Selangor · 16 March 2023
14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 470 turns · 39,717 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 pada 16 Mac 2023 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, selamat pagi. Sebelum kita mulakan persidangan pada pagi ini, saya ingin mengingatkan kepada semua untuk telefon dalam keadaan mode silent ya. Ada dengar tadi. Baik, saya persilakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Pembinaan Masjid Di SelangorQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah pembinaan dan kos pembinaan masjid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2006 hingga 2022.
Ya, Yang Berhormat Sungai Kandis.
Terima kasih kepada Tuan Speaker (Timbalan Speaker) dan juga Pandamaran yang bertanya tentang nyatakan jumlah pembinaan dan kos pembinaan masjid yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada tahun 2006 hingga tahun 2022.
Maklumat yang diberikan adalah bermula tahun 2019 hingga tahun 2022. Pembinaan bagi tahun 2019 adalah sebanyak 25 buah masjid yang menelan belanja sebanyak RM 57juta. Pada tahun 2020, pembinaan adalah sebanyak 19 buah dengan kos keseluruhan RM 47juta. Bagi tahun 2021, pembinaan adalah sebanyak 16 buah yang melibatkan Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos RM 46juta. Manakala bagi tahun 2022, pembinaan adalah sebanyak 18 buah iaitu 15 buah adalah melibatkan pembangunan dalam RMK-11 dan 3 buah melibatkan RMK-12 dengan kos RM 33juta. Keseluruhan peruntukan bagi empat tahun yang dinyatakan adalah melibatkan RM 185juta dan ini adalah maklumat yang telah diberikan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Baik, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kos pembiayaan pembinaan masjid-masjid itu bolehkah dinyatakan daripada sumber mana? Saya difahamkan mungkin ada pembabitan kerajaan negeri ataupun pihak-pihak yang lain. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.
Terima kasih Taman Medan yang memberikan soalan tambahan. Untuk makluman bahawa kos pembinaan masjid ini melibatkan pembiayaan daripada kerajaan persekutuan iaitu melalui Rancangan Malaysia Ke-11 ataupun Ke-12 yang disebutkan tadi dan ditampung oleh Kerajaan Negeri Selangor (sebahagiannya). Sekian, terima kasih.
Soalan berikutnya, Kota Damansara? Tidak hadir. Seterusnya Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 34.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Pelaburan Dalam NegeriQuestions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila butirkan FDI dan DDI yang berhasil daripada usaha Invest Selangor pada tahun 2022.
Tuan Timbalan Speaker, berdasarkan program misi lawatan penggalakan pelaburan ke luar negara dan pertemuan bersama pelabur yang berpotensi sepanjang tahun 2022. Antara cadangan projek-projek yang telah pun dikenal pasti adalah seperti berikut :-Bil. Industri Bil. Projek Berpotensi 1. Perkhidmatan Logistik 1 2. Tekstil 1 3. ICT / Gaming 1 4. Chemical & Petrochemical 2 5. Elektrik & Elektronik 1 6. Automotif 1 7. Mesin & Peralatan 1 8. Bioteknologi 2 9. Pertanian 1 10. Peralatan Perubatan 1 11. Minyak & Gas 1 12. Aeroangkasa 6 13. Tenaga Solar 1 14. Lain - lain 1
Jumlah
21 projek
Nama-nama syarikat yang berpotensi tidak dapat dinyatakan tanpa kebenaran daripada pihak syarikat. Terima kasih.
Soalan seterusnya Taman Medan.
Terima kasih YB Tuan Timbalan Speaker. Soalan Taman Medan nombor 35.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Perlaksanaan Insuran Am Selangor (INSAN) Dengan Mekanisme Patuh Syariah Atau TakafulQuestions
35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah jangkaan perlaksanaan Insuran Am Selangor (INSAN) berteraskan kaedah patuh syariah atau takaful bermula?
b)
Apakah ada mekanisme penukaran daripada kaedah konvensional kepada kaedah patuh syariah atau takaful untuk umat Islam yang telah menyertainya?
c)
Sejauh mana komitmen pihak kerajaan untuk dilaksanakan?
Tuan Timbalan Speaker, pelaksanaan Program Insurans Am Selangor (INSAN) berteraskan kaedah patuh syariah dijangkakan akan bermula pada bulan April 2023 tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian perkhidmatan dengan pembekal perkhidmatan takaful yang dipilih berikutan dari jemputan kepada empat syarikat takaful iaitu Zurich General Takaful Malaysia Berhad, Etika General Takaful Berhad, Takaful Ikhlas General Berhad dan Takaful Malaysia Berhad untuk menyertai permohonan sebut harga bagi perkhidmatan takaful tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan opsyen memilih antara kaedah konvensional atau takaful kepada rakyat. Pihak Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat kepada semua pandangan dan cadangan penambahbaikan kepada Program INSAN agar perlindungan insurans ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor komited untuk melaksanakan kaedah takaful bagi Program INSAN dalam masa yang terdekat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tersebut perlu melalui proses perolehan dan mengambil kira beberapa pertimbangan lain termasuk peruntukan dana bagi pelaksanaan Program INSAN mengikut kaedah takaful. Terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan tambahan.
Jeram.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma nak tanya golongan yang layak untuk memohon (apa nama itu) insurans tersebut dan berapa peratuskah daripada jumlah rakyat Negeri Selangor yang akan menerima manfaatnya? Terima kasih.
Kerajaan Negeri telah pun membeli kuota 6 juta untuk keseluruhan rakyat Selangor (6 juta rakyat Selangor) yang kelayakannya dari segi umur 30 hari selepas kelahiran sehingga 80 tahun. Dia perlu
adalah dilahirkan di Selangor iaitu IC nya (kod IC 10 ataupun 41, 42 dan 43) dan juga ataupun dia bukan dilahirkan di Selangor (bukan anak Selangor) tetapi dia beralamat di Selangor iaitu kita berdasarkan kepada alamat di dalam kad pengenalan. Dan itu adalah yang asas. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Baik terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya tentang perkara ini. Apakah pelaksanaan Insurans Am Selangor (INSAN) dengan mekanisme patuh syariah atau takaful ini juga telah dibentuk satu struktur ataupun panel yang menjadi pemantau ataupun penasihat kepada proses pelaksanaannya? Kerana kita tahu bahawa ini perkara yang begitu perlukan penelitian dan juga garis panduan yang begitu jelas agar tidak tersasar dan terbabas daripada prinsip yang telah ditetapkan dalam perkara tersebut. Terima kasih.
Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat.
Saya maksudkan begini. Adakah dibentuk juga ataupun dilantik pakar-pakar yang berkaitan dengan proses pelaksanaan yang agar ianya betul-betul mengikut kaedah patuh syariah?
Sebenarnya kalau insurans takaful itu, itu dah mematuhi syariah. Pendaftarannya tak ada cara syariah untuk pendaftaran dan pendaftaran adalah begitu mudah. Sekarang ini kita dah ada jumlah yang berdaftar adalah 3.58 juta dan kita ada masa lebih kurang dalam 7 bulan lagi untuk melengkapkan dia (untuk Program INSAN yang sedia ada). Jadi apabila kita laksanakan pada kalau kita putuskan untuk dilaksanakan syariah pada April ini, maka mereka yang telah pun daftar di bawah INSAN (bukan syariah) bagi umat Islam kalau nak tambah lagi yang syariah ini bererti dia akan untuk sementara waktu ini dapat dua perlindungan. Tapi selepas ini kita akan pastikan setiap orang hanya dapat satu perlindungan sama ada secara konvensional ataupun secara takaful. Dan pendaftaran kita adalah begitu mudah melalui handphone, melalui aplikasi Web Pay ataupun melalui web juga boleh diguna tapi kita menggalakkan menggunakan Web Pay kerana kita dengan menggunakan handphone maka sijil itu boleh dimuat turunkan secara langsung di atas handphone kita. Itu akan memudahkan proses untuk membuat tuntutan apabila berlakunya kematian ataupun kehilangan keupayaan yang kekal. Terima kasih.
Seterusnya Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Nombor (soalan saya nombor 36).
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Bantuan Pemakanan Sihat Untuk Anak-AnakQuestions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada kanak-kanak?
b)
Bagaimanakah kaedah pemantauan kesihatan anak-anak dibuat setelah mengikut program bantuan ini?
c)
Berapakah peruntukan dan penerima yang terlibat?
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya, Tuan Timbalan Speaker. Dan Yang Berhormat Lembah Jaya bertanya mengenai Program Bantuan Makanan Sihat Untuk Kanak-kanak.
Tuan Speaker, golongan kanak-kanak memang merupakan aset penting dan pewaris masa depan negara. Justeru, pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental golongan ini merupakan perkara yang perlu diberi keutamaan oleh pihak kerajaan. Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam telah melaksanakan inisiatif bantuan nutrisi makanan kanak-kanak yang dikenali sebagai Anak Selangor Anak Sihat atau ASAS bermula pada tahun 2021. Pada tahun 2021 melalui ASAS, kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah memberikan pek nutrisi asas yang mengandungi susu formula yang khas dan multivitamin kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah yang mengalami masalah kekurangan zat makanan di kalangan golongan miskin bandar di 8 DUN yang terpilih.
Golongan kanak-kanak yang menerima pek nutrisi ini ialah seramai 500 orang penerima telah dipantau selama 6 bulan dan diambil ukuran tinggi dan berat secara bulanan untuk melihat perkembangan tumbesaran mereka. Data daripada laporan menunjukkan perkembangan yang positif di mana golongan kanak-kanak ini telah
mengalami peningkatan dari segi ketinggian dan berat sepanjang mengikuti program ini.
Program ASAS bagi tahun 2021 adalah program rintis dan pada tahun 2022 program ini telah dibuat penambahbaikan dari segi pek nutrisi yang diberikan dan juga bilangan penerima. Bilangan penerima dinaikkan kepada 720 orang yang dibahagikan kepada dua cohort di mana setiap cohort akan mengikuti program ini selama lima bulan yang menjadikan jumlah keseluruhan program ini berjalan adalah selama 10 bulan. Kanak-kanak yang terpilih dalam Program ASAS tahun 2022 ini telah menerima pek nutrisi yang mengandungi bahan seperti berikut :-
a) Susu formula; b) Makanan berkhasiat berasaskan bijirin; c) Multivitamin; d) Biskut whole meal; dan juga e) Snek berasaskan buahan dan yogurt setiap bulan.
Manakala pelaksanaan Program ASAS 2023 akan melibatkan pemberian pek permulaan asas bagi 50 penerima bagi setiap DUN dengan jumlah keseluruhan 2,800 penerima. InsyaAllah penerima manfaat dan juga penganjuran Karnival ASAS di sembilan daerah yang akan melibatkan 56 DUN. Melalui Program Karnival ASAS ini, penerima manfaat termasuk ibu bapa dan penjaga akan diberikan pendedahan kepada penyediaan makanan bernutrisi pada harga yang berpatutan oleh tukang masak yang diiktiraf. Selain itu, 56 hab ASAS atau Pusat ASAS akan ditubuhkan di 56 DUN untuk digunakan sebagai tempat untuk aktiviti pemantauan dan juga untuk memastikan kelestarian Program ASAS ini dalam jangka masa panjang. Dari segi pemantauan, pihak Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) akan dilibatkan untuk mengambil data berkaitan tinggi dan berat penerima manfaat. Di samping juga turut memantau berkenaan penyediaan makanan dan lain-lain. Pihak SUKA akan dilatih dan dibekalkan dengan modul khas berkaitan Program ASAS ini. Kanak-kanak yang terlibat juga diberikan akses kepada pakar nutrisi dan pakar perubatan bagi mengambil analisa tentang keadaan semasa penerima dari segi berat badan, tinggi, cara pemakanan dan maklumat lain. Selain itu, ibu bapa atau penjaga terlibat juga akan diberikan akses kepada pakar nutrisi secara atas talian bagi sebarang pertanyaan berkaitan pola pemakanan kanak-kanak terlibat.
Yang Berhormat Lembah Jaya juga bertanyakan tentang aspek pemantauan bagi kanak-kanak yang mengikuti Program ASAS ini. Untuk makluman Yang Berhormat selaras dengan era pendigitalan dan menuju ke arah Smart Selangor, Kerajaan Negeri dalam perancangan pengintegrasian kaedah pemantauan tahap perkembangan kanak-kanak dari aspek ukuran berat, tinggi, sejarah pemakanan dan cara pemakanan melalui aplikasi SELANGKAH. Data-data ini boleh diakses oleh penerima manfaat program bagi tujuan pemantauan kendiri. Data juga akan di analisa secara menyeluruh untuk memantau keberkesanan program dan juga memberi maklumat
terperinci tentang perubahan anthropometrics penerima. Meneruskan agenda Iltizam Selangor Sihat, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 500,000 bagi pelaksanaan Program ASAS untuk tahun 2023 dan anggaran jumlah penerima manfaat seperti saya sebut tadi adalah 2,800 kanak-kanak di seluruh Negeri Selangor. Sekian.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
Saya mohon Yang Berhormat EXCO menjelaskan kaedah pemilihan peserta sama ada peserta itu melalui screening dahulu sebelum mereka dimasukkan dalam program. Yang kedua, apa berlaku selepas tempoh 6 bulan mereka mengikuti program ini? Kerana disebut tadi kita mahu perkara ini dilestarikan (sustainable). Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Memang bila kita memilih DUN-DUN tertentu itu maka penduduk ataupun kanak-kanak dijemput untuk datang untuk buat screening, barulah kita memilih siapakah yang bakal menerima (siapakah yang akan menerima manfaat) ini. Jadi saya sebutkan tadi bahawa mereka yang ada ciri-ciri malnutrisi sama ada daripada ketinggian dan juga berat badan. Mereka inilah yang akan dipilih untuk menerima manfaat ini.
Soalan kedua ialah apa yang berlaku. Jadi pada 2021 memang kita menyediakan pek makanan yang kita fikir terbaiklah sebenarnya mengikut, apa ini orang kata jadual yang telah diberikan oleh KKM (JKNS). Kita pilih pek-pek tertentu. Namun selepas 2021, kita menyedari bahawa sekiranya kita nak ada sustainability (kelestariannya), kita tidak boleh teruskan dengan memberi pek-pek makanan ini kerana kita hanya mampu memberi macam saya sebut tadi 10 bulan. Selepas itu, what happen next. Itu sebabnya kita sambung dengan program seterusnya, kita mengurangkan pek makanan itu dari segi harganya. Namun kita masukkan kali ini dengan memberi pendidikan kepada ibu bapa dan penjaga bagaimana untuk memberi makanan pemakanan yang berzat dengan mengambil kira harga yang tidak tinggi. Jadi kalau kita terus memberi susu itu memang high apa ini orang kata, itu sangat mahal dan memang tidak mampu kita untuk meluaskan lagi program ini. Jadi dengan penambahbaikannya untuk 2023 ini Yang Berhormat, kita dapat buat untuk 2,800 kanak-kanak. InsyaAllah.
Soalan seterusnya Bukit Lanjan. Tidak hadir. Berikutnya Jeram.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 38.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Pembangunan Belia Dan SukanQuestions
38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar-dasar baru dibuat atau diperkenalkan oleh YB Exco Belia dan Sukan dalam memikul tanggungjawab sebagai Exco pada penggal ke 14 ini?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Jeram. Apakah dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan oleh Jawatankuasa Belia dan Sukan sepanjang tempoh penggal ke-14? Yang paling ketara sekali adalah yang Dasar Belia Selangor 2020 iaitu yang paling ketara daripada segi dasar, dari segi program banyaklah kita buat. Dari segi Dasar Belia Selangor merupakan dasar yang telah kita perkenalkan untuk kita merangkakan pembangunan belia positif yang lebih holistik dari peringkat individu belia hingga ke peringkat pemegang taruh.
Dasar ini adalah merupakan Dasar Belia 2020 yang bertindak sebagai manual ataupun yang memandu hala tuju pembangunan belia di samping ia juga akan berfungsi sebagai penimbang tara kepada status program permohonan belia semasa. Ini kerana keupayaan program pembangunan belia memacu belia sebagai rakan pembangunan adalah dicerminkan oleh dasar dipandu.
Yang Berhormat Jeram, di antara paling signifikan dasar belia ini adalah kita memenuhi mengisi gap yang telah dilopongkan oleh Menteri Belia dan Sukan sebelum waktu zaman Yang Berhormat Syed Saddiq dulu. Waktu zaman Syed Saddiq dulu Yang Berhormat, dia telah menurunkan umur belia daripada 35 kepada 30 yang mana menjadikan kelompongan di kalangan belia di antara 30 hingga 40 itu. Kalau sekarang belia 35 (masih dianggap belia). Malah kebanyakan di kalangan belia kita ini berkahwin selepas umur 30 (kebanyakkan). Takkan kita nak kata dia kahwin umur tua? Jadi dengan sebab itulah di antara signifikan Dasar Belia 2020 ini adalah dalam masa Federal waktu itu menurunkan had umur kepada 30 ke bawah, Selangor mengisi definisi di antara 30 hingga 40. Apa yang di dalam dasar ini adalah mereka yang berumur 15 hingga 30 kita sebut sebagai belia. Mereka yang berumur antara 30 sehingga 40 kita sebut sebagai belia dewasa dan mereka yang berumur 40 ke atas kita sebut sebagai dewasa.
Effect daripada dasar tersebut membolehkan mereka yang berumur 40 tahun ke bawah membawa e-hailing menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri sebab kita tafsirkan mereka 35/40 ke bawah ini sebagai belia. Ini antara signifikan yang paling kita penuhi. Jadi Dasar Belia ini banyak Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat masih ingat kita bahas dalam sidang yang lalu.
Selain dari dasar belia itu, kita juga akan kita telah dalam merangka, membuat pelan permohonan belia Selangor iaitu pelaksanaan ataupun syarah kepada Dasar Belia 2020 itu. Jadi, tapi malangnya pelan pembangunan ini masih dalam proses kajian dan saya rasa tidak sempat untuk kita bentangkan dalam sidang yang ini. Ia merupakan pelan jangka panjang yang melaksanakan ataupun yang syarah kepada Dasar Belia 2020 tersebut. Jadi InsyaAllah pelan permohonan belia Selangor ini akan di bentang oleh kerajaan yang baru nanti. InsyaAllah setelah pilihan raya dan kita harapkan dasar ini dapat membantu menggerakkan belia-belia di Selangor kita ini.
Yang Berhormat Jeram, di antara kehendak kita sebenarnya adalah kita nak mewujudkan dasar ataupun enakmen penggerak belia. Itu sebenarnya kita nak di situ. Tetapi kita masih mencari jalan bagaimana nak wujudkan satu entiti ataupun undang-undang yang boleh mengumpulkan semua persatuan-persatuan belia di Selangor ini. Sebagaimana saya jawab dalam jawapan semalam, kita pernah menubuhkan draf enakmen penggerak belia Selangor tetapi Jabatan Peguam Negara pada waktu itu tidak bersetuju dengan enakmen kita di atas dasar kononnya bercanggah dengan peruntukan undang-undang di peringkat persekutuan. Jadi kita mencari jalan lagi untuk buatkan satu entiti baru untuk kita kawal gerakan persatuan belia kita di Selangor ini. Itu saja Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Jeram.
Terima kasih Timbalan Speaker. Dasar itu boleh tak kita, pandangan sayalah, dasar itu boleh tak dijadikan dasar 2021 ke? Sebab 2020 kita memang PKP. Setahun memang kita tak keluar. Jadi tak mungkin dasar itu telah dilaksanakan. Dan bilakah dasar itu mula diperkenalkan? Seperti mana yang dikatakan pemberian bantuan e-hailing dan sebagainya. Terima kasih.
Dasar tersebut diluluskan pada tahun 2021 tetapi kita namakan Dasar Belia 2020 sebab kajian itu bermula pada tahun 2020. Statistik yang kita dapat adalah statistik pada tahun 2020 sebab itu kita namakan Dasar Belia 2020. Adapun kalau nak rebranding balik pada dasar yang baru, saya ingat kita serah kepada kerajaan yang baru nanti ataupun EXCO yang baru nanti untuk dia memikirkan sama ada nak rebranding ataupun
membawa Usul dalam Dewan ini untuk penjenamaan balik nama tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan berikutnya, Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Bukit Melawati nombor 39.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Naik Taraf Simpang Jalan Teluk Piah Kanan Kuala SelangorQuestions
39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah kemalangan yang dicatatkan di simpang ini?
b)
Bilakah naik taraf Jalan Teluk Piah Kanan di Kuala Selangor akan dilaksanakan?
c)
Berapakah peruntukan yang diperlukan bagi proses naik taraf ini?
Yang Berhormat Speaker, izinkan saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Pandan.
Pandan Indah?
Pandan Indah. Sorry. Yang Berhormat Bukit Melawati bertanyakan mengenai jumlah kemalangan yang dicatatkan di Simpang Teluk Piah Kanan Kuala Selangor ya.
Kerja-kerja maklum balas oleh PDRM adalah jumlah kemalangan di kawasan itu daripada 2018 hingga 2022 adalah 100 orang :-
TAHUN BILANGAN (ORANG) 2022 34 2021 24 2020 26 2019 5 2018 11 JUMLAH 100
Kerja-kerja reka bentuk dan penyediaan dokumen tender bagi Projek Menaik Taraf Jalan di Simpang 4 Persimpangan Jalan Kereta Api Lama, Jalan Teluk Piah Kanan, Jalan Rawang B27 Kuala Selangor dijangka bermula pada Januari 2024 dengan melantik pihak perunding dan jangkaan untuk kerja-kerja pembinaan bermula adalah pada Januari 2025 dengan tempoh pembinaan selama tiga tahun.
Kos yang dianggarkan bagi Projek Menaik Taraf Jalan di Simpang 4 Persimpangan Jalan Kereta Api Lama, Jalan Teluk Piah Kanan dan Jalan Rawang B27 Kuala Selangor adalah sebanyak RM14,400,000. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 40.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Iltizam Anak SelangorQuestions
40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah syarat wajib Iltizam Anak Selangor boleh diperluaskan kepada anak-anak serta ibu bapa yang lahir di negeri berhampiran dan bersempadanan dengan Negeri Selangor?
Kota Kemuning? 40.
40.
Tuan Timbalan Speaker, minta maaf atas... Untuk makluman, Program Iltizam Anak Selangor ini mengguna pakai
syarat yang telah ditetapkan menerusi MMKN iaitu anak-anak yang lahir di Negeri Selangor. Syarat ini juga telah diselaraskan dengan mengambil kira jumlah peruntukan yang telah disediakan sebanyak RM 3 juta sahaja dan untuk 30,000 permohonan sahaja. Walau bagaimanapun, usul kelahiran di negeri bersempadan ini mungkin boleh dikaji semula untuk penambahbaikan program ini pada masa akan datang. Terima kasih.
Tambahan.
Sungai Pelek.
Minta maaf ya. Kena dikaji semula untuk kawasan seperti Sepang dan lain-lain daerah yang tak ada hospital besar ni. Kalau tidak, ini akan merupakan satu ketidakadilan.
Saya sebenarnya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Pelek. Bukan saja di kawasan seperti di sempadan di kawasan Sepang. Juga seperti Sabak Bernam dan juga kawasan di PJ yang mana anak kelahirannya adalah luar daripada Negeri Selangor. So maka seperti mana yang saya telah menyatakan perkara ini akan dikaji untuk menambahbaikkan program di masa akan datang. Terima kasih.
Soalan berikutnya Sungai Panjang. Tidak hadir. Seterusnya Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 42.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Geran Perpaduan SelangorQuestions
42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dalam Geran Perpaduan Selangor?
b)
Berapakah jumlah permohonan Geran Perpaduan yang diluluskan setakat ini?
Terima kasih YB Permatang yang bertanya mengenai Geran Perpaduan Selangor. Tuan Speaker, soalan ini akan dijawab bersekali dengan pertanyaan mulut nombor 70 daripada YB Kota Damansara bertajuk ‘peruntukan RM 300,000 Program Perpaduan untuk NGO - Bajet 2023’. Sebagai makluman semua Ahli Yang Berhormat, Geran Perpaduan Kita Selangor adalah inisiatif kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan bagi mengukuhkan agenda perpaduan melalui pelaksanaan program-program advokasi dan kempen yang berterusan dalam masyarakat yang mempunyai aneka kepelbagaian khususnya di Selangor.
Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM 300 ribu telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor khusus diberikan kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan program-program dan aktiviti kempen berkaitan perpaduan agar mesej dan advokasi perpaduan dapat terus disampaikan secara berterusan dan memberikan impak yang baik kepada masyarakat.
Agihan peruntukan tersebut diberikan kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga Badan Bukan Kerajaan khususnya yang beroperasi di Selangor melalui pengisian borang permohonan yang lengkap berserta cadangan program berjumlah RM 10,000.00 ke RM 20,000.00 untuk setiap permohonan, melibatkan kumpulan sasaran dari pelbagai kaum dan haruslah bertepatan dengan salah satu tema perpaduan yang disenaraikan iaitu Perpaduan dalam Pendidikan iaitu Perpaduan dalam Sukan, Perpaduan dalam Aktiviti Sukarelawan, Perpaduan dalam Seni Kebudayaan, Patriotisme dan Kenegaraan dan Pembendungan Diskriminasi atau lain-lain bidang yang bersesuaian dengan tajuk ini.
Sepanjang tempoh permohonan dibuka pada 9 Januari 2023 hingga 20 Januari 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 397 jumlah permohonan daripada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan NGO. Sebanyak 30 permohonan telah di senarai pendek selepas melalui tapisan dan dijemput hadir ke Sesi “Pitching” untuk penilaian seterusnya yang dinilai secara terus oleh para juri yang dilantik. Antara kriteria yang dinilai dalam sesi pitching tersebut ialah berkenaan objektif program yang harus menyentuh aspek perpaduan secara khusus dan sasaran peserta mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Daripada 30 cadangan program yang dinilai di dalam sesi pitching, sebanyak 19 permohonan telah terpilih untuk menerima Geran Perpaduan ‘Kita Selangor’ bagi tahun 2023 dengan nilai pemberian geran yang dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penilai Geran.
Kerajaan Negeri turut menaikkan peruntukan kepada RM 400,000.00 daripada RM 300 itu untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjayakan pelaksanaan geran ini
melalui 19 penerima geran yang telah dipilih ini yang akan menggerakkan agenda perpaduan melalui program-program yang telah dicadangkan.
Berkenaan baki peruntukan geran, sehingga kini tiada lagi baki peruntukan bagi program Geran Perpaduan tahun 2023 dan peruntukan sedia ada yang saya sebut tadi dalam tindakan penyaluran oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kepada 19 penerima geran tersebut. Terima kasih.
Tambahan.
Sungai Pelek.
Terima kasih. Isu Perpaduan merupakan isu yang sangat-sangat penting dan mustahak. Hasil di negara yang majmuk yang rencam kaum dan sebagainya. Dan malanglah sudah merdeka lama tetapi nampaknya perpaduan masih tidak kukuh di negara kita. Usaha Negeri Selangor sepatutnya di pujilah. Apakah pandangan EXCO yang, Yang Berhormat Tun Dr. Mahathir semalam kata kan nak membuat satu sidang khas untuk orang Melayu dan mereka, beliau katakan di bawah Kerajaan yang berbilang kaum multiracer tidak akan menjaga kebajikan kepentingan dan tidak akan mencari penyelesaian untuk orang Melayu, apakah pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Pelek, saya sebenarnya sangat tidak bersetuju kerana Kerajaan yang sedia ada sekarang menjaga semua kebajikan semua rakyat. Kalau kita tengok di Negeri Selangor dari mula lagi 2008, apabila kita mengambil alih program-program kita menjaga kebajikan rakyat mengikut kelayakan mereka. Bukan bangsa dan agama. Dengan sendirinya apabila kita menjaga kebajikan, menjaga kepentingan semua orang, kaum yang paling ramai menerima manfaat ini adalah kaum Melayu. Ya dan oleh itu saya tidak bersetuju kerana saya fikir kita, dia sudah ketinggalan zamanlah. Minta maaf walaupun beliau sudah banyak berjasa tetapi isu ini masih lagi dimainkan bagi saya untuk kepentingan politik apa ini parti-parti politik tertentu. Kerana mereka tahu kaum Melayu adalah kaum majoriti. Sekiranya isu ini dimainkan, isu ini boleh disentimenkan, maka mereka akan dapat undi terbanyak daripada kaum Melayu. Itu sahaja bagi saya. Mengenai bagaimana cara jalan yang pintas untuk mendapat kuasa tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang dalam negara kita, bila kita tidak menjaga semua rakyat dengan mengikut kelayakan mereka. Tidak pernah dinafikan bahawa semua program-program yang melibatkan kaum Melayu bagi saya tidak dipinggirkan, ia tidak pernah rasa saya diabaikan. Cuma kita tidak boleh terus menerus menyuapkan kepada orang Melayu yang mereka lemah, yang mereka sentiasa memerlukan pertolongan, yang mereka ini ketinggalan. Sebenarnya kita ada ramai orang Melayu yang sudah berjaya tapi tidak menunjukkan mereka. Dalam mana-mana negara, apabila satu populasi itu menjadikan populasi majoriti, maka tentulah yang majoriti itulah yang tampak paling orang kata dari segi statistiknya
adalah yang tercorot sebab dia paling ramai. Tetapi kalau kita lihat dari segi peratusan mungkin DOSM boleh mengeluarkan dari segi percentage intra-etnik itu perlu kita kaji. Mungkin tidak jauh beza daripada kaum-kuam lain. Sekian terima kasih
Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat EXCO tadi, tentang bahawa peruntukan habis. Dan juga kita faham bahawa Geran Perpaduan ini pertama dimulakan. Isu Perpaduan sangat penting, bukan sahaja penting tetapi kritikal, very-very critical dengan izin. Baik di pusat mahupun di negeri. Saya mencadangkan, saya mencadangkan kalau bolehlah ya, kalau boleh kita tambahkan, tambahkan peruntukan. Sekarang ini kali pertama kita berjumpa dan terkejut, tiba-tiba dan habis dah. Saya harap sangat boleh di pertimbangan dari Yang Berhormat EXCO boleh ditambahkan geran ini special untuk tahun ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Damansara, yang sebenarnya Geran untuk Perpaduan Jawatankuasa Perpaduan adalah satu juta. Yang RM 300 ribu itu hanya untuk Geran Perpaduan yang kita bagi kepada NGO Persatuan dan sebagainya. Jadi RM 400 ribu kita gunakan untuk NGO dan sebagainya. Kita ada lagi RM 600 ribu untuk program-program yang boleh dilaksanakan oleh Majlis Perpaduan Integrasi Negeri Selangor dan kita juga ada lagi satu Program iaitu Duta Perpaduan yang melibatkan semua DUN untuk melantik seorang Duta Perpaduan mereka akan dilatih dan mereka perlu melaksanakan program-program di akar umbi. Jadi sebenarnya keseluruhan apa ini peruntukan untuk perpaduan adalah satu juta Yang Berhormat. Yang RM 300 ribu itu untuk geran kepada NGO-NGO dan Persatuan-persatuan. Terima kasih.
Sebelum soalan berikutnya, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran staff dan sukarelawan daripada DUN Seri Serdang. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang. Selamat datang. Baik soalan seterusnya Bandar Utama.
Terima Tuan Speaker. Soalan saya nombor 43.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Prestasi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS)Questions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) merupakan satu acara yang sangat penting sebagai platform dalam mengembangkan ilmu dan rantaian perniagaan. Sila nyatakan prestasi SIBS yang terkini dan adakah terdapat sebarang transformasi ke arah lebih maju berbanding SIBS yang lepas?
Tuan Timbalan Speaker. Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) telah mula dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2015 dan dikenali sebagai Selangor International Expo. Selepas 2 tahun penganjurannya, ia telah dijenamakan semula sebagai Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor atau dengan izin Selangor International Business Summit apabila beberapa program tambahan dianjurkan serentak iaitu Selangor Smart City & Digital Economy Convention dan Selangor ASEAN Business Conference dengan izin. SIBS 2022 telah berjaya dianjurkan pada bulan Oktober tahun lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan merangkumi 6 program utama iaitu Selangor International Expo (F&B) yang ke-8, Selangor International Expo (Medic) yang ke-2. Selangor Industrial Park Expo (SPAK) yang ke-2, Selangor ASEAN Business Conference yang ke-6, Selangor Smart City & Digital Economy Convention yang ke-7 dan Selangor R&D and Innovation Expo yang ke-3.
Kejayaan penganjuran SIBS dapat dilihat dengan rekod penambahan jumlah pelawat, pempamer dan juga jumlah nilai transaksi berpotensi hasil pertemuan dan perbincangan pelawat dengan pempamer di Sidang Kemuncak berkenaan. Untuk makluman, SIBS 2022 telah mengumpulkan sebanyak 906 gerai pameran, meningkat hampir dua kali ganda dari jumlah 459 gerai pameran SIBS 2021. SIBS 2022 juga telah menerima sejumlah 44,343 orang pelawat sepanjang 4 hari acara berlangsung, meningkat sebanyak 74.5% dari jumlah 25,410 orang pelawat pada tahun 2021. Dari data yang telah didapati semasa acara berlangsung, 75% daripada pelawat tersebut juga adalah pelawat perdagangan atau dengan izin trade visitors. Di samping itu, jumlah nilai transaksi berpotensi yang telah direkodkan pada penganjuran SIBS 2022 juga meningkat iaitu berjumlah RM1.45 bilion berbanding dengan hanya RM217 juta pada tahun sebelumnya. SIBS 2022 juga telah berjaya menghimpunkan para usahawan, pelabur, wakil persatuan perniagaan dan perdagangan, para ilmuwan, ahli ekonomi serantau serta pengurusan tinggi agensi kerajaan dari dalam dan luar negara. Secara keseluruhannya, sebanyak 10 negeri di Malaysia dan 60 negara telah menyertai Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022. Kejayaan SIBS 2022 juga boleh dilihat secara objektif di mana usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosi dan meletakkan nama negeri ini sebagai gerbang Asia Tenggara di persada antarabangsa telah berjaya. Penjenamaan ini penting oleh kerana persaingan negeri Selangor untuk menarik pelaburan dan perniagaan untuk
kesejahteraan negeri ini, bukan dengan negeri-negeri lain di Malaysia tetapi dengan negara-negara di rantau ini. Persaingan itu penting, persaingan di antara negara-negara serantau dengan negeri-negeri lain.
Atas kejayaan besar pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor pada tahun ini. Namun, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan mementingkan kesinambungan kejayaan program anjuran negeri agar ianya menjadi menanda aras bagi program-program lain. Beberapa penambahbaikan bagi penganjuran untuk tahun 2023 telah dikenal pasti, antaranya program-program utama dan program sampingan SIBS 2023 supaya lebih menarik dan relevan dengan perkembangan semasa industri berkenaan. Contohnya SIE (Medic) akan turut memperkenalkan segmen teknologi perubatan atau dengan izin medical technology berdasarkan peningkatan permintaan selepas pandemik. Dua, mensasarkan lebih banyak penyertaan negara luar di SIBS 2023 agar ianya menjadi salah satu program terbesar di rantau ini. Ketiga, menjemput penceramah ekonomi terkenal dunia dan tetamu kehormat negara-negara di rantau Asia Tenggara termasuk menteri-menteri di dalam persidangan serantau Selangor ASEAN Business Conference agar persidangan tersebut dapat menarik lebih ramai peserta dari luar negara. Keempat, menyaring para peserta pameran terutamanya bagi pameran Selangor International Expo (F&B) untuk memberikan lebih fokus kepada para usahawan yang bersedia untuk bersaing di pasaran luar atau export-ready. Ini dapat menjamin kualiti pempamer dan barangan yang dipamerkan untuk dinilai oleh para pelawat perdagangan yang hadir ke pameran tersebut dan seterusnya menaikkan nilai transaksi berpotensi. Dan kelima, meningkatkan usaha-usaha promosi dan penjenamaan SIBS 2023 di dalam dan luar negara menerusi lawatan, penerbitan dan penyiaran iklan agar mendapat sambutan, penyertaan dan kejayaan yang lebih besar pada penganjuran tahun ini. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambahan.
Ijok.
Terima kasih Timbalan Speaker. Keadaan ekonomi dunia tidak stable. Baru-baru ini kita nampak bank di Amerika ada masalah, Silicon Valley Bank dan juga yang terkini saya dapati bahawa salah satu bank yang terbesar di Switzerland pun ada masalah, Suisse Credit . Jadi saya nak tanya Yang Berhormat EXCO adakah masalah ini di dunia bank-bank jatuh, masalah ekonomi terjejas tentang rancangan Negeri Selangor untuk majukan ekonomi kita?
Ya. Tuan Timbalan Speaker, memang kita keadaan krisis ekonomi dan sebagainya. Tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan kan kita untuk menunggu dan melihat. Saya buat perumpaan ya. Dalam perlumbaan
kereta car racing, apabila ada suatu yang bahaya di hadapan maka ada petugasnya akan menaikkan bendera merah, memberi amaran. Ada kebahayaan di hadapan. Jadi ia tiga jenis pelumba, sikapnya berlainan. Yang berhati-hati, dia akan melambatkan kelajuan keretanya. Yang sederhana dia akan melihat, dia akan mengekalkan kelajuannya. Yang berani, dia akan lihat ini adalah peluangnya. Maka sementara orang mengekal kelajuan atau melambatkan kelajuan dia memecut tapi berhati-hati dan pada masa ini dia akan dapat overtake. Itulah yang sikap kita ambil, walau banyak krisis tapi di dalam krisis, kita mencari peluang kita melihat orang tak berani kita berani ke depan. Saya rasa itulah satu sikap yang positif yang berani, yang patut kita ambil untuk memastikan kita boleh berjaya memperoleh kejayaan dalam keadaan krisis ini. Terima kasih.
Tambahan.
Sungai Pelek.
Terima kasih. Memandangkan trade war perang perniagaan antara negeri China dan Amerika, nampaknya berterusan, tak nampak ada ending jadi kita percaya kemungkinan besarlah ada perniagaan dan industri di negeri China, kerana nak mengelakkan perkara ini mungkin akan berpindah ke negeri lainlah termasuk Malaysia. Dan memandangkan kestabilan politik telah dicapai baru-baru ini, apakah pandangan, apakah Selangor ada pelan yang tertentu untuk menarik pelabur daripada negeri China ataupun menggalakkan mereka berpindah ke Negeri Selangor? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Pelek. Tuan Speaker, pada masa ini memang kita memerhatikan yang perang perdagangan ini trade war ini masih berlanjutan dan juga kita telah melihat bukan sahaja pelabur daripada China sendiri tapi pelabur daripada negara-negara lain termasuk daripada Taiwan daripada Hong Kong dan termasuk dari negara barat khususnya daripada Amerika Syarikat. Mereka juga telah pun beralih. Mereka memberi perhatian ataupun penumpuan kepada Asia Tenggara dan disinilah kita nak cari peluang kita bersaing dengan negara seperti Vietnam dan juga Thailand terutamanya untuk mendapatkan pelaburan khususnya dalam bidang perkilangan ini. Ini peluang kita, sebab itu kita lah dibawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, kita telah pun melawat Taiwan dan juga ke Jepun untuk memujuk supaya mereka datang ke Malaysia bukan pergi negara-negara yang bersaing dengan kita. Dan ini adalah bagi saya seperti yang saya sebutkan tadi contoh tadi dalam keadaan inilah kita merebut, dalam keadaan ini kita merancakkan lagi langkah kita, sebab itu kita telah melancarkan semalam insentif-insentif untuk IDRISS. Insentif-insentif untuk Managed Industrial Park dan dalam keadaan sekarang ini bukan sahaja pelabur daripada China, dia melihat pada Asia Tenggara tapi juga pelabur daripada Amerika Syarikat. Sebab mereka juga kerana mereka ada masalah juga untuk mengeksport barang mereka ke pasaran negeri China. Jadi juga ada sekatan. Jadi mereka terpaksa mencari tempat yang berkecuali. Jadi Malaysia dalam
politik, geopolitik kita sentiasa mengekalkan kita yang berkecuali. Maka itu menjadi, menjadikan Malaysia destinasi yang popular dan di Amerika Syarikat juga pembekal mereka khususnya dalam elektronik. Pembekal utama mereka daripada Taiwan dan mereka telah pun mengenakan satu syarat kepada Taiwan yang dinamakan sebagai Taiwan plus one apa kilang yang ada di Taiwan menjadi pembekal kepada Amerika Syarikat mereka juga perlu mewujudkan satu kilang di luar Taiwan yang sama. Kita sedang mencari peluang dan saya boleh mengatakan bahawa roundtable yang kita adakan di Jepun dan juga Taipei dan juga pelabur-pelabur berpotensi yang kita temu menunjukkan minat yang amat besar. Cuma kita perlu menyediakan satu suasana yang mesra kepada peniaga. Sistem kita sendiri, insentif kita sendiri dan juga proses permohonan untuk membina kilang umpamanya. Proses untuk mendapat KM macam mana, proses nak dapatkan pelan macam mana, berapa tempoh yang perlu diambil dan cabaran seperti harga tanah ia nilai tanah tinggi di Selangor. Bagaimana kita mengatasinya, sebab itu kita memperkenalkan insentif supaya pembayaran untuk premium apabila mereka tukar syarat bagi guna tanah itu dapat ditempohkan bagi meringankan beban pada pemaju dan juga beban kepada pelabur-pelabur ini. Jadi saya nak beli jaminan bahawa dasar Kerajaan Negeri Selangor adalah sentiasa mengalu-alukan pelaburan yang membawa akan membawa kebaikan tapi mengurangkan kesan-kesan seperti kesan kepada alam sekitar dan sebagainya ke Negeri Selangor. Itu adalah dasar Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Dengkil.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 44.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Capaian Internet Di Seluruh Mukim Tanjung Dua Belas 2 (BANTING) Dan Pulau MerantiQuestions
44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah terdapat rancangan bagi membangunkan infrastruktur lebih banyak bagi meningkatkan serta membaiki capaian Internet di kawasan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Akhirnya dapat juga hadir pada pagi ini. Untuk maklumat Yang Berhormat Dengkil, menerusi pelan JENDELA, penambahbaikan infrastruktur digital yang dilaksanakan secara berfasa
akan memberikan pengalaman yang sama rata di kawasan bandar dan di luar bandar. Sehingga suku ketiga 2022 bagi Parlimen Sepang yang merangkumi mukim Tanjung Dua Belas 2 (Banting) dan Pulau Meranti telah pun mencatatkan sebanyak 99.52% liputan 4G di kawasan berpenduduk. Sehingga 31 Disember 2022, status Perancangan Projek JENDELA Fasa 1 2020 -2022, terdapat 49 buah menara baru telah siap beroperasi di DUN Dengkil iaitu Mukim Tanjung Dua Belas 2 Banting dan Pulau Meranti dan sebanyak 416 tapak telah pun siap dinaiktaraf. Pelaksanaan JENDELA ini akan terus digiatkan melalui inisiatif JENDELA Fasa 2 bagi memastikan impak pelaksanaannya dapat dinikmati oleh rakyat secara berterusan. Melalui Digital Nasional Berhad (DNB), kerja-kerja perancangan dan integrasi 5G telah pun dimulakan di daerah Sepang. Sehingga 22 Februari 2023, terdapat 218 tapak telah diperuntukkan bagi pembangunan rangkaian 5G bagi di daerah Sepang. Sebanyak 123 tapak telah boleh menikmati capaian rangkaian perkhidmatan 5G dan berbaki 95 tapak di dalam proses integrasi rangkaian dan perancangan. Dengan pelaksanaan pembangunan rangkaian 5G ini sekali gus ianya akan membantu mempertingkatkan capaian Internet di kawasan tersebut.
Kerajaan Negeri juga mendapati terdapat 38 kawasan di dalam Negeri Selangor yang berada di dalam lingkungan blind spot iaitu kurang atau tidak mendapat capaian Internet yang memuaskan. Jumlah kawasan mengikut daerah adalah seperti berikut.
Daerah Bilangan kawasan Klang 1 Kuala Langat 1 Hulu Langat 1 Gombak 2 Petaling 2 Sepang 3 Kuala Selangor 8 Sabak Bernam 9 Hulu Selangor 11 Jumlah 38
Oleh yang demikian, satu inisiatif akan dilaksanakan bagi meningkatkan servis kualiti (quality of service) capaian Internet untuk mengatasi masalah blind spot tersebut. Inisiatif ini akan dijalankan melalui kerjasama oleh pihak SKMM, Smartsel dan syarikat telekomunikasi.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel Sdn. Bhd. (Anak syarikat Menteri Besar Pemerbadanan) sedang giat menjalankan projek pembangunan rangkaian Internet untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Jabatan Perancang Bandar Desa (JPBD). Projek ini dijalankan melalui kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih bagi lokasi sasaran naik taraf infrastruktur fiber dan
membekalkan kemudahan Internet berkelajuan tinggi di perpustakaan desa, balai raya dan pusat komuniti yang sekali gus membantu mempertingkatkan sosioekonomi setempat.
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Rancangan Selangor Pertama (RS-1), sedang melaksanakan beberapa inisiatif seperti Sabak Bernam Development Area (SABDA) dan Jalur Lebar Industri (JALIN) yang akan membantu perkembangan teknologi dan keperluan Internet berkelajuan tinggi yang diperlukan di kawasan luar bandar. Sekian.
Soalan tambahan.
Dengkil.
Yang Berhormat EXCO, saya sering kali mendapat aduan daripada pengguna tentang menarik taraf fiber. Fiber optik di kawasan-kawasan kampung. Sebab pihak TM, sekiranya tiada permohonan yang melebihi 10 ataupun lebih daripada itu mereka tidak mahu untuk memasang tiang baru untuk lay kabel baru untuk sampai ke jalan-jalan, lorong-lorong yang dalam. Adakah pihak Kerajaan Negeri boleh membantu menekan supaya syarikat TM ini dapat menyediakan infrastruktur tiang-tiang fiber optik ini lebih meluas?
Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Sila bagi kawasan tersebut, saya akan bincang dengan EXCO yang berkenaan iaitu daripada Pandan Indah yang hari ini tak hadir, sebab ini merupakan portfolio beliau. Bagi saya kawasan dan akan bincang dengan TM atau dengan mana-mana pihak komunikasi supaya kita bekerjasama untuk lay fibre cable ini di kawasan tersebut. Sekian.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih, Banting juga teruja untuk bertanya memandangkan soalan pokok ini ada berkaitan dengan tempat yang pada di kawasan Kuala Langat, Mukim Tanjung 12. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO kerana isu ini telah pun dibangkitkan di dalam Dewan. Sudah banyak kali sudah sekian lama tetapi masalahnya masih belum lagi diatasi sepenuhnya. Saya bukan kata tidak ada, ada, tetapi ialah agak lambat. Saya ingin bertanya, apakah hala tuju ataupun perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk kita melonjakkan pemasangan ataupun mencapai atau mendapat capaian kelajuan Internet malahan 5G coverage dengan izin, yang lebih luas dan lebih berkualiti tinggi di kawasan Mukim Tanjung 12. Sama ada Mukim Tanjung 12 satu ataupun Tanjung 12 dua. Sebab di kawasan Kuala Langat ada dua mukim, mungkin Tanjung 12 satu dan mungkin Tanjung 12 dua. Kalau kita lihat Yang Berhormat, kalau kita lihat peta yang ada di JENDELA. Daerah Kuala Langat ini seolah-olah satu blind spot cukup besar. Klang
ada, Puchong ada, Kemuning ada, Sepang pun cantik juga, Dengkil pun okay juga sebab dekat dengan Cyberjaya, tapi Kuala Langat ini macam satu blind spot yang cukup besar. Saya berharap kita boleh menyiapkan infrastruktur ini secepat mungkin supaya apabila IDRISS datang semuanya boleh siap sedia dan pelabur akan melabur dengan hati yang ceria.
Boleh, soalan tambahan.
Saya belum jawab lagi. Biar saya jawab. Yang Berhormat Banting ini merupakan wakil rakyat yang sangat senior dalam Dewan. Sepatut tahu masalah yang kita hadapi. So ini di bawah Kerajaan Persekutuan ya sebelum tu, ia memang ada masalah sangat bergantung pada Syarikat Komunikasi yang sedia ada. So kita langsung tak ada control sebelum itu, saya kata sebelum itulah, tapi sekarang dan okay lah. Kita akan bekerja sama syarikat yang berkenaan supaya memastikan bukan setakat di Klang Valley tapi juga setiap kawasan Kuala Langat, kita dapat capai Internet yang lebih luas terutama 5G yang akan datang. Dan saya akan bincang dengan EXCO yang berkenaan, ini bukan portfolio saya sekarang. Dulu ya, sekarang di bawah infra di bawah daripada Pandan Indah. Sekian terima kasih.
Boleh soalan.
Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Masalah internat ini ialah amat penting pada masyarakat sekarang. Saya hendak tanya Kerajaan Negeri Selangor, ada tak satu rancangan atau plan untuk memberi internet coverage kepada seluruh Selangor? Di kawasan saya, saya dahulu telah dibangkitkan tiada internet. Parit Mahang, Bukit Cherakah, bila kita ada program kesihatan. Kerajaan hendak siapa register online baru mereka dapat layanan. Pendidikan pun sama. Jadi saya harap-harapkan lah Kerajaan sekarang memberi priority sebab now is the age of AI. Jadi saya harapkan Kerajaan Negeri Selangor ada rancangan cepat untuk memberi. Tempat saya 1G pun tiada. Sekarang nak buat 5G. Itu yang kelakarnya. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, saya pun sangat mengharap-harapkan ya, semua kawasan Selangor dapat mencapai internet bukan setakat 4G tapi 5G. Tapi saya sudah bagi tahu Yang Berhormat, ini di luar bidang kuasa kita sebelum itu. Sebab ini kita tiada kuasa langsung untuk menentukan sebab TM dan juga ini semua di bawah Pusat. Sekarang telah berubah. Sekarang kita akan bekerjasama dengan Pusat supaya kita memastikan dan kita beritahu Yang Berhormat Ijok, di kawasan Kuala Selangor kita ada 8 kawasan blind spot. Apa makna blind spot? Kurang ataupun tidak mendapat mencapai internet...
Yang Berhormat EXCO, that is not excuse because ini masalah Persekutuan. Saya, I think Ahli-Ahli Dewan telah membangkitkan masalah internet, dah bertahun-tahun.
Ini juga yang saya harapkan
What is the role of Selangor State?
Okay. Okay.
For your children, for our masyarakat.
Memang saya support, no problem.
Mereka... masa PKP, anak-anak kita di Selangor handicapped by two years of education,
Ya. Betul-betul.
Kita sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, don’t depend on people...
Ya. Ya.
We have to have our initiative, think out of the box.
Yes. Yes. Yes. (Ketawa). So, saya bincang dengan EXCO berkenaan, portfolio. Ini bukan portfolio saya. Saya tidak boleh jawab untuk pihak EXCO yang lain. Saya hari ini jawab soalan untuk bagi pihak EXCO Infra. Terima kasih.
Baik. Soalan seterusnya. Sijangkang, tidak hadir. Seterusnya, Kuala Kubu Bharu.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya no.46
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Projek Pembesaran Kampung Melayu RasaQuestions
46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Status terkini Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa yang terbengkalai sejak tahun 2000 termasuk jumlah pembeli yang mempunyai geran tanah dan kerja-kerja infrastruktur.
b)
Adakah kawasan seluas 32,391 ekar merupakan hakmilik individu? Jika tidak, nyatakan keluasan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Kuala Kubu Baru yang bertanya tentang Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa. Saya ingin memaklumkan bahawa projek ini terbengkalai sekian lama ya. Ia nya telah dibuat keputusan memberi pembesaran ini sejak dari tahun 2000 lagi tetapi ia tertangguh dan belum ada kaedah penyelesaian dan modus operandi nya sama juga kepada 7 kampung-kampung yang terbengkalai di seluruh negeri Selangor.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Puan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 21/2022 telah pun membuat keputusan dan telah menimbang dan meluluskan menimbang dan meluluskan cadangan penyelesaian Projek Pembesaran Kampung Melayu. Tetapi elok, saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa projek ini sebenarnya telah projek yang diambil oleh satu kontraktor iaitu Litar Jaya Sdn. Bhd. yang telah pun dibubarkan. Dan selepas itu tiada produksi dan tiada perunding yang sudi untuk mengambil bahagian dalam menyelesaikan perkara ini. Saya mengambil tanggungjawab ini, saya telah pun memberikan ataupun mengasingkan apakah isu-isu sebenar yang berlaku dalam pembesaran kampung ini. Maka kita lihat sebenarnya, pada dasarnya kegagalan Projek Pembesaran Kampung ini adalah ia mana sebidang tanah yang diniatkan oleh Kerajaan untuk memberikan kepada rakyat pada ketika itu (pada tahun 2000) tidak dilantik pemaju yang sepatutnya. Jadi yang diserahkan lot-lot tanah sahaja. Jadi tanah telah diberimilikan secara tidak teratur tetapi selepas itu apabila kita lihat lot-lot yang dinyatakan pada ketika itu hasratnya hendak diberikan kepada 168 lot tetapi akhirnya 109 rumah sesebuah yang ingin diberikan, 52 unit rumah berkembar, 70 unit rumah kedai tetapi akhirnya terbengkalai. Tetapi sekarang ini kita telah pun mengatur dan mengasingkan isunya, maka keputusan MMKN yang saya bacakan tadi kelulusan secara pemberimilikan tanah Kerajaan kepada 71 orang pemohon bagi tujuan bangunan kediaman dan bangunan perniagaan. Setelah kita melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor telah melalui beberapa proses memahami dan sebagainya 71 telah datang tampil ke hadapan. Dan kita dapat konduksi kelulusan penyusunan semula kawasan Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa adalah untuk kita fokuskan kerana 102 plot sahaja kerana nama-nama ini sahajalah yang mempunyai atau telah pun diisytiharkan rasmi. 31 plot yang telah ada diberimilik hak milik selepas kita
tawarkan ataupun buka proses maka 71 lagi datang. Maka 102 plot telah pun dirasmikan dan diberikan pemilikan oleh MMKN.
Yang ketiganya, kita menyediakan penyediaan infrastruktur asas yang diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor. Maksudnya kali ini, kerajaan tidak lagi membiarkan. Hanya memberi plot-plot tanah. Bila kita bagi plot tanah ada rumah yang telah dibina tetapi tiada kemudahan asas. Kemudahan asas tu apa? Jalan, elektrik, STP dan sebagainya tidak disediakan. Tetapi kali ini Lembaga Perumahan telah pun mengambil tanggungjawab dan kita telah pun membuka projek ini kepada 2 syarikat dan insyaAllah jika tiada aral melintang. 2 syarikat akan memulakan, salah satu daripada mereka akan melaksanakan projek ini mulai Jun 2023 ini.
Keduanya, untuk makluman Yang Berhormat Puan, selepas penyusunan semula kawasan Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa, terdapat baki tanah Kerajaan seluas 10.01 ekar. Maka, tanah ini telah diluluskan secara dasar selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 21/2021, 2022 melalui kertas ringkasan MMK. No. 24/21/2022 untuk diberimilik kepada pihak yang menyediakan.
Maksudnya Pembesaran Kampung Melayu Rasa ini dulu, 102 ini bertabur. Yang ada pemberimilikan asal yang 31 itu ada di sini ada di sana. Tetapi kita ambil balik, yang mana belum buat rumah kita kumpulkan ke satu bahagian. Jadi ada baki 10 ekar tu kita kosongkan. Jadi dengan ini, kosong ini, apa ini, penyelesaian telah dibuat dan kita akan bagi kepada pihak yang akan membuat, apa kata menyelamatkan projek ini. Jadi dia berhak membangunkan tanah di sebelah. Dengan pemberimilikan harga yang setimpal dengan projek yang mereka selamatkan. Itu jawapan saya Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kuala Kubu Baharu.
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah kerja-kerja infrastruktur ini yang akan dijalankan dibayar oleh kerajaan ataupun dibayar oleh pembeli rumah?
Kalau untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya sebahagian pembeli telah pun menyiapkan rumah sendiri. Tetapi mereka hanya ada pemberian tanah dan siapkan rumah sebahagiannya. Lain tu ada yang tiada rumah. Tetapi yang kita buat ini, kita lantik kontraktor tadi adalah pemaju adalah untuk menyediakan infrastruktur asas. Bila infrastruktur tu telah pun dilihat berapakah kosnya, kita Kerajaan bayar dalam bentuk kontra tanah di sebelah. Jadi secara langsungnya memang Kerajaan Negeri biayailah kos tersebut. Tetapi secara tidak langsung ia dapat menyelesaikan masalah. Pembeli tidak mengeluarkan apa-apa kos.
Tinggal lagi Pembeli yang belum buat rumah sendiri kita tiada tanggungjawab untuk membuat rumah mereka. Yang bertanggungjawab, Kerajaan Selangor hanya bertanggungjawab menyediakan infrastruktur asas yang patut disediakan oleh Pemaju. Terima kasih.
Soalan seterusnya Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan Pelabuhan Klang No.47.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Hijrah SelangorQuestions
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah peserta Hijrah Selangor mengikut DUN?
b)
Adakah Kerajaan Negeri dapat membekalkan maklumat-maklumat peserta Hijrah kepada semua DUN?
Batu Tiga.
Sekejap Yang Berhormat.
47.
47. Okay, terima kasih. Minta maaf saya terlepas ini. Untuk makluman Jeram, berapakah jumlah peserta Hijrah Selangor mengikut DUN?
Pelabuhan Klang.
Minta maaf, Pelabuhan Klang. Jeram pula. Sebab semalam dia kacau saya kan, hari ini saya pun teringat Jeram lagi ya. Itu nasib baik tidak bawa dalam mimpi kan. Okay, Pelabuhan Klang. Panjanglah kalau saya hendak bacakan. Jumlah keseluruhan sehingga 28hb Februari 2023 jumlah adalah seramai 57,739 orang peminjam Hijrah yang telah pun mengambil bahagian dalam pinjaman-pinjaman yang ada. Kalau saya khusus untuk Pelabuhan Klang banyak sangat, yang terbanyak iaitu 1153 orang ya yang telah pun mengambil bahagian. Dan
seterusnya apakah Kerajaan Negeri dapat membekalkan maklumat peserta Hijrah Selangor kepada semua DUN? Insyallah, saya akan bekalkan kepada semua dan saya harap dengan adanya data-data ini nanti pihak Yang Berhormat bolehlah melawat mereka sebagaimana mereka pun sukses dan berjaya dalam perniagaan mereka. Dan bagi mereka yang belum ataupun tiada keupayaan ataupun menambah baik lagi perniagaan mereka, saya sarankan kepada semua Yang Berhormat untuk melihat apakah program-program di bawah Hijrah dan Pembangunan Usahawan untuk mereka meningkatkan sama ada daripada sudut pemasaran, digitalisasi, dari surut pinjaman tambahan ataupun dana-dana blueprint, dana usahawan mikro. Itu sahaja Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih
Soalan tambahan.
Seri Setia.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO. Kita tahu ramai Peminjam-peminjam yang tidak melunaskan hutang. Apakah tindakan Kerajaan Negeri? Sampai peringkat mana? Dan satu lagi, adakah EXCO ada jumlahnya? Berapa jumlah hutang yang tidak bayar?
Terima kasih. Ini soalan tambahan yang perlukan fakta ya. Jadi saya perlukan sedikit masa. Tetapi secara umumnya saya boleh sebut memang adalah yang tiada bayar balik. Tetapi apa yang dibuat oleh Hijrah adalah untuk memperkemaskan kaedah-kaedah kutipan. Selaras dengan dunia Digitalisasi ini kita telah pun mengubah kaedah kutipan untuk menggalakkan lebih ramai yang melibatkan e-wallet ini. Sekarang ini kita buat berperingkat. Dulu kita buat kutipan Ketua-ketua Cawangan pergi kutip satu persatu. Dan kebanyakan peminjam Hijrah ini,sebab kota tahu ada risiko sikit, sebab kita bukan buat pinjaman berkelompok. Kita buat pinjaman persendirian. Jadi ada peminjam-peminjam ini, ada juga yang rooming / bergerak dari satu tempat ke tempat yang satu tempat yang tidak dapat dikesan. Jadi kaedah yang kita gunakan selain kita melantik syarikat juga membantu kita mengesan mereka. Dan kalau tidak silap saya, daripada peratusan yang tidak bayar itu kita dapat kutip semula dalam 8-10%. Jadi agak rendah, memang susah untuk dikenal pasti mereka tetapi basically atau secara keseluruhannya saya ambil kira daripada 2018 hingga sehingga sekarang jumlah bayar balik atau pinjaman terlalu kecil iaitu tidak sampai 15%. Terima kasih
Soalan tambahan.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO dengan jawapan tentang
Hijrah tadi. Soalan Pelabuhan Klang tambahan, adakah pihak Hijrah akan ada perancangan ataupun program untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat swasta? Sebab saya lihat program Hijrah ini sangat baik dan ini antara program yang terbaik di negeri Selangor di mana ia dapat mengeluarkan ramai golongan keluar daripada kepompong dari kemiskinan. Itu yang maksud Hijrah tu. Memang kenalah program Hijrah ini. Adakah Kerajaan Negeri ini melantik bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan bekerjasama dengan pihak Hijrah pada masa akan datang?
Yang Berhormat Pelabuhan Klang, sebenarnya kita telah pun membuat usaha sama ini banyak kalilah. Banyak syarikat yang telah pun berjaya tetapi kali ini kita lihat terutama dalam projek-projek atau pinjaman-pinjaman RM100,000.00 yang telah pun dibenarkan. Kita ada syarikat-syarikat anchor, ya utama yang dilantik. Mereka ini akan meminjam beberapa peminjam-peminjam kita, contohnya 10 orang ataupun 20 orang untuk dibantu dalam industri itu ataupun perniagaan tersebut. Dan kita tengok minat sekarang ini lebih dari minat dan bimbingan dalam bentuk pertanian ya. Sebab itu i-Tani itu diwujudkan untuk kita bagi syarikat pemaju-pemaju ini. Bimbing mereka pun sampai 6 bulan untuk mereka faham kemahiran untuk menjayakan perniagaan mereka tapi dalam skala yang kecillah tidak semestinya RM 100, 000.00. ada RM 5,000.00 ada RM 10,000.00 ada juga yang RM 20,000.00 dalam kelompok atau anchor company yang kita lantik ini.
Tetapi kali ini kita lebih berhati-hati. Sebab itu dalam lantik anchor company ini juga kita mencadangkan ataupun kita mensyaratkan, mensyaratkan istilahnya yang lebih betul adalah mensyaratkan adalah mereka juga bertanggungjawab untuk orang kata jika berlaku apa-apa kepada peminjam itu, mereka bertanggungjawab untuk kaunseling dan juga memastikan pulangan semula itu dapat mereka sediakan bersama. Kalau tidak, dia akan ada risiko kepada Hijrah. Maknanya kadang kala bukan peminjam tu yang bermasalah, kadang-kadang anchor company itu yang bermasalah. Jadi untuk itu, kami telah ataupun pihak Hijrah telah pun memantau setiap bulan, saya sendiri kadang-kadang duduk dalam jawatankuasa tersebut untuk melihat prestasi syarikat-syarikat yang kita lantik. Terima kasih Pelabuhan Klang.
Tambahan.
Soalan seterusnya.
Tambahan.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Batik SelangorQuestions
48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini dan perancangan seterusnya untuk “Batik Selangor”? Bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh membantu usahawan batik di Selangor?
b)
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan industri batik diceburi anak muda, serta proses penghasilan batik menjadi lebih lestari alam?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Izinkan saya untuk menjawab sekali soalan nombor 91 daripada Yang Berhormat Rawang. Kerajaan Negeri melalui PADAT ataupun Perbadanan Adat Melayu Warisan Selangor telah memulakan langkah untuk memperkenalkan batik Selangor yang bermotifkan Bunga Tanjung dengan kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia cawangan Selangor. Motif Bunga Tanjung berkelopak 9 ini adalah simbolik bagi 9 daerah yang terdapat di negeri seterusnya menjadi identiti dan juga motif Negeri Selangor. Bagi memati, memastikan motif ini dibangunkan sebaiknya dan berkualiti, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Institut Kraf Negara yang bertempat di Taman Templer dan juga Karyaneka Malaysia. Hasil daripada kerjasama ini, batik Selangor telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 1 Disember 2022 yang lalu. PADAT selaku agensi warisan negeri dan seterusnya mewartakan mengisytiharkan motif Bunga Tanjung kelopak 9 adalah sebagai batik Selangor. Sebagai langkah permulaan untuk memperkenalkan dan mempromosikan batik Selangor ini, PADAT telah menyediakan dan mengedarkan kain batik Selangor ini kepada semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan juga Ahli Dewan Negeri yang dipakai untuk majlis-majlis rasmi kerajaan. Tahniah diucapkan kepada 3 kakitangan daripada Perbadanan Sepang, eh Perbadanan Sepang ataupun MPSp yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis MPSP Dato’ Muhammad, Dato’ Abdul Hamid Husin yang telah berjaya menawan Gunung Kinabalu bagi membawa dan mempromosikan batik Selangor dan berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Record pada 26 hingga 30 Januari yang lalu.
Satu garis panduan dan diperolehi daripada pemakaian batik Selangor untuk penjawat awam di Selangor sedang disediakan oleh PADAT dan dijangka akan dibentangkan
dalam masa yang terdekat, untuk membolehkan pemakaian batik Selangor dan diperluaskan kepada semula penjawat awam negeri ini. Khusus diperkenalkan batik Selangor ini adalah satu langkah yang tepat dalam menaikkan industri batik Negeri Selangor, dengan adanya identiti dan motif yang tersendiri. Bagi memastikan batik Selangor ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya mempertingkatkan ekonomi Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui UPEN dan PADAT akan bekerjasama dengan Kraf Tangan Malaysia cawangan Selangor bagi menyediakan latihan membatik secara tradisional teknik blok dan juga canting halus. Kepada kelompok sasaran yang bergiat dalam kegiatan kraf tangan di negeri ini. Iaitu melahirkan bakat-bakat baru khususnya di kalangan generasi muda. Program ini adalah satu program kaedah untuk mengelakkan daripada industri batik negeri dan seterusnya untuk menjadikan pemangkin dan seterusnya juga kepada penyokong industri batik khususnya di Negeri Selangor. Institut Kraf Negara di bertempat di Taman Templer Rawang pula, jadi, akan dijadikan sebagi pusat incubator bagi menghasilkan batik blok untuk batik Selangor. Kerajaan Negeri yakin dan percaya Institut Kraf Negara akan sentiasa meneroka teknologi-teknologi terkini yang menitikberatkan penjagaan kelestarian alam sekitar dan juga memilih bahan-bahan yang mesra alam. Seterusnya dengan usaha ini, pelatih-pelatih akan dapat nilaikan dan mengamalkan pembuatan batik yang mesra alam di masa akan datang. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Untuk mempromosikan batik Selangor ni, adakah rancangan untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk membenarkan Ahli-Ahli Dewan pakai batik masa bersidang? Sebab masa bersidang satu negara yang apa, di persidangan Ini is on television. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya rasa ini boleh dicadangkan dalam Dewan, jika diluluskan maka saya rasa tidak ada halangan untuk kita pakai pada hari Khamis dan sebagainya. Jadi sebagai mempromosikan membantu untuk memperkenalkan lagi batik Selangor di pada, kepada rakyat Negeri Selangor khususnya dan juga kepada Malaysia khasnya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kampung Tunku.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penerangan tadi. Saya ingin tak, so saya kira baik kerana ada usaha untuk memperkenalkan dan meluaskan penggunaan batik Selangor di kalangan penjawat awam. Tetapi adakah
terdapat langkah untuk kami promosikan batik Selangor kepada orang awam. Contohnya bagaimana kita dapat bersaing dengan brand seperti Kapten Batik dan sebagainya. Dan kedua berkenaan dengan alat canting. Saya difahamkan bahawa alat canting tu dia memang agak mahal dan susah untuk dibuat kerana menggunakan logam yang tertentu. Dan semasa event Tukang Selangor di bawah portfolio Yang Berhormat Kajang, ada satu part di mana dia membuat canting daripada kelapa sabut. Jadi, adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa rancangan ke arah itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Okay, usaha untuk memperkenalkan kepada masyarakat awam adalah menjadi agenda kita. Dan mana kita kena kenal pasti bahawa dalam pencantingan batik ini, pembuatan batik ini mempunyai beberapa kategori kualiti. Jadi adalah kemampuan kepada orang awam untuk membeli, bagaimanakah kualiti tersebut. Kalau kita lihat kualiti yang kita bagi kepada Yang Berhormat semua itu adalah daripada hasil tangan canting dan juga kain silk. Yang ini melibatkan ratusan harganya. Jadi kalau kita ingin mempromosikan, kami ada bercadang untuk mempromosikan, memasarkan melalui agensi-agensi kerajaan termasuk daripada muzium. Kita akan letakan di muzium-muzium untuk pemilikan bagi orang awam jika mahu membeli batik Selangor dan khususnya apa yang dicadangkan tentang peralatan itu kita dalam kajian. Kita tau dan kenal pasti bahawa menggunakan lilin dan juga alat besi tembaga ini peruntuk kos yang begitu tinggi. Jadi mungkin ada beberapa cadangan, dan kita dah buat bengkel lagi untuk memastikan bagaimana untuk menghasilkan batik yang berkualiti tetapi dalam kos yang agak rendah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tahniah pada Selangor yang telah pun mempunyai satu reka bentuk batik sendiri untuk rakyat Selangor. Jadi kita mahu supaya rekaan batik yang ada ini ataupun motif rekaan batik ini perlu dipelbagaikan. Jadi, adakah batik Selangor ini akan ada pelbagai rekaan-rekaan yang lain agar ia lebih menarik minat bukan hanya sepatut, bukan hanya perlu dipakai oleh para penjawat awam yang terpaksa pakai, tetapi ianya sepatutnya menarik, cantik dan diminati agar rakyat Selangor bangga untuk memakai batik Selangor ini. Jadi, apakah trademark batik Selangor ini yang, yang unggul, yang boleh dilihat bahawa bila memakai batik ini, inilah batik Selangor. Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Saya ingat Yang Berhormat Sementa harap maklum bahawa motif kita jelas iaitu Bunga Tanjung kelopak 9. Ini identiti tidak terdapat di mana-mana dalam Malaysia. Sebab itu kita buat dalam bentuk abstrak yang berbentuk corak yang tidak
fizikal. Maksudnya kita akan mengubah corak dan bentuk dari segi kualiti kainnya dan sebagainya mengikut cita rasa dan juga kelulusan yang telah ditetapkan. Jadi, kita juga berniat bukan sekadar mempromosikan batik tetapi juga dalam bentuk cenderamata seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Melawati semalam supaya kita besarkan lagi marketnya bukan sekadar batik mungkin dari segi cenderamata, beg tangan, tie, mungkin banyaklah perkara-perkara yang kita tengah bincang dan juga kita pastikan bahawa kualiti bentuk reka bentuknya juga akan berlainan. Sekarang pun kita dah bentuk menyediakan beberapa reka bentuk ataupun motif yang berlainan iaitu bagi penjawat awam, bagi untuk ahli majlis apa ni mesyuarat dan juga ADUN. Dan juga untuk orang awam kita telah menyediakan dan dalam masa sekarang ini kita tengah proses untuk memberi cenderahati kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri. Dan sekarang dah siap pun untuk Ahli Dewan Diraja serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Jadi antara proses untuk reka bentuk yang berlainan. Jadi kalau kita pakai identitinya tidak akan sama dengan orang lain dan kita pasti bahawa setiap motif itu mesti di kekalkan iaitu Bunga Tanjung Kelopak 9 sebagai identiti batik Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan
Kota Anggerik.
Baik Yang Berhormat EXCO, saya just nak tanya, ada tak usaha daripada pihak Kerajaan Negeri, kalau kita tengok misalnya dalam, dalam usaha kerajaan untuk mempromosikan batik Malaysia di, dipinda peraturan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membenarkan ahli-ahli parlimen di sana memakai batik pada hari Khamis misalnya. Jadi apakah ada usaha di peringkat Dewan Negeri Selangor melalui kerajaan Negeri untuk memberi kelonggaran ataupun memberikan apa kebebasan kepada Ahli-ahli Dewan ni memakai batik, khususnya batik Selangor dalam sidang Dewan nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Luar di bidang kuasalah kalau sampai ke parlimen tetapi walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya jika di parlimen membenarkan Ahli-Ahli Parlimen memakai batik, saya yakin dan percaya Ahli-Ahli Parlimen daripada Negeri Selangor akan menggunakan batik Selangor itu sebagai batik rasmi pada hari tersebut. Jadi, kami juga menyakin, yakin bahawa akan mendapat sambutan daripada semua golongan termasuk ahli-ahli parlimen. Jadi, saya harap yang ini juga satu cadangan yang baik yang boleh kita membantu mempromosikan batik Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan
Soalan seterusnya. Hulu Kelang
Soalan saya nombor 49.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Penglibatan 30% Wanita Sebagai Ahli Majlis PbtQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri memenuhi peruntukan sekurang-kurangnya 30% untuk diisi oleh Majlis PBT dalam kalangan wanita?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor telah pun mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Kurungan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan 1 2021. Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021. Berdasarkan pekeliling tersebut, antara kriteria utama pemilihan Ahli Majlis adalah dengan melantik 30% orang daripada kalangan kaum wanita daripada keseluruhan jumlah Ahli Majlis. Walau bagaimanapun, bilangan Ahli Majlis di kalangan wanita adalah bergantung pada pencalonan yang dikemukakan berdasarkan kriteria yang tak akan tanpa memilih sama ada calon lelaki ataupun wanita. Kerajaan Negeri Selangor akan terus komited dalam memastikan dasar ini dapat dicapai dari semasa ke semasa. Sekian.
Soalan Tambahan. Ada tiga tuan. Pertama.
Hulu Kelang
Saya tak berapa percaya kalau cakap macam itu. Sampai bila akan ada 30% kena ada konsepnya yang betul iaitu pasal lantikan politik. Lantikan politik pun kena dibetulkan. Saya ingat konsep lantikan politik ini tak boleh diguna dalam erti yang biasa. Sebab kalau tidak, tidak ada. Tidak ada yang tidak, tidak lantikan politik. Jadi kita kena atas dasar professionalism, kita kena start dekat dalam parti politik ataupun dekat mana-mana, based on merit, meritocracy. Jadi kalau kita design exam, is a management strategic planning always command, kita boleh test. Jadi saya mencadangkan bahawa kalau nak biarkan tak ada, tak ada change lah, memang perempuan teror macam mana pun, kalau kat, kat kawasan, kat cawangan, tak, tak dia tak pergi jauh. Jadi, bila dekat situ tak pergi jauh dia tak akan, dia last sebagai lantikan politik. Jadi saya harap benda ini difikirkan dengan lebih matang, sebab kita rugi tau, ramai orang perempuan ini dia otak dia cerdik daripada
kita, lelaki. Betul ya? Ha... tu, dua-dua orang tu dia happy. Tak apa lagi cerdik lebih baik. Ya kita nak cerdik, yang boleh dilantik. Baik, sekian terima kasih.
Baik Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Belum jawab lagi.
Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Sebelum saya menjemput pembahas, pertama pada pagi ini Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran 19 orang anak muda ke Dewan Negeri Selangor daripada DUN Bukit Gasing yang diatur oleh Yang Berhormat Bukit Gasing yang diketuai oleh Encik Denisse He Jun Xiang. Saya persilakan Pelabuhan Klang, lima minit.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih kerana memberi Pelabuhan Klang peluang untuk bersama terlibat dalam perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pada 13 Mac 2023 yang lalu. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sering kali mengingatkan kita semua rakyat Selangor tentang kepentingan supaya menjaga alam sekitar. Ini menunjukkan betapa serius dan sayangnya Tuanku terhadap alam sekitar. Tuanku mengingatkan kita supaya Negeri Selangor menjadi lestari dan hijau selari dengan pelbagai teknologi pembangunan yang menyokong penjagaan alam sekitar.
Tuanku juga mengingatkan semua agensi penguat kuasa kerajaan supaya memperkasakan undang-undang alam sekitar dan menguatkuasakannya secara bersepadu dan komprehensif tanpa rasa gentar dan tunduk kepada sebarang ancaman dan ugutan daripada pengkhianat-pengkhianat alam sekitar. Oleh itu, Pelabuhan Klang ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua kerana telah menyahut saranan titah Tuanku di mana telah mengadakan program penanaman 26 juta pokok Negeri Selangor bagi tempoh tahun 2022 sehingga 2026. Yang mana ianya telah dilancarkan oleh Raja Muda Negeri Selangor pada 24 September 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ini merupakan
ucapan terakhir saya di dalam Dewan Yang Mulia bagi penggal ini sebelum pembubaran Dewan Negeri Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang ke-15 yang mungkin akan diadakan pada bulan Jun atau Julai 2023. Oleh itu, Pelabuhan Klang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Agensi-Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri serta Daerah yang telah banyak membantu Pelabuhan Klang di dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Wakil Rakyat di kawasan DUN Pelabuhan Klang.
Yang pertama, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan ucapan tahniah juga kepada Tuan Ir. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Mantan Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS Negeri Selangor) yang sekarang ini telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang. Beliau bersama pasukan JPS Negeri Selangor dan Klang telah banyak membantu saya dalam mengurus dan menyelesaikan isu sistem perparitan dan saliran serta masalah banjir di kawasan DUN Pelabuhan Klang.
Kepada Jabatan Kerja Raya (JKR Negeri Selangor), saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah JKR Negeri Selangor, Tuan Ir. Haji Lokman bin Haji Nasir bersama pasukannya JKR Selangor dan JKR Klang yang telah banyak membantu saya dalam usaha memperbaiki kerosakan dan menyelenggara jalan-jalan raya dan lampu-lampu jalan di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Walaupun masih terdapat lagi banyak masalah infrastruktur jalan raya tetapi saya nampak, saya nampak dan saya lihat sendiri kesungguhan beliau dan pasukannya walaupun dalam serba kekurangan peruntukan kewangan tetapi berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh saya di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Tuan Haji teruskan usaha dengan lebih proaktif demi untuk keselamatan dan kepuasan hati-hati pengguna jalan raya di Pelabuhan Klang dan Negeri Selangor. Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Yang Berhormat Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin yang kini telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang sekarang Yang Berusaha Town Planner Puan Hajah Noraini binti Roslan serta pasukan MPK kerana telah banyak membantu pejabat saya menangani isu-isu berbangkit berkenaan permasalahan perbandaran di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Masih terdapat banyak lagi perkara dan aduan berkenaan isu perbandaran yang masih belum diselesaikan dan saya amat berharap supaya MPK akan terus komited berusaha untuk menangani masalah-masalah tersebut secepat mungkin.
Untuk Pejabat Tanah dan Daerah Klang yang diketuai oleh Pegawai Daerah, Yang Berusaha Tuan Shahman bin Jalaludin. Saya amat menghargai kerjasama yang telah diberikan dalam menangani isu-isu daerah dan tanah di DUN Pelabuhan Klang, walaupun masih terdapat banyak isu tanah dan daerah yang belum diselesaikan, saya amat berharap kita akan terus bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu tersebut. Seterusnya, saya mewakili seluruh masyarakat di kawasan DUN
Pelabuhan Klang ini yang penting di kawasan Pelabuhan Klang iaitu ingin menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih buat seluruh anggota Bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta yang bertugas di Fire Post Pulau Indah kerana sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dan boleh berlaku di kawasan Pelabuhan Klang. Sebagai contoh, seperti kejadian kebakaran besar yang saya tidak akan lupakan sehingga kini kebakaran besar serentak yang melibatkan tiga buah kilang yang pernah berlaku pada waktu tengah hari 6 Julai 2019 di kawasan Perindustrian Pulau Indah sehingga mengakibatkan tujuh anggota Bomba cedera semasa operasi pemadaman sedang dijalankan. Semasa kejadian hero-hero Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang inilah yang telah berjaya mengawal dan membawa keluar tong-tong gas ammonia seberat 1.5 tan di mana jika tong-tong gas ammonia ini terbakar dan meletup, ianya akan merebak sejauh 25 km dan berkemungkinan ia akan menyebabkan letupan yang besar sehingga boleh menjadikan Pelabuhan Klang di isytihar sebagai darurat gas beracun. Terima kasih abang-abang Bomba Pelabuhan Klang.
Seterusnya keamanan dan ketenteraman yang kita sedang kecapi dan nikmati pada hari ini adalah sebahagian besarnya disebabkan jasa dan pengorbanan pihak Polis Diraja Malaysia. Oleh itu Pelabuhan Klang juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Mantan Ketua Polis Daerah Klang Selatan ASP Tuan Shamsul Amar bin Ramli dan Ketua Polis Klang Selatan yang Sekarang iaitu ASP Tuan Cha Hoong Fong serta seluruh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang telah banyak membantu Pelabuhan Klang terutamanya dalam usaha menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat dan penduduk di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Terima kasih, terima kasih anggota Polis Klang Selatan, terima kasih juga Pelabuhan Klang ingin mengucapkan buat Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari, Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor serta seluruh kakitangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di atas pelbagai usaha dan inisiatif untuk memaju serta merancakkan ekonomi secara berterusan dalam melestarikan dan menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian serta semua kakitangan Dewan Negeri Selangor yang telah banyak memberikan kerjasama kepada Pelabuhan Klang semasa Persidangan Dewan dijalankan bermula pada khidmat saya pada tahun 2018 sehingga kini. Dan yang ini penting saya kena cakap dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ingin rakamkan di dalam Dewan yang mulia ini buat Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjadi calon bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat DUN Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya ke-14 yang lalu. Terima
kasih Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terima kasih Dato’ Seri Dr. Wan Azizah. Dan dengar rasa rendah diri ....
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Masa, masa Port Klang.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan dan kakitangan Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang yang dari awal sehingga kini telah banyak membantu saya tanpa kenal erti penat dan jemu sepanjang perkhidmatan saya pada penggal ini. Tidak dilupakan juga ucapan jutaan terima kasih, terima kasih, terima kasih, terima kasih saya ingin ucapkan kepada pengundi-pengundi DUN Pelabuhan Klang yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili suara kalian semua dalam Pilihan Raya 14 yang lalu. Sesungguhnya saya amat yakin dengan kebijaksanaan rakyat dan pengundi Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15 yang akan datang. Marilah kita semua rakyat Selangor menzahirkan sokongan dan terus mengekalkan Kerajaan Pakatan Harapan dan Perpaduan di Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari. Dengan demikian, akhir sekali saya ingin memohon ampun dan maaf kerana sesungguhnya saya ini insan yang masih ada kekurangan dan yang terbaik itu datang daripada Allah SWT sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dengan ini saya Pelabuhan Klang menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Pelabuhan Klang mohon mengundur diri. Ceh...
Baik terima kasih Pelabuhan Klang dengan semua perbahasan dengan terima kasih sahaja. Yang Berhormat Kota Anggerik saya bagi lima minit kalau semua terima kasih saya tak bagi masa ya, sikit-sikit boleh tapi kalau daripada start A sampai habis terima kasih, tiada perbahasan tak payah. Okay silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai mukadimah saya ingin merafakkan sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menitipkan titah pesanan nasihat serta ingatan kepada kita semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor supaya berusaha membaiki kekurangan, memberikan khidmat yang terbaik dan sentiasa berusaha untuk cakna kepada semua permasalahan rakyat. Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tunku terhadap kesejahteraan serta kebajikan rakyat Selangor membuktikan bahawa Baginda seorang individu yang memiliki sifat kepedulian dengan izin concern dan rahmah, compession yang tinggi terutamanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemerintah. Kualiti kepimpinan serta kewibawaan Baginda sebagai pemerintah ulung turut dibuktikan dengan kestabilan politik yang dinikmati oleh Negeri Selangor meskipun negara di badai oleh krisis politik pasca pengkhianatan mandat rakyat iaitu langkah Sheraton yang didalangi oleh Bukit Antarabangsa antaranya yang menyaksikan berlakunya ketidakstabilan dan perubahan kerajaan di beberapa buah negeri.
Dalam ketidaktentuan politik negara dan beberapa buah negeri yang terlibat berkat kepimpinan dan kewibawaan Duli Yang Maha Mulia Sultan, Negeri Selangor kekal stabil bukan sahaja dari segi politik bahkan turut mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dari tahun ke tahun. Jika diimbau dari aspek sejarah tidak salah jika saya mengatakan bahawa wibawa serta kekuatan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku boleh disamakan seumpama sosok Sultan Mansur Shah yang memerintah Negeri Melaka di era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu. Sejarah merakamkan di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah Negeri Melaka merupakan sebuah negeri yang makmur, kaya dan dihormati oleh negeri-negeri di sekitarnya. Negeri Melaka bukan hanya dikenali sebagai sebuah negeri yang hebat dari segi kekuatan ekonomi bahkan cukup stabil dari segi politik dan pentadbiran. Kestabilan politik Negeri Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah ketika itu pernah diduga krisis lantaran perbalahan hebat di antara dua orang laksamana iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. Pertikaian antara dua tokoh ini dirakamkan dalam Hikayat Hang Tuah sehingga mencetuskan ketidakstabilan politik di Negeri Melaka. Namun demikian krisis tersebut berjaya ditangani dengan baik berkat kebijaksanaan Bendahara Tun Perak selaku Ketua Pentadbiran Negeri yang membantu Sultan Mansur Shah dalam membuat keputusan demi keamanan dan kestabilan Negeri Melaka.
Okay saya nak.
Jika kita hayati, ya..
Penjelasan sedikit.
Baik.
Terima kasih. Hang Tuah adalah tokoh besar dan dia adalah seorang yang cerdik dan bijak. Dia menguasai bahasa jawa, bahasa Tionghoa, bahasa Tamil, bahasa Siam, bahasa Melayu dan telah didik oleh sebelas orang guru-guru yang dikatakan lebai. Catitan dia terdapat dalam buku Siddiq Fadhil, Allahyarham yang cukup baik.
Yang itu sekali gus menyatakan bahawa istilah yang digunakan pada masa dulu tentang India ini orang India ini sebagai minta maaf keling, sebagai satu perkara yang terhormat. Bila apa ini mengatakan, tetapi apa yang saya nak bawa saya nak timbulkan di sini adalah tentang isu pengkhianat. Kalau pengkhianat itu adalah orang yang dalam Istana, itu memang biasa. Luar Istana pun biasa, tetapi yang berlaku di zaman Melaka adalah kerana pengkhianatan ini berlaku dalam rangka orang yang terhormat. Pernah menjawat jawatan tinggi. Kemudian dia melakukan pengkhianatan yang cukup hebat hingga runtuh kekuatan Melaka itu. Melaka adalah sebuah kerajaan yang dahsyat, besar, laluan silk road dan banyak peniaga-peniaga yang hebat berlaku di situ. Sekejap lagi saya nak timbulkan soalan, soalannya adalah kalau
kita melakukan sesuatu perbuatan yang khianat, kita tak sedar itu adalah perkara yang mengejutkan saya kerana saya hairan bagaimana semalam sahabat lama saya Bukit Antarabangsa yang pernah mengatakan saya ini adalah ADUN yang terbaik selepas Merdeka di Malaya.
Tetapi dia sendiri telah khianat, dia telah mengkhianatkan satu perkara yang sangat dahsyat. Dia tak sedar dia mengkhianat. Jadi saya ingat soalan saya adalah kalau kita ada seorang bekas Menteri Besar Selangor yang telah kita bekerja seikhlas hati, kita membantu dia, cita-cita dan perancangan dia tercapai tetapi dia masuk Dewan semalam mengatakan kita bersekongkol dengan UMNO, tidak melaksanakan dengan adil dengan UMNO, Menteri Besar untuk jawab soalan ini pada dia dan kita nak benda ini dijelaskan. Dan saya nak minta dijelaskan kepada saya bahawa yang kita nak adakah pengkhianat ini menjadikan satu standard orang Malaysia terlalu rendah tentang nilai.
Baik. Hulu Kelang dah habiskan masa point yang terakhirlah.
Point yang baik, saya setuju dengan Hulu Kelang dan kita pun sedia maklum kalau kita imbau sejarah bila kita baca sejarah Melayu, sejarah tamadun Cina, sejarah India dan pelbagai sejarah tamadun-tamadun ini, memang berlaku pengkhianatan dalam kerajaan ataupun dalam satu-satu peradaban dan pada kebiasaannya sejarah merakamkan mereka yang khianat ini pastinya akan dihukum dan Alhamdulillah dalam PRU yang lepas kita telah menyaksikan pengkhianat ini telah dihukum oleh orang-orang Gombak sendiri. Jadi kita tahu Pilihan Raya Negeri akan datang ini, kita yakin insyaAllah orang-orang Selangor kenal siapa pemimpin mereka yang benar-benar membawa mandat rakyat dan siapa pemimpin mereka yang khianat. Ini saya minta masukkanlah dalam ucapan saya dalam Hansard nanti. Terima kasih Hulu Kelang.
Jadi, saya sambung, jika kita menghayati mesej dan iktibar daripada sejarah kejayaan pemerintahan Sultan Mansur Syah di negeri Melaka ketika itu dirakamkan menerusi gandingan kebijaksanaan Bendahara yakni Pentadbiran Kerajaan Negeri dan kewibawaan Paduka Sultan Melaka iaitu Institusi Beraja. Inilah model pemerintahan turun temurun yang kita warisi dari nenek moyang kita dan model pemerintahan ini telah disesuaikan pada zaman kita ini menerusi Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan sewajarnya dipertahankan demi menjamin kelangsungan serta kestabilan Pentadbiran Negara dan Negeri Selangor. Kejayaan Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan ini telah dibuktikan di Negeri Selangor menerusi kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memerintah negeri juga Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar yang berjaya mengemudi pelbagai cabaran ekonomi dan politik sepanjang tempoh 5 tahun ini. Alhamdulillah sebagai rakyat Selangor saya memanjatkan kesyukuran pada Allah S.W.T. kerana telah dikurniakan seorang Raja yang bijaksana dan sentiasa
meletakkan keutamaan rakyat dan negeri mendahului kepentingan-kepentingan lain. Semoga Allah S.W.T. merahmati Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan kesihatan yang baik dan kekal karar memerintah rakyat Negeri Selangor dengan adil dan saksama.
Yang Berhormat Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di atas kejayaan mencatatkan jumlah kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 6 tahun ini dan juga turut mencatatkan sumbangan yang terbesar kepada KDNK Malaysia. Pencapaian ini secara jelas menzahirkan komitmen serta usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil negeri dan memacu ekonomi negara meskipun dalam iklim ekonomi global yang tidak menentu. Dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri tidak menyisihkan pembangunan semula kawasan-kawasan perumahan lama yang telah dibangunkan lebih daripada 40 tahun yang lalu. Saya berharap pelaksanaan RS-1 Ini bukan sahaja bertujuan untuk membangunkan negeri dari segi material dan infrastruktur yang hebat, bahkan turut bersifat serampang dua mata yakni menyasarkan pada ikhtiar untuk merapatkan jurang ekonomi rakyat serta membasmi masalah kemiskinan bandar. Ini selaras dengan gagasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerusi komitmen beliau yang diungkapkan dalam pembentangan belanjawan 2023 untuk menoktahkan kemiskinan tegar. Saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat bersama-sama mendukung agenda ini dan menerapkannya dalam setiap dasar pembangunan negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Selangor...
Landing ya landing.
Untuk penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor yang diadakan baru-baru ini pada Disember yang lalu. Sepanjang 10 hari dijalankan, saya berpeluang berkunjung ke sana dan saya melihat ia nya antara yang paling berjaya dan telah mencatatkan anggaran pulangan keuntungan yang bernilai lebih kurang RM 4.5 juta dengan jumlah pengunjung seramai 229,832 orang. Saya difahamkan kos penganjuran SIBF ini telah menelan belanja sebanyak RM 1.3 juta dengan RM 800,000.00 dari peruntukan Kerajaan Negeri, manakala bakinya adalah tajaan daripada pihak swasta. Jika dinilai daripada objektif anggaran keuntungan yang dinikmati oleh pengusaha dan pemain industri buku ini amat memberangsangkan dan ini secara tidak langsung membantu melonjakkan pertumbuhan industri buku yang kini berdepan dengan cabaran digitalisasi. Justeru sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mendukung usaha membudayakan ilmu dan pemantapan modal insan, saya menyeru syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri agar turut serta menyokong usaha pihak PPAS dalam memartabatkan budaya membaca dan membantu anjuran SIBF di masa akan datang menerusi tajaan sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan ataupun menerusi
pembelian baucar-baucar buku untuk disumbangkan kepada pegawai dan kakitangan mereka. Saya juga berharap PPAS..
Yang terakhir Yang Berhormat.
Sikit lagi. Okay.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menyambut baik pendirian tegas kerajaan pimpinan Perdana Menteri tentang jaminan untuk tidak mengiktiraf golongan LGBT dan Konsep Negara Sekular. Pendirian ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memelihara prinsip Islam yang berteraskan kepada Ahli Sunnah Wal Jemaah. Budaya songsang yang dibawa oleh kelompok pendukung LGBT ini bukan hanya ditolak oleh agama Islam, bahkan tidak diiktiraf oleh mana-mana agama utama di dunia ini. Setiap agama mengajarkan kita agar memelihara dan mempertahankan kemuliaan perkahwinan dengan izin sanctity of marriage di antara lelaki dan wanita dan bukannya mengagung-agungkan budaya songsang yang bertentangan dengan norma manusiawi. Justeru pihak Kerajaan Negeri menerusi agensi yang berkaitan seperti JAIS harus bertindak tegas dalam mengekang dan membanteras budaya LGBT ini yang sememangnya bertentangan dengan norma serta nilai masyarakat di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang perlu lebih tegas dan konsisten demi mencegah budaya songsang ini daripada menular di kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan remaja.
Baik.
Point yang terakhir saya Tuan Speaker, dalam kita bicarakan tentang kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri pastinya ia ditunjangi oleh komitmen serta dedikasi berterusan daripada jentera penjawat awam negeri. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam di Negeri Selangor sama ada daripada Kumpulan Pengurusan mahupun Sokongan yang telah memberikan sumbangan dan khidmat luar biasa untuk rakyat Negeri Selangor. Keharmonian dan perpaduan di antara rakyat perlu terus dipertahankan, mengimbau kembali sejarah pembentukan Kerajaan Perpaduan Pasca PRU-15 yang lalu. Kita telah menyaksikan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam meleraikan kebuntuan politik memandangkan tiada mana-mana gabungan parti yang memiliki majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. Tatkala Seri Paduka Baginda mencadangkan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Perpaduan, kita dikejutkan dengan sikap dan pendirian biadab Pengerusi, Perikatan Nasional yang kini menghadapi pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah yang menolak secara terbuka cadangan oleh Seri Paduka Baginda. Alhamdulillah dengan meletakkan keutamaan negara dan rakyat, mengatasi kepentingan politik kita akhirnya menyaksikan pembentukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak,
Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Parti Bangsa Malaysia. Namun begitu mutakhir ini..
Yang Berhormat Kota Anggerik.
Okay, saya dah nak habis dah. Dah landing dah.
Kota Anggerik landing. Saya dah bagi 3 kali ya.
Masih lagi mendengar, kita masih lagi mendengar segelintir pemimpin politik bertopengkan Islam yang merancang makar untuk memecahbelahkan perpaduan dan meruntuhkan kerajaan yang dibentuk secara sah di sisi perlembagaan. Tindakan jelik dan terdesak ini, menzahirkan sikap sebenar mereka, pimpinan Perikatan Nasional yang pada ketika kempen pilihan raya yang lalu berkempen di atas modal fitnah dan sentimen perkauman sempit. Inilah wajar sebenar mereka, mereka tidak segan silu untuk memutar belit ajaran Islam demi kepentingan politik mereka. Bahkan mereka berani menyanggah titah Diraja Melayu, mereka inilah kelompok yang gila kuasa dan sanggup berbuat apa sahaja demi jawatan dan kedudukan. Nasib rakyat, masalah ekonomi dan kestabilan negara tidak pernah menjadi keutamaan mereka. Ingatlah dan renungkanlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Imran, ayat ke 54 ‘Sesungguhnya mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang’. Kalau nak jadi kerajaan tunggu pilihan raya umum akan datang. Itu baru betul. Alhamdulillah selepas 3 bulan negara ini ditadbir oleh Kerajaan Madani yang menerapkan konsep Malaysia Madani, rakyat telah mula melihat dan membuka mata dengan pelbagai ikhtiar dan langkah agresif untuk menangani masalah-masalah rakyat. Memacu semula ekonomi, membasmi kemiskinan tegar, menarik pelaburan asing, memelihara martabat Islam serta usaha-usaha lain untuk mengangkat semula maruah dan kegemilangan negara kita. InsyaAllah berbekalkan prestasi cemerlang sejak 2008 ditambah dengan komitmen luar biasa Kerajaan Perpaduan dalam menyejahterakan kehidupan rakyat, saya percaya, saya yakin, rakyat Selangor akan terus mendukung dan memberi mandat kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Kota Angggerik, saya bagi yang terakhir ya. Lembah Jaya.
Lembah Jaya. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana memberi laluan kepada Lembah Jaya untuk berbahas usul sembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke
atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. InsyaAllah Lembah Jaya akan terus kepada isu yang berkaitan dengan rakyat di kawasan. Perkara pertama yang Lembah Jaya ingin mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri adalah terdapat sebuah Taman Rimba, Ampang, sebuah Taman Rimba di Ampang yang merupakan salah satu tempat rekreasi pada tahun awal 2000. Tetapi kawasan ini telah pun ditutup kerana terdapat Projek EKVE yang telah berlangsung beberapa tahun sejak 2016. Kini, projek tersebut hampir siap, hanya dari segi kerja-kerja pemuliharaan Taman Rimba, Ampang ini perlu dilaksanakan dengan teliti supaya mengekalkan kembali kawasan hijau, satu-satunya kawasan hijau yang bersempadan dengan Kuala Lumpur. Pada suatu ketika dahulu, merupakan tempat ataupun taman yang sering dikunjungi oleh burung-burung unggas yang rare dengan izin dan sentiasa ataupun kelihatan menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berpindah ke kawasan yang lain. Begitu juga air sungainya jernih, hanya sekarang ini telah sedikit tercemar apabila kawasan itu terlibat dalam projek pembinaan lebuh raya. Hanya, kerisauan Lembah Jaya tentang kerja-kerja pemuliharaan ini, siapakah yang terlibat ataupun bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja ini dilaksanakan dengan baik dan mengekalkan suasana asal Taman Rimba, Ampang tersebut.
Perkara kedua Lembah Jaya ingin bangkitkan adalah jaringan hijau yang telah dijalankan. Satu kajian model jaringan hijau untuk kawasan-kawasan perumahan kos rendah. Kita tahu bahawa kualiti kehidupan untuk rakyat Selangor ini tidak hanya khusus golongan berada sahaja tetapi juga kepada mereka yang berada di kawasan pangsapuri kos rendah. Jadi satu kajian model jaringan hijau telah dijalankan di tiga kawasan bandar, iaitu di Petaling Jaya, satu di Ampang dan satu di Kajang. Jadi sebuah buku telah dihasilkan yang memuatkan hasil kajian tersebut juga cadangan model jaringan hijau yang menghubungkan infra ataupun fasiliti awam kepada penduduk yang tinggal di kawasan flat kos rendah tersebut. Buku ini dihasilkan ataupun dikeluarkan oleh Lembaga Hartanah Selangor, jadi persoalannya di sini adalah adakah pelaksanaan cadangan yang telah dikemukakan di dalam buku tersebut? Kerana dia lengkap dengan kajian kepada keperluan penduduk pangsapuri kos rendah di tiga kawasan yang dibuat kajian. Kedua, adakah cadangan tersebut akan dilaksanakan berperingkat ataupun mungkin salah satu daripada cadangan tersebut sangat memerlukan kemudahan ataupun model jaringan hijau tersebut. Saya nampak sekiranya ia dapat dilaksanakan ni merupakan satu usaha yang progresif kerana satu usaha yang secara sedar dibuat oleh sebuah Kerajaan Negeri untuk memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada golongan yang tinggal di flat ataupun pangsapuri kos rendah. Jadi saya mengesyorkan supaya cadangan tersebut diangkat dan direalisasikan.
Perkara seterusnya adalah berkaitan dengan pemberian tauliah kepada mereka-mereka yang akan mengajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau di dalam negeri Selangor. Saya bersetuju dengan perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk mensyaratkan bagi mereka-mereka yang ingin menjalankan ataupun mengadakan kelas-kelas pengajian di dalam negeri Selangor ini mempunyai tauliah.
Hanya saya ingin mencadangkan suatu yang telah dikemukakan di lontarkan seorang tokoh agama yang merupakan mantan menteri hal ehwal agama di Pejabat, Jabatan Perdana Menteri yang juga mengesyorkan ataupun mencadangkan supaya ahli-ahli politik yang tertentu, yang berjawatan di dalam kerajaan, juga diberi tauliah khas supaya mereka juga boleh bercakap hanya dalam lingkungan tanggungjawab mereka sahaja tidak membabitkan isu kepartian. Maksudnya melibatkan parti-parti politik tertentu. Begitu juga pengajian Al-Siyasah Al-Shar`iyyah juga dikekalkan diajar di masjid-masjid. Ini adalah berkaitan dengan politik. Sebab di dalam islam tidak boleh dipisahkan antara deen, agama dan juga politik. Hanya politik sini tidak bermaksud politik kepartaian jadi itu perlu dibezakan kerana penting pengajian ini diteruskan di masjid kerana ia memberi kefahaman dan juga kesedaran tentang hal politik yang sebenarnya ...
Lembah Jaya, Lembah Jaya mohon laluan.
Minta habis ya, tak payah bagi. Tak ada masa Tak payah layan. Habiskan yang terakhir.
Haaa... Speaker dah kata tak boleh mencelah. Jadi ini memberi kefahaman yang lebih jelas dan InsyaAllah membawa kepada kesatuan Ummah ya. Satu pandangan ataupun kefahaman yang betul.
Speaker, dia mungkin nak pembetulan sikit. Mohon laluan ya.
Jadi saya akan teruskan saya nampak ini satu perkara yang baik dan saya berharap pihak yang berwajib yang menjaga tentang hal ehwal agama ini tidak akan rasa tertekan kerana ada syarat-syarat begini yang perlu dilaksanakan. Hanya ia lebih memudahkan kerana ia lebih jelas ya, apakah yang akan dibenarkan dan apa tidak dibenarkan. Hanya saya melihat, kita tidak boleh apologetic dengan izin untuk kita melaksanakan tanggungjawab dan perintah Allah SWT walaupun kita ada peraturan-peraturan untuk mengawalnya tetapi itu tidak boleh menghalang segala usaha untuk menyebarkan dakwah dan juga usaha untuk memperbetulkan mana yang salah dan
Lembah Jaya, saya minta sedikit je penjelasan Lembah Jaya.
Saya dulu ya, saya dulu ya Meru.
Saya tak akan bagi laluan..
Sebab macam ada pendakwaan yang jahat, sangkaan jahat dekat situ.
Itu sangkaan jahat oleh pihak Meru.
Saya tak cakap lagi.
Saya akan teruskan kerana ikut cadangan Tuan Speaker. Sebelum saya akhiri...
Point yang terakhir Lembah Jaya.
Point yang terakhir, saya ingin mengambil kesempatan ini ribuan terima kasih seluruh penjawat awam yang memberi kerjasama kepada Lembah Jaya bermula daripada tahun 2008 sehingga ke saat ini. Juga saya berharap segala usaha untuk menegakkan perkara yang baik itu akan diteruskan dan tidak akan merasa takut ataupun gentar dengan mana-mana pihak kalau ia adalah perkara yang benar. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menunjukkan prestasi yang baik walaupun dalam keadaan cabaran ya cabaran yang dihadapi menjelang khususnya pilihan raya juga sudah hampir namun usaha untuk menyantuni rakyat memberi yang terbaik kepada rakyat masih diteruskan. Jadi saya berharap walaupun kita mungkin berbeza pandangan tetapi satu perkara adalah meletakkan kepentingan rakyat yang paling atas mendahului kepentingan diri sendiri. Dengan itu Lembah Jaya ingin menyokong usul-usul ucapan terima kasih dan menjunjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, terima kasih.
Terima kasih Lembah Jaya.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap sekejap Tuan Speaker.
Ya Meru. Silakan. Saya nak dengar apa Peraturan Tetap itu.
..Peraturan Tetap 23(1)(c) sesuatu pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujahan, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji ataupun mengandungi kalimah yang mengelirukan, menyindir, atau menyakitkan hati. Saya nak membantah kenyataan Lembah Jaya tadi, macam seolah-olah peraturan yang telah ditetapkan dan titah Tuanku itu menghalang dan juga apa nama tak membenarkan dakwah itu berlaku di negeri Selangor. Sedangkan aturan yang dibuat oleh Tuanku, arahan Tuanku itu untuk mengawal.
Sebab tak boleh dinafikan memang sekarang masjid dan surau dijadikan oleh orang-orang politik dan kepartian. Memang saya tak nafikan politik dengan islam tak boleh dipisahkan tapi bila politik kepartian itu jadi masalah kebencian menyindir dan sebagainya. Jadi saya minta dia tarik balik tuduhan itu, itu sahaja...
Baik Yang Berhormat Meru. Hujah tadi bagus. Saya terima, saya terima. Saya minta Lembah Jaya perbetulkan apa yang dikatakan tadi tu, tuduhan tu tak betul.
Saya minta Meru sebut balik apa perkataan yang saya sebut, yang apa tu yang mengatakan saya melanggar perintah apa yang dikeluarkan. Saya tak tahu which ..?
Dia memang tidak menyebut nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku...
Ini sangkaan jahat tak sebut...
Saya tengah bercakap, saya tengah bercakap...
Tetapi dia yang Meru membuat andaian..
Biar, biar dia bercakap. Lembah Jaya, saya nak dengar apa asas Meru dulu.
Tadi Lembah Jaya menyebutkan, mungkin boleh rujuk balik Hansard, saya tidak menghafal sebutan satu per satu. Tetapi pernyataan yang dihujahkan tadi, menggambarkan seolah-olah peraturan yang telah dibuat oleh JAIS, MAIS dan titah Tuanku sendiri, sebab JAIS dan MAIS mengikut apa yang telah diarahkan oleh Tuanku. Memastikan tenaga pengajar itu mesti ada tauliah. Bukan susah pun. Walaupun ya saya tak nafikan ada ulama-ulama dunia, ulama international ke tak kira lah macam mana hebat dia sekalipun bila masuk negeri Selangor, kena mesti ada izin. Mesti ada kebenaran. Termasuk saya sendiri, betul. Bukan kita, jangan pertikaikan apa yang telah diaturkan... itu sahaja.
Izinkan saya.. Saya bersetuju. Saya bersetuju bahawa dilaksanakan...
Ya, bersetuju ya dengan apa yang dikatakan oleh Meru
Terima kasih setuju.
Saya hairan, Meru ini terlampau taksub sangat sehingga dia mendengar sesuatu yang.. membuat andaian yang negatif.
Tak ada masalah. Jadi selesai masalah. Minta Lembah Jaya boleh duduklah. Okay terima kasih ya. Sudah selesai.
Saya minta Meru minta maaf balik, telah membuat sangkaan jahat kepada saya ...
Lembah Jaya, tak ada masalah. Saya bersetuju dan berpuas hati kedua-dua belah pihak ya. Tak perlulah minta maaf dan sebagainya kerana kita dalam silaturahim yang baik. Syukur, syukur Alhamdulillah. Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, demikian tadi dah selesai perbahasan ya Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, seramai 27 Ahli Dewan Negeri telah mengambil bahagian. Ini adalah peluang yang terakhir untuk perbahasan yang terakhir untuk titah menjunjung kasih dan diucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang mengambil bahagian. Sekarang saya ingin mempersilakan pihak Kerajaan Negeri memberi respon dan membuat penggulungan. Saya menjemput Yang Berhormat Bandar Baru Klang.......
Tuan Speaker saya ingin mengucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang, Taman Medan, Banting dan Bukit Antarabangsa yang telah menyentuh perkara-perkara yang di bawah portfolio saya dalam perbahasan tempoh hari. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembah Jaya kerana telah pun memberikan pengiktirafan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan dalam keadaan yang...
Mencelah.
Mencelah juga ya. Ucap terima kasih pun nak mencelah.
Kalau yang baik kita puji walaupun kita berbeza pandangan. Tetapi yang tak baik itu kita perlu tegur. Itu pendirian Lembah Jaya.
Terima kasih, terima kasih. Sebab itu lah saya ucap terima kasih. Cuma soalan saya, agak bila nak balik ke pangkuan pakatan harapan. Ya Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang, sayangnya beliau tidak ada. Saya rasa kesal kerana berani mempersoalkan isu-isu tertentu tapi bila kita nak bagi
jawapan dia tak datang, Bukit Antarabangsa juga datang, tak datang balik nak sampaikan juga lepas tu sidang akan datang dia nak ulang lagi. Isu yang sama kita dah jawab walau bagaimana pun saya juga ingin menjawab la tanggungjawab untuk menjawab. Sijangkang menyebut jumlah pelaburan pada tahun 2022 sehingga bulan September untuk ini saya memberikan rekod yang terkini iaitu bagi tempoh bagi Januari hingga Disember 2022 sebanyak 265 projek perkilangan telah pun diluluskan oleh MIDA berstatus projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah 12.21 Billion di Selangor. Dan daripada jumlah ini sebanyak 4.64 Billion ringgit adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak 7.75 billion ringgit adalah daripada pelaburan asing dan jumlah ini 12.1 Billion adalah dalam sektor perkilangan, bagi yang selainnya termasuk perkhidmatan jumlah keseluruhannya adalah 47.9 billion ringgit bererti jumlah pelaburan dalam sektor perkhidmatan, sektor perkilangan dan lain-lain yang diperolehi di Selangor pada tahun 2022 adalah 60.1 Billion ringgit. Ini adalah memberikan Selangor berada di kedudukan yang kedua di keseluruhan negeri-negeri di dalam Malaysia ini memperolehi pelaburan. Tuan Speaker daripada Sijangkang menyoalkan berapakah projek yang sebenarnya pun telah dilaksana dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dan mengikut anggaran adalah kira-kira 80% projek yang telah diluluskan itu telah pun dilaksanakan.
Jadi ini merupakan satu angka yang agak tinggi, dan yang 20 peratus ini, ada yang mungkin dalam proses dan mungkin ada yang tarik balik. Tapi, kalau dilihat 80 peratus itu sendiri adalah satu angka yang agak membanggakan. Dan, Tuan Speaker, Kerajaan Negeri tidak ada maklumat terperinci berkenaan dengan peluang pekerjaan yang diisi oleh pekerja tempatan mahupun pekerja asing dalam projek-projek perkilangan yang telah pun diluluskan di Negeri Selangor. Namun begitu sebanyak 35,099 pekerja asing, yang terlibat dalam sektor perkilangan, telah pun direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, di cawangan Selangor pada tahun 2022. Jumlah pekerja asing direkodkan oleh Jabatan Imigresen, tidak selari dengan angka jumlah peluang pekerjaan yang dinyatakan dalam statistik MIDA, kerana angka dari pihak MIDA merujuk pada syarikat-syarikat perkilangan yang diluluskan lesen perkilangan oleh pihak MITI. Manakala angka dari jabatan imigresen, merangkumi keseluruhan aktiviti sektor perkilangan termasuk yang tidak tertakluk pada lesen perkilangan. Jadi, jumlah ini sukar kita nak dapat satu perangkaan yang tepat.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang juga menyentuh tentang pembangunan IDRISS, dan menyebut tentang kerisauan beliau, tentang kesesakan lalu lintas. Tuan Speaker, dalam pembangunan serantau bersepadu di selatan, di Selangor selatan, ataupun dalam bahasa Inggeris, Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS), Kerajaan negeri telah pun menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan IDRISS. Jawatankuasa pasukan petugas khas ini, berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu merealisasikan pelaksanaan cadangan pembangunan projek, di samping membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Mesyuarat jawatankuasa ini diadakan secara berkala. Dan ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada jabatan-jabatan teknikal, sama ada di peringkat daerah,
negeri mahupun di peringkat persekutuan. Melalui penglibatan agensi-agensi teknikal yang berkaitan dalam jawatankuasa ini, ia membolehkan pihak kerajaan negeri, menilai serta menyemak keperluan bagi menaik taraf kemudahan infra dan sebagainya. Agar projek-projek pembangunan ini, tidak akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat setempat. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk setempat dan alam sekitar. Sebagai contoh, pihak jawatankuasa telah mencadangkan agar jalan baru yang sedang dibina, bagi menghubungkan jalan Kampung Hulu Chuchuh ke KLIA, di naik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong, agar pembangunannya akan dilaksanakan kelak, tidak mendatangkan kesesakan lalu lintas ke atas sistem jalan raya yang sedia ada. Setiap pemaju akan memberikan taklimat berkenaan status kemajuan projek serta isu-isu yang berbangkit, ketika mesyuarat diadakan. Melalui mesyuarat yang adakan jabatan-jabatan teknikal, secara langsung akan dapat mengetahui status pelaksanaan projek serta bantuan-bantuan yang diperlukan oleh penggerak projek. Pihak jabatan teknikal juga dapat memberikan pandangan awal berkenaan syarat-syarat pembangunan yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh setiap penggerak projek yang berkaitan.
Selain itu, cadangan projek-projek pembangunan di bawah IDRISS ini merupakan projek yang terancang. Dan pemaju perlu melalui proses kelulusan pembangunan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, bagi memastikan segala keperluan syarat pembangunan dipatuhi, dan keperluan kemudahan infra, disediakan secukupnya oleh pihak pemaju.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Taman Medan, juga mencadangkan agar pihak negeri mengambil kesempatan atas cadangan projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang di mana, cadangan projek yang berkenaan adalah terletak di Selangor. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum, cadangan Taman Medan. Secara lazimnya, pihak Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan, bekerjasama secara rapat dengan agensi-agensi persekutuan, yang terlibat. Sama ada MIDA, MATRADE, Bio-economy Corporation, AMDAC, Nico dan lain-lain, dalam usaha untuk menarik pelaburan dan memberikan khidmat fasiliti yang diperlukan.
Terima kasih Tuan Speaker, dan terima kasih Bandar Baru Klang. Dalam apa yang saya sebut pada sesi perbahasan, dia berkait juga dengan apa yang dinyatakan oleh Bandar Baru Klang. Cuma mungkin mesej yang lebih terperinci, yang saya maksudkan ialah dari sudut bagaimana kita boleh mengambil kesempatan di atas minat yang ditunjukkan dan juga komitmen oleh firma-firma yang cukup besar, namanya, seperti Amazon, Tesla, dan lain-lain itu. Dengan mungkin Kerajaan Negeri di pihak negeri Selangor sendiri, mungkin boleh memberikan keistimewaan ataupun insentif-insentif dan kelonggaran serta kemudahan dalam proses untuk firma-firma tersebut beroperasi di negeri Selangor. Kerana negara kita telah menarik minat banyak pihak, jadi Selangor kena
ambil kesempatan, jadi mungkin Bandar Baru Klang bersetujulah dengan apa yang saya maksudkan itu. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Taman Medan, sebab itu kita melancarkan projek IDRISS, yang mengutamakan insentif yang ditawarkan. Jadi kita menawarkan insentif yang baik kepada pemaju dan pemilik tanah, supaya mereka boleh memulakan projek pembangunan tanah dengan cepat. Dan dengan itu dapat menarik, memberikan tawaran kepada pelabur-pelabur yang berminat. Termasuk yang berminat dalam data centre, Amazon dan sebagainya. Supaya kita ada produk yang sedia, yang sedia ada. Kalau kita tidak boleh bergantung pada tanah kerajaan. Kita tidak ada tanah di kawasan-kawasan yang strategik. Kebanyakan tanah yang dimiliki oleh pihak swasta ini, terletak di kawasan strategik, maka kita menggalakkan mereka dengan memberikan insentif. Di mana, umpamanya yang seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, pada hari semalam. Insentif termasuk, kita menangguhkan pembayaran premium, apabila mereka memohon untuk menukar syarat tanah daripada umpamanya pertanian kepada perindustrian. Jadi dengan itu, dia meringankan beban pemaju. Dia tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar, mungkin dalam beratus juta untuk membayar premium. Mereka terus boleh menggunakan wang ada atau pinjaman yang ada untuk meneruskan projek mereka. Jadi itu ada caranya. Dan apabila mereka memulakannya, maka kita ada produk untuk ditawarkan. Jadi umpamanya, minggu lepas, apabila kita berada di Jepun, kita telah pun membawa salah satu projek IDRISS, iaitu NCT Smart Industrial Park. Disebabkan insentif kita berikan itu, maka mereka telah merancangkan dan memulakan permohonan. Dan mereka telah pun memperoleh KM, iaitu kelulusan merancang. Dan telah pun dibenarkan untuk memulakan kerja tanah. Dan ketika itu, projek itu dah mula. Maka kita membawanya untuk kita tunjukkan produknya kepada pelabur-pelabur yang berpotensi di Jepun dan Taiwan, untuk dipamerkan. Jadi kita tidak boleh hanya peta, bawa peta, pelan, untuk tunjukkan kepada mereka. Kita bawakan produk yang sedang berjalan. Itu adalah caranya kita, bagaimana kita mengambil kesempatan apabila ada kesempatan, disebabkan geo-politik, disebabkan usaha kerajaan persekutuan, kita bersama-sama dengan agensi di persekutuan, membawa produk, tunjukkan mereka dan mempelawa mereka datang. Sila.
Terima kasih. Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Speaker. Tadi ada dinyatakan bahawa dengan memberikan insentif, seperti tidak membayar awal, atau selesaikan isu premium. Saya ingin ingatkan kepada kerajaan kerana pada masa-masa yang lepas, memberi premium, membayar premium dianggap tidak cerdik, oleh, even Dato’ Menteri Besar yang mengatakan, Malaysia, Selangor maju tahun 2025. Dia kata, bodoh, kalau bayar premium bodoh. Duit mati kat situ, tak bergerak modal. Kalau kita, tak perlu bayar modal, tak payah premium, kita gunakan duit itu, walaupun sikit RM5 juta, berguna. Pada bayar RM20 juta, contohnya untu bayar premium. Jadi saya ingin ingatkan kerajaan, bahawa isu ini, adalah isu yang tidak diamalkan oleh BN dulu. Jadi kita kena hati-hatilah. Saya
faham kita kena beri kemudahan, tapi jangan sampai tahap Menteri Besar sendiri mengatakan, membela pemaju, tak membela rakyat. Premium, dapat hasil pada negeri, negeri boleh buat program, macam kita untuk rakyat. Jadi kalau kita, open terbuka, jadi masalah. Jadi saya harap, kena ada kawalan, premium beri tapi ada had, sekat, masa setahun, dua tahun. Itu pandangan saya. Minta penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Hulu Selangor, jangan risau, Hulu Kelang, ya. Jangan risau. Kita membincangkan insentif ini, kita mengambil masa empat tahun. Bayangkan empat tahun. Berulang alik. Cara yang terbaik. Dan saya buat bengkel tiga hari, di Pulau Pinang. Bawa semua jabatan termasuk PTG, daripada pejabat daerah, bawa bincang. Dan proses ini juga ambil lebih setahun untuk merangkakan yang sistem deferred premium skim ini. Dalam skim ini, kita masih memungut premium, cuma kita tangguhkan kemudian. Premium ini, akhirnya akan dibayar oleh pembeli. Pemaju, apabila dia nak majukan tanah, dalam keadaan biasa, tanah pertanian. Dia nak buat industri. Kena tukar syarat penggunaan tanah. Dengan itu dia kena bayar premium tambahan. Premium itu kalau dalam 100 ekar, dalam kes ini, RM700 ekar, dia boleh mencecah beratus juta ringgit. Tapi kalau kita nak pungut juga, dalam keadaan seperti Yang Berhormat Ijok, keadaan ekonomi yang kurang baik. Semua berhati-hati. Dia tak nak melabur, berjuta ringgit akan dibayar, akan digunakan untuk membayar premium. Lepas tu, keadaan tak menentu, pelabur tak datang, duit dia sangkut di situ. Atau pinjaman, dia kena bayar, berjuta ringgit faedahnya kepada bank, sangkut. Tak jalan. Dia tak boleh nak buat. Dia tunggu, apabila tunggu, kita tak dapat satu sen pun. Jadi lebih baik kita permudahkan dia. Kita ada skim ini, dia disyaratkan dibayar dalam kiraan, dalam anggaran RM 3 juta, untuk memulakan projek. Maka kita benarkannya. Apabila dia menjual plotnya kepada pelabur, pelabur akan membayar premium tersebut, dan dia tak keluar, pemaju tidak perlu membayar dahulu, upront money. Dia tak bayar dulu. Pembeli akhirnya bayar. Jadi, dan setiap tahun kita akan naikkan peratusan premium. Bererti, kita tak rugi, setiap tahun kita naikkan peratusan premium. Bila beli awal, dia tak payah bayar kenaikan, dia beli kemudian, dia kena bayar kenaikan. Setiap tahun kita naikkan. Jadi akhirnya, kita akan dapat juga. Cuma kita dapat itu, lambat sedikit. Tapi nilai tidak kurang. Nilai masih sama. Itu dah kira, buat kira-kira. Jadi jangan risau. Kita tidak membela pemaju dan memudaratkan rakyat. Itu sudah tentu kita tidak benarkan itu. sebab itu perbincangan kita buat, empat tahun untuk sampai ke tahap ini. Terima kasih. Silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Ijok ingin bertanya, yang telah dihuraikan ialah insentif kewangan. Tetapi banyak pelabur kita, bukan warga negara Malaysia. Mereka telah melabur, mendirikan factory, dah bertahun-tahun. Tetapi adakah kerajaan nak menolong bagi insentif dari segi humanity, iaitu yang Ijok tekankan ialah mereka datang Malaysia, meneliti ataupun menengok business mereka, tetapi mereka datang only on visit VISA. Ada pelabur-pelabur meminta pertolongan untuk mendapatkan, macam status permanent residence, bukan warganegara, permanent residence, bagi memudahkan mereka
masuk keluar, negara dengan secara mudah untuk memantau business mereka. Itu boleh beri pencerahan.
Terima kasih, Yang Berhormat Ijok. Isu ini adalah isu yang penting. Untuk insentif cukai dan sebagainya, cuma kerajaan persekutuan, yang ada kemampuan untuk melakukan. Sebenarnya kerajaan persekutuan melalui MIDA telah menawarkan berbagai-bagai insentif untuk menarik pelabur-pelabur. Itu usaha telah pun dilakukan, cuma, ada masalah seperti yang saya sebutkan. Perkara ini seperti masalah seperti, permit kerja. Bukan Visa lawatan, ataupun Visitor Visa. Visa pekerjaan, sementara dan sebagainya. Ada pelbagai jenisnya. Ini selalunya, ini yang dibangkitkan oleh pelabur asing. Dan di pihak Invest Selangor, kita sentiasa membantu, mengadakan mesyuarat, menjemput imigresen dan jabatan-jabatan yang berkenaan, untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut. Tapi ini bukan cara yang untuk berpanjangan.
Dan ini adalah sebenarnya, masalah berpanjangan dan saya berharap Kerajaan Persekutuan yang baru ini dapat melihat, nak ambil tindakan yang tegas, dalam melaksanakan dasar Kerajaan Persekutuan. Saya kadang-kadang saya pun tidak faham. Kabinet yang sama, menteri duduk bersama, bila kita buat dasar yang cukup baik, insentif cukup baik, kita sediakan untuk pelabur, tapi apabila sampai ke isu visa, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, dia ada sikap yang berlainan. Seolah-olah dia bertindak dengan cara dia sendiri, dia yang paling sayang negara. Orang lain tak sayang. Hari ini saya nak bagi teguran kepada jabatan imigresen. Dia tidak membantu, kita sediakan, kita susah, kita buat banyak. Kita dah banyak belanja. MIDA, MITI, menyediakan pejabat untuk pegawai kita, pegawai MIDA, ada 21 pejabat MIDA di seluruh dunia. Amerika Syarikat, ada tiga, di Singapura, kita ada, di Taiwan, kita ada di Jepun, kita ada 21 negara, kita ada wakil kita. Daripada MIDA, daripada MATRADE ada. Bersusah payah, kita nak jual produk kita, nak mempelawa pelabur datang. Mereka datang, masalah visa. Bukan main susah, adakah jabatan imigresen ini, satu jabatan yang special, istimewa, dia yang cinta negara. Kita nak persoalkannya. Saya berharap, ini, berharap, mungkin wakil, mungkin rakan saya boleh bawa, Batu Tiga bawa ke Parlimen. Kenapa ada jabatan yang bertindak, seolah-olah bertindak dia yang lebih pandai dari yang lain. Orang bawa berjuta ringgit, beratus juta untuk melabur, takkan dia nak hantar pekerja asing yang tak ada permit. Dan kita pun ada syarat, cuma yang teknikal, management. Orang CEO, CEO, tak dapat visa. Bayangkan.
Ini orang lapor sendiri. Dah bertahun-tahun, dia ada factory di Pelabuhan Klang,di Ijok, tak dapat permanent residence, jadi menyenangkan dia masuk ke negara, untuk memantau....
Bukan sahaja Ijok, di Shah Alam banyak, perkara seperti itu. Bukan main susah. Jadi saya berharap, saya boleh panggil Pengarah Imigresen untuk menjawab, dia pun tak boleh jawab. Sebab kementerian
dia lain. Seperti yang saya sebut, seolah-olah dia yang paling cinta negara. Ini bukan sahaja di situ, Kementerian Pendidikan, dia yang paling cinta negara. Orang lain, lain. Saya berharap, Kerajaan Persekutuan yang baru ini, dapat menyelesaikan masalah seperti ini. Kalau kita dah memujuk, kadang bagi insentif, insentif pun bukan murah, insentif kita. Kita bagi pengecualian cukai, 5 sampai 10 tahun. Dia buat untung, beratus juta, tak payah cukai, kita dah bagi. Tapi taukenya tak dibenarkan, pemilik tak benarkan, CEO tak benarkan, orang teknikal tak benarkan. Kita cakap tentang technology transfers tapi tak benarkan. Orang teknikalnya datang. Macam nak buat technology transfers. Itu yang.. tapi cumalah, Imigresen, yang saya puji, sekarang buat pasport cepat. Itu saja. Tapi kita berharap bagi pengeluaran visa ini.
Ya? Oh tidak, bukan EXCO sahaja.EXCO dan orang lain juga ada mesin. Saya nampak cukup maju.. tapi, dalam pengeluaran visa, untuk pelabur-pelabur, untuk pihak pengurusan pelabur, agak ada masalah sedikit. Perlu dibaiki. Baik. Terima kasih.
Dan seterusnya, Tuan Speaker, soalan daripada Banting. Banting, mencadangkan kerjasama yang strategik dengan Xiamen Universiti, untuk mewujudkan industri dalam perubatan tradisi cina. Sebagai salah satu projek IDRISS. Seperti yang saya sebutkan pembangunan dalam IDRISS ini, kita bergantung, kita hanya mampu setakat menawarkan insentif untuk pemilik tanah memajukan tanah mereka. Jadi untuk bidang, industri yang mana, selagi dia, mengikut kehendak-kehendak kita, iaitu 5 cluster yang kita perlukan dan tambahan 2 kluster yang baru, logistik dan digital, kita alu-alukan. Jadi kalau untuk perubatan tradisi ini, kalau ada projek yang baik, kita memang mengalukan. Tapi kita tidak ada insentif yang lain, yang istimewa untuk ditawarkan. Sebab ini bukan yang dalam, yang merupakan pelaburan yang tegar untuk Selangor. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, penumpuan kita adalah kepada bidang yang membawa kesan impak ekonomi, yang besar untuk IDRISS ini. Jadi yang untuk perubatan tradisi, ia tidak merupakan datu bidang yang mempunyai impak yang besar kepada ekonomi, maka ia tidak menjadi keutamaan.
Dan untuk keluasan yang kita galakkan, ada syarat-syaratnya. Minimum kawasan adalah 200 ekar. Dan juga pembangunan, perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri. Dan bukan semua projek di dalam IDRISS ini akan diberikan insentif. Hanya projek yang setelah dinilai oleh jawatankuasa petugas, menepati semua syarat-syarat itu, akan dikemukakan kepada MMKN untuk dipertimbangkan. Itu adalah prosesnya dan juga syarat yang perlu dipatuhi. Dan projek pembangunan yang utamakan adalah yang strategik, yang bernilai dan berimpak tinggi dalam penerapan industri 4.0. walaupun dalam perkara ini, kalau tanah ini kurang 200 ekar, sekiranya dia mendapati, syarat pembangunan yang strategik, bernilai dan berimpak tinggi, maka pertimbangan boleh diberikan.
Tuan Speaker, seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Bukit Antarabangsa. Bukit Antarabangsa, menyebut tentang, pengkhususan dalam mempelawa pelaburan
dan beliau juga menyentuh tentang Aero Angkasa. Tuan Speaker, sesungguhnya Kerajaan Negeri telah pun memberi pengkhususan dalam kepada industri Aero Angkasa, sebelum Yang Berhormat Bukit Antarabangsa membangkitkannya pada hari semalam. Kerana kita telah pun menyediakan satu rangka, ya, satu pelan tindakan aeroangkasa, untuk tahun 2020 hingga 2030. Bererti kita sudah merancang sejak tahun mungkin 2018, atau 2019, untuk merangka pelan tindakan industri Aero Angkasa ini. Sebelum beliau mengetahui perkara ini, dah kita laksanakan. Kita dah beberapa langkah ke hadapan daripada Bukit Antarabangsa. Sayangnya disebabkan mungkin beliau mungkin bercita-cita besar, maka terlepas peluang untuk menerajui usaha Kerajaan Negeri dalam memajukan industri aeroangkasa ini. Dan juga Kerajaan Negeri juga memberi perhatian kepada pembangunan industri bio-teknologi, maka satu pelan tindakan untuk industri bio-teknologi juga telah pun digubal dan diluluskan. Ini adalah untuk daripada tahun 2021 hingga 2030. Semuanya ada perancangan yang rapi. Di mana umpamanya dalam aeroangkasa ini, dalam pelan ataupun pelan tindakan tersebut, kita telah pun menetapkan 48 inisiatif yang harus kita ambil tindakan. 14 dalam aeroangkasa, aerospace MRO iaitu maintenance, repair and overhaul. 11 untuk manufacturing, perkilangan, pembuatan aero, apa itu parts-nya, perkilangan untuk buat part-part ini. Kemudian 13, dalam engineering SI and design, 10, dalam training and education iaitu latihan.
Sementara itu, juga ada 30 perkara untuk tindakan segera. Iaitu peraturan, untuk membuat peraturan yang baru, dan termasuk meminda peraturan yang sedia ada untuk memudahkan pelaksanaan aero, industri aeroangkasa ini. Dan 4 tindakan untuk memajukan infrastruktur, 3 untuk pendidikan dan latihan, 6 untuk funding, 3 untuk insentif dan juga untuk market access, 2, dan lain-lain yang perlu diberi perhatian adalah 5. Jadi, kita telah menyediakan satu pelan tindakan yang terperinci, yang ada butir-butirnya, untuk kita ambil tindakan. Dan di bawah pelan tindakan ini, kita juga, telah pun menubuhkan, S-DAICO, Selangor Darul Ehsan Aero Space Industri Colation Office. Jadi ini, adalah sejajar dengan penubuhan NAICO, di peringkat persekutuan, National Aerospace Industry Coordinating Office. Di Malaysia ada 2, ada 2, Co, ini, S-DAICO dan NAICO. Negeri lain tidak ada. Sebab kita berada di hadapan. Dan sementara itu, kita juga telah melihat, kita juga seperti yang disebutkan oleh, Bukit Antarabangsa, kita juga merupakan negeri yang pertama yang berani menganjurkan Selangor Aviation Show. Dan pihak persekutuan pun belum sampai ke tahap ini, kita dah sampai tahap itu. Kita dah buat kali ke-3, tahun ini, menganjurkan Selangor Aviation Show, saya nak ucapkan terima kasihlah kepada Bukit Antarabangsa. Walaupun beliau tidak ada, kerana apabila tahun pertama kita menganjurkan, beliau selaku menteri pada masa itu, telah pun memberikan peruntukan sebanyak, kalau tidak silap saya RM 800,000.00 untuk menaja. Jadi untuk itu saya ucapkan terima kasih. Tapi saya rasa, daripada Kerajaan Persekutuan, kita memerlukan penajaan yang lebih tinggi lagi, supaya kita dapat melengkapkan lagi ataupun memperkayakan lagi kandungan pameran kita. Bagi tahun ini, kita...
Mohon pencerahan, Bandar Baru Klang, penajaan daripada Kerajaan Persekutuan pada waktu itu, melalui saluran apa, ya. Jadi boleh mohon pencerahan.
Kementerian, MITI. Kementerian Perdagangan Antarabangsa, MITI dan tahun lepas kita dapat daripada Kementerian Kewangan dalam sekitar RM1,000,000.00. dan tahun ini, kita mengharapkan lebih banyak lagi kementerian yang dapat memberi penajaan, termasuk Kementerian Pengangkutan dan sebagainya. Kerana SAS kita, Selangor Aviation kita, telah mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik. Tahun lepas kita telah pun memperoleh 62 syarikat dalam aero angkasa ini, untuk menyertainya. Dan berjaya menarik seramai 10,000 pelawat ke SAS ini. Dan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cadangan Bukit Antarabangsa untuk menambahkan lagi, peruntukan untuk Invest Selangor, bagi memperkasakan lagi unit ini, untuk usaha mendapatkan pelaburan yang lebih untuk Selangor. Untuk makluman Dewan ini, portfolio ini, portfolio saya ini mungkin merupakan portfolio yang memperoleh peruntukan yang paling rendah. Tapi tanggungjawabnya berat untuk menarik pelaburan, untuk mencipta kekayaan, bagi kita menyokong segala projek kebajikan yang kita sediakan. Sebab itu saya mengucapkan terima kasih, ada cadangan untuk menambahkan lagi peruntukan untuk merancakkan lagi usaha mempromosi, membuat promosi pelaburan dan juga mendalami, segala usaha untuk menyediakan satu suasana dan satu keadaan yang lebih mesra kepada pelaburan dan mesra perniagaan. Itu saja, penggulungan saya. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Bandar Baru Klang. Saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Tiga, teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengucapkan terima kasih kepada lima Yang Berhormat, yang membangkitkan isu empat nya adalah untuk perumahan dan satu daripada Kampung Tunku, berkaitan dengan keusahawanan. Terlebih dahulu saya ingin respons kepada soalan ataupun isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balakong berkaitan dengan cadangan menubuhkan taskforce peringkat negeri terutama bagi projek perumahan inisiatif kerajaan negeri Selangor dan juga untuk beliau menyinggung sedikit projek residensi jaya yang telah diutarakan.
Dengan ini saya ingin nyatakan disini, oh Balakong tak ada dalam Dewan ya. Tapi saya bacakan sikit untuk makluman kerana ini penting. Sebenarnya, bagi pihak Yang Berhormat dalam Dewan ini, kita telah pun, Lembaga Perumahan Selangor telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantauan Rumah SelangorKu bagi memantau pelaksanaan rumah ataupun dasar rumah Selangorku di negeri Selangor ini. Jadi ahli-ahli Jawatankuasanya adalah terdiri daripada Lembaga Perumahan, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pejabat Daerah Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan saya sendiri dan wakil ataupun
menghantar wakil setiap kali mesyuarat diadakan. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memantau pembangunan projek-projek skala besar yang diluluskan oleh kerajaan semenjak 2014 lagi jawatankuasa ini telah diwujudkan. Ada antara peranan utamanya adalah untuk memantau pelaksanaan pembinaan rumah Selangorku, memastikan pelaksanaan projek mematuhi jadual pelaksanaan, yang ketiganya mengemukakan laporan-laporan berkala kepada Jawatankuasa Induk rumah Selangorku dan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan status pelaksanaan.
Jadi semua status-status yang perkembangan pembangunan ada dalam rekod kita dan saya sendiri pantau dengan lebih dekat. Keempatnya mengesyorkan tindakan kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk melaksanakan kaedah pemantauan yang lebih keras dan adakala nya kita membekukan permohonan-permohonan lain yang ada di lokasi yang lain oleh pihak pemaju yang melengah-lengahkan pembinaan di lapangan. Dan yang kelimanya, mengangkat naik kalau ada keputusan kita ubah, jadi kita akan bawa isu ini kepada MMKN untuk membatalkan kelulusan rumah Selangorku serta menyenarai hitamkan pemaju daripada pembangunan di negeri Selangor.
Jadi untuk isu residensi ini sebenarnya, projek ini adalah projek yang boleh dikatakan rumah terbengkalai yang telah diserahkan kepada syarikat penerima dan pengurus ataupun receivership dengan izin, iaitu Gerantontun Consulting Sdn. Bhd. pada 07 November 2019 kepada apabila syarikat pemaju asalnya iaitu Jitu Enigma Sdn. Bhd. (JESB) digulungkan. Jadi sejak daripada itu saya nampak pemaju ini penggulungan pemaju ini pihak receivership telah pun mengkaji dan menyelesaikan tetapi akhirnya juga ada sedikit isu, mereka gagal untuk meneruskan projek ini. Dan untuk itu yang terkini kerajaan Selangor telah pun menyarankan kepada syarikat yang mengambil alih ini untuk membentangkan cadangan penyelesaian terkini yang akan dibawa penelitian oleh jawatankuasa yang akan saya pengerusikan sendiri. Jadi untuk ini, saya rasa bagi pihak kerajaan melalui Lembaga Perumahan turut menyediakan penyelesaian kepada para pembeli yang terkesan. Kita bagi pilihan juga dalam masa kita nak selesaikan isu-isu terbengkalai, lambat siap ini, kita bagi penyelesaian kepada pembeli rumah untuk membatalkan ataupun membantu untuk pembatalan pinjaman bank serta kita batalkan bank pinjaman bank, kita ada perbincangan serta kita tawarkan rumah Selangorku secara terus kepada pembeli yang masih berminat tetapi di lokasi yang lain supaya mereka tidak terbeban untuk menunggu rumah-rumah Selangorku yang ada beberapa masalah.
Itu untuk Balakong, seterusnya yang dibangkitkan oleh Kota Damansara berkaitan dengan pembelian rumah oleh bukan bumiputera yang tidak mendapat hak milik di Kova Suites, Kota Damansara. Kenapa perkara ini berlaku dan juga tanggungjawab siapa bila berlakunya tidak mendapat hak milik ini. Ingin saya nyatakan kepada Dewan Yang Mulia ini, bahawa bahagian hak milik strata ataupun BHS bertanggungjawab memproses permohonan pecah bagi bangunan. Tetapi bila kita lihat, apa yang berlaku di Kova Suite ini, iaitu berdasarkan rekod hak milik strata Kova Suites telah dipungut
pada 29 Julai 2013. Tetapi bila mana kita mula memproses, kita di sinilah sebenarnya penguatkuasaan ataupun cara kita memastikan bahawa kuota itu tidak terjual ataupun dapat di orang kata dapat di cam ataupun dikesan berapa banyak kuota yang telah terjual ataupun tidak dijual dan sebagainya.
Jadi untuk kes ini, yang ada di maklumat yang dibekalkan kepada saya, adalah syarikat ini sebenarnya telah pun berurusan kuota dengan menjual 15 unit kondominium kepada pembeli bukan bumiputera sebelum mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Boleh atau tidak menjual kuota bumiputera, ia hanya boleh dengan mengikuti aturan-aturan S.O.P yang telah ditentukan dan mesti mendapat konsen ataupun kelulusan pihak berkuasa negeri. Jika tak dapat, maksudnya pembeli teraniaya. Mereka tak tahu yang pemaju belum mendapat konsen tetapi pemaju menjual terlebih dahulu. Jadi untuk ini, sebenarnya pemohon ada, apa yang berlaku kepada projek ini, ada pemohon telah pun mengemukakan permohonan pelepasan kuota kontra peringkat ke-4. Empat kali dah dia nak mohon, tetapi sebenarnya yang awal itu kita telah pun bermula daripada 2018 membantu memikirkan cara penyelesaiannya iaitu Lembaga Perumahan telah pun pada 09 November 2018 telah mengimbang untuk meluluskan rayuan mengurangkan kuota bumiputera sebanyak 41% daripada 158 unit kepada satu iaitu pengurusan 193% atau 93 unit kepada 9% ataupun 30, 35 unit. Maaf saya ulang balik, daripada 193 kita kurangkan pada 98 iaitu kita bagi pengurangan 35 unit tetapi lepas itu mereka datang berkali-kali, kita kurangkan ini bukan dengan memberi hanya jumlah berkurangan tetapi mereka perlu bayar semula denda yang perlu dikutip ataupun dibayar kepada Lembaga Perumahan sebanyak RM 7.268.191 kepada Lembaga Perumahan sebab perlanggaran ini.
Jadi mereka datang rayuan kali kedua juga dibuat iaitu pada 07 Mac 2019, sekali lagi kita pertimbangkan memandangkan jumlahnya tinggi sebab apa, sebab kita lihat masalah besar ini adalah bila mana perkara ini berlaku yang terkesan adalah pembelinya. Pembeli yang tak tahu cerita daripada awal telah pun terbabit perkara ini, namun begitu kita lihat pengurangan kali kedua ini, yang mana mekanisme pelepasan kuota bumiputera itu perlu ada pembayaran semula caj langgaran sebanyak RM 3,028,413.30 ini telah pun diluluskan oleh kerajaan. Tapi malangnya sampai kini kita masih lagi kelulusan ini atau kita kata 7% potongan harga bumiputera ini adalah kekal dan masih lagi tidak orang kata tidak dibuat pelepasan. Jadi kalau pihak Lembaga Perumahan hanya menuntut supaya pihak pemaju bukannya pembeli. Maksudnya kegagalan ini kita tak bebankan kepada pembeli, kita bebankan kepada pemaju ataupun pihak yang mengambil alih pemajuan ini. Kenapa saya sebut macam ini, sebab pembeli dah bayar kepada pemaju, kita dah bayar, tetapi bendanya tidak di transparent atau pun tidak telus, maka pemilik-pemilik ini mendapat masalah kemudian hari kerana mereka tidak dapat pemilikan harta mereka.
Tapi saya juga mencadangkan ataupun pihak kerajaan mencadangkan supaya pemilik-pemilik ini untuk membuat mengambil tindakan kepada pihak pemaju secara
persendirian ataupun berkumpulan kepada khususnya kepada ahli lembaga syarikat yang telah gagal melaksanakan perkara. Jadi itu saja untuk ...
Minta mencelah Yang Berhormat.
Ya silakan.
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, tak silap saya syarikat itu Andaman tak silap saya, syarikat itu, syarikat itu melakukan operasi modus operandi yang sama. Kalau perasan dia ada bawah Square di Kota Damansara, kemudian dia berpindah dekat Seri Kembangan dan sebagainya. Kepada pembeli dia bayar guanrantee of return 6% tak silap saya setiap bulan selama enam tahun, kemudian apabila dia berjaya untuk menjual dengan seeprti mana Yang Berhormat bagi tahu itu, dia meyakinkan dan boleh tukar title daripada lot bumi kepada non- bumi. Kemudian dia beli dan dia buat dan saya rasa syarikat itu sebenarnya dah bankrap sekarang ini. Jadi bila kita nampak benda ini berlaku berterusan daripada satu kawasan ke satu kawasan tetapi di daerah Selangor yang sama, mungkin Yang Berhormat boleh tengok kan adakah syarikat-syarikat lain pun buat modus operandi yang sama. Terima kasih.
Terima kasih Jeram. Memang kalau kita lihat modus operandi begini banyak berlaku dan sebenarnya apa yang kerajaan Selangor, saya lihat kerajaan Selangor telah pun tegaskan di sini, Alhamdulillah kita ada kawalan. Maksudnya bagi mereka yang mungkin, minta maaf kalau saya guna perkataan mengambil kesempatan kepada pembeli, tetapi akhirnya bila mereka datang ke pejabat tanah atau PTG, mereka akan tersangkut. Sebab kita ada kaedah kawalan, kawalan yang mana di situlah kita tak akan buat pelepasan-pelepasan hak milik jika berlaku. Jadi bukan satu, banyak berlaku perkara ini, tetapi pihak pejabat tanah telah pun mengambil inisiatif yang begitu teliti dalam menyelesaikan perkara ini.
Seterusnya, saya ingat saya tak ada masa panjang, jadi saya tak jawablah soalan daripada Sijangkang, saya hanya jawab akan memberi jawapan bertulis. Seterusnya tentang apa yang disebutkan oleh Kampung Tunku, saya lihat Kampung Tunku berkenan dengan ataupun berkenaan dengan digitalisasi usahawan ini memang begitu orang kata teruja dan bukan beliau sahaja, kami juga teruja bila melihatkan perkara ini perlu di laksanakan oleh semua pihak. Saya mencadangkan sebenarnya, bukan mencadangkan, saya menegaskan bahawa di bawah Jawatankuasa Tetap bermula tahun 2022 sebenarnya telah pun beri penegasan untuk isu digitalisasi ini diberi keutamaan termasuklah isu cashless ataupun bayaran secara tunai, e-wallet dan sebagainya. Jadi untuk ini kita pun melalui kerjasama dengan 12 Pihak Berkuasa Tempatan, 12 dan juga agensi kerajaan seperti SIDEC, PLATS, Invest Selangor, MBI, SelDGX dan juga Hijrah Selangor telah memperkasakan digitalisasi usahawan Selangor ini, di mana mewujudkan penjaja ataupun peniaga yang kecil yang mampu bersaing. Sebab itu kita ada usul-usul ini kerana kami merasakan bahawa komitmen
kerajaan untuk memastikan penghujung 2023 ini supaya setiap PBT ataupun setiap penjaja-penjaja kecil khususnya di kawasan-kawasan PBT bermula untuk kita bagikan pastikan mereka ada kaedah e-wallet dan sambil itu kita juga memberikan penekanan supaya jika mereka mempunyai masalah ini, kita mengharapkan supaya boleh dibantu oleh pihak Hijrah dari sudut bantuan kewangan dan bank-bank yang telah pun menawarkan perkhidmatan, kadang-kadang secara percuma untuk memastikan pembayaran boleh dibuat secara tunai dan juga boleh memiliki perkakasan yang tertentu.
Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Lembah Jaya telah pun dah tak ada di dalam Dewan ini, tapi saya hanya nak rumuskan begini, modul cadangan hijau diteruskan dan kita akan laksanakan peringkat berperingkat-peringkat dan kita tahu ianya penting untuk meningkatkan kualiti hidup mereka yang duduk di kos rendah. Apa modul jaringan hijau ini adalah kawasan-kawasan lapang untuk kita manfaat kan untuk diberikan penumpuan kepada komuniti untuk boleh menggunakan kawasan itu dengan lebih baik. Itu saja sebenarnya apa yang saya ingin rumuskan, tapi akhirnya saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih. Sebenarnya saya merupakan EXCO yang telah pun diberi mandat selama tiga penggal bermula Penggal Kedua Belas, Ketiga Belas hingga kini 2018 dan saya telah pun menerajui 18, 8 ...
Tuan Speaker. Saya, untuk pengetahuan EXCO, saya ada bangkit isu jelapang padi, tapi ...
Saya tak sentuh sebab belum, jawapan masuk dalam senarai soalan, jadi saya akan jawab dalam soalan nanti. Jadi untuk itu, saya rasa 8 stanco ...
Maaf, Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, soalan saya tentang Residensi Jaya...
Saya dah jawab, Yang Berhormat tak masuk. Nanti kita boleh check Hansard ya.
Okay, terima kasih.
Lain kali masuk awal sikit. Di lapan jawatankuasa yang telah pun saya pegang daripada kebajikan dan wanita, sains teknologi inovasi, kebudayaan, pembangunan luar bandar, perumahan dan kesejahteraan bandar dan juga pembangunan usahawan. Saya rasa yang paling penting saya nak ucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar yang dulu dan sekarang yang telah pun memberi peluang untuk saya menjadi sebahagian daripada pasukan beliau menerajui negeri Selangor. Dan saya yakin, apa pun sumbangan yang telah pun dibuat ini adalah kerja baik berpasukan dan juga kerja kuat antara semua
jabatan dan juga pihak-pihak yang telah pun berkhidmat di bawah pentadbiran ataupun jawatankuasa saya dan saya ucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam dan juga kepada Yang Berhormat sekalian yang telah pun memberikan sokongan dan dokongan yang baik kepada saya. Oleh itu saya menutup, saya juga mohon maaf jika ada tanggungjawab ini orang adalah kekurangannya dan kelemahannya dan insyallah saya mendoakan supaya untuk masa-masa akan datang, sesiapa juga yang mengambil alih jawatankuasa ini, meneruskan dasar-dasar yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dan akhirnya boleh menambah baik lagi demi rakyat yang kita sayangi di Selangor ini. Itu sahaja daripada saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Batu Tiga. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari, sebelum saya menangguhkan Dewan saya ingin memaklumkan Majlis Perasmian Garis Panduan Pendaftaran dan Pelesenan Perniagaan Secara Dalam Talian Negeri Selangor Tahun 2023 akan diadakan pada hari ini 16 Mac 2023 pada jam 1.00 tengah hari ini di Bangunan Annex. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dijemput hadir. Dengan ini saya menangguhkan dewan hingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Dewan disambung semula. Saya mempersilakan Sungai Kandis untuk menjawab soalan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim washolatu wasalamu ala rasulillah allahumma sholli ala sayyidina muhammad. Untuk menggulung perbahasan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk sidang kali ini berkaitan hal-hal yang berkaitan hal ehwal agama Islam. Saya ingin mengucapkan terima kasih Banting, Dusun Tua, Meru, Sungai Panjang, Taman Medan yang mengambil bahagian dan begitu juga dengan Seri Setia yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Dan isu yang dibangkitkan atau yang dibahaskan berkaitan dengan beberapa perkara dan fokuskannya jika diringkaskan ialah berkenaan cadangan ceramah di tayang secara langsung untuk sebaran dan kefahaman kuat kuasa peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Dan juga, adakah melanggar titah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dianggap derhaka dan
boleh diambil tindakan penguatkuasaan. Ketiga, cadangan penguatkuasaan ditingkatkan di masjid dan surau. Ini adalah antara yang dapat difahami pada apa yang dibahaskan oleh Ahli Dewan sekalian. Cadangan untuk menggunakan teknologi IT sebagai medium memantau ceramah-ceramah di masjid dan surau sedang diusahakan secara berperingkat. Buat masa ini terdapat 191 buah masjid yang telah mempunyai kemudahan multimedia yang digunakan untuk multimedia khutbah, dan termasuk sebahagiannya mengambil inisiatif sendiri untuk menayangkan semua ceramah masjid masing-masing. Selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, JAIS telah memperuntukkan sebanyak RM 500 000.00 sebagai tambahan kepada yang sedia ada iaitu kepada 45 buah masjid yang terpilih. JAIS akan terus berusaha menyediakan kemudahan ini secara berfasa berdasarkan pencapaian internat dan kemampuan Pegawai Masjid untuk mengoperasikannya. Isu kedua, berkaitan dengan adakah boleh dianggap sebagai derhaka dan boleh diambil tindakan. Sebarang ketidakpatuhan, keingkaran atau pelanggaran terhadap titah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh diambil tindakan bawah Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 3000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Isu yang ketiga, cadangan penguatkuasaan ditingkatkan kepada penceramah-penceramah di masjid dan surau. Dan, JAIS sentiasa memantau ceramah yang disampaikan di masjid dan surau di seluruh Selangor. Satu arahan khusus bertajuk ‘Larangan Penggunaan Masjid Dan Surau Bagi Menjalankan Program Atau Ceramah Yang Berunsur Politik’ telah dikeluarkan pada Januari 2022 seluruh nazir-nazir masjid, pengerusi surau dan mushola di Negeri Selangor. Arahan ini juga merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berhubung perkara tersebut bertarikh 4 Januari 2022 pada JAIS. Tindakan penguatkuasaan juga akan dilakukan terhadap mana-mana pihak yang mengajar atau cuba mengajar atau menyebabkan ajaran agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan merujuk kepada Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor jika disabitkan adalah melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 3000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Sijangkang membangkitkan...
Boleh saya celah?
Silakan.
Seri Setia.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kita faham dan kita tahu arahan Tuanku jelas bahawa tidak ada orang politik atau berpolitik di dalam masjid dan surau. Cuma saya hendak minta dari pihak Yang Berhormat EXCO sendiri ada juga Jawatankuasa Masjid yang tidak membenarkan kami masuk ke surau, di masjid maaf. Di masjid. Walau kami tidak
berceramah sekalipun tetapi mereka tidak mengundang, maaf bukan tidak dibenarkan masuk tetapi tidak mengundang kami. Ini pun kami minta supaya undanglah kami. Apalah salahnya kalau undang kami. Kami pun tidak hendak bercakap dalam masjid dan kami tahu arahan dan kami patuh dengan arahan Tuanku itu.
Terima kasih Seri Setia. Atas makluman berkenaan tidak di undang di majlis-majlis yang dibuat oleh pihak masjid, surau. Dan, insyaAllah perkara ini akan diberi perhatian dan semua Ahli-Ahli Dewan kepimpinan yang telah dipilih oleh rakyat akan disarankan kepada pentadbiran masjid supaya mengundang pimpinan-pimpinan masing-masing bagi merapatkan lagi silaturahim antara pimpinan dan juga komuniti setempat.
Mohon penjelasan.
Ya. Bukit Gasing.
So nak 100% conformation. Kalau dijemput untuk berbuka puasa di masjid dan surau tiada masalah untuk hadir. Cuma jangan bagi ucapan.
Ya, itu maksud dan hasrat dari Enakmen yang dibina. Jadi untuk aktiviti kebajikan untuk aktiviti sosial, yang tidak melibatkan ruang ibadah, ruang solat dan juga memegang mikrofon ataupun tidak bercakap, ini dibenarkan.
Sungai Kandis. Hulu Kelang.
Saya ada satu perkara yang hendak timbulkan ialah tentang mengajar di surau atau masjid dipantau oleh MAIS atau JAIS kan. Tapi ada juga mood sembahyang Jumaat di Taman Ukay, beberapa orang memantau grant oleh JAIS. Sekali tu dia cakap berkenaan wanita, fikah, ulama, tiba-tiba dia masuk konsep ... tentang kuasa lelaki agama Islamlah! Ulama ini mentafsirkan ayat-ayat ni berdasarkan kelelakiannya dan wanita ini bersifat kewanitaannya. Ramai yang terkejut. Saya lagi terkejut. Saya lagi pantang isu janda, wanita ini kalau begitu. Minggu berikutnya satu kejutan lagi dia bagi fasal LGBT. Dia mengolahkan satu olahan, memfokuskan pada. Masa tu kan, Anwar Ibrahim belum menjadi Perdana Menteri tapi ke arah itu. Dia baru jadi Perdana Menteri dia ada high test hourness (dengan izin) dia hendak bawa isu ini. Jadi, saya pun tidak happy lah. Saya kata, saya menulis kepada JAIS punya Pengarah tapi belum jawab, tapi saya rasa mungkin dia tidak jawab. Saya rasa perkara ini kita kena address dengan baik, kalau tidak dia mainkan lagi.
Saya rasa Ahli Dewan Negeri boleh dapat titah Tuanku sempena Baginda dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Dia mengatakan
di sini. Menzahirkan ucapan terima kasih Beta kepada yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pihak Majlis Raja-Raja pelantikan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri di kalangan bukan ahli politik bagi prinsip pengasingan agama. Itu yang termaktub di Perlembagaan berkaitan dengan agama Islam dan Eksekutif Raja-Raja Melayu. Ini juga bersesuaian dengan prinsip demokrasi raja perlembagaan. Ini satu yang tuntas daripada Sultan Selangor selaku Pengerusi (HEI). Siapa-siapa yang bawa khutbah ini kita kena ambil tindakan kepada dia. Dia membawa satu kesan yang negatif tau. Bila dia cakap begitu, orang rasa eh! tiada ni, macam mana boleh ada. Ada, masalah dia besarlah isu LGBT. Bila Anwar jadi Perdana Menteri jadi lagi dahsyatlah. Bebas orang buat kerja yang tidak senonoh.
Saya harap kita betul, rakyat pun faham, jangan emo rakyat, mengikuti suatu perkara itu dengan baik. Tidak mudah kita hendak kata dengan ajaran sesat tidak boleh. Saya hendak tanya pada EXCO Agama apakah sepatutnya yang dilakukan oleh JAIS dalam konteks memantau khutbah Jumaat ini. Kalau tidak silap nanti keterlaluan sikit dia pula kita pantau. Minta penjelasan.
Sikit boleh?.
Kota Anggerik.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya hendak susuli daripada point daripada Seri Setia tadi. Cuma, ialah kita hendak minta pencerahan juga. Bila EXCO kata hendak pegang mikrofon pun semacam menjadi satu kesalahan. Tapi kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat muslim ini pada kebiasaannya kita ke masjid atau surau khususnya di dalam bulan Ramadhan ada Jawatankuasa Masjid dan Surau ni berbesar hati bila kita mari. Untuk berbuka puasa ataupun bertarawih. Jadi mereka ini ada yang menawarkan, maknanya YB ni berucaplah sikit sepatah dua. Jadi kita pun fahamlah. Sepatah dua bukanlah kita bagi tazkirah cuma kita hendak apa menyebut besar hati dapat datang sini menyantuni kariah di sini. Jadi setakat itu sahaja. Ucapan tersebut mungkin dua tiga minit sahaja. Sekadar menyantuni permintaan pihak pengurusan ataupun jawatankuasa surau untuk memberikan sepatah dua kata. Jadi apakah dengan memegang mikrofon dan menyampaikan sepatah dua kata dalam konteks meraikan jemputan daripada pihak surau atau masjid menjadi satu kesalahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun politik di Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Hulu Kelang dan juga Kota Anggerik yang mengajukan soalan tambahan ataupun pertanyaan dengan 2 isu tadi. Pertama, Hulu Kelang bertanya tentang bagaimana JAIS boleh bertindak untuk mengawal apa-apa sahaja ceramah ataupun aktiviti dalam masjid yang menyalahi enakmen? Saya ingin mengajak kepada semua pimpinan-pimpinan semua Ahli Dewan sentiasa menyalurkan maklumat sekiranya benar-benar berlaku sesuatu yang berlaku bertentangan atau melanggar syarat seperti yang
ditetapkan. Tadi katanya khutbah yang menggunakan teks, menggunakan khutbah sendiri itu boleh diajukan. Sebab kita JAIS mempunyai kakitangan yang terhad. Jadi adalah mustahil setiap minggu kita ada 426 buah masjid dengan kakitangan yang terbatas ini, kita tidak boleh duduk di masjid untuk memantau. Jadi, kerjasama kepada semua untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan masjid dan surau kita ini dengan menyalurkan maklumat ataupun apa-apa sahaja yang boleh membantu pihak JAIS ambil tindakan yang sewajarnya. Kota Anggerik kalau sekiranya mendapat pelawaan daripada pihak pengurusan untuk menyampaikan ucapan, sebaiknya berelaklah, mengelak kerana boleh menimbulkan fitnah dengan sekeping gambar, boleh disebarkan mengatakan ADUN ni bercakap walaupun dia cuba ucap terima kasih tetapi caption ataupun ayat di bawah tu, dia boleh dijadikan sebagai serangan media sosial kepada pihak-pihak tertentu. Jadi untuk kebaikan sebaiknya elakkan daripada menggunakan ruang solat ibadah itu untuk bercakap
Saya tak bersetujulah. Minta maaf
Luar boleh.
Tuanku berkata ya
Hulu Kelang
Tuanku kata ya Jelaslah mana-mana yang berunsur politik kepartian. Kalau kita nak cakap apa cakaplah. Kalau kita, kita kata kita lebih baik, kita tak, tak ada apa-apa, kita ,,, back. Kita ke belakang, ke belakang. Bila kita nak ke depan. Ilmu, ilmu yang baik dan hendaklah kita sampaikan. (Ayat Al-Quran)...mesti ada berdakwah... daripada kita. Sebelum bercakap mesti ...kita tau disiplin kita, jangan mempolitik kepada yang lain boleh. Kalau belum apa-apa kita kata ooo berucap kat surau kat masjid ni menimbulkan fitnah. Dan kita, kita mengalah. Saya kalau boleh saya tak...soal agama baik-baiklah jangan tutup pintu. Terima kasih.
Apa yang Hulu Kelang sampaikan tu kita ambil maklum dan perhatian dan saya nak respons kepada apa yang dibangkitkan oleh
Sungai Kandis
Sijangkang
Yang Berhormat Sungai Kandis
Dinyatakan pemberian tauliah. Ada banyak lagi ni tapi...
Taman Medan
Sungai Kandis dan juga Timbalan Speaker. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Sungai Kandis bahawa tentang kalaulah ruang di luar, luar dewan solat dibenarkan berucap adakah sedemikian dia sebab kadang-kadang aktiviti di masjid surau ni bukan sekadar aktiviti ibadah, malah sebenarnya di, di beberapa masjid dan surau juga aktiviti-aktiviti yang berkait dengan program Kerajaan Negeri. Antara jualan Ehsan Rakyat juga dibuat di perkarangan masjid dan juga surau. Juga program-program komuniti. Malah persatuan penduduk pun ada guna masjid dan surau untuk buat mesyuarat dan sebagainya. Dan saya nak maklumkan juga, kalaulah boleh dibuat di luar daripada dewan solat, saya juga nak berkongsi ada surau terutama tempat saya tak ada ruang legar. Surau di tingkat 2 rumah pangsa mana ada ruang legar. Ada ruang laluan aja dan sebagainya. Jadi memohon pandangan bagaimanakah untuk kita, sebab kita nak, kita tahu masjid dan surau ni bukan semata-mata untuk program-program ibadah khusus tapi juga program kemasyarakatan. Sebab kita nak biar dia dianggap sebagai memasyarakatkan masjid, yang mendekatkan orang dengan masjid. Jadi, saya berharap cari boleh satu, mencari satu mekanisme yang lebih berkesan, dalam menjadikan institusi ini sebagai institusi yang suci. Suci, kesucian itu sesuatu yang memang kita perlu pelihara. Tapi dalam masa yang sama juga kita mempelbagaikan peranan dan tidak dilihat dalam skop yang hanya terbatas pada keadaan-keadaan tertentu semata-mata. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis dan juga Timbalan Speaker.
Terima kasih Taman Medan yang memberikan maklumat dan juga informasi berkenaan dengan bagaimana kalau sekiranya kawasan tersebut sempit, ataupun tiada ruang untuk buat aktiviti selain daripada aktiviti ibadah. Jadi ini terpulanglah kepada kebijaksanaan, pimpinan untuk melaksanakan aktiviti. Tapi di segi peraturannya, mana elakkan daripada orang politik ataupun pimpinan ahli wakil rakyat untuk berada dalam kawasan itu bercakap dan ini akan menimbulkan fitnah yang lebih besar. Sijangkang bertanyakan tentang...
Tuan Timbalan Speaker. Mohon, mohon mencelah sedikit. Saya pun ada bangkit beberapa perkaralah dalam isu ini tapi soalan, bukan soalan saya. Saya mohon ketetapan confirmation dengan izin daripada Yang Berhormat EXCO di mana sepatutnya Ahli Dewan Negeri bukan ahli politik. Ahli Dewan Negeri ataupun Ahli Parlimen boleh bersama dengan kariah masjid ataupun surau. Di mana hadnya, di mana limitation nya kalau kata tak boleh masuk beri tazkirah, ceramah agama dan sebagainya. Boleh. Itu sangat clear. Tetapi kalau di kawasan perkarangan, sebagai contohnya yang disebut tadi oleh YB yang jualan Ehsan, siapa tu?..
Taman Medan
Taman Medan. Di kawasan saya, kawasan pangsapuri, flat, flat pangsapuri kos rendah, kawasan surau saja itulah kawasan orang berkumpul. Di perkarangan surau ataupun sebelah surau. Itu sahaja. Jadi kalau Ahli Dewan Negeri pun tidak boleh dibenarkan untuk turunkan bantuan, bagi buat program jualan Ehsan, saya rasa itu pun tidak adil bukan sahaja Ahli Dewan Negeri tetapi untuk penduduk khususnya di kawasan majoriti Melayu dan memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Jadi saya minta ketetapan daripada Y.B. EXCO kalau boleh beri arahan ataupun pekeliling secara hitam putih di mana kalau boleh lukislah, rajah di mana kita boleh masuk, tak boleh masuk, cakap, tak boleh cakap. Colouring pun boleh. Supaya semua pihak pesanan daripada Ahli Dewan Negeri jelas. Pihak surau jelas, pihak masjid jelas, semua orang tau di mana had kita. Hak dan kebebasan kita.
Terima kasih Bukit Lanjan yang prihatin dengan keadaan masyarakat atau komuniti Muslim yang berada memerlukan bantuan dan sumbangan. Sebelum ini memang ada beberapa permohonan untuk mengadakan program jelajah Ehsan rakyat di kawasan berhampiran masjid. Untuk membuat program-program ekonomi atau program sosial. Itu tidak ada masalah. Jadi, boleh berhubung dengan pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan pandangan sekiranya ingin mengadakan program. Pejabat agama kita ada di setiap daerah. Jadi ADUN-ADUN boleh untuk berhubung dengan mereka bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Okay jelas ya. Kalau tak jelas nanti boleh berhubung dengan pihak, sebab dia kes by kes
Tak jelas
Maknanya tidak boleh dipukul rata untuk semua kawasan. Jadi, apa yang dimaksudkan tadi, boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk minta pandangan.
Sikit je. Saya sebab, sebab tak jelas. Jadi tu yang mem, memelik. Boleh laluan ya Speaker. Cuma macam tadilah bila Bukit Lanjan cakap perlu ada satu garis panduan yang jelas, saya ingat yang untuk ahli-ahli Yang Berhormat ataupun ADUN ni bila diraikan di surau atau masjid pun saya rasa pihak Yang Berhormat EXCO perlu mengeluarkan satu garis panduan jelaslah. Maksudnya daripada aspek kita patut spesifik. Kalau ber, memberi kuliah tanpa tauliah itu satu isu. Kan. Maksud memberi kuliah tanpa tauliah itu kita faham. Tapi bila pemimpin setempat pemimpin masyarakat di masjid, di surau yang dijemput untuk memberikan sedikit kata aluan misalnya, jadi saya rasa kena ada beza di situ sebab nampak macam kita pukul rata. Bila melibatkan soal memberi kuliah tanpa tauliah, kita generalisekan dengan ahli politik pun tak boleh cakap dalam masjid. Sebab saya rasa inti pati apa larangan ahli-ahli apa nama ni, ahli-ahli politik untuk memberi kuliah dalam
surau dan masjid ni jelas untuk mengelakkan politik kepartian daripada masuk apa merosakkan surau dan kesejahteraan di masjid ini. Tapi bila dalam konteks pemimpin masuk ke surau, kita ni orang Melayu, orang Islam ni kita ada tradisi biasanya kita meraikan tetamu. Jadi saya rasa agak bila kita generalise ahli politik ataupun pemimpin masyarakat tak boleh langsung. Jadi, mungkin di situ saya minta pihak Kerajaan Negeri mengeluarkan satu clear apa guidance yang jelaslah supaya kita tidak apa orang kata ada grey area dalam isu ini. Terima kasih.
Terima kasih Kota Anggerik. Kalau boleh saya, terima kasih juga atas saranan tadi untuk garis panduan bagi memudahkan mana-mana Ahli Dewan apabila mereka berkunjung ke masjid dan surau, apa yang boleh apa yang tak boleh. InsyaAllah kita akan cuba teliti. Saya nak kongsikan pengalaman Tanjung Sepat. Tanjung Sepat mendapat teguran, ini antara contoh yang berlaku pada tahun 2022. Kerana beliau dijemput oleh pihak pentadbiran masjid untuk menyampaikan ucapan dan selang beberapa jam, beliau mendapat teguran daripada pihak berkenaan kenapa menyampaikan ucapan. Jadi, itu sebagai satu kes lah yang telah berlaku dan saya harap tidak berlaku lagi di tempat-tempat yang lain. Baik. Berkenaan dengan pemberian tauliah kepada individu tanpa yang bukan aktivis politik dan sebenarnya semua pihak boleh memohon tauliah untuk berceramah ataupun penganjur itu sendiri yang sepatutnya mereka peka dengan perkara ini. Jadi pemberian tauliah pada satu-satu masa atau tauliah khas ini tertakluk kepada peraturan-peraturan tauliah Negeri Selangor 2008 dan tiah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Jadi, seki, bukan semua mohon mesti dapat. Tapi bergantung kepada suasana dan kebijaksanaan pihak pentadbiran melihat situasi apakah penceramah itu wajar diberi tauliah atau tidak. Tujuan ataupun makasit utama tauliah ini ialah untuk menjadikan masjid dan surau ini sebagai kawasan yang harmoni. Tidak menimbulkan keresahan di kalangan jemaah. Mungkin ada daripada parti politik yang berlainan apabila melihat individu tertentu menyampaikan kuliah tentunya menimbulkan rasa kurang senang dan akhirnya menimbul, menghantar bantahan dan juga protes kepada pihak Jabatan Agama Islam. Kemudian.
Minta laluan sikit
Mana. Oh, ya
Saya
Silakan Kuang
Saya tertarik juga dengan apa yang disuarakan oleh Kota Anggerik berkenaan dengan grey area di mana wakil-wakil rakyat ini tidak dibenarkan menyampaikan ucapan di dalam masjid-masjid mahupun surau. Sedangkan kita ini adalah wakil rakyat yang dipilih di seluruh kawasan DUN berkenaan. Mana mungkin kita tidak dibenarkan untuk mengucapkan sepatah dua
kata di dalam masjid, di dalam surau. Dan ini kita tak sampaikan ceramah politik. Kita adalah wakil kepada rakyat. Jadi, sewajarnya bukan saja harus dikeluarkan apa garis panduan. Terus diberi kebenaran. Tak perlu lagi garis panduan. Wakil rakyat dikecualikan daripada apa yang disebut sebagai larangan untuk menyampaikan apa-apa ucapan di dalam masjid dan surau. Kenapa ada perlu garis panduan kalau kita daripada wakil rakyat Melayu Islam dan sebagainya, wajarlah kita bercakap di dalam dewan, di dalam masjid, dalam surau. Apa yang jadi masalahnya. Kita bukan bercakap dalam soal politik. Kita bercakap soal masyarakat di dalam surau, dalam masjid. Kita pun tahu sempadan kita. Kan. Kalau kita diletakkan di dalam kategori yang sebagai disebut oleh Kota Anggerik sebagai grey area tu, itu agak tidak munasabahlah. Saya harap supaya dikeluarkan satu arahan yang jelas, supaya, supaya kita wakil rakyat lama daripada golongan wakil rakyat orang Islam ni, wakil rakyat Islam ni dibenarkan. Kita bukan nak sampaikan ceramah tentang parti PH dan sebagainya di dalam, di dalam masjid dan surau. Kita pun tahu sempadan kita. Terima kasih.
Minta laluan.
Sungai Kandis teruskan. Sungai Kandis teruskan.
Terima kasih Kuang. Hadir sesi petang. Dan pengundi tahulah makna Kuang hadir sidang kita. Sebabnya kalau semua Wakil Rakyat.
Speaker, minta seminit.
Sungai Kandis teruskan.
Kalau semua Wakil Rakyat
Tak sempat nak cakap Sungai Kandis
Yang Muslim ni, hadir solat subuh, solat maghrib, isyak dan solat-solat yang lain berjemaah, masyarakat akan kenal. Tak payah berucap dan sebagainya. Jadi, isunya ialah kerana mungkin kita jarang mengunjungi masjid dan surau ni. Jadi, saya sarankan...
Ha itu saya nak mencelah lagi sikit. Boleh tak?. Bagi saya celah sikit.
Apa ni, Kuang, Kuang..
Saya tak nak apa yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO tadi berkenaan apa yang berlaku di Tanjung Sepat. Bila EXCO berucap dalam tu ada orang complain. Jadi inilah walaupun kita pergi setiap waktu kita pergi pun tapi bukan satu masjid dalam satu kawasan. Kita ada banyak masjid, banyak surau. Setiap kali ada Jumaat kita akan berpusing di seluruh kawasan tak adalah kita fokus pada satu tempat sahaja, satu masjid. Masjid ini mungkin di sini, Jumaat ini mungkin di masjid lain. Jadi pusingan itu berlakulah. Tapi kalau apa yang disebut tadi oleh EXCO sendiri Tanjung Sepat berucap je, lima minit lepas tu ada orang complain. Yang ini yang kita tak nak berlaku lagi. Terima kasih EXCO.
Okay lepas ini isu., berucap..
Kuang tak berbahas pun tak dibenarkan, saya yang berbahas tak dibenarkan mencelah.
Saya sekarang tidak benarkan, sila duduk. Sabak, sekarang ini isu Ahli Politik berucap..
Minta saya seminit je
Saya sedang bercakap, Sabak.
Minta saya seminit.
Saya sedang bercakap Sabak. Isu Ahli Politik berucap di masjid ini dah jelas, terang. Hadis kata kalau kita banyak sangat tanya, tanya, tanya, tanya. Benda yang boleh pun jadi tak boleh. Jadi jangan banyak sangat tanya. Ya.
Bukan nak tanya, saya nak rujuk pandangan je.
Sekarang ini isu, isu Ahli Politik bercakap dalam masjid ni, jelas dah. Garis panduan dah ada. Dah jelas dah terang ya, setuju Sungai Kandis ya..Banyak sangat tanya, nanti boleh jadi tak boleh.
Ya, terima kasih Timbalan Speaker. Jadi sebenarnya perkara ini jelas dan kita semua faham ya. Jadi tujuan kita ialah untuk menjadikan masjid dan surau kita ini benar-benar harmoni. Apa yang berlaku hari ini ialah ada sesetengah pihak yang menjadikan masjid ini sebagai medan untuk mendapat kepentingan politik dan beberapa penceramah-penceramah yang kita batalkan kerana memang pertama tidak ada tauliah. Jelas peraturan kita, jadi kalau peraturan yang kita sama-sama luluskan dalam Dewan kita langgar jadi apa maknanya. Jadi kita berbahas dan lulus, kemudian kita langgar. Jadi terima kasih
kepada Timbalan Speaker jadi saya nak terus kepada Kota Damansara yang menyatakan cadangan untuk menaikkan elaun imam RM 1,300.00 ke RM 1,500.00...
Saya, terkilan ni.
Hulu Kelang sila duduk dulu, Hulu Kelang. Sila duduk dulu bagi Sungai Kandis, ya.
Nanti kita pergi tajuk lain la, tajuk lain.
Elaun imam ni, elaun imam sekarang...
Pasal berucap fasal bercakap, tapi lain. Lebih dasyat ni saya akan bacakan bukti, bukti orang yang...
Timbalan macam mana, okay?
Ya, Sabak lepas ini boleh bangun ya. Jangan complain.
Okay,
Tapi jangan sentuh pasal..
Saya takut sahabat saya, apa ni Sungai Kandis dia kehilangan dia punya aura sebagai seorang yang pendakwah. Dia tetapi takut benda ini akan menyusahkan dia kena dia play safe ini pandangan saya. Saya nak ahli EXCO kita berani, berani macam tak pernah ada tau, tak pernah ada yang seberani, seberani yang sepatutnya. Okay kalau kita tengok orang yang berilmu pada dasarnya berilmu dia bagi ceramah dia ikut suka dia je. Orang macam kita ini hati-hati pun dah kena. Okay saya nak dengar satu tik tok ya, kalau Kristian tu datang dia takluk kita kita jadi gembala babi, kalau Sultan Yusof dia takluk kita, tak jadi raja, kita jadi gembala kambing...keluar, babi kambing. Okay jadi saya pun tulis lah dalam saya punya komen pada kolum saya, Tuan Guru telah seperti pembenihan koko, jika orang bukan Islam diberi ruang untuk mentadbir kita, akan sampai satu waktu masanya mereka akan merasa menghina islam dengan memaksa kita menjadi gembala babi. Lebih berat lagi pabila perkara ini Tuan Guru kemukakan sebagai persoalan, kamu suka jadi gembala kambing ke jadi gembala babi, dahsyatlah. Kemudian Tuan Guru menyeru dengan suruhan berbaik-baik pada semua umat islam walaupun terdapat golongan yang jahat dan zalim. Justeru Tuan Guru anggap satu sifat sabar yang mulia kata dia. Itulah maknanya kalau kita sabar dan sama-sama kita ini sama-sama Islam kalau zalim pun sama-sama kita jadi gembala, kita jadi gembala
lembu. Selepas itu Tok Guru Menambah lagi seolah-olah mengancam dengan mengatakan kalau orang lain memerintah kita jadi gembala babi. Lawan sangat nak lawan sangat, nak jadi gembala babi ke gembala lembu. Tok Guru ini, Tok Guru. Jelas bahawa pendirian Tuan Guru adalah tidak membenarkan mana-mana pemimpin ataupun Kerajaan Orang Islam yang diketuai majoriti orang Islam cuba digantikan oleh orang lain. Saya jadi saya kata, saya merasakan nada suara Tuan Guru menunjukkan rasa marah luar biasa. Nak lawan sangat nak jadi gembala babi ke nak jadi gembala lembu. Maksudnya Tuan Guru...
Baik-baik Hulu Kelang.
Dengan sengaja nak lawan sangat...
Dah tiga kali Hulu Kelang.
Itu saya nak...
Kesimpulannya
Maknanya kita janganlah, kita kita kadang-kadang kita punya penyampaian itu lebih baik, lebih sopan berbanding dengan mereka yang dapat kawal beberapa masjid, Tok Guru dia bagi ceramah macam itu dalam masjid. Saya harap Ustaz steady la, Ustaz kuat. You will be salah seorang Ahli EXCO Agama yang terkuat di dalam sejarah Malaysia. Dengan keberanian untuk menyatakan pada Tuanku ke, patik kena pertahankan kebenaran. Itu yang saya nak.
Baik, Sabak ya.
Terima kasih, saya menyusun sepuluh jari minta supaya dirunding semula supaya Ahli Dewan Negeri boleh masuk ke surau masjid dan SRA dan KAFA dalam ruang lingkup sebagai Ahli Dewan Negeri. Bermakna bukan berceramah tetapi untuk merasmi di SRA dan KAFA di surau masjid juga untuk sebagai ucapan alu-aluan kepada Ahli Kariah. Saya menyusun sepuluh jari minta dirunding semula supaya Ahli Dewan Negeri boleh masuk surau KAFA dan SRA dalam ruang lingkup sebagai Ahli Dewan Negeri. Ada peraturan yang kuat bahawa kita hanya bercakap tentang sebagai Ahli Dewan Negeri dan bukan sebagai Ahli Politik. Terima kasih.
Terima kasih kepada Hulu Kelang yang kita memang menghargai dan juga komitmen dalam bidang dakwah dalam bidang penulisan dan bidang dakwah ini bukan semata-mata di masjid dan surau, dia boleh melalui pelbagai medium dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memang jelas bahawa semua pimpinan Ahli Dewan tidak dibenarkan berceramah,
berkuliah di masjid dan surau kecuali EXCO Agama Islam. Ha, ini ada pengecualian tujuannya ialah untuk supaya apa-apa juga maklumat berkaitan dengan dasar dan juga keputusan negeri dapat disampaikan kepada masyarakat melalui EXCO Agama Islam. Tadi Sabak merayu supaya diberikan kelonggaran kepada Ahli Dewan untuk masuk ke Sekolah Agama, nanti perkara ini saya akan bincang dengan pihak jabatan untuk diteliti semula. Saya nak ulang balik tadi berkenaan dengan cadangan menaikkan elaun imam dari RM 1,300.00 ke RM 1,500.00. Elaun-elaun imam pada dasarnya ditentukan oleh pihak Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu sebanyak RM 850.00 seorang. Manakala Kerajaan Negeri menambah elaun tersebut sebanyak RM 450.00 menjadikan elaun yang diterima oleh imam-imam adalah sebanyak RM 1,300.00. Elaun tidak tertakluk kepada kadar gaji RM 1,500.00 kerana ia adalah pemberian bukan sebagai gaji dan untuk meningkatkan elaun imam ini bergantung pada kemampuan kewangan negeri dan insyaAllah kalau ada rezeki akan disemak semula pada masa-masa yang akan datang. Sijangkang bertanyakan tentang...
Tuan Timbalan Speaker. Boleh?.
Kota Damansara.
Saya, terima kasih Timbalan Speaker dan juga pada Yang Berhormat EXCO. Saya dengar tentang elaun itu tadi. Ini rungutan daripada imam, imam yang saya pergi. Tentang ini isunya ialah dorang ini antara mereka ini kerja tetap penuh memang jadi imam situ. Jadi kita minta dasar minimum itu, minimum itu memanglah kita kata pekerja swasta dan sebagainya tapi saya minta sangatlah supaya pihak Kerajaan Negeri pertimbangkan. Kalau sekarang ini RM 1,300.00 maknanya naikkan tingkat menjadi RM 450.00 tambah lagi RM 200.00 jadi cukupkan RM 1,500.00. Supaya selaras dengan gaji minimum tak kiralah sapa-sapa. Imam ke Bilal ke, masyarakat biasa pun begitu. jadi harap sangat dapat dipertimbangkan kepada RM 1,500.00 tu tambahan RM200.00 itu.
Terima kasih Kota Damansara. Cadangan Kota Damansara akan diteliti dan diperhalusi dan sekiranya ada kemampuan insyaAllah akan dipertimbangkan. Cadangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan sedikit dana untuk membina surau seperti sebelum ini sebanyak RM 500,000.00 setahun, ya. Jadi Sijangkang mencadangkan ada peruntukan untuk bina surau. Kini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500,000.00 bagi tujuan baik pulih dan naik taraf sahaja. Oleh itu cadangan menyediakan dana membina surau sebanyak RM 500,000.00 ini boleh dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Jeram, tidak hadir ya. Kemudian Seri Setia, Seri Setia bertanyakan tentang Masjid Lembah Subang yang katanya sudah cukup dana, ke belum cukup. Pembinaan Masjid Lembah Subang ini pernah dimasukkan ke Rancangan Malaysia Ke-12. Walau bagaimanapun pembinaan masjid ini telah dikeluarkan dari RMK-12. Kerana apa, kerana pihak pengurusan pembinaan
masjid ini telah memohon untuk keluar bagi diuruskan sendiri oleh jawatankuasa pembinaan masjid tersebut menggunakan wang awam. Alasan pihak jawatankuasa pembinaan masjid untuk menarik dari daripada Projek RMK 12 ini adalah disebabkan ingin menyegerakan pembinaan masjid kerana mengikut RMK 12, masjid ini akan dibina pada tahun 2025. Memandangkan projek pembinaan Masjid Lembah Subang ini telah dikeluarkan daripada RMK12 atas permintaan Jawatankuasa Pembinaan sendiri, maka bagi tujuan penyaluran peruntukan dari Kerajaan Negeri secara automatiknya tidak dapat dibuat kerana peruntukan tersebut telah ditarik balik dan dipindahkan ke pembinaan masjid yang lain. Untuk makluman, anggaran pembinaan Masjid Lembah Subang keseluruhan adalah sebanyak RM15 juta. Pembinan masjid ini dirancang akan dilaksanakan melalui dua fasa iaitu fasa pertama dengan kos RM 10 juta dan fasa kedua dengan kos RM 5 juta. Dana pembinaan masjid ini telah diwujudkan melalui Perbadanan Wakaf Selangor bermula tahun 2017. Dana yang terkumpul hingga kini adalah sebanyak RM5,358,683.65 hasil dari sumbangan wakaf orang awam sebanyak RM4,358,683.65 dan sumbangan dari Perbadanan Wakaf RM 1 juta. Kebenaran Merancang Pembinaan masjid ini dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPBJ) telah diperolehi dan pembinaan bagi Fasa 1 yang merupakan bangunan utama masjid telahpun dimulakan. Jawatankuasa Pembinaan sedang mengerakkan usaha-usaha tambahan bagi mengutip dana pembinaan bagi mencukupkan keperluan Fasa 1 terlebih dahulu.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Saya baru tahu cerita ini yang tentang tarik daripada ini. Sebab sebelum ini saya ingat sidang DUN yang lepas, kita ada pernah suarakan ini dan pihak EXCO ada menjawabnya dan Dato’ Menteri Besar pun ada menjawabnya dan lepas itu susulan itu saya berjumpa dengan Yang Berhormat EXCO juga. Jadi boleh saya tahu bila yang dia tarik dari RMK ini, itu satu. Yang keduanya kalau bermakna, kalau dia tarik daripada RMK ini maknanya tidak ada lagi bantuan daripada Kerajaan Negeri betul atau tidak.
Yang Berhormat Seri Setia, pada tahun 2017 Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk menarik dari RMK-12 dan mereka bercadang untuk mengusahakan sendiri, jadi untuk mencukupkan jumlah ini jadi Yang Berhormat bolehlah berjumpa dengan pihak yang lebih berkuasa untuk mendapatkan suntikan dana bagi menyiapkan ataupun mencukupkan jumlah tersebut. Jadi dalam hal ini, mungkin Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh bantulah untuk meninjau keperluan dan kesegeraan projek tersebut. Sidang Ahli Dewan Negeri yang dikasihi sekalian, perbahasan berkenaan dengan tauliah dan masjid di Negeri Selangor ini mendapat banyak perhatian dan juga minat daripada ramai Ahli Dewan dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas cadangan, komen dan juga pandangan yang bernas untuk menjadikan masjid Negeri Selangor ini sebagai Central kepada komuniti untuk mereka merapatkan lagi
hubungan silaturahim. Jadi masjid di Selangor ini seperti ada dakwaan mengatakan masjid suram, masjid tidak aktif dan masjid tidak diimarahkan. Hakikatnya Negeri Selangor kita melihat setiap malam, setiap pagi ahad subuh penuh dengan jemaah dan juga aktiviti-aktiviti. Jadi saya tak nampak di mana dakwaan yang mengatakan bahawa Negeri Selangor ini meminggirkan ataupun kurang memberi perhatian kepada pembangunan Islam. Jadi saya ucap terima kasih sekali lagi kepada seluruh warga Jabatan Agama Islam Selangor setiap kali ada isu Jabatan akan menjadi sasaran
Mohon mencelah sedikit, Yang Berhormat.
Jabatan Agama Islam ini adalah pegawai kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar, keputusan-keputusan, undang-undang yang telah diluluskan oleh Ahli Dewan.
Minta laluan sikit Yang Berhormat.
Kuang, mencelah.
Saya sebenarnya suka juga.
Kuang ada berbahas tak?
Saya suka juga sebenarnya, apabila, saya mengikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus ini di YouTube, mana-mana platform. Tetapi bila ditolak untuk mengadakan ceramah kuliahnya di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam itu hari ya kita tahu mungkin dia tak dapat permit ataupun ini tak dapat permitlah ataupun tak ada mempunyai tauliah. Jadi susulan daripada penolakan Ustaz Azhar Idrus ini daripada mengadakan kuliah di masjid berkenaan telah menimbulkan satu polemik di kalangan umat Islam. Cuma yang ingin saya nak persoalkan dekat sini ataupun saya nak bertanyalah apakah tindakan terhadap Jawatankuasa Masjid berkenaan?. Adakah mereka mengetahui bahawa Ustaz Azhar Idrus ini tidak mempunyai tauliah untuk mengadakan kuliah di masjid berkenaan. Kalau tak tahu kenapa dijemput ataupun dengan sengaja buat-buat tak tahu, yang ini yang saya nak tanya pada Yang Berhormat EXCO. Susulan daripada polemik yang berlaku ini menyebabkan umat Islam menimbulkan sedikit kemarahanlah pada ini. Saya memang mengerti, saya pun suka juga dengan cara dia menyampaikan kuliah. Tetapi yang ini saya nak minta penjelasan. Mohon.
Kuang lain macam ya. InsyaAllah sambung nanti. Tetapi kena parti yang betullah. Sebenarnya untuk
mendengar ceramah, mendapatkan ilmu dalam keadaan teknologi sekarang ini semakin canggih dan hebat. Nak dengar ceramah ustaz-ustaz ini boleh sahaja masuk ke YouTube kan, jadi tidak timbul isu dakwah tersekat ataupun pemberdayaan ilmu terhalang. Tetapi saya melihat bahawa bagaimana kita melihat budaya ilmu ini. Tuanku jelas bertitah bahawa kalau nak menyampaikan ilmu itu biarlah ilmu yang berdasarkan kepada sumber-sumber yang authentic. Bukan dipenuhi dengan lawak jenaka, kemudian jenaka-jenaka yang sexist. Jadi akhirnya roh ilmu itu sendiri tidak dapat, yang dapat hanyalah hiburan dengan kelucuan yang disampaikan oleh penceramah tersebut dan saya kira perkara yang saya terangkan ini jelas dan kalau sekiranya ada yang masih belum jelas boleh berhubung dengan pihak jabatan ataupun pihak saya sendiri untuk penerangan lanjut. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat EXCO, minta penjelasan sedikit. Tentang satu jawapan yang daripada semalam tentang Muslim tidak boleh menghadiri event-event dekat gereja dengan rumah ibadat yang bukan non-Muslim. Boleh tak minta penjelasan sedikit?. Ya, terima kasih. Sebab semalam ada satu berita daripada Malaysia Today yang menyatakan bahawa Yang Berhormat EXCO kata dia punya headline macam inilah Selangor ban Muslim from attending events at church, temple dengan izin. Jadi mungkin, saya rasa mungkin ada memang dia misleading lah dengan izin. Jadi mungkin minta penjelasan sedikit. Terima kasih.
Kalau Timbalan Speaker benarkan saya akan jelaskan. Boleh?.
Sila Sungai Kandis.
Maksud daripada menghadiri rumah-rumah ibadat ini ialah masuk ke ruang ibadah, begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Islam. Saya rasa kalau masuk ke ruang solat itu pun ada batasan dia. Jadi begitu juga dengan orang-orang Islam yang nak masuk ke gereja, masuk ke kuil ada batasan-batasan tertentu kerana majlis-majlis ritual yang boleh menimbulkan fitnah dan menimbulkan salah faham. Contohlah ya, ada sekumpulan remaja ataupun orang bertudung berada di gereja. Program lawatan, gambar itu disebarkan dengan caption apa sudah jadi kan. Jadi, berita-berita beginilah yang menimbulkan fitnah yang lebih besar. Jadi kalau sekadar dialog agama, program sosial, program kebajikan ia tiada masalah. Jadi isunya ialah apabila cuba disensasikan oleh sesetengah pihak untuk tujuan kepentingan politik tertentu. Terima kasih.
Baik, Sungai Kandis dah tamat.
Boleh tak saya nak membantu sedikit takut bila berlaku kekeliruan, sebab benda ini benda berkaitan dengan penjelasan takut salah faham di luar sana. Satu minit sahaja.
Ya. Sila.
Untuk makluman rakan-rakan Yang Berhormat yang bukan beragama Islam, sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk orang Islam masuk ke rumah ibadah atau menghadiri program-program kebudayaan. Yang tak boleh bersama dengan program-program yang melibatkan ibadat, agama itu sahaja sebenarnya. Untuk hadir bagi bantuan, sumbangan, berdialog tiada isu sebenarnya sekadar itu sahaja supaya kita tidak terkeliru di luar ataupun pihak wartawan di sana salah quote. Ia tidak jadi kesalahan pun untuk kami pergi ke rumah ibadah lain dan termasuk juga sebenarnya bagi yang non- Muslim untuk hadir ke rumah ibadat ke masjid-masjid, surau. Tetapi kita kena ikut garis panduan dari sudut pakaian untuk menjaga sensitiviti supaya tidak disalah ertikan ataupun menimbulkan fitnah. Itu sahaja.
Baik, Sungai Kandis dah tamat. Sudah tamat.
Ada satu soalan tak jawab lagi. Ada satu soalan.
PM tepi boleh? Berkaitan apa Kota Damansara?
Saya dah bangkitkan tentang sekolah agama, sekolah menengah di PJU5, Kota Damansara. Ada rancangan pembinaan itu.
Oh itu berhubung terus dengan Sungai Kandis ya. Baik. Silakan Kinrara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker, saya ingin memberi maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan termasuk isu-isu kebersihan, pengangkutan awam dan Selangor Mobility Action Plan Kerajaan Negeri khususnya di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan serta isu-isu lain yang telah disebutkan. Dalam usaha mengukuhkan Selangor sebagai negeri tahan uji, Kerajaan telah membuat persediaan awal untuk menghadapi cabaran-cabaran serta risiko yang timbul pada masa hadapan. Di peringkat antarabangsa aspek perubahan iklim telah menjadi topik utama pasca COVID-19. Menurut Laporan Intergovernmental Panel on Climate Change pada bulan Ogos 2021, suhu dunia telah meningkat setinggi 1.09 Celsius dari tahun 19,000 sehingga kini. Laporan ini juga menggariskan ancaman-ancaman dan risiko bencana seperti banjir dan peningkatan paras air laut. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan mengambil
kira aspek-aspek ini dalam merangka pembangunan ekonomi negeri. Sebelum ini Negeri Selangor telah melancarkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016 – 2018. Di dalam pelan ini, 7 elemen tindakan utama telah digariskan yang memberi fokus kepada pengurangan imesi karbon, penggunaan tenaga, air dan sisa. Antaranya adalah Perbadanan Hijau melalui kerangka bandar rendah karbon. Pemasangan rangkaian pengecas kenderaan elektrik dan penggunaan bas elektrik bagi program bas percuma di PBT. Kerajaan Negeri sentiasa menekankan pentingnya penggunaan tenaga yang cekap dan berkesan. Pembangunan bercirikan teknologi hijau dan mesra alam semula jadi harus diutamakan dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Selain itu, Rancangan Selangor Pertama juga telah disediakan bagi menangani isu serta memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Rancangan Selangor Pertama ialah merupakan rancangan pembangunan komprehensif yang menjadi halatuju strategik bagi Negeri Selangor untuk tempoh 5 tahun akan datang. Bertemakan ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus. Rancangan Selangor Pertama menekankan tentang kemampanan melalui Terma Strategik Pemacuan Kelestarian. Terma Strategik Pemacuan Kelestarian akan memberi fokus kepada beberapa aspek kritikal seperti keperluan pembangunan dan penyediaan infrastruktur yang pintar dan lestari. Terutamanya untuk menangani ancaman bencana serta perubahan iklim di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, aspek kelestarian alam sekitar akan terus diberikan perhatian di dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan sosial melalui pembangunan infrastruktur bandar hijau dan pemuliharaan sumber semula jadi. Ia nya seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri yang lestari dan rendah karbon. Keadaan semasa di Selangor, sektor tenaga yang merangkumi sektor elektrik dan haba pengeluaran adalah merupakan penyumbang tertinggi pelepasan carbon dioxide di negeri ini. Sektor tenaga menyumbang 39% daripada jumlah pelepasan carbon dioxide. Ini diikuti dengan sektor pengangkutan sebanyak 21%, sektor perindustrian dan pembuatan 9% dan industri tenaga, pengubahan gas asli sebanyak 7%. Angka-angka ini menggambarkan betapa pentingnya untuk kita bersama meningkatkan mutu perkhidmatan dalam menangani jumlah pelepasan karbon yang tinggi. Melalui Rancang Selangor Pertama, Kerajaan Negeri bertekad untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050. Di kawasan bandar raya dan Perbandaran. Ini akan dipandu oleh Laporan Pelepasan Greenhouse Gas yang tepat bagi membolehkan rancangan karbon rendah yang lebih baik diperingkat PBT. Kerajaan Negeri Selangor menyokong hasrat PBT dengan memberikan peruntukan teknologi hijau kepada PBT melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor untuk pelaksanaan teknologi hijau dan inisiatif hijau di peringkat PBT. Kepentingan menyediakan inventori Greenhouse Gas juga semakin luas. Disebabkan oleh Kerajaan Negeri Selangor serta menggalakkan setiap PBT menyediakan inventori Greenhouse Gas seterusnya menyediakan Pelan Tindakan Rendah Karbon peringkat PBT. Antara kepentingan menyediakan inventori Greenhouse Gas adalah dapat mengenal pasti standard atau good practices untuk tindakan penjimatan penggunaan tenaga khususnya kepada
pemain industri di Selangor. Inventori Greenhouse Gas ini juga bertujuan sebagai promosi perniagaan untuk mendapat pengiktirafan syarikat yang mengamalkan prinsip rendah karbon dan inventori berkenaan mampu diguna pakai bagi tujuan pendaftaran MyHIJAU untuk perolehan kerajaan. Selain inventori itu, Kerajaan Negeri melalui PBT telah menyediakan dasar-dasar serta strategi menggalakkan penggunaan teknologi hijau serta inisiatif hijau melalui penyediaan Rancangan Tempatan. Bertetapan dengan hasrat itu, Negeri Selangor juga sedang merangka penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Daya Tahan Negeri Selangor. Penubuhan jawatankuasa ini fungsinya setaraf dengan Jawatankuasa Perancang Negeri. Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Mampan dan Daya Tahan Negeri Selangor dalam merujuk kepada fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri di dalam Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, Akta 172 iaitu di bawah Seksyen 4, Subseksyen 4(b) untuk menasihati Kerajaan Negeri sama ada dengan usaha sendiri atau menyahut permintaan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang berhubung dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negeri.
Tujuan utama jawatankuasa ini juga adalah untuk mengagihkan bidang tugas khususnya setiap 17 matlamat pembangunan mampan ataupun sustainable development goals 2030 kepada setiap EXCO ataupun agensi yang terlibat. Melalui penubuhan jawatankuasa ini jawatankuasa mampu mengubah undang-undang dasar pelan tindakan menjalankan tindakan penguatkuasaan serta bertindak dengan lebih cekap dalam menghadapi perubahan iklim terutamanya mengawal pelepasan karbon di dalam Negeri Selangor. Dan isu sampah juga disentuh oleh beberapa ahli yang berhormat, isu sampah haram bukanlah isu yang baru sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab menjadi antara penyumbang utama kepada isu penyumbangan sampah haram ini. Isu ini mungkin tidak berlaku sekiranya mentaliti dan sikap masyarakat mempunyai kesedaran sivik yang lebih tinggi. Berdasarkan pemerhatian isu sampah-sampah haram ini banyak berlaku di lokasi-lokasi yang agak terpencil walaupun tindakan pemantauan dan penguatkuasaan telah dilakukan ia mungkin berkesan untuk sementara waktu dan akan berulang kembali. Adalah tidak praktikal untuk menugaskan penguatkuasa PBT secara statik selama 24 semata-mata untuk memantau lokasi-lokasi hotspot sampah haram kerana penguatkuasaan juga perlu melakukan perkara-perkara yang lain. Ada PBT yang telah melaksanakan pelbagai langkah alternatif yang lain seperti memasang CCTV dan mentransformasikan hotspot sampah haram dengan menanam pokok-pokok hiasan dan sebagainya dan kaedah ini ada sebahagiannya berkesan. Kebanyakan isu sampah haram ini adalah berpunca dari sampah kilang-kilang yang diuruskan oleh kontraktor swasta kilang-kilang ini telah membayar kontraktor-kontraktor swasta ini untuk melupuskan sampah-sampah industri bagi mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dan dengan tidak memerlukan kos tipping fees yang dikenakan oleh operator tapak pelupusan sampah yang sah. Kontraktor-kontraktor ini membuang sampah-sampah yang dikutip di tempat-tempat yang terpencil dan kebiasaannya waktu malam dan awal pagi. Untuk penyelesaian jangka panjang Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan untuk menandatangani akta 672 penguatkuasaan
dan pemantauan sampah akan dilakukan oleh pihak SWCorp yang akan menjadi badan ber-authority tunggal yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sampah berbanding kaedah sekarang di mana setiap PBT bertanggungjawab terhadap kawasan masing-masing dan jumlah penguatkuasaan mereka juga terhad dan juga perlu melakukan tugas penguatkuasaan yang lain dan tidak hanya pada sampah sahaja.
Selain itu jumlah kompaun terhadap pembuangan sampah haram yang termaktub di bawah Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap 2007 adalah sekitar 1000 ringgit sahaja. Dan ini mungkin tidak cukup menggerunkan pesalah yang membuang sampah haram ini amat berbeza berbanding dengan peruntukan seksyen 71(8) bawah akta 672 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 100,000.00 ribu ringgit atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesimpulannya Kerajaan Negeri komited dan sentiasa akan memberikan perhatian yang serius isu sampah ini dan akan segera cara solusi tuntas supaya negeri kita kekal bersih dan harmoni. Yang Berhormat Rawang ada mengemukakan cadangan untuk KDEB melopori industri e-waste , e-waste merupakan sisa elektronik yang berharga kerana terdapat komponen yang mempunyai nilai untuk dikitar semula seperti plastik, besi dan logam berharga seperti emas, logam dan perak. Walau bagaimana pun sisa elektronik perlu diuruskan dengan betul dan berhati-hati kerana ia mengandungi bahan yang berbahaya seperti plumbum, merkuri dan kimia yang boleh membahayakan alam sekitar dan kesihatan manusia jika tidak diurus dengan betul. Oleh itu bagi memproses sisa elektronik terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mengelakkan sebarang pencemaran alam sekitar berlaku ini termasuk pelesenan dan penilaian impak alam sekitar dilakukan sebelum pusat memprosessan sisa elektronik boleh beroperasi. Namun pengumpulan sisa elektronik tidak memerlukan pelesenan tersebut. Selaras dengan Rancangan Selangor pertama, KDEB Waste Management berhasrat untuk membangunkan lebih banyak pusat kitar semula di seluruh Negeri Selangor dengan sasaran sekurang-kurangnya 1 fasiliti pengumpulan bahan kitar semula di setiap daerah. Buat masa ini KDEB mempunyai 2 pusat bahan kitar semula di jalan korporat, Klang dan di Bukit Puchong Subang Jaya yang berkapasiti 20 tan sehari dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang. KDEB waste management juga telah mengoperasikan pusat kitar semula komuniti di Cyberjaya Sepang yang dapat mengumpulkan sehingga 10 tan bahan kitar semula dari komuniti dalam masa sebulan. Sisa elektronik juga diterima di semua pusat pengumpulan kitar semula tersebut namun setakat ini sisa elektronik yang dikumpulkan hanyalah dalam jumlah yang kecil yang merangkumi hanya sekitar 1% daripada bahan kitar semula yang dikumpulkan pada tahun 2022. Oleh itu KDEB Waste Management terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan atau pihak swasta yang mahu bekerjasama untuk membuka dengan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula termasuk pusat kitar semula yang dikhususkan untuk menerima dan memproses sisa elektronik. Ini akan memerlukan dana yang besar dan juga kelulusan dari agensi-
agensi yang berkaitan. Selain itu pihak KDEB Waste Management juga sentiasa menyokong kerjasama untuk menyokong sentiasa program kesedaran awam untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk kepentingan dan cara untuk kitar semula yang betul.
Secara kesimpulannya, proses kitar semula e-waste memerlukan perancangan khusus yang melibatkan pelbagai pihak dan bekerjasama dari pihak pengumpulan, pengurusan dan pemprosesan bahan tersebut untuk menjadikan bahan bernilai yang menyokong ekonomi secara lestari dengan mengitar semula e-waste dengan betul, kita dapat mengurangkan sisa-sisa yang dibuang di tapak pelupusan dan menghalang bahan yang berbahaya daripada memasuki alam sekitar. Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang berhormat, Pada Oktober 2022 yang lepas, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam Ucapan Belanjawan 2023 telah menjelaskan mengenai penjenamaan semula inisiatif Bas Smart Selangor kepada konsep baharu pengangkutan awam Negeri Selangor yang lebih holistik, iaitu Selangor Mobility. Selangor Mobility adalah satu sistem untuk kita bergerak dari satu lokasi ke destinasi yang lain, sama ada melalui pengangkutan awam iaitu keretapi, bas, teksi, dan mikromobiliti ataupun dengan berjalan kaki menggunakan jejantas, laluan penjalan kaki. Dengan izin “Transportation describes the act of moving something or someone, whereas mobility describes the ability of a person to move or be moved.And mobility isn’t just having access to one mode of transportation. Mobility is having transportation options, and the quality of those options”. Oleh itu, iltizam dan matlamat utama Mobiliti Selangor adalah menyediakan satu rangkaian pengangkutan yang bersepadu, cekap, mudah diakses, dan, boleh dipercayai. Selangor Mobility merangkumi semua aspek yang terlibat bagi melengkapi First Mile Last Mile serta menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang bersepadu kepada rakyat Negeri Selangor, malahan juga berhasrat untuk melahirkan sebuah walkable community. Salah satu komponen baharu di dalam Selangor Mobiliti adalah Demand-Responsive Transit atau DRT . DRT ialah mod pengangkutan awam yang dipacu oleh perisian (software-powered) yang menyediakan perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan berkapasiti lebih tinggi seperti van, MPV dan bas.Melalui konsep ini, penumpang tidak perlu menunggu kenderaan di perhentian bas tetap, atau mematuhi jadual waktu tetap, kerana tiada laluan yang tetap yang ditentukan melalui sistem ini. Pengguna boleh menempah perjalanan, menjejak dan mendapatkan anggaran masa ketibaan (ETA) untuk perjalanan mereka, sama seperti aplikasi e-hailing. Perbezaan dengan perkhidmatan e-hailing atau pengumpulan konvensional ialah DRT menggunakan “advanced algorithms” untuk melakukan pengiraan dalam masa nyata untuk memadankan penumpang dengan kenderaan yang betul.Algorithms ini akan menentukan tempoh perjalanan minimum dan anggaran masa ketibaan yang tepat, walaupun terdapat perbezaan yang berbeza, walaupun terdapat destinasi untuk orang yang berbeza dalam perjalanan. Van DRT boleh melalui laluan-laluan kecil yang tidak dapat diakses oleh bas-bas yang besar. Zoning kepada Van DRT juga akan tertumpu kepada hub-hub pengangkutan awam utama seperti LRT dan MRT.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai usaha membentuk walkable community, pada tahun 2022, sejumlah RM4 juta telah pun disalurkan kepada lima PBT bagi satu tujuan khusus - utuk menaik taraf serta menyambungkan laluan pejalan kaki/walkway di hub-hub Pengangkutan Awam. Antara PBT yang telah menerima peruntukan ini adalah MPAJ, MPK, MBPJ, MPSP dan MDSB. Ini merupakan satu permulaan. Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Bas Smart Selangor yang akan menjadi tunjang utama bagi pelaksanaan Selangor Mobility. Malahan, menuju ke hadapan, penyediaan lorong bas ataupun dedicated bus lane akan diperhalusi bagi menyelesaikan masalah ketidaktepatan jadual bas akibat kesesakan lalu lintas. Saya juga ingin menjawab satu doa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru, kerana beliau rajin dari pagi hingga petang masih duduk dalam Dewan ini. Ada? Eh dah tak ada…ada dah masuk dah masuk .. Yang Berhormat Meru, ada sentuh isu warga asing yang berniaga di pasar-pasar semua PBT di Negeri Selangor, Semua PBT Negeri Selangor memandang serius akan isu warga asing yang menjalankan perniagaan di kawasan pentadbirannya. Tindakan penguatkuasaan dengan menyita peralatan dan barangan perniagaan dilaksanakan tanpa kompromi dan tiada sebarang tuntutan boleh diambil oleh mana-mana pihak atau individu sekiranya disahkan perniagaan tersebut diusahakan oleh warga asing. Pemantauan dan pemeriksaan akan dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan isu berkaitan warga asing ini dapat dibendung. Pihak Majlis berharap agar penduduk setempat dapat menyalurkan maklumat yang lengkap mengenai pengusaha-pengusaha warga asing bagi penyelarasan yang lebih berkesan dan efisien dalam tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan. Yang Berhormat Meru juga sentuh berkenaan isu kedai judi haram wujud di beberapa tempat, di Meru, Tuan Speaker , Yang Berhormat pihak Majlis Perbandaran Klang telah mendapatkan maklumat berkenaan kegiatan perjudian di lokasi yang dimaksudkan dan seterusnya menjalankan siasatan jika ianya terdapat pelanggaran syarat lesen perniagaan oleh pemilik premis ataupun pemilik kedai menurut sumber aktiviti yang dimaksudkan adalah pembelian kad prabayar prepaid card dan perkhidmatan tambah nilai talian talifon bagi tujuan permainan secara online. Selain itu MPK turut menjalankan pemeriksaan di atas premis bagi memastikan aktiviti perniagaan utama yang dijalankan memilik lesen atau sebaliknya. Sebanyak 2 buah premis dikenalpasti yang menjalankan aktiviti tersebut telah diperiksa iaitu di kedai premis runcit di jalan jambu yang dikenalpasti oleh warga asing dan premis kedai telefon di jalan limau,pemeriksaan yang didapati kedua premis tidak memiliki lesen perniagaan dari MPK seterusnya pihak MPK telah mengambil tindakan penyitaan barang-barang perniagaan di bawah undang-undang kecil perniagaan perlesenan trade 2007. Pelabuhan Klang…ada?..Ada..Yang Berhormat Pelabuhan Klang , juga ada membangkitkan berkaitan isu tanah tapak sekolah yang mendapat kelulusan pembuangan sampah. Untuk makluman Yang Berhormat tapak sekolah tersebut adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan JKPTG yang berkeluasan 6.47 hektar iaitu di Lot 128166. Pihak JKPTG telah menyewakan tanah tersebut pada sebuah syarikat pemaju bagi kegunaa stor
jentera berat walau bagaimanapun pemaju tersebut telah menambah tanah tersebut dengan menggunakan sisa binaan yang bercampur dengan plastik, menyedari tapak tersebut dijadikan sebagai tapak sampah haram, pihak MPK telah mengemukakan kepada pihak JKPTG pada bulan September 2022 bagi memaklumkan kejadian tersebut untuk tindakan selanjutnya. Susulan itu pihak JKPTG telah membuat lawatan tapak bersama Pihak MPK serta agensi daerah pada 13 Oktober 2022 . Pihak JKPTG telah mengambil tindakan dengan menyerahkan surat pemberitahuan pengosongan tanah milik perusahaan jaya tanah persekutuan di bawah kesalahan seksyen 425 (1) dan 425 (2) kanun tanah negara 1965 dalam tempoh 14 hari. Seterusnya JKPTG menamatkan serbuan kepada syarikat tersebut. Walaupun tanah milik JKPTG tersebut berada di luar bidang kuasa pihak MPK, pihak MPK akan sentiasa membuat pemantauan ke atas tapak-tapak pelupusan haram di tanah-tanah terbabit. Pihak MPK juga akan terus memaklumkan kepada pihak JKPTG atau pejabat daerah dan tanah supaya tindakan sewajarnya dapat di ambil mengikut bidang kuasa masing-masing. Sekian sahaja Yang Berhormat.
Saya persilakan Bukit Melawati.
Yang Berhormat EXCO belum jawab daripada Bukit Melawati, ada dua perkara berkenaan dengan Bas Smart Selangor dan juga Pasar Awam Sungai Buloh.
Jawapan bertulis, kerana saya belum terima jawapan tersebut daripada pihak agensi.
EXCO, saya jawapan bertulis pun boleh EXCO. Boleh tak jawapan bertulis. Fasal pekerja kontrak PBT ini.
Nanti Yang Berhormat Templer whatsapp saya, saya akan jawab melalui whatsapp untuk jimatkan masa.
Wajib saya whatsapp, kejap lagi. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya ingin bertanya, sebab dalam soalan saya itu, saya ada nyatakan tentang apakah tindakan jangka masa panjang sebab sekarang ini banyak tanah-tanah itu hanya satu contoh di Pelabuhan Klang yang disewakan kepada pihak penyewa yang asalnya untuk jadi sebuah stor simpanan ataupun depot tetapi kemudian jadi tapak pembuangan sampah. Yang sekarang saya jangka dan kira lebih kurang 10 ribu tan sampah dah ada di tapak tersebut. Apakah jangka masa panjang untuk kita kawal, kalau tidak perkara ini akan terus berulang, sebab sekarang ada satu
tapak sekolah lagi di sebelah Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya juga ada masalah yang sama. Suka-suka sewa tapak sekolah tapi lepas itu dijadikan tempat pembuangan sampah. Jadi saya rasa kena stop, kalau misal kata Putrajaya mahu menyewakan kepada mana-mana pemohon, mesti lah merujuk kepada PBT dan dapatkan juga pandangan daripada pejabat daerah. Jangan suka-suka nak sewa, sebab siapa nak kawal bila dah jadi macam itu.
Tuan Timbalan Speaker, izinkan saya sedikit masa untuk menjawab soalan yang dibangkitkan ini. Masalah ini tertimbul kerana dia melibatkan beberapa agensi yang berbeza, ada Kementerian Pendidikan, ada JKPTG, MPK dan agensi yang berbeza. Dan itu adalah kerana dulu kita serahkan semua tapak simpanan, tapak sekolah ke, tapak untuk agensi lain kepada agensi tersebut. Tetapi agensi tersebut tidak membinakan seperti tapak sekolah, tidak membina sekolah dengan kadar segera. Jadi masalah seperti macam ini akan timbul, jadi kaedah sekarang adalah, kerajaan negeri tidak akan serahkan tanah itu selain agensi tersebut memohon tanah tersebut. Jadi ia tanah tersebut masih di bawah kawalan kerajaan negeri, ia lebih senang sekiranya ada masalah pembuangan sampah seperti macam ini berlaku, lebih senang bagi kita untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Tak apa la, Bukit Melawati, nanti saya jawab secara bertulis. Terima kasih.
Atau pun Yang Berhormat EXCO, kalau Pelabuhan Klang tak faham, nanti suruh dia whatsapp.
Hulu Kelang.
Saya berucap awal lepas Yang Berhormat Bukit Lanjan berucap, rasanya EXCO tak ada. Saya susun cadangan, cadangan satu saya minta di bina di buat papan tanda had laju di kawasan perumahan.
Had laju, baik. Nanti saya dapatkan lokasi.
Yang Berhormat EXCO, saya punya jawapan pun tak ada, berkenaan dengan kacau ganggu lalat di reban ayam di kawasan tempat saya. Jadi saya mohon untuk Yang Berhormat EXCO jawab.
Itu Veterinar.
Veterinar dan juga terlibat PBT sebab ianya ada KM dan ada infra, ada infrastructure bermaksud ada juga KM terlibat di situ, jadi ...
Setahu saya Majlis Perbandaran Kuala Selangor sentiasa ada menjalankan tindakan penguatkuasaan. Baru-baru ini saya juga terima satu aduan berkenaan lalat yang di akibatkan oleh reban ayam berdekatan dan dengan segera MPKS telah melakukan tindakan penguatkuasaan dengan memberi notis kepada reban ayam tersebut dan reban ayam tersebut juga dikenakan kompaun dan apa tu, notis itu adalah untuk membersihkan kawasan reban ayam dengan kadar segera. Ada tindakan itu ada dijalankan selalu, dan kalau Yang Berhormat boleh mengemukakan aduan itu, terus kepada MPKS. Saya yakin tindakan itu akan dibuat dengan kadar segera.
Saya nak perhatian, saya tinggal dua tiga bulan je jadi Adun.
Semua tinggal dua tiga bulan dekat sini.
Saya nak ... satu memandu kenderaan berhemah di tepi jalan. Saya nak cadangkan, saya cadangkan, cadangan pertama saya adalah dibina dibuat bonggol ... serentak dan mengadakan papan tanda berkenaan had laju di kawasan perumahan. Kalau ada budaya hebat, budaya madani, di Selangor, apabila di kawasan ada stop dan di laluan. Dekat amerika la, amerika punya ... dua, papan tanda kawasan memasang papan tanda amaran kawasan bahaya, macam untuk mengelakkan budak terjatuh longkang besar, dia tak tahu ada bahaya, jadi itu nombor dua, rasionalnya ada. Ketiga, adalah saya mencadangkan satu sistem yang teratur bagi memastikan wanita-wanita 30% mesti menjadi Ahli Majlis, ada exam, ada panel. Keempat, kebenaran mendaratkan helikopter peribadi, ilmu dan kebolehan pengetahuan ahli PBT mengatakan bahawa mendaratkan kapal terbang, helikopter ini ... setelah benda yang patut basic bagi ini. Maknanya kita akan dapati bahawa pada masa-masa akan datang, perjalanan naik helikopter akan jadi budaya sangat baik. Jadi mencadangkan bahawa, jangan halang, kes saya ini, kawan saya nak datang ziarah saya, ada meeting, ada pelabur dari Indonesia nak datang nak jumpa saya, nak jumpa dia, saya kata ok, kita panggil polis. Polis bagi tahu, polis pun tak tahu undang-undangnya, simple nya. Kelima, pesawat hidup madani, kita cadangkan budaya di Selangor menyediakan logistik ataupun support system bagi pendaratan kapal terbang persendirian kecil macam Hulu Bernam, dia buat ... itu memang bagus. Jadi kalau kita nak adakan support system, nanti siapa nak ada kapal terbang kecil boleh. Keenam, saya minta dibangunkan dua bas tertutup, perhentian bas tertutup di Ukay Perdana dan di Hulu Kelang. Yang ketujuh, saya mencadangkan agar tolonglah tolong disiapkan saya dah tanya empat kali ikut ini, ikuti soalan saya, saya bertanya dah empat kali fasal soalan membina medan selera di AU2 (c) dan di Melawati, jawapannya sedang dibincangkan dengan penduduk. Jadi, itu perkara yang saya harap dapat diselesaikan. Dan saya harap akan ...
Baik, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat
tadi dan bagi papan tanda had laju dan juga bonggol jalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, sila bagi saya lokasi saya akan minta jawatan kejuruteraan MPAJ untuk semak kesesuaian untuk letak bonggol dan papan tanda. Dan juga bus stop berbumbung yang disebutkan tadi dan beberapa soalan dikemukakan tadi, sebenarnya adalah dalam soalan bertulis atau soalan lisan, mulut. Yang itu akan juga akan dijawab kemudian.
Yang Berhormat Hulu Kelang minta supaya bonggol itu dikurangkan untuk menggalakkan orang ramai memandu dengan berkhemah secara sedar mereka akan mengurangkan kelajuan kenderaan bila sampai di persimpangan dan tidak terlalu bergantung pada bonggol jalan. Itu adalah saya kira itu adalah apa yang difahamkan dan saya juga merupakan hasrat saya kadangkala terlalu banyak bonggol, jadi itulah.
Kertas kerjanya ada, kertas ucapan saya ada pada urus setia. Terima kasih.
Timbalan Speaker, Kota Damansara.
Dalam perbahasan Hulu Kelang ada disebut, saya kira EXCO YB, Yang Berhormat EXCO akan menjawab persoalan tersebut secara bertulis kepada Hulu Kelang.
Timbalan Speaker. Saya ada sebut dalam sebut dalam perbahasan berkenaan dengan pembangunan dua kompleks itu Kelab Golf Seri Selangor dan juga Polo. Perumahan polo, disitulah. So ada bantahan penduduk, saya minta merayu supaya diadakan sesi dialog secara lebih diadakan itu saja, permohonan kita.
Persoalan itu dijawab oleh Kinrara.
Sebenarnya kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan bagi semua pembangunan yang melibatkan golf, memerlukan persetujuan 75%, kalau tak salah saya 75% daripada penduduk-penduduk sekitarnya. Jadi, saya juga difahamkan soalan ini akan dijawab Dato’ Menteri Besar nanti.
Timbalan Speaker, Tuan Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Kinrara dah tamat penjelasan.
Tapi saya telah bahaskan beberapa isu, tak ada jawapan. Mungkin Yang Berhormat EXCO akan jawab menerusi
surat berkenaan dua isu sahaja, krematorium di seluruh Selangor dan juga berkenaan dengan Pasar Awam di Sentosa. Terima kasih.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menyentuh portfolio saya secara langsung. Antaranya Yang Berhormat yang telah berbahas tadi adalah Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Kampung Tunku, Yang Berhormat Ijok, Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Bukit Melawati dan Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang Berhormat Ijok menyentuh tentang pemantauan perbelanjaan bagi program-program kesihatan di bawah portfolio saya. Memang peruntukan keseluruhan program-program kesihatan ada RM65.5 juta Yang Berhormat, memang satu jumlah yang kita boleh banggakan hampir 5% daripada bajet Negeri Selangor itu sendiri. Dan memang saya daripada awal sedar tentang perlunya kita memantau semua perbelanjaan kita supaya tiada pembaziran dan tiada ketirisan dan yang pentingnya keberkesanannya itu. Berhubung ini, Yang Berhormat langkah-langkah yang diambil negeri adalah UPEN sendiri, pihak UPEN sendiri bersama dengan pejabat saya sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan berkala bersama agensi pelaksana bagi mengetahui status dan isu semasa program yang dilaksanakan. Ini termasuk jumlah penerima manfaat program dan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan program-program kesihatan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Seperti Yang Berhormat tentu tahu penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) Selangor Public Health Advisor Council memang antara tugasnya adalah untuk membantu kerajaan Negeri Selangor memantau program-program kita dan juga untuk melihat dari segi ekonomi nya sama ada program kita ini menepati sasaran dan juga dari segi kos itu sendiri. Di dalam keanggotaan SELPHAC ini, bidang kesihatan awam, kita ada ramai ataupun hampir 12 orang pakar-pakar yang bersama dengan kita daripada kesihatan awam, daripada semua pertubuhan-pertubuhan seperti Persatuan Pakar Kesihatan Awam, JKNS sendiri ada kita ada seorang bidang mantan ketua IMR, pengarah MR juga bersama kita dan beberapa lagi yang saya tak ingat semuanya di sini, nak sebut secara detail. Pada masa yang sama, kita juga da penglibatan sukarelawan Selangor (SUKA) yang menghubungkan program dijalankan dengan komuniti setempat. Bermula 2022 Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah mengadakan sesi Town Hall bersama SUKA dan agensi berkaitan dengan kesihatan, JKNS, PBT, Ngo-Ngo kesihatan seperti COMBI dan juga KOSPEN dan juga Team Selangor merupakan sukarelawan kesihatan juga. Jadi setiap program yang kita laksanakan melalui proses audit termasuk yang melibatkan proses perolehan peralatan seperti test kit Covid. Test kit Covid dulu, kita masa Covid kita
beli dan kita serahkan kepada PKM-PKM dan biasanya bila kita follow up mereka kata mereka dah habis agihkan kepada rakyat pada Ketika itu. Penyaluran kewangan kepada agensi pelaksana juga dilaksanakan secara berperingkat dan berdasarkan penggunaan semasa, di samping ikatan perjanjian juga diwujudkan bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri sentiasa terpelihara. Untuk makluman Yang Berhormat, SELPHAC kita juga ada seorang pegawai teknikal officer dan juga seorang research assitant untuk membantu saya untuk mendapatkan makumat-maklumat pelaksanaan ini kemudian melaporkan kepada jawatankuasa SELPHAC itu sendiri dan sentiasa mendapat teguran dan juga penambahbaikan daripada jawatankuasa SELPHAC.
Berhubung pertanyaan Yang Berhormat berkaitan status semasa pembinaan hospital oleh Kerajaan Negeri, status semasa Hospital Selgate Rawang adalah dalam proses menender syarikat pembinaan utama setelah pihak Selgate Corporation Sdn. Bhd. mengambil keputusan menamatkan kontrak syarikat sebelum ini. Selgate Corporation Sdn. Bhd. akan melantik syarikat pembinaan baru pada bulan april 2023. Penyambungan pembinaan hospital ini akan mengambil masa 1 tahun untuk disiapkan dan akan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2024. Manakala bagi status pembinaan Hospital Jantung di Seksyen 13, Shah Alam, pembinaan hospital ini di kendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di mana pada awalnya telah melantik syarikat Bina Puri Sdn. Bhd. sebagai pemaju untuk tanah serta hospital di seksyen 13 Shah Alam. Terkini, PKNS merancang untuk melantik Datum Corp. Sdn. Bhd. sebagai syarikat yang lebih berkemampuan untuk menggantikan syarikat ini. Yang Berhormat Sijangkang, tak ada. Jadi saya skip ya Yang Berhormat Sijangkang. Sijangkang banyak juga dia tanya, tapi tak apa, tak ada. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang portfolio perpaduan yang disentuh oleh tak ada nama siapa, tetapi ada Yang Berhormat sentuh soal ini, sebab dalam perbahasan ada yang menyatakan kebimbangan berkaitan pelbagai isu-isu perkauman dan agama yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi meraihkan keuntungan peribadi dan menimbulkan ketidakharmonian. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius berkaitan semua isu ini dan kini kita dah tahun ketiga Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti berkaitan perpaduan. Satu dasar perpaduan Negeri Selangor kini peringkat akhir untuk kelulusan pihak MMKN, MTES telah dirangka dan akan diluluskan untuk digunapakai sebagai dokumen utama untuk menggerakkan agenda perpaduan. Slogan Kita Selangor yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan terus digunakan secara meluas untuk menyemarakkan lagi perpaduan di Selangor adalah cadangan yang sangat baik dan kini sudah pun kita gunakan di dalam kempen-kempen di dalam poster, banner dan lain-lain di media sosial dan juga di lapangan. Malah kita juga mempunyai lagu khusus Kita Selangor dan lagu Kitakan Selangor yang telah dinyanyikan oleh penyanyi popular dalam negara. Tahun ini kita akan memperkasakan Duta Perpaduan Selangor dengan menggerakkan program-program perpaduan di setiap DUN dan kita juga telah memberi geran serta sebelum ini geran perpaduan kepada 19 NGO yang terpilih. Selain itu juga akan bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negeri Selangor yang mempunyai
jentera perpaduan di peringkat komuniti seperti Kelab Rukun Tetangga (KRT), Pegawai Perpaduan Daerah, Kelab Rukun Tetangga dan lain-lain lagi. Jadi justeru, saya mengharapkan agar segala usaha-usaha ini akan dapat memperkukuhkan perpaduan di Selangor dan kita dapat mengelakkan perpecahan yang berlaku disebabkan perbezaan kaum dan Insyaallah bila timbul isu-isu seperti hari ini disebut tentang kecelaruan tentang siapa boleh masuk tempat-tempat ibadat dan sebagainya, insyaAllah Majlis Perpaduan Selangor akan mengadakan forum antara agama untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat.
Seterusnya Yang Berhormat Kampung Tunku menimbulkan isu tentang nak tentang untuk kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa ataupun satu pengwujudan disaster risk management sebagai startegik menghadapi pandemik global. Sebenarnya Negeri Selangor telah ke hadapan dalam isu risk management ini apabila kita berhadapan dengan COVID pandemik COVID, kita telah menubuhkan Selangor Task Force yang memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya kita lihat hasil daripada perbincangan dan input daripada STFC ini kita telah berjaya, iaitu untuk melaksanakan saringan COVID-19 komuniti, pembangunan aplikasi Selangkah bagi tujuan contact tracing, pemberian vaksin percuma dan yang berjaya mengekang penularan COVID-19 yang lebih teruk lagi di Negeri Selangor dan juga membantu aktiviti peniagaan berjalan seperti biasa bagi memastikan ekonomi setempat tidak lumpuh. Selaras dengan itu, selepas STFC kita sudah melalui pandemik, kita sambung khidmat nasihat advised council ini kepada Selangor Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) dalam bulan April 2022 dan SELPHAC ini juga bertindak sebagai penasihat dan risk management. kita pun memang sentiasa ada dalam kepala kita risiko kita diserang lagi oleh apa-apa penyakit berjangkit dan sebagainya. Jadi memang ada di dalam pemikiran SELPHAC tentang perlunya kita berhati-hati. Contohnya apabila influenza dan juga ramai warga emas yang meninggal akibat jangkitan paru-paru dan sebagainya akhir tahun lepas kita telah mengadakan program SelVax untuk kita berikan kepada warga emas 10 ribu vaksin, 5 ribu influenza dan 5 ribu pneumococcus kita berikan kepada warga emas yang sebenarnya berisiko lebih tinggi daripada kumpulan umur yang lain. Dan tadi saya sebut, kita ada pegawai, research officer dan juga kita ada teknikal officer dan kita perlu sangat untuk study kita punya data, malah selepas kita buat saringan Selangor 1.0 tahun lepas, kita sudah ada buku yang agak tebal laporan berapa orang turn out, kenapa dan saya ingin ceritakan sedikit tentang hal isu ini, kita tahu bahawa sebelum mereka datang kepada saringan, mereka akan mendaftarkan diri dengan SELangkah. Kita dapati 65% lebih yang mendaftar turn out datang untuk membuat saringan dan kemudian daripada situ kita ada lagi figure lain yang menunjukan berapa at risk of CKD ataupun Chronic Kidney Disease dan average untuk mendapat penyakit-penyakit berjangkit tidak penyakit-penyakit tidak berjangkit dan sebagai dan kita contact balik mereka ini untuk mereka mendapat konsultasi percuma buat kali pertama untuk membaca atau untuk berinterpretasi maklumat-maklumat yang kita dapat melalui saringan. Cuma saya ingin mengatakan bahawa, masih lagi ramai yang walaupun kita nak beri konsultasi kepada mereka nak ceritakan kepada mereka, apa kenapa rate flat, kenapa paras ini
tinggi dan sebagainya dan apakah maknanya daripada ujian itu, ramai yang tak turn up walaupun kita nak bagi konsultasi percuma.
Boleh mencelah. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Ijok.
Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor tentang mengadakan saringan kesihatan di seluruh Selangor. Tetapi pada pendapat saya, ada banyak kekurangan for example tadi Yang Berhormat EXCO Telah menyatakan mereka yang ada masalah dipanggil balik dan tidak datang, saya nak cadangkan macam saya buat di Ijok, saya akan buat satu saringan kalau Yang Berhormat EXCO nak datang pada 13 Mei. Bila kita buat ujian, dalam setengah jam, masa mereka tunggu terus dapat keputusan, tak payah hantar ke lab mana-mana dan terus kita boleh memberi nasihat atau pandangan tentang kesihatan mereka kalau mereka ada masalah. Darah tinggi, sakit kencing manis, sakit buah pinggang, itulah saya ingat kita kena kaji balik cara-cara kita buat saringan dan semua effective. Macam di kawasan luar bandar, kalau mereka dah bagi darah, dah buat test, mereka balik, kadang-kadang mereka tak ada telefon, separuh area itu tak ada line. Itu sebab tak dapat mereka datang balik untuk dapatkan nasihat tentang kesihatan.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Memang saya sedar perkara ini, kita ada beberapa perkara di sini. Satu kita ada 56 DUN dan kalau kita nak bagi semua, tapi untuk makluman Yang Berhormat, memang untuk pada masa dan ketika itu kalau dibuat pemeriksaan darah, blood pressure tinggi dan sebagainya, itu dah ada konsultasi dekat situ, memang ada disiapkan semasa saringan. Cuma pemeriksaan-pemeriksaan lain seperti you know the blood colestrol, blood sugar ...
Yang Berhormat, saya ingat itu senang. Sekarang di Selangor ini banyak kita boleh sewa ataupun membina macam mobile laboratory. Semua saringan darah boleh dapat keputusan dalam 10-15 minit, tak payah hantar ke lab, dalam perjalanan itu, boleh hilang dan keputusan pun kadang-kadang kita tak dapat, lambat. Saya buat saringan lab memerlu apa buy this mobile lab, saya sewa, kita bayar sikit, Selangor State ada. Kita dah spend a lot of money RM50 juta. Use all create your own mobile lab for masyarakat Selangor.
Okay, terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat Ijok itu, kita akan menambah baik dan kita akan membuat secara berperingkat Yang Berhormat. Baru ini kita hanya habis sampai 12 daerah dan kemudian kita akan sambung semula selepas Pilihan Raya dan kita akan baik. Saringan is that to stay dan tentulah kita perlu menambah baik dari masa ke semasa dan mendengar input daripada semua orang dan kita nak cari the best atau
panggil, yang terbaik, cost effectiveness nya itu. dan memang dari mula, dalam kepala saya ini memang ada. Ini adalah peringkat pertama, merintis, dan kemudian bila kita meneruskannya, kita akan mencari jalan yang terbaik lah. InsyaAllah, sesiapa saja EXCO, yang akan menyambung kerja saya nanti, kena dengarlah, ini semua cadangan yang baik dan perlu diteruskan.
Ya, celahan. Terima kasih, Yang Berhormat EXCO, saya lega, dengar ada, satu research assistance dan satu teknikal assistance, dengan izin. Tetapi dalam perbahasan, saya telah sebut mungkin boleh gunakan, SELCARE diagnostik. Adakah terdapat apa-apa halangan untuk menggunakan SELCARE diagnostik. Dan mungkin juga SELCARE diagnostik, boleh digunakan untuk incorporate, dengan izin, cadangan daripada Yang Berhormat Ijok. Terima kasih.
Sebenarnya SELCARE diagnostik itulah yang makmal, yang kita hantar kebanyakan, almost all, pemeriksaan darah, air kencing dan juga beberapa kanser punya saringan kepada Selcare diagnostik. Cuma, sekarang ini, mereka belum ada mobile lagi. Mungkin lepas ini, mereka pun dengar, mereka akan mengusahakan mobile-nya. InsyaAllah, dan Selcare diagnostik, dan juga Selcare Sendirian Berhad, Selgate, semua adalah GLC kita. Jadi memang mudah sikit menggunakan mereka, kerana mereka akan mengambil input-input kita ini, dan mudah untuk saya sebagai EXCO berurusan, kadang-kadang kita terpaksa mengubah program last minute, dan sebagainya. Ya, dan memang sangat convenience, bila kita guna GLC kita sendiri. InsyaAllah bawa ini kepada mereka untuk tengok, samada mereka boleh mobilisasikan, pemeriksaan makmal mereka, YB Ijok dan YB Kg. Tunku.
Seterusnya, ada perbincangan mengenai cadangan Yang Berhormat Bukit Lanjan. Memperluaskan program asas, iaitu Anak Selangor Anak Sihat, tentang nutrisi di kalangan B40 dan juga dengan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Memang saya menyambut baik, yang Berhormat kerana ini sangat-sangat penting pada kanak-kanak. Namun kerajaan negeri perlu mengadakan perbincangan dululah dengan KPM dan KKM, bagi mengintegrasi program. Namun kita sekarang ini, kita menumpu kepada anak-anak 6 tahun ke bawah, kerana atas pada itu, jadi, bila terlalu besar, kita tidak mampu. Nanti bila, Yang Berhormat semua membaca dasar kanak-kanak Negeri Selangor, besok akan dibentangkan. Di situ sudah ada, pelan-pelan tindakan dan kita mengharapkan ADUN-ADUN akan pick-up, akan ambil daripada situ, cadangan-cadangan dan sebagainya yang boleh dilaksanakan di DUN masing-masing. Kerana kanak-kanak ini, dia luas, daripada baru lahir, sampai umur 18, itulah adalah definisi kanak-kanak. Jadi di peringkat sekolah, sudah ada sebenarnya rancangan makanan tambahan dan sebagainya. Tapi untuk kita sekarang, yang menjadi perbincangan dan consented, Selfact adalah anak-anak di bawah umur 3 tahun, seribu hari pertama. Ya, kerana inilah masanya, kanak-kanak ini, membesar dan otak berkembang, dan sekiranya pertumbuhan mereka terencat pada masa ini, maka kemampuan kecerdikan, kecerdasan mereka juga akan terganggu. Maknanya
jangka masa panjang, sekiranya pembangunan kanak-kanak seribu hari pertama mereka, kehidupan mereka terganggu, terencat atau mempunyai banyak cabaran, we may have as a result of that, dengan izin, less bright citizen of Selangor. Ha, itu yang kita tumpu. Jadi baru-baru ini, kita bermula dengan satu umur yang kita dah tahu dah, anak-anak ini terbantut, daripada ukuran tinggi dan berat badan. Jadi, kita berbincang dan kita sedar bahawa, apa yang penting adalah penjagaan mereka, the first 1,000 day. Itu sebab program kita kali ini akan campur keduanya, maknanya, ibu-ibu muda dan juga mereka-mereka yang mengandung, daripada kandungan hingga mereka dilahirkan, untuk menambah baik pemakanan mereka. InsyaAllah, Yang Berhormat. Terima kasih atas cadangan ini.
Dan akhir sekali, second last, InsyaAllah. Yang Berhormat Bukit Melawati, ada bertanya mengenai sama ada Kerajaan Negeri akan meneruskan program sidang wanita Selangor (SIWANIS) dan akademi kepimpinan wanita (AKW) dan bagaimana program ini dapat membantu ke arah 30 peratus wanita sebagai membuat keputusan dalam semua peringkat. Untuk makluman Yang Berhormat, InsyaAllah, dalam perancangan WBS, memang ada, akan meneruskan program sidang wanita Selangor. Dan julung kali kita adakan kita ini, sementara Pulau Pinang, dah masuk kali ke-3 atau ke-4, melaksanakan sidang wanita ini. Dan sambutan kali ini pun sangat-sangat menggalakkan. Dan, apa, yang kita nak adalah mereka-mereka, kalau boleh aktivis masyarakat, wanita, juga aktivis politik, juga mereka yang sudah sedia ada memegang jawatan-jawatan seperti ketua kampung, ahli majlis, pegang-pegang jawatan dalam parti ataupun peneraju-peneraju NGO-NGO untuk menghadiri, untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang sidang DUN dan peranan wanita di dalam pembuat keputusan. Namun kita juga menekankan bahawa membuat keputusan di semua peringkat. Saya takut nanti ada, ilusi yang semua, yang hadir SIWANIS ni, semua nak jadi ADUN dan Ahli Parlimen. Ini, bukan tujuan kita. Tujuan kita adalah untuk mendedahkan mereka kepada peranan wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat. Jadi kita nak keterlibatan wanita, daripada, orang kata, jawatankuasa-jawatankuasa kecil, yang ada dalam masyarakat, KRT nya, KOMBI nya, Jawatankuasa Masjid, Biro Wanita, MPPK nya, JKP hinggalah kepada Ahli Majlis dan kemudian, InsyaAllah, bakat-bakat ini, kemudian mereka nampak peranan mereka di dalam membuat keputusan di peringkat yang tinggi, seperti ADUN dan juga di peringkat Parlimen. Cuma saya biasa bercakap dengan mereka, sentiasa menasihatkan bahawa kalau berangan-angan atau ada dream, ada hasrat, nak jadi perwakilan melalui pilihan raya, ini bermakna mereka terpaksa melalui jalan politik itulah. Ya, tapi baru-baru ini, masa perayaan hari wanita kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke 10, telah mengatakan, mungkin kita boleh start, dengan perkara mudah, dengan meningkatkan jumlah senator di dalam Dewan Negara. Jadi kita sama-sama (TEPUK), ya, sama-sama kita mengingatkan Perdana Menteri 10 kita memastikan kuota wanita, yang itu yang paling senang nak buat, untuk memberi sekurangnya 30 peratus di dalam Dewan Negara.
Penjelasan. Saya ingat yang itu, kurang baiklah. Kalu kita nak buat bentuk wanita ini, betul-betul politician yang dilatih, elok kita fokus pemikiran itu untuk menjadi seorang wakil rakyat. Penggubalan undang-undang di DUN atau di Parlimen. Lebih fokus, kerana kita ada, proper test, kita buat dia bersedia. Kalau tidak jadi, cincai, tak bagus.
Yang Berhormat, kita siapkan mereka begitulah. Maknanya, akhirnya Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya. Namun kita tahu, realiti dalam politik ini, untuk jadi calon itu pun sudah susah. Banyak persaingan di peringkat, ada war lot dan sebagainya. Jadi supaya wanita ini, bila dia join politik, dia kena tau realitinya apa. Kalau dia tidak tau realiti, dia bermimpi pulak nanti, dia akan ada, kekecewaan nanti. Cabaran yang hebat untuk kita melalui pass way, ataupun laluan politik ini, cabaran sangat hebat. Nak letak calon 30 peratus pun, jenuh pemimpin-pemimpin wanita di dalam parti, orang kata bertekak di dalam mesyuarat. DAP ada satu-satunya parti yang meletakkan 30 peratus sisi dia, mesti wanita. PKR pun ada. Tapi parti-parti lain belum lagi. Kalau ini pun belum dapat lakukan di peringkat parti, apatah lagi di peringkat lebih mencabar. Dan kalau tak silap saya, saya diberitahu, Yang Berhormat, YB Teng, biasa beritahu, yang memang sudah ditetapkan 30 peratus, wanita di dalam ahli, sebagai Ahli Majlis. Itu pun tak dapat dipenuhkan lagi. Ini kadang-kadang, kita tidak mahu wanita yang menceburi politik ini, ataupun ingin bersama, merasa kekecewaan ini. Ini yang kita nak didik wanita, untuk faham senario dan realitinya supaya tidak kecewa. Kerana banyak pengorbanan perlu mereka lakukan untuk sampai ke tahap ADUN-ADUN yang kita ada hari ini.
Minta penjelasan.
Untuk persidangan lelaki?.
Bukan. Untuk kuota wanita. Saya ingin bertanya Yang Berhormat EXCO, yang menyebut kuota wanita dalam pelantikan di peringkat PBT, Ahli Majlis. Adakah kerajaan bercadang menetap satu dasar bahawa 30 peratus itu akan dikekalkan. Dan sekiranya, tidak dapat diisi, maka, kuota itu atau kekosongan itu akan dikosongkan sehingga parti yang melantik itu ada calon wanita. Apakah pendapat Yang Berhormat.
Polisi 30 peratus itu dah ada. Cuma sekarang, compliance daripada parti-parti politik itu sendiri. Itu sebabnya bila tadi, bila Yang Berhormat menyebut, apabila tempat itu tidak dapat di isi, kami dah dengar, 20 tahun lebih, saya dengar. Bila kita nak lantik wanita, wanita tak ada. Tempat itu tidak dapat diisi. Itu sebabnya kerajaan Negeri Selangor, hari ini, AKW, kita sudah ada dekat 300 penuntut, yang lepasan. Lepas itu kita ada SIWANIS, lepas ini, kita tidak ada lagi, orang kata alasan, mengatakan wanita tidak bersedia, jadi tugas saya sebagai EXCO menjaga wanita ini, adalah untuk saya create, cipta PULL yang
ramai wanita ini. Jadi, besok, Yang Berhormat-Yang Berhormat menjadi ADUN balik, besok, pastikan mereka ini dilantik untuk menjadi pegawai kanan ke, pegawai khas ke, memberi pendedahan yang lebih kepada mereka.
Baik, Yang Berhormat EXCO, duduk sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini, perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, untuk membawa usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari, mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam peraturan tetap Dewan Negeri Selangor, hendaklah disambung sehingga 5.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Silakan Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ... SIWANIS, InsyaAllah, besok, peserta SIWANIS, 56 orang akan berada di dalam Dewan, dua shift, untuk menyaksikan sendiri perbahasan di dalam sidang Dewan ini. Yang Berhormat juga bertanya mengenai AKW, iaitu Akademi Kepimpinan Wanita, yang ini adalah, saya sebut tadi kita sudah mempunyai hampir 300 orang graduan. Dan kebanyakan mereka sangat bersemangat untuk melibatkan diri, untuk apa-apa rule ataupun peranan di dalam masyarakat untuk membantu membuat keputusan di peringkat masyarakat kerana dah sedar, input daripada wanita itu sangat penting kerana gender sensitiviti ini tidak hanya memberi kepada wanita, tetapi juga pada kanak-kanak, orang tua, orang dewasa dan sebagainya. Jadi InsyaAllah, Yang Berhormat, saya rasa kita mempunyai satu pull, dengan izin yang banyak di Negeri Selangor ini. Itu mengenai SIWANIS dan AKW. Akhir sekali, Bukit Melawati juga mencadangkan supaya satu jawatankuasa pilihan khas hak asasi dan kesaksamaan gender ditubuhkan di Selangor. Saya menyambut baik cadangan ini, malah untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak saya bersama Ahli Pengarah Wanita Berdaya Selangor, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Speaker dan mengadakan perbincangan berkaitan hal ini,
pada tahun lepas. Setahun yang lepas kami telah mengemukakan kertas cadangan untuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas in, dan juga menyenaraikan keperluan kepada penubuhannya. Jadi kita menunggu keputusan Yang Berhormat Speaker lah. Saya tidak ada kuasa di sini. Jadi setakat itu sahaja, Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Seri Serdang. Saya persilakan Yang Berhormat EXCO Tanjung Sepat.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih YB Banting yang mana telah membahas tentang Kapal Korek Sri Banting yang mana usaha Majlis Perbandaran Sepang bagi melaksanakan kerja konservasi bagi Kapal Korek Sri Banting. Majlis Perbandaran Sepang telah mengeluarkan request for proposal. Sebanyak lima syarikat telah menghantar cadangan dan dianggarkan lima kerja konservasi yang akan mengambil masa selama tiga tahun sehingga kapal korek itu akan menjadi sebuah living museum yang tersohor di Malaysia dan di dunia InsyaAllah. Beberapa kerja awalan telah dilaksanakan oleh MPSepang. Antara kajian kerosakan yang telah disiapkan dan juga perunding conservator dengan kos perbelanjaan sebanyak RM100,000 oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga sebanyak RM148,500 oleh MPSepang. Hasil daripada kajian yang telah mengenal pasti keadaan integriti kapal dan juga perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sebagai usaha memulih dan pemeliharaan bagi iaitu konservasi bagi kapal, pihak MPSepang telah melantik syarikat kawalan keselamatan dan juga memasang CCTV untuk memastikan keselamatan kapal korek tersebut tidak di ceroboh. Taman Warisan Lombong Bijih Timah Negara ini akan melibatkan kawasan seluas 74 ekar. Taman Warisan Lombong Timah Negara juga dalam proses memperoleh pengiktirafan UNESCO. Dan sudah pasti akan menjadi sasaran pelancong ke taman warisan yang terdiri daripada pengunjung tempatan dan juga antarabangsa dengan mengambil peluang lokasi dan strategi iaitu berhampir dengan Lapangan Terbang KLIA, Cyberjaya dan juga Putrajaya. Komponen pembangunan taman warisan ini adalah seperti berikut :-
a) Muzium tapak; b) Living Museum; c) Laman susur timah; dan d) Pembangunan sokongan.
Ke seluruh projek pembangunan Taman Warisan Kapal Korek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun dan akan jadi salah satu lokasi tarikan baru pelancong di daerah Sepang khususnya dan juga negara amnya. Projek ini dijangka akan memberi impak kepada ekonomi setempat dengan memberi peluang-peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat seperti hotel, restoran dan sebagainya. Saya percaya dengan usaha dan komitmen daripada pihak MPSepang dan juga pelbagai pihak yang berkaitan, hasrat ini untuk menjadikan bekalan sejarah dan juga warisan kapal korek
bijih timah yang sangat bernilai ini dapat dilaksanakan dan dipelihara untuk generasi yang akan datang. Ia juga menjadi salah satu pusat pembelajaran kepada para pelajar dan juga pengajian tinggi bagi bahan-bahan dan juga organisasi dan juga pengkaji sejarah. Walau bagaimanapun, segala perancangan mengenai usaha dan juga mengewar-warkan maklumat yang lebih jelas kepada wakil rakyat serta masyarakat sekitar akan dibuat selepas perancangan pembangunan Taman Warisan Lombong Bijih Timah Negara dan Kapal Korek Sri Banting ini tamat. Terima kasih. Seterusnya daripada YB Bukit Melawati mengenai isu Batik Selangor. Tadi pun ada soalan telah kita jawab tentang promosi, bagaimana menyediakan cenderamata dan sebagainya. Tapi yang ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada YB Balakong yang hari ini mempergayakan Kebaya Batik Selangor pada hari ini. Terima kasih. Dan mudah-mudahan esok (hari Jumaat) kita menyeru kepada Yang Berhormat wanita (yang dah siap Baju Batik Selangor) supaya memperagakan sebagai promosi Batik Selangor khususnya di Negeri Selangor.
Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Permatang juga.
Oh, minta maaf Yang Berhormat Permatang. Sebab pakai jaket kot tak nampaklah. Okay. Untuk menjawab soalan daripada ataupun dibahaskan oleh Bukit Melawati sehingga kini hanya terdapat dua (satu corak Bunga Tanjung dan dua corak batik) untuk EXCO dan juga ADUN serta penjawat awam yang digunakan teknik pembatikan menggunakan kaedah canting dan blok. Pemakaian Batik Selangor ini sedang dalam usaha untuk memperluaskan penggunaannya untuk orang ramai dan juga menyediakan cenderamata yang berasaskan kepada corak Batik Bunga Tanjung. Ini dalam usaha dan untuk mendapatkan design atau pereka bentuk dari beberapa pereka bentuk untuk menyediakan seperti kerongsang, beg tangan daripada Batik Selangor dan sebagainya. Jadi ini di antara yang (kipas, tie dan banyak lagilah) yang akan kita cuba jadikan dia sebagai cenderahati bila ada pelancong yang hadir ke Negeri Selangor. Sebagai usaha untuk meningkatkan ekonomi dan juga mewujudkan peluang kerja (pekerjaan) kepada rakyat Negeri Selangor, Jawatankuasa PADAT menyokong cadangan dan juga menjadikan Selangor sebagai salah satu hab untuk mempromosikan Batik Selangor. Namun satu kerjasama padu perlu daripada semua agensi-agensi kerajaan bagi memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan memberi impak yang tinggi terhadap industri pelancong dan juga tekstil di Negeri Selangor. Batik Selangor adalah batik yang mempunyai corak Bunga Tanjung 9 kelopak yang akan dapat berdaya saing dengan batik-batik lain kerana ianya dikeluarkan atau dihasilkan hanya di Negeri Selangor dengan kadar harga yang lebih murah dan berpatutan. Dan agensi-agensi yang terlibat dalam penghasilan Batik Selangor ini akan dapat melaksanakan promosi berterusan dan mempopularkan penggunaan Batik Negeri Selangor. Terima kasih.
Yang Berhormat Tanjung Sepat, nak tanya sikit boleh? Yang Berhormat Tanjung Sepat? Yang Berhormat Speaker? Nak tanya sikit boleh?
Ya, ya Yang Berhormat Dengkil.
Sikit saja.
Dengkil tak bahas kan?
Saya ada mencelah ketika Banting punya soalan.
Oh tak bahas tapi saya tak apalah, saya bagi.
Pasal kapal korek
Penampilan, penampilan sikit. Ha ok. Sila-sila.
Yang Berhormat Tanjung Sepat, saya ingin bertanya tentang pencerahan sikit kos kapal korek itu berjumlah RM 10 juta termasuk dengan tanah di sekitar itu ataupun RM 10 juta itu hanya untuk pembaikan dan naik taraf muzium? Dan kedua, lantikan-lantikan untuk keselamatan dan kerja-kerja baiki itu melalui rundingan terus, lantikan terus atau tender terbuka? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Kos RM 10 juta itu adalah kos pembelian sahaja. Kos untuk pembelian. Seperti yang saya maksudkan tadi bahawa kos perbelanjaan bagi penyelenggaraan ataupun conservator itu sebanyak RM100,000. Itu di sumbang oleh Kerajaan Negeri dan sebanyak RM 148,500 adalah di bawah MPSepang. Jadi mengenai pelantikan untuk kerja-kerja melantik kawalan keselamatan dan sebagainya itu di bawah MPSepang. Terima kasih.
Okay, puas hati ya Dengkil? Okay baik. Silakan Yang Berhormat EXCO Paya Jaras.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin menjawab ada sembilan pembahas Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian berkaitan dengan Portfolio Belia dan Sukan dan Modal Insan. Tetapi saya akan menjawab pada Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini. Yang pertama berkaitan dengan Dusun Tua dulu saya pergi. Bukit Lanjan membangkitkan isu infra, Hulu Kelang membangkitkan isu kapal terbang tetapi Dusun Tua membangkitkan isu kelewatan baik pulih Stadium Mini. Saya nak tarik perhatian
Yang Berhormat Dusun Tua dengan ucapan Yang Berhormat yang mengatakan kalau-kalau kita berjanji tidak menepati. Dan antara sebutan Yang Berhormat adalah saya menjanjikan Januari itu bermulanya program pembaikan stadium. Pertama, saya bagi jaminan Yang Berhormat Dusun Tua bahawa program pembaikan padang akan tetap dilakukan. Saya tidak (saya baca Hansard saya yang dulu), saya tidak sebut Januari itu bermula. Tetapi Yang Berhormat kena faham proses kewangan negeri apabila tamat Disember, bila masuk Januari kita kena start balik proses dengan BQ cuma kita kena start kelulusan proses balik dan kita akan baiki. Untuk makluman Yang Berhormat Dusun Tua, surat kelulusan telah kita terima pada awal Mac baru-baru ini. Dan saya bagi jaminan pada Yang Berhormat sekitar dalam tempoh sebulan lagi saya menjemput Yang Berhormat untuk sama-sama pecah tanah untuk baiki padang bola tersebut supaya Yang Berhormat boleh dilihat usaha untuk baiki padang itu. Ini jaminan kita. Kita akan pastikan padang tersebut dibaikpulih kerana itu adalah tempat banjir yang telah berlaku baru-baru ini. Taman Medan tidak hadir. Sungai Panjang? Sungai Panjang juga tidak ada. Balakong?
Ada! Ada! Sungai Panjang ada. Ada, ada.
Oh Sungai Panjang. Hahahaha. Minta maaf Yang Berhormat. Saya betulkan balik. Sungai Panjang hadir. Hahahaha. Berkaitan dengan elemen pembangunan KSSA. Saya telah diberi taklimat oleh Dato’ Roslan (Pengerusi Unit Projek Khas) tentang struktur yang akan dibangunkan di KSSA dan di dalam itu semuanya adalah berkaitan dengan banyak sektor-sektor yang berkaitan dengan belia dan sukan akan diadakan di situ dan saya pasti kalau YB Sungai Panjang berkelapangan boleh kita dengar taklimat sekali lagi daripada Dato’ Roslan (Ketua Unit Projek Khas) supaya kita dapat maklumat yang lebih detail. Balakong membangkitkan tentang isu dua kampung yang memerlukan tapak gelanggang. Kalau tentang balai raya, saya rasa Yang Berhormat merujuk kepada PLB lah. Tetapi untuk membangunkan tapak sukan itu, yang paling penting sekali Yang Berhormat adalah siapa milik tanah itu. Kalau kita boleh selesaikan masalah pemilikan tanah dan InsyaAllah kita akan boleh mulakan urusan untuk pembinaan. Yang paling kritikal sekali adalah persetujuan daripada sama ada PBT ataupun Pejabat Daerah/Tanah. Kalau Yang Berhormat boleh kemukakan detail, InsyaAllah kita akan lihat tersebut. Permatang juga membangkitkan isu tentang kuota Inisiatif RiDE (Roda Darul Ehsan) yang meminta supaya diberikan kuota khusus kepada masyarakat luar (pada DUN luar bandar). Saya kira-kira DUN luar bandar ni ada sekitar 7 DUN saja bermula pada Sabak sehingga ke Melawati dan pergi kepada Hulu Bernam (tak sampai pun 7). Tetapi saya juga telah bincang dengan Majlis Sukan Negeri Selangor supaya kita kuotakan sebanyak 25% ini diberi kepada mereka di luar bandar. Tetapi Yang Berhormat, saya juga minta jaminan daripada Yang Berhormat untuk bantu kita sebab kita pernah buka kepada mereka di luar bandar tetapi sambutan tu agak tidak memberangsangkan. Sama ada mereka tidak terlibat dengan
Program E-hailing ataupun mereka tidak punya maklumat tentang program RiDE ini. Kalau kita boleh sama-sama bekerjasama Yang Berhormat, kita turun fokus pada belia luar bandar, InsyaAllah saya bersedia untuk kita kerahkan agensi kita untuk turun ke kawasan luar bandar untuk promote RiDE ini. Kampung Tunku? Kampung Tunku membangkitkan isu dasar belia kepada kecelikan digital dan media. Digital dan media menjadi salah satu teras dalam Dasar Belia Selangor kita dan saya rasa isu digital media ini meletus telah berlakunya Pilihan Raya Umum yang melibatkan banyak influencer-influencer yang telah dibayar untuk mempromosikan parti-parti tertentu. Saya kira yang paling penting sekali adalah kesedaran di kalangan mereka dan cara kita approach belia ni pun mempunyai cara yang tersendiri. Kita tidak boleh terjah begitu saja. Tetapi kita juga mempunyai kursus-kursus bina jati diri yang telah kita anjurkan dalam dua tahun ini yang melibatkan banyak penggerak Belia Selangor. Saya pernah (saya dalam) ucapan jawapan saya, saya sebut ada di kalangan PBS di DUN-DUN yang masih kurang berminat. Tapi kalau Yang Berhormat mempunyai kumpulan-kumpulan belia tertentu yang ingin kita bawa dalam satu kursus motivasi, boleh serahkan nama kepada kita dan kita akan adakan kursus-kursus kesedaran sebagaimana yang telah dicadangkan. Kursus ini telah kita jalankan selama dua tahun yang melibatkan Penggerak Belia Negeri Selangor.
Seri Setia membangkitkan tentang isu hadiah perkahwinan belia. Betul? Ha ha ha ha ha ha. Topik yang. Yang Berhormat Seri Setia, kita pernah adakan program tersebut (Yang Berhormat pun tahu). Pada 2018, bila kita menang kerajaan di peringkat persekutuan kita mengadakan kerjasama dengan agensi seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (agensi yang bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran dan motivasi kepada keluarga). Sebab kita tak boleh nak bagi duit begitu. Duit one off. Dia tidak ada kesedaran. Jadi kita buat kerjasama dengan LPPKN ini sehingga berlaku Sheraton move, maka tergendala semua program kita. Dan masuk pula pada isu PKP, kita stop terus program motivasi ini. Daripada situ kita tukar kepada Program RiDE pada belia kita yang melibatkan lesen dan sebagainya. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Seri Setia, kita tidak ada masalah untuk kita pertimbangkan balik untuk pemberian insentif perkahwinan ini dan tetapi dia ada syarat dia iaitu mereka mestilah duduk dan mengikuti kursus-kursus yang telah kita anjurkan supaya mereka dapat memahami. Sebab kita dapati sebagaimana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebut kadar perceraian di kalangan orang-orang muda ini agak tinggi di Negeri Selangor. Jadi dengan sebab itulah kita rasakan duit one off itu mesti disertakan juga dengan kursus perkahwinan. Jadi kita akan kaji balik cadangan Yang Berhormat. Yang Berhormat Seri Setia jangan risau kalau Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat, ini untuk perkahwinan tau. Yang Berhormat tak layak untuk mohon. Jadi kita akan ambil kira program ini dan kita akan kekal Program Ride sama-sama dengan program-program lain yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Speaker saya ingat itu sahaja yang telah saya sentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Yang Berhormat Speaker sikit boleh. Yang Berhormat EXCO Paya Jaras boleh.
Dengkil ini tengah ada ummh sikit.
Yang Berhormat Tuan Speaker, semasa Yang Berhormat Taman Medan saya mencelah, ruang yang saya kesinambungan antara saya Dengkil.
Shift petang ya.
Musim pagi dan petang. Terutama sekali saya ingin ucapkan tahniah MSN dan Pejabat EXCO yang telah mengadakan program e-healing punya apa ni penghantar-penghantar makanan yang saya kira himpunan bantuan yang terbesar setakat ini, pemandu-pemandu e-healing ini. Dan tahniah, cuma yang saya ingin bangkitkan tentang peruntukan MSN, kita sedia maklum MSN ini ada 52 gabungan badan sukan dan bersekutu. Kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri seperti Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, peruntukan yang diterima oleh negeri-negeri tersebut agak besar dalam pembangunan akar umbi persediaan dan latihan. Ini termasuk dalam sukan berprestasi tinggi, persediaan ke Olimpik. Dan bagi saya peruntukan 7 juta itu tidak cukup. Apakah cadangan ataupun tambah baik daripada segi peruntukan untuk mengelakkan atlet-atlet kita berpindah ke negeri lain yang lebih menawarkan elaun yang lebih besar. Sayang kita ada bakat yang ramai tapi disebabkan peruntukan 7 juta itu tidak cukup untuk menampung pembangunan sukan akar umbi persediaan latihan dan sebagainya. Minta pejabat, Yang Berhormat EXCO terangkan sedikit?
Saya sangat setujulah daripada Yang Berhormat Dengkil. Di antara cadangan adalah saya suka juga merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Pegawai Kewangan Negeri untuk mengkaji kembali peruntukan kewangan. Memang kalau Selangor ini kalau kita bandingkan dengan negeri lain jauh kita tertinggal dari segi bajet dan juga kekuatan kewangan. Sebab itulah saya nak di antara persoalan yang timbul yang disebut oleh Taman Medan adalah mengapa kebanyakan program TUNAS, TUNAS kita ini banyak pemain bola sepak ini lain dari yang lain. Di antara faktornya adalah kekangan kewangan berbanding akademi-akademi bola sepak daripada negeri-negeri lain. Ini adalah kesan daripada hasil apabila kita tidak mempunyai kekuatan dari segi kewangan dan sukan. Saya juga berharap kalau Kerajaan Negeri dari masa-masa yang akan datang boleh melihat kembali kedudukan Majlis Sukan Negeri Selangor dan kedudukan kewangan yang diberikan supaya kita dapat tingkatkan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi kekuatan kewangan. Akhirnya saya nak sebut, dah alang saya nak sebut ini. Saya suka menarik perhatian dari Ahli-ahli Yang Berhormat semua, kita bimbang dengan isu-isu propaganda sosial media. Tetapi saya dalam satu kajian di kalangan belia berumur antara15 hingga 30 tahun
sebenarnya isu perkauman jatuh di tempat yang keempat sebenarnya. Dia lebih peka terhadap isu imej kepimpinan yang mereka nak pilih, imej kepimpinan yang kedua isu semasa, isu ekonomi dan sensiviti yang keempat barulah isu perkauman sebenarnya. Inilah belia kita di Selangor. Jadi saya kira yang paling penting pada Yang Berhormat semua nasihat saya dalam pilihan raya yang akan datang ini imej-imej candidate ataupun imej Yang Berhormat semua adalah menjadi keutamaan di kalangan pengundi-pengundi yang ada di Negeri Selangor. Terima kasih Speaker.
Okay Yang Berhormat EXCO Paya Jaras. Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan dan juga yang Berhormat Pelabuhan Klang. Berkenaan dengan program-program tanam pokok yang masalah penyelarasan dan juga penyelenggaraan pokok-pokok yang ditanam supaya kekal dan tidak rosak. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hutan Negeri Selangor JPNS adalah sentiasa komited untuk memelihara meningkatkan kelestarian biodiversiti Negeri Selangor. Komitmen utama pada ketika ini adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan keluasan liputan hijau negeri tidak kurang 30% daripada keluasan tanah selaras dengan keputusan MMKN pada tahun 2008 dan 2014. Kerajaan Negeri juga sedang giat menjalani program penanaman 26 juta pokok bagi tempoh 2021 hingga 2026. Selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Semua jabatan dan agensi negeri disyorkan untuk mengadakan program tanam pokok secara berterusan bagi memastikan kadar pelepasan karbon dikurangkan. Program ini juga turut juga menyokong dan selari dengan program penghijauan Malaysia di peringkat persekutuan. Iaitu melalui kempen penanaman 100 juta pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025. Penanaman pokok di jalan-jalan awam kawasan awam, persekitaran rumah, secara keseluruhan akan dapat mengurangkan kesan haba ini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki sebagai gaya hidup sihat serta mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan bandar. Program penanaman pokok ini memerlukan kerjasama erat dan kolektif daripada semua pihak khususnya rakyat Negeri Selangor tanpa mengira jantina bangsa mahupun agama. Semua orang bertanggungjawab untuk menghijaukan negeri ini bantu menangani kesan-kesan pro iklim. Namun begitu Kerajaan Negeri tidak menafikan mengenai kepentingan penyelenggaraan pokok-pokok pun ditanam melalui program penanaman pokok di Selangor. Pada dasarnya semua pihak berperanan bagi memastikan pokok-pokok yang telah ditanam hidup subur dan membesar dengan sihat. Justeru itu teknik dan juga kaedah penanaman pokok yang betul perlu diberi perhatian supaya meningkatkan potensi dan kadar pertumbuhan besar pokok tersebut. Selain itu jumlah kos yang dianggarkan untuk penyelenggaraan anak pokok yang telah ditanam adalah sekitar RM15 hingga RM30 sepokok bergantung pada spesies anak pokok yang biasa ditanam. Kos penyelenggaraan ini adalah merangkumi aktiviti 4 mengembur, merumpai, membaja dan sulaman anak pokok yang didapati mati.
Tempoh penyelenggaraan pula disyorkan 2 hingga 5 tahun. Selepas ditanam sebagai salah satu usaha bantu anak pokok itu hidup dan membesar dengan sihat. Bagi kos penyelenggaraan pokok-pokok di bawah PBT peruntukan memang telah diperuntukkan setiap tahun untuk tujuan penyelenggaraan. Ini adalah di bawah kontrak penyelenggaraan ataupun melantik kontraktor panel penyelenggaraan landskap yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja mencantas, menyingkatkan, membaja dan kawalan serangga perosak, kos tersebut bergantung pada keluasan bilangan pokok yang berada dalam kawasan landskap tersebut.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan mengenai cerun runtuh di Batang Kali. Projek-projek yang telah pun mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal Kawasan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, iaitu JTPKSAS yang melibatkan kawasan cerun serta pembangunan sedia ada yang terletak berdekatan dengan cerun akan dibuat pemantauan dan pemeriksaan cerun melalui yang pertama memastikan cerun pemaju ataupun perunding, JO teknikal melantik melaksanakan pemeriksaan cerun dan penyelenggaraan dalam tempoh yang telah pun ditetapkan dan mengumpulkan jadual cerun laporan pemeriksaan PBT seperti berkala. Yang kedua peruntukan dana tambahan hendaklah diberi kepada PBT yang terlibat bagi menguruskan kawasan cerun yang telah diserahkan kepada PBT melalui penubuhan Unit Penyelenggaraan Cerun bagi PBT yang masih belum mempunyai unit pengawalan cerun. Perancangan dan juga pemeriksaan dan penyelenggaraan cerun-cerun yang kritikal perlu dibuat secara berkala dan berterusan. Tindakan penyelenggaraan dengan segera perlu diambil ke atas kawasan cerun mempunyai tanda-tanda awal kegagalan cerun. Dan ketiga PBT yang terlibat perlu mengeluarkan notis kepada empunya tanah bercerun untuk memeriksa cerun mengikut tempoh yang ditetapkan. Yang keempat peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri diperlukan bagi penyediaan Rancangan Kawalan Khas iaitu RKK bagi kawasan bukit dan juga tanah tinggi yang mempunyai risiko geo bencana. Penentuan kawasan RKK perlu ditentukan oleh Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Perancang Negeri, Pihak Tempatan, Rancangan Tempatan, Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam. Pihak PBT turut mensyaratkan semua pemajuan mereka bentuk cerun-cerun bina dengan nilai faktor keselamatan FOS yang tinggi dan paling stabil dan apabila siap pemaju masih bertanggungjawab ke atas cerun-cerun tersebut dengan mengadakan skop secara berkala sehinggalah cerun tersebut berkeadaan kukuh untuk diserahkan kepada pihak Kerajaan.
Subang Jaya bangkit isu tentang mikro mobiliti dan juga tempoh moratorium pembalakan dan juga kredit karbon. Untuk menjawab penggunaan mikro mobiliti, Malaysia telah menetapkan aspirasi negara untuk mencapai gas rumah kaca. JS sifar bersih seawal 2050. Pelan pembangunan mobiliti karbon iaitu Low Carbon Mobility Blueprint 2021 hingga 2030 iaitu LCMB yang dibangunkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. NRECC dan Kementerian Pengangkutan telah menetapkan fokus utama berkaitan dengan kenderaan mesra alam iaitu pengurangan
penggunaan tenaga dan juga pelepasan GSG melalui penggunaan mobiliti elektrik. Negeri Selangor turut berhasrat menjadi negeri peneraju dalam penggunaan elektronik iaitu EV berdasarkan Rancangan Selangor Pertama RS1. Kerajaan Negeri telah menggariskan keutamaan bagi penggunaan kenderaan elektrik turut melaksanakan pemasangan 1000 pengecas EV menjelang tahun 2023 dengan kerjasama pihak swasta seluruh daerah Negeri Selangor. Penyediaan infrastruktur yang bersepadu ini akan menjadikan Negeri Selangor sebagai pelapor menggunakan kenderaan elektrik. Perkembangan pusat EV bukan berlaku pada kenderaan biasa dan perdagangan malah motosikal elektrik turut permintaan dalam pasaran. Memandangkan ia lebih praktikal dan prestasi yang lebih cekap. Kenderaan elektrik termasuk motosikal elektrik telah pun diterima sebagai satu bentuk pengangkutan yang berupaya dan praktikal terutama di kawasan bandar. Setakat ini antara PBT telah pun melaksanakan inisiatif kenderaan elektrik termasuk motosikal adalah seperti berikut, i pejabat SUK terdapat 4 unit basikal elektrik model sopron bagi tujuan penguatkuasaan dan rondaan. Untuk pihak MBPJ telah pun mempunyai 3 unit e-scooter. Untuk Majlis Perbandaran Hulu Selangor terdapat satu unit kenderaan elektrik nissan leaf sebagai kenderaan jabatan. 2 unit scooter elektrik jenis (tak pasti) bagi kegunaan rondaan di peringkat jabatan. 2 unit scooter elektrik jenis (tak pasti) untuk kegunaan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Untuk MPAJ telah pun mempunyai 3 buah elektrik bagi urusan penguatkuasaan. Untuk MBSA telah mempunyai 2 unit kereta model renault jo dan 6 unit elektrik bunggy bagi tujuan rondaan. Untuk Majlis Perbandaran Sepang mereka mempunyai 2 motosikal elektrik oleh Jabatan Landskap dan juga jabatan Pembangunan Masyarakat. Untuk makluman JPBD telah menyediakan garis panduan perancangan mobiliti aktif untuk semua guna pakai oleh semua PBT. PBT sedang menyediakan infrastruktur laluan mikro mobiliti garis panduan tersebut . Peranan aktif PBT dan menggunakan inisiatif mobiliti hijau amatlah dituntut arah Negeri Selangor lebih hijau dan juga lestari.
Untuk menjawab tentang tempoh moratorium pembalakan. Kawasan hutan juga mempunyai estetika yang tidak ternilai seperti sungai, air terjun, pembentukan batu-batuan yang unik, habitat kepelbagaian flora dan fauna, tanah lembap dan juga mempunyai keindahan yang boleh menjadikan daya tarikan utama destinasi pelancongan tempatan dan juga luar negara. Sesuai dengan kepelbagaian biodiversiti seperti ini Kerajaan Negeri Selangor sentiasa melangkah proaktif untuk melaksanakan strategik bagi meningkatkan kehijauan di Selangor. Antaranya adalah jaminan Kerajaan Negeri untuk mengekalkan keluasan kawasan hujan dan kehidupan hijau sebanyak 30% daripada keluasan Negeri Selangor.
Setakat ini Negeri Selangor telah pun mencapai 31.6% keluasan hidupan hijau yang akan terus meningkat dengan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Rasanya Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan pendirian untuk melaksanakan polisi moratorium pembalakan di kawasan hutan simpan kekal selama 25 tahun sejak tahun 2010. Usaha pemulihan biodiversiti negeri, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan sejumlah RM31.1 Juta di bawah peruntukan Rancangan
Malaysia Ke-12 iaitu Bajet Pembangunan Negeri iaitu P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang digunakan untuk pengurusan sumber-sumber hutan di Negeri Selangor. Merangkumi aktiviti seperti konservasi, variasi dan juga penguatkuasaan hutan ke arah menangani isu perubahan iklim dan kerosakan alam sekitar. Untuk pelaksanaan mempercepatkan pelaksanaan kredit karbon, Kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini telah pun melaksanakan inisiatif berkonsepkan cukai kredit karbon selaras dengan dasar peringkat Persekutuan iaitu Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016 sehingga 2025 (DKBK). Antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mendukung mekanisme kewangan hijau iaitu green finance mechanism pada masa kini adalah seperti berikut:
Yang pertama, Biological for Biodiversity (NPBD) Ecological Fiscal Transfer (EFT), Kerajaan Persekutuan pada 2014 telah pun mengenalkan inisiatif EFT ini dengan peruntukan sebanyak 60 Juta bagi melaksanakan Kerajaan Negeri mewartakan kawasan perlindungan atau protected act area yang merupakan kawasan penting bagi perkhidmatan ecosystem iaitu ecosystem services. Kawasan ini termasuklah kawasan tadahan air dan kehidupan liar. Peruntukan EFT ini telah pun diagihkan pada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui pemberian Tahap Dasar Pembangunan dan Ekonomi, Infrastruktur dan juga Kesejahteraan Hidup iaitu TAHAP semenjak 2019. Sebagai rekod Kerajaan Negeri Selangor telah pun menerima peruntukan EFT ini berjumlah RM2.47 Juta pada tahun 2019. Sejumlah RM2.47 Juta telah diterima pada tahun 2020. Sejumlah RM3.66 Juta pada tahun 2021 dan sejumlah RM3.6 Juta telah diterima pada tahun 2022. Peruntukan ini disalurkan kepada setiap negeri sebagai insentif tambahan Kerajaan-kerajaan Negeri melaksanakan program dan juga projek konservasi yang menjaminkan kelestarian biodiversiti. Perkara ini kemudiannya ditambah baik dengan garis panduan pelaksanaan Ecological Fiscal Transfer (EFT) oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (KETSA) pada Jun 2022. Garis panduan ini umumnya menggantikan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia. PB3 Garis Panduan memberi yang berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur Dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) bagi component ecology. Untuk inisiatif carbon credit. inisiatif carbon credit Kerajaan Negeri Selangor melalui Selangor Maritime Gateway iaitu SMG telah pun memperkenalkan inisiatif memperkenal carbon credit sumber kewangan tambahan Kerajaan Negeri. Satu janakuasa taskforce pengurusan carbon credit ditubuhkan dengan pelantikan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor sebagai pengerusi. Keahlian melibatkan 10 agensi teknikal yang berkaitan. Pada masa kini Jawatankuasa ini sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan beberapa belah pihak yang berkepentingan termasuklah Malaysia Forest Fund (MFF) yang ditubuhkan bawah MOF melalui predo campur finance, Malaysia Forest Fund (MFF) pada tahun 2022. Umumnya inisiatif carbon credit dari projek SMG ini memfokuskan kepada pemuliharaan dan juga pengekalan kawasan hutan paya laut di Negeri Selangor. Ini disebabkan kadar keupayaan penyerapan karbon hutan paya laut ini adalah antara yang tertinggi antara pelbagai jenis hutan lain.
Untuk makluman, Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Pindaan Tahun 2022 telah pun dibentangkan dalam Mesyuarat Kedua Penggal ke-5 Parlimen Ke-14 pada 18 Julai 2022 yang mana ia telah diluluskan pindaan ke atas penambahbaikan peruntukan kuasa mengenai kutipan cas penyimpanan hutan. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti mengambil tindakan sewajarnya bagi menerima pakai pindaan RUU Perhutanan ini di Negeri Selangor. Usaha ini dapat menyokong kepada mekanisme kewangan hijau iaitu Green Finance Mechanism, perubahan iklim dan pelestarian karbon. Bukit Antarabangsa ada bangkit tentang Climate Action Plan Negeri Selangor dan mobility carbon. Untuk makluman semua, di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS1) telah menetapkan hala hijau, hala tuju strategik kelestarian yang mensasarkan pengurangan intensif. Gas rumah hijau sebanyak 35% menjelang tahun 2025. Alam Sekitar dan Iklim Hijau sedang merangka dasar dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor 2030 melibatkan kajian perintis di tiga kawasan berlainan dan geografi. Pemilihan risiko dan pemilihan langkah adopsi yang sesuai perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Permohonan kajian ini akan tumpukan kepada tindakan yang memperkukuhkan pelaksanaan pembangunan negeri sehingga tahun 2030. Dengan mengambil kira beberapa aspek perubahan iklim khususnya berkaitan adaptasi dan pengurusan risiko, bencana iklim bagi memaksimumkan keberhasilan sosio-ekonomi sesama dan kelestarian ekosistem. Rangka kerja bersepadu ini dijangka dapat membantu dalam proses adaptasi terhadap impak perubahan iklim. Dengan lebih berkesan memandangkan konsepnya dengan lebih menyeluruh yang melibatkan proses yang berterusan. Selain itu juga Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan untuk menyediakan inisiatif bandar rendah karbon iaitu low carbon state yang akan memfokuskan kepada penyediaan polisi dan juga pelan tindakan bandar dan ke arah bandar mampan. Tambahan daripada itu juga, Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan pembangunan inventori pengiraan karbon iaitu GHG peringkat tempatan sebagai mengukuh status pembangunan rendah karbon untuk mengawal pelepasan karbon bagi mencapai sasaran Negeri Selangor sebanyak 35% menjelang tahun 2025. Aspek penggunaan tenaga Kerajaan Negeri sedang menghalakan memfokuskan hala tuju kepada tiga program:
Pertama, kecekapan tenaga Energy Efficency ‘EE’. Tenaga boleh diperbaharui energy iaitu AE dan pengurusan sisa pepejal. Bagi program EE, usaha-usaha kecekapan tenaga seperti penggunaan peralatan cekap, tenaga, aspek reka bentuk bangunan dan juga penggunaan amalan pengeluaran bersih mengurangkan penggunaan tenaga di sektor industri. Komersial akan dilaksanakan. Kerajaan Negeri menguruskan Worldwide Holdings Berhad (WHB) kini aktif dalam projek-projek jana kuasa dengan haba dengan boleh diperbaharui juga alternatif dengan jumlah kapasiti kita 202 megawatt untuk memberikan jaminan bekalan gred di samping mewujudkan peluang ekonomi jangka panjang melalui penggunaan loji kitaran gas bersepadu, waste to energy, loji kuasa hidro solar, loji biogas dan loji penerokaan semasa tenaga gantian iaitu hydrogen. Justeru itu, sebagai langkah persediaan Kerajaan Negeri telah pun menggariskan negeri rendah karbon sebagai agenda utama dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), 2005. Selain daripada itu PBT di Negeri Selangor telah
membangunkan Pelan Tindakan iaitu Kerangka Bandar Kerendahan Karbon iaitu LCCF yang digunakan pakai dalam rancangan dasar dan juga peringkat keputusan. Salah satu enakmen yang difokuskan dalam adalah mobiliti.
Antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengungsikan penggunaan elektrik di Negeri Selangor adalah:
1. Mempergiatkan lagi pembangunan infrastruktur EV di semua PBT. 2. Mewujudkan zon khusus EV di Selangor dan menawarkan kadar kawasan letak kereta yang rendah dan keutamaan, tempat letak kenderaan EV dan juga hybrid. 3. Memperkenalkan dasar zero mobiliti yang menekankan pelaburan dalam ekosistem permohonan pengecas EV di peringkat PBT. 4. Memperkenalkan dasar dan inisiatif sokongan bagi meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik ‘EV’ terutama motosikal yang lebih murah dan menjimatkan. 5. menggalakkan setiap jabatan atau agensi Kerajaan Negeri yang menganjurkan acara-acara besar kerajaan untuk menggunakan kenderaan EV sebagai kenderaan rasmi kerajaan seperti yang disyorkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan akan mengkaji yang lebih mendalam ke atas pelaksanaan ini. Kerajaan Negeri juga sedang dalam mempertimbangkan dalam penggunaan kenderaan EV sebagai kenderaan rasmi jabatan dalam usaha meningkatkan penggunaan kenderaan tersebut. Namun cadangan ini tertakluk kepada kelulusan dasar dan peruntukan sedia ada Kerajaan Negeri. Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan ia menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri sebab pegawai pelapor bagi penggunaan EV di Malaysia. Dengan kepimpinan melalui teladan kepada pelabur, sektor swasta, korporat dan juga orang awam. Setakat ini pihak PBT telah mula inisiatif penggunaan kenderaan EV sebagai kenderaan rasmi jabatan adalah seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandar raya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, berkenaan dengan pewartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat. Dan juga Hutan Simpan Kekal Kuala Langat menjadi pusat pendidikan perhutanan dan juga isu kuari. Proses pewartaan semula Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara, seluas 446.7 hektar ataupun bersamaan dengan 1201.1 ekar ini telah pun berada dalam peringkat terakhir. Di mana pelan warta yang disediakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan iaitu JUPEM Selangor baru sahaja diterima pada 8 Mac yang lalu. Justeru itu, proses penyiaran kewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini sedang dilaksanakan dan dijangka selesai seawal bulan April tahun ini. So, kita kena sabar sikit kerana pewartaan hutan ini perlu masa. Kita perlu tunggu. Sebelum itu tunggu JUPEM untuk menyediakan pelan ukur dan pemetaan. Kita harap pada bulan April, bulan depan warta ini akan selesai. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah pun
mempunyai perancangan yang intensif untuk pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya gambut di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Fokus utama pada masa ini adalah melaksanakan program reformasi di kawasan terusuk Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara. Aktiviti menanam poko, rawatan tanaman dan sebagainya. Pelaksanaan ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuklah agensi di peringkat persekutuan, agensi swasta, GLC, NGO, komuniti dan lain-lain lagi. Cadangan menubuhkan Pusat Pendidikan Perhutanan di Hutan Simpanan Klang Utara ini akan diteliti dengan sebaiknya. Memandangkan pada masa kini Perhutanan di Negeri Selangor telah pun membangunkan Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Tanah Gambut Negeri Selangor di Kuala Selangor pada tahun 2015. Buat masa ini Pusat Kecemerlangan Hutan Simpan Paya Bakau di Raja Musa ini telah memadai dan berperanan penting dalam membekalkan informasi berkenaan hutan tanah gambut di Selangor secara khususnya. Asalnya, Pejabat Hutan Negeri Selangor telah pun merangka beberapa langkah meditasi yang bersesuaian untuk tujuan kawalan dan menangani isu impak pada alam sekitar daripada aktiviti kuari dalam kawasan hutan simpan kekal. Di antaranya adalah melaksanakan kajian, menetapkan hak bahan batuan yang optimum bagi semua kuari tersebut, penempatan had pengeluaran yang lebih strategik. Bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan bekerjasama secara bersepadu dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk pematuhan syarat-syarat dan juga peraturan setiap lesen kuari. Selepas tamatnya tempoh pajakan lesen kuari, perlesen kuari juga dikehendaki melaksanakan kerja-kerja rehabilitation ataupun pemulihan semula kawasan kuari seperti mana yang dinyatakan dalam syarat-syarat tambahan lesen kuari. Sijangkang juga membangkitkan, membangkitkan pusat pelancongan antarabangsa di Taman Alam, antarabangsa sama ada status supaya tidak merobohkan alam sekitar. Untuk makluman semua, cadangan permohonan Taman Alam Kuala Selangor sebagai sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa ini masih di peringkat perbincangan. Di mana semua jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebagainya diminta untuk memberikan ulasan teknikal berhubung cadangan permohonan ini. Pada masa kini, Kerajaan di Selangor belum melantik sebarang jana kuasa bagi memantau projek ini. Tapi pihak pemaju diminta untuk mengemukakan laporan penilai kesan kepada alam sekeliling iaitu EIA dan pihak Jabatan Perhutanan juga telah pun menetapkan supaya pihak pemaju menyediakan zon penampang pembangunan iaitu buffer zone untuk mencegah ataupun mem, mem, meminumkan kerosakan pokok semasa proses pembangunan dijalankan. Jabatan Perhutanan juga turutkan kenalkan kaedah perlindungan pokok iaitu tree protection plan dan above reculture impactsesment sebagai syarat-syarat kelulusan sebenar perancang di PBT.
Tuan Speaker.
Ya
Saya ada soalan untuk Yang Berhormat Kajang.
Ya, ya, silakan Bukit Lanjan
Taman Alam Kuala Selangor. Soalan saya sangat mudah. Pada ketika ini, adakah Taman Alam Kuala Selangor sudah diwartakan sebagai hutan simpan kerana kalau saya tak silap pada tahun 2016 ataupun 17, masa itu ada satu keputusan EXCO MMKN yang bersetuju masa itu memutuskan untuk menjadikan kawasan tersebut satu kawasan yang besar hampir 600 ekar kalau saya tak silap mungkin Yang Berhormat boleh betulkan kalau saya silap. Jadi, apa status tanah tersebut dan adakah projek-projek pelancongan yang bakal dijalankan di sana dengan hotel dan chalet dan sebagainya itu menjejaskan status tanah sebagai hutan simpan di kawasan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Kawasan Taman Alam memang telah pun diwartakan sebagai hutan simpan kekal sementara kita menunggu sia, sia warta. So, memang kita tunggu sia warta. So, kita harap yang ni akan diselesaikan dalam masa terdekat juga. April ataupun Mei. So, saya rasa ini bukan jadi masalah untuk kita. Tapi kita pastikan permohonan ini kita dapat memastikan dia tidak merosakkan paya bakau di kawasan tersebut sebab dia merupakan satu pusat pelancong berkonsepkan paya bakau. So, developer nak maintain, nak kekalkan suasana sekeliling supaya banyak pokok bakau yang sedia ada. Walaupun kalau kita tidak dapat elakkan ada sedikit sebanyak pokok bakau akan ditebang bagi laluan tu, tapi kita akan tanam balik di tempat yang tepi-tepi yang berkenaan. So, saya rasa kita akan mengurangkan minimum kerosakan pokok bakau.
Tambahan Tuan Speaker. Adakah Taman Alam Kuala Selangor ini akan dikekalkan sebagai IBA (Important Bird Area). So, dia sebenarnya di kawasan tersebut ada merupakan jajaran penerbangan burung-burung daripada biasanya kalau musim dingin di Siberia, dia akan terbang dari Siberia, Rusia lepas itu ke Australia. Jadi, Kuala Selangor merupakan satu landing spot untuk mereka rehat, makan, bercuti, beriadah sebentar sebelum mereka teruskan perjalanan mereka. So, itu IBA. Kedua, soalan untuk Yang Berhormat Kajang. Selain daripada Important Bird Area (IBA), kawasan Taman Alam Kuala Selangor ini adakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mengisytiharkan kawasan itu sebagai satu kawasan wetland dengan izin, tanah, kawasan tanah lembap yang penting di bawah RAMZA. RAMZA Convention.
Kita akan memastikan bukan setakat Taman Alam ni diwartakan sebagai hutan simpan kekal, tapi ia juga memberikan satu tempat singgahan burung IBA ini pastilah sebab kita tak sentuh tentang pokok-pokok bakau ni. Dan untuk cadangan untuk menjadikan satu kawasan wetland kita belum ada cadangan sebegini kerana di Selangor tidak ada satu wetland yang sangat-sangat
besar, Paya Indah Wetland di Kuala Langat. Yang itu kita sedang berbincang, kita sedang final contract dekat dengan Gamuda Cove untuk mereka menjaga dan mengekalkan bio dan fizikal tempat itu dan menjadikan tempat tu sebagai satu pusat pelancongan. Yang penting kita nak membawa satu, satu hotel bertaraf bintang ke Kuala Selangor. Ia memfokuskan sebagai hotel di dalam paya bakau. Ini amat menarik untuk penarik pelancongan luar negara supaya mereka boleh singgah, bukan setakat singgah di Kuala Selangor tapi juga bermalam di Kuala Selangor dan dapat meningkatkan lagi ekonomi di Kuala Selangor ni. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Sijangkang, tentang pembangunan perindustrian di Bandar Mahkota yang menggunakan air daripada Sungai Langat. Tuan Speaker ahli Yang Berhormat Sungai Dalam Permas telah pun bagi isu, bagi isu ini dan beliau mengenai penggunaan air slat, Sungai Langat oleh industri-industri yang beroperasi di kawasan perindustrian bandar, bandar, Bandar Mahkota, Banting. Terutama yang melibatkan aktiviti kitar semula kertas terpakai berskala besar di sana. Dalam perkara ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor menjalankan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan industri-industri yang beroperasi dapat mematuhi akta kuari alam sekeliling, 474. Ini termasuk menjalankan pemantauan terhadap kualiti efluen perindustrian yang dilepaskan ke sungai Langat agar mematuhi peraturan-peraturan kuari alam sekeliling iaitu efluen perindustrian 2009. Pada sepanjang masa, Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula sedang mengerakkan inisiatif dasar Poluted Pay Principle iaitu PPP dan juga Giro Discharge Policy iaitu GDP. Polisi ini adalah pendekatan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor pembangunan dan juga ekonomi terhadap sumber air dan alam sekitar. Pelaksanaan kedua-dua polisi ini lihat mampu untuk meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitaran dan seterusnya mengurangkan impak negatif terha, daripada sektor ekonomi yang menggalakkan amalan pengurusan terbaik iaitu best management practice iaitu (BMP) ataupun teknologi hijau (green technologies) seperti kitar semula dalam pusat efluen oleh pihak industri.
Soalan tambahan. Minta penjelasan.
Silakan
Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO memandangkan isu yang dibangkitkan ini sebenarnya berlaku di kawasan saya. Di mana saya ingin bertanya kepada kerajaan ialah apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mempertingkatkan ketelusan dalam perkara ini seperti memasang sensor-sensor yang boleh melaporkan secara real time melalui internet, efluen, quality efluen yang dibebaskan oleh kilang-kilang kertas ini. Sekarang sini sudah, sebenarnya sudah ada satu kilang kertas yang beroperasi di sepanjang sungai Langat ini. Sebuah lagi telah pun didirikan 2 3 tahun lepas iaitu best internity recycling techology dan 2 lagi akan datang. Sering kali ada persatuan-persatuan yang akan mengungkitkan isu ini sehingga ianya dijadikan sebagai modal untuk berpolitik ya Yang Berhormat, Tuan Speaker. Mudah untuk berpolitik oleh wakil
rakyat-wakil rakyat tertentu, oleh parti-parti politik tertentu untuk menolak ataupun men, mem, men,men, memberi satu sangkaan buruk terhadap kerajaan seolah-olah perkara ini tidak ada ke, kelulusan, tidak ada pemantauan. Apa akan berlaku kalau berlaku keracunan air. Macam mana kalau kes kanser meningkat dan sebagainya. Jadi saya mohon supaya kita menunjukkan ketulusannya. Apa pendapat dan juga cadangan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Pejabat Alam Sekitar sentiasa melakukan monitoring. So, kita akan sentiasa untuk pantau perkara pencemaran sungai tidak berlaku di mana buat masa ini kita tidak terima apa-apa masalah yang terlibat. So saya harap Yang Berhormat Banting boleh membantu Kerajaan Negeri Selangor untuk bagi penerangan dan juga jumpa mereka untuk bagi penerangan kerana ia memang tidak, buat masa ini kita tidak terima apa pun masalah. So, hanya kerana penggunaan air yang berlebihan dan kualiti air sungai dicemari, tidak, ini tidak berlaku. So, kita perlu confident bagi penerangan kepada di bawah. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rawang, berkenaan e-waste. Kitar semula e-waste. Mengenai pembahasan yang, yang di mana kerajaan ini menyambut baik cadangan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mempelopori program kitar semula buangan elektrik dan elektronik ataupun e-Waste dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersedia bersama dengan pihak PBT bagi mempersediakan mereka ke arah pelaksanaan mekanisme pengurusan e-Waste yang berkesan melalui pelaksanaan pelan komuniti Communication, Education and Public Aveners iaitu CPA secara berterusan. Menerusi mekanism ni, PBT ada digalakkan untuk mendaftar menjadikan pusat pengumpulan e-Waste yang akan disediakan oleh pihak JAS. Kontraktor yang risikan oleh JAS Negeri Selangor akan menumpukan e-waste daripada pusat-pusat pengumpulan e-waste berdaftar di PBT masing-masing. Seterusnya mengi, mengitar semula buangan mesra alam. Pihak JAS juga telah pun membangunkan aplikasi My e-Waste untuk memulakan orang awam mengetahui pusat pengumpulan yang berdaftar berhampiran mereka. Untuk Lembah Jaya menjawab soalan tentang Taman Rimba Ampang. Syarikat pemaju yang membina lebuh raya, East Klang Valley Expressway iaitu (EKVE), ada pihak yang akan bertanggungjawab untuk kerja-kerja membaik pulih Taman Rimba Ampang iaitu TRA. Pembaikpulihan ini dijangka disanak, dilaksanakan setelah projek lebuh raya EKVE tersebut siap. Pelan pemulihan Taman Rimba Ampang ni dianggar melibatkan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 2.3 juta dan melibatkan 5 zon rekreasi. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi memantau, memantau pelaksanaan pemulihan Taman Rimba Ampang tersebut. Untuk menjawab perbahasan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Balakong berkenaan lampu solar. Kali ini Selangor sentiasa mempergiatkan usaha dalam mengaplikasikan penggunaan tenaga boleh dipela, diperbaharui iaitu RE dalam aspek tenaga dan pen, pencahayaan. Inisiatif telah pun dimulakan dengan pemasangan lampu-lampu jalan menggunakan tenaga solar serta alam sekitar. Pegawai iklim juga teknologi hijau sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif ni dan menyediakan peruntukan-peruntukan projek yang
laksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kerana ini melihat dari sudut positif pemasangan projek lampu solar ni yang mana ianya bertujuan yang pertama, meningkatkan keselamatan jalan utama lokasi gelap dan juga selekoh jalan bagi, bagi penduduk setempat. Kedua, mengurangkan kos penyenggaraan lampu jalan PBT. Ketiga, penggunaan lampu solar dapat menjimatkan tenaga dan menggalakkan amalan penggunaan teknologi hijau di kalangan masyarakat. Yang keempat, menjadikan Negeri Selangor ke arah negeri rendah karbon. Pembiayaan. Saya belum habis lagi.
Mungkin boleh habiskan dulu.
Pembiayaan bagi pelaksanaan projek pemasangan lampu solar ni turut menggunakan peruntukan di bawah Tabung Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor yang diselaraskan oleh pihak tempatan UPEN. Terkini kerajaan ini melalui signaship projek Selangor Penyayang PSP telah pun menyediakan peruntukan sebanyak seratus ribu untuk 56 DUN. Selain itu, badan bukan kerajaan sedang giat melaksanakan inisiatif pemasang lampu solar di kawasan-kawasan rendah, riadah, jalan-jalan raya, blok-blok kediaman dan lain-lain lagi. Jawatankuasa Tetap sentiasa komited menjalankan peruntukan melalui program gerai kecil alam sekitar dan gerai kecil teknologi hijau. Dan pelaksanaan pemasangan lampu lama solar ni selain daripada isu keselamatan, projek...
Yang Berhormat
Lampu solar
Sila duduk, panjang lagi
Nak 10 minit lagi
Sambung esoklah. Pendekkan esok ya. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah menunjukkan jam 5.30 petang. Dengan ini, saya menangguhkan dewan sehingga hari esok, 17 Mac 2023 di hari Jumaat jam 9.30. dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)