Selangor · 14 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 403 turns · 31,544 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas Pada 14 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa. (Doa dibaca)

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat Pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Pelabuhan Klang untuk mengemukakan soalan pertama.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Strategi Kerajaan Negeri Dalam Meningkatkan Hasil NegeriQuestions

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha dan strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil negeri yang signifikan pada masa hadapan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker dan Ahli Dewan sekalian. Hasil Kerajaan Negeri bergantung sepenuhnya pada sumber hasil tanah seperti cukai tanah, premium, permit tanah dan galian dan bayaran perkhidmatan berkaitan tanah yang merupakan penyumbang 80% daripada hasil keseluruhan. Manakala hasil cukai tanah pula menyumbang 24% daripada 80% yang saya sebutkan tadi. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pendapatan negeri selain daripada cukai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengkaji hasil negeri yang boleh dipungut untuk memastikan kutipan hasil negeri dapat ditambah selain memperkenalkan beberapa kadar fi tertentu untuk disemak semula dari semasa ke

semasa. Dalam berita Kerajaan Negeri pada tahun 2021, kita menggariskan hampir 16 cadangan-cadangan daripada Pegawai Kewangan Negeri, apakah hasil-hasil baru yang boleh dikutip untuk memastikan pentadbiran ini mempunyai kewangan dan juga hasil yang mencukupi. Tiga perkara yang telah kita tetapkan dalam Belanjawan tahun 2024 dan tahun 2023 yang telah mula dilaksanakan yang pertama adalah cadangan perkongsian hasil di antara anak-anak syarikat dalam bentuk dividen yang telah ditetapkan dan ia disebutkan dengan jelas dalam Belanjawan 2024. Yang kedua, semakan semua fi pejabat di bawah kaedah tanah Selangor tahun 2003 berikutan kenaikan kos operasi pejabat-pejabat pentadbiran tanah Negeri Selangor dan ketiga menaikkan caruman parit yang akan ditetapkan pada satu kadar yang lebih tinggi daripada kadar 10 000 pada waktu ini. Selain itu ada beberapa langkah yang kita sedang pertimbangkan iaitu pertama permit khas bagi kebenaran penggunaan sementara tanah pertanian yang digunakan bagi tujuan pertanian iaitu perniagaan bukan pertanian iaitu perniagaan dan industri ringan di Negeri Selangor. Yang kelima, pemulihan dan penguatkuasaan melalui permit penggunaan kawasan pencerobohan-pencerobohan di hutan simpan. Yang keenam, caj abstraksi air berdasarkan peruntukan di bawah enakmen LUAS tahun 1999 ke atas Pengurusan Air Selangor dan Kerajaan Negeri telah pun meluluskan supaya mulai tahun 2023, bahawa caj abstraksi air mentah di bawah Seksyen 44 Enakman LUAS dikenakan kepada Pengurusan Air Selangor dan diterima dan dimasukkan kepada Akaun Hasil Disatukan bukan kepada akaun LUAS. Seterusnya cadangan pengeluaran pasir laut di bawah 3 batu nautika oleh Kumpulan Semesta, cadangan pemberimilikan tanah talian rintis TNB dan Pejabat Tanah dan Galian. Dan seterusnya yang terakhir cadangan caj bayaran permit penggunaan tanah bagi lebuh raya yang melalui kawasan hutan simpan. Di samping perkara ini kita juga turut menetapkan beberapa perkara antaranya pembinaan-pembinaan projek strategik seperti pelabuhan dan sebagainya turut dimiliki sebahagian ekuiti dan syer oleh Kerajaan Negeri pada masa depan bagi menjamin pengaliran kewangan yang berterusan. Namun ada beberapa langkah yang harus dilakukan termasuk menetapkan anak syarikat yang boleh mewakili pihak Kerajaan Negeri dan penetapan dividen atau pulangan pada masa hadapan dan kita akan mencuba strategi tersebut dalam pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey atau Carey Island. Terima kasih.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah menjawab soalan saya tentang strategi Kerajaan Negeri dalam meningkatkan hasil negeri. Ini nampak sangat positif dan soalan tambahan Pelabuhan Klang berapakah nilai peningkatan hasil yang dianggarkan berdasarkan strategi yang telah dicadangkan tadi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Daripada tiga perkara yang saya sebutkan tadi yang pertama iaitu tentang dividen anak syarikat sebanyak RM40 juta kemudian dua perkara lain iaitu fi pejabat RM50 juta dan caruman parit kita anggarkan RM10 juta. Maknanya dari tiga langkah pertama ini dijangkakan kita akan dapat menambah kutipan RM100 juta daripada kutipan-kutipan yang tidak dapat dikutip ataupun yang tidak dikutip pada sebelum-sebelum ini secara keseluruhan kita sedang membuat penilaian kadangkala kenaikan-kenaikan yang dikenakan atau fi yang dikenakan itu agak kecil dan setiap jabatan juga menunjukkan kadarnya. Kita akan melihat kepada kepentingan.Yang pentingnya kita tidak boleh membebankan, ia ada act of balance di antara peningkatan-peningkatan fi dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pentadbiran awam dan juga yang dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker.

Speaker

Ya dipersilakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Seperti Yang Amat Berhormat telah mengumumkan dalam Bajet 2024, hasil negeri masih lagi bergantung pada hasil tanah. Kalau mengikut statistik yang telah dibentangkan hampir 70% pendapatan negeri bagi tahun 2024 bergantung pada hasil tanah. Saya percaya Dewan yang mulia ini juga sedia maklum bahawa tenaga, hari ini menjadi pendorong utama kepada pembangunan dan kalau kita lihat apa yang berlaku dalam ekonomi global pada hari ini mereka sedang bergegas untuk beralih kepada tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Dan statistik yang dikeluarkan hanya seminggu yang lepas...

Speaker

Yang Berhormat ada soalan tak?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya... di mana pelaburan dalam ekonomi hijau ini mencatatkan nilai RM1.7 trilion Dollar Amerika. Maka persoalan saya apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui ini dapat digamit melalui pelaburan-pelaburan baru supaya Selangor tidak hanya bergantung pada hasil tanah untuk pendapatan bagi tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Speaker dan Ketua Pembangkang untuk soalan yang dikemukakan. Kebetulan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini saya sendiri telah mengubah beberapa paradigma untuk keterlibatan Menteri Besar terutamanya dalam sektor tenaga. Sebab itu saya telah menukar Chairman ataupun kerusi Pengerusi daripada Worldwide... PNSB kepada Worldwide Holding supaya kita dapat menguja serta mengenal pasti sektor tenaga yang diketuai dan keterlibatan oleh Worldwide Holding sejak tahun 90-an lagi. Justeru pada ketika ini Worldwide Holding mempunyai lebih kurang sembilan ke sepuluh

projek yang sebahagiannya adalah projek renewable energy ataupun ekonomi hijau ataupun tenaga hijau. Dan sebahagiannya adalah Pulau Indah Power Plant yang masih lagi boleh dianggapkan sebagai brown field ataupun tenaga yang berasaskan kepada fossil kerana diusahakan daripada gas dan tenaga. Justeru kita telah mempunyai beberapa pipeline projek yang keseluruhannya hampir bernilai RM10 bilion yang diterokai oleh Worldwide dan sebahagian daripada ekonomi atau sektor-sektor yang diceburi adalah solar dan juga membina hidro dan yang ketiganya adalah penghasilan hidrogen. Penghasilan hidrogen saya akui kita agak ketinggalan berbanding Sarawak kerana Sarawak telah mendahului sejak tahun 2019 dan kita akan meneroka dengan lebih lanjut. Untuk makluman Yang Berhormat semua, baru-baru ini kita telah berhubung dengan pihak daripada Abu Dhabi dan juga UAE yang turut melakukan lawatan ke sini kerana hasil daripada pertemuan Perdana Menteri dan Menteri MITI yang terbaru, mereka bersedia untuk invest sekitar RM10 juta atau 10 gigawatt elektrik untuk investment yang akan dibuat oleh kumpulan tersebut dan Selangor akan commit sekitar 1 – 1.5 gigawatt daripada keseluruhan 10 gigawatt yang disediakan atau kesediaan kumpulan-kumpulan tersebut. Yang menariknya sebahagian daripada projek-projek itu telah berjalan. Beberapa projek kita tentang waste to energy boleh dianggap sebagai projek renewable energy dan keterlibatan kita dalam projek solar keseluruhannya setakat ini di dalam tangan Worldwide adalah sekitar 706 megawatt maknanya not even 1 gigawatt dan kita akan mengenal pasti beberapa lokasi untuk pembinaan solar. Itu pun begitu dalam ucapan yang saya sebutkan dalam Parlimen baru-baru ini sumbangan yang diberikan oleh solar dan biogas masih lagi sangat rendah di dalam negara kita sekitar 4% daripada keseluruhan dan saya percaya hal ini perlu disokong kerana ini akan menjamin kelestarian alam di samping pengaliran tenaga yang konsisten kepada negeri dan negara. Terima kasih.

Speaker

Ya, soalan nombor 2 daripada Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 2.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Van DrtQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah prestasi perkhidmatan van DRT dari Kerajaan Selangor setakat ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri di dalam pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2023 telah meluluskan perkhidmatan Demand Responsive Transit ataupun DRT yang menggantikan kemudahan Bas Smart Selangor di kawasan berkepadatan tinggi dan mempunyai laluan sempit. Sistem DRT di Selangor adalah merujuk kepada penggunaan sebuah kenderaan secara perkongsian seperti van dan bas bersaiz kecil yang dipacu oleh perisian pintar bagi memastikan pengguna dari lokasi berbeza dapat diambil dan dihantar ke destinasi berbeza mengikut masa yang ditetapkan. Sasaran tumpuan lokasi adalah kawasan berdekatan pengangkutan awam utama seperti rel dan stesen bas bagi melengkapi perbatuan pertama dan terakhir ataupun first-and-last mile connectivity sistem pengangkutan awam.

Perkhidmatan DRT ini telah dilancarkan semasa Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 pada 20 Oktober 2023. Sebagai permulaan, empat (4) kawasan telah dipilih sebagai lokasi projek rintis DRT iaitu Puchong, Gombak, Ampang dan Subang Jaya. Pengoperasian Van DRT Mobiliti Selangor di bawah projek rintis ini dijangka akan bermula pada 20 November 2023 untuk tempoh enam bulan.

Sebagai galakan kepada penggunaan perkhidmatan ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan subsidi kepada setiap pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Pengguna hanya dikenakan caj RM2 untuk setiap penggunaan dan lebihan akan ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri akan memperluaskan penggunaan DRT ini ke kawasan–kawasan yang lain. Walau bagaimanapun, bagi memastikan perkhidmatan ini dapat terus ditambah baik, Kerajaan Negeri akan mendapatkan hasil dapatan berkaitan maklum balas pengguna daripada kawasan–kawasan perintis iaitu di Puchong, Ampang, Gombak dan Subang Jaya sebelum perkhidmatan van DRT ini diperluas ke lapan (8) zon tambahan menjelang tahun 2024. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan. Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, adakah kajian dibuat kepada terutamanya di pihak Berkuasa Tempatan yang bersifat Majlis Daerah atau beberapa Majlis Perbandaran kerana saya dapati seperti khususnya di Majlis Perbandaran Kuala Langat bas-bas Smart Selangor ini kebanyakan masanya adalah kosong. Saya kira ini satu pembaziran yang seharusnya dapat kita atasi dengan mungkin perkhidmatan van DRT ini boleh diambil tindakan dengan segera mungkin di kawasan-kawasan seperti ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima Kasih soalan daripada Yang Berhormat Sijangkang. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu adalah benar. Sebenarnya ada sesetengah laluan bas Smart Selangor itu memang penggunaan itu kurang menggalakkan. Oleh itu kita telah melaksanakan perkhidmatan DRT, van DRT ini kerana kita nak mengkaji semua laluan Smart Selangor sedia ada dan arahan telah diberikan kepada PBT-PBT untuk mengkaji semula semua laluan tersebut supaya kita dapat mengoptimumkan perkhidmatan dan peruntukan yang telah disalurkan untuk perkhidmatan ini. Ada kemungkinan pada masa yang akan datang tahun depan atau tahun 2025 ada sesetengah laluan bas Smart Selangor yang sedia ada akan ditukar kepada perkhidmatan DRT van supaya kita dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan lebih sempurna kepada penduduk tempatan. Terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Kinrara.

Speaker

Taman Medan. Saya belum jemput lagi. Okay, saya jemput Taman Medan kalau ada soalan tambahan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Kinrara, saya nak bertanya tentang perkhidmatan van DRT ini kerana di kawasan saya di taman Medan masih lagi belum dimasukkan dalam senarai. Adakah cadangan daripada pihak Kinrara sama ada Taman Medan juga akan dilibatkan sama dalam usaha memperluaskan perkhidmatan van DRT ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih atas cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Taman Medan. Sebenarnya perkhidmatan bas Smart Selangor di kawasan Taman Medan merupakan salah satu kawasan yang terima sambutan yang paling baik antara semua laluan bas Smart Selangor. Laluan ini diberi oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jadi saya nampak ada keperluannya dikekalkan perkhidmatan bas Smart Selangor di kawasan Taman Medan kerana di kawasan sana banyak golongan B40 dan banyak sekolah-sekolah. Murid sekolah perlu menggunakan perkhidmatan ini tetapi Kerajaan Negeri Selangor juga akan mengkaji keperluan perkhidmatan DRT di kawasan taman Medan sekiranya ada keperluan dan perkhidmatan DRT baru akan bermula pada 20 November yang akan datang ini dan tahun-tahun depan ini kita akan mengkaji kawasan yang perlu adakan perkhidmatan van DRT ini. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker soalan saya nombor 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Prestasi Perdagangan NegeriQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah penjelasan Kerajaan Negeri terhadap prestasi perdagangan Negeri Selangor yang merudum sebanyak 6.8% untuk lapan bulan pertama 2023 dan mencatatkan trade deficit sebanyak RM63 bilion?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Speaker dan Ketua Pembangkang yang tanyakan soalan. Prestasi nilai dagangan negeri berkait rapat dengan prestasi perdagangan Malaysia secara amnya. Dan saya percaya soalan yang dikemukakan oleh Hulu Kelang adalah merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri baru ini berkaitan dengan prestasi perdagangan negara sehingga Ogos 2023. Nilai perdagangan telah menurun sebanyak 8.1% kepada RM1.718 trilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022. Nilai Eksport menguncup sebanyak 7.6% kepada RM935.22 bilion dan nilai import menurun sebanyak 8.6% kepada RM782.29 bilion dan nilai lebihan dagangan menurun sebanyak 2% kepada RM152.9 bilion.

Prestasi perdagangan Negeri Selangor menurun untuk lapan bulan pertama 2023 adalah disebabkan oleh penyusutan permintaan pasaran eksport dari rakan dagang utama seperti negara – negara ASEAN, China, Amerika Syarikat, Negara – Negara EU dan Jepun yang melibatkan pelbagai produk seperti barangan E&E, Petroleum, Kimia dan barangan berasaskan kimia, minyak sawit dan barangan berasaskan daripada minyak sawit, mesin, peralatan dan kelengkapan dan lain – lain. Ahli Yang Berhormat kalau kita lihat di China pada September jumlah import juga telah menurun lebih kurang 6.2%. Laporan daripada Reuters menyebutkan bahawa Korea juga mencatatkan jumlah import yang telah berkurang sebanyak 4.4% dan sebagai rakan-rakan kongsi dagang yang ada di dalam pasaran modal atau pasaran dagang Malaysia ia telah memberikan kesan secara langsung dan bila saya rujuk sebentar tadi melihat kepada kadar import atau dagangan di negara-negara Asean sebahagian besar daripada rakan-rakan dagang aktif kita juga mencatatkan menurun daripada tren global. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat telah memberikan hujah bahawa antara faktor penyusutan nilai eksport negara disebabkan oleh pengurangan permintaan eksport barang-barang E&E, produk-produk yang terlibat dalam sektor perkilangan dan pembuatan. Dan saya bersetuju kerana 38% daripada nilai eksport negara sebenarnya disumbangkan oleh produk-produk E&E dan oleh kerana berlaku disruption of global supply chain dalam satu dua tahun ini pastinya ada pengurangan permintaan produk yang berkenaan. Cuma persoalan saya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, apakah pendirian Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pengeksport- pengeksport tempatan daripada negeri Selangor ini untuk memanfaatkan PCO (Preferential Certificate of Origin) supaya mereka dapat meningkatkan nilai eksport negeri Selangor dan pastinya akan menyumbang kepada eksport negara Malaysia. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Bukan Menteri MITI nak jawab ini Yang Berhormat. Yang pertamanya antara perkara-perkara penting memang kita harus sebenarnya kalau data itu saya boleh tambah nilai. Baru ini ketika kita mengadakan sesi libat urus bersama dengan Menteri MITI, 80% daripada E&E eksport yang berada di Malaysia ataupun yang dikeluarkan oleh Malaysia eksport semuanya ataupun berpunca dari negeri Selangor. Dan memang E&E walaupun pemain-pemain utama yang kita lihat ialah negeri seperti Pulau Pinang dan sebagainya masih lagi sektor pembuatan ini menyumbang kepada hal-hal yang dibangkitkan. Isu Yang Berhormat bangkitkan itu insyaAllah kita akan cuba perhalus dan dalami terutama memanfaatkan peluang yang ada termasuk menggunakan apa yang dikatakan sebagai perdagangan bebas ataupun FTA yang telah ditandatangani pada tahun 2020 dan 2022. 2020 sebenarnya yang telah memberi peluang kepada pengeksport kita ataupun pengeluar-pengeluar kita memperdagangkan kepada rakan-rakan dagang di dalam rantau. Apa yang saya sebutkan juga dalam sidang Dewan ataupun dalam perasmian SIBS baru-baru ini, kebanyakan dari negeri-negeri di Asean memilih untuk mencari negeri yang jauh seperti negara China atau negara-negara barat untuk membawa atau mendagangkan barangan-barangan dan pengeluaran-pengeluaran mereka. Sedangkan kita mempunyai lebih kurang 600 juta orang di kawasan Asean yang boleh dijadikan sebagai pasaran yang baru dan juga pasaran yang berdaya saing untuk dijadikan sebagai pengeluaran hasil dan juga pusat-pusat dagangan yang baru. Jadi insyaAllah perkara tersebut akan diteliti oleh pihak Invest Selangor supaya Invest Selangor bukan hanya bertindak sebagai pempromosi pelaburan tetapi membawa pelaburan kita keluar dan didagangkan dengan negara-negara luar serta memperkenalkan kepada negara-negara luar juga melibatkan sebagainya investment dan pelaburan-pelaburan tempatan. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, soalan saya very specific. Apakah pendirian Kerajaan Negeri mengenai PCO ataupun Sijil Tempasal Berkeutamaan di mana sijil ini patut digalakkan di kalangan pengeksport tempatan supaya mereka dapat manfaat daripada zero duty import. Ini yang saya minta pendirian Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan melakukan kursus-kursus pada para SME atau Small Medium Enterprise untuk mereka terlibat sama dan mengambil kesempatan daripada PCO sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang dan kita akan memberikan sokongan penuh kepada apa yang dikatakan Preferential Cerificate of Origin yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang.

Speaker

Meru.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Pemasangan Lampu SolarQuestions

4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kriteria lokasi yang dipilih untuk pemasangan lampu solar?

b)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperluas pemasangan lampu solar di seluruh negeri terutama di kawasan luar bandar?

c)

Bagaimanakah pemantauan terhadap penyelenggaraan lampu jalan dibuat oleh JKR terutamanya bagi jalan-jalan utama negeri?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Tuan Speaker, Meru bertanyakan soalan berhubung dengan isu berkaitan dengan pemasangan lampu solar terutama fokus kepada lampu-lampu jalan. Untuk makluman Yang Berhormat, kriteria pemilihan lokasi untuk pemasangan lampu solar terutamanya lampu solar LED adalah seperti berikut. Yang pertama ialah kawasan yang tiada punca bekalan kuasa ataupun jauh daripada bekalan kuasa TNB. Yang kedua kawasan vandalisme yang tinggi iaitu kadar kecurian kabel yang tinggi dan yang ketiga adalah kawasan yang kerap kemalangan... iaitu kawasan yang, dia bersekali lah dengan isu berkaitan bekalan kuasa yang jauh. Jadi Kerajaan Negeri telah melaksanakan program pencahayaan bagi negeri Selangor. Selain dari apa yang diusahakan oleh pihak JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan tentang penggunaan lampu solar yang semakin ditingkatkan Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan

program tersebut pada tahun lepas dan tahun ini kita telah memasang 790 batang tiang lampu berwarna merah kuning lengkap dengan 120watt lampu solar untuk mengatasi atau membantu menyokong program pelaksanaan lampu solar bagi negeri Selangor dan pencahayaan bagi negeri Selangor dan insyaAllah akan kita teruskan melihat daripada sambutan yang hebat dan luar biasa daripada pelbagai pihak. Dan pemantauan tentang penyelenggaraan lampu jalan ini dibuat oleh pihak Berkuasa sebab yang menguruskan lampu jalan ini ialah bukan sahaja pihak JKR termasuk juga Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Tenaga Nasional Berhad. Jadi masing-masing mempunyai skop dan di bawah JKR mereka mempunyai skop dan di bawah kontrak jangka panjang untuk menguruskan isu berkaitan penyenggaraan lampu-lampu jalan ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya tentang jalan yang bagaimana apakah dalam kawasan bandar ataupun masuk di luar bandar. Kalau jawapan dari EXCO tadi menyebut tentang jalan yang sukar untuk akses elektrik banyak jalan-jalan di Sabak Bernam yang belum lagi ada lampu ini. Dan kawasan- kawasan ini memang terkenal dengan kebiasaan berlaku kemalangan. Terutama kemalangan manusia dengan manusia. Manusia dengan binatang. Malam tadi sahaja ada satu accident berlaku. Langgar lembu di kawasan-kawasan yang jalan masih gelap. Jalan Harun...

Speaker

Masa tidak mengizinkan Yang Berhormat. Terus kepada soalan.

Soalannya, apakah masalahnya? Masalah peruntukan tidak ada ataupun tidak ada maklumat bahawa jalan-jalan ini jalan-jalan kemalangan ataupun masih menunggu giliran lagi untuk pemasangan akan datang.

Speaker

Silakan Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Untuk isu berkaitan dengan lampu jalan ini sebenarnya dalam setiap kontrak pembinaan jalan ini memang termasuk sekali dengan pembinaan lampu jalan. Kalau dahulunya mereka menggunakan lampu sodium dan masalah dengan lampu- lampu jalan ini ialah mereka menggunakan kabel. Jadi kabel-kabel ini yang menjadi mangsa atau jadi sasaran pencuri yang kerap berlaku di banyak tempat. Jadi mereka curi kabel menyebabkan pemasangan kabel ini memerlukan masa untuk betulkan lampu ini dan menyebabkan banyak lampu kadang-kadang ada tiang sahaja lampu ada tapi tak menyala. Ini kita cuba atasi dengan penggunaan lampu solar. Jadi untuk maksud saya di sini tiap-tiap jalan itu memang dah ada lampunya. Kita nak tampung kekurangan lampu ini yang kita laksanakan program pencahayaan Selangor ini. Itu

yang kita kenal pasti dan untuk yang kita laksanakan pada tahun lepas dan tahun ini kita memang mendapat maklumat daripada pusat-pusat khidmat dan juga daripada pihak Ahli Majlis dan juga daripada Ketua Kampung dan persatuan penduduk untuk memberi maklumat kawasan mana yang mereka rasa perlu dan itu yang kita telah berikan 790 tiang ini dan Alhamdulillah maklum balas yang kita dapat adalah baik. Tapi kita tidak terhenti di situ. Jadi kalau Ahli Yang Berhormat ada lagi, insya Allah kita kumpulkan dan kita akan laksanakan untuk menampung lampu-lampu jalan yang sedia ada dan kita hendak menggalakkan di situ selain dari kita menyahut seruan Ketua Pembangkang tadi kelestarian alam sekitar ini dengan penggunaan lampu solar ini, kita juga membantu banyak dari segi kos ialah dari kecurian kabel itu. Memang masalah besar. Kedua ialah tiada bil elektrik. Jadi itu sahaja. Cuma keperluan kita lima tahun sekali kena ada bajet untuk ganti bateri. Itu sahaja yang diperlukan untuk menguruskan lampu solar ini. Terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Penyelenggaraan Sampah Dun Dusun TuaQuestions

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Tapak pembuangan sampah yang tidak sesuai, jarak 20 meter dari sungai mengundang pencemaran. Apakah langkah segera pihak berwajib?

b)

Ketiadaan tong sampah di kawasan komersial menyebabkan peniaga membuang sampah di kawasan kampung, apakah langkah penyelesaian pihak berwajib?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Dusun Tua, untuk (a) tapak pembuangan sampah sedia ada di kawasan Hulu Langat adalah tapak sampah sementara yang diguna pakai untuk kemudahan penduduk sekitar melupuskan sampah secara percuma. MPKj telah mengambil beberapa inisiatif dengan mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bersama ketua-ketua kampung agar memberikan lokasi tapak pembuangan sampah yang baru di mana tapak-tapak sampah baru ini akan

ditempatkan di dalam kawasan kampung masing-masing. MPKj amat mengalu-alukan sekiranya terdapat cadangan tapak baru yang sesuai untuk mendapat persetujuan penduduk kampung. Untuk (b), semua kawasan komersial diwajibkan menyediakan tong sampah selaras dengan syarat perlesenan perkara 5 (di mana semua premis perniagaan diwajibkan menyediakan tong sampah yang bersesuaian mengikut jenis premis masing-masing). Namun begitu masih terdapat peniaga-peniaga yang ingkar dan gagal menyediakan tong sampah. Pihak MPKj telah menjalankan beberapa siri operasi penguatkuasaan tong sampah di kawasan komersial di bawah pentadbiran MPKj bagi memastikan premis perniagaan menyediakan tong sampah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, terdapat premis yang tidak berlesen yang membuang sampah di kawasan tersebut dan pihak jabatan juga telah melaksanakan intipan, kita intip aktiviti pembuangan sampah haram iaitu seminggu sekali di kawasan tersebut bagi menangani masalah tersebut, sekian.

Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Dusun Tua.

Tuan Speaker, soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat EXCO maklumkan bahawa percuma, perkataan percuma untuk kawasan kampung. Adakah Kerajaan Negeri mengkaji sampai bila percuma ini, pasal ada ura-ura yang akan ditamatkan perkhidmatan itu. Jadi, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk melihat cara mengangkat sampah di kawasan kampung untuk jangka masa yang panjang.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Dusun Tua. Memang Kerajaan Negeri sentiasa melihat khususnya Majlis Perbandaran Kajang, kita lihat di kawasan kampung mengenai isu sampah yang haram dan dibuang merata di kawasan kampung ini memang sukar untuk dibendung khususnya dengan tong-tongnya. Walaupun Majlis Perbandaran Kajang telah menyediakan tong reach yang 1,500 liter di kawasan kampung tersebut tetapi banyak kali dah pindah, kemudian dah pindah balik ke kawasan tersebut balik. Sebab apa, apabila diletakan di situ, kemudian ada sebelah-sebelah tak lama lagi ada yang complaint, kerana kita latih ramai penduduk kampung yang suka membuang sampah, dia tidak masuk ke dalam tong sampah, dia macam baling basketball tak termasuk sasaran, di luar diletak di luar. Akhirnya sampah itu bertaburan, akhirnya bau naik, busuk, orang kampung complain. Sebelah sini pun complaint, sebelah sana pun complaint. Jadi terpaksa MPKj ambil tindakan pindah lagi, hijrah satu tempat semangat hijrah berulang kali, akhirnya tidak selesai. Akhirnya untuk menjawab soalan Yang Berhormat, pihak Majlis akan pantau supaya hendak cari satu solusi yang lebih baik untuk maklumat tambahan, kita tidak mengutip cukai pintu di kawasan kampung, tetapi pihak Majlis menyediakan perkhidmatan ini setahun kita belanja lebih

RM330,000.00 untuk mengutip sampah-sampah di kawasan kampung ini,ya, untuk makluman soalan tambahan ini.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Semenyih.

Speaker

Ya Sijangkang, Sijangkang, soalan, soalan, soalan.

Ya, terima kasih Tuan Speaker. soalan nombor 6.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Program Hijrah SelangorQuestions

6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini program Hijrah Selangor?

b)

Berapakah jumlah terkini peminjam dan hutang tertunggak mengikut daerah?

c)

Nyatakan kejayaan Usahawan Anak Negeri yang boleh dibanggakan di Negeri Selangor.

Speaker

Ya Sijangkang. Silakan Yang Berhormat Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Ya, terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang, Hijrah Selangor sehingga hari ini kekal aktif menyalurkan modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil dalam usaha untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor. Selain itu, Hijrah Selangor juga telah merencana beberapa penambahbaikan produk pembiayaan dalam menjadikan skim-skim yang sedia ada lebih berkualiti.

Sehingga 30 September 2023, Hijrah telah mencatatkan bilangan peminjam seramai 58,885 orang dengan jumlah pembiayaan yang dikeluarkan sebanyak 87,089 pembiayaan dengan jumlah sebanyak RM780,029,500.00. Dan peratus bayaran balik adalah sebanyak 78%. Jumlah terkini peminjam dan hutang tertunggak mengikut daerah jika boleh saya perincikan dengan izin.

Bil Daerah Jumlah peminjam

Jumlah Tunggak (RM Pokok & Caj) Sehingga 30 Sept 2023

1. Gombak 2,597 18,281,813.94 2. Hulu Langat 2,197 25,704,321.13 3. Hulu Selangor 255 2,441,543.66 4. Klang 1,362 12,761,343.20 5. Kuala Langat 979 8,846,526.10 6. Kuala Selangor 1095 8,241,728.49 7. Petaling 3987 37,836,801.41 8. Sabak Bernam 1587 9,756,909.69 9. Sepang 1105 11,538,307.16 Jumlah Keseluruhan 15,164 135,409,298.77

Dan untuk makluman Dewan, kejayaan ataupun success story para peminjam Hijrah ini banyak sebenarnya dan saya boleh sebutkan yang lain-lain mungkin secara bertulis kepada Yang Berhormat Sijangkang. Sebagai contoh Puan Juriah binti Julaihi yang mana jumlah pinjaman beliau sebanyak RM50,000 dan hasil tahunan sebanyak RM1,020,833.00 dengan perniagaan beliau adalah dengan membuat dan membekal cadar kalis air yang mana produk beliau telah menembusi pasaran antarabangsa dan mendapat sambutan di China, Australia, Brunei dan Singapura. Dan juga Encik Azrul Izzam bin Kamarul Zaman dengan jenis perniagaan membuat anak tudung dan pakaian sukan, jumlah pinjaman Hijrah sebanyak RM100,000 dan hasil jualan tahunan sebanyak RM1,614,906 dan sehingga kini telah memasarkan produk beliau sehingga mampu menjual mask dan inner sejuk dengan pendapatan RM10 juta.

Dan seterusnya Encik Elangkovan a/l Narayanan yang menjual produk bahan pencuci dengan pembiayaan daripada Hijrah sebanyak RM50,000, hasil tahunan sebanyak RM1,674,629. Mempunyai kilang pemprosesan pelbagai jenis bahan pencuci untuk dipasarkan di dalam dan luar negara. Dan seterusnya Encik Hayrul Pizal Mat Zaman dengan pinjaman Hijrah sebanyak RM50,000 dengan jenis perniagaan membekal barangan sejuk beku dan hasil jualan tahunan sebanyak RM7,500,000 iaitu mempunyai kilang memproses ayam gunting yang terkenal dengan pendapatan tahunan lebih RM 7 juta ringgit setahun, terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Kalau melihat daripada jumlah tadi, RM135 juta ringgit tertunggak daripada hampir RM807 juta ringgit yang peruntukan Kerajaan Negeri peruntukkan. Dan jumlah 15,000 ribu

orang peminjam yang tidak membayar atau pun terlibat dalam tunggakan ini. Saya lihat apabila permulaan kita menggunakan kaedah peminjaman secara berkelompok yang respons, kita dapat adalah hampir 90% pemulangan peminjaman itu berlaku. Dan itu saya rasa kaedah yang terbaik dan dibuktikan di beberapa negara yang telah memulakan program Hijrah seperti ini. Adakah Kerajaan Negeri hendak melihat itu satu kaedah supaya tertunggak daripada jumlah Kerajaan Negeri yang dibelanjakan ini dapat diambil balik, atau apakah kaedah-kaedah lain supaya pemulangan ini dapat kita jana lagi kepada kumpulan-kumpulan yang lain untuk merebakkan jumlah peminjamandan kebaikan kepada mereka, terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih YB Sijangkang. Memang dalam perbincangan dan juga perancangan Kerajaan Negeri akan mengkaji semula beberapa sudut dan kita kenal pasti banyak kelompongan daripada segi kutipan semula yang mana setakat ini peratus bayaran balik hanya 78% dan sebanyak 22% adalah peminjam yang masih degil untuk membayar dan daripada masa ke semasa kita akan tambah baik proses tersebut dan cadangan Yang Berhormat Sijangkang akan kita teliti dan kemukakan kepada pihak Hijrah untuk dipertimbangkan, terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak kasi chance langsung.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 7, terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Miskin TegarQuestions

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan kawasan yang terdapat populasi miskin tegar yang tinggi di Negeri Selangor.

b)

Apakah tindakan yang intervensi yang telah dilakukan Kerajaan Negeri setelah mengenal pasti masalah miskin tegar di sesebuah kawasan?

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa Statistik berkaitan pendapatan isi rumah adalah diperoleh melalui survey pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas negeri selangor tahun 2022. Survey ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kekerapan dua kali bagi setiap lima tahun dan laporan yang terkini adalah pada 2022 yang telah diterbitkan pada Julai 2023. Laporan ini memaparkan maklumat statistik berkaitan dengan taburan pendapatan dan juga statistik kemiskinan isi rumah di peringkat nasional, negeri serta daerah pentadbiran.

Di Malaysia, kaedah pengukuran kemiskinan mutlak adalah dengan menggunakan pendekatan Kos Keperluan Asas yang menetapkan satu paras keperluan minimum yang dikenali sebagai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Konsep kemiskinan yang digunakan adalah mengambil kira PGK makanan dan PGK bukan makanan bagi setiap isi rumah. Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan mereka kurang daripada nilai PGK yang diperlukan. Ini bermaksud isi rumah tersebut kekurangan sumber pendapatan untuk memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan bagi setiap ahlinya. Sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar jika pendapatannya kurang daripada nilai PGK makanan yang diperlukan. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Negeri Selangor pada tahun 2022, kemiskinan tegar direkodkan sebanyak 0.02 peratus pada tahun 2022 berbanding 0.2 peratus pada tahun 2019 dan daerah Sabak Bernam merupakan kawasan yang terdapat populasi miskin tegar manakala daerah lain tiada populasi miskin tegar.

Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan kepada usaha pembasmian kemiskinan dan usaha ini adalah antara tugas utama Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor selaras dengan hala tuju Rancangan Selangor Pertama (RS1).

Selain itu, melalui Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) dan Mesyuarat Focus Group Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan (MFGNg) peringkat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa aktif dalam mengenal pasti masalah kemiskinan tegar di setiap daerah. Bantuan segera jangka masa pendek akan diberikan sekiranya bersesuaian dan Kerajaan Negeri Selangor turut merancang bantuan dan inisiatif jangka masa panjang bagi membantu golongan ini meningkatkan pendapatan bulanan dan seterusnya keluar dari kelompok kemiskinan tegar.

Bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin tegar ini adalah program-program bantuan dari Kerajaan Negeri melalui Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang merupakan inisiatif jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha pembasmian kemiskinan. Program-program khusus bagi usaha pembasmian

kemiskinan Negeri Selangor adalah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dan Program Jom Shopping Perayaan. Antara program jangka masa pendek yang mampu membantu isi rumah miskin tegar adalah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dapat membantu isi rumah dalam menjalani kelangsungan hidupan seharian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan daripada Y.B. Sentosa.

Soalan tambahan Tuan Speaker. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan telah diberitahu kajian telah diguna pakai untuk khususnya untuk pemberian baucar perayaan. Di kawasan Sentosa ada banyak kawasan-kawasan ataupun penduduk miskin tegar tapi pemberian baucar ini kurang, adakah perancangan untuk memperbaiki pemberian baucar pada tahun ini ataupun tahun depan? Kerana di kawasan Sentosa memang adalah satu kawasan miskin tegar agak banyak tetapi pemberian baucar tahun ini adalah kurang, terima kasih.

Speaker

Sebelum soalan dijawab, saya mohon perhatian daripada Ahli Yang Berhormat semua walaupun telefon bimbit anda diletakkan dalam silent mode ataupun mod gegaran, pastikan ia tidak menjejaskan perjalanan sidang ini. Saya mohon Banting teruskan jawapan.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Sentosa. Saya faham dan kali ini pemberian baucar Jom Shopping mengakibatkan pelbagai soalan yang telah dipanjangkan kepada saya melalui whatsapps dan sebagainya. Saya rasa sebenarnya baucar yang paling banyak dalam musim perayaan Deepavali ini yang diterima adalah oleh Yang Berhormat Sentosa sebab kebanyakan pengundi adalah kaum India.

Manakala di tempat-tempat lain kita hanya memberikan lingkungan daripada 4% sahaja tetapi kita membekalkan sebanyak 600 kepada DUN Sentosa. Walau bagaimanapun, apabila kita membuat pembandingan ratio dan sebagainya itu adalah satu amaun yang kurang. Apa yang Yang Berhormat Sentosa bangkitkan adalah benar. Jadi saya rasa dalam masa akan datang ini kita akan kaji balik, adakah kita boleh menggunakan pro ratio untuk membekalkan baucar-baucar perayaan ini, sekian terima kasih.

Speaker

Ya, tadi saya nampak Batu Tiga.

Soalan tambahan, saya tertarik dengan sebuah program yang dinamakan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan adakah itu program yang akan diteruskan dan

apakah kekerapan bagi kita menggalakkan penerima untuk menerima bantuan ini untuk keluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang Berhormat Batu Tiga. Saya rasa bantuan Blueprint ini ialah satu program yang cukup baik dan menandakan satu markah yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Dan saya rasa juga kita boleh mengaitkan dengan bantuan Blueprint dan juga kita telah ada lagikan 2 program iaitu I-SEED dan SITHAM. Walaupun program itu adalah sama ataupun sama seiras antara satu sama lain, mungkin pada masa yang akan datang kita boleh bincang dan keperluan itu boleh di pertingkatkan dan untuk Blueprint kita juga ada program, di mana kita ada membina balik rumah baru dan ada buat apa itu, repair rumah yang sedia ada.

Jadi di bawah portfolio saya, saya akan teliti perkara ini dan kita akan dapatkan lebih maklumat lanjut daripada Yang Berhormat Yang Berhormat untuk meningkatkan taraf, terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker ...

Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, peraturan mesyuarat, sekejap saja Tuan Speaker.

Speaker

Ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini 24(3), saya ingin mendapat Petua daripada Yang Berhormat Tuan Speaker tentang pertanyaan tambahan. Saya lihat ada kecenderungan Tuan Speaker pada hari pertama Sidang ini, Seolah-olah tidak membenarkan pertanyaan tambahan ataupun dihadkan hanya satu sahaja. Saya harap Tuan Speaker dapat memberikan pertimbangan sekiranya soalan asal itu datang daripada backbenchers, soalan pertanyaan pertama kita terima daripada backbenchers tetapi soalan tambahan daripada pembangkang. Sekiranya soalan asal itu daripada pembangkang, maka pertanyaan tambahan yang pertama adalah daripada pembangkang, pertanyaan tambahan kedua daripada backbenchers. Dan ini amalan biasa, malahan kalau ada isu-isu yang besar, Tuan Speaker boleh membenarkan 3 soalan tambahan. Kalau tidak, lebih baik kita hantar through melalui e-mel sahaja Tuan Speaker, kalau tidak diberikan soalan tambahan, terima kasih

Speaker

Ya, Yang Berhormat, saya terima baik cadangan itu. Keutamaan sekarang untuk membolehkan soalan yang dijawab itu mencapai bilangan yang maksima setiap hari, saya akan benarkan paling minima satu soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat yang bertanyakan soalan asal dan sekiranya perlu dan bergantung kepada isi kandungan atau pun tajuk yang ditanya, saya barangkali akan

mempertimbangkan soalan yang kedua sama ada daripada backbenchers atau pun pembangkang tidak mengira kepartian. Jadi itu adalah dasar yang saya rasa diterima pakai di kebanyakan negara Komanwel. Jadi bergantung pada keadaan, kalau keadaan ataupun soalan yang ditanya itu lebih kepada soalan di kawasan mungkin dia akan dituju diberikan hanya 1 soalan tambahan sahaja. Dan sekiranya tidak, mungkin kita akan mempertimbangkan permohonan daripada Ahli Yang Berhormat untuk jawab soalan yang kedua. Tetapi hakikatnya saya mengharapkan kali ini kita dapat membolehkan lebih banyak soalan dijawab, lebih banyak soalan ditanya daripada ADUN dan lebih banyak jawapan yang boleh diperolehi daripada persidangan ini. Saya mohon Kuala Kubu Baharu, ya.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker saya ingin merujuk kepada Peraturan 24(2) supaya mengangkat soalan nombor 8 daripada Kuala Kubu Baharu.

Speaker

Ya, saya benarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Prestasi Iltizam Sihat SelangorQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Program Iltizam Sihat Selangor (ISS) telah dijalankan sejak tahun 2017, bermula dengan Skim Peduli Sihat dahulu. Nyatakan prestasi ISS setelah dijalankan selama 5 tahun.

b)

Nyatakan jumlah penerima serta keluarga ISS yang layak setakat ini.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Tuan Speaker, memahami keperluan rakyat mendapatkan rawatan asas kesihatan yang lebih cepat dan berkesan, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Skim Peduli Sihat (SPS) pada tahun 2017. Dengan beberapa penambahbaikan dalam skop manfaat, maka Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) telah diperkenal pada tahun 2022. Berbanding SPS yang hanya memberi fokus kepada rawatan asas dan vaksinasi, pelaksanaan ISS telah memberi manfaat tambahan seperti perlindungan kemalangan, penyakit kritikal dan kematian semula jadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dijangka pada akhir tahun ini penerima ISS akan turut menerima manfaat hospitalisasi ataupun inpatient

sehingga RM10,000.00 setahun, bermula pada akhir tahun ini. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa prihatin akan keperluan kesihatan rakyat di negeri ini.

Menyentuh mengenai prestasi ISS bagi tempoh lima tahun, terdapat juga peningkatan yang baik daripada segi jumlah penerima dan juga tuntutan manfaat, di mana tahun ini kita melihat sebanyak lebih 50% penggunaan ISS daripada ahli aktif ISS. Untuk makluman Yang Berhormat, kuota ISS pada tahun 2023 adalah berjumlah 100,000 penerima dan data penerima serta keluarga di bawah program ISS sehingga 30 Oktober 2023 adalah seperti berikut. Jumlah ahli aktif ataupun pemohon utama adalah sebanyak 92,746. Jumlah keluarga berdaftar adalah sebanyak 84,952 dan jumlah keseluruhan kedua-dua ini adalah sebanyak 177,689.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tadi saya dengar Yang Berhormat EXCO menjelaskan tentang penambahan manfaat terbaru ISS, boleh tak memberikan penjelasan yang lebih lanjut lagi, terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Seperti yang pernah dibentangkan oleh Menteri Besar, kita akan menambah manfaat sebanyak RM10,000 untuk hospitalisasi setiap tahun. Jadi untuk manfaat ini kita luluskan untuk pendaftar ISS yang berumur 80 tahun ke bawah. Dan ini mengikut 2 prosedur iaitu yang pertama sekiranya ini berkaitan dengan kes kecemasan, kita membenarkan penggunaan di hospital kerajaan dan sekiranya ini merupakan kes biasa, kita membenarkan penggunaan dengan pra-rawatan dan rujukan daripada doktor melalui 3 cara iaitu daripada Klinik Selcare, Klinik.. KL Klinik. Keduanya adalah daripada telemedicine Selcare melalui aplikasi SELangkah dan akhirnya sekali adalah melalui klinik kesihatan ataupun melalui hospital kerajaan, kita perlu mendapatkan rujukanlah dan selepas itu boleh menggunakan manfaat ini.

Speaker

Ya, Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan saya adalah untuk ISS seperti yang diumumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tentang lebihan pendapatan yang Kerajaan Negeri catatkan tahun ini, adakah cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah penerima dan memperluaskan lagi capaian program skim ini kerana kita tahu sekarang ini dalam tempoh ekonomi yang tidak baik ini, kita dapat lihat banyak keluarga sebenarnya semakin sukar hari ini. Kalau mereka dulu M40 sekarang mereka jadi B40. Jadi adakah ada usaha ataupun perancangan daripada Kerajaan

Negeri untuk menambah lagi jumlah penerima dengan meluaskan lagi capaian dan juga rangkuman skim ini.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya untuk skim ISS ini kita akan melakukan pemutihan setiap dua tahunlah kerana kita mahu memastikan mereka yang daftar untuk program ini adalah mereka yang benar-benar daripada B40 jadi akan berlakulah pemutihan. Jadi untuk tahun hadapan, jumlah ahli aktif yang telah menerima manfaat ISS melebihi 2 tahun adalah sebanyak 91.6% atau pun 84,975 orang. Ertinya kita akan melakukan pemutihan dan selepas itu kuota ini akan dibenarkan untuk pendaftaran pada tahun 2024. Jadi sekiranya kita hendak menambah kuota tersebut, kita akan mengambil maklum tetapi kita perlu habiskan kuota ini yang telah melalui proses pemutihan terlebih dahulu, terima kasih.

Speaker

Seri Serdang.

Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 9.

Speaker

Ya, silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Memupuk KeharmonianQuestions

9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha kerajaan bagi memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk soalan Yang Berhormat Seri Serdang ini dijawab bersekali dengan pertanyaan nombor 100 daripada Yang Berhormat Rawang. Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah sebagai penyelaras dan pelaksana serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor sebagai penasihat dan pemantau telah melaksanakan program Rumpun Selangor D’ Desa di lima (5) daerah iaitu Kuala Selangor, Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Hulu Selangor. Program ini adalah program yang telah dijenamakan semula daripada Program Kita Rewang Sekampung.

Program ini merupakan program perpaduan yang berkonsepkan mini karnival dan bersifat pelbagai agensi dan sektoral untuk memberi impak yang tinggi kepada masyarakat yang disentuh semasa pelaksanaan program ini. Pengisian utama program ini adalah pertandingan sukan rakyat, kenduri rakyat, pameran oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan juga persembahan kebudayaan pelbagai kaum yang boleh memupuk semangat penyatuan masyarakat setempat di luar bandar.

Penganjuran program ini akan diteruskan pada tahun hadapan di kesemua sembilan (9) daerah dengan skala yang lebih besar serta lebih inklusif untuk semua lapisan masyarakat tidak kira masyarakat bandar mahu pun luar bandar di Negeri Selangor dan akan dijenamakan semula sebagai Karnival Perpaduan Rumpun Selangor yang berpaksikan kepada Gagasan Rumpun Selangor.

Gagasan Rumpun Selangor ini diperkenalkan atas hasrat untuk menyemarakkan semangat perpaduan nasional di peringkat Negeri Selangor. Rumpun Selangor adalah terjemahan demografi Negeri Selangor yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat daripada penduduk asal dan Orang Asli, sehinggalah kepada perantau dari seluruh negara yang bekerja, bermastautin dan menjadi rakyat Selangor. Ini meletakkan Negeri Selangor cukup unik dengan kepelbagaian demografinya yang menjadikannya sebagai ‘mini Malaysia”. Rumpun Selangor ini adalah cetusan ideologi penyatuan masyarakat Negeri Selangor atas semangat “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Kita boleh datang daripada pelbagai asal usul, agama dan etnik, tetapi apabila kita menjadi sebahagian daripada Rumpun Selangor, kita hidup berasimilasi dan menghormati adab, adat dan budaya tradisi setempat.

Rumpun Selangor turut menjunjung kedaulatan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai payung negeri, yang harus diterjemahkan oleh rakyat melalui kesetiaan dan penghormatan terhadap institusi diraja ini. Sebagai institusi yang berada di bawah sistem politik dan kepartian, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga adalah payung perpaduan yang menjadi tonggak kepada penyatuan dan kesatupaduan Rumpun Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga.

Tuan Speaker saya memetik daripada tema Belanjawan ini iaitu “Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan” di mana perpaduan ini akan menjadi agenda utama dalam Belanjawan kita pada kali ini. Cuma saya ingin memetik juga berdasarkan dapatan Architects of Diversity Malaysia, pada September yang lepas menunjukkan 6 daripada 10 orang rakyat Malaysia mengalami diskriminasi dan 32% daripadanya adalah diskriminasi dalam bangsa dan juga agama. Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan apakah akan memperkenalkan enakmen khusus berkaitan dengan kita untuk mengekang kebencian kaum serta menghalang ekstremis dalam agama dan perkauman, silakan.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih. Yang Berhormat Batu Tiga berkenaan dengan cadangan yang sebegitu baik. Pihak Kerajaan Negeri kita akan meneliti cadangan ini dan kita akan melihat daripada masa ke semasa berkenaan dengan kesesuaian apa yang dianjurkan oleh Yang Berhormat Batu Tiga itu tadi, terima kasih.

Speaker

Yes, Seri Serdang.

Soalan tambahan. Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat EXCO, saya kira soal perpaduan dan keharmonian kaum ini sebagai teras kepada kejayaan apa juga inisiatif yang akan dijalankan oleh kerajaan pada tempoh yang akan datang. Justeru dengan segala program-program yang telah di rancang, saya juga ingin mengetahui adakah terdapat penilaian berkala atau kajian yang dilakukan untuk mengukur keberkesanan dasar-dasar perpaduan kaum dan agama di dalam Negeri Selangor ini untuk menjamin tiada lagi insiden-insiden yang dapat memecahbelahkan perkauman di Selangor dan juga menjejaskan institusi Diraja di Selangor seperti isu 3R yang selalu dimainkan sebelum ini. Dan bagaimanakah hasil kajian ini dapat manfaatkan untuk membuat dasar-dasar seterusnya, terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang berkenaan dengan pertanyaan tadi, saya ingin menyentuh berkenaan pengukuran kemakmuran Malaysia di peringkat nasional iaitu Laporan Indeks Perpaduan Nasional (IPNAS 2020) ialah Laporan Indeks Perpaduan Nasional (IPNAS) sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat nasional dengan menggunakan kaedah praktikal dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan dinamikan masyarakat Malaysia merupakan indeks yang menjadi petunjuk penanda aras dalam mengukur tahap pencapaian kesepaduan sosial dan perpaduan nasional di Malaysia. Bagi tahun 2020 sebagai nilai dan pengunjuran perpaduan iaitu 0.567 2021 adalah sasaran 0.6 dan menjelang 2025 ia semakin baik dengan sasaran sebagai 0.7 dan saya berterima kasih atas soalan yang diberikan oleh Seri Serdang. Kita di peringkat Kerajaan Negeri sedang fokus untuk menggerakkan satu program dan juga menggalakkan program-program perpaduan yang melibatkan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar kerana kita sedia maklum pada kali ini Kerajaan Negeri dan kerajaan di peringkat nasional adalah diperingkat yang sama yang mempunyai dasar-dasar yang sama sudah pasti hasrat kita di peringkat Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan masyarakat di bandar dan di luar bandar mempunyai semangat yang mencintai dan saling menghormati antara kaum dan juga agama dengan mengadakan program-program yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepelbagaian etnik di dalam negara kita khususnya di Negeri Selangor.

Timbalan Speaker

Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang Gagasan Rumpun Selangor ini. Selain daripada karnival yang disebutkan tadi dan apakah lagi inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyemarakkan perpaduan di dalam masyarakat terutamanya di Negeri Selangor.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Rawang atas soalan tambahan yang diberikan, berkaitan dengan soalan itu, saya sebutkan Gagasan Rumpun Selangor, setakat ini terdapat 6 agenda utama yang dikenalpasti. Yang pertamanya mengenai penganjuran Karnival Perpaduan Rumpun Selangor atau Karnival RMS yang akan dilaksanakan selama 2 hari 1 malam di semua kesembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Bagi menambahkan lagi kemeriahan dan mengangkat institusi diraja selaku tunggak perpaduan negeri, Kerajaan Negeri akan menyelia keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor untuk turut serta berkenan bersama-sama rakyat di dalam pelbagai aktiviti yang akan diatur sepanjang karnival ini, sudah pasti Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri akan turun padang bersama-sama di dalam Program Rumpun Selangor. Antara agenda utama lain ialah penggubalan dan pelancaran dasar-dasar Perpaduan Rumpun Selangor. Ketiga adalah penghasilan lagu Perpaduan Rumpun Selangor, selepas itu penyusunan dan penukasan institusi kepimpinan desa, mendukung pemerkasaan institusi pendidikan kanak-kanak khususnya Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan. Dan seterusnya adalah program promosi dan advokasi rakyat. Kesemua perancangan ini akan dilaksanakan sepanjang tahun hadapan dan akan dipacu oleh Sekretariat Rumpun Selangor, Jawatankuasa Perpaduan Tetap Negeri Selangor, dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan penyelarasan oleh Unit Perancangan Ekonomi iaitu UPEN. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seri Serdang.

Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat EXCO, dalam masyarakat kita ada satu segmen yang sangat aktif dan agresif iaitu segmen belia. Sebagaimana yang telah pun dilakukan oleh kerajaan yang lepas, kerajaan ada membuat satu program yang dinamakan sebagai Duta Perpaduan Negeri Selangor. Adakah Program Duta Perpaduan ini akan diteruskan di dalam yang sesi pada hari ini atau akan datang dan juga segala program-program yang telah dirancang oleh Yang Berhormat EXCO tadi, apakah ia akan melibatkan pemimpin-pemimpin agama dan komuniti dalam usaha memperkuatkan lagi perpaduan dan keharmonian di dalam negeri kita dan juga supaya dia sampai kepada penduduk message yang jelas bahawasanya perpaduan dan keharmonian wajib dijaga oleh semua rakyat di dalam Negeri Selangor. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Berkenaan dengan penggerak belia tadi memang pihak Kerajaan Negeri ada cadangan untuk mungkin akan meneruskan berkenaan perkara itu dan saya akan perbincangkan dengan EXCO Belia. Di samping itu juga, mungkin dari segi nama itu

mungkin kita akan lebih perhalusikan lagi dan dalam masa yang sama kita di peringkat Kerajaan Negeri sedang fokus kepada penyatuan punca kuasa di mana kita melihat institusi itu JPKK ini pada tahun hadapan akan dipanggil sebagai JPKK. Punca kuasa perlu disatukan dengan meletakkan punca kuasa kepada ketua kampung ini dengan kerjasama daripada semua pimpinan masyarakat di peringkat kampung-kampung dan juga kawasan-kawasan yang terlibat. Sebanyak 373 yang mana saya sedang usahakan agar Nazir Masjid, Pengerusi PPK, Pengerusi KRT, pengerusi RELA, Pengerusi-Pengerusi NGO, orang-orang yang berpengaruh perlulah dilibatkan di dalam Jawatankuasa JPKK ini kelak. Ini untuk memastikan Jawatankuasa JPKK ini menjadi satu badan yang bukan saja dapat menggerakkan masyarakat di kawasan setempat dengan perpaduan tetapi ia juga menjadi satu badan institusi yang akan disegani dan menjadi satu tempat platform kepada masyarakat untuk meluah segala permasalahan yang berada di luar bandar dan juga perkara yang berkenaan dengan perpaduan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Tuan Timbalan Speaker, Selat Klang.

Speaker, Speaker Peraturan Tetap 24(3). Saya nak dapat Petua dari Tuan Speaker sebab soalan, yang 24(3). Sebab soalan peraturan yang juga di highligt oleh Dato’ Ketua Pembangkang tadi. Dalam persoalan tadi ini ada empat yang diberikan peluang untuk bertanyakan soalan dan Seri Serdang dua kali bangun untuk soalan tambahan. Adakah ini dibenarkan untuk kita mengadakan secara konsesi.....

Timbalan Speaker

Sijangkang, saya rasa tadi disebabkan ada pertukaran Speaker dan Tuan Timbalan Speaker, mungkin saya tidak nampak berapa orang dah bangun untuk soalan tambahan. Okay teruskanlah Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Peruntukan Kepada Pihak JpsQuestions

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah peruntukan disediakan kepada pihak (JPS) untuk memperbaiki longkang-longkang yang tersumbat dan rosak teruk dan menyebabkan penambahan peratusan pesakit-pesakit denggi dalam DUN Selat Klang?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Selat Klang, Tuan Timbalan Speaker. Selat Klang bertanyakan soalan berhubung dengan peruntukan kepada JPS berhubung dengan usaha-usaha penyelenggaraan, membaiki longkang-longkang yang tersumbat dan rosak. Saya sebenarnya untuk perhatian Yang Berhormat, saya susah hendak jawab soalan ini sebab terlalu umum dan tidak terlalu tepat untuk saya cuba jawab. Soalan ini sebenarnya longkang ini sebenarnya berhubung dengan longkang-longkang, untuk makluman Yang Berhormat adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan bukan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Jabatan Pengairan dan Saliran ini lebih bertanggungjawab pada parit-parit yang besar, anak-anak sungai dan termasuklah kolam-kolam takungan banjir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya faham apa yang diperlukan oleh Yang Berhormat Selat Klang. Saya akan jawab untuk Majlis Perbandaran Klang. Sebenarnya mereka memang mempunyai peruntukan yang tetap seperti juga Pihak Berkuasa Tempatan lain tentang isu berkaitan dengan penyelenggaraan longkang ini dan mereka membuat tiga kali, tiga pusingan dalam setahun dan biasanya kontrak ini dibuat kontrak tahunan 9 bulan jadi dari Mei - Julai sekali, Ogos - Oktober, Nov - Januari satu kali jadi tiga kali pemeriksaan cuma mungkin Yang Berhormat boleh maklum kepada saya direct, specifically longkang-longkang yang mana. Sebab ini terlalu umum sukar untuk kita hendak kita menentukan yang mana yang rosak yang mana yang tu. Kalau boleh dapatkan kita boleh bagi tahu dan kontrak ini diperuntukkan lebih kurang 4 juta setahun untuk menguruskan seluruh Majlis Perbandaran Klang tentang pembersihan longkang-longkang ini. Juga dimaklumkan bahawa longkang ini juga terlibat di bawah JKR, longkang-longkang jalan memang di bawah tanggungjawab JKR juga ada kontrak tahunan yang akan menguruskan penyelenggaraan longkang-longkang ini. Kita memahami juga ada longkang-longkang yang tidak bertuan contohnya tidak diuruskan sebelum ini yang menjadi pertikaian, itu pun diperuntukkan juga terutama longkang-longkang di kampung sebagainya ini pun pihak MPK menyediakan peruntukan untuk tahun ini sahaja 700 ribu diperuntukkan untuk kerja-kerja one-off longkang atau parit yang sebegini dan untuk kerosakan untuk tahun ini 5 juta ringgit telah diperuntukkan untuk kontrak-kontrak untuk membaiki longkang-longkang yang rosak dan runtuh dan sebagainya. Jadi itu saya mengharapkan kalau boleh Yang Berhormat Selat Klang boleh maklumkan secara khusus longkang-longkang mana supaya kita boleh dapatpanjangkan kepada pihak bertanggungjawab. Terima kasih.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah. Saya ada dua soalan, yang pertama sekali ialah dalam ucapan pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada disebutkan bahawa JPS akan menerima peruntukan sebanyak RM68 juta pada tahun 2024. Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan RM65 juta untuk berbagai-bagai-bagai program yang jumlahnya sebanyak 103 program. Jadi kenapa RM5 juta ini memang tepat. Tetapi 68 juta apakah gunaan yang akan digunakan untuk JPS dan sekiranya

yang RM68 juta tidak dipastikan apakah kegunaannya, bolehkah digunakan untuk peruntukan lebihan di MPK atau pun Majlis Perbandaran Klang untuk memperbaiki longkang-longkang dan juga saliran-saliran yang berada di Selat Klang. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat, sebagai mana yang saya sebutkan tadi kalau di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan maka mereka akan dengan peruntukan mereka sendiri tapi yang mana diumumkan melalui JPS dia mempunyai kawasan mereka sendiri. Melibatkan menaik taraf monsun drain atau pun anak-anak sungai yang dari tanah kita telah tukar pada calvet dalam bentuk lining dia. Itu pun telah dibuat di beberapa tempat untuk menaik taraf dan juga penggunaan duit peruntukan kepada JPS ini banyak lebih kepada program tebatan banjir yang telah kita uruskan dan tebatan banjir ini bukan sahaja satu kompenen banyak tempat dan melibatkan banyak komponen, ada yang melibatkan sistem pengepaman, pintu air, penaik taraf longkang sekali, bukan longkang parit, anak sungai dan sebagainya termasuk dalam komponen itu dan peruntukan yang diberi kepada pihak JPS bukan sahaja peruntukan tahunan yang disebut 68 juta itu adalah projek-projek yang telah ditetapkan, dikenal pasti selain dari bantuan projek-projek tebatan banjir dari Kerajaan Persekutuan, ini yang peruntukan negeri dan dalam masa yang sama juga peruntukan MARRIS pun ada juga yang melibatkan jalan-jalan pertanian dan juga ada satu lagi sumber pendapatan atau pun dana yang diperlukan kalau kita emergency kita ada peruntukan melalui caruman parit yang ini memang dikhususkan dan berkaitan penaiktarafan parit, anak sungai dan juga tebatan banjir yang kita telah gunakan bagi di Negeri Selangor ini. Itu saya perlu kenal pasti betul-betul di mana dan sebagainya supaya saya boleh teliti adakah itu di bawah Pihak Berkuasa Tempatan atau pun projek tebatan di bawah JPS dan kemudian kita boleh panjangkan kepada pihak-pihak berkaitan untuk dilaksanakan atau pun di buat penambahbaikan. Terima kasih.

Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Dusun Tua.

Soalan tambahan. Terima kasih Pandan Indah. Saya nak bertanya sikit jika berlaku hujan yang terlalu lama dan tebing sungai melibatkan jambatan runtuh atau hanyut adakah pengganti jambatan ini, adakah di bawah JPS atau di bahagian yang mana, ada banyak banjir di Dusun Tua yang khususnya tahun 2021 Kampung Batu 17 jambatan yang besar, motosikal boleh lalu, hari ini jambatan itu hilang dah. Jadi saya minta penjelasan mengganti jambatan ini di sungai ini di bawah JPS atau di bawah mana?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, ini pun saya sama juga macam tadi. Saya faham ketika berlaku banjir besar pada 2021 dulu lebih 20 jambatan di Sungai Langat dan juga Sungai Semenyih ada banyak

sungai yang runtuh dan sebahagian besarnya adalah jabatan persendirian yang dibina oleh penduduk. Di bawah JPS pun ada, di bawah JKR pun ada. Jadi kita teliti balik jambatan ini dan melihat kewajaran untuk kita bangunkan semula. Kalau kata jabatan tersebut persendirian pun, kalau kata perlu Kerajaan Negeri akan peruntukan dana untuk bina. Kalau di bawah JKR, memang JKR akan buat dan kita telah buat beberapa tempat penggunaan sementara Jambatan Bailey kita telah buat jambatan sementara. Nampak macam nak lama sikit di Sungai Lui tidak silap saya, ada kita pasang dan di bawah JPS akan dibuat mengikut keperluan dan kesesuaian di bawah tanggungjawab mana pihak.

Speaker

Terima kasih Pandan Indah, sekarang kita pergi ke soalan Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker, pecah kaca pecah gelas, soalan saya nombor sebelas.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Mits Bagan Terap Sabak BernamQuestions

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan kerajaan untuk memanfaatkan bangunan tinggal yang masih kosong?

b)

Apakah perancangan kerajaan bagi pembangunan tanah MITS yang luas dan masih kosong?

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas soalan yang diutarakan. Kerajaan Negeri secara umumnya sangat prihatin keadaan sekolah-sekolah agama yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan kebajikan para pelajar kita yang menuntut di institusi-institusi pengajian tersebut. Untuk makluman Dewan sekalian, MITS Bagan Terap Sabak Bernam ini telah dibangunkan di kawasan berkeluasan 50 ekar dengan jumlah pelajar seramai 369 orang. Daripada 50 ekar yang ada itu, hanya 12 ekar kawasan sahaja yang belum dibangunkan. Daripada segi prasarana bangunan yang ada di MITS ini juga terdapat 4 blok pentadbiran dan kelas,

1 blok kantin, 1 blok dewan makan, 1 blok dewan besar, 100 buah rumah asrama, sebuah rumah pengetua dan hanya 2 buah blok bangunan yang masih belum di naik taraf. Pihak JAIS merancang untuk baik pulih dan menaik taraf bagi manfaatkan beberapa buah bangunan tinggal yang masih kosong di MITS ini seperti mini auditorium, bilik darjah tingkatan 6 dan asrama tingkatan 6 bagi menyediakan kemudahan yang kondusif kepada para pelajar walau bagaimanapun ia sedang dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan mengikut keutamaan secara berperingkat. Prihatin juga dengan cabaran dan tekanan para pelajar di MITS ini dengan izin Tuan Timbalan Speaker “all work and no play makes Jack a dull boy”, Kerajaan Negeri melalui JAIS sedang merancang untuk membangunkan tapak MITS yang masih kosong ini sebagai tapak pusat aktiviti kokurikulum terutamanya dalam bentuk kesukanan di sekolah-sekolah agama di Negeri Selangor.

Speaker

Silakan Sabak Bernam.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya tentang adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memindahkan pelajar MITS ini kepada bangunan yang baharu kerana bangunan MITS yang sedia ada sekarang ini adalah legasi kegagalan Kerajaan Barisan Nasional dahulu lagi kerana ia adalah dibuat untuk bandar baru ketika itu kemudian bila sudah gagal, Yayasan ambil alih, Yayasan Selangor pun tidak mampu untuk bertahan lama, MITS masuk. Jadi bangunan-bangunan lama ini ternyata di situ pada anggaran saya lebih banyak jin daripada pelajar lagi. Jadi boleh rujuk kepada Sungai Air Tawar sebab dia pernah jadi Pengerusi PIBG MITS. Jadi adakah cadangan sebab tempat itu bukan sebenarnya bukan dibuat untuk sekolah tapi untuk tidak kondusif sebenarnya untuk pembelajaran pelajar. Jadi yang masih baki itu adakah cadangan yang masih baki itu untuk dibuat bangunan yang lebih kondusif sementara menggunakan bangunan yang lama sekarang ini.

InsyaAllah sebabnya ia MITS, jin-jin tu dah lari saya rasa. Tapi walaubagaimanapun, pihak JAIS dan pihak Kerajaan sedang memperincikan lagi jenis dan corak bentuk bangunan yang bakal dibangunkan dan ini akan memerlukan peruntukan kewangan yang mungkin sedikit besar jadi kita juga kita sedang meneliti jika sekiranya boleh dimasukkan pembangunan MITS ini ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang sedang direncanakan di peringkat Persekutuan untuk dana tambahan yang lebih besar.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang soalan tambahan.

Speaker

Ada soalan tambahan dari mana?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang.

Speaker

Sungai Panjang sorry. Tak nampak.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan, apakah perancangan Kerajaan Negeri yang kita maklum bahawa MITS baru sahaja mendapat syllabus KBT tahun ini tingkatan 1. Jadi apakah ikhtiar dan usaha Kerajaan Negeri untuk pelajar-pelajar tingkatan 2 sehingga 5 yang mereka tidak mempunyai sijil tahfiz ulul albab.

Saya rasa soalan itu sedikit spesifik Yang Berhormat, saya mohon menjawab secara bertulis untuk mendapatkan perincian lebih dalam.

Speaker

EXCO akan bagi jawapan bertulis. Kita teruskan dengan soalan daripada Yang Berhormat Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima Tuan Timbalan Speaker soalan saya nombor 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Selangor MobilityQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Terangkan secara perinci berkenaan rancangan untuk melaksana program Selangor Mobility.

b)

Apakah rancangan untuk perlaksanaan Selangor Mobility di Rawang?

c)

Adakah Bas Selangorku akan diteruskan atau dikurangkan setelah perlaksanaan Selangor Mobility?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker, inisiatif Mobiliti Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor merupakan satu pendekatan yang pragmatik untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Negeri Selangor. Sebelum tahun 2023, perkhidmatan pengangkutan awam di Selangor tertumpu kepada Bas Smart Selangor sahaja. Melangkah ke hadapan, tiba masanya Kerajaan Negeri mencari solusi yang lebih proaktif bagi mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi. Penjenamaan baharu sistem pengangkutan awam Selangor kini akan dikenali sebagai Selangor Mobility iaitu

sebuah sistem pengangkutan awam yang menggabungkan semua aspek pengangkutan di bawah satu bumbung, dan dipandu dengan penganalisaan data. Inisiatif ini melibatkan pelaksanaan program dan aktiviti yang menyeluruh dalam memenuhi keperluan First Mile Last Mile, yang merujuk kepada segmen awal dan akhir perjalanan seseorang pengguna pengangkutan awam. Mobiliti Selangor tidak hanya memfokuskan pada satu mod pengangkutan semata-mata seperti bas, rel, teksi, atau e-hailing, tetapi ia melibatkan keterangkuman semua aspek pengangkutan dalam satu ekosistem pengangkutan yang holistik dan efisien. Contohnya perhentian bas, hub pengangkutan awam, micromobility, e-scooter, malahan laluan pejalan kaki. Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan iaitu Majlis Perbandaran Selayang akan mengenal pasti keperluan dan lokasi yang bersesuaian bagi pelaksanaan Mobiliti Selangor di Rawang, termasuk pelaksanaan inisiatif awal yang terkandung dalam Mobiliti Selangor Mobility iaitu van Demand Responsive Transit (DRT). Perluasan penggunaan van DRT ini akan dilaksanakan setelah mendapat maklum balas pengguna projek perintis di Puchong, Ampang dan Gombak. Sehingga 31 Oktober 2023, projek pelaksanaan Mobiliti Selangor di Rawang adalah hanya penggunaan empat (4) unit Bas Smart Selangor yang telah memberi perkhidmatan sejak 2015 melibatkan laluan di Kawasan Pusat Bandar Rawang, Rawang Perdana, Taman Bersatu, Taman Jati, Taman Setia, Kuala Garing, Taman Tun Teja dan Pusat Perniagaan Reef. Program Bas Smart Selangor adalah salah satu daripada perancangan yang terkandung dalam Selangor Mobility. Ini tidak membawa maksud bahawa penggunaan Bas Smart Selangor akan dikurangkan. Malahan, perkhidmatan Bas Smart Selangor akan ditambah baik dengan penambahan perkhidmatan van DRT di kawasan yang berlaluan sempit dan sukar diakses oleh bas. Di samping itu juga, bilangan jumlah Bas Smart Selangor yang beroperasi akan dinilai oleh setiap PBT berdasarkan rekod data lampau berkaitan bilangan penumpang yang menggunakan Bas Smart Selangor setiap hari mengikut jenis laluan dan kawasan yang telah dilalui. Ini adalah bagi memastikan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dapat dinikmati secara optimum oleh rakyat Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan Rawang? Tiada. Sungai Burong.

Soalan Tambahan.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Program SmueQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan sebab-sebab kelewatan bagi pendaftaran ahli SMUE.

b)

Bagaimana Kerajaan Negeri dapat menambah baik bagi proses pendaftaran ahli SMUE yang perlu menunggu lapan bulan?

Soalan Tambahan tadi Speaker.

Speaker

Sudah lepas tadi. Pandamaran soalan nombor 13. EXCO Yang Berhormat Taman Templer.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Untuk makluman, terdapat 3 faktor yang menyebabkan kelewatan pendaftaran ahli SMUE iaitu penjenamaan semula Skim Mesra kepada golongan Orang Kurang Upaya dengan nama Baharu ‘Skim Mesra Insan Istimewa’ (SMIS), penebusan baucar tidak lagi dibuat pada bulan kelahiran tetapi sepanjang tahun dan bermula pada tahun 2023 tawaran ditingkatkan daripada RM100.00 kepada RM150.00. Peningkatan permohonan yang diterima naik mendadak melebihi 3 kali ganda berbanding tahun 2022 di mana tahun 2022 permohonan yang diterima adalah sebanyak 29,777 sahaja. Manakala bagi tahun 2023, sehingga 30 Oktober 2023, permohonan yang diterima sebanyak 110,566. Jadi untuk makluman, terdapat 3 faktor yang dikenalpasti menyebabkan kelewatan pendaftaran ahli SMUE iaitu pertama, penjenamaan semula. Dan kedua, penebusan baucer tidak lagi dibuat pada bulan kelahiran tetapi dibuat sepanjang tahun. Dan ketiga, jumlah baucer ditingkatkan daripada RM100.00 kepada RM150.00. Berikutan daripada itu, setakat data semasa, jumlah yang kita ada dalam keahlian adalah 110,556 permohonanpada tahun semasa setakat data Oktober 2023. Pada bulan Julai 2023 yang lalu, satu task force telah pun dibentuk bagi mempercepatkan proses kemasukan data bagi borang permohonan yang diterima secara manual. Sebanyak 39,822 borang telah berjaya didaftarkan menerusi task force tersebut dalam tempoh seminggu. Pihak YAWAS kini sedang berusaha melakukan proses semakan dan kelulusan borang permohonan yang telah didaftarkan tersebut. Ia dijangka akan selesai pada akhir bulan Disember 2023. Selain itu Kerajaan Negeri dalam perancangan bagi mendigitalisasi Program Skim Mesra secara keseluruhan iaitu melibatkan proses pendaftaran sehingga penebusan e-baucer dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terdapat ramai yang telah daftar secara online buat masa ini dan mereka dikehendaki cetak borang dan bawa untuk pengesahan. Boleh atau tidak mereka yang telah daftar online, tidak diperlukan lagi hari ini. Yang Berhormat EXCO boleh jawab supaya tidak payah cetak dan bawa borang itu supaya kita permudahkan proses dan luluskan mereka dengan lebih cepat.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Yang Berhormat Bukit Gasing pada masa ini memang telah ada mekanisme menerusi laman web Skim Mesra. Walaubagaimanapun, sehingga Oktober kita masih memerlukan penghantaran borang permohonan secara fizikal bersama lampiran dokumen. Cuma kita akan tambah baik segala pandangan-pandangan daripada Yang Berhormat untuk tambah baik dalam proses digitalisasi bermakna selepas ini dalam program digitalisasi pendaftaran tersebut tidak perlu lagi pendaftaran bersama lampiran-lampiran dokumen.

Speaker

Batu Tiga.

Saya mendengar maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, 110 ribu Skim Mesra yang didaftarkan namun adakah pihak Kerajaan bersedia dengan jumlah pendaftaran yang meningkat disebabkan kita menuju negara menua dan kedua adalah persediaan kita dengan kanak-kanak istimewa. Sebab kali ini semua sistem kesihatan kita sudah pun menguatkan sistem saringan di peringkat awal maka kita akan mendapat lebih banyak pendaftaran daripada kalangan anak-anak istimewa masalah pembelajaran adakah kita bersedia dari segi peruntukan untuk menghadapi penambahan pendaftaran pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Untuk makluman Yang Berhormat Batu Tiga, pada tahun ini sahaja dengan peruntukan 37.5 juta terdapat dua kali permohonan tambahan yang diluluskan iaitu pertama kali dengan jumlah 9.995 juta dan yang kedua pada jumlah 4.58 juta. Bagaimanapun untuk penilaian semula dasar pemberian kepada Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa, Kerajaan akan menilai secara menyeluruh bersekali dengan dasar care economy yang mana kita akan melihat peluang-peluang untuk memberi inisiatif khususnya kepada warga kelainan upaya dan ini kita akan sekalikan dalam program Anak Istimewa Selangor dan juga program-program ini dalam proses semakan dan kelulusan dan ini memerlukan bantuan daripada pusat khidmat untuk mendapat kerjasama yang baik.

Tuan Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan 11.30 pagi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Speaker, Peraturan Tetap.

Speaker

Dengan ini masa telah sampai 11.30 pagi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Peraturan Tetap Speaker.

Speaker

Ya, Peraturan Tetap apa?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Peraturan Tetap 24(8)

Speaker

Apa isinya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya hendak mohon Petua daripada Speaker kerana sehingga pagi ini saya lihat di atas meja saya, saya masih belum menerima jawapan daripada soalan-soalan pertanyaan-pertanyaan bertulis dan dalam Peraturan Tetap 24(8) telah dinyatakan semua pertanyaan bagi semua jawapan bertulis hendaklah dijawab dan jawapan bertulis diedarkan kepada Ahli yang bertanya soalan tersebut pada minggu pertama Persidangan Dewan. Jadi saya hendak dapatkan Petua daripada Speaker.

Speaker

Akan ada.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Apakah minggu pertama ini minggu lepas ataupun minggu ini dan bila apa jaminan kita boleh dapat jawapan bertulis pada minggu ini. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, minggu pertama ialah minggu ini dan saya kira berdasarkan pengalaman Yang Berhormat pernah menjadi Ahli Dewan Negeri untuk 1 penggal sebelum ini saya rasa kita boleh tunggu sampai minggu ini untuk mendapatkan jawapan sepenuhnya. Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan yang sama.

Speaker

Tidak Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan kita sekarang.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sedikit sahaja peraturan yang sama

Speaker

Kalau peraturan yang sama tidak diizinkan. Mohon duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat, ini cadangan yang saya rasa

Speaker

Mohon duduk kalau Peraturan Tetap yang sama, saya tidak izinkan. Saya telah mengatakan bahawa soalan kepada jawapan akan diberikan pada minggu yang pertama.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya bangkitkan ini kerana pengalaman saya di Pulau Pinang saya hendak cerita sedikit.

Speaker

Kita akan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya hendak bangkitkan kerana saya rasa ini penting, saya minta laluan Speaker sedikit.

Speaker

Saya telah nyatakan tadi bahawa jawapan kepada semua soalan akan dibekalkan dalam masa yang telah ditetapkan dan berkenaan dengan isi kandungan ataupun soalan yang ditanya, kita ada laman web untuk Yang Berhormat semua boleh cari jawapan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tadi Yang Berhormat, maklum minggu pertama minggu ini.

Speaker

Minggu pertama adalah minggu ini. Minggu ini adalah minggu pertama.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat itu sebabnya saya hendak bangkit kalau 24(8) kerana pengalaman saya sedikit di Pulau Pinang saya hendak beritahu untuk manfaat semua.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ini nak iktiraf Negeri Pulau Pinang lebih baik ke apa?

Speaker

Yang Berhormat duduk, Taman Medan duduk. Sila duduk. Saya telah nyatakan Petua saya dan saya ulangi berdasarkan pengalaman kita jawapan kepada soalan akan dibekalkan pada jadual ditetapkan sekiranya Yang Berhormat, dengar. Sekiranya Yang Berhormat ada apa-apa cadangan lebih lain sama ada di Negeri lain atau dari Negeri lain kita boleh bincang dalam jawatankuasa Peraturan Tetap untuk meminda atau menambah baik itu sahaja. Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 semua peringkat.

Speaker

Baiklah saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita dalam Dewan Negeri Selangor kita perbanyakan kegunaan frasa Yang Berhormat dan bukan singkatan YB, saya hendak mengingatkan kepada semua. Baik saya menjemput ketua pembangkang buka sesi perbahasan pada pagi ini. Dipersilakan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Yang Berhormat- Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Anggota Perkhidmatan Awam. Saya berdiri teguh dan cekal tabah pada pagi ini untuk membawa suara dan rintihan rakyat Negeri Selangor. Bagi pihak Perikatan Nasional saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor yang telah memberi sokongan padu kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya Negeri pada 12 Ogos yang lalu. Perikatan Nasional telah berjaya meraih sokongan lebih 1 juta pengundi di Negeri Selangor. Alhamdulillah, hari ini kami mewakili 22 daripada 56 kerusi Dewan Negeri. Perikatan Nasional adalah parti yang inklusif, progresif dan mewakili seluruh rakyat yang rencam pelbagai agama, budaya dan keturunan. Kepelbagaian adalah aset dan kekuatan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Minta laluan boleh?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baru start.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Minta boleh?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum nanti dulu. Saya akan bagi laluan. Kemenangan yang bergaya ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk Perikatan Nasional terus memperjuangkan nasib rakyat yang tertekan akibat inflasi kos sara hidup yang tinggi dan masalah kemurungan yang semakin serius dalam masyarakat. Peralihan sokongan kepada Perikatan Nasional juga adalah penyataan atau referendum rakyat khususnya umat Islam dan orang Melayu kepada Pakatan Harapan supaya jangan angkuh dan sombong hentikan kezaliman dan kerakusan dan hentikan kemunafikan dan pembohongan. Kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor dalam memastikan semak dan imbang akan memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Kami bertekad untuk mengembalikan zaman kegemilangan Negeri Selangor. Kami ada gagasan dan wawasan, kami ada courage of conviction dan kami bersedia untuk menjulang Selangor sebagai gedung kuasa ekonomi serantau. Kami akan menghamparkan idea dan cadangan dalam Dewan ini untuk dipertimbangkan secara objektif demi kesejahteraan rakyat Selangor. Kami telah pun membentuk 10 portfolio utama sebagai teras untuk memastikan setiap Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional mengambil bahagian yang aktif dalam perbahasan dan sesi pertanyaan yang terkait isu-isu rakyat Selangor yang sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah. 22 Ahli

Dewan Negeri Perikatan Nasional telah mengemukakan 392 pertanyaan lisan dan pertanyaan bertulis dalam Sidang ini. Kami juga telah menyampaikan pandangan kami kepada Yang Berhormat Tuan Speaker supaya tempoh Sidang yang telah diwartakan oleh Tuanku sehingga 24 November ini tidak dipendekkan. Hari ini kita sudah berada dalam minggu kedua tetapi Tuan Speaker definisinya ini minggu pertama Persidangan Dewan tetapi semua pertanyaan bagi semua jawapan bertulis seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak Setia dan Yang Berhormat Taman Medan yang kami kemukakan belum lagi dijawab dan ini sebenarnya bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 24(8). Tuan Speaker, manifesto ataupun tawaran yang dibuat oleh Perikatan Nasional adalah dasar...

Speaker

Hulu Kelang, Bukit Gasing berdiri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum masanya Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Belum masa, Yang Berhormat sila duduk.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Manifesto atau tawaran yang dibuat oleh Perikatan Nasional adalah dasar dan kebijakan yang realistik untuk mengangkat martabat umat dan memakmurkan Negeri Selangor. Tawaran ini telah menggamit sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional inilah manifestasi rakyat yang yakin bahawa Perikatan Nasional adalah Kerajaan yang prihatin, Kerajaan yang mempunyai gagasan ekonomi rakyat. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Sekinchan dan anggota Perkhidmatan Awam bolehlah melayari link pnbest.my/Selangor. Kerajaan Perikatan Nasional juga telah melakar satu gagasan besar untuk membina Negara Malaysia yang lebih gagah, menyuburkan perpaduan dan kestabilan dalam bingkai kepelbagaian bangsa dan budaya. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mengungkap objektif yang cukup utuh untuk menjamin kestabilan dan keharmonian semua rakyat Malaysia. Antara yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 adalah untuk menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan etnik pembangunan wilayah dan rantaian bekalan untuk membela dan meningkatkan keupayaan semua rakyat supaya tiada yang ketinggalan. WKB 2030 ini telah dibentangkan dalam Parlimen dibahas dan diluluskan dan menjadi asas kepada Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia yang ke-13. Membangun sebuah ekonomi yang dinamik dan mampan adalah satu kemestian demi memberikan kesejahteraan kepada semua rakyat. Namun pembangunan ini tidak hanya dinilai berdasarkan pertumbuhan KDNK semata-mata, sebaliknya ia turut diambil kira petunjuk sosial dan pengagihan ekonomi yang inklusif agar semua rakyat dapat menikmatinya. Bajet tidak sekadar bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal tetapi turut terangkum prinsip manusiawi, nilai dan peduli.

Tuan Speaker, bajet yang dibentangkan adalah bajet yang tidak sensitif kepada tuntutan semasa, tidak pro pertumbuhan dan tidak mempunyai kesedaran dan

kefahaman tentang future economy and the future jobs. Kerajaan Negeri membentangkan bajet berjumlah RM2.53 billion bagi tahun 2024 berdasarkan kedudukan kewangan sehingga 31 Disember 2020 yang merekodkan rizab sebanyak RM3.08 bilion. Alhamdulillah dan kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Namun Dewan ini pernah meluluskan bajet Negeri yang lebih besar iaitu pada tahun 2017 dengan jumlah RM3.45 billion dan bajet 2018 berjumlah RM3.12 billion. Rizab Negeri pada Oktober 2016 merekodkan sejumlah RM3.62 billion dan RM3.26 bilion pada 31 Disember 2015. Satu perkara yang saya bersetuju dengan Dato Menteri Besar sebab tidak banyak perkara yang saya setuju, ialah beliau meletakkan belanja mengurus pada kadar 52.6% manakala belanja pembangunan 47.4%. Inilah prinsip yang telah saya laksanakan dan terjemah dalam dasar belanjawan Negeri sebelum ini. Dan kini Yang Amat Berhormat meneruskannya, terima kasih dan tahniah. Walau bagaimanapun Belanjawan 2018 pernah mencatatkan keupayaan Negeri untuk menaikkan perbelanjaan pembangunan kepada 53.2% dan menurunkan peruntukan perbelanjaan mengurus kepada 46.8%. Alhamdulillah, saya dan Yang Berhormat Sejangkang, Yang Berhormat Selat Klang dan pasukan Negeri ketika itu, berjaya menaikkan peratusan belanja pembangunan melebihi belanja mengurus selama 4 tahun berturut-turut. Inilah selaras dengan prinsip ex ante accountability dalam perancangan dan pengurusan belanjawan. Saya juga gembira melihat sebahagian besar inisiatif dan program perlindungan sosial yang saya perkenalkan semenjak tahun 2014 sehingga 2018 yang merangkumi kebajikan, pendidikan, kesihatan dan pengukuhan ekonomi kumpulan sasar masih diteruskan dan ditambah baik dengan jenama baharu untuk memenuhi keperluan semasa. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Belanjawan 2024 akan mengalami defisit berjumlah RM 330 juta. Saya juga pernah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun 2016 sebanyak RM630 juta bagi pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan. Alhamdulillah pada Oktober 2016, kedudukan kewangan negeri berada pada tahap lebihan atau surplus sebanyak RM351 juta. Untuk tahun sebelumnya belanjawan 2015, saya membentangkan belanjawan defisit sebanyak RM453 juta tetapi pada 31 Disember 2015, Kerajaan Negeri mencatatkan surplus sebanyak RM233 juta. Ketika membentangkan belanjawan 2017, kita menjangkakan mengalami defisit berjumlah RM900 juta tetapi pada Oktober 2017 prestasi kewangan negeri mencatatkan lebihan semasa berjumlah RM178 juta dan telah menyumbang kepada kenaikan rizab Negeri kepada RM3.24 billion. Pembentangan belanjawan defisit dibolehkan tatkala kelembapan ekonomi dan ianya mencerminkan sikap jujur dan disiplin fiskal Kerajaan Negeri dalam membuat perancangan. Amalan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dalam memungut hasil dan membasmi pembaziran dan ketirisan boleh mengubah belanjawan defisit kepada sebuah belanjawan yang berimbang. Tetapi saya ingin menegur Kerajaan Negeri supaya tidak menjadikan perbelanjaan tambahan sebagai amalan biasa dalam pengurusan kewangan. Saya ingin jaminan daripada Kerajaan Negeri di dalam Dewan ini bahawa RM2.53 billion yang dicadangkan ini telah direncana dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak ada pembentangan bajet tambahan pada tahun hadapan. Saya mendapati sudah ada RUU Perbekalan Tambahan 2023 di atas meja

kami untuk memohon sejumlah RM125 juta bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan tahun lalu 2023 yang tidak diperuntukkan dalam Bajet 2023 yang berjumlah RM2.38 billion. Ini akan menjadikan Bajet tahun 2023 meningkat kepada RM2.66 billion dan ianya lebih tinggi daripada Bajet 2024. Bajet tambahan boleh dipertimbangkan dalam situasi tertentu sahaja seperti malapetaka, pandemik, bencana atau kecemasan dan bukannya perbelanjaan yang boleh dibajetkan dari awal.

Tuan Speaker, usaha mempelbagaikan hasil negeri masih tidak diberikan perhatian melalui pendekatan baru yang inovatif dan lestari. Bagi tahun 2024, hasil negeri masih lagi bergantung kepada premium tanah sebanyak 41% dan hasil cukai tanah 28%. Pastinya kebergantungan kepada hasil tanah tidak boleh bertahan kerana pembangunan tanah secara umumnya di Selangor ini sudah mencapai tahap yang optimum. Sebagai contoh, anggaran hasil yang boleh dikutip pada tahun 2024...

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, Bukit Gasing minta pencerahan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya.

Speaker

Ya, silakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhomat, saya pun telah bangkitkan semasa Yang Berhormat menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang kebergantungan pada premium tanah selama hampir lima tahun Menteri Besar. Apakah Yang Berhormat buat untuk mempelbagaikan hasil? Kita nampak macam tak ada juga. Mungkin Yang Berhormat boleh menjelaskan lima tahun tu how did you increase the variety of income?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Tanggapan tersebut adalah tidak tepat kerana antara langkah yang telah saya laksanakan ialah menjadikan Selangor sebagai sebuah Smart State supaya solution yang kita wujudkan dalam banyak perencanaan dan inisiatif itu menggunakan teknologi dan inovasi dan ini pastinya akan meningkatkan kecekapan, kutipan dan juga meningkatkan produktiviti Negeri Selangor. Saya boleh bahaskan lebih panjang tentang perkara-perkara yang telah kita laksanakan. Sebab itu saya berani berdepan dengan Bukit Gasing dan menyatakan bajet yang saya bentangkan jauh lebih besar apa yang dibentangkan oleh Sungai Tua minggu lepas. Walaupun Pelabuhan Klang tepuk kuat pada hari Jumaat tapi masa saya bentangkan, dia tepuk lagi kuat daripada apa yang dia tepuk masa Sungai Tua. Tak apa cukuplah, cukup, cukup. Jadi sebagai contoh.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Satu lagi.

Speaker

Bukit Gasing berdiri lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bagi saya teruskan dulu.

Speaker

Yang Berhormat, tak bagi ya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebagai contoh...

Speaker

Tak bagi ya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cukup.

Speaker

Okay.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Anggaran hasil yang boleh dikutip bagi tahun 2024 hanya RM2.2 billion berbanding dengan kutipan sebenar hasil negeri bagi tahun 2020 sebanyak RM2.53 billion. Maknanya ianya semakin menurun bukannya semakin meningkat berbanding dengan tahun 2015. Kutipan sebenar hasil negeri bagi tahun 2015 adalah RM2.53 billion. Tahun 2016 mencatatkan RM2.5 billion dan terus meningkat bagi tahun 2017 kepada RM2.55 billion. Tuan Speaker, seperti yang saya nyatakan dalam soalan tambahan pagi ini tenaga akan terus menjadi pendorong utama kepada pembangunan. Tatkala ekonomi dunia hari ini sedang galak beralih kepada tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui, Selangor perlu pantas menarik pelaburan dalam Ekonomi Hijau yang bernilai USD1.7 trillion secara global. Maka strategi yang coherent untuk membangunkan Selangor sebagai hub tenaga dalam transisi tenaga di Malaysia akan dapat mengurangkan kebergantungan Selangor kepada sumber hasil tradisional seperti hasil tanah. Tuan Speaker, saya senantiasa menghargai pasukan penjawat awam yang kuat, yang profesional dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab mereka. Zaman saya di Selangor, Alhamdulillah, pegawai-pegawai pantas bekerja. Belum dipanggil sudah datang. Belum suruh sudah dibuat. Mereka memerah otak untuk menambah hasil negeri dan memerangi rasuah. Saya menghargai khidmat bakti mereka dan memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak tiga bulan gaji. Cuma Tuan Speaker, saya tidak ugut supaya kena tunggu dalam Dewan sehingga saya selesai membentangkan belanjawan. Implikasi kewangan untuk BKK tahun 2017 menggunakan peruntukan tahun 2017 dan dibayar dalam tahun 2017. Tidaklah seperti yang diumumkan minggu lalu. BKK Tahun 2023 dibayar tahun 2024. Itu pun Pelabuhan Klang tepuk cukup gemuruh. Tidak pun melihat kepada kenyataan yang sebenarnya.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Hulu Kelang bagi saya laluan sebab dah sentuh Pelabuhan Klang ni.

Speaker

Hulu Kelang nak bagi kepada Pelabuhan Klang?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dengar, dengar dulu.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Hulu Kelang sentuh Pelabuhan Klang dulu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu. Sabar.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Oh nanti dulu.

Speaker

Akan diberi ya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Biar saya habiskan dulu.

Speaker

Hulu Kelang akan beri nanti ya kepada Pelabuhan Klang. Sabar, sabar.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Bajet 2024 gagal melakukan structural reform bagi mendepani cabaran global dan rantau hari ini. Prestasi perdagangan negara yang turut disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pagi ini mengakui bahawa prestasi perdagangan negara bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2023 merosot sebanyak 8.1% kepada RM1.72 trillion sahaja berbanding dengan tempoh yang sama dalam tahun 2022. Eksport negara mencatatkan RM935.22 billion manakala import negara merekodkan RM782.29 billion. Pasti ianya memberi dampak kepada prestasi ekonomi Negeri Selangor kerana sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi termasuk sektor perkilangan, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan berpusat di Lembah Klang khususnya di Negeri Selangor. Nyata prestasi perdagangan Selangor juga merudum kepada RM495.67 billion sahaja iaitu penurunan sebanyak 6.8%. Selangor hari ini sedang mengalami trade defisit sebanyak RM63 billion. Bajet 2024 gagal untuk mengenal pasti langkah strategik untuk membantu melonjakkan nilai eksport negara. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri meningkatkan kerjasama strategik dengan MATRADE supaya syarikat-syarikat PMKS di Negeri Selangor dapat diupayakan melalui pelbagai program latihan, capacity building, pemasaran dan memanfaatkan MDG (Market Development Grant) yang bertujuan membantu promosi produk dan perkhidmatan syarikat tempatan di pasaran global. Saya ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa 45% daripada 45,000 pengeksport yang berdaftar dengan MATRADE yang merupakan active members of MATRADE adalah di kalangan PMKS di Negeri Selangor. Apa nasib mereka? Kalau 45% daripada 45,000 PMKS berada di dalam Negeri Selangor, saya percaya Kerajaan Negeri mesti melakukan sesuatu untuk membantu mereka supaya mereka juga dapat melonjakkan nilai eksport Negeri Selangor dan seterusnya menyumbang kepada nilai eksport di peringkat negara. Statistik DOSM pada tahun 2022 menunjukkan bahawa...

Speaker, mohon laluan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

10% dari jumlah eksport negara...

Speaker

Hulu Kelang, Batu Tiga berdiri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya habiskan para trade dulu.

Sikit je. Sikit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

10% dari jumlah eksport negara yang bernilai RM1.55 trillion disumbangkan oleh PMKS dalam negara ini. Maka ini membuktikan bahawa potensi PKMS amat besar dalam memperkukuhkan nilai eksport negara, nilai eksport di Negeri Selangor. Saya juga ingin menyarankan supaya PKNS mengambil peranan...

Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga masih berdiri.

Laluan, laluan.

Speaker

Tidak beri. Dia tidak beri.

Yang Berhormat.

Speaker

Tidak beri. Dia tidak beri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

yang lebih aktif dalam program Hari Eksport Selangor bersama MATRADE....

Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga duduk dulu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

untuk menyediakan platform bagi membina lebih ramai pengeksport yang berjaya masuk dalam eko-sistem eksport negara bersama rakan strategik yang lain. Daripada Batu Tiga...

Batu Tiga. Terima kasih. Yang Berhormat Speaker, saya mendengar perbahasan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang iaitu berbangga dengan jumlah defisit yang diumumkan setiap tahun. Saya sempat merakam sedikit nota, ada tiga tahun Hulu Kelang membuat perbelanjaan defisit. Yang pertama ialah pada tahun 2016, RM450 juta

kemudian RM630 juta dan seterusnya RM870 juta. Namun, saya lihat ada beberapa perkara yang melihat kepada kelemahan yang dibuat oleh Hulu Kelang. Yang pertama ialah rizab kita menurun daripada the highest point ialah RM3.26 billion kepada RM3.05 billion pada 2016 kepada turun lagi RM2.84 billion pada 2017 dan kita menyambung, Dusun Tua menyambung kepimpinan Menteri Besar pada jumlah RM2.41 billion pada 2018. Dan...

Speaker

Sungai Tua, Sungai Tua.

Sungai Tua. Minta maaf. Dan saya juga nak sebut hutang Kerajaan Negeri kepada Persekutuan juga meningkat pada 2014 sebanyak RM957 juta kepada RM1.028 billion ketika itu Hulu Kelang menjadi Menteri Besar. 2016 kepada RM1.095 billion dan 2017 RM1.12 billion. Apakah perbelanjaan defisit ini dikatakan kejayaan sedangkan rizab kita menurun dan hutang kepada pihak Kerajaan Persekutuan semakin meningkat? Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga yang mencadangkan Dusun Tua menjadi Menteri Besar. Saya ingat bagus jugalah, bagi peluang Kerajaan Perpaduan. Bersilih gantilah ya. Saya ingin respons kepada Batu Tiga sementara rizab negeri itu penting untuk kita pertahankan, mungkin ada keperluan perbelanjaan di luar jangkaan seperti pandemik ataupun kecemasan malapetaka tetapi bukan tanggungjawab kerajaan untuk menyimpan rizab yang begitu besar sehingga membebankan rakyat di bawah. Saya mengambil pendirian sementara rizab itu penting, ianya mesti dibelanjakan. Sebab itu saya tegaskan tadi dalam keadaan ekonomi yang gawat, ekonomi yang lembab kita kena berbelanja lebih dan bukan menabung dan inilah tindakan yang telah saya ambil, yang juga diambil oleh Sungai Tua. Sungai Tua,ini secara senyap memang dia mengikut saya. Tak apa, benda yang baik kita dukung dan kita pertahankan tidak ada masalah. Satu perkara lagi yang saya nak sebu,t memang perbelanjaan besar, sebab itu saya sebut tadi belanja mengurus saya sebut di awal tadi, belanja mengurus di zaman pentadbiran saya mencecah 53 peratus belanja pembangunan kerana apa saya mahu berbelanja dan perbelanjaan itu adalah menjurus kepada pembangunan yang berkualiti. Sebagai contoh saya terpaksa menggunakan rizab negeri berbelanja RM800 juta untuk membina dua loji rawatan air di Semenyih dan juga di Labohan Dagang. Saya tidak mengambil wang dari kerajaan Persekutuan.

Saya juga membelanjakan RM400 juta untuk menukar paip-paip lama di Negeri Selangor. Saya tidak membebankan Air Selangor. Jadi apa guna saya boleh simpan RM1.2 billion dalam tabung negeri tetapi rakyat di bawah menderita. Itu bukan cara Perikatan Nasional. Cara Perikatan Nasional kita peduli rakyat, kita prihatin rakyat. Jangan membazir dan jangan kita melakukan rasuah dan penyelewengan. Tuan Speaker

Speaker

Pelabuhan Klang...

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Pelabuhan Klang, boleh?

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Pandamaran...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu...

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Pelabuhan Klang asyik tak boleh je, sebutdua kali

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kan Pelabuhan Klang dah whatsapp saya bagitahu beberapa strategi kita...

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tarik balik Hulu Kelang, agak-agaklah. Bila masa saya whatsapp...

Speaker

Hulu Kelang bagi tidak? Bagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kami dah bincang, nanti dulu.

Speaker

Pandamaran, tadi berdiri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pelabuhan Klang jangan takut ya. Tak apa, Pelabuhan Klang nak erase whatapps tak apa, saya faham tapi jangan takut kita akan bincang. Tuan speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada pelaburan domestik dan pelaburan asing di Negeri Selangor. Menurut MIDA, jumlah pelaburan Negara dalam sektor-sektor ekonomi iaitu pembuatan, perkhidmatan dan utama bagi suku tahun kedua tahun 2023 adalah RM132.6 billion dan unjuran jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tahun 2023 adalah hanya RM220 billion sahaja, berbanding tahun 2022 sebanyak RM267.7 billion dan pada tahun 2021 nilai pelaburan yang diluluskan adalah RM309.4 billion. Maka persoalan saya kepada Kerajaan Negeri, apakah unjuran nilai pelaburan yang diluluskan bagi tahun ini untuk negeri Selango? Untuk menarik lebih banyak pelaburan yang berteknologi tinggi ke Negeri Selangor? Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah yang drastik dan inovatif untuk membantu syarikat-syarikat tempatan beralih kepada automation and modernasation, supaya syarikat-syarikat di dalam Negeri Selangor ini dipilih menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan ataupun supply chain kepada syarikat-syarikat MNCs. Saya ingin menjelaskan bahawa di peringkat persekutuan, Yang Amat Berhormat sekarang pun sudah bersama mereka, Rancangan Malaysia memperuntukkan RM1 billion untuk Domestic Investment Strategic Fund (DISF) bagi membantu syarikat-syarikat tempatan membuat pelaburan baru dalam R&D, latihan automasi dan juga modernasation. Saya ingin bertanya sejauh manakah Kerajaan Negeri telah memanfaatkan DISF untuk membantu syarikat-syarikat tempatan terlibat

dalam sektor perkhidmatan dan niche investment seperti E&E dan logistik? Selangor mesti memacu pertumbuhan ekonomi dalam dua sektor yang penting iaitu sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan yang masing-masing masih mencatatkan pertumbuhan yang perlahan yang diakui oleh sendiri oleh Yang Amat Berhormat dalam bajet 2024 iaitu pada kadar 1.4 peratus dan 5.8 peratus.

Pada tahun 2022, MIDA telah membantu membawa pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan bernilai hampir RM30 billion ke Negeri Selangor. Antaranya ialah Amazon Web Services, Texas Instrument, dan Nippon Electric Glass. Saya terkilan apabila Dato’ Menteri Besar menyebut bahawa negeri harus memanfaatkan industri masa depan yang telah direncanakan oleh Menteri MITI baharu. Dia tambah baharu hujung itu. Kalau dia sebut yang telah direncanakan oleh MITI pun saya faham. Tapi mungkin dia hendak menyinggung saya, yang telah direncanakan oleh Menteri MITI baharu, tak apa lah. Untuk maklumat Yang Amat Berhormat dan untuk makluman Dewan yang Mulia ini pada 24 Januari 2022, saya telah mengumumkan bahawa MITI telah mengenal pasti 5 sektor utama di bawah National Investment Aspirations yang diyakini boleh menarik pelaburan berteknologi dan berimpak tinggi iaitu E&E, Pharmaceuticals, Digital Economy, Aerospace and Chemicals. These 5 sectors will create quality and highs skill employment oppurtunities for locals and strengthen the country’s competitiveness dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker.Jadi ini dokumen yang jelas membuktikan pada awal 2022, 5 sektor ini telah pun dikenal pasti oleh MITI pada ketika itu. Tuan Speaker, apakah strategi untuk membantu syarikat Aeroangkasa tempatan meningkatkan keupayaan di dalam rantaian bekalan global dan seterusnya menjadi pembekal utama, tier 1 kepada syarikat global OEM Aeroangkasa. Dalam Sidang Dewan pada 15 Mac 2023 yang lalu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi peruntukan yang lebih besar kepada Invest Selangor untuk mereka mendampingi dan memimpin dan membangunkan SME’s dalam Industri Aeroangkasa melalui Industrial Technology Development Program supaya keupayaan SME’s dalam Negeri Selangor ini yang saya sebut di awal tadi mewakili 45 peratus, dapat memenuhi permintaan teknologi berimpak tinggi dalam sektor Aeroangkasa termasuk emerging sector seperti teknologi dron.

Saya ingin beralih kepada isu perubahan iklim. Dalam sidang bulan Mac yang laluy, saya mendesak supaya Kerajaan Negeri lebih proaktif dan serius dalam mengurangkan impak perubahan iklim. Saya telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menggubal segera CAP atau pun Climate Action Plan yang menggariskan tindakan yang perlu diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri dan juga pihak Berkuasa Tempatan untuk mempengaruhi cara kehidupan kita dan cara bekerja yang pastinya dapat menyumbang kepada pengurangan impak perubahan iklim. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana Kerajaan Negeri telah pun bersetuju dengan cadangan saya dan telah mengumumkan dalam bajet untuk membangunkan dasar dan pelan tindakan perubahan iklim Negeri Selangor. Cuma saya ingin menekankan sekali lagi supaya Kerajaan Negeri merujuk kepada

kajian dan syor yang terkandung dalam United Nation’s Climate Change Report bagi membantu penggubalan dasar ini.

Tuan Speaker, dalam Persidangan Dewan Negeri pada 15 Mac 2023 yang lalu saya telah mengemukakan beberapa cadangan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor melalui pelaksanaan RCEP iaitu Regional Comprehensive Economic Partnership dan juga CPTPP (Comprehensive And Progresif Agreement For Transpacific Partnership. Kedua-dua perjanjian ini menawarkan pelbagai peluang ekonomi dan perdagangan kepada komuniti perniagaan di Selangor. Kerajaan Negeri wajar menyediakan program dan insentif bagi mengupayakan komuniti perniagaan untuk benar-benar mendapat manfaat daripada CPTPP dan RCEP. Kajian analisa kos faedah atau CBA (Cost Benefit Analysis) menunjukkan penyertaan Malaysia dalam CPTPP dan RCEP berupaya memperkasa pertumbuhan ekonomi negara serta mengukuhkan lagi kedudukan negara di dalam rantaian bekalan global. KDNK Negara dijangka meningkat sebanyak 1.9 peratus sepanjang tempoh 2021 hingga 2030 dengan mencatatkan USD 56.5 billion. Nilai ini berkemungkinan mencatatkan peningkatan sehingga 4.2 peratus dengan penglibatan UK dan China di dalam CPTPP. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat merujuk kepada laporan yang telah pun dibentangkan di dalam Parlimen iaitu Cost Benefit Analysis on the potential impacts of the CPTPP yang telah mencerakinkan banyak manfaat yang bakal diterima oleh komuniti perniagaan di dalam Negeri Selangor ini. Seterusnya dari aspek perdagangan antarabangsa pertumbuhan eksport dianggarkan di antara 2.7 dan 4.0 peratus. Pada masa yang sama import juga dijangka mengalami peningkatan pertumbuhan iaitu di antara 3.7 dan 6.4 peratus. Imbangan perdagangan dijangka akan kekal terus stabil dengan sumbangan sebanyak 8.5 peratus daripada KDNK. Selangor sebagai penyumbang utama kepada KDNK dan eksport negara boleh mendapat manfaat yang optimum daripada CPTTP dan RCEP, dengan syarat kerajaan Negeri perlu bijak menguruskan program dan menyalurkan insentif kepada para pengilang dan pengeksport di Negeri Selangor. Komitmen penghapusan duti import di bawah CTPPT dan RCEP akan mendorong import substitution di mana kemasukan import dari negara-negara anggota akan membolehkan pengilang Selangor mengakses sumber bahan mentah yang pelbagai serta berkualiti tinggi yang ditawarkan pada harga yang kompetitif. Sekiranya kita melihat kepada ekosistem sektor perkilangan di Selangor, peningkatan import selalunya di sumbang oleh barangan perantaraan ataupun intermediate goods dan bahan mentah (raw materials) yang merupakan input kepada produk akhir yang bakal dieskport bukan sahaja kepada negara-negara anggota CPTPP dan RCEP tetapi juga pasaran global. Ini jelas menunjukkan bahawa peningkatan import turut memacu pertumbuhan eksport CPTTP menawarkan akses pasaran berkeutamaan di 4 pasaran baru bagi para pengilang dan pengeksport Selangor yang sebelum ini kita tidak ada sebarang perjanjian perdagangan bebas dengan 4 ekonomi dunia iaitu Canada, Mexico, Peru dan United Kingdom. Bagi sebuah negeri yang merupakan hub pembuatan dan perkilangan seperti Selangor CPTPP berpotensi meningkatkan eksport dalam sektor-sektor seperti E&E, bahan kimia, peralatan optik dan saintifik serta produk plastik.

Sebelum pelaksanaan CPTPP, duti import yang dikenakan di atas produk-produk di dalam sektor E&E di kalangan negara anggota boleh mencecah sehingga 20 peratus tetapi dengan CPTTP duti import tersebut telah dikurangkan atau dimansuhkan sepenuhnya. Begitu juga dalam sektor chemical, di mana duti import yang dikenakan di atas produk tersebut mencecah sehingga 270 peratus di Kanada. Tetapi dengan pelaksanaan CPTTP, duti tersebut telah dikurangkan dan akan dimansuhkan sama sekali pada tahun 2034.

Tuan Speaker, CPTTP juga akan memberi impak positif ke atas daya tarikan negara sebagai satu destinasi pelaburan terpilih dengan pertambahan pelaburan sebanyak USD 112.3 billion sepanjang tempoh 2021 sehingga 2030. Dalam hal ini juga Kerajaan Negeri perlu mengambil peranan yang lebih proaktif bagi menarik pelaburan langsung asing dan domestik ke Selangor khususnya dalam sektor inovasi teknologi dan perkhidmatan yang boleh mewujudkan pekerjaan masa hadapan atau future jobs.

Saya ingin mencadangkan tiga (3) strategi bagi membolehkan kita semua di Selangor ini mendapat manfaat daripada CPTPP. Pertama, Kerajaan Negeri perlu mengkaji semula (review) serta menambah baik peraturan sedia ada di agensi Kerajaan Negeri yang berkecimpung dalam sektor ekonomi bagi memastikan ia selari dengan obligasi negara di bawah CPTPP dan RCEP dan seterusnya memudahcara operasi perniagaan di Selangor. Yang kedua, Kerajaan Negeri harus melaksanakan penilaian secara berterusan (continuous assessment) dengan menyemak semula program-program bantuan teknikal dan bina upaya (technical assistance dan capacity- building atau TACB) yang sedia ada bagi menilai keberkesanan dan hasil serta mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan secara usahama dengan negara-negara anggota CPTPP dan RCEP. Ini penting bagi meningkatkan daya saing dan membangunkan eko-sistem sektoral yang mantap atau robust dan mampan atau sustainable. Dan yang ketiga, Kerajaan Negeri harus mengenal pasti syarikat-syarikat tempatan yang berdaya saing dan export ready untuk menerima TACB daripada pakar-pakar di negara anggota CPTPP dan RCEP di mana proses ini harus dijalankan secara adil dan telus. Pada masa yang sama, program-program dan khidmat nasihat sedia ada seperti padanan perniagaan atau business matching perlu diperkukuhkan dengan memberi tumpuan kepada negara anggota CPTPP dan RCEP melalui Flagship Programmes.

Tuan Speaker, saya ingin mengajak rakyat Selangor untuk mengenali siapa Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd. Sebuah syarikat yang diberi keistimewaan luar biasa untuk melaksanakan Program Insan dan Program Insan Takaful yang bertujuan untuk memberi perlindungan insurans am berkumpulan yakni memberi perlindungan sosial dan kemalangan kepada rakyat. Saya telah mengumpulkan beberapa dokumen untuk saya sembahkan dalam Dewan Negeri pada pagi ini, di mana Mesyuarat MMKN pada 7 September 2022 bersetuju melantik syarikat Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd. sebagai pengendali perkhidmatan untuk pelaksanaan Program Insan. Tetapi, yang anehnya Tuan Speaker, yang anehnya, Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd.

mengemukakan cadangan bertulis kepada Kerajaan Negeri hanya pada 27 September 2022 tetapi MMKN telah mendahului dengan memberi kelulusan pada 7 September 2022. Cadangan 27 September, kelulusan MMKN 7 September 2022. Kemudian, Wavpay Fintech Holdings menerima LOA (Letter of Appointment) daripada MBI pada 1 Oktober 2022. Super efficient. 27 September hantar cadangan, 1 September MMKN lulus, 1 Oktober dapat Letter of Appointment. Rakyat di kampung hantar surat berbulan kepada Menteri Besar tidak berjawab tetapi syarikat-syarikat besar, tiga (3) hari sudah mendapat Letter of Appointment daripada MBI. Pertama, Mesyuarat MMKN pada 24 Mac 2023, ini keputusannya, bersetuju melantik Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd. sebagai pengendali perkhidmatan untuk pelaksanaan Program Insan Takaful melalui penggunaan e-Wallet Wavpay dan merujuk kepada Corporate Information yang dipaparkan oleh SSM mendapati, nature of business Wavpay Fintech Holdings adalah dengan izin Tuan Speaker, Other credit granting activities of holding companies, other financial service activities except insurance and takaful and pension funding. Dinyatakan dalam SSM. Mengapa Menteri Besar dan MMKN masih lagi meneruskan memberikan kelulusan bukan satu (1) projek, dua (2) projek kepada syarikat yang tidak layak untuk menguruskan inisiatif ini? Saya juga difahamkan pada tahun 2021, MBI telah memanggil sebelas (11) syarikat untuk mengemukakan cadangan bagi membangunkan gerbang pembayaran digital atau payment gateway dengan Selangor E-Wallet Sdn. Bhd. yang dimiliki 100% oleh MBI. Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat yang dijemput oleh MBI, namun penilaian yang dibuat oleh MBI dengan bantuan teknikal daripada PWC tidak menyenaraikan Wavpay Fintech Holdings untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Tender MBI yang dipengerusikan oleh salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada ketika itu. Salah satu syarikat yang mempunyai merit yang tinggi adalah Selangkah Ventures Sdn. Bhd. Saya gembira Yang Berhormat Sekinchan masuk untuk mendengar perkara ini. Syarikat milik penuh 100% Selgate Corporation yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam menyediakan solusi digital dan telah berjaya menyiapkan sistem dan infrastruktur untuk Kerajaan Negeri menggunakan kaedah e-payment dan e-wallet apabila berurusan dengan rakyat Negeri Selangor. And this is our homegrown company. Aplikasi SELangkah telah berjaya merekodkan 35 juta log in, sedangkan Wavpay Fintech Holding belum matang. Mengapa Kerajaan Negeri mendesak untuk memilih Waypay Fintech Holdings? Dewan yang Mulia ini berhak mendapat penjelasan apakah proses, apakah tatacara yang diamalkan untuk menjamin prinsip kebertanggungjawaban dan integriti dalam proses perolehan dan tender Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, saya pohon jawapan. Mengapa tidak dilantik anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sebagai pengendali perkhidmatan? Kita ada PNSB Insurans Broker Sdn. Bhd., kita ada SSDU Innovations Sdn. Bhd., kita ada Selgate Corporation Sdn. Bhd. Yang Berhormat Seri Setia ketika itu adalah CEO dan Managing Director of SSDU Innovations, mengapa tidak diberikan peluang kepada SSDU Innovations? Apakah Kerajaan Negeri tidak yakin dengan kemampuan pengurusan dan keupayaan kewangan dan teknikal anak-anak syarikat MBI dan PKNS? Buang sahaja CEO

PKNS, buang sahaja CEO MBI kalau Menteri Besar sendiri tidak yakin dengan kemampuan mereka, sedangkan sistem dan aplikasi SELangkah telah pun dinaiktaraf kepada super app yang merangkumi e-wallet dan gerbang pembayaran yang menggunakan white label Kiple yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ketika Dato’ Menteri Besar melancarkan SELangkah app pada Februari 2021, Dato’ Menteri Besar sedia maklum bahawa e-wallet adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang disediakan oleh SELangkah. And this is again, dengan izin Tuan Speaker, this is our homegrown company yang telah berjaya membina customer base dan merekodkan 7.9 juta unit users yang telah download aplikasi SELangkah. Tanggungjawab Kerajaan Negeri seharusnya membantu Selangkah Ventures Sdn. Bhd. dengan melabur untuk mendapatkan lesen dan melindungi jenama Kerajaan Negeri, bukannya melantik syarikat yang berpengkalan di Pulau Pinang. Apa latar belakang syarikat ini? Tetapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya. MMKN Bilangan 8 / 2022, telah bersetuju melabur RM10 juta melalui Selangor E-Wallet Sdn. Bhd. bagi pembelian pegangan saham ekuiti minoriti, 49% dalam Waypay Fintech Holdings Sdn. Bhd. MMKN juga meluluskan permohonan tambahan sebanyak RM4 juta bagi menampung kekurangan sebahagian daripada harga pembelian ekuiti. Bukan itu sahaja, dalam MMKN yang sama mengambil keputusan dan bersetuju agar e-wallet wavpay digunakan sebagai payment gateway e-wallet Kerajaan Negeri yang utama dan mengarahkan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri menerima pakai gerbang pembayaran e-wallet Wavpay. Mengapa ini berlaku? Oleh kerana Kerajaan Negeri tidak memegang ekuiti majoriti, maka pemegang ekuiti majoriti 51% dalam Waypay Fintech Holdings iaitu CT Frank Technology Sdn. Bhd. mengekalkan nama dan jenama Wavpay dalam semua perkhidmatan dan langsung tidak menggambarkan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor. Ini Kerajaan apa? Mengapa nama Wavpay yang dipaparkan bukannya nama SELangkah yang harus kita buat promosi? Saya merujuk kepada perjanjian pelaksanaan program di antara Kerajaan Negeri dan MBI. Kerajaan Negeri, dalam perjanjian yang saya terima ini, Service Agreement di antara Kerajaan Negeri dan MBI, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan geran RM7 juta kepada MBI sebagai agensi pelaksana bagi Program Insan Takaful manakala MBI bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM2.54 juta. Manakala kos pelaksanaan Program Insan berjumlah RM12.72 juta setahun menggunakan peruntukan Pembangunan Kerajaan Negeri.

Tetapi yang saya hendak highlight di dalam Dewan ini, merujuk kepada para 6.1. Surat Pelantikan, Letter of Appointment (LOA) Waypay Fintech Holdings Sdn. Bhd. yang dikeluarkan oleh MBI bertarikh 1 Oktober 2022. MBI bersetuju untuk membayar sejumlah RM12.72 juta kepada Wavpay di atas pelaksanaan Program Insan mengikut terma pembayaran yang terkandung dalam Schedule 5 - Service Fees and Payment Milestones of the Service Agreement between MBI and Wavpay Fintech Holdings. Apa yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dalam Schedule 5 ini? Wavpay Fintech Holdings Sdn. Bhd. akan menerima 67% daripada RM12.72 juta iaitu RM8.5 juta upon acceptance of LOA. Dato’ Menteri Besar, tolong semak perkara ini. Cadangan 27

September 2022, LOA keluar 1 Oktober 2022, upon acceptance of LOA sudah dapat 67%. Siapa yang tidak boleh berniaga begini?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sekejap, bagi saya habis dulu. Manakala untuk Program Insan Takaful, Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd. dibayar awal RM8.3 juta pada 1 Julai 2023 berdasarkan persetujuan MBI untuk membayar dalam agreement yang sama upon execution of the Agreement. Sedangkan tarikh berkuat kuasa pelaksanaan Program INSAN adalah pada 1 Oktober 2022 dan Program Insan Takaful ada pada...adalah pada 4 Ogos 2023. Ini bermakna sebelum kerja bermula tetapi syarikat pengendali Wavpay Fintech Holding sudah mendapat bayaran RM17 juta.

Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada pembayar cukai untuk memberi penjelasan yang terperinci kerana isu ini mengundang pelbagai persoalan tata kelola. Dato’ Menteri Besar sering mendengar istilah ini, tatakelola, tatakelola, tatakelola. Sekarang sudah menjadi tata ke laut Dato’ Menteri Besar. Dato’ Menteri Besar pernah menyatakan, secara terbuka bahawa polisi perlindungan insurans ini akan hanya sah apabila proses pendaftaran selesai. Maka pembayaran kepada Wavpay Fintech Holding sepatutnya dibuat, setelah selesai semua proses pendaftaran. Saya percaya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh bersetuju dengan saya tetapi, pelan perjanjian pelaksanaan program di antara Kerajaan Negeri dan MBI telah menetapkan tempoh pendaftaran bagi Program Insan dan Program Insan Takaful dibuka selama setahun dari tarikh mula program. Kalau tarikh mula program tadi pada 1 Oktober 2022, maka tempoh pendaftaran setahun. Tetapi 1 Oktober sudah terima pembayaran, 67% daripada jumlah yang dijanjikan. Maka, Kerajaan Negeri seolah-olah cuba menyelamatkan Wavpay Fintech Holding dengan membuat pembayaran awal.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat, mohon mencelah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak mengulangi... Ya, sila Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Saya tertarik dengan angka-angka Yang Berhormat Hulu Kelang sebutkan soal pembayaran Kerajaan Negeri kepada Wavpay Fintech dan sebagainya. Dan begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Sg. Tua sebelum ini bahawa soal pendaftaran dipanjangkan kepada setahun dan sebagainya. Cuma saya juga tertarik kepada pendedahan seorang whistleblower yang mengaku beliau adalah salah seorang kakitangan AmGeneral Insurans yang telah melampirkan satu tangkap layar dalam sistem AmGeneral Insurans eh, sebab kita dengar tadi bayaran itu

berjuta-juta. Tetapi dalam screenshot ataupun tangkap layar AmGeneral Insurans ini dia memaparkan setakat 7 Ogos 2023, baru ada 134 individu rakyat Negeri Selangor yang didaftarkan, yang dicarumkan, bukan daftar. Jadi, dengan premium RM1 setiap seorang, sebab itu dia tulis situ RM134, 134 orang. Jadi saya nak tanya macam mana pembayaran-pembayaran yang begini dibuat tetapi baru sekadar 134 orang yang diinsuranskan. Sebab saya kira dalam Dewan ini, saya ingat selain daripada saya, Yang Berhormat Hulu Kelang sendiri pun didaftarkan. Saya pun terkejut tengok-tengok nama saya pun daftar. Saya tak tau nama Yang Amat Berhormat Sungai Tua pun daftar juga. Maksud mesti Sungai Tua approve. Jadi saya kira kalau dalam Dewan ini sahaja, dah mungkin lebih 134 orang. Jadi, bagaimana pembayaran-pembayaran tadi boleh dibuat? Apa pandangan Yang Berhormat Hulu Kelang dan bagaimana perkara ini boleh berlaku? Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Gombak Setia. Ini yang saya jelaskan tadi, perkara ini perlu diberikan perhatian serius. Saya mempunyai rekod, saya tidak berdiri di sini tanpa fakta. Saya tidak mahu menjadikan Dewan ini sebagai gelanggang untuk melancarkan fitnah dan tohmahan. Saya mengambil masa yang cukup lama untuk mengumpulkan dokumen setebal ini supaya saya dapat persembahkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, tindakan mesti diambil. Yang disebut oleh Gombak Setia tadi memang benar. Ramai, saya akan sentuh perkara itu sebentar lagi. Saya ada bukti di sini.

Yang kedua Yang Amat Berhormat saya juga ingin tegaskan sekali lagi, seperti yang saya sebut tadi, mengenai penyediaan perkhidmatan iaitu syarikat-syarikat insurans ini. Dalam konteks ini Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad dan Syarikat AmGeneral Insurans Berhad, pastinya mereka akan melantik agen masing-masing dan membayar komisen. Saya ingin mengetahui berapakah jumlah komisen yang telah dibayar dan siapakah yang menerima komisen tersebut? Selanjutnya, apakah Kerajaan Negeri akan tetap meneruskan Program Insan dan Program Insan Takaful setelah pelbagai kecurangan, pelbagai ketirisan dalam pengurusan dan pelaksanaan program ini didedahkan oleh rakyat. Banyak customer experience yang membebankan dan menyusahkan rakyat.

Sebagai contoh, pendaftaran untuk Program BINGKAS. Program BINGKAS ini program saya dulu tapi sekarang dah tukar nama, tak apalah. Tetapi BINGKAS masih mengguna Aplikasi SELangkah untuk pendaftaran tetapi untuk tujuan pembayaran kena masuk satu lagi aplikasi menggunakan aplikasi Wavpay E-wallet. Mengapa tidak biarkan SELangkah meneruskan usaha-usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dan membiarkan Syarikat Wavpay ini menguasai data yang amat bernilai yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri? Ini perkara seterusnya yang saya nak sentuh.

Kerajaan Negeri membuka laluan untuk Wavpay Fintech Holding mendapat akses kepada data peribadi pengundi dan rakyat Selangor untuk kepentingan komersial..ini adalah satu kesalahan jenayah. Banyak insiden yang berlaku di mana pendaftaran

dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan orang yang diinsuranskan. Sebagai contoh, saya juga telah diinsuranskan tanpa izin saya, tanpa pengetahuan saya. Ini dia, Mohamed Azmin bin Ali. Tempoh 11/11/2022, habis 10/11/2023. IC saya akan serah pada Yang Amat Berhormat, saya tidak boleh sebut secara terbuka ini. Nanti Sekinchan ambil peluang itu untuk tujuan yang lain.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hahahaha. Sangkaan jahat, sangkaan jahat. Tetapi tak apa, saya biarkan, biarkan. Saya tak nak, biarkan dia teruskan. Nanti saya ganggu pula. Biar, bagi chance.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tarik balik YB Sekinchan, bergurau sahaja.

Kemudian, Muhammad Hilman bin Idham juga diinsuranskan. Salehhuddin bin Mohd Nasir, Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak juga diinsuranskan. Sahabat saya dah meninggal dunia diinsuranskan, Razali bin Ramli. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pun kena, ini berlaku. Ini kerajaan caca merba. Wang sudah habis, pendaftaran belum selesai.

Jadi Yang Amat Berhormat, ini satu perkara yang serius. Saya minta supaya dalam service agreement, Yang Amat Berhormat boleh rujuk klausa 8.2, boleh rujuk dalam agreement termination for convenience yang menyebut antara lain dengan izin Tuan Speaker, “MBI shall have the right to terminate the agreement, at any time and for without providing any reasons what so ever”.

Mengapa Kerajaan Negeri tidak menggunakan klausa ini? Sudah ada di depan kita. Apa kepentingan Kerajaan Negeri dengan Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd.? Selamatkan wang rakyat, selamatkan rakyat, selamatkan data rakyat dan bukan selamatkan syarikat-syarikat tauke daripada Pulau Pinang yang ada pada hari ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat, mohon laluan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, Pulau Pinang.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ya Yang Berhormat. Saya terkilan sebenarnya bila melihat apa yang didedahkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang kerana kalau kita baca di website INSAN, disebut di sini perlindungan Insurans Takaful Am berkumpulan kepada 6 juta rakyat Selangor bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun. Tetapi kalau Yang Berhormat Gombak Setia dedah tadi baru 134. Yang dah dibayar tadi, Yang Berhormat Ketua Pembangkang bangkitkan hampir 21.6 juta dibayar. Adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedar 21.6 juta ini dibayar kepada syarikat untuk mereka daftarkan sahaja atau adakah itu sebenarnya pembayaran premium atau sebenarnya tak ada satu pun rakyat Negeri Selangor yang

terima lagi insurans ini, yang dicarum dalam insurans ini? Kerana jika ini berlaku, sebenarnya satu tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membazirkan masa, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kempen seluruh Negeri Selangor bagi tahu kita Negeri Selangor, sebenarnya orang Selangor tidak dilindungi langsung oleh insurans Takaful ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, Yang Berhormat Taman Medan, dia bertanya kepada Dato’ Menteri Besar, jadi kita tunggulah Menteri Besar jawab, sebab saya mantan Menteri Besar. Jadi kita serah pada Sungai Tua. Saya nak jawab boleh sebab saya ada banyak dokumen, tapi saya beri peluang kepada Dato’ Menteri Besar. Jadi, saya rujuk balik perbincangan kita sebentar tadi, ada klausa yang membolehkan perjanjian ini ditamatkan. Maka tamatkanlah wahai Dato’ Menteri Besar sebelum hayat Pakatan Harapan ditamatkan di Negeri Selangor ini. Cuma saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri iktiraflah kepakaran teknikal dan keupayaan kewangan Selangkah Ventures Sdn. Bhd. untuk mengambil alih urusan payment gateway ataupun gerbang pembayaran digital untuk melaksanakan Program Insan dan Program Insan Takaful. Saya juga ingin mencadangkan supaya SSDU Innovations Sdn. Bhd. dijadikan sebagai regulator on digitalization initiatives by the state government. Itu lebih cantik, lebih transparent dan lebih bertanggungjawab.

Tuan Speaker, sekarang mari kita bahas isu SMG, Selangor Maritime Gateway. Ini dokumen-dokumen yang telah saya compile berhubung SMG. Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam bundles of documents ini ialah pada Mac 2018, Kerajaan Negeri telah melantik Landasan Lumayan Sdn. Bhd. yang dimiliki 100% oleh MBI sebagai master developer bagi kerja-kerja pemulihan, pemuliharaan Sungai Klang. Kerajaan Negeri memberi pinjaman berjumlah RM45 juta untuk kerja-kerja pembersihan sungai atau river cleaning and rehabilitation. Tujuannya adalah untuk menambah nilai aset-aset Kerajaan Negeri termasuk sungai-sungai dan tanah-tanah di sepanjang jajaran sungai. “https://theedgemalaysia.com” melaporkan pada 30 November 2021, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual 55% pegangan saham LLSB kepada Berjaya Land Berhad. Persoalannya, Kerajaan Negeri tidak menyatakan apakah nilai yang dibayar oleh Berjaya Land Berhad untuk menguasai saham majoriti 55% dalam LLSB.

Apakah yang diterima oleh Kerajaan Negeri dengan melepaskan kepentingan 55% dalam LLSB? Dato’ Menteri Besar, Subscription and Shareholders Agreement (SSA) yang ditandatangani pada 27 Januari 2021 oleh Berjaya Land Berhad bersama Landasan Lumayan Sdn. Bhd. telah memberi hak kepada LLBSB, new SPV, untuk membangunkan 600 ekar tanah kerajaan di sepanjang 56KM jajaran Sungai Klang.

Semua tanah kerajaan yang terlibat dalam projek ini tidak dikenakan pembayaran premium yang menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan hasil sebanyak RM171 juta. Rakyat Selangor tidak dimaklumkan, berapakah nilai tanah 600 ekar yang diberikan

kepada LLBSB dan menjadi aset utama untuk menjana unjuran pulangan atau GDV bernilai RM10 bilion dalam tempoh 8 tahun. Ya, Bukit Gasing?

Speaker

Bukit Gasing?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Di mana Yang Berhormat dapat maklumat premium tak perlu dibayar? Sebab selama ini dijawab oleh Kerajaan Negeri premium dibayar.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Inilah maklumat yang saya perolehi dan saya percaya ini ruang untuk Dato’ Menteri Besar dalam sesi penggulungan menjawab. Ini sesi perbahasan dan saya melontarkan maklumat yang saya perolehi.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sesi soalan, boleh tanya soalan tapi ini bila bahas ini kena bawa lah maklumat itu kena ..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Inilah maklumat yang saya bawa dan sekarang saya lontarkan. Ya inilah dokumen yang menyatakan di dalam SSA ini menyatakan tidak perlu membayar premium. Kalau Menteri Besar menafikan kenyataan saya, dia boleh membuatnya di dalam sesi penggulungan. Bukit Gasing orang yang lama di dalam Dewan ini.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Klang, saya hanya ingin menarik perhatian Peraturan 36(2) tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan Mahkamah, sekiranya pada pertimbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu, saya hanya ingatkan Yang Berhormat sahaja kerana saya difahamkan ada satu kes Mahkamah yang melibatkan syarikat yang terlibat jadi saya menasihatkan Yang Berhormat supaya berwaspada dalam isu ucapan tentang perkara ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, saya tidak akan menyentuh perkara-perkara yang sedang berada di dalam Mahkamah.

Speaker

Elakkan, elakkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Dato’ Menteri Besar pernah membuat kenyataan bahawa Berjaya Land Berhad akan menanggung keseluruhan kos pembangunan 600 ekar tanah kerajaan. Saya merujuk kepada SSA yang dimeterai pada 27 Januari 2021, Klausa 4.2.

Dengan izin Tuan Speaker, “not withstanding the above, the parties confirmed that it is their intention that the funding requirements of LLBSB shall be obtained by LLBSB through unsecured commercial borrowings from the external financing”.

Jelas bahawa pembiayaan projek ini bukan dibiayai oleh Berjaya Land Berhad seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Menteri Besar tetapi Landasan Lumayan Sdn. Bhd. juga yang dimiliki oleh MBI terpaksa menampung pembiayaan untuk projek ini selaras dengan Klausa 4.2 di dalam SSA. Berjaya Land Berhad, ini jugak saya nak nyatakan pada Dewan, Berjaya Land Berhad melalui surat bertarikh 13 Julai 2022 mukasurat 3 para 5.1, telah memohon kepada Dato’ Menteri Besar, ini surat Berjaya, Berjaya Land Berhad melalui surat bertarikh 13 Julai 2022 mukasurat 3 para 5.1, telah memohon tambahan 100 ekar tanah di daerah Dengkil iaitu No. Hak milik HSD 15898 dan HSD 28823 yang tiada kaitan langsung dengan pembangunan SMG. Berjaya Land Berhad juga mengaku dalam surat ini bahawa, dengan izin Tuan Speaker, “LLBSB would greatly benefit from the additional land as it allows LLBSB to be financially sustainable in the near future”. Ini mengesahkan bahawa Berjaya Land Berhad tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi membangunkan projek ini. Malahan dalam surat ini juga Berjaya menuntut supaya semua tanah yang terlibat diberikan hak milik kepada LLBSB dan akan dicagarkan kepada bank untuk tujuan pinjaman kewangan. Dato’ Menteri Besar, Berjaya Land Berhad dipilih untuk 2 tujuan seperti yang termaktub dalam SSA di para 4.1 yang menyatakan, dengan izin,”BLB (Berjaya Land Berhad) agrees that it shall source the financial support required by LLBSB for the undertaking of the river initiatives and projects undertaken under the river initiatives and the funding to enable LLBSB to make repayment, sebut tu, to make repayment of the State Loan, when such repayment falls due”. In short, the state loan of RM45 million granted to LLSB shall be novated to LLBSB. Para (e) dalam SSA jugak menyatakan, dengan izin, “The Parties agree that LLBSB will assume the liability of LLSB in respect of a loan LLSB obtained from the Selangor State Government with the principal sum of up to RM45 million”

Persoalannya apakah perjanjian ini dipatuhi? MMKN pada 12 April 2023 telah bersetuju just before the election, menangguhkan bayaran balik ansuran pinjaman Kerajaan Negeri berjumlah RM154.73 juta yang dipohon oleh MBI. Saya ingin mendapat perincian daripada Kerajaan Negeri di atas peningkatan mendadak jumlah pinjaman dari RM45 juta kepada RM154.7 juta. Akhirnya saya nak tanya dengan Dato’ Menteri Besar, apakah Dato’ Menteri Besar bersekongkol dengan tauke judi untuk menyelamatkan atau “bail out” Berjaya Land Berhad demi tujuan dana politik? Saya ingin mengetahui mengapa Kerajaan Negeri tidak memberikan peluang kepada PKNS, Worldwide Holdings untuk membangunkan tanah-tanah kerajaan di sepanjang Sungai Klang?

Speaker

Pelabuhan Klang?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Peraturan Tetap 36(6) saya mohon Yang Berhormat Hulu Kelang supaya tidak bersangka jahat kepada Yang Berhormat Sungai Tua dengan mengatakan, saya ingat itu sangkaan jahat walaupun macam soalan tetapi ia menjurus ke arah kenyataan. Peraturan Tetap ..

Speaker

Ya Yang Berhormat Hulu Kelang, jaga-jaga ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, kalau nak mengampu Menteri Besar pun bukanlah cara itu.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ini bukan mengampu, Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak dapat jadi EXCO jangan bimbang. Sebab Pelabuhan Klang ini sebahagian daripada kartel, tak dapat. Kartel tidak akan dapat duduk dalam... Haa okay?

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, jaga bahasa, jaga bahasa.

Speaker, Seri Serdang.

Speaker

Seri Serdang, Seri Serdang, apa masalah dia?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab tu dah 3 penggal tak dapat, tengok macam Kota Anggerik, masuk terus dapat jadi Exco. Saya nak habis ni.

Speaker

Seri Serdang, apa masalahnya? Seri Serdang, berdiri atas Peraturan Tetap.

Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Oh, soalan.

Speaker

Dia tanya soalan. Yang Berhormat Hulu Kelang bagi laluan?

Yang Berhormat Hulu Kelang. Soalan: Lepas kita mendengar pembentangan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang ni, saya nak tanya apakah Ketua Pembangkang boleh ulangi kenyataan sebegini di luar Dewan, mungkin kalau ada kebenarannya mungkin kita boleh tindakan kerana kita tahu Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan tatakelola yang telus dan kalau Yang Berhormat Hulu Kelang merasakan berlakunya ketirisan, apakah Yang Berhormat Hulu Kelang bersedia untuk membuat kenyataan di luar Dewan?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Kita tunggulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab pada hari Jumaat atau hari Isnin, tunggu beri peluang dia jawab. Saya pun kemukakan tadi soalan. Saya tanya dengan tertib, apakah kalau tengok nota saya pun ada question mark di sini. Cuma bila intonasi tu lain lah sedikit sebab ini perbahasan, ini bukan

bacaan teks ucapan. Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Jadi saya nak tanya kepada Dato’ Menteri Besar, kenapa tak beri pada Worldwide Holdings, PKNS untuk membangunkan tanah-tanah Kerajaan di sepanjang Sungai Klang? Unjuran nilai pulangan sebanyak RM10 bilion yang pada awalnya akan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui LLSB ini kini akan dikongsi dengan Berjaya Land Berhad yang menguasai 55% dan ini bermakna Berjaya Land dijangka menerima RM5.5 bilion dan kerajaan Negeri hanya RM4.5 bilion sahaja. Apakah logiknya apabila Kerajaan Negeri akan kehilangan pendapatan sebanyak RM5.5 bilion semata-mata kerana ingin memungut hutang LLSB sebanyak RM45 juta. Doesn’t make sense.

Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya juga nak menegaskan bahawa kegagalan Kerajaan Negeri menjalankan kajian teknikal tanah dan risiko projek yang komprehensif oleh LUAS dan pihak yang berwajib akan memberi kesan kepada alam sekitar dan sistem ekologi sungai di Negeri Selangor. Dan akhirnya, belum habis perbahasan, Tuan Speaker saya nak sambung petang tapi oleh kerana tinggal 3 minit, sekiranya Dato’ Menteri Besar mendakwa LLSB sakit, dan mengalami kerugian sebab itu Kerajaan Negeri terpaksa melutut kepada tauke judi, terpaksa melutut kepada Berjaya Land Berhad, mengapa terdapat rekod kewangan menunjukkan gaji Pengarah Urusan dinaikkan dari RM29 ribu kepada RM37 ribu sebulan. RM37 ribu sebulan! Lantiklah Pelabuhan Klang, Dato’ Menteri Besar, dah penat dia sokong Dato’ Menteri Besar, dah penat dia setia kepada Dato’ Menteri Besar, dah lah EXCO tak dapat, Menteri Besar tak dapat, Timbalan Speaker pun tak dapat. Bukit Antarabangsa baru masuk seminggu dah dapat Timbalan Speaker. Berilah peluang kepada Pelabuhan Klang. RM37 ribu. Jangan padam. Mengapa pembayaran bonus berjumlah 4 bulan? Kalau syarikat ini tenat, syarikat ini sakit, syarikat ini tak berupaya, mengapa bonus 4 bulan? Mengapa kenaikan gaji tahunan sebanyak 6% setahun dan mengapa Pengarah Syarikat menerima elaun tahunan sebanyak RM10 ribu? Dato’ Menteri Besar, ini antara perkara-perkara yang saya fikirkan perlu diberikan perhatian serius kerana saya mahu Negeri Selangor ini kekal muncul sebagai negeri yang bermaruah dan berwibawa dan kami dalam Perikatan Nasional akan mempertahankan prinsip-prinsip ini dan di sinilah Dewan Negeri Selangor platform untuk kami berbahas dan memberikan cadangan agar Dato’ Menteri Besar memberikan perhatian yang serius. Tuan Speaker ..

Speaker

Ya, Yang Berhormat? Panjang lagi? Panjang lagi ya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini Tuan Speaker, bukan Menteri Besar. Kalau tidak Sungai Tua duduk situ, Tuan Speaker duduk situ. Jadi Tuan Speaker saya minta izin Tuan Speaker untuk saya sambung pada sebelah petang dan saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar yang setia mendengar kerana saya juga setia mendengar 3 jam ucapan Dato’ Menteri Besar. Jadi Menteri Besar kena juga setia mendengar ucapan saya. Terima kasih, kita sambung sebelah petang.

Speaker

Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 1.00 petang, Dewan ini akan ditangguhkan dan kita sambung pada pukul 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Selamat petang diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, Dewan bersambung semula, saya jemput Hulu Klang untuk sambung.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker, saya hanya ada 3 perkara untuk saya rumuskan pada petang ini. Pertama berhubung Kompleks Sukan Shah Alam, yang kedua Air Selangor, yang ketiga SABDA sebelum saya menutup kepada pindaan tentang Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Tuan Speaker, saya ingin menyentuh isu pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). EXCO MTES No. 16/10/2023 ;

“Dimaklumkan bahawa MMKN telah meluluskan cadangan komponen, butiran dan hala tuju bagi pembangunan KSSA yang melibatkan kawasan seluas 172 ekar dan antara komponen yang diluluskan ialah kapasiti stadium utama dikurangkan dari 80,000 kepada 35,000 sehingga 45,000 sahaja”.

Dalam MMKN yang sama telah bersetuju supaya MBI mengeluarkan term sheet kepada pemaju walaupun tidak dinyatakan siapakah pemaju yang dilantik untuk membangunkan KSSA. MMKN juga mengambil maklum kepada muka surat yang kedua bahawa kos keseluruhan pembangunan KSSA, yang ini saya nak tegaskan dalam Dewan ini, dinaikkan dari RM325 juta kepada RM800 juta dan hari ini kos pembangunan KSSA melambung kepada RM3.28 bilion. Dari RM325 juta dalam sesi yang lepas dalam Mac 2023 saya bertanya di dalam dewan yang sama, Dato’ Menteri Besar mengesahkan kosnya di antara 700-800 juta tetapi MTES pada 16 Oktober mengesahkan kosnya telah mencecah RM3.28 bilion. Persoalannya apakah Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai projek pembangunan KSSA? Sekiranya tidak, apakah kaedah pembiayaan termasuk nilai tanah yang terlibat dengan pertukaran tanah atau pun land swaping? Apakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah-tanah kerajaan di Daerah Klang dan Daerah Hulu Selangor untuk pertukaran tanah susulan perbincangan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan pihak yang terlibat pada 13 Mac 2023? Sudah hampir 8 bulan dalam Sidang Dewan yang lalu Dato’ Menteri Besar mengesahkan di sini bahawa Setiausaha

Kerajaan Negeri telah bertemu dengan pihak-pihak yang terlibat pada 13 Mac untuk mengenal pasti tanah-tanah yang akan terlibat dengan land swaping maka saya ingin tahu apakah lokasi dan tanah-tanah yang terlibat? Bagaimana pula dengan penilaian JPPH untuk tanah-tanah di tapak stadium sedia ada dan nilaian tanah yang akan terlibat dengan pertukaran tanah. Tuan Speaker, MBI telah menandatangani MOU dengan MRCB untuk melakukan kajian tentang kaedah pembangunan KSSA. Antara terma rujukan adalah sama ada menambah baik dan menaik taraf stadium yang sedia ada atau meroboh dan membangun semula kompleks sukan yang baru. Saya ingin bertanya apakah status kajian ini? Sekiranya kajian telah selesai mengikut tempoh kajian yang telah ditetapkan, apakah syor yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan bilakah Kerajaan Negeri akan menandatangani Perjanjian Kolaborasi untuk membangunkan KSSA? Dato’ Menteri Besar juga telah memberi pengakuan di dalam Dewan ini pada 14 Mac 2023 bahawa Kebenaran Merancang akan dikemukakan oleh pemaju di dalam bulan April 2023 untuk membolehkan kerja-kerja tanah dimulakan. Jaminan juga diberikan bahawa dalam bulan April, Kerajaan Negeri akan mengumumkan tanah-tanah gantian, kos sebenar keseluruhan pembangunan dan bentuk pembiayaan projek termasuk kaedah land swaping. Malangnya, sehingga ke hari ini tiada sebarang komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Apakah KM telah diperolehi dari MBSA untuk kerja-kerja meroboh stadium yang dikatakan akan bermula pada bulan November ini? Bilakah pembangunan KSSA ini dijangka bermula dan tempoh siap pembangunan ini? Apakah projek tebatan banjir dan penyuraian trafik termasuk di dalam kos pembangunan KSSA yang bernilai RM3.28 bilion ini atau ianya akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan? Tuan Speaker, saya beralih kepada Air Selangor. Air Selangor mengalami masalah aliran tunai yang amat kritikal akibat kelemahan dasar kerajaan dan pengurusan. Hari ini, Air Selangor terpaksa berhutang untuk membayar hutang. Air Selangor terpaksa berhutang untuk menanggung kos operasi. The Edge dalam bulan Julai 2023 melaporkan bahawa Air Selangor memerlukan perbelanjaan Capex berjumlah RM3.5 bilion sehingga tahun 2049 untuk menurunkan NRW kepada 15%. Setakat tahun 2022, NRW berada pada tahap 27.76%. Laporan 2020 – 2021 Sustainability Sukuk Impact Report, mengesahkan Air Selangor telah menerbitkan tiga trance sukuk bernilai 1.43 bilion ringgit. Setakat 30 September 2022 di mana kupon yang dikenakan di dalam kadar 4.73% ke 5.45%, daripada 1.43 bilion ringgit sukuk yang diterbitkan penggunaan dana adalah seperti berikut :-

• 20.5% atau 286 juta untuk refinance hutang, sukuk diterbitkan untuk membayar hutang. • 16.9% atau 242 juta untuk menanggung kos operasi. • 62.6% atau 895 juta ringgit untuk tujuan lain.

Apakah tujuan-tujuan lain yang dikaitkan dengan 895 juta ringgit. Pada tahun 2022 revenue Air Selangor mencatatkan 2.45 bilion ringgit yang hanya mampu menampung 95.7% opex yang berjumlah RM2.56 bilion manakala capex berjumlah RM2.58 bilion.

Tuan Speaker, Air Selangor mempunyai sejumlah paip 30,420 kilometer panjang dan 6,000 kilometer daripadanya adalah paip lama dan jenis paip simen asbestos. Bagaimanakah Air Selangor dapat menurunkan NRW dan menukar paip-paip lama ini? Ya Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat, adakah pihak Yang Berhormat rasa sudah sampai masa untuk menyemak semula tarif air?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukit Gasing melompat kepada isu seterusnya yang akan saya bangkitkan. Isunya ialah bagaimana Kerajaan Negeri ingin menyelesaikan masalah kewangan Air Selangor. Apakah Kerajaan Negeri akan menaikkan tarif air di Negeri Selangor? Sekiranya ia, bilakah tarikh pelaksanaan kenaikan tarif air tersebut? Atau adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan sebahagian daripada rizab negeri sebab Dato’ Menteri Besar dan beberapa Ahli-ahli Dewan Negeri, Backbenchers mendabik dada, rizab besar, rizab besar, rizab besar untuk apa? Kalau benar rizab itu besar, inilah masa Kerajaan Negeri untuk menunjukkan kepedulian kepada rakyat, membantu Air Selangor dan jangan membebankan rakyat dengan kos dan kadar tarif yang tinggi. Saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan sebahagian daripada rizab untuk menampung Capex Air Selangor? Pagi tadi saya telah berhujah kita belanja RM400 juta dari rizab Negeri Selangor untuk menukar paip-pair air yang lama. Kalau dulu kami boleh lakukan, kenapa tidak sekarang? Kita belanja RM800 juta untuk membina Loji Rawatan Air Labohan Dagang dan Semenyih 2. RM 800 juta tidak ada satu sen pun daripada Kerajaan Persekutuan. Kalau dulu kami boleh lakukan. Sekarang Sungai Tua cukup baik dengan Tambun. Saya percaya lebih banyak peluang yang akan diperolehi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat Hulu Kelang, soalan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat tentang isu dan masalah kewangan yang dihadapi oleh Air Selangor dan pada masa yang sama saya juga meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan Belanjawan baru-baru ini yang menyatakan tentang isu kemudahan utiliti di Pelabuhan Klang, di Pulau Indah di mana sekali lagi Kerajaan Negeri ingin melaksanakan satu projek untuk meningkatkan kemudahan utiliti di Pulau Indah dengan kaedah private financing initiative dengan Air Selangor. Jadi, kalau dengan bebanan hutang yang setelah kian besar terpaksa lagi berhutang untuk menutup hutang, apakah Yang Berhormat Hulu Kelang merasakan bahawa projek seperti ini dapat berjalan dengan baik bagi memastikan lebih banyak pelabur-pelabur dapat masuk ke Pelabuhan Klang dalam masa yang terdekat? Sebab ini satu perkara yang kita tidak boleh toleransikan. Pelabuhan Klang, Pulau Indah ini satu

kawasan yang cukup subur untuk pelabuhan, untuk pelabur-pelabur datang. Jadi kalau isu kemudahan infrastruktur seperti air begini tidak dapat diselesaikan dengan cepat, saya yakin Pelabuhan Klang pun bersetuju dengan saya, kita mesti melakukan sesuatu untuk memastikan ia dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Gombak Setia. Apabila saya teliti Ucapan Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tentang peruntukan RM300 juta untuk menaik taraf kemudahan bekalan air yang disebut oleh Gombak Setia itu, saya dapati ianya adalah penjenamaan semula sesuatu yang telah saya luluskan ketika saya melancarkan Selangor Bio Bay. Maka saya akan teliti perkara tersebut, sesuatu yang baik untuk menyediakan infra dan kemudahan untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor kita akan mendukung tetapi jangan bebankan Air Selangor kerana saya percaya rizab yang dikatakan kuat di dalam Kerajaan Negeri pada hari ini perlu diagihkan dengan lebih bertanggungjawab supaya kesejahteraan rakyat itu dapat dinikmati. Persoalan saya yang terakhir, apakah option untuk menjual sebahagian saham Air Selangor ini menjadi pilihan kepada Kerajaan Negeri untuk bailout Air Selangor? Tuan Speaker, saya juga...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon untuk mencelah fasal Air Selangor. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, adakah Yang Berhormat merasakan dengan pendedahan tadi tentang kedudukan kewangan Air Selangor, dalam Belanjawan 2024, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menerangkan tentang pemasangan infrastruktur tenaga yang boleh diperbaharui atau renewable energy untuk penjanaan bagi penggunaan sendiri Air Selangor yang mana dijangkakan RM305 juta kos yang perlu ditanggung tetapi di dalam Belanjawan ini tidak ada dispesifikkan sama ada ditanggung oleh Kerajaan Negeri atau dibebankan lagi kepada Air Selangor. Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersetuju dengan saya bahawasanya Air Selangor tidak mampu untuk laksanakan ini?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya masukkan ini ucapan Taman Medan sebahagian daripada ucapan saya supaya Dato’ Menteri Besar dapat memberikan respons tentang siapakah yang akan membiayai sejumlah peruntukan tersebut? Tuan Speaker, saya beralih kepada SABDA Sabak Bernam Development Area). MBI merupakan agensi penggerak utama untuk pembangunan SABDA sebagai HUB keterjaminan makanan dan logistik seperti yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar. MOU di antara Alpha Ocean Resources Berhad (AORB), ini dia dengan MBI ditandatangani pada 9 Jun 2023 untuk membangunkan a sustainable and product-centric seafood zone, dengan izin, di Sungai Lang Sabak Bernam. Antara niat ataupun intention MOU ini adalah untuk membina Fisheries Landing Port, Downstream Processing Plant and Land-Based Fish and Crab Farm. MBI mengumumkan bahawa untuk fasa pertama sejumlah RM100 juta nilai pelaburan akan disediakan oleh AORB. Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri. Pertama, pengumuman bajet, dalam Bajet menyatakan kos fasa pertama sebanyak RM76 juta dengan kerjasama LKIM atau Lembaga Kemajuan Ikan

Malaysia. Mengapa ada percanggahan dengan MBI? Yang kedua, mengapa projek ini dibuat secara direct nego dengan AORB? Di mana tata kelola, tata kelola, tata kelola?! Saya ulang, di mana tata kelola dan ketelusan dalam projek ini? Saya mengajak Dewan untuk merujuk kepada kedudukan kewangan AORB berakhir 30 Jun 2023 iaitu tiga (3) minggu selepas MOU ditandatangani. Balance sheet in Alpha Ocean Resources Berhad pada 30 Jun 2023 menunjukkan baki tunai syarikat, cash and bank balances hanya lah RM5.89 juta. Manakala pendapatan syarikat yang tertera dalam Penyata Profit and Loss (P&L) Account berjumlah, ini P&L Account berjumlah RM2.32 juta dan merekodkan kerugian sebanyak RM4.5 juta. Bagaimana mungkin MBI dapat membangunkan projek yang mampan dan memenuhi piawaian Kesatuan Eropah (EU) apabila rakan kongsinya berada di dalam kedudukan kewangan seperti ini? Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani pada 4 Oktober 2023, MBI juga mengumumkan bahawa keseluruhan pembangunan SABDA akan melibatkan kawasan seluas 1,317 hektar. Saya minta Kerajaan Negeri untuk memberikan perincian tentang tanah-tanah yang terlibat sama ada tanah milik Kerajaan, sama ada tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri atau milik individu. Saya juga ingin mengetahui sama ada tanah milik Kerajaan Negeri atau anak syarikat Kerajaan Negeri termasuk KDEB dan PNSB terlibat dalam pembiayaan projek ini, memandangkan saiz kedudukan kewangan AORB tidak setara dengan keperluan modal untuk membiayai projek ini.

Tuan Speaker, saya ingin merumuskan tentang cadangan pindaan Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Saya mendesak supaya Jawatankuasa Pilihan Peraturan-Peraturan Tetap dapat segera bertindak untuk menyemak dan melakukan pemurnian Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan. Bahasa rasmi Dewan wajib Bahasa Melayu. Saya mendesak supaya dipinda Peraturan Tetap 7 yang masih menyebut , “Bahasa rasmi Dewan adalah Bahasa Melayu dan menurut Fasal (2) dan Fasal (3), dalam Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga Bahasa Inggeris. Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Fasal (2), saya hendak sebut di sini, saya quote Fasal (2), ”Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh (10) tahun selepas hari Merdeka dan selepas itu, sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam Dewan, di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri”. Apa maknanya? Maknanya, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan boleh digunakan bersama Bahasa Inggeris selama tempoh sepuluh (10) tahun selepas hari Merdeka dan selepas itu, sepuluh (10) tahun yang pertama boleh digunakan secara bersama ataupun selepas itu sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya. Persoalan kita, apakah Parlimen telah memperuntukkan selainnya? Maka di sini lah, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini, bahawa Parlimen telah menggubal dan meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 exactly sepuluh (10) tahun selepas hari Merdeka yang menegaskan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi termasuk teks sahih segala Rang Undang-

Undang yang hendak dibawa dan hendak dicadangkan di mana-mana satu majlis Parlimen. Maka Peraturan Tetap mesti dipinda segera dalam Dewan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, satu lagi ialah mengenai Aturan memilih Speaker Dewan Negeri, dalam Peraturan Tetap 4 (1) yang menyebut setiap ahli yang hendak mencadangkan nama ahli yang hendak dipilih sebagai Speaker hendaklah memastikan terlebih dahulu ahli itu suka berkhidmat jika dia dipilih. Sedangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 71 (1A) berhubung pemilihan Speaker Dewan Negeri dengan jelas menyebut, seseorang tidak boleh dipilih menjadi Speaker melainkan jika beliau ialah Ahli atau layak menjadi Ahli Dewan Negeri. Perkara 71 (1A) dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor adalah selaras dengan Peraturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tetapi tidak atau belum dimurnikan lagi dalam Peraturan Tetap 4(1) Peraturan-Peraturan Tetap Negeri Selangor. Perkataan atau seorang yang layak menjadi Ahli Dewan Negeri mestilah dimasukkan dalam Peraturan Tetap 4(1). Saya juga ingin mengingatkan Dewan yang Mulia ini mengenai Peraturan Mesyuarat 88 yang menyentuh residual power of the Speaker. Antara lain menyebut, semua

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, kalau saya ingin bangkitkan, sebab Peraturan Mesyuarat 36 (1), isu ucapan seseorang ahli hendaklah dikaitkan dengan Rang Undang-Undang ataupun Usul yang dibincangkan sebab perkara berkenaan dengan Peraturan Tetap ini barangkali tidak ada kaitan dengan Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Tua jadi saya mohon Yang Berhormat supaya perhatikan perkara ini ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Cuma yang saya faham ini adalah di peringkat dasar, ini bukan di peringkat Jawatankuasa. Walaupun ini adalah perbahasan Bajet 2024 di peringkat dasar sudah tentulah kita mahu perjalanan perbahasan dan sesi pertanyaan berjalan mengikut Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Sekiranya Peraturan Tetap itu tidak dimurnikan, saya bimbang ia akan berlaku kecacatan dalam perjalanan perbahasan kita. Jadi, saya pohon Tuan Speaker boleh mengizinkan saya melontarkan cadangan supaya perkara ini boleh dibawa dalam Jawatankuasa Pilihan

Speaker

Boleh. Tiada masalah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

untuk dilakukan pindaan.

Speaker

Saya tiada masalah, cuma saya hendak ingatkan supaya Yang Berhormat kaitkan dengan Usul belanjawan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Baik.

Speaker

Yang Berhormat supaya mengaitkan Peraturan Mesyuarat 36 (1) ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Dikaitkan dengan Usul berkenaan dengan belanjawan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, saya juga ingin mengingatkan Peraturan Mesyuarat 88 antara lain menyebut, “Semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam Peraturan-Peraturan ini, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Speaker dari satu masa ke satu masa; dan masa hendak mengeluarkan perintah demikian itu, ini penting, semasa hendak mengeluarkan perintah demikian itu, Speaker hendaklah memandang kepada adat kelaziman Majlis Parlimen dalam negeri-negeri Komanwel sepanjang yang boleh dipakaikan kepada perjalanan Dewan” Maksud, “hendaklah memandang” membawa makna, Speaker must take into consideration bukan pandang kepada Sekinchan, pandang kepada amalan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Suka sangat dengan Sekinchan, terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terdapat 56 buah negara Komanwel dan yang paling dekat dan yang paling sesuai adalah adat kelaziman Majlis Parlimen di Malaysia dan Majlis Parlimen Malaysia take precedent...

Speaker

Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, suka saya hendak ingatkan Peraturan Mesyuarat 36 (9) dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat mana-mana ahli Parlimen atau Dewan Negeri, jadi, saya dalam membuatkan keputusan, saya pandang semua, tidak semestinya Sekinchan, jadi saya rasa tidak perlu sebutlah saya pandang siapa tidak pandang siapa.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tetapi pagi tadi...

Speaker

Mohon, mohon perhatikan Peraturan Mesyuarat itu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pagi tadi, pada pandangan saya Tuan Speaker tidak pandang sebelah kiri, ramai yang bangkit minta soalan tambahan tidak dipandang Tuan Speaker. Tidak apa lah.

Speaker

Boleh, boleh, kita akan tengok balik.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay. Sungai Burong saya tengok bangun lima (5) kali tidak dapat peluang. Sekali, okay.

Speaker

Tak apa, tak apa, Yang Berhormat boleh teruskan. Masa itu emas. Yang Berhormat teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, terima kasih Tuan Speaker. Baik, mana saya tadi? Ada perkara yang tidak disentuh secara spesifik, ia silent di dalam Peraturan Mesyuarat, atau Peraturan Tetap. Sebagai contoh, pakaian Ahli ketika Majlis Mengangkat Sumpah atau hari-hari persidangan yang pernah kita bahaskan ketika Majlis Angkat Sumpah yang lepas dan saya berharap perkara ini dapat dipinda tidak semestinya mengikut petua-petua Speaker yang lalu, saya tidak sebut Sekinchan, saya kata petua-petua Speaker yang lalu tetapi harus dipinda mengikut ketetapan amalan Majlis Parlimen negara-negara Komanwel. Akhirnya, Tuan Speaker, Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Selangor. Saya hendak tanya mengapa Kerajaan Negeri tidak mahu meneruskan Jawatankuasa Pilihan Khas SELCAT? Apakah Kerajaan Negeri hari ini ingin menutup ketirisan dan amalan ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban ..

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ini aduan tidak berasas. Mana ada apa-apa pengumuman bahawa Jawatankuasa SELCAT ..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sabar Bukit Gasing, saya bagi banyak peluang. Untuk makluman Bukit Gasing, di peringkat blok pembangkang telah pun menerima satu notis supaya kami mengemukakan calon-calon untuk mengisi Jawatankuasa Pilihan Dewan Negeri Selangor. Mengikut Peraturan Tetap ada 10 Jawatankuasa Pilihan yang telah pun ditentukan tetapi yang dibenarkan untuk kami mencalonkan hanya 6, 4 lagi difahamkan belum diputuskan sama ada ingin diteruskan atau tidak dan salah satunya adalah Jawatankuasa SELCAT. Sabarlah Bukit Gasing. Jangan sokong sangat Sungai Tua dapat apa?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

EXCO pun tidak dapat Bukit Gasing.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya kesian Bukit Gasing sudah 3 penggal, Banting baru masuk sepenggal sudah dapat jadi EXCO saya ucapkan tahniah kepada Banting. Speaker 3 penggal tidak dapat EXCO ini 1 penggal sudah dapat. Bagus dan tahniah saya ucapkan. Jadi saya hendak tanya saya mendesak bukan provoke ini benda yang benar. Apakah Banting baru masuk telah dapat EXCO betul atau tidak? Apakah saya memberikan fakta yang palsu Tuan Speaker 3 penggal jadi Wakil Rakyat tidak dapat jadi EXCO fakta atau tidak?

Itu urusan Parti Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Itu urusan parti masing-masing yang pilih tidak perlu campur. Itu urusan parti.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Cakap berdiri.

Speaker

Yang Berhormat sila teruskan.

Jangan disentuh EXCO tidak EXCO, itu urusan parti masing-masing

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, Meru Berdiri untuk minta penjelasan bagi laluan atau tidak.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia tidak minta pun, dia main redah saja.

Speaker

Minta.

Saya minta penjelasan kenapa Yang Berhormat Parti Pembangkang hari ini terlalu ghairah sentuh tentang lantikan EXCO dan sebagainya itu adalah keputusan parti sebelah kami Kerajaan. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat sila duduk.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia telah melanggar Peraturan Mesyuarat 37.

Speaker

Saya tegur Yang Berhormat nanti tanya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sila pastikan Ahli yang bercakap itu mahu beralah, saya belum lagi bersetuju untuk beralah dia sudah mencelah.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang bagi laluan ataupun tidak untuk Meru.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia sudah duduk macam mana nak bagi. Apalah Speaker ini. Okay, takpe. Jangan Kacau.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Bukit Gasing Berdiri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukit Gasing sudah 10 kali cukup.

Speaker

Tidak dibenarkan teruskan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya mendesak supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan

Ketelusan Selangor (SELCAT) diaktifkan dan meneruskan tugas bagi semak dan imbang di dalam Negeri Selangor.

Speaker

Tapinya Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Akhirnya Tuan Speaker.

Speaker

Mungkin izinkan saya sedikit, setahu saya kami tidak mengeluarkan apa-apa perkara berkaitan SELCAT tidak akan ditubuhkan. Jadi saya rasa perkara ini untuk makluman kepada semua. Ya, Yang Berhormat Bukit Gasing Peraturan Tetap.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Speaker, Peraturan Tetap 68, 69, 70 yang telah menggariskan enam jawatankuasa yang tetap. Jadi inilah 6 jawatankuasa yang mesti ada setiap tetapi Peraturan Tetap 71 yang menggariskan jawatankuasa seperti SELCAT akan ditubuhkan. Relax, kenapa Hulu Kelang sangat tergesa-gesa menganggap kita akan membatalkannya. Tidak apa Hulu Kelang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira. Please gunakan sebaik-baiknya cari apa-apa kesalahan jika ada go ahead pakai Jawatankuasa ini sebaik-baiknya dont worry about SELCAT.

Itu Cadangan Bukit Gasing saja.

Speaker

Hulu Kelang teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, PAC ada mandatnya, SELCAT ada mandat dia, apa masalahnya. Mengapa hendak ditangguhkan? Sebab itu saya buat bentuk dalam pertanyaan. Saya tidak tuduh Tuan Speaker ataupun Kerajaan Negeri ingin menghapuskan SELCAT. Soalan saya tanya mengapa Kerajaan Negeri tidak mahu meneruskan SELCAT? Mengapa? Ada Question mark.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Sebab itu dia kata ada bukan mengapa.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tadi sudah tanya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Hulu Kelang Pernah jadi Menteri Besar Hulu Kelang tahu prosedur ini Mesyuarat Pertama selepas pilihan raya agenda untuk tumbuhkan jawatankuasa selepas semua perbahasan bajet. Hulu Kelang tahu Hulu Kelang yang bawa usul masa Hulu Kelang menjadi Menteri Besar. Jangan kelirukan orang luar.

Melayu mudah lupa.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Bukan Melayu mudah lupa Hulu Kelang mudah lupa.

Speaker

Tidak apa Yang Berhormat Hulu Kelang akan ditubuhkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

EXCO dah pandai menjawab. Maknanya Pandan tidak mahu menggulung.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang sila teruskan dan saya nyatakan bahawa pernah kita berjumpa dan saya kata akan ditubuhkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Cepatkan, jangan lambat-lambat.

Speaker

Pernah berjumpa dan pernah berkata. Sila teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker Perikatan Nasional, dengarlah dahulu.

Speaker

Yang Berhormat teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Akan terus menjadi parti yang memperjuangkan nasib rakyat. Perikatan Nasional akan mempertahankan kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, Institusi Raja Berperlembagaan adalah payung kestabilan dan kemakmuran. Ia bagaikan sauh agar bahtera bangsa tidak dihanyutkan oleh taufan dan badai. Perikatan Nasional tidak akan berganjak walau seinci pun untuk ikut peraturan mesyuarat.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Boleh beri laluan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak izin.

Speaker

Pandamaran tidak diizinkan

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Perikatan Nasional tidak akan berganjak walaupun seinci pun untuk mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan terus mengembangkan syiar Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perikatan Nasional, saya ulang Perikatan Nasional menghormati hak semua kaum lain untuk menganuti agama dan mengamalkan bahasa ibunda dan budaya masing-masing secara aman dan harmoni seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan pastinya Perikatan Nasional akan terus berjuang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Serawak serta hak-hak yang sah untuk semua kaum. Ini lah pasak keseimbangan, kestabilan

dan keharmonian negara dan negeri termasuk Selangor sebagai negeri yang berbilang kaum dan agama. Asas ini juga menjadi pasak perjuangan Perikatan Nasional sebagai parti yang moderate dan inklusif. 22 Ahli Dewan Negeri Selangor Perikatan Nasional ingin mengulangi tekad dan ikrar kami istiqamah untuk meneruskan perjuangan atas dasar mempertahankan maruah, kehormatan dan kemuliaan atau dignity untuk Agama, Bangsa dan Negara. Kami akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif.

Speaker

Yang Berhormat apakah maksudnya dignity perkataan dalam bahasa Malaysia

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kemuliaan. Terima kasih, dengan izin ataupun dignity.

Kata martabat bahasa Melayu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya bercakap dua-dua sebab Peraturan Tetap 7 belum dipinda. Kami akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif dan bertanggungjawab kepada rakyat Selangor senantiasa prihatin dan peduli terhadap nasib rakyat Selangor dan memperkukuhkan kepercayaan atau trust rakyat yang menjadi kunci kejayaan. Harapan Negara adalah pada anak muda mereka adalah bunga bangsa dan fajar masa hadapan aspirasi mereka hari inilah yang akan memekarkan realiti hari esok. Maka perlu di bajai dan disuburkan dengan ilmu yang tinggi, jati diri yang teguh, gigih menguasai teknologi dan semangat yang kental demi pertiwi. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya saya jemput Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada Pelabuhan Klang dalam turut serta dalam sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2024 telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 10 November 2023 yang lalu bertemakan “Selangor Mandiri Memacu Kemajuan Memicu Perpaduan”. Sebelum saya memulakan perbahasan saya ingin mewakili rakan-rakan Ahli-ahli Kelab Penyokong Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Selangor kerana seramai 1.6 juta orang rakyat Negeri Selangor bersamaan dengan 60.3% menyokong Kerajaan Perpaduan untuk terus kekal di Negeri Selangor berbanding 37.1% iaitu bersama 979,482 yang hanya mengundi Perikatan Nasional pada 12 Ogos 2023. Ingin saya ingatkan di sini saya rasa Yang Berhormat Hulu Kelang pun tahu faktor-faktor kemenangan kekalahan adalah disebabkan oleh kesempadanan pilihan raya yang tidak adil dan kita tahu pada tahun 2018 kita bersama-sama semasa itu Yang Berhormat Hulu Kelang masih lagi Bukit Antarabangsa Menteri besar kita failkan saman kepada SPR untuk kita halang supaya

kesempadanan pilihan raya ini dilaksanakan kerana ia akan menjuruskan lepas keputusan-keputusan pilihan raya yang tidak adil. Ditambah pula kita tengok kedudukan jumlah pengundi di DUN Hulu Kelang adalah hanya seramai 50 ribu orang pengundi sahaja berbanding Subang Jaya mencecah sehingga 110 ribu orang pengundi. Jadi saya berharap rakan-rakan di sebelah sana seramai 22 orang, tadi Yang Berhormat Hulu Kelang untuk bersama-sama kita memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor tapi kita harap supaya bersama-sama akan menyokong supaya kajian persempadanan kawasan pilihan raya perlu dilaksanakan di Negeri Selangor ini supaya kita semua ADUN, Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor. Adalah lebih adil kalau tidak bagaimana Subang Jaya perlu memberi khidmat kepada 110 ribu orang berbanding dengan ada kawasan-kawasan saya ingat tidak sampai 20 ribu pengundi. Kawasan saya sudah 60 ribu orang pengundi sangat besar setiap hari bertambah pengundi. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat Perikatan Nasional akan menyokong cadangan untuk mengadakan semula kajian kawasan sempadan pilihan raya yang kita lihat semua pun tahu adalah tidak adil. Sebab itu keputusan nya menjurus seperti ini dan saya juga ingin. Belum sabarlah. Ingat ada yang hendak bangun tadi. Tadi Yang Berhormat Hulu Kelang selalu cakap Yang Berhormat Hulu Kelang semasa menjadi Menteri Besar adalah yang terbaik, yang terbaik akan diterima oleh seluruh rakyat Selangor tapi saya hairan kenapa Yang Berhormat Hulu Kelang berpindah kawasan bertanding kenapa tidak bertanding sahaja di Bukit Antarabangsa kalau betul rakyat akan menyokong dan kita lihat apa keputusan pilihan raya di Bukit Antarabangsa kita sudah tahu maksudnya ataupun maknanya. Jadi saya ingin meneruskan perbahasan saya, Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagai sebuah Negeri yang memainkan peranan penting dalam merefleksikan kepelbagaian dari segi etnik fahaman dan budaya Selangor adalah Baladan Aminan dikurniakan kepada kita semua. Negeri Selangor bukan sahaja diberkati dengan keamanan tetapi rezeki yang melimpah ruah kepada orang-orang yang beriman. Kita semua sedari kestabilan dan keamanan Negeri Selangor ini merupakan asas utama yang membolehkan rakyat menerima kebaikan dan manfaat. Oleh itu, Belanjawan Selangor 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar adalah bagi memperkukuhkan lagi keamanan di Negeri Selangor menjadikannya tapak yang subur bagi kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dunia kini dihadapkan dengan pelbagai ancaman dan yang terkini adalah ancaman perang di Palestin sebagai pemimpin masyarakat serta politik kita semua bertanggungjawab untuk menghadapinya dengan rasional walaupun terdapat pelbagai cabaran beberapa pihak untuk mentadbir dengan berkesan ia telah menyebabkan perlunya Selangor mengambil langkah berani untuk mempercepatkan lagi pemulihan Paska Kengerian Pandemik COVID-19. Belanjawan Selangor 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor merupakan peluang terbaik untuk Negeri Selangor memulakan langkah yang betul dalam mengatasi cabaran masa kini. Kita mengakui bahawa pada tahun 2018 usaha untuk memulakan reformasi di Selangor sepatutnya bermula namun kemajuan ini terhenti disebabkan

oleh sikap sebahagian pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen pada masa itu sehingga terjadinya peristiwa Langkah Sheraton yang menyebabkan ketidakstabilan politik pada masa itu. Dalam masa yang sama Negeri Selangor juga telah menghadapi pelbagai cabaran besar seperti Pandemik COVID-19 dan tidak disangka-sangka ialah musibah banjir yang begitu besar melanda Negeri Selangor pada Disember 2021. Walau bagaimanapun saya percaya bahawa Belanjawan Selangor 2024 adalah peluang yang terbaik untuk Selangor bangkit kembali melakukan penambahbaikan dan melangkah ke hadapan sebagai sebuah Negeri yang cemerlang dan maju ke hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Belanjawan Selangor 2024 ini telah disediakan dengan teliti oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan peruntukan yang seimbang di antara perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan sekali gus ia menggambarkan komitmen kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan yang holistik. Saya mendapati walaupun perbelanjaan mengurus adalah sebanyak 52% pada Belanjawan Selangor 2024 tetapi ia digunakan bagi memastikan pengurusan dan perkhidmatan negeri. Peningkatan gaji tahunan untuk penjawat awam gred 11 hingga gred 56 serta pelbagai tambahan elaun adalah sebahagian langkah terpuji Y.A.B. Dato’ Menteri Besar bagi menghargai dan meningkatkan taraf kehidupan kakitangan penjawat awam dan keluarga mereka. Ianya termasuklah golongan penjawat awam yang terlibat dengan pelbagai sektor seperti khidmat pembersihan, kawalan keselamatan, tambahan elaun guru-guru KAFA, penambahan bilangan guru-guru agama dan tidak dilupakan juga peningkatan elaun petugas-petugas masjid. Sementara itu, 47.4% daripada perbelanjaan Belanjawan Selangor 2024 akan diperuntukkan bagi tujuan pembangunan. Sektor sosial dan infrastruktur menerima perhatian yang adil dan saksama oleh Kerajaan Negeri Selangor di mana sejumlah RM359.17 juta akan diperuntukkan untuk sektor sosial manakala RM357.10 juta untuk sektor infrastruktur awam. Selain itu, bagi memacu pembangunan ekonomi Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM296.13 juta agar ekonomi Negeri Selangor ini akan terus kekal mampan dan berdaya saing. Manakala sejumlah RM187.6 juta akan diperuntukkan untuk sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar. Yang Berhormat Tuan Speaker, Selangor Mandiri bukan bermaksud ingin memerdekakan Negeri Selangor tetapi ianya sebuah slogan bagi membina Negeri Selangor di atas kekuatan sedia ada seperti yang sering kali disebut oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai sebuah masyarakat dan pentadbiran yang tahan uji. Kedaya tahanan ini menjadi semakin jelas dan ketara ketika pandemik COVID-19 melanda pada tahun 2020. Ketika itu Kerajaan Negeri serta rakyat Selangor seolah-olah seperti telah dianak tirikan dalam beberapa siri keputusan penting seperti perolehan vaksin yang dilengah-lengahkan untuk rakyat Negeri Selangor sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor terpaksa membeli sendiri vaksin bagi kegunaan rakyat Negeri Selangor. Pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan seperti PKP, PKPB, PKPD, PKPP dan banyak lagi PKPK dibuat tanpa ada konsultasi ataupun perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada masa itu ada juga menteri yang berasal dari Negeri Selangor tapi dilihat seolah-olah tidak

membantu rakyat Selangor hanya kerana perbezaan ideologi politik di antara Kerajaan Negeri Selangor dan juga Kerajaan Persekutuan ketika itu. Walaupun begitu, pengalaman-pengalaman berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut telah menguatkan kedaya tahanan dan kemandirian Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Y.A.B. Sungai Tua selaku Dato’ Menteri Besar Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Belanjawan Selangor 2024 dengan tema Selangor Mandiri Memacu Kemajuan Memicu Perpaduan adalah untuk memastikan Negeri Selangor bersedia untuk menghadapi pelbagai bentuk ancaman pada masa hadapan termasuklah ancaman perubahan iklim, geopolitik dan juga cabaran ataupun ancaman ekonomi. Saya percaya Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada hari ini sangat komited untuk menjadikan Selangor sebagai contoh dan teladan dalam ketahanan dan kemandirian di samping terus memperkasakan masyarakat. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Belanjawan Selangor 2024 mempunyai empat teras utama yang dirancang dengan penuh kematangan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar bagi membawa hasrat utama iaitu membina sistem ekonomi yang dapat menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Selangor, memastikan kelestarian alam sekitar, meningkatkan pendidikan serta mendukung kebajikan rakyat dan kesatuan ummah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, teras yang pertama di dalam Belanjawan Selangor 2024 adalah pemangkin pelaburan berkualiti, menjana pendapatan tinggi. Saya melihat, Pelabuhan Klang melihat hasrat utama Y.A.B. Dato’ Menteri Besar adalah untuk mencipta ekosistem pelaburan yang berkualiti tinggi yang akan memberikan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat Negeri Selangor. Usaha ini bukan sekadar buah fikiran atau idea yang dipetik daripada langit atau bintang tetapi ianya diasaskan di atas prinsip kesinambungan bagi memastikan keberlanjutan ekonomi yang seimbang dan mampan. Kedua, teras ini juga turut menitikberatkan kepada mengangkat pendidikan bestari menjamin alam sekitar lestari. Pendekatan holistik diterapkan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan pada masa yang sama memastikan alam sekitar di Negeri Selangor terpelihara dengan baik. Pendidikan yang cemerlang adalah kunci untuk membentuk generasi Selangor yang cemerlang dan cakna terhadap kelestarian alam sekitar. Teras ketiga pula menaungi kebajikan rakyat. Ianya menunjukkan keprihatinan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif di bawah Program Iltizam Selangor Penyayang yang lebih holistik di samping berusaha untuk mencipta masyarakat yang sejahtera, adil dan inklusif. Terima kasih saya ucapkan kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang telah mengekalkan serta melakukan penambahbaikan terhadap program-program Iltizam Selangor Penyayang bagi tahun 2024. Keempat, mengangkat kesatuan ummah. Menekankan pentingnya kesatuan di dalam masyarakat dalam konteks yang penuh cabaran pada masa kini saya melihat Y.A.B. Dato’ Menteri Besar amat memahami bahawa keharmonian dan kesatuan ummah adalah asas yang kukuh bagi kemajuan rakyat di Negeri Selangor.

Belanjawan 2024 ini bukan hanya mengiktiraf kepelbagaian tetapi juga memberikan penekanan pada nilai-nilai positif yang boleh menyatukan perpaduan rakyat berbilang kaum di Negeri Selangor. Saya yakin seluruh usaha ini bukanlah satu usaha yang sewenang-wenangnya tetapi ianya bersumberkan daripada Rancangan Selangor Pertama. Sebagai rakyat Negeri Selangor kita sepatutnya rasa bangga kerana Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rancangan yang tersendiri iaitu Rancangan Selangor Pertama yang telah dilancarkan buat pertama kalinya oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada bulan Ogos 2022. Selain itu, Belanjawan Selangor 2024 juga adalah merupakan hasil daripada kerjasama di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan di atas landasan yang sama sekali untuk kali pertama sejak tahun 2019. Dengan kerjasama yang begitu akrab dan erat ini, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar telah mendatangkan program-program yang dapat menjana pendapatan tinggi seperti Selangor Centre For Artificial Intelligence bertujuan untuk memastikan Selangor dapat merebut peluang luas dalam industri kecerdasan buatan yang juga mempunyai spill over effect dengan izin Yang Berhormat Tuan Speaker dalam memantapkan sistem perkhidmatan kerajaan dan juga industri kesihatan dan perubatan. Yang kedua, pembangunan Dron Selangor, dengan usaha Turkish Aerospace ianya bukanlah pembangunan dron yang terbatas dengan kegunaan aktiviti riadah dan rekreasi semata-mata tetapi ianya juga akan digunakan di dalam bidang seperti pertanian pintar, logistik, keselamatan dan pertahanan. Yang ketiga, 10 anjakan utama termasuk pembukaan wilayah ekonomi baharu seperti Integrated Development Region In South Selangor (IDRISS) dan Sabak Bernam Development Area (SABDA) di utara Selangor. Saya melihat ianya secara positif kerana pembukaan wilayah ekonomi baharu ini bakal memberikan lebih banyak peluang pekerjaan serta membuka kawasan-kawasan penempatan yang baru di samping meningkatkan taraf hidup dan kelestarian rakyat di utara dan selatan Negeri Selangor yang sedia ada.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang keempat.

Sistem pengangkutan awam seperti ...

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Jajaran rel sekitar Selangor

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang dapat memberikan nafas baru ke kawasan seperti Kapar, Jeram, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan dan Sabak Bernam.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, saya dengar perbahasan Pelabuhan Klang tadi menyebut antara lain tentang indikator-indikator yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama dan saya juga meneliti dokumen tersebut di mana Indikator ke-12 dalam Rancangan Selangor Pertama ini menggariskan kadar penyelesaian projek pada tahap 100% untuk mencapai matlamat Rancangan Selangor menyumbang 30% kepada KDNK negara menjelang 2025 . Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Pelabuhan Klang sebab bahas pun nampak layaklah boleh ganti Dato’ Menteri Besar. Adakah YB Pelabuhan Klang merasakan bahawa projek-projek yang digariskan, projek-projek mega yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama. Tadi Yang Berhormat Hulu Kelang sebut SABDA, sebut IDRISS, sebut macam-macam tadi. Adakah benar ianya boleh mencapai indikator 100% penyelesaian sebagaimana yang digariskan dalam Indikator ke-12 sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi? Terima kasih.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Pelabuhan Klang yakin ini akan dilaksanakan di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Make sure ada dalam hansard ya.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tulis. Yakin. Yakin akan buat. InsyaAllah. Yakin. Yakin kan?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang. Saya kata bukan yakin dilaksanakan. Indikatornya kadar penyelesaian projek pada tahap 100%. Yakin?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yakin. Sebab rancangan ini diperhalusi oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor. InsyaAllah.

Speaker

Yang Berhormat tolong pastikan nak berdiri lagi?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ok. Dan seterusnya yang kelima perbelanjaan tinggi infrastruktur termasuk mensyaratkan semua Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan 10% rizab yang tidak diperuntukkan pada tahun 2024 bagi digunakan untuk perbelanjaan infrastruktur awam. Saya melihat inisiatif ini secara tidak langsung akan membuatkan Pihak Berkuasa Tempatan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat setempat di kawasan

PBT masing-masing di Negeri Selangor. Yang keenam, dengan mengambil kira risiko rangkaian bekalan makanan boleh terganggu akibat keadaan geopolitik luar negara, saya memuji usaha Kerajaan Negeri Selangor yang membuat pembelian beras, ikan dan daging dibeli secara stock piling yang boleh bertahan sehingga tiga ke enam bulan bagi memastikan rakyat Negeri Selangor mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Yang ketujuh, meneroka peluang luas industri halal selain daripada hanya memfokus kepada makanan dan minuman halal tetapi juga meliputi aspek fesyen, farmaseutikal serta kosmetik. Yang kelapan, membangun usahawan kreatif sebagai peluang ekonomi baru saya amat berharap agar lebih ramai anak-anak muda dapat diketengahkan dalam program-program keusahawanan yang bakal diadakan pada tahun 2024.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, di dalam Belanjawan 2020 cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dilihat menjadi tanda aras Negeri Selangor yang telah memasuki era kebertanggungjawaban yang baru. Meskipun sudah memasuki tahun keenam belas sebagai Kerajaan Negeri, pentadbiran ini tidak bersifat ambil mudah ataupun bersikap leka tentang perkara melibatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat. Gesaan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar bahawa Selangor harus menjadi negeri paling bersih di Malaysia patut dipuji oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Ini harus dijadikan pedoman oleh Dato’-Dato’ Bandar, Yang Dipertua-Yang Dipertua, Ketua-Ketua Jabatan dan juga para pegawai di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor supaya berusaha mencapai sasaran standard kebersihan yang tinggi. Walaupun selama ini Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah berfungsi dengan baik kesedaran terhadap ruang untuk penambahbaikan adalah satu pendekatan yang progresif. Ini termasuklah peningkatan prestasi Pihak Berkuasa Tempatan dalam memberi respons terhadap aduan yang dibuat oleh rakyat seperti penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti dan infrastruktur awam seperti jalan raya, longkang dan parit, prasarana alam sekitar, landskap, lampu isyarat dan juga dewan-dewan awam di Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor kerana di dalam Belanjawan 2024 telah mengumumkan penggantian paip-paip air yang lama oleh Syarikat Air Selangor yang sebelum ini hanya sepanjang 150 km sahaja setahun. Tetapi akan ditingkatkan kepada 250 km setahun pada tahun 2024 sebagai langkah positif dan proaktif bagi memastikan tekanan air yang stabil serta bekalan air yang bersih untuk rakyat di Negeri Selangor di samping mengatasi masalah gangguan bekalan air akibat daripada kebocoran dan kerosakan paip-paip lama yang perlu diganti. Selain itu, Belanjawan Selangor 2024 juga akan memperuntukkan sejumlah RM300 juta dengan kerjasama Air Selangor iaitu pembinaan saluran paip Pulau Indah yang baru yang akan bermula pada tahun 2024. Ianya bakal menjadi satu potensi yang besar dan akan direalisasikan oleh Syarikat Air Selangor. Ianya akan menjadikan Pulau Indah sebagai kawasan perindustrian yang strategik berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Ini boleh membuka peluang ekonomi yang belum dijelajahi di samping mendatangkan

manfaat kepada penduduk dan pemain-pemain industri sekitar Pulau Indah yang selama ini mempunyai masalah tekanan air yang rendah dan gangguan bekalan air yang kerap. Sekarang apabila berlaku gangguan bekalan air kita semua sedia maklum Pulau Indah, Pelabuhan Klang adalah kawasan yang paling teruk terjejas di mana ianya adalah merupakan kawasan yang terawal sekali akan mengalami gangguan bekalan air dan juga merupakan kawasan yang terakhir akan pulih daripada gangguan bekalan air. Insha Allah saya yakin dengan pembinaan saluran paip air Pulau Indah pada tahun hadapan bermula pada tahun hadapan segala permasalahan berkaitan bekalan air yang membelenggu penduduk dan pemain industri di Pulau Indah bakal diselesaikan, terima kasih YAB Dato’ Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor dan Syarikat Air Selangor

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih YAB Dato’ Menteri Besar yang telah meningkatkan peruntukan bagi program Tuisyen Rakyat yang sebelum ini diberikan hanya kepada 65000 orang pelajar sahaja tetapi melalui belanjawan Selangor 2024 ia akan ditingkatkan kepada 120000 orang pelajar di mana peningkatan sebanyak 2 kali ganda ini jelas menunjukkan komitmen YAB Dato’ Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor terhadap pendidikan dan Pembangunan Modal Insan di kalangan rakyat Negeri Selangor.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas keprihatinan YAB Dato’ Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan para Jemaah Haji Muassasah yang akan melaksanakan Ibadah Haji di Baitullah dengan menggandakan peruntukan sedia ada daripada 1.5juta ringgit Malaysia kepada 3juta ringgit Malaysia pada tahun 2024. Ini adalah langkah dan contoh yang terbaik bagaimana kerajaan Negeri Selangor memberikan perhatian terhadap keperluan spiritual dan kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam perbahasan ini kita telah bersama-sama menyelami setiap teras utama belanjawan semua ini adalah merupakan langkah-langkah progresif yang membentuk landasan untuk Selangor yang lebih cemerlang dan inklusif Belanjawan Selangor 2024 ini juga bukan hanya sekadar mengenai nombor dan statistik tetapi juga tentang kita sebagai sebuah komuniti yang bersatu padu bagi mencapai matlamat bersama. Akhir kata dengan usaha-usaha yang telah dikupas tadi saya yakin dan percaya Negeri Selangor akan terus maju sebagai negeri yang progresif dan inovatif dalam memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyatnya. Semoga Belanjawan Selangor 2024 ini akan membawa keberkatan dan kejayaan kepada Negeri Selangor serta rakyatnya pada masa hadapan, InsyaAllah. Sekian daripada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang dengan ini menyokong penuh Belanjawan Selangor 2024. Terima kasih.

Speaker

Perbahasan seterusnya, Sijangkang

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Speaker mengizinkan masa saya untuk bersama-sama turut berbahas dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2024 pada kali ini. Pertamanya saya juga nak mengambil kesempatan apa pun yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lalu 10 hari bulan berkaitan dengan belanjawan 2024 bagi Negeri Selangor saya kira satu belanjawan yang tidak pun lari daripada belanjawan-belanjawan yang telah dibentangkan sebelum belanjawan ini yang berimbang dan belanjawan defisit dan juga diamalkan di Negeri Selangor ini, cuma 3 Penggal saya bersama-sama dalam Dewan Negeri Selangor ini, saya dapat merasakan dalam pembentangan pada kali ini saya dapat merasakan ia seolah-olah agak hambar kerana saya melihat dengan kehadiran penjawat-penjawat awam yang mana ruangan-ruangan tempat duduk yang banyak yang kosong dan saya tidak menafikan juga walaupun isi belanjawan itu mempunyai maksud-maksud dan perkara-perkara yang penting untuk Negeri Selangor tetapi saya dapat melihat banyak perkara-perkara yang berulang dan bukan bermakna tidak baik tetapi saya melihat seolah-olah tidak ada suatu perkara yang boleh memberikan satu rangsangan impak kepada rakyat Negeri Selangor apa tah lagi saya ingat kepada penjawat- penjawat awam juga yang biasanya ditunggu-tunggu adalah Bantuan Khas Kewangan dia jadi macam anti-klimaks apabila YAB Dato’ Menteri Besar umumkan Bantuan Khas Kewangan pada peringkat awal ucapan dan saya kira menjadi bahan cerita di sana mungkin ia juga mengambil iktibar daripada bantuan Khas Kewangan di peringkat Persekutuan ada sebahagian dari bantuan kewangan ini akan diberikan kepada tahun hadapan.

Jadi apa pun saya ucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar yang memakan masa hampir 3 jam untuk berbahas dengan anggaran belanjawan pada tahun 2024 ini 2.53 billion dengan peruntukan Belanja Mengurus 5.6 peratus 1.33billion dan perbelanjaan Pembangunan 47.4 peratus 1.2billion. Bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2.2 billion. Angka ini diunjurkan berdasarkan kepada track record direkodkan di mana sebelum ini hasil berjumlah 2 bilion berjaya dikutip pada bulan Ogos 2022 dan September 2023, dan kita dapat lihat juga seperti biasa penyumbang utama kepada hasil negeri pada tahun 2024 adalah premium tanah iaitu sebanyak RM890.94 juta bersamaan 40.5 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan. Sudah tentu lah Kerajaan Negeri harus melihat sumber-sumber dapatan atau pun sumber-sumber hasil yang boleh dicipta mana yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang tadi kalau kita lihat di Negeri Selangor kita boleh katakan hampir tepu tanah-tanah untuk pembangunan mana mungkin kita hanya berdasarkan kepada sumbangan hasil daripada premium di Negeri Selangor itu sendiri, cuma saya ada beberapa perkara yang saya nak sentuh dalam perbahasan saya terutama berkaitan dengan belanjawan satu juga perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu di kawasan saya sendiri. Kalau kita melihat kepada sumber hasil negeri di mana yang disebutkan oleh YAB pemberian sumbangan dan dividen daripada Anak Syarikat atau pun Badan Berkanun dan agensi kerajaan Negeri saya kira ia juga pernah diucapkan atau pun disebutkan YAB Dato Menteri Besar di dalam

ucapan Belanjawan 2019 yang lalu, yang saya kira itu menjadi dasar ataupun polisi dengan mensasarkan RM50 juta pada tahun 2019 akan diterima dalam Belanjawan 2019.

Di sini saya juga nak minta maklumat respon daripada YAB Dato’ Menteri Besar sasaran kutipan hasil dividen yang pertama daripada Anak Syarikat yang mana dikatakan di Negeri Selangor bawah pegangan MBI sebanyak 40juta ringgit pada 2024, saya nak dapat juga maklumat kalau boleh diberikan berapakah jumlah yang berjaya dikutip tahunan dari tahun 2019 sehingga tahun ini. Dan apakah fokus-fokus perbelanjaan mungkin kalau ada secara khusus dan atau pun penggunaan daripada kutipan ini atau ia menjadi kutipan yang disatukan untuk perbelanjaan keseluruhan di peringkat Negeri Selangor. Saya juga nak menyentuh sebenarnya berkaitan dengan sumber hasil kerajaan Negeri kerana kita juga maklum bahawa pendapatan daripada kerajaan Negeri juga adalah hasil daripada perlombongan sumber perlombongan kuari dan juga pasir, berapakah jumlah yang dikutip hasil daripada aktiviti ini tahunan 5 tahun yang terkini. Saya suka merujuk kepada Pekeliling Bil.2/2015 yang saya kira masih lagi terpakai Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil.2/2015 yang mana ia menjadi satu garis panduan kepada semua Pejabat-Pejabat Tanah Daerah yang mana di situ menyebutkan bahawa semua permohonan pengeluaran permit bahan batuan bagi tujuan perlombongan pasir adalah melalui Anak Syarikat kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd atau pun KSSB dan sebarang permit atau pun kelulusan yang akan yang dipohon terutamanya dari tanah kerajaan mestilah melalui permohonan tender terbuka, sebab saya suka menyeru kepada apa yang berlaku pada tahun 2020, yang mana syarikat swasta KL Larut Sdn. Bhd. saya dimaklumkan mendapat diberikan secara terus tanpa secara terbuka selepas mereka tamat pajakan pada tahun 2020, 1000 ekar yang diunjurkan pendapatan kepada Anak Syarikat yang pendapatan itu boleh menghasilkan lebih kurang 180juta dan saya dimaklumkan bahawa permohonan oleh KSSB telah ditolak dan saya nak dapat tahu juga apakah sebenarnya justifikasi diberikan kepada KL Larut Sdn. Bhd. ini tanpa tender terbuka dan adakah hanya semata-mata syarikat ini adalah syarikat yang memajak sebelum itu dan kemudian diberikan semula kepada syarikat ini.

Kemudian saya merujuk kepada pindaan kaedah-kaedah tanah Selangor 2003 dan kaedah hakmilik Strata 2015 yang mana ini juga dijangkakan akan menjadikan sumber hasil walaupun tidak banyak mungkin agak signifikan kepada kerajaan Negeri kenaikan kadar bayaran fi pejabat dijangka akan memberikan peningkatan sebanyak 50juta kepada akaun hasil negeri pelaksanaan kutipan cukai petak ke atas hakmilik strata yang telah bermula pada Jun 2018 saya nak bertanya kepada kerajaan Negeri berapakah hasil kepada kerajaan Negeri yang berjaya dikutip sehingga kini. Kemudian berkaitan dengan saya nak sentuh berkaitan dengan Bantuan Khas Kewangan BKK yang saya juga sebutkan tadi sebenarnya dalam Belanjawan 2019 YAB Dato’ Menteri Besar sendiri ada menyebutkan dalam ucapan perbahasan bahawa pemberian BKK pada tahun berikutnya akan diberikan berdasarkan prestasi kakitangan awam. Pada penggal yang lalu tidak dapat diberikan dengan dan

diberikan alasan bahawa Pandemik COVID-19 sukar untuk membuat penilaian apabila saya bangkitkan isu ini adakah kerajaan masih lagi mahu meneruskan polisi ini sebagai asas kepada pemberian bantuan Khas Kewangan pada tahun-tahun yang akan datang.

Berkaitan dengan pemacuan kemajuan di Negeri Selangor saya ingat dalam dasar teras asasi dalam ucapan Belanjawan Tahun 2019, YAB merujuk kepada mahaguru besar di Howard Business School wacana kelas ataupun gugusan sebagai kaedah untuk mempertingkatkan kemampuan ekonomi suatu negeri atau Negara berasaskan kemampuan serta potensi sedia ada di seluruh Negeri Selangor dan ada beberapa gugusan yang saya ingat secara tidak langsung di Kuala Langat di Sijangkang terlibat secara terus dalam gugusan terutamanya gugusan industri sokongan pelabuhan dan maritim dan juga industri terpilih dan industri perkhidmat. Selepas itu kemudian kita ada beberapa wujud Rancangan Malaysia, Rancangan Selangor 1 yang mempunyai penumpuan pembangunan terfokus seperti IDRISS Pulau Carey, Pelabuhan Pulau Carey, SABDA dan kini pemerkasaan perkhidmatan kerajaan atau pun Lembah Kelang Raya dan penekanan kepada kawasan-kawasan perindustrian baru dan taman perindustrian mampan dan beberapa penumpuan lain saya harapkan mungkin kalau gugusan ini sudah tidak menjadi klusterisasi, tidak menjadi satu rujukan mungkin kita lebih terfokus kepada Rancangan Selangor 1 saya mengharapkan pembangunan di Lembah Kelang 2 atau Kuala Langat ini tidak akan tertinggal walaupun ada beberapa agenda pembangunan besar seperti IDRISS, Pelabuhan Pulau Carey yang akan berlaku di Kuala Langat.

Dan saya juga ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri apakah status perancangan pembangunan Pelabuhan Carey 3, apakah master plan dan bila kalau ikutkan dalam Rancangan Selangor 1 akan bermula pada tahun 2025 dan sehingga kini pun saya ingat apabila saya bangkitkan di peringkat Dewan Rakyat masih belum lagi mendapat jawapan dan mungkin di peringkat Negeri Selangor ada perancangan-perancangan yang sudah dimulakan perbincangan di peringkat negeri. Kemudian saya ingin menyentuh kepada pengangkutan awam jajaran rail bagi menggalakkan di Negeri Selangor menggunakan pengangkutan awam serta membuka peluang di Pantai Barat, Kerajaan berhasrat untuk membangunkan jajaran rel Klang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan juga Sabak Bernam. Saya imbas kepada Ucapan Bajet Tahun 2022 disebutkan juga Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Industri Rel Negeri Selangor. Berapa banyakkah kos yang telah terlibat sehingga kini dan apakah dapatan daripada Majlis itu ataupun buat kajian. Dan disebutkan bahawa peruntukan RM3 juta diuntukkan untuk kajian tersebut, saya kira Kerajaan Negeri perlu membuat penelitian secara komprehensif sebab buat masa ini pun belum ada pembangunan-pembangunan besar yang dirancang di kawasan Utara Selangor yang sedang dibangunkan. Saya khuatir kalau dengan pembangunan rel ini, mungkin ia akan membazirkan sumber kewangan pada Negeri Selangor dan saya lihat Kerajaan Negeri juga harus melihat bagaimana penyelesaian lebih fokus untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas seperti di Kuala Selangor dan juga di Tanjung Karang terlebih

dahulu. Saya merasakan apabila WCE nanti akan beroperasi mungkin ia sudah berupaya menjadi laluan penghubung Pantai Barat sehingga ke Utara Negeri Selangor.

Daripada pemerhatian saya, saya melihat dan ada saya sebutkan pagi tadi, Bas Smart Selangor harus dikaji semula sebab penggunaan yang sangat minimum terutamanya di laluan-laluan tertentu di Kuala Langat dan saya kira sudah tiba masanya kalau betul, akan dimulakan penggunaan van DRT pada tahun ini, saya kira ia harus dilakukan agar kita tidak terus membazirkan kewangan terutamanya di Pihak Berkuasa Tempatan dalam urusan pengoperasian Bas Smart Selangor ini. Kemudian, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pembangunan jalan raya dan juga infrastruktur. Kuala Langat yang dikenali sebagai Lembah Klang ke-2 rancak dengan pembangunan-pembangunan bandar baru seperti Bandar Saujana Putra, Bandar Tropicana, Rimbayu dan Bandar Gamuda Cove. Hari ini, saya kira ia sudah menjadi sebuah daerah yang mempunyai kesesakan lalu lintas terutamanya di pekan-pekan utama yang teruk apabila lebuh, ia akan menjadi lebih teruk lagi apabila Lebuh raya WCE nanti akan beroperasi. Pada masa ini, saya melihat beberapa jalan sudah menjadi laluan utama walaupun ia sebagai alternatif di Kuala Langat untuk menghala ke Klang, Shah Alam ataupun Petaling Jaya, ia harus dinaiktarafkan kerana kesesakan lalu lintas pada hari ini ia sangat bahaya dan terdedah kepada pengguna, terdedah kepada kemalangan terutama kepada pengguna-pengguna motosikal. Ini khususnya saya hendak sebutkan Jalan B129, Jalan Garuda Kampung Batu 9 Kebun Baru, B60 Jalan Seri Cheeding dan juga Jalan Carey lama, reserve jalan yang terlalu kecil tetapi jumlah kenderaan yang begitu banyak yang terutamanya kepada pengguna-pengguna motosikal, ia menjadi sangat bahaya terutamanya pada waktu puncak. Saya mengharapkan sekiranya ia tidak dapat ditambahkan lorong, ia akan diadakan satu laluan sikal terutamanya untuk penunggang-penunggang motosikal menggunakan jalan ini.

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan penggunaan muatan berat, kenderaan yang menyalahgunakan laluan kampung untuk laluan pintas yang ia akan merosakkan jalan-jalan dan kadang-kadang ia melanggar pendawaian-pendawaian terutamanya pendawaian-pendawaian TNB dan juga Telekom dan ini memberikan satu keadaan yang tidak harmoni apabila berlaku dan kadang-kadang juga menyebabkan pergaduhan di kampung dan saya harap ini juga akan dapat diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri. Saya juga memohon supaya jalan Sijangkang utama harus diselenggarakan dengan baik. Ia rosak disebabkan oleh penggunaan oleh kenderaan-kenderaan lebih muatan dalam pembangunan WCE dan juga pemasangan paip Loji Rawatan Air Rasau ke Daerah Klang. Di sini juga saya ingin menyentuh lagi berkaitan dengan status pembangunan jejambat di Bandar Saujana Putra tempoh hari, saya ingat Yang Berhormat EXCO telah memberikan jawapan bahawa bulatan ini akan selesai pembangunan pada penghujung tahun ini, hatta, di bawah SELCAT, Jawatankuasa SELCAT, kita telah membentangkan Penyata SELCAT dan saya melihat pada hari ini, walaupun di pihak SELCAT kita yakin bahawa

tidak mungkin dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini dan pada hari ini saya kira agak mustahil kalau kita lihat di tapak jejambat bulatan Saujana Putra dan masih lagi berlaku kesesakan dan ini juga menjadi isu kepada masyarakat tempatan terutamanya penduduk-penduduk di kawasan bandar Saujana Putra, Rimbayu dan juga Tropicana dan saya mengharapkan mungkin Kerajaan Negeri boleh memaklumkan status terkini dan kita sangat mengharapkan walaupun ada beberapa perkara yang saya kira menjadi kekangan terutamanya beberapa talian termasuklah talian kabel-kabel yang ada di bawah tanah itu, bukan mudah untuk diuruskan tetapi kita mengharapkan agar ia dapat diselesaikan dengan segera.

Kemudian berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, saya ingin mendapatkan maklumat adakah pembangunan ini yang juga telah diluluskan oleh Kerajaan Putrajaya akan melibatkan kolam takungan aliran persisir sungai kerana saya kira Sungai Langat pada masa ini adalah sebuah sungai yang masih belum lagi tercemar seperti Sungai Klang dan ia juga menjadi sumber kepada air bersih kepada Loji Rawatan Air Labohan Dagang, sudah tentulah Sungai Langat ini harus dijaga daripada peringkat awal dan saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Negeri kemas kini berkaitan hotspot banjir di Kuala Langat dan baru-baru ini pun di Kampung Seri Cheeding berlaku banjir terutamanya di kawasan tanah Felcra yang berdekatan dengan Loji Rawatan Air Sungai Rasau, pembangunan Sungai Rasau itu bukan menyebabkan banjir ini tetapi apa yang saya dapat lihat sistem perparitan di kawasan sekitar itu yang menyebabkan masalah pengaliran air dan akhirnya menyebabkan banjir. Kemudian, berkaitan dengan keterjaminan makanan, adakah Kerajaan merancang untuk mengambil tanggungjawab melalui PKPS untuk terlibat dalam pertanian sawah padi bagi menjamin hasil-hasil Negeri Selangor dengan membangunkan tanah PKPS di Sungai Panjang. Kita sedia maklum pada hari ini, tanah itu adalah tanah ladang kelapa sawit tetapi saya kira bagi memastikan keterjaminan sumber padi di Negeri Selangor, saya kira mungkin ia boleh dipertimbangkan apatah lagi dengan melihat ragam iklim yang menyebabkan peningkatan air di laut yang mungkin akan menyebabkan air mengalir ke kawasan darat dan menyebabkan air masin yang mungkin tidak sesuai walaupun pada hari ini ada sistem pembangunan kawasan sawah menggunakan air masin.

Kemudian berkaitan dengan bantuan sekolah Negeri Selangor, ini pertamanya, adalah berkaitan dengan MIT, apakah perancangan MITS (Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor), apakah perancangan Kerajaan Negeri sama ada ingin, akan menambahkan lagi kerana permintaannya begitu tinggi dan menjadi pilihan kepada ibu bapa dan saya juga ingin bertanya status terkini Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar yang memakan masa terlalu lama untuk pembangunannya disiapkan. Saya maklum ada masalah dengan pihak kontraktor, kejadian litar pintas dan kebakaran yang berlaku tempoh hari sangat membimbangkan, dan pada hari ini saya ingat mungkin kontraktor yang baru nampak pembangunan itu agak laju dan bilakah jangkaan mungkin akan dapat disiapkan demi keselesaan pelajar-pelajar kita. Selain daripada itu, 23 Sekolah Agama bantuan kerajaan yang saya kira sebahagiannya

mempunyai bangunan-bangunan yang uzur dan juga sangat daif. Walaupun Sekolah Agama bantuan kerajaan ini asalnya adalah sebuah sekolah agama di bawah Kerajaan Negeri dan dibantu daripada sudut tenaga kerja dan emolumen daripada Kerajaan Pusat tetapi daripada sudut infrastruktur bangunan dan sebagainya masih lagi menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Saya mengambil contoh, seperti Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah di Sungai Manggis, Kuala Langat, infra dan juga fasiliti bangunan yang masih ada permasalahan dan termasuk juga dari sudut pendawaian elektrik harus ada peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan bangunan-bangunan dan juga infrastruktur di 23 SABK di Negeri Selangor ini. Saya juga ingin mendapatkan maklumat daripada Kerajaan Negeri, apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu Sekolah-sekolah Agama Persendirian yang menghadapi masalah pengoperasiannya apabila mereka ini daripada sudut bangunannya yang tidak dapat diberikan kelulusan oleh pihak PBT yang akhirnya ia juga memberikan kesan kepada pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Apakah yang boleh dibantu oleh Kerajaan Negeri kerana kita tahu di Negeri Selangor ini ramai pelajar-pelajar yang ibu bapanya memang berminat untuk menghantar anak-anak di sekolah seperti ini, adakah Kerajaan Negeri juga akan menambah lagi pembinaan Sekolah-sekolah Islam Persendirian di peringkat menengah di Negeri Selangor.

Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Sekolah Agama Darul Mujahidin, apakah status pembangunannya? Kalau peringkat awal pada tahun 2017 peruntukan sebanyak RM7 juta seperti dalam Buku Bajet dan kini, yang ini sebenarnya, ini adalah antara usaha oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Sekolah-sekolah Agama Persendirian yang uzur dan dibantu, pada awalnya, kita memperuntukkan RM6 juta setiap sekolah untuk tiga (3) sekolah di Negeri Selangor dan hanya satu (1) sekolah yang selesai dibangunkan iaitu di Kuala Selangor dan satu (1) lagi di Darul Mujahidin dan kalau saya lihat bahawa peruntukan RM7 juta pada tahun 2017 itu sebenarnya adalah projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang akan berakhir pada 2025 dan pada tahun ini, saya tengok daripada RM5 juta kalau tidak silap saya, pada tahun ini, dalam Buku Bajet hanya diuntukkan sebagai RM10 sahaja sebagai token. Saya khuatir ia tidak dapat dilakukan kerana ini sebenarnya adalah salah satu daripada projek penempatan semula penduduk Darul Mujahidin yang mana sekolah ini berada di perkampungan tersebut dan pada peringkat awal dahulu saya melihat pembangunan perumahan dijangka siap dan akan, pembeli akan masuk pada penghujung tahun ini dan sekolah masih belum lagi dibangunkan, mereka masih lagi menggunakan bangunan di tapak yang lama dan ia tidak mendapat kelulusan untuk pengoperasian ataupun pendaftaran dengan JAIS dan peringkat awal sebenarnya sudah dijanjikan, apabila perpindahan berlaku dan pembangunan bangunan sekolah ini dapat dibangunkan, mereka akan berpindah. Selagi itu, mereka akan menggunakan bangunan yang saya kira akhirnya akan memberikan ketidakselesaan kepada sistem pentadbiran di peringkat sekolah di tapak yang awal. Kemudian, saya juga ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, saya ingat pada 2019 Dato’ Menteri Besar ada menyebutkan dasar tapak lot lidi yang akan dibangunkan di Negeri Selangor.

Saya lihat lot lidi ini masih lagi berlaku bukan sahaja di Kuala Langat tetapi di beberapa daerah-daerah yang lain. Ini memberikan permasalahan kadang-kadang lotnya terlalu kecil, sistem infranya juga bermasalah dan ia juga menjadi isu kepada pihak TNB apabila mereka ingin memberikan supply bekalan elektrik, mereka tidak dapat memberikan bekalan dengan sebaik mungkin kerana mereka tidak boleh mengadakan stesen jana kecil yang diperlukan untuk menampung keperluan kepada lot-lot kecil ini. Dan saya ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri bilakah dasar ini akan dibangunkan kalau tidak, tidak ada dasar, rakyat akan terus terbeban dan akhirnya ia akan juga menjadi permasalahan kepada kesejahteraan kepada rakyat di Negeri Selangor ini. Kemudian, saya ingin menyentuh kepada isu berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Terosot. Belanjawan 2022 menyebutkan secara spesifik memulihkan Hutan Rosot di Kuala Langat disebabkan kebakaran dan pencerobohan dan PKPS diberikan tanggungjawab untuk menanam semula pokok-pokok kayu-kayan dengan peruntukan 20 juta ringgit. Apakah eh..status projek atau pun projek ini dan adakah ia juga melibatkan kawasan hutan simpan kekal Kuala Langat utara yang mana tempoh hari di nyah wartakan untuk tujuan pembangunan bercampur dan kemudian selepas mendapat bantahan daripada rakyat dan juga beberapa entiti lain diwartakan semula sebagai hutan kekal simpan Kuala Langat dan saya harapkan itulah satu-satunya hutan yang sangat kecil er..di Kuala Langat dan saya harapkan pemuliharaan dan pemeliharaan dapat penanaman pokok itu akan dilakukan dengan sebaik mungkin.

Kemudian saya ingin menyentuh berkaitan dengan Perpustakaan Desa Taman Seri Taman Seri Medan di Sijangkang peruntukan dalam Buku Belanjawan pada Tahun 2017 sejumlah 4 juta ringgit pada tahun ini 10 ringgit..10 ringgit sahaja sebagai token dan saya lihat dalam Buku Belanjawan yang akan datang sudah tidak ada lagi peruntukan dan saya harapkan dia dapatkan respons yang baik kerana tapak ini sudah di wartakan sebagai tapak perpustakaan Desa Taman Seri Medan dan ada peruntukan tetapi masih lagi walaupun sepenggal tidak ada lagi pembangunan sehingga pada hari ini.

Kemudian, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan tapak rumah peneroka dasar milikan tapak rumah tanah kerajaan yang dahulunya kita ada dasar pemberian dasar premium 1 ribu ringgit kepada tapak-tapak yang telah diduduki lebih daripada 10 tahun dan ia selagi tidak dijual itulah premium yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri iaitu 1 ribu ringgit.

Saya ingin memberikan cadangan di sini supaya, tapak-tapak seperti ini mungkin dilanjutkan boleh dilanjutkan penggunaan kaedahnya kepada tapak-tapak tanah kerajaan yang digunakan untuk tujuan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan atau pun kebajikan oleh pihak-pihak NGO kerana saya dapati banyak juga ttapak-tapak tanah kerajaan yang dibangunkan bangunan-bangunan dan struktur untuk tujuan-tujuan yang sangat baik yang sangat murni untuk tujuan kebajikan dan kemasyarakatan.

Saya ambil salah satu daripada contoh di sini, yang saya ingin merujuk kepada penggunaan pengusaha taska dan PDK Teluk Panglima Garang oleh Koperasi Wanita Jaya Bhd semenjak 1980..1998 walau pun ini diwartakan sebagi kawasan lapang tetapi saya melihat di kawasan taman ini, dia tidak menjejaskan kawasan lapang itu hanya sebahagian sahaja daripada kawasan itu telah dibangunkan bangunan untuk tujuan taska dan PD..PDK yang saya sangat yang saya lihat yesangat diperlukan dan saya harapkan ini mungkin boleh dilihat oleh kerajaan negeri untuk tujuan seperti mana saya katakan tadi pemberimikan..pemberian tapak dengan premium RM1,000 selagi ianya tidak dijual atau pun disalahgunakan.

Perkara yang lain yang saya nak sebutkan adalah berkaitan dengan gangguan di kawasan di kawasan kawasan kawasan saya terutamanyalah gangguan anjing liar yang saya kira tidak ada penyudahnya kita berikan tanggungjawab ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan tetapi di luar kemampuan daripada pihak Berkuasa Tempatan. Ribuan anjing liar yang ditangkap tetapi usaha untuk menyelesaikan ia tidak dapat diselesaikan sehingga pada hari ini. Isu nya adalah ianya sangat memberikan impak yang tidak baik kepada kesejahteraan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.

Begitu juga dengan gangguan monyet yang hilang tempat tinggal mereka apabila ada pembangunan hari ini monyet masuk kampung monyet masuk rumah-rumah orang, merosakkan struktur rumah merosakkan keadaan di dalam rumah, mengambil makanan dan sebagainya ini juga satu isu yang saya kira sangat besar yang harus diselesaikan sebab kalau kawasan saya banyaklah rumah-rumah yang teruk dimasuki oleh monyet ini dan bila terlalu banyak tuan rumah pun takut untuk masuk rumah dan saya kira ini kita tak boleh tembak monyet kalau pengancam-pengancam haiwan lain mungkin boleh tapi monyet ini kita tidak boleh tembak tapi apa caranya untuk kita selesaikan. Kalau tidak ia juga bukan sahaja kepada rumah-rumah atau pun tempat tinggal kita tetapi kepada tiang-tiang lampu dan juga perkara-perkara yang lain yang boleh merosakkan hal-hal lain, mengganggu kesejahteraan kehidupan kita seharian.

Jadi saya ingat itu antara beberapa perkara yang saya nak sebutkan sengaja saya menyentuh beberapa berkaitan kawasan saya sebab apa mungkin saya tidak boleh berada semasa dalam peringkat jawatankuasa kerana pada masa ini pun berlaku persidangan di peringkat dewan rakyat dan saya mengharapkan err..dengan perbelanjaan yang belanjawan yang telah dibentangkan ini yang penting adalah bagaimana kita dapat menguruskan kewangan dengan baik dengan tata kelola yang baik dan pengurusan kewangan yang bertanggungjawab. Terima kasih, kerana itu Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Sekarang saya mempersilakan Seri Serdang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera, Yang dihormati Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Kakitangan Kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan.

Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan perbahasan saya susulan daripada Pembentangan Belanjawan Tahun 2024. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar dan barisan EXCO di atas Pembentangan Belanjawan Selangor bagi Tahun 2024 pada hari Jumaat yang lepas yang berjumlah RM2.53 bilion yang bertemakan Selangor Mandiri, Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan.

Negeri Selangor yang merupakan tonggak utama, KDNK Negara sekali lagi mencatat sejarah apabila mencatat nilai sumbangan kepada keluaran dalam negeri kasar KDNK Malaysia pada tahun 2022 melebihi ¼ ekonomi negara iaitu pada kadar 25.5%. Angka ini juga merupakan pertumbuhan paling tinggi dan sumbangan tertinggi Negeri Selangor kepada KDNK Negara sejak Pakatan Harapan mentadbir negeri ini pada tahun 2008.

Berdasarkan pembentangan YAB Dato’ Seri Menteri Besar pada Jumaat yang..yang lepas...hasil negeri keseluruhan setakat 9 November 2023 juga telah mencapai 120% bernilai RM2.4 bilion, berbanding anggaran hasil 2023 iaitu RM2 bilion. Ini satu pencapaian yang harus dipuji barisan pimpinan kerajaan negeri dan juga seluruh penjawat awam yang bertungkus lumus memastikan bahawa Negeri Selangor terus dipacu dengan jayanya.

Tuan Speaker, sebelum saya teruskan perbahasan saya sekali lagi saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar dan juga EXCO Pentradbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor di atas pembentangan belanjawan yang sungguh mantap. Walaupun baru setahun jagung usia kerajaan perpaduan ini namun dapat kita lihat kematangannya dalam belanjawan yang telah dibentangkan pada Jumaat yang lepas.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang isu perpaduan dan keharmonian kaum. Pasca Pilihan Raya Negeri 15 telah menunjukkan satu signal yang jelas terhadap isu perpaduan di Malaysia. Di dalam sebuah tinjauan daripada badan pemikir architect of diversity Malaysia baru-baru ini memperlihatkan 6 daripada 10 daripada rakyat Malaysia adalah mangsa diskriminasi terutama diskriminasi melalui bangsa etnik. 43% daripada diskriminasi bangsa adalah datang daripada belia berumur 18 hingga 24 tahun. Tinjauan ini, dikongsi hampir 7 ke 8 muka depan akhbar-akhbar tempatan.

Bagi saya, peningkatan isu racism dan sentimen kaum di kalangan anak muda dalam kalangan anak muda dan masyarakat secara am ini adalah hasil daripada kempen-kempen Pilihan Raya yang membawa tohmahan, fitnah, pecah belah yang cuba dibawa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab demi sebuah kuasa. Namun di Selangor kita berbeza dengan Selangor kita dengan slogan Kita Selangor pada Pilihan Raya yang lalu permuafakatan yang terbina dalam pembentukan kerajaan perpaduan hari ini membuktikan kita benar-benar serius ingin membawa agenda kesepaduan dalam kalangan kaum bagi macu kestabilan sosio ekonomi dan politik di Selangor serta Malaysia.

Amanat dari DYMM Sultan Selangor juga memberi mesej yang jelas..senada agar pihak yang menunggang isu racism dan sentimen perkauman segera dibanteras bagi menjamin negeri maju seperti Negeri Selangor. Dengan kestabilan yang kita dapat rasai di bawah kerajaan perpaduan, fokus harus diberi terhadap isu-isu kritikal, merentas pelbagai aspek agar dapat dilaksanakan dengan aman dan lancar. Ikatan perpaduan yang jitu, akan menjadi asas kepada pembentukan bangsa Malaysia dan era Malaysia baharu yang gemilang.

Pujian harus diberikan kepada seluruh rakyat Negeri Selangor kerana bijak memilih pentadbiran yang mengangkat agenda perpaduan selari dengan imej Selangor sebagai sebuah negeri yang majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti mana yang ada dalam Blog Perpaduan Kerajaan hari ini Kerajaan Negeri Selangor kita lihat adanya daripada bangsa Melayu, bangsa Tionghoa dan bangsa India berbanding dengan blok sebelah sana hanya satu bangsa sahaja.

Ayuh, kita bersama-sama dari segenap masyarakat dari semua kaum dan agama bersama-sama kita memimpin negara ke arah politik baru selepas PRN ke 15. Politik baru yang tidak lagi berlandaskan politik perkauman, bukan berlandaskan sentimen agama, bangsa dan sebagainya. Politik baharu yang menyatu padukan kita semua supaya kita bersama-sama memacu Malaysia ke hadapan kerana ianya adalah tanggungjawab kita bersama.

Empat teras utama Belanjawan 2024 Yang Berhormat Speaker merujuk kepada pembentangan belanjawan oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Jumaat yang lalu saya ingin tegaskan bahawa belanjawan ini satu bukti bahawa Kerajaan Negeri Selangor ini sangat inklusif dengan keempat-empat teras yang menjadi tunjang kepada belanjawan ini saya yakin bahawa setiap lapisan masyarakat akan mendapat nikmat daripadanya.

Selaras dengan agenda untuk mendapatkan pelaburan berkualiti dan juga hasrat kerajaan untuk menjana pendapatan tinggi, langkah kerajaan dalam memberi fokus kepada industri kecerdasan buatan atau pun artificial intelligent (AI) dengan izin ini sangat bertempatan dengan arus pemodenan global dan juga revolusi perindustrian 4.0. Namun begitu, dalam keghairahan untuk kita mengejar kecanggihan teknologi ini

kerajaan seharusnya jangan ketepikan usaha-usaha untuk memanusiawikan kecerdasan buatan ini. Sebagai contohnya bagaimana kecerdasan buatan ini dapat digunakan dan dibangunkan secara inklusif untuk membantu masyarakat lapangan yang tidak semuanya mendapat privilege dengan izin dengan teknologi ini.

Dengan itu, saya berharap agar dengan kebijaksanaan pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Menteri Besar ini mengambil perhatian dengan perihal ini. Isu pendidikan, jika kita lihat pada teras kedua ini amat berkait rapat dengan isu pendidikan saya harus puji tindakan yang diambil oleh kerajaan di bawah pemerintahan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang meletakkan portfolio pendidikan di bawah tanggungjawab YAB Dato’ Menteri Besar sendiri.

Hal ini, akan membuka ruang perhatian yang lebih kepada isu pendidikan di Negeri Selangor dan seterusnya menjamin sebarang keperluan berkait isu pendidikan agar sentiasa mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Sebagai buktinya, kita dapat saksikan pembentangan hampir 100 juta ringgit diperuntukkan untuk inisiatif-inisiatif berkaitan dengan pembangunan pendidikan dan juga bantuan persediaan buat para pelajar dan maha siswa.

Jumlah ini , menunjukkan bahawa komitmen kerajaan dalam menyediakan kepakaran masa hadapan yang dapat berbakti semula kepada kecemerlangan Negeri Selangor secara berterusan dari semasa ke semasa serta menunjukkan bahwa kerajaan sangat mementingkan akses pendidikan kepada rakyat. Jika dilihat dalam teras dua ini pelbagai inisiatif menarik berkaitan dengan pembangunan sektor pendidikan. Antaranya bantuan asas kepada pelajar, bantuan asas yuran universiti (BAYU) RM500-RM1000 peruntukan sebanyak RM5 juta. Hadiah pengajian institut pengajian tinggi Selangor RM1000 dengan peruntukan RM3 juta antara yang tertinggi berbanding negeri lain tak tahulah Kelantan, Terengganu, Kedah berapa dia bagi. Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, PEDULI SISWA, program khas, pinjaman boleh ubah, peruntukan RM9 juta.

Saya juga ingin menyentuh berkaitan isu program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini diperuntukkan dengan dana yang agak besar iaitu hampir RM10 juta. Di kesempatan ini saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan apakah mekanisme pelaksanaan program ini dan apakah keberhasilan daripada program ini daripada tahun 2022 dan juga 2023. Saya dimaklumkan bahawa program ini diletakkan di bawah tanggungjawab BPSM dan juga MBI jadi bagaimanakah jaminan kerajaan bahawa program ini dapat dilaksanakan secara lebih meluas dengan kerjasama daripada DUN untuk meningkatkan capaian program ini. Tuan Speaker, kalau kita perhatikan kepada perbelanjaan pembangunan, yang diumumkan pada hari Jumaat yang lepas, kita akan lihat betapa kerajaan mementingkan aspek sosial dan kebajikan. Hampir RM359 juta yang diperuntukkan untuk inisiatif-inisiatif di bawah payung sosial ini. Teras 3 yang menyentuh berkenaan menaungi kebajikan rakyat adalah sangat penting untuk dibahaskan kerana perkara ini sangat dekat dengan

rakyat. Inilah yang dinikmati secara langsung dari semua lapisan masyarakat terbukti bahawa kerajaan bukan sahaja memberi fokus kepada isu kebajikan malah bersedia dengan penyediaan dasar-dasar yang mampu membantu golongan yang berkaitan untuk mendepani dan keluar daripada masalah kehidupan mereka.

Sebagai contoh ya Tuan Speaker, Dasar Berkenaan Ekonomi Penjagaan Pembangunan Wanita dan Keluarga Serta Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor kesemua ini adalah inisiatif-inisiatif yang menyentuh dan berkait dengan golongan rentan seperti warga emas, OKU dan juga kanak-kanak. Dengan jumlah peruntukan yang besar ini saya amat harapkan kerajaan Negeri dapat benar-benar deliver dengan izin, kesemua inisiatif yang dirancang supaya kesenangan dan kemudahan ini dapat dinikmati dengan saksama oleh semua rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Seri Serdang, minta laluan.

Panjang lagi ni. Sekejap. Pengukuhan agama Islam pula diletakkan sebagai salah satu teras dalam belanjawan kali ini adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri Selangor sangat mementingkan aspek penjagaan dan pembangunan umat Islam di negeri ini. Tidak seperti tohmahan-tohmahan dan juga fitnah-fitnah yang dilemparkan di luar sana kononnya kerajaan Negeri Selangor ini liberal dan sebagainya. Misalannya pada sesi Pilihan Raya yang lalu, tular dakwaan berkait penutupan sekolah tahfiz di Negeri Selangor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah satu contoh tuduhan jahat ke atas Kerajaan Negeri dalam menghasut pemikiran rakyat bahawa Kerajaan Negeri tidak lagi mengangkat agenda Islam di negeri ini sedangkan prosedur dan aspek keselamatan sekolah tidak mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PBT. Namun dengan ucapan Belanjawan pada Jumaat lalu sekali lagi kerajaan menepis segala tuduhan jahat berkenaan apabila Teras Keempat dalam Belanjawan kali ini sememangnya menyentuh berkenaan agenda pemerkasaan Islam di negeri ini. Belanjawan Selangor 2024 ini jelas menyatakan bahawa hasrat kerajaan untuk memberikan bantuan khusus kepada umat Islam ..

Seri Serdang..

Hasrat kerajaan untuk memberikan bantuan khusus kepada umat Islam yang menunaikan haji. Peningkatan bantuan kepada jemaah haji muhassasah daripada bantuan wang saku RM500 kepada bantuan subsidi ini adalah bukti kukuh bahawa kerajaan Negeri Selangor sekali lagi mengorak langkah dan mencipta sejarah dalam aspek dan juga agenda menjaga kebajikan umat Islam. Secara asasnya, keempat-empat teras ini merangkumi pelbagai inisiatif baik yang mampu memanfaatkan hampir 7 juta penduduk Selangor dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang pada tahun 2024 termasuklah jangkaan ketidakstabilan ekonomi akibat dari krisis yang berlaku di

Timur Tengah khususnya isu berkait Palestin dan juga Israel. Bantuan Khas Kewangan, Tuan Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin menegaskan keprihatinan pentadbiran kerajaan Negeri di bawah YAB Dato’ Seri Menteri Besar terhadap penjawat-penjawat awam Negeri dan juga penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat untuk perkhidmatan negeri dengan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak 2 bulan setengah gaji secara 3 fasa yang telah dimulakan agihan pada fasa pertama pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu. BKK ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap pencapaian yang memberangsangkan pada tahun ini. Saya percaya BKK ini juga bakal meringankan beban para penjawat awam khususnya bagi Fasa 3 nanti sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan dan juga persiapan sesi persekolahan yang akan bermula pada bulan Mac 2024.

Tuan Speaker, saya tertarik untuk membahaskan juga berkenaan 3 perkara penting dalam Belanjawan Selangor 2024 ini iaitu berkenaan isu infrastruktur berkait dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, isu-isu berkait dengan peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan juga isu berkait belia dan sukan. Infrastruktur, Tuan Speaker, berkaitan dengan pembangunan infrastruktur dan juga jaringan jalan raya saya berharap agar peruntukan sebanyak RM145 juta untuk projek naiktaraf jalan dan jambatan serta peruntukan RM16.45 juta untuk kerja-kerja bukan fizikal seperti memasang lampu jalan dan sebagainya ini digunakan sebaiknya untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti jalan-jalan di Negeri Selangor supaya dapat menjamin keselamatan para pengguna. Selain daripada aspek keselamatan dan kualiti, saya juga memohon pihak kerajaan untuk memberi perhatian yang lebih serius dalam usaha menangani masalah kesesakan lalu lintas. Berdasarkan kajian berkenaan, rakyat Malaysia di Lembah Klang puratanya tersangkut di dalam kesesakan trafik selama 44 jam sebulan. Hal ini akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada produktiviti negeri kita. Oleh itu, apakah rancangan kerajaan daripada peruntukan ini untuk digunakan dalam menyelesaikan isu ini terutamanya di kawasan Seri Serdang di mana di daerah mengungi Pinggiran Putera, kesesakan trafik yang sangat teruk. Untuk makluman kita mempunyai 80 ribu penduduk yang menetap di kawasan Pinggiran Putera ini dan 22 ribu orang pengundi barangkali boleh jadi satu DUN di masa akan datang. Kawasan ini juga pesat membangun dengan kondominium mewah akibat daripada pembinaan dua buah stesen MRT iaitu Stesen Putera Permai dan Taman Equine akhirnya kepadatan bandar semakin bertambah tetapi kapasiti trafik masih sama. Jadi hampir setiap hari kesesakan berlaku di Persimpangan Jalan Putera Permai dan Persiaran Lestari Perdana yang merupakan simpang utama bersebelahan Giant Seri Kembangan. Untuk warga Pinggiran Putera keluar ke lebuh raya Damansara Puchong di awal pagi mereka harus melepasi 3 lampu isyarat utama yang memakan masa hampir 45 minit sedangkan jaraknya hanya 1 kilometer sahaja. Lebih teruk situasi sewaktu pulang kerja apabila trafik membentuk barisan panjang di kedua-dua arah menunggu lampu isyarat sehingga mengganggu aliran trafik utama LDP selama 60-90 minit untuk memasuki kawasan perumahan. Saya maklum pihak polis, pihak trafik kerap bertugas memastikan aliran trafik dalam

keadaan terkawal namun sampai bila kita nak bergantung pada keterbatasan sedangkan kita boleh duduk berbincang dengan agensi berkaitan seperti PBT dan juga LLM dan juga JKR bagi mencari solusi tuntas. Sekali lagi saya tegaskan ini soal produktiviti kehidupan rakyat yang harus kita fikirkan bersama bagi melestarikan komuniti. Saya juga berharap perancangan-perancangan trafik

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan. Seri Serdang

Sikit lagi. Melibatkan jalan atau flyover baru turut akan dibincangkan bersama, pelannya telah ada cuma pelaksanaannya masih tertangguh berikutan aspek-aspek tertentu seperti kewangan yang melibatkan pihak PBT dan developer terdekat. Tuan Speaker, selain daripada isu jalan, saya juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memperuntukkan RM24 juta.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh Seri Serdang?

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Akhirnya dapat. Terima kasih Seri Serdang. Saya tertarik apabila Seri Serdang bangkitkan isu kesesakan. Saya percaya di kawasan Puchong dan juga di kawasan Bandar Kinrara pagi-pagi pun jammed termasuk laluan di Damansara dan ini jugak melibatkan kawasan Taman Medan. Kita tahu sebelum ini ada perancangan KIDEX dan PJD Link yang telah dimaklumkan sebelum pilihan raya oleh Kerajaan Negeri Selangor bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jadi apa pandangan YB. Seri Serdang tentang PJD Link atau KIDEX ini.

Saya kira untuk KIDEX kawasan Seri Serdang tidak terlibat, YB. Taman Medan. Cuma apa jua usaha kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan jalan raya harus kita sama-sama sokong dan beri perhatian untuk kita selesaikan masalah atau sekurang-kurangnya kita mengurangkan kesesakan jalan raya yang ada dalam Negeri Selangor kita. Saya difahamkan bahawa setiap DUN di Selangor akan menerima sebanyak RM250 ribu untuk tujuan kerja-kerja memperbaiki fasiliti pangsapuri kos rendah dan kos sederhana. Saya memohon pertimbangan daripada YAB Dato’ Menteri Besar supaya menilai semula dan mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada setiap DUN bagi tujuan ini atau menyediakan peruntukan tambahan bagi kawasan mempunyai keperluan bagi peruntukan sebegini. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tuan Speaker, berkait dengan isu banjir kita dilihat pada Belanjawan kali ini peruntukan bagi JPS pada tahun 2024 berjumlah RM68 juta dan jumlah ini adalah sama seperti yang diberikan pada tahun 2023. Mengikut Buku Anggaran Belanjawan 2023, saya jadi saya memohon kerajaan nyatakan jaminan adakah peruntukan sebanyak RM68 juta ini mencukupi untuk menampung keperluan pada tahun

hadapan. Berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion dari kerajaan Persekutuan untuk projek tebatan banjir, saya mewakili seluruh rakyat di kawasan Seri Serdang berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan juga Menteri berkenaan atas keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap isu banjir yang sangat mustahak di kawasan saya Seri Serdang. Ini lah hasilnya apabila kerajaan Negeri selari dengan kerajaan Persekutuan, bukan sahaja mudah untuk kita melakukan dasar-dasar yang seiring dengan kerajaan Persekutuan, malah kita juga akan dapat manfaat yang lebih hasil kerjasama yang erat antara kedua-dua belah pihak. Berkaitan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh RM300 juta telah diperuntukkan kepada JPS saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Negeri Selangor khususnya Yang Berhormat Pandan Indah kerana prihatin dan cakna kepada kawasan banjir di DUN Seri Serdang. Sebagai langkah mitigasi perubahan iklim di negeri ini, untuk makluman sebanyak 11 projek telah dilaksanakan melibatkan kawasan Taman Seri Serdang, Taman Serdang Jaya dan Jabatan Pertanian Serdang bermula dari 2017 sehingga 2022 dengan jumlah RM12.7 juta manakala 5 projek yang masih dalam pelaksanaan sebanyak RM411 ribu dan insha-Allah akan datang projek menaiktaraf sistem saliran Seri Serdang dengan jumlah RM15 juta dalam proses reka bentuk terperinci oleh perunding. Saya doakan ia bakal menyelesaikan masalah mitigasi dan banjir di DUN Seri Serdang setelah sekian lama. Terkini Taman Serdang Jaya masih lagi dilanda banjir kilat sehingga air masuk ke dalam lantai rumah dan saya berharap kerja-kerja penyelenggaraan berskala besar oleh JPS serta berskala kecil di pihak MBSJ boleh membantu mengatasi masalah ini. Umum mengetahui taman ini sudah berusia hampir 40 tahun dan berhampiran dengan 2 kolam tadahan utama. Pastinya penyelenggaraan menyeluruh perlu diberi perhatian. Kebanyakan penghuni di sini adalah warga emas menetap di rumah ibu bapa sebagai persediaan sebarang bencana. Minggu lepas sahaja saya berkesempatan menziarahi hampir 30 buah rumah yang tercabut bumbung akibat ribut. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar kita semua berganding bahu menyelesaikan isu yang tidak berkesudahan ini. Kerisauan banjir lebih dahsyat di kawasan DUN Seri Serdang turut berlaku di sekitar Kampung Tengah dan Kampung Sri Aman. Kampung ini mengalami kesan yang teruk, kemusnahan harta-benda secara total serta trauma selepas berlakunya banjir besar pada 2021, kerja-kerja pendalaman dan pemulihan Sungai Klang di kawasan ini perlu dijalankan segera oleh JPS bagi menunjukkan keseriusan kerajaan Negeri. Bagi pembinaan saliran di Jalan Tempinis dan Jalan Kampung Kuala Kubu Baharu, Kampung Sungai Baru ..

Timbalan Speaker

Seri Serdang, 4.30. Kita tangguhkan dulu.

Sikit lagi. Sikit lagi boleh?

Timbalan Speaker

Tak boleh. Kita sambung esok Seri Serdang.

Baik, terima kasih.

Timbalan Speaker

Okay Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 4.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok 15 November 2023 jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)