Selangor · 15 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 376 turns · 39,819 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 15 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya menjemput Batu Tiga.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Perumahan SelangorQuestions

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan projek-projek bagi Program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara terperinci.

b)

Terdapat perbezaan perkhidmatan antara flat kos rendah, sederhana rendah dan rendah oleh pihak PBT, apakah solusi yang boleh dilaksanakan?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat iaitu soalan “senaraikan projek-projek bagi Program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara terperinci.” Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah bantuan yang telah diperuntukkan dan disalurkan setakat tahun ini sebanyak RM2,126,937 bagi 18 projek. Kerja-kerja yang dilakukan adalah meliputi seperti berikut iaitu :-

a) Kerja-kerja bumbung; b) Lif; c) Tangki air; d) Sesalur hujan; e) Tong sampah; f) Mengecat semula bangunan; dan g) Tangga.

Perincian bagi Program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah adalah di Lampiran 1 seperti berikut :-

i. di mana kawasan Pangsapuri Melewar, Seksyen U1 Shah Alam di bawah MBSA - itu kerja-kerja bumbung; ii. Kemudian kawasan bagi kerja-kerja Pangsapuri Damai Bestari (Blok A, Blok B, Blok C, Blok D) di bawah MBPJ iaitu kerja-kerja bumbung juga; iii. Di bawah Pangsapuri Vista Subang, Ara Damansara, kerja-kerja lif di bawah MBPJ juga; dan iv. seterusnya kawasan Pangsapuri Putera iaitu Bandar Pusat Putera Permai di bawah MBSJ - kerja-kerja bumbung; v. Juga Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ - kerja-kerja lif; dan vi. seterusnya Pangsapuri Inai (Blok E, F, G dan H) Pandan Indah di bawah MPAJ iaitu sesalur hujan; dan vii. Flat Kos Rendah Taman Cahaya Ampang (MPAJ) - tong sampah; viii. Pangsapuri Kos Rendah Fasa 1 Taman Tun Teja (MPS) iaitu mengecat; dan ix. seterusnya kawasan Apartmen Camar Selayang (MPS) iaitu kerja bumbung dan juga tangga; x. Dan seterusnya daripada Pangsapuri Bukit 1 iaitu Blok B, H dan J (MPK) Klang iaitu bumbung - kerja-kerja bumbung; xi. Dan Pangsapuri Sementa Blok 1, 2, 3 dan 4 Kapar iaitu kerja-kerja bumbung; xii. Pangsapuri Kasuarina iaitu Blok 6 dan 7 Pucak Alam (MPKS) iaitu kerja-kerja bumbung; dan xiii. yang terakhir iaitu Pangsapuri Dahlia, Bandar Seri Putera (MPKj) iaitu mengecat.

Bagi soalan (b), Yang Berhormat ada bertanyakan tentang perbezaan perkhidmatan antara kos flat rendah, sederhana rendah oleh PBT dan juga apakah resolusi yang boleh dilaksanakan.

Tuan Speaker, rumah strata di bawah penyelarasan PBT dikelaskan sebagai kos rendah dan kos sederhana adalah berdasarkan kriteria harga jualan dan juga binaan sesuatu rumah strata berkenaan. Sungguhpun ada penjelasan Skim Rendah dan Sederhana, perkhidmatan yang disediakan oleh PBT di Selangor kepada skim-skim strata berkenaan dengan adalah sama jenis tetapi kuantiti dan kekerapan

perkhidmatan yang diberikan kepada semua jenis skim penyelarasan strata. Penjelasan. Penjelasan. Okay.

Bagaimanapun kos flat rendah di bawah keistimewaan untuk nikmat (menikmati) pengecualian pembayaran cukai taksiran melalui Dasar Belanjawan Tahun oleh Kerajaan Negeri dan perkhidmatan asas disediakan ke atas skim-skim strata berkenaan dengan adalah bertujuan iaitu kutipan sampah dari rumah sampah, penyelenggaraan dan pembersihan. Namun yang demikian, perkhidmatan yang diberikan ini mestilah tertakluk kepada rumah-rumah strata di bawah tanggungjawab badan pengurusan ataupun JMB dan juga perbadanan pengurusan ataupun MC.

Selain daripada itu, Seksyen 21 dan 59 (Akta Pengurusan Strata 2013), Akta 757 telah menyatakan berkenaan kewajipan dan kuasa yang diperuntukkan kepada pihak pengurusan JMB dan MC selain daripada perkhidmatan yang diberikan oleh PBT. Perkhidmatan tambahan lain yang ditawarkan dalam kawasan strata adalah berbeza mengikut cara pengurusan pihak JMB dan juga MC mengurus sesuatu bangunan mengikut keperluan dan kedudukan kewangan dan skim strata berkenaan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Batu Tiga.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sejak program ini dilaksanakan sehingga 16 Jun 2023 sebanyak RM130 juta telah diperuntukkan. Namun saya ingin bertanya adakah kita ada usaha untuk menambahkan peruntukan selain daripada menggunakan dana daripada pihak kerajaan?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Kita sedia maklum, dalam kerja-kerja ini iaitu melibatkan kerja-kerja bumbung, lif, tangga, mengecat semula tentulah menelan kos yang begitu tinggi. Jadi daripada peruntukan yang sedia ada, kita telah menggunakan maksimum kepada berapa banyak permohonan-permohonan yang telah dipohon tetapi kita mengutamakan kepada kawasan-kawasan yang telah memerlukan sangat daripada pembaikan tangki air dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita memandang jumlah pihak pengurusan pangsapuri yang dipohon itu memerlukan baik pulih yang agak tinggi, maka kerajaan mencadangkan supaya penyelarasan peruntukan baik pulih pangsapuri rendah dan sederhana rendah kita kerjasama dengan pihak kerajaan pusat. Di mana di bawah ICU mempunyai juga bajet-bajet yang mana kita nak fokus supaya ICU ini boleh fokus kepada kerja-kerja yang berimpak tinggi seumpamanya baik pulih tangki, lif dan sebagainya. Dan Skim Ceria kita boleh fokus kepada pengecatan semula bangunan-bangunan. Jadi saya harap dengan kerjasama

daripada pihak Kerajaan Pusat dan kebetulan sekarang ini Kerajaan Pusat bersama dengan Kerajaan Negeri, ICU dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri, Insya-Allah kita cuba yang terbaik untuk dapatkan bajet-bajet atau peruntukan untuk baik pulih tersebut. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Tanjung Sepat, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Dalam kita nak melaksanakan semua projek-projek pemulihan ni, kita juga harus sedar ada banyak isu lain (isu pokok seperti soal pemberimilikan kepada unit-unit strata ini) dan sebahagian daripada perumahan terutamanya di kawasan Taman Medan sendiri dan juga di sebahagian besar di Negeri Selangor yang masih lagi belum mendapat pemilikan ini. Jadi apa dan perkara ini dah berlarutan banyak tahun. Ada banyak isu, isu dana yang tak cukup, isu kurangnya kerjasama daripada penduduk. Jadi apa langkah yang ingin diambil oleh Kerajaan Negeri, moving forward? Kerana sekarang ini kita dah nak masuk ke penggal yang baru. Saya merasakan ada pendekatan yang perlu diambil untuk selesaikan semua masalah-masalah ini yang telah berlarutan lebih 30 tahun di Negeri Selangor.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Saya rasa lari daripada tajuk soalan ni. Sebab soalannya berkaitan Skim Ceria. Jadi saya rasa tak apa. Pencerahannya boleh dan soalan akan saya jawab kerana ada Yang Berhormat tanya tentang strata ini. Tapi bagaimanapun, mengenai strata ni dia melibatkan beberapa fakta. Kita, LPHS ini sebenarnya adalah sebagai pemudah cara. Kadang-kadang melibatkan kebanyakan pemaju sendiri yang tidak membayar premium dan tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT. Jadi saya rasa nanti kalau Yang Berhormat nak, kita boleh jawab secara bertulis. Tapi ada soalan yang akan saya jawab dalam masalah strata ini. Terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Satu lagi boleh Yang Berhormat?

Speaker

Yang Berhormat Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan saya 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Pembangunan Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1)Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah ‘committed capital’ daripada pihak swasta yang telah diperolehi oleh kerajaan bagi merealisasikan pembangunan-pembangunan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan apakah persediaan anak-anak syarikat bagi menjamin kemampuan fizikal untuk terlibat sama?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Gombak Setia atas soalan yang telah dikemukakan. Rancangan Selangor Pertama adalah hasrat Kerajaan Negeri untuk mengembangkan ekonomi melalui 262 projek spesifik yang mempunyai fungsi bukan saja dari segi ekonomi, tetapi juga mencapai keseimbangan pembangunan infrastruktur serta pengukuhan sosioekonomi rakyat serta berpegang kepada tekad pembangunan yang mampan. Ia selaras dengan beberapa strategi yang telah digariskan terutamanya dengan menyemak beberapa wilayah-wilayah pembangunan sebagai strategi membugarkan ekonomi dengan melihat Selatan Selangor di Projek IDRISS, di Utara Selangor dengan SABDA dan SMG serta beberapa nilai-nilai projek bernilai tinggi yang dikenal pasti oleh pihak kerajaan negeri dengan menyemak permohonan-permohonan daripada syarikat-syarikat swasta ataupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Untuk tahun 2023 sahaja secara keseluruhan, komited kapital yang telah dikumpulkan ataupun yang dikutip daripada ataupun yang didapatkan data daripada syarikat-syarikat swasta termasuk anak syarikat Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM29.1 billion. Dan ini mewakili projek-projek seperti pembinaan Data Centre seperti pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Rasau dan beberapa projek-projek yang lain. Namun secara spesifik, ia merupakan rahsia syarikat yang bersifat rahsia yang saya tak boleh dedahkan tapi semuanya adalah lebih kurang RM29.1 billion. Terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Sebelum saya membenarkan soalan tambahan, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 24(3) dan 4 di mana pertanyaan tambahan dibenarkan tetapi tidak boleh pertanyaan itu tidak bolehlah tidak berkaitan dengan pertanyaan asal dan tidak boleh melanggar Peraturan Tetap 23 dan Peraturan Tetap 24(4), pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah untuk membahas. Jadi saya ingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya Ahli Yang Berhormat yang baru menjadi, baru dipilih. Ya silakan Yang Berhormat Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik. Soalan tambahan saya daripada RM29.1 billion yang telah komited kapital yang telah diterima untuk projek-projek dalam Rancangan Selangor Pertama, apakah sektor-sektor, apakah pecahan mengikut sektor-sektor dan apakah sasaran Kerajaan Negeri? Berapa jumlah yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri dan bagaimana dengan lima insentif yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada bulan Mac, awal tahun ini ianya mampu menyemarakkan lagi jumlah pelaburan-pelaburan yang akan masuk dalam Negeri Selangor? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kalau saya boleh ringkaskan, sebahagian daripadanya adalah sektor aktiviti pembuatan. Sebagai contoh NCT Industrial Park di kawasan IDRISS. Di sana menumpu kepada sektor pembuatan. Ada juga sektor perkhidmatan seperti Air Selangor yang saya sebut menyentuh tentang Sungai Rasau ataupun Data Centre yang dibina di kawasan PJ dengan nilai lebih kurang RM3 billion dan juga tidak ketinggalan projek pertanian seperti di kawasan SABDA yang bernilai lebih daripada RM70 juta ataupun RM60 juta. Ini antara sektor-sektor penumpuan yang ada di dalam tawaran-tawaran yang telah dikemukakan setakat ini. Maknanya yang lain seperti Selangor Agro Park belum ada komited kerana kita sedang membincangkan hal ehwal tanah. Tentang lima perkara yang telah kita kemukakan sebagai contoh bayaran caj pemajuan tanpa faedah melalui empat bayaran dan 25% bagi setiap peringkat pengecualian cukai taksiran tanah kosong yang telah kita kemukakan ini, kita boleh lihat sebagai contohnya adalah projek yang telah dilaksanakan oleh NCT. Daripada 200 ekar yang telah dibangunkan ataupun yang akan dimulakan dalam fasa pertama sekitar 50%, 60% sudah mula mendapat buyer ataupun ada komitmen daripada pembeli-pembeli yang ada di luar sana.

Begitu juga dengan kelahiran manage industrial park. PKNS sendiri telah membuka dan meneroka manage industrial park sebagai contoh di Kota Puteri dan juga baru-baru ini, kalau tidak silap saya di Petaling Jaya yang telah dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta lain untuk membuka manage dan green industrial park. Ini contoh-contoh nilai-nilai yang kita guna pakai di IDRISS yang turut diguna pakai di tempat lain yang telah sedikit sebanyak membuka peluang ekonomi berdasarkan hartanah dan nilaian yang kita ada. Terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, soalan nombor 16.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Bagaimana Peranan Unit Integriti Selangor Dalam Mengawal Gejala Rasuah Kakitangan Awam?Questions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Setakat mana unit ini terlibat dengan PBT?

b)

Kepada siapakah Unit Integriti di PBT melaporkan (report to) jika ada laporan rasuah atau salah guna kuasa?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Speaker dan Sungai Ramal atas soalan yang telah dikemukakan. Saya ingin jawab soalan ini (a) dan (b) sekali kerana ia berkaitan dan ada susulan terhadap soalan-soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013 berkaitan arahan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam. Penubuhan Unit Integriti ini adalah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti di jabatan ataupun agensi di mana-mana Unit Integriti di jabatan atau agensi masing-masing hendaklah mengemukakan laporan berkaitan pelaksanaannya kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM pada setiap empat bulan sekali iaitu sebelum 15hb Mei, September dan juga Januari (maknanya ada tiga putaran penghantaran laporan). Dan pelaksanaan di Negeri Selangor adalah selaras dengan arahan di mana jabatan ataupun agensi akan mengemukakan laporan kepada SPRM dan disalin kepada Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah ataupun JAR Negeri Selangor yang diadakan tiga kali setahun yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan Yang Berhormat.

Speaker

Ya, silakan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menjawab soalan saya. Paksi soalan ini ialah kerana data yang diberikan kepada media awam ialah dari tahun 2018 sehingga 2022 seramai (sebanyak) 314 kes rasuah yang melibatkan kakitangan awam. Dan saya merujuk kepada beberapa agensi, mungkin faktor ketidakberanian (mungkin) sebab laporan itu harus diberikan kepada Ketua Jabatan. Bila ketua unit melaporkan ketua jabatan baru dihantar ke SPRM dan sebagainya. Faktor-faktor ini mungkin

menggerunkan penjawat Unit Integriti itu memberi laporan yang bersih dan sempurna kepada Pihak Berkuasa. Dan ini kalau berlaku benar, kemungkinan ialah tidak akan mampu kita menghapuskan amalan rasuah di semua peringkat. Mungkin ada satu yang agresif di pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Ramal. Sebagaimana saya maklum, kita mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.6 2013 yang telah dilaksanakan dan diaplikasikan sepenuhnya di pihak Kerajaan Negeri. Tapi saya ingin ulang balik. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pengurusan integriti di jabatan masing-masing, Ketua Unit Integriti di jabatan/agensi hendaklah mengemukakan laporan berkaitan kepada Ketua Setiausaha Kementerian (dia bukan kepada bos di jabatannya sendiri) atau Ketua Jabatan. Maknanya kalau ada kekangan kepada Ketua Jabatan ataupun melibatkan Ketua Jabatan, ia boleh dihantar terus kepada KSU ataupun SS di pihak Kerajaan Negeri.

Dan juga yang keduanya, bahagian pengurusan integriti agensi (maknanya kalau jarinya ada, jabatan anti rasuah dan integriti seperti di MBI laporan itu akan dihantar ke sana dan juga SPRM). Maknanya bukan satu agensi yang dihantar. Jadi bermakna ia tidak akan tersangkut di mana-mana kalau mengikut pekeliling yang diberikan. Namun begitu, saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Kemungkinan berlaku tekanan-tekanan kerja ataupun berlaku tekanan-tekanan daripada mereka yang terlibat terhadap kelompok-kelompok ini kerana kita dapati dalam beberapa kes yang kita semak, laporan balas balik daripada SPRM. Kadang-kadang tekanan rakan sekerja juga memberikan kesan kepada pengambilan ataupun penerimaan aktiviti yang tidak bermoral ini. Ia melibatkan banyak beberapa jabatan-jabatan yang telah dirujuk sebelum ini walaupun tidak cukup bukti. Tetapi dari soal siasat, kebanyakan mereka tertekan dengan kelompok yang sudah mempunyai ekosistem dan juga mempunyai jaringannya yang tersendiri. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, terima kasih. Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Speaker, soalan 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Tapak Pembuangan Sampah Haram Di Negeri SelangorQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan semua tapak pembuangan sampah haram yang masih aktif di Negeri Selangor.

b)

Adakah akta sedia ada tidak mencukupi untuk pengawalan operasi tapak pembuangan sampah?

c)

Apakah akta lain yang boleh digunakan selain Akta Kanun Tanah Negara yang diguna pakai sekarang?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kajang untuk (a). Senarai tapak pembuangan sampah haram yang dikategorikan masih aktif di Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

1) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) – 18 a. Kampung Kuala Sungai Baru; b. Lorong Berkat 1, Kampung Sri Aman; c. Lorong Aman Tambahan 1; d. Jalan TPT 1, Puchong Tekali; e. Persiaran Saujana Puchong; f. Pemaju Blue Water Development, Serdang Lama; g. Jalan Desa, Serdang Lama; h. Rintis TNB, Pekan Baru Sungai Besi; i. Jalan PBS 14/1, Sri Kembangan; j. Jalan Bandar 2, Taman Wawasan; k. Jalan BK5A/1, Bandar Kinrara; l. Jalan Kinrara 1, Bandar Kinrara; m. Jalan BK1/8, Bandar Kinrara; n. Persiaran Rahman Utama 2, Taman Puncak Jalil; o. Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara; p. Persiaran Desa Milenium 1, Taman Lestari Perdana; q. Persiaran Lestari Perdana, Taman Lestari Perdana; r. Jalan 5D/1, Bandar Kinrara.

2) Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) – ada 13. a. Jalan Jasmin (tepi jalan); b. Kelab Golf Bukit Beruntung; c. Jalan Kantan 2, Industri Kantan; d. Lorong belakang Premis Industri Seroja C, Bukit Sentosa; e. Jalan belakang berhampiran Perniagaan Tripod Bukit Sentosa; f. Jalan Antara Gapi; g. Laluan ke Lata Gapi, Antara Gapi; h. Persiaran Bunga Raya;

i. Kawasan berhampiran perumahan Rasa Utama, Jalan Kebun; j. Taman Kenari 2H, Lembah Beringin; k. Kawasan Ladang Bernam Jaya; l. SKC Timah Bukit Beruntung; m. Jalan Sungai Masin menghala ke Genting Highland.

3) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) – ada 8 tempat/lokasinya :-a. Hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Rawang; b. Lot 70207 dan Lot 70210, Jalan DBP Taman Industri Dolomite, Batu Caves; c. Lot 3556, Tanah Kosong Sungai Pusu Manjuta, Gombak; d. Jalan Nanas, Taman Desa Indah, Batu Caves; e. Jalan Langsat di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Kertas; f. Rumpun Buana, Sungai Pusu; g. Jalan Tambahan 20, Kampung Baru Kundang; h. Lot 46150 dan 46231, Jalan Manggis, Sungai Kertas (laluan masuk ILIQ pintas).

4) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) – lokasinya ada 8 :-a. Kampung Simpang Balak; b. Jalan Kuari Sungai Long; c. Riching Ulu; d. Taman Universiti Lot 908; e. Taman Pusara Twin Palms; f. Bukit Ampang; g. Black Water; h. Kolam Air Panas Sungai Serai.

Tuan Speaker, seterusnya untuk

5) Majlis Perbandaran Klang (MPK) – ada 6 lokasi :-a. Lot 80249 Johan Setia (bawah pencawang TNB); b. Lot 95877, Jalan Selat Selatan 20, Pandamaran; c. Jalan Sawah Guni, Meru; d. Jalan Tangki Air, Bukit Kapar; e. Jalan Haji Jalal, Kampung Budiman, Meru; f. Lot 43205 dan 43206 Jalan Klang Perdana, Perepat (belakang Kompleks Rakan Muda).

6) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) – ada 3 lokasinya :-a. Kampung Seri Aman, Ijok; b. Kampung Seri Sentosa, Ijok; c. Jalan Ban, Ijok;

7) Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) – lokasinya 1 (Lot 7601 sehingga 7615 RTB Bukit Changgang, Mukim Tanjung Dua Belas)

Tuan Speaker, untuk (b) Akta sedia ada iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah tidak mencukupi untuk pengawalan operasi tapak pembuangan sampah. Di bawah akta ini, Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk membuat undang-undang kecil penguatkuasaan bagi Negeri Selangor. Pada masa ini adalah hanya tahap kepada kuasa di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Tahun 2007. Di bawah UUK ini, jumlah denda bagi pembuangan sampah adalah maksimum RM2,000 sahaja. Selain itu, UUK tersebut mengehadkan tindakan yang boleh diambil kepada pengusaha atau operator tapak sampah haram. Pembuangan sampah haram ini sudah menjadi satu beban kepada masyarakat. Setahu saya, pihak PBT telah mengadakan beberapa siri bengkel dan tindakan pelaksanaan bagi menangani isu ini beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, status terkini untuk Enakmen Sisa Pepejal Negeri Selangor terutamanya berkaitan dengan tindakan yang lebih komprehensif ke atas operator atau pengusaha tapak-tapak pelupusan sampah haram di setiap PBT.

Kerajaan Negeri sedar dan telah berusaha untuk menambah baik undang-undang berkaitan aktiviti pembuangan sampah dengan menggubal Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada tahun 2020. Namun perkara ini tidak dapat sambutan daripada pihak Kerajaan Persekutuan ketika itu selepas beberapa kali dipohon sejak tahun 2019 dan 2020. Sehubungan itu, MMKN ke 15/2023 yang diadakan pada 7 Jun 2023 dan disahkan oleh MMKN Ke 16/2023 (Khas) pada 16 dan 17 Jun 2023 bersetuju supaya penggubalan dan pewartaan Enakmen atau Undang-undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam diteruskan semula mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jadi cadangan penggubalan Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 kepada Undang-undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam tersebut telah dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan MMKN ke 33/2022 yang diadakan pada 14 Disember 2022 yang telah disahkan oleh MMKN ke 33/2022 pada 14 Disember 2022. Menimbang dan menangguhkan cadangan Dasar Pembubaran Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam PBT di Negeri Selangor untuk penelitian dan perbincangan lanjut Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam pada ketika itu. YB Menteri bersama YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam waktu terdekat (terkini) MMKN ke 15 pada 2023 yang diadakan pada 7 Jun 2023 dan disahkan oleh MMKN Ke 16/2023 (Khas) pada 16 dan 17 Jun 2023 telah menimbang dan menolak cadangan pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor. MMKN bersetuju supaya penggubalan dan pewartaan Enakmen atau Undang-Undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam diteruskan mengikut peruntukan undang-undang

yang berkuat kuasa. Oleh yang demikian, cadangan draf penggubalan ini sedang diteliti dan dibincangkan semula secara terperinci dengan semua PBT Negeri Selangor sebelum dapat diangkat semula kepada pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Untuk (c), Akta lain yang boleh digunakan bagi menguat kuasa tindakan terhadap penggunaan tanah sebagai tapak pembuangan sampah haram adalah seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Seksyen 82, Notis Kacau Ganggu), Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Tambahan Yang Berhormat Sungai Burong.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab tadi. Sedikit soalan tambahan. Walaupun data-data yang dibentangkan tadi adalah merupakan pasal sampah haram, tetapi di sebalik data itu kita dapat satu mesej bahawa sampah di Negeri Selangor ini sangat banyak dengan kependudukan yang semakin bertambah. Bukankah baik, bukan sekadar kajian untuk menguat kuasa tetapi membuat kajian menyeluruh dengan lebih efektif lagi supaya Selangor tidak terkenal dengan Selangor Darul sampah yang viral di media sosial yang baru-baru ini.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Tuduhan mengatakan yang Selangor Darul sampah itu tidak tepat. Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha melalui KDEB Waste Management telah pengurusan sampahnya telah berjalan dengan lebih lancar, lebih baik, lebih tersusun dan pembersihan secara setiap hari dan berkala telah dilakukan. Namun begitu kita harus sedar bahawa penduduk Selangor terlalu padat. Kita peneraju ekonomi di Malaysia. Penduduk kita lebih daripada tujuh juta dan belum dicampur dengan pekerja-pekerja asing. Campur, kalau kita campur, lebih kurang lebih sepuluh juta. Ya, pada masa yang sama sampah yang dihasilkan setiap hari Yang Berhormat lebih 7,500 tan. 7,500 tan. Jadi isunya kita perlu kerjasama daripada semua Ahli Yang Berhormat dan juga semua rakyat di luar sana untuk kita sama-sama ya, memelihara kebersihan, keindahan bukan sahaja kita membuang sampah merata tempat. Isu kerajaan kita nak bersihkan semua. Ya semua sampah-sampah. Dan isunya satu lagi ulat sampah. Kadang-kadang kita nampak orang suka membuang sampah merata-rata. Kita nak tangkap pun susah sebab mereka suka jadi ulat sampah. Jadi kebersihan ini adalah satu tanggungjawab untuk kita semua. Tak kira apa-apa agama ya. Saya minta Yang Berhormat kita bekerjasama. Terima kasih.

Soalan tambahan, Speaker.

Speaker

Untuk Yang Berhormat, saya nak menegur. Sekejap. Yang Berhormat Paya Jaras, ini adalah sesi soal jawab. Jadi sebelum EXCO menghabiskan jawapan dia, tak boleh berdiri untuk tanya ataupun mencelah. Jadi saya mohon. Sekarang saya bagi lah kepada Paya Jaras nak tanya soalan tambahan. Cuma tadi belum sampai masanya.

Baik Tuan Speaker.

Speaker

Ya.

Nak ambil peluang untuk bangun cepat-cepat takut tak nampak nanti. Tuan Speaker, saya nak balik kepada soalan daripada Tuan EXCO.

Speaker

Terus kepada soalan. Terus kepada soalan.

Apakah program yang perlu dilaksanakan? Jawapan tadi itu eskapisme ataupun tak jawab. Apakah program yang perlu kita lakukan di peringkat Kerajaan Negeri dan bersama dengan pihak penduduk bagi memastikan kesedaran-kesedaran ini sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi dapat dilaksanakan. Alasan kata penduduk itu bukan alasan. Apa program? Saya minta EXCO perjelaskan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kuang dengan soalan tambahannya. Kalau ikut eh, Paya Jaras eh.

Speaker

Paya Jaras.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Paya Jaras, minta maaf. Kalau ikut soalan tambahan ini ia tiada kaitan dengan soalan asal Tapak Pembuangan Sampah Haram Di Negeri Selangor. Jadi saya rasa kalau nak jawab. Saya bagi jawablah untuk bagi syokkan sendiri, ya saya jawab. Kita perlu program-program di pihak PBT dan juga melalui MPKK di setiap kawasan melalui semua jabatan-jabatan untuk kita adakan program gotong-royong kesedaran tentang keindahan tentang kebersihan di kawasan kita di DUN-DUN kita supaya rakyat sentiasa dididik dan termasuk juga anak-anak kecil di sekolah. Guru-guru perlu memainkan peranan untuk mengadakan program kesedaran mesra alam, cintai alam kita jangan buang sampah merata-rata. Inilah yang sangat penting untuk kita nak laksanakan pada masa hadapan. Kita semua sebagai Ahli Dewan Negeri kita punya tanggungjawab untuk mendidik penduduk kita rakyat kita turut bersama termasuk anak-anak kita. Mari kita bersama bersihkan sampah-sampah di Selangor supaya kita menjadi negeri yang bersih dan sejahtera. Terima kasih.

Speaker, saya mohon satu soalan tambahan. Isu ini isu serius.

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sila duduk. Sebelum saya memanggil ADUN yang seterusnya untuk menjawab bertanyakan soalan saya juga ingin mengalu-alukan lawatan kerja ke Dewan Negeri Selangor daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Taqwa untuk melihat fungsi Dewan yang diketuai oleh Mohamad Hidayat bin Abdul Rani selaku Penolong Pengarah Seksyen Perhubungan Dasar JAIS dan rombongannya seramai sebelas orang. Kami mengalu-alukan kehadiran semua. Saya panggil Yang Berhormat Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, Subang Jaya jangan terlepas. Soalan saya nombor 18.

Speaker

Ya. Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Kesiapsagaan BanjirQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan langkah-langkah kesiapsiagaan banjir yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri.

b)

Sila nyatakan usaha untuk memastikan agar tiada penindihan derma oleh orang awam, dan tiada pembaziran/ lebihan derma seperti makanan dan baju, terutamanya.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Subang Jaya, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pada 23 Oktober 2023 yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Mesyuarat ini bagi menyelaraskan maklumat berkaitan tinjauan cuaca sepanjang Monsun Timur Laut. Serta mendapatkan maklum balas agensi berhubung kesiapsiagaan menghadapi kejadian bencana. Ini termasuk status anggota bertugas, aset-aset serta keperluan logistik oleh setiap agensi dan jabatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah diaktifkan di semua lokasi bencana. JPBD dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri (JPBN) telah bersiap siaga memainkan peranan masing-

masing bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut dengan melaksanakan operasi dan koordinasi bersepadu di peringkat daerah dan negeri. Semua jabatan dan agensi akan memainkan peranan yang selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara Nombor 20 iaitu Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Segala bantuan pengoperasian bersepadu hendaklah diselaraskan melalui JPBD bagi tahap satu. Manakala penyelarasan bagi JPBN bagi tahap dua. Semua Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah telah diarahkan melaksanakan mesyuarat persediaan di peringkat daerah dengan segera bagi memastikan perancangan awal dalam pengurusan aset pemindahan dan menyelamat pengurusan pusat pemindahan serta bekalan keperluan asas yang mencukupi. Manakala Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor pula diminta untuk memaklumkan kawasan-kawasan hotspot serta berisiko banjir kepada JPBD dan JPBN, serta bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) bagi tujuan penyelenggaraan dan mengedarkan pelan hotspot banjir. Semua aset seperti pam air pelbagai jenis, stesen telemetri, stesen amaran, stesen sukatan luahan, stesen curahan hujan, stesen paras air, dan stesen kamera pemantauan banjir dipantau secara harian bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan bersedia. Pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dan Briged 11 Angkatan Tentera Malaysia turut diletakkan dalam keadaan bersiap siaga di mana semua agensi telah merangka pelan tindakan operasi semasa Monsun Timur Laut. Aset-aset yang digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat telah ditempatkan di lokasi strategik seperti di pangkalan hadapan di setiap daerah. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bersedia dengan pewartaan 1,152 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan memastikan garis panduan penetapan dan pengendalian mangsa yang mengalami masalah kesihatan dikuatkuasakan serta-merta. Bekalan keperluan asas semasa bencana juga dipastikan dalam keadaan baik dan mencukupi. Bagi melancarkan penyelarasan tindakan setiap agensi kerajaan, Kerajaan Negeri telah memutuskan penugasan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut seperti berikut. Tuan Ng Sze Han skop penugasan Pemulihan Kawasan Industri. Tuan Ir. Izham bin Hashim, pemulihan Infrastruktur. Tuan Borhan bin Aman Shah, Pengurusan PPS. Yang berhormat Tuan Ng Suee Lim, Pembersihan PBT, Yang Berhormat Datuk Rizam bin Ismail, Penyelarasan Bencana Luar Bandar. Yang Berhormat Puan Jamaliah binti Jamaluddin, Kesihatan. Yang Berhormat Tuan Papparaidu A/L Veraman, Tugas-Tugas Khas. Yang Berhormat Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Pengurusan Telekomunikasi dan Masjid/Surau. Yang Berhormat Puan Anfaal binti Saari, Penyelarasan Kebajikan. Unit Pengurusan Bencana melalui Smart Selangor Operations Centre (SSOC) beroperasi memantau indikasi petunjuk serta menyelaras komunikasi dengan District Disaster Operation Centre (DDOC) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dalam menangani kejadian Bencana di Negeri Selangor. Dan untuk makluman Yang Berhormat Subang Jaya, segala sumbangan oleh orang awam, badan-badan sukarela dan sektor korporat dan swasta akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana yang berpusat di Pejabat Daerah.

Speaker

Yang Berhormat. Ya, Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, soalan tambahan. Pada banjir besar tahun 2020 kami telah mendapati bahawa sistem sumbangan oleh orang awam yang sedia ada iaitu berpusat di SUK terlalu jauh daripada orang awam dan juga terlalu jauh daripada tapak di mana berlakunya banjir. Jadi kalau terletaknya di Pejabat Daerah, apa kata Yang Berhormat EXCO bahawa masalah ini akan wujud semula? Jadi adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menggunakan sistem yang mungkin lebih menyasar dan teratur supaya orang awam boleh terus menyumbang kepada mangsa-mangsa kejadian.

Speaker

Ya.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Pada ketika banjir besar 2021 ada kita menyokong satu penggunaan aplikasi website ‘Teguh Bersama’ dan pada kali ini kita juga di peringkat Unit Pengurusan Bencana telah merancang pembangunan satu dashboard pengurusan bencana dan juga pengumpulan barang-barang keperluan yang lebih komprehensif yang meliputi inventori aset dan stok bekalan bencana PPS bilangan mangsa serta pemetaan lokasi-lokasi bencana serta mobilasi petugas dan sukarelawan. Cadangan Yang Berhormat akan diambil kira bagi memastikan maklumat yang dicerap ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Speaker

Sungai Kandis. Tekan mic. Tekan mic.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Di dalam kesiapsiagaan banjir ya. Saya ingin bangkitkan di sini Sungai kandis is whole year banjir dengan macam ni. Masalah banjir di Sungai Kandis ini belum selesai. Jadi saya mohon ya this preparation juga untuk ini.....

Speaker

Whole year banjir tu dalam bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris? Yang Berhormat. Haa ya, bahasa Melayu. utamakan. Soalan apa? Soalan apa? Yang Berhormat soalan apa?

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Ya. Soalan dia tadi saya mohon kesiapsiagaan ini diteruskan setiap masa bukan hanya pada musim banjir.

Speaker

Yang Berhormat itu bukan soalan itu adalah kenyataan. Jadi saya mohon Taman Medan. Taman Medan?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker, pecah kaca, pecah gelas, soalan saya nombor 19.

Speaker

Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Non-Communicable DiseasesQuestions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah statistik terkini penyakit “Non-Communicable Diseases” di kalangan rakyat Selangor?

b)

Apakah langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri Selangor bagi mencegah dan mengurangkan penyakit “Non-Communicable Diseases” di kalangan rakyat?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Prevalens penyakit Non-Communicable Diseases ataupun penyakit tidak berjangkit adalah berdasarkan kepada tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi ataupun National Health and Morbidity Survey dengan izin NHMS yang dijalankan setiap empat tahun. Statistik berdasarkan laporan terkini NHMS bagi negeri Selangor pada tahun 2019 adalah seperti berikut. Tak dengar. Dengar. Nanti macam ceramah.

Speaker

Tekan. Tekan sikit. Tekan mic lah ye.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Pertamanya kolesterol tinggi ataupun Hypercholesterolemia sebanyak 35.7%. tekanan darah tinggi ataupun Hypertension ataupun sebanyak 27.7%, kencing manis ataupun Diabetes meletos sebanyak 18%, kemurungan sebanyak 1%. Antara faktor-faktor risiko penyakit NCD yang telah dikenal pasti dan juga Prevalens faktor-faktor risiko ini berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 adalah seperti berikut Obesiti sebanyak 32.7%, Berlebihan Berat Badan sebanyak 32.4%, tidak aktif fizikal ataupun physical inactivity sebanyak 24.2%, perokok semasa sebanyak 18.5%, pengambilan alkohol sebanyak 10%, Smokeless Tobacco and E-cigarettes and Vape sebanyak 7.2%.

Bagi jawapan (b), Kerajaan Negeri sentiasa memastikan agenda kesihatan rakat negeri Selangor terpelihara termasuklah dengan penekanan terhadap kepentingan mengenal pasti tahap kesihatan dari semasa ke semasa. Sebagai langkah pencegahan dan mengurangkan penyakit non-communicable disease dikalangan warga Selangor pertamanya, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif yang mengambil pendekatan pengesanan awal penyakit NCD. Kerajaan Negeri telah

memperkenalkan Program Selangor Saring yang meliputi pemeriksaan fizikal, ujian darah, ujian air kencing, pemeriksaan mata, gigi telinga serta fisioterapi pada tahun 2022. Melalui Program Selangor Saring, Kerajaan Negeri telah membantu sebanyak hampir 20,000 warga Selangor mengenal pasti keadaan kesihatan mereka dan risiko penyakit NCD sepanjang pelaksanaan Program Selangor Saring. Selain itu Program Selangor Kanser ataupun Selcare. Saringan kanser meliputi ujian-ujian pengesanan kanser kolarakter, payudara, serviks dan prostat juga telah dijalankan. Untuk mengatasi masalah kesihatan mental di kalangan warga Selangor pula Program Selangor Mental Sihat ataupun Sihat telah diwujudkan untuk membolehkan pengguna menjalankan ujian saringan kendiri mendapatkan cara pengurusan simptom masalah kesihatan. Mendapatkan sokongan psikososial melalui bantuan talian dan program subsidi rawatan pakar psychiatrist sekiranya keadaan pesakit didapati berada dalam tahap yang serius.

Untuk makluman Yang Berhormat, seramai 97,223 pengguna aplikasi SELangkah telah menjalankan ujian saringan kendiri melalui aplikasi SELangkah ini. Selain daripada pendekatan mengesan penyakit NCD di peringkat awal, Kerajaan Negeri juga menjalankan inisiatif-inisiatif mengurangkan penyakit NCD dengan memupuk kesedaran warga Selangor tentang kepentingan kesihatan melalui amalan gaya hidup sihat dan penjagaan nutrisi seperti Program Anak Selangor Anak Sihat dan SLIM Selangor. Kerajaan Negeri juga turut mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Sukarelawan Kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor, SUKA dalam mengadakan hebahan promosi dan advokasi kepada orang awam berhubung penjagaan kesihatan yang baik serta menerangkan punca dan risiko berkaitan dengan penyakit NCD ini.

Speaker

Soalan tambahan daripada Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Seperti Yang Berhormat bentangkan tadi, kita dapat lihat peratusan penyakit NCD di kalangan rakyat Selangor ini meningkat saban tahun dan untuk makluman Yang Berhormat juga kita juga tahu bahawa dari data yang dilihat banyak penyakit-penyakit NCD ini melibatkan keluarga ataupun mereka yang daripada kumpulan B40. It’s not the dengan izin, it’s not the disease of the rich ya sebenarnya. Dan ini sebenarnya memberikan kesan ekonomi jangka panjang kepada mereka. Dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar, soalan saya dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor yang mana penurunan sebanyak sepuluh juta daripada Program ISS, adakah kita sebenarnya dapat membantu rakyat negeri Selangor dari segi untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan mengurangkan risiko penyakit NCD ini jika dana yang diperlukan untuk program-program seperti ini dikurangkan dan capaian kita tidak dapat, the delivery of governance dari segi pelaksanaan implementasi program-program ini sebenarnya tidak lagi dapat mencapai keseluruhan rakyat negeri Selangor.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan. Sekiranya kita meneliti bajet daripada belanjawan pada kali ini, walaupun kelihatan seperti dana dikurangkan saya ingin, saya ingin memberikan perkataan yang lebih tepat iaitu adjustment, dengan izin. Saya tidak rasa sebenarnya terdapat sebarang pengurangan kerana sekiranya kita meneliti terhadap setiap program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebenarnya tiada pengurangan daripada sudut kuota dan tiada pengurangan dari segi manfaat. Sebaliknya pada kali ini berdasarkan pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebenarnya kita ada penambahan daripada segi manfaat di mana program ISS kita telah melaksanakan penambahan hospitalisasi ataupun inpatient dengan izin, di mana hanya negeri Selangor buat sementara ini memberikan manfaat sebegini di mana sekiranya warga Selangor yang merupakan penduduk B40 memerlukan bantuan daripada segi akses kepada hospital ketika emergency dengan izin, ataupun memerlukan rawatan secara segera kita membenarkan hospitalisasi. Saya rasa semua Ahli Dewan Negeri seharusnya melakukan promosi untuk program ini kerana Selangor merupakan satu-satunya negeri yang melakukan dan memberikan manfaat sebegini. Terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa.

Soalan saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Pemutihan Sekolah Agama Persendirian Negeri SelangorQuestions

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejak tahun 2020 hingga September 2023 berapakah Sekolah Agama Persendirian yang telah berjaya diputihkan?

b)

Apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk membuat pemutihan?

c)

Apakah usaha dan bantuan agensi kerajaan di dalam membantu sekolah menepati syarat PBT?

Terima Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Saya mohon soalan ini dijawab bersekali dengan soalan 115 oleh Yang Berhormat Semenyih yang juga bertanya mengenai usaha Kerajaan Negeri untuk memudahkan urusan pendaftaran sekolah-sekolah agama swasta di Negeri Selangor yang tidak mematuhi spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan. Pada dasarnya Kerajaan Negeri amat prihatin dengan keselamatan dan keselesaan para pelajar kita dan juga guru-guru kita yang berada di sekolah-sekolah agama persendirian di Negeri Selangor. Rentetan daripada beberapa insiden-insiden yang telah berlaku seawal tahun 2017 lagi. Contohnya insiden-insiden kebakaran yang telah meragut nyawa dan juga telah merosakkan bangunan-bangunan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah memulakan satu proses pemutihan sekolah-sekolah agama persendirian berdasarkan garis panduan pemutihan 1.0 yang telah diguna pakai pada 1 Januari 2021 dan masih lagi berlangsung sehingga kini. Semenjak tahun 2020 sehingga September 2023 sekolah agama persendirian yang telah dilaksanakan tindakan pemulihan tindakan pemutihan adalah sebanyak 225 buah dari 497 buah atau 45% sekolah swasta yang ada di Negeri Selangor. Pecahan untuk tindakan pemutihan bagi sekolah persendirian tersebut terdiri daripada 106 buah Mahad Tahfiz 98 buah Sekolah Rendah Islam Integrasi dan 21 buah Sekolah Menengah Islam. Halangan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk membuat tindakan pemutihan adalah yang pertama kos lantikan konsultan yang agak tinggi sebagai syarat untuk mendapat kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Kedua, pelanggaran terhadap keperluan peraturan PBT di mana sekolah yang telah beroperasi tidak berupaya mendapatkan ulasan kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ketiga, terdapat juga sedikit perubahan yang perlu dibuat pada garis panduan pemutihan 1.0 untuk memudahkan pelaksanaannya kerana garis panduan yang ada tidak melihat secara menyeluruh kemampuan sekolah persendirian untuk melaksanakannya.

Di antara usaha dan bantuan Kerajaan Negeri di dalam membantu memudahkan sekolah menepati syarat-syarat PBT adalah melalui pertama, mencadangkan semakan semula secara segera garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian Negeri Selangor 1.0 yang sedia ada untuk penambahbaikan dan ini telah dilakukan dan diadakan libat urus dan saya sendiri telah hadir dengan Persatuan-Persatuan Sekolah Agama Negeri Selangor seperti PITAS dan juga GASIS. Kedua, pendaftar Sekolah Islam juga bersetuju melalui bahagian pendidikan Islam, JAIS untuk memberi lanjutan pendaftaran yang akan tamat tempoh pendaftaran pada Disember 2023 ini kepada Disember 2024. Ini adalah untuk memberi peluang sekolah persendirian berkaitan mendapatkan ulasan lanjut daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan lanjutan pendaftaran ini juga telah diberikan dengan syarat-syarat yang

telah dilonggarkan dan kelonggaran yang diberi adalah kelonggaran masa untuk memenuhi syarat-syarat ini bagi memberikan mereka mendapatkan ulasan yang sewajarnya daripada pihak PBT serta sokongan dan ulasan daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan Bomba dan Penyelamat Zon. Kelonggaran masa yang diberikan ini adalah untuk membantu urusan pendaftaran sekolah agar mereka lebih bersedia untuk diangkat bagi kelulusan PBT seperti yang sepatutnya berlaku. Ketiga, bahagian Pendidikan Islam, JAIS juga akan membentangkan garis panduan pemutihan pendaftaran Sekolah Agama Persendirian Negeri Selangor 2.0 yang sedang dibuat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa maka akan dibentangkan kepada pihak PBT apabila garis panduan ini siap nanti. Dan terakhir sekali bantuan pemutihan sekolah tahfiz juga dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor yang berjumlah RM3.35 juta untuk membantu pihak swasta mendapatkan kelulusan daripada konsultan dan saya sukacita memaklumkan bahawa setakat ini sejumlah RM 1.17 juta telah pun diagihkan kepada 117 buah Mahad Tahfiz di Negeri Selangor.

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan. Ya. Sementa.

Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang menjelaskan soalan saya tadi. Soalan tambahan tadi disebut untuk ada kelonggaran supaya pendaftaran sementara dilanjutkan sehingga 2024. Ya ataupun tidak? Kalau ya. Di sana ada berapa kes? Di mana sekolah ini strugglelah, bersungguh-sungguh untuk memenuhi prasyarat PBT untuk mendapat KM tetapi dia ada halangan di situ. Di dalam keadaan yang sama mereka sedang membina sebuah bangunan yang baru di tapak yang baru mengikut apa yang disyaratkan. Tapi bangunan yang lama itu terhalanglah tak boleh beroperasi so tiada lesen pendaftaran. So saya harap perkara ini dapat diteliti dan sekiranya benar diberikan kelonggaran sehingga tahun 2024 maka saya harap kepada pengusaha-pengusaha sekolah agama rakyat boleh merujuk kembalilah kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Wallahuaalam.

Speaker

Soalan tambahan.

Ya betul. Lanjutan tersebut telah diberi sehingga Disember 2024 dan saya sendiri telah dimaklumkan bahawa untuk persediaan garis panduan 2.0 peratus sekolah-sekolah yang diputihkan itu harus meningkat lebih tinggi dari garis panduan 1.0 yang sedia ada.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya.

Tuan Speaker, saya ingin bertanya soalan tambahan adakah bilangan, berapakah bilangan kes kebakaran ataupun kecuaian yang disebabkan oleh ketidak patuhi ketidakpatuhan syarat yang kita tetapkan. Terima kasih.

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Seawal tahun 2017 sehingga kini terdapat tiga kes-kes insiden kebakaran yang telah berlaku di pusat-pusat tahfiz dan sekolah agama di negeri Selangor kalau saya boleh perincikan di sini pada 14 September 2017, Pusat Tahfiz Darul Quran Intifakiah telah berlaku kebakaran dan 21 orang pelajar dan 2 orang guru telah terbunuh. Pada tahun 2017 juga pada 22 Oktober 2017 terjadi satu kebakaran di blok asrama Mahad Tahfiz di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam. Walaupun tiada mangsa ekoran kebakaran itu bangunan asrama tersebut teruk terbakar dan terkini pada 30 Julai 2023 seramai 20 pelajar lelaki daripada Pusat Tahfiz Al-Masri terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan asrama lelaki di batu 9 Kampung Medan, Teluk Panglima Garang. Jadi isu-isu ini adalah live dan sering berlaku dengan izin. Kita harus mengambil pendekatan untuk mengetatkan lagi peraturan-peraturan yang sedia ada tetapi di samping itu kita harus mengimbangi membenar memberikan kemudahan kepada para pengusaha untuk mudah mematuhi garis-garis panduan yang diketatkan ini. Terima kasih.

Soalan tambahan Tuan Speaker.

Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Program BingkasQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penerima manfaat BINGKAS berbelanja secara berhemah terutamanya untuk membeli makanan yang berkhasiat?

b)

Nyatakan trend pembelian barangan oleh penerima manfaat BINGKAS.

c)

Apakah "exit policy" BINGKAS supaya bantuan boleh disasarkan kepada pendaftar baru yang lebih memerlukan?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima Kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kampung Tunku. Bagi memastikan penerima manfaat BINGKAS berbelanja secara berhemah terutamanya untuk membeli makanan yang berkhasiat. Kerajaan Negeri telah menetapkan kategori barangan makanan yang boleh dibeli iaitu barang keperluan asas seperti beras, daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, telur, tepung, mi, bihun, roti, rempah ratus, garam, gula, sos, kicap dan minyak masak. Para penerima manfaat adalah tidak dibenarkan untuk membeli makanan berproses, makanan segera dan makanan dalam tin supaya penerima BINGKAS dapat menyediakan makanan yang berkhasiat kepada keluarga.

Berkaitan dengan soalan (b) trend pembelian barangan oleh penerima manfaat BINGKAS. Setakat 30 September 2023 adalah seperti berikut saya rumuskan di mana bagi kategori 33.17% adalah beras, 18.01% iaitu bagi rempah ratus, sos, kicap, 13.49% untuk daging, makanan laut dan 7.21% untuk sayur dan buah. Manakala bagi bawah 5.96% termasuk lampin pakai buang, sabun, roti, gula, garam, biskut, tepung, telur, produk tenusu, minyak masak, mi dan bihun dan juga kita mempunyai kategori peratusan 0.02% untuk barangan persekolahan. Manakala bagi kategori buku ilmiah dah akademik dan ubat-ubatan setakat ini adalah 0% penggunaan. Untuk makluman, Kerajaan Negeri menetapkan exit policy bagi program BINGKAS iaitu tempoh manfaat BINGKAS bagi penerima yang telah berdaftar adalah selama 24 bulan sahaja. Pada bulan ke 22 penerima BINGKAS akan menerima notifikasi untuk mengemas kini maklumat mereka bagi tujuan pemutihan.

Speaker

Ya Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan Tuan Speaker. Terima kasih. Saya ingin merujuk kepada website BINGKAS. Permohonan dalam website itu pemohonan dikatakan permohonan akan disemak oleh ADUN dan PSELCARE. Jadi saya ingin bertanya untuk DUN Pembangkang, siapakah yang akan melakukan penyemakan untuk permohonan BINGKAS ini sekian.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Okay, terima kasih Yang Berhormat Permatang. Minggu lalu di pihak Sektoral, kita telah melakukan penyelarasan disebakan terdapat baki kuota yang masih berbaki bagi DUN-DUN tertentu dan juga dalam kuota tahunan kita menyediakan 30 ribu keluarga ataupun penerima yang layak. Cumanya dalam rekod semasa yang berdaftar adalah 27 ribu jadi baki-baki tersebut akan kita selaraskan dan untuk DUN-DUN Pembangkang kita akan selaraskan setelah kita melihat baki yang ada dan kita akan berikan melalui lantikan penyelaras yang baharu ataupun kita untuk buat sementara mungkin seperti apa yang kita lakukan dalam

pengagihan baucar Deepavali yang mana ada sebahagiannya di DUN bersebelahan di DUN Pembangkang dan juga di kawasan Parlimen yang mempunyai Pejabat Penyelaras.

Timbalan Speaker

Kuang, Kuang, Kuang. Yang Berhormat Kuang.

Soalan saya nombor 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Kelayakan Pemohon Program Iltizam Anak SelangorQuestions

22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah rasional kerajaan membuka permohonan Program Iltizam Anak Selangor untuk anak kelahiran Selangor semata-mata dan bukan untuk pemastautin yang terdiri daripada sebahagian besar penduduk Selangor, sedangkan mereka menetap di Selangor lebih lama dari anak jati yang telah berhijrah keluar?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kuang dah kena panggil dua tiga kali baru sedar. Kurang brief ni Hulu Kelang. Yang Berhormat sekalian, Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang membangun dan mempunyai penduduk daripada pelbagai lapisan dan juga datang daripada pelbagai pelosok termasuk dari luar negara. Namun begitu untuk memberikan fokus dan program kepada anak Selangor, kita akan memberikan tumpuan kepada mereka yang lahir dari Negeri Selangor.

Program-program yang lain kita juga memberikan tumpuan kepada mereka yang bermastautin di Negeri Selangor sebagai contoh Program BINGKAS yang diterangkan tadi ataupun ISS ataupun rawatan kesihatan kerana kita menyedari beberapa faktor yang ada bukan hanya kepada anak-anak lahir atau pun anak-anak kecil tetapi juga kepada orang yang telah dewasa. Tetapi program Anak Selangor manfaatnya walaupun secara tidak langsung kepada keluarga mampu mengurangkan bebanan untuk pendidikan anak-anak apabila berumur 18 serta 19 tahun dengan tabungan yang disiapkan oleh pihak Kerajaan Negeri ini, namun kita memberikan tumpuan kepada mereka yang lahir di Negeri Selangor.

Cuma Yang Berhormat, saya faham ada beberapa tempat dan lokaliti yang kita harus fikirkan. Tempat-tempat tersebut adalah di Sabak Bernam dan juga di Daerah Sepang. Kenapa? Sebab di dua lokaliti ini kita dapati ada beberapa komplikasi terhadap ibu-ibu yang bersalin. Mereka terpaksa menyeberang ke sempadan ke Teluk Intan ataupun menyeberang ke sempadan ke Port Dickson. Jadi kita selain daripada memohon untuk membina hospital-hospital baru seperti tapak di kawasan Sungai Pelek dan kawasan Tanjung Sepat, tetapi kita juga kena fikir apa manfaat yang diberikan dan pihak MMKN akan meneliti termasuk bagaimana untuk mengenal pasti dan juga memastikan mereka yang sebenarnya tinggal di situ dan juga memang layak untuk menerima walaupun secara teknikalnya mereka tidak boleh kerana dilahirkan di negeri yang lain. Terima kasih.

Soalan tambahan. Saya ingin memohon dan juga bertanya apakah kerajaan juga akan mempertimbangkan kepada anak-anak Selangor yang nombor IC nya 14, Wilayah Persekutuan yang lahir sebelum tahun 1975. Sebab kebanyakan nya terutama nya di kawasan bersebelahan Wilayah Persekutuan hari ini seperti di Selayang dan sebagainya kebanyakan pada masa itu lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur dan diberikan IC nombor 14 sedangkan mereka semua menetap daripada lahir di dalam Negeri Selangor.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Soalan yang ditanya adalah Iltizam Anak Selangor atau ANAS namanya. So, Program ini memang untuk anak yang lahir selepas tahun 1974 lah. Maknanya program ini bermula kembali selepas tahun 2020, setelah saya umumkan atau 2021 kalau tidak silap saya. Setelah kita menguruskan kembali program TAWAS yang memberikan tekanan kepada simpanan Kerajaan Negeri pada masa hadapan. Jadi tiada isu tentang tahun 1974 atau sebelum tahun 1974 tetapi kalau maksud Yang Berhormat tentang Skim Mesra Usia Emas, itu memang sejak azali kita laksanakan atau sejak awal kita laksanakan ia turut memberi manfaat kepada anak-anak Negeri Selangor yang lahir sebelum tahun 1974. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Pelantikan Mpkk Kurang BerkelayakanQuestions

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kriteria perlantikan MPKK di Negeri Selangor bagi mengelakkan MPKK dilantik daripada kalangan asnaf dan kurang berkelayakan untuk memimpin kampung?

b)

Adakah kriteria itu mampu untuk melahirkan MPKK yang responsif dan cekap dalam menerima aduan rakyat?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Sungai Burong, ada dua (2) soalan dan akan saya jawab secara bersekali. Pertama, berkenaan dengan Perkara 5 di dalam Garis Panduan Tatacara Peraturan mengenai Pelantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi serta urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor telah menggariskan syarat-syarat yang menjadi asas penilaian seseorang individu untuk dilantik sebagai pengerusi MPKK seperti berikut:-

i. Warganegara Malaysia keutamaan kepada anak kelahiran Selangor dan beragama Islam. ii. Berumur di antara 30 sehingga 65 tahun. iii. Sekurang-kurangnya lulus SPM atau setaraf atau mendapat kelulusan Khas daripada MMKN. iv. Menetap di dalam kampung atau kawasan pentadbirannya dan telah bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum pelantikan. v. Tidak muflis. vi. Bebas daripada sabitan kesalahan jenayah. vii. Disahkan sihat mental dan fizikal oleh Pegawai Perubatan. viii. Bebas daripada penyalahgunaan dadah. ix. Lulus tapisan keselamatan PDRM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). x. Bukan kakitangan kerajaan. xi. Aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat setempat dan pimpinan tempatan. xii. Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa xiii. Merupakan pengundi yang berdaftar di kawasan DUN berkenaan.

Secara amnya syarat-syarat yang ditetapkan ini telah menjadi asas pertimbangan dalam proses pelantikan pengerusi MPKK dan rata-rata penyandang yang dilantik telah memberikan komitmen dan khidmat di dalam menggerakkan komuniti kampung untuk melaksanakan pembangunan demi kemajuan dan kesejahteraan kampung itu sendiri di samping menjadi perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan pemasalahan atau aduan kepada pihak-pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun Garis Panduan tersebut tidak mensyaratkan seseorang calon pengerusi MPKK untuk mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Justeru, bagi pelantikan pengerusi MPKK tahun hadapan (2024) Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah akan membuat penilaian semasa proses temu duga bagi mengenal pasti calon-calon yang akan dilantik bukan daripada kalangan asnaf atau pun kurang berkelayakan.

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Burong silakan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan tambahan. Daripada apa yang dibentangkan tadi kita melihat bahawa MPKK dan Ketua Kampung ini adalah satu frontliner dalam menghadapi masyarakat kampung dalam isu bencana, dalam isu aduan jalan raya dan seumpama dengannya. Tetapi kita melihat pelantikan MPKK ini masih lagi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana imej Kerajaan Negeri banyak terletak di bawah MPKK. Jadi kami difahamkan antaranya penghulu pernah mem‘propose’kan nama yang... mereka, penjawat awam negeri ini telah propose atau telah mengutarakan nama yang layak yang difikirkan bagus tetapi proposal ataupun cadangan mereka ditolak mungkin atas faktor pemilihan parti dan seumpama dengannya. Jadi apa komen tuan?.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Seperti yang saya perkatakan tadi, kita sudah ada penilaian. Minta maaf, Yang Berhormat Sungai Burong, kita sudah ada penilaian berkenaan dengan garis panduan yang akan kita pilih dan seperti mana pelantikan negeri-negeri lain, nama yang disyorkan kebiasaannya memang hadir daripada pimpinan parti-parti gabungan dalam kerajaan yang akan disyorkan kepada saya walau bagaimanapun, nama-nama ini akan melalui proses tapisan dan temu duga seperti kelayakan yang saya sebutkan tadi untuk memastikan kualiti pengerusi JKKP akan datang ini iaitu MPKK akan mencapai tahap keberkesanan yang kita harapkan. JPKK minta maaf (ketawa). JPKK, JPKK. Minta maaf.

Timbalan Speaker

Silakan Meru.

Soalan tambahan. Saya terus kepada soalan. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melantik Ketua Kampung atau pengerusi MPKK tambahan yang berkhidmat di kawasan kampung

yang luas dan mempunyai penduduk yang agak padat supaya perkhidmatan lebih efektif dan efisien kepada masyarakat contohnya Kampung Meru. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Meru atas soalan yang diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat pelantikan Ketua Kampung Tradisi perlulah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi maksud pelantikan Ketua Kampung Tambahan ia terlebih dahulu memerlukan proses pemecahan kampung sedia ada selepas itu barulah lantikan ketua kampung dapat diadakan bagi yang baru untuk diwujudkan. Namun, buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum lagi mempunyai ketetapan tuntas berhubung perancangan untuk memecahkan dan mewujudkan kampung baharu.

Selain implikasi kewangan bagi tujuan penubuhan satu buah MPKK baharu yang berjumlah RM57,800 setahun, Kerajaan Negeri juga perlu mengambil kira implikasi kewangan bagi tuntutan keperluan infrastruktur asas sesebuah kampung pada masa hadapan seperti pembinaan dewan masyarakat, balai raya dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum laporan pelan hala tuju kategori desa Negeri Selangor 2035 berkaitan saiz kepadatan penduduk kampung yang tinggi di mana daerah Klang merekodkan sebanyak 20 daripada 46 buah kampung tradisinya adalah di bawah kategori K6 iaitu Kampung Tradisi yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi 10,000 orang. Kerajaan Negeri melalui UPEN akan meneliti perkara ini dan melaksanakan kajian yang sewajarnya sebelum 1 syor kajian diangkat untuk penelitian dan pertimbangan serta mengambi kira keperluan dan keutamaan semasa. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan timbalan Speaker. Soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Rancangan Selangor 1Questions

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah anggaran penambahan kepada KDNK negara yang disumbang melalui program/ projek/ inisiatif Rancangan Selangor 1?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan 226 daripada Yang Berhormat Gombak Setia. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Sumbangan KDNK Negeri Selangor kepada Federal atau Persekutuan melonjak 0.7% pada tahun 2022 iaitu kepada 25.5% berbanding 24.8% pada tahun 2021. Manakala pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor ialah sebanyak 8.7% dan mencatatkan pertumbuhan ekonomi 11.9% pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya dan berbanding dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.5% dan 7% sekitar 2021 dan 2025. Daripada rekod yang kita peroleh kali terakhir kita melepasi pertumbuhan lebih 0.5% adalah pada tahun 2009. 2009 pertumbuhannya mencecah hampir 0.9% dan selepas itu kadar pertambahan adalah di antara 0.3% hingga 0.5% malahan beberapa tahun tertentu, pada tahun 2012 atau 2014 kalau tidak silap saya kita mencatatkan penurunan pada kadar-kadar yang agak rendah sekitar 0.2% dan 0.3%.

Justeru kita percaya dengan pengumuman yang kita laksanakan dalam Rancangan Selangor Pertama telah menguja pasaran dan juga perhatian pelabur-pelabur dan juga aktiviti ekonomi yang ada di kawasan persekitaran dan saya percaya ia telah memberikan impak dan kesan yang besar, daripada segi jumlah peningkatan pula, pada tahun 2022 sumbangan KDNK kita adalah bernilai RM 384.9 bilion berbanding pada tahun 2021 RM 344 bilion iaitu pertambahan sekitar RM 40 bilion. Justeru ada banyak lagi cabaran yang harus kita tangani dan cuba harapkan. Mungkin angkanya kita kena tengok dan lihat tetapi dari tahun ke tahun dengan penubuhan SIAP dan sebagainya, kita akan melihat adakah capaian atau sasaran yang kita letakkan itu boleh dibuat dan saya akan bentangkan terutamanya pada tahun 2024 dalam Rancangan Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama, sebagaimana yang telah kita bentangkan pada tahun 2022. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Lembah Jaya, soalan tambahan.

Baik. Mungkin Y.A.B. Dato’ Menteri Besar boleh memberi pencerahan sedikit apa fokus utama pada Rancangan Selangor 1 yang akan datang yang boleh mendorong kepada penambahan yang dinyatakan tadi. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Daripada cake economy yang selalu saya sebutkan di dalam Dewan yang saya rasa banyak kali difahamkan sejak dahulu atau pun sejak 15 tahun lepas. Sebenarnya Selangor perlahan-lahan telah berubah dari negeri yang menyusulkan atau yang menumpukan kepada sektor pembuatan kepada sektor perkhidmatan.

Namun, dalam beberapa pertemuan dengan para economist serta pemain-pemain pelabur dan sebagainya mereka beranggapan bahawa kita belum secukupnya atau pun masih lagi belum matang secukupnya industri pembuatan dalam negeri kerana kita masih lagi sedikit sebanyak pada ketika itu bergantung dengan sektor pembuatan yang bergantung pada mass labor dengan izin atau pun menggunakan buruh-buruh yang ramai sebagaimana perkembangan di beberapa buah negara. Justeru, penumpuan-penumpuan dalam teknologi tinggi sebagai mana yang kita sentuh dengan program teknikal dan vokasional, hubungan kita dengan beberapa institusi untuk melahirkan sektor-sektor serta pelaburan-pelaburan pembuatan bernilai tinggi yang berteraskan kepada Industry 4.0 automation dan sebagainya sedikit sebanyak dengan pengujaan Artificial Intelligent yang telah saya kemukakan pada tahun 2024 akan turut diberikan perhatian, pertama.

Yang kedua kita turut perlu mengambil peluang dan kesempatan kepada istilah yang selalu dipanggil penempatan semula ataupun relocation terhadap industri-industri serta sektor-sektor pembuatan yang bertapak di beberapa wilayah dan kawasan yang kurang stabil. Kalaupun saya katakan, kalaupun dia tidak tahapnya stabil ataupun tidak stabil. Wilayah-wilayah yang kita lihat sedang bergelora dan sebagainya itu harus diberikan peluang ataupun diberikan kesempatan untuk kita approach dan kita tangani tetapi bagi pihak Kerajaan Negeri ialah menumpu sedikit sebanyak untuk pembinaan Industrial-Industrial Park ataupun taman-taman pelaburan ataupun taman-taman perindustrian Dan sejak itu, sejak tahun 2020 atau tahun 2020 tak silap saya, kita mula membuat Selangor International Business Summit, mula membuat pameran-pameran dan juga promotion terhadap industrial park dengan izin ataupun pusat-pusat industri yang tersusun dan smart ataupun pintar. Ini adalah sebahagian daripada fokus-fokus yang kita berikan di samping lima (5) sub sektor yang selalu disebutkan oleh EXCO Perdagangan dan juga pelaburan seperti life senses ataupun pharmaceutical seperti machinery dan juga ataupun, apa ini, E&E, Elektrik dan Elektronik dan pelbagai industri yang mempunyai lima (5) sub sektor yang saya sebutkan tadi, selain daripada garisan yang telah diberikan oleh MITI. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya saya persilakan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Soalan saya Nombor 25.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN WONG SIEW KI (N28 SERI KEMBANGAN)

SOALAN NO.25 : PELANCONGAN TEMPATAN

a)

Adakah kerajaan berhasrat membangunkan pelancongan tempatan dengan menjadikan pasar awam dan pasar malam tempat tarikan pelancongan?

b)

Jika ada, apakah strategi kerajaan untuk penaik tarafan pasar-pasar ini?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Seri Kembangan berkaitan dengan Pelancongan Tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat membangunkan pelancongan tempatan dengan menjadikan pasar awam dan pasar malam tempat tarikan pelancongan. Potensi produk pelancongan seumpama ini telah pun diangkat dan dipromosi di bawah segmentasi pelancongan makanan iaitu gastronomi. Pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sememangnya sedang giat mempromosikan bersama-sama inisiatif Kerajaan Negeri yang lain melalui Platform Selangor (PLATS), PLATS adalah sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor. Inisiatif ini telah digerakkan secara aktif bukan sahaja dalam usaha membantu penjaja, tetapi menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu kawasan persinggahan para pelancong yang ingin mendapatkan dan merasai makanan berkonsepkan ‘street food’ yang ada di Negeri Selangor.

Bagi strategi penaiktarafan pasar-pasar ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang dalam proses merancang penyusunan semula lokasi pasar malam sedia ada supaya lokasi-lokasi pasar malam tersebut lebih strategik. Selain itu kesesakan kebersihan, keselesaan dan tempat letak kereta merupakan perkara yang turut perlu diberi fokus bagi menjadikan pasar malam di Negeri Selangor salah satu tarikan pelancongan yang menarik. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Soalan tambahan, ingin nak tanya Yang Berhormat Sekinchan bahawa adakah kerajaan berhasrat ataupun ada cadangan ataupun rancangan mengemukakan lesen persembahan untuk street perfomance dan juga adakah lesen sementara kepada gerai-gerai yang tidak sentiasa berada di pasar yang yang sama. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan dengan soalan tambahannya. Kerajaan memang kita galakkan untuk kita menarik pelancong yang lebih ramai melancong ke Negeri Selangor dan juga mengaktifkan semua produk-produk pelancongan, hebahan ataupun persembahan street perfomance memang kita galakkan. Pihak PBT kita akan buat pertimbangan

melalui permohonan case by case di semua PBT untuk kita menambah baiklah dan menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke Selangor dan datang ke pasar malam. Tempat tumpuan-tumpuan makanan dan sebagainya. “Jangan Lupa Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu”. Itu satu. Yang kedua tentang, street performance yang kedua tadi apa tadi, silakan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Lesen sementara.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ha! Lesen sementara akan kita pertimbangkan tetapi lesen sementara itu harus diperketatkan juga. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya kerana kadang-kadang kita bagi lesen tetapi mereka pegang lesen tidak memanfaatkan dengan sepenuhnya. Kadang-kadang mereka sewa kepada orang lain pula. Ini harus kita cegah dalam konteks dalam matlamat yang asal iaitu kita nak bantu peniaga-peniaga tempatan untuk mereka jana pendapatan tambahan. Tidak kiralah dalam pasar pagi ke pasar awam ke kerana di negeri-negeri khususnya di Taiwan dan sebagainya dan di Thailand, sawadikap di Thailand pasar pagi dan pasar malam mereka menjadi tumpuan pelancong-pelancong tetapi negara kita di Selangor dan sebagainya pasar pagi dan pasar malam jarang menjadi tumpuan. Tetapi di Sekinchan, pasar pagi menjadi tumpuan pelancong-pelancong kerana mereka suka datang beli-belah, beli buah-buahan tempatan, makanan apa biskut IKS tempatan dan sebagainya. Kita boleh manfaatkan jadi pihak Tourism Selangor dan juga PBT kita akan usaha ke arah itu jadikan Taiwan dan sebagainya jadikan model sebagai tempat untuk kita belajar. Di mana pasar malam mereka menjadi tumpuan seluruh pelancong-pelancong yang ke situ termasuk baru-baru ini saya mengadakan misi pelancongan promosi ke Laos ke Luang Prabang. Pasar malam mereka juga, pasar pagi mereka juga menjadi tumpuan seluruh pelancong dari luar negara ke situ. Ini hebatnya mereka, jadi Selangor kita belajar ke arah itu. “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu”. “Cuti-Cuti Selangor”, sekian terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Saya bagi Bukit Melawati.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih perjumpaan yang ke-10 ini. Dalam Belanjawan 2024, kita akan Tahun Melawat Selangor 2025 dan pelancongan khas bagi pelancong di Asia serta Eropah, apakan cara kerajaan untuk mempromosi di peringkat Asia dan Eropah?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya ini berkaitan dengan pelancongan walaupun tajuk asalnya lari tapi saya cuba. Kita akan teruskan promosi-promosi, misi-misi promosi pelancongan ke semua tempat termasuknya di Eropah tetapi tumpuan kita ke Asia Tenggaralah. Kerana pelancong-pelancong yang kita terima yang utama daripada Singapura, ada yang daripada China, daripada Indonesia. Ini yang kita tumpukan. Kalau di Eropah kita perlukan sedikit masa untuk kita menjalinkan hubungan dan juga rangkaian-rangkaian untuk dapat kita menarik lebih ramai pelancong-pelancong daripada sebelah Eropah untuk datang ke Malaysia, khususnya

Selangor. Yang pentingnya bagaimana kita nak tambah baik rak promosi produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Selangor itu penting supaya seluruh negara tahu apa yang ada di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Soalan daripada Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat Speaker, Soalan No.26.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH (N55 DENGKIL)

SOALAN NO.26 : RUMAH TERBENGKALAI/ PROJEK SAKIT

a)

Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek perumahan yang terbengkalai?

b)

Apakah statistik berkenaan projek rumah yang terbengkalai mengikut daerah?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan ke atas pemaju bermasalah dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah tersebut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui sistem pendaftaran pemaju (SPEM) di LPHS dan pemaju diwajibkan berdaftar sekiranya ingin menjalankan pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Kebenaran Merancang yang diluluskan oleh PBT dan sekiranya dikenal pasti nama-nama pemaju terlibat telah disenaraihitamkan maka pemaju tidak dibenarkan lagi untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer yang sahaja di bawah nama syarikat yang pemaju lain.

Untuk Soalan (b), Yang Berhormat berikut merupakan statistik bagi daerah dan juga PBT yang terlibat Projek Terbengkalai:

BIL. DAERAH PBT JUMLAH PROJEK JUMLAH UNIT 1. Petaling MBSA 9 1,445 MBPJ 3 1,003 MBSJ 5 3,123 2. Klang MPK 43 5,365 MBSA 8 578 3. Hulu Langat MPAJ 1 207 MPKj 19 4,781 4. Gombak MPAJ 2 1,473 MPS 18 6,319 5. Sepang MPSP 14 2,449 6. Kuala Langat MPKL 30 1,162 7. Kuala Selangor MPKS 10 2,542 8. Hulu Selangor MPHS 13 5,508 9. Sabak Bernam MDSB 1 30 JUMLAH 176 35,995

Terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan, apakah kriteria pemilihan syarikat penyelamat untuk menyiapkan projek-projek rumah terbengkalai kerana kadang-kadang kita lihat syarikat penyelamat ini juga tidak selamat ya. Maknanya ia tidak dapat menyiapkan projek seperti yang ditetapkan dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, biasanya kita akan dapat dulu keputusan. Jika projek-projek ini telah terbengkalai dan kita akan panggil pemaju untuk memastikan apakah sebab pemaju ini tidak dapat meneruskan projek-projek ini kerana kalau kita ikutkan dalam projek yang terbengkalai sebanyak 176 projek masalah isu yang timbul adalah yang pertama iaitu masalah tanah, kemudian masalah terbiar projek yang begitu lama kemudian isu infra dan juga masalah duduk tanpa CF. Dan ini kita akan kenal pasti bagi pemaju penyelamat setelah mendapat keputusan sama ada telah diangkat ke mahkamah dan sebagainya dan juga jika ada pemaju-pemaju penyelamat yang kita kenal pasti selayaknya maka pihak LPHS akan mempertimbangkan untuk memastikan mereka bertanggungjawab untuk meneruskan projek-projek tersebut, terima kasih.

Soalan tambahan.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Okay, silakan Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tahu apa kategori ataupu ukuran untuk menilai satu projek itu terbengkalai. Apakah apabila pemaju dia surrender atau pemaju cabut lari ataupun tempoh masa yang diberikan tidak mencapai kepada progress, kalau tempoh masa itu berapa tahun pula kita nak menentukan bahawa projek itu terbengkalai, terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Biasanya kita akan dapat laporan dulu daripada pembeli-pembeli yang mana mungkin aduan-aduan ini akan dibawa kepada kita. Sebab mereka juga perlukan perbincangan dengan LPHS dan juga PBT untuk memastikan projek-projek ini dapat diteruskan kerana ada beberapa fakta yang saya sebut tadi seperti yang lepas bila PKPnya berlaku, masalah daripada segi kewangan, tenaga kerja dan sebagainya. Ini juga salah satu fakta yang menyebabkan syarikat-syarikat ini menjadikan tidak boleh meneruskan projek-projek perumahan. Walau bagaimanapun kita akan berbincang untuk memastikan mereka boleh meneruskan. Sebagai contoh di kawasan Yang Berhormat Morib. Ada kawasan perumahan ini yang sepatutnya dah boleh diteruskan tetapi ada masalah kewangan syarikat ini untuk membayar BG (Bank Guarantee) untuk masukkan utility bekalan air dan elektrik dan sebagainya. Dan dengan kerjasama kita, nasihat kita dan kita ajak berbincang dapat dibincang dan memberi pelepasan, bukan pelepasan pembayaran tetapi untuk memudahcarakan, maka kita telah beri bantuan. Tetapi itulah yang kita harapkan sebab bagi pemaju-pemaju yang kita lihat ada kredibiliti untuk mereka meneruskan dan kita akan berbincang daripada pihak LPHS dan juga PBT dan juga pembeli. Terima kasih.

TUAN TIMBALAN SPEAKER

: Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa belum ya, belum ke. Jadi kita bagi satu soalan lagi. Semenyih boleh bagi.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya No. 27.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NUSHI BIN MAHFODZ (N24 SEMENYIH)

SOALAN NO.27 : PROFESION GUAMAN SYARIE

a)

Adakah Negeri Selangor berhasrat untuk menggubal Enakmen Profesion Guaman Syarie seperti Wilayah Persekutuan, bagi memisahkan Jawatankuasa Peguam Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor pada dasarnya berhasrat untuk mewujudkan Enakmen Profesion Peguam Syarie Selangor bagi mengawal selia Peguam Syarie yang beramal di Negeri Selangor sepertimana yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan. Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor sedang dalam proses untuk mendapatkan keputusan dasar daripada Majlis Agama Islam Selangor untuk menggubal Enakmen Profesion Peguam Syarie Selangor dengan mengambil Akta 814 sebagai panduan. Beberapa siri perbincangan dan rundingan telah diadakan dengan pihak- pihak berkepentingan yang melibatkan Persatuan Peguam Syarie, Ahli Akademik, pengamal undang-undang sivil dan Syariah bagi mendapatkan pandangan berkaitan dengan penggubalan enakmen ini. Buat masa ini, undang-undang yang digunakan untuk mengawal selia peguam syarie di Negeri Selangor adalah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 2008 dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia peguam syarie di Negeri Selangor adalah Majlis Agama Islam Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Tak ada soalan tambahan ya. Dah habis. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan pukul 11:30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkat.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat... Peraturan Tetap yang mana?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Peraturan Tetap 11 mengenai masa persidangan. Tuan Speaker, kita punyai ramai lagi Ahli Berhormat yang belum lagi berbahas, dengan masa kita amat terhad. Semalam kita tangguhkan jam 4:30 petang, sebenarnya Dewan ini boleh melanjutkan ke 6:00 petang, 7 :00 malam. Apakah Tuan Speaker bersedia untuk melanjutkan bagi peluang Ahli-Ahli yang Berhormat yang lain berbahas dengan waktu yang lebih selesa?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya minta izin sebelum Tuan Speaker mengeluarkan Petua pada pagi ini, saya nak menyambut apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal, Peraturan Tetap 11 dan Peraturan Tetap dibacakan sekali dengan 17(4). Sebenarnya perkara ini boleh diputuskan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker untuk melanjutkan tempoh persidangan sehingga satu

untuk tempoh yang lebih sesuai. Untuk makluman Tuan Speaker, saya telah mengemukakan dua kali surat secara bertulis kepada Tuan Speaker untuk memudah carakan perjalanan sidang ini dengan memberikan nama-nama pembahas daripada Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional yang telah bersedia untuk berbahas. Semalam kita kemukakan 6 nama yang telah bersedia, tetapi dipanggil hanya 2 sahaja. Hari ini saya mengeluarkan satu lagi surat menyenaraikan seramai 20 Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional yang sudah bersedia untuk berbahas, maknanya kalau kita hentikan jam 4:30 petang tidak mungkin Ahli-Ahli Yang Berhormat ini dapat menyertai perbahasan dan saya tidak faham mengapa Tuan Speaker tidak boleh melanjutkan tempoh perbahasan untuk menyuburkan demokrasi dalam dewan Negeri Selangor ini. 4:30 saya kira terlalu awal Tuan Speaker, kalau boleh dilanjutkan 6:30 sekurang-kurangnya kita dapat melibatkan 7, 8 atau 10 lagi tambahan bagi satu hari. Saya juga dimaklumkan Ahli-Ahli EXCO akan menggulung hari pada Jumaat, kalau ini berlaku bagaimana mungkin Dewan ini dapat memberikan ruang sepenuhnya, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih dan saya ambil maklum dan akan berbincang dengan Speaker. Kemungkinan pada hari ini ada lanjutan, insyaAllah. Dipersilakan Seri Serdang untuk menyambung perbahasan.

Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assammualaikum W.B.T. Saya ingin menyambung kembali perbahasan berkenaan dengan belanjawan 2024 di mana semalam petang telah saya bahaskan 4 teras utama belanjawan 2024 dan hari ini tinggal 1 lagi yang perlu saya bahaskan berkenaan dengan belanjawan 2024. Semalam pendidikan, infrastruktur, dan juga mengenai kebajikan rakyat dan hari ini saya sambung dengan belia dan sukan. Tuan Speaker, izinkan saya mulakan perbahasan saya ini dengan kata-kata daripada khalifah keempat Saidina Ali R.A. “jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini”, daripada kata-kata Saidina Ali R.A. ini, kita harus mengambil perhatian yang lebih dalam kepada pembangunan belia dan generasi muda di negeri kita kerana mereka inilah yang akan menjadi pelapis pemimpin negeri dan juga negara kita. Jika kita mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk mengisi pemikiran mereka secara positif dan pembangunan anak muda ini, maka tidak mustahil kita akan berhadapan dengan masalah yang besar dan kita akan menyesali tindak tanduk kita dalam tempoh 15 ke 20 tahun akan datang. Cabaran semakin getir terutama pada golongan belia, kita baru sahaja melepasi daripada Covid-19, lockdown dengan izin terlampau lama, ekonomi yang merudum, dan ditambah pula lagi pada hari ini media-media sosial mengambil peranan sebagai satu perkara yang sangat berpengaruh kepada dunia anak muda yang ada pada hari ini. Selain daripada aspek pendidikan yang telah mendapat perhatian pihak kerajaan, saya juga ingin mencadangkan pada pihak kerajaan untuk melihat aspek pembangunan fizikal dalam kalangan belia dan anak muda kita. Hal ini berkait dengan fasiliti sukan di negeri kita. Saya maksudkan ialah fasiliti sukan awam. Sebagai contohnya di kawasan Seri

Serdang kawasan saya hampir 80% fasiliti sukan di bawah DUN Seri Serdang ini memerlukan perhatian daripada pihak berwajib untuk dibaiki dan dinaiktaraf terutamanya di kawasan Pinggiran Putra dengan rata-ratanya mereka dikalangan orang muda dan belia. Ini supaya anak-anak muda dapat mengambil manfaat daripada fasiliti sukan awam ini bukan sahaja untuk kepentingan jasmani malah untuk meningkatkan perhubungan silaturahim antara di dalam masyarakat dan kita tidak mahu mereka terpaksa berjalan jauh untuk bermain futsal dan sebagaimana dan gelanggang spesifikasi standard dan selamat. Dan di kesempatan ini juga saya ingin menyinggung berkenaan proses permohonan peruntukkan menaiktaraf dan juga memperbaiki infrastruktur sukan awam yang telah disalurkan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor seperti penggal yang lepas. Dikhabarkan bahawa proses permohonan peruntukan untuk pembiayaan fasiliti di kawasan ini agak rumit disebabkan perlu melalui lapisan birokrasi. Oleh itu saya mohon perhatian Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan juga EXCO Belia dan Sukan Generasi Sukan baharu untuk mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah supaya peruntukan dapat diturunkan dengan segera ke kawasan-kawasan yang sangat memerlukan terutamanya di DUN Seri Serdang.

Selain itu saya juga ingin menyentuh berkenaan hala tuju yang telah ditetapkan oleh kerajaan, penggerak belia Selangor ataupun PeBS. Apakah rancangan kerajaan dan tempoh 5 tahun akan datang ini untuk membangunkan dan meluaskan lagi capaian PeBS ini supaya dapat dijadikan sebagai ikon ataupun duta bagi menyebarkan agenda-agenda dan dasar-dasar Kerajaan Negeri kepada golongan sasar iaitu anak muda dan juga belia. PeBS perlu menjadi lidah dan mata bagi Kerajaan Negeri Selangor dan mereka jugalah yang akan memberi informasi yang tepat kepada masyarakat dan juga rakan sebaya mereka supaya fitnah dan tohmah yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dapat mereka tangkis dengan sebaiknya. Saya juga mengambil maklum berkenaan peruntukkan sebanyak RM8 Juta yang diberikan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor untuk program pembangunan sukan bertujuan untuk persediaan SUKMA 2025. Saya berharap agar dengan peruntukkan ini kontinjen SUKMA Negeri Selangor akan memperolehi kejayaan yang cemerlang setidak-tidaknya berada dalam ranking 3 teratas.

Tuan Speaker, setelah diteliti dalam belanjawan 2024 ini saya rasa banyak inisiatif kerajaan yang baik dan bermanfaat untuk rakyat Selangor, namun yang menjadi tarikan buat saya selain daripada yang saya bahaskan adalah berkenaan mengenai ekonomi penjagaan yang berada di bawah tanggungjawab Taman Templer. Inisiatif awal kerajaan dalam mewujudkan kerangka tindakan ekonomi penjagaan 2024-2028 ini haruslah dipuji kerana langkah ini adalah langkah yang pertama di dalam negara kita berkait dengan agenda memperkukuhkan ekonomi penjagaan. Ekonomi penjagaan ini Tuan Speaker, sangat penting kerana Malaysia dijangka akan mencapai negara menua pada tahun 2030. Saya rasa bukan 2030, sekarang pun dah ada sekarang umur 90 lebih pun dipanggil penasihat negeri. Maksudnya kita masih memerlukan lagi. Sepatutnya dah pencen jaga cucu tapi dipanggil juga untuk

penasihat negeri. Tak tahulah siapa yang buat tu, jadi untuk mendepani masalah ini kita perlukan sebuah sistem sokongan bagi menjaga kebajikan golongan rentan seperti warga emas dan juga kanak-kanak, malah inisiatif ini juga akan membantu golongan wanita untuk kembali ke sektor pekerjaan, selaras dengan kemahuan RMK-12. Tidak cukup dengan itu, sektor ini juga akan membantu dan mengangkat darjat golongan ibu yang selalu berkorban untuk tidak bekerja demi menjaga anak-anak di rumah. Mereka inilah antara golongan yang dikategorikan sebagai unpaid labour, dengan izin yang bakal mendapat manfaat daripada ekonomi penjagaan ini. Mengakhiri perbahasan saya, sekali lagi saya nyatakan dengan jelas bahawa Belajawan Selangor 2024 ini hasil kebijaksanaan dan kematangan Yang Berhormat Dato Menteri Besar dan juga para EXCO daripada Kerajaan Perpaduan. Walaupun kita berbelanja dengan duit yang ada, kita tidak ganggu rizab, tetapi pelaksanaan kita, saya yakin akan menepati kepada sasaran. Apa guna kita berbelanja besar sehingga kita ambil duit rizab tetapi apabila berlaku satu musibah, kita terpaksa berhutang dengan orang lain, dengan Kerajaan Persekutuan sebagai contoh. Sedangkan kita tidak perlukan ambil duit dari rizab itu. Kita hanya berbelanja dengan duit yang ada, dengan tatacara yang baik dengan ketelusan dan saya yakin belanjawan ini akan melakar kejayaan dan pencapaian yang tinggi pada tahun hadapan selaras dengan kemahuan RS-1. Tuan Speaker, Seri Serdang menyokong pembentangan belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Timbalan Speaker

Terima kasih Seri Serdang. Dan saya mengambil perhatian dan memberi peringatan kepada semua Yang Berhormat yang akan berbahas pada hari ini, masa yang diperuntukan untuk Yang Berhormat hanya 20 minit ya. Sekarang saya mempersilakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker. Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato Seri Menteri Besar kerana atas kepimpinan beliau, Kerajaan Perpaduan berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri yang lepas dan terus menggalas amanah sebagai kerajaan pada penggal ini. Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan negeri Selangor atas pembentangan belanjawan 2024 yang benar-benar membawa semangat tiada seseorang pun yang tercicir ataupun no one left behind. Subang Jaya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk perhatian kerajaan ini. Yang pertama, pekerjaan kemahiran tinggi. Subang Jaya mengucapkan tahniah atas hasrat kerajaan ini untuk menghasilkan seratus ribu peluang pekerjaan bergaji tinggi dalam beberapa sektor iaitu makanan, minuman, sains hayat, elektrik, elektronik, pengangkutan, mesin dan peralatan dalam tempoh 10 tahun. Dalam perkara ini saya, bagi anak-anak muda dalam Dun Subang Jaya ingin menawarkan kawasan kami sebagai inkubator ataupun talent incubator bagi mencapai sasaran tersebut. Ini adalah kerana DUN Subang Jaya mempunyai influx ataupun penghijrahan sehingga 250 ribu pelajar dari seluruh negara ke Subang Jaya kerana kami mempunyai 8 buah IPTS iaitu Sunway University, Monash University, Taylors University, Segi College, INTI Collage, International Medical College, Asia E

University dan terkini Australian National Institute Of Business Technology dengan izin. Kebanyakkan IPT yang disebutkan tadi mempunyai program berkembar ataupun twinning.

Di mana pelajar-pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran di Malaysia dan beberapa tahun dan seterusnya menghabiskan pengajian di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Singapura dan sebagainya. Semasa di luar negara lah di mana mereka akan mencari kerja, di mana pendapatannya adalah lebih lumayan apatah lagi setelah mengambil kira kadar pertukaran mata wang. Inilah yang kita sebut sebagai brain drain, dengan izin. Bagi menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlu menjadi pengantara dengan menggalakkan industri tempatan menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar tersebut sebelum mereka tamat pengajian. Khasnya sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya mencadangkan supaya Selangor Job Skill Council yang dirujuk dalam Belanjawan ditubuhkan dan dipusatkan di Subang Jaya.

Perkara kedua adalah automasi. Subang Jaya tertarik perubahan dengan bakal berlaku sektor sisa pepejal di Selangor melalui pelaksanaan eco green park dan waste to energy. Subang Jaya ingin mencadangkan baik sektor sisa pepejal dan sektor awam ditambahbaik dengan automasi. Seperti mana yang kita sedia maklum, pada tahun 2022, Malaysia telah menaikkan gaji ke paras gaji minimum kepada RM1,500.00. Perkara ini telah membawa kos kenaikan pembersihan awam di mana kontraktor sedia ada meletakkan paras pendapatan RM900.00 bagi setiap pekerja. Hakikatnya ramai pekerja pembersihan telah bertukar kerjaya ke sektor lain kerana tanpa kenaikan harga kontrak jumlah pekerja yang boleh diupah selepas kenaikan gaji minimum perlu dikurangkan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tiada jalan penyelesaian. Bagi mengatasi isu ini Selangor perlu lihat kepada automasi. Pada Ogos 2023, Subang Jaya telah menyaksikan vacuum machine bagi mengurangkan bilangan pekerja sapuan. Operasi sedia ada kurangnya ada 2 pekerja iaitu seorang untuk menyapu dan seorang membantu untuk meletakkan sisa terkumpul ke dalam beg plastik. Vaccum machine hanya memerlukan seorang pekerja sapuan kerana sampah terus disedut ke dalam tong sampah. Kerja-kerja pembersihan juga 2 kali ganda lebih cepat. Selain itu, kerja pembersihan juga lebih menyeluruh dan bersih kerana reka bentuk penyedut membolehkan ia masuk ke dalam tempat yang sudah dicapai. Harga mesin tersebut hanya RM80,000.00 sahaja. Jadi jika diambil sebahagian daripada pinjaman bank bagi setiap kontrak sisa pepejal yang biasanya jangka hayat 7 tahun, bayaran balik hanyalah beberapa ratus setiap bulan.

Perkara ketiga, berkenaan perubahan iklim dan perkhidmatan air. NAHRIM telah meramal Malaysia telah akan mengalami kemarau pada tahun 2025. Dengan itu, isu keterjaminan air menjadi persoalan. Kita sedia maklum air penting untuk kelangsungan hidup, keterjaminan bekalan makanan, kelangsungan industri-industri

penting seperti perubatan, automotif, minyak, gas dan sebagainya. Ucapan YAB Dato’ Menteri Besar bahawa Kerajaan Persekutuan kini dalam proses perolehan untuk sumber air bagi Projek Rawatan Air Sungai Rasau perolehan untuk sumber air bagi Loji Rawatan Air Sungai Rasau dijangka siap pada tahun 2025 iaitu sebelum kemarau terbabit. Oleh itu Subang Jaya ingin ingin bertanya samada kerja-kerja Loji Rawatan Air Sungai Rasau masih berjalan mengikut jadual? Kedua, bilakah tarikh jangkaan siap bangunan Sumber Air Alternatif Air SSP 1, SSP 2, SSP3 dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih di bawah projek jaminan air mentah?

Perkara keempat, Hak Wanita. Tahun lepas saya dikurniakan seorang cahaya mata dan menjadi seorang ibu dan tahun ini saya sudah hantar anak ke pusat asuhan dalam proses mencari tempat yang sesuai, sempat mendalami isu pusat-pusat pengasuh taska, tadika secara mendalam. Barrier to entry, dengan izin ataupun halangan untuk menubuhkan satu pusat asuhan, taska atau tadika terlalu tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan telah mensyaratkan pusat sebegini perlu ditubuh di rumah corner lotdan perlukan layout plan yang bermaksud pengasuh perlu mengupah perkhidmatan arkitek yang mana bayaran sangat mahal. Mereka juga perlu mengubahsuai rumah bagi mengakses, untuk memastikan pematuhan Kementerian Perumahan dan Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Yang mengasuh 2 atau 3 orang anak sahaja juga tertakluk kepada syarat-syarat yang sama. Akhirnya, hakikatnya banyak pengasuh beroperasi secara haram. Sebagai Kerajaan, ini bermaksud pemantauan juga berkurangan yang membawa impak negatif kepada meselamatan kanak-kanak. Telah sampai waktunya syarat-syarat PBT bagi pusat pegasuh tadika dan taska disemak semula dengan meletakkan syarat-syarat yang lebih realistik tanpa menjejaskan keselamatan kanak-kanak. Selangor perlu menerajui perubahan ini.

Kelima, Perkara Plasma. Subang Jaya mengucapkan tahniah atas projek perintis pembinaan laluan pejalan kaki dengan bumbung solar oleh MBSA sebagai penyelesaian masalah first mile, last mile. Namun sampai masanya kita tidak lagi sekadar membalut luka dan lebih kepada penyelesaian punca. Masalahnya apabila sistem train dibina, infrastruktur sokongan seperti pejalan kaki tidak memadai. Hakikatnya, bandar-bandar di Selangor di bina untuk kegunaan jalan dilebarkan sehingga hujung untuk meningkatkan kapasiti jalan menampung pertambahan kereta. Jika Kerajaan Negeri Selangor ingin membina banyak laluan pejalan kaki, maka reka bentuk bandar perlu dilihat mula secara menyeluruh. Cara terbaik untuk menangani perkara ini adalah melibatkan Prasarana, Syarikat Pengangkutan Awam Negara sebagai pemegang taruh dalam semua Jawatankuasa OSC Majlis. Ini adalah kerana sasaran Prasarana adalah untuk meningkatkan bilangan penumpang ataupun ridership. Dan penambahbaikan infrastruktur first mile, last mile mempunyai impak langsung untuk mencapai objektif tersebut. Selangor perlu melibatkan pemegang taruh yang berminat sebagai sebahagian sistem untuk membawa perubahan yang komprehensif. Kemasukkan syarikat/ agensi pelaksana sebagai ahli OSE sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kini, IWK, Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad

juga telah merupakan sebahagian Jawatankuasa OSE untuk memberi ulasan berkenaan perkara dalam bidang kuasa mereka masing-masing.

Keenam, berkenaan kebajikan haiwan. Ada satu ungkapan oleh Mahatma Gandi yang berbunyi seperti berikut, dengan izin “The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated”. Tuan Speaker, sistem Trap, Neuter, Release atau rehome sudah terbukti terkesan untuk mengawal populasi haiwan domestik seperti anjing dan kucing. Ia juga merupakan cara yang lebih beretika berbanding dengan cara kawalan yang sedang digunakan. Kita juga sedia maklum bahawa TNR lebih mahal daripada cara lain. Oleh itu, sistem ini memerlukan campur tangan kerajaan supaya ia berjaya. Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan juga telah memulakan kerjasama dengan persatuan-persatuan haiwan yang di kenal pasti untuk sistem TNR. Jadi tiada sebab mengapa Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh memulakan usaha ke arah pelaksanaan TNR. To walk the talk dengan izin, Subang Jaya sudah memulakan langkah pertama dengan menulis surat kepada Jabatan Kesihatan MBSJ untuk memohon senarai inventori bagi melengkapkan klinik veterinar di pusat kurungan MBSJ ke arah pelaksanaan TNR dalam masa terdekat.

Ketujuh, Rumah Ibadat. Saya difahamkan oleh gereja yang terletak di DUN Subang Jaya bahawa jumlah sumbangan peruntukkan bagi pembaikan rumah ibadat adalah masih pada RM10,000.00. Bagi setiap satu gereja tanpa kira takat kerja pembaikian yang diperlukan. Ini adalah jumlah yang sama jika dibanding 2 penggal yang lepas. Dengan kenaikan gaji dan harga barang, Subang Jaya ingin menyeru agar jumlah ini disemak semula.

Kelapan, berkenaan pelindungan hak pembeli rumah. Minggu lepas portal The EdgeProp telah melaporkan bahawa terdapat satu pembangunan di Rawang yang mana pembeli bukan bumiputera telah dijual lot bumiputera dan oleh itu perlu membuat penalti sebanyak RM13 juta. Subang Jaya juga sebenarnya tidak terkecuali. Terdapat satu pembangunan yang bernama USJ One Park, di mana pembeli bukan bumiputera yang dijual lot bumiputera tidak boleh mengabstrak hak milik strata kerana mereka perlu membayar penalti dan premium terlebih dahulu. Hakikatnya masalah yang dihadapi oleh pembeli ini bukan salah mereka pun dengan izin, lets call a spade a spade. Ini adalah tipu helah pemaju yang tidak mendedahkan kepada pembeli yang bukan bumiputera bahawa mereka sedang membeli lot bumiputera. Dalam kes Subang Jaya, pemaju tersebut pun telah gulung tikar. Sebagai Kerajaan Negeri kita perlu melihat kepada sistem sedia ada dan melaksanakan penambahbaikkan untuk melindung pembeli rumah. Subang Jaya ingin mengetengahkan beberapa cadangan. Yang pertama seperti Singapura, Selangor perlu mewujudkan satu sistem pelaporan antara LPHS dan pemaju. Sistem ini perlu dikemas kini setiap minggu oleh pemaju dengan harga setiap unit, unit di mana ditetapkan sebagai lot bumiputera, lot mana yang telah dijual, butir-butir pembeli lot tersebut. Sistem akauntabiliti ini akan mengelakkan wujudnya isu penjualan lot bumiputera kepada bukan bumiputera. Kedua, LPHS wajar memerlukan pemaju membayar jaminan bank yang boleh dilucut

hak kan jika pemaju tersebut menjual lot bumiputera kepada bukan bumiputera tanpa pelepasan. Ketiga, undang-undang wajib dipinda supaya Kerajaan Negeri boleh menuntut kerugian daripada pengarah, pemaju ataupun pengarah syarikat induk pemaju supaya mereka tidak boleh gulung tikar untuk mengelak tanggungjawab. Keempat, syarikat pemaju, syarikat induknya, pengarah berkenaan yang didapati menjual lot bumiputera kepada bukan bumiputera wajar disenaraihitamkan dan semua projek pembangunan oleh mereka dan sesiapa yang berkaitan dengan mereka tidak wajar diluluskan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan.

Isu kesembilan yang ingin dibawa oleh Subang Jaya adalah isu kebersihan. Seperti mana di sedia maklum perjanjian antara pihak Pihak Berkuasa Tempatan dengan KDEB telah mula proses semak semula. Setelah 5 tahun berkhidmat, Subang Jaya berpendapat bahawa perjanjian perkhidmatan perlu mengambil kira masalah di lapangan. Pertama, terdapat zon-zon yang didapati terlalu besar, di mana penghasilan sampah adalah terlalu banyak, dan menjadikan kontraktor tidak boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik. Zon sebegitu wajar dibahagikan semula. Kedua, terdapat inventori yang mungkin tidak sempurna. Selepas beberapa tahun berkhidmat, KDEB wajar sudah mempunyai inventori yang lengkap dan perlu berunding berdasarkan inventori tersebut. Ketiga, pengiraan bagi kawasan komersial tak boleh menggunakan kadar RM10.00 setiap premis. Ini adalah kerana terdapat premis makanan yang menghasilkan sampah berkali ganda. Majlis seperti MBSJ yang mengutip lesen pengurusan sisa, wajar membayar kesemua hasil tersebut kepada KDEB supaya mereka boleh membekalkan perkhidmatan yang setimpal. Keempat, kekerapan perkhidmatan perlu disemak semula. Contoh terdapat kawasan-kawasan komersial seperti SS15 di mana kutipan sampah perlu dilakukan 2 kali sehari sepertimana di DBKL. Kelima, masalah kerja penyapuan dan pembersihan longkang yang tidak dapat mematuhi jadual perlu diatasi dengan penambahan pekerja dan automasi. Kerja-kerja tersebut yang dijalankan 2 minggu sekali juga wajar ditingkatkan kekerapan kepada setiap minggu, dan akhirnya keenam, waktu bekerja perlu disemak semula. Kerja pembersihan awam untuk kawasan komersial perlu dilaksanakan pada waktu malam di mana tiada halangan seperti kereta dan orang awam.

Perkara kesepuluh dan yang terakhir yang dibawa Subang Jaya adalah sumber pendapatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Subang Jaya telah perhatikan bahawa antara sebab mengapa penguatkuasaan di peringkat Kerajaan Tempatan dan mungkin juga Kerajaan Negeri kurang berkesan adalah kerana apabila ia perlu dibawa kepada peringkat Mahkamah, ganti rugi ataupun denda yang diperintah oleh Mahkamah akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, fahamlah kita mengapa Kerajaan Tempatan ataupun Kerajaan Negeri kadangkala tiada motivasi untuk membawa sesuatu kesalahan ke peringkat mahkamah.

Memandangkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sudah sehaluan daripada segi politik adalah wajar supaya perkara ini disemak semula. Ganti rugi dan denda yang diperintahkan oleh mahkamah wajar disalurkan balik kepada kerajaan

berkenaan. Tuan Speaker, izinkan saya menutup perbahasan dengan dua rangkap pantun.

Indah pagi disinar suria, Anak-anak main di taman, Selangor sejahtera, kaya bahagia, Subang Jaya di lupa jangan.

Budak-budak mendayung sampan, Sampan hanyut di lautan tujuh, Negara maju adunnya budiman, Selangor stabil kerajaan teguh.

Dengan itu Subang Jaya mohon menyokong.

Speaker

Sabak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker, kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua kakitangan kerajaan, ketua jabatan dan kepada semua yang hadir di dalam Dewan ini, Alhamdulillah. Pertamanya saya ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat atas kejayaannya membentang satu Belanjawan Negeri Selangor untuk tahun 2024 bernilai RM2.53 bilion. Memulakan perbahasan ataupun perbincangan ataupun pembentangan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat telah menyinggung berkaitan dengan isu Palestin dan saya amat teruja apabila isu Palestin itu dibangkitkan sebagai memulakan kerana sekali gus isu Palestin ini menarik keprihatinan kita untuk sama-sama membantu perjuangan umat Islam di bumi Palestin dan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat kerana mengajak Dewan ini untuk kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa-mangsa ataupun para syuhada di bumi Gaza. Namun tiga perkara yang sering disebut dalam menuntut keprihatinan Islam di bumi Palestin, pertama ialah dengan doa sebab itu selain dari Al-Fatihah, kita semua digalakkan untuk berdoa untuk perjuangan umat Islam di bumi Gaza dan lazimnya antara doa yang biasa di baca oleh umat Islam ialah Qunut Nazilah sebab itu semua pihak terutama umat Islam di masjid, di surau, di mana-mana sekolah terutama di bawah sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam mahupun di sekolah-sekolah Islam Swasta menggalakkan dan menyuburkan Qunut Nazilah sebagai bacaan doa-doa rasmi mereka. Selain dari itu apabila Yang Amat Berhormat menyinggung tentang Palestin, saya menjangkakan di hujung daripada ucapan pembentangan itu Yang Amat Berhormat akan mencadangkan supaya satu jumlah sumbangan daripada Kerajaan Negeri disalurkan diberikan kepada umat Islam di bumi Gaza. Tetapi sangkaan saya agak sedikit meleset, mungkin ada di tempat-tempat yang lain, Wallahua’lam kerana kita pernah pada tahun 2014..

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat, RM1 juta Kerajaan Negeri telah serahkan baru ini untuk Palestin.

Pada tahun 2014 isu yang tidak sebesar yang ada sekarang ini, Kerajaan Negeri tak silap saya telah memutuskan untuk memberikan sumbangan RM2 juta dan ketika itu antara yang pergi sendiri yang menghantar sumbangan ialah ADUN daripada Sijangkang dan berkaitan dengan umat Islam di Palestin juga, rakyat mesti dipandu dengan pandangan yang betul, dengan prinsip yang betul sebab ada jawapan menteri yang agak mengelirukan di peringkat Parlimen, mengatakan bahawa perjuangan kita ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari bumi Gaza, sebenarnya itu bukan soal pokok. Sebab soal pokoknya ialah mereka berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka yang telah pun dicerobohi. Isu pokoknya adalah sama ada mereka menang atau pun mereka syahid di bumi mereka sendiri. Kalau mereka keluar dari bumi Gaza itu sama dengan kehendak Israel, sama dengan tuntutan-tuntutan dari Zionis untuk mengosongkan bumi Gaza sebab itu pendirian itu mesti betul kerana pertama sekali itu adalah tanah air mereka, mereka tidak akan keluar dari bumi Gaza. Yang kedua, kerana mereka meyakini bahawa mereka pasti akan menang berdasar kepada janji dari Nabi Muhammad SAW dengan izin katanya Nabi Muhammad SAW ;

“Tidak akan berlakunya kiamat sehinggalah umat Islam di bumi Gaza mengalahkan orang-orang Yahudi dan kemudian pada ketika itu mereka akan bersembunyi di belakang-belakang batu dan belakang pokok, batu dan pokok akan bercakap (“Wahai orang Islam, bunuhlah Yahudi yang di belakangku kecuali pohon Gharqad kerana pohon Gharqad itu adalah pohon Yahudi”

Keyakinan inilah menjadikan mereka akan terus pertahankan bumi Gaza dengan apa alasan sekalipun. Jadi RM1 juta sebagaimana yang di maklum sebelum lagi penggulungan telah pun di maklum maka, mudahlah untuk kita mencadangkan supaya mungkin ada ruang lagi untuk menambah lagi kerana krisis yang ada jauh lebih besar dari krisis yang berlaku pada tahun 2014 yang lalu. Dan apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih dengan RM1 juta yang telah pun dikeluarkan itu dan saya percaya kalau lebih banyak pun lebih baik kerana sudah tentulah apa–apa yang kita keluarkan itu kepada perkara yang baik pasti akan di gandakan oleh Allah SWT seiring dengan ungkapan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat dalam mukadimah kertas atau pun teks pembentangan yang menyinggung tentang doa yang diucapkan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S di satu bumi yang kering kontang di Kota Mekah kemudian kerana meyakini bergantung penuh kepada Allah bumi itu menjadi bumi yang sangat subur kerana penggantungan kepada Allah maka setiap sen yang kita keluarkan atas keyakinan penggantungan kepada Allah sudah tentulah akan mendatangkan kasihan belas untuk Allah menambah keberkatan dengan izin; “Apa sahaja yang kamu belanjakan dengan jalan Allah, pasti Allah akan menggantikan”.

Tuan Speaker, saya juga terharu apabila Dato’ Menteri Besar Yang Amat Berhormat telah berbesar hati untuk meneruskan Festival Turath Islam setelah kejayaan pertama yang menggabungkan jemputan kepada international school dengan izin ataupun Ulama-Ulama Dunia yang dijemput untuk datang ke Negeri Selangor membincangkan antaranya satu buku yang di karang karya Hujjatul Islam Ihya Ulumuddin daripada Abu Hamid Al- Ghazali ataupun yang disebut dengan Imam Al-Ghazali. Karya Imam Al-Ghazali bukan sekadar Ihya Ulumuddin tetapi juga ialah karya yang sangat agung berkaitan dengan soal karya politik kerana bila sebut Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali, tertumpu pandangan kepada soal ilmu tasawuf tetapi dia juga adalah pemikir kepada soal politik melalui karyanya Al Tibr Al-Masbuk Fii Nashihat Al-Muluk yang dikeluarkan khusus untuk menasihati kerajaan pada ketika itu. Apa kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin Jilid 1 muka surat 22 – 23. Kata Imam Al-Ghazali tiga nasihat penting kepada mana-mana kerajaan, kepada mana-mana pemimpin. Pertama, bila rakyat memerlukan bantuan dan kasihan belas maka kerajaan mestilah berikan bantuan dan kasihan belas. Yang kedua bila membuat keputusan kerajaan mestilah buat keputusan secara adil dan yang ketiga laksanakan kerajaan mesti melaksanakan perkara yang dijanjikan untuk rakyat dan jangan sekali-sekali memungkiri janji-janjinya. Tiga asas yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali yang menjadi minat untuk kita membincang sehingga kita menjemput para Ulama luar, kita harap bukan sekadar ia hanya menjadi satu program tetapi mesti menghayati setiap daripada nasihat yang dikemukakan oleh tokoh karya agung Abu Hamid Al-Ghazali. Sebab itu antara lain Abu Hamid Al-Ghazali juga menyebut tentang kerosakan pada rakyat adalah bermula daripada pemimpin dan kerosakan pemimpinnya kerana rosak para ulamaknya. Rosak para ulama kerana kedudukan pada kerana terpaut pada harta, pangkat dan kedudukan. Sesiapa yang dikuasai katanya oleh keinginan duniawi tidak akan mampu untuk mengurus rakyat. Itu kata Abu Hamid Al-Ghazali ataupun Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin supaya sekurang-kurangnya menjadi perhatian penting kerana keputusan kerajaan ataupun cadangan melalui kertas pembentangan belanjawan ini untuk meneruskan Festival Turath yang akan datang. Tuan Speaker, sebelum kemudian daripada itu saya ingin menyinggung yang ketiga ialah apa yang disentuh dalam belanjawan kali ini berkaitnya dengan keterjaminan makanan. RM40 juta peruntukan akan dikeluarkan, RM20 juta melalui PKPS dan RM20 juta lagi dari Kerajaan Negeri. Satu angka yang besar tetapi waktu yang sama beberapa persoalan untuk saya bangkitkan supaya menjadi penilaian kerana angka yang besar ini mesti dikembangkan yang akhirnya manfaatnya akan kembali kepada rakyat Selangor apatah lagi kepada petani-petani yang terhimpit dengan segala macam himpitan kos sara hidup dan sebagainya. Persoalan saya ialah apakah PKPS dan Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah lagi kawasan-kawasan bagi kawasan penanaman padi, meneroka tempat-tempat yang baru, mencari tempat yang baru untuk penanaman padi yang saya percaya pertanian yang menjadi enjin yang kedua untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk penghasilan Kerajaan Negeri kerana waktu yang sama sedar atau pun tidak, sekarang ini kawasan-kawasan penanaman padi sudah semakin hari semakin mengecil, semakin hari semakin mengecil.

Kawasan-kawasan penanaman padi ada yang sudah digunakan untuk projek homestay, kawasan penanaman padi ada yang sudah digunakan untuk tanaman-tanaman kontan yang terlalu banyak yang menjadikan kawasan penanaman padi ini semakin hari semakin kecil. Ditambah pula dengan cadangan beberapa tempat pelancongan daripada Tanjong Karang, singgah Sekinchan, banyak pula di Sekinchan homestay-homestay yang dibuat tanaman padi, tempat tanaman padi jadi tanaman jagung, tanaman sayur-sayuran, letak pula satu kapal terbang pula di situ dah mengambil kawasan pula. Sampai ke Sabak Bernam banyak pula homestay-homestay menjadikan kebimbangan kita kepada soal keterjaminan makanan untuk masa hadapan. Baru-baru ini kerajaan menyebut tentang ketahanan bekalan kita dalam jangka 3 bulan, sedang kadang-kadang ayat bagaimana kehebatan Nabi Allah, Yusuf A.S. mengurus, mentadbir ketahanannya adalah menyediakan makanan untuk tempoh 7 tahun. Jadi, oleh sebab itu, kalau ini berlaku sedang pendapatan petani sekarang ini rata-rata antara 4 ke 6 tan bagi 1 lot.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sabak. Mohon mencelah.

Sila.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik dengan perkara penggunaan kawasan sawah padi dengan perkara yang bukan bersifat tanam padi. Saya selalu juga pergi ke Sekinchan ini, Yang Berhormat Sabak. Apakah pihak kerajaan boleh membenarkan satu dasar yang membenarkan atas aspek pelancongan mungkin, membina begitu banyak rumah burung di kawasan sawah padi dan meletakkan sebuah kapal terbang besar di situ untuk maksud pelancongan dan memberi kesan langsung kepada keluasan tanah padi di situ. Mohon pandangan, terima kasih.

Oleh kerana soalan itu kepada kerajaan, jadi masukkan dia sebahagian dalam ucapan saya dalam perbahasan.

Speaker. Seri Serdang.

Itu bukan untuk saya menjawab. Itu bukan untuk saya menjawab. Tetapi..

Sabak. Boleh?

Sila.

Tadi Sabak nyatakan hasil padi kita 5 ke 6 tan, tetapi kita dimaklumkan sawah kita, bendang kita di Sekinchan mencapai ke 7 tan. Apakah Sabak setuju untuk kita bawa teknologi dan

cara kerja di Sekinchan dan kita kembangkan di kawasan-kawasan yang lain supaya petani kita dapat meningkatkan lagi pengeluaran sehingga ke 7 tan?

Saya dahulu pernah duduk sana untuk menjaga pertanian juga, perbincangan kita sejak daripada dulu ialah nak membawa teknologi-teknologi supaya semua petani-petani padi di Selangor boleh mencapai pendapatan sebagaimana juga di Sekinchan. Teknologi itu dibawa, bawalah, buat lah macam mana pun yang penting pendapatan petani mesti meningkat. Pendapatan petani mesti meningkat. Apa yang menjadi kekangan besar sudah tentulah antaranya berkaitan dengan soal modal. Berkaitan dengan kenaikan kos-kos penyediaan modal-modal asas untuk yang petani sebahagian dia tidak mampu dan yang kedua, terlalu ramai pemain-pemain pertanian ini dalam keadaan yang sudah semakin tua, mereka yang anak-anak muda tidak begitu minat untuk berada di lapangan pertanian. Saya menyedari sebab saya lahir di kawasan sawah. Di kawasan bendang, hari-hari hidup dengan orang bendang. Rata-rata saya sebut, saya tidak pertikaikan soal Sekinchan itu penghasilannya ada sebahagiannya penghasilannya tinggi. Ada juga di Sabak Bernam yang sudah mencapai kepada 7 tan. Tetapi rata-rata yang saya menyebut 4 hingga 6 tan. Kalau 4 tan, dia bukan sekadar tidak untung, bahkan rugi. Kalau 4 tan. Kalau 5 tan, itu cukup-cukup makan. Ada kawasan yang menamakan sehingga kawasan dia 3G, dapat rangkaian 3G. Apa makna 3G, 3 kali gila. Gila pertama, dah tahu dah rugi tetapi tanam juga. Yang kedua, dah tahu dah modal meningkat tetapi terpaksa beli juga. Sebab apa? Sebab tuntutan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan. Kalau dia tanam yang lain, dia tahu dia akan lebih untung, tetapi bagaimana nanti dengan soal bekalan makanan dalam negara apatah lagi untuk Negeri Selangor. Maka oleh sebab itu, saya sangat membimbangi untuk tempoh yang akan datang.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi? Panjang lagi?

Separuh lagi.

Speaker

Boleh pendekkanlah ya. Boleh ringkaskan ya.

Itu kuning tadi dah termasuk Subang Jaya punya tadi.

Speaker

Yang Berhormat boleh teruskan ya.

Okay sikit lagi, sikit lagi. Pasal cakap nak bantu Sekinchan sekali apa semua.

Speaker

Ya, ya.

Baik.

Speaker

Baik-baik.

Jadi oleh sebab itu, yang ini yang saya minta supaya di ambil perhatian, RM20 juta, RM40 juta bukan angka yang kecil, bukan angka yang kecil. Kemudian dan saya suka nak ingatkan kepada kerajaan dalam kempen pilihan raya yang lalu, petani-petani telah dijanjikan oleh kerajaan PH kalau mereka menang maka petani akan diberikan insentif ataupun hadiah RM500.00, RM300.00 dalam bentuk tunai, RM200.00 dalam bentuk barangan. Soalan saya, sebahagian telah dapat, sebahagian kecil. Tetapi ribuan lagi belum dapat lagi. Siapa yang nak bayar ni?. Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Tambun yang nak bayar ni?. Jadi yang ini perlu kepada pencerahan. Sebab ramai yang tanya kedai kopi tanya, jangan sampai tidak melaksanakan janji walaupun banyak yang sudah tidak dilaksanakan. Kemudian saya pergi kepada soal pelancongan, sikit lagi, sikit lagi. Beri saya 5 mini sahaja. Pelancongan, pelancongan RM3.3 juta. Alhamdulillah di utara Selangor, di selatan Selangor, pintu masuk Sabak Bernam, Sabak dan Sabak adalah antara pintu masuk Selangor dan bahagian utara belah pantai, apa yang membezakan antara Selangor dengan Perak. Mercu tanda dia hanyalah jambatan Sabak. Kalau tidak ada jambatan Sabak antara Perak dengan Selangor tidak ada apa-apa beza pun. Letaklah sempadan itu di Hutan Melintang sama sahaja. Sebab itu orang daripada Perak, orang daripada utara sekarang ini mengikuti jalan WCE, Highway yang baru bila sampai di Selangor dia kata tak tahu sama, kalau tak ada jambatan dia tak tahu itu Selangor ataupun itu Perak. Sebab tidak ada mercu tanda, yang ini yang saya sebut daripada dulu perlu kepada satu perubahan supaya bila masuk sahaja Selangor, sudah ada satu mercu bahawa ini Negeri Selangor. Apa dia? Berhampiran jambatan Sabak Bernam itu perlu dibina sesuatu yang membezakan antara Perak dan juga di Negeri Selangor. Bukan Sekinchan, Sabak, Sekinchan sudah berapa DUN dah, pentinglah Sekinchan itu bukan tak penting, tetapi Sabak paling tidak adanya one stop yang boleh jadi tempat pelancong, tadi sampai Selangor pusing-pusing dulu kan.

Saya nak buat lagi satu motto, “sebelum keluar Selangor jangan lupa pusing dulu”. Itu perlu ada di penghujung daripada sempadan. Kemudian saya juga nak menyebut daripada dulu tidak ada mercu tanda ini. Kemudian saya juga nak menyebut soal berkaitan dengan Kompleks Islam yang diumumkan akan dibina di Gombak menjadi mercu tanda Gombak. Gombak ini kalau tidak ada mercu tanda pun orang tahu itu Gombak. Pergi Batu Caves pun sudah tahu dah ini Gombak ini ataupun kalau tengok banjir pun tahu ini Gombak ini, selalu banjir ini. Tetapi ini kita kata mercu tanda, saya nak menyebut ini bersekali dengan saya nak menyinggung tentang sikitnya peruntukan untuk Jabatan Mufti. Saya rasa ini perlu diperkasakan bersekali dengan soal Program Literasi Al-Quran yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang hari ini baru 3 Daerah, ini hanya program tetapi saya mengehendaki kalau dapat supaya di institusikan, di institusikan. Supaya ada satu pusat yang nanti akhirnya dia bukan sekadar satu kompleks, sebab kompleks ini nanti pengisiannya

kita pun tahu banyak dah di Selangor kita buat kompleks-kompleks Islam. Tetapi apa pengisiannya? Sebab itu bila kita bercakap menjemput ulama-ulama daripada luar kenapa kita tidak berfikir bahawa Selangor perlu manfaatkan ratusan, ribuan dah keluaran daripada Maahad Integrasi Tahfiz yang ramai supaya mereka itu berada dalam suatu pusat kualiti hafazan mereka dijaga, semuanya dijaga. Kemudian bentuk satu institusi yang sampai pada peringkat seperti Darul Ifta di Mesir. Tak payahlah setiap kali kursus kita nak pergi ke Mesir, kursus pergi ke Mesir. Selangor memulakan dulu atas slogan “Kita Terunggul”. Kita ada Darul Ifta kita sendiri, kita mampu mengeluarkan ramai di kalangan ulama-ulama kita sendiri supaya RM25 juta ini, bukan saya tak minat dengan kompleks ini tetapi kita sudah banyak kompleks, yang ini saya rasa terlalu penting. Jadi EXCO Agama boleh memulakan ini, banyak tanah di Sabak Bernam sebab itu saya menyebut tentang ini, Sabak Bernam ada baki lagi yang EXCO sebut berekar lagi kemudian di ILDAS, di belakang ILDAS jadi pusat tanaman-tanaman kontan sahaja. Di belakang ILDAS itu tanah milik MAIS lagi yang boleh dibincang untuk dibina.

Kemudian akhirnya Sabak ini macam itulah, sejak daripada dulu bahasa setiap kali belanjawan nak membawa kemajuan bandar ke luar bandar, kemajuan bandar luar bandar, tetapi hari-hari bergelumang juga dengan masalah yang sama. Stadium Sabak daripada dulu macam itulah, ada pagar, pagar nak roboh, ada kawasan dibela pula di tanam pisang, tanam serai macam-macam. Daripada dulu, tak ada perubahan apa-apa. Tanya Majlis, Majlis hanya membersihkan sahaja, kami tak ada peruntukan, apa itu bawah MSN. Budak untuk bersukan dah tak minat dah. Tak berapa minat, tak ada kemudahan sukan-sukan yang lain yang boleh diperkenalkan buatlah kolam renang ke, buatlah apa-apa yang boleh menjadi kemudahan, bowling ke buatlah, tetapi daripada dulu begitulah. Begitu juga setiap kali Dewan, laporan demi laporan kita hantar bersurat pun kita hantar jalan antara Sepintas sampai ke MITS. Ini berapa nyawa sudah berlaku kematian kerana kes langgar lembu. Kes langgar lembu. Kita nak tahu Enakmen apa yang kerajaan akan perkenalkan untuk mengatasi masalah ini. Saya sebut, 3 hari lepas berhampiran dengan sekolah MITS daripada Sepintas sampai ke Bagan Terap accident lagi. Sudah ramai nyawa dah terkorban di situ. Tetapi apa penyelesaian, ini cabaran. Lembu-lembu yang dilepas apabila berlaku kemalangan tak ada siapa yang nak mengaku lembu mereka. Tetapi bila lembu hilang dia mengaku itu semua lembu dia. Ini masalah. Jadi buat satu, perkenalkan satu enakmen penguatkuasaan yang betul apakah perlu setiap lembu ini didaftarkan ada kad pengenalan dia sendiri, ada tanda dia sendiri, supaya tahu kalau accident mati ini lembu si polan, lembu si polan.

Speaker

Yang Berhormat dah landing. Yang Berhormat Sabak panjang lagi?

Sikit lagi. Seminit lagi. Seminit.

Speaker

Sikit lagi ya. Terima kasih.

Sabarlah. Jadi yang ini yang saya nak supaya Kerajaan Negeri betul-betul prihatin. Kemudian yang akhir sekali berkaitan dengan perumahan Selangor yang ada di Air Manis, dulu waktu Sungai Air Tawar duduk di situ sini pun banyak soalan. Saya pun pernah bertanya tentang Air Manis ini sebab dulu kita perkenalkan sejak tahun 2014, perumahan, kemudian nampak macam terbengkalai buatlah penjenamaan semula. Saya pun tak tahu penjenamaan semula betul-betul penjenamaan akan datang lagi penjelmaan semula pula. Jadi saya nak tanya satu apakah ada perubahan kepada kategori-kategori rumah yang akan dikeluarkan ataupun hanya ada satu jenis sahaja. Sebab saya pernah bertanya tahun 2015 dulu bahawa ada tiga ataupun empat kategori ketika itu.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

YB Sabak, boleh mohon pencerahan.

Sekejap, tidak ini dah tidak ada masa dah. Kemudian dulu daripada 329 unit sekarang ini dia dah jadi 222 unit. Jadi saya nak tahu, apakah ada perubahan kepada jenis rumah dan masihkah mengekalkan perolehan kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera? Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih, mohon maaf andai ada yang tersinggung dan harap pihak Kerajaan dapat menjawab beberapa persoalan saya bangkitkan dan dengan itu saya mohon undur diri. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Sebelum saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, saya ingin memberi tahu kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa berkenaan dengan penambahan masa itu akan ditetapkan mengikut kesesuaian dan keperluan. Dan saya tidak pernah berkata mana-mana Ahli Yang Berhormat, secara persendirian ataupun secara terbuka bahawa hari ini tidak ada penambahan masa. Saya berharap tidak ada sebarang salah faham tentang perkara ini dan saya rasa, saya juga memberi tahu bahawa ia akan dipertimbangkan mengikuti keperluan semasa. Baik saya jemput Seri Kembangan dan saya mohon semua untuk ikut masa yang dibekalkan iaitu 20 minit. Saya ingat ini adalah masa yang cukup munasabah dan jauh lebih panjang daripada masa-masa yang dalam sesi-sesi yang lepas. Silakan Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker. Saya tidak akan menggunakan ruang perbahasan ini untuk mengiklan parti atau komponen politik sendiri seperti apa yang dilakukan Yang Berhormat Ketua Pembangkang kerana, Ketua Pembangkang nak keluar ke? Dipersilakan. Saya ingin, awal lagi nak celah dah. Kerana bagi saya Dewan yang mulia ini satu tempat yang mengutamakan kebenaran bukannya satu pentas bagi pelakon-pelakon politik menyebarkan propaganda parti politik sendiri. Bagi saya, kita semua sebagai wakil rakyat dipilih oleh rakyat Selangor sepatutnya menghormati peranan sendiri dan juga peranan orang lain. Biarlah Menteri Besar menjalankan tugas Menteri Besar, biar Tuan Speaker menjalankan peranan Tuan Speaker. Biar EXCO menjalankan tugas EXCO dan biarlah Ketua Pembangkang menjalankan tugas Ketua Pembangkang. Amalan

saling hormat-menghormati perlulah kita sama-sama mengamalkan bukannya asyik tunjuk ajar Ahli-Ahli Yang Berhormat lain cuba buat aksi provokasi malah cuba mencabar kebijaksanaan Tuan Speaker menjalankan tugasan beliau. Kalau pihak pembangkang terutamanya ketua pembangkang nak sangat memikul tanggungjawab Tuan Speaker, menangkan...

Speaker

Seri Kembangan nak beri laluan kepada Taman Medan?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak, awal lagi Taman Medan.

Speaker

Taman Medan boleh duduk.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

20 minit sahaja.

Speaker

Teruskan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Kalau, kalau Ketua Pembangkang ataupun pihak pembangkang nak sangat memikul tanggungjawab Tuan Speaker, menangkan pilihan raya dan mintalah jawatan ini daripada rakan-rakan dari parti komponen anda pada masa tersebut.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya tidak membenarkan, minta maaf.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan.

Speaker

Tidak dibenarkan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya tidak membenarkan.

Speaker

Teruskan, teruskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dah sebut macam-macam, tapi tak nak bagi laluan...

Speaker

Teruskan, dia tak bagi.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya tidak membenarkan. Nanti masa tak cukup lagi. Ketua Pembangkang.....

Speaker

Nanti Yang Berhormat boleh ambil bahagian dalam perbahasan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tadi Yang Berhormat sebut, Yang Berhormat menghormati...

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa, tak apa...

(Dewan Riuh)

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kami mainkan peranan kami sebagai ADUN pembangkang.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya tidak membenarkan mencelah.

(Dewan Riuh)

Speaker

Tidak diberi laluan, sila duduk.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan tidak diberi laluan maksudnya duduk, Seri Kembangan teruskan. Kalau ada apa-apa perkara yang Taman Medan nak bahas, boleh bawa dalam perbahasan itu sahaja.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih saya tidak membenarkan.

Speaker

Itu sahaja, itu sahaja.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Sila jangan membazirkan masa Dewan, terima kasih.

Speaker

Teruskan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih.

Speaker

Masa tidak, masa itu emas sebenarnya. Teruskan teruskan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Ya, terima kasih. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah membentangkan satu belanjawan yang mantap dan berjiwa rakyat. Bukan sahaja begitu, oleh kerana strategik pembelajaran yang membawa kesan dan berhemah prestasi kewangan Kerajaan Negeri juga telah merekodkan lebihan kewangan sebanyak 427.25 juta ringgit pada tahun ini. Saya berasa begitu bangga kerana berdasarkan pencapaian dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri walaupun belanjawan tahun 2024 masih merupakan satu belanjawan deficit, unjuran ini akan dikecilkan kepada angka lebih rendah yang boleh ditampung oleh rizab sedia ada. Malah

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Seri Kembangan soalan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak. Saya tidak membenarkan. Minta maaf. 20 minit sahaja yang ada.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak tanya pasal, Speaker. Soalan fakta, boleh.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Maaf, saya tidak membenarkan terima kasih.

Speaker

Tidak memberi laluan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Malah saya ingin mengingatkan.

Speaker

Teruskan Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya ingin mengingatkan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Hulu Kelang, sejak tahun 2008 saya tak tahu kenapa kita sentiasa fikir kepada sebelum ini sejak tahun 2008 selepas Pakatan Rakyat iaitu selepas memenangi pilihan raya dan menjadi Kerajaan Negeri Selangor jumlah hutang Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,702 juta tahun 2009, jumlah hutang menurun sedikit kepada RM1,063 juta, tahun 2010 turun lagi kepada RM1,004 juta, tahun 2011 turun lagi kepada RM979 juta ringgit, tahun 2012 turun lagi kepada RM897 juta dan tahun 2013 turun kepada RM882 juta. Pada tahun 2014 iaitu tahun Ketua Pembangkang Yang Berhormat Hulu Kelang semasa itu menjadi Menteri Besar jumlah hutang telah pun naik kepada RM957 juta, tahun 2015 naik lagi kepada RM1,028 juta, tahun 2016 naik lagi RM1,095 juta dan tahun 2017 naik lagi ke RM1.127 juta. Bukannya saya ingin menyalahkan Yang Berhormat Hulu Kelang kerana boros atau menggunakan wang rakyat sesuka hati. Saya setuju kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang iaitu semalam beliau mengatakan bahawa..

Speaker

Yang Berhormat Seri Kembangan, Gombak Setia minta penjelasan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tidak. Terima kasih, saya tidak membenarkan, saya bersetuju...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini soalan pasal hutang, bukan pasal Speaker.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya sekarang nak bercakap saya bersetuju ni.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Pasal hutang, pasal hutang.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya ingin, nak bersetuju dengan Ketua Pembangkang ni. Tunggu sekejap. Awal lagi...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini perbahasan ke pertandingan membaca ni?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Okay. Saya ingin kata saya bersetuju kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat semalam iaitu simpanan negeri patutnya dibelanjakan untuk membantu rakyat. Saya sangat bersetuju, saya cuba ingin mengingatkan Yang Berhormat Hulu Kelang dan juga para pembangkang bahawa pada zaman Ketua Pembangkang menjadi Menteri besar bukannya tak pernah pinjam duit daripada Kerajaan Persekutuan, jadi janganlah gunakan masa dan kuasa Yang Berhormat berbahas di dalam Dewan untuk menyebarkan informasi yang kurang tepat. Yang Berhormat Ketua Pembangkang lompat parti sahaja, jangan pendirian dan memori pun lompat-lompat juga. Tahniah dan syabas sekali lagi saya mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Selangor dengan penyelesaian hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan ini, tema Belanjawan 2024 iaitu “Selangor Mendiri, Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan” bukan setakat satu slogan atau impian sahaja tetapi satu objektif dan harapan yang dapat dan akan direalisasikan.

Seri Kembangan amat mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri di dalam bidang pelancongan. Namun begitu saya ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa Selangor mempunyai pelbagai jenis cara pelancongan yang berpotensi tinggi. Untuk menunjukkan keistimewaan Selangor daripada negeri lain seperti pelancongan perindustrian dan pelancongan kampung-kampung tradisi serta kampung-kampung baharu yang bersejarah. Sejak tahun 2022 saya telah memulakan pelancongan perindustrian di kawasan Balakong. Cara pelancongan ini telah mendapatkan sambutan yang baik daripada kalangan pelancong terutamanya pihak sekolah yang ingin memberi peluang kepada pelajar-pelajar mereka untuk belajar tentang sektor pembuatan atau mendedahkan mereka terdapat bidang usahawan. Selain daripada itu budaya dan sejarah yang sedia ada di kampung-kampung tradisi dan kampung-kampung baharu juga merupakan ciri-ciri pelancongan yang sangat berpotensi. Sebagai contoh Malaysia Chinese Museum dengan izin, yang terletak Wisma Guangzhon dataran dan karya seni di tepi Sungai Kuyoh, kilang coklat Beryl’s dan sebagainya. Semua tempat yang menarik ini adalah tempat sedia ada untuk menunjukkan keistimewaan dan kepelbagaian negeri kita tetapi kita semua menghadapi satu masalah yang agak mencabar iaitu kesesakan trafik. Saya perasan keinginan pihak Kerajaan untuk mengalakkan lebih ramai penduduk di Selangor bagi menggunakan pengangkutan awam. Saya ingin mencadangkan bahawa usaha kerajaan untuk menawarkan solusi keterhubungan first mile and last mile dengan izin, iaitu mobiliti Selangor boleh mengambil kira keperluan di kawasan-kawasan pelancongan supaya pelancong-pelancong dapat pusing Selangor dengan pengangkutan awam atau kenderaan sewaan. Seperti motosikal elektrik ataupun

dipanggil e-bike. Bagi keadaan di Seri Kembangan, bas mini atau van mungkin kurang sambutan dari pengguna kerana kekurangan perhentian bas yang selesa. Kebanyakan perhentian bas di Seri Kembangan hanya mempunyai tiang sahaja dan belum dilengkapi dengan bumbung dan tempat duduk. Penduduk-penduduk terpaksa menunggu bas di bawah matahari yang panas apatah lagi masa hujan lebat. Saya ingin mencadangkan pihak kerajaan untuk memberi pertimbangan sewajarnya terhadap perhentian bas yang berbumbung dan mempunyai panel solar. Dengan wujudnya perhentian bas ataupun Smart Bus Stop dengan izin, yang lebih selesa malah mempunyai soket elektrik untuk membenarkan pengguna pengangkutan awam mengecaskan peralatan-peralatan elektrik mereka. Saya percaya lebih ramai penduduk akan menggunakan pengangkutan awam. Idea Smart Bus Stop dengan izin, ini sebenarnya berasal daripada projek rintis MBSA iaitu laluan pejalan kaki berbumbung dan mempunyai panel solar. Jika kita dapat menggabungkan idea laluan penjalan kaki dan perhentian bus berbumbung dan mempunyai panel solar ini bukan sahaja akan menggalak pengangkutan awam, pengguna e-bike dan basikal juga dapat didorong dengan wujudnya laluan yang lebih selamat kepada para penunggang e-bike dan basikal, terutamanya mereka yang menyewa e-bike atau basikal untuk melancong kawasan kampung kerana mereka juga dapat berkongsi laluan pejalan kaki ini dan bukan menggunakan jalan raya dengan kenderaan lain.

Tuan Speaker, Seri Kembangan berpendapat bahawa Kerajaan Selangor memang merupakan satu kerajaan yang mementingkan dan memberi perhatian kepada kaum wanita. Dalam Belanjawan Selangor 2024, sebanyak RM3.3 juta akan diperolehi bagi program Liga Usahawan Wanita supaya memberi bantuan dari segi permulaan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasangan serta penempatan produk, bagi pandangan Seri Kembangan, program Liga Usahawan Wanita boleh bekerjasama dengan PWB iaitu penyelia-penyelia Pusat Wanita Berdaya supaya wujudnya lebih banyak latihan dan bantuan permulaan perniagaan kepada para wanita dan yang berhasrat memulakan perniagaan sendiri. Selain menjadi usahawan kaum wanita juga boleh menjanakan pendapatan melalui harta mereka. Kerajaan Selangor pernah mengkaji dan mencadangkan sebahagian kuota rumah Selangorku diberi kepada kaum wanita untuk menggalakkan mereka mempunyai harta sendiri. Saya berasa bahwa usaha dan inisiatif ini adalah sangat bagus hanya kita perlu memberi sedikit kelonggaran syarat kepada kaum wanita yang mempunyai harta bersama dengan suami untuk mempunyai harta kedua yang di bawah nama mereka sepenuhnya. Projek Rumah Selangorku telah dilaksanakan sejak tahun 2014 sehingga kini lebih daripada 35 ribu unit telah pun diserahkan kunci kepada pembeli yang layak ditawarkan. Satu keluarga, satu kediaman yang sempurna adalah satu matlamat yang prihatin kepada rakyat, namun matlamat ini sedang menghadapi satu cabaran yang besar iaitu sebahagian penduduk yang menduduki di pangsapuri-pangsapuri kos rendah atau mampu milik ini tidak mampu tidak berupaya membayar fee penyelenggaraan.

Perkara ini telah menyebabkan kekurangan sumber kewangan bagi pihak pengurusan untuk menjaga kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan penduduk di kawasan kediaman mereka.

Oleh sebab semua harta ini merupakan milik, milikan peribadi bantuan daripada pihak kerajaan dan Ahli Dewan Negeri adalah sangat terhad. Keadaan kewangan yang kritikal dan tidak sihat mengakibatkan kebanyakan pihak pengurusan tidak dapat diteruskan dan keadaan ini menjadi lagi teruk dan tidak terkawal semasa tidak ada lagi wujudnya pihak pengurusan di sesetengah pangsapuri kos rendah ataupun mampu milik. Saya perasan bahawa kerajaan akan menjalankan satu projek reborn komuniti strata demi memperkasakan komuniti PPR dan Smart Sewa. Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik, namun begitu saya berpendapat bahawa program ini dapat ditambah baik dengan kerajaan memberi geran permulaan ataupun start-up grant dengan izin, bagi pihak pengurusan yang ditubuhkan semula untuk membantu pihak-pihak pengurusan yang baru ini. Saya memberi cadangan ini adalah kerana saya perasan, kebanyakan pangsapuri kos rendah atau mampu milik mempunyai masalah hutang TNB dan atau Air Selangor yang banyak. Ada yang berhutang sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit, malah ada yang mencecah lebih jutaan ringgit. Sekiranya geran permulaan ini dapat ditimbang rasa dan direalisasikan, ia merupakan satu bantuan dan dorongan yang cukup besar buat ahli-ahli jawatankuasa baru pihak pengurusan pangsapuri kos rendah atau mampu milik. Saya juga menyambut baik tentang komitmen kerajaan Selangor dalam mengatasi masalah projek terbengkalai pembangunan. Selangor adalah jauh lebih pesat dan cepat jika berbanding dengan negeri-negeri lain. Namun begitu, Selangor juga mempunyai bilangan projek terbengkalai yang tinggi dan yang ditinggalkan oleh pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab. Projek Residensi Jaya merupakan salah satu projek bermasalah sejak tahun 2019 dan kemudiannya disahkan sebagai projek terbengkalai. Projek ini perlu, memerlukan prihatin kerajaan kerana ia merupakan projek rumah SelangorKu dan kesemuanya pembeli rumah merupakan pembeli rumah buat kali pertama. Saya berpendapat bahawa projek rumah SelangorKu dan juga projek-projek rumah mampu milik atau kos rendah yang telah disahkan status terbengkalai, perlu diberi keutamaan semasa kerajaan cuba menyelesaikan masalah terbengkalai kerana sebahagian besar pembeli merupakan golongan B40 dan projek yang terbengkalai ini adalah ada kemungkinan besar merupakan satu-satu harta yang dimiliki oleh mereka bagi jangka masa yang sangat panjang.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang isu pengurusan sisa pepejal. Saya menyambut baik tentang pembangunan Sultan Idris Shah Green Energy Plant yang merangkumi loji sisa kepada tenaga yang kemampuan untuk membakar 2400 tan sampah sehari dan menjana 130.5 megawatt tenaga elektrik. Dengan pembangunan taman tenaga hijau ini, kebergantungan kita terhadap tapak pelupusan sampah ataupun landfill dengan izin, dapat dikurangkan dan bayangkanlah berapa banyak tanah dan bumi dapat kita selamatkan.

Tuan Speaker, soalan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat, saya amat tertarik dengan cadangan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan WTE sebentar tadi. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa Yang Berhormat yang duduk di sebelah Yang Berhormat itu membantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut dan adakah Yang Berhormat sedia untuk cadangan projek itu dibawa ke kawasan Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya tiada masalah. Sebagai satu Ahli Dewan Negeri dan juga seorang wakil rakyat, kita sentiasa mewakili kawasan kita sendiri dan saya menghormati Yang Berhormat Rawang, juga pendirian beliau.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi ke Yang Berhormat? Panjang lagi ke Yang Berhormat?

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak, last.

Speaker

Ya, silakan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Mungkin lepas ini, Yang Berhormat Rawang boleh menjawab soalan. Saya ingin, kejap ya. Saya juga menyambut baik tentang inisiatif oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd bagi membangunkan Selangor Recycle Search demi mengurangkan sampah yang dihantar ke tapak pelupusan sampah. Saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan membekalkan mesin kompos organik di setiap pasar awam di Selangor demi objektif yang sama. Untuk pengetahuan semua, menurut kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp, sisa makanan merupakan jenis sisa pepejal yang paling banyak di dalam semua jenis sampah, iaitu sebanyak 44.4% daripada sampah yang dihasilkan setiap hari merupakan sisa makanan. Salah satu pihak yang merupakan menyumbang besar kepada statistik ini adalah pasar pagi dan pasar awam. Sisa makanan merupakan sisa pepejal yang boleh dikitar semula atau dikompos menjadi baja. Ia tidak sepatutnya ditanam atau dibuang ke tapak pelupusan sampah. Teknologi mesin kompos organik telah matang dan setahu saya pasar awam di Selayang telah lama menggunakan kaedah mesin kompos organik ini untuk menguruskan sisa makanan harian mereka. Saya cadangkan bahawa, kerajaan memberi bantuan ataupun insentif bagi pihak PBT untuk memasang mesin kompos organik di setiap pasar awam demi mempercepatkan usaha pengurangan sisa pepejal harian yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Pada masa yang sama, baja kompos yang dihasilkan boleh menjana pendapatan kepada pihak pengurusan pasar awam dan juga menggalakkan lebih ramai penduduk menggunakan baja organik berbanding dengan baja kimia yang tidak mendatangkan manfaat kepada alam sekitar kita. Dengan ini, saya menyokong

sepenuhnya Belanjawan Selangor 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 10 November 2023. Terima kasih.

Speaker

Gombak setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Speaker. Sedih sebab tak dapat menyampuk masa pun tinggal pendek, tapi Insya-Allah. Tuan Speaker, Gombak Setia tampil pada hari ini untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Belanjawan 2024 Negeri Selangor, sebuah belanjawan dan perancangan tahunan yang mencerakinkan unjuran pendapatan dan unjuran perbelanjaan untuk tempoh satu tahun yakni tahun 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada akhir minggu yang lalu.

Syukur, rakyat Negeri Selangor telah memberikan mandat yang semakin besar buat Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri yang ke-15. Saya yakin, mandat ini adalah satu manifestasi tuntutan rakyat untuk semak dan imbang terhadap Kerajaan Negeri dan pada yang sama sebagai latihan dan persiapan buat Perikatan Nasional mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor dalam pilihan raya yang akan datang.

Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mengajak seluruh Ahli Dewan, kita semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, ada 56 orang untuk mengambil sikap yang jujur, ikhlas dan penuh rasa tawaduk untuk bersama-sama menilai semula prestasi Kerajaan Negeri dan meneliti setiap unjuran yang diimpikan oleh kita semua. Tiga elemen yang saya sebutkan ini adalah asas kepada sesebuah belanjawan. Pertama soal prestasi, kedua soal unjuran serta ketiga soal kebijakan dan soal dasar. Ini kerana sesebuah belanjawan tahunan itu mestilah digubal secara pragmatik maksudnya berpijak di bumi yang nyata ini. Berdasarkan persekitaran ekonomi semasa dan prestasi kewangan kerajaan dengan menggunakan unjuran yang tepat dan jujur, maka barulah kita dapat menyusun dasar polisi dan kebijakan kerajaan yang unggul sifatnya.

Tuan Speaker, peringatan ini saya lontarkan kerana pada penggal yang lalu, Gombak Setia turut terlibat dalam perbahasan Rancangan Selangor Pertama, sebuah perancangan jangka masa lima tahun untuk Negeri Selangor. Di Dewan yang Mulia ini, dalam perbahasan tersebut, saya telah mengingatkan Kerajaan Negeri, supaya mengambil sikap yang jujur, realistik bagi menjana manfaat dankesejahteraan yang berpanjangan buat rakyat negeri Selangor.

Saya tegaskan bahawa kita tidak perlu memetik angka-angka yang besar, jika sekadar untuk menarik perhatian atau mencetuskan keterujaan demi kepentingan politik kerana pada akhirnya kita hanya akan memperlihatkan sikap yang delusional dan tidak realistik sebelum menemui kebuntuan dan gagal. Seorang astronomer terkenal Carl Sagan menasihati kita “it is is far better to grasp the universe as it is really is than

to persist in delusion, however satisfying and reassuring”. Objektif Rancangan Selangor Pertama untuk menyumbang 30% ...

Speaker

Yang Berhormat, kena bahasa Malaysia juga untuk frasa tadi tu.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Selangor belum terjemah, boleh saya sambung.

Speaker

Ya la, tak apa.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker nak menyampuk?

Speaker

Kalau boleh la. Lebihkan penggunaan ...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Objektif Rancangan Selangor Pertama untuk menyumbang 30% daripada KDNK negara menjelang tahun 2025 ini adalah satu matlamat yang progresif tapi meleset, tidak realistik dan delusional semata-mata. Saya kemukakan hujah bahawa tidak mungkin Selangor mampu mencatatkan lonjakan pertumbuhan kira-kira 7% sebab berdasarkan kiraan saya, untuk mencapai sumbangan 30% kepada KDNK ini, Selangor harus mencatatkan angka pertumbuhan secara compounded annual growth rate atau CAGR, sekurang-kurangnya 9.5% setiap tahun. Begitu juga dengan hujah saya berhubung persekitaran semasa ekonomi dunia dan juga persekitaran ekonomi domestik, akibat daripada pandemik, perang dan sebagainya. Namun tatkala itu, saya masih ingat Yang Amat Berhormat Sungai Tua terus optimis dengan projection yang conservative katanya. Kita boleh capai 27 hingga 27.5% secara conservative tapi dengan tambahan kesan sampingan ataupun apa yang Menteri Besar sebut sebagai the ripple effect, kita tetap optimis boleh capai matlamat atau objektif sumbangan 30% kepada KDNK.

Tuan Speaker, hasil daripada penelitian dengan saya, dengan tekun terhadap persembahan dan teks ucapan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dalam Belanjawan 2024, perkara pertama yang dapat saya simpulkan adalah matlamat serta objektif Rancangan Selangor Pertama bakal gagal. Pertama, Yang Amat Berhormat Sungai Tua telah mengumumkan bahawa prestasi pertumbuhan Negeri Selangor pada tahun ini, dijangka hanya pada kadar 4.4% sahaja. Maksudnya, 2023 kita tak akan capai pertumbuhan lebih 9.5% sebagaimana yang saya kira tadi.

Kedua, hasil daripada prestasi kewangan dan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Dasar kebijakan yang tidak jelas dan tidak constructive serta agenda-agenda pembangunan raksasa yang tidak dapat dilaksanakan atau belum dilaksanakan, dah ada agenda, belum dilaksanakan Pandamaran. Maka Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Kementerian Ekonomi baru saja saya dapat statistik yang terbaru daripada Kementerian Ekonomi, mengatakan dan menjangkakan mereka baru saja semak sasaran mereka dan Selangor dijangkakan hanya akan menyumbang 25.1% kepada

KDNK negara pada tahun 2025, saya tak tahu mungkin Yang Berhormat Menteri Ekonomi dengan Yang Amat Berhormat Sungai Tua mungkin lain kartel, jadi dia tak sama. Dia kalau nak sama kena Yang Berhormat Ustaz Dr. EXCO agama, itu satu kartel mungkin.

Jadi Tuan Speaker, Pandamaran tengah cari Peraturan Tetap. Tuan Speaker, boleh berhenti rehat.

Speaker

Yang Berhormat, ya. Jam telah pun menunjukkan pukul 1:00 petang, maka kita sambung semula pada pukul 2:30 nanti ya. Yang Berhormat, dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Dewan bersambung semula. Saya menjemput Gombak Setia untuk meneruskan. 10 minit lagi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Pandai-pandai guna masa.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tadi baru mukadimah. Tuan speaker saya dah mulakan ucapan saya tadi dengan mencerakinkan tentang bagaimana kalau kita kira pertumbuhan demi pertumbuhan yang dicapai oleh ekonomi negeri kita ini tidak mungkin kita dapat merealisasikan objektif Rancangan Selangor Pertama sebagaimana yang digariskan dan Tuan Speaker, saya meneliti hujah-hujah Y.A.B Sungai Tua dalam hansard bertarikh 2 Ogos 2022 ketika mana beliau menggulung perbahasan saya ketika itu berkenaan Rancangan Selangor Pertama yang meyakini bahawa projek-projek mega dan usaha pembangunan wilayah seperti IDRISS, SABDA, SMG mahupun pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini akan mampu mengujakan dan menambah nilai pembangunan yang tidak dapat dilihat di atas kertas.

Secara dasarnya sudah tentulah projek pembangunan mega mampu menyuntik dinamika baru kepada pertumbuhan ekonomi baru namun pengumuman dengan niat semata-mata untuk menimbulkan keterujaan tanpa perancangan yang realistik teliti

dan bertanggungjawab sebenarnya hanya akan menggagalkan ikhtiar kita semua. Saya pernah menegaskan bahawa pembangunan IDRISS yang dirancang dengan jumlah keluasan 40,000 ekar dengan nilai anggaran nilai pembangunan kasar GDV sebanyak RM1 trilion ataupun RM1 trilion ini RM1,000 bilion yang mana bagi saya sebuah projek yang tidak masuk akal. Ini projek yang paling besar dalam sejarah pembangunan negara. Saya tak tahu dan saya tidak faham macam mana Pelabuhan Klang boleh yakin semalam, tetapi saya tidak yakin ia mampu direalisasikan dalam tempoh 5 tahun. Saya melihat pengumuman dan perancangan projek-projek ini tidak disusuli dengan perincian dan pelan yang holistik secara bertanggungjawab. Pelan induknya tidak menyatakan lokasi dan luas tanah, perincian pemilikan dan hak milik tanah pecahan nilai GDV bagi setiap projek-projek pembangunan di bawah pembangunan wilayah tersebut. Setiap komponennya, debt and equity bagi setiap pelaburan dan begitu juga details on commited capital and investment sama ada dari pihak swasta mahupun dari syarikat kerajaan. Saya berikan contoh, beberapa isu-isu pokok berkenaan perihal pemilikan tanah yang bagi saya tidak mungkin kita dapat selesaikan. Salah satunya ialah sebuah tanah seluas lebih 2,000 ekar di Sepang milik Sime Darby Plantation Bhd. Saya dimaklumkan Kerajaan Negeri telah approach Sime Darby Property untuk terlibat sama dalam projek IDRISS. Malangnya, mereka bukan pemilik tanah tersebut sebaliknya ia milik Sime Darby Plantation Bhd. Justeru, sekiranya mereka mahu terlibat, Sime Darby Property harus membeli tanah milik Sime Darby Plantation Bhd dengan anggaran kos kira-kira RM600 juta sehingga RM800 juta. Persoalannya, apakah Sime Darby Property berupaya untuk merisikokan pelaburan mereka dalam keadaan ekonomi hari ini tanpa sebarang dasar dan kebijakan yang jelas daripada Kerajaan Negeri?.

Begitu juga SABDA. SABDA ini pun Pelabuhan yakin, Pelabuhan Klang yakin sebahagian tanah-tanah yang ingin dimajukan.. saya nak cerita, sebahagian tanah yang ingin dimajukan di bawah SABDA ini milik PNSB dan KDEB. Namun, saya dimaklumkan segala proses integrasi tanah bagi menarik pelabur untuk terlibat sama sehingga hari ini masih menemui jalan buntu atau pun dead lock sesama anak syarikat kita. Sebab itu Tuan Speaker, inilah yang saya maksudkan dengan perancangan yang tidak teliti dan tidak bertanggungjawab. Pada masa yang sama pelabur akan hilang keyakinan untuk melabur kerana bimbang projek ini tidak akan mampu direalisasikan dan akhirnya hanya menjadi Projek Gajah Putih. Hal yang sama untuk projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Belum ada senarai tanah untuk land swap daripada Kerajaan Negeri untuk merealisasikan projek ini dengan MRCB. Saya ingin tegaskan dalam Dewan yang Mulia ini, jangan sampai stadium Shah Alam yang kita ada hari ini dirobohkan tetapi nanti stadium yang baharu tidak dibangunkan pula. Sebab saya baca beberapa kenyataan, saya lihat Menteri Besar kata hendak dirobohkan paling lewat awal bulan November. Ini telah hampir, jadi jangan sampai ini berlaku.

Tuan Speaker, sudah tentulah cabaran ekonomi hari ini menuntut Kerajaan Negeri untuk meneroka sumber-sumber pendapatan baharu selain daripada hasil tanah.ini

juga antara beberapa cadangan-cadangan yang saya kemukakan secara konsisten sejak penggal pertama saya menjadi Ahli Dewan ini. Saya tertarik dengan pengumuman dalam belanjawan 2024 yang mengunjurkan hasil dividen buat kali pertama daripada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu MBI nilainya RM40 juta untuk tahun hadapan. Namun, dalam keseronokan kita mendengar pengumuman tersebut saya sebagai Ahli Dewan yang bertanggungjawab mahu memastikan hasil dividen yang mahu dibayar itu mestilah akan menjadi hasil yang mampan untuk Kerajaan Negeri kita. Ini kerana saya lihat hari ini, rata-rata perbahasan banyak menceritakan tentang ketirisan pendapatan dalam projek-projek strategik Kerajaan Negeri melibatkan MBI, kos besar dalam soal pembangunan stadium, isu tatakelola INSAN, kes cukai, pelupusan hutang oleh Landasan Lumayan dan saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah status tindakan undang-undang percukaian yang hari ini dikenakan kepada MBI dan anak syarikatnya PNSB oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ketika ini. Saya difahamkan, kos yang terpaksa ditanggung oleh MBI dan PNSB kedua-duanya akibat tindakan undang-undang ini bernilai lebih RM500 juta. Pastinya kita tidak mahu isu undang-undang ini membantutkan pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri dan untuk menjamin pembayaran ini dapat dibuat dan Kerajaan Negeri tidak terperangkap dalam dividen trap saya pohon Kerajaan Negeri untuk mengemukakan audited account bagi MBI dan PNSB bagi tempoh dua tahun iaitu Tahun Kewangan 2022 dan Tahun Kewangan 2023 kerana sekiranya dokumen penting ini seperti audited account tidak dapat disempurnakan, mana mungkin dividen ini dapat disalurkan kepada Kerajaan Negeri kerana ia salah di sudut undang-undang.

Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Dewan berhubung Projek Loji Insinerator Kepada Tenaga (WTE) yang terletak di pintu masuk Bandar Warisan Batu Arang dalam Daerah Gombak yang akan diselia oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. bersama rakan kongsi YTL Power International Berhad. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, dalam keghairahan kita untuk melaksanakan projek yang nilainya RM4.5 bilion ini, apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk melindungi anak syarikat seperti KDEB Waste Management supaya ia tidak ditelan oleh syarikat gergasi seperti YTL Power?. Saya bimbang sebab saya lihat trend hari ini, kita berunding dengan syarikat “dua ringgit” Wavpay Fintech pun kita dapat 49%. Ini syarikat gergasi Tuan Speaker, dan bila saya semak kedudukan dan saiz kewangan untuk kedua-dua entiti ini ada jurang yang begitu luas. Kedudukan kewangan KDEB Waste Management Sdn. Bhd tahun berakhir 2021, jumlah Aset RM275.6 juta, Liabiliti dan Hutang RM249.6 juta, Pendapatan RM498.23 juta, Keuntungan Tahunan RM6.32juta. Manakala, cuba kita lihat kedudukan kewangan YTL Power, 9 bulan pertama sahaja sehingga Mac 2023, Pendapatan RM14.8 bilion, Keuntungan RM891.74 juta, Baki tunai semasa RM8.93 bilion dan Market capitalization (nilai syarikat di Bursa Malaysia pada 29 Ogos 2023) RM 17 bilion.

Jadi Tuan Speaker berdasarkan angka-angka ini jelas bahawa KDEB Waste Management tidak akan mempunyai bargaining power untuk berunding dan mendapatkan terma yang terbaik untuk Kerajaan Negeri, berdasarkan laporan yang

saya baca dengan pengumuman usaha sama ini sahaja YTL Power telah mendapat keuntungan atas angin di mana saham mereka melonjak nilainya kepada lebih RM5 bilion yakni lebih tinggi daripada nilai projek WTE itu sendiri. Sebab itu, pertanyaan saya apakah Kerajaan Negeri tidak yakin dengan kapasiti anak-anak syarikat yang ada? Mengapa Kerajaan Negeri tidak jadikan misalnya Worldwide Holdings dan juga anak syarikat milikan Negeri sebagai rakan kongsi sedangkan Worldwide Holdings mempunyai keupayaan dan potensi untuk melaksanakan projek ini di mana Worldwide Holdings pernah terlibat secara langsung dalam pembinaan loji WTE terbesar di Malaysia dengan kapasiti 22 mega watt. Saya lihat, sekiranya usaha sama antara kedua syarikat ini dapat kita adakan ia akan menjadi game changer dalam ekonomi Negeri Selangor sekali gus memperkukuhkan kapasiti anak-anak syarikat di mana kita akan mempunyai integrated subsidiary yang terlibat dalam keseluruhan value change, kutipan sisa pepejal sebagai input WTE dan pemilik aset WTE itu sendiri. Pada masa yang sama integrasi ini akan memastikan tidak ada leakage revenue dalam ekosistem anak syarikat dan memastikan kos tipping fee tidak akan membebankan rakyat.

Tuan speaker, Gombak Setia mahu menarik perhatian Ahli-Ahli Dewan terhadap pengumuman Projek Utiliti Air Selangor di Pulau Indah yang dilaksanakan dengan kos RM300 juta secara Private Financing Initiative dengan Air Selangor. Saya ingin nyatakan rasa kecewa terhadap sikap sambil lewa Kerajaan Negeri yang baru hari ni memberikan perhatian kepada projek infrastruktur ini. Saya faham Yang Berhormat Pelabuhan Klang pun pasti kecewa sebab saya dimaklumkan perhatian ini hanya diberikan selepas sebuah lagi anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Central Spectrum Sdn. Bhd., syarikat kita kalah dalam kes perundangan kepada syarikat Ideal Principal Sdn Bhd dan diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM2 juta. Tuntutan LAD yang dikenakan terhadap Central Spectrum ini adalah akibat daripada penyerahan projek atau pun handover yang tidak sempurna akibat isu bekalan air. Lebih parah lagi saya dimaklumkan proses ataupun keputusan kes ini akan menjadi precedent case untuk beberapa lagi kes LAD yang turut dihadapi oleh Central Spectrum dan dijangka akan menghadapi kerugian hingga RM13 juta ringgit. Persoalannya mengapa isu infrastruktur sebegini baru diberi perhatian setelah kita mengalami banyak kerugian?. Justeru saya minta Kerajaan Negeri untuk perincikan butiran Private Financing Initiative tersebut dan apakah yang akan diambil untuk menyiapkan berapa masa akan diambil untuk kita menyiapkan projek ini supaya kita dapat kembali melihat pelaburan-pelaburan yang besar seperti IKEA yang pernah dibawa masuk Yang Berhormat Hulu Kelang dahulu ke kawasan Yang Berhormat Pelabuhan Klang sekali lagi. Insya-Allah. Tuan speaker, satu lagi kes mahkamah yang ingin saya bangkitkan...

Speaker

Yang terakhir, satu-satunya yang terakhir.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Adalah kes yang melibatkan Kerajaan Negeri dan MBI bersama pemaju Tanming Berhad. Di mana Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat penyelesaian luar mahkamah dengan nilai sejumlah RM200 juta out off court settlement RM200 juta dan kes ini melibatkan

soal pengambil alihan tanah Canal City oleh Kerajaan Negeri. Saya ingin bertanya kenapa Kerajaan Negeri tidak mahu meneruskan kes ini di mahkamah dan memilih untuk membuat out of court settlement sebagaimana Kerajaan Negeri boleh bercadang untuk menggadaikan tanah-tanah milik rakyat yang nilainya ratusan juta ringgit sebagai jalan penyelesaian. Begitu juga saya lihat nanti akan dibentangkan kertas bilangan 24, ini juga ada “hendak diminta suatu jumlah untuk penyelesaian luar mahkamah RM45 juta kepada Puncak Niaga Holdings”. Jadi saya lihat banyak betul kes-kes yang hendak diselesaikan di luar mahkamah sedangkan kita tidak mempertahankan hak sebagaimana yang ada untuk rakyat kita. Kes Pusat Khidmat Gombak Setia mungkin nanti kita bincang.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi ke?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sikit lagi.

Speaker

Sikit lagi ya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan speaker, saya juga ingin menarik perhatian Ahli Dewan sekalian terhadap potensi sumber alam kita yang dibazirkan. Ini saya hendak bawa soal pencerobohan tanah kerajaan secara haram, untuk melaksanakan kegiatan haram, yang mengundang pencemaran alam sekitar, bencana alam serta mengundang ketidaksentosaan di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama membazirkan potensi ekonomi negeri. Baru-baru ini saya ada dedahkan beberapa tanah-tanah kerajaan di dalam kawasan DUN Gombak Setia yang dijadikan tapak pelupusan sampah haram. Yang ini saya tengok tadi dalam jawapan EXCO belum dimasukkan tapak pelupusan sampah haram di Gombak Utara. Aktiviti curi pasir di Sungai Semapus dan pencerobohan tanah kerajaan di Bukit Madai yang pada bila-bila masa boleh menyebabkan bencana tanah runtuh. Tuan Speaker, bagaimana kegiatan haram ini boleh dilaksanakan dan boleh berlaku tanpa...

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang berhormat

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tindakan penguatkuasaan yang tegas.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Gombak Setia. Yang ini kawasan Gombak Setia ke? Bukan ke sebelum ini Yang Berhormat merupakan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia juga? Kenapa perkara itu tidak dibangkitkan dulu?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik tuan, saya jawab, saya gulung. Dulu ketika mana saya berada di sebelah sana, saya pernah menutup empat (4) tapak pelupusan sampah haram. Tetapi bila saya pindah ke sebelah sini, saya pelik kenapa pusat-pusat ataupun tapak-tapak pelupusan sampah haram ini

boleh kembali beroperasi dan tidak ada tindakan tegas sama sekali daripada penguatkuasaan, dan Tuan Speaker yang saya pelik saya terjah, saya terjah Tuan Speaker saya balik, belum sempat penguat kuasa datang operator dah sempat bawa keluar kapal korek, dah sempat bawa keluar, eh apa tindakan penguatkuasaan kita ini. Tidak cukup cekap untuk mengambil tindakan. Sebab itu saya nak tanya dalam Dewan ini, apakah operator-operator ini sekalian banyak operator sampah haram yang disebutkan tadi, mereka ini kebal ke, mereka ini ada budi bicara ataupun dilindungi untuk mempertahankan kegiatan mereka. Jadi sebab itu saya nak tegaskan Sekinchan kalau boleh kita sama-sama banteras pusat pelupusan sampah haram ini, boleh saya ajak Sekinchan turun ke Gombak Setia, kita sama-sama pastikan pelupusan sampah haram ini dapatkan kita mansuhkan dalam negeri kita.

Speaker

Yang Berhormat masa semakin mencemburui kita.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat Tuan Speaker, sikit lagi. Ini isu rakyat, soal isu ECRL

Speaker

Berapa lama lagi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Takpe sikit lagi.

Speaker

Isu ECRL sekejap sajalah. Bolehlah. Boleh agih-agihkan yang lain.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sehingga hari ini Tuan Speaker, yang menjadi kekecewaan rakyat Gombak ialah tidak ada agensi Kerajaan Negeri yang sanggup untuk turun dan memberikan penjelasan tentang sikap kerajaan terhadap pembangunan ECRL. Tidak ada sebarang program libat urus yang diadakan bersama rakyat secara rasmi di kawasan kampung di kawasan di mana pembangunan itu diadakan. Dan pada masa yang sama, saya juga nak tanya apakah status kelulusan pembangunan ECRL daripada setiap jabatan dan agensi kerajaan dan bagaimana projek ini boleh dimulakan tanpa kelulusan daripada semua jabatan. Sebab hari ini projek ini dah dilaksanakan dengan sebegitu rancak. Jadi saya nak pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri berapa jumlah saman yang telah dikeluarkan daripada setiap jabatan dan agensi terhadap kontraktor ECRL ini...

Speaker

Yang Berhormat,

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Dan saya ingin menegaskan bahawa Gombak, rakyat Gombak tidak pernah menolak sebarang pembangunan, tetapi pembangunan yang kita harapkan mestilah pembangunan berkualiti dan tidak menggugat keharmonian masyarakat.

Speaker

Yang Berhormat, masa amat mencemburui kamu.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Kita tidak mahu ada rumah dan kediaman yang retak. Sungai Gombak hari ini semakin lama semakin cetek, banjir. Asal hujan sahaja banjir. Dan ini adalah perkara yang harus diberikan perhatian oleh kerajaan supaya ada pengakhiran kepada masalah ini. Akhirnya, akhir Tuan Speaker.

Speaker

Ya akhir.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tinggal 2 helai akhirlah.

Speaker

Cepat Yang Berhormat teruskan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Akhirnya Tuan Speaker, saya ingin minta perhatian daripada kerajaan. Tentang setinggan di Kampung Seri Makmur. Setinggan di Kampung Seri Makmur ini, mereka ini dah tinggal di kawasan itu sekian lama. Tak ramai ada lebih kurang 20 lebih keluarga sahaja. Baru-baru ini tanah tersebut telah di jual oleh PKNS kepada sebuah syarikat Melati Ehsan tetapi apabila Kerajaan Negeri membuat bancian, saya musykil mereka yang dinamakan untuk diberikan insentif untuk berpindah ke kawasan pembangunan yang lain, mereka itu bukanlah penduduk asal yang tinggal di kawasan tersebut. Rata-rata mereka yang diberikan kemudahan dan insentif tersebut adalah orang yang tinggal di luar menyewakan rumah mereka di situ mengutip keuntungan sekian lama kepada warga asing. Apa nak jadi kepada penduduk asal Kampung Setinggan Seri Makmur. Saya pertahankan ini sebab mereka waktu Pilihan Raya Parlimen dijanjikan dapat rumah. Mungkin sebab mereka ahli Parti Keadilan Rakyat. Tetapi bila UMNO yang bertanding di DUN Gombak Setia, ditukar pula mereka tak dapat diberi pula pada ahli UMNO yang tidak tinggal di situ. Jadi saya mohonlah supaya Kerajaan Negeri, Menteri Besar, mereka dah adakan protes di hadapan SUK ini dua tiga kali. Mereka sebenarnya bukan nak protes, dia nak jumpa Ahli Parlimen Gombak sahaja. Luangkan masa sedikit, jumpa mereka, kasihani mereka. Mereka ini ahli Parti Keadilan Rakyat. Jumpa dan saya harapkan agar kebajikan bukan sahaja ahli parti ini, ini parti derita. Ahli parti ini. Tetapi kebajikan seluruh rakyat Negeri Selangor mesti kita utamakan, terima kasih Speaker.

Speaker

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam sejahtera,

Speaker

Terima kasih.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor. Kajang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada Kajang untuk

membahas mengenai anggaran Belanjawan Selangor bagi Tahun 2024. Tuan Speaker, sebelum Kajang memulakan pembahasan izinkan Kajang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian atas kejayaan dipilih untuk mewakili rakyat bagi kawasan DUN masing-masing. Kajang juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjawat awam yang telah menjalankan kerja yang sangat baik dalam memastikan Negeri Selangor terus mendominasi perkembangan ekonomi negara. Semasa pembentangan yang dilakukan oleh Menteri Besar kita jelas melihat bahawa pengurusan yang baik akan memastikan perkembangan ekonomi yang positif dan akhirnya akan memberi kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan. Terima kasih Kajang ucapkan kepada Menteri Besar dan pasukan kerana telah menyediakan satu belanjawan yang inklusif dengan merangkumi pelbagai segmen yang memberi manfaat kepada rakyat di Negeri Selangor. Sudah pasti Kajang amat menyokong kepada Belanjawan yang telah dibentangkan ini tetapi ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik dan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri agar pelaksanaan kelak akan lebih teratur dan berkesan.

Tuan Speaker, isu banjir bukan isu baharu di Negeri Selangor. Setiap tahun kita akan menyaksikan berlakunya krisis banjir yang akan memakan kos dan perbelanjaan yang besar dari sudut ganti rugi dan usaha baik pulih. Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri telah memaklumkan mengenai Program Skim Jaminan Air Mentah yang juga berfungsi sebagai Rancangan Tebatan Air. Satu usaha proaktif dalam menyelesaikan isu banjir di Selangor. Di Kajang kami mempunyai sebatang sungai iaitu Sungai Langat yang menyatukan banyak anak sungai di Daerah Hulu Langat. Setiap kali musim hujan Sungai tersebut akan melimpah dan akhirnya akan menyebabkan banjir di kawasan sekeliling. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pemasangan infrastruktur bagi dua (2) sungai, iaitu Sungai Selangor dan Sungai Semenyih. Kajang ingin mencadangkan untuk skim ini juga dilaksanakan di Sungai Langat memerlukan infrastruktur perkembangan segera dalam mengelakkan dalam berlakunya banjir semasa musim hujan. Selain itu di bawah Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai satu pelan induk yang diberi nama sebagai Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA). PISMA adalah satu kerangka tindakan mengguna pakai konsep MSMA bagi pengurusan air larian hujan di kawasan terpilih. PISMA sudah dilakukan di beberapa daerah dan Kajang ingin mencadangkan agar PISMA ini boleh dilakukan di daerah Hulu Langat agar Kajang mampu dibuat dan akhirnya membina solusi kepada masalah banjir yang selalu berlaku di DUN Kajang.

Seterusnya, Kajang ingin mencadangkan agar Kerajaan menggerakkan dasar pemindahan bagi rakyat yang tinggal di sepanjang Sungai Langat disebabkan isu hujan. Langkah ini perlu untuk mengurangkan beban rakyat, Kajang juga mencadangkan agar Skim Smart Sewa to ownership to stay diberikan khusus kepada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di sepanjang Sungai Langat bagi proses pemindahan ini. Jika pihak agensi Kerajaan Negeri perlu penjelasan dan maklumat

lebih mendalam, saya sebagai ADN Kajang sentiasa bersedia membantu agar masalah rakyat di DUN Kajang dapat diselesaikan segera.

Tuan Speaker, Agensi Kerajaan adalah nadi kepada gerak kerja kebajikan bagi rakyat di bawah, Daerah Hulu Langat merupakan satu daerah yang besar kerana merangkumi empat (4) Parlimen, iaitu Parlimen Hulu Langat, Parlimen Ampang, Parlimen Pandan dan Parlimen Bangi. Skop kerja akan menjadi besar dan kualiti kuantiti kerja sudah pasti lagi banyak. Kajang juga mendapat laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Langat yang mereka menghadapi kekurangan kakitangan sehingga mengganggu mutu perkhidmatan mereka bagi rakyat di Daerah Hulu Langat. Kajang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri boleh menyediakan kakitangan tambahan bagi menambah beban pekerja di JPS daerah Hulu Langat. Bukan itu sahaja, Kajang juga mengambil ruang ini untuk mencadangkan agar Kerajaan Negeri mampu menempatkan penjawat awam Gred J41 bagi setiap DUN di Daerah Hulu Langat dan meletakkan seorang penjawat awam Gred J48 bagi mengurus keseluruhan Daerah Hulu Langat. Kajang percaya langkah ini adalah langkah proaktif dalam memastikan mutu perkhidmatan akan lebih efektif dan mampu mengurangkan beban kerja yang ditanggung di JPS Daerah Hulu Langat. Umum mengetahui bahawa pembinaan projek mega boleh menjadi punca utama kepada berlakunya banjir di Malaysia. Sebagai contoh isu banjir di MRT Bukit Dukung sudah berlaku hampir 7 tahun dan syukur akhirnya saya sudah menyelesaikan isu ini. Tetapi di Kajang ada satu isu baharu yang dilaporkan kepada saya iaitu Lebuh Raya EKVE, Kajang mendapat laporan bahawa tiada saliran sistematik di sepanjang Lebuh Raya EKVE yang menyebabkan aliran air keluar dengan laju dan boleh menyebabkan keruntuhan tanah dan banjir jika dibiarkan. Maka Kajang ingin menanyakan kepada Kerajaan Negeri apakah langkah atau kawalan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan lebuh raya yang dibina tanpa kelulusan Kebenaran Merancang seperti Lebuh Raya EKVE ini. Isu ini perlu diberikan perhatian kerana melibatkan isu banjir dan keruntuhan tanah di kawasan sekitar.

Selain isu banjir, Kajang juga ingin membangkitkan mengenai isu kesesakan lalu lintas di Kajang. Kesesakan lalu lintas selalu berlaku di sekitar Sungai Long dan Pekan Kajang terutama pada waktu puncak. Boleh Kerajaan Negeri jelaskan apakah, langkah digerakkan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan isu kesesakan lalu lintas ini mampu dikawal dan dikurangkan. Kebajikan merupakan perkataan terbanyak disebut oleh mana-mana kerajaan. Sudah pasti setiap Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan sentiasa buat yang terbaik dalam memastikan kebajikan rakyat bawah jagaan mereka berada dalam keadaan yang baik. Kajang rasa kita perlu bagi pujian kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sentiasa menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan patut berfungsi dalam menjaga kebajikan rakyatnya. Semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Menteri Besar telah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri akan mewujudkan Ekonomi Penjagaan (Care Economy) walaupun dasar ini masih dalam peringkat menyediakan dan Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pembentukan dan pelaksanaan dasar ini.

Satu pujian perlu diberikan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri kerana sentiasa ke hadapan dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga, tetapi Kajang juga ingin memberikan penambahan bagi dasar ini Kajang percaya dalammemastikan dasar ini lebih efektif dan berkesan, Kajang mencadangkan untuk Kerajaan turut melibatkan segmen pertubuhan sosial dalam pelaksanaan dasar ini. Kerana kita tidak mahu memisahkan Kerajaan dengan masyakat. Kita mahu setiap kerja kebajikan yang ingin dilakukan mesti melibatkan kerjasama antara segmen Kerajaan dan juga masyarakat dalam memastikan nilai tanggungjawab sosial mampu diterapkan kepada masyarakat juga. Perkara kedua yang ingin Kajang bangkitkan mengenai segmen tergolong dalam dasar ini. Jelas dikatakan bahawa segmen kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya tergolong dalam Dasar Ekonomi Penjagaan ini. Kajang ingin mencadangkan agar Kerajaan boleh melibatkan segmen penganggur dalam Dasar Ekonomi Penjagaan akan bersifat menyediakan kursus dan pensijilan agar segmen penganggur ini dapat menambah baik kemahiran yang sedia ada. Seterusnya dapat meningkatkan keboleh pasaran mereka di pasaran buruh, kajian percaya langkah progresif ini perlu dalam kerajaan menyelesaikan masalah pengangguran melalui program-program di bawah dasar ekonomi penjagaan. Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, kos sara hidup merupakan isu yang menjadi perbualan rakyat sekarang dengan berlaku pelbagai krisis politik dan ekonomi diperingkat antarabangsa menyebabkan rantaian ekonomi terganggu akhirnya negara yang sedang membangun pasti akan merasa kesannya. Di peringkat Kerajaan Persekutuan juga telah melaksanakan satu usaha untuk menghapuskan miskin tegar di Malaysia. Kajang ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri berapakah bilangan miskin tegar di Selangor dan apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam bersama-sama Kerajaan Persekutuan dalam menghapuskan miskin tegar itu? Penting untuk Kerajaan Negeri juga berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang tergolong dalam miskin tegar untuk memastikan Negeri Selangor ini adalah negeri sifar miskin tegar. Selain itu apakah langkah yang sedang dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan jumlah pendapatan rakyat yang tergolong dalam segmen B40 supaya bertukar kepada M40.

Seterusnya krisis global menyedarkan kita semua bahawa isu keterjaminan makanan perlu diberikan perhatian lebih mendalam Kerajaan Negeri melalui belanjawan 2024 juga telah memperuntukkan sebanyak RM40 Juta dalam usaha meningkatkan bekalan makanan. Sekinchan juga telah diperakui menggunakan modul terbaik bagi penanaman padi di Malaysia. Kajang juga gembira apabila Kerajaan Negeri menerajui penggunaan teknologi dalam bidang pertanian dengan membeli peruntukkan sebanyak RM10 Juta bagi memastikan pengguna teknologi terutama artificial intelligent (AI) dalam industri pertanian. Penggunaan teknologi amat penting dalam memastikan produktiviti dapat ditingkatkan dan kita mesti sedar bahawa isu keterjaminan makanan bukan sahaja melibatkan bekalan makanan untuk manusia tapi juga melibatkan makanan kepada haiwan antaranya dedak haiwan. Maka Kajang ingin menanyakan Kerajaan Negeri berapa projek pertanian khusus untuk menyelesaikan isu keterjaminan makanan yang sedang dan akan digerakkan oleh

Kerajaan Negeri dan bilakah hasil daripada projek ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Negeri Selangor. Kajang juga ingin mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu keterjaminan makanan ini, urban farming adalah modul masa hadapan dalam menyelesaikan isu keterjaminan makanan kerana mengurang tanah untuk pertanian akan berkurang dan akhirnya akan memberi kesan kepada bekalan-bekalan negeri dan negara. Kajang percaya kerajaan perlu meneraju urban farming sebagai solusi masa hadapan bagi krisis bekalan makanan. Kajang mencadangkan agar Kerajaan Negeri melakukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutama melalui inisiatif pendapatan rakyat bagi segmen pertanian. Langkah ini akan membantu Selangor dalam penyediaan dasar bagi urban farming malah akan membantu meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan bandar.

Tuan speaker, Selangor merupakan negeri terbesar dari sudut populasi di Malaysia dengan mempunyai penduduk sebanyak 7 juta orang. Disebabkan populasi ini banyak dasar kerajaan terdahulu lebih tertumpu di Negeri Selangor seperti dengan pembinaan lapangan terbang KLIA 1 , KLIA 2 dan Subang. Kelebihan infrastruktur ini memberi kelebihan kepada Negeri Selangor sebagai tempat perhentian luar negara dan dalam negara. Sudah pasti kerajaan bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar iaitu kita tidak mahu Selangor hanya menjadi stock over tetapi kita mahu Selangor juga menjadi destinasi pelancongan. Maka Kajang bersama pasukan sedang menjalankan Kajang Madani culture street di pekan Kajang untuk dijadikan destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa. Kajang Madani culture street akan merangkumi beberapa tempat antaranya adalah pejabat pos lama yang telah berusia lebih 100 tahun dan galeri RTM. Kajang Madani culture street juga akan bersifat walkable city sebagai daya tarikan. Dalam belanjawan 2024 Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan laluan pejalan kaki yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi pelaksanaan projek rintis di Masjid Bandar raya Shah Alam. Kajang percaya tumpuan pelancongan atau kemudahan tidak boleh hanya difokuskan di Shah Alam sahaja, Kajang ingin mencadangkan projek rintis ini juga dilaksanakan di Kajang. Dalam usaha kami menjadikan Kajang sebagai walkable city yang akhirnya akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kenderaan Kajang berharap cadangan kami ini diterima oleh Kerajaan Negeri dan kami bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam memastikan hasrat ini tercapai.

Akhir sekali dalam menjadikan Kajang sebagai tempat pelancongan di taraf dunia, isu pembuangan sampah sarap perlu diselesaikan segera. Dalam pembentangan belanjawan 2024, Kerajaan Negeri ada bercadang mewujudkan Suruhajaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan satu idea yang baik dalam memastikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Kajang juga meraikan usaha Kerajaan Negeri dalam melibatkan ADUN dalam suruhajaya ini dalam memastikan mutu perkhidmatan kami dapat ditingkatkan dan akhirnya dapat memberi

rakyat khusus bagi DUN Kajang. Walaupun begitu, Kajang juga ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi isu pembuangan sisa pepejal di Selangor ini. Kita semua sedar bahawa di Selangor kita mempunyai Undang-Undang Kecil berkaitan dengan pembuangan sampah bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan tetapi selari dengan hasrat kerajaan agar tindakan lebih tegas perlu diberikan. Kajang percaya bahawa Undang-Undang Kecil ini perlu ditukar kepada Enakmen agar tindakan tegas mampu dilaksanakan. Enakmen ini boleh diwujudkan dengan Akta 672 Enakmen Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Tahun 2007. Ada sebab mengapa enakmen ini perlu diwujudkan segera adalah pelbagai usaha telah dilakukan oleh kapasiti sedia ada. Kajang mengambil contoh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPkj juga telah memasangkan longkang di kawasan pembuangan sampah haram bagi menghalang laluan lori masuk dan keluar kawasan tersebut. Tetapi pembuangan sampah haram masih berlaku dan disebabkan itu Kajang percaya mewujudkan satu enakmen khas bagi isu ini penting dan memberi kuasa kepada jabatan bawah Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang lebih bagi mengelakkan perkara sebegini berulang ...

Yang Berhormat Kajang mohon mencelah, adakah Yang Berhormat Kajang setuju supaya setiap Pihak Berkuasa Tempatan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani kegiatan haram yang telah diumumkan dan telah dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO tadi?

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih. Memang task force sedia ada tapi sekarang saya nak bagi cadangan sinilah ye, Kajang juga mencadangkan sebuah jabatan atau unit khas perlu ditubuhkan di peringkat SUK bagi memantau tindakan status atau status tindakan kepada operator atau tuan tanah yang menjalankan aktiviti pembuangan sampah haram. Unit ini akan memainkan peranan sebagai koordinasi yang mana diketuai oleh Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor kerana jabatan ini mempunyai maklumat berkaitan status dan pemilikan tanah terkini. Sudah sampai masanya untuk Selangor melihat dengan lebih teliti aspek penguatkuasaan di lapangan bagi mengelakkan negeri kita dijadikan tempat berkumpulnya penjenayah alam sekitar, jika perlu tindakan rampasan tanah juga perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara ini berulang. Isu terakhir yang ingin di bangkitkan oleh Kajang mengenai isu kenderaan terbiar. Kajang mendapat aduan daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang mengatakan kenderaan terbiar sukar untuk dihapuskan kerana isu pemilikan kenderaan. Pihak Berkuasa sukar untuk mengenal pasti pemilik kenderaan sehingga menyukarkan untuk membawa kenderaan terbiar tersebut. Kajang memohon agar membenarkan kenderaan tersebut dilupuskan tanpa perlu mengenal pasti pemilikan kenderaan tersebut.

Tuan Speaker, belanjawan 2024 merupakan belanjawan pertama bagi Pilihan Raya Negeri yang lalu, Kerajaan Negeri tidak menoleh ke belakang dengan terus menggerakkan dengan beberapa dasar manifesto yang dijanjikan kepada rakyat Selangor. Selangor sebuah negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum

mampu hidup bersama dan negeri contoh bagi negara Malaysia. Kajang juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri ini kerana telah mewujudkan belanjawan negeri yang inklusif bagi kebaikan rakyat Selangor secara keseluruhan. Terima kasih dan tahniah juga kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri yang muda dan dinamik. Kajang yakin barisan EXCO kali ini akan terus menjalankan kerja yang cemerlang demi kesejahteraan rakyat, tetapi Kajang juga berharap agar Kerajaan Negeri mampu memberi perhatian kepada cadangan-cadangan yang Kajang cadangkan dan bahaskan bagi kebaikan Negeri Selangor dan kerjasama yang baik antara semua pihak perlu bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus maju dan makmur. Kita juga perlu menolak apa-apa usaha yang perlu dilakukan oleh mana-mana pihak yang cuba memecahkan belahkan rakyat Selangor melalui sentimen agama mahupun kaum. Akhir sekali, daripada Kajang kita perlu bekerja kuat bagi menjadikan Selangor sebagai negeri maju bukan di Malaysia sahaja tapi di rantau ASEAN dengan berpegang dengan prinsip Madani yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan Ehsan. Sekian, terima kasih dan Kajang menyokong belanjawan 2024 ini.

Speaker

Yang Berhormat sekalian sebelum saya menjemput Yang Berhormat Tanjung Sepat untuk ye ..saya jemput Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima Kasih Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan dan semua yang ikuti siaran langsung Sidang Dewan pada hari ini , saya juga akan terlibat dalam membahas belanjawan Selangor 2024. Assammualaikum dan salam sejahtera. Tuan Speaker saya akan menyentuh 7 perkara dalam perbahasan ini yang sekira-kira mengambil masa 2 jam tetapi mungkin ditambah atau dikurangkan selepas ini saya akan pendekkan kepada 45 minit Insha Allah. Pertama saya akan sentuh tentang konsep Baladan Amina. Yang kedua tentang perjuangan Palestin yang ketiga tentang pertahankan kompetensi undang-undang syariah di Selangor, yang keempat tentang sistem penyampaian berkesan, yang kelima tentang program Insan, yang keenam pencerobohan tanah milik negeri di Sungai Tangkas, Kajang dan yang terakhir pertahankan Sekolah Kebangsaan Bangi sebagai bangunan warisan. Tuan Speaker saya tertarik dengan seruan Yang Berhormat Menteri Besar untuk membentuk Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang disebut sebagai Baladan Amina saya sekali lagi menyebut ayat Al-Quran dengan izin Speaker ( ayat Al_Quran dibaca) yang sekira-kira mengambil konteks doa Nabi Ibrahim A.S untuk menjadikan negeri yang asalnya kering kontang “wazizi rahmi” satu tanah lembah yang kering kontang “mukaramah” jadikan sebagai sebuah negeri yang makmur. Ternyata dengan doa itu maka makmurlah al mukarammah menjadi tempat kunjungan yang sangat padat penduduknya, dan pengunjungnya sebagai sebuah negeri yang makmur dan melimpah ruah rezekinya.

Namun, pada masa yang sama kita tekankan konteks ayat ini Allah SWT telah menyebut (ayat Al-Quran) sesiapa yang kufur. Bukan kafir. Kufur dan ingkar maka aku iaitu Allah akan memberi senang-senang menikmati rezeki itu bagi tahap sementara waktu, dan ingatlah mereka akan diazab di kemudian hari. Maksud kufur ini ialah salah guna kuasa, salah tadbir, salah tatakelola, menyimpang, salah guna kedudukan dan sebagainya. Yang harus dikawal dan diselia, jangan sampai ke terjerumus kepada perkara yang kufur seumpama itu. Itulah antara tugas yang diberikan kepada kami sebagai pembangkang dan sebenarnya juga kepada rakan-rakan kerajaan untuk menegur jika ada aspek-aspek yang perlukan penjelasan dan memerlukan tatakelola yang baik.

Sehubungan dengan itu saya mengajak semua supaya memerhatikan satu persatu Bajet dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sekaligus apakah inti yang mahu disampaikan kepada kita, supaya jangan sampai ada terpelencong atau terjerumus kepada salah guna kuasa dan sebagainya. Sebab itulah, maka harus dipanjangkan ayat yang dibacakan oleh Dato’ Menteri Besar tentang kemahuan Nabi Ibrahim mencipta sebuah negeri yang makmur. Bukan setakat makmur, satu matlamat lain yang sepatutnya dicapai oleh sebuah kerajaan kerana bukanlah level seorang nabi yang maksum yang bertaraf ulul azmi tu sebagai Nabi meminta kepada Allah negeri itu menjadi makmum bukan taraf nabi macam tu. Ada benda lain menjadi matlamat dengan kemakmuran itu menjadikan pemimpin negeri rakyatnya dekatkan diri dengan Allah SWT itulah yang diberikan tafsiran oleh nabi yang besar iaitu matlamat mengabdikan diri dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, matlamat akhir bagi permintaan sebuah negeri yang makmur.

Tuan Speaker, yang kedua saya hendak sentuh sedikit tentang Palestin, perjuangan Palestin supaya kita faham atau benar-benar faham bahawa terdapat salah faham yang sedang disebarluaskan menjadi naratif yang tidak betul, sehingga ada sebahagian kita terpesona dengan salah faham tersebut. YB Sabak sebut tadi, ada sekumpulan bertanya kenapa hendak berjuang berhabis-habisan,dah tahu Israel itu kuat, Zionis itu kuat kenapa tidak keluar Gaza, tak keluar Palestin. Kerana keluar lah baik kerana selamatkan diri. Buat apa hendak menunggu hujamah bom, kereta kebal dan sebagainya. Tetapi naratif itu adalah salah. Yang betul adalah mereka mempertahankan tanah air mereka sendiri, walaupun ada yang menyebut, mempertahankan tanah air itu sebagai ekstremis dan pelampau.

Orang yang mempertahankan hak mereka, orang yang mempertahankan agama mereka, tanah air mereka, adalah orang yang hak berdiri atas hak dan bukan atas ekstremis ataupun pelampau. Dan dia juga terheret kepada situasi Islam bagi mereka yang mempertahankan hak mereka dituduh sebagai pelampau. Dituduh sebagai pelampau untuk mempertahankan tanah air mereka dituduh sebagai pelampau. Awas saya mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya Kerajaan Negeri Selangor ini faham Palestin mempertahankan hak mereka, tanah air mereka, agama mereka

adalah berstatus mempertahankan hak mereka daripada di ceroboh oleh pengganas Zionis yang kejahatannya tidak boleh difikir oleh akal manusia yang betul.

Yang ketiga Tuan Speaker, saya hendak menyebut tentang mempertahankan kompetensi-kompetensi DUN Selangor sebagai DUN yang mengubal undang-undang Syariah. Tuan Speaker, Dewan Negeri Selangor punyai hak dan bidang kuasa untuk menggubal hak undang-undang. Tetapi tidak banyaklah di peringkat federal, Parlimen. Tu undang-undang paling banyak dibuat di peringkat negeri adalah undang-undang Islam. Hari ini situasi yang menggerunkan umat Islam bila mana ada usaha-usaha di pihak-pihak tertentu menggunakan sistem Mahkamah untuk menjadikan Undang-Undang Islam yang digubalkan oleh Dewan Undangan Negeri di Malaysia khususnya di Negeri Selangor ini tidak sah dan tidak boleh diterima pakai, tidak valid. Sebab itu, dia menarik perhatian MKI iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Disuarakan oleh Pengerusi MKI, di bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Mesyuarat MKI di Shah Alam pada tarikh 28 Ogos 2023 yang menyatakan kegusaran baginda tentang trend yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu bagi menggambarkan kedudukan enakmen-enakmen Negeri yang membabitkan peruntukan kesalahan syariah tidak boleh dikuatkuasakan. Dan, Ini berlaku satu demi satu, kes yang pertama ialah kes Iki Putra Mubarak yang berlaku di Selangor. Bukan setakat Selangor, tetapi berlaku di Bangi. Malu orang Bangi dibuatnya. Kesalahannya apa? Kesalahan liwat, seks luar tabii. Ditangkap lalu didakwa di Mahkamah Syariah.

Iki Putera tidak puas hati dengan Pendakwa di Mahkamah Syariah. Bawa kes Mahkamah Sivil mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk menahan dan menuduhnya di bawah Enakmen Kesalahan liwat tersebut. Saya sebut secara spesifik Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995. Bila Iki Putra dia tidak puas hati dan dia bawa ke Mahkamah Sivil, dia bawa proses ke Mahkamah Tinggi Persekutuan. Dan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan undang-undang syariah yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Selangor tidak sah. Tidak boleh dikuatkuasakan.

Hasilnya, ada kes lain pula yang timbul, hari ini yang dinamakan sebagai kes Nik Elin dan anaknya yang mencabar Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak berhak, tidak boleh, tidak ada bidang kuasa menggubal 20 Enakmen, 20 fasal atau Enakmen Syariah di Kelantan. Di Selangor mereka menang dan mereka buat di negeri lain. Saya tidak boleh membahaskan kes ini dengan panjang lebar kerana dalam kes mahkamah tapi saya hendak memberitahu bahawa ada ruang-ruang yang dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kelulusan Mahkamah Persekutuan bagi menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri yang dikatakan punyai bidang kuasa syariah telah tiada bidang kuasa itu. Dan sebab itulah sangat logik buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyatakan keresahannya perkara ini dan mengarahkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang drastik yang segera, yang sangat-sangat penting bagi memastikan kompetensi untuk Dewan Undangan Negeri mengubal undang-undang syariah.

Ramai kawan-kawan kita yang sebelah sana bergembira dengan kedudukan Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang sealiran pada hari ini. Subang Jaya ada sebut, Seri Kembangan ada sebut, kawan-kawan ada sebut, Seri Serdang ada sebut untuk menyatakan bahawa gembiranya mereka bagi pembangunan fizikal di antara negeri dan persekutuan. Hari ini saya mencabar dan menggesa dengan kesamaan ini, antara federal dengan negeri gunakan kebersamaan ini untuk mengubal undang-undang atau meminda apa-apa undang-undang di peringkat federal atau peringkat negeri bagi memastikan Dewan Negeri punyai bidang kuasa. Dan bidang kuasa itu sah dan absah untuk dilaksanakan untuk mengubal undang-undang yang bersifat bidang kuasa Dewan Undangan Negeri sama ada di negeri Selangor atau diperingkat lain, lebih-lebih lagi di peringkat Negeri Selangor sementara kedua-dua mempunyai idealisme yang sama atau fikrah yang serupa.

Jangan kita biarkan satu demi satu kes ini menghambat bidang kuasa Dewan Undangan Negeri untuk mengubal undang-undang yang berkait dengan kesalahan jenayah dan undang-undang syariah. Apa salahnya sebab undang-undang federal pun dah ada, bahkan hukuman di federal adalah lebih berat. Apalah salahnya undang-undang syariah ini. Itu biasa, persoalannya harus difahami bahawa bidang kuasa ini khusus dan terkhusus di bawah Jadual 9 senarai 2 yang beri kuasa kepada negeri khususnya payung agama negeri untuk memainkan peranannya bagi menggubal undang-undang syariah, itu yang pertama. Yang kedua, prosedur, keterangan, kesaksian semua ini tidak sama dengan undang-undang di peringkat sivil dan syariah. Syariah bukan berhajat menghukum manusia yang bersalah, bukan memalukan orang yang bersalah, syariah itu adalah undang-undang yang mendidik pesalah supaya kembali ke pangkal jalan melalui proses-proses mahkamah yang baik, yang adil iaitu melalui prosedur dan undang-undang keterangan sangat luar biasa kedudukannya.

Yang keempat, Sistem Penyampaian Berkesan. Kita didedahkan dalam Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tentang program-program, inisiatif-inisiatif, yang meneruskan inisiatif-inisiatif yang telah dibuat oleh Menteri Besar – Menteri Besar sebelum ini, menunjukkan bahawa negeri sebagai sebuah negeri yang kaya, negeri yang menjadi tumpuan pelabur dan juga peniaga, yang menjadikan negeri yang sangat seronok didiami tetapi harus diingat bahawa Bajet yang besar, peruntukan yang banyak, tidak dapat disempurnakan kenikmatannya, melainkan dengan sistem penyampaian yang berkesan. Tetapi sebelum saya masuk tu, saya hendak sebut jugalah ramai orang yang mendabik dada mengatakan Negeri Selangor negeri contoh, negeri yang terkaya. Yang saya hendak kata bahawa kayanya Negeri Selangor bukan hari ini, bukan 10 tahun lalu bermulanya. Selangor ini telah kaya semenjak sebelum merdeka. Zaman Yap Ah Loy masuk ke Kuala Lumpur pun, Selangor telah menjadi kaya. Sebab itu kekayaan ataupun kemewahan negeri bukan untuk dibangga-banggakan. Tetapi adalah untuk menunjukkan bagaimana kita boleh

gunakan kekayaan negeri untuk kenikmatan rakyat di bawah sana. Itu yang lebih aula dan lebih utama.

Speaker

Bukit Gasing berdiri. Sungai Ramal beri laluan. Ya silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Dalam Bajet tersebut saya melihat hampir sama dengan Bajet Negeri Terengganu salah satu dari negeri-negeri Perikatan SG4. Dalam Bajet yang hampir sama Negeri Selangor berjaya hampir membuat 50/50 antara Mengurus dan Pembangunan. Tetapi di negeri Terengganu Bajet Mengurus RM1.9Billion dan Bajet Pembangunan RM500Juta. Kenapa Bajet Mengurus di Terengganu sangat besar kalau jika dibandingkan. Ini bukan sebab kekayaan yang lama .Hari ini hampir sama dengan 2.3, 2.4 Bilion tetapi ratio dia sangat jauh berbeza dengan cara kita buat bajet pengurusan dan bajet pembangunan, kenapa?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Kita kena beza antara negeri yang merdeka dengan negeri yang tidak merdeka, “sebuah negeri yang dicekik lehernya, dijerut perutnya untuk mentadbir negeri berbanding Selangor yang bebas dan merdeka”, melaksanakan semua bajetnya dengan selesa, bantuan Kerajaan Negeri, bantuan Kerajaan Persekutuan pihak negeri yang kita sayangi ini, so kita tak boleh membandingkan dua negeri yang satu dicekik, satu dibebaskan lehernya daripada cekikan yang sangat menyakitkan itu.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Royalti bagi ke tak bagi masih 2.4 juta.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, saya bercakap tentang sistem penyampaian.

Speaker

Ya, Yang Berhormat Sungai Ramal, masa juga tidak mencemburui kamu.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya, saya ada enam lagi Tuan Speaker.

Speaker

Masa juga cukup mencemburui kamu ya, sila percepatkan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya bercakap tentang sistem penyampaian berkesan atau delivery system ini adalah dengan menarik kenyataan beberapa petikan yang saya ambil. Yang pertama melalui program Skim Air Selangor Darul Ehsan yang dikemukakan oleh Dato’ Menteri Besar dalam buku bajet yang memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk tahun 2024 dan bajet yang serupa yang diberikan pada tahun 2023 dengan sedikit penambahan sebanyak RM5 juta dan bacaan saya di peringkat pencapaian akaun yang mendapat manfaat daripada skim ini adalah sebanyak tidak lebih daripada 50% dan kalaulah bajet yang sama

dikemukakan oleh Kerajaan Negeri dalam projek yang sama dengan jumlah RM35 juta pada tahun 2024 saya menjangkakan bahawa nikmat yang dikatakan ditabur melalui Sistem Air Percuma kepada rakyat ini tidak akan lebih dari jumlah yang serupa, 50% lebih sikit dari 50-55%. Jangkaan ini akan menunjukkan kepada kita bahawa masalahnya bukan masalah dari produk itu tapi masalah delivery system. Sistem penyampaian yang sekira-kiranya tidak sampai kepada rakyat, rakyat susah membuat permohonan, orang tua pula kena buat online, kalau kena orang yang di kampung siapa yang hendak tolong dia? Bila tiada orang tolong dia, dia tidak akan dapat habuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sebab itulah capaiannya tidak lebih melainkan 50% sahaja, delivery sytem. Yang kedua kenyataan EXCO Kesihatan tentang peruntukan bagi Program Iltizam Selangor Sihat (ISS). Dikeluarkan di satu portal media yang menyebut tentang Kerajaan Negeri akan memotong sebanyak 10 juta ringgit atas alasan kerana kurang mendapat sambutan atau tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Selangor. Saya tidak tahu ini kenyataan EXCO. Sama ada betul atau pun tidak. Kalaulah skim ini tidak mendapat sambutan mana mungkin negeri boleh meneruskan skim yang serupa. Ini skim yang sangat baik, skim ini sangat baik tetapi sistem penyampaiannya tidak sampai ke bawah, tidak sampai ke bawah. Dia tidak sampai ke bawah, kita bagilah 10 juta ke, 20 juta ke, manfaat tidak sampai ke bawah, dan kita hanya bercakap di atas awang-awangan dan bila bercakap tentang kempen Pilihan Raya, kita macam-macam dan pada akhirnya rakyat tidak mendapat kenikmatan itu...

Speaker

Yang Berhormat masa dah tamat, Yang Berhormat mungkin boleh simpulkan, kalau ada point lagi boleh simpulkan. Tak apa ada rakan-rakan lagi nanti boleh tolong ya. Jangan bimbang ramai lagi boleh tolong.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Okay saya pendekkan, saya masuk kepada INSAN.

Speaker

Okay yang part itu boleh bahagi-bahagikan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Boleh Speaker, INSAN ini saya tidak mahu berbahas panjang cuma saya nak dapatkan beberapa jawapan bagi persoalan-persoalan iaitu yang pertama, mengapa Syarikat Wavpay Fintech Holding dipilih oleh kerajaan sedangkan mengikut rekod-rekod, syarikat ini tidak mempunyai rekod yang meyakinkan. Yang kedua, bagaimana keputusan kerajaan membeli saham 49% syarikat tersebut? Yang ketiga, berapakah nilai Ringgit Malaysia bagi 49% saham tersebut? Yang keempat, bagaimana kerajaan yakin kemampuan syarikat berkenaan sehingga sanggup memberikan modal yang begitu besar kepada syarikat itu. Ini Hulu Kelang boleh jawab, tapi saya minta kerajaan jawab. Hulu Kelang akan jadi kerajaan nanti, Insya-Allah. Kelima, tidakkah kerajaan bimbang bahawa tindakan membeli saham berkenaan boleh membawa kerajaan terdedah kepada syak wasangka, wujudnya salah urus dan tiada tatakelola yang betul, ini soalan. Yang keenam berapa

ramai peserta yang telah menerima polisi INSAN? Yang ketujuh bagaimanakah proses kelulusan polisi ini dibuat? Yang kelapan, adakah kerajaan tahu bahawa ada orang yang sudah meninggal dunia juga termasuk dalam peserta yang diberikan polisi itu.

Speaker

Yang Berhormat, saya rasa ada beberapa isu yang dibawa oleh, tadi saya rasa point yang dibawa itu, kita boleh ringkaskan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya sudah ringkaskan.

Speaker

Sebab pembahas-pembahas sebelum ini pun sudah masukkan dan kalau ada pengulangan sekali lagi sudah bazir masa.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat Speaker, ada dua soalan yang pendek saja. Yang pertama tentang keadaan pencerobohan tanah milik negeri di Sungai Tangkas, Kajang yang kedudukannya di sebelah stesen komuter UKM Bangi, iaitu Lot 1065 sudah diduduki oleh warga asing dan tak tahu siapa- siapa sedangkan tanah itu tanah kerajaan. Saya suarakan ketika saya menjadi ADN Bangi dulu, yang tindakan Pejabat Daerah Hulu Langat telah buat survey, buat ukur Alhamdulillah tapi hari ini senyap sunyi, ada balik. Pencerobohan itu ada balik, bertambah-tambah dan berleluasa. Warga asing menjajah kawasan ini. Mohon tindakan pihak Kerajaan Negeri untuk Lot 1065 ini hak milik negeri. Dan terakhir, seruan saya untuk mempertahankan Sekolah Kebangsaan Bangi sebagai bangunan warisan. Bangunan sekolah ini satu saja blok ialah bangunan yang dibina pada tahun 1924. Tahun ini ia mencecah umur 99 tahun. Dia merupakan pusat kebudayaan masyarakat Bangi dan sekitarnya termasuk Hulu Langat dan ia dijadikan pusat pendidikan ibu-ibu untuk Program Sains Rumah Tangga dan ia menjadi tersohor kerana satu-satu sekolah awal sekolah Melayu yang wujud di dalam Daerah Hulu Langat. Masalah di hadapan kita ialah ada projek pembangunan kerajaan untuk membina semula sekolah dan akan merobohkan bangunan ini. Tolong, saya mohon Kerajaan Negeri untuk ambil perhatian jangan robohkan bangunan ini dan jadikan sebagai bangunan warisan Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum.

Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Ramal. Ya Kota Damansara. Silakan, 20 minit ya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kepada Tuan Speaker kerana membenarkan Kota Damansara untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Bajet 2024. Saya mewakili rakyat Kota Damansara ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua atas pembentangan Bajet 2024. Saya kira Bajet 2024 ini adalah bajet seimbang bilamana fokus Kerajaan Negeri pada tahun ini adalah meneroka hasil baru. Ini dapat dilihat dengan hasil baru yang dapat diperoleh

mencecah RM100 juta, pada masa yang sama tidak meninggalkan kebajikan rakyat dan pembinaan modal insan. Dunia sekarang sedang beransur-ansur berubah kepada tenaga hijau. Negeri Selangor tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan pelaburan bagi tenaga hijau kerana mengikut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, pelaburan teknologi hijau dicatatkan berjumlah 1.3 bilion antara Januari sehingga Jun tahun ini mewakili pertumbuhan sebanyak 21.9 % dari tahun ke tahun. Kerajaan Negeri harus merancang dengan teliti tempat yang sesuai dan memberikan fast track dengan izin kepada pelabur luar datang dan melabur ke Negeri Selangor agar kita dapat manfaat terhadap pelaburan ini. Dengan semangat perpaduan antara Kerajaan Negeri dan Pusat, saya kira Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boleh berbincang dengan menteri MITI yang baru nanti agar kita mendapat manfaat yang sama. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyentuh tentang Lembah Klang Raya, gagasan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, strategi membawa Selangor satu langkah ke hadapan. Mengambil kira negara pengalaman di luar negara, ini dapat dilakukan dengan kajian yang mendalam, keempat-empat PBT ini perlu berada di tahap paling optimum kerana amat penting untuk membawa gagasan sebesar ini. Seharusnya masalah asas perlu diselesaikan dahulu sebagai contoh infra yang tidak dapat diselenggara dengan berkala. Reurban dengan izin perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mencapai matlamat Lembah Klang Raya kerana terdapat sesetengah tempat yang sudah terlalu lama, uzur malah telah mencapai tahap tepu, maka tidak terlalu awal untuk mengatakan bahawa Lembah Klang Raya ini adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai. Tuan Speaker, infrastruktur adalah kemudahan asas yang amat penting bagi rakyat Selangor. Selangor bila kita bercakap berkenaan jalan, tidak kira miskin, kaya, tua, muda semua menggunakan, apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga mengumumkan 145 juta bagi meningkatkan jaringan jalan raya. Suka untuk saya bagi tahu untuk kawasan di kawasan Damansara terdapat jalan yang terputus terutamanya di kawasan Subang Bestari. Ini menyebabkan kesesakan trafik yang melampau, ini ditambah pula dengan kawasan perumahan high-rise dengan izin yang bakal siap pada tahun hadapan. Ini akan menambahkan lagi kesesakan trafik di kawasan tersebut. Saya kira perkara ini tidak boleh ditunggu lagi. Sudah sampai kita noktahkan perkara ini. Rizab jalan sudah ada, hanya tinggal untuk mengarahkan pihak pemaju dan Lembaga Getah untuk menyiapkan jalan tersebut, sudah 15 tahun rakyat di Kota Damansara menunggu-nunggu jalan ini sebab rizab sudah ada tinggal untuk kita panggil dan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Kerajaan juga telah memperuntukkan juga sejumlah 50 juta bagi penurapan mega bagi tahun 2024. Ini tidak sama sekali bersamaan dengan peruntukan MARRIS. Saya mohon peruntukan tersebut dapatlah dilakukan di beberapa kawasan di Kota Damansara terutamanya jalan-jalan yang sudah berusia 20 ke 50 tahun khususnya saya boleh serahkan jalan ini kepada EXCO untuk perincian agar memudahkan peringkat EXCO untuk melakukan proses di kemudian kelak. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya hormati, di dalam bajet ini terdapat peruntukan sebanyak 65 juta bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tahun 2024. Isu di kawasan Kampung Melayu Subang ini sudah

boleh jadi kira acara tahunan setiap kali hujung tahun ini ADUN-ADUN Damansara ini tidak boleh pergi mana. Dia kena duduk kat Kampung Melayu Subang ini untuk cek banjir, cek sungai. Jadi saya kira dari bajet 65 juta ini bolehlah kiranya untuk diperbetulkan monsun drain terutamanya monsun drain yang telah runtuh dindingnya kerana dia menyebabkan bad flow di kawasan-kawasan tidak pernah banjir pun menyebabkan banjir terutamanya hujan baru-baru ini. Tuan Speaker, Skim Smart Sewa adalah satu skim yang baik dan sangat bagus terutamanya golongan muda. Kerajaan telah membelanjakan 115 juta bagi membeli 500 unit pada tahun ini dan tahun hadapan berjumlah 220 juta bagi menambah sebanyak 810 unit lagi untuk mencapai sasaran sebanyak 300 unit rumah smart sewa. Walau bagaimanapun jumlah pegangan rumah pada tahun ialah 1340 manakala jumlah rumah yang telah disewakan sebanyak 707 unit, sebanyak 40% jumlah ini masih lagi tidak disewakan. Saya cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan lagi promosi untuk Skim Sewa ini dan kerajaan untuk membeli 810 unit yang baru ini, pilih kawasan yang strategik mana yang dekat dengan kemudahan infra awam yang lebih baik sebab apabila anak muda untuk mengambil inisiatif program seperti ini mereka memilih lokasi merupakan faktor utama, jangan diambil beli rumah di kawasan jin bertendang, lepas itu dipaksa pula orang untuk duduk di situ. Sebab itu kadang-kadang apabila proses memilih ini dilakukan secara teratur, kadang-kadang rumah yang dibeli ini murah tapi apa gunanya kita dapat jumlah yang banyak dengan harga yang murah tetapi tidak boleh diduduki oleh anak-anak muda khususnya. Kerajaan telah memperkenalkan Program Anak Istimewa atau ANIS pada tahun 2019. Program ini bertujuan untuk membantu para ibu bapa mengurangkan beban ekonomi mereka. Suka untuk saya mencadangkan kepada Kerajaan untuk bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengenal pasti PKD di setiap daerah, early intervention dengan izin yang mempunyai jurang yang sangat besar. Ini perlulah diisi oleh pihak kerajaan. Ini merupakan persediaan peringkat awal untuk anak-anak autism sebelum masuk kedunia persekolahan terutamanya di PKBI. ANIS boleh difikirkan ke masa hadapan untuk menyediakan program after school dengan kerjasama PKD bukan hanya sekadar menyediakan pusat penjagaan tetapi dia juga turut menjadi kawasan untuk mengasah skill mereka apabila mereka selepas habis sekolah, mereka juga boleh mengasah skill di perumahan mereka. Tuan Speaker, Kota Damansara ingin menyentuh teras keempat yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Seperti Festival Turath yang menjemput ulama terkemuka dunia seperti Sheikh Dr. Ali Jum’ah dan ramai lagi. Program-program ini diteruskan ke daerah-daerah ini untuk menyebarkan syiar Islam yang sebenar. Saya memuji program kerajaan ini untuk turun ke daerah-daerah kerana tidak semua tempat boleh terus pergi ke kerajaan negeri ataupun pergi ke Masjid Negeri. Tahun demi tahun, peruntukan bagi Jabatan Agama Islam sentiasa menjadi keutamaan. Bila mana sejumlah RM60 juta diperuntukkan bagi tahun 2024 untuk menjalankan pelbagai jenis program mengimarahkan agama Islam. Tak cukup dengan itu, elaun imam pun turut dinaikkan daripada RM1,300.00 ke RM1,500.00. Kalau ada imam mesti ada nazir, mesti ada bilal, ada siak itu pun kerajaan naikkan juga elaun mereka. Akan tetapi ada

juga di kalangan ahli dewan ini yang mengeluarkan kenyataan mengatakan kembalikan cahaya gemerlapan Islam Selangor.

Saya nak menyatakan bahawa cahaya Islam sentiasa gemerlapan di Selangor yang tak bercahaya ialah penceramah yang membawa perpecahan di masjid dan surau kita sehingga tauliah mereka ditarik balik. Janganlah marah kalau andai kata tauliah mereka ditarik balik kerana isu-isu yang dibawa di masjid ini ialah isu-isu perpecahan. Saya nak menyinggung ucapan pembangkang yang menyatakan Perikatan Nasional akan membela Institusi Raja-Raja Melayu tidak berganjak walau seinci pun. Saya nak tanya bilamana Institusi Raja-Raja Selangor dihina oleh pemimpin PN daripada utara, di mana pimpinan Perikatan Nasional ketika itu? Yang ada satu pentas ketika itu pun tak bercakap sampai ke hari ini. Janganlah kita di dalam Dewan ini menjadi hipokrit sambil mengata kononnya parti sekian-sekian menghormati semua kaum lain secara aman damai tetapi hakikatnya api perkauman sentiasa dimainkan.

Tuan Speaker, mohon mencelah.

Speaker

Kuang. Kota Damansara nak bagi tak?. Boleh ya?

Boleh minta laluan?

Boleh-boleh.

Speaker

Boleh ya.

Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara, tetapi berhubung dengan Institusi Raja-Raja yang disebut tadi saya rasa Yang Berhormat Kota Damansara terlupa ada hantu gigi seorang yang masuk dalam video-video viral yang siap ketuk skrin daripada parti mana saya tak tahu, apa pula pendirian Yang Berhormat Kota Damansara tentang tindakan beliau menghina Institusi Raja-Raja? Terima kasih.

Saya ingat Kuang mungkin terlupa kot, Parti Keadilan Rakyat telah mengambil tindakan kepada beliau. Mungkin Perikatan Nasional belum ambil tindakan sehingga hari ini mungkin kena semak balik, kena semak balik sebab itu saya ulang balik walaupun api perkauman masih dimainkan ketika pilihan raya, Alhamdulillah rakyat Selangor matang dan terus memberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan PH dan BN untuk terus tadbir di Kerajaan Negeri Selangor. Saya ingat kira berilah ruang dan peluang kepada Kerajaan Perpaduan ini untuk teruskan legasi yang lebih cemerlang dalam tempoh 5 tahun ini insya-Allah pilihan raya akan datang saya percaya Kerajaan Perpaduan ini akan kekal kukuh dan akan mentadbir 5 tahun lagi akan mendatang. Tuan Speaker Kota Damansara menyokong bajet ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Selangor 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker dan juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua kerana walaupun keadaan ekonomi global tidak menentu dan tempiasnya sudah pasti datang ke negara kita dan Negeri Selangor. Belanjawan ini saya lihat sebagai belanjawan yang seimbang dan memberi manfaat kepada semua rakyat Selangor. Walau bagaimanapun, ada juga perkara-perkara yang boleh ditambah baik untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi Negeri Selangor. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Sungai Tua kerana berjaya mengutip hasil cukai yang agak besar di mana sehingga 9 November 2023 jumlah hasil kutipan adalah sebanyak RM2.405 bilion bersamaan dengan 120 % tambahan pada tarikh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, Tuan Speaker kita semua sedia maklum perkembangan ekonomi Negeri Selangor adalah berpaksikan kepada perumahan dan perladangan. Kita tahu di Selangor ini terdapat ratusan kawasan-kawasan perindustrian di mana di dalamnya terdapat ribuan kilang-kilang perusahaan dan kawasan-kawasan perumahan yang jumlah juga ribuan di mana terdapat jutaan rumah-rumah yang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan serta puluhan kawasan ladang yang sudah pasti jumlah cukainya mencecah ratusan juta ringgit. Walau bagaimanapun, di dalam belanjawan ini tidak disebut tentang cukai-cukai yang tertunggak, di mana sudah pasti ada juga tuan punya-tuan punya premises ini yang gagal membayar cukai-cukai tersebut iaitu cukai tanah dan juga cukai pintu. Jadi sekiranya cukai ini tidak dikutip, sudah pasti kerajaan negeri akan menanggung kerugian. Ini penting Yang Berhormat semua kerana jumlah hasil yang tertunggak ini akan membuka mata semua para-para penguat kuasa kerajaan tempatan iaitu Majlis-Majlis Bandaraya, Majlis-Majlis Daerah, Pejabat Daerah dalam Negeri Selangor supaya bertindak dengan lebih proaktif, lebih agresif untuk menentukan jumlah yang tertunggak ini dapat dikutip dan akan dapat menambah kutipan hasil jumlah keseluruhan yang lebih besar. Kalau perkara-perkara ini berlaku, saya rasa tahun hadapan kerajaan boleh menaikkan lagi BKK kepada 3 bulan gaji.

Tuan Speaker, saya juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Di mana kerajaan tidak sepatutnya menyimpan semua rizab Negeri Selangor yang jumlahnya mencecah bilion ringgit. Sepatutnya kerajaan boleh membelanjakan sebahagian daripada rizab ini dengan mengagihkan kepada anak-anak syarikat negeri, syarikat anak-anak negeri, sorry, kepada syarikat anak negeri untuk melaksanakan projek-projek yang berdaya tinggi yang sudah pasti akan membawa pulangan yang besar kepada Negeri Selangor dan sekiranya kerajaan

membelanjakan rizab ini sudah pasti ia akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi Negeri Selangor dan dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru kepada rakyat Negeri Selangor. Saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Sungai Tua kerana berjanji akan melupuskan hutang-hutang negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2024 dan saya percaya sekiranya perkara-perkara yang sebut tadi dilakukan Insha Allah Negeri Selangor tidak akan berhutang lagi dengan Kerajaan Persekutuan.

Tuan Speaker oleh kerana masa yang agak terhad, saya akan menyentuh hanya beberapa penting dari segi ekonomi, pendidikan dan mengangkat kesatuan ummah. Dari segi ekonomi saya ingin menyentuh tentang pelancongan Negeri Selangor, pengalaman saya selama 2 tahun sebagai EXCO Pelancongan banyak boleh membantu kerajaan Selangor untuk meneruskan program-program pelancongan negeri ini. Industri pelancongan sebenarnya boleh menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi Negeri Selangor jika program-program pelancongan Negeri Selangor dapat dijalankan dengan tersusun, teratur kerana speed over daripada industri pelancongan ini boleh memberikan keuntungan kepada negeri dan juga memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda khasnya dalam bidang perhotelan dan juga pelancongan. Selangor sebenarnya mempunyai banyak tempat-tempat ataupun pusat-pusat pelancongan yang unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Salah satu pusat tumpuan pelancongan ialah Sky Mirror di Kuala Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat semua, maafkan saya, dalam dunia ini cuma ada 2 pulau yang dipanggil sebagai Sky Mirror. 1 di Colombia dan 1 di Kuala Selangor. Sky Mirror adalah sebuah pulau kecil yang akan timbul apabila berlaku air surut dan pasir-pasir di atas pulau tersebut putih bercahaya seperti cermin dan sekiranya Yang Berhormat semua berdiri di atas pulau tersebut serupalah Yang Berhormat berdiri di atas cermin. Jadi semasa saya menjadi EXCO Pelancongan, saya selalu menasihatkan pelancong-pelancong yang akan melawat pulau ini terutama wanita jangan pakai mini skirt. Untuk makluman Yang Berhormat juga semasa saya menjadi EXCO Negeri Selangor, pelancongan di Selangor pada tahun 2019 Negeri Selangor mencatit kan kehadiran pelancongan asing yang berjumlah hampir RM10 juta, 10 juta orang dan menambahkan penambahan sebanyak 40 %. Sementara pelancongan tempatan atau domestic tourist jumlah kehadiran 25 juta orang dan tourist receipt ataupun wang yang dibelanjakan oleh pelancong-pelancong di Negeri Selangor mencecah jumlahnya sebanyak dijangkakan sebanyak RM14 bilion.

Pada masa itu, jumlah tourist receipt di peringkat negara yang sebanyak RM80 bilion dan Selangor menyumbang lebih kurang 24 % daripada jumlah tersebut. Ini dapat dilakukan kerana dengan kerjasama yang padu daripada Tourism Selangor. Di mana kami menyertai semua ekspo-ekspo pelancongan di luar negara seperti ekspo pelancongan peringkat ASEAN yang diadakan di Vietnam. Peringat Asia di China dan di Jepun, di peringkat Eropah di London. Di peringkat Timur Tengah di Dubai dan yang terbesar sekali ialah peringkat dunia di Munich, Jerman di mana 156 negara turut

serta mempamerkan produk-produk pelancongan negara masing-masing. Sebab itulah, pelancong-pelancong luar negara datang begitu ramai ke Negeri Selangor pada tahun 2018 dan 2019. Sejarah juga telah tercatit di Selangor di mana pada tahun 2019 pertama kali dalam sejarah pelancongan di Selangor, Negeri Selangor mendapat bayaran cukai pelancongan sebanyak RM20 juta tetapi Menteri Kewangan pada masa itu memotong 50 % dan pelancongan Selangor hanya mendapat RM10 juta.

Saya percaya dengan usaha-usaha yang lebih mantap oleh pihak EXCO Pelancongan dan Tourism Selangor, mengembalikan zaman gemilang ini untuk memajukan industri pelancongan Selangor untuk masa-masa yang akan datang. Di samping itu, Tuan Speaker, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Pertama, adakah program melatih pemandu-pemandu pelancong tempatan seperti yang kita lakukan dahulu masih lagi diteruskan. Ini penting, kerana pemandu-pemandu pelancong tempatan ini akan dilatih untuk mengenal pasti dengan secara terperinci produk-produk pelancongan di kawasan masing-masing contohnya jika ada syarikat-syarikat pelancongan yang nak membawa pelancong ke Sekinchan rupanya, kita akan melantik pemandu pelancong yang dilatih daripada Sekinchan, ini lebih efektif dan lebih berkesan untuk kebaikan pelancong-pelancong. Yang kedua, saya ingin bertanya dengan kerajaan Selangor. Program P3S iaitu program pelancongan selesa, sempurna dan selamat, yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Sungai Tua pada tahun 2019. Program P3S ini adalah sangat penting dalam sektor pelancongan Negeri Selangor di mana pengusaha-pengusaha pelancongan dan juga tuan-tuan punya rumah penginapan seperti hotel, homestay dan Airbnb mestilah mendaftar dengan MOTAC. Tuan-tuan punya tempat penginapan terutama sekali homestay dan Airbnb mestilah mendapat kebenaran dari pihak kerajaan untuk membina premis-premis mereka yang sekarang ini kebanyakannya dibina secara haram di atas tanah-tanah persendirian di tebing-tebing sungai, di pinggir-pinggir hutan di atas tanah kerajaan. Oleh kerana mereka terlibat dalam industri pelancongan tuan-tuan punya premis ini mestilah, yang pertama memohon kepada kerajaan untuk menukar syarat tanah daripada syarat asal kepada tanah perindustrian.

Yang kedua mendapatkan kebenaran merancang sebelum mereka membina premis-premis tersebut dan yang ketiga yang paling penting sekali ialah mestilah mendapatkan perlindungan insurans daripada syarikat-syarikat insurans. Ini penting kerana sekiranya berlaku apa-apa musibah kemalangan di pusat-pusat di premis-premis tersebut seperti kebakaran umpamanya maka pelancong-pelancong akan terjamin dan waris-waris pelancong yang terlibat yang mati akibat kebakaran akan mendapat imbuhan daripada syarikat insurans. Sepanjang saya menjadi EXCO Pelancongan, saya dapati banyak tauke-tauke pengusaha-pengusaha pelancongan yang membina premis-premis mereka secara haram dan tuan-tuan premis menjadi kaya raya tinggal di banglo-banglo di PJ, Subang Shah Alam dan sebagainya. Memandu kereta-kereta mewah Ferari, Lamborghini, Porche dan kereta-kereta mewah yang lain. Tetapi tidak membayar apa-apa cukai kepada kerajaan. Dan

sekiranya program P3S ini dilancarkan Insya Allah kita akan dapat satu win-win situation di mana kerajaan mendapat cukai daripada perusahaan mereka dan mereka dapat menjalankan perusahaan mereka dengan lebih selamat.

Tuan Speaker, pendidikan adalah satu perkara yang penting kepada Negeri Selangor yang akhirnya akan mendapat menghasilkan insan-insan bestari yang baik-baik di Negeri Selangor. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mewujudkan bantuan-bantuan yang agak besar untuk program-program pendidikan di Negeri Selangor dan peruntukan sebanyak 94.5 juta ringgit. Program tersebut merangkumi dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat universiti dan juga merangkumi pelbagai sektor pembelajaran termasuk peringkat teknikal, agama dan juga digitization. Kerajaan haruslah juga mengambil perhatian tentang keadaan tempat atau premis di mana penuntut ini belajar seperti sekolah-sekolah dan juga pusat-pusat pengajian tinggi terutama dari kebersihan, keselesaan dan sebagainya. Kelengkapan pembelajaran yang canggih dan baik dan memikirkan tentang jumlah pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah dan juga institusi-institusi ini kerana banyak sekolah-sekolah kerajaan yang keadaannya dalam keadaan daif dan tidak teratur, tidak selesa untuk pelajar-pelajar di situ. Ada sekolah-sekolah yang pelajarnya melebihi jumlah penuntut yang sepatutnya yang belajar di sekolah tersebut. Contohnya di DUN Selat Klang kawasan saya, yang penduduknya mencecah hampir 400 ribu orang, cuma ada satu sahaja sekolah menengah di sana dan jumlah pelajarnya mencecah hampir 3 ribu orang. Bayangkan bagaimana seorang Guru boleh fokus pembelajarannya beliau di dalam sebuah sekolah yang jumlah pelajarnya hampir 40 orang atau lebih. Oleh itu saya mohon...

Selat Klang saya mohon mencelah.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Sila-sila.

Saya ingin bertanya adakah usaha itu dilaksanakan ketika Yang Berhormat memimpin Kerajaan Pakatan Nasional 33 bulan, adakah suara itu disampaikan ke Kementerian Pendidikan ketika itu?

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya saya telah membuat permohonan, saya masih ingat lagi masa itu Yang Berhormat Hulu Kelang memberi peruntukan kepada saya di Selat Klang sebanyak 2 juta ringgit untuk membaiki sekolah-sekolah dan sebagainya. Jadi memang perkara ini dah diberi peruntukan sumbangan tetapi masih banyak lagi sekolah-sekolah yang keadaannya masih daif di kawasan di banyak kawasan Negeri Selangor ini. Oleh itu saya mohon pada pejabat pendidikan negeri untuk mengambil perhatian yang berat tentang perkara ini dan membina sekolah-sekolah baharu dan mohon supaya sebuah

sekolah menengah yang baharu atau sekolah tambahan, sekolah menengah tambahan yang baharu dibina di Selat Klang.

Tuan Speaker saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan yang berusaha keras untuk memperkasakan agama Islam di Negeri Selangor. Di samping mengambil perhatian yang penuh kepada penganut-penganut agama lain. Saya juga dengan setuju dengan inisiatif-inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri dengan membina kompleks-kompleks Islam, masjid-masjid dan surau yang baru serta melaksanakan program-program pengurusan masjid. Bagaimanapun seharusnya, kerajaan seharusnya mengambil perhatian tentang surau-surau yang dijadikan masjid pada hari jumaat. Mungkin surau-surau yang terlibat dalam perkara ini, apakah status surau-surau ini? Dan apakah adakah dia termasuk di dalam program pengurusan masjid? Di samping itu juga saya dapati ada juga surau-surau di kawasan saya yang dibina tidak mengikut peraturan yang harus dipatuhi contohnya di surau Al Falah di Kampung Sungai Sireh. Surau ini dijadikan masjid pada hari jumaat tetapi surau ini keadaan amatlah daif. Dibina di atas tanah rizab JPS tiada kebenaran merancang, tiada perlindungan insurans dan keadaan daif ini kerana dibina hampir 40 tahun yang lalu. Oleh itu saya mohon supaya kerajaan mengambil perhatian tentang perkara ini dan membina sebuah masjid baharu untuk menggantikan surau Al-Falah ini di kawasan saya untuk membolehkan kariah-kariah sekeliling kampung Sungai Sireh, Sungai Sireh Tambahan, Kampung Kereta api dan kawasan yang berdekatan supaya kariah-kariah kawasan ini dapat menunaikan tuntutan agama dengan lebih selesa dan selamat.

Tuan Speaker, satu perkara lagi yang saya nak sentuh ialah pembinaan ECRL. ECRL yang akan, jajaran ECRL yang akan melalui Selat Klang dan masuk di kawasan saya akan melalui atas kubur di kampung Sungai Sireh dan tanah perkuburan itu akan diambil oleh ECRL sebanyak 5 ekar dan juga kerajaan akan merobohkan 89 unit rumah di kawasan Taman Sungai Sireh. Saya telah menjemput penduduk-penduduk tersebut beberapa kali untuk bermesyuarat dan juga telah menjemput pihak Majlis Perbandaran Klang untuk berjumpa dengan mereka. Dan kita berbincang panjang lebar tentang perkara ini kerana apa tuan-tuan kerana apa, kerana mengikut Akta Pengambilan Tanah walau apa pun bantahan yang dibuat oleh penduduk kerajaan akan meneruskan projek tersebut atas sebab-sebab pembangunan. Tetapi saya berharap kerajaan negeri terlibat sangat usaha memberikan bantuan-bantuan kepada penduduk-penduduk yang terlibat ini tak banyak pun, cuma 89 keluarga dan memberikan komitmen yang lebih jelas kepada mereka tentang apakah bantuan-bantuan yang kerajaan akan beri kepada mereka. Jadi saya mohon perjumpaan yang akan dibuat masa depan ini dapat menjelaskan, mencerahkan kepada penduduk-penduduk apakah bantuan-bantuan yang boleh dibagi kepada mereka apabila mereka rumah-rumah mereka dirobohkan.

Tuan Speaker, tak panjang lagi, sedikit lagi Tuan Speaker, itulah sahaja perbahasan saya kerana walaupun pembangkang, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk

memberi sedikit maklumat tentang keperluan-keperluan di kawasan saya. Dan kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab untuk membela dan menjaga rakyat di kawasan saya kerana sistem berparlimen demokrasi berparlimen di negara ini memberi peluang luas kepada rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin di kawasan mereka. Saya amat berharapkan Kerajaan Negeri tidak akan menganaktirikan rakyat di kawasan saya dan memberikan layanan yang sama seperti rakyat-rakyat di kawasan lain yang dipimpin-pimpin oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Saya juga menyatakan iaitu berkenaan dengan peruntukan kepada ADUN-ADUN Pembangkang. Kerajaan mestilah berlaku adil kepada kami keadilan telah ditunjukkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional semasa Perdana Menteri dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana kesemua Ahli-ahli Parlimen pada masa itu diberikan peruntukan yang sama. Jadi saya harap dengan bahasan saya mohon supaya kerajaan akan memberikan peruntukan yang sama rata dengan pembangkang-pembangkang untuk kita dapat supaya kita dapat berkhidmat kepada rakyat dengan sempurna. Itu sahaja Yang Berhormat, masa dah cukup terima kasih. Assalammualaikum.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli yang Berhormat sekalian. Oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekali, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari mengikut peraturan 11 dan 26 (4) dalam peraturan tetap Negeri Selangor, Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya menyokong Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Ramai suara yang bersetuju. Usul ini dipersetujui. Okay untuk, untuk seterusnya saya persilakan Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Seberang Jaya tempat membeli pelikat, pakai solat di Taman Medan, kalau pandai memimpin rakyat, negeri maju penduduk pun aman. Kalau hendak mencuci kain, sudah dicuci lalu dijemur, kalau hendak jadi pemimpin, rendahkan hati berlakulah jujur. Kalau hendak membeli cermin, belilah cermin tembus cahaya, kalau kita jadi pemimpin, jadilah pemimpin lurus bicara. Yang Berhormat Speaker saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Dewan dan juga pada pengundi Taman

Medan khususnya atas keyakinan dan kepercayaan yang telah mereka berikan kepada Perikatan Nasional untuk saya mewakili mereka di Dewan yang mulia ini. Pastinya amanah ini akan saya galas dengan penuh tanggungjawab dan memainkan peranan yang efektif sebagai pembangkang yang berhemat dan berhikmah mewakili semua kaum tidak kira latar agama dan etnik kerana matlamat utama kita semua dalam Dewan ini adalah membina masa depan yang lebih baik untuk negeri kita Selangor Darul Ehsan. Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan, saya ingin menarik perhatian penyataan yang diberikan oleh Menteri Besar pada tanggal 27 Jun 2023. “Caretaker MB, Selangor make sixth three with highest ever contribution Malaysian economy” dengan izin. Dalam kenyataan ini, dalam artikel ini menyatakan Selangor menyumbang 25.5% KDNK negara pada tahun 2022 dan ini bermakna dalam ekonomi Malaysia, Selangor menyumbang sebanyak 25.5% kepada ekonomi Malaysia. Dalam masa yang sama, KDNK negeri Selangor berkembang pada tahun 2022 sebanyak 11.9%. Ini bermakna kejayaan ekonomi Selangor telah meningkat sebanyak 11.9%, jika dibandingkan pada tahun sebelumnya.

Dalam pengumuman ini, saya ingin bertanya pada Ahli Dewan, adakah hari ini kita merasakan di Negeri Selangor bahawa 11.9% perkembangan ini, dirasai oleh semua rakyat Negeri Selangor. Adakah peluang perniagaan untuk bumiputera naik 11.9%. Adakah peluang pekerjaan rakyat Selangor naik 11.9%. Adakah rakyat Negeri Selangor sekarang lebih kaya 11.9%. Yang jawab iya ini pun tahu dalam hati sebenarnya tidak. Orang Selangor hari ini, rasa lebih susah. Kita boleh buat kajian, dan kajian itu telah terbukti dalam Pilihan Raya Negeri yang lepas. Kalau betullah ada peningkatan, kepuasan hati pada hidup di Negeri Selangor ini, patutnya kerajaan laksana meningkat sokongan 11.9%, tapi tak meningkat, turun, merudum. Bahkan hampir separuh sekarang ini telah beralih untuk bersama dengan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri yang lepas.

Yang Berhormat Ahli Dewan, suka saya sebutkan ini kerana apa, dalam Belanjawan 2024, kita dapat lihat sebenarnya tidak ada perkembangan seperti yang dicatatkan yang diumumkan Menteri Besar 11.9% itu dapat dilihat dan diterjemahkan dalam belanjawan itu. Banyak belanjawan ini yang paling saya sedih nanti saya akan ulas tentang isu Iltizam Sihat Selangor ini yang mana saya merasakan ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam keadaan negeri, Menteri Besar claim makin kaya, makin hebat, tetapi rakyat makin sengsara dan rakyat tidak dapat merasa nikmat itu. Angka kayangan yang besar, rizab yang banyak, tapi hakikatnya yang mahu dikembalikan semula kepada rakyat labanya tidaklah sebesar apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Nyata dasar dan kebijakan yang diperkenal Menteri Besar di dalam teks Belanjawan 2024, dilihat bukan hanya lesu, lebih malang adalah disconnected daripada realiti underground, keadaan sebenar, kepayahan dan kesusahan yang dihadapi rakyat Selangor pada hari ini.

Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada soalan Alam Sekitar. Baru-baru ini dalam Belanjawan 2024 diumumkan lagi sekali tentang rancangan untuk mewujudkan dasar

dan pelan tindakan perubahan iklim Negeri Selangor. Tahun 2022 dah diumumkan penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor, nama dia iklim, jadi sekarang kita ada dua iklim, dulu kumpulan penyanyi Iklim, sekarang ada iklim Selangor. Yang ini Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor dan nak dinaik taraf dalam Belanjawan 2024. Pusat adaptasi perubahan iklim Selangor dengan peruntukan RM800 ribu, peruntukan untuk membangunkan dasar RM300 ribu, kalau dicampurkan makna jumlah nya RM1.1 juta. Benda ini dah umum dah 2022, bawa dalam bajet 2023, tahun 2023 tak buat juga. Tahun 2024 umum lagi sekali. Bila yang nak buat. Sebab sehingga hari ini ...

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kena betulkan fakta ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Duduk. Sehingga hari ini, saya masih tidak lagi dapat melihat sebarang dasar yang progresif tentang bagaimana kita nak menghadapi isu perubahan iklim ini. Kerana sebab itu saya mengharapkan

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mohon mencelah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak apa tak apa Bukit Gasing, ini saya nak minta EXCO jawab, saya tak nak Bukit Gasing jawab. Bukit Gasing bukan EXCO. Saya nak minta kepada EXCO yang baru, dulu EXCO lama jaga alam sekitar, sekarang EXCO baru, kita hargai ada EXCO baru yang jaga alam sekitar Negeri Selangor dan kita harap ada harapan baru untuk soal perubahan iklim di Negeri Selangor.

Kerana kita nak melihat dengan peruntukan yang diumumkan setiap tahun ini, apakah dasar-dasar yang tuntas yang progresif, yang benar-benar dapat menyediakan Negeri Selangor, berhadapan dengan situasi perubahan iklim yang kita hadapi secara global ini. Kenapa, saya nak bawa kepada semua Ahli Dewan, perhatian, ini Yang Berhormat Sabak sebut tentang isu keterjaminan makanan. Saya nak kongsikan dapatan daripada kajian yang dilakukan ini tentang implikasi perubahan iklim terhadap zon pesisir pantai di Kuala Selangor yang dilaksanakan oleh Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia, yang mendedahkan paras air laut akan meningkat 0.07 kepada 0.14 meter menjelang tahun 2040.

Sekarang, hari ini hampir 52% garis pantai di Selangor dilaporkan telah mula mengalami hakisan, di mana hakisan tahap kritikal berlaku di kawasan Bagan Beting, Sungai Besar, Sekinchan, Jeram dan juga Sungai Sembilang. Ini maksudnya apa, bila paras air meningkat dan dijangkakan menjelang tahun 2100, 0.5 meter air akan paras laut akan meningkat yang akan menyebabkan kawasan pertanian seluas 3640 hektar terdedah kepada pembanjiran pantai, nak tenggelam dah Negeri Selangor di Kuala Selangor ini.

Dan ini juga akan mengakibatkan kawasan pertanian seperti kawasan padi akan terjejas di mukim Tanjong Karang sehingga 7010 hektar. Maknanya Negeri Selangor sekarang ini, tanahnya makin mengecil, dah la cukai nak kutip tak banyak dah, tanah pun makin mengecil kerana peningkatan paras air laut. Jadi sebab itu saya mendesak Kerajaan Negeri Selangor, jangan hanya umum dalam belanjawan tiap-tiap tahun nak buat dasar, dasar tak nampak. Kerana ini perlu dilakukan segera, ia perlukan masa untuk dilaksanakan. Climate change is now, its not tomorrow, its not the future (dengan izin), its now, its happening now. Dan kita dapat lihat kesannya itu sekarang ini, hujan lebih sikit banjir akan naik. Hujan lebih sikit, hakisan pantai akan jadi lebih teruk dan saya rasa perkara yang saya lihat perlu ada tindakan yang progresif daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya apa yang ingin diwujudkan tadi yang dipanggil sebagai Pusat Perubahan Iklim Negeri Selangor ini dapat melaksanakan tanggungjawabnya dan membentangkan kepada rakyat Negeri Selangor satu polisi yang lebih sustainable supaya kita dapat berhadapan dengan cabaran ini.

Timbalan Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Pada 2019, mantan Menteri Yang Berhormat Yeo Bee Yin, telah menjenamakan semula MGTC kepada Malaysia Green Technology and Climate Change Center. Pakatan Harapan daripada versi pertama sedang menerajui adaptation plan bagi melawan arus perubahan iklim, tetapi apabila langkah sheraton berlaku dan menteri baru datang daripada Perikatan Nasional mana perginya pusat adaptasi diperingkat persekutuan. Sekarang Kerajaan Negeri nak buat sesuatu, we are being pro-active, this is progresive policy (dengan izin) yang you cakap tadi, so mana tindakan Perikatan Nasional ...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak apa Yang Berhormat, Yang Berhormat nanti kita masuk Parlimen, kita bincangkan, sebab ini peringkat Persekutuan, sekarang ini saya nak bincang negeri. Let’ do what we can do at state first. Jadi Yang Berhormat beri saya peluang, saya first time nak berucap dalam Dewan ini, yang Berhormat dah tiga penggal, bagi saya peluang, ok. Terima kasih.

Selain daripada itu, Ahli Dewan semua, dalam Belanjawan Selangor 2024, saya tidak nampak ada sebarang komponen ESG dimasukkan dalam belanjawan ini. Yang mana saya rasa Selangor boleh menerajui perkara ini. Kerana ini penting untuk kita tunjukkan dengan cara melihat bagaimana kos operasi kerajaan pihak berkuasa tempatan termasuk penyelenggaraan jalan raya dan kutipan sampah itu merupakan kalau kita lihat dalam Belanjawan Kerajaan Negeri, itulah adalah belanjawan terbesar yang kita belanjakan untuk menguruskan sampah. Mana Sekinchan ada belanjawan besar nak uruskan ini. Jadi sepatutnya elemen ESG ini harus dimasukkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan dijadikan amalan di setiap peringkat supaya kita dapat laksanakan ini dan memastikan bahawa semua impak perubahan iklim dari segi

alam sekitar iaitu dapat dijaga oleh kerajaan dan juga untuk kita semua di Negeri Selangor.

Saya juga tertarik dengan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan ini menyatakan ingin untuk inisiatif Electric Vehicle atau laluan hijau. Nak mewujudkan lebih seribu, Sekinchan dah gelak dah, dia faham apa saya nak cakap. Ada seribu tempat charge untuk electrik vehicle, nak diwujudkan di seluruh Negeri Selangor. Dalam masa yang sama, dalam peringkat itu juga disebut, bahawa Kerajaan Negeri bercita-cita, bercadang untuk membeli kenderaan electric vehicle bagi menggantikan kenderaan rasmi termasuklah kenderaan rasmi yang dibawa dan dinaiki oleh semua anggota kerajaan yang ada di hadapan kita.

Saya nak Kerajaan Negeri beri fokus, set up the ecosystem first, jangan kita sibuk nak tukar kereta kerana Yang Berhormat Menteri Besar baru ini pergi test kereta Tesla dekat Sunway. Sebab saya takut kalau Sekinchan dapat electric vehicle, dia bawa kereta itu balik ke Sekinchan, tapi tak ada charging port, jadi kereta itu tertinggal, parking tepi kapal terbang itu. Kita tak nak macam itu, kita tak nak Sekinchan yang tak ada, ada, saya takut itu. Sebab di Selangor, tak maksud saya, di Selangor ini, tak ada eko-sistem. Sebab saya dalam kempen saya ketika bertanding di Shah Alam tempoh hari, saya sebut juga tentang ini, tentang eko-sistem untuk electric vehicle ini, kerana penting. Bukit Gasing, sikit- sikit.

Ramai pula minat dengan aku ini. Jadi saya minta supaya Kerajaan Negeri beri fokus kepada mewujudkan eko-sistem ini melibatkan semua, termasuk PBT dan juga pihak awam, pihak swasta, kerana kalau tengok itu tentang nak wujudkan seribu itu, satu je, tapi tak ada sebut perkataan eko-sistem, tentang charge, nak train chargeman, sebab nak pasang charger ini bukannya hanya perlu pasang macam charger telefon, dia mesti ada chargeman yang bertauliah, di mana program latihan kita untuk wujudkan chargeman supaya nanti Sekinchan tak hadapi masalah. Kalau tak nanti dia pakai kereta ev, nanti dia tak nak kawasan dah, dia kata takut pergi, bateri habis, contoh. Jadi sebab itu saya minta perhatian Kerajaan Negeri untuk melihat kepada perkara ini.

Dalam masa yang sama, saya mengalu-alukan pengumuman Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa Bas Smart Selangor akan ditukarkan kepada bas elektrik, cuma saya minta perincian diberikan dalam belanjawan ini, dimaklumkan pada Dewan berapa banyak sebenarnya bas yang akan diubah, apa perancangannya, jangka panjang, kerana ini akan memberi manfaat besar. Benda bagus, kita kata bagus, benda tak bagus kita kata tak bagus, Yang Berhormat jangan risau. Kerana tadi saya dah bagi pantun, pemimpin kena berbicara lurus, benda bagus kita cakap bagus, tak bagus kita kata tak bagus, kita akan tegur. Terima kasih.

Sekarang saya nak masuk isu kesihatan. Di saat inisiatif di dalam Skim Iltizam Sihat Selangor, ditambah skopnya, saya akui memang tambah skop, ada beberapa

program-program baru diperkenalkan, tetapi Taman Medan kecewa, kerana dalam Belanjawan 2024 ini peruntukan ini diturunkan daripada RM45 juta kepada RM35 juta. Penurunan RM10 juta ini pastinya tidak tepat pada waktunya. Dalam keadaan ekonomi negara sedang berhadapan dengan kegawatan, dalam keadaan orang belum recover daripada pandemik, dalam keadaan banyak keluarga M40 jatuh jadi keluarga B40, sepatutnya peruntukan ini dikekalkan.

Kalau mengikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Utama dalam laporan code blue, artikel pada 13 November 2023, yang mana Yang Berhormat Bandar Utama telah mengatakan bahawa alasan telah dikurangkan peruntukan dalam Iltizam Sihat Selangor kerana kurangnya penyertaan. Ini bukan kerana tak ada orang nak, ini kerana delivery of governant kita, sistem delivery kita itu gagal untuk mengenal pasti dan mendapatkan peserta-peserta untuk menyertai program ini. Dan ini saya rasa tidaklah seharusnya digunakan sebagai alasan untuk mengurangkan peruntukan. Kekalkan peruntukan RM45 juta, saya tak minta tambah, kekalkan. Kalau betul artiknya rendah, maka tingkatkan program dan juga cara untuk mengenal pasti lebih ramai keluarga-keluarga ini. Sebab dalam belanjawan ini, Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Harapan hanya memberikan komitmen untuk mencari seratus ribu keluarga. Kami dalam manifesto Perikatan Nasional pada PRN yang lepas, kita memberikan komitmen bahawa kerana kita kaji dan kita lihat kita ada tokoh-tokoh berpengalaman dalam barisan pembangkang hari ini. Waktu kita sediakan manifesto ini, kita nak reach out kepada 250,000 penerima manfaat. Dan kita yakin ini adalah jumlah yang sebenarnya memerlukan bantuan ini. Bukan 100,000. 250,000 orang penerima ini seharusnya kita cari untuk kita bantu barulah Selangor boleh menjadi sebuah negeri mandiri seperti yang disebutkan dalam Belanjawan 2024. Ini yang kita nak buat. Bukannya bagi alasan kita cut peruntukan sebab tak ada orang nak ambil. Dan saya juga nak seru pada Yang Berhormat Bandar Utama dan juga pada Kerajaan Negeri, kalau katalah uptake yang menjadi masalah, untuk penggal yang baru ini Kerajaan Negeri kena realize sejak daripada Ogos tempoh hari sehingga sekarang 22 Pusat Khidmat ADUN Perikatan Nasional telah mula beroperasi. Sehingga hari ini, kami tidak dapat mendaftarkan mana-mana rakyat di kawasan kami untuk program ini. Kami tak minta peruntukan itu, tetapi yang kami minta adalah akses kepada kami supaya kami juga dapat membantu Kerajaan Negeri untuk cari orang-orang ini supaya kita dapat sampaikan bantuan ini. Jangan bagi alasan kerana nak lantik penyelaras. Sebab penyelaras sampai sekarang pun hangpa tak boleh nak. Ha, hangpa pula. Penyelaras pun sampai sekarang tak boleh nak putuskan. Jadi bagi kami akses. Kami akan bantu kerana kami tahu program yang bagus seperti ini seharusnya dinikmati oleh rakyat Negeri Selangor. Dan kami 22 ini mewakili hampir separuh daripada populasi Negeri Selangor yang patut dapat manfaat daripada program ini. Jadi saya seru Bandar Utama dan juga Kerajaan Negeri untuk buat policies supaya kami juga diberi akses supaya kami dapat daftarkan rakyat Negeri Selangor dalam Program ISS ini. Dan saya yakin dengan pengumuman rizab yang diumumkan oleh Menteri Besar, saya harap nanti waktu menggulung, Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh umum tak jadi potong peruntukan, kekal pada RM45 juta. Bukit Gasing

setuju? Setuju tak setuju? Hai, tak berapa setuju? Macam mana nak jawab kat Bukit Gasing punya pengundi? Kita nak supaya peruntukan ini dikekalkan supaya RM45juta ini kita dapat sampaikan kepada rakyat Selangor yang memerlukan.

Dalam masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan bagi meluaskan Program Iltizam Sihat Selangor Penjawat Awam kerana sehingga sekarang, sejak mula diperkenalkan program ini ianya hanya tertakluk kepada pegawai-pegawai yang gred 44 ke bawah sahaja. Saya mencadangkan supaya Program Iltizam Sihat Selangor Penjawat Awam ini diberikan kepada semua penjawat awam tak kira gred. Ini adalah sebagai satu bentuk perlindungan dan penghargaan yang boleh kita berikan kepada semua penjawat awam di Selangor yang bukan hanya telah berkhidmat dengan setia dan penuh dedikasi, tetapi kerana mereka juga berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya kepada penjawat awam yang tinggal di kawasan bandar.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh tentang Gagasan Lembah Klang Raya. Selaku Ahli Dewan Negeri Taman Medan pastinya saya terpanggil untuk memberikan pandangan mengenai inisiatif atau Gagasan Lembah Klang Raya yang dicadangkan oleh YAB Menteri Besar dalam Belanjawan 2024. Saya pastinya mendukung sebarang usaha untuk stream line dan memudah cara delivery of governance terutamanya yang dapat membawa manfaat besar kepada majoriti penduduk Petaling Jaya dan juga Lembah Klang. Namun begitu, suka untuk saya mengingatkan usaha ini tidaklah harus dilihat menjadi musabab kepada kesenjangan ekonomi untuk terus melebar terutamanya di antara Kumpulan B40 dengan T20. Kita perlu akui hakikat bahawa demografi penduduk kita masih lagi disegmentasi mengikut tahap ekonomi bahkan ke satu tahap mengikut latar belakang etnik dan juga kaum. Digitalisasi perkhidmatan kerajaan yang digariskan sebagai tunjang kepada Gagasan Lembah Klang Raya ini wajarlah dilakukan dengan efisien dan saya menggesa semua pihak terutamanya di Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendukung usaha ini. Masanya sudah tiba untuk setiap peringkat kerajaan mahupun kerajaan negeri dan juga PBT mengadaptasi pendekatan dengan izin (break the barriers, stop working in silo’s. Break the barriers. Stop working in silo’s). Gagasan Lembah Klang Raya hanya akan berjaya jika kita berani keluar dari comfort zone kita dan meneroka the new frontier. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Maka saya memohon kepada YAB Menteri Besar atas menyokong usaha Gagasan Lembah Klang Raya ini haruslah digerakkan juga usaha untuk melibatkan pendekatan bipartisan melibatkan wakil-wakil rakyat daripada Perikatan Nasional.

Timbalan Speaker

Taman Medan, lama lagi ke?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Agar kami juga. Sikit lagi. Dapat menyumbang buah fikir agar gagasan ini dapat dijayakan. YB Speaker, Saya ingin membangkitkan dua isu di kawasan saya di Taman Medan. Pertama tentang isu

pemilikan tanah iaitu tanah hak milik kekal dan juga pajakan. Bandar raya seperti Petaling Jaya yang mana majoriti pemilik rumah di sini menghadapi isu ini yang mana sebahagian besar daripada mereka berdepan dengan cabaran tamatnya tempoh pajakan tanah.

Saya mencadangkan Kerajaan Negeri dapat mengemukakan satu langkah solusi yang lebih lestari dan berkelompok dengan menjalankan kajian dan bancian serta melakukan engagement segera bersama dengan penduduk di sini. Kita tidak mahu jika Kerajaan Negeri mengambil langkah populis dengan hanya memberikan hak milik kekal tanpa memikirkan kesan jangka panjang terutamanya kepada ekuiti pemilikan hartanah bumiputera dan juga pembangunan jangka panjang untuk bandar raya seperti Petaling Jaya. Dan isu yang kedua, ini adalah berkenaan dengan isu anak-anak pendidikan khas. Di Taman Medan, dengan dukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan tidak ada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK yang mana pusat ini sepatutnya berfungsi untuk anak-anak pendidikan khas ini dijadikan sebagai pusat untuk mereka pergi belajar, di nurture, di rehabilitasi dan juga tempat untuk mereka bersosialisasi dengan komuniti di situ. Apa yang berlaku di Taman Medan, kita ada dua kelas khas :-

1) Di Sekolah Kebangsaan Dato Harun 1; dan 2) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan.

Ada lebih 300 pelajar di situ (pelajar pendidikan khas). Dan ini saja tempat yang ada. Dan ini hanya untuk anak-anak yang boleh jaga diri mereka sendiri (mereka boleh pergi tandas, mereka boleh makan sendiri). Tapi ada banyak anak-anak kelainan upaya, anak-anak yang perlukan pendidikan khas ini yang tidak mampu menjaga diri mereka sendiri, PDK lah tempat untuk mereka pergi. Dan sebahagian besar mereka ini dinafikan kemudahan seperti ini terutamanya daripada golongan keluarga B40 kerana tidak ada PDK di kawasan Taman Medan. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat Taman Templer dan juga Bandar Utama boleh bantu saya untuk kita adakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini diwujudkan di Taman Medan bagi memberi ruang kepada ibu bapa agar anak-anak yang memerlukan perhatian khas ini mempunyai tempat untuk mereka belajar, berkomuniti dan juga menjalani rehabilitasi. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sekian saja ucapan daripada saya.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan bajet dengan menyokong bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang sememangnya satu bajet yang komprehensif, cukup lengkap. Dan walaupun ada tuduhan bajet ini lesu dan sebagainya, kita kena ambil maklum satu perkara. Pihak Perikatan Nasional sangat kuat nak bersuara sini dan sana tetapi tidak buat satu bajet alternatif seperti mana apabila Pakatan Harapan adalah pembangkang

sebelum ini. Kami selalu buat satu bajet alternatif untuk menunjukkan satu visi yang alternatif kepada rakyat. Kalau betul ada visi yang alternatif (bukan nak cucuk sini, cucuk sana. Nak find fault sikit sini, find fault sana) tapi betul-betul ada satu solusi yang berbeza kepada rakyat. Di mana bajet alternatif yang dibuat? Kalau katakan Perikatan serius, saya harap tahun depan...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Diambil...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sedikit usaha untuk membuat satu bajet alternatif, bagi kami bahas dalam Dewan ini perbezaan apa yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan dengan apa yang dicadangkan oleh Perikatan. Yes?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih YB Bukit Gasing. Kalau Yang Berhormat sedar, kami dah ada dah sebelum bajet ni pun kita dah bentang dah waktu Pilihan Raya Negeri ditawarkan dan sangat komprehensif. Ada 35 tawaran utama dengan 112 tawaran Selangor Baru kita bangkit. Yang Berhormat jangan ha? RM2billion? RM2billion total perbelanjaan (detail). Saya boleh forward WhatsApp kepada Yang Berhormat.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Boleh forward. Tapi saya

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat jangan risau. Kalau kami menang hari itu, benda ini yang kami akan buat. Jauh lebih baik daripada Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Senang nak tulis semua tawaran-tawaran manis tetapi bila buat satu bajet alternatif, buatlah dengan angka-angka. Tengok macam mana angka itu di atas kertas.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ada angka Yang Berhormat. Ada angka.

Yang itu kempen pilihan raya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Buatlah angka betul-betul macam ini. Bukan satu kertas A4 lipat dua macam itu. Ha, buatlah secara profesional. Buatlah, buat. Ok. Bukannya tak ada pengalaman dalam pentadbiran. Pihak sana cukup banyak pengalaman dalam pentadbiran, bukannya tak ada kebolehan nak buat tapi tak buat. Tak apa. Its ok. Tahun pertama. Next year boleh buat. Alright. Come let’s

move on. Ok lah, bagi satu. Oh, keluar. Hahahahaha. Memang patut hahaha. Tapi kalau Yang Berhormat boleh sudi duduk dengar, saya ada lagi dua, tiga perkara nak sentuh tentang apa yang dibangkitkan. Sebab kalau nak bangkitkan hujah, bangkitlah dengan berasas.

Yang pertamanya yang dibangkitkan oleh Taman Medan tadi ialah sikap progresif. Tapi saya kena tegaskan di sini kalau nak tengok perubahan iklim yang melanda dunia ini, siapalah yang betul-betul progresif di Malaysia? Yang betul-betul progresif di Malaysia ialah kami (peringkat Kerajaan Perpaduan). Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan yang paling progresif. Bermulanya 2018 apabila kami meletakkan satu kementerian bertanggungjawab untuk perubahan iklim, Yang Berhormat Yeo Bee Yin telah memulakan perjalanannya (pertama kalinya) ada satu pelan untuk membangunkan tenaga hijau yang cukup komprehensif, yang cukup ambitious (dengan izin). Tetapi pelan itu ke mana selama tiga tahun Perikatan mengambil tanpa di Putrajaya? Dia tidak dikembangkan. Sekarang dimajukan semula. Yang kedua, pelan adaptasi. Cakap pasal air laut semakin naik, seluruh dunia tahu air laut semakin naik. Tetapi mana pelan adaptasi? 2019 Oktober kita umumkan nak buat Pusat Perubahan Iklim. 2020 beberapa bulan kemudian, kerajaan tukar tangan. Lepas tukar tangan, di mana pusat adaptasinya untuk tiga tahun selepas itu? Di sini. Kita bermula dengan Majlis Perubahan Iklim diumumkan. Satu tahun Majlis Perubahan Iklim, selepas itu dinaik taraf Pusat Perubahan Iklim. Itulah progresif. Nak kata tak cukup laju, bandingkan dengan apa yang Perikatan buat di Putrajaya. Bandinglah dengan apa yang Perikatan buat di empat negeri. Empat negeri ini dikatakan nak bagi contohlah, tapi di mana progresifnya Perikatan Nasional kalau kita nak lawan perubahan iklim? Jadi saya harap kalau nak bagi hujah tu kenalah fikir secara keseluruhan dia. Bukan saja tuduh sini sana.

Saya pada hari ini nak bangkitkan beberapa isu. Saya rasa bajet yang diumumkan memang cukup komprehensif dan saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mungkin mengembangkan beberapa perkara yang dibangkitkan dalam ucapan bajet. Yang pertama ialah sudah sampainya kita memberi satu penekanan yang besar untuk masalah trafik yang dihadapi. Yang pertama, saya sangat suka apa yang di cakap oleh Menteri Besar berkenaan Shah Alam nak buat laluan pejalan kaki berbumbung. Memang diperlukan. Dan saya harap perkara ini boleh dipercepatkan dan diperluaskan. Mungkin YB Sekinchan dengan memberi arahan kepada setiap PBT 10% bajet yang harus digunakan untuk infra juga harus digunakan untuk melengkapkan laluan pejalan kaki di sekitar semua stesen MRT, LRT dan Komuter. Kita ada cukup banyak stesen sekarang. Laluan MRT 1 dan 2, laluan LRT 1, 2 dan LRT 3 yang bakal bermula tidak lama lagi. Laluan Komuter. Kita perlu ada laluan pejalan kaki yang cukup dan lengkap mungkin lingkungan satu kilometer daripada setiap stesen dalam semua arah ke Utara, ke Selatan, ke Timur, ke Barat daripada stesen tersebut supaya rakyat senang nak akses kepada stesen-stesen ini supaya kita boleh mengurangkan penggunaan kenderaan atas jalan raya. Lebih banyak penggunaan pengangkutan awam. Kalau tengok di kawasan seperti Asia Jaya, di

Petaling Jaya cukup ramai pakai Stesen LRT untuk pergi ke kerja. Dan saya nak lihat lebih ramai pakai. Bila mereka datang daripada Subang Jaya, harap jangan bawa kereta datang ke Petaling Jaya. Ambil LRT tapi laluan pejalan kaki perlu dilengkapkan. Saya terima dengan baik van DRT yang semakin dipromosikan oleh Kerajaan Negeri dan saya harap empat pilot projek ini pun boleh dikembangkan kepada lebih banyak zon supaya kita menunjukkan sikap progresif membangunkan pengangkutan awam. Ya?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Bukit Gasing. Saya bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Bukit Gasing. Maksudnya banyak infrastuktur-infrastruktur rakyat kecil di bawah ini yang harus kita perbaiki. Pada masa yang sama saya juga mendapati bila kita teliti reserve-reserve setiap PBT yang ada dalam Negeri Selangor ini. Ada PBT-PBT kita yang mempunyai reserve yang begitu besar nilainya ratusan juta ringgit. Bahkan ada PBT yang reservenya hampir satu bilion ringgit. Setuju ataupun tidak, mungkin kita boleh kurangkan sedikit beban kewangan Kerajaan Negeri. Sebaliknya Kerajaan Negeri membuat satu dasar supaya PBT-PBT kita ini dapat membelanjakan sebahagian daripada reserve mereka mungkin 2, 3 peratus ataupun 5 peratus setiap tahun untuk memperbaiki lebih banyak lagi infra-infra kepada rakyat kerana ini juga akan juga menyediakan lebih banyak infra yang baik selain daripada kita mengurangkan beban kewangan kepada kerajaan. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Gombak Setia. Tak payah 2, 3 peratus. Yang Amat Berhormat dah kata arahan telah dibagi untuk buat 10%. Bukan setakat 2, 3 peratus. Kita pun dah bagi arahan. Yang saya harapkan yang saya bangkitkan ialah mencadangkan dalam 10% yang kita arahkan mereka untuk bangunkan infra harap perhatian yang cukup diberi untuk laluan pejalan kaki keluar masuk setiap Stesen MRT, setiap Stesen LRT dan setiap Stesen Komuter demi kita meningkatkan kemudahan akses kepada pengangkutan awam bagi orang nak senang untuk nak jalan. Bila dia senang untuk jalan kemungkinan untuk mereka tinggalkan kereta di rumah itu lebih tinggi. Yang keduanya, pasal memadankan pekerja dengan majikan. Sekarang ekonomi kita cukup membesar. Taman Medan pun mengakui GDP Growth di Selangor semakin meningkat. Memang peniagaan-peniagaan di sini memerlukan pekerja. Kalau tanya banyak majikan mereka pun akan mengakui antara cabaran sebagai majikan ialah mencari pekerja yang sesuai tetapi ada juga ramai individu terutamanya yang 40 ke atas. Umurnya 40 ke atas yang menghadapi cabaran untuk mencari pekerjaan yang sesuai selepas COVID banyak destruction dengan izin kepada perniagaan dan kepada pekerjaan. Ramai yang susah untuk mencari satu pekerjaan yang sesuai pada masa ini. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri kita memberi satu perhatian yang khusus untuk perkara ini kita perlu adakan pusat-pusat untuk memberi khidmat nasihat kaunseling kepada bakal pekerja untuk membantu mereka adaptasi kepada situasi pekerjaan yang terkini membantu mereka untuk mencari pekerjaan yang baru, membantu mereka untuk dipadankan kepada majikan yang memerlukan pekerjaan. Khidmat nasihat ini diperlukan dalam mungkin

semua bahasa. Bantulah mereka dalam bukan sahaja dalam bahasa Kebangsaan kepada mereka yang mungkin kurang arif yang untuk bercakap Bahasa Malaysia untuk macam mana mereka boleh cari peluang pekerjaan juga. Kita kan nak jaga semua rakyat di Negeri Selangor. Saya harap perkara ini boleh diberi satu perhatian sebab dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan untuk meningkatkan pendapatan rakyat untuk raise the ceiling, kita pun kena raise the floor, dengan izin. Yang ketiga TVET. Usaha TVET, Kerajaan Negeri Selangor bagus kalau kita nak bandingkan dengan negeri-negeri yang lain saya rasa Selangor melakukan more than its fair share dengan izin walaupun pendidikan bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi Selangor tetap melakukan usaha. Saya rasa kita perlu ambil satu lagi langkah ke hadapan dengan izin. Apabila kita nak buat pelaburan dalam kursus-kursus TVET demi kebaikan dan manfaat anak muda kita, kita juga kena ada cukup kajian pasaran apakah bidang-bidang TVET yang diperlukan dalam 5 tahun dan 10 tahun akan datang. Sedikit forecasting dengan izin. Saya harap Kerajaan Negeri akan memberi sedikit penekanan mengambil sedikit pakar dalam bidang ini untuk kita selaraskan industri-industri yang kita tertarik kepada Selangor. Pelaburan-pelaburan yang kita tarik kepada Selangor dan juga perkembangan ekonomi secara natural di Selangor. Apakah bidang-bidang TVET yang diperlukan dan kita kena melabur the head of time dengan izin. Kita jangan tunggu sampai kita dapat banyak keperluan baru kita melatih masa itu mungkin terlambat kita tak membantu ekonomi pecut dengan sebaik-baiknya. Jadi saya harap kita juga memberi satu fokus untuk merombak sedikit forecasting keperluan TVET. Ya Yang Berhormat?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Tak boleh nanti Sijangkang yang berucap. Tuan Speaker, saya ingin bertanya kepada Bukit Gasing sebenarnya sektor-sektor utama Future Economy itu telah pun disebut oleh Dato’ Menteri Besar dalam bajet 2024. Ada lima sektor utama E&E, pharmaceutical, digital economy, ada dua lagi. Jadi sektor itu telah dikenal pasti yang saya cadangkan dan saya setuju dengan Bukit Gasing supaya latihan TVET yang hendak dilakukan ini mestilah memenuhi permintaan industri masa hadapan. Mengenal pasti sudah dilakukan tetapi pelaksanaan itu menjadi cabaran kita pada hari ini. Terima Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ada yang kita bersetuju tetapi saya mencadangkan lebih daripada lima aktiviti utama. Kita ada beratus-ratus aktiviti teknikal dalam pasaran dan dalam beratus-ratus aktiviti lagi dalam pasaran kita juga kena ada kepakaran untuk buat forecasting kita tidak seharusnya memberi kursus-kursus TVET satu dua tahun latihan kepada anak muda kita untuk satu bidang kerjaya yang mungkin tak berapa perlu. So yes, betul kita kena fokus yang lima yang utama tapi selain daripada lima, go beyond that untuk forecast selebihnya dalam berpuluh-puluh bidang teknikal sebab bidang teknikal ni bukan semua interchangeable dengan izin. Yang seterusnya, satu perkara yang saya pernah bangkitkan dan saya akan terus memperjuangkan ialah penggunaan tenaga hijau oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kita ada pelbagai skim solar dan antara skim

solar yang paling menarik untuk sektor kerajaan net energy metering dengan izin yang masih berjalan, saya harap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian Yang Amat Berhormat selalu nak cari penjimatan dalam bajet mengurus. Bajet mengurus antara komponen yang sizable dengan izin ialah bil elektrik yang bukan sahaja bangunan ini Bangunan Dewan Negeri, Bangunan SUK tetapi pelbagai, berpuluh-puluh, beratus-ratus bangunan, di bawah Pejabat Daerah di bawah PBT seluruh Negeri Selangor yang masih lagi menggunakan khidmat bekalan elektrik daripada TNB sepenuhnya. Memang terpaksa bergantung kepada TNB tetapi semua bangunan ini boleh dipasang dengan tenaga solar. Kita ada pelbagai skim di mana kita tidak perlu melabur duit daripada reserve. Pandai selalu Perikatan suruh pakai reserve tetapi this is even better than that. Kita ada banyak skim dan tarif elektrik dalam skim zero upfront ini selalunya lebih murah 10, 15 ataupun 20% berbanding tarif daripada TNB. Saya harap Kerajaan Negeri dalam tahun yang akan datang akan memberi satu perhatian yang serius untuk memastikan seluruh bumbung-bumbung Bangunan Kerajaan Negeri bangunan Pejabat-Pejabat Daerah, bangunan seluruh PBT, pasar, dewan, ibu pejabat, dan sebagainya dilengkapi dengan tenaga solar demi kita melestarikan alam sekitar tetapi juga kita menjimatkan sedikit wang mengurus yang kita ada.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Bukit Gasing. Sedikit je. Saya gembira bila Bukit Gasing juga sama dengan pandangan kita untuk memastikan belanja mengurus itu dapat kita minimalkan dan kita pernah dalam Dewan Negeri Selangor ini meluluskan satu bajet yang mana peruntukkan pembangunan lebih besar daripada peruntukkan mengurus. Dalam tempoh tiga tahun termasuk tahun ini bajet mengurus kita adalah bajet mengurus yang terbesar. Tahun ini kita catatkan 52.6% berbanding tahun lalu 51% tahun sebelumnya 52%. Cuma saya nak tanya sebab saya dengar tadi hujah tentang solar tetapi satu perkara lagi yang mungkin kita terlepas pandang. Semasa kita berhadapan dengan Covid-19, saya melihat di mana kerajaan mampu bergerak secara online. Banyak penjimatan-penjimatan dari segi pentadbiran yang kita boleh laksanakan. Jadi apakah setelah kita mengalami suasana Covid dan hari ini kita berada dalam keadaan post-Covid sepatutnya kita mampu menjimatkan lebih banyak lagi perbelanjaan emolumen kita, perbelanjaan mengurus kita dan kita dapat meningkatkan lagi belanja pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Jimat pun emolumen kita tak potong. Kita tak jimat perkara tersebut. Kita terus jalankan bahkan bonus 2.5 bulan telah dibayar tetapi nak kata pasal bajet ini belanja mengurus yang lebih besar daripada dulu, lebih kecil sedikit daripada dulu dan sebagainya. lebih kurang 50-50. Dah lama. Saya tahu Hulu Kelang gembira. Dia selalu membanggakan perkara tersebut. Kalau Perikatan Nasional nak betul-betul memperjuangkan bajet mengurus yang rendah. Bajet pembangunan yang tinggi, saya cadang, pergi Terengganu. Negeri di bawah Perikatan Nasional. Ini bukan negeri yang dicekik. Bukan negeri yang dicekik. Bajet dia bukan kecil. Bukannya bajet 1bilion, bukan bajet 800 juta. Saya tak cakap pasal Perlis, saya tak cakap pasal Kedah. Saya cakap pasal Terengganu, bajet dia sama

macam Selangor tetapi penduduknya lima kali lebih kecil daripada Selangor tetapi kenapa bajet pengurusannya sangat tinggi berbanding Selangor. Mengapa kita boleh buat di Selangor bajet mengurus 50%. Kenapa Terengganu tak boleh? Kenapa Terengganu perlu sampai RM1.9 bilion untuk bajet pengurus. Jadi kalau nak cakap mewakili Gombak Setia, ok. Tapi kalau nak cakap mewakili Perikatan Nasional, refleks balik apa yang Perikatan buat hari ini di negeri masing-masing. Ada empat negeri di bawah perikatan tunjuklah teladan. Betul nak tunjukkan flyer senang. Siapa pun boleh buat flyer satu muka surat A4 depan belakang dengan nombor-nombor.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan saya post-Covid bukan ceramah. Kita tanya fasal post-Covid bukan ceramah berkelompok.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Bukit Gasing kita bukan buat fliers. Ada buku.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ok. So, ada buku. Ada buku. So flyers dia ditampal dengan buku dengan butiran macam ini?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kita punya jauh lebih baik daripada apa yang Pakatan Harapan buat hari tu.

Eh dah lain lah. Dah lain lah.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tak apa, bila buat butiran hari ini lepas tu kita bincang.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Pakatan Harapan punya hari sebab tu banyak kita jumpa kat lantai kat jalan ja.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Okay. Orait so, kita balik kepada hujah-hujah saya yang seterusnya yang saya nak sentuh adalah hasil Negeri Selangor dalam perbahasan perbelanjaan jangan lupa hasil. Saya ingin cakap berkenaan kebergantungan kepada hasil tanah, tetapi saya berbeza sedikit dengan Hulu Kelang. Pertama yang saya berbeza ialah kebergantungan kepada cukai tanah, dia adalah satu recurring income setiap tahun kita dapat itu saya rasa tidak salah, tetapi kebergantungan kepada premium tanah kita harus kurangkan sebab Premium Tanah ini dia ada hadnya. Tidak ada... Ada had berapa tanah yang boleh dikurniakan, ada had berapa tanah yang boleh dinaik taraf daripada Pertanian kepada Perbandaran. Jadi kebergantungan kepada Premium Tanah ini adalah satu perkara yang serius. Hampir 50% daripada bajet negeri selama mungkin last 10 tahun datang daripada Premium Tanah termasuk semasa Hulu Kelang menjadi Menteri Besar dan adalah satu perkara yang kita perlu atasi. Saya gembira mendengar komitmen supaya dividen

dibayar daripada anak syarikat kepada Kerajaan Negeri untuk tahun hadapan. Saya rasa kita boleh juga cari beberapa cara yang lain.

Yang pertama, saya rasa tidak salah kita di Negeri Selangor bertanya kepada Kerajaan Persekutuan untuk kita mendapat sebahagian daripada hasil cukai. Cukai Korporat, Cukai Income Tax dan sebagainya untuk digunakan untuk Kerajaan Negeri membangunkan Negeri Selangor. Perbincangan ini boleh dimulakan dan saya ingin menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk menimbang, untuk at least memulakan perundingan dengan Kerajaan Pusat.

Yang kedua, tanah-tanah kosong. Kita ada banyak tanah kosong yang tidak produktif lagi. Rentis di bawah rentis TNB masih lagi tanah negeri dan pelbagai tanah-tanah yang kosong di antara lot-lot tanah lain yang boleh kita optimumkan untuk kita menyewa. This is untuk mendapat recurring income boleh digunakan untuk pertanian, boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain yang sesuai dengan keadaan setempat tetapi saya harap Kerajaan Negeri akan mengambil usaha proaktif. Betul, apabila rakyat hendak mohon untuk TOL dia boleh datang ke Pejabat Daerah dan Tanah serta memohon, dia kenal pasti tanah yang kosong tetapi cara yang kedua ialah kita proaktif untuk kenal pasti tanah yang boleh disewakan dan kita membuat iklan mewar-warkan untuk mencari penyewa kepada tanah tersebut untuk meningkatkan hasil. Dan hasil ini bukan hasil sementara atau pun hasil one off (dengan izin) tetapi hasil berterusan yang berulang setiap tahun.

Yang ketiga, ialah carbon credit (dengan izin). Sebab dalam era perubahan iklim ini kita melaporkan kepada dunia carbon emission dengan carbon sink (dengan izin) carbon sink di Negeri Selangor ialah hutan dan di seluruh Malaysia kita ada 50% hutan di Negeri Selangor ada 30% lebih sikit adanya hutan yang menjadi satu sumber carbon sink. Carbon sink attribute ini boleh dipasarkan untuk membawa satu hasil kepada Kerajaan Negeri Selangor. Banyak syarikat yang beroperasi di Malaysia perlu menunjukkan bahawa mereka mencuba offset kan carbon-carbon yang dilepaskan . Syarikat yang ingin berdagang dengan Eropah kena menunjukkan kebertanggungjawaban mereka. Jadi jika Kerajaan Negeri Selangor membangunkan platform untuk urus niaga ini, kita mungkin boleh mendapatkan satu hasil yang cukup lumayan tanpa perlu tebang satu pokok pun dari hutan-hutan kami.

Akhir sekali, sebelum saya akhiri perbahasan saya. Saya ingin membawa dua perkara lagi yang saya rasa penting untuk kawasan Bukit Gasing. Yang pertama untuk memajukan Sistem Lampu Isyarat Pintar untuk jalan-jalan utama di kawasan Petaling Jaya dan saya rasa di seluruh Lembah Klang. Kita perlu lampu isyarat yang pintar untuk menggantikan traffic Police supaya lebih efisien di setiap simpang untuk melicinkan pengaliran kenderaan pada waktu puncak. Puncak pagi dan puncak petang. If we can save 10 minute of travel time pun rakyat akan menghargai masa yang jimat di atas jalan raya. Jalan Gasing dan Jalan Templer mungkin boleh menjadi

satu Pilot Projek Kerajaan Negeri dan saya harap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian yang serius kepada perkara ini.

Yang kedua, adalah berkenaan dengan isu tanah pajakan. Pembaharuan tanah pajakan renewal of commercial lease of land. Tanah-tanah komersial di Petaling Jaya ini sudah sampai tempoh untuk mereka melanjutkan pajakan mereka. Memang ada keperluan untuk Kerajaan Negeri mengutip hasil tetapi dalam kita mengutip hasil, kita perlu ada skim-skim yang sesuai supaya pemilik tanah ini tidak bankrap untuk membayar atau pun tidak terpaksa lepaskan tanahnya sebab tidak dapat memperbaharui. Dulu kami telah perkenalkan satu skim untuk tanah kediaman dengan hanya RM1,000.00 sekarang RM5,000.00 setiap, Tan Sri Khalid dalam Kerajaan Pakatan bukan selepas itu. Tetapi, untuk komersial masih tidak selesai dan mungkin dulu tiada keperluannya tetapi sekarang pada masa ini ada keperluan untuk satu skim dan saya harap Kerajaan Negeri Selangor akan menimbang keperluan-keperluan peniaga kecil-kecil ini yang memiliki satu lot kedai. Mereka bukan tauke besar yang memiliki berhektar-hektar tanah tetapi yang memiliki satu lot kedai. Saya rasa bukan sahaja di Bukit Gasing, di Sekinchan pun ada masalah yang sama. Saya harap akan dapat diterajui Kerajaan Negeri satu solusi kepada mereka supaya mereka dapat memperbaharui pajakan tanah mereka dan meneruskan peniagaan keluarga mereka di atas lot kedai dan lot tanah tersebut. Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dewan Yang Mulia ini dan saya menyokong Bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bukit Gasing. Sekarang saya persilakan Batu Tiga.

Yang Berhormat Speaker, Assalamualaikum dan selamat Sejahtera. Yang dihormati Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan, Ketua-Ketua Jabatan dan Kakitangan Kerajaan. Alhamdulillah pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan 2024 Negeri Selangor yang saya kira ialah sebuah belanjawan yang sangat berhemah yang membuktikan bahawa Kerajaan hari ni mempunyai kemampuan dari sudut kewangan untuk memberikan khidmat dan perkhidmatan kita adalah sampai terus kepada masyarakat. Saya juga amat berbangga dengan pencapaian Negeri Selangor yang hari ini telah mencatatkan nilai sumbangan kepada KDNK tertinggi berdasarkan Tahun 2022 iaitu sebanyak 25.5% itu ialah satu kejayaan yang mana kita telah rekodkan sejak daripada Tahun 2017 ketika Sungai Tua mengambil kepimpinan sebagai Dato’ Menteri Besar. Kita telah mencatatkan 2017 23.2% sehinggalah kepada peningkatan 2022 iaitu sebanyak 25.5%. peningkatan ini ialah peningkatan 0.7% berbanding 2021 merupakan tanda ekonomi Selangor kian berkembang dan mengukuh berdasarkan perkembangan industri pembinaan, perkhidmatan dan lain-lain. Dan inilah Kerajaan Perpaduan yang membentuk sebuah perpaduan inklusif merangkumi kesemua kaum dalam masyarakat di dalam Negeri Selangor ini bukan hanya tertakluk kepada satu-satu

kaum sahaja dan bukti dah ada di hadapan mata kita semua bahawa wakil-wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini dibarisi oleh calon-calon atau pun Yang Berhormat – Yang Berhormat dari kalangan kesemua kaum. Ini adalah bukti inklusifnya Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Melihat kepada angka-angka belanjawan, jumlah perbelanjaan berjumlah RM2.53 bilion merangkumi 1.33 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan 1.2 bilion dalam perbelanjaan pembangunan dan ini adalah kita rekodkan perbelanjaan defisit pada kali ini sebanyak RM330 juta. Walau bagaimanapun defisit pada kali ni lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kita telah berjaya menunjukkan prestasi lebihan kewangan pada tahun berakhir 2023. Empat teras utama melihat kepada pembentangan belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Empat fokus teras utama merpakan tunjang kepada belanjawan ini. Saya yakin berteraskan teras-teras ini masyarakat akan mendapat manfaatnya serta kita akan melihat pemantapan dan pembangunan industri-industri baharu seperti yang telah di selaraskan dengan transisi negara ke arah industri high growth high value tanpa meminggirkan aspek high impact.

Perkara pertama yang saya akan sentuh ialah berkaitan sosioekonomi. Aspek sosioekonomi merupakan satu aspek yang sangat penting untuk kita lihat, kupas dan kita sama-sama bincangkan. Ia sangat berkait rapat dengan Teras Pertama di mana kita ingin mencapai penjanaan pendapatan tinggi yang lebih bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa serta bermaruah.

Saya ingin fokuskan kepada beberapa isu spesifik. Yang pertama adalah bagaimana kita memanfaatkan STDC (Selangor Technical Development Centre) dalam program reskilling dan upskilling yang akan kita laksanakan. Program ini saya lihat agak sangat baik dan saya berharap agar pihak Kerajaan terus konsisten menjalankan kerjasama dengan pihak-pihak industri yang memberikan pendedahan dari segi informasi dan skill atau pun kemahiran secara berterusan dan syarikat-syarikat ini perlulah kita wujudkan hubungan dua hala dalam membentuk human capital yang ada dalam negeri kita. Ini sekali gus akan membawa Selangor ke arah Negeri Berdaya Maju Dan Berdaya Saing. Saya juga ingin selitkan harapan saya agar penjelasan atau pun penerangan lebih terperinci dapat diberikan oleh pihak Kerajaan untuk memastikan keberjayaan penuh program reskilling dan upskilling di STDC ini supaya kita boleh lihat dalam tempoh setahun pelaksanaan pada tahun 2024 ini kita akan melihat perubahan demi perubahan dalam human capital atau pun tenaga kerja yang kita boleh lahirkan di Negeri Selangor.

Perkara kedua tuan Speaker, saya ingin mengambil sedikit ruang masa bagi saya membincangkan satu sektor yang mungkin selama ini dipinggirkan atau pun ia telah menjadi sebuah perkara yang tidak lagi mahu dibahaskan oleh kebanyakan orang tetapi dalam Sektor Pendidikan Khas dan Pembangunan Warga Emas ia sudah menjadi salah satu perkara penting yang kita bawa dalam agenda Negeri Selangor

pada kali ini. Saya ingin gerak kepada isu ini kerana ia adalah isu besar kerana kita hari ini akan berhadapan dengan satu jumlah yang sangat besar dalam kita menerima kumpulan warga tua dan juga anak-anak istimewa yang akan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Tuan Speaker, isu mengenai peningkatan kesejahteraan OKU (Orang Kurang Upaya) di Negeri Selangor ialah satu isu yang sangat penting. Saya secara peribadi sangat gembira dengan Kerajaan Negeri Selangor yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam hal-hal berkaitan OKU yang pertama kita boleh lihat bagaimana kerajaan memberikan komitmen untuk menubuhkan Majlis Tindakan OKU Selangor pada tahun 2018 dan sehingga hari ini masih diteruskan lagi. Dan ini menjadikan Negeri Selangor negeri pertama yang mewujudkan sebuah Majlis Tindakan OKU yang mengambil peduli kepada masyarakat OKU.

Peruntukan sebanyak RM250,000 pada tahun 2024, saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dengan peruntukan ini Insya Allah saya yakin MTOS akan bergerak dengan lebih rancak membangunkan polisi-polisi, membangunkan kajian-kajian yang boleh memberikan cadangan kepada pihak Kerajaan apakah pelaksanaan yang sesuai boleh dilaksanakan untuk kumpulan OKU. Saya juga ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Pasukan EXCO dan juga Pasukan Kerja Anak Istimewa Selangor kerana di Selangor jugalah negeri pertama yang mempunyai sedemikian program untuk membangun dan memberikan kebajikan kepada anak-anak istimewa. Kita peruntukan pada tahun lepas RM5 juta dan pada tahun ini (2023) saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak kerajaan kerana memperuntukkan tambahan daripada RM5 juta kepada RM6 juta bagi program Anak Istimewa Selangor (ANIS). Program ini, sebelum ini bertujuan untuk membantu anak-anak istimewa di bawah kalangan 18 tahun ke bawah namun dengan perancangan seterusnya oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan sebuah Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) yang di bawahnya akan ada menuju ke Rancangan Selangor Pertama, saya ingin mencadangkan kalau boleh YANIS ini sekurang-kurangnya menjadi ‘Payung’ kepada pusat-pusat intervensi yang berada di Negeri Selangor.

Umum, saya mengetahui kita sudah ada lebih 200 atau pun 300 pusat-pusat intervensi yang berada di Negeri Selangor. Namun, mereka semua ini berada dalam keadaan silo (masih bergerak bersendirian) menjalankan perniagaan yang saya kira perniagaan itu bertujuan untuk memberikan intervensi kepada anak-anak istimewa namun tidak ada payung yang akan menaungi pusat-pusat terapi ini.. pusat-pusat intervensi ini. Maka saya cadangkan kalau boleh Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) menjadi payung kepada mereka semua menjadi pusat-pusat pengumpulan maklumat serta memperkenalkan industri pendidikan khas di Negeri Selangor.

Yang kedua berkaitan dengan ANIS, saya mencadangkan kerajaan supaya memberikan ataupun melaksanakan program saringan awal berbentuk developmental screening di peringkat sekolah formal yang mana ia dilaksanakan di peringkat tadika

lagi, dan kalau boleh selewatnya pada tahap satu pendidikan Sekolah Rendah kerana sekiranya anak-anak ini tidak disaring iakan melepasi satu tahap Golden Age yang mana kumpulan umur ini susah untuk kita bentuk. Apa implikasinya Tuan Speaker, Tuan Speaker implikasinya sekiranya kita dipihak kerajaan tidak mengambil pendekatan awal, untuk kita menjalankan intervensi, kita membentuk mereka supaya menjadi seorang yang boleh berdikari sekurang-kurangnya. So, ini akan menyebabkan kos kepada kerajaan pada masa akan datang sekiranya anak itu meningkat belia dan meningkat umur tua makan tanggungjawab dan kos itu akan jatuh kepada pihak kerajaan untuk kita menanggung mereka.

Batu Tiga, Batu Tiga beri laluan.

Batu Tiga, saya nak bertanya adakah Batu Tiga bersetuju kalau andai kata di peringkat YANIS ni sebenarnya mungkin boleh ambil satu sisi yang lain, bila mana apabila kita tengok tadi kita ambil 18 tahun ke bawah sebab kebanyakannya daripada PPKI yang selepas 18 tahun terutamanya yang selesai daripada pihak sekolah, ada juga skill-skill set yang telah diterapkan kepada meraka untuk menjadi tenaga kerja seperti kita tengok STDC tadi mungkin boleh digunakan untuk diterapkan kepada mereka supaya meraka boleh jadi tenaga kerja di masa akan datang secara tak langsung dia juga akan dapat membantu daripada peringkat Kerajaan Negeri untuk tidak mengurangkan beban untuk mengeluarkan beberapa dana untuk menguruskan mereka di kemudian hari kelak.

Terima kasih Kota Damansara, saya bersetuju yang mana kalau boleh kita boleh menghubungkan kesemua agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu bagi menjalankan program lanjutan daripada PPKI Sekolah Rendah kepada Sekolah Menengah dan seterusnya masuk kepada agensi-agensi kita. Antaranya STDC ataupun agensi-agensi program latihan yang lain. Saya juga menggesa dalam perkembangan kita menuju kepada Penubuhan Yayasan Insan Istimewa ini, saya menggesa kalau boleh kita cadangkan kepada pihak JKM dengan kerjasama JKM untuk kita lakukan pendaftaran kad OKU secara online. Kali ini memang belum pernah dilaksanakan lagi. Kerana secara tradisinya pendaftaran OKU ini perlukan assessment daripada pihak berwajib untuk pastikan mereka ini layak untuk memohon kad OKU. Namun cadangan saya bagi menjalankan pendaftaran kad OKU secara online ini memerlukan sedikit suntikan daripada pihak kerajaan di mana selepas pendaftaran online dilaksanakan dengan ibu bapa memberikan maklumat-maklumat sedikit maklumat dengan masalah anak, pihak JKM ataupun dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan pergi ke rumah untuk membuat assessment. Ini sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban para ibu bapa yang perlu bawa anak

keluar daripada rumah yang lagi-lagi melibatkan masalah fizikal seperti cerebral palsy. So, ini mungkin dapat dilaksanakan dengan kita menambah sikit peruntukan bagi pelaksanaan ini.

Yang Berhormat semua, saya juga ingin menyentuh, disebut oleh beberapa Yang Berhormat tadi berkaitan dengan PDK. PDK juga sedikit sebanyak menjadi juga tanggungjawab pihak Kerajaan Negeri kerana dalam tempoh 3 tahun ini, Alhamdulliah pihak Kerajaan Negeri melalui ANIS membantu pihak-pihak PDK untuk menjalankan program-program membangunkan guru-guru yang berada di PDK. Namun saya juga dengar daripada Taman Medan tentang jumlahnya, hari ini jumlah PDK yang berada di Negeri Selangor sudah mencapai 60. Namun bagi setiap satu PDK itu ia tidak mampu untuk menampung jumlah yang ramai kumpulan OKU yang berada di Negeri Selangor. Hari ini saya kalau saya lihat data pendaftaran OKU yang berada pada JKM, kita berada dalam pada paras seratus sebelas ribu pendaftaran ataupun pemegang kad OKU berada di Negeri Selangor pada hari ini. Tetapi dengan seratus sebelas ribu ini sebenarnya Yang Berhormat sekalian ia belum menggambarkan kepada jumlah sebenar OKU yang ditetapkan oleh WHO, ialah 15% daripada populasi. So kita ada 7 juta sepatutnya ia pergi lebih jauh daripada jumlah seratus sebelas ribu. Sebab itu saya dalam soalan saya pada pihak EXCO semalam saya menyentuh adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan jumlah yang semakin ramai dalam kumpulan OKU yang akan berada dalam Negeri Selangor ini. Tuan Speaker, Saya beralih kepada tajuk seterusnya, berkaitan dengan redevelopment...

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Batu Tiga saya ingin mencelah. Saya sangat-sangat bersetujulah dengan bantuan-bantuan kepada OKU dan sebagainya dan saya nak bertanya adakah Batu Tiga bersetuju seandainya untuk kita mencadangkan sebab saya lihat insentif Kerajaan Negeri ini banyak berbentuk kebajikan. Jadi saya rasa lebih bagus seandainya lebih banyak insentif berbentuk membantu perniagaan contohnya kepada OKU ini supaya mereka sendiri boleh menjana pendapatan sendiri dan dapat berdikari. Itu sahaja. Adakah Batu Tiga bersetuju.

Saya bersetuju dengan penyataan tersebut dan saya boleh recap ataupun nanti EXCO boleh buat penggulungan pada tahun lepas bersama dengan EXCO yang lama saya difahamkan daripada RM5 juta peruntukan untuk anak istimewa Selangor hanya RM1 juta sahaja diperuntukkan untuk pembelian barangan berbentuk kebajikan. Selebihnya ialah pada program empowerment selanjutnya saya serahkan kepada EXCO untuk penggulungan nanti. Saya beralih pada redevelopment. Yang Berhormat sekalian, DUN Batu Tiga ataupun saya boleh sebut secara spesifik ialah sebuah kawasan ataupun perumahan yang dibina. Kita mempunyai perumahan teres ataupun flat yang dibina lebih daripada 30 tahun. Maknanya tempoh itu sudah sampai satu tahap di mana perumahan-perumahan ini memerlukan kepada kos penyelenggaraan yang tinggi. Saya mungkin mengambil sample Batu Tiga ini sebagai asas namun saya

percaya dalam beberapa tempat yang berada dalam DUN DUN lain juga mengalami masalah yang sama. Antaranya di Sungai Ramal yang mempunyai juga kawasan yang hampir sama dengan saya dibangunkan oleh PKNS satu masa dulu. So, saya cadangkan kalau boleh melalui EXCO Perumahan untuk mencadangkan polisi bagaimana untuk kita mencari perumahan, kawasan-kawasan yang boleh kita bangunkan semula ataupun istilahnya redevelopment supaya kita boleh menyelamatkan keadaan pada masa akan datang di mana perumahan-perumahan ini akan semakin lama semakin usang. Saya mencadangkan agar kerajaan melihat pendekatan semula yang boleh kita laksanakan bagi meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Batu Tiga mohon mencelah.

Ramai yang mencelah. Bolehlah.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih kerana menyebut Sungai Ramal. Saya sangat setuju tentang cadangan membangun semula kawasan yang begitu lama dah dibangunkan. Tapi sebelum itu ada isu besar yang perlu kerajaan tangani. Iaitu hak milik (strata title). Yang saya fikir Batu Tiga setuju dengan saya dan selesaikan ini dulu dan kita go untuk bangun semula terima kasih.

Terima kasih banyak-banyak Sungai Ramal, saya bersetuju dan kita akan mohon pihak kerajaan untuk mengambil pendekatan yang sesuai dan ini juga akan membantu sekiranya kalau kita boleh laksanakan redevelopment ia juga dapat membantu bagaimana untuk kita meningkatkan sosio ekonomi. Sebahagian rumah ataupun kita boleh sebut umumnya sudah mencapai harga siling yang tidak boleh pergi nilainya untuk kita naikkan. Maknanya pemilik-pemilik rumah yang ada pada hari ini ia sudah sampai kepada satu tahap inilah harga rumah yang dia perlu terima. Jadi saya cadangkan melalui program ini, program redevelopment ini kita bantu dan sekurang-kurangnya juga di Batu Tiga antara saya boleh bagi contoh kita tidak punyai sebuah pusat komersial yang mempunyai keseluruhan segmen perniagaan yang kita perlukan. Kita ada yang terakhir ialah di Seksyen 18 yang akhirnya Giant Seksyen 18 juga tutup akhirnya sebab kuasa ekonomi semakin menurun dan ramai berhijrah ke kawasan Kota Anggerik. So, ini antara cadangan saya yang mungkin kita boleh perhalusi. Dan seterusnya Tuan Speaker saya beralih ke pemantapan PBT. Saya mengucapkan penghargaan saya dan idea yang sangat baik daripada Yang amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di mana mengarahkan ataupun memberikan cadangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan 10% daripada rizab PBT masing-masing untuk membangunkan infrastruktur fizikal ataupun pembersihan di kawasan PBT. Ini adalah satu cadangan yang sangat baik kerana saya yakin dengan penambahan 10% ini ia akan meningkatkan perbelanjaan ataupun services PBT kepada masyarakat dan kita dapat meningkatkan infrastruktur yang berada di kawasan tersebut. Ini adalah

satu pendekatan yang bijak yang diberikan kepada PBT kebebasan untuk menangani isu-isu yang kadangkala bila sampai kepada tempoh hujung tahun peruntukan sudah habis. Ini cadangannya.

Seterusnya saya juga ingin membawa selain daripada isu PBT yang berkaitan dengan infrastruktur saya juga ingin menarik sedikit perhatian Dewan, berkaitan dengan kakitangan di PBT. Ataupun saya boleh sentuh secara khusus MBSA kerana dalam kalangan Ahli-ahli Dewan pada hari ini ada ramai yang mantan-mantan Ahli Majlis. So, ramai yang memahami dan menjiwai masalah yang akan saya utarakan. Saya ambil sample MBSA jumlah sehingga 31 Julai 2023, jumlah kakitangan ialah 1,634 kakitangan tetap ialah 779 kakitangan kontrak 738 COS dan kontrak CFS 117 dan kita boleh lihat daripada 1600 kita punyai hampir separuh kakitangan kontrak di PBT. Dan daripada jumlah itu, jumlah kakitangan yang berkhidmat sudah melebih 10 tahun berjumlah 214 orang. Saya ingin menarik perhatian sebabkan kita menyebut tentang waran ataupun perjawatan tetap yang dilihat kurang di PBT. Saya mohon kalau boleh diberikan sedikit penekanan oleh EXCO PBT bagi melihat isu-isu yang akan saya sampaikan.

Pertama ialah peningkatan had kelayakan minimum yang dahulunya kalau dia kakitangan COS, tetapi bila ditetapkan kelayakan minimum kepujian dalam subjek Bahasa Melayu bagi maka ramai daripada kalangan Contract of Service turun kepada Contract for Services, so ini satu perkara. Dan kalau saya lihat kalau boleh pihak kerajaan memberikan perhatian.

Keduanya ialah tentang dasar. Pelantikan secara tetap automatik apabila kakitangan sudah mencapai perkhidmatan 15 tahun. Namun dalam beberapa perkembangan yang terbaru saya dimaklumkan bahawa ia sudah ditukar. Tidak lagi secara automatik dia dalam bentuk permohonan. Maka saya lihat ini adalah satu langkah kalau boleh kita laksanakan untuk tunjukkan keprihatinan kita terhadap pekerja-pekerja awam di PBT yang mereka sudah tentu memberikan perkhidmatan yang baik kepada kita semua. Saya juga ingin memastikan kalau boleh didapatkan waran tambahan untuk perjawatan tetap ini, ia juga akan mengelakkan program yang kita namakan trade off. Saya tidak menghalang program trade off itu namun saya menyentuh supaya kita boleh memberikan keutamaan untuk menyegerakan penyerapan tetap kepada kakitangan PB, instead of kita membuat trade off yang mana kita hilang beberapa perjawatan tetap di bahagian bawah. Ini sedikit sebanyak akan membantu perkhidmatan PBT dalam kita meningkatkan perbelanjaan mereka dengan menggunakan rizab. Saya mohon juga perkara ini akan diperhalusi oleh EXCO PBT. Ada masa lagi?..satu minit.

Timbalan Speaker

15 minit lagi.

Permohonan sukan, Alhamdulillah, saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak

Kerajaan Negeri Selangor atas pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang saya lihat daripada sudut perbahasan, Ahli-Ahli Dewan Pembangkang yang mana perkara ini pun belum dilaksanakan. Jadi bila benda itu baru dicadangkan dan baru diutarakan sudah dilihat gagal, sudah dipastikan tidak boleh dilaksanakan sampai ada yang buat jangkaan-jangkaan tertentu bahawa program ini tidak boleh dilaksanakan, tidak pasti boleh dibangunkan. Adakah tilikan-tilikan daripada ADUN-ADUN Pembangkang ini akan berjaya sebab saya kira kalau daripada bulan Ogos 2023 yang dikatakan ingin menukar kerajaan pada bulan Ogos itu, hari ini sudah tarikhnya seratus enam ogos tetapi kerajaan kita tidak tukar-tukar lagi. Maknanya tilikan itu tidak boleh dikatakan benar. Saya harap kalau betul kerajaan ini mendukung, Pembangkang-Pembangkang juga mendukung usaha kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan, maka berilah sokongan kepada pihak kerajaan supaya apa-apa rancangan yang kita laksanakan boleh kita jayakan.

Yang terakhir Yang Berhormat semua saya ucapkan terima kasih di atas fasiliti yang akan dibina namun saya ingin menyentuh beberapa perkara. Dalam Kompleks Sukan Shah Alam, apabila dibentuk sebuah kompleks yang dinamakan kompleks itu, saya mohon diberikan beberapa penekanan yang dibina ialah Stadium dan dibina sebuah teater tetapi saya tidak lihat yang dibina itu sebuah..

Timbalan Speaker

5.30 Batu Tiga.

Padang ragb, padang hoki dan juga padang-padang lain yang dilihat

Timbalan Speaker

Boleh stop Batu Tiga, dah 5.30.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Minta laluan boleh.

Timbalan Speaker

Sambung esok.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sambung esok?

Taman Medan boleh sambung esok, simpan-simpan soalan Taman Medan.

Timbalan Speaker

Terima kasih Batu Tiga. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 5.30 petang dengan ini saya menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 sehingga hari esok 16 November 2023, bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)