Selangor · 1 December 2022

14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 316 turns · 45,338 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 1 Disember 2022 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi dan Salam Sejahtera kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 71.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Bantuan Kewangan SekolahQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyerah peruntukan Bantuan Kewangan Sekolah?

b)

Nyatakan jumlah sekolah yang memohon dan peruntukan yang telah diluluskan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker, Pandamaran dan Ahli-Ahli Dewan yang budiman sekalian. Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan Bantuan Sekolah secara berperingkat mulai pada bulan Mei 2022. Penyaluran peruntukan ini dilaksanakan secara berperingkat tertakluk kepada dokumen lengkap yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak pemohon dan sebahagian daripada penyaluran ini dibuat di dalam jelajah atau pun di dalam Karnival Jelajah Selangor Penyayang yang dianjurkan di setiap daerah dan Insya Allah pada hujung minggu hadapan ini, hujung minggu depan, bukan

minggu ini, akan dibuat yang terakhir iaitu di daerah Hulu Selangor. Pada 19 Jun hingga 29-30 Oktober kita telah melaksanakan di sembilan daerah iaitu di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Gombak, Sabak Bernam, Klang dan yang terakhir di Sepang dan sebelum di Hulu Selangor kita menyalurkan ke semua bantuan-bantuan sekolah ini di dalam Jelajah Selangor Penyayang. Selain dari itu, pada 17 Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah mengadakan Program Penyerahan Bantuan Sekolah Negeri Selangor kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh. Jumlah penerima pada 17 Oktober adalah sebanyak 225 buah sekolah. Dan terakhir sekali baru-baru ini iaitu pada 21 November 2022 di Dewan Bankuet di Dewan Bankuet, Dewan Jubli Perak dengan penglibatan seramai 501 orang penerima dan kalau kita cerakinkan, pecahkan mengikut daerah-daerah ;

DAERAH BIL. SEKOLAH JUMLAH BANTUAN (RM) Sabak Bernam 28 856,000.00 Hulu Selangor 39 1,196,000.00 Kuala Selangor 68 1,997,000.00 Gombak 65 1,794,000.00 Hulu Langat 102 3,685,000.00 Petaling 222 7,041,040.00 Klang 134 6,183,000.00 Hulu Langat 49 1,746,000.00 Sepang 35 1,321,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 742 25,819,040.00

Kepada sekolah-sekolah yang telah memohon dan itu secara keseluruhannya hampir 26 juta yang sebagaimana yang ada dalam peruntukan yang mana kita ada peruntukan sekitar 1000 lagi untuk permohonan-permohonan yang mungkin telah ditolak atau pun tidak lengkap dan kita akan selesaikan secepat mungkin. Maknanya sehingga sekarang 742 buah sekolah dengan peruntukan RM25,819,040.00 telah diturunkan. Terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya hendak tanya Yang Berhormat Sungai Tua. Memandangkan sekarang ini kita adalah kerajaan yang sama, apakah ada peruntukan khas kepada ADUN sebab kita tahu sekolah kebangsaan, sekolah menengah di bawah Kerajaan Persekutuan cukup teruk, cukup daif, sebelum ini kita tidak boleh bantu, apakah ada sedikit bantuan yang boleh diberi untuk kami pihak ADUN untuk bantu pihak sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat, dalam bantuan yang saya serahkan di Dewan Bankuet pada 21 November yang lepas, ada sebahagian yang kita berikan adalah sebahagian sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah menengah kebangsaan namun pada tahun ini kita telah memulakan peruntukan satu hingga dua juta dahulu. Namun saya percaya dengan pelarasan kita dengan Kerajaan Persekutuan nanti sebahagian daripada peruntukan-peruntukan Federal yang akan dibentangkan oleh kerajaan yang baru dibentuk akan menumpu pada sekolah-sekolah menengah dan kita harap dia tidaklah begitu membebankan pihak Kerajaan Negeri. Dengan izin saya katakan bahawa ini bukanlah sepenuhnya tanggungjawab Kerajaan Negeri. Bantuan sekolah ini kita mulakan untuk bantuan sekolah-sekolah separa bantuan kerajaan atau pun bantuan sekolah tidak dapat mendapat sokongan penuh dan bantuan penuh. Sebab itu kita mulakan dengan sekolah-sekolah agama rakyat dan kita lebarkan kepada sekolah tahfiz, kemudian kita masukkan ke dalam sekolah-sekolah kebangsaan tamil, sekolah-sekolah kebangsaan cina dan juga sekolah menengah persendirian cina. Namun dalam tempoh satu tahun ini tahun 2022 kita turut memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah kebangsaan dan ia sememangnya tidak mencukupi dalam peruntukan satu hingga dua juta. Justeru saya minta nanti untuk kita mempertimbangkan peruntukan untuk Selangor Penyayang yang kita peruntukkan tahun ini untuk projek-projek kecil turut mungkin boleh dilebarkan di sekolah-sekolah supaya bantuan-bantuan ini dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak murid kita dan juga kepada keluarga yang perlu menghantar terutama untuk fasiliti yang digunakan oleh murid-murid dan juga keluarga ketika menghantar anak sekolah, mengambil anak sekolah dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya Kota Anggerik telah dijawab bersekali dengan nombor 27. Saya mempersilakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 73.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Program Vaksin Selangor (SELVAX)Questions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah bilangan vaksin SELVAX yang sudah digunakan untuk vaksin komuniti dan vaksin industri? b) Apakah kos dan hasil kewangan daripada jualan vaksin industri? c)

Apakah rancangan kerajaan untuk menjual baki vaksin Sinovac ini?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Bukit Gasing. Bukit Gasing punya minat adalah vaksin ini. Setiap kali ada soalan mengenai vaksin. Saya ingin kita kembali sebelum menjawab soalan ini, pada awal apabila kita dilanda oleh pandemik Covid, Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan kita memperuntukkan 200 juta untuk pembelian vaksin namun mengikut keperluan dan akhirnya hanya 100 juta yang dikeluarkan sebagai pinjaman kepada SELGATE Corporation untuk membeli vaksin dan daripada ini, kita hendak 500,000 dos untuk lebih kurang 250,000 rakyat itu adalah percuma, itu kira kerajaan akan belanjakan dan untuk rakyat dan bakinya untuk industri dan selainnya adalah tanggungjawab SELGATE Corporation. Jadi persoalannya banyak mana yang ada lagi jumlah vaksin yang sudah digunakan untuk vaksin komuniti, kita telah menghabiskan 438,788 dos, yang ini dos percuma dan untuk industri hanya 245,471 dos. Asalnya kita meletakkan 500,000 dos untuk komuniti, 750,000 dos untuk industri tapi because ada perkara-perkara lain yang berlaku maka SelVAX industri pada asalnya kita nak bagi agak mendapat sambutan yang baik tapi kerana dipercumakan oleh Kerajaan Pusat maka industri pergi kepada program vaksin kerajaan pusat. Baki dos yang kita tinggal adalah untuk industri 176,359 dos dan untuk komuniti hanya 61,212 dos. Saya tahu nanti bila campur, dia up ke 500,000 dos because ada perkara yang between itu yang saya pun tidak ada maklumat tentang setengah orang ambil satu dos, setengah orang ambil booster dan sebagainya. Those figures don’t add up yet. Mungkin ada yang hilang saya tidak tahu, itu saya kena minta dari SELGATE. Baik mengenai kos sebenarnya, saya tidak ada maklumatnya kerana maklumat kos adalah antara Non-Disclosure Agreement yang SELGATE enggan release pada saya tapi dia akan beri kepada pihak PWN. Dan untuk makluman semua kita masih ada lagi, jadi sekarang ini kita masih lagi offer vaksin untuk mereka nak booster di semua klinik-klinik SELCARE dan masih percuma. SELGATE ada memberi jumlah yang mereka jual langsung lebih kurang 84,640 dos dan kita juga telah mendermakan memberi sumbangan kepada Pulau Pinang kalau tidak silap saya 20,000 dos. Jadi kita masih ada bakinya, kalau ikut di sini tidak banyak lagi yang tinggal untuk yang percuma Yang Berhormat. Dan memang tanggungjawab SELGATE untuk menjual yang bakinya, saya tidak tahu banyak mana, di mana dan sebagainya, saya tidak ada maklumat itu. Lepas itu, ya itu saja jawapannya. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat.

Speaker

Silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Ini soalan saya kepada Yang Berhormat Speaker. Soalan (b) saya tentang kos ini, Yang Berhormat EXCO kata tidak boleh jawab. Macam mana runding Speaker sebab sebenarnya Kerajaan ada maklumat ini tetapi ketelusan kewangan, saya rasa penting. Macam mana untung rugi program SelVAX ini, boleh tak dijawab di dalam dewan ini atau pun diberi secara bertulis.

Speaker

Baik Bukit Gasing, mohon Yang Berhormat EXCO boleh bagi secara bertulis dan sebagainya.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ya saya tahu, saya tidak ada maklumat itu, bila jawapan ini disediakan dengan SELGATE maka tidak diberi, UPEN pun tidak tahu sebenarnya how the cost is the actual cost sebab kos kita bukan hanya setakat kos vaksin, dia juga kos vaksin campur dengan delivery plus dengan organization jadi kosnya bukan straight forward begitu dan itu yang saya tidak ada, saya harap InsyaAllah ia akan diberi kepada PWN, kemudian kalau saya dapat itu, saya akan bentangkan. InsyaAllah.

Tuan Speaker.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih. Tadi kalau saya tidak silap, saya dengar peruntukan ini adalah bentuk pinjaman oleh SELGATE. Adakah ini akan dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri sebagai bentuk pinjaman dan bila expiry baki-baki vaksin-vaksin kepada sedia ada ini.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ya, dia dalam bentuk pinjaman, maknanya tolak mana yang percuma untuk rakyat dan bakinya adalah pinjaman industri dan yang jualan langsung. Again saya tidak ada figure, memang di dalam persetujuan kita dalam Mesyuarat MMKN kita diberi tahu bahawa proposal itu mereka akan membayar balik kepada Kerajaan Negeri, cuma itu adalah antara PWN dengan SELGATE. Saya tidak ada maklumat. Mungkin Dato’ Menteri Besar menggulung nanti boleh jawab sedikit tentang perkara itu.

Speaker

Silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, biar saya jelaskan sedikit. Sebagaimana yang dimaklumkan, kita menganggarkan sekitar 200 juta keseluruhan dan Kerajaan Negeri mengeluarkan 100 juta untuk keseluruhan sekitar lebih kurang 1.2 juta hingga 2 juta vaksin. Namun dengan persaingan di peringkat persekutuan mempercepatkan, keseluruhan angka-angka yang kita beri percuma tadi, saya rasa Yang Berhormat Dr. Mariah sudah sebutkan, jadi pinjaman yang telah lock kepada pihak SELGATE adalah RM 100 juta. So apa yang berlaku, kita akan tolak apa yang telah kita bagi percuma.

Kerana apabila kita bagi percuma, kita nak kenakan pula bayaran balik dan sebagainya itu akan dikecualikan secara keseluruhan dan dalam masa yang sama, kita juga tidak mengecualikan sekali gus, kita ada tempoh terma bayaran dalam tempoh 3 tahun ke 4 tahun dan kita akan aturkan supaya tidak mengganggu cash flow pihak Kerajaan Negeri dan dalam masa yang sama ia juga akan memberikan ruang kepada SELGATE untuk mengaturkan dan menguruskan. Saya rasa harga dan juga vaksin yang selebihnya sebab hayatnya adalah 3 tahun. So kita dapat pada tahun 2021 dan insyaAllah dia mungkin akan expired mengikut dalam atas kertas dia pada tahun hadapan atau pun awal tahun 2024. Dengan perebakan yang masih lagi berlaku, saya kira vaksin ini masih lagi diperlukan tetapi tidaklah di dalam jumlah, amount yang besar. Kita cuba untuk menjual, kita juga cuba untuk mendapatkan jualan di negara-negara luar, kalau tidak boleh maknanya kita mungkin boleh jadikan ia sebahagian daripada sumbangan negeri kepada lokaliti-lokaliti lain sama ada dalam negeri atau pun luar negara. Dan juga kita kena ingat dengan pembukaan sempadan yang akan datang kita boleh menawarkan vaksin ini sebahagian daripada pakej kemasukan pekerja-pekerja asing yang diperlukan terutamanya buruh-buruh binaan dan sebagainya yang mungkin tidak mendapat vaksin sebagaimana yang begitu agresif dilaksanakan di dalam negeri dan negara kita. Jadi tempoh bayarannya kita tengah aturkan balik dalam tempoh 3 tahun. Prosesnya adalah waiving ataupun mengecualikan, terutamanya yang telah diberikan percuma kepada rakyat, kepada industri dan juga kepada kanak-kanak. Kita ada 3 SelVAX itu dan sampai sekarang masih lagi diteruskan. Terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 74.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. EkonomiQuestions

74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah punca-punca jumlah pelaburan di Selangor jatuh ke kedudukan kedua selepas Johor bagi tempoh antara Januari hingga Jun 2022?

b)

Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pelaburan bagi memulihkan ekonomi Negeri Selangor?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, soalan ini untuk bahagian (b) telah pun dijawab dalam soalan nombor 17. Saya hanya akan menjawab bahagian (a) sahaja. Tuan Speaker bagi tempoh Januari hingga Jun 2022, Selangor merekodkan pelaburan berjumlah RM 4,883,434,391.00 (RM 4.88 bilion) dengan 118 projek perkilangan, manakala Johor pula merekodkan pelaburan berjumlah RM 6,668,350,220.00 (RM 6.67 bilion) dengan 68 projek perkilangan. Berdasarkan statistik pelaburan yang dikeluarkan oleh MIDA, Selangor mencatatkan nilai pelaburan lebih rendah berbanding dengan negeri Johor bagi tempoh tersebut. Namun begitu, Negeri Selangor merekodkan bilangan kelulusan projek perkilangan yang tertinggi berbanding dengan Johor dan negeri-negeri lain iaitu sebanyak 118 projek perkilangan berbanding Negeri Johor dengan 68 projek. Selain itu, berdasarkan statistik kelulusan projek perkilangan mengikut penyertaan asing di Johor, sebanyak 70% nilai pelaburan asing adalah melibatkan pelaburan daripada Singapura. Dalam menarik pelaburan Singapura dan Johor mempunyai kekuatan yang lebih kurang sama dari segi kedudukan lokasi yang strategik, kemudahan pelabuhan dan jaringan jalan raya yang menghubungkan antara setiap kawasan. Selain daripada itu, antara faktor lain yang mendorong pelabur ke Johor seperti kawasan perindustrian lengkap dengan kemudahan asrama pekerja dan harga tanah industri yang jauh lebih murah berbanding Selangor. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya silakan.

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah memberikan jawapan. Walaupun jawapan nombor dua telah dijawab terlebih dahulu, saya ingin membangkitkan berhubung dengan langkah-langkah pelaburan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Saya melihat macam kawasan saya ini bila ada kilang-kilang memproses ayam, saya dapati banyak memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Jadi apakah strategi daripada soalan dua kelmarin yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pelaburan, memberikan pelaburan dan juga memberikan insentif supaya pelaburan di bawa ke kawasan-kawasan luar bandar seperti kawasan Sungai Burong. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Speaker, sebenarnya di kawasan di sekitar Sungai Burong dalam daerah Kuala Selangor, belum ada potensi untuk kita menarik pelaburan di dalam perkilangan ke kawasan tersebut. Jadi kita kena ikut permintaan, trend dan sebagainya. Jadi belum ada permintaan seperti itu tapi sekiranya ada pelaburan umpamanya seperti tadi yang disebutkan di dalam bekalan makanan sudah tentu kita akan memberikan bantuan dan termasuk juga kita boleh bawakannya masuk ke dalam mesyuarat mesra projek untuk kita membantu sekiranya ada keperluan pelaburan tersebut seperti itu. Dan sekiranya ada kekangan dari segi zoning, kegunaan tanah kita boleh melihat, kita akan bergantung kepada ulasan jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar, seperti Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan termasuk juga pihak berkuasa tempatan sekiranya keperluan yang ada dan bersesuaian dengan zoning dan kegunaan tanah itu sudah tentu kita boleh membantu, kita melihat kepada keadaan tetapi untuk menarik pelaburan perkilangan secara besar-besaran ke kawasan Kuala Selangor memang belum sampai masanya. Terima kasih.

Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Kota Damansara 75.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Sekolah Agama Di N39 Kota Damansara ( Mbsa: Seksyen U3, U4, U5, U6 Mbpj: Pju3, Pju4, Pju5 )Questions

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

75. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senarai penuh dan lokasi sekolah tersebut?

b)

Sebarang permohonan naik taraf atau pembaikan terhadap sekolah-sekolah tersebut.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Tuan Speaker dan Kota Damansara yang mengajukan soalan tentang senarai penuh dan lokasi

sekolah agama di kawasan Kota Damansara. Ada dua PBT, yang pertama MBSA, yang kedua MBPJ.

MBSA

BIL SEKSYEN SENARAI BUTIRAN BAGI SEKOLAH AGAMA ALAMAT STATUS JENIS EKAR 1. U4 No.4, Jalan Tasik Banding U4/27, KWASA Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam

Serah Tapak (Belum Bina)

Sekolah Agama Integrasi 8.08 2. U5 No. 12, Persiaran Fajar, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam Serah Tapak (Belum Bina) Sekolah Rendah Agama 6.00 3. U3 Lot 43003, Masjid Taman Subang Perdana, Jalan SP 2/6, Subang Perdana, Seksyen U3, 40150 Shah Alam Sekolah terletak di atas sebahagian tapak masjid (JAIS) (Belum Bina) Sekolah Agama Rakyat Kafa Intergrasi

1.08

4. U6 Lot 3884, Jalan Cengal, Kampung Melayu Subang, Seksyen U6, Shah Alam Telah Bina Sek. Ren. Agama Kampung Melayu Subang 0.89

MBPJ - Senarai lokasi tapak sekolah agama adalah seperti berikut: i. PJU 3  Jalan Tropicana Selatan (Keluasan 8.39 ekar – belum dibangunkan) ii. PJU 4 (pelan alamat skim belum diluluskan)

 Kawasan Damansara - 2 tapak i. Tapak 1 - keluluasan 6.0 ekar ii. Tapak 2 – keluasan 6.0 ekar iii. PJU 5  Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5, Jalan Sepah Puteri 5/20, Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya (Keluasan 1.9 ekar)  Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 7, Jalan Nuri 7/3, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya (Keluasan 3.56 ekar) Sekian, terima kasih.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Ada tiga sekolah agama yang menyerlah dan penting, iaitu Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu Subang. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO, sekolah ini adalah di antara sekolah yang terbaik. Kemudian Sekolah Rendah Agama Seksyen 5, Kota Damansara dan Sekolah Rendah Agama Seksyen 7, Kota Damansara. Ada beberapa permohonan yang telah dibuat untuk penambahbaikan antaranya tangki air bocor, cat bangunan, paip bocor dan sebagainya. Saya harap Yang Berhormat EXCO dapat melihat dan teliti maklum balas permohonan tiga sekolah tersebut.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Kota Damansara atas soalan tambahan untuk cadangan baik pulih jadi insyaAllah kita akan semak susulan dengan jabatan berkaitan. Terima kasih.

Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Sementa nombor 76.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Pam Di Kunci AirQuestions

76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Pam air jenis apakah yang paling sesuai dibekalkan di kunci-kunci air kawasan 'hotspot' banjir kilat?

b)

Apakah perancangan JPS untuk membantu menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap di sekitar Teluk Kapas? Adakah penaiktarafan ke screw pump atau penambahan bilangan pam membantu?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sementa, Yang Berhormat Tuan Speaker. Sementa bertanyakan soalan berhubung dengan isu pam dikunci air terutamanya khususnya di Teluk Kapas. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya ada pelbagai jenis pam yang sesuai untuk digunakan dikunci air atau pun di kawasan pengepaman di kawasan banjir dan ini bergantung sebenarnya kapasiti atau pun keperluan jumlah air yang mahu di pam. Kita terdapat jenis yang disebut biasa kita pakai iaitu submersible pump dan yang terbaru yang kita guna adalah screw pump dan ada juga jenis-jenis yang lama dari centrifugal pump dan rotary pump juga. Jadi kebiasaannya yang kita guna adalah submersible pump kerana dia mempunyai kapasiti yang besar dan diukur sama ada dari segi cumec atau cusecs . Cumec ini adalah cubic meter persecond (m³/s), kalau cusecs (cubic feet persecond (ft3/s). Jadi cumec lagi besar ukurannya biasanya kita guna. Dan untuk makluman juga pam-pam yang diperolehi atau pun yang disediakan untuk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) ini sebenarnya pam yang berkapasiti tinggi sebab itu kita tidak boleh membelinya atau beli di kedai begitu. Perlu ditempah dan memakan masa enam sehingga satu tahun untuk mendapatkan pam-pam yang berkapasiti besar ini. Jadi ketentuan kapasiti ini, bergantung kepada luas kawasan air itu atau pun anggaran ramalan air yang akan ada di situ yang bertakung, air akan turun dan air akan mengalir di situ dan daripada situ kita mempunyai angka yang dapat kita tentukan jenis pam yang mana dan biasanya pam di kawasan-kawasan yang sensitif ini kita sediakan lebih daripada satu kerana kemungkinan kalau berlaku tripping atau rosak kita ada ganti, spare lagi satu.

Untuk makluman Yang Berhormat Sementa, bagi Teluk Kapas ini kajian yang dibuat menunjukkan bahawa ia berlaku kerana isu perparitan ini di kawasan berkenaan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Air yang mengalir ini dari Teluk Kapas di alihkan keluar mengalir keluar ke Sungai Kelang melalui pintu air Palembang dan kapasiti pam yang ada di situ adalah berkapasiti 10 cusecs (ft3/s). Itu agak yang besar dan punca kilat ini merupakan longkang perparitan yang di kiri kanan jalan Teluk Kapas ini yang memerlukan penyelenggaraan yang berterusan kerana air yang ada itu tidak mengalir itu tidak lancar ke burrow pit di kawasan JPS. Jadi saya akan mengambil segala langkah perlu untuk memaklumkan pihak MPK supaya dapat

melaksanakan program-program ini sebagaimana yang kita buat di Meru baru-baru ini untuk melaksanakan program-program pembetulan atau pun penyelenggaraan bagi longkang-longkang yang membawa air ke borrow pit atau pun ke sungai di kawasan JPS, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa.

Terima kasih pada EXCO atas jawapan. Sememangnya apa yang EXCO sebutkan tadi adalah masalah perparitan dan longkang di sepanjang jalan di Teluk Kapas tersebut. Jadi saya mohon kepada pihak EXCO untuk melihat atau mengambil tindakan terhadap pengurusan perparitan tersebut sebab saya juga telah ajukan kepada pihak JKR, pada JPS, pada MPK tetapi tiada agensi yang benar-benar menjadi ibu kandung kepada perparitan di sepanjang jalan Teluk Kapas tersebut.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat Sementa dan juga saya akan terangkan lagi soalan-soalan yang selepas 82 nanti penggunaan PISMA atau pun Pelan Induk Mesra Alam ini yang sebenarnya memberikan inventori dan status longkang-longkang di seluruh daerah yang mana perlu dibetulkan oleh agensi dan jabatan berkaitan. Kalau kita ada laporannya, kalau tidak dilaksanakan mengikut sukar untuk kita mencapai matlamat sebab sistem saliran ini berkait antara longkang, kolam takungan, antara anak sungai, antara borrow pit semua ini berkait. Kalau salah satu ini tidak dijalankan dengan baik, diselenggarakan dengan baik, dia akan sangkut di situ juga. Ini yang sedang berlaku yang sedang kita perbetulkan, kemudian kita akan perbetulkan. InsyaAllah.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, saya hendak tanya berapa banyak sebenarnya hotspot yang kita ada mengikut daerah-daerah dan berapa banyak pam-pam yang kita ada di peringkat daerah ini kalau ada jawapan, kalau tidak, mungkin secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya sebenarnya memang memantau dengan keadaan hotspot banjir ini secara berkala. Banjir ini hotspot dia berubah-ubah. Biasa kita ambil lebih dari dua kali setahun itu kita kira hotspot. Kalau lebih dua kali berlaku banjir di tempat yang sama dikira hotspot dan sekarang ada lebih kurang 50 lebih dan masalahnya apabila kita ada penyelesaian di beberapa tempat ini, dia tempat itu akan selesai tapi tempat lain pula akan berlaku hotspot. Jadi ini yang sewaktu angka itu dia kurang di tempat lain tapi ditambah di tempat lain pula. Yang ni yang saya rasa suatu yang penyelesaian yang jangka panjang yang kita telah SJAM saya telah sebutkan dalam jawapan sebelum ini iaitu pengurusan sumber air

kita secara menyeluruh ini perlu dilaksanakan dan dia ada penyelesaian segera, sederhana, jangka pendek sederhana dan jangka panjang.

Jadi program ini sudah berjalan termasuk la PRISMA ini yang khusus kepada berkaitan dengan longkang dan saliran. Ini berkaitan dengan longkang sahaja tapi overall dia dibuat sejam itu Skim Jaminan Air Mentah itu yang kita telah pun sampaikan, tekankan dan dalam pelaksanaan sebahagiannya dalam pelaksanaan yang perlu dibuat secara berperingkat-peringkat. Ini yang perlu saya perlu terangkan di sini. Terima kasih.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Speaker, banjir yang melanda musim tengkujuh. Soalan saya 77.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Status Premis Perindustrian Yang TerbiarQuestions

77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah langkah menangani situasi kewujudan premis-premis di kawasan industri yang terbiar?

b) Adakah boleh jika ada pihak berminat untuk mengambil alih operasi premis-premis tersebut sama ada bagi aktiviti industri atau selainnya?

c) Apakah kaedah yang boleh diguna pakai dalam proses tersebut?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, bagi menangani situasi kewujudan premis-premis di kawasan industri yang terbiar, PBT menggalakkan kerjasama dan usaha sama pemilik premis dengan pihak berkepentingan atau pelabur untuk bersama-sama mengusahakan pembangunan di kawasan yang berkenaan. Selain itu PBT akan mengenal pasti faktor-faktor dan cara-cara untuk merangsang aktiviti-aktiviti ekonomi, memberi insentif atau memperkenalkan tarikan baru yang bersesuaian untuk pertumbuhan pembangunan kawasan berkenaan.

PBT juga memantau status premis-premis di kawasan industri dan terbiar bagi mengelakkan kejadian longgokan sampah haram. Kegunaan premis yang

bertentangan dengan aktiviti yang dibenarkan dan juga pembayaran cukai taksiran. Pihak yang berminat boleh mengambil alih operasi premis-premis tersebut selepas mendapat persetujuan pemunya tanah ataupun pemunya bangunan yang berkenaan. Aktiviti yang akan dijalankan hendaklah selaras dengan klasifikasi guna tanah dalam Rancangan Tempatan PBT serta tertakluk kepada syarat-syarat yang dibenarkan.

Kaedah usaha sama dengan pemilik tanah boleh digunakan. Selain itu kaedah pembelian aset pajakan premis atau tanah atau penyewaan tanah untuk jangka panjang juga merupakan satu cara yang praktikal. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada PBT sebelum memulakan pemajuan aktiviti di tapak. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kinrara, kiranya wujud premis terbiar, yang mendatangkan masalah kepada premis-premis yang masih lagi aktif, yang berdekatan, apakah langkah yang wajar dilaksanakan ataupun dilakukan oleh pemunya-pemunya operasi di premis yang masih aktif untuk menangani masalah premis terbiar yang telah menimbulkan segala bentuk masalah tersebut. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Pertama sekali kita kena tengok masalah apa yang telah ditimbulkan oleh premis-premis yang terbiar. Sekiranya premis-premis tersebut tidak dijaga atau diselenggarakan dengan baik maka kita boleh masuk, PBT boleh masuk untuk membersihkan premis tersebut dan bil itu akan dihantar kepada pemunya bangunan tersebut. Kita harus ingat premis-premis ini biasanya ada hak milik dan ada pemunya bangunannya dan kita tidak boleh masuk sesuka hati. Sekiranya kita nak ambil alih bangunan tersebut kita harus dapat persetujuan daripada pemunya bangunan dahulu sebelum kita boleh masuk. Tetapi sekiranya dia tidak dijaga dengan baik, dia terlalu kotor ataupun jadi tempat tumpuan orang membuang sampah di kawasan itu maka PBT ada hak boleh masuk untuk bersihkan bangunan tersebut. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak bertanya berkaitan dengan kawasan perindustrian ini lah EXCO. Sebab bila kawasan itu digazetkan sebagai kawasan zon perindustrian kita dapati jalan-jalan di kawasan perindustrian ini teruk sebab kawasan seperti di kawasan saya lah, kawasan tanah gambut dan sebahagian jalan-jalan ini masih lagi di bawah JKR dan kita tidak mampu untuk menyelenggarakan dengan baik dan saya dapat maklumat daripada PBT

bahawa kalau jalan ini diserahkan kepada PBT, mereka mempunyai peruntukan untuk membaiki jalan ini dan ia juga memberikan keselesaan kepada pengguna sama ada industri ataupun orang-orang kampung lah. Kalau boleh ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang, PBT dan JKR sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih sesetengah jalan yang di bawah JKR sekiranya jalan tersebut dapat diserahkan kepada PBT, maka PBT boleh membuat pembaikan terhadap jalan-jalan rosak tapi yang tu mengambil proses, masa yang panjang sedikit kerana kita perlu menentukan adakah jalan itu sesuai diserah kepada PBT kerana JKR juga ada syarat-syarat tertentu seperti jalan utama ataupun perparitan di jalan utama. Yang itu adalah di bawah tanggungjawab utama JKR untuk menjaga jalan-jalan tersebut tetapi sekiranya di kawasan perindustrian saya tak nampak ada masalah bagi JKR untuk serahkan jalan tersebut kepada PBT. Itu kita sedang dalam proses untuk perbincangan dan kita juga harap dia dapat disempurnakan pada masa yang paling singkat. Terima kasih.

Speaker

Soalan 78 telah dijawab bersekali dengan 43. Saya persilakan Jeram. Tidak hadir. Seterusnya saya persilakan Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang. Tidak hadir. Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker, Bukit Lanjan hadIR.Soalan saya soalan 81.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Penambahbaikan Sektor Pelancongan SelangorQuestions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

a) Berapa jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk membantu menaik balik sektor pelancongan Selangor?

b) Apa rancangan untuk 5 tahun akan datang untuk memastikan pelancong luar negara kembali ke Selangor?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah memperuntukkan geran pembangunan bagi sektor pelancongan sepertimana belanjawan tahun 2022 adalah seperti berikut:

PK10 - PELANCONGAN RM Promosi & Acara Pelancongan 3,780,000.00 Memajukan Kraf tangan 150,000.00 Menaik taraf Produk Pelancongan 1,350,000.00 Jumlah (RM) 5,280,000.00

Ini untuk tahun 2022, untuk tahun 2023 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat dalam Bajet Belanjawan 2023 sebanyak RM 6 juta telah pun diperuntukkan untuk keseluruhan promosi dan juga acara pelancongan, kraf tangan dan juga menaik taraf produk pelancongan. Dan sebanyak RM 2 juta diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur dan juga kraf tangan. Berikut merupakan antara rancangan untuk 5 tahun akan datang untuk memastikan pelancong luar negara kembali ke Selangor i. Memperkuat misi promosi bagi pasaran domestik. Pelaksanaan kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ merupakan salah satu inisiatif bagi mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor kepada pelancong di seluruh negeri- di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan; ii. Memperkuat misi promosi bagi pasaran luar negara. Misi dagang ke negara-negara ASEAN, Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan bagi tujuan melobi pakej-pakej pelancongan kepada agensi-agensi pelancongan negara terbabit memandangkan kumpulan pelancong daripada negara-negara ini berpotensi untuk berbelanja lebih besar; iii. Penyertaan pameran-pameran antarabangsa mengikut kontinen seperti World Tourism Market (MTM) London (UK), FITUR (International Tourism Trade Fair) Madrid (Sepanyol), bagi pasaran jarak jauh Eropah, Pameran Antarabangsa Kapal Persiaran (Seatrade Cruise Global) Miami (USA), World Expo Dubai (UAE) dan ASEAN Tourism Forum (ATF); iv. Menyediakan Garis panduan Perjalanan Selamat dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang lebih mudah difahami kepada pelancong-pelancong antarabangsa yang masih ragu-ragu dengan tahap keselamatan kesihatan pasca pandemik COVID-19; v. Memperkasa produk pelancongan berkonsepkan eko-pelancongan dan alam semula jadi. Bagi pelancong-pelancong daripada negara ekstrem 4 musim TSSB akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Hutan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perhilitan dan Tourism Malaysia bagi menambah

baik pengalaman pelancongan hutan hujan khatulistiwa bagi membangunkan pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian; vi. Merealisasikan inisiatif-inisiatif penambahbaikan infrastruktur, sokongan sumber kepada produk-produk pelancongan yang telah dikenal pasti untuk diserlahkan; vii. Memastikan pengalaman pelancongan makanan tempatan menjadi tarikan utama terhadap kepuasan pelancong; viii. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan pelancongan peringkat negeri Selangor untuk membantu TSSB; dan ix. Memperkuat inisiatif promosi secara atas talian dan digital. Guna pakai akaun-akaun rasmi media sosial atas talian TSSB seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube bagi mewujudkan keinginan pelancong-pelancong luar negara melalui pengalaman melancong ke Negeri Selangor. Sekian.

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa.

Terima kasih tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO yang memberikan penjelasan yang panjang tentang produk-produk pelancongan bagi negeri Selangor. Saya ingin bertanya apakah imej ataupun keistimewaan yang paling utama yang kita boleh jual untuk Selangor ini diterima dan juga orang datang ke Selangor untuk menikmati ataupun untuk melihat keistimewaan yang ada di Selangor ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Tarikan utama negeri Selangor ialah eko pelancongan di mana produk yang utama yang kita mempromosikan adalah Sky Mirror yang mana ini merupakan kawasan yang sangat-sangat menarik yang boleh menarik pelancong luar negara untuk lihat fenomena reflection daripada Sky Mirror. Selain itu juga tarikan adalah daripada agro pelancongan terutama sekitar Sekinchan dan juga sekitar Tanjung Karang. So itu lah yang di mana kita akan mempromosikan lebih banyak dan juga kita akan memperkenalkan eko-pelancongan seperti kelip-kelip dan juga di pelancongan di hutan, glamping. Ini semua yang memberikan nilai dan juga atas tarikan kepada para pelancong luar negara. Sekian.

Speaker

Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Untuk adakah Yang Berhormat EXCO bersetuju pada pendapat

saya bahawa faktor pentingnya tentang pelancongan ini ialah kebersihan. Jadi saya nampak kebanyakan kita pergi apa yang kawan-kawan pergi ke Jepun, Korea dan sebagainya, disiplin kebersihan. Jadi kita nampak di Selangor ini selain kita menggalakkan pelancongan, kita juga menggalakkan kebersihan. Apa yang saya nampak di Selangor ini semua ada keistimewaan untuk tempat destinasi pelancongan tapi kita di Selangor rasa saya perlu menguatkuasakan kebersihan ini, baik persekitaran, tempat-tempat yang untuk pelancongan mahupun kebersihan di premis-premis yang menyokong faktor tarikan pelancongan.

Saya harap Kerajaan Selangor dapat menguatkuasakan kebersihan ini dengan cara penguatkuasaan, dendaan dan sebagainya dan untuk mendisiplinkan. Kadang saja di tulis sahaja poster dendaan RM 1,000.00 dan sebagainya, saya rasakan cadangan saya ini kalau dipersetujui pihak Kerajaan Selangor dapat melaksanakan kempen kebersihan dengan penguatkuasaan dendaan yang tinggi seperti mana pihak negara jiran kita menjaga kebersihan. Terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Memang saya setuju, setuju sangat kebersihan itu merupakan satu faktor yang sangat penting untuk kita menarik pelancong dari luar negara. Kalau persekitaran yang kotor, ia memang pelancong datang sekali dah, dia tak mahu datang dah. Sebab itu lah untuk tahun depan, kita akan memfokuskan untuk menaik taraf dan juga untuk mendirikan toilet, tandas yang bersih untuk pelancong. So kita akan mengenal pasti beberapa buah pusat pelancongan, kita buat tandas yang canggih, yang bersih supaya memberikan tarikan kepada pelancong datang kerana masalah yang kita hadapi sekarang ini banyak tempat pelancongan, tandas memang memberi masalah pada kita kerana kekotoran dan kebersihan yang tidak dijalan dengan baik, masalah ini memang akan memberi masalah jangka panjang kepada kita. Sebab itulah kita akan fokus untuk membuat toilet baru untuk menaik taraf toilet yang sedia ada.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker. Tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebutkan berkenaan dengan Sky Mirror. Jadi tidak dinafikan Sky Mirror ini antara tumpuan pelancongan utama di Kuala Selangor pada masa kini. Cuma yang pertama harga tiketnya agak mahal, RM80.00 untuk seorang pelancong agak membebankan bagi pelancong tempatan. Namun sudah pasti tidak ada masalah bagi pelancong luar negara. Mungkin kah pihak Kerajaan Negeri ingin campur tangan atau membantu dari sudut ini supaya pelancong tempatan dapat pergi melawat Sky Mirror dengan harga yang lebih berpatutan.

Yang kedua berkenaan dengan jeti pelancongan Sky Mirror. Sekarang ini kita ada satu yang mempunyai lesen, namun apakah dasar Kerajaan dalam membenarkan

ataupun menyokong usaha pengusaha pelancongan tempatan untuk membuka jeti pelancongan ke Sky Mirror?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Buat masa ini kita tidak terima complaint, aduan berkenaan dengan harga yang sangat mahal untuk Sky Mirror. So buat masa ini kita tak terima tapi untuk pelancong luar negara RM80 ini memang satu harga yang berpatutan untuk mereka sebab mereka datang dari jauh, sampai ke Kuala Selangor naik kapal, sampan, bot, 45 minit baru sampai ke tempat itu. Jadi RM80.00 ini berbaloi untuk mereka lah. Tapi untuk orang tempatan saya tidak pasti. Buat masa ini kita tidak terima apa-apa complaint.

Untuk jeti, ya memang kita mengakui masalah jeti yang dikatakan perlu legalize. Buat masa ini banyak jeti didirikan dengan masalah tak ada permit, so permit itu dikeluarkan oleh LUAS. Saya akan buat satu mesyuarat terdekat untuk panggil semua pengusaha jeti daripada pusat pelancongan sekitar Sky Mirror termasuk di Sasaran dan juga di Pasir Penambang dan juga Kuala Selangor, supaya kita tengok macam mana kita nak legalize untuk baik pulih jeti-jeti itu kerana kita juga mempunyai masalah faktor keselamatan dan juga masalah-masalah di mana jeti itu tidak di kendali dengan baik, telah uzur. Jadi kita akan pastikan SOP untuk nak buat satu jeti yang standard, SOP yang standard. So itu lah kita akan buat mesyuarat dalam masa terdekat ini dan kita akan selesai isu jeti ini supaya keselamatan pelancong kita akan beri keutamaan. Terima kasih.

Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Soalan saya 82.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Pelan Induk Saliran Mesra AlamQuestions

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah status Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Sepang?

a)

Nyatakan sejauh mana tindakan dan gerak kerja pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan sasaran seperti belia, kurang upaya dan warga emas di setiap DUN menerima inisiatif program BINGKAS ini.

b)

Nyatakan jumlah penerima keseluruhan program BINGKAS mengikut DUN berakhir September 2022.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Sungai Pelek. Sungai Pelek bertanyakan soalan bertanya berhubung Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi daerah Sepang. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek dan Ahli-ahli Yang Berhormat PISMA adalah merupakan sebuah pelan induk yang mematuhi konsep manual saliran mesra alam yang diuruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran. Setakat ini 3 daerah telah pun siap, kajian dibuat iaitu di Kuala Langat, daerah Kuala Langat, daerah Kuala Selangor dan Sepang.

Tujuannya ialah untuk mengenal pasti secara menyeluruh secara holistik tentang isu-isu dan kelemahan sistem saliran sedia ada termasuk isu-isu permasalahan kualiti air dan ini fokus utama adalah pada sistem saliran di kawasan perbandaran iaitu pure PBT. Jadi dengan itu dia dapat mencadangkan kerja-kerja dilaksanakan berdasarkan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir kilat dan pencemaran kualiti air di kawasan perbandaran. Ini dalam masa yang sama juga pembangunan aset atau inventory asset, sistem saliran dapat dibuat dan menjadi panduan dan rujukan untuk merancang pembangunan masa depan yang lebih sistematik dan mampan. Ini tujuan utama PISMA dibuat dan kita akan teruskan nanti ke daerah-daerah yang lain.

Jadi untuk bandar, daerah Sepang ni, untuk berita baik kepada Yang Berhormat bahawa telah siap laporannya, telah pun siap dan telah dipersetujui laporan akhir baru-baru ini diluluskan dalam mesyuarat teknikal yang melibatkan semua pihak berkepentingan dan sekarang ini dalam proses untuk percetakan oleh pihak perunding untuk dan dalam masa terdekat ini akan diedarkan kepada jabatan dan agensi terutama pihak PBT bagi memastikan panduan dalam mereka melaksanakan sama ada pembangunan sistem saliran baharu ataupun menaik taraf sistem saliran yang sedia ada. Ini untuk memastikan tidak berlaku yang disebut tadi, air tergenang, air termenung kerana sistem saliran yang tidak teratur. Sekian, terima kasih.

Speaker

Lembah Jaya. Tak hadir. Semenyih, hadir. Sila.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 84.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Program BingkasQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

d) Nyatakan sejauh mana tindakan dan gerak kerja pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan sasaran seperti belia, kurang upaya dan warga emas di setiap DUN menerima inisiatif program BINGKAS ini.

e) Nyatakan jumlah penerima keseluruhan program BINGKAS mengikut DUN berakhir September 2022.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker. matlamat pelaksanaan BINGKAS ialah membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan yang terkesan terutama yang berpendapatan rendah bagi menampung dan memenuhi keperluan asas kehidupan demi menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor yang memenuhi syarat antaranya:-i. Warganegara Malaysia; ii. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; iii. Pemilih berdaftar di Selangor; iv. Ketua isi rumah yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun; dan v. Berpendapatan isi rumah RM3,000.00 sebulan dan ke bawah.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi menyampaikan maklumat program ini kepada golongan sasar termasuklah melalui penganjuran Program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang telah dilaksanakan di lapan (8) buah Daerah bermula pada Jun 2022 sehingga Oktober 2022 melibatkan daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Gombak, Sabak Bernam, Klang dan Sepang. Program jelajah ini menyaksikan pelancaran dan hebahan berterusan bagi program BINGKAS di setiap daerah di Negeri Selangor.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri turut menambah baik dan memudah cara kaedah permohonan program ini secara digital iaitu melalui laman sesawang rasmi program BINGKAS yang diproses di peringkat DUN. Di samping itu, talian hotline dan Whatsapp hotline turut disediakan bagi program BINGKAS untuk sebarang pertanyaan daripada orang awam.

Bilangan penerima keseluruhan melibatkan 56 DUN setakat 30 September 2022 adalah berjumlah 21,110 orang.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Soalan tambahan.

Speaker

Semenyih.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Adakah pihak EXCO bersetuju pada pandangan saya supaya jumlah pengagihan mengikut DUN ni bergantung pada jumlah pengundi setiap DUN. Adakah perancang seperti mana yang saya cadangkan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih kepada Yang Berhormat Semenyih. Sebenarnya jawapan sebelum ini saya telah memberi panjang lebar jawapan tentang ia mengikut sebenarnya jumlah pengundi setiap DUN. Saya telah memberi jawapan sebelum ini. Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan program BINGKAS ni. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap laman-laman web sekarang ini yang membuat borang palsu berkenaan dengan program-program Kerajaan Negeri dan salah satu borang palsu tersebut ialah Program BINGKAS.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Memandangkan perkara-perkara begini memang wujud, saya sebenarnya apabila perkara ini dibangkitkan di dalam MMKN untuk segerakan kelulusan perkara ini, saya tidak sanggup, itu sebab saya minta Pejabat ADUN untuk menyiasat dan meluluskan permohonan BINGKAS ini sebab apa, bagi saya sebagai ADUN kawasan, apabila permohonan itu dibuat melalui sesawang atau portal, program ini melalui online, saya pejabat saya kita memantau, kita pergi melihat adakah orang itu benar-benar wujud di kawasan itu, alamat yang itu. Itu memang kita sedang memantau dan saya sendiri dapati ada yang tidak duduk di rumah tersebut. Rumah itu sendiri pun tak duduk macam mana kita nak lulus? Memang ini berlaku. Itu sebab saya telah mensyaratkan dalam program saya ini supaya ADUN memainkan peranan yang utama, yang sangat penting, menyiasat segala dokumen tersebut dan juga menyiasat, pergi melawat rumah-rumah ni. Saya rasa kalau 500 permohonan tak salah kalau kita menyiasat sendiri sebab setiap keluarga tu akan menerima RM3,600.00 setahun, sangat besar tu. Saya rasa ambil lah inisiatif sama-sama untuk menyiasat dan membantu Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tuan Speaker, soalan sikit. Minta maaf Yang Berhormat EXCO, bukan berkenaan permohonan palsu tetapi borang-borang online secara palsu yang disediakan di atas talian-talian yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan permohonan BINGKAS boleh dimohon dan akan diluluskan dalam masa 24

jam sedangkan ia bukan disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Akan tetapi disediakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tapi sebenarnya bagi pihak Pejabat saya pun belum terima lagi laporan begitu. Yang laporan yang saya terima sebenarnya adalah maklumat palsu. Bukan borang palsu. Itu yang saya dapat dalam mesyuarat apabila bersama dengan UPEN maklumat palsu tu memang ada, borang palsu tu saya tak jumpa lagi di peringkat UPEN apabila bermesyuarat. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanya mungkin ada DUN – DUN yang tak memenuhi kuota dia, masih berbaki mungkin dia tak habiskan kuota tu. Boleh tak kuota itu diambil oleh DUN yang lain?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Sebenarnya ada juga permintaan di memang minta saya buat begitu tapi saya tak rela sebenarnya, walaupun lepas ini keputusan bersama dalam MMKN. Sebab apa, setiap ADUN patut diberi masa untuk menyiasat perkara ini. Macam saya dalam DUN saya pun agak besar, kita ada kadang-kadang DUN kita, kadang-kadang ada sampai 80 ribu, 100 ribu pengundi, bukan mudah untuk Pejabat DUN setiap kali pergi menyiasat dan secara geografik ada tempat yang sangat besar. Kita ini bukan saya kata kalau 500 atau pun 600 itu bukan satu jumlah yang sangat luar biasa, sedangkan kita tahu setiap DUN yang paling minimum pun kita ada 30 ribu ke atas pengundi.

Maka saya percaya mereka semua memang ada keperluannya masing-masing. Jangan kita terlalu gopoh gapah, terlalu nak alih sebelah sana, sebelah sini. Ini yang berlaku sebelum ini maka apabila kita nak selaraskan balik yang sudah dapat tu tak boleh dipotong balik. So saya rasa setiap kali kalau kita benarkan kepada ADUN ini bukan seperti Jom Shopping voucher kalau ia tak guna ia akan habis diguna. So kita kena pula minta beri kepada yang memerlukan, tapi saya rasa dalam Jom Shopping dalam BINGKAS ini saya percaya keluarga yang memerlukan bantuan ini ramai, begitu ramai. Setiap DUN ada hanya proses Pejabat DUN itu sendiri untuk menyiasat, untuk meluluskan itu mengambil masa. Biarkan kita sama-sama lah. Terima kasih.

Speaker

Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Tuan Speaker, soalan saya nombor 85.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Isu Kereta Buruk Merata-Rata Di Kawasan Masing-MasingQuestions

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah perancangan untuk menyelesaikan masalah kereta buruk/ terbiar di kawasan masing-masing?

b) Kebanyakan PBT menghadapi penyelesaian masalah ini kerana tempat menyimpan kereta telah penuh, apakah penyelesaian untuk PBT menyelesaikan masalah ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Tuan Speaker, pada masa ini PBT Negeri Selangor mengguna pakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 2 tahun 2020. Garis panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-33 tahun 2020 bertarikh 9 September 2020 yang disahkan oleh MMKN Ke-34 Tahun 2020 bertarikh 30 September 2020. Garis panduan tersebut diterima pakai namun disesuaikan dengan keperluan PBT masing-masing bagi negeri Selangor.

Seperti yang sedia maklum, cabaran utama dan isu pokok terhadap penyelesaian kereta buruk adalah tiada proses pembatalan pendaftaran kenderaan yang dapat integrasi dengan sistem JPJ di mana PBT boleh di saman oleh pemilik kenderaan jika pelupusan dibuat tanpa pembatalan pendaftaran serta tempoh masa pengurusan kenderaan terbiar yang lama sehingga enam hingga dua belas bulan. Antara cadangan yang dinyatakan oleh PBT Negeri Selangor, terhadap garis panduan tersebut adalah menambahbaikkan terhadap SOP yang melibatkan jabatan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta penyesuaian tempoh pengurusan kenderaan oleh agensi selain PBT yang terlibat.

Bagi menyelesaikan masalah kereta terbiar yang telah disita daripada penuh depoh penyimpanan kenderaan terbiar sedia ada, tindakan yang akan dilaksanakan adalah mengenal pasti depoh baharu bagi menempatkan kereta terbiar yang akan disita sementara proses pelupusan kereta terbiar sedia ada dilaksanakan. Selepas proses pelupusan dilaksanakan, PBT menambah baik kaedah penyusunan kereta terbiar secara susun bertingkat bagi memberi lebih banyak ruang penyimpanan, kemas dan teratur. Dan menyerahkan notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik kenderaan, institusi dan pihak

kewangan untuk menuntut semula kenderaan yang disita berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Pemilik akan diberi tempoh tujuh atau empat belas hari untuk mengemukakan tuntutan kepada Jabatan berkaitan. Terima kasih.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Soalan tambahan, Tuan Speaker.

Speaker

Silakan, Teratai.

Tuan Lai Wai ChongDAP · PHTeratai

Mantan Menteri Pengangkutan Pakatan Harapan, Yang Berhormat Anthony Loke ada pernah mencadangkan memendekkan masa pelupusan dari 6 ataupun 12 bulan kepada 33 hari masa tu. Adakah cadangan ini dibincang seterusnya selepas Pakatan Harapan tumbang?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Selepas langkah certain garis panduan ini telah dipindah daripada Jabatan, apa tu, bukan, Kementerian Pengangkutan kepada Kementerian KPKT dan garis panduan itu, perbincangan itu diteruskan dan garis panduan yang baharu telah disediakan oleh KPKT seperti dalam jawapan saya, iaitu Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2020. Jadi yang itu telah menggariskan satu garis panduan yang baharu dan satu kaedah yang baharu tetapi tempoh pelupusan tu masih mengambil masa yang agak panjang. Dia tidak dapat memenuhi target yang ditetapkan iaitu 31 hari kalau tidak salah saya sebelum itu. Oleh itu, sekarang kita masih menghadapi masalah yang sama iaitu tempoh pelupusan hak milik itu mengambil masa yang terlalu panjang dan kita tidak, sebenarnya dia tidak berkesan. Kita mencari tapak yang baharu untuk menyimpan kenderaan yang terbiar ini kerana memang banyak khususnya di kawasan Lembah Klang ni dan di Selangor ataupun di kawasan PBT yang besar, memang banyak kenderaan terbiar di sana dan di sini tetapi depoh nya telah penuh. Berapa banyak depoh yang kita sediakan dia akan penuh dalam masa beberapa bulan. Jadi isu pokok itu adalah kita harus memendekkan tempoh pelupusan yang ni kita perlu apa tu, kerjasama daripada agensi-agensi yang lain seperti PDRM dan juga JPJ untuk menggariskan satu garis panduan supaya kita dapat satu tempoh yang lebih pendek untuk kita menjalankan kerja pelupusan kenderaan, hak milik kenderaan tersebut.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Speaker

Banting?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO kerana situasi ini sudah mungkin larut di mana di kawasan Lembah Klang sudah tidak tempat baharu jadi mereka datang ke tempat seperti Kuala Langat, Sepang untuk mencampakkan ataupun meletakkan kenderaan mereka yang terbiar. Apakah faktor yang menyebabkan tempoh pelupusan kenderaan itu tidak boleh

dipendekkan? Tadi ada disebut tidak boleh dipendekkan tetapi kita tak tau apakah yang menyebabkan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tidak boleh mempercepatkannya, memendekkannya, kalau bukan 6 bulan ataupun 2 bulan kepada 1 bulan. Kalau 2 bulan, 3 bulan pun saya kira okay jugak tetapi saya, kita nak tahu apakah yang menyebabkan, apakah yang mengekang JPJ ini daripada menjalankan tugas mereka untuk memendekkan tu. Kita nak tahu tu.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya tidak boleh jawab bagi pihak JPJ, tapi apa yang saya tahu adalah agensi-agensi lain seperti JPJ juga mempunyai kekangan dan masalah dalaman, kerana maklumat pemilik kenderaan itu tidak boleh dikongsikan sesuka hati walaupun dah banyak kali PBT mohon JPJ supaya benarkan PBT untuk berintegrasi sistem penguatkuasaan PBT untuk berintegrasi dengan sistem di JPJ tetapi itu tidak dibenarkan dan kami juga faham yang itu adalah melibatkan maklumat peribadi pemilik kenderaan. Oleh itu kita perlu duduk bersama untuk mencari satu kaedah dan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Speaker

Sijangkang?

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan No. 86.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Perubahan IklimQuestions

86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kesan perubahan iklim yang akan menyebabkan kehilangan Tanah Darat dan kemasukan air laut di Pantai Barat Selangor serta kesannya kepada keselamatan makanan?

b)

Apakah langkah-langkah yang sudah dirancangkan bagi menghadapi situasi tersebut?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, isu perubahan iklim kini telah pun menjadi masalah utama, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. Ini adalah kerana di semua negeri, negara kini terkesan dan mengalami gejala cuaca ekstrem lebih kerap. Perubahan iklim, monsun tidak menentu, pencairan ais, dan juga peningkatan paras air

laut. Perubahan ini akan terus berlaku secara negatif yang akan mempengaruhi ekosistem dan juga biodiversiti jika tindakan drastik dilaksanakan. Selain itu pada masa yang sama pemanasan global turut menyebabkan eko-sistem terganggu, cuaca kering berpanjangan, pembakaran hutan sangat meluas dan perubahan iklim yang ketara turut berlaku pada hari ini. Suhu bumi yang panas berterusan setiap tahun telah pun mendorong pencairan bongkah-bongkah ais ataupun glasier di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Keadaan ini sekali gus menyebabkan paras air laut meningkat berdasarkan kepada Intergovernmental Panel On Climate Change (IPCC) United Nations yang meramalkan permukaan laut akan meningkat antara 30 hingga 60 sentimeter dan dianggarkan 10 juta populasi dunia yang berdekatan dengan pantai dan pulau tanah rendah dikhuatiri akan kehilangan tempat tinggal berikutan kenaikan paras air laut. Situasi ini boleh menyebabkan hakisan pantai dan juga banjir besar berlaku berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Unjuran kenaikan paras air laut bagi kawasan Semenanjung Malaysia dijangka sebanyak 0.52 meter manakala unjuran kenaikan paras air laut maksimum di peringkat global adalah sekitar 0.98 meter pada tahun 2100. Perubahan iklim merupakan ancaman terhadap ekosistem zon pasir Pantai Barat Selangor yang boleh menjejaskan berbagai sektor sosio-ekonomi dan juga sumber air bersih di kawasan tersebut. Bagi kawasan Pantai Barat Selangor terutamanya Kuala Selangor, peningkatan suhu permukaan sebanyak 1 degree celsius boleh mengakibatkan penyusutan pengeluaran hasil padi sehingga 6 peratus. Suhu melebihi 2 peratus boleh menyebabkan penyusutan hasil kelapa sawit sehingga 30 peratus. Jika jumlah hujan turut merosot, keadaan iklim dan hidrologi yang ekstrem pada masa hadapan dijangka menyumbang kepada penyusutan hasil tanaman. Kesan daripada kenaikan paras air laut juga akan menyumbang kepada kerentangan pembanjiran pantai di kawasan rendah dan juga seterusnya menjejaskan guna tanah sedia ada. Hampir 91 peratus daripada komponen yang terdedah adalah kawasan pertanian dan juga hutan manakala yang selebihnya terdiri daripada kawasan pengangkutan, kediaman, infrastruktur, perniagaan, institusi awam dan juga industri. Selain itu kemasukan air masin ke dalam sumber air bawah tanah semakin meningkat seiring dengan peningkatan paras air laut dan ianya turut menjejaskan sumber air bawah tanah yang bersih akibat daripada itu ia boleh menyumbang kepada penyusutan pengeluaran hasil padi dan menjejaskan keselamatan makanan. Perubahan iklim berlaku susulan fenomena pemanasan global akibat pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada aktiviti manusia yang kini berada pada tahap membimbangkan dan jika tiada tindakan drastik diambil bagi mengurangkan pelepasan GHG dunia dijangka akan berdepan bencana alam yang lebih serius. Kerajaan Negeri sentiasa mempergiatkan usaha menangani isu global ni berbagai pembangunan inisiatif dan program dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO). Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan aktiviti penanaman semula pokok seperti pokok bakau, pokok api-api di pesisiran pantai dalam usaha mencegah hakisan akibat ombak dan juga fenomena air pasang laut;

ii. Implikasi perubahan iklim terhadap zon pasir pantai seperti di Kuala Selangor dapat ditangani dengan menjalankan langkah-langkah adaptasi yang mengambil kira aspek permukaan dan juga sub permukaan dan disepadukan dalam dasar-dasar pembangunan;

iii. Pelan Adaptasi Kebangsaan (MYNAP) iaitu yang dibangunkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air merangkumi pelan tindakan strategik jangka panjang dan strategi pembangunan kebangsaan untuk sektor kesihatan awam, infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan juga biodiversiti;

iv. Menggalakkan masyarakat mewujudkan kebun komuniti bandar.

Fenomena perubahan iklim ini akan meningkatkan risiko dan juga kejadian bencana seperti banjir, kemarau berpanjangan dan peningkatan suhu pola hujan yang berubah serta kenaikan air laut secara langsung mempengaruhi ketersediaan air sekali gus memberikan kesan kepada pendapatan petani di negeri ini dan usaha menangani cabaran perubahan iklim Kementerian Petani dan Industri Makanan (MAFI) telah pun membangunkan dasar baharu negara iaitu Dasar Agro Makanan Negara 2021 - 2030 dan 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 - 2025 yang akan diaplikasikan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sekuriti makanan negeri. Dalam menghadapan, merupakan cabaran akibat senario global ini, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan sekuriti bekalan makanan dengan mewujudkan zon-zon tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Kerajaan Negeri juga telah pun membangun dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA) yang mana ianya memfokuskan kepada penggunaan teknologi moden dan juga keusahawan bagi mendepani risiko sekuriti makanan negeri. Ianya adalah dasar baharu bagi memajukan sektor pertanian yang lebih teratur yang juga tersusun. Paling penting aspek guna tanah, penyediaan benih dan juga bakar. Sokongan makanan selain penyimpanan serta pemasaran yang perlu diberi perhatian supaya rantaian bekalan makanan dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam hal ini kerajaan akan memberikan tumpuan yang berterusan kepada penggunaan sektor agro makanan bagi meningkatkan produktiviti dan juga menjamin sekuriti makanan negara di samping memaju pertumbuhan ekonomi demi menjamin kesejahteraan rakyat. Kerajaan sentiasa mengolah pelbagai inisiatif dan usul untuk menjamin ketersediaan bekalan makanan di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sijangkang?

Terima kasih Tuan Speaker. Adakah kerajaan mula melihat kemungkinan-kemungkinan untuk mengezonkan kawasan-kawasan pertanian yang agak jarak jauh daripada pesisir pantai ataupun mungkin kawasan-kawasan yang lebih tinggi termasuklah kawasan-kawasan hutan yang mungkin

difikirkan sesuai bagi menjamin keselamatan makanan ini dan keperluan untuk makanan kepada masyarakat masa akan datang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Masalah di Selangor ni kita kurang tanah di mana kawasan padi kita tumbuh di pesisiran pantai terutamanya di Tanjung Karang dan juga di Sekinchan. Tapi untuk tanah yang baharu yang jarak lebih daripada pantai, Kerajaan Negeri Selangor sedang bekerjasama dengan PKPS untuk usaha meng convert kan hutan simpan kekal terutama di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan yang biasanya, tapi dah lama tanah itu digunakan untuk tanaman kontan. Tanaman kontan dan kita akan bagi lesen kecil untuk mereka untuk buat penanaman semula makanan-makanan terutama jagung-jagung yang sedang diusahakan. So, itu salah satu langkah untuk memindahkan kawasan pertanian daripada pesisir pantai ke pedalaman sikit. So, ni sedang dijalankan dan ia berlaku dah 30 tahun lepas. Tapi untuk yang akan datang juga satu kawasan yang boleh kita timbangkan adalah di Johan Setia. Ini merupakan satu tempat juga tempat pertanian kontan yang sedia ada. So, berbagai cara kita akan laksanakan supaya memastikan tanah-tanah untuk padi dan juga untuk sumber makanan ini tidak terletak terlalu dekat dengan pantai. Sekian.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO yang telah menyatakan masalah-masalah timbul dari perubahan iklim kepada masyarakat. Ijok ingin nyatakan, apa, menanyakan bahawa adakah Kerajaan Negeri Selangor membatalkan semua nyah warta, degazettement of forest di Selangor ini selama katakan 20 tahun, 30 tahun? Sebab yelah, pokok ia amat penting kepada masyarakat, memberi, mengurangkan karbon dan jugak mengurangkan banjir, masalah air. Sekian.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Ijok, Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membatalkan mewartakan hutan simpan kekal. So, kita tidak boleh membuat demikian kerana kita hendak memastikan keluasan hutan simpan itu kekal lebih 50% daripada keluasan tanah Negeri Selangor. So, untuk Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, ini merupakan tanah gambut yang tiada pokok tinggi. So, dia tanah rata dan telah pun usahakan oleh pekebun kecil dari sejak dulu lagi. Mereka menggunakan masuk ke hutan ini untuk illegal, secara illegal. Sekarang kita hendak legalize mereka, menjadikan mereka supaya mereka dapat guna tanah ini untuk menanam pokok. Kita tak pernah, tak pernah mewartakan hutan untuk tujuan ini.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan.

Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya pergi ke soalan tambahan, saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan meminta maaf daripada Ketua Pembangkang kerana dalam sesi yang lalu, beliau membangkitkan isu PKPS yang melibatkan kawasan pantai di kawasan DUN beliau dan dalam sesi itu, saya rasa saya percaya projek itu bukan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat atau pun Pakatan Harapan. Tetapi selepas semakan didapati projek itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan, jadi saya minta maaf.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Pelek, soalan dia minta maaf ke apa?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Minta maaf, soalan tambahan saya ialah memang, memang perubahan iklim membawa kesan yang buruk termasuk air laut masuk ke darat dan sebagainya. Dan selain daripada itu, saya ingin mengingatkan kepada semua Yang Berhormat Yang Berhormat, manifesto Pakatan Harapan kali ini fokuskan kepada environment atau pun conservation environment. Jadi saya minta Kerajaan buat review terhadap projek-projek yang ada berkaitan atau pun akan membawa kesan kepada perubahan iklim termasuk incenarator atau pun waste to energy termasuk hutan-hutan dan sebagainya. Jadi saya mintalah pandangan …

Speaker

Yang Berhormat, soalan, soalan yang perlu dijawab.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Jadi saya mintalah pandangan EXCO.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang begitu prihatin terhadap perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, wastr to energy ini merupakan renewable energy. Dia bukan yang akan membawa masalah kepada perubahan iklim. Yang ini kena faham kerana Sungai Pelek ini tidak faham-faham tentang ...

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya tidak setujulah, sebab EXCO tidak boleh meyakinkan kita dengan jawapan, dengan jawapan yang generize tak patutlah. You kena bagi bukti atau pun apa-apa scientific data untuk membuktikan apa Yang Berhormat kata adalah benar.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, bukti ini ini waste to energy ini telah pun dibangunkan sejak 20 tahun di merata tempat dunia. Di bandar-bandar besar ...

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Banyak negara sudah bermula, sudah ...

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Pelek

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Di bandar-bandar besar,... di London, semua sudah guna. Tetapi kita punya, Sungai Pelek tak faham-faham lagi.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Atau pun membasmikan teknologi ini. Teknologi sudah lama sangat, sudah basi.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Teknologi lama tapi berkesan, masih berkesan. Negara Eropah menggunakan WTE sampai sekarang untuk selesai masalah sampah mereka. Sampah timbunan yang bertan, yang beribu-ribu tan ...

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Speaker, banyak negara yang menggunakan teknologi ini sudah bermula tidak menggunakan teknologi lagi. Saya harap, saya harap Yang Berhormat boleh study, study.

Speaker

Yang Berhormat, ini masa untuk soalan tambahan. Yang Berhormat sila duduk, sila duduk.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Saya rasa kita kena bagi angka-angka yang meyakinkan terutama di negara jiran Singapura sudah menggunakan WTE dah lama dah sehingga selesai sudah masalah sampah mereka. Sekarang Thailand dan juga Vietnam dan di Indonesia mereka mulai gunakan WTE. So, ini satu trend untuk selesaikan satu masalah sampah di Malaysia ini. Saya rasa bukti itu ada, semualah yang berlaku di seluruh dunia, memang buktikan WTE ini memang boleh selesai masalah sampah di Malaysia ini.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Ini bukan trend yang baru ya. Memang tak ada trend yang macam itu ya. Trend yang baru ialah zero waste management bukan waste to energy.

Speaker

Sungai Pelek sila duduk. Saya persilakan Bukit Melawati. Sila, sila duduklah.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Bukit Melawati nombor 87.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Talian SelamatQuestions

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-

a) Berapakah jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilapor melalui talian Selamat Selangor?

b) Daripada jumlah tersebut nyatakan bilangan kes yang telah dibuka siasatan.

c) Sejauh manakah keberkesanan Talian SELamat Selangor?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Tuan Speaker sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Melawati, Talian SELamat telah kita mulakan pada 1 November 2021 yang lalu di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor atau WBS. Talian ini dilaksanakan dengan kerjasama erat bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan serta agensi lain berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), pihak hospital dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan berpandukan Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Berdasarkan rekod, bermula 1 November 2021 sehingga 30 September 2022, sebanyak 53 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan melalui Talian SELamat. Berdasarkan jenis-jenis keganasan rumah tangga, Talian SELamat telah merekodkan jumlah kes tertinggi untuk keganasan jenis psikologi. Bagi jenis keganasan psikologi ini, Talian SELamat menawarkan perkhidmatan kaunseling atau psikologi bergantung pada permasalahan pemandiri dengan menawarkan dua jenis sesi kaunseling / psikologi sama ada secara bersemuka atau atas talian (online). Statistik jumlah panggilan berdasarkan jenis keganasan rumah tangga adalah seperti berikut.

Bil Jenis Panggilan Jumlah 1. Psikologi 20 2. Penderaan Kanak-Kanak 8 3. Fizikal 7 4. Ekonomi 6 5. Tidak Dinyatakan 3 6. Fizikal dan Psikologi 2 7. OKU 2 8. Penderaan Warga Emas 1

Kes-kes yang telah diterima dan ditangani melalui Talian SELamat akan menggunakan istilah sebagai Kes Rujukan. Menurut statistik panggilan Talian SELamat, kes rujukan tertinggi adalah merupakan rujukan kaunseling dan juga rujukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ringkasan kes rujukan adalah seperti berikut :

Setelah hampir setahun beroperasi, Talian SELamat didapati berkesan dalam memberikan impak yang positif kepada perkara seperti berikut :-

1) Memberikan informasi dan kemudahan kepada mangsa Keganasan Rumah Tangga (KRT) bagi mendapatkan rujukan dan tindakan sewajarnya untuk permasalahan yang berkaitan dengan KRT.

2) Memudahkan mangsa untuk mendapatkan bantuan seperti kaunseling dan bantuan guaman. Seramai 12 pemandiri telah mendapatkan perkhidmatan 9. Lain-Lain 4 Jumlah Keseluruhan 53 Bil Rujukan Kes Panggilan KRT 1. Kaunseling 12 2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 10 3. Khidmat Nasihat 7 4. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 7 5. Jabatan Bantuan Guaman (JBG) 3 6. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 2 7. One Stop Crisis Centre (OSCC) 1 8. Psikologi 1 9. Pusat Khidmat DUN 1 10. Pusat Wanita Berdaya (PWB) 1 11. Rumah Perlindungan 1 Jumlah Keseluruhan Kes Dirujuk 46

Kaunseling dari Kaunselor Berdaftar dan seramai 3 pemandiri telah dirujuk dan mendapat bantuan dari Jabatan Bantuan Guaman.

3) Membantu pihak bertanggungjawab seperti pihak PDRM, JKM, Pusat Khidmat DUN, AKPK dan lain-lain untuk mendapatkan input maklumat dan menangani kes dengan lebih cepat yang berkaitan permasalahan KRT.

Speaker

Silakan Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker. Kes-kes yang dilaporkan ialah mangsanya wanita. Tetapi sekarang trend keluarga, banyak suami jadi house husband. Saya Ijok ingin bertanya, adakah kes-kes yang EXCO nyatakan mangsanya suami atau lelaki.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Buat masa sekarang 53 kes ini semua wanita, Yang Berhormat. Tetapi kami tidak menutuplah kata orang lelaki tak boleh panggil dan sebagainya sebab domestik sebab itu kita ada OKU, warga emas dan sebagainya. Sebab itu kita terbuka sebab kita menangani semua isu-isu yang berkaitan kekeluargaan.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Ya silakan Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya hanya ingin bertanya memandangkan keberkesanan program ini adakah Talian SELamat ini diteruskan atau pun ada tempoh jangka masa yang tertentu.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Permulaan dahulu kita mendapat bajet hanya RM 100 ribu untuk pengendalian Talian SELamat dan saya kira ia adalah satu projek perintis. Dan bila kita melihat ini, insyaAllah di dalam kita akan cuba peruntukan daripada standco Wanita untuk tujuan ini. InsyaAllah, cuma saya ingat kita punya cabaran adalah hendak mengekalkan seorang kaunselor dengan kita, tapi mungkin lepas ini kita menggunakan sistem yang ada sekarang. Akhirnya kita merujuk, kita menerima panggilan dan kemudian kita bekerjasama dengan pusat-pusat dan agensi-agensi untuk menangani kes ini.

Speaker

Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 88.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 88. Biasiswa Negeri SelangorQuestions

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

88. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :-

a) Apakah jenis-jenis biasiswa pendidikan tinggi terkini yang ada di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor? Sila terangkan kebaikan yang boleh diterima serta terma dan syarat secara terperinci.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima Bandar Utama, Speaker dan Ahli Dewan sekalian. Senarai jenis-jenis biasiswa di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor atau pun TKWBNS adalah seperti berikut. Institusi Pengajian Tinggi yang pertama Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor untuk pelajar di peringkat ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di Timur Tengah. Yang kedua, Program Huffaz Profesional untuk pelajar-pelajar terpilih di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaya dan juga Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.

Biasiswa Selangor BITARA, pelajar-pelajar di peringkat Sarjana Muda, Sarjana, PhD atau pun Doktor Falsafah di universiti terkemuka luar negara atau pun di peringkat dunia.

Biasiswa Sagong Tasi untuk pelajar atau pun mahasiswa Orang Asli yang menuntut di Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia, Universiti Selangor, Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan juga STDC Selangor.

Program Khas Kakitangan Awam Kerajaan Negeri untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di jabatan agensi pentadbiran Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri.

Manakala syarat-syaratnya saya rasa sangat panjang kalau kita lihat Biasiswa Dato’ Menteri Besar ada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Misalnya syarat am mestilah rakyat yang terdiri di kalangan rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Pemohon ibu bapa merupakan warga negara Malaysia. Pemohon ibu bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor. Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Selangor. Selain itu, pemohon mendaftar diri bagi pengajian sepenuh masa bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian. Pendapatan isi rumah

tidak lebih RM 20 ribu. Pelajar ibu bapa oleh keluarga tidak disenarai hitam oleh Tabung Kewangan Pendidikan Negeri Selangor atau pun TKPNS kerana tindakan-tindakan sebelum ini. Dan pemohon belum menerima sebarang tajaan daripada yang lain-lain.

Manakala untuk Sagong Tasi sebagai contoh, kita menetapkan untuk anak-anak Orang Asli di Negeri Selangor yang menetap di Negeri Selangor dan juga belajar di institusi-institusi yang telah kita tetapkan dan mempunyai beberapa kriteria-kriteria am. Untuk maksud tersebut, saya akan memberikan kepada Yang Berhormat Bandar Utama syarat-syarat ini supaya lebih difahami dan sebenarnya syarat-syarat ini boleh diakses di laman web-lawan web kami.

Untuk makluman Yang Berhormat, untuk Biasiswa Selangor BITARA sebagai contoh, kita sudah berikan kepada salah seorang pelajar dan pelajar tersebut akan graduan dalam tempoh yang terdekat. Kita agak berbangga kerana Royal Surgeons of Ireland, kalau tidak silap saya yang telah kita hantar pelajar tersebut. Anak seorang doktor di UiTM dan akan menamatkan pengajian dalam masa terdekat. Dan ini satu contoh bagaimana kita memberikan kepada pelajar yang cemerlang dan lebih cemerlang daripada yang lain. Dan kita akan memilih dari masa ke semasa dan ikutnya BITARA ini akan bermula pada peringkat menengah lagi. Tapi kita dah mula berikan kepada mereka yang menghabiskan SPM dan sebagainya, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Bandar Utama, masa. Terima Kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 semua peringkat.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak kerajaan bagi penggulungan. Silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan seluruh Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Saya anggarkan lebih 30 orang, dianggarkan 32 orang Ahli Dewan Negeri telah berbahas untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2023 atau pun juga dikenali juga sebagai Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2023. Ini menunjukkan begitu subur demokrasi yang ada dalam negeri kita dan begitu aktifnya pelaksanaan dan fungsi Ahli-Ahli Dewan dalam membahaskan sama ada wakil rakyat daripada pihak pembangkang mahupun wakil-wakil rakyat kerajaan yang mengeluarkan butir fikir dan juga pandangan mereka untuk menjadikan belanjawan ini dilihat secara menyeluruh dan kolektif dan memberikan gambaran sepenuhnya berkenaan hasrat dan cita-cita Kerajaan Negeri.

Antara kata kunci penting dalam perbahasan atau pun pembentangan belanjawan yang saya telah berikan pada hari Jumaat yang lalu, adalah Kerajaan Negeri ini berfungsi dan ingin bercita-cita menjadi sebuah pentadbiran yang bersemangat kolektif. Dalam erti kata ia bukan one man show atau pun ia bukan bersifat oligarki. Justeru melalui fungsi dan juga sistem kerajaan kita, sama ada kewujudan Dewan Negeri ini atau pun jawatankuasa-jawatankuasa khas yang telah dibentuk di pihak Kerajaan Negeri dan juga oleh Dewan Negeri dan diikuti dengan beberapa sesi libat urus bersama dengan Ahli-Ahli Dewan, bersama dengan pimpinan masyarakat, bersama dengan NGO, bersama dengan individu, dengan profesional dan tidak ketinggalan kepada wakil-wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Kita akan dapat melihat secara menyeluruh cabaran-cabaran dan pelan fiskal yang ingin di rencana dan dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri. Semangat ini lah yang kita ingin kemukakan dengan semangat mesyuarah sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran Surah Al Imran ayat ketiga yang menyebutkan:

“...Maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu kerana itu maafkanlah mereka mohon kan lah ampun bagi mereka dan bermesyuarahlah dengan mereka dalam urusan tersebut...”

Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Saya percaya bahawa Dewan ini bermesyuarat dan semangat ini terkandung didalam nilai-nilai yang dikemukakan di dalam semangat demokrasi berparlimen dan juga semangat yang kita ada dalam negeri ini Darul Ehsan. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menjawab beberapa pandangan dan juga pertanyaan spesifik yang telah dipertanyakan oleh Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian.

Yang pertama, saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Taman Medan yang mencadangkan atau bertanya kepada kita, mengapa anggaran perbelanjaan kita atau pun anggaran pendapatan Kerajaan Negeri tidak dalam angka yang tinggi. Kita anggarkan tahun ini sekitar RM 2 bilion, tahun sebelum ini RM 2.05 bilion. Pada tahun sebelum ini RM 2.1 bilion. Saya ingin menyebutkan bahawa ini adalah sebahagian daripada fungsi dan sebahagian daripada proses penyediaan belanjawan yang kita lakukan di peringkat awal. Biasanya angka-angka dan unjuran-unjuran yang kita kemukakan adalah berdasarkan daripada unjuran-unjuran yang dilakukan sehingga bulan Jun tahun semasa. Maknanya, belanjawan ini dimulakan dan dimuktamadkan hampir kesemuanya kecuali beberapa program terperinci dan khusus yang istimewa yang difikirkan oleh Ahli-Ahli EXCO atau pun Menteri Besar atau pun pentadbiran Kerajaan Negeri, kita muktamadkan dari segi angka pada bulan Jun tahun 2022 untuk pembentangan belanjawan Tahun 2023.

Kenapa bulan Jun? Kerana ia adalah kajian separuh tahun dan kedua nya itu angka-angka yang lebih selamat. Berbanding dengan yang kita anggarkan pada bulan 9 dan

bulan 10 kerana sebahagian cetakan-cetakan perlu dibuat di peringkat awal oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dan saya akui angka ini agak konservatif. Namun begitu kalau kita lihat anggaran yang diberikan ini, ini adalah amalan kita tiap-tiap tahun. Dia bukan amalan Amiruddin Shari. Ini amalan perbendaharaan Negeri Selangor tiap-tiap tahun semenjak daripada beberapa menteri besar sebelum ini dan kita dapati bahawa walaupun kita melakukan unjuran sekali gus sebanyak RM 2 bilion pada pertengahan tahun 2022, tetapi daripada semasa ke semasa anggaran-anggaran ini akan diperbaharui. Sebab itu, kita lihat tahun ini kita anggarkan pendapatan kita RM 2.05 bilion. Pada hari ini, kita telah mencecah RM 2.3 bilion. Ada lebihan lebih kurang RM200 lebih juta atau pun hampir RM300 juta lebihan yang telah dicatatkan oleh anggaran pihak Kerajaan Negeri. Namun, ia bukanlah selalu kita umumkan. Namun di pihak Kerajaan Negeri saya percaya dalam Dewan kita boleh umumkan dari semasa ke semasa. Ia bergantung pada banyak perkara sebab, ia bergantung pada premium tanah, ia bergantung pada hasil cukai-cukai tanah dan ia bergantung dengan hasil-hasil dan sebagainya ialah cukai-cukai yang dipungut oleh pihak Kerajaan Negeri dan hasil-hasil itulah yang dikumpulkan melihat kepada permohonan.

Ada sebahagian permohonan-permohonan kadang-kadang dia buat di hujung tahun, ada kadang-kadang di buat di awal tahun, ada kadang-kadang di buat di pertengahan tahun. So, kalau sampai pertengahan tahun bulan 6, bulan 7 kita tidak tahu permohonan-permohonan lain terutamanya permohonan tanah, permohonan untuk mengubah suai kegunaan tanah atau pun permohonan untuk menaik taraf status tanah, itu semua berlaku kadang-kadang sampai ke hujung tahun. Justeru itu yang menyebabkan kerancakan ekonomi akan memberikan impak dan kesan terhadap hasil negeri dan juga pendapatan negeri secara keseluruhannya.

Berkenaan dengan pandangan Sungai Air Tawar berkenaan dengan Kerajaan Negeri supaya melihat kepada hasil-hasil lain. Ini antara perkara yang telah kita bincangkan pada tahun 2020. Ada jeda masa atau pun ruang masa di antara PKP dan PKP semula pada tahun 2020 kita segera anjurkan retreat di pihak Kerajaan Negeri dan di situ topiknya adalah membentangkan apakah hasil-hasil baharu yang kita boleh pungut. Antaranya kita meletakan kadar tanah Pejabat Tanah dan Galian dalam semakan kadar Fi Pejabat Tanah dan juga pajakan tapak menara dan struktur telekomunikasi atas tanah rizab. Ketiga, pemberi milikan tanah rintis TNB. Ini sedikit perubahan, dahulu tanah itu milik Kerajaan Negeri tetapi di bawah kelolaan TNB. Pada kali ini, semua rintis TNB secara keseluruhannya akan menjadi hak milik TNB. Dan kalau ada orang ingin membangunkan atau pun menggunakan sebagai tanaman kontan, urusannya dengan TNB terus. Sebelum ini tanah-tanah tersebut digazet kan di bawah Kerajaan Negeri tetapi tidak boleh digunakan. Sekarang, semua tanah ini kita minta untuk diberi milikan kepada TNB kerana memang akhirnya TNB yang akan menetapkan apa-apa aktiviti dan juga apa-apa perkara yang dibuat. Ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan dan kita

masih lagi ada lagi tuntutan lebih daripada RM 200 juta Yang Berhormat, kerana tuntutan dengan Pejabat Tanah Persekutuan kerana ia melibatkan tempat R&R (Rehat dan Rawat) di lebuh raya-lebuh raya yang banyak melingkari di seluruh negeri Selangor. dan sebahagian R&R ini bukan aktiviti R&R sebaliknya aktiviti komersial. Paling tidak stesen minyak, atau pun stesen petrol dan gas yang menempatkan aktiviti komersial.

Ada aktiviti perniagaan yang besar, ada rangkaian makanan segera yang sangat establish berada di sana dan ini memberikan peluang komersial kepada pemilik sedangkan gazettement kawasan itu adalah gazettement di dalam kawasan nominal kerana dianggap sebagai kawasan R&R. Kita ada lebih kurang tuntutan RM 200 juta. InsyaAllah kita akan buat tuntutan. Kerajaan sama ke, kerajaan berbeza ke kita akan tuntut juga kerana saya rasa ini hak kita, untuk tuntutan kita.

Selain itu, kita baru meminda Enakmen LUAS...

Terima kasih. Persoalan saya, kalau tadi tanah ini diberi, tanah-tanah rintis TNB diberikan hak milik kepada TNB dan kepenggunaannya adakah mengikut juga kategori yang kita benarkan untuk tanah-tanah seperti tanah LMS ataupun ia terpulang kepada TNB untuk apa juga kepenggunaannya. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kalau dia sudah menjadi hak milik TNB, maknanya TNB merupakan tuan pemilik tanah lah. Namun, kita ada garis panduan penggunaan di bawah rintis. Garis panduan tersebut maknanya akhirnya TNB yang akan membenarkan.

Yang Berhormat, kalau kita tidak berikan kepada TNB pun, hak milik diberikan oleh Pejabat Tanah Galian tetapi kebenaran yang paling asas ialah TNB. TNB benarkan atau pun tidak. Kadang-kadang TNB benar, TNB tidak benarkan lebih baik bagi saya. Now TNB lah uruskan sendiri nak benarkan atau tidak benarkan. Tetapi kita ada garis panduannya sebab akhirnya island, jajaran dan grid elektrik itu lah yang akan diberi kesan atau memberi kesan kepada keseluruhan pengurusan tanah-tanah di bawah rintis. Tidak semua Yang Berhormat. Yang baru-baru ini semuanya kita akan serahkan kepada TNB atau TNB harus membayar premium terhadap tanah-tanah yang diberikan itu.

Beberapa hari lepas, kita luluskan sebagai contoh, pindaan Enakmen LUAS. Kerana apa, kerana Enakmen LUAS ini akan mula mengenakan Caj Abstraksi air kepada proses-proses yang tertentu. Dan dalam pada masa yang sama kita juga akan mula mengenakan kepada proses Zero Discharge Policy (ZDP) ataupun Polluter Pay Principle yang kita akan mula laksanakan menjelang tahun hadapan dan tahun di tahun 2024.

Jadi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, yang kedua pula ialah berkenaan ketirisan perolehan pentadbiran pengurusan atau ketirisan perolehan

kerajaan berkaitan pengurusan tadbir urus dengan mengadaptasi tadbir urus kerajaan persekutuan seperti OSCP. Setiap jabatan sewajarnya membangunkan pelan anti rasuah di peringkat jabatan masing-masing bagi menambah nilai akauntabiliti dan integriti dan tadbir urus. Seterusnya memastikan ketirisan penggunaan wang awam termasuk di dalam urusan perolehan kerajaan tidak lagi berlaku. Selain daripada itu, kerangka perolehan di setiap jabatan akan di perkasa kan dengan memastikan semua jabatan mematuhi perancangan perolehan yang dikemukakan pada awal tahun. Dasar sedia ada perolehan yang mementingkan akauntabiliti dan ketelusan dalam proses pemilihan akan diperkukuh bagi mengelak sebarang konflik kepentingan semasa proses-proses perolehan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, kita mengkaji perkara ini dengan agak teliti. Ketika dalam Jawatankuasa atau pun Jawatankuasa Tetap Kewangan Negeri. Antara yang kita bangkitkan juga adalah satu yang dikaitkan tentang kaedah cut off. Saya lupa siapa yang bangkitkan, mungkin Sementa yang membangkitkan mengenai kaedah cut off. Kerana kaedah cut off yang kita telah tetapkan itu kadang-kadang menjadi satu perangkap. Apabila percentage nya rendah sebagai contoh 15 peratus, kadar cut off itu akan memberikan peluang kepada pembentukan kartel atau pun pembentukan kumpulan-kumpulan tertentu yang akan mengawal sesuatu projek itu dan tidak memberikan peluang. Malahan, ia akan turut memberikan percentage kepada penyalahgunaan dengan melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu. Namun begitu, kita ada ruang kerja yang berbeza, ada perbekalan, ada perkhidmatan dan ada projek-projek fizikal pembinaan. Ketiga-tiganya mempunyai sedikit sebanyak disiplin yang berbeza. Pada ketika ini kita sedang cuba menaikkan kadar cut off kepada 20 peratus berbanding 15 peratus pada ketika ini dan bengkel-bengkel yang telah diadakan ketika ini belum lagi mendapatkan kata muktamad kerana setiap satu itu mempunyai disiplin-disiplin yang berbeza. Namun begitu usaha berterusan kita dengan pihak SPRM sebagai contoh, akan kita teruskan dari pada semasa ke sama. Pihak MBI sebagai contoh, selalunya tindakan dan ikrar bebas rasuah akan melibatkan penjawat-penjawat atau pekerja-pekerja di agensi dan jabatan tetapi MBI dalam pertengahan tahun ini menjemput turut vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor untuk mengisytiharkan atau pun melaksanakan ikrar bebas rasuah.

Dengan cara tersebut, maknanya kita melebarkan expension kita bukan hanya kawalan terhadap jabatan tetapi juga bersedia untuk memberi peluang atau pun memberi peluang kepada authority menyemak kepada vendor-vendor dan juga mereka yang terlibat secara langsung di dalam pihak MBI. Di pihak Kerajaan Negeri sudah pasti kita ada mekanisme nya yang tersendiri termasuk audit dalam dan audit luar dan juga audit negara dan sebagainya yang akan memberikan semakan dan juga peluang kepada kita untuk memastikan tidak berlaku nya secara berjemaah. Masalah ketirisan, masalah rasuah berlaku atau tidak berlaku, ada berlaku. Tetapi ia bukan berlaku secara tersusun dan organized dan berjemaah. Itu yang saya rasa di peringkat ini kita boleh buat.

Dan seterusnya, kita akan mewujudkan satu budaya. Budaya itu lah yang sedang dibentuk melalui Pelan Bebas Rasuah, Pelan Integriti Negeri, Jabatan-Jabatan Integriti atau pun Unit Integriti, di anak-anak syarikat Kerajaan Negeri supaya kita tidak dapat menghapuskan dan mengelakkan rasuah daripada berleluasa dan terus berkembang.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin merujuk kepada Yang Berhormat Rawang apabila membangkitkan tentang peruntukan 15 peratus daripada peruntukan MARRIS untuk menaik taraf sistem perparitan, melebar parit longkang dan mengatasi banjir. Ini perkara yang (batuk) semenjak 2020 kita bangkitkan. Semenjak tahun 2020 ada kebenaran penggunaan sebanyak 10 peratus daripada peruntukan MARRIS atau RM10 juta atau RM20 juta tidak silap saya pada ketika itu. Kita mohon mana-mana yang lebih kecil. Tetapi untuk negeri Selangor peruntukan kita dekat RM 500 juta. Jadi kalau 10 peratus, ia mencecah sampai RM 50juta namun dihadkan kepada jumlah-jumlah tertentu.

Namun, baru-baru ini kita juga telah menerima kelonggaran 20% penggunaan untuk maksimum RM 50 juta, mana-mana yang lebih kecil. Maknanya 20%. Kalau 20% daripada RM 400 juta sebenarnya angkanya lebih. Tetapi kerana peraturannya menetapkan sampai RM50 juta jadi kita kena memilih penggunaan MARRIS RM 50 juta untuk naik taraf di luar daripada kerangka-kerangka MARRIS. Dan pada masa yang sama, saya juga ingin memaklumkan kadang-kadang MARRIS kita agak terhad kepada jalan Pihak Berkuasa Tempatan dan jalan Negeri. Sebahagian jalan yang melibatkan Jalan Meru, jalan di kawasan Kapar dan sebagainya yang sangat popular itu, ia adalah melibatkan jalan-jalan Persekutuan. Kita pernah memohon agar lebihan MARRIS kita digunakan untuk jalan Persekutuan tu. Itu pun tidak dibenarkan lagi sebab MARRIS dia ada Akta, dia ada peraturannya untuk kita gunakan dalam urusan kewangan. Jadi, walau bagaimanapun kita ada wang tersebut kita tak boleh gunakan suka hati dia ada garis panduannya untuk menggunakan dan menyusun peruntukan MARRIS. Tetapi setakat ini, yang ada setakat ini adalah 20% atau RM 50 juta, mana-mana yang lebih kecil, mana-mana yang lebih kecil. RM15 juta? Maafkan saya, dah turun pula RM 15 juta. Dia bergantung dengan key daripada Kementerian Kewangan. Jadi Kementerian Kewangan mula-mula 10% atau RM 10 juta. Dah tu dah naik balik 20% atau RM50 juta. Sekarang RM15 juta pula. Jadi, kita agak limited. Terutamanya saya faham apa yang dibangkitkan oleh Rawang. Sebenarnya bukan Rawang sahaja. Kalau kita tanya Sementa, kita tanya Meru. Jalan Meru, Sementa tu atau Jalan Klang Kapar tu merupakan antara tempat yang selalu kita kena, kena bash ya. Ataupun tempat yang selalu kita kena troll berkenaan dengan jalan berlubang. Dan kita jawab ini adalah jalan Persekutuan. Nanti dia jawab, apa guna Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan? Dua-dua kerajaan Malaysia. Jadi, macam mana kita nak jawab? Memang tak boleh jawab lagilah. Jadi, kalau kita dibenarkan saya pasti kita akan gunakan untuk jalan itu. Tapi tak dapat dibenarkan mengikut daripada Kementerian Kewangan dan sebagainya.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dah jawab tadi Taman Medan berkenaan dengan pelaksanaan Projek Selangor Penyayang. Untuk Yang Berhormat Balakong, Taman

Medan, Bukit Gasing dan Bukit Malawati, Projek Selangor Penyayang telah dimulakan di 56 kawasan Dewan Negeri Selangor secara berfasa dan permohonan projek mengikut Dewan Negeri telah dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi fasa pertama, sebanyak 664 projek telah diluluskan. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan penambahbaikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dan insyaAllah kita akan masukkan dalam cadangan-cadangan baru yang kita akan laksanakan pada tahun hadapan. Ini akan kita mulakan dalam MMKN bulan 12 ini Insya Allah, dan menjelang bulan Januari nanti sebahagian besar daripada pelaksanaan-pelaksanaannya kita boleh laksanakan? Kenapa kita letakkan gap half a million? Sebab antara gap yang dilaksanakan ataupun daripada yang ada yang terlalu besar, terlalu banyak dah habis, ada yang terlalu sikit. Jadi, kita tetapkan RM 500,000.00 dahulu untuk tahun ini dan ia sesuai juga dengan penggal ini sebab penggal ini ataupun penggal kita akan berakhir sekitar enam atau tujuh bulan daripada sekarang. So, bukanlah kita nak habiskan ataupun terburu-buru nak menghabiskan duit atas dasar untuk melaksanakan projek.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih atas respond positif terhadap cadangan-cadangan kami. Bilakah pekeliling baru ni akan keluar? Harap boleh dalam secepat mungkin seminggu ke dua minggu ke sebab kita perlu masa untuk mencadangkan projek ini dan bulan Januari hanya sebulan daripada sekarang untuk kita mulakan projek.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Maklumkan tadi insyaAllah kita akan muktamadkan dalam MMKN pertama ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang pertama kita pada bulan 12 ini. Lepas habis sidang Dewan, kita akan ada MMKN mungkin satu atau dua lagi nanti hujung sikit kita akan bagi dan pertengahan bulan satu ataupun minggu ketiga bulan satu saya percaya pekeliling-pekeliling yang sepatutnya akan dapat kita edarkan untuk Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya daripada cadangan....

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan Dato’, sini Banting. Semalam saya ada mengikuti perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing iaitu menyentuh tentang projek-projek yang diluluskan. Kebanyakannya adalah bersifat penyelenggaraan dan juga maintenance. Ada cadangan sebenarnya bahawa Kerajaan bolehkah mempertimbangkan supaya kita membenarkan peruntukan ini digunakan untuk projek naik taraf ataupun pembinaan baru sekiranya boleh. Dan cadangan daripada saya sendiri ialah saya pernah menulis kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk mendapatkan kelulusan. Mungkinkah boleh kita mempertimbangkan Dato’ Menteri Besar supaya mungkin setiap ADUN ataupun setiap kawasan tu dibenarkan satu projek berskala besar yang bersifat tambah baik ataupun naik taraf ataupun bina baru supaya ia akan memberi impak kepada penduduk. Mungkin bukan semuanya. Mungkin satu

atau dua yang berskala besar. Mungkin RM200,000.00 atau RM300,000.00. Tapi satu atau dua saja. Tengok macam mana.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Cadangan-cadangan tersebut akan kita muktamadkan dan kita perhalusi dalam MMKN pertama tu. Saya minta nanti Pegawai Kewangan Negeri sebab ya lah ini kali pertama kita memberikan peluang untuk projek-projek dibuat. Selalunya sebahagian kecil dan kita bagi masa yang agak pendek. Saya akui. Kita masa agak pendek sekitar dua tiga bulan. Jadi, kita mungkin akan susun masa yang lebih baik, waktu yang lebih baik dan bukanlah setiap masa. Saya nak sebutkan bahawa projek-projek ni tidak bolehlah anggar tiap-tiap tahun pula kita nak siapkan. Kita mungkin perlukan dua tiga tahun sekali ataupun empat lima tahun sekali. Ini semua kerana sebahagiannya melihat kepada keperluan selepas dilanda bah ataupun banjir, selepas kita berdepan dengan beberapa situasi seperti Covid dan sebagainya yang turut memberikan kesan kepada infrastruktur dan kemudahan yang ada. Tapi berkenaan dengan pembinaan bangunan baru ataupun pembinaan premis baru, itu juga akan kita pertimbangkan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian.

Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya ialah berkenaan dengan kaedah-kaedah pemberian tanah ataupun kaedah-kaedah pelupusan tanah dalam Negeri Selangor. Ada yang mencadangkan bahawa terutama daripada Taman Medan mencadangkan pemberian ataupun pertukaran hak milik pegangan bebas bagi semua hartanah Negeri Selangor dapat meningkatkan hasil negeri. Kalau dilihat sekali imbas ia akan memberikan hasil yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Tetapi kadar pemberian itu adalah one off . Tapi dengan kaedah pajakan yang ada dalam dilaksanakan sekarang sebenarnya kita akan ada sequence of income dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Memang betul dia akan bagi sumbangan yang tinggi, cukai juga tinggi, saya akui. Namun begitu, dia one off saja. Tapi kalau kita buat dengan kadar pajakan dengan nilai hartanah ataupun dengan nilai premis lokasi-lokasi tersebut dia mempunyai valuation-valuation-nya yang tersendiri. Sudah pasti di tahun 80an sangat berbeza dengan apa yang kita dapat pada penilaian tahun 2022. Itu yang pertama. Yang kedua, kaedah pajakan juga akan memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk merancang dan merencana semula pembangunan. Saya ambil contoh kalau pada tahun 70an atau 80an kita tak pernah fikir kereta api akan melingkari di sekeliling-sekeliling rumah kita seperti ada MRT dan LRT. Tapi hari ini LRT atau MRT merupakan common, dengan izin. Jadi, dengan kaedah tersebut kalau kita masih memberikan pegangan bebas, masa depan kerajaan untuk membayar ganti rugi atau proses pengambilan akan lebih tinggi. Dan ini akan membebankan pihak kerajaan pada masa depan dan mengganggu proses rejuvenasi ataupun proses membangunkan semula kawasan-kawasan perbandaran dan kawasan-kawasan persekitaran kita. Kita perlu ingat di kawasan persekitaran kita ada banyak begitu perumahan-perumahan yang telah dibina pada tahun 70an dan tahun 80an. Saya ambil contoh di Desa Sri Nanding, Yang Berhormat Dusun Tua. Kita lihat kawasan longkangnya, infrastrukturnya adalah masing-masing dalam keadaan dan juga persekitaran tahun 80an, awal tahun 80an yang tidak lagi sesuai sekarang. Dan sebab

itu banjir yang kerap-kali berlaku di sana. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang lain. Mungkin hari ini kita perlukan kereta api, di masa depan mungkin kita perlukan dron ataupun landasan dron di kawasan atas rumah masing-masing. Dan ini memerlukan kerajaan menggubal, merencana, merangka dasar-dasar. Jadi, pemberian pemilikan bebas ini akan memberikan burden, dengan izin ataupun memberikan bebanan kepada kerajaan di masa depan. Jadi, saya akui bukan mudah, memang popular, memang ramai orang gembira tetapi effect-nya kesannya nanti adalah kepada perancangan kerajaan terhadap perubahan-perubahan yang berlaku. Dan kos kepada kerajaan juga akan meningkat kerana kos pengambilan akan meningkat. Betul. Kita akan cakap oh ini boleh dibayar kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan yang akan mengambil alih tetapi syarikat-syarikat tersebut juga akan mengenakan caj itu kepada kerajaan balik meminta pengecualian-pengecualian tertentu terhadap cukai dan sebagainya. Jadi, by practical sebenarnya 99 tahun in masih lagi menjadi sebahagian pilihan kita kerana planning pada hari ini dan juga perancangan pada masa hadapan.

Berkenaan dengan cadangan daripada Banting, kaedah yang lebih efisien untuk kutipan dan ini sememangnya kita sedang cuba nak buat balik terutamanya untuk penyambungan. Penyambungan-penyambungan sebelum tamat tempoh itu akan lebih mudah kalau kita ambil proses penyambungan selepas tamat tempoh dia akan melalui a circle of application, dengan izin ataupun kitaran permohonan-kitaran permohonan sebagaimana permohonan awal walaupun sudah ada unit, ada premis, kediaman dan sebagainya. Jadi, ini akan kita perhalusi daripada semasa ke semasa dan kadang-kadang kerajaan terpaksa memikirkan jangka masa panjang. Sebagai contoh Kerajaan Negeri sekarang ini sedang mempertimbangkan kelulusan-kelulusan khas untuk tanah bagi pembinaan-pembinaan ataupun kawasan sekitar projek SABDA, IDRISS, SMG dan stadium. Apa yang kita nak selesaikan dalam kaedah tanah tersebut adalah deferred payment premium, dengan izin. Itu belum kita isytiharkan sepenuhnya. Tapi itu dalam rancangan pihak Kerajaan Negeri. Tapi sekali gus ia akan menunjukkan Negeri akan dalam satu-satu masa akan kurang dapat hasil kerana kita akan menyekatakan pemberian ataupun pembayaran tu dalam tempoh lima tahun dengan menyerahkan geran ataupun pemberi milikan. Tapi dalam masa long term-nya, empat lima tahun dengan growing development dekat kawasan IDRISS, pembangunan di kawasan SMG dan insyaAllah SABDA nanti dia akan menaikkan value tanah dan kesan tanah dan dia akan memberi nilai sekitaran dan trickling effect yang lebih baik dan lebih berleluasa. Memang nampak kita akan rugi. Mungkin RM 200 juta, RM 100 juta kerana kita tak dapat pam duit atau mengenakan kepada ini. Tapi kalau kita kenakan kita hanya dapat menghadkan kepada sebahagian pemaju saja boleh bina, yang pertama. Yang kedua, tanah-tanah hak milik itu juga tak boleh dimajukan sebab mereka kena melakukan conversion, dengan izin. Daripada tanah pertanian kepada pembinaan, perumahan dan sebagainya. So, apa Kerajaan Negeri buat? Kita akan set kan kawasan-kawasan tertentu yang dikatakan sebagai kawasan perancangan pembangunan wilayah seperti di SABDA, seperti di IDRISS, seperti di stadium ataupun SMG, semua-semua kawasan ni kita akan turut memberikan kelonggaran premium dengan pemberi milikan. Tetapi dalam

masa yang sama kita kena ikat sesuatu kaveat tertentu supaya hak milik kita tidak terganggu. Ini semua sebahagian daripada rencana-rencana negeri yang nampak kita rugi di peringkat awal tetapi mempunyai pelan perancangan dan juga peluang pada masa-masa hadapan dan pada masa ini.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga nak jawab berkenaan dengan pendidikan sebab ada yang membangkitkan tentang pendidikan pada pihak Kerajaan Negeri iaitu berkenaan dengan STDC dan saya nak maklumkan bahawa STDC telah berkolaborasi yang pertama dengan syarikat Zemen Energy & Digital Solutions yang melibatkan pembangunan Hub Latihan Zemen Energy dan Pembangunan Pusat Latihan Digital Enterprise Zemen pertama. Pusat Latihan Digital Enterprise Zemen Pertama di peringkat Asia Tenggara. Maknanya STDC lah merupakan satu-satunya yang ada Zemen Training untuk di peringkat Asia Tenggara dan saya boleh katakan mulai bulan tujuh, bulan lapan yang lepas sampai bulan ni pelatih-pelatihnya tidak pernah putus dan dah penuh jadual. Saya jangkakan menjelang bulan Januari, Februari pun dah penuh. Sebab apa? Sebab Zemen ni adalah sistem yang digunakan dalam sektor pembuatan yang begitu banyak sekali. Dan pengendali-pengendali sektor pembuatan perlu mahir dengan Zemen Digital ini. Dan alhamdulillah kita adalah yang pertama dekat Asia Tenggara dan dibangunkan di STDC. Yang kedua, Syarikat The South System yang merupakan pelopor teknologi 3D modelling untuk sistem reka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan berbantu komputer dan simulasi perindustrian dalam kerjasama untuk membangunkan Hub Data Analectrical 3DS Centre untuk industri berteraskan simulasi and digital tweet. Ini kalau betul-betul dapat dilaksanakan maknanya seluruh industri kereta di dalam Negeri Selangor memerlukan pusat latihan kita. Sebab The South System ini almost 100% kepada pembuatan kereta tempatan dan pembuatan kereta antarabangsa yang bertapak di Malaysia menggunakan The South System. The South adalah syarikat aviation ataupun syarikat penerbangan. Tetapi The South System yang digunakan untuk membangun kapal terbang ataupun aircraft The South ini akhirnya menjadi satu perniagaannya yang sangat ampuh dan digunakan untuk simulasi perindustrian, sistem reka bentuk 3D yang sangat imaginatif dan saya dapat lihat sendiri dan ia sangat-sangat diperlukan dalam sektor industri. Dan insyaAllah saya sedang bekerja keras untuk dapatkan, ini kalau kita dapat maknanya we are the first dekat Asia Tenggara juga mempunyai sistem ataupun mempunyai sistem latihan The South System yang saya rasa sangat berkualiti tinggi. Dan baru-baru ini saya kat Apple Inc dengan lanjutan daripada kerjasama mewujudkan pusat latihan bertauliah Apple peringkat Asia Tenggara, jalinan kerjasama STDC dan Apple Inc diteruskan dengan beberapa program yang melibatkan penglibatan secara langsung kepada industri digital terutamanya industri konten kreatif dan pembangunan aplikasi termasuk Apple Accelerator Program.

Ini banyak perkara yang kita boleh expand. Malahan bila kita melawat ke Amerika Syarikat, pegawai-pegawai kita, kita dapat tahu sebahagian daripada hospital-hospital Amerika Syarikat menggunakan sistem Apple untuk pengoperasian dan sistem mereka. Dan ini kalau kita dapat laksanakan, ia juga akan membantu proses digitalisasi yang ada

dekat peringkat Negeri tetapi yang penting jugak kita sediakan tenaga manusia yang mencukupi walaupun kita tidak nampak massive, beribu-ribu datang, tetapi kita sentuh kepada technical and vocasional yang key yang penting keperluan kepada industri. SIEMENS sebagai contoh,keperluan industrinya ada, ya, Dassault Systèmes, later akan digunakan daripada kereta, keretapi sampai kepada kapal terbang kebanyakannya Dassault Systèmes yang ada dan kedua-duanya memang pesaing sebenarnya. Dan kita juga dengan Apple Inc. dan yang terakhir baru-baru ini dengan Technical University of Munich yang saya lawat pada tahun 2019, kita bekerjasama dengan FESTO, FESTO merupakan rakan kongsi Technical University of Munich kita tandatangan di Singapura. Kenapa di Singapura? Kerana Technical University of Munich chapter nya di Asia Tenggara adalah di Singapura dan kita akan dapat jugak kerana FESTO terlibat dalam sistem pengeluaran ataupun mesin pengeluaran dalam pembuatan-pembuatan dalam negara kita terutamanya dalam operator-operator pengeluaran yang bertugas mesin itu biasanya sama ada FESTO atau sebahagian sistemnya dibuat oleh SIEMENS. Jadi saya hendak maklumkan di sini memang kita tak nampak berkerumun, berbondong-bondong orang datang ke satu institusi yang kita bayangkan, tetapi sebenarnya kita sedang progress dengan sangat aktif dan kita nak susun balik. Susun balik bukan apa kita bukan ada masalah kekurangan institusi, institusi kita banyak, ada yang buat kimpalan, ada yang buat lower end banyak, masakan, solekan tetapi permohonan dan permintaan untuk high end bidang ataupun bidang-bidang bernilai tinggi seperti machinery dan sebagainya itu kita masih perlu diisi dan dibuat. Dan kita teruskan sebagai contoh dengan G Engine. Itu secara langsung. Kita dah ada first batch kita akan graduate second batch. InsyaAllah akan datang akan ada third batch directly graduate dan akan dapat gaji sekitar RM 4,800 hingga RM 5,000 untuk fresh graduate setelah mengikut program kita satu tahun atau pun satu tahun lebih yang kita laksanakan dan kita buat pada hari ini. Itu untuk teknikal dan vokasional.

Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga nak jawab dengan berkenaan Air Selangor yang dibangkitkan oleh Subang Jaya berkenaan dengan sasaran pengurangan penggunaan air per kapita. Ini merupakan cabaran kita kerana ia bukan harus dilaksanakan dengan infrastruktur ataupun dengan kemudahan-kemudahan penggantian paip dan sebagainya. Kalau kita lihat Non-Revenue Water, kita boleh kita boleh kurangkan dengan penggantian paip. Alhamdulillah, kita antara negeri yang dapat pengurangan ataupun Non-Revenue Water now below 30 percent. Malahan tahun lepas kita adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat geran RM 100 juta lebih kurang, kerana kita telah berjaya mengurangkan Non-Revenue Water kepada kurang 30 peratus dengan penggantian-penggantian paip kita. Walaupun penggantian paip kita terhad kepada 150 km per year yang dapat kita buat. Saya baru bertemu semalam dengan EPU, kita nak berbincang lagi. Kalau boleh kita nak tambah supaya kita dapat kurangkan Non-Revenue Water kita kepada bawah 20 pada masa-masa hadapan. Jadi ini antara cabaran-cabaran kita tapi penjimatan penggunaan air, ha ini merujuk kepada sikap. Merujuk kepada sikap. Dan saya nak mencadangkan juga untuk melihat beberapa projek-projek rain water harvesting, dengan izin ataupun penyimpanan-penyimpanan air. Saya semalam ataupun

semasa kempen yang lepas saya sempat melawat satu kawasan kejiranan yang dipanggil sebagai Garden 8. Garden 8 ni terletak di kawasan Gombak. Di Taman Gombak, ya dan di sana mereka membangunkan belakang tu, dengan kawasan kehijauan dan juga kawasan riadah untuk kaum keluarga dan juga family dan dapat digunakan ketika PKP dan sebagainya. Dan sebahagiannya hanya menggunakan kos sekitar RM 800-RM 900 untuk rain water harvesting. So rain water harvesting ni bukan hanya tertumpu kepada pejabat ataupun institusi, kita boleh lebarkan penggunaannya di rumah. Tapi kena ingat juga, tempat takungan-takungan air ini biasanya merebakkan denggi jadi kita juga kena siasat. Jadi denggi, baik penggunaan air baik, sebahagiannya adalah behaviour, ataupun sikap. Jadi bila sikap ni semua kena kempen dan bekerjasama untuk membantu pengurangan-pengurangan kadar per kapita air supaya menepati 160-170 as suggest by UN ataupun United Nation berbanding dengan 260-270 yang ada dalam penggunaan negara kita sebab apa? Sebab kadar tarif juga boleh dikatakan rendah. Jadi orang gunakan dengan agak ni, dan mereka anggap itu sebahagian daripada kemewahan dan juga peluang yang mereka nikmati berbanding dengan negara-negara Timur Tengah yang mungkin air sangat limited dan sebagainya. Tapi kempen kita lakukan selalu, kita lakukan selalu sebelum sesuatu tindakan-tindakan kita buat, kita buat kempen, banyak kali, kita perkenalkan bidal sebagai contoh. Seingat saya tahun 2019 atau 2020 kita perkenalkan bidal. Takersnya agak kurang, takersnya agak kurang. Rain water harvesting saya ingat kosnya bawah RM 2000 – RM 3000 mungkin pejabat-pejabat Pusat Khidmat boleh mensasarkan 50 - 100 buah rumah untuk rain water harvesting tiap-tiap tahun, saya rasa saya nak buat jugak di peringkat DUN masing-masing. Dengan cara itu saya percaya dia akan mengurangkan penggunaan-penggunaan air berkapita yang dibangkitkan oleh Subang Jaya.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, terakhir saya nak menyentuh tentang Sijangkang juga berkenaan dengan air. Berkenaan dengan SADE (Skim Air Darul Ehsan) yang kita sasarkan 600 ribu akaun. Setakat ini penggunaannya 300 ribu dengan kita menaikkan kepada RM 5 ribu household income, sekarang kita dapat melihat peningkatan yang agak baik, mungkin boleh cecah 400 ribu lebih menjelang akhir tahun ini. Penggunaan kewangannya Yang Berhormat. Sebahagiannya ditanggung oleh Negeri, sebahagiannya ditanggung oleh Air Selangor. Sebab itu tidak ada lebihan-lebihanlah, ia berdasarkan kepada progress tiap-tiap tahun atau tiap-tiap bulan. Jadi tiap-tiap bulan berapa digunakan, Air Selangor tambah, kadang-kadang Kerajaan Negeri keluarkan. Sebab itu kita allocate sekitar RM 40 juta. Dan RM 40 juta yang kita buat ini sebenarnya sangat berkurang 3 - 4 kali ganda. Dulu kita terpaksa belanja dekat RM 200 juta. Sekarang yang memerlukan betul-betul setelah kita buka adalah sekitar 400 ribu akaun, sedangkan kita sasarkan adalah 600 ribu akaun. Proses, promosi dan sebagainya kita teruskan malahan kita tambah lagi maknanya bukan ada lebihan, Yang Berhormat. Kalau ada lebihan, lebihan tu masuk kepada Akaun Wang Disatukan ataupun di bawah tabung Kerajaan Negeri kerana kita bayar mengikut bulanan bukan kita bayar satu tabung, tabung itu yang akan bayar. Dia tak berjalan seperti itu, sebagaimana kita laksanakan sebelum ini. Jadi saya kira saya dah, oh ya Banting ada bangkitkan

berkenaan dengan cadangan Pejabat Dewan yang baharu. Yang Berhormat sekalian, sebenarnya saya nak maklumkan di pihak Kerajaan Negeri kita sedang merancang untuk expansion sekitar kawasan Dewan Negeri ini dan kawasan bangunan SUK kita sedang kenal pasti untuk membangunkan kompleks pentadbiran baharu yang melibatkan Pejabat Tanah dan Galian, yang melibatkan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Memang ada perancangannya dan ia akan dibangunkan oleh PNSB dalam masa terdekat. Sebab apa, sebab anak-anak syarikat kita sekarang bersepah di merata-rata tempat. Yang kedua, Pejabat Tanah dan Galian bukan sahaja dipenuhi oleh orang juga dipenuhi oleh fail. Fail-fail milikan tanah dia... terlalu banyak dan kita juga kena letakkan di tempat yang selamat. Kejadian banjir yang lepas telah memberikan ingatan kepada kita kalau kita sesuka hati menyimpan kemungkinan dia akan lupus, dia akan hilang. Jadi apa yang kita nak buat, kita akan bangunkan sekitar ini. Sudah pasti kehijauan beberapa area itu kita akan kekalkan dan kita juga sedang meneliti kawasan persekitaran sebab kawasan persekitaran ini akan melibatkan beberapa kawasan-kawasan yang agak sensitif supaya kita tidak halang, tetapi ia berpeluang untuk anak-anak syarikat berkumpul dekat satu tempat, ada ruangan untuk public dan orang awam datang dan ada tempat parking yang mencukupi atau tempat letak kereta yang mencukupi untuk kegunaan masyarakat kawasan. Dia akan dibangunkan untuk expansion dengan izin, kawasan pelebaran ini, dan sebahagiannya turut akan memberikan ruang kepada pejabat-pejabat Ahli Dewan Negeri kalau kita boleh aturkan kita rancangkan.

Berkaitan dengan air tadi. Saya tidak pasti apa punca yang dihadapi berkaitan dengan pendaftaran yang tidak mencapai kepada sasaran kita 600 ribu tu. Cuma beberapa pemerhatian ataupun dapatan saya, bahawa isu pendaftaran daripada meter-meter pengguna ini yang saya ingat mereka tidak mengambil berat saya kira. Dan saya lihat ada kalau mungkin boleh dilihat contohnya satu kawasan perumahan kos rendah yang kita tahu pendapatannya di bawah RM 5000 tu kita boleh daftarkan secara langsung mungkin yang ini boleh memberikan faedah yang lebih baik daripada sudut sasaran. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. InsyaAllah kita akan kenal pasti cadangan-cadangan Yang Berhormat. Cadangan yang baik iaitu kawasan-kawasan apartment kos rendah sebagai contoh, automatically kita boleh kemukakan terus semuanya tanpa kita perlu daftarkan one by one. Cuma kenapa sistem ini lebih sustainable, dengan izin, sebab ia akan pergi kepada perorangan. Ia bukan pergi pada premis. Ini berguna kepada mereka yang menyewa sebenarnya. Kalau dahulu, yang akan mendapat untung ialah tuan tanah dan tuan rumah. Di mana tuan-tuan rumah ni kadang-kadang mempunyai 8-9 unit rumah. Jadi dialah yang mendapat keuntungan sebab unit rumah itu automatically mendapat pengecualian 20 meter padu air percuma. Tetapi akan pergi kepada perorangan ini, yang baiknya bila dia terpaksa berpindah daripada satu lokasi ke satu lokasi akibat pertukaran tempat kerja ataupun perpindahan akibat kos yang lebih tinggi nak cari kos yang lebih rendah, dia juga air percuma tu akan mengekor dia ke mana lokasi dia berubah. Ha, itu yang perlukan pendaftaran dan

perlukan pengesahan pendaftaran sebab kita nak pergi pada perorangan berbanding dengan pergi kepada unit dan premis yang mereka diami sebab sebahagiannya yang the main itu adalah rumah-rumah sewa. Kita ada masalah orang yang menyewa yang agak tinggi dalam Negeri Selangor. Terima kasih.

Saya juga nak rujuk kepada soalan...

Timbalan Speaker

Bukit Gasing?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Nak tanya persoalan saya berkenaan digital ID Yang Amat Berhormat belum menjawab.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Digital ID ni merupakan salah satu daripada impian kita. Kalau kita ingin menjadi fully smart state menjelang tahun 2025, ataupun nak jadi fully smart state menjelang 2030. Digital ID ni merupakan antara key nya. Key penting. Kita lihat pengalaman rakan-rakan kita di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain, kita terlalu gila membuat aplikasi. Dan aplikasi itu akhirnya mencipta pelbagai ID dan pelbagai password yang akhirnya kita lupa ID itu, kita lupa password. Jadi apa yang kita nak buat ialah one single ID and one single password that maybe boleh digunakan yang boleh merentas kepada semua keseluruhan sistem-sistem. Kita sedang mengkaji super app-super app, dengan izin. Kalau kita lihat yang ada potensi apa, antara yang ada potensi adalah SELangkah, mana lagi yang ada potensi, yang ada potensi adalah Wavepay, mana lagi ada potensi yang ada potensi adalah CEPat. Ini adalah antara 3 yang saya dapat lihat mempunyai potensi untuk menjadi super app. Tetapi kita memerlukan pelarasanlah, dengan izin. Dan pelarasan ini melibatkan agreement, perjanjian dan sebagainya. Sebab itu next year, kita sedang menjurus ke arah tersebut di mana usaha ini sekali lagi kita boleh selaraskan sekali, dan selaraskan sekali ini barulah kita akan dapat One Digital ID for every citizen of Selangor yang kemudian boleh digabungkan pula dengan permohonan-permohonan, dengan rekod-rekod jabatan dan sebagainya. Ini satu kerja yang bukan mudah Yang Berhormat, tetapi kita sedang move towards sebab apa? Sebab kita dah ada potensi. Potensinya apa? Potensinya kita sudah ada sebahagian maklumat dan data melalui program-program sejak daripada 15-16 tahun yang, 14-15 tahun yang lepas. Kemudian kita dah merangka dalam program saringan dengan aplikasi yang dibuat dan kita ada e-wallet dan juga e-briefcase yang kita ada seperti CEPat yang digunakan oleh ramai pihak dengan transaksi lebih daripada 1.9 bilion. Saya dapat lihat tapi pendaftaran sekitar 200 hingga 300 ribu, Wavepay juga ada pendaftaran yang besar, dan insurans sebagai contoh. Jadi bagaimana kita assemble ini semua sudah pasti ingin menjaga kerahsiaan data kita tetapkan, hormati mereka tetapi dalam masa yang sama kita akan dapat wujudkan digital ID in future and, dengan izin kita akan mulakan tahun depan tetapi mustahil boleh selesai tahun depan. Saya anggarkan kita memerlukan mininum 3 tahun untuk selaraskan, sebab gridnya, dengan izin kalau kita nak samakan itu, dia memerlukan sedikit pelarasan dan pengorbanan semua pihak. Ia tidak boleh dibuat biasa-biasa. Dia kena buat dengan menyeluruh untuk

tersebut. So, dengan harapan di masa depan kita punya masa office, kita punya KWSP, kita punya bantuan Selangor Penyayang, kita punya kelayakan sistem tanah, semuanya akan disusun di dalam sistem itu untuk program-program Kerajaan Negeri. Jadi itu yang kita buat, kita kena belajar daripada pengalaman kawan-kawan kita di MAMPU dan sebagainya supaya kita tidak mengulangi dan melakukan kesilapan dengan cita-cita untuk digital ID.

Yang Berhormat sekalian, saya nak sentuh...

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Okay ya, saya hendak timbulkan sebab saya penceramah, pembahas kedua. Saya dapati tidak ada ulasan daripada Dato’ Menteri Besar. Apa kaedah mengulas, mengulas semua ataupun pilih-pilih sahaja? Saya rasa, saya kali keempat saya punya penggulungan, perbahasan saya tidak diberi respond apa-apa oleh Dato’ Menteri Besar. Tiada nilai, tidak clear, suara saya tidak bagus, penjelasan saya tidak bagus, tidak terang, saya tidak tahu. Tetapi saya rasa, beri lah keadilan kepada saya kan? Sebab benda ini untuk kebaikan kita bersama. Okay, jadi saya rasa saya special hari itu, saya excited sangat, saya makan ubat lambat, pukul 1:45, terlajak satu jam. Jadi, saya freeze, istilah dalam sakit Parkinson’s iaitu freeze, freeze itu maknanya macam letih dan kepala pun boleh dyskenisias kesan dia ubat ya. Okay, saya prepare awal, pada saya bagus sebab ada kawan, sahabat saya nama Mat, dipanggil Mat itu, dia pakai microphone, elok boleh cakap. Makin lama makin terang, syukur saya dapat bagi yang satu, yang saya rasa jelas, print 3 muka surat. Saya baca sahaja. Dan point-point itu adalah saya rasa istimewa kerana ia adalah satu tulisan saya hantar kepada Dato’ Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Saya rasakan cara kerja nya mesti selaras dengan apa yang dibinanya ke bawah. Menteri Besar is immediate bawah dia dalam menyampaikan wawasan tetapi kalau Menteri Besar itu daripada parti yang bersama dengannya lagi bagus. Lagi mantap lah.

Jadi, saya menganggap bahawa, saya berharap bahawa apa yang Dato’ Menteri Besar buat itu ada selaras dengan apa yang aspirasi dan cita-cita Kempen Pilihan raya sebelum itu, yang terbesarnya adalah di Hulu Kelang, di Gombak. The biggest saya ada situ. Berpeluh-peluh badan saya, saya balik rumah pukul 1.00 dalam keadaan atas wheelchair, merana, menderita tetapi saya seronok dapat tolong ramai. Jadi, saya nak share sini sementara saya boleh berdiri, perkara-perkara tersebut, contohnya saya kata, saya nak, apa yang hendak dilaksanakan di pusat ini. Dah letih dah kita di Hulu Kelang ini, task force, kerja, complaint dengan DO, dengan MPAJ. Itu lah, mereka ini, saya kata sahabat, mereka ini pekerja lah. Dengan MB sahaja tidak ada, dengan MB sahaja, kita ini tidak ada nilai. ADUN ini, dia just kata tidak ada peruntukan, tidak ada peruntukan itu lah yang kita dapat, jadi saya tidak mahu benda ini dijadikan satu cerita yang dibawa keluar tetapi selalu orang tahu, ADUN Hulu Kelang tidak boleh buat apa-apa pun, dia hendak pergi toilet pun orang bawa. Jadi, itu isu yang saya rasa saya benda yang tidak

adil pada saya jadi kalau saya tidak dilayan dengan betul, saya resign daripada ADUN, boleh, saya bincangkan. Jadi kalau kehadiran saya membebankan...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, mungkin sebahagian daripada soalan yang spesifik itu akan dijawab oleh EXCO yang lain.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Okay, okay. Jadi, saya hendak...

Timbalan Speaker

Apa Yang Berhormat nak, khusus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Sekarang ini, lubang-lubang yang ada di Hulu Kelang itu, lima (5) tahun, tujuh (7) tahun saya dah minta declare, batalkan sahaja, timbus, elokkan, ratakan jalan, jangan jadi blame now, it is the ADUN. Menteri datang, Menteri dulu yang daripada PAS, Menteri KETTHA, dia datang pun dia tidak dapat buat apa-apa, tidak kena blame. Yang kena blame Saari Sungib. Dia atas wheelchair macam mana nak repair benda itu. Jadi, saya hendak Dato’ Menteri Besar faham bahawa kalau arahannya daripada Perdana Menteri buat something, buat. Jangan nak beri pada DO-DO, MPAJ, tidak selesai. Saya, dua (2) projek saya minta MPAJ endorse pun tidak. Simple saja, kerjasama saya dengan PPAS hendak buat perpustakaan di Hulu Kelang. Tak boleh, tak boleh, kalau hendak, tempat lain. Boleh? Tak boleh, jangan buat begitu Dato’ Seri. Sambung juga dengan Taman Herba. Simple saja, Taman Herba ini satu benda yang, kita ada buku, kita ada kerjasama dengan PPAS, siarannya. Saya tulis surat pada MPAJ, YDP, dan jawabnya Ketua Perancang, Pengarah Jabatan Perancang. Tak boleh deny ADUN Hulu Kelang punya surat, YB apa ini, YDP tak layan. Tak layak untuk dijawab. Jadi, all these came back to me, jadi, saya hendak benda ini jelas lah bahawa kita ini Kerajaan yang prihatin dan saya hendak saya punya sumbangan ini ada maknanya kepada pembangunan negara dan negeri dan saya bersama keluarga saya dan disokong oleh para media untuk menyiarkan lebih luas, saya hendak bahawa kita suarakan kebencian kepada kezaliman yang dilakukan oleh BN. Sumbangan-sumbangan yang masih ada dalam ISA yang lepas dan kita hendak pusat Kamunting itu, Kem Kamunting dijadikan National Heritage dan Robben Island dijadikan sebagai Penjara Robben Island menjadi National Heritage kepada kejahatan apartheid. Dan dengan itu, nama Nelson Mandela bersiar, hidup sampai bila-bila. Orang yang pernah kena tahan, ada kerja, bekerja di situ dan yang pentingnya kita telah pergi ke Robben Island, ia adalah satu tempat yang sungguh-sungguh educational dalam mendidik manusia benci kepada apartheid, benci kepada penjara tempat berbicara, benci kepada kezaliman dan sebagainya. Sekian Timbalan Speaker, saya harap Dato’ Menteri Besar, anggaplah saya sahabat, abang, kakang, kita berbaik, buat yang terbaik. Saya tidak menjangka yang buruk tetapi saya .. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, setahap Ayahanda lah. Bukan ayah mertua, ayahanda. Yang Berhormat sekalian, sebab itu, sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang akan diurus sebenarnya oleh Infrastruktur sebab melibatkan jalan, pembetungan, lubang dan sebagainya. Itu memang di bawah Jawatankuasa Yang Berhormat, YB Izham ataupun Pandan Indah. Jadi, saya rasa saya tidak boleh jawab lah semua walaupun saya kena jawab, saya boleh jawab semua tetapi sebahagian bidang itu penelitian di bawahnya dan MPAJ sebenarnya membenarkan projek itu berlangsung. Kalau kita halang nanti pembetungannya terganggu tetapi sekarang ini dah bertahun-tahun terganggu tetapi dengan adanya pelarasan Persekutuan dan Negeri ini saya percaya perkara ini kita boleh uruskan sebab betul semasa bila-bila pun kita lalu ke Taman Malawati, kita lalu di kawasan AU-AU tu semua, AU2, AU3, dan kawasan sekitarnya itu, sentiasa ada gangguan-gangguan yang ada di depan dan memang menyakitkan mata dan semua kita dipersalahkan lah berkenaan dengan jalan-jalan itu. Dan saya pun sebut bahawa itu antara impian dan juga harapan kita untuk kita laksanakan. Cuma yang beberapa bangkitan kita tentang geopark, sebagai contoh, saya rasa Yang Berhormat Kajang akan jawab. Alhamdulillah sebenarnya perisytiharan geopark kita telah dapat. Dan kita telah dapat diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan. Markah kita 90/100 antara markah yang cemerlang untuk geopark dan sebahagian untuk protection itu adalah kawasan-kawasan hak milik. Jadi, kawasan hak milik itu sebahagian caranya adalah pengambilan tetapi kita kena dapatkan valuation dulu lah sebab kita nak ambil. Itu saya masih ingat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tetapi sebenarnya on progress jadi tidak boleh banyak benda saya boleh bangkitkan dan sebahagiannya di luar bidang, antara luar bidang yang saya boleh sebutkan ialah tentang Kamunting. Kamunting itu bukan Negeri Selangor pun, Negeri Perak jadi kita tidak boleh, bukan dalam kawasan kita. Tetapi, paling dekat dengan Selangor adalah Police Training Centre, di mana? Di Batu, itu pun di Kuala Lumpur bukan kawasan Selangor walaupun dekat dengan Batu Caves. Jadi, itu antara perkara-perkara yang saya boleh memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Hulu Kelang.

Akhirnya adalah berkenaan dengan wi-fi, ada lagi nak bangun?

Timbalan Speaker

Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya cuma nak tahu perbahasan saya itu adakah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri ataupun EXCO? Iaitu berkaitan dengan komen tentang gaji Penjawat Awam sekurang-kurangnya RM 1600.00 dan juga gaji progresif minimum.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Setakat ini kita selaraskan dengan Federal RM 1,500.00. Tetapi selebihnya kita sedang nilai, kita sedang nilai sebab kita hendak tengok kedudukan kewangan. Kalau kita letak RM 1,600.00 dia ada snow ball effect yang agak melampau. Sebabnya di dana kebanyakan negeri walaupun naik RM 100.00 tetapi maknanya ia akan diikuti dengan pencen, diikuti dengan KWSP, diikuti dengan beberapa

pengisian tertentu. Jadi, kita sedang nilai balik dan kalau ada berkaitan spesifik pekerja maknanya EXCO yang berkaitan dengan pemberdayaan pekerja akan boleh melaratkan dan kita sedang, kalau ada siap nanti kita akan kemukakan paper dan kertas. Yang terakhir berkenaan dengan jaringan wi-fi percuma. Sehingga 30 November sebanyak 873 hotspot wi-fi Smart Selangor telah dipasang dan digunapakai secara aktif. Manakala 727 hotspot lagi dalam proses pemasangan pengaktifan secara berperingkat. Kerajaan Negeri telah mensasarkan 1600 hotspot akan diaktifkan sehingga penghujung tahun 2022. Perkhidmatan wi-fi percuma bermula 2015 telah memberi manfaat kepada 25,000 orang pengguna setiap bulan secara purata, oleh yang demikian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Julai 2020 telah meluluskan penjajaran baru wi-fi Smart Selangor di mana kelulusan ini menumpu kepada kawasan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keagamaan, komuniti, pengangkutan, sukan dan rekreasi serta agensi syarikat, anak syarikat Kerajaan Negeri. Manakala dalam pembentangan belanjawan pula, saya ingin menumpukan kepada semua kampung dahulu. Di Kampung-kampung Tradisi kita ada 371 buah kampung, Kampung Tradisi, Kampung Bagan, Kampung Baru Cina, ke semua tempat-tempat ini sama ada yang dah ada atau tidak ada kita semak balik kalau tidak ada dan kita akan letakkan juga wi-fi Smart Selangor ataupun wi-fi Selangorku di kawasan-kawasan tersebut terutama di kawasan balai raya, kalau tidak ada mungkin di rumah ibadat, kalau tidak ada mungkin di surau, kalau tidak ada mungkin di kawasan-kawasan padang permainan dan taman yang ada untuk kegunaan masyarakat dan penduduk-penduduk sekeliling. Jadi...

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih

Timbalan Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Dalam perbahasan saya, terima kasih Tuan Speaker. Dalam perbahasan saya tempoh hari, saya dinyatakan permohonan, satu permohonan yang saya minta pertimbangan daripada Sungai Tua sendiri tentang pembinaan masjid yang memerlukan peruntukan yang besar di Lembah Subang...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu akan diuruskan oleh Yang Berhormat Hal Ehwal Agama Islam, tempat yang tersebut. Sebab kita hendak tengok, sebab masjid ini ada beberapa formula pembinaan. Sebahagiannya adalah fully government fund, sebahagiannya adalah sebahagian yang diberikan oleh rakyat ataupun penduduk dan sebahagian diberikan oleh Wakaf. Kita juga pernah membantu ICU. ICU perlukan RM 2 juta hingga RM 3 juta so Kerajaan Negeri tambah lagi RM 1 juta atau RM 2 juta. Itu boleh berlaku, kita kena tahu spesifik apakah yang telah dibuat sama ada mereka telah memulakan projek itu ataupun mereka baru hendak minta daripada scratch, daripada zero ataupun daripada masjid lama yang hendak dirobohkan, kalau hendak ikut fully government, Kerajaan Negeri yang peruntukkan, ia akan ada queue lah Yang Berhormat. Saya maksudkan ada queue. Jadi, hendak baiknya sebenarnya penduduk kena kumpulkan mungkin dapatkan daripada sebahagian wakat, Kerajaan Negeri boleh

membuat sebagai top up. Itu formula yang paling cepat untuk kita buat. Kecuali yang government, projek itu memang ada queue, kena buat satu persatu macam Sungai Cincin yang diumumkan. Itu telah diminta oleh Ahli Dewan Negeri Gombak Setia yang lepas, bukan yang baru. Yang lepas penggal ini, sebelum penggal ini, di dalam queue itu, kita buat. Ataupun masjid di kawasan Putra Heights, sebagai contoh. Ia disumbangkan oleh satu usahawan ataupun konglomerat yang memang nak berikan masjid tersebut. Ia boleh dibuat. Jadi, kita kena tengok spesifik dan kaedahnya sebab ada pelbagai cara untuk dibuat.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Untuk makluman Sungai Tua, wakafnya sudah ada RM 4 juta lebih dan ia akan memulakan pembinaan pada Januari ini, itu yang minta sedikit lagi peruntukan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kalau macam itu, mudah lah. Nanti kita akan bincangkan mungkin bukan peruntukan Negeri, mungkin peruntukan daripada Institusi Wakaf. Wakaf ada peruntukan untuk masjid pun, ia boleh buat dan kita akan uruskan nanti. Kalau tidak ada, mungkin dalam bulan tiga (3), bulan empat (4) kita boleh buat additional budget untuk menambah tapi saya akan semak balik lah tentang peruntukan tersebut.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Saya, semasa perbahasan saya, saya telah bangkitkan satu kenyataan media pada September tahun ini di mana Dato’ Menteri Besar telah maklum bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji kemungkinan akan mengisytiharkan darurat iklim di Negeri Selangor selepas beberapa kali kajian yang sudah mula sejak tahun 2019 di bawah agensi kerjasama antarabangsa Jepun bersama dengan Universiti Putra Malaysia. Jadi, saya hendak tahu bilakah kajian ini akan dikeluarkan kajian ini dan adakah Kerajaan Negeri akan terus dengan pelan untuk isytiharkan darurat iklim di Negeri Selangor?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kita baru dapat Preliminary Report oleh JICA dan UTM sebenarnya. JICA dan UTM pada tahun 2021 kalau tidak silap saya. Kajian ini akan lengkap tidak silap saya tahun 2023 dan daripada kajian itu lah ia akan dibawa dalam Council of Climate Change yang kita telah tubuhkan dan di sana kita akan membuat pelan-pelan dan kita tidak boleh lah mengisytihar darurat iklim awal-awal. Kita kena lihat data dan angkanya. Tetapi penunjuk-penunjuk awal memang agak membimbangkan terutamanya tentang kadar air laut ataupun peningkatan air laut. Berkaitan dengan fenomena yang kita hadapi hujan, banjir yang mendadak, tanah runtuh dan kesan-kesan daripadanya. Tapi pengimbang yang paling besar atau penunjuk yang

paling besar ialah tentang kadar air laut ataupun peningkatan air laut yang agak agresif dan ia akan memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang terkena ataupun terkena dengan ombak besar terutamanya, sebab itu banding dengan 5 tahun dahulu, ombak besar dan kawasan yang terkena kawasan banjir bertambah, berbanding 5 tahun dulu. Dulu memang ada selalu tapi tidak lah sebanyak pada tahun ini. Sebab itu berlakunya beberapa tragedi ban pecah, di Tanjung Karang dan ini disebabkan oleh kadar memang dah tinggi jadi lonjakkan itu telah memberikan kesan yang lebih serius terhadap alam sekitar dan kawasan sekitar.

Speaker

Sijangkang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Besar, tadi berkaitan dengan perkara yang terakhir yang disebutkan dengan wi-fi. Saya ingat saya juga sentuh di dalam perbahasan saya kalau saya dapat dipertimbangkan juga di kawasan-kawasan Orang Asli ini yang memang mereka sangat-sangat memerlukan, beberapa perkampungan Orang Asli ataupun hampir semua perkampungan Orang Asli di kawasan ini memang memerlukan wi-fi ini dan saya ingat setakat ini mereka masih lagi mengharapkan.

Kedua berkaitan perkara yang saya sebutkan yang mungkin agak bukannya mudah untuk dilaksanakan polisi pemberian bantuan khas kewangan berdasarkan kepada prestasi penjawat-penjawat awam ini. Kerana ialah dia akan ada birokrasi dan sebagainya. Cuma saya ingat Speaker pun untuk Ahli-Ahli Dewan dia menyebutkan bahawa prestasi Ahli-Ahli Dewan ini akan ditentukan oleh pengundi-pengundi kalau dia menang dalam pilihan raya akan datang bukan pada tahunan. Tapi saya ingat mungkin lah saya melihat, kalau kita lihat keseluruhan mungkin prestasi negeri, keuntungan negeri ataupun itu saya ingat boleh dijadikan sebagai satu tahap prestasi untuk diberikan beberapa bulan gaji dan sebagainya. Kalau dia sudah menjadi polisi pemberian secara prestasi individu, saya ingat itu boleh dilihat semula lah sebab sebelum ini pun yang lepas kita tidak dapat melaksanakan disebabkan oleh mungkin faktor PKP dan sebagainya mungkin ini Kerajaan Negeri boleh lihat semula, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk soalan pertama, berkenaan dengan kampung-kampung Orang Asli, InsyaAllah kita akan masukkan sekali. Kita rasa Yang Berhormat Kajang juga gembira kalau kita masukkan. Jadi selain daripada kampung-kampung, kita akan tambah perkampungan Orang Asli yang mempunyai capaian, tak guna kita pasang wi-fi atau pun hotspot wi-fi tapi tak ada capaian iaitu masalah juga. Jadi kita akan tengok beberapa kawasan yang sudah capaian mungkin kita boleh tambah tak berapa pun kosnya. Kampung Orang Asli, InsyaAllah kita akan masukkan cadangan Sijangkang. Dan kedua bergantung pada prestasi dan kita telah laksanakan sekali pada tahun 2019 kalau tak salah saya, 2019 maklum balasnya tetapi 2020 kita tidak dapat buat sebab sikit sebanyak disebabkan oleh PKP. Jadi ini pun kesan-kesan PKP masih lagi ada, kita pun nak berdepan pandemik kita masih lagi menggunakan kadar pro-rata atau pun kadar

selaras dengan semua dan InsyaAllah kalau mengizinkan pada tahun-tahun hadapan kita boleh melaksanakan kerana ia akan lebih adil cuma proses penilaian itu saya rasa juga ada faktor manusia, ini yang sikit sebanyak kita nak tengok supaya dia juga akan memberi kesan kita tak nak lah tengok hanya kehadiran tapi hadir kualiti tak ada, ada yang tak hadir sangat tetapi kualitinya pun bagus dan itu kena jaga dan kena balance kan kedua-duanya. Saya ambil maklum kalau semuanya berjalan dengan baik kita boleh laksanakan tahun depan kita laksanakan kalau tak ada mungkin kita ambil tahun 2024 sebab kita nak kena tengok dia punya formula. The formula itu sebenarnya akan membawa kebaikan, kalau bawa kebaikan dan makluman pada semua kita boleh buat dan laksanakan. Jadi Alhamdulillah saya menukar konsep selalunya yang terakhir Menteri Besar, kali ini yang awal Menteri Besar sebab kalau hari esok kemungkinan saya tidak sempat jadi saya minta maaf. Tetapi selebihnya beberapa soalan-soalan yang telah dibangkitkan secara spesifik berkenaan dengan portfolio yang tertentu akan dijawab oleh EXCO-EXCO dan selebihnya saya rasa telah menjawab daripada segi makro bagaimanakah nilai dan spirit yang kita telah kemukakan. Dalam tahun-tahun sebelum ini saya mengemukakan beberapa nilai, nilai yang penting kepada tahun ini adalah continuity dengan semangat kolektif. Tahun lepas kita nak bina resilient ataupun tahan uji, dan tahun ini macam mana kita nak sambung dengan semangat kolektif dan kebersamaan sesuai dengan spirit yang berlaku selepas pilihan raya umum yang ke-15. Dan ini lah cabaran kita di hadapan bukan lagi soal modernity atau pun kemajuan, tetapi bagaimana kita menyatukan segala perbezaan itu kepada satu titik yang penting untuk kita menepati priority keutamaan kita pada hari ini, dan juga masa-masa depan. Terima kasih Speaker.

Satu lagi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam perbahasan, saya minta berkaitan IDRISS, Pembangunan IDRISS ini dan saya ingat dalam perbahasan Bukit Gasing juga menyentuh dengan IDRISS yang bertanyakan berkaitan dengan status-status tanah yang akan dibangunkan sama ada tanah-tanah ladang, tanah individu ataupun tanah reserve Kerajaan sebagainya, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk IDRISS, secara terperincinya akan dijawab oleh Yang Berhormat Bandar Klang, Bandar Baru Klang maafkan saya. IDRISS akan dijawab oleh Bandar Baru Klang dan saya dah jawab tadi secara makronya beberapa insentif yang kita ingin kemukakan, insentif itu akan meliputi tanah Kerajaan dan tanah pemilikan individu. Kalau kita kata conversion tadi pertanian kepada komersial dengan izin, dia akan memerlukan peningkatan dan peningkatan itu juga kita akan berikan beberapa kemudahan dan sebagainya. Itu dasar Negeri dan saya sebutkan Rancangan Selangor Pertama termasuk IDRISS dan SABDA bukan sepenuhnya tanah Kerajaan, ia adalah tanah hak milik sebagainya, tanah milik syarikat sebagai tanah milik individu yang memerlukan pengambilan dan sebagainya. Sebab itu, IDRISS akan meliputi semua benda dan semua perkara yang saya bangkitkan tadi. Meru tunggu lah, pasal banjir saya ingat Pandan Indah akan jawab.

Bukan pasal banjir Yang Amat Berhormat. Saya nak bertanya tentang perbahasan, saya bangkitkan tentang pembinaan sekolah agama di Sungai Kapar Indah yang saya difahamkan pada sesi penggal yang lepas Sementa pun ada bangkitkan sewaktu di Sungai Kapar Indah di bawah Sementa. Sebab saya tengok dah dua penggal tidak ada sebarang perancangan sedangkan dia keperluan mendesak sebab sekarang ini sekolah pelajar-pelajar sekolah agama di situ dia sewa rumah kedai dan menumpang surau. Jadi saya rasa perlu buat pembinaan segera sekolah agama di situ.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya kena semak balik perancangan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam, memang itu di bawah Portfolio saya, InsyaAllah saya akan kemukakan kepada di dalam sesi jawatankuasa nanti, dia akan lebih spesifik, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita sambung penjelasan daripada pihak Kerajaan, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat anak-anak muda yang diatur oleh Yang Berhormat Dusun Tua iaitu daripada Mutiara Integrated Secondary School seramai 15 orang yang diketuai oleh guru pengiring Ustaz Mizhad bin Md Noor.

Baik saya persilakan Yang Berhormat Batu Tiga.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil bahagian, mengambil kesempatan ini untuk menggulung beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, jadi di antara perkara yang saya ingin menyatakan di sini saya rasa bersandarkan tema “Kita Selangor Melonjak Kemajuan Mengerat Perpaduan Menjayakan Harapan” belanjawan 2023 ini telah disusun dan diolah dengan begitu teliti Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya yakin dan saya memperakui bahawa keusahawanan dan perniagaan kecil-kecil, kecilan merupakan salah satu daripada isu yang menjadi tumpuan. Jadi untuk itu satu kaedah meningkatkan pendapatan isi rumah kepada kebanyakan, maka HIJRAH Selangor merupakan juga salah satu program kerajaan Negeri yang yakin, yang saya yakin semua warga Selangor yang amat hargai dan banggakan. Dan kali kita telah melihat bagaimana modal pinjaman sebanyak 710,0000 kepada seramai 55,834 usahawan sejak penubuhan telah pun mula ditingkatkan di tambah baikkan dengan beberapa program iaitu 4 skim tambahan, skim i-BUSINES, Skim Zero To Hero yang sedia ada kepada Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau pun NADI kini perluaskan lagi ditambah mengikut pengembangan dan cabaran ekonomi semasa iaitu Skim i-Lestari, skim i-Agro, khusus buat aktiviti pertanian dan juga Skim i-Bermusim khusus untuk merebut peluang perniagaan semasa. Malah saya ditanya oleh Bukit atau pun Bukit Gasing iaitu berkaitan dengan isu Skim i-Sosial. Skim Skim i-Sosial adalah selain daripada peruntukan sedia ada kita menyediakan 130 juta ditawarkan pada tahun depan sebanyak... kepada... pada tahun 2023 iaitu skim yang mana kita

meletakkan pembiayaan yang mempunyai had minimum dan maksimum RM 1000 hingga RM 10,000.00 tempoh pembiayaan di antara 5 minggu iaitu 6 bulan sehingga 3 tahun atau 150 minggu. Jadi kadar keuntungan flat rate yang kita bagi sebanyak 4 peratus tiada simpanan wajib. Malah kita lihat program ini kita boleh membantu pihak-pihak tertentu khususnya mereka yang terlibat dalam gig economy untuk membiayai aktiviti-aktiviti seperti pendidikan, latihan, khusus kerana kadang-kadang latihan juga memerlukan pembiayaan ataupun penambahan modal atau pun pengeluaran kewangan. Jadi mereka perlukan sedikit bantuan pembiayaan sebab itu i-Sosial ini disediakan bagi menyediakan sedikit pembiayaan ini. Malah kita juga menyediakan atau pun mengizinkan pembaikan rumah khususnya kepada mereka yang mempunyai perniagaan di rumah. Contohnya ramai juga usahawan-usahawan kita yang perlu menambah sedikit ruang perniagaan dan ataupun ruang pembuatan mereka di rumah maka kita benarkan.

Selain daripada membenarkan pembelian peralatan ataupun kita kata pembelian, pembaikan pulihan kereta, kereta-kereta yang sebenarnya banyak digunakan untuk membawa barang-barang perniagaan mereka. Jadi ini adalah sasaran awal untuk mengagihkan sebanyak RM 4.2 juta di dalam i-SOSIAL ini. Jadi sebabkan pembiayaan ini mudah maka kita juga meluaskan pembiayaan ini pihak lembaga telah pun bersetuju supaya ia diperluaskan di negeri-negeri sempadan seperti, Selangor, Negeri Sembilan, sempadan Negeri Selangor iaitu Negeri Sembilan, Kuala Lumpur Putrajaya dan juga Perak. Tetapi disebabkan kerajaan persekutuan telah pun bersama dengan kerajaan Negeri mungkin saya rasa perkara ini dibincangkan bersekali dengan pembiayaan-pembiayaan yang sedia ada.

Di samping itu juga, saya yakin dengan peruntukan RM 1 juta tahun ini HIJRAH ataupun tahun depan HIJRAH diberikan tambahan RM 1 juta bagi memastikan program-program pengembangan latihan kepada peserta-peserta. Kalau dulu mereka kadang-kadang kita tengok statement business dia, kita akan panggil mereka untuk menghadiri beberapa latihan untuk memastikan 2000 usahawan dapat dibimbing untuk peningkatan pemajuan latihan bagi diri mereka sendiri. Jadi untuk itu saya rasa peluasan program juga yang telah dibuat seperti program baki iaitu Pembangunan Kampung Baru merangkumi inisiatif pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Makro iaitu kita ada program khusus untuk masyarakat kampung cina, sebanyak 36 juta, juga dan juga I-SEED sistem sebanyak 3 juta. Saya rasa ini telah pun menjadi satu program HIJRAH yang inclusive. Jadi itu tidak ada khusus, soalan khusus selain daripada Bukit Gasing. Jadi dengan ini saya beralih kepada isu yang berkaitan dengan perumahan yang mana saya yakin mekanisme ataupun langkah berkaitan perumahan yang terkandung dalam belanjawan juga telah pun menetapkan beberapa skim-skim sedia ada dan juga tambahan skim seperti pelaksanaan Skim Smart Selangor, Smart Sewa, peruntukan RM 10 juta iaitu tambahan RM 5 juta untuk Skim CERIA. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat semua, skim ini bukan sahaja kita tambah dari sudut peruntukan Kerajaan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, kita telah tambah baikkan kaedah untuk permohonan iaitu kaedahnya kita telah pun mewujudkan e-CERIA, di mana semua isu-

isu berbangkit boleh memohon secara terus melalui e-CERIA. Semoga tidak ada lagi kes-kes keciciran atau pun tidak dikoordinasikan dengan baik oleh pihak PBT khususnya ataupun COB. Dan akhirnya kita nak tahu sebenarnya berapa bangunan-bangunan di Selangor ini yang perlukan penambahan atau pun keceriaan ini. Jadi InsyaAllah saya yakin, kalau dah e-CERIA ini dimanfaatkan mungkin tahun 2024 EXCO yang seterusnya boleh membuat jangkaan bajet yang lebih baik untuk tahun-tahun akan datang. Jadi untuk itu saya juga ingin menyatakan kepada semua, tambahan 1 skim ataupun peluncuran Skim Smart Biayaan Awal ini saya nak Yang Berhormat semua memahami bahawa ini adalah satu pembiayaan, di mana kita memberikan, membantu lebih kurang 4000 nanti pemohon warga Selangor yang akan mendapat pembiayaan deposit pendahuluan. Bagaimana kaedah pengurusan kita tengok banyak kajian di lihat, dibuat di bawah Lembaga Perumahan.

Ramai yang memohon tidak dapat lepas 10% deposit kerana mereka mempunyai hutang-hutang yang lebih banyak iaitu hutang kad kredit, hutang kereta dan hutang-hutang yang lain. Jadi untuk itu kita reconsult dengan izin, menyeragamkan semula hutang-hutang ini. Dan kita letakkan sebagai satu hutang dan akhirnya ia boleh membantu mereka untuk membuat deposit ataupun kita memberikan 10% deposit kepada mereka untuk pembiayaan yang hendak dibuat. Pembiayaan 10% perumahan yang dimohon. Jadi paling tidak kes-kes kebanyakan Rumah Selangorku ini 10% tidak lepas, juga apakah lagi yang 90% dapat dibantu. Untuk itu sasaran empat ribu itu dapat dilaksanakan. Dengan ini saya juga mengatakan di sini tumpuan Jawatankuasa Perumahan selama ini ataupun selama tiga tahun saya mengetuainya, saya yakin selain daripada Alhamdulillah Dasar Rumah Selangorku 3.0 telah diluluskan oleh MMKN dan ada satu lagi kertas yang saya angkat kepada MMKN iaitu Program Skim Lestari Harmoni yang mana banyak isu yang berbangkit dengan Penyelenggaraan dan Pengurusan JMBMC yang tidak teratur itu menyebabkan tidak ada pengurusan yang tetap, ia akan diambil alih. InsyaAllah beberapa unit ataupun bangunan-bangunan yang telah pun terbengkalai ini ataupun tidak ada pengurusan ini akan diambil alih oleh MBI InsyaAllah mudah-mudahan pada tahun depan lebih terurus bangunan-bangunan yang tiada JMBMC ini.

Dan dengan itu isu-isu yang saya fokus selain daripada itu, kita ada isu terbengkalai yang amat serius yang perlu ditumpukan dan saya telah memberikan tumpuan kepada lapan projek pembesaran kampung yang selama ini hampir 20, 30 tahun tidak dapat dilaksanakan dan ingin saya rakamkan ke dalam Dewan yang mulia ini Alhamdulilah, enam daripada projeknya dapat diselesaikan insyaAllah. Dan dua sahaja lagi yang akan mendapat sedikit lagi orang kata cara merungkaikannya dan insyaAllah saya yakin sebelum Sidang Dewan ataupun penggal akan datang ini berakhir, kita boleh selesaikan lapan projek yang kita rasakan ia pendekatan yang baharu yang kita buat, iaitu membuka bilik gerakan dan akhirnya meneliti setiap minggu ini dapat disempurnakan dengan baik. InsyaAllah termasuk yang telah pun dibangkitkan oleh Permatang. Ya silakan.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya ingatkan kalau satu projek tidak siap, tak payah buat. Atas sebab apa pun, apa sebab pun kita beri dia tidak berkesan. Dia, projek ini terletak di jalan yang besar, MRR2 satu menunjukkan dua darjat dalam masyarakat kita masih ada, menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor tidak ada Kerajaan, iaitu Kampung Fajar. Terus terang kalau kita tidak selesaikan masalah itu jadi bila-bila tidak selesai. Jadi saya hendak kalau boleh, seboleh-bolehnya saya hendak membuat perjumpaan minggu depan, tarikhnya boleh diminta pada Yang Berhormat EXCO, kita hendak berbincang, berdialog dengan mereka apa yang mereka hendak. Jadi in-situ ya, development, pembangunan dan pembinaan. Itu janji kita dan kita rasa kita boleh buat. Ada orang boleh offer jadi kita Kerajaan ada kekuatan untuk request for proposal. Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Ini perkara baru yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang. Sebenarnya Kampung Fajar juga telah dalam pipeline untuk diselesaikan tetapi kita tidak dapat mengambil ataupun menyelesaikan isu yang di bawah tanah Kerajaan Persekutuan tetapi kita akan selesaikan dan request proposal yang telah dicadangkan itu juga telah diteliti dan telah dibincangkan. InsyaAllah mudah-mudahan ada cahaya di hujungnya untuk membangunkan di peringkat ataupun di tanah milik Kerajaan Selangor. Untuk itu saya yakin saya hendak sebut insyaAllah selain daripada kita buat dasar baharu RSKU3.0, Alhamdulillah projek perumahan akan datang juga membuka peluang kepada mereka yang bujang untuk memiliki unit solo dan juga kepada mereka yang baru berkahwin iaitu akan memiliki unit duo yang akan menjadikan kita meneliti dan menepati cita rasa, dan kita tidak memaksa mereka yang tidak memiliki pendapatan yang lebih untuk membeli rumah yang bernilai yang lebih. Walau apa-apa pun Selangor masih kept kan nilai harga perumahan sebanyak RM 250,000.00 sahaja insyaAllah buat masa ini. Jadi untuk itu sudah selesai saya bagi sedikit penjelasan dan saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Taman Templer telah pun bertanya tentang RSKU Kristal di Selayang Mutiara. Saya harap soalan ini ataupun penggulungan ini bersekali dengan soalan 130 yang tidak perlu dijawab lagi kalau ia timbul ataupun sampai masanya. Jadi menyentuh Projek RSKU Kristal di Selayang Mutiara yang dibangkitkan ia merupakan projek terbengkalai dan sedang dalam proses pemulihan oleh KPKT ataupun Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Perumahan iaitu kita tahu pemajunya Delpuri Corporation Sdn. Bhd. telah digulung, likuidasinya Hall Chadwick Corporate Advisory Sdn. Bhd. kontraktor penyelamat yang telah dilantik oleh KPKT adalah Sunisa Sdn. Bhd. Jadi kita lihat dana juga telah diperuntukkan oleh KPKT iaitu sebanyak RM 35,898,0000.00 untuk perkara ini dan komponen yang akan dilakukan untuk kos rendah adalah 498. Jadi status terkini Taman Templer kontrak penyelamat dalam peringkat mendapatkan pindaan pelan bangunan sahaja lagi. Kalau tidak ada apa-apa aral, pelan bangunan itu telah ada kelulusan daripada pihak PBT. Jadi kerja-kerja pemulihan ditapak bermula seawal Januari 2023 dan insyaAllah selesailah tugas kita berkaitan dengan projek terbengkalai ini.

Dan Bukit Lanjan juga bertanya isu berkaitan dengan Taman Daya Kepong. Jadi saya ingin memaklumkan kepada Bukit Lanjan, Projek Strata di Taman Daya Kepong dahulunya dibangunkan dengan usaha sama memang betullah di antara tanah Kerajaan dengan juga Sedaya Sdn. Bhd. Jadi kalau kita lihat projek ini daripada tahun 5 Ogos 2005, sebenarnya kita pernah tawarkan penyelesaian dengan menyatakan kepada Sedaya Sdn. Bhd, untuk membayar Notis 5A perlu dibayar sebanyak RM 376,233.00 tetapi setelah tamat tempoh beliau tidak membayar ataupun tidak selesaikan pembayaran premium ini. Maka pada 2016, diangkat semula tetapi ditolak pada ketika itu dan akhirnya diberi semula pada 2022 yang terkini pada 14 September 2022 yang telah disahkan pada 21 September 2022 yang mana MMKN telah memberi pemilikan kepada Sedaya Sdn. Bhd. iaitu in liquidation company dia SRS Advisory Sdn. Bhd. dengan mengenakan kadar premium kepada nominal kepada iaitu RM1,000.00 bagi bangunan kediaman dan RM10,000.00 bagi bangunan perniagaan. Jadi kalau ini juga tidak dapat diselesaikan oleh pihak syarikat pelikuidasi ini, maka kita akan tengok kaedah lain. Tetapi ini adalah cadangan yang terbaik yang kita tawarkan dan ialah yang saya sebut hari itu banyak perkara di sebalik projek-projek terbengkalai strata tittle yang tidak selesai, ini semua ini adalah daripada isu bagaimana ada beberapa loophole dengan izin ada perkara-perkara yang tidak diikat dengan baik antara pihak pemaju ataupun yang digulung ataupun liquidator yang perlu akta untuk di perbuatkan ini. Jadi insyaAllah saya rasa setelah ia selesai nanti, blok-blok bangunan strata akan dapat diserahkan kepada sedia ada.

Jadi itu beberapa perkara yang dibangkitkan di bawah jawatankuasa saya, jadi saya rakamkan juga di sini Timbalan Speaker, sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana kita telah pun mendapat Perdana Menteri Ke-10 yang baharu dan mudah-mudahan keserasian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kita akan mengambil pendekatan-pendekatan yang jauh lebih komprehensif supaya isu-isu berkaitan dengan perumahan yang selalu menjadi masalahnya ia lebih di bawah bidang kuasa Persekutuan. Dan saya ambil kesempatan ini sebelum mungkin kita akan melangkah ke Parlimen pada 19 Disember nanti, izinkan saya menggunakan ruang terakhir ini membuat penggulungan ataupun untuk menyatakan mungkin ini adalah sidang terakhir saya sebagai EXCO sejak 2008 lagi, dan mudah-mudahan Selangor akan menjadi Negeri yang terus maju jaya. Dan insyaAllah dan kita akan menjadi Malaysia yang baik dan maju supaya kita akan dapat Negara yang penuh rahmat dan insyaallah perpaduan yang kukuh di antara satu sama lain. Sekian Timbalan Speaker daripada saya Batu Tiga. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Sedang.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah standco Kesihatan Awam,

standco Perpaduan dan Wanita dan Keluarga. Saya mengambil maklum dan menyambut baik pelbagai pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat-berhormat sekalian berkaitan perpaduan. Sidang kita pada kali ini nampaknya begitu meriah dengan isu-isu berkaitan perpaduan yang telah dibangkitkan oleh Dewan sekalian buat pertama kali yang juga agenda berkaitan perpaduan telah menjadi antara teras yang disebutkan dalam Ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita iaitu teras yang kedua berbunyi membudaya perpaduan dan masyarakat penyayang. Saya mengambil maklum berkaitan isu-isu perkauman yang dibangkitkan oleh yang Berhormat Taman Templer, Yang Berhormat Balakong dan yang lain-lain dan isu perkauman ini semakin memuncak dan memang real terhangat sekarang ini bermula daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 dan sekarang berlanjutan kini. Dan kita melihat bahawa ada jurang yang sangat jelas dengan pemahaman demokrasi ini dan apabila kita telah memilih wakil-wakil rakyat, tiba-tiba ada isu tentang wakil rakyat daripada bangsa selain daripada bangsa Melayu dan sekarang isu mengenai terancamnya agama Islam kononnya, dan kemudian perkara ini semua sebenarnya mempengaruhi generasi muda. Dan kita sangat sedih di sini apabila rakyat kita tidak lagi bertabbayun ataupun mencari penjelasan mencari maklumat yang benar apabila tersebarnya fake news di media sosial dan ini mempengaruhi pemikiran mereka dan reaksi mereka dan saya kira kali ini oleh sebab Kerajaan Negeri Selangor memang semenjak ini masuk tahun kedua kita akan mendapat peruntukan untuk perpaduan dan Alhamdulillah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah menyatakan tentang peruntukan sebanyak RM 300,000.00 untuk Duta Perpaduan Selangor. Kita bermula dengan projek rintis pada tahun ini melantik 15 orang Duta Perpaduan Selangor yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kini kita akan meluaskan pelaksanaannya Duta Perpaduan di semua 56 DUN di Negeri Selangor. InsyaAllah dengan besok apabila kita sudah selesai memuktamadkan Dasar Perpaduan Negeri Selangor maka pelan-pelan tindakan yang dicadangkan oleh setelah kita membuat banyak pertemuan boleh dilaksanakan di peringkat DUN dan tidak semestinya semua dilakukan di peringkat Negeri lebih berkesan sekiranya Duta-duta Perpaduan di DUN masing-masing menganjurkan program-program perpaduan yang tidak hanya superficial setakat majlis-majlis keramaian tetapi kita perlu memahami isi hati dan memupuk kesefahaman.

Apa yang berlaku saya lihat kini adalah apabila kita tidak meletakkan diri kita di tempat orang lain dan kita tidak memahami perasaan orang lain selain daripada memahami kelompok ataupun komuniti kita semata-mata. Jadi kalau kita dapat melaksanakan program-program, di mana persefahaman itu dipertingkatkan dan kita tidak hanya terlekat kepada toleransi, maksud toleransi di sini saya lihat kadang-kadang hanya setakat okay saya tidak suka tetapi saya kena tolerate dan sepatutnya kita faham apa yang orang lain nak dan ada yang kita nak dan bagaimana kita bertemu di tengah untuk kita mendapatkan satu solution win-win di mana Negara kita boleh move forward, boleh ke hadapan dan tidak hanya mengungkit sejarah yang lama. Saya bersetuju sejarah itu penting sepatutnya memandu kita tetapi setiap kali kita membangkitkan tentang isu-isu perkauman dan bangkitkan 13 Mei dan sebagainya sedangkan anak-anak kita sekarang

ini tidak tahu tentang 13 Mei, mereka tidak ada di situ tahun 1969 mereka tidak faham apa yang ada pada masa dan ketika itu. Jadi kita patut tengok pada keadaan sekarang. Saya mengajak para ADUN sekalian untuk menganjurkan program-program dan insyaAllah di dalam kita ini, kita ada program-program yang RM 300,000.00 lagi untuk NGO-NGO dan agensi-agensi untuk menganjurkan program-program perpaduan ini. Kami akan adakan untuk buat pitching ya,...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, sambung. Sambung.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari, dengan ini saya tangguhkan Dewan sehingga jam 2:30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum wbt dan selamat petang. Dewan disambung semula. Saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Serdang.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya menyambung balik tadi, saya respon pada Duta Perpaduan Selangor yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mempunyai dana sebanyak RM300,000.00 dan kita akan meluaskan pelaksanaan Duta Perpaduan ini kesemua 56 DUN di Negeri Selangor. Jadi duta ini besar kemungkinan dilantik oleh ADUN-ADUN sendiri. Maka carilah Duta Perpaduan yang mempunyai patient. Mempunyai kesungguhan dalam memupuk perpaduan dan mempunyai idea-idea yang bernas dan segar yang boleh diterima terutama oleh generasi yang muda. Dengan menggunakan platform media sosial yang sedia ada. Memberi mesej yang positif kepada rakyat kita terutamanya orang muda sekali lagi kerana mereka bakal memimpin negara kita ini. Saya bersetuju yang sejarah itu amat penting untuk kita pelajari daripada sejarah tetapi bukan untuk mengorek atau mengungkit sejarah ini untuk membakar semangat perkauman. 13 Mei 1969 yang disebut oleh seorang pemimpin parti membangkitkan semula ketakutan timbul. Pergeseran antara kaum ini pada tahun 1969 masa itu saya dalam darjah 2. Umur 8 tahun. Maknanya kebanyakan Yang Berhormat semua kat sini tak tahu pun, belum dilahirkan pun pada waktu itu. Seperti orang yang dewasa macam saya ini dibangkitkan tentang perang dunia pertama, perang dunia kedua. Kita tidak merasainya. Kita tidak memahaminya. Tetapi kita mengambil pengajaran dari situ. Jadi peranan Duta Perpaduan ini sangat penting. Dan tahun 2022 ini baru kita buat beberapa projek rintis antaranya adalah program anak angkat di mana

mereka mempunyai keluarga angkat dari bangsa dan agama lain dan mereka buat program di kawasan perkampungan orang asli dan sebagainya. Saya percaya dengan hasrat kami dalam STANDCO Perpaduan ini untuk mengadakan pitching ataupun memanggil idea daripada rakyat Negeri Selangor untuk memberi proposal, memberi kertas cadangan apakah program yang ingin mereka laksanakan untuk memupuk perpaduan yang sebenarnya di kalangan rakyat dengan peruntukan tambahan RM300,000.00 untuk dana untuk NGO-NGO untuk melaksanakan program-program di peringkat komuniti.

Yang Berhormat Sungai Panjang juga mencadangkan agar Duta Perpaduan Selangor ini mempromosikan budaya dan kesepaduan rakyat Selangor. Memandangkan Selangor adalah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi masyarakat. Memang cadangan ini sangat baik dan inilah di antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh Duta Perpaduan dan juga STANDCO Perpaduan. Program silang budaya antara bangsa adalah di antara program yang telah dikenal pasti yang boleh mendekatkan rakyat pelbagai bangsa dan agama di Negeri Selangor. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa di Negeri Selangor bukan ada 3 bangsa sahaja. Kita ada ramai lagi daripada negeri Sabah, daripada Sarawak dan juga daripada bangsa-bangsa lain. Orang asli jangan dilupakan. Dan juga jangan kita lupa kita juga ada penduduk penghuni di Negeri Selangor yang bukan warga negara kita. Kita menjaga perpaduan di kalangan kita tapi kita menyisihkan mereka akhirnya kita tidak tahu apa yang berlaku dalam komuniti mereka dan mungkin akan timbul isu seperti hak asasi dan sebagainya bila kita menyisihkan mereka dan mereka terpinggir di dalam Negeri Selangor yang serba maju ini. Maka satu hari kita mungkin mempunyai masalah bermula daripada mereka pula. Kita mempunyai ramai dalam Negeri Selangor ini kita panggil anak-anak tanpa kewarganegaraan stateless children. Mereka ini juga adalah golongan yang terpinggir oleh kerana isu pendaftaran, isu kelewatan ibu bapa tidak berkahwin dengan sah dan sebagainya maka mereka ini pun kalau tak dijaga, tak dipupuk perpaduan di kalangan mereka akan menimbulkan masalah dalam masa panjang. Jadi dengan ini saya juga menyambut baik tentang cadangan Taman Templer walaupun betul juga kita perlu ada satu lagu untuk Rukun Negara yang rentaknya disukai oleh anak-anak muda terutamanya yang menjadi siulan dan nyanyian mereka. Ini adalah antara perkara yang kita akan buka kepada rakyat Negeri Selangor untuk sama-sama merebut peluang untuk mengadakan lagu Rukun Negara ini supaya kita dapat menyemarakkan semula. Satu target atau satu sasaran penting adalah anak-anak kita di pusat-pusat pengajian tinggi di peringkat Institusi Pengajian Tinggi yang juga perlu diberi perhatian kerana merekalah mewarisi negara kita ini nanti.

Saya ingin beralih kepada isu yang hangat juga. Kemiskinan haid. Menstrual poverty. Mungkin ramai yang tidak berapa memahami. Ada yang mengatakan bahawa apakah yang susah sangat dan sebagainya tapi ini menjadi realiti semasa pandemik. Perkara ini timbul kerana bila tiada wang dan sebagainya, walaupun satu bungkus tuala wanita itu RM10.00 saya ingat tak ada 2 bungkus tak cukup untuk tiap-tiap kali mendapat haid. Jadi

program ini sebenarnya akan didanakan oleh MBI dan kita insya Allah bercadang dan kita masih lagi terbuka kepada cadangan untuk memulakan dengan beberapa sekolah projek memilih beberapa sekolah dan diberi kepada anak-anak B40 untuk mereka mendapatkan tuala wanita percuma tau kit kebersihan wanita secara percuma. Saya juga ingin memaklumkan bahawa kami sudah melaksanakan program ini sebelum ini melalui PWB dengan mengedarkan tuala wanita semasa kecemasan banjir, COVID dulu. Kita sudah mengedarkannya kit kebersihan ini. Namun ada satu pemikiran baru yang kita ambil idea daripada Sungai Pelek, zero waste maka kita sebenarnya berkempen supaya tuala wanita ini boleh digunakan semula. Recycle. Tetapi ia tidak mendapat sambutan bila PWB cuba mengajar wanita untuk bagaimana nak menjahit tuala wanita dipakai semula tidak mendapat sambutan. Ini adalah satu kesedihan. Mungkin kesedaran tidak ada. Untuk makluman saya nak cerita di sini, kalau masuk press pun tak apa. Data menunjukkan bagi setiap wanita daripada dia dapat haid kali pertama sehingga dia menopause dia menggunakan sebanyak 10,500 keping tuala wanita yang pakai buang. Yang pakai sekali dan kemudian buang dia perlukan sepanjang hayat mereka. Maknanya ada juga masalah pelupusan. Bagaimana nak buang tuala wanita yang sudah tercemar ini. Saya kata solusi dia satu saja. WTE saja. Habis semua bakar dan kemudian selesailah masalah pembuangan ini. Namun bagaimanapun berdasarkan kos semasa tuala wanita ini RM6.00 hingga RM8.00 satu pek. Dan kemudian mungkin tengok brand ada yang lebih mahal. Namun kalau yang rajin boleh beli di Shopee dan boleh dibeli semurah RM2.00 satu. Wallahualam. Serupa macam pampers juga la. Kualitinya tidak sama. Justeru itu, kita perlu membantu golongan B40 terutamanya menjaga kebersihan diri mereka.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Pernahkah kita dengar padman?. Pernah? P.A.D.M.A.N. Pencipta pad yang semurah di dunia dekat India banyak budak-budak perempuan tak nak pakai. Harga mahal. Dia buat 1 rupee. Kalau kita dapat inspirasi dari cerita itu, boleh buat. Dia pakai mesin saja buat.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ni yang pakai buang ke atau pakai semula. Pakai buang? Ok. Kita tengok nanti cari macam mana nak dapat. Jadi itulah sedikit sebanyak mengenai kemiskinan haid ini. Ia adalah satu realiti bukan satu perkara yang dibuat-buat oleh kaum wanita. Sungai Air Tawar mencadangkan peruntukan kepada kempen kesedaran menstruasi yang telah diumumkan sebanyak RM200,000 ini ditingkatkan demi manfaat yang lebih luas kepada golongan wanita yang memerlukan. Jadi saya rasa kalau kita boleh habis RM200,000 ini dengan sambutan yang baik mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita boleh mempertimbangkan. Terima kasih di atas sokongan. Sungai Air Tawar tak ada ya?. Yang Berhormat Kampung Tunku pula telah menyentuh berkenaan isu pemeriksaan haid (period spotcheck) yang saya tengok dulu ada viral di dalam Twitter yang mengkritik perkara ini. Saya ingin menceritakan sedikit supaya kita faham saya tidak bersetuju dengan cara spotcheck yang tidak menjaga maruah anak-anak perempuan kita. Namun saya faham kerana dalam agama Islam terutama sekolah-sekolah agama kita antara perkara yang

selalu dipersoalkan apabila seorang murid sekolah wanita tidak mahu ataupun tidak pergi solat dia akan kata saya cuti. Jadi mungkin betul mungkin tak betul. Ini menyebabkan guru-guru nak buat spotcheck. Mungkin kita mesti fikir cara yang lebih baik bagaimana kita boleh menggalakkan anak-anak ini mengerjakan solat tanpa mereka perlu bohong yang mereka mengalami haid. Ini adalah mungkin daripada bangsa dan agama lain kurang memahaminya kenapa ia berlaku. Tapi saya bersetuju isu ini tidak boleh berlaku dengan tidak bermaruah. Tidak boleh meraba, tidak boleh menjatuhkan air muka dia. Ini perkara yang kita patut fikir bersama. Mungkin Selangor boleh memulakan dengan sekolah-sekolah agama dan sekolah yang berdaftar dengan JAIS sama ada perkara ini berlaku ke tidak. Setakat ini saya tidak mendapat aduan tentang perkara ini. Tapi memang heboh dibincangkan oleh aktivis wanita.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Semalam atau dua hari yang lepas kita ada perbincangan oleh Bukit Tunku. Dia bawa isu budak perempuan ini diperiksa suruh tunjuk pad. Jadi benda ini atau amalan ini hanya dilakukan oleh orang Islam (Melayu). Bukan Islam lebih respect. Jadi, satu perkara yang dalam rekod ISA dimaksudkan sebagai satu benda yang besar penghinaan dan mencabul hak asasi manusia yang terbesar oleh wanita dan kena pada satu wanita aktif bernama Irine F. Atlet Malaysia. Masa itu dia muda lagi. Masa tu dia period dan dia nak rehat kemudian ada polis wanita suruh dia tunjukkan nak ambil gambar. Bila gambar itu tersebar sampai ke Indonesia ia dah jadi pencabulan hak asasi manusia. Berlaku masa operasi lalang pada tahun 1987-1988.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya bersetuju bahawa kita tidak melakukan dengan cara yang begitu tetapi mencari cara yang lebih berhemah mendidik anak-anak kita supaya tidak perlu berbohong apabila mereka tidak mahu solat atau tidak bersedia untuk bersolat lagi. Dan memaksa mereka membohongi kita adalah satu perkara yang saya pun tidak setuju. Seterusnya adalah persoalan-persoalan Yang Berhormat Subang Jaya dalam perbahasan meminta supaya Pihak Berkuasa Tempatan mengkaji semula syarat-syarat yang dikenakan ke atas pengasuh-pengasuh dan juga pengusaha taska. Memang kita ada masalah saya sudah dua kali Kementerian Pembangunan Wanita dan Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat. Ini membawa isu daripada pengasuh-pengasuh di rumah. Yang mereka juga hendak di regulate atau dikawal atur oleh PBT. Isunya adalah pengasuh-pengasuh di rumah ini berdaftar dengan JKM. Namun JKM tidak dapat memberi permit atau lesen kepada mereka disebabkan mereka tidak dapat memenuhi kehendak PBT dan Bomba. Jadi, is an irony adalah satu kepelikan apabila rumah mereka dijadikan pusat pengasuhan anak yang tidak sampai sepuluh orang rumah itu telah diluluskan oleh PBT sudah ada kebenaran merancang sudah naik ada sertificate of fitness, sudah duduk tiba-tiba hendak menjadi pengasuh anak sepuluh orang tidak dapat kebenaran daripada PBT dan juga daripada Bomba. Adakah mereka perlu buat pintu lain dan sebaginya. Ini adalah pengasuh di rumah dan sangat ketat saya hendak sebut di sini ini adalah satu perkara yang sangat menyukarkan wanita untuk keluar bekerja. Kita ada taska komuniti,

taska institusi, taska di tempat kerja dan lagi satu dipanggil taska di rumah. Saya tidak berkenan berkenaan taman asuhan di rumah ini kerana sebenarnya mereka berfungsi sebagai pengasuh lebih baik kita memanggil mereka childminder, childcare ataupun pengasuh di rumah. Jadi isunya adalah kerana peraturan mereka juga dimasukkan di Akta 308 iaitu Akta Taman-taman Asuhan Kanak-kanak. Saya telah memberi tahu KPWKM kita tidak mahu terikat dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak ini, kita keluarkan komponen pengasuh di rumah ini luar daripada akta ini wujudkan mungkin hanya akta peraturan untuk pengasuh di rumah yang penting pengasuh di rumah ini perlu didaftarkan JKM tidak ada masalah sebenarnya tetapi kita bermasalah dengan PBT kerana PBT menganggap satu perniagaan selepas itu yuran hendak ambil permit walaupun taska-taska lain di luar pun mahal lepas itu hendak ambil Bomba lagi dan sebagainya. Kita faham kalau itu adalah taska institusi yang charge nya tinggi untuk T20 dan sebagainya tetapi kita bercakap dengan taska untuk anak-anak B40 dan pengasuhan anak-anak ini sudah berpanjangan ia adalah satu profesion wanita tidak susah hendak buat dengan sikit latihan atau sedikit kesungguhan dan antara syarat untuk dia membuka taska ini kena ada Kursus Anak Permata (KAP).

Kita sebenarnya menidakkan realiti di dalam masyarakat kita. Kita ada pengasuh-pengasuh yang boleh ambil anak bawah daripada sembilan orang mereka boleh mengasuh tetapi perkara-perkara ini dibangkitkan mereka wajib daftar dan sebagainya wajib daftar saya setuju untuk pemantauan Cuma kita tidak boleh meletak syarat seperti taska komuniti atau taska institusi. Jadi kita minta PBT untuk adakan sesi libat urus seperti mana PBT telah lakukan baru ini untuk confinement center untuk pusat-pusat penjagaan ibu selepas melahirkan Selangor telah ada garis panduan untuk pusat-pusat seperti ini tanpa perlu pergi mendapat kelulusan daripada KKM dan sebagainya. Jadi ini adalah satu perkara yang real yang saya minta kita akan dapat berbincang terus dengan pihak PBT dan saya ingin kalau hendak mencadangkan juga daripada perbincangan-perbincangan dengan ADUN wanita ini adalah supaya penjagaan anak ini tidak diletakkan di bawah perniagaan seperti juga penjagaan warga emas ini semua adalah kita panggil essential social service satu perkhidmatan sosial yang sangat diperlukan oleh masyarakat kalau tidak kita akan terjerumus lagi masa Pandemik dahulu taska terpaksa tutup dan sebagainya dan akhirnya tidak ada tempat untuk meletakkan anak-anak apabila ibu-ibu perlu pergi kerja. Ini mengenai taska.

Kemudian mengenai Jawatankuasa Khas Kesaksamaan Gender yang Berhormat Balakong telah mengesyorkan agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender Pembangunan Wanita dan Keluarga ditubuhkan supaya dapat fokus untuk membincangkan isu-isu berkaitan kesaksamaan gender wanita dan juga keluarga. Sebenarnya kita telah membuat Jawatankuasa Tetap Wanita bersama (WBS) bersama beberapa ADUN wanita telah pun berjumpa dengan Yang Berhormat Speaker membawa cadangan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Untuk Kesaksamaan Gender saya ingat kita sudah jumpa dua kali dan respond positif Cuma belum beli kata muktamad adakah cadangan ini boleh diterima jadi hanya Timbalan Speaker di sini Speaker ada

ADUN wanita sudah bersiap sedia kalau ada Speaker kita boleh menjawab terus. Maknanya kita tidak berputus asa masih lagi hendak menjayakan Jawatankuasa Pilihan Khas ini. Banting mengemukakan cadangan agar Kerajaan Negeri menetapkan kuota khas 1/3 daripada Ahli Majlis ataupun Pentadbiran Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan. Setahu saya telah disokong oleh dan Yang Berhormat Y.B. Dato’ Teng Chang Khim menyebut semasa dia menjadi EXCO Kerajaan Tempatan dahulu telah pun membuat peraturan 30 % daripada Ahli Majlis mestilah di kalangan wanita yang degil di sini adalah parti-parti, saya balikkan kepada parti-parti kerana parti-parti yang tidak kira Amanah ke PKR ke tapi PKR banyak sekali tapi makna dia terpulang kepada parti-parti tetapi kita tidak ada menguatkuasakan atau kalau boleh MMKN tidak membuat penetapan kalau tidak cukup 30% maka semua tidak akan angkat sumpah, mungkin begitu seperti di Pulau Pinang MPKK dia JKP dipanggil mesti juga 30% wanita kalau tidak ada kata susah hendak cari untuk makluman Yang Berhormat semua kita sekarang telah ada akademik kepimpinan wanita datang kepada akademik kepimpinan wanita kita latih mereka ambil tahu mengenai soal kepimpinan wanita dan ilmu-ilmu yang patut mereka ada pilih lah daripada situ sebahagian besar adalah aktivis parti. Jadi saya ingat tidak ada alasan sebenarnya sedangkan Ketua Kampung kita sudah ada Ketua kampung Wanita tetapi MPKK kita belum cukup 30% jadi sekarang ini semua sudah tahu isu ini maka kita terus mendesak supaya kuota ini dipenuhi.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Timbalan Speaker minta pencelahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana mengingatkan kita semua apa yang telah di laksanakan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang semasa Yang Berhormat EXCO untuk Kerajaan Tempatan. Saya rasa apa yang disebut oleh Yang Berhormat adalah satu perkara masalah yang selalu timbul kerana kita dengan izin we are not strict about the conditions kita tidak laksanakan peraturan ataupun garis panduan secara ketat jadi saya mohon YB EXCO selaku EXCO yang jaga hak wanita untuk memastikan pelantikan yang akan datang ini pada tahun hadapan peratusan tersebut mesti dicapai oleh semua pihak saya tidak kesah parti mana tapi dalam setiap PBT harus ada 30% dan saya sebut dalam perbahasan saya bukan sahaja di peringkat PBT tetapi Penjawat Awam dan juga khususnya di peringkat DUN setahu saya penggal lepas dan penggal ini kita dapat mencapai hampir 25%. Saya rasa itu adalah satu perkara yang sangat baik tetapi kalau kita lihat calon-calon wanita yang dikemukakan bukan sahaja daripada Pakatan Harapan tetapi pada semua parti tidak cukup. Oleh sebab itu selepas PRU Ke-15 ini masih tidak boleh mencapai 15% jumlah wanita yang dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen. Jadi saya rasa tiba masanya untuk Kerajaan Negeri mengambil langkah yang progresif jangan tunggu Negeri lain tunggu pusat kita buat dan kita kaji dan kita buat dalam jangka masa terdekat. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO saya pernah pergi Conference Wanita dekat Jepun empat tahun yang lalu ada satu kajian di mana mereka menunjukkan bahawa kalau tidak ada undang-undang yang jelas menetapkan 30% representasi daripada kalangan wanita maka kaum wanita perlu tunggu empat ratus tahun sebelum mereka boleh mencapai 30%

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan memang itulah hakikatnya yang kita perlu tegaskan tetapi saya bawa ke Mesyuarat MMKN perkara ini dan harap-harap semua Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyokong dan menjadikannya satu polisi supaya dalam pemilihan calon, itu pilih calon belum tentu menang. Jadi kalau hendak 30% itu kena letak lebih daripada 30% calon itu adalah dina mika yang parti-parti perlu melihat kepadanya. Saya ada angka-angka berapa Ahli Majlis Wanita dan bilangan Pegawai Daerah dan sebagainya itu tidak apa saya boleh berikan kepada Yang Berhormat, tidak perlu bagi sekarang. Mengenai isu OKU ini Yang Berhormat Kampung Tunku dan Yang Berhormat Bandar Utama memang sangat prihatin tentang golongan OKU Cuma saya hendak sebut OKU ini asalnya mak kandungnya JKM, saya guna istilah Yang Berhormat Sementa ibu kandungnya adalah JKM maknanya kalau JKM direct di bawah Yang Berhormat Tuan Ganabatirau A/L Veraman, kita punya Jawatankuasa itu saya telah memulakan program anak-anak istimewa di bawah enam tahun dan sekarang telah melebar ke sekolah dan sebaginya dan kemudian kita akan juga program-program anak-anak lepas sekolah. Jadi memang golongan ini sepatutnya diberi perhatian kepada mereka dan memang selama ini pun semenjak kita memulakan Jabatan Anak Istimewa di bawah Yayasan Anak Istimewa (YAWAS) kita orang kata dapat meningkatkan jumlah aktiviti dan program dan manfaat kepada anak-anak ini sehingga sekarang ini sehingga pra sekolah. Ada cadangan juga supaya memastikan Laman Sesawang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini mengenai hebahan informasi mengenai Skim Mesra OKU dan melibatkan semua golongan yang tidak terkecuali golongan OKU sebagaimana kriteria yang telah dilaksanakan oleh sistem pemantauan laman web dan sistem Kerajaan. Kita belum sampai ke standard itu, harap jabatan berkenaan iaitu BTM mengambil makluman tentang perkara ini. 38 jabatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri memang sudah melaksanakan sistem pemantauan laman web dan sistem Kerajaan dan SPLaSK ini panjang, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dan juga 9 Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor serta 12 Pihak Berkuasa Tempatan yang belum laksanakan mungkin di SUK yang tidak ada dalam senarai ini. Bandar Utama telah mencadangkan supaya kita membantu kelas-kelas pendidikan khas yang ada di sekolah-sekolah untuk mempertimbangkan dan merencanakan program-program untuk penambahbaikan.

Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama sebenarnya program-program yang kita buat di bawah Jabatan Anak Istimewa ini terutamanya dalam program dipanggil Akademi ANIS itu kita memang menjemput guru-guru yang terlibat dengan pendidikan khas di sekolah walaupun mereka di bawah Jabatan Pendidikan Negeri untuk sama-sama mengikuti khusus ini kerana saya diberi tahu dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan, minta maaf kalau fakta saya salah tetapi ini daripada mereka sendiri mengatakan mereka mengajar di dalam kelas-kelas pendidikan khas tetapi mereka tidak terlatih beza diberi latihan satu dua kali itu belum menjadikan seseorang itu terlatih untuk mereka menangani kepelbagaian anak istimewa itu. Anak istimewa ada banyak kategori

ada enam tujuh kategori ada. Jadi semuanya dilonggokkan dalam pendidikan khas ini tetapi ini adalah portfolio pendidikan jadi terpulanglah sama ada Kerajaan Negeri terus kepada sekolah-sekolah membantu kelas-kelas pendidikan khas ini. Memang ibu bapa selalu menangisi keadaan kelas pendidikan khas ini dan kita harap dengan adanya Kerajaan Persekutuan yang Insyaallah segelombang dengan kita mudah sikit untuk kita melaksanakan program-program untuk golongan OKU ini. Alhamdulillah saya dah habis wanita dan balik pada kesihatan. Kesihatan....

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Satu soalan, dia buat latihan dari badan swasta atau pun yang kerajaan punya. Training for our...

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Training tu yang kita lakukan di bawah Jabatan Anis Yang Berhormat. Kita tidak mengenakan caj apa-apa Yang Berhormat. Kalau pihak swasta, akademi Anis ini membuka kepada mereka yang menjaga anak istimewa, mereka guru-guru, volunteer (sukarelawan) yang terlibat dengan anak istimewa supaya mereka ada ilmu bagaimana untuk menangani isu anak istimewa...

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Dulu kan ada SPIES kan? Yang dulu tu dah di buang?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Saya tidak berapa tahu sama ada SPIES itu menangani isu OKU atau tidak kan, namun apabila semasa kita memulakan STANDCO ini, nampaknya golongan OKU, Ibu bapa anak-anak istimewa memang tidak berpuas hati kerana tiada program untuk mereka. Tetapi sekarang ini Alhamdulillah kita sudah tidak lagi banyak aduan daripada ibu bapa kerana kita sudah menyediakan Yang Berhormat bawah Jabatan Anis ini Bantuan Khas kepada mereka untuk memerlukan peralatan, susu dan macam-macam lagi lah yang mereka perlukan. Kita juga memberi subsidi untuk terapi kita juga memberi subsidi untuk pendidikan sekiranya mereka pergi ke sekolah-sekolah pusat PIP. Jadi kita... sebenarnya kita punya ekosistem untuk anak istimewa ini sudah hampir lengkap kerana tahun lepas YAB Dato’ Menteri Besar telah meluluskan untuk kita memulakan apa yang kita panggil Independant Living Support Centre untuk anak-anak istimewa dalam proses pembangunan insya Allah

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak beri tahu, dalam sistem ada ucapan YAB Dato’ Menteri Besar, “there’s a gap between....fund yang dimiliki beberapa badan untuk send guru ke training dengan antara kerajaan dengan training”, dia dua-dua macam ada gap yang tidak patut berlaku. Jadi kalau kita beralih ke tambahkan expertise untuk mengajar itu kepada local yang dah develop membangunkan banyak modul-modul yang bagus ini saya rasa ada manfaatnya.... digunakan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat, kita ada keterbatasan kita. Sebab OKU ini adalah satu spektrum yang besar bawah Kementerian Kesihatan untuk diagnosis, di bawah Kementerian Pendidikan untuk sekolah, di bawah

Kementerian Sumber Manusia untuk kerja mereka itu pun kalau yang high functioning dia boleh ambil TVET, boleh menulis boleh membaca mereka dapat tempat. Saya harap kerajaan kita yang baharu ini Insya Allah dapat melihat kepada spektrum OKU ini kerana dia tidak boleh ditangani secara adhoc begitu tetapi secara perancangan yang panjang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kalau nak develop benda ni, buat dari sekarang biar ada brand ada trademark, you license atau you develop your training ke tahap itu. Saya ingat peristiwa beberapa tahun dahulu semasa menjadi konsultan di Singapura kepada (Majlis Agama Islam Singapura) MUIS dalam bidang managing masjid yang berkaitan dengan perempuan lelaki how to do it dan saya bangga bersyukur lah Singapura mendapat best managing masjid tetapi Kerajaan Singapura kata dia tidak akan lama, saya tidak pergi lebih mendalam dia prefer international punya konsultan. Lepas itu dia kata orang muslim tidak happy dengan itu kan.. diaorang happy dengan saya .. saya boleh buat kreatif punya training islamic boleh pergi family, kanak-kanak semua lepastu dia kata you write your report.... to our ..to endorse punya consultant is international body dan bila saya dapat saya punya training material teknik dan..

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat saya maklum cadangan itu, kita PM (Personel messege) tepi nanti sebab banyak soalan... yang kena jawab ye. Saya hargai terima kasih. Saya nak bergerak kepada Pendidikan Kesihatan. Walaupun Yang Berhormat Sijangkang yang bawa isu ini tetapi dia tiada tetapi saya ingat saya nak beritahu kepada Yang Berhormat sekalian tentang langkah-langkah di dalam meningkatkan tahap kesedaran dan advokasi masyarakat dalam bidang kesihatan. Kerajaan Negeri bila kita menjenamakan semula Portfolio Kesihatan pada Kesihatan Awam, kita hendak bergerak kepada Pencegahan. Jadi untuk pencegahan tidak dapat tidak kita perlu membuat pendidikan kesihatan. Untuk tujuan itu, Yang Berhormat sekalian kita memang ada peruntukan untuk tahun ini (2022) Insya Allah Alhamdulillah kita ada peruntukan di dalam peruntukan SELPHAC (Selangor Public Health Advisory Council) untuk kita laksanakan program-program advokasi dan program-program pendidikan kepada masyarakat dengan lebih meluas. Insya Allah.

Jadi kita telah mewujudkan baru ini juga (seminggu yang lepas) kita telah mengadakan apa kita panggil SELANGOR HEALTH PARTNERSHIP PROGRAMME atau SELHEALTH untuk kita mendapat input daripada para akademik, NGO dan pelbagai sektor swasta yang terlibat langsung untuk membawa proposal atau pitching kepada kita untuk membantu Kerajaan Selangor untuk beberapa kita panggil 8 Keutamaan Kesihatan Awam yang kritikal iaitu:

i. Penyakit Tidak Berjangkit yang dikenali dengan NCD. ii. Kesihatan Mental. iii. Kanser. iv. Penuaan Secara Sihat. v. Nutrisi Awal Kanak-Kanak.

vi. Ketagihan Dadah. vii. Tuberculosis viii. Literasi Kesihatan.

Jadi Insyaa allah ini adalah dalam pipe line Insyaa Allah. Pada masa yang sama kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan Program Tanya Apa Sahaja semenjak kita dilanda oleh Pandemic Covid, sebanyak 12 siri program untuk program interaksi dengan rakyat melalui siaran facebook dan sebagainya. Jadi untuk tahun 2022 kita akan menjawab lagi atau akan mengadakan lagi siri-siri ini untuk rakyat negeri Selangor. Itu mengenai pendidikan dan saya juga ingin mengingatkan kepada semua ADUN sekalian bahawa sekarang di bawah setiap ADUN ada SUKA sukarelawan kesihatan awam dan kita nak sukarelawan kesihatan ini sekurang-kurangnya menjadi 1st line atau pun barisan hadapan dalam menangani isu-isu kesihatan di dalam komuniti. Jadi, pastikan mereka aktif. Kita sudah beri peruntukan hampir RM20,000 untuk SUKA bukan sahaja untuk melawat orang sakit tetapi juga mereka boleh menangani sesetengah isu kerana mereka dikehendaki menghadiri beberapa kursus untuk menyiapkan diri mereka berhadapan dengan isu-isu ini. Baru-baru ini kita ada, kita sudah menjalankan sebenarnya bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri dengan Persatuan Kesihatan Awam Malaysia, Bengkel Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Bengkel Cardio Pulmonary Resuscitaton (CPR), Bengkel Psychologycal 1st Aid, Modul Sihat dan Bengkel Penjagaan Anak Istimewa. Semua ini adalah untuk membantu para ADUN untuk menjadi barisan pertama jikalau ada dalam masyarakat kita mengajar atau pun memberi ilmu kepada mereka macam mana nak kesan kes itu awal dan ke mana harus dirujuk. Bukan kata mereka ini perlu melakukan rawatan, tidak. Tetapi mengenal pasti kadang-kadang ada orang yang sakit tetapi tidak tahu dan mereka juga perlu membawa semua program-program yang ditawarkan oleh kerajaan. Saya beri contoh, mungkin ADUN sekalian tidak membaca small print apabila mereka ada ISS, rakyat ada ISS (Iltizam Selangor Sihat) sebelum ini Peduli Sihat bukan sahaja kalau meninggal dapat RM5,000 tetapi misalnya seorang itu sihat, nampak sihat dia ada darah tinggi tetapi dia dapat stroke, dia dapat sakit jantung, penyakit kritikal ini juga kalau mereka adalah pemegang atau penerima ISS mereka boleh dapat RM5,000 dari situ untuk membantu masa mereka sakit.

Jadi kalau tidak tahu program kerajaan negeri itu yang kadang-kadang mungkin kita disalahkan kerana kononnya tidak mewar-warkan dan sebagainya tetapi Pusat Khidmat Masyarakat tidak ada alasan kerana setiap kali kami melaksanakan program-program taklimat dengan mereka cuma muka-muka yang sama yang datang. Ada DUN tidak hantar langsung. Macam mana nak tahu program yang kita laksanakan. Dan jangan lupa kita ada program-program ini bila ada jelajah Penyayang Selangor, Saring Selangor semuanya kita promosikan apabila kita berjumpa dengan orang ramai.

Anak Selangor Anak Sihat ini bertanya soalan mengenai kesihatan anak-anak. Kita maklum tentang kajian yang telah dilakukan di kawasan-kawasan berpendapatan rendah PPR dan sebagainya, rumah-rumah flat kos rendah dan sebagainya 25 peratus hingga

30 peratus anak-anak terbantut. Kita ada dua senario, satu anak terbantut satu lagi anak obes. Kedua-duanya adalah masalah kesihatan. Jadi, dua tahun yang lepas (2021 dan 2020) kita telah mulakan program Anak Selangor Anak Sihat dengan memberi food supplement bagi makanan, bagi susu dan sebagainya namun kita tahu bahawa pemberian makanan ini sahaja tidak akan bertahan lama. Apa yang penting adalah pemakanan sihat dan program yang sangat mapan adalah mengajar ibu bapa tentang bagaimana untuk menyediakan makanan sihat dan murah. Dan ini lah langkah kita seterusnya, untuk kita memastikan anak-anak daripada B40 mendapat makanan yang sihat tetapi murah. Ramai yang tidak tahu banyak makanan sihat tetapi murah. Ramai melihat kepada makanan segera yang mahal yang mengenyangkan perut dan sebagainya. Insyaa Allah terima kasih. Ini adalah program untuk anak ye.

Seterusnya, Bantuan Sihat Selangor. Yang Berhormat Air Tawar juga bertanya, saya nak bawa balik kerana ramai juga pejabat DUN masih lagi kelabu tentang perkara ini walaupun kita ada hotline kita dan sebagainya. Untuk makluman semua, Program Bantuan Smart Selangor ini setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk program-program atau pun rawatan-rawatan yang diperlukan. Cuma rawatan ini tidak boleh emergency dan tahun ini saya akan tambah sikit program bukan emergency misalnya nak buat katarak. Kita sebahagian besar ¾ nya adalah untuk dialisis. Jadi permohonan itu perlu dibuat sekurang-kurang nya dua (2) minggu. Tahun depan insyaa Allah tambah baiknya kita akan bayar online terus kepada approval yang boleh dibuat online dan akan dibayar terus kepada provider. Duit itu tidak diberi kepada pesakit. Kita bayar terus kepada dialysis centre, kita bayar terus kepada farmasi dan sebagainya. Dalam ini kita telah memperluaskan kepada semua penyakit lain juga seperti thalassemia dan sebagainya tetapi mereka perlu datang kepada kita dan beritahu siapa provider nya. Misalnya kalau yang thalassemia memerlukan tambahan-tambahan ubatan dan sebagainya dan ubat itu perlu dibeli dari farmasi dan mereka perlu dapat sebut harga. Jadi juga kita tambah sebenarnya untuk pesakit-pesakit yang terlantar di rumah. Apabila kita ke bawah mereka mengatakan tiap-tiap kali mereka nak follow up pergi ke klinik mereka perlu kerana mereka lumpuh mereka perlu bayar kepada ambulans RM500.00. kalau ada appointment itu sudah ada dan kita tahu kita boleh mohon untuk kita bayarkan kos ambulans itu. Lagi satu cara adalah kalau dia tidak perlu ke hospital kerana biasanya bila seorang itu lumpuh dia periksa darah tinggi kencing manis semua itu, kita boleh hantar doktor ke sana (Doktor Selcare) ke rumah mereka untuk melaksanakan pemeriksaan-pemeriksaan lanjutan ini kepada mereka.

Jadi, syaratnya seperti yang diketahui tangga gaji atau pun pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah Insyaa Allah. Jangan emergency. Cuma saya nak sebut Insyaa Allah tahun ini tambah baik ISS kita adalah untuk perkara-perkara yang emergency yang kecemasan namun kita ingatkan kita tidak bayar kecemasan kecuali kecemasan betul-betul yang terpaksa kepada hospital swasta. Misalnya, dia mengalami eksiden dan di bawa ke hospital swasta dan kemudian dia ada bil. Itu adalah eksiden. Tetapi kalau memilih untuk pergi buat operation di Hospital Putrajaya. Hospital Putrajaya itu Hospital

Kelas Pertama dan memang kena bayar. Kalau pilihan kita pilih hospital swasta makan bil tidak akan dibayar kepada hospital swasta kecuali dalam keadaan kecemasan. Untuk iltizam Sihat Selangor saya ingat ini saya nak beritahu bahawa kita juga seperti dengan BINGKAS masih ada lagi tempat untuk ISS untuk penerima. Isunya adalah DUN-DUN yang di luar bandar dan di utara terutamanya semuanya sudah melebihi ya, sudah melebihi daripada kuota yang telah diberikan. Pada masa ketika, suatu ketika saya minta ihsan daripada DUN-DUN bandar yang tak pakai bagilah balik sikit saya nak bagi kepada DUN-DUN luar ya, dan saya lihat setengah tu ada seribu lebih lagi, ada banyak lagi. Jadi, rugi kalau kita tak gunakan sebab kita ada takaful di situ. Kita bayar satu kepala, satu keluarga RM5.00 satu bulan untuk takaful itu satu tahun RM60.00 untuk mendapat manfaat-manfaat yang saya sebut tadi. Jadi, sekarang kita punya pendaftaran ISS hanya 80,000 lebih kurang. Kita ada 20,000 lagi. Jadi, kalau kita tak ambil ya, maknanya kita rugilah kita bayar untuk takaful tapi tak ada pesertanya. Jadi, saya minta kepada YB ADUN sekalian, saya ada menulis surat, UPEN ada menulis surat yang kami akan ambil balik tapi akhirnya yang kami dapat adalah surat-surat rayuan untuk masih meneruskan. Tapi kalau dah ada 1,000 dan sebagainya tu bagilah balik 500. Simpanlah 500 supaya saya boleh bagi kepada Bukit Malawati

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Orang ke? 500 orang?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ya?

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

500 apa?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Macam mana?

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

500 apa?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

500 kuota kita tu.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Orangnya? Manusianya?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Tak. Kita ada tuan-tuan, Yang Berhormat sekalian. Ada senarai dan boleh cek dengan Selcare setiap kali banyak mana lagi yang ada. Jadi, kalau rasa tak boleh habis ni, bagilah balik. Kita bagi pada DUN-DUN yang sudah melebihi sebenarnya dan saya pejam matalah bagi yang lebih tu. Cuma mereka ada senarai menanti yang ramai. Sabak Bernam, Bukit Malawati, Jeram dan sebagainya. Kalau boleh tolong ya. Fikirkan semula. Saya, kalau saya ambil secara paksa nanti memberontak pula ADUN semua kan? OK. Mengenai kesihatan mental saya ingat dah terjawab mungkin sedikit sahaja daripada masa soalan ni datang kita belum lancarkan lagi subsidi rawatan psikatri tapi kita lancarkan dua hari lepas. Semasa soalan ni datang ni kita nak menerangkan bahawa kita ikut sistem untuk kesihatan mental juga sudah hampir lengkap ya, daripada advokasi, pendidikan, early intervensi awal dan

sebagainya dan sekarang ni kita menambah iaitu rawatan segera ataupun yang lebih cepat daripada kalau terpaksa que masuk KKM jumpa ahli pakar psikiatri, kita sudah ada apa kita panggil insubsidi rawatan psikiatri sebanyak 700 slot ya, makna satu pesakit boleh dapat lima slot. Dan kita bekerjasama dengan Persatuan Psikiatri Malaysia dan doktor-doktor swasta ini akan bertemu dengan cepat mereka-mereka yang memerlukan perjumpaan bertemu muka dengan doktor. Jadi, saya minta ADUN-ADUN aware perkara ini dan tolong buat program untuk ajar mereka yang macam mana nak guna Selangkah. Ia kena pergi melalui Selangkah. Tak boleh begitu saja, ya. Register kat Selangkah dan tengok. Saya kalau boleh saya nak tanyalah berapa orang yang kat sini dah go through Selangkah dan tengok apa yang ada? Haaa Bukit Tunku. YB Teng...YB Bandar Baru Klang sudah, ya. Soalan yang seterusnya adalah mengenai penjagaan kesihatan warga emas. Memang ini menjadi salah satu kebimbangan saya sebenarnya kerana negara kita ni negara menua, ya dan apabila kita ada populasi warga emas yang semakin meninggi ini dan kita ada berlaku apa kita panggil neglect pengabaian kepada warga emas. Tapi di segi kesihatannya sistem kesihatan kita sudah siapkan. Makna di KKM ada, PKD ada, klinik kesihatan ada. Cuma yang menjadi concern adalah kita perlu disarankan supaya kita mengadakan pusat-pusat apa ni, kesihatan bila warga emas boleh berhimpun ya, untuk kita melihat kesihatan mereka dan sebagainya. Sebenarnya di bawah JKM, kita sudah ada PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas). Tapi saya tau Pusat Aktivititi Warga Emas ni yang datang yang sihat, yang kurang sakit, ya. Tapi kita akan terus memikirkan bagaimana kita nak memberi sokongan kepada PAWE dan kalau Yang Berhormat sekalian ada tempat-tempat yang boleh dijadikan Pusat Aktiviti Warga Emas, maka pemeriksaan kesihatan tu kita boleh bawa ke sana. Kita boleh mobilize klinik kesihatan, kita boleh mobilise Selcare untuk kita ni, dan masa sekarang pun kami telah sedang melaksanakan selveks influenza pneumococcal iaitu memberi vaksinasi di rumah-rumah warga emas ya, untuk bagi vaccination ini.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Satu soalan. Kerjasama dengan pihak JAIS bawah masjid ke? Ada buat? Contohnya tempat pergi hantar, dia return lah. Pagi-pagi hantar emak ke, nenek ke, atok ke, bapa ke, ke kelas. Dia suka kawan-kawan dia buka kitab. Dia nak buat tak berjaya dekat Hulu Kelang sebab dia kata JAIS ada halanganlah apa kan? Ada tak difikirkan untuk diadakan komuniti togetherness among the di kalangan orang-orang warga emas dalam bentuk kerjasama dengan surau dan masjid yang besarlah, yang boleh, ada cukup dana untuk bayar pada ustazah mengajar pakcik-pakcik ni, orang tua, warga emas ni datang hadir untuk dapat ilmu je?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat Hulu Kelang, sebenarnya dalam aspek kesihatan kita tidak ada masalah. Misalnya kalau ada masjid dan surau mengatakan kami nak pemeriksaan kesihatan bagi tahu je kita. Kita boleh gerakkan doktor-doktor daripada Selcare untuk membuat pemeriksaannya. Akhir sekali, pertanyaan mengenai Selangor Saring dan saya ingin melaporkan sedikitlah ya, sehingga 31 Oktober kita sudah mengutip 27,217 sampel ujian darah dan air kencing 6,000 lebih sampel ya, dan kita sekarang tengah melihat balik keputusan-keputusan ini

dan Insya Allah mereka-mereka yang ada keputusan yang dipanggil red flag itu akan dipanggil untuk buat pemeriksaan seterusnya. Tahun ini Insya Allah kita akan terus menyambung program Selangor Saring dengan tambah baik dan Selangor Kanser tetapi Selangor Kanser kita tidak akan buat bersama Selangor Saring lagi tetapi mempunyai apa ni, pertubuhan-pertubuhan kesihatan yang lain yang akan melaksana provider-nya datang daripada pihak universiti dan sebagainya. Jadi, saya ingat Air Tawar tak ada tapi tadi ada juga permintaan supaya program-program ini juga dipanjangkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat pembangkang. Ya, saya tidak ada masalah sebenarnya cuma kalau nak bantu begini. Terus-terang saya katakan bahawa di DUN-DUN pembangkang seperti pengetahuan Yang Berhormat sekalian, kita ada penyelaras ya. Jadi, penyelaras ni lah yang ditugaskan melaksana program-program di bawah Kerajaan Negeri tapi tidak ada halangan untuk bekerjasama dengan ADUN dan ADUN untuk megwar-warkan malah saya suka kalau ADUN yang buatkan sebab kos untuk menganjurkan program tersebut sepatutnya datang daripada ADUN. Peruntukan untuk penyelaras separuh daripada peruntukan ADUN. Dan, ADUN yang saya tau yang lepas macam Sijangkang bukan saja dapat daripada Kerajaan Negeri, ADUN juga dapat daripada pusat, daripada persekutuan. Jadi, kalau ikut beruntung Sijangkang kerana Sijangkang mempunyai penyelaras dengan ADUN. Dua tempat. Jadi, kalau boleh kita bekerjasama untuk melaksanakan program-program kesihatan untuk rakyat Selangor Saring dan sebagainya maka itulah sepatutnya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sentosa.

Nak tanya pada Yang Berhormat EXCO. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah dan syabaslah kepada Yang Berhormat EXCO kerana saya tengok banyak program yang telah dilancarkan oleh pihak STANCO dan juga YB EXCO. Yang Berhormat EXCO, SUKA, Duta Perpaduan, macam-macam programlah. Tapi adakah, saya nak tanya adakah ada peruntukan untuk Ketua SUKA? SUKA team banyak yang buat kerja sejak Covid? Mereka, SUKA tu sukarelawan tapi ada elaun ke macam kita bayar kepada PVS atau KKI dan sebagainya?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat membangkitkan isu ini. Sebenarnya untuk makluman, buat masa sekarang kita tidak ada seperti PWB dan PeBS. Tetapi di dalam peruntukan itu kita membenarkan mereka setiap kali mereka beraktiviti mereka boleh menggunakan itu sebagai makan, minum, duit minyak, apa dan sebagainya. Boleh digunakan daripada situ. Dalam pemikiran kami sebenarnya, kita perlu ada struktur seperti Yang Berhormat sebutkan tadi untuk kesinambungan dan untuk mereka konsisten. Saya pun rasa agak, apa orang kata kadang-kadang perkara ini tidak akan sustainable kalau kita ada turn over yang tinggi ya. Namun, sekarang kami sedang memerhati DUN-DUN mana yang serius ya, dan kita mungkin kita dahulukan DUN-DUN itu dulu dan nanti saya kena bawa kertas lainlah untuk kita..tapi buat tahun ni saya akan pakai lagi duit sejuta yang diperuntukkan untuk SUKA ya. Memang saya memikirkan sebelum saya meninggalkan EXCO Kesihatan ini, struktur

SUKA itu kena ada sebab kita perlu ada SUKA peringkat negeri untuk memantau sebab Penolong Pengarah UPEN dan pejabat saya tidak menang tangan untuk kita memastikan program ini berjalan dengan baik. Dan, bila kita ada aktivis-aktivis kesihatan awam ini yang dedikasi maka program kita Insya Allah mampanlah Yang Berhormat hingga akhirnya. Cuma saya agak sedikit kecewa sebab ada DUN-DUN yang tak pakai duit tu sehingga baru-baru ini saja. Tak pakai. Bagi duit tak pakai. Mungkin duit ADUN dia banyak kot dia pakai duit ADUN dia dan sebagainya. Terima kasih di atas sokongan. Tuan Speaker, sikit saja lagi. Saya juga seperti YB Puan Rodziah, mungkin ini sidang DUN kita yang terakhir sebelum pilihan raya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua dan minta maaf, ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan di atas perkhidmatan saya kepada semua ADUN. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Saya persilakan Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker, saya..saya rasalah mungkin adalah satu sidang lagi. Tak payah ucap selamat jalan dulu. OK, baik. Tuan Timbalan Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang dengan Yang Berhormat Bukit Gasing yang menyentuh beberapa isu di bawah bidang kuasa saya. Tuan Speaker, dalam usaha untuk memastikan pembangunan serantau bersepadu di Selangor Selatan atau dalam Bahasa Inggerisnya dengan izin, Integrated Development Region In South Selangor (IDRISS). Untuk memastikan IDRIS ni dapat direalisasikan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan IDRISS. Jawatankuasa Petugas Khas ini berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu merealisasikan pelaksanaan cadangan-cadangan projek di samping membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Dan, isu-isu yang berbangkit itulah isu-isu tentang pembangunan. Mesyuarat bagi jawatankuasa ini diadakan secara berkala dan ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada jabatan-jabatan teknikal sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Melalui penglibatan agensi-agensi teknikal yang berkaitan dalam jawatankuasa ini membolehkan pihak Kerajaan Negeri dapat menilai serta menyemak keperluan bagi menaik taraf kemudahan infra dan sebagainya agar projek-projek pembangunan ini kelak tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat setempat. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk setempat dan alam sekitar. Sebagai contoh, jawatankuasa telah mencadangkan agar jalan baru yang sedang dibina bagi menghubungkan jalan kampung Ulu Chucoh ke Kuala Lumpur International Airport dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong agar pembangunan yang akan dilaksanakan tidak mendatangkan kesesakan lalu lintas ke atas sistem jalan raya yang sedia ada. Setiap pemaju akan memberikan taklimat berkenaan status kemajuan serta isu-isu yang berbangkit ketika mesyuarat diadakan. Melalui mesyuarat yang diadakan, jabatan-jabatan teknikal secara langsung akan dapat mengetahui status pelaksanaan projek serta bantuan-bantuan yang diperlukan oleh penggerak projek. Pihak jabatan

teknikal juga dapat memberikan pandangan awal berkenaan syarat-syarat pembangunan yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh setiap penggerak projek yang berkaitan. Selain itu, cadangan-cadangan projek di bawah IDRISS ini merupakan projek yang terancang dan pemaju perlu melalui proses kelulusan pembangunan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal bagi memastikan segala keperluan syarat pembangunan dipatuhi dan keperluan kemudahan infra disediakan secukupnya oleh pihak pemaju.

Oleh itu saya kira pihak Yang Berhormat Sijangkang tidak perlu risau sebab saya ada, saya lihat daripada ucapan Yang Berhormat Sijangkang semua persepsi-persepsi yang negatif diberikan sedangkan kita cuba membawa pembangunan yang secara terancang dan dengan cara, dengan methodology yang kita rancangkan seperti ini. Jadi, sudah tentu sumber Jabatan Teknikal agak ketat. Sebenarnya kalau saya lihat Jabatan Perancang Bandar, PBT kita termasuk juga JKR amat teliti dalam melihat semua permohonan tersebut. Jadi, kita memang melihat dengan ketat dan kadang-kadang kita merasai peraturan-peraturan itu terlalu ketat hingga boleh merencatkan pembangunan. Itu yang sebenarnya kekuatan kita. Kita memerlukan pembangunan yang pesat untuk memacu ekonomi kita. Jadi, kalau kita lihat tadi Yang Berhormat Seri Serdang menceritakan pelbagai program, kita ada program kesihatan, kebajikan, daripada bayi kita jaga, sampai warga emas kita jaga, berbagai-bagai program yang memerlukan banyak kewangan. Kalau ekonomi kita tidak bergerak, macam mana kita boleh menyediakan begitu banyak peruntukan untuk program-program seperti ini? Anak istimewa kena jaga, semua kena jaga. Yang ada IC, tidak ada IC pun kena jaga. Itu yang menyebabkan kita perlukan projek-projek seperti ini untuk memacukan pembangunan kita khususnya dalam keadaan kita telah pun meramalkan dalam tahun depan kita akan mengalami mungkin resesi. Jadi, itu adalah satu cabaran. Oleh itu, untuk IDRISS ini adalah antara projek pembangunan yang utama yang telah pun Kerajaan Negeri mulakan termasuk SMG dan juga SABDA. Semua ini adalah bertujuan untuk memacu ekonomi. Dan sudah tentu kita akan melihat kepada seperti yang saya sebutkan tadi, semua jabatan ini akan melihat perancangan paritnya, perparitan macam mana dan sebagainya. Kita sudah ambil kira semua ya, termasuk orang asli, walaupun kita membangunkan Carey Island, tidak bererti orang asli kita ketepikan. Jadi, jangan risau, kita memang melihat kebajikan. Sebenarnya yang paling kita takut ialah kebajikan orang asli sebab mereka ada kumpulan yang memerlukan bantuan dan juga perlindungan daripada kita. Sudah tentu kita melihat pada aspek itu. Sebab itu, dalam bajet kali ini kita juga menyediakan elaun untuk yang menjaga orang asli, Ketua-ketua Kampung tersebut. Ini, semua ini adalah yang telah pun kita lihat, kita kaji sebelum kita melancarkan program-program tersebut. Tuan Timbalan Speaker.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Satu soalan. Boleh?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, sila.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya setuju kita mesti expand. Lagi kita banyak kembang kita reach out, bagus. Tapi kami, everytime program EXCO datang, dia reach out termasuk Jelajah baru-baru ini, ia hendak khemah, nak apa kan, EXCO minta dan kadang-kadang sampai, Hulu Kelang sampai dah 18 program, jadi kita kekurangan wang lah. All EXCO Programme lah, pakai duit kami. Jadi, kalau kita boleh dapat sokongan MB, EXCO ataupun lain-lain daripada ADUN bagus lah, kami sokong. RM1 juta boleh lah setahun.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker.

Walaupun Jawatankuasa Tetap saya bertanggungjawab untuk memacu ekonomi, mencari keuntungan, mencari hasil tetapi sebenarnya kalau kita lihat buku bajet tersebut, Jawatankuasa Tetap saya yang paling dapat sikit peruntukan. Paling sikit. RM30 juta untuk pembangunan. Hanya tidak sampai RM6 juta, RM8 juta untuk pengurusan. Kalau banding dengan Seri Serdang, beratus juta ada di bawah itu. Yang dibagi itu beratus juta tetapi yang digunakan, diberikan untuk saya mencari hasil, menambahkan hasil, sedikit. Jadi, kena kita lihat daripada itu, kepentingan. Jangan kita asyik mintak Seri Serdang, bagi lagi, bagi lagi tapi tidak bagi penekanan kepada pembangunan ekonomi. RM30 juta bayangkan, pembangunan RM30 juta sahaja. Tetapi kalau berapa kita bagi BINGKAS? RM108 juta, kita gembira lah, popular. Setiap keluarga kita bagi RM300.00 sebulan, RM3,600.00 setahun. RM108 juta, tepuk semua. Lagi, apa lagi, insurans tersebut, RM45 juta untuk bagi perlindungan. Tetapi yang bagi pada saya pembangunan nak buat lagi SIBS, nak buat SAS dan sebagainya semua RM30 juta. Itu perbezaan, jadi saya berharap bila kita melancarkan program-program seperti ini, pembangunan seperti ini, bagi sokongan ya. Jangan bagi persepsi yang negatif seolah-olah kita akan menyebabkan kesusahan kepada orang tempatan tidak jaga anak tempatan untuk cari kerja. Yang kita hendak wujudkan kerja ini, pekerjaan, bukan hanya untuk pekerjaan untuk orang tempatan, kita mengharapkan pekerjaan kita dapat menarik juga orang luar datang. Sebab mereka akan membawa bukan sahaja pelaburan tetapi pengetahuan. Technical knowledge, ia bawa kepada kita.

Kita bayangkan, kita boleh lihat di Dubai, di Dubai sebenarnya kebanyakannya, kebanyakan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi adalah orang India yang telah pun bermastautin berpuluh tahun di situ. Mereka yang membawa kekayaan kepada Dubai, Dubai tidak jadi Negara asing. Kita pergi Dubai, orang asing ramai tetapi mereka lah yang mencipta kekayaan untuk Negara itu. Tidak usah kita rasa takut, warga asing dan sebagainya. Warga asing datang ada kesan sampingan, kita cari penyelesaian. Kita kena timbangkan. Jangan kita lihat, jadi kalau kita letakkan kedatangan orang asing sebagai satu kesan negatif maka dia memperolehi persepsi yang memberikan satu persepsi yang amat negatif kepada orang tempatan dan mereka akan menolak pembangunan. Jadi, dalam pada kita hendak tunjukkan bahawa kita mempertahankan hak rakyat Malaysia ini, jangan kita memberi persepsi yang silap. Jadi, saya rasa itu yang patut kita timbangkan dengan sebaik-baiknya sebelum kita, setiap kali bila menceritakan

pembangunan kita ceritakan lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif yang kita perlukan. Silakan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingat ini bukan satu persepsi yang negatif ataupun yang buruk sebab ia berlaku secara, sejarah yang berlaku dan ini yang menimbulkan kekhuatiran kepada saya dan juga masyarakat di kawasan saya. Alhamdulillah ada Jawatankuasa ini yang saya pun cukup seronok bila melihat dalam bajet ini satu Jawatankuasa yang akan diwujudkan untuk memantau pembangunan IDRISS ini dan kita harapkan Jawatankuasa yang betul-betul profesional kerana seperti mana yang saya sebutkan, sejarah semasa pembangunan Tunnel City, contohnya lah kan, penempatan semula masyarakat orang asli di Taman Kemandol. Tempat kawasan rayaunya diganti dengan kawasan di Rembau dan juga di Negeri Pahang. Jadi, sangat menyusahkan. Kemudian kawasan yang rizab Melayu digantikan di kawasan Pulau Carey yang menjadi penempatan sehingga ke hari ini, kawasan penerokaan oleh orang-orang Melayu dan orang-orang India. Kawasan gantian di Hulu Selangor yang sekarang ini juga menjadi penerokaan-penerokaan. Jadi, ini perkara-perkara yang saya kira impak ini tidak baik. Sebagai ingatan supaya Jawatankuasa ini akan lebih cukup profesional. Termasuk lah Yang Berhormat menjawab tempoh hari pembangunan di Bandar Mahkota, tidak ada KM, dah bangunkan dah sehingga dikenakan kompaun RM3 juta walaupun betul dia boleh bayar tetapi ini suatu yang kadang-kadang sangat mengecewakan. Penggunaan air yang sepatutnya air yang keluar dari kilang ini yang ambil air daripada sungai yang kelas nya, kelas yang tidak baik, keluasannya baik tetapi kesannya ada pencemaran, kematian hidupan-hidupan sungai, yang ini juga Yang Berhormat akui. Jadi, harapan kita berlaku pembangunan kemudian banjir, harapan kita dengan Jawatankuasa ini, saya tidak mengambil, membawa kepada persepsi yang negatif tetapi ini beberapa precaution, dengan izin, firasat yang harus betul-betul akan diambil tindakan sekurang-kurangnya oleh Jawatankuasa ini ataupun pihak-pihak yang ada authority, PBT, dan semua lah dan yang saya concern sekarang ini adalah berkaitan dengan banjir, dan kalau boleh, tadi pun disebutkan sistem saliran akan menjadi keutamaan sebelum pembangunan ini, sebab saya tengok pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang sebelum ini tidak ada, tidak lah memperlihatkan banjir di kawasan Taman Kemandol, sebagai contoh, hari ini baru hendak mula nampak banjir. Saya tidak tahu sama ada itu sebabnya ataupun jumlah hujan yang lebih tetapi ini berlaku. Terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Yang Berhormat Sijangkang patut memberikan keyakinan terhadap pegawai-pegawai kita sama ada di PBT ataupun di JKR dan sebagainya. Mereka terlatih, berpengalaman. Dalam Jawatankuasa tersebut pun kawan politik saya seorang sahaja. Saya yang mempengerusikan, saya yang menyelaraskan supaya semua jabatan dapat kerjasama dengan baik. Supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya percaya, penuh percaya pada kepakaran

mereka. Jangan kita menganggapkan bahawa jabatan kita tidak ikut. Mereka yang paling patuh kepada semua peraturan. Kadang-kadang budi bicara tidak digunakan, terlalu ketat. Kita lihat bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah, kadang-kadang ia juga ada percanggahan di antara kepentingan pembangunan tersebut dengan peraturan yang mungkin ada ruang untuk kita membuat penyelesaian, kita tidak menggunakan budi bicara. Itu yang kita lakukan. Sudah tentu pengalaman yang dulu mungkin berlainan dengan pembangunan yang kita hendak buat sebab ini, pembangunan ini berada di kawasan Greenfield, jadi ia tidak ada masalah seperti yang berlaku sebelum ini sebab sebelum ini banyak pembangunan tidak terancang dan bila kita buat pembangunan yang baru, ia mendatangkan masalah tetapi ini kawasan baru. Dan berkenaan dengan di Banting tersebut, di kilang tersebut, bukan mereka tidak ada KM, KM dalam proses, dia belum dikemukakan. Tetapi ia ikut juga sebenarnya cuma ia hendak, ia perlukan masa, ia perlukan masa yang singkat untuk siapkan kilang sementara itu PBT perlukan masa untuk meneliti, jadi itu ada percanggahan, ia buat dah kira-kira mereka dan perjalanan-perjalanan sungai di situ tidak ada masalah yang banyak sebab itu telah dikaji oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Tidak mendatangkan apa masalah sebab kalau mengikut laporan tersebut air yang dikeluarkan dari kilang itu lebih bersih daripada air sungai jadi tidak akan mendatangkan masalah yang akan mendatangkan masalah bila tidak ada pematuhan. Itu adalah proses penguatkuasaan kemudian tetapi untuk perancangan ini, perancangan pembangunan ini patut kita beri sokongan yang sepatutnya. Orang asli pun sama juga kita kadang-kadang terpaksa kita melakukan perpindahan. Mungkin perpindahan itu yang berpuas hati, yang tidak berpuas hati adalah kawasan baru yang dipindahkan, itu lah berpuas hati tetapi kalau kadang-kadang kawasan yang tempat itu, lokasi itu kita perlukan. Kalau kita dapat pelabuhan, sudah tentu kena di tepi pantai. Tidak boleh kita buat pelabuhan di dalam hutan. Sudah tentu kalau kawasan itu diduduki oleh kumpulan orang kampung di situ terpaksa kita pindahkan, kita pindahkan. Seluruh dunia, semua ini caranya. Bayangkan kalau kita, sebab kita nak jaga kampung tersebut, pelabuhan kita, kita tidak buat di Pulau Carey, kita buat pula di Sepang. Tidak boleh lah. Ia jauh daripada laut, jadi kita kena tengok practicality nya. Kita kena pragmatic.

Tuan Speaker, dalam perancangan pembangunan Pulau Carey, pihak Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMKN yang Ke-7/2022 telah memutuskan agar UPEN dan Invest Selangor menyelaras pelantikan sebuah agensi perunding untuk mengetuai pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey dan seterusnya melaporkan kepada Kerajaan Negeri secara berkala. Mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 7 Jun 2022 telah mengambil maklum keputusan Kerajaan Negeri dan pembentangan hasil kajian kebolehlaksanaan ataupun Feasibility Study Projek Pembangunan Terminal Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey. Mesyuarat juga turut memutuskan agar Invest Selangor melaksanakan dan mengembangkan lagi skop kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak Lembaga Pelabuhan Klang dengan mengambil kira beberapa perkara seperti pertama, cadangan pembangunan Pulau Carey daripada perspektif Kerajaan Negeri dengan menjadikan Kajian Lembaga Pelabuhan Klang sebagai kajian asas. Dua, hala tuju dan kaedah

strategik penglibatan Kerajaan Negeri terutamanya anak-anak syarikat dalam pembangunan Pulau Carey. Itu salah satu caranya Kerajaan Negeri hendak mencari hasil, hasil ataupun sumber hasil yang baru. Ada Yang Berhormat menyebut bahawa kita terlalu bergantung pada premium, ini adalah salah satu caranya bagaimana kita mencari sumber hasil yang baru iaitu kita melabur juga, mengambil bahagian juga dalam pembangunan Pelabuhan Pulau Carey. Ini salah satu caranya sebab kita boleh menggunakan premium yang sepatutnya kita pungut, kita tidak pungut kita letak balik sebagai modal kita. Jadi, bererti selepas itu bila Pelabuhan Klang, Pelabuhan Carey Island ini beroperasi ada keuntungan, kita dapat keuntungan yang recurring yang berulang, itu cara kita mengekalkan sustainability kita.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Sekali lagi soalan. Dulu kalau tidak silap saya, pada dua (2) tahun lepas, Menteri Besar menyatakan bahawa sumber pendapatan tambahan adalah daripada keuntungan ataupun dividen GLC. Adakah telah diserapkan ke dalam carta pagi ini, ada? Sudah mula? Ini kategori apa? Appointment category?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, sepatutnya kita mendapat sumber hasil daripada GLC juga tetapi selama ini kita tidak banyak dapat dividen jadi mulai, kalau tidak silap saya tiga (3) tahun dulu Kerajaan Negeri telah pun memberikan arahan dan menetapkan target untuk kita pungut dividen daripada GLC, itu yang kita rancang dan laksanakan dan untuk kita mendapatkan sumber hasil yang baru maka kita juga akan menggalakkan GLC kita mengambil bahagian dalam pembangunan projek seperti ini termasuk Pulau Carey. Itu adalah antara cara yang akan kita lakukan iaitu kita dengan menggunakan premium, itu kekuatan kita. Bererti kita tidak ambil premium sekali, katakan RM500 juta masuk dalam Wang Disatukan kemudian belanja dalam bajet selepas itu habis. Sekali kita pungut. Tetapi sekarang ini kita akan melabur balik, itu satu cara yang sedang kita kaji dan juga galakkan. Sebenarnya dah banyak projek yang kita lakukan. Yang ketiganya, kaedah kerjasama strategi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memudahcara dan mempercepatkan pembangunan Pulau Carey. Keempat, manfaat dan impak pembangunan Pulau Carey kepada Negeri dan rakyat Selangor. Matlamat kajian adalah untuk perancangan jangka panjang bagi pembangunan sekitar Pulau Carey dan impak kepada ekonomi Negeri Selangor. Pewujudan pelan kajian ini kelak akan membolehkan Kerajaan Negeri memberikan maklumat dan membuat keputusan yang tepat dan lebih berkesan kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Untuk ini Tuan Speaker, juga saya ada maklumat tambahan berkenaan dengan kesan sampingan terhadap alam sekitar, pencemaran dan banjir, kebanjiran warga asing yang dibawa oleh Yang Berhormat Sijangkang tadi.

Bagi pembangunan IDRISS di Pulau Carey, ia melibatkan Pelabuhan Pulau Carey dan juga Zon Ekonomi Pulau Carey. Bererti Pulau Carey, keluasannya adalah 32,000 ekar, pembangunannya ada dua (2) bahagian iaitu satu nya pelabuhan. Itu hanya melibatkan beberapa ribu ekar tanah. Kemudian, selainnya adalah pembangunan yang akan dibawa dengan menggunakan kesempatan ini, bila kita sudah ada pelabuhan sudah tentu aktiviti-

aktiviti yang berkaitan, pembuatan, pengilangan, logistik dan sebagainya akan dapat dibangunkan. Jadi, bagi cadangan pembangunan ini, pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor sedang menyediakan Pelan Induk Perancangan Pembangunan Persisiran Pantai Klang - Kuala Langat untuk dijadikan sebagai panduan kepada agensi dalam meluluskan pembangunan di kawasan tersebut. Ia melibatkan Klang kerana Pelabuhan Klang / Pelabuhan Barat (West Port) yang sedia ada ini berada dalam daerah Klang. Dan untuk West Port, mereka juga dalam proses untuk membesarkan Pelabuhan yang sedia ada tetapi itu tidak mencukupi untuk kita bersaing dengan Singapura sekiranya kita tidak memperbesarkan Pelabuhan kita. Oleh itu, dari Pulau Indah kita pindah ke Pulau Carey. Tambah lagi satu Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Carey, Pulau Carey. Itu yang kita rancangkan. Pelan Induk Perancangan Pembangunan Persisiran Pantai Klang - Kuala Langat adalah untuk dijadikan sebagai panduan kepada agensi dalam meluluskan pembangunan di kawasan tersebut jadi kita melihat secara holistik bagaimana pembangunan pelabuhan ini akan menjejaskan perancangan akan datang. Jadi, akan dilihat secara holistik. Bagi memastikan pembangunan IDRISS yang terletak dalam daerah Kuala Langat mengambil kira kesan sampingan terhadap alam sekitar, pencemaran dan kebanjiran warganegara, kita melihat umpamanya, pertama, Projek NCT Land, Kuala Langat Smart Industrial Park masih dalam kelulusan Kebenaran Merancang. Pihak pemaju telah disyaratkan untuk menyediakan dan mengemukakan Laporan EIA, SIA dan TIA. Semua perlu mereka lakukan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Dan projek ini adalah seluas lebih kurang 750 ekar. Itu dalam proses dah, kalau tidak silap saya, ya, itu disebut dalam proses untuk kelulusan Kebenaran Merancang dan bagi pembangunan Pulau Carey, pihak Plan Malaysia sedang menyediakan Pelan Induk Perancangan Pembangunan Persisiran Pantai Klang - Kuala Langat bagi kawasan yang terlibat dengan mengambil kira semua aspek termasuk penempatan warga asing, pengekalan, penempatan orang asli dan langkah-langkah mitigasi bagi melindungi alam sekitar. Semua akan kita lihat. Termasuk juga kita telah pun mengarahkan pihak PKNS untuk melihat, untuk pembangunan, tempat penempatan untuk pekerja.

Tuan Speaker, dalam usaha menggalakkan pihak industri mendapatkan sumber tenaga kerja daripada rakyat tempatan di bawah syarat-syarat lesen pengilang Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 ataupun Akta 156, pihak MIDA mensyaratkan kepada syarikat untuk melatih warganegara Malaysia supaya pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat jawatan. Jadi, bila kita menyebut tentang pemindahan teknologi, technology transfer ini, kita perlukan mereka datang dahulu, kita belajar daripada mereka. Itu caranya lebih jimat daripada kita hantar pekerja kita ke luar negara untuk melatih. Jadi, dalam proses itu, kita terpaksa menerima lah. Pekerja asing yang ada kepakaran datang. Kita alu-alukan mereka datang supaya kita dapat belajar daripada mereka. Technology transfer baru dapat dilakukan. Selain itu, jumlah guna tenaga sepenuh masa syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 80% warga negara Malaysia. Pengajian rakyat asing termasuk pekerja yang diperolehi melalui

penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar semasa. Ini ada dasar yang jelas daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Tuan Speaker, memang pembangunan Pulau Carey ini di bawah IDRISS ini cukup besar, bukan sahaja lebih besar daripada Petaling Jaya yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing, sebenarnya keluasan Pulau Carey ini adalah separuh daripada Kuala Lumpur lebih sedikit daripada separuh Kuala Lumpur dan ia adalah satu per dua (1/2) keluasannya, satu per lima (1/5) keluasan Singapura. Cukup besar, dan bagi Singapura, projek ini kalau berjaya, menggerunkan sebab kita mempunyai potensi untuk bersaing dengan Singapura. (Ahli Dewan menepuk meja) Tetapi kita berusaha. Bayangkan, sekarang ini, sebentar tadi saya ada sebut pembesaran West Port. Pembesaran West Port itu, ia mengambil masa ya, dan mengikut ramalan mereka sekarang ini jumlah TEU, TEU ialah jumlah container. Jumlah TEU yang dikendalikan oleh West Port ataupun keseluruhan Pelabuhan Kelang adalah 11 juta, TEU setahun. Singapura, 36 juta TEU tiga (3) kali ganda lebih banyak daripada kita. Dia adalah pelabuhan yang paling besar, yang ke-2 besar seluruh dunia dan yang paling besar di dalam Asia Tenggara. Yang kita Pelabuhan Kelang, kedudukan kita dalam senarai dunia adalah yang ke-12 besar. Dalam Asia Tenggara ke-2 besar. Jadi, pesaing kita Singapura, kita hendak kejar. Ok, saya habiskan ini. Kita hendak kejar tetapi memang pihak Persekutuan pun hendak kejar tetapi dengan pembesaran West Port sendiri, kalau berjaya lancar sekali pun, tiada bantahan semua berjalan lancar, 15 tahun dari sekarang atau mungkin 20 tahun kita hanya dapat mencecah 20 juta TEU. Tidak sampai 36 juta TEU yang dikendalikan oleh Singapura. Itu adalah selepas 20 tahun dari sekarang dan dengan anggapan Singapura tidak berkembang. Kita sahaja yang berkembang. 20 tahun daripada sekarang pun tidak boleh sampai situ. Jadi perlu kita mempercepatkan proses kita dengan menyediakan ataupun membuat, membina pelabuhan yang baru untuk kita bersaing. Sila.

Ok, Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya, ada tak Yang Berhormat memikirkan juga tentang ura-ura di Thailand, ia hendak buat terusan terus menyeberangi ke Laut Cina Selatan. Adakah itu juga diambil kira?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Itu memang ada cadangan, ya. Sebenarnya, sekiranya ECRL tidak jadi, sebab ECRL akan menyambung Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Kelang. Sekiranya itu tidak berjaya ada kemungkinan terusan itu, terusan di Selatan Thailand mungkin berjaya. Tetapi mereka ada kekangan. Yang pertamanya ia melibatkan kos yang cukup besar. Sekarang ini hanya China yang berupaya untuk menjalankan projek tersebut. Itu daripada segi kos. Yang keduanya, di Thailand ada masalah politik dalaman. Sebab di bahagian Selatan ada kumpulan pejuang Islam, ia agaknya macam PAS juga lah. Sebenarnya, ia hendak merdeka. Jadi, sudah tentu kalau Kerajaan Negara Thai itu, ia benarkan terusan dibuat, bererti ia pecahkan tanahnya kepada sebahagian, kepada dua (2) bahagian. Itu akan memberikan peluang kepada pihak yang memperjuangkan autonomi ataupun merdeka untuk Thailand Selatan. Jadi,

itu ada masalah yang menjadi penghalang tetapi kita jangan anggap itu tidak akan berlaku, mungkin ia boleh berlaku. Jadi, oleh itu, kita perlu bersiap sedia dengan menyediakan kemudahan yang terbaik, dapat bersaing dengan Singapura supaya yang kapal-kapal antarabangsa ini bergantung pada kita di mana pelaburan mereka di sini. Segala kemudahan infrastruktur yang mereka perlukan di sini, menjadikan, mewujudkan keadaan di mana adalah tidak feasible untuk dibuat lagi terusan di Negara Thai.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih memberi pencerahan bahawa IDRISS adalah port centred development. Ada tak pencerahan tentang 40,000 ekar yang diberitahu dalam ucapan Dato’ Seri Menteri Besar? Adakah ini adalah tanah pembangunan sedia ada ataupun tanah Greenfield dari ladang kelapa sawit ataupun dari hutan simpan?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Sabar Yang Berhormat, saya belum sampai situ. Sabar. Tetapi cuma saya kena betulkan. Pembangunan IDRISS bukan berpusatkan kepada pelabuhan. Ia melibatkan dua (2) buah daerah, Selangor Selatan iaitu daerah Kuala Langat dengan Sepang. Dan baik, untuk memberikan pencerahan kepada Yang Berhormat, antara tujuan pembangunan IDRISS adalah untuk membawa keseimbangan pembangunan ke daerah lain di Selangor yang tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja sebab itu kita pindah ke situ. Selain itu, ia juga dapat merancakkan aktiviti pembangunan hartanah dan meningkatkan kegiatan ekonomi terutama di daerah Sepang dan Kuala Langat. Kawasan bagi cadangan projek-projek pembangunan di bawah IDRISS melibatkan Greenfield development, hanya Greenfield sahaja iaitu kebanyakannya adalah sama ada estet kelapa sawit ataupun belukar. Itu adalah tanah milikan persendirian. Setakat ini tidak ada tanah kerajaan yang terlibat di kawasan Sepang dengan Kuala Langat. Kalau SMG ya sebab ia di kedua-dua belah Sungai Kelang, banyak tanah rizab sungai masih lagi milikan Kerajaan Negeri tetapi projek-projek yang sedia ada ini tidak ada dan ia tidak melibatkan kawasan hutan simpan, langsung tidak ada. Kita juga jaga, sebenarnya, belukar pun kalau kata nak jaga haiwan pun, belukar pun ada haiwan. Kalau nak jaga haiwan, dalam ladang kelapa sawit pun ada haiwan, ada ular juga, ada tikus juga. Tikus juga ada spesiesnya juga. Itu pun ciptaan tuhan juga, jadi kadang-kadang kita terpaksa menggunakan hutan simpan, kalau kita mematuhi dasar kita, 30% tanah kita akan dijaga, terpaksa kita buka, yang tertentu kita buka, ya. Jangan anggap yang tanah belukar ni, ladang estet tiada haiwan, ada juga spesiesnya. Bermacam-macam spesies tikus ada. Tikus pun juga ciptaan tuhan. Jadi, takkan kita tidak gunakan ladang estet untuk pembangunan, takkan kita tidak buka belukar? Belukar juga ular, bermacam-macam spesies ada. Tanah bumi kita sebelum kita tebang semua pokok belukar untuk buat perumahan, buat rumah kita sendiri sekarang, hutan juga. Jadi, kita kena pragmatic. Dalam, sehubungan ini, saya hendak cerita kadang-kadang Kerajaan berundur sebab ada bantahan, bukan kerana kita tidak ada rasionalisme, baik, tidak ada alasan, baik, cuma bila emosi terlalu tinggi kita terpaksa berundur tetapi bila kita membuat perancangan kita kena lihat jauh. Kita sebagai kerajaan sebagai wakil rakyat kita hendaklah melihat perkara atau pun isu tersebut secara holistik

yang kita ikut rentak NGO sangat NGO ini kadang-kadang cuma isu single isu NGO kadang-kadang NGO itu NGI sahaja pun tak ada NGO non government individuals , 3 orang NGO tapi dia NGI sebenarnya.

Tuan Speaker, kebanyakan kawasan cadangan pembangunan di bawah IDRISS melibatkan kawasan ladang kelapa sawit, dan terdapat juga kawasan yang masih belum dibangunkan oleh pemilik tanah yang berkaitan dan dijangkakan cadangan projek-projek pembangunan di bawah IDRISS akan mengambil tempoh 5 hingga 10 tahun bergantung pada perancangan pembangunan setiap penggerak projek yang berkaitan dan IDRISS melibatkan komposisi beberapa cadangan projek pembangunan yang melibatkan sektor perindustrian perkhidmatan, logistik dan pergudangan, pelabuhan, perniagaan, perumahan, pelancongan, dan pendidikan di bawah pengawasan yang boleh berkenaan dengan keluasan pembangunan. Seperti berikut (1) Selangor Business Capital, Pemajunya adalah PKNS keluasan 143 ekar di kawasan di daerah Sepang. (2) Sepang Gold Coast Global Village, kepunyaan Sepang Gold Coast Sdn Bhd 988 ekar, di daerah Sepang. Unisel Global Campus di daerah Sepang, Selangor International Aeropark tanahnya adalah di bawah Sime Darby Propety di Sepang 2000 ekar, Gold Coast Land Emarate kepunyaan Gold Coast Land Malaysia Sdn Bhd,keluasan tanah 2373 ekar di Sepang. New Era Collage University 400 ekar di Sepang. Putrajaya Holding 1678 ekar di Sepang. NCT Smart Industrial and Business Park 732.5 ekar di bawah Kuala Langat. Pelabuhan Kelang, Pulau Carey dan zon Pulau Carey adalah 32000 ekar, ini cuma anggaran dan anggaran daripada projek-projek yang mungkin dapat dijalankan ini tanah yang kita dah hubung pihak pemilik tanah tersebut, umpamanya untuk Pulau Carey tanahnya kebanyakannya kepunyaan Sime Darby kita dah bincang Sime Darby, Sime Darby sudi untuk membangunkan sebahagian agak besar kawasan untuk tujuan tersebut. Kita ada tanah milikan PNSB tanah pemilikan swasta juga ada di situ dan yang saya sebutkan tadi jumlahnya lebih kurang 47,40000 ekar dan yang saya sebut tadi NCT Smart Industrial Business Park mereka dah dalam proses kelulusan KM dia benar real case real development bukan kita cakap kosong, kemudian juga Sepang Gold Coast Golden Village mereka seluas 988 ekar, sebahagian dapat KM, selainnya masih di dalam proses EIA, TIA dah lulus, SIA dah lulus cuma EIA masih dalam kajian sebab dia melibatkan tanah recommendation of land dia perlukan kajian sedikit. Kita bagi kan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk membuat kajian melihat sama ada rancangan itu cadangan tersebut kita lihat kesan-kesan positif dan kesan-kesan negatif dan bagaimana kita mengurangkan impak negatif tersebut dan ini semua real, yang berjalan sementara itu saya juga ambil kesempatan ini untuk menjawab yang dibangkitkan oleh Seri Kembangan tentang New Era College University ini yang ini sebenarnya adalah saya percaya satu MOU telah pun ditandatangani oleh Gold Coast Land anak syarikat Gold Coast Land di mana PKNS ada saham kalau tak silap saya 30peratus jadi MOU dibuat oleh anak syarikat Gold Coast Land mereka berjanji kalau pembangunan dibuat mereka sudi memberikan tanah untuk kolej tersebut tapi pembangunan belum ada jadi keadaan-keadaan itu tidak lah boleh kita paksa kita keluarkan tanah sebab dia nak beri tanah dengan syarat bila ada pembangunan dia buat kolej boleh membantu pembangunan dia

jadi PKNS sebagai pemegang saham hanya 30 peratus sebagai pemegang saham dia tidak boleh buat keputusan perkara seperti itu, jadi tidak adil kalau kita memaksa PKNS untuk memastikan yang janji itu dapat ditepati oleh pihak Gold Coast Land yang merupakan pemegang saham majoriti. Jadi kita juga kena tengok yang kalau orang belum sempat nak bangunkan kawasan nya kita paksa dia derma tanah tidak adil dan Tuan Timbalan Speaker daripada projek yang disenaraikan ini terdapat dua projek dalam proses untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang seperti yang saya sebutkan tadi NCT Smart Industrial Park di Kuala Langat dan Sepang Gold Coast Global Village di Bagan Lalang, Sepang.

Selain projek-projek yang telah dikenal pasti ini terdapat juga beberapa pemilik hartanah lain yang berminat untuk menyenaraikan cadangan projek pembangunan mereka di bawah pembangunan IDRISS dan secara dasarnya kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan cadangan projek-projek tersebut berdasarkan kriteria dan kelayakan yang telah ditetapkan dan kriteria telah pun kita buat ada kita ada checklist nya ada yang akan diteliti oleh jawatankuasa tersebut jawatankuasa petugas Pembangunan IDRISS untuk memastikan semua projek ini adalah projek yang akan mendatangkan impak ekonomi yang besar itu yang utamanya. Yang keduanya hendaklah mencapai status apa mutu antarabangsa kita tidak mahu projek yang biasa-biasa projek perumahan biasa yang kita tak akan senaraikan dalam projek IDRISS ini. Dia adalah projek-projek yang terpilih dan ini bukan projek kerajaan, mungkin ada tanah kerajaan yang oleh agensi kerajaan tapi ini adalah projek dalam kawasan Sepang dengan Kuala Langat,projek kebanyakan majoriti mungkin lebih daripada 95 peratus ada projek swasta. Tapi bagaimana kita membangunkan nya kita menyediakan satu pakej insentif yang akan kita yang akan Dato’ Menteri Besar umumkan kemudian yang kita dalam peringkat terakhir untuk apa itu muktamadkan senarai insentif tersebut termasuk yang disebutkan oleh Dato’ Menteri Besar pagi tadi iaitu differ premium scheme di mana, premium yang perlu dibayar itu kita tangguhkan sehingga projek itu siap. Itu dapatkan meringankan kos mereka holding cost pihak pemaju, bagi pihak pemaju bila kata kan tanah dia, tanah dalam 1000 ekar yang perlu dibayar beratus juta ringgit untuk premium kalau ikut amalan sekarang mereka kena bayar katakan 500juta kena bayar dulu 500juta. Duit nya akan diikat di situ sehingga projek siap 5 tahun dia kena cari dana buat pinjaman ada holding cost pinjaman kena bayar faedah jadi itu akan membebankan mereka jadi mereka memerlukan modal amat besar tapi bila kita tangguhkan tak bayar tak perlu bayar sekarang bayar kemudian bila dah siap projek dah jual baru dia bayar, itu caranya kita menggalakkan mereka supaya datang dalam tempoh dua tiga tahun datang maksud kita bagikan insentif ini. Kita juga sedang dalam memuktamadkan berapakah peratusan potongan yang akan kita berikan kepada cukai taksiran mereka sepanjang pembangunan mereka, kita juga dalam proses memuktamadkan berapakah peratusan potongan untuk cukai perniagaan, bila mereka memulakan perniagaan semua ini adalah insentif yang dapat menarik mereka untuk melabur dan membangunkan projek mereka dengan segera. Ini adalah cara yang terbaik yang dapat kita fikirkan dan saya percaya ini adalah cara yang amat inovatif buat masa ini tidak ada negeri lain yang buat seperti ini, kita

bukan bagi tanah percuma ada negeri-negeri lain bagi tanah percuma, rugi kita tidak, kita cuma tangguhkan pungutan hasil kita, tapi bukan tanpa syarat setiap tahun itu nilai tanah akan bertambah premium yang lebih tinggi kita akan ambil, itu caranya, cara yang kita bincang bukan sehari dua dah mungkin 4 tahun kita bincangkan apakah insentif yang dapat diberikan oleh kerajaan sebab kewangan kita terhad kita kalau kita belanjawan kita 2.45 billion setahun sementara di pihak kerajaan Persekutuan 400 lebih daripada 400 billion setahun.

Jadi kerajaan Persekutuan mampu memberikan insentif tunai potongan cukai, cukai pendapatan kita tidak ada cukai pendapatan Selangor ini semua bayar ke pusat jadi kita hanya bergantung pada premium tanah kepada cukai tanah dan cukai penerimaan terimaan bukan cukai terhad. Jadi terpaksa kita memikirkan cara itu yang boleh kita buat adalah premium kita. Premium kita satu caranya premium patut yang dibayar kita labur balik. Atau pun premium kita tangguhkan kemudian supaya pembangunan dapat dijalankan terlebih dahulu itu yang dapat kita fikirkan yang terbaik untuk sekarang dan juga selain daripada itu, yang semalam saya ada sebut, ya silakan. Berkenaan dengan premium dan differ premium scheme ini saya Banting bersetuju dan amat tertarik dengan cadangan ini soalan saya ialah saya pasti ia nya hanya boleh diterima atau pun dibuka kepada syarikat atau pun projek yang di senarai dalam IDRISS atau pun Rancangan Selangor 1, kedua adakah kerajaan ada kira-kira anggaran tadi Yang Berhormat mengata bahawa untuk jangka masa pendek kita akan mengalami pengurangan dari segi hasil tapi apa akan berlaku, pada tahun kedua, ketiga, kelima, kesepuluh adakah kita ada membuat unjur itu, adakah sekiranya boleh kita dapat tahu unjuran itu dalam jumlah apa puluhan juta ker atau pun puluhan ribuan juta ker atau macam mana. Buat masa ini kita hanya dapat membuat ramalan atau pun unjuran kasar sahaja sebab itu kita telah pun menceritakan tentang Gross Development Value (GDV) berdasarkan kepada 40,000 ekar tanah, dengan syarat dia semua dia buka dengan satu angka yang conservatif itu setiap ekar adalah 250 juta jumlahnya ada 1 trillion. Jumlah nya cukup besar kalau berjaya ini adalah anggaran kasar kalau kita nak pergi lagi lebih terperinci boleh tapi dengan syarat yang projek-projek ini dapat dijalankan tapi kita berusaha seperti Selangor Aeropark dan kita bincangkan hari semalam tentang pembangunan 2000 ekar yang bersebelahan dengan KLIA. Itu pun sebahagian daripada IDRISS, kalau itu berjaya bayangkan kita dapat membangunkan bukan sahaja pembangunan tanah tapi pembangunan industri Aeroangkasa yang telah pun kita idamkan yang telah pun kita rancangkan melalui satu pelan tindakan Aeroangkasa Selangor 2020-2030. Itu sebenarnya sebahagian daripadanya dan ini cuma sebahagian daripada pembangunan Dato Menteri Besar sebut IDRISS adalah satu projek ada SABDA lagi projek akan dari Pandan Indah nanti, SABDA projek SMG ada dan Stadium itu yang kita lihat dalam jangka masa pendek mungkin dapat kita rancak kan untuk atasi cabaran pada tahun hadapan dengan resesi dengan inflasi dan sebagainya. Tuan Timbalan Speaker, itu adalah jawapan saya ke atas isu IDRISS ini Cuma satu lagi isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Taman Medan semalam berkenaan dengan INSAN di mana beliau menyebut bahawa harus juga dilindungi e-hailing dan juga yang economy yang termasuk

penghantar GRAB dan sebagainya sebenarnya mereka merangkumi dalam perlindungan ini, hanya beberapa yang tidak terhad sahaja itu dilindungi bukan sahaja saya akan lihat di sini Tuan Speaker daripada 22 ada 24 pekerjaan sahaja dikecualikan tidak dibenarkan untuk berlindung tapi daripada 24 ini 18 itu mereka tetap dilindungi kalau mereka tidak menjalankan tugas umpamanya nelayan kalau mereka bekerja semasa di laut tidak dilindungi kalau dia dah lepas kerja itu dilindungi itu sebahagianya. Sebab di situ risiko tinggi jadi kalau ada kemalangan jalan raya yang berlaku semasa tidak bekerja itu dilindungi itu antaranya yang langsung yang tidak dilindungi hanya 6 yang pelik-pelik iaitu yang terlibat dalam perjudian, ok termasuk juga yang guest relations, mungkin di kelab-kelab ini tidak dilindungi, liaise stok breeder iaitu penternak, tidak dilindungi. Peminjam wang, along tidak dilindungi, aktiviti yang haram, tidak dilindungi dan juga waiter dan waitress selain daripada mereka yang kerja di restoran dilindungi. Jadi ada juga bidang waiter dan waitress yang bukan tidak sesuai, itu tidak dilindungi. Yang lainnya dilindungi dan ada 18 sebahagian iaitu semasa dia bertugas termasuk seperti pilot atau steward atau stewardess. Apabila dia terbang itu bahaya, tidak dilindungi, tapi apabila dia off duty, dilindungi. Jadi kita sudah cuba sebaik-baiknya untuk memberikan perlindungan yang secukupnya kepada keseluruhan 6 juta rakyat di Selangor, sekian sahaja terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul ini.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga 6:00 petang.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju sila kata tidak, usul ini dipersetujui. Silakan Kota Kemuning.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Pandamaran dan Yang Berhormat Permatang, telah membangkitkan perkara berkenaan Skim Mesra Usia Emas. Untuk makluman, ahli berdaftar skim mesra akan menerima 2 manfaat di bawah skim ini iaitu pertama manfaat

semasa hidup. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar melalui ucapan Belanjawan Selangor 2023 telah mengumumkan penstrukturan semula SMUE serta meningkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150 setiap tahun pada bulan kelahiran ahli dan manfaat selepas kematian, pemberian wang khairat kematian dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian RM500 kepada waris sekiranya ahli meninggal dunia. Dengan kenaikan nilai baucar daripada RM100 kepada RM150, program Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa di bawah program Skim Mesra akan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM10 juta menjadikan peruntukan bagi program SMUE dan SMIS berjumlah RM37.5 juta pada 2023. Sehubungan itu, pada ketika ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan nilai khairat kematian sebanyak RM500. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengambil maklum dan akan mempertimbangkan cadangan peningkatan amaun pemberian khairat kematian yang telah dicadangkan.

Seterusnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 31/2022 yang telah diadakan pada 16 November 2022 telah meluluskan secara dasar penstrukturan semula program SMUE untuk golongan OKU di bawah Skim Mesra Insan Istimewa. Jumlah pendaftaran keseluruhan bagi ahli OKU di Negeri Selangor di bawah program Skim Mesra hingga 31 November 2022 adalah sebanyak 24,546 orang. MMKN juga telah meluluskan secara dasar program promosi dan hebahan berkenaan penstrukturan program SMIS sebagai salah satu usaha hebahan bagi pelaksanaan SMIS dan menarik pendaftaran baru daripada golongan OKU bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam menikmati manfaat inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Gasing, Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Kampung Tunku dan Yang Berhormat Subang Jaya telah membangkitkan perkara berkenaan Dana Bantuan Guaman Selangor. Sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 6 permohonan di bawah program Dana Bantuan Guaman Selangor yang melibatkan 4 isu kekeluargaan dan 2 isu pekerjaan. Permohonan-permohonan tersebut sedang diteliti dan diproses di peringkat Jawatankuasa Peguam Selangor. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar melalui ucapan Belanjawan Selangor 2023 telah mengumumkan inisiatif ini akan diperluaskan kepada isu melibatkan kes syariah dan tidak terhad kepada kes sivil sahaja. Dana Bantuan Guaman Syariah akan berfungsi membantu untuk menyelesaikan isu-isu kekeluargaan dan isu keganasan domestik. Jawatankuasa Peguam Selangor selaku pelaksana bagi program ini telah menghantar laporan berkala berkenaan pelaksanaan program ini dan penepatan kos yang dibiayai bagi setiap kes adalah mencukupi dan telah diteliti sebelum program ini dijalankan. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan pertimbangkan cadangan yang telah dikemukakan. Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan agensi dan jabatan berkenaan bagi penyelarasan penambahbaikan pelaksana dan hebahan bagi program ini. Termasuklah melalui kerjasama bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

Tuan Speaker, dalam pada itu Yang Berhormat Bukit Gasing juga telah menanyakan prosedur permohonan pendaftaran taska.

Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) mengikut Peraturan-peraturan TASKA 2012. Bagi pendaftaran TASKA semua permohonan yang lengkap boleh dikemukakan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan setelah mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Inisiatif JKM bagi memudahkan pendaftaran Taska adalah penurunan kuasa perakuan pendaftaran daripada Ketua Pengarah kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri. Selain itu, tempoh perakuan pendaftaran telah ditambah dari satu tahun kepada lima tahun. Bayaran fee yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja. JKM mendapati antara isu-isu yang dibangkitkan oleh penguat kuasa dalam pendaftaran TASKA adalah syarat-syarat yang dikenakan oleh PBT tempoh proses serta tempoh kelulusan yang berbeza antara PBT, sekian sahaja.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin memulakan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan. Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Seri Kembangan ada mengemukakan beberapa cadangan berkaitan pelaksanaan Bas Smart Selangor iaitu Kajian Bilangan Penumpang Setahun. Cadangan penambahan perhentian bas berbumbung yang dilengkapi skrin jadual bas secara real time serta kolaborasi bersama pihak swasta bagi pembinaan perhentian bas berkenaan dengan kaedah menang menang, win win di mana pihak Kerajaan Negeri dapat menambah bilangan perhentian bas dan syarikat swasta diberi kuasa untuk membuat periklanan pada skrin paparan di perhentian bas. Bagi Kajian Bilangan Penumpang, Kerajaan Negeri melaksanakan pemantauan bilangan penumpang secara bulanan melalui data pelaporan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat pengoperasian bas. Laporan tersebut juga di kemukakan setiap bulan kepada pihak APAD untuk rujukan dan pemantauan bersama oleh pihak APAD. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penyediaan perhentian bas adalah di bawah tanggungjawab PBT masing-masing dengan menggunakan peruntukan kewangan PBT. Oleh yang demikian, spesifikasi dan reka bentuk perhentian bas adalah tertakluk kepada keputusan PBT berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan kolaborasi dengan pihak swasta bagi menambah jumlah perhentian bas berbumbung yang mempunyai skrin jadual perjalanan bas secara real time bagi kemudahan dan keselesaan pengguna.

Yang Berhormat Sungai Air Tawar ada membangkitkan cadangan berkenaan pemberian subsidi van sekolah bagi golongan B40. Saya berterima kasih atas cadangan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut adalah tertakluk kepada kedudukan dan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang

Berhormat, pelaksanaan Bas Smart Selangor turut mengambil kira permintaan serta keperluan khususnya golongan B40. Oleh itu, laluan-laluan yang ditetapkan sebolehnya akan merangkumi tempat-tempat seperti sekolah, klinik dengan harapan dapat membantu menjimatkan kos pengangkutan orang ramai untuk pergi balik dari sekolah serta institusi-institusi awam. Yang Berhormat Banting, ada sentuh PBT perlu beri pencerahan mengenai Rancangan Pembangunan Laluan Basikal. Secara umumnya, PBT memberi penekanan bagi penyediaan laluan basikal. Laluan basikal bersama laluan pejalan kaki berkongsi, melibatkan kawasan-kawasan berskala besar. Penyediaan laluan perkongsian ini bagi mewujudkan ke saling hubungan antara kawasan perumahan dan kawasan perniagaan serta kawasan-kawasan kemudahan yang terdapat dalam pembangunan perbandaran. Perancangan untuk laluan basikal turut ditetapkan dalam Rancangan Tempatan PBT dan Pelan Perancangan Laluan Basikal selain turut dirancang berasingan mengikut keperluan semasa ke semasa.

Selain daripada itu, terdapat juga PBT seperti Majlis Perbandaran Kuala Langat yang menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal berdasarkan kepada keperluan dan penambahbaikan elemen keselamatan dan persekitaran tersebut. Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Basikal tersebut mengambil kira aspek pencegahan jenayah jalanan seperti ragut dan samun. Selain itu konsep Perancangan Pelan Tindakan Bandar Selamat menggalakkan penyediaan langkah pencegahan jenayah di peringkat awal terutamanya di kawasan-kawasan yang membangun kerana ia cenderung kepada kejadian jenayah. Namun pada masa ini tiada data bilangan pengguna dan bilangan pengurangan kenderaan di atas jalan raya. Susulan kewujudan laluan basikal yang disediakan di peringkat PBT. Penyediaan laluan basikal ini adalah bagi lebih kepada menyediakan kemudahan bagi orang awam di kawasan tersebut serta sebagai alternatif untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam berbasikal. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyokong cadangan bagi pengumpulan data statistik terutamanya bagi mengkaji sejauh manakah keberkesanan atau hubung kait penyediaan laluan basikal di dalam mengurangkan kenderaan di atas jalan raya. Secara umumnya semua PBT telah dan akan menyediakan laluan basikal di kawasan pentadbiran masing-masing. Antara contoh adalah seperti berikut. Majlis Bandar raya Subang Jaya telah menyediakan laluan basikal 22.24 kilometer berjumlah RM2.2 juta melibatkan 4 kawasan iaitu Putera Heights, USJ, Seri Kembangan dan Puchong Perdana.

Bagi Majlis Perbandaran Kajang, terdapat 3 laluan basikal yang telah siap dilaksanakan di antara bulan Mei 2018 hingga bulan Januari 2021 melibatkan panjang berjumlah 10.82 kilometer iaitu di Jalan Sungai Long, Taman Tasik Sungai Chua dan Jalan Timur. Manakala terdapat sebuah projek laluan basikal sepanjang 194 meter di Seksyen 2 ke Seksyen 3, Bangi sedang dalam proses tender. Bagi Majlis Perbandaran Sepang, secara keseluruhannya panjang laluan basikal di kawasan pentadbiran Majlis ini adalah berjumlah 60.52 kilometer dan melibatkan 5 kawasan iaitu Cyberjaya, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Serenia, Bandar Sunsuria dan Desa Pinggiran Putera. Di Majlis Perbandaran Kuala Langat, penyediaan laluan jalan kaki dan basikal di Taman Banting

Baru sepanjang 3.5 kilometer dan meliputi kawasan tumpuan awam iaitu kawasan perniagaan taman awam dan pusat komuniti. Projek adalah berjumlah RM230 ribu dengan menggunakan peruntukan daripada PLAN@Malaysia Selangor sebanyak RM55 ribu yang diperuntukkan melalui Jawatankuasa Smart Selangor (MAMPAN) pada tahun 2019 dan peruntukan MPKL berjumlah RM125 ribu.

Selain daripada itu, laluan basikal sepanjang 33.9 kilometer turut disediakan di 6 lagi kawasan iaitu Bandar Saujana Putera, Bandar Rimbayu Fasa 1 hingga Fasa 4 dan Sime Darby Pulau Carey. Bagi Majlis Perbandaran Hulu Selangor antara lokasi yang telah dilaksanakan laluan berkongsi adalah seperti di Bernam Jaya sepanjang 3.2 kilometer dan Di Antara Gapi dengan peringkat perancangan dan pembinaan semula dengan laluan sepanjang 5.2 kilo meter. Selain itu, pihak majlis turut mengambil inisiatif dengan mewujudkan laluan basikal di Jalan Syed Mashor, Kuala Kubu Baharu sepanjang 1 kilometer bagi menghubungkan kawasan perumahan dengan kawasan kemudahan awam seperti kawasan rekreasi, sekolah dan masjid. Yang Berhormat Rawang bertanya berkenaan projek Pembangunan Selangor Green Energy Eco Park. Pembangunan Selangor Green Energy Eco Park yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan pada 25 November 2022 yang lalu. Pembangunan ini merupakan projek perdana yang berimpak tinggi yang bakal menjadi solusi tuntas kepada kaedah pelupusan sampah di tapak pelupusan sanitary yang tidak lestari yang dipraktikkan di negara kita pada ketika ini. Tapak-tapak pelupusan sedia ada telah menghampiri kapasiti maksimumnya berikutan penjanaan sampah yang semakin meningkat seiring dengan peningkatan populasi penduduk dan pembangunan pesat di Negeri Selangor ini. Justeru setelah melaksanakan pelbagai kajian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pembangunan loji sampah kepada tenaga atau waste to energy sebagaimana yang dilaksanakan di negara-negara maju adalah kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani isu tapak pelupusan sampah yang semakin penuh ini. Di dalam konteks Selangor Green Energy Eco Park, WTE atau waste to energy merupakan antara komponen utama yang akan dibina dan dibangunkan. Selangor Green Energy Eco Park sebagaimana yang dirancang akan menjadi sebuah taman hijau bersepadu dengan pelbagai projek berkaitan alam sekitar seperti tenaga diperbaharui renewable energy yang akan dibangunkan secara berperingkat melalui fasa. Fasa 1 Selangor Green Energy Eco Park ini melibatkan pembangunan sebuah WE moden yang akan direka bentuk, dibina, dibiayai, di kendali dan diuruskan oleh syarikat Tunjang Khas atau pun SPV yang melibatkan KDEB Waste Management bersama rakan kerjasama strategik yang telah dikenal pasti.

Sebagaimana peruntukan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, pembangunan WPE ini sudah pastinya perlu melalui proses penilaian yang ketat termasuklah kajian impak alam sekitar atau pun Environment Impact Assessment dan kajian impak sosial atau Social Impact Assessment yang turut melibatkan sesi pendengaran awam sebelum diluluskan. Proses untuk mendapatkan kelulusan EIA dan SIA ini akan dikendalikan oleh juru perunding

profesional yang bertauliah dan akan dilaksanakan secara telus mengikut peruntukan yang termaktub di dalam akta-akta yang berkaitan. Ini adalah penting untuk meyakinkan rakyat bahawa WPE ini adalah teknologi yang selamat, efektif dan mesra alam sekali gus menghapuskan perspektif negatif dan mitos di kalangan masyarakat bahawa WPE ini adalah berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan semua golongan penduduk Negeri Selangor. Setiap tahun Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah diperuntukkan perbelanjaan pembangunan yang sewajarnya untuk dimohon oleh penduduk kawasan tempatan dalam menyediakan infrastruktur awam dan asas di kawasan PBT termasuklah kemudahan yang boleh manfaatkan golongan warga emas. Kerajaan Negeri prihatin terhadap penduduk Malaysia secara amnya dan penduduk Selangor secara khususnya yang menuju ke arah penuaan aging nation. Dalam hal ini Kerajaan Negeri sedang merangka garis panduan pusat jagaan warga emas di bangunan sedia ada untuk dijadikan panduan yang komprehensif kepada PBT mahupun operator pusat jagaan untuk menubuhkan pusat jagaan warga emas. Garis panduan ini adalah diperhalusi dan dimurnikan berdasarkan kepada garis panduan perancangan fizikal bagi warga emas yang telah disediakan oleh PLAN Malaysia dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor. Garis panduan ini akan membuka ruang kepada operator pusat jagaan sedia ada untuk memastikan pengoperasiannya adalah selamat dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dan usaha ini secara tidak langsung akan manfaatkan dan memastikan kebajikan warga emas adalah terpelihara. Yang Berhormat Dusun Tua telah sentuh pembuangan sampah yang bertaburan di jalan utama Hulu Langat dan juga engagement bersama dengan pengusaha chalet dengan mengemukakan senarai kontraktor bagi membuat kawasan sampah di kawasan chalet. Majlis Perbandaran Kajang telah menyiapkan kertas kerja bagi kertas cadangan holistik sampah di kawasan domestik luar operasi pihak majlis berdasarkan cadangan seperti yang berikut :

1. Operator chalet seharusnya melantik kontraktor kutipan sisa pepejal daripada panel sedia ada dengan charge kutipan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengusaha.

2. Pihak majlis telah membuat perbincangan bersama dengan ketua-ketua kampung berkaitan dengan penempatan tong leach bin 1500 liter dalam kawasan kampung untuk kegunaan kampung sahaja. Sebanyak 16 lokasi telah dikenal pasti dan 7 lokasi telah diletakkan tong leach bin tersebut.

3. Penyediaan tong sedia ada yang diletakkan di sepanjang jalan utama akan dihentikan secara berperingkat bagi mendidik penduduk setempat tentang kewujudan lokasi baharu yang lebih praktikal dan mesra alam untuk kemudahan penduduk kampung.

Yang Berhormat Meru juga membangkitkan isu kutipan sampah di Meru.

Mohon mencelah.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya.

Berkenaan dengan tadi telah dijelaskan bahawa terdapat 16 lokasi telah dikenal pasti dan dalam perbahasan saya juga turut bertanya kerana 16 lokasi telah dikenal pasti dan 7 sekarang sudah dipindahkan. Soalan saya ketika perbahasan juga ingin tahu apakah yang menyebabkan lokasi-lokasi yang lain itu masih belum lagi dipindahkan, apakah halangan dan kekangan yang dihadapi oleh MPKJ.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Untuk makluman Yang Berhormat, saya tiada jawapan buat masa ini. Saya akan semak dengan MPKJ dan mengemukakan jawapan itu kepada Yang Berhormat Dusun Tua kemudian. Saya ingin menyambung tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru berkenaan kutipan sampah di Meru dan juga peniaga-peniaga asing. Untuk makluman Yang Berhormat Meru, jadual kutipan sampah bagi kawasan Meru mengikut jadual adalah sama ada pada hari Isnin, Rabu, Jumaat atau pun pada Selasa, Khamis, Sabtu. Pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi sampah longgok dijalankan dari semasa ke semasa mengikut jadual secara berkala. Kerja-kerja pembersihan sampah longgok di kedua-dua lokasi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Meru yang sentiasa dijalankan oleh kontraktor kawasan dan juga unit in house pihak majlis dari semasa ke semasa. Bagi lokasi Jalan Pasar Malam Batu 8, pembersihan bersepadu dijalankan oleh kontraktor kawasan KDEB pada 29 Jun 2022 dan 30 November 2022 dan kerja-kerja kutipan kawasan sampah longgok ini akan dijalankan oleh pihak kontraktor kawasan dari semasa ke semasa mengikut jadual. Dan bagi kawasan Jalan Abdul Hadi Abdul Manan berdekatan dengan jejambat lebuh raya WCE. Pembersihan dijalankan oleh unit in house jabatan pada 13 November 2022 dan Jalan Haji Abdul Manan adalah di bawah selenggara pihak JKR. Namun pihak pihak majlis mengambil inisiatif menjalankan kerja-kerja pembersihan kerana aduan berulang. Unit penguatkuasaan Perkhimdatan Jabatan Persekitaran Majlis Perbandaran Klang sentiasa peka dengan permasalahan ini. Mereka sentiasa menjalankan kerja-kerja pemantauan secara berjadual . Pihak majlis telah menjalankan lawatan tapak bersama jabatan dalaman di Jalan Pasar Malam Batu 8 bagi pemasangan kamera litar tertutup atau pun CCTV dan dijangka pemasangan tersebut pada bulan Disember 2022 atau Januari 2023. Pihak majlis telah membuat pembersihan sampah longgok dan pemasangan tali kuning di lokasi di Jalan Haji Abdul Manan, pemantauan juga dijalankan di lokasi tersebut dan pihak majlis juga turut membuat surat kepada pihak WCE untuk menutup lokasi di tapak pembuangan sampah. Pihak majlis juga turut melaksanakan ke atas dasar-dasar majlis seperti berikut:-

1. Penyerahan notis penyediaan tong sampah 240 liter di kawasan perniagaan telah dijalankan dari masa ke semasa di seluruh kawasan Klang.

2. Penyerahan notis ini bertujuan memastikan peniaga di kawasan perniagaan membuang sampah di dalam tong sampah dan menjaga kebersihan bersama. 3. Bagi kawasan strata perniagaan pihak majlis akan menyediakan tong sampah 240 liter dari semasa ke semasa. 4. Kawasan perindustrian kecil dan sederhana, pihak kilang diwajibkan melantik kontraktor panel dari pihak majlis bagi memastikan sisa kilang dibuangkan ke tapak pelupusan sampah. 5. Mewujudkan kaedah pemantauan buddy-buddy secara berjadual untuk kawalan kawasan sampah di lokasi kawasan tertentu. 6. Pihak majlis mengambil langkah dengan menyediakan pemasangan CCTV di 3 lokasi sampah longgok di Jalan Pasar Malam Batu 8, Jalan Sepat Selatan 20 dan Jalan 4, Kampung Jawa. 7. Pemasangan papan tanda larangan buang sampah di lokasi sampah longgok juga telah dipasang.

Yang Berhormat Seri Kembangan juga telah menyentuh berkenaan sampah di kawasan Rizab Tanah Melayu Kuyuh Bukit Serdang. Yang Berhormat Tuan Speaker, bagi menjelaskan isu telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Seri Kembangan dan dimaklumkan masalah pencemaran bau busuk yang diadu oleh penduduk-penduduk di sekitar Bukit Serdang dan Taman Puncak Jalil sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari takungan air kurasan atau pun licin yang terhasil daripada sebuah tapak pelupusan sampah yang dioperasi secara haram dan jelas melanggar syarat nyata kegunaan tanah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan berhenti kerja secara kekal melalui Notis Perintah Berhenti Kerja di Bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada 15 November 2022. Menerusi notis tersebut pihak operator dan pemilik-pemilik tanah telah diberi arahan untuk menghentikan aktiviti pelupusan sampah, menjalankan kerja-kerja pemulihan tapak termasuk menyahbau kawasan tapak dengan menimbus takungan air kurasan menggunakan kaedah biologi itu semburan efektif mikro organisma untuk menyerap bau sebagai tindakan remedy serta-merta. Bagi tindakan selanjutnya, pemilik-pemilik tanah telah diarah untuk menutup secara selamat atau pun safety closure tapak pelupusan sampah ini melalui amalan kejuruteraan yang terbaik supaya tiada lagi masalah bau busuk di alami oleh penduduk-penduduk sekitar. Tindakan penguatkuasaan tegas juga sedang diambil pihak Jabatan Alam Sekitar telah membuka tiga kertas siasatan melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 24 dan Seksyen 34 Kualiti Alam Sekeliling 1974. Untuk makluman, satu lawatan tapak telah diadakan pada 26 September 2022 yang diketuai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan Lembaga Urus Air Selangor. Semasa lawatan tersebut, di dapati beberapa lot tanah pemilik persendirian yang bertambak dengan sisa pembinaan dan beberapa jenis sampah adalah berpunca dari satu kolam takungan yang berada di dalam kawasan tanah milik persendirian. PDT Petaling telah mengenal pasti 12 hak milik yang terlibat di dalam aktiviti penambakan sampah yang berlaku di Seksyen 5 Bukit Serdang. Bertindak ke atas aduan yang

diterima, PDT Petaling telah menyerahkan Borang 7A pada 23 Mac 2022 ke atas tiga hak milik selaras dengan Seksyen 128 KTN. Pengeluaran notis ini adalah di atas pelanggaran syarat nyata tanah yang telah ditetapkan di dalam dokumen hak milik. Tanah dengan syarat pertanian ini telah dijadikan tempat pelupusan sampah haram sehingga mendatangkan pencemaran air dan bau. Borang 7A bertempoh 90 hari telah luput pada 20 Jun 2022. Pemilik GM 513 Lot 2035 telah remedy tanah kepada keadaan asal. Manakala dua pemilik tanah iaitu bagi hak milik GM115 Lot 2113 dan HSM 24960 PT2115 gagal mematuhi keperluan Borang 7A. Oleh yang demikian Borang 7B selaras dengan Seksyen 129 KTN akan diserahkan kepada pemilik-pemilik ini. Kegagalan dalam mematuhi Borang 7B ini akan mengakibatkan tanah hak milik berkenaan dilucut hak oleh pihak Kerajaan Negeri selaras dengan Seksyen 130 KTN melalui Borang 8A.

Bagi sembilan hak milik melibatkan hak milik lama termasuk hak milik EMR iaitu Entry Mukim Register yang baru dikenal pasti oleh PTD Petaling, prosedure penyerahan Borang 7A kepada semua pemilik yang terlibat akan dilaksanakan dan pemilik akan diperintah hadir oleh Pentadbir Tanah bagi menyelesaikan isu sampah yang berulang ini. Pihak MBSA pada tahun 2018 juga pernah melaksanakan tindakan kompaun berjumlah RM25 ribu sebanyak, sebanyak empat kali kepada pemilik tanah di atas kesalahan kerja tanah di bawah Akta 133 dan telah dibayar sepenuhnya. Pada 24 November 2022 pihak MBSA sekali lagi melaksanakan tindakan kompaun kepada pemilik tanah sebanyak RM25 ribu. Pihak MBSA telah membuat penguatkuasaan dengan memasang pita halangan masuk ke tapak tetapi telah dibuka oleh pihak yang mengusahakan tapak ini. Surat notis tawaran kompaun kerja tanah tanpa kebenaran telah dikeluarkan kepada pemilik satu lot tanah. Laluan masuk ke tapak telah ditutup dengan batu oleh pihak Majlis pada 15 November 2022. Pihak Worldwide Berhad tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri ataupun PBT bagi mewujudkan transfer station. Walau bagaimanapun, lokasi tapak yang akan dicadangkan mestilah bersesuaian dan strategik bagi memastikan kos penghantaran ke tapak transfer station tidak membebankan pihak PBT. Di samping itu kos pembinaan, pengambilan tanah dan operasi mestilah selari dengan kadar tipping fee yang akan dikenakan kelak supaya menyebelahi kedua-dua belah pihak iaitu Worldwide Berhad dan PBT. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu atas recognisation ke atas kejayaan projek BAIK Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat setiap pelaksanaan BAIK Selangor I pada 2021 dan kemudian BAIK Selangor II pada tahun ini ramai yang teruja dan puji apabila kelihatan produk-produk tempatan kampung baru telah dijenamakan semula serta ditambah nilai kemudian berjaya dipasarkan secara meluas sehingga mendapat perhatian di Chinese Taipei dan Negara China. Ini bukan sahaja dapat meningkat ekonomi domestik malahan turut mengharumkan nama-nama kampung baru di Negeri Selangor. Justeru itu terdapat banyak permintaan di kalangan pengusaha produk kampung baru serta produk setempat supaya menjadikan BAIK Selangor ini satu temasya tahunan. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan sedang memperhalus pemerkasaan serta keboleh laksanaan BAIK Selangor secara tahunan termasuk suntikan unsur baru kepada BAIK Selangor supaya ia tidak akan terkongkong setakat produk

makanan sahaja tetapi akan diperluaskan lagi skopnya kepada kraf tangan tempatan, budaya tradisi serta keunikan lain di setiap kampung baru kerana Kerajaan Negeri yakin dan percaya banyak lagi perkara di kampung-kampung baru yang boleh turut diklasifikasikan sebagai BAIK Selangor.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Gasing ada membangkitkan tentang butiran pecahan peruntukan RM25 juta bagi Selangor Mobiliti termasuk jumlah van yang akan digunakan serta laluan yang dipilih bagi pelaksanaan di mana responsif transit. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM25 juta tersebut merangkumi pelaksanaan Bas Smart Selangor yang sedia ada dan pelaksanaan Smart Mobiliti Fasa I yang dijangka akan dilaksanakan pada suku tahun pertama 2023. Bagi pelaksanaan Bas Smart Selangor sedia ada berdasarkan pembiayaan tahun semasa, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM22 ribu juta kepada sebelas Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor pada tahun 2023. Manakala pelaksanaan Selangor Mobiliti Fasa I yang merangkumi pelaksanaan di mana responsif transit akan diperuntukkan RM3 juta untuk 6 cadangan zon melibatkan 6 PBT iaitu Majlis Bandar raya Petaling Jaya, Majlis Bandar raya Subang Jaya, Majlis Bandar raya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang. Semua zon cadangan merupakan kawasan yang mempunyai satu atau lebih hub transit untuk membolehkan penggunaan khidmat DRT (Demand Responsive Transit) sebagai first month last month service. Laluan yang dipilih akan mengambil kira laluan-laluan kecil dan sempit yang tidak boleh dicapai dengan penggunaan bas sedia ada. Untuk fasa pertama jumlah kenderaan yang dicadangkan adalah empat buah kenderaan berkapasiti 10 hingga 15 tempat duduk bagi setiap zon. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih.

Speaker

Saya menjemput Yang Berhormat EXCO Paya Jaras.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Ada lima Wakil Rakyat yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan generasi muda sukan dan modal insan. Saya pergi kepada Yang Berhormat Dusun Tua dulu yang membangkitkan tentang kerisauan unit mencari bakat yang harus diwujudkan untuk memperkasakan aktiviti kita. Untuk makluman Yang Berhormat Dusun Tua, Majlis Sukan Negeri Selangor baru bersidang pada 22 November. Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negeri telah meluluskan dan membentuk Jawatankuasa Pembangunan Sukan yang terdiri daripada Majlis Sukan Negeri Selangor, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor, dan Persatuan-persatuan Sukan. Di antara matlamat nya adalah untuk mencari bakat-bakat baru melalui kejohanan sama ada MSSD, MSSS atau MSSN.

Di samping itu juga bakat baru akan dibuat melalui Program Bakat Pelapis dengan memperbanyakkan program yang dipantau sendiri oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan ini. Dan selain daripada itu Majlis Sukan Negeri Selangor juga akan mewujudkan

Athlete Scouting Tour yang khusus untuk turun ke padang melihat bakat-bakat baru. Di samping program tersebut ada juga pembangunan yang telah diwujudkan bersama UiTM, UniSel, MSU dan Open University dalam mencari kaedah dan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi para atlet kita. Dan selain daripada Sains Sukan juga diwujudkan kursus-kursus jangka pendek bagi melahirkan jurulatih di kalangan para atlet melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan yang akan kita wujudkan di bawah jawatankuasa tersebut. Perkara yang dibangkitkan oleh Sementa, saya ucapkan tahniah kepada Akademi Bola Sepak Rantau Panjang yang telah mewujudkan akademi mereka sendiri. Untuk makluman Yang Berhormat Sementa dalam Selangor ini ada lebih kurang 1,500 akademi yang wujud secara tersendiri di banyak tempat. Walau bagaimanapun berkaitan dengan padang, saya cadangkan Yang Berhormat Sementa membuatkan permohonan ataupun membuat surat kepada kita supaya kita maklum dan kita boleh bertindak dengan sewajarnya dengan permohonan padang tersebut. Sebelum daripada ini di Sementa kita telah menaik tarafkan projek gelanggang badminton, padang bola, gelanggang takraw dan pelbagai tetapi saya tidak lihat ada permohonan tentang padang yang tersebut. Kalau Yang Berhormat boleh majukan kepada saya kita akan ambil tindakan sewajarnya.

Yang Berhormat Sementa juga membangkitkan tentang skim khas yang diketengahkan berkaitan kebajikan dan keselamatan rider p-hailing. Untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2021, kita telah memberikan kebajikan pada 3,227 p-hailing, pada tahun 2022 kita telah menyerahkan kebajikan sebanyak RM500.00 kepada 3,000 p-hailing yang menjadikan kedua-dua tahun itu sebanyak 6,227. Jadi kalau 2023 kita sasar 3,000 maka penerima kebajikan bagi mereka yang membawa p-hailing berjumlah 9,227 satu jumlah yang agak besar. Selain daripada kebajikan di dalam itu kita masukkan juga caruman Perkeso dan KWSP. Perkeso telah dibayar pada setiap seorang penunggang adalah RM70.00 manakala RM50.00 adalah untuk KWSP untuk kesemua 6,227 dan yang terbaru ini yang makluman Yang Berhormat Sementa Kerajaan Negeri telah menyerahkan Insurans INSAN seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam program kepada mereka yang membawa p-hailing ini. Jadi kita ada insurans, kita ada Perkeso, kita ada KWSP dan kebajikan kepada penunggang-penunggang p-hailing dalam negeri Selangor ini.

Seterusnya saya pergi kepada Sungai Panjang, Sungai Panjang melahirkan ingin kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Majlis Belia Selangor dan memang kita sentiasa membuka pintu untuk bersama dengan Persatuan cuma apa bila kerajaan Pakatan Harapan tumbang di awal 2020, saya tidak lagi menjadi Pengerusi Majlis Persidangan, Majlis Rundingan Belia Peringkat Kebangsaan di Negeri Selangor, jadi saya harapkan selepas ini kita dapat mengetuai Majlis Rundingan Belia supaya dengan ini kita dapat koordinasi termasuk di dalam Majlis Belia Selangor dan Persatuan-persatuan belia yang ada di dalam tersebut.

Keempat Permatang membangkitkan tentang isu padang bola sepak di Sungai Terap yang sering kali disebut dalam setiap Sidang. Saya sebutkan kronologi apa yang berlaku

pada padang bola sepak tersebut. Permohonan yang diterima adalah pada 25 Februari dan lawatan tapak adalah pada 24 Mac tetapi kelulusan perbelanjaan hanya diterima pada 29 September. Saya akan siasat kenapa begitu lama. Saya ada minta laporan daripada Majlis Sukan Negeri Selangor dan UPEN, saya nak tahu juga why is it too delay di antara Mac dan September ini kenapa terlalu lama sangat berlaku kelulusan perbelanjaan sedangkan bajet kita telah luluskan. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat Permatang, SST telah kita terima pada 9 November dan projek telah dimulakan pada 14 November. Insyaallah sebelum pilihan raya Yang Berhormat akan dapat padang Yang Berhormat di Kampung Sungai Terap tersebut.

Seri Setia juga menyebut tentang ada tapak yang ingin dibangunkan bagi maksud mewujudkan tapak sukan di Sri Setia. Juga saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat sebagaimana saya sebut kepada Sementa tadi, kalau ada padang yang sesuai yang pertama kena pastikan padang tu padang siapa. Adakah milik PBT ataupun Pejabat Daerah ataupun agensi Persekutuan. Kalau dimiliki oleh PBT maka kita boleh berunding dengan PBT ataupun Pejabat Daerah, boleh memohon. Kalau dia agensi Persekutuan, delay sikit akan ada proses yang kita kena lalui. Walau bagaimanapun, benda tidak mustahil, kalau Yang Berhormat Sri Setia merasakan padang tersebut mampu menarik perhatian golongan belia di tempat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong. Kita akan pastikan dapat dipenuhi permintaan Yang Berhormat tersebut. Saya mengambil kira juga apa yang disebutkan dalam Perbahasan oleh Ahli-ahli yang Berhormat tentang banyak...

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tuan Speaker.

Speaker

Silakan Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya sanjung tinggi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat EXCO menyokong tapi dalam menyokong tu ada boleh tak bagi peruntukan sedikit untuk kita buat tempat yang lebih menarik ini?

Sokongan kita hanya dalam aspek membaik pulih kalau dengan baik pulih dan membina baru melalui peruntukan infrastruktur itu. Kalau padang bola, kita boleh bina antara RM100 ribu ke RM200 ribu, kalau nak baik pulih RM100 ribu, kalau tempat yang baru, kita nak tengok tempat tu bagaimana rupa dia. Insyaallah kita bantu dari segi peruntukan sekali kepada Seri Setia. Saya mengambil maklum tentang Perbahasan tentang bagaimana generasi muda dalam pilihan raya lalu yang terlalu banyak terpengaruh dengan isu perkauman dan Kerajaan Negeri melahirkan kebimbangan kita. Kalau ini berterusan berlaku dia akan memberi kesan yang panjang kepada kestabilan politik yang kita telah sedia ada. Kita dengar banyak perbahasan,Tiktok digunakan, fitnah dilemparkan dan generasi muda yang tidak tahu apa ni terpengaruh dengan permainan politik yang begini rupa. Jadi di antara perkara yang kita akan lakukan ialah kita akan memperbanyakkan kursus-kursus

bina semangat di kalangan para sukarelawan kita, para belia kita dalam memberikan maklumat dan perkara yang tepat tentang bagaimana kestabilan politik itu berlaku tentang sensitiviti kaum, tentang sensitiviti agama dan pelbagainya. Jadi saya rasa itu sahaja Yang Berhormat Speaker tentang apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan. Terima kasih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat, dia dalam kawasan saya juga la saya sebut semalam. Padang bukan Batu 14 Hulu Langat.

Ya Batu 14. Saya telah berhubung dengan Yang Berhormat Dusun Tua. Memang Yang Berhormat Dusun Tua push tentang padang yang kita gunakan sebagai transit sampah waktu banjir dulu. Kelulusan telah kita perolehi pada padang Batu 14 tu cuma saya pesan pada Yang Berhormat Dusun Tua saya kata saya nak tunggu Disember ni. Takut kita baiki bulan lapan takut bulan dua belas banjir lagi. Saya takut begitu. Jadi kita tengok trend dalam bulan sebelas, ni bulan dua belas ni, kalau semua clear insyaallah awal tahun depan kita akan mulakan kelulusan yang telah kita berikan pada Padang Batu 14. Kalau kita dah repair nanti pun dia tidak boleh jadi tempat transit maka Yang Berhormat Dusun Tua dengan Ahli Parlimen Hulu Langat kena fikirkan sesuatu sekiranya berlaku banjir di Dusun Tua sebagai mana yang berlaku dulu di mana tapak transit yang sesuai selain dari tepi kubur yang kita buat tersebut.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tapi kita ada EXCO angkat yang tidur dekat perpustakaan itu? Kita ada EXCO angkat yang tidur dekat perpustakaan itu, dia boleh tolong.

Siapa EXCO angkat? (Yang Berhormat ketawa) Ya Dusun Tua tidak bagi tempat di situlah kita tidur. InsyaAllah atau Ahli Parlimen dengan Dusun Tua, kelulusan sudah telah ada cuma saya hold sebab saya bimbang bulan 12 ini tidak menentu keadaan, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Paya Jaras. Saya persilakan Sungai Kandis, Yang Berhormat EXCO.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan. Bismillahhirrahmannirrahim, alhamdullilah (bacaan permulaan doa). Untuk portfolio Agama Islam Industri Halal kali ini menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Saya menerima 15 pertanyaan daripada Ahli Dewan. 10 berkaitan masjid, 5 berkaitan Sekolah Agama dan bakinya berkaitan dengan industri halal.

Saya ingin mulakan penggulungan saya ini dengan memetik daripada Surah Al-Taubah Ayat 18 (bacaan ayat Al-quran), “sesungguhnya orang-orang yang mengimarahkan

masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan hanya kepada Allah swt. Mudah-mudahan mereka akan menjadi orang-orang yang mendapat pertunjuk dan hidayah”.

Dalam pertanyaan dan perbahasan yang kita dengar dalam isu masjid ini berkaitan dengan soal kelakuan jemaah atau pun urus tadbir masjid yang mungkin menimbulkan salah faham dan persepsi di kalangan jemaah. Dan ada juga yang membangkitkan soal berkaitan khutbah kandungannya yang menimbulkan keresahan dan ketidaknyaman jemaah apabila mereka berada di dalam masjid. Justeru itu saya petik ayat tadi supaya kita kembali kepada tujuan kita berada di masjid selain daripada untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. ialah untuk kita saling silaturahim berukhuwah dan merapatkan tali persaudaraan. Saya ingin menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Sijangkang berkenaan dengan pengurusan masjid, status masjid yang diuruskan secara pengurusan. 10 masjid tambahan yang telah pun di umumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebelum ini. Sebenarnya perkara ini bergantung pada kekuatan kewangan kerajaan negeri dan buat masa ini, pentadbiran masjid yang bermasalah sahaja yang diambil alih oleh kerajaan. Memang banyak cadangan-cadangan daripada pihak Ahli Dewan, cadangan daripada jemaah sendiri supaya di naik taraf masjid mereka ini kepada masjid pengurusan tetapi kita menghadapi kekangan peruntukan dan insyaAllah, tahun hadapan kita akan cuba tambahkan lagi untuk masjid pengurusan ini dan Taman Medan membangkitkan tentang isu konsep integriti pengurusan masjid juga berkaitan dengan pengurusan operasi dan pembangunan masjid. Ada timbul salah faham di kalangan pengurusan Jawatankuasa Masjid apabila isu ini dibangkitkan. Mereka merasa bahawa apa yang mereka buat selama ini seolah-olahnya ada tidak telus atau pun ada perkara-perkara salah laku dalam pentadbiran. Tetapi sebenarnya satu atau dua perkara yang dibangkitkan atau berlaku di satu dua masjid, tetapi perkara inilah yang menarik perhatian dan akhirnya memberikan imej yang tidak baik kepada lebih banyak lagi masjid-masjid yang diurus dengan penuh amanah dan integriti. Integriti sebagai prinsip yang jelas kepada Kerajaan Negeri, maka konsep integriti pengurusan masjid, pengurusan operasi dan pembangunan masjid adalah berkaitan secara langsung. Bezanya integriti pengurusan masjid melibatkan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam dan Majlis Agama Islam Selangor untuk dikuatkuasakan oleh pentadbir masjid. Manakala pengurusan operasi adalah good governess yang perlu dan hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor mengikut fatwa, undang-undang dan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dari masa ke semasa. Manakala pembangunan masjid adalah sebagaimana Kerajaan Negeri menyusun dan menentukan program-program pembangunan masjid mengikut keperluan dan perancangan yang betul. Pelaksanaannya adalah merujuk kepada perancangan dan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Sabak Bernam membangkitkan tentang isu ceramah masjid Al-Islahiah sempena sambutan Maulid baru-baru ini yang katanya berbau politik untuk Parti PAS. Siasatan telah dibuat, tiada ceramah berunsur politik kepartian disentuh dalam ceramah tersebut.

Berhubung dengan kehadiran Yang Berhormat, ADUN yang tidak dialu-alukan semasa ucapan dalam program tersebut adalah disebabkan tiada jemputan rasmi dibuat kepada Yang Berhormat dan nazir masjid tidak mengetahui kehadiran Yang Berhormat sebelum atau selepas ceramah dimulakan. Nazir hanya mengetahui setelah program tersebut selesai. Dan Sabak juga membangkitkan bahawa 99% di masjid dan surau di Selangor ada unsur kepartian PAS. Rekod aduan berceramah politik di masjid dan surau sangat sedikit. Walau bagaimanapun, sekiranya benar berlaku pihak JAIS tidak dapat mengawal sepenuhnya ceramah yang akan disampaikan oleh mana-mana penceramah bertauliah kerana apa yang akan diucapkan oleh penceramah tersebut di luar kawalan semua pihak. Justeru itu, jika didapati berlaku dan dapat dibuktikan pihak JAIS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Selain itu, pencegahan oleh pihak JAIS melalui peraturan-peraturan tauliah dan pekeliling-pekeliling daripada MAIS yang melarang membawa maksud unsur ceramah politik kepartian telah dikeluarkan kepada semua masjid dan surau. JAIS juga telah mengedarkan Surat Pekeliling Larangan Berpolitik di institusi bawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor nombor rujukan JAIS.SEL.BPM.01/06/02 Jld.6 (27) pada 2 November 2022. Arahan ini adalah rentetan dari titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar semua institusi yang berada di bawah kawalan Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah dikekalkan sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian. Sehubungan itu juga, sempena PRU15 yang lalu dan apa-apa peringkat pilihan raya di Negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tidak berkenan pegawai atau guru JAIS, penceramah bertauliah dan institusi yang berada di bawah kawalan MAIS atau JAIS terlibat dan dilibatkan dengan mana-mana parti politik. Sabak juga menyebutkan tentang cadangan pemilihan AJK masjid, surau tidak dengan cara pemilihan ahli kariah tetapi dengan cara tunjuk dan ditentukan oleh kerajaan. Tatacara pemilihan Jawatankuasa Masjid yang diwujudkan oleh MAIS telah mengambil kira semua aspek terutama ketelusan dan keadilan kepada semua pihak dalam memilih jawatankuasa masjid. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut akan diperhalusi dan perlu dipastikan pemilihan jawatankuasa yang dibuat dapat memberi impak kepada keharmonian dan ketenteraman semua pihak. Berikutnya cadangan daripada Sabak tentang setiap masjid, surau membuat rakaman, setiap ceramah, kuliah sebagai cara memantau ceramah-ceramah agar yang berbau politik. Arahan dan pekeliling kepada semua masjid dan surau bagi membuat rakaman ceramah dan kuliah yang diadakan di masjid dan surau telah pun dikeluarkan oleh JAIS pada tahun 2017 lagi. Namun masih banyak masjid dan surau yang tidak dapat menyediakan rakaman ceramah, kuliah yang dibuat disebabkan kekurangan kepakaran dalam menguruskan sistem multimedia di peringkat masjid dan surau khususnya di kawasan luar bandar. Templer membangkitkan tentang nazir masjid Pekan Batu 14 yang menjadi calon PRU. Setelah disemak nazir masjid tersebut tidak bertanding di atas mana-mana parti politik tertentu semasa PRU15. Yang kedua ...

Boleh mencelah?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Ya silakan.

Hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taman Templer itu bukan menjadi calon tetapi menjadi wakil calon, terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih atas makluman tambahan Dusun Tua, kita akan buat semakan nanti. Mana tadi hilang pula.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat EXCO, bukan calon. Kalau calon dia lawan saya, wakil calon, wakil calon, wakil calon.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih atas pengesahan maklumat tersebut dan kita akan buat semakan semula terhadap jawapan yang diberikan ini. Yang keduanya berkenaan dengan Pejabat Agama terlibat dengan politik. Terdapat aduan yang dibuat oleh Yang Berhormat, tak dapat layanan yang sepatutnya, betul ya? Pihak JAIS tidak menerima sebarang aduan berhubung pegawai Pejabat Agama terlibat dengan mana-mana parti politik tertentu. Yang Berhormat ada buat aduan, belum?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dia suruh buat aduan dalam sidang inilah. Sebab saya rasa inilah platform kita atau pun medan kita yang paling besar, yang paling utama. Bila kita buat aduan, kita harapkan akan ... bom ke itu bukan? bukan bom? Tapi saya rasa pihak EXCO atau pun pihak Kerajaan Negeri kena tengok balik, sebab saya rasa di kalangan ADUN-ADUN ini saya rasa kita hadapi benda yang sama. Kita akan hadapi benda yang sama dan kadang-kadang bila kita mengadu dalam sidang, hendak pula lagi kita buat reportlah, report polis ini memang kerja sayalah. Kalau report polis ini, satu minggu sekarang ini kalau tidak ada report, 3, 4 report bukan sayalah sekarang ini. Tapi kalau kita pun hendak buat report lagi sebagai ADUN, sebagai wakil rakyat, kita sebut benda itu dalam sidang dan inilah badan yang paling tertinggi yang buat dasar, yang buat undang-undang dalam negeri. Yang Berhormat EXCO minta lagi kami untuk buat report lagi, saya pun dah tak tahulah nak cakap macam mana lagilah. Maksudnya bila kita di kalangan ADUN ini, kita bentangkan dalam persidangan ini, maksudnya inilah persidangan yang paling utama, inilah persidangan yang paling tinggi di Negeri Selangor dan kita harapkan maksudnya kena ada siasatanlah. Kena ada siasatan dan turun ke bawah untuk siasat apa yang kami sebutkan ini, terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Taman Templer.

Yang Berhormat EXCO, saya hendak tambah sedikit. Minta perhatian sebab daripada jawapan-jawapan Yang Berhormat EXCO, saya tengok semua jawapan itu indah-indah belaka. Tapi

realitinya di peringkat ADUN-ADUN ini kita dapat macam disebutkan oleh Taman Templer tadi, isu dia sama tapi tak ada tindakan. Bawah ini parah, sekarang ini kita berhadapan dengan isu fitnah ini yang makin melampau, fitnah, adu domba yang makin melampau. Jadi saya rasalah mungkin laporan itu sendiri pun perlu dikaji balik sebab macam perbahasan saya sebelum ini pun, saya sudah nyatakan bahawa pegawai-pegawai ini cenderung kepada satu pihak. Jadi pegawai ini yang buat report kepada kita, jadi saya nampak ada ketidaktelusan di situ yang perlu dikaji balik, itu pandangan saya.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Taman Templer dan Meru yang membangkitkan isu yang saya sebutkan tadi. Sebenarnya yang menghantar mesej kepada saya tentang aduan-aduan ini pun tak ramai. Dan kita ada pimpinan-pimpinan peringkat PMKK, diperingkat pimpinan akar umbi yang boleh bantu kita membuat aduan sekiranya benar keran ada yang menghantar video, video itu luar di Negeri Selangor kita tidak boleh ambil tindakan. Jadi kalau lepas ini kalau dapatlah buat aduan melalui saluran-saluran yang kita ada untuk memudahkan tindakan daripada pihak JAIS. Ini merujuk saya ulang balik jawapan tadi, pihak JAIS tidak menerima sebarang aduan berhubung pegawai Pejabat Agama yang terlibat dengan mana-mana parti politik tertentu arahan kepada semua pegawai sama ada di Ibu Pejabat ataupun Pejabat Agama Islam Daerah untuk mengambil dasar berkecuali dalam mana-mana kempen politik kepartian telah pun dibuat. Hal ini juga merujuk kepada arahan surat Pekeliling Arahan Berpolitik di Institusi Kawalan Jabatan Agama Islam Selangor Nombor Rujukan : JAIS Selangor BPM01/006/2 Jilid 6 (27) yang dikeluarkan pada 2 November 2022. Bahkan semua Pejabat Agama Islam Daerah juga telah diarahkan untuk mewujudkan Bilik Gerakan dan Pasukan Pemantauan Terhadap Masjid, Surau, Sekolah di bawah Kawalan JAIS, MAIS sepanjang Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15. Taman Medan mengatakan bahawa ada calon AJK yang sorok kedudukan terlibat dalam politik semasa mengisi borang pencalonan, JAIS telah berusaha memastikan pemilihan Jawatankuasa Masjid dibuat dengan telus dan adil melalui pelbagai tapisan seperti temu duga kepada calon pegawai masjid dan pelaksanaan penilaian dan Pemilihan Calon Anggota Jawatankuasa Surau dan Pemeriksa Kira-kira Peringkat Daerah semua calon Jawatankuasa Masjid dikehendaki mengisi Borang Perakuan Diri bebas daripada terlibat dengan mana-mana politik kepartian sebelum menjadi calon bagi mana-mana jawatan. Sekiranya didapati berlaku penipuan perakuan pihak JAIS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana calon Jawatankuasa Masjid yang terbabit dan diketahui awal panel penilaian dan pemilihan Jawatankuasa Surau dan Pemeriksaan Kira-kira Peringat Daerah akan menggugurkan calon berkenaan daripada dilantik. Templer juga membangkitkan Masjid Jamiul Ehsani rasanya masjid di Kampung Sijangkang betul ke Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Betul.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Sebab dia tidak tulis dekat sini di kawasan mana takut di luar daerah Selangor tetapi seingat saya ini masjid di

kawasan Kuala Langat. JAIS akan menyiasat perkara ini dengan teliti untuk dibawa kepada jawatankuasa bertauliah berkenaan kalau benar dakwaan ini ia akan ditarik balik tauliahnya. Sungai Air Tawar membangkitkan tentang cadangan menginstitusikan KAFA Integrasi untuk mengajar Al-Quran dan melaksanakan modul membangunkan insan bagi kejayaan dunia dan akhirat. Kerajaan Negeri melalui JAIS telah melaksanakan empat program asas di KAFA Integrasi bagi tujuan membangunkan insan dengan menetapkan pertama, penekanan pada aspek pembacaan Al-Quran dengan bertajwid mengikut ilmu dan adab-adab dalam pembacaan Al-Quran. Kedua memberi penekanan kepada pelajar-pelajar supaya menghafaz surah-surah tertentu dalam Al-Quran untuk dipraktikkan dalam solat lima waktu. Kedua-dua aspek membaca dan menghafal telah pun dijadikan kurikulum proses pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Yang ketiga menekankan peningkatan kemahiran mengamalkan teori fardu ain dan fardu kifayah yang diajar dalam kelas untuk dapat dipraktikkan dengan betul sesuai dengan ketetapan hukum melalui program-program amalan seharian yang dipantau oleh guru secara dekat dan berterusan. Untuk tujuan ini Program Kemahiran Amal Islamiah atau KAMIL telah dilaksanakan setiap tahun bagi memberi dorongan kepada murid-murid untuk mempraktikkan pengetahuan asasnya dengan ilmu yang lebih terperinci. Yang keempat menekankan pembinaan pelajar yang mendukung prinsip-prinsip Al-Quran dalam mendepani persekitaran masing-masing ini termasuk membina sikap pelajar yang bersama menjaga persekitaran yang kondusif di sekolah. Yang Kelima membangunkan sahsiah murid menjadikan Muslim bertakwa melalui penilaian amalan sahsiah harian melalui Borang Muhasabah Diri untuk menilai amalan berkaitan adab kepada diri sendiri, guru, rakan dan persekitarannya. Kedua dibangkitkan tentang cadangan program kemahiran kepada pelajar-pelajar tahfiz untuk persediaan masa depan pelajar. JAIS telah melaksanakan Program Kemahiran Kepada Pelajar-pelajar Tahfiz untuk persediaan masa depan pelajar seperti yang pertamanya mewujudkan Maahad Tahfiz Sains (MITS) yang menjadikan sains tulen sebagai teras bagi membolehkan mereka menceburi bidang-bidang kepakaran terhad. Yang kedua mewujudkan program fast track memberi peluang pelajar-pelajar tahfiz swasta menduduki peperiksaan SPM melibatkan enam mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam dan dua subjek elektif iaitu Tasawur Islam dan Bahasa Arab supaya mereka berpeluang menceburi sektor-sektor awam selain dapat menguasai tahap-tahap asas yang perlu dikuasai oleh pelajar pada tahapnya. Yang ketiga usaha sama Maahad Tahfiz persendirian bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam melaksanakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga dalam bidang pengurusan tahfiz. Yang keempat menyediakan peluang kepada mana-mana pelajar tahfiz melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) bagi mendapatkan pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional.

Sentosa membangkitkan tentang Masjid Al Barakah dan permohonan untuk naik taraf Masjid Al Barakah DUN Sentosa ini telah diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Masjid dan Surau Negeri Selangor pada 30 Jun 2021. Kos yang dianggarkan bagi tujuan

naik taraf masjid ini adalah sebanyak RM385,046.00 untuk tujuan naik taraf juga masjid telah mewujudkan akaun wakaf melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) da jumlah terkumpul hingga kini adalah sebanyak RM138,000.00. Memandangkan Bajet Pembangunan bagi tahun 2023 telah disediakan dan telah dirancang mengikut keperluan seperti yang dibentangkan di dalam Sidang DUN kali ini permohonan yang dinyatakan ini akan ditimbangkan untuk program pembangunan seterusnya. Jawatankuasa Pembinaan dinasihatkan untuk mempertingkatkan usaha bagi meningkatkan dana awam termasuklah kepada Lembaga Zakat Selangor untuk pelbagai bantuan yang disediakan. Sungai Ramal membangkitkan tentang Masjid Bandar Teknologi Kajang yang belum disiapkan kerana bayaran tidak dibuat atau tidak disalurkan kepada kontraktor oleh JAIS. Jawapannya JAIS telah menyalurkan jumlah peruntukan dari masa ke semasa mengikut keperluan yang dituntut oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Surat daripada JKR kepada JAIS bertarikh 9 November 2022 telah memulangkan RM1,506,363.54 kepada JAIS dan hanya menggunakan RM500,00.00 bagi tujuan bayaran interim bulan November 2022 tidak timbul dakwaan bahawa JAIS tidak membayar kepada pihak kontraktor. Wang JAIS disalurkan kepada JKR dan JKR yang membayar kepada kontraktor mengikut progress atau tahap-tahap pembayaran yang boleh dibuat kepada kontraktor.

Banting membangkitkan tentang Ketua Kampung dilibatkan sebagai Jawatankuasa Masjid dan Surau dan dimaklumkan aktiviti serta laporan masjid surau untuk terlibat sama dalam perkara-perkara berkaitan. Ketua Kampung dalam struktur pentadbiran masjid adalah sebagai penasihat bukannya jawatankuasa dan mereka akan memberi nasihat kepada semua aktiviti isu-isu dan hal-hal di kampung termasuklah perkara berkaitan masjid dan surau. Mengikut Peraturan 41, Peraturan Masjid dan Surau Negeri Selangor 2017 antara peranan ketua kampung adalah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kariah masjid atau Surau apabila perlu akan tetapi tidak boleh mengundi dan yang kedua memastikan pengurusan dan pentadbiran masjid ataupun surau selaras dengan kehendak enakmen, peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa. Yang ketiga memberi apa-apa nasihat ataupun pandangan berkaitan permasalahan yang berlaku di masjid ataupun surau, yang ke empat mengesyorkan pelaksanaan apa-apa aktiviti bagi tujuan pengimarahan masjid ataupun surau dan yang kelima menjadi penghubung di antara Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau dengan Ahli Jawatankuasa Masjid Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MPKK.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan mohon penjelasan.

Speaker

Silakan Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO sama ada mungkin panduan ini dapat diperketat ataupun diperkemas iaitu mensyaratkan pihak pengurusan untuk memaklumkan juga kalau tidak menjemput tetapi sekadar memaklumkan sudah memadai segala aktiviti dan program sama ada besar ataupun kecil di dalam masjid

ataupun surau kepada Pengerusi MPKK ataupun ketua kampung. Soalan saya ini kerana sekiranya mereka ataupun ketua kampung kita tidak ada peranan atau tidak dimaklumkan langsung, tidak tahu bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk menasihati, memberi syor, memberi cadangan dan sebagainya kalau mereka tidak tahu hendak tahu pun tidak tahu. Jadi saya ingin bertanya sama ada perkara ini boleh dimansuhkan iaitu masjid dan surau wajib untuk memaklumkan ketua kampung untuk berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Banting di atas cadangan pemantapan pentadbiran masjid dan surau di Negeri Selangor dan kalau ikut struktur penasihat ini jawatankuasa maklumkan kegiatan dan juga aktiviti yang dijalankan dan kalau sekiranya ada tetamu datang sewajarnya pihak pentadbiran tadbir masjid dan surau ini memaklumkan kepada penasihat tetapi mungkin ada isu-isu lain yang berlaku di bawah yang menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penasihat iaitu ketua kampung. Seri Setia sudah balik. Beliau memohon pertimbangan peruntukan pembinaan di Lembah Subang. Permohonan pembinaan masjid di Lembah Subang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Masjid dan Surau Negeri Selangor pada 4 Oktober 2017 melalui pembangunan dua fasa dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM15,000,000.00. Fasa pertama perancangan adalah bagi membina fizikal masjid yang bernilai RM8,000,000.00 dan fasa kedua adalah pembinaan kemudahan seperti kuarters dan keperluan-keperluan lain yang bernilai RM7,000,000.00. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Masjid dan Surau Negeri Selangor bilangan 3 tahun 2022 pada 23 Jun 2022 meluluskan masjid ini untuk dibina bagi fasa satu kerana jumlah kutipan dana telah melebihi 50% itu syarat untuk memulakan pembinaan yang ditentukan dari anggaran sebanyak RM4.1 juta ringgit memandangkan bajet pembangunan bagi tahun 2023 telah pun disediakan dan dirancang mengikut keperluan seperti yang dibentangkan dalam Sidang DUN kali ini. Permohonan yang dinyatakan akan ditimbang untuk program pembangunan yang seterusnya. Jawatankuasa Pembinaan juga dinasihatkan untuk mempertingkatkan usaha bagi meningkatkan dana awam dan dana-dana lain untuk pembinaan masjid tersebut. Perkara kedua berkaitan dengan permohonan membina kuarters bagi guru-guru KAFA untuk menampung kekurangan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Ada. Yang Berhormat EXCO maknanya hendak ditimbang tu hendak ditimbang macam mana dacing itu boleh pakai atau tidak boleh pakai atau dacing timbang sebelah sebab lama sangat sudah ramai tanya dah ini.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Pertimbangan biasanya dilihat berdasarkan kepada penting dan segera sekiranya kawasan masjid itu memang belum ada masjid dan kemudian kawasan banjir ataupun masjidnya terlalu uzur yang perlu diperbaiki segera jadi itu akan diberikan keutamaan. Jadi kawasan ini saya percaya kawasan yang padan dengan penduduk dan insyaallah kita akan pertimbangkan Seri Setia supaya masjid ini dapat disegerakan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Begini lah Lembah Subang ini adalah kawasan yang padat hanya ada adalah masjid di Ara Damansara, masjid di Ara Damansara ini kecil semua datang sembahyang di situ da di Lembah Subang ada Surau Jumaat itu pun terlalu padat sebab banyak pekerja-pekerja di kawasan itu juga solat di situ. Jadi saya harap sangat mereka akan membina pembinaan pada Januari, jadi dapat disegerakan atau pun diberitahu nilainya senang pada saya.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

(Insyaa Allah).

Doa banyak-banyak mudah-mudahan turun daripada mana-mana tempat rezeki untuk disegerakan pembinaan masjid ini. Kuarters guru KAFA, perkara ini sukar untuk dilaksanakan kerana status guru KAFA yang tidak sama dengan status guru-guru lain. Keluar masuk guru KAFA silih berganti dengan peluang-peluang yang lebih baik tidak memungkinkan kuarters khas untuk mereka dibuat untuk memudahkan mereka. Kebiasaannya pemilihan akan dibuat oleh daerah dan tidak pernah berlaku rentas daerah kecuali ada permohonan. Kerajaan negeri sangat prihatin dan sentiasa mengambil berat tentang guru KAFA semenjak tahun 2020 keprihatinan Kerajaan Negeri lebih jelas apabila Kerajaan Negeri memberi caruman PERKESO setahun RM1,101,240.00 sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor kepada guru-guru KAFA. Dan Kerajaan Negeri juga memperuntukkan tambahan kepada penyelia dan guru KAFA melibatkan tambahan peruntukkan sebanyak RM4,838,400.00 setiap tahun bermula tahun 2023. Banyak yang Kerajaan Negeri peruntukan untuk membangunkan pendidikan Islam di Negeri Selangor. tetapi itu pun ada yang mengata macam-macam kepada Kerajaan Negeri dan menaburkan fitnah di media sosial mengatakan Negeri Selangor ini tidak prihatin dan agama Islam terancam seperti mana yang dibahaskan oleh Ahli Dewan.

Yang Berhormat Taman Medan yang membangkitkan tentang khutbah kedua ada menyebut ayat penyata, “maka adalah dilarang ahli-ahli politik berucap di masjid dan surau di negeri ini”. Ini merujuk kepada khutbah pada 21 Oktober 2022 dan penjelasannya ialah, ayat ini dimasukkan di dalam khutbah kedua atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor khusus pada Jumaat bertarikh 21 Oktober 2022 untuk memberi peringatan ulangan kepada jemaah bahawa mana-mana Ahli Politik tidak boleh berucap di masjid-masjid atau surau-surau di Negeri Selangor supaya masjid-masjid atau surau-surau tidak terlibat dengan mana-mana kempen pilihan raya menjelang Pilihan raya Umum ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022. Ini pun termasuk EXCO agama pun tidak boleh menyampaikan kuliah. Kemudian terdapat isi khutbah yang tidak tepat dan tidak betul seperti pada doa khutbah kedua yang terdapat kesilapan pada nahu perkataan doa...(Bacaan doa di dalam Bahasa Arab) sepatutnya huruf Ro dan Kaf tidak dimatikan tetapi di baris atas. Jawatankuasa khutbah MAIS tidak pernah menetapkan doa atau kalimah tertentu untuk di baca oleh bilal di antara dua khutbah. JAIS maklum wujud keadaan menyerahkan kepada bilal untuk mengisi masa antara dua khutbah. Ada yang berselawat sahaja, ada yang membaca doa dan ada yang diam sahaja untuk memberi ruang jemaah berdoa sendiri di antara dua khutbah tersebut lebih-lebih lagi

masa tersebut adalah waktu yang mustajab berdoa. Oleh itu perkataan yang dinyatakan adalah sebahagian doa yang dibaca oleh bilal ketika khatib duduk antara dua khutbah. JAIS mengambil maklum atas kepelbagaian dan kesalahan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Yang Berhormat Meru, pelajar Sekolah Rendah Agama dihasut oleh PAS katanya begitu. JAIS tidak pernah menerima apa-apa laporan berkenaan pelajar Sekolah Rendah Agama dihasut menyokong mana-mana parti politik. JAIS juga akan menyiasat pentadbir sekolah sama ada benar atau tidak guru-guru yang menghasut pelajar-pelajar menyokong mana-mana parti politik. Sekiranya ada, JAIS juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar semua institusi yang berada di bawah kawalan MAIS dan JAIS hendaklah di kekalkan sebagai zon aman dan bebas dari sebarang pengaruh dan unsur politik kepartian. Sekiranya perkara ini dilakukan, ia adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 12, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995 berhubung menghina pihak Berkuasa Agama (mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan pertama Duli Yang Maha Mulia Sultan, kedua MAIS, ketiga Mufti. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000.00 atau di penjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun atau kedua-duanya).

Yang Berhormat Sijangkang membangkitkan tentang status pembinaan Sekolah Darul Mujahidin yang diperuntukkan sebanyak RM6 juta. Status terkini pembinaan Sekolah Darul Mujahidin sedang dalam proses pelantikan perunding. Projek ini melibatkan kerja rawatan tanah yang agak besar. JKR sedang meneliti kenaikan kos bagi kerja rawatan tanah dan akan dikemukakan kepada JAIS dalam masa terdekat. Pelantikan perunding akan dimuktamadkan setelah kelulusan kenaikan kos diperolehi. Selepas JAIS menerima surat daripada JKR yang menyatakan berapa kos projek ini, JAIS akan panjangkan surat tersebut kepada UPEN untuk tujuan kenaikan kos syiling RMK-12 yang hanya berjumlah RM5.7 juta buat masa ini kepada satu kos syiling yang baharu. Yang kedua, kenapa pembangunan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar yang perlahan. Pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Teknolgi dan Sains Istana Bandar telah di tender semula pada pertengahan April 2022 kerana masalah kontraktor pembinaan ketika itu. JKR telah melantik kontraktor yang baharu bagi meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz tersebut. Kerja oleh kontraktor yang baharu telah bermula pada 12 April 2022 sehingga 24 November 2022, pembinaannya telah mencapai 7.53% berbanding jadual asal hanya 5.52%. Pencapaian terkini juga adalah awal 7 hari berdasarkan jadual perancangan kerja pembinaan nya.

Yang Berhormat Permatang membangkitkan tentang sekolah SRA yang daif dan mohon untuk dibina semula. SRA Permatang didapati tidak sesuai untuk pembinaan baharu oleh sebab tapak dan ruang yang sempit. Namun begitu, pihak JAIS akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih bagi memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan

kondusif dan selamat. Manakala adanya janji untuk membina masjid di DUN permatang, perancangan pembinaan masjid di DUN Permatang ini akan dibincangkan dan akan dinilai dari segi merit keutamaan berbanding keperluan pembinaan masjid di seluruh negeri Selangor.

Yang Berhormat Meru membangkitkan tentang perancangan pembangunan SRA Sungai Kapar Indah. Ini dah kali kedua ni. Pembinaan SRA ini pernah diangkat untuk dibina pada RMK-9. Walau bagaimanapun terdapat masalah pewartaan tanah di tapak yang dicadangkan. JAIS telah menyelesaikan isu berkenaan dan pembinaan SRA ini akan diangkat dan dicadangkan ke RMK-13 akan datang. (Insyaa Allah). Yang Berhormat Semenyih membangkitkan permohonan pembangunan SRA di Bukit Mahkota bagi menampung keperluan dan jarak yang jauh di Bangi Lama. JAIS ambil maklum yang permohonan ini akan dicadangkan pembinaannya di bawah ke RMK-13.

Mohon mencelah, kalau berkaitan dengan SRA Sungai Kapar Indah tadi kalau nak tunggu RMK-13, lima (5) tahun lagi tu. Jadi rasanya sekali ganda dah penduduk akan bertambah lagi. Jadi, itu RMK-13 tu untuk federal, daripada negeri sendiri tidak boleh bantu ke untuk sekurang-kurangnya menyediakan sedikit peruntukan untuk pembinaan awal sekolah baharu.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Baik. Kita akan cuba berikan keutamaan kepada Meru lah kerana gigih memperjuangkan keperluan pendidikan sekolah agama di kawasan ini. Mudah-mudahan ada merit yang kuat untuk diberikan keutamaan.

Semoga EXCO dapat jariah berpanjangan.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Kota Damansara membangkitkan tentang permohonan yang katanya telah dipanjangkan dan dibuat bagi pembaikan tangki yang bocor, paip bocor, cat sekolah yang melibatkan tiga (3) sekolah iaitu SRA Kampung Melayu Subang, SRA Seksyen 5 Kota Damansara dan SRA Seksyen 7 Kota Damansara. Katanya mohon diteliti. Jadi maklum balas yang diterima, kerja-kerja baik pulih dan naik taraf sistem perpaipan di SRA Seksyen 5 Kota Damansara telah siap dilaksanakan pada 15 Jun 2022. Manakala bagi kerja-kerja pembaikan dan naik taraf di SRA Kampung Melayu Subang iaitu baik pulih pam air, tandas dan bilik darjah serta SRA Seksyen 7 Kota Damansara iaitu baik pulih pentas, tingkap nako dan tandas akan bermula pada 13 Disember 2022 iaitu cuti sekolah akan datang.

Seterusnya berkaitan dengan Industri Halal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang yang mencadangkan supaya Program Halal Suri diletakkan di bawah Program Keusahawanan supaya tiada pertindihan. Saya mengambil maklum cadangan

daripada Yang Berhormat Permatang berkaitan Program Halal Suri ini di mana Kerajaan Negeri akan sentiasa membuat kajian bersama Jawatankuasa Tetap yang lain dari semasa ke semasa agar tiada pertindihan dan untuk makluman Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan Majlis Industri Halal yang akan menggabungkan lima (5) portfolio iaitu, Portfolio Keusahawanan, Agro Asas Tani, Pertanian, Pelancongan dan Pelaburan yang semuanya aktivitinya berkaitan dengan Industri Halal dan mereka akan ada jawatankuasa yang akan terlibat. Kemudian dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru tentang Industri Halal untuk meningkatkan peruntukan bagi pelaksanaan. Terima kasih Yang Berhormat Meru dan kerana cadangan tersebut kita dengar suara wakil-wakil rakyat ini dan Kerajaan Negeri (Alhamdulillah) tahun lepas telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada Portfolio Industri Halal dan tahun ini ditambah lagi RM2 juta menjadi RM4 juta untuk menjadikan Industri Halal lebih berdaya maju dan dapat membantu pemain industri untuk melonjak ke hadapan.

Kemudian, Program Modal Insan yang dijalankan di peringkat pembelajaran oleh UIS Universiti Islam Selangor ini universiti yang di naik taraf daripada Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menjadi Universiti Islam Selangor dan Universiti Selangor (UNISEL). Ini adalah program yang dilakukan oleh Jawatankuasa Industri Halal untuk memberi nilai tambah kepada program-program yang telah dilakukan sebelum ini. Dan program latihan yang dilaksanakan sekarang ini seperti Latihan Kompetensi Halal ada pegawai-pegawai yang ditempatkan di industri dan mereka mesti ada Pegawai Halal yang dilantik untuk menjadi Pegawai Eksekutif di syarikat tersebut. Jadi perlu latihan dan inilah latihan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Yang kedua, Latihan Kesedaran Awam berkenaan Industri Halal, yang ketiga Latihan Halal Eksekutif, yang keempat Program International Muslim Family Affiliate Network (IMFAN) yang mempunyai lima (5) peringkat latihan bagi pembangunan usahawan daripada tiada pengetahuan tentang halal hingga boleh memohon sijil halal. Dan yang terakhir ialah program-program latihan halal mengikut permintaan pemain industri. Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam dan industri halal dan saya juga ingin merakam kan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dukungan untuk menjadikan agenda membangunkan negeri Selangor ini sebagai suatu yang komprehensif dan sentiasa berada di hadapan. Ya Hulu Kelang ada lagi?

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya ada soalan ni, lama tahun 2008 tapi fasal benda serius

Speaker

Yang Berhormat...Yang Berhormat Hulu Kelang, dalam perbahasan ada bangkit isu ini ke tidak? Dalam perbahasan ada bangkit isu ini ke tidak?

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Isu ini ajaran sesat.

Speaker

Kalau tiada, saya tidak benarkan isu baharu, isu baharu. Kena adil kepada pihak EXCO. Pihak EXCO tidak sediakan soalan yang tiba-tiba muncul atas langit itu tidak boleh macam Ayah Pin itu saya tidak benarkan. Minta Yang Berhomat Hulu Kelang duduk. Duduk.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Bolehlah. Bolehlah.

Speaker

Tak, tak. Saya tak benarkan. Duduk, duduk. Tak boleh, tak boleh. Ini perkara baru dan tidak adil untuk EXCO.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Dah lama benda ni.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, sila duduk. Sila duduk. Sabar, sabar. Duduk. Tidak masuk. Dia tak ada jawapan pun. Sila duduk. Minta, minta duduk.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Speaker, minta janji tuhan ni.

Speaker

Minta duduk, duduk.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Okay.

Speaker

Habis ya. Saya mohon seterusnya Yang Berhormat Kajang ataupun Tanjung Sepat? Silakan Tanjung Sepat. Haa…nasi ambeng pula.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu iaitu mengenai apakah Temasya Jalanan Kuala Kubu Baharu akan diteruskan pada tahun yang akan datang ataupun kemas kini supaya ia lebih selesa dan lebih teratur kepada pengunjung? Jawapannya adalah ya. Majlis Perbandaran Hulu Selangor ataupun MPHS bercadang untuk meneruskan Temasya Jalanan Bazar Warisan Kuala Kubu Baharu pada tahun 2023 dengan harapan Temasya Jalanan Bazar Warisan Kuala Kubu Baharu ini akan menjadi salah satu tarikan pelancong bagi Daerah Hulu Selangor khususnya di Negeri Selangor. Temasya Jalanan ini telah berlangsung mulai pada 10 September 2022 iaitu pada setiap hari Sabtu sehingga kini yang berjalan bermula pada jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Dan program yang telah dilaksanakan dengan bantuan kewangan yang diterima daripada Kerajaan Negeri bernilai RM100,000.00 melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu dan Warisan. Untuk makluman, seramai 55 orang peniaga telah menyertai Temasya Jalanan Bazar ini secara percuma sehingga Disember 2022. Pihak MPHS bercadang untuk mengenakan bayaran sewaan tapak dengan kadar bayaran yang berpatutan mulai pada tahun 2023. Melalui kaji selidik 92% peniaga bersetuju agar sewaan tapak yang bersesuaian dikenakan kepada setiap peniaga menyertai program ini. Di antara produk jualan yang terdapat di dalam Temasya Jalanan Bazar Warisan Kuala Kubu Baharu ini adalah seperti

berikut. Makanan dan minuman, barangan antik dan kraf tangan, produk IKS. Selain daripada itu, semua peniaga juga bersetuju bahawa program ini merupakan satu program yang sangat baik yang dianjurkan oleh MPHS kepada komuniti Kuala Kubu Baharu. Selain daripada itu, kaji selidik juga dapati hasil pendapatan peniaga bagi setiap sesi jualan adalah seperti berikut. RM100.00 sehingga RM300.00 sebanyak 49%, RM300.00 sehingga RM500.00 sebanyak 32.7%, RM500.00 sehingga RM800.00 sebanyak 14.3% dan RM800.00 sehingga ke atas sebanyak 4%. Oleh yang demikian, MPHS berharap agar sokongan dan bantuan kewangan pada tahun 2023 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan dapat diteruskan bagi menambah baik pelaksanaan program Temasya Jalanan Bazar Warisan Kuala Kubu Baharu.

Bagi isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sementa, Seni Silat Kerajaan Negeri telah memberi perhatian khusus kepada ahli silat yang ahli kebanyakan daripada anak muda yang menyanjungi seni silat mempertahankan diri. Tuan Speaker, bantuan yang dapat diberikan oleh PADAT terhadap kumpulan-kumpulan silat ini melalui penganjuran seperti Program Temasya Silat yang bakal dilangsungkan iaitu pada 3 dan 4 Disember 2022 ini. Selain daripada itu, pihak STANCO juga sering memberi sokongan dan dukungan serta dorongan seperti bantuan kewangan bagi penganjuran program melalui persatuan dan NGO untuk membuat permohonan dan permohonan terus. Pada tahun hadapan PADAT telah merancang untuk bekerjasama dengan PEKASA. Taklimat dan juga penerangan kepada semua-semua sekolah-sekolah dalam negeri dalam merangka, menubuh persatuan, kumpulan silat-silat di seluruh Selangor. Taklimat pengurusan silat-silat dan juga jurulatih-jurulatih di daerah dijangka akan dibuat pada tahun 2023 iaitu bulan Februari. Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Bukit Malawati apakah Muzium Permainan Tradisional Bukit Malawati? Bilakah Muzium Permainan Tradisional ini akan dibuka pada orang ramai dan bagaimana dengan perkembangan mengenai naik taraf bagi Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor seperti yang pernah diumumkan sebelum ini?

Tuan Speaker, Muzium Permainan Tradisional kerja-kerja hiasan dalam pameran di Muzium Permainan Tradisional tamat pada 30 November 2022. Selepas ini kerja-kerja pengisian akan dilaksanakan dan muzium ini dijangka akan dibuka pada Januari 2023 tahun hadapan. Kerja-kerja lukisan mural untuk dinding dan juga muzium akan dilaksana pada 15 Disember ini dan dijangka akan siap pada hujung Disember untuk pembukaan Januari 2023. Muzium Sejarah pula Kuala Selangor, kerja-kerja pembaikan kecil seperti mengecat bangunan, membaiki bumbung bocor dan lain-lain sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 15 Disember 2022 pada tahun ini. Soalan yang kedua iaitu Program Rentak Selangor, sebelum ini pernah diadakan di Kampung Api-Api. Ia merupakan satu program yang amat baik dan memastikan warisan budaya kita terus dipelihara dan subur. Jadi, apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan program ini dengan menjemput pihak PADAT dan juga YB EXCO sekali lagi ke Bukit Malawati bagi melaksanakan Program Rentak Selangor.

Tuan Speaker, Program Rentak Selangor merupakan sebuah program anjuran Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri ataupun UPEN, Selangor semenjak daripada tahun 2015 lagi. Program Rentak Selangor ini merupakan salah satu strategi Kerajaan Negeri untuk menjenamakan aktiviti kebudayaan negeri terutamanya kebudayaan, seni muzik, tarian di samping itu juga menyelitkan elemen-elemen kebudayaan lain seperti tradisi, budaya, pelbagai etnik dan latar belakang majmuk masyarakat negeri ini. Semenjak Rentak Selangor diperkenalkan, program ini telah berjaya mencungkil bakat serta membongkar keunikan kepelbagaian seni yang masih diamalkan di negeri ini namun tidak mendapat liputan ataupun apa-apa liputan dari mana-mana dan dijangka dalam masa yang lama. Di samping itu, etikal dan juga penulisan promosi telah dibawa oleh Kerajaan Negeri dan memberi peluang serta membuka ruang kepada kumpulan-kumpulan seni dan budaya untuk terus berkarya di majlis-majlis jemputan orang ramai dan seterusnya menambah pendapatan penggiat-penggiat seni dan budaya yang semakin dilupakan. Harus ditekankan di sini kemampuan penggiat seni untuk berkarya dan mendapat pendapatan adalah antara elemen utama kelangsungan seni budaya supaya ia terus dilihat relevan kepada generasi muda meneruskan amalan dan juga kegiatan ini. Mengambil contoh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri telah menyeru dan mengesyorkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat Daerah dan Tanah untuk menyediakan peruntukan khusus untuk membuat persembahan kebudayaan di setiap majlis-majlis rasmi di daerah dan negeri untuk menampilkan persembahan seni kebudayaan di tempat dan juga kumpulan-kumpulan seni yang terdapat di kawasan ataupun daerah masing-masing. Kerajaan Negeri juga melihat kepentingan mempromosikan kumpulan-kumpulan seni dan budaya ini di kalangan masyarakat melalui memberi peluang kepada mereka untuk membuat persembahan di majlis-majlis kerajaan juga merupakan salah satu kaedah tanda sokongan kerajaan kepada usaha mengekalkan kelangsungan kumpulan seni budaya tanpa bergantung kepada kumpulan-kumpulan peringkat agensi kerajaan semata-mata. Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan Program Rentak Selangor pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya untuk membolehkan Kerajaan Negeri terus membongkar dan mendokumentasikan kegiatan seni dan budaya yang aktif dan masih diamalkan di Negeri Selangor sebagai salah satu tanda penghargaan dan usaha pemeliharaan budaya negeri. Justeru itu, Kerajaan Negeri turut menyambut baik cadangan Bukit Malawati untuk kembali ke Daerah Kuala Selangor dan sudah pasti keceriaan bakat dan juga kegiatan kumpulan seni budaya lain akan menjadi keutamaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Baik. Silakan Yang Berhormat Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam

perbahasan, perbincangan berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan portfolio yang saya kendalikan iaitu infrastruktur dan juga pertanian. Dan, saya menerima dan ramai yang terlibat sebenarnya saya pun tak kiralah banyak mana lebih hampir 30-lah, 20 lebih ya dan Insya Allah saya akan cuba untuk menjelaskan, memberi pencerahan kepada isu-isu yang berbangkit ini walaupun ada yang berulang-ulang dalam yang terkandung dalam jawapan-jawapan mulut dan bertulis tapi saya akan ulangi secara ringkas dan untuk hari ini saya rasa masa pun agak ni..saya akan cuba setakat yang mampu untuk pada petang ini. Pertamanya, daripada Yang Berhormat Subang Jaya berhubung dengan isu precision farming ataupun precision agriculture ini yang sangat menarik yang perlu saya kupas di sini di mana di bawah rancangan Kerajaan Negeri yang telah saya uar-uarkan sebelum ini iaitu di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor atau PETA secara ringkasnya di mana precision farming ini menjadi aspek penting dalam pembangunan pertanian moden atau pertanian yang berasaskan teknologi kerana kita dapati di Negeri Selangor dalam keadaan tanah kita yang mahal dan juga tanah kita yang tidak begitu banyak, kalau adapun diceroboh sana sini menyebabkan kita perlukan kawasan yang agak tidak luas tetapi boleh mengeluarkan hasil yang tinggi. Ini telah terbukti dah berjaya kita laksanakan di beberapa tempat di Negeri Selangor ini termasuklah di Perapat, di apa nama ni di kawasan fruit valley di mana kawasan-kawasan yang kecil ini dengan kaedah pertanian moden boleh membantu kita dalam mengeluarkan hasil yang tinggi dan menjadi satu kerjaya kepada anak-anak muda kita dan kaum wanita. Dan, ini hanya tidak tertakluk sahaja kepada pertanian tanaman dia juga berjaya kita laksanakan contohnya di Hulu Langat ialah ternakan udang kara iaitu lobster air tawar yang sangat berjaya di bawah bantuan Kerajaan Negeri Agroprenuer, Program Pembangunan Agroprenuer telah berjaya menghasilkan udang-udang kara ini yang satu kilo nilainya ialah di sekitar RM80.00, RM90.00 dan dalam lawatan saya baru-baru ini yang terkesan sikit mereka sebab banjir, mereka telah menceritakan pada saya bahawa bekalannya tidak mencukupi. Udang itu sangat lazat dan mudah diternak. Hanya dalam tangki fiber saja tapi dengan bantuan 100% IOT diuruskan dan Insya Allah kita akan kembangkan di Negeri Selangor untuk tahun-tahun yang akan datang Insya Allah. Jadi, precision farming ini dengan penggunaan teknologi ini dia bukan sahaja dia memudahkan dari segi pengurusan, dia juga mengoptimakan penggunaan baja kalau tanaman, mengoptimakan penggunaan baja dan mengawal makhluk perosak dan penyakit dan juga memastikan bahawa hasilnya itu produknya itu adalah kita tidak panggil dia sebagai tidak ada practiced ataupun kita tidak sebut dia sebagai organik tapi kita sebut dia practicied free. Dia tidak terkena dengan bahan-bahan practicied ataupun bahan-bahan kimia yang disembur untuk mengawal penyakit. Tapi dia tidak termasuk dalam organik sebab organik tu dia lagi satu ekstrem. Lagi, lagi, lagi susah, lagi sukar untuk kita laksanakan. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, di Negeri Selangor kita tengah memang menggalakkan penggunaan teknologi moden dan Insya Allah untuk tahun yang akan datang kita akan tingkatkan lagi dana bagi kita membantu agroprenuer kita ataupun usahawan tani kita untuk menceburi bidang-bidang yang berkaitan dengan pertanian moden ini sama ada dari segi fertigasi ataupun penggunaan rain shelter ataupun rumah perlindungan hujan ataupun green house bahasa yang biasa diguna dan juga

penggunaan apa yang disebut kaedah baru iaitu plant factoring. Plant factory ni ada kalau nak tengok boleh saya bawa contoh dia ada di Taman Shamelin di mana mereka di dalam kawasan 3,000 kaki persegi mereka menanam sayur-sayuran yang bernilai tinggi di dalam bangunan dengan penggunaan lampu artificial, lampu tiruan. Ini dah banyak...

Speaker

Yang Berhormat Pandan Indah, sila duduk. Sambung esok.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Baru warm up.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 6.00 petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok, 2 hari bulan 12, 2022 hari Jumaat jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)