yang menjadi fokus utama pelaburan yang termasuk adalah sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, pembuatan produk elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan, mesin peralatan, perkhidmatan logistik dan juga pelaburan digital. Pelaburan-pelaburan berkualiti seperti ini amatlah baik dibawa
masuk ke dalam negeri bagi merancakkan ekonomi negeri ini, seterusnya mampu menjana peluang pekerjaan buat warga tempatan yang mahu bangkit memperbaiki mutu kehidupan dan ekonomi era pasca pandemik ini. Dengan bertambahnya kemasukan pemain industri ke dalam negeri ini, ini akan memberikan pendedahan buat warga tempatan untuk menimba pengalaman bersama syarikat-syarikat besar seterusnya menaikkan nilai komersial pekerja itu sendiri. Sebagai sebuah kerajaan yang dekat kepada rakyat, saya kira tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama dan kepimpinan Negeri Selangor cukup terampil ke arah menjayakan misi ini. Pelbagai usaha telah dijalankan dan pelbagai kejayaan sudah ditempa. Maka saya berkeyakinan pelaburan-pelaburan bermanfaat dapat digandakan lagi bagi tahun mendatang jika momentum ini diambil kira. Kejayaan demi kejayaan ini diharap dapat mampu memberi tempias ekonomi terutamanya buat penggiat ekonomi berskala mikro yang rata-rata mereka berniaga di bahu-bahu jalan dan wujud di kebanyakan di kawasan DUN, ha rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, sukan dan anak muda sama sekali tidak dapat kita pisahkan. Saya juga maklum yang saban tahun memang diperuntukkan jutaan ringgit untuk program membangun dan juga memperhebat atlet-atlet negeri. Hanya di Negeri Selangor ada peruntukan khas sebanyak RM2.83 juta untuk generasi muda yang terlibat dalam pembangunan holistik di negeri ini. Penggerak Belia Selangor yang ditubuhkan sebagai satu platform menghubung antara Kerajaan Negeri dan golongan anak muda agar usaha ke arah memperkasa agenda belia dapat dilaksanakan di Negeri Selangor. Contohnya PeBS digerakkan secara menyeluruh sebagai sukarelawan apabila beberapa kawasan di Negeri Selangor dilanda musibah banjir pada tahun lalu. Saya mengikuti rapat saranan dan cadangan Dato’ Menteri Besar mengenai keperluan wujudnya Tabung Pembangunan Sukan untuk mendanai keperluan perbelanjaan pembangunan sukan yang sememangnya memerlukan kos yang besar. Kerjasama di antara pihak Kerajaan Negeri dan badan-badan swasta perlu seiring bagi menjayakan misi ini. Cuma, jika kita lihat pada trend semasa, meski jutaan dibelanjakan tapi hasilnya masih belum memadai. Saya secara peribadi merasakan ada sesuatu yang perlu ditambah baik di dalam sistem yang sedia ada. Oleh itu, langkah-langkah drastik tapi efektif dan efisien harus segera difikirkan agar martabat Selangor di Sukan Malaysia dapat diangkat semula ke kedudukan yang sepatutnya. Saya berpandangan daripada jutaan ringgit peruntukan yang disediakan kepada pembangunan akar umbi sukan di Negeri ini, perlu juga diperuntukkan kepada pasukan pencari bakat, dengan izin scouting, yang lebih berdaya saing. Saya yakin unit pencari bakat ini pastinya sudah ada tapi peranan mereka perlu lebih menyeluruh. Di Dusun Tua sendiri bakat-bakat anak muda terbukti cemerlang dan sudah terbukti ada. Yang tiada adalah perancangan pembangunan karier yang jelas bagi mereka untuk mengembangkan bakat mereka. Ambil sekadar beberapa contoh adik Nur Amelia Maisarah binti Nor Azman yang baru sahaja cemerlang menyumbang pingat emas untuk Negeri Selangor pada SUKMA 2022 untuk kategori angkat berat ya, dan juga adik Adiputra misalnya, yang telah mewakili Malaysia ke Mini GP World Final di
Valencia pada Oktober lalu. Kedua-duanya berasal daripada DUN Dusun Tua yang akan menjadi sebahagian daripada bakat muda tempatan yang akhirnya akan terbuang bakatnya dimamah masa jika tidak ada perancangan pembangunan karier yang jelas untuk mereka. Terang lagi bersuluh, cabaran Negeri Selangor ini bukanlah ketandusan bakat tapi kerana program pengurusan bakat perlu lebih baik susun aturnya.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat semua, izinkan saya juga mengambil peluang ini untuk mengkhususkan kepada beberapa isu yang berbangkit di dalam kawasan juga. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada Kerajaan Negeri sesungguhnya kita bukan sahaja mensasarkan untuk menjadi sebuah kerajaan yang bersih dari segi kewangan dan sebagainya tapi juga kita kena berusaha untuk memastikan persekitaran kita bersih. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kajang yang telah berusaha untuk menyelesaikan masalah sampah yang bertaburan di tepi jalan utama Hulu Langat itu tadi. Seperti yang telah disebutkan sebentar di dalam sidang yang sebelum ini, tidak ada usaha untuk mengalihkan tong-tong sampah daripada tepi-tepi jalan itu ke kawasan-kawasan strategik di dalam kampung-kampung bagi mengelakkan orang-orang luar, peniaga-peniaga yang bukan daripada kawasan Hulu Langat itu sendiri datang membuang sampah di tepi-tepi jalan. Namun saya juga ingin mendapat kemas kini daripada Kerajaan berkenaan dengan sebahagian daripada tong sampah telah dialihkan namun ada sebahagian lagi masih belum dialihkan. Jadi saya ingin tahu apa yang menjadi kekangan, apa yang menjadi cabaran dan halangan bagi Kerajaan untuk merealisasikan usul ini kerana saya yakin jika ianya direalisasikan secara menyeluruh, kita akan melihat masalah sampah ini dapat kita selesaikan secara tuntas. Dan seterusnya saya juga ingin mendapat kemas kini daripada pihak Kerajaan berkenaan dengan baru-baru ini kita telah mendapat khabar..
Usul tu.
Ahli Parlimen saya kalau dah minta mencelah saya kena bagi lah.
Isu berkaitan dengan sampah ni, betul tong-tong sampah tu saya nampak sudah dialihkan. Cuma yang jadi masalah ni yang saya nampak sekarang ni adalah soal berkaitan dengan sampah ni, contohnya macam peniaga-peniaga, peniaga kelapa, peniaga durian, peniaga air tebu, kemudian pengusaha-pengusaha chalet ni. Pengusaha-pengusaha chalet ni saya minta kalau boleh pihak MPKj kena engage dengan pengusaha-pengusaha ni, kita nak tahu, sebab dia kaut untung banyak. Hari Jumaat orang masuk, hari Sabtu orang masuk, hari Ahad orang masuk, hari Isnin mungkin orang masuk, hari Selasa mungkin orang masuk. Tapi yang kita nak tahu sampah dia buang kat mana? Dia tak layak untuk buang sampah dekat tong-tong sampah yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sebab tong sampah yang kita sediakan ini untuk rumah orang kampung, rumah Pak
Mat, rumah Cik Minah, rumah Kak Zaiton, rumah saya. Ni kita nak tahu ni, kalau tak buat lagi kita nak minta pihak MPKj supaya engage segera senaraikan kontraktor-kontraktor sampah dan kita minta supaya pengusaha-pengusaha chalet ni dia engage terus dengan kontraktor-kontraktor sampah dan saya rasa masalah sampah khususnya dalam Parlimen Hulu Langat ni boleh diselesaikan.
Saya sangat bersetuju dengan YB. Taman Templer merangkap Ahli Parlimen Hulu Langat. Sudah tentu kita tidak boleh menyelesaikan hanya satu masalah sahaja kalau tidak diselesaikan secara menyeluruh dan saya betul-betul meminta juga kepada MPKj agar mempercepatkan proses-proses engagement atau temu tembung dengan pihak-pihak yang terlibat supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh. Seterusnya saya ingin juga mendapat kemas kini daripada Kerajaan berkenaan dengan rancangan tebatan banjir Sungai Langat yang kita telah maklum diluluskan di mana terlibat juga satu projek yang besar yang mana melibatkan pedalaman sungai, pelebaran sungai, pengukuhan tebing malah juga kolam takungan yang saiznya sangat besar ada 42 hektar sebab kita nak tahu apakah status projek ini sekarang kerana sebelum pilihan raya kita dengar ura-ura berkenaan dengan beberapa tindakan salah laku yang memberikan tender terus di waktu menjadi caretaker government dan sebagainya, jadi kita nak tahu adakah ini akan mengganggu gugat kerja-kerja, projek-projek rancangan tebatan banjir Fasa 2 yang sepatutnya berlangsung di Mukim Hulu Langat. Jadi saya berharap pihak Kerajaan dapat memberikan kemas kini. Saya juga minta kemas kini juga walaupun mungkin pembinaan highway atau lebuh raya ini adalah urusan Kerajaan Persekutuan tapi saya yakin ada maklumatnya juga terdapat bagi pada Kerajaan Negeri berkenaan status satu lebuh raya yang sehingga kini menjadi banyak tanda tanya iaitu lebuh raya EKVE yang sehingga kini kita tak tahu, dari luar kita kelihatan seperti dah terbengkalai. Kita biasa tengok pangsapuri terbengkalai. Highway terbengkalai ni mungkin pertama kali tak tahulah bagi saya, saya pertama kali tengok highway yang seakan-akan terbengkalai. Sebab kenapa kita nak tanya, kerana kita kena ingat bahawa ada satu jalan Negeri yang sekarang ini ROW nya ataupun Right of Waynya telah diserahkan kepada EKVE akibat keadaan jalan yang telah teruk itu tadi ini tak termasuk Jalan Persekutuan, simpang Jalan Kuari Sungai Long, yang itu di bawah jalan Persekutuan turut sama di bawah Right of Way EKVE ini tadi dalam keadaan yang sangat teruk dan terjejas dan kelihatan pihak EKVE langsung tidak mahu membaiki jalan tersebut sehingga maklumat yang saya terima bahawa pihak JKR terpaksa mengambil cagaran mereka untuk membaiki sebab mereka tak mahu baiki dengan alasannya, takde duitlah dan sebagainya, ha kita tak fahamlah tu, jadi saya nak tahu apa sebenarnya keadaan highway EKVE ini apa masalah mereka kenapa mereka tak boleh siap-siap? Kalau dulu ada pandemik, lepas tu ada banjir kita boleh fahamlah. Tapi SUKE pun sama juga, berdepan juga dengan pandemik, berdepan juga dengan banjir, tapi akhirnya sudah juga dibuka sebahagiannya. Jadi kita minta maklumat agar dibentangkan oleh pihak Kerajaan untuk menjelaskan tentang perkara ini. Jadi Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat.
Usul tu
Silakan.
Ya, Templer.
Masalah jalan yang disebutkan tadi ni oleh YB. Dusun Tua ni, dia sekarang ni kalau kita masuk ke Hulu Langat ni, saya pun tak tahulah seolah-olah dianak tiri dah. Anak angkat pun bukan ni. Sebab jalan tu memang teruk sangat. Ha, mungkin anak pungut la kot. Sebab jalan daripada Sungai Serai tu nak ke Batu 9 tu memang teruk sangat. Saya nak minta pihak JKR lah, kalau Pengarah ada di Dewan ni tolong ambil perhatian serius lah, sebab orang Hulu Langat pun bayar cukai. Tapi jalan Ya Allah sangat teruk. Sedangkan di Sungai Serai tu kita ada kuari. Kuari ini dia buat tar, dia jual tar, dia jual batu, dia jual pasir. Bayangkan tempat kami tu ada kuari. Lori lalu hari-hari. Lori lalu hari-hari menggunung lori tu. Bawa tar tapi jalan daripada Sungai Serai sampai ke Batu 9 sekarang ni bukan dangdut lagi dah, dia kadang-kadang dia pergi rap, kadang-kadang dia pergi jazz, kadang-kadang, memang teruk. Sebab tu saya nak mintak sangatlah pihak JKR, pihak RZB sendiri sebutkan, pihak kuari tak boleh ke pihak kuari ni, pihak kuari tak boleh ke? Pihak kuari, engkau kaut untung mungkin puluh juta dah, ratus juta dah, mungkin bilion dah. Tak boleh ke pihak kuari ini tolong turap sikit daripada Sungai Serai tu sampai ke Batu 9. Ini sikit sumbangan CSR kamulah kepada orang Hulu Langat kepada orang Dusun Tua. Sebab ini melibatkan soal berkaitan dengan keselamatan. Kita tak mahu ada rakyat ada masyarakat kita ada warga kita yang kemalangan, yang meninggal dunia, yang cacat disebabkan kemalangan jalanraya sebab jalan tak elok. Sebab tu saya nak mintak pihak Kerajaan Negeri lah kuari ni di bawah Kerajaan Negeri. Kalau susah sangat, senang minta tutup je kuari ini. Senang minta tutup je kuari ini. Tolong turaplah jalan ni. Tak mahal mana pun. Dekat Batu 10 lepas Petron tu, depan Kampung Melaka Batu 10 tu, teruk sangat. Saya pun naik malu kadang-kadang. Sebab tu saya minta sangat-sangatlah walaupun saya dah berhubung sebenarnya dengan Pengarah JKR Negeri Selangor, Haji Lokman bagus orang dia. Saya whatsapp, dia whatsapp saya. Saya whatsapp dia, dia whatsapp saya. Dia whatsapp saya, saya whatsapp dia. Bagus. Respon dia bagi, tapi dia bagitahu dia kata “bukan kuasa saya”, betul saya kata, Tuan Haji Lokman, bukan kuasa Tuan Haji Lokman, tapi rakyat, masyarakat, warga di bawah, dia taknak tahu semua tu. Ini tanggungjawab JKR nasional la, ini tanggungjawab cawangan jalan la, cawangan itu, cawangan ini, betul, jawapan yang dia bagi kepada saya tu, Dato’ SS, betul, saya hargai. Saya kata kalau dapat jadi Menteri Kerja Raya nanti, saya kata naik pangkat orang ni nanti, saya kata, kalau dapat la. Cita-cita, angan-angan tak salah Dato’ SS sebab bukan kena bayar pun.
Yang Berhormat.
Ya
Boleh bawa isu ke Parlimen la.
Ha, itu Parlimen, Parlimen. Tapi yang ini Speaker memang betul Speaker. Keselamatan rakyat ni sebab kita sayang rakyat kita. Sebab itu Kerajaan Selangor, kita menganugerahkan .. Insan kepada seluruh masyarakat dan juga rakyat di Negeri Selangor. Jadi saya mintak jalan ni kalau boleh esok diturap. Terima kasih YB. Dusun Tua.
Terima kasih YB. Taman Templer, kita saja bagi preview sikit kepada Kerajaan Persekutuan lah. Siapa kita nak hantar ke Parlimen nanti. Jadi tentu sekali banyak perkara ini kita berharap juga dengan selarasnya pentadbiran di Negeri di Persekutuan akan datang kita mintak la jugak Ahli Parlimen kita bawak ke Kerajaan Persekutuan ini, pindalah undang-undang, kita dah maklumkan masalah jalan Negeri, jalan Persekutuan ini, ianya sangat berkait dengan undang-undang. Jalan Negeri ada MARIS, jalan Persekutuan tak ada. Maka dah masanya lah saya rasa inilah reformasi yang patut dilakukan, pinda supaya jalan Persekutuan baik jalan Negeri baik, kualitinya sama. Boleh setanding sebab masalahnya hanya pada sikit sahaja, undang-undang ini bak kata Yang Berhormat EXCO manusia buat bila manusia buat jadi boleh dibetulkan. Jadi Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua ibarat pasang pelita di tengah hari, terang lagi nyata, Belanjawan Negeri Selangor 2023 kali ini memang dilihat lebih berdaya saing dan bersasar inti pati-inti pati usulnya sarat dengan usaha Kerajaan Negeri yang mahukan segala perkara itu adalah yang terbaik untuk rakyat. Tidak lupa juga bakti khidmat cemerlang para Penjawat Awam yang memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri kekal berdaya saing Bantuan Khas Kewangan 2022 diberikan kepada semua anggota-anggota berkelayakan dua bulan setengah gaji. Semoga dengan harapan usaha ini dapat menambah semangat para anggota untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Penjawat Awam kepada masyarakat di luar sana. Maka jelaslah kepimpinan di Negeri Selangor ini bersifat inklusif dan menekankan kepentingan nilai-nilai kebersamaan seperti bak kata pepatah yang berat sama kita pikul, yang ringan sama dijinjing. Semoga apa yang dibincangkan di atas kertas dapat diterjemahkan kepada realiti agar kebaikannya dapat dirasai oleh rakyat dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan ini saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Semenyih.
Bismillah hirrahman nirrahim. Terima kasih Tuan Speaker. Bismillah hirrahman nirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan.
Salam perpaduan.
Ya Salam perpaduan. Pucuk pauh delima batu, anak sembilang ditapak tangan, sungguh jauh nan Semenyih yang satu, jadi harapan perpaduan Semenyih berharap ada bertambah ikramah dan tidak bertepuk sebelah tangan. Terima kasih dan tahniah kepada Ahli Yang Berhormat usulnya Ahli Dewan yang telah diberi amanah terus ke Parlimen. Kita harap Hulu Langat, Taman Templer tahniah semua kita harap amanah yang kita berikan ini kita bertambah maju Selangor sebagai peneraju Selangor akan bertambah maju dan lebih lestari dengan masyarakat yang lebih bijak sana. Saya bagi Semenyih mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Sungai Tua yang dapat membentangkan Belanjawan 2023 ini yang banyak melebarkan keprihatinan terhadap masyarakat khususnya masyarakat pelbagai kaum, pelbagai kategori dari segi masyarakat di peringkat luar bandar, sub sebandar, peringkat peniaga, korporat dan sebagainya pelabur-pelabur luar dan pelabur-pelabur dalam khususnya untuk membangunkan Selangor maju ke hadapan. Tahniah kepada kepimpinan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang berani membuat satu perubahan yang drastik bagi memastikan semua kita dalam keadaan selepas COVID-19 ini kita dapat rintangan dan halangan untuk menuju kejayaan. Jadi di sini terus kepada saya di Semenyih untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua bahawa begitu drastik lama tidak lama diam tidak diam saya duduk dalam Dewan ini jadi kita nampak juga PRU ke -15 dahulu bagi saya di PRK ada 62 ribu sahaja PRK baru-baru ini sampai April 2020 sudah 90 ribu, hampir 100 ribu. Jadi ini lah bebanan-bebanan sebagai Wakil Rakyat, Ahli Yang Berhormat bukan mudah kalau kita takat dua minggu hendak bersalam saya ingat 100 ribu bukannya mudah. Jadi harapan saya dengan pembangunan perancang yang teliti dari pihak Kerajaan Selangor melibatkan semua lapisan, semua golongan khususnya di Semenyih saya harap masalah utama masalah banjir kita nampak banjir di Selangor sekarang ini ada dua perkara yang saya nampak iaitu banjir yang melibatkan banjir bermusim dan banjir kilat bagi saya. Jadi banjir kilat ini kita harap pihak Kerajaan Tempatan khususnya pihak JPS, PBT, JKR dan sebagainya memastikan supaya kejadian banjir kilat ini merupakan satu trauma kepada penduduk- penduduk khususnya di Semenyih untuk perhatian semua bahawa lebih 600 rumah di kejadian banjir kita tahu perubahan musim, perubahan iklim yang menyebabkan kejadian banjir yang begitu drastik berlaku pada hujung tahun 2021. Jadi saya berharap pihak JPS khususnya yang melibatkan mitigasi iaitu perparitan saliran air ataupun pembangunan khususnya di Semenyih ini sudah sedia maklum kita yang selatan sekali sempadan dengan Negeri Sembilan kita harap apa yang dikatakan oleh Taman Templer tadi kalau datang ke Hulu Langat kita macam di anak tiri kan mungkin anak angkat dan sebagainya di Semenyih tidak hairan lah kita harap mungkin kawasan pembangkang dulu kita harap selepas ini bukan dengan Kerajaan Perpaduan ini pihak keprihatinan Kerajaan Negeri khususnya Kerajaan Pusat kita tidak ada permasalahan lagi kita tidak ada borderless persempadanan lagi kita harap Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dapat bergabung tenaga memastikan apa jua permasalahan rakyat dapat ditangani dengan permasalahan bajet, dengan perancangan begitu dapat duduk bersama-sama dengan baik dari perancangan jangka pendek mahupun perancangan jangka panjang khususnya banjir ini
merupakan satu perkara yang begitu trauma bila hujan sahaja orang akan trauma, YB pun akan trauma juga handphone tidak henti-henti. Jadi apa yang kita boleh buat kita rasa pihak JPS bila mana Kerajaan Negeri Selangor di Semenyih hampir saya hendak maklumkan sungai-sungai hampir 15 tahun kita hendak katakan hampir tiga penggal Kerajaan yang mengatakan begitu kita tidak mahu perkara-perkara yang kita boleh jadikan sempadan sahaja. Kita harap pihak JPS dapat mengadakan satu jangka masa pendek ini dapat membaik pulihkan balik tebing-tebing sungai dan sebagainya bagi mengatasi permasalahan banjir bermusim ini. Kita harap pembinaan pembangunan juga pihak PBT dapat mengawal pembangunan-pembangunan di tanah tinggi ini khususnya di Semenyih menyebabkan banjir dari Batu Lima dan dari Batu Tiga melibatkan pembangunan perumahan di tanah-tanah tinggi ini. Permasalahan saya hubungi pihak YDP masalahnya dia katakan laporan daripada JPS juga mengatakan mitigasi masalah saliran tetapi kita nampak memang ada dendaan kepada pihak pemaju tetapi apa yang dapat daripada penduduk tidak ada mungkin dendaan itu kita tidak tahu ratusan ribu ataupun berapa banyak ditangguhkan projek-projek pembangunan itu tetapi dari segi penduduk kesannya itulah lumpur, sampah dan sebagainya. Kita harap dapat kerjasama daripada pihak keprihatinan pihak PBT, pihak JPS sendiri untuk mengatasi masalah.
Yang Berhormat Semenyih dalam kempen baru-baru ini kita dimaklumkan katanya Kementerian Kasar sudah meluluskan peruntukan dua bilion untuk menyelesaikan masalah banjir di Hulu Langat. Adakah dua bilion ini juga termasuk untuk menyelesaikan permasalahan soal berkaitan banjir di Semenyih ataupun di Dusun Tua sahaja. Kalau Yang Berhormat ada maklumat soal berkaitan dengan program ataupun projek dua bilion yang diluluskan oleh Kementerian Air ataupun Dasar baru-baru ini.
Terima kasih Taman Templer. Apa yang dimaklumkan oleh pihak JPS dan apa yang disampaikan oleh pihak daerah mengatakan projek itu pihak Persekutuan yang banyak melebarkan sungai di Dusun Tua tebatan banjir dan sebagainya itu yang saya dimaklumkan oleh pihak JPS tempoh pelaksanaan itu kita tidak nampak lagi mungkin dari Dusun Tua sampai ke Sepang. Saya ingin meneruskan masalah banjir ini juga melibatkan pihak PBT harus memastikan bahawa yang terlibat bila pembangunan peringkat tanah tinggi ini contohnya di Semenyih melibatkan banjir di Kampung Tradisi Batu Tiga dan juga Batu Lima termasuk juga di Taman Semenyih Indah melibatkan saya nampak pembinaan mungkin boleh di upgrade kan monsun drain longkang perlu dibina sebaik mungkin saya nampak itu cadangan pihak orang kampung memastikan supaya dapat dilaksanakan mungkin kosnya tinggi pembinaan monsun drain ini dengan izin. Kita harap dengan kos-kos ini penduduk Semenyih khususnya Batu Tiga, Batu Lima, Jalan Bangi dapat lebih selesa termasuk Semenyih Indah itu melibatkan banjir. Kita harap ada perancangan pihak JPS dan pihak JKR.
Semenyih bolehkah Semenyih bersetuju dengan saya, kita tidak menolak pembangunan sebab kita tahu saya teringat lagi ceramah dengan YB EXCO.
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat batu Tiga menyebutkan bahawa rakyat di Negeri Selangor telah bertambah maksudnya orang datang ke Negeri Selangor ini cari kerja, cari makan, berumah tangga, cari rumah di sini maksudnya kita tidak menolak pembangunan ini tetapi boleh atau tidak ataupun Semenyih boleh bersetuju atau tidak dengan saya untuk pembangunan akan datang ini maksudnya kita pihak Kerajaan Negeri dan PBT saya rasa kita kena memperketat sebab saya tengok saya tengok projek pembangunan berlaku banjir kilat rakyat yang akan jadi sengsara lah yang di bawah dengan banjirnya, dengan banjir lumpurnya dan sebaginya. Maksudnya apabila ada pembangunan akan beraku gerak gempa dan juga malapetakanya maksudnya di sini Semenyih setuju atau tidak dengan saya maksudnya kita memperketat lagi soal merancang untuk sesuatu projek yang hendak dibangunkan. Terima kasih Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Memang itu lah kita tidak nafikan pembangunan kita tidak boleh halang bahawa kita Negeri Selangor tempat yang maju semua pelaburan kita khususnya di Semenyih tempat pelaburan kilang-kilang baru, tempat penempatan, tempat menuntut ilmu lembah sebagainya. Kita harap dengan perancangan teliti pihak PBT, pihak JKR dan pihak yang terlibat memastikan pembangunan ini dapat membuat sistem yang bersepadu memastikan tiada pihak yang ada impak yang negatif kita kurangkan. Impak pembangunan tetap ada menimbulkan kesan-kesan pembangunan kita harap lebih bersepadu integrated development yang lebih sustenable kita harap dapat dilaksanakan tidak ada pihak-pihak yang tertinggal dalam menuju pembangunan ini. Seterusnya saya ingin beralih kepada kemudahan pendidikan ke prihatinan Negeri Selangor memperkasakan pendidikan baik daripada peringkat awalan lagi peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menegah mahupun peringkat universiti, peringkat pengajian tinggi saya nampak terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor begitu prihatin dengan bantuan-bantuan baik dari segi murid, baik dari segi guru-guru dan sebagainya dan juga pelajar-pelajar dapat menerima biasiswa dan sebagainya peluang-peluang khususnya kita ucapkan tahniah ke atas perhatian Kerajaan Selangor menaikkan elaun Guru KAFA daripada RM1,500.00 dengan gaji minimum sekarang ini adalah satu penghargaan kepada para pendidik untuk mendidik anak bangsa pewaris bangsa kita supaya lebih ke arah kemajuan untuk bersama-sama. Kita harap masalah di Semenyih ini masalah sekolah kerana kepadatan ataupun pembangunan tadi ataupun perumahan di Semenyih pun tahu bermacam-macam-macam ekor Yang Berhormat Taman Templer pun tahu di Bukit Mahkota, Seri Putera kawasan yang membangun memerlukan sekolah-sekolah khususnya di Semenyih ini. Kita ada bangkitkan permasalahan sekolah ada pembinaan sekolah di
Bandar Tasik Kesuma, Taman Pelangi, Semenyih masih tertangguh, kita harap dengan ada campur tangan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat dapat di bena sekolah-sekolah ini dipercepatkan pembinaan sekolah ini. Kita harap sekarang ini adakah masalah krisis kepadatan bilik darjah guru-guru mengadu sampai ke dinding sekarang ini masalahnya. Kapasiti murid dalam bilik darjah lebih kurang dalam 30 ke 35 sekarang sampai 40. Kita harap ada sekolah-sekolah menggunakan bilik-bilik sementara sudah macam foodtrack digunakan. Kita harap dengan Kerajaan Selangor dapat keprihatinan.
Semenyih angka yang Semenyih bagi tahu tadi tidak tepat bukan 40 tetapi 45 satu bilik darjah 45 orang pelajar. Ini yang disampaikan kepada saya sebab itu kita minta kita tahu bahawa pendidikan ini di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi kita hendak minta juga Kerajaan Negeri Selangor tolong bantu kita, tolong push sebab sekolah di Taman Pelangi terbengkalai taman Pelangi, Semenyih hampir terbengkalai dua ataupun tiga tahun kemudian di bandar tasik Kesuma sekolah sudah penuh. Ya, Parlimen soal Parlimen, kampung soal kampung, Mukim soal mukim lah, Daerah soal daerah lah. Tidak apa Yang Berhormat tidak boleh cakap macam itu ini kita Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri yang berdaulat jangan pandang sebelah mata kalau Sungai Panjang saja hendak bagi salah. Kalau Sungai Burung hendak bercakap sila bangkit, hendak bangkit atau tidak?. Dah bersahabat pun adab kena jaga, akhlak kena jaga.. aaa.. haa bangkit cakap.
Boleh, boleh. Dah bersahabat boleh lah.
(menyanyi) Lambang kita yg gagah, dipandang...
Kalau nak bagi orang bercakap tu, bagi lah bercakap. Mentang mentang Yang Berhormat dah jadi Ahli Parlimen kan. Saya cuma membangkitkan tadi forum yang paling layak sekali, maknanya yang saya nak cakap tu, paling layak sekali membangkitkan isu kekurangan bilik darjah ini sama ada melalui Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri ialah apabila Ahli Parlimen yang telah berjaya (tahniah ya) jadi Parlimen Langat ni membawa perkara ini di dalam parlimen. (setuju).
Setuju? Okey cukuplah
Sungai Burong, Ahli Parlimen Ahli Parlimen lah jangan cemburu, jangan cemburu. Sebab saya yakin dgn kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita, saya yakin dengan kepimpinan EXCO pendidikan kita untuk suara, untuk bawa...
Dia pun Ahli Parlimen. Menteri Besar ni berilah dia fokus negeri. Banyak agenda di dalam Negeri Selangor ini yg perlu dibawa ni, masalah banjir, masalah support system dalam pendidikan..
Soal pendidikan ni kita tak boleh kompromi Sungai Burong.
Tuan Speaker, saya nak jelaskan dia ada bidang tugas yang fokus di bawah Kerajaan Negeri, yang di bawah fokus Kerajaan Persekutuan, di bawah senarai 9 dan...
Ya, saya tahu saya tahu
Jadual perlembagaan, jadi perkara ini sepatutnya..
Saya tahu, saya tahu.
Tidak lah, saya tidak kata perkara ini tidak boleh disebut.
Kalau macam tu saya duduk diam sahaja lah dalam dewan ini.
Tidak, saya bukan suruh Yang Berhormat duduk diam.
Habis tu?
Di dalam dewan ini bawa lah perkara-perkara yang melibatkan senarai Kerajaan Negeri khusus banyak perkara.
Soal pendidikan ni bukan di bawah Kerajaan Negeri juga?
...jadual yang dibangkitkan oleh Semenyih tadi..
hah! hah! hah!
Ini apa, ni orang nak cakap hah! Hah! Hah! ini burung kakak tua ke? Bila orang bercakap hah! Hah! Hah!
Ia lah Sungai Burong. Sebab burung dah tua.
Kalau nak bagi orang bercakap, bagi lah bercakap menghabiskan beras aje. Letih bercakap.
Sudah sudah sudah, dua-dua Yang Berhormat duduk. Sudah sudah. Duduk.
Sebab saya bawa soal berkaitan pendidikan. Ini isu pendidikan ini pun ada kena juga dengan Kerajaan Negeri. Sungai Burong pun saya rasa dia mari pun ponteng-ponteng, sehari datang sehari tak datang tu dia tak tahu.
Saya tidak mempertikaikan Yang Berhormat bercakap soal Kerajaan Negeri tapi saya kata, lebih layak lagi masa di dalam forum di Parlimen untuk bawa perkara ini supaya boleh lah di dengar nanti oleh Menteri Pendidikan. Lebih baik.
Ya di Parlimen nanti pun saya akan bercakap. Ya di Parlimen nanti pun saya akan bercakap, Sungai Burong.
Ini masa untuk Semenyih.
sikit lagi, sikit lagi, dua. Satu lagi masalah jalan di Bandar Seri Putera. Di Bandar Seri Putra, jalan di Bandar Seri Putra supaya dapat diturap dan masalah di pekan Semenyih. Masalah pekan Semenyih, klinik naik taraf. Tiada klinik di pekan Semenyih kita minta supaya pihak Kerajaan Negeri tolong bantu sebab masyarakat dan rakyat di sana perlu kan satu klinik sementara di pekan Semenyih. Terima kasih Speaker, terima kasih Sungai Burong. Burung sudah tua. Terima kasih.
Sebelum Semenyih sambung, Taman Templer dan Sungai Burong. Sabar sikit. Tenang ya. Kalau dua-dua soal bidang kuasa ini saya buat satu kurus lah untuk Parlimen ke DUN supaya semua faham ya. Silakan Semenyih.
Masalah dia sebab dia nak masuk dalam video tu. Dalam Tiktok tu dia nak masuk. Itu jadi masalah tu. Dia pun cerdik juga macam.. Taman Medan tak ada, Jeram pun dah tak ada. Kadang-kadang cerdik juga walaupun burung ini sudah tua tetapi dia cerdik.
Baik, baik Taman Templer. Tiktok tu kemudian kita bicara lah.. silakan Semenyih.
Okey terima kasih Yang Berhormat Taman Templer, Yang Berhormat Sungai Burong ada celahan itu. Jadi saya terus mengenai pendidikan ini saya harap perhatian Kerajaan Negeri untuk panjangkan ke pihak persekutuan dan kita harap pendidikan peringkat sekolah kebangsaan. Saya nak menyambung peringkat kepentingan pembinaan sekolah rendah agama.
Semenyih masa tinggal sikit cepat sikit
Ingat tiada had ya. Kepentingan membina, saya memohon untuk membina atas keperluan Sekolah Rendah Agama di Bandar Bukit Mahkota. Di mana sekarang ni Bandar Bukit Mahkota ni menumpang di Bangi lama. Jadi kita harap kita pun ada limpahan dari pada Nilai 3 juga yang datang Bukit Mahkota ini, jadi kita ada aduan permasalahan jauh jarak daripada Bukit Mahkota ke Bangi lama untuk dapat ke sekolah agama.
Seterusnya terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas pewartaan Bukit Broga di Semenyih sebagai kawasan hutan simpan. Kita harap dengan adanya pewartaan ini kita lebih.. Broga di Semenyih selain tambahan hutan simpan di Selangor dan Semenyih terpanggil memastikan dengan adanya hutan Bukit Broga begitu popular di Malaysia dan sebagainya berharap, saya memohon kepada Kerajaan Negeri membina satu jejantas daripada simpang Bukit Broga itu ke Semenyih sentral untuk memudahkan daripada lebuh raya LEKAS untuk terus ke bawah. Ini melibatkan kesesakan di Pekan Semenyih bila khususnya di hujung-hujung minggu. Kemudahan di pihak ini kita harap pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Selangor memastikan bahawa sebelum ini ada perancangan atau mungkin ada masalah kewangan melibatkan penangguhan pembinaan jejambat ini. Kita harap dgn pembinaan jejambat ini dapat Bukit Broga menjadi satu yang lebih mudah dilawati dari pihak luar khususnya kita dah terkenal di Semenyih dia ada night run, basikal malam dan sebagainya di pihak LEKAS dgn pihak pemaju lebuh raya ini kita harap dengan adanya kemudahan tempat rekreasi ini kita harap bayak ya di Semenyih macam-macam jadi tempat pelancong kita harap jaga imej pelancongan di sempadan kita dgn Negeri Sembilan. Kita harap Semenyih menjadi tempat pelancongan, rekreasi yang menarik untuk dilawati di Selangor ini.
Seterusnya saya minta kerjasama juga kemudahan infrastruktur khususnya seperti mana di bangkitkan Yang Berhormat Taman Templer tadi, Semenyih khususnya juga banyak jalan-jalan yang mungkin pihak EXCO pandan Indah memaklumkan bahawa telah banyak jalan-jalan yang expired. Kita harap termasuk jalan-jalan kampung, kita harap pihak Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan lebih kemudahan bukan setakat jalan sahaja tetapi perabot-perabot jalan juga termasuk longkang-longkang dan sebagainya yang begitu daif. Begitu teruk sekali khususnya di kampung-kampung tradisional mahu pun di pihak-pihak Kerajaan Tempatan. Kita harap dgn keprihatinan ini kita rakyat lebih selesa. Kita Selangor sebagai tempat kediaman yang begitu kata orang lebih menghargai penduduk baik di luar bandar mahupun di separuh bandar
dan bandar. Kita harap Semenyih ini bukan perkara yang menjadi satu angan-angan dan cita-cita yang tidak tertunai. Dengan ada perpaduan kita, peringkat negeri dan kerajaan pusat tak ada permasalahan. Kita harap selama ini apa yg didefinisikan tadi kita harap tiada ini kerajaan negeri, ini kerajaan pusat punya. Kita tak mahu. Jalan-jalan ini kita harap ada satu Jawatankuasa Bersepadu memastikan semua kemudahan rakyat ini dapat diutamakan. Rakyat tak mahu dengar, ini Kerajaan Negeri punya, ini Kerajaan Persekutuan punya. Kita tak mahu selepas ini dalam tempoh 5 tahun ini dgn adanya penubuhan Kerajaan Perpaduan kita harap rakyat khusus di Selangor lebih dihargai, lebih bernilai tinggi.
Seterusnya saya rakam terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas kenaikan elaun-elaun pihak MPKK, pihak KKI, pihak pentadbir kampung-kampung baharu, kampung bagan dan sebagainya termasuk juga pihak Tok Batin. Terima kasih kerajaan Selangor. Di tempat saya ada 4 kampung orang asli yang melibatkan tok batin-tok batin ini kita harap, jadi tok batin-tok batin ini harap bukan setakat elaun sahaja naik, kita harap berilah peruntukan untuk dia mentadbir uruskan seperti mana MPKK dan sebagainya. Lagi satu mintak kampung-kampung orang asli di Semenyih ini, kemudahan infrastruktur jalan hampir 2km dia nak keluar. Dia kacau dalam dia kacau luar jalan tak baik.. apa yang saya bangkit di Dewan yg mulia ini dulu pihak EXCO ada menjawab bahawa jalan yang melalui lorong-lorong ini bukan jalan persendirian. Kerajaan Negeri gunakanlah kuasa pastikan jalan berturap, Tok Batin ni mengadu kepada saya mereka tidak mahu, mereka mengadu tok mereka driver bas ini tak mahu datang. Hampir 2 jam jalan berlopak-lopak banyak maintainance bas, bas sekolah lagi pada dapat dia punya bayaran lagi jadi kita masalah dia nak mengeluarkan budak2 sekolah, anak-anak orang asli ini nak bertolak makan masa 1 hingga 2 jam atas sebab kemudahan infrastruktur jalan yang begitu teruk seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Taman Templer. Kita harap kerajaan boleh beri prihatian lebih pembangunan infrastruktur khususnya di Semenyih. Sekian terima kasih. Jadi seterusnya dari Semenyih ke Balakong, saya cadang menyokong.
Masa tiada jangan bagi mencelah. Terima kasih Semenyih. Sekarang saya persilakan Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Banting juga ingin berdiri untuk menyokong usul yg dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya ucapkan pertama sekali Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana membentangkan belanjawan untuk negeri Selangor atas jawatan sebagai Menteri Besar untuk kali yg kelima. Sebenarnya tahun ini merupakan tahun yang ke-14 kalau kita masuk ke tahun 2023 ini adalah tahun yang ke-15 Kerajaan Negeri Selangor di tadbir oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan sebelum nya dipanggil sebagai Pakatan Rakyat. Sebelum saya...Saya juga ingin melafazkan jutaan tahniah kepada lima orang Ahli Dewan Negeri Selangor yang dipilih menjadi Ahli Dewan Rakyat kerana mereka akan pastinya memikul tanggungjawab yang menggunung tinggi mewakili rakyat Selangor dalam mempertahankan kepentingan
rakyat dan negeri. Saya juga ingin melafazkan perasaan gembira saya kerana kali ini nampaknya selain daripada dapat memegang Kerajaan Selangor, tetapi kita juga boleh mentadbir di peringkat persekutuan melalui konsep Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dan juga rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak. Saya rasa ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan tetapi pada masa yang sama banyak yang perlu dilakukan oleh wakil Pakatan Harapan di peringkat Kerajaan Persekutuan khususnya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang masih di hadapi oleh rakyat Negeri Selangor. Cuma kita berharap bahawa dari segi perbincangan, dari segi pelaksanaan tugas ia seharusnya menjadi lebih lancar dan efisien selepas ini kerana kita sudah ada wakil di dalam Parlimen. Kita sudah ada wakil di dalam Kerajaan Persekutuan. Kita ada menteri, ada timbalan menteri dan sebagainya.
Jadi saya ingin mengucapkan, jutaan terima kasih saya kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana untuk tempoh 4 tahun yang lepas (sejak tahun 2018) kawasan saya telah pun mengalami banyak perubahan positif yang saya rasa kita perlu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor. Ini pun saya rasa telah pun diterjemahkan melalui sokongan yang kuat di kalangan semua kaum di kawasan saya di mana PRU yang lepas ini kawasan DUN Banting mendapat majoriti sebanyak 24,000. Majoriti ini sebagainya lebih tinggi daripada majoriti saya pada tahun 2018. Saya rasa ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan. Saya rasa apa yang berlaku (peningkatan kemenangan atau majoriti) bukan tiada sebabnya kerana Kerajaan Negeri Selangor telah pun mencurahkan banyak bakti dan sumbangan di kawasan Banting dan Kuala Langat. Saya ingin senaraikan yang pertama, Pasar Awam Banting. Kerajaan Negeri Selangor telah pun menjalankan satu naik taraf, membelanjakan hampir lebih daripada RM1.2 juta ringgit dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana kali ini, kita lihat pasar awam ini begitu indah, begitu selesa, begitu menyenangkan rakan-rakan peniaga kita di situ. Begitu juga dengan naik taraf gelanggang bola keranjang di kawasan Teluk Bunut sebanyak 200 lebih ribu ringgit digunakan untuk membangunkan membina sebuah bumbung di kawasan gelanggang bola keranjang ini dan sekarang ramai budak seronok untuk bermain di situ. Di kawasan seperti di Jalan Persekutuan 005 pada masa dahulu Kerajaan Persekutuan bila di bawah Pakatan Harapan telah pun memperuntukkan satu peruntukan yang cukup kuat untuk cukup besar untuk mempertingkatkan keselamatan di kawasan itu dengan pemasangan lampu-lampu jalan. Saya amat berharap supaya selepas ini kita dapat meneruskan kerja-kerja pembaikpulihan yang diadakan ini kerana sekarang ini kita lihat apa yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan pada tahun 2020 itu telah pun kita memerlukan sumber tanah tambahan untuk mempertingkatkan untuk menyelenggara yang rosak dan membaik pulih. Jadi, saya berharap perkara ini dapat diluluskan oleh JKR Selangor melalui peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Dan yang terbaru Tuan Speaker, iaitu satu perjanjian saya difahamkan telah pun dimeterai di antara PKPS dengan Persatuan Petani Sayur di kawasan saya di mana mereka telah pun dibenarkan untuk mendapatkan permit kegunaan untuk bercucuk tanam di kawasan
Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di mana mereka adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Selangor. Ini adalah satu masalah legasi yang telah pun diwarisi secara turun-temurun tetapi belum ada penyelesaian. Sekarang ini kita sudah nampak ada satu penyelesaian di mana PKPS telah pun menandatangani satu perjanjian dengan mereka sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani, sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan makanan, sekali gus menjamin kelestarian ataupun bekalan sumber makanan di kawasan Banting dan Kuala Langat dan sekali gus memastikan Jabatan Perhutanan Selangor dan PKPS dapat sumber ataupun hasil daripada kegunaan permit kegunaan ini. Tidak macam dahulu di mana hutan simpanan ini kekal diceroboh tetapi Jabatan Perhutanan tidak ada sumber ataupun pendapatan dan pada masa yang sama petani takut untuk meneruskan aktiviti pertanian di situ.
Saya juga ingin melafazkan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah pun melaksanakan program intervensi Jelajah Ihsan Rakyat ini adalah satu prestasi ataupun satu persembahan yang sangat memberangsangkan kita kerana kita dapat menunjukkan walaupun kita hanya sebuah Kerajaan Negeri Selangor tapi kita dapat mengelolakan membawa satu program intervensi yang membuktikan kepada rakyat seluruh Malaysia bahawa Selangor mampu melakukannya. Saya rasa itu adalah satu program yang sangat memberangsangkan dan saya berasa gembira kerana program ini difahamkan akan diteruskan sehingga ke bulan Mac tahun depan. Namun begitu, saya rasa sekarang ini kita telah pun masuk ke peringkat Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan saya berharap Kerajaan Negeri Selangor perlulah melihat cara-cara untuk mengintegrasikan program ini dengan kekuatan ataupun kapasiti yang ada pada Kerajaan Persekutuan untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dirancakkan dengan lebih giat lagi bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Malaysia. Malahan sebagai contoh dengan Jualan Keluarga Malaysia yang sebelum ini dikelolakan oleh Kerajaan Persekutuan saya rasa kita boleh ada ruang, banyak ruang untuk mempertingkatkan reach out, out reach yang ada pada PKPS ini. Saya juga ingin menyentuh sedikit Tuan Speaker berkenaan dengan PKNS dan saya lihat isu PKNS ini nampaknya kuran diberi perhatian dalam perbahasan ataupun ucapan daripada Tuan Dato’ Menteri Besar minggu lepas tapi kita masih ingat pada sidang belanjawan tahun lepas ada seorang Ahli Dewan di Negeri Selangor ini mengatakan menuduh bahawa PKNS ini mengalami masalah. Dia menggunakan terma seperti assistancial crisis, asistancial crisis pada masa itu. Saya rasa itu adalah satu tuduhan yang sangat tidak wajar. sWalaupun begitu kita sabar dan hari ini kita lihat dan boleh baca daripada laporan ini yang menerangkan bahawa sebenarnya PKNS sama seperti pemaju yang lain menghadapi masalah yang sama akibat PKP ini. Tetapi hari ini kita boleh lihat dan laporan ini mempamerkan satu prestasi yang begitu menonjolkan sehingga 31 Disember 2021, 2021 itu bukan pun 2022. Kutipan hasil jualan berbanding dengan tahun sebelumnya adalah 385.6 juta. Tahun 2020 hanya 218, tahun 2021, 385.6. Dan kita lihat cukai, keuntungan sebelum cukai dan setakat PKNS pada tahun 2021, RM719 juta dan ini adalah satu peningkatan bukan peningkatan, tahun sebelum tu PKNS mengalami
kerugian yang begitu dahsyat tapi pada tahun lepas saja kita sudah mencatat keuntungan yang begitu tinggi. Saya rasa ini adalah satu fakta kita antara fakta yang perlu diketengahkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk melawan fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas Kerajaan Negeri Selangor.
Yang seterusnya, ada juga terdapat juga laporan daripada Ketua Audit Negara yang saya rasa yang mana Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Tanah pastinya akan semak iaitu berkenaan dengan tanah rizab Melayu ini saya rasa PKNS boleh melihat cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang melibatkan tanah rizab Melayu ini. Dalam laporan audit yang dinyatakan, yang dibentangkan itu lebih hasil kajian audit lebih kepada cara pengurusan dan rekod tanah rizab Melayu tapi dia tidak menyentuh tentang cara macam mana kita hendak membangunkan tanah ini. Saya mencadangkan, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk supaya PKNS ini memimpin dalam isu ini dan menjadikan tanah rizab Melayu yang ada di Negeri Selangor ini bolehlah dibangunkan secara lestari untuk kepentingan masyarakat Melayu yang ada di Negeri Selangor. Jadi, pada masa yang sama Tuan Speaker, saya juga ingin menyebut sedikit dengan pembangunan sektor pembinaan di Negeri Selangor. Kita lihat sekarang ini tahun 2022 adalah zaman tahun pasca Covid, pasca pandemik di mana banyak sektor termasuk dan khususnya sektor pembinaan memerlukan sedang mengalami fasa bangkit semula dan mereka memerlukan pertolongan dan juga pertolongan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membolehkan mereka bangkit dengan lebih cepat. Saya ingin mencadangkan supaya mereka diberi kebenaran termasuk PKNS, PNSB dan sebagainyalah semua yang melibatkan diri dalam sektor hartanah ini supaya mereka boleh menjalankan kerja-kerja pembinaan secara minimum pada hari Ahad dan cuti tertakluk kepada kelulusan dan kita boleh menetapkan satu tempoh tertentu iaitu kelonggaran ini hanya diberi satu tempoh tetap saja mungkin satu tahun atau dua tahun supaya mereka boleh menggunakan masa kecederaan ini untuk mengorak langkah untuk menyusun balik kebangkitan mereka dalam sektor ini supaya segala kerugian yang mereka alami pada setahun atau dua tahun yang lepas itu mereka boleh cover balik, dengan izin.
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang dasar ESG yang sebenarnya tidak begitu diberi perhatian dalam perbahasan ataupun soalan Dewan kali ini. Saya berharap supaya Kerajaan Negeri Selangor melalui GLC-GLCnya boleh mempelopori konsep ESG iaitu Environmental, Social dan Governance dalam pentadbiran kita. Saya lihat perkara berkenaan dengan ESG ini sebenarnya pun tidak begitu diberi perhatian oleh sektor-sektor swasta khususnya syarikat-syarikat swasta tapi hanya diberi perhatian oleh gergasi-gergasi besar sahaja. Saya melihat ada banyak potensi yang mana GLC-GLC di Negeri Selangor ni dia boleh masuk dan menjadi pemimpin ataupun memimpin dalam sektor ini dan saya berharap kerajaan boleh memberi satu penjelasan yang lebih terperinci dalam sektor ini. Begitu juga dengan perubahan iklim Tuan Speaker, saya amat prihatin dengan apa yang dilafazkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain tetapi kita harus beringat perubahan iklim bukan hanya setakat musim tengkujuh, banjir kilat ataupun banjir
bermusim. Ia juga termasuklah krisis-krisis alam sekitar ataupun cuaca seperti kemarau dan saya perlu membagikan satu fakta bahawa terdapat satu kenyataan daripada LUAS yang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bakal menghadapi satu musim kemarau yang serius pada tahun 2025 tapi kalau kita ikut apa yang ada pada sekarang, kerajaan mempunyai rizab air yang boleh tahan selama enam bulan. Saya kira kita perlu lihat balik apa yang ada pada kita sama ada dia musim kemarau, banjir ataupun kemarau Kerajaan Negeri Selangor perlu ada satu persediaan yang cukup komprehensif. Dan saya ingin membagikan satu contoh, satu contoh di mana kerajaan perlu bergiat secara aktif melibatkan JPS memastikan isu-isu berkenaan dengan banjir ini dapat diatasi dengan segera. Saya juga ingin memohon supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian kepada Taman Sri Jarom Mas ini. Taman Sri Jarom Mas ini adalah satu taman yang cukup-cukup khusus bagi saya kerana ianya satu-satunya taman ataupun lokasi yang disenaraikan sebagai antara 52 kawasan hot spot banjir di kawasan di seluruh Selangor. Di kawasan Kuala Langat satu saja iaitu Taman Sri Jarom Mas. Taman ini bukan terletak di tepi sungai, bukan terletak di persisiran pantai tetapi boleh menjadi satu kawasan hot spot kerana kolam takungan yang ada dengan dia ini tidak dapat diselenggara dengan baik kerana ia masih lagi di bawah pemaju iaitu YNG ataupun Betaframe. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor perlulah mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan pemaju-pemaju yang menjalankan kegiatan ataupun pembangunan hartanah ini dia perlu tegas dengan pemaju ini supaya mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara tetap, secara berkala mengikut standard ataupun syarat yang telah ditetapkan oleh JPS. Kalau tidak akan berlaku masalah banjir yang berlaku di Taman Sri Jarom Mas in di mana air tidak surut lebih daripada dua tiga minggu selepas banjir pada tahun 2021. Saya berharap perkara ini kita perlu tengok semula dan memohon supaya Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan tegas.
Tuan Speaker, kita juga ambil maklum bahawa premium tanah merupakan satu kutipan sumber yang sangat-sangat penting bagi kita tetapi untuk makluman semua khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor perlu memastikan, memang Kerajaan Negeri Selangor perlu memastikan bahawa pembaharuan premium ini dibayar pada waktu yang tetap supaya kerajaan dapat menjana sumber pendapatan yang kukuh untuk pembangunan masa depan. Kita bukan hanya bergantung pada setakat cukai tanah tetapi premium tanah. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, premium tanah juga sangat penting untuk memastikan bahawa sumber pendapatan dan hasil kita adalah lestari kerana kita sedia maklum hak milik apabila sampai ke tempoh tamatnya ianya perlu membayar premium tanah. Jadi, premium tanah ini perlu dikira semula dan memastikan pembayarannya tepat pada waktunya untuk memastikan kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan projek-projek iltizam yang ada di Negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya juga ingin membawa satu fakta iaitu di kawasan Pekan Banting khususnya kita ada banyak tanah kosong, tanah kosong yang dimiliki oleh Kerajaan
Persekutuan yang memerlukan supaya Kerajaan Persekutuan ini menjalankan perancangan pembangunan dengan kadar yang paling segera. Kita lihat banyak tanah kosong ini bukan sajanya dibiarkan begitu saja malahan ia telah menjadi satu tempat yang orang kata eye sore dalam Bahasa Inggeris yang mencacatkan pemandangan kita. Dan, apatah lagi tanah-tanah kosong ini sebenarnya diletakkan terletak di tepi jalan. Saya amat berharap wakil-wakil kita yang ada di, wakil-wakil Ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan Negeri Selangor ini dia boleh menolong untuk memastikan kementerian-kementerian ataupun bincang dengan KSU-KSU supaya tanah-tanah ini dibangunkan dengan kadar yang segera. Ataupun kalaulah tidak ada apa-apa perancangan, maklumlah kepada kita macam mana kita boleh bekerjasama dengan mereka untuk memastikan tanah-tanah itu dapat dikemaskan sekurang-kurangnya dan tidaklah dibiarkan dan bukanlah dibiarkan begitu sahaja sehingga ia mencacatkan pemandangan di kawasan Pekan Banting. Sebenarnya ada. Saya mohon supaya kalau ada Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana..di MMKN yang berminat bolehlah tanya PBT ataupun MDKL untuk mendapatkan penerangan seterusnya.
Tuan Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya perwakilan wanita di dalam Kerajaan Negeri Selangor dan PBT dipertingkatkan. Dicadangkan daripada saya ditetapkan kuota satu per tiga daripada Ahli Majlis adalah daripada kaum wanita. Saya berharap ini boleh dilakukan dalam masa-masa yang akan datang mungkin bukan sekarang tapi satu or three years, dengan izin kita boleh melakukannya. PTRS adalah satu program yang sangat penting, Program Tuisyen Rakyat. Dulu kita melakukannya sebelum kerajaan Pakatan Harapan jatuh. Sekarang dengan adanya Kerajaan Perpaduan ini, saya ambil kira PTRS ini adalah satu strategi yang sangat penting untuk menjalankan rescalling, upscalling bersama-sama dengan kolej komuniti, kolej vokasional, ILP, IKBN, Kolej Matrikulasi yang ada di peringkat persekutuan. Saya rasa kita harus melihat PTRS ini sebagai bukan saja satu modul tuisyen sahaja tetapi satu program yang boleh membangunkan sahsiah dan kenegaraan yang ada pada anak-anak muda kita. Kita lihat undi 18 yang dilaksanakan kebelakangan ini, kita tahu ramai daripada anak muda dia terpengaruh dengan filem ataupun video di tiktok yang barangkali tidak membawa sebarang kebenaran pun tetapi sekiranya kita ada satu PTRS yang lebih menyeluruh, yang lebih komprehensif, yang dijalankan secara berstruktur, saya yakin anak-anak muda dia akan tahu membezakan antara yang benar dan yang palsu.
Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan tiga perkara yang melibatkan seperti isu perpaduan. Kita ambil maklum bahawa kerajaan memberi peruntukan yang cukup besar kali ini untuk mengeratkan isu perpaduan di Negeri Selangor. Saya cuma ada satu cadangan sahaja iaitu saya berharap sangatlah Kerajaan Negeri Selangor barangkali melalui Media Selangor, barangkali melalui Media Selangor untuk menyediakan satu platform membolehkan, memudahkan rakyat menjalankan fact check kerana kita tahu di luar sana banyak tohmahan, ada banyak perkara yang tidak pernah terhadap mana-mana individu ataupun parti politik yang ada di Negeri
Selangor ni. Ini berlaku bukan setahun tetapi banyak tahun. Sejak lima enam tahun yang lepas kita lihat perkara ini semakin serius. Saya berharap satu peruntukan khusus di bawah isu perpaduan ini boleh diperuntukkan untuk menjalankan fact check. Rakan-rakan media ataupun rakan-rakan pengundi ke, pemuda ke, dia boleh menggunakan platform ini untuk semak sama ada tohmahan-tohmahan ini adalah benar atau tidak. Sama ada sesuatu parti itu adalah antiagama sesuatu atau tidak. Kita perlu adakan platform ini supaya mereka tidak terpengaruh dengan diayah yang dikeluarkan oleh pihak tertentu. Tuan Speaker, saya cuba ingin membangkitkan sesuatu berkenaan dengan pengurusan masjid dan MPKK
Banting, baru-baru Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan bajet dia, dia bagi peruntukan kepada agama Islam dekat RM600 juta. Saya ingat dalam sejarah saya ingat ni paling tinggi saya rasa. Yang Berhormat Banting ini daripada DAP. DAP ni anti Islam. Tak nak Islam. Tolak Islam. Nak gugurkan Islam. Sebab itu saya nak tanya Yang Berhormat daripada DAP ini apa perasaan Yang Berhormat bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi RM600 juta ni. Menteri Besar pun tak patut la ni. Bagi sampai RM600 juta. Sebab Pakatan Harapan ini anti Islam. Tak nak Islam. Tapi dia bagi RM600 juta. Ini Menteri Besar yang sepatutnya kalau akan datang ni kita jangan lantik dia la. Macam mana pandangan dari Banting.
Saya nasihatkan supaya Taman Templer ini masuk PTRS. Tuisyen sikit supaya jangan terpengaruh sangat dengan diayah yang dikemukakan oleh rakan-rakan yang tidak sehaluan dengan kita. Boleh tak? Itu diayah. Itu tak benar. Itu palsu. Itu fitnah. Memang DAP tidak pernah mengatakan dasar-dasar malah kita memberi sokongan. Kita ada di dalam Dewan Undangan Negeri setiap tahun kita luluskan bajet peruntukan yang kita bentangkan ini kita akan luluskan. Pernah tak sekali Ahli Dewan Negeri dari parti DAP ini menolak. Malahan kita ada hujah2 kita menyokong dan kita memberi banyak penjelasan macam mana kita boleh menggunakannya untuk pembangunan umat Islam dia kawasan kita. Dan saya nak bangkitkan di sini iaitu masjid dan MPKK Ketua Kampung. Saya difahamkan Tuan Speaker, Ketua Kampung merupakan penasihat kepada masjid dan surau di kawasan kariah dia. Tapi saya lihat, saya juga ada terdengar dalam beberapa siri dialog ada ketua Kampung di kawasan saya, bukan di kawasan saya tapi kawasan parlimen saya. Tapi dia berasal dari kawasan DUN jiran, bahawa mereka tidak dijemput malah tidak dimaklumkan dan mereka dipinggirkan dengan sengaja oleh pengurusan masjid dan surau dan ini mungkin menyebabkan banyak daripada perkara atau pun informasi yang benar daripada Kerajaan Negeri tidak dapat disampaikan kepada ahli kariah melalui Ketua Kampung. Saya pun tinggal sini ingin meminta, memohon dan merayu kepada kerajaan supaya mengeluarkan satu arahan supaya adanya wakil MPKK ini di lantik sebagai sebahagian daripada AJK Masjid dan Surau. Dan saya juga memohon supaya Ketua Kampung kita ini dijemput, dimaklumkan dalam setiap program yang ada di masjid dan surau supaya kita boleh bekerja bersama-sama. Jadi saya rasa itu sesuatu langkah yang penting sekurang-
kurangnya untuk mengurangkan sebarang perselisihan faham ataupun silap faham yang ada selama ini. Kita perlu ingat peranan MPKK institusi Ketua Kampung dan juga Penghulu sangat penting di sebuah kampung. Kalau kita tidak ada MPKK kita tidak ada Ketua Kampung, kita tidak ada Penghulu macam mana penduduk hendak mendapatkan pertolongan atau akses kepada sumber atau informasi atau panduan daripada Kerajaan baik negeri atau Kerajaan Pusat. Saya rasa ini perlu diberi perhatian dan saya memohon penjelasan.
Tuan Timbalan Speaker, saya juga ingin menyebut sedikit tentang pelancongan warisan sejarah dan juga beberapa program berkenaan dengan alam sekitar. Dan saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya geran yang diadakan oleh kerajaan sebelum ini iaitu geran pelancongan yang membolehkan kita melatih komuniti hos, saya rasa sudah masanya kini kita pulihkan dia. Dan memastikan kita melatih lebih ramai lagi komuniti hos untuk membangunkan semula industri pelancongan di negeri Selangor. Kita sering kali kata pusing Selangor dulu. Saya nak kata pusing Selangor dulu, pusing Kuala Langat dulu. Kerana ini lihat komuniti hos yang ada di kawasan Kuala Langat ini komited. Baru-baru ini saya lihat..
Banting, Banting, Banting. Sebelum pergi jauh fasal pelancongan ini. Tadi banting ada menyebut soal berkaitan dengan perpaduan. Kemudian saya celah. Lepas tu Banting masuk masjid pula. Saya baru-baru ini ada seorang sahabat saya, ustaz ni bukan ustaz malaun. Dia dari Amanah. Dia bagi tahu saya lepas kita menang baru-baru ini masih ada lagi Yang Berhormat Banting, ustaz yang masuk di masjid ini yang ini masjid di Sijangkang. Masjid Jamiul Insani. Insani ya. Sany tu saya. Masih tohmahan lagi. Masih caci lagi. Masih fitnah lagi. Pakatan Harapan ni. Ni macam mana ni sedangkan Menteri Besar umumkan duta perpaduan untuk negeri Selangor ini. Sebenarnya kita nak bawa negeri ni ke mana. Kita nak bawa negara ini ke mana. Kalau nak keluar, kita boleh keluar. Kalau nak damai, kita boleh damai. Sebab tak habis-habis lagi. Kejap. Banting duduk dulu. Sebab yang terbaru ini pula kita dengar lambat bentuk kabinet sebab Dato Seri Anwar Ibrahim perlu dapatkan mandat daripada Israel. Sebab itu saya rasa dah sampai masa, esok pukul 12 tengah hari saya tak ada. Saya nak pergi buat repot polis kepada Pakatan Harapan. Sebab PAS tak buat. Malaun tak buat. Berani sebut dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah. Esok tepat jam 12 tengah hari saya akan buat repot polis kepada Pakatan Harapan di IPD Dang Wangi. Saya nak minta supaya pihak polis siasat Pakatan Harapan yang dikatakan komunis yang dikatakan LGBT. Yang dikatakan tak nak raja. Yang dikatakan tak nak Islam. Yang dikatakan Israel. Yang dikatakan. Yang dikatakan. Yang dikatakan.
Banting, teruskan.
Peraturan Tetap. Tuan Speaker, suka saya mohon Tuan Speaker merujuk kepada peraturan 37 di mana seseorang ahli itu tidak boleh mengganggu ahli lain. Celahan untuk penjelasan boleh tapi
janganlah terpesong dari situ. Dan juga peraturan 36(1) isi kandungan mesti berkaitan dengan perkara yang dibincangkan. Jadi saya tahulah Yang Berhormat Taman Templer sekarang ni memang popular di TikTok tapi ada hadnya. Jadi kalau kita campurkan celahan-celahan.
Yang Berhormat EXCO, Dato selama ini tak ada sapa berani lawan. Dato yang paling lama, yang paling senior dari semua. Kita nak dengar semua EXCO cakap. Haa ni saya lawan. Apa yang tak ada kena mengena. Soal berkaitan dengan perpaduan apa yang tak ada kena mengena. Jangan kata benda tu tak tersinggung.
Peraturan Tetap, duduk dulu. Duduk dulu. Duduk dulu.
DEWAN : (Berkelahi)...
Duduk dulu Taman Templer. Tenang-tenang. Yang Berhormat Bandar Baru Klang dia kemukakan Peraturan Tetap. Kita dengar dulu. Kemudian baru saya buat adjustment.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi Parlimen pun ada Peraturan Tetap. Tuan Speaker, kalau kita campurkan celahan-celahan yang dibangkitkan oleh Taman Templer dalam dua hari ini mungkin lebih panjang daripada ucapan Belanjawan Dato Menteri Besar. Jadi itu saya rasa tidak adil untuk sidang dewan ini kita masa singkat. Masa ini patut kita gunakan bicara yang baik. Isu politik boleh bangkit tapi berkaitan dan kena singkatkan. Itu saya mohon budi bicara daripada Tuan Speaker. Terima kasih.
Baik saya ambil maklum tentang Peraturan 36(i) Fokus kepada apa yang kita bincangkan. Tidak boleh mencelah. Sedikit cukuplah.
Saya sanggah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat EXCO. Bila menyatakan kita tak ada masa. Mana pula kita tak ada masa. Sebab Tuanku minta kita bersidang dua minggu. Bagilah masa kepada semua Yang Berhormat. Kena bagi masa. Jangan nak habiskan cepat. Ini amanah, ini tanggungjawab. Kalau dewan ini kita habiskan cepat saya tak setuju. Bagi masa kepada semua Yang Berhormat untuk berbahas. Terima kasih.
Baik, saya akan aturkan masa.
Tuan Speaker, saya tak cakap nak hadkan masa untuk berbahas. Tapi jangan buang masa. Tuan Speaker, bila saya garang, lawan PAS, Yang Berhormat Taman Templer masih dalam PAS lagi. Jadi tak usah tunjuk garang. Saya lebih garang lagi.
Boleh Dato’. Boleh. Saya boleh dimana sahaja.
Saya perlu teruskan. Saya mohon teruskan. Sebenarnya jawapan soalan daripada Taman Templer ini telah pun saya jawab masa tu masa perbahasan dalam Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan Negeri tapi saya rasa kalau ada apa-apa laporan polis itu silakan. Saya rasa kerajaan perlu ambil sesuatu untuk siasat tapi dari satu aspek lagi kerajaan perlu memastikan bahawa Ketua Kampung kita, saya nak tekankan di sini aduan sebenarnya oleh Ketua Kampung Sijangkang. Yang mengadu bahawa beliau ini tidak dimaklumkan, dipinggirkan oleh masjid atau surau di kawasan dia. Saya rasa ini adalah tidak patut. Kalau kita nak politik jangan politik sampai sebegitu rupa. Perlu ada satu tahap atau hadnya. Saya memohon supaya Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan padu supaya institusi MPKK dan Ketua Kampung ini diberikan fungsinya untuk diberi satu peranan atau fungsi yang cukup seluas-luas untuk beliau menjalankan tugas sebagai penyampai maklumat daripada Kerajaan kepada ahli kariah. Saya rasa itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan.
Keduanya, saya sebut tentang pelancongan ini, pelancongan ini kita lihat semasa beberapa program pelancongan ini saya lihat betapa giatnya komuniti hos yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor pada dua tahun lepas memainkan peranan untuk mempromosikan tempat pelancongan atau destinasi pelancongan di kawasan kampung baru Sungai Jarom. Kita ada seorang komuniti hos wanita muda ada kerjaya tetap di kawasan perindustrian bebas Telok Panglima Garang dan beliau memainkan peranan kita berharap komuniti hos ini boleh diberi peruntukan yang lebih kuat untuk melatih lebih ramai lagi pakar-pakar baru untuk membawa tempat-tempat menarik di kawasan kita kepada pelancongan bukan sahaja di dalam Malaysia tapi juga di luar negara. Begitu juga dengan warisan sejarah. Kita lihat sekarang ini kerajaan selama ini memberi peruntukan penyelenggaraan bangunan-bangunan lama dan bersejarah dan dimiliki oleh kerajaan tapi kita juga tidak harus lupa sebenarnya ada banyak lagi bangunan bersejarah, kedai lama, barangkali kedai papan yang sebenarnya masih elok lagi tetapi memerlukan peruntukan yang besar daripada Kerajaan untuk membantu menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan. Saya berharap sebahagian daripada peruntukan yang kita turunkan untuk penyelenggaraan warisan ataupun bangunan dan tapak bersejarah ini boleh digunakan untuk membantu pemilik kedai lama, bangunan lama, rumah lama supaya mereka boleh memperhiaskan lagi, mencantikkan lagi apa yang ada di kawasan mereka.
Satu lagi perkara, Tuan Speaker, berkenaan dengan alam sekitar. Saya lihat alam sekitar ini kita perlu melakukan sesuatu perkara yang saya pernah sebutkan selama ini tapi belum dilakukan. Sekarang sudah sampai masa kerana sudah adanya Kerajaan Persekutuan iaitu CEMS Continuous Emission Monitoring System yang
dipaparkan secara real time melalui cara open source ataupun open government. Ini sangat penting kerana ramai penduduk di kawasan saya mengadu bahawa ada pelaku pencemaran air, pencemaran sungai, pencemaran udara, pencemaran bau. Kita ada asap tapi kita tak tau adakah ia dibenarkan atau tidak. Melainkan kalau kita melaksanakan CEMS. Pada tahun 2018 atau 2019 apabila kita menjadi Kerajaan Persekutuan saya pernah mencadangkan dan perkara ini saya tahulah bahawa ia telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan selepas tahun 2021 tetapi kita tak tahu pelaksanaan itu setakat mana. Kita nak supaya ia dilaksanakan secara open source iaitu data-data emission ataupun pengelola asap atau bahan-bahan pencemar ini sekiranya dibenarkan ia boleh dilaporkan secara real time ataupun nyata masa di dalam laman web supaya rakyat kita boleh tengok setakat mana pematuhannya. Jadi saya rasa ini akan mempertingkatkan ketulusan dari segi pengurusan isu soal alam sekitar dan tidak wujud lagi la kerajaan tak buat apa, tidak ada penguatkuasaan sedangkan ia mungkin masih lagi di bawah parameter yang dibenarkan. Sekiranya ia melepasi kerajaan boleh tengok, rakyat pun boleh tengok maka tak ada isu penguatkuasaan. Saya rasa itu sangat penting dan sudah ada teknologi yang matang yang memang available di market yang membolehkan ia dipasang dan dipandang dengan mudah. Saya berharap supaya isu alam sekitar ini kita bolehlah selain daripada mempergiatkan program-program pemuliharaan yang sedia ada seperti penyelenggaraan, penanaman pokok-pokok bakau dan sebagainya, kita boleh melakukan dengan lebih banyak lagi melalui kolaborasi dengan Kementerian Alam Sekitar. Juga saya ingin membagikan ke Tuan Timbalan Speaker, iaitu berkenaan dengan beberapa isu berkaitan dengan alam sekitar, setahunya kita ada isu no plastic, katakan tidak kepada plastik, saya lihat nampaknya kebelakangan ini jarang diberi perhatian malahan pernah sekali kita adakan satu dasar di mana kita tidak membenarkan penggunaan polisterin, styrofoam di seluruh Kerajaan Negeri Selangor dan juga di Negeri Selangor kita nak bantah kita nak band ataupun melarang kegunaan polisterin ini tetapi kita lihat apa yang berlaku kebelakangan ini ialah penggunaan plastik khususnya styrofoam ini semakin berleluasa walaupun kita telah pun menetapkan akan membina waste to energy tetapi kita juga harus beringat bahawa pengurangan kegunaan plastik styrofoam dan juga pengasingan sampah sarap juga adalah satu strategi yang sangat penting untuk memastikan alam sekitar kita ini sentiasa dipelihara. Saya memohon supaya Kerajaan melihat semula apakah dasar no to plastic ini masih lagi relevant. Sekiranya relevant kita minta Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi makna kepada dia. Janganlah kita asyik melancarkan kempen ataupun melaungkan cogan kata sahaja tetapi kita tidak ada langkah drastik untuk menilai bagaimana ia telah pun dilaksanakan, bagaimana dasar ini telah pun dilakukan, bagaimana peruntukan kita dilaksanakan untuk mencapai pengurangan penggunaan plastik dan styrofoam di kawasan kita, apakah prestasinya di setiap DUN, kita hendak tahu. PBT kena beritahu laporannya. Sekarang ini kita cakap sahaja tetapi kita tidak tahu wang yang ada ini, yang diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor ini digunakan di mana. Saya hendaklah suka melihat supaya satu laporan dibentangkan.
Terima kasih juga kepada Tuan Timbalan Speaker, satu lagi Program laluan basikal, kita sekarang ini bercakap tentang Bas Selangorku, penting, tetapi laluan basikal macam mana? Saya masih ingat dahulu nya Kerajaan ada rancangan untuk membina beberapa ribu kilometer laluan basikal tetapi sekarang kita nampak macam tidak ada kesinambungan. Saya hendak supaya Kerajaan untuk memberi sedikit pencerahan khususnya PBT macam mana program laluan basikal ini telah pun diadakan dirancang dan dilaksanakan di setiap PBT di setiap DUN? Berapa kilometer telah pun dibina? Adakah ia telah diguna? Berapa biji basikal yang telah pun diguna? Berapa banyak kereta yang telah dikurangkan atas jalan raya? Kita hendak tengok, secara bersepadu data-data ini berapa banyak peruntukan yang telah pun digunakan? Berapakah penjimatan yang telah pun diadakan? Kita hendak tahu. Sekarang ini kita tidak tahu kerana tidak disebut, tidak ada laporan. Dewan ini adalah Dewan yang memantau perjalanan dan pelaksanaan Kerajaan Negeri Selangor. Kita sebagai Wakil Rakyat perlu tahu tentang data-data ini yang saya kira sangat-sangat penting. Begitu juga dengan
Banting.
Ya.
Ayat terakhir.
Ya. Dua perkara, ya, ayat terakhir. Satu lagi ialah berkenaan dengan Skim Insurans Perlindungan Bencana Alam, saya setuju dengan ucapan daripada Sungai Air Tawar tetapi saya rasa kita ada satu cadangan yang lebih baik kerana Pos Malaysia memang sudah ada skim insurans yang sama rupa. Apa kah salahnya kalau Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Pos Malaysia untuk melancarkan program sama untuk memberi perlindungan kepada rakyat, perlindungan hartanah kepada rakyat yang mengalami banjir dan kebakaran khususnya hartanah yang memang tidak boleh dilindungi oleh insurans biasa. Dan Tuan Timbalan Speaker, saya juga ingin melafazkan satu perkara yang terakhir berkenaan dengan pembangunan Dewan Negeri kita. Memanglah menjadi resam saya kalau tidak sebut tentang Dewan Negeri, tidak betul lah. Saya ingin mencadangkan, tadi ada disebut tentang bangunan baru untuk Dewan Negeri Selangor, saya mencadangkan, saya mengalu-alukan tetapi sekiranya kita tidak ada ruang baru untuk membina Dewan Negeri ini saya mencadangkan supaya Bangunan SUK ini digunakan sebahagiannya untuk kegunaan Dewan Negeri Selangor dan sekiranya boleh, sekiranya peruntukan itu mengizinkan saya mencadangkan supaya pembangunan Dewan SUK yang baru di belakang tapak ataupun tempat letak kereta yang ada di kawasan kita. Kita tahu sebenarnya tempat itu masih terbuka, tempat itu sebenarnya boleh dibangunkan secara berstrata dan boleh menempatkan keseluruhan SUK dan bangunan asal yang ada ini kita sebenarnya boleh gunakannya untuk tujuan Dewan Negeri Selangor, kita tidak perlu lah hendak buka hutan di sebelah sana itu, kita boleh lah guna apa yang ada sekarang
ini tetapi kita bangunkan ia. Perlu kita ingat, tapak tempat letak kereta itu, yang ada lereng-lereng bukit itu, ia terbuka, kita boleh merancang sesuatu barangkali untuk pembangunan secara berkala. Mungkin kita ada dua (2) ataupun lima (5) tingkat elevated car park dan seterusnya adalah Pejabat EXCO dan juga Agensi-agensi Kerajaan, Pejabat Menteri Besar yang baru. Dan SUK ada sekarang ini, kita boleh guna lah sebahagiannya lah, bukannya banyak. Jadi, saya berharap supaya ini boleh dipertimbangkan. Kedua, kita sudah sampai masanya sejarah Dewan Negeri ini harus lah ditulis dan didokumentasikan dengan lengkap. Saya masih ingat masa Yang Berhormat Hulu Kelang pernah menulis pada tahun 2008 ke 2009, ha 2009 masa tu Bandar Baru Klang, ada Speaker, kita pernah menulis satu buku sejarah Dewan Negeri Selangor, sudah lebih 10 tahun dah. Saya rasa lebih 10 tahun kita tidak ada buku baru, saya berharap kita boleh lah menulis satu buku mendokumentasikan seluruh sejarah Dewan Negeri khususnya apa yang berlaku di Dewan Negeri Selangor untuk tempoh 10 tahun yang lepas itu dimasukkan dan boleh lagi, kalau lah kita ada peruntukan yang mencukupi, kita lah mencetakkan satu buku Erskine May, versi Selangor, kalau boleh lah supaya segala pengalaman, segala isu yang melibatkan pelaksanaan Dewan, perbahasan Dewan, cara kita berbahas dan sebagainya, kita boleh mendokumentasikan untuk rujukan masa depan dan juga untuk rujukan rakan-rakan kita di Dewan Persidangan Komanwel yang lain untuk kemakmuran bersama. Dengan itu Tuan Timbalan Speaker, saya mohon menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Tua. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul ini.
Terima kasih Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) Dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6:00 petang.
Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Saya persilakan Yang Berhormat Meru.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T. (Doa). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga barisan kepimpinannya yang telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang cukup bernas dan juga meliputi semua peringkat di dalam Negeri Selangor dan juga sudah pastinya saya yakin ini merupakan belanjawan terbaik yang ada di seluruh negara pada ketika ini. Dan juga saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah diangkat sebagai Perdana Menteri kita yang Ke-10 dan juga saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen daripada kalangan Ahli Dewan Negeri Selangor daripada Dusun Tua, daripada Batu Tiga, Kota Kemuning dan juga Kuala Langat, Templer, Sungai Tua, minta maaf. Dan diharapkan dengan keberadaan mereka di Dewan Rakyat nanti ia akan membawa lebih banyak isu-isu Negeri Selangor dengan lebih mudah. Dan juga saya mengucapkan ucapan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Negeri Selangor yang telah menjadi Naib Juara dan syabas kepada penyokong-penyokong Pasukan Bola Sepak Negeri Selangor yang tidak menyalahkan pengadil walaupun kita kalah sebab ada orang menyalahkan pengadil kan? Ha, tetapi kita tidak menyalahkan pengadil. Ok, saya hendak mengambil kesempatan di sini, sudah pasti apabila berkaitan dengan isu Meru, isu banjir ini tidak dapat lari daripada masalah yang mana pada ketika saya sedang berbahas ini pun sedang berlaku banjir kilat terutama di Taman Meru Jaya di Jalan Kassim, yang mana untuk minggu ini sahaja sudah tiga (3) kali banjir berlaku di kawasan itu yang mana dapat dikenal pasti antara puncanya adalah penyelenggaraan perparitan di kawasan itu yang tidak dilaksanakan. Dan juga saya ingin bertanya kepada pihak berwajib berkaitan dengan penyelenggaraan perparitan di Jalan Paip yang bukan bawah JPS dan juga Jalan Hamzah Alang yang bukan di bawah JPS. Kalau dari Pekan Meru itu hendak ke Kapar di sebelah kiri yang mana jalan itu kata, perparitan itu kata JKR punya. Bila tanya JKR, JKR kata PBT punya, jadi di sini saya minta penjelasan, pihak siapa yang sebenarnya yang patut bertanggungjawab? Dan sepanjang saya menjadi Wakil Rakyat di situ, dua (2) perparitan ini tidak pernah pun diselenggarakan. Cuma di Jalan Paip itu, ada diselenggara itu pun dengan kerjasama ataupun sumbangan daripada pihak Topglove dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, sepanjang saya menjadi Wakil Rakyat, saya difahamkan hampir RM54 juta telah dikeluarkan oleh pihak Topglove dalam bentuk CSR untuk mengatasi masalah banjir di Meru sahaja. Jadi, ini perkara yang cukup serius. Apabila kita lihat perparitan utama ini tidak diselenggara sebab masing-masing menolak ke sana sini, saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera dan juga isu banjir di Taman Damai yang mana berpunca daripada projek pembangunan di sebelah yang mana kawasan Taman Damai ini bersebelahan dengan DUN Sementa. Projek itu di DUN Sementa, yang jadi mangsa di Meru. Ini
yang jadi marah, mujurlah YB nya mendengar sama. Dan juga saya risau apabila berkaitan projek yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat bernilai RM220 juta yang telah diluluskan pada Sidang yang lepas dan baru-baru ini kita didedahkan ada peruntukan ataupun projek yang diluluskan oleh KASA, Kementerian Air yang telah diluluskan sebelum pembubaran, adakah projek RM220 juta dimiliki oleh company yang sama Mangkubumi? Mangkubumi, saya risau kalau itu, silap-silap projek ini tidak dapat dijalankan. Jadi, saya harap sangat perkara ini dapat diselidiki .. kenapa Banting?
Cuma untuk beri sedikit penjelasan ataupun bertanya? Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa apabila saya menjadi ADUN Kampung Tunku, Syarikat Mangkubumi ini lah yang mendapat kontrak, apa, mangkuk ayun, masa itu Seri Setia Ahli Majlis. Dahsyat, satu Petaling Jaya kerana ada satu kereta itu jatuh ke dalam longkang dia, bukan, di Jalan Gasing. Yang Berhormat Bukit Gasing tahu juga sebab ia berlaku di kawasan dia. Dan baru-baru ini saya pun terperanjat bila saya balik ke kampung saya, Ipoh, syarikat ini pun mendapat projek yang sama, projek pembetungan di bawah IWK dan ia ambil masa berkurun-kurun untuk menyiapkannya. Jadi, saya, amat dahsyat lah, dengar nama ini, Mangkubumi. With due respect lah, bila saya dengar nama Mangkubumi ini, saya berasa sangat-sangat bimbang dan kalau ini berlaku di kawasan Yang Berhormat Meru, saya rasa Kerajaan Negeri Selangor perlu pantau. Itu sahaja Yang Berhormat.
Ok, saya setuju. Sebab itu bila nama company ini disebut-sebut menerima award ataupun anugerah projek yang bernilai RM220 juta ini di Meru, saya cukup risau bukan sahaja takut projek itu tidak berjaya tetapi ia akan membawa masalah baru pula di Meru, terbengkalai dan sebagainya. Bagi saya sebelum projek ini dimulakan, siasatan yang lebih rapi perlu dilaksanakan. Dan juga, isu yang kedua yang setakat ini bagi saya besar di Meru ialah berkaitan dengan isu kutipan sampah, isu kutipan sampah yang saya tengok selepas peristiwa banjir pada tahun lepas, pengurusan sampah, kutipan sampah di Meru ini cukup mendukacitakan. Dan, antara perkara yang saya perhatikan adalah disebabkan pertambahan penduduk yang semakin meninggi tetapi kutipan sampah itu tetap dalam jumlah jadual yang sama. Dan juga sampah-sampah ini datang daripada peniaga-peniaga yang tidak berdaftar ini tadi, di tepi-tepi jalan dan juga daripada kilang-kilang haram dan berlaku juga isu berkaitan dengan pembuangan sampah haram khususnya pada ketika ini di tapak hospital, di tapak yang bakal dibangunkan hospital, di jalan pasar malam Batu 8 dan juga Jalan Manan di bawah flyover WCE, di situ sudah jadi port tempat pembuangan sampah haram. Yang lebih malang pada waktu malam mereka bakar sampah-sampah ini yang akhirnya ia mengganggu ketenteraman penduduk waktu malam nak bernafas pun susah. Dan aduan ini telah banyak kali dipanjangkan tetapi saya tengok tindakannya tidak begitu serius dan orang kata bermaharajalela mereka membuang sampah di tempat-tempat berikut. Dan juga saya hendak bangkitkan berkaitan dengan isu lampu jalan, saya tengok DUN-DUN lain sudah dapat lampu LED dalam program
pencahayaan lampu LED tetapi di DUN Meru tidak dapat lagi. Kalau Taman Templer kata dianaktirikan, itu saya tidak tahu lah, itu cakap dia. Tetapi saya harap untuk fasa kedua yang saya tengok dalam belanjawan ini ada jumlahnya RM3 juta, dapatlah juga diberikan di Meru ini khususnya di Jalan Paip dan juga jalan pintasan Kapar, yang situ cukup gelap, jalan itu dah cantik dah turap tapi gelap, yang mungkin, dan juga jalan di Pekan Meru berhampiran Sekolah Agama di Masjid Asy-Syarif sebab situ laluan pelajar. Selalu pelajar lalu, kadang tuition dan sebagainya, kita khuatir berlaku kemalangan di situ sebab tidak ada pencahayaan yang cukup. Dan juga Meru pada ketika ini berhadapan kembali percambahan peniaga-peniaga asing. Saya ucapkan terima kasih kepada penguat kuasa MPK, Encik Shahrul, saya sebut terus nama dia Encik Shahrul. Saya rasa setiap kali aduan yang saya sampaikan, mereka, memang pasukan dia akan bertindak untuk buat tindakan cuma bagi saya tidak cukup penguatkuasaan kerana apa? Mereka hanya mampu untuk sita lepas itu keluarkan kompaun sahaja, tidak lebih daripada itu. Mungkin kita terpaksa, orang kata, memohon kepada pihak Kerajaan Pusat untuk bantu khususnya Imigresen untuk buat operasi bersepadu supaya mereka yang degil ini ataupun peniaga-peniaga asing ini dapat dibawa pulang ke negara mereka untuk mengatasi masalah ini. Selain itu juga, saya merayu kepada Kerajaan Negeri pada sesi yang lepas, Sidang yang lepas saya telah membangkitkan berkaitan dengan isu pembinaan Sekolah Agama di Sungai Kapar Indah dan sehingga kini saya tidak nampak lagi sebarang cadangan ataupun perancangan yang diutarakan oleh Kerajaan Negeri untuk pembinaan Sekolah Agama di Sungai Kapar Indah ini kerana keadaan sekarang amat mendesak, penduduk semakin bertambah tetapi malangnya tidak ada facilities, ataupun tidak ada sekolah yang cukup, sekolah agama yang cukup. Lebih-lebih lagi saya ucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri yang telah menambahkan peruntukan untuk Jabatan Agama Islam dan sebagainya tetapi yang ini juga penting, soal pendidikan, macam mana disebutkan oleh Taman Templer tadi. Selain itu juga, saya mengucapkan tahniah atas Program Jualan Ehsan Rakyat yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, dan saya harapkan program ini dapat diteruskan dan diperbanyakkan kerana kita lihat sambutannya cukup menggalakkan cuma beberapa kelemahan perlu diatasi macam yang berlaku di tempat saya, ada juga berlaku aduan jualan ayam yang berbau, yang dah lama. Jadi, saya harap perkara itu tidak berlaku dan juga tentang harga yang tidak sama antara jualan di Jelajah itu, dengan di kedai yang telah ditetapkan atau macam di Meru itu di Taman Dato Bandar ada satu kedai yang dibuka oleh PKPS tetapi harganya tidak sama dengan Jelajah itu. Itu perlu diberikan penjelasan kenapa harganya tidak sama sebab seolah-olah ada double standard harga di situ sedangkan diuruskan oleh pihak yang sama. Yang kedua, saya mengharapkan, dan seterusnya saya juga mengharapkan Kerajaan Negeri mengambil serius dan memperkasakan industri halal dengan menambahkan bajet sebab bagi pandangan saya apabila saya berada dalam STANDCO Halal ini, industri Halal ini saya tengok tidak ada bajet yang cukup. Malahan saya sendiri terpaksa gunakan duit peruntukan DUN saya untuk membantu menguruskan program-program industri halal ini termasuk membawa peniaga-peniaga kita dan saya
difahamkan sebelum ini STANDCO lebih pada menumpukan kepada untuk memudahkan usahawan-usahawan Bumiputera untuk mendapatkan sijil halal. Tetapi bagi saya, kita perlu perluaskan jadikan Negeri Selangor ini sebagai hub education halal supaya kita menjadi pusat penumpuan halal dunia bukan sahaja daripada segi produk nya tetapi daripada segi knowledge nya, daripada segi ilmunya. Yang ini juga boleh menjadikan sumber pendapatan baru kepada Negeri, yang saya yakin kalau perkara ini kita dapat kendalikan dengan baik, ia akan membawa hasil yang baik kepada Kerajaan Negeri dan juga dapat membantu pemain-pemain industri halal di dalam Negeri kita. Dan juga, saya ingin membawa beberapa isu tempatan di sini di mana kita lihat khususnya di Kampung Meru. Sebelum ini JKR Selangor telah meluluskan permohonan pembinaan beberapa bonggol di jalan utama di Kampung Meru tetapi hanya beberapa bonggol sahaja yang dibina setakat ini iaitu bonggol di Jalan Kassim, Jalan Khamis, Jalan Jabar, Jalan Kapar yang masih tidak ada bonggol walaupun telah diluluskan. Selain itu juga, saya ingin membawa isu berkaitan dengan jambatan yang rosak, khususnya jambatan di padang JKR, jambatan laluan alternatif untuk menghantar anak-anak ke Sekolah SMK Meru yang mana jambatan ini cukup uzur dan berbahaya sedangkan jambatan ini telah menjadi laluan utama. Selain itu juga, jambatan Jalan Kenangan berdekatan dengan Surau Al-Makmum yang telah terlalu lama, kecil dan hanya satu kenderaan sahaja yang boleh lalu dan amat berbahaya dan amat perlu dijadikan jambatan ini kepada dua (2) lane dan perlu kepada jambatan yang baru yang mana saya difahamkan jambatan ini di bawah selenggaraan Pejabat Tanah. Dan juga, jambatan runtuh di Jalan Kenangan berdekatan dengan kubur Islam, kubur Cina yang mana jambatan telah lama runtuh dan tidak diperbaiki lagi sehingga kini. Dan jambatan di bawah selenggaraan Pejabat Daerah dan Tanah juga. Dan isu di Kampung Cherakah, berkaitan dengan pewartaan Sungai Binjai, berhubung dengan Sungai Kapar Besar namun Sungai Binjai ini masih lagi belum diwartakan secara rasmi menyebabkan penyelenggaraan Sungai Binjai tidak dapat dilakukan mengikut jadual dan akhirnya berlaku banjir kilat di kawasan tersebut dan juga permohonan untuk membuat culvert pada Jalan Unggul yang telah pecah menyebabkan banjir di Jalan Unggul dan kawasan berhampiran dan saya juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menaik taraf Padang Bola berhampiran Balai Penghulu yang mana ini lah satu-satunya Padang Bola yang ada di Kampung tersebut dan juga yang digunakan oleh Sekolah Menengah Agama di Kampung Cherakah di sana dan sekolah itu pula tiada padang bola. Jadi ini satu keperluan yang terdesak yang perlu Kerajaan Negeri ambil tahu. Dan juga, saya juga memohon supaya dapat menaik taraf longkang Jalan Tahir Manan yang mana kenderaan berat yang melalui Jalan Tahir Manan yang menyebabkan jalan cepat rosak, longkang kiri dan kanan jalan akan cepat runtuh sebab tanah gambut di situ dan juga laluan dilalui oleh kenderaan berat. Dan pembinaan palang yang dicadangkan tidak dapat diluluskan oleh pihak JKR kerana dimaklumkan jalan ini adalah jalan utama dan saya mohon pihak JKR memikirkan alternatif lain untuk menyelesaikan isu ini dan juga berkaitan dengan banjir di Taman Damai, yang masih belum dapat diatasi yang seperti
mana yang saya sebutkan tadi akibat daripada pembinaan kawasan industri baru di Jalan Seri Kerayong yang mana air limpahan daripada Jalan Seri Kerayong itu masuk ke kawasan perumahan di Taman Damai dan juga saya melihat perparitan di situ tidak diselenggarakan. Dan kebanyakan juga isu banjir juga di Taman Intan Indah 5 berpunca daripada culvert yang kecil yang menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan cepat dan saya mohon pihak MPK untuk membuat tindakan segera dan kebanyakan masalah banjir di Meru ini di kawasan taman kita lihat bagaimana berpunca daripada penyelenggaraan yang lemah, berkaitan dengan sistem perparitan di kawasan taman-taman. Selain itu juga, saya mencadangkan supaya perparitan utama dapat diselenggarakan dengan baik tetapi saya mengharapkan juga longkang-longkang di taman-taman khususnya di Taman Meru 3 yang telah dijanjikan sebelum ini untuk diselenggarakan ataupun diperbaiki ataupun di upgrade tetapi sehingga kini saya tidak nampak sebarang kerja-kerja yang dibuat dengan kawasan tersebut. Tuan Speaker, saya juga di sini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberi bajet yang cukup besar kepada JAIS. Saya bersetuju tetapi saya mengharapkan masjid, surau di Negeri Selangor tidak dijadikan sebagai pusat penyebaran fitnah dengan menggunakan agama. Sehingga kini kita lihat masih lagi berlaku isu pengajar ataupun mereka yang memberi kuliah yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat untuk mereka berkempen dan memburukkan Kerajaan. Bagi saya tindakan ini adalah satu tindakan yang keterlaluan. Ia bukan sahaja mencemarkan kesucian Islam tetapi dalam masa yang sama ia mencetuskan perpecahan dan juga perbalahan sesama umat Islam dan juga bukan Islam. Kita menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang inginkan masjid-masjid dan surau tidak dijadikan sebagai medan politik yang seharusnya pegawai-pegawai JAIS dan juga mereka yang terlibat mengambil serius dan pastikan perkara ini tidak berlaku di dalam Negeri Selangor dan kita aku, walaupun saya sendiri antara yang telah ditarik tauliah mengajarnya, kita aku kerana Tuanku ingin berlaku adil kepada semua pihak. Dan kita harapkan pihak pengurusan masjid juga kena menjunjung Titah Tuanku supaya kita tidak berlaku penyalahgunaan dan pengurusan masjid yang keterlaluan apatah lagi menggunakan medan kuliah, ceramah ataupun khutbah untuk menghina atau memburukkan lawan ataupun memfitnah kepada sesama muslim dan juga kepada mereka yang bukan muslim sedangkan perkara ini tidak ada dalam ajaran kita. Malahan dalam ajaran kita menegaskan untuk kita menyatukan sesama kita dan sekiranya ada berlaku kesalahan di peringkat Kerajaan seharusnya ditegur ataupun diberikan saluran yang terbaik untuk memperbaiki dan juga memberi cadangan untuk menambah baik bukan dijadikan kelemahan itu sebagai point ataupun bahan untuk mencemuh dan menghina sesama kita. Tuan Timbalan Speaker, dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga mengharap dan mengucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah menaikkan elaun Ketua Kampung, KKI dan juga yang berkaitan dan diharapkan dengan kenaikan ini akan menambahkan kualiti kerja Ketua-ketua Kampung dan yang
berkaitan. Dan dalam masa yang sama, saya mengharapkan juga supaya pihak Kerajaan Negeri juga dapat menilai tentang pejabat-pejabat mereka yang perlu diperbaiki yang kebanyakannya kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk diperbaiki supaya memudahkan peringkat pengurusan MPKK untuk melaksanakan tugasan mereka. Jadi, saya di sini ingin merakamkan sekali lagi tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang cukup baik untuk rakyat Negeri Selangor dan dengan ini saya menyokong penuh Belanjawan Selangor 2023 dengan sepenuh hati. Sekian terima kasih.
Terima kasih Meru, saya mempersilakan Rawang.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker yang memberi saya satu peluang untuk membahaskan berkenaan dengan Belanjawan 2023. Yang pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan juga barisan EXCO dan juga penjawat awam yang turut terlibat dalam merangkakan belanjawan ini walaupun dalam tempoh dua (2) minggu itu kita sibuk dengan Pilihan raya tetapi sempat juga selepas Pilihan raya kita masuk dan kita bentang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar bentang berkenaan dengan belanjawan 2023. Ketika Pilihan raya Umum yang Ke-15, turut kita menerima banyak serangan dan juga fitnah berkenaan ada yang mengatakan, Bukit Antarabangsa mengatakan tanpa dia Kerajaan, prestasi Kerajaan Negeri Selangor merosot. Tuan-tuan dan Puan-puan, hari ini kita, dah nampak dalam pembentangan Menteri Besar berkenaan dengan KDNK adalah antara tertinggi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2021 dengan sumbangan sebanyak 25% dan nilai berjumlah RM343 bilion. Tuan-tuan dan Puan-puan, ini dah satu bukti yang telah menunjukkan bahawa Negeri Selangor masih menerajui pembangunan terutamanya dalam ekonomi di dalam Malaysia ini. Saya juga ingin menasihatkan bahawa Bukit Antarabangsa, saya percaya dalam setahun ini mungkin dia tidak hadir sampai tiga (3) hari atau empat (4) hari, Buku Bajet masih pun masih di atas kerusi dia. Rasanya sehingga ke hari ini dia tidak ambil Belanjawan Selangor 2023 untuk mengkajinya. Tuan-tuan dan Puan-puan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor pernah sekali meminta bahawa sumbangan Persekutuan pada Negeri Selangor wajar dipertingkatkan. Disebabkan hari ini kita nampak dalam Belanjawan 2023 sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan hanya RM214 juta kalau dibandingkan dengan KDNK yang kita menyumbangkan tidak sampai 1% pun. Kalau memerlukan, dan di Selangor ini memerlukan lebih banyak pembangunan terutamanya dalam infrastruktur supaya Selangor boleh membantu dalam pembangunan yang terutamanya dalam ekonomi supaya Negara ini dapat dibangunkan dan kita boleh membantu dalam pembangunan ekonomi yang akan datang supaya golongan miskin dapat dibantu dalam polisi ataupun dasar-dasar yang akan dibentangkan ataupun belanjawan yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan datang.
Tuan-tuan dan Puan-puan, eh bukan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, dah biasa dalam ceramah (ketawa) (Ahli Dewan ketawa). Ya, Yang Berhormat Ahli Dewan sekalian, pada tahun 2020, 2019 belanjawan yang terakhir yang pernah dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan seketika itu pernah mencadangkan bahawa MARRIS, Peruntukan MARRIS boleh dibenarkan untuk dinaik taraf dalam segi infrastruktur, lampu dan juga longkang. Kita pun sedia maklum bahawa MARRIS sebelum ini adalah hanya dibolehkan untuk penyelenggaraan, ia tidak boleh menaik taraf. Tetapi, apa yang berlaku pada hari ini, hujan kerap berlaku, longkang yang hari ini tidak dapat menampung air hujan yang sebegitu lebat pada hari ini. So, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor, Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh mencadangkan kembali kepada Kerajaan Pakatan Harapan supaya mengembalikan yang cadangan sebelum ini, 15% daripada Peruntukan MARRIS itu dibenarkan untuk kegunaan naik taraf supaya jalan boleh di naik taraf, longkang boleh di naik taraf, lampu boleh di naik taraf supaya rakyat atau pun penduduk di Selangor ini boleh lebih selesa dan tidaklah berlaku lagi banjir kilat di kawasan-kawasan Yang-yang Berhormat-berhormat. Yang ketiga saya ingin membangkitkan perkara berkenaan dengan peruntukan Bantuan Sekolah Selangor. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini memang 2018, saya percaya dengan pengalaman Yang Berhormat dalam Dewan ini selepas kita menang yang turut dapat jemputan daripada setiap sekolah. Setahun beberapa kali menjemput kita masuk tengok dalam keadaan sekolah ada yang bumbung telah bocor, lantai yang pecah, kipas pun tiada, tandas pun rosak. Ini adalah perkara yang sangat asas, kita bukan hendak mewah, kita bukan hendak aircond, ini perkara yang asas. Saya berharap kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih dengan inisiatif yang baru daripada Kerajaan Negeri Selangor memberi peruntukan ke Sekolah Kebangsaan dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan supaya boleh membantu mereka dalam perkara ini. Dan saya turut berharap Kerajaan Persekutuan kali ini boleh mengambil perhatian terhadap isu-isu ini. Baru saja kita menang PRU15, Pilihan raya 15, baru saja Perdana Menteri mengambil sumpah, sekarang sudah saya menerima pelbagai jemputan daripada sekolah untuk masukkan sekolah supaya sekali lagi hendak tengok apa keadaan di dalam itu untuk memperbaiki dan juga membantu mereka untuk menyelesaikan masalah.
Di kawasan saya, saya ada satu pengalaman. Waktu pilihan raya sekolah itu adalah sekolah kawasan mengundi. Kipas dia ada 15 kipas, kipas kelas itu tidak berfungsi. Saya menerima surat daripada pihak sekolah supaya untuk menyumbangkan kipas kepada sekolah, disebabkan SPR yang minta. Disebabkan mereka risau pengundi masuk ke sekolah tidak dapat mengundi dengan selesa. Cuba bayangkan bagaimana dengan anak-anak kita yang disekolah itu, bagaimana mereka belajar di satu kelas yang tanpa satu kipas yang boleh berfungsi. Saya berharap kerajaan tak kisahlah, Kerajaan Persekutuan atau pun Kerajaan Negeri Selangor, kita harus mengambil berat perkara ini disebabkan anak-anak kita merupakan masa depan untuk negara kita. Sekali lagi mohon maaf Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri. Negara kita pada tahun 2030 akan dijangkakan ada 15.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk di
negara adalah berusia 60 ke atas. Ia bermaksud negara kita pada 2030 merupakan negara yang kira negara tua. Ia bermaksud populasi warga emas ketika akan menjangkau 5.8 juta orang daripada keseluruhan 38.1 juta jumlah penduduk di negara. Saya berharap Negeri Selangor adalah antara negeri yang mempunyai warga emas yang paling ramai di Malaysia. Faksiliti, kesihatan, infrastruktur dan juga kemudahan yang mesra kepada warga emas patut dipertingkatkan. Tahun ini dah tahun 2022 dan tahun depan 2023 tak sampai 7 tahun lagi kita akan masuk ke tahun 2030. Dan golongan warga emas ini akan makin bertambah dan saya berharap kita kena mula dari hari ini atau pun langkah dari hari ini supaya polisi program yang sedia ada, kita boleh mementingkan dan mengambil berat apa yang mereka memerlukan. Satu hari Yang Berhormat di dalam Dewan ini merupakan warga emas dan sehingga hari ini kita masih mempunyai kekurangan atas infrastruktur dan juga kemudahan kepada golongan warga emas. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor disebabkan dalam Belanjawan ini turut melibatkan beberapa projek di dalam kawasan saya, kawasan DUN Rawang. Satu adalah kolam tebatan banjir yang akan dibina di kawasan Rawang. Tahun lepas pun saya menerima satu angka, kawasan saya menerima satu angka yang amat besar untuk menyelesaikan masalah banjir. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor disebabkan waktu saya menjadi ADUN kerap menerima aduan-aduan berkenaan dengan banjir dan hari ini walaupun hujan lebat, hujan lebat tapi tak berlaku banjir di kawasan saya.
Yang kedua adalah projek Selangor Green Energy Ecopark. Saya dapat tahu bahawa projek ini adalah berkenaan dengan Waste To Energy. Dan saya turut menerima pelbagai aduan dan juga pelbagai soalan pertanyaan daripada penduduk berkenaan dengan projek ini. Dan dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengatakan projek ini anggaran dia 4.5 bilion ringgit dan di dalam satu tanah yang amat besar, 245 ekar tanah yang akan digunakan untuk projek ini. So, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor boleh mengambil inisiatif untuk melaksanakan SIA, EIA dan seperti nyah warta tanah perhutanan supaya satu pendengaran awam yang melibatkan semua State Holder boleh dilaksanakan boleh diadakan supaya kita boleh mendengar suara-suara daripada pelbagai State Holder sebelum melaksanakan program atau pun projek yang besar ini.
Yang ketiga, berkenaan dengan kawasan saya adalah tanah Klinik Kesihatan di Batu Arang. 2019 Belanjawan yang pernah di bentang 33 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf atau pun membina satu klinik kesihatan yang baru yang berhampiran dengan Bandar Tasik Puteri dan juga Baru Arang. Cuma isunya sekarang mereka menghadapi adalah Kementerian Kesihatan. Mereka menghadapi masalah isu tanah yang tanah yang asalnya amat tidak sesuai disebabkan beberapa isu yang sedia ada di kawasan tapak yang asal dan mereka memerlukan satu tanah yang baru dan besar untuk membina satu klinik yang baru, supaya dia boleh tackle lebih ramai penduduk di sekeliling Batu Arang termasuk dengan Bandar Tasik Puteri.
Yang terakhir saya ingin membangkitkan adalah jalan di antara Bandar Tasik Puteri dan juga Batu Arang. Jalan itu melibatkan kawasan dan juga tanah peribadi yang mempunyai hak milik, sebelum ini UPEN atau pun JKR telah membentangkan satu cadangan supaya pengambilan tanah untuk menaik taraf atau pun menjadikan jalan tersebut sebagai Jalan Kerajaan supaya untuk kemudahan penduduk di kawasan situ. Saya berharap kerajaan boleh mempercepatkan disebabkan isu ini dah tangguh lama, Kuang pun tahu. Dah tangguh lama, saya berharap isu ini dapat diselesaikan sekurang-kurangnya sebelum sidang ini bubar pada tahun yang akan datang. Dan akhirnya saya mencadangkan untuk menyokong usul Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekian terima kasih.
Saya persilakan Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan ucapan Perbahasan Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor oleh Dato’ Menteri Besar. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan juga barisan EXCO atas pembentangan Belanjawan Negeri Selangor untuk 2023. Pelbagai inisiatif, polisi dan program-program yang baik yang dirangka yang memberikan kebaikan dan kebajikan untuk rakyat Selangor telah pun dibentangkan.
Namun ada beberapa perkara yang ingin saya kemukakan yang pertamanya adalah tentang pembinaan dan pengurusan jalan. Sebagai negeri iaitu Hub Pengangkutan dan Pemaju Infrastruktur Negara merujuk kepada kedudukan Negeri Selangor di tengah-tengah semenanjung Malaysia yang pesat membangun serta menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi, mobiliti, sosial negara. Kualiti kekuatan dan ketahanan jalan perlu dititikberatkan. Ia perlu dimulakan dengan kajian semula terhadap dasar penilaian secara sistem cut off dalam perolehan kerajaan iaitu menggunakan formula statistik untuk menentukan paras harga terendah yang dianggap munasabah dan kompetitif untuk diperakukan. Sejauh mana penentuan kemunasabahan harga berdasarkan kaedah statistik harga pasaran menjamin prinsip value for money sedangkan sehingga kini ia dilihat tidak menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan baik apabila kualiti kekuatan dan ketahanan jalan di Selangor tidak mencapai apa yang harapkan. Memandangkan Kerajaan Pusat hari ini adalah sama kepimpinannya dengan Kerajaan Negeri, tiada lagi alasan dan Sementa mengharapkan pembinaan dan pembaikan jalan raya di Selangor terus ditingkatkan kualitinya. Dan isu ini dapat ditangani dengan segera, tiada lagi alasan iklim, cuaca hujan dan pelbagai lagi yang menyumbang kepada faktor kerosakan dan penurunan jangka hayat jalan raya di Negeri Selangor. Selain juga kita beri alasan jumlah kenderaan berat yang melebihi muatan berada di atas jalan-jalan di Selangor. Sementa juga mengharapkan jangan bazirkan lagi duit rakyat dengan kerja yang tidak berkualiti dan hanya mampu bertahan kurang daripada 5 tahun jalan-jalan kita ini.
Sementa juga ingin mengetengahkan tentang situasi bahu jalan yang rendah, tadi ada juga EXCO menyebutkan tentang bahu jalan yang urusan oleh pihak yang diuruskan oleh pihak INFRASEL. Jadi Sementa mahu supaya pengurusan bahu jalan ini diuruskan dengan baik kerana bahu-bahu jalan inilah banyak menyebabkan dan membahayakan para pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal sehingga banyak menyebabkan kematian. Perkara ini juga memerlukan perhatian yang serius daripada Kerajaan Negeri, turapan jalan raya berulang kali mengakibatkan bahu jalan jadi terlalu rendah sehingga hampir mencecah satu kaki antara bahu jalan dengan jalan raya itu sendiri. Jadi inilah yang menyebabkan kemalangan dan menjadi bahaya kepada para pengguna jalan raya terutamanya motosikal. Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sesuatu perlu dilakukan sama ada menambah bahu jalan agar sama tinggi mahupun melandainya. Sementa ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana telah pun memberikan nafas baru iaitu membina semula Masjid Al-Ikhsan di Kampung Tok Muda yang mana ia adalah satu masjid yang begitu lama lebih hampir 100 tahun usianya. Dan kini ia akan diganti baru dengan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk kerja awalan dan kos projek ini adalah sebanyak RM20 juta sepanjang RMK12 supaya masjid ini dapat memberi keselesaan serta mewujudkan persekitaran kondusif kepada para jemaah.
Memetik ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkenaan memartabatkan generasi muda belia. Belia merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Justeru itu, pembangunan generasi muda perlulah seiring dengan keperluan semasa yang dinamik ke arah mendepani era globalisasi yang penuh dengan persaingan. Di Sementa telah lahir ramai atlet yang telah mengharumkan nama Malaysia dan Selangor khasnya. Salah satunya adalah jaguh gusti lengan negara iaitu Mohamad Safuan Mohamad Asif yang merupakan anak jati dari Kampung Tok Muda, Tok Muda lagi kali kedua. Siapa sangka aktiviti kampung pada waktu petang atau hujung minggu telah mengubah kehidupan anak muda ini apabila namanya kini makin gah di persada dunia. Safuan bersama 5 adik-beradik dan rakan-rakannya bermula hanya di Balai Raya Kampung. Sebagai suntikan dan sokongan moral, mohon Kerajaan Negeri melihat dengan lebih serius untuk menaik taraf infrastruktur tempat latihan bagi sukan gusti lengan ini demi memastikan mutiara negara ini terus berkilauan selain melahirkan atlet-atlet baru dalam sukan yang sama.
Seterusnya berkenaan keperluan mewujudkan sebuah padang bola sepak di Kampung Rantau Panjang. Selain aktif menjalankan liga tahunan kampung walau terpaksa menyewa padang kawasan sebelah, komuniti Kampung Rantau Panjang juga aktif melahirkan bakat-bakat baru dengan menganjurkan Akademi Bola Sepak Rantau Panjang (ABRP) sebagai sebuah kampung besar yang menampung kapasiti penduduk lebih 30,000 orang selayaknya mereka mempunyai sebuah padang bola sepak sendiri melalui MPKK kampung bersama komuniti setempat telah memohon penggunaan tanah milik beberapa agensi sehingga kini masih buntu selain kos yang
tinggi dan besar harapan saya sekiranya Kerajaan Negeri dapat memberikan ruang dan melihat seterusnya membantu merealisasikan hasrat orang muda, warga setempat Kampung Rantau Panjang ini untuk memiliki sebuah padang bola sepak. Melihat kemudahan sukan yang amat kurang di Sementa, saya memohon perhatian Kerajaan Negeri selain melihat kembali keperluan penambahan infra mengikut keperluan terkini berdasarkan data penduduk sedia ada, selain itu melalui agensi berkaitan perlu memantau, menyelenggara serta membaik pulih kemudahan sukan yang sedia ada yang jarang mendapat perhatian yang sewajarnya dan semakin uzur. Seterusnya Sementa ingin berkongsi berkenaan statistik jumlah kemalangan yang membabitkan penunggang atau pun pemandu penghantar makanan, barangan atau pun P-Hailing. Sejak tahun 2018 sehingga Mei 2022 sejumlah 1,242 kemalangan direkodkan di negara ini yang melibatkan pemandu atau pun rider P-Hailing ini mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 112 adalah kemalangan maut dan 80 lagi membabitkan kecederaan parah manakala 1,048 lagi membabitkan kecederaan ringan. Salah seorang daripadanya adalah anak jati DUN Sementa yang meninggal dunia setelah terlibat di dalam kemalangan yang tular pada September lalu di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat. Arwah yang masih muda dan pergi meninggalkan seorang isteri dan rakannya pula menghadapi kecacatan kekal setelah cedera parah di dalam kemalangan yang sama. Di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja melalui data dari Persatuan Penghantar Malaysia seramai lebih 35,000 penunggang atau pun rider P - Hailing yang berdaftar dengan Syarikat Aplikasi Penghantaran menggunakan jalan raya saban hari dan ia merupakan angka tertingi P-Hailing dalam negara tetapi sehingga kini aspek kebajikan komuniti ini tidak diberikan penekanan yang jelas selain daripada aspek keselamatan mereka.
Kita juga, Kerajaan Negeri juga perlu memastikan mereka diselaraskan untuk mendapatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial atau pun PERKESO dan juga KWSP. Demi memperjuangkan masa depan rider P-Hailing yang rata-ratanya merupakan anak muda sebagai aset kepada negeri dan negara, satu skim khas wajar diketengahkan agar memastikan golongan ini terus terbela. Kerajaan Negeri perlu melihat dengan lebih serius tentang perkara ini kerana kita tidak boleh lagi untuk mengorbankan masa depan anak-anak muda kita ini. Sementa juga ingin untuk bercakap tentang kebudayaan dan kesenian dalam usaha gigih Selangor memberi fokus dalam memperkenalkan semula kegiatan dan aktiviti serta memartabatkan elemen seni dan kebudayaan sebagai identiti negeri setelah golongan ini bergelut dengan kesan penularan COVID-19 yang melanda negara, Sementa mempunyai pakej lengkap yang boleh diberikan perhatian selain kaya dengan seni warisan dan kebudayaan masih dipergiat dan dipelihara rapi. Melihat kepada kegigihan penggiat kebudayaan bermula dari seni mempertahankan diri iaitu silat, seterusnya pemain tradisional seperti gasing pangkah, muzik tradisional seperti cempuling, wau malah makanan tradisional seperti nasi ambeng, kuih lemper, puten, pecal dan juga lontong daun pisang, tidak lupa juga seni bina, rumah-rumah kampung yang masih terpelihara, sayang jika kita tidak mengambil berat tentang perkara ini dan Sementa khasnya di
Kampung Bukit Kapar layak diangkat sebagai HUB Pelancongan Warisan dan Kebudayaan Negeri kerana Sementa telah pun menyediakan sebuah dewan terbuka di Kampung Bukit Kapar ini, yang mana dewan terbuka ini baru sahaja disiapkan, mendapat peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang saya minta dari menterinya ketika itu iaitu dari Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraidah Kamaruddin, maka tahun ini bangunan tersebut telah siap dibina dan telah mula digunakan oleh masyarakat sekitar.
Jadi besarlah harapan Sementa agar Kerajaan Negeri atau pun EXCO dapat menyemarakkan lagi fasiliti berkenaan, memperancakkan lagi aktiviti pelancongan warisan ini di Kampung Bukit Kapar ini yang berpusat di dewan terbuka di Bukit Kapar ini. Di sinilah kita boleh melaksanakan, merencana program-program dan juga aktiviti-aktiviti dan memastikan khazanah berharga negara ini dapat dipertahankan dan dimartabatkan malah membuka ruang pekerjaan serta limpahan ekonomi di sekitar. Selain daripada itu Sementa juga menganggarkan di Sementa juga terdapat lebih dari 10 perguruan silat yang aktif mempertabatkan seni mempertahankan diri. Selain dari latihan, mereka juga giat menerima jemputan untuk membuat persembahan sama ada upacara rasmi kerajaan mahu pun swasta serta kenduri kahwin. Setakat itu sahaja untuk mereka. Jadi saya juga mengharapkan agar Kerajaan Negeri dan EXCO memberi perhatian yang lebih khusus kepada perguruan persilatan ini kerana mereka ini kebanyakannya ahli-ahlinya terdiri dari anak-anak muda yang mana mereka ini sangat menyanjungi persilatan seni mempertahankan diri ini. Jadi saya mohon agar seni silat ini tidak dipinggirkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Seterusnya satu lagi perkara iaitu Sementa dikelilingi oleh pinggir laut yang dipenuhi dengan paya bakau dan paya bakau ini sangat penting sebagai zon penampan untuk menahan hakisan ombak dan juga penghadang daripada tsunami namun sebahagian daripada paya bakau di Sementa ini khususnya di kawasan Sungai Serdang, pokok-pokok bakau ini telah rosak, mati dan kering dan ia semakin melebar keluasan kerosakan paya bakau ini. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri untuk melihat perkara ini, membuat kajian mengapa dan bagaimana pokok-pokok bakau ini rosak dan mohon untuk dibuat kajian dan mendapatkan punca mengapa ia berlaku kerana apabila pokok bakau ini pupus maka akan berlaku hakisan ombak, air laut boleh masuk ke kampung dan ini akan menyebabkan kerosakan kepada tanaman dan juga kepada penduduk. Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker kerana memberi saya ruang, semoga semua rakyat Selangor terus terbela dan hidup aman dan harmoni. Saya menyokong Usul. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Sementa menyokong. Saya persilakan Sungai Ramal.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. Kita pada hari ini berada di dalam satu suasana yang sungguh mencengkam dan cengkaman ini terasa bukan sahaja oleh kita, bukan sahaja di
negara kita, bukan sahaja di Asia Tenggara tapi di seluruh dunia. Kita baru sahaja sama-sama melepasi satu tempoh yang sangat genting apabila seluruh dunia diancam oleh pandemik virus COVID-19 yang melibatkan jutaan penduduk dunia yang dijangkiti dan lebih sejuta yang meninggal dunia dan juga sekarang ini kita melihat bagaimana dunia juga berada diambang pergolakan keselamatan meruncing dan kita berada di salah satu tempat yang paling hangat di dunia iaitu pergolakan di Laut Cina Selatan melibatkan penggeseran antara kuasa-kuasa besar dunia China, Amerika Syarikat, Great Britain dan sekutu-kutunya yang mana tidak jauh dari negara kita dan kita sendiri terlibat kerana merebut juga wilayah kepulauan di kawasan tersebut. Ditambah pula dengan isu negara Taiwan yang cuba direbut semula oleh China menyebabkan situasi di kawasan tersebut sentiasa di dalam keadaan genting. Kemudian kita juga melihat bagaimana dunia politik dan kita lihat bagaimana seolah-olah kita mengambil queue dengan izin dari negara yang pernah menjajah kita iaitu Britain apabila mereka didapati bertukar-tukar Perdana Menteri lebih singkat dari tempoh yang kita alami. Ada yang beberapa hari sahaja iaitu Liz Truss salah seorang dari Perdana Menteri di Britain dan kita juga di sini hadapi politik di mana kita lihat tidak pernah lagi dalam sejarah negara kita tukar-tukar Perdana Menteri tiga kali di dalam tempoh satu penggal. Juga sebagaimana yang telah diucapkan dan dikongsi oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Menteri Besar kita di mana kita sekarang berada di dalam keadaan dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi dunia akan bertambah lagi meleset dan inflasi akan meningkat terutama pada tahun hadapan dan dijangka keadaan akan lebih meruncing. Dalam keadaan yang sangat mencabar itu, kita juga telah mengalami satu fasa yang sangat genting di dalam negara, baru sahaja selesai menjalani Pilihan Raya Umum Yang ke-15 dan pada hari ini Alhamdulillah kita sama-sama menerima Perdana Menteri Malaysia baru yang ke-10 iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di bawah seorang tokoh yang disegani, yang hebat yang telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, saya percaya kita berada di dalam tangan seorang pemimpin yang mampu untuk membawa negara kita ke hadapan menghadapi segala pancaroba yang hebat ini dan dengan kata-kata itu saya ingin beralih lebih kepada keadaan kita dalam Negeri Selangor.
Alhamdulillah dalam Negeri Selangor ini kita bernasib baik, rakyat Negeri Selangor saya percaya berada di dalam keadaan yang baik kerana telah memilih sebuah kerajaan yang sangat prihatin dengan nasib rakyat. Sifat prihatin dan penyayang kerajaan ini dapat kita lihat terserlah dengan pelbagai program untuk membantu rakyat dalam Negeri Selangor terutama Program Pembudayaan Rakyat dalam Negeri Selangor yang pada saya namanya sangat cocok sekali iaitu Iltizam Selangor Penyayang, sebagai perlambangan kepada sifat kasih dan sayang Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat yang berada di bawah pentadbirannya. Maka dengan itu, Tuan Timbalan Speaker, izinkan saya memfokus lebih kepada tanggungjawab saya yang sesuai dengan saya selaku Ahli Dewan Negeri ini dan juga khusus untuk Kawasan DUN Sungai Ramal. Pertamanya adalah berkenaan dengan isu food security. Selepas dilanda oleh Pandemik COVID-19, umumnya masing-masing negara di dalam dunia umumnya menyedari akan betapa pentingnya menyediakan
keperluan asas untuk negara mereka sendiri. Pentingnya sesebuah negara boleh memenuhi keperluan asas untuk negara itu sendiri dan keperluan asas yang paling utama adalah makan dan minum rakyatnya dan kita dapati dalam perkara ini negara kita sangat bergantung kepada import makanan daripada luar. Dengan itu Kerajaan Negeri Selangor menyedari perkara ini dan melihat dalam pembentangan belanjawan pada kali ini banyak sekali peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan mempertingkatkan lagi aktiviti pertanian dalam negeri. Saya ingin merujuk kepada antara yang lain adalah penanaman padi kerana Selangor adalah antara negeri yang menjadi pengeluar padi dalam negara walaupun beras adalah asasi negara kita tapi tidak banyak dalam negeri kita ini yang mampu mengeluarkan beras kecuali bukti paling besar adalah Kedah dan Selangor adalah salah satu daripadanya. Maka itu penting untuk kita sebagai salah sebuah daripada negeri pengeluar padi ini untuk memelihara pengeluaran padi ini dan dapat dipertingkatkan lagi.
Sebentar tadi saya bernasib baik kerana soalan saya berkenaan pengeluaran padi khusus di Sungai Burong telah pun dijawab oleh EXCO Pertanian. Walau bagaimanapun ingin saya tekankan di sini dari pada pengalaman dan pemerhatian, pengamatan saya, daripada pengalaman, pengamatan dan pemerhatian saya pengeluaran padi di Sungai Burong adalah di bawah daripada paras boleh sara sendiri pengeluaran tersebut. Makna kata di bawah pendapatan hasil daripada padi adalah di bawah daripada kos pengeluaran untuk setiap ekar bidang tanah sawah yang diusahakan oleh Sungai Burong dan perkara ini telah berlangsung kira-kira lima musim. Jadi rata-rata apabila saya berbual dengan para petani di sana mereka mengatakan bahawa mereka hanya boleh bertahan sehingga semusim sahaja lagi sekiranya masih lagi mengalami nasib yang sama, iaitu di mana pengeluaran padi adalah bawah dari pada kos yang diperlukan untuk mengeluarkan padi tersebut mereka mungkin terpaksa gulung tikar. Ini adalah satu yang sangat serius dan dengan itu saya mengharapkan intervensi yang segera dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Baru tadi kita mendengar jawapan daripada pihak EXCO menyatakan beberapa tindakan telah dikenal pasti akan dibuat cuma tidak dinyatakan bila. Saya berharap dapat dimulakan dengan seberapa segera sebaik-baiknya pada musim penanaman yang akan datang iaitu tanam semula akan berlaku insyaallah dalam bulan Januari. So kita harap dalam bulan Januari ini terus dapat dilaksanakan program untuk meningkatkan, membantu meningkatkan pengeluaran padi di kawasan Sungai Burong. Kemudian kita juga lihat satu lagi adalah berkenaan dengan pemasaran, pengeluaran dan pemasaran. Saya ingin juga memetik di sini mungkin satu daripada apa yang kita boleh buat adalah kerjasama di antara sektor kerajaan dan swasta atau persendirian. Antara pasar raya yang saya lihat ialah mengambil kira faktor ini di dalam mereka punya strategi pemasaran perniagaan adalah Pasar raya Segi dengan Pasar raya CS. Kedua-dua pasar raya ini telah memperbaiki mereka punya rangkaian di mana mereka juga melabur dalam bidang perladangan ataupun pertanian iaitu supaya mereka mendapat hasil yang lebih terjamin daripada ladang yang diusahakan oleh mereka itu untuk dipasarkan produk itu di pasar raya mereka. Oleh itu mereka
dapat satu bekalan yang lebih terjamin dan yang kedua dapat menjualnya pada harga yang lebih stabil dan tidak terlalu terkesan dengan harga pasaran. Jadi mungkin Kerajaan Negeri boleh membuatkan satu kerjasama memadankan para petani kita dengan pemain-pemain sektor swasta sebegini supaya pemasaran produk yang diusahakan oleh para petani kita dapat dipasarkan dengan lebih baik, lebih teratur dan mendapat pulangan yang lebih terjamin oleh mereka. Kemudian saya juga ingin merujuk kepada sektor perikanan di kawasan yang saya selia khususnya di dalam Tanjung Karang, di Sungai Burong itu kita ada satu jeti perikanan iaitu jeti perikanan Bagan Pasir yang bersekali dengan Kampung Tok Adam. Jeti nelayan ini adalah menjadi tempat untuk aktiviti para nelayan yang melabuhkan kapal mereka di situ daripada hasil aktiviti menangkap ikan. Walau bagaimanapun kemudahan yang ada di jeti tersebut sangatlah terhad dan saya difahamkan aktiviti menangkap ikan di sana berkembang dengan baik hasil tangkapannya bagus tetapi disebabkan kemudahan jeti itu sangat terhad menyebabkan ia telah mengekang peniagaan ataupun kegiatan perikanan di kawasan itu. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat membantu untuk mempercepatkan proses supaya jeti perikanan di kawasan Bagan Pasir dan Kampung Tok Adam ini dapat dibina dan dinaiktarafkan dengan segera supaya kita boleh merangsang lagi kegiatan perikanan di sana. Di samping itu, kita juga dapati bahawa dalam aktiviti perikanan ini banyak dipelopori oleh orang-orang asing dan yang malangnya bukan sahaja kelasi-kelasi atau anak kapal itu adalah di anggotai oleh orang asing termasuklah juragan ataupun tekong kapal nelayan ini juga terdiri daripada orang-orang asing. Saya dalam temu bual saya dengan pihak pengusaha di sana, didapati kita bukan tidak ada anak-anak tempatan, ada, tetapi anak-anak tempatan kita tidak diasuh, tidak dibimbing, tidak dididik dengan baik untuk meningkatkan skil mereka supaya mereka boleh mengambil alih tugas sebagai tekong ataupun juragan kepada kapa perikanan ini. Jadi saya harap boleh dilihat perkara ini oleh Kerajaan Negeri dengan memberi beberapa insentif atau bimbingan supaya anak tempatan kita dapat menjadi tekong ataupun juragan kepada kapal-kapal perikanan yang diusahakan di dalam negara kita sendiri. Lagi adalah berkenaan dengan keselamatan, isu keselamatan supaya Kerajaan Negeri boleh berhubung baik dengan pihak Polis Marin kerana apabila berlaku sesuatu kecemasan di kawasan laut, perikanan, kita punya Polis Marin nampaknya mungkin kurang kelengkapan untuk membantu nelayan-nelayan kita dalam situasi yang mencemaskan disebabkan mereka mempunyai kelengkapan yang telah uzur ataupun kurang kelengkapan. Untuk pembangunan di dalam kawasan DUN Sungai Ramal sendiri, perkara yang menjadi sangat-sangat terkesan kepada para rakyat dalam kawasan saya adalah berkenaan dengan isu trafik jalan raya dan lalu lintas. Ini adalah kerana Bandar Baru Bangi telah berkembang pesat membangun di mana kawasan perumahan telah naik bercambah dengan begitu banyak dan semuanya telah dibeli kerana kawasan ini menjadi kawasan salah satu kawasan idaman untuk dihuni oleh penduduk dalam Negeri Selangor tapi kawasan saya ini apabila kita masuk melalui tol Lebuh raya Utara
Selatan, perkara pertama yang dijumpai adalah bulatan dan bulatan ini terletak kira-kira 150 meter sahaja daripada pintu tol. Jadi bayangkan bulatan besar 150 meter dari pintu tol sudah tentu tidak kondusif dan menyebabkan trafik. Lepas tu akan jumpa bulatan kedua tak sampai 400 meter daripada bulatan yang pertama. Lagi sekali menyebabkan keadaan yang sangat-sangat sesak dan kemudiannya ada diletakkan pula lampu isyarat dan lampu isyarat tidak dapat membantu sangat keadaan laluan trafik di sana. Jadi Bandar Baru Bangi lepas tu kalau ke depan lagi jumpa bulatan lagi sekali. Jadi memang dalam kawasan bandar Baru Bangi persiaran-persiaran, jalan-jalan persiarannya adalah jalan-jalan yang sangat sesak dengan trafik dan perancangan yang saya bila saya bertanya dimaklumkan mungkin ada perancangan untuk membuat jejantas, jejambat tetapi itu bukan lah dalam tempoh yang terdekat sedangkan keperluan sangat mendesak sekarang ini. Sekurang-kurangnya perlu ada kerjasama terutama daripada Polis Trafik lalu lintas untuk mengawal lalu lintas. Saya harap perkara ini dapat diaturkan oleh Kerajaan Negeri kerana saya pernah mencuba meminta bantuan melalui surat kepada Polis tetapi untuk hanya mengawal lalu lintas trafik semasa musim hari raya pun sukar. Mungkin kekurangan anggota tetapi sekarang kita menghadapi masalah ini setiap hari. Begitu juga dengan pembangunan yang telah dijalankan tanpa mungkin mengambil kira keperluan-keperluan lalu lintas ini menyebabkan ada tempat di mana akses daripada jalan utama, Jalan Reko ke kawasan perumahan yang begitu besar kena melalui satu kolong kereta api yang begitu kecil yang hanya boleh memuatkan dua buah kenderaan berselisih pada satu-satu masa, sedangkan ribuan penduduk duduk di dalam kawasan tersebut nak keluar melalui kolong kereta api yang macam itu dah tentu menyebabkan sesak yang amat sangat. Walaupun ada perancangan untuk buat jalan alternatif tapi sampai hari ini masih belum lagi diselenggarakan. Seterusnya, tentang pembinaan infrastruktur dalam kawasan saya. Kami berterima kasih juga mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri tetapi ada tiga pembinaan yang menjadi musykil kepada kami. Yang pertama ialah masjid di Bandar Teknologi Kajang. Masjid ini telah lebih daripada 3 kali ditunda tarikh siapnya yang terakhir sekali sepatutnya siap dan boleh digunakan kira-kira dua bulan yang lalu tapi masih juga belum siap dan saya difahamkan ini adalah kerana bukan kontraktor tak buat kerja. Kontraktor menjalankan kerjanya tapi bayaran tidak dibuat dan dikatakan bahawa dana itu datang daripada JAIS dan JAIS tidak menyalurkan lagi dana kepada kontraktor. Saya tidak tahu atas isu apa dan saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi harap perkara ini dapat dilihat Kerajaan Negeri supaya masjid ini yang merupakan satu-satunya masjid kalau siap itu la satu masjid dalam Bandar Teknologi Kajang ini dapat digunakan oleh umat Islam di sana. Yang kedua ialah Dewan Orang Ramai Pekan Bangi. Yang lama telah diroboh, dibina dewan yang baru tetapi sehingga hari ini masih belum siap, terbengkalai. Dewan ini sangat penting kepada komuniti di Pekan Bangi terutama Pekan Bangi adalah satu-satunya kawasan dalam DUN saya yang sering dilanda banjir, Kampung Bangi dan kita tidak ada tempat yang sesuai sebagai tempat pemindahan sementara mangsa
banjir melainkan dewan tersebut. Jadi bila dewan itu sampai hari ini belum siap tidak ada tempat untuk kami menempatkan mangsa-mangsa banjir, yang pertama dan yang keduanya kawasan Pekan Bangi merupakan kawasan ramai rakyat dalam kategori B40. Itulah dewan yang digunakan untuk pelbagai temasya termasuklah perkahwinan. Jadi bila dewan tu sampai hari ni tak siap mendatangkan pelbagai masalah kesusahan sosial kepada penduduk di sana. Dan akhir sekali Tuan Timbalan Speaker saya ingin mengambil kesempatan untuk minta satu daripada pihak Kerajaan Negeri tentang kelestarian untuk Bandar Baru Bangi ini iaitu kami mempunyai sebuah tasik yang cantik di tengah-tengah Bandar Baru Bangi iaitu Taman Tasik Cempaka tapi malangnya tasik ini selepas sekian lama dia menjadi semakin tidak terpelihara disebabkan antara lain tasik hidup, iaitu sungai melalui tasik tersebut dan sungai ini membawa pelbagai macam kotoran dan sebagainya dari pada kawasan hulu ke hiliran dan kami menerima semua itu jadi perlu ada penambah baikan dilakukan di sana dan telah pun berbincang dengan pihak EXCO mungkin boleh buat flood wall tetapi saya difahamkan ia memakan belanja yang besar, yang tinggi dan hanya Kerajaan Negeri sahaja dalam boleh membantu kami menyelesaikan masalah itu. Kami tidak mampu menyelesaikan nya di peringkat daerah. Jadi saya berharap mungkin pihak kerajaan Negeri dapat membantu kami melihat perkara ini. Sayang sekali apabila kawasan yang sebegini cantik di tengah-tengah bandar tidak dapat dikendalikan dengan baik untuk kelestarian penduduk dalam kawasan itu. Jadi dengan apa yang telah saya sempat sebut di sini dengan masa yang diperuntukkan ini saya berharap mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan saya dengan ini sukacita bagi pihak seluruh rakyat dalam kawasan DUN Sungai Ramal menyambut baik Pembentangan Belanjawan Negeri untuk tahun 2023 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas dan saya menyokong Usul Belanjawan ini. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker, yang dihormati kerana memberi peluang kepada Sentosa untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan tahun 2023 yang telah bentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Belanjawan tahun 2023 adalah sebanyak RM2,400,000,000 bilion dan akan dapat melonjakkan dan merangsang ekonomi Negeri Selangor dalam tempoh pasca pandemik Covid-19. Tahniah dan Syabas juga saya ucapkan kepada YAB Dato Menteri Besar Selangor yang berjaya melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi. Selangor antara negeri yang kekal mendahului negeri lain di Malaysia dengan nilai KDNK berjumlah RM343.5 bilion pada 2021 berbanding kepada RM327.1 bilion pada tahun 2020. Nilai tersebut meningkat ke 5% pada 2021 berbanding kepada 5.2% pada 2020. Sekali gus telah melepasi paras pertumbuhan nasional yang mencatat sebanyak 3.1%. Sudah pasti Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2023 akan terus menjadi penyumbang terbesar KDNK.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Sentosa menyambut baik program BINGKAS yang telah ditambah baik dan diperluaskan capaiannya melalui pelancaran Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Melalui penambahbaikan yang dilaksanakan dalam program ini Kerajaan Negeri telah meningkatkan kadar pemberian daripada RM200 kepada RM300 setiap bulan. Selain itu Kerajaan Negeri juga turut meningkatkan kuota keseluruhan bagi penerima dari 25 ribu penerima kepada 30 ribu penerima. Sentosa mohon mencadang agar jumlah kuota penerima di setiap DUN diperluaskan dan ditambah seiring dengan penambahan jumlah pengundi di setiap DUN. Sebagai contoh, jumlah pengundi di DUN Sentosa telah meningkat daripada 54 ribu orang kepada 88 pengundi. Kuota yang diberikan kepada 88 ribu pengundi, kuota yang diberikan kepada DUN Sentosa adalah sebanyak 674 bersamaan 0.84 peratus daripada jumlah pengundi di DUN Sentosa. Umum sedia maklum kita di Sentosa majoriti penduduk adalah daripada kalangan B40 yang sangat memerlukan sokongan daripada Kerajaan Negeri. Sentosa mohon pertimbangan Kerajaan Negeri memperhalusi jumlah kuota yang diberikan kepada setiap DUN berdasarkan keadaan demografi dan keperluan penduduk di setiap kawasan DUN. Program SMUE (Skim Mesra Usia Emas) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang sangat memberi kesan buat golongan warga emas dan golongan orang kurang upaya di Negeri Selangor. Sehingga kini seramai 432,051 orang telah didaftarkan sebagai ahli untuk menikmati manfaat skim ini setiap tahun ataupun tahun ini. Sentosa menyambut baik Kerajaan Negeri Selangor untuk mempertingkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150. Ini membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap golongan ini. Isu infra JKR, lampu jalan, penurapan jalan dan kawal selia longkang. Kerajaan Negeri terus perlu memberi fokus kepada selain daripada memberi fokus kepada kebajikan rakyat Negeri Selangor dalam memastikan kebolehdayatahanan mendepani ekonomi dalam tempoh endamik namun suka untuk saya memberi penekanan terhadap tahap perkhidmatan dalam mengawal selia infra asas kepada pengguna. Seringkali kita mendengar keluhan daripada rakyat tentang keadaan lampu jalan yang tidak berfungsi dan keadaan sekitar menjadi gelap berbulan lamanya. Saya juga berterima kasih kepada YB. Pandan Indah yang telah memberi kita di setiap DUN sepuluh batang lampu solar kepada Sentosa dan mungkin boleh tambah la. Dan mungkin jumlah lampu ni boleh tambah lagi untuk tahun 2023. Perkara seterusnya yang perlu diberi penekanan adalah keadaan jalan raya yang dikawal selia oleh JKR terutamanya yang tidak mencapai tahap yang terbaik. Keadaan jalan raya milik JKR boleh dipertingkatkan lagi prestasi kawal selianya dengan memastikan pasir-pasir dan batu-batu yang bertaburan di jalan raya dapat dibersihkan demi keselamatan pengguna jalan raya. Oleh yang demikian saya merasakan Sentosa merasakan betapa pentingnya agar pihak JKR mempunyai rutin bulanan membersihkan jalan raya menggunakan mesin-mesin yang terkini iaitu road sweeper dan sebagainya. Keadaan jalan raya yang sering ditampal juga telah menyebabkan jalan raya yang tidak rata dan oleh yang demikian pihak JKR wajar memperhalusi untuk menurap jalan berkenaan agar lebih selamat untuk digunakan.
Perkara ini juga secara langsung dapat mengurangkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal. Keadaan jalan raya yang baik memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak termasuk PBT dan juga pihak JKR dalam memastikan jalan-jalan bawah seliaan mereka perlu berada dalam keadaan baik. Perkara ini merupakan tanggungjawab asas sebagai sebuah kerajaan yang boleh menyediakan jalan raya yang selamat untuk masyarakat.
Tuan Speaker, satu lagi perkara yang sering menjadi masalah utama adalah sistem perparitan yang tidak dikawal selia dengan baik sehinggakan menyebabkan masalah banjir kilat berlaku. Perkara menjadi rumit lagi apabila terdapat beberapa sistem perparitan yang gagal diketuai hak milik untuk dikawal selia. Sudah pasti perkara ini menjadi lebih rumit apabila tiada pihak ingin menyelenggara longkang-longkang terutamanya di kawasan DUN Sentosa. Isu perubahan iklim dan risiko bencana perlu diberi perhatian jugak. Negara kita sedang berdepan dengan 3 bencana alam utama iaitu banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Selangor juga tidak terkecuali dan umumnya hujan lebat yang di bawah Angin Monsun Timur Laut adalah faktor semulajadi utamanya menyebabkan berlakunya bencana banjir. Namun faktor campur tangan keterlaluan manusia melalui aktiviti pembangunan dan perlakuan tidak lestari memburukkan lagi kejadian banjir di suatu kawasan. Selain daripada itu, akibat fenomena pemanasan global iklim menjadi tidak menentu dengan musim hujan dan kemarau menjadi semakin ekstrim menyebabkan proses banjir menjadi lebih serius serta luar jangkaan. Sebagai contoh dalam tempoh beberapa bulan ini telah berlaku rentetan banjir kilat di sekitar Lembah Klang dan yang terbaru berlaku di Lembah Jaya, Ampang, Sentosa dan juga di Pelabuhan Klang dan sebagainya. Langkah utama mengatasi banjir adalah dengan mempunyai dasar perancangan dan pelan tindakan yang mengurangkan risiko banjir yang mantap. Pelan ini perlu diintegrasikan dengan pelan pembangunan sosial dan ekonomi supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. Ia bukan hanya bertujuan menghalang, ya, berlakunya bencana tetapi mengurangkan kesan terhadap kawasan penempatan, harta-benda dan nyawa penduduk melalui penyelarasan terhadap bentuk bencana di kawasan-kawasan berkenaan. Selain daripada itu, sebagai contoh di Sentosa punca utama berlaku banjir kilat adalah disebabkan beberapa faktor yang telah dikenalpasti tetapi masih belum lagi dapat ditangani sepenuhnya walaupun MET Malaysia telah meramalkan lebih awal akan berlaku hujan lebat. Kita di Sentosa ADUN Sentosa ataupun ADUN-ADUN di kawasan Klang tidak dipanggil untuk mesyuarat untuk diberitahu apakah tindakan-tindakan dan perancangan yang bakal diambil oleh Pejabat Tanah ya, so kita perlu dipanggil untuk diberi satu taklimat dan juga kita juga perlu diberi maklumat-maklumat terkini daripada JPS dan juga agensi-agensi lain untuk membuat segala persiapan.
Air kolam tadahan Bandar Puteri yang melimpah ya, ini adalah satu perbelanjaan besar yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tapi memang kolam tadahan air itu pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Yang kedua ialah air daripada sistem perparitan ke Sungai Aur di Sentosa yang lambat mengalir keluar.
Yang itu pun menjadi masalah kerana tidak ada satu perancangan dan masih lagi saya menunggu jawapan dari pihak JPS macamana nak menangani masalah ini. Yang ketiga ialah air daripada Kolam Tadahan Botanik yang gagal keluar dengan lancar sehingga air kolam melimpah ke kawasan-kawasan di mana rumah-rumah kos tinggi terlibat juga dalam kerana banjir juga merosakkan banyak benda, harta-benda pemilik rumah di sana. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah juga kepada JPS yang berjaya mengawal keadaan air pasang besar yang melanda Negeri Selangor baru-baru ini. Persediaan yang rapi oleh pihak JPS dan sentiasa bersiap siaga dengan sebarang situasi telah berjaya mengatasi masalah air pasang besar. Tuan Speaker, dari segi kebersihan..
YB. Sentosa boleh minta penjelasan, setujukah YB. Sentosa bahawa isu banjir kilat ini juga boleh kita lihat daripada kegagalan perancangan merancang sesuatu kawasan pembangunan bandar-bandar baru ataupun taman-taman perumahan dan selepas itu ianya tidak membuat kajian yang menyeluruh sebelum sesuatu kebenaran merancang itu diluluskan sebab banyak yang berlaku di kawasan saya, kawasan DUN Pelabuhan Klang di mana kawasan-kawasan yang kita telah kenal pasti sebelum ini kawasan-kawasan tersebut merupakan zon ekologi hijau ataupun tebatan banjir semulajadi tetapi kemudian ianya ditukar menjadi kawasan zon industri dan akhirnya dibina pembangunan di kawasan tersebut dan kesannya sekarang ialah berlaku banjir kilat kerana sistem saliran air itu telah terganggu dan apakah pandangan Sentosa untuk pada masa akan datang perlukah dibuat kajian semula ataupun dasar ataupun polisi yang baharu bagi mengatasi masalah banjir kilat ini terutama dalam meluluskan sesuatu pembangunan yang baharu, meluluskan kebenaran merancang yang baharu.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Mungkin saya akan tulis jawapan saya. Soalan dia panjang mungkin dia nak cover 20 minit lagi. Memang saya setuju dengan pandangan Pelabuhan Klang kerana perancangan mustahak, Sentosa memang ada banyak masalah kerana ada banyak pocket-pocket development yang telah diberi kelulusan PBT kerana ada yang kawasan longkang, tanah masih ada, ada yang kawasan perumahan tinggi daripada kawasan perumahan sebelah dan sebagainya. Ini juga adalah satu faktor yang menjadi punca banjir, saya setuju sangat dengan pandangan Pelabuhan Klang. Terima kasih.
Tuan Speaker, selain daripada itu dari segi kebersihan saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak KDEB yang telah banyak, there’re a lots of improvement, dengan izin, dan sistem pengurusan sisa yang ditetapkan di bawah PBT masing-masing sistem pengurusan mereka terurus sekarang dan hanya perlu dari segi tender harga value yang diluluskan oleh PBT perlu dikaji balik kerana dengan apa yang mereka dapat mereka hanya boleh meletakkan beberapa pekerja sahaja dan sebagainya. Oleh itu, kontraktor yang gagal memang ada banyak kontraktor-kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab, kontraktor yang
gagal menjalankan tanggungjawab secara berkesan seharusnya ditamatkan kontrak dan ditukarkan kepada kontraktor yang lebih kompeten. Pihak PBT sewajarnya bekerjasama dengan KDEB memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor lantikan KDEB dan tidak melepaskan tangan begitu sahaja.
Tuan Speaker, tempoh pandemik COVID-19 telah memberi kita semua kesedaran umum betapa pentingnya menjaga kebersihan awam dan diri. Ini adalah masa terbaik untuk..
Sentosa, panjang lagi ke?
Ada 17 minit lagi.
Masa ..
5 minit. Boleh?
Ringkaskan untuk point terakhir.
Okay, 1 minit tak boleh ya. Okay, Tuan Speaker saya hormat Tuan Speaker ya. Ada beberapa permintaanlah ambil kesempatan, memang saya pada persidangan Dewan Negeri yang tahun 2019 telah meminta untuk pembinaan pasar awam di DUN Sentosa tidak ada satu pun pasar awam hanya pasar-pasar di tepi jalan. So .. kita nak minta MPK nak status bandaraya DUN Sentosa tidak ada pasar awam, tidak ada balai polis, tidak ada dewan yang boleh, ada lebih dari 500 orang pun takde. Bilik dewan-dewan ada untuk 300 orang. So ini adalah permintaan, harapan Sentosa ya. Tuan Speaker, selain daripada itu, Sentosa juga telah membaiki berkenaan dengan Masjid Al Baraqah yang perlu dinaiktarafkan. Kelulusan naik taraf telah diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor dan juga Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Justeru saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi keutamaan untuk menyalurkan dana kepada kerja-kerja naik taraf masjid ini yang telah berusia puluhan tahun. Harapan saya agar masjid ini dapat satu wajah baharu dan memberi keselesaan kepada umat Islam di DUN Sentosa. Selain daripada itu, Tuan Speaker, ada satu permintaan khas, ya, kepada Kerajaan Negeri memandangkan we’re looking towards development, we’re looking towards progress, right? Dan dengan izin untuk makluman sidang Dewan di DUN Sentosa mudah untuk kita fahami terdapat 4 lokaliti besar merangkumi DUN Sentosa. Yang pertama ialah Taman Sentosa, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Botanik, Taman Sentosa adalah sebuah kawasan lama yang telah berusia berpuluhan tahun yang banyak dimajukan melalui pocket development yang terdapat lebih daripada 20 taman dalam Taman Sentosa. Oleh itu perkara ini berbeza daripada Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi satu dan mendapat taraf bandar. Sentosa mencadangkan agar Taman Sentosa dinaiktaraf sebagai sebuah bandar. Perkara ini akan memberi satu nafas baru kepada warga Sentosa di samping perkhidmatan PBT boleh ditingkatkan secara langsung Bandar
Sentosa akan menjadi satu hak tempat tinggal yang lebih kondusif dan lebih lestari. Ini adalah satu permintaan memandangkan di seluruh kawasan Taman Sentosa adalah satu kawasan yang besar di kawasan sekelilingnya ada Bandar Puteri, Bandar Putra, Bandar Botanik dan Bandar Bukit Tinggi di satu kawasan DUN Sentosa ada satu taman dan di dalam itu ada 20 taman ada masalah alamat dan sebagainya itu adalah satu permintaan Sentosa. Akhir kata saya yakin dan percaya Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin bin Shari akan terus membawa Negara dan Negeri ini ke satu tahap yang lebih baik dan mendapat kepercayaan penuh rakyat. Izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan memetik sebuah petikan ayat daripada saudara Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Izin ya. Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources khazanah akhlak yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman dan menggantikan ia dengan keadilan sejagat untuk semua menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah, ini yang dituntut oleh Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan. (Bahasa Arab) persaudaraan sesama insan yang mana turut bergema dalam tradisi Tamil (Bahasa Tamil) satu jiwa kerana kemanusiaan dan juga dalam tradisi cina yang diungkapkan oleh Maha Guru Khong dalam kitab (Bahasa Cina) empat kawanan terbentang luas semua manusia bersaudara. Terima kasih kerana diberi peluang Tuan Timbalan Speaker Sentosa mohon menyokong. Terima kasih.
Saya mempersilakan Kota Anggerik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T telah diberi ruang untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri besar pada Jumaat minggu lalu. Sebagai mukadimah saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu dan kini memimpin sebuah Kerajaan Perpaduan selaras dengan titah Ke bawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang berkehendakkan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan Negara. Namun demikian kita masih lagi mendengar kenyataan-kenyataan berbaur kebencian dan hasutan oleh pemimpin-pemimpin politik yang bertopengkan agama yang dilihat seolah-olah cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama serta seakan-akan tidak menghormati mandat majoriti rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu serta perkenan Seri Paduka Baginda yang telah memilih Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bersama-sama menyatakan sikap serta pendirian tegas menolak sebarang percubaan pihak-pihak yang menyalah gunakan nusa bangsa dan agama
ini dari mengganggu gugat kestabilan Negara. Saya juga berharap pihak polis segera mengambil tindakan tegas terhadap gerombolan ekstrem ini yang merosakkan imej agama Islam bagi memastikan keharmonian Negara dan perpaduan rakyat akan terus dipelihara. Kini masa nya untuk kita semua bergerak ke hadapan move forward dengan izin dan membantu ikhtiar untuk melaksanakan reformasi institusi pemuliaan ekonomi mengurangkan kos sara hidup serta menaik taraf kehidupan rakyat yang terbanyak. Sejak 15 tahun yang lalu Pakatan Harapan Selangor telah memacu perubahan ini serta membuktikan bahawa ia mampu di laksanakan di Negeri Selangor. Insyaallah dengan sokongan daripada gabungan parti-parti politik seperti Barisan Nasional, Gabungan Parti Serawak, Gabungan Rakyat Sabah dan parti-parti politik yang lain Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baharu ini akan turut dapat melaksanakannya di peringkat Persekutuan.
Yang Berhormat Tuan Speaker saya menyambut baik pembentangan Belanjawan Selangor yang diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri besar pada Jumaat lalu yang menggariskan penekanan kepada agenda kebajikan dan memperdayakan hidup rakyat menerusi inisiatif iltizam Selangor Penyayang. Ini lah keistimewaan dan kekuatan Pentadbiran Selangor tatkala kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan cerdas saban tahun hasil kekayaan Negeri sentiasa diolah dan disalurkan kepada rakyat menerusi pelbagai insentif kebajikan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Kejayaan Pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor ini pastinya tidak berhasil tanpa kekuatan dan dukungan jentera pentadbiran awam yang sentiasa komited dalam membantu melaksanakan dasar-dasar yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, memandangkan telah berlaku penjajaran pentadbiran di peringkat Persekutuan yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan maka saya ingin menuntut agar pentadbiran di Putrajaya kembali mendakap semangat saling menghormati dan menyisihkan budaya lapuk dalam konteks pelantikan serta penempatan menjawat-penjawat awam di Negeri-negeri yang tidak sealiran daripada segi politik. Saya menyeru pentadbiran di Putrajaya khususnya pihak Jabatan Perkhidmatan Awam agar dapat bersikap santun terhadap keputusan Kerajaan Negeri yang telah memperakui satu-satu pelantikan atau penempatan penjawat awam khususnya di Negeri Selangor. Saya berani menyatakan bahawa budaya kerja perkhidmatan awam di Negeri Selangor adalah antara yang terbaik dan menuntut tahap profesionalisme yang tinggi serta kepantasan yang luar biasa khususnya di pejabat-pejabat daerah dan tanah serta agensi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Budaya kerja sebegini telah dipupuk lantaran cabaran yang hebat perlu didepani oleh para penjawat awam di Selangor yang mana setiap tugasan mereka melibatkan banyak pemegang taruh dan menyentuh pelbagai kepentingan awam. Oleh yang demikian saya berharap agar Putrajaya dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekalkan penjawat-penjawat awam yang telah berkhidmat dengan baik di Negeri Selangor. Seandainya wujud keperluan untuk penempatan baru atas sebab kenaikan gred maka letakkan lah mereka di kedudukan yang lebih baik dengan peluang untuk mengembangkan potensi mereka. Yang Berhormat Tuan Speaker, pengumuman Kerajaan Negeri Selangor untuk menstrukturkan semula Skim Mesra Usia Emas dan meningkatkan
nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150 merupakan keputusan yang sangat tepat. Dalam keadaan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup langkah Kerajaan ini memberikan makna besar buat semua golongan warga emas yang mendaftar dengan SMUE. Saya juga mengalu-alukan pengumuman Kerajaan negeri telah meluluskan Projek Kolam Takungan Banjir di Lebuh Raya Shah Padu bersebelahan dengan Taman Mutiara Bukit Raja dengan kos RM10 juta ringgit. Mewakili penduduk Taman Mutiara Bukit Raja, saya berharap agar projek ini dapat dimulakan segera dan tidak dilengahkan lagi. Saya simpati dengan nasib penduduk yang sering kali terjejas dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan turun khususnya pada musim tengkujuh.
Di kesempatan ini juga saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar Seksyen U9, Seksyen U10 dan Puncak alam yang saban hari melalui Persiaran Mokhtar Dahari untuk aktiviti harian mereka. Sejak pembukaan Lebuh Raya Damansara Shah Alam (DASH) pada bulan Oktober lalu kadar aliran trafik di Persiaran Mokhtar Dahari kian meningkat dan mengakibatkan sesakan lalu lintas yang teruk terutamanya pada waktu puncak. Pada 26 Oktober yang lalu saya telah turun meninjau ke Persiaran Mokhtar Dahari bersama Yang Berhormat Pandan Indah dan Pengarah jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk melihat sendiri keadaan trafik pada waktu puncak. Susulan daripada tinjauan tersebut saya amat berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat membantu bagi mempercepatkan pembinaan laluan tambahan bagi mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu penduduk sekitar. Masalah yang berkait dengan Persiaran Mokhtar Dahari turut memberi kesan kepada penduduk di Taman Alam Budiman, Seksyen U10 yang kini sering kali berdepan dengan masalah kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan-kenderaan berat yang keluar masuk menggunakan laluan Taman Budiman yang kini telah wujud laluan pintas untuk ke Setia Alam. Baru-baru ini telah berlaku satu kemalangan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk melibatkan sebuah lori simen dan sebuah motosikal. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku diharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat mengambil langkah segera untuk membina sebuah tembok konkrit di laluan tersebut bagi mengatasi masalah ini. Saya juga ingin membangkitkan masalah kerosakan jalan raya yang berlaku di Setia Alam khususnya di kawasan yang masih lagi belum diserahkan kepada PBT. Setiap kali saya menerima aduan daripada penduduk berkaitan dengan masalah kerosakan jalan dan membuat semakan dengan PBT jawapan yang saya sering terima adalah kawasan tersebut terletak di bawah tanggungjawab pemaju. Hal-hal sebegini diselaraskan segera kerana rakyat tidak seharusnya dimangsakan akibat daripada kepincangan melibatkan syarikat pemaju. Kerajaan Negeri perlu bersifat tegas terhadap syarikat-syarikat pemaju ini khususnya berkenaan infrastruktur awam seperti jalan raya, lampu jalan dan lain-lain yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Yang berhormat Tuan Speaker sebagai penutup saya ingin menyeru agar kita sama-sama bergerak ke depan dan meninggalkan budaya politik perkauman fitnah dan adu domba yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat. Buat semua Ahli-ahli Yang Berhormat bersamalah kita hayati titah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mengingatkan kita supaya menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat. Kedudukan adalah taklif wala tasyrif yakni tanggungjawab dan bukan keistimewaan atau kebanggaan. Seorang pemimpin harus sedar bahawa tanggungjawab yang digalas adalah sangat berat. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak keran itulah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memperingatkan kita dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika seorang sahabat Abuzar Al Ghifari berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apa tidakkah anda ingin mengangkat saya sebagai Gabenor maka Rasulullah menepuk bahu Abuzar dan bersabda wahai Abuzar anda lemah ini adalah amanah ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya – Riwayat Muslim. Justeru saya berdoa agar kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor akan terus menumpukan hikmat terbaik kepada rakyat dan mengekalkan kegemilangan Negeri Selangor sebagai sebuah Negeri yang hebat, cemerlang dan berjaya. Yang Berhormat Tuan Speaker saya menyokong.
Saya mempersilakan Balakong.
Saya cuba dalam dua minit. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana mengizinkan Balakong untuk berbahas. Dalam dua minit ini saya akan cakap perlahan-perlahan supaya esok boleh sambung lagi. Isu pertama yang saya ingin membahaskan adalah tentang Perpaduan Selangor. Yang Berhormat Taman Templer merangkap Yang Berhormat Hulu Langat mungkin boleh celah selepas esok. Saya sudah pastikan Yang Berhormat Taman Templer akan mencelah. Kalau seminit sahaja tidak cukup Yang Berhormat untuk mencelah. Dalam 30 saat mungkinlah. Isu pertama sentiasa menjadi satu isu yang dimainkan oleh parti-parti politik yang tidak bertanggungjawab dan suka mencari jalan ringkas untuk mendapatkan kuasa. Kita baru lepas Pilihan Raya Umum Ke-15 apa yang kita boleh nampak adalah isu-isu perkauman dan agama dimainkan dengan begitu serius dalam media sosial terutamanya tiktok yang kebanyakan penggunanya adalah terdiri daripada golongan anak muda. Negara dan masyarakat kita telah dipecahkan belah dari tahun ke tahun dari dekad ke dekad tidak akanlah kita hendak biarkan ia menyambung lagi dari kurun ke kurun mahupun dari zaman ke zaman...
Yang Berhormat sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan enam petang dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 sehingga hari esok 30 November 2022 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)