Selangor · 19 September 2023
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 71 turns · 5,105 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 19 September 2023 dimulakan dengan bacaan doa:
(i) Bacaan Doa
(ii) Proklamasi
BAHAWASANYA Dewan Negeri Yang Keempat Belas telah dibubarkan pada 23 Jun 2023: DAN BAHAWASANYA Fasal (4) Perkara LXX Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, memperuntukkan bahawa Dewan Negeri hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh itu:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara LXX Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 19 September 2023 (Selasa) dan pukul 10.00 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan yang Kelima Belas, yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.
DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 21 haribulan Ogos 2023.
Sebelum saya memulakan majlis, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor Ke-15. Selamat datang juga diucapkan kepada Yang Berbahagia isteri dan suami Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua-ketua Jabatan dan sidang hadirin sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di dalam pemilihan Speaker, Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor menyebutkan:-
“Tiap-tiap Ahli yang hendak mencadangkan nama Ahli yang hendak dipilih menjadi Tuan Speaker, hendaklah memastikan terlebih dahulu iaitu Ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat.”
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, pemilihan Tuan Speaker boleh juga dibuat daripada kalangan bukan Ahli-ahli Dewan Negeri seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal (1b) Perkara LXXI (71) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Ahli-ahli Yang Berhormat, berpandukan peraturan tersebut, saya telah pun mengeluarkan pemberitahuan serta mengedarkan borang pencalonan bagi memilih Tuan Speaker kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk membuat pencalonan. Dengan ini sukacita saya memaklumkan bahawa saya telah menerima dua pencalonan bagi Speaker. Saya jemput Yang Berhormat Sekinchan untuk mengemukakan cadangannya.
Puan Setiausaha Dewan, saya nak pohon pencerahan.
Puan Setiausaha Dewan, saya teruskan.
Saya nak minta pencerahan. Terima kasih Sekinchan. Puan Setiausaha Dewan, kalau mengikut Pekeliling yang telah dikeluarkan bertarikh 22 Ogos, memang disebut bahawa pemilihan Tuan Speaker boleh juga dibuat daripada kalangan bukan Ahli-ahli Dewan Negeri sepertimana yang diperuntukan dalam Fasal 1(b) Perkara 71 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Namun apabila saya merujuk kepada Perkara 4 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, perkara ini tidak dimasukkan didalam Peraturan Tetap. Kalau kita lihat Perkara 4 (1) setiap Ahli yang hendak mencadangkan nama Ahli yang hendak dipilih sebagai Speaker dan diberhentikan disitu sahaja. Berbeza dengan Peraturan Mesyuarat didalam Dewan Rakyat dengan jelas menyebut bahawa sekali lagi Perkara yang sama, Perkara 4(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat menyebut, “Tiap-tiap Ahli yang hendak mencadangkan nama seorang Ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi Ahli Dewan itu dia qualified di dalam Dewan Rakyat atau seseorang yang layak dipilih” maka persoalan saya pada pagi ini kepada Puan Setiausaha Dewan sementara kita menerima bahawa Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 telahpun dipinda dan dimasukkan atau seseorang yang layak dipilih menjadi Ahli Dewan saya ingin mengesyorkan supaya perkara ini diperkemaskan didalam Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor supaya ianya lebih kemas seperti yang telah dilaksanakan oleh Dewan Rakyat. Terima kasih Puan Setiausaha Dewan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Pejabat Dewan mengambil syor tersebut dan akan kita susuli. Dipersilakan Yang Berhormat Sekinchan.
Terima kasih Puan Setiausaha Dewan. Saya dengan sukacitanya ingin mencadangkan Tuan Lau Weng San, dipilih menjadi Speaker.
Puan Setiausaha Dewan, saya dengan sukacitanya menyokong cadangan tersebut.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Sijangkang untuk mengemukakan cadangannya.
Puan Setiausaha Dewan, saya dengan sukacitanya ingin mencadangkan supaya Tuan Mohd Fuad Bin Mohd Salleh dipilih menjadi Speaker Dewan.
Puan Setiausaha Dewan, saya dengan sukacitanya menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kedua-dua calon telah disokong dan menurut Peraturan Tetap 4 (3), jika lebih daripada seorang ahli dicadangkan dan disokong sebagai Speaker maka Dewan hendaklah menjalankan pilihan dengan undi sulit. Dengan ini, bentara akan mengedarkan kertas undi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dikehendaki menulis nama calon yang hendak dipilih dan menandatangani kertas undi tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dipohon untuk melipat semula kertas undi tersebut.
Puan Setiausaha Dewan, saya mohon izin untuk mendapatkan pencerahan sekali lagi. Peraturan 4(1) dengan jelas menyatakan setiap Ahli yang hendak mencadangkan nama Ahli yang hendak dipilih sebagai Speaker hendaklah memastikan terlebih dahulu Ahli itu suka berkhidmat jika dia dipilih saya sedia maklum bahawa nama-nama calon telahpun disebut dan disokong oleh kedua-dua pihak yang dicadangkan oleh Y.B. Sekinchan dan disokong oleh Y.B. Banting. Kemudian satu lagi calon dicadangkan oleh Y.B. Sijangkang dan disokong oleh Y.B. Selat Kelang tetapi tidak dizahirkan didalam Dewan ini bahawa kedua-dua calon tersebut bersedia untuk berkhidmat sebagai Tuan Speaker. Saya bangkitkan perkara ini Puan Setiausaha Dewan kerana pernah berlaku di dalam Parlimen apabila seorang calon dibawa dalam Usul untuk dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua pada ketika itu, Usul tersebut ditolak oleh Yang Dipertua kerana tidak dikepilkan dengan cadangan secara bertulis. Kesediaan calon itu untuk dipilih sebagai Timbalan Speaker apabila calon yang dipilih itu tidak bersedia
berkhidmat maka pencalonan itu adalah defect ataupun cacat. Jadi saya berharap kalau diizinkan Puan Setiausaha Dewan dapat memaklumkan kepada Dewan ini apakah kedua-dua calon ini telah mengesahkan kesediaan mereka untuk berkhidmat sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor. Terima kasih Puan Setiausaha Dewan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, saya telahpun menerima borang persetujuan pencalonan Tuan Speaker oleh kedua-dua calon yang berkenaan dan ia berada di tangan saya.
Terima kasih Setiausaha Dewan.
Baik, kertas undi boleh diedarkan dan Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menulis nama calon dan menandatangani kertas undi tersebut. Ahli Yang Berhormat sekalian dipohon untuk melipat semula kertas undi tersebut.
Puan Setiausaha Dewan, saya nak juga minta pencerahan sebab saya melihat kepada kertas undi pemilihan Speaker ini, dia ada tertera disitu calon-calon Speaker adalah seperti berikut. Satu Tuan Lau Weng San, yang kedua Tuan Mohd Fuad bin Mohd Salleh. Apakah kriteria yang digunakan untuk meletakkan nombor satu dan juga dua ini? Adakah ada proses pengundian? Saya sekadar minta pencerahan.
Yang Berhormat, jangan membazir masa Dewan lah.
Yang Berhormat Sijangkang, saya rasa tidak perlulah nak tanya nombor satu ke nombor dua ke. Saya rasa ia cuma letak nama sahaja.
Dia orang pertama yang dicalonkan...
Nama pun undi pemilihan..
Sabar..sabar Yang Berhormat Sijangkang. Cuma tulis je...tiada masalah, cuma dua orang sahaja.
(Dewan riuh)
Yang Berhormat sekalian, biar saya menjelaskan. Mohon maaf Yang Berhormat sekalian, pemilihan nombor itu bukan berdasarkan apa-
apa faktor. Ia berdasarkan pencalonan mana yang kita terima dulu. Itu sahaja dan tiada faktor lain.
Macam ADN baru je.
Dia minta penjelasan je. Takkan silap kot? Cuma Puan Setiausaha Dewan, saya terima baik penjelasan oleh Setiausaha Dewan. Dimana penerimaan diawal diletak diatas. Cuma saya nak cadangkan kalau dimasa hadapan tidak payah letak nombor lah ya. Kita letak nama cukup. Tak payah letak nombor. Sebab kalau dalam proses Pilihan Raya SPR dia ada cabut baru dapat nombor satu nombor dua. Ini bila ada cabut proses nombor undi? Jadi letak nama, tidak payah letak nombor. Itu cadangan saya untuk masa hadapan. Terima kasih.
Kita ambil maklum Yang Berhormat.
Terima kasih Puan Setiausaha Dewan.
Bentara diminta mengutip semula kertas undi yang telah diedarkan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Dewan untuk pengiraan undi.
Setiausaha Dewan, mohon pencerahan. Proses pengiraan undi ini bagaimana?.
Macam itulah.
Tidak, saya minta supaya proses ini dijalankan dengan telus. Sekali lagi kalau ikut Peraturan Dewan, Peraturan 4(5)...
Yang Berhormat nak jadi Speaker ke?.
Ini pun, macam mana mantan Speaker tidak hormat Peraturan Mesyuarat?. Kalau nak bercakap bangun minta izin.
Guna peluang nak bercakap je.
Sekinchan dah jadi EXCO duduklah. Sekinchan sibuk nak bercakap kenapa?. Dah jadi EXCO duduk. Janganlah bercakap.
Saya bangun dengan tertib, minta kebenaran, rujuk Peraturan Mesyuarat. Ini pun disergah oleh Sekinchan. Baru jadi EXCO, belum jadi Menteri Besar pun. Setiausaha Dewan, saya rujuk Perkara 4(5) dimana kertas undi hendaklah dipungut oleh Setiausaha Dewan dan atau oleh sesiapa pegawai Dewan yang diwakilkan olehnya. Ini telah dilakukan oleh Setiausaha Dewan dan hendaklah dibilang oleh Setiausaha Dewan dimeja Dewan. Keputusan undi sulit hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha Dewan. Cuma persoalan saya bolehkah kami melantik counting agent untuk melihat proses. Mengapa ditertawakan?. Saya bukan nak memperlecehkan Setiausaha Dewan. Tapi kalau tidak dipersetujui dengan counting agent, sekurang-kurangnya Setiausaha Dewan angkat kertas supaya kita dapat lihat. Boleh Setiausaha Dewan?
[Setiausaha Dewan Bergerak Ke Meja Undi Untuk Menjalankan Pengiraan Undi]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima keputusan undi bagi memilih Speaker. Tuan Lau Weng San mendapat sebanyak 34 undi manakala Tuan Mohd Fuad bin Mohd Salleh mendapat sebanyak 22 undi. Menurut Fasal 1 Perkara LXXI (71) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan Peraturan-Peraturan Tetap 3, Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, dengan ini saya sukacita memasyhurkan Yang Berhormat Tuan Lau Weng San dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor. Diminta Bentara Dewan untuk mempersilakan Yang Berhormat Tuan Lau Weng San mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Speaker di bawah Peraturan Tetap 1(b).
Saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Lau Weng San untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Speaker.
Dengan nama tuhan. Maka dengan lafaz ini. Bahawa adalah saya Lau Weng San yang telah terpilih menjadi Speaker Negeri Selangor dengan sesungguhnya mengangkat sumpah (atau berikrar) akan menunaikan dengan setianya kewajipan saya dengan seberapa daya upaya, dan saya mengaku akan taat setia kepada Negeri Selangor, dan saya akan memelihara, memperlindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Selangor. Kepada tuhan saya berserah.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin sekalian, apabila saya menyebut Tuan Speaker, para hadirin sekalian hendaklah bangun untuk memberi hormat. “Tuan Speaker”. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekianlah Aturan Urusan memilih Speaker Dewan. Dengan ini saya menyerahkan majlis kepada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mengikut Fasal (2A) Perkara LXXI (71) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Dewan Negeri bolehlah dari semasa ke semasa memilih seorang ahlinya menjadi Timbalan Speaker. Peraturan memilih Timbalan Speaker adalah mengikut Peraturan Tetap 5A (1) dan (2), Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor. Setiausaha Dewan telah pun mengedarkan borang pencalonan bagi pemilihan Timbalan Speaker dan telah menerima pencalonan untuk memilih Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima dua pencalonan bagi Timbalan Speaker. Saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Pelabuhan Klang untuk mengemukakan cadangannya.
Tuan Speaker. Pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Speaker yang terpilih cuma saya ingin mendapat petua daripada Tuan Speaker, Perkara 4 (7) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor belum dilaksanakan. Dimana dalam Perkara 4 (7) menyebut bahawa “Apabila seorang Ahli telah dimasyhurkan dan dipilih menjadi Speaker iaitu Tuan Speaker telah dimasyurkan sebagai Speaker maka peti itu hendaklah dimeteraikan dihadapan Ahli Mesyuarat”. Jadi saya pohon kalau boleh perkara ini dilaksanakan terus terlebih dahulu sebelum kita proceed dengan Aturan Mesyuarat yang lain supaya perjalanan Mesyuarat kita pada pagi ini mengikut Peraturan yang telah ditetapkan oleh Dewan ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Hulu Kelang. Mengikut Aturan Mesyuarat pada hari ini yang ada dengan kita iaitu pemilihan Timbalan Speaker akan dijalankan dan kemudiannya akan diadakan pemakluman nama Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor dan kita akan ikut apa yang telahpun dinyatakan didalam Aturan Urusan Mesyuarat yang ada pada hari ini sekiranya perlu. Seperti apa yang dinasihatkan, peti pemilihan itu akan dengan izin di seal selepas pemilihan itu selesai iaitu pemilihan Timbalan Speaker. Boleh? Kalau tiada masalah saya menjemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Terima kasih dan tahniah kepada Tuan Speaker yang baharu, yang telah dipilih untuk menjadi Tuan Speaker bagi Dewan Negeri Selangor Ke-15. Tuan Speaker saya dengan sukacitanya ingin mencadangkan supaya Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd. Kamri Bin Kamaruddin, dipilih menjadi Timbalan Speaker. Bukit Antarabangsa, bukan Hulu Kelang. Bukit Antarabangsa.
Penyokong?.
Tuan Speaker, tahniah Tuan Speaker. Saya dengan sukacitanya menyokong cadangan tersebut.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri bagi Kawasan Sabak untuk mengemukakan cadangannya.
Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker dan ucapan tahniah buat Tuan Speaker, saya dengan sukacitanya ingin mencadangkan supaya Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Ramal iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Shafie Bin Ngah yang sangat berpengalaman dipilih menjadi Timbalan Speaker.
Tuan Speaker, saya dengan sukacitanya menyokong cadangan tersebut.
Gombak Setia menyokong ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kedua-dua calon telah disokong dan menurut Peraturan Tetap 4 (3), jika lebih daripada seorang ahli dicadangkan dan disokong sebagai Timbalan Speaker maka Dewan hendaklah menjalankan pilihan dengan undi sulit. Dengan ini, bentara akan mengedarkan kertas undi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dikehendaki menulis nama calon yang hendak dipilih dan menandatangani kertas undi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dipohon untuk melipat semula kertas undi tersebut. Silakan bentara.
Tuan Speaker, saya mohon kalau boleh disahkan bahawa kedua-dua calon yang dizahirkan sebentar tadi telah bersedia untuk berkhidmat sebagai Timbalan Speaker seperti yang kita lalui dalam proses pemilihan Speaker. Terima kasih.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan. Memang dihadapan saya, saya telahpun menerima borang persetujuan pencalonan Timbalan Speaker bagi kedua-dua orang calon yang telahpun dicalonkan dan nama mereka telah disebutkan tadi. Jadi tidak perlulah kita rasa sangsi. Memang ada disini. Jadi biarlah kita teruskan dengan proses pemilihan ini. Bentara diminta mengutip semula kertas undi yang telah diedarkan dan menyerahkannya kepada Setiausaha Dewan untuk pengiraan undi.
[Setiausaha Dewan Bergerak Ke Meja Undi Untuk Menjalankan Pengiraan Undi]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima keputusan undi bagi memilih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin mendapat sebanyak 34 undi manakala Yang Berhormat Tuan Mohd Shafie Bin Ngah mendapat sebanyak 22 undi. Maka menurut Fasal (2A) Perkara LXXI (71) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan Peraturan-Peraturan Tetap 5A (1) dan (2), Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, dengan ini saya sukacita memasyhurkan Yang Berhormat Tuan Mohd. Kamri Bin
Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa dipilih sebagai Timbalan Speaker.
Dengan hormatnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd. Kamri Bin Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri dan Timbalan Speaker.
Bismillahirahmanirahim.
Dengan nama Allah. Maka dengan lafaz ini. Bahawa adalah saya, Mohd. Kamri bin Kamaruddin setelah dipilih menjadi seorang ahli Dewan Negeri bagi Negeri Selangor dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai ahli Dewan Negeri dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Selangor, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Kepada Allah saya berserah.
Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah. Maka dengan lafaz ini. Bahawa adalah saya, Mohd. Kamri bin Kamaruddin yang telah terpilih menjadi Timbalan Speaker Negeri Selangor dengan sesungguhnya mengangkat sumpah (atau berikrar) akan menunaikan dengan setianya kewajipan saya dengan seberapa daya upaya, dan saya mengaku akan taat setia kepada Negeri Selangor, dan saya akan memelihara, memperlindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Selangor. Kepada Allah saya berserah.
Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Bukit Antarabangsa. Selesai sudah aturan memilih Speaker dan Timbalan Speaker, menurut Peraturan Tetap 4 (7), peti undi hendaklah dimeteraikan di hadapan Dewan dan peti undi perlu disimpan oleh Setiausaha Dewan selama sebulan takwim Inggeris. Setelah cukup tempoh sebulan, kertas-kertas undi tersebut dibakar dan Setiausaha Dewan perlu memperakui kepada Dewan mengatakan kertas-kertas itu telah dibakar.
Upacara Mengangkat Sumpah
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya ialah upacara mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah oleh Ahli-ahli Dewan yang baru dilantik. Saya akan memanggil nama Ahli-ahli Yang Berhormat dan diminta Ahli Yang Berhormat yang telah dipanggil nama bersedia untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah seorang demi seorang mengikut giliran.
Saya mempersilakan :-
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Tua tampil ke hadapan untuk mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah.
Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kinrara, Yang Berhormat Tuan Izham Bin Hashim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Pandan Indah, dan Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Tanjong Sepat.
Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ng Suee Lim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan, diikuti Yang Berhormat Datuk Rizam Bin Ismail, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Air Tawar dan Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kota Anggerik.
Dipersilakan Yang Berhormat Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bandar Utama, diikuti Yang Berhormat Tuan Papparaidu A/L Veraman, Ahli Dewan Negeri Kawasan Banting, Yang Berhormat Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Seri Setia dan Yang Berhormat Puan Anfaal Binti Saari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Taman Templer.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Azmizam Bin Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Kawasan Pelabuhan Klang diikuti oleh Yang Berhormat Tuan Rajiv A/L Rishyakaran, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Gasing, dan Yang Berhormat Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Negeri Kawasan Dusun Tua
Dipersilakan Yang Berhormat Puan Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu diikuti oleh Yang Berhormat Tuan Leong Tuck Chee, Ahli Dewan Negeri Kawasan Pandamaran, Yang Berhormat Tuan Gunarajah A/L R George, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sentosa, dan Yang Berhormat Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang Jaya
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rawang, diikuti Yang Berhormat Puan Lim Yi Wei, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kampung Tunku, Yang Berhormat Puan Wong Siew Ki, Ahli Dewan Negeri Kawasan Seri Kembangan, Yang Berhormat Puan Mariam Binti Abdul Rashid, Ahli Dewan Negeri Kawasan Meru.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ong Chun Wei, Ahli Dewan Negeri Kawasan Balakong diikuti Yang Berhormat Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi@Azmi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Seri Serdang, Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad, Ahli Dewan Negeri Kawasan Lembah Jaya, Yang Berhormat Tuan Yew Jia Haur, Ahli Dewan Negeri Kawasan Teratai, Yang Berhormat Tuan Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Negeri Kawasan Batu Tiga, dan Yang Berhormat Tuan Cheong Kian Young, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kajang.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Lwi Kian Keong, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Pelek, diikuti Yang Berhormat Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Lanjan, dan Yang Berhormat Tuan Dr. Quah Perng Fei, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bandar Baru Klang.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kota Damansara, dan Yang Berhormat Tuan Preakas A/L Sampunathan, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kota Kemuning
Dipersilakan Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Kelang, diikuti Yang Berhormat Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sijangkang, Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Selat Klang, dan Yang Berhormat Tuan Sallehen Bin Mukhyi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabak.
Dipersilakan Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan Muhammad Hilman bin Idham, Ahli Dewan Negeri Kawasan Gombak Setia, diikuti Yang Berhormat Tuan Mohd Shafie Bin Ngah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Ramal, Yang Berhormat Tuan Dr. Afif Bin Bahardin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Taman Medan, Yang Berhormat Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sementa, Yang Berhormat Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuang, dan Yang Berhormat Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Burong.
Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Jamil Bin Salleh, Ahli Dewan Negeri Kawasan Dengkil, diikuti Yang Berhormat Tuan Nushi Bin Mahfodz, Ahli Dewan Negeri Kawasan Semenyih, Yang Berhormat Tuan Rosnizan Bin Ahmad, Ahli Dewan Negeri Kawasan Morib, Yang Berhormat Dato' Dr. Halim Bin Tamuri, Ahli Dewan Negeri Kawasan Paya Jaras, Yang Berhormat Puan Nurul Syazwani Binti Noh, Ahli Dewan Negeri Kawasan Permatang, Yang Berhormat Tuan Mohd Razali Bin Saari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Panjang, Yang Berhormat Dato' Harrison Bin Hassan, Ahli Dewan Negeri Kawasan Jeram dan Yang Berhormat Tuan Jefri Bin Mejan, Ahli Dewan Negeri Kawasan Ijok.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Bernam diikuti Yang Berhormat Dato' Noorazley Bin Yahya, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Melawati, Yang Berhormat Tuan Muhammad Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani, Ahli Dewan Negeri Kawasan Batang Kali dan Yang Berhormat Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Kandis.
“Dengan nama Allah. Maka dengan lafaz ini. Bahawa adalah saya,...................................setelah dipilih menjadi seorang ahli Dewan Negeri bagi Negeri Selangor dengan sesungguhnya bersumpah
(atau berikrar) bahawa saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai ahli Dewan Negeri dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Selangor, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Kepada Allah saya berserah.”
“Dengan nama tuhan. Maka dengan lafaz ini. Bahawa adalah saya,...................................setelah dipilih menjadi seorang ahli Dewan Negeri bagi Negeri Selangor dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai ahli Dewan Negeri dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Selangor, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Kepada tuhan saya berserah.”
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pemasyhuran daripada Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan telah menerima surat daripada Perikatan Nasional Negeri Selangor pada 15 September 2023 untuk mencalonkan Ketua Pembangkang. Saya dengan ini memasyhurkan Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Kelang, sebagai Ketua Pembangkang. Diharapkan Ketua Pembangkang yang telah dilantik dan dipersetujui ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Ada sesiapa nak tengok surat? Saya tunjuk ya, untuk makluman semua. Tahniah diucapkan.
Usul Penangguhan DewanAdjournment
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya ialah Usul Penangguhan Dewan.
Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 88. Pertama sekali saya ingin merujuk kepada Surat Pekeliling daripada Setiausaha Dewan bertarikh 22 Ogos yang menjemput Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menghadiri Mesyuarat Pertama Angkat Sumpah. Antara perkara yang disebut dalam Surat Pekeliling ini adalah pemakaian ataupun dress code bagi lelaki lounge suit hitam berkemeja putih dan bertali leher, bersongkok bagi muslim. Namun pada pagi ini saya lihat sebahagian besar daripada Ahli-ahli Dewan Negeri tidak memakai Surat Pekeliling yang telah diedarkan oleh Setiausaha Dewan. Malahan ada yang memakai Baju Melayu terlalu terang. Merah bersilau-silau. Saya ingin mendapat petua daripada Tuan Speaker kerana sebelum ini sudah ada petua daripada Tuan Speaker Sekinchan bahawa Baju Melayu ini hanya boleh dipakai pada hari Jumaat
sahaja. Maka saya ingin dapat petua daripada Tuan Speaker yang baru, apakah Tuan Speaker bersetuju dengan Sekinchan untuk mengekalkan ruling atau petua ini dimana hanya hari Jumaat dibenarkan untuk memakai Baju Melayu ataupun Baju Kebangsaan?. Kerana bagi saya petua yang dikeluarkan oleh Sekinchan adalah tidak sah dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 88. Kalau Tuan Speaker boleh melihat dan merujuk kepada Perkara 88 Kuasa dalam Perkara lain. Dengan izin saya ingin merujuk kepada perkara ini semua Perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam Peraturan-Peraturan ini dan semua Perkara berkenaan dengan menjalankan Peraturan-Peraturan ini pada Perkara satu persatunya hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Speaker dari satu masa ke satu masa. Dan dia ada sebut dalam Peraturan ini, masa hendak mengeluarkan perintah demikian itu Speaker hendaklah memandang kepada adat kelaziman Majlis Parlimen negara-negara Komanwel sepanjang yang boleh dipakaikan kepada perjalanan Dewan. Maknanya memang benar Speaker boleh buat petua tetapi Speaker mesti memandang kepada adat kelaziman Majlis Parlimen dalam kalangan negara-negara Komanwel. Sudah tentulah Tuan Speaker bersetuju dengan saya...
Ya, saya akan memberi petua.
Negara Komanwel yang paling dekat adalah Malaysia. Mengapa kita nak rujuk Bangladesh? Ataupun Pakistan? Ataupun Fiji? Sedangkan dalam konteks pemakaian ini negara Komanwel yang paling sesuai dirujuk adalah Malaysia. Dan saya nak rujuk Peraturan Mesyuarat Parlimen Tuan Speaker diizinkan dimana didalam Peraturan Mesyuarat Parlimen dinyatakan pada Perkara 41. Masa Mesyuarat bersidang 41 F, Ahli-ahli lelaki hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan ataupun lounge suit. Dalam Parlimen Peraturan Mesyuarat telah menggariskan dan mencerakinkan Peraturan ini pada 41 F. Malangnya sekali lagi Peraturan Mesyuarat Negeri Selangor pada Perkara 41 semuanya diikuti A B C dan E tetapi F telah dikeluarkan oleh saya tidak pasti siapa sebelum ini. Maka sebab itulah Tuan Speaker Sekinchan telah membuat petua beliau tanpa merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 88. Jadi saya berharap Tuan Speaker yang baru dilantik mulakan tugas dengan berpegang kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Peraturan Mesyuarat. Kerana saya tidak mahu ada pandangan diluar sana seolah-olah ada kumpulan yang cuba meremehkan baju kebangsaan diangkat martabat dan diberikan keutamaan dalam majlis-majlis termasuk dalam Dewan yang mulia di Dewan Negeri Selangor ini. Jadi saya berharap petua Sekinchan ditolak sebelum ini dan Tuan Speaker buat satu ruling tetapi ruling itu mestilah memandang kepada amalan kelaziman negara-negara Komanwel. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih. Mengikut petua 87 Peraturan Tetap 87, petua Speaker keputusan-keputusan Speaker berkenaan dengan sebarang perkara
Tafsir dalam mana-mana petua Peraturan Tetap ini atau berkenaan kelaziman adalah muktamad kecuali ada Usul sendiri. Untuk Sidang kali ini kita tidak terikat dengan apa yang diputuskan sebelum ini. Dan berkenaan dengan pakaian seboleh-bolehnya kita ikut apa yang telah ditetapkan dalam Peraturan Tetap. Tetapi kita menerima pakai fakta bahawa Negeri Selangor adalah negeri yang majmuk. Kita ada berbilang bangsa, kaum, agama, budaya dan sebagainya malahan warna berwarna-warni pun. Jadi kita akan telitikan. Saya sedia maklum bahawa kita akan ada Jawatankuasa Peraturan Tetap dan kita akan merumus kembali semua peraturan yang ada didalam Peraturan Tetap supaya ia seiring dengan peredaran zaman. Undang-undang ini bukan statik. Undang-undang ini akan dan perlu berubah mengikut peredaran masa. Ini perlu dilakukan dan Yang Berhormat juga tahu bahawa akan ada wakil daripada kerajaan dan juga pembangkang didalam Jawatankuasa yang saya maksudkan itu. Jadi itu sahaja Yang Berhormat. Ada lagi?
Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana mengambil keputusan untuk menyemak semula beberapa perkara dalam Peraturan Mesyuarat supaya ianya dapat diperkemaskan namun yang saya hendak merujuk kepada Tuan Speaker, perkara ini sudahpun termaktub dan sudahpun tercatat dalam Peraturan Mesyuarat, Perkara 88 dimana dimasa Speaker hendak mengeluarkan perintah bukan dengan sewenang-wenangnya. Sudah disebut perintah yang hendak dikeluarkan Sekinchan sebelum ini mestilah memandang kepada adat kelaziman Majlis Parlimen. Sudah cukup jelas maknanya Majlis Parlimen Negara-negara Komanwel telahpun menggariskan didalam Peraturan Mesyuarat bahawa baju kebangsaan ataupun lounge suit dibenarkan dalam setiap sesi Persidangan. Jadi saya kira sementara Tuan Speaker mengambil satu sikap yang cukup positif untuk meneliti semula Peraturan Tetap tetapi apa yang telah tergaris ini mestilah dilaksanakan segera kerana dalam Sidang yang akan datang yang pastinya akan diberikan tarikh dalam masa yang terdekat, kami ingin mengetahui apakah Tuan Speaker telah bersetuju dengan Sekinchan ataupun akan menyemak semula ataupun berpegang kepada apa yang telah tergaris didalam Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor. Terima kasih.
Dewan ini seboleh-bolehnya akan menyemak semula dan meneliti setiap satu peraturan yang ada selaras dengan peruntukan yang ada dibawah Peraturan Tetap Perlembagaan Persekutuan Peraturan Mesyuarat di peringkat Parlimen dan juga kelaziman-kelaziman di negara-negara Komanwel yang lain. Yang saya ingatkan hanyalah secara persuasive authority sahaja. Kita boleh memilih untuk menetapkan peraturan kita sendiri sekiranya kita hendak. Itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih.
Usul Penangguhan DewanAdjournment
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya ialah Usul Penangguhan Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab Aturan Urusan Mesyuarat hari ini telah pun selesai, sekarang saya mempersilakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul bagi menangguhkan Dewan pada hari ini. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya membawakan usul untuk menangguhkan Dewan, bagi pihak Dewan Negeri, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Speaker dan Timbalan Speaker yang telah dilantik. Kita percaya di bawah pimpinan Yang Berhormat Tuan Speaker yang baru, perjalanan Persidangan Dewan ini akan berjalan lancar. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan yang mulia. Maknanya bermula hari ini secara rasminya saudara-saudara merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor yang bakal menentukan halatuju pentadbiran dan pengurusan dan juga dasar-dasar Negeri Selangor secara keseluruhannya. Justeru nasihat kepada saya dan seluruh Ahli Dewan, marilah kita membawakan usul-usul dan juga perbahasan-perbahasan yang membawa kebaikan kepada negeri kita dalam menempuhi cabaran-cabaran semasa baik dalam perkara yang besar. Dasar ialah perkara yang rinci yang boleh ditetapkan didalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang telah ditetapkan semenjak reformasi Dewan yang telah dilakukan semenjak 2008 yang lalu. Justeru mari kita melusuri Penggal Ke-15 dengan penuh berhemah, dengan penuh bijaksana dan membawa negeri ini kekal sebagai negeri maju dan berani kedepan untuk menangani cabaran-cabaran kedepan. Dengan itu, saya dengan sukacitanya mengusulkan supaya Persidangan Dewan hari ini ditangguhkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan ini telah pun disokong. Sebelum Dewan ditangguhkan, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memilih saya sebagai Tuan Speaker Dewan yang mulia ini. Tidak ketinggalan juga ucapan tahniah saya kepada Timbalan Speaker dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor yang baru. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat semua dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri dengan sebaik mungkin demi kemajuan dan kecemerlangan Negeri Selangor seluruhnya. Saya memberi jaminan bahawa saya akan bersikap adil kepada semua ahli Yang Berhormat tanpa mengira fahaman politik dan saya akan memberikan ruang untuk berbahas. Masa dalam sidang Dewan harus digunakan sebaik mungkin untuk membahaskan dan mengetengahkan isu sebenar yang melibatkan rakyat Negeri Selangor. Kami berada di sini kerana kepercayaan yang telah diberikan oleh mereka dan di sinilah kami berkhidmat untuk mereka.
Saya juga amat berharap isi kandungan perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat akan sentiasa berpandukan semangat Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Perjanjian Malaysia, Peraturan-Peraturan Tetap Mesyuarat, Rukun Negara, serta Undang-Undang Persekutuan dan Negeri yang sedia ada. Saya yakin semua Ahli Dewan Negeri sudah memahami selok belok perbahasan dan perihal pengurusan Dewan dan Kerajaan. Memandangkan dikalangan Ahli-ahli Yang Berhormat memang ada yang pernah jadi ADN Kerajaan dan ada juga pernah jadi ADN Pembangkang. Dulu-dulu, sekarang-sekarang. Yang dulu pembangkang sekarang kerajaan, yang dulu kerajaan sekarang pembangkang. Jadi masing-masing faham tentang tugas dan tanggungjawab masing-masing dan saya pasti perjalanan Sidang Dewan yang akan datang ini pastinya akan lebih lancar, akan lebih cekap kalau pengalaman dan ilmu yang dahulu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat. Saya juga berharap Ahli-ahli Yang Berhormat semua dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya semasa menjalankan tugas sebagai Speaker khususnya dalam melaksanakan agenda pembaharuan yang telah bermula sejak tahun 2008. Sesungguhnya sebagai seorang Speaker, saya memerlukan kerjasama semua khasnya daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga kakitangan Dewan yang mulia ini memandangkan masih banyak lagi agenda pembaharuan yang perlu disiapkan dalam penggal ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Mantan Tuan Speaker dan Mantan Timbalan Speaker yang telah menjalankan tugas mereka dengan adil dan penuh berwibawa. Saya rasa bertuah kerana telah mewarisi legasi-legasi mereka dan pencapaian mereka yang cemerlang pada tahun-tahun yang lalu akan saya jadikan sebagai petunjuk dan perangsang untuk terus memajukan Dewan yang mulia ini.
Dengan ini saya menangguhkan Persidangan Dewan hari ini. Sekian terima kasih.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 12.53 TENGAH HARI)