Selangor · 17 March 2023
14th Assembly, 6th session, 1st meeting · 368 turns · 42,183 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor yang keempat Belas pada 17 Mac 2023 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-Pertanyaan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat pagi. Saya persilakan Kuang. Tidak hadir. Saya persilakan Teratai. Tidak hadir. Rawang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya no.52.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Fruit Valley SelangorQuestions
52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan prestasi kewangan Fruit Valley Selangor sejak 2018 hingga kini.
b)
Berapakah keuntungan dibawa oleh aktiviti pelancongan dalam Fruit Valley Selangor?
c)
Apakah perancangan kerajaan untuk pembangunan Fruit Valley Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Rawang bertanyakan soalan berhubung dengan prestasi Fruit Valley Selangor (FVS) yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, prestasi keseluruhan kewangan Selangor Fruit Valley merangkumi Unit Ladang, Unit Agro Pelancongan dan Unit Agriculture Center of Excellent adalah seperti berikut. Pada tahun 2018, kerugian RM 312,000.00 dan 2019 keuntungan RM 4.4 juta. Kemudian 2020 disebabkan tekanan
pandemik maka telah menurun, telah kerugian RM 211,000.00. Pada 2021, RM 346,000.00 dan keuntungan semula kembali pada 2022 pada RM 500,000.00. Dan sehingga 2023 ini, masih awal baru untuk Januari RM 22,000.00 kerugiannya. Bagi Unit Agro Pelancongan, yang tadi Unit Ladang. Keseluruhan. Yang keduanya bagi Agro Pelancongan daripada 2018 hingga 2021 kerugian setiap tahun kerana agak baru pelaksanaan fasiliti Agro Pelancongan dan mula mencatatkan keuntungan pada 2022 pada RM 469,000.00 selepas dibuka pasca pandemik. Secara keseluruhan perancangan pembangunan Selangor Fruit Valley adalah seperti berikut. Yang pertama, menjadikan SFV sebagai pengeluaran hab makanan utama di Selangor meliputi pengeluaran buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran. Selain itu, penggunaan pertanian moden termasuk IoT dalam pengurusan ladang dan menjadikan ladang SFV sebagai ladang contoh mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MyGAP. Yang kedua, dalam Agro Pelancongan PKPS membangunkan SFV sebagai Pusat Agro Pelancongan pertama di Selangor dan ini dapat dilihat dengan peningkatan yang ketara kepada pengunjung-pengunjung dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Selain daripada menikmati keindahan ataupun makanan, buah-buahan dan juga sayur-sayuran tetapi dapat juga pelbagai aktiviti yang menarik untuk pelancongan sekeluarga. Dan ini meningkatkan impak sosial ekonomi di kawasan berkaitan. SFV juga menyasarkan kedatangan pengunjung melebihi 150,000 orang pada tahun 2023. Telah menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang sangat ketara. Itu sebab mula mencatatkan keuntungan dalam Agro Pelancognan pada tahun 2022. Dan yang ketiganya adalah lebih bersifat research iaitu Agriculture Centre of Excellence yang membangunkan pelbagai variety tanaman baru menggunakan kaedah pertanian moden termasuk penggunaan hidroponik dan pelbagainya dan juga tissue culture di Unit Makmal di SFV. Ini dengan kerjasama pelbagai syarikat termasuk dengan Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG) yang kita lancarkan 5 benih untuk negeri Selangor pada tahun lepas. Yang kelima adalah industri asas tani, pihak SFV menyasarkan semua peserta program usahawan tani atau pun agropreneur di SFV mempunyai sijil MyGap dalam setiap tanaman bagi memastikan kualiti yang dihasilkan adalah pada tahap yang terbaik. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Pandan Indah. Adakah sebarang bentuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan ataupun dengan izin R&D dibuat untuk mempelbagaikan penghasilan produk-produk Selangor Fruit Valley ini dalam jenis-jenis atau spesies buah-buahan di luar daripada iklim yang setara dengan keadaan di negara kita. Terima kasih soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Sebenarnya memang ada yang saya sebutkan tadi di dalam Agro Centre of Excellence yang kita telah lancarkan dua tahun lepas di Selangor Fruit Valley sebenarnya dia meliputi Selangor tumpuan adalah kepada beberapa produk asas yang dah ada di situ. Cuma kita pertingkatkan antaranya yang saya ada sebutkan tadi ialah penanaman pengeluaran benih-benih, kajian bersama dengan GWG. Yang kedua adalah kepelbagaian teknik pertanian moden yang dilancarkan yang boleh kalau semua sedia berkunjung ke sana boleh dapat lihat pertanian menggunakan kaedah moden hidroponik dan juga IoT yang telah ada diwujudkan penanaman sayur pelbagai sayur high value, melon dan juga yang terbaru yang kita buat yang ketika pandemik ialah penanaman anggur yang di tanah rendah. Yang ini sangat subur, boleh didapati dan buahnya pun memang manis dan pelbagai kategori dan pelbagai jenis anggur ada di tanam di Selangor Fruit Valley yang boleh dilawati. Selain daripada itu, kita juga memberi tumpuan kepada produk kelulut yang merupakan satu pengeluaran yang agak sangat baik di Selangor Fruit Valley yang kita mula perkenalkan sebagai kelulut akasia. Yang merupakan berbeza dengan kelulut lain ini adalah madu kelulut yang manis. Ini yang kita telah lancarkan dan sangat popular di Selangor Fruit Valley yang kita akan diperluaskan lagi sebab dia masih ada kawasan tanaman yang agak luas lagi di pokok akasia di sekitar kawasan Selangor Fruit Valley. Selain daripada itu kita juga memberikan khidmat nasihat kepada penyewa-penyewa tanah di kawasan fruit valley ini yang agak luas untuk mereka juga mula meningkatkan hasil mereka melalui pertanian moden. Sama ada benih yang baik ataupun juga teknologi yang terbaik. Ini pun telah dibuat secara berperingkat termasuk saya sebut tadi ialah pelaksanaan MyGAP yang merupakan satu kaedah penting dalam peningkatan hasil dalam pertanian.
Soalan tambahan.
Sungai Pelek.
Terima kasih. Saya nak tahu ada peluang untuk Fruit Valley number 2 ke di kawasan yang lain? Ada peluang atau tidak.
Di kawasan berkenaan untuk makluman semua kita hampir 1,000 hektar. Ini merupakan satu kawasan yang sangat luas. Kawasan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang terlalu luas di Negeri Selangor. Jadi di sekitar 2,000 ekar lebih. Jadi sebahagian besar ini masih ada lagi kawasan hutan. Tetapi kawasan yang diperuntukkan untuk pertanian ini saya rasa dah hampir penuh kecuali beberapa tempat yang kita lihat telah diabaikan yang telah kita tender semula. Ataupun kita akan buka semula pada bidding untuk melibatkan agropreneur kerana proses itu kita sedang waiting list pun panjang sebenarnya untuk mereka yang masuk tapi kita tetap menilai dari semasa ke semasa kemajuan para usahawan di sana yang jika ada keperluan kita akan buka kepada peserta lain. Tapi syarat kita sangat ketat kerana kita nak lihat kejayaan di kawasan berkenaan. Dan
sebenarnya di sebelah itu pun ada kawasan yang agak beratus hektar juga yang kita tanam dengan durian. Itu saya ingat dalam 400-500 ekar yang di luar sebelah Fruit Valley itu kita tak sebut sebagai Selangor Fruit Valley tapi itu juga nanti akan merupakan kawasan tarikan. Bukan sahaja penghasilan durian yang agak besar hampir 400-500 ekar tapi yang telah mencapai usia 2 tahun ke 3 tahun sekarang ini tetapi juga akan membantu juga meningkatkan agro pelancongan di kawasan yang berkaitan. Dan selain daripada itu, tak ada lagi tanah selain dari itu. Itu yang ada yang kita sedang usahkan di kawasan berkenaan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
Terima kasih. Tadi EXCO ada sebut ada tanah baru yang akan dibuka untuk pertanian yang luas. Ada tak rancangan Kerajaan Negeri untuk menanam jagung untuk animal feed. Digunakan untuk animal feed. Terima kasih.
Saya sebenarnya kebetulan baru pulang dari Gurun Taluk. Gurun Taluk ini adalah salah satu pengeluar di Indonesia Province yang besar penanaman jagung ayam. Saya dah melihat sendiri. 400,000 hektar jagung. Saya lihat dia memang merupakan satu potensi besar sebenarnya jagung ayam ini yang kita telah pun tahu, ketahui yang kita mengimport sebelum pandemik 3 billion dan sekarang ini saya boleh yakin meningkat sampai 5 billion setahun jagung ayam ini. Yang Selangor kita boleh menyumbang tapi kita tidak mempunyai kawasan tanah yang sangat luas. Kita baru mulakan di Kuala Langat 300 ekar. Itu sangat kecil sedangkan keperluan kita 4 juta tan jagung ini setiap tahun. Sekarang ini negara hanya campur semua tak sampai 5% yang membekalkan. Jadi keperluan itu tinggi tapi kita boleh bahagikan selain daripada takat tanah yang kita ada, kita boleh bagi tumpuan kepada penghasilan benih yang berkualiti iaitu yang kita berjaya lancarkan bersama GWG yang kita buat tahun lepas pelancaran oleh Yang Amat Mulia Tengku Permaisuri. Jadi yang kita namakan Jagung Manis Negeri Selangor yang merupakan kualiti tinggi daripada jagung bijirin yang kita telah mula perkenalkan di Kuala Langat ini. Dan InsyaAllah kita akan memperluaskan lagi penanaman ini cuma tanah kita agak terhad dan kita akan lihat kewajaran bagaimana untuk kita manfaatkan tanah-tanah yang ada lagi bagi penanaman jagung bijirin di Negeri Selangor ini.
Soalan seterusnya. Sungai Burong. Tidak hadir. Berikutnya, Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya no. 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Program Jelajah Ehsan RakyatQuestions
54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Memandangkan program Jelajah Ehsan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan, tidakkah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyambung program ini dan menjadikannya sebagai program teras yang boleh disangkutkan pelbagai khidmat lain yang ingin ditawarkan atau disampaikan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat secara meluas?
Minta maaflah tidak berapa sihat. Jangan ada spekulasi yang lain-lain ya. Memang tak sihat betul-betul. Saya boleh dengar gosip-gosip tu. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang bertanyakan soalan berhubung dengan Jelajah Ehsan Rakyat. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, objektif utama sebagai mana yang telah dijelaskan sebelum ini untuk Jelajah Ehsan Rakyat (JER) ini adalah membantu meringankan beban rakyat Selangor khususnya golongan B40 serta berpendapatan rendah yang berdepan dengan kenaikan harga makanan terutamanya pasca pandemik COVID-19. Jadi program ini adalah merupakan program sementara. Program fenomena sementara bagi membantu dan bukan program jangka panjang kerana program intervensi harga ini tidak wajar kita laksanakan secara berterusan begitu. Cuma saya pernah sebut bahawa kita akan ada satu kaedah lain yang kita akan buat selepas Mei nanti untuk membantu juga golongan yang sebagaimana Kerajaan Pakatan Harapan Selangor buat, laksanakan selama ini membantu rakyat. Kita akan melihat dan meneliti semula kaedah yang lebih baik dan sustainable, yang mampan dalam membantu meringankan beban dalam menghadapi kenaikan harga barang ini.
Jadi dia lebih bersasar dan kita punya subsidi itu kita agak tinggi yang kita telah laksanakan kerana pembelian enam barangan ini ia membantu sekitar diskaun daripada harga pasaran 30% hingga 40% daripada harga pasaran. Tapi kita akan terus komited untuk melihat dan melaksanakan sehingga Mei dan selepas itu kita akan teliti pelaksanaan dan berbincang dengan standco Pertanian untuk melihat apa lagi kaedah yang terbaik dalam kita menangani atau mengurangkan beban tekanan kenaikan harga barang ini. Mungkin juga akan ada kerja sama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah menu Rahmah atau pakej Rahmah yang sedang berjalan ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Saya nak bertanya kepada Pandan Indah, adakah sebarang cadangan umpamanya untuk kolaborasi dengan pihak yang lain termasuklah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ataupun dengan izin FAMA. Umpamanya sebab di kawasan saya tempoh hari ada percubaan untuk dibuat satu bentuk konsep jualan yang sama oleh pihak FAMA. Yang nampak ada prospek yang cukup baik yang mana saya fikir wajar untuk pihak kerajaan Negeri Selangor juga mengambil peluang daripada kesempatan yang terhidang itu untuk kita sama-sama memberikan suatu yang terbaik untuk rakyat dalam konsep yang sama. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Sebenarnya memang ada. Sebelum ini pun memang ada kerjasama di bawah Selangor Agro Market (SAM) kalau masing-masing masih ingat. Kalau Yang Berhormat masih ingat di bawah Selangor Agro Market memang kita laksanakan program bersasar untuk meringankan beban pada produk tapi tidaklah terhad pada 6 barangan. Lebih banyak daripada itu yang kita buat tapi tidaklah mencapai tahap JER ini. Tapi walau bagaimanapun tetap menyumbang kepada mengurangkan beban tekanan kepada rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang. Dan juga kita telah masukkan untuk kali ini juga KoHijrah yang terlibat secara langsung menyediakan produk-produk atau barangan harga di bawah. Cuma kita tak brandkan sebagai JER saja. Walau bagaimanapun ada juga kadang-kadang kerjasama antara PKPS dengan FAMA untuk program di bawah SAM. Jadi insyaAllah selepas ini pun kita akan buat di Bukit Melawati untuk Selangor Agro Market dan kita mula perkenalkan semula ataupun rebranding semula dengan pelbagai produk lagi tambahan untuk kita bagi insentif pengurangan harga ini. Jadi itu saya sebut tadi kita akan teliti dan melihat dengan bukan sahaja Kerajaan Persekutuan atau agensi tetapi juga dengan pihak swasta yang berminat kita akan teliti untuk kerjasama bagi kita menangani atau menyediakan satu program yang lebih mampan dan lebih luas. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Yang Berhormat EXCO, saya nak bertanya sempena Ramadan ini mungkin boleh dicadangkan untuk ditambahkan jualan JER itu dan juga penambahan stok ayam dan juga telur sebab itu
yang paling tinggi permintaan kat mana-mana pun tak cukup. Ada cadangan tak untuk buat penambahan itu?
Memang ada sebenarnya untuk Ramadan ini memang kita akan tingkatkan tetapi yang paling penting sekali adalah dalam menghadapi suasana hari raya nanti. Itu memang kita akan buat mega besar-besaran untuk kita tingkatkan jualan yang lebih besar bagi menghadapi perayaan. Setiap kali kita buat memang menghadapi perayaan ini, memang kita akan tingkatkan dan diperluaskan lagi dan tingkatkan jualan. Kerana kita memahami bahawa keperluan untuk menghadapi perayaan ini lebih besar. Itu kita buat. Bulan Ramadhan ini akan berterusan macam biasa tetapi untuk menghadapi hari raya nanti kita akan buatkan lebih besar lagi. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Ijok no. 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Kilang-Kilang Haram Di Dun IjokQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Masih banyak lagi kilang-kilang tanpa lesen/ kebenaran beroperasi di Ijok. Apakah tindakan yang telah diambil atas masalah ini?
b)
Berapakah bilangan kilang-kilang haram yang telah di sita dan di kompaun pada tahun 2021/ 2022?
c)
Sudahkah tindakan tegas diambil terhadap tuan punya tanah?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Tuan Timbalan Speaker, Notis Pemberitahuan telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang yang tidak mematuhi syarat untuk menukar syarat kegunaan tanah dan mengemukakan kebenaran merancang serta pelan bangunan. Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya pemilik tanah serta pengusaha kilang gagal berbuat
demikian. Antara tindakan yang telah diambil termasuk pemberian kompaun bagi tahun 2021 sebanyak 4 dan bagi tahun 2022 sebanyak 27 kompaun telah dikeluarkan. Dan bagi sitaan tahun 2021 sebanyak 3 sitaan telah dibuat dan tahun 2022 sebanyak 5 sitaan telah dibuat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ijok
Masalah kilang haram ini memang dah jadi kronik. Dah lama. Ijok ingin tanya pada Kerajaan pada EXCO ada tak kaedah baru yang akan dibuat untuk kita mengelakkan operasi kilang haram? Sebab kilang haram ini biasanya mereka beroperasi sebelah malam. Kalau penduduk complain, penguatkuasa majlis tak ada. Kalau complain pada Alam Sekitar Department di Sabak Bernam. Kalau complain kepada polis, polis kata ini bukan bidang kuasa mereka. Jadi, benda ini berlaku. Inilah kadang-kadang masalah. Itulah Ijok nak tanya ada tak kaedah baru kita menggunakan masyarakat untuk memantau. Ada satu kes masyarakat telah complain semua agensi, at the end mereka mengambil tindakan sendiri. Mereka serang kilang itu dan pergaduhan telah berlaku. Dan kecederaan. Sampai polis tangkap ketua penduduk. Saya pun bela mereka panggil lawyer. Tetapi bila court case nak datang saya cakap dengan lawyer itu, tanya yang mangsa kena pukul itu siapa mengarah mereka. Satu hari sebelum court itu bersidang, dah dibatalkan. Bermakna ada hidden hand untuk melindungi kilang-kilang haram ini. Saya ingat kompaun sahaja ciput. Mereka beroperasi dia punya turn over by the million. Berjuta. Dan saya tengok tanah-tanah yang di sita dirampas amat sikit. Saya ingat kita kena buat undang-undang yang lebih tegas. After all kalau kita sayangkan alam sekitar kita, Duli Yang Maha Mulia pun telah dalam titah ucapan kata kemerosotan alam sekitar penguatkuasaan kena ditingkatkan undang-undang kena tegas. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Kita harus bezakan kilang yang menjalankan aktiviti haram dan kilang yang tanpa kebenaran. Kilang yang menjalankan aktiviti semasa waktu malam, yang itu dah tentunya menjalankan sesuatu yang tidak diizinkan. Jadi ini kita harus bezakan. Bagi kilang tanpa kebenaran merancang, program pemutihan telah tamat pada 31 Disember 2020. Jadi itu tidak bermakna kilang-kilang tanpa kebenaran tidak boleh diputihkan. Perbezaannya adalah pemohon bagi kilang yang terletak dalam DUN perindustrian itu masih boleh diputihkan tetapi pemohon baru tidak akan dapat menikmati potongan premium dan harus ikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh semua agensi yang diperlukan. Jadi yang itu bagi pemutihan kilang tanpa kebenaran. Dan sekarang telah masuk ke fasa penguatkuasaan dan kawasan itu buat masa ini kita tumpu di kilang yang salah guna tanah iaitu mereka menggunakan rizab tanah kerajaan untuk membuat operasi kilang. Yang itu kita akan ambil tindakan penguatkuasaan segera dan juga bagi kilang yang berkemungkinan mendatangkan pencemaran ataupun ada
risiko tinggi yang mendatangkan pencemaran yang terletak di tepi sungai yang itu tidak akan berkompromi. Kerajaan Negeri Selangor akan ambil tindakan penguatkuasaan termasuk mengikut menggunakan akta berbeza termasuk Akta Enakmen LUAS dan Akta Jabatan Alam Sekitar untuk menangani masalah-masalah berkemungkinan mencemarkan alam sekitar kita. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Sungai Air Tawar. Tidak hadir. Berikutnya, Yang Berhormat Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Subang Jaya No. 57.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Garis Panduan PengasuhQuestions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Syarat-syarat bagi pengasuh beroperasi di rumah di peringkat PBT didapati terlalu ketat dan pada standard yang serupa dengan taska. Adakah kerajaan bersedia menyemak semula syarat-syarat tersebut?
Terima Yang Berhormat Subang Jaya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Subang Jaya, prosedur pendaftaran taska di rumah telah diselaraskan dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Semua taska institusi komuniti, tempat kerja dan taska di rumah yang semua ini di bawah Akta 308 dan disyaratkan mematuhi semua perkara yang Akta 308 itu dan semua taska ini tertakluk pada undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan masing-masing. Semua permohonan taska di rumah perlu mendapatkan sokongan daripada agensi teknikal sebelum permohonan pendaftaran diluluskan oleh pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri. Agensi-agensi teknikal lain ialah Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Syarat-syarat bagi pengasuh beroperasi di rumah di peringkat PBT di dapati terlalu ketat. Saya bersetuju dan pada standard yang serupa dengan taska-taska komuniti, taska institusi dan taska tempat kerja yang sukar untuk dipenuhi oleh penjaga-penjaga ataupun pengasuh-pengasuh di rumah. Kerajaan Negeri memang dalam proses untuk membuat semakan semula syarat-syarat ini kerana kita telah dapat banyak input dari pengasuh bahawa kebanyakan mereka tidak boleh memenuhi dan kebanyakan sudah tutup pusat asuhan di rumah
atau pengasuhan di rumah ini. Disebabkan terlalu ketat ini. Dan sebagai makluman langkah Kerajaan Negeri kita telah mengadakan satu sesi libat urus isu pendaftaran taska di rumah bersama Pihak Berkuasa Tempatan kita adakan pada 6 Mac 2023 baru-baru ini. Selain penglibatan 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Selangor, agensi yang turut dilibatkan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Jabatan Perancang dan Desa Negeri Selangor serta badan-badan bukan kerajaan dalam bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mengenal pasti isu berkaitan garis panduan perancangan keperluan teknikal melibatkan pendaftaran taska di rumah di negeri Selangor. Sesi libat urus ini adalah merupakan inisiatif awal yang dizahirkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mencari alternatif yang bersesuaian untuk membantu memudahkan dan menyeragamkan syarat-syarat permohonan pengusaha taska di rumah meliputi semua aspek. Syarat-syarat yang dikenakan oleh PBT dan majlis-majlis Perbandaran sebenarnya tidak sekata. Lain PBT lain dia punya syarat-syaratnya. Jadi tidak ada saya membawa isu ini 3 menteri. Semasa PH dengan Y.B. Hannah Yeoh, kemudian dengan Perikatan Nasional, dengan Y.B. Dato’ Zailah dan baru-baru ini kita bawa lagi kepada Y.B. KM kita yang baru Y.B. Aiman Athirah. Jadi mereka telah mengatakan bahawa akhirnya KPKT bagi tahu bahawa Kerajaan Negeri boleh selesaikan perkara ini dengan mengubah syarat-syarat di PBT. Dan inilah yang kita akan lakukan supaya kita dapat mengubah syarat-syarat ini kerana kita sedar untuk RS-1 kita nak menyokong wanita yang bekerja dan pada masa yang sama kita menyukarkan untuk wanita lain menyokong mereka dengan membuka tempat-tempat pengasuhan dengan menggunakan rumah-rumah mereka agak ketat dan memang kalau ini diteruskan maknanya dia menyukarkan lagi wanita untuk keluar bekerja terutamanya wanita yang berpendapatan rendah dan wanita yang berpendapatan pertengahan rendah. They find it difficult. Jadi rentetan ini insyaAllah kita juga telah menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya melanjutkan tempoh satu tahun untuk pendaftaran taska di rumah yang masih sah tempoh akuan selaras dengan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak, kalau ikut bulan Februari hari itu, kalau sesiapa yang tidak mendaftar, mereka sudah tidak boleh beroperasi. Jadi kita minta sambungan lagi setahun sementara kita menyelesaikan masalah ini.
Soalan tambahan.
Meru.
Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, minta maaf kalau tersasar sedikit. Adakah PASTI terikat dengan Akta 308?
Terima kasih, soalan yang sensitif dari segi politik. Kalau kita mengatakan bahawa mereka tidak berdaftar dan tidak pernah diambil tindakan, maka kita dikatakan untuk kalau ikutkan wajib tetapi entah
kenapa selama ini tidak pernah mereka diwajibkan untuk diambil tindakan dengan membuka taska tanpa kebenaran ini. Dan saya mendapat input-input daripada jabatan....
Maknanya Yang Berhormat EXCO, tak ada kebenaran selama ini?
Ya, memang tak ada kebenaran. Saya sebenarnya mendapat input daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan sebagainya. Memang ada permasalahan, mereka tidak mengikut ruang yang ditetapkan untuk satu orang anak, berapa ruang yang diperuntukkan dan sebagainya. Dan sering ada penyakit berjangkit di kalangan mereka kerana mereka tidak mematuhi dan bila dipanggil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mereka pun tidak datang dan tidak menghormati jemputan mesyuarat dan sebagainya, ini adalah keadaan yang ada sekarang.
Soalan tambahan.
Sungai Burong.
Okay, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Mengenai kegiatan atau pun taska di bawah parti seperti PASTI ini yang telah banyak berjalan dengan sendirinya tanpa kawalan. Adakah ada cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan garis panduan mengenai pelarasan taska ini kepada semua tidak kira parti atau bukan parti bagi memastikan ia dapat dilaksanakan selaras dengan kehendak-kehendak yang lebih wajar dan pastikan perkembangan taska seperti ini sihat dan selain daripada itu ialah saya ingin bertanya juga selain daripada garis panduan di rumah-rumah, adakah Kerajaan Negeri menggalakkan pembinaan taska-taska ini di ruang-ruang pejabat supaya membolehkan, memudahkan ibu-ibu atau bapa-bapa yang bekerja di pejabat berkenaan untuk menguruskan anak-anak mereka kerana anak-anak mereka boleh dihantar di taska-taska jabatan atau pun agensi-agensi kerajaan ini dengan mudah dan membantu meringankan bebanan mereka dari segi penjagaan anak ini kerana mereka lebih dekat.
Terima kasih Yang Berhormat, saya ingin menyatakan begini, sebagai negara ataupun negeri yang mengikut undang-undang, sepatutnya semua pusat-pusat asuhan kena berdaftar. Tujuan pendaftarannya bukanlah untuk menyusahkan tetapi untuk menjaga kebajikan anak-anak, guru-guru, pengasuh-pengasuh. Ada syarat-syarat, misalnya untuk menjadi pengasuh di taska-taska perlu ada sijil lengkap, kursus pengasuhan anak-anak yang memang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada masa yang sama, kerja penguatkuasaannya bukanlah di bawah EXCO Negeri tetapi di bawah JKM dan juga bawah PBT. Jadi demi keadilan, ini telah dibangunkan dan dibangkitkan kepada saya
semasa kita ada perbincangan dengan pengusaha-pengusaha taska lain, dia kata tidak adil kami dikenakan begini tetapi ada organisasi yang besar yang ada taska tetapi mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Saya juga sedar sekiranya perkara ini kita wajib ambil tindakan, maka akan jadi isu politik kerana dikatakan yuran yang dikenakan itu sedikit sahaja untuk membantu rakyat. Saya setuju ini semua. Cuma saya fikir kita perlu sedikit-sedikit berusaha untuk seperti kilang kita kena putihkan supaya kita dapat mengikuti ataupun kita dapat mentaati peraturan yang ada. Dan sekiranya ada masalah, kita bantu kerana kita tahu ia memainkan peranan yang penting membantu ibu-ibu yang bekerja, ini adalah satu perkara yang dibincangkan. Saya juga ada membincangkan kepada KPWKM supaya taska di rumah atau pusat asuhan di rumah dikeluarkan daripada Akta 308 kerana Akta 308 adalah taska untuk institusi, taska tempat kerja, taska komuniti yang memang kena patuh, jadi straight. Dan pada masa kita Covid pada baru-baru ini, semua taska terpaksa tutup. Jadi taska pengasuhan di rumah terutamanya taska as a whole, sepatutnya taska kita panggil taska satu perkhidmatan essential social services dengan izin, jadi kementerian perlu melihat semula kerana dalam era sekarang. Kalau kita tak buat sesuatu untuk kita memudahkan tanpa kita mengkompromikan di atas syarat-syarat tertentu hingga membahayakan anak-anak, itu tidak boleh jadi dari segi kesihatan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, saya akan cuba mengharmonikan perkara ini dan kita akan menggalakkan taska-taska yang belum berdaftar untuk berdaftar, insyaAllah untuk kesejahteraan anak-anak kita. Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO, soalan saya yang kedua itu yang untuk daripada rumah kita bawa taska ke jabatan-jabatan agensi kerajaan.
Maaf saya lupa tadi. Untuk taska di tempat kerja memang sudah ada Yang Berhormat. Cuma isunya begini, isunya tempat kerja yang tidak pernah disiapkan untuk buat taska untuk memenuhi syarat PBT, Bomba dan kesihatan kurang sikit tapi PBT terutamanya mereka akan gagal malah geran daripada KPWKM setiap tahun, ada geran untuk taska di tempat kerja. Namun pengusaha-pengusaha taska mengatakan kalau kita nak ubah suai untuk jadikan taska, RM 1 juta pun tidak cukup sebab untuk kita memenuhi syarat-syarat itu amat sukar. Jadi itulah sebabnya kita kena proaktif dan saya banyak kali bercakap kepada perancang-perancang semua PBT untuk memastikan semua tempat-tempat di mana ada wanita bekerja melebihi angka-angka tertentu, perlu ada taska daripada awal seperti mana kita meletakkan untuk surau, seperti mana kita meletakkan untuk bilik air dan sebagainya jadi untuk taska wajib ada. Kat mana lagi wanita ini hendak letak anak kalau tidak diadakan di tempat kerja. Terima kasih.
Subang Jaya.
Tuan Timbalan Speaker, satu soalan tambahan sahaja. Saya sangat setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat
EXCO, kami kena meyakinkan pembekal-pembekal perkhidmatan pengasuh untuk keluar supaya mereka tahu bahawa kerajaan ingin memutihkan aktiviti mereka. Jadi dalam semangat itu, apa kata Kerajaan Negeri mempertimbangkan satu moratorium penguatkuasaan tempoh supaya kami dapat membuat banci sekurang-kurangnya untuk tahu di mana mereka dan macam mana kami hendak bantu mereka.
Setuju. Kita tidak mengambil tindakan kepada taska-taska yang belum berdaftar ini. Kita cuma memutihkan. Cuma selepas menjawab ini, akan keluarlah TikTok nanti yang Kerajaan Negeri Selangor akan mengharamkan taska PASTI. Ini saya... sebab saya tahu cara mereka berfikir. Terima kasih.
Sebelum saya jemput soalan seterusnya, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran Sidang Wanita Selangor 2023 (SIWANIS) dan Wanita Berdaya Selangor seramai 21 orang yang diketuai oleh Puan Rosni binti Tajari. Yang kedua Dewan Negeri Selangor juga mengalu-alukan kehadiran Pegawai Pejabat KEMAS Daerah Sepang, yang diatur oleh Yang Berhormat Tanjung Sepat, yang diketuai oleh Tuan Yuzaimi bin Abdul Wahab. Selamat datang. Soalan seterusnya, Taman Templer tidak hadir. Berikutnya Sentosa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya nombor 59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Biasiswa Negeri SelangorQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah pelajar ke IPTA dan IPTS yang menerima Biasiswa Kerajaan Negeri di dalam tahun 2018 hingga 2022?
b)
Berapakah nilai Biasiswa Kerajaan Negeri yang dibelanjakan dalam tempoh tersebut?
Terima kasih Sentosa di atas soalan yang telah dikemukakan. Kalau boleh menjelaskan sebelum menjawab soalan Sentosa berkenaan dengan jumlah penerima-penerima biasiswa, izinkan saya menjelaskan
bahawa di bawah Kerajaan Negeri iaitu di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor kita mempunyai lebih kurang 11 program-program pembiayaan pendidikan dan sebahagian program-program tersebut adalah dalam bentuk biasiswa iaitu bayaran penuh tanpa bayaran balik dan pinjaman atau pun pinjaman boleh ubah. Daripada 11 tersebut berapa program biasiswa yang dikendalikan oleh Negeri Selangor ialah Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar untuk Jordan, Mesir dan Magribi, Program Khas Biasiswa Selangor BITARA, Program Biasiswa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor, Biasiswa Peringkat Tinggi dan Sekolah Menengah, Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor, Pinjaman dan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor, inilah adalah program-program yang biasiswa sepenuhnya. Selebihnya adalah dalam pinjaman boleh ubah seperti Program Peduli Siswa, Peduli Siswa ada program dalam negara untuk universiti-universiti dalam negeri dan biasiswa Peduli Siswa Luar Negara untuk universiti-universiti luar negara. Soalan Yang Berhormat Sentosa bertanya berapakah jumlah IPTA pelajar-pelajar yang menerima Biasiswa Kerajaan Negeri di dalam tahun 2018. Secara keseluruhannya kita telah memberikan sumbangan biasiswa ini ;
TAHUN JUMLAH PENERIMA BIASISWA 2018 103 2019 18 2020 18 2021 9 2022 41
Beberapa tahun yang agak kecil itu kerana disebabkan oleh faktor pandemik dan pembukaan universiti dan juga urusan universiti yang agak terganggu. Manakala jumlah yang telah kita belanjakan di dalam kelima-lima tahun tersebut adalah sebanyak 4.273 juta atau pun RM4,273,575.20 dan kalau kita cerakinkan setiap tahun
TAHUN JUMLAH PENERIMA BIASISWA JUMLAH PERBELANJAAN (RM) 2018 103 1,398,638.15 2019 18 422,396.55 2020 18 810,548.76 2021 9 1,036,440.44
605,551.30 JUMLAH KESELURUHAN 4,273,575.20
Pertimbangan-pertimbangan angka ini diberikan berdasarkan tahun-tahun mereka belajar, kadang-kadang mereka habis, ada yang tamat sebab itu angkanya nampak tidak selari dan juga bergantung pada pembelajaran yang mereka ambil. Sebagai contoh pada tahun 2021 kita memberikan sumbangan Biasiswa BITARA kepada seorang pelajar yang belajar di Royal Surgeons College of Ireland dan pembiayaannya hampir sejuta. Itulah adalah contoh penerima-penerima BITARA pertama termasuk juga Biasiswa Timur Tengah yang kita biayai seorang dengan kos pembelajarannya ditanggung sepenuhnya sehingga pelajar-pelajar ini cemerlang dengan syarat mereka pulang nanti harus bekerja di Negeri Selangor atau pun paling kurang berkhidmat di anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kita. Terima kasih.
Soalan seterusnya Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 60.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Pasukan Sukarelawan Di SelangorQuestions
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pasukan-pasukan sukarelawan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Selangor dan apakah fungsi dan ciri-ciri mereka masing-masing?
b)
Apakah rancangan jangka masa panjang terhadap semua pasukan-pasukan ini? Adakah Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan anggota-anggota beruniform supaya dapat memanjangkan kerjaya sukarelawan-sukarelawan ini kepada mereka?
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Balakong berkaitan apakah pasukan-pasukan sukarelawan yang ditubuhkan di Kerajaan Negeri Selangor? Untuk makluman Yang Berhormat Balakong, kita banyak sukarelawan di Negeri Selangor ini. Di antaranya paling awal
ialah Pasukan Team Selangor yang ditubuhkan oleh Pejabat Dato’ Menteri Besar yang khusus melihat kepada program-program komuniti dalam masyarakat, memberi bantuan, informasi berdasarkan dasar Kerajaan. Sukarelawan kedua yang di bawah portfolio Yang Berhormat Seri Serdang adalah berkaitan dengan kesihatan, kita ada SUKA, kita ada juga Penggerak Wanita Berdaya yang bergerak di dalam komuniti-komuniti yang menyentuh hal ehwal wanita.
Manakala di bawah portfolio saya sendiri, adanya Penggerak Belia Selangor di mana di bawah itu ada juga yang disebut sebagai Sukarelawan Selangor ataupun Selangor Volunteers ataupun SERVE yang mana khusus penglibatan kita adalah berkaitan dalam urusan bencana dan masalah-masalah yang berkaitan dengan bencana alam yang terlibat. Di antara misi-misi yang kita pernah terlibat adalah di Baling, di Yan Kedah, di Negeri Kelantan, di Pahang, di Johor juga baru-baru ini kita pergi. Jadi, ini adalah kerjasama, ini adalah sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri tetapi yang paling penting sekali adalah kerjasama dengan agensi-agensi Pihak Berkuasa Tempatan. Saya bagi contoh, apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar mengarahkan kumpulan PANTAS dan SERVE termasuk Team Selangor untuk ke Johor, kita telah pergi ke Johor baru-baru ini dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh PBT dalam Negeri Selangor ini yang telah menghantar 291 kekuatan petugas kita dengan 119 alat-alat ataupun aset yang ada. Dalam tempoh dua (2) hari, kita berjaya mengeluarkan lebih 1000 tan sampah yang berada di Segamat, Johor itu. Jadi, saya memandang tinggi tentang bantuan-bantuan mereka ini, jadi ini adalah fungsi-fungsi yang ada di kalangan, di antara sukarelawan. Banyak Yang Berhormat Balakong, dan yang penting sukarelawan ini wujud dalam Negeri Selangor kerana ia lebih mudah di mobilize. Ia tidak terikat banyak dengan prosedur dan peraturan Kerajaan, ia lebih, mobilization itu is easier untuk kita mobilize sukarelawan ini.
Selain daripada itu, apakah jangka panjang pasukan-pasukan ini? Saya percaya kesemua sukarelawan ini mempunyai program jangka panjang mereka tersendiri tetapi untuk maklumat Yang Berhormat Balakong, di antara program jangka panjang yang melibatkan SERVE adalah sekarang ini kita terlibat dengan latihan dengan bomba Negeri Selangor. Kita telah, pada bulan Oktober tahun yang lalu, kita telah lengkap dalam siri pertama latihan SERVE Rescue kita dengan kerjasama dengan bomba yang melibatkan 40 pelatih yang kita telah pilih secara khusus, mereka mengikuti latihan air, menyelamatkan mangsa dalam air dan selepas daripada ini, kita juga akan mengikuti modul kedua dan saya juga ingin berbincang dengan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melibatkan SERVE ini dalam latihan Wataniah jika dibenarkan dalam latihan disiplin diri, dalam kekuatan mental dan sebagainya. Juga kita berminat juga untuk bekerjasama dengan JPAM yang menjadi badan penyelaras bencana yang diiktiraf oleh Negara kita, jadi these are the things yang kita perlu maintain Yang Berhormat semua dan saya juga percaya bahawa sukarelawan ini sangat-sangat penting dalam mana-mana Negeri atau Negara kerana macam saya sebut tadi, mobilisasi ini amat mudah, tidak terikat dengan peraturan yang banyak dan
ia lebih senang untuk kita turun ke kawasan-kawasan bencana. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan
Sementa
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tahniah kepada EXCO dan juga Kerajaan Negeri yang telah pun menubuhkan empat (4) jenis sukarelawan di Negeri Selangor dan mengikut kategori-kategori mereka. Cumanya, saya ingin tahu adakah sukarelawan ini mendapat manfaat daripada apa yang telah mereka laksanakan, contoh mungkin allowance apabila mereka turun membuat bantuan di kawasan-kawasan bencana ke atau apa juga jadi itu, dan juga pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri?
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Yang pertamanya, memang nama lagi suka dan rela kan? Suka dan rela kan? Sukarelawan kita tapi Kerajaan Negeri so far setakat ini di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ MB sentiasa melihat bahawa menekankan kalau kita mobilize sukarelawan kita pun kebajikan kita kena ada, insurans kita akan pastikan ada dan kebajikan makan minum tempat tinggal kita pastikan sentiasa ada. Ini antara perkara yang kita tekankan. Dari segi pengiktirafan, sudah tentu kita diiktiraf kerana dalam setiap kali urusan bencana, Unit Bencana SUK akan melibatkan SERVE di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor dan Team Selangor yang akan kita sentiasa koordinasi dalam misi-misi bencana kita. Pengiktirafannya adalah kita terlibat dengan program Kerajaan Negeri, kita diiktiraf dalam program Kerajaan Negeri berbanding dengan NGO-NGO yang biasa yang ada di luar sana. Terima kasih.
Sentosa.
Soalan tambahan.
Dari segi allowance tadi ya? Allowance, ya, macam saya sebutkan tadi, dari segi allowance juga ada, allowance makan minum tetapi tidak tetap. Maksudnya tidak tetap di samping kebajikan-kebajikan yang lain.
Terima kasih Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO atas kejayaan yang telah dianjurkan untuk bawa baru-baru ini pasukan Team Selangor ke Johor. Selain daripada allowance dan sebagainya, ada tak perlindungan-perlindungan skim insurans untuk semua sukarelawan kita yang bertugas.
Ya, Yang Berhormat Sentosa. Selain daripada insurans yang kita cover kepada particular sukarelawan, kita juga ada insurans INSAN yang diperkenalkan, yang hangat sekarang ini diperkatakan.
Ya, memang saya setuju skim INSAN itu bagus tetapi untuk sukarelawan yang special ini, memang kita perlu bagi yang lebih sikit.
Ya betul, dia betul. Untuk sukarelawan semua ini ada di cover oleh insurans dalam misi-misi mereka, secara khusus, ada.
Sg. Pelek.
Ya, bolehkah EXCO juga memberi pengiktirafan kepada pasukan sukarelawan yang bukan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Saya bagi contoh, ada saya selalu nampak ya satu (1) pasukan sukarelawan di Balakong yang baru-baru ini bertugas ataupun memberi perkhidmatan di Johor selama 10 hari, bolehkah diberi pengiktirafan juga?
Ya terima kasih Sungai Pelek. Saya juga kagum dengan ADUN-ADUN kita, rupanya ADUN-ADUN ini ada sesekian waktu, bencana di Hulu Langat ramai kumpulan-kumpulan di bawah ADUN masing-masing datang dengan pelbagai pakaian, pelbagai aset, facial pun ada, fashion show pun ada dan saya tidak dapat nak menyebut satu-satu tetapi secara umumnya saya mengucapkan terima kasih yang mewujudkan sukarelawan dalam membantu bencana di Selangor satu masa dahulu dan di Johor baru-baru ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Balakong.
Hanya penjelasan sedikit sahaja kerana nama saya dipetik pula. Sebenarnya, sukarelawan saya juga di bawah sukarelawan ataupun organisasi Kerajaan juga. Mereka juga Ahli-ahli daripada SUKA dan juga SERVE, terima kasih.
Soalan seterusnya, Seri Setia.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan yang diberi kepada saya Nombornya 61.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. IksQuestions
61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah ada persetujuan (MOU) antara Kerajaan Negeri dengan pasaraya - pasaraya besar di Negeri Selangor bagi memasarkan produk-produk IKS kepada pasaraya tersebut?
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat satu bentuk kerjasama dengan beberapa pasar raya -pasar raya besar menerusi Program Pembeli Pasar raya SIE (F&B) (atau SIE (F&B) Supermarket Buyers Programme), dengan izin, di dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS). Program ini adalah satu inisiatif Invest Selangor untuk memperkenalkan dan menyenaraikan usahawan-usahawan terpilih yang menyertai pameran Selangor International Expo (F&B) ke dalam rangkaian ataupun rantaian pembekal pasar raya-pasar raya yang terlibat. Usahawan berkenaan akan diberikan insentif bayaran fi pendaftaran pembekal, fi penyenaraian produk serta ruang promosi di kawasan pasar raya berkenaan. Program Pembeli Pasar raya ini telah bermula pada tahun 2021, di mana dua pasar raya terkenal iaitu Lulu Hypermarket Malaysia dan ST Rosyam Mart telah menyertainya. Sebanyak 24 syarikat IKS telah dipilih oleh pasukan pembeli dari dua (2) pasar raya ini yang hadir di pameran Selangor International Expo (F&B) 2021. Sebanyak 118 produk telah berjaya disenaraikan dan dibekalkan kepada pasar raya - pasar raya tersebut. Program Pembeli Pasar raya ini telah diteruskan semasa penganjuran Selangor International Expo (F&B) 2022 tahun lepas dan sebanyak lapan (8) pasar raya dari dalam dan luar negeri Selangor telah menyertai program ini iaitu ST Rosyam Mart, Lulu Hypermarket, AEON Co., Hero Hypermarket, Jaya Grocer, QRA, Lotus Hypermarket dan Orange Covenient Store (Sabah). Pemilihan syarikat pempamer dan produk-produk masih dijalankan dan dijangka sebanyak 225 produk akan diberi peluang untuk disenaraikan dan sejumlah 45 syarikat IKS menjadi pembekal kepada pasar raya – pasar raya tersebut. Program ini akan diteruskan pada tahun 2023 dan Invest Selangor mengsasarkan sejumlah 12 pasar raya termasuk pasar raya dari luar negara, seperti Lulu Hypermarket Indonesia, akan menyertai program ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat EXCO. Yang saya nak makluman yang seterusnya sebab kita tahu bahawa Industri Kecil Sederhana ini melibatkan industri kampung, maksudnya industri di kampung ini, saya tidak pasti apakah ada kolaborasi antara Yang Berhormat Batu Tiga yang mungkin juga terlibat dalam industri kampung ini. Apakah industri-industri kampung ini juga diberi peluang untuk masuk dalam pasar raya-pasar raya yang sebegini?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita kena tengok tahap mutu produk mereka. Industri kampung ini kalau terlalu rendah mutunya, maka mereka tidak layak ke situ. Kalau kita senaraikannya di pasar raya pun, tidak terjual. Jadi kita kena praktikal. Jadi, di peringkat Yang Berhormat Batu Tiga, dia akan melatih mereka. Bagaimana mempertingkatkan mutunya sampai taraf boleh pergi ke kedai, pergi ke supermarket, baru kita boleh memikirkan cara-cara untuk kita mempertingkatkan lagi tarafnya sehingga dapat ke peringkat hypermarket. Jadi, kita kena lihat yang latihan dan ganjaran ataupun galakan ini mengikut peringkat, tahap mereka, tahap pencapaian mereka. Itu yang kita rancangkan dan kita laksanakan. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Seri Kembangan.
Tuan Timbalan Speaker, soalan saya Nombor 62.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Projek Tebatan Banjir Di Sungai Kuyuh, Seri KembanganQuestions
62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Sungai Kuyuh? Jikalau ada, apakah kandungan projek dan jumlah projek tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Seri Kembangan bertanyakan soalan berhubung dengan Projek Tebatan Banjir di Sungai Kuyoh di Seri
Kembangan, secara keseluruhannya Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM31.13 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan 19 program tebatan banjir sejak 2017 lagi, 2016 eh 2017 untuk yang berkait dengan, melibatkan 19 program tebatan banjir tersebut di Sungai Kuyoh, Seri Kembangan. 19 itu, daripada 19 program tersebut, sebanyak 13 projek yang bernilai RM12.7 juta telah pun disiapkan. Antara kerja itu tidak perlu sebut secara panjanglah, kalau hendak sebut panjang ni. Secara ringkas, yang pertama ialah melibatkan Rumah Pam di Sg. Kuyoh iaitu RM4.3 juta telah pun siap, kemudian yang menaiktaraf Kolam Takungan Banjir Sri Serdang RM6.3 juta pun telah pun disiapkan. Seterusnya pengorekan Kolam Takungan Banjir Seri Serdang juga telahpun siap RM336,000.00, kemudian kerja-kerja pengorekan yang lain telahpun siap pada 2022, tiga (3) projeknya iaitu bernilai hampir RM1 juta dan juga kerja-kerja pembersihan Dataran Banjir TNB, penstabilan tebing RM199,000.00 kemudian kerja-kerja penyelenggaraan anak-anak sungai di situ, Sungai Pati Liat dan juga flood wall hampir RM100,000.00. Semua telahpun disiapkan termasuk ROW, penyelenggaraan keseluruhannya hampir RM500,000.00 telahpun disiapkan. Semuanya berjumlah RM12.7 juta ini adalah kerja-kerja yang telahpun siap yang berkait dengan Sungai Kuyoh ini ya.
Kerja-kerja yang sedang dalam pelaksanaan iaitu tiga (3) kerja yang bernilai berjumlah RM410 ribu sedang dilaksanakan. Manakala satu (1) kerja dalam penilaian sebut harga. Antara kerja yang sedang dilaksanakan dan dalam penilaian sebut harga adalah seperti berikut:-
i. Kerja-kerja penyelenggaraan berkala ROW Sungai Kuyoh dari Jambatan Astro Hingga Kolam Serdang, Seri Kembangan, Daerah Petaling RM136,188.40 (Dalam pelaksanaan) ii. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berkala ROW Kolam Takungan Mesra Alam Kawasan MBSJ Zon 1 dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Serdang, Daerah Petaling berjumlah RM136,415.00 (Dalam pelaksanaan). iii. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berkala Kolam A dan Kolam B Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Berhampiran Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Daerah Petaling berjumlah RM138,350.00 (Dalam pelaksanaan). iv. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Berkala R.O.W Anak Sg. Kuyoh dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Serdang, Daerah Petaling (Dalam proses penilaian sebutharga)
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua (2) projek dengan kos projek berjumlah RM18 juta dalam perancangan dan sedang dilaksanakan adalah seperti jadual berikut:-
i. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Seri Serdang yang bernilai RM15 juta (Dalam proses reka bentuk terperinci oleh perunding – Design Stage 1 dan di jangka tender pada sukuan pertama tahun 2024).
ii. Kerja-Kerja Menaiktaraf Kolam Bluewater Seri Kembangan, Daerah Petaling, Selangor bernilai RM3 juta (Dalam tempoh pelaksanaan. Status di tapak 20% berbanding jadual 23%). Terdapat kelewatan pada Kerja-Kerja Menaiktaraf Kolam Bluewater ini.
Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan juga turut memperuntukkan RM300 juta kepada JPS untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kuyoh, Selangor yang telah diluluskan di bawah RMK Ke-11 (2020). Kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pertanian Serdang, Seri Kembangan dan Sungai Besi adalah disebabkan oleh kapasiti Sungai Kuyoh dan Sungai Midah yang tidak dapat menampung aliran semasa puncak dan sistem perparitan sedia ada yang tidak sistematik.
Projek ini dijangka dapat mengurangkan kekerapan banjir, keluasan dan kedalaman banjir khususnya di Sungai Kuyoh, Sungai Midah termasuk anak-anak sungai yang lain. Ia meliputi kawasan Serdang, Seri Kembangan dan pekan Sungai Besi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan keluasan hampir 45 hektar. Penempatan di kawasan tersebut terdiri daripada kawasan perumahan, perindustrian, sekolah, perniagaan dan pengangkutan awam. Outcome bagi projek ini adalah mengurangkan sebahagian kawasan banjir seluas 30 hektar dan mengurangkan 55,500 orang penduduk dan pengguna jalan raya terjejas akibat banjir dengan tahap perlindungan banjir 100 Average Recurrence Interval (ARI).
Berikut adalah status projek RTB Sungai Kuyoh;-
i. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kuyoh, Selangor - Perunding reka bentuk terperinci sedang dalam peringkat penyediaan Laporan Interim dan Laporan Pengambilan Tanah. Tarikh Siap Reka Bentuk dijangka selesai pada 27 Julai 2023 dan pelaksanaan akan bermula selepas itu dan dijangka siap pada Ogos 2026.
Ini adalah merupakan perancangan di bawah Kerajaan Persekutuan untuk Projek Tebatan Banjir Sungai Kuyoh. Terima kasih.
Soalan seterusnya Hulu Bernam. Tidak hadir. Berikutnya, Hulu Kelang.
Soalan saya Tuan Timbalan Speaker, adalah nombor 64.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Smart City Hulu KelangQuestions
64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah asas-asas utama dan program-program yang akan dijalankan oleh MPAJ susulan ketetapan MPAJ untuk menjayakan Program Smart City yang dimulakan di DUN Hulu Kelang?
Tuan Timbalan Speaker, pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar Ampang Jaya yang memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang sebagai projek perintis adalah berdasarkan Kerangka Bandar Pintar Ampang Jaya. Kerangka Bandar Pintar Ampang Jaya menggariskan lima teras utama iaitu:
a. Tadbir Urus Pintar b. Infrastruktur dan Teknologi Pintar c. Persekitaran Pintar d. Komuniti Pintar e. Ekonomi Pintar
MPAJ telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat Celcom Digi Berhad bagi memulakan inisiatif bandar pintar di kawasan DUN Hulu Kelang. Beberapa siri perbincangan dengan penduduk setempat, persatuan penduduk, persatuan peniaga, persatuan rekreasi dan institusi pendidikan telah diadakan bagi mendapatkan input pemegang taruh. Dapatan daripada pemegang taruh ini kemudiannya dibincangkan dalam Bengkel Pembangunan Strategi Dan Program Bandar Pintar yang dihadiri oleh Jawatankuasa Bandar Pintar MPAJ dan wakil daripada Celcom Digi Berhad. Butiran terperinci pelaksanaan program akan dimaklumkan selepas MPAJ menandatangani dokumen MOU bersama pihak Celcom Digi Berhad. Inisiatif Bandar Pintar yang dilaksanakan oleh MPAJ adalah selari dengan inisiatif Smart Selangor 2025. MPAJ menyokong penuh usaha kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan Negeri Pintar menjelang tahun 2025. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan oleh MPAJ bertujuan untuk membantu usaha tersebut. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 65.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Status Rancangan Tembatan Banjir MeruQuestions
65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini berkenaan dengan RTB Sungai Kapar Besar dan RTB Sungai Kapar Kecil setelah dibatalkan oleh PM10 sejak bulan Oktober 2022 lepas?
Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Meru bertanyakan soalan tentang status Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Kapar Besar dan Sungai Kapar Kecil yang telah dibatalkan oleh Perdana Menteri kesepuluh pada 22 Oktober 2022 yang lepas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebenarnya yang disebut ialah ditangguhkan kerana untuk kajian perolehan sebenarnya. Projek ini merupakan projek yang telah pun dibuat kajian awal dan didapati kewajarannya sangat tinggi untuk dilaksanakan.
Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar merupakan projek yang telah dipohon di bawah Peruntukan Pembangunan Persekutuan secara off budget. Bengkel value assessment telah diadakan pada 8 hingga 12 Ogos 2022 bagi menentukan skop dan anggaran kos projek. Namun demikian permohonan ini telah ditangguhkan oleh YAB Perdana Menteri kesepuluh sejak bulan Oktober 2022. Status terkini masih di bawah semakan semula oleh Kementerian Kewangan dari segi kaedah perolehannya. Tahap perlindungan banjir bagi projek ini adalah sehingga 200 ARI di mana projek ini dijangka dapat melindungi penduduk seramai 28,000 orang daripada bencana banjir di samping turut melindungi kawasan seluas 12,500 hektar daripada bencana banjir. Antara skop projek ini adalah seperti berikut:-
i. Kolam Takungan Banjir sebanyak 4 buah ii. Menaiktaraf Sungai Binjai (yang merupakan antara sungai yang menyebabkan banyak masalah di situ) sepanjang 15.6km iii. Pembinaan ban banjir sepanjang 1.05km iv. Pembinaan Barrage Sg. Kapar Besar dan Sg. Puloh (5 bays di 2 lokasi) termasuk Navigation Lock di 2 lokasi. Barrage ini merupakan Barrage yang pertama seumpamanya di Selangor ini. Barrage ini untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat adalah merupakan pintu air tetapi dia banyak, bersiri jadi
dipanggil barrage. Banyak pintu air, apabila duduk sebelah-sebelah dipanggil barrage. v. Pembinaan Rumah Penjaga Barrage di Sg. Kapar Besar dan Sg. Puloh (1,200 kaki persegi) vi. Pembinaan Rumah Pam di 2 lokasi vii. Environmental Protection Works viii. Menaiktaraf satu unit lintasan utama Sg. Puloh (7m x 50m) ix. Menaiktaraf satu unit jambatan utama JKR di persimpangan Jalan Haji Abdul Manan.
Ini merupakan satu punca utama di mana berlakunya banjir yang besar di kawasan berkenaan kerana halangan aliran air ini berpunca daripada bukaan jambatan atau soffit level jambatan Sungai Kapar Kecil di persimpangan Haji Abdul Manan yang merupakan agak rendah.
Jadi projek ini sebagaimana yang disebut tadi, dalam kajian dan kita memang termasuk dalam wishlist kita kepada Kerajaan Pusat untuk supaya diberi pertimbangan segera kerana dia melibatkan kawasan.... dalam masa sama juga saya juga telah beberapa kali melawat kawasan ini dan telah berbincang dengan semua pihak termasuk MPK. Dan saya telah sebut, mereka pun perlu menaik taraf sistem perparitan dalaman mereka sebagaimana yang dibuat oleh MBSA di bawah program (Sasut ?) itu perlu ada kajian menyeluruh bersama dia tidak boleh JPS sahaja ya. Dia mesti bersama dengan MPK.
Saya dah sebut kan pada mereka supaya dibuat kajian bersama dan rujuk kan itu pun kita dalam hampir telah akan dibuat akan disiapkan itu di bawah PISMA (Pelan Induk Saliran Mesra Alam) yang sedang disiapkan untuk Klang dan Pekan Meru. Yang dah siap setakat ini Kuala Langat. Ini saya akan jadi rujukan dan daripada PISMA kita tau sebenarnya kat mana kelemahan-kelemahan sistem perparitan atau kolam takungan. Daripada situ kita tahu mana perlu dinaiktarafkan yang mana perlu dibuat semula, yang mana perlu dibetulkan adalah daripada pelan induk ini. Sebab itu kita menjadikan priority kita, keutamaan untuk menyiapkan di setiap daerah Pelan Induk Sistem Saliran yang Mesra Alam ini yang di bawah JPS. Terima kasih.
Saya hendak bertanya. Soalan tambahan. Jangkaan bila akan dimulakan untuk projek ini?
Mana yang disebutkan ini, projek nya merupakan projek yang urgent (kritikal) yang kita telah sebut dalam 5 atau 6 projek termasuk lah yang RTB Sungai Langat. Tetapi kita masih menunggu ulasan daripada pihak Kementerian Kewangan sama ada projek ini bila dapat dilaksanakan kerana ini merupakan projek di bawah Kerajaan Persekutuan. Tetapi projek-projek lain berkaitan kerajaan negeri akan diteruskan sebagaimana yang telah kita luluskan tetapi dia tidak akan menyelesaikan secara menyeluruh kecuali projek yang kita buat ini,
yang kita cadangkan ini dilaksanakan. Ini yang kita telah push untuk kalau boleh kita cepatkan pelaksanaan projek ini. Kerana makan masa dari segi reka bentuk dan sebagainya lagi memakan masa untuk disiapkan.
Seterusnya, soalan seterusnya Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 66.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Hutan Lipur Sungai CongkakQuestions
66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah penaiktarafan yang telah dilakukan oleh kerajaan kepada kawasan Pusat Rekreasi Sungai Congkak?
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Untuk makluman, Taman Eco Rimba Chongkak Park & Resort Hulu Langat di bawah seliaan Tourism Selangor Sdn. Bhd telah pun menjalankan proses meroboh Untuk makluman, Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort, Hulu Langat di bawah seliaan Tourism Selangor Sdn Bhd telah menjalankan proses meroboh kemudahan-kemudahan dan chalet lama yang telah uzur dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor yang telah dijalankan pada 14 Februari 2022 sehingga 21 April 2022. Ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan syarikat pelabur yang berkelayakan bagi pembangunan semula kawasan Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort (TERC), Hulu Langat menjadi sebuah produk pelancongan bertaraf antarabangsa. Bagi tujuan ini, pihak Tourism Selangor kini sedang dalam peringkat mendapatkan kelulusan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk menentukan syarikat pelabur atau ‘Strategic Partner’ bagi pembangunan Taman Eko Rimba Chongkak Park & Resort, Hulu Langat sebagai produk eko pelancongan bernilai tinggi yang mampu menarik pelancong dari dalam mahupun luar negara. Sekian.
Soalan seterusnya, Kota Anggerik.
Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 67.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Pembangunan Sukan Papan Luncur Di Negeri SelangorQuestions
67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan sukan papan luncur?
b)
Berapakah lokasi kemudahan gelanggang papan luncur yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan boleh nyatakan di mana?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Berkaitan dengan pembangunan sukan papan luncur di negeri Selangor. Pertama, Yang Berhormat Kota Anggerik, kita mesti tahu bahawa sukan ini tidak ada di dalam SUKMA, tidak juga dalam ASEAN Game malah pernah sekali dalam ASEAN Game 2018 Jakarta, itu sekali. Dengan kata lain, sukan skate board ini merupakan lebih kepada sukan masyarakat atau pun mass sport. Jadi dengan sebab itu dari segi penumpuan khusus kepada sukan tersebut tidak ada dalam rancangan kita sebab dia tidak membawa apa-apa pingat dalam SUKMA. Walau bagaimanapun, dari segi lokasi untuk kemudahan belia-belia kita, kita ada beberapa lokasi yang telah disediakan oleh semua PBT kita.
i. MBSA – Taman Sukan Lasak Shah Alam (Seksyen 13). ii. MBPJ – ARENA MBPJ Skate Park. iii. MBSJ – USJ sebelah Subang Jaya, Taman Serdang Jaya Seri Kembangan. iv. MPKj (Kajang) – Taman Belia atau Youth Park Sungai Kantan. v. MPS (Sepang) – BBSC Skate Park. vi. MPK – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang dan Skate Park Andalas Klang. vii. MPAJ – Taman Lembah Keramat dan di Padang Taman Awam Kencana Indah, Taman Pandan Indah. viii. MPS (Selayang) – Taman Seri gombak. ix. MPKL – Skate Park Dataran Banting.
Jadi kesemua PBT kita mempunyai kemudahan untuk program skate board ini.
Soalan tambahan EXCO. Merujuk kepada jawapan EXCO tadi, kemudahan di Seksyen 13 Taman Sukan Ekstrem. Memandangkan kita diberi maklum bahawa di kawasan tersebut kini dalam proses pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam. Jadi apakah kemudahan atau pun gelanggang papan luncur di sana nanti akan terjejas atau pun ada rancangan untuk menambah baik sekiranya di teruskan projek pembangunan semula KSSA nanti. Minta respond EXCO, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Pertama, saya ingat kita baharu sahaja baiki imej kawasan tersebut dengan kita remove balik yang wall climbing yang telah rosak dan kita...saya percaya tempat tersebut di manage oleh salah satu syarikat yang telah diberikan pada mereka. Saya percaya dalam pembangunan semula ini elemen skate board masih ada sebab kawasan tersebut merupakan kawasan yang hujung daripada kawasan KSSA yang saya fikir barangkali tidak terjejas. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, biar saya semak dahulu pelan, master plan itu dan kita comeback pada Yang Berhormat kemudian. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan susulan Tuan Timbalan Speaker.
Silakan Bukit Lanjan.
Yang Berhormat Paya Jaras, adakah kerajaan negeri ada rancangan untuk bina skate park yang mungkin lebih kecil kalau dibandingkan dengan Shah Alam atau pun Petaling Jaya kerana saya rasa aktiviti skate board ini sangat bagus untuk anak muda khususnya remaja dan mereka tidak perlu satu tempat yang sangat besar.
Saya rasa kos untuk maintenance dan juga untuk membina skate park ini juga tak begitu besar mungkin RM 100,000.00, RM 200,000.00 pun boleh. Saya ada satu program khusus untuk skate boarding orang asli di Desa Temuan, Damansara Perdana. Setiap kali kita turun boleh kata satu kampung anak kecil semua, remaja 7 tahun, 8 tahun semua pun akan keluar termasuk gadis-gadis muda. Saya rasa ini perlu diambil secara serius oleh Kerajaan Negeri walaupun bukan dalam SUKMA tapi dalam setiap Olimpik mulai Tokyo mereka akan ada sukan skate boarding dalam setiap Olimpik selepas ini.
Saya ingat model yang paling baik, yang model ringkas adalah di Taman Lembah Keramat yang sangat simple menggunakan saya ingat tidak besar kawasan itu untuk tujuan skate board. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya kira belanja untuk membina skate board ini tidak begitu kecil juga sebab kalau kita nak bina gelanggang futsal yang baru pun almost coming RM 250,000.00 dengan...tapi walau bagaimanapun, kita tidak. Kita
melihat keperluan kalau ada Wakil Rakyat yang merasakan this area should be developed kita boleh tengok Yang Berhormat.
Soalan seterusnya Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 68.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Rancangan Selangor Pertama (RS-1)Questions
68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : a) Apakah status Rancangan Selangor Pertama (RS-1) semenjak ianya dilancarkan secara rasmi?
Terima kasih Sijangkang atas soalan yang telah dikemukakan. Sebenarnya soalan ini hampir sama dengan soalan yang sewajarnya dijawab pada soalan 41 tapi 41 tak hadir tapi tak apalah, saya jawab bersama-sama soalan Sungai Panjang ya.
Rancangan Selangor Pertama merupakan rancangan komprehensif yang menjadi hala tuju strategik Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana yang telah saya bentangkan pada tahun lepas. Sasaran lima (5) tahun bermula 2021 sampai 2025 dan tahun depan merupakan rancangan separuh penggal daripada Rancangan Selangor Pertama yang melihat empat (4) teras strategik yang telah kita gariskan dalam pembentangan Rancangan Selangor Pertama iaitu Pengukuhan Ekonomi, Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial, Pemacuan Kelestarian dan Tadbir Urus S.M.A.R.T. ataupun good governance. Dan, status terakhir yang dibentangkan adalah pada Oktober 2022 yang lalu oleh jawatankuasa yang telah menggariskan beberapa pencapaian-pencapaian. Dan laporan terkini sehingga Februari 2023, daripada 262 PPI ataupun projek inisiatif yang telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama 24 PPI ataupun 64 projek inisiatif sedang dalam peringkat perancangan, 70% PPI ataupun 180 projek ataupun inisiatif dalam peringkat pelaksanaan dan 6% PPI ataupun 16 ataupun 18 sorry, 18 projek ataupun inisiatif yang telah disiapkan ataupun telah dilaksanakan. Bagi melancarkan ataupun bagi memastikan pelaksanaan inisiatif RS-1 dapat dilaksanakan dengan baik, satu jawatankuasa pemantauan telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pemantauan dan
Pelarasan (Core) Rancangan Selangor Pertama yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri pada tahun 2023 ia telah dilaksanakan pada Mac 2023 untuk mengenal pasti dan kajian separuh penggal akan dilaksanakan untuk memastikan jurang-jurang dan kesan-kesan pelaksanaan yang tidak sempurna atau tidak dapat dilaksanakan akan dapat kita selaraskan balik ataupun kita koordinasi. Baru ini ketika saya melancarkan IDRISS di Foyer SUK sebentar, saya turut memikirkan ada kemungkinan untuk kita melahirkan jawatankuasa yang lebih kecil yang dikuasai, yang diketuai oleh pegawai-pegawai ataupun EXCO ataupun Ahli Dewan Negeri yang mana boleh melihat sesuatu projek itu dengan lebih teliti dan setiap saat dan masa kita boleh melihat sama ada pelaksanaan-pelaksanaan projek itu dapat dilaksanakan serta pelaporan secara bulanan kepada Menteri Besar bagi setiap projek-projek strategik sebagai contoh IDRISS, sebagai contoh SABDA, SMG. Ini tiga (3) projek core pembangunan wilayah yang saya perlukan laporan setiap bulan untuk melihat dengan kehadiran semua agensi supaya, supaya apa? Supaya perkara-perkara yang kadang-kadang kecil dapat kita selesaikan di antara urusan-urusan pentadbiran yang kadangkala memerlukan prosedur tiga empat hari boleh diselesaikan dengan seketika kerana kita ingin memastikan semua perancangan-perancangan itu dapat dilaksanakan. Kalau ada delay pun, delay itu dalam pengetahuan dan dalam maklum balas pentadbiran kerajaan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya lihat bahawa antara program di bawah pengukuhan ekonomi adalah perancangan untuk pembangunan Pelabuhan Pulau Carey dan saya melihat kalau dahulunya Telok Panglima Garang adalah sebahagian daripada program kelestrasasi untuk sokongan maritim dan saya dapati di bandar Carey lama ni ada kawasan-kawasan jeti yang telah ada sekian lama nampaknya tidak berapa tersusun dengan baik. Dan saya kira ini perkara yang mungkin akan membantu dalam sokongan kepada pelabuhan yang akan datang dan sekarang ni pun ada sesuatu yang macam tidak ada ketentuannya. Ada jeti-jeti yang telah beroperasi lama tetapi dia mendapat kelulusan LMS tetapi sekarang ini tidak dibenarkan untuk menggunakan pinggir sungai atas sebab mungkin akan didalamkan dalam program seterusnya dan ini juga adalah kawasan port limit. Apakah antara perancangan-perancangan Kerajaan Negeri pada hari ini merancangkan supaya pelabuhan, pembangunan Pelabuhan Pulau Carey ini yang akan dilaksanakan mungkin dalam jangkaan kita tahun 2025 itu dapat disusun atur dengan sebaiknya dan memberikan impak yang baik dalam pengukuhan ekonomi di Negeri Selangor? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Parlimen Kuala Langat. Terima kasih Sijangkang atas soalan yang telah dikemukakan. Ya, pelabuhan ketiga ataupun Pelabuhan Carey Island merupakan catalyst ataupun penguja penting
kepada pembangunan IDRISS dan juga dalam Rancangan Selangor Pertama saya akui. Dan sebab itu Kerajaan Negeri semenjak daripada tiga (3) tahun yang lepas sebenarnya kita mulakan perbincangan malahan membuka peluang untuk kajian-kajian kebolehsanaan Carey Island Airport, Carey Island Port ataupun Pelabuhan Pulau Carey dapat dilaksanakan dengan baik. Dan pada ketika ini, semalam saya pun bertemu dengan Menteri Pengangkutan dan saya perlu mendapat pengesahan sebab yang paling penting key nya di sini adalah license ataupun kebenaran daripada Kerajaan Negeri. Dan keduanya, di pihak Kerajaan Negeri seabed dengan izin, ataupun bibir laut dan juga dalaman tanah di dalam laut dan juga tanah-tanah yang akan dijadikan kawasan pelabuhan itu adalah sebahagiannya milik Kerajaan Negeri 1,000 ekar tapi selebihnya adalah hak milik dan perlu melalui proses pengambilan dan proses pengambilan akan melalui proses daripada Kerajaan Negeri Selangor. Ke tahap itu ya. Jadi, kita juga setelah memulakan kajian itu dengan menyedari beberapa cabaran-cabaran. Cabaran-cabarannya adalah cabaran alam sekitar. Saya dengar nanti saya gulunglah. Saya nak jawab tadi bila Yang Berhormat cakap tanah paya bakau. Memanglah. Kalau kita nak buat port, port kena lalu dekat tepi sungai, tepi laut sampai ke tengah laut. Kalau tak, kita tak buat port. Itu satu, pertama. Tapi yang keduanya, saya nak sebut kita juga melihat ada penempatan Orang Asli Mahmeri di sana yang mendapat tarikan pelancongan dan ada keunikannya tersendiri dan juga beberapa kawasan perladangan-perladangan yang kita uruskan. Itunya kita akan uruskan bersekali termasuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang iaitu berkenaan dengan pelabuhan-pelabuhan kecil, bukan pelabuhan kecil, jeti-jeti yang telah kita legalized dengan LMS dan sebagainya pasti ia melibatkan penyusunan semula. Tetapi saya berharap kita kena sokong hal ini kerana ia akan menjadi satu peledak kemajuan baru di kawasan Selatan Selangor ataupun di kawasan Kuala Langat dan ia akan memberi manfaat yang sangat baik dan Kerajaan Negeri telah merancang supaya kita tidak ketinggalan langsung daripada arus pembangunan itu sebagaimana apa yang kita hadapi dengan Pelabuhan Klang. Di Pelabuhan Klang kita tidak mempunyai apa-apa pegangan ataupun tidak mempunyai apa kata-kata pun. Kita hanya mengutip cukai. Tapi kali ini Kerajaan Negeri berazam untuk meletakkan minimum 20 hingga 30% dimiliki oleh Kerajaan Negeri dengan seabed dan juga tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang ada di situ sebagai capital kita untuk membangunkan pelabuhan ketiga Pulau Carey yang akan dibangunkan. Terima kasih.
Sebelum soalan seterusnya, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran anak-anak muda DUN Bandar Utama yang diatur oleh Yang Berhormat Bandar Utama seramai empat (4) orang diketuai oleh Puan Rafeah Natasha binti Mohd Sasistaran. Seterusnya, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pertubuhan bukan kerajaan dari Kelantan yang diatur oleh Bukit Melawati seramai sembilan (9) orang yang diketuai oleh Puan Norazmiza binti Mamat. Selamat Datang. Seterusnya Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 69.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN ZAKARIA BIN HANAFI (N24 SEMENYIH)
69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar
a) Sila nyatakan jumlah penerima yang layak menerima Skim Mesra Usia Warga Emas di DUN Semenyih
Tuan Timbalan Speaker, Kota Kemuning. Untuk makluman Yang Berhormat, keseluruhan jumlah permohonan yang diterima daripada Semenyih adalah sebanyak 9,384 dan sebanyak 8,297 permohonan telah pun diluluskan yang menjadikan permohonan ini adalah layak sebagai Ahli SMUE.
Rujuk jadual di bawah untuk pecahan status permohonan : Status Permohonan Jumlah Ahli Telah Disemak 8,297 Belum Disemak 953 Ditolak 82 Tidak Lengkap 52
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO. Kita maklum inisiatif IPR, salah satu IPR yang Selangor selain daripada 46 ni. Ini merupakan salah satu yang menariklah pasal ada perubahan yang terbaru kenaikan daripada 100 kepada 150. Ini nampak ramai yang begitu tertarik bila mengatakan bahawa benda ni ditumpukan pada pejabat ADUN yang menguruskan termasuklah di Semenyih. Apa yang kita, Semenyih nak cadangkan bagaimana cara adakah pihak kerajaan nak permudahkan setakat ni
melalui pejabat DUN atau melalui online? Adakah cara akan datang dipermudahkan supaya adakan satu kiosk-kiosk khas untuk mana-mana kebanyakan ni semua warga-warga pencen, yang baru bersara yang kemudahan kadang dorang tak peka dengan kemudahan online dan sebagainya dan yang nak bergerak kadang ada pejabat DUN dua tiga tingkat tak dapat nak naik tangga dan sebagainya ada permasalahan. Jadi, kita ada kemudahan adakah perancangan pihak kerajaan untuk memberikan kemudahan perancangan kepada pihak ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Memang nanti dalam penggulungan saya ada soalan-soalan berkaitan tersebut. Namun begitu, kita sentiasa, kerajaan sentiasa terbuka dengan cadangan-cadangan untuk menambah baik segala bagi membantu masyarakat di luar sana. Mungkin nanti dalam penggulungan saya akan jawab lebih detail lagi. Terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Ada banyak rintihan bahawa tempoh untuk pendaftaran ini agak lama. Jadi, apakah KPI Kerajaan Negeri daripada tarikh hantar borang sampai lulus dan boleh ambil baucar hari jadi? Berapa hari KPI tersebut dan adakah kita dapat mencapai KPI tersebut sekarang?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing sebab soalan tersebut khusus tentang KPI. Saya percaya nanti UPEN akan sediakan jawapan bertulis kepada anda. Namun begitu, saya setuju ada kelewatan dalam pendaftaran tersebut. Memang perkara ini telah saya dibawa kepada dalam mesyuarat bersama dengan UPEN dan juga YAWAS. Perkara ini akan dititikberatkan lagi dalam masa akan datang. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Kemuning. Tiga bulan lama sangat.
Kita nak gores sikit, tak ada masalah sebenarnya. Saya memang semua ADUN-ADUN mengalami keadaan yang mana mereka perlu menerima penerimaan yang begitu banyak lepas Y.A.B. Menteri Besar telah menaikkan bantuan daripada RM 100.00 kepada RM 150.00. So, ada tiga kali atau empat kali ganda penerimaan permohonan yang telah tambah kepada setiap DUN menyebabkan begitu ramai datang dan maka kerajaan sedar kita akan menambah baik bagaimana permohonan akan di register nanti. Terima kasih. Lagi ada juga. Tak apa. Bagaimanapun, kita masih lagi bersama sentiasa terbuka cadangan-cadangan daripada semua ADUN. Boleh bertulis dan membawa. Terima kasih.
Soalan terakhir ya untuk penggal keenam. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang menjawab dan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang menjawab semua persoalan-persoalan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan DYMM Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya, sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan DYMM Sultan Selangor.
Saya pesilakan Yang Berhormat EXCO Kajang untuk menyambung penjelasan.
Terima kasih Tuan Speaker, saya sambung untuk menjawab perbahasan dari Yang Berhormat Balakong. Dengan pelaksanaan pemasangan lampu-lampu solar ini, yang pertama selain daripada isu keselamatan projek lampu solar juga mampu menyumbang kepada pemelihara pemuliharaan alam sekitar. Melalui penggunaan produk teknologi hijau dan juga berkualiti tinggi, yang kedua berdasarkan kepada kerangka Bandar Rendah Karbon Negara yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim iaitu NRECC, elemen utama yang digariskan adalah pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan juga penggunaan tenaga yang mana sasaran negara adalah untuk mencapai pengurangan intensiti pelepasan karbon dioksida sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030. Oleh itu, mengenai isu perubahan iklim dan juga pemanasan global adalah fenomena nyata yang menjejaskan kehidupan bumi projek pemasangan lampu solar akan diteruskan dari semasa ke semasa mampu menyumbang kepada pembangunan mampan dan pengeluaran karbon yang rendah. Kerajaan Negeri akan terus menyokong inisiatif ini dengan menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam membantu menyediakan infrastruktur ini.
Soalan tambahan, sorry... ingin minta penjelasan daripada...
Balakong
Sorry, ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, bahawa lampu solar yang digunakan tersebut adalah jenama ataupun brand daripada luar negara ataupun buatan tempatan? Apa yang saya ingin menegaskan adalah sebenarnya, kita ada produk sendiri. Kita boleh guna kalau boleh kita, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk mementingkan atau pun mengutamakan produk buatan tempatan dulu. Terima kasih
Saya tak pasti solar panel, solar lampu ini merujuk kepada projek yang diberikan oleh EXCO Infra ataupun di bawah EXCO Alam Sekitar. So kedua-dua kualiti yang berlainan kerana untuk EXCO Infra mereka membekalkan infra solar lampu yang sangat-sangat high berkualiti tinggi yang mahal. Saya difahamkan tiang itu sangat tinggi dan ia setanding dengan pembekalan lampu traffic light daripada TNB. Tapi untuk di bawah portfolio saya, saya memang menumpukan kepada kawasan-kawasan seperti Orang Asli, Kampung Orang Asli dan kampung-kampung, jalan-jalan masuk yang memerlukan lampu so kita bekalkan di taman-taman yang perlukan kita bekalkan, so ini di bawah Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ijok
Yang Berhormat Kajang, Banting...
Nak minta penjelasan, terima kasih.
Saya tak ada masa ini saya nampak.
Yang Berhormat setuju dengan saya, terima kasih kalau kita memastikan apa sahaja lampu solar yang dibekalkan kerana kita akan membayar harga yang cukup mahal di mana sekiranya lampu yang kita beli itu, seharusnya datang bersekali dengan warranty dan juga spare part yang mencukupi dan di mana spare part atau pun jenis yang dibekalkan itu merupakan jenis yang ada pasaran spare part yang cukup mencukupi supaya sekiranya berlaku apa-apa masalah kerosakan ia nya adalah senang untuk di selenggara dan senang untuk mencari alat ganti. Itu adalah beberapa cadangan saya adakah Yang Berhormat setuju dengan saya.
Saya memang setuju warranty itu memang ada, tapi untuk spare part bergantung pada pasaran dan kita akan timbangkan jenis lampu solar yang mudah dapat di pasaran dan dapat warranty dan untuk memasang lampu solar memang senang tetapi untuk maintainance dan kadar kos memang tinggi, selepas 5 tahun 7 tahun dia perlu tukar transfomer, masalah itu lah yang memberikan masalah kewangan di mana adakah persatuan penduduk mampu untuk menukar transformer itu atau pun kita tukar seluruh lampu solar atau pun bateri. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ijok tentang penggunaan klorin menyebabkan pembentukan kloroform yang menjejaskan kesihatan dan juga menyebabkan penyakit kanser atau pun menyebabkan keguguran kepada ibu mengandung adakah kerajaan memantau kandungan kimia dalam air minuman. Tuan Speaker, dan Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia KKM memantau kualiti air minum yang dirawat dibekalkan oleh operator-operator air di seluruh negara berdasarkan Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan di Selangor, selain pengawasan dibuat secara dalaman inhouse kualiti air terawat turut dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melalui pensampelan yang dilaksanakan secara berjadual seperti yang digariskan oleh Piawaian Kebangsaan.
Klorin dalam bekalan air terawat tujuan untuk membasmi bakteria dan memastikan wabak penyakit bawahan air itu water bond dapat dielakkan. Kandungan klorin alam bekalan air terawat yang berbekalan oleh Air Selangor adalah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan berada julat 0.2 hingga 5.0 miligram per liter, oleh itu selagi mana kandungan klorin dalam air terawat berada dalam julat yang ditetapkan maka air tersebut adalah selamat untuk kegunaan domestik. Berkenaan kandungan kloroform dalam air minuman Piawaian Kebangsaan menetapkan bacaan adalah tidak melebihi 0.2 miligram per liter. Berdasarkan rutin yang dijalankan oleh Air Selangor purata kandungan kloroform dalam air terawat yang dibekalkan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya adalah dalam lingkungan 0.02 miligram per liter. Iaitu jauh lagi kurang lebih jauh daripada 0.2 miligram per liter. Oleh itu air terawat yang dibekalkan juga selamat untuk ibu-ibu mengandung.
Soalan, celah boleh Tuan Speaker? Tuan Speaker, boleh mencelah?
Boleh, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Ijok nak tanya how frequent...
Haa jangan 10 tahun lagi lah.
How frequent ataupun pemantauan ini, berapa kali satu hari di mantau atau berapa kali di pantau dalam seminggu, yang berlaku di Negeri Selangor atau pun di Malaysia. Sebab tahap level yang kita boleh terima dia macam stop market, kalau panas kalau bahan-bahan biogical surrounding, dia boleh naikkan tahap TMH, eh THM Trihalomethanes, sila baca tentang ini. Sebab kita nak dapatkan satu status ke hadapan inilah satu-satu Negara lain boleh memantau tapi kita saya nak tanya dengan Yang Berhormat EXCO adakah pemantauan ini berlaku setiap hari atau pun dalam 2-3 kali sehari. Yang sebaiknya real time sebab kenaikan menurunkan kimia ini berlaku all the time dan saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, di manakah makmal di Selangor ini? Saya nak tanya ada buat ujian kloroform?
Yang Berhormat dah terlebih masa, saya bagi terlalu panjang pulak. Silakan
Terima kasih Yang Berhormat Ijok yang sangat prihatin terhadap isu kualiti air. Yang orang kata kan kandungan klorin dan juga kloroform yang sangat tinggi dan berdasarkan kepada jawapan yang saya dapat daripada KKM mereka buat analisis, rutin tapi berapa kekerapan saya kena dapatkan KKM saya tak ada maklumat buat masa ini dan saya nak beritahu meyakinkan Yang
Berhormat buat masa ini kita tak ada kes tiada kes yang mengatakan ada ibu-ibu yang minum air selepas itu kandungan anaknya gugur. Memang tidak, memang tidak. Jadi jangan kita katakan ada kes-kes yang berlaku tidak berlaku, jangan kita buat andaian yang tidak tepat, Yang Berhormat Ijok.
Please la Yang Berhormat. Saya sebagai seorang doktor pakar, saya berani challange KKM dan Kerajaan Negeri Selangor ini kajian universal tak ada sebab negara, negeri tak memantau level, banyak keguguran berlaku, many other causes. Tetapi saya nak tanya adakah pemantauan ini chemical dalam air ini dengan teliti dengan precise...
Memang ada, memang ada. Kalau kata kan ini universal saya harap Yang Berhormat Ijok bagi kes-kes yang tertentu yang ada bukti yang mengatakan ibu anak kandungan ibu mati kerana meminum air ini, kena bagi satu jawapan yang concrete. Jangan hanya buat andaian, kalau challange universiti berlaku di seluruh dunia, Malaysia
Saya buat andaian tentang kajian...
So jangan buat andaian. Bagi kes-kes tertentu...
Yang berhormat Ijok, kalau andaian itu saya rasa tak tempat dalam di Dewan yang mulia ini. Kalau boleh bagi spesifik kes mana-mana, macam itu lebih adil untuk kerajaan menjawab.
Saya memang yakin KKM semasa pemantauan loji rawatan air semasa pencemaran sungai yang berbau, tonne. Mereka sangat apa details, kalau jadi zero tonne mereka tak bagi untuk penyaluran air mentah ke rumah-rumah. Kadang-kadang saya tunggu 2 hari 3 hari masih satu tonne. KKM tak berganjak langsung, mereka kata mesti ke zero tonne. Dan pemantauan kualiti air di loji rawatan air ini, 3 pihak yang akan pantau, Air Selangor, LUAS di bawah Selangor. Tapi KKM ini memang dari dulu lagi tidak menganjak pasti kan zero tonne baru boleh salurkan air kepada pengguna. Saya yakin jangan kata ada andaian yang mengatakan ada kes-kes anak kandungan kerana meninggal kerana minum air yang ada klorin atau pun kloroform yang tinggi. Saya tak boleh terima.
Yang Berhormat Kajang, saya nak bantu sekejap Tuan Speaker
Ya
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebelum air disalurkan dalam distribution paip pengedaran Syabas, Air Selangor, dia bukan sahaja perlu ada zero tonne tapi mesti menetapi satu piagam, piagam kualiti
air minuman drinking water quality dan ini adalah piagam di bawah WHO World Heatlh Organization yang dikawal selia oleh KKM. Betul. Jadi bukan sahaja tak ada bau tapi selepas keluar daripada loji rawatan air ada ujian, on the spot sebelumnya disalurkan dalam distribution paip. Itu saya nak bantu Yang Berhormat Kajang
Terima Yang Berhormat Bukit Lanjan yang membantu saya. Memang, memang ujian ini memang ada diadakan. Kandungan klorin yang saya katakan kebangsaan adalah dalam julat 0.2 hingga 5 miligram per liter dan kandungan untuk kloroform tidak boleh lebih 0.2 miligram per liter dan apa yang kita lakukan KKM adalah sentiasa memastikan di mana kualiti air kandungan kloroform itu di bawah 0.02 miligram per liter. Jauh lebih daripada paras itu.
Untuk saya nak pergi bab pelancongan ya sebab ini penting juga, industri pelancongan. Saya nak menjawab soalan timbulkan oleh Sungai Yang Berhormat Sungai Panjang berkenaan dengan mencadangkan kawasan pelancongan berasaskan Agro Tourism boleh jadikan tarikan kawasan Sabak Bernam. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri menyambut baik di atas cadangan yang diberikan untuk mempromosi dan memberi nilai komersial pelancongan di DUN Sungai Panjang secara khususnya dan daerah Sabak Bernam secara amnya. Sememangnya kita melihat potensi yang amat besar di daerah Sabak Bernam kerana keunikan geografi sosial dan juga budaya keindahan alam semula jadi dan iaitu pertanian yang merupakan kelebihan untuk membangun produk pelancongan Eko Agro di sana. Pelancongan Agro dan pelancongan berasas komuniti merupakan antara fokus utama Negeri Selangor bagi memperkasakan industri pelancongan untuk tahun 2023.
Melalui amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor ketika pembentangan Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan sebanyak RM 500,000.00 bagi Pembangunan Pelancongan Agro di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor ataupun PeTA yang menjadikan teras kepada sektor pertanian Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan beberapa persatuan dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Majlis Daerah Sabak Bernam untuk mengenal pasti dan mengambil inisiatif membangunkan produk yang berkonsepkan agro dan eko pelancongan mengikut beberapa inisiatif seperti berikut :
a) Yang pertama, kerjasama bersama beberapa pemegang taruh dan Persatuan Penduduk. Pihak Tourism Selangor telah pun bekerjasama dengan beberapa Persatuan seperti Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan dan Persatuan Agro Tourism Sungai Panjang iaitu SPAT bagi bersama-sama menyenaraikan produk yang berpotensi untuk menjadikan sebahagian daripada pakej serta tawaran pengalaman di destinasi tersebut. Fokus adalah untuk menyediakan beberapa kemudahan serta pengalaman pelancongan seperti penginapan berkonsepkan housestay dan juga homestay. Aktiviti
pertanian seperti proses penanaman padi, aktiviti eco-adventure seperti berkayak dan juga ATV di sawah padi, aktiviti IKS seperti penyediaan kerepek dan juga makanan tradisional dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, segala pembangunan pelancongan ini perlu melalui proses pelesenan dan juga kelulusan guna tanah untuk memastikan sistem perundangan melalui pihak berwajib dapat diutamakan.
b) Program Hos Komuniti Setempat Selangor di daerah Sabak Bernam. Seramai empat (4) orang Host Komuniti yang berpusat di daerah Sabak Bernam sedang bergiat aktif membangunkan beberapa pakej dan pengalaman pelancongan yang berkonsepkan community base tourism yang ada di sana. Pihak Tourism Selangor juga sentiasa memantau dan membantu mempromosikan pakej-pakej yang mereka tawarkan untuk dipasarkan oleh agensi pelancongan domestik dan juga antarabangsa. Mereka juga akan memberikan perkhidmatan kepada pelawat dan pelancong untuk merasa sendiri pengalaman unik yang berasaskan kepada warisan, budaya gaya hidup, tradisi komuniti setempat di daerah Sabak Bernam.
c) Program Promosi Pelancongan yang berterusan Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan sentiasa bergiat aktif untuk mempromosikan produk pelancongan agro yang ada di Sabak Bernam seperti menyediakan Direktori Pelancongan, menganjurkan program Farm Trip ataupun lawatan bersama pihak media dan agensi pelancongan domestik dan antarabangsa ke produk-produk pelancongan agro dan eko, menganjurkan Kempen Promosi Digital dan Atas Talian dan menyediakan pakej pelancongan eko dan agro yang saling berkait iaitu integrated dengan pakej-pakej yang sedia ada di pasaran.
Dengan izin, Tuan Speaker.
Silakan. Pendek.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berkenaan dengan komitmen dan juga cadangan-cadangan Kerajaan tentang pembangunan Tourism di daerah Sabak Bernam khususnya di DUN Sungai Panjang. Cuma soalan tambahan saya, apakah komitmen di peringkat Kerajaan ataupun Pelan Tindakan daripada segi polisi berkaitan dengan industri inap desa dan juga homestay yang mana kita tahu ini adalah tarikan utama di kawasan daerah Sabak Bernam dan juga di DUN Sungai Panjang namun ada beberapa perkara daripada segi dengan izin, regulatory pengusaha-pengusaha inap desa dan juga homestay ini. Adakah pihak Tourism Selangor ada pelan-pelan pembangunan yang lebih memberikan kelebihan kepada pengusaha-pengusaha ini daripada segi mungkin pelesenan, mungkin daripada segi kelulusan
tanpa mengurangkan daripada segi isu keselamatan dan juga keselesaan pengunjung dan juga pelancong yang datang ke daerah Sabak Bernam. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk mempromosikan eko ataupun agro-pelancongan yang base untuk homestay ataupun inap desa. Tetapi di Selangor setakat ini kita hanya ada 16 homestay yang ada berdaftar di bawah MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia) dan amat malangnya kebanyakan ini belum lagi ada lesen kerana kedudukan mereka, tanah, status tanah, dan juga masalah kerana tidak ada KM, so yang ini kita sedang dalam perancangan untuk memutihkan mereka. Kita memang harap boleh bantu merekalah sebab ini merupakan satu keunikan di Sabak Bernam di mana memang kita sentiasa mempromosikan jenis pelancongan agro di sana. So, buat masa ini kita memang ada perancangan untuk memutihkan homestay-homestay yang, ataupun inap desa di Sabak Bernam.
Soalan tambahan.
Dengan izin ya, Yang Berhormat.
Adakah ..
Yang Berhormat, Banting duduk dulu.
Banting dulu.
Banting duduk. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya tertarik dengan terma yang digunakan itu, memutihkan, dan saya harap program ataupun polisi dasar memutihkan industri homestay dan juga inap desa itu, yang tidak akan membebankan pengusaha sedia ada. Kalau boleh diberikan kelonggaran, exception dan sebagainya, saya harap ada perancangan daripada pihak Kerajaan terhadap isu itu terutamanya untuk mendapatkan KM, pelesenan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga EXCO.
Ya, kita juga tidak akan kompromi dengan masalah keselamatan. Kalau homestay itu ia hanya di tepi sungai ataupun di cerun-cerun, itu memang kita tidak dibenarkan. So, kita akan tengok soal keselamatan, yang ini penting ya dan untuk menjawab soalan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Malawati tentang pelancongan domestik rangsang ke Kuala Selangor, jumlah pelancong ke Kuala Selangor, berkenaan impak positif ITB Berlin dan juga langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan oleh pelancong di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, antara strategi untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri
Selangor ialah Kerajaan melalui Tourism Selangor secara konsisten telah pun mengaturkan program-program promosi pelancongan dalam dan luar negara. Di antara program promosi luar negara yang disertai adalah seperti World Trade Market di London, Arabian Travel Market di Dubai, ITB Messe Berlin di German dan lain-lain lagi. Manakala bagi pasaran domestik Tourism Selangor telah pun menganjurkan dan menyertai siri pameran pelancongan domestik seperti Matta Fair yang dianjurkan dua (2) kali setahun iaitu bulan Mac dan bulan September, Citra Warna Malaysia, Malaysia International Travel Mart (MITM) Fair selain mengadakan siri promosi Jelajah Pusing Selangor Dulu ke Perak, Terengganu, Johor dan Kedah. Selain itu, penganjuran Kempen promosi Pusing Selangor Dulu dan Splendid Selangor yang mengutamakan pasaran pemasaran secara atas talian dan digital sangat membantu menarik pelancong untuk datang melancong ke Negeri Selangor. Jumlah statistik pelancong ke Kuala Selangor adalah seperti berikut:
a) Pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 berlaku, daerah Kuala Selangor merekodkan sebanyak 100,274 orang pelancong yang datang melancong ke Kuala Selangor.
b) Manakala pada tahun 2022 sebanyak hanya 18,521 orang pelancong direkodkan ke Kuala Selangor yang menunjukkan penurunan sebanyak 81.6%
Bagi Penyata ITB Berlin untuk tahun 2023 yang baru sahaja kita sertai iaitu 7 – 9 Mac 2023 di Berlin, German yang lepas, beberapa pencapaian inisiatif telah pun dibawa dan berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor :
i) Yang pertama, pelancaran Kempen Promosi dan Video Pelancongan eko pelancongan dan projek Gombak Hulu Langat Geopark
ii) Kerjasama bersama National Geographic Traveller UK untuk projek Gombak, Hulu Langat Geopark
iii) Penyertaan enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempromosikan kawasan pelancongan eko dan kempen pelancongan di daerah masing-masing seperti Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
iv) Sesi yang keempat, sesi pembentangan dan juga kerjasama bersama dengan pihak European Travel Agent and Tour Operator (ECTAA) bagi memasarkan produk pelancongan di Negeri Selangor.
v) Yang kelima, sesi kerjasama dengan Malaysian Association Of Tour and Travel Agency iaitu MATTA untuk memasarkan pakej pelancongan eko Negeri Selangor bagi pasaran luar negara khususnya Negara Eropah.
Bagi meningkatkan perbelanjaan pelancongan berikut merupakan salah satu strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri :
a) Menyediakan tempat penginapan yang cukup untuk memastikan pelancong tinggal lebih lama di Negeri Selangor.
b) Mensasarkan pasaran pelancongan antarabangsa yang memberikan nilai keuntungan yang tinggi iaitu higher seperti pasaran Eropah, Timur Tengah, China dan juga Amerika Syarikat. Pasaran-pasaran ini biasanya akan tinggal lebih lama iaitu long stay dan berbelanja untuk pengalaman pelancongan.
c) Yang ketiga, mempromosikan pusat komersial di seluruh Negeri Selangor seperti pusat membeli belah terkemuka, pusat pemborong pelancongan, gastronomi ataupun makanan dan sebagainya.
d) Yang keempat, mempromosikan barangan IKS dan juga kraf tangan tempatan.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Setia di Parlimen Petaling Jaya, kekangan kurang tempat menarik dan tiada produk pelancongan di tempat menarik di DUN Seri Setia. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kawasan-kawasan yang kurang mempunyai tarikan yang berkonsepkan pelancongan, ia juga boleh dipromosikan melalui industri-industri lain yang berkaitan yang juga akhirnya dapat menarik para pelancong untuk datang dan melawat ke destinasi tersebut antaranya seperti berikut:
a) Yang pertama, pelancongan gastronomi ataupun makanan. Di Kelana Jaya ini banyak gerai-gerai makanan so, ini kita boleh promosikan.
b) Yang kedua, pelancongan membeli belah iaitu retail and shopping experience yang di Kelana Jaya terdapat Paradigm Mall. Itu juga merupakan satu shopping centre yang boleh menarik para pelancong.
c) Yang ketiga, pelancong run industry, iaitu industri pembuatan dan kilang-kilang. Di Sungai Way kita ada free trade zone, itu juga merupakan satu produk pelancongan yang boleh bawa pelancong ke Kelana Jaya.
d) Yang keempat, pelancongan pendidikan iaitu pusat pendidikan Kolej Universiti ataupun Perpustakaan. Di Kelana Jaya juga terdapat kolej swasta, itu juga merupakan penarikan.
e) Yang kelima pelancongan sukan dan sebagainya, Stadium Kelana Jaya boleh menarik untuk mengadakan acara antarabangsa, bola sepak ataupun apa-apa boleh menarik pelancong ke Seri Setia.
f) Yang keenam, industri perhotelan. Le Meridien Hotel Kelana Jaya juga pun merupakan satu produk pelancongan di sana.
So, daripada beberapa industri yang berkaitan seperti yang di atas, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah pun menyenaraikan produk-produk yang berkaitan dalam bentuk Direktori Khas untuk dipromosikan. Pihak Yang Berhormat dialu-alukan untuk bersama-sama dengan Tourism Selangor bagi mengenal pasti ataupun memasukkan produk yang berpotensi di kawasan Yang Berhormat tersebut dan Direktori Pelancongan
Yang Berhormat, mencelah.
Okay.
Terima kasih. Terima kasih lah Yang Berhormat menyatakan tentang beberapa tempat di dalam kawasan Seri Setia itu. Cuma saya hendak jemput juga pihak Yang Berhormat dan Tourism Selangor untuk hadir datang ke kawasan Seri Setia. Dan saya ada satu cadangan, memandangkan kita di kawasan Seri Setia ini, kita ada, macam tadi Yang Berhormat menyatakan tentang free trade zone ataupun kawasan perdagangan bebas cukai. Yang ini banyak kilang-kilang lama yang terbiar dan sekarang ini memang ada lah Sunway, ia telah mengusahakan The Paddock, iaitu tempat makan dan juga tempat main Go Kart cuma ada kilang-kilang lain yang kosong, mungkin daripada pihak Yang Berhormat sendiri, mungkin ada cadangan yang boleh dimajukan atau dijadikan tempat pelancongan di kawasan free trade zone itu.
Yang Berhormat ini tidak ada dalam perbahasan. Boleh pilih tidak perlu jawab.
Okay. Memang kita ada usaha untuk menukarkan kilang-kilang terbiar ini kepada kawasan-kawasan pusat pelancongan ya, terutama di Petaling Jaya banyak gudang-gudang kilang ini telah pun ditukar kepada restoran yang sangat-sangat menarik yang menawarkan pelbagai makanan dan gastronomi. So, ini kita memang promosi dan setiap hari. So, untuk menjawab Dusun Tua. Yang bawah Dusun Tua berkenaan dengan kemas kini maklumat dan juga produk pelancongan yang terhad di laman sesawang www.selangor.travel. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai cadangan mengemaskini maklumat dan produk pelancongan yang terhad di laman sesawang, Kerajaan menyambut baik saranan yang diberikan untuk memastikan produk-produk pelancongan kita dapat dipromosikan dengan lebih meluas dan informasi yang dipaparkan adalah tepat dan
terkini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor hanya menyenaraikan produk pelancongan yang mempunyai lesen yang sah dan operasi sahaja di laman sesawang tersebut. Hal ini amat penting untuk memastikan segala informasi dan produk yang dikongsikan dalam keadaan kemudahan dan servis yang baik dan produk selamat untuk dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Yang akhir sekali, untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Balakong, berkenaan strategik mempengerusikan pelancongan industri. Berikut merupakan strategi Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor yang menjalankan pelbagai usaha melalui program, aktiviti, acara pelancongan bagi mempromosikan produk pelancongan industri seperti yang berikut:
i. Program FAM Trip ataupun lawatan bersama pihak media dan agensi pelancongan domestik dan antarabangsa;
ii. Kempen promosi secara digital ataupun atas talian (online) dan laman sesawang www.selangor.travel dan 14 platform rasmi media sosial Tourism Selangor;
iii. Program Jelajah Pusing Selangor Dulu bagi pasaran domestik;
iv. Program Promosi Luar Negara seperti ITB Berlin, ASEAN Tourism Forum, RMN Travel Mark dan juga Misi Jualan Pelancongan Antarabangsa;
v. Bahan penglibatan pelancongan seperti direktori Pusing Selangor Dulu dan Fun Map Negeri Selangor yang mengkhususkan pelancongan industri;
vi. Acara pelancongan Negeri Selangor seperti Tourism Selangor Global Convention – World Tourism Day.
Itu sahaja, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kajang, panjang-lebar. Saya persilakan Kota Kemuning. Pendekkan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan dan Negeri yang telah sedikit sebanyak telah memberi cadangan dan juga sentuh tentang portfolio saya.
Tuan Speaker, isu yang berbangkit berkenaan Skim Usia Emas daripada Yang Berhormat Rawang, Yang Berhormat Permatang, dan juga Kota Damansara. Bermula tahun 2023 Kerajaan Negeri telah meningkatkan nilai baucar Jom Shopping Skim Mesra daripada RM100 kepada RM150 setahun kepada setiap penerima. Bagi tahun 2023 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) selaku pelaksana bagi
program ini, telah menganggarkan jumlah penerima baucar sebanyak 199,100 orang dengan implikasi kewangan tahunan bagi program ini sebanyak RM 37.5 juta. Selain daripada manfaat baucar Jom Shopping, manfaat selepas kematian ahli SME juga turut diwujudkan di mana setiap ahli yang meninggal dunia, waris akan menerima wang khairat kematian bernilai RM 500. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan inisiatif-inisiatif lain yang boleh dimanfaatkan oleh warga emas seperti pemberian baucar Jom Shopping Perayaan, Iltizam Selangor Sihat dan lain-lain program Kerajaan Negeri yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bagi maklum balas bagi soalan Yang Berhormat Kota Damansara, untuk makluman, menurut rekd dalam sistem Skim Mesra, jumlah pendaftaran di DUN Kota Damansara bermula Januari hingga Mac 2023 adalah sebanyak 882 termasuk 287 borang yang didaftarkan secara online tetapi dokumen masih belum diterima oleh YAWAS untuk proses selanjutnya. Selain itu 34 permohonan telah ditolak dan 56 permohonan adalah tidak lengkap serta 334 borang yang telah disemak dan diluluskan. Oleh itu baki yang tertinggal dalam proses semakan adalah sebanyak 171 sahaja. Sebagai tambahan, Jabatan Pendaftaran YAWAS juga telah mengadakan tugasan tambahan masa pada setiap Hari Sabtu untuk mempercepatkan pemprosesan yang telah diterima.
Bagi maklum balas soalan Yang Berhormat Permatang, purata pemprosesan dan kelulusan permohonan pendaftaran ahli baharu Skim Mesra adalah satu bulan. Ini juga menjawab kepada Yang Berhormat Bukit Gasing tadi. Bermula Januari 2023 jumlah permohonan Skim Mesra meningkat secara mendadak sehingga melebihi 300% sebulan ekoran daripada penambahbaikan pemberian manfaat Jom Shopping secara terbuka. Tidak lagi mengikut bulan kelahiran. Dengan kadar jumlah yang lebih tinggi sebanyak RM150 berbanding RM100 pada tahun yang terdahulu, jumlah permohonan baucar mengikut bulan secara perbandingan adalah seperti berikut:
Pada November 2022, 2528 permohonan baucar. Pada Disember 2022, 4369 permohonan baucar. Bagi Januari 2023 – 13,074 permohonan baucar. Bagi Februari 2023 – 11,774 permohonan baucar. Ini menunjukkan peningkatan 3-4 kali ganda daripada sebelumnya.
Cadangan penggunaan apps bagi program Skim Mesra, YAWAS adalah dalam proses kajian tentang penggunaan apps bagi permohonan Skim Mesra dan juga program Jom Shopping. Memandangkan tahun 2023 ini baru dimulakan dengan sistem terbuka, untuk program Jom Shopping, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) atau Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) penggunaan apps dalam pelaksanaan program Jom Shopping akan dikaji dengan mengambil kira 3 faktor utama iaitu accessibility dan keselesaan golongan warga emas dan OKU dalam peralihan kepada digitalisasi, kos yang terlibat dalam membangunkan sistem ini serta jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk program ini.
Tuan Speaker, bagi masyarakat isu yang dibangkitkan oleh masyarakat menua daripada YB. Rawang, Kerajaan Negeri telah menggubal bukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan telah menggubal Dasar Warga Emas Negara pada tahun 1995 dan mengambil kira isu penuaan berasaskan kepada 5 dimensi untuk diterapkan kepada masyarakat. Lima dimensi tersebut adalah:
i. Penuaan sihat; ii. Penuaan aktif; iii. Penuaan positif; iv. Penuaan produktif; dan v. Penuaan sokongan.
Untuk memastikan Dasar Warga Emas Negara dapat dicapai, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan untuk mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Daerah yang dianggotai oleh agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan sukarela kebajikan, pihak akademik dan individu yang pakar dalam bidang penuaan. Kedua-dua jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk merangka, merancang dan melaksanakan program-program yang berbentuk promosi, advokasi, pembelajaran sepanjang hayat, keselamatan, perlindungan, penyelidikan dan pembangunan kepada masyarakat warga emas. JKM Negeri Selangor turut mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di peringkat kawasan Parlimen untuk menyantuni warga emas. Sehingga November 2022, sebanyak 18 buah PAWE telah ditubuhkan dan memberi manfaat kepada seramai 4,784 warga emas di Selangor. Bagi menangani isu masyarakat menua, Kerajaan Negeri mendapati terdapat keperluan bagi mewujudkan Unit Penyayang Warga Emas kepada warga emas di Negeri Selangor. Penganjuran Unit Penyayang Warga Emas bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas yang tinggal berseorangan atau dengan keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di hospital atau klinik kesihatan. Selain itu, Kerajaan Negeri mendapati terdapat keperluan menyediakan Respect Care kepada warga emas di Selangor. Respect Care adalah perkhidmatan alternatif kepada waris atau penjaga untuk menempatkan secara sementara warga emas dalam jagaannya di institusi bagi suatu tempoh tertentu. Disebabkan apa-apa sebab memerlukan warga emas ditempatkan sementara di institusi jagaan. Program khidmat bantu di rumah merupakan perkhidmatan sokongan sosial oleh sukarelawan ke rumah warga emas dan OKU yang terlantar. Perkhidmatan pemulihan penjagaan dan pengintegrasian client, boleh dilakukan oleh sukarelawan agar warga emas dapat terus tinggal dalam komuniti tanpa perlu dimasukkan ke institusi atau pusat jagaan. Di samping itu Kerajaan Negeri Selangor melalui Rancangan Selangor Pertama turut memfokuskan beberapa inisiatif bagi golongan sasar warga emas. Selain itu, program kebajikan yang dianjurkan di bawah Jawatankuasa Kebajikan seperti Geran Sukarelawan Warga Emas dan Program Pusat Kebajikan Lestari menyediakan peruntukan kepada rumah warga emas untuk bantuan pembelian fasiliti dan kemudahan.
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rawang berkenaan undang-undang pengabaian kepada ibu bapa atau warga tua, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan bagi cadangan mewujudkan undang-undang yang berkaitan isu pengabaian kepada ibu bapa. Sehubungan itu perkara ini adalah sebenarnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan perkara ini sedang dalam tindakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan Rang Undang-Undang Warga Emas bagi persediaan mendepani status negara tua 2023.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Sentosa dan Yang Berhormat Seri Setia telah menanyakan isu berkenaan BINGKAS. Tuan Speaker, matlamat pelaksana program BINGKAS ialah membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup. Golongan yang terkesan terutamanya yang berpendapatan rendah bagi menampung dan memenuhi keperluan asas kehidupan rakyat Negeri Selangor. Kerajaan Negeri turut menyediakan inisiatif-inisiatif lain bagi memberdaya dan membantu rakyat seperti Dana Usahawan Mikro Selangor, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Jualan Ehsan Rakyat dan lain-lain inisiatif Kerajaan Negeri yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Bagi kuota, kuota bagi program BINGKAS telah dinaikkan kepada 30 ribu penerima bermula 1 Julai 2022 berbanding kuota asal sebanyak 25 ribu penerima. Penambahan kuota yang telah dilaksanakan ini memberi ruang kepada manfaat 5 ribu penerima baharu. Pecahan kuota bagi setiap DUN adalah ditetapkan berdasarkan jumlah terkini pengundi di kawasan DUN mengikut statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diwartakan pada 17 Januari 2022. Sehubungan dengan itu, dengan pertambahan kuota baharu ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan jumlah kuota sebanyak 30 ribu penerima bagi program BINGKAS. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah menambahkan RM 100 dan menjadikan jumlah yang sebenarnya adalah RM 300 sebulan kepada setiap penerima. Sebelum ini hanya 200 sahaja diberikan kepada setiap penerima. Maka, kuota untuk 30 ribu penerima jumlahnya sebenarnya adalah RM108 juta diperuntukkan bagi tahun 2023.
Boleh? Minta penjelasan sedikit
Satu sahaja, ya.
Tempoh hari saya menyebutkan bahawa peserta BINGKAS dan juga kalau boleh dilibatkan dalam program pengupayaan ekonomi. Kalau ada maklumat atau pun data berkaitan di Sijangkang, boleh saya turut membantu untuk memantau supaya akhirnya mereka keluar daripada kepompong itu.
Terima kasih kepada cadangan daripada YB. Sijangkang. Sebenarnya kita memang menggunakan segala data-data
yang terkumpul itu bersama dengan portfolio-portfolio berbeza dalam mengguna pakai memberi bantuan kepada mereka yang sedia ada.
Berkenaan tentang isu yang telah dibangkitkan oleh berkenaan bantuan guaman Selangor oleh Yang Berhormat Meru, Tuan Speaker, Program Dana Bantuan Guaman Negeri Selangor membantu golongan kurang berkemampuan yang ditindas dan teraniaya untuk mendapatkan bantuan khidmat guaman. Sehubungan itu, pada ketika ini, inisiatif ini memfokuskan kes-kes melibatkan isu kekeluargaan dan isu pekerjaan sahaja.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Kota Damansara telah menyatakan hasratnya, cadangannya agar Kerajaan Negeri mewujudkan Majlis Penasihat Buruh Negeri Selangor. Pada ketika ini Kerajaan Negeri berpandangan tiada keperluan mendesak untuk mewujudkan Majlis Penasihat Buruh Negeri dan memadai untuk memperkasakan bidang kuasa serta tugasan kepada Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) sedia ada. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu disemak dan diteliti mengikut kesesuaian peredaran masa dari semasa ke semasa. Dengan itu, pihak UPPS sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia serta Jabatan Tenaga Kerja dalam usaha mempergiat dan memperbanyakkan lagi penganjuran program-program usaha sama yang bertujuan khusus untuk membantu kumpulan sasaran dalam mencari pekerjaan di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Habis, sila duduk. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Saya mempersilakan EXCO Pandan Indah.
Terima kasih Tuan Speaker.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dalam ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan sedikit sebanyak ada menyentuh juga isu-isu berkaitan portfolio infra dan juga pertanian. Yang pertama, saya ingin menyentuh apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balakong berhubung dengan dan juga Yang Berhormat Ijok berkaitan penggunaan lampu solar.
Tadi ada disebut oleh yang rakan saya Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk lampu solar LED ini yang makin popular sekarang ini disebabkan oleh banyak faktor. Terutamanya dia terang, lebih terang dan seterusnya tidak akan vandalismenya, kecurian kabelnya tidak akan menyebabkan masalah dan juga tidak perlu bayar bil. Yang ini antara kelebihan-kelebihannya lampu solar dan kita pun telah memperkenalkan di bawah Program Lampu Solar Selangor yang telah kita laksanakan di fasa satu melibatkan 350 lampu yang telah kita agih-agihkan. Untuk fasa dua, kita telah luluskan dan kerajaan telah meluluskan dan mula dilaksanakan bulan Mac, bulan ini. Tambahan 300 lagi, 360 lagi lampu unit, yang ada 25 DUN atau 26 DUN lagi atau 25 DUN lagi yang belum menerima. Jadi ada baki ya.
Kalau ada baki tu Ahli-Ahli Berhormat yang masih merasakan tak cukup yang itu saya, kita boleh pertimbangkan ya. Pertimbangkan ya bukan kita confirm ya. Tapi siapa dulu hantar permohonan, tempat yang sesuai kita akan pertimbangkan untuk dipasang segera. Bagi pencerahan menjelangnya bulan Ramadhan dan Hari Raya ini. InsyaAllah ya. Sebenarnya saya bersetuju dengan pandangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Banting tadi yang menyebutkan maintenance. Siapa ya, Yang Berhormat mana? Yang Berhormat Banting ya. Terima kasih. Memang kita ambil pertimbangan itu kerana walaupun maintenancenya hampir maintenance free tapi ada ketikanya bila berlaku kemalangan dan sebagainya menyebabkan kita perlu buat penambahbaikan. Yang ini kita akan mengambil pertimbangan dan juga penggantian battery nya nanti itu perlu dibuat maintenancenya. Dan di bawah Kerajaan Negeri, bawah JKR, dia mempunyai spesifikasi yang tersendiri tentang yang disebut mengenai perlunya ada local punya produce ataupun tempatan. Jadi spesifikasi lampu jalan yang diguna oleh JKR telah menetapkan bahawa pengilang, pengedar lampu jalan sama ada LED atau solar LED mestilah pengilang, pengedar tempatan yang mempunyai kilang di Malaysia. Yang ini syaratnya tapi berdasarkan kepada kajian pasaran semasa tidak ada pengiilang yang 100% mengeluarkan produk yang buatan Malaysia. Kalau adapun pemasangan ataupun sebahagian komponen itu dia daripada local punya produk kualiti. Tidak ada yang 100% produk tempatan tapi walau bagaimana pun kita menerima produk-produk ataupun pengilang tempatan yang berdaftar dengan Electrical Material Approved List ataupun EMAL ini JKR. Ini wajib mempunyai kilang sendiri ada lesen pensijilan produk-produk spesifikasinya dan ada proses pemasangan di Malaysia. Ini kita anggap sebagai produk di bawah EMAL ataupun local punya apa tu, ini memang ada. Dan itu kita syaratkan sebelum kita membeli, memasang ataupun menerima pemasangannya di bawah JKR. Dan kita harapkan juga digunakan oleh pihak PBT juga ya.
Soalan tambahan. Tuan Speaker?
Balakong.
Sebenarnya Balakong memang ada satu kilang LED yang.....
Ini ada perbahasan di dalam perbahasan?
Ada. Ada. Ni soalan saya ini. Ada.
Saya bukti. Saya bukti. Saya ada bukti.
Ada bukti ya? Baik. Baik. Saya terima.
Memang ada kilang yang buat spesifikasi untuk LED Solar dan juga LEDlah di Balakong juga. Dan syarikat itu even dia memang pengerusi
untuk persatuan LED di Malaysia mungkin selepas ini kita boleh introduce satu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi boleh kalau saya yakin syarikat berkenaan ada daftar di bawah EMAL ini. Saya yakin di ada kerana pembekalnya yang di Malaysia semuanya memang berdaftar dengan EMAL ni ya. Dan juga untuk saya maklumkan sekali lagi bahawa berhubung dengan pemasangan lampu solar ataupun program lampu Solar LED Selangor ini. Masih di akan dilaksanakan selain daripada peruntukkan di bawah program yang saya sebutkan tadi. Juga ada tambahan peruntukkan sebenarnya sebanyak RM 3.45 juta. Untuk makluman Ijok, yang telah diterima bagi pemasangan lampu jalan baru di bawah P12 di bawah bajet pada tahun 2023. Jadi makna banyak lagi lampu-lampu solar ini telah mula dipasang dan akan dilaksanakan. Jadi saya harap mungkin secara khusus Yang Berhormat Ijok boleh senaraikan tempat-tempat yang kritikal yang perlukan pemasangan segera lampu-lampu solar LED ni ya. Untuk seterusnya yang berkaitan dengan isu banjir ni yang di banyak masih ada lagi yang ditimbulkan, saya menerima juga pandangan ataupun perbahasan daripada Pandamaran berhubung dengan isu banjir ini yang panjang-panjang sekali kalau mahu dihuraikan mungkin tak cukup masa Yang Berhormat Speaker. Jadi mungkin saya akan boleh berikan kepada Pandamaran. Cuma saya akan sebutkan di sini bahawa peruntukkan untuk Pandamaran ini sebenarnya bernilai RM 41.6 juta yang merangkumi peruntukkan pembangunan dan mengurus negeri. Manakala Kerajaan Persekutuan pula telah memperuntukkan sebanyak RM 63.5 juta setakat ini untuk pelaksanaan, bagi JPS melaksanakan program-program kejadian banjir kilat di kawasan Pandamaran. Jadi saya boleh tak perlu saya nak ini memang panjang senarai ini dan ada yang dah siap dan ada yang dalam pelaksanaan juga banyak yang dalam pelaksanaan dan perancangan. Untuk tapi tak boleh lawan Meru lah besar lagi. Cuma tunggu kelulusan persekutuanlah ya. Projek yang di Sungai Kapar Kecil itu. Jadi cuma saya nak sebutkan di sini kerja-kerja dalam masa yang sama juga kerja langkah pendek jangka pendek untuk JPS ialah kita perlu juga dari masa ke semasa meletakkan pam bergerak sebab itu saya di bawah peruntukkan lepas kita telah luluskan banyak pam, mobile pam ataupun pam bergerak sementara yang banyak untuk kita mudahkan untuk mobilize ke tempat-tempat yang diperlukan bukan sahaja di Pandamaran di banyak-banyak tempat lain memang kita minta. Sebelum ini memang ada banyak dalam 40 lebih 50 lebih tapi bila saya tanya pam-pam ini berada statik di tempat-tempat projek sedang berjalan. Jadi dia dah tak jadi la mobile sebab dia diperlukan di situ sehingga projek siap. Jadi tak jadi mobile, saya kata mobile ni kena betul-betul mobile maknanya dia bersedia apabila perlukan banjir dapat dimobilizekan segera. Itu baru mobile. Sebab itulah kita minta peruntukkan tambahan untuk beli tambahan-tambahan pam ini supaya dapat digerakkan ke tempat-tempat yang memerlukan segera.
Ada permintaan. Boleh?. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk Yang Berhormat EXCO...
Yang Berhormat ada bahas ke? Isu baru ke isu lama? Ada bangkit dalam perbahasan?
Ada Pandamaran tadi. Lama. Lama. Lama. Ada.
Ada. Ada. Ada.
Ada.
Ada bantahan ya. Ada bantahan, ada bantahan. Okay, okay. Boleh-boleh silakan.
Tak payah la you jahat.
Templer yang tak ada dalam ni.
Oh Templer yang tak hadir. Templer tak hadir.
Templer yang tak hadir. Templer hadir tak? Haa, semak-semak.
Baik-baik. Tak apa kita bagi, bagi laluan kepada Pandamaran.
Ada satu permintaan daripada Pandamaran di mana Kolam Tadahan Taman Buaya Tinggi itu ia perlu didalamkan saiz ada minta untuk dalamkan beberapa kolam tadahan ini. Terima kasih.
Kita pun... Ahli Parlimen datang masuk ke Dewan Negeri. Okay, okay. Sebenarnya ada selain daripada pam dan pendalaman itu kita akan teliti secara berkala apa yang disebutkan juga penyelenggaraan sampah itu lagi satu yang merupakan punca besar banjir ini di lock boom dan kunci air. Dan untuk yang sepanjang Sungai Klang ini kita telah pun buat keputusan baru ini dan kita akan selaraskan di mana dia akan dibina di bawah SMG di anak-anak sungai ataupun longkang-longkang besar yang mengalir ke Sungai Klang. Tetapi urusan penyelenggaraannya dibuat oleh pihak PBT. Yang ini yang kita akan sebab apa sekarang ini kita buat lock boom di sungai sahaja Sungai Klang. Jadi sampahnya terlalu banyak ya, saya untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat saya pun terkejut sebenarnya bila saya buat lawatan baru ini ke Prestasi ataupun kemajuan korekan Sungai Klang ini saya dapati memang sampah. Kita ingatkan dalam satu meter sebenarnya tiga meter, empat meter dalam sampah. Boleh kata dia hampir semua tempat di Sungai Klang ini sampah sangat dalam tiga, empat meter satu-satu angka yang sangat luar biasa yang perlu kita buat tanganinya dalam masa yang segera ya. Seterusnya juga isu berkaitan dengan penyelenggaraan sistem-sistem mekanikal kunci air ni. Pintu air ini. Ini pun satu lagi yang menjadi dan kebanyakan kita telah
mula tukarkan dia naikkan taraf kepada sistem sekadar. Di mana sistem sekadar ini ialah sistem yang kita boleh kawal daripada pusat operasi tidak perlu secara manual untuk turun bagi nak buka tu nak tutup tu ini pun sedang dibuat secara berperingkat-peringkat oleh pihak JPS. Dan Yang sudah saya sebutkan tadi juga dalam jawapan tadi bahawa pelaksanaan atau kajian pelan induk saliran mesra alam ataupun PISMA ini adalah satu perkara berterusan yang sedang kita laksanakan supaya kita dapat mengenal pasti betul-betul kelemahan sistem perparitan dan juga kolam takungan yang perlu diupgradekan dan bila siap dan memang dah siap untuk Klang cuma perlu dibuat penambahbaikan dan kita sedang buat kajian di bawah Kerajaan Persekutuan sedang laksanakan di bawah JPS untuk Pekan Meru Klang bagi pelaksanaan PISMA ini. Berdasar kajian yang dibuat sistem mekanikal adalah memadai walau bagaimanapun keperluan pam dikunci air Jalan Papan akan dikaji semula mengambil kira trend pembangunan semasa melalui kajian ini PISMA tadi yang akan dilaksanakan oleh JPS. Jadi kita akan tengok balik keperluan di Jalan Papan ini sama ada perlu diupgrade ataupun diperbaiki reka bentuknya ya. Untuk Yang Berhormat Meru yang bertanya mengenai isu perparitan dan saiz, sebenarnya saya mengunjungi tempat ini baru-baru ini saya dah pergi daripada 22 Februari. Ramai yang ikut untuk melihat contoh di mana parit-parit tidak bertuan ini. Yang ini yang saya nak selalu dah sebut dalam Dewan yang dibangkitkan oleh ramai. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kajian yang dibuat oleh JPS inventorinya ada dapati lebih 160 lebih parit ataupun longkang yang tidak bertuan ini. Yang tidak di selenggara oleh mana-mana pihak. Dan saya dapati masalahnya besar sebenarnya besar, sebenarnya sebab macam di Jalan Empat ini paritnya besar penuh dengan pokok tumbuhan dan memang tidak akan dapat membantu mengalirkan air. Dan masalahnya tidak ada agensi dan jabatan yang ada tanggungjawab bawah siapa. Yang ini satu isu yang besar bukan sahaja melibatkan boleh bagi kamu atau kamu tidak boleh. Ia melibatkan perundangan dan juga melibatkan bajet. Dan saya telah minta inventori ini dah boleh siap dan pelaksanaannya saya rasa kita tidak boleh simply buat begitu kita perlu ada satu kaedah. Dan antara kaedah yang saya nak cadangkan ialah iaitu one off ini untuk peringkat awal ialah supaya kita buat sistem punya sistem block yang dibuat oleh kawasan pertanian di Sabak Bernam. Di mana dia telah kenal pasti block-block ini dan pihak MPKK sendiri diberi tanggungjawab dengan bajet untuk menguruskan supaya tempat ini dapat diselesaikan. Yang ini untuk jangka pendek. Kalau ini dapat saya, cadangan ini sedang kita siapkan untuk saya bawa ke dalam mesyuarat MMKN untuk dapat kelulusan ini untuk sementara sehingga kita dapat penyelesaian untuk jangka panjang bagaimana longkang-longkang yang tidak bertuan ini dapat diuruskan. Saya harap perkara ini akan dapat kita siapkan secepat mungkin untuk kita bentangkan. Jadi saya faham isu ini yang banyak kali dibangkitkan oleh Meru berhubung dengan beberapa bukan satu ya tiga atau empat tempat ini yang memang cukup jelas memang sangat-sangat kadang-kadang sangat menyedihkanlah yang perlu diambil tindakan segera untuk isu berkaitan dengan banjir ini.
Seterusnya berhubung dengan isu dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sijangkang tentang status terkini rancangan tebatan banjir dan Sungai Langat fasa 2
ini. Sebagaimana saya sebut tadi sama juga statusnya dalam tetapi dengan Sungai Kapar tapi dia lebih serius lagi sebenarnya dah peringkat macam seolah-olah macam dah ditolak jadi saya sebenarnya agak membimbangkan kerana rancangan tebatan banjir ini RTB Sungai Langat fasa dua ini melibatkan bajet harta yang sangat besar hampir RM 2 bilion. Dan perkara ini antara perkara yang paling awal saya minta kelulusan ini daripada sejak saya jadi EXCO lagi sebab saya melihat keperluan itu sangat-sangat mendesak kerana banjir yang sebegitu besar yang melibatkan di kawasan di sebelah Hulu Langat, Sepang dan juga sehingga ke Kuala Langat ini merupakan satu perkara yang besar yang perlu diberi perhatian. Jadi kita akan terus memohon di bawah peruntukkan Wilayah Persekutuan.
Yang Berhormat EXCO. Sebab sebut Hulu Langat tadi tu. Hulu Langat sini, depan ini Kuala Langat kena tengok soal berkaitan dengan banjir ini. Sebab bila banjir di hulu lepas itu kuala kena. Walaupun kami ini beza parti, tapi soal berkaitan dengan banjir ini saya kena jaga Kuala Langat ni. Minta Yang Berhormat EXCO tolong tengok-tengok sikit soal berkaitan dengan banjir ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Mantap. Silakan.
Terima kasih. Terima kasih Hulu Langat.
Yang berhormat Pandan Indah sila duduk. Sambung sedikit kemudian ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 12.00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 3.00 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Saya persilakan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah untuk menyambung jawapan daripada perbahasan-perbahasan yang dikemukakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya menyambung sikit lagi maklum balas daripada portfolio yang
terlibat di bawah saya. Saya telah sebut pada pagi tadi sebelum ditangguhkan bahawa projek tebatan banjir RTB Sungai Langat Fasa 2 yang telah pun di kaji semula pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan dan yang projek bernilai RM1.956 bilion ini tidak termasuk di dalam 6 projek segera yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun projek ini akan diangkat semula dalam pembentangan RMK12 yang akan diadakan pada 23 Mac 2023. Kerajaan Negeri Selangor memang mengambil berat mengenai rancangan tebatan banjir ini yang merupakan yang saya dah sebut pagi tadi melibatkan tiga daerah iaitu Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat. Jadi bermakna ini antara sungai yang mengalir terus ke Selat Melaka. Jadi keperluan untuk kita laksanakan projek ini adalah tinggi dan perlu disegerakan kerana memandangkan telah beberapa kali ditangguhkan. Jadi saya harap pihak ahli Dewan Negeri Sijangkang dan Ahli Parlimen Kuala Langat dapat membawa perkara ini dalam Parlimen supaya perkara ini dapat disegerakan. Untuk yang soalan yang dibawa oleh Kota Damansara berhubung dengan isu Tasik Cova yang saya beberapa kali telah ditimbulkan dan saya pun telah maklumkan dalam Dewan ini dalam sidang yang lepas bahawa usaha telah dibuat melalui bersama dengan KSB Kumpulan Semesta untuk bagaimana kita dapat menguruskan Tasik Cova ini sebagai satu tasik yang besar yang perlu diuruskan kolam takungan ini dalam masa yang sama juga tidak membebankan bukan sahaja dalam urusan pembinaan ataupun pembetulan tasik ini tapi juga dalam penyelenggaraan. Tapi lepas buat kajian pihak KSB tidak menarik diri kerana didapati tempat ini tidak sesuai kerana tidak mempunyai pasir yang mencukupi untuk mereka membuat kerja-kerja susulan. Hasil daripada itu pihak JPS telah melantik perunding untuk melaksanakan kajian kolam takungan pada Ogos 2021. Jadi skop kajian itu meliputi kajian kolam sedia ada dan sistem saliran kawasan sekitar sebagai salah satu komponen mitigasi banjir kedua mereka bentuk sistem saliran dan juga pengurusan air larian atau surface water yang bagi keseluruhan kawasan Tasik Cova ini serta jadual kumpulan penyelenggaraan dan mengkaji tahap kualiti air di dalam kawasan ini. Pihak perunding telah mencadangkan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kolam takungan dan saliran, melibatkan pengorekan dan pengeluaran kelodak dan lumpur sebanyak 135,000 meter padu dan memerlukan pengangkutan keluar bahan korekan sebanyak 10,700 lori yang diperlukan yang diperlukan untuk bawak keluar kelodak ini. Jadi ini merupakan satu kuantiti yang banyak dan memerlukan satu laluan yang sesuai. Hasil itu pihak KGS telah mengarahkan perunding untuk mengkaji opsyen lain untuk menyelesaikan isu tersebut. Dua opsyen yang dicadangkan adalah seperti berikut. Yang pertama, mengorek dan menambak tanah di kawasan Kwasaland yang berdekatan itu iaitu lot tanah yang berada di sebelah Tasik Cova atau opsyen dua mengorek dan menambak sebahagian tanah ke tebing Tasik Cova manakala tanah di bawa keluar dari kawasan Kwasaland. Kerana sebahagian dari Tasik Cova akan ditambak dan sebahagian lagi akan digunakan untuk kolam takungan. Itu kajian awal reka bentuk dan telah didapati ada dua opsyen ini dapat JPS sedang buat penelitian terakhir dan hasil kajian daripada pihak konsultan bagi membentangkan cadangan Tasik Cova ini seluas 75,127 meter persegi dalam MTES atau Majlis Mesyuarat Tindakan Negeri Selangor dan MMKN dalam masa terdekat ini.
Supaya opsyen ini diselesaikan dan dapat persetujuan Kerajaan Negeri apakah keputusan akhir berhubung dengan pelaksanaan ataupun pengurusan Tasik Cova ini.
Tentang isu yang dibawa oleh Seri Setia yang berhubung dengan banjir ini saya ambil maklum. Sebab ini melibatkan juga kawasan di bawah lebuh raya yang mana u-turn keluar ini di bawah Lebuh Raya Persekutuan yang kita akan FT15 di Lapangan Terbang Subang ini kita akan mohon peruntukan untuk memang kita aware perkara ini berlaku juga di LRT Glenmarie ini di bawah LRT dan juga Citta Mall memang saya duduk pun dekat situ memang ini masalah. Ini sebahagiannya melibatkan juga longkang dalaman MBPJ. Kita akan uruskan ya.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kalau ikut jalan yang saya maksudkan ini kalau kita dari Subang Airport kita nak Kelana Jaya ataupun nak ke Subang Jaya jalan itu berturutan sampaikan fly-over yang baru itu pun akan banjir. Bila banjir dia akan sebabkan kesesakan yang teruk. Kemudiannya kalau kita dari Shah Alam dan kita nak ke Subang Airport yang itu pun sama juga. Ini saya rasa ialah dulu masa saya bawa dalam Sidang sebelum ini apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO memanglah kita ni kerajaan yang berlainan agak sukar tapi sekarang ni saya harap sangatlah dan juga saya ada sentuh juga tentang Yang Berhormat tahulah traffic light 199 mungkin ada kajian yang terbaru ke.
Yang saya sebutkan itu, laluan bawah pada Federal Highway itu, itu merupakan satu masalah yang besar. Agak lembah di bawah itu dan kita telah pun meneliti perkara ini dan satu cadangan penyelesaiannya yang memerlukan kos yang besar untuk diselesaikan isu banjir di kawasan u-turn itu dan juga saya sedia maklum mengenai isu yang dibangkitkan mengenai 199 ini sebenarnya kita memang ada cadangan kita dah buat kajian TIA Traffic Impact Assessment dan mendapati tempat itu level of service (LOS) dia F. Habis dah. Kategori F. Memang sangat sesak tetapi bila kita dah bawa kepada atas masih tidak dimasukkan dalam senarai projek yang diluluskan untuk dibuat elevated highway daripada Lebuh Raya Guthrie itu keluar terus menyeberangi Federal Highway. Walaupun ada cadangan daripada pihak swasta untuk membuat lebuh raya dua tingkat di sepanjang jalan Lebuhraya Persekutuan yang akan mengambil trafik daripada Lebuhraya Guthrie tapi saya melihat itu masih lagi belum peringkat yang advance yang perlu diberikan perhatian. Jadi kita dah masuk sekali lagi untuk membuat permohonan itu untuk dapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk dapatkan bagi pelaksanaan isu penyelesaian isu jalan Persimpangan 199 itu.
Yang Berhormat EXCO tadi Yang Berhormat kata pihak Majlis Bandaraya pun terlibat di Jalan Ara Damansara itu.
Ini yang Ara ini di bawah jalan dalaman yang melibatkan longkang-longkang yang banyak tersumbat bila banjir di situ. Kebanyakan yang kita perhatikan yang berlaku ini ialah parit erong atau scalper drain. Dia tersumbat. Sia-sia banjir di situ.
Sebab saya difahamkan PLUS dulu tu dirobohkan dan kuil belakang itu dirobohkan ialah kuil itu tak ada lesen adalah kerana nak melebarkan laluan itu dan juga longkang. Jadi yang ini pun kalau betul dan pasti buat kena betul.
Kadang-kadang longkangnya air tak ada kosong atau air separuh tapi air dari pada atas jalan tidak pergi ke situ. Itu parit erong. Menyebabkan scalper drain tersumbat selalu. Ini yang saya perhatikan dan perlu diperbetulkan dan banyak PBT di Shah Alam saya tengok ada dan di PBT lain pun ada. Kena selalu ronda selepas hujan. Tengok kat mana air bertakung sebab jalan yang air bertakung bila kenderaan lalu lalang jalan pula rosak. Air bertakung banjir itu bukan kerana longkang dia tak muat tapi air tak boleh pergi ke longkang sebab parit erongnya sumbat. Ini satu lagi yang saya selalu sebutkan. Perlu dilihat diteliti penyelenggaraan jalan yang melibatkan parit erong. Tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya berhubung dengan (dia tak ada tadi, di bilik susuan) jadi saya suruh sebut bahawa isu berkaitan SEJAM ini telah disentuh sebelum ini. Skim Jaminan Air Mentah Fasa 1 ini sebenarnya projek penyelesaian supaya tidak ada berlaku gangguan bekalan air bila berlaku pencemaran. Ini projek yang berjalan yang kita akui ada sedikit kelewatan di tiga projek ini dan yang terakhir saya dapati dan lihat dan teliti akan siap semuanya menjelang Oktober 2023. Jadi sama ada di Semenyih, di Rantau Panjang dan di Sungai Selangor (SSP1, 2 dan 3) saya dah melawat tempat ini dan melihat sendiri berjalan dengan baik. Ini disebabkan isu di SSP 1, 2 dan 3 tanah ceroboh. Kita nak buat diversion tanah itu dia dah ceroboh dengan tanaman sawit. Perlulah kita ambil langkah-langkah penyelesaian di situ dan juga isu berkaitan dengan juga pertukaran isu reka bentuk teknikal semua penggunaan pam yang dah diubah. Contohnya di peringkat awalnya di SSP 1, 2 dan 3 itu kita nak guna akhirnya sebab terlalu dalam kita tukar kepada jenis yang platform punya. Jadi ada perubahan design itu melibatkan sedikit gangguan dan sekarang ini semuanya berjalan lancar dan insya Allah akan siap pada bulan 5 ini pam akan tiba. Dan juga di sebut oleh Yang Berhormat yang disentuh berhubung dengan isu dasar penggunaan air. Ini saya perlu tegaskan di sini saya pernah sebut sebelum ini untuk Negeri Selangor domestik penggunaan air adalah 250 liter setiap orang setiap hari. Itu kadar yang digunakan. Tapi saya pun kena ada sikit reservation. Sebab kita di Malaysia menggunakan air minum untuk segala-galanya. Di negara lain air minum saja. Air untuk basuh air lain. Jadi kita di Malaysia ni kaya. Air minum pun kita guna untuk toilet, untuk basuh dan sebagainya. Sebab kita dah ada second piping dalam penggunaan air. Jadi penggunaan air kita 250 liter seorang sehari. Sedangkan di peringkat nasional ialah 226 liter seorang sehari. Maknanya kita lebih tinggi dari nasional. Dalam bab penggunaan air ini. Dan kalau dibandingkan dengan Singapura
lagi jauhlah. Singapura 170 liter seorang sehari. Dan WHO pun di sekitar itu. 160 - 170. Itu panduan daripada WHO. Jadi mungkin kita boleh ambil langkah-langkah untuk dapat diturunkan. Kalau ada usaha-usaha itu ada dibuat oleh pihak Air Selangor bagi kita menggalakkan sedikit kempen dan sebagainya untuk mengurangkan penggunaan air dan juga penggunaan water saving devices yang telah diperkenalkan iaitu alat penjimatan air telah digunakan telah dipasang untuk mengurangkan penggunaan air domestik termasuk penjimatan pancuran di piping dan juga sistem tandas dan mesin basuh dan mesin basuh pinggan yang boleh menggunakan alat dan dapat mengurangkan penggunaan air ini. Untuk yang isu smart meter yang juga telah dibangkitkan kita memang telah pun mula melaksanakan fasa 1 smart meter bagi air. Air ini tidak semudah elektrik untuk smart meter kerana ada kekangan tertentu terutama vandalisme antara puncanya. Kalau elektrik mungkin tak berapa berani. Tapi kalau air mudah untuk mereka laksanakan dan juga dari segi connectivity. Air akan masuk kawasan rural dan sebagainya yang tidak mempunyai sistem connectivity yang tersendiri yang menggunakan talian yang sedia ada. Jadi ini antara perkara dan juga kos yang tinggi dan kita sedia maklum air Selangor ini bukan sahaja kena tukar meter kita nak tukar paip lagi nak tukar itu nak tukar ini banyak benda perlu dibuat jadi kekangan kewangan itu menjadi agenda faktor penting dalam kita menangani dan menyelesaikan isu-isu penggunaan smart meter.
Saya rasa yang Sijangkang juga ada membangkitkan isu MARRIS. Isu MARRIS ini tentang belum memuaskan. Saya dah maklumkan bahawa dengan Kumpulan Semesta atau InfraSel anak syarikat yang bertanggungjawab yang terlibat. Saya mendapati ada peningkatan dari segi faktor utama penggunaan Integrated Road Assets Management System. Yang memantau dan mengumpul data base setiap hari mereka buat rondaan dan mengumpul data dan maklumat berhubung dengan kerosakan bukan sahaja pothole (lubang jalan) tapi juga perabot jalan seluruh Negeri Selangor. Setiap hari. Dan kita mempunyai data base yang mencukupi sekarang yang pertama memahami jalan mana yang statistik yang mana banyak kerosakan. Dan saya pun menyebut banyak kali sebahagian besar jalan Negeri Selangor ini telah melepasi umur. 20 tahun ada yang 40 tahun tanpa di naik taraf. Ini sebarang tampalan yang kita buat dia hanya bersifat sementara sebab dia tidak boleh sebab struktur jalan itu telah rosak. Ini perkara yang perlu kita fahami dan kita cuba untuk menggantikan setiap tahun menaik taraf tapi tidak boleh buat serentak semua jadi ini serba sedikit kadar kewangan kekangan kewangan yang kita ada yang lain itu kita terpaksa tampal dulu. Itu antara perkara yang kita kena fahami dan kita buat, yang keduanya penggunaan jalan di Selangor ini terlalu tinggi, dia sangat heavy traffic ini yang jadi satu punca yang menyebabkan kita menghadapi masalah yang besar dalam kita menguruskan jalan kita masih had muatan masih melebihi. Yang ketiganya jalan tanah, tanah keadaan tanah di Selangor ini kita ditambah pula dengan tanah marine clay kita banyak. Jadi marine clay kawasan Pelabuhan Klang dan sebagainya dan kawasan pantai sukar untuk kita maintain dengan baik kerana keadaan tanah yang selalu lembik lembut untuk kita uruskan.
Terima kasih Speaker
Sijangkang
Saya nak tanya adakah terimaan kita untuk MARRIS ni adalah kadar dengan panjang jalan yang kita telah daftarkan selama ini atau pun proses pendaftaran jalan ini biasa berlaku dan kita sentiasa update kan permohonan kita untuk setiap tahun peruntukan MARRIS kerana kita penyumbang KDMA yang cukup besar kepada nasional, terima kasih.
Ada dua perkara yang kita luluskan yang di bawah untuk penambahbaikan jalan yang MARRIS yang pertama adalah yang dipanggil sebagai PCA Payment Condition Assesment ini yang kita bajet kita setiap tahun 10 juta ini untuk membuat kajian teliti pada semua-semua jalan atau status jalan itu, itu kita gunakan duit MARRIS, yang keduanya 5 juta setiap tahun kita gunakan untuk mendaftar jalan-jalan MARRIS yang masih belum didaftar dan kita dapati adalah banyak lagi yang belum didaftar jadi bila tak daftar kita tak layak untuk menerima geran itu. Ini yang kita usahakan sekarang ini kita menerima 550 juta setahun, mengikut apa yang kita jalankan jalan yang kita daftarkan memang kita menerima dua kali kalau tak silap saya daripada PWN dia beritahu dua kali peruntukan diberi setiap tahun dan jumlah yang memang memenuhi bergantung pada panjang jalan dan kategori jalan yang kita telah pun kita daftar di bawah MARRIS tapi kita berterusan juga untuk daftarkan kerana apa, kos yang kita untuk 5juta itu untuk buat apa yang dipanggil sebagai cerapan bahawa kita boleh daftarkan dan kita daftarkan kita dapat lebih banyak benda itu mungkin 15juta daripada 5juta berulang setiap tahun ini yang kita usahakan dan saya rasa lagi 2 3 tahun lagi 5juta, 5juta, 5juta baru kita dapat selesaikan terutama jalan-jalan PBT termasuk backlane jalan PBT pun sebenarnya melayakkan untuk menerima peruntukan MARRIS ini yang kita telah buat laksanakan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih EXCO saya dari perhatian bahawa di Selangor banyak jalan yang konsesi tapi kalau kita lihat lagi banyak jalan tiada improve kita punya kekurangan apa ini trafik jadi saya ingin menjelaskan di sini bahawa pengalaman Kerajaan Negeri dalam memberi konsesi dengan mengawas kawasan-kawasan yang telah diberi konsesi sama kecohnya dengan PBT selaraskan jalan-jalan dalam kawasan perumahan yang jalan yang berlubang sama jadi pengalaman itu kita improve boleh kita fikir macam mana jalan ini clear, bersih (sebutan tak jelas)...
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang sebenarnya memang ada pelan induk pengankutan ini Negara ini jalan memang ada, setiap PBT dia ada pelan induk masalah dia adalah dari segi pelaksanaan itu kadang-kadang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan yang
keduanya ialah kos yang sangat tinggi jadi ini antara perkara itu sebab itu saya berpandangan bahawa kita bukan tidak boleh hanya melihat dari segi aspek pengangkutan private sahaja tetapi perlu melihat juga public transport dia kena bersekali kalau kita nak tunggu nak siapkan jalan setiap cukup kenderaan kita ini saya rasa tidak akan sampai sebab kenderaan akan bertambah. Kereta akan terus bertambah kenderaan akan turut bertambah tapi jalan perlu diuruskan memang ada kaedah digunakan TIA kita pakai Traffic Impact Assessement kita buat kajian sebagainya tetapi pelaksanaan lebuh raya terjalan makan masa, lebuh raya kadang-kadang dari perancang sehingga pelaksanaan 10 tahun ketika nak sampai 10 tahun itu bila sampai 10 tahun dan perlu jalan lain dah, jadi itu lah satu perkara yang kita kena jadi sebab itu pengangkutan awam juga perlu ditingkatkan bersama untuk dilihat bersekali penyelesaian kepada isu pengangkutan dalam negeri dan juga negara kita.
Sikit lagi, saya nak beritahu apabila kita ada berhubung yang bagus dengan persekutuan macam saya bagi surat terbuka kepada Perdana Menteri saya tak saya ambil aspek amik point saya hantar surat bertulis bersetem serahkan lepas tue dia buat sikit tak banyak maka saya contact dengan Menteri Komunikasi lepas itu dia kata dia akan pastikan dia ambil tindakan, lepas itu baru lah saya menerima daripada Setiausaha Sulit Perdana Menteri banyak perubahan berlaku jadi orang perhati, perhati jalan nak rata, perumahan selesai, Puncak Niaga Construction pun dia kata terima kasih sebab bagi kerjasama dengan YB Tuan Haji Shaari dalam melaksanakan projek D44 ini boleh kalau kita buat benda dengan menggunakan kuasa undang-undang pengaruh kuasa kedudukan dan peranan persekutuan dengan negeri diselaraskan dengan pantas supaya boleh cepat, saya cadangkan kita boleh buat begitu.
Terima kasih Yang Berhormat itu kita take note memang kita ada sebenarnya cuma mungkin penyelarasan tidak begitu baik dari segi pelaksanaan macam lebuh raya itu kuasa pada pihak Persekutuan dalam menentukan jajaran dan sebagainya kita boleh libatkan diri dari segi penyediaan tapak jajaran sebagainya tapi akhirnya keputusan mereka dan saya di peringkat negeri pun kita pun ada perancangan jalan-jalan baru dan sebagainya di pihak PBT dan juga pihak JKR kita akan laksanakan peringkat-peringkat untuk pertanyaan dari Kota Damansara berhubung dengan isu kesesakan Persiaran Atmosfera Kuasa Land dan juga land Tasik Raja Lumu ini kita take note perkara ini sebab ini di bawah JKR dan Atmosfera di bawah MBSA ini kita akan bawa kepada mereka untuk diselesaikan saya faham ini kita pun selesaikan Atmosfera dulu ada isu yang lagi kesesakan laluan yang berdekatan dan jalan-jalan yang di cadang tadi itu adalah jalan yang kita perlu buat kajian untuk melihat semada perlu dinaiktaraf atau tidak.
Kota Damansara.
Minta penjelasan sedikit dalam perbahasan saya ada sebut tentang jalan awam jalan awam yang puluhan tahun
digunakan melalui tanah peribadi memang dah lama lah dulu dasar kita untuk kita baiki jalan atau pun naiktaraf jalan memadai dengan izin lalu sahaja, boleh dibuat sekarang ini masalahnya dasar itu telah ditukar dah tak boleh izin lalu sebagainya jadi apa kah cara atau yang terbaik dalam melibatkan dasar kerajaan negeri itu supaya jalan peribadi yang telah digunakan oleh awam puluhan tahun nak baiki itu macam mana?.
Itu yang saya sebut berkali-kali dalam Dewan jalan tak bertuan. Tadi pagi saya sebut longkang tak bertuan, ini jalan tak bertuan jadi dulu memang betul yang disebut Yang Berhormat Kota Damansara memang kita secara consent secara kebenaran peribadi tuan tanah untuk membenarkan kadang-kadang tuan tanah dan tak ada anak dia pula tak bagi, jadi satu masalah dan penyelesaian jangka panjang ialah kita kena equired tanah itu kalau jalan itu dalam kajian kita mendapati keperluan jalan itu tinggi dia perlukan kita kena buat land equasation pengambilan tanah untuk dilaksanakan projek berkaitan ini yang saya sebut tadi antara inventory sedang kita buat untuk melihat jalan-jalan di Meru ada juga di Kota Damansara beberapa tempat di Yang Berhormat EXCO pun kita Sungai Kandis pun ada jalan-jalan yang tak bertuan ini yang kita perlu selesaikan dan dia proses mengambil masa sikit untuk selesaikan. Mungkin peruntukan ADUN boleh pakai sementara,
Nanti panjang lagi Yang Berhormat. Nanti tidak boleh.
Saya di Pandan satu terpaksa guna juga kalau tidak memang keperluan itu agak mendesak jadi kalau kita sebab pihak jabatan atau agensi dia tidak akan masuk bukan jalan nanti audit akan jadi itu satu perkara yang menjadi saya tentang longkang parit tadi kita dah jalan tapi yang jalan ini saya belum nampak lagi nanti saya akan fikirkan bersama minta pandangan daripada rakan-rakan, untuk selesaikan...
Pandan Indah sikit boleh Pandan Indah.
Taman Templer
Saya duk perhati sekarang ini Yang Berhormat EXCO, sekarang saya rasa macam nak tegur sikit lah agensi-agensi kerajaan ini betul walaupun kita sekarang kerajaan di peringkat negeri atau pun di peringkat persekutuan cuma saya nampak contoh nya macam jalan-jalan berlubang ini mesti dapat aduan dulu daripada Wakil Rakyat, kalau Wakil Rakyat tak sebut tak call, tak WhatsApp tak bagi tahu jalan tak bertampal, jalan berlubang, boleh mengakibatkan kemalangan boleh mengakibatkan nyawa terancam sebab itu saya nak minta juga mungkin agensi-agensi seperti PBT ke JKR ke maksudnya saya rasa
kena ada pegawai-pegawai yang ronda ini. Pegawai-pegawai ronda ini saya rasa kena ada sebab jalan kita ini kita tak menentu bila musim hujan lori lalu memang dia cepat berlubang, kalau nak bercakap bangkit.
Esok kita ronda Yang Berhormat Taman Templer. Esok kita mulakan rondaan ya.
Saya bagi laluan, tidak apa saya bagi laluan. Dah last-last ni pula dia nak mencelah-celah kan. Jadi saya nak minta maksud kepada pihak Kerajaan Negeri cuba tengok sebab cuba tengok kita wakil rakyat memang kita buat kerja memang kita turun selalu memang kita menyalurkan maklumat-maklumat sialan berkaitan dengan berjalan-jalan berturap jalan-jalan berlubang ini, tapi kita nak harapkan maksudnya ada daripada agensi-agensi dan juga daripada pihak kerajaan kerana mewujudkan jawatan ronda ini terima kasih Timbalan Speaker.
Sebenarnya memang ada road geng di mana PBT ada JKR ada semua dan kita menerima aduan bukan sahaja daripada Yang Berhormat aduan daripada ahli majlis daripada orang perseorangan bermacam-macam kita terima aduan dan kita dalam setahun lebih kurang 26 ribu begitu aduan tentang lubang jalan ini dan yang berulang ada yang terpaksa kawasan berhampiran memang diuruskan ada terlepas satu dua tiga ke media yang terpaksa diuruskan memang ada kita akui proses kadang-kadang untuk tampalan itu mengambil masa tetapi cara keseluruhannya kita dapat laksanakan dan saya dah sebut bahawa bulan Mac in kita akan mula turapan besar besaran 50 juta peruntukan kita dapat untuk kita buat dengan terbaik lah dan tapi saya rasa bukan lah selesai masalah sebab saya ada sebut awal tadi kita jalan kita ini penggunaannya tinggi trafik keduanya jalan kita kebanyakan dah struktur pun dah rosak jadi kita laksanakan juga terbaik tetapi dalam sama kita amik langkah-langkah jangka panjang termasuk saya sebut tadi naik tarafan jalan-jalan kita kepada yang lebih berkualiti yang...
Nak minta celah sikit.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Pandamaran dapati bila MARRIS itu turapan dalam sebenarnya 5 tahun baru boleh turap lagi tapi 2 tahun jalan itu sudah rosak, maksudnya kualiti memang tak ada, jadi saya harap lah kerajaan perlu pantau betul-betul kerja-kerja kualiti kontraktor itu lah.
Terima kasih itu yang saya sebutkan tadi kualiti jalan ini kadang-kadang masalah trafik masalah hujan, air bertakung masalah korekan utiliti ini pun juga masih korek dia tampal balik kita baru turap
seminggu dia dah datang korek untuk tanam kabel itu minggu depan kabel lain pula ini pun mungkin berlaku sebab itu kita buat KUSEL ini untuk menguruskan koridor kawasan-kawasan baru mungkin ok kalau kawasan lama kita tidak ada space lagi untuk kita. Jadi pekara ini kita kena kita tangani cuma saya berpandangan untuk jangka panjang sebagai mana saya sebut tadi kita kena tiap tahun kena ada menaik tarafan jalan-jalan lama kita ini supaya dapat diperbaiki supaya kualiti tampalan itu akan bertahan itu yang perkara kita terpaksa buat. Untuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang berhubung dengan isu mungkin dia terbaca dalam laporan berita mengenai isu SMG ini tentang Landasan Lumayan dia ada sebut sikit di sini tentang conflict interest sebenarnya syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd adalah syarikat joint venture antara Landasan Lumayan dan Berjaya Group kerana kita telah buat apa RFP untuk membangunkan semula Klang ini telah banyak kali tak ada sambutan memang ramai yang datang buat enquiry bila time kita minta proper submission daripada 50 lebih ada satu dua sahaja, satu yang sedang kita finalize untuk kita laksanakan ialah dengan lain Lion Group di Sekyen 24 yang lain ialah dengan Berjaya dia telah memperuntukkan kerjasama bukan sahaja untuk membangunkan kawasan tanah di sepanjang Sungai Klang tetapi juga untuk mencuci, membersihkan Sungai Klang ini yang orang lain tidak mahu buat, kosnya tinggi malah pembangunan di tebing, di sisir sungai ini pun orang tidak mahu sebab dia punya kos tinggi hendak betulkan tebing, hendak ambil langkah-langkah jaga sungai, jadi ramai berpandangan bahawa baik cari tanah di tempat lain lebih baik untuk dibangunkan tapi kita melihat bahawa pembangunan ini perlu dibuat dalam konteks pembangunan SMG secara keseluruhan untuk menjaga di bawah SDG atau ESG itu. Itu sebab kita buat perbincangan yang kita wujudkan dengan proper dengan kelulusan semua peringkat, saya dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar adalah merupakan wakil Kerajaan Negeri bukan kami ada saham di situ. Kami mewakili Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan-keputusan penting dan semua keputusan penting berhubung dengan Sungai Klang adalah di bawah Landasan Lumayan. Landasan Lumayan adalah 100% dikuasai sepenuhnya oleh MBI jadi ini tidak timbul isu konflik dan segala keputusan dibuat adalah sebab itu apabila ada laporan-laporan polis dibuat kita tidak ada masalah, kita very open dalam perkara ini, tidak ada isu yang kita hendak sembunyikan dan memang apa yang dibuat adalah above board dan dibawa melalui segala proses kelulusan Kerajaan Negeri bagi mendapatkan kelulusan bagi pelaksanaan dan kita memikirkan yang terbaik seperti yang saya sebutkan tadi sedangkan Sungai Klang Landasan Lumayan berjaya buat sudah berapa lama, sudah 5 juta dibelanjakan, dia tidak mendapat payment apa-apa lagi tapi kita terpaksa buat sebab kita memikirkan isu Sungai Klang keadaan yang teruk, tiga empat meter sampah, kemudian isu tentang air Sungai Rasau punya projek akan menggunakan air mentah, kita tetap akan laksanakan.
Pandan, Pandan.
Saya hendak beritahu dengan Pandan ....
Taman Templer.
Sebab Sijangkang dia tak nak jadi projek itu macam jana wibawa, itu saja yang saya rasa. Pandan, sila Pandan.
Kita tidak payah panjangkan, itu biarlah. Cuma saya hendak sebutkan sedikit tentang pertanian, ada sedikit tentang pertanian..
EXCO boleh celah sedikit?.
Saya rasa Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sedang tunggu hendak buat penggulungan.
Sijangkang.
Saya tidak hendak mengaitkan dengan jana wibawa dan sebagainya cuma saya melihat mungkin ada baiknya supaya ia tidak dilihat walaupun saya faham dia tidak ada conflict of interest tapi supaya boleh dilihat oleh masyarakat bagaimana kita mengamalkan soal seperation of power saya ingat mungkinlah bagi kepada siapa-siapa bagi pihak Kerajaan Negeri tetapi bukanlah EXCO atau pun MB yang terlibat di dalam syarikat LLB itu supaya sebagai kalau sebagai pengerusi pun okay tapi bila sebagai board ini saya ingat nampak tidak berapa cantiklah. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pengerusi pun board jugalah. MB board Pengerusi, saya Pengerusi kepada Landasan Lumayan, sebenarnya masalah ini berkait dengan portfolio saya sendiri sungai itu yang diletak bukan kerana saya minat itu tidak ya. Tapi tak apa, bukan untung juta-juta punya projek, habis duit lagi...
Kalau tidak minat bagi saja kat Kuang ke, kat Templer ke.
Okay, yang pertanian sedikit saja cuma sentuh tentang isu yang dibangkitkan oleh Kota Damansara
Panjang lagi Yang Berhormat? Pendekkan.
5 minit saja. Tentang pertanian, sedikit saja. Tentang apa yang dibangkitkan mengenai jangan mencelah hendak habiskan. Ini kalau tidak saya demam balik. Isu tentang inisiatif pendapatan rakyat yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi untuk meningkatkan hasil RM2,000 sebulan kepada B40 jadi antara tumpuannya adalah pertanian, itu yang disebutkan Program Usahawan Tani atau pun INTAN itu yang telah diumumkan pembukaan kawasan 800 ekar sebenarnya Kerajaan Negeri sudah mula lebih banyak lagi, kita sudah mula
dengan yang saya sebutkan SSAF itu Smart Selangor Agro Park Erofarm kita sudah mula. Di Sungai Air Tawar sudah mula pelaksanaannya 120 ekar, menteri 1000 lebih ekar dan juga di Bukit Changgang juga kita telah mulakan dengan nursery dan juga penanaman jagung untuk SSAF dan juga SSAP. Ini memang kita telah mulakan di Selangor dan dalam masa yang sama kita juga menerima cadangan daripada Kerajaan Pusat untuk sama-sama membuka ruang kepada pertanian moden ini sebagai salah satu punca meningkatkan hasil.
Minta penjelasan.
Tentang ladang ayam, kalau boleh jangan mencelah, saya hendak habiskan. Saya akan bagi bertulis nanti.
Tuan Timbalan Speaker.
Untuk veterinar, tentang isu pencemaran ayam di Parit Mahang ini di bawah kita telah melawat banyak kali dan kita ada kes yang satu itu di ladang di sana yang kita telah bagi amaran yang keras untuk betulkan, setakat ini semuanya mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Kalau dia mengikut SOP yang betul tiada masalah dengan lalat kerana penggunaan bio oil dan sebagainya tapi setakat ini telah dilawati tidak ada menemui gejala yang menunjukkan ladang ini berlaku sebarang pencemaran dan yang terakhir ialah berhubung dengan daripada Sabak, ada Sabak? Sabak tidak ada tak apalah, saya ingat kita hantar secara bertulis berhubung dengan isu tanah jerlus sawah yang sebanyak 70 hektar itu. Saya rasa itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah, saya persilakan Yang Amat Berhormat Sungai Tua.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker seluruh Ahli-Ahli Dewan, Alhamdulillah marilah kita rakam rasa syukur kita dapat bersama-sama membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini sempena dengan Pembukaan Dewan sebelum kita dapat menghabiskan Penggal Yang Keempat Belas yang dijangka akan berakhir secara rasmi kalau tidak ada pembubaran awal pada 25 Jun. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian sudah pasti kita berada dan melaksanakan Dewan ini sewaktu kita berada di dalam proses-proses transisi tertentu dalam tempoh dua tiga tahun sampailah Pilihan Raya Umum, keputusan Pilihan Raya Umum kita dapat beberapa lihat riak-riak perubahan yang berlaku di dalam negara kita termasuk menyebabkan berlaku struktur kepimpinan di peringkat Persekutuan malahan mewujudkan pula gabungan-gabungan baru dan juga sehinggalah berakhirnya Pilihan Raya yang kelima belas dan wujudlah satu entiti yang kita panggil sebagai Kerajaan Perpaduan. Alhamdulillah Dewan Negeri Selangor dapat bersidang dengan baik malahan kita dapat mengekalkan cara dan kaedah Selangor dalam membahaskan
tanpa ada ganggu-ganggu seperti mana yang berlaku di Parlimen hatta yang berlaku di Dewan-Dewan Negeri lain dan ciri ini, ketamadunan ini,nilai madani yang kita terapkan harus kita teruskan pada hari ini dan pada masa-masa yang akan datang. Ahli-Ahli Yang Berhormat pada awal ini saya ingin menyentuh tentang keadaan situasi negara dan juga politik nasional dan politik negeri. Semua sedia maklum bahawa selepas bulan Februari 2020 dan diikuti bulan Julai 2021 Pilihan Raya Umum dan terbentuklah Kerajaan Perpaduan. Situasi politik berada di dalam keadaan haru biru. Situasi kepimpinan negara juga berada di dalam keadaan tidak ketentuan, seorang Perdana Menteri dan sekumpulan kelompok yang mentadbir selama 18 bulan selepas kejatuhan PH juga tidak jelas dari segi mandat dan jumlah kerusi sehinggalah UMNO dan Barisan Nasional menarik diri. Kemudian Julai kelompok yang menjatuhkan dan dinaikkan semula menjadi Perdana Menteri digantikan dan yang dijatuhkan pula menyokong pula orang yang menjatuhkan mereka dan selepas itu berlaku Pilihan raya Negeri. Di Pilihan raya Negeri kelompok yang membentuk Kerajaan Persekutuan berseteru bertembung sesama sendiri. Di Negeri Melaka, di Negeri Johor sampailah Pilihan Raya Umum walaupun mereka membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan bersama-sama tetapi akhirnya bertembung sesama sendiri. Saya ikuti ucapan Bukit Antarabangsa, dipanggil Zaman Edan kerana kita belum masukkan UMNO lagi di dalam Kerajaan Perpaduan sekarang, saya rasa dua tiga tahun lepas hasil daripada Sheraton move itu paling edan dan paling gila politik Malaysia yang digerakkan oleh mereka ini. Jadi Alhamdulillah saya rasa tentang kedudukan rakan-rakan kita daripada UMNO Barisan Nasional kita sedang adakan perbincangan. Insya Allah perbincangannya telah dimuktamadkan dan saya yakin sebaik Dewan ini, Ahli-Ahli Dewan Negeri Barisan Nasional akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor sampailah kita tutup pentadbiran ini berakhir hingga bulan 6 dengan peruntukan dan dasar yang seadilnya dengan wakil daripada kerajaan. Itu kita dapat menerima cadangan daripada beberapa orang wakil rakyat yang lain. Saya kena merujuk parti. Saya tak nak menjadi menebuk parti mendapatkan orang-orang tanpa merujuk presiden. Jadi Insya Allah, saya merujuk Presiden UMNO kita sudah clear dengan presidennya cuma PBM presidennya masih belum lagi bagi kata putus nak sertai atau tidak, baik juga WARISAN kalau ada kita akan bincangkan. Itu cara kita bincang dengan presiden kepimpinan bukan tebuk dapat orang sikit-sikit claim sudah cukup jumlah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian sebab itulah juga saya lihat bila pihak pembangkang hendak tentukan kerajaan pembangkang, ketua pembangkang belum lagi letak jawatan sudah pula hendak menamakan future Ketua Pembangkang Sijangkang. Yang dinamakan mungkin di faktor umur Bukit Antarabangsa, ini susah. Di dalam kerajaan dulu pun ada di faktor TPM sekarang ini hendak jadi di faktor Ketua Pembangkang. Saya pelik juga kenapa tidak cadangkan Selat Klang di partinya sendiri. Sepatunya dia cadangkan Selat Klang daripada partinya sendiri. Ikut jumlah BERSATU lebih banyak daripada PAS jadi baiklah bagi BERSATU, dia tidak percaya parti dia sendiri. Cadang pula PAS. Tahulah sekarang banyak wakil-wakil PAS bertemu dengan Perdana Menteri yang ke-10. Kita tidak tahulah apa yang
dibincangkan. Mungkin bincang peruntukan, mungkin juga hendak bentuk sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, harapnya kita doa sama-sama. Ahli-Ahli Berhormat yang saya kasihi sekalian sebab itu Alhamdulillah kita dapat habiskan Dewan ini saya rasa hari ini atau paling lambat hari ini Insya Allah kita akan habiskan, kita lengkapkan persidangan kita dengan semangat muhibah dengan semangat perpaduan tanpa cuba untuk pecah belahkan hubungan dan kesepakatan kita dan COVID-19 memberikan peringatan kepada kita bahawa kita harus berpadu dan berpakat dengan perkara yang betul dan sama-sama menasihati, sama mengingati, sama-sama membetulkan dengan fungsi dan tugas kita masing-masing. Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya, itu tentang situasi pentadbiran ini InsyaAllah saya pun pelik UMNO Barisan Nasional tidak sungguh-sungguh pun marilah saya hendak jadi kerajaan sekarang kita hendak bentuk. InsyaAllah kalau hendak tengok bentuk pastikan PH,BN menang dalam Pilihan Raya akan datang, hendak tengok kerajaan ada kita boleh bentuk kerajaan bersama-sama sebagaimana Kerajaan Perpaduan yang ada di peringkat persekutuan. InsyaAllah perundingan kerusi berlaku dan tidak akan berlaku pertembungan sebagaimana PN sewaktu bertemu di dalam Pilihan Raya-Pilihan Raya Negeri dan Pilihan raya Umum. PN dan BN, ini kadang-kadang mereka, ini masalah mereka sebab mereka menghadapi masalah itu jadi dia ingat kita kena ikut seperti masalah itu. Dulu mereka membentuk kerajaan campuran dengan BN, mereka dalam masa yang sama hendak jatuhkan BN, tikam BN tapi hendak bergabung dengan BN, ini masalah dia. Kita tidak pula sebab konsep kita dengan kesepakatan dan perjanjian yang jelas. Perjanjian bukan perjanjian yang berdasarkan slogan, bukan berdasarkan sentimen. Ada perjanjiannya dengan sentimen no DAP, no Anwar kita hendak bentuk negara takkan nak bentuk dengan perkataan no, ini masalah di dalam kerajaan campuran yang lepas yang akhirnya gugur dan bertukar-tukar tapi saya rasa kali ini dengan Kerajaan Perpaduan dengan konteks masyarakat madani, negara madani dan beberapa pendekatan yang kita laksanakan saya percaya boleh kekal tetapi kita serahkan kepada takdir Allah dengan keupayaan dan ikhtiar kita dengan segala azam yang kita ada, dengan izin Allah SWT, Insya Allah kita akan dapat lihat kerajaan perpaduan di peringkat Putrajaya dapat mandat selamat lima tahun dan kemudian rakyat akan menilai selepas lima tahun kerajaan tersebut. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya hendak rujuk tentang kenyataan atau pun tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Bukit Melawati dahulu. Bukit Melawati membangkitkan adakah pencapaian-pencapaian hasil kita itu akan menunjukkan nilai yang sama atau pun kita hanya mengalami busting element of income pada waktu-waktu tertentu kerana dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hasil yang kita kutip pada akhir buku kira-kira negeri menunjukkan lebih agihan anggaran belanjawan. Tahun lepas agihan lebih daripada 500 juta, tahun sebelum itu lebihan kita lebih 200 juta. Tahun 2020 lebihan kita ada sekitar RM50 juta hingga RM100 juta. Alhamdulillah pada tahun 2020 dan 2021 kita sudah mula merangka pelan dan rancangan kita agar hasil Negeri dapat dikutip dengan lebih banyak dengan lebih daripada 20, 30 jabatan akan menetapkan beberapa kriteria-kriteria baru dalam menentukan hasil Negeri. Dalam pada yang sama, Kerajaan Negeri turut melahirkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang bukan hanya Rancangan tetapi juga
mempunyai Pelan Pembangunan kawasan Wilayah dan Pelan Pembangunan Wilayah ini juga merupakan satu lonjakan tambahan kepada hasil guna tanah dan juga nilai tanah kepada lokaliti-lokaliti yang kita tetapkan sama ada Selangor Maritime Gateway yang disebut sedikit sebanyak oleh Pandan Indah ataupun IDRISS (Integrated Development Region In South Selangor) ataupun SABDA di kawasan Sabak Bernam. Dan hasilnya, semenjak 2020 bila kita laksanakan dasar 100 hari sebagai contoh yang membenarkan dan meringkaskan program pembangunan daripada mengambil masa minimum enam (6) bulan kepada minimum tiga (3) bulan daripada maksimum satu (1) tahun setengah kepada maksimum sembilan (9) bulan, kita dapat melihat pertambahan hasil yang besar. Terutama sekali pada tahun 2020 kerana kalau tidak kerana pandemik, di tahun 2020 dalam tempoh tiga (3) bulan pertama sahaja, kita dapat mengutip lebih daripada RM400 juta hingga RM500 juta. Satu kutipan yang sangat memberangsangkan pada ketika itu. Dan pada hari ini kalau saya ingin kongsikan hasil daripada pencapaian yang dibuat oleh Pegawai Kewangan Negeri sebelum itu SS lah Pegawai Kewangan Negerinya dan dilanjutkan oleh Pegawai Kewangan Negeri baru, beberapa pelan-pelan perancangan kita dan hasil kita saya ingin merakamkan bahawa sehingga 15 Mac 2023 Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip RM893 juta, RM893.11 juta ataupun bersamaan dengan 44.66% daripada kutipan yang kita sasarkan RM2.05 bilion dan hasil ini kalau kita bandingkan dengan kutipan pada tempoh masa yang sama pada tahun 2022 jumlahnya adalah lebih RM265.11 juta. Maknanya dalam tempoh tiga (3) bulan pertama sahaja hasil kita kalau kita bandingkan dengan pencapaian tahun lepas kita dapat lebih RM265.11 juta iaitu pada 15 Mac tahun lepas kita hanya kutip RM628 juta. Manakala berkenaan dengan rizab pula, saya mengambil alih Pentadbiran ini dengan rizab lebih kurang RM2.1 bilion. Pada akhir tahun lepas tahun 2022 dengan rizab dan sebagainya yang kita gunakan, rizab kita sekitar RM3.0 atau RM3.1 bilion (Ahli Dewan mengetuk meja) dan hari ini, dengan hari ini sampai 15 Mac 2023 rizab kita telah mencecah RM3.703 bilion, paling tinggi semenjak daripada tahun 2015 (Ahli Dewan mengetuk meja). InshaAllah ada berita baik bulan Ramadhan untuk Penjawat-penjawat Awam nanti (Ahli Dewan ketawa). Beritahu dulu (ketawa). ADUN-ADUN kita tidak bagi (ketawa). (Ahli Dewan bersorak)
Boleh, boleh?
Gurau, gurau. Saya gurau (ketawa). Saya tarik balik (Ahli Dewan bersorak). Saya tarik balik.
Boleh, boleh celah? Boleh celah?
Saya tarik balik. Saya tarik balik, saya tarik balik (ketawa). InshaAllah, InshaAllah, semua kita
Sungai Tua, Sungai Tua, boleh?
Sungai Pelek.
Memandangkan keadaan yang baik, kutipan yang baik, saya difahamkan peruntukan untuk semua ADUN adalah RM800,000.00, lepas itu, diberi RM400,000.00 kemudian tukar jadi 75%. Jadi, memandangkan kutipan yang baik semuanya, apa salahnya kita bagi 100% sebelum pembubaran supaya kita boleh membawa lebih manfaat kepada rakyat, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ingin berpegang kepada sistem dan tata kelola yang baik. Saya masih ingat, saya di kawasan Seri Setia tidak silap saya masa dulu. Dulu saya duduk situlah di kawasan Seri Setia atau atas dia lebih kurang, di kawasan Kampung Tunku, Kampung Tunku atas sikit. Saya, pada ketika itu di awal kita mentadbir kita dedahkan bahawa Ahli-ahli Wakil Rakyat daripada pemerintah sebelum itu, telah menghabiskan peruntukan mereka dalam tempoh empat (4) bulan. Jadi, kita tidak bolehlah. Tetapi kita unjurkan sekarang, peruntukan boleh up sampai 75% Kerajaan dan Pembangkang. 75% itu kerana kita anggap Pilihan raya mungkin berlaku bulan Julai ataupun Ogos dan pembentukan Kerajaan Baru dan juga Kabinet akan mengambil sedikit masa sampai bulan 9. So, 75% itu saya rasa saksama dan adil kerana kita tidak mahu terburu-buru dan tidak mahu mengulang kesilapan pentadbiran sebelum ini yang mungkin boleh menyebabkan kita tidak berupaya untuk menguruskan ataupun dilihat prudence dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan. Terima kasih, tetapi (ketawa) terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin menyentuh tentang pandangan terhadap Kompleks Sukan Shah Alam yang telah turut dibangkitkan oleh de factor Leader Ketua Pembangkang (ketawa). Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya hendak sebutkan bahawa telah saya jawab bahawa Kompleks Sukan Shah Alam ini bukan perkara baru. Proposal-proposal yang telah kita terima, proposal yang telah kita terima, blueprint yang telah kita terima daripada pelbagai pihak, kita terima sejak daripada tahun 2008. Kebetulan 2008 saya merupakan Timbalan Pengerusi MSN (Majlis Sukan Negeri), kita turut telah menerima dan mengambil kira semua pihak. Sebab itu, pada tahun 2021, kita bukan mengkaji satu (1), kita kaji lebih 90 proposal-proposal yang ditawarkan. Dan daripada proposal yang ditawarkan itu, kita tawarkan balik dengan spec yang kita tetapkan. Di peringkat awal banyak proposal, banyak cadangan adalah untuk mengambil nilai tanah, membangunkan stadium dan beberapa kemudahan dan selebihnya dibangunkan sebagai kawasan-kawasan komersial ataupun pembangunan komersial dan juga pembangunan-pembangunan milik Perumahan dan sebagainya. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri turut prihatin bukan hanya melihat pembangunan itu sahaja tetapi juga menilai apakah masalah-masalah yang berlaku di Seksyen 13 tersebut. Pertama, kita kena akui terutama pada waktu puncak, terutama pada bulan Ramadan, di kawasan tersebut adalah kawasan yang boleh dianggap kawasan padat dan sendat dengan kereta dan kenderaan. Dan ramai orang beranggapan, kalau kita beli juadah
berbuka puasa selepas jam 6.30 di sana bermakna kita akan berbuka puasa di dalam kereta. Ini bermakna, kita juga kena menyelesaikan masalah trafik berbanding daripada hanya menumpu kepada pembangunan stadium dan digantikan dengan tanah-tanah sekitarnya.
Dalam pada yang sama, pada tahun 2006, pada tahun 2021, pada tahun 2018 dan 2019 berlaku kejadian-kejadian banjir yang telah menyebabkan beberapa aset, seperti aset stadium dan juga aset peribadi pada tragedi dan kes yang terbaru, terjejas dan kerugian. Justeru, Kerajaan Negeri juga menganggap bahawa selain daripada menyelesaikan pembangunan stadium, kita kena selesaikan masalah trafik dan kita juga kena pastikan tidak lagi berlaku masalah banjir yang menyebabkan nilai hartanah di kawasan sana sedikit tergugat. Justeru, sudah pasti pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam itu kita melihat kesemuanya. Bukan hanya soal pengurusan banjir, kita juga kena uruskan trafik, dan dalam masa yang sama pastikan aset dan nilai yang baik seperti stadium dapat dijaga dan dibangunkan dengan baik. Sebab itu, penilaian daripada 2013 angkanya terus meningkat daripada RM325 juta, angka terbaru dengan sebab kenaikan harga barangan-barangan mentah dan sebagainya, kita terpaksa menilai untuk baik pulih sahaja, nilainya hampir RM800 juta. Jadi, proposal yang telah kita terima telah memberikan satu cadangan yang baik. Di mana, proposalnya adalah membangunkan stadium, menjadikan Stadium Malawati dan stadium sebagai satu entiti yang boleh digunakan setiap masa dan setiap waktu dan tidak hanya tertumpu pada kegiatan sukan sahaja malahan kegiatan aktiviti indoor juga boleh dibuat, dalam masa yang sama mengekalkan elemen-elemen yang lain. Kita masih ingat pasar pagi kawasan Shah Alam merupakan satu pasar pagi yang sangat popular. Lebih 400 peniaga berniaga di sana. Pasar Ramadan di sana juga sangat popular. Pasar tani, itu semua elemen kita akan kekalkan. Tadi Kota Anggerik sebut tentang papan luncur ataupun skate board dan Extreme Park, itu juga kita akan kekalkan termasuk lokaliti-lokaliti lain dan sudah pasti termasuk pembangunan ataupun pengurusan banjir dan juga flood mitigation, dengan izin. Justeru, cadangan yang telah dikemukakan oleh syarikat yang telah kita tawarkan Letter of Intent menjadikan kawasan itu sebagai kawasan public yang tidak padat dengan pembangunan. Mungkin ada sebahagian kecil, 10% sahaja untuk komersial yang tidak melibatkan perumahan, mungkin melibatkan perhotelan dan juga kedai-kedai komersial yang akan diserah balik kepada Kerajaan Negeri. Jadi, penggantian dan nilai pembangunan itu tidak hanya ditumpu kepada tanah itu, tanah itu akan diserahkan 100% kepada Kerajaan Negeri untuk diuruskan jadi Kerajaan Negeri membayarnya dengan tanah lain, yang kita sedang fikirkan dan sedang kita bincangkan. Anggapan dan juga persepsi yang cuba dibentuk oleh Bukit Antarabangsa, seolah-olah kita hendak gantikan tanah bakau ataupun hutan bakau itu tidak betul. Tidak pernah ada dalam cadangan pun. Hanya mutakhir ini ada suara-suara mencadangkan daripada pihak yang tidak berkaitan bukan pihak yang ingin membina itu pun. Itu sudah awal-awal kita tolak kerana kita ada pelan khas untuk IDRISS dan pelan khas untuk Pelabuhan Ketiga, Carey Island yang kita tidak mahu ganggu gugat sebaliknya biar ditumpukan dengan kawasan pembinaan itu.
Jadi, tentang tebatan banjir ada peruntukan RM1 juta lebih, saya sudah sebutkan bahawa ia berkaitan dengan Sungai Damansara, hendak dibina kolam takungan yang dalam, berapa, lebih 10 kaki saya rasa di kawasan itu dengan kelebaran yang luas, yang boleh tampung nanti kalau berlaku banjir dan limpahan daripada Sungai Damansara dan kita akan tetapkan dan kita akan laksanakan. Selaras dengan hal tersebut dan InshaAllah 2026, kita boleh dapat dan tidak perlu bimbang. Kita bersikap telus. Tentang design, bentuk kita pamerkan. Nanti bila kita sudah award, kita akan beritahu. Kalau kita beritahu tanah mana, kita akan beritahu. Kerana nilai ini sudah menjadi asas kepada pentadbiran ini dan tidak perlu risau, kalau ditanya berapa kosnya? Setakat ini stadium itu sahaja kita anggarkan RM800 juta. Kawasan persekitarannya mungkin mencecah lebih RM500 – RM600 juta nilai pembangunan. Jadi, keseluruhan sudah pasti lebih RM1 bilion. Tetapi, saya tidak berani sebut. Kalau saya sebutkan detailnya nanti sebab kita tengah kira dengan pihak terbabit. Silakan.
Dengkil.
Yang Amat Berhormat Sungai Tua, saya masih teringat ketika 2019, saya ada membawa cadangan untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, cadangan mengenai pembangunan sukan seperti Beijing Sports City. Kalau Yang Amat Berhormat masih ingat kita sudah mengadakan perbincangan di peringkat KBS dan Kerajaan Negeri ketika itu, walaupun di peringkat verbal tetapi cadangan dan idea itu sudah sampai di pengetahuan Yang Berhormat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir yang mana ada cadangan untuk memindahkan ISN, MSN Bukit Jalil ke Negeri Selangor berdekatan dengan KLIA. Adakah pembangunan KSSA ini bertitik tolak daripada idea yang kita dulu bincangkan di peringkat Negeri? Terima kasih.
Kalau saya boleh rujuk, perbincangan itu perkara yang sedikit berbeza kerana tujuan daripada MSN, pusat pada ketika itu di bawah Menterinya, Syed Saddiq adalah untuk mengalihkan MSN yang tidak designed untuk training. Dialihkan dengan satu (1) tanah milik kita di Putrajaya, berdekatan dengan Putrajaya. Tetapi perkara itu Sheraton moved berlaku, jadi moved la. Tidak berapa nak jadi (ketawa). Jadi, kita sedia berbincang tetapi ini memang saya akui sejak 2008, cadangan-cadangan ini kita nilai, semua kita tengok balik. Sebab itu, Jawatankuasa Pembangunan Stadium ini diketuai oleh Dato’ Ir. Roslan, bekas Pengarah JKR. Dia mempunyai kemahiran iktisas dalam bidang pembangunan Civil Engineering, sudah pasti dan juga penilaian terhadap pembangunan, pembangunan yang kita minta dan MBI juga melantik Panel Bebas ataupun Penilaian Bebas supaya angka yang kita dapat itu betul-betul value for money for the State dan kita tidak jeopardize tanah Negeri sebaliknya semata-mata untuk menyelesaikan masalah stadium tetapi kita dapat sediakan stadium, kawasan dan aktiviti yang sekitar stadium, masih boleh dikekalkan 80% - 90% dan juga penduduk-penduduk dapat satu (1) kawasan yang lapang. Kita selesaikan masalah banjir, kita selesaikan sekali masalah traffic congestion ataupun kesesakan trafik di kawasan tersebut. Jadi, saya percaya
kita akan cuba mempercepatkannya secepat mungkin. Saya pun agak teruja bila Bukit Antarabangsa kata tolong percepatkan. Ini cadangan sejak 2008. Sejak 2016, 2017 lagi perkara ini sudah dibincangkan. Beliau sendiri membincangkan dan bertemu dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Muda. Tetapi pada ketika itu, dia tengok, tonton, tengok sahaja, tiada apa-apa. Semuanya bermula pada tahun 2019, 2020. Kalau hendak minta percepat, dulu kenapa tidak percepatkan? Sekarang ini, kita pula diminta cepat, cepat, cepat, masa dia, dia tenung lama sangat tidak siap-siap.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu saya percaya bahawa beberapa alasan-alasan itu telah kita berikan dan kita gambarkan termasuk tadi yang sebentar, saya rasa Sijangkang ada bangkitkan tentang Landasan Berjaya dan sebahagiannya telah dijawab, saya rasa jawapan detail saya telah saya kemukakan di dalam Parlimen tidak tunggu lama malahan detailnya juga telah diberikan, tidak ada unsur, malahan ada pula tanya, “berapa elaun dapat?”. Alhamdulillah sampai sekarang, jangan kan elaun bulanan, elaun meeting pun tiada (punya kedekut pengerusi), elaun meeting pun tiada. Memang tiada. Kalau ada pun karipap. Kalau nak sebab ada kepentingan karipap itu dengan bihun dengan nasi lemak saya pun tak tahu lah, boleh tahan juga lah.
Jadi Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga hendak teruskan dengan menjawab (persoalan) Yang Berhormat Kota Damansara berkenaan inisiatif pendapatan rakyat. Tadi juga sebahagian telah dijawab tetapi ini sudah pasti kita akan libatkan Ahli-Ahli Dewan Negeri nanti supaya beberapa projek yang ada tiga (3) INTAN. INTAN kalau tak silap saya hari Isnin atau Selasa ada perasmian yang terbaharu di kawasan Petaling Jaya dengan Menteri Ekonomi tetapi vending machine kita akan pastikan letak di kawasan-kawasan yang terbabit sama ada di pejabat kerajaan atau pun di Bangunan SUK atau pun bangunan-bangunan LRT dan bus station atau pun bus stop.
Yang ketiga berkenaan dengan kerja-kerja pembersihan. Ini kita kena aturkan balik lah sebab sebahagian pejabat-pejabat kerajaan sudah mempunyai konsesi tertentu. Jadi kita pun tak nak ganggu projek konsesi itu, kita tak nak ganggu kontrak tersebut tapi cara dan kaedah itu kalau nak topup kepada orang yang bekerja itu, itu satu contoh yang baik sudah pasti kita akan libatkan Adun-Adun Kawasan. Dan kita mungkin boleh proactively terlibat kenal pasti tanah mana, kenal pasti lokasi, masa, siapa kumpulan B40 dan mereka boleh menambah pendapatan sampai hingga kepada RM2,000 – RM3,000.
Yang Berhormat Balakong ada membangkitkan tentang SSIPR. Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, SUK dalam usaha membentuk, menambah baik dan pengemaskinian SSIPR. Memandangkan Program Peduli Rakyat telah ditambah baik menjadi Iltizam Selangor Penyayang, kerajaan akan menyambut baik dan mempertimbangkan kesesuaian menggabungkan bersama Bantuan Kerajaan Persekutuan di dalam sistem tersebut. Sebagai contoh kita sekarang ada bantuan Tunai Rahmah dalam
masa yang sama kita ada BINGKAS. Isu yang penting di sini ialah data. Sama ada data kita itu synchronize atau sama atau pun bagaimana kita lebar kan dan tambah yang lain. Dengan kerjasama erat persekutuan dan negeri, saya percaya kita boleh tambah dan kita boleh selaraskan dan tambah lebih ramai akan menerima.
Bantuan Bencana Banjir, Yang Berhormat Meru dan Yang Berhormat Pandamaran bertanya berkenaan bencana banjir di Kampung Budiman, Kampung Meru, Taman Melawis yang terkesan pada November 2022. Saya sendiri turun di Taman Melawis pada ketika itu. Dan untuk makluman yang berhormat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah menyalurkan bantuan sebanyak RM1.165 juta pada 17 Februari 2023 kepada Pejabat Daerah Tanah Klang. Penyerahan telah pun bermula secara berperingkat kepada keluarga yang terkesan di Pejabat Tanah dan mungkin Ahli Yang Berhormat sekalian boleh merujuk kepada pejabat tanah berkenaan yang melibatkan lebih kurang 4,520 keluarga RM500 sumbangan daripada bencana banjir yang berlaku pada waktu tersebut. Ahli-Ahli Yang berhormat yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah saya telah menjawab banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kota Damansara.
Dalam perbahasan saya ada saya sebut tentang Golf Seri Selangor, Pembangunan Kelab Golf Seri Selangor. Mohon supaya penduduk diadakan sesi dialog dan sebagainya dan perbincangan yang lebih konklusif Yang Berhormat.
InsyaAllah, kawasan tersebut ada cadangan. Kelab Golf Seri Selangor akan kekal tetapi yang ingin dibangunkan ialah tujuh (7) ekar yang melibatkan Club House atau pun Rumah Kelab di Kelab Golf Seri Selangor itu. Cadangan telah dikemukakan, insyaAllah sudah pasti engagement dan perbincangan dengan pihak terbabit. Saya tahu ada laporan yang keluar termasuk dalam Laporan The Edge dan sebagainya dan perkara itu harus diselesaikan oleh pihak pengurusan PKNS yang saya rasa capable dapat menguruskan dengan baik dan saya hendak maklumkan kalau beberapa sesi Dewan yang lepas ada membangkitkan PKNS rugi sampai RM500 juta – RM600 juta disebabkan inpayment. Alhamdulillah selepas beberapa perubahan yang telah kita tetapkan. Untuk tahun lepas, Alhamdulillah kita dapat comeback dengan keuntungan yang dapat dijana oleh PKNS selepas proses repayment dan sebagainya. Sebab itu saya yakin they are capable untuk lakukan hal tersebut.
Pandamaran
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Cuma saya, Pandamaran ada bangkit satu isu yang di mana proses kelulusan untuk bantuan kewangan bencana itu mengikut info yang
Pandamaran tahu kena ada tujuh (7) orang untuk tanda tangan dapatkan kelulusan. Itu yang telah melambatkan pembayaran. Itu yang ambil masa tiga bulan sekurang-kurangnya. Adakah kita boleh memudahkan proses kelulusan tersebut. Mungkin tiga (3) orang atau empat (4) orang tanda tangan sahaja. Tak perlu tujuh (7) orang.
Saya ambil maklum tentang cadangan Pandamaran. Saya akan maklumkan kepada pihak pengurusan. Mungkin kita akan percepatkan sebagaimana ketika peristiwa banjir lepas, kita dapat percepatkan bukan sedikit 132,000 keluarga ini sekitar 4,500 saya percaya ia boleh diselesaikan dan di sudahkan dalam tempoh yang terdekat.
Balakong.
Saya cuma ingin nak tanya tentang Projek Selangor Penyayang 2.0. Yang ini sebenarnya sebab kita mengikut pekeliling yang sedia ada, katakan tidak boleh bina baharu untuk balai raya-balai raya tetapi memang kita sangat sangat sangat memerlukan balai raya dan sebenarnya kos untuk satu (1) balai raya kontena atau pun kabin tidak melebihi RM50,000.00. Jadi boleh kerajaan mempertimbangkan balik untuk melonggarkan syarat?. Terima kasih.
Untuk maksud tersebut, saya rasa lebih baik kita selesaikan case by case. Justeru saya percaya pihak Yang Berhormat Balakong boleh menulis secara terus kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk mendapat pelepasan dan kebenaran untuk di bina untuk Balakong sahaja. Yang lain, kalau hendak minta sendiri... (Ahli-Ahli Yang Berhormat ketawa).. susah semua nak tanya.. susah...(ketawa)..Boleh pohon, boleh pohon, boleh pohon (ketawa). Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian Alhamdulillah kita...silakan
Ini ada pasal Geopark. Dalam titah Tuanku, baginda concern sangat tentang geopark. Geopark ini saya ada bawa satu (1) cadangan daripada satu (1) komuniti yang memiliki sebahagian tanah yang banyak di geopark Gombak. Jadi boleh saya serahkan kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.
Alhamduilllah itu adalah bukti bagaimana geopark kita dapat pengiktirafan dalam tempoh yang singkat, kita dapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan dalam erti kata lain, geopark ini diiktiraf kemampuan kita menjaga dan mengawal alam sekitar termasuk menjaga ridge atau pun quartz ridge yang paling panjang di dunia yang ada terletak di kawasan geopark Hulu Langat Gombak. Dan dia akan jadi tarikan-tarikan pelancong yang besar kepada kawasan terbabit saya bersedia menerima cadangan tersebut namun begitu aspek-aspek alam sekitar, keutuhan cerun ini semua perkara-perkara yang akan kita ambil pertimbangan.
Akhirnya Ahli Yang berhormat sekalian, mungkin ada yang sedikit yang gundah gulana dan bimbang dengan situasi pertembungan politik dalam negara kita yang kadang kala agak ekstrem. Malahan tadi ketika khutbah Jumaat juga di ingatkan tentang menolak fahaman ekstremisme dalam kehidupan seharian supaya kita mengekalkan Konsep Wasato atau pun Konsep Kesederhanaan dalam melaksanakan jalan dan tugasan kita sehari-hari.
Ahli Yang Berhormat sekalian, jika kita uruti sejarah sememangnya ini perkara yang pernah berlaku. Sebagai contoh, selepas peristiwa yang di panggil pandemik yang paling besar dan paling panjang satu ketika dahulu yang dipanggil sebagai ‘spanish flu’ yang telah memakan masa bertahun-tahun, saya tidak sebut itu ya tetapi kita kena lihat selepas ‘Spanish flu’ berlaku rebakkan fahaman baharu yang mewujudkan dipanggil sebagai fasisme, fasis dalam erti kata bangkitkan kemarahan, membenci kelompok imigran keterlaluan, melahirkan semangat insecure di kalangan warga tempatan dan semangat itu dialihkan kepada kepimpinan dan kekuasaan politik. Saya percaya sejarah tidak pernah menipu. Malahan terus dijadikan pengajaran tetapi kalau kita istiqamah dan kita kekal dengan garis yang telah kita tetapkan, melaksanakan Selangor sebagai sebuah negeri yang baik untuk semua, menolak fahaman ekstrem dan ini sebenarnya bukan gelombang agama atau pun gelombang hijau walaupun cuba digambarkan sebagai gelombang hijau. Ini adalah gambaran gelombang fasisme atau pun yang dipanggil sebagai gelombang far right yang berlaku di mana-mana dengan model dan modus operandi yang sama, membangkitkan kebimbangan warga tempatan terhadap imigran. Sebagai contoh, kita tengok di Pasar Selayang di bangkitkan berhampiran dengan tempat saya, ada seorang bangkit sedangkan imigran itu sudah lama duduk di situ sejak dari pada Tun Mahathir menjadi pentadbir kali pertama sehingga Tun Mahathir jadi kedua sampai dia dijatuhkan sampai tukar perdana menteri memang dah ada kelompok imigran Rohingya yang kita nak jaga. Sedangkan kita nak bawa suara Islam, kita nak jaga semangat ummah mereka ini orang Islam bagaimana pula semangat kita nak kawal dan jaga mereka. Ini saya percaya perkara yang harus diluruskan dan kadang-kadang kalau kita termakan dengan emosi ini memang kita terganggu.
Tetapi ini cabaran kita dalam Negeri Selangor, mengekalkan arus dan landasan moderate memastikan landasan dan strategik kita berdepan dengan pelbagai krisis sama ada pertukaran kerajaan, krisis pandemik, krisis ekonomi kita boleh bertahan dengan mengekalkan nilai kesederhanaan menjamin tata kelola yang baik, menjana dan mengujakan kawasan pembangunan dan juga pembugaran ekonomi sampai lah kepada usaha-usaha untuk menjaga kebajikan rakyat yang sentiasa improvise dan diperbaiki daripada semasa ke semasa dengan semangat Watawa Saubil Sob, Watawa Saubil Marhamah di dalam Al-Quran Al karim. Jadi saya percaya saya juga mengucapkan terima kasih terutamanya Ahli Dewan. Ini adalah penggulungan sesi perbahasan mungkin yang terakhir. Kalau kita tidak buat sidang lagi bulan enam. Mana lah tahu bulan 6 nak buat Sidang lagi, naik semangat kita masing-masing nak bersidang, kita boleh buat Sidang lagi tetapi saya rasa tak payah lah, semua masing-
masing mungkin sudah sibuk menumpu semoga apa yang telah kita buat diterjemahkan dapat penjelasan kepada rakyat dan kita kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bukan kerajaan di bentuk dari pada monuvering politik, tingkah-tingkah politik yang akhirnya menggugat dan menjadikan kita Edan. Walaupun Bukit Antarabangsa kata Zaman Edan, dia lah yang create Edan dan kegilaan itu. Sekarang nak tuduh orang lain sama-sama gila. Jadi orang gila ni memang pandang semua orang lain gila ini biasa. Jadi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi seperti berikut:
Ampun Tuanku, Patik-patik sekalian iaitu Speaker Dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Keenam Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Ke 14.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul nombor 1 Tahun 2023 Usul Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025Motion
Aturan urusan seterusnya, Usul nombor 1 Tahun 2023 Usul Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025.
Seri Serdang.
Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu (1) usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut:
Bahawasanya Dewan Yang Mulia Ini Membuat Ketetapan Untuk Meluluskan Pelaksanaan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor Dan Pelan Tindakan 2022-2025 Yang Berfungsi Sebagai Dasar Induk Yang Memayungi Segala Tindakan Untuk Memperkasa Aspek Kesejahteraan Kanak-kanak Di Selangor Dengan Memberi Penumpuan Kepada Beberapa Skop Utama Yang Bersesuaian Dengan Landskap Masyarakat Dan Situasi Semasa.
Naskhah Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor Dan Pelan Tindakan 2022-2025 Dan versi Bahasa Kebangsaan adalah seperti yang diedarkan dalam Dewan yang mulia ini. Perkembangan pembangunan kanak-kanan di Malaysia
bermula secara khusus sejak tahun 1994 apabila Kerajaan Malaysia meratifikasi konvensyen hak kanak-kanak pada 28 Disember 1994 sebagai satu konvensyen antarabangsa. Konvensyen ini juga dikenali sebagai Konvensyen Of The Right Of The Child (CRC) berteraskan pemberian hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak sejagat. Berpandukan konvensyen ini, segala usaha dan inisiatif berkaitan hak kanak-kanak yang dilaksanakan harus berlandaskan prinsip sifar diskriminasi kepentingan terbaik kanak-kanak serta penglibatan suara kanak-kanak. Di Malaysia juga Kerajaan Malaysia telah merangka sebuah dasar khusus untuk kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang dikenali sebagai dasar kanak-kanak negara DKNN. Dasar ini bermatlamat untuk melindungi hal ehwal kanak-kanak, mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Di Negeri Selangor, kesejahteraan dan kebajikan golongan kanak-kanak telah sedang dan akan menjadi tumpuan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai negeri yang terkaya dan termaju di Malaysia, Selangor menjadi negeri yang sangat pesat perkembangan populasi di Malaysia. Kepadatan penduduk di Selangor hampir mencecah 7 juta orang mewakili lebih 20% daripada penduduk Malaysia disebabkan kadar migrasi yang tinggi dari negeri-negeri lain dan tawaran pekerjaan serta ekonomi yang memberangsangkan. Manakala populasi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun di Negeri Selangor adalah yang tertinggi di Malaysia. Dengan jumlah 1.9 juta orang iaitu 27% daripada keseluruhan populasi kanak-kanak Malaysia pada tahun 2020 dan jumlah ini dijangka meningkat dalam tempoh lima (5) hingga 10 tahun yang akan datang. Pertambahan populasi kanak-kanak yang semakin tinggi di Negeri Selangor mendatangkan potensi dan cabaran yang pelbagai. Secara umumnya, kedudukan Negeri Selangor yang strategik dan akses terbuka kepada maklumat membolehkan kanak-kanak di Selangor didedahkan kepada pelbagai ruang dan peluang terutamanya dari segi pendidikan, kesihatan, bantuan sosial, penggunaan teknologi, persediaan kerjaya dan pekerjaan. Namun, beberapa rintangan dan cabaran utama melibatkan ekosistem perkembangan kanak-kanak boleh dilihat di Negeri Selangor. Krisis pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi impak terhadap kehidupan segenap lapisan masyarakat termasuk golongan kanak-kanak di Selangor. Kehidupan seharian dan tumbesaran kanak-kanak dalam norma baru merupakan satu isu yang wajib dijadikan prioriti utama. Di antara masalah berbangkit yang dapat dilihat akibat pandemik COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proses adaptasi panca pandemik dalam kalangan kanak-kanak termasuk masalah kesihatan mental, ketidaksamaan akses kepada pendidikan, penggunaan peralatan digital yang berlebihan, kekurangan pergaulan sosial, keterbatasan kegiatan fizikal dan aktiviti sukan, masalah ketidakseimbangan nutrisi dan isu perkembangan moto dan kemahiran.
Masalah-masalah lain melibatkan golongan kanak-kanak turut dikesan sehingga menyebabkan kerisauan berpanjangan masyarakat yakni isu penderaan kanak-kanak, pembuang bayi, tahap penguasaan bahasa kebangsaan serta cabaran sosio
ekonomi yang menjurus kepada segmen miskin bandar atau urban poor dalam kalangan keluarga dan isi rumah di Selangor sehingga mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak. Selain itu, berkaitan aspek kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak peranan dan keperluan para pemegang taruh lain juga perlu diberi perhatian. Sistem sokongan kepada kumpulan penjaga kanak-kanak, pengasuh dan pusat jagaan, warga pendidik khususnya guru dan ibu bapa masih memerlukan penambahbaikan. Bagi ibu bapa, sokongan untuk ibu bapa adalah wajar khususnya dari segi penjagaan anak-anak di samping pendedahan teknologi buat ibu bapa, kesiap siagaan sebelum kelahiran anak serta penguasaan ilmu pengetahuan keibubapaan. Isu-isu kritikal yang wujud dijadikan asas dan pertimbangan dalam membentuk sebuah dasar yang baik untuk manfaat golongan kanak-kanak Negeri Selangor. Menerusi kajian kualitatif dan kuantitatif yang dilaksanakan dari tahun 2021 ke 2022, berbagai isu teras dan sampingan dapat dikumpulkan. Sekali gus membolehkan sebuah gambaran menyeluruh dihasilkan yang akhirnya mencerminkan isu akar umbi yang menular dalam kalangan kanak-kanak di Negeri Selangor.
Menyedari kepentingan kanak-kanak dalam pembangunan negeri dan negara, menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan kerjasama Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2020-2025 dihasilkan untuk menjadi garis panduan yang holistik demi memastikan segmen berkenaan menerima tumpuan sewajarnya. Dipersiapkan untuk menghadapi cabaran masa ini, kini dan mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam tempoh mendatang. Dokumen menyeluruh yang dirangka adalah berpadanan dengan visi yang ditetapkan oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri Selangor melalui Rancangan Selangor Pertama ataupun RS-1 yang mengetengahkan golongan kanak-kanak sebagai salah satu golongan tumpuan utama, inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah dan peribadi yang kukuh manakala bentuk sokongan dan bimbingan yang ditawarkan dicadangkan mengikut keperluan dan keadaan semasa supaya keberkesanan maksimum dapat dilihat pada segmen kanak-kanak di Negeri Selangor. Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2020-2025 merupakan inisiatif perancangan strategik yang memfokuskan kepada 10 domain utama iaitu persediaan keibubapaan dan pra kelahiran, kesihatan, perkembangan sosial dan komunikasi, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, kesejahteraan kekeluargaan, pendidikan peringkat rendah dan menengah, peranan teknologi dalam perkembangan kanak-kanak, infrastruktur dan keselamatan sosio ekonomi dan penglibatan pemegang taruh. Melalui dasar ini juga disertakan pelan tindakan strategik yang sedang dan akan dilakukan dalam usaha untuk mencapai matlamat utama yang telah digariskan dalam setiap domain utama dalam dasar ini. Melalui pelan tindakan ini, pembangunan program dan inisiatif berkaitan kanak-kanak dapat dilaksanakan secara strategik dan bersesuaian dengan latar belakang demografi dan psikografi kanak-kanak di Negeri Selangor. Diharapkan dasar ini akan mengukuhkan proses
perkembangan kanak-kanak Negeri Selangor secara menyeluruh melalui hala tuju yang jelas. Pelaksanaan program dan inisiatif yang bersasar dan penglibatan pemegang taruh yang pelbagai sekali gus memastikan segmen kanak-kanak menerima manfaat terbaik dan mampu diangkat sebagai segmen yang sejahtera, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran era moden selaras dengan tema dasar ini iaitu ‘Anak Selangor, Anak Kita’. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mencadangkan sokongan terhadap Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025 yang telah pun dirangka dan dibentuk. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan itu saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah satu usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan iaitu usul Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025. Oleh itu, saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan. Seorang lima (5) minit. Bukit Gasing dipersilakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya akan cuba pendekkan dua (2) muka surat saya kepada satu (1) muka surat supaya boleh siap dalam lima (5) minit. Tapi Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, kalau nak celah dengan ringkas, boleh. Saya mengalu-alukan pelan tindakan ini pembangunan kanak-kanak adalah sangat penting. Saya sendiri ada tiga (3) anak muda dan saya amat prihatin tentang rancangan kerajaan dan rancangan Kerajaan Negeri untuk membuat satu persekitaran yang kondusif untuk anak-anak kita sambil mereka membesar. Dasar ini saya nak ucapkan tahniah sebab saya ambil maklum. Bukan semua portfolio di Negeri Selangor ini membuat satu dasar bertulis dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Seri Serdang kerana mengambil usaha untuk memulakan satu dasar bertulis ini dan saya mengharapkan, harap-harap pada penggal yang akan datang semua portfolio di pentadbiran kami akan membentuk dasar bertulis seperti ini. Akan tetapi saya ingin memberi sedikit pandangan, cadangan terhadap dasar ini jangan salah faham apa-apa cadangan yang saya beri. Saya masih berterima kasih paling kurang pun at least kita ada satu titik permulaan dalam dasar bertulis ini. Saya ingin mencadang kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang mungkin belum sempat membuka buku ini, mungkin boleh terus kepada muka surat 34 kerana daripada muka surat 34 ke atas adalah semua pelan-pelan tindakan dan cukup banyak pelan tindakan yang digariskan dalam buku ini. Saya ingin mungkin bincang sedikit di dalam domain pertama, persediaan keibubapaan dan pra kelahiran. Memang boleh ditambah baik di masyarakat. Saya ingin bertanya dan saya juga berharap Kerajaan Negeri tidak lupa ibu-ibu muda dan ibu yang tidak berkahwin di Negeri Selangor. Mereka walaupun ada banyak pihak yang judge them kerana mempunyai anak sebelum berkahwin tetapi anak mereka tidak harus suffer kerana harus dipinggirkan kerana apa dilakukan oleh ibu dan bapa mereka. Apa-apa polisi
yang kita buat, jangan kita takutkan ibu-ibu ini daripada tampil ke hadapan sama ada dari segi pemeriksaan kesihatan, kaunseling dan sebagainya. Kita kena tunjukkan simpati kita kepada mereka, kita kena tunjukkan bahawa mereka tidak perlu resort to abortion dengan izin, dan mereka boleh tampil ke hadapan dan dapat sokongan daripada kerajaan dan saya harap perkara ini boleh diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri. Saya harap perkara ini boleh dibincangkan dan kita boleh letakkan secara bertulis pendirian Kerajaan Negeri kita di dalam dokumen ini pada penerbitan-penerbitan yang akan datang. Jika ada Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju kita boleh bahaskan dalam sesi ini tetapi saya rasa apa-apa kesalahan ibu dan bapa, apa-apa kesalahan dewasa yang orang dewasa telah buat jangan kita melibatkan anak itu yang membayar to pay the price for that kesalahan. Yang kedua, yang saya ingin bangkitkan ialah baucar makanan yang disebutkan di sini. Baucar makanan untuk kanak-kanak dan ibu mengandung berdasarkan pendapatan isi rumah. Saya ingin bertanya adakah ini program Bingkas sedia ada ataupun cadangan program baru? Saya baca daripada sini bantuan kepada ibu mengandung. So, jadi sebelum dia dapat anak dia tak boleh dapat Bingkas? Adakah Bingkas akan diubahsuai ataupun adakah ini program baru dan mungkin bila program baru ini akan dilancarkan?
Yang ketiga, tadika. Ini dalam domain kedua. Pendidikan penjagaan awal kanak-kanak termasuk tadika, termasuk tempat asuhan kanak-kanak. Dalam sidang yang lepas, Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan telah keluarkan satu penyata. Kami telah memberi saranan kepada Kerajaan Negeri untuk ambil kisah tentang lokasi-lokasi wujudnya tempat-tempat ini, premis-premis tadika ini. Premis-premis tadika ini sangat penting kerana buat masa ini kami mendapat tahu tidak ada satu badan kerajaan yang mengambil kisah untuk memastikan koordinasi lokasi antara tadika Kemas, antara tadika daripada KPM, antara tadika daripada agensi-agensi lain. So, perkara ini harus diambil tindakan supaya kita dapat tahu di mana semua tadika dan kita boleh wujudkan tadika di tempat yang kurang, yang tidak cukup, yang tidak mempunyai tadika tersebut. Kita juga ada membangkitkan financial literacy dengan izin, di muka surat 45. Saya memang mengalu-alukan in fact kami pun telah bercadang bahawa Kerajaan Negeri harus menitikberatkan financial literacy supaya kesejahteraan keluarga itu dapat dijaga. Jadi, macam mana perkara ini akan dibuat oleh Kerajaan Negeri? Saya tahu masa singkat dan ada terdapat banyak lagi point yang kita perlu lihat. Kita juga bangkitkan di muka surat 50. Perkembangan peranti digital dan kanak-kanak. Walaupun matlamat tu disebut dalam satu ayat macam mana Kerajaan Negeri bercadang untuk menampung satu belanja yang tinggi jika Kerajaan Negeri nak masuk tugas untuk memberi peranti kepada semua anak-anak yang tidak mampu untuk membeli peranti ataupun hanya sekadar memberi latihan? Tapi kalau nak beri latihan, adakah ini akan dilakukan di sekolah ataupun di luar sekolah? Saya rasa banyak penjelasan boleh diberi oleh Yang Berhormat. Saya ingin ringkaskan bahawa semua matlamat ini banyaknya yang murni. Very desirable ideals dengan izin, saya ingin bertanya apakah jangka belanja perbelanjaan Kerajaan Negeri tahun ini, tahun 2024/2025 untuk kita berjaya melakukan semua matlamat-matlamat
ini sebab saya yakin ini bukan sahaja tulisan bercakap kosong saya yakin bila Kerajaan Negeri buat satu dokumen bertulis seperti ini kita ada hasrat untuk melaksanakan jadi ada tak dalam perancangan konsultan-konsultan yang menulis buku ini juga di kira implikasi kewangan dan boleh tak di kongsi dengan kami pada hari ini apakah implikasi kewangan untuk tiga tahun sebab ini pelan untuk tahun ini tahun hadapan dan tahun 2025. Dan apakah perbezaan perbelanjaan untuk tiga tahun pelan ini berbanding perbelanjaan mungkin satu dua atau tiga tahun yang lepas adakah peningkatan yang mendadak atau pun peningkatan sedikit jadi saya harap boleh memberi pencerahan kepada perkara-perkara ini dan terima kasih Tuan Speaker, kerana memberi ruang untuk saya membangkitkan isu-isu ini dalam dewan ini, sekian terima kasih.
Sijangkang.
Banting.. Banting..terima kasih beberapa isu penting yang Tuan Speaker untuk perhatian dan juga tindakan Kerajaan Negeri Selangor pertama berkenaan dengan keperluan kanak-kanak khas atau pun kanak-kanak OKU di kawasan saya ada sebuah persatuan ditugaskan yang khusus untuk menjaga kanak-kanak terencat akal kanak-kanak yang saya kira lebih teruk daripada OKU biasa saya memohon supaya kerajaan dalam melaksanakan dasar pembangunan kanak-kanak. Kanak-kanak ini juga memasukkan atau pun memberi perhatian khusus kepada golongan kanak-kanak yang di golong sebagai terencat akal. Ini adalah kerana kanak-kanak dalam kategori terencat akal ini barangkali mereka memerlukan jangkaan perhatian serta pertolongan seumur hidup sepanjang umur barangkali tidak ada apa bentuk jenis latihan ataupun kemahiran mereka boleh menguasai. Mereka mungkin tidak boleh bergerak langsung dari segi pergerakan dari segi pertuturan dan mereka amat memerlukan bantuan daripada staff ataupun pakar-pakar perubatan dan sebagainya untuk kehidupan kelangsungan kehidupan mereka. Oleh sebab itu saya rasa kita perlu memberi sedikit tumpuan daripada kita melakarkan banyak program-program ataupun panduan, saya kira kita perlu mengkhususkan suatu jumlah peruntukan untuk kanak-kanak yang terencat akal. Kanak-kanak OKU tetapi dia lebih OKU daripada yang lain, kalau OKU tertentu dia mungkin boleh diberi latihan diberi kemahiran dan sebagainya ini adalah satu kategori kanak-kanak yang totally independent on other people dan ada kanak-kanak yang di pusat ini di Bandar Mahkota Banting sehingga sekarang mereka dihantar ke pusat ini sejak bayi lagi sehingga sekarang mungkin sudah dewasa mungkin dibiarkan begitu sahaja. Jadi saya berharap perhatian sedikit perhatian ataupun sumber resources boleh diperuntukkan untuk golongan kanak-kanak sedemikian rupa. Baru-bru ini saya mendapati saya ada seorang satu kes sebagai contoh ibu bapa yang menjaga anak kanak-kanak itu sedikit fortune kerana ibu bapa masih ada lagi dan mereka kerana sekadar hendak memberi satu kerusi roda untuk mandi sahaja ia sudah begitu membebankan kosnya melipat mencecah sampai ke 4000 atau 5000 ringgit, sangat-sangat mahal kerana kanak-kanak itu pada masa muda dia kecil lagi bapa atau mama boleh peluk tapi apabila papa ataupun emak sudah mencapai umur warga emas
60tahun , 70tahun dan kanak-kanak itu sudah menjadi dewasa 20tahun tetapi mereka tidak boleh peluk lagi sebab itu mereka perlukan kerusi itu dan harga begitu mahal. Bayangkan ini satu kanak-kanak kalau kanak-kanak yang ada berada di luar itu macam mana. Oleh sebab itu saya memohon supaya kanak-kanak terencat akal diberi perhatian kedua juga berkenaan kanak-kanak yang OKU, OKU dari segi bukan sahaja fizikal tetapi mungkin dari segi mental tapi mereka mungkin sedikit likes maafkan saya kalau menggunakan perkataan mereka mungkin menghadapi masalah pembelajaran autism dan sebaginya dan saya difahamkan kos untuk menerima rawatan kaunseling ataupun terapi boleh sampai 5 angka. (Bahasa Inggeris) jadi saya mohon kalau Kerajaan boleh membantu cuba tengok-tengok dari sudut itu kerana bukan sahaja terapi-terapi macam ini tidak boleh, orang yang keluarga yang B40 memang tidak akan ada peluang pun untuk menikmati atau pun menerima perkhidmatan terapi ini bukan sahaja mereka tetapi malahan yang M40 atau pun D20 pun akan rasa berat juga.
Saya ada terima Tuan Speaker, mereka yang berniaga mereka yang kaya tiba-tiba datang ke pejabat saya nak minta bantuan daripada JKM kerana walaupun dia merupakan keluarga yang berada tapi bayangkan kalau keluarga mereka ada seorang kanak-kanak OKU sama ada yang terencat atau seperti apa yang saya terangkan ataupun yang lights mentally disable itu adalah satu kos yang cukup panjang its like train survery all the resources of the family just because keluarga itu D20 tak semestinya mereka boleh menampung kehidupan anak itu untuk sepanjang umur. Apatah anak itu mungkin akan membesar, 5 bulan, 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun sampai dia 40 tahun, 50 tahun itu adalah kedua yang ketiga yang terakhir Tuan Speaker saya memang terakhir saya tak pasti lah sama ada dasar ini ada disebut atau tidak kita harus memberi perhatian kepada kanak-kanak yang berada di Negeri Selangor khususnya yang tidak ada identiti yang tidak ID yang tidak ada dokumen saya terima juga aduan daripada seorang warga memang lah beliau bukan warga Malaysia sejak sehingga sekarang masih belum ada lagi kad pengenalan, saya tak mengapa tapi dia adalah seorang warganegara yang ada seorang penduduk yang ada pekerjaan tetap tetapi beliau tidak boleh buka bank akaun, tanya kenapa dia mohon tetapi masih belum ada kelulusan. Jadi saya mohon supaya kerajaan ambil tindakan yang progresif dan tegas dalam perkara ini apa berlaku dengan KDN supaya kanak-kanak yang belajar di sekolah, kanak-kanak yang habis pelajaran di sekolah mereka menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran mereka tidak dapat mencari mereka tidak dapa melanjutkan pelajaran malahan nak buka bank akaun nak buka EPF akaun nak buka PERKESO akaun tak boleh. Saya tidak tahu mengapa dan saya mohon supaya kerajaan lihat betul-betul kes ini dan saya juga ingin tegaskan Tuan Speaker, yang saya terima itu mengadu itu, dia bukan Cina dan bukan India dia Melayu. Dia Melayu, masyarakat Melayu pun menghadapi masalah yang sama jadi saya mohon lah supaya perkara ini kita jangan kaitkan dengan apa-apa kaum ataupun apa-apa fahaman politik kerana ia merupakan satu perkara yang melibatkan semua masyarakat. Saya tak pasti saya tanya saya nak tanya wakil rakyat daripada Muslim Melayu khususnya dari pembangkang ada pernah tak terima aduan yang sedemikian
rupa sebenarnya ada dan saya mohon supaya perkara ini dilihat ketiga-ketiga perkara ini dilihat dengan betul-betul serius mungkin dalam dasar ini,sekian terima kasih.
Terima kasih banting, silakan Sijangkang, 5 minit
Terima kasih Tuan Speaker, amnya saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO kerana melahirkan satu dasar membangun kanak-kanak saya ingat komprehensif yang mempunyai matlamat bukan sahaja satu hanya tertumpu kepada kanak-kanak tapi mempunyai matlamat yang cukup panjang impaknya kepada generasi kita di masa akan datang. Jadi saya melihat perkara yang berkaitan dengan bidang keutamaan dasar ini dari segi pelaksanaan ataupun dominan satu perkara yang sangat penting, saya masih ingat lagi apabila kita memulakan perancangan satu ketika dahulu, Insentif Perkahwinan Belia kerana kita melihat bahawa berlaku kebanyakan ibu bapa ataupun pasangan-pasangan baru seolah-olah tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga yang akhirnya juga apabila mereka berkahwin mempunyai anak dan mereka tidak mempunyai ilmu untuk persediaan sebagai keluarga dan anaknya menjadi terbeban. Begitu juga dengan insiden-insiden yang berlaku ramainya penceraian ramainya perkahwinan anak-anak tidak dapat dokumentasikan malahan ibu bapa tidak dapat didokumentasikan akhirnya kita memikirkan satu insentif kepada belia-belia supaya mereka dengan kita melalui insentif perkahwinan belia. Kalaupun mereka tidak pergi jauh sekurang-kurangnya mereka berkahwin kita dapat memberi tumpuan tertentu. Bagi masyarakat bukan beragama Islam saya tidak suatu peratus tapi sebahagian besarnya akan melalui khusus perkahwinan, pra perkahwinan dan di situ diterapkan pendidikan-pendidikan dan saya tidak melihat ini sebagai sifat soal kaum ataupun berkaitan agama ini kita hadapi dalam kepelbagaian kaum dan anutan agama dalam negara kita.
Saya ingat antara perancangan penting adalah kita untuk ada justifikasi ibu bapa ini yang akhirnya akan melahirkan zuriat dan generasi akan datang kita bimbing dengan sebaik mungkin dan akhirnya kita dapat melahirkan generasi yang terbaik. Dan itu antara matlamat yang kita buat. Sebab itu saya melihat betapa pentingnya dalam domain ini berkaitan persediaan keibubapaan dan pra perkahwinan kerana saya mengharapkan juga apabila insentif belia ini tidak dapat diteruskan tetapi program-program untuk menjadi satu persediaan kepada ibu bapa ataupun pasangan-pasangan muda pasangan yang nak berkahwin ataupun baru berkahwin ada satu kursus di bawah Kerajaan Negeri yang melihat bahawa kesediaan mereka, daripada sudut ilmunya untuk mereka berumah tangga ilmunya untuk menjamin kehidupan daripada sudut pendapatan untuk menyara keluarga ilmunya untuk mereka melahirkan zuriat yang akan dilahirkan. Sebab itu ini saya kira hendaklah satu perkara yang sangat penting yang harus juga dilihat oleh kerajaan pada hari ini pertamanya bagaimana kita nak merapatkan anak-anak muda itu kepada kerajaan dan program-program kita susun atur untuk akhirnya lahirkan satu generasi yang terbaik.
Boleh mencelah, saya nak tanya Sijangkang 59 kes yang melibatkan seksual kanak-kanak di Kelantan, 8 kes sahaja yang menyebabkan seksual dewasa, apa pandangan Yang Berhormat?
Saya ingat nanti Yang Berhormat boleh bahaskan, sebab saya nak tumpu di Selangor, kita nak tumpu pada Selangor. Saya melihat bahawa domain dua ini adalah perkara yang juga sangat penting soal pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak kita tidak nafikan soal anak-anak yang normal sifatnya itu kita mempunyai ruangan-ruangan yang cukup banyak tetapi bagi anak-anak yang sifatnya OKU yang saya kira bukan saya nak kata membebankan pada ibu bapa tetapi akhirnya ibu bapa terpaksa compromise terutama ibu-ibu yang melahirkan terpaksa sebahagiannya saya lihat ada lagi juga profesional-profesional yang seharusnya mereka berada di barisan hadapan untuk membangunkan masyarakat dan juga negara kita tetapi mereka terkekang dengan keadaan-keadaan anak-anak yang bersifat OKU ini. Ini anugerah yang Allah yang berikan mereka, saya ingin memberikan tumpuan yang saya ambil perkara yang mungkin beri keutamaan adalah kepada golongan anak-anak yang autism kita tahu autism ini juga adalah prospek tarum daripada yang mild sehingga yang memang alam dia sendiri tetapi saya melihat bagaimana kita boleh juga mula menyediakan di Negeri Selangor beberapa pusat-pusat penjagaan dan pendidikan anak-anak autism terutamanya yang ringan yang mild, kerana saya ingat institusi ini adalah yang terlalu sedikit malah saya melihat bahawa anak-anak ini sebenarnya kalau dia dapat bimbingan penjagaan dan pendidikan daripada peringkat awal dengan baik mereka mempunyai peluang yang lebih baik selepas itu, ada sebahagian yang mild ini mereka boleh huffaz 30 juzuk Al-quran sebab itu saya kira bagaimana pendidikan kepada ibu bapa juga untuk mengenali pada peringkat awal anak-anak autism ini amatlah sangat penting saya melihat di kawasan saya ada satu pasangan yang mengusahakan pusat pendidikan autism untuk anak-anak kecil yang saya kira cukup dimanfaatkan kerana yang hantar anak-anak di situ walaupun bilangan tidak lebih dari 10 orang tetapi adalah daripada kumpulan yang saya katakan profesional tadi, dan saya melihat mungkin ada kekangan-kekangan sebab mereka pasangan ini dia bawa pusat ini di kawasan rumah dia yang mungkin daripada sudut kelulusan kebenaran merancang secara proper daripada PBT, mungkin tidak dapat diluluskan dengan mudah dan mungkin ada faktor-faktor yang lain tetapi saya melihat inisiatif-inisiatif yang sebegini. Kalau mereka mempunyai keupayaan dan kemahiran dan ada tauliah, certificate daripada kemampuan untuk mengusahakan perusahaan seperti ini, saya kira kita harus memberikan sokongan dukungan. Sebab itu, saya melihat di peringkat PBT juga mungkin boleh memberikan sedikit kelonggaran ataupun keringanan di peringkat kita juga mungkin memberikan sokongan untuk pusat-pusat seperti ini kerana keperluannya rupanya sangat besar. Ibu bapa yang mempunyai anak autisme ini, yang mampu untuk didik, yang ringan ini tadi jumlahnya juga sangat besar. Mungkin saya boleh sebut juga Yang Berhormat EXCO untuk turun ke pusat ini untuk melihat, untuk membantu pusat ini supaya akhirnya ia memberikan satu juga impak yang baik kepada pembangunan kepada anak-anak kita terutamanya, selain daripada anak
yang normal, juga anak-anak yang OKU ataupun yang saya spesifik kan tadi adalah anak-anak autisme. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Sijangkang. Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Seri Serdang atas pembentangan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas Libat Urus yang telah dirancang di antara Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum pembentangan dasar ini. Jadi di sini hanya dua (2) perkara yang Subang Jaya ingin sentuh, yang pertama adalah berkenaan pemakanan. Ini adalah daripada pengalaman Subang Jaya dalam penggal ini, Subang Jaya telah menjadi seorang ibu. Jadi, kami sedia maklum bahawa pemakanan adalah satu aspek yang sangat penting untuk kanak-kanak. Tetapi tahap yang paling susah adalah peringkat bayi. Ini adalah kerana bayi belum lagi pandai untuk memberitahu ibu bapanya sakit apa ke, tidak selesa di mana, lapar ke, kenyang ke, makan terlalu banyak ke, dan sebagainya. Jadi, kompleks sangat isu penyesuaian dan salah satu aspek yang paling penting adalah semasa peringkat bayi kerana untuk kehidupan pertama enam (6) bulannya, bayi hanya boleh minum susu untuk membesar. Jadi, saya di sini ingin merakamkan ucapan terima kasih khasnya kepada Tuan Speaker kerana telah menyediakan bilik susu dalam Dewan yang mulia ini (Ahli Dewan menepuk meja).
Tuan Speaker, penyusuan sebenarnya bukan sahaja sejenis makanan untuk bayi. Susu yang dihasilkan ini mempunyai nutrisi yang mencukupi yang selalu berubah dalam badan ibu mengikut keperluan bayi. Contohnya, susu yang dihasilkan oleh ibu pada bulan pertama adalah berbeza pada bulan keempat, keenam, kelapan dan sebagainya. Selain daripada itu, susu ibu juga mempunyai antibodi yang boleh melindungi bayinya. Bayi yang minum susu badan, kami tahu kurang masalah kesihatan dan susu ibu begitu istimewa sehingga antibodi COVID-19 juga terjumpa di dalamnya. Jadi maksudnya, kalau ibu sakit menghadapi COVID-19, ibu sedang menghasilkan antibodi dan antibodi itu boleh diberikan kepada bayinya dan bayinya akan dilindungi daripada COVID-19. Namun, Ahli-ahli Yang Berhormat, penyusuan adalah satu proses yang sangat sukar. Banyak faktor yang perlu diambil kira contoh, konsep supply and demand, ibu yang lebih menyusu boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Kedua, ibu perlu meneliti makanan dan minuman sendiri supaya boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Tiga, fisiologi bayi tersebut juga memainkan peranan. Isu tongue-tie dan cleft palate contohnya, akan menjadi cabaran kepada bayi untuk belajar cara menghisap dan menelan dengan efektif. Jadi, saya amat tertarik dan ingin mengucapkan tahniah kerana dalam buku ini, telah menyatakan keinginan untuk mewujudkan satu bank susu untuk menyokong ibu yang menghadapi masalah menyusu. Mengikut garis panduan WHO dan KKM, setiap ibu digalakkan untuk menyusu sekurang-kurangnya enam (6) bulan sehingga dua (2) tahun. Dengan adanya pengetahuan yang mencukupi dan sokongan dari segi bank susu, lebih ramai
ibu akan dapat mencapai sasaran tersebut yang sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan lebih produktif.
Isu seterusnya ingin disentuh Subang Jaya adalah berkenaan tempat mengasuh. Kami sebagai Kerajaan Negeri perlu terima hakikat bahawa banyak tempat mengasuh tidak berdaftar. Ini bukan kerana pengasuh-pengasuh ini ingkar kepada Undang-undang Negara. Mengikut garis panduan JKM, setiap pengasuh boleh mengambil tiga (3) orang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, syarat-syarat PBT masih memerlukan mereka menyediakan premis serupa dengan taska, maksudnya menyewa rumah corner lot, menyediakan tangga external dari tingkat dua (2) ke tingkat bawah dan sebagainya. Untuk mereka yang beroperasi secara skala kecil, it makes no business sense, dengan izin. Jika kami mementingkan keselamatan kanak-kanak dalam penjagaan pengasuh, kami perlu lebih peka terhadap isu di lapangan dan memindah Undang-undang ataupun syarat-syarat untuk menyesuaikan keadaan. Ia lebih bahaya Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila pengasuh itu beroperasi tanpa pemantauan daripada agensi ataupun Kerajaan. Kalau kami inginkan tenaga kerja yang lebih produktif kami perlu melengkapkan sistem untuk menyokong mereka. Ini bukan sahaja akan membantu ibu yang ingin bekerja, tetapi jangan lupa kami juga ada bapa tunggal dalam masyarakat dan mereka juga perlu sokongan. Care economy adalah penting untuk menyokong sistem dan ekonomi Negara kerana manfaat yang dibawanya adalah untuk semua orang tanpa kira gender. Oleh itu, Subang Jaya berharap agar Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan segera menyemak semula syarat-syarat penubuhan tempat mengasuh dan menubuhkan syarat-syarat yang sesuai untuk diguna pakai di lapangan untuk pelbagai tempat, contohnya, sama ada di rumah ataupun apartment dan sebagainya. Jika PBT risau berkenaan isu keselamatan, sistem dengan ada taraf pelbagai gred seperti restoran boleh dipertimbangkan. Contohnya, tempat-tempat pengasuh yang bertaraf A adalah tempat yang memenuhi semua syarat dan mungkin yang bertaraf C adalah tempat yang memenuhi hanya 50% syarat yang ditetapkan. Sementara itu, Subang Jaya berharap agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan satu (1) moratorium penguatkuasaan terhadap pengasuh yang tidak berdaftar dan menggalakkan mereka untuk keluar supaya dapat dikenal pasti dan dibanci dengan itu, Kerajaan Negeri baru dapat tahu apakah cabaran yang dihadapi oleh mereka dan meminda dasar-dasar sewajarnya. Itu sahaja dua (2) perkara yang ingin dibangkitkan oleh Subang Jaya, dengan itu Subang Jaya menyokong.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Kampung Tunku hanya ada dua (2) perkara yang ingin dibahaskan. Yang pertamanya, merujuk kepada muka surat 26 mengenai data kematian kanak-kanak. Kampung Tunku ingin tanya apakah sebab-sebab utama ini berlaku. Adakah sama ada berlaku daripada penyakit sedia ada yang dialami oleh ibu atau anak? Adakah data ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri perlu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan ibu mengandung
dan juga kalau boleh, adakah kita mendapat apa-apa pecahan dari data itu? Berapa ramai ialah kehamilan remaja ataupun ibu tunggal? Itu perkara yang pertama. Dan keduanya, saya melihat dasar ini sebagai satu (1) yang, dokumen yang sangat bagus tetapi Kampung Tunku ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri pertimbangkan penubuhan Jawatankuasa Kanak-kanak ataupun kebajikan kanak-kanak, keselamatan, ia boleh dinamakan apa-apa sahaja tetapi di peringkat daerah kerana saya mendapati perkongsian maklumat antara agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan, Lembaga Zakat, pihak polis, Pusat Khidmat ADUN ataupun MP amat jarang. Contohnya, saya pernah menangani satu (1) kes rogol kanak-kanak dan saya dijemput ke Jabatan Kebajikan Malaysia Daerah Petaling, untuk membincangkan Case Management, dengan izin, dan semasa mesyuarat itu, saya dimaklumkan oleh Pelindung Kanak-kanak bahawa sayalah Ahli Dewan yang pertama untuk datang ke JKM Petaling untuk buat Case Management dan ia boleh dianggap satu (1) perkara yang baik di mana, okay, kita tidak ada masalah yang sangat besar sehingga memerlukan Yang Berhormat untuk pergi ke JKM Petaling ataupun ia boleh melambangkan bahawa tidak ada sinergi antara semua pihak-pihak ini. Oleh itu, saya berharap kita boleh tubuhkan satu (1) Jawatankuasa di peringkat daerah untuk memudahkan perkongsian maklumat, praktiskan tabiat Case Management, dengan izin, dan juga perkasakan hubungan dengan Unit D11 di setiap ibu pejabat daerah. Biasanya, apabila kita bercakap tentang keselamatan kanak-kanak ataupun keganasan rumah tangga, kita akan berurusan dengan Unit D11 di Bukit Aman tetapi saya kira, setiap Ibu Pejabat Polis Daerah dan setiap Balai Polis mesti mengambil serius laporan polis mengenai keselamatan kanak-kanak. Itu sahaja yang ingin dibahaskan oleh Kampung Tunku, terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrohim. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak EXCO yang telah mengadakan satu (1) dasar Pembangunan Kanak-kanak yang cukup kemas dan menegaskan di situ bahawa kanak-kanak adalah masa depan kita, kepimpinan Negara, betul. Dan dalam konteks madani, kita mesti ubah bentuk konsep tersebut adalah berbentuk madani. Madani ini ia menjelaskan tiga (3) aspek yang penting iaitu Kekitaan, Kebersamaan dan bagaimana kita boleh jadikan yang kita gerakkan itu sebagai satu impian bersama. Identiti, persoalannya adalah identiti. Identiti ini adalah satu perkara yang penting. Kalau orang itu lahir, dia tidak kenal bapanya dia menghadapi satu kerja yang susah. Kalau dia kenal bapanya senang. Jadi, kita berada dalam keadaan itu di mana masyarakat kita, kita menangani cara dia, anak luar nikah. Anak luar nikah ya. Jadi, anak luar nikah ini memang masalahnya adalah kerana kalau kehidupan masyarakat Melayu dia rasa segan, malu, mengaku. Datuknya segan, neneknya segan, mak dia pun segan tetapi masa hendak buat benda itu tidak malu. Tetapi kita tidak boleh menjadikan mereka begitu kerana di dalam Islam ada caranya. Islam pun ada fasa awal Islam, fasa itu berlaku dalam era Madinah, berlaku dalam era gabungan keadaan yang luas, zaman Khalifah Ar-Rasyidin pun
ada. Jadi, masing-masing itu ada peringkat fasa tadrij, berperingkat. Itu historical development, dengan izin, yang menjadikan bagaimana anak angkat, luar nikah dan sebagainya berlaku. Dalam sejarah Islam yang paling dahsyat berlaku adalah kisah Ziyad bin Abihi, tidak boleh hendak kata Abu Sufyan tetapi ia berlaku pada zaman jahiliah di dalam Islam. Dia telah berzina dengan seorang wanita, lepas itu Ziyad ini dia hasil daripada itu, jadi dengan itu, dia telah menjadi rakan kepada anaknya yang sah, Mu’awiya. Mu’awiya pula berharap pada Ziyad yang berani, lawan pedang orang takut dan akhlaknya pun baik, mulia jadi orang kaitkan dia Ziyad Bin Abihi. Abihi itu adalah bapa dia. Bapa dia itu ialah bapa Mu’awiya Bin Sufyan. Jadi, kita lihat konteks itu adalah satu perkara yang menjadikan sukar. Saya ingin menjelaskan dalam konteks masyarakat, kita pun, di Selangor ada Rumah Arafiah, rumah apa? Rumah perlindungan kan? Basically, gadis-gadis belasan tahun yang mengandung di bawa ke rumah itu dan dapat baby, diambil anaknya. Jadi dengan itu, anak itu terputus hubungan dengan emak, emak dengan anak. Tetapi, generasi ini akan ramai satu hari nanti. Jadi, kita kena berhati-hati dalam menangani masalah ini. Modelnya ada dalam sejarah Islam tetapi itu historical factor. Apa yang saya hendak tegaskan di sini ialah, kita, walaupun mereka kecil, kalau jadi macam Ziyad ini, Ziyad ini historical factor yang besar dalam sejarah Islam. Nasib baik Omar rescue dia dengan, tapi dia dah tua dah dilantik sebagai seorang pengutip Amil zakat di Basrah jadi dia punya imej itu berubah. Jadi, kita hendak imej itu tidak ditutup sepenuhnya tetapi adalah rangka untuk menjadikan anak-anak kategori ini yang sensitif kepada ibu bapanya dan juga atuk dan neneknya ditangani dengan baik. Dan satu lagi yang saya dapati dalam konteks Hulu Kelang, rupa-rupanya ramai yang anak-anak Hulu Kelang ini yang OKU yang ada bakat sukan. Ada yang dia boleh main bowling, dengan dua tangan dan dia jadi champion, dia telah dimasukkan terpilih untuk menjadi kategori sukan boling OKU di Jerman, di Berlin tak lama lagi. Jadi benda-benda macam ni kita rasakan bukan nak menjadikan lebih susah tapi kita saya mencadangkan Dr ambil kira jugak bagaimana kita nak menangani isu-isu yang begini sensitif pada pandangan orang yang terbit agama ke tidak, konsep inklusif kita itu complete. Terima kasih.
Terima kasih Hulu Kelang. Saya mempersilakan Pelabuhan Klang.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama sekali Pelabuhan Klang ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga. Tahniah Yang Berhormat Seri Serdang, anak Selangor, anak kita. Pelabuhan Klang ingin merujuk kepada mukasurat 25 – 2.3 Statistik kanak-kanak di Negeri Selangor dan berdasarkan kepada angka-angka yang telah ditunjukkan ini dan saya melihat sumbernya daripada Statistik Kanak-kanak 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia dan saya kira ini mungkin statistik daripada pusat-pusat yang berdaftar. Sebagai contoh, saya tengok di Klang, misalnya ada banyak pusat-pusat tahfiz yang kanak-kanaknya tidak dihantar di sekolah rendah, tidak dihantar di sekolah menengah. Adakah ianya masuk dalam statistik jumlah kanak-
kanak di Negeri Selangor. Begitu juga dengan asrama akhlak. Kalau tengok ni jumlahnya 0. Tetapi banyak juga rumah akhlak yang dibina macam di kawasan di Pelabuhan Klang yang menempatkan anak-anak yang seperti wanita-wanita remaja yang hamil, umur 13 tahun, 14 tahun dan dah tak bersekolah, adakah ianya terlepas, saya ada ramai tempat saya dan saya ingin mencadangkan kepada Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga supaya boleh mewujudkan apps mendaftar sebaik sahaja kelahiran itu kita daftar, sebab dalam masa 7 tahun mereka ini akan mula bersekolah, 6 tahun mungkin dah kena sekolah tadika, lepas tu, 7 tahun bermula dengan Darjah 1 dan mungkin pendaftaran sekolah-sekolah yang ada di dalam Negeri Selangor ini juga perlu didaftarkan. Sebagai contoh, di Pelabuhan Klang, sekolah tak cukup muridnya ramai sebagai contoh juga di Sekolah Kebangsaan Telok Gong, murid sekolah rendah di situ seramai 1,650 orang tetapi satu sekolah menengah pun takde dan kalau nak ada, sekolah menengah dia jauh, luar daripada kawasan Telok Gong dan akhirnya ada ramai ibu bapa yang tidak hantar anak ke sekolah menengah selepas sahaja tamat persekolahan sekolah rendah atas alasan pendapatan tak cukup, atas masalah ekonomi keluarga dan ada juga ibu bapa yang tidak mengambil berat sangat tentang pendidikan anak-anak ini. Jadi saya ingin mencadangkan wujudkan apps tersebut daftar sebab macam di Sabak, kalau kita dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Sabak, sekolahnya banyak, besar tapi muridnya, 10 orang, 11 orang, maknanya lepas ni kalau nak membina sekolah, bina di sekolah kawasan mana dulu, mungkin kita perlu ada statistik sekolah luar bandar, sekolah pinggir bandar, sekolah dalam bandar, banyak dan itu yang kita kena lihat sebab saya takut tersalah perancangan disebabkan kita tersalah data, kan. Kalau di Klang, banyak tapak-tapak sekolah, tapi sekolahnya tidak dibina dan kalau tengok pembangunan di EXCO Pelaburan, masuk banyak pelaburan ke Pelabuhan Klang, pembangunan perindustrian tu semakin pesat dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan ramai orang luar daripada Selangor datang berhijrah. Yang Berhormat Bandar Baru Klang ya kalau tengok sekarang rumah-rumah yang dibina di kawasan kampung tradisi Pulau Indah buka sahaja iklan mesti ada orang beli dan penuh, dah takde tempat dah takde rumah kosong lagi yang boleh dibeli sebab dia buka je iklan sekejap aje mesti ada orang beli. Sebab bekerja di kawasan pelabuhan, di West Port, di North Port, jadi itu yang saya sangat berharap supaya data ini perlu dikemaskinikan jangan hanya bergantung kepada statistik kanak-kanak Jabatan Perangkaan Malaysia sepatutnya Selangor kita sebagai smart state, Smart Selangor, kita ada unit data kita sendiri, kita sendiri wujudkan sistem kita sendiri untuk Negeri Selangor supaya kita boleh membuat keputusan yang tepat, perancangan yang tepat terutama sekali dalam program pendidikan anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang. “Anak Selangor, Anak Kita”, Pelabuhan Klang menyokong dasar ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker.
Ada lagi ya? Pro aktif hari ni ya? Baik, silakan, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Terutamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Seri Serdang atas satu dasar yang kita kira yang bertajuk Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan Tahun 2022 hingga 2025. Saya ingin menyentuh berkenaan domain yang pertama iaitu berkaitan persediaan keibubapaan dan pra kelahiran yang dinyatakan dalam dasar ini yang mana ianya melibatkan isu teras yang berkaitan ibu bapa muda, kurang kesiapsiagaan dan kemahiran untuk menjadi ibu dan bapa. Saya sangat menyokong isu ini diberi perhatian dan meletakkan perkara ini antara teras pertama dalam dasar ini. Ini kerana perkara berkaitan persediaan untuk menjadi ibu bapa ini kadang-kadang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita sedangkan ianya memberi kesan sangat besar kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Saya melihat dalam Dasar Kanak-kanak Negara pun tidak disentuh secara khusus berkaitan ini dan selalu kita akan terlepas pandang. Anak-anak yang lahir dalam keadaan ibu bapa yang tidak bersedia untuk jadi ibu bapa dari pelbagai segi akan menerima kesan dan trauma jangka panjang. Kita boleh rujuk pada statistik kes pembuangan bayi, kes penderaan kanak-kanak dan juga pengabaian. Antara faktor yang menyumbang adalah kerana sikap dan personaliti ibu bapa itu sendiri. Jadi saya melihat kita perlu menggerakkan kursus-kursus persediaan keibubapaan ini secara intensif kepada kumpulan sasar terpilih iaitu golongan bakal ibu bapa atau ibu bapa muda terutamanya kepada golongan B40 yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan taraf pendidikan yang agak rendah. Saya juga menyokong Pelan Tindakan untuk menekankan persediaan fizikal, emosi dan mental bagi ibu bapa dengan khidmat kaunseling yang kini telah banya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak NGO. Yang penting ibu bapa muda ini sedar dan ada akses kepada maklumat dan program-program berkaitan ini yang sangat penting bagi mereka.
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh mengenai domain yang kedua iaitu Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak. Salah satu isu terasnya berkaitan isu tiga ini adalah keselamatan anak-anak di pusat jagaan dan pra sekolah. Fokus saya adalah berkenaan kewujudan taska atau pusat jagaan kanak-kanak di kawasan PPR, apartment-apartment yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kita maklum berkenaan keperluan kepada taska dan tadika di tempat-tempat begini namun isu keselamatan anak-anak adalah isu yang kita tidak boleh berkompromi. Saya bersetuju untuk kita menilai semula syarat permohonan untuk pendaftaran bagi taska di rumah tetapi bagaimana pula dengan taska-taska yang telah diwujudkan di kawasan bangunan-bangunan tinggi high rise maksudnya flat, apartment, bagaimana pemantauan di peringkat kita dibuat dan kita tahu ramai ibu bapa yang ada tempat untuk dia tinggalkan anak dan dia boleh pergi bekerja dengan selesa dan kita sendiri perlu bimbang keselamatan anak-anak itu. Dalam keadaan kita tahu sebuah apartment ataupun flat square feet nya tak berapa besar tapi penjagaan anak-anak sampai 20 orang daripada bayi sampailah anak-anak yang transit dan kita kena pastikan keselesaan anak-anak itu di tempat jagaan. Jadi saya mengharapkan perkara ini perlu dikaji semula atau diambil berat dan kemungkinan boleh ditambah
baik pada dasar kita yang telah kita buat ini dan insya Allah dengan semua idea-idea yang diberikan oleh ADUN-ADUN kita ini ianya kita dapat memastikan “Anak Selangor, Anak Kita” jadi saya sokong dan Permatang bersetuju dengan Pelan Tindakan yang dinyatakan itu dan menggalak serta kita terus berkempen kepada untuk didaftarkan taska-taska yang sedia ada pada hari ini. Insya Allah, terima kasih.
Terima kasih, Permatang. Baik saya mempersilakan pihak Kerajaan sekiranya ada untuk memberi respon terhadap usul ini?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada semua yang Yang Berhormat mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dan memang cadangan-cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat sekalian akan diambil perhatian cuma saya ingin mengatakan bahawa memang banyak kalau kita tengok di sini, kita ada domain 10, teras 49, matlamat 43, pelan tindakan ada 194. Banyak sekali. Namun Yang Berhormat tujuan kita mengadakan Dasar Pembangunan ini adalah untuk memberi panduan kepada perancangan-perancangan kita sebagai Kerajaan untuk masa depan kerana masa sudah berubah dan pelan tindakan yang kita ada daripada pusat sebenarnya sudah tamat pada 2012 dan tidak banyak berbincang tentang pembangunan kanak-kanak. Jadi Yang Berhormat sekalian, apa yang saya nak sebut di sini, tidak semestinya semua yang kita ada dalam buku ini, pelan tindakannya perlu kita laksanakan serta-merta. Kita ambil perhatian dan kita mesti ingat di dalam perancangan kita, apa yang boleh kita buat dulu, apa yang kita panggil dengan izin, ‘the low line fruits’ ya, jadi selepas ini Yang Berhormat ADUN-ADUN kita sepatutnya tidak pening lagi nak memikirkan apa program aku untuk anak, untuk kanak-kanak dan apabila proposal-proposal yang datang kepada kita, kita boleh melihat sama ada proposal ini orang kata menepati dengan dasar pembangunan yang kita ada. Kalau kita ingat pengalaman kita ini banyak proposal yang datang, macam-macam nak buat tapi kita tak tahu adakah ini perlu, adakah ini keutamaan dan sebagainya. Kini kita ada satu panduan. Saya harap ADUN-ADUN kita akan menggunakan buku ini untuk menjadi panduan kepada kita. Yang Berhormat Bukit Gasing ada menimbulkan tentang domain persediaan keibubapaan berserta dengan beberapa ADUN yang lain ya, semua sedar tentang kekurangan persediaan ibu-ibu muda dan mungkin ibu dan bapa muda yang tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa. Mereka kahwin sebab mereka cinta, mereka dapat anak sebab mereka terlanjur dan kes-kes dan banyak lagi jadi usaha kita adalah untuk menanam kesedaran ini cuma kita perlu fikirkan bila patut kita mulakan adakah kita nak buat selepas anak-anak habis sekolah menengah kerana daripada umur 18, 17 itu sudah mula berkahwin dan saya mesti mengatakan di sini kita pergi ke universiti 5 tahun, 4 tahun untuk belajar sesuatu profesion sesuatu kemahiran supaya kita bekerja, dapat kerja tetapi kita tidak ada persediaan untuk membesarkan anak-anak yang kita tahu tanggungjawabnya tidak habis sampailah kita tua pun mereka masih anak kita ya, jadi inilah satu-satunya kesedaran yang tidak ada kepada kebanyakan rakyat negara kita.
Saya bersetuju dengan Bukit Gasing kita tidak boleh meminggirkan ibu-ibu, single, ibu-ibu tunggal ataupun single mother, ibu-ibu yang ada anak tapi tidak berkahwin kerana perancangan kita ini tidak akan bertanya kanak-kanak ni siapa bapaknya? Sepatutnya begitu, dan begitulah patut kita tidak meminggirkan anak-anak ini ya. Jadi lepas tu mengenai baucar makanan itu sendiri kita cadangkan walaupun kita sudah ada BINGKAS memang BINGKAS diberi kepada keluarga, belum lagi diberi kepada mereka yang tidak ada keluarga ya, mungkin jarang kita mendengar seorang ibu tunggal yang belum berkahwin ada 5 atau 4 atau 3 orang anak, tapi sekiranya ini ada, permohonan mereka tidak boleh ditolak sekiranya mereka memerlukan BINGKAS itu sendiri. Jadi terpulang kepada pihak ADUN kerana kita telah menurunkan kuasa untuk memilih siapa untuk diberi mengikut kelayakan mereka ya, jadi kita tak payah bising-bising, “saya nak beri unmarried mother” ke, dan sebagainya bila kita lihat keperluannya dan dia patut dapat, kita berikan kepada mereka. Yang Berhormat perkara kedua yang ditimbulkan adalah lokasi tadika premis. Dan ini adalah satu cabaran pada kita ya sebenarnya banyak pembangunan yang ada tidak mewajibkan pemajuan yang tidak mewajibkan untuk mengadakan taska dan tadika disiapkan. Ada pembangunan-pembangunan yang lepas ada diberi tapak untuk didirikan tadika atau taska tetapi untuk mencari orang membina ataupun orang lain pula nak bina, NGO pula nak bina, persatuan penduduk pula nak bina, it’s near impossible because its to expensive. Mahal dengan izin. jadi kita memohon kita proaktif terutamanya pihak PBT ya apabila KM dikemukakan mengikut plot ratio dan sebagainya mesti mewajibkan seperti yang saya sebut pagi tadi taska perlu mewajibkan pembinaan taska di dalam kompleks-kompleks yang akan dibina. Ya, bukan end after thought. Bukan selepas dah bina barulah dah ada permintaan baru kita nak buat. Pengubahsuaian tempat kerja dan pengubahsuaian apa ni kompleks-kompleks perniagaan dan sebagainya lebih mahal daripada kalau kita nak merancang daripada awal. Lepas tu financial literacy saya bersetuju saya mengharapkan sangat Negeri Selangor sebenarnya financial literacy ataupun kita panggil kewangan ini yang patut kita tanamkan daripada awal. Dan inilah di antara program yang sebenarnya Dato’ Seri Menteri Besar nak buat apabila kita tidak memberi lagi RM500 kepada orang yang baru nak kahwin kita mulakan program kita dengan LLPKN Smart Start. Di dalam Smart Start ini dimulakan dengan orang kata pengenalan kepada financial literacy ini supaya bakal pengantin ini faham yang tanggungjawab kewangan dan persediaan untuk anak ini mesti ada dalam kepala mereka. Kebanyakan pasangan-pasangan tidak berbincang mengenai kewangan setelah masuk dalam perkahwinan banyak yang terjebak dengan perkara-perkara yang mereka tidak boleh rungkaikan kerana daripada mula awal tidak dibincang bersama suami isteri tentang mana tanggungjawab siapa-siapa yang ini dan sebagainya. Jadi financial literacy ini juga kita perlu mulakan awal dan kita harap kalau di antara kursus-kursus yang kalau kita nak mendekatkan orang muda pada kita saya tahu kita selalu merungut apabila kita nak buat program berbentuk ilmu susah nak tarik orang susah nak tarik orang muda. Jadi kita kena perlu memikirkan macam mana kita nak selain daripada disediakan para EXCO dan sebagainya juga dibantu oleh para ADUN ya. Membekalkan peranti digital saya ingat masa PKP dulu kita juga dibekalkan oleh MBI tapi ini adalah saya
kira bukan sahaja apa yang dikehendaki oleh negeri tetapi negara juga perlu memikirkan bagaimana anak-anak kita boleh diberi peranti dan tidak lagi membawa beg berat untuk ke sekolah. Bayangkan jika ada peranti just a note book, iPad dalam tu di downloadkan diturunkan diisikan dengan semua mata-mata pelajaran, buku-buku yang diperlukan. Tak perlu anak-anak kita saya rasa untuk membawa beg yang berat dan sebagainya. Jadi kita beransur-ansurlah untuk menyediakan peranti digital kepada anak-anak kita insyaAllah. Tidak ada bajet yang khusus yang kita letakkan sekarang Yang Berhormat setiap kali untuk pengalaman saya untuk EXCO satu penggal ini bila kita lihat itu peruntukkan kita, kita perlu memikirkan apa yang kita nak lakukan pada masa itulah maka kita perlu memberi keutamaan seperti yang telah disebut tadi banyak tadi tentang anak-anak istimewa, Yang Berhormat Banting, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat mana sorang lagi ada menyebut tentang anak-anak istimewa sebenarnya untuk maklumat Sijangkang dan Banting kita sudah memulakan sebelum dasar ini ada kita sudah memikirkan keperluan-keperluan anak-anak OKU. Untuk makluman Banting kita sudah ada peruntukkan sehingga RM5,000 untuk anak-anak istimewa itu membeli peralatan. Kita juga telah memberi bantuan terapi sebanyak RM200 sebulan untuk setahun kepada mereka yang pergi ke terapi ke Pusat-Pusat Terapi kerana niatnya hanya untuk membantu. Dan kita tidak meletakkan syarat penerimaannya kepada pendapatan keluarga Yang Berhormat kerana kita tahu lahir sahaja anak yang kurang upaya bapa yang kaya pun boleh jadi miskin. Ya, ini kita sedar. Memang kita tidak letak pendapatan. Saya ingat lagi satu program tak letak pendapatan Skim Mesra Usia Emas ya. Asalkan 60 tahun boleh dapat. Serupa juga dengan bantuan yang kita Bantuan Anak Khas Istimewa ini sudah kita mulakan sebenarnya. Sebenarnya saya rasa dalam masa lima tahun ini kita banyak melonjakkan program-program anak-anak istimewa untuk makluman yang belum Yang Berhormat yang belum arif benar tentang program kita di bawah Jabatan Anak Istimewa kita iaitu YAWAS.
Yang Berhormat, sila duduk dulu. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Oleh sebab urusan Dewan ini masih belum selesai maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 1126(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah menyambung persidangan sehingga selesai semua urusan Dewan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI. Silakan Seri Serdang pendekkan, pendekkan.
Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya akan meringkaskan kerana maklumat-maklumat itu memang dah ada. Teruskan. Okay. Baik. Ada jiran sebelah nak balik cepat. Baik. Baik. Baik. Yang Berhormat saya cuma ingin mengatakan bahawa untuk anak-anak istimewa kita dah ada head start, Alhamdulillah. Kita sudah ada Jabatan Anak Istimewa. Kita memang ada kursus yang kita panggil daripada kursus Cikgu ANIS kepada Akademi ANIS di mana bukan sahaja kita melatih guru-guru di taska guru-guru di sekolah-sekolah khas eh di kelas-kelas khas kita juga melatih ibu bapa, volunteer, siapa sahaja setiap tahun kita ada peruntukkan RM500,000 untuk melatih mereka yang ingin menyelami bagaimana untuk handle anak-anak istimewa ini ya. Kita ada Akademi ANIS, kita ada Bantuan Khas ANIS. Kita juga sekarang sudah ada support centre sokongan Pusat ANIS di IDCC yang kita ambil anak-anak ini dari peringkat awal untuk kita buat penilaian dan terus melatih mereka secara fungsiannya. Dan kemudian saya nak mengatakan saya sangat, sangat, sangat gembira kerana Dato’ Seri Menteri Besar sudah bersetuju Negeri Selangor dalam proses untuk membangunkan satu syarikat CLBG iaitu Yayasan Insan Istimewa yang akan handle daripada A to Z anak-anak keperluan-keperluan ini insyaAllah di Negeri Selangor dan kita juga sudah mulakan untuk melatih anak-anak lepasan sekolah yang tanpa ada sijil kita panggil sijil yang memboleh melayakkan mereka ke TVET dan sebagainya untuk juga kita melatih mereka supaya mereka boleh berdikari. Jadi banyak sebenarnya yang saya rasa kita lakukan untuk anak istimewa lebih daripada anak biasa sebenarnya. Jadi pada semua silalah jenguk-jenguk Jabatan ANIS itu untuk mengetahui apa yang kita ada untuk anak-anak istimewa Negeri Selangor dan insyaAllah dari masa ke semasa kita akan menambah baik kepada mereka. Namun apa yang kita ada sekarang memang tidak mencukupi. Permohonan-permohonan untuk Bantuan ANIS, Bantuan Khas ANIS dan sebagainya setiap tahun tidak mencukupi kerana kebanyakan mereka memerlukan bantuan untuk bayar terapi, speech terapi dan sebagainya. Jadi untuk makluman dalam perancangan jangka masa panjang kita ada kerjasama MOU dengan Universiti Malaya dan juga UNISEL untuk kita siapkan petugas-petugas ataupun human resource kita untuk bantu program-program anak istimewa ini. Saya tahu kita kalau kita nak ambil seorang speech terapi sangat mahal tapi kalau kita ambil pembantu-pembantu mereka adalah lebih murah insyaAllah kita dapat ada program-program seterusnya untuk anak-anak ini. Untuk jawapan Banting yang menimbulkan tentang undocumented children. Anak-anak yang tidak ada dokumen ini di bawah KDN. InsyaAllah di bawah kerajaan Madani kita harap Ahli-Ahli Parlimen kita akan bawa ini kepada Parlimen ya, menyuarakan bahawa anak-anak ini tidak berdosa. Dan mereka seperti kata Yang Berhormat Banting, “bukan sahaja bangsa lain tetapi bangsa Melayu sendiri pun tidak ada dokumen”. Jadi bagi saya it’s a, ia adalah masalah semua ia bukan masalah orang kata segelintir tapi agak berat juga saya pun
mengenali satu keluarga yang sudah duduk di sini mungkin dah 20, 30 tahun. Anak-anaknya ketiga-ketiga tak ada dokumen. Dan dah jadi dewasa. Dan bila dah jadi dewasa kerja-kerja sendiri. Betul, boleh hidup tapi lepas ni nak kahwin kalau saya kata kat diorang kalau yang lelaki eh kalau yang perempuan kahwin rakyat Malaysia supaya anaknya boleh didokumenkan sebagai orang Malaysia. Tapi kalau tidak berkahwin dengan orang Malaysia susah sikitlah. Ya, itu adalah kroniklah. Ya. Untuk makluman Sijangkang juga sebenarnya kita ada satu program di mana kita membantu Pusat-Pusat Pendidikan Autisme. Jadi biasanya setiap tahun kita ada kita panggil Didi ANIS. Didi ANIS ini pusat-pusat ini mereka mendaftar dan memohon bantuan. Apakah bantuan mereka perlukan kita tak boleh bagi banyak, kita bagi sedikit Yang Berhormat, yang pentingnya jangka masa panjang kita, kita nak buat orang kata pengiktirafan. Sekurang-kurangnya mereka bermula dengan minat dan setengahnya kerana terpaksa kerana anaknya sendiri autisme tapi kita nak tambah baik untuk memberi ilmu lagi kepada mereka supaya mereka juga boleh membantu kepada masyarakat. Itu ada dalam perancangan kita Yang Berhormat Sijangkang. Subang Jaya, isu susu tu saya tak jawablah memang semua dah ketahui tetapi kita sudah ada NGO-NGO yang mewujudkan bank susu ya. Dan insyaAllah kita tak ada masalah untuk memulakannya dengan bantuan NGO-NGO. Saya ingat perbelanjaannya pun tidak banyak. Dan ibu-ibu sekarang pun sudah mahir sebenarnya dan amat mudah. Saya ingat zaman saya dulu untuk kita orang kata menyusukan anak amat seksa sekalilah. Tetapi sekarang ada plastik dan sebagainya masuk dalam, masuk dalam freezer dan sebagainya. So, its much better. Dan bapa-bapa sekarang pun Alhamdulillah semuanya lebih menyokong dalam tumbesaran anak-anak.
Pelabuhan Klang selalu buat.
Mengenai tempat mengasuh ya Subang Jaya tadi saya ingat saya dah panjang lebar dah saya bercakap mengenai tempat. Kita ada kekangan di dalam akta 308 iaitu tempat-tempat Mengasuh dan sekali lagi saya kata selagi tempat mengasuh ini diletakkan bawah akta 308 ini kita akan ada masalah pengasuhan di rumah itu sendiri. Dan insyaAllah YAWAS dan juga PBT sendiri itu sendiri dalam proses InsyaAllah untuk melihat bagaimana kita boleh menambah baik dan mengurangkan syarat-syarat yang ketat ini. Saya setuju dengan cadangan Subang Jaya supaya kita boleh buat grading ya. Tentang pusat kesediaan Pusat-Pusat Asuhan ini kalau gred A maknanya semuanya lengkap kalau gred B atau gred C dan sebagainya ada sedikit kekurangan tetapi bukan kekurangan yang menyebabkan keselamatan anak-anak ini boleh terancam ya. Kampung Tunku saya minta maaf sebab data kematian ini kehamilan remaja ini saya tidak ada detail kena tanya dengan DOSM dan insyaAllah kita akan tanya perkara ini dan kita tidak tahu sebab-sebab kematiannya. Tidak ada di dalam ini. Jawatankuasa Kanak-Kanak kalau tak silap saya di bawah JKM. Setiap daerah sudah ada Jawatankuasa Pelindung Yang Berhormat. Jadi saya ingat Jawatankuasa Pelindung ini serupa lebih kurang adalah untuk menjaga kebajikan kanak-kanak di dalam sesuatu daerah. Cuma pihak kita nak bangkitkan kepada mereka untuk mereka
cover. Misalnya kita nak menggalakkan untuk kita mendirikan lebih banyak mengadakan lebih banyak pusat kita panggil PAKK, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak untuk kanak-kanak yang lebih besar. Kita perlukan premis dan kita memang perlu ada Jawatankuasa dan Kementerian Pembangunan Wanita tidak mampu untuk mengadakan setiap daerah satu PAKK. Namun saya suka sekiranya kalau para ADUN bekerjasama ataupun memulakan inisiatif untuk membuka PAKK di mana-mana lokaliti yang perlu. Definitely tentulah kita memerlukan kerjasama daripada anggota masyarakat kerana bila kita buka medium bersifat sukarela pada awalnya kerana kalau kita mengenakan kos maka ia akan menjadi lebih kurang susah untuk kita adakan. Saya ingat saya dah...
Dah jawab semua tu.
Hulu Kelang identiti anak-anak luar nikah yang ini hari tu kita ada satu bengkel PWB ada membincangkan tentang kedudukan anak-anak yang tidak berdokumen. Jadi itu perlu juga kita bawa parlimen kerana itu di luar bidang kuasa negeri. Negeri tak boleh buat apa-apa cuma negeri kata kita perlu sedia. Kalau ada anak-anak yang tidak ada dokumen supaya mereka tidak dipinggirkan dari bantuan-bantuan kerajaan. Cuma saya minta satu saja isu ini jangan dipolitikkan. Kita lihat dalam Negeri Selangor kita ramai pendatang-pendatang tanpa izin daripada UNCHR kita juga ada penduduk-penduduk ataupun daripada lain kaum daripada luar negara mereka juga ada anak-anak. Sekarang ini kita tak berani tempuh. Kalau kita tempuh ini akan dipolitikkan. Kalau semua ahli politik bersetuju bahawa kalau kita membantu mereka tidak dituduh kerajaan Negeri menganaktirikan anak tempatan dan kemudian memberi kelebihan kepada anak-anak yang bukan anak tempatan ini. Saya harap perkara ini mesti kita bersatu hati. Kadang-kadang agak sukar kita nak buat program misalnya masa PKP dulu kita nak bagi vaksin kepada pendatang-pendatang tanpa izin dan sebagainya. Kita tak boleh buat dengan terang-terangan sebab ia akan menjadi satu yang dipolitikkan dan ini adalah tidak adil kepada mereka kerana merekalah boleh menjadi punca kepada penyakit. Serupa sekarang misalnya kalau kita ada tibi dan sebagainya banyak di kalangan mereka yang ada tibi. Tapi bagaimanakah program kita boleh sampai kepada mereka adalah satu persoalan lain pula. Mengenai apps saya ingat tidak realistik untuk buat apps hanya untuk rakyat Selangor kalau nak buat apps kerajaan pusat kena buat ni. Tapi walau bagaimanapun kalau kita bersetuju nak buat kita sudah ada selangkah yang boleh kita gunakan. Permatang, sama soalan isu kesiapsiagaan bakal ibu bapa ini sama-samalah saya Cuma ingin mengingatkan pada ADN untuk mengingatkan juga kepada Jabatan Agama Islam kita untuk menggunakan kursus-kursus pra perkahwinan ini lebih efektif. Sekarang ini complain yang kita dapat katanya ada syllabus katanya ada konsultan tapi bila konsultan datang beri taklimat persediaan sebelum perkahwinan banyak yang terkeluar topik. Isu financial tidak dibawa. Kesiapsiagaan untuk berkeluarga tidak ada. Mungkin banyak dibincangkan mungkin orang lelaki boleh pasang lebih daripada satu. Hal penceraian ini complain daripada kaum wanita.
Kalau satu pun tak ada macam mana?. Kalau satu pun tidak ada jangan complain ya.
Tuan Speaker kita terasa tu.
Ini daripada kaum wanita. Inilah bila kita tanya sekarang kalau nak kahwin dia kena ada kelulusan daripada Jabatan Agama kita. Kalau tak hadir tak boleh kahwin. Jadi mereka hadir tetapi pengisian itu perlu kita isikan dengan sebaiknya. Inilah satu-satunya kursus yang kita wajib dan mereka boleh hadir. Kalau kita buat kursus financial tak akan datang kecuali kita bagi duit. Siapa datang kami bagi RM500. Baru dia datang. Dia datang bukan nak dengar ini tapi nak RM500 ni. Jadi kita harap kursus-kursus ini kita saya nak cadangkan pada EXCO yang baru nanti supaya bekerjasama duduk dan bincang balik termasuk dengan ADN kita berjumpa dengan Jabatan Agama Islam sekarang ini kami belum sempat berjumpa untuk kita tengok kembali apakah kursus-kursus, apa input yang kita beri kepada merak untuk persediaan perkahwinan ini. Jadi sekarang ini rasa saya dua tiga hari itu mungkin tidak ada. Katanya ada tapi maklumat yang kita dapat seolah-olah tak ada. Saya minta maaf kepada Jabatan Agama kalau saya tersilap saya tarik baliklah kalau lepas ni dikatakan ada saya yang tak tahu saya minta maaf. Tapi maklum balas yang saya dapat begitulah. Mengenai taska di rumah tadi pun YB Permatang ini semua dalam perbincangan kita kerana kita tak boleh nak elak orang nak jaga anak sekarang ini sampai tingkat dua sahaja. Tapi syarat yang kita nak buat taska mesti corner lot. Tak boleh buat middle lot. Jadi tak boleh kalau jiran semua bangkang dan sebagainya. Semua ini menyusahkan kita untuk mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengasuhan. Jadi saya ingat setakat itu sahaja.
Cukuplah Bukit Gasing saya rasa dah panjang.
Tuan Speaker, terima kasih kepada semua ADN dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada saya selama saya memegang jawatankuasa tetap wanita perpaduan kesihatan awam. Saya mengharapkan Yang Berhormat sekalian sekiranya terpilih semula sila follow up dengan apa yang telah saya mulakan dan ada kesinambungan. Semoga Kerajaan Negeri Selangor menjadi lebih maju dan rakyat lebih terjaga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Seri Serdang dengan panjang lebar. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi Bahawasanya Dewan yang mulia ini membuat ketetapan untuk meluluskan pelaksanaan dasar pembangunan kanak-kanak Negeri Selangor dan pelan tindakan 2022 dan 2025 yang berfungsi sebagai dasar induk yang memayungi segala tindakan untuk memperkasakan aspek
kesejahteraan kanak-kanak di Selangor dengan memberi penumpuan kepada beberapa skop utama yang bersesuaian dengan landskap masyarakat dan situasi semasa.
Ahli-Ahli Yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya. Usul No.2 Tahun 2023. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Sijangkang.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya mengikut peraturan 76(5) Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai keupayaan kebertanggungjawaban dan ketelusan SELCAT berhubung isu kelewatan pembangunan projek pembinaan jejambat Bandar Saujana Putera BSP yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 3 tahun 2023. Isu kelewatan dan pembinaan jejambat Bandar Saujana Putera bukan satu perkara yang baru. Ia pernah dibawa di dalam soalan bertulis, soalan lisan di dalam Dewan ini hatta juga dalam perbahasan-perbahasan di dalam sidang-sidang sebelum ini. Isu ini juga telah disiasat oleh JP-ABAS yang telah mengadakan beberapa siri mesyuarat semasa pihak berkaitan dan telah membentangkan satu penyata berkaitan isu jejambat fly over di Bandar Saujana Putera melalui Kertas Bilangan 6 Tahun 2019 pada 25 Mei 2019. Projek pembinaan jejambat tersebut masih belum siap dibina. SELCAT mengambil maklum mengenai isu berkaitan kelewatan pembinaan jejambat BSP yang pada mula dijangka siap pada bulan Mei 2022 namun tarikh jangkaan siap projek tersebut telah dipinda kepada bulan Mei 2023. Dan sekali lagi pihak kontraktor masih gagal untuk menyiapkan projek mengikut tarikh jangkaan berdasarkan kepada laporan kemajuan projek setakat 15 Januari 2023. SELCAT mengambil maklum jangkaan siap bagi projek tersebut yang kini adalah pada yang terkini adalah pada bulan Disember 2023 seandainya permit kerja PLUS diperoleh pada bulan Februari 2023. SELCAT dengan 1/2023 bertarikh 30 Januari 2023. Merujuk kepada SELCAT Bil.1/2023 juga kemajuan projek buat masa ini adalah 60.10% dengan kelewatan 27.5% daripada sasaran jangkaan 87.6% berdasarkan garis masa kemajuan projek. Terdapat penurunan peratusan kemajuan projek di mana dalam mesyuarat SELCAT Bilangan 7/2022 bertarikh 16 Ogos 2022 peratusan kemajuan projek adalah 61.55%. Seri Baiduri Sdn Bhd memaklumkan penurunan peratusan kemajuan projek tersebut adalah kesilapan laporan yang disediakan oleh pihak kontraktor. Peratusan ini juga adalah kerana terdapat penambahan kerja-kerja di luar jangkaan yang melibatkan pengalihan utiliti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom. Berapa faktor yang telah dikenal pasti faktor-faktor kelewatan pembinaan jejambat dan tindakan status terkini. Faktor-faktor yang melibatkan kelewatan ini pertamanya permit kerja daripada PLUS
masih belum diperoleh. MDS telah beberapa kali mengemukakan surat rayuan kepada pihak Lembaga Lebuh raya Malaysia tetapi sehingga kini syarat-syarat masih belum dipersetujui di dalam surat Aku Janji PLUS. Kedua tambahan kerja pengalihan utiliti TNB dan Telekom RM4 juta selepas terdapat penambahan kabel oleh pihak TNB dan Telekom semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dialihkan. Ketiga, kekurangan tenaga kerja disebabkan ramai pekerja asing yang meninggalkan Malaysia sebelum ini tidak kembali.
Keempat, kenaikan kos binaan selepas pelaksanaan PKP RM5.5 juta. Beberapa penemuan telah dilihat oleh SELCAT di dalam pendengaran tertutup pertamanya SELCAT mendapati kekerapan mesyuarat bersama YB EXCO bersama semua pihak berkaitan adalah sangat kurang dan hanya diadakan apabila mereka dipanggil ke mesyuarat SELCAT. Mesyuarat yang diadakan bagi tujuan pemantauan projek tersebut tidak berkesan dalam menyelaraskan agensi berkaitan kerana di peringkat ini masih lagi berbincang isu yang sama. Dan berulang tanpa menemui jalan penyelesaian yang komprehensif. Sebagai contoh walaupun terdapat keputusan MTES berkaitan kos operasi dan maintenance namun tindakan adalah sangat perlahan dan hanya memperoleh daripada pihak PLUS bagi kawasan penyambungan di Lebuh raya ELITE sahaja. Selain itu, maklumat berkaitan kos ONM di penyambungan SKVE dan kawasan di atas bulatan masih belum diperoleh. Yang Berhormat EXCO dilihat kurang memberikan tumpuan dan tidak begitu pro aktif dalam menyelesaikan semua isu yang menyebabkan kelewatan pembinaan jejambat di BSP. Yang Berhormat EXCO hanya mengambil tindakan selanjutnya hanya setelah dipanggil dan dicadangkan oleh SELCAT pada 14 Jun 2022. Yang Berhormat EXCO hanya meletakkan tanggungjawab kepada UPEN untuk berurusan dengan LLM dan PLUS untuk mendapatkan butiran kos ONM di penyambungan di SKVE dan kawasan di atas bulatan yang mana sepatutnya dibantu oleh Yang Berhormat EXCO dengan lebih rapat lagi. Sekiranya isu ini masih berterusan SELCAT berpandangan bahawa tarikh siap pada Disember 2023 adalah sukar untuk dicapai. SELCAT mendapati MPKL sebagai penyelaras dan pemantau tidak memainkan peranan yang sewajarnya kerana walaupun mesyuarat bulanan dilakukan setiap bulan namun permasalahan yang dibangkitkan tidak mempunyai perkembangan yang positif. Contohnya isu berkaitan tunggakan bayaran caj yang dikenakan oleh LLM terhadap PNSB yang masih belum selesai. Hal ini mungkin disebabkan sistem pemantauan MPKL ke atas projek tersebut yang sepatutnya dalam mengenal pasti isu-isu utama yang perlu diselesaikan dan gagal mengenal pasti pihak berkaitan untuk mengemukakan maklumat dan dokumen penting untuk mengambil tindakan sewajarnya. Supaya projek pembinaan jejambat BSP dapat dibina mengikut garis masa kerja yang telah ditetapkan. SELCAT juga mendapati keterangan berkaitan status terkini pembinaan jejambat BSP adalah tidak konsisten. Tidak telus dan mengelirukan kerajaan, orang awam dan jawatankuasa. Sebagai contoh penerangan berkaitan penurunan peratusan kemajuan projek dan tarikh dan jangkaan tarikh siap projek. SELCAT hanya mendapat penjelasan selepas disoal bertubi-tubi di dalam mana perkara ini tidak sepatunya berlaku. Makluman yang tidak konsisten ini telah menyebabkan
kekeliruan serta memberikan harapan palsu kepada Ahli Jawatankuasa Dewan yang mulia dan orang awam. SELCAT mendapati faktor utama kelewatan pembinaan jejambat BSP yang dimaklumkan sama ada di dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ataupun mesyuarat Jawatankuasa SELCAT adalah sama dan berulang. Dari peringkat awal sehingga kini. Faktor tersebut adalah masalah-masalah terikini dan perundingan yang gagal ditangani secara profesional dan pro aktif oleh semua pihak berkaitan. Ini menunjukkan pemilik projek iaitu PNSB tidak meletakkan hasrat untuk menyiapkan projek ini sebagai satu keutamaan dan sebaliknya hanya menunggu campur tangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul terutamanya mengenai pembayaran kos ONM.
SELCAT memberikan saranan ataupun menyarankan agar perkara-perkara yang merupakan punca utama kelewatan pembinaan projek jejambat BSP yang telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Penyelarasan bersama semua pihak berkaitan hendaklah ditangani dengan segera dengan memastikan tindakan diambil mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Selcat juga menyarankan agar data-data berkaitan, status serta kemajuan projek seperti peratusan kemajuan projek dibuat dengan lebih terperinci, tepat dan mencerminkan keadaan sebenar di tapak. Selcat menyarankan agar Yang Berhormat EXCO memainkan peranan membantu UPEN dalam usaha menggesa LLM supaya mengemukakan maklumat kos ONM secara komprehensif syarat-syarat yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama pihak-pihak berkaitan pada 26 Januari 2023 supaya penyempurnaan surat aku janji yang baharu dapat ditandatangani oleh semua pihak berkaitan. SELCAT menyarankan agar semua pihak yang terlibat terutamanya MPKL mengambil tindakan sewajarnya serta bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan projek pembangunan Jejambat BSP yang dijangkakan akan siap sebelum akhir Disember 2023 menjadi realiti. Selcat menyarankan sudah sampai masanya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan tanggungjawab dan membantu dalam isu kewangan supaya isu ONM di ELITE, bulatan dan SKVE dapat ditangani dan dimuktamadkan dengan segera agar pembinaan Jejambat Bandar Saujana Putra dapat disiapkan secepat mungkin demi kemaslahatan orang awam yang setiap hari berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas. Terima kasih. Sekian, Tuan Speaker.
Baik, Sijangkang. Silakan, Banting.
Banting berterima kasih, Tuan Speaker. Banting juga berdiri sebagai salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Selcat dan juga Ahli Dewan Negeri yang berasal dari daerah Kuala Langat berdiri untuk menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Sijangkang tadi. Umum kita ketahui bahawa peristiwa berkenaan dengan jejambat di Bandar Saujana Putra ini telah pun disiasat oleh ABAS Jawatankuasa ABAS yang dipengerusi oleh Yang Berhormat Timbalan Speaker merangkap ADN Morib juga daripada Kuala Langat sebelum ini isu ini bukan sahaja sebenarnya amat penting bagi wakil rakyat, wakil-
wakil rakyat di kawasan Kuala Langat kerana Bandar Saujana Putra dan juga jejambat ini merupakan gateway yang satu-satunya gateway atau pintu masuk dari Lembah Klang ke melalui Lembah Klang ke Daerah Kuala Langat melalui lebuh raya bertol. Adalah menjadi harapan kami dan begitu juga dengan Jawatankuasa Selcat supaya semua cadangan supaya semua penemuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Selcat dalam penyata ini begitu juga dengan saranan yang dikemukakan dapat diikuti dan juga diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya dalam dua tiga bulan yang akan datang bila kita akan berdepan dengan bila kerajaan Negeri dijangka akan dibubarkan pada penghujung bulan Jun. Apa pun sekali kami berharap juga dan berterima kasih kepada semua pihak yang datang untuk memberi keterangan informasi yang terkini yang saya dapat ialah yang kami dapat ialah jejantas ini akan disiapkan pada penghujung tahun ini tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri untuk membuat ketetapan kos operasi dan penyelenggaraan kepada pihak Lebuh Raya Malaysia, Konsesi PLUS dan juga SKVE dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Negeri juga untuk memutuskan berkenaan pihak yang akan bertanggungjawab untuk mengambil alih jejambat berkenaan setelah ianya disiapkan kelak. Jadi kami memohon sebenarnya supaya Kerajaan Negeri sama ada oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ataupun Yang Berhormat EXCO Pandan Indah untuk memberi perhatian khusus dalam perkara ini kerana melihat setiap kali jejambat ini progress jejambat ini tergendala ianya disebabkan oleh isu-isu teknikal dan kita perlu seseorang untuk mengemudi ataupun micro manage ataupun to lead terhadap to lead discussion supaya kita dapat menuju ke arah penyelesaian masalah ini memandangkan masa sebenarnya tidak begitu mengizinkan kita dan mana-mana pihak yang sebenarnya dalam seluruh proses ini melihat ataupun mengesan sekiranya dapat mengesan apa-apa isu timbul maka perlulah fungsi untuk memanjangkan perkara ini untuk perhatian di peringkat EXCO supaya dapat diuruskan. Itu sahaja daripada Yang Berhormat Banting saya rasa saya memohon supaya Dewan keseluruhannya dapat menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
Baik, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk perbahasan sekiranya ada. Baik, pihak Kerajaan ada apa nak respon sikit?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang dan juga Banting. Saya akui isu ini memang agak lama untuk saya ambil alih ni pun projek ini pun telah tergendala disebabkan oleh asalnya pembinaan SKVE lah, tapi bila SKVE siap, dimulakan berlaku pandemik dan juga perubahan pada design dan juga yang terbaharu itu ialah bila ada didapati kabel-kabel yang sebelum ini tidak ada, dah ada. Menyebabkan banyak pengalihan kabel terpaksa dibuat dan saya sebenarnya agak tidak tepatlah untuk menyatakan saya tidak memberi tumpuan, saya beri tumpuan saya pergi melawat tapak pun saya pergi bawa bersama semua pihak terbabit dan beberapa siri meeting sebenarnya dibuat bukan kerana Selcat panggil, memang kerana itu tugas untuk kita selesaikan projek ini jadi saya harap laporan itu tidak begitu tepat, saya kurang bersetujulah untuk menyatakan EXCO Infra tidak mengambil berat
tentang projek ini dan saya telah mengambil langkah pro aktif lebih lagi pada projek ini iaitu isu besar sebenarnya projek ini ialah di mana pihak ELITE ataupun pihak PLUS meletakkan syarat untuk bayar duit ONM itu lebih awal. Mengikut tempoh konsesi dia, kalau tempoh konsesi dia 2038 kita kena bayar sampai 2038 bayar sekarang. Baru dia benarkan untuk masuk kawasan dia. Berbeza pula dengan SKVE, SKVE ini dia benarkan masuk dulu, boleh bincang kemudian. Ini menunjukkan di kalangan pemegang consession pun LLM ini macam tak ada full control. Bermakna dia tak boleh nak yakinkan PLUS untuk benarkan kita masuk dulu sebab kerja-kerja kabel dan sebagainya tidak boleh dibuat separuh jalan. Kalau nak buat kena terus masuk dia tidak boleh sambung separuh jalan tu sebab laluan ini hanyalah 815 meter sahaja, 400 meter berada di SKVE, 115 meter berada di PLUS, 300 meter berada yang tu no man’s land ini yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Saya berbincang perkara ini dan telah bawa masuk dalam Mesyuarat MMKN kita cadangkan supaya kita serahkan seluruh 815 meter ni kepada KKR Kementerian Kerja Raya. Tidak ada faedah kita nak jaga, kita tidak ada kepakaran nak jaga highway ni JKR pun tidak ada kepakaran dan juga pihak MPKL lagi takde kepakaran. Jadi kita cadang dan kita masuk dan Kerajaan Negeri dah setuju dan dah lulus dalam MMKN supaya kita buat negotiation dengan KKR serah pada mereka aset yang bernilai RM65 juta. Asal projek jejambat ini ialah RM55 juta sekarang dah naik ke RM64 juta, RM9 juta lagi tambahan kerana kos dah meningkat dan sebagainya. Jadi ini keputusan kita dan ini semuanya merupakan faktor utama kenapa aku janji antara PLUS dengan PNSB ataupun LBS ini tidak dapat diadakan kerana tak bersetuju ini. Jadi sekarang tu kita dah selesai dan saya,isu yang lain tu hanya isu-isu teknikal dari segi legal yang saya dah dapat kepastian akan diselesaikan dalam masa terdekat tapi syarat pula ialah KKR menerima aset ini tanpa ada kos selenggaraan sebab MMKN dah bagitau kalau ada kos selenggaraan kena buat balik sebab kalau kos selenggaraan pun dia minta, aset pun dia minta susah bagi kita sebab kosnya tinggi. Jadi ini antara perkara yang akan membantut aku janji ini sebab itu saya kata kalau kata aku janji ini selesai, bulan 12 itu memang boleh disiapkan tapi kalaulah kata berlaku ini lagi, dan saya akan cuba selesaikan secepat mungkin dan ini melibatkan pihak, ramai pihak ya termasuk pihak LLM dan juga pihak PLUS. Kalau dapat diselesaikan dan saya akan cuba selesaikan, barulah kerja-kerja tu dapat berjalan dengan baik. Kerja-kerja lain yang tak berkaitan berjalan, tapi kerja ini yang paling besar yang perlu diselesaikan dan saya akan saya rasa bagi komitmen untuk selesaikan dan menyokong supaya usul ini supaya dapat kita laksanakan secepat mungkin. Kita pun nak tengok supaya isu berkaitan dan pihak MDKL pun telah buat keputusan untuk menangguhkan semua pembangunan di kawasan Bandar Saujana Putra sehingga selesai isu ini kerana kesesakan yang melampau. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ahi-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapa Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi: “Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Special Select Committee On Competent Accountability & Transparency Selcat berhubung Kelewatan Pembangunan Projek Pembinaan Jejambat Bandar Saujana Putra yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2023.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul seterusnya, usul No. 3 Tahun 2023 – Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) Oleh Yang Berhormat Bukit Melawati.
Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: “Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor mengenai Pengurusan Pewartaan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2023.”
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang saya muliakan, JP-PADAT memutuskan untuk membuat semakan dan penelitian ke atas laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara berkaitan dengan pengurusan tanah rizab Melayu. JP-PADAT telah mengadakan mesyuarat sebanyak 3 kali yang mana sesi taklimat tertutup bersama Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk mendapatkan maklum balas terkini. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, tanah yang boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu terdiri daripada tanah kerajaan, tanah hutan simpan, tanah rizab awam dan tanah milik. Di Selangor kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Dato’ Menteri Besar dengan kelulusan Raja dalam mesyuarat atau ruler in council, dengan izin. Syarat asas pengisytiharan TRM adalah seperti berikut:
Yang pertama, sebelum merdeka tanah di negeri yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam sahaja akan diisytiharkan sebagai TRM. Tanah yang mempunyai keluasan lebih 100 hektar yang belum dicucuk tanam atau dimajukan hendaklah disediakan untuk diberi milik kepada semua orang termasuk Melayu. Ini termaktub di dalam Perkara 89 (2) Perlembagaan Persekutuan. Yang ketiga, mana-mana tanah yang sama dengan keluasan yang sama akan diisytiharkan sebagai tanah ganti tanah rizab Melayu. Yang Keempat, mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh
orang bukan Melayu atau orang Melayu mempunyai hak atau kepentingan tidak boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu. Ini dinyatakan dalam Perkara 89 (4) Perlembagaan Persekutuan. Yang kelima, jika mana-mana kawasan tanah rizab Melayu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis atau similar in character dengan izin, dan luas yang tidak melebihi keluasan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta-merta diisytiharkan sebagai ganti. Ini dinyatakan dalam Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Jumlah keluasan tanah rizab Melayu sebelum merdeka bagi Negeri Selangor untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian adalah berjumlah 310,969.76 ekar manakala jumlah keluasan tanah rizab Melayu pada masa kini setakat 18 Oktober 2022 berjumlah 401,559.21 ekar. Manakala berkenaan tanah rizab Melayu yang telah dinyahwarta dan diwarta adalah berjumlah 11,264.78 ekar dan yang diganti hanyalah 5,570.19 ekar sahaja. PTGS atau Pejabat Tanah Galian Selangor telah mewujudkan beberapa dasar dan garis panduan berkaitan pengurusan tanah rizab Melayu melalui kelulusan MMKN iaitu yang pertama Pekeliling PTGS Bilangan 3 Tahun 1994 Dasar Tatacara Pemberian Insentif Bagi Membangunkan Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor. Yang kedua Pekeliling PTGS Bil. 3 Tahun 2001 Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu dan yang ketiga Pekeliling PTGS Bil. 3 Tahun 2015 Garis Panduan Bagi Urusan dan Pembatalan Tanah Rizab Melayu semasa pengambilan tanah bagi tujuan awam atau kemudahan awam oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan. Untuk makluman semua Ahli Dewan Negeri, Jawatankuasa juga mengambil maklum beberapa penemuan dan juga makluman tambahan daripada sepanjang sesi mesyuarat tersebut di mana Tanah Rizab Melayu tidak boleh bertindih dengan Tanah Rizab orang Asli seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Orang Asli 1954 Akta 134, yang kedua di mana Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah membangunkan satu sistem e-tanah yang dijangka siap pada Jun 2023 dengan tempoh percubaan selama tempoh 6 bulan. Melalui sistem e-tanah PTGS boleh mengesan tanah-tanah yang berpotensi melalui Sistem GIS sebagai tanah gantian Tanah Rizab Melayu dan pada masa yang sama tanah ini dapat mengurangkan berlakunya pertindihan milikan, kecuaian merekodkan butiran ketuanpunyaan, kelalaian dan kesilapan di kalangan kakitangan PTGS dan Pejabat Daerah Dan Tanah. Dan PTGS memaklumkan juga bahawa cadangan yang disyorkan mengenai lot bumiputera sebagai Tanah Rizab Melayu adalah rumit kerana terdapat banyak aspek yang perlu diperhalusi dan diteliti terutamanya pindaan terhadap perlembagaan persekutuan dan kesediaan bumiputera Sabah dan Sarawak terhadap Tanah Rizab Melayu ini. Dan beberapa lagi penemuan JP PADAT mendapati Tanah Rizab Melayu yang sedia ada berpotensi mempunyai pembangunan yang rendah. Terdapat juga Tanah Rizab Melayu yang bertindih dengan Rizab Hutan Simpan. Yang kedua JP PADAT mendapati prestasi penggantian Tanah Rizab Melayu adalah tidak memuaskan. Ini adalah kerana PTGS sukar mengenal pasti tanah yang sesuai dan menepati syarat dalam tempoh masa yang singkat. JP PADAT juga mendapati terdapat perbezaan keluasan Tanah Rizab Melayu yang direkodkan di dalam
penemuan audit. Di dalam Laporan Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 iaitu berjumlah 403,123.39 ekar dengan jumlah keluasan yang direkodkan oleh PTGS iaitu 401,559.21 ekar setakat 18 Oktober 2022. Dan yang keempat JP PADAT mendapati PTGS perlu membuat semakan secara manual di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan pengesahan status syarikat Melayu bagi pindah milik atau saham syarikat bagi mengelakkan kecuaian semasa proses pindah milik Tanah Rizab Melayu. Malah PTGS perlu menanggung kos tambahan yang terlibat. Maka dengan itu beberapa saranan jawatankuasa iaitu yang pertama JP PADAT menyarankan agar Pejabat Tanah Galian Selangor menyegerakan usaha untuk mengenal pasti tanah yang sesuai bagi menggantikan Tanah Rizab Melayu dan juga sesuai untuk dibangunkan sebagai penempatan dan ekonomi orang Melayu. Yang kedua JP PADAT menyarankan agar Kerajaan Negeri membuat penelitian sama ada terdapat keperluan untuk meminda Akta Enakmen Rizab Melayu supaya sebahagian lot kuota bumiputera dalam pembangunan masa depan boleh didefinisikan sebagai Tanah Rizab Melayu dan yang ketiga JP PADAT menyarankan agar PTGS menetapkan syarat terhadap pihak-pihak yang terlibat mengemukakan dokumen pengesahan SSM mengenai status syarikat Melayu terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan pemilikan atau pun pindah milik proses agar dapat mempercepatkan lagi atau memudahkan lagi proses pengesahan di peringkat PTGS. Jadi dengan itu Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan.
Sokong, Penyokong.
Saya menyokong.
Menyokong? Baik saya buka untuk Perbahasan. Sungai Panjang lima minit.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati dan juga Yang Berhormat Banting yang telah mengemukakan Usul dan juga menyokong Usul ini. Berkaitan dengan Enakmen Rizab Melayu atau pun Tanah Rizab Melayu (TRM) ini, perkara yang paling penting pihak Kerajaan sebagai badan yang berkuasa atau pun pihak berkuasa negeri yang mana perkara dan juga kuasa itu diletakkan di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, dua objektif utama mestilah dilihat dalam mengawal dan juga menyimpan serta menjaga dengan izin untuk protect dan juga guide tanah-tanah ini. Yang pertamanya adalah untuk objektif utama Enakmen Rizab Melayu atau pun Nasional Negeri Melayu Bersekutu Bab 42 ini, dua objektif utamanya adalah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Tanah Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu. Yang keduanya menyekat tanah pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urus niaga persendirian dengan izin private dealings di antara Melayu dan bukan Melayu. Jadi dua perkara ini mestilah menjadi perkara tumpuan kepada pihak kerajaan dan saya lihat di dalam pembentangan Usul ini ada
banyak keadaan-keadaan di mana saya lihat pihak PTGS seolah-olah memberikan alasan-alasan yang sepatutnya tidak dikemukakan sebagai alasan-alasan dengan alasan tidak ada tanah yang sesuai dan sebagainya dan daripada data-data yang dikumpulkan ada 42.5% kawasan Tanah Rizab Melayu yang telah pun yang telah di nyah isytiharkan dan belum diganti lagi ada 40.25% dan ini akan menyebabkan masalah dan juga isu yang melibatkan perundangan sama ada seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bukit Melawati tadi Perlembagaan Persekutuan Perkara 89 (3) yang mana tanah-tanah Rizab Melayu yang digantikan di nyah wartakan, tidak digantikan ini bukan sahaja terbatal tetapi ia tidak boleh diteruskan dan ia mesti dikembalikan semula kepada kedudukan dan juga status asalnya. Jadi perkara ini adalah sangat penting walaupun ada makluman dan juga maklum balas daripada PTGS seolah-olah menggambarkan bahawa ada tanah-tanah yang diwartakan atau pun diiktiraf sebagai Rizab Melayu sebelum merdeka iaitu menggunakan Enakmen Rizab Melayu 1913, namun harus diingat ada Enakmen tambahan atau pun pindaan iaitu Enakmen Rizab Melayu 1933 selepas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu turut mengambil kira Enakmen ini untuk dimasukkan ke dalam Akta Kanun Tanah Negara. Jadi ini mesti dilihat secara menyeluruh dan yang paling penting adalah dua objektif utama ini iaitu menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa juga cara sekali pun kepada bukan Melayu dan juga menyekat tanah pegangan Melayu supaya tidak ada apa-apa urus niaga kepada bukan Melayu. Jadi ini juga ada control measure di peringkat Kerajaan Negeri sebagai contoh sebagai cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Melawati tadi sebagai contoh tanah-tanah pegangan dan lot-lot pegangan bumiputera yang mana ia di kawal selia oleh LHPS sendiri, yang mana pindah milik dan lot-lot yang juga hak milik bumiputera ini mestilah melalui kebenaran dan juga kelulusan pihak berkuasa negeri. Jadi sebagai pihak kerajaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan MMKN mesti melihat dan perkara ini sangat penting bukan sahaja rumah atau pun tanah yang berkapasiti rendah tapi perlu juga dilihat semua supaya kita boleh meningkatkan pegangan bumiputera. Ini juga menjadi hasrat dalam housing development act supaya ada kawalan-kawalan dan juga pegangan-pegangan terhadap tanah-tanah milik bumiputera apa lagi ia melibatkan Tanah Rizab Melayu yang mana ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan jadi sebagai tambahan apa pun yang telah berlaku dan juga kelemahan-kelemahan ini.
Yang Berhormat, celah sikit boleh?
Sikit sahaja, 30 saat.
Sikit sahaja, adakah Yang Berhormat Sungai Panjang sedar bahawa kehilangan Rizab Melayu ini berlaku sejak kerajaan ditadbir oleh pemerintahan UMNO dahulu seperti Tan Sri Muhammad Taib,
zaman Khir Toyo dan ini sebenarnya memberi kesan kehilangan Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti sehingga hari ini.
Terima kasih kepada cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Dengkil. Kita ambil maklum perkara tersebut, biarkan ia menjadi iktibar tapi kita bercakap ini untuk bergerak ke hadapan supaya perkara ini tidak berlaku lagi dan kita kena sama-sama ambil tanggungjawab berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan rumusannya berdasarkan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu menyatakan bahawa ke semua urus niaga atau pun pelupusan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Jangan menjadi Batu Api, sila duduk.
Saya tidak benarkan. Saya sudah nak ending dah.
Saya bangkitkan ini fasal Khir Toyo hendak bertanding semula.
Ya.
Yang penting jangan di lawan Sungai Panjang. Sungai Panjang tidak bertanding pun jangan bimbang.
Cukup isu Khir Toyo, okay teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, akhir sekali sebagai rumusan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu menyatakan bahawa ke semua urus niaga atau pun pelupusan atau pun percubaan untuk membuat apa-apa urus niaga atau pun pelupusan yang bertentangan dengan sekatan-sekatan yang diperuntukkan oleh Enakmen Rizab Melayu adalah terbatal dan tidak sah apa-apa sahaja belanja yang telah dikeluarkan itu tidak boleh dituntut di mana-mana mahkamah dan yang seterusnya jika pentadbir tanah atau pentadbir telah melakukan satu kesilapan atau mengambil tindakan yang tidak sepatutnya seperti membuat memorial ke atas hak milik bukan Melayu umpamanya tindakan pembetulan dengan izin corrective measure mesti dibuat dan diambil di bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara dan akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker jika pentadbir tanah atau pun pendaftar apa-apa urus niaga ke atas mana-mana tanah pegangan Melayu dengan cara yang bertentangan dengan peruntukan Enakmen Rizab Melayu seperti Tanah Pegangan Melayu pindah milik digadai atau di pajak pada bukan
Melayu atau Tanah Rizab Melayu diberi milik kepada bukan Melayu hendaklah diambil tindakan di bawah Seksyen 419 yang mana Seksyen 419 ini pihak Register Pendaftar atau pihak Pentadbir Tanah boleh rujuk perkara tersebut kepada pihak mahkamah atau juga di bawah Seksyen 340 berkenaan dengan invisibility of tittle atau pun status kepunyaan tuan tanah itu boleh dipertikaikan dan juga boleh dibetulkan. Jadi perkara ini perlu diambil peranan dan akhir sekali berkenaan dengan SSM tadi saya bersetuju supaya setiap pindah milik Tanah Rizab Melayu ini perlu diteliti daripada segi MOA dan juga AOA dengan izin Memorandum of Association, Article of Association, satu syarikat itu supaya syarikat yang diberikan itu termaktub dalam MOA dan juga AOA bahawa segala saham dan juga pegangan di dalam syarikat tersebut tidak boleh dipindah milik selain daripada orang Melayu barulah syarikat tersebut boleh ditakrifkan sebagai syarikat yang ditakrifkan di dalam Enakmen Rizab Melayu yang dibenarkan dipindah milik selain daripada syarikat milik kerajaan yang di bawah Menteri Besar Incorporated secara jelas yang dinyatakan dalam Enakmen Rizab Tanah Melayu. Sekian, saya menyokong.
Terima kasih Sungai Panjang, saya minta pihak Kerajaan bagi respond.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan seluruh jawatankuasa yang telah padat membentangkan Usul ini khususnya apabila perkara ini bangkit dalam Laporan Audit Negara berkenaan dengan pengurusan Tanah Rizab Melayu di dalam Negeri Selangor. Kalau saya hendak jelaskan tadi saya rasa Sungai Panjang sudah sebutkan tentang 1933. Itulah adalah Akta Governance Pertama terhadap Tanah Rizab Melayu dalam negara kita sebelum ia ditambah baik pada tahun 80-an dan seterusnya dan keseluruhan 12,000 yang disebutkan itu mengambil kira kesemuanya semenjak daripada sebelum merdeka dan pada tahun 1930-an sampailah di tahun-tahun yang terakhir ini jadi keseluruhan itu jadi penggantian pada peringkat awal di tahun 33 tahun ke atas hingga sampai merdeka, lepas merdeka itu memang agak culas sebab itu angkanya memang memberi kesan kepada kita tetapi di bawah Pakatan Harapan sebagai contoh di bawah kami kita telah mensyaratkan sekarang penggantian dibuat immediate, kelulusan penggantian tidak boleh dibuat sehingga atau pun pelupusan satu-satu tanah kawasan di Rizab Melayu dibuat sehingga ada kawasan tanah ganti. Daripada rekod kita dari 6-7 tahun belakang, penggantian yang kita buat itu lebih daripada pelupusan-pelupusan yang diberikan. Saya menyedari apa yang terkandung di dalam undang-undang juga akta yang disebut oleh Sungai Panjang sebentar tadi tapi ada sebahagian kes-kes itu melampaui faktor kemanusiaan yang harus kita tangani. Ada sebahagiannya terpaksa menjual unit rumah mereka kerana mereka harus berdepan dengan penyakit dan harus mengubati penyakit seperti kanser jantung dan sebagainya. Dalam kes-kes terpencil seperti itu Menteri Besar dengan berat hati terpaksa membenarkan walaupun daripada segi aktanya dan peraturannya amat berat untuk kita melepaskan itu pun kita mengarahkan melakukan siasatan ataupun kita arahkan mereka untuk membuat rayuan berulang kali. Rayuan kali pertama,
kedua dan ketiga itu kadang-kadang tidak dilepaskan lagi sehinggalah mereka benar-benar membuktikan dan kita pun tak nak terpaksa mengambil nyawa ataupun mereka terpaksa menggadai nyawa kerana unit rumah mereka itu di kawasan rizab Melayu ataupun lot Melayu yang terpaksa di jual kepada non-bumi. Sudah pasti kita memegang kepada pendirian tersebut dan Menteri Besar dan institusinya dan kerajaan negeri selalu mengambil advice-advice tertentu. Jadi di antara penggantian yang besar yang perlu kita gantikan adalah di kawasan Hulu Selangor yang melibatkan penggantian lebih kurang 1,221 ekar menggantikan apa? Menggantikan KLIA. Nuh klia tu dah lama dah. Dah lama, dia punya Aeroplane pun dah rosak balik dah berapa kali naik balik tu penggantiannya belum dibuat. Itu maknanya sebelum ini. Jadi kalau itu diselesaikan maknanya sebahagian besarnya telah kita gantikan kecuali angka-angka yang disebutkan tadi sebahagian besarnya saya boleh katakan ia melibatkan sebelum merdeka. Yang mana penggantiannya tidak dibuat dengan teratur dan agak cuai pada ketika itu. Tapi dalam tempoh 10 tahun ke belakang saya percaya proses yang kita gantikan adalah dengan menggantikan immediate. Setiap kehilangan satu akan digantikan satu malahan penggantian itu lebih daripada saiz yang sebenar. Kenapa lebih? Sebab kita nak tengok pada valuation. Dia tak boleh lihat hanya pada saiz. Kalau saiz di PJ katakanlah satu kaki persegi ataupun satu ekar kalau kita gantikan di Sabak Bernam saiznya mesti lebih daripada itu kerana kita nak tengok value. Kita tak nak ia akan akhirnya saiz sahaja sama tapi value tak sama. Kita cuba parallelkan daripada segi ataupun seimbangkan daripada segi value dan nilai dan juga kawasan itu. Namun saya ambil maklum pandangan-pandangan yang diberikan Yang Berhormat. Pejabat PTGS akan mempercepatkan proses bab proses-proses tertentu, ukuran dan sebagainya. Sebab kita mempunyai satu jabatan je JUPEM dan kita mempunyai jabatan-jabatan lain boleh kita ambil daripada pihak private tapi kosnya tinggi jadi bila ukuran itu kadang-kadang ia mengambil masa dan kita mempunyai senarai panjang nak luluskan kawasan pelaburan lagi nak kelulusan kawasan-kawasan pembangunan perumahan lagi ia akan mengambil masa yang agak panjang untuk penggantian. Tapi komitmen kita, saya rasa tidak ada masalah ianya dibuktikan kalau kita lihat angka yang lebih pendek dalam tempoh lima tahun ke belakang penggantian kita adalah lebih baik ataupun lebih banyak dan ataupun value nya lebih tinggi daripada pelupusan-pelupusan tanah rizab Melayu ni. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia Ini Menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah JP PADAT bagi Dewan Negeri Selangor mengenai pengurusan pewartaan tanah rizab Melayu di TRM di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan Empat Tahun 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini DIPERSETUJUI.
Usul untuk menangguhkan DewanMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya usul untuk menangguhkan Dewan.
Terima kasih Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang budiman yang mulia. Alhamdulillah kita dapat melengkapkan penggal ini dalam suasana yang sangat baik dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan kerajaan dan juga pembangkang dan semua pegawai-pegawai kita dan petugas-petugas kita yang telah menjadikan contoh Dewan ini sebagai satu lambang kebangkitan sebagai satu lambang kesuburan demokrasi yang sangat mekar di dalam Negeri Selangor. Dan yang kedua saya juga mengucapkan terima kasih di atas budaya yang sangat sihat di dalam dewan ini perbahasan yang baik yang penuh berhemah walaupun kadangkala panas, kadangkala sejuk tapi saya percaya terima kasih juga kepada Speaker dan Timbalan Speaker yang berjaya mengawal Dewan ini dengan baik dan Dewan kita sentiasa dipandang tinggi malahan saya sebutkan di sini bila saya datang ke Parlimen sahaja, bila datang ke Parlimen orang akan cakap di Negeri Selangor ini perbahasan dia berbeza. Apa yang berbeza? Betullah bila saya masuk ke Parlimen, saya tahu lebih-lebih lagi bila nak respons ulasan daripada Ahli Parlimen Hulu Langat. Dia lain sikit dia punya. Ahli Parlimen eh Ahli-Ahli Dewan sekalian, saya mengucapkan terima kasih saya juga nak minta maaf banyak-banyak sebarang kesilapan kekhilafan sepanjang saya sebagai Ketua Majlis di dalam Dewan Negeri ini. Di dalam membawakan Usul, dalam membentangkan Usul dalam menjawab soalan malahan dalam menggulung-menggulung yang kadangkala berlaku sindiran ataupun berlaku kiasan-kiasan yang mungkin tidak boleh diterima dan mungkin agak melampau, baik dalam kerajaan ataupun pembangkang. Dan kita percaya sumbang saran saudara ini akan tertulis dalam sejarah Negeri Selangor. Dalam hansard Negeri Selangor sebagai penggal yang terbaik dalam menempuhi cabaran-cabaran yang kita lalui. Terima kasih banyak-banyak dengan itu saya mengusulkan agar Dewan ini ditangguhkan. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya menangguhkan Persidangan ini ingin saya memaklumkan dua perkara. Iaitu yang pertama ingin saya maklumkan bahawa saya telah meneliti dan membincangkan berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender Pembangunan Wanita dan keluarga yang mana perkara ini masih lagi di peringkat kajian akibat daripada kekangan masa dan halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan memandangkan penggal ini hampir tamat, saya berpandangan tiada keperluan buat masa ini untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut. Saya harap maklum. Yang kedua ingin saya maklumkan bahawa Dewan yang bersidang selama lima hari termasuk tambahan masa hampir empat jam. Empat jam
ya tambahan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian persidangan kali ini merupakan persidangan penggal terakhir bagi Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sama ada yang berada dalam kerajaan ataupun penyokong kerajaan ataupun pembangkang yang telah pun bertugas dengan cemerlang dalam Dewan yang mulia ini telah pun menyempurnakan tugas sepanjang lima tahun. Dalam tempoh lima tahun ini sesungguhnya banyak pembaharuan telah pun kita sama-sama laksanakan antaranya Dewan yang mulia ini telah meluluskan pindaan Peraturan-Peraturan Tetap dan Dewan Negeri Selangor 1965 bagi membolehkan persidangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan secara atas talian secara keseluruhannya ataupun separa atas talian (hibrid), memanjangkan tempoh perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan daripada empat hari kepada enam hari, untuk memberi seluas-luasnya ruang dan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk berbahas dan sebagainya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari yang sentiasa istiqamah dan komited dalam memberi sokongan dan dokongan untuk menjayakan misi dan matlamat pembaharuan Dewan Negeri Selangor. Pada masa yang sama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Morib kerana telah banyak membantu saya dalam mengendalikan tugas sebagai seorang Speaker di dalam Dewan yang mulia ini dan juga di luar sepanjang perkhidmatannya. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Berhormat Ex-Officio, Setiausaha Dewan, Penolong Setiausaha Dewan, semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, urus setia dan petugas-petugas ICT dan Teknikal yang telah pun memberi sokongan yang padu kepada Dewan yang mulia ini untuk kita menjalankan tugas kita dengan baik dan memastikan Selangor sentiasa berada di barisan hadapan dalam pembaharuan sama ada dalam kerajaan ataupun Dewan ini. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada pelapor-pelapor yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan demi memastikan draf hansard dapat diterbitkan dalam tempoh 24 jam dari hari peristiwa Persidangan. Usaha ini adalah suatu kejayaan yang besar dan telah mendapat pujian daripada peringkat Parlimen dan menjadi penanda aras sistem bagi badan-badan legislatif yang lain. Justeru itu saya berharap usaha-usaha untuk menjadikan Dewan Negeri Selangor sebagai peneraju perubahan legislatif hendaklah diterus dimartabatkan dan diperkasakan pada penggal yang akan datang. Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media, yang telah memberi liputan yang terbuka serta adil selama sepanjang penggal. Seterusnya saya ingin menegaskan perkara berkenaan disiplin terutamanya kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa Persidangan yang masih kurang memuaskan menyebabkan timbul isu tidak cukup kuorum.
Naik beca pergi ke Sekinchan, Sampai di Sekinchan membeli jagung, Sepuluh jari saya susunkan, Maaf dipinta sekiranya tersinggung.
Gowo kereto arek mareng Sekinchan, Dolan-dolan ketemu embak rondo, Limang taun dadi Speaker Dewan, Ono salah silap nyalok ngapuro.
Penggal Keempat Belas Dewan Negeri Selangor hampir melabuh tirai dan di kesempatan ini saya ingin meminta maaf di atas sebarang kesilapan, kelemahan kekurangan, salah kata, terkasar bahasa ataupun tersinggung perasaan mana-mana pihak sepanjang tempoh saya bertugas sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor yang mulia ini. Manusia bisa merancang tetapi yang menentukan Tuhan maha esa. Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan. Tian xia wu bu san zhi yan xi (Bahasa Cina) dengan izin, jamuan itu pasti akan bersurai. Berat hati saya untuk meninggalkan tugas namun usaha harus diteruskan pengalaman dan kenangan manis dan pahit tidak akan saya lupakan. Kepada Yang Berhormat yang akan bersara dan tidak akan bertanding lagi dan yang akan bertanding semula saya ucapkan selamat maju jaya, good luck, xing fen mei li, ji xu nu li (Bahasa Cina). Seperti biasa saya ingin mengingatkan Yang Berhormat sekalian supaya menyemak draf hansard berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikannya semula kepada pentadbiran Dewan sekiranya terdapat pembetulan. Salam hormat ketemu menih, dengan kata-kata itu saya menangguhkan Dewan ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)