Selangor Β· 2 December 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting Β· 471 turns Β· 41,909 words Β· official PDF β Β· Digital Hansard β
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat belas pada 2 Disember 2022 dimulakan dengan bacaan Doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Selamat Pagi, Salam Sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Kali tidak hadir, Sungai Panjang juga tidak hadir, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 91.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 91. Status Projek Perumahan Pkns Di Bukit BelimbingQuestions
91. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status perkembangan projek perumahan PKNS Kampung Bukit Belimbing?
b)
Adakah kerajaan bercadang meneruskan projek perumahan di tapak PKNS di Kampung Bukit Belimbing?
Berdasarkan kepada Kajian Daya Maju projek dan keadaan pasaran semasa, PKNS telah menjalankan kajian yang melibatkan perincian kos dan pelaksanaan pembangunan. Perancangan projek perumahan di atas tapak ini tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat (anggaran tempoh 5 tahun). Ini kita merujuk status projek perumahan PKNS di Bukit Belimbing. Ini menyebabkan sebahagian tapak masih berstatus tanah pertanian dan melibatkan kos yang tinggi iaitu bayaran premium dan caj pemajuan.
PKNS mempunyai perancangan tersendiri di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kehendak pasaran dan kesesuaian konsep pembangunan yang akan datang. Terima kasih.
Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 92.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 92. Pengambilan Tanah Untuk Projek Ecrl Di SelangorQuestions
92. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan keluasan tanah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan projek ECRL di setiap daerah yang terlibat.
b)
Adakah proses pengambilan tanah untuk projek ECRL telah bermula? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Tuan Speaker, Jajaran Projek ECRL L di dalam Negeri Selangor melibatkan 2 jajaran iaitu C1B yang melibatkan Daerah Gombak sahaja manakala bagi jajaran C2 melibatkan 4 Daerah iaitu Daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan juga Klang. Butiran anggaran keluasan tanah yang terlibat dengan Projek ECRL adalah seperti jadual di berikut:
Seksyen Daerah Tanah Kerajaa n (Ha) Tanah Milik (Ha) Rizab Persekutuan (Ha) Tanah Milik Persekutuan (Ha) Hutan Simpan (Ha) Jumlah Keluasan (Ha)
C1B Gombak 12.2344 (39 Lot) 86.6820 (226 Lot) 2.6952 (1 Lot) 2.7051 (2 lot) 76.1092 (7 Lot) 180.4359
Gombak 29.8970 (35 lot) 36.4376 (92 Lot) - - 91.9974 (17 Lot) 158.3320
Klang 77.6450 (60 Lot) 54.1780 (153 Lot) - - - 131.8230
Kuala Selangor 6.7836 (26 Lot) 112.001 6 (79 Lot) - - - 118.7852
Hulu Selangor 55.4113 (70 Lot) 90.8154 (278 Lot) - - 22.8679 (8 Lot) 169.0946
Jumlah 758.4707
a) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar pengesahan jajaran ECRL bagi Seksyen C1B dan C2 di Negeri Selangor dan pihak MMKN juga telah bersetuju:
i. Cadangan awal jajaran dan Stesen ECRL Seksyen C1B dan C2 di Negeri Selangor diteruskan dengan Permohonan Rundingan di bawah 20A, Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
ii. Selepas pewartaan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960), permohonan cadangan awal Jajaran ECRL Seksyen C1B dan C2 boleh dirunding di bawah Jawatankuasa Perancang Negeri (JK-JPNS) di bawah Seksyen 20A Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172);
iii. Permohonan cadangan tapak-tapak binaan sementara seperti batching plan dan base camp perlu mendapatkan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) daripada Pihak Berkuasa Tempatan terlibat;
iv. Kerja awalan dibenarkan setelah Seksyen 4 (APT 1960) diwartakan dan kerja tanah boleh dimulakan setelah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 diwartakan dan hanya khusus tanah kerajaan sahaja yang terlibat dengan jajaran ECRL;
v. Tanah milik individu hanya dibenarkan masuk setelah bayaran pampasan dijelaskan kepada pemilik-pemilik tanah dan Borang K telah diendos di dalam hakmilik;
vi. Pengambilan bawah tanah menggunakan kaedah pengambilan biasa dan bukannya pengambilan Tanah bawah Tanah (TBT) oleh kerana Kerajaan Negeri Selangor belum mempunyai kaedah Pengambilan Tanah Bawah Tanah;
vii. Pihak MRL perlu mematuhi Carta Alir Proses Perancangan Pembangunan Lebuhraya dan Infrastruktur Utama yang telah dikeluarkan oleh PlanMalaysia@Selangor; dan
viii. Pihak ECRL perlu menyelesaikan isu berbangkit berkaitan tanah termasuk Tanah Rizab Melayu mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Selangor
Oleh yang demikian, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengemukakan permohonan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi Jajaran C1B ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Selangor (JKPTG Negeri Selangor). Pihak JKPTG akan mengangkat Kertas Permohonan Pengambilan melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor ke Y.A.B. Dato Menteri Besar Selangor selaras dengan Perwakilan Kuasa yang diisytiharkan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 729 bertarikh 8hb Disember 1960 untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusannya. Seterusnya akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor.
Manakala untuk jajaran C2 pula, permohonan bagi tujuan pewartaan Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dikemukakan oleh MRL melalui MOT pada 13 Oktober 2022 dan masih diproses di peringkat JKPTG Selangor sebelum diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk pertimbangan dan kelulusan YAB. Dato Menteri Besar.
b) Jumlah keseluruhan jajaran ECRL dalam Negeri Selangor adalah sepanjang 90.27km yang melibatkan 4 daerah. Daripada jumlah berikut, jajaran yang terlibat dengan pembinaan terowong adalah sepanjang 28.5 km. Pecahan bagi jajaran ECRL di dalam Negeri Selangor adalah seperti dalam jadual berikut:
JAJARAN PANJANG JAJARAN
Seksyen C1B Bertingkat 4.76km (29.72%)
16.02km Aras Tanah 3.40km (21.22%) Terowong 7.86km (49.06%)
Seksyen C2 Bertingkat 23.08km (31.08%)
Aras Tanah 30.53km (41.12%) 74.25km Terowong 20.64km (27.80%)
JUMLAH 90.27 km
Sekian. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bertanya adakah laluan jajaran ECRL yang telah dibuat tempoh hari yang telah diubah pada tahun 2020 akibat pertukaran kerajaan. Adakah ia akan dikembalikan kepada jajaran asal telah dipersetujui oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018? Terima kasih.
Jajaran ECRL bagi dalam Negeri Selangor akan dimuktamadkan guna jajaran di sebelah utara seperti apa saya jelaskan tadi. Jajaran itu melibatkan jarak sepanjang 90.27 km di sebelah utara di Negeri Selangor.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adalah berdasarkan pada perancangan terbaru antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri akan guna jajaran utara. Tapi dengan syarat bahawa jajaran selatan yang sebelum ini digunakan akan ada perancangan baru ataupun arrangement daripada Kerajaan Persekutuan untuk swap light dengan izin, mengganti balik. Jadi saya ingin bertanya, adakah perkara itu sedang dibincangkan? Apakah perkembangan terkini special arrangement yang melibatkan daerah Kuala Langat khususnya dan Pelabuhan Klang dan Pulau Indah, Pulau Carey sekiranya ada? Itu sahaja.
Cadangan daripada Negeri Selangor untuk mengadakan satu lagi laluan rel di sebelah selatan telah diberi kepada Kerajaan Persekutuan. Dan Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Taman Templer tidak hadir, Pelabuhan Klang hadir, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 94.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 94. Pengekalan Zon Hutan Ekologi Hijau Paya Bakau Sebanyak 30% Daripada Pelan Guna Tanah Di Telok GongQuestions
94. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah PDT Klang telah menyediakan kertas cadangan untuk dirujuk kepada mesyuarat MTES?
b)
Apakah jaminan dan usaha MPK akan mengekalkan 30% Zon Hutan Ekologi Hijau di Telok Gong sekurang-kurangnya bagi tempoh 100 tahun demi kemaslahatan penduduk sekitar?
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Untuk menjawab soalan pertama merujuk kepada Mesyuarat khas yang diadakan pada 24 Mac 2022 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datoβ Setiausaha kerajaan Negeri Selangor telah memohon Pejabat Daerah/Tanah Klang untuk menyediakan kertas cadangan untuk dirujuk ke Mesyuarat MTES.
Jumlah peratusan zon gunatanah Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 di Telok Gong adalah seperti yang berikut:
ZON GUNATANAH Bil Gunatanah Keluasan (ekar) Peratus (%) 1. Perumahan 492.35 8.78 2. Perniagaan 10.24 0.18 3. Perindustrian 1644.15 25.3 4. Institusi & kemudahan masyarakat 28.48 0.5 5. Ekologi 1823.5 36.6 6. Pertanian 910.6 16.2 7. Utiliti 8.081 0.14
ZON GUNATANAH Bil Gunatanah Keluasan (ekar) Peratus (%) 8. Jalanraya 686.5 12.3
Jumlah 5,604.00 100.00
Unjuran keluasan zon gunatanah ekologi di Telok Gong sehingga tahun 2035 adalah sebanyak 1823.5 ekar atau bersamaan 36.6% lebih 30% unjuran yang disarankan. Antara jaminan dan usaha untuk mengekalkan zon ekologi ini, pihak Majlis akan mengekalkan zon perancangan Rancangan Tempatan MPK 2035. Selain daripada itu, penduduk juga perlu prihatin di dalam perancangan pembangunan setempat dan perlu sama mengemukakan pandangan dan bantahan ke atas apa-apa cadangan yang tidak sesuai di dalam menjamin pengekalan lain-lain selain daripada zon industri. Sekian.
Sungai Burong tidak hadir, Rawang tidak hadir, Kampung Tunku orak teβko, Ijok opo opawe (Bahasa Jawa) tidak hadir sama sahaja, Subang Jaya. Teβko... teβko... teβko.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 99.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 99. Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres Kepada Asrama Pelajar/ AirbnbQuestions
99. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah progres garis panduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama pelajar & Airbnb?
Ah cepatnya. Tuan Speaker, cadangan garis panduan pengubahsuaian penginapan komersial di bangunan kediaman ataupun rumah penginapan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Bilangan 3 Tahun 2020 pada 13 Oktober 2020. Draf akhir garis panduan tersebut sedang dalam proses pindaan lanjut oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan ulasan pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor pada 25 Julai 2022 ke atas draf yang asal sebelum dikemukakan semula kepada pihak
kamar untuk semakan akhir dan seterusnya akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa yang terdekat untuk pertimbangan kelulusan, terima kasih.
TUAN SPEAKER
: Hulu Kelang.
100.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 100. Dasar Moratorium 25 TahunQuestions
100. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dewan Negeri Selangor telah meluluskan Dasar Moratorium 25 tahun hentikan pembalakan dalam kawasan hutan simpan pada tahun 2010. Kini operasi kuari turut dikatakan merosakkan hutan simpan. Sila jelaskan.
Y.B. TUAN HEE LOY SIAN
: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Hulu Kelang, saya ingin melaporkan masalah Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa berhenti tugas semalam pada 11.15 malam disebabkan pencemaran yang berlaku di sebelah Negeri Sembilan. Di mana didapati air yang tercemar telah pun mengalir ke sungai melalui Sungai Pajam mengalir ke Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa berhenti tugas pada 11.15 malam dan selepas itu pada 1.30 pagi Loji Rawatan Air mula mengepam air semula dan pada 3.15 pagi air mula disalurkan. Dan kali ini tidak melibatkan gangguan air sebab ini berlaku di bawah 4 jam, 4 jam. Masa berlaku di sebelah negeri lain itu di luar kawalan kita, so itu yang berlaku, yang berlaku semalam.
So, untuk menjawab soalan berkenanaan dasar 25 tahun. Secara dasarnya, Dasar Moratorium 25 tahun adalah bagi membekukan aktiviti pembalakan dalam kawasan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor mulai tahun 2010 hingga 2035. Dasar ini dilaksanakan antaranya untuk memberi tempoh masa proses pemuliharaan hutan di negeri ini. Namun, sebarang pembangunan di kawasan hutan simpanan kekal masih boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri sekiranya melibatkan kepentingan awam. Dalam konteks untuk memastikan aktiviti pengkuarian dalam hutan simpanan kekal memberi kesan yang minima kepada hutan dan alam sekitar, setiap kuari yang mula beroperasi adalah disyaratkan supaya wajib mendapatkan kelulusan Laporan
Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal berkaitan terlebih dahulu.
Di antara syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti pematuhan Laporan Skim Kuari Penyediaan Rancangan Pengurusan Kuari 10 Tahun dan pembinaan jalan pengeluaran berdasarkan Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan) 2018. Kuari-kuari berkenaan juga masih perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkaitan seperti pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 2012 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sepanjang pengoperasian dijalankan. Sekian.
TUAN SPEAKER
: Hulu Kelang.
Soalan tambahan saya, terima kasih Tuan Speaker adalah berkenaan dengan kalau yang, yang dipanggil sebagai projek perancangan tanah ia melibatkan kelompok-kelompok. Tapi ada yang inisiatif orang kampung ini, dia masuk dia tanam benih-benih yang bagus rambutan ke durian, lepas 15 tahun dia claim, dia nak claim itu tanah itu telah ditukar ke Tanah Rizab Simpanan Air, Rizab Hutan, Rizab Simpanan Air. Jadi undang-undang ini lah, jadi dia tidak dapat buat apa. Jadi apa cara saya boleh bantu untuk dia musim rambutan durian akan tiba, dan dia nak hasilnya tanpa dibayar RM 50,000 untuk masuk dan keluar. Untuk penalti yang telah ditetapkan oleh akta Perhutanan Negara yang di buat di peringkat negeri 2 3 tahun yang lalu. Faham ya, penerangan jelas. Terima kasih.
Y.B. TUAN HEE LOY SIAN
: Apa soalannya.
Dia dah meneroka, masa penerokaan itu dibenarkan. Dia orang kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung, dia ada senarai, dua senarai yang satu 38 orang. Dia pergi ke kawasan itu. Dia tengok ada dan mark kan, tandakan dia bersihkan dan dia tanam, katanya dulu boleh tanaman-tanaman yang bermusim dan tak bermusim tetapi jenis buah-buahan yang hasilnya tidak boleh diperniagakan boleh di jual di luar. Itu hanya verbal la. Tapi tempat ini mungkin...Permatang, Rantau dan....bawah daripada Permatang klausa.
Y.B. TUAN HEE LOY SIAN
: Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang. Hutan Simpanan Kekal di Selangor memang ada banyak tempat yang telah pun dicerobohi untuk tanaman-tanaman. Bukan setakat tanam kontan, tetapi juga tanaman kelapa sawit durian dan juga getah. Yang ini 3 pokok kita tidak benarkan tanam di Hutan Simpan kekal. Kalau kita bagi kebenaran untuk lesen kecil untuk tanaman kontan, seperti di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan tanaman kontan hanya dibenarkan tapi ada kawasan pencerobohan utama yang ada di kalangan Orang Asli menanam pokok kelapa sawit dan juga durian. So, ini yang kita tidak benarkan. Kita akan buat penguatkuasaan terhadap insiden ini lah. Kalau mereka tetap, kita akan bagi amaran dulu. Kalau amaran mereka masih tidak hindari, kita akan
ambil tindakan untuk penguatkuasaan untuk merobohkan tanaman-tanaman seperti getah ataupun durian, ataupun kelapa sawit, sekian.
Sokong, saya sokong.
TUAN SPEAKER
: Soalan seterusnya 101 telah dijawab bersekalian dengan soalan nombor 6. Saya persilakan Balakong.
Y.B. PUAN WONG SIEW KI
: Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 102.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 102. Dasar Pembasmian Kemiskinan SelangorQuestions
102. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Selangor akan menyemak semula garis kemiskinan dalam negeri mengikut taraf hidup bandar dan luar bandar?
b)
Apakah strategi jangka panjang Kerajaan Selangor dalam usaha pembasmian kemiskinan dalam negeri?
Tuan Speaker, Yang Berhormat Balakong. Usul membasmi kemiskinan di kalangan rakyat sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dengan membantu masyarakat meningkatkan pendapatan dan keadaan sosio ekonomi untuk berhijrah keluar daripada kitaran kemiskinan. Oleh yang demikian, pada tahun 2020 Kerajaan Negeri telah menetapkan kadar PGK baharu iaitu berjumlah RM 2,000.00 seisi rumah, selaras dengan keputusan MMKN ke 26/2020 bertarikh 29 Julai 2020 dan ianya terpakai dalam menyelaras dan melaksanakan program Kerajaan Negeri Selangor. Justeru itu, dengan kenaikan PGK daripada RM 1,500.00 kepada RM 2,000.00 seisi rumah, ianya telah membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memohon bantuan dan menerima manfaat. Sehubungan dengan itu, buat masa ini PGK yang sedang diguna pakai ini dilihat releven untuk diteruskan, namun begitu Kerajaan Negeri akan menyemak semula garis kemiskinan dalam negeri mengikut taraf hidup bandar dan luar bandar dari semasa ke semasa sekiranya mempunyai keperluan.
Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dilihat merupakan satu strategi jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membasmi kemiskinan. ISP merupakan program-program yang dibentuk untuk memberdayakan rakyat di samping mengupaya dan meningkatkan social safety net seperti yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). ISP terdiri daripada empat puluh empat (44) program dan dirangkumkan di dalam enam (6) kategori dan antara program yang terlibat ialah Program BINGKAS, Skim Air Darul Ehsan, Skim HIJRAH, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Bas Smart Selangor dan banyak lagi. Program-program ISP ini diyakini dapat menghasilkan komposisi ekonomi yang seimbang dalam pekerjaan, kebajikan, kesihatan dan perniagaan secara menyeluruh sekali gus dapat membantu mengangkat golongan yang tidak bernasib baik ini keluar dari kitaran kemiskinan. Walaupun program-program yang dilaksanakan ini tidak mampu untuk membasmi kemiskinan sehingga sifar, namun secara tidak langsung ianya telah membantu mengurangkan beban rakyat Selangor dalam menjalani kehidupan seharian.
Y.B. PUAN WONG SIEW KI
: Soalan tambahan.
TUAN SPEAKER
: Silakan Balakong.
Y.B. PUAN WONG SIEW KI
: Yang Berhormat EXCO. Saya rasa kalau kita apa itu, kita set kan taraf hidup di bandar sebenarnya kalau di bawah pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000.00 memang saya rasa tidak begitu relevanlah. Sebab kalau katakan, di luar bandar mungkin boleh tapi kalau di bandar kita tahu ramai yang hidup di bandar ini tidak memiliki rumah mereka sendiri. Jadi kalau sewa rumah sahaja, untuk flat kos rendah sekarang sudah sampai sekurang-kurangnya RM 600.00 satu unit. Saya tidak kira bilik lah, kalau saya kira 1 unit dalam RM 600.00 hingga RM 650.00. Katakanlah satu keluarga dua orang dewasa dengan tiga orang anak, saya tidak kira lagi mereka yang duduk dengan datuk nenek dan sebagainya. Hanya satu keluarga yang lima orang sahaja dalam keluarga tersebut. Sehari mungkin mereka boleh, kalau seorang sahaja guna RM10.00 untuk makanlah sehari, sarapan makan tengah hari makan malam., lima orang RM50.00, 30 hari RM1,500.00 jadi hanya sewa rumah dan makan sahaja sudah RM2,100.00 tak kira lagi petrol tak kira lagi nak pergi kerja tak kira lagi kalau sakit. Jadi kalau macam itu saya rasa RM2,000.00 sebagai taraf hidup kemiskinan saya rasa tak begitu relevanlah tulah sebab saya tanya adakah Kerajaan Selangor akan menyemak sekali lagi Garis Kemiskinan terutamanya dalam bandar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong yang sangat prihatin dengan isu-isu kemiskinan. Sebenarnya bukan RM 600.00. Dalam kawasan Kota Kemuning rumah murah disewa RM 1,000.00. Memang, saya sebelum ini kita pernah ubah dari RM1,500.00 ke RM2,000.00 pun perlu diambil kira. Apabila kita menetapkan satu paras garis kemiskinan ia akan merangkumi segala bantuan-bantuan, akan membuka satu lebaran ataupun satu jumlah masyarakat yang
perlu menerima bantuan, dan dalam pada itu juga seperti program-program dan bantuan seperti Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan telah pun saya naikkan kepada RM 3,000.00. Macam bantuan kepada Jom Shopping baucer perayaan akan juga dinaikan kepada RM 3,000.00 nanti. Kita setiap kali apabila meletakkan satu angka yang lebih besar bermaksud ia akan memberi peluang kepada lebih ramai untuk memohon. Adakah kita ada kemampuan untuk membantu semua itu perlu ada perkiraan. Saya amat setuju apda pandangan Yang Berhormat memang RM 2,000.00 itu tidak mencukupi. Especially kemiskinan bandar. Saya antara yang sokong dan dukung kemiskinan bandar sebenarnya adalah lebih parah daripada kemiskinan luar bandar. Ramai yang tidak, mungkin tidak setuju, itulah hakikat. Kalau di luar bandar kita boleh cari ubi kayu untuk makan. Kalau kita duduk di bandar nak cari makan macam mana apabila tiada pendapatan. Memang ini adalah pandangan-pandangan yang begitu banyak. Sebab itu kita telah membuka lebaran lagi kita, semua program-program yang kita susun sekarang, kita telah meletakkan syarat sebanyak RM3,000.00, I-Seed pun saya telah tukar kepada RM 3,000.00 sebagai paras yang mana dianggap untuk layak. So, kemungkinan besar ini semua UPEN sedang menyiasat untuk membawa paper ini untuk akan datang. Saya rasa RM 3,000.00 tak boleh mungkin lebih besar lagi patut letak. Tapi sebagai negeri yang maju kita patut sedia tapi kita juga kena bersedia untuk kemampuan kewangan kita. Terima kasih untuk tadi.
TUAN SPEAKER
: Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker. Dalam tajuk yang sama Yang Berhormat EXCO. Salah satu cara yang mungkin kita boleh selesaikan masalah pendapatan Garis Kemiskinan ini ialah menaikkan gaji. Saya dah tekankan beberapa kali bahawa gaji RM 1,500.00 memang tidak cukup dan saya telah syorkan kepada beberapa sidang supaya dinaikkan sekurang-kurangnya RM 1,600.00. Saya percaya Kerajaan Negeri Selangor boleh memulakan pendekatan ini. Jadi saya harap sangat Kerajaan Negeri Selangor fikirkan sekurang-kurangnya pada penjawat awam, sekurang-kurangnya naik dari RM 1,500.00 kepada RM 1,600.00. Mohon maklum balas, ya.
Terima kasih dari Kota Damansara, saya percaya Yang Berhormat semua sekalian dalam Dewan ini rata-ratanya semuanya nak perjuangkan kepada kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat. Masing-masing kawasan dan juga memang hasrat kita adalah untuk membantu lebih ramai, itu tidak dapat dinafikan.
Tetapi apabila kita meletakkan syarat RM1500 sebagai gaji minima itu pun telah membawa satu impak yang begitu banyak perlu pembayaran dan sebagainya. Perlu juga ambil kira di luar sana yang mana industry-industry players yang perlu membayar satu gaji yang minima tanpa melibatkan elaun yang lain semua terlibat. So, maka
bagaimanapun cadangan saudara Yang Berhormat itu akan di bawa dan dipertimbangkan nanti dalam MMKN. Terima kasih.
Seri Setia.
Nombor 103.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 103. Penyelenggaraan Rumah Pangsa Kos Rendah (RPKR)Questions
103. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah ada perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk mengecat semula rumah-rumah pangsa kos rendah dalam Negeri Selangor ini?
b)
Sub-soalan telah di tolak.
a) Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat pangsapuri kos rendah/ sederhana rendah/ mampu milik di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) Tahun 2022. Projek ini adalah bertujuan mengecat semula pangsapuri yang telah dikenal pasti terutamanya jenis kos rendah mengikut kawasan DUN seluruh Negeri Selangor. Sehingga kini, sebanyak 27 skim pangsapuri telah di senarai pendek untuk program mengecat melibatkan pangsapuri di daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor dan Sepang. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Skim CERIA (Caring Government for Residential Improvement Aidβs) juga menawarkan bantuan baik pulih fizikal seperti kerja-kerja mengecat bangunan. Pemilihan kawasan bagi Skim CERIA adalah mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan pengurusan pangsapuri mestilah berdaftar di dalam sistem e-CERIA. Terima kasih.
Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker. Ini bukanlah, saya nak tanya kepada Yang Berhormat sebab apa yang kita tahu Yang
Berhormat EXCO Perumahan tak datang hari ini. Cuma, saya minta direkodkan ada beberapa kawasan saya yang JMB nya tak ada ataupun Pihak Pengurusannya tak ada, tetapi dalam masa yang sama ejennya pun tak mampu untuk mengecat bangunan itu atau menguruskan bangunan itu. Jadi saya cuma minta supaya, kerajaan negeri masukkan dalam senarai dan saya pun dah hantar kepada Yang Berhormat EXCO untuk masukkan senarai untuk mengecat bangunan di bawah Skim CERIA. Terima kasih.
Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan sampaikan mesej ini kepada EXCO Perumahan. Terima kasih.
Seri Kembangan.
Tuan Speaker, soalan 104.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 104. Rezab Kerajaan Negeri SelangorQuestions
104. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status rezab Kerajaan Negeri terkini?
b)
Bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan rezab ini demi kebaikan rakyat?
Tuan Speaker, Rizab Kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Kedudukan Rizab Kerajaan pada 31 Oktober 2022 adalah sebanyak RM3,354.45 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM1,234.02 juta dan Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM2,120.43 juta.
Akaun Amanah Disatukan Negeri Selangor terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan di bawah Seksyen 10 dan Amanah Awam di bawah Seksyen 9 dan Tabung-Tabung seperti Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS), Tabung Amanah Bencana Alam (TABA) dan Tabung Amanah Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang mana terimaan dan perbelanjaan bagi akaun-akaun amanah ini adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Amanah dan Arahan Amanah yang ditadbir urus oleh jawatankuasa yang
telah dilantik bagi setiap akaun amanah. Akaun Hasil Disatukan mengakaun semua urus niaga terimaan hasil. Seperti hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan-terimaan lain dan menampung semua perbelanjaan bagi menguruskan kerajaan negeri Selangor. Belanjawan kerajaan negeri juga dirangka berdasarkan kedudukan Akaun Hasil Disatukan agar kewangan kerajaan negeri boleh menampung perbelanjaan dan pembangunan yang dirancang, dengan pengakaunan secara spesifik ini, rezab kerajaan negeri digunakan untuk tujuan seperti pembangunan ekonomi negeri, menampung perbelanjaan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri, peruntukan program-program memberdaya rakyat di bawah Iltizam Selangor Penyayang serta bantuan dan usaha mengurus bencana yang secara spesifiknya diuruskan melalui Tabung Amanah Bencana Alam. Pengurusan dan perancangan rezab negeri sentiasa berteraskan kebaikan bagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan. Terima kasih.
Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya 105.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 105. Status Penyelarasan Antara Agensi Tentang Penyelenggaraan ParitQuestions
105. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh manakah penyelarasan antara agensi bagi mengatasi masalah pertindihan tanggungjawab tentang penyelenggaraan parit telah dapat diatasi di Meru?
b)
Parit manakah yang telah diselesaikan masalah pertindihan dan manakah yang masih lagi belum selesai isu pertindihan?
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Meru bertanyakan berhubung dengan isu penyelarasan antara agensi iaitu Jabatan bagi mengatasi masalah pertindihan tanggungjawab penyelenggaraan parit dan longkang di Meru dan juga berhubung dengan ada setakat mana penyelesaian. Untuk makluman Yang Berhormat. Penyelarasan ini telah dibuat di bawah Seksyen Makro & Penswastaan,
UPEN melalui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Negeri Selangor dan masih lagi di dalam peringkat penyelarasan.
Merujuk kepada cabutan minit Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-16/2022 bertarikh 6 Julai 2022 dan disahkan pada 13 Julai 2022 memaklumkan bahawa, isu penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam negeri Selangor perlu diberi perhatian segera. Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat (MMKN) bersetuju dengan perkara-perkara berikut :-
i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor hendaklah memastikan semua infrastruktur dan kemudahan awam termasuk jalan raya, lampu jalan, kebersihan kawasan, rumput, longkang dan pungutan sampah di bawah seliaan jabatan masing-masing dalam keadaan optimum dan teratur;
ii) Seksyen Makro & Penswastaan, UPEN melalui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Negeri Selangor perlu menyelesaikan segera isu kolam/ parit/ longkang yang βtidak bertuanβ agar kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan teratur; dan
iii) Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri hendaklah mengambil tindakan atau respons segera terhadap aduan berkaitan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Negeri secara keseluruhan.
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kerja-kerja inventori berhubung dengan jalan dan juga longkang dan parit masih belum sempurna, masih lagi belum lengkap di kebanyakan daerah. Saya difahamkan hanya satu daerah sahaja yang siap iaitu daerah Kuala Selangor, daerah-daerah lain masih belum siap dari segi pengurusan berhubung dengan longkang atau jalan yang tidak bertuan dan saya, walau bagaimanapun dan juga ada satu lagi kolam takungan. Ini ada 3 komponen. Jalan, longkang, parit dan juga kolam takungan yang masih banyak belum tidak bertuan ini sedang dalam penyelarasan. Walau bagaimanapun kita masuk akan mengambil tindakan jika ada laporan-laporan berhubung tempat-tempat yang sangat kritikal yang memerlukan tindakan segera kita masuk juga buat laksanakan. Jadi saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat memaklumkan walaupun ada yang sesetengah kita dapat melalui aduan awam pun kita telah ambil tindakan. Saya bagi contoh baru-baru ini lawatan saya ke Meru itu, penyelarasan dengan MPK dan juga JPS di mana program pembangunan, perparitan yang dilaksanakan oleh MPK yang bernilai RM 6 juta akhirnya bila kita lihat, teliti balik dia akhirnya akan bersambung ke kawasan monsun drain ataupun ataupun parit ataupun burrow pit kepada JPS perlu juga di upgrade kan. Jadi terpaksa kita kena upgrade kan juga nilai RM 2 juta lagi.
Jadi itu, kerja-kerja begitu dibuat secara berkala dan memerlukan pada. Kita akan tengok kepada keperluan mendesak ataupun keutamaan mana dulu yang kita akan buat. Tetapi proses untuk penyelarasan ini terus berjalan kerana dia satu perkara yang agak rumit kerana memerlukan inventori yang sangat besar dan juga memerlukan nanti aspek penyelarasan dari segi peraturan dan juga dari segi aspek bajet kewangan. Saya bagi contoh, kalau longkang, jalan ini dia JKR hanya menguruskan longkang yang lebarnya hanya 1.2 meter ataupun 1200 mililiter sahaja. Sebarang longkang yang besar daripada itu tidak akan diuruskan oleh JKR. Ini memang tertakluk di bawah peraturan bukan sahaja di peringkat Negeri juga di peringkat Federal.
Jadi bila ada longkang yang sebahagian kena tengok ini macam contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru, maka dia tidak akan uruskan penyelenggaraannya yang longkang besar di Alang Hamzah itu lebih kepada 1.2 meter itu, besar dan bila tidak ada penyerahan perkara ini ke pihak JPS, maka pihak JPS ini tidak akan menguruskan. Ini yang berlaku yang disebut sebagai longkang tidak bertuan. Bukan sahaja di kalangan JKR dengan JPS iaitu JKR juga dengan PBT dan juga PBT dengan JPS. Jadi, perkara inilah yang kita perincikan secara berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun, saya sebut sekali lagi jika ada berlaku perkara-perkara yang perlukan tindakan segera kita akan masuk untuk menyelesaikannya sementara menunggu menyelesai siapnya inventorinya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi berkaitan dengan perparitan yang lebih daripada 1.2 ini, Jalan Hamzah Alang, perparitan Jalan Hamzah Alang dan jalan paip itu yang tidak di selenggara itu dia parit utama. Jadi bila tidak dibuat apa-apa, jadi itu dia jadi punca banjir. Saya rasa perlu, apa perancangan kerajaan negeri untuk pastikan isu ini tak berbangkit dan juga tindakan kerja-kerja pembersihan yang dapat dilaksanakan.
Seperti yang saya sebutkan tadi, kita akan perlu ambil tindakan secara adhoc dan saya difahamkan pihak PBT pun banyak juga mengambil terpaksa walaupun perkara itu akan ditegur nanti dalam audit mereka terpaksa mengambil tindakan terutama jalan-jalan kampung ataupun jalan-jalan yang tidak bertuan yang saya sebut tadi. Jadi, saya akan meneliti kembali aduan yang dibuat oleh Yang Berhormat Meru dan untuk ambil langkah segera. Kalau kita perlu keluarkan bajet secara berasingan pun kita kena keluarkan untuk diselesaikan untuk menyelesaikan isu-isu sementara penyelesaian dari segi penyelarasan ini dapat dibuat. Kita kena buat secara adhoc dululah. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Di Kuala Langat antara daerah yang saya dimaklumkan telah selesai kajian rizab parit di seluruh daerah Kuala Langat. Cuma satunya saya nak tanya sama ada apakah tindakan selepas itu. Yang kedua, saya ingat tadi berkaitan dengan saiz parit yang dikendalikan sama ada di bawah JPS ataupun JKR. Saya melihat sebab berlaku di kawasan Kampung Kebun Baru ini dalam satu kampung, dalam satu jalan salah satunya sebagai contoh Jalan Murai. Sebelah kanannya adalah jalan di bawah parit di bawah pengurusan JPS. Sebelahnya di sebelah pengurusan JKR. Bila berlaku pembersihan parit ini dia pun makin jadi besar dan saya ingat jadi isu bila kita bagi tahu kepada penduduk bahawa saiznya begini, saiznya dah lebih kurang sama dah. Kenapa nak di beza. Itu yang pertama. Yang kedua di Kuala Langat juga ada kajian dan juga saranan daripada JKR supaya longkang-longkang yang standard yang digunakan untuk laluan ke rumah-rumah ini dan itu antara perkara yang menyebabkan bottle neck pengurusan air dan juga menyebabkan air bertakung bila hujan lebat dan menyebabkan banjir. Saya tak tahu sejauh mana pelaksanaan untuk ialah itu tanggungjawab tuan rumah itu untuk menukar kepada longkang yang saiz disarankan, tetapi sebahagian besarnya memang dia tidak akan tukar, dia tak mampu nak tukar katanya. Apa mungkin ada tindakan daripada pihak Kerajaan? Terima kasih.
Ini sebenarnya berkait juga dengan soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ijok tadi sebab dia lambat sampai tadi, saya dah prepare jawab. Dia berkait dengan itu yang saya sebut tadi pembangunan apabila dibangunkan tidak sekata ataupun pocket development ini dia menyebabkan isu yang besar ialah dari segi kesinambungan parit atau longkang. Itu satu. Jadi menyebabkan invert level. Jadi, bahagian bawah longkang itu dia panggil invert level. Kadang-kadang invert level di bahagian dalam lebih tinggi daripada yang lebih rendah daripada luar. Jadi air tak boleh mengalir. Ini semua disebabkan pembangunan yang tidak sekata, tidak diuruskan dan ada juga yang tidak mempunyai KM, Kebenaran Merancang, jadi ini yang berlaku sebab itu kita laksanakan saya sebut semalam dalam jawapan pada dewan PISMA itu, iaitu Pelan Induk Saliran Mesra Alam. Itu tujuannya sebenarnya, selain daripada nak membuat inventori dari segi longkang, parit di dalam setiap daerah itu dia juga bertujuan nak menentukan bahawa continuity ataupun kesinambungan dalam sistem saliran ini berjalan dengan baik. Bermakna daripada tempat yang tinggi kepada tempat yang rendah. Bukan the other way round. Jadi ini antar tujuan PISMA dan Kuala Langat memang dah siap cuma dalam saya sebut semalam ditimbulkan oleh Banting bahawa dia dalam proses akhir untuk percetakan di bawah pihak jururunding. Kita akan edarkan nanti semua itu dan juga Sepang dan kalau tidak silap saya satu lagi Klang. Di daerah lain pun akan dibuat. Jadi ini akan jadi pelan induk yang akan diguna pakai oleh semua agensi dan jabatan yang berkait dengan sistem saliran iaitu PBT, JPS dan juga JKR sendiri. Jadi ini antara perkara yang kita sedang buat dan tentulah makan masa sikit untuk kita, jadi pelan induk ini
ada. Tindakan pula mesti dibuat dan dia mengikut agensi. Kalau benda itu di bawah PBT, PBT kena buat. Kalau dia tak buat dia akan jadi sama masalahnya. Jadi ini panduan ataupun garis panduan untuk menentukan pihak yang terlibat melaksanakan tugas masing-masing membetulkan dan kosnya bukan murah, bukan kecil.
Itu yang pertama. Yang kedua tentang isu yang disebut tadi ini pun saya dah buat teguran pada JPS. JPS selama ini bila kawasan parit dia maintenance, dia menggunakan excavator mekanikal dia tidak menggunakan bila dia mekanikal lama-lama dia korek sampai ke batas, batas itu makin kecil makin kecil , ban itu ataupun ban itu dia punya tebing dia bila dia runtuh, dia runtuh jadi menyebabkan makin besar-makin besar parit makin besar dan selepas itu dia tidak boleh buat dah. Itu yang berlaku di Ijok tadi yang timbulkan soalan. Jadi perkara ini pun saya dah tegur, jadi kita kena ambil langkah kaedah yang lain dalam kita membuat maintenance. Jadi bila dah roboh banyak dia terpaksa kurangkan maintenance longkang, selenggaraan longkang ini jadi menyebabkan pokok tumbuh banyak, jadi ini kita kena sedang bincang dengan pihak JPS kita ada kaedah lain bagaimana nak menguruskan selenggaraan pokok-pokok tumbuhan ini supaya mengelakkan daripada tebing lain runtuh dan menyebabkan makin besar parit dan sebagainya ini pun dalam proses untuk kita laksanakan.
Dusun Tua
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 106.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 106. Isu Tapak Sampah HaramQuestions
106. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah halangan yang kerajaan hadapi dalam membasmi tapak sampah haram?
b)
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap tapak sampah haram di kawasan Pinggiran Delima?
Tuan Speaker, isu pembuangan dan penjagaan alam sekitar berkait rapat dengan sikap dan tanggungjawab semua. Semua pihak perlu
bekerjasama daripada pihak majlis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan akta dan undang-undang sedia ada bagi menangani isu sampah. Terdapat beberapa halangan yang dikenal pasti dalam membasmikan tapak sampah haram antaranya adalah yang pertama, halangan fizikal iaitu provokasi daripada individu yang membuang sampah serta operator yang menguruskan tapak sampai haram tersebut serta kewujudan tonto-tonto yang berada di sekitar tapak yang memberikan maklumat kenderaan maklumat keberadaan kenderaan jabatan. Yang kedua, kekangan punca kuasa pihak berkuasa tempatan kerana peruntukan perundangan sedia ada di bawah UUK adalah terhad dan tertakluk hanya kepada pembuang sampah, tidak termasuk operator yang menguruskan tapak sampah haram dan tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pengusaha sampah haram yang menggunakan tanah orang lain. Yang ketiga, kuasa perundangan untuk dikenakan ke atas operator yang menjalankan adalah tidak jelas dan amaun denda pada peruntukan undang-undang kecil adalah tidak relevan. Yang keempat, kebanyakan operator yang menjaga tapak pelupusan sampah haram adalah individu yang mempunyai latar belakang jenayah atau terlibat dengan gangsterisme. Yang kelima, terdapat rumah ibadat yang telah didirikan di dalam kawasan tapak pelupusan sampah haram dan menjadi isu keagamaan apabila penguatkuasaan dijalankan. Yang keenam, tanah milik persendirian yang tidak diuruskan dan dijaga dengan baik. Maklumat pemilik tanah seperti alamat surat-menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi juga sukar untuk diperolehi berikutan maklumat yang kadangkala tidak dikemaskini. Dan ketujuh, tanah terbiar ataupun premis terbiar di lot reserved yang tiada kawalan pada pemilik, yang memudahkan pencerobohan oleh pihak lain. Yang kelapa, aktiviti pembuangan sampah haram berulang semula di tempat yang sama. Yang kesembilan, tindakan penguatkuasaan secara bersepadu antara agensi-agensi kerajaan termasuk menggenalpasti pemilik yang sah mengambil masa yang panjang dan yang kesepuluh, kekangan anggota bagi tujuan pemantauan dan tindakan kuasa-kuasa PBT ke atas pemilik tanah ataupun kenderaan-kenderaan yang membawa sampah adalah terhad.
Majlis Perbandaran Kajang semasa komited dalam usaha untuk membanteras aktiviti pembuangan sampah haram daripada berterusan. Untuk rekod, MPKj telah menyita 8 buah lori pada tahun 2021 dan 12 buah lori sehingga bulan Oktober 2022 di tapak sampah haram di kawasan Pinggiran Delima. Terima Kasih.
Soalan tambahan.
Dusun Tua
Yang Berhormat EXCO ada menyebut berkenaan kekangan-kekangan dari segi enakmen dan undang-undang yang lain, apakah terdapat usaha untuk meminda undang-undang kecil enakmen dan sebagainya untuk kita mengatasi masalah ini secara tuntas?
Telah banyak kali saya jawab di Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menggubah satu enakmen sistem pepejal negeri Selangor tetapi masih tidak dapat kelulusan daripada peringkat Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk menggubah UUK yang supaya tindakan penguatkuasaan tu dapat diketatkan lagi.
Soalan tambahan.
Dusun Tua
Tadi Yang Berhormat EXCO ada juga menyebut salah satu halangan yang dikenal pasti adalah di mana usaha untuk mengenal pasti pemilik tanah itu makan masa dan ini melibatkan kesepaduan tindakan antara agensi-agensi. Kita lihat di mana bagaimana PBT setiap kali mohon mendapatkan maklumat dari pejabat tanah dia akan makan masa dan sebagaimana. Jadi apakah usaha Kerajaan untuk melicinkan permasalahan ini.
Bagi kes tapak pembuagan sampah haram, operasi bersepadu sering diadakan antara agensi yang berbeza termasuk PBT, pejabat tanah dan agensi yang lain kerana semua agensi harus bekerjasama supaya maklumat daripada agensi masing-masing dapat dikongsi supaya tindakan penguatkuasaan tu dapat dijalankan lebih lancar. Seperti apa yang telah saya jawab tadi, maklumat dan pemilik tanah tu sukar dapat dalam masa yang singkat kerana kebanyakan tu tidak mengemas kini alamat terkini dan juga nombor telefon yang terkini.
Soalan tambahan..
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker, masalah pembuangan sampah haram ni memang dah jadi kronik di Ijok. Memang biasalah tetapi cara-cara untuk memastikan sampah haram ini dibendung, kita selalu depends on penguatkuasaan. Banyak pembuangan sampah ini masa malam, jadi Ijok ingin tanya adakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melibatkan masyarakat setempat untuk membendung pembuangan sampah haram? For example, kita buat satu pasukan, tiap-tiap kawasan beri mereka ganjaran atau recogonize them like squad atau detective, report kepada pihak yang tertentu. Sekarang banyak budak-budak pun ada handphone, ambil gambar dan buat report. Kalau kita depend too much on penguatkuasaan memang gagal.
Saya setuju sangat dengan cadangan pandangan Yang Berhormat Ijok. Kita harus melibatkan semua lapisan masyarakat supaya kesedaran pembuangan sampah ini, kita dapat mendekatkan kesedaran lagi. Harus diingatkan
sebenarnya di tapak pembuangan sampah haram ia nya kita tengok sampah di kawasan sana kebanyakan terdiri daripada sampah ICI, iaitu Industry Commercial Instituition daripada mana sampah-sampah ini datang. Dan jelasnya sampah ini dari kawasan komersial dan industri. Oleh itu di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, telah menetapkan satu polisi yang baru iaitu semua kawasan, semua industi MPKS harus menggunakan perkhidmatan KDEB, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri untuk menguruskan sampah. Kaedah ini adalah untuk memastikan sampah-sampah daripada kilang-kilang tersebut dihantar ke tapak pelupusan yang sah dan bukan di tapak pelupusan sampah haram yang telah berlaku di merata tempat di negeri Selangor. Dan satu perkara lagi, sekiranya kita nak melibatkan masyarakat itu tentu satu cadangan baik, tetapi sampah tak, apa itu operator di tapak sampah haram ni kebanyakan ada background gangterisme. Jadi keselamatan itu harus kita jaga ya keselamatan penduduk ataupun keselamatan masyarakat itu juga harus kita jaga dengan baik, terima kasih.
Seri Setia.
Terima Kasih Tuan Speaker. Saya mendengar tadi apa yang Berhormat tekan tentang tapak-tapak sampah haram ni yang melibatkan agensi swasta ataupun persendirian. Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO kalau di, bagaimana pulak dengan tapak dan tanah itu adalah tanah Kerajaan yang tidak selesai berbelas-belas tahun, akhirnya yang menanggungnya PBT ataupun pejabat daerah, mereka yang kena bersihkan mereka kena ambil tindakan sedangkan tuan tapak tanah itu adalah agensi Kerajaan sama ada Persekutuan atau Negeri yang tidak mempedulikannya. Apa tindakan Kerajaan Negeri?
Ya. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Setia itu memang benar. Ada tapak-tapak miliki Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Tapak sekolah yang kosong yang belum dibina sekolah sering dijadikan tapak pembuangan sampah haram. Dan bagi tapak-tapak tersebut, kita telah beri surat ataupun notis kepada agensi tersebut dan mengharapkan agensi tersebut juga boleh ambil inisiatif yang proaktif untuk menjaga tanah mereka. Jika ia nya masih gagal menjalankan tanah tersebut, kami mengharapkan tapak-tapak tersebut dimiliki oleh agensi lain. Kalau tidak diguna ataupun tiada cadangan untuk membangunkan tanah tersebut pulanglah tanah tu kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Kota Anggerik, tidak hadir. Ini mungkin demam World Cup. Tanjung Karang, semua tidak hadir. Tak apa lah, Banting.
Banting tak demam tapi tanya soalan 108.
Demam World Cup ya.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 108. Jaringan 5g Di SelangorQuestions
108. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan terkini cadangan ini dan pelaksanaan jaringan 5G di Kuala Langat dan Selangor serta pemegang-pemegang taruh dan syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam usaha ini?
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting bertanyakan cadangan ini dan pelaksanaan jaringan 5G di Kuala Langat dan Selangor serta pemegang-pemegang taruh dan syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam usaha ini. Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut data terkini daripada Suruhanjaya Kommunikasi Multimedia (SKMM) sebanyak 1,599 tapak bagi fasa 1A dan 1B telah dirancang untuk negeri Selangor bermula pada tahun 2021 sehingga 2022 bagi pembangunan jaringan 5G di Negeri Selangor. Sehingga 30 September 2022, sebanyak 889 tapak atau 59% daripada jumlah tersebut telah pun siap beroperasi dan berbaki 43% masih di dalam pelaksanaan sehingga hujung tahun 2022. Bagi daerah Kuala Langat, terdapat empat (4) tapak yang telah dirancang bagi pembangunan rangkaian 5G pada sehingga 30 September tahun 2022 1 telah siap beroperasi sepenuhnya iaitu di Jalan Segenting, Teluk Panglima Garang. Melalui Digital Nasional Berhad (βDNBβ) kerja-kerja perancangan dan juga lawatan tapak telah pun dimulakan bagi fasa pelaksanaan tahun seterusnya. DNB menyasarkan sehingga 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk pada penghujung 2024. Pelaksanaan yang pantas yang meluaskan ini mengurangkan risiko perluasan jurang digital atau digital gaps dalam masyarakat. Perluasan liputan melebihi 80% di kawasan berpenduduk akan dilaksana oleh DNB pada tahun-tahun seterusnya. Kesemua 6 syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunication Berhad, Maxis Berhad, UMobile Sendirian Berhad, Telekom Malaysia Berhad, UITM Communication Berhad telah pun mencapai persetujuan mengenai terma dan syarat dalam access bersama pihak DNB untuk mendapatkan perkhidmatan 5G secara borong. Sehingga kini, hanya YTL sahaja yang memberikan perkhidmatan mudah alih setakat ini telah menawarkan perkhidmatan 5G pada pengguna. Rakyat akan dapat menikmati perkhidmatan 5G dengan pilihan daripada perkhidmatan rangkaian syarikat lain dalam masa terdekat.
Soalan tambahan.
Banting.
Soalan saya tadi ada disebut, 4 dan 1 telah pun dipasang di Jalan Segenting. 3 lagi saya ingin bertanya, dimanakah akan dipasang dan agaknya bila ya akan siap dipasang? Tahun itu yang genting. Ini yang pertama. Itu saya ingin bertanya siapakah yang memasang itu dan apakah customer ataupun pelanggan-pelanggan yang melanggani 5G kawasan itu? Sekian.
Ini mempunyai yang agak specific ya soalan ini. Cuma saya maklumkan ini, disini 4 ini akan disiap sepatutnya akan disiapkan akhir tahun ini. Makna... saya memang mendapat aduan daripada DNB berhubung dengan kelewatan kerana isu-isu teknikal seperti kelulusan dan sebagainya yang kita sedang uruskan di bawah Jawatankuasa Infra Digital Negeri Selangor. Ini disebabkan, menyebabkan agak delay kelewatan dalam banyak lagi yang sepatut kita siap tahun ini. Ada lagi 43%. Satu angka yang agak membimbangkan kerana disebabkan bila ditamatkan sistem 3G dia punya tekanan yang berat kepada sistem 4G itu menyebabkan kualiti call dan drop call kita ni meningkat dalam setahun ini. Jadi itu, sebab itu kita nak percepatkan pelaksanaan jaringan 5G ini tetapi ada sedikit halangan, kekangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan kerana isu-isu teknikal yang kita sedang uruskan. Jadi termasuk jugak di Kuala Langat, ada 4 itu. Saya tidak mempunyai khusus tempat di mana sebab mereka, cadangan tempat ini biasanya dibuat berdasarkan pada kajian oleh pihak-pihak DNB sendiri di mana kesuaian tempat-tempat yang perlu dilaksanakan. Jadi saya akan mendapatkan maklumat lengkap itu, di mana, di kawasan mana yang akan didirikan 3 lagi itu. Yang segenting ini memang bawah DNB tetapi pelaksanya pun saya akan dapatkan maklumat, terima kasih.
Sungai Ramal.
Tuan Speaker soalan 109 terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 109. Trafik SesakQuestions
109. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Aliran trafik seringkali sangat sesak di Bandar Baru Bangi sehingga menjadi cemuhan dan kacau ganggu kepada penduduk disana. Apakah perancangan
Kerajaan Negeri untuk meleraikan permasalahan ini sebelum kawasan bandar ini merosot nilai dan hilang daya tarikannya?
Tuan Speaker, jalan-jalan utama di Bandar Baru Bangi adalah di bawah kawal selia Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat. JKR Hulu Langat sentiasa memantau dan menyenggara jalan, lampu isyarat serta lampu jalan di dalam Bandar Baru Bangi bagi memastikan ianya berfungsi dalam keadaan yang optimum. Ini sedikit sebanyak membantu keadaan trafik yang sedia sesak di dalam Bandar Baru Bangi. Pihak JKR Selangor juga, dalam peringkat perancangan bagi menaiktaraf dan membina jejambat di bulatan tol Bangi dan bulatan NIOSH bagi mengurangkan kesesakan keluar masuk ke Bandar Baru Bangi. Dijangka proses lantikan perunding dilaksanakan pada tahun 2023. Manakala projek menaiktaraf Jalan Reko Fasa 2 pula, ia masih dalam proses pengambilan balik tanah sebelum lantikan kontraktor dan kerja naik taraf dapat dilaksanakan. Dijangka kerja pengambilan balik tanah dapat diselesaikan pada tahun 2023.
Sungai Ramal.
Terima kasih. Soalan tambahan saya, kita memahami, tentang keadaan kesulitan yang ada, dan kita faham bahawa sebarang langkah penyelesaian perlu memakan masa, pembinaan jejantas, jejambat itu. Tapi dalam masa tersebut, keadaan sekarang sangat sesak dan yang paling praktikal saya rasa, dan seperti mana yang di alami oleh Bandar raya Kuala Lumpur satu masa dulu, adalah penggunaan polis trafik sementara Kuala Lumpur melalui fasa pembangunan infrastruktur. Segala jejambat dan jalan-jalan dilebar dan dibesarkan. Jadi inilah yang diperlukan di Bangi. Kita mengharapkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri. Boleh tak, diaturkan dengan pihak polis trafik supaya ada traffic controller di waktu pagi dan petang sahaja untuk memudahkan aliran trafik. Terima kasih.
Sebenarnya bagi permintaan, apa pun permohonan, untuk adakan trafik polis di kawasan sesak, atau simpang sesak itu, Yang Berhormat Sungai Ramal, sebagai ADUN kawasan itu, boleh kemukakan permohonan itu terus kepada pihak PDRM. Dan saya yakin, sekiranya ada kemampuan, pihak PDRM akan membantu kita untuk memajak trafik polis di kawasan tersebut. Terima kasih.
Soalan seterusnya 110, telah dijawab bersekalian nombor 36. Seterusnya Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 111.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 111. Tabung TijariQuestions
111. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapakah jumlah tabungan setiap tahun semenjak ditubuhkan?
b) Apakah tujuan penggunaan yang dibenarkan melalui wang tabungan ini?
Terima kasih, Tuan Speaker. Sijangkang bertanya berapakah jumlah tabungan setiap tahun, Tabung TIJARI, setiap tahun semenjak ditubuhkan?
Jumlah tabungan setiap tahun semenjak ditubuhkan: Bil Tahun Jumlah (RM) 1. 2020 145,225.69 2. 2021 2,699,238.28
Soalan kedua, Apakah tujuan penggunaan yang dibenarkan melalui wang tabungan ini?
Berdasarkan Arahan Ikatan Amanah Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada 1 Disember 2020. Tujuannya adalah untuk :-
i. Membantu membiayai aktiviti pengukuhan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah, ii. Memperkasa dan mempertingkatkan Syiar Islam, iii. Pemantapan ilmu dan Pendidikan, iv. Mengupayakan fungsi dan peranan organisasi Islam, v. Pemerkasaan agenda kebajikan dan keprihatinan sosial, dan vi. Keperluan pengoperasian tabung.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan tambahan, Hulu Kelang. Di sini.
Ya.. Hulu kelang, kenapa sampai ke belakang. Daripada hulu ke, daripada tengah ke hulu.
Bagi Sijangkang dulu.
Tak apa, tak apa. Saya bagi peluang.
Terima kasih. Sifat keperimanusiaan. Saya nak tanya, tadi mengatakan beberapa tajuk bidang, dasar. Saya nak tanya, di manakah kedudukan, ada nak tanya, berkaitan akidah. Saya nak tanya, di mana kedudukan tarbiah, apa ini akidah 3T. 3T ini adalah akidah, Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Mulkiah atau Mulukiah pun boleh lah. Saya pelik, masa saya menghadiri satu program seminar di Pusat Islam, dia mengatakan, JAIS mengatakan bahawa ajaran 3T ini adalah ajaran bidaah baru. Jadi berhati-hati kita. Saya pun paniklah sebab saya tulis buku akidah 3T ini Tarbiah 3 perkara, dimulakan dengan Uluhiyyah, sifat Allah yang Illah, dan sifat Rubiah sifat Allah yang Rabb, dan Mulkiah atau Mulukiah. Jadi dua kali saya pergi program (tidak jelas). Soalannya begini, dua kali saya pergi, dua kali macam kena condemn tau, kena condemn, kena warning, jadi saya jadi risau. Saya dah tulis surat, tapi tidak ada jawapan. Jadi apakah kedudukan Tarbiah Akidah 3T, dalam konteks penjagaan akidah, yang nak dijaga oleh JAIS. Terima kasih.
Terima kasih pada Hulu Kelang yang membangkitkan tentang isu akidah. Yang disebutkan tadi 3T, Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asmaβ Wa Sifat. Betul ya. Jadi setakat ini, belum ada fatwa yang menjelaskan tentang kedudukan fahaman tersebut dalam konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah atau tidak. Saya akan semak dengan Jabatan Mufti untuk penjelasan lanjut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Saya melihat daripada jumlah yang tidaklah terlalu besar, daripada kutipan Tabung TIJARI ini. Tapi sudah tentu dapat membantu program untuk mensyariatkan Islam di kawasan-kawasan ataupun kariah-kariah yang memerlukan. Cuma pertanyaan saya adakah insentif kepada masjid-masjid yang dapat memungut jumlah yang besar, terutamanya, ataupun jadi priority, mendapat priority, untuk membuat permohonan untuk program-program yang boleh dijalankan di kariah itu ataupun melalui masyarakat. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang yang mencadangkan diberikan insentif kepada masjid-masjid yang dapat mengumpulkan
dana tabung TIJARI ini yang mungkin dapat memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih bersungguh. InsyaAllah kita akan mempertimbangkan cadangan tersebut untuk diperhalusi. Terima kasih.
Baik. Sebelum saya pergi soalan seterusnya, memandangkan Yang Berhormat Hulu Kelang lebih selesa di hujung sana, dari Hulu ke hujung. Atas pertimbangan, sebab kemanusiaan dan kemudahan, akan saya aturkan. InsyaAllah. Saya persilakan Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Kota Damansara yang ke 112.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 112. Rancangan Tebatan Banjir - Sungai Pelempas Kampung Melayu Subang Dan SekitarQuestions
112. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah kerja-kerja yang masih tertangguh (jika ada) untuk memastikan masalah banjir di Kampung Melayu Subang tidak berulang lagi?
b) Apa tanggungjawab atau kerjasama masyarakat yang boleh dilakukan bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah banjir tersebut?
Terima kasih Kota Damansara. Terima kasih, Tuan Speaker. Kota Damansara bertanya soalan berhubung dengan status ataupun program rancangan tebatan banjir Sungai Pelempas, di Kampung Melayu Subang dan sekitar.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri, bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Melayu Subang, kerajaan Negeri telah melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan projek-projek berikut:-
Bil. Tajuk Kos Projek (RM) Tarikh Mula/ Tarikh Siap Status 1. Projek Tebatan Banjir Kg. Melayu Subang di Sg. Pelempas (Sambungan) 25,982,800.00 / (25.9 juta) 13.4.2016 β 7.1.2022
Projek Siap
Projek tersebut telah berjaya mengurangkan kekerapan banjir dengan mengelakkan limpahan air Sungai Pelempas 2. Projek Tebatan Banjir Kg. Melayu Subang di Sg. Pelempas Fasa 2 15,000,000.00 - Proses Pelantikan Perunding
Jangka Tender: Suku Keempat Tahun 2023
Jumlah 40,982,800.00
Selain daripada itu, untuk kerja-kerja jangka pendeknya, bagi mengatasi masalah banjir setempat, pihak JPS juga telah melaksanakan kerja-kerja berikut :-
Bil. Tajuk Kos (RM) Tarikh Mula/ Tarikh Siap Status 1. Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Pelempas dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Kampung Melayu Subang, Daerah Petaling 94,623.01 24.1.2021 β 18.4.2021 Projek siap
2. Kerja-Kerja Pengukuhan dan Penstabilan Tebing Sungai Pelempas dan Lain-lain Kerja Berhampiran Jalan Sungai Buloh, Daerah Petaling 409,198.70 4.7.2022 β 2.10.2022 Projek siap 3. Kerja-Kerja Membina Outlet Sungai Pelempas dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Jalan Resak Kampung Melayu Subang, Daerah Petaling 19,999.11 (20,000.00) 21.10.2022 β 25.11.2022 Projek siap
Jumlah 523,820.82
Untuk soalan tentang peranan komuniti. Komuniti memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu Kerajaan untuk mengelakkan kejadian banjir daripada berulang. Di antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak komuniti adalah seperti berikut.
Elakkan pembuangan sampah ke dalam saliran atau sungai. Jadi saya pun ingin nak menyeru di sini, serius, sangat serius. Isu pembuangan sampah ke dalam saliran sungai. Kalau kita di Sri Muda pun, kalau berlaku banjir, air yang akan mengalir ke kolam takungan itu tersekat kerana banyak isu-isu sampah. Terpaksa kita letakkan, backhoe ataupun excavator sentiasa untuk buang sampah-sampah, sampai tilam pun ada. Dan baru ini, ketika kita melaksanakan program pendalaman Sungai Klang pun, saya dapati kalau dia punya dragger boleh bergerak kalau biasanya 60 meter sehari, 70 meter, sekarang separuh sahaja, kerana sampah terlalu banyak. Sampai baby punya stroller ada, tilam ada, tayar ada. Sekejap-sekejap kerja, dah kena berhenti, untuk di... apa... Jadi isu sampah ini, sebenarnya satu benda yang sangat serius, dalam, dan juga yang banyak menyebabkan juga masalah. Tersumbat longkang, parit dan sebagainya, yang merupakan punca juga banjir.
Yang kedua, menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti yang tidak dibenarkan dijalankan di dalam rizab sungai seperti pembuangan sampah haram, pembinaan struktur, tadi pun telah disebut oleh Yang Berhormat Kinrara tentang isu ini, supaya dapat dilaksanakan pemantauan, berhubung dengan sampah haram ini. Dan juga tentang binaan haram, halangan di dalam sungai, kegagalan atau keruntuhan tebing sungai dan struktur yang mengganggu aliran air sungai. Ini juga boleh kita adukan terus kepada pihak JPS.
Menyokong aktiviti Kerajaan seperti Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK), yang memang dilaksanakan secara besar-besaran, Iaitu program DSK, Denai Sungai. Di mana kita banyak bina denai di kawasan sungai bagi mengelakkan tempat itu dijadikan tempat pembuangan sampah. Dan juga, KUDAH, ini bukan LUDAH. Iaitu (Kutip Sampah Sambil Riadah) KUDAH dan lain-lain. Program sebegini bertujuan untuk memupuk rasa cinta dan sayang pada keindahan alam dan memberi kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya air sungai dalam kehidupan seharian. Beberapa program yang telah diadakan adalah seperti berikut:-Bil. Program Lokasi Tarikh 1. Program Gotong-Royong anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam, Pejabat Daerah Sabak Bernam, Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) berserta penduduk kampung - Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Sungai Labu, Sepang
Sungai Leman, Sekinchan 28 Jun 2022 2. KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) Sungai Ampang 2 Julai 2022 3. Mari Kita KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) Pusat Konservasi Kelip-Kelip Sungai Panjang, Sungai Bernam 13 Ogos 2022 4. Mari Kita KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sungai Langat UKM, Bangi 13 Ogos 2022 5. Mari Kita KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) Pusat Informasi Sg. Penchala 1 Oktober 2022
Jadi program-program ini akan ditingkatkan dan dibanyakkan lagi nanti pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Soalan.
Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO, kerana telah menjawab soalan dan juga projek di
Sungai Pelepas ini, besar, dan siap Januari 2022. Cuma, saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat EXCO bahawa, kampung Melayu Subang ini, hotspot. Taman Setia Warisan merupakan front line. Kalau Taman Setia Warisan banjir, maknanya kawasan itu banjir. Baru-baru ini, walaupun projek telah siap, masih ada lagi banjir di Taman Setia Warisan. Dan ban pun telah dibuat, pun ada juga banjir. Dalam sidang yang lepas, pun telah saya sebut, bagaimana dengan redesigning, tebatan tersebut. Jadi, saya pun telah cadangkan supaya diletakkan sheet pile. Itu katanya kos terlalu tinggi. Dan saya harap, Kerajaan boleh pertimbangan instead of buat ban, buat sheet pile di Taman Setia Warisan. Mohon penjelasan.
Terima kasih. Itu sebab saya sebut tadi, untuk Fasa 2, bagi pengukuhan ataupun tebatan banjir bagi Sungai Pelempas ini, sedang dalam perundingan. Di peringkat lantikan perunding, untuk tahun depan dilaksanakan, RM15 juta. Itu saya sebutkan tadi. Kertas ada, peruntukan untuk ditingkatkan lagi, sebab kita faham bahawa banjir ini suatu perkara yang berterusan, yang kita perlu lihat. Dan juga kita perlu lihat longkang-longkang dalaman, di bawah PBT perlulah, dia juga diperkemaskan.
Dan saya, dari segi penggunaan bahan-bahan untuk ban itu pun kita kena teliti betul-betul. Dia ada banyak kaedah sebenarnya bukan sahaja sheet piling, bukan sahaja penggunaan apa nama ban tanah ini. Jadi ada banyak lagi flood wall yang kita boleh buat, juga styrofoam yang digunakan baru ini di Tanjung Karang. Dan juga penggunaan yang terbaru, geobag, geo bag ini atau tile punya beg yang digunakan di Hulu Langat yang nampak sangat berkesan dalam membantu mengukuhkan tebing, ban. Ini kita akan tengok dan semua aspek dalam aspek pembangunan rancangan tebatan fasa dua ini. Terima kasih.
Seri setia.
Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Exco. Saya berminat dengan Sungai Pelepas ini sebab melibatkan kawasan rumah saya ini. Sungai pelepas apa Yang Berhormat EXCO nyatakan tadi, tadi mula-mula saya dengar kata bahawa dah selesai, bila Yang Berhormat Kota Damansara tanya tadi kata ada yang masih belum selesai. Jadi saya tidak tahu mana satu. Okay, tak apa. Tetapi dalam masa yang sama di Sungai Pelepas ini pun, kalau andai kata dah selesai, tetapi masih ada banjir lagi sama macam Taman warisan itu. Jadi yang ini saya nak kemukakan, pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat EXCO.
Mungkin Yang Berhormat tidak berapa dengar saya cakap tadi, mungkin tidak berapa dengar kot. Mungkin tidur, mengelamun ke apa, lambat. Saya menyebut tadi memang yang fasa satu itu memang dah siap. Jadi dia tidak menyelesaikan penyelesaian semua. Jadi bila banjir ini biasa, macam saya sebut, bila kita selesaikan satu bahagian, dia akan turun pula ke bawah. Ini yang untuk
fasa dua ini dalam, masih dalam peringkat rundingan, perunding. Yang ini saya sebut tadi RM 15 juta ini dan tahun depan juga kita akan tenderkan untuk melengkapkan program tebatan banjir bagi Sungai Pelepas. Ini yang kita harap untuk selesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Damansara tadi dan saya pun tahulah rumah Yang Berhormat, mak di situ, saya dah pernah pergi. Terima kasih.
Tuan Speaker, just...
Ya, Kota Damansara.
Just saya nak highlight sikit sebab, pertama Setia Warisan ini dia frontline, dia kalau patut itu yang dah selesaikan dulu, jadi sekarang kita pergi fasa kedua. Sepatutnya di bawah, ini Taman Setia Warisan pun belum selesai lagi Yang Berhormat EXCO, itu yang saya tekankan kaedah itu tadi.
Saya take note kepada yang apa yang dibangkitkan oleh, sebab itu kita teliti keseluruhan pelaksanaan banjir ini, keberkesanannya dan sebagainya. Terima kasih.
Pandamaran.
Tuan Speaker, soalan saya 113.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 113. Insan SelangorQuestions
113. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah permohonan Program Insan.
b)
Berapakah yang telah diluluskan?
c)
Berapakah yang tidak diluluskan dan nyata sebab-sebab permohonan ditolak?
Tuan Speaker, bermula 1 Oktober 2022 apabila pendaftaran Program INSAN dibuka sehingga 17 November 2022 seramai 3,563,844 orang telah memohon untuk mendaftar dengan Program INSAN. Seramai 3,562,260
orang telah berdaftar dengan Program INSAN sehingga 17 November 2022. Sebanyak 1,584 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria kelayakan iaitu pendaftaran dibuka kepada rakyat di negeri Selangor yang berusia 30 hari sehingga 80 tahun yang kod negeri dalam kad pengenalan adalah β10β atau kad pengenalan beralamat di negeri Selangor atau pengundi di negeri Selangor. Pendaftaran berdasarkan butiran kad pengenalan boleh dibuat secara automatik, manakala pendaftaran berdasarkan maklumat pengundi memerlukan juga muat turun oleh pihak pemohon bagi mendapatkan sijil ini ataupun e-sijil.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah sebarang cadangan mengenai mekanisma pelaksanaan Skim Insurans Negeri Selangor ataupun INSAN ini dengan mekanisma yang berpaksikan ataupun berkonsepkan patuh syariah, kerana ia adalah sesuatu yang menjadi keperluan terutamanya kepada umat Islam untuk terbabit dalam skim insurans yang berstatus patuh syariah. Terima kasih.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri akan mengkaji, sebab dia merupakan kos yang mungkin 3,4 atau 5 kali lebih mahal sekiranya kita menggunakan mekanisma takaful dan itu kita perlu pertimbangkan apa itu dari segi kewangan sama ada kita mampu melakukan atau tidak. Terima kasih.
Sentosa.
Terima kasih.
Ini insurans agen.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan skim insurans INSAN. Tetapi, soalan saya ialah berkenaan dengan permohonan lebih mudah lagi memandangkan banyak lagi rakyat Selangor belum berdaftar dan sebagainya. Adakah ada apa-apa perancangan di mana data-data yang sedia ada macam skim mesra usia emas, BINGKAS dan semua yang telah berdaftar dengan program-program Kerajaan Negeri boleh diguna pakai untuk terus mendaftarkan mereka untuk program INSAN. Itu saja, terima kasih.
Tuan Speaker, sebenarnya pihak pelaksana juga telah pun membuat pengumuman kepada pihak UPEN untuk mendapatkan senarai SSIPR, supaya kita dapat mendaftarkan secara automatik. Tapi itu hanya peringkat pertama, kerana kita perlu mendapatkan persetujuan daripada mereka yang
didaftarkan mengikut proses itu. Oleh itu, walaupun kita mendaftarkan mereka daripada senarai ataupun data yang kita ada, yang berdaftar itu juga perlu muat turunkan apps tersebut untuk memperolehi e-sijil, untuk tujuan tuntutan kemudian. Sekiranya tidak, mereka tidak melakukan proses ini, maka mereka mungkin akan menghadapi masalah kemudian kerana mereka belum memperolehi insurans, sijil insurans tersebut melalui digital. Cara pendaftaran melalui digital adalah yang paling cepat sekali kerana yang selagi ada telefon bimbit, mereka boleh daftar di mana-mana daripada kita menggunakan cara yang lama mengisi borang dan sebagainya dan juga kita telah juga melatih pembantu kita di pusat khidmat DUN, di mana mereka juga boleh membantu mereka mendaftar sama ada melalui telefon bimbit pemohon ataupun melalui laptop, juga kita sediakan kemudahan tersebut. Walau bagaimana pun kita harap rakyat Selangor mengambil kesempatan ini, sebab setakat yang kita boleh lakukan adalah kita menyediakan insurans tersebut, kita menyediakan satu cara pendaftaran yang paling mudah melalui telefon bimbit dan juga kita telah pun menwar-warkan perkara ini melalui pelbagai media termasuk juga hari semalam saya lihat ada dua papan digital LED yang besar di sepanjang lebuh raya, satunya dekat dengan tol damansara, satunya di sepanjang lebuh raya persekutuan, ada juga maklumat disampaikan, cara mendaftar adalah begitu mudah, cuma proses sekarang ini adalah kita dah berjaya mendaftarkan sekitar 3.5 juta yang layak.
Kami juga bergantung amat bergantung pada pejabat khidmat DUN untuk mengadakan program-program mendaftarkan mereka seperti kita lakukan untuk pendaftaran program SMUE dan sebagainya. Dan apabila kita memberi data-data kemudian, seterusnya untuk pengagihan umpamanya kupon untuk hari raya, kupon untuk warga emas, semua boleh melalui apps ini, supaya kita boleh menyediakan satu data iaitu digital ID yang sedia ada. Jadi itulah sebabnya kita menggunakan cara ini. Terima kasih.
Penjelasan.
Hulu Kelang.
Saya, penjelasan ya. Penjelasan. Tiga lanjutan-lanjutan. Yang berlaku adalah macam INSAN Selangor itu, dia kesan dia itu nampak fizikal nampak kebaikan, nampak jadi attachment very strong. ADUN tidak boleh cakap, itu pun dia okay. Nampak benda itu berjalan tau, tapi kalau yang ini, dia tidak ada sense of dia punya sense of friendship, dia punya fratenity, dia punya togetherness itu dengan izin, tidak nampak. Tapi bagus, saya, alang-alang itu bagus, bagaimana kita nak buat dia punya macam brotherhood tau, dia punya fratenity, dia punya sense of togetherness, you belikan, minggu depan kita belikan, tahun depan, tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu, dia tahu benda itu. Jadi saya, macam mana nak meningkatkan lagi dia punya esprit de corps, dia team building, bila kita bagitahu kita lawan rate, mana-mana pun, pembakang ke, apa-apa dia nak buat, tak laku la. Kita
punya tak buat. Jadi saya punya input begitu, kalau apa yang boleh menjadikan suasananya dan suasana macam dapat kupon, sekeping itu bagus, dilakukan dengan insurans INSAN ini.
Ya, Tuan Speaker saya lihat Selangor ini kita merupakan sebuah negeri berkebajikan yang terunggul di Malaysia ini. Tidak ada satu negeri di mana Kerajaan sanggup membelanjakan jumlah begitu besar menyediakan sistem atau rangkaian kebajikan yang merangkumi segenap lapisan rakyat kepada umur dari bayi sehinggalah warga emas. Pelbagai program ada, pendidikan, perubatan rawatan dan sebagainya, cuma sementara kita ini rajin kerja, kita abaikan publisiti. Itu yang menyebabkan tidak nampak, kadang-kadang saya lihat di negeri yang lain, programnya tidak sebanyak kita, jauh lebih kurang daripada kita, tetapi publisitinya begitu menonjol seolah-olah mereka la yang paling banyak membelanjakan, paling banyak yang mereka berikan.
Itulah saya rasa, mungkin agensi publisiti atau agensi penerangan di peringkat Negeri kita harus melihat bagaimana kita dapat memberikan satu cara publisiti lebih baik supaya rakyat sedar, inilah program-program yang disediakan, inilah keprihatinan kerajaan negeri Selangor dalam menyediakan suatu suasana yang paling baik untuk kesejahteraan rakyat Selangor. Terima kasih.
Taman Medan.
Bangun dengan hati ikhlas, soalan saya 114.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan β 114. Terminal Bas Jalan Othman Petaling JayaQuestions
114. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Pihak manakah yang dikenalpasti sebagai pemilik sebenar operasi Terminal Bas Jalan Othman di Seksyen 3 Petaling Jaya?
b)
Berapakah jumlah pengendali pengangkutan awam yang masih menggunakannya?
c)
Adakah sebarang perancangan atau usaha bagi mempelbagaikan fungsinya samada operasi atau aktiviti di lokasi tersebut?
Tuan Speaker, Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan pemilik Terminal Bas Jalan Othman, Seksyen 3, Petaling Jaya. Bangunan hab bas ini telah siap sepenuhnya pada 5 Mac 2018 dan berkeluasan 2,300 m2 (meter persegi). Rapid Bus dan PJ City Bus adalah merupakan dua pengendali pengangkutan awam yang beroperasi di sana. Pada ketika ini Terminal Bas Jalan Othman berperanan sebagai hab pengangkutan bagi perkhidmatan bas perantara, feeder bus di Petaling Jaya dan menjadi pusat transit ke kawasan sekitar. Selain daripada menjadi hab pengangkutan bas, Terminal Bas ini juga dilengkapi dengan 18 unit gerai yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti kedai jahitan, kedai gunting rambut dan lain-lain. Pada ketika ini pihak Majlis sedang membantu peniaga-peniaga ini untuk memulakan semula perniagaan setelah terjejas akibat pandemik Covid-19.
Soalan tambahan.
Silakan Taman Medan.
Saya teringat jalan Terminal Bas Jalan Othman in sewaktu zaman remaja saya biasa naik bas mini nombor 50, sekarang bas mini tidak ada. Saya melihat bahawa mungkin kah ada sebarang potensi kalau dibuat boleh dibuat aktiviti yang lain, seperti MBPJ telah menghidupkan kawasan di seksyen 52, yang ada aktiviti trak makanan. Adakah kebarangkalian mungkin boleh dibuat aktiviti yang serupa bagi menghidupkan kompleks Terminal Bas Jalan Othman tersebut.
Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Taman Medan. Saya akan minta MBPJ untuk kaji cadangan tersebut, tetapi apa yang saya nampak, kawasan Jalan Othman itu merupakan satu kawasan yang agak sibuk dan jalan itu sempit dan Terminal Bas ini juga agak kecil. Sekiranya kita nak adakan aktiviti besar-besar seperti food truck, mungkin kita perlu fikir dari segi keselamatan dan segi kesesakan lalu lintas. Ini saya akan serah kepada MBPJ untuk kaji kesesuaian untuk melaksanakan aktiviti seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Taman Medan. Terima kasih.
Soalan seterusnya 115 sudah dijawab bersekalian dengan nombor 9. Nombor 9, Bukit Lagong sudah dijawab. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi, dengan saya ini menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang perbekalan 2023 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-undang perbekalan 2023 semua peringkat.
Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah untuk teruskan penggulungan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya teruskan pada penggulungan berhubung dengan isu yang berkaitan dengan portfolio saya di bawah infrastruktur dan juga pertanian.
Semalam saya telah menyentuh tentang soalan yang ataupun perkara yang dibangkitkan oleh Subang Jaya berhubung dengan pertanian moden ini yang kita perlu terapkan. Dan saya dah menyentuh mengenai salah satu kaedah lagi yang sedang menjadi yang sangat dipopularkan sekarang ini dan diperkembangkan iaitu apa yang disebut sebagai plant factory ataupun kaedah penanaman ataupun pertanian di dalam bangunan yang menggunakan kaedah IoT, Internet of Things dan juga termasuklah juga termasuklah lampu-lampu yang tiruan atau artificial lighting. Ini telah berjaya dan untuk di Selangor saya boleh sebutkan di sini yang telah pun wujud kilang-kilang sebegini di Daerah Petaling ada 5 unit, di Hulu Langat ada 3, di Gombak ada 1, di Klang ada 1 dan Hulu Selangor ada 1. Dan benda ini makin meningkat penggunaannya dan cuma kita ada sedikit isu tentang pertanian bandar ini ataupun ini termasuklah pertanian bandar atau agro bandar ialah bagaimana kita nak selaraskan ini dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Dia melibatkan isu-isu yang perlu diberi pertimbangan dalam guna bangunan dan guna tanah sebagainya di kawasan bandar. Ini kita akan selaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi kerana memandangkan bahawa pertanian agro bandar ini makin meningkat kaedahnya, penggunaannya. Dan juga kita tidak terhad kepada pertanian moden ini kepada hanya tanaman. Saya dah sebut pada ternakan akuakultur dan ternakan. Penggunaan kaedah-kaedah moden kalau kita perkenalkan dan kita laksanakan.
Dan bagi nelayan juga, kita tidak juga lupa mereka termasuk juga dan kita telah untuk julung kalinya Kerajaan Negeri memberikan kemudahan-kemudahan peralatan moden kepada mereka selain daripada bot dan enjin yang baru. Kita telah mula berikan sumbangan atau bantuan. Kita juga memberikan banyak baru-baru ini, tahun ini iaitu GPS nya fish finder. Penggunaan alat-alat yang moden ini dalam mereka nak meningkatkan tangkapan ikan kepada nelayan-nelayan kita dan akan kita ke perluaskan lagi bantuan-bantuan sebegini.
Dan saya nak maklumkan sini bahawa satu lagi perkara yang menjadi agenda penting bagi sekuriti makanan ini ialah sumbangan daripada agro bandar. Walaupun nampak kawasan bandar ini agak sempit, tapi berpotensi sebenarnya untuk menghasilkan di bawah pertanian moden produk-produk yang bernilai tinggi untuk membantu menyokong pada Program Sekuriti Makanan ini.
Dan saya telah mengucapkan tahniah kepada pihak MBPJ kerana telah berjaya kita telah luluskan satu projek perintis agro bandar ini secara bersepadu di mana mereka telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai agro bandar dan kita luluskan kawasan-kawasan ini dan mereka telah mencari membuat kerjasama dengan agensi atau badan swasta bagi dibangunkan pertanian moden di tempat-tempat yang mungkin kalau tidak dibuat akan menjadi kawasan tanah terbiar dan sebagainya. Ini satu perkembangan yang baik di pihak MBPJ dan kalau berjaya program ini, kita akan perluaskan di seluruh PBT di Negeri Selangor untuk masa yang akan datang.
Saya juga menerima pertanyaan. Oh tidak ada dah, Sungai Panjang sudah keluar. Sungai Ramal ada bertanyakan juga soalan yang sama yang cuma tambahannya ialah berhubung dengan isu berkaitan dengan jeti dan sebagainya. Saya nak tegaskan lagi sekali bahawa di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor, PETA ini, kita telah pun laksanakan dua tahun. Ada lagi tiga tahun. Kita memang meletakkan dasar lima perkara itu yang perlu diberi penegasan iaitu yang kita dapati relevan sangat hari ini iaitu:-
Kita pastikan bahawa pertanian ataupun pertanian termasuklah tanaman, ternakan dan akuakultur adalah bernilai tinggi. Sebab itu kita menggalakkan contohnya penanaman melon yang bermutu tinggi. Satu kilo RM 10. Itu kita tidak galakkan penanaman yang bernilai rendah ini kerana Selangor ini saya dah sebut kosnya tinggi, tanahnya mahal, kawasannya kecil. Tidak boleh. Kita kena bagi tumpuan bernilai tinggi;
Pertanian moden. Penggunaan IoT sekarang ini, Selangor sangat meluas. Internet of Things ini di mana dibangunkan sendiri oleh anak-anak muda kita di Selangor dan telah dilaksanakan macam saya sebut Program Udang Kara di Hulu Langat itu adalah 100% IoT yang di develop, dibangunkan oleh anak-anak muda Selangor sendiri dan telah berjaya membuktikan kejayaannya. Dan akan kita perluaskan juga dan juga penggunaan jentera moden dan juga mesra alam. Kita tak nak dalam masa yang sama kita meningkatkan hasil pertanian tetapi menyebabkan pencemaran air dan sebagainya. Penggunaan pesticides, biopesticides dan sebagainya telah kita galakkan dan juga baja-baja organik yang kita perkenalkan di Negeri Selangor adalah menjadi dasar yang kita pertahankan di Negeri Selangor bagi menjaga kelestarian alam sekitar; dan seterusnya
Bekalan yang lengkap. Kita melihat bahawa di Negeri Selangor ini (supply chain) yang berlaku agak ketara selepas pandemik ini ialah disruption kepada gangguan pada supply chain ataupun rantaian bekalan. Inilah menyebabkan kos yang meningkat, harga barang yang menaik dan sebagainya. Jadi untuk Selangor sebagai negeri maju, tumpuan kita adalah kepada aspek-aspek pemodenan dan juga aspek yang bernilai tinggi ni yang saya sebutkan tadi. Antaranya ialah pembenihan. Sebab itu kita telah lancarkan benih. Pada bulan 6, Tuanku Permaisuri sendiri melancarkan benih
(tiga benih) melon. Lima benih (melon, betik dan juga jagung dua jenis). Semuanya lima dilancarkan atas kajian yang dibuat di Negeri Selangor sendiri dan sekarang kita akan perluaskan. Ini contoh-contoh bagaimana bahagian teknologi tinggi dipertahankan, dibangunkan di Negeri Selangor dan kita mempunyai peluang yang banyak kerana apa? Potensi yang banyak kerana universiti kebanyakannya berada di Selangor ataupun di Lembah Klang. Mereka ini mempunyai kepakaran-kepakaran yang kita boleh manfaatkan dalam pembangunan. Saya bagi contoh antara perkara yang menjadi isu besar ialah makanan binatang. Makanan binatang meningkat. Kalau jagung ayam itu daripada RM 1,000 satu tan sebelum pandemik, sekarang ini RM 2500/ RM 2600. Dah berapa kali ganda menyebabkan kos makanan ternakan meningkat dengan tinggi. Ini perlu kita bangunkan, sedang kita bangunkan bersama dengan pihak universiti di Negeri Selangor ini UKM atau UPM ini, bagi mendapatkan kaedah-kaedah yang terbaik dalam kita memastikan supaya harga ayam, harga ternakan juga akan turun. Kalau makanannya tinggi, memang sukar untuk kita menurunkan harga makanan, harga ayam, daging dan sebagainya;
Pembangunan agropreneur yang tahun ini, tahun depan kita akan perluaskan lagi. Memberi galakan pada anak-anak muda kita dan kaum wanita untuk lebih libat langsung dalam bukan sebagai hobi tapi sebagai satu punca pendapatan atau kerjaya mereka dalam pertanian moden ini. Itu kita telah pun mulakan di beberapa tempat di Selangor dan kita akan perluaskan untuk tahun yang akan datang; dan
Dasar kita ialah berhubung dengan agro pelancongan yang sekarang menarik minat. Sebab itu kita lihat kadang-kadang tempat yang kecil pun ramai peminat datang untuk melihat. Di Sungai Ramal di Kajang. Di Sungai Ramal sendirilah ada 3 ekar saja penanaman buah tin secara moden dan anggur. Tempat itu kecil. Tidak ada cadangan pun nak jadikan sebagai pelancongan tapi bila dia buat pelancongan begitu ramai, tidak perlu dia nak buat marketing dah. Itu habis buah tin (buah fresh buah tin) RM 80 satu kilo. Sampai yang paling mahalnya sampai RM 200 pun ada sekilo. Habis dijual di situ. Jadi ini perkara-perkara yang kita perlu ambil perhatian dan kita tingkat dan perluaskan dengan kerjasama pelancongan dan sebagainya untuk
Buah tin tu
Jadikan sebagai agro pelancongan
Buah tin itu dari siapa?
Hulu Kelang
Import punya company ataupun company tempatan? Import buah tin. Import daripada ditanam oleh syarikat lain ataupun tempatan?
Buah tin ini ada yang import
Oh.
Tetapi buah tin ini adalah buah tin yang fresh, yang segar di tanam memang banyak tempat di Negeri Selangor. Ada di Fruits Valley, ada di Sungai Rama). Banyak tempat ada buah tin ini. Dan memang boleh ditanam sebenarnya di negara kita.
Company ada yang terkenal apa nama?
Saya tak ingat nama company tapi boleh saya bawa kalau Yang Berhormat nak pergi melawat kat Sungai Ramal. Tak jauh pun. Boleh kita melawat tempat itu.
Oh boleh ya.
Ada
Hari Isnin.
Hari Isnin Yang Berhormat.
Saya sambung ya sebab banyak lagi ini. Juga tentang jeti. Saya sudah sebut sini memang satu perkara yang menjadi isu besar di Negeri Selangor ini ialah masalah jeti yang sudah dibangunkan tanpa mendapat kelulusan. Ini yang sedang kita buat. Pemutihan di bawah LUAS dan kita telah cadangkan antara jeti-jeti ini yang perlu. Dia ada jeti yang nelayan, ada jeti komersial dan sebagainya yang kita perlu selaraskan dan proses berperingkat-peringkat buat oleh LUAS untuk memastikan keselamatan dan juga untuk memastikan bahawa dia tidak mengganggu dari segi sistem saliran kita. Kerana terlalu banyak bangunan dalam water body ini, dalam sungai ini akan menyebabkan gangguan kepada flow ataupun aliran air di sungai-sungai kita. Kuala sungai atau muara sungai. Ini sedang kita uruskan dan saya telah mencadangkan juga beberapa tempat ini yang sedang kita akan buat di Sungai Bagan contohnya, ialah buat berkelompok. Jeti itu kita bangunkan secara berkelompok supaya dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai. Sebab masing-masing kalau nak buat seorang satu memang masalah besarlah. Kita tak ada tempat, terlalu sesak dan kadang-kadang dibina tanpa mengikut spesifikasi.
Dan memang nelayan isu nelayan ini memang menjadi agenda penting. Saya sentiasa mengambil masa untuk melawat dan melihat dan kita ada banyak isu yang kita perlu selesaikan dengan line kita termasuklah perkampungan mereka yang perlu digazetkan, keperluan untuk facility mereka seperti jeti tadi dan juga peralatan-peralatan. Sebab itu kita mula untuk julung kalinya selepas lama tidak diberi bantuan bot dan enjin. Kita telah beri mulai tahun ini kita dah beri bantuan bot dan enjin sebab mahal. Enjin kuasa kuda kalau 40 tu harganya RM 15,000/RM 16,000. Memang kita bagi. Untuk tahun ini kita mula berikan walaupun tak banyak, 5 bot dan 5 enjin tetapi kita akan pertingkatkan dan perluaskan lagi tahun depan untuk berikan mereka yang betul-betul melaksanakan tugas ataupun mencari jadikan nelayan atau tangkapan itu sebagai satu profesion mereka.
Untuk Sungai Burong ada juga bertanya soalan yang hampir sama cuma penekanannya daripada isu padi. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong, peruntukan untuk padi ini memang Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat memang mengeluarkan bantuan yang cukup banyak bagi memastikan bekalan ataupun tanaman padi kita menghasilkan hasil yang tinggi dan saya telah jawab baru-baru ini dalam soal soalan dewan tentang bagaimana sukar untuk kita menguruskan kawasan yang hampir 18,000 hektar melibatkan 9,000 lebih petani kita, pesawah kita. Bagaimana menguruskan satu tanaman yang berulang-ulang iaitu dipanggil monocrop dari segi sainsnya pun satu tanaman yang sama dia ulang-ulang menyebabkan masalah yang banyak dari segi penyakit, dari segi kesuburan tanah. Sebab itu kita telah laksanakan program untuk rawatan tanah dan juga program-program menambah hasil dari segi baja dan sebagainya. Walaupun baja asasnya telah diberi oleh kerajaan pusat, kita telah mencadangkan untuk tahun depan ini untuk kita beri baja-baja tambahan sebagai booster untuk mengukuh, untuk menyuburkan tanah dan juga untuk mengukuhkan pokok-pokok padi ini dan juga menghasilkan yang lebih baik pada seluruh kawasan. Jadi bajet RM 9 juta kita telah peruntukkan daripada Kerajaan Negeri untuk tahun depan bagi kita menyelesaikan atau menambah atau meningkatkan hasil padi di kawasan barat laut kita ini. Jadi ini antara perkara-perkara walaupun tiap-tiap tahun memang di sekitar RM 2.3 juta untuk tahun ini contohnya. Kerajaan Pusat pula telah memperuntukkan RM 13.35 juta peruntukan untuk Jabatan Pertanian dan RM 7.05 juta untuk IADA Barat Laut bagi di bawah Rancangan Ke-12 ini untuk isu padi sahaja. Jadi ini antara perkara yang kita akan penelitian. Di samping itu kita juga ada kerjasama dengan Agensi Nuklear, dengan FGV untuk melihat bagaimana cara kita dapat perkemaskan dan bantu para petani kita, pesawah kita dalam meningkatkan hasil mereka.
Saya ingin masuk kepada aspek lain yang dibangkitkan oleh contoh, Yang Berhormat Dusun Tua ada membangkitkan isu mengenai Lebuh Raya EKVE ya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja penurapan jalan di Persimpangan Jalan Hulu Langat (FT3210 Jalan Kuari ini) telah selesai dilaksanakan pada 12 November 2022. Saya ada sini gambar pun ada dihantar menunjukkan memang kerja-kerja telah dibuat di sana dan saya memantau bersama LLM dan NKVE di bawah Jawatankuasa
Pemantauan Pelaksanaan Lebuh Raya untuk memastikan kerja-kerja awal perancangan lebuh raya dan juga ketika berjalan ataupun pembinaan pun kita pantau dan selepas pembinaan. Sebab saya tahu kadang-kadang masalah perancangan cantik, masa pembinaan itu tidak diambil berat. Isu longkang tersumbat, jalan rosak tidak. Ini pun kita pantau untuk memastikan bahawa perjalanan baik projek dan selepas habis pun kita kena pastikan bahawa mereka tinggalkan tempat itu dalam keadaan baik sebagaimana yang telah dirancang atau dibina.
Jadi untuk makluman juga Yang Berhormat, Ahli Berhormat, NKVE ini adalah kemajuannya yang terkini adalah 91.22% siap berbanding jadual 92.78% iaitu kelewatan sebanyak 1.56%. Baki kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan di pakej 1 dan 2. Gangguan ini disebabkan ada satu kes mahkamahlah yang melibatkan present power itu yang kedua ialah perubahan reka bentuk sementara nak menunggu kelulusan ataupun isu mahkamah dengan present power ini mereka telah mengubah reka bentuk sikit highway ini, cuma menyebabkan sedikit kelewatan. Dan memang kita sasarkan dalam portal pertama tahun depan akan siap NKVE ini. Untuk daripada, Bukit Gasing tidak ada ya? ADUN Bukit Lanjan ada membangkitkan isu mengenai tanah runtuh di Taman Suria Damai Puri dan Selayang Utama. Untuk makluman Yang Berhormat kos pembaikan cerun fasa satu dan fasa dua dan termasuk terkini peruntukkan tambahan diluluskan oleh MMKN baru-baru ini iaitu pada September 2020 berjumlah RM28,422,436.85. Keseluruhannya memang di salur akan disalurkan ke Majlis Perbandaran Selayang berasaskan kepada kemajuan kerja dia. Peratus kerja dia. Progress dia. Mengenai kerja-kerja pembaikan cerun di Taman Damai Puri, kemajuan kerja adalah 56% berbanding jadual 66 ada sedikit kelewatan disebabkan cuaca hujan lebat semasa binaan. Namun masih terkawallah. Masih terkawal. Bagi pembaikan cerun runtuh di jalan SU26 Taman Selayang Utama ianya telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dan kerja baik pulih cerun tanah tersebut telah siap sepenuhnya pada 8 Ogos 2022. Untuk umum dan persoalan..
Tuan Timbalan Speaker.
Bukit Lanjan.
Saya bangkit beberapa kawasan ini sebagai contohlah. Cuma saya sudah, saya juga telah cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk lebih proaktif. Iaitu kita ada satu peruntukkan khas untuk mula memperkukuhkan lagi cerun-cerun sedia ada. Instead of waiting for a disaster to happen, kita sepatutnya perlu mengenal pasti di mana cerun yang ada masalah dan kita masuk untuk memperkukuhkan lagi. So, apa jawapan daripada Kerajaan Negeri?
Terima kasih Yang Berhormat untuk mengingatkan saya. Tadi saya patut tulis tadi. Terlupa. Sebenarnya kita telah, Kerajaan Negeri telah meluluskan Jawatankuasa Pemantauan Cerun ini yang saya
sendiri pengerusikan sebenarnya. Dan saya memang dah pelan rancang selepas sidang ini akan ada mesyuarat untuk membincangkan dan membuat inventori dari segi bukan sahaja dari segi yang dah runtuh tetapi juga kawasan-kawasan yang sensitif ataupun kawasan-kawasan yang dianggap berpotensi untuk runtuh. Yang ia melibatkan jabatan-jabatan berkaitan contohnya daripada JKR sendiri, daripada JMG, Jabatan Mineral dan Geosains. Ini merekalah pakar sebenarnya dalam kestabilan cerun ini dan juga pihak PBT-PBT. Terutama PBT yang terlibat yang sering berlaku keruntuhan tanah ini ialah MPS, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, dan juga Majlis Perbandaran Kajang. Ini antara tiga yang besar yang selalu berlaku keruntuhan tanah ini. Yang lain pun kita akan jemput tetapi ini tumpuan orang awam untuk mewujudkan satu inventori dan kita akan teliti yang mana klasifikasinya tu dan kita akan lihat yang mana yang perlukan pemantauan bahawa ni pun telah dibentang oleh MPAJ pun ada bawa benda yang sama meminta supaya dibuat kerja-kerja awal. Kerana kerja-kerja awal tu pengukuhan tebing ini cerun kalau kita buat kosnya lebih murah daripada kita tunggu dia runtuh dan dari segi nyawa itu sendiri membahayakan nyawa ni contohnya di yang di Bukit Permai ni. Sudden. Dia punya tu menyebabkan bahawa kematian empat kematian di sana. Jadi ini yang antara perkara-perkara yang kita akan laksanakan dalam masa terdekat ini. Terima kasih.
Untuk ADUN Sabak, daripada Yang Berhormat Sabak. Ada kat sini ya. Yang bertanyakan mengenai pembangunan Hay Resort ini. Untuk makluman Yang Berhormat memang saya sentiasa memantau di bawah pembangunan ekonomi SABDA memang kita memantau pelaksanaan projek-projek yang kita telah sebutkan sebelum ini. Untuk Hay Resort ini sekarang ini ialah yang lambat itu kelewatan isu tanah kerana ada satu bahagian tanah itu adalah perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan dulu kerana itulah laman VVIP di situ dan kita telah pun mendapatkan. Ini di bawah pembangunan ekonomi. Jadi telah pun di selesaikan telah mendapat perkenan dan telah kita sekarang ini sedang diproses oleh pihak MBI untuk request for proposal dan dijangka proses ini akan selesai dalam Februari 2023 untuk kita kenal pasti siapa yang akan membangunkan projek ini dan kita anggarkan dia akan bermula dalam quarter pertama bermakna bulan Mac atau April 2023. Untuk tanaman Rozell ini yang disebut, sebenarnya baru-baru ini pun saya turun di Sabak Bernam kita telah buat majlis penyerahan hak milik untuk tanah bagi yang kita panggil tempat ini adalah SSAP, Smart Selangor Agro Park@Sungai Air Tawar seluas 120 ekar ini dan ada penanaman pelbagai di situ termasuklah Rozel telah pun kita buat penyerahan tapak kepada mereka yang dah berjaya untuk bangunkan dan di situ ada 50 ekar adalah untuk nurseri Kelapa Matag. Kita nak penanaman benih kita nak supaya pembangunan semula penanaman semula kelapa di kawasan Sabak Bernam ini diganti dengan kelapa yang bernilai tinggi Matag. Tapi disebabkan benih itu di kawal oleh kartel dan sebagainya kita terpaksa bangunkan sendiri nurseri di situ tapak semaian. Jadi 50 ekar itu adalah untuk benih pembenihan Matag yang diuruskan sendiri oleh Jabatan Pertanian Selangor. Lagi yang lainnya tu kita dah bagikan kepada Penanaman Nanas MD2 kepada Rozell kepada betik yang benih baru yang saya
sebut tadi. Pelancaran benih baru negeri Selangor itu betik dan juga kepada tanaman-tanaman moden yang lain. Pertanian moden yang lain di situ. Itu kita akan sudah kerja-kerja lantikan sudah dibuat dan kita jangka akan bermula pada Januari ini dah mula kerja-kerja pembersihan tapak itu. Tentang isu rumah sembelihan Ayam Sekendi ini pun merupakan antara projek di bawah kerajaan negeri di bawah Jabatan Veterinar Negeri Selangor. Projek itu kelewatan itu disebabkan kenaikan harga disebabkan peruntukkan asal telah naik kerana ada perlu buat tambakkan. Kita dapati tanah itu perlukan tambakkan. Jadi perlu dibuat tambakkan dan telah di daripada 12 juta meningkat kepada 19 juta dan telah pun kita luluskan peruntukkan dan akan mula dilaksanakan sekarang ini pihak JKR sedang buat permohonan kebenaran merancang kepada Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2023 pada awal tahun 2023 ini dan akan dilaksanakan projek berkenaan.
Isu tentang banjir yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk Sijangkang. Saya mulakan dengan Sijangkang dulu ya. Ini berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan kolam-kolam takungan yang disebut ini nak air masuk daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan sebagainya. Dan juga Sungai Rasau dan kebenaran merancang untuk teliti saliran-saliran di jalan perempat untuk menghadap banjir dan pembangunan perumahan. Saya untuk maklumkan makluman di sini di bawah PISMA yang saya sebutkan semalam di Daerah Kuala Langat itu dia memberi gambaran sebenarnya seluruh Daerah Kuala Langat sebenarnya di mana masalah salirannya dan inventori siapa punya longkang dan parit sebagainya. Supaya semua sedia maklum kita ada berapa agensi jabatan yang berkait dengan longkang ini. Saya dah sebut tadi kalau kata di kawasan bandar kebanyakannya melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, PBT. Kalau di sungai anak sungai, dia melibatkan JPS. Kalau melibat longkang jalan JKR, kalau jalan-jalan kampung melibatkan Pejabat Daerah. Jadi semua ini perlu dikenal pasti itu inventori yang saya sebutkan tadi yang memakan masa untuk di tentukan dan kita akan beri keutamaan kepada mana yang serius dalam pelaksanaan ini di bawah PISMA ini. Dan Kuala Langat, Sepang dan Klang saya rasa yang dah siap yang kita akan peringkat akhir untuk printing sahaja untuk kita gunakan itu sebagai panduan bagi kita melaksanakan rancangan tebatan banjir ataupun pembesaran ataupun peningkatan, pembesaran longkang ataupun parit atau sebagainya. Jadi ini sedang kita teliti untuk dilaksanakan. Untuk makluman juga berhubung dengan kolam dwifungsi yang saya pun telah sentuh sebelum ini. Kita mengambil kira bahawa di bawah SJAM tadi Skim Jaminan Air Mentah kita merasakan sebahagian kolam takungan ini boleh berfungsi mempunyai dua fungsi. Dia akan menjadi kolam takungan ketika banjir dan juga boleh digunakan sebagai sumber air dia tu kalau berlaku kemarau. Yang ini sedang kita kaji untuk menentukan yang berapa? Kita ada lebih kurang 600 kolam takungan banjir di seluruh Selangor. Mungkin bukan semuanya sesuai, ada yang sesuai itu dalam penelitian kita untuk dilaksanakan. Jadi untuk Sungai Rasau pun sama. Sungai Rasau, loji rawatan air Sungai Rasau. Sekejap bagi saya habiskan ini. Loji Rawatan Sungai Rasau yang sedang dalam pembinaan sekarang ini kita melibatkan 14 kolam di hulu ataupun di upstream dia. Apa upstream dalam bahasa Melayu. Huluan dia. Ada 14 kolam
sebenarnya melibatkan kawasan yang sangat luas hampir 400 ekar. Ini semua akan dibangunkan dipanggil source work ini dengan bantuan juga peruntukkan daripada kerajaan pusat. Dia bukan sahaja berperanan sebagai membekalkan air untuk Loji Rawatan Rasau. Dia juga berperanan sebagai kolam takungan banjir. Sebab itu harganya meningkat, kosnya meningkat daripada 1.1 kepada 1.8. 700juta tu adalah untuk menjadikannya juga sebagai kolam kawasan takungan dan juga pembinaan flood wall dan sebagainya dimasukkan sekali. Jadi ini yang kita cadangkan di bawah loji Rawatan Air Sungai Rasau.
Saya ingin minta penjelasan.
Banting.
Terima kasih kepada Pandan Indah. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker, soalan saya adalah berkaitan dengan kolam takungan air. Kita lihat fungsinya sangat penting. Di kawasan saya semasa banjir besar, banjir besar pada tahun 2021, kawasan yang sering di landa banjir di kawasan saya di Taman Seri Manggis bersebelahan dengan Bandar Sungai Emas. Ada satu pembinaan di situ yang dikelola oleh Permodalan Nasional Berhad. Pembinaan Valley Homes. Tiga kolam takungan. Dahulu tempat itu banjir kerana kolam takungan itu tidak diselenggara dengan baik dan sekarang ini di selenggara dengan baik. Walaupun masih belum lagi diserah kepada Majlis dan JPS tapi diselenggara dengan baik walaupun banjir besar, air besar tapi tidak banjir Taman Sri Manggis. Yang menghairankan saya kawasan satu lagi taman perumahan yang bernama Taman Sri Jarum Mas. Di bawah petak Beta Frame Development Sdn. Bhd. anak syarikat kepada Y&G Berhad. Kawasan Taman Sri Jarum Emas ini kebelakangan ini di senarai sebagai salah satu hotspot. Satu-satunya hotspot di kawasan Kuala Langat yang akan dilanda banjir sekiranya berlaku lagi. Dan memang tempat itu berserta bersama Taman Ria dan Taman Sejahtera adalah tempat yang paling lambat sekali air dia surut. Melebihi satu minggu. Kerana kolam takungan banjir itu setahun sebelum banjir besar saya dah menegur pada syarikat berkenaan untuk selenggara. Sebab bila saya terima aduan kolam itu cetek, penuh dengan sampah sarap, penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Majlis tak boleh buat apa-apa, JPS pun tak boleh nak buat apa-apa kerana masih lagi di bawah penyelenggaraan pemaju. Saya ada mencadangkan kepada MPKL. Kalaulah tidak ada lagi tindakan dibuat. Saya rasa YDP dengar ni. Dia pun sangat marah. Saya pernah hadir mesyuarat dengan pemaju, marah juga. Pasal apa? Pemaju, JPS minta mereka pasang flood gate, buat tidak tahu, bukan kerja kami. Boleh cakap macam itu ke? Saya nak tahu projek ini diluluskan sebelum tahun 2008. Tahun 2008 lah tahun keramat. Sebelum sehingga sekarang kolam itu masih belum lagi di selenggara dengan baik. Masih belum lagi diserah balik kepada JPS. Masih belum lagi diserah balik kepada MPKL. Kita dah arahkan dia untuk buat sesuatu, tak buat! Dan sekarang ini penduduk sering kali mereka sangat bimbang kerana tak tahu bila lagi akan berlaku hujan lebat melebihi satu hari dua hari. Tempat ini semua akan dilanda banjir lagi dan sekarang ini saya ingin bertanya kepada
kerajaan, khususnya kepada JPS, kalau masih lagi berlengah-lengah nak pasang peralatan yang diperlukan untuk membantu melepaskan air dan mengawal paras air di kolam takungan itu. Kalau tidak ada lagi kerja-kerja on the ground yang menyelenggara taman ataupun tasik itu ataupun kolam itu, adakah Kerajaan akan mengarahkan kepada Majlis dan juga JPS untuk tidak membenarkan walau satu pun permohonan kebenaran merancang oleh syarikat dan juga ibu ataupun the parents company.
Bukan sahaja di Kuala Langat tapi satu Selangor, sehingga kerja itu diselesaikan. Kalau tidak, kalau kita tidak minta mereka buat, kita tidak boleh buat apa, sebab belum lagi serahkan kepada Kerajaan. Saya ingin minta penjelasan dan juga intervention daripada Kerajaan.
Ia sebenarnya pernah sebut berapa kali dalam Dewan berhubung perkara ini. Sebenarnya kolam takungan ini kita sekitar dalam 600. 600 kolam takungan Selangor, yang betul-betul yang diserahkan kepada JPS hanya 120, 130 sahaja. Yang lain itu sama ada terletak di bawah PBT atau terletak bawah pihak ketiga, pemaju. Ini merupakan kolam-kolam yang lama. Sekarang ini memang kita syaratkan sebelum kita bagi CTC, dia kena serahkan. Dulu ini, semua kolam-kolam yang lama, yang memang menghadapi masalah dan pihak JPS tidak boleh masuk. Dia telah syaratkan penyerahan, dia buat mesti as built drawing makna memenuhi engineering. Macam jalan jugalah pemaju nak serah pada JKR, dia kena lengkapkan dahulu spesifikasi baru dia mahu ambil. Kalau tidak, dia ambil dalam keadaan tidak lengkap maka dia memerlukan kos yang tinggi untuk nak selesaikan isu-isu aspek engineering yang sepatutnya di buat oleh pemaju. Jadi ini menjadi isu dan saya telah minta kepada pihak JPS bawah Kerajaan Negeri ya. Supaya kita ambil berperingkat-peringkat kolam-kolam ini tetapi kita kena buatlah. Kena appoint perunding dulu buat drawing, check balik engineering dia dan sebagainya kos sangat tinggi untuk kita ambil alih. Dan kita kena buat, tidak ada pilihan kalau kita tunggu pemaju, kita banjir, kita akan berterusan.
Dan juga saya nak maklumkan di sini pada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa banjir ini saya dan sebut banyak kali kita boleh buat program tebatan banjir yang besar untuk menyelesaikan masalah-masalah secara makro, tapi ada juga consent-consent tertentu yang bersifat local. Atau pun bersifat tempatan, saya beri contoh Sungai Serai. Sungai Serai ini, kalau kita bangunkan projek yang besar ini RM 2 bilion yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini, katanya Januari ini akan mula dilaksanakan. Dia boleh menyelesaikan, ya boleh menyelesaikan Sungai Langat dengan sistem pam dia dengan dia punya tebing flood wall sebagainya akan dibuat dalam dia sekali semua akan dibuat. Tetapi belum tentu menjamin penyelesaian kepada kawasan-kawasan yang rendah ini. Kawasan-kawasan rendah ini dia tidak, memang rendah, nama pun kawasan rendah. Dan saya bagi contoh, Sungai Serai ini yang airnya pergi kepada Sungai Langat. Dia pertama asal sangat kecil macam paritnya. Jadi apabila air makin banyak, pembangunan makin meningkat, dia tidak
boleh dibesarkan kerana melibatkan tanah persendirian banyak di situ. Sampai sungai rizab tidak ada dah. Kalau kita nak masuk, tentu arah kita kena saman, ada di tempat di Langat, Hulu Langat ini silap-silap masuk di saman JPS. Tanah dia sampai ke sungai tanah dia, memang ada. Jadi kena ada pengambilan tanah juga kos yang tinggi nak ambil alih land acquisition, pengambilan balik tanah pula. Dan kawasan rendah ini Yang Berhormat, kita tengok teliti betul-betul. Dia kalau kawasan itu rendah, kita ada komponen yang kita boleh buat kolam takungan. Kalau ada tanah lagi untuk kolam takungan kalau tidak kena pergi bawah tanah, itu lagi kos yang tinggi. Kemudian yang kedua dia kena ada sistem pam, bila ada sistem macam Sungai Langat pertembungan air Sungai Serai, Sungai Langat dia akan patah balik. Jadi kita kena buat pintu air, bila buat pintu air kena ada pam. Semua ini kena dibuat untuk yang local tadi saya sebut bersifat local ini. Macam Sri Muda pun sama perlu ada komponen ini semua dan kita kena teliti dan laksanakan. Walaupun kita mempunyai projek yang besar, tebatan banjir RM 2 bilion dia membantu secara menyeluruh tetapi kawasan-kawasan yang macam Sungai Nanding, macam Taman Nanding. Taman Nanding itu memang tidak ada cara lain, dia memang kena buat longkang balik dan kena ada kolam takungan. Kalau tidak memang airnya di kawasan rendah. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita kena bagi penelitian dan saya faham apa yang Jarum Mas saya dapat laporannya. Berkaitan dengan, duduk saya nak bercerita Jarum Mas. Jarum Mas ini memang dari segi dia masih di bawah pemaju. Jadi belum buat penyerahan kepada dan kita memang minta pemaju itu supaya buat penyelenggaraan secara berkala. Dan juga perangkap sampahnya sebulan 4 kali perlu dibuat peningkatan (tak jelas). Jadi kita telah arahkan supaya dilaksanakan di kolam-kolam ini, tapi kita ada kemampuan untuk, kita tidak ada local standard untuk masuk ke kawasan ini untuk melaksanakan kerana masih di bawah tanah persendirian. Jadi ini perkara isu yang kita, kita kena cari penyelesaian tapi makan masa lah.
Saya sebenarnya ada memberi penyelesaian sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat EXCO, cara penyelesaiannya ialah ada syarat daripada jabatan Kerajaan, Jabatan Pengairan dan Saliran juga daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat dan ditetapkan dah ada cut off day dia, dah ada dia punya tarikh tutup dia, jadi dia tidak buat. Senang sahaja kalau bagi Majlis ataupun JPS kita tidak sokong. Saya nak minta Yang berhormat EXCO kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh, kita tidak perlu minta-minta lagi. Arahkan agensi-agensi Kerajaan, kalau tak buat, semua kebenaran merancang dibekukan, sehingga itu diselesaikan. Sehingga itu selesaikan seperti cara kita memastikan pembinaan flyover di Bandar Saujana Putera. Majlis menetapkan satu syarat, kalau tidak buat ataupun tidak mencapai peratusan perkembangan tertentu, KM semua dibekukan. Dibekukan arahan MMKN keluar arahan dibekukan, tidak payah minta-minta lagi. Buat tak buat, buat sebelum tarikh ini, diteruskan, tidak buat sebelum tarikh ini, dibekukan. Simple. Arahan satu surat sudah cukup. Bandar Saujana Putera ini tidak ada arahan daripada MMKN Majlis pun boleh buat keputusan. Dan kita tengok sekarang ini, berjalan dengan lancar. Orang ingat orang lain buat, sebenarnya Kerajaan Pakatan Harapan yang
buat. Timbalan EXCO menjadi pengerusi, ABAS yang buat. Ada arahan, ada penyata.
Point noted lah. Ya kita akan ambil, tapi kena faham bukan semua kolam boleh selesai macam itu. Kebanyakan kolam-kolam takungan belum selesai ini, pemaju dia pun dah tutup kedai, bankrap dah pun dah. Memang masalah tapi saya bukan nak bagi asalan, kita akan cuba sedaya upaya kita untuk menyelesaikan isu-isu kolam ini, tapi untuk maklum kita ada satu cara. Bagi saya habis...
Tetapi Yang Berhormat, the parent company is puppet listed company, the parents company is puppet listed company.
Ya, ta. Tak apa, kita akan tengok kes by kes, tapi tidak ada satu cara yang boleh selesaikan semua, baik kolam-kolam ini. Yang ini mungkin boleh kita tengok kita akan teliti. Okay, jadi saya masuk kepada hotspot yang disebutkan tadi. Duduk Sijangkang. Ini memang Sijangkang punya soalan. Berhubung dengan hotspot tadi saya dah sebutkan memang moving target bukan moving target benda berubah. Sekarang ini, buat masa ini memang ada 52 kawasan hotspot. Yang disebut yang ditimbulkan oleh Sijangkang ini. 52 saya boleh sebutkan di sini, di Klang ada 14, Petaling ada 5, Gombak ada 8, Hulu Langat ada 9, Sepang ada 9, Kuala Langat 1, Sabak Bernam 2, Kuala Selangor 4, Hulu Selangor tak ada. Yang hotspot ya. Jadi kalau saya nak cerita nak sebut satu-satu ini memang panjang. Saya akan berikan pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat saya akan serahkan nama kampung-kampung hotspot banjir buat masa ini.
Kuala Langat di mana? Yang Berhormat EXCO.
Untuk Kuala Langat, Kuala Langat satu sahaja sebenarnya yang hotspot ya, bukan kawasan banjir ya. Taman yang disebut oleh Yang Berhormat Banting, iaitu Taman Sri Jarum Mas, Jenjarom. Ini hotspot. Jadi insyaAllah kita akan teliti tengok macam mana penyelesaian.
Saya lihat baru-baru ada beberapa kawasan di Teluk Panglima Garang yang berlaku banjir. Tapi di Jarum Mas tak banjir. Kalau ialah saya faham tadi berkaitan dengan hotspot ini akan berubah-ubah. Tapi saya ingat kena ambil tindakan juga.
Ya, ya. Kita tengok semua hotspot ini kategori lebih 2 kali berlaku banjir tempat yang sama pada tahun itu, kita masukkan dalam kategori hotspot. Kalau baru pertama kali berlaku itu, kita tak kira hotspot lagi. Banjir itu kita akan tengok tapi tidak dianggap hotspot.
Saya nak perbetulkan, walaupun Taman Sri Jarum Mas dia tidak banjir, tapi air atas jalan itu semua bertakung, air bertakung. Apa berlaku kerana struktur tanah itu tidak kukuh, tenggelam. Macam apa yang berlaku di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat. Struktur okay, tapi jalannya mendap.
Kita faham Yang Berhormat, mekanisme dia, dia memang kawasan air yang tergenang ini ada dua punca dia. Satunya ialah air itu tidak boleh mengalir sebab dia kawasan rendah dan satu lagi ialah apabila berlaku air sungai yang mengalirkan air itu lebih tinggi. Jadi air patah balik, back flow jadi dia tergenang di situ dan penyelesaiannya ada dua je Yang Berhormat. Satu sama ada kolam takungan, yang kedua pam. Itu yang sebab itu kita nak bilaskan pam, kita sebut pam, kita memang tambah, kita banyak pam. Untuk yang pam yang semi kekal, semi kekal ini, mana pam yang kita letak sementara projek dia nak siap. Ada 92 pam yang berkapasiti tinggi, ada kalau di Kuala Langat ada 13. Kemudian yang kita jadikan sebagai pull ini ada 7 kita, kita, kita di bawah JPS. Lepas itu untuk yang terbaru ini kita sewa, tambahan standby, kita sewa daripada Kumpulan Semesta 15 lagi pam baru ini. Kita telah sewa. Dan kita beli, buat pembelian lagi 11 kapasiti tinggi pam ini tapi beli pam kapasiti tinggi dia tidak boleh dapat serta merta, dia tak boleh beli on the shelf, dia kena tempah. Jadi ini dalam proses tempah 11 lagi unit pam lagi yang berkapasiti yang akan sampai dalam tahun depan. Third quarter tahun depan.
Minta penjelasan, untuk Taman Sri Jarum Mas ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat, masalah dia telah dikenal pasti. Pada di tempat itu memang sebelum ini masalah diselesaikan atas usaha JPS Kuala Langat. Dan saya ucapkan terima kasih kerana mereka dapat pam extra untuk mengepamkan. Apa yang diperlukan dan diminta oleh JPS Selangor terhadap syarikat ini adalah untuk memasang flood gate. Flood gate itu apa? Macam kunci air. Dia boleh menghalang back flow daripada sungai, air dari sungai. Sebab air yang lalu sungai melalui Kampung Jenjarom sampai ke Sri Cheding sampai ke Sungai Langat. This whole line of water, saya kira tidak ada kunci air di situ, sebabnya air itu tidak dapat mengalir balik dengan bagus, pada masa yang sama kolam itu menjadi cetek dan menyebabkan air itu semuanya tidak boleh dilepaskan dengan cepat. Semasa air banjir ke, air takung ke, air di tandas, air depan rumah ke, semua tidak boleh lepas. Itu menyebabkan masalahnya, jadi saya kira sekiranya pemaju ini dia boleh memasang kunci air pada kadar paling segera selesai sebahagian daripada masalah dia. Itu pendapat juga pengetahuan saya untuk Yang Berhormat Pandan Indah.
Terima kasih Yang Berhormat, saya take noted apa yang sebutkan tadi. Kita akan teliti yang mana penyelesaian. Kalau betul kata pemaju dia masih ada, jadi kaedahnya lebih mudah sikit untuk selesaikan tentang penyelenggaraan kolam takung di tempat berkenaan ini. Untuk Yang Berhormat Meru, timbulkan.
Yang Berhormat sikit. Di Kuala Langat ini saya tengok banyak kolam-kolam bekas lombong sama ada bijih ataupun pasir ya. Dan kita ada dengar dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa 21 kolam takungan di Negeri Selangor ini sebagai salah program termasuk dalam program tebatan banjir ini. Cuma di Kuala Langat ini berapa banyak kolam-kolam yang rasanya disable untuk dijadikan kolam takungan dan saya sentuh juga berkaitan dengan pembangunan loji rawatan air Rasau, yang saya kira kawasan itu tempatnya rendah bergenang air dan menyebabkan juga banjir di kawasan taman Bukit Kemandol dan sebenarnya di sebelah Taman Bukit Kemandol betul-betul bersebelahan ada satu kolam bekas lombong yang saya kira boleh diambil tindakan kesesuaiannya untuk sebagai kolam tebatan banjir ini untuk di dalamkan ataupun sebagai penyelesaian masalah banjir di situ. Terima kasih.
Yang ini pun Yang Berhormat, saya ada sebut juga dalam, apa yang saya sebut baru-baru ini, hari pertama kot, yang tentang SJAM ini. Skim air mentah (SJAM) ini ataupun SJAM ini adalah merupakan holistik untuk melihat keseluruhan pengurusan sumber air kita. Dia ada tiga komponen besar, satu ialah mengenai tebatan banjir, satu lagi ialah pengurusan air termasuk pencemaran dan sebagainya dan juga air ketika kemarau kecukupan air dan kesiapsiagaan sumber air kita. Yang tiganya berhubung dengan bekalan air kita, air terawat. Semua ini terkandung di bawah itu selaraskan kerana melibat banyak agensi yang terlibat dalam Rancangan Tebatan Banjir ini. Jadi untuk kolam-kolam yang kita telah audit, kolam yang kolam takungan banjir ini yang saya sebutkan tadi ada 600. Selain daripada itu kita ada banyak tasik dan juga kolam-kolam terbiar yang ada sekitar 98. 21 telah kita telah kita luluskan di bawah MMKN, bawah MTES MMKN, untuk kita buat audit dan buat kajian bagaimana kita nak sambung sistem sungai kita. Ini semua adalah perancangan yang telah satu-satu negeri yang buat di Malaysia, Selangor. Yang kita panggil SJAM itu, kita perluaskan dahulu daripada program untuk masalah pencemaran. Kita perluaskan skopnya keseluruhan pengurusan sumber air negeri Selangor. Supaya kita bersedia dalam keadaan banjir keadaan kemarau kita ada air.
Dan tebatan banjir adalah merupakan komponen penting sebab itu kolam-kolam ini kalau sekarang ini stand alone, dia tidak manfaat apa, untuk orang pergi mancing saja lah. Itu saja kerja. Dia tidak di connected, jadi kita nak tengok ini dia disambungkan dengan sistem graviti ke sebagainya untuk sama ada tunnel atau pipeline ke sungai. Jadi kalau kata kita perlukan satu contoh, kalau kata kita anticipate hujan lebat di kawasan itu kita boleh kurang air di situ, kita buang air terlebih awal, dua hari sebelum itu. Jadi supaya dia lebih kosong dan dia jadi penampan, dia menyimpan air kepada untuk kurangkan air yang akan mengalir ke kampung-kampung dan taman-taman. Kalau kita rasa air kita akan menghadapi kemarau, daripada kolam-kolam ini kita boleh gunakan dia sebagai sumber untuk bekalan air kita. Kita dah anggarkan daripada kolam ini adalah 34 juta mαΆ, boleh bertahan dua bulan bekalan air Selangor tanpa ada hujan, daripada kolam ini sahaja. Kolam-kolam yang terbiar ini lebih kurang, 98 kolam. Ini merupakan perancangan kita, dan ia akan dibuat secara berperingkat.
Sebab itu saya kata kita kena lihat ini secara bersekali penyelesaiannya walaupun dalam masa itu kita tidak tunggu nak siap semua ini. Kita tengok juga yang mana yang urgent, macam contoh Jarum Emas tadi kita kena selesaikan. Tapi dalam masa sama, perancangan jangka panjang perlu dibuat. Kalau tidak, kita akan buat fire fighting sahaja. Fire fighting ini sahaja all the way menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat dari segi harta benda mereka dan sebagainya yang berlaku hari ini. Dengan cuaca yang tidak menentu begini, saya rasa memang sukar tapi kita tidak boleh putus asa untuk mencari kaedah terbaik dengan sea level rising dan sebagainya ini. Kita kena ambil langkah-langkah ini yang proaktif begini untuk selesaikan. Jadi, itu sahaja saya sebut ya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Apa yang dikatakan oleh EXCO adalah bagus, tapi Ijok ingin bertanya adakah rancangan begini sampai ke kawasan Ijok? Sebab Ijok memang sering berlaku banjir, kita ada HORAS pada permulaan untuk membekalkan air, macam mana HORAS akan di convert untuk satu kawasan yang boleh kurangkan banjir di Ijok. Sebab HORAS itu sebelah Rantau Panjang yang selalu tiap-tiap kali, dua tiga kali setahun memang banjir. Jadi apa jawapan dari EXCO?
Sama juga Yang Berhormat, apa yang saya sebut tadi. Penelitian kita atau perincian kita ini menyeluruh, bukan hanya untuk kawasan-kawasan tertentu. Kita melibatkan seluruh daerah, seluruh negeri Selangor dan memang Kuala Selangor ini antara tempat yang sangat terkesan dengan isu banjir ini yang kita memang beri perhatian.
Jadi sistem itu akan sama, cuma di situ kita ada HORAS 600 dan dalam pembangunan ialah HORAS 3000 yang juga dalam proses pembangunan di kawasan berkenaan. Jadi, dia ada punya komponen-komponen di kawasan yang melibatkan Sungai Selangor ini. Jadi dia punya lembangan ini dipanggil Lembangan Sungai Selangor, di Lembangan Sungai Klang dan juga Lembangan Sungai Langat. Semua ini mengikut lembangan yang kita buat untuk diteliti supaya aliran air itu dilihat secara bersepadu. Kita tidak boleh lihat dalam konteks yang localize. Localize itu pun kita kena selesai tapi perancangan jangka panjang mesti melihat sebagai satu lembangan atau river basin. Ini yang kita buat di bawah SJAM ini yang kita teliti dan kita laksanakan berperingkat.
Untuk Meru tadi, saya dah menyebut bahawa memang saya dah sebut banyak kali. Kawasan yang paling banyak saya melawat kerana dilihat. Dia masalah yang berlaku
di Meru ini ialah itulah yang saya sebut tadi. PISMA sangat penting untuk penyelesaian kerana apa yang berlaku di Meru.
Sayang Meru, ya.
Apabila berlaku banjir, kita dapati kita pasang kapasiti pam yang tinggi, high capacity pump kita pasang di Sungai Kapar Kecil itu di bawah JPS yang baru kita commisioned. Cukup laju, cukup kapasiti tinggi. Tapi bila dia pasang, sekejap saja air tidak ada, sedangkan banjir ini dekat-dekat dalam. Ini menunjukkan bahawa air tersekat, air dalam longkang tidak selesai. Jadi sebab itu kita panggil pihak PBT. Macam di Shah Alam itu bagus, dia ada SASUD.
SASUD ini dia buat perancangan induk, penyelesaian masalah saliran keseluruhan kawasan MBSA. Jadi, saya dah minta pihak Klang pada MPK tersebut dan ada program yang sama. Dan PISMA itu boleh jadikan panduan bagi penyelesaian berperingkat bagaimana mereka perlukan betulkan. Kalau kolam, kalau pam kapasiti bagus pun di dekat pintu air, air tak sampai, air tak boleh pam juga sedangkan dalam kawasan banjir, Taman Daya semua itu. Jadi, ini yang kita sedang perinci dan lihat secara teliti supaya ada kesinambungan semua ini. Kita boleh letak, memang kita dalam proses pengambilan tanah dekat kawasan kubur cina itu, kita memang dah tengah proses untuk pengambilan tanah hendak buat kolam takungan banjir.
Dan baru-baru ini saya nak melawat untuk upgrade, MPK punya 6 juta itu yang akan dilaksanakan untuk betulkan longkang dan sebagainya supaya air mengalir dengan lancar. Dan juga projek yang paling besar iaitu yang disebut oleh Yang Berhormat juga iaitu projek di bawah Kerajaan Pusat yang telah pun diluluskan RM 222 juta untuk kali pertamanya kita akan bina barrage. Barrage ini ialah apabila pintu air itu dia banyak, dia panjang, bersiri ada banyak biji itu dipanggil barrage. Kawasan itu merupakan sangat luas dan kolam takungannya sangat besar dan kita yakin mampu menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh di kawasan Meru itu. Dan cuma dia, saya difahamkan projek itu akan dimulakan Januari. Sekarang ini dengan kerajaan baharu, saya tidak tahu. Sebab ini bawah Federal, saya akan semak nanti, sebab dia dah beritahu perkara pertama saya akan buat bila menteri naik saya akan berjumpa Menteri Air dulu. Hendak selesaikan isu-isu projek-projek yang dijangka akan diberikan kepada bulan Januari ini. Yang kedua, Menteri Kerja Raya selepas itu baru Menteri Pertanian.
Hah, itu dia punya sequence ya untuk. Sebab isu banjir ini serius...
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma saya nak tanya, kebimbangan macam saya bangkitkan dalam perbahasan lepas tentang RM 222 juta yang dijangkakan bermula pada Januari ini. Adakah akan dilaksanakan oleh Mangkabumi itu? Sebab company ini bermasalah dan ada isu, itu satu. Yang kedua, macam projek yang baru dimaklumkan tadi
berjumlah RM 6 juta yang akan diuruskan pihak MPK itu. Bila akan bermula? Sebab saya rasa benda ini daripada yang lepas pun telah dijanjikan untuk dimulakan tapi tak mula-mula lagi. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Saya pun memang ada sedikit reservation tentang syarikat ini sebab syarikat ini jugalah syarikat yang membina jalan daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam, sebahagian daripada West Coast Expressway. Memang banyak betul aduan kita terima ketika dia membina jalan di sepanjang jalan dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam. Sebab ini kalau betullah perkara ini, saya tidak tahu sebab itu saya kata saya kena semak nanti dengan menteri yang baru akan angkat sumpah esok. Jadi, kita tunggu kita akan jumpa segera untuk dapatkan kepastian apa sebenarnya yang kaedah mungkin akan ada perubahan-perubahan. Tapi yang pentingnya projek ini bajet dah ada, Cuma cara di award itu, di tender ini kita akan minta penjelasan daripada menteri nanti. Dan juga MPK sebenarnya dah ada bajet itu dah lulus dan mereka finalize dari segi teknikal untuk dilaksanakan. Cuma itu saya sebut tadi bila saya tengok balik, benda itu akan melibatkan juga kesinambungan dengan longkang besar.
JPS, saya sudah minta pegawai JPS dapatkan bajet tambahan sekitar RM 2 juta, kalau tidak nanti dia sampai kat situ, tengok tanah runtuh yang JPS punya, jadi satu lagi. Inilah perkara-perkara teknikal yang perlu diteliti untuk dilaksanakan supaya kita tidak, penyelesaian kita itu penyelesaian yang tuntas yang meliputi masalah.
Okay, tentang Semenyih. Ada Semenyih? Yang Semenyih, untuk makluman Yang Berhormat Semenyih, projek tebatan banjir Sungai Rinching, Kampung Rinching ini berjumlah RM 26 juta ini telah pun lulus sekarang ini, di peringkat reka bentuk akhir. Kita expect tahun depan dalam pertengahan tahun depan begitu dia akan ada tender untuk pelaksanaan bagi penyelesaian isu banjir di kawasan berkenaan di sungai di Semenyih ini.
Tentang soalan tebing itu yang Semenyih sebut tadi, bila kita buat rancangan tebatan, kita akan tengok pendalaman sungai ini kena faham. Bila kita buat pendalaman sungai dia mesti diikuti dengan pengukuhan tebing. Bila kita dalamkan sungai, kalau kita tidak protect tebing dia akan runtuh. Ya, itu begitu caranya. Jadi dia akan melibatkan juga pengukuhan tebing dan sebagainya dan juga longkang-longkang ataupun anak-anak sungai yang akan mengalir masuk ke dalam sungai berkenaan. Itu pun akan diteliti.
Yang Berhormat EXCO. Saya pun ingin mendapatkan kepastian daripada Kerajaan Negeri khususnya EXCO, bahawa sungai-sungai ini ialah saya harap ada pewartaan zon sungai khususnya di Semenyih inilah. Pasal kita apa yang dimaklumkan, kebanyakan banjir sungai-sungai lama ini sebab masalah pengurusan sungai juga lah. Jadi sungai-sungai yang masih terbiar kadang ada perubahan-perubahan aliran sungai, jadi adakah pihak Kerajaan Negeri
ambil kira pengambilan tanah untuk dijadikan sebagai pewartaan dan peluhuran sungai di Semenyih ini? Terima kasih.
Itu yang saya sebut tadi, ketika bincang mengenai sungai, Dusun Tua tadi. Itulah yang berlaku di Hulu Langat ini, ada kebanyakan sungai-sungainya adalah asalnya kecil jadi apabila sungai makin besar dia telah masuk ke kawasan persendirian. Dan ada tempat sungai itu, sungai itu sendiri pun ada tanah milik, hak milik. Ini sangat unik di Hulu Langat. Yang kita kena selesaikan. Mana proses pengambilan tanah perlu dibuat untuk pembesaran sungai dan sebagainya.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat di Sungai Rinching ini tebatan banjir ini perlu dibuat untuk kawalan ban dan flood wall sepanjang 2 km juga akan melibatkan sepuluh kampung. Kerja-kerja pembersihan sungai juga sepanjang 2 km di kawasan Semenyih ini antara komponennya dalam ini. Dan sebenarnya banyak kerja-kerja telah dibuat di Semenyih ini. Untuk 2022 sahaja, 13 kerja-kerja membaik pulih tebing telah dibuat dan sedang dilaksanakan di Semenyih. 8 menggunakan peruntukan negeri bernilai RM 1.33 juta dan 5 menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat dengan kos RM 1.2 juta. Jadi senarai itu kalau Yang Berhormat nak, saya boleh berikan. Panjang sangat kalau nak baca. Jadi memang...
Banyak rungutan daripada peringkat pemimpin-pemimpin dari peringkat kampung tradisional lah, mengatakan tiada tindakan yang sesuailah. Terima kasih.
Untuk monsun drain itu, Batu Tiga, Batu Lima itu di bawah pihak berkuasa tempatan, MPAJ dan Kajang. Kita akan rujuk pada mereka untuk penyelesaian monsun drain yang disebutkan.
Untuk Bukit Melawati tentang isu yang dibangkitkan. Untuk makluman ialah isu utama ialah memang kawasan Kuala Selangor ini ialah kawasan yang kira dah hilir. Jadi banyak menerima air-air daripada hulu. Jadi memang kebanyakan menjadi air daripada kawasan Hulu Selangor dan Gombak ini menyebabkan air Sungai Selangor tinggi. Jadi ini merupakan, macam Klang lah dia jadi mangsa kepada air Sungai Klang daripada hulu yang banyak. Kalau Sungai Selangor, mangsanya Kuala Selangorlah akan menerima air ini. Jadi kita bukan, maksudnya kita tidak akan membuat sesuatu. Kita telah tingkatkan dari segi pam sebagainya sebanyak tujuh, kita bawa ini ke Kampung Asahan dan Kampung Tanjung Siam untuk mempercepatkan aliran. Saya faham memang air tergenang, air termenung ini memang menjadi isu besar di Kuala Selangor. Kita perlukan, ban juga saya melupakan, saya dapat aduan dan saya dah sebut sini bahawa kita tidak boleh menggunakan kaedah yang sama dalam binaan ban ini. Kita kena dah kaedah yang tersebut geoback dan sebagainya dan kita akan gunakan. Dan saya tengok berkesan di Hulu Langat bila kita laksanakan.
Di Hulu Langat baru ini, saya tengok dengan kosnya pun tak tinggi tapi sangat efektif dalam menghalang runtuhan di tebing sungai. Akan kita perluaskan ya. Jadi, untuk Rancangan Tebatan Kuala Selangor, di Kuala Selangor di Sungai Selangor ini yang baru dilantik pada 22 November 2022 dalam tempoh perkhidmatan selama 44 bulan kos projek RM 30 juta dan jangka tender pada sukuan ketiga tahun 2023 merangkumi skop berikut; iaitu tentang M&E, pengambilan tanah dan juga ban pelindung banjir sepanjang 20 km Sungai Selangor dan pelindungan tebing, pembinaan rumah pam dan juga infrastruktur kawalan banjir. Semua ini akan termasuk dalam program Tebatan Banjir Kuala Selangor sebanyak RM 30 juta ini, jadi sedang dalam peringkat teknikal untuk kita award kan pada tahun depan. Terima kasih. Habis.
Sambung lagi Yang Berhormat.
Sikit lagi. Ada...
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 12.00 tengah hari, dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 3.00 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum WBT dan Selamat Petang. Dewan disambung semula, saya mempersilakan Yang Berhormat Pandan Indah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker Saya menyambung lagi jawapan-jawapan perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk soalan berkaitan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Setia, tentang isu SASuD iaitu program bawah MBSA di mana berlaku sedikit itu isu. Walau bagaimanapun, telah asalnya tendernya kita telah mulanya buat secara langsung, pemberian secara langsung tetapi telah ditukar kepada tender terhad, dan telah lulus. Untuk maklumat Yang Berhormat, buat masa ini di Taman Mesra, Batu 3 kita telah menggunakan satu pam sewaan baru daripada JPS dan Kumpulan Semesta yang telah dipasang untuk digantikan dengan pam yang sedia ada telah rosak. Dan untuk pam baru untuk kerja-kerja permanent ya, kerja-kerja memasang 2 unit pam baru berkapasiti 1000 liter per second akan bermula pada 7
Disember ini. 7 Disember 2022 ini di bawah SASuD yang telah pun di award kepada 1 kontraktor untuk membekalkannya dan akan dipasang pada 7 Disember 2022.
Yang Berhormat EXCO.
Seri Setia.
Maknanya sekarang ini baru dipasang dan akan dipasang pada 7 Disember - 2. Adakah yang dikatakan tadi, tender akan dibuat dan adakah termasuk yang itu untuk yang terbaru punya?
Yang 2 ini adalah tender lah! Ini yang 1000 liter per second ini ialah di bawah SASuD, yang mula dilaksanakan pada 7 Disember 2022. Sekarang yang sementara ini yang disewa dari KSSB / Kumpulan Semesta melalui JPS. Itu akan dialihkan nanti apabila pasang yang baru nanti ya. 2 cukup. 1000 liter per satu. Satu cukup kapasiti. Untuk Pandamaran, ada Pandamaran? Ok. Pandamaran ada menanyakan mengenai peruntukan MPK bagi menangani program/projek perubahan iklim. Jadi sebagaimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Kajang kesan dari perubahan iklim ini antaranya ialah memberikan peningkatan paras laut yang menyebabkan air back flow dan menyebabkan penambahan hujan yang agak ketara di kawasan di daerah Klang. Jadi MPK telah menyediakan peruntukan menghadapi perubahan monsun dan penyelenggaraan parit, saliran dan kolam tadahan. Untuk penyelenggaraan infrastruktur banjir adalah 1.18 Juta untuk daerah Klang ya. Untuk kerja-kerja menaiktarafkan perparitan 6.895 Juta. Untuk Kerja-kerja tebatan banjir 1.228 Juta, pembersihan awam parit-parit 3.746 Juta, bersih dan mengorek kolam tadahan 572 000 jadi keseluruhannya 13.589 Juta. Selain daripada itu MPK turut melaksanakan penyelenggaraan di Kolam Tadahan MPK seperti berikut. Di Zon Klang Utara sebanyak 12 lokasi penyelenggaraan yang melibatkan sejumlah RM 253 341.00. Zon Klang Selatan melibatkan 18 lokasi dengan melibatkan perbelanjaan RM281 929.00. Manakala kerja-kerja parit, tanah dan konkrit telah dilaksanakan di daerah zon Klang Utara dan Klang Selatan. Jadi ini antara Yang Berhormat perlukan. Yang terperinci saya boleh kongsi bersama.
Soalan untuk Yang Berhormat EXCO. Yang saya maksudkan di mana kolam Projek Tebatan Banjir Taman Bayu Perdana seperti mana saya pernah, Pandamaran pernah bermesyuarat dengan pihak MPK dan pelan yang dikemukakan oleh perunding masa itu adalah dari Bengkel Daya Klang. Tiba-tiba projek yang diluluskan hanya 3 baris. Kalau tidak silap saya ia sepatutnya panjangnya 1.2KM. Lepas kelulusan hanya 300 meter daripada apa kata dari projek yang diluluskan. Jadi kita nampak dari Bengkel Daya Klang itu langsung tidak termasuk. Jadi saya pun hairan sebab apa, sebelah sana dekat Bayu Perdana Batu 2, Batu 3 jalan air tu pun banjir. Sentiasa banjir. Walau hujan lebat pun banjir. Kadang-kadang dia tidak masuk rumah tetapi dekat jalan memang penuh dengan air.
Jadi sepatutnya air itu, apa kata tebatan banjir itu sambung lah dari Bengkel Daya Klang itu.
Ya saya memang ada dalam senarai ini tempat-tempat yang disebut oleh Pandamaran. Taman Bayu Perdana ini memang kawasan pembangunan yang padat dan kedudukan di muka bumi memang kawasan rendah. Saya sudah sebutkan tadi perkara ini dia nak sama, kalau kawasan rendah kita akan mengalami masalah saliran dan dari segi kolam takungan. Jadi sistem perparitan mengalir perlahan. Untuk air pasang surut di Kampung Delek. Selain itu sistem perparitan juga tidak dapat menampung hujan lebat pada waktu yang singkat. Dan bertambah buruk apabila paras air di Pintu Air Pasang Surut berada di paras tinggi. Ini ada pengaruh laut juga di sini. Pembinaan kolam-kolam tadahan seperti Kolam Takungan Banjir Kg Delek telah membantu dalam mengurangkan kedalaman kawasan yang terjejas banjir. Tetapi masih tidak mencukupi, saya faham. Ini perlu diteliti semula sistem banjir, apa ni, sistem tebatan banjir untuk kita baiki dan itu, dalam proses dilihat semula keperluan-keperluan lain tambahan yang kita boleh buat. Seperti yang saya sebut tadi kalau kawasan rendah begini kolam takungan dan sistem pam sahaja. Itu sahaja yang boleh membantu untuk kawasan ini.
Terima kasihlah kepada Yang Berhormat EXCO, saya hendak terangkan di sini sebab projek Taman Bayu Perdana, ia dibina pada tahun 1997. Di mana pemaju tidak mengikut spec dan telah diluluskan. 4 tahun tidak mendapat CF. Jadi kerajaan sekarang yang perlu tanggung. Ini yang saya kena terangkan kerana ramai yang anggap Kerajaan Pakatan Harapan tidak ambil berat. Tapi ini benda yang dibina pada tahun 1997 dan pemaju tidak mengikut spec ya. Jadi saya, jadi Pandamaran menyeru adakah Kerajaan Negeri dapat meminda atau membuat satu akta ya. Kita hanya boleh dibenarkan pemaju jual rumah selepas memenuhi semua syarat sebab banyak pemaju yang mengambil kesempatan sambil ia bina, ia jual dan satu tidak ikut spec dan selepas itu pembeli sudah beli. Jadi siapa yang kena tanggung? Rakyat. Pembeli yang kena tanggung? Pihak Berkuasa Tempatan yang kena tanggung? Sebab mereka telah beli, dah pinjam loan daripada bank. Mereka kena bayar. Jadi kita, bila kita bagi pemaju dia tutup dan dia buat yang baru punya. Jadi ada masalah macam itu, jadi saya cadang kepada Kerajaan Pusat adakah, tak kisahlah Kerajaan Pusat ke, Kerajaan Negeri ke, adakah kita boleh buat pindaan untuk perumahan baru boleh juga, siap ya. Kalau ikut spec. Jadi pemaju tidak akan mengambil kesempatan untuk tidak buat mengikut spec yang telah diluluskan dan yang dalam apa dia, Perbandaran / Majlis.
Saya memang, ini kita cerita kolam-kolam takungan yang lama yang saya sebutkan tadi ada sebanyak 600 dan 100 lebih sahaja yang diserahkan kepada JPS sebab mereka ini tidak memenuhi spesifikasi. Setengah pemaju telah bankrap dan mereka tidak ada yang menguruskan dan selepas kita buat drawing dan enggenier ing membetulkan engering di kolam-kolam ini sangat tinggi menyebabkan mereka tidak mahu. Tetapi sebagaimana yang saya
sebutkan pagi tadi, kita kena ambil juga mana yang kritikal yang didahulukan secara berperingkat-peringkat untuk membetulkan cara ini. Kalau tidak kita akan mengalami banjir yang berterusan di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah banjir. Baru-baru ini, kebelakangan ini memang kita syaratkan serah dulu kolam takungan sebelum mendapat CCC. Itu memang kita syaratkan. Ini yang kita cerita ialah kolam-kolam lama yang masih lagi kita perlu buat secara berperingkat-peringkat. Untuk Taman Malawis, itu seperti mana yang saya melawat bersama Yang Berhormat itu kita letak di bawah design 20RI itu agak tinggi. Dan kita yakin memenuhi keperluan di Taman Malawis itu. Kalau ada pembaikan sedikit sebanyak ke kita akan betulkan. Tentang cadangan pemasangan pam air di Pintu Air Jalan Paip itu, kita akan kaji cadangan itu untuk ambil tindakan untuk pemasangan sekiranya terdapat keperluan. Penaiktarafan Pintu Air di Sungai Aur. Pandamaran kapasiti air apabila pintu air tidak dapat beroperasi apabila air laut dalam keadaan pasang. Projek ini dalam tempoh pengiklanan dan akan tutup pada 16 Disember 2022. Selain itu pam di Sungai Aur juga akan beroperasi supaya tidak melimpah ke tebing. Ini antara perkara yang dibangkitkan, jadi memang kita bagi perhatian pada Sungai Air itu ya.
Bagaimana untuk Sungai Burong?
Untuk Sungai Burong yang bertanyakan juga isu ban pecah di Jalan Kilang Padi ini. Pihak JPS sedang giat melaksanakan kerja penambahbaikan benteng dan kaedah lebih baik. Saya telah sebut kaedah-kaedah baru yang kita ada, yang kita gunakan, dah buat dan dah bincang dengan Pengarah JPS Selangor untuk menambah baik dan tidak hanya memberi perhatian kepada isu penggunaan tanah sahaja untuk ban ini. Dan yang berlaku di Tanjung Karang baru ini bukan sahaja ban itu sendiri tapi tapaknya. Asas itu sendiri pun tidak kuat. Marine clay menyebabkan keruntuhan jadi kita terpaksa guna styroform untuk kali pertama guna styroform block bagi mengukuhkan tebing. Banyak kaedah yang Hulu Langat geo bag merupakan satu yang lebih baik daripada penggunaan sangkar besi iaitu gabion. Gabion tidak begitu berkesan sebenarnya menghadapi membantu menstabilkan pengukuhan tebing kerana arus yang kuat. Itu tidak begitu sesuai. Geo bag lebih baik dan lebih murah dan mudah dilaksanakan dan kita akan perluasan penggunaan. Banyak lagi kaedah-kaedah lain yang kita gunakan, jika ada keperluan kita menggunakan armour rock, sheet piling dan juga flood wall yang boleh digunakan tapi jauh lebih mahal. Kita akan teliti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Burong, untuk kita penambahbaikan secara berperingkat-peringkat di kawasan yang sering runtuh. Biasa yang runtuh ini di kawasan yang corner dia. Sebab selalu conner itu kena arus yang kuat ya. Jadi kita akan dapatkan khidmat nasihat daripada Geo Tech dari JPS. Kerja-kerja penambahbaikan akan siap pada 15 Disember 2022. Saya sendiri akan turun melihat di sana dah sering kali runtuh ya. Untuk jangka panjang Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.5 Juta peruntukan Pembangunan Negeri P13 untuk menjalankan Kajian Keberkesanan Benteng Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat, benteng kita panjang keseluruhan hampir 200 kilometer. 200 kilometer keseluruhan benteng di pesisir pantai. Kalau benteng sungai keseluruhan 745 kilometer. Memang satu angka yang bukan kecil ya. Hampir 250 meter yang ban sungai yang ban pantai ini hampir 200 kilometer. Jadi kita perlu mengkaji semua itu, dan melihat kembali dan saya telah minta dan arahkan JPS untuk mendapatkan kajian terperinci dan laporan terperinci keruntuhan-keruntuhan semua tebing-tebing ini, semua cerun atau ban ini untuk kita ambil tindakan proaktif bagi menghadapi suasana ban runtuh pada masa yang akan datang. Kajian itu telah bermula pada 28 Mac dan akan siap 27 Mac 2023. Merangkumi skop kajian seluruh tentang ketahanan dan kesesuaian ban yang ada di pantai dan juga di sungai.
Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas penjelasan itu. Pertama, kerana kajian akan dibuat di pantai di seluruh pantai Negeri Selangor terutamanya di pantai Sungai Kajang. Cuma hendak beritahu Yang Berhormat sikit ialah tebing ini sebenarnya telah lama menjadi kritikal. Ia agak bercerun sedikit dan pantai kawasan Sungai Kajang ini ia berteluk dan tiada tumbuhan pun, tiada pokok-pokok, pokok bakau dan apa pokok tepi laut yang ada cuma terus berhadapan dengan laut dan ia akan terkesan secara langsung apabila berlaku ombak tinggi dan ombak besar dan perkara keretakan ini dan kebocoran ini telah banyak kali berlaku. Dan kemudian ban pecah ini telah berlaku 2 hari selepas pilihan raya lalu dan ini menyebabkan orang kata telah mendalami dua Kampung Sungai Kajang dan Kampung Lembah Pantai. Saya berharaplah kerana kajian ini mengambil masa dan saya difahamkan juga saya ingin mengambil ulasan kepada Yang Berhormat EXCO ada peruntukan yang telah diluluskan untuk membina benteng pecah ombak. Cuma jadual kerjanya itu, dia mengikut peringkat-peringkat memandangkan tempat itu begitu kritikal. Saya mintalah kalau boleh Yang Berhormat mungkin minta supaya JPS menyusun semula jadual kerja ini supaya diberi keutamaan di kawasan ini. Sebab saya bimbang ini, sebab setahun 4 kali pasang besar. Dan bila berlaku pasang besar yang ada ribut, itu yang sangat membimbangkan sangat. Jadi bila keadaan itu berlaku memang orang tak tidur malamlah di kawasan itu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Memang saya faham, itu yang saya sebutkan tadi kajian tetap berlaku dalam masa apa juga yang berkaitan dengan kerja-kerja banjir ini kita kajian terus dijalankan dalam masa sama tempat-tempat kritikal yang jadi masalah kita kena selesaikan. itu memang menjadi dasar Kerajaan Negeri. Kita tidak akan tunggu sampai laporan siap baru nak buat. Ini yang melibatkan projek yang besar-besar. Ini yang projek menjadi masalah ini keruntuhan tebing ataupun kawasan yang sering banjir ini. Kita tidak tunggu laporan, kita kena ada satu langkah segera bagi penyelesaian isu contohnya pam, pemasangan pam dan sebagainya. Dan saya faham dalam aspek ban persisir pantai ini dia terdedah kepada ombak. Itu memang sebab itu dia nama ban persisir
pantai. Dan kita kajian itu dibuat bukan apa nak menentukan jenis bentuk pemecah ombak yang perlu kita letak di situ. Kita tidak boleh letak sebarangan memang pokok-pokok bakau ini antaranya fungsi memang tujuannya menyerap selain daripada dia membantu dari segi pembiakan ikan dan sebagainya. Dia juga sebagai penyerap kepada ombak apabila datang ombak dipersisir pantai. Tapi disebabkan banyak yang telah mati ataupun dibuang, itu yang menyebabkan juga masalah. Dan kita akan galakkan juga pada masa yang sama penanaman pokok-pokok bakau, pokok-pokok api-api dan juga pokok apa nama lagi yang ada kelip-kelip tu, apa nama pokok apa?, rembak, berembang sebagainya kita kena. Memang kita dah galakkan buat di Sungai Air Tawar dan kita akan perluaskan penanaman pokok-pokok ini untuk membantu.
Jadi untuk, tentang Kampung Sungai Kajang sama juga apa isu yang dibangkitkan di kawasan berkenaan sebagai langkah jangka panjang, Kementerian KASA melalui JPS telah melaksanakan projek Kawalan Hakisan dan Pengukuhan Benteng Tebing di kawasan Kampung Lembah Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang dengan kos sebanyak RM5.3 juta. Projek ini melibatkan kerja pembinaan dan meninggikan ban bagi mengatasi limpahan air laut. Proses tender dijangka bermula pada suku pertama tahun depan. Ini dalam beberapa bulan ini, dan akan dilaksanakan secara fizikal dan mengambil masa 8 bulan. Ini pun antara projek baru telah diluluskan bagi membantu memperkukuhkan benteng pantai. Dan untuk jangka panjang bagi kawalan hakisan ini, ini yang saya ada sebut tadi untuk di Sungai Kajang dan saya ingin sebut sekali lagi di sini bahawa isu keruntuhan ban ini kita beri perhatian. Dia ada sebenarnya peruntukan kecemasan bawah JPS untuk urusan-urusan ini. Jadi jangan bimbang Yang Berhormat dari segi keperluan untuk segerakan pembinaan pada tempat-tempat ban runtuh ini kita ada kewangan yang mencukupi untuk kita selesaikan dengan segera tanpa menunggu bajet.
Terima kasih ya Yang Berhormat EXCO kerana apa ini memberikan persediaan peruntukan kecemasan yang mencukupi.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Ya sama-sama
Cuma saya, minta kalau boleh ini kita macam Yang Berhormat sebut tadi isu kecemasan sekarang ini macam fire fighting.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Ya, ada jangka panjang.
Sebenarnya kalau benda itu dimonitor memang keretakan-keretakan ini dia dah nampak awal. Cuma kalau boleh sebelum dia pecah itu, langkah-langkah awalan itu, kena proaktif dapat dijalankan. Yang keduanya cadangan Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih lah kalau boleh
ditanam pokok-pokok di situ dan saya pun bersedialah kalau ada kempen-kempen untuk menanam pokok bersama dengan JPS dan pihak jabatan lain..
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: InsyaβAllah.
Dan saya mengucapkan terima kasih yang Berhormat nak turun kawasan saya...
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Boleh-boleh.
Boleh nanti saya bekerjasama.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Ini baru semangat perpaduan, semangat perpaduan ye.
Terima kasih.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Sekurang-kurangnya kita buat jugalah untuk rakyat.
Demi kepentingan rakyat lah.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Ya, ya. Untuk yang Sungai Panjang ada yang membangkitkan isu banjir lagi di kawasan Belia 1 dan 2 ini, untuk makluman Yang Berhormat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor melalui Daerah Sabak Bernam, JPS Sabak Bernam buat dua pendekatan isu banjir ini di kawasan Belia 1 dan 2 ini. Pertama langkah jangka pendek adalah pemasangan pam di kawasan hotspot dan kerja mengorek dan mendalamkan serta membersihkan parit yang kritikal. Yang kedua adalah langkah jangka panjang adalah JPS bercadang melaksanakan kolam takungan dwifungsi bagi menampung air dari kawasan pembukaan tanah berdekatan. Ini memang perancangan untuk kawasan kolam takungan banjir walau bagaimanapun cadangan ini masih dalam peringkat penilaian keperluan dan kesesuaian lokasi untuk mengenai kolam tersebut. Kita akan buat kajian dan saya akan minta segerakan untuk kita melihat perkara ini dapat disegerakan. Dan saya memang mendengar sangat berita mengenai Belia 1 dan 2 ini banjir di kawasan berkenaan. Untuk sistem paritan Fedaral Road (FR5) ini di bawah JKR kerana masih dalam tempoh kontrak untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Untuk sebentar saya dah jawab berhubung dengan isu longkang tak bertuan ini, saya dah terangkan pada pagi tadi, pagi tadi ya?. Saya dah terangkan jadi saya harap kita dapat selesai secepat mungkin terutama yang melibatkan Teluk Kapas ini. Penyelarasan sedang dengan MPK, itu pun sedang kita buat ye. Lagi, saya rasa sikit lagi yang JKR ya, bahagian yang berkait dengan JKR ini. Untuk yang dibangkitkan oleh Templer, Taman Templer. Tak ada?, tak ada tak apalah, kita cerita yang adalah.
Adun Semenyih berhubung dengan isu kesesakan trafik di pekan Semenyih dan juga perabot-perabot jalan dan sebagainya ni. Pihak JKR telah mengangkat permohonan menaik taraf Jalan Semenyih FT001 bagi mengelakkan kesesakan di Pekan Semenyih kepada untuk mendapat kelulusan belum dapat kelulusan tapi perkara itu dah memang kita ketahui dan maklumi dan kita telah hantar untuk mendapatkan kelulusan di peringkat buat jalan federal road kepada ibu pejabat JKR Malaysia. Untuk penambahbaikan Jalan Perabot yang telah rosak dan sebagainya itu, itu memang kita telah masukkan di bawah bajet bagi tahun 2023 nanti, Insyaβ Allah ya. Tentang perancangan kebenaran merancang ni ke satu proses yang memang disyaratkan pada semua PBT untuk pembangunan sebarang kerja-keraja pemajuan, memerlukan KM ini dan memang kita teliti dan kita perbaiki dari masa ke semasa keperluan dalam KM ini. Termasuk yang terbaru ini isu berkaitan dengan banjir. Terutama yang melibatkan pocket development yang kecil-kecil ini sebab apa kita tak boleh melihatnya berasingan kena lihat menyeluruh. Sebab masalah banjir ini kalau di bawah pocket development banyak dia akan menyumbang kepada masalah banjir dan sistem saliran yang tidak teratur. Jadi semua itu telah diberi perhatian dan penambahbaikan telah dibuat dalam kebenaran merancang itu sendiri ya.
Untuk Meru, saya dah banyak bagi penerangan tadi, cuma saua faham dan ambil perhatian apa yang dibangkitkan mengenai isu di Taman Meru Jaya dan Jalan Kassim ini dan isu berkenaan Persiaran Hamzah Alang ini pun memang saya akan buat keputusan untuk pastikan bahawa tidak ada timbul isu JKR dan JPS ini. JKR kata bukan jalan dia punya, JPS pun tak nak ambil. Saya akan, kita akan ambil langkah-langkah perlu untuk selesaikan isu ini sehingga kita selesai penyelarasan itu. Untuk lampu LED ini Yang Berhormat, ia termasuk dalam fasa dua. Fasa dua yang akan bermula pada bulan dua nanti. Insyaβ Allah. Untuk lampu-lampu yang belum dapat lampu solar LED itu, kita fasa pertama itu untuk 30 DUN yang lebihnya 26 DUN lagi akan menerima pada bulan dua ini Insyaβ Allah, diharapkan bersabar kita akan laksana. Cuma kalau boleh, boleh kenal pasti siap-siap 10 lokasi itu bagus. Bagikan terus kepada melalui pejabat saya atau JKR. Boleh kita senang nanti memudahkan nanti pemasangan nanti.
Untuk yang lain-lain ini bonggol dan sebagainya kita akan teliti dan bagaimana untuk ini bawah jalan JKR dan PBT kita akan tengok. Jambatan di padang JKR dan alternatif telah uzur ditambah pada lorong. Kita akan teliti juga jambatan ini yang disebut oleh Yang Berhormat. Sebenarnya, mengikut rekod, 8 buah bonggol telah diluluskan dijalan berkenaan dan 4 buah bonggol telah siap dibina maknanya ada 4 lagi dirancang pembinaannya pada tahun 2023. Jambatan yang dimaksudkan tadi adalah di bawah JPS, jadi saya minta JPS bukan JKR punya. Itu kita akan bincang nanti dengan JPS...
Yang Berhormat, masih panjang.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM
: Nak habis dah, satu lagi. Untuk dibawa pada JPS bukan JKR ya. Tak ada. Okay jadi yang terakhir ini, yang mana Permatang saya tahu saya tak terima maklum balas. Tak apa nanti saya akan semak balik isu apa yang isu yang dua rumah yang roboh tu ya nanti saya dapatkan. Untuk Rawang ada sikit ini, Rawang minta UPEN pewartaan Jalan Bandar Tasik Puteri. Pihak JKR Selangor akan berusaha mempercepatkan pengambilan tanah ini ada melibatkan pengambilan tanah individu dan supaya dapat dibuat pelaksanaan proses pewartaan. Pemberian peruntukan MARISS cadangan 15 persen, dia 15 persen atau RM15,000,000.00. Tapi, saya nak kena tengok balik. Saya dengarnya kerajaan sebelum ini menarik bali. Saya nak kena jumpa sebab itu saya kata perjumpaan pertama saya adalah dengan Menteri kerja Raya dan Menteri Air. Dua Menteri ini perlu untuk menyelesaikan isu mengenai banjir dan mengenai jalan-jalan persekutuan. Peruntukan itu tertakluk pada garis panduan dan tatacara yang dikeluarkan..Malaysia. Jadi sebarang pembaikan itu kita akan bawa kembali untuk pertimbangan. Tahun ini dia bagi pengecualian sebab isu banjir besar hari itu dia bagi. Tapi kita tidak akan dapat selama-lamanya kita kena kembali dan minta pengecualian jika ada pengecualian diperlukan. Jadi saya ucap sekali lagi terima kasih pada semua ada benda-benda lagi...
Nak tambah lagi sikit boleh?.
Memang banyak lagi, kalau tak saya rasa saya akan jawab secara ini bertulis dan juga akan penyelesaian itu saya akan cari kaedah yang terbaiklah bagaimana untuk menyelesaikan ada lagi beberapa perkara ini, terima kasih.
Satu penjelasan EXCO, berkaitan dengan hotspot banjir, jadi untuk...
Masa dah tamat untuk Pandan Indah.
Boleh?, Hotspot kawasan-kawasan yang kesesakan lalu lintas ini macam di Kuala Langat dan mungkin beberapa tempat lain lah kalau ada kajian-kajian yang ada peruntukan secara menyeluruh untuk kawasan-kawasan, saya khuatir di Kuala Langat ini hujung kepada WCE ini yang akan ada impak yang cukup besar ini. Terima kasih.
Kita, memang kita akan selesaikan. Untuk makluman Yang Berhormat, akan ada lagi sambungan kepada WCE ke Selatan. Itu sekarang dah ada perancangan dan dah dibentang pada kita dia akan menyambung daripada sekarang ini dari Banting dia akan terus ke Pasir Gudang, eh Nusa ni, Bandar Nusa di Johor. Nusa Jaya itu adalah merupakan dan saya telah malah minat kepada LLM juga merancang untuk sambung daripada Taiping ke Utara. Sebab
apa ia akan jadi satu lagi alternatif kepada PLUS. PLUS ni yang terlalu sesak, kita perlukan satu lagi alternatif daripada Utara sampai ke Selatan untuk lebuh raya dan itu dalam perancangan mereka. Dan kajian memang akan berlaku penting terutama dengan pembangunan IDRISS sebagainya ini saya memang akan minta supaya kajian menyeluruh dibuat mengenai infrastruktur terutama jalan dan sisa saliran di kawasan yang berkaitan ini termasuk Saujana Putera dan sebagainya. Jadi Insyaβ Allah itu akan diambil traffic impact assessment akan dibuat nanti. Terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah, saya persilakan Yang Berhormat Kajang untuk memberi penjelasan.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Sungai Air Tawar ada membangkitkan isu berkenaan isu krisis iklim. Isu perubahan iklim kini telah menjadi masalah utama bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. Ini adalah kerana di semua negara kini terkesan yang mengalami masalah kejadian cuaca ekstrem lebih kerap perubahan iklim monsun tidak menentu, pencairan ais dan juga peningkatan paras laut. Perubahan ini akan terus berlaku secara negatif akan mempengaruhi ekosistem dan biodiversity jika tidak tindakan drastik dilaksanakan. Oleh itu adalah penting untuk Negeri Selangor terus komited, progresif dalam menangani isu perubahan iklim ini. Agenda perubahan iklim merupakan keutamaan ni Negeri Selangor kini yang mana telah pun dinyatakan dalam dokumen Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Kerajaan ini sentiasa mempergiatkan usaha menangani isu global ini. Pelbagai pembangunan inisiatif program dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan (NGO). Terkini pembangunan dasar dan pelan tindakan perubahan iklim Negeri Selangor 2023 yang inklusif akan menjadi satu dokumen rujukan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam menangani isu iklim. Bagi menangani isu iklim by platform dan juga jawatankuasa telah diwujudkan khusus untuk memfokuskan kepada isu-isu alam sekitar yang berperanan untuk memantau, menilai dan menambah baik inisiatif tersebut sama ada di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Atas komitmen tersebut Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan berterusan seperti berikut :
i. membuat penambahbaikan kepada pelan-pelan pembangunan negeri yang mengutamakan elemen perubahan iklim dalam dasar-dasar negeri sedia ada dan baharu;
ii. merangka perancangan dan tindakan adaptasi secara menyeluruh merangkumi sektor-sektor utama melalui Dasar Dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Selangor 2030;
iii. menambahbaik dan juga mengguna pakai Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) dalam semua perancangan dasar di peringkat PBT dengan
memfokuskan kepada elemen-elemen seperti tenaga, sisa, air, mobiliti dan kehijauan;
iv. memperkenalkan dasar dan inisiatif sokongan bagi meningkatkan penggunaan kenderaan-kenderaan elektrik iaitu EV di Negeri Selangor; dan
v. mengekalkan dan juga meningkatkan kelulusan Hutan Simpan Kekal tidak kurang 30 % daripada pengurusan tanah negeri. Malahan, beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi menambah keluasan Hutan Simpan Kekal di Negeri Selangor dengan mengenal pasti dan mewartakan tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan Hutan Simpan Kekal.
Selain itu, Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor ataupun IKLIMSELANGOR yang berperanan sebagai badan penasihat bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam merancang, melaksana dan memantau program dan juga projek serta membincang dan mencadangkan penyelesaian isu-isu semasa yang timbul berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar. Majlis ini akan bertindak memantau dan menilai keberkesanan aktiviti mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Kerajaan Negeri Selangor komited menerajui usaha dalam melestarikan alam sekitar dan memeliharanya daripada kemusnahan. Dengan teknologi yang semakin maju dan era revolusi industri 4.0, ia nya menjadi pemangkin kepada usaha memulihara ekosistem negeri demi masa depan yang lebih selesa dan selamat. Berhubung dengan Pelan Adaptasi Negeri Selangor, susulan daripada bencana yang kerap berlaku di Negeri Selangor, kepentingan untuk mengintegrasikan tindakan jangka pendek (iaitu usaha pengurusan risiko bencana iklim) dengan usaha jangka sederhana dan juga panjang (adaptasi perubahan iklim) bagi meningkatkan daya tahan masyarakat setempat juga perlu diberi keutamaan.
Dasar/polisi untuk menangani isu perubahan iklim yang dilaksanakan di Malaysia ini adalah selari dengan peringkat antarabangsa. Malaysia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempunyai komitmen di peringkat antarabangsa dan pendirian Malaysia sentiasa diketengahkan di platform yang global seperti Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC). Terdapat dua (2) protokol ataupun perjanjian di bawah UNFCCC yang difokuskan oleh negara ketiga ini iaitu Protokol Kyoto dan juga Perjanjian Paris. Di bawah protokol ini, setiap negara mempunyai obligasi untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Berdasarkan protokol tersebut, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui KASA akan melaksanakan pendekatan-pendekatan yang telah pun di garis bagi mencapai agenda kelestarian alam sekitar. Kepelbagaian strategi adaptasi, mitigasi yang selari dengan pembangunan negeri akan dilaksanakan secara bersepadu dan seimbang dalam usaha mengurangkan impak perubahan iklim. Fenomena perubahan iklim akan
meningkatkan risiko dan juga kejadian bencana seperti banjir, kemarau dan juga peningkatan suhu pola hujan yang berubah serta kenaikan air laut. Perubahan ini akan diteruskan berlaku secara negatif yang akan mempengaruhi ekosistem dan biodiversiti jika tiada tindakan drastik dilaksanakan. Selain itu, pada masa yang sama, pemanasan global turut menyebabkan ekosistem terganggu, cuaca kering berpanjangan, pembakaran hutan serba meluas dan perubahan iklim yang ketara turut berlaku pada hari ini. Secara tidak langsung ia nya akan mempengaruhi ketersediaan air, sekali gus memberi kesan kepada sektor pertanian dan perladangan di negeri ini. Dalam usaha menangani cabaran perubahan iklim Kementerian Pertanian dan Industri Makanan iaitu (MAFI) telah membangunkan dasar baharu negara iaitu Dasar Agro Makanan Negara 2021 β 2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 β 2025 yang akan diaplikasikan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sekuriti makanan negeri dalam berhadapan beberapa cabaran akibat senario global ini. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan sekuriti bekalan makanan yang mewujudkan zon-zon tanah yang sesuai untuk aktiviti pertanian. Kerajaan Negeri juga telah pun membangunkan Pelan Transformasi Agro Selangor iaitu (PeTA) yang mana ia nya fokus kepada penggunaan teknologi moden dan juga keusahawanan bagi mendepani risiko sekuriti makanan negeri. Ia nya adalah dasar baru yang memajukan sektor pertanian yang lebih teratur dan tersusun. Berdasarkan PeTA paling penting aspek guna tanah, penyediaan benih dan juga baka, sokongan makanan selain penyimpanan serta pemasaran yang perlu diberikan perhatian supaya rantaian bekalan makanan dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam hal ini kerajaan akan memberikan tumpuan yang berterusan kepada pemodenan struktur agro makanan bagi meningkatkan produktiviti dan juga menjamin sekuriti makanan negara di samping memacu pertumbuhan ekonomi demi menjamin kesejahteraan rakyat. Kerajaan sentiasa mengolah pelbagai inisiatif dan usaha untuk menjamin ketersediaan bekalan makanan di Negeri Selangor.
YB Bandar Utama juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi melaksanakan polisi-polisi berimpak tinggi yang memerlukan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri dapat berkongsi informasi/maklumat dengan rakyat Negeri Selangor tentang isu/perbincangan rancangan terkini tentang dasar perubahan iklim. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan dasar/polisi alam sekitar dan perubahan iklim di peringkat negeri hendaklah selari dengan dasar/polisi kerajaan persekutuan terutamanya menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu KASA dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli iaitu (KeTSA) yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan juga biodiversiti.
Penglibatan Kerajaan Negeri Selangor boleh dilihat melalui penyertaan dalam mesyuarat/jawatankuasa yang utama di peringkat nasional seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Negeri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar atau MEXCOE,
Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia dan lain-lain lagi. Melalui platform ini kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan diterjemahkan dalam sesi perbincangan persetujuan bagi memastikan agenda kelestarian negara dapat dicapai. Kajian Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor 2030 bertujuan mengintegrasikan respons adaptasi, reaksi dan juga pengurusan risiko bencana iklim dengan menggaris teras utama, strategi dan pelan tindakan selari dengan aspirasi pembangunan negeri. Memandangkan tempoh pelaksanaan kajian dasar ini mengambil masa 12 bulan iaitu Julai 2022 hingga Jun 2023, Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi mewujudkan satu polisi yang inkluslif serta selari dengan dasar alam sekitar semasa negara. Dasar perubahan iklim Negeri Selangor 2030 merupakan rangka kerja bagi mengeratkan dan memberikan panduan kepada Kerajaan Negeri Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan dan Agensi Negeri, Industri masyarakat setempat serta pihak berkepentingan lain dalam mencapai pembangunan yang berjaya tahan iklim. Pendekatan berperingkat akan di garis bagi menyelaras usaha adaptasi, mitigasi dan juga pengurusan risiko bencana merentasi beberapa sektor memandangkan bahawa hampir kesemua insiden bencana akan berlaku pada setiap negeri, bandar, daerah, mukim adalah berkaitan dengan pengaruh iklim. Memandangkan dasar dan pelan tindakan ini merupakan dokumen rujukan, Kerajaan Negeri akan memastikan ia nya dihebahkan pada semua pihak berkepentingan termasuk rakyat Negeri Selangor melalui sesi engagement secara berterusan. Selain itu laporan penuh dan hasil kajian dasar ini dan Pelan Tindakan Berdaya Tahan Iklim Tempatan turut akan di bentangkan dan dimuat naik di Portal Selangor dan beberapa platform lain yang berkaitan.
Yang Berhormat Bukit Lanjan ada menyentuh tentang penanaman pokok bakau diperluaskan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan sentiasa komited untuk memelihara dan meningkatkan kelestarian biodiversiti di Negeri Selangor. Komitmen utama pada ketika ini adalah untuk mengekalkan dan juga meningkatkan keluasan hutan simpan kekal tidak kurang 30% daripada keluasan tanah selaras dengan keputusan MMKN pada tahun 2008 dan juga 2014. Kerajaan Negeri Selangor juga berjaya meningkatkan penanaman pokok bakau lain-lain spesies hutan paya laut pada setiap tahun melalui projek tanaman dan juga kempen kesedaran awam terhadap kepentingan hutan paya bakau iaitu (HPL).
Antara usaha-usaha Jabatan yang telah dan akan diambil untuk mengekalkan hutan paya bakau adalah seperti berikut :
i. Memperbanyakkan program kesedaran awam; ii. Menggalakkan penanaman pokok bakau; iii. Mengingatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengelak berlakunya pencerobohan β Akta Perhutanan Negara; dan iv. Memperkayakan Kawasan HPL dengan tanaman pelbagai spesies seperti bakau kurap, bakau minya, api-api, perepat, rhu, berembang dan sebagainya.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor juga sentiasa menjalankan program-program penanaman pokok bakau secara komprehensif dengan penglibatan daripada pelbagai peringkat seperti pihak jabatan, agensi kerajaan dan swasta, NGO, IPTA, IPTS, syarikat, penduduk kampung, individu dan sebagainya dengan menggunakan bajet peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyokong segala dasar dan ketetapan di peringkat persekutuan dan antarabangsa antaranya seperti inisiatif Program Penghijauan Malaysia yang telah dilancarkan melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025. Pelaksanaan program ini juga telah disambut baik dengan pelancaran Kempen Penanaman 26 juta pokok di Negeri Selangor bermula tahun 2022 hingga 2025 sempena tempoh pemerintahan DYMM Sultan Selangor masa kini yang mana majlis pelancaran kempen tersebut telah diadakan pada 24 September 2022 yang lalu bertempat di Hutan Simpan Bukit Broga, Semenyih.
Berkenaan dengan Program Kesedaran Alam Sekitar, setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah menganjurkan pelbagai program/inisiatif berteraskan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat di samping memupuk rasa tanggungjawab dalam memelihara alam sekeliling mereka. Peningkatan kesedaran alam sekitar adalah salah satu elemen penting dalam pembinaan kapasiti negara menuju pembangunan lestari. Berdasarkan kajian-kajian sosial yang dijalankan, dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan kesedaran terhadap alam sekitar dalam masyarakat di Negeri Selangor berada pada tahap yang baik, namun masih boleh diperbaiki dan ditambah baik.
Ini dapat dilihat dari aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh komuniti setempat seperti kebun-kebun komuniti secara berterusan dan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa. Selain itu, penglibatan pelajar-pelajar sekolah dan golongan belia dalam program-program alam sekitar dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Rakan Alam Sekitar dan Kempen Bebas Plastik amat menggalakkan dan mendapat sambutan yang amat baik.
Justeru itu, Kerajaan Negeri akan terus menjalankan kempen-kempen kesedaran tentang isu perubahan iklim di semua peringkat masyarakat termasuk golongan muda/belia seperti :
i. Mengadakan sesi perkongsian maklumat berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar melalui kaedah taklimat secara fizikal mahupun webinar;
ii. Menggalakkan penglibatan belia dalam program-program alam sekitar;
iii. Menjalankan kempen-kempen kesedaran dan pendidikan melalui media sosial dan portal;
iv. Memperkukuhkan program-program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam yang melibatkan setiap lapisan masyarakat terutamanya mengenai peranan individu dalam menangani isu perubahan iklim dan alam sekitar; dan
v. Menyediakan platform untuk membolehkan perkongsian amalan terbaik, pengetahuan dan kepakaran serta kerjasama semua pihak dalam bidang berkaitan terutamanya pihak PBT, Jabatan/Agensi Negeri seperti Jabatan Alam Sekitar, Institusi Penyelidikan dan pembangunan serta sektor swasta.
Berhubung inisiatif pemasangan lampu solar dipergiatkan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negeri Selangor sedang giat melaksanakan projek/program berteraskan alam sekitar dan menggalakkan aspirasi sifar bersih dan menyokong agenda kemampanan dan pembangunan rendah karbon negeri.
Susulan daripada itu, Mesyuarat MMKN ke 22 pada 14 September 2022 disahkan dalam MMKN ke 23 pada 21 September 2022 telah pun bersetuju meluluskan pelaksanaan projek Selangor Penyayang yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memfokuskan kepada penyelenggaraan infrastruktur asas dan juga infrastruktur awam tertangguh berikutan pandemik COVID-19 dengan matlamat melestarikan alam sekitar. Antara projek-projek yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pemasangan lampu solar baru di kawasan-kawasan awam yang akan dikenal pasti di daerah-daerah di Negeri Selangor. Pemasangan lampu solar ini akan dipergiatkan lagi dan usaha mencapai sasaran untuk pengurangan karbon bandar dan juga di perbandaran projek ini akan diteruskan Kerajaan Negeri berdasarkan persetujuan berikut. Yang pertama, selain daripada isu keselamatan projek lampu solar ini juga mampu menyumbang pada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui produk teknologi hijau berkualiti tinggi. Dan kedua berdasarkan kepada kerangka bandar rendah karbon negara dibangunkan oleh Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) dan elemen utama yang digariskan adalah pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan penggunaan tenaga yang mana sasaran adalah untuk mencapai intensity carbon dioxide sebanyak 40% menjelang Tahun 2030. Yang Berhormat Banting ada menyentuh dasar penggunaan beg plastik, yang ini cerita lama tapi masih sentuh..bahas panjang dan saya pun akan beri jawapan yang agak panjang jugak. Dasar pengurangan penggunaan beg plastik masih relevan dan juga usaha dalam memastikan pengurangan penggunaan plastik perlu
Yang Berhormat jangan panjang sangat.
Saya cuba untuk pendekkan. Dan dapat lihat dengan pelaksanaan dan pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan dalam kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan bahayanya plastik kepada kehidupan. Program dan kempen ini telah pun diadakan bagi mempengerusikan penjagaan dan juga pemuliharaan alam sekitar
yang menggunakan peruntukan di bawah seliaan alam sekitar perubahan iklim dan teknologi hijau termasuk khas kutipan bawah akaun amanah program caj beg plastik di Negeri Selangor. Dasar di peringkat International juga telahpun diwujud mengawal penggunaan plastik di Malaysia antaranya ialah pelan hala tuju ke arah sifar penggunaan beg plastik sekali guna 2018 hingga 2030 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan terkini rangka polestrin 2021 hingga 2030. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk pengerusikan pembangunan lestari dengan mengimbangkan pertubuhan ekonomi dan juga perlindungan alam sekitar sejajar dengan matlamat pembangunan lestari dengan sustainable dengan bermugo(tak jelas) pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) isu penggunaan plastik ini merupakan masalah yang perlu ditangani secara holistik oleh semua pihak. Kempen hari tanpa beg plastik telah pun mula dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor seawal Januari 2010 dengan pelaksanaan pada hari terpilih setiap hari Sabtu kempen ini telah pun ditambah baik dengan pelaksanaan hari tanpa beg plastik selama 7 hari seminggu yang bermula mulai 1 Januari 2017 kempen ni masih diteruskan di seluruh Negeri Selangor dengan pelaksanaan dengan kutipan caj beg plastik oleh premis-premis perniagaan kepada pengguna beg plastik. Penguatkuasaan kempen ini telah dilaksanakan setiap hari semua premis perniagaan di seluruh Negeri Selangor. Pelaksanaan adalah seperti berikut yang pertama, beg plastik pakai buang disposible atau single used tidak lagi dibekalkan kepada pengguna secara percuma. Yang kedua, bayaran akan dikenakan setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna. Yang ketiga, penggunaan bekas makanan dan juga peralatan daripada polisterin telah pun dihentikan.
Kerajaan Negeri juga sedar bahawa penggunaan beg plastik tanpa kawalan pun acaman besar pada alam sekitar dan kesihatan jika tiada perancangan yang teliti mengenai pengurusan penggunaan bahan plastik tersebut. Beg plastik mengambil masa yang sangat lama untuk mereput sepenuhnya sebelum ia menjadi partikel halus. Oleh itu sebagai langkah awal dan selaras hasrat untuk mengurangkan penggunaan plastik di Negeri Selangor Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri MMKN ke 11 2022 yang bermesyuarat pada 20 April 2022 telah pun bersetuju menguruskan satu penetapan dasar mengkhususkan kepada yang pertama larangan pembukaan kilang ataupun premis baru bagi memproses plastik kitar semula di Selangor. Kedua, larangan pengimportan sisa plastik kitar semula bagi tujuan perolehan kembali ataupun pelupusan akhir semua kilang yang menjalankan proses kitar semula plastik. Selain itu Kerajaan Negeri telahpun mengambil inisiatif berterusan dengan melaksanakan pelbagai program ataupun kempen memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai impak penggunaan plastik antaranya dengan mempergiatkan kempen beg plastik kesemua lapisan masyarakat. Program ataupun kempen ini melibatkan pihak berkuasa tempatan PBT jabatan ataupun agensi negeri badan-badan bukan kerajaan, NGO, persatuan-persatuan pencinta alam serta komuniti setempat. Bagi memastikan program/ kempen kesedaran ini memberi impak dan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, setiap penerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri perlu mengemukakan laporan lengkap mengenai pelaksanaan program/kempen kepada
Jawatankuasa tetap Alam sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau. Selain itu, hasil pelaporan ini juga akan dibentangkan dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Tetap bagi menilai keberkesanan dan manfaat yang diterima oleh masyarakat. Ini bagi memastikan dasar dan strategi kelestarian Kerajaan Negeri yang digariskan direalisasikan melalui pengoptimuman sumber kewangan. Kerajaan Negeri akan sentiasa mengemas kini dan menambah baik kaedah pelaksanaan program/kempen alam sekitar bagi memastikan perancangan Kerajaan Negeri ke arah sifar plastik dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan serta kemajuan dipantau secara berkala. Prestasi bagi mengukur keberhasilan program/kempen pengurangan penggunaan plastik ini boleh dilihat melalui kejayaan melaksanakan program/kempen, penglibatan dari semua lapisan masyarakat serta penerimaan masyarakat terhadap dasar/polisi yang dibangunkan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor juga dalam perancangan untuk menangani isu ini dengan menggunakan pendekatan serta perspektif nasional dan seterusnya beralih kepada kaedah, konsep serta material yang lebih mesra alam. Ini akan memastikan industri masih terus berkembang dengan mengadaptasi konsep teknologi hijau dan pada masa yang sama melestarikan alam sekitar.
Terima Kasih Yang Berhormat EXCO sebelum ni saya juga pernah bawa isu berkenaan dengan plastik saya telah sarankan kepada pihak kerajaan supaya mewajibkan pada pemilik premis untuk menggunakan plastik mesra alam dan kempen-kempen ini mungkin dah boleh da tutup dah kot sebabnya mungkin dah 10 tahun. Pemilik premis juga telah mendapat keuntungan berjuta ringgit tiba masanya untuk ubah kempen itu daripada membayar ataupun pengguna mengenakan caj dan mewajibkan pemilik premis menggunakan plastik mesra alam. Jadi saya rasa lebih efisien dengan keadaan kegawatan dan juga kenaikan kos sara hidup dan kita dapat mengurangkan perbelanjaan sebab baru-baru ini saya ada terbaca juga satu isu di mana mereka tak nak membayar 20 sen itu dan mereka telah mengambil plastik berlebihan dekat kawasan barang-barang basah itu dan mereka simpan dan mereka menggunakan juga plastik itu dan pihak-pihak pasar raya tidak boleh buat apa. Dan saya rasa cadangan saya yang tempoh hari berkenaan dengan isu plastik ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan hanya memfokus pada kempen yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan tapi cadangan dan pandangan pada pihak Adun tidak dapat pertimbangan yang sewajarnya. Jadi mohon penjelasan, terima kasih.
Buat masa ni caj kutipan beg plastik 20 sen ni dikendalikan oleh di mana bayaran tu dibayar kepada Kerajaan Negeri Selangor. Bukan dikutip oleh swasta so pihak swasta tidak menguntung dari kutipan ni.
Pihak kerajaan ada undang-undang di mana kita boleh mewajibkan peniaga boleh menggunakan plastik mesra alam, tak kan kita nak membebankan pengguna dengan 20 sen. Kita jangan bangga kita kutip 20 sen daripada rakyat, jadi kita fikirkan bagaimana mudahkan urusan rakyat bukan
kita fikirkan satu kempen yang mana kempen ni membebankan pengguna walaupun 10 tahun 20 tahun lagi pun tidak dapat kempen itu dengan sifar penggunaan plastik. Tidak boleh. Tetapi kita kena fikirkan kaedah mana yang dapat mengurangkan beban rakyat. Terima kasih.
Caj back kempen beg plastik 20 sen ni merupakan kempen kesedaran untuk makluman Yang Berhormat Jeram, dalam pasaran ni tiada satu boleh katakan kalau katakan beg plastik mesra alam tu dia memang mahal, peniaga dan juga pelanggan tak mampu untuk bayar kalau caj tu sangat tinggi so dia masih belum sampai tahap yang boleh digunakan dengan luas sebab kos dia sangat mahal bukan senang nak laksanakan so kita akan membebankan pengguna kalau kita laksanakan mewajibkan laksanakan beg mesra alam tu ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi so dia akan membebankan pengguna lagi bukan nak bantu. Sebab tu la kita buat kesedaran dengan kutipan 20 sen akan mengurangkan penggunaan plastik kalau sampai satu tahap di mana kesedaran itu tidak dapat apa tidak berjaya, kita akan tengok balik kemungkinan kita akan meningkatkan kutipan ni bukan lagi 20 sen mungkin 50 sen. Kita memang menggalakkan mereka bawak beg kitaran semula recycle beg untuk beli-belah. Itu merupakan saran kita buat masa ini. Terima kasih.
Banting.
Terima kasih , kita lihat sebenarnya penggunaan beg plastik ini semakin berkurangan dan kesedaran memang sudah ada walaupun kita mengambil masa yang panjangkan saya mengucapkan tahniah pada kerajaan Cuma kalau kerajaan ada mendapat statistik yang lebih lengkap maka saya rasa meyakinkan Yang Berhormat Jeram lah. Kedua perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan Dewan penggunaan polisterin. Kalau saya tidak silap tidak dibenarkan dilarang sama sekali, tetapi mengikut pemerhatian saya ianya masih lagi digunakan secara berleluasa macam seolah-olah tidak ada kawalan tidak ada larangan dan tidak ada orang yang dihukum kerana menggunakannya. Saya nak tanya apakah dasar kerajaan sekarang penggunaan polisterin saya nak tanya tekankan tentang polisterin.
Terima Kasih Yang Berhormat Banting, polisi Kerajaan Negeri memang melarang penggunaan polisterin. So kita akan menyeru PBT untuk melaksanakan penguatkuasaan untuk memastikan tiada peniaga menggunakan polisterin pada masa akan datang. Polisi memang kita jelas, kita tidak membenarkan. Dalam bab pelancongan saya nak jawab sedikit tentang pembangunan Hay Resort Sabak Bernam , status projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Sabak. Satu perbincangan telah diadakan pada 17 Januari 2022 di Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor yang dihadiri wakil-wakil dari Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT, UPEN), Seksyen Makro dan Penswastaan (SMP,UPEN), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Pejabat Daerah dan Tanah
Sabak Bernam (PDTSB), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) mengenai cadangan pengambilan alihan tapak plot tambahan (plot 2, 3 dan 5) dalam penyediaan Request for Proposal (RFP) untuk pembangunan semula RRSB ataupun Hay Resort dan kawasan sekeliling. Ini kerana tambahan plot-plot ini dijangka menyumbangkan faedah limpahan kepada keseluruhan tapak pembangunan RRSB yang lebih mampan dan memberi faedah nilai tambah yang lebih baik dengan perancangan yang menyeluruh. Pembangunan semula RRSB Hay Resort berterasan penswastaan pengoperasian dan pengurusan Plot1,2,3 dan 5 melalui kaedah RFP dan usaha sama dengan pihak operator luar, dan membolehkan Kerajaan Negeri memperoleh pulangan pelaburan, iaitu return of investment tanpa penurunan bajet ataupun kos oleh pihak Kerajaan Negeri. Selepas beberapa siri mesyuarat, perjumpaan dan juga perbincangan, penyediaan dokumentasi dan sebagainya, persetujuan pihak tuan tanah dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, serta dipohon untuk mengambil alih plot-plot tambahan dalam pembangunan keseluruhan tapak Rumah Rehat Sabak Bernam. Sebelum proses RFP dilaksanakan. Mesyuarat MMKN Bil (18), bertarikh 03 Ogos 2022, telah disahkan oleh MMKN Bil (19), bertarikh 10 Ogos 2022, telah pun bersetuju dan meluluskan pelantikan Tourism Selangor Sdn. Bhd. Sebagai pengurus projek. Dan pihak Menteri Besar Selangor, Perbadanan MBI sebagai penyelaras RFP, pembangunan semula Rumah Rehat Sabak Bernam. Setuju bahawa dengan cadangan pembangunan semula Rumah Rehat Sabak Bernam melalui kaedah RFP melibatkan tanah plot 1, iaitu 2.3 ekar, iaitu tapak Rumah Rehat Sabak Bernam, Heal Resort yang asal. Plot 2, rumah tetamu, VVIP, 0.95 ekar, plot 3 kawasan lapang Pusat Rekreasi, 1.82 ekar. Dan kawasan baru yang dikenal pasti iaitu kawasan jeti, dan pesisiran sungai di plot 5, dalam proses pewartaan.
Mesyuarat Penyelaras bagi membincangkan perkara berkaitan gerak kerja ke arah pembangunan semula Rumah Rehat Sabak Bernam bertarikh 27 September 2022, yang telah dipengerusikan oleh saya, telah pun memutuskan agar kerja-kerja pengukuran semula dilaksanakan bagi tapak plot 1, plot 2, plot 3. Dan kawasan baru yang dikenal pasti iaitu kawasan jeti dan pesisiran sungai di plot 5. Pengukuran semula tapak plot terlibat tersebut, membantu pihak MBI dalam penyediaan proses dokumentasi, IP dengan jelas dan juga tepat. Peringkat pengurusan semua proses tender, SPA, bagi menyedia, menyelaras, menguruskan penyiaran dan juga penjualan dokumen IP, penilaian dan juga hal-hal IP, selaras dengan proses IP MBI yang sedia ada, sedang dijalankan, siap pada akhir 2022.
Yang Berhormat Bukit Malawati ada bangkit tentang Sasaran Art Gallery, memerlukan penambahbaikan juga menghidupkan aktiviti kesenian. Untuk soalan mengenai Sasaran Art Gallery, perkara ini diuruskan Persatuan Kesenian Sasaran Kuala Selangor. Persatuan ini bergiat aktif menganjurkan acara bengkel, pameran kesenian. Kerajaan Negeri menyumbang baik mengenai saranan untuk menambaikkan serta menggiatkan aktiviti berbentuk kesenian dan kebudayaan di sana, bagi segala bentuk permohonan pembangunan dan menaik taraf, boleh dipohon melalui pihak berkuasa
tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Dan juga program promosi serta acara pelancongan akan dibantu oleh pihak Tourism Selangor sebagai agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor. Industri kreatif juga menjadi salah satu segmentasi pelancongan yang penting, yang juga akan turut menjadi hala tuju promosi permohonan pelancongan untuk tahun 2023.
Yang Berhormat Sementa, juga bangkitkan Kerajaan Negeri mengkaji laluan pelancong sebelum ke Sekinchan, untuk singgah di Sementa, Kampung Kapar, kerana mempunyai berbagai-bagai tarikan seperti makanan, permainan tradisional. Pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan yang di utarakan bagi memberikan nilai tambah kepada pelancong untuk menerokai tempat menarik yang ada di DUN Sementa. Untuk makluman Yang Berhormat, Tourism Selangor telah pun bekerjasama Hos Komuniti Setempat Selangor, untuk membangun dan juga komersilkan beberapa tarikan untuk dijadikan sebagai produk pelancongan, khususnya di kawasan luar bandar. Persatuan Hos Komuniti Setempat di daerah Klang telah pun menyediakan pakej, pengalaman pelancongan khususnya di Kapar. Antara tarikan yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
i) Aktiviti menganyam ketupat ii) Lawatan ke rumah kreatif kayu Melayu iii) Persembahan kampung telor iv) Permainan gasing pangkah v) Persembahan cempuling vi) Aktiviti pembuatan tapai
Bagi memasukkan aktiviti yang menjadi tarikan pelancong ini, satu program lawatan Friendship Product Host Komuniti Setempat Selangor bagi daerah Klang, yang juga melibatkan kawasan Bukit Kapar, akan diadakan pada 7 Disember 2022 ini. Program ini melibatkan penyertaan beberapa agensi yang berkaitan seperti Tourism Selangor, Jabatan Lesen dan Pembangunan Industri MOTAC, pihak berkuasa tempatan, Tourism Malaysia dan juga pihak media. Program lawatan ini juga memberikan pendedahan dan juga garis panduan kepada produk pelancongan di sana. Untuk memastikan perniagaan mereka mencapai standard yang baik kepada para pelancong. Pihak Tourism Selangor juga akan menggiatkan lagi aktiviti promosi bagi produk pelancongan di DUN Sementa khususnya melalui platform digital dan juga atas talian.
Yang Berhormat Banting juga mencadangkan untuk meluaskan dan juga menambahbaik, latihan host komuniti bagi mempromosi pelancongan Negeri Selangor. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah pun melantik 51 orang host komuniti daripada 6 daerah iaitu Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sabak Bernam dan juga Kuala Langat. Untuk makluman Yang Berhormat, program host komuniti Selangor setempat akan terus dijalankan untuk tahun 2023. Dan Tourism Selangor talah mengadakan mesyuarat wakil host komuniti Selangor pada 19 Oktober
2022, yang lalu, untuk membincang perancangan host komuniti bagi tahun 2023. Program ini dijangka akan dijalankan pada suku tahun pertama, dengan cadangan seperti berikut :-
i) Pelantikan dan pelaksana khusus host komuniti Selangor setempat baru dengan kerjasama 3 buah pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya. ii) Mengenal pasti, menawarkan kursus kepada 25 orang host komuniti yang baru. iii) Penghasilan peta budaya mengikut lokasi dan juga destinasi.
Yang Berhormat Bukit Gasing bertanya tentang isu pewartaan tanah orang asli, perlu diselesaikan. Dan diharap boleh diselesaikan dalam tempoh 2 ke 3 tahun dan tidak lanjut hingga ke 10 tahun. Kerajaan Negeri mengambil maklum perkara tersebut, dan untuk makluman proses pewartaan tanah orang asli diselaraskan oleh pihak Jabatan Orang Asli Negeri Selangor iaitu JAKOA. Berdasarkan makluman pihak JAKOA, proses pewartaan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun proses tersebut bergantung pada complexity suatu permohonan pewartaan, yang memerlukan tempoh masa yang lebih lama untuk diselesaikan.
Yang Berhormat Semenyih, ada bangkit tentang mencadangkan Kerajaan Negeri untuk memberi peruntukan mengurus kepada kampung orang asli untuk melaksanakan aktiviti dan juga mohon penambah baik jalan yang rosak kawasan orang asli kawasan Semenyih. Bermula 2023, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan geran pembangunan kepada JPKKOA sebanyak RM10,000.00 setiap tahun kepada 74 buah kampung orang asli yang diiktiraf. Peruntukan ini dikhaskan bagi menampung perbelanjaan pengurusan yang melibatkan penganjuran aktiviti-aktiviti kampung. Program berbentuk kemasyarakatan dan sambutan perayaan keagamaan dan pelbagai aktiviti yang melibatkan pengurusan sebuah kampung orang asli. Peruntukan perbelanjaan, peruntukan ini telah pun dikemukakan kepada pejabat daerah. Bagi isu pembaikan jalan di kawasan kampung orang asli Semenyih, Kerajaan Negeri akan mengutamakan, pembaikan jalan di kawasan tersebut. Dan akan melaksanakan baik pulih jalan. Walau bagaimanapun terdapat jalan-jalan di sekitar kampung orang asli di kawasan tersebut merupakan jalan persekutuan yang diselenggarakan oleh agensi persekutuan. Pihak Kerajaan Negeri akan berhubung dengan agensi persekutuan berkenaan tujuan tersebut.
Last, terakhir, Yang Berhormat Sijangkang, bertanya tentang keperluan Wifi di kampung-kampung orang asli. Yang Berhormat Sijangkang telah pun membangkitkan isu ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menerima cadangan-cadangan bagi keperluan Wifi Smart Selangor di lokasi-lokasi yang memenuhi kriteria pemasangan Wifi Smart Selangor. Walau bagaimanapun, pemasangan ini memerlukan infrastruktur
telekomunikasi dengan kelajuan bag hoe, mininum 800mb. Bagi menyediakan internet yang pantas dan stabil kepada pengguna. Berdasarkan maklumat daripada lokasi hotspot, sehingga 30 November 2022, buat masa tiada lokasi hotspot Wifi di perkampungan orang asli. Namun Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak penyediaan komunikasi sedang rancak meluaskan lagi infrastruktur rangkaian di seluruh Negeri Selangor, agar perkhidmatan Wifi Smart Selangor dapat di perluaskan, aksesnya ke kawasan-kawasan pendalaman serta kampung orang asli di Negeri Selangor secara berperingkat. Itu sahaja penggulungan saya.
Pencerahan.
Sementa
Dalam, YB EXCO, dalam perbahasan saya yang lepas, saya ada mengajukan tentang masalah yang membabitkan kawasan paya bakau di Sungai Serdang, yang mana kawasan ini rosak, pokok-pokok bakau kering dan ia semakin meluas. Jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap perkara ini. Sebab kita tidak mahu kerosakan hutan paya bakau di pesisir pantai, terutamanya di Sungai Serdang ini, specifically, semakin merosakkan kawasan paya bakau yang sedia ada, dan semakin meluas. Jadi saya ingin dapatkan, apakah tindakan Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Sementa ada tanya dalam soalan, pertanyaan mulut yang ke 144, yang belum sampai lagi. Saya rasa akan sampai pada hari Isnin atau Selasa. So, di sini , saya boleh jawablah. So, berdasarkan pemantauan dan usaha-usaha pemulihan dan juga pemeliharaan kawasan hutan paya laut, di Negeri Selangor, didapati tiada kesan kematian pokok secara mendadak berlaku di kawasan ini. walau bagaimanapun, terdapat sebahagian kecil pokok-pokok bakau yang mati disebabkan faktor semula jadi, seperti tempoh jangka hayat pokok yang melebihi usia matang dan kesan hakisan ombak. Pada masa ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor belum melaksanakan kajian secara intensif, bagi kes kematian pokok-pokok bakau ini. Untuk makluman Kampung Sungai Serdang, tidak terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal. Namun kawasan terletak berhampiran dengan Hutan Simpan Kapar. So, itu merupakan sedikit jawapan saya, yang boleh jawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Kajang dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat EXCO dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu
Tuan Timbalan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan di bawah Peraturan Tetap 66 (3) untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini Fasal demi Fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan.
Jadual B.1 β Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan. RM114,169,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Empat Belas Juta Satu Ratus Enam Puluh Sembilan Ribu).
Jadual B.1 β iaitu suatu wang sejumlah RM114,169,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Empat Belas Juta Satu Ratus Enam Puluh Sembilan Ribu) untuk kepada B.1 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.2 - Pelbagai Perkhidmatan, RM56,836,800,00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Enam Juta Lapan Ratus Tiga Puluh Enam Lapan Ratus).
Jadual B.2 - iaitu wang sejumlah RM56,836,800,00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Enam Juta Lapan Ratus Tiga Puluh Enam Lapan Ratus) untuk Kepala B.2 Pelbagai perkhidmatan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.3-Dewan Negeri Selangor, RM31,610,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu Juta Enam Ratus Sepuluh Ribu).
Hulu Kelang.
Ya Hulu Kelang, sila.
B.3
Muka surat berapa Hulu Kelang.
Muka surat yang berkaitan dengan dia. Muka surat. Saya nak timbulkan isu yang berkaitan dengan perbelanjaan sejuta ringgit di antara ...
Muka surat berapa Hulu Kelang.
Anggaran perbelanjaan.
Muka surat.
Muka surat 62, kod objek sebagai sepuluh 10000 emolumen. RM1.393, RM1.393 juta. Perkhidmatan bekalan yang di bawah pembangunan dan pembaikan bangunan kod objek 32 ribu. Saya ingin bangkitkan isu yang berkaitan dengan pembangunan bekalan Kerajaan Negeri Selangor yang ada kaitannya dengan bagaimanakah kita boleh memajukan lagi prestasi setiap pusat khidmat dun, adun, pengurus dun, pengerusi, ketua pusat khidmat yang membantu pengurusan di situ dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Ini saya lihat bahawa dalam pentadbiran kita di dun datang program-program yang banyak, program-program yang baik. Saya puji dan saya sokong seperti Jelajah Ehsan Selangor, program-program lain yang melibatkan jentera kita apabila telah diuji dalam satu pilihan raya baru-baru ini, Menteri Besar yang bertanding di Gombak telah mendapat kemenangan yang sangat besar kerana jenteranya di Gombak kita ambil oleh gerakan yang menjayakan program-program yang berkaitan dengan khidmat dan adalah komited. Saya tak tahu sama ada boleh singkatkan ke tidak, kata lah saya tarik, kalau tidak saya akan teruskan. Iaitu pada tahun ini kita telah mengadakan satu pertemuan dikatakan tadbir urus bersama yang berkaitan dengan itu, kita kata penyayang, dana penyayang, program penyayang. Ada program-program yang diminta kita kemukakan, saya pun tahu tentang apabila saya datang meeting, diminta mencadangkan beberapa projek kecil agar dapat dijalankan, kemudian jumlahnya sejuta. Dalam keadaan kelam kabut kita menyediakan peruntukan itu, kita dapati bahawa tak sempat. Saya persoalan saya, adakah soalan saya, soalan saya tentang dana itu relevant di sini, kalau tidak bila nak dapat duit itu daripada manakah sumbernya dan kita tidak mahu adun terlalu murah berjanji, kita patuh orang meminta orang beri cadangan apa yang perlu untuk kita bina pada kemudahan itu, tengok-tengok tak ad. Jadi akan jadi satu benda yang akan merugikan kita, kita bagi elok
sebelum itu, bagus, banyak manfaatnya kepada masyarakat, tengok-tengok tak jadi. Jadi saya tak tanya soalan itu, itu sahaja.
Baik, itu saya kira tak berkaitan dengan Yang Berhormat Hulu Kelang. Ia bangunan dan kod objek 32 ribu. Muka surat 62.
Bagi saya ia ada kaitan dengan prestasi dan imej PKM dun.
Baik. Muka surat 62 kan, ia Yang Berhormat. Sebab ini tabung penyayang di bawah pembangunan saya kira. Pembangunan tabung penyayang di bawah pembangunan yang boleh dibahaskan.
Kalau, saya tarik balik.
Kalau saya faham soalan dari Yang Berhormat Hulu Kelang, apakah bagaimana kita membaiki kemudahan yang boleh diberikan kepada pembantu-pembantu kita di PKM sebab mereka yang membantu menjalankan program-program. Jadi, bererti dari segi apakah mungkin kenaikan gaji ataupun elaun dan sebagainya. Sekiranya itu adalah permintaan daripada Yang Berhormat, sebenarnya proses nya sepatutnya Yang Berhormat membawa isunya, isu ini kepada Jawatankuasa Pengurusan Dewan yang di pengerusi oleh Tuan Speaker. Dari situ dibincangkan apakah keperluan yang diperlukan dan apakah permintaan dan setelah Jawatankuasa Pengurusan Dewan itu meluluskannya, ia akan membawanya ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan. Itu prosesnya dan bukan bangkit di sini. Terima kasih.
Boleh saya buat, saya boleh buat cadangan itu, boleh saya teruskan.
Sekira cadangan itu, cadangan daripada Yang Berhormat adalah untuk memperbaiki layanan dan mungkin pembayaran elaun atau kenaikan gaji sebagainya, sepatutnya di bawa ke Jawatankuasa Pengurusan Dewan, dan situlah buat cadangan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Terima kasih.
Jadual B.3 - iaitu wang sejumlah RM31,610,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu Juta Enam Ratus Sepuluh Ribu) untuk Kepala B.3 Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.4 β Perbendaharaan Negeri, RM62,794,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu).
Jadual B.4 β iaitu wang sejumlah , RM62,794,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu) untuk Kepala B.4 Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.6 β Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri RM1,200,000,000,00 (Ringgit Malaysia Satu Bilion Dua Ratus Juta).
Jadual B.6 β iaitu wang sejumlah RM1,200,000,000,00 (Ringgit Malaysia Satu Bilion Dua Ratus Juta) untuk Kepala B.6 Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.7 β Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, RM1,476,800,00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Enam Lapan Ratus).
Jadual B.7 β iaitu wang sejumlah RM1,476,800,00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Tujuh Puluh Enam Lapan Ratus) untuk Kepala B.7 Caruman Kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.8 β Jabatan Pertanian, RM21,879,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Satu Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Sembilan Ribu).
Hulu Kelang.
Sila Hulu Kelang.
Saya merujuk pada muka surat 76, kod 76, anggaran perbelanjaan Negeri Selangor bagi betul ya bagi Jabatan Pertanian Negeri Selangor kod objeknya adalah perkhidmatan dan bekalan 34000 kenderaan dan jentera dengan dasar sedia ada sepuluh ringgit sepuluh ringgit yang bermakna boleh dikembangkan pada yang berikutnya. Jadi apa saya dapat lihat, nak fahamkan ini, saya perhatikan dalam jelajah Ehsan, adanya kenderaan baru, ada kenderaan baru. Adakah ini antara maksud pada ...
Yang Berhormat, yang ini kenderaan jabatan ini Yang Berhormat, permintaannya pada tahun 2023, dua ratus lima puluh ribu, dua ratus enam puluh ribu, itu adalah kenderaan untuk kegunaan Jabatan Pertanian.
Jadi itu pembangunan, kalau macam itu pembangunan, kenderaan-kenderaan itu pembangunan. Saya, tak ada apa-apa lah. Saya share lah.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Pelabuhan Klang.
Okay, muka surat, alamak sekejap. Muka surat 85, butiran dan program aktiviti, Jabatan Perhutanan.
Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian.
Kita belum mahir lagi ya.
Ada lagi. Jadual B.8 - iaitu wang sejumlah RM21,879,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Satu Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Sembilan Ribu) untuk Kepala B.8 Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.9 β Pejabat Tanah dan Galian, RM26,856,000,00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Enam Juta Lapan Ratus Lima Puluh Enam Ribu Ringgit).
Jadual B.9 β iaitu wang sejumlah RM26,856,000,00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Enam Juta Lapan Ratus Lima Puluh Enam Ribu Ringgit) untuk Kepala B.9 Pejabat Tanah dan Galian menjadi sebahagian
daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.10 β Jabatan Perhutanan, RM25,615,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Juta Enam Ratus Lima Belas Ribu).
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ...
Pelabuhan Klang.
Pelabuhan Klang merujuk muka surat 85, butiran program aktiviti 56000 operasi hutan kod objek 1100 gaji dan upahan tahun 2023 tujuh juta dua ratus dua puluh enam ribu empat ratus lima. Ini Jabatan Perhutanan, Pelabuhan Klang ingin tahu, adakah ini sekali dengan Jabatan bahagian penguat kuasa untuk mengawal hutan-hutan yang diteroka yang diceroboh kecurian kayu-kayu paya bakau. Boleh tak Pelabuhan Klang tahu berapa ramai anggota dan bagaimanakah aturan kerja penguat kuasa di Jabatan Perhutanan ini terutama sekali kecurian-kecurian kayu paya bakau yang berlaku pada waktu malam.
Sila.
Tuan Speaker, di bawah kod atau jenis perbelanjaan untuk gaji dan upah, ia melibatkan semua kakitangan dalam di bawah Jabatan Perhutanan. Jadi untuk butir-butir itu, seharusnya Yang Berhormat rujuk kepada buku yang telah dibekalkan keanggotaannya. Saya tidak dapat menghafal kesemua, jadi buku sudah dibekalkan, seminggu lepas. Jadi itu semua penjawatannya ada berada di situ. Terima kasih.
Tak, kalau saya tengok macam tak cukup Yang Berhormat. Sebab itu saya rasa mungkin perlu ditambah lagi sebab itu saya kata tadi, saya tengok memang tak cukup, tak cukup anggota penguat kuasa untuk mengawal ataupun ini kecurian kayu-kayu paya bakau terutama pada waktu malam, itu maksud saya tadi.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Saya tak tahu sama ada Yang Berhormat memberi kepakaran dalam menentukan berapa keanggotaan diperlukan, tetapi saya percaya Jabatan Perhutanan akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat. Sekiranya diperlukan, ditambah keanggotaannya maka sudah tentu pihak Jabatan Perhutanan akan membuat permohonan kepada pihak yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Saya ya. Saya ada.
YB Kajang.
Hulu Kelang ada lagi.
Untuk menjawab Pelabuhan Klang tentang saya tak pasti tempat mana yang Yang Berhormat rujuk sebab yang ini berkenaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Dia hanya penguatkuasaan dalam hutan simpan kekal. So untuk paya bakau yang lain bukan terletak di hutan simpan bakau. Itu bukan di bawah penguatkuasaan bawah Jabatan Perhutanan. So itu di bawah penguatkuasaan di bawah Pejabat Daerah Tanah terutama pokok bakau di sepanjang sungai itu bukan semua hutan simpan. Sebab itu kena bezakan. So ini hanya penguatkuasaan di yang terlibat pokok bakau di hutan simpan terutama di Pulau Ketam. Di Pulau Ketam, di Sungai Lima ataupun di hutan simpan kekal di lain (Bukit Lagong, di Hutan Simpan Kuala Selatan Utara). Itu merupakan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan.
Baik. Jadual B10.
Ada saya. Nak tanya. Muka surat 85 berkaitan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Butiran program aktiviti 3 (560000) dengan gaji dan pan. Kod 11000, 7198 dengan apa ini sumbangan dengan elaun dan masa lebih masa yang agak tinggi baik saya rasa bagus. Tapi kita boleh lihat perbezaan ya. Perbezaan yang berlaku di Sabah dan beberapa di Selangor. Saya ada baca. (tidak jelas) tapi tak bawa hari ini. Jadi (tidak jelas) itu menceritakan kalau di Sabah, kalau nak itu (nak pergi sesuatu tempat) tiket beli di tempat itu. Di Sabah, kalau kita nak pergi Gunung Kinabalu pergi kat tempat tu. Gunung Kinabalu dekat mana-mana yang berkaitan dengan dia. Tapi kalau di Selangor ni pelik dia, dia kata pergi pejabat, nak pergi Gunung Bukit Tabur tau. dulu ada situ kejap tapi dah tak ada. Dia kata beli tike dekat pejabat hutan. Pejabat hutan pun dia tak nyatakan kat mana. Jadi itu kita nak kemesraan itu ada beza ya. Kita tahu bahawa Jabatan Hutan ni banyak cabarannya, banyak tribulasi, banyak kerumitan tapi motivasi pun kadang kurang sebab insentifnya tidak begitu berapa tapi kalau saya tengok dari segi peratus, gaji dan elaun lebihan masa besar one hour seven ya. Jadi saya ingat kalau kita review bagaimana kita boleh jadikan kita punya Jabatan Hutan lebih mesra nak pergi mana-mana yang kita iklankan ada tempat. Saya tak nampak kat mana kita ada satu Jabatan Hutan punya kemudahan yang one stop center. Jadi saya nak mencadangkan itu diletakkan sebagai perbekalan pengurusan, perbaiki pengurusan kita get for training pada orang-orang ini. Terima kasih.
Sila pihak kerajaan.
Yang Berhormat Hulu Kelang, saya memang mengakui permasalahan yang dihadapi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sebelum itu kita janjikan untuk mengadakan satu permohonan ya. Kalau permohonan nak masuk hutan simpan ni negeri lain (Pahang) kejar depan. Mereka hanya melalui Internet boleh buat permohonan permit, bayaran, terus masuk hutanlah. Tapi di Selangor kita masih macam tinggal, masih ditinggalkan ya di mana kita terpaksa pergi ke setiap pejabat untuk bayar dan juga dapat permit. So ini satu masalah kita hadapi dan sepatutnya yang apps ni dah selesai sepatutnya pada hujung tahun ini (hujung bulan Julai), tapi kerana teknikal-teknikal yang kita hadapi so dia akan ditangguhkan. Kita harap perkara ini akan diselesaikan untuk masa akan datang permohonan permit untuk mendaki gunung di seluruh Selangor hanya melalui satu web Internet ataupun aplikasi. Tidak lagi kita pergi ke setiap pejabat utara, selatan, tengah untuk bayaran (buat bayaran) baru boleh masuk hutan simpan. So kita harap kita akan selesai isu ini dalam masa yang terdekat ini. Saya pastikan memudahkan orang ramai untuk masuk hutan dengan cara yang lebih senang. Tidak menyukarkan. Sekian, terima kasih.
Jadual B10 iaitu wang sejumlah RM25,615,000.00 untuk kepala B10 Jabatan Perhutanan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B11 Jabatan Mufti RM3,649,000.00
Hulu Kelang.
Ya Hulu Kelang.
Jabatan Mufti ni tiap-tiap kali akan ada komenlah sebab saya rasa saya sayang mufti.
Muka surat?
Muka surat 88. B11 ya. Jabatan Mufti Negeri Selangor. Dengan peruntukan kod objek antara 42000 hingga 48000 pemberian dalam negeri ganjaran
Muka surat 88. Kod berapa?
Kod 42000.
42?
hingga ke 48000
Ok.
Dengan peruntukan ada boleh diperuntukkan RM10 maknanya ada boleh tambah ya untuk mulakan program kalau tidak ada dan sebagainya. Saya ingin menyentuh benda yang (perkara yang) telah saya bawa petang semalam yang tidak dapat kelulusan iaitu imej Mufti, imej Pejabat Mufti dan institusi Islam. Dia ada berkenaan dengan MAIS tapi bukan topik kita di sini, ada kaitan dengan JAIS bukan topik kita di sini. Saya nak bawa perhatian saya tentang isu bagaimanakah buku yang diedarkan dan diendors oleh Mufti, MAIS dan JAIS adalah berkaitan dengan ajaran sesat. Ada 11 group ataupun 13 group dalam kumpulan dalam itu. Dah lama. Tahun 2008 lagi ketika saya menjadi ADUN saya nampak benda itu. Saya nampak benda itu dan tidak mendapat jawapan yang sewajarnya. Kesannya orangnya (orang yang dituduh sebagai pembawa ajaran sesat) kecewa, sakit hati, marah. Dia dah kaji nama-nama kumpulan itu, dia masukkan dalam buku lepas tu print, dia terus cop. Samani la, Bonjon lah apa kan. Jadi dia kata dia datang mengadu kepada saya. Datang mengadu kepada saya, dia kata kenapakah itu tidak dibuat. Saya memang am I honored right track. Boleh kan? Boleh?
Bagi contoh Yang Berhormat.
Pengerusi tolong, pengerusi tolong
Bagi contoh yang, bagi satu contoh dan pihak kerajaan boleh jawab.
Ok. Contoh yang pertama dia nak dia diadili. Bukan sb datang program dia, sb bagi repot pada Bukit Aman esok keluar surat khabar dia ajaran sesat. Dia (itu satu). Jadi saya ingat kalau Mufti boleh profesional, tolong profesional. Kita imbuhan ataupun kajian kita dapat itu adalah daripada titik peluh rakyat. Kedua adalah tentang sekumpulan pensyarah-pensyarah. Ini cerita lama tapi saya tak puas hati sebab tak bawa pada pengadilan. Kita ni kerajaan adil reformasi. Kita nak adil. Kita bagi peluang, orang merasakan diadili pun cukup. Dia adalah dia buat dia punya PhD ni di Madinah dan di Makkah. Madinah dan Saudi. Pada Saudi dan saya difahamkan bahawa beberapa orang ustaz yang jaga urusan bagi ceramah, tauliah apa kan adalah daripada Mesir dia tak berapa ngamlah. Tak ngam, dia pun label tak boleh. Jadi dia datang mengadu pada saya. Saya memang reformasi kan. Saya formasi, dia datang saya pun bawa. Last-last saya yang kena. Saya kena cap wahabi. Dalam surat khabar tu panjang cerita wahabi. Dulu Presiden Gym, sekarang dah jadi ADUN jadi wahabi. Membela wahabi, belajar Arab (orang Malaysia nak jadi wahabi). Belajar dekat Makkah, dekat Madinah, ada doktor PhD dalam bidang Pengajian Quran Sunah, saya tak boleh tahanlah.
Benda tak betul. Jadi itu benda yang by the time saya telah mengadakan hubungan yang agak mesra dengan Mufti yang sebelum ini dan Mufti yang sekarang ini.
Baik Yang Berhormat.
Saya nak jelaskan kalau boleh tolong manfaatkan Mufti (jawatan Mufti) yang ada ni, peruntukan yang kita keluarkan, gaji yang kita berikan agar kita berkhidmat untuk rakyat. Terima kasih.
Okay.
Terima kasih Timbalan Speaker dan Hulu Kelang yang membangkitkan perkara 42000. Cuma saya tak dapat nak menangkap perkaitan apa yang dibangkitkan dengan apa yang dibelanjakan ini.
42000.
Tetapi kita ambil notalah apa yang dibangkitkan tadi ya. Jadi terima kasih.
Jadual B11 iaitu wang sejumlah RM3,649,000.00 untuk kepala B11 Jabatan Mufti menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B12 Jabatan Kerja Raya RM122,371,000.00.
YB Tuan Speaker.
Pelabuhan Klang.
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI
: Terima kasih YB Tuan Speaker. Muka surat 92 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Butiran program aktiviti 50500 Pentadbiran dan Kewangan. Kod objek 1100 (gaji dan upahan). Pelabuhan Klang ingin tahu daripada YB EXCO Pandan Indah berkaitan dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor ni merupakan isu yang selalu dibangkitkan dan dibahaskan di dalam Dewan ini. Masalah jalan raya, masalah infrastruktur yang tak selesai-selesai malah kebelakangan ini dilihat semakin membebankan (semakin teruk) terutama kepada pengguna-pengguna jalan raya di dalam Negeri Selangor khususnya di kawasan Pelabuhan Klang.
Pelabuhan Klang ingin tahu setiap jawatan-jawatan yang diwujudkan di dalam Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor ini terutama sekali jawatan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, apakah kriteria yang ada yang digunakan untuk meletakkan seseorang itu ke jawatan yang penting seperti Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Apakah kompetensi yang diperlukan untuk menguruskan jalan raya-jalan raya di Negeri Selangor ini khususnya jalan yang banyak masalahlah, jalan masalah. Kalau kita tengok kebanyakannya adalah jalan-jalan JKR dan kita tengok macam tak ada penyelesaian, tak ada kesudahannya dari segi penyelenggaraannya, pembaikannya, lambat bertindaknya, lambat tahunya dan ini yang Pelabuhan Klang ingin tahu bagaimanakah cara nak menyelesaikan masalah menyusun semula. Sebab saya tengok contoh Jabatan Kerja Raya Klang (JKR Klang) saya rasa mungkin sudah sampai masanya JKR Klang ni dia tak boleh lagi satu jabatan macam itu JKR Klang. Kawasan Klang ni sangat luas, jalan rayanya banyak. Mungkin dah perlu ada JKR Klang Utara dan juga JKR Klang Selatan sebab saya tengok jumlah kakitangan setiap JKR itu hampir sama sedangkan di kawasan Klang ni jalan rayanya banyak, panjang dan keluasan Daerah Klang ni 574 kilometer persegi dengan populasi penduduk melebihi 1juta orang dan jalan rayanya begitu pesat dan begitu sibuk. Terutama dalam kawasan daerah Klang ini dipelopori oleh kenderaan berat. Dan bandarnya aktif 24 jam terutamanya Pelabuhan Klang dan sudah sampai masanya mungkin JKR ni kena ada dua shift kena ada dua apa ni. Tak tahulah mungkin dah kena naik taraflah bukan hanya JD saja di Klang ni mungkin kena ada pengarah dah untuk JKR Klang ini. Ini pandangan sebab kalau tidak kita tak boleh nak uruskan kawasan jalan-jalan raya yang semakin pesat di kawasan Klang di kawasan Negeri Selangor ini khususnya di daerah Klang. Itu sahaja daripada Pelabuhan Klang.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Pandangan-pandangan itu sebagaimana Pelabuhan Klang pun sedia maklum bahawa sebarang urusan berkaitan dengan struktur ataupun hierarki dari segi perkhidmatan awam ini tertakluk di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Dan ini apa yang dibuat mereka sentiasa mengkaji sama ada penambahan jawatan ataupun penaiktarafan gred yang infect sebenarnya JKR ini antara yang terbaik sebenarnya dari segi berbanding dengan JPS lah contohnya. Dia agak terkehadapan dalam penggredan mereka dan sebagainya dan juga pewujudan jawatan-jawatan penting. Jadi berbanding dengan JPS. Sebab JPS baru dalam proses tengah buat dan JKR telah pun dapat penaiktarafan dan Selangor ini antara negeri yang paling tinggi dari segi bilangan kakitangan dan juga segi gred. Jadi saya rasa isunya dari segi setakat yang saya fahamkan dari segi gerak kerja mereka tidak ada isu. Kalau adapun mereka akan bawa perkara itu kita akan bawa ke peringkat JPA untuk dibuat kajian ataupun permohonan tambahan-tambahan jawatan kita akan mohon melalui JPA. Ini yang berlaku di JKR. Dan dari segi keupayaan untuk menguruskan daerah-daerah ini saya rasa dia berkait rapat juga dengan prestasi pegawai-pegawai itu sendiri yang sentiasa dinilai. Pegawai-pegawai ni sentiasa dinilai kemampuan mereka dan prestasi mereka. Ada appraisal sistemya tersendiri penilaian kepada mereka dan untuk mencapai tahap sampai JD pun bukanlah satu proses yang mudah. Dia melalui banyak kursus kriteria,
kajian prestasi dan sebagainya sebelum dapat diangkat menjadi jurutera daerah. Apatah lagi pengarah negeri tentulah prosesnya lama dan panjang. Dan biasa Selangor ini menjadi tempat yang paling sukarlah untuk menjadi pengarah ni kan. Yang paling tinggilah kelayakannya dia untuk datang jadi pengarah bagi Negeri Selangor ini. Dan biasanya pihak JPA akan memberikan cadangan ataupun Kementerian Kerja Raya dia akan mencadangkan ataupun JKR Malaysia, KP dia akan mencadangkan nama-nama kalau pengarah itu dia akan bagi dua tiga nama yang kita akan bincang diperingkat negeri untuk kita pilih yang mana yang terbaik. Biasanya begitu proses yang dilaksanakan di negeri-negeri. Jadi ini diperingkat pengarahlah. Di peringkat-peringkat lain tu biasanya pengarah mempunyai kemampuan ataupun keupayaan untuk menyusun sekiranya kalau ada aduan-aduan yang spesifik mengenai pegawai ini kita boleh amek dan telitilah tengok apa yang isu sebenarnya yang berlaku. Terima kasih.
Jadual B12 Iaitu Wang Sejumlah RM122,371,000 untuk Kepala B12 Jabatan Kerja Raya Menjadi Sebahagian Daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B13 Jabatan Pengairan Dan Saliran. RM120,280,000.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya merujuk kepada muka surat 104 butiran 505000 Kod Objek RM11,000 Gaji Dan Upahan. Dengan cabaran ragam iklim di dunia dan juga di negara kita tidak terkecuali termasuklah di Negeri Selangor. Saya kira kerja-kerja diperingkat Jabatan Pengairan dan Saliran ini semakin bertambah apatah lagi dengan projek program-program tebatan banjir dan masalah-masalah aduan yang begitu banyak berkaitan dengan sistem perparitan dan saliran di Negeri Selangor ini sehingga memaksa mereka terpaksa buat kerja lebihlah di atas tanggungjawab mereka dan saya kira gaji dan upahan ini RM11.5juta ini mungkin dari sudut profesionalnya mencukupi daripada anggaran daripada jabatan. Cuma saya melihat keperluan daripada segi perjawatan mungkin boleh dibincangkan dengan JPA untuk tambahan perjawatan terutamanya sebaik saya mengambil contoh seperti Kuala Langat. Diketuai oleh seorang jurutera di pejabat juruteralah kemudian dalam perkhidmatan luar tidak ada seorang jurutera pun. Ada penolong jurutera. Dan begitu juga dengan Klang yang saya kira dua daerah ni yang agak cabaran dia besar seorang jurutera juga. Kalau kita nak bandingkan dengan Gombak dikepalai oleh seorang jurutera dan di perkhidmatan luar juga ada seorang jurutera. Kalau kita merujuk kepada buku perjawatan itu. Saya ingat mungkin sudah tiba masanya untuk ditambahkan perjawatan ini dengan perbincangan di peringkat JPA kerana saya melihat dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pun kadang-kadang kita memerlukan ketua jabatan ataupun sekurang-
kurangnya yang mempunyai pengetahuan atau kelayakan yang lebih kurang sama. Jadi isu-isu yang dibangkitkan di peringkat Mesyuarat Tindakan Daerah sebagai contoh boleh diselesaikan ataupun mendapat respons pron. Masa tu juga. Jadi saya tidak nafikan jurutera di peringkat daerah ini terpaksa datang ke SUK untuk Mesyuarat MTES ataupun tempat-tempat yang lain yang akhirnya kadang-kadang memberikan kekangan kepada kita untuk membuatkan keputusan-keputusan di peringkat daerah itu yang sepatutnya boleh dibuat keputusan dengan lebih awal dan tindakan akan disusuli selepas sahaja daripada mesyuarat tetapi mengambil masa yang lama. Mungkin ini boleh diambil kira oleh Kerajaan Negeri untuk melihat perkara-perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat SiJangkang. Sebenarnya saya dah buat perkara ini awal lagi. Selepas setahun saya jadi EXCO, memang ini antara perkara pertama yang saya minta daripada Kementerian pada masa itu KeTSA ya supaya mengkaji semula tentang skim pengajian ataupun skim di bawah JPS ni yang saya anggap terlalu ke belakang. Malah ada yang 31 pun ada yang jadi Jurutera Daerah pun ada. 38 dan 41. Bagi saya sangat-sangatlah rendah. Sebagai seorang jurutera daerah beliau perlu ada di gred demikian memandangkan dengan cabaran yang besar sekarang ni dan juga projek-projek yang besar di bawah program tebatan banjir yang kita sedang dan akan laksanakan memerlukan juga pegawai-pegawai ataupun jurutera-jurutera yang mempunyai gred yang pengalaman yang lebih. Ada gred yang tinggi dan juga menambah bilangan macam QS pun ada berapa orang je. Sebab tu kadang-kadang kerja-kerja tender ni perolehan pun lambat disebabkan tak ramai. Tidak mencukupi kakitangan itu, itu pun sudah saya bawa ke peringkat atas supaya diberi dan saya difahamkan sedang dikaji sedang dibuat review sekarang ini tapi dia akan memakan masa saya tahu at lease tiga empat tahun barulah dapat dilaksanakan. Jadi saya pun sama kita minta untuk tahun ini memang inilah bajetnya tapi untuk tahun ke depannya saya pun dah minta pada antara perkara yang saya akan timbulkan sekali lagi ialah keperluan untuk mengkaji semula gred ataupun staffing bagi Jabatan Pengairan dan Saliran terutamanya di Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Boleh?
Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Ijok pun nak beritahu masalah yang diberi oleh Yang Berhormat SiJangkang.
Kod berapa Ijok?
Sama juga iaitu...
Gaji dan Upahan.
Muka surat 104 butiran 505000 Kod 11000 Gaji dan Upahan. Apa yang berlaku sekarang Jabatan JPS memang terdesak misalnya di Kuala Selangor kawasan selalu menghadapi masalah banjir saliran tetapi yang jaga cuma satu jurutera bawahnya tak ada penolong cuma technician. Jadi macam mana tindakan cepat sepatutnya dibuat? Padahal di JKR saya diberitahu ada satu engineer ada tiga penolong engineer yang akan mengurus masalah JKR. Saya harap Kerajaan Negeri Selangor percepatkanlah ya memberi jawatan-jawatan yang setimpalnya dan gred saya dapati gred mereka pun amat rendah kalau kita bandingkan dengan engineer JKR. Macam mana mereka nak kerja ada insentif nak kerja kuat. Jadi itulah pendapat Ijok.
Itu yang saya sebutkan tadi memang saya dah dapati daripada awal lagi antara dua darjat ni antara JKR dan JPS ini memang berlaku ketara sangat jurang dia tu. Dan saya telah dah dua tahun lebih dah saya usaha untuk minta kepada Kementerian supaya mengkaji semula penggredan dan juga penambahan staf bagi JPS terutama dalam keadaan suasana hari ini memerlukan sangat pekerja-pekerja ataupun jurutera yang lebih ramai dan lebih pengalaman dalam menghadapi kemelut perubahan cuaca yang sedang berlaku ini. Itulah saya dah buat dan pihak negeri kita hanya boleh memohon sahaja sebab usaha tu perlu dibuat di peringkat Kementerian dan di peringkat JPS Malaysia yang kemudiannya dia dapat kelulusan JPA. Proses dia tu panjang. Dan benda itu pun saya difahamkan benda tu sudah pun bermula telah dibuat dan saya tidak tahu status sampai setakat mana tapi memang telah dibuat kajian-kajian ini untuk memastikan bahawa mereka bersedia. Ini yang saya boleh bagi tahu sinilah. Terima kasih.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Muka surat 104 Butiran Program Aktiviti 505000 Pentadbiran Dan Kewangan Kod Objek 11,000 Gaji dan Upahan. Pelabuhan Klang menyokong apa yang dibangkitkan oleh SiJangkang dan juga Ijok. Dan seperti yang saya maklumkan tadi kawasan Klang ini sangat luas 574km persegi. Klang Utara, Klang Selatan dan semenjak perubahan iklim ini yang melanda negara kita melanda dunia dan selalu terjadi masalah banjir kilat di kawasan daerah Klang. Dan seperti yang dimaklumkan lagi memang seorang je jurutera nak tengok semua isu-isu yang berbangkit berkenaan dengan masalah banjir di kawasan Klang ini. Malah dia juga tengok juga isu banjir di kawasan Shah Alam seperti di Taman Sri Muda. Orang yang seorang dipanggil oleh sampai sembilan ADUN. Jadi saya rasa dah sampai masanya pihak Kerajaan Negeri mungkin perlu memikirkan bagaimana nak tambah saya ucapkan terima kasih dengan ucapan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah. Bahawa memang penstrukturan semula organisasi Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sedang dibuat nak naikkan gred gaji, gred jawatan di setiap daerah-daerah dalam Negeri Selangor ini yang berkaitan dengan JPS. Tapi boleh tak Pelabuhan Klang memohon sementara kita nak dapatkan kelulusan bahawa organisasi JPS ni
akan orang kata dinaiktaraf pada masa akan datang. Boleh tak ada boleh dipinjamkan lah mana-mana staf ataupun jurutera yang berpengalaman untuk duduk dulu di Klang bagi membantu kakitangan JPS Klang sekarang ni yang memang tak cukup. Saya tengok dorang, saya kesian. Saya sangat-sangat kesian tengok kakitangan JPS daerah Klang. Begitu juga dengan JKR tadi Yang Berhormat EXCO kalau boleh pinjamkanlah staf mana-mana untuk duduk di kawasan daerah Klang. Sekian terima kasih. Itu sahaja daripada Pelabuhan Klang.
Itu yang saya sebutkan tadi kita tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JPA ataupun di bawah Kementerian. Tapi kerja-kerja kontrak itu kita boleh. Kita boleh adakan tapi struktur tu masih lagi sama cuma kita boleh tambah dan keperluan itu kena datang daripada melalui JPS sendirilah dan setakat ini memang mereka ada buat permohonan dan malah kekosongan dalam jawatan yang sedia ada itu pun perlu banyak lagi masih perlu di isi. Jadi itu pun antara perkara-perkara kekangan yang kita hadapi dan kita dah minta. Padahal benda tu dapat di isi dengan lebih cepat dan juga sebarang perubahan atau penambahan kita perlu mendapat kelulusanlah untuk dilaksanakan dan kita akan reviewlah dari masa ke semasa keperluan itu.
Boleh saya mencelah sikit. Saya tengok macam Kuala Selangor kalau kita rujuk dalam buku perjawatan itu dia ada dua JD. Seorang JD yang menganggotai jabatan di peringkat daerah dan seorang lagi di peringkat luar juga jurutera. Saya ingat mungkin adalah pertimbangan-pertimbangan dia tapi kalau kita lihat Klang ataupun Kuala Langat. Saya ingat keperluan kita lagi besar.
Dia sebenarnya struktur JPS ini agak berbeza. Kalau jangan dibandingkan dengan JKR. JKR ini kalau dia Jurutera Daerah dia betul-betul daerah. Maknanya dia ada akaun dia sendiri, pejabat dia, pengurusan dia sendiri di daerah itu. Sebab dia dah terlalu ke depan dah. Tapi sedangkan JPS ini walaupun nama Jurutera Daerah tapi dia masih tertakluk di bawah ibu pejabat dia di Shah Alam. Jadi dia masih bergantung semua dengan Shah Alam, dia tidak ada indipendent, dari segi pengurusan, pentadbiran di daerah itu. Ini yang kita minta supaya dapat diperbaiki itu yang saya mintak supaya dia ada, kalau daerah betul-betul daerah. Jadi senang dia dengan staff yang cukup, dengan pentadbiran yang cukup, dapat dia bertindak dengan lebih cepat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan daerah berkaitan. Tapi tidak berlaku pada JPS lagi dan saya minta dalam antara perkara yang kita minta itu dalam review itu supaya diwujudkan kaedah yang begitu supaya lebih cepat. Kalau terlalu centralize biasanya lambat dari segi tindakan dan sebagainya. Perlu ada pentadbiran di peringkat daerah. Ini antara perkara yang kita minta dilaksanakan.
Jadual B13- iaitu wang sejumlah RM120,280,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Juta Dua Ratus Lapan Puluh Ribu) untuk kepala B.13 Jabatan Pengairan dan Saliran menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ali Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.14 - Jabatan Agama Islam Selangor, RM280,701,6000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Juta Tujuh Ratus Satu Ribu Enam Ratus).
Pelabuhan Klang.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Muka surat 108 butiran aktiviti 50500 Pentadbiran dan Kewangan Kod Objek 11000 gaji dan upahan. Pelabuhan Klang ingin bertanya tentang pengurusan jenazah Covid-19. Kerajaan Negeri dah mengumumkan bahawa pengurusan jenazah Covid-19 ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor di semua hospital di dalam Negeri Selangor dan ianya diuruskan secara percuma. Tetapi sekarang ini saya lihat bayaran-bayaran dikenakan ke atas jenazah-jenazah Covid-19 yang beragama Islam. Sepatutnya seperti yang pekeliling yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat EXCO Agama Sungai Kandis, semua pengurusan jenazah Covid-19 ini kena percuma, tetapi tiga hari lepas berlaku di Hospital Banting, jenazah COVID-19 dikenakan bayaran. Kita kariah tidak boleh nak uruskan sebab tak terbuka dan sekarang jenazah COVID-19 dan sudah boleh dimandikan tetapi hanya pihak hospital sahaja yang boleh diuruskan, sedangkan jenazah ini dia ada khairatnya kematian dia, kalau Surau yang uruskan khairat kematian akan uruskan percuma. Cuma bayar duit kubur sahaja. Tetapi bila pihak hospital yang nak uruskan kena bayar pula. Sepatutnya percuma Yang Berhormat dan saya nak tahu adakah ia masih lagi percuma ataupun sekarang ini dikenakan bayaran dan ini perlukan penjelasan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor supaya ia tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat di luar sana apabila berlaku kematian akibatkan oleh COVID-19 di hospital-hospital di dalam Negeri Selangor. Saya mohon penjelasan.
Pihak Kerajaan. Kota Damansara.
Timbalan Speaker, Pengerusi saya rujuk kepada Jabatan Agama Islam, saya dapati Jabatan Agama Islam yang paling ramai penjawat iaitu 2,173. Kemudian dia punya peruntukan pula 280 juta. Paling tinggi, infect lebih tinggi daripada Pejabat Menteri Besar pun. Jadi cuma saya nak kepastian daripada Yang Berhormat EXCO tentang adakah penjawat ini termasuk Imam Masjid, sebab saya tengok tiada dalam senarai ini. Penjawat itu termasuk dalam
senarai ini juga. Imam yang kita bayar di Masjid-masjid dan Surau. Bagaimana tu? Kira begitu sekali.
Kerajaan .
Terima kasih kepada Pelabuhan Klang yang telah mengutarakan kes terbaru di Banting. Hospital Banting. Jadi pihak kami akan semak tentang aduan ini kerana kita baru sahaja terima berita ini dan insya-Allah kita akan mengambil tindakan yang wajar. Berkenaan dengan staff ataupun warga kerja Jabatan Agama Islam yang begitu ramai, ya kita memang mempunyai Guru-guru yang dimasukkan dalam perbelanjaan ini juga Imam-iman. Pengurusan yang empat puluh lebih itu. Jadi Iman sepenuh masa yang kita Kerajaan Negeri gaji kan dan termasuk dalam upahan ini. Terima kasih.
Terima kasih. Jadual B.14 β iaitu wang sejumlah RM280,701,600.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Juta Tujuh Ratus Satu Ribu Enam Ratus) untuk Kepala B.14 Jabatan Agama Islam Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.15 β Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM20,895,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Juta Lapan Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu).
Jadual B.15 β iaitu wang sejumlah RM20,895,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Juta Lapan Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu) untuk Kepala B.15 Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.16 β Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM9,579,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu).
Jadual B.16 β iaitu wang sejumlah RM9,579,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu) untuk Kepala B.16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.17 β Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM15,157,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu).
Jadual B.17 - iaitu wang sejumlah RM15,157,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu) untuk Kepala B.17Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.18 β Pejabat Daerah dan Tanah Petaling RM16,437,600.00 (Ringgit Malaysia Enam Belas Juta Empat Ratus Tiga Puluh Tujuh Ribu Enam Ratus).
Jadual B.18 - iaitu wang sejumlah RM16,437,600.00 (Ringgit Malaysia Enam Belas Juta Empat Ratus Tiga Puluh Tujuh Ribu Enam Ratus) untuk Kepala B.18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.19 β Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, RM14,574,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Lima Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu).
Hulu Kelang.
Hulu Kelang.
Muka surat 136 Pembangunan Masyarakat Kod 524004000 gaji upahan elaun tetap sumbangan berkanun untuk kakitangan elaun lebih masa kewangan 1000 hingga 17000. Cuma berkaitan gaji dan elaun. Jadi isunya ialah isu perjawatan yang saya lihat bandingkan yang terkawal yang setanding setara bilangan kakitangan wang upahan kerja yang diberi. Cumanya kalau kita berikan dengan lebih teratur lagi, mungkin penjimatan dapat kita berikan. Potongan-potongan yang tidak perlu macam makan-makan lebih itu apa ini hospitaliti yang berlebihan boleh kita kawal. Macam mula-mula kita datang ke Selangor dulu, kita boleh kawal (tak jelas) dewan bawah tu dengan banyaknya. Terima kasih Tuan Speaker pada masa itu saya berkongsi semangat yang cukup hebat. Reformasi kecil-
kecilan tapi boleh bawa banyak penjimatan. Di sini Gombak dia punya masyarakat memang mudah sebelah kuil... (tak jelas)...tapi ada nak dapat rezeki di situ. Tapi kadang-kadang kalau kita nak buat... nak buat pun membazir, membazir tak baik. Saya nak cadangkan di sini, saya nak minta di sini satu profile, satu susunan tentang tanah. Baru-baru ini Datoβ Menteri Besar telah memberikan puluh ribu tanah telah dimohon tak nak bergerak. Kali ini kita ada contoh yang baik masa Tan Sri jadi MB Tan Sri Khalid jadi MB kebagusan yang dia telah buat membawa pembayar, dia membawa sistem untuk kutip cukai tanah, cukai premium dan sebagainya ke tempat orang itu, dia bawa komputer, gajet dan sebagainya, masih ok atau tidak, masih berjalan baik bagus kalau tidak dulu nak bayar, takut nak kena marah (tak jelas) saya tengok masih ada lagi saya dapat lawatan daripada seorang anak bapanya telah meninggal dia beli tanah di Langat. Langat itu rupanya dia beli tanah, tanah itu telah ditukar nama dan JKR dan Pejabat Tanah Kajang, Sepang kalau di Langat. Dia tak berapa kemas, jadi dia nak keluarkan duit, dia kata nak keluarkan duit pakcik, saya kata saya keluar duit tetapi jangan lupa claim, dia claim tak claim tak tahulah. Jadi benda tu sedihlah anak-anak waris bapa punya tanah tengok-tengok tanah dia dah dipotong elok-elok nasib baik bahagian JKR punya bahagian dia tak kongsi yang patut dia bayar. Ada teknikal itu, jadi saya nak faham, bahawa itu adalah perkara yang sangat penting dalam konteks kita, kita berkongsi tanah dengan penduduk. Yang saya nak minta tolong-tolong sangat, adalah apa yang sedang diusahakan oleh YB Rodziah Batu Tiga, tentang Kampung Fajar dan kaitannya dengan Taman Warisan dan Batu Kota 8 dan janji yang telah dibuat oleh Kerajaan masa itu Bukit Antarabangsa jadi Menteri Besar dia kata akan dibuat dan bila saya check dengan bekas DO yang ada di sana, DO yang sebelumnya dia kata dia ada bagi tanah itu dekat MPAJ, MPAJ dia ada penurun kecil di antara MPAJ. Jadi benda-benda ini saya harap saya tak dengarlah. Kalau pasal tanah dia berkaitan dengan pentadbiran dia mesti ada konfliknya itu. Jadi kita tak mahu konflik yang menyusahkan meminggirkan peluang rakyat untuk dapat tanah. Jadi peluang untuk jadikan kampung Fajar ini satu projek betul jadi, saya yakin bantuan DO dan kakitangan dan peruntukan yang kita luluskan pengerusi kita akan berjaya. Saya ucapkan terima kasih.
Silakan pihak Kerajaan kalau ada.
Ya Tuan Pengerusi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang. Berkenaan dengan perbelanjaan minuman dan makanan, saya kira kita telah membuat keputusan dan lama buat keputusan untuk mengurang perbelanjaan seperti itu, jadi kalau berbanding kalau zaman sebelum 2008 dan banyak berbeza dan pengalaman saya di Pejabat Daerah dan Tanah bila saya menghadiri mesyuarat di situ, cukup jimat ya, cuma bihun dengan dua kuih dengan teh sahaja. Tak ada pilihan teh tak ada pilihan teh atau kopi, cuma teh sahaja yang dibekalkan. Jadi saya rasa itu dah menunjukkan banyak perubahan telah dilakukan. Berkenaan dengan isu yang lebih spesifik saya minta Yang Berhormat Hulu Kelang membawa kepada Pejabat Menteri Besar atau EXCO berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang spesifik sebab dasar dah ada
sekiranya perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan dasar yang sedia ada mungkin ada apa upper grey area itu dapat diselesaikan sekiranya di bawa kepada perhatian Kerajaan. Terima kasih.
Jadual B.19 - iaitu wang sejumlah RM14,574,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Lima Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu) untuk Kepala B.19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.20 β Pejabat Daerah dan Tanah Klang, RM15,082,100.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Juta Lapan Puluh Dua Ribu Satu Ratus).
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Tuan Speaker. Muka surat 142 butiran program aktiviti 50500 Khidmat Pengurusan. Kod objek 11000 gaji dan upahan. Pelabuhan Klang cuma ingin mencadangkan supaya kita buat penambahbaikan mungkin bukan hanya di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Mungkin dah baiklah, tapi perlu lebih baik lagi, iaitu penyampaian maklumat ataupun kaunter-kaunter kita itu kena lebih mesra pelanggan. Maknanya berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan pembayar-pembayar cukai kita yang datang membayar cukai di pejabat daerah. Kena ada latihan yang khusus untuk kaunter, dia tidak boleh main letak macam itu saja. Sebab saya sendiri pernah tengok, saya sendiri pernah duduk dan perhatikan dan kadang-kadang ada pelanggan-pelanggan ataupun orang-orang awam yang datang ini nak mencari maklumat, nak mendapatkan maklumat terutama sekali program-program inisiatif Kerajaan Negeri Selangor, program keprihatinan rakyat. Jadi perlu ada latihan yang khusus kepada kerani-kerani kaunter atau pegawai-pegawai kaunter kita dalam mendepani untuk berdepan melayan dengan pelanggan-pelanggan, dengan masyarakat, dengan rakyat yang datang berurusan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Saya yakin pegawai-pegawai daerah yang baru ini saya tengok muda, sangat berdedikasi, komited dan saya yakin akan ada perubahan yang lebih baik di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Itu saja permintaan daripada Pelabuhan Klang.
Baik. Kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Kerajaan negeri akan meminta pihak PTGS untuk melihat perkara itu, tetapi saya lihat di sebabkan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri banyak. Dan kebenaran program sebenarnya maklumat berada di pusat
khidmat masyarakat. Pihak pejabat daerah dan tanah hanya melaksanakan setelah diluluskan oleh pihak pejabat atau ADUN itu sendiri. Jadi mungkin terlalu membebankan pegawai atau kakitangan kita di pejabat daerah dan tanah sebab itu bukan kepakaran mereka. Jadi mungkin tapi kita akan lihat bagaimana kita dapat memberi satu koordinasi yang lebih baik. Terima kasih.
Jadual B.20, iaitu wang berjumlah RM15,082,100.00 untuk kepala B.20, Pejabat Daerah dan Tanah Klang menjadi sebahagian daripada Jadual Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan perlu bersidang semula.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih belum selesai maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk membawa usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut; bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 & 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI. Dewan bersidang semula sebagai Jawatankuasa Perbekalan.
Silakan, tiada dalam senarai. Silakan.
Jadual B.21, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, RM12,591,400.00.
Jadual B.21, iaitu wang sejumlah RM12,591,400.00 untuk kepada B.21 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.22, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, RM14,671,400.00.
Jadual B.22, iaitu wang sejumlah RM14,671,400.00 untuk kepala B.22, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat menjadi sebahagian daripada Jadual Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.23, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang RM11,023,300.00.
Jadual B.23, iaitu wang sejumlah RM11,023,300.00 untuk kepala B.23, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B24, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor RM13,227,000.00.
Jadual B.24, iaitu wang sejumlah RM13,227,000.00 untuk kepala B.24, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.25, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor RM13,039,000.00.
Tuan Speaker.
Silakan, Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya rujuk kepada butiran 525000 Pengurusan Tanah.
Muka surat?
Muka surat 173. Terdapat dasar baharu di kod objek 29000 Perkhidmatan Ikhtisas dan perkhidmatan lain yang diberikan ada RM99,600.00. Boleh saya tahu dasar baharu itu adalah apa?
Kerajaan.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Itu adalah untuk kenaikan kadar bantuan sara hidup ataupun COLA. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Jadual B.25, iaitu wang sejumlah RM13,039,000.00 untuk kepala B.25, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.26, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam RM13,910,300.00.
Jadual B.26, iaitu wang sejumlah RM13,910,300.00 untuk kepala B.26, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.27, Jabatan Kehakiman Syariah RM38,056,000.00.
Jadual B.27, iaitu wang sejumlah RM38,056,000.00 untuk kepala B.27, Jabatan Kehakiman Syariah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.29, Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am) RM105,151,280.00.
Tuan Speaker.
Subang Jaya.
Tuan Pengerusi, Subang Jaya ingin bertanyakan klarifikasi tentang beberapa kod objek. Iaitu pada muka surat 186, butiran program 508010 kod objek 29000 Perkhidmatan Ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti. Kenaikan mendadak daripada RM11,000,000.00 kepada RM16,000,000.00. Selain daripada itu kod objek 34000 iaitu untuk kenderaan dan jentera juga ada kenaikan daripada RM3,000,000.00 kepada RM4,000,000.00 dan akhir sekali pada muka surat 187, butiran program 508010 kod objek 47000 Ganjaran. Kenaikan juga daripada RM1,000,000.00 kepada RM11,000,000.00 dan akhirnya kod objek 48000 Gantian Cuti Rehat daripada RM10.00 kepada RM4,000,000.00. Mohon klarifikasi Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Silakan pihak Kerajaan.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih juga Yang Berhormat yang bertanyakan soalan tersebut, Yang Berhormat Subang Jaya. Yang pertama untuk Kod 29000, iaitu adalah untuk pembayaran ganjaran Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri dan Yang Berhormat Timbalan Speaker mengikut pindaan Enakmen Jadual Kedua di Dewan Negeri dan juga pindaan Enakmen Jadual Pertama Pencen dan seterusnya, untuk Kod 34000 itu adalah perolehan 17 unit kenderaan rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Ex-Officio selepas Pilihan Raya Negeri yang Ke-15 yang akan datang. Ini terpaksa kita letakkan dan untuk 47000, adalah untuk ganjaran. Terima kasih.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, muka surat 186 butiran program aktiviti 508010 Pentadbiran dan Kewangan. Kod objek 12000, eh kod objek 12000 pulak. Kod objek 14000, elaun lebih masa. Tak kan tak ada bajet untuk elaun lebih masa, RM10.00 je. Lepas itu, faedah-faedah kewangan yang lain RM10.00 tapi tahun 2023 ada RM84,000.00. Memang tak ada kerja lebih masa kat jabatan ini? saya nak confirm itu saja Yang Berhormat.
Kerajaan.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Kerja masa ini kita tak dapat nak tentukan. Overtime, kita tak tahu. Jadi tak dapat, jadi sebab itu kita letak RM10.00 tapi tidak bererti kita tidak ada duit nak bayar. Cuma kita tak dapat tentukan sekarang. Ini adalah token sum, bila diperlukan lebih kita akan bayar mungkin tak ada. Jadi kita tidak dapat meramalkannya dan ini adalah komitmen kita untuk bayar. Kalau kita tak letak bererti kita tak akan bayar, bila kita letak RM10.00 ada komitmen nak bayar. Terima kasih.
Makna ia tak hutang ya. Terima kasih. Jadual B.29, iaitu wang sejumlah RM105,151,280.00 untuk kepala B.29, Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am) menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual B.30, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor RM2,677,400.00.
Jadual B.30, iaitu wang sejumlah RM2,677,400.00 untuk kepala B.30, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jumlah perbekalan RM2,384,327,980.00.
Jumlah perbekalan RM2,384,327,980.00 menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Fasal Satu & Fasal Dua.
Fasal Satu & Fasal Dua menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Jadual.
Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Perbekalan dan telah dipersetujui tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Rang Undang-undang Diraja (2022). Rang Undang-undang ini sesuatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1999Bill
Bacaan kali yang ketiga. Tang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan 2023. Aturan Peraturan seterusnya Rang Undang-undang Diraja (2022). Rang Undang-undang ini sesuatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1999.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian, Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 perlu dipinda di bawah peruntukan-peruntukan bagi Kelas Ketiga (111), Kelas Empat (IV), dan bagi Kelas Tujuh (VII). Bagi Kelas Ketiga (III), peruntukan telah bertambah daripada RM6,936,588.71 (Ringgit Malaysia Enam Juta Sembilan Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Lima Ratus Lapan Puluh Lapan dan Tujuh Puluh Satu Sen) kepada RM7,205,497.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta Dua Ratus Lima Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh) iaitu peningkatan sebanyak RM268,908.29 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Enam Puluh Lapan Ribu Sembilan Ratus Lapan dan Dua Puluh Sembilan Sen). Pertambahan berkenaan adalah disebabkan pengiraan dan penyelarasan semula emolumen kakitangan tetap Pejabat Istana. Bagi Kelas Empat (IV) , peruntukan telah bertambah daripada RM16,319,253.50 (Ringgit Malaysia Enam Belas Juta Tiga Ratus Sembilan Belas Ribu Dua Ratus Lima Puluh Tiga dan Lima Puluh Sen) kepada RM16,433,733.00 (Ringgit Malaysia Enam Belas Juta Empat Ratus Tiga Puluh Tiga Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh Tiga) iaitu peningkatan sebanyak RM114,479.50 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Empat Belas Ribu Empat Ratus Tujuh
Puluh Sembilan dan Lima Puluh Sen). Pertambahan ini diperlukan bagi penggantian peralatan serta kenaikan emolumen kakitangan kontrak Pejabat Istana bagi tahun 2023.
Bagi kelas Tujuh (VII), peruntukan telah bertambah daripada RM 1,462,499.79 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Enam Puluh Dua Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Sembilan dan Tujuh Puluh Sembilan Sen) kepada RM 1,462,500.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Empat Ratus Enam Puluh Dua Ribu Lima Ratus) iaitu peningkatan sebanyak RM0.21 sen (Dua Puluh Satu Sen). Tambahan ini adalah disebabkan penyelarasan semua peruntukan perbelanjaan emolumen kepada Ahli Dewan Diraja dan Orang Besar Daerah. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Dengan penjelasan tadi, saya dengan ini mencadangkan supaya satu Rang Undang-undang bernama Enakmen Diraja (Pindaan) 2022 dibacakan kali kedua.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan dah habis ya. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Bacaan kali kedua, Rang Undang-udang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja 1959.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang in fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat, bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat, bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul DIPERSETUJUI.
Usul No.15 Tahun 2022, Usul Peruntukan Pembangunan 2023Motion
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022. Aturan Peraturan seterusnya, Usul No.15 Tahun 2022, Usul Peruntukan Pembangunan 2023.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mula ini yang berbunyi seperti berikut:
βBahawa menurut seksyen 9, subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak Satu Bilion, Dua Ratus Juta Ringgit (RM1,200,000.00) yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan
Pembangunan, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, seperti mana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sejumlah RM6,803,530,010.00 (Enam Bilion Lapan Ratus Tiga Juta Lima Ratus Tiga Puluh Ribu Sepuluh) telah diperuntukkan bagi siling Rancangan Malaysia Ke Dua Belas Negeri Selangor (RMKe-12) untuk tahun 2021 hingga 2025. Jumlah tersebut adalah termasuk RM1,200,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Bilion Dua Ratus Juta) bagi membiayai projek-projek pembangunan negeri tahun 2023. Jumlah peruntukan mengikut Kepala adalah seperti dalam Usul Pembangunan 2023.
P.01- Pejabat menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sejumlah RM895,420,000.00 (Lapan Ratus Sembilan Puluh Lima Juta Empat Ratus Dua Puluh Ribu) telah diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Peruntukan mengikut pecahan Kepala atau P.K adalah seperti berikut:
Sejumlah RM49,000,000.00 (Empat Puluh Sembilan Juta) telah diperuntukkan kepada Pecahan Kepala 1 atau P.K 1 β Ekonomi. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menampung perbelanjaan penyelidikan pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan serta inisiatif Smart Selangor.
Bagi P.K 2 β Luar Bandar, peruntukan sebanyak RM31,790,000.00 (Tiga Puluh Satu Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Ribu) disediakan bertujuan membiayai program pertanian, perladangan dan industri asas tani, pembangunan sosial-ekonomi, pembangunan ekonomi kampung tradisi, pembangunan desa, kemudahan awam/asas desa, naik taraf/baik pulih jalan luar bandar serta pembangunan kampung baru.
Bagi P.K 3 β Usahawan, peruntukan sebanyak RM6,080,000.00 (Enam Juta Lapan Puluh Ribu) disediakan untuk Dana Usahawan mikro dan juga program peningkatan pembungkusan produk usahawan Negeri Selangor.
Manakala bagi P.K.4 β Sosial, sebanyak RM91,078,000.00 (Sembilan Puluh Satu Juta Tujuh Puluh Lapan Ribu) disediakan untuk tujuan perkhidmatan masyarakat, pembangunan hal ehwal Orang Asli, program pembangunan modal insan, program pembangunan sosial, hal ehwal selain Islam, program pembangunan minda rakyat, industri halal, bencana dan hal ehwal Islam.
Seterusnya, bagi P.K. 5 β Pendidikan, sejumlah RM77,400,000.00 (Tujuh Puluh Tujuh Juta Empat Ratus Ribu) disediakan untuk melaksanakan program pendidikan serta pendidikan tinggi, projek bantuan sekolah, program kemahiran teknikal dan pembangunan pendidikan masyarakat India.
Bagi P.K 6 β Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, sebanyak RM191,090,000.00 (Satu ratus Sembilan Puluh Satu Juta Sembilan Puluh Ribu) disediakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan wanita dan keluarga, kebajikan masyarakat, pembangunan kesihatan awam dan perpaduan.
Bagi P.K 7 β Generasi Muda dan Sukan, sebanyak RM24,941,000.00 (Dua Puluh Empat Juta Sembilan Ratus Empat Puluh Satu Ribu) disediakan untuk projek pembangunan generasi muda, menaik taraf/membina baharu infrastruktur sukan, pembangunan sukan (SUKMA/SUKSES) dan pembangunan bola sepak Negeri Selangor.
Bagi P.K 8 β Kerajaan Prihatin, sebanyak RM4,000,000.00 (Empat Juta) disediakan untuk program Kerajaan Prihatin, pembangunan masyarakat India, bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan memperdayakan pekerja.
Bagi P.K 9 - Perbandaran, sebanyak RM36,291,245.71 (Tiga Puluh Enam Juta Dua Ratus Sembilan Puluh Satu Ribu Dua Ratus Empat Puluh Lima dan Tujuh Puluh Satu Sen) adalah bagi menampung kos kemudahan asas dan kemudahan awam PBT, pengangkutan, pengurusan sisa pepejal serta kerajaan tempatan.
Bagi P.K. 10- Pelancongan, peruntukan sebanyak RM6,000,000.00 (Enam Juta) disediakan untuk menampung kos promosi dan acara pelancongan, memajukan kraf tangan serta menaik taraf produk pelancongan.
Seterusnya, bagi P.K.11 β Teknologi maklumat dan Inovasi, sebanyak RM12,000,000.00 (Dua Belas Juta) disediakan untuk melaksanakan pembangunan ICT serta projek Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bagi P.K 12 - Alam Sekitar, sebanyak RM8,658,754.29 (Lapan Juta Enam Ratus Lima Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Empat dan Dua Puluh Sembilan Sen) disediakan untuk program alam sekitar, teknologi hijau serta pemuliharaan tapak pelupusan.
Bagi P.K 13 β Adat Melayu dan Warisan, sejumlah RM2,000,000.00 (Dua Juta) disediakan untuk menaik taraf kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah (MSAS), menaik taraf kelengkapan Bangunan Anggerik, pembangunan muzium-muzium daerah, penyelidikan adat Melayu, bahasa, kesenian, budaya dan warisan, menaik taraf tapak bersejarah monumen lama, pembelian artifak/koleksi serta penubuhan Shah Alam Modern Art Gallery (SAMA / Art Gallery).
Bagi P.K.14 β Perpustakaan, sejumlah RM9,600,000.00 (Sembilan Juta Enam Ratus Ribu) disediakan untuk projek RATU Fasa 2B, menaik taraf perpustakaan daerah (projek sambungan), Perpustakaan Daerah Kuala Selangor, membina baharu Perpustakaan Daerah Sepang, membina baharu Perpustakaan Cawangan Dataran
Prima Ampang, menaik taraf perpustakaan pekan, menaik taraf cawangan, projek meroboh dan membina perpustakaan desa, menaik taraf perpustakaan desa, projek khas: Perpustakaan Taman Seri Medan Kuala Langat, kelengkapan dan koleksi, projek pembangunan prasarana IT serta program penterjemahan karya antarabangsa.
Bagi P.K 15 - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, sebanyak RM11,500,000.00 (Sebelas Juta Lima Ratus Ribu) disediakan untuk menampung kos bagi beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk kerja baik pulih Projek Perumahan Rakyat, Kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera, Skim CERIA (Caring Goverment for Residentβs Aid) serta TEPAT (Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai).
Bagi P.K 16 - Pembangunan Projek bekalan Air Selangor, sebanyak RM104,000,000.00 (Satu Ratus Empat Juta) disediakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara projek-projek utama di bawah Pecahan Kepala ini ialah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labuhan Dagang Kuala Langat dan Skim Jaminan Air Mentah Selangor.
P.K 17 β Projek Khas Negeri, sebanyak RM8,000,040.00 (Lapan Juta Empat Puluh) disediakan untuk menampung kos beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk projek pembinaan Muzium. Setem, Muzium Tekstil, Taman Rakyat, Kapal Korek Seri banting, penubuhan Zon Bersejarah Batu Arang dan penubuhan Zon Bersejarah Klang Bandar Diraja . Bagi P.K 18 - Iltizam Selangor Penyayang, sebanyak RM116,800,000.00 (Satu Ratus Enam Belas Juta Lapan Ratus Ribu) disediakan untuk Skim Kesihatan Wanita, Elaun Anak ke Nurseri (Asuh Pintar), Kesedaran Kenegaraan, Program Hadiah Pengajian IPT, Skim Tunas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Pemberian Air Percuma dan Program Iltizam Anak Selangor.
Bagi P.K.19 β Am, sebanyak RM105,190,960.00 (Satu Ratus Lima Juta Satu Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ratus Enam Puluh) disediakan untuk projek baik pulih bangunan kerajaan, pengambilan balik tanah dan pelbagai projek lain.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, seterusnya, peruntukan pembangunan bagi;
P.04 β Perbendaharaan Negeri Selangor
Sejumlah RM1,880,000.00 (Satu Juta Lapan Ratus Lapan Puluh Ribu) telah diperuntukkan kepada P.04 β Perbendaharaan Negeri Selangor di bawah P.K 1 untuk Pembangunan ICT bagi tujuan menaik taraf peralatan rangkaian di Pusat Data Perbendaharaan Negeri Selangor, menaik taraf rangkaian SPEKS Net di PTJ
Perbendaharaan Negeri Selangor dan Pembangunan Sistem Anggaran Hasil Negeri Selangor.
P.08 β Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Sejumlah RM11,000,000.00 (Sebelas Juta) telah diperuntukkan kepada P.08 β Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,500,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 β Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sungai Blankan dan Ulu Chuchuh, Sepang; Bukit Changgang dan Kundang, Kuala Langat; Batangsi Ulu Langat; TKPM Semenyih, Hulu Langat; TKPM Hulu Yam, Hulu Selangor; TKPM Batu Arang Gombak; dan TKPM Sg Panjang, Sabak Bernam.
Bagi P.K 2 β Pembangunan Amalan Pertanian Baik, sebanyak RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
Bagi P.K 3 - Pembangunan Produk Hiliran Pertanian sejumlah RM1,200,000.00 (Satu Juta Dua Ratus Ribu) diperuntukkan untuk membiayai program Geran Pemadanan Peningkatan Kapasiti, menaik taraf premis, penjenamaan dan pembungkusan serta promosi produk hiliran pertanian.
Bagi P.K 4 β Pembangunan Golongan Sasar, sebanyak RM1,750,000.00 (Satu Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan untuk program-program latihan golongan sasar, Latihan Kejenteraan Pertanian di PLKP Tanjung Karang, Latihan Inkubator Pertanian di PLP Kalumpang, inovasi dan pembangunan teknologi, Pembangunan Rakan Strategik serta Program Jualan Terus Tanaman dan Industri Asas Tani.
Seterusnya, bagi P.K 5 β Pembangunan Tanaman Padi, sejumlah RM2,000,000.00 (Dua Juta) diperuntukkan untuk peningkatan hasil padi, pemuliharaan dan pemulihan tanah sawah, pengeluaran Padi MyGAP serta pengurusan perosak bersepadu tanaman padi.
Bagi P.K 6 β Pembangunan Tanaman Kelapa, sejumlah RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) diperuntukkan untuk penanaman semula kelapa dan pemulihan ladang kelapa.
Bagi P.K 7 β Pembangunan Tanaman Buah-Buahan, sebanyak RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
Bagi P.K 8 β Pembangunan Tanaman Sayur-Sayuran dan Kontan, sejumlah RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
Bagi P.K 9 β Pembangunan Tanaman Industri, Herba dan Florikultur sebanyak RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu) diperuntukkan untuk tanaman herba dan rempah ratus, tanaman cendawan serta florikultur dan taman hiasan.
Bagi P.K 10 β Pembangunan Teknologi Fertigasi, sebanyak RM1,5000,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
Bagi P.K 11 β Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan, sebanyak RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu) telah diperuntukkan untuk program tersebut.
Bagi P.K 12 β Pembangunan Pengeluaran Madu dan Lebah Kelulut, sejumlah RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu) diperuntukkan.
Bagi P.K 13 β Pembangunan Agro Pelancongan, sebanyak RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan untuk program tersebut.
Bagi P.K 14 β Pembangunan Kompleks dan Pusat Pertanian, sebanyak RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan untuk Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam serta baik pulih dan naik taraf pusat-pusat pertanian.
P.10 β Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Sejumlah RM5,000,000.00 (Lima Juta) telah diperuntukkan kepada P.10 β Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,200,000.00 (Satu Juta Dua Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 β Program Pengurusan Sumber Hutan yang bertujuan untuk pengukuhan sumber hutan, Central Forest Spine (CFS) serta pemeliharaan sumber hutan.
Bagi P.K 2 β Program Pembangunan Sumber Hutan, sebanyak RM700,000.00 (Tujuh Ratus Ribu) diperuntukkan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan terosot; pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan paya laut (penanaman dan rawatan/penyelenggaraan kawasan tanaman); pembangunan dan pengurusan Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Gambut; Pembangunan dan pengurusan tapak semaian; pembangunan tanaman herba; pengurusan tanaman nadir; pengurusan Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR); serta pengurusan kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi (HCVF).
Dalam P.K 3 β Program Perlindungan dan Inovasi Hutan, sebanyak RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) telah diperuntukkan untuk perlindungan sumber hutan.
Seterusnya, bagi P.K 4 β Program Perhutanan Sosial, sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta) diperuntukkan untuk pemerkasaan hutan.
Bagi P.K 5 β Program Pembangunan dan Kejuruteraan Hutan, sebanyak RM1,500,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Ribu) diperuntukkan untuk infrastruktur dan pembangunan, Kompleks Perhutanan Sungai Buloh serta perhubungan jalan hutan.
Manakala bagi P.K 6 β Program Penguatkuasaan Hutan, sebanyak RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu) telah disediakan untuk penguatkuasaan hutan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, seterusnya, peruntukan pembangunan bagi:
P.12 β Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Sejumlah RM145,000.00 (Satu Ratus Empat Puluh Lima Juta) telah diperuntukkan kepada P.12 β Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM20,580,080.00 (Dua Puluh Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu Lapan Puluh) diperuntukkan kepada P.K 1 β Pelbagai Rancangan Program Pembangunan Jalan, bertujuan untuk membaik pulih cerun; pengambilan balik tanah; menaiktaraf jalan-jalan; kerja-kerja permulaan serta pewartaan jalan; memasang lampu jalan dan lampu isyarat serta meningkatkan aspek keselamatan jalan raya Negeri di seluruh Selangor.
Bagi P.K 2 β Membina Jambatan & Jejantas, sebanyak RM11,809,730.00 (Sebelas Juta Lapan Ratus Sembilan Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh) diperuntukkan bagi menaik taraf, pembinaan jambatan dan jejantas yang telah dikenal pasti mengikut daerah di Negeri Selangor.
Di bawah P.K 3 β Membina Jalan, sebanyak RM40,980,040.00 (Empat Puluh Juta Sembilan Ratus Lapan Puluh Ribu Empat Puluh) diperuntukkan bagi pembinaan jalan-jalan baharu di seluruh Selangor mengikut keutamaan (priority) dan keperluan sebenar.
Bagi P.K 4 β Menaik Taraf Jalan, sebanyak RM65,330,150.00 (Enam Puluh Lima Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Ribu Satu Ratus Lima Puluh) diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan di seluruh Selangor mengikut daerah.
Manakala di bawah P.K 5 β Membina dan Menaik Taraf Projek Bangunan, sebanyak RM6,300,000.00 (Enam Juta Tiga Ratus Ribu) diperuntukkan bagi pelbagai projek pembangunan; membaik pulih istana seluruh Negeri Selangor; serta pembangunan bersepadu bengkel dan kemudahan-kemudahan berkaitan bagi JKR daerah.
P.13 β Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor
Sejumlah RM68,000,000.00 (Enam Puluh Lapan Juta) telah diperuntukkan kepada P.13 β Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak RM16,195,100.00 (Enam Belas Juta Satu Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu Satu Ratus) diperuntukkan kepada P.K 1 β Pembangunan Tebatan Banjir.
P.K 2 β Pembangunan Sistem Saliran, sebanyak RM8,550,140.00 (Lapan Juta Lima Ratus Lima Puluh Ribu Satu Ratus Empat Puluh) diperuntukkan untuk program membina dan menaik taraf serta retrofit sistem saliran seluruh Selangor.
P.K 3 β Pembangunan Lembangan Sungai, sebanyak RM16,310,020.00 (Enam Belas Juta Tiga Ratus Sepuluh Ribu Dua Puluh) diperuntukkan untuk projek pengukuhan tebing, pembinaan ban dan benteng serta kerja-kerja pembinaan/ menaik taraf perangkap sampah/ logboom seluruh Selangor mengikut daerah.
P.K 4 β Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi, sebanyak RM1,050,010.00 (Satu Juta Lima Puluh Ribu Sepuluh) diperuntukkan untuk pembinaan dan menaik taraf stesen, pembangunan sistem ramalan dan amaran banjir.
Di bawah P.K 5 β Pembangunan Saliran Mesra Alam, sebanyak RM13,500,010.00 (Tiga Belas Juta Lima Ratus Ribu Sepuluh) diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf kolam takungan, Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) pelbagai daerah serta kawalan hakisan, kelodak dan kualiti air pelbagai daerah.
P.K 6 β Pembangunan Pantai, sebanyak RM3,600,050.00 (Tiga Juta Enam Ratus Ribu Lima Puluh) diperuntukkan bagi memperkukuhkan benteng pantai, rancangan pemeliharaan serta pemuliharaan pantai dan muara berserta kajian keberkesanan benteng pantai.
Bagi P.K. 7 β Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal, sebanyak RM3,730,000.00 (Tiga Juta Tujuh Ratus Tiga Puluh Ribu) diperuntukkan bagi permodenan dan menaik taraf sistem hidro mekanikal kawalan pintu air, rumah pam dan trash rake.
Seterusnya, bagi P.K 8 β Pembangunan Infrastruktur Bangunan, sebanyak RM1,550,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan bagi membina dan menyiapkan enam (6) unit kuarters pintu air baharu, penggantian dua (2) unit kuarters sedia ada dan sebuah Kompleks Pejabat Jabatan Pengairan & Saliran serta menaik taraf kuarters di pelbagai daerah.
P.K 9 β Pembangunan ICT Jabatan, sebanyak RM600,000.00 (Enam Ratus Ribu) diperuntukkan untuk permodenan infrastruktur dan infosistem ICT, program pembangunan data Geospatial (GIS) Jabatan serta Program Keselamatan Pintar dengan pemasangan IP Camera di rumah pam dan pintu air.
Manakala di bawah P.K 10 β Pelbagai, sebanyak RM2,914,670.00 (Dua Juta Sembilan Ratus Empat Belas Ribu Enam Ratus Tujuh Puluh) diperuntukkan untuk kerja-kerja kecemasan luar jangka JPS.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, seterusnya, peruntukan pembangunan bagi;
P.14 β Jabatan Agama Islam Selangor
Sejumlah RM65,000,000.00 (Enam Puluh Lima Juta) telah diperuntukkan kepada P.14 β Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM16,050,060.00 (Enam Belas Juta Lima Puluh Ribu Enam Puluh) diperuntukkan kepada P.K 1 β Sekolah Agama yang bertujuan untuk membaik pulih sekolah agama setiap daerah di Negeri Selangor.
Bagi P.K 2 β Pejabat Agama Islam, sebanyak RM2,787,000.00 (Dua Juta Tujuh Ratus Lapan Puluh Tujuh Ribu) diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf bangunan Pejabat Agama Islam Daerah, Kompleks Islam Selangor dan Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).
P.K 3 β Masjid, sebanyak RM38,403,100.00 (Tiga Puluh Lapan Juta Empat Ratus Tiga Ribu Satu Ratus) diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf masjid seluruh Selangor.
P.K 4 β Surau, sebanyak RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu) diperuntukkan untuk kerja baik pulih dan naik taraf surau. Manakala di bawah P.K 5 β Pelbagai, sebanyak RM7,259,840.00 (Tujuh Juta Dua Ratus Lima Puluh Sembilan Ribu Lapan Ratus Empat Puluh) diperuntukkan untuk menaik taraf kuarters Masjid setiap daerah di Negeri Selangor.
P.16 β Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Sejumlah RM2,000,000.00 (Dua Juta) telah diperuntukkan kepada P.16 β Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM732,000.00 (Tujuh Ratus Tiga Puluh Dua Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 β Rancangan Pembangunan bagi program kajian fizikal semula Rancangan Struktur Negeri 2035.
P.K 2 β Perancangan Dasar, sebanyak RM850,000.00 (Lapan Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan bagi projek Pembangunan Mampan Negeri Selangor dan tapak warisan dunia.
P.K 3 β Projek Khas, sebanyak RM350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan bagi menampung kos kajian-kajian khas yang akan dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Manakala di bawah P.K 4 β Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor, sebanyak RM68,000.00 (Enam Puluh Lapan Ribu) diperuntukkan bagi Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan.
P.17 β Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
Sejumlah RM6,700,000.00 (Enam Juta Tujuh Ratus Ribu) telah diperuntukkan kepada P.17 β Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM620,000.00 (Enam Ratus Dua Puluh Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 -Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan iaitu untuk Program Permodenan Ruminan Selangor dan Program Pemakanan Ruminan Selangor.
Bagi P.K 2 β Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas/ Bukan Ruminan, sebanyak RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu) diperuntukkan untuk Program Transformasi Penternakan Unggas/ Bukan Ruminan.
Bagi P.K 3 β Pembangunan Industri Hiliran Berasaskan Ternakan, sebanyak RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu) diperuntukkan untuk pengeluaran dan pembangunan produk Industri Asas Ternakan (IATn) serta Pembangunan bengkel IATn/Makmal IATn.
Bagi P.K 4 β Kesihatan Veterinar, sebanyak RM240,000.00 (Dua Ratus Empat Puluh Ribu) diperuntukkan untuk Program Masyarakat Prihatin Haiwan, kawalan penyakit haiwan dan Klinik Veterinar.
Seterusnya, bagi P.K 5 β Regulatori, sebanyak RM3,530,000.00 (Tiga Juta Lima Ratus Tiga Puluh Ribu) diperuntukkan untuk loji penyembelihan, kebajikan haiwan serta penternakan lestari dan keselamatan makanan.
P.K 6 β Pembangunan Kompetensi & Bimbingan Agropreneur, sebanyak RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu) diperuntukkan untuk pejabat dan kuarters kakitangan serta pembangunan kompetensi Agropreneur, program pengembangan veterinar dan pemasaran strategik.
Di bawah P.K 7 β Pemantapan Kualiti Perkhidmatan Veterinar, sebanyak RM450,000.00 (Empat Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan untuk pejabat dan kuarters kakitangan serta pembangunan Sistem Maklumat Veterinar Selangor (VETSEL).
Bagi P.K 8 β Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), sebanyak RM870,000.00 (Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu) diperuntukkan untuk pembangunan TKPM/ Agrotek, TKPM ayam pedaging dan pembangunan Fodder TKPM.
P.K 9 β Pembangunan Pembiakbakaan Ruminan Negeri Selangor, sebanyak RM350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan untuk pembangunan pembakaan ruminan dan pembangunan lembu sado Smart Selangor. Manakala di bawah P.K 10 β Pembangunan Pusat Latihan Teknikal Veterinar Sg Nilam, sebanyak RM40,000.00 (Empat Puluh Ribu) diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan itu saya memohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah di bawa oleh Y.A.B. Datoβ Menteri Besar iaitu Usul Peruntukan Pembangunan 2023. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Silakan Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Jangan risau tak banyak. Baik pertama saya hanya nak menyentuh VOT P01, Kod Projek P.K 9 berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal, muka surat boleh cari sendiri. Muka surat kena buka juga?. Alamak.
Buka kejap.
Minta tunggu sekejap P.K 9, muka surat, ada muka surat 198 berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal. 1 tadi sebelum ini ketika perbahasan saya ada membangkitkanlah berkenaan dengan kaedah untuk mengelakkan longgokan sampah di tepi jalan-jalan utama terutamanya kes yang saya bawa di Jalan Hulu Langat lah . Yang mana, telah pun kita jelas bahawa tong-tong di tepi jalan itu semuanya akan dipindahkan ke kawasan strategik di dalam kawasan perkampungan dan Yang Berhormat EXCO telah pun menjawab bahawa ada beberapa tong sudah pun dipindahkan. Namun, terdapat juga sebahagian besar yang tidak dipindahkan dan ketika saya bertanya kembali kenapa tidak dipindahkan? Apa cabarannya? Apa alasannya? Yang Berhormat EXCO menjawab bahawa beliau tidak mempunyai jawapan tersebut. Jadi saya harap peluang ini dan saya boleh mendapat jawapannya, kenapa sebab dah beberapa hari ini In Sha Allah adalah ruang nak tanya balik. Jadi saya harap nak dapat penjelasan mengapa? Apa cabaran yang dihadapi sehingga tidak dapat diselesaikan? Sebab mengikut perancangan sepatutnya perkara ini dah selesai bulan November. Sekarang dah masuk Disember masih ada tong-tong yang tidak dialihkan. Jadi kita nak tahulah. Kemudian..
Dusun Tua. Mohon, apa masalah tong sampah letak tepi jalan. Ada masalah ke?.Tong sampah besar ke
tong sampah kecil?. Tong RORO ke tong apa?. Kena jelas itu dan kalau tong sampah besar saya setuju sebab ia mungkin menyebabkan isu keselamatan sebab tempat saya, kawasan kampung saya DUN Pelabuhan Klang ada orang langgar motor lepas itu mati. Dah ada orang langgar tong sampah. Naik motor, mati. Ini kisah benar ini. Jadi mungkin isu keselamatan itu perlu ditekankan kalau nak pindah.
Ya ia memang melibatkan beberapa isulah, yang pertama tentu sekali keselamatan yang memang biasanya yang bawa motor yang menjadi mangsa. Sebab terlanggar tong sampah, bukan langgar motor, langgar tong sampah. Jadi motor menjadi mangsa. Yang keduanya, ialah longgokan sampah di tepi jalan itu seperti yang kita dah berulang kali sebutkan yang membuang sampah di situ adalah banyak peniaga - peniaga. Disediakan asalnya untuk orang kampung, jadi akibatnya itu terdapat longgokan yang sangat banyak dan sangat menyakitkan mata. Lebih-lebih lagi kawasan Hulu Langat itu ialah kawasan pelancongan. Jadi ia sangat menyakitkan mata, kita nak pergi nak healing, dengan izin tetapi akhirnya dapat lain. Jadi itulah dia, jadi itulah kita nak tahu apa yang menyebabkan masih ada tong yang tidak dialihkan sedangkan perancangan sepatutnya November kita sudah selesaikan, kalau ada minta penjelasanlah apa sebabnya dan seterusnya adalah berkenaan dengan P.K untuk Kod Projek P.K 16 pada dalam VOT yang sama pada muka surat 201. Berkenaan dengan, sorry maaf 200 sahaja. Berkenaan dengan pembangunan projek bekalan airlah. Tentu sekali kita mengucapkan terima kasih kepada Air Selangor atas usaha untuk memastikan bekalan air sampai ke rumah kita semua dan setiap kali ada kerosakan kerja-kerja baik pulih itu memanglah cepat sekali dilakukan. Yang tak berapa elok itu hanya bila selepas kerja baik pulih itu dilakukan. Apabila selepas selesai baiki paip, dah korek jalan, bila tampal balik boleh kata 90% keadaan jalan itu akan jadi rosak teruk. Jadi, ini kadang-kadang tidak adil juga buat tuan punya jalan JKR baik, PBT baik sebab apabila jalan teruk, orang akan marah tuan jualan. Walhal ia dilakukan oleh kontraktor Air Selangor. Jadi kita harap ada kemajuanlah, benda ini tiap tahun pun rasa dengar cerita sama tetapi kemajuannya tak nampak. Itu belum lagi dah lepas korek dah baiki, tak terus turap, letak interlocking bricks kan yang batu itu dan akibatnya berapa kali sudah berlaku kemalangan disebabkan interlocking bricks itu tadi.
Malah lebih ironinya ada pernah berlaku satu kemalangan kita pergi lawat, kita check ia merupakan kakitangan Air Selangor. Ini, dia antara kita nak sedih, nak gelak kita pun tak pasti. Jadi itulah kita harapkan dan seterusnya satu lagi berkenaan dengan air juga, pembangunan air ini jugalah. Berkenaan dengan satu perkara yang mungkin ada yang terlepas pandang ialah tentang pembersihan sumber sungai yang melibatkan loji rawatan air. Kita sering kali kita kata cuci gali sungai kita kata semua sungai dah di buat kerja cuci gali dan sebagainya, tetapi hakikatnya ada sempadan yang ia di bawah sempadan loji rawatan air sebenarnya tidak dibersihkan, tidak dilakukan cuci gali, ada yang sampai dah 2 tahun. Alasannya ada banyaklah, ada kejap kata tak cukup bajet dan sebagainya. Tetapi antara sebabnya juga adalah ada
hatta syarikat-syarikat kerajaan sendiri tidak berani nak menyentuh kawasan ini. Katanya dah jadi terlalu sensitif.
Ya kita faham kawasan sempadan ini mungkin agak sensitif kerana jika berlaku pencemaran dan sebagainya ia akan mengakibatkan bekalan air terputus dan sebagainya. Tetapi, kalau dah terlalu sensitif sampai tak boleh nak dicuci gali, ini akan mendatangkan masalah lain. Masalah yang biasa jadi ialah bila sungai tak cuci gali, mendapan pasir semakin banyak akhirnya mencetekkan sungai dan mengakibatkan banjir. Kalau nak tahu nak tengok boleh tengok di Sungai Serai. Ini salah satu antara punca yang kita kenal pasti. Jadi kita harap adalah usaha ke arah ini dan ini bukan berlaku di Sungai Langat sahaja, saya dah semak banyak tempat itu rupanya ada masalah yang sama. Nak salahkan pihak yang dah biasa buat kerja cuci sungai ini pun tak boleh juga, dia pun takut. Sebab kalau jadi apa-apa, apa nanti dia kena. Jadi kita harap negeri adalah usaha bagaimana nak menyelesaikan masalah inilah. Saya harap kalau boleh selesai cepatlah. Lagi-lagi Sungai Langat itu, ini dah masuk bulan 12 kan, kita dah masuk musim tengkujuh, dah masuk hujan pun makin lebat.
Kalau boleh selesai segeralah, benda boleh selesai. Malah ada syarikat yang sanggup buat percuma sebab ialah dia nak korek pasir, dia kontra ajalah dia sanggup percuma. Cuma masalah kita adalah birokrasi ini tadi. Jadi itu tadi dan seterusnya saya nak menyentuh VOT P.13, P.13, muka surat dia ada beberapa Kod Projeklah saya rangkumkan sekali Projek P.K 1 dalam muka surat 231 dan juga P.K 2 lah, P.K 1 dan P.K 2, dua-duanya adalah berkenaan dengan projek banjirlah. Yang pertama Tebatan Banjir Batu 10, eh Tebatan Banjir Batu 10, yang keduanya sistem saliran. Naik taraf sistem saliran di Batu 16 dan ketiganya retrofit di Sungai Raya yang ini saya sekadar nak mendapatkan kemas kini sebab saban tahun kita nampak Alhamdulillah ada bajet diperuntukkan tetapi saya juga nak tahu sekarang ini progress atau tahap kemajuan projek ini dah sampai mana. Jadi itu sahaja, terima kasih.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ini short and simple aje untuk setiap satu perkara yang dibangkitkan dan saya tidak bangkit dalam perbahasan peringkat dasar. Saya ingin bertanyakan, membangkitkan satu perkara pertama P.K 6, 06003 Pembangunan Kesihatan Awam. Soalan pertama adalah berkenaan dengan SELCARE di mana kelulusan terhadap program-program ataupun permohonan ILTIZAM Selangor sihat ini amat lambat, sangat-sangat lambat. Saya tak tahu dah sama ada peruntukan ini boleh digunakan sepenuhnya kalaulah ia nya tidak dapat digunakan sepenuhnya maka saya mohon kerajaan untuk semak adakah disebabkan oleh kelewatan untuk memberi kelulusan kerana ada ramai yang bertanya, dah dihantar berbulan bulan lamanya tetapi sehingga sekarang masih belum lagi diluluskan. Jadi saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor berkenaan dengan apa ini program ILTIZAM, Selangor Sihat. Begitu juga dengan P.K 16 Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor di bawah 16001,
Pembinaan Loji Rawatan Air Labohan Dagang Kuala Langat sebanyak RM4,000,000.00 diperuntukkan.
Amaun ini saya kira agak besar juga, tetapi saya juga ingin bertanya kerana memandangkan LRA ini adalah sangat penting untuk rakyat Kuala Langat dan LRA ini dirasmikan kita lihat kualiti bekalan air ia termasuk tekanan air di kawasan kita ini semakin bertambah baik. Jadi saya ingin bertanya, apakah yang akan dilakukan untuk tahun 2023 di bawah peruntukkan RM4,000,000.00 ini yang akan memastikan bahawa pembangunan ataupun kualiti perkhidmatan air di Kuala Langat ini akan dapat diperkembangkan dan saya seperti biasalah kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Dengan adanya WCE dengan adanya banyak projek pembangunan yang akan datang ke Kuala Langat, LRA ini akan memainkan satu peranan sangat-sangat penting. Jadi kita perlu pastikan RM4,000,000.00 ini digunakan sebaik mungkin untuk kebajikan rakyat. Satu P.K 17, Projek Khas Negeri 17007, apal Korek Seri Banting. Ini saya memohon Yang Berhormat Tanjung Sepat sebab saya terbaca daripada laporan akhbar bahawa akhirnya selepas berkali dipanggil dalam Sidang Dewan ini Kapal Korek Seri Banting yang terletak di DUN Dengkil ini akhirnya akan diberi nafas baru, tetapi saya lihat di sini RM10.00 token sahaja.
Jadi saya ingin bertanya, adakah kerajaan bagaimanakah caranya untuk kerajaan memastikan pembangunan kapal korek Seri Banting ini akan dapat dirancakkan pada tahun depan kerana saya berharaplah siapa-siapa yang ada pegawai di pelapor boleh catatlah kerana bagi saya ini adalah satu perkara yang sangat-sangat menarik. Potensinya sangat memang, memang ada potensi itu kalau kita tengok di Youtube memang ada ramai setiap kali pergi ke situ dan inilah satu-satu kapal korek yang ada di Negeri Selangor. Kalau saya tak silap yang keduanya adalah di kawasan Tanjung Tualang, Perak. Tak akanlah kita kalau kita kata pusing Selangor dulu memanglah ini pusing Selangor dulu, nak tengok kapal korek tak payah pergi ke Perak, datanglah ke Banting, datanglah ke Kuala Langat atau Sepang. Seterusnya, Tuan Speaker, P.K 18, ILTIZAM Selangor Penyayang, Kesedaran Kenegaraan di bawah 18005 diberi satu peruntukan yang cukup besar RM10 juta saya kira ini adalah sesuatu yang rasa tak pernah tengok dan baca pada tahun lepas ataupun tahun-tahun sebelum ini. Saya pun berharap untuk mendapatkan pengisiannya. Apakah yang kita nak lakukan dengan kesedaran, kenegaraan ini. Adakah ia nya dibuat melalui pendidikan? Adakah ia nya dibuat melalui pembangunan? Adakah dibuat melalui program dan sebagainya. Apakah yang kita nak rancang dan buat ini kita memohon supaya perkara ini diberi perinciannya dan sekiranya tidak ada perincian saya rasa kita bolehlah ambil perbahasan-perbahasan yang ada pada sepanjang tempoh perbahasan ini, Persidangan ini sebagai permulaan.
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh juga tentang P.10, Program Penguatkuasaan Hutan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, P.10, P.K 606001, Penguatkuasaan Hutan kita difahamkan bahawa Hutan Simpan Kuala Langat Selatan ini telah pun diberi permit kegunaan kepada PKPS dan juga pekebun untuk
mengusahakan tanaman kontan. Masalah yang sekarang dihadapi ialah satu perkara yang baik. Masalah sekarang yang dihadapi adalah masih ramai lagi penduduk kampung yang ada di situ menganggap bahawa aktiviti yang dilakukan oleh mereka ini merupakan satu bentuk pencerobohan. Mereka tak tahu lagi. Jadi saya mohon penguatkuasaan diadakan sekiranya telah timbul dimeterai perjanjian, ada permit dan sebagainya, kelulusan dan sebagainya. Maka perlulah kita menjalankan sedikit program ataupun tindakan penguatkuasaan sekiranya ada siapa yang merosakkan tanaman kontan ini ataupun tempat-tempat yang dikhususkan ini atau telah dikhususkan ini dalam perjanjian, maka perjanjian perlulah diberi teguran ataupun tindakan undang-undang. Paling-paling kurang pun kena pasanglah satu papan tanda dan senaraikan sapa-sapa yang terlibat dalaman terlibat keluasan dia mana dan sebagainya supaya tidak ada menimbulkan kekeliruan di situ. Tuan Speaker P12 cabutan kerja raya Negeri Selangor memang panas, cabutan ini 01400 JKR Kuala Langat 01401 Memasang lampu jalan dan lampu isyarat di Daerah Kuala Langat RM400 Ribu Ringgit. Kita lihat sepintas lalu saya rasa kita boleh bersetuju pada 1 perkara 1 soalan mengapakah setiap daerah ni diberi amaoun yang sama saya kira ada daerah ni sebenarnya memerlukan peruntukan yang lebih besar. Ada yang mungkin tak memerlukan peruntukan yang begitu besar tapi nampaknya JKR ni meletakkan satu apa ni...one size fits all dengan izin satu kali daerah peruntukan yang sama saya kira ni mungkin sesuatu yang baik tapi untuk kuala langat saya rasa kerajaan negeri perlu ambil maklum sebenarnya kesemua lampu isyarat yang ada di kawasan Kuala Langat ini adalah terletak di atas jalan persekutuan bukan jalan negeri. Mungkin kita perlu ambil makluman saya ingin memberi makluman dan bertanya kepada kerajaan sebenarnya banyak masalah kerosakan yang berlaku di kawasan Kuala Langat lampu isyarat ini menimbulkan kesusahan kepada rakyat, menimbulkan masalah pada rakyat. Salah satu contoh Yang Berhormat Pandan Indah persimpangan di kampung Jenjarum , sungai jenjarum kerosakan yang berlaku di situ kerosakan yang berlaku berhari-hari lamanya menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak diperlukan amat tidak diperlukan pada masa itu saya meminta keseluruhan peruntukan ini digunakan sebaik mungkin supaya JKR kuala Langat dia boleh stop pile dia jangan lah kata kalau ada kerosakan bila-bila dia rosak kena tunggu JKR Selangor HQ untuk membuat tempahan tunggu dua tiga hari cari spare parts sana sini barulah nak repair pas tu dua tiga hari...
Yang Berhormat Banting, boleh dapatkan mohon ..Yang Berhormat tadi mengatakan tentang peruntukan untuk lampu isyarat tu sangat sedikit dan sama rata hampir di semua daerah tapi pada saya dia sebenarnya tak cukup sebab banyak lampu-lampu isyarat yang ada di dalam Negeri Selangor ini kalau kita tengok pun dah sangat uzur dan menggunakan teknologi yang lama. Sekarang ni kalau kita tengok lampu-lampu isyarat di tempat-tempat di negeri-negeri yang lain dah menggunakan teknologi yang terkini, dia smart orang kata lampu isyarat smart traffic light yang ada di Kuala langat saya rasa di daerah Klang pun di daerah-daerah lain dia masih lagi menggunakan teknologi lama yang memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi kerosakan pun buat aduan
sedangkan dah ada lampu-lampu isyarat yang dia kalau rosak je automatik pejabat daerah dah tahu.
Itu sebabnya saya bertanya logik atau rasionalnya untuk JKR meletakkan satu amaoun yang sama setiap daerah, saya kira barangkali ada daerah yang sebenarnya lebih memerlukan dan ada daerah yang kurang memerlukan tetapi apa pun sekali kalau ini adalah apa yang dibekalkan 400 ratus ribu ringgit, maka gunakanlah sebaik yang mungkin ye.. saya tanya kepada Yang Berhormat dalam mendapatkan jawapan gunakan sebaik yang mungkin untuk memastikan sama ada lampu isyarat itu adalah lama punya sistem atau baru punya sistem canggih punya atau kurang canggih maka perlu ada apa ni spare parts alat ganti yang bersesuaian jangan tunggu satu atau dua tiga hari bila orang dah komplen banyak-banyak barulah kita nak ambil tindakan untuk mengatasi masalah itu jadi ini adalah untuk Kuala Langat juga untuk PK02 pk 2 membina jejantas dan jambatan 02401 membina jambatan bagi menyambungkan b124 di bandar jenjarom ke b340 di kampung sungai buaya di daerah kuala langat Selangor 10 ringgit token sahaja saya tak tanya berapa kali dah tetapi saya tak tahulah kenapa projek ini masih lagi belum naik ke ranking 10 lagi yang ke atas tu sebenarnya amat diperlukan sebagai satu strategi untuk meleraikan kesesakan lalu lintas di kawasan di daerah kuala langat. Kuala langat sekarang ada 2 jambatan sekiranya ini boleh dilakukan saya kira ia akan memberi kesan yang positif untuk meleraikan kesesakan lalu lintas di daerah kuala langat pada waktu pejabat. Seterusnya seterusnya PK04 menaiktaraf jalan 044401 menaik taraf laluan alternatif ke simpang ft 005ke kampung jenjarom ke jalan kebun 300 ribu ringgit diperuntukan, tetapi kita lihat Tuan Speaker ini adalah tajuknya menaik taraf bukan tampal jalan, tampal jalan tu adalah penyelenggara kalau naik taraf maksudnya melulus dulu 1 lorong sekarang dah 2 lorong, 300 ribu ringgit ni kita nak tahu saya kira jalan tu macam tak berapa naik taraf saya masih sama sahaja ada adalah tampal jalan. Jalan ini adalah satu kelemahan ialah selalu mendap kekurangan yang sangat kerap, jadi saya memohon kerajaan memberi perincian 300 ribu ringgit ini bukan satu amaun yang cukup besar nak naik taraf macam mana nak tahu juga..saya mohon dan mendapat jawapan dan ini adalah JKR .
Seterusnya jabatan , JPS sahaja banyak sudah tanya saya tak ulas saya nak jimat masa ni Jabatan Agama Islam saya tidak mencampuri urusan pentadbiran Cuma untuk baik pulih ye tuan speaker PK 4 surau 04011 baik pulih dan naik taraf surau hanya 500 ribu ringgit diperuntukan sahaja saya ingin bertanya kepada yang berhormat sungai kandis, saya difahamkan oleh ahli-ahli kariah di kawasan Surau Bandar Mahkota Banting dan juga Pekan Banting bahawa sebelum ini apabila surau ada fasiliti ataupun kelengkapan telekomunikasi yang mereka ni sewa kepada syarikat-syarikat mereka ni dapat menggunakan dana itu untuk menyelesaikan masalah infrastruktur yang ada di surau mereka apa yang berlaku selepas ini selepas itu tidak ada lagi keputusan dibuat untuk memastikan mensyaratkan bahawa segala sewa yang dibayar itu terus dibayar oleh JAIS dan mereka perlu memohon bukankah apa ni surau pihak pengurusan surau ini memerlukan satu bentuk ataupun fleksibiliti
sekiranya boleh mendapatkan sedikit dana daripada peralatan yang disewa supaya meraka boleh menggunakan wang itu untuk menjalankan sedikit sebanyak baik pulih yang mereka boleh lakukan dengan kos yang paling minimum tak perlu la melalui provokasi , tak perlulah meminta dari ahli majlis minta daripada adun daripada ahli parlimen dan mereka boleh menyelesaikan sendiri dan sekarang ini mereka perlu memohon nak buat toilet sikit-sikit kerja-kerja di dapur dan sebagainya mereka perlu mohon dan mereka perlu kutip derma daripada ahli-ahli kariah jadi saya mohon lah kalau boleh peruntukan ini dapat dipertingkatkan ataupun kita buat sesuatu yang baru di mana mereka bolehlah mendapat sedikit sebanyak peruntukan daripada wang tunai sewa yang mereka terima itu untuk tujuan penyelenggaraan dan naik taraf surau mereka. Ini adalah untuk JAIS seterusnya untuk perancangan bandar dan desa Negeri Selangor PK1 perancangan bangunan iaitu 01003 rancangan kawasan khas ini saya nak tanya ini satu ringgit pun takde. Saya ingin nak tanya berkenaan masa depan Pulau Carey yang mana kerajaan sudah pun ada wawasan yang cukup besar untuk memajukan pulay carey ini sebahagian projek yang besar di bawah rancangan Selangor ataupun IDRISS ye. Saya nak tanya sekiranya rancangan kawasan khas untuk kawasan ataupun Pulau Carey ini tidak dapat dimulakan pada tahun depan adakah bukan kah itu sesuatu perkara tidak begitu baik untuk pembangunan Pulau Carey saya mencadangkan sama ada kerajaan boleh memulakan sesuatu untuk Pulau Carey sekurang-kurangnya untuk memulakan kajian terhadap penyediaan satu rancangan kawasan khas RKK untuk Pulau Carey. Seperti apa yang saya kata kita perlulah sediakan payung sebelum hujan janganlah tunggu hujan barulah kita nak cari payung tu di mana.
Seterusnya PK2 perancangan dasar untuk perancangan bandar dan desa. PK02002 tapak warisan dunia saya juga untuk memohon peruntukan ini digunakan untuk membantu kampung sungai jarum yang baru-baru ini di bwah usaha pihak yang melibatkan pihak PBT untuk memohon menjadi tapak warisan dunia, jadi ini adalah sesuatu perkara yang saya rasa telah pun ada di bawah pengetahuan majlis bandar kuala langat dan saya pastinya kerajaan negeri boleh menolong dengan memperuntukkan sejumlah wang yang tertentu daripada peruntukan ini untuk pembangunan ataupun usaha pemohonan tapak warisan dunia untuk kampung sungai jarum yang terakhir tuan speaker adalah berkenaan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar P17717 PK 5 (tak jelas) penternakan lestari dan keselamatan makanan 30 ribu ringgit saya ingin bertanya kepada jabatan veterinar saya tak pernah sentuh pun jawapan veterinar tapi kali ini saya kena sentuh. Saya menerima aduan daripada aduan penduduk berkenaan dengan ladang ataupun penternakan khinzir yang ada di kawasan saya yang menyebabkan masalah pencemaran dan kacau ganggu di sebab kan oleh penternakan yang tidak lestari dan keselamatan makanan yang tidak terjaga. Saya memohon supaya jabatan veterinar ini untuk mengambil tindakan saya dapat aduan telah dibuat melalui sistem pengurusan pengaduan awam sispa tetapi feedback ataupun maklum balas yang diterima oleh saya ialah sekadar mereka akan berjumpa tama nasihat sahaja kalau sekadar nasihat dan berjumpa tu boleh mengatasi masalah saya rasa saya pun boleh buat, tapi saya memohon lah
jabatan veterinar cubalah menjalankan tindakan proaktif untuk membantu penternak ini bukan sahaja mengambil tindakan undang-undang tetapi membantu mereka supaya proses penternakan mereka itu lebih mesra alam sekitar lebih mesra penduduk dan lebih lestari, itu sahaja Tuan Speaker saya memohon menyokong usaha yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang sekian, terima kasih.
Terima kasih Banting. Siapa bunyikan telefon?. Sila padam ya, kalau tidak ia akan dirampas. Amaran yang terakhir. Siapa lagi yang nak berbahas silakan kalau tidak saya akan jemput pihak kerajaan. Ya, silakan Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker saya mula dengan muka surat 197 dengan PK4 sosial di bawah 04002 di pembangunan hal ehwal orang asli di mana 500 ribu ringgit telah diperuntukan saya ingin ucapkan tahniah syabas kerana Kerajaan Negeri Selangor tak pernah lupa orang asli di Negeri Selangor khususnya tentang hal ehwal pembangunan dan juga ekonomi status ekonomi mereka. Saya ingin tanya Kerajaan Negeri apa jenis projek-projek sebenarnya yang diminta oleh orang-orang kampung di Negeri Selangor adakahnya lampu jalan, rumah, kebun atapu apa-apa saya agak menarik kerana semasa saya jagi EXCO iaitu 5 tahun sebelum ini, kita tidak ada peruntukan yang besar seperti ini jadi peruntukan yang kita ada kita guna untuk memeta kampung-kampung orang asli. Bila kita jadi kerajaan Negeri Selangor kita dapati banyak kampung orang asli tidak ada peta di tidak di gazet separuh gazet setengah gazet dan sebagainya dan kita guna peruntukan semasa itu untuk buat pemetaan dan perizaban tapi sekarang kita ada pembangunan orang asli jadi itu soalan saya untuk EXCO kerajaan Negeri Selangor. Satu lagi perkara yang saya akan cuba sambung kalau boleh 20 , 30 saat adalah muka surat 198, di bawah PK 7 generasi muda dan sukan saya nampak EXCO belum masuk maka saya akan tangguh ucapan bahas saya sehingga hari Isnin..
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 6:30 petang dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari Isnin 5 Disember 2022 pada pukul 10 pagi. Dewan ditangguhkan
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)