Selangor · 30 November 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 355 turns · 41,504 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 30 November 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Salam Sejahtera, Selamat Pagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Perancangan Dan Pembangunan Sosio Ekonomi SelangorQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi dan membantu pengusaha PKS dan warga yang tiada kerja?
Terima kasih Ijok. Terima kasih Speaker. Bagi menjawab apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi dan membantu penguasa Perusahaan Keusahawanan Sederhana dan warga kerja yang tiada bekerja. Jadi sebenarnya di bawah standco Pembangunan Usahawan, ada berapa usaha yang telah dilakukan dan bagi mereka yang tiada kerja juga kita ada pelbagai kombinasi. Soalan ini sebenarnya ia menyentuh bidang kuasa di bawah standco saya, bawah standco Sri Muda dan juga bawah standco Bandar Baru Klang. Jadi saya akan menjawab dalam konteks di bawah inisiatif Pembangunan Usahawan Negeri Selangor terdapat beberapa program yang disediakan untuk membantu dan menyokong individu yang hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan. Antara program-programnya adalah sebenarnya kita minta kalau yang mana peniaga-
peniaga ini ataupun usahawan mereka mesti melalui satu kursus dulu yang kita masukkan mereka di bawah Klinik Usahawan Selangor. Di mana penubuhan Klinik Usahawan Selangor ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan dan khidmat nasihat perniagaan dari aspek urus tadbir, pemasaran, pengurusan kewangan dan peluang pembiayaan. Ia juga bertujuan untuk membimbing secara menyeluruh dalam perniagaan dan menyelesaikan masalah, ketidakupayaan dan kekangan yang membantutkan pengembangan perniagaan. Jadi UPEN Selangor telah pun bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS memandangkan agensi tersebut berfungsi sebagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan usahawan. Jadi untuk tahun 2021, kita telah pun mengambil 850 peserta untuk menghadiri ataupun menghadiri ataupun untuk dibimbing di bawah Klinik Usahawan ini. Dan tahun ini Alhamdulillah, sasaran 1000 pengusaha PKS yang dapat mendapatkan khidmat ini dan daripada khidmat ini kita dapati 70% mereka sebenarnya telah dapat, orang kata haluan ataupun hala tuju yang baru dalam perniagaan mereka dan kebanyakan mereka boleh berdiri semula di dalam program ini. Tetapi kita channel kan ataupun kita salurkan ya, masalah mereka ini kepada bidang-bidang yang memang ada tanggungjawab untuk membantu mereka kalau berkaitan dengan modal kita bimbing dengan modalnya, kalau ia berkaitan dengan pemasaran kita akan bagi pada mereka yang akan membimbing mereka ini dalam bidang pemasaran dan sebagainya.
Yang kedua dalam Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan tahun ini. Kita juga telah pun menimbangkan supaya bantuan yang selama ini diberi sebanyak RM 5000 peralatan itu telah pun dinaikkan kepada RM 10,000. Makna kita tahu ke kadang mereka tak mampu atau tidak boleh melaksanakan perniagaan itu dengan hanya RM 5000 sebab sekarang RM 5000 barang-barang pun agak mahal dan sekarang ini peralatan itu dinaikkan sehingga RM10,000 supaya mereka boleh meningkatkan lagi usaha untuk menambahkan production mereka ataupun produksi mereka. Lepas itu program di bawah Yayasan Hijrah selain daripada Skim Zero to Hero, skim juga baru telah pun di utarakan adalah bantuan modal dari RM 1,000.00 ke RM 5,000.00 khusus untuk peniaga wanita yang mana ianya berkumpulan seramai 3 orang. Kita nak menggalakkan wanita-wanita juga berkecimpung dalam perniagaan tetapi dari rumah. Jadi NADI ini kursus untuk mereka dan Alhamdulillah kita tengok sambutan agak baik. Dan seterusnya kita memastikan supaya peniaga atau PKS ini tidak ketinggalan dalam bidang digitalisasi, mereka juga dibimbing di bawah Go Digital ataupun (Skim Pembiayaan Digitalisasi) yang skim ini untuk mereka menyertai platform digitalisasi perniagaan dan pinjaman diberikan sebanyak RM5,000.00 dengan tempoh pembiayaan enam (6) bulan hingga tiga (3) tahun.
Tambahan daripada apa yang saya sebutkan tadi ada program baru yang telah diumumkan oleh Dato’ menteri Besar seperti i-Lestari, i-Agro untuk penguasa petani-petani kita, i-bermusim dan juga beberapa program yang saya rasa di bawah bidang Jawatankuasa EXCO Bandar Baru Klang. Banyak juga program-program untuk membimbing peniaga-peniaga di bawah SIDEC di bawah program-program bantuan
untuk peningkatan peniagaan mereka. Selain itu bagi membantu warga yang tiada pekerjaan ini di bawah bidang Jawatankuasa Kota Kemuning iaitu objektif telah pun menubuhkan unit Pemberdayaan Pekerja (UPPS) di bawah ini yang telah banyak membantu pihak rakyat yang mana ia lebih dalam sektor Pemberdayaan Pekerja dan Hak Pekerja juga Sektor Pembangunan. Jadi kalau saya lihat daripada apa yang dinyatakan di sini. Dalam tempoh satu tahun beroperasi UPPS berjaya menjalankan beberapa program serta menjalinkan usaha sama strategik bersama pelbagai agensi / persatuan / institusi pengajian yang berkaitan. Dan antara program-program yang saya rasa dapat sambutan itu Program Latihan dan Penempatan Pekerja dengan usaha sama Kolej Kings dengan penyertaan seramai 30 orang peserta. Persidangan secara maya bersama dengan melibatkan 100 orang peserta KWSP. Latihan-latihan di bawah AA Knowledge ada 30 orang peserta. Karnival Kerjaya Maya bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melibatkan penyertaan seramai 100 orang peserta dan dengan PERKESO ada 140 orang peserta. Begitu juga beberapa taklimat berterusan dibuat oleh semua standco. Jadi saya yakin usaha ini dapat membantu serba sedikit di bawah bantuan untuk memastikan selain daripada PKS kita lihat warga kita yang sedang kerja atau pun cari peluang-peluang pekerja dapat dibantu dengan secara terus. InsyaAllah itu sahaja daripada saya Tuan Speaker. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok
Terima kasih Tuan Speaker. Di luar bandar saya perhati bahawa banyak pengusaha kecil ini, masalahnya dia ialah pemasaran produk. Jadi saya harap Kerajaan Negeri Selangor akan menolong mereka banyak inisiatif di luar bandar di tenggelam oleh perusahaan di bandar sebab mereka ialah kurang arif pemasaran. Soalan yang saya nombor dua ialah apa usaha Kerajaan untuk memastikan anak-anak kita dapat kerja yang kita sekarang selalu depend on pekerja asing? Saya tahu banyak kursus-kursus di Kolej-kolej TVET dan semua tapi pada pendapat saya kurang memuaskan kurang dapat sambutan, bagaimana kita nak menggalak anak kita mengganti dalam pengusaha ini, yang dipenuhi oleh warga asing?
Terima kasih Ijok. Dalam konteks kita membantu, orang kata masyarakat luar bandar dalam memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam bidang ekonomi ini kita, beberapa program telah dibuat. Pertama, kita tidak mahu mereka tertinggal dalam bidang pemasaran sebab itu diwujudkan PLATS. Iaitu platform atas talian yang mana mereka sendiri pergi ke bawah-bawah mencari peniaga-peniaga tepi-tepi jalan untuk mereka rakan-rakan strategik ini rakan-rakan digital ini akan membantu mereka 100%. Satu, untuk pastikan perniagaan ada atas talian yang keduanya bimbingan-bimbingan berterusan juga akan dibuat. Itu telah dilaksanakan dan saya rasa untuk mereka yang di luar bandar khususnya Kuala
Selangor. Kita telah mulakan sarang ekonomi desa ya, itu satu program yang saya rasa cukup berjaya yang mana kita telah melahirkan 72 usahawan yang sekarang ini mereka bukan sahaja telah mendapat pendapatan yang baik malah mereka telah pun membuat perniagaan seluruh negara sebenarnya. Jadi kita tidak meninggalkan luar bandar sebenarnya, banyak program-program bandar di luar yang telah dilaksanakan tinggal lagi mungkin kita perlu bekerjasama dengan erat dengan standco Pembangunan Luar Bandar untuk mula melihat di kampung-kampung di ambil semula peniagaan-peniagaan ini untuk disenergikan bersama Program Pembangunan Usahawan. Seterusnya, tentang perkhidmatan untuk memastikan bidang pekerja asing ini dapat dikurangkan dan akhirnya warga tempatan dapat memiliki pekerjaan. Saya rasa ini di bawah bidang yang telah pun kita mulakan di bawah IKTISASS. InsyaAllah IKTISASS ini saya rasa tak ada maklumat lanjut tentang pendetailan itu. Tetapi InsyaAllah kita boleh bekalkan kepada Ijok. IKTISASS ini satu program di mana kita ingin menaiktarafkan kita punya warga kita yang ingin pensijilan tahap yang lebih tinggi. Ia nya saya yakin ramai Yang Berhormat di sini kurang mendengar tentang program IKTISASS ini. Tetapi selain program yang dilakukan ini Kolej INPENS dan sebagainya, sebenarnya IKTISASS ini adalah satu program yang mana sebenarnya benar-benar dapat menyantuni kerja kita apa ini warga kita yang memang mereka tercari-cari pekerja sedangkan mereka tidak ada pensijilan tambahan. Jadi untuk kita saya ingat akan bekalkan jawapan IKTISASS ini supaya semua boleh terlibat secara langsung memastikan, mereka di kawasan kita manfaat tentang perkara ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih. Saya melihat program-program Pembasmian Kemiskinan Hijrah dan PKS ini di bawah Pengerusi Jawatankuasa yang berbeza-beza walaupun program ini dia agak khusus. Cuma saya melihat mungkin boleh dijajarkan supaya rancangan dan juga pelaksanaan boleh di bawah sorang Jawatankuasa Tetap yang mungkin daripada pelaksanaan program-program itu dapat dijalankan dengan lebih baik. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang. Sebenarnya Alhamdulillah kita telah pun menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Selangor. Majlis ini adalah mengkoordinasi semua usaha-usaha di bawah semua standco yang ada tetapi masih lagi itu dalam bidang kuasa standco-standco masing-masing termasuk pertanian, bidang-bidang yang kita rasa boleh mendatangkan menjanakan Pembangunan Usahawan. Dan Majlis Pembangunan Usahawan ini telah pun lengkap mengemukakan hala tuju selama 3 tahun ini dan insyaAllah pada masa terdekat kita akan kemukakan hala tuju ini kepada MMKN untuk MMKN terima pakai supaya semua, semua standco yang ada ini akan merujuk kepada hala tuju itu
semoga ia dapat menselarikan, menselarikan ke istilah dia. Nampak selarikan, selarikan semua usaha-usaha ini supaya walaupun dalam standco berlainan tetapi target dia, hala tujunya objektif akan mencapai sasaran yang sama. Jadi saya juga tidak merasakan bawah keperluan untuk semua diletak di bawah Pembangunan Usahawan kerana ia setiap bidang standco itu ada usaha-usaha pembangunan untuk dilakukan. Tetapi dengan adanya Majlis Pembangunan Usahawan ini kita telah pun mengumpulkan semua maklumat tetapi ia akan menjadi objektif bersama oleh semua standco yang ada. Itu jawapan daripada saya, terima kasih.
Seri Kembangan.
Tuan Speaker soalan 60.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Kontraktor Sampah Tong RoroQuestions
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dan undang-undang yang cukup untuk mengawal kontraktor sampah tong roro?
b)
Bagaimana untuk mengatasi isu membuang sampah secara haram dengan lebih efektif?
c)
Adakah Kerajaan Negeri bersedia mewujudkan undang-undang baru untuk mengawal mereka?
Kontraktor tong Roll-on/Roll-off (RORO) adalah dilantik oleh pihak industri ataupun syarikat swasta bagi kerja-kerja melupuskan sisa industri atau sisa binaan. Dari segi pengawalan terhadap kontraktor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai kuasa di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan dan Pengurusan Sampah Sarap Tahun 2007 bagi mengawal aktiviti pembuangan sisa di kawasan yang tidak dibenarkan oleh PBT. Bagi mengatasi isu pembuangan sampah di tempat yang tidak dibenarkan, PBT telah membuat senarai panel kontraktor yang berdaftar dengan PBT. Pihak industri ataupun swasta disyaratkan untuk melantik kontraktor tong RORO yang telah berdaftar dengan PBT dan perlu mengemukakan laporan tipping fee kepada PBT sebagai bukti pelupusan. Sebarang ketidakpatuhan ini akan mengakibatkan lantikan kontraktor berkaitan
ditamatkan dan di senarai hitam. Bagi setiap kerja-kerja pengubahsuaian bangunan dan pembinaan pula juga menggunakan kontraktor perkhidmatan panel kutipan sisa binaan yang dilantik oleh PBT.
Pada bulan September 2013, pihak Kerajaan Negeri telah memulakan kerja-kerja menggubal Rang Undang-Undang (RUU) sisa pepejal berdasarkan keputusan MMKN Ke 25/2013 pada 28 Ogos 2013 yang disahkan oleh MMKN ke 26/2013 pada 4 September 2013 agar tindakan dapat diambil ke atas pesalah serta dapat memberi pengajaran kepada masyarakat dalam menguruskan sisa pepejal. Sehubungan itu, satu dasar RUU Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Selangor telah disiapkan dan diluluskan oleh MMKN Ke 22/2019 pada 7 Ogos 2019 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 23/2019 pada 14 Ogos 2019. Susulan daripada kelulusan tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah memulakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan selaras dengan kehendak Perkara 79 Perlembagaan Persekutuan yang mengehendaki supaya Kerajaan Negeri perlu berunding dengan Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan RUU tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak mendapat maklum balas daripada pihak Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan tersebut tetapi diminta supaya mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 672).
Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berdasarkan MMKN ke 12/2015 pada 25 Mac 2015 yang disahkan oleh MMKN ke 13/2015 pada 15 April 2015 agar pihak Kerajaan Negeri memperkasakan Undang-undang Kecil (UUK) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya draf enakmen tersebut tidak dipersetujui pelaksanaannya. Oleh yang demikian, kini Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan untuk mengemukakan cadangan gubalan baharu bagi memperkasakan UUK Pemungutan dan Pengurusan Sampah Sarap Tahun 2007 sedia ada. Terima kasih.
Batang Kali. Tak hadir. Dusun Tua.
Tuan Speaker saya memohon untuk mengambil soalan Dusun Tua. Menggunakan Peraturan Tetap 24(2).
Seperti yang saya tegaskan semalam, tidak dibenarkan. Saya menggalakkan Ahli-Ahli Dewan Negeri hadir sendiri untuk ambil soalan sendiri. Ini disiplin penting. Kalu diambil oleh yang lain mereka akan lewat dan sebagainya. Ini satu masalah besar perlu diperbaiki. Harap maklum. Semenyih. Silakan.
Tuan Speaker. Soalan saya nombor 63.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Tahun Melawat Selangor 2023Questions
63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah perancangan baharu Kerajaan Negeri dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2023 terutamanya industri pelancongan baharu di kawasan Dun Semenyih yang sudah dikenal pasti?
Tuan Speaker berikut merupakan perancangan Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dalam menggalakkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor bagi tahun 2023 termasuk mempromosikan industri pelancongan baharu di kawasan Dun Semenyih. Yang pertama memperkasakan penganjuran kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada promosi pelancongan pasaran domestik. Kempen ini memberikan pendedahan dan ‘awareness’ dengan content pemasaran untuk menarik minat pelancong luar negeri melancong ke Negeri Selangor. Yang kedua meluaskan inisiatif promosi penganjuran kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere” yang memfokuskan kepada promosi pelancongan antarabangsa. Pihak Tourism Selangor memberi penekanan kepada beberapa pasaran luar negara seperti ASEAN, Timur Tengah, Eropah, dan sebagainya. Yang ketiga mempergiat inisiatif promosi melalui platform digital dan atas talian seperti penganjuran Webinar bersiri, Live Streaming, di laman media sosial Tourism Selangor, penganjuran program VR Pelancongan (Virtual Reality) yang melibatkan produk-produk dan pengusaha pelancongan di Negeri Selangor. Yang keempat Penyertaan Program Promosi dalam dan luar negara seperti jelajah negeri (Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kedah), Matta Fair, dan juga pameran pelancongan antarabangsa dengan melibatkan produk-produk dan pengusaha pelancongan di Negeri Selangor.
Untuk mempromosikan pelancongan baru di Dun Semenyih. Yang pertama penyediaan pakej pelancongan eko-pelancongan Dun Semenyih di mana pakej-pakej ini memfokuskan produk pelancongan luar bandar, aktiviti eko serta agro pelancongan dan alam semula jadi. Pakej ini juga akan digunakan oleh agensi pelancongan tempatan dan luar negara. Yang kedua penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa di produk-produk dan pengusaha pelancongan Dun Semenyih. B Yang ketiga kerjasama erat antara Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor bersama agensi pelancongan dan pemain industri di Dun Semenyih dengan mempergiatkan aktiviti promosi seperti penawaran pakej pelancongan dan acara pelancongan bagi menarik pelancong ke produk pelancongan di sana. Pihak Tourism Selangor bersama agensi-agensi yang berkaitan menjalankan sesi lawatan teknikal secara berkala untuk
melawat kawasan-kawasan dan produk-produk yang berpotensi diangkat untuk dijadikan sebagai produk pelancongan di sekitar Dun Semenyih. Sekian.
Soalan tambahan.
Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker. Sedia maklum kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor telah maklumkan bahawa pewartaan Hutan Simpan Bukit Broga pada bentangan Belanjawan. Kita harap dengan galakkan pelancongan melawat Selangor pada 23 ini saya harap, apa yang kita harapkan di Semenyih ini masalah kesesakan jalan raya, trafik sebagainya kita perlukan satu jejambatlah yang kita maklum sebelum ini. Saya punya bahasan itu minta Kerajaan Negeri Selangor pastikan pembinaan jejambat daripada highway LEKAS ke Bukit Broga ini, melalui di persimpangan Broga ini. Kita harap kerajaan bersetuju dengan pandangan saya ini. Terima kasih. Adakah kerajaan akan mengambil tindakan pembinaan jejambat ini dari LEKAS ke Broga ini? Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat Semenyih. Infra itu bukan di bawah portfolio saya. Tetapi saya akan berbincang dengan EXCO yang incharge infra. Kita tengok sama ada sesuai untuk mendirikan satu jejambat daripada pekan Semenyih ke kawasan Broga ini. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Semenyih. Broga merupakan satu kawasan pelancongan yang terunggul di Semenyih di mana setiap hari kita menerima lebih 1000 orang atau 2000 orang terutama pada hari Sabtu Ahad, memang ada masalah yang kita alami adalah kesesakan lalu lintas dan juga kesesakan untuk parking kereta. Di mana untuk makluman yang Berhormat tempat-tempat di sekitar Broga merupakan tanah hak milik dan orang swasta ini mengguna kesempatan ini untuk mengutip parking dan juga jalan keluar masuk, macam nak bagi tol. Sekarang kita tengah menghadapi masalah ini di mana kita pastikan tak ada, tak ada kutipan bertol. Bertol itu kalau nak masuk dia pula nak kutip duit RM 5.00, itu yang ada masalah oleh kita. Kita ambil tindakan tegas, memastikan tiada berlaku perkara ini. Yang kedua kita menghadapi masalah di Broga ialah telah pun mewartakan Broga ini sebagai Hutan Simpan Kekal, biasanya mereka masuk Broga ini tanpa permit. Keluar masuk dengan senang, tapi kali ini mereka menghadapi masalah kerana kita pula dipersalahkan kerana mereka perlu untyuk mohon permit untuk hutan Simpan Kekal ini. So mereka tidak berapa senang untuk cara ini. So kita tengok balik bagaimana kita nak bantu dalam perkara ini. Sekian.
Soalan tambahan.
Ya Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Seperti yang saya bahaskan semalam. Iaitu Sementa menggalakkan agar meminta pihak EXCO
melihat untuk melaksanakan Pelancongan Warisan seperti saya bahas semalam. Iaitu sebelum pelancong ini turun Sekinchan atau pun ke Kuala Selangor. Kita minta untuk mereka singgah di Sementa di Kampung Bukit Kapar iaitu di Dewan Baru Bukit Kapar ini untuk mereka melihat ataupun menghayati kita ada Gasing Pangkah Tradisional, kita ada Silat, kita ada Cempuling dan kita ada makanan tradisional di sekitar tersebut. Jadi mungkin saya mohon pada pihak EXCO untuk melaksanakan Pelancong Warisan ini di Sementa. Adakah boleh dilaksanakan? Terima kasih.
Ini macam dah keluar tajuk. Kita bincang di Semenyih tapi Sementa pula.
Kalau keluar tajuk tidak perlu jawab.
Tapi kita akan meminta Tourism Selangor untuk mengkaji sama ada sesuai produk-produk pelancongan di sekitar Dun Sementa. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Penularan Covid-19Questions
64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah tahap kawalan terhadap penularan COVID-19 sepanjang tahun 2022?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Hulu Kelang. Soalan ini akan dijawab bersekali dengan N51 Sijangkang nombor 145 (a). Secara umumnya, situasi Covid-19 di Negeri Selangor sepanjang tahun 2022 adalah terkawal. Secara purata kes Covid-19 yang didaftarkan di Selangor adalah sekitar 1,000 hingga 2,000 sehari bermula minggu epid ke 35 sehingga minggu epid ke 46. Mengikut kategori yang didaftarkan, majoriti iaitu 95% adalah kes kategori 2 manakala 4.5% lagi adalah dari kategori 3, 4 dan 5. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat purata kes dan kematian di Selangor akibat Covid-19 adalah sebanyak 6 kes seminggu. Manakala sebanyak 11 kematian telah dicatatkan pada minggu epid 46 berakhir 19 November 2022 yang lalu. Dari aspek kadar kematian secara keseluruhan pula, Selangor telah mencatatkan sejumlah 10,911 kes iaitu 0.7% kes fatality atau CFR. Walau bagaimanapun untuk tahun 2022 sejak minggu epid ke 3
yang lalu kadar CFR ini telah menurun ke angka 0.1%. Data-data ini menunjukkan tahap kawalan bagi penyakit Covid-19 di Selangor kini adalah baik dan memuaskan. Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan semasa adalah, pertama kadar vaksinasi Covid-19 termasuk booster yang tinggi iaitu melebihi 90% daripada jumlah penduduk Selangor. Kedua fasiliti kesihatan awam yang mampu menampung kes-kes kategori 3,4 dan 5. C ataupun ketiga aktiviti pendidikan kesihatan yang berterusan yang dijalankan bagi mengingatkan orang ramai tentang TRIIS ataupun Test, Report, Inform, Isolate, Inform, Seek dan kepentingan menjaga kesihatan kendiri. Saya juga ingin mengatakan bahawa kesedaran rakyat yang tinggi kini yang saya lihat yang saya lihat masih mengamalkan langkah-langkah jangkitan, mencegah jangkitan itu masih berterusan di kalangan rakyat negeri kita. Namun begitu aktiviti promosi bagi menggalak masyarakat awam untuk mengambil vaksin penggalak kedua perlulah diteruskan terutamanya melibatkan golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik dan ibu mengandung. Ini kerana kemunculan varian baru sub-varian xxb telah menunjukkan peningkatan kadar kebolehan jangkitan walaupun kadar kematian yang disebabkan oleh varian baru ini masih kekal rendah. Bagi pihak negeri kita masih ada lagi vaksin Sinovac yang boleh digunakan untuk booster di mana-mana klinik Selcare yang ada di negeri kita. Bagi mereka yang belum mendapatkan booster mereka masih lagi mendapatkan booster percuma ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO, Yang Berhormat EXCO. Terima kasih kepada Bukit Antarabangsa yang datang. Kalau boleh dengar soalan, boleh sembang-sembang. Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingat, saya nak jelaskan nak tanya satu soalan. Kalau dah ada satu kestabilan dalam kawalan Covid-19 . Jadi mesti ada kaedah yang menonjol dari segi vaksin dan kita develop, kita brand sendiri hebat. Ataupun dia punya strain dia punya strain of, strain nama dia, generasi berikutnya kepada Covid-19 2021 akan datang.
Dan ketiganya saya nak tahu, kalau kos itu bagus. Kos pengendalian kepada penyakit-penyakit yang ada persamaan, macam denggi. Kalau denggi, malaria yang berkaitan. Bagaimana kita telah menggunakan, itulah apa yang disebutkan tadi. Jadi kita hendak tahu, soalan saya adalah, bagaimana kita nak jadikan pengawalan Covid-19 yang telah kita berjaya ini digunakan sebagai satu benchmark ataupun satu platform untuk membuat pengawalan penularan penyakit lain dan seangkatan dengannya. Sekian, terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan yang sangat baik sebenarnya. Bila kita menyebut
mengenai pengawalan, kita ada banyak langkah-langkah yang patut kita ambil. Tapi yang paling berkesan adalah pengawalan melalui vaksin. Cuma, sekarang ini kita tahu bahawa strain virus ini bertukar dengan agak kadar dengan yang cepat dan saya melihat dunia farmaseutikal dan syarikat-syarikat besar ini berlumba-lumba untuk mencari satu vaksin yang berkesan kepada apa-apa strain yang timbul. Kalau kita tahu dulu, bila kita mengambil Pfizer, dia mencipta satu vaksin untuk bercantum dengan spike. Apa yang orang kata ini spike, dalam virus itu. Tetapi apabila varian berubah, vaksin itu makin tidak berkesan kepada varian yang itu.
Jadi, setahu saya ialah vaksin yang tengah sekarang ini dicipta ataupun tengah berlumba-lumba syarikat ini adalah satu Live Attenuated vaksin yang kalau dibagi satu, dia akan berkesan kepada semua varian-varian. Cuma, kita di peringkat kita tidak ada lagi vaksin itu. Tapi sekiranya ada, maka ini adalah pencegahan yang paling bagus Yang Berhormat.
Dan selain daripada itu, kalau kita lihat untuk influenza. Vaksin perlu diambil setiap tahun kerana sekali lagi kerana oleh varian influenza itu berubah. Jadi, itulah digalakkan ambil setiap tahun. Jadi saya nampak ke depan apabila vaksin itu telah tercipta nanti, kita boleh mungkin Kerajaan, KKM dan Kerajaan Negeri ke depan boleh mungkin boleh ambil vaksin itu untuk rakyat. Tapi buat masa sekarang, kita perlu menunggu daripada KKM vaksin-vaksin yang telah diluluskan untuk pencegahan seperti ada sekarang. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan sedikit lagi.
Ya.
Soalan adalah berkenaan dengan varian. Varian yang sekarang ini yang kuat punyalah kan. Jadi kita dah ada satu vaksin yang baik. Vaksin kita, kita boleh gunakan untuk generasi kedua, generasi ketiga dan seterusnya ialah bagi varian-varian berikut itu.
Jadi, saya nak tanya adakah ada open architecture dalam Internet atau sistem ataupun IT. Orang Malaysia boleh mereka cipta antivirus. Bagi mereka duduk dekat komputer dan mereka boleh mereka cipta antivirus, anti macam-macamlah, dia punya firewall lah, apalah. Contohnya kalau bentuk makhluk virus yang macam Covid ini, ada tak kita open architecture yang kita boleh buat satu competition, kita galakkan anak-anak muda. Kita bagi komputer, kita bagi apa, dia boleh buat high power research dan boleh design anti vaksin atau vaksin yang berkaitan dengannya. Boleh faham.
Sebab yang ada vaksin itu, dia good Professor dia boleh waive 2 bilion dia punya, ubat punya itu. Dia tak charge dia punya itu.
Faham. Faham, terima kasih Yang Berhormat. Saya kira penciptaan vaksin ini memerlukan sokongan yang sangat kuat daripada pihak Kerajaan lah. Untuk mencipta, bukanlah murah dan lepas itu nak market dia lagi dan sebagainya. Jadi saya rasa buat masa sekarang, buat masa sekarang di luar kemampuan Kerajaan Negeri lagi lah.
Tetapi walau bagaimanapun, kita percaya Kerajaan Malaysia insyaAllah akan terus memantau keadaan ini. Kita pun dengar dahulu daripada Mantan Menteri Kesihatan sebelum ini yang Malaysia juga berminat untuk mengambil bahagian di dalam mencipta vaksin ini, ya. insyaAllah, kita tunggu.
Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 65 (Program Pembangunan Modal Insan Pembasmian Kemiskinan Kaum India dan Pekerja Ladang).
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Program Pembangunan Modal Insan Pembasmian Kemiskinan Kaum India Dan Pekerja LadangQuestions
65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapa peratus belia, dewasa dan usia emas dalam golongan keluarga pekerja ladang?
b)
Apakah ada apa-apa perbincangan Kerajaan Selangor dan majikan bagi menambah baik taraf ekonomi, pendidikan dan sosial golongan ini?
c)
Bagaimanakah status kediaman pekerja yang telah bersara?
Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, setakat ini tiada data khusus yang direkodkan oleh Kerajaan Negeri berhubung peratusan belia, dewasa dan usia emas dalam golongan pekerja ladang. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang secara rasminya
telah dimansuhkan pada tahun 2020 memandangkan kebanyakan ladang-ladang yang telah ditutup dan semakin berkurangan disebabkan oleh arus pembangunan yang pesat di negeri Selangor. Walau bagaimanapun, program-program sedia ada yang mensasarkan pekerja ladang, bekas pekerja ladang dan anak pekerja ladang masih diteruskan sehingga kini dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dengan beberapa penambahbaikan dan sasaran program adalah terbuka kepada seluruh masyarakat India. Sebagaimana pemansuhan Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kerajaan Negeri Selangor yang terkenal sebagai negeri berkebajikan masih lagi mengambil perhatian dan menitikberatkan akan nasib keluarga pekerja-pekerja ladang dan bekas pekerja ladang.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah melaksanakan beberapa lawatan ke ladang-ladang dalam memastikan apa jua permasalahan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh golongan pekerja ladang dapat diketengahkan dan diselesaikan secara baik. Antara masalah dan isu yang dapat diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang pada ketika itu adalah melibatkan ladang seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inch Kennath, Ladang Tumbok, Ladang Semenyih, Ladang Dominion, Ladang Dunnedin, Taman Permata Dengkil dan Ladang Bangi.
Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri akan terus membantu dan menjaga kebajikan pekerja ladang dan anak-anak pekerja ladang selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri sedia ada serta penguatkuasaan Undang – Undang Buruh Di Malaysia : Akta Pekerja 1955. Selaras dengan akta berkenaan, Kerajaan Negeri turut mempunyai Estet Land Board (ELB) yang bertujuan untuk menyemak dan meluluskan apa - apa transaksi ladang yang mempunyai keluasan melebihi 100 ekar bagi tujuan pembangunan. Pertimbangan dan kelulusan ini juga akan mengambil kira fasiliti yang terdapat di dalam ladang berkenaan seperti sekolah, rumah ibadat, tapak perkuburan dan sebagainya. Ia adalah bagi membantu mereka untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya demi memastikan mereka terus berdaya saing dan maju seiring dengan pembangunan negara yang semakin pesat membangun.
Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa di atas keprihatinan dalam bertanyakan soalan melibatkan kebajikan bekas-bekas pekerja ladang di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, pemilikan rumah sendiri menjadi satu keperluan dan aset terpenting bagi setiap keluarga. Justeru itu, tidak dinafikan isu perumahan adalah merupakan salah satu isu utama yang dihadapi oleh bekas-bekas pekerja ladang di Negeri Selangor yang sering dibangkitkan. Pekerja ladang dan bekas pekerja ladang boleh dikategorikan sebagai antara golongan yang miskin dan kurang berkemampuan. Sebilangan besar bekas - bekas pekerja ladang ini telah bersara daripada kerja-kerja sektor perladangan dan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Semasa khidmat mereka sebagai pekerja ladang, kebiasaannya majikan telah menyediakan kemudahan asas termasuklah kuarters perumahan di kawasan ladang selagi mana mereka masih berkhidmat di ladang
tersebut dan kemudahan tersebut perlu dipulangkan semula selepas mereka telah bersara.
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melalui Estate Land Board (ELB) sentiasa berusaha dan berbincang bagi mendapatkan bantuan – bantuan seumpamanya untuk mengatasi masalah melibatkan pemilikan rumah kepada bekas – bekas pekerja ladang di kawasan ladang yang akan dibangunkan. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak dapat mengarahkan dan membantu secara mutlak berhubung semua isu pemilikan perumahan oleh pekerja ladang dan bekas – bekas pekerja ladang memandangkan terdapat perjanjian yang dipersetujui di antara majikan, pekerja ladang dan pemaju yang berkenaan adalah merupakan di luar kawalan Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Estate Land Board sentiasa memohon bantuan perumahan pekerja ladang diwajibkan kepada setiap majikan dan pemaju bagi membela nasib bekas pekerja ladang yang terlibat.
Sebagai alternatif, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah (LPHS) diwujudkan khusus untuk membantu rakyat dengan tidak mengira kaum untuk mendapatkan sebuah aset kediaman dengan harga yang mampu milik. Permohonan bagi mendapatkan Rumah Selangorku adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor berdasarkan kelayakan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, adakah usaha untuk perbincangan di antara pihak tuan punya ladang dan juga Kerajaan Negeri bersama-sama dengan penduduk-penduduk ladang ini supaya mungkin boleh difikirkan dengan pertimbangan-pertimbangan tertentu. Rumah-rumah yang mereka tinggal sekarang ini boleh di adakan proses pindah milik dengan harga yang sedikit bersesuaian ataupun mungkin ada berlaku di Negeri Selangor. Pertimbangan-pertimbangan seperti ini sekurang-kurangnya mereka telah berkhidmat di ladang itu dengan masa yang cukup panjang dan boleh ada proses jual beli untuk milikan kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sijangkang. Memang Sijangkang, saya tahu Sijangkang apabila menanyakan soalan ini ialah lebih kepada Pulau Carey ataupun Sime Darby yang paling besar estet di Selangor. Kita tahu banyak kuarters rumah adalah di kawasan seperti Sime Darby Estate, yang mana kita tahu ia adalah GLC pusat. Saya telah cuba penggal lalu lagi, daripada semenjak 2013, 2014, 2015 berbincang dengan beberapa pemilik ladang tersebut. Tapi seperti mana telah saya nyatakan tadi, hanya melalui ELB Board apabila mereka pindah milik ataupun membangunkan baru kita dapat syaratkan mereka membuat sesuatu, sehingga itu pemilik ladang hanya nak dengar tapi tak nak buat sesuatu. Kita tak dapat, mengikut undang – undang kita tak dapat memastikan mereka perlu lakukan sesuatu. Terima kasih.
Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat EXCO untuk jawapan yang lengkap tadi. Soalan susulan saya ialah berkenaan dengan kita sedia maklum banyak warga-warga asing telah mengambil peluang pekerjaan di ladang-ladang. Adakah apa-apa perancangan pihak Kerajaan Negeri ataupun tindakan ke atas majikan yang telah diambil. Macam mana kita boleh menangani dan membantu golongan pekerja ladang yang terpaksa dilepaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memang ini adalah soalan yang saya rasa semua Dewan yang mulia akan memahami bahawa, kuasa untuk memaksa mereka pengambilan pekerja ini adalah kuasanya mutlak di pusat. Bagi Kerajaan Negeri Selangor kita hanya boleh syorkan sahaja, ia melalui beberapa kalau ikutkan akta-aktanya adalah daripada Akta Buruh mahupun Akta Perusahaan dan sebagainya adalah terletak di pusat dan kawalannya masih perlu dibuat dari pusat. Bagaimanapun, sebagai saya akan nanti masuk sebagai Ahli Parlimen nanti saya akan bawa soalan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih. Tadi ada Yang Berhormat EXCO ada menyatakan fasal projek terbengkalai, jadi saya nak faham. Kenapakah kerja kita ini tidak ada macam penelusan? Penelusan itu bermakna kita appreciate satu hasil kerja kepada hasil kerja lain-lain contohnya kita adalah Kerajaan dulunya adalah Barisan Alternatif ataupun Barisan Pakatan, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan. Ini cerita lain pula kan tapi kita punya continuity itu tak terasa. Saya melihat begini, saya dulu masa EXCO ini adalah Iskandar (PAS), Menteri Besar nya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim selepas itu kita ada program itu, projek terbengkalai sungguh baik, berkesan sehingga Tan Sri minat dia pun buat suatu yang sama. Jadi saya pun rasa benda ini tidak boleh jalan, dua committee terbengkalai, dua committee iaitu satu bawah Iskandar EXCO tapi saya yang chairman, lepas itu Tan Sri (Menteri Besar) dia berminat tapi akhirnya benda itu saya withdraw sebab tak jalan. Kemudian kita ada Menteri Besar muda, kemudian pun nak buat tapi dia tak berapa nak minat sangat pada masa itu, pada pandangan saya, Bukit Antarabangsa.
Jadi kita nak kena faham, kita satu Kerajaan yang sama tau walaupun kita dulu macam Bukit Antarabangsa dia tidak ambil tindakan.
Yang Berhormat fokus kepada soalan bukan untuk masa untuk berpanjangan. Straight to the point.
Okay, saya pun dah tahu kan nak straight to the point sesuatu benda yang susah bagi saya. Penyakit saya ini.. jika tidak berjaya dalam masa dua saat nanti saya akan resign, resign daripada bagi soalan ya. Jadi saya nak faham, kenapa kita tidak boleh adakan satu sistem pengurusan dalam memberi khidmat contohnya kalau dulu saya telah berjasa membuat satu projek yang boleh memulihkan 5 ribu buah rumah terbengkalai di Puchong dan beberapa ratus unit di Hulu Kelang lepas itu bila EXCO tukar saya pun tidak dapat. Saya nak tahu, tak boleh ke kita ada satu sistem penerusan yang bila kita buat itu, kita boleh manfaatkan tak kira dari politically change ke jangan takut. Katalah ada yang baik ia lakukan, pada masa Bukit Antarabangsa yang ada pada hari ini membuat satu perubahan dalam bidang projek terbengkalai kita manfaatkan walaupun dia telah tinggalkan kita. Jadi saya nak tanya itu, kalau tidak we are not real reform government. Kita ini segan nak guna, hah itu Bukit Antarabangsa punya cara, itu PAS punya cara, Iskandar. Kita kena firm, kita tukar macam mana pun kita mewarisi satu pentadbiran dan produknya adalah untuk rakyat. Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang sangat saya hormati. Ia adalah sebenarnya perumahan rumah – rumah bekas pekerja ladang kita nampak, ya. Sedih kita lihat apabila banyak perumahan projek terbengkalai di kawasan Morib, di kawasan Sepang, di kawasan Hulu Selangor yang paling banyak di Kuala Selangor pun ada. Kita nampak, walaupun kita ada negara yang berdaulat yang ada sistem, ada demokrasi yang baik. Memang kita setiap kelulusan projek itu patut ditanggung responsibility itu masih lagi bersama dengan Kerajaan Negeri yang continuity. Tapi bagaimanapun saya percaya perubahan yang besar di Putrajaya nanti ini akan ada polisi – polisi dapat kita wujudkan. Kita bersama – samalah berdoa tiada lagi langkah syaitan akan wujud. So, supaya kita boleh teruskan niat baik kita dengan baik. Terima kasih.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya yang ke-66.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Kerjasama Dengan Negeri Sembilan Untuk Menyokong Pembangunan Industri Penerbangan Di SelangorQuestions
66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dalam sidang DUN yang lepas telah dijawab perkara ini masih dalam proses perancangan di mana baik buruk setiap opsyen telah dikenal pasti. Apakah perkembangan terkini cadangan ini?
Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM
: Tuan Speaker. Yang Berhormat Banting, brkenaan dengan kerjasama dengan Negeri Sembilan untuk menyokong pembangunan Industri Penerbangan di Selangor. Dalam Sidang Dewan yang lalu saya telah memberitahu bahawa kita pada masa itu masih melihat apakah option yang mungkin dan perbincangan lanjut tidak ada. Sebenarnya sebelum itu, lebih kurang empat tahun dahulu, saya pernah bertemu dengan Yang Berhormat EXCO daripada Negeri Sembilan untuk membincangkan masa hadapan industri penerbangan di Malaysia khususnya di Selangor dan Negeri Sembilan. Tapi, tidak ada perbincangan yang selanjutnya.
Sementara itu di Negeri Selangor kita telah pun sampai di tahap di mana kita menyediakan satu pelan tindakan untuk aeroangkasa Negeri Selangor dari 2020 hingga 2030. Sementara itu, peratusan industri aeroangkasa di Malaysia ini, di Selangor telah pun meningkat daripada 63% kepada 67%, pada tahun ini. Bererti kita berkembang dengan agak pesat, sementara tidak ada perkembangan tidak begitu nyata dari Negeri Sembilan jadi mungkin adalah lebih praktikal ataupun primatik bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan untuk mengkaji pelan tindakan industri aeroangkasa Selangor untuk melihat bagaimana mereka dapat kolaborasi dengan Negeri Selangor. Sebab masa ini kita tidak ada dokumen daripada pihak Negeri Sembilan bagaimana mereka hendak bangunkan industri aeroangkasa mereka, maka kita tidak tahu apa yang kita harus tawarkan kepada mereka. Sementara itu, kita dah ada satu pelan tindakan adalah lebih baik mereka mengkaji pelan tindakan kita dan melihat apakah yang boleh kita bekerjasama dan kita sudi memang bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membangunkan industri aeroangkasa ini.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Kalau mengikut apa yang kita dapat daripada carian di peringkat di Internet, kita mendapati sebenarnya Negeri Sembilan ada perancangan mereka. Mereka ada wawasan besar, ada jiwa besar dan semangat tinggi untuk membangunkan, mereka sudah ada Negeri Sembilan Aviation Valley yang dijangka akan dibangunkan di kawasan Daerah Labu dan kita lihat kalau infrastruktur di kawasan Majlis Perbandaran Nilai dibandingkan dengan Sepang, Sungai Pelek dan Majlis Perbandaran Sepang saya rasa mereka ada kelebihan dari segi infrastruktur, perancangan bandar, sektor perindustrian dia dan sebagainya. Saya rasa sekiranya apakah pandangan kalau kita Kerajaan Negeri Selangor untuk semak balik apakah kita boleh, bidang yang kita boleh bekerjasama
supaya kita tidak terlepas. Saya nampak mereka datang dari belakang dan agaknya mereka dah bersedia untuk bersaing dengan kita tapi kita tahulah ada kelemahan di peringkat mereka, juga ada kelemahan di peringkat kita. Jadi apakah kata kalau kita boleh mengambil tindakan cepat untuk bekerjasama dengan mereka supaya pelaburan di peringkat ini dia tidak kesemuanya tidak pergi ke Negeri Sembilan dan kita perlu mengakui Majlis Perbandaran Nilai ini dia memang kalau dibandingkan dengan Sepang dan Sungai Pelek dia masih lagi kawasan perindustrian perancangan bandar memang lebih cantik daripada kawasan Sungai Pelek, Sepang dan Salak yang berada berdekatan dengan Majlis Perbandaran Sepang di kawasan KLIA. Itu sahaja.
Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM
: Tuan Speaker. Memang kita mengetahui bahawa pihak Negeri Sembilan bercita – cita besar, mereka ada wawasan dan sebagainya tapi di Selangor kita sudah ada pelan tindakan yang details dengan program - program yang kita akan lakukan untuk membantu membangunkan bidang aeroangkasa. Kita juga ada inisiatif – inisiatif, malah kita tubuhkan S-DAICO yang membantu yang sama taraf daripada bidang kerjanya dengan pihak Kerajaan Persekutuan tapi kita tidak nampak lagi program – program rancangan dan inisiatif yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan. Yang mereka ada cumalah wawasan dan mungkin mereka ada menandatangani MoU, tapi MoU itu sebenarnya tidak membawa erti besar sekiranya tidak ada perancangan yang terperinci.
Mungkin mereka ada bandar yang cantik, perancangan kawasan industri yang baik tapi belum ada lagi syarat-syarat untuk menarik syarikat – syarikat dalam bidang ini. Di Selangor banyak yang telah pun kita lakukan, kita sudah berkembang bukan sahaja kita lihat pada Civil Aviation, kita juga lihat sekarang ini kita kembang pada Business Aviation dengan General Aviation, kita tubuhkan juga Centre of Excellence untuk drone dan sebagainya. Kita dah buat semua itu dan IKTISASS seumpamanya, kita pun tiga tahun bersama dengan syarikat swasta untuk melatih pelajar ataupun pekerja-pekerja baharu yang diambil oleh syarikat GE. Kita banyak program kita lakukan. Sementara itu belum ada lagi satu pun program yang di buat oleh Negeri Sembilan. Jadi jangan kita takut dengan cita – cita besar, yang penting adalah kerja-kerja yang primatik. Kalau di Kerajaan Pusat mereka pun ada master plan tapi yang kita buat ini daripada master plan, kita pilih bidang dalam kekuatan kita dan kita buat dengan pelan tindakan (action plan). Jadi kita betul – betul melihat, kita mencari peluang setiap yang ada untuk memastikan pembangunan yang pesat dalam bidang ini. Sebab itu saya kata dalam tahun lepas kita telah pun meningkatkan peratusan Industri Aeroangkasa Kebangsaan di Selangor meningkat daripada 63% kepada 67%, melonjak 4% itu bererti negeri lain semakin tertinggal. Jadi jangan kita risau dengan Negeri Sembilan kalau mereka ada mereka pelan, kita sudi bekerjasama tapi tidak ada sebab kenapa kita nak kejar dengan Negeri Sembilan. Apa yang Negeri Sembilan nak buat, sedangkan kita dah buat dan dia belum buat apa sekali pun. Satu kilang dalam bidang aeroangkasa belum ada lagi pun ada di Negeri Sembilan, mereka mungkin ada tanah yang lebih murah, kilang murah, kawasan industri lebih murah itu
mungkin kelebihan untuk industri yang lain bukan untuk bidang aeroangkasa ini. Itu adalah keadaan sekarang ini. Terima kasih.
Banting.
Kalau mengikut apa yang... saya berasa legalah kalau Kerajaan Negeri Selangor memang sudah ada dan saya yakin ini telah pun dilakukan. Cuma kalau kita hendak sebut tentang Negeri Sembilan, kita sebenarnya bercakap tentang core Civil Aviation kebanyakannya berpusat di kawasan sekitar KLIA. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor, selama ini kita banyak bercakap atau berbahas tentang business aviation di kawasan Lapangan Terbang Subang. Apakah perancangan ataupun pelaporan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor untuk Civil Aviation ataupun Commercial Aviation yang kebanyakannya berpusat di kawasan sekitar KLIA, saya kira sekiranya kita ada perancangan yang lebih lanjut, pelaburan maka kita akan memastikan bahawa keyakinan pelaburan di peringkat dalam sektor Civil Aviation akan lebih ke depan lagi dan pastikan bahawa kita sentiasa di depan Negeri Sembilan.
Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM
: Dalam Civil Aviation ini kita juga telah saya banyak kali jawab di Dewan ini. Kita dalam Rancangan Selangor Satu sekalipun dalam kawasan IDRISS telah pun kita mengenal pasti sebidang tanah berkeluasan 2,000 ekar, betul-betul bersebelahan dengan KLIA sedia ada, betul-betul bersebelahan. Kalau diperlukan cuma satu air bridge sahaja yang diperlukan kalau tak nak air bridge, kita buat simpang pun boleh. Bererti kawasan 2000 ekar itu akan kita kembangkan untuk tujuan Civil Aviation, itu dah kita cerita dah. Sebenarnya banyak details telah pun dibincangkan. Sementara itu di Negeri Sembilan untuk wawasan mereka di valley tersebut ataupun lembah tersebut adalah mungkin lebih daripada 10km. Ada rancangan, ada mungkin ada impian di pihak Negeri Sembilan untuk membina satu air bridge.
Bayangkan kalau kita nak bina lebuh raya 10km pun beratus juta diperlukan apatah lagi satu air bridge sepanjang 10km. Jadi itu memang tidak praktikal, tidak primatik buat masa ini. Yang primatik untuk Selangor adalah kita memilih tanah dalam Negeri Selangor bersebelahan dengan KLIA dan industri – industri ataupun subsektor yang boleh dibuat di dalam tanah ini yang sekarang ini telah pun diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar dalam Dewan ini iaitu Selangor International Aero Park seluas 2,000 ekar, lima industri pembuatan seperti pembuatan itu sendiri iaitu Aero Manufacturing termasuk juga maintenance, (MRO) maintenance repair overhaul termasuk juga institusi – institusi yang terkenal boleh kita bawa ke situ termasuk juga wear and tare, bukan wear and tare apa itu tearing. Iaitu kita melupuskan pesawat yang belum ada lagi di dalam Asia Pasifik ini yang ada sekarang ini ada berada di Eropah dan Amerika Syarikat. Yang ini semua bidang-bidang yang kita boleh lakukan termasuk juga yang sebenarnya keseluruhan semua subsektor dalam aeroangkasa boleh dibuat di Aero Park ini.
Sementara itu, kita juga ada rancangan dan kerjasama daripada pihak Federal juga untuk membangunkan kawasan di Lapangan Terbang Subang dan buat masa ini sudah ada MoU untuk MRO di mana Singapore Airlines juga akan masuk di kawasan dalam sekitar Lapangan Terbang Subang di Negeri Selangor ini juga. Ini berkembang juga sebenarnya yang begitu pesat, sebab itu saya kata kita begitu pesat kita tidak ada masa nak jaga Negeri Sembilan melainkan Negeri Sembilan berminat dan kita berbincang dan kita sentiasa bersedia untuk berbincang dengan mereka sekiranya mereka ingin mendapat juga kerjasama daripada pihak Negeri Selangor.
Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 67.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Kuat Kuasa Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757)Questions
67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri tentang hak milik strata yang masih belum pemilik dapat sedangkan mereka telah duduki lebih 20 tahun?
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Kuat Kuasa Akta Pengurusan Strata 2013 (AKTA 757)Questions
67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri tentang hak milik strata yang masih belum pemilik dapat sedangkan mereka telah duduki lebih 20 tahun?
Terima kasih Seri Setia. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk menyelesaikan masalah hak milik strata ini memang Kerajaan Selangor di bawah stanco ataupun PTG juga mengambil berat berat terhadap isu – isu ini dan kita lihat kebanyakannya isu – isu
hak milik strata ini mereka ataupun masalah ini tidak dapat diselesaikan bagi mereka yang menduduki kediaman mereka melebihi tempoh 20 tahun.
Jadi kes-kes hak milik strata lewat dikeluarkan kebanyakan datangnya daripada pemaju yang telah dibubarkan atau tidak mempunyai dana yang cukup untuk memasukkan keseluruhan permohonan hak milik. Dan juga memang ini kes-kes lama. Sebab kes baru sekarang ini mereka perlu membuat pemindahan itu dalam masa setahun. Tetapi untuk kes lama ini kita tengok Kerajaan Selangor sekarang kita bersama dengan PTGS, mengenal pasti masalah-masalah ataupun ataupun memberikan beberapa senarai ya, tempat-tempat yang mempunyai masalah dan kita kenal pasti masalah-masalah ini adalah yang diperoleh secara berasingan mengikut punca permasalahan maknanya kita buat case-by-case punya kajian. Contohnya skim pembangunan melibatkan liquidator satu isu, yang memerlukan kajian dan tindakan penyelesaian ke atas hutang-hutang yang ditinggalkan pemaju asal seperti premium dan tunggakan cukai tanah.Dan dilihat juga berkaitan dengan liquidator iaitu ataupun radio raksi ini. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dari pihak Mahkamah tetapi tidak diberikan tempoh tamat untuk mereka selesaikan. Jadi ada kes-kes yang tidak diambil perhatian pun oleh liquidator ini. Mereka membiarkan begitu sahaja sehinggalah kita bertanya banyak kali, duduk dan sebagainya mereka tidak memberikan kita cara kaedah penyelesaian. Malah menunggu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini.
Ini satu kes yang saya bentang di sini dan juga kita lihat ada juga isu seperti premium dan tunggakan cukai tanah. Yang ini juga, banyak kes yang berlaku di Selangor ini. Dulu, semasa sebelum kita ada dasar baru mereka boleh membuat kemajuan tanah itu sebelum dibayar premium. Jadi banyak kes-kes perumahan yang dibuat. Keseluruhan perumahan siap pun tapi rupanya premium belum dibayar. Tak kiralah! Anak syarikat ke, swasta ke, mendahulukan pembangunan tanpa membayar premium. Sekarang ini kita telah pastikan, tiada kemajuan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sehinggalah premium diselesaikan. Jadi tiada isu hak milik strata ataupun hak milik itu tertangguh dan sebagainya. Jadi untuk itu saya harap menjawab soalan Yang Berhormat Seri Setia. Fungsi kita telah menubuhkan satu pasukan petugas khas task force untuk menyelesaikan permohonan hakmilik strata sahaja. Dan fungsi ini adalah untuk:
i. Membantu menyenaraikan skim-skim strata yang belum mendapat strata; ii. Membantu dan menyelaras proses-proses yang perlu dalam permohonan hakmilik strata; iii. Mengenalpasti masalah dan isu yang berkaitan dengan skim-skim yang tidak mempunyai strata; iv. Membuat pemantauan terhadap skim-skim strata yang bermasalah; dan
v. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan seperti yang tertakluk di bawah seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985.
Ini kita, Kerajaan begitu tegas untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang mengambil lewa tentang isu yang ada di bawah akta ini kita boleh mengenakan tindakan kepada mereka. Tetapi alhamdulillah dengan penubuhan task force ini saya boleh memaklumkan di Dewan yang mulia ini, ada satu kes yang tertangguh lama sebenarnya 1994 iaitu Putra Perdana yang melibatkan 12 845 pemilik/unit strata ataupun landed strata yang tidak selesai yang telah dapat kita selesaikan, Alhamdulillah. Dengan kita membuat cerakinan masalah-masalah yang ada akhirnya Kerajaan ambil setuju untuk menyelesaikan masalah premium bersama dengan pemaju asal.
Itu penting sebab kita menubuhkan task force ini kita telah dapat mengejar semua masalah-masalah strata ini dalam pengetahuan kita dan kita selesaikan satu persatu. Itu jawapan saya Speaker. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Seri Setia
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya hendak bertanya sebab tadi Yang Berhormat nyatakan ada beberapa masalah, antaranya pemaju yang hilang. Di kawasan saya ada pemaju yang bankrap. Saya hendak kepastian sekali lagi, kalau sekiranya pemaju itu bankrap maknanya pihak PTG, pihak Kerajaan Negeri akan ambil alih untuk membantu? Ada juga permasalahan di kawasan saya ini PKNS. PKNS, perumahan PKNS yang masih lagi tidak selesai tentang strata title?
Isu berkaitan dengan. Saya hendak betulkan sikit statement daripada Yang Berhormat. Kalau satu-satu pemaju itu bankrap, tidak terus kita ambil ya, maknanya mereka perlu melalui proses antaranya ada liquidator yang akan dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi kita. Itu saya sebut tadi kita bincang dengan pihak liquidator bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini tadi. Malangnya pihak liquidator diberikan tempoh, tidak diberikan tempoh khusus untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi dia berlanjutan bertahun-tahun untuk selesaikan, untuk mengemukakan kaedah penyelesaian. Sebab itu, insyaAllah kita di Parlimen nanti akan sarankan supaya kena ada satu tempoh khas diberikan kepada liquidator yang tidak mampu menyelesaikan ini, untuk kita letakkan satu akta supaya ia boleh dikemukakan balik ke mahkamah untuk ditukar liquidator yang baharu. Itu yang pertama.
Tentang isu PKNS ini saya kena tengok case by case ya. Memang insyaAllah kita faham, kes-kes lama juga di bawah anak syarikat terlibat tentang benda yang sama.
Tetapi disebabkan mereka ini adalah anak syarikat Kerajaan Negeri kita telah ada satu kaedah, cadangan kaedah bagaimana untuk membantu masalah yang ini ia bukan sahaja berkaitan dengan hak milik itu, kadang-kadang masalah berkaitan tentang MOT yang tidak dapat dibayar oleh pemilik rumah. Depa dah duduk, dah habis bayar tetapi bila hendak buat pindah milik itu mereka kena keluarkan duit lain. Jadi pemilik-pemilik di bawah pembinaan PKNS ataupun rumah kos rendah atau B40 ini mereka tidak mampu membayar. Itu kes lain ya. Bukan kes berkaitan dengan pembayaran premium tanah.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Seri Setia.
Baik EXCO. Saya hendak tanya pula kepastian, sekiranya setiap unit itu adakah mereka akan kumpulkan untuk selesaikan masalah strata itu atau siapa yang dah bayar dan dia selesaikan dahulu. Bagaimana?
Dia ada block title, ada block title yang perlu diselesaikan. Jadi antara pemaju dan pemilik, mereka akan kerjasama dan akhirnya akan dibuat serahan itu kepada Pejabat Tanah. Pejabat Tanah melalui beberapa proses. Kadang-kadang. Saya kalau hendak cerita terlebih detail ya Speaker, tetapi kadang-kadang isu yang berbangkit bukan sahaja kaitan isu yang tidak berbayar premium, kadang-kadang salah penggunaan ataupun salah penjualan. Sepatutnya penjualan itu ‘Bumiputera’ dia bagi pada ‘Bukan Bumiputera’ itu juga PTG telah menyekat mereka untuk title tanah itu atau memberi hak milik title tanah itu. Jadi banyak kesnya. Jadi untuk Seri Setia, isu PKNS ini ataupun isu berkaitan dengan PKNS tadi saya akan bagi secara khusus bagaimana cara penyelesaiannya. Tetapi nak kata setiap orang pergi PTG untuk membuat permohonan itu, tidak. Selalunya pemaju yang akan mengambil tanggungjawab itu untuk membuat serahan block title kepada pihak PTG dan PTG akan keluarkan title secara persendirian. Ini untuk kes lama. Ikut kes lama.
Tuan Speaker soalan susulan.
Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO saya hendak bertanya, bagaimana Kerajaan Negeri aturkan kes-kes prioriti? Maksud saya adalah yang mana kes prioriti, saya ada satu kes lebih dari 30 tahun bukan sahaja tiada strata title tetapi tanah itu masih tanah kerajaan. Tetapi di atas itu telah ada pangsapuri, sudah ada shop lot, sudah ada rumah, sudah ada kondo? Ini di kawasan Taman Daya dan juga Selayang di bawah daerah Gombak.
Saya telah bawa kes ini ke perhatian Pejabat Daerah dan Tanah Gombak sejak saya menjadi ADUN di kawasan tersebut pada tahun 2018. Hari ini tahun 2022 mesyuarat pun tiada dipanggil oleh Pejabat Tanah. Jadi, tidak hendak minta macam mana kita boleh kejar kes seperti ini?
Mungkin sebenarnya saya boleh betulkan sedikit, Bukit Lanjan ya. Bukan tanah kerajaan, tanah kerajaan dibangunkan itu status perumahan haramlah ya. Ini mungkin tanah kerajaan yang telah diberikan kepada pemaju. Saya akan tengok balik tentang isu Taman Daya ini, kerana di bawah Seksyen 14 kalau tanah kerajaan yang telah pun dibangunkan tanpa kebenaran, itu kira haramlah. Tetapi saya rasa ini mungkin tanah kerajaan yang JV dengan pemaju lama. Tetapi saya sebut awal lagi tadi, masalah polisi lama pemajuan ini dibenarkan sebelum premium dibayar. Ya, macam kes Putra Perdana yang saya sebutkan tadi, sebut itu di bawah tanah anak syarikat kerajaan diserahkan kepada pemaju demi pemaju akhirnya apa yang berlaku mereka telah selesai pun. Rumah telah duduk, bank pun telah habis bayar tapi premium belum diselesaikan. Jadi title tidak dapat. Jadi, ini mungkin kes yang sama tetapi soalan pertama Bukit Lanjan adalah bagaimana kita prioriti kan isu ini. Sebenarnya dalam simpanan ataupun dalam tangan saya ada 611 lot yang begini. Yang kita prioriti sebenarnya. Yang kita tengok satu persatu. Sebab itu task force ini ada dan saya sarankan juga kepada PTG sediakan task force room ya, bilik gerakan untuk memastikan 611 kes ini boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat. Paling tidak dua (2) tahun. Kalau tidak kita guna penguatkuasaan Akta 1985 Seksyen 8 perlu dilaksanakan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker, saya dengar tadi ada berkata berbunyi macam premium dibayar. Pembangunan dah siap tapi premium belum dibayar. Masa bila? Pentadbiran sekarang atau dulu.
Ini projek lama yang melebihi 20 tahun, ada dari tahun 1994 ada, tahun sebelum-sebelum ini lah! Tapi sekarang dengan ada akta baru atau polisi baru 2015 kita tidak benarkan sebatang tiang pun dibina selagi premium tidak diselesaikan. CF isu lain.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan 68.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Prestasi Bas Smart SelangorQuestions
68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah pencapaian penggunaan bas Smart Selangor di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding selepas PKP?
b)
Adakah perancangan lain secara tersasar bagi membantu mengurangkan kos perjalanan pekerja dan rakyat Selangor berklasifikasi B40?
Tuan Speaker, Penggunaan bas Smart Selangor di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan penurunan sebanyak 50.07% iaitu 7,794,434 orang pengguna pada tahun 2020 berbanding tahun sebelum PKP iaitu 15,612,196 orang pengguna pada tahun 2019. Penggunaan bas Smart Selangor di seluruh PBT masih menunjukkan penurunan sebanyak 44.74% iaitu 4,307,063 orang pengguna pada tahun 2021 berbanding tahun 2022 memandangkan PKP masih dilaksanakan pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, pada tahun 2022 iaitu selepas pelaksanaan PKP, terdapat trend peningkatan bagi penggunaan bas Smart Selangor di mana penggunaan bas Smart Selangor sehingga 30 September 2022 adalah seramai 4,446,274 orang pengguna direkodkan.
Penggunaan bas Smart Selangor adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu mengurangkan kos perjalanan pekerja dan rakyat Selangor berklasifikasi B40. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga adalah dalam peringkat kajian bagi mengenalpasti inisiatif-inisiatif lain yang boleh diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Negeri Selangor dan tenaga kerja Negeri Selangor terutamanya kepada golongan yang memerlukan. Perkara ini memerlukan penelitian dan analisa yang terperinci memandangkan ia melibatkan peruntukan kewangan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juga sentiasa menyambut baik semua cadangan dan usaha ke arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Selangor terutama kepada golongan yang memerlukan bantuan dan kemudahan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya hendak bertanya Yang Berhormat EXCO tentang bas Smart
Selangor ini boleh tak disewakan untuk menghadiri program-program anjuran Kerajaan Negeri contoh baru ini macam Program Nasi Ambeng dan sebagainya untuk digunakan oleh daerah-daerah lain untuk mengangkut penduduk-penduduk untuk menghadiri program-program Kerajaan Negeri.
Itu bukan ambam, itu ambeng.
Dia jawa tidak sempurna.
Bagi semua bas Smart Selangor, lalu itu telah ditentukan kita tidak boleh sesuka hati memindah bas dari sini ke satu tempat yang lain untuk tujuan yang lain. Sekiranya kita perlukan sewaan bas saya cadangkan kita boleh sewa dengan bas swasta daripada syarikat swasta ataupun bas pelancongan bagi tujuan program yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih. Yang Berhormat EXCO. Adakah perancangan daripada Kerajaan untuk meletakan bas saiz yang lebih kecil di kawasan-kawasan yang mana penumpangnya maintain dalam jumlah yang kecil. Begitu juga mungkin kalau ada inisiatif yang lain ya? Mungkin mereka kurang berminat dengan bas Smart Selangor ini, mereka lebih minat kepada sistem prehearing kerajaan negeri boleh memberikan inisiatif kepada B40 yang kumpulan dalam keperluan mereka. Terima kasih.
Ini memang dalam rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan bas yang bersaiz kecil seperti coaster bus di tempat kawasan desa ataupun di kawasan kampung-kampung yang dengan jalan yang lebih sempit laluan-laluan di kawasan Majlis Perbandaran Sepang telah menggunakan bus coaster iaitu bas yang bersaiz kecil di kawasan kampung dan untuk melangkah ke hadapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan pada suku pertama pada tahun 2023, kita akan melancarkan satu konsep yang baru iaitu demand responsive transit yang menggunakan van on demand supaya kita dapat memberi perkhidmatan yang lebih efektif kepada pengguna-pengguna pengangkutan awam di Negeri Selangor. Terima kasih.
Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya Nombor 69.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO' MOHD IMRAN BIN TAMRIN
(N03 SUNGAI PANJANG)
SOALAN NO.69: PELUANG PEKERJAAN ANAK MUDA
a)
Apakah rancangan kerajaan untuk menambah dan meningkatkan kebolehpasaran anak muda dalam industri di Selangor? b)
Apakah program-program pembangunan modal insan yang tersedia?
Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Sungai Panjang berkaitan dengan rancangan Kerajaan untuk menambah dan meningkatkan kebolehpasaran anak muda dalam industri di Selangor. Yang pertama kita akan terus kekalkan Program Selangor Mega Job Fair kita bagi memberi peluang kepada mereka yang mempunyai kelayakan sedia asa sebagai platform untuk mereka mencari peluang pekerjaan. Yang kedua Kerajaan Selangor akan terus mengekalkan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) yang telah berjalan sekian lama yang menekankan ekosistem latihan kemahiran yang berorentasikan pada industri. Program IKTISASS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Negeri Selangor untuk menyediakan dan melengkapkan integrasi kemahiran bagi lepasan sekolah dan golongan muda dalam aspek kualiti bidang latihan dan peningkatan kemahiran dengan pasaran pekerjaan. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Panjang, saya juga berhasrat sekarang ini juga untuk match kan di antara mereka lepasan daripada rumah anak yatim sebab kebanyakan mereka daripada rumah anak yatim ini, bila meraka habis daripada tempoh belajar sekolah kebanyakan mereka tidak ada penempatan yang khas. Jadi kita juga nak cuba match kan rumah anak yatim, rumah pelajar tahfiz ini bersama dengan Program IKTISASS kemahiran teknikal. This is melibatkan juga para belia kita di luar sana.
Seterusnya Kerajaan Negeri Selangor juga terus mengekalkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dalam program menambah baik keperluan industri di Malaysia dalam meningkatkan kemahiran pelatih-pelatih lepasan STDC.
Yang Berhormat, banyak lagi program yang kita tumpukan, di antaranya adalah fokus kepada industri teknologi digital dan pembuatan termaju. Dan seterusnya usaha dalam memperkasakan Program IKTISASS yang bagaimana yang disebut tadi di peringkat lokal dan global. Fokus juga kepada kepada pembangunan pusat penyelidikan Jaminan Makanan Lestari Selangor melalui UNISEL yang melibatkan pembangunan industri tanaman dan ternakan pintar. Hub Jaminan Makanan Lestari berperanan sebagai pusat latihan, penyelidikan dan pusat pengajian TVET dalam konsep inkubator industri. Dan yang seterusnya yang saya ingat sangat relevan
sekarang ini adalah Kerajaan Selangor ingin memberi tumpuan pada Program Pembangunan e-hailing para belia kita, melalui Program RiDE yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
Tentang soalan yang kedua tentang Pembangunan Modal Insan, diantara program yang kita akan terus kekalkan ialah Program Selangor Mega Job Fair iaitu yang telah dilaksanakan yang terakhir adalah pada 11 dan 12 Jun 2022 mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sebanyak 20,490 peluang pekerjaan yang merangkumi pelbagai sektor dan jawatan telah ditawarkan kepada pencari kerja. Berdasarkan data yang kita terima, Program Selangor Mega Job Fair 2022 baru-baru ini, seramai 8,201 orang jumlah pencari kerja yang hadir, 3,601 orang (44%) telah dipanggil ditemu duga dan daripada jumlah tersebut seramai 1,996 (55%) telah berjaya mendapat pekerjaan. This is the high impact program yang kita akan terus kekalkan dan untuk makuman Yang Berhormat Sungai Panjang, program seterusnya Mega Job fair yang kita akan adakan pada 10 dan 11 Disember yang melibatkan 300 majikan. 300 majikan ini saya kira kalau mengikut pandangan JDK yang terbesar yang pernah dilaksanakan yang melibatkan lebih 30,000 pekerjaan. Ini adalah susulan daripada permintaan daripada pemain industri perhotelan daripada sukan dan pelbagai termasuk program untuk peluang pekerjaan untuk OKU yang kita tawarkan dalam Mega Job Fair Disember ini.
Seterusnya program lain kita buat adalah kita juga mengadakan kursus bina semangat di kalangan para belia kita yang kita dapat nama mereka melalui program. Apa yang kita buat sekarang ini Yang Berhormat Sungai Panjang, bila kita buat turun ke padang, kita akan survey anak-anak, adik-adik belia kita, menurut minat meraka. Dia minat muzik, dia minat permotoran ataupun dia minat kursus kepimpinan, jadi melalui minat ini kita akan tarik dan kita akan letakkan berdasarkan program-program yang kita akan bentuk selepas daripada program yang kita laksanakan itu. Termasuk juga program Selangor SERVE yang kita adakan iaitu Selangor volunteer. Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana Yang Berhormat sebut dalam media kelmarin, kita telah menghantar 30 sukarelawan kita daripada SERVE ini kita hantar dengan kerjasama Bomba, Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Kursus 5 hari secara intensif iaitu menyelam air, menyelamat dalam air dan mereka telah tamat latihan bersama kerjasama Bomba dan kursus kedua, modul kedua kita akan adakan pada Disember ini dan kita akan buka kepada belia-belia di luar sana untuk terlibat sama dalam Selangor SERVE Rescue yang di bawah pemantauan Bomba. Tugas mereka adalah baru-baru ini bila berlaku banjir di kawasan sekitar sebelah pantai, Bomba akan alert SERVE Rescue ini dan mereka akan berkumpul sebagai satu pasukan dan SERVE Rescue akan bergerak bersama pasukan Bomba ditempat-tempat banjir. Jadi mereka ini di bawah pengawasan dan kawalan Bomba itu sendiri.
Selain daripada itu, kita juga pergi pada Program Tahfiz. Iaitu melibatkan sukan tahfiz, sebelum daripada ini adik-adik kit aini dia banyak bergerak dalam lingkungan mereka sendiri jadi baru-baru ini melalui program sukan tahfiz kita telah menjemput mereka seramai 4000 telah hadir melalui program Forum Perdana, Selangor Bermunajat,
Qiamullail, Solat Hajat Perdana, Bacaan Yassin, Sukan, Sepak Takraw, Street Soccer dan pelbagai. Jadi this is engagement yang kita buat berdasarkan di bawah program modal insan kita. Dan selain daripada itu Yang Berhormat kita juga dalam rangka memperkenalkan Pelan Pembangunan Dasar Belia. Kita dah ada dasar jadi kita akan buat pelan pembangunan insyaAllah dalam masa terdekat kalau sempat kita akan bentang kalau tak kita akan tunggu pada sidang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Bukit Antarabangsa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya percaya antara langkah untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan baru di kalangan anak-anak muda dan juga rakyat Selangor adalah untuk mengekalkan Selangor sebagai Hub Pelaburan di rantau ini dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang dan juga Invest Selangor yang senantiasa menjalin kerjasama yang cukup baik dengan MIDA bagi memastikan pelaburan-pelaburan yang berteknologi tinggi dapat masuk ke dalam Negeri Selangor dengan harapan kita dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan baru yang bukan sahaja berteknologi tinggi dan berkemahiran, tetapi juga hasrat Dewan ini saya percaya adalah untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga asing. Maka persoalan saya pada pagi ini ialah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan tenaga pekerja tempatan di Negeri Selangor ini dapat memenuhi permintaan industri pada hari ini seperti ekonomi digital dan juga sektor-sektor baru. Yang keduanya apakan langkah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menjajarkan usaha-usaha yang akan diambil ini selari dengan dasar pelaburan negara yang memberikan tumpuan kepada 5 sektor utama. Pertama automotif, farmaseutikal, E&E, digital dan juga chemical industries. Jadi saya percaya kalau langkah ini dapat diselarikan, ianya pastinya dapat memenuhi hasrat kita pada pagi ini mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak Selangor yang berkualiti dan berpendapatan tinggi untuk menjamin masa depan mereka. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Antarabangsa. Saya kira kadar langkah untuk kurang kebergantungan itu adalah bergantung pada persiapan adik-adik kita ataupun belia kita di Negeri Selangor. Berlaku lopong di antara industri dan pekerja itu yang menyebabkan memaksa pekerja asing itu adalah kerana di kalangan belia kita ini kadang-kadang melihat industri kilang itu sebagi bukan tempat mereka. Kita inteview masa Job Fair kita bertanya kepada pemain industri, mereka berkata bila mereka berjumpa dengan belia-belia kita dia kata kalau kerja sekian ini untuk Bangladesh. Kalau kerja sekian, ini untuk Indonesia. Ini lah satu tanggungjawab Kerajaan Negeri, iaitu pertama memberi kesedaran yang kedua saya kira melalui program yang disebut tadi sebagai IKTISASS kita ada STDC. Malah Invest juga mempunyai job match making sekarang ini dia ada apps dia yang
dia juga terlibat dalam mencari pekerja-pekerja yang melalui bidang yang sesuai, apa Yang Berhormat Bukit Antarabangsa sebut melalui 5 perkara tadi, InsyaAllah kita akan take note itu adalah antara cabaran baru kita yang kita kena hadapi bersama. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan sebentar tadi dan juga beberapa program-program Pemberdayaan dan juga meningkatkan kadar kebolehpasaran belia di Negeri Selangor. Soalan tambahan saya adalah, kita tahu di dalam golongan belia juga ada kumpulan belia yang dikategorikan sebagai belia yang, pesalah muda yang wajar diberikan peluang kedua apabila mereka telah menghabiskan tempoh hukuman. Jadi apakah komitmen di peringkat Kerajaan Negeri berkenaan dengan kumpulan belia pesalah muda ini untuk diberikan peluang kedua. Sama ada mereka boleh ride on existing inisiatif ataupun di peringkat Kerajaan Negeri bersedia untuk mengadakan inisiatif baru berkenaan dengan pesalah muda ini. Kalau di peringkat Kementerian Belia dan Sukan kita ada Program Riben Kuning contohnya. Itu soalan saya, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Sungai Panjang. Memang di antara pandangan kita adalah cara kita nak membuatkan masyarakat menerima bekas-bekas pesalah ini adalah melalui program Kerajaan Negeri. Kalau Job Fair itu dilaksanakan khusus untuk mereka ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri barangkali pemain-pemain industri ini melihat bahawa ini adalah satu jaminan daripada kerajaan bahawa mereka ini boleh diterima dalam masyarakat. Sebab itu peranan kerajaan itu sangat penting. Kita pernah bekerjasama dengan persatuan-persatuan bekas pesalah ini, bekas penagih dadah dan sebagainya. Tetapi dia tidak take off kerana di kalangan mereka ini tidak banyak, penggerak mereka tidak ramai, tidak ramai untuk bergerakkan program ini. InsyaAllah saya akan ambil pandangan Yang Berhormat Sungai Panjang dan kalau Ribbon Kuning tu masih ada dan apa sahaja polisi di peringkat federal yang baik kita akan bersama, InsyaAllah terima kasih.
Meru.
Terima kasih, soalan saya nombor 70.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR (N42 MERU)
SOALAN NO. 70: SISTEM PERPARITAN DAN KEROSAKAN JALAN RAYA DI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH JAYA
a)
Adakah PDT Petaling/ MBSA mempunyai perancangan untuk membina sistem perparitan yang baru di kampung ini bagi menampung pertambahan kawasan perumahan baru yang makin rancak? b)
Adakah PDT Petaling/ MBSA akan membaiki semula jalan-jalan yang rosak kerana jentera-jentera berat daripada projek perumahan dan kuari?
Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Meru bertanyakan berhubung dengan isu sistem perparitan dan kerosakan jalan di Kampung Bukit Cherakah. Untuk makluman Yang Berhormat sebarang pembangunan kawasan-kawasan baru tertakluk di bawah kelulusan kebenaran merancang yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi untuk kampung ini, sebarang penambahan mahupun pemajuan kepada taman-taman yang baru ini perlulah mendapat kebenaran merancang dan ini tertakluk juga di dalam itu di dalam kebenaran merancang ulasan-ulasan daripada pihak-pihak jabatan teknikal termasuklah pihak JPS berkaitan dengan parit dan longkang dan juga pihak JKR yang berkaitan dengan longkang jalan. Ini perlulah dilaksanakan dan ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Di dalam hal ini adalah di MBSA dan juga tentang penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan bangunan memang di bawah ketika kerja-kerja pemajuan ini berlangsung, jalan-jalan dan parit ini memang di bawah pemaju. Dan memang disyaratkan mereka perlu menyelenggara jalan-jalan ini dalam masa kemajuan ataupun pembangunan itu dan apabila dah siap penyerahan kepada pihak JKR ataupun kepada JPS ataupun pada PBT sendiri mestilah mereka memenuhi semua kriteria pemajuan itu sebelum dapat diterima serahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun JKR mengikut bidang masing-masing dan barulah mereka mengambil alih dan dilaksanakan penyelenggaraan itu. Kalau tidak selagi belum siap belum diserahkan selagi itulah sama ada jalan infra ini, jalan ataupun longkang ini tertakluk terletak di bawah pemaju berkenaan, sekian terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 semua peringkat.
Sebelum saya teruskan untuk sambungan perbahasan ingin saya maklumkan kepada Ahli Dewan yang mulia ini, pagi ini kita menerima,
Dewan menerima lawatan anak muda daripada Subang Jaya. Penggerak Selangor N6, Subang Jaya yang diketuai oleh Encik Tan Guan Seng, Ketua PeBS, Kubu Baharu seramai 10 orang. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Saya mempersilakan Balakong, sambung.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Isu pertama yang saya ingin sentuh adalah isu perkauman. Isu perkauman sentiasa menjadi satu isu yang dimainkan oleh parti-parti politik yang tidak bertanggungjawab dan suka mencari jalan ringkas untuk mendapatkan kuasa. Kita baru lepas Pilihan Raya Umum Yang Ke-15, apa yang kita boleh nampak adalah isu-isu perkauman dan agama dimainkan dengan begitu serius dalam media sosial terutamanya Tiktok yang kebanyakan penggunaannya adalah terdiri daripada golongan anak muda. Negara dan masyarakat kita telah di pecah belah dari tahun ke tahun, dari dekad ke dekad. Takkan kita nak biarkan ia menyambung lagi dari kurun ke kurun mahupun sampai dari zaman ke zaman. Sejak tahun 2008, warga Selangor telah membuat satu keputusan yang cukup berani dan bijak iaitu mereka bersatu padu dan berganding bahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Selangor dan Malaysia pada masa itu selama 50 tahun. Kerajaan baharu yang ditubuhkan oleh barisan alternatif selepas itu dinamakan Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan telah menunjukkan perbezaan kita dengan kerajaan Barisan Nasional dan prestasi kita juga dapat sambutan daripada kalangan warga Selangor dengan memilih kita untuk terus menjadi kerajaan Selangor 3 penggal berturut-turut.
Adakah Selangor ini menjadi negeri Kristian?. Adakah Selangor ini menjadi negeri komunis?. Adakah Selangor ini menjadi negeri anti Islam?. Apa yang saya nampak adalah Selangor ini merupakan negeri yang menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia pada tahun 2021 dengan sumbangan sebanyak 24.8% dan Selangor ini merupakan negeri yang paling maju dan progresif serta dikenali sebagai The Golden State of Malaysia dengan izin. Kenyataan ini dipaparkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di risalah atas talian Siri 93 mereka. Selangor tidak akan mencapai prestasi begitu baik sekiranya negeri ini dalam keadaan huru-hara seperti apa yang dituduhkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Inilah sebabnya saya amat bersetuju bahawa Selangor mesti memikul tanggungjawab untuk menjadi satu contoh kepada seluruh Malaysia bahawa satu negeri hanya akan maju ke depan dengan keadaan yang perpaduan dan majmuk dan ia barulah dikenal pasti sebagai satu tempat idaman kepada semua penduduk. Demi mencapai matlamat tersebut, saya amat mengalu-alukan inisiatif Duta Perpaduan Selangor yang diwujudkan oleh Kerajaan Selangor. Duta-Duta yang dilantik ini merupakan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang, bangsa, pekerjaan, budaya dan juga kepercayaan agama. Dengan lantikan duta-duta ini anak-anak muda dapat lebih memahami konsep unity in diversity dengan izin. Seterusnya akan menyebarkan idea menghormati dan menghargai ke perbezaan di antara setiap orang dalam masyarakat ini. Saya juga tertarik dengan beberapa inisiatif yang menjaga atau mengutamakan keperluan wanita seperti Kasih, i-SURI Selangor, KISS, Insentif Pembangunan Ekonomi Ibu
Tunggal, Insentif Digital Media Usahanita Muda, Halal Suri, Insentif Kuota Perumahan Bagi Ibu Tunggal sebagainya. Pada sesi Dewan yang lalu saya telah melibatkan diri saya dalam perbahasan yang mencadangkan Kerajaan Selangor untuk mewujudkan inisiatif meningkatkan peratusan hak milik wanita di Selangor.
Saya ingin kongsikan balik petikan daripada George Washington yang saya pernah kongsi kan pada sesi sidang Dewan yang lepas itu, iaitu dengan izin freedom and property rights are inseparable, if... you can’t have one without the other. Saya ingin kongsikan semula petikan ini kerana saya rasa ramai yang tidak faham maksud dia. Petikan ini bermaksud, sekiranya seseorang ini ingin mendapatkan kebebasan sebagai seorang manusia dia perlu mempunyai hartanah sendiri, supaya kebebasan ini terjamin. Freedom ataupun kebebasan di sini bagi pemahaman saya adalah membawa maksud berdikari atau dilihat sebagai seorang manusia induk dan bukannya tergantung kepada orang lain atau sebagai watak sampingan kepada siapa-siapa atau mana-mana pihak. Saya berasa begitu gembira dan bangga kerana Kerajaan Selangor mengambil berat cadangan-cadangan yang di bentang atau di bahas oleh ahli-ahli dewan negeri dan merealisasikannya dengan mewujudkan insentif kuota perumahan bagi ibu tunggal. Saya amat berharap dengan inisiatif yang lain seperti Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor dapat meningkatkan peratusan hak milik wanita dengan kadar secepat mungkin.
Selain, satu lagi inisiatif yang telah bermula tahun ini tetapi diperluaskan pada tahun depan ialah Dana Bantuan Guaman Selangor dan Dana Bantuan Guaman Syariah. Seperti apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 25 hari bulan November bermula daripada tahun 2023 inisiatif ini akan diperluas kepada isu melibatkan kes syariah dan tidak terhad kepada kes sivil sahaja. Dana Bantuan Guaman Syariah akan berfungsi membantu menyelesaikan isu-isu kekeluargaan dan isu keganasan domestik. Saya mencadangkan inisiatif ini perlu mempunyai satu penyelarasan juga dengan Jabatan Kebajikan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, kaunselor dan NGO sekiranya terdapat kes terlibat dengan keganasan rumah tangga ataupun keganasan domestik. 1 Oktober, OSC ataupun one stop center harusnya diadakan untuk memberi bantuan kaunseling dan penyelarasan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan supaya dapat menjadi rumah api kepada wanita-wanita yang bagai perahu dalam lautan ini. Saya juga cadangkan bahawa satu jawatankuasa pilihan khas kesaksamaan gender, pembangunan wanita dan keluarga ditubuhkan supaya kita dapat meneliti kan dengan lebih fokus terhadap isu-isu berkenaan.
Saya ingin mengucapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Selangor kerana mewujudkan projek Selangor Penyayang pada tahun ini dan juga melanjutkan projek ini ke tahun depan dengan peruntukan dan memperuntukkan sebanyak RM 500,000.00 satu DUN bagi meneruskan usaha kerajaan bagi menaiktarafkan keselesaan dan keselamatan kehidupan warga Selangor. Namun begitu banyak cadangan dan projek sebenarnya
tidak sempat kita lakukan di bawah projek Selangor Penyayang tahun ini. Bagi DUN Balakong saya telah menghantar 24 cadangan tetapi setahu saya sebanyak 17 cadangan telah diluluskan dan adanya cadangan di bawah senarai tidak dapat kelulusan. Antaranya, alasan yang diberi adalah sesetengah cadangan adalah cadangan buat baru dan adanya cadangan yang agak rumit dan tidak dapat diselesaikan ataupun disiapkan sebelum akhir tahun ini. Kesemuanya 17 cadangan yang telah mendapatkan kelulusan adalah projek penurapan jalan. Walau bagaimanapun, terdapat projek-projek yang boleh dilakukan dengan segera dan boleh disiapkan dengan cepat juga tidak dapat kelulusan. Salah satu cadangan saya adalah baik pulih facility Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Tun Hussein Onn yang hanya melibatkan kos sebanyak RM 20,000.00 juga tidak dapat dijalankan kerana kelulusan tidak diberi. Pihak Bomba dan Penyelamat merupakan wira yang menjalankan tugasan menyelamat nyawa dan hartanah rakyat. Keperluan mereka sentiasa menjadi fokus utama saya. Kita tahu Bomba dan Penyelamat merupakan Jabatan di bawah jagaan Kerajaan Persekutuan, tetapi saya rasa tiada salahnya kalau kita boleh menyalurkan bantuan kepada mereka supaya mereka menjalankan tugas dengan lebih selamat dan selesa. Memastikan keselamatan dan keselesaan anggota-anggota Bomba dan Penyelamat adalah sama dengan memastikan keselamatan rakyat kita juga. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan bahawa melonggarkan syarat-syarat bagi projek Selangor Penyayang supaya kita boleh menggunakan peruntukan ini dengan lebih efisien dan juga sesuai dengan permintaan dan keperluan penduduk tempatan. Cadangan membina balai raya baru, padang futsal baru, bumbung baru dan juga facility yang lain patutnya diambil kira dalam projek ini kerana semuanya ini memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan untuk mengadakan projek, program dan aktiviti komuniti dengan selesa dan selamat.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi sokongan kepada pelancongan perindustrian Balakong dengan memberi geran kepada Persatuan Anak-Anak Muda yang sedang berusaha mempromosikan pakej pelancongan ini. Selain itu, majalah The Selangor’s yang diterbitkan oleh pasukan Yang Berhormat EXCO, Dato’ Teng Chang Khim juga mempromosikan pelancongan perindustrian Balakong dalam volume terkini mereka. Saya amat berharap pada tahun depan sekiranya pihak kerajaan mempunyai peluang untuk menyertai mana-mana pameran pelancongan tidak kiranya tidak dalam negeri atau di luar negara pelancongan perindustrian, Balakong dapat melibatkan diri dalam pameran-pameran tersebut untuk memperkenalkan konsep pelancongan ini kepada pasaran di luar sana.
Saya menyambut baik tentang usaha kerajaan memperuntukkan RM 300,000.00 bagi Pembangunan Kajian dan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor. Selain daripada itu, RM 800,000.00 juga akan diperuntukkan untuk program pemuliharaan dan kesedaran alam sekitar pada tahun depan. Isu perubahan iklim adalah isu amat serius dan perlu tindakan segera. Selangor sebagai negeri yang paling terkesan dengan
perubahan iklim perlu menjadi kepala kereta api atau pun perintis kepada isu ini. Satu masalah yang besar juga berkenaan dengan alam sekitar dihadapi oleh negeri tercinta kita. Iaitu pembuangan sampah haram. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak KDEB yang sentiasa membantu untuk menguruskan isu sampah haram di dalam kawasan DUN Balakong. Hampir setiap kali saya hantar aduan mereka akan menguruskan aduan tersebut dalam masa setengah hari ataupun beberapa jam sahaja. KDEB adalah sangat efisien, cekap dan bertanggungjawab dan saya amat bangga syarikat yang efisien, cekap dan bertanggungjawab ini adalah syarikat milik penuh kerajaan Selangor. Mereka boleh dilihat sebagai salah satu contoh terbaik kepada semua anak syarikat ataupun GLC negeri Selangor yang lain. Walau bagaimanapun, isu sampah haram tidak dapat diselesaikan dengan bergantung pada KDEB, kita seharusnya menangani isu ini dari puncanya. Setahu saya undang-undang sedia ada iaitu penalti am di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-undang Kecil Pungutan Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Tahun 2007 hanya memperuntukkan denda dan penjara sebagai hukuman serta kuasa mengkompaun kepada PBT. Denda di bawah undang-undang ini adalah tidak melebihi RM2,000.00 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-dua dan kedua-duanya dan denda tambahan tidak melebihi RM500.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Saya ingin meminta penjelasan daripada pihak kerajaan bahawa berapa kes tentang tapak pembuangan sampah haram ini dijatuhkan hukuman penjara maksimum iaitu setahun bagi pihak pembuang sampah. Kalau dengan denda maksima RM2,000.00 sahaja tidak mungkin dapat menyelesaikan ataupun mengurangkan isu pembuangan haram sampah ini. Pada masa yang sama, menurut jawapan dewan pada sesi pertama tahun ini, sebanyak 182 tapak pembuangan sampah haram yang dapat dikenal pasti di seluruh Selangor dan jumlah tapak yang telah berjaya dipulihkan pada masa itu adalah sebanyak 103. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan juga bahawa adakah kesemuanya 182 tapak pembuangan sampah ini telah kita ambil tindakan perampasan tanah dengan menggunakan notis 7A, 7B dan selepasnya 8A di bawah Kanun Tanah Negara. Berapa lamanya seluruh proses untuk rampasan tanah. Adakah ini cukup efisien untuk menangani masalah pembuangan sampah haram yang kita hadapi sekarang ini. Hanya satu bumi di galaksi ini, hanya satu tanah air tercinta di dunia ini. Hanya satu masa depan yang kita hadapi bersama.
Dengan ini saya mencadangkan bukan sahaja dasar perubahan iklim perlu diwujudkan secepat mungkin, Rang Undang-Undang yang berkenaan dan juga segala tindakan berkenaan dengan perubahan iklim perlu juga disegerakan kerana setiap saat kita bertindak lambat adalah lebih bahaya bumi kita, tanah air kita serta masa depan kita.
Isu yang terakhir saya ingin sentuh adalah isu projek terbengkalai, terdapat 2 projek terbengkalai yang saya sedang memberi bantuan dan nasihat iaitu, projek Rumah Selangorku Residency Jaya yang telah terbengkalai sebelum projek ini dijalankan dan
Projek Pangsapuri Taman Bahagia Indah, Cheras yang 90% siap tetapi terbengkalai lebih daripada 20 tahun. Kebanyakkan daripada kita hanya boleh membeli sebuah rumah sahaja, dalam seluruh hayat kita. Saya rasa begitu sedih dan kesian kepada mereka yang terbeli unit kediaman projek terbengkalai ini terutamanya projek terbengkalai pangsapuri taman bahagia indah. Mereka membuat bayaran selama 20 tahun tetapi tidak dapat rumah mereka. Dengan itu saya meminta campur tangan kerajaan Selangor untuk menyelamatkan projek-projek ini dengan sedaya upaya supaya merealisasikan impian rakyat kita untuk mempunyai satu rumah idaman mereka. Dengan ini, saya mohon menyokong, sekian, terima kasih.
Silakan Sungai Panjang.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, kerana memberikan ruang kepada saya, Sungai Panjang untuk turut sama terlibat dalam perbahasan belanjawan Negeri Selangor untuk tahun 2023. Saya yang pertamanya saya ambil kesempatan ini ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga merakamkan ucapan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 yang telah pun banyak memberikan kejayaan-kejayaan dan juga membangunkan negara sebelum kita berhadapan dengan pilihan raya pasca PRU ke-15 ini dan saya yakin dan percaya dalam konteks kerajaan yang ada pada hari ini diperingkat Persekutuan, selaras dengan ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang menitik beratkan dengan isu yang melibatkan perpaduan adalah perkara yang sangat dituntut. Dan juga perkara yang kita perlu sama-sama jayakan di peringkat negeri Selangor ini dengan adanya kerjasama dan juga usaha yang berterusan di kalangan semua 56 Ahli-Ahli Dewan Negeri di negeri Selangor ini. Dan kita juga mendengar dalam ucapan perbahasan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa akan ditubuhkan satu inisiatif yang dipanggil Duta Perpaduan Selangor. Kita tahu negeri Selangor ini adalah negeri yang merangkumi semua masyarakat iaitu masyarakat majmuk di negara Malaysia ini ada di negeri Selangor dan juga di negeri Selangor ini juga kita kaya dengan kepelbagaian budaya dan juga tradisi masyarakat di dalam negeri Selangor. Jadi perkara-perkara ini haruslah dilihat secara menyeluruh dan ini akan menjadikan satu nilai tambah kepada kita orang negeri Selangor. Dan kita kena mempromosikan budaya dan juga kesepaduan perpaduan kita rakyat negeri Selangor melalui inisiatif ini. Dan saya percaya juga inisiatif ini juga boleh terus dikembangkan dan juga diselaraskan bersama dengan jabatan perpaduan di peringkat persekutuan yang mana di bawah jabatan perpaduan ada beberapa agensi-agensi ataupun badan-badan yang terlibat sebagai contoh KRT, Rukun Tetangga dan juga yang lain-lain, yang mana Kerajaan Negeri boleh sama-sama untuk terlibat sama dalam inisiatif dan juga menjayakan perkara-perkara ini di peringkat negeri Selangor selaras dengan belanjawan 2023. Dan kita juga melihat gambaran-gambaran yang telah pun diberikan cabaran-cabaran dan juga rintangan yang perlu kita lalui selain daripada dinamik politik untuk
berhadapan dengan tahun 2023 selain kita telah pun berada di fasa endemik Covid-19 kita juga masih lagi berhadapan dengan cabaran ekonomi. Semalam Yang Berhormat Sungai Ramal ada membangkitkan berkenaan dengan perang dagang di antara China dan juga negara Barat yang mana ianya sedikit sebanyak menjejaskan dan juga memberikan impak kepada keselamatan persempadanan negara khususnya isu berkaitan dengan Laut China Selatan, nine-dash line yang mana ia nya melibatkan Kerajaan Negeri China. Jadi dalam kita menerokai ataupun mencari peluang-peluang menambahbaik ekonomi dan pelaburan-pelaburan di negeri Selangor ini, kita harus juga berhati-hati dengan perkara-perkara seperti ini supaya kedaulatan negeri kita tidak mudah dicerobohi ataupun dimanipulasi oleh pihak-pihak luar yang mungkin tidak bertanggungjawab. Dan kita boleh baca sama ada ia nya adalah satu stigma ataupun propaganda tetapi kita harus berhati-hati kerana kita tahu banyak artikel-artikel yang ditulis di luar sana berkaitan dengan ancaman-ancaman intipan daripada negara China dan juga sebagainya termasuklah agensi-agensi pelaburan ataupun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan negara China. Jadi ini mestilah dilihat secara menyeluruh agar kita sama-sama dapat menjaga keselamatan negara dan juga negeri kita dalam apa juga yang kita lakukan dan juga kita laksanakan.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, ada 5 teras yang telah pun di tetapkan ataupun yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam belanjawan dalam negeri Selangor dalam tahun 2023. Yang pertamanya mengukuh pertumbuhan ekonomi, yang keduanya membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang, dan yang ketiga pendidikan dan pembangunan generasi muda dan yang keempat, kehidupan lestari dan sejahtera dan kelima, tadbir urus yang cekap dan bertanggungjawab. Saya percaya rakan-rakan Yang Berhormat saya yang lain daripada khususnya daripada Barisan Nasional, Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang telah menyentuh secara terperinci dan secara penyeluruh perkara-perkara yang melibatkan belanjawan. Di peringkat saya dengan masa yang mungkin ada diberikan ini, saya akan menyentuh beberapa perkara yang mungkin tidak lah kesemuanya tetapi yang penting yang saya perlu sampaikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya berkaitan dengan generasi muda, keusahawanan dan juga keselamatan siber. Yang pertamanya adalah berkenaan dengan pembangunan generasi muda. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang mana peruntukkan dan juga komitmen Kerajaan Negeri Selangor yang berterusan untuk membangunkan dan juga memperdayakan, memberdaya generasi muda di negeri Selangor ini dengan pelbagai program-program dan juga inisiatif yang disediakan ini, dapat dilaksanakan dapat dan juga ditambah baik daripada masa ke semasa yang mana peruntukkannya pun telah pun ditambah pada tahun ini. Dalam beberapa inisiatif dan juga program dan di negeri Selangor juga kita mempunyai Dasar Belia Selangor yang telah pun dibentangkan sebelum ini dan kita harap Dasar Belia Selangor ini dapat dilaksanakan dengan baik dan juga dapat apa nama ni meliputi kesemua lapisan dan juga segmen belia di negeri Selangor. Dan kita tahu ada beberapa inisiatif -inisiatif di peringkat belia di negeri Selangor sebagai contoh PeBS dan juga SERVE yang telah pun dilaksanakan sekian lamanya di negeri
Selangor, yang mana kita maklum PeBS ini melibatkan apa nama ni penglibatan belia-belia melalui 56 dun-dun di negeri Selangor. Dan saya juga mengharap agar ke hadapan ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Paya Jaras selaku EXCO Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor, dapat kita sama-sama memperkukuh dan juga memperkemas kerjasama kita di peringkat Majlis Belia Selangor kerana isu berhubung dengan belia ini sangat dekat di hati saya. Yang mana kita tahu cabaran dan juga apa nama ini ke hadapan ini peranan belia-belia ini adalah sangat penting apabila belia juga hari ini telah terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju negeri dan negara apabila mereka terlibat pada hari ini sebagai pengundi muda seawal usia 18 tahun dan belia inilah yang kita perlu dekati dan juga kita perlu menitikkan nilai-nilai murni dan juga nilai-nilai kematangan politik kepada mereka. Dan kita harap hubungan di antara pihak Kerajaan Negeri Selangor dan juga Majlis Belia Selangor dapat kita perkemaskan dan juga kita perkukuhkan supaya Majlis Belia Selangor, rakan strategik kepada Kerajaan Negeri dan juga menjayakan apa jua inisiatif-inisiatif, kerana PeBS ini adalah akan menjadi sebahagian daripada organisasi dan juga rakan-rakan belia yang kita boleh sama-sama duduk untuk berbincang dan menjayakan inisiatif-inisiatif dan juga pelaksanaan-pelaksanaan yang menyentuh hal ehwal belia. Dan saya harap sangat kerana Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Selangor ini adalah satu badan ataupun organisasi yang rasminya ataupun diletakan di bawah Akta Pembangunan Belia di peringkat Persekutuan dan ia nya mempunyai organisasi daripada peringkat Kebangsaan, Negeri sehinggalah juga diperingkat Daerah-Daerah.
Untuk Negeri Selangor, kita ada Majlis Belia Selangor diperingkat daerah-daerah yang mana ia nya boleh diperkasakan dalam libat urus bersama diperingkat Kerajaan Negeri. Dan saya juga mencadangkan agar penglibatan ini dapat dilibatkan secara terus dalam libat urus mereka dalam memberikan sumbang saran kepada pembangunan belia di negeri Selangor dan juga mereka boleh memberikan sumbang saran yang terus sebagai contoh memberikan ruang kepada wakil-wakil daripada Majlis Belia Selangor diperingkat daerah-daerah untuk terlibat sama di dalam, untuk dijemput sama di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah ataupun Mesyuarat Pembangunan Daerah yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah supaya mereka ini dapat memberikan sumbang saran yang terus. Dan di peringkat negeri juga kalau tidak keberatan dan juga ada ruang daripada segi punca kuasa untuk menjemput juga Majlis Belia Selangor di dalam mesyuarat majlis tindakan di negeri Selangor supaya kita dapat mendengar dan juga sumbang saran daripada belia ini secara terus. Selain daripada PeBS diperingkat PBT-PBT dan juga diperingkat DUN kita juga mengharap peranan yang sama juga diberikan kepada kaum-kaum kawan anggota kita dan juga rakan-rakan Majlis Belia Selangor diperingkat daerah-daerah, agar mereka dapat memberikan sumbang saran yang terus kepada kemakmuran dan juga penyampaian di peringkat negeri dan kita harap juga penglibatan yang sama dikalangan di kalangan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor di peringkat pusat-pusat
khidmat Ahli-Ahli Yang Berhormat sekali, untuk kita sama-sama menjayakan agenda dan juga aspirasi belia di negeri Selangor ini.
Yang seterusnya adalah berkaitan dengan keusahawanan. Kita tahu ada banyak inisiatif yang telah pun tersedia program-program yang diadakan atapun dijadikan inisiatif di peringkat Kerajaan Negeri untuk pembangunan usahawan, baik usahawan di peringkat desa di bandar,luar bandar yang melibatkan pelbagai sektor dan juga aktiviti perniagaan. Namun saya lihat di negeri Selangor ini mungkin kalau kita boleh tambah baik pada masa-masa akan datang ataupun ke hadapan ini supaya kita libatkan sekali penglibatan pembangunan koperasi-koperasi di negeri Selangor, kerana di negeri Selangor ini ada banyak koperasi-koperasi yang sedang meningkat naik dan juga koperasi-koperasi yang telah pun berjaya dalam apa juga bidang dan juga perniagaan mereka yang mungkin boleh diberikan suntikan ataupun bimbingan ataupun boleh bekerjasama secara terus dengan pihak Kerajaan Negeri ataupun dengan pihak EXCO Pembangunan Usahawan untuk kita bantu, dan juga kita perkasakan koperasi-koperasi ini. Sudah pasti melalui koperasi ini juga melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan dan juga peluang-peluang pekerjaan dalam sektor koperasi kerana koperasi ini juga adalah sebahagian daripada perniagaan dan juga melibatkan jumlah bilangan peserta ataupun mereka yang terlibat yang agak besar. Dan kita tahu di peringkat persekutuan ataupun di peringkat pusat, kita ada Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang memantau dan juga mentadbir urus selia koperasi-koperasi ini. Dan juga kita harap di peringkat negeri Selangor juga ada usaha di peringkat di Kerajaan Negeri untuk memperdaya dan juga memperkasakan koperasi-koperasi di negeri Selangor untuk turut serta usaha dalam Kerajaan Negeri. Saya persilakan, Yang Berhormat Hulu Kelang.
Terima kasih, terima kasih. Saya cukup berminat bila ada koperasi ini. Koperasi ini biasanya indah khabar dari rupa. Buat tak jalan. Leaner kita, macam-macam. Jual sabun, jual detergent pun boleh untung banyak kan, dia katanya, dia blend strong brand yang boleh merapatkan hubungan ahli. Tapi saya percaya kalau kita jadikan dia sebagai social enterprise, betul-betul social enterprise, dia jadi. Dan dia, di sesetengah negara lain, macam negara yang ke kiri oriental, dia punya oriental, dia punya ideological economy, adalah ke horontalist, ke leftist group. Bukan dia socialist, tapi dia punya leftist inclination tu, dia punya pengisian ekonomi itu, jadi. Yang pernah, satu yang jadi bagus itu, di Poland. Poland, jadi satu tempat yang bukan, asalnya komunis, dia incline ke liberal west, ekonomi dia jadi baik. Macam mana kita nak buat. Contohnya, nak jadikan koperasi ini sebagai satu tonggak yang penting dalam mengukuhkan semangat Islam, kalau orang Melayu, orang Islam, koperasi dan dalam konteks Malaysia, multi racial. Dia boleh jadi yang powerful, economic factor, yang boleh mengembangkan, development dalam sesebuah negara. He can become, the second or third, second or first source of strength of economic development.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang di atas pandangan dan juga saranan yang berkaitan dengan koperasi. Betul. Industri ataupun koperasi dalam negara kita ini telah pun mencapai usia 100 tahun. Sejak sekian lamanya, koperasi ini tertubuh dan juga mencapai hasrat dan juga tujuannya. Sebagai social enterprise yang memegang...
British, British punya zaman.
Dan, ia juga adalah, satu asas untuk prinsip penyatuan dan juga perpaduan dalam kalangan koperator dan juga koperasi-koperasi dan juga ahli-ahli dalam koperasi. Di kalangan koperator, dan juga koperasi ini, kita ada Angkasa, yang menyatukan dan juga platform, yang untuk membina dan membimbing mereka. Dan saya ingat ini adalah perkara-perkara yang kita boleh lihat, kita boleh terokai bersama di peringkat Kerajaan Negeri untuk kita memperkasa juga, sama di koperasi-koperasi di dalam negeri Selangor.
Yang seterusnya saya juga Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga suka untuk menyentuh berkenaan dengan dana guaman negeri Selangor. Saya ucap syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana ia telah dipertingkatkan. Sebelum ini, satu juta, sekarang dah naik kepada dua juta. Dan ia dikembangkan, termasuklah, berkenaan dengan kes-kes, yang melibatkan kes-kes syariah. Jadi berkenaan dengan dana guaman ini, saya juga mencadangkan agar ke hadapan ini, kita dapat memperkemaskan lagi berkenaan dengan pemberian dana guaman ini, kerana ia sangat penting. Saya sendiri Yang Berhormat Timbalan Speaker, di peringkat kawasan, kebetulan saya sebagai seorang peguam, sudah pasti di Pusat Khidmat saya, saya menyediakan klinik guaman percuma untuk khidmat dan juga nasihat guaman. Yang selebihnya, kita akan apa nama ni, kita akan menjadi pemudah cara lah untuk mereka panjangkan. Sama ada isu-isu tersebut perlu dirujuk ke mana-mana agensi dan juga badan-badan. Jadi saya harap, klinik-klinik bantuan guaman ini dapat di extend, ataupun dikembangkan. Kalau tidak dapat dikembangkan kepada Pusat-pusat Khidmat Ahli-ahli Yang Berhormat di 56 DUN, ia dikembangkan kepada pejabat-pejabat daerah. Supaya rakyat dan juga masyarakat, boleh pergi ke satu One Stop Centre, selain daripada ia diletakkan sebagai bajet. Jadi kadang-kadang daripada penerimaan dan juga pelaksanaannya, ramai di luar sana, ahli-ahli masyarakat dan juga rakyat di luar sana, tertanya-tanya, bagaimana untuk mendapatkan access ini dan sebagainya. Sedangkan kita telah menyediakan peruntukan-peruntukan tertentu. Jadi ada banyak yang di luar sana, yang memerlukan khidmat guaman dan juga mendapatkan perkhidmatan guaman di kalangan rakyat yang bukan sahaja terhimpit dengan isu-isu yang berkaitan keganasan rumah tangga, tapi ada juga isu-isu yang lain. Sebagai contoh, yang paling latest, adalah berkenaan dengan scammer yang saya pernah bangkitkan, kerana di kalangan mangsa-mangsa scammer ini juga, kadang-kadang mereka menjadi mangsa keadaan dan terpaksa dituduh di mahkamah dan sebagai perlu mendapatkan bantuan juga daripada pihak peguam, at least untuk
mitigation. Saya berikan sedikit ruang kepada Hulu Kelang, kerana masa pun dah nak habis.
Lekas, Hulu Kelang.
Saya nak dapat manfaat daripada yang telah dilakukan oleh YB, Yang Berhormat, tentang pusat khidmat guaman. Saya pernah buat di, pernah buat, tapi dia tak jalan lagi... lepas.. baru-baru ini. Tapi saya buat, saya buat, para legal. Konsepnya para legal, maknanya, kita ada peguam-peguam yang boleh beri khidmat guaman cara buka fail, tetapi bila nak proceed kena ada bayaran-bayaran tertentu, dan dia pergi on his own la. Tetapi kita advice dia, ke tahap di mana, aktivis di pusat khidmat boleh ambil peranan. Kita namakan para legal. Para legal ini, kita train dia, by professional lawyer, untuk ambil kes, dengar cerita, buat rekod. Lepas itu, salurkan kepada team lawyer yang ada. Jadi kita, macam mana boleh bangunkan, boleh dibangunkan atas kerjasama antara kita, khidmat ini memang dikehendaki oleh rakyat. Dia nak, dia suka, tapi nak bayarannya tidak tahu la.. masa buka fail itu, dia okay lah.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang di atas pandangan tersebut. Saya setuju. Kalau kita tengok berkenaan dengan dana guaman negeri Selangor ini juga, kita bekerjasama dengan Selangor Bar. Kita tahu, untuk seseorang itu diterima masuk sebagai peguam bela dan juga peguam cara di mahkamah, mereka perlu melalui proses yang kita panggil Chambering, ataupun dengan izin, Pupillage Period. Selama tempoh sembilan bulan. Dalam tempoh sembilan bulan ini, ada dia punya, dia punya modul dia, yang mereka kena lalui. Ada mereka yang pergi ke mahkamah, untuk doc brief dan juga sebagainya. Kalau kita boleh terus meneroka kerjasama dengan Selangor Bar ini, mungkin kita boleh menempatkan pupillage ataupun chambering student ini, dalam tempoh pupillage period dia tu, untuk memberikan khidmat para legal ataupun legal at center, di tempat-tempat tertentu sama ada di pusat-pusat khidmat wakil rakyat, Ahli-ahli Dewan Negeri, ataupun di pejabat-pejabat daerah, kalau ada disediakan legal at center untuk mereka, terlibat ataupun memberikan perkhidmatan mereka, secara percumalah dalam tempoh pupillage period ini. Jadi itu antara perkara yang ditambah baik. Dan yang terakhir sebelum saya masuk perkara-perkara yang melibatkan isu kawasan. Sedikit berkenaan dengan isu keselamatan siber.
Di dalam Rancangan Selangor-1, yang telah pun dibentangkan sebelum ini. Ada menitikberatkan tentang keselamatan siber, ataupun dengan izin, Cyber Security. Dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mengambil perkara ini, perkara yang serius, apabila telah menubuhkan, yang dipanggil pasukan Cyber Emergency Response Team ataupun CERT Selangor. Dalam kita untuk memperkukuh, kerana kita di negeri Selangor telah pun bergerak ke arah Smart City, sudah pasti Smart City ini melibatkan IoT, Internet of Thing. Dan juga melibatkan banyaknya data-data yang kita kumpul, melalui aplikasi ataupun melalui apa juga
perancangan dalam Smart City ini. Apps dan juga Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang menjadi champion kepada ini supaya Cyber Security ini dapat dipertingkatkan lagi bukan sahaja dengan di adakan pasukan CERT Selangor ini, tetapi juga mungkin bergerak ke hadapan ini. Kita melihat peluang untuk mungkin kita adakan satu enakmen khas berkenaan dengan Cyber Security di negeri Selangor dan menubuhkan agensi yang khusus untuk monitoring dan juga kawal selia terhadap data-data di dalam negeri Selangor. Khususnya yang berkaitan dengan kita semualah. Saya tengok, kita punya e-mel, .selangor.gov.my ini pun masih lagi, boleh dicerobohi, ataupun boleh di manipulate. Kerana kita masih menerima spam-spam e-mel daripada pelbagai sumber, yang mengganggu e-mel - e-mel kita ini. Sedangkan e-mel kita ini kadangkala, saya lihat, ia digunakan urusan-urusan rasmi kerajaan. Khususnya di peringkat Kerajaan Negeri lah, di peringkat EXCO dan juga di peringkat jabatan-jabatan, dan juga peringkat pentadbiran, pegawai-pegawai kerajaan. Ada kita e-mel dokumen-dokumen penting. Mungkin dokumen-dokumen yang Sulit ataupun Terhad melalui e-mel, yang kita khuatir, perkara-perkara ini boleh dibocori ataupun boleh di manipulasi di luar sana. Jadi keselamatan cyber mestilah dipertingkatkan, selain daripada memperkenalkan enakmen yang dijangka, untuk jangka masa panjang, saya juga mencadangkan supaya ada Jawatankuasa Khas di peringkat Dewan Negeri Selangor yang melibatkan kerajaan dan juga pembangkang supaya kita terlibat sama dalam melihat perkara ini.
Sungai Panjang, masa...
Dan akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, beberapa isu berkaitan dengan kawasan DUN Sungai Panjang.
Yang Pertamanya, adalah bencana banjir yang baru-baru ini, pada pertengahan November, ketika sibuk kita berkempen Pilihan raya Umun ke-15, berlaku banjir di kawasan Belia 1 dan juga kawasan Belia 2, Sungai Panjang. Ini melibatkan kehidupan lestari dan juga sejahtera. Kita kena lihat, pembangunan-pembangunan yang berada di kawasan Sungai Panjang hari ini. Yang pertamanya, pembangunan SSAP yang masih tertangguh kerana belum lagi mendapat EIA. Yang keduanya, adalah berkenaan perlombongan pasir yang diadakan di dalam DUN Sungai Panjang, yang telah pun di operasikan beberapa ketika yang lalu. Jadi perkara ini perlu dilihat kerana kawasan-kawasan rumah di kawasan Belia 1 dan 2 yang banjir baru-baru ini, tak pernah selama ini, kawasan tersebut banjir. Limpahan air daripada Hutan Sg. Karang itu melintasi jalan sehingga menyebabkan banjir di kebun-kebun sawit dan juga di kawasan perumahan itu. Jadi kita kena lihat, pembangunan-pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri tersebut, sama ada ia menepati kehendak SOP dan juga sebagainya. Supaya keadaan banjir ini tidak berlaku lagi sekiranya berlaku hujan lebat dan sebagainya. Kita kena lihat semula, kita study, kena ambil tindakan segera perkara ini supaya ia tidak membebankan orang kampung dan juga rakyat.
Yang keduanya adalah berkaitan dengan banjir sepanjang Jalan FR-5, ataupun Federal Road No.5. Di kiri kanan jalan. Ini disebabkan jalan Federal Road No.5 ini, tidak di selenggara dengan baik, parit kiri dan kanannya, menyebabkan limpahan air. Dan juga air ini akan bertakung dan juga memenuhi halaman-halaman rumah, apa lagi kawasan-kawasan rumah di sepanjang jalan tersebut. Jadi kita minta Kerajaan Negeri, ambil tindakan segera. Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan, untuk menyelenggara kiri dan kanan parit jalan tersebut supaya ia diambil tindakan segera. Kalau pemaju yang masih lagi bertanggungjawab, kena segera ambil tindakan kepada mereka untuk bertanggungjawab.
Dan yang terakhir sekali adalah berkaitan aduan penduduk di kawasan DUN Sungai Panjang, di kawasan Parit 9 sehinggalah ke kawasan Belia, berkaitan dengan penternakan ayam di kawasan Sungai Panjang. Ini menjadi isu yang sangat besar, di peringkat DUN Sungai Panjang, apabila kacau ganggu lalat. Kita tahu kacau ganggu lalat ini melibatkan beberapa jabatan. Sudah pasti, ia boleh dikatakan suatu yang tidak selesa. Kita tahu yang ambil tanggungjawab sekarang adalah PBT, pejabat daerah dan juga Jabatan Veterinar, yang bertanggungjawab. Tapi ke hadapan ini, sebab saya tengok, kalau berdasarkan jawapan soalan Dewan yang lepas, antara syarat-syarat yang dikenakan PBT untuk sesebuah reban ayam untuk penternakan ayam ini dibuat adalah jarak dia, adalah lebih 50 ke 60 meter jarak terakhir daripada rumah orang yang, daripada kediaman. Saya ingat, ini perlu dilihat semula lah. Betul lah secara teori, secara on paper nya ladang ayam yang moden ini, dia punya kacau ganggu lalat dia, very low. Tetapi kita tak tahu, sepatutnya boleh kena jarakkan lagi lah, bukannya 50, 60 meter. Untuk syarat-syarat yang lain. Mungkin 100, 200 meter, supaya menjadi buffer zone, supaya tidak menjadi kacau ganggu kepada masyarakat dan juga penduduk. Dan saya harap sangat perkara-perkara ini dapat diselesaikan, dan penguatkuasaan, keterlibatan daripada pihak, Pejabat Tanah dan juga Daerah, dan juga PBT, serta masyarakat setempat dapat berganding bahu, bersama-sama. Termasuklah pemain-pemain industri dan juga mereka yang terlibat dalam perniagaan ini.
Dan yang terakhir, yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, adalah berkenaan pelaksanaan pembinaan masjid baru di Sungai Haji Dorani. Saya harap, ia Yang Berhormat EXCO Agama boleh kita sama-sama duduk, bincang supaya ia boleh disegerakan. Dan kelulusan telah pun diberikan. Saya ucap ribuan terima kasih lah, kerana dengan komitmen daripada Yang Berhormat EXCO dan juga kerajaan, telah pun memasukkan kos ataupun perancangan pembinaan masjid ini dalam RMK yang ke-13. Cuma di peringkat penduduk kampung, berharap ia dapat dilaksanakan segera. Mereka telah pun mula membuat apa nama ini, penyediaan tapak, membersihkan kawasan tersebut untuk mendirikan masjid itu segera, kerana keperluannya adalah sangat mendesak. Sebab kita sedia maklum, jalan tersebut telah pun dinaiktaraf, FR-5, yang ada divider. Jadi sebahagian besarnya kena melintas jalan kalau nak pergi ke masjid yang lama. Dan ada keperluan untuk dibina masjid baru ini dengan segera. Dan kita harap ia dapat disegerakan.
Saya persilakan Taman Medan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., Selamat Tengah Hari dan Salam Sejahtera saya ucapkan. Terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor di atas ruang diberikan kepada Taman Medan bagi membahaskan Belanjawan 2023 Negeri Selangor yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada hari Jumaat yang lepas. Jadi apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua tempoh hari tentang belanjawan yang diketengahkan itu ialah sesuatu yang berkait juga dengan detik pasca PKP ataupun Covid-19 yang telah dilalui yang mana ianya adalah sesuatu yang memerlukan anjakan ataupun lonjakan dari sudut bagaimana belanjawan itu sesuatu yang dapat dijana dan juga dimanfaatkan pelaksanaannya sebagai suatu yang boleh memberikan kesan yang baik kepada rakyat negeri Selangor.
Pertamanya Taman Medan ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua, barisan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan juga para pegawai di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di atas peningkatan rizab Negeri dari jumlah RM 2.803 bilion ke RM 3.294 bilion dengan kadar peningkatan sebanyak RM 490 juta. Yang mana ia juga berkait dengan kecekapan dan juga bagaimana pendekatan-pendekatan yang begitu menampakkan efektif dan juga keberkesanan di dalam proses merangka belanjawan tersebut, yang mana kalau kita lihat peningkatan hasil rizab Negeri ini juga adalah sesuatu yang menunjukkan positifnya kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan yang menitik beratkan soal-soal yang berkait dengan integriti, berkait juga dengan keberkesanan good governance dan sebagainya.
Kalau kita tengok ia dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, yang mana kutipan hasil sehingga tarikh 24 November 2022, iaitu dengan jumlahnya sebanyak dua bilion, RM 2304.66 juta yang mana ia adalah kutipan yang tertinggi di dalam negara kita, yang kita lihat ianya adalah sebagai satu perkembangan yang begitu positif. Kalau kita tengok, ia positifnya dari segi bagaimana peningkatan hasil itu sesuatu yang dapat dilaksanakan bila mana adanya kesepakatan di antara setiap pihak yang terbabit. Kalau kita lihat, peningkatan dari sudut umpamanya belanja mengurus, yang diperincikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, iaitu sebanyak RM 1.226 bilion dan juga belanja pembangunan sebanyak RM 816 juta. Lalu, ia menunjukkan bahawa pengurusan negeri ini ialah sesuatu yang dilaksanakan ataupun di implementasikan dengan kaedah yang begitu efisien, efektif dan juga berintegriti dan ia melebihi anggaran asal apa yang disasarkan pada belanjawan tahun 2022 tahun lepas, iaitu sebanyak RM 2.05 bilion.
Jadi kalau kita tengok, anggaran tersebut ialah sesuatu yang telah melepasi aras yang telah ditetapkan. Lalu saya ingin juga ingin merujuk bagaimana sasaran untuk 2023,
yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua tempoh hari adalah sebanyak dua bilion. Lalu mungkin ada sedikit tanda tanya, kenapa sasaran itu ditetapkan pada kadar yang kurang daripada apa yang telah berjaya dikutip untuk tahun 2022, kerana kita ada baki sebulan lagi yang saya yakin, jumlah ataupun apa yang boleh dikutip itu ialah sesuatu yang sebenarnya lebih banyak lagi dan ini menunjukkan bahawa kejayaan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Pakatan Harapan yang menampakkan bahawa ada nilai-nilai keberkesanan dalam pentadbiran.
Lalu, apa yang kita perlu fikirkan bersama adalah sewajarnya ada peningkatan dari sudut sasaran kutipan hasil bagi mengimbangi defisit belanjawan itu. Bagaimana kalau umpamanya, kalau kita lihat daripada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dari sudut apa yang diperoleh dari pendapatan, umpamanya hasil pendapatan itu satu daripada sumbernya adalah apa yang disebut hasil cukai sebanyak RM 684.36 juta, yang mana hasil cukai ini kita tahu kebanyakan daripada perolehan-perolehan yang diperoleh daripada cukai ini adalah daripada hasil-hasil aktiviti tanah, sama ada dari segi penggunaan tanah, dari segi dan juga apa-apa yang berkait dengan pengurusan tanah. Lalu dalam masa yang sama juga, saya dari Taman Medan ini ingin berkongsi hasrat daripada sekumpulan ataupun beberapa ramai di kalangan penduduk yang telah menyatakan keinginan mereka untuk mendapatkan status pemilikan tanah itu dengan status yang dipanggil sebagai pegangan bebas.
Kalau kita tengok sekarang ini, majoriti daripada status pemilikan tanah adalah berstatus pajakan ataupun list hold. Yang mana mereka membandingkan kerajaan negeri Selangor yang begitu banyak hasilnya itu dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri jiran kita iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah mula memberikan status tanah pegangan bebas kepada beberapa kelompok-kelompok penduduk yang mana saya fikir ini boleh dibincangkan bersama oleh pihak pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri. Kerana saya yakin, bahawa sekiranya status itu sesuatu yang boleh diberikan, berkemungkinan dari segi teori nya peningkatan hasil itu akan meningkat dengan lebih banyak lagi kerana ianya adalah sesuatu yang memang menjadi hasrat dan juga keinginan daripada segolongan rakyat yang mana mereka merasakan bahawa pemilikan tanah itu adalah sesuatu yang boleh menjamin kehidupan mereka.
Taman Medan juga ingin mengalu-alukan apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebanyak RM 25 juta bagi promosi galakkan pelaburan dan antara usaha yang telah dibuat ialah melaksanakan, menganjurkan beberapa program di antaranya Selangor International Business Summit dengan pembabitan lebih daripada 60 negara dalam semua aktiviti yang mana saya yakin ramai di kalangan Ahli-Ahli Dewan ini juga telah hadir menyaksikan bagaimana kejayaan program tersebut yang menunjukkan bahawa Selangor berupaya menjadi negeri yang menarik pelaburan dan meningkatkan hasil ekonomi melalui aktiviti-aktiviti pelaburan.
Begitu juga dengan apa yang dinyatakan dalam Selangor Aviation Show yang mana saya yakin, bahawa industri penerbangan yang terbabit di dalam Selangor Aviation Show itu adalah pemain-pemain industri yang sebenarnya bukan calang-calang, bukan anak-anak. Yang mana mereka ini daripada kalangan pembekal, pemain-pemain industri penerbangan. Yang saya fikir perlu kita manfaatkan kemudahan-kemudahan yang ada di negeri Selangor terutamanya di kawasan berhampiran dengan Subang Sky Park itu sendiri. Dan begitu juga dialu-alukan apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebanyak RM 3 juta itu projek pencahayaan lampu jalan solar yang telah diumumkan untuk dilaksanakan di semua kawasan Dewan Negeri di negeri Selangor yang pada tahun ini sebenarnya ia telah dimulakan di sebahagian kawasan-kawasan Dewan Negeri yang saya lihat banyak di antara kawasan tersebut telah memperolehnya tetapi kawasan saya, kawasan Taman Medan belum lagi memperolehnya dan saya harap dapatlah maklumat yang terperinci bilakah ianya boleh dilaksanakan.
Kemudian, apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang belanjawan yang hendak dibelanjakan pada projek-projek pembinaan jalan-jalan yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Antaranya ialah apa yang diumumkan dan pembinaan jalan Hulu Chuchuh ke KLIA 2, saya ingat Yang Berhormat Sungai Pelek beri syarat yang cukup bagus, walaupun bukan kawasan saya. Saya sendiri pernah lalu kawasan jalan tersebut yang melalui sebuah kawasan ladang, tanaman kelapa sawit yang belum di tar sepenuhnya kerana ianya boleh menjimatkan perjalanan dari kawasan peranginan Pantai Bagan Lalang menuju ke Shah Alam dan juga Kuala Lumpur, boleh jimat lebih kurang setengah jam perjalanan itu dan ini satu yang di amat-amat, dialu-alukan. Sebab apa, sebab ia juga boleh merangsang ekonomi walaupun dulu tahun lepas, saya ada dengar penjelasan bahawa kekangan terhadap projek tersebut adalah bila mana penggunaan jalan itu, pada waktu malam akan menimbulkan kekeliruan kepada pesawat-pesawat yang ingin melakukan pendaratan di landasan Kuala Lumpur International Airport 2, mana bila nampak di bimbangi akan tapi saya fikir ia bukan satu yang menjadi kekangan yang cukup besar kerana ada jalan, takkan lah pesawat itu boleh keliru kerana laluan di landasan itu telah ada lampu yang khas bagi mereka melaksanakan pendaratan ataupun untuk berlepas.
Jadi inilah sebab Sungai Pelek, saya dah lalu jalan itu, sebenarnya saya ada hubungi Sungai Pelek, tapi Sungai Pelek tak jawab telefon saya, untuk nak mengesahkan dia. Dan kemudian, apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang pelaksanaan projek Selangor Penyayang. Yang ini saya nak tarik perhatian sedikit, bahawa projek ini ialah projek dalam bentuk untuk kita membiayai beberapa proses yang berkait dengan struktur-struktur fizikal di antaranya bangunan, jalan ataupun frasarana-frasarana. Yang saya difahamkan sewaktu taklimat yang dihadiri oleh kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri tentang pelaksanaannya itu ialah sesuatu yang disasarkan dalam tempoh segera untuk tahun 2022, sebanyak RM 1 juta diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Negeri untuk diberikan ataupun dijadikan
sebagai satu pembiayaan dan ini amat-amat dialu-alukan. Cuma baru-baru ini bila mana Ahli-Ahli Dewan, sesetengah daripada Ahli-Ahli Dewan, telah diberikan akses untuk melaksanakannya, tetapi tidak secara menyeluruh, macam Taman Medan mohon 42 projek yang dijanjikan semuanya diluluskan, tapi baru diluluskan 7 dan harapan saya walaupun dah masuk ke tahun 2023, apa yang telah diluluskan untuk tahun 2022 itu, sesuatu yang dapat diteruskan walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan tambahan sebanyak setengah juta ringgit untuk projek Selangor Penyayang ini dilaksanakan pula pada tahun 2023 yang mensasarkan setiap daripada apa yang dilaksanakan itu akan sempat disiapkan sebelum daripada bulan Mac tahun 2023.
Taman Medan juga ingin merujuk kepada apa yang telah dijenamakan semula daripada satu program di bawah Iltizam Selangor Penyayang yang dulu nya nama Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dijenamakan kepada BINGKAS. Yang mana program ini program yang telah menunjukkan sambutan yang cukup baik sehingga setiap DUN saya yakin, sambutannya cukup baik sehingga tak cukup, Taman Medan sendiri jumlah yang diluluskan pada satu kadar tetapi yang mohon sehingga seribu orang. Ini kawasan ini miskin bandar ini, yang sebenarnya saya lihat ia satu yang baik, tetapi kita boleh kaji semula dari segi jumlah dan juga mekanisme pemberiannya itu sebagai sesuatu yang lebih berkesan dan lebih ramai dapat manfaat.
Begitu juga yang apa yang diumumkan melalui Iltizam Selangor Penyayang ini ialah Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang dimulai sejak bulan Oktober 2022, lalu apa yang mahu dikongsi oleh Taman Medan pada hari ini ialah, bagaimana skim ini suatu yang baik, kita tahu niatnya baik tetapi dari segi perlaksanaannya ia ada beberapa tanda tanya.
Antaranya ialah Skim Insurans Am ini dikendalikan oleh sebuah firma yang dinaungi oleh sebuah firma yang dinamakan sebagai AM Assurance. Lalu, kalau kita lihat skim insurans ini benda yang baik tetapi kalau bagi umat Islam sebenarnya ada satu lagi skim ataupun ada satu lagi kaedah, yang sebenarnya yang tidak meragukan yang dinamakan sebagai Takaful. Ya, Takaful. Kerana apa? Kerana mengikut apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa umat Islam dikehendaki menghindarkan apa yang disebut sebagai insurans yang ada unsur-unsur disebut sebagai gharar. Ya maknanya, ada ketidaktentuan di dalam pelaksanaan dan juga dalam proses untuk sama ada menyertainya ataupun mendapat manfaat daripadanya. Jadi kalau kita lihat bahawa keperluan kepada alternatif bagi umat Islam untuk terbabit dalam skim yang sama tetapi berteraskan kepada pendekatan syariah kerana apa diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Iltizam Selangor Sihat ataupun ISS, mereka yang menjadi peserta-peserta dalam Iltizam Selangor Sihat ini dilindungi di bawah kaedah yang dinamakan sebagai takaful. Jadi tidak mustahil saya fikir mungkin ada idea ataupun ada usaha-usaha ini bagi membolehkan Skim Insurans Am Selangor ini juga dilaksanakan mengikut apa yang dinamakan sebagai pendekatan yang lebih patuh syariah.
Begitu juga tentang apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam untuk meluluskan sebanyak satu jumlah kepada Dana Bantuan Guaman dan juga Dana Bantuan Guaman Syariah. Kerana apa? Kerana mensasarkan kepada golongan-golongan yang tidak berkemampuan. Saya alu-alukan, memang dialu-alukan. Memang ramai sangat yang memerlukan kerana banyak di antara mereka ialah menjadi mangsa kepada ketidakupayaan untuk mereka menuntut hak mengikut proses undang-undang. Tetapi dalam apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sasaran utama ialah untuk membantu golongan wanita yang teraniaya. Saya nak fokuskan tapi jangan lupa juga ada lelaki yang teraniaya ya Yang Berhormat Seri Serdang. Ada. Tapi jumlahnya mungkin tak ramai sebab berdasarkan pengalaman Taman Medan sendiri, bila mana menghadapi situasi-situasi yang pernah disuarakan oleh beberapa individu daripada kalangan penduduk yang mereka ini menjadi mangsa kepada keadaan.
Bukan umat Islam saja, di kalangan penduduk daripada yang bukan Islam juga ada menjadi mangsa kepada proses kecelaruan ataupun proses keretakan rumah tangga. Umpamanya saya terus terang, saya bagi tahu ada di kalangan warga Taman Medan daripada keturunan India yang bila saya tanya, mereka nak datang untuk menyertai ataupun mendapatkan manfaat daripada program-program yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Umpamanya nak dapat baucar perayaan. Lantas saya kata ‘kita perlu maklumat dari sudut pendapatan isi rumah’ Lalu dia kata ‘suami tak bekerja’ ‘oh suami tak bekerja. Suami tak bekerja, jadi apa bukti suami tak bekerja? Kena minta. Dia kata ‘suami sudah tidak tinggal di sini, sudah meninggalkan’. Cerai? bukti cerai tak ada. Rupanya kahwin lain. Minta maaf ya. Tapi kahwin lain ini dia tidak ikut undang-undang. Dia kahwin ikut hukum syariat agama Hindu di kuil. Itu problem dia. Dia macam bukan apa yang berlaku.
Begitu juga kalangan wanita yang teraniaya, yang ditinggalkan oleh suami. Memang kita akui ketidakbertanggungjawaban. Tetapi juga pada masa PKP dahulu pun kadang-kadang ada pengalaman jugalah. Masa berlaku pandemik yang mana datang kadang-kadang penduduk ini bila jumpa wakil rakyat, dia mohon bantuan. Mana kita boleh bantu, bantulah. Tapi bila ada sesetengah tu datang ‘YB, boleh tolong saya tak?’ ‘Ya, tolong apa?’ ‘tolonglah cari isteri saya. Isteri saya hilang. Lari. Tak tahu pergi mana’. Pun ada. Jadi kita kata ‘mustahil, itu tak boleh’ Pelabuhan Klang ada rasa macam tu? Ada pernah? Tak ada kan? Ada isteri yang datang pun sama juga suami hilang. Pun ada. Jadi bagaimana kita nak bantu mereka? Kalau dari segi umpamanya seorang wanita yang ditinggalkan oleh suami, yang statusnya kita tak tahu umpamanya untuk tempoh lebih daripada dua tahun suami hilang tak tahu ke mana. Lalu, apakah kita boleh bantu dia? Maka mungkin dia tidak ada pengetahuan dari sudut undang-undang. Maka kalau kita lihat sewaktu mereka melaksanakan upacara pernikahan, selepas pernikahan itu ada satu proses yang dinamakan sebagai lafaz taklik yang mana sekiranya suami meninggalkan isteri (dia mengakulah), maka isteri boleh membuat pengaduan ke pengadilan syariah ataupun kepada pihak Mahkamah Syariah untuk tentang pengabaian tanggungjawab yang mana kemudian bila mana
apa yang diadukan itu sebagai satu yang sabit dan kemudian dibayar pada satu kadar yang kemudian mahkamah akan memutuskan perkahwinan itu dibubarkan. Ini di peringkat Mahkamah Syariah.
Lalu saya lihat ini suatu perkara yang cukup baik. Kerana apa? Kerana kurangnya pengetahuan dan bagaimana mereka ini tidak dapat akses kepada apa yang boleh dibantu. Jadi dalam masa yang sama juga, bukan sekadar membantu dari sudut macam mana untuk status perkahwinan.
Taman Medan, boleh tamatkan. Point terakhir.
Saya minta masa sikit lah sebab tadi Sungai Panjang pun lagi lama. Jadi kalau kita lihat, begitu juga apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari segi baucar beli-belah perayaan, ada permintaan dari rakyat yang bukan sekadar Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya. Malah ada penduduk yang beragama Kristian mohon tidak adakah Kerajaan Negeri umpamanya nak buat baucar beli-belah untuk Krismas? Mereka beragama Sikh, kalau untuk perayaan mereka Vaisakhi. Maka saya pohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan satu ruang ataupun akses bagi ianya dilaksanakan.
Dan yang terakhirnya, saya ucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri yang apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang peruntukan pembangunan agama Islam sebanyak RM 583 juta yang mana ia wajar dimanfaatkan untuk seboleh-bolehnya apa yang berkait dengan kefahaman Islam itu ataupun pembangunan Islam itu suatu menunjuk bukti bahawa kerajaan Negeri Selangor serius dalam memartabatkan agama Islam. Cuma apa yang saya harapkan ialah institusi agama Islam itu sendiri dapat diperkasakan, dapat dimantapkan lagi dan boleh diurus dengan profesional kerana kadang-kadang ada beberapa perkara umpamanya lah saya lihat dari segi perjalanan urusan agama Islam ini juga kadang-kadang menjadi pertikaian. Saya nak ambil contoh yang terakhir ialah bagaimana Khutbah Jumaat yang dalam tempoh yang terdekat ini, dia ada beberapa rungutan daripada penduduklah ataupun daripada ahli jemaah yang kadang-kadang kita tahu bahawa masjid dan surau ini satu institusi yang wajar daripada, bebas daripada politik. Tapi tengok-tengok isi khutbah pun seolah-olah macam ada sesuatu sentimen ataupun kecenderungan politik.
Saya nak ambil contoh pada 21 Oktober, dalam Teks Khutbah Jumaat yang kedua dalam inti pati ataupun isi doa, ada satu ayat yang telah diungkapkan dalam bentuk yang bukan doa. Maka dikatakan dalam ayat itu ialah “maka ahli-ahli politik dengan ini dilarang berucap di masjid/surau”. Dia kata “Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Selangor rumah-rumah Mu yang aman, mempersatukan dan khatimah. Maka adalah dilarang ahli-ahli politik berdoa”. Ini bukan doa. Ini pernyataan. Dan kadang-
kadang ini sesuatu yang perlu diberikan perhatian dan saya juga ingin supaya ianya dapat diperhalusi balik, dibetulkan balik.
Kadang-kadang bila mana lepas Solat Jumaat ada di kalangan jemaah jumpa Khatib tegur. Ada beberapa kata ‘kami ikut apa yang teks sahaja’. Ia sama juga. Saya nak ambil contoh bilal yang baca doa di antara dua khutbah. Dia baca doa dengan izin dalam lafaz Bahasa Arab, “Allahumma inna nas aluka bihurmati hazal yaum. Antak syifa anna qurbatana wa antaghfirlana zunubana wa antar zukna min haisula nah tasib.” Jadi saya fikir, bila saya lihat ungkapan itu sebagai dari segi tatabahasa Arabnya tak betul. Sebab apa? Sesuatu yang berbaris atas, dimatikan kena “wa antaghfirolana” sepatutnya dan juga “wa anta zurkona”. Jadi saya berharap pihak JAIS lihat balik supaya ianya sebagai sesuatu yang tepat dan benar supaya tidak ada keraguan untuk mereka yang beramal.
Jadi saya harap dengan belanjawan ini sebagai sesuatu yang dapat dimanfaatkan dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan ini. Mudah-mudahan ia menjadi satu bukti kepada kejayaan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan untuk mentadbir sebuah negeri ini dengan mandat yang diberikan oleh rakyat. Sekian, saya dengan ini menyokong Usul belanjawan ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
Sungai Pelek.
Saya persilakan Bukit Melawati.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan saya ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada 25 November berjumlah RM 2.45 billion yang merupakan peruntukan belanjawan terbesar setakat ini.
Tuan Timbalan Speaker, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, ingin saya zahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Sama-sama kita doakan agar agenda reformasi dan pengislahan dapat dilaksanakan sebaiknya. Juga tahniah kepada lima orang Ahli Parlimen Negeri Selangor yang telah dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini iaitu Ahli Parlimen Gombak yang baharu, Ahli Parlimen Ampang, Ahli Parlimen Klang, Hulu Langat dan Ahli Parlimen Kuala Langat. Selamat menjalankan tugas dan menggalas amanah ini.
Tuan Timbalan Speaker, saya menyambut baik Belanjawan 2023 yang holistik merangkumi semua segmen masyarakat. Sebanyak RM 2.45 billion telah diperuntukkan sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun hadapan. Tema ‘Kita Selangor’ merupakan satu tema yang
diperkenalkan dengan menekankan kepentingan kolektif, kekitaan, rahmah dan ihsan yang cuba diterapkan oleh kerajaan negeri dalam dasar-dasar yang berorientasikan rakyat. Saya melihat secara keseluruhannya dan khususnya melalui Teras 2 Membudaya Perpaduan dan Masyarakat Penyayang, belanjawan ini bolehlah disebut sebagai belanjawan yang mesra rakyat dan keluarga.
Banyak inisiatif keluarga terutama untuk kanak-kanak, golongan orang kurang upaya dan ibu tunggal telah diperkenalkan. Kita merupakan wakil kepada suara kanak-kanak. Mereka tidak dapat menyuarakan hak dan keperluan mereka, tetapi Alhamdulillah kita mempunyai sebuah kerajaan yang penyayang atau compassionate state yang membela dan memberi solusi kepada permasalahan dan keperluan golongan kanak-kanak. Antara program diteruskan seperti Program Asuh Pintar yang memberi bantuan yuran bulanan kepada kanak-kanak RM 100 sebulan untuk mendaftar ke nursery juga diperluaskan kepada golongan ibu bapa kumpulan M40 di mana bantuan one off RM 100 bagi setiap kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah bagi tujuan pendaftaran taska atau nursery. Bantuan seumpama ini amat bermakna kepada para ibu bapa yang bekerja sebagai satu bentuk sistem sokongan kepada kumpulan pekerja yang terus menyumbang kepada pembangunan negara tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Program nutrisi kanak-kanak melalui Program Anak Selangor Anak Sihat atau ASAS amat saya alu-alukan. Saya percaya ini merupakan respons Kerajaan Negeri terhadap pelbagai laporan dan kajian berkenaan isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Merujuk kepada National Health and Mobility Survey 2006 hingga 2016, di Malaysia peratusan kanak-kanak terbantut telah meningkat dengan ketara dari 8.9% pada tahun 2006 kepada 17% pada tahun 2016 bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 23 bulan. Maka dengan adanya Program ASAS ini di Negeri Selangor seharusnya kita dapat memberikan sasaran bahawa Negeri Selangor bebas daripada malnutrisi kanak-kanak pada satu jangka masa yang tertentu.
Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan dan Pemerdayaan Wanita dan Keluarga kerana Dasar Pemberdayaan Golongan OKU diperkasakan lagi dalam belanjawan kali ini. RM 4 juta telah diperuntukkan kepada sebuah yayasan yang dipanggil Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS). Saya melihat inisiatif ini memberi signal atau mesej yang tepat dalam usaha kerajaan membela dan memberdaya golongan OKU di Negeri Selangor. Pelbagai program lain seperti pengenalan Kad Iltizam Anak Istimewa Selangor (Kad ANIS), subsidi yuran pendidikan khas, geran pembelian barangan keperluan khas, bantuan rawatan perubatan di hospital pakar dan pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh golongan OKU di Negeri Selangor ini jelas membuktikan komitmen untuk terus membangun potensi serta menyediakan sistem sokongan kepada setiap anak-anak istimewa di negeri ini.
Tuan Timbalan Speaker segmen masyarakat yang penting dan sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai apabila belanjawan dibentangkan adalah terkait dengan golongan wanita. Terima kasih saya ucapkan kerana pihak Kerajaan Negeri menyediakan peruntukkan khusus bagi golongan wanita ibu tunggal. Sebanyak RM 336 ribu diperuntukkan bagi insentif pembangunan ekonomi ibu tunggal serta kuota khas pembelian perumahan mampu milik Rumah Selangorku khas untuk golongan ibu tunggal. Kuota khas atau keutamaan pembelian rumah bagi golongan ibu tunggal ini telah lama disuarakan. Namun baru hari ini inisiatif ini dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Syabas saya ucapkan dan diharapkan dasar ini dapat diterapkan di peringkat Kerajaan Persekutuan kelak. Dana bantuan guaman telah diperluaskan lagi untuk kes-kes mahkamah syariah di mana RM 1 juta diperuntukkan bagi kes-kes syarie yang melibatkan kes perkahwinan dan isu keganasan rumah tangga. Saya amat mengalu-alukan bantuan ini kerana sekian lama wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa kepada pengabaian bekas suami apabila berlaku penceraian ataupun kes tuntutan nafkah anak. Si isteri tidak mampu untuk membiayai yuran guaman bagi menyelesaikan kes-kes yang tertangguh yang telah menyebabkan kesan atau impak negatif terhadap kelangsungan hidup si isteri dan anak-anaknya. Maka dana bantuan guaman ini diharapkan dapat memanfaatkan golongan wanita yang memerlukan. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan program pembelian tuala wanita secara percuma kepada golongan wanita B40 bagi satu tempoh tertentu. Isu kemiskinan haid bukanlah isu baru. Namun akibat rasa malu dan stigma masyarakat yang menganggap ianya sesuatu yang tabu maka isu ini jarang sekali dibincangkan. Kemiskinan haid adalah situasi apabila individu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tuala wanita atau pad akibat kekangan kewangan. Ia juga merujuk kepada kekurangan kemudahan sanitasi untuk menguruskan haid seperti ketiadaan bekalan air bersih atau tiada tempat pelupusan sampah tuala wanita yang sesuai. Golongan yang berisiko termasuklah wanita di luar bandar, miskin bandar dan miskin tegar. Bagi pelajar pula ketiadaan tuala wanita atau tuala wanita yang tidak mencukupi boleh membataskan pergerakan dan aktiviti di sekolah sekali gus menjejaskan fokus pembelajaran dalam bilik darjah. Yang mana akhirnya mereka mungkin memilih untuk tidak hadir ke sekolah bagi satu tempoh masa ketika haid dan ini menyebabkan antara salah satu faktor keciciran pelajar.
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat pernah menjalankan kajian di 13 Komuniti Projek Perumahan Rakyat dan 2 Institusi Jabatan Kebajikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan remaja dan wanita yang berusia 13 hingga 24 tahun. Hasil kajian tersebut mendapati 13.1% daripada golongan B40 tidak mampu membeli tuala wanita berikutan harga yang mahal. 16.4% daripada jumlah tersebut pula menyatakan mereka mengalami kesulitan untuk membeli produk pengurusan haid. Negara seperti Korea Selatan telah menawarkan tuala percuma sejak tahun 2018 di 10 tempat awam. Manakala Scotland telah menawarkan tuala wanita percuma bermula tahun 2020. Pada tahun 2021 pula New Zealand telah memperkenalkan program akses percuma produk sanitari kepada 3200 orang pelajar
perempuan di 15 buah sekolah. Kenya dan Afrika Selatan telah menghapuskan cukai import ke atas produk sanitari. Perancis pula telah memperuntukkan 1 juta Euro bagi tujuan pemberian produk sanitari percuma di sekolah-sekolah. Maka diharapkan program yang baik ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang dengan peruntukkan yang lebih besar bagi menangani isu kemiskinan haid di negeri Selangor.
Tuan Timbalah Speaker, saya menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri yang prihatin dengan realiti dan masalah rakyat khususnya bagi memastikan keselesaan dan keselamatan kediaman rakyat dengan peningkatan peruntukkan Program Bina Baru Dan Baik Pulih Rumah Kerajaan Prihatin. Saya amat gembira kerana ini bermakna lebih ramai penduduk yang miskin yang tinggal di kediaman usang khususnya di kawasan kampung yang perlu kepada pembaikan atap rumah yang bocor, dindingnya hampir roboh dimakan anai-anai, pintu dan tingkap rumah yang rosak dapat dibaikpulih. Ini kerana kos bahan binaan yang semakin mahal menyebabkan rakyat miskin tidak mampu membaiki kerosakan tersebut. Hanya saya berharap agar pelaksanaan kerja-kerja baik pulih atau bina baru ini dapat dipercepatkan atau dipermudahkan. Masih ada satu kes di kawasan saya iaitu di Kampung Tanjung Keramah yang sudah hampir setahun yang masih belum dilaksanakan walaupun saya difahamkan telah lulus. Jadi saya berharap dengan peningkatan peruntukkan yang diberikan ini tidak lagi menjadi satu isu ataupun halangan bagi menyelesaikan kes ini. Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, Negeri Selangor merupakan negeri yang membangun sebagai penyumbang terbesar KDNK negara. Namun di bahagian Selangor Utara masih jauh ketinggalan berbanding daerah-daerah yang lain yang menerima limpahan pelaburan dan pembangunan ekonomi. Oleh itu saya berharap dengan adanya Program wi-fi Desa yang menempatkan 2100 access point dengan peruntukkan RM 5.93 juta benar-benar dapat memanfaatkan masyarakat di luar bandar. Jangan kita lupa golongan anak muda hari ini amat terkehadapan dalam dunia Internet dan teknologi maklumat. Media sosial menjadi salah satu keperluan asas mereka untuk bersosial menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran juga menambah pendapatan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan untuk memastikan capaian internet yang lebih baik di seluruh kawasan termasuk di Kuala Selangor dan Selangor Utara agar semua golongan masyarakat menikmati kemudahan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua kerana telah melaksanakan Projek Selangor Penyayang dan peruntukkan RM 500 ribu diberikan kepada setiap DUN pada tahun hadapan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan infrastruktur pembangunan di setiap DUN.
Tuan Timbalan Speaker, beberapa perkara saya ingin sentuh berkenaan kawasan saya sebelum saya menamatkan ucapan. Di mana saya ingin membangkitkan berkenaan perkembangan pembukaan Muzium Permainan Tradisional di atas Bukit Melawati yang sudah tertangguh sekian lama. Bagaimana, bilakah muzium ini dijangka akan dibuka kepada orang ramai? Dan bagaimana pula perkembangan penaiktarafan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor seperti yang pernah
diumumkan oleh Yang Berhormat Tanjung Sepat? Program Rentak Selangor pernah dianjurkan di Kampung Api-Api, Kuala Selangor dan saya melihat ini merupakan satu program yang amat baik untuk memastikan warisan kebudayaan kita terus terpelihara dan disuburkan. Jadi saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan program ini dan saya ingin menjemput pihak PADAT dan juga Yang Berhormat EXCO sekali lagi untuk ke DUN Melawati bagi melaksanakan Program Rentak Selangor. Tuan Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada daripada saya dan seluruh penduduk di 2 buah Kampung Tradisi di bawah kawasan Bukit Melawati kerana Kerajaan Negeri telah meluluskan dua buah MPKK yang baru iaitu Kampung Tanjung Keramat dan Kampung Teluk Piah pada awal tahun ini. Komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan kemaslahatan rakyat terbukti dengan wujudnya Majlis Pengurusan Kampung ini. Namun demikian masalah kecil seperti longkang yang tidak di selenggara di Kampung Tanjung Keramat masih tidak selesai. Ini kerana mungkin ini merupakan satu kampung baru yang diwujudkan tidak ada jabatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan yang ingin mengambil tanggungjawab. Masing-masing menolak kerja ataupun tugas ke jabatan yang lain. Jadi saya perlukan satu jawapan dan kebertanggungjawaban pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin ia kelihatan kecil tetapi ia merupakan permasalahan dalam kalangan penduduk kampung di bawah sana. Dan daripada aspek pelancongan, Bukit Melawati Pusat Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan Sky Mirror sering menjadi bualan dan tumpuan pelancong. Namun di Kuala Selangor terdapat sebuah galeri seni yang diuruskan oleh komuniti tempatan iaitu sasaran Art Gallery. Saya ingin menjemput pihak EXCO Pelancongan untuk turun sendiri dan melihat sasaran art gallery yang memerlukan beberapa penambahan pembaikan bagi kelangsungan galeri ini serta bagi menghidupkan kembali aktiviti kesenian di sini. Golongan seni tempatan harus diangkat dan diberi perhatian agar kelestarian seni dan budaya tempatan dapat terus subur dan diwarisi.
Dan perkara terakhir adalah berkaitan banjir. Masih berlaku banjir di kawasan DUN Melawati khususnya di Kampung Asahan dan di Kampung Tanjung Siang. Malah baru-baru ini juga berlaku banjir di mana pusat pemindahan sementara telah dibuka sejak 17 November yang lalu dan baru sahaja ditutup semalam. Jadi hampir dua minggu 30 keluarga terpaksa tinggal di PPS dan saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Kerajaan Negeri walaupun kita telah menempatkan screw pump bernilai jutaan ringgit di Kampung Asahan tersebut. Setelah beroperasi beberapa tahun kampung asahan tidak banjir tetapi bermula tahun lepas akibat daripada ban yang pecah telah banjir besar menyebabkan seluruh kampung daripada Batu 6 dan Batu 8, Kampung Hasan Tenggelam. Namun demikian walaupun screw pump itu berfungsi semula tahun ini masih berlaku banjir di Kampung Asahan. Jadi saya inginkan penjelasan mengapa perkara ini masih berlaku walaupun kita telah berbelanja berjuta ringgit dengan tambahan tiga ke empat pump di kampung tersebut namun kejadian ini masih tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Dan yang terakhir aspek psikososial mangsa banjir sekiranya berlaku saya berharap pihak Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat menyediakan peruntukkan khas bagi memberikan sistem sokongan psikososial kepada mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan sementara kerana ramai pihak councilor yang hadir ataupun ada meminta permohonan daripada ADUN-ADUN sendiri kerana mereka tidak mempunyai peruntukkan untuk menyediakan kit-kit kaunseling yang mencukupi untuk kanak-kanak terutamanya dalam mereka melaksanakan aktiviti di pusat pemindahan sementara. Dengan itu Tuan Timbalan Speaker terima kasih saya ucapkan dan Bukit Melawati menyokong penuh belanjawan 2023, sekian terima kasih.
Saya mempersilakan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya mulakan sekarang walaupun masa masih tertinggal dua minit. Okay, pertama sekali saya ingin mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Amiruddin Shari, barisan EXCO dan pasukan penjawat awam dan agensi yang terlibat dalam penyediaan belanjawan Selangor 2023. Slogan “Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan, Melakar Hala Tuju Negeri Selangor Yang Progresif Dan Holistik” di mana ekonomi bukan sekadar menguntungkan golongan kapitalis tetapi memacu perkembangan sosial melalui penyediaan infrastruktur latihan dan platform untuk membentuk warga Selangor yang moden, berdaya tahan dan bersatu padu. Isu yang pertama yang saya ingin sentuh berkenaan dengan keselamatan makanan ataupun food safety dengan izin Covid-19 telah mendedahkan kepentingan keselamatan makanan dan keperluan kita mengurangkan import dengan izin in favour of self sufficiency. Saya gembira dengar bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan memberi tumpuan utama kepada isu ini melalui program keselamatan bekalan makanan negeri Selangor. Sektor pertanian tiada pisahnya dengan tanah. Selain kaedah hidroponik dan eroponik yang mengurangkan keperluan tanah, saya ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor menggesa Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) untuk serahkan lot-lot tanah bekas loji rawatan yang telah dikomersial dengan izin. Di Petaling Jaya persatuan penduduk masih menunggu untuk penyerahan lot-lot ini kepada MBPJ supaya dapat dimanfaatkan untuk aktiviti riadah, kebun komuniti dan lain-lain inisiatif. Sekiranya lot ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan diletakkan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan kita dapat meluaskan. Okay saya berhenti di sini.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Dengan ini saya melanjutkan sesi perbahasan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum warahmatulahi wabarukatuh. Selamat petang. Dewan disambung semula. Saya mempersilakan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya sambung dengan point pertama iaitu keselamatan makanan di mana saya menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya menggesa pula IWK, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan untuk serahkan lot-lot tanah bekas loji rawatan yang telah decommissioned, dengan izin. Sekiranya lot-lot ini dapat diserahkan kepada Kerajaan Negeri dan diletakkan di bawah PBT kita dapat meluaskan program keselamatan makanan di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang.
Isu kedua yang saya bangkitkan dengan pembinaan dan pengurusan jalan, saya ingin membawa isu pembaikan keadaan jejantas Sungai Way kepada Stesen KTM Seri Setia. Pada tahun 2021 saya telah menulis surat mengenai jejantas ini kepada JKR Petaling dan maklum balas mereka ialah tidak cukup peruntukan. So, saya mintalah sebab Kampung Tunku ini kawasan yang kecil dan tiada jalan raya Negeri dan Persekutuan. So, saya memohon agar terdapat tindakan itu satu-satunya jejantas JKR di DUN Kampung Tunku.
Ketiga, program OKU. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas program-program OKU yang cukup mantap. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah agar penyampaian makluman Kerajaan Negeri lebih mesra OKU. Langkah-langkah ini mudah tetapi memberi impak:
Pertama, mengguna skema warna yang bersesuaian supaya maklumat senang dibaca oleh golongan OKU penglihatan, termasuk golongan yang buta warna. Penggunaan Alt-Text, bersama-sama imej. Kalau Ahli-ahli Dewan upload gambar-gambar di Twitter, terdapat pilihan untuk mengguna Alt-Text untuk describe gambar itu. Saya sarankan agar Kerajaan Negeri agar Ahli-ahli Dewan biasakan dengan penggunaan Alt-Text supaya OKU penglihatan dapat tahu isi kandungan mesej kita. Selain itu, Alt-Text dia akan muncul sekiranya Alt-Text internet rendah dan gambar tidak dapat download. So, cara tidak langsung dapat membantu Yang Berhormat-Yang Berhormat menyampaikan maklumat dengan lebih mesra OKU.
Bagi web design yang lebih mesra OKU, Kerajaan Negeri boleh rujuk Piawaian Antarabangsa, dengan izin, Web Content Accessibility Guidelines (WCAG). Langkah-langkah ini memang memerlukan masa kita biasakan diri tetapi akan menambah kecekapan Kerajaan Negeri dengan prinsip no one left behind.
Keempat, Bantuan Guaman Selangor. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana telah meluaskan liputan dan Bantuan Guaman Selangor dari kes kekeluargaan dan kes di bawah Akta Kerja 1995 di Mahkamah Sivil kepada kes syariah. Ini memang hasrat Yang Berhormat Subang Jaya dan diri saya apabila buat kertas kerja untuk dibawa ke Yang Berhormat Kota Kemuning selaku EXCO. Dan saya gembiralah, saya ucapkan terima kasih kerana membolehkan lebih ramai orang menuntut keadilan, terutama ibu tinggal iaitu golongan ibu tunggal untuk bantuan kebajikan sebab belum bercerai secara rasmi.
Kelima, Bantuan Sihat Selangor. Saya kira Bantuan Sihat Selangor satu skim yang saya rasa cukup baik dan telah membantu warga Selangor untuk mendapat rawatan kesihatan untuk bertahun-tahun. Di sini saya memohon dengan rendah diri agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) sebagai satu hospital yang tersenarai. Saya...
Mohon Kampung Tunku betulkan.
Ya Taman Medan.
Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Ya betul, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Okay. Terima kasih Taman Medan atas teguran dan nasihat. Okay. Saya sedar PPUM adalah hospital universiti namun Petaling Jaya tiada hospital kerajaan dan ramai warga Petaling Jaya terima rawatan di PPUM. Saya sendiri telah menerima banyak permohonan daripada B40 di Kampung Tunku untuk meminta waiver, dengan izin) kos rawatan dengan Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUM. Jika anggaran kos Kerajaan Negeri terlalu tinggi, saya cadangkan syarat-syarat Bantuan Kesihatan Selangor agar sedia ada diperketat di PPUM.
Bagi isu kesihatan mental, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana baru melancarkan subsidi psikiatri melalui Selangor Mental Sihat baru tadi. Tapi saya berharap juga Selangor Mental Sihat akan mempertimbangkan ubat penyakit psikiatri yang generic. Bekalan mood stabilizer seperti Quetiapine untuk sebulan berharga lebih RM 400 lebih di farmasi swasta banding RM30.00 di Klinik Kesihatan Kerajaan. Saya cadangkan Klinik Selcare terlibat dengan penyediaan subsidi ubat psikiatri generic supaya mereka yang mendapat rawatan psikiatri melalui SIHAT dia tidak tergantung begitu sahaja di mana Doktor bagi nasihat preskripsi tetapi ubat tiada atau ubat mahal.
Akhirnya, Kempen Kesedaran Menstruasi. Syabas Kerajaan Negeri Selangor atas dasar belanjawan yang progresif ini. Kita dapat menginsafi menstruasi adalah
sebahagian normal dalam kehidupan wanita. Tapi saya ada soalan iaitu apakah mekanisme ketiadaan tuala wanita secara percuma melalui MBI? Kedua, saya ingin menyentuh isu pemeriksaan haid iaitu period spot check, dengan izin yang timbul pada tahun lepas. Berita terakhir mengenai isu ini ialah pengumuman Mantan Menteri Pendidikan Radzi Jidin tentang penubuhan satu jawatankuasa khas yang merangkumi individu di sektor pendidikan, agama, psikologi dan undang-undang ada kepakaran dalam gangguan seksual dan buli. Pada November 2021 JKM telah mengeluarkan pekeliling yang melarang pemeriksaan haid namun pekeliling itu tidak menggariskan mekanisme aduan dan tindakan sewajarnya. Walaupun ini boleh di kira di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Saya menyeru Kerajaan Negeri supaya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan agar semua sekolah di Negeri Selangor bebas dari pemeriksaan haid.
Pemeriksaan haid merupakan pencabulan dan autonomi pelajar dan memberi kesan psikologi yang negatif. Jadi saya harap isu ini turut dimasukkan dalam kempen kesedaran – no one can touch you without your consent, demi keselamatan anak-anak kita. Akhir kata saya mengucapkan...
Minta penjelasan.
Ya.
Apakah yang dimaksudkan dengan apa ujian haid? Pemeriksaan haid? Apa kaedah yang digunakan? Tradisional ke? Kaedah dalam Islam yang di Malaysia. Pernah dengar? Memang normal ya? Minta penjelasan.
Terima kasih Hulu Kelang. Pemeriksaan haid ialah satu, saya hendak kata amalan pun tidak berapa tepat tetapi sesuatu practice yang dijalankan di sekolah-sekolah terutamanya di Sekolah Agama yang kita dapati di mana guru ataupun pengawas dia tak nak pelajar wanita ponteng solat ataupun aktiviti, so mereka akan meminta bukti bahawa pelajar wanita tu sedang mengalami haid. So, kaedah-kaedah yang digunakan termasuk kena tunjuk tuala wanita yang berdarah atau ada sentuhan di bahagian kelamin untuk memastikan bahawa pelajar wanita itu memakai tuala wanita.
Sekolah mana ni? Sekolah Kerajaan? Sekolah swasta? Ia adalah pencabulan hak asasi.
Terima kasih Hulu Kelang. Saya setuju, ini adalah pencabulan hak asasi. Setakat ini kita tidak mempunyai data yang kukuh tetapi apabila isu ini timbul di media masa Malaysia Kini telah mengumpul 15 buah sekolah di mana ada pelajar yang membuat aduan melalui Malaysia Kini ataupun sosial media dan kemukakan senarai nama itu Kementerian Pendidikan untuk tindakan. Ya, Hulu
Kelang hendak mencelah lagi. Okay. Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas Belanjawan yang cukup menyeluruh. Kampung Tunku mohon menyokong. Terima kasih.
Saya silakan, Sijangkang.
Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, untuk memberikan saya terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada Jumaat yang lalu. Alhamdulillah saya kira kita telah melepasi satu Pilihanraya Ke-15 yang cukup mencabar baru ini. Tapi apa pun saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak, dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, kepada parti-parti politik, pimpinan-pimpinan politik, pencalon dan semua rakyat, pengundi-pengundi di negara kita terutama di Negeri Selangor yang memungkinkan Pilihanraya berlaku dengan baik. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Agama Islam Selangor dan juga Jabatan Agama Islam Selangor yang saya kira mimbar Jumaat juga telah panduan kepada kita dalam bentuk yang bukan politik tetapi bagaimana kebaikan pembentukan sebuah negara kebaikan, keperluan pemimpin yang perlu kita ada. Sifat-sifat kepimpinan yang perlu dipilih untuk pemimpin dan juga adap kita berkempen. Saya kira ini satu perkara yang sangat positif mungkinkan rakyat mengundi secara waras untuk memilih pemimpin-pemimpin kita. Dan, akhirnya kita telah mendapat keputusan yang memutuskan oleh rakyat dan kita akur untuk kita terus gerak ke hadapan.
Sijangkang. Boleh sikit sahaja Sijangkang. Saya dengar ucapan Sijangkang ini saya hendak ucapkan syabas dan tahniah. Cuma saya hendak bagi tahu Sijangkang ini saya rasa dah boleh isi borang Amanah. Sebab ucapan Sijangkang ini dengan apa yang berlaku di luar sekarang ini, tidak sama. Kita dengar Sijangkang tadi menyebut soal rakyat buat keputusan, rakyat telah memilih, kita kena akur, soal dikaitkan dengan kepimpinan, sekarang ini kalau kita tengok, rakyat telah memilih. Rakyat telah meletakkan Pakatan Harapan dan rakyat juga telah meletakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Penjelasannya apa?
Betul-betul. Saya hendak pergi ni nak pergi. Tapi dia ada syarahnya sikit, sebab kita dalam PAS dulu pun Dr. Sijangkang sebelum nak pergi, ini syarahnya kan. Maksudnya kejap, nak habis dah, nak landing.
Daripada..
Nak landing dah. Dia setuju. Dia setuju. Timbalan Speaker setuju. Maksudnya sekiranya kita boleh menerima dengan hati yang terbuka. Sekarang ini kita tengok kat luar sekarang ini masih ada kepimpinan Yang Berhormat Sijangkang ni, presiden nya tidak puas hati. Terbaru ni pula timbul soal babi, babi, babi, sebut. Kan? Lepas itu komunis? Anwar Ibrahim tidak layak, lepas itu fitnah kita macam-macam lagi. Ada yang sebut kerajaan zina dan sebagainya. Cuma kita hendak tahulah, kalau betullah kita akur, sayang dan cintakan negara. Datuk Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah membuat keputusan, Majlis Raja-raja telah membuat keputusan, rakyat telah membuat keputusan, kalau begitu tolonglah kita minta. Jangan tiupkan lagi perkauman, kebencian, jangan fitnah, jangan tuduh domba. Jadilah Pembangkang yang bertanggungjawab. Pembangkang yang ada integriti. Tegur kami Pakatan Harapan kalau buat silap. Ini kita lihat luar sekarang ini teruk sangat. Sampai di tempat Yang Berhormat Sijangkang baru-baru ini pun saya dimaklumkan ada ustaz yang buat fitnah caci maki Pakatan Harapan dalam masjid. Saya minta Yang Berhormat Sijangkang tolong diperbetulkanlah perkara ini. Terima kasih Sijangkang. Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih Templer. Taman Templer. Saya ingat, tak apalah mungkin itu resepsi tapi yang saya ingat. Kita hendak ingat biar di luar sana dari pemerhatian saya kita lihat berkempen, berpilihanraya dalam keadaan yang sangat baik. Tiada isu-isu perkauman, tiada isu..
Tak betul, Sijangkang tak betul. Sijangkang tak betul. Pada saya, kita Sijangkang, kita dulu sama-sama dalam PAS Sijangkang, kalau benda yang betul saya akan kata betul. Saya prinsip saya, kalau kerajaan tak betul saya akan tegur. Tapi cara macam Sijangkang ini, saya hormat Sijangkang sebab Sijangkang orang yang baik. Tapi bila Sijangkang sebut, Sijangkang sebut kita di Selangor ini baik, tak ada fitnah tak ada caci tak ada maki, tak betul Sijangkang. Sijangkang tak betul. Benda yang tak betul, kena kata tak betul, kena tegur, kena nasihat. Ini parti-parti, parti Sijangkang ini. Parti Islam Islam Se Malaysia (PAS) ini.
Dah?.
Dah, dah-dah YB.
Dah?.
Tak boleh macam itu Sijangkang, saya sebagai sahabat nanti Sijangkang, nanti Sijangkang Allah akan tanya saya nanti. Allah akan tanya saya nanti. Sany kau tahu Sijangkang buat silap, dia cakap tak betul, kau buat apa?.
Dah belum?.
. Dah-dah.
Sabar.
Dah-dah.
Saya tak nak nanti, dihisab...
Timbalan Speaker.
Saya minta Sijangkang, tolong tolong tolong tolong Sijangkang...
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Hulu Kelang duduk dulu.
Kita nak Selangor ini berada dalam landasan yang betul.
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Hulu Kelang duduk dulu. Bagi Sijangkang cakap dulu.
. Okay ya?
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Bagi Sijangkang bahas dulu.
Ini baru nak mula ni, jadi Alhamdulillah saya ingat, ini pemerhatian dan pendapat saya walaupun saya ingat di Kuala Langat ini antara tempat yang agak panas la. Saya ingat ramai pemimpin-pemimpin yang turun ke Kuala Langat ini untuk berkempen. Saudara Rafizi saya ingat dua kali turun. Tun Mahathir pun turun ke Kuala Langat. Saudara Anwar Ibrahim pun turun ke Kuala Langat. Saudara Mat Sabu pun turun ke Kuala Langat. KJ pun turun Kuala Langat. Tapi bagi saya, saya melihat di Kuala Langat ini cantik dalam perjalanan kempen dia. Cuma sangat kalau ada unsur-unsur yang begitu, kita serahkan kepada pihak yang berauthority laporkan kepada polis kerana kita ada adab-adab dan cara kita berkempen. Dan ini pun juga yang kita sebutkan
Sijangkang, betul-betul la Sijangkang. Polis, polis la Sijangkang.tapi Sijangkang ini Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sijangkang statement yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Sik yang menyatakan kalau undi BN, kalau...
Saya sebutkan sebab Selangor ini, Selangor.
Iya, tapi kalau dah macam tu...
Dia dah minta...
Tak masalahnya kalau, Sijangkang, kalau dia cakap dekat Sik suara dia tu dengar dekat Sik je. Dekat sik je tak pergi tak pergi Kuala Langat. Tak pergi Hulu Langat. Tak boleh macam tu.
....dan dia pun dah pergi minta maaf
Kemudian, kemudian ada pulak yang nak menyatakan bahawa kerajaan ini kerajaan komunis, kerajaan ini kerajaan komunis. Yang baru ini pula mereka menyatakan bahawa Anuar Ibrahim, perlu mendapatkan mandat daripada Israel untuk bentuk kerajaan. Tolong lah Sijangkang, awak orang baik, jangan jadi jahat.
Cukuplah cukup cukup. Saya ingat.....
Awak orang baik, jangan jadi jahat, jangan jadi bengong.
Ini Dewan yang mulia, tak perlu nak menjerit-jerit. Bercakap dalam keadaan yang baik.
Bukan menjerit. Saya cakap perlahan-lahan.
Taman Templer. Taman Templer bagi ruang Sijangkang.
Sijangkang, Sijangkang, janganlah Sijangkang. Janganlah Sijangkang nak memutar belitkan.
Dah-dah, saya ingat saya tak bagi...
Taman Templer.
Tak masalahnya benda yang Sijangkang ini sebut tak betul. Tak Sijangkang saya ni sebagai sahabat, saya nak nasihatkan Sijangkang.
Saya sebutkan, saya punya pengalaman, saya pernah difitnah dalam Pilihan Raya. Saya bawa kes ini kepada pihak yang berkuasa Polis, dan ke mahkamah dan akhirnya memberi kemenangan kepada saya.
Tak apa tak ada masalah.
Kalau ada isu-isu sebegitu laporkan kepada polis kita punya pihak berkuasa, pihak yang ada authority. Kenapa tidak buat begitu.
Parti Sijangkang, Parti Sijangkang yang tuduh kami. Kenapa tak buat report polis. Kenapa tak buat report polis.
Yang kena tuduh yang kena buat report polis.
Boleh, ini tuduh kami komunis, tuduh kami LGBT, tuduh kami hendak kristiankan negara ini. Sepatutnya parti Yang Berhormatlah buat report polis.
Terima kasih, terima kasih saya ingat saya nak teruskan Tuan Timbalan Speaker.
Okay Yang Berhormat.
Okay saya teruskan.
Taman Templer. Bagi ruang Sijangkang.
Tak sepatutnya, dialah buat report polis bukan kerja aku buat report polis. Dah sekarang ni aku, hari-hari kena pergi ke Balai Polis. Nak buat report polis nak mengharapkan Taman Medan dia tak mahu.
Jadi Alhamdulillah saya sangat berterima kasih kepada pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan kita ini beruntung kita duduk dalam Negeri Selangor yang kaya yang punya sumber pendapatan yang begitu banyak. Jadi saya ingat soal
pendapatan ini tidak jadi isu di Negeri Selangor. Cuma mungkin soal urus tadbir yang saya kira ada kekuatan dan kelemahan di sana yang perlu kita perbaiki. Saya melihat daripada sudut bajet yang dibentangkan untuk tahun 2022 dan kita dapat mendapat laporan daripada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar berkaitan dengan pelaksanaan pembangunan 72.72%. Dan saya kira ini antara yang pencapaian yang baik saya kira sehingga hujung tahun mungkin boleh berlaku sehingga 90 hingga 100% pencapaian dari sudut penggunaan kewangan daripada sudut pembangunan. Cuma saya nak juga bertanya kepada Kerajaan Negeri yang mana juga termasuk dalam bajet dan ini juga telah dibincangkan daripada penggal yang sebelum ini dan masuk dalam penggal yang ini tetapi saya lihat ada beberapa pembangunan khususnya di Kuala Langat yang saya lihat masih belum ada pergerakan daripada suku tu terutamanya adalah berkaitan dengan Sekolah Agama Swasta dan muhajidin yang telah diuntukkan sebanyak 6 juta sehingga pada hari ini pun saya tidak tahu apa statusnya dan saya lihat dalam bajet pada kali ini pun masih ada lagi peruntukan itu.
Kemudian adalah berkaitan dengan projek pembangunan perpustakaan desa di bawah PPAS. Yang saya kira juga sebelum ini dibincangkan daripada penggal lepas tetapi masih belum ada perkembangan apa-apa ditapak. Begitu juga saya nak mendapat maklumat daripada Pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan pembangunan di Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar, Maahad Integrasi Tahfiz Sains Istana Bandar yang saya lihat pembangunannya yang agak terlalu perlahan. Saya tidak tahu apakah sebab-sebabnya yang mungkin Kerajaan Negeri juga belum memberikan respons kerana ini juga penting untuk kepentingan pelajar-pelajar ataupun anak-anak kita. Ini soal pelaksanaan program-program begitu juga yang saya nak sebutkan berkaitan dengan Program Iltizam Selangor seperti mana yang pernah saya sebutkan pemberian air percuma kepada B40 yang pada hari ini ditingkatkan kepada pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 yang pencapaian hanya 50% sahaja. Dan saya ingat perlu ada sesuatu inisiatif baru bagaimana mungkin pendaftaran-pendaftaran yang lebih daripada itu sebab peruntukkan yang ada. Dan kita mempunyai target-target yang tertentu dan supaya akhirnya pelaksanaan ini dapat dijalankan, dilakukan dengan sebaik mungkin.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira Kuala Langat ini ialah salah satu daerah yang juga sifatnya sebagai Klang Valley 2 yang mana perancangan pembangunan yang cukup, cukup hebat dalam misi juga mengukuhkan pertumbuhan ekonomi di Kuala Langat. Saya kira ada beberapa pembangunan yang besar termasuklah pembangunan yang disebutkan, pembangunan Integrated Development Region In South Selangor ataupun IDRISS’ pembangunan yang akan meliputi kawasan seluas 40000 ekar. Begitu juga dengan Carey Selangor ataupun bangunan di Pulau Carey. Begitu juga dengan Pembangunan Loji Rawatan Air Rasau daripada Sungai Rasau. Jadi pembangunan-pembangunan besar seperti ini kita mempunyai pengalaman di Kuala Langat dalam beberapa pembangunan termasuklah pembangunan perumahan pembangunan perindustrian yang saya kira bukan sahaja ia bermanfaat untuk memberikan impak kepada sumber-sumber ataupun peluang pekerjaan kepada
masyarakat. Dan juga sumber sokongan sampingan kepada masyarakat termasuklah kepada industri-industri kecil dan sederhana tetapi kita juga harus melihat ataupun mempertimbangkan soal kesan-kesan sampingan pembangunan yang harus dilihat daripada awal lagi. Soal kesan kepada alam sekitar, banjir, pencemaran, pencemaran sungai, pencemaran udara dan sebagainya. Soal sistem jalan raya, soal kepadatan penduduk, soal warga asing. Jadi saya kira dengan penubuhan jawatankuasa ini ia memungkinkan sesuatu projek rancangan yang berskala besar seperti ini dapat di selenggara dengan baik dan akhirnya tidak akan memberikan kesan-kesan yang tidak baik kepada masyarakat tempatan. Saya mengharapkan dengan adanya pembangunan-pembangunan ini akhirnya masyarakat tempatan ataupun anak-anak muda di kawasan Kuala Langat sendiri akan berpeluang mendapatkan pekerjaan. Dan ini saya mengharapkan juga melalui beberapa program yang diagendakan oleh Kerajaan Negeri termasuklah seperti Program IKTISASS dan program-program yang lain yang memberikan peluang untuk mengadakan satu program pemadanan antara keupayaan anak-anak muda yang mungkin mahu mencari peluang pekerjaan ini dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan dijana di kawasan ini. Sebab itu saya kira program-program untuk memperkasakan anak-anak muda ini harus ada atau harus disusun atur dengan lebih baik lagi. Begitu juga dengan keterlibatan terutamanya masyarakat kita tidak boleh pinggirkan, Masyarakat Orang Asli bagaimana soal pendidikan kepada mereka. Dan kesediaan mereka untuk berkerjaya. Kita tidak mahu melihat pembangunan rancak bangun di kawasan mereka tetapi mereka tertinggal.
Pada masa ini saya melihat di perkampungan Orang Asli ini, kita ada sekolah-sekolah Orang Asli yang berada di kawasan itu mereka agak tertinggal daripada sudut keperluan wifi mereka. Mereka juga memerlukan keperluan-keperluan seperti ini meraka juga menggunakan gajet-gajet untuk pendidikan mereka tetapi saya kira ini antara satu perkara yang harus dilihat supaya mereka juga menikmati wifi untuk sistem pembelajaran di kawasan mereka itu. Jadi saya juga melihat seperti mana saya katakan tadi, pentingnya sistem jalan raya yang baik. Saya mula agak khuatir walaupun mulai hari ini sudah ada kesesakan lalu lintas di beberapa spot yang besar. Termasuk di kawasan Teluk Datuk, termasuk di Bulatan Saujana Putra, termasuk di jalan-jalan pilihan yang lain. Jalan Seri Cheeding, Jalan Batu 9 Kebun Baru, ini harus juga dilihat. Sebab saya melihat, kalau kita sekarang ini dalam projek pembangunan jejantas di Bulatan Saujana Putra, saya kira itu satu-satunya exit daripada Kuala Langat ke elite highway dan saya kira, sekiranya selesai pun jejantas ini ia tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini. Saya mencadangkan supaya ada satu transport impact assessment (TIA) yang menyeluruh supaya akhirnya kita dapat menyelesaikan masalah penyuraian. Dan ini saya jangkakan akan lebih besar lagi apabila West Coast Expresway (WCE) nanti beroperasi dan saya kira ini akan menambahkan lagi jumlah kenderaan dan akan menambahkan lagi kesesakan-kesesakan lalu lintas di Kuala Langat terutamanya. Sebab itu saya juga melihat dan perlu ada perancangan untuk melihat second exit ataupun exit yang kedua daripada Kuala Langat ke Elit Highway yang saya melihat jalan yang sekarang
ini dalam menaik taraf jalan Kampung Lombong yang merentasi Elite Highway ke Kampung Sri Aman di Puchong dan itu mungkin antara yang boleh kita jadikan juga sebagai Exit daripada Kuala Langat ke Elite Highway.
Jadi ini harus dilihat dengan teliti supaya akhirnya kesesakan lalu lintas yang berlaku di Kuala Langat ini dapat diselesaikan. Perkara yang kedua adalah berkaitan dengan isu banjir, kerana kita berpengalaman dengan pembangunan seperti pembangunan industri perumahan yang akhirnya menyebabkan banjir dan saya melihat kawasan di Kuala Langat ini termasuklah Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Termasuklah kawasan-kawasan yang akan kita bangunkan ini secara tidak langsungnya sebenarnya juga adalah juga kawasan penebatan banjir yang dapat menakung jumlah air yang besar tetapi apabila ada pembangunan skala yang sebesar ini, saya kira ia juga harus dirancang dengan penuh teliti walaupun kita mungkin ada program-program untuk tebatan banjir termasuklah kalau kita lihat dalam pembentangan ini dijangkakan ada 21 kolam ataupun bekas lombong yang akan dijadikan tempat untuk tebatan banjir. Saya kira di Kuala Langat ini juga tidak kurang kawasan-kawasan tinggalan ataupun bekas-bekas lombong untuk dijadikan sebagai kolam takungan untuk menjadi tebatan banjir. Dan saya kira perancangan ini harus dibuat secara menyeluruh pada beberapa sesi yang lepas juga, EXCO Infrastruktur telah menyebutkan kepada kita ada satu perancangan yang holistik pengurusan air di Selangor iaitu WARAS Water Resources Assurance Scheme yang saya kira setakat ini pun saya belum dengar pembentangan secara menyeluruh saya kira sudah tentu juga ini akan mempertimbangkan beberapa perkara-perkara yang saya sebutkan tadi yang akhirnya kita dapat menyelesaikan masalah banjir terutamanya di kawasan pembangunan yang sangat berharga iaitu IDRISS’, Carey Selangor dan pembangunan-pembangunan yang lain.
Pada hari ini saya melihat pembangunan LRA (Loji Pembangunan Air Rasau) yang saya kira baru sahaja dimulakan dan saya tengok sudah ada mula impak kepada masyarakat tempatan. Dua hari yang lepas berlaku kenaikan air di kawasan Taman Kemandul yang berdekatan dengan kawasan Pembangunan Loji Rawatan Air dan saya dimaklumkan juga pengaliran di situ tidak berjalan dengan baik seperti sebelumnya. Saya khuatir disebabkan oleh pembangunan ini akan memberikan impak kepada masyarakat tempatan terutamanya di Taman Kemandul itu yang akan juga terdedah dengan banjir dan sebagainya. Selain daripada itu mungkin pembangunan-pembangunan perumahan yang saya kira agak rancak ia juga perlu difikirkan mungkin kebenaran-kebenaran merancang yang kita akan luluskan di peringkat PBT harus dilihat pertamanya adalah berkaitan dengan sistem saliran dan kesan daripada pembangunan itu kepada banjir, sebab apa yang berlaku sebagai contoh di kawasan Batu 9 Kebun Baru, Batu 10 Kebun Baru yang sebahagian besarnya banjir yang berlaku itu juga adalah disebabkan pembangunan-pembangunan poket kecil perumahan yang saya kira memberikan impak kepada banjir kepada masyarakat tempatan. Begitu juga di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang yang saya kira itu juga hasil daripada pembangunan perumahan yang saya kira antaranya
menyebabkan sistem saliran kita tidak baik. Sebab itu saya tempoh hari juga mencadangkan beberapa pam, beberapa spot yang perun kepada banjir ini harus ada penyelesaiannya. Kalau mungkin yang skala panjang itu mengambil masa, tetapi yang berskala pendek termasuklah menyediakan pam-pam sementara ataupun pam-pam air untuk menyelesaikan masalah ataupun menyusutkan kadar..
Sijangkang. Masa dah 20 minit. Masa.
Sedikit boleh.
Untuk akhirnyalah. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk akhirnya saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri akan. Bonus. Soal program pendidikan termasuklah pendidikan kesihatan, pendidikan sebagainya. Saya kira ada peruntukan-peruntukan yang tertentu sebab saya melihat dalam beberapa perkara yang kita terpaksa hadapi COVID-19 dan sebagainya pendidikan kepada masyarakat saya rasa dia agak kurang dan begitulah juga dengan penyakit-penyakit yang lain kerana pencegahan itu lebih baik daripada kita merawat dan kita tidak mahu kita terpaksa mengeluarkan jumlah yang cukup besar untuk merawat, bahkan kalau kita dapat berikan pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat daripada peringkat awal ia akan memberikan sesuatu yang lebih baik. Untuk akhirnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya nak bertanya juga kepada Kerajaan Negeri, tahniah kepada Kerajaan Negeri dengan kekuatan kewangan yang ada memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat-penjawat awam 2 1/2 bulan gaji. Saya kira tempoh hari juga, pada pandangan sayalah satu polisi Kerajaan Negeri untuk memberikan BKK ini berdasarkan kepada prestasi sama ada ini masih lagi menjadi polisi Kerajaan Negeri, pemberian bantuan khas kewangan ini melalui prestasi penjawat-penjawat ataupun ia diberikan secara melihat keseluruhan pencapaian Negeri Selangor itu sendiri. Jadi, terima kasih kepada Tuan Speaker, dengan ini saya menyokong belanjawan yang dibentangkan. Terima kasih.
Saya persilakan Sungai Burong.
Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, Salam perpaduan. Sungai Burong ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor. Terlebih dahulu tahniah juga diucapkan kepada Y.A.B. Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Selangor 2023 dengan cadangan anggaran perbelanjaan sejumlah RM2.45 bilion dengan dianggarkan sekitar RM2 bilion. Sungai Burong dan rakyat Negeri Selangor amat mengharapkan dengan bajet tahun 2023 Negeri Selangor ini dapat membantu negeri dan negara keluar daripada kemelut ekonomi akibat pandemik COVID-19 dan juga akibat perang Rusia - Ukraine yang telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Termasuk di negara kita. Bajet ini juga diharapkan dapat mengekang kenaikan kos
hidup dan kadar kenaikan harga barangan terutamanya barangan-barangan asas yang amat menghambat golongan rakyat berpendapatan rendah dan mereka yang amat memerlukan. Kejayaan pelaksanaan bajet ini bukan sahaja bergantung pada rancangan program dan strategi yang komprehensif dan inclusive. Malahan ia memerlukan penglibatan dan komitmen sepenuhnya daripada semua anggota penjawat awam, agensi-agensi kerajaan, agensi pelaksana, GLC kerajaan, pihak PBT pentadbiran daerah dan juga semua pihak termasuk Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di Negeri Selangor ini. Alhamdulillah, kita telah melalui Pilihan Raya di mana mandat telah diberikan kepada rakyat dan rakyat telah menentukan siapakah parti yang telah menang di Pilihan Raya ini untuk membentuk kerajaan. Walaupun pada hakikatnya, terdapat tiada parti yang boleh membentuk kerajaan tetapi dengan kerjasama yang telah dijalinkan terutamanya antara parti yang menang besar iaitu Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan atas nasihat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong.
Soalan.
Sikit lagi.
Adakah berita itu gembira?
Sikit lagi, sikit lagi bagi ayat saya habis. Saya untuk mukadimah. Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai jiwa besar dan terbuka yang menjemput semua parti-parti untuk membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Uniti. Tetapi malangnya, parti Perikatan Nasional telah memilih untuk menjadi pembangkang. Saya sebenarnya teramat gembira sekiranya kita semua dalam satu pasukan sebenarnya bagi kita apa orang kata kita tidak lagi orang kata tidak bangkit-bangkit soal yang lepas itu biarlah lepas ya. Itu dalam Pilihan Raya macam-macam boleh berlaku, bukan sahaja di pihak yang menang sekarang, di pihak pembangkang pun memang ada tuduhan-tuduhan, unsur-unsur fitnah dan sebagainya. Biarkan mereka berlalu, sekarang kita move forward dengan izin untuk memastikan bahawa kerajaan yang baru ini dapat menumpukan fokus pada masalah pokok iaitu memulihkan keadaan ekonomi dan memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Sungai Burong.
Ok saya nak, Hulu Kelang kejap.
Sikit saja, Sungai Burong. Saya sikit aje.
Hulu Kelang, ikut peraturanlah ya.
Saya sikit aje.
Templer saya tak benarkan. Saya bagi Hulu Kelang dulu.
Bagi Hulu Kelang dulu.
Ikutlah peraturan.
Bagilah Hulu Kelang dulu.
Sabar separuh daripada iman.
Hulu Kelang.
Saya. Sekarang ini saya nak faham, betul-betul, hati gembira tak bila kita dapat bersama, satu kerajaan. Gembira tak hati?. Hati gembira?. Itu sahaja soalannya. Gembira saya yakin.
Alhamdulillah, itu soalannya ya. Alhamdulillah sebenarnya saya amat gembira kerana kita dapat bekerja dengan semangat yang ada di peringkat persekutuan saya sangat berharap agar semangat ini dibawa juga kepada peringkat negeri di mana kita akan bersama-sama sebagai satu gabungan perpaduan yang akan sama-sama memastikan bahawa segala perancangan, pembangunan dapat terus kepada rakyat. Soalannya itu aje kan?. Bolehlah duduk. Ada lagi soalan?.
Sikit saja. 3 minit aje. Biar jelas.
Timbalan Speaker benarkan?. Okay.
Jadi, bila gembira, adakah gembira itu gembira yang betul-betul ikhlas, hati yang tulen dan redha.
Kita boleh berpura-pura mengatakan gembira tetapi hati ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu, tetapi yang saya zahir kan bahawa saya dah gembira apa lagi nak tanya gembira. Nak gembira
macam mana, nak gembira lagu P.Ramlee ke?. Jadi saya ingat itu dah memadailah ya Hulu Kelang. Ada soalan lain tak?. Kalau tidak saya ingin teruskan. Sebab masa sedang berjalan. Saya nak menyatakan bahawa dalam gabungan yang besar dan jajaran baru ini saya berharap kita juga di Barisan Nasional ini diberi peluang sama untuk bersama-sama dengan kerajaan yang ada. Yang pertama sekali ingin saya nyatakan dan saya mengesyorkan dan memohon kepada Y.A.B. Menteri Besar memberi pertimbangan bajet yang saksama dan sama kepada semua ADUN-ADUN dalam Negeri Selangor ini termasuk Barisan kita bagi kita membantu rakyat di luar sana. Yang keduanya, yang keduanya setelah sekian lama juga kita berhasrat agar Y.A.B. Dato’ Seri Menteri Besar juga membenarkan kita duduk dalam jawatankuasa majlis-majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan juga di Pejabat Daerah/ Tanah seperti Majlis Tindakan Daerah. Supaya kita dapat bersama-sama membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Itu mukadimah..
Sungai Burong. Hulu Kelang ada soalan lagi?
Jadi saya nak tanya, adakah.
Apa lagi nak tanya Hulu Kelang ini. Nak korek hati saya ke?
Orang yang paling seniorlah dalam Dewan kan.
Ada yang senior lagi. Dato. Y.B. Ijok.
74, 72?
75.
Itu ayat saya. Saya nak tanya, kalau begitu rasanya orang senior kena dulu buang kerja oleh kerajaan BN saya redha, saya rasa, puas hati tak?.
Kita ini, ok lah saya nak memudahkanlah lepas ni saya ingat dah clear lah. Jelas ya, crsytal clear soalan ditanyakan itu, kita adalah jajaran baru yang move forward ke hadapan dengan izin dan kita perlu bersama mewujudkan satu suasana yang harmoni. Jadi tak adalah timbul ini soal-soal yang telah dibangkitkan sebagai soal perkauman, soal rasist, soal agama dan sebagainya. Kalau boleh kita dari segi dasar kita membentuk sebuah negara Malaysia di mana semua rakyatnya dapat hidup dalam bersatu padu untuk masa depan rakyat kita. Saya ingat noktah, itu saja. Kemudian saya nak bagilah peluang kepada Templer, apa nak tanya?.
Saya nak tanya Sungai Burong, apa perasaan Sungai Burong bila semalam saya cakap Burung Tua?. Tak ada, tak ada gurau je. Bukan-bukan. Saya nak tanya begini, saya nak sebut begini Sungai Burong kita gembira, kita gembira kita happy, sebab kita..
Faham-faham saya kata..
Kejap-kejap dah bagi saya duduklah. Dah bagi saya duduk. Saya nak tanya begini, saya setuju tadi Sungai Burong bangkitkan jangan bangkitkan lagi dah fasal-fasal yang perkaumanlah, fasal agama. Betul saya pun tak nak bangkit, tapi isu ini dok lepas Pilihan Raya pun main lagi. Paling terbaru tadi, ini saya baca satu statement daripada PAS Selangor jangan usik, jangan ganggu gugat Presiden kami.
Ok, faham-faham. Saya dah bagilah peluang, saya banyak lagi isu-isu nak bawa ini ya.
Cuma begini, sebab Sungai Burong ini antara yang senior saya nak minta nasihat daripada Sungai Burong, nasihat daripada Sungai Burong untuk kami yang baru-baru ini.
Ok nasihat pertama itu, kita ini bolehlah bercakap tetapi jangan menyinggung perasaan. Saya boleh maafkan tetapi saya tidak, dituduhnya saya burung tua, saya tahulah saya dah berumur tetapi adalah wajar, adakah wajar ya kita menuduh. Itu pun kita tadi cakap..
Sungai Burong saya mohon maaf. Sungai Burong, Sungai Burong saya mohon maaf. Saya tarik balik.
Terima kasih.
Saya sebenarnya saya dah maafkan sebelum mohon itu pun ya. Tetapi saya tidak akan lupa itu ya. Itulah perasaan kita kena jaga.
Tak akanlah anak.
Saya faham, saya faham saya.
Tak akanlah anak dah mohon maaf, bapa tak bagi maaf ?.
Saya dah maafkan . Sepatutnya selesailah.
Selesai ya jangan simpan dalam hati. Jangan simpan.
Hati tiada siapa orang tahu. Rambut sama hitam, rambut saya dah putih. Tetapi hati antara kita dengan Allah SWT. Tuan Speaker, Tuan Speaker, Tuan Speaker, saya ingin menjelaskan bahawa apa yang saya sampaikan supaya apa yang berlaku masa kempen-kempen Pilihan Raya itu, biarlah ia dijadikan sempadan kita hari ini kita mahu mengajak kita, saya harap..
Sungai Burong, sikit-sikit lagi.
Kita ini berperanan sebagai advocator ataupun facilitator kepada perkara-perkara yang baik dengan izin. Saya sebenarnya ya ingin masalah yang besar di kawasan saya dengan fenomena, hujan berlebihan dan juga dengan fenomena air pasang besar. Kawasan saya ini bukannya besar sangat. Sungai Burong ini kecil. Tetapi ada 2 masalah yang besar, 1 ialah kerana DUN Sungai Burong ini berhadapan dengan laut, pantai dan juga ada 1 sungai. Sungai Tengi yang membawa segala khazanah air daripada Hutan Simpan Karang yang merupakan 30 peratus daripada muka bumi di Negeri Selangor ini. Jadi masalah yang besar ialah di musim-musim tengkujuh ini keadaan air yang berlebihan telah menyebabkan benteng-benteng yang dibina mengisi Sungai Burong ini telah pecah. Benteng yang pertama adalah benteng di Jalan Kilang 4D bersebelahan dengan Pasar Basah, Tanjong Karang. Ini bukan sekali, banyak kali, Tahun-tahun yang lepas pun sudah berlaku. Tetapi saya amat berterima kasihlah kepada Jabatan Pengairan dan Saliran ya kerana setiap kali berlaku pecah, maka mereka akan membuat kerja-kerja kecemasan. Tetapi saya melihat ini keadaan seperti firefighting kita kena ada solution ataupun penyelesaian dalam jangka panjang. Dalam tempoh 2 bulan sahaja, saya ingat 3 kali kawasan ban itu telah pecah melibatkan kampung-kampung berhampiran dan juga taman. Taman KOPEMA dan Kampung Adam, Kampung Tok Adam yang penduduk keluarnya lebih 115 terpaksa mengharungi banjir pada waktu malam sehingga pagi dengan banjir-banjir lumpur. Kemudian kawasan Pasar Basah, Tanjong Karang di mana saya dimaklumkan pengusaha ayam apabila dia pergi nak sembelih ayam pada subuh itu tengok ayamnya sudah mati, boleh la disembelih tapi tak boleh dijual...sebab takde orang nak beli, jadi ini masalah yang berlaku saya cuba mengharapkan dan ingin menjelaskan pada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, apakah solution bagi mengatasi ban pecah di jalan kilang padi ini yang sekarang ni telah menghantui rakyat dalam Sungai Burung, rata-rata saya jumpa dia dah tak kisah dah bantuan yang diberikan ye untuk kita gunakan peruntukan yang negeri bagi tu, bagi sumbangan untuk apa ni pengusaha-pengusaha pasar 3 ribu dia tak pandang dah bantuan 3 ribu untuk ni ..saya hendak supaya ban yang ada ini mesti diselesaikan jangan ada yang berhormat lagi saya tengok masa akan datang ni ban ni pecah apa saya boleh buat ye jadi saya sekarang mengadulah kepada Yang Amat
Berhormat Dato’ Menteri Besar, kalau boleh kita ada penyelesaian dalam jangka panjang bagi membolehkan apa ban ini dapat kekal.
Yang kedua, benteng Sungai Kajang, tak panjang mana pun benteng ini tetapi memang dah berlaku keretakan-keretakan dari benteng ini. Saya pun telah membangkitkan beberapa kali perkara ini dan juga kepada jabatan yang berkenaan. Tapi malangnya memanglah apabila berlaku pecah, baru di repair dalam pada 21 hari bulan lalu, 2 hari selepas Pilihan Raya, benteng tu telah pecah dan kebetulan semasa kempen Pilihan Raya, YAB Dato’ Menteri Besar turun ke Sungai Besar berkempen dekat Sungai Kajang saya dengan rasa rendah diri kerana itu boss MB Selangor, saya datang jumpa dia dan bersalam tapi saya mengadu pada dia saya difahamkan ada peruntukan yang besar iaitu untuk membina batu-batu pemecah ombak yang telah diluluskan saya tak salah saya sebanyak 10 Juta, tapi dia belum dimulakan di situ dia dimulakan di Sungai Yu, jadi saya minta tolong percepatkan kerana keadaan kritikal. 2 hari lepas tu betul ban pecah, dan ban yang telah menenggelami Kampung Lembah Pantai dan Kampung Sungai Kajang di mana penduduk-penduduk nya terpaksa mengharungi air sehingga subuh air sampai lutut, dan JPS dengan pantas ye, menghantar 6 biji eskavator 6 buah eskavator ye dengan izin untuk mengatasi masalah banjir, tetapi benda tu tak boleh selesai saya terpaksa memohon merayu kepada orang kampung Alhamdulillah kita dapat 100 orang penduduk kampung dengan sukarelawan kampung membantu mengisi ye guni-guni pasir di untuk menambak ban yang pecah. Dan mereka juga daripada siang sampai malam tak tidur, untuk Alhamdulillah sampai pagi subuh tu nampaknya ban tu selesai untuk sementara, tapi ni untuk sementara sahaja dalam jangka panjang perlu ada penyelesaian saya telah mengagihkan beberapa kali supaya ban ini diperkukuhkan, ditinggikan, dilebarkan kemudian tu dibina apa ni batu-batu pemecah ombak dan kalau boleh kita adakan shift piling dengan izin seperti yang di Lumut, Perak, di mana dia boleh memecah ombak di laut hadapan dengan ini dapat mengatasi masalah yang menghantui penduduk rakyat di tanjung karang, peristiwa pada tahun 2000 di mana hampir diseluruh pekan tanjung karang ditenggelami air akibat ban pecah mungkin boleh berulang lagi. Saya sangat mengharap pada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, kalau boleh tolonglah percepatkan ye..arahkan apa Jabatan Pengaliran saliran untuk supaya menumpukan jadual kerja itu kepada tempat yang kritikal yang di mana masalah ban pecah ini boleh berlaku semula.
Yang kedua yang ingin saya bangkitkan ialah dalam keadaan macam ini, pentingnya kita menggerakkan jawatankuasa di peringkat daerah walaupun jawatankuasa bencana daerah ni ditumpukan pada mangsa-mangsa malapetaka seperti banjir dan lain-lain, tetapi sepatutnya ye.. diperingkat daerah kena ada sebuah komuniti yang bertindak terus untuk memanggil jabatan-jabatan lain. Saya bila orang-orang kampung menghubungi jabatan bomba semuanya terlambat tapi kalau ada jawatankuasa peringkat daerah dengan cepat melihat keadaan ini terus mengambil tindakan maka saya kira perkara ini tidaklah orang kata menyusahkan rakyat yang telah susah dengan keadaan kos hidup yang tinggi ye, ini terpaksa pulak
mengorbankan masa dan tenaganya untuk bekerja membantu baik pulih benteng-benteng tersebut. Yang ketiga juga, Tuan Timbalan Speaker bahawa Sungai Tengi sekarang ni pun airnya dah begitu tinggi ye, dalam keadaan air pasang yang tinggi melebihi paras biasa, dimusim air pasang besar, dan dengan Sungai Tengi yang airnya terpaksa dilepaskan semua empat-empat pintu empangan ye maka air nya telah melimpah melepasi ban-ban benteng dibeberapa kampung. Kampungnya yang pertama ialah kampung kunci buang kedua ialah kampung AJH di mana ada seratus lebih rumah, 3 buah rumah telah ditenggelami air pemindahan terpaksa dibuat pada 37 keluarga saya fahamkan kemudian 50 lebih keluarga terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara. Tapi yang saya perhatikan bahawa walaupun jabatan pengaliran saliran mengambil tindakan yang pantas menghantar eskavator, tetap dan juga meletakkan tapi keadaan ini telah terlambat sebab bila dalam keadaan sekarang kalau kita taruk je tanah terutama tanah merah klasi maka dengan mudah dia akan dihanyutkan oleh air. Tindakan yang diambil ialah JPS telah mengarahkan mengambil tanah-tanah kebun pulak untuk meninggikan ban-ban itu supaya air tidak melimpah. Dalam keadaan sementara boleh tapi dalam jangka panjang pendekatan adhoc ini tidak boleh dilakukan saya ingin mengusulkan pada jabatan supaya dapat menyegerakan stok tanah dan stok supaya ia berlaku keadaan air banjir masuk dalam kawasan kampung maka kita boleh menggerakkan kita boleh menggerakkan orang-orang kampung orang-orang ada yang mempunyai jentera-jentera berat seperti eskavator, backhoe dengan izinya dan sebagainya yang boleh kita minta bantuan mereka kerana ini kampung mereka dan mereka bersedia untuk mengangkut stok-stok tanah ini jadi dengan ini kita dapat dengan cepat untuk mengelakkan keadaan banjir ini agar berterusan . Dan seterusnya yang keempat, Tuan Speaker, saya mohon bantuan speaker izinkan sikit masalah kos input ye hari ni saya terima kasih la kerajaan dalam budget ni memberikan peruntukkan 7.9 Juta ye di bawah apa orang kata program makanan sekuriti Selangor. Walau bagaimanapun masalah yang dihadapi oleh petani-petani pesawah-pesawah masalah kenaikan kos input kos input ada dua yang paling orang kata menanggung menyebabkan tanggungan yang berat pada pesawah-pesawah pertama, baja yang kedua racun dan dia telah naik dua kali ganda dua kali ganda makna kalau kos yang pertama 5 ribu untuk satu kawasan lot tanah, maka bila kos input telah naik maka keuntungan pendapatan hasil yang diperolehnya akan hanya dapat menampung kos-kos pengeluaran mereka. Jadi saya sangat berharap agar Kerajaan Negeri yang prihatin dengan rakyat ini mencari jalan pada EXCO ye berkenaan mencari jalan bagaimana kita boleh membantu mereka. Di peringkat persekutuan mereka membantu memberikan bantuan 200 ringgit ye semusim tidak banyak mana tapi dapat mengurangkan beban pada pesawah-pesawah yang berkenaan. Akhirnya, satu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di tanjung karang pada masa ini kerajaan telah meluluskan peruntukan dalam perancangan 5 tahun peruntukan untuk jalan alternatif saya lihat dalam buku JKR ada kat situ tetapi hanya diberikan token boat 10 ringgit sahaja. Sebenarnya jalan alternatif ini, yang daripada parit 4 di kawasan sekinchan dan yang berhormat tuan speaker melalui terusan besar sampailah di kawasan yang yang berhormat permatang dan bersambung dengan raja musa tak panjang pun ye ini lebih kurang saya
difahamkan 16 kilometer lebih kurang, jadi kalau dapat di naiktarafkan jalan ini dilebarkan maka dapatlah mengurangkan kesesakan di waktu-waktu cuti dan waktu hujung minggu di kawasan pekan tanjung karang. Jadi setakat itu ucapan saya, saya sekali lagi menyokong dan bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi kita move forward bantu masa depan sebuah kerajaan yang stable dan juga kemakmuran di negeri ini.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah ..assalammualaikum.
Silakan Pandamaran...
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Pandamaran ingin mengambil peluang untuk membahas belanjawan Selangor 2023. Terutamanya Pandamaran ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan belanjawan yang sihat dan seimbang untuk beberapa tahun ini. Rakyat Selangor berasa syukur bahawa pimpinan kerajaan Pakatan Harapan kerana Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang benar-benar menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tuan Speaker, Pandamaran berasa gembira kerana Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap perubahan iklim. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan 300 ribu bagi pembangunan kajian dan dasar perubahan iklim Negeri Selangor. Dalam dewan yang mulia ini, Pandamaran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Klang serta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) yang telah banyak bantu saya untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di DUN Pandamaran. Semasa Pandamaran menjadi ahli majlis pada tahun 2016, Taman Bayu Perdana telah mengalami 9 kali banjir kilat. Dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang dan JPS telah mengurangkan kekerapan banjir kilat. Pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020 tapi oleh kerana perubahan iklim, Taman Bayu Perdana dan taman yang berhampiran seperti Taman Petaling Indah, Taman Chi Liung Klang, Taman Chi Liung Pandamaran, Taman Setia dan juga kampung baru Pandamaran mula menghadapi banjir kilat pada akhir tahun Disember 2020 dan akhir tahun Disember 2021 dan baru-baru November 2022. JPS ye sudah bagitahu apabila jumlah taburan air hujan mencecah 60 meter padu kawasan tersebut akan banjir menjadi banjir kilat. Oleh itu, penduduk sekitar Klang sering berada dalam keadaan ketakutan dan kerisauan apabila hujan lebat begitu juga dengan Pandamaran tidak dapat tidur lena semasa hujan lebat. Walaupun banyak ini telah diusahakan oleh JPS dan MPK Pandamaran rasa masih banyak perlu diperbaiki antaranya MPK janganlah kedekut untuk mengeluarkan peruntukan yang dicadangkan oleh perunding. Pandamaran mengambil contoh projek tebatan banjir Taman Bayu Perdana perunding telah mencadangkan projek tebatan banjir di kawasan tersebut dari Bengkel Daya Klang, tapi apabila kelulusan dia hanya memula dari 3 baris kedai berhampiran dengan stesen minyak Caltex. Pandamaran sangat kecewa segala usaha yang mengatasi banjir masalah banjir kilat ini akan tergadai kerana projek sebegini tidak memenuhi apa yang dicadangkan selain tu Pandamaran harap pihak MPK dapat menambah pam air untuk projek baru di tebatan banjir Jalan Tanjung
Taman Melawis . Pandamaran difahamkan tiada pam air untuk projek baru ini, penduduk Jalan Tanjung iaitu di Taman Melawis risau projek ini akan menjadi satu projek yang tidak dapat menyelesaikan kawasan tersebut. Selain Jalan Tanjung Taman Melawis , Pandamaran cadangkan supaya semua kunci air perlu adanya pam air. Pam air ini dapat mengeluarkan air dari sungai ke laut semasa air pasang. Pandamaran mendapati tiada pam air di kunci air di Jalan Pendamar , Jalan Papan di Pandamaran. Kawasan kampung baru jalan Pandamaran termasuk kampung tengku bendahara sentiasa mengalami banjir kilat, walaupun kunci air tersebut telah dinaiktaraf pada tahun 2019 akibat tiada pam air. Oleh itu, Pandamaran menyeru, JPS, supaya dapat menambah pam air dengan kapasiti yang tinggi, di kunci air tersebut.
Tuan Speaker, selain Kunci Air Jalan Papan, Pandamaran, Pandamaran juga mendapati, Kunci Air Sg. Aur, juga perlu dinaiktaraf. Walaupun kunci air siap dinaiktaraf pada tahun 2021, malah kawasan Pandamaran, Taman Bayu Perdana, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Botanik, Taman Sentosa, Bandar Puteri dan banyak tempat di kawasan berhampiran sering menghadapi banjir kilat. Pandamaran ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada JPS, kerana telah menambah tiga pam air, yang dapat mengeluarkan air, 1,700 liter sesaat, untuk satu pam, dan jumlahnya adalah 5,100 per second, per saat, untuk tiga pam. Tapi, ia tidak mencukupi dan tidak memadai apabila kawasan tersebut kena ada, kawasan sentiasa mengalami masalah banjir kilat. Saya percaya, pihak Sentosa, dia juga mohon saya untuk membawa isu ini. Kunci Air Sg. Aur, ada dua kunci air. Maka, Pandamaran cadangkan kepada JPS supaya dapat menambah pam air di kunci air yang kedua. Ia dapat membantu mengeluarkan air dengan cepat dan mengelakkan banjir kilat di kawasan yang disebutkan.
Tuan Speaker, tanggungjawab agensi kerajaan tempatan, bukan sahaja perlu pandai mentadbir Majlis, malah ia perlu cari cara menyelesaikan masalah terutamanya banjir kilat yang sering berlaku. Penduduk bukan sahaja mengalami kerugian harta, malah penduduk juga akan mengalami kehilangan nyawa, akibat banjir. Seperti apa yang telah berlaku tahun lepas. Untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di daerah Klang, Pandamaran mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mendapatkan pakar luar negara, terutamanya pakar dari negara Netherland, untuk bekerjasama dengan agensi tempatan seperti JPS dan MPK. Kenapa Netherland? Kerana ia adalah, negara tersebut adalah di bawah paras air laut, tapi mereka tidak menghadapi masalah banjir yang besar. Jadi kerjasama pakar-pakar luar negeri dan pakar-pakar tempatan, dapat memberi manfaat, dan justeru dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di daerah Klang.
Tuan Speaker, Pandamaran ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengambil suatu inisiatif, dengan meningkatkan nilai baucar membeli belah dari RM100.00 kepada RM150.00 untuk SMUE. Tapi wang khairat kematian, masih kekal RM500.00 kepada waris ahli berdaftar. Sebagai
kerajaan yang prihatin dan penuh kasih sayang, Pandamaran menyarankan kepada Kerajaan Negeri, dapat meningkatkan wang khairat dari RM500.00 hingga RM800.00, ataupun RM1,000.00, kerana kos pengebumian yang semakin tinggi, mengakibatkan waris mengalami masalah untuk membayar kos pengebumian tersebut.
Tuan Speaker, Pandamaran ingin mengambil peluang juga untuk memuji kepada Kerajaan Negeri kerana telah melaksanakan satu program yang penuh bermakna iaitu program Skim Insurans Am Selangor iaitu program INSAN. Program ini merangkumi semua rakyat Selangor tanpa mengira bangsa dan agama. Inilah, telah menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan adalah satu kerajaan yang prihatin dan menjaga kebajikan semua rakyat dan semua bangsa.
Tuan Speaker, selain program INSAN, Pandamaran juga ingin memuji program BikeCare-1,000. Program ini dapat membantu rakyat yang kehilangan kerja dan ingin menceburi dalam p-hailing, seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain. Supaya mereka dapat, mendapat wang pendahuluan untuk membeli motosikal. Program ini akan membantu pemohon untuk mendapat RM1,000.00 untuk membeli motosikal. Pandamaran menyarankan program dapat dibuka kepada rakyat yang menceburi bidang-bidang melibatkan motosikal. Sebab ramai yang baru keluar dari sekolah masih perlu pertolongan daripada ibu bapa ataupun kerajaan. Program ini dapat meringankan beban ibu bapa dan juga memberi nafas dan nyawa baru kepada pemuda pemudi. Jadi akhirnya, Pandamaran mohon menyokong.
Saya persilakan, Permatang.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya, bagi turut sama membahas ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor bagi tahun 2023. Ahli-ahli Yang Berhormat, pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan belanjawan 2023, yang telah dibentangkan tempohari. Banyak penambahbaikan dan pembaharuan yang telah dicadangkan bagi mengharungi cabaran bagi tahun 2023. Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan di sini. Yang pertamanya, adalah berkenaan pelaksanaan projek terbengkalai di Taman Desa Mawar. Tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar bagi ekonomi serta perubahan iklim yang sangat mencabar. Keadaan tersebut memungkinkan beberapa langkah yang boleh diambil dalam isu menangani cabaran semasa.
Pertamanya, Permatang ingin menyentuh berkenaan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT). Di sini Permatang merakamkan penghargaan kerana kerja-kerja pembaikan kemudahan infrastruktur projek pembesaran Taman Desa Mawar bernilai RM6.36 juta yang akan dilaksanakan. Di sini, Permatang juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Dato’ Menteri yang berjaya menyelesaikan isu projek perumahan terbengkalai di Taman Sungai Yu Indah, yang telah dinantikan selama 26 tahun, yang membabitkan 107 unit rumah. Dan Alhamdulillah telah, penyerahan kunci telah berjaya disempurnakan baru-baru ini. Dengan adanya Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai ini, ia dapat membaikpulih infrastruktur kawasan terjejas teruk akibat kegagalan pemaju, menyiapkan Taman Perumahan, mengikut masa yang ditetapkan. Saya mengharapkan usaha ini dapat membantu menyelesaikan isu rumah terbengkalai yang dihadapi oleh pemilik rumah.
Yang kedua, berkenaan Skim Mesra Insan Istimewa, SMIS dan kemudahan OKU di PBT. Pertamanya terima kasih atas kenaikan, penambahan nilai baucar shopping daripada RM100.00 kepada RM150.00, yang amat bertepatan kerana kos harga barang yang telah meningkat. Cuma pemberian khairat kematian, kalau dapat ditingkatkan daripada RM500.00 ke RM800.00 ataupun RM1,000.00 adalah lebih memadai, memandangkan kos-kos khairat kematian ini, juga turut meningkat. Ini kita menandakan kelebih keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor yang dicintainya. Selain daripada itu, kerjasama daripada Kerajaan Negeri juga, bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan data mengenai golongan OKU yang berdaftar di Selangor ini. Ini bagi memastikan tiada golongan istimewa tercicir, dalam program Skim Mesra Insan Istimewa ini. Berkenaan dengan pembinaan infrastruktur OKU di setiap PBT, ia merupakan satu usaha yang baik. Setiap PBT haruslah merangka lebih awal dalam memastikan di dalam Kebenaran Merancang tersebut telah ada struktur-struktur OKU dimasukkan bersama. Selain daripada nak dibina selepas bangunan siap. Jadi saya mengharapkan agar ia mendapat kelonggaran dan memastikan PBT perlu mengesyorkan kepada pemaju ataupun pemohon untuk menyediakan kemudahan golongan OKU, di bangunan-bangunan swasta atau komersial dan awam, dalam syarat pemberian kelulusan di peringkat Pelan Kebenaran Merancang, Jabatan Perancang dan pelan bangunan, Jabatan Bangunan. Pemantauan akan dibuat diperingkat CFOF, Certificate of Fixedness, atau CCC, Certificate of Completion and Compliance.
Selain daripada itu, perkara ketiga yang saya nak bawakan, adalah berkenaan program Halal Suri. Program ini adalah satu program yang baik, yang mana ia satu matching grant, yang diberi kepada suri-suri rumah yang mahu meningkatkan ekonomi melalui pemberian geran sehingga RM3,000.00. Namun cadangan saya, memandangkan program ini, adalah satu program usahawan, boleh sekiranya, ia disejajarkan atau diletakkan di dalam, dipusatkan di bawah satu program keusahawanan, supaya data-data yang lengkap berkenaan usahawan-usahawan ini dapat dimanfaatkan dan tidak bertindih pemberian bantuan kepada usahawan yang sama. Itu yang paling mustahak.
Seterusnya, terima kasih sekali lagi juga kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menaikkan elaun, terutamanya kepada KKI. Sepanjang saya menjadi Ahli Dewan Negeri, daripada KKI, Ketua Komuniti India mendapat elaun RM700.00, saya
rasa dalam tahun 2020, elaun naik RM1,200.00 dan hari ini, pengumuman oleh Dato’ Seri Menteri Besar iaitu elaun mereka dinaikkan ke tahap yang minimum sebanyak RM1,500.00. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Dan saya mengharapkan dengan kenaikan elaun bagi ketua-ketua kampung, KKI, ia menjadi satu daya rangsangan ataupun mereka ini akan lebih berusaha memastikan rakyat itu menjadi keutamaan dalam mereka melaksanakan tugas. Dan setiap agenda negeri ini, wajib sampai terus kepada rakyat. Sebab terlalu banyak program-program yang baik disediakan oleh Kerajaan Negeri, masih ada rakyat yang tak tahu dan maklumat itu tidak dapat diterima oleh mereka.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Hub Sukan DUN Permatang. Baru-baru ini kami baru sahaja melaksanakan program KASURA, yang mana program KASURA ini namanya Karnival Sukan Rakyat bagi DUN Permatang. Kita menggabungkan ke semua pemain-pemain sukan kampung. Bagi mereka sama-sama, bersama memastikan terlibat secara langsung dalam program sukan KASURA ini. Makanya, di DUN Permatang ini, kita telah menjadikan Sungai Terap, Kg. Sungai Terap, sebagai Hub Sukan. Dan sewaktu KASURA, kita telah ada di situ, pelbagai, kita sebut, pelbagai courtt sukan. Antaranya, kita ada, untuk bola tampar, kita ada juga untuk bola jaring, futsal. Apa yang saya harapkan, hanya satu sahaja yang tak ada lagi iaitu padang Sg. Terap bagi pemain-pemain bola. Jadi sepatutnya, padang ini telah dinaiktaraf. Padang yang sedia ada telah dinaiktaraf menjadi lebih proper, dengan izin. Tapi sehingga hari ini, belum lagi saya nampak sebarang perubahan pada padang yang sedia ada itu. Jadi saya mengharapkan agar, memandangkan hasrat saya menjadikan Kg. Sungai Terap ini sebagai Hub Sukan Anak Muda DUN Permatang, kita mengharapkan agar fasiliti sukan itu, bersesuaian dan sempurna untuk semua anak muda di kampung, bukan hanya setakat di Kg. Sungai Terap, tapi keseluruhan di DUN Permatang. Saya harap, saya akan mendapat jawapan yang jelas daripada Yang Berhormat EXCO, Y.B. Khairuddin Othman, tentang status pembinaan padang di Kg. Sungai Terap ini.
Seterusnya, Program Tuisyen Rakyat Selangor. Ini adalah satu program yang bagus, tapi saya mengharapkan agar dikembalikan semula, kita sebut sebagai Koordinator Pembangunan Modal Insan, KPMI. Sebab dulu, setiap DUN, kita ada satu KPMI, yang mana bertanggungjawab menjaga PTRS ini. Dan setiap laporan ataupun setiap maklumat tentang pencapaian pelajar, guru-guru yang nak mengajar, jumlah pelajar, semua kita mendapat pemakluman daripada KPMI ini, yang akan memberi maklumat kepada pihak DUN. Tapi bila diserahkan kepada PPD, kita nampak tidak ada, maklumat tersebut, tidak ada. Dan juga saya mendapat rungutan daripada guru besar, buku hanya diberi begitu sahaja tanpa ada pemantauan terhadap murid-murid ini. Jadi saya rasa itu satu kerugian. Kerajaan mengharap maklumat ataupun buku-buku ini sampai kepada anak-anak murid dan dibantu ajar oleh guru tapi tidak berlaku. Itu bagi program Tuisyen Rakyat.
Akhir, selain daripada itu sebelum saya mengakhiri, tahun lepas telah berlaku satu banjir besar di Negeri Selangor. Di kampung Bestari Jaya, di tempat saya ada dua buah rumah yang telah roboh, tapi sehingga hari ini saya tidak tahu status pembikinan rumah tersebut sama ada masih diteruskan atau bagaimana. Seterusnya, saya juga melihat di sini ada satu pelaksanaan berkenaan projek dan program pembangunan kampung baru. Jadi di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri, terdapat dua buah Kampung Baru di tempat saya, iaitu kampung bagan iaitu Kampung Bagan Sungai Yu dan Kampung Bagan Pasir Penambang. Adakah rancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan Kampung Bagan Sungai Yu dan Kampung Bagan Pasir Penambang ini dijadikan sebagai kampung tersusun memandangkan kawasan ini adalah kawasan perikanan dan dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai tumpuan pusat pelancongan dan juga hub makanan laut.
Selain daripada itu, bagi bidang pendidikan sebelum saya mengakhiri, saya mohon Kerajaan Negeri melihat kembali Sekolah Rendah Agama Permatang. Saya kira sekolah itu dah sangat daif dan perlu dibina semula. Betul baru-baru ini MBI ada memberi sejumlah peruntukan sebanyak RM20 ribu, tapi saya rasa pembaikan sepenuhnya perlu dilaksanakan sebab masih ramai pelajar yang menuntut di sekolah itu dan keadaan sekolah itu sangat berisiko bagi pelajar menuntut di situ bagi SRA Permatang. Dan akhir sekali sebelum saya mengakhiri, saya memohon sebuah masjid di kampung Permatang yang sebelum ini memang telah dijanjikan untuk dibina, tapi sehingga hari ini saya masih tak tahu statusnya. Jadi saya harapkan agar yang saya bawa ini dapat didengar oleh pihak kerajaan dan ada tindakan serta jawapan daripada pihak kerajaan di akhir penggulungan itu. Maka dengan ini Permatang mohon menyokong. Terima kasih.
Saya persilakan Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan satu belanjawan yang berteraskan agenda klusterisasi yang merencana sepuluh gubasan ekonomi pembangunan wilayah-wilayah di Selangor berasaskan potensi sedia ada. Dalam perbahasan hari ini saya akan menyentuh empat perkara, pertama mengenai topik Bas Smart Selangor, kedua pengurusan sampah, dan ketiga penambahbaikan infrastruktur asas dan pembangunan institusi pengajian tinggi.
Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri membelanjakan antara RM25 juta ke RM30 juta setahun untuk menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Ia merupakan satu usaha yang amat baik bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan meringankan beban golongan yang kurang berupaya, kurang berkemampuan. Perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar. Bagi menambahbaikkan perkhidmatan Bas Smart Selangor, saya ingin mencadangkan supaya kajian bilangan
penumpang ataupun ridership di setiap laluan bas dilakukan secara tahunan untuk memastikan kapasiti dan perkhidmatan bas dapat di optimum kan. Bagi memastikan kemudahan dan keselesaan penumpang, saya ingin mengesyorkan supaya lebih banyak perhentian bas berbumbung dibangunkan di setiap laluan bas dan dilengkapkan dengan skrin jadual bas secara real time. Kekurangan sekarang adalah, penumpang tidak mengetahui masa ketibaan bas dan ada sebahagian mereka hanya menunggu di tepi jalan yang tidak mempunyai tanda hentian bas. Saya terima aduan bahawa ada penumpang yang pernah menunggu lebih daripada empat puluh lima minit hingga satu jam.
Selain itu, Kerajaan Negeri boleh kerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan satu skim menang-menang, iaitu pihak swasta mengeluarkan dana untuk membina perhentian bas berbumbung mengikut spesifikasi kerajaan dan bagi pulangan Kerajaan Negeri memberi kuasa kepada pihak swasta untuk menjual ruangan papan iklan. Bagi meningkatkan tahap pengawalan sampah di Selangor, khususnya sampah bahan pembinaan dan industri. Saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri supaya menggubal satu undang-undang baharu bagi memastikan kontraktor tong roro dan aktiviti tapak sampah haram dapat dikawal dengan lebih efektif. Tidak menafikan bahawa tapak pembuangan sampah haram masih aktif terutamanya di kawasan pinggiran bandar. Sebab utama adalah jarak tapak pelupusan sampah yang jauh dan harga pelupusan dan harga pengangkutan yang tinggi. Saya difahamkan kontraktor tong roro hanya perlu membayar RM50 per tong untuk membuang sampah di tapak pembuangan sampah haram. Harga ini adalah jauh lebih murah daripada harga tapak pelupusan Worldwide. Tambahan lagi penjimatan kos minyak kerana tidak perlu mengambil masa dan perjalanan yang jauh. Kawasan Seri Kembangan juga mendapati ada tapak pembuangan sampah haram. Dalam beberapa bulan ini, penduduk di sekitar Bukit Serdang dan Puncak Jalil. Puncak Jalil di bawah dun Seri Serdang telah menghadapi masalah pencemaran bau busuk yang serius. Hasil daripada siasatan didapati punca bau busuk adalah datang daripada air licik yang dihasilkan daripada tapak pembuangan sampah haram yang terletak di kawasan tanah rezab Melayu Sungai Kuyoh, Bukit Serdang yang bersebelahan dengan lebuh raya MAX. Air licik ini telah mengalir masuk ke sistem saliran dan longkang di kawasan perumahan dan sampai hari ini ,masih belum dapat dikawal dan diselesaikan. Pagi ini saya masih menerima beberapa aduan daripada penduduk mengenai masalah bau busuk ini. Tapak pembuangan haram ini melibatkan sekurang-kurangnya sembilan keping tanah dan menjalankan aktiviti haram ini secara skala yang besar.
Saya juga dimaklumkan bahawa semua tanah ini adalah tanah milikan persendirian. Memandangkan isu ini bertambah serius, saya berharap pihak Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan dapat menyelesaikan isu dengan secepat mungkin. Bagi menangani isu masalah pembuangan sampah haram secara umum, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Worldwide ataupun pihak swasta untuk mewujudkan “transfer station” dengan izin di setiap PBT bagi memudahkan kontraktor tong roro melupuskan sampah mereka.
Harga pelupusan sampah di “transfer station” ini perlu berpatutan untuk menggalakkan kontraktor tong roro untuk melupuskan sampah di sana. Selain itu Kerajaan Negeri juga boleh menubuhkan pasukan ronda di setiap PBT khasnya untuk membanteras aktiviti pembuangan sampah haram. Bagi membina infrastruktur yang kukuh dan membina bandar dan desa yang mampan dan lestari, Kerajaan Negeri perlu menggunakan cara yang lebih proaktif dan pantas untuk menyelenggara infrastruktur asas seperti jalan, longkang, lampu jalan dan tapak rekreasi di kawasan industri komersial dan perumahan. Pada masa kini, kebiasaannya pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan akan mengambil tindakan apabila menerima aduan daripada pihak masyarakat atau pejabat wakil rakyat. Kita mempunyai sistem e-aduan, e-mel dan hotline untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mengemukakan aduan mereka.
Selain daripada itu, wakil rakyat dan ahli majlis juga mempunyai whatsapp group dengan pegawai jabatan atau agensi kerajaan untuk membangkitkan isu-isu tempatan. Tidak menafikan, whatsapp group dan e-aduan ini telah menjadikan sebagai saluran utama rakyat membuat aduan. Akan tetapi kita perlu sentiasa mempertingkatkan efficiency dan mencari cara baharu untuk menyelesaikan masalah tempatan. Oleh itu key word dengan izin, di sini adalah sikap proaktif iaitu agensi yang terlibat perlu mengenal pasti isu yang perlu ditandatangani di tapak sebelum menerima aduan atau menerima aduan daripada penduduk. Yang saya tekankan adalah kita perlu fokus dalam infrastruktur asas pada permulaannya. Contohnya di negara lain, pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan pihak swasta untuk menubuhkan satu pasukan ronda bagi memastikan semua infrastruktur adalah dalam keadaan yang baik. Pasukan ronda ini akan menjalankan rondaan di laluan yang ditetapkan dan mengemukakan hasil siasatan kepada PBT untuk mengambil tindakan. Dengan cara begini, kita boleh kesan masalah sebelum terima aduan dan mengambil tindakan dalam masa singkat.
Tuan Timbalan Speaker, saya ingin membangkitkan satu isu mengenai permohonan institusi pengajian tinggi di kawasan Sepang. Pada 20 Februari 2008 yang lalu, Menteri Besar Selangor pada masa itu telah mengumumkan bahawa sebuah syarikat yang bernama Vintage Height iaitu merupakan satu syarikat join venture di antara Gokuo Land Berhad, PKNS, Hubseng Consolidated Berhad, Crason Capital Sdn. Bhd. dan Charles The Ham Investment Private Limited, bahawa syarikat ini akan menderma sekeping tanah di Sepang yang berhampiran dengan pekan Sungai Pelek dengan keluasa sebanyak 100 ekar kepada Kolej New Era bagi membangunkan kampus baru di sana. Juga dimaklumkan bahawa Hong Leong Foundation telah mengumpul dana sebanyak RM3.38 juta pada masa itu dan syarikat Hong Leong sendiri akan menderma extra RM2 juta bagi tujuan permohonan kolej ini. Malangnya tempoh empat belas tahun sudah berlalu, tapi permohonan institusi ini masih belum direalisasikan. Oleh kerana ia melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu PKNS, ia tidak langsung juga akan menjejaskan nama baik Kerajaan Negeri jikalau projek ini masih tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan
Negeri supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk melihat perkara ini dan seterusnya bantu menyelesaikan isu-isu teknikal yang di hadapi. Saya yakin dengan permohonan kolej ini bukan sahaja memberi impak positif ke atas ekonomi dan sosial di kawasan Sepang, tapi juga dapat menyokong sistem permohonan sumber manusia yang memenuhi keperluan industri. Tuan Timbalan Speaker, dengan ini saya mengakhiri ucapan saya, sekian.
Silakan Kuala Kubu Baru.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2023. Tuan Timbalan Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah membentangkan satu belanjawan yang beriltizam Kita Selangor. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam ucapannya ada menyebut kerajaan Selangor telah mengisytiharkan tempat Kuala Kubu Baru sebagai wilayah Central Foral Spine (CFS) Negeri Selangor pada tahun 2021. Pengisytiharan ini menjadikan inspirasi yang amat tinggi dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif CFS di Negeri Selangor. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas pengisytiharan dan memperuntukkan RM150 ribu untuk pembangunan dan pelaksanaan CFS.
Tuan Timbalan Speaker, Kuala Kubu Baru bukan sahaja mempunyai hutan simpanan kekal yang menjadikan pemangkin kepada pelaksanaan pemeliharaan koridor ekologi di Selangor, dia jua adalah bandar bersejarah dan memiliki keindahan dan keunikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang sentiasa menganjurkan program-program bagi menunjukkan keindahan dan keunikan Kuala Kubu Baru. Sebagai contoh, MPHS telah mengadakan satu program “Temasya Jalanan Kuala Kubu Baru” yang berlangsung setiap hari Sabtu dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sejak September tahun ini. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang terdapat di Hulu Selangor bagi menarik minat para pengunjung dalam dan luar negara untuk datang ke Hulu Selangor. Selain daripada itu, program ini memberi peluang kepada para peniaga untuk berniaga di Plaza Warisan KKB yang bertemakan produk jualan seperti barang antik, kraf tangan, hasil hutan Orang Asli untuk pengunjung membeli cenderamata untuk di bawa pulang. Saya percaya temasya ini mampu merancakkan industri pelancongan apatah lagi Kuala Kubu Baharu turut menjadi destinasi tumpuan pengayuh basikal. Cuma saya nak tanya, adakah Temasya Jalanan ini akan berterusan pada tahun depan atau akan dikemas kini supaya lebih selesa, teratur kepada pengunjung?
Tuan Speaker, Selain daripada Temasya Jalanan anjuran MPHS, banyak program kerajaan Selangor juga diadakan di Kuala Kubu Baharu bagi menarik orang awam mengunjungi Kuala Kubu Baharu pada tahun ini. Antaranya adalah Program Plaza BAIK Selangor. BAIK ya. BAIK anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan
Kampung Baru Negeri Selangor. Program ini telah diadakan pada bulan Julai yang lalu di Kampung Asam Kumbang Kuala Kubu Baharu. Plaza tersebut menyediakan 50 gerai bagi peniaga kecil datang ke Kuala Kubu Baharu menjual produk buatan daripada kampung-kampung baru di seluruh Selangor. Saya teruja dengan kejayaan baik Selangor. Ia merupakan satu inisiatif yang holistik dalam merangsang ekonomi tempatan. Dan ianya terbukti apabila jualan produk-produk BAIK Selangor ini rata-rata berlipat ganda dan berjaya menarik perhatian pasaran luar negara sekali gus mengharumkan nama Selangor. Seperti sedia maklum, Pandemik COVID-19 telah memberi tamparan hebat kepada ekonomi sedunia. Malaysia tidak berkecuali. Selama dua tahun dilanda Pandemik 19, banyak industri terkesan. Ada yang gulung tikar, ada yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Saya melihat pelaksanaan BAIK Selangor ini tepat pada masanya dan merupakan satu suntikan kuat terhadap ekonomi domestik. Penjenamaan serta pemerkasaan produk desa dan industri kecil telah berjaya mencipta keajaiban di kampung-kampung baru apabila kelihatan produk-produk desa yang sebelum ini kurang menarik perhatian, kini menjadi laris dan popular. Di Kuala Kubu Baharu sebagai contoh, saya difahamkan terdapat salah satu produk yang mengambil bahagian dalam Projek BAIK Selangor bahawa jualan telah meningkat secara ketara. Produknya telah berjaya menarik pelanggan dari seluruh Selangor mahupun dari negeri lain sekali gus menjadikan Kuala Kubu Baharu satu tarikan pelancongan apabila pelanggan yang datang membeli produk desa turut akan singgah di Kuala Kubu Baharu untuk sambil melancong. BAIK Selangor merupakan satu model sufficiency economy yang harus dicontohi. Dalam keadaan krisis ekonomi teruk, Projek BAIK Selangor tetap berjaya mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan, malahan berjaya merangsangkan rangkaian ekonomi setempat. Saya berharap BAIK Selangor ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya pada petang ini, saya mengucapkan tahniah kepada lima orang ADUN dalam Dewan ini yang telah diangkat oleh rakyat Selangor sebagai Ahli Parlimen pada 19 November yang lalu. Saya harap mereka boleh membawa isu-isu di Selangor yang memerlukan perhatian kerajaan perpaduan ke parlimen. Salah satu daripada isunya adalah Kuala Kubu Baharu memerlukan sebuah hospital pakar kerajaan seperti Tanjung Karang. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Hospital Kuala Kubu Baharu yang sedia ada di bina pada tahun 1936. Ia merupakan hospital bukan pakar, cuma menawarkan khidmat pakar dari Hospital Selayang. Sekian, Tuan Speaker. Saya menyokong Belanjawan Selangor 2023.
Terima kasih. Saya persilakan Sabak.
Assalamualaikum W.B.T. dan selamat petang. Terima kasih kepada YB Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat,
Hujan rintik-rintik, Tumbuh daun lalang,
UMNO sangat cantik, PH sangat sayang.
Itulah ungkapan yang kita boleh sebutkan di atas kerjasama dalam kerajaan persekutuan dan saya harap kerjasama ini juga berterusan di dalam kerajaan Negeri Selangor dan seterusnya dalam PRN akan datang. Saya berharap semoga PH dan BN akan dapat kerjasama dan kita dapat menghalang kebangkitan Perikatan Nasional yang begitu mendadak dalam PRU yang ke-15. Saya cuba untuk bernada sederhana dan tidak terlalu keras kerana saya dan Sany merupakan lepasan Madrasah PAS sebab itu suara kami agak keras dalam mengutarakan sesuatu perkara. Jadi saya ingin belajar untuk berkeadaan tenang, bersuara sederhana dan lunak didengar.
Sebelum saya membahaskan Bajet 2023, saya ingin merujuk kembali kepada Bajet 2022 yang belum dilaksanakan di Sabak Bernam.
1) Baik pulih Hay Resort. Sehingga ke hari ini, belum ada tanda-tanda sebarang kerja di Hay Resort itu; 2) Tentang tanaman Roselle di Sungai Air Tawar. Saya rasa ini sudah hampir dua tahun. Anak benih Roselle pun tak nampak lagi; 3) Berkaitan dengan pusat penyembelihan di Kampung Sekendi. Sehingga hari ini juga masih lagi semak dan tidak ada tanda-tanda pembangunan dilaksanakan.
Jadi saya mohon supaya sebelum kita bergerak kepada Bajet 2023, kita tengok balik Bajet 2022 yang belum kita laksanakan kerana rakyat bertanya sudah ada bajet baru tapi bajet yang lama belum dilaksanakan.
Seterusnya saya ingin membahas tentang Bajet 2023. Alhamdulillah semua ADUN sama ada kerajaan atau pembangkang yang membahaskan bajet ini menyokong dan merasa bahawa ini bajet yang terbaik yang dibentangkan oleh YAB Sungai Tua. Dan saya bersetuju dengan pendapat semua Ahli Dewan Negeri yang telah membahaskan bajet ini. Oleh sebab itu, saya mengharapkan supaya ayahanda kita (YAB Sungai Tua) tidak diambil oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan menteri kerana saya merasakan bahawa YAB Sungai Tua perlu berada di Selangor untuk terus memaju pembangunan di Selangor dan membawa kemakmuran rakyat Selangor dan yang pentingnya untuk menghadapi PRN akan datang dan PH terus mentadbir Negeri Selangor yang kita cintai ini.
Saya tertarik dengan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Sabak Bernam yang diperuntukkan RM500,000. Saya tak nampak bagaimana rupanya tapi saya nak supaya bila adanya projek perintis ini, keadaan saliran di Sabak Bernam bertambah baik. Kita tidak mahu hujan lebat sedikit saja Sekinchan sudah banjir, Bagan Terap banjir, Sungai Apong banjir, Parit Baru pun banjir. Ini perlu diambil perhatian. Sebab itu sejak dulu lagi saya berkata tapi ini menimbulkan kemarahan Pengerusi MPKK.
Saya minta semua selepas berkurun-kurun parit ini diurus MPKK, saya minta supaya parit ini segera diurus oleh JPS. Kita sudah mengalami perubahan yang sangat lama. Jadi saya harap supaya urusan pembersihan parit ini diambil oleh JPS sepenuhnya. Dan alhamdulillah dengan kenaikan elaun Pengerusi MPKK sebanyak RM1,500 daripada RM1,200, saya rasa sudah sampai masanya urusan pembersihan parit ini diurus sepenuhnya oleh JPS. Sebab sekarang cuaca berbeza dengan zaman masa kerajaan menyerahkan urusan parit kepada MPKK. Dulu hujan sangat kurang, sekarang hujan sedikit sudah banjir. Jadi sudah tiba masanya. Memang rasanya Pengerusi MPKK akan marah dengan saya kerana ini merupakan satu sumber mereka. Tetapi demi kebaikan rakyat. Saya ulangi demi kebaikan rakyat, kita mesti korbankan kita punya kepentingan. Tidak kira di peringkat mana pun (di peringkat bawah, di peringkat pertengahan, di peringkat atas dan hingga di peringkat Perdana Menteri) mereka tak ambil gaji (Datuk Seri Anwar Ibrahim tak ambil gaji) tapi saya tak sanggup tak ambil gaji. Templer mungkin sanggup tak ambil gaji tapi dia tak ada. Ke mana dia agaknya? Saya tunggu juga suara dia untuk mencelah saya berbahas.
Yang kedua, Sabak Bernam alhamdulillah antara yang teramai Pengerusi MPKK (79 orang) dan kenaikan elaun ini sangat baik untuk Daerah Sabak Bernam. Tapi saya minta kepada EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, 79 Ketua Kampung, Parlimen Sabak Bernam dan Parlimen Sungai Besar kalah dalam PRU yang ke-15. Sedangkan setiap kampung yang hanya ada rumahnya 70 hingga 80 orang ada seorang Pengerusi MPKK. Paling ramai pun satu kampung lebih kurang 300 buah rumah. Bagaimana dengan Iltizam Selangor yang kita bagi kepada sebahagian besar penduduk Sabak Bernam dan Sungai Besar, kita boleh kalah dalam PRU yang ke-15? Ini persoalannya. Berapa ramai yang dapat BINGKAS? Berapa ramai dapat SMUE? Dan berapa ramai yang dapat HIJRAH? Dan berapa ramai lagi yang dapat Iltizam Selangor? Kalau saya kira-kira kan, ikut saya punya perkiraan fakta yang dapat Iltizam Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam tidak boleh kalah. Dengan adanya dijaga oleh setiap kampung yang begitu kecil untuk Pengerusi MPKK memang tak patut untuk kalah. Sebab itu untuk yang akan datang, mungkin saya patut bertanding atau tidak itu terpulang kepada pimpinan. Nak memang nak. Tapi kalau rasa nak kalah, tak nak. Sebab itu saya bawa hari ini supaya MPKK ini digarap semula supaya apa yang mereka lakukan kepada penduduk kampung akhirnya terjelma kepada undi kepada calon-calon...
Sabak.
Pakatan Harapan...
Sabak.
Jangan ganggu saya.
Tidak. Bukan ganggu. Mana pula saya ganggu pula. Tadi dok cuit-cuit tanya Taman Templer, Taman Templer. Bila Taman Templer tak ada, tanya. Bila Taman Templer masuk, halau pula. Aduh, kadang-kadang susah la orang ni.
Sabar, sabar. Sabak bagi ke tidak?
Bagi la.
Bila kita tak cakap, suruh bercakap. Bila kita bercakap, halang kita bercakap. Dia (Sabak) macam ni. Kalau kira kalah, banyak kawasan kalah. Macam saya di Hulu Langat itu pun, kalau ikut kata Menteri Besar menang dekat 30,000 tapi baru-baru ini menang 15,000 tapi alhamdulillah lah menanglah yang itu. Cuma dia sebab dia main isu agama macam orang kampung ni kan. Dia kata kalau Pakatan Harapan perintah, nanti tak boleh sembahyang, tak boleh pergi masjid, anak-anak tak boleh pakai tudung, anak-anak pakai skirt balik. Habislah orang Melayu kita. Habis. Ini, ini masalahnya. Bagilah BINGKAS satu rumah tu 10. Satu rumah 10, 10, 10, 10, 10, 10, 10, 10, 10. Main isu tu, habis ranap,punah,hancur,lebur (lebor kata Orang Kuala lebor lebor. Ate paham?) ha, nanti kejap. Duduk dulu. Sebab nak kena balik 4.30 eh? Sebab dia Speaker 4.30 kena balik walaupun cowboy tapi cowboy ini dia ada takut sikit. Pukul 4.30 dia kena balik. Hari ini kita tahan dia sampai pukul 6.30. Memang jahat, Bandar Utama. Itu masalah dia. Jadi nak Pilihan Raya Negeri ni, soal penerangan kita, soal komunikasi kita ustaz-ustaz kita ni, asatizah-asatizah kita ni macam ustazlah. Macam ustaz. Ustaz dah betul ustaz, jangan jadi cowboy. Maksudnya lepas ni kita kena turun ke bawah.
Macam sekarang ni kita tengok, dah lepas Pilihan Raya pun malaun-malaun ini dok main lagi di masjid dan khutbah pun (khutbah kita ni) EXCO Agama, khutbah ini pun nak kena tengok dari sudut agama. Dekat JAIS tu pun sendiri nak kena tengok. Saya tak ada masalah. Keras pula. Saya orang complain saya. Dia kata jangan keras-keras sangat. Saya pun, kalau saya tak keras saya tak boleh bercakap. Tu jadi masalah sebab kita memang suka keras. Betul Sabak. Yang itu. Eh eh Sabak, Sabak. Belummm. Ini fasal Jabatan Agama Islam ni. Saya tak ada masalah kalau pegawai, kakitangan ni dia PAS ke dia UMNO ke dia Amanah ke tak ada masalah. Tapi tolonglah profesional. Dato’ SS tolonglah Dato’ SS. EXCO Agama tolong tengoklah benda ni. Dekat pejabat-pejabat agama ni pun.. Pak Abu alaa.. Sekejap la.. Alaa Pak Abu.. Saya masa tak ada sangat.
Tak ada. Tak ada. Cepat, cepat, cepat.
Aaaa tak ada sangat.. Nanti saya bagi. Masa Bandar Utama nanti dia bahas, mencelah dia nanti. Dekat mana tadi Sabak? JAIS? Ada kadi. Ada kadi. Kadi ni pun kadang-kadang tak kita bukan nak
dia hormat kita. Jangan hormat kami lah. Hormat jawatan la. Sebab kita ni dipilih oleh rakyat. Saya di kalangan kawan-kawan ni ramai sebut dekat PBT-PBT dekat Pejabat-Pejabat Tanah Daerah ni pun ada pegawai-pegawai yang kadang-kadang tak tengok kita pun. Permintaan kita kadang-kadang tak dilayan. Yang layan tu saya ucapkan syukurlah. Saya ucapkan jutaan terima kasih. Tapi kita profesional lah. Kita profesional lah. Bila MB bagi dua bulan setengah kita semua happy, semua gembira. Kan? Tapi gerak kerja kita.. Kerja kita.
Saya yang berbahas ke Templer yang berbahas?
Nak nak landing dah. Dah nak landing dah. Memang dah nak landing dah.. Last-last. Kita kerja ni kena profesional lah. Saya rayu sangat-sangatlah. Kan? Kalau kerajaan ni tak betul Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor ni tak betul mari Pilihan Raya kita sama-sama ceramah kita tolak Kerajaan Pakatan Harapan ni. Terima kasih Sabak..
Tu la yang saya tak nak bagi Templer ni. Mengalahkan saya lamanya. Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan yang lepas, lepas ni saya harap kita adakan kunjungan hormat ke Pengarah JAIS untuk kita bincang bagaimana supaya masjid, surau dan semua yang di bawah JAIS ini tidak digunakan ke arah politik kepartian. Minta supaya ADN Taman Medan untuk mengapalai perjumpaan dengan Pengarah JAIS dan kita juga akan mengadakan kunjungan hormat kepada EXCO. Kunjungan hormat kepada EXCO untuk kita bincang bagaimana kita nak buat bebab Templer ni sejak hari pertama sampai ke saya ni, benda itulah yang dia utarakan dan kita rasa sudah tiba masanya kalau Boleh selepas daripada ini kita buat kunjungan kepada Pengarah JAIS semoga Pengarah JAIS juga ada di sini. Saya mohon supaya dengarlah apa yang Ahli-Ahli Dewan utarakan di sini. Tolonglah! Tolonglah! Tolong dengar. Tolong, tolong dengar dan ambil tindakan yang sewajarnya. Baik, saya nak bercakap lima minit je tadi saya dah tulis dalam group. Untuk yang akhirnya saya minta supaya di Sabak Bernam itu ada satu kawasan yang telah dulu zaman kekasih baru kita UMNO iaitu di Sungai Lang telah disediakan prasarana yang cukup cantik. Jalan siap, pelan pembangunan semua dah siap, jalan semua dah siap. Tetapi apabila kita mengambil alih 2008 mungkin merisaukan ya Tuan Speaker, pembangunan di situ terhenti yang ada cuma SBP air dan Politeknik. Saya harap untuk membangunkan Sabak Bernam dan menaikkan taraf Majlis Sabak Bernam itu kepada Majlis Perbandaran. Ditengok balik dilihat balik pelan pembangunan Sungai Lang itu. Saya yakin sekiranya pembangunan Sungai Lang itu dinaikkan semula saya yakin tidak akan memakan masa tahun yang lama untuk Daerah Sabak Bernam itu daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran. Itu sahaja daripada saya, Alhamdulillah saya dapat kawal suara saya hari ini daripada madrasah PAS kepada madrasah KEADILAN. Berbicara agak tenang. Saya belajar dengan Dato’ SS masa datang ke Sabak Bernam. Satu hari bersama Dato’ SS. Bukan bodek, ini bukan bodek. Ini satu
kenyataan. Ini kenyataan dan akhirnya saya mohon sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Anuar Ibrahim jangan ambil ayahda kami di peringkat Menteri. Ambillah Templer sebagai Menteri dan yang lain-lain. Terima kasih. Dengan ini saya menyokong Bajet 2023. Terima kasih.
Kalau macam tu gaji bulan pertama, kedua, ketiga Sabak ambil.
Baik. Baik. Baik. Boleh derma la kalau gaji tu ya. Baik. Saya minta sebelum kita teruskan untuk Bukit Gasing ya. Saya minta boleh tak. Pihak kerajaan untuk bawa Usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : YA.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Silakan Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Minta maaf Kota Damansara tak berdiri, jadi saya berdiri supaya perbahasan tak tamat. Lepas ini Kota Damansara boleh masuk. Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin mulakan perbahasan saya pada hari ini ingin bertanya sedikit penerangan daripada kerajaan negeri tentang beberapa perkara-perkara menarik yang disebutkan dalam Ucapan Bajet pada hari Jumaat yang lepas.
Yang pertama, IDRISS, perenggan 71 di Ucapan Dato’ Sri Menteri Besar, 40ribu ekar tanah di Kuala Langat dan Sepang yang akan dibangunkan sebagai satu koridor pembangunan utama. Satu trilion ringgit, nampak sangat menarik. Saya ingin bertanya adakah kawasan ini adalah green field development? Dengan izin. Adakah dia akan mengambil kawasan hutan ataupun kawasan palm oil plantation dengan izin. Ataupun merangkumi kawasan perbandaran yang sedia ada? Yang itu yang pertama.
Yang kedua penjelasan tentang apa visi pembangunan koridor ini? 40ribu ekar adalah besar. Lebih besar daripada kawasan MBPJ. Dia mungkin 50% lebih besar daripada seluruh Bandaraya Petaling Jaya. Jadi saya lihat sebagai satu kawasan pembangunan yang cukup luas dan mungkin cukup penting diberi sedikit masa dalam penggulungan kerajaan esok untuk beri keterangan tentang visi dan butiran pembangunan ini. Apakah jangka masa untuk pembangunan RM1trilion ini adalah ianya 10 tahun ataupun 30 tahun akan datang. Yang kedua, saya tertarik dalam perenggan 98 zero discharge policy dan pollutioncy air policy yang akan dibangunkan dilaksanakan di Negeri Selangor. Saya mohon keterangan berkenaan kedua-dua polisi ini sebab banyak kawasan perkilangan di Negeri Selangor ada dua kategori. Yang sudah, yang tak ada kelulusan yang masih kilang tanpa lesen. Kalau setakat kilang tanpa lesen ini pun kita tak dapat nak melesenkan dia dan tak dapat memutihkan dia selepas 15 tahun ada tak kita dapat melaksanakan dan menguatkuasakan polisi ini dan macam mana rancangan kerajaan negeri itu untuk menguatkuasakan polisi ini. Macam mana untuk kilang yang tidak mempunyai isu tanah dia yang selesai, adakah kita akan kuatkuasakan ke atas mereka ataupun hanya ke atas kilang yang mempunyai lesen. Yang kedua, kilang yang sudah mempunyai lesen kebanyakannya telah menjadi pelabur yang besar. Melabur beratus-ratus juta ringgit untuk masuk ke Malaysia pilih Selangor. Adakah mereka sudah diberi masa yang cukup untuk bersedia untuk tukar proses-proses mereka? Berapa banyak tahun apabila kita buat clean air policy di peringkat persekutuan, semua kilang sawit diberi masa untuk membuat adaptasi kepada proses-proses perkilangan supaya mengurangkan pencemaran udara. Jadi macam mana untuk kes-kes di Selangor, mohon sedikit pencerahan daripada kerajaan negeri.
Yang ketiga paip pecah. Seperti mana biasa saya mengalu-alukan sebarang peruntukkan kerajaan negeri untuk ganti paip-paip pecah, saya ingin mohon kawasan Bukit Gasing diberi tumpuan sebab sebagai satu kawasan tua di Selangor. Kawasan yang melebihi kawasan pembangunan perumahan yang melebihi 60 tahun. Di Selangor banyak kes paip-paip pecah yang berlaku dan apakah bilangan, berapakah bilangan projek yang akan dilakukan dalam tahun 2023 ada tak perancangan dia dan boleh tak diberi butiran kepada kami?
Yang keempat, 145juta diperuntukkan untuk JKR, untuk membuat jalan raya baru seperti disebutkan dalam Ucapan Dato’ Menteri Besar perenggan 125, saya ingin menarik perhatian kepada jalan raya di baru yang diperlukan untuk buat sambungan untuk kereta bergerak daripada poin A ke poin B juga penting kita ada laluan pejalan kaki baru untuk menyambungkan penduduk di kawasan bandar. Iaitu di kawasan tepu bina seperti di Petaling Jaya, antara stesen MRT dengan kawasan-kawasan komersial dan perumahan yang berdekatan. Mungkin dalam lingkungan kawasan berjalan kaki 10 minit. Jadi saya harap apabila diperuntukkan duit untuk pembinaan jalan baru jangan lupa juga pembinaan laluan pejalan kaki. Harap EXCO boleh bagi huraian dan boleh beri sedikit komitmen mungkin untuk pada mulanya 10% daripada kos pembinaan jalan baru kita pun buat laluan pejalan kaki baru. Dan lama-lama kita kena
tingkatkan sedikit supaya kita dapat membentukkan Lembah Klang ini yang cukup banyak laluan MRT/ LRT/ KTM dan sebagainya sebagai bandaraya mesra pejalan kaki dan mesra pengangkutan awam.
Seterusnya Projek Selangor Penyayang dalam perenggan 136, 500ribu untuk setiap ADUN, saya harap polisi untuk tahun depan dapat ditukar di mana kita janganlah hanya memberi kelulusan untuk buat projek pembaikan. Projek penyelenggaraan seperti tahun ini, impak projek ini ada tetapi tidak sebegitu baik jika dibenarkan kita buat projek baru. Projek baru sangat-sangat berimpak tinggi. Saya rasa bukan sahaja di kawasan saya tapi di mana-mana kawasan daripada taman permainan baru ataupun balai masyarakat baru dan sebagainya. Izinlah kami menggunakan had wang yang sama 500ribu tu bagi la buat satu projek besar yang berimpak tinggi daripada kita membuat 25 projek kecil tapi rakyat tak rasa. Sebab kebanyakan daripada 25 projek kecil ini adalah projek penyelenggaraan berkala daripada PBT. Jadi tak rasa. Tak rasa. Rakyat tak rasa. Walaupun beratus-ratus projek kita dah buat, orang tak perasan apa yang berbeza dalam projek Selangor penyayang. Jadi saya harapkan yang pekeliling yang lama untuk projek tahun 2022 sudah lepas tetapi next year punya buatlah pekeliling baru kita ubahsuailah. Peraturan itu buatlah 500ribu bagi kebenaran buat satu projek berimpak tinggi. Ok.
Yang seterusnya, untuk pemutihan taska, untuk menggalakkan pemutihan taska seperti mana yang disebut dalam perenggan 159. Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri adakah kerajaan negeri akan bertukar requirement Pihak Berkuasa Tempatan ke atas taska. Apabila sangat sukar untuk taska memenuhi keperluan PBT maka dia tak daftar. Jadi kalau kita nak ibu bapa hantar kepada tempat yang berdaftar janganlah bagi keperluan yang sangat tinggi. Jadi saya harap koordinasi boleh dibuat antara EXCO-EXCO yang berkaitan supaya perkara ini dapat dibetulkan. Once and for all. Sudah lama, sudah banyak. Sudah beberapa tahun perkara ini berlanjutan.
Seterusnya dan Dana Bantuan Guaman. Mungkin saya berterima kasih tahun ini kita telah lancarkan adakah ia berefektif. Berapa banyak kes yang telah bantu sebab saya kurang pasti dengan data ni dan mungkin boleh diberi pencerahan ada tak duit yang diperuntukkan ini digunakan dengan baik? Adakah bilangan kes yang kita ambil mencukupi kalau tidak mencukupi adakah kerana peruntukkan bagi setiap kes itu terlalu rendah? Mungkin boleh dinaikkan 5 atau 10ribu supaya betul-betul peguam itu dapat menjalankan tanggungjawab dalam kes tersebut.
Seterusnya Hijrah. Ada program baru i-Sosial. Saya rasa ini menjadi satu pendekatan yang sangat baru. Jadi saya harap hijrah bersedia sebab dulu kita pinjamkan duit untuk orang buat business lepas tu business menjana keuntungan. Keuntungan itu boleh bayar balik pinjaman. Tapi bila dapat pinjam duit untuk baiki bumbung, dia tak ada sumber daripada baiki bumbung itu untuk bayar balik. Jadi penilaian itu berbeza. Saya harap Hijrah bersedia tetapi kalau kita nak pinjam untuk tujuan ini saya haraplah kita pinjamkan kepada semua kes kecemasan. Bukan sahaja tertentu, semua kes
kecemasan dengan satu azam supaya mengelak rakyat Selangor untuk pergi ke ahlong. Kadang-kadang kalau tak ada pilihan kena pergi ahlong. Bank tak nak pinjamkan duit tak ada sumber untuk pinjamkan duit, kena pinjam ahlong. Kalau Hijrah nak bantu rakyat dalam kesusahan seperti nak baiki rumah dan sebagainya, mungkin boleh bantu keseluruhan bagi semua jenis kecemasan dan tak perlu pergi ke ahlong. Seterusnya dalam perenggan 192, isu tambang bas. Untuk murid SJK(T) saya memang suka apa-apa program yang membantu anak kita pergi ke sekolah. Saya sedih apabila anak terpaksa tidak pergi ke sekolah tambang terlalu mahal dan saya dapat tahu daripada lawatan ke ladang pada awal penggal ini, di sekolah untuk access ke sekolah menengah menjadi cabaran, sebab sekolah menengah lebih jauh. Sekolah rendah biasanya lebih dekat tapi sekolah menengah lebih jauh untuk penduduk di estet dan saya harap kita juga boleh bantu, jangan budak di estet ini mengambil pilihan untuk tidak sambung sekolah menengah sebab terlalu jauh dan mahal. Saya harap bantuan untuk sekolah rendah juga boleh diberi kepada pelajar sekolah menengah.
Seterusnya isu warta tanah untuk orang asli. Perenggan 207, cukup bagus tiap tahun kita beri duit memperuntukkan duit untuk kita wartakan tanah memang harus kita betulkan semua kesalahan yang lepas dan mewartakan tanah-tanah sepatutnya untuk orang Asli. Tetapi saya hairan kenapa setiap tahun kita peruntukan duit berapa lamalah kita nak tunggu sehingga selesai? Berapakah perkampungan orang Asli seluruh Negeri Selangor berapa kita dapat selesaikan setiap tahun dengan peruntukan satu juta ini dengan tunggu berapa tahun lagi untuk kita selesaikan semua? Saya harap dalam dua tiga tahun kita habiskan, jangan kita nak berlanjutan lagi sepuluh tahun.
Yang perkara dalam perenggan 245 Program Ikhtisas 15 juta di peruntukan untuk program-program TVET ini. Saya nak bagi cadangan kepada Kerajaan Negeri, kalau setakat TVET di dalam kolej ada juga bagusnya pelajar itu dapat sedikit kemahiran tetapi mungkin kita boleh fikirkan untuk program-program ini dilakukan di luar kolej dan di tempat kerja. Jadi kita bayar majikan untuk memberi training kepada pelajar-pelajar ini di tempat kerja. Jadi dia dapat on the job training yang pada pandangan saya menjadi lebih efektif untuk mereka sertai pasaran kerja pada satu hari nanti.
Seterusnya Selangor Mobiliti 25 juta saya mengalu-alukan. Kita telah mulakan projek kumpul di Subang Jaya dan Petaling Jaya dan saya ingin mengalu-alukan Kerajaan Negeri menggunakan Van On- Demand respons di Negeri Selangor. Saya ingin tanya butiran 25 juga ini nak bagi berapa untuk bas, berapa untuk van? Dan untuk van ini berapa banyak van yang kita azamkan untuk letak di Negeri Selangor dan di tempat mana, kawasan luar bandar atau bandar untuk tahun hadapan? Dan perkara seterusnya ialah Digital ID satu projek yang ambitious, 7 juta penduduk Negeri Selangor nak diberikan Digital ID . Ada tak kita ada berkemampuan untuk memberi dan bagaimana cara kita nak beri dan mengawal data dalam Digital ID ini? Ada tak kita mempunyai keyakinan terhadap ini? Adakah kita akan buat inhouse
pembangunan sistem ini ataupun kita akan memakai sistem luar yang sedia ada? Saya tertarik sebab Digital ID ini security sangat penting dan juga cara kita roll out pun adalah sangat penting.
Jadi akhir sekali, yang ini secara gambaran yang besar 2.45 bilion akan dibelanjakan tahun depan. Saya ingin membawa satu cadangan bahawa semua perbelanjaan ini, semua butiran perbelanjaan ini diletakkan di lama web.selangor.gov.my untuk rujukan orang awam. Bukan saja kita letak bajet, bajet bagus kalau kita letakkan di lama web banyak negeri di Malaysia tak letakkan di laman web. Dia tak access able dengan izin tetapi selain daripada kita letakkan bajet macam 15 juta akan diperuntukkan untuk tujuan TVET tetapi macam duit itu dibelanjakan diberi kepada kolej mana? diberi kepada kontraktor mana? diberi kepada pembekal mana? Kalau kita boleh masukkan semua data ini di lama web, dia akan menjadi kerajaan yang telus, transparent dengan izin dan menjadi Kerajaan yang pertama di Malaysia untuk membuat sedemikian. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh jadi peneraju, data itu memang ada dalam sistem perbendaharaan, cuma kita nak letakkan dalam layout yang mesra kepada pengguna dan letak di laman web supaya kita telus dengan cara perbelanjaan kita. Jadi dengan ini saya menyokong bajet 2023 Kerajaan Negeri Selangor. Sekian terima kasih.
Baik saya mempersilakan Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan Pelabuhan Klang ruang dan peluang untuk membahaskan ucapan Belanjawan Selangor 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 25 November 2022 hari Jumaat jam 3.00 petang. Pelabuhan Klang memuji dan menyokong pembentangan belanjawan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang saya lihat yang sangat komprehensif berdaya saing dan sangat menguntungkan rakyat Negeri Selangor. Dengan tema kita Selangor melonjak kemajuan mengerat perpaduan menjadi harapan dengan menggariskan 5 teras utama di dalam belanjawan 2023 Negeri Selangor iaitu yang pertama mengukuhkan pertumbuhan ekonomi. Kedua membudayakan perpaduan dan masyarakat penyayang. Yang ketiga pendidikan dan pembangunan generasi masa depan. Yang keempat kehidupan lestari dan sejahtera dan yang kelima tadbir urus cekap dan bertanggungjawab. Dan kalau kita lihat kelima-lima teras ini kebanyakannya ia merujuk kepada perpaduan dan juga pembangunan yang penting generasi masa hadapan. Dan saya Pelabuhan Klang ingin menyentuh tentang tema yang kedua iaitu membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang. Iaitu teras yang kedua ini saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memperuntukkan sebanyak satu juta ringgit untuk program perpaduan yang menjadi tunjang penting dalam usaha untuk membina sebuah negeri yang maju berdaya murni dan makmur dan kita semua sedia maklum, kita semua ini merupakan negeri yang mempunyai pelbagai etnik budaya dan agama dan sebuah negeri super diver city yang
mempunyai aneka kepelbagaian termasuk kepelbagaian penduduk yang bermigrasi dari pelbagai negara dan negeri luar daripada Selangor kerana Selangor adalah tempat untuk masyarakat di dalam negara Malaysia mencari pekerjaan dan mendapatkan penempatan untuk keluarga. Dan saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memperuntukkan sebanyak satu juta ringgit untuk program ini. Dan dalam masa yang sama juga Pelabuhan Klang juga ucapkan terima kasih dan tahniah kerana belanjawan kali ini Kerajaan Negeri telah mewujudkan inisiatif Duta Perpaduan Selangor di PS yang merupakan projek rintis pada tahun ini. Dan duta perpaduan Selangor ini akan pelbagai etnik memainkan peranan sebagai penggerak agenda perpaduan dan juga mediator perpaduan dalam masyarakat dan program ini akan diperluaskan tahun ini dengan melantik DPS dari setiap Dun untuk memastikan invokasi perpaduan secara lebih meluas terus di peringkat akar umbi. Dan kalau kita tengok program yang nak dirancang dan dicadangkan oleh Kerajaan Negeri ini sangat baik untuk perpaduan masyarakat majmuk dalam negara Malaysia. Dan saya difahamkan akan ada juga geran perpaduan Kita Selangor iaitu peruntukan sebanyak RM300 ribu ini untuk diberikan kepada agensi-agensi,persatuan-persatuan dan juga ngo-ngo untuk menjalankan program dan juga aktiviti kempen berkaitan dengan perpaduan.
Ahli-ahli Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin Pelabuhan Klang ingin menyentuh, bahawa saya lihat idea dan cadangan untuk kita semarakkan perpaduan di dalam Negeri Selangor ini sangat-sangat baik. Tetapi baru-baru ini di dalam kempen Pilihan Raya Umum Yang Kelima Belas, kita sangat terkejut selepas 65 tahun kita merdeka tahun 2022 masih lagi isu-isu perkauman dan keagamaan ini dimainkan dalam kempen Pilihan Raya. Malah tahun ini ataupun Pilihan Raya kelima belas ini lagi teruk kempennya. Perkauman dan keagamaan dimainkan oleh parti-parti politik tertentu demi mencapai kemenangan tanpa memikirkan kesan jangka masa pendek dan masa panjang di dalam negara kita kesan jangka masa panjang generasi masa depan. Dan Pelabuhan Klang melihat bahawa isu ini dimainkan oleh ahli-ahli politik tertentu, parti-parti politik tertentu kerana keadaan telah memaksa mereka berbuat begitu. Kenapa saya cakap begitu, kerana kalau kita tengok persempadanan kawasan Pilihan Raya terutama sekali di dalam Negeri Selangor ini adalah antara kawasan sempadan Pilihan Raya yang tidak adil sekali dengan saiz Pilihan Raya yang tidak seimbang atau dengan izin malaforcerment dan sempadan yang tidak menuruti sempadan pentadbiran ataupun pembahagian kampung atau kawasan perumahan yang tidak masuk akal secara gerrymander dan inilah yang menyebabkan setengah pihak menggunakan isu sempadan Pilihan Raya ini yang dilihat tidak seimbang tidak orang kata meletakkan hubungan antara kaum itu dengan baik di mana ada kawasan yang pengundi Melayunya sangat ramai, ada kawasan Cinanya sangat ramai, sedangkan kalau kita tengok data Pilihan Raya, Pilihan Raya Umum Yang Kelima Belas yang lalu jumlah pengundi adalah seramai tiga juta tujuh ratus dua puluh lima ribu empat ratus empat puluh tiga orang pengundi dengan komposisi kaum yang sangat seimbang di dalam Negeri Selangor di mana 53% daripada 3.7 juta ini adalah kaum Melayu. 31% adalah dari kaum Cina dan 13% adalah dari kaum India dan 3%
daripada kuam lain-lain. Tapi kalau kita dengar kedudukan pengundi-pengundi ini yang sepatutnya digariskan seimbang sebelum 2018 kita boleh lihat kawasan-kawasan sempadan Pilihan Raya ini setiap kawasan DUN itu kedudukan pengundi ataupun kaum adalah seimbang 50% kaum Melayu dan 50% bukan kaum Melayu. Sebab itu sebelum 2018 itu tidak ada isu-isu perkauman ini dimainkan dengan begitu hebat isu keagamaan itu dimainkan dengan begitu hebat. Tetapi berdasarkan peta Pilihan Raya sekarang ini bukan hanya di Negeri Selangor malah di seluruh negara membuatkan ahli-ahli politik tertentu menggunakan sentimen isu keagamaan dan juga perkauman ini sebagai senjata untuk memenangi Pilihan Raya. Dan kita kena selesaikan isu ini dengan segera kita telah membentuk Kerajaan Perpaduan di Peringkat Putrajaya. Perdana Menterinya Datuk’ Seri Anwar Ibrahim dan saya yakin isu perpaduan ini adalah agenda utama yang perlu diberikan perhatian demi masa depan yang lebih baik demi rakyat Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang. Kerisauan kita kalau tengok ADUN-ADUN yang berbahas sebelum ini sangat menitik beratkan tentang isu perpaduan dan saya menggesa Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyusun semula kawasan-kawasan sempadan Pilihan Raya yang dilihat sangat-sangat tidak adil kepada rakyat Negeri Selangor. Sebagai contoh kalau kita tengok Pilihan Raya baru-baru ini kawasan Parlimen Bangi dengan jumlah pengundi tiga ratus tiga ribu lima ratus tujuh puluh satu. Kawasan Bangi dan kawasan paling sikit ini kawasan Parlimen Sabak Bernam lima puluh satu ribu enam ratus empat puluh tiga, itu kita tidak tengok lagi penyusunan komposisi kaum yang tidak seimbang di semua kawasan-kawasan Parlimen ini.
Saya berkesempatan untuk bersama-sama berkempen di kawasan Parlimen Klang dan Parlimen Klang jumlah pengundi dua ratus sembilan ribu lima puluh dua orang dengan komposisi kaum 70% lebih 70% adalah pengundi bukan Melayu. Jadi membuka ruang yang sangat luas untuk ahli-ahli politik yang bertanding memainkan isu perkauman. Parti-parti politik yang terdesak nak kan kemenangan dia akan main isu perkauman dan keagamaan dan saya yakin untuk Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan berlangsung tak lama lagi ini juga isu perkauman ini akan diteruskan kenapa? Kalau kita tengok kedudukan yang seperti yang saya nyatakan tadi DUN Kinrara paling ramai pengundi seratus dua puluh ribu orang pengundi tetapi majoriti di kawasan ini ialah pengundi bukan Melayu dan DUN yang paling sikit DUN Sungai Tawar sembilan belas ribu pengundinya. Sekinchan pun sedikit je pengundi dua puluh tiga ribu orang pengundi. Dua puluh empat okay, ini yang terbaru yang dikeluarkan sempena Pilihan Raya umum yang kelima belas. Dan pengundi baru ini akan sentiasa bertambah setiap hari. Sebab setiap hari sekarang secara automatik sebab umur 18 tahun ia daftar automatik. Sebab itu tiap-tiap bulan bertambah-bertambah tetapi kalau pihak Kerajaan pihak SPR tidak mengambil berat tentang isu persempadanan kawasan Pilihan Raya ini, saya yakin kita akan terus berdepan dengan isu perkauman dan kaum. Sudah sampai masanya terutamanya di Negeri Selangor, untuk kita masukkan teras kedua ini membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang.
Kerajaan Negeri Selangor kena bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan keseimbangan kawasan-kawasan pilihan raya ini jumlah pengundinya semuanya kena seimbang untuk mencerminkan kepelbagaian etnik dan masyarakat majmuk di Negeri Selangor dan kalau ini tidak dilakukan dengan segera, kita akan menghadapi masalah pada masa hadapan kerana dengan teknologi media sosial yang begitu pantas yang menyampaikan maklumat dan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan diayah-diayah tertentu dengan menyebarkan fakta-fakta yang mengelirukan dengan menyebarkan fitnah-fitnah dan akhirnya ramai golongan ataupun pihak-pihak yang kurang membaca ini akan terpengaruh dengan kempen-kempen fitnah dan akhirnya akan. Orang kata kesannya jangka masa panjang sangat-sangat merisaukan. Sebab itu kalau tengok perbahasan dalam Sidang Dewan Selangor ini semuanya mencerminkan ataupun menggambarkan kerisauan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang bagaimana dengan masa depan Negeri Selangor sekiranya isu perkauman, isu keagamaan ini terus dimainkan untuk memecahbelahkan penduduk dan juga rakyat Negeri Selangor.
Jadi Pelabuhan Klang mendesak supaya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya segera berbincang dengan Kerajaan Negeri untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengelak perkara-perkara kempen-kempen fitnah dan kempen-kempen berbaur perkauman dan keagamaan ini diteruskan pada masa hadapan. Gunakan peluang 5 tahun ini kerajaan perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerjasama Kerajaan Negeri kita selesaikan isu ini dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini akan menyokong cadangan yang dibawa oleh Pelabuhan Klang ini dan marilah kita bekerjasama untuk memastikan Selangor akan terus kekal aman dan damai tanpa diganggu gugat oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang cuba melaga-lagakan hubungan harmoni kaum dan agama di Negeri Selangor. Saya harap sangat pihak-pihak ini supaya tidak menggunakan lagi isu perkauman dan keagamaan pada masa akan datang. Oleh itu, Pelabuhan Klang dengan ini menyokong Belanjawan Selangor 2023. Sekian, terima kasih. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmannirrahim. Salam sejahtera, salam harapan Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak Kerajaan mahupun pembangkang. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berbahas pada kali ini dan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi Selangor. Saya memulakan perbahasan ini mengingatkan kepada saya dan juga rakan-rakan sekalian bahawa kita adalah menjadi nadi dan juga jurucakap kepada rakyat jangan sekali-kali kita lupa bahawa kita berada di sini demi rakyat yang telah memilih kita.
Selain dari itu, Kota Damansara juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah menang dalam
pilihan raya yang baru ini terutama dari Sungai Tua, Batu Tiga, Templer, Kota Kemuning dan Sijangkang. Kita dapat melihat bahawa menjadi kebimbangan terutama rakyat-rakyat sekarang adalah mengenai kemelesetan ekonomi yang dijangka akan berlaku pada tahun 2023. Sudah pasti kesediaan Kerajaan perlu ke tahap lebih tinggi dalam memastikan kesan negatif sebab kemelesetan ini diminimumkan. Kita dapat melihat bahawa Belanjawan 2023 ini mempunyai defisit sebanyak RM450juta dan jumlah ini adalah lebih besar berbanding Belanjawan 2022. Tetapi Kota Damansara menyokong keperluan ini kerana Kerajaan Selangor perlu kewangan yang lebih besar dalam mendepani pelbagai isu di masa hadapan.
Tuan Speaker, perkara ini kita perlu beri kredit kepada Kerajaan Negeri Selangor, kita semua mengetahui bahawa sebelum ini peruntukan pembangunan selalu fokus kepada sektor infrastruktur tetapi Kerajaan di Selangor mengambil langkah progresif dengan berfokus pada sektor sosial. Ini adalah langkah yang amat perlu dalam memastikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menjadi contoh kepada Kerajaan negeri lain dalam kesediaan dalam mendepani isu-isu penting seperti kemelesetan ekonomi. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan jelas menyatakan bahawa Selangor dan Pulau Pinang terus mengungguli ketumbuhan KDNK terbaik di antara semua negeri. Semua orang tidak mampu menafikan bahawa Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah KDNK negara dengan merangkumi 25% dalam jumlah keseluruhan KDNK negara. Selain itu, Selangor juga menjadi penyumbang utama kepada penyertaan tenaga buruh. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk yang bekerja adalah 16juta bagi April 2022. Jumlah pekerja di Selangor sekurang-kurangnya 3.5juta, mengikut Jabatan Perangkaan bagi tahun 2019. Sudah pasti kebajikan pekerja menjadi keutamaan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini, satu laporan mengenai garis kemiskinan telah dikeluarkan dan laporan tersebut telah menyatakan bahawa perlu laksanakan gaji sekurang-kurangnya RM2,208.00 dan gaji minimum di Selangor adalah RM1,500.00. Sudah pasti apabila bercakap mengenai gaji minimum adalah berfokus kepada kemampuan rakyat untuk hidup dengan berdasarkan kos sara hidup terkini di Selangor. Sudah pasti kos sara hidup berbeza mengikut daerah. Sebab itu Kota Damansara ingin terus menekankan agar Kerajaan fokus kenaikan gaji minimum mengikut kos sara hidup di setiap daerah. Kerana langkah ini sangat penting untuk digerakkan atau diwujudkan mengikut keperluan dan bukan berdasarkan permainan sentimen semata-mata. Perkara lain yang Kota Damansara ingin tekankan adalah mengenai gaji progresif. Gaji progresif dipopularkan oleh Pergerakan Kesatuan Pekerja di Singapura tapi apa idea yang Kota Damansara ingin tekankan adalah mengenai satu polisi untuk memastikan kenaikan gaji akan memberi impak positif kepada produktiviti. Secara mudahnya, gaji progresif yang Kota Damansara cadangkan adalah dengan menggunakan modul contoh oleh Kerajaan Singapura; Skim Gaji Progresif akan berfokus kepada sektor yang mempunyai peningkatan yang statik. Mekanisme gaji progresif adalah setiap peringkat pekerjaan mempunyai gaji minimum yang perlu diberikan oleh majikan. Sudah pasti Kerajaan perlu menyediakan skim dalam membantu memberi latihan
kepada pekerja agar mereka mempunyai skill yang diperlukan untuk menaiki tangga peringkat pekerjaan. Dengan itu kebajikan pekerja akan lebih terpelihara dan produktiviti pekerja juga akan meningkat.
Cadangan Kota Damansara seterusnya adalah untuk mewujudkan Majlis Penasihat Buruh Negeri. Majlis Penasihat Buruh Negeri ini fokus majlis ini adalah menjadi perantara dalam memastikan Undang-Undang Buruh sedia ada dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di Negeri Selangor. Bukan itu sahaja, Majlis Penasihat Buruh Negeri ini juga berfokus sebagai think tank kepada isu-isu melibatkan hak pekerja di Negeri Selangor. Di Selangor kita mempunyai Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS). Saya percaya Kerajaan Negeri pasti ingat, masih ingat tentang persoalan yang saya timbulkan mengenai unit ini dan Kerajaan Negeri juga telah menjawab persoalan ini secara bertulis kepada saya. Maka, saya ingin mengambil peluang ruang ini untuk mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkuatkan hubungan antara UPPS dengan Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) ini langkah progresif dan proaktif dalam memastikan kerjasama antara organisasi ini diperkuatkan dan akhirnya memberi kebaikan kepada kemaslahatan pekerja Selangor.
Tuan Speaker, sudah pasti setiap langkah yang ingin digerakkan oleh Kerajaan kita, kita tak nak syok sendiri sebab itu saya ingin mencadangkan untuk ada penglibatan secara berkala dengan masyarakat sivil iaitu pemain industri dan pemegang taruh. Penglibatan masyarakat sivil amat penting dalam memastikan setiap idea ataupun polisi itu digerakkan secara bersama atau dalam kata lain secara komuniti. Saya faham dan rakan-rakan juga faham apabila melibatkan dengan gaji minimum kuasa besarnya adalah terletak di tangan Kerajaan Persekutuan dan sekarang Kerajaan Persekutuan adalah Pakatan Harapan. Maka, Selangor perlu menjadi barisan hadapan dalam membawa idea-idea progresif dan realistik untuk menjadi perhatian Kerajaan. Saya mempunyai satu lagi cadangan iaitu menaikkan gaji minimum penjawat awam di Negeri Selangor sekurang-kurangnya RM1,600.00 dalam masa terdekat. Tujuan utama kenapa saya bangkitkan ini adalah penjawat awam merupakan tunjang utama kepada kehebatan Negeri Selangor. Mereka berkorban masa dan tenaga dalam memastikan setiap polisi yang memberi kebaikan kepada rakyat digerakkan secara sistematik dan segera. Isu hak pekerja ini sudah menjadi nadi perjuangan saya yang lama sebelum saya memasuki bidang politik lagi saya telah membantu sebanyak mungkin rakan-rakan untuk mendapatkan keadilan kepada mereka dalam sudut kebajikan. Harap isu ini menjadi fokus Kerajaan Negeri. Isu harga barang adalah isu yang sangat dekat dengan saya juga dan hampir setiap minggu. Sebelum ini telur begitu susah nak dicari dan harga ayam naik dengan mendadak tetapi yang menarik dengan pelantikan Perdana Menteri yang baru kelihatan telur mula kelihatan di pasar raya. Adakah saya gembira? Sudah pasti gembira. Adakah saya berpuas hati? Belum tentu lagi pasti. Tetapi bila kita bercakap mengenai kos sara hidup kita mesti bercakap dengan realistik dan apa-apa polisi mesti tidak menjejaskan kemampuan pembeli oleh rakyat purchasing power. Pertama, reform cukai dengan lebih menekan golongan T20 ini perlu agar keadilan ini diberikan
berdasarkan kemampuan golongan ekonomi dan yang paling kaya perlu bersama dengan Kerajaan dalam menampung kos pengurusan dan menanggung kos sara hidup.
Tuan Speaker, sudah pasti apa yang telah dilakukan Kerajaan Negeri adalah amat baik terutama langkah-langkah yang digerakkan dalam mendepani isu kemelesetan pada tahun hadapan. Saya cuma berharap adalah agar segala idea yang dibawakan oleh Kota Damansara ini menjadi perhatian Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
Landing ya.
Dengan ini saya akhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Belanjawan Selangor pihatin rakyat, 44 program 5 teras diberi utama harapan rakyat program terlaksana, Kerajaan perpaduan dan negeri kini erat, Kesenangan rakyat matlamat utama Kota Damansara mohon menyokong agar rakyat tidak merana. Sekian, terima kasih.
Seri Setia.
Bismillahirrahmannirrahim, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker seterusnya rakan-rakan Yang Berhormat terutamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua, Exco-exco, pegawai-pegawai kerajaan yang sama-sama menggembleng tenaga akal fikiran menjadikan Bajet Negeri Selangor pada 2023 ini adalah yang terbaik daripada yang sebelum ini.
Baik, merangkumi kisah pada 2008 kita lihat pada 2008 dahulu Kerajaan Negeri Selangor apabila menang di bawah Pakatan Rakyat semasa itu yang memegang tampuk pemerintahan adalah Yang Amat Berhormat Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kita beri lapan (8) inisiatif atau insentif kepada rakyat Negeri Selangor yang dinamakan Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor kemudian pada 2014 Bukit Antarabangsa menjadi Menteri Besar dan memberi 33 benefit kepada rakyat Negeri Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Dan hari ini Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Sungai Tua, beliau telah memberi 44 inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang kepada rakyat Negeri Selangor. Tahniah saya ucapkan, bermakna kita ada peningkatan untuk membantu rakyat dalam Negeri Selangor. Baik, pelbagai penambahbaikan dan juga seperti yang saya katakan tadi bertambah baik lagi. Kalau kita lihat pada Belanjawan 2023 akan datang ini ada lima teras (5).
Yang pertama ialah mengukuhkan pertumbuhan ekonomi. Yang kedua, membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang. Yang ketiga, pendidikan dan pembangunan generasi masa depan. Dan yang keempat, tadbir urus cekap dan bertanggungjawab. Di antara ini adalah kesemuanya antara teras yang terbaik. Saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah membantu meningkatkan lagi iaitu baucar-baucar SMUE/Skim Mesra Usia Emas. Ramai warga emas yang datang ke pejabat mengadu RM100.00 tidak cukup. Dan, kita juga mendesak supaya Kerajaan Negeri dapat menaikkan sedikit supaya mereka ini seronok dan akhirnya dapat naik RM150.00 satu tahun untuk baucar Skim Mesra Usia Emas. Dan, begitu juga dengan Jom Shopping Perayaan dinaikkan RM200.00 oleh Kerajaan Negeri Selangor, ini yang terbaik. Saya rasa ini yang Kerajaan Negeri boleh bagi. Kalau kita lihat dalam iltizam Selangor Penyayang. Daripada anak yang lahir di negeri Selangor, anak baru lahir diberi RM100.00, 1 tahun hingga 5 tahun, RM 500.00 dimasukkan dalam Skim Simpanan Pendidikan Negara. Sehingga ke sekolah hingga masuk universiti. Dan kalau ikut sebelum ini ada berkahwin. Kahwin pun dapat juga tapi kali ini saya mencari-cari juga apakah pada 2023 ini, tiada hadiah perkahwinan. Orang yang bujang ni, orang yang kahwin ini dia seronok. Seronok apa? Pertama, dia dapat berkahwin, yang kedua, dia dapat hadiah kahwin. Tapi saya tengok kali ini. Yang paling seronok dapat hadiah kahwin. Tapi saya tengok kali ini tidak ada pula. Dan saya tidak tahu di mana tetapi kalau boleh dapatlah sedikit yang dibagi pada orang yang hendak berkahwin. Semangat untuk berkahwin itu lebih. Bukan kahwin lagi. Selepas itu masuk Universiti, bekerja. Bekerja juga. Anak-anak muda yang tidak ada kerja. Kerajaan Negeri bagi dalam sistem RIDE, Roda Inisiatif Darul Ehsan, bagi anak muda tadi ambil apa nama, ambil lesen tidak ada duit bagi subsidi pula, kemudiannya bantu pula dapat kerja, ini dalam Kerajaan Negeri Selangor.
Kemudiannya, capai usia meningkat dalam Skim Mesra Usia Emas. Dalam masa yang sama pemberian, bantuan kesihatan juga ada. Kita ada pembedahan yang dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan jantung, katarak, dan pelbagai lagi yang ini Kerajaan Negeri bantu. Saya berharap supaya Bajet tahun hadapan ada penambahan-penambahan lain lagi. Dan kita tengok pada tahun depan, kita tengok pada awal pembentangan Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Kali ini saya rasa wanita rasa cukup istimewa. Kerajaan Negeri ambil berat tentang wanita. Kerajaan Negeri menghormati dan menghargai dengan apa yang wanita telah lakukan terutama dalam Kerajaan Negeri Selangor. Tahun depan Kerajaan Negeri beri pada wanita antaranya Kasih Suri Selangor. Ini yang telah saya nyatakan tempoh hari yang pernah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan dulu.
Keduanya, Inisiatif Penjagaan Kanak-kanak, Bantuan Pendaftaran Taska, Insentif Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal, Insentif Kuota Perumahan Ibu Tunggal. Kerana ibu tunggal selalu bertanya apa yang Kerajaan Negeri bagi? Sekarang 2023 ibu tunggal dapat menikmati apa yang Kerajaan Negeri bagi tadi. Ini yang Kerajaan Negeri bagi untuk membantu terutamanya golongan-golongan ibu tunggal. Kemudian, ada Digital Usaha Wanita Muda dan juga ada Halal Suri. Ini yang saya katakan tadi, ada
lebih kurang 7 untuk wanita. Istimewanya wanita dalam Negeri Selangor. Baik, untuk makluman juga, saya selaku ADUN Seri Setia juga ingin memohon pertimbangan beberapa perkara yang saya perlu mohon juga dalam kawasan Seri Setia. Antaranya saya mohon sedikit pertimbangan pada Yang Amat Berhormat Sungai Tua, saya mohon supaya ada peruntukan yang diberi untuk pembinaan masjid di Lembah Subang. Masjid Lembah Subang ini adalah satu-satunya masjid yang telah dapat kelulusan dan ini adalah masjid yang utama dalam kawasan Lembah Subang. Dan mereka perlukan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Dan saya harap Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Sungai Tua boleh mempertimbangkan permintaan saya ini. Dan saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Sungai Tua yang telah memberikan kenaikan elaun kepada guru KAFA. Guru KAFA memanglah gajinya, elaunnya sedikit. Tetapi mereka pernah mencadangkan, supaya Kerajaan Negeri dapatlah membina kuarters, rumah guru pada mereka, gajinya adalah di bawah taraf kemiskinan bandar. Kalau lebih baiknya, ada kuarters yang boleh membantu.
Untuk Yang Berhormat EXCO daripada Paya Jaras, saya hendak mohon juga anak-anak muda kawasan saya minta kalau boleh ada satu tempat. Kita telah ada tapak. Tanah itu telah ada cuma selepas kita kerajaan yang sama mungkin kita boleh berunding kerana tanah itu adalah tanah kerajaan tetapi tidak diusahakan, yang boleh kita buat untuk anak-anak muda sebagai contoh sepertinya gelanggang sukan ataupun gelanggang untuk anak-anak muda bermain. Dan yang terakhir saya hendak mohon juga kepada EXCO Pandan Indah. Saya hendak tanya juga apa status pam. Pam di Taman Mesra, Shah Alam. Taman Mesra Batu 3, kawasan saya. Pam ini telah diambil oleh pihak SPRM atas beberapa kes yang sebelum ini. Kita tahu sekarang ini digantikan dengan JPS yang menggunakan pam itu sementara. Sementara itu sampai bila? Dan bilakah pam yang baru ini dapat digantikan di kawasan tersebut? Kerana kita takut pam ini akan menyebabkan banjir yang besar akan berlaku sekali lagi. Baik. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan Seri Setia menyokong, pembentangan Belanjawan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Terima kasih.
Bandar Utama.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan Bandar Utama memberi ruang membahaskan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2023. Sidang Dewan dan berbahasan kali ini mungkin merupakan berbahasan Belanjawan kali terakhir sebelum pembubaran Dewan Negeri Selangor. Jadi Bandar Utama, terutamanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana Belanjawan kali ini menunjukkan tahap keberproksifan Kerajaan Negeri Selangor dalam merangka peruntukan Belanjawan yang merangkumi semua umur, agama dan kaum, jantina dan sebagainya dan ini merupakan jasa semua pihak yang terlibat termasuklah Menteri Besar, para EXCO, Ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua
Jabatan serta kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Tempatan. Kini, Bandar Utama bangga apabila melihat inisiatif Kerajaan Negeri bersifat produktif prihatin telah disertakan dalam Belanjawan Tahun 2023. Pertamanya apabila kita membincangkan tentang kemiskinan menstruasi terbuka dan berpendirian tegas, perkara ini tidak seharusnya di lihat sebagai debu. Isu ini kini sedang membelenggu lebih 500 Juta wanita di seluruh dunia. Jadi saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana mengambil pendirian sebegini.
Kedua, memberi keprihatinan yang secukupnya untuk golongan OKU. Ketiga, Mewujudkan Perpaduan Wanita Selangor yang memainkan peranan sebagai penggerak agenda perpaduan dalam masyarakat. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat kritikal pada sangat-sangat ini apabila seperti Ahli-ahli Dewan yang lepas banyak antara kita telah membangkitkan pada waktu ini oleh sebab PRU telah mewujudkan pelbagai isu perkauman. Jadi ini merupakan satu inisiatif yang mampu membawa kita ke arah hadapan. Terutamanya pada ketika ini saya ingin mengatakan ‘... not enough to be non-receive, we must in...’ (bahasa Inggeris) (dengan izin). Jadi kita harus memulihkan kembali perpaduan ini selepas ia sering kali dirosakkan demi survival politik. Oleh itu, Bandar Utama juga ingin bertanya, sekiranya saya sudah pun, menetapkan KPI yang akan dicapai, oleh setiap duta, dan bagaimana kerjasama daripada duta perpaduan ini di setiap kawasan DUN dengan Ahli Dewan Negeri mengikut pemahaman Duta ini adalah mengikut kawasan DUN.
Bandar Utama juga sangat terharu apabila Kerajaan Negeri Selangor kini bukan sahaja fokus terhadap program ANIS, malah kini telah mengembangkan program seperti YANIS iaitu Yayasan Insan Istimewa Selangor, kad Iltizam, Anak Istimewa Selangor (ANIS). Dan juga seperti yang dikatakan oleh YAB EXCO sebelum ini. Kita juga memberikan peluang pekerja di Selangor Job Fair untuk warga OKU dan sebagainya. Mengikut angka pendaftaran JKM sehingga kini iaitu sehingga Ogos, 2022 hanya terdapat 2% pada rakyat Malaysia yang berdaftar dengan JKM sebagai warga OKU. Jadi bagi pendapat Bandar Utama bagi menguji moral dan keikhlasan sesebuah kerajaan adalah bagaimana kerajaan itu terutama menjaga golongan minoriti, apabila perbuatan tersebut, tidak semestinya dapat menjana undi tetapi tetap dilakukan kerana perkara ini wajib dilakukan oleh sesebuah kerajaan yang peduli rakyat. Jadi Bandar Utama ingin mengucapkan syabas kepada keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor cuma Bandar Utama juga ingin menyarankan Kerajaan Negeri juga fokus kepada pemerkasaan golongan OKU, terutamanya mereka yang masih bergelar pelajar. Hari ini Bandar Utama baru sahaja menghadiri majlis bersara Pengetua SMK Kelana Jaya, Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Harun. Di bawah pimpinan beliau SMK Kelana Jaya telah membuka 14 kelas pendidikan khas khususnya bagi membantu keperluan murid-murid khas. Namun sebenarnya SMK Kelana Jaya ini bukanlah satu sekolah yang diwujudkan khususnya untuk pendidikan khas cuma sekolah biasa yang membenarkan pendidikan khas yang dijalankan.
Apabila Bandar Utama melawat pada hari ini untuk turut serta dalam majlis persaraan, pelbagai jenis maklum balas dan komen yang diperoleh dan mungkin sekolah-sekolah seperti ini telah membantu dalam pendidikan khas tidak sebenarnya mempunyai peruntukan ataupun dana yang mencukupi bagi mereka menjalankan tanggungjawab yang murni seperti ini. Terutamanya, tanggungjawab seperti ini memang kita tahu adalah terletak di bahu Kerajaan Persekutuan tapi oleh kerana Bandar Utama yakin Kerajaan Negeri Selangor merupakan satu kerajaan yang cukup prihatin dan ikhlas membantu golongan warga OKU. Jadi Bandar Utama mengharap, Kerajaan Negeri boleh menyelidik dan melakukan perbincangan dengan sekolah-sekolah seperti ini. Mereka ini bukan sekolah yang khususnya melaksanakan pembelajaran pendidikan khas tapi mereka merupakan sekolah biasa yang mewujudkan kelas-kelas seperti ini. Jadi Bandar Utama mengharap kita dapat membantu sekolah-sekolah seperti ini mencapai prestasi optimum dalam membantu murid-murid khas dan memberi ruang untuk mereka belajar berdikari. Tuan Speaker berbicara tentang berdikari, sebagai anak muda yang melihat semakin ramai rakan sebaya yang sudah mendirikan rumah tangga. Bandar Utama juga ingin mengambil peluang, bagi mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya merangka satu pelan bagi memperkasakan golongan muda terutamanya mereka menuju ke arah perkahwinan. Tadi Yang Berhormat Seri Setia ada membangkitkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sebelum ini kita mempunyai Inisiatif Perkahwinan Belia. Di mana pasangan yang berkelayakan boleh mendapat insentif RM500.00. Namun Bandar Utama berpendapat apa yang lebih penting adalah supaya pasangan yang baru berkahwin ini asas ilmu kewangan yang perlu diketahui sebelum berkahwin supaya mereka mempunyai persiapan alam perkahwinan dan tidak menyesal di kemudian hari. Apabila selepas berkahwin, selepas itu tiba-tiba tiada ilmu kewangan dan selepas itulah puncanya suami isteri bergaduh dan mungkin juga menghala
Yang Berhormat ada pengalaman ke?
Tidak ada.
Ini saya macam tertarik itu. Tentang huraian-huraian tersebut.
Yang Berhormat tengok banyak drama. Oleh kerana isu kewangan selepas itu adalah domestic violence (dengan izin). Oleh kerana ini, hari ini juga atas jasa YB EXCO Dr Siti Mariah dan Dato’ Menteri Besar kita telah melancarkan subsidi Rawatan Psikiatri Selangor yang ini sambunganlah tapi kita harap kita dapat prevent ataupun menghalang situasi seperti itu jadi harap Kerajaan Negeri akan mengambil kira menitik beratkan tentang ilmu kewangan yang perlu diketahui oleh pasangan muda. Seterusnya Tuan Speaker akhirnya saya tahu masa sudah mencemburui, saya cuma mahu memuji Kerajaan Negeri yang memikirkan rancangan masa depan apabila memperuntukkan
RM300,000.00 bagi Pembangunan Kajian dan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor yang merangkumi tindakan pelaksanaan secara bersepadu.
Inisiatif ini sangat penting untuk masa hadapan terutamanya masa hadapan generasi yang akan datang menghadap ancaman angka magik 1.5 darjah celcius yang akan membawa bencana bukan sahaja untuk Selangor ataupun Malaysia malah di seluruh dunia. Oleh itu Bandar Utama cukup menghargai usaha kerajaan ini, ini jelas bukan satu gimik ataupun langkah populis kerana masih ramai yang tidak sedar tentang ancaman perubahan iklim. Dan sambungan daripada itu, Bandar Utama juga amat menghargai Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan sejumlah RM800,000.00 untuk Program Pemuliharaan dan Kesedaran Alam Sekitar bagi melibatkan semua golongan dalam gerakan dalam mendepani isu perubahan iklim. Ini merupakan satu cadangan yang sangat baik, Bandar Utama masih ingat sekitar September lalu di mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kini telah diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10 sebelum ini pernah mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim ditubuhkan di Parlimen. Jawatankuasa ini telah pun ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini. Jadi Bandar Utama berharap selepas ini perkara ini akan menjadi realiti juga di Kerajaan Persekutuan dan mereka akan merealisasikan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan harapnya Kerajaan Negeri dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan polisi-polisi berimpak tinggi yang memerlukan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan. Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan sebanyak 30% kepada KDNK, Bandar Utama berasa polisi ini, seperti contohnya pelaksanaan cukai karbon, pelaburan dalam teknologi hijau dan sebagainya wajib dibincang bersama. Jadi akhirnya Bandar Utama ingin juga mengetahui perkembangan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim, bagaimanakah warga Selangor boleh mendapat informasi atau data tentang apakah perbincangan serta rancangan terkini Kerajaan Selangor buat masa kini kerana sebenarnya masih ramai pakar di luar sana sangat prihatin dalam isu perubahan iklim. Jadi akhirnya saya Bandar Utama bercadang untuk menyokong usul belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Tuan Speaker, untuk Taman Templer..
Silakan, silakan Taman Templer
Untuk Taman Templer..
Sabar, sabar, slow, slow. Slowly and steady Yang Berhormat.
Untuk Taman Templer, projek perumahan terbengkalai Kristal, kemudian jalan hijau, kemudian saya mohon dewan sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Isu banjir anak Sungai Udang. Saya perlu lagi lampu lampu lampu. Kemudian jalan keluar masuk Dolomite Templer. Untuk Hulu Langat, Semenyih dan juga Dusun Tua....
Hulu Langat ke ADUN Taman Templer.
Saya rasa itu dah melepasi.....
Padang Batu 14 Hulu Langat perlu pembaikan banjir di Batu 3 Semenyih dan juga Kampung Pasir. Begitu juga, begitu juga banjir dan juga jalan perlu diturap di Bandar Bukit Mahkota. Kemudian satu isu lagi soal berkaitan dengan Ketua Kampung. Saya dapat maklumat baru-baru ini, ada Ketua Kampung yang kita lantik, mereka tak menyokong kita. Baru ini tak bantu, tak tolong tak keluar pun, dan ada yang jadi pacak untuk parti lawan dan ada yang menentang kita. Saya....
Yang Berhormat, Yang Berhormat Taman Templer. Ini masalah Taman Templer ke masalah Ketua Kampung.
Masalah Ketua Kampung.
Dia tak keluar sebab dia boikot Taman Templer ke apa?.
Bukan, bukan, bukan Taman Templer. Saya menang. Ha Taman Templer saya menang. Ini ada kawasan..
Taman Templer ke Hulu Langat.
Ada di kalangan Ketua Kampung-Ketua Kampung yang mengadu dengan saya. Saya kena pergi dengan laju ni, sebab masa dah tak ada sebab nak bagi sikit juga kepada Ijok.
Bolehlah bolehlah kita ada masa yang..untuk tanya soalan. Boleh?.
Saya dah tak ada masa lah tadi sebab Bandar Utama satu lagi saya ingin...
Boleh Boleh sikit sikit. Saya pun bagi. Saya pun bagi.
Saya pun susah..
Saya bagi la, saya bagi la.
Kejap-kejap kejaplah.
Saya bagi.
Habis-habis tak adalah. Pertanian, pertanian...
Bolehlah semua orang suruh bagi.
Pertanian, pertanian ini penting. Saya nak minta EXCO Pertanian, soal berkaitan dengan keselamatan makanan kita kena tengok. Soal berkaitan dengan pelancongan tolong bantu Hulu Langat untuk kita majukan lagi sektor pelancongan.
Kuala Langat macam mana, Kuala Langat macam mana.
Hei, diam diam diam.
Kuala Langat macam mana.
Hei, diam diam diam. Kemudian rumah perajurit. Rumah untuk perajurit...
Kuala Langat macam mana. Kena tolong juga.
Rumah untuk perajurit kemudian soal berkaitan dengan perpaduan. Soal berkaitan dengan perpaduan ini, Banting janganlah kacau Banting.
Kita ni ada banyak isu yang ngam, saya nak tanya.
Aduh..
Saya nak tanya berkenaan dengan perpaduan ini, Yang Berhormat setuju dengan saya?.
Banting cakap cepat.
Ha cakap cepat, setuju tak dengan saya untuk perpaduan ini kita kena pastikan kerajaan menggunakan peruntukan itu seboleh-bolehnya semaksimumnya yang boleh optimum yang boleh untuk memastikan semua perbelanjaan yang dikeluarkan itu digunakan sebaik-baiknya untuk memastikan mereka yang menyebarkan fitnah, dakyah, bohong itu semua dihadap ke mahkamah, boleh tak?.
Saya memang setuju sangat. Tapi bila kita bercakap soal perpaduan ini apa asas dasar kepada perpaduan ini. Yang kita tinggal soal yang berkaitan dengan Rukun Negara. Rukun Negara ini, sebab itu saya nak minta pihak Kerajaan Negeri ini, saya setuju sangatlah kalau maksudnya dekat Shah Alam ini, kita tengok billboard yang ada elektronik tu kan gambar Ahli Majlis keluar kan kalau kita duduk kat traffic light tu keluar berapa kali kalau boleh lepas ini saya nak minta, kita semarakkan Rukun Negara ini. Dan dalam program-program Kerajaan Negeri. Lepas kita nyanyi lagu Negaraku, saya ingat kita kena angkat ikrar kita. Bercakap soal berkaitan dengan Rukun Negara ini. Rukun Negara ini kita dah mula lupakan. Ini lah inilah asas kepada pembentukan negara. Ini lah asas...
Saya nak bertanya Yang Berhormat, sangat penting Yang Berhormat.
Masa dah tak ada lah Banting...
Kita kena ingat, kita kena cepat-cepat...
Lain kali saya ingat..
Banting, Banting duduklah.
Saya ingat bagi saya awal-awal bercakap nanti.
Kita kena ambil cara Indonesia, Republik Indonesia ada Pancasila, betul ke kita mencadangkan kepada Kerajaan bahawa satu lagu yang menghebahkan rukun negara kita sama dengan Republik Indonesia ada lagu Pancasila. Setuju tak?.
Saya setuju sangat.
Banting, cukup Banting.
Saya setuju sangat. Kalau boleh rukun negara ini sebab kita nampak, nak tengok Rukun Negara ni kat mana EXCO, dekat sekolah. Dekat sekolah, lepas ini kita tulis dekat simpang-simpang, billboard-billboard dan kita kena ada kursus, kita kena bercakap kita kena ada taklimat. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, yang ketiga Keluhuran Perlembagaan, Yang Keempat Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan....
AHLI DEWAN : Kesusilaan...
Kalau ini kita boleh terjemahkan, negara kita akan jadi negara yang harmoni. Negara kita boleh jadi negara yang baik. Tak ada lagi perpecahan soal berkaitan dengan kaum. Tak ada lagi perpecahan berkaitan dengan agama. Yang ini kita nak minta supaya Negeri Selangor menjadi tunggak untuk menyemarakkan rukun negara dalam negara kita, boleh?.
AHLI DEWAN : Boleh.....
Yang Berhormat ni macam ceramah je, ini perbahasan jangan ceramah. Macam ceramah je tadi. Jangan ceramah jangan ceramah, perbahasan.
Banting, Banting selalu...
Perbahasan.
Banting, selalu kacau saya.
Saya membantu perbahasan Hulu Langat.
Kemudian yang terakhir, yang terakhir. Saya nak puji Kerajaan Negeri Selangor. Kita kena puji Kerajaan Negeri Selangor. Saya ingat belum ada kerajaan sebaik ini lah saya ingat. Yang bagi macam-macam kepada rakyatnya. Saya ingat kalau orang tak puji, orang tak sokong, orang tak happy, orang tak gembira dengan Kerajaan Negeri Selangor ini. Saya ingat orang tu ada masalah, orang tu ada masalah. Aduh Banting, jangan. Saya nak bagi pada Ijok ini. Orang tu ada masalah. Setiap sudut kehidupan ini, beranak ada, lepas beranak ada, tadika ada, sekolah rendah ada, sekolah menengah ada, masuk universiti ada, kahwin ada, rumah ada. Meninggal ada, kahwin tak happy. Yang kahwin tak happy tadi sapa yang sebut ha?. Ni, sepatutnya rakyat Negeri Selangor patut bersyukur kena ucap terima kasih dan tak salah untuk Pilihan Raya Negeri akan datang untuk kita pangkah undi Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor. Saya menyokong Timbalan Speaker, Speaker. Terima kasih.
Silakan Ijok. Silakan, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya cuba menenteramkan keadaan la. Sebagai otai kita kena relaks. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Team EXCO beliau, yang telah merangka satu perbelanjaan yang seluruh untuk memajukan Negeri Selangor ke hadapan. Saya tak mahu ulang balik apa yang telah dibahas oleh semua Ahli-ahli Dewan Berhormat, tetapi yang amat penting sebagai orang yang dilahirkan sebelum Merdeka, kita nampak masa itu sebagai anak muda di universiti satu sejarah hitam di Malaysia yang berlaku rusuhan kaum Mei 13 1969, saya nak beri peringatan pada semua masyakat Malaysia. Ini saya ingat dulu satu sejarah hitam dah habis dan dah dilupakan. Yang saya amat sedih ialah gaya-gaya cara-cara sekarang berpolitik amat kecewakan. Ini masa itu saya masa di bangku belajar di universiti, saya masa itu di luar negara. Saya tahu sebab the press tak ada dipotong, saya baca direct from the outside press apa berlaku di Malaysia. Saya nampak, saya gambarkan benda sama telah berlaku masa Pilihan raya ini. So, saya nak tanyalah kepada kita sendiri wakil rakyat dan juga warga Malaysia. Our heading towards the disaster again?. Please lah, politics is politics. Politics permenant friends ..enemies. Tetapi kita berpolitik secara matang. Kita bincang tentang pembangunan, tentang masalah. Kita berpolitik isu masyarakat bukan isu perkauman, bukan isu keagamaan. Saya amat sedih, kalaulah pihak-pihak tertentu tak ambil langkah-langkah yang tegas, saya ingat Malaysia akan menuju ke Doomsday. Sorry lah saya berbahas dari segi different angle, from the eyes over veteran. Mungkin Ahli-Ahli yang ada belum dilahirkan masa itu. Tak tahu bagaimana susah kita melalui keadaan begitu. Jadi saya harap-haraplah, kematangan politik itu sepatutnya kita pegang teguh dan pihak-pihak tertentu mengambil langkah-langkah yang tegas untuk membendung semua. Sorry lah saya ada banyak tapi masa telah tamat saya ingat nak bangkitkan ada isu-isu antara dua darjat di Ijok, boleh?. Terima kasih, saya menyokong Usul Pembangunan Kerajaan Negeri Selangor Bajet ini.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Ijok, demikian tadi tamat selesai perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2023 dan saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seramai 32 Ahli-Ahli Dewan yang menyertai perbahasan untuk Rang Undang-undang kali ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 5.30 petang dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2023 sehingga hari esok 1 Disember 2022 hari Khamis bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)