Selangor · 16 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 695 turns · 50,695 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 16 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Kita mulakan sesi pagi ini dengan pertanyaan-pertanyaan mulut. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan Bukit Lanjan, nombor 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pelaburan Antarabangsa Ke Negeri SelangorQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Berapa kadar pelaburan antarabangsa yang melabur di Negeri Selangor antara tahun 2018-2023? b) Apakah perancangan dan usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kadar pelaburan antarabangsa? c) Apakah pendekatan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri dalam pengambilan sumber tenaga tempatan?
Tuan Timbalan Speaker, bagi tempoh 2018 hingga Jun 2023, sebanyak 1,506 projek perkilangan telah diluluskan di negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.88 bilion, 88.88 bilion ringgit. Daripada jumlah ini, sebanyak RM35.88 bilion, adalah daripada modal pelaburan tempatan dan sebanyak RM53 bilion daripada modal pelaburan asing. Sebanyak 95,610 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan, daripada projek-projek perkilangan yang diluluskan ini.
Secara umum, perancangan dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan kadar pelaburan antarabangsa adalah terangkum dari aspek penyediaan polisi seperti Rancangan Selangor Pertama ataupun RS-1. Pelan pembangunan wilayah baru seperti IDRISS, serta program tahunan berskala besar seperti Selangor International Business Summit dan Selangor Aviation Show. Selain itu, Kerajaan Negeri juga giat menjalankan promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di Malaysia dan luar negara, termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan.
Industri tumpuan yang akan terus diberi penekanan adalah seperti Sains Hayat, Life Science, pembuatan makanan dan minuman (F&B), pembuatan produk elektrik dan elektronik. Kelengkapan pengangkutan seperti industri aero-angkasa dan dron, serta mesin dan peralatan. Bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan telah mengenal pasti, sektor yang berpotensi untuk berkembang di Selangor. Antaranya industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment, seperti Global Business Services, Data Center, serta Creative Content Technology. Pelbagai inisiatif lain, untuk menggalakkan pelaburan di Selangor adalah seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, iaitu satu program untuk membantu mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan dengan sokongan-sokongan pelaburan yang diperlukan.
Bagi sektor pembangunan sains hayat pula, program Selangor Lab Partnership diperkenalkan untuk merapatkan jurang antara pihak institusi pendidikan dan industri, supaya penyelidikan-penyelidikan dapat diusahakan secara kolaborasi yang lebih jitu dan produk-produk dapat mencapai keberhasilan untuk dipasarkan.
Antara pendekatan yang diusahakan oleh kerajaan dalam menggalakkan pihak syarikat mengambil sumber tenaga tempatan adalah seperti :-
i. Penetapan syarat – syarat dalam lesen pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 (Akta 156) di mana;-
a) Pihak syarikat hendaklah melatih warganegara Malaysia supaya pemindahan teknologi dan kepakaran dapat disalurkan di semua peringkat jawatan.
b) Jumlah gunatenaga sepenuh masa syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang – kurangnya 80% warganegara Malaysia. Penggajian rakyat asing termasuk pekerja yang diperolehi melalui penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar semasa.
ii. Kawalan pengambilan sumber tenaga asing oleh Kerajaan dengan hanya sektor dan sub-sektor tertentu sahaja yang dibenarkan yang
mana telah dikenal pasti kurang diminati oleh pencari kerja tempatan. Selain itu, pihak majikan juga tertakluk kepada dasar semasa penggajian pekerja asing.
Antara sektor – sektor yang dibenarkan seperti - i. Sektor Perkhidmatan; ii. Perkilangan / Pembuatan iii. Pembinaan iv. Perladangan v. Pertanian vi. Perlombongan dan Pengangkutan
Manakala sub-sektor yang dibenarkan seperti - 1. Restoran 2. Pembersihan dan Pencucian 3. Resort di Pulau peranginan 4. Hotel 5. Kedi (Lelaki) 8. Pengendali Kargo 9. Borong dan Runcit dan sebagainya.
Antara pendekatan dan usaha pihak Kerajaan Negeri dalam pengambilan sumber tenaga tempatan ialah dengan merancang dan melaksanakan program-program yang membuka peluang kepada masyarakat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan seperti Program Selangor Mega Job Fair and Career Fair Sempena Penganjuran Selangor Aviation Show (SAS) 2023. Sekian, terima kasih.
Silakan Hulu Kelang.
Terima kasih, Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya percaya Yang Berhormat sedia maklum bahawa CPTPP memberikan impak yang cukup positif, untuk menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan yang berkualiti. Dan Yang Berhormat EXCO juga sedia maklum bahawa dengan penyertaan kita dalam CPTPP, diunjurkan ada pertambahan nilai pelaburan bernilai 112 bilion dollar Amerika dalam tempoh 10 tahun, daripada tahun 2021 hingga 2030.
Persoalan saya , apakah Kerajaan Negeri Selangor, sudah bersedia dengan langkah-langkah yang strategik dan juga pragmatik untuk memastikan pelaburan yang berteknologi tinggi ini akan melabuh di Negeri Selangor, dengan memberikan fokus kepada 5 sektor utama yang telah pun dicerakinkan dalam NIA, National Investment Aspiration, iaitu Aerospace Digital Pharmaceutical, ENE dan juga chemical. Kerana sektor-sektor ini, akan membantu Selangor mengurangkan kebergantungan kepada
tenaga pekerja asing, dan beralih kepada teknologi tinggi. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Ini soalan MITI ini. Walaupun, Malaysia baru menandatangani, CPTPP, lebih kurang satu tahun, kalau tak salah saya, November tahun lepas, baru menandatangani perjanjian ini. Walaupun dalam masa yang begitu singkat, Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia untuk menjemput dan menyambut CPTPP ini. Dan pelbagai program misi pelaburan telah diadakan untuk menarik lebih banyak pelaburan untuk masuk ke Negeri Selangor. Seperti apa yang saya sebutkan tadi, Selangor International Business Summit telah mendapat sambutan yang cukup baik, di mana saya baru dapat satu data, yang terkini, pagi ini, potential transaction value, berjumlah RM6.12 bilion. Dan jumlah pelawat, total visitors adalah sejumlah 57,249. Ini merupakan salah satu langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai destinasi utama bagi pelabur asing. Dan di samping itu, tadi Yang Berhormat Hulu Kelang juga sebut aeroangkasa, Kerajaan Negeri Selangor sedang merancang untuk mewujudkan satu aeropark, Selangor Aeropark, Selangor International Aeropark di sebelah KLIA. Yang itu, perbincangan bersama tuan tanah, telah bermula dan perbincangan bersama beberapa pemain industri aeroangkasa juga telah diadakan. Dan mereka telah menunjuk minat untuk melabur di Selangor International Aeropark ini. Dan ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik lebih banyak ataupun ramai pelabur ke Negeri Selangor.
Terima kasih Kinrara. Soalan seterusnya, Balakong.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 29.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Inisiatif Kesihatan AwamQuestions
29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan inisiatif kesihatan awam disampaikan kepada warga Selangor agar status kesihatan dan kualiti kehidupan mereka ditingkatkan?
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Kesihatan yang baik mampu meningkatkan tahap kualiti dan taraf hidup seperti dengan ungkapan yang biasa kita dengar, dengan izin, health is wealth. Justeru itu, pelaksanaan pelbagai inisiatif kesihatan oleh Kerajaan Negeri mencakupi saringan awal, rawatan asas, vaksinasi, nutrisi kepada kanak-kanak, rawatan kanser dan jantung malah turut meliputi penjagaan kesihatan mental membuktikan iltizam Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga kebajikan rakyat dalam aspek kesihatan. Kerajaan Negeri sedar bahawa semua inisiatif ini tidak bermakna jika rakyat sendiri tidak menerima info atau hebahan berkaitan bantuan yang ditawarkan. Oleh yang demikian, beberapa inisiatif yang telah, yang akan, dilaksanakan bagi memastikan info berkenaan inisiatif tersebut sampai kepada rakyat, seperti berikut:
i. Promosi kesihatan di setiap DUN atau daerah dengan melibatkan kerjasama komuniti setempat seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dan ketua komuniti;
ii. Jalinan kerjasama dengan agensi Persekutuan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui Unit Promosi Kesihatan; dan
iii. Penggunaan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram selari dengan revolusi teknologi semasa.
Dan perancangan program yang akan menghimpunkan inisiatif kesihatan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang akan melibatkan penglibatan daripada penyedia perkhidmatan swasta dalam menawarkan bantuan kesihatan yang lebih luas kepada orang awam. Dan semestinya yang terakhir, kerjasama yang era antara pusat khidmat dan penyelaras kawasan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing seperti Ahli Majlis, Ketua Kampung, Ketua-Ketua Komuniti sehinggalah di peringkat akar umbi termasuklah wakil-wakil penduduk, dalam menjalankan dan menyebar luas maklumat program-program Kerajaan Negeri.
Soalan tambahan.
Silakan Balakong.
Yang Berhormat tadi ada sebut tentang perancangan program yang menghimpunkan inisiatif kesihatan Kerajaan Negeri Selangor. Bolehkah Yang Berhormat juga kongsikan sekiranya program yang sedia ada yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Antara program yang pernah kita laksanakan sebelum ini adalah seperti program Saringan Sihat Selangor, di mana ketika program Saringan Sihat Selangor,
kita menjalankan aktiviti saringan, seperti saringan kesihatan mata, gigi, telinga, saringan kanser dan sebagainya. Pada waktu yang sama kita juga membenarkan pembukaan booth-booth yang berkaitan dengan kempen kesedaran kesihatan. Dan selain daripada itu, kita juga ada menjalankan program Selangor penyayang, di mana program Selangor Penyayang juga melibatkan program saringan kesihatan, dan juga agensi-agensi kerajaan, yang mempromosikan kebajikan, manfaat Kerajaan Negeri, termasuklah kempen kesedaran kesihatan.
Soalan tambahan.
Silakan, Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Dewasa ini diperbincangkan isu berkaitan dengan warga emas. Dan Malaysia dikenali sebagai jumlah warga menua yang mula meningkat. Dan tidak ketinggalan Negeri Selangor. Adakah Kerajaan Negeri juga memikirkan, soal kesihatan ataupun perubatan geriatrik untuk warga menua ini, kerana saya ingat, ini antara tumpuan yang terbaik bagaimana dalam keadaan usia emas, jumlah warga menua ini meningkat, tetapi daripada sudut kesihatannya juga, kita pelihara di peringkat Negeri Selangor ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor, saya kira agak progresif lah, dalam perkara ini, di mana saya percaya Kerajaan Negeri Selangor, antara negeri pertama yang mempunyai topik care economy di bawah Yang Berhormat EXCO Wanita dan Keluarga. Pada masa yang sama juga, sebenarnya daripada bahagian portfolio saya, di bawah Sel-Fair, kita telah membincangkan tentang isu ini, dan juga kita telah mengadakan program di bawah Sel-Health, yang berkaitan dengan program-program Sel-Health, di mana kita mengadakan program piooner ataupun pilot program, untuk mengkaji bagaimana kita boleh membantu, warga emas dalam penjagaan kesihatan mereka. Jadi penjagaan kesihatan warga emas akan sedikit berbeza dengan rakyat Malaysia yang biasa, di mana kita akan fokus lebih kepada penyakit-penyakit yang lebih kepada mereka yang lebih berumur ataupun berusia. Termasuklah apa akan dilakukan sekiranya terjatuh daripada tangga dan sebagainya. Ataupun, apakah jenis ubat yang akan menyebabkan reaction ataupun allergic yang lebih kepada warga emas dan sebagainya. Jadi kita sekarang sedang mengadakan pilot project ini, supaya kita dapat test. Dan sekiranya kita mendapati memang berkesan program ini, kita akan mempertimbangkan apakah jenis program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selepas ini.
Terima kasih Bandar Utama. Soalan seterusnya, Morib.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 30.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Projek Rumah Terbengkalai Dusun Durian Tongkah MoribQuestions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status terkini mengenai projek terbengkalai yang melibatkan pekerja Ladang Dusun Durian?
b) Apakah tindakan penyelesaian yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri mengenai rumah terbengkalai ini dan bila akan selesai?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Morib.
Wak Sarip makan lepat Morib jiran Tanjung Sepat.
Baik, soalan yang pertama, iaitu, apakah status terkini mengenai projek terbengkalai yang melibatkan pekerja Ladang Dusun Durian? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak Era Permai Sendirian Berhad, selaku kontraktor, telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemilik tanah, berunding mengenai cadangan menyelesaikan projek ladang dusun durian, iaitu sama ada meneruskan pembelian, atau dengan harga baru, atau memulangkan semula bayaran, total refund. Sehingga kini berdasarkan maklumat, pihak kontraktor hanya dapat 30% sahaja, dari pembeli secara mulut dan juga untuk meneruskan projek ini. Maksudnya masih ada lagi yang tak dapat dihubungi. Dan saya dimaklumkan ada di kalangan pembeli ini yang dah meninggal dunia pun. Dah lebih puluhan tahun. Jadi pembeli bersetuju secara mulut. Dan, ini, pihak kontraktor telah meneruskan projek ini, sekiranya mencapai 90%, daripada pemilik. Boleh meneruskan jika dapat kolektif, daripada 90%, pemilik ataupun pembeli ini.
Pemilik tanah juga telah diberi tempoh sehingga hujung Disember 2022. Pada tahun lepas, kita dah bagi tempoh supaya pihak pemaju boleh menyelesaikan masalah ini,
tetapi sehingga kini pun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, tanggungjawab telah selesai, apabila kita telah memberi 190 penduduk telah menerima hak milik tanah individu. Dan manakala pihak kontraktor gagal untuk membina, untuk menyiapkan rumah dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pihak kontraktor telah mengemukakan cadangan pindaan harga sebanyak dua kali kepada LPHS. Memanglah, dari segi logiknya, 20 tahun dulu dengan harga RM80,000.00, rumah teres memang tidak akan dapat lagi dalam masa sekarang. Dan kita telah dua kali berbincang untuk pindaan harga. Dan Kerajaan Negeri tiada halangan dengan cadangan harga baru yang dibawa oleh pihak kontraktor yang bersyarat, di mana pihak kontraktor perlu mendapatkan persetujuan daripada 109 orang pemilik ini. Dan memandangkan tiada sepakatan di antara pemilik tanah dan juga pihak kontraktor, maka mengenai cadangan pindaan tersebut, kerajaan telah mencadangkan kontraktor dan pemilik tanah untuk menyelesaikan perkara ini melalui saluran undang-undang. Dan kedua pihak terikat dengan klausa-klausa yang telah termaktub dalam surat kuasa (PA) dalam perjanjian jual beli, S&P.
Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji dan melaksanakan penyelesaian alternatif, bagi ianya dilaksanakan dengan secara peringkat, bagi memastikan kerja pemulihan dapat ditumpukan oleh pihak Jawatankuasa.
Peringkat 1, iaitu memudahcara, menyelesaikan berkenaan dengan pembatalan surat kuasa (PA). Jadi maksudnya kalau pihak Kerajaan nak campur tangan, dia perlu penyelesaian dulu. Di antara pihak pemilik dengan pemaju, kerana mereka ada lagi PA, perjanjian.
Peringkat 2, mengenal pasti kerjasama antara pemaju yang berminat dan berkeupayaan. Ertinya,kalau ada syarikat yang mampu untuk membantu ataupun syarikat penyelamat, maka mestilah syarikat itu berkemampuan. Ini kita boleh bincang dan LPHS, boleh jadi pemudahcara.
Setelah kedua-dua peringkat ini disempurnakan, barulah pembangunan projek dapat dilaksanakan di lapangan oleh pemaju yang dilantik. Pemaju projek yang dilantik akan disyaratkan untuk menawarkan unit-unit kepada pembeli asal sekiranya mereka masih berminat untuk memiliki unit rumah di tapak tersebut atau ditawarkan pemulangan jumlah wang tuntutan yang telah dibayar kepada pihak pemaju asal.
Jadi maksudnya ada dua option, samada pemaju boleh bayar semula, total, apa yang telah dibayar oleh pembeli, ataupun dengan persetujuan harga baru. Jadi setakat ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat Morib, kita masih lagi dalam perbincangan. Saya telah memanggil kontraktor ini, untuk perbincangan selanjutnya. Jadi kalau ada perkembangan terkini, Insya-Allah kita akan maklum kepada Yang Berhomat Morib.
Soalan tambahan Morib, soalan tambahan. Pada bulan Mac 2022, saya rasa, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga hadir
dalam perbincangan, dan saya juga memantau masalah ini. Keadaan ini berlaku dah berpuluh tahun. Jadi bagi Morib, saya juga melawat kawasan itu dan saya merasa kasihan pada mereka yang tinggal, masih tinggal di situ, dan mengadu untuk, tak tahu nak duduk di mana. Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, adakah membantu pada mereka yang sedang menunggu masalah perumahan ini siap dan mereka sekarang ini, kesempitan hendak mencari rumah pun amat susah dengan kesempitan kehidupan mereka itu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Saya faham dan masa Yang Amat Berhormat datang melawat pada tahun 2021, saya pun hadir bersama. Bersama dengan pembeli dan kita berbincang. Itu yang saya maklumkan tadi, bahawa kita dah ada perancangan. Yang pertama, Kerajaan telah bertanggungjawab, memberi, menyelesaikan 109 pemilikan itu. Itu adalah usaha Yang Amat Berhormat, semasa kita hadir kita berjanji akan menyelesaikan masalah itu. Kemudian kita memberi syarat kepada pemaju, apabila pemilik ini memiliki tanah tersebut, maka pemaju bolehlah buat satu perjanjian untuk memastikan membangun semula kawasan ini. Dan saya lihat, usaha itu terbengkalai dan kita cuba berbincang dengan beberapa syarikat untuk mengambil alih, tapi nampaknya, tidak ada satu syarikat pun yang setakat ini yang kerana masih ada PA di antara pembeli dan juga pemaju. Jadi tak apa Yang Berhormat, insyaAllah kita akan berusaha menyelesaikan masalah ini. Saya yakin kalau ada persetujuan di kedua-dua belah pihak masalah ini akan selesai. Terima kasih.
Soalan tambahan,
Silakan
Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya ingat isu yang berlarutan, daripada saya, penggal pertama jadi ADUN hingga sekarang, hampir 20 tahun, kita cerita pasal dusun durian ini. Dan pemberian hak milik zaman Hulu Kelang menjadi Menteri Besar, sehinggalah pada hari ini, Sungai Tua menjadi Menteri Besar, dia tak selesai. Dan saya kira dengan perjanjian mungkin dengan pihak pemilik ini, untuk majukan, mereka sukar untuk menerima kerana dijanjikan pada masa itu, adalah harga yang terlalu rendah berpadanan dengan waktu itu. Cuma saya nak beri lontaran, adakah kemungkinan di dalam pertimbangan oleh Kerajaan Negeri, boleh dijadikan sebagai salah satu projek sewa beli. Sebagai contoh. Mungkin di luar kemampuan mereka pada hari ini, tetapi apabila tiba masanya nanti mereka mempunyai keupayaan. Kalau tidak masa mereka ini pun, generasi seterusnya. Dan saya ingat sebahagian besar daripada ini pun bukan generasi awal yang terlibat dalam pembangunan perumahan dusun durian ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Itulah usaha yang nak kita nak cuba. Bagi saya penyelesaian ini, perlukan kedua-dua pihak hadir, kerana masih ada lagi perjanjian. Ini yang mengekang kita untuk masuk
dalam membuat satu-satu keputusan. Jadi kalau ada penyelesaian, dan saya dah berusaha, kita akan mungkin melantik semula guaman untuk membantu menyelesaikan masalah ini, daripada Kerajaan Negeri, kita ada peruntukan, untuk memberi bantuan dari segi guaman. Dan saya yakin, insya-Allah, cadangan Yang Berhormat Sijangkang untuk mengadakan sewa dan sebagai, itu boleh kita rancang kemudian. Selesai selepas penyelesaian di peringkat pembeli dan juga pemaju. Terima kasih.
Terima kasih. Saya mempersilakan Paya Jaras.
Tuan Speaker, soalan saya, soalan 31.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Projek Tebatan Banjir Di Sungai BulohQuestions
31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status projek tebatan banjir di Sungai Buloh khususnya di kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah dan Merbau Sempak?
b) Nyatakan tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kini kerap berlaku.
c) Apakah agensi yang bertanggungjawab menangani isu ini?
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Paya Jaras bertanyakan soalan berhubung status projek tebatan banjir di Sungai Buloh khususnya bagi kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah dan juga Merbau Sempak dan apa tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu banjir yang berterusan di kawasan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Sungai Buloh ini, ialah merupakan kita lihat sebagai satu lembangan, lembangan atau dalam bahasa Inggeris, river basin. Lembangan Sungai Buloh, terletak di empat daerah. Iaitu Daerah Gombak, Klang, Petaling dan Kuala Selangor. Ia satu lembangan yang agak besar, selepas lembangan Sungai Langat, Sungai Klang dan juga Sungai Bernam dan Sungai Selangor, yang
mempunyai keluasan tadahan air kira-kira 607.7km persegi. Satu kawasan sangat luas dan melibatkan anak-anak sungai sebanyak 61, yang mengalir ke Sungai Buloh ini. Satu sungai yang besar. Dan panjang Sungai Buloh adalah 40km dan mengalir ke selat Melaka.
Jadi pembangunan pesat di kawasan Gombak terutamanya dan Petaling, serta keadaan sungai yang sedia ada ini, tidak mampu lagi menampung air hujan yang tinggi, yang mengalir daripada kawasan tadahan yang luas ini. Tempat yang berlaku banjir di kawasan yang agak rendah, jadi termasuklah di Paya Jaras ini, Kubu Gajah dan juga Merbau Sempak. Kejadian banjir di sebahagian daerah Petaling dan juga Kuala Selangor adalah disebabkan limpahan air daripada Sungai Buloh ini. Apabila hujan lebat, terutama di kawasan Paya Jaras Hilir, Paya Jaras Dalam, Kampung Merbau Sempak dan Kampung Kubu Gajah di daerah Petaling.
Saya bagi background sikit, supaya kita boleh appreciate ataupun memahami betapa besarnya tempat ini. Banjir menjadi bertambah teruk apabila hujan yang turun bertembung dengan air pasang terutama di kawasan Kuala Selangor, menyebabkan air daripada sistem saliran dalaman tidak dapat keluar ke sungai, terutama di kawasan, beberapa kawasan hilir seperti di Kampung Parit Mahang, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cherakah dan Kampung Bukit Kuching, di daerah Kuala Selangor. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, telah membuat kajian secara terperinci berhubung dengan bagaimana menangani isu banjir di lembangan Sungai Buloh ini dan telah pun membuat cadangan rancangan tebatan banjir Sungai Buloh yang telah diluluskan pada 2017. Dia dah buat, lama dah.. malangnya hanya bajet yang diberi tidak mencukupi. Pada ketika itu di sekitar RM600 juta diperlukan untuk penyelesaian menyeluruh isu banjir di Lembangan Sungai Buloh. Yang hanya diluluskan ketika itu, ialah RM50 juta sahaja. Jadi disebabkan kekangan itu, maka tumpuan diberi dulu kepada kawasan downstream dahulu, yang tertekan, di Kuala Selangor, yang tertekan kerana masalah pertembungan air hujan dan juga air pasang. Itu yang dilaksanakan projek di rancangan tebatan banjir, kita namakan fasa satu. Di kawasan downstream ataupun di kawasan di daerah kuala Selangor, yang berjalan sekarang. Untuk makluman projek ini dilaksanakan daripada April, daripada Oktober, 16 Oktober 2023, eh.. bukan 2023... saya ingat tahun lepas, setelah setahun lebih. Sekarang ini kemajuannya 62%, berbanding dengan 57% mengikut jadual, dan akan dijangka siap pada April 2024. Ini Fasa Satu. Jadi kerja-kerja fizikal, dan kita telah membuat permohonan, apabila dibuat kajian semula tentang kos dan sebagainya, disebabkan daripada 2017, sekarang ini dibuat submission semula, untuk diminta kelulusan untuk fasa dua ini, yang besar ini. Harga telah meningkat kepada RM760 juta.
Ini permohonan telah dibuat kepada Kerajaan Pusat untuk meluluskan permohonan bagi penyelesaian isu banjir di keseluruhan lembangan Sungai Buloh termasuk Paya Jaras. RM760 juta dan kita telah masukkan permohonan dan menunggu kelulusan daripada Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama kita tidak
menunggu untuk penyelesaian menyeluruh ini yang kita jangka baru boleh menyelesaikan seluruh masalah. Kita juga mengambil langkah-langkah lain tambahan bagi melihat anak-anak sungai yang bajet agak lebih kecil yang boleh membantu mengurangkan tekanan. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat Paya Jaras, saya boleh sebutkan berapa projek yang kita telah laksanakan di anak-anak sungai di Sungai Buloh ini yang boleh membantu dari segi mengurangkan tekanan. Pertama kerja-kerja menaik taraf Sungai Kedondong salah satu anak sungai kepada Sungai Buloh. Itu pun telah siap fasa 1 pada hujung Januari 2022. Untuk fasa 2 Sungai Kedondong ini RM5.9 juta. Untuk fasa 2 Projek Tebatan banjir Sungai Kedondong RM8 juta. Ini peringkat akhir dan dijangka akan ditender pada suku pertama tahun depan. Ini untuk fasa 2 bagi Sungai Kedondong. Kemudian menaik taraf Sungai Subang. Ini ada sedikit kelewatan akibat pencerobohan di kawasan untuk pembangunan atau di rancangan tebatan banjir di kawasan Sungai Subang ini yang bernilai RM8 juta dan dalam proses penilaian dan akan bermula kerja pada akhir suku pertama tahun depan. Jadi dalam bulan Mac atau April akan bermula kerja-kerja penaiktarafan Sungai Subang dan berkaitan bagi membantu juga mengurangkan tekanan kepada Sungai Buloh. Ini Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh. Kita berterusan meminta kerjasama atau kelulusan daripada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan untuk memberi kelulusan ini untuk kita melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh bernilai RM760 juta bagi penyelesaian ini sepanjang Sungai Buloh itu sendiri. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah (Kerajaan Negeri) sejumlah RM23.221 juta dan (Kerajaan Pusat) RM34.572 juta pada setakat ini kepada JPS Selangor untuk mengatasi masalah banjir di Paya Jaras ini.
Antara projek yang dilaksanakan sebagaimna yang saya sebutkan tadi kita masih menunggu lagi kelulusan daripada Kerajaan Pusat berhubung dengan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2 ini. Untuk makluman Paya Jaras, selain daripada kerja-kerja penaiktarafan sungai dan sebagainya kerja-kerja lain juga kita kena buat di situ melibatkan tebing dan sebagainya. Selain daripada yang disebutkan tadi kita telah pun buat kerja-kerja pengukuhan Sungai Nada, Sungai Buloh, kerja-kerja pengukuhan tebing Sungai Hampar di semua anak-anak sungai di Sungai Buloh dan juga kerja pengukuhan tebing Sungai Buloh sendiri di kawasan Paya Jaras dan juga penyelenggaraan kolam-kolam takungan Shah Alam di U5 Subang Bestari. Ini adalah kerja-kerja berkaitan di kawasan berkaitan yang telah dibelanjakan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM23.221 juta. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan isu-isu berkaitan banjir ini sebagaimana saya dah sebut dalam hari pertama itu iaitu melibatkan empat jabatan atau agensi. Yang kalau longkang yang besar atau monsoon drain dan melibatkan anak sungai dan sungai itu dan kolam takungan itu di bawah JPS. Kalau longkang jalan adalah JKR. Kalau longkang dalaman di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau longkang atau parit kampung di bawah Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah. Itu yang merupakan tanggungjawab masing-masing yang telah kita laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Pandan Indah.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO yang telah menjawab soalan ini. Dan saya ucapkan terima kasih kerana memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang status Sungai Buloh yang begitu kritikal sebab setiap tahun ada yang banjir dan ini perlu dijelaskan kepada penduduk. Namun begitu saya ingin bertanya boleh tak pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sedikit kewangan khususnya dalam menangani isu banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Sungai Buloh. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO, yang berlaku ialah di kawasan Gajah 5 dan Gajah 6 dan di mana kalau pergi melawat situ dia punya kawasan itu perumahan itu betul-betul sama rendah. Kalau air naik itu ia akan tinggi sebelah kiri dan rendah di sebelah kanan. Jadi kalau boleh saya mohon peruntukan dan mohon kajian daripada JPS. Ada ke keperluan ataupun keperluan sementara sebab saya rasa kalau projek ini lama lagi nak siap sebab tender untuk tahun depan baru keluar. Di mana proses akan berlaku dalam masa 6 bulan dan siap mungkin tahun 2025. Banjir tidak tunggu masa. Dia akan terus juga. Saya mohon kalau boleh diberikan peruntukan berdasarkan kajian JPS, iaitu kita bina ban sementara sebab air ini dia melimpah begitu cepat. Jadi saya mohon pandangan dari EXCO boleh tak diberikan peruntukan khususnya untuk beberapa kawasan yang urgent khususnya di Jalan Gajah 5 dan 6 dan juga 16 supaya ban yang lebih tinggi dibina untuk menghalang air yang kadang-kadang hujan sekejap sahaja dah naik. Mohon pandangan EXCO. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Itu sebenarnya memang kita ada buat. Saya ketika berlaku banjir besar dulu pun saya telah meneliti dan mana yang kita tengok boleh kita percepatkan, kita cepatkan. Tapi dalam masa yang sama kita tidak boleh berkompromi dengan isu aspek teknikal. Kalau kita buat mee maggi 5 minit, kita bimbang nanti dia tidak menyelesaikan masalah. Ini berlaku kita tengok yang boleh dipercepatkan tapi proses teknikal dan kajian hidrologi dan hidraulik kena dibuat. Ini makan sedikit masa. Cuma perolehan saya pernah minta Kerajaan Negeri, yang mana perolehan kaedah lama mungkin lambat kita bagi direct pada yang kritikal. Macam Bangi baru ini, Kampung Bangi Lama semua telah siapkan kajian dan kewangan saya minta supaya dibuat direct punya tender atau direct nego sebab projek itu dah terlalu lama sangat. Bangi Lama ini yang menjadi masalah. Masalah dengan kawasan rendah ini ialah kita perlukan pam. Yang itu kita boleh alihkan. Kita memang ada 30 ke 40 biji pam yang berkapasiti tinggi ini dah ready. Kita boleh pam. Tapi masalahnya bila sistem pam yang kita nak buat, tambah ban yang tinggi, kita kena ada pintu air. Kalau tidak, kita pam air masuk banyak daripada yang keluar. Ini kekangan kita sebenarnya. Tapi tempat yang sedia ada mempunyai kapasiti pam yang tak cukup, kita boleh alihkan. Memang kita alihkan. Kat situ kalau kita dapati hujan terlalu banyak seperti yang disebutkan oleh Paya Jaras tadi kita akan teliti. Tengok balik. Saya rasa terlibat dengan pembangunan Sungai Subang ini. Sebab biasanya komponen kawasan rendah ini banjir melibatkan pintu air, pumping station (sistem pam) dan kolam takungan. Ini
komponen biasa pada Rancangan Tebatan Banjir. Jadi saya rasa semua ada. Cuma proses itu tapi penyelesaian besar kita perlukan bajet yang besar untuk kita selesaikan menyeluruh. Sebab apa kita nak tingkatkan dalam kaedah kita menyelesaikan banjir ini dia sebut ARI. Sekarang ini kita kebanyakan dalam 50 ARI. ARI ini ialah Average Recurrence Interval. Maknanya berapa kali berlaku banjir besar. Kalau dalam 50 tahun sekali akan berlaku. Tapi kita punya terlalu rendah. 30 ke 50 kalau sungai bawah 100. Kita nak naikkan dalam 200. Itu memerlukan kos yang tinggi. Jadi sungai perlu dinaikkan kepada ARI 200. Kalau tidak nanti kita masih jauh ketinggalan. Masa saya pergi bincang dengan rakan daripada Singapura mereka ini ARI 10,000. Maknanya dalam 10,000 tahun 1 kali. Itu tinggi dia punya tahap kesiapsiagaan. Tapi kita tak ada kemampuan kewangan di situ. Kita hanya menaikkan sedikit daripada 100 ke 200 ARI. Ini yang terkandung dalam RTB untuk fasa 2. Tapi yang itu kita akan teliti dan tengok. Terima kasih.
Terima kasih Pandan Indah. Dipersilakan Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker. Menteri Besar daripada Sungai Tua, soalan saya nombor 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Rumah Ladang Subang Di Kota DamansaraQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah projek perumahan yang dijanjikan kepada penduduk ladang Subang Kota Damansara yang dijanjikan oleh pemaju akan siap sepenuhnya?
b)
Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan kebajikan bekas peladang ini di bela?
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi makluman Yang Berhormat Kota Damansara, pihak pemaju telah bersetuju untuk menyediakan rumah pangsapuri seluas 700 kaki persegi di atas tanah yang mereka bangunkan untuk perumahan tersebut. Sehubungan dengan itu, seramai 40 keluarga bekas pekerja ladang akan menerima kediaman daripada tapak pembinaan rumah tersebut. Dan mereka hanya perlu mambayar RM3,000 sahaja kepada pemaju di mana yang lain akan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Yang kedua, saya
berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara di atas keprihatinan dalam bertanyakan soalan melibatkan kebajikan bekas – bekas pekerja ladang di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang secara rasminya telah dimansuhkan pada tahun 2020 memandangkan kebanyakan ladang - ladang telah ditutup dan semakin berkurangan disebabkan oleh arus pembangunan yang pesat di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor yang terkenal sebagai negeri berkebajikan di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato Menteri Besar masih lagi memberi perhatian, peka dan menitikberatkan kepada sosioekonomi keluarga yang kurang berkemampuan dan kebajikan mereka khususnya dalam kalangan pekerja ladang dan bekas pekerja ladang.
Justeru, program – program yang sedia ada yang mensasarkan pekerja ladang, bekas pekerja ladang dan anak pekerja ladang masih diteruskan sehingga kini dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti dengan beberapa penambahbaikan dan sasaran program adalah terbuka kepada seluruh masyarakat India. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah membantu seramai 502 pelajar India di bawah Program Bantuan Yuran Pengajian Universiti / Kolej bagi Pelajar Komuniti India B40 dengan peruntukan dibelanjakan sebanyak RM1,981,749.95 dan seramai 3,594 orang pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah dibantu di bawah Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah dengan peruntukan dibelanjakan sebanyak RM1,078,200.00.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah melaksanakan beberapa lawatan ke ladang – ladang dalam memastikan apa jua permasalahan dan isu – isu yang dibangkitkan oleh golongan pekerja ladang dapat diketengahkan dan diselesaikan dengan baik. Antara masalah dan isu yang dapat diselesaikan melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang pada ketika itu adalah melibatkan beberapa ladang seperti di Ladang Bukit Raja, Ladang Inch Kenneth, Ladang Tumbok, Ladang Semenyih, Ladang Dominion, Ladang Dunedin, Taman Permata Dengkil dan Ladang Bangi. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri akan terus membantu dan menjaga kebajikan pekerja ladang dan anak – anak pekerja ladang selaras dengan dasar – dasar Kerajaan Negeri sedia ada serta penguatkuasaan undang – undang buruh di Malaysia iaitu Akta Pekerja 1955. Selaras dengan Akta berkenaan, Kerajaan Negeri turut mempunyai Estet Land Board (ELB) yang bertujuan untuk menyemak dan meluluskan apa – apa transaksi ladang yang mempunyai keluasan lebih daripada 100 ekar bagi tujuan pembangunan. Pertimbangan dan kelulusan ini juga akan mengambil kira fasiliti yang terdapat di dalam ladang berkenaan seperti sekolah, rumah ibadat, tapak perkuburan dan sebagainya. Ia adalah bagi membantu mereka untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya demi memastikan mereka terus berdaya saing dan maju seiring dengan pembangunan negara yang semakin pesat membangun. Terima kasih.
Soalan tambahan Kota Damansara.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana menjawab. Cuma soalan saya ialah berkenaan isu ini menjadi masalah bila mana pemaju sebab ia ada berkaitan bawah LPHS dengan pekerjaan ladang. Sebab 100% ialah penduduk berkaum India. Cuma masalah ialah bila mana rumah yang sepatutnya dijanjikan nanti pun tentu tidak disiapkan kalau andai kata kita biar terlalu lama dia akan jadi masalah yang berlanjutan. Kalau di Kota Damansara ini ada satu kes yang 30 tahun, akhirnya mereka tidak dapat rumah yang dijanjikan pemaju, hilang dan sebagainya. Jadi kalau andai kita boleh cope awal ini benda ini mungkin saya ingat ada satu jawatankuasa khas yang antara EXCO Perumahan dengan EXCO Masyarakat India sekurang-kurangnya kita boleh selesaikan within 5 years. Benda ini kita boleh selesaikan. Janganlah ditarik terlalu lama sampai jadi isu. Saya mengharapkan suatu isu ini dapat dinoktahkan secara tuntas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Memang satu teguran yang cukup baik sebab kebanyakan ladang-ladang kini termasuk di kawasan Banting juga ada masalah seperti Yang Berhormat telah bangkitkan. Memang Pejabat saya dan saya amat berterima kasih sekiranya ada kes-kes seperti ini Yang Berhormat-Yang Berhormat kawasan masing-masing dan saya boleh membawa perkara ini kepada Yang Berhormat supaya kita membuat perbincangan yang lebih teratur dan juga untuk menyelesaikan perkara ini selama-lamanya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO ialah berkenaan dengan projek perumahan yang telah dijanjikan kepada bekas pekerja ladang. Mungkin boleh hantar secara bertulis. Soalan saya berkenaan dengan berapa banyak pemaju yang telah janjikan perumahan kepada pekerja ladang yang belum lagi diselesaikan. Masa saya jadi Ahli Majlis Rawang masih lagi satu projek yang masih belum kita bina rumah untuk pekerja ladang. Mungkin tidak ada jawapan hari ini pun tak apa. Boleh mengutus secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Seperti mana saya telah beritahu tadi memang ada satu senarai yang telah kita selesaikan melalui perundingan dengan pemilik ladang dan sebagainya tetapi sekiranya seperti mana yang saya telah menyatakan tadi kalau Yang Berhormat ada isu yang spesifik tolong panjangkan kepada saya supaya saya mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Kita teruskan dengan soalan daripada Teratai.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 33.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Program PerpaduanQuestions
33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan antara kaum bagi peringkat sekolah di Selangor?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Teratai, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor telah memperuntukkan dana untuk Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” kepada Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) iaitu peruntukan khusus yang akan diberikan kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan program-program dan juga aktiviti kempen berkaitan perpaduan. MPIS telah menerima pelbagai cadangan dan kertas kerja untuk dinilai dan dipertimbangkan untuk penyaluran peruntukan bagi pelaksanaan program-program dan aktiviti memupuk keharmonian dan perpaduan di peringkat Negeri Selangor. Sudah semestinya program-program dan aktiviti yang dicadangkan akan melibatkan penyertaan daripada segenap lapisan umur dan kaum. Salah satu program perpaduan yang telah dilaksanakan yang melibatkan peserta pelajar sekolah adalah Pertandingan Kabaddi Perpaduan Kita Selangor 2023 yang telah diadakan di Gelanggang Sports Arena, UNITEN pada 09 September 2023. Objektif program ini adalah untuk memupuk perpaduan antara pelajar sekolah berbilang kaum dan memperkukuh silaturahim dan jaringan perhubungan pelajar berbilang kaum merentasi sekolah-sekolah di Negeri Selangor dan sebanyak 9 buah sekolah telah mengambil bahagian yang melibatkan 250 orang pelajar sekolah berumur 16 hingga 17 tahun termasuk guru-guru pengiring dan jurulatih. Program-program lain yang seumpamanya termasuklah Pertandingan Kaligrafi, Program My Doodle, Pertandingan Penulisan Cerpen Perpaduan dan lain-lain.
Penganjuran program seumpama ini adalah amat digalakkan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan bermula daripada sekolah dan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan akan memastikan program dan aktiviti seperti ini mendapat keutamaan dan pertimbangan untuk pelaksanaannya. Selain itu juga, di bawah Gagasan Rumpun Selangor, Kerajaan Negeri akan menghasilkan Lagu Perpaduan Rumpun Selangor yang akan turut diperkenal sebagai lagu tambahan ketika program-program perpaduan dan patriotik di sekolah-sekolah di Negeri ini. Lagu ini juga akan dicipta kelak akan mengambil inspirasi daripada konsep dan melodi lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Setia, Keranamu Malaysia dan lain-lain lagi agar ianya dapat dinyanyikan dengan mudah oleh rakyat. Terima kasih Timbalan Speaker.
Silakan Teratai.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya melihat bahawa usaha untuk memupuk perpaduan kaum ini adalah sangat penting untuk dididik seawal usia muda lagi. Bolehkah saya mengetahui sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus untuk memupuk semangat perpaduan kaum ini dalam kalangan kanak-kanak di Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Teratai atas soalan yang diberikan. Sememangnya saya sangat bersetuju bahawa amatlah penting untuk kita memupuk semangat perpaduan di kalangan anak-anak seusia muda lagi. Namun seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, sekolah-sekolah kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kementerian yang berkaitan. Justeru Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya memperkenal program ataupun inisiatif kendiri tanpa kebenaran dan mengambil kira program atau modul sedia ada oleh pihak kementerian. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri terbuka untuk mengadakan perbincangan lanjut bagi kerjasama dengan pihak sekolah untuk mengadakan program dan aktiviti berunsur perpaduan dan patriotik misalnya sepanjang bulan kemerdekaan seperti Pertandingan Kabaddi Perpaduan Kita Selangor, Pertandingan penulisan Cerpen Perpaduan, Pertandingan pidato, Pertandingan sajak, Pertandingan nyanyian lagu patriotik. Selain itu juga, Kerajaan Negeri menekankan kepentingan untuk mengadakan program-program di dalam kalangan kaum dalam bentuk mendidik kanak-kanak. Jadi insya Allah kita akan perbanyakkan lagi program yang dapat mendidik masyarakat khususnya generasi muda pada masa akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sahabat saya Sungai Air Tawar, saya tertarik dengan Gagasan Rumpun Selangor seperti yang dimaklumkan oleh Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan Belanjawan 2024 sebagai alternatif di dalam menyemarakkan perpaduan di Negeri Selangor. Cuma saya ingin bertanya daripada aspek perpaduan dan semangat yang jitu bagaimanakah penglibatan daripada pihak pembangkang di
dalam program Perpaduan Rumpun Selangor ini memandangkan program ini bersifat perpaduan jadi haruslah sifat merentas parti dan raikan semangat kepelbagaian di Negeri Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Seperti kita sedia maklum, Kerajaan Negeri sentiasa melibatkan masyarakat di kawasan setempat tanpa mengira latar belakang dan juga fahaman politik. Penglibatan masyarakat di setiap program Kerajaan Negeri akan libatkan. Walau bagaimanapun penglibatan soal pengurusan yang melibatkan Kerajaan ia seperti tradisi yang telah pun berlaku ianya akan dilaksanakan oleh penyelaras DUN yang akan dilantik kelak. Walau bagaimanapun untuk program-program yang melibatkan masyarakat dan program-program besar kebiasaanya wakil rakyat bukan kerajaan akan diberi pemakluman. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya kira satu perkara yang baik kalau kita dapat laksanakan program-program perpaduan ini bermula daripada peringkat sekolah dan saya memahami sekolah-sekolah ini adalah di bawah seliaan pihak Kerajaan Persekutuan. Namun Yang Berhormat EXCO kita ada Majlis Sukan Negeri Selangor yang ada nya PeBS di dalam itu. Apakah Yang Berhormat EXCO bersetuju adanya kerjasama antara dua portfolio, portfolio Yang Berhormat EXCO Perpaduan dan juga Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan. Untuk bekerjasama dalam kita nak menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan orang muda terutama penggunaan media sosial yang saya kira sangat berpengaruh di dalam kehidupan anak muda pada hari ini dan mungkin Yang Berhormat EXCO boleh bersetuju untuk menggunakan media sosial semaksimum mungkin dan bekerjasama dengan pihak Majlis Sukan Selangor. Apakah Yang Berhormat EXCO Perpaduan bersetuju untuk adakan kerjasama dengan pihak EXCO Belia dan Sukan untuk semangat perpaduan di kalangan orang muda.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Saya kira ini satu soalan yang cukup baik dan untuk makluman Yang Berhormat Seri Serdang memang sudah ada perbincangan di antara saya dan juga Yang Berhormat Kota Anggerik berkenaan dengan program-program penggerak belia iaitu PeBS. InsyaAllah kita akan laksanakan program yang lebih berkesan pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih EXCO. Ada pengumuman. Dewan ingin mengucapkan selamat datang sempena lawatan ke Dewan Negeri Selangor daripada Mahasiswa Kejuruteraan UiTM Shah Alam seramai 3 orang yang diketuai oleh Kurniawan Adi Saputra bin Mashor. Yang kedua, lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri Meru yang diatur oleh Yang Berhormat Puan Mariam binti Abdul Rashid seramai 16 orang yang diketuai oleh Puan Anis Suriani.
Soalan seterusnya daripada Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Kajang Pak Malau kajang berlipat, soalan saya nombor tiga puluh empat.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Persediaan Menghadapi Isu 'ageing Society'Questions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar ekonomi berkebajikan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah ageing society?
b)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kemudahan awam untuk menangani masalah ageing society?
c)
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah pusat aktiviti warga emas di Selangor?
Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Permatang. Pertanyaan (a) dan (b) dijawab bersekali dengan Soalan nombor 68 oleh Yang Berhormat Lembah Jaya dan soalan nombor 208 (a) oleh Yang Berhormat Ijok berkaitan isu negeri menua atau ‘ageing society’. Malaysia kini sudah dikategorikan sebagai negara menua dan sedang menuju negara tua. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Malaysia yang tua semakin meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada jangkaan, iaitu lebih daripada 15 peratus penduduk bakal berumur melebihi umur 65 menjelang 2050. Di Selangor pula, diunjurkan menjelang 2040 populasi warga emas berjumlah 1.3 juta orang. Justeru adalah menjadi keperluan untuk Negeri Selangor sebagai negeri termaju untuk memformulasikan Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan (Care Economy). Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengadakan Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor pada 30 dan 31 Oktober 2023. Simposium tersebut melibatkan pemegang taruh serta pakar dari pelbagai bidang untuk mengemukakan pandangan, idea, cadangan hala tuju dan strategi tentang ekonomi penjagaan yang holistik.
Wacana yang dilaksanakan mengambil kira isu multi-dimensi dan golongan sasar yang pelbagai termasuk penjaga (caregivers), kanak-kanak, warga emas dan juga Orang Kurang Opaya (OKU). Dan dalam konteks warga emas, termasuklah perhatian diberikan kepada isu-isu seputar sektor penjagaan, iaitu isu undang-undang dan dasar, kesihatan awam, kualiti dan inklusiviti perkhidmatan, perlindungan sosial, pekerjaan, inovasi sosial serta kesejahteraan hidup warga emas. Berpandukan hasil perbincangan dan resolusi Simposium tersebut, Kerajaan Negeri akan membangunkan Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan yang akan mengiktiraf sektor penjagaan sekali gus sebagai persediaan Negeri menghadapi fenomena negeri menua dalam beberapa dekad akan datang. Kerangka ini menekankan soal pengagihan semula tanggungjawab penjagaan yang perlu dipikul secara kolektif oleh empat (4) teras utama iaitu Kerajaan Negeri, Swasta, Komuniti dan Keluarga.
Bagi soalan (c), akan dijawab bersekali dengan soalan nombor 86 (c) oleh Yang Berhormat Kota Kemuning. Setakat Oktober 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mewujudkan 17 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang 4,877 orang warga emas berdaftar di PAWE seluruh negeri. Bagi merancakkan lagi usaha penubuhan PAWE di negeri Selangor, JKM akan memohon sejumlah empat (4) PAWE baru di Selangor bagi tahun 2024 meliputi kawasan-kawasan Parlimen yang masih belum mempunyai PAWE iaitu di Shah Alam, Sepang, Gombak dan Hulu Langat. Pada masa ini, permohonan penubuhan PAWE berkenaan masih dalam penilaian dan pertimbangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dan selain itu, JKM turut akan memohon penubuhan PAWE tanpa premis dengan mengambil kira kepada populasi warga emas di sesebuah kawasan bagi memperluaskan liputan PAWE ke seluruh negeri.
Soalan tambahan.
Saya bagi Permatang dulu.
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya ingin bertanya, rata-rata kita semua sedar yang di Selangor ini kita ada dah mengalami masalah menua ini bukan sahaja di kawasan bandar, separuh bandar dan juga luar bandar. Contoh kalau kita semua tahu di bandar kita ada masalah dengan contoh rumah pangsa yang kekurangannya kemudahan lif jadi ada masalah kepada warga emas dan di kawasan saya juga kita kebanyakan warga emas di sana kita ada masalah kepada kekurangan pengetahuan insentif kerajaan yang disediakan dan juga ketiadaan access, dengan izin kepada kemudahan kesihatan ataupun dan juga keperluan harian mereka. Jadi, daripada segi pengangkutan dan sebagainya. Jadi, saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan dan kemudahan untuk masyarakat menua ini? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa Simposium Ekonomi Penjagaan telah menggabungkan atau menghimpunkan pemegang taruh yang mana pada akhir November dan kemungkinan pada awal Disember nanti kita akan wujudkan working taskforce untuk membincangkan dan menggabungkan kesemua. Sebenarnya dalam membincangkan perkara-perkara ini termasuklah berkaitan undang-undang, berkaitan infrastructure dan sebagainya. Sudah tentu kemudahan-kemudahan untuk memudahkan pergerakan dan akses pada warga emas ini adalah sesuatu yang sangat kritikal. Namun bagi saya segala insentif-insentif Kerajaan Negeri melalui Insentif Selangor Penyayang boleh disalurkan dan perlu di pihak ADUN-ADUN Pusat Khidmat Masyarakat menyampaikan dan menyalurkan maklumat dengan efektif. Dan untuk bagi kawasan luar bandar, pihak kami akan membincangkan kerangka tindakan ekonomi penjagaan di mana sebelum ini kita selalu melihat the sharing responsibilities ataupun dengan izin perkongsian tanggungjawab itu perlu dilebar luaskan. Sebagaimana kalau kita lihat teras utama Ekonomi Penjagaan itu pertama Kerajaan Negeri, swasta, komuniti dan keluarga kita tidak mahu lagi meletakkan hanya pada kerajaan tapi dikongsi antara pihak kerajaan dan juga swasta. Bukan sahaja pada keluarga tetapi dikongsi antara komuniti dan keluarga. Jadi, urusan care economy ataupun ekonomi penjagaan ini dalam merangka kerangka tindakan ekonomi tersebut kita harus lihat dari segi kemampanannya dalam jangka masa panjang lima tahun, 10 tahun ke hadapan dengan mengambil kira populasi warga emas akan meningkat bukan sahaja di bandar tapi juga di luar bandar. Sekian.
Sekarang saya mempersilakan Sungai Panjang.
Terima kasih Tuan Speaker. Buah saga buah delima, soalan 35.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Pinjaman HijrahQuestions
35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mohon penjelasan penangguhan Skim i-Lestari, i-Agro dan Rakan Strategi. Bila bermula dan kenapa ditangguhkan?
b)
Penjelasan dinaikkan caj pengurusan dari 4% kepada 10%. Kenapa dan bila mula pelaksanaannya?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Sungai Panjang memohon penjelasan berkaitan penangguhan Skim i-Lestari, i-Agro dan rakan strategik di bawah Hijrah Selangor.
Bil Jenis Skim Status Sebab Penangguhan Mula Tangguh 1. Skim i-Lestari Sept 2021 Mei 2023 i. Skim pembiayaan i-Lestari yang menawarkan jumlah pembiayaan dari RM51,000 hingga RM100,000. ii. Jumlah pembiayaan yang besar ini hanya memberi impak kepada sebilangan kecil usahawan. Untuk rekod Yayasan Hijrah Selangor telah mengeluarkan pembiayaan Skim i-Lestari kepada 84 orang peminjam dengan nilai RM7,440,000.00 iii. Berdasarkan situasi semasa iaitu endemik, keperluan kepada peminjam modal adalah tinggi dan bagi mereka yang terjejas dari segi pendapatan dan berhasrat untuk memulakan perniagaan. Maka dengan itu, Yayasan Hijarah Selangor lebih memfokuskan kepada pembiayaan yang berjumlah lebih kecil bagi memastikan lebih ramai bakal usahawan dan usahawan yang terjejas menerima manfaat ini.
Bil Jenis Skim Status Sebab Penangguhan Mula Tangguh 2. Skim i-Agro Sept 2021 Mei 2023 i. Selama tempoh pelaksanaan Yayasan Hijarah Selangor mendapati bahawa Skim i-Agro mempunyai tempoh bertenang (“Cooling Period”) sebelum memulakan bayaran balik, yang agak lama iaitu dari tiga (3) bulan sehingga enam (6) bulan. ii. Semasa tempoh bertenang ini, Hijrah Selangor tidak mendapat sebarang kutipan caj khidmat dan bayaran balik pembiayaan yang mana perkara ini menjejaskan pusingan dana pembiayaan bagi permohonan pembiayaan baharu.
iii. Tempoh yang lama ini juga mempunyai risiko tidak membayar balik yang tinggi sekiranya berlaku kegagalan projek tersebut. iv. Walau bagaimanapun pihak Yayasan Hijarah Selangor sedang mengkaji terma dan syarat serta kaedah pelaksanaan pembiayaan ini.
3. Rakan Strategik Julai 2021 Mei 2023 i. Skim ini merupakan skim yang baharu diperkenalkan pada Julai 2021. ii. Melibatkan kerjasama syarikat yang dilantik sebagai Rakan Strategik bagi melaksanakan projek yang dipersetujui bersama Yayasan Hijarah Selangor. iii. Kejayaan skim ini dinilai melalui kejayaan syarikat menjayakan projek dan memastikan usahawan yang terlibat membuat bayaran balik dengan baik. iv. Melalui pemantauan percubaan skim ini dalam tempoh yang ditetapkan, telah merekodkan kegagalan pihak Rakan Strategik memastikan kelancaran projek dan juga bayaran balik usahawan. v. Sehingga kini, peratus bayaran balik peserta di bawah Skim Rakan Strategik adalah pada tahap 35%. vi. Justeru, penangguhan telah dilaksanakan bagi menilai semula kesesuaian pelaksanaan skim ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Panjang, sejak ditubuhkan dan sehingga kini keseluruhan kos operasi YHS adalah ditanggung oleh caj khidmat iaitu 8% yang dikenakan ke atas pembiayaan yang telah dikeluarkan. Penurunan caj khidmat kepada 4% pada tahun 2022 memberi tekanan kewangan yang lebih kepada YHS untuk menampung kos operasi yang semakin meningkat. Berdasarkan rekod tahun 2022, sebanyak 60% pembiayaan yang dikeluarkan oleh pihak YHS adalah di bawah kategori RM30 ribu dengan caj khidmat dikenakan sebanyak 4%. Pelaksanaan pengurangan caj khidmat kepada 4% kepada peminjam yang membuat pinjaman di bawah RM30 ribu telah mengakibatkan YHS kekurangan pendapatan caj khidmat sebanyak RM21.3 juta untuk tempoh 5 tahun akan datang. Dan sebagai perbandingan, buat masa ini institusi mikro kredit lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengenakan caj khidmat sebanyak 10% dan Tekun 4%
setahun (kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan). Maka dengan itu, YHS memerlukan kenaikan caj khidmat dari 4% kepada 10% bagi menampung kos operasi (kerana tiada sebarang geran operasi yang diperuntukkan daripada Kerajaan Negeri) dan seterusnya memastikan program YHS dapat diteruskan di masa akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan, Sungai Panjang.
Soalan tambahan. YB EXCO, memandangkan Hijrah ini mendapat dana daripada Kerajaan, jadi sepatutnya semakin lama kadar ini tidak akan naiklah, akan turun. Dan, kita boleh mencontohi...
Yang Berhormat, sorry. Saya sebut tadi memang tidak ada sebarang dana daripada kerajaan. Masa mula-mula tubuh ia ada.
Haaa boleh ditambah.
Tapi sekarang ni Hijrah memang sangat prihatin.
Untuk dimohon, untuk dimohon dan, soalan-soalan saya. Soalan Sungai Panjang. Apakah Kerajaan bersedia untuk mencontohi yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat ketika YB Cikgu Muslimin sebagai Timbalan Koperasi dan Menteri Koperasinya YB Parlimen Tanjung Karang memberikan bantuan kewangan untuk IKS selama lima tahun tanpa cas keuntungan kerana hasil bayaran daripada peminjam-peminjam yang sedia ada dari dana pinjam sedia ada kumpul dan pinjamkan kembali kepada IKS. Apakah kerajaan bersedia ke arah itu?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya percaya dalam konteks ketika itu mungkin memerlukan sokongan pasal kita waktu itu dalam tempoh pandemik. Jadi, saya ingat kalau di Negeri Selangor pun kita boleh kaji keperluan-keperluan tersebut tetapi buat masa ini dalam tempoh peralihan sejak tahun lepas kita lihat banyak yang telah Kerajaan Negeri bagi termasuk dari segi pengurangan caj cuma cadangan Yang Berhormat itu saya akan angkat kepada peringkat Kerajaan Negeri untuk kita nilai dan teliti dan sekiranya ada keperluan dan kesesuaian untuk dilaksanakan, kita boleh pertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang.
Terima kasih Kota Anggerik. Okay, Sijangkanglah yang terakhir.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kita melihat bahawa PMKS ini memainkan peranan yang cukup besar dalam penjanaan ekonomi, economy circle dalam negara kita dan sebahagian besarnya keterlibatan usahawan-usahawan dalam bidang perkhidmatan hampir 80%, 83% begitu. Dan yang terlibat dalam bidang pertanian ini tidak sampai 2% pun. Saya melihat adalah bagaimana mungkin kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan semula i-Agro walaupun saya faham tadi untuk pulangan balik pembayaran itu mengambil masa melihat kepada hasil daripada pertanian itu sendiri. Tetapi kalau boleh mungkin dilihat daripada sudut Kerajaan Negeri hari ini kita berkata soal keterjaminan makanan mungkin ada pertanian-pertanian yang tertentu yang boleh disuburkan bagi isu juga mungkin berkaitan dengan keterjaminan makanan dan akhirnya i-Agro ini dapat membantu lagi menjana untuk program-program usahawan kita yang bersifat terlibat dalam usahawan tani perkara-perkara yang berkaitan pertanian ataupun hasil pertanian. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan memang dalam peringkat kami pun ada perbincangan khusus dengan STANCO EXCO Infrastruktur dan Pertanian keterjaminan makanan untuk kita bincangkan sekiranya ada ruang untuk kita membantu meningkatkan lagi peluang-peluang di peringkat usahawan tani ini yang mana di dalam konteks Hijrah memang i-Agro itu pulangan bukan kata pulanganlah maksudnya proses untuk kita dapatkan balik tu agak lama. Tapi kita akan lihat semulalah maksudnya kalau dari segi perkara-perkara baru ataupun potensi baru yang kita boleh lihat dalam konteks kerjasama dengan YB EXCO Keterjaminan Makanan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Kota Anggerik. Sekarang saya mempersilakan Sungai Pelek.
Terima kasih dengan izinnya Tuan Speaker. Sungai Pelek nombor 36.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Perancangan Kerajaan Negeri SelangorQuestions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Negeri Selangor khususnya Zon Selatan Negeri Selangor dalam jangka masa 5 tahun akan datang?
Tuan Speaker, salah satu dari 20 Pemacu Perubahan yang dirangka dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 hingga 2025 di bawah teras ekonomi ialah Wilayah Pembangunan Bersepadu Di Selangor Selatan (IDRISS) yang merupakan projek pembangunan berasaskan geografi. Inisiatif IDRISS ini dijana menerusi pembangunan pelaburan swasta secara bersepadu serta dilengkapi dengan kemudahan insentif daripada pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Inisiatif ini meliputi kawasan di zon selatan Negeri Selangor iaitu Daerah Sepang dan Kuala Langat yang merangkumi tanah seluas 60,000 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value) boleh mencecah sehingga RM1 trilion. Projek pembangunan yang dicadangkan di bawah IDRISS merangkumi sektor perindustrian, perkhidmatan logistik, pergudangan, pelabuhan, perniagaan, perumahan, pelancongan dan pendidikan. Antara projek di bawah IDRISS adalah Selangor Business Capital, Selangor International Aeropark, Sepang Gold Coast Global Village, Unisel Global Campus, NCT Smart Industrial Park, Pelabuhan Pulau Carey dan Zon Ekonomi Khas Pulau Carey.
Di antara insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi IDRISS adalah skim premium khas, bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah, pengecualian cukai taksiran bagi tanah kosong, potongan 50% cukai taksiran bangunan kosong dan pengecualian bayaran lesen perniagaan bagi tempoh yang tertentu. Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin utama kepada usaha mempromosikan Selangor sebagai hub pelaburan dan perdagangan di rantau ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sungai Pelek.
Terima kasih YB EXCO. Soalan tambahan saya adalah berkaitan saya sambut baik dengan jawapan yang telah diberikan oleh YB EXCO dan soalan saya adalah berkaitan bagaimana langkah-langkah yang lebih pro aktif yang bakal dirancangkan oleh pihak Selangor untuk menarik sebagai satu daya tarikan kepada pelabur-pelabur asing khususnya untuk datang melabur di bahagian selatan. Dimaklumkan itu juga kawasan sayalah sebagai satu soalan yang saya nak tujukan kepada YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Kerajaan Negeri Selangor melalui pelbagai program untuk menarik lebih ramai pelabur untuk datang ke Negeri Selangor khususnya di kawasan selatan Selangor seperti kita mewujudkan Managed Industrial Park (MIP) iaitu NCT Smart Industrial Park iaitu merupakan satu tarikan kepada pekilang-pekilang elektronik dan elektrikal dan juga berteknologi tinggi. Ini merupakan satu tarikan besar di kawasan IDRISS
dan di samping itu, Selangor International Aeropark juga telah menarik perhatian daripada pemain industri aero angkasa dari rantau ini seperti dari Singapura, dari Eropah dan sebagainya. Ini merupakan satu tarikan besar dan selain itu Sepang Gold Coast Global Village merupakan satu integrated resort city di kawasan selatan Selangor kerana buat masa ini kalau kita tengok di sepanjang pantai Negeri Selangor ini, kita masih tidak mempunyai sebuah resort lima atau enam bintang yang bertaraf antarabangsa.
Jadi Kerajaan Negeri Selangor berharap melalui pembangunan di kawasan IDRISS ini kita akan dapat satu pembangunan yang lebih sempurna dan dapat menampung semua jenis industri yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Persilakan Dengkil.
Berkaitan kesan pembangunan IDRISS ini kepada penduduk tempatan kerana pertamanya melibatkan keluasan tanah yang luas sama ada penduduk tempatan yang terlibat dan pampasan yang setimpal dibayar kepada mereka dan berapakah nilai pampasan tersebut dan satu lagi ialah berkaitan dengan peratus penglibatan penduduk tempatan dalam projek tersebut.
Kalau kita dah kata pampasan itu sebenarnya tidak terlibat tanah swasta yang dimiliki oleh individu yang pembangunan-pembangunan besar ini semua bertumpu di kawasan tanah pemaju. Jadi tanah individu yang kecil sebenarnya tidak terlibat, jadi pampasan itu tidak kena mengena dengan Projek Pembangunan IDRISS ini dan penglibatan bagi penduduk tempatan itu dah tentunya banyak penglibatan dan banyak peluang pekerjaan yang akan ditawarkan kepada penduduk tempatan dan sekiranya projek-projek yang saya sebutkan tadi Selangor Business Capital, Selangor International Aeropark, Sepang Gold Coast Global Village sekiranya pembangunan ini dibangunkan nilai-nilai tanah di tepi pembangunan ini dah tentunya akan naik. Jadi ini akan mendatangkan banyak manfaat kepada penghuni-penghuni atau penduduk di Dengkil di Sijangkang dan sebagainya. Ini merupakan satu kawasan pembangunan yang kita akan memberi tumpuan utama di Negeri Selangor pada masa 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Jeram.
Sirih kasih di pucuk pauh, soalan Jeram nombor 37.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Rancangan Pembinaan Kemudahan Dan Perkhidmatan Awam Di Bandar Puncak AlamQuestions
37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan dan garis masa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti balai bomba, balai polis, pusat kesihatan setempat dan lain-lain di Bandar Puncak Alam?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jeram. Untuk makluman, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui PlanMalaysia dalam proses mewartakan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) (RSNS 2035 (Pengubahan) yang mempunyai unjuran keperluan pembangunan kemudahan-kemudahan seperti Balai Bomba, Balai Polis, Pusat Kesihatan dan lain-lain kemudahan dalam Daerah Kuala Selangor. Dalam memperincikan RSNS 2035 (Pengubahan), pihak MPKS sedang dalam proses kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang telah mengenal pasti cadangan lokasi kemudahan bagi mencapai kesejahteraan sosial di kalangan penduduk di Puncak Alam (Blok Perancangan 6: Ijok). Sehingga kini, MPKS telah mensyaratkan pemaju untuk menyediakan tapak kemudahan awam seperti berikut. Satu, Sekolah Rendah 6 unit melibatkan keluasan 41.68 ekar. Dua, Sekolah Rendah Agama 10 unit dengan keluasan 62.964 ekar. Tiga, Sekolah Jenis Kebangsaan C 1 5.53 ekar. Empat, Rizab Balai Polis 4 unit 15.9 ekar. Lima, Rizab Balai Bomba 2, 4 ekar dan enam Rizab Klinik Kesihatan 5, 18.41 ekar. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Jeram.
Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas jawapan yang diberikan terhadap beberapa perancangan Kerajaan Negeri. Tetapi berdasarkan soalan saya tadi, bolehkah saya tahu secara spesifiknya di Bandar Puncak Alam. Saya faham yang disebut tentang Balai Polis, Klinik Kesihatan, Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan tetapi ternyata sehingga hari ini tidak ada apa-apa petunjuk ataupun perancangan khususnya di Bandar Puncak Alam seperti mana pihak Yang Berhormat Tuan EXCO sedia maklum penduduk Bandar Puncak Alam hari ini saya jangka hampir 100 ribu setiap hari, saya tak payah sebutlah tentang aliran trafik dan sebagainya jadi saya mohon sangat Yang Berhormat EXCO dan pihak
Kerajaan Negeri untuk melihat perkara ini di samping memperketat juga syarat-syarat kepada pemaju tentang penyediaan kemudahan awam ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram yang prihatin tentang pembangunan perancangan di Puncak Alam. Memang kita sedia maklum Tuan Timbalan Speaker di Puncak Alam merupakan sebuah bandar yang giat membangun sekarang ini penduduk semakin bertambah sekitar dalam 100 ribu. Perancangan-perancangan telah dibuat dan sekarang secara saya tidak ada butiran secara spesifik tetapi dalam perancangan tempatan kita dah disenaraikan seperti apa yang saya katakan Balai Bomba dan sebagainya Klinik, Balai Polis semua kita sudah sediakan untuk kesejahteraan semua penduduk di Bandar Puncak Alam tapi yang pentingnya sebagai sebuah PBT khususnya Majlis Perbandaran Kuala Selangor sentiasa prihatin dan buat perancangan memantau pembangunan khususnya pengangkutan awam di Puncak Alam supaya memberi keselesaan dan kemudahan kepada penduduk di situ untuk memastikan semangat KitaSelangor, Malaysia Madani dapat dizahirkan di kawasan Puncak Alam. Jadi masalahnya pengangkutan dan sebagainya akan diselesaikan akan diatasi dan akan diperhalusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker. Peraturan Mesyuarat 24(6).
Peraturan Mesyuarat 24(6).
Tuan Speaker, Yang Berhormat Jeram bertanyakan soalan secara spesifik berhubung rancangan di Bandar Puncak Alam dan notis telah diberikan hampir sebulan yang lalu. Yang Berhormat Speaker sewajarnya datang ke dalam Dewan ini untuk memberikan jawapan secara lisan. Betul, Yang Berhormat EXCO sepatutnya datang ke Dewan ini memberikan jawapan terhadap soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Jeram. Tetapi mengapa Yang Berhormat EXCO memberi tahu belum ada maklumat terperinci berhubung Bandar Puncak Alam sedangkan kalau tengok Peraturan Mesyuarat 24(6) Yang Berhormat EXCO harus menjalankan kajian bersiap sedia untuk menjawab dalam Dewan ini. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Speaker yang sepatutnya bagi penjelasannya tetapi tidak apa. Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang sebab saya kena jawab. Jadi memang jawapan yang telah saya bekalkan tadi telah dijawab secara spesifik sekolah berapa, Sekolah Rendah Agama 10, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 1, Rizab Balai polis 4 berapa ekarnya 15.9 ekar, Rizab Balai Bomba 4 ekar, Rizab Klinik Kesihatan 18.41 ekar. Ini sudah secara terperinci mungkin Yang Berhormat Hulu Kelang tidak dengar terlepas pandang dengan apa yang saya bentangkan. Ini perancang akan datang jadi ini spesifiknya.
Yang Berhormat Jeram mahu di Bandar Puncak Alam spesifik.
Spesifik la ini.
Di Bandar Puncak Alam.
Angka-angka perancangan akan datang. Jadi kalau Hulu Kelang sebagai Ketua Pembangkang kurang memahami tidak apa saya akan beritahu dengan lebih spesifik secara bertulis keseluruhannya detail satu-persatu termasuk pengangkutannya saya akan berikan kepada Hulu Kelang, InsyaAllah. Sekian, terima kasih.
Soalan daripada Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Sorong papan tarik papan soalan Ijok Nombor 38.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Pendidikan Tinggi Di SelangorQuestions
38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menjadikan Unisel sebagai Universiti Awam (UA) dalam usaha menjadikan Selangor sebagai sebuah hab pendidikan tinggi yang berprestij di Malaysia?
b)
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lepasan SPM di Selangor memilih TVET sebagai laluan pendidikan tinggi mereka?
Terima kasih Ijok, Terima kasih Speaker. Soalan 38 Ijok menjurus kepada perkembangan Universiti Selangor ataupun UNISEL dan juga Teknikal dan Vokasional di Negeri Selangor. Untuk Soalan (a) sememangnya taraf sebagai taraf Universiti Awam akan memberikan yang baik dan tinggi kepada UNISEL sebagai salah satu institusi pengajian dan pendidikan tinggi di Negeri Selangor semenjak yang ditubuhkan semenjak daripada tahun 1999 lagi. Namun begitu kita perlu menyemak kembali kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi memenuhi tuntutan dan juga keperluan Universiti
Selangor sebagai salah satu Universiti Awam di Negeri Selangor. Dalam pada masa yang sama kita juga harus melihat kepada keperluan Kementerian Pengajian Tinggi kerana lazimnya Institusi Pengajian Tinggi Awam akan mendapat geran dan dana tahunan yang disediakan oleh pihak Kerajaan dan sudah pasti pihak Kementerian Pengajian Tinggi memerlukan beberapa perancangan untuk memastikan mempunyai kewangan yang cukup bagi mendanai dan membiayai universiti dan pengurusan universiti yang kadangkala mencecah puluhan juta ringgit satu tahun. Jadi setakat ini kita sedang cuba untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan juga aset-aset yang dimiliki oleh pihak UNISEL dan alhamdulillah saya ingin memaklumkan walaupun berlaku penurunan star khususnya ketika pandemik dan di awal pandemik sampai lah kepada tahun 2021, di tahun 2022 kita telah kembali memperoleh star yang cukup atau pun star yang setara sebagaimana yang diperoleh sebelum pandemik berdasarkan daripada Laporan Kementerian Pengajian Tinggi berdasarkan beberapa injection-injection ataupun dengan izin ataupun beberapa naik taraf yang telah dilakukan oleh pihak universiti dan perancangan pihak Kerajaan Negeri sebagai contoh kita telah meningkatkan kualiti jaringan serta keter hubungan conectivity iaitu internet di Universiti Selangor dan ketika pandemik kita dapat menguruskan pengajian atas talian tanpa ada gangguan khususnya dari segi peserta-peserta dan juga maklumat-maklumat pelajar yang perlu mengikuti pendidikan di atas talian dan ketika pandemik juga kita mampu bertahan sehingga kita lihat trend dia, universiti-universiti swasta pada ketika itu termasuk di beberapa buah Negeri mengalami kekurangan pelajar yang serius. Alhamdulillah pada ketika itu kita mampu mendaftarkan hampir 600 orang daripada kadar waktu luar pandemik sekitar RM1,000.00 – RM1,500.00 kita daftarkan hingga 600 yang menyebabkan Universiti Selangor mampu untuk survive dan dapat diteruskan pada waktu selepas pandemik.
Untuk soalan kedua, kita memang menumpukan kepada pembangunan teknikal dan vokasional khususnya selepas Kerajaan Negeri Selangor membentangkan apa yang kita panggil sebagai Ecosystem Technical And Vocational di Negeri Selangor. Langkah awal yang dibuat adalah menubuhkan STDC setelah kita menjenama dan mengupayakan Kolej INPENS atau International INPENS Collage kepada Selangor Technical and Development Centre yang berpusat di 2 lokasi iaitu di Kuala Selangor dan juga Shah Alam dan di Shah Alam sebagai mana yang lazim saya sebut berulang kali kita menjalin kerjasama dengan Siemens, dengan Apple, dengan FESTO, dengan Technical University of Munich (TUM) dan juga tidak ketinggalan kita turut bekerja sama dengan The South System insyaAllah pada awal tahun ini, awal tahun hadapan atau akhir tahun ini. Dan dalam ucapan Belanjawan sebagai contoh kita telah berhubungan dengan Siemens untuk mengembangkan aplikasi mendix yang berpengkalan di New Zealand ataupun di Netherlands maafkan saya dan juga KNX Brussels sebuah syarikat aplikasi daripada Belgium yang merujuk kepada Building Automation sebagai penyediaan tawaran kursus yang memberikan pulangan serta gaji yang tinggi berbanding dengan teknikal kemahiran-kemahiran asas seperti membancuh simen, seperti menguruskan kenderaan dan sebagainya yang biasanya bertaraf gaji agak rendah berbanding teknologi-teknologi tinggi. Perkara ketiga yang
saya percaya cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan minat pelajar SPM kerana sebelum ini teknikal dan vokasional dianggap sebagai peluang kedua sedangkan di beberapa buah negara maju teknikal dan vokasional juga menjadi pilihan pertama untuk gred A students ataupun untuk pelajar-pelajar pintar dan cemerlang kerana sebahagian daripada content dan pengisian teknikal dan vokasional adalah hal ehwal berkenaan dengan sains, matematik dan teknologi dan ini adalah masalah Malaysia yang telah bertapak lebih 8, 10 tahun sebenarnya iaitu tentang pendidikan sains, teknologi dan matematik yang rendah. Ini masalah asasi yang sebenarnya perlu kita tangani bersama-sama dan kalau kita tak dapat tangkap mereka dan mengasuh minat mereka daripada sekolah menengah kemungkinan kita tidak akan mendapat pelajar-pelajar yang berkualiti sebaliknya pada hari ini sebagaimana yang dilatih di STDC khususnya untuk FESTO, untuk Siemens dan untuk Apple setakat ini kebanyakannya mereka yang telah graduate ataupun mereka yang telah lulus di peringkat universiti.
Jadi dalam penggal ini antara tawaran yang kita kemukakan tempoh hari ialah untuk masuk ke territory sekolah menengah mengasuh minat pelajar-pelajar dan ibu bapa supaya menukar paradigma TVET bukanlah peluang kedua sebaliknya TVET boleh dijadikan sebagai pilihan pertama yang menyajikan peluang pekerjaan yang tinggi. Terima kasih Ijok.
Soalan tambahan.
Ya, dipersilakan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Adakah Kerajaan...
Saya mohon maaf Yang Berhormat masa telah pun menunjukkan 11.31 sebenarnya dan telah pun melepasi masa yang ditetapkan. Saya mohon maaf. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah pun menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkat.
Dipersilakan Yang Berhormat Batu Tiga untuk menyambung perbahasan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan. Saya akan menyambung perbahasan saya yang berakhir semalam tidak sempat habis, kira macam filem Bollywood semalam baju lain, hari ini baju lain. Yang pertamanya saya juga ingin memohon sedikit.. gurau peruntukan tambahan sebab speaker ini agak
rendah sedikit dengan saya, saya percaya nanti Lembah Jaya juga berhadapan masalah yang sama sebab kami berdua tinggi sikit. Yang pertama Tuan Speaker, saya akan mulakan mengambil sedikit point tertinggal semalam berkaitan dengan latihan reskilling dan upskilling. Saya ingin memohon pihak Kerajaan juga memberikan tumpuan agar kita boleh melatih kumpulan-kumpulan rentan seperti warga emas, OKU, golongan miskin dan juga mungkin bekas banduan boleh kita masukkan agar sekurang-kurangnya kita boleh kurangkan peratusan pengangguran kini yang berada pada tahap 3.2% pada tahun 2022 dan kita sebenarnya telah melaksanakan penambah baikkan yang baik pada tahun 2020 pada 4.3% kini 2022 sebanyak 3.2%. InsyaAllah kita boleh turunkan dengan lebih rendah lagi. Kedua Tuan Speaker, saya ingin juga mengambil sedikit point tertinggal semalam berkaitan dengan penjagaan warga emas dan juga OKU. Saya tertarik dengan sedikit data daripada JKM yang mengatakan elaun ataupun sagu hati yang dibayar kepada Penyelia PAWE, Pusat Aktiviti Warga Emas dan juga Penyelia di PDK yang dikira hari ini agak rendah berbanding paras gaji minimum yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Saya membaca elaun penyelia di PAWE pada sebelum 2020 ialah sebanyak RM 600.00 dan pada tahun 2021 dinaikkan kepada RM 1,100.00 dan kini di PAWE mempunyai 17 penyelia dan 17 pembantu penyelia yang dikira sebagai paras gaji elaun yang sangat rendah. Kedua di PDK gaji penyelia pada tahun sebelum 2008 ialah sebanyak RM 500.00, 2008 – 2020 sebanyak RM 1,200.00 dan 2021 pindaan yang terbaru ialah RM1,500.00 sehingga hari ini. Namun petugas PDK yang dibayar elaun ketika hari ini hanyalah pada tahap RM1,200.00. Saya mohon pihak Kerajaan sekiranya boleh membantu pihak JKM dalam menyediakan elaun yang berpatutan supaya pihak JKM dapat menilai dan melantik penyelia-penyelia yang terlatih dalam bidang tertentu terutamanya bidang terapi ataupun pendidikan khas yang menjaga anak-anak istimewa supaya penyediaan perkhidmatan boleh diberikan dengan baiknya di PDK dan di PAWE. Seterusnya Tuan Speaker saya pergi kepada pengurusan banjir yang tidak sempat saya sebutkan semalam saya ingin mohon perincian.
Panjang lagi ke?
Ada 2 point lagi.
Ini yang terakhir atau ada lagi?
Saya pergi yang terakhir. Minta maaf.
Yang terakhir ya.
Saya ingat ada lagi 10 minit, tiada ya. Pembangunan sukan saya pergi yang terakhir. Saya dimaklumkan dan kita dengar pembentangan Belanjawan menyentuh tentang Kompleks Sukan Shah Alam saya ingin hanya menyebut beberapa point yang perlu
diperhalusi. Saya mengambil contoh di Batu Tiga, kita ada Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 yang baru sahaja menjuarai Piala Raja Muda dalam bola sepak dan juga memenangi Piala MSSD Hoki. Dan kedua ialah SMK Bukit Kuda yang juga kini dilantik sebagai Pusat Kecemerlangan Kriket. Namun di Shah Alam kita tidak ada fasiliti kedua-dua ini padang hoki dan padang kriket. Jadi saya mohon Kompleks Sukan Shah Alam dapat memberikan perhatian, supaya kita boleh masukkan fasiliti ini dan insyaAllah saya rasa dengan pembentangan Belanjawan yang dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, ia sedikit sebanyak akan meningkatkan sosioekonomi dan juga pembangunan di Negeri Selangor. Saya akhiri dengan dua rangkap pantun
Belanjawan 2024 sama-sama sepakat, membawa suara Negeri yang mampan, pembangunan berterusan rakyat berkat, Sidang Belanjawan membawa harapan,
Dewan terkumpul berbicara Ahli Dewan, Belanjawan disokong bahas mendalam, Tema Belanjawan memacu kemajuan, Selangor tercinta kasih menyulam.
Sekian dahulu Batu Tiga menyokong Belanjawan 2024, terima kasih.
Rawang. 15 minit ya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberi kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan Negeri Selangor tahun 2024 di Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, yang pertamanya saya ingin menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menyalurkan sumbangan RM1 juta ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diseliakan oleh Kementerian Luar Negeri. Usaha ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengurangkan kedukaan dan kesengsaraan rakyat di Palestin. Kerajaan Perpaduan ini telah menunjuk secara jelas bahawa keutamaan Negara sekarang adalah menuju kepada memangkin pembangunan mampan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi hijau dengan menongkah ke arah pengurusan peralihan tenaga dan kecekapan tenaga dan mendepani isu-isu berkait perubahan iklim. Hari ini terpanggil untuk saya fokus tentang peranan ESG iaitu dengan izin, Environmental Social dan Governance. Untuk pengetahuan semua, ESG merupakan satu kriteria yang diguna pakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi. Pada mulanya ESG hanya diguna untuk mencari pelabur yang berpotensi tetapi sekarang banyak syarikat besar di dagangkan di pasaran saham seluruh dunia melaporkan inisiatif ESG mereka dalam laporan syarikat. Kita boleh lihat dari tempoh 2021 sehingga September 2022 Malaysia telah mencatat pelaburan diluluskan bernilai 4.9 bilion dalam projek teknologi hijau yang dijangka mewujudkan
hampir 1500 peluang pekerjaan. Sebenarnya saya mempunyai kegusaran tentang kesedaran kita dalam melaksanakan ekonomi hijau. Persoalannya dasarnya adalah adakah penggunaan kaedah ataupun cara yang lama mampu sediakan kita untuk menempuhi cabaran masa depan. Saya rasa kita semua sedar bahawa, hanya fokus yang on target sahaja mampu menyelesaikan masalah sebaliknya target yang tidak berfokus tidak memberi kesan yang maksimum kepada kita. Kerajaan Negeri Selangor Kerajaan yang menyumbang KDNK pada Negara yang paling tinggi. Saya sangat berharapkan Kerajaan Negeri Selangor menjadi Kerajaan Negeri yang konsisten dalam meningkat pertumbuhan ekonomi hijau melalui proses memperkasakan lagi ESG dalam industri perkilangan termasuk mengetatkan pembangunan baru dengan syarat-syarat yang mengambil faktor alam sekitar seperti meningkatkan kegunaan elektrik hijau kerana industri ini penyumbang tinggi pengeluaran gas. Rumah hijau yang memberi kesan yang amat buruk kepada alam sekitar. Tuan Speaker, yang keduanya tentang penggunaan motosikal elektrik. Saya melihat dasar Belanjawan 2024 ini menunjukkan Kerajaan komited untuk memacu pertumbuhan Negara yang mampan dengan menekankan langkah-langkah insentif yang menyokong pertumbuhan ekosistem EV yang kondusif ke arah negara berpendapatan tinggi. Justerunya saya amat menyambut baik inisiatif Kerajaan Persekutuan yang memperkenalkan skim menggalakkan penggunaan motosikal elektrik untuk pemberian rebat RM2,400.00 kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM120,000.00 ke bawah. Hal ini kerana Malaysia mempunyai hampir 13 juta pengguna motosikal dari sebahagian populasi penduduk sekitar 33 juta orang. Malaysia juga merupakan Negara keempat tertinggi di dunia yang mencatatkan 83% isi rumah yang memilik sekurang-kurangnya satu motosikal rebat tersebut menjadi bahawa motosikal elektrik masih dalam kategori mampu milik dan praktikal untuk digunakan ke mana-mana destinasi sekalipun dalam aliran trafik yang sesak. Memandangkan mobiliti hijau menjadi antara bidang fokus di bawah Pelan Hala Peralihan Tuju Tenaga Negara bagi menggerakkan industri Hydro High Valley selain Kerajaan Persekutuan memain peranan mereka saya juga percaya Kerajaan Negeri perlu menyambut usaha ini dengan menggerakkan satu inisiatif untuk memudahkan cara penempatan infrastruktur pengecas motosikal elektrik. Selain daripada menggalakkan kegunaan kenderaan awam memperbanyakkan kegunaan motosikal merupakan satu cara untuk mengurangkan kesesakan tetapinya tidak menjadi pilihan utama adalah di atas sebab faktor keselamatan. Maka saya ingin mencadang agar Kerajaan Negeri dapat menelitikan dan mempercepatkan proses pembinaan kemudahan lorong motosikal seperti pernah dilakukan penunggang basikal supaya dapat menggalakkan kegunaan motosikal dengan meningkatkan aspek keselamatan penunggang dan elakkan daripada pengguna motosikal untuk mengguna lorong kecemasan. Kita memang sedia maklum bahawa lorong kecemasan dikhas untuk kenderaan pihak berkuasa sekiranya berlaku hal kecemasan selain ruang untuk pengguna lebuh raya berhenti sekiranya kenderaan mereka rosak. Bagaimanapun, dalam konteks keselamatan adalah lebih baik memisahkan kenderaan lain yang lebih besar seperti kereta, kenderaan berat yang berada di laluan sama dengan motosikal. Justerunya dasar dan sokongan Kerajaan berbentuk infrastruktur serta inisiatif EV
yang pelbagai pastinya menarik minat bukan sahaja rakyat namun pelabur-pelabur asing oleh syarikat besar dan syarikat-syarikat pemula untuk kekalkan produktif merancakkan penumbuhan ekosistem EV di Negara ataupun di Negeri ini selain untuk memastikan Negeri mampu mencapai karbon sifar seawal tahun 2050.
Tuan Speaker, saya juga mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri dalam melakukan penambahbaikan pengangkutan awam seperti perancangan Jajaran Rel KitaSelangor yang melibatkan kawasan Selangor Utara yang termasuk dengan kawasan Kuang dan Kuala Selangor. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM3 juta untuk pelaksanaan kajian keboleh laksanaan yang akan mengambil kira aspek perkhidmatan landasan jenis lokomotif ketesambungan kepada jajaran sedia ada serta sistem sokongan bagi memastikan penggunaan station adalah optimum yang tidak memakan kos yang tinggi dan radiation yang tinggi. Selain itu usaha Kerajaan Negeri dalam mengoptimumkan penggunaan Bas SmartSelangor serta penambahan van serta bas mini melalui perkhidmatan BRT mengikut laluan yang akan dikenal pasti oleh semua pihak Berkuasa PBT akan dikukuhkan dengan peruntukan sebanyak RM5 juta pada tahun 2024. Pengangkutan awam tidak memenuhi piawaian keselamatan wajar dibendung dari memberikan perkhidmatan piawaian keselamatan perlu ditentukan dan dilaksanakan melalui pemantauan yang berterusan dan serius. Laluan pejalan kaki yang sibuk dipantau dengan CCTV dan rondaan berterusan dan laluan yang kurang sibuk disediakan dengan tiang telefon kecemasan dan lampu yang secukupnya. Antara sukar untuk menarik pengguna kenderaan peribadi beralih ke pengangkutan awam kerana masalah dan kelemahan dalam ke saling hubungan antara kenderaan awam. Pengangkutan awam yang tidak selesa dan tidak menepati masa tidak akan dapat sambutan memuas daripada masyarakat awam yang kebanyakan menganggap hanya kenderaan peribadi dapat menawarkan keselesaan perjalanan. KPI berkaitan keselesaan haruslah melalui rujukan prestasi berkala oleh panel pakar penilaian yang sangat cerewet dengan aspek keselesaan supaya keyakinan masyarakat terhadap kegunaan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.
Tuan Speaker, yang keempat, saya ingin menyentuh sikit berkenaan dengan isu kawasan saya. Kawasan Bandar Country Homes disebabkan bilangan penduduk yang makin meningkat pembangunan perumahan yang makin padat maka untuk menampungkan permintaan untuk perkhidmatan pendidikan dan perubatan, maka saya ..
Yang Berhormat, lima (5) minit lagi ya.
Baik.
Guna masa dengan bijaksana.
Ada beberapa point sahaja ya, maka saya ingin memohon supaya Kerajaan dapat usahakan satu (1) buah Klinik Kesihatan dan juga
penambahan sekolah di kawasan ini. Untuk makluman Tuan Speaker, Sekolah Menengah Kebangsaan dan juga Sekolah Kebangsaan di Bandar Country Homes telah mencapai maksimum kapasiti yang sedia ada setiap sekolah telah mencecah lebih daripada 2000 murid dan Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan penduduk adalah lebih daripada 10 km daripada kawasan perumahannya. Yang akhir, saya ingin juga mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya, Majlis Perbandaran Selayang, JKR negeri dan juga Daerah Gombak serta JPS Daerah Gombak yang bertungkus-lumus untuk mencari penyelesaian isu kesesakan jalan dan juga isu banjir di kawasan Rawang. Beberapa projek tebatan dan juga naik taraf yang besar telah berjaya dilaksanakan seperti Kolam Takungan Banjir Sungai Gong, pelebaran Sungai Gong, naiktarafan Lebuh raya B27 yang telah berjaya dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti yang saya nyata tadi JPS, MPS dan juga JKR yang mereka melaksanakan tugasan dengan baik dan juga sempurna. Akhirnya, hari ini Rawang telah pisah dengan imej yang sangat negatif seperti dulu yang kerap berlaku banjir dan juga kesesakan jalan. Akhir kata, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri disebabkan Belanjawan tahun ini turut memperuntukkan untuk pembinaan kolam takungan di kawasan industri integrated Rawang dan juga naik tarafan missing link lebuh raya B27 untuk memberi lebih keselesaan kepada penduduk di kawasan Rawang. Akhirnya, Rawang menyokong Belanjawan Selangor 2024. Sekian, terima kasih.
Paya Jaras.
Ya, Paya Jaras.
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, saya ingin merujuk kepada Belanjawan Selangor 2024 yang telah dibentangkan dan saya ingin merujuk kepada Teras Kedua, “Mengangkat Pendidikan Bestari Menjamin Alam Lestari:. Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM94.25 juta untuk Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan RM2 juta untuk Jawatankuasa Tetap Modal Insan. Namun jumlah ini adalah kecil untuk perkara yang penting dan perlu dijelaskan program-program yang dilaksanakan. Siapakah yang menerima dan laporan impak program yang dijalankan. Saya ingin mengesyorkan sebab isu soal modal insan ialah soal yang besar, semoga ia ditambahkan lagi dengan mengambil kira jumlah penduduk, agensi Kerajaan dan swasta dan masyarakat daripada pelbagai lapisan. Berdasarkan bacaan saya, hanya tiga (3) kali sahaja istilah modal insan disebutkan dalam Belanjawan ini dan ini suatu perkara yang perlu diperbaiki bagi memastikan soal modal insan ini diberikan penumpuan yang besar dalam aspek Negeri Selangor.
Saya ingin merujuk kepada Perkara 219 iaitu Pembudayaan Sains dan Inovasi dan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah. Perkara ini adalah sangat penting khususnya di bawah pelajar yang
mengambil Jurusan Sains semakin sedikit dan kurangnya calon yang bagus dalam bidang aliran Sains. Isu ini perlu ditangani dengan segera dengan tumpuan diberikan kepada sekolah-sekolah yang di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu MITS dan juga SABK. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai EXCO Pendidikan yang menjaga pendidikan, apakah bentuk program yang dijalankan? Siapakah yang melaksanakan, dengan pihak mana dilaksanakan? Bagaimanakah diukur keberkesanannya dan apakah cukup dengan RM2 juta kerana pendidikan pembudayaan STEM ini kena bermula di peringkat rendah sehinggalah menengah. Dan ini perlu diberi tumpuan sangat serius oleh pihak Kerajaan Negeri kerana sebagai sebuah negeri yang maju dan mempunyai industri yang luas, isu soal pendidikan Sains dan Teknologi perlukan perhatian yang serius.
Tuan Speaker, saya memohon untuk disemak semula peruntukan ini kerana Negeri Selangor akan kerugian sumber manusia dan kepakaran sains pada masa hadapan. Pada 27 Oktober 2023 baru sahaja benda ini dilaporkan, hanya 15.2% pelajar Tingkatan 3 yang mengambil aliran Sains di Tingkatan 4 pada sesi 2023-2024. Kesannya, jumlah pelajar yang mengambil zon STEM di peringkat Pengajian Tinggi juga akan berkurangan secara signifikan. Ini perkara yang perlu diberi perhatian kerana berdasarkan kepada apa yang kita dapat, isu kesedaran pendidikan sains dan teknologi ini perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri kerana kita mempunyai tenaga sumber yang banyak tetapi kalau mereka ini tidak diberikan peluang daripada awal maka akan ramai lah yang akan lari daripada bidang Sains ke bidang Sains Sosial. Ini perkara yang amat membimbangkan untuk jangka masa panjang.
Tuan Speaker, UIS telah pun dinaiktarafkan kepada Universiti penuh pada tahun ini. Tahniah kepada UIS ataupun Universiti Islam Selangor. Tahniah kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Ahli Lembaga Pengarah UIS yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UIS, Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tahniah kerana telah mencapai satu tahap yang tinggi di dalam bidang pendidikan. Namun begitu saya ingin mengesyorkan supaya UIS ini ataupun Universiti Islam Selangor diberikan peruntukan yang konsisten dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun pertama untuk memastikan UIS ini terus cemerlang pada masa hadapan. Di dalam Perkara 247, Kerajaan Negeri di dalam Belanjawan ini memperuntukkan RM9 juta sahaja bagi projek naiktaraf dan membaik pulih dan menambah infrastruktur bagi tiga (3) buah IPT di Negeri Selangor. Pada saya, peruntukan RM9 juta ini sangat kecil untuk tiga (3) buah IPT. Kos one-off yang diberikan tidak konsisten. Pada setiap tahun dan memerlukan satu peruntukan tetap dalam melaksanakan perkara ini. Sebagai contoh, dalam membangunkan LMS atau Learning Management System, kos asas adalah sebanyak RM5 hingga RM6 juta. Itu untuk membangunkan LMS yang terkini, dengan izin, Tuan Speaker. Tak masuk lagi soal Makmal Sains Teknologi, Makmal Bahasa, Makmal Al-Quran, Makmal Halal, Bengkel dan sebagainya. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini ditambah sebab dengan reserve kewangan yang tinggi, saya yakin UIS akan terus cemerlang pada masa hadapan. Dengan jumlah pelajar semakin meningkat, saya
mencadangkan UIS diberikan peruntukan one-off tambahan sebanyak, pada tahun 2024 sebanyak RM10 juta lagi untuk meningkatkan taraf kemudahan fasiliti yang ada di UIS dan membangunkan Kampus Learning Management System sesuai dengan status sebuah universiti baru.
Tuan Speaker, program Tuisyen Rakyat ini adalah program yang baik namun begitu, pada saya ia perlu disemak semula dengan lebih baik lagi. Pertama, apakah model pelaksanaan tuisyen ini? Adakah pelaksanaan program ini memerlukan model baharu? Apakah masih sama sepuluh (10) tahun? Adakah teknologi berteraskan kepada PTSI ini akan dijalankan atau secara konvensional atau hibrid? Apakah perlu diadakan satu program khusus kepada Sains Matematik untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, laporan Pensyarah UKM menyatakan bahawa pengawasan asas yang lemah dalam Sains dan Matematik antara faktor kemerosotan jumlah pelajar memilih aliran Sains di peringkat sekolah menengah. Tuan Speaker, satu perkara lagi yang saya ingin tambahkan ialah tentang Program Ikhtisas 2024. Satu perkara yang baik namun perlu ada diberikan perhatian iaitu apakah perancangan semantik yang perlu dilakukan dalam melaksanakan perkara ini. Tuan Speaker dalam masa ini, saya ingin menyentuh tentang dua, tiga program yang iaitu soal infra, ini di kawasan saya. Saya menyentuh infra yang sering disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Damansara, Kajang, Sijangkang serta para penduduk di kawasan Paya Jaras. Jalan raya dan sistem perparitan yang ada perlulah diselenggara, dipantau dan diperbaiki dengan segera. Ini terutama dalam mencapai usaha membangunkan lembah raya Klang yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Satu keperluan segera yang mendesak ialah untuk memperbaiki dan menaiktaraf Jalan Gajah 23 yang menghubungkan Paya Jaras dengan Kota Damansara. Jalan ini merupakan jalan utama kepada penduduk. Persoalannya, apakah isu ini akan berlarutan? Dan bagaimana mahu uruskan isu ini dengan segera? Saya mohon kepada Kerajaan Negeri agar memberikan peruntukan khas
Paya Jaras, Paya Jaras.
Ya, silakan.
Paya Jaras, Yang Berhormat Paya Jaras, setuju tak dengan saya apabila hendak selesaikan isu jalan di Kota Damansara, dia kena jalan serentak, concurrently dengan izin, bersamaan Paya Jaras dan Kota Damansara. Sebab ada yang duduk di Paya Jaras, bekerja di Kota Damansara, ada yang Kota Damansara dia melalui Paya Jaras. Jadi, kalau nak selesaikan isu ini dia kena sekali berdua-dua walaupun kami parti yang berbeza tetapi untuk isu rakyat yang sama ini saya rasa kita boleh dapat satu persetujuan untuk melakukan secara bersama.
Terima kasih Kota Damansara. Saya amat bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Semoga perkara Jalan Gajah 23 ini memang cukup popular yang sering ditanya oleh kedua-dua pihak iaitu sama ada Paya Jaras atau Kota Damansara. Dan saya mengharapkan kelulusan khas diberikan kepada Jalan Gajah 23 ini untuk diberikan perhatian dan peruntukan, saya mohon kepada di dalam Dewan ini semoga peruntukan di dalam Belanjawan diberikan secara khusus. Tuan Speaker, saya hendak menyentuh sedikit sebelum berakhir ini, iaitu berkaitan dengan soal longkang dan parit di kawasan Paya Jaras dan sekitarnya yang tidak diselenggara dengan baik. Kerana kekurangan peruntukan saya memerlukan jaminan daripada Kerajaan Negeri agar agensi-agensi Kerajaan yang ada di daerah Petaling, Gombak dan juga Kuala Selangor diberikan peruntukan mencukupi bagi menyelenggara banjir yang sering berlaku dan ini adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dan saya harap isu-isu banjir ini dapat diselesaikan. Berdasarkan kepada perbincangan perbahasan ini, rata-rata perbincangan menyuarakan dua (2) perkara, iaitu soal infra, jalan raya dan soal sampah dan juga perparitan. Dan perkara ini perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan perkara ini diberikan tumpuan dalam bajet akan datang.
Keempat, isu anjing liar di kawasan PBT dan ini berlaku di rata-rata tempat dan saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan perhatian agar isu anjing liar yang semakin banyak ini diberikan perhatian dan saya memohon peruntukan tambahan kepada semua PBT supaya dapat melantik kakitangan yang baru bagi menangani perkara-perkara yang berkaitan anjing liar termasuk juga isu babi liar, monyet yang sering menyerang kawasan perumahan dan perkara ini perlulah suatu perbincangan dan pelaksanaan secara komprehensif agar semua pihak dapat mengatasi masalah ini. Tuan Speaker, Perkara 74 menyentuh tentang soal bola sepak. RM10 juta telah diperuntukkan kepada SFC. Namun pada saya, jumlah tajaan ini perlulah ditambah bagi memastikan bola sepak Negeri Selangor terus gemilang. Saya sebagai penyokong tegar Selangor dan juga Liverpool, maknanya saya sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia pun Liverpool juga. Saya yakin SFC, sebab dia never walk alone kan, dengan izin Tuan Speaker. Semasa, ini saya cadangkan, saya yakin dengan kepimpinan SFC yang sedang menerajui SFC ini akan dapat membawa SFC ke arah yang lebih cemerlang. Dengan syarat suntikan dana yang mencukupi bagi memastikan SFC mampu kembali sebagai Red Giant, sebagaimana zaman-zaman kegemilangan Selangor dalam era bola sepak negara.
Yang Berhormat, jaga masa lima (5) minit lagi ya.
Tuan Speaker, hujung dah. Sebelum itu saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, kalau dapat, tambah lagilah bajet untuk SFC ini sebab kita hendak lawan JDT dan kita harap satu masa nanti saya hendak pergi ke Stadium kembali, dengan logo dulu, saya Tuan Speaker, kalau main bola Stadium Merdeka, tiap-tiap malam pergi. Hujan ribut petir, tetapi sekarang ini kita hendak kembali balik, kita hendak bangun balik sebagaimana kita
menjuarai Piala Malaysia dan Liga Super. Ini dapat dilakukan dengan kerjasama oleh semua pihak dan saya yakin ini akan memberikan kejayaan kepada Selangor. Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di kawasan Paya Jaras yang telah memberikan sokongan kepada saya sebagai Ahli Dewan Negeri Paya Jaras dan memberikan kepercayaan kepada saya mewakili Perikatan Nasional di dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
Terima kasih. Balakong.
Baik, terima kasih Tuan Speaker. Balakong ingin mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024. Pertama sekali Balakong ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO kerana telah menyediakan satu belanjawan yang bukan sahaja memacu kemajuan, malahan memicu perpaduan.
Balakong ingin menyentuh beberapa intipati belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang pertama, Jawatankuasa Pemulihan Projek terbengkalai. Tuan Speaker, memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi kebanyakan individu yang sekali gus bakal menjadi komitmen kewangan terbesar bagi sesebuah keluarga. Namun, di sebalik keindahan gambaran masa depan menikmati hidup di kediaman milik sendiri ramai juga yang kecewa apabila projek pembinaannya terbengkalai. Isu ini menghimpit nasib pembeli apabila pembeli terbabit ini terpaksa membayar ansuran pinjaman bank malahan terpaksa menyewa pula di tempat lain. Balakong melihat penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai satu inisiatif yang baik apabila sebanyak 101 projek telah diselesaikan. Walau bagaimanapun bukan semua projek terbengkalai itu dapat penyelesaian dalam masa yang singkat. Oleh itu, Balakong berpandangan dan bercadang supaya Kerajaan Negeri Selangor turut harus memberi khidmat nasihat kepada para pembeli yang terbabit untuk membatalkan pembelian dan menuntut semula wang deposit yang telah dibayarkan serta mengkaji satu mekanisme untuk membantu pembeli-pembeli ini, untuk membatalkan pinjaman bagi membolehkan mereka memohon semula pinjaman untuk pembelian rumah lain.
Kedua, Kesihatan Awam. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan cakna terhadap kesejahteraan dan kesihatan warga Selangor. Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Selangor telah mencadangkan untuk memperuntukkan sebanyak RM59.7 juta bagi melaksanakan program-program kesihatan awam pada tahun 2024. Balakong menyokong inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperluas manfaat hospitalisasi kepada para Penerima ISS sehingga RM10 ribu setahun di hospital panel yang terpilih. Selama ini, sejak tahun 2009 di bawah Inisiatif Bantuan Sihat Selangor ramai pesakit yang terlibat dalam pembedahan dan dialisis telah diberikan bantuan kewangan bagi meringankan beban pesakit serta keluarga mereka. Untuk kedua-dua Bantuan Sihat Selangor dan juga manfaat hospital lisasi bagi Penerima ISS, Balakong ingin mencadangkan supaya senarai hospital panel dapat diperluaskan lagi bagi
memanfaatkan lebih ramai pesakit. Begitu juga kepada Hospital Panel bagi Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor. Selain itu, Balakong juga ingin mencadangkan supaya Tabib Cina atau pun TCM turut dipertimbangkan untuk dimasukkan sebagai Panel bagi Program Iltizam Selangor Sihat. Balakong juga ingin mencadangkan supaya Program Selangor Saring Percuma dapat diperkenalkan di peringkat institusi pengajian tinggi yang berada dalam Negeri Selangor.
Ketiga, membaik pulih cerun. Tuan Speaker, Balakong menyambut baik rancangan program pembangunan jalan yang diperuntukkan untuk kerja-kerja bukan fizikal di seluruh Negeri Selangor termasuk kerja membaik pulih cerun. Untuk itu, Balakong ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Selangor tentang satu kejadian tanah runtuh di cerun Pangsapuri Indah Court, Taman Damai Indah yang telah berlaku pada 31 Oktober yang lalu. Balakong ingin memohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk membaik pulih cerun tersebut dengan segera.
Keempat, Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi Selangor (HPIPT). Insentif HPIPT ini telah menunjukkan kesungguhan Negeri Selangor terhadap masa depan anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah melakukan penambahbaikan iaitu melonggarkan syarat kelayakan dari segi pendapatan minimum isi rumah daripada RM3,000 ke bawah kepada RM5,000 ke bawah. Ini berasaskan tekad Kerajaan Negeri Selangor supaya lebih ramai pelajar dan keluarga akan menerima manfaat daripada hasil Kerajaan Negeri. Balakong ingin mencadangkan supaya insentif HPIPT dapat diperkembangkan lagi kepada anak-anak muda yang melanjutkan pengajian ke peringkat pasca siswazah secara sepenuh masa bagi meringankan beban mereka yang tidak pendapatan tetap.
Tuan Speaker, seterunya Balakong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang penipuan dalam talian dan jenayah siber yang semakin berleluasa di negeri, di negara kita. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Bukit Aman telah merekodkan peningkatan sebanyak 23% kes jenayah dalam talian bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini. Jumlah berkenaan membabitkan lebih daripada 15,000 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu meningkat kepada 19,224 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM687 juta. Jenayah siber dan penipuan dalam talian ini berlaku kerana segelintir mangsa yang terbabit itu kekurangan pengetahuan terhadap teknologi maklumat serta kemahiran pengendalian komputer. Manakala kebanyakan penjenayah siber ini adalah daripada golongan yang pakar. Mangsa-mangsa ini sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber kerana mereka tidak ketahui cara-cara untuk mengelakkan diri daripada ancaman jenayah siber dan tertipu dengan laman web atau pun aplikasi telefon pintar tiruan. Malahan mereka juga berkongsi maklumat peribadi dan maklumat bank kepada pihak ketiga. Untuk itu, Balakong mencadang supaya Kerajaan Negeri turut mencontohi langkah Kerajaan Pusat dalam menyediakan satu peruntukan bagi membanteras jenayah siber serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sindiket-sindiket jenayah siber.
Tuan Speaker, Balakong berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menggerakkan Inisiatif Projek Selangor Penyayang. Inisiatif ini adalah penting dalam meningkatkan kualiti kemudahan awam serta pembinaan prasarana baharu. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mencadangkan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk kegunaan membaik pulih kemudahan awam dan jalan-jalan luar bandar dan ditambahkan lagi dengan ketetapan khas bahawa setiap PBT akan menggunakan 10% dari reserve untuk tujuan membaik pulih infrastruktur dan kemudahan awam. Untuk itu, Balakong berharap agar ADUN-ADUN turut diberikan penglibatan untuk mencadangkan prasarana-prasarana yang perlu dibaik pulih. Di Balakong misalnya terdapat 7 kampung iaitu 5 kampung baru dan 2 kampung tradisi yang jalan-jalannya, longkang-longkangnya dan balai-balai masyarakatnya serta kemudahan-kemudahan sukannya yang perlu dibaiki segera.
Menyentuh mengenai pelaburan dan industri di Negeri Selangor, kita sedia maklum bahawa kerajaan sedang rancak menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) di Kuala Langat, Klang dan Gombak yang berkeluasan sejumlah 3.38 ekar. MIP ini menawarkan insentif kepada Pemaju Hartanah dan pelabur yang beroperasi di sini. Ini, dilihat sebagai satu inisiatif yang proaktif untuk kita meningkatkan nilai pelaburan dalam dan luar negara serta prestasi perdagangan di Selangor. Saya ingin mendapatkan gambaran yang lebih lanjut apakah insentif-insentif yang disediakan di MIP ini dan sejauh manakah ianya dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Mengenai sektor Aeroangkasa, Malaysia telah mengorak langkah dengan perkenalan pelan tindakan industri Aeroangkasa Malaysia 2030 pada tahun 2015. Kini Selangor mempunyai hampir 70% daripada semua Syarikat Aeroangkasa bertapak di 3 taman industri iaitu Sepang, Serendah dan Subang. Nilaian perdagangan dan kualiti pekerjaan sektor ini sangat tinggi dan rata-rata pekerja yang berada dalam sektor ini adalah warga tempatan. Apakah ada usaha yang lebih jelas dan tersusun supaya warga tempatan dapat memperoleh lebih banyak manfaat seperti permintaan teknologi daripada syarikat-syarikat luar yang kini bertapak di Selangor.
Tuan Speaker, akhir sekali Balakong ingin menyentuh tentang Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show. SIBS dan Selangor Aviation Show adalah satu kebanggaan kepada Negeri Selangor dan ianya telah berjaya membawa nama Selangor ke peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja kedua-dua SIBS dan Selangor Aviation Show telah membantu merancakkan ekonomi Negeri Selangor. Buktinya SIBS tahun 2023 telah mencatatkan potensi transaksi sebanyak RM4.9 bilion melalui 32 perjanjian persefahaman. Begitu juga Selangor Aviation Show, 28 perjanjian persefahaman dengan nilai RM823 juta telah dimeterai.
Oleh yang demikian, Balakong melihat peruntukan kepada kedua-dua SIBS dan Selangor Aviation Show ini bukan setakat expenses, tetapi ianya satu pelaburan berimpak besar yang akan membawa pulang hasil kepada Kerajaan Negeri. Ini
terbukti apabila kita menyaksi pada tahun 2022 Selangor telah menerima nilai pelaburan berjumlah RM60 bilion sekali gus mencipta lebih daripada 19 ribu peluang pekerjaan dan menjadi Negeri Selangor sebagai penyumbang KDNK Utama Negara.
Tuan Speaker dengan itu Balakong menyokong Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024. Sekian, terima kasih.
Kota Kemuning.
Terima kasih Tuan Speaker. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri dan semua penjawat-penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan Selangor 2024, di bawah terma “Selangor Mandiri, Memacu Kemajuan dan Memicu Perpaduan”. Setiap teras perangkaan belanjawan ini, adalah cukup mantap dan memberikan kepada keprihatinan rakyat dan membangun dan pembangunan Negeri Selangor.
Tuan Speaker, saya amat bersyukur kerana Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencerminkan sebuah kerajaan yang seimbang dan mewakili semua kaum di Negeri Selangor. Ini mencerminkan asas perlembagaan persekutuan yang menjamin hak semua kaum dan bukan seperti sesetengah pihak yang memilih isu-isu kepentingan kaum tertentu sahaja dan cuba memecah belah perpaduan negara ini dan yang telah dipertahankan semenjak merdeka lagi.
Di samping itu, Kerajaan Negeri Selangor hari ini juga dapat menikmati kesinambungan dengan kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Kita iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kekuatan kepada Kerajaan Negeri Selangor di mana bantuan dan sokongan kerajaan persekutuan ia lebih memudahkan Kerajaan Negeri Selangor menjalankan insiatif-inisiatif dengan kadar skala yang lebih besar dan lebih lancar.
Contohnya bantuan untuk tebatan banjir di Selangor di mana Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion baru-baru ini. Kerajaan Negeri Selangor harus ambil iktibar ataupun pengajaran daripada kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi Kerajaan Persekutuan pada Februari 2020 melalui Sheraton move atau dikenali pintu belakang. Walaupun Perikatan Nasional memimpin Kerajaan Persekutuan untuk satu tempoh yang agak panjang tetapi mereka masih gagal mengatasi masalah bekalan air bersih serta bencana air di negeri-negeri yang dipimpin oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
Amat jelas Tuan Speaker, ada pihak yang memang tidak percaya kepada konsep tatakelola, good governance dengan izin, kerana kerajaan pimpinan Perikatan Nasional wang jana wibawa kita tak tahu ke mana. Saya ulang tak tahu ke mana apa entah lagi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menyebabkan Kerajaan Persekutuan menanggung hutang yang lebih kurang RM1.5 trilion. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada majoriti rakyat Malaysia Selangor dan DUN Kota Kemuning yang telah memilih Kerajaan Perpaduan yang satu-satunya kerajaan yang menjamin kesejahteraan, keharmonian negara ini dan akhirnya rakyat telah menyelamatkan negara daripada kerajaan tak tahu ke mana.
Tuan Speaker, saya juga bersyukur bahawa dalam Belanjawan 2024 Kerajaan Negeri telah memberikan perhatian kepada infrastruktur berdaya tahan bagi mengatasi risiko perubahan iklan...iklim dan sebanyak RM65 juta telah diperuntukkan antaranya untuk projek tebatan banjir. Masalah banjir bukan masalah remeh. Ia merampas harta benda memusnahkan taman tanaman meragut nyawa manusia dan memberikan kesan besar kepada ekonomi Selangor dan juga Malaysia. Setiap kali banjir melanda kita kehilangan lebih daripada sekadar harta benda. Rakyat kehilangan harapan dan masa depan mereka. Rakyat Selangor tidak sepatutnya terus hidup dalam kebimbangan semasa musim banjir. Seperti yang diketahui umum kawasan DUN Kota Kemuning salah satu tempat yang mengalami banjir yang paling teruk di tahun 2021 khususnya di Taman Sri Muda, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Lanchong Jaya, kawasan lot-lot Jalan Batu 8, Bukit Kemuning, Taman Bukit Kemuning, Indah Residences, Kampung Baru Hicom dan beberapa kawasan lain. Sehingga hari ini trauma tersebut masih belum hilang daripada ingatan penduduk di kawasan DUN Kota Kemuning. Baru-baru ini, Tuan Speaker, seramai 22 ahli keluarga penduduk di Kampung Bukit Lanchong terpaksa dipindah ke pusat penempatan sementara kerana air masuk ke dalam rumah sehingga paras lutut. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan EXCO yang memulakan projek fasa pertama di bawah Pelan Tindakan Banjir Shah Alam atau dikenali sebagai Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan (SAsud) yang membabitkan pembinaan 2 pam dan kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda pada Disember Tahun 2022 serta penambahbaikan pam di Kampung Bukit Lanchong dan Taman Bukit Kemuning. Di samping itu, Kerajaan Negeri Selangor juga telah memulakan proses pembersihan dan pendalaman Sungai Klang sepanjang Taman Sri Muda melalui projek Selangor Maritime Gateway. Namun demikian, saya pohon pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan penjelasan bagi bilangan projek yang dimulakan di kawasan DUN Kota Kemuning yang masih tidak dapat diselesaikan. Antaranya, pertama pada lokasi 25-11 Jalan Srikandi 3 skru pam telah habis dipasang tetapi pam tersebut tiada bekalan elektrik oleh itu tiada dapat berfungsi. Kedua di Jalan Persiaran Aman bersebelahan dengan surau At-Taqwa dan di Jalan Persiaran Budiman, Seksyen 25, projek tersebut masih belum diselesaikan.
Ketiga, di kawasan Taman Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Lanchong, pam di kunci air berjalan tetapi tak dapat menyelesaikan masalah banjir. Di kawasan lot-lot Bukit Kemuning dan Indah Resident pula longkang-longkang air monsun tersumbat kerana tiada penyelenggaraan daripada pihak PBT dan JPS. Saya faham, mengatasi masalah banjir bukan perkara mudah tetapi perkara yang penting ia memerlukan kerjasama antara kerajaan, pakar-pakar teknikal dan masyarakat setempat. Namun demikian, adalah tugas kerajaan untuk memastikan pembangunan infrastruktur yang kukuh dan sistem pengurusan air yang cekap supaya rakyat tidak perlu risau harta mereka mungkin musnah dibawa arus. Sebagai contoh, Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan jumlah kerosakan harta-benda disebabkan banjir adalah RM6.1 bilion. Jumlah ini bersamaan dengan 0.4% GDP. Pada pendapat saya kita tidak perlu membayar harga itu setiap kali banjir. Kita perlu membuat persediaan yang baik dan segera. Ia dapat menggunakan wang tersebut pada hal yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh merujuk kepada negara-negara yang mengalami banjir yang amat serius contohnya di negara China. Untuk mengatasi isu banjir negara mereka, negara China sedang membangunkan bandar mereka yang dikenali Sponge Cities. Konsep Sponge Cities adalah bandar yang menggunakan tumbuhan untuk meresap air semasa hujan. Jika tiada tumbuhan, jalan raya dibina dengan bahan yang dapat meresap air supaya air boleh memasuki tanah di bawah. Sponge Cities ini bukan sahaja dilaksanakan di China malahan di New Zealand, Cardiff dan Kanada untuk mengatasi masalah banjir. Jika bandar-bandar di Selangor boleh dijadikan Sponge Cities ia dapat meringankan beban pam banjir dan menguruskan kenaikan paras air dan merendahkan risiko banjir. Selain daripada meringankan beban pam tersebut, syarat ini bukan sahaja ia lebih lestari kerana sumber tenaga dapat mengoperasi pam, dapat dijimatkan kerana air masuk ke dalam tanah. Mungkin pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan ini. Cadangan yang kedua, saya juga pohon supaya kerajaan memberikan perhatian untuk menyediakan kawasan kolam takungan atau tadahan air di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot banjir khususnya di DUN Kota Kemuning yang mana serba sedikit dapat mengurangkan pengaliran air yang banyak ketika hujan yang lebat.
Tuan Speaker, saya menyeru Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan projek-projek yang sudah dimulakan dan harus tegas dalam mengambil tindakan terhadap kontraktor-kontraktor yang gagal untuk melaksanakan kerja-kerja mengikut masa yang ditetapkan dan juga mempertimbangkan cara-cara baru untuk menguruskan kenaikan paras air demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor khususnya di DUN Kota Kemuning. Saya juga ingin berkongsi satu pepatah Inggeris, dengan izin Tuan Speaker, “treatment without a prevention is simply unsustainable”. Kita merawat kerugian disebabkan oleh banjir kita seharusnya mengambil langkah untuk mengelakkan banjir berlaku dengan itu kita tidak perlu menangani kerugian yang diakibatkan olehnya. Oleh yang demikian saya pohon Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya dan secepat mungkin.
Isu kedua adalah isu trafik, Tuan Speaker. Negeri Selangor kita dapat lihat membangun dengan pesat di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di mana kita dapat menyaksikan pembangunan serantau bersepadu di selatan Selangor iaitu ..
Yang Berhormat, jaga masa. Teruskan.
Okay, integrated development. Tuan Speaker, saya minta Kerajaan untuk mengkaji dan membuat telitian terhadap impak kesesakan jalan raya dan penelitian sama ada rangkaian jalan raya yang sedia ada dapat menampung pembangunan yang sedang kita saksikan. Tuan Speaker, pada masa ini saya ingin menyeru kerajaan Negeri dan PBT untuk memberi perhatian yang secukupnya untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya di Kota Kemuning. Penduduk di Kota Kemuning terpaksa menghabiskan masa lebih kurang 1 jam ketika waktu puncak, peak hours, dengan izin. Sepanjang Persiaran Anggerik Mokara, Persiaran Anggerik Oncidium dan Persiaran Anggerik Eria telah diklasifi, sorry, di classify sebagai keadaan F dalam analisa persimpangan tahun 2022. Oleh itu saya pohon Kerajaan Negeri untuk menguruskan keadaan trafik di Kota Kemuning dan juga kalau boleh menggunapakai satu...
Yang Berhormat, mohon mencelah. Ada pertanyaan sedikit.
Yes, yes.
Boleh dibenarkan?
Boleh.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya telah mendengar dengan teliti hujah-hujah dan juga perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya agak musykil sedikit daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat tadi seolah-olah Yang Berhormat menyalahkan PBT yang menjaga Kota Kemuning dan kawasan sekitarnya. Sebab Yang Berhormat sebut banyak selenggaraan tidak dibuat dengan baik oleh PBT. Itu yang pertama, yang keduanya, kontrak-kontrak yang dijalankan tidak menepati syarat-syarat dan masa yang ditetapkan. Keseluruhan pertuduhan ini ditujukan secara khusus kepada Kerajaan Negeri dan juga PBT yang menyelenggara kawasan Yang Berhormat Jadi saya cuma nak pengesahan apakah itu sebenar-benarnya pertuduhan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat? Itu yang pertama. Yang keduanya, saya mungkin tersalah dengar tadi – 23 keluarga daripada Kampung Bukit Lanchong telah dipinda. Kategori pindaan apa yang dibuat kepada 23 keluarga itu tadi? Terima kasih.
Saya menjawab isu kedua dulu. Isu kedua, dipindah sementara kerana hujan. Pindah, ya. Dan isu pertama, ya, sorry, boleh? Isu pertama, itu adalah isu yang telah dibangkitkan dan saya perlu penjelasan itu kerana kalau Yang Berhormat dengar perkataan pertama saya minta adalah penjelasan berkenaan dengan isu yang dibawa oleh penduduk di DUN Kota Kemuning.
Yang Berhormat teruskan.
Okay.
Silakan. Perenggan terakhir.
Dengan adanya komitmen Kerajaan Negeri untuk memberdayakan AI, artificial intelligent, saya mencadangkan Kerajaan Negeri untuk membuat kajian satu sistem yang dikenali Intelligent Transport System (ITS) yang mana sistem ini menggunakan sensor, kamera dan sistem kawalan dan data analytic untuk maksimumkan kecekapan rangkaian jalan, memantau, menguruskan aliran trafik. Sistem ini telah pun digunakan di Singapura. Isu seterusnya, Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan pembuangan sampah. Saya percaya terdapat banyak inisiatif telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk ke arah, dengan izin, clean state untuk menggalakkan aktiviti kitar semula. Saya percaya inisiatif ini perlu diseragamkan dengan penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah-sarap yang lebih tegas di mana DUN Kota Kemuning khususnya sepanjang Jalan Batu 8, Kemuning menjadi salah satu tempat pembuangan sampah haram yang teruk walaupun pihak KDEB kerap membersihkan sampah-sarap di kawasan tersebut tetapi mereka yang tidak bertanggungjawab ini berani membuang sampah di bawah papan tanda tempat larangan buang sampah. Persoalannya apakah tindakan lain yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian pembuangan sampah. Saya mohon cadangan dan mohon cadangkan kepada Kerajaan Negeri dan PBT untuk mengkaji semula Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, Pelupusan Sampah contohnya Seksyen 22 Undang-undang Kecil Pungutan, dan Pembuangan Sampah dan Pelupusan Sampah-Sarap kerana undang-undang kecil ini adalah cukup rendah
Yang Berhormat boleh ringkaskan tak sebab isu tentang pembuangan sampah memang telah pun dibangkitkan banyak kali. Boleh ringkaskan tak?
Ya, so saya minta menyeru Kerajaan Negeri memulakan perbincangan dengan kadar segera dengan Kerajaan Perpaduan memandangkan, untuk memindahkan Seksyen 104 Akta Kerajaan Tempatan untuk membenarkan pindaan kepada Akta Undang-undang Kecil di mana jumlah panelti yang dikenakan di bawah Undang-undang Kecil dan Akta Kerajaan sedia ada adalah
cukup rendah dan tidak memadai dan memberikan pengajaran sewajarnya kepada pembuang-pembuang sampah haram ini. Seterusnya, saya juga
Yang Berhormat lagi ada?
Ada lagi dua isu.
Ataupun boleh bahas dalam peringkat jawatankuasa ataupun usul pembangunan nantilah.
Baik.
Ada lagi peluang ya. Terima kasih ya.
Terima kasih.
Jadi Yang Berhormat sokong ya?
Okay, I’ll finish out that last part.
Silakan, silakan.
Dengan ini saya merumuskan perbahasan saya dengan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menampilkan Belanjawan 2024 yang saya sifatkan dengan izin, good governance, accountable dan transparent. Sekian, Kota Kemuning menyokong penuh Belanjawan 2024.
Sungai Burong?
Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia. Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera. Saya mulakan perbahasan ini dengan isu Palestin. Isu Palestin bukanlah sekadar membaca Al-Fatihah dan bertafakur di awal Sidang bahkan memakai mafla sebagai tanda solidariti, tetapi ianya lahir daripada sebuah keikhlasan dan dijelmakan dengan tindakan yang utuh. Dana sumbangan oleh Kerajaan Negeri wajar disumbangkan seperti yang pernah dilakukan dahulu pada 2021 sasaran RM1 juta dan baru-baru ini juga telah disumbangkan tetapi kerosakan yang lebih dahsyat pada kali ini sewajarnya diberikan dana yang lebih seperti tahun 2014 sebanyak RM2 juta ataupun lebih. Bantahan sebahagian ADUN PKR di Selangor daripada ADUN Rawang dan Kajang bagi minggu solidariti Palestin di bawah KPM juga seolah bertentangan dengan semangat pembebasan bumi Palestin yang sudah dijajah tak kurang 75 tahun. Keboborkan ini perlu kepada sebuah penjelasan yang tuntas daripada kerajaan. Yang Berhormat Speaker, penglibatan PKR dengan liberal international yang menyokong
Israel dan tindakannya perlu diperjelaskan di media-media rasmi supaya semangat perjuangan rakyat Palestin yang menuntut kemerdekaan tanah air ini tidak diputar belit oleh pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri.
Mencelah
Inilah keikhlasan yang perlu diterjemahkan
Yang Berhormat Rawang mencelah...
Yang saya maksudkan tadi...
Yang Berhormat Rawang mencelah.
Belum. Bagi membuktikan bahawa kita
Sungai Burong tidak benarkan, Rawang duduk.
Bagi membuktikan bahawa kita, semua sehati sejiwa dalam memberi Solidariti kepada rakyat Palestin kini. Isu ini isu umat Islam teramai, dalam dan luar negara. Selagi kerajaan cuba mengabaikan tuntutan rakyat teramai dan cuba membuat provokasi kepada umat Islam dan penganutnya yang teramai selagi itu lah teras keempat mengangkat kesatuan ummah tidak dapat dicapai. Ia hanya tinggal slogan dan sebuah harapan yang palsu. Oleh sebab itu, Imam Ibnu-Khaldun dalam kitabnya mukadimah mensyarahkan hadis yang berbunyi (Ayat Hadis) “pemimpin mestilah daripada bangsa Quraisy adalah merujuk kepada bangsa yang paling dominan”. Walaupun di dalam konteks Negeri Selangor, bangsa yang dominan tidak menguasai Negeri Selangor tetapi setidak-tidaknya aspirasi masyarakat Melayu Islam yang teramai dalam banyak perkara patut diberikan perhatian.
Speaker dan Ahli Dewan yang Mulia, dalam isu bajet pembangunan merupakan antara pengukur sama ada sesebuah kerajaan serius untuk membangunkan negeri atau sekadar meninggikan perbelanjaan mengurus. Namun seperkara lagi yang perlu diingati keseimbangan bajet pembangunan di bandar dan luar bandar mestilah tidak terlalu jurang seperti mana juga ekonomi yang sejahtera mestilah mengurangkan jurang antara yang berpendapatan tinggi, orang-orang kaya dengan mereka yang berpendapatan rendah miskin atau B40. Justeru, peruntukan RM4 juta bagi infra luar bandar dibandingkan dengan pembangunan jalan raya dan infrastruktur keseluruhan sebanyak RM145 juta bagaikan langit dengan bumi bahkan bajet pembangunan untuk kesihatan pendidikan pembangunan luar bandar disekalikan pun masih rendah jika
dibandingkan dengan bajet sosial, bajet infrastruktur umum dan bajet ekonomi yang totalnya mencecah RM1.12 bilion. Di sini rakyat di DUN Sungai Burong menyaksikan jalan-jalan kampung yang rosak tidak diselenggarakan. Begitu juga lampu-lampu jalan khususnya di tempat-tempat yang kritikal jalan-jalan pertanian, di sawah-sawah terabai begitu lama mencecah lebih satu penggal pentadbiran dengan alasan lapuk bajet yang kecil atau ketiadaan bajet. Bukan kah luar bandar juga merupakan rakyat Menteri Besar, sebahagiannya juga pengundi parti Menteri Besar yang mula menjadi tumpuan di hujung-hujung minggu bagi penduduk bandar khususnya menikmati Agro Pelancongan di Selangor. Tidak malukah Kerajaan Negeri, yang memacu kemajuan itu, tetapi tanah airnya di pinggir-pinggir bandar penuh dengan jalan-jalan yang menyakitkan pandangan mata bahkan membahayakan keselamatan warganya.
Cadangan daripada laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022, yang mencatatkan duti hiburan yang tidak dikutip sebanyak RM16.21 juta hendaklah dimanfaatkan untuk jurang pembangunan khususnya infra di antara bandar dengan luar bandar ini. Ini semua bertepatan dengan Firman Allah swt dalam surah Al-Hasyr, ayat yang ketujuh, مِنكُم ِاْل َغ نِيَاء َبَي ن دُولَة َيَكُون َل كَي “supaya sesuatu harta itu tidak berlegar di kalangan golongan yang kaya sahaja di kalangan mereka”
Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, saya berpindah kepada isu kebajikan PGK bagi rakyat Selangor iaitu pendapatan garis kemiskinan adalah RM2,830.00 seperti mana yang dicatatkan pada statistik negara pada tahun 2022 tetapi mereka yang bergaji minimum RM1,500.00 dari kakitangan Kerajaan Negeri pun masih ramai apatah lagi nasib petani-petani dan pesawah yang adakalanya lebih sedikit pendapatannya daripada gaji minimum tersebut. Justeru, bajet blueprint pembasmi kemiskinan Negeri Selangor serta program-program dan skim-skim yang menaungi kebajikan rakyat perlu lah bersifat memberi joran long-term dan bukan sekadar memberi ikan short-term, bahkan konsep memberi joran pula mestilah bersekali dengan bajet pemantauan yang rapat bagi menjayakan pembasmian kemiskinan ini. Ditambah pula sektor yang dikenal pasti itu pula adalah kritikal contohnya sektor pertanian yang berkait rapat dengan keterjaminan makanan lagi lah perlu dan utama untuk dibantu.
Yang Berhormat Speaker, elaun guru KAFA yang berstatus kontrak sekian lama sehingga umur perkhidmatan hampir pencen perlulah diserap kepada jawatan tetap bahkan menaikkan elaun mereka yang di bawah garis kemiskinan itu. Ia boleh direalisasikan dengan tidak hanya bertumpu kepada peruntukan daripada JAIS sekitar RM60 juta semata-mata tetapi boleh disuai laras juga dengan bajet Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan bajet Modal Insan yang mencecah RM96 juta, atau bajet sosial yang merupakan bajet pembangunan yang tertinggi sebanyak RM359.17 juta. Demikianlah juga pesawah-pesawah dan petani-petani yang memberikan sumber makanan kepada rakyat Selangor untuk diangkat PGK mereka untuk meneruskan keberlangsungan hidup dan berjaya merealisasikan keterjaminan makan untuk negeri
tetapi malangnya kebajikan berupa insentif RM500 kepada 9000 pesawah yang terkesan dengan kekurangan pengeluaran hasil khususnya di daerah Kuala Selangor sebanyak 2500 pesawah yang telah diumumkan oleh Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Masjid Sungai Sireh, Tanjung Karang pelancarannya bertarikh 9 Jun 2023
Yang Berhormat Seri Serdang berdiri
Saya difahamkan masih lagi lambat untuk salurkan...
Yang Berhormat, beri laluan atau tidak
Tidak
Seri Serdang, duduk.
Sikit lagi, isu parkir berbayar, isu parkir berbayar di Tanjung Karang dan Selangor Utara di mana tawaran PN pada PRN Negeri Ke-15 baru-baru ini untuk dimansuhkan, juga perlu diambil kira. Kita memahami ia adalah hasil untuk PBT tetapi ia juga amat membebankan rakyat.
Sungai Burong minta laluan.
Batu Tiga minta penjelasan.
Yang mana singgah sebentar untuk bekalan makanan...
Sungai Burong, bagi ke tidak? Bagi laluan tidak?
Sungai Burong sekejap, 1 minit.
Beri ya, okay.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin bertanya yang disebutkan oleh Sungai Burong tadi meminta agar program-program yang banyak dilaksanakan untuk dengan program pembangunan dan juga bantuan tetapi dalam ucapan-ucapan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Burong ini semuanya nak dikecualikan. Pembayaran parking nak dikecualikan, duti hiburan tak boleh dan sebagainya. So apa lagi sumber yang
kita nak buat? Apa yang disebutkan oleh Sungai Burong ini tidak praktikal dan apabila disebutkan tentang parking itu hendak dikecualikan. Tahu tak itu adalah juga sebahagian daripada hasil untuk PBT, terima kasih.
Terima kasih Batu Tiga. Saya telah menjelaskan tadi bahawa kekurangan ini ada sambungan dia, kekurangan hasil tetapi ia kekurangan hasil PBT ini tetapi dalam masa yang sama membebankan rakyat yang hanya singgah sebentar untuk mendapat bekalan makanan ataupun keperluan rumah bahkan warga daerah menuakan kami sukar menggunakan apps untuk membayar parkir lantas mengambil tanggungjawab membeli kupon gores dalam pada memberi membeli yang sekejap itu pun mereka sudah di saman. Kekurangan hasil PBT yang berkenaan hasil daripada pemansuhan ini boleh ditampung oleh sumbangan dari Kerajaan Negeri dan kreatif dalam menjana kewangan negeri yang lain. Perkara ini boleh dilakukan kerana tawaran manifesto PN yang mencecah 112 tawaran, jauh meninggalkan manifesto PH-BN baru bernilai RM2 bilion sahaja, RM2 bilion sahaja berbanding bajet 2024 Selangor sebanyak RM2.53 bilion.
Bukit Gasing, Pandamaran berdiri. Taman Medan pun berdiri. Sungai Burong nak bagi laluan ke tidak?
Taman Medan.
Taman Medan bagi soalan lah.
Saya maklum Yang Berhormat Sungai Burong dan kita semua, Taman Medan kita kempen tentang pemansuhan bayaran parking ini. Kempen bukan sembang. Sabar, sabar.
Musim kempen dah habis dah.
Sekinchan, jawab betul-betul dulu jawapan ya.
Musim kempen dah habis.
Soalan saya adalah, takkan lah soal parking ini dijadikan sebagai sumber pendapatan utama PBT di Selangor terutamanya di kawasan utara. Saya faham tadi Batu Tiga mungkin sebab dulu dia Ahli Majlis dia suka kutip parking dengan saman ini. Tapi untuk kita, kita melihat kepada yang lebih makro, lebih besar dari segi perkhidmatan kepada rakyat. Dari segi parking ini saya rasa sebab ramai yang nak bangkit tanya pasal parking. Cuma saya nak dapatkan
pandangan daripada Yang Berhormat, dalam belanjawan ini disebut tentang duti hiburan itu akan dihapuskan, di mansuhkan tapi dalam laporan audit menyebut bahawa ada kutipan yang tidak lagi dikutip. Jadi, mungkin saya pandangan Yang Berhormat Sungai Burong wajar tak Kerajaan Negeri untuk melihat semula sama ada kutipan yang tidak dikutip ini adakah komitmen untuk dapatkan? Sebab banyak RM16 juta mungkin kita boleh gunakan itu untuk kegunaan rakyat dan juga untuk bina fasiliti yang lebih baik untuk rakyat.
Ya. Saya masuk, sila masukkan ucapan Taman Medan sebahagian daripada ucapan saya di Hansard dan ia adalah satu benda yang praktikal dan relevan. Sebab kebanyakannya hiburan ini adalah satu kelengkapan sahaja tapi ini adalah keperluan yang mendesak bagi masyarakat di bandar-bandar ataupun masyarakat di luar bandar. Bahkan mereka ini pun berpendapatan yang saya sebutkan tadi di bawah garis kemiskinan. Okay perkara ini boleh dilakukan kerana tawaran Manifesto PN Selangor yang mencecah 112 tawaran
Yang Berhormat Sungai Burong, Pandamaran minta mencelahan.
Dah nak habis, sikit lagi.
Tapi Yang Berhormat Sungai Burong kena jaga masa ya.
Kerana tawaran manifesto PN yang mencecah 112 jauh meninggalkan manifesto PHPN baru bernilai RM2 bilion sahaja sedangkan bajet yang dibentangkan RM2.53 bilion banyak lagi tawaran terutamanya yang saya katakan tadi duti hiburan langsung tidak dikutip yang biasanya hiburan ini berlaku di bandar-bandar tidak di kampung-kampung maka oleh sebab itu saya Tuan Speaker nak meng highlights beberapa isu tempatan yang boleh diambil perhatian oleh EXCO dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pertama ban di Sungai Kajang yang hampir setiap tahun apabila berlaku air pasang besar dan monsun timur laut berlaku keretakan kerosakan dan sentiasa diberikan difahamkan diberikan bajet emergancy untuk menampung pecah ban dan kerosakan ban maka apabila dia kira sentiasa diberikan bajet dan terjadi lagi pada tahun hadapannya dan terjadi lagi pada tahun hadapan adalah lebih baik diberikan satu bajet yang lebih long term supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang. Yang keduanya apabila diteliti tentang elaun-elaun imam dan bilal dalam manifesto PH ada dinyatakan kenaikan tetapi di dalam bajet 2024 Kerajaan Negeri Selangor tidak dipaparkan tentang kenaikan itu mengikut penelitian saya dan ia boleh juga untuk dimasukkan daripada sebahagian untuk dibela seperti mana yang tertera dalam manifesto sebelum ini dan seperti mana yang kita tahu bahawa Negeri Selangor juga termasuk lah negeri-negeri ataupun daerah-daerah di utara tanah air merupakan daerah menua
maka satu lagi selain daripada PAWE adalah pusat jagaan day care sangat diperlukan bagi mereka-mereka yang mempunyai ibu bapa yang semakin lanjut usia tetapi anak mereka nak bekerja tidak dibiarkan keseorangan di rumah tanpa pengawasan maka penubuhan Pusat day care.
Bukit Gasing
Tadi hampir 15 minit ucapan Yang Berhormat rumusannya potong semua hasil kerajaan tambahkan semua perkhidmatan kerajaan dan duit jatuh daripada langit adakah itu solution daripada perikatan.
Terima kasih Bukit Gasing, saya telah menunjukkan beberapa adjustment dan cadangan yang telah disebutkan tadi yang antara yang ketaranya adalah duti hiburan yang langsung tidak dikutip hiburan ini adalah satu bukan keperluan dan asas tetapi ini perlu diambil kira. Saya sambung bagaimana pusat jagaan day care ini adalah perlu dan semakin daerah-daerah yang menua ini untuk diberikan perhatian kerana banyak kes-kes kematian juga yang kadang-kadang melibatkan 2 3 hari dibiarkan orang-orang tua, yang duduk bersendirian di rumah. Jadi saya menutup dengan Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Nahl ayat ke-90 yang menekankan tentang isu kebajikan ini (ayat al-quran) “sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan memberi bantuan kepada kerabat dan Dia melarang melakukan perbuatan keji kemungkaran dan permusuhan Dia memberi pengajaran kepada mu agar kamu dapat mengambil pengajaran”. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, moga-moga segala yang diangkat dapat diberikan perhatian. Terima kasih, Assalamualaikum.
Meru, 12 minit
Bismillahirrahanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk saya membahaskan Bajet Negeri Selangor tahun 2024, saya mulakan satu ayat Allah S.W.T., ayat al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat ke-8 (ayat Al-Quran),yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan, hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua tak mengira kaum kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwa lah kepada Allah sesungguh Allah mengetahui lagi mendalam akan apa yang kamu lakukan”. Sekali lagi terima kasih Tuan Speaker.
Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. dengan limpah nikmat-NYa dengan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan di Negeri Selangor yang kita cintai ini. Di Dewan Yang Mulia ini Meru ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor bersama barisan EXCO dan ucapan terima kasih di atas pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024 yang mengangkat tema “Selangor Mendiri, Memacu, Kemajuan Memicu Perpaduan” saya akan baca laju sikit supaya tidak ada gangguan. Saya yakin mandat dan kepercayaan diberikan kepada rakyat Selangor kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri baru-baru adalah hasil daripada kejayaan dan prestasi serta pencapaian kerajaan Pakatan Harapan terutama menerusi pelbagai inisiatif dan Program Iltizam Penyayang. Tuan Speaker Meru berbangga apabila Selangor secara konsisten saban tahun mampu meningkatkan sumbangan negeri dalam KDNK pada tahun 2022 Selangor menyumbang 25.5 peratus menyumbang ¼ daripada KDNK Negara. Prestasi ini bukan lah sesuatu yang illusional sebaliknya ia merupakan realiti anjakan prestasi yang dibuktikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tahniah diucapkan kepada kepimpinan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor serta seluruh penjawat awam yang bertungkus-lumus berkhidmat dengan baik sehingga dapat melonjakkan Selangor yang menjadi di antara negeri yang termaju dalam Malaysia. Mari lah kita melihat kejayaan ini dari sisi barakah dan kerberkatan sebagaimana dijelaskan oleh para pemikir Islam Rohib Al-Isfahani dan Al-Kurtubi, Barakah difahami sebagai kebaikan yang berkekalan dan kebaikan yang tumbuh bertambah, Alhamdulillahlah syukur kepada Allah S.W.T. atas limpah berkatnya ke atas Negeri Selangor, mudah-mudah Selangor menjadi (Hadis) yang diimpikan oleh semua kita. Namun sememangnya kita tidak berasa tidak bleh berasa selesa dan berpada dengan apa yang ada dengan izin Tuan Speaker, saya memetik kata-kata sastera, sasterawan British Arnold Bennett yang menukilkan “Any change, even a change for the better, is always accompanied by discomforts”. Maknanya dah tentulah ada pembangkang-pembangkang, itu salah satu discomfort. Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, dalam sesi perbahasan ini saya ingin menyentuh
Yang Berhormat nak bagi laluan?
Maaf, saya tak bagi laluan.
Okay baik, tidak beri laluan.
Masa tak mengizinkan sebab saya yang hujung sekali nak habis, dalam sesi perbahasan ini saya ingin menyentuh beberapa aspek yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor
Yang Berhormat 36(6)
Yang Berhormat Meru, ada Peraturan Tetap ya.
Saya tidak mengizinkan.
36(6), Yang Berhormat.
Peraturan Tetap Yang Berhormat, 36(6).
Peraturan Tetap Yang Berhormat 36(6), Yang berhormat, perkataan discomfort ini seolah-olah melabelkan kami ini suatu yang tidak diperlukan dalam Dewan. Which is not right, that’s not the very dengan izin, Yang Berhormat itu bukan prinsip demokrasi. Dalam sebuah kerajaan, kena ada pembangkang
Baik..baik
Untuk kata kami discomfort,
Baik, baik. Sila duduk Yang Berhormat.
Baik, ambil maklum.
Baik, saya tarik balik. Sila duduk.
Saya minta Meru tarik balik.
Saya tarik balik, sila duduk.
Tuan Speaker, Tuan Speaker...
Sekejap, Yang Berhormat saya nak tanya perkataan discomfort itu maksudnya apa?
Discomfort itu maksudnya segala bentuk yang, satu tidak selesa
Tidak selesa
Tidak selasa bermaksud...
Yang Berhormat Taman Medan, duduk. Saya tanya, saya siasat.
Maknanya kita tidak boleh berada di dalam zon selesa.
Saya nak tanya, saya siasat saya nak tanya Yang Berhormat tadi berkata bahawa ada sesuatu perubahan yang dibuat, mungkin akan bersekali dengan sedikit ketidakselesaan?
Ya, betul. Setuju.
Okay baik, baik. Itu maksud dia
Itu bukan maksud pembangkang. Because dia secara spesifik Yang Berhormat Speaker, dia menyebut pembangkang ini discomfort.
Pembangkang itu maksudnya apa Yang Berhormat?
Pembangkang, kami lah pembangkang Speaker.
Maksud saya, discomfort ini ialah segala cabaran-cabaran yang kita akan hadapi, termasuk lah cabaran dalam kita....
Definisi Yang Berhormat, cabaran-cabaran..
Kita minta tarik balik...tarik balik
(Dewan riuh)
Taman medan duduk.
Bukan, salah faham itu, silap itu
Saya telah pun terima,
Saya maksud discomfort Kerajaan adalah bangun negeri adalah satunya faktornya mesti lah ada pembangkang yang menyebabkan maknanya tidak selesa untuk bergerak ada perkara-perkara yang
Okay baik, Yang Berhormat teruskan.
Yang Berhormat, saya tidak bersetuju
Taman medan, duduk, Yang Berhormat Taman Medan duduk, Taman Medan duduk
Dalam sesi perbahasan ini saya ingin
Meru duduk, Dusun Tua pun duduk juga. Saya telah pun meneliti penjelasan dan perbahasan daripada Meru saya dapati perkataan discomfort itu, tidak mendatangkan apa-apa maksud yang menjejaskan sesiapa saya berasa bahawa perkataan itu adalah perkataan yang neutral dan saya rasa kita perlu melapangkan dada untuk menerima apa sahaja teguran.
Tuan Speaker, Meru pun dah cakap dua kali tarik balik dah.
Tarik balik ya, tak apa. Apa pun sekali saya rasa Yang Berhormat Meru teruskan, teruskan sebab masa tidak mengizinkan.
Terima kasih Tuan Speaker. Namun sememangnya kita Tuan Speaker dan dan Ahli Dewan Negeri sekalian, dalam sesi perbahasan ini saya ingin menyentuh beberapa aspek yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor khususnya Program Iltizam Selangor Penyayang, Urbanisasi Infrastruktur, Pembangunan, Wanita serta Kesatuan Ummah. Pertama Iltizam Selangor Penyayang, Tuan Speaker International Labour Organisation (ILO) telah menyenaraikan 3 objek yang terangkup di bawah pelindungan sosial atau dengan izin, social protection. Pertama jaminan akses kepada barangan dan perkhidmatan essential, kedua mempromosi keselamatan sosio ekonomi, ketiga memajukan potensi individu dan masyarakat ke arah pembasmian kemiskinan dan pembangunan mampan.
Apabila Meru meneliti 47 inisiatif atau pun Iltizam Selangor Penyayang, yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor Meru berpandangan Negeri Selangor telah membangunkan agenda pelindungan sosial yang komprehensif, holistik dan inklusif yang menepati objektif yang telah digariskan di peringkat global. Rakyat Ngeri Selangor amat beruntung kerana seawal dari bayi hingga meninggal dunia pelbagai inisiatif dan insentif yang disediakan untuk memenuhi keperluan rakyat yang mengambil kira kitaran hidup ataupun life cycle dengan izin, Tuan Speaker. Jadi kerajaan Perpaduan Negeri Selangor tidak lah sezalim seperti yang diucapkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang di awal perbahasan tempoh hari. Saya juga melihat implementasi kebanyakan inisiatif ISP tidak bersifat statik dan kaku kerana Kerajaan Negeri Selangor sentiasa proaktif dalam memastikan capaian manfaat dinikmati secara meluas manfaat oleh segenap lapisan rakyat misalnya saya bawakan contoh Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) menyedari cabaran ekonomi yang melanda rakyat pasca Covid-19 pada tahun 2022, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan inklusif dengan memperluas Program BINGKAS untuk dirasai oleh seluruh isi keluarga, BINGKAS kini menerima permohonan daripada ketua keluarga,suri rumah, ibu dan bapa tunggal serta penjaga yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Jumlah bantuan turut digandakan daripada RM150 kepada RM200 kepada RM300 dengan tambahan penerimaan manfaat kepada 30,000 orang daripada 21,000 penerima pada tahun 2021. Maka hari ini Meru
mengucapkan syabas di atas pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang berhasrat meneruskan pemberian BINGKAS pada tahun 2024.
Di samping itu Yang Berhormat Tuan Speaker, Meru ingin mencadangkan beberapa perkara pertama manfaat diperluas kepada individu yang belum pernah menerima bantuan BINGKAS sebelum ini. Kedua, diwujudkan kuota kepada ketua keluarga dari kalangan orang kurang upaya, yang mempunyai tanggungan serta ibu bapa yang mempunyai anak istimewa bagi memohon BINGKAS, ketiga bagi menambah nilai program ini Meru juga ingin mencadangkan agar dilaksanakan program pemerkasaan dalam tempoh 6 bulan terakhir tempoh penerimaan BINGKAS bagi memastikan kemandirian dan kemampanan hidup menerima manfaat setelah tempoh penerimaan tamat. Kedua, mengelola urbanisasi dan memelihara alam. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri sekalian, saya bersetuju dengan apa yang diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor berkenaan dengan cabaran urbanisasi. Selangor menjadi tumpuan kepesatan urbanisasi dan sudah tentu keadaan ini memberi dampak yang besar kepada pengurusan dan perancangan bandar di Selangor. Untuk itu Meru menegaskan perlu segera dilaksanakan reformasi perkhidmatan di peringkat pihak berkuasa tempatan menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Meru harap agar suruhanjaya ini dapat menambah baik urus tadbir dan memperkasa fungsi PBT terutama dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dengan responsive dan efisien. Tuan Speaker isu mengurus sistem pepejal boleh dianggap sebagai elephant in the room dan tidak berkesudahan dengan izin, Tuan Speaker. Yang acap kali kita bincang dalam konteks mengelola bandar, kini Selangor harus lah bergerak ke arah strategik ekonomi kitaran yang menunggu kepada konsep 9R bukan sahaja 3R sudah ditambah lagi 6 lagi refuse, rethink. Refuse menolak, rethink memikirkan semula, reduce mengurangkan, reuse mengguna semula, repair membaiki, refurbish memperbaharui, remanufacture mengilang semula, repurpose menggguna semula, recycle kitar semula, recover dan memulih dengan izin, Tuan Speaker.
Sehubungan itu Meru menyambut baik cadangan pembangunan kitar semula berteknologi tinggi iaitu Selangor Recycle Search yang bakal dibangunkan oleh pihak KDEB Waste Management Sdn. Bhd. di setiap PBT di Selangor. Namun tidak memadai jika facilitiy ini digerakkan oleh agensi pelaksana sahaja. Di sini lah perlunya kepada behavior change atau perubahan tingkah laku dengan izin, menerusi program kesedaran yang konsisten yang dilaksanakan secara sinergi di peringkat akar umbi. Pelbagai aktiviti kolaborasi mesti dilaksanakan antara kerajaan PBT, Agensi Kerajaan Negeri seperti Pusat Wanita Berdaya, Penggerak Belia Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat, Sukarelawan, Kesihatan Komuniti, Persatuan Penduduk dan Komuniti setempat. Tuan Speaker, Meru merupakan kawasan rentan banjir yang sangat terdedah kepada banjir kilat jika mengalami kadar penurunan hujan yang luar biasa dan ketika musim tengkujuh. Justeru, Meru menggesa agar Kerajaan Negeri dan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan program tebatan banjir di Selangor yang dianggarkan yang telah diluluskan pun berjumlah RM220 juta meliputi projek
pembinaan 4 kolam tadahan yang dijangka bermula pada tahun hadapan. Terima kasih kepada YB EXCO Infrastruktur dan Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan sejumlah bajet tersebut. Ketiga menaik taraf infrastruktur untuk pengetahuan Tuan Speaker hampir keseluruhan jalan-jalan kampung di Meru merupakan jalan negeri misalnya seperti Jalan Iskandar, Jalan Paip, Jalan Pasar Malam dan kalau saya nak senaraikan di sini memang banyak jalan-jalan yang di bawah selenggaraan Kerajaan Negeri. Hasil daripada aktiviti turun padang dan melawat kawasan serta aduan yang diterima dari penduduk setempat didapati keadaan jalan-jalan ini perlu dibaiki demi keselamatan pengguna jalan raya terutama dan dari kalangan penunggang motosikal. Meru ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas peruntukan RM145 juta bagi pelaksanaan projek-projek jalan raya pada tahun 2024. Besar lah harapan penduduk Meru agar peruntukan tersebut turut melibatkan penyelenggaraan dan turapan jalan-jalan utama kampung termasuk membaik pulih, selenggara dan menaik taraf longkang-longkang dan saliran di Meru.
Tuan Speaker, Meru difahamkan JKR daerah, oleh JKR daerah Klang bahawa kertas cadangan berkaitan pelebaran jalan Meru ke Klang telah diangkat ke JKR Persekutuan memandangkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kini sudah sehaluan. Meru mengharap agar Yang Berhormat Pandan Indah, EXCO Infrastruktur dapat menjadi...
Yang Berhormat waktu telah pun menunjukkan pukul 1, nanti kita sambung sebelah petang.
Boleh, terima kasih Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian waktu telah menunjukkan pukul satu petang, Dewan kita akan disambung semula pada 2.30 nanti. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Kita mulakan sesi petang ini dengan sambungan perbahasan saya mempersilakan Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Meru difahamkan oleh JKR Daerah bahawa Kertas Cadangan Berkaitan Pelebaran Jalan Meru ke Klang telah diangkat ke JKR Persekutuan memandangkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan kini sehaluan Meru mengharapkan agar Yang Berhormat Pandan merangkap EXCO Infrastruktur dapat menjadi pemudah cara supaya pelebaran jalan Meru Klang dapat disegerakan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kritikal di Meru terutamanya pada waktu puncak. Selain itu Meru juga ingin memohon agar dilaksanakan penyelenggaraan dan penaiktaraf facility sukan dan kemudahan awam di kawasan Meru. Untuk facility sukan yang perlu di selenggara ialah Padang Bola Taman Meru 4 dan Padang Bola Pekan Kapar dan yang digunakan secara maksima oleh penduduk setempat khususnya di kalangan kaum belia. Bagi kemudahan awam pula Meru memohon pembinaan Dewan Komuniti Terbuka Taman Sungai Kapar Indah dan Dewan Orang Ramai Kampung Haji Shariff perlu di naik taraf dari keadaan usang supaya bangunan tersebut boleh menjadi pusat aktiviti komuniti. Tuan Speaker apabila saya meninjau ke kawasan saya dapati keadaan taman permainan yang agak teruk di kebanyakan kawasan di Meru. Mewakili penduduk Meru saya berharap akan ada tindakan segera dari pihak PBT bagi menggantikan dan membaik pulih kemudahan serta peralatan yang telah rosak yang tidak berfungsi dengan baik. Selain daripada itu Meru mohon supaya penyelenggaraan taman-taman permainan dibuat secara efisyen dan efektif. Keempat pembangunan wanita, Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian Program Liga Usahawan Wanita menerima peruntukan yang besar iaitu berjumlah RM3 juta yang merupakan galakkan keusahawanan di perimgkat komuniti wanita termasuk bagi memulakan perniagaan, mengurus kewangan, pemasaran dan penempatan produk. Produk ini merupakan inisiatif yang amat baik untuk dilaksanakan justeru saya ingin bertanya kepada Kerajaan khususnya EXCO Wanita bagaimanakah mekanisme pelaksanaan bagi program ini dan adakah program ini dilaksanakan secara sinergi bersama Pusat Wanita Berdaya Selangor (PWB) yang difahamkan turut melaksanakan program berbentuk kemahiran dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan tahap sosioekonomi kaum wanita. Kelima kesatuan ummah, Tuan Speaker dari satu ayat Al-Quran Surah As-Saff ayat 2 dan 3 “yaa ayyuhaa alladziina aamanuu lima taquuluuna maa laa taf’aluuna. kabura maqtan ‘inda allaahi an taquuluu maa laa taf’aluuna” yang bermaksud Wahai orang-orang beriman, kenapa kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan sebab besar kemurkaan Allah S.W.T kepada siapa yang hanya berkata tetapi tidak melaksanakannya, sadaqallahul azim. Dan ayat tersebut memetik daripada ucapan Yang Berhormat Hulu Kelang pada sesi
perbahasan yang bersungguh-sungguh mengatakan untuk mempertahankan Agama Islam, Institusi Raja Melayu, Institusi Raja dan orang-orang Melayu. Meru amat bersetuju dan kita sebenarnya bersama-sama ingin memartabatkan Islam di Selangor, Institusi Raja dan orang-orang Melayu siapa yang tak sayangkan agama dan bangsa serta Raja-Raja kita. Justeru harapan yang tinggi saya Meru kepada Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat daripada Perikatan Nasional supaya matang dalam berbahas tidak memanipulasi rakyat dengan sentimen 3R sepanjang menjadi pembangkang pada penggal ini termasuklah di media sosial. Silakan.
Meru.
Saya hendak mohon pandangan daripada Yang Berhormat Meru dari sesi perbahasan yang YB Meru katakan tadi ini iltizam, infastruktur, wanita semua ini memerlukan bajet yang besar. Apa pandangan Meru apabila ada sesetengah daripada kita yang minta dimansuhkan cukai itu, cukai ini dan apakah pada pandangan Meru hanya dengan cukai hiburan cukup untuk kita laksanakan kesemua program-program yang telah Meru katakan tadi.
Terima kasih Seri Serdang. Sebenarnya bukan Kerajaan Negeri Selangor yang telah mentadbir beberapa penggal dan penggal yang lepas di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor memang kita bukan sahaja daripada cukai memang perlu cukai untuk pembangunan tetapi sebenarnya daripada hasil pelaburan kebijaksanaan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor yang kita boleh ada satu bajet yang besar untuk kita tadbir dan untuk kita berikan khidmat kepada rakyat Negeri Selangor. Jadi sebenarnya tidak cukup dengan cukai hiburan dan sebenarnya banyak lagi kita perlu fahami tentang polisi-polisi Kerajaan yang saya harap dalam kita membahaskan ini kita buat kajian dahulu sebelum kita bawa perbahasan ke sini. Banyak perkara-perkara yang kita kena teliti dan bincang semula. Tuan Speaker saya mengharapkan supaya tidak memanipulasi rakyat dengan sentimen 3R sepanjang menjadi Pembangkang pada penggal ini termasuklah di media sosial kita sudah lalui pengalaman pada sebelum dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. Kita tidak mahu sentimen 3R ini digunakan sebagai teknik fear mongering yang mencipta kekhilafan dan kekeliruan rakyat yang akhirnya menggugat keharmonian dan perpaduan Negeri ini yang sememangnya harmoni berpuluh-puluh tahun. Tuan Speaker pujian harus kita berikan kepada keseriusan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Selangor dalam mengangkat martabat Agama Islam menerusi program, festival Turath Islam, Turath Islami Selangor, Pemerkasaan Institusi Fatwa Negeri, menjaga kebajikan Pelajar Agama Selangor di Timur Tengah, memberi Insentif Haji, Pembinaan Kompleks Islam di Gombak Permai, penaiktarafan masjid dan lain-lain peruntukan keseluruhan melebihi RM34 juta. Hal ini membuktikan Kerajaan Negeri Selangor menjaga dan menyuburkan Agama Islam di Negeri Selangor, tahniah diucapkan. Bermakna tohmahan pihak tertentu bahawa jika Kerajaan Perpaduan mentadbir Selangor Islam akan terancam itu tidak benar sama sekali. Tuan Speaker kesatuan ummah perlu kita terap dan pupuk seawal umur anak-anak kita di bangku sekolah lagi.
Meru seminit lagi.
Okay sikit lagi dah habis dah. Kesatuan Umat Islam dengan pemikiran wasatiyyah boleh kita suburkan menerusi pendidikan di sekolah-sekolah agama. Di Dewan yang mulia ini Meru menghargai bantuan subsidi yuran KAFAI yang akan meringankan beban ibu bapa dan murid dalam kumpulan B40 sejajar dengan ini Meru ingin membawa dan ingin memohon cadangan pembinaan Sekolah Rendah Agama di Taman Sungai Kapar Indah di mana populasi penduduk telah melebihi 7 ribu orang yang memerlukan kepada sebuah sekolah rendah agama memandangkan sekolah rendah agama yang ada adalah di Pekan Meru. Maknanya jauh daripada Taman Sungai Kapar Indah. Selain itu, bagi memastikan kualiti perkhidmatan guru di sekolah rendah agama dan KAFA Meru ingin mengemukakan cadangan untuk menambah baik skim perkhidmatan guru-guru daripada elaun bulanan kepada gaji tetap tertakluk kepada penetapan gaji minima. Meru juga mencadangkan agar peluang diberikan kepada guru-guru khususnya bagi rakyat Negeri Selangor untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran mereka dengan pembiayaan pendidikan serta latihan pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan keperluan semasa. Justeru diharapkan agar perhatiandiberikan oleh Kerajaan Negeri kepada cadangan yang dikemukakan ini bagi memastikan anak-anak kita di kawasan ini berpeluang mendapat pendidikan yang sama sebagaimana rakan-rakan pada tahap umur mereka. Tuan Speaker dengan perbahasan dan cadangan yang dikemukakan ini Meru dengan ini menyokong penuh bajet Negeri Selangor 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Selangor pada 10 November 2024. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi. Terima kasih Yang Berhormat Meru.
Mohon menyokong.
Saya mempersilakan Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker izinkan Permatang tampil untuk membahaskan tentang Belanjawan Negeri Selangor yang baru dibentangkan baru-baru ini dan Permatang ingin menyentuh dua isu pada hari ini. Isu yang pertama adalah berkenaan isu pertanian, ini adalah kerana di Permatang kami memang terkenal di dalam sektor pertanian dan isu kedua adalah isu kebajikan. Pertama sekali Permatang menyambut baik cadangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memastikan keterjaminan makanan bagi rakyat Selangor. Tuan Speaker kita rata-rata tahu bahawa pertanian ini merangkumi tiga sektor iaitu perladangan, penternakan dan perikanan. Baru-baru ini juga Tuan Speaker di dalam seperti yang kita nampak dalam surat khabar ini pun ada berkenaan dengan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang
dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun begitu apa yang merisaukan saya Tuan Speaker apabila hasrat Menteri Besar untuk sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan pada Tahun 2024 ini mungkin tidak mencapai objektifnya. Ini adalah kerana Tuan Speaker, Belanjawan Selangor baru-baru ini kelihatan dengan izin silent dan tidak langsung menyebut kita telah tertinggal tentang bantuan atau kebajikan kepada penternak. Di dalam Belanjawan kita, tiada satu pun bantuan atau pelan jangka pendek mahupun jangka panjang yang diperuntukkan sedangkan kadar kebergantungan import daging kambing, lembu dan ayam kita adalah pada kadar yang sangat tinggi. Tuan Speaker, jadi amatlah saya merasa risau dan bimbang seandainya objektif Belanjawan yang dibentangkan bakal menemui kegagalan kerana Belanjawan Negeri Selangor mungkin terlepas pandang tentang nasib dan ekonomi penternak tadi. Keduanya saya juga menyokong usaha untuk mempertingkatkan tentang penanaman padi Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita juga ada menyebut yang PKPS juga akan mengguna pakai template penanaman padi yang terbukti dapat meningkatkan hasil penuaian sehingga dua kali setahun di Selangor supaya keterjaminan makanan di Selangor tadi dapat dipertingkatkan.
Tuan Speaker kami di Permatang merupakan salah satu pengeluar padi di bahagian Barat Laut, kami di sini di Permatang memang sejak dahulu daripada dahulu lagi kita sudah mengamalkan penuaian padi dua kali setahun. Sepatutnya apa yang Kerajaan Negeri perlu fokuskan adalah penanaman padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun. Memetik petikan Sinar Harian pada 14 September lalu, yang bertajuk hasil padi di Selangor telah merekodkan pengeluaran terburuk yang melaporkan masalah pengeluaran hasil padi yang paling sedikit pada tahun ini. Pada ketika itu Yang Berhormat Pandan Indah kita juga telah turun dan memberi tahu bahawa Kerajaan Negeri akan melihat tentang isu penanaman padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun ini tadi. Ini ia kata banyaknya isunya penggunaan benih padi dan perawatan tanah. Jadi saya fikir adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri sendiri telah cakna tentang sistem penanaman ini dan seharusnya Kerajaan Negeri membantu dengan merealisasikan penanaman padi lima kali dalam masa dua tahun ini seperti yang dilakukan di Kedah. Tidak sepatutnya Tuan Speaker kita di Selangor ini Negeri yang kaya ketinggalan dan masih kekal di takuk yang lama dengan hanya memfokuskan Belanjawan kita mengikut template untuk mendapatkan hasil setakat dua kali setahun sahaja. Saya percaya bahawa Kerajaan Negeri adalah maklum berkenaan halangan utama yang mana sebenarnya adalah kelemahan infrastruktur yang melibatkan penyaluran air mengikut masa yang tepat kepada tanaman padi tadi. Jadi Kerajaan Negeri saya harap dapat membantu kami khususnya di DUN Permatang untuk menaik tarafkan infrastruktur pertanian sawah bagi mengatasi halangan ini dan bukanlah kita sama-sama menggunakan template yang dua kali tadi dengan berpatah balik ke belakang dan ini adalah sangat bahaya Tuan Speaker kerana ia bakal menjejaskan bukan sahaja periuk nasi petani-petani Selangor tatapi juga hasil pertanian di Negeri Selangor. Sudah terlanjur saya cerita fasal sawah Tuan Speaker, hendak saya terangkan di sawah kita ada beberapa jenis jalan antaranya
Jalan Parit, Jalan Tali Air dan juga Jalan Ban. Mungkin Jalan Ban Pakat tetapi mungkin Jalan Ban Pakat ini selalu orang terlepas pandang kerana di kawasan lain Tuan Speaker, sudah banyak Jalan Ban Pakat ini ditar tapi di kawasan saya di Permatang, di Sawah Sempadan banyak lagi Jalan-Jalan Ban Pakat telah dibiarkan dan belum ditar. Jadi, saya pohon sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu untuk sistem pengangkutan yang lebih baik dan memudahkan rakyat khususnya pesawah di sawah sempadan untuk memastikan kita punya hasrat Kerajaan Negeri Selangor ini tercapai. Jadi, Permatang juga Tuan Speaker, ingin menyokong pembangunan projek klusterisasi tanaman dan produk hiliran bagi setiap daerah di Negeri Selangor untuk mempelbagaikan bekalan makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan dari luar negara. Kerajaan juga telah bercadang untuk mengambil kira batas tanah baru yang dapat digunakan untuk tujuan pertanian tadi dan juga telah dikatakan memperuntukkan sebanyak RM10 juta baru-baru ini. Namun begitu Tuan Speaker, alangkah baiknya andainya Kerajaan Negeri membantu tapak-tapak pertanian dan peladang yang sedia ada. Sebagai contoh di DUN Permatang di tanah Seri Makmur di sana Tuan Speaker, kita telah wujud satu taman pertanian yang dipanggil Taman Agrotek. Taman Agrotek ini turut menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian sejak daripada dulu lagi. Di taman tu Yang Berhormat Tuan Speaker, di taman itu kita ada sayuran seperti kacang panjang, bendi, peria, betik, jambu dan banyak sangat dan lain-lain lagi yang telah ditanam dan dipasarkan di dalam luas komersial yang sangat luar biasa. Bukan sahaja itu, kita juga ada penternakan ayam, kambing, ikan keli dan macam-macam lagi. Tapi sayangnya tapak pertanian ini tadi telah dijadikan rizab air untuk dijadikan tapak projek HORAS (Hybrid Of River Augmentation System) seluas hampir 4,200 ekar dan petani tadi semua telah dihalau keluar tanpa pampasan.
Tuan Speaker, bayangkan tanah yang dahulunya ladang pertanian yang subur bercambah dengan buah-buahan dan sayur-sayuran kini sudah sedikit demi sedikit beransur menjadi ladang pasir pada hari ini. Saya juga ingin penjelasan daripada pihak kerajaan adakah tanah yang sudah sedia ada boleh menjadi hub makanan dan penting untuk agro makanan ini akan terus diratakan untuk menjadi projek HORAS seluas itu? Bukan apa, saya risau mata rakyat melihat seolah-olah Kerajaan Negeri menganggap pasir yang dikorek dari tapak projek HORAS tadi adalah lebih berharga daripada isu makanan yang kian meruncing ini Tuan Speaker. Kerajaan Negeri saya harap janganlah kita terlepas pandang dengan apa yang kita sudah ada. Jangan esok yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Saya juga menyambut baik Projek Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sungai Lang yang akan dijalankan dengan kerjasama LKIM sebanyak RM76 juta. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia, kita di Permatang juga sudah siap siaga dengan sebuah Kompleks Pendaratan Ikan LKIM yang pada hari ini saya lihat menjadi gajah putih semata. Kompleks LKIM ini telah tersergam indah Tuan Speaker. Tapi sayangnya tidak digunakan sebaiknya. Besarlah kiranya harapan Permatang supaya nanti bukan hanya di Sekinchan tapi di Kuala Selangor juga kita akan bakal ada satu kompleks ikan yang berfungsi dan saya pasti dengan sedikit penyelenggaraan atas hasil bantuan Kerajaan Negeri dan
penambahbaikan, kompleks ikan ini akan lebih cepat untuk boleh beroperasi kerana ianya telah siap siaga dibina. Cuma saya harap Kerajaan Selangor tidaklah terlepas pandang akan potensi kompleks ikan di Permatang tadi. Saya juga ingin menyentuh Tuan Speaker sedikit tentang usaha kerajaan yang sangat prihatin dalam menyelesaikan isu projek rumah terbengkalai di kawasan saya di dalam belanjawan Jumaat lalu di mana Y.A.B. Menteri Besar telah mengumumkan telah membelanjakan kira-kira RM11.4 juta bagi membangunkan kemudahan infrastruktur di projek pembesaran Kampung Koskan di Serendah dan Desa Mawar di Kuala Selangor yang terbengkalai lebih 20 tahun yang lalu. Desa Mawar tu tadi di bawah bersama dengan DUN Permatanglah. Di bawah DUN Permatang. Jadi saya ingin maklumkan pada Dewan perumahan Desa Mawar ini memang Tuan Speaker, sebab dah Yang Berhormat Menteri Besar bangkitkan hari itu jadi saya ingin menyentuh sikitlah isu-isu di sana kerana di sana antaranya walaupun sudah duduk berpuluh tahun CF masih belum lagi kita dapat. Belum lagi penduduk dapat. Jadi, saya mintalah sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk Desa Mawar untuk mendapatkan CF dari pihak-pihak berkenaan. Mereka juga Tuan Speaker, daripada CF tadi mengalami masalah perparitan dan juga isu lalat yang tidak dapat diselesaikan. Jadi, saya sendiri telah turun dan turut menghantar suratlah kepada pihak berkenaan dan masih menunggu perhatian dan tindakan lanjut pihak-pihak tersebut. Tapi Tuan Speaker, apa yang lebih menarik ialah dalam banyak-banyak masalah penduduk di Desa Mawar ini, satu sahaja mereka tidak ada. Mereka tidak ada masalah terbengkalai tadi kerana untuk makluman Dewan sebenarnya bukan perumahan Taman Desa Mawar ini Tuan Speaker yang telah terbengkalai selama 20 tahun yang diselamatkan oleh Kerajaan Negeri tadi. Tapi saya rasa mungkin Menteri Besar maksudkan Taman Sungai Yu Indah. Betul. Taman Sungai Yu Indah ini memang satu projek yang dah lamalah terbengkalai daripada tahun 1996 saya difahamkan. Jadi, saya risau di mana kekhilafan nama taman perumahan ini tadi telah agak saya rasa agak mengelirukan Dewan. Dan Tuan Speaker, pada September tahun yang lalu, ni ada dalam Sinar pun ada keluar projek Taman Sungai Yu Indah ni yang telah, Menteri Besar sendiri dia telah turun dan menjalankan projek penyerahan kunci di Taman Sungai Yu Indah. Jadi, saya risau seandainya ada kesilapan-kesilapan begini akan mengelirukan Dewan yang sepatut sama sekali kita elakkanlah kalau boleh supaya tidak mengelirukan rakyat juga. Jadi, saya ingin menyeru kalau kata Y.A.B. Menteri Besar ke Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana ke kalau nak turun Permatang tu bolehlah bawa ajaklah saya sekali supaya kita tak tersesat ataupun tersalah nama taman perumahan selepas ini sebab ramai rakyat di kawasan saya sudah mula berbunyi pasal isu ini tadi. Juga saya ingin menyentuh...
Minta laluan, minta laluan
Silakan.
Sebenarnya nak bagi dia berehat sekejap ya. Saya mencelah. Saya, saya nak memetik artikel daripada Borneo Post bertarikh 11 hari bulan November yang menyebut Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan pembukaan 10,000 hektar kawasan penanaman padi setelah plot percubaan yang dibuat menggunakan benih padi F1 Hybrid menghasilkan saya sebenarnya tunggu Sekinchan masuk menghasilkan lebih daripada 8 tan setiap plot.
Soalan, soalan.
Jadi, saya nak bantu Nurul supaya Kerajaan Negeri juga. Oh sorry, saya nak Permatang, Yang Berhormat Permatang...
Masa pun tak banyak ni. Tinggal lagi lima minit je.
Untuk mengambil pertimbangan tentang teknologi terkini yang ada di pasaran yang boleh menghasilkan lebih daripada 8 tan setiap plot dan Sarawak sahaja menganggarkan akan mengeluarkan 240,000 tan padi tahun depan. Jadi, mungkin Yang Berhormat Nurul boleh ambil pertimbangan tentang, Yang Berhormat Permatang boleh ambil maklum tentang
Mohon ringkaskan ya. Nanti bagi masa Permatang jawab.
Baik Tuan Speaker. Saya mohon memasukkan cadangan tadi ke dalam bahas saya.
Ya, terima kasih. Untuk Selangor juga mempertimbangkan penggunaan padi jenis ini.
Saya juga Tuan Speaker ingin menyentuh isu kedua tentang berkenaan dengan kebajikan terutama sekali berkenaan kebajikan wanita. Memandangkan saya satu-satunya wanita tunggal daripada blok pembangkang Tuan Speaker, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi semak imbang insentif berkebajikan khususnya untuk wanita dan kanak-kanak. Pada mulanya Tuan Speaker, saya merasa sangat-sangat kagum dan bangga melihat pelbagai insentif yang ditawarkan.
Mohon penjelasan.
Permatang, Permatang. Ada yang bangun. Nak bagi?
Nanti dulu. Saya nak masa. Saya tak izinkan. Maaf. Namun, setelah saya teliti kembali, saya lihat ada banyak insentif yang diibaratkan dengan izin Tuan Speaker, ibaratnya copy and paste daripada belanjawan-belanjawan yang lalu seolah-olah kurang pembaharuan, seolah-olah tiada pembaharuan dan lebih mennyedihkan pula kelihatan seperti insentifnya makin berkurang.
Permatang.
Permatang ni ada lagi yang bangun.
Izinkan saya habiskan.
Boleh bagi?
Nanti dulu. Nanti dulu.
Permatang teruskan.
Sebagai contoh merujuk kepada Program Skim Asuh Pintar, Program Iltizam Anak Selangor, Program Ikhlas, Program SMUE dan SMIS dan semuanya diberikan peruntukan yang sama banyak dengan belanjawan yang lalu. Dan kita dapat lihat bilangan penerima juga bakal sama banyak. Tuan Speaker, saya bukan apa di kala rakyat kita dihimpit dengan pelbagai masalah dan mengharapkan sinar bantuan daripada Kerajaan Negeri yang kaya-raya ini Tuan Speaker, sudah pasti mereka mengharapkan pembaharuan atau setidaknya lebih ramai dapat merasa sedikit bantuan kebajikan daripada Kerajaan Negeri Selangor ini. Yang keduanya, berkenan isu kebajikan saya ingin menyentuh sedikit isu pelaksanaan insentif kebajikan yang ditawarkan. Saya memuji usaha....
Mohon laluan Permatang.
Nanti.
Sedikit, sedikit.
Saya memuji usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik Program SMUE yang dikatakan bakal melalui digitalisasi sistem Skim Mesra tadi agar permohonan pendaftaran dan pengurusan
baca boleh dibuat secara atas talian. Ini adalah satu langkah yang baik dan sangat proaktif saya kira. Jadi, saya harap selepas ini insentif-insentif lain sebagai contoh baucar Jom Shopping Raya dan lain-lain juga boleh juga boleh dijalankan secara digitalisasi untuk memberikan lebih ramai yang dapat merasa bantuan kebajikan ini tadi.
Permatang boleh rumuskan ya.
Okay, akhir sekali.
Boleh tanya satu soalan? Pendek sahaja.
Bagi saya rumus dulu. Nanti kita minta waktu ekstra, waktu lebih daripada Speaker.
Boleh satu minit bagi satu soalan simple sahaja.
Akhir sekali, saya sangat bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Hai setuju pun nak bangun juga, yang mengatakan cabaran yang bakal dihadapi adalah isu kebajikan masyarakat yang menua itu tadi.
Saya nak bagi Permatang rehat sekejap. Bagi saya. Bagi saya laluan sikit.
Tuan Speaker boleh bagi lebih masa ke?
Kuang dah bagi laluan.
Masa dah ni dah. Tak apa. Teruskan Permatang.
Tapi alangkah lebih baik kiranya daripada masalah masyarakat menua isu masyarakat menua ini tadi kalau isu kesihatan contohnya dan pengangkutan kita dapat lihat dengan lebih mendalam itu lebih cadangan saya yang lebih baguslah. Jadi, akhir kata saya sangat mengharapkan yang Belanjawan Selangor ini dapat menjadi instrumen jitu Tuan Speaker untuk memperkasakan ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat dan bukannya sekadar indah khabar dari rupa. Saya juga berharap yang Kerajaan Negeri Selangor lebih cakna akan masalah melibatkan rakyat dan tidak lagi Tuan Speaker
memberikan maklumat salah dan mengelirukan rakyat seperti kekhilafan nama taman perumahan itu tadi. Saya turut berharap belanjawan pada tahun akan datang akan lebih menyeluruh dan melibatkan setiap lapisan masyarakat. Harapan saya, isu-isu data yang tidak tepat ini tadi hanyalah isu terpencil dan Kerajaan Negeri akan mengambil maklum semua isu yang dibangkitkan dan mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah yang diutarakan oleh saya pada hari ini kerana Tuan Speaker, ini mungkin suka kot walau di mana pun blok kita berada...
Permatang, boleh habiskan Permatang.
Mohon menyokong belanjawan. Mohon menyokong belanjawan.
Walau di mana pun blok kita berada ataupun duduk...
Mohon menyokong belanjawan.
Stake holder, stake holder kita adalah sama iaitu rakyat Negeri Selangor ini sendiri. Oleh itu, saya seru YB-YB daripada blok kerajaan dan pembangkang kita sama-sama bekerja untuk rakyat dan saya harap isu-isu kebajikan ini semua janganlah DUN pembangkang ini dianak tirikan. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Sokong belanjawan.
Terima kasih Permatang. Sekarang saya mempersilakan Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Assalamulaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam kita Selangor, Salam Malaysia Madani. Serumpun memang serumpun. Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kuraniaNya jua diberikan kesempatan untuk menghadiri menyampaikan ucapan di Persidangan Mesyuarat Kedua Bajet Bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor. Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada khususnya semua rakyat khususnya Dusun Tua yang telah mengundi saya dalam PRN baru-baru ini dan terima kasih juga rakyat Negeri Selangor yang telah pun menobatkan Kerajaan Perpaduan hingga menjadi kerajaan hari ini. Terima kasih pada rakyat seluruhnya Negeri Selangor.
UMNO kawan kita.
Jam yang tepat. Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Y.A.B. Menteri Besar kerana telah mengutamakan agenda pengukuhan ekonomi dan hasrat perpaduan selari dengan tema yang diperkenalkan dalam pembentangan bajet pada 10 November yang lepas. ‘Selangor Mandiri, Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan’. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Y.A.B. Sungai Tua mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua setengah bulan gaji. Bagi saya bantuan ini amat membantu kakitangan kerajaan khususnya Negeri Selangor. Dalam pembentangan Belanjawan bagi tahun 2024 turut memperuntukkan sebanyak RM145 juta bagi pembangunan jalan raya dan infrastruktur. Dalam hasrat bagi menyediakan jalan raya yang selesa, saluran perkhidmatan air bersih dan tenaga elektrik, di sini saya ingin mengambil peluang untuk memberi ulasan terhadap inisiatif yang dinyatakan dalam Belanjawan 2024 bagi pembangunan jalan raya dan infrastruktur yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan seluruh Selangor dan pelantikan perunding kajian trafik kerana ia berkait rapat dengan permasalahan trafik di Dusun Tua terutamanya di persimpangan lampu isyarat di Pekan Batu 14 selain daripada faktor penambahan penduduk di Dusun Tua sendiri, persimpangan ini juga merupakan persimpangan utama yang menghubungkan kenderaan dari Ampang, Semenyih dan juga Dusun Tua. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberi pengisian dalam mencari jalan penyelesaian dan keadaan yang sesuai melalui Rancangan Program Pembangunan Jalan yang dinyatakan di dalam salah satu Teras Pertama ini bagi menjamin kelancaran trafik, menampung kepadatan pengunjung dan penduduk di Dusun Tua. Sebagai contoh, menggantikan lampu isyarat sedia ada dengan bulatan roundabout seperti mana yang pernah dilakukan di Bandar Baru Bangi bagi mengurangkan kesesakan di sana.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM68 juta bagi inisiatif Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor untuk tahun 2024 bagi pembangunan Projek Tebatan Banjir. Pembangunan Sistem Saliran, Pembangunan Lembangan Sungai, Pembangunan Sumber Air Dan Hidrologi, Pengurusan Saliran Mesra Alam Dan Pembangunan Pantai. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berhasrat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelaras dan mempercepatkan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 yang di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan. Sudah pasti hasrat ini akan disambut baik oleh masyarakat tempatan yang lazimnya menunggu penyelesaian kekal bagi mengatasi masalah banjir yang merupakan salah satu permasalahan yang kritikal untuk penduduk Dusun Tua. Salah satu inisiatif yang menarik perhatian saya di dalam Teras Pertama ini adalah Pembangunan Infra Luar Bandar yang akan memberi keutamaan untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur usang dan daif khususnya Balai-balai raya, Dewan Orang Ramai dan kemudahan awam yang lain. Inisiatif ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri menitikberatkan nilai inclusivity agar tiada sesiapa pun yang ketinggalan seiring dengan asas ekonomi madani yang diperkenalkan di
peringkat Kerajaan Persekutuan. Salah satu inisiatif Kerajaan Negeri yang telah memberi manfaat kepada masyarakat sehingga kini adalah pelaksanaan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan bagi tahun 2024. Saya yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini bersetuju dengan saya berkenaan manfaat inisiatif ini melalui program Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Jualan Ehsan Je melalui PKPS bagi membantu kos perbelanjaan barangan terpilih yang boleh disalurkan kepada masyarakat setempat dengan harga yang berpatutan. Program Jualan Ehsan Je ini mendapat banyak sambutan dan permintaan terutamanya di tempat saya sendiri yang terdiri dari jumlah kampung yang tidak kurang banyaknya di atas sebab-sebab ini juga saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menambah kuota individu bagi setiap Program Je terutamanya di DUN luar bandar seperti N23 Dusun Tua dan lain-lain DUN di Selangor.
Di dalam pembentangan Belanjawan tahun 2024, turut memperuntukkan sebanyak RM94.25 juta bagi Teras yang kedua iaitu Mengangkat Pendidikan Bestari Menjamin Alam Lestari. Teras kedua ini amat berkait rapat dengan saya selaku ADUN N23 Dusun Tua, yang memberikan perkhidmatan kepada kebanyakan populasi masyarakat luar bandar, saya memuji pendekatan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, dalam usaha mengenal pasti identiti ekonomi tempatan di kawasan luar bandar melalui Program Jejak Eko Desa Selangor yang bakal diperkenalkan dan diyakini mendatangkan faedah dalam meningkatkan ekonomi desa. Di ruang yang terhad ini, izinkan saya menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia untuk menyentuh isu-isu yang terdapat di kawasan saya iaitu N23 Dusun Tua yang begitu sinonim dengan banjir. Apabila tibanya musim hujan dan tengkujuh terutamanya yang dijangkakan berlaku pada bulan November sehingga Mac tahun hadapan, banjir kilat yang terjadi ketika hujan lebat kurang daripada dua (2) jam akan menyebabkan air melimpah ke jalan raya dan kawasan-kawasan kediaman sekali gus merosakkan harta benda awam. Telah lama warga Dusun Tua hidup dalam kerisauan dan trauma apabila hujan turun dalam tempoh yang panjang. Lebih menyulitkan beberapa kawasan di sepanjang jalan utama di Dusun Tua ini kerap ditenggelami apabila berlaku banjir terutamanya di Kampung Sungai Serai yang turut disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di dalam pembentangan Bajet pada 10 November lepas yang mengenal pasti Kampung Sungai Serai sebagai salah satu lokasi banjir yang sedang menjalani projek yang telah bermula semenjak Jun 2018. Akibatnya daripada permasalahan ini pengurusan Masjid Al Ehsan Kampung Sungai Serai berada di dalam fasa untuk berpindah ke tapak yang baru kerana kerap mengeluarkan kos bagi penukaran karpet dan kerosakan infrastruktur masjid yang sedia ada akibat banjir kilat yang kerap-kerap sangat berlaku.
Tuan Speaker, saya percaya salah satu pendekatan yang diperkenalkan dalam Teras Kedua iaitu Program Pengurusan Risiko Bencana bersama komuniti setempat dan pelaksanaan District Disaster Operation Center (DDOC), dapat diberi perhatian yang khusus di dalam menyegerakan kaedah operasi bagi mengatasi masalah bencana alam ini yang secara tidak langsung dapat memastikan masyarakat setempat berasa
selamat kerana secara dasarnya program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada komuniti setempat tentang kesiapsiagaan terhadap risiko-risiko bencana dan juga menyalur maklumat yang terkini berhubung setiap inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah sesebuah bencana. Dusun Tua juga merupakan kawasan luar bandar yang mempunyai produk eko pelancongan dan ia menjadi destinasi kunjungan ramai pelancong di dalam mahupun luar negeri. Jumlah pengunjung semakin bertambah pada setiap hujung minggu, musim cuti persekolahan dan juga musim perayaan, kawasan eko pelancongan di Dusun Tua menjadi tumpuan warga kota kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh dari pusat bandar, ia memberi ketenangan dan kedamaian sungai dan hutan semula jadi yang tiada di dalam Dusun Tua ini ialah laut sahaja. Yang lain semua ada. Produk eko pelancongan yang terdapat di Dusun Tua ini adalah seperti Kolam Air Panas, Gunung Nuang dan sejumlah kawasan peranginan air terjun seperti Sungai Manggis, Sungai Lepoh, Sungai Congkak, Sungai Semungkis, Sungai Pangsun dan Air Terjun Sungai Gabai. Malangnya, kebanyakan kawasan peranginan yang disebutkan tadi mempunyai masalah infrastruktur dan kemudahan awam yang memerlukan penyelenggaraan khusus terutamanya Air Terjun Sungai Gabai yang terjejas teruk akibat banjir tahun 2021. Kawasan tersebut tidak lagi beroperasi seperti dahulu di mana ramai peniaga dan penjaja dapat menjana hasil pendapatan. Justeru saya menyeru agar pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan keutamaan dan perhatian di dalam menaik taraf kemudahan prasarana pelancongan dan meningkatkan kemudahan awam agar kawasan-kawasan yang disebutkan tadi dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan sekali gus meningkatkan ekonomi desa secara menyeluruh seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang turut menamakan daerah Hulu Langat sebagai salah satu daerah selain Hulu Selangor dan Gombak yang akan dikenali sebagai Taman Warisan Negeri di dalam mendukung pemasyhuran Taman Negeri Selangor sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor. Yang terkandung di dalam Teras Kedua dan juga mengekalkan taraf Gombak, Hulu Langat sebagai Gombak Geopark ketujuh di Negara dan Geopark Kebangsaan pertama di Negeri Selangor seperti yang telah diiktirafkan.
Di dalam Teras Kedua juga turut menyatakan RM2.5 juta akan diperuntukkan untuk alam sekitar dan perubahan iklim sebagai langkah kesedaran dan perhatian serius Kerajaan Negeri terhadap isu perubahan iklim dan pengurusan sisa pepejal, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua untuk memainkan peranan di dalam menjamin persekitaran yang lebih bersih dan memaksimumkan kitar semula dengan meletakkan hasrat untuk memperbanyakkan lagi Rivers Vending Machine (RVW) dan Pusat Kitar Semula (PKS) di kawasan tumpuan penduduk dan mewujudkan lebih banyak tong sampah kitar semula berteknologi tinggi di kawasan-kawasan awam. Terdapat beberapa taman perumahan di sekitar kawasan DUN Dusun Tua ini yang saya sendiri turun padang meninjau terdapat banyak kawasan komersial tidak ada diletakkan tong-tong sampah pada hari ini. Jadi, mohon pihak PBT yang bertanggungjawab supaya memantau perkara ini supaya, tentang kebersihan sampah ini, dapat kita jalinkan hubungan bersama dengan penduduk dan juga peniaga untuk memastikan
kelestarian Negeri Selangor ini. Kerajaan Negeri juga turut bercadang untuk mengadakan E-Waste Recycling Program dengan mengadakan usaha sama dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan yang secara kebetulan telah pun diperkenalkan di Dusun Tua baru-baru ini melalui Program Sahabat Sungai Hulu Langat Selangor 2023 yang diadakan di IKTBN Dusun Tua pada 11 November tempoh hari. Program ini merupakan usaha sama antara Pejabat DUN, Parlimen dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, sekolah-sekolah, NGO bagi memberi kesedaran sosial khususnya kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah di dalam Kempen Melestarikan Sungai-sungai di Hulu Langat. Sebagai penutup bicara, izinkan saya memberikan pendapat mengenai salah satu hujahan Ketua Pembangkang, sahabat saya, sahabat lama dari 2008 bersama. Perjuangan Perikatan Nasional yang menyatakan bahawa pasak perjuangan mereka adalah untuk mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Mempertahankan Kemuliaan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, Mengembangkan syiar Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sewaktu pembentangan Bajet 2024, dengan jelas telah menyatakan Islam adalah teras penting dan inspirasi Pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah diamalkan semenjak sekian lama, walaupun kita berbeza pendapat, Teras Empat, Mengangkat Kesatuan Ummah yang diperkenalkan di dalam Belanjawan bagi tahun 2024 mengandungi enam (6) inisiatif yang menunjukkan Kerajaan Negeri komited dalam pembangunan dan pemerkasaan institusi berkaitan agama Islam. Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah untuk Ahli-ahli Yang Berhormat tidak menganggap dan membawa konsep terpaling Islam di dalam Dewan yang mulia ini. Perkara dan hujahan seperti ini bagi saya boleh merencatkan usaha di dalam memelihara perpaduan yang merupakan aset terpenting bagi menyatupadukan rakyat khususnya Negeri Selangor yang berbilang kaum, agama dan keturunan, selari dengan tema yang diperkenalkan dalam pembentangan Bajet Selangor Mandiri, Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan. Dengan itu akhir kalam, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana diberikan ruang kesempatan untuk menyampaikan ucapan pada Persidangan Mesyuarat Kedua, Dusun Tua menyokong Belanjawan 2024. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum W.B.T.
UMNO sahabat kita.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Saya hendak ingatkan juga, panggilan Y.B. tidak dibenarkan, sila guna perkataan Yang Berhormat. Sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat Dengkil.
Bismillahirrahmanirrohim. Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera, Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat ADUN-ADUN Negeri Selangor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Perkhidmatan. Tuan Speaker, pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Selangor di atas
pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024. Saya ingin meneruskan perbahasan pada hari ini dengan menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan Bajet tersebut. Seperti yang dimaklumkan Bajet Negeri Selangor sebanyak RM2.53 bilion merupakan bajet defisit enam (6) tahun berturut-turut. Diharapkan pada tahun hadapan Kerajaan Negeri dapat membentangkan bajet yang lebih seimbang dan berharap dapat memecahkan rekod tiada lagi bajet defisit kali yang ketujuh. Untuk itu, saya amat berharap Kerajaan Negeri dapat merancang dan melaksanakan perbelanjaan yang berhemah dan terkawal dan mematuhi peraturan kewangan semasa, serta tata kelola yang ditetapkan. Peruntukan pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion disediakan untuk pembangunan Negeri Selangor adalah tidak mencukupi untuk mencapai matlamat yang disasarkan terutamanya untuk menjadikan rakyat Selangor berpendapatan tinggi sebagai teras utamanya, termasuk sepuluh (10) anjakan yang telah dikenal pasti dalam masa yang terdekat. Oleh yang demikian, satu peruntukan pembangunan yang lebih besar perlu disediakan bagi mencapai matlamat ini. Saya yakin dengan barisan pegawai-pegawai Kerajaan yang ada pada masa ini, Insha Allah mereka yang profesional dalam bidang disiplin masing-masing boleh membantu menjayakan matlamat ini tercapai.
Yang Berhormat Speaker, perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Berhubung dengan cadangan ini, saya berpandangan bahawa penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan ini adalah perlu dikaji semula memandangkan telah sedia ada Majlis Bandar Raya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah yang mempunyai peranan yang sama seperti yang dicadangkan untuk penubuhan Suruhanjaya tersebut. Persoalannya, apakah objektif utama penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan, supaya tiada pertindihan fungsi dengan peranan yang dijalankan oleh Majlis-majlis yang sedia ada? Untuk memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat, termasuk memberi respond terhadap aduan rakyat dalam tempoh 24 jam, adalah dicadangkan supaya fungsi Majlis-majlis sedia ada ini diperkukuhkan lagi. Ini adalah kerana setiap Majlis telah sedia ada, unit-unit atau bahagian-bahagian yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan pelbagai aduan. Di samping itu juga, kita ada Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang tugasnya juga membantu Kerajaan Negeri dengan peranan yang sama memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan mereka dibayar elaun. Penubuhan Suruhanjaya ini dilihat akan mempunyai pertindihan fungsi dan hanya akan menambahkan lagi birokrasi dan bebanan kepada Kerajaan kerana penubuhan ini melibatkan pelantikan satu organisasi baru yang melibatkan pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, pegawai dan kakitangan baru. Apa perlunya unit aduan ataupun bahagian yang menerima aduan ditubuhkan di bawah Suruhanjaya, sedangkan PBT dan Pejabat Daerah juga menjalankan tugas yang sama? Ini seolah-olah Kerajaan Negeri tidak percaya dengan integriti mereka dan tugas yang dibuat selama ini. Oleh yang demikian, saya berpandangan, keperluan yang perlu diberi tumpuan di sini adalah menerapkan penguatkuasaan yang terbaik di PBT dan mematuhi KPI yang telah ditetapkan serta menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan amanah. Untuk
itu, saya mencadangkan isu penubuhan Suruhanjaya ini dikaji semula sebelum dilaksanakan.
Mohon, mohon
Sebelum dilaksanakan
Pandangan
Tak boleh
Dengkil bagi?
Berkenaan dengan Suruhanjaya, berkenaan dengan Suruhanjaya, boleh? Boleh Yang Berhormat Dengkil bagi?
Tak boleh
Tak boleh?
Tak boleh
Tak bagi, sila duduk.
Sebab Yang Berhormat dah ini, bagilah saya (ketawa) ..
(Ahli Dewan ketawa)
Tak bagi, sila duduk. Pelabuhan Kelang, sila duduk.
Masa suntuk (ketawa). Pertambahan beban kewangan Kerajaan, pertambahan organisasi baru yang tidak perlu tapi melakukan perkara yang sama. Sekiranya hendak diteruskan, kita tidak perlu lagi ada Ahli Majlis dan kita tidak perlu ada lagi ADUN yang dikatakan membantu kerajaan sekiranya perubahan ini diteruskan. Dengan penubuhan peranan Majlis dan PBT sedia ada secara tidak langsung dapat mengoptimakan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran serta mengurangkan bebanan kewangan. Nanti, EXCO Kerajaan Tempatan akan jawab. Yang Berhormat Speaker, perkara ketiga yang ingin saya sentuh adalah mengenai cadangan penubuhan task force inisiatif penguatkuasaan hak milik strata untuk perumahan dan harta tanah. Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih atas usaha Kerajaan Negeri untuk
menubuhkan satu Jawatankuasa task force untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan pemilikan hak milik strata kerana sekiranya isu ini tidak diselesaikan ia memberi kesan terhadap pemilik petak atau unit untuk membuat sebarang transaksi urus niaga ke atas unit petak berkenaan. Satu peruntukan disediakan sebanyak RM200,000.00 untuk task force ini. Persoalannya, berapa lamakah tempoh yang diberi kepada task force ini untuk menyelesaikan isu-isu ini? Setakat ini berapa banyak rumah-rumah di Selangor yang menghadapi masalah pemilikan strata title? Di Dengkil ya, kawasan saya sendiri, khususnya, bagi penduduk di Putra Perdana, isu ini telah berlanjutan begitu lama dan menjadi isu utama di kalangan penduduk di sana. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini, isu strata title yang berlaku di Selangor? Supaya rakyat tidak tertunggu dari setahun ke setahun. Bagaimanakah kedudukan permohonan pemilikan strata title di Putra Perdana yang telah begitu lama ditunggu? Oleh itu, Kerajaan Negeri diminta untuk menyediakan satu peruntukan khas untuk membantu pembayaran bagi pemberian hak milik strata bagi kumpulan B40 dan juga yang kurang berkemampuan.
Yang Berhormat Speaker, perkara keempat yang ingin saya sentuh adalah berkenaan perumahan mampu milik, Rumah Selangorku. Saya ingin menyentuh dasar perumahan, rumah mampu milik Rumah Selangorku, Satu Rumah, Satu Keluarga. Dari tahun 2014 hingga 2023, lebih kurang sepuluh (10) tahun lamanya, hanya 57,185 unit rumah dibangunkan. Daripada unjuran sebanyak 245,371 unit rumah mampu milik iaitu hanya lebih kurang 24% sahaja yang berjaya disiapkan. Projek ini adalah hasil kerjasama Lembaga Perumahan dan harta tanah Selangor di kalangan anak syarikat Kerajaan Negeri serta Pemaju swasta. Keperluan pembinaan rumah mampu milik ini adalah amat kritikal kerana jumlah rakyat Selangor yang menunggu dan memohon adalah amat besar dan usaha-usaha perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menyegerakan pelaksanaan pembinaan rumah ini supaya mencapai sasarannya. Persoalannya di sini ialah, mengapa sasaran yang dirancang tidak tercapai? Sebanyak 76% dari sejumlah 245,371 unit yang diunjurkan masih belum disiapkan lagi. Apakah kriteria pemilihan syarikat yang dipilih untuk membina rumah mampu milik ini dan apakah usaha kerajaan untuk mengatasi projek-projek yang masih lagi terbengkalai dan berapakah jumlah projek yang terbengkalai dan dijangka projek ini dapat disiapkan?
Seterusnya, saya ingin membahaskan tentang isu infrastruktur di Selangor. Ia berkait dengan jalan raya dan lampu jalan. Negeri Selangor memiliki jalan Negeri sepanjang 24,429 km setakat tahun 2023. Penyelenggaraan jalan raya sangat penting bagi tujuan perhubungan di antara bandar ke bandar dalam Negeri Selangor. Jalan-jalan ini juga menghubungkan jalan Persekutuan dan lebuh raya di dalam Negeri Selangor. Belanjawan kali ini memperuntukkan hanya RM145 juta. Peruntukan yang disediakan adalah tidak mencukupi untuk menampung kerja infrastruktur jalan dan berkaitan untuk keseluruhan Negeri Selangor. Di Dengkil umpamanya, terdapat beberapa jalan yang tidak diselenggara khususnya jalan-jalan kampung. Ada juga kawasan yang masih tiada akses jalan raya yang sempurna seperti perkampungan Orang Asli. Di
tempat saya ini ada 18 kampung Orang Asli. Jadi, kita cover untuk orang yang berada dan demografinya amat berbeza antara satu sama lain. Ada juga kawasan yang masih tiada akses iaitu di Bukit Damar hanya bersebelahan dengan Cyberjaya. Ini adalah amat memalukan kerana Cyberjaya ini sangat pesat dan membangun tetapi kawasan sebelahnya, tiada akses jalan raya dan hanya melalui jalan pintas, jalan tikus untuk memasuki perkampungan Orang Asli dan beberapa perumahan Melayu di situ. Pada 28 Jun 2023, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM270,976.00 untuk menaiktaraf kemudahan termasuk jalan raya di kampung Orang Asli di sekitar Dengkil. Saya ingin tahu, apakah kemajuan yang telah dilakukan terutamanya infrastruktur jalan raya untuk masuk ke kawasan Orang Asli di Dengkil, terutamanya di Kampung Bukit Damar yang terhimpit dengan pembangunan di Cyberjaya dan Cybersouth? Tetapi tidak memiliki sebarang akses ke kampung berkenaan. Saya juga ingin menyentuh berkenaan isu lampu jalan. EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor berkata kecurian kabel melibatkan, mengakibatkan banyak lampu jalan raya di Selangor tidak bernyala sekali gus memberi kesan terhadap pengguna jalan raya. Jenayah pencurian kabel ini berleluasa di seluruh Negeri Selangor. Isu lampu jalan telah bertahun lamanya. Masalah kegelapan ini menyebabkan berlakunya kemalangan di tempat yang berbahaya dan juga kes rompakan dan jenayah di tempat-tempat yang sunyi. Untuk itu, peruntukan yang disediakan iaitu RM3.6 juta adalah tidak mencukupi untuk kerja-kerja membaikpulih lampu jalan yang tidak berfungsi. Soalannya, apakah langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang dijalankan bagi membendung isu kecurian kabel ini dan sampai bila Kerajaan akan menanggung kerugian akibat perbuatan jenayah yang tidak bertanggungjawab ini? Saya bersetuju dengan penggunaan lampu solar, memandangkan ia menjimatkan dari segi kos penyelenggaraan, mengurangkan risiko kecurian dan sekali gus mengurangkan terus beban kos pembayaran elektrik kepada TNB. Untuk itu saya mencadangkan bajet untuk infrastruktur jalan raya dan lampu jalan ini dipertingkatkan kerana ia adalah masalah yang berpanjangan dan harus ditangani segera.
Isu seterusnya ialah isu tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2. Seperti sedia maklum, projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 1 telah selesai dan dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan seperti Kampung Revolusi Hijau, Taman Permata, Taman Desa, Jenderam Hilir dan beberapa kawasan di Dengkil. Tetapi banyak lagi kawasan yang masih berisiko tinggi mengalami masalah banjir seperti di Kampung Cemperai, Kampung Sri Tanjung, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Kampung Orang Asli Bukit Tampoi, Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kampung Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang. Saya kena sebut satu persatu ya, sebab mereka dengar sekarang ini apa yang saya bahaskan tetapi Yang Berhormat, saya tidak benarkan. Okay, lepas ini. Bajet yang dicadangkan sebanyak RM65 juta untuk projek tebatan banjir sejajar dengan jumlah kos tebatan banjir di peringkat Persekutuan hampir RM3 bilion diharap dapat menampung dan mempercepatkan pelaksanaannya agar penduduk tidak terus sengsara menghadapi kekerapan banjir setiap tahun. Pembinaan ban banjir perlu lebih kukuh, tembok penahan banjir di kawasan berisiko bagi tujuan kawalan banjir, pembinaan pintu kawalan air dan rumah
pam yang diintegrasikan dengan sistem kawalan, penyeliaan dan perolehan data berkomputer bagi pintu air di kawasan yang berisiko tinggi mengalami banjir, diperlukan seperti di Sungai Tampoi ke Sungai Langat dan Sungai Semarang ke Sungai Langat. Saya juga mencadangkan supaya kerja-kerja melebar dan mendalamkan sungai seperti projek mendalam dan melebarkan Sungai Langat termasuk meninggikan ban Sungai Langat kerana kawasan Dengkil ini menerima banjir walaupun tiada hujan. Tiada hujan, tiada ribut, banjir tetap berlaku. Itu pelik ya. Kasihan ya.
Dengkil, Dengkil, tidak hujan pun banjir ke?
Ha?
Tidak hujan pun banjir ya, tadi sebut.
Okey, dua (2) minit sahaja lagi ya.
Okey, taburan hujan yang tinggi di kawasan Hulu Sungai Langat akan menyebabkan paras sungai meningkat dan kawasan Dengkil iaitu dari Sepang sehingga ke Labohan Dagang akan banjir dan menenggelamkan beberapa kampung. Saliran air dari beberapa tasik lombong mukim Tanjung Dua belas Kuala Langat juga antara punca banjir tersebut. Kolam tadahan air berpusat perlu dilaksanakan bagi menampung lebihan air ketika berlakunya hujan lebat.
Tuan Speaker, seperti sedia maklum Dengkil adalah pintu gerbang utama Selangor ke Putrajaya dan juga ke luar negara. Itu Dengkil ye dengan jumlah pengundi yang mencecah 93 ribu kita menghadapi satu menghadapi satu bencana berulang seperti banjir, amat sukar untuk diuruskan tanpa kerjasama semua pihak. Saya berharap, semua pihak dapat mengetepikan ideologi politik insha Allah dan menjadi politik pantang bagi sama-sama menguruskan mangsa banjir dan kita menyelesaikan isu banjir yang tak berkesudahan ini. Saban tahun masalah yang sama berulang dan tidak ada jalan penyelesaian yang mampat. Sebagai contoh, di persimpangan Jalan Kiwa Kota Warisan KLIA yang sentiasa tenggelam apabila berlakunya hujan lebat. Ini merupakan satu-satu jalan yang menghubung KLIA dengan Putrajaya dan Bandar-Bandar sekeliling. Banjir di kawasan ini kerap berlaku dan perkara ini, menjadi keluhan rakyat kita memerlukan satu jalan pene..penyelesaian yang sama...
Yang Berhormat..boleh ending yea.
ha.
Boleh rumuskan.
Sikit lagi okay, satu lagi ialah berkaitan perancangan bandar yang tidak tersusun juga mengakibatkan banjir kilat kerap berlaku. Kita harus membendung segala masalah daripada merawat dengan izin prevention is better than cure. Memajukan sesuatu kawasan itu tanpa mengetepikan kepentingan penduduk asal seperti kampung-kampung sekitar. Kewujudan bandar baru iaitu seperti Cybersouth, Bandar Serenia, Bandar Sunsuria, Bandar Southville dan Cyberjaya memberi impak yang besar pada kawasan sekeliling serta seperti peningkatan ekonomi antara hidup. Peningkatan lalu lintas dan penambahan sistem saliran. Jika semua ini tidak dirancang dengan betul, maka akan berlakunya kekacauan dan bencana kepada penduduk sekitar. Saya harap pihak kerajaan dapat memberikan garis banduan, garis panduan kepada seluruh PBT untuk melihat perkara ini leb..dengan lebih mendalam. Sikit boleh? Ada berkaitan Kampung...
Rumuskan terus...Tutupkan....
Saya nak tutup la ni, okay yang terakhir sekalilah eh...saya ingin menyentuh berkenaan penglibatan ADUN Pembangkang. Kami ini dianggap ADUN pembangkang...dalam Mesyuarat..Mesyuarat di Majlis-Majlis Daerah dan juga Majlis Kerajaan Tempatan. Okay sepanjang 3 bulan, 12 hari bulan tu 3 bulan dah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil saya berserta ramai lagi rakan seangkatan dari parti Perikatan Nasional tidak dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, mesyuarat penyelarasan di Majlis Perbandaran dan Mesyuarat Bencana. Banjir kita dipanggil tetapi WhatsApp diberi eh..WhatsApp beri tapi tak dipanggil untuk mesyuarat dan saya Cuma untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kuala Langat dan juga Majlis Perbandaran Kuala Langat Presiden dan juga Pegawai Daerahnya menjemput kami untuk hadir sama dalam mesyuarat dan kami tidak ada masalah kita tidak menimbulkan isu-isu politik semasa perbincangan. Jadi, kita berharap sedangkan ADUN Kerajaan dan Ahli Parlimen Kerajaan dijemput menghadiri mesyuarat tetapi hak ADUN Pembangkang dinafikan. Dan ini mengkhianati mandat rakyat yang telah diberikan kepada kami dan tidak menghormati pilihan rakyat 5 tahun ya..kita ada 5 tahun insha Allah Mesyuarat ini adalah penting bagi masa...
Yang berhormat boleh...
Dah.. dah.. dah habis dah.... mesyuarat ini adalah penting bagi memastikan segala input berkaitan masalah utama dapat diketengah dan dibincangkan. Untuk itu, saya berharap Kerajaan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor ada ke tiada? Setiausaha Kerajaan Selangor, Pegawai Daerah...
Yang Berhormat sudah lebih 5 minit Yang Berhormat.....
Berkaitan...akhir sekali setakat ini hujahan saya...dan saya akhiri dengan serangkap pantun:
Baik-baik mengail tenggiri, Jangan terkena ikan parang, Pemimpin baik tidak menyendiri, Selalu terima pandangan orang.
Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Izinkan saya memulakan dengan serangkap pantun untuk keamanan dunia...
Dihalakan pisau ke arah daun, Daun hijau berembun pagi, Andai itu satu kemenangan, Menang dalam hina tidak berseri.
Salam Hormat hadirin sekalian, Tuan Speaker Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Kakitangan Kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan sulung saya dalam dewan yang mulia ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan Barisan EXCO atas Pembentangan Belanjawan Selangor Tahun 2024 pada Jumaat yang lepas yang berjumlah 2.53 bilion yang bertemakan Selangor Mandiri, Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan. Saya tertarik dengan dasar kerajaan negeri yang berhasrat untuk mengutamakan jaminan sektor sosial yang merangkumi kebajikan, pendidikan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat jelata menerusi pembahagian sebanyak 1.33 bilion untuk perbelanjaan mengurus yang mana tahun hadapan bakal menjadi satu tahun yang mencabar dengan pertubuhan perlahan ekonomi dunia di sebabkan cabaran iklim dan perubahan geopolitik dunia. ‘Kuat berdiri pohon kerana akarnya. Kuat akar kerana tanahnya’. Yang bermaksud kekuatan sebuah kerajaan kerana rakyatnya yang bersatu padu. Usaha Kerajaan Selangor melalui Belanjawan Selangor tahun 2024 yang mendampingi rakyat marhaen disanjung tinggi. Saya, menyimpulkan mukadimah dengan sebuah ungkapan daripada Thomas Alva Edison ABraham Lingham dengan izin yang berbunyi dengan izin ‘there will always be a better way for any matter look for it’.
Tuan Speaker, berdirinya saya di sini sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor wanita yang termuda bagi penggal ini selepas dipilih dalam Pilihan Raya Negeri yang lepas membawa suara rakyat dan akan menjiwai kebajikan rakyat pembangunan insan yang kemajuan Negeri Selangor yang tercinta dan perubahan kehidupan rakyat ke arah yang lebih progresif. Sebuah perubahan yang bukan sahaja menyinar dalam titik noktah tetapi juga dalam kehidupan seharian rakyat.
Bukit Lanjan, memohon mencelah.
Okay...boleh.
Boleh-boleh silakan.
Ok, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tahniah saya ucapkan kepada YB Bukit Lanjan kerana menjadi wanita termuda dalam sidang DUN kali ini tetapi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan, apakah pendapat Yang Berhormat tentang tuduhan daripada Yang Berhormat Permatang tadi bahawa dasar wanita kerajaan Negeri Selangor sekadar copy paste sedangkan Yang Berhormat Permatang merupakan wanita tunggal dalam Perikatan Nasional dengan izin, old boys club sahaja? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Pada pendapat saya, kebajikan untuk wanita yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tah..tahun ini atau pun sepanjang beberapa penggal ini memang sudah lebih menyeluruh tapi nanti saya ada cadangan lain untuk pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk wanita. Anak sungai biar berubah hala..pendirian saya.....
Ada ingin mencelah.
Saya tak izin. Biar saya habiskan. Pendirian saya tetap sehala. Tahun ini, masuk ke tahun yang kelima belas Negeri Selangor ditata kelola oleh kerajaan Pakatan Harapan. Satu setengah dekad negeri telah dilakukan perubahan menyusuri arus perubahan dunia yang telah dibuktikan. Peningkatan reserve simpanan negeri yang meningkat serta pelaburan tinggi yang masuk melabur telah menstabilkan ekonomi negeri dan kerana itulah saya kita telah dapat membantu rakyat mengangkat martabat, memperhalusi taraf kehidupan rakyat jelata di Selangor dalam mengharungi bibit-bibit kesusahan hidup. Saya menerima baik pembentangan Dato’ Menteri Besar menerusi Belanjawan Tahun 2024 yang menitik beratkan untuk melipat gandakan kemasukan pelaburan. Sidang kemuncak perniagaan antarabangsa Selangor diharapkan akan menjadi program pelaburan utama rantau Asia Tenggara pada tahun hadapan. 20 juta yang diperuntukkan untuk menjayakan SIBS ini, diharapkan dapat membentuk production value dengan izin supaya Negeri Selangor menggalakkan industri ekonomi kreatif yang meraihkan
kepelbagaian budaya Asia Tenggara. Dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan industri pelancongan saya mengambil maklum berhubung inisiatif mengembangkan industri kreatif yang mana pada pandangan saya, saya sangat kena pada tempatnya. Menurut pertubuhan pelancongan dunia 2024 pelancongan budaya adalah antara satu daripada tiga sebab utama orang melancong di dalam atau di luar negara terutamanya di negara membangun di kawasan Asia.
Tuan Speaker, bak kata bagai condong di tumbik, lemah di andur yang bermaksud memberi pertolongan kepada orang yang di dalam kesusahan. Usaha kerajaan yang menawarkan bantuan kebajikan untuk kesejahteraan rakyat Selangor amat dihargai dari anak yang baru lahir 30 hari di Negeri Selangor yang mana sudah rakyat memohon perlindungan Insurans INSAN. Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintas sebanyak RM100 dan Skim Bantuan Tadika sebanyak RM50. Bimbingan percuma melalui Program Tuisyen Rakyat dan Program Tuisyen Rakyat Selangor yang diteruskan dalam Belanjaan 2024 menerusi peruntukan 10 juta adalah di alurkan namun, suka saya cadangkan agar kapasiti dan tahap akses terus harus dititik utamakan kepadatan perhubungan internet atau pun Selangor Wi-Fi yang percuma harus memberi manfaat kepada pelajar kita terutamanya di kawasan desa dan kampung.
Tuan Speaker, inisiatif berterusan Belanjawan 2024 untuk Hadiah IPT sebanyak RM1000, Bantuan Pendidikan dan Biasiswa Selangor dan kemahiran SMART Selangor dan bantuan yuran pengajian amat..amat dihargai. Saya berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan 2024 yang meneruskan Bantuan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan dan Bantuan Baucar Perayaan sebanyak RM200 pada hari perayaan. Tidak ada dan tidak pernah dibuat di mana-mana di negeri di Malaysia hanya di Selangor begitu juga untuk Bantuan Iltizam Sihat Selangor yang akan dimasukkan nilai sebanyak RM500 bagi Pakej Keluarga dan RM250 bagi individu yang mana mereka boleh menggunakan untuk rawatan di Klinik-Klinik Panel..dan pada belanjawan...
Kerajaan....
Pada belanjawan...Saya tak benarkan...biarkan saya habis....
Bagila sekejap.....
Dan....pada Belanjawan hari Jumaat lepas, pengumuman Dato’ Menteri Besar untuk menempatkan manfaat hospitaliti sebanyak 10 rib..10 ribu di hospital panel swasta terpilih. Memberikan nafas lega kepada ramai pesakit. Masalah kanser serviks saya nak jelas sikit terutamanya pada kaum wanita pula disebabkan oleh virus popiloma dengan izin menurut data yang dikeluarkan oleh Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia setiap tahun lebih 310
ribu wanita yang meninggal dunia akibat kanser serviks dan majoriti mangsa yang maut dalam kalangan mereka miskin. Bukit Lanjan harap Kerajaan Negeri Selangor boleh menerajui lagi satu skim yang percuma untuk Saringan Kanser Serviks di kalangan wanita dengan izin, let us to be the first state in Malaysia to do this.
Tuan Speaker, suhu semasa bumi yang hampir 1.3 darjah celsius bakal meningkat pada tahun-tahun yang akan datang dan ketinggian paras laut akan semakin meningkat. Kepanasan yang keterlaluan atau dengan izin, heat wave dan penurunan suhu yang drastik telah menyebabkan ketidaktentuan cuaca di Malaysia. Baru-baru ini, Malaysia telah menyatakan komitmennya untuk merendahkan kadar pelepasan gas hijau secara kdro menjelang Tahun 2030 dan mencapai kadar sifar atau net zero dengan izin pada Tahun 2050. Namun, berikutan kadar populasi negara yang semakin meningkat dan pertambahan kenderaan di atas jalan raya terutamanya di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri disarankan untuk menambahkan pelaburan dalam teknologi tenaga boleh ubah. Kolaborasi secara intensif harus dilakukan bersama pihak MNC. Pelabur di serantau Asia dan Eropah serta mengenakan polisi-polisi yang mempromosikan tenaga solar, dengan izin, hydro power, green hydrogen dan lain-lain di semua peringkat PBT dan agensi seperti mana juga yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar untuk menggiatkan penggunaan electric vehicle (EV) dengan izin, di Selangor. Kombinasi penjanaan tenaga dan bangunan yang mengeluarkan paling banyak karbon dan green house cases, dengan izin kalau dibandingkan dengan sektor pengangkutan maka saya syorkan kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan dalam masa 5 tahun yang akan datang ini semua bangunan kerajaan termasuk PBT perlu menjana tenaga mereka sendiri atau menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui sebanyak 50% pada tahun 2028. Bukit Lanjan juga ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri fokus kepada mitigasi masalah-masalah yang disebabkan oleh perubahan iklim di kawasan DUN saya baru-baru ini terdapat terlalu banyak kes rumah dibanjiri selepas ribut hujan. Saliran dan perparitan di kawasan bandar harus ditambahbaik, dibesarkan lagi untuk memastikan kesan buruk perubahan iklim dapat dikurangkan. Usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agenda pendidikan di Selangor sangat disanjungi. Izinkan saya memberikan pandangan berhubung beberapa keperluan mendesak. Pendidikan di Negeri Selangor harus bersikap lebih holistik dan tidak hanya mengukur pencapaian peperiksaan. Namun juga tertumpu pada perkembangan sahsiah dan nilai perpaduan. Mahasiswa dan mahasiswi di Negeri Selangor diraikan. Begitulah ungkapan yang boleh diberikan bagi mendorong lebih ramai pelajar lepasan SPM untuk menceburkan diri dalam pengajian tinggi. Hanya di Selangor kita akan memberikan hadiah anak masuk universiti, hanya di Selangor kita ada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa untuk menolong para bakal graduan. Saya ingin mencadangkan agar pembelian hadiah dan biasiswa ini diselaraskan dengan komitmen untuk menjadi Duta Muda Perpaduan Negeri Selangor. Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor diharapkan membawakan sebuah modul negeri dalam memartabatkan aspek perpaduan dengan
bekerjasama dengan Duta Muda Perpaduan (PeBS) dan PWB di setiap DUN dan perincian program harus mengikut ikutan dan budaya hidup golongan muda yang terkini. Kerajaan Negeri yang telah membawakan Gagasan Rumpun Selangor akan diperkenal bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarakkan semangat perpaduan negeri ini. Terjemahan pemografik yang unik dan pelbagai ini menjadikan Selangor sebagai mini Malaysia. Usaha murni kerajaan ini saya harap akan dapat dukungan daripada semua pihak tanpa mengira perbezaan. Gagasan Rumpun Selangor akan lebih menyeluruh jika pegawai perancang dan pegawai pelaksana di peringkat kerajaan negeri memahami dasar dan keperluan perpaduan rumpun negeri yang ingin dibentuk terlebih dahulu. Maka saya cadangkan agar diwujudkan satu skala psikometrik dalam budaya kerja Kerajaan Negeri yang menerapkan aspek penerimaan kepelbagaian. Hal ini untuk menguji keterlibatan sosial pelbagai kaum dan pengukuhan nilai integriti mana-mana pegawai Kerajaan Negeri yang akan terlibat dalam perancangan Gagasan Rumpun Selangor ini. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana yang saya ungkapkan pantun permulaan saya, di saat kita berkumpul di Dewan yang mulia pada waktu ini, laungan perit dan tangisan pertolongan tidak terputus didengar di ruang udara tidak jauh dari sini. Pada waktu ini juga di seberang sana, ambulans tidak lagi dapat bergerak, penduduk dikepung semua arah, disekat air, makan, elektrik dan gas sehingga hospital-hospital pun diletup oleh pihak zionis di Gaza. Dengan izin, we are having the worst humanitarian crisis among civilised humans yang mana genocide dan ethnic cleansing sedang berlaku di depan mata kita. Krisis kemanusiaan ini walaupun jauh beratus kilometer dari kita hadirnya kita di Dewan yang mulia ini sebagai pemimpin tidak luntur pegangan kita untuk memainkan peranan sebagai seorang Ahli Dewan Negeri Selangor nescaya Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang melakukan segala tindakan yang munasabah. Saya cadangkan kepada barisan EXCO, Dato’ Menteri Besar dan semua Ahli-ahli Dewan tanpa mengira parti untuk sama-sama kita bentuk sebuah tabung, dana sumbangan Dewan Negeri Selangor di bawah kelolaan Tuan Speaker dengan sumbangan sebanyak RM5 ribu setiap ADUN. Jika ini dapat direalisasikan, Dewan Negeri Selangor akan menjadi Dewan Negeri yang pertama yang bakal menyumbang anggaran sebanyak RM280 ribu yang boleh digunakan untuk manfaat mangsa-mangsa di Gaza.
Yang Berhormat, saya bagi 2 minit lagi Yang Berhormat.
Dah akhir dah, sekejap, sekejap.
Teruskan 2 minit.
masa itu emas. Dengan itu, saya akhiri dengan harapan keadaan dunia kembali ke landasan yang betul. Semoga rakyat dan bumi Selangor yang tercinta terus terpelihara dengan rahmat dan semangat perpaduan untuk terus maju bersama. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker, Bukit Lanjan menyokong.
Yang Berhormat, saya nak minta mencelah.
Terima kasih Bukit Lanjan. Sekarang saya mempersilakan Sementa.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada YB. Speaker kerana memberi peluang kepada Sementa untuk membahaskan usul pembekalan Belanjawan Negeri 2024 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada petang Jumaat yang lalu. Sama ada Belanjawan Negeri 2024 ini benar-benar bersifat holistik dan efektif bagi dinikmati rakyat Negeri Selangor ini maka sama-samalah kita Ahli Dewan Yang Mulia ini mengupas dan membincangkan dengan hati yang terbuka dan dengan matlamat yang jelas bagi meletakkan Negeri Selangor dan rakyatnya sebagai keutamaan. Sebagaimana firman Allah SWT. Dengan izin, (dibacakan ayat suci Al-Quran) yang mana Allah SWT memberikan peringatan kepada kita semua: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak kebenaran kerana Allah SWT dan menjadi saksi yang bertindak dengan adil, janganlah kebencianmu terhadap satu kaum yang lain, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Maidah, Ayat 8)
Tuan Speaker, sebelum memulakan perbahasan, suka saya berkongsi di sini bahawa prinsip pembangkang sangatlah jelas yang mana baik untuk rakyat kami akan menyokong manakala yang mana boleh diperbaiki kami pasti akan tegur sebagai semak dan imbang atau check and balance demi kebaikan kita bersama. Tuan Speaker, seperti yang kita semua sedia maklum, Belanjawan Negeri yang dibentangkan telah diletakkan 4 teras utamanya. Maka bagi teras yang pertama, selari juga dengan Rancangan Selangor Yang Pertama 2021 hingga 2025 maka kita semua amat mengharapkan hasil Kerajaan Negeri akhirnya dapat diperturunkan dan dirasai oleh rakyat di bawah sana. Memetik fokus yang diberikan di dalam Rancangan Selangor Yang Pertama, saya mendoakan agar pencapaian pendapatan isi rumah mendengar di Selangor pada kadar RM9,290 sebulan dapat dicapai sebagaimana yang telah digariskan. Maka saya berhasrat juga untuk bertanyakan kepada pihak Kerajaan pada kadar manakah pendapatan isi rumah berada pada masa ini? Melihat juga kepada kadar kemiskinan di negeri ini khususnya di bawah Parlimen Kapar, Daerah Klang, statistik kemiskinan dinyatakan pada kadar yang tertinggi maka saya mengharapkan usaha yang bersepadu dan selari dengan Rancangan Selangor Yang Pertama ini dapat memberikan penekanan kepada pengendalian situasi ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua agar kenikmatan dan keberkatan hasil yang diperolehi oleh ekonomi negeri dapat turun dan dirasai secara meluas dan merata oleh semua rakyat. Maka dengan usaha yang melebar ini diharapkan akan diberkati dan membuahkan hasil mencapai 0.7% kadar kemiskinan mutlak dan 11% kadar
kemiskinan relatif menjelang tahun 2025. Sehubungan itu agihan peruntukan kepada semua ADUN-ADUN mestilah bersifat adil dan menyeluruh memberikan kepercayaan dan keupayaan kepada wakil-wakil rakyat yang telah diangkat di setiap DUN tanpa melihat kepada perbezaan politik tetapi mensasarkan kepada rakyat di dalamnya. Siapa lagi yang lebih mengenali rakyat di bawahnya melainkan wakil rakyat yang telah disepakati secara majoriti oleh penduduk yang dinaungi di bawahnya sendiri.
Tuan Speaker, bagi tema mengangkat pendidikan bestari menjamin alam sekitar lestari pula pihak kerajaan haruslah memastikan aspek kualiti pendidikan, premisnya, tenaga pengajarnya serta persekitaran keseluruhannya terjamin bagi menghasilkan produk-produk yang bakal terhasil iaitu anak cucu kita semua adalah cemerlang, seimbang dan berterusan sifatnya bagi mewarisi negeri ini nanti. Saya mohon supaya disemak semula premis-premis khususnya sekolah agama menengah yang telah lama dan dalam keadaan yang uzur sebahagiannya. Kita tidak mahu kejadian yang pernah berlaku kebakaran asrama Sekolah Agama Menengah Hishamuddin Sg. Bertek berulang kembali. Menyentuh tentang aspek pendidikan ini saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian juga kepada bantuan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan institusi pendidikan yang ada merentas kategori dapat mencapai dan memenuhi pra-syarat sehingga berupaya beroperasi dengan pematuhan yang sebaiknya. Namun usaha ini mestilah dengan bermatlamatkan membantu mereka mencapai pra-syarat dan tidak pula seolah-olah memutuskan kekurangan dan kelemahan institusi ini sebagai hukuman mati kepada mereka tanpa diberikan bantuan dan nasihat terutama kepada pengurusan sekolah agama-agama rakyat saya yakin sekolah agama rakyat ini boleh memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak pejabat kesihatan, balai bomba penyelamat namun kita memahami bersama-sama dan telah disebut oleh Yang Berhormat EXCO Agama baru-baru ini iaitu halangan untuk memenuhi pra syarat, kebenaran merancang oleh pihak PBT. Perlu juga diberikan perhatian, status tenaga-tenaga pengajar dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan cabaran sara hidup mestilah diambil kira bersekali dengan Belanjawan Negeri dan juga Rancangan Selangor Yang Pertama agar mereka ini mendapat pembelaan dari segi status perjawatan mereka. Saya bersetuju dan saya menyokong rakan-rakan Yang Berhormat yang lain yang meminta supaya disemak status perjawatan mereka dalam masa yang sama untuk melihat kembali elaun yang mereka terima supaya dapat ditukar kepada istilah gaji kerana mereka menghadapi masalah apabila mereka ingin membuat pinjaman tetapi tidak layak kerana mereka tiada gaji yang mereka dapat ialah elaun. Antaranya yang berkhidmat di bawah institusi di bawah Jabatan Agama Islam Selangor seperti Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, sekolah rendah agama dan seumpamanya. Begitu juga bagaikan tema ini saya ingin mengutarakan pandangan bahawa keupayaan matlamat ini dicapai adalah juga berkaitan dengan kadar penembusan penggunaan jalur lebar merentas negeri yang mana hasilnya nanti dapat dinikmati oleh komuniti pendidikan di dalamnya.
Tuan Speaker, bagi menjamin alam sekitar lestari bersekali dibaca juga dengan Rancangan Selangor Yang Pertama di bawah fokus pemacuan kelestarian sukalah saya memetik kes-kes sedia ada agar diberikan perhatian, pemantauan dan penguatkuasaan yang benar-benar tegas dan menyeluruh. Kewujudan tapak-tapak pelupusan sampah haram. Contohnya seperti di Kampung Sungai Serdang menjadi barah kepada keselamatan dan kesihatan penduduk setempat sehinggakan timbullah persoalan kepada rakyat di bawah terhadap pancaindera para pentadbir. Jika visualnya jelas, baunya juga jelas, di manakah kaburnya penglihatan penguatkuasaan dan pengurusan sehingga ia terbiar begitu sahaja. Letakkan lah kita di dalam kasut penduduk ataupun kita bayangkan ibu ayah kita hidup dan tinggal di sana maka apa yang tidak akan kita lakukan untuk mengatasi permasalahan ini. Bagaimana tapak sampah haram ini boleh bermaharajalela sehingga tingginya lebih kurang 20 kaki. Dan saya berhasrat sebenarnya nak bawak Yang Berhormat Sekinchan balik kampung. Boleh Yang Berhormat ya? Keno yo? Dengan izin.
Keno, kapan-kapan beri moso.
Kita turun bareng-bareng.
Keno, keno, bareng-bareng.
Yang lain semua faham ya? Dengan izin, Tuan Speaker. Dengan ketinggian lebih kurang 20 kaki itu ya, ini bukan kerja sehari dua tetapi bertahun-tahun takkan perkara ini tidak disedari yang penting sekarang ini ialah bagaimana kita nak mencari jalan penyelesaian dan tengahari tadi saya yakin pihak kerajaan mengetahui Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar turun ke Kampung Kapar tengah hari tadi untuk melihat pencemaran yang baru berlaku dengan sisa minyak dibuang begitu sahaja. Pagi semalam saya menerima mesej daripada YDP PIBG Sekolah Menengah Bukit Kapar berkaitan pencemaran bau di Parit Jalan Abdul Hamid dan pagi tadi saya turun dan semalam saya sempat menelefon pihak PBT MPK dan Jabatan Alam Sekitar alhamdulillah terima kasih kepada agensi berkenaan semalam juga mereka turun dan memberi laporan kepada saya, dan pagi ini saya turun, tindakan susulan telah dibuat pada pagi tadi. Dan inilah sebenarnya engagement yang kita nak buat demi rakyat tanpa mengira politik.
Soalan. Boleh?
Okay.
Adakah Sementa setuju bahawa pencemaran yang banyak berlaku ini antara sebabnya adalah tumbuhnya kilang-kilang haram yang begitu banyak di Negeri Selangor?
Terima kasih. Saya masukkan dalam ucapan saya nanti untuk dijawab oleh pihak Yang Berhormat. InsyaAllah dan kesempatan ini juga ingin saya ucapkan tahniah kepada PBT Majlis Perbandaran Klang yang telah melancarkan kutipan sampah rumah ke rumah termasuk rumah kampung ataupun daripada tanah lot ke tanah lot cuma di sana ada beberapa persoalan. Sejauh manakah penerangan program ini disampaikan kepada para penduduk dan sejauh manakah agensi-agensi kerajaan termasuk ahli majlis dan ketua kampung benar-benar memainkan peranan dan membantu di dalam memberi maklum kepada para penduduk yang ada di kawasan tersebut. Berapa peratus penduduk di bawah jajaran MPK ini yang telah menyediakan tong sampah sebab sesiapa yang tinggal di bawah Majlis Perbandaran Klang kita akan melihat banyak yang belum menyediakan tong-tong sampah yang telah diarahkan. Maka yang ini kita mahu perhatian daripada pihak yang berwajib.
Berkaitan isu banjir kilat dan berlumpur, Tuan Speaker, 6 haribulan November saya turun ke kawasan yang sering banjir kilat di Bukit Kapar. Alhamdulillah penduduk kata bagus Ustaz Yang Berhormat parit-parit telah dibersihkan. 7 November sebelah malam hujan lebat banjir kilat berlaku, hari Selasa. Hari Rabu penduduk membuat pembersihan rumah. Hari Khamis pagi saya turun padang untuk memberikan sumbangan.
Yang Berhormat, jaga masa.
Ya, okay. Dan hari Khamis pagi itu hujan dan banjir sekali lagi. Maknanya Selasa banjir, Rabu cuci, Khamis banjir lagi. Cuba bayangkan kalau kita letakkan diri kita di tempat mereka ataupun ibu ayah kita yang tinggal di kampung, kita tinggal di bandar apa perasaan kita? Sebab itu saya mohon supaya perkara ini dapat disemak oleh pihak berwajib namun begitu pemantauan yang kami buat bersama beberapa agensi kerajaan. Yang pertamanya, isu korekan tanah merah di dua bukit di Kampung Bukit Kapar. Yang pertamanya saya mohon pihak yang berwajib cuba semak apakah operator yang menjalankan kerja-kerja berkenaan ada kebenaran ataupun tidak? Yang kedua, jika ada kebenaran mohon diperjelaskan apakah syarat-syarat yang dikenakan? Yang ketiga, apakah operator tersebut benar-benar telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan yang keempat, sejauh mana pemantauan dilakukan ke atas pihak yang berwajib? Kita taknak ianya berulang kembali kes tersebut walaupun qada’ dan qadar itu kita tidak boleh menolak. Isu yang kedua yang membantu kepada banjir kilat tersebut ialah sistem perparitan di Jalan Jaya Setia yang mana untuk makluman Tuan Speaker dan teman-teman Yang Berhormat semua, yang mana perparitan dari zaman berzaman dia sudah daripada parit utama dia masuk ke kebun-kebun orang kampung. Daripada Lot 6617 hingga 6621 dia tidak mengikut rizab jalan tapi dia masuk ke kebun-kebun orang kampung. Perkara ini saya mohon kepada pihak yang berwajib khususnya pejabat daerah untuk mengadakan mesyuarat bersama-sama agensi kerajaan yang lain bagi membantu masalah yang dihadapi oleh penduduk di sana.
Tuan Speaker, Menaungi Kebajikan Rakyat - saya amat menyanjung tinggi tema Menaungi Kebajikan Rakyat yang digariskan kebajikan rakyat adalah isu penting yang memerlukan perhatian daripada pihak yang berkuasa, isu kebajikan rakyat yang perlu diberikan perhatian adalah pertamanya melibatkan kesihatan sebagai salah satu hak asasi manusia yang harus dijamin oleh negara selain fasiliti yang mencukupi dan dapat menampung jumlah rakyat setempat, keadaan alam sekitar yang didiami juga memainkan peranan seperti yang telah saya sentuh di bawah aspek alam sekitar sebenar tadi. Keduanya, keselamatan juga menjadi salah satu keutamaan kebajikan rakyat. Antara pecahannya adalah keselamatan jalan raya
YB., jaga masa. Masa sudah semakin suntuk.
Ya, 2 minit. Bukan hanya pada kenderaan dan pemandunya, malahan meliputi jalinan jalan raya yang selamat. Kes-kes kemalangan akibat jalan rosak yang lambat diturap, jalan yang diturap namun tidak mencapai piawaian dan jalan yang mencapai piawaian tetapi kurangnya pemantauan sehinggakan kenderaan-kenderaan yang tidak sepatutnya memasuki kawasan tersebut bermaharajalela sehingga membahayakan keselamatan seolah-olah sudah di kalangan kita yang ni Yang Berhormat Pelabuhan Klang setuju dengan saya tapi tak ada dia. Dan untuk akhirnya, sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Dengkil, saya bersetuju untuk memastikan supaya kami daripada ADUN kebangsaan
Sudah ulang tu, mungkin tak perlu ulang lagi lah. Nanti boleh tanya jawapan daripada ..
Untuk dijemput sekali dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat PBT dan pejabat daerah terutamanya Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Dan akhir sekali serangkap pantun daripada saya, Tuan Speaker: “kalau hendak membeli cermin, belilah cermin tembus cahaya, kalau anda menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang lurus bicara”. Wallahua’lam assalamualaikum wrbt. dan salam sejahtera.
Sentosa?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera salam sentosa salam madani. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Tahun 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sentosa juga ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua 56 Yang Berhormat yang telah menang dan mewakili DUN masing-masing di dewan yang mulia ini. Terima kasih juga kepada pengundi DUN Sentosa yang telah memberi Sentosa banyak undi, undi yang terbanyak ketiga selepas Kinrara dan Subang Jaya. Tahniah diucapkan kepada Yang
Berhormat Kinrara dan Yang Berhormat Subang Jaya. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan pasukan beliau yang berjaya memacu Selangor menjadi sebuah negeri yang berdaya tahan dan berjaya mencatatkan sejarah dengan rekod penyumbangan tertinggi kepada KDNK negara. Rakyat Selangor perlu berbangga dengan tekad yang tuntas oleh pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini mengunjurkan pada tahun 2024 merupakan tahun yang dianggap bertuah bagi Kerajaan Negeri. Ini kerana Kerajaan Negeri pada masa ini mempunyai kebebasan kewangan cemerlang di mana Kerajaan Negeri dijangka melunaskan sepenuhnya hutang Kerajaan Negeri pada tahun 2024 yang berjumlah RM19,207,475.78 yang terdiri daripada pinjaman projek bekalan air dan Skim Amanah Saham Selangor. Isu seterusnya yang Sentosa ingin bangkitkan ialah isu infra. Dalam Belanjawan Selangor 2024 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM357.1 juta iaitu bersamaan dengan 29.8% dari keseluruhan peruntukan yang dicadangkan. Ingin saya sampaikan di dewan yang mulia ini, rakyat memerlukan perkhidmatan yang terbaik daripada semua agensi kerajaan walaupun PBT, JKR dan semua yang dipertanggungjawabkan. Sentosa ingin memberi penekanan terhadap tahap perkhidmatan dalam mengawal selia infra asas kepada pengguna terutamanya keadaan jalan lampu dan longkang. Seringkali kita mendengar keluhan daripada rakyat tentang keadaan lampu jalan dan sebagainya. I will skip that part because perkara ini telah pun dinyatakan. Sentosa mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar memberi fokus kepada lampu-lampu jalan milik JKR dan PBT yang telah berusia puluhan tahun lamanya dan perlu ditukar dengan kadar yang segera supaya lampu baharu yang akan dipasang adalah lebih cerah dan tahan lasak.
Tuan Speaker, fakta ketiga saya ingin sampaikan ialah memperkasakan masyarakat India. Besar harapan Sentosa agar Kerajaan Negeri dapat terus memperkasakan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil di Negeri Selangor dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil di Negeri Selangor dapat sokongan untuk memberi pendidikan yang terbaik di Malaysia. Sentosa yakin Kerajaan Negeri ada perancangannya untuk tahun 2024. Sentosa ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya mewujudkan asrama pertama di Malaysia untuk anak-anak daripada keluarga miskin dan miskin tegar yang diberikan kemudahan selesa yang pertama di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Midlands. Inisiatif ini merupakan inisiatif yang pertama di Malaysia dan harus diperluaskan lagi dengan satu lagi di sebelah Hulu Selangor. Selain daripada itu sudah tiba masanya Kerajaan Negeri membuat penilaian semula terhadap semua inisiatif bagi memperkasakan masyarakat India terutamanya dalam sektor keusahawanan golongan-golongan belia seperti sistem dan program-program lain di Hijrah. Inisiatif ini telah mencapai sasaran Kerajaan Negeri sepanjang ia dilaksanakan. Sentosa mencadangkan satu inisiatif baharu menjelang tahun 2024 yang lebih comprehensive dan mencakupi keperluan semasa bagi maksud memastikan masyarakat India yang tergolong dalam golongan kategori miskin tegar dan B40 dapat keluar dari kepompong tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker dan
semua Yang Berhormat yang lain, saya juga ingin merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas kepimpinan beliau yang jelas menjaga hak setiap kaum dan agama di negeri ini. Hal ini terkait dengan keputusan Kerajaan Negeri menyelesaikan isu tanah untuk kegunaan kuil dan tokong. Saya yakin Yang Berhormat EXCO Banting untuk bantu selesaikan isu tanah di Batu 3 bersama pihak KPJ. Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan masalah ini dengan sangat harmoni dan tuntas. Carilah jalan penyelesaian dengan pihak KPJ dan tidak memindahkan kuil yang sudah sedia ada di tapak sejak puluhan tahun yang lalu. Mengikut masyarakat setempat mereka perlukan kuil itu di kawasan perumahan mereka. Dari segi peruntukan dana rumah ibadat adalah untuk baik pulih bangunan atau bagi tujuan aktiviti pendidikan atau membeli peralatan dan sebagainya. Sentosa mencadangkan tambahkan peruntukan walaupun bajet tahun 2024 sudah ada kita tengok selalu peruntukan dari tahap RM5,000 dan RM10,000.00. RM5,000.00 dan RM10,000.00 tak cukup untuk membuat ubahsuai bangunan dan sebagainya. Perlu buat kajian dan tengok mungkin Yang Berhormat EXCO Banting boleh membantu lawat kawasan atau kuil masing-masing dan tengok keperluan mereka untuk membantu menjayakan projek mereka. Isu bencana saya, i will skip kerana kesuntukan masa. Fakta kelima ialah Selangor Jobs dan Skills Council (Majlis Kemahiran dan Pekerjaan Selangor). Sentosa menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Program TVET bernilai tinggi menerusi Sekolah Technical Skills Development Centre melalui modul yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat teknologi tinggi seperti Apple, Frestore, Simen dan Dashole Systems. Hal ini secara langsung akan dapat memberi peluang pekerjaan besar kepada warga Selangor terutamanya golongan belia dan dianggarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Fakta keenam ialah pendidikan.
Perkara seterusnya yang ingin Sentosa sentuh ialah berkaitan bidang pendidikan. Sentosa ingin dapatkan penjelasan cara pelaksanaan PTRS untuk masa kini. Sebelum ini apa yang Sentosa faham adalah PTRS dikendalikan di sekolah oleh pihak sekolah sepenuhnya selepas sesi persekolahan oleh cikgu sekolah masing-masing. Cadangan Sentosa ialah agar PTRS dikendalikan oleh guru daripada sekolah lain selain daripada sekolah sendiri untuk mendapatkan teknik ataupun pembelajaran ataupun pengajaran yang baru atau lain. Hal ini secara langsung dapat memberi nafas yang segar kepada para pelajar dan tidak lesu. Selain daripada itu, Sentosa juga mencadangkan PTRS dikendalikan oleh pihak sekolah bersama wakil DUN masing-masing. Hal ini bagi memastikan hasrat utama PTRS diwujudkan agar selari dengan hasrat Kerajaan Negeri. Di samping itu, Sentosa ingin membawa pengetahuan ke Dewan yang mulia ini berkenaan dengan satu perkara yang sangat penting untuk kita sama-sama peka. Masalah para pelajar sekolah rendah yang tidak tahu membaca dan menulis apabila sampai ke sekolah menengah. Hal ini jika tidak dipandang serius akan menyebabkan peratusan pelajar keciciran akan meningkat dan membimbangkan. Sebanyak 269,332 murid sekolah rendah di sekolah negara di negara ini dikesan belum mampu menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Angka ini berdasarkan jawapan lisan Kementerian Pendidikan
di Dewan Rakyat yang memaklumkan 6.03% atau 117,656 daripada 1,948,975 murid sekolah rendah di sekolah negara ini belum menguasai tahap penguasaan minimum. Sentosa mencadangkan agar PTRS dimulakan daripada sekolah rendah dan memberi kelas intervensi pemulihan supaya mereka menguasai 3M sebelum ke sekolah menengah. Bak kata pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah daripada rebung’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’ agar masalah keciciran dapat diatasi lebih awal. Isu penguasaan 3M tidak harus dipandang remeh atau sebelah mata sahaja kerana dalam era globalisasi kini pendidikan mesti diberi keutamaan untuk membasmi buta huruf dan keciciran. Generasi yang berilmu berketerampilan untuk menyumbang kesejahteraan bangsa dan negara. Harapan Sentosa Tuan Speaker, memang tiga perkara yang saya ingin bentangkan ialah berkenaan dengan permintaan Sentosa untuk pasar awam. Memang ada kerja-kerja dibuat oleh PBT tetapi memang keperluannya amat diperlukan oleh masyarakat DUN Sentosa kerana tidak ada pasar awam di DUN Sentosa. Kedua ialah Masjid Al-Baraqah. Permintaan untuk Masjid Al-Baraqah satu-satunya masjid di DUN Sentosa perlu diberi perhatian khusus kerana daripada keseluruhan 90,000 pengundi, 15% adalah masyarakat beragama Islam. Kita patut memberi fokus dan saya minta jabatan-jabatan atau agensi Pejabat Tanah dan PBT untuk memainkan peranan untuk memastikan Masjid Al-Baraqah diberi perhatian.
Selain daripada itu, permintaan Dewan Serbaguna Sentosa. Pada penggal yang lalu saya telah bentangkan berkenaan dengan Taman Sentosa di mana dalam Taman Sentosa ini ada 25 taman dan di dalam Taman Sentosa ini dinamakan Taman Sentosa saya minta untuk tukar naik taraf status taman kepada bandar. Saya harap MPK, Majlis Perbandaran Klang akan memberi perhatian khusus. Akhirnya Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Dewan yang mulia ini Sentosa menyeru agar semua Ahli Dewan Negeri untuk membawa isu rakyat berlandaskan fakta dan tidak menjadikan Dewan yang mulia ini sebagai satu panggung pementasan politik untuk bermain persepsi sahaja. Saya hormat dengan Yang Berhormat Hulu Kelang yang mantan menjadi Menteri Besar. Beliau telah memainkan peranan dia sebagai Menteri Besar telah membawa banyak program. Ya, memang masa itu bawah Pakatan Harapan ya. Masa Pakatan Harapan. Masa itu, pembangkang-pembangkang juga telah memberi sokongan kepada beliau dan sewajarnya Yang Berhormat Hulu Kelang terus beri kerjasama dengan memberi nilai tambah kepada dasar-dasar Kerajaan Negeri dan bukannya mencari salah. Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Air Tawar, Ketua Pembangkang penggal yang lalu Tuan Hizam bagaimana beliau ketika menjadi Ketua Pembangkang Negeri Selangor selalu mencadangkan yang terbaik untuk kerajaan semasa berfungsi dengan lebih baik, untuk berfungsi dengan lebih baik. Malu bertanya maka akan tersesat jalan dan berasakan kita di jalan yang betul. Titah Yang Dipertuan Agong sebelum ini juga sering kali mengingatkan agar semua parti politik untuk bekerjasama bagi memastikan perkhidmatan dan kebajikan rakyat terbela. Titah Yang Dipertuan Agong juga sewajarnya dicerap dan difahami seikhlas hati jika Yang Berhormat seorang yang benar-benar menjunjung prinsip Rukun Negara. Kerjasama dwi hala antara kerajaan dan pembangkang ini secara langsung
dapat mengetepikan kepentingan peribadi dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai tunjang menjadi Ahli Dewan Negeri. Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang dipertikaikan sekarang harus kita sedar setiap keputusan ini diambil oleh semua pihak berkewajipan bersama bukannya hanya seorang sahaja. Keputusan diambil secara kolektif dan bersama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, hari ini Sentosa belajar banyak dari pembahas yang menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Sentosa juga ingin kongsikan ayat suci daripada Sub Guru Citra Muthu Adigelar dalam bahasa Tamil memberitahu (ayat Tamil) ertinya ialah ‘marilah kita jangan sibuk mencari salah orang lain dan memburukkannya tetapi sentiasalah menilai kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya’. Marilah kita bersama-sama menjayakan agenda rakyat. Izinkan saya mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Emas perak intan suasa, Cantik bersinar cahaya berkilauan, Biar berbeza agama dan bangsa, Ayuh bersama kukuhkan perpaduan.
Sentosa mohon sokong Belanjawan 2024. Terima kasih.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Pandamaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri Selangor 2024. Pandamaran ingin menyentuh bajet yang akan diperuntukkan kepada Jabatan Air dan Saliran (JPS). Pandamaran amat gembira kerana Kerajaan Negeri masih prihatin dalam isu banjir di Selangor dan telah memperuntukkan sebanyak RM133 juta untuk projek tebatan banjir, projek lembangan sungai dan pembangunan pantai. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, mengikut kajian Artificial Intelligent (AI) Climate Centre dengan izin, Klang, Bandar Klang dijangka akan ditenggelami oleh air laut pada tahun 2030 iaitu tujuh tahun daripada sekarang. Walaupun ia hanya jangkaan tapi kerajaan perlu mengambil tindakan waspada sebelum ia betul-betul berlaku. Oleh itu, Pandamaran amat risau bagi semua penduduk Klang dan sebab Pandamaran adalah anak jati Klang. Mengikut statistik JPS, paras air laut telah meningkat dari 5.6 meter hingga ke 5.8 meter tahun ini. Perkara ini berlaku akibat perubahan iklim yang begitu ketara. Apabila Pandamaran mendapati ban Sungai Air Keladi yang tidak dapat menghalang air laut yang semakin tinggi dan justeru melepasi ban dan memasuki ke kawasan perumahan. Air laut melepasi lantai juga rumah di Pulau Ketam dan Bagan Sungai Lima. Pandamaran ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasihlah kepada JPS Klang kerana telah mengambil tindakan yang cepat dan pantas untuk menambah tinggi ban sungai di Sungai Keladi. Ini adalah salah satu insiden yang berlaku di kawasan DUN Pandamaran tapi Pandamaran percaya ia juga akan berlaku di banyak
kawasan terutamanya di Lembah Pantai Klang. Maka, Pandamaran ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya dapat memberi peruntukan yang lebih kepada JPS supaya mereka dapat membuat kajian yang lebih menyeluruh serta lebih dalam untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Daerah Klang. Pandamaran juga ingin bertanya adakah JPS dapat menggunakan Pelancaran Induk Saliran Mesra Alam atau lebih dikenali PISMA.
Yang Berhormat, sila tunggu sekejap. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 7.00 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘Ya’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘Tidak’.
Usul ini dipersetujui.
Tuan Speaker.
Pandamaran sambung. Masa tidak mencukupi.
Pukul 7.
Ya, Tak apa.
Apa tak cukup pula.
Pandamaran perlukan masa. Silakan.
No, Tuan Speaker. Minta maaf. Ini peraturan mesyuarat 11.
11?
Sebenarnya notis itu telah pun berada di atas meja EXCO. Saya bukan nak mengajar tetapi untuk melicinkan perjalanan supaya notis ini dibaca lebih awal supaya perancangan itu dapat diatur lebih baik
Tak apa, tak apa Yang Berhormat itu....
Bukannya last minit tinggal satu minit baru nak buat usul.
Yang Berhormat.
Terima kasih.
Memang sebenarnya tadi pun berdiri atas Peraturan Tetap yang salah. Sebelum itu pernah berdiri di atas Peraturan Mesyuarat 24 sebenarnya yang betul adalah Peraturan Mesyuarat 11. Tapi tak apa pun. Perkara ini saya rasa tidak ada masalah yang terlalu besar jadi kita teruskan Pandamaran. Saya beri masa 10 minit lagilah. Selepas ini semua ADUN akan berucap untuk 10 minit. Jangan bimbang kita ada lagi peringkat jawatankuasa dan usul pembangunan ya. Silakan.
Ok. Jadi saya sambung. Adakah JPS dapat menggunakan Pelancaran Induk Saliran Mesra Alam atau lebih dikenali PISMA untuk kajian? Pandamaran percaya kalau semua pihak yang terlibat dapat dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian untuk keseluruhan Daerah Klang. Pandamaran sentiasa risau dan tidak dapat tidur lena apabila hujan lebat sejak tahun 2018. Sehingga sekarang ia berterusan sebab banjir kilat masih berlaku di DUN Pandamaran. Walaupun beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanakan tetapi ia masih tidak dapat mengatasi. Oleh itu Pandamaran menyeru bahawa pihak JPS dan juga pihak MPK dapat mengkaji dan memberi peruntukan secukupnya... mengaji... mengkaji...
Mengaji yang pakai rehal.
Okay... secukupnya untuk projek tebatan banjir demi membantu rakyat bebas daripada banjir kilat yang sering berlaku.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pandamaran ingin mengambil perhatian terhadap projek LRT 3, di daerah Klang. Projek LRT 3 memang membawa manfaat kepada rakyat di Klang. Akan tetapi kontraktor LRT perlulah sentiasa menjaga keselamatan projek ini. Pandamaran telah berjumpa dengan MPK, JKR dan kontraktor pada 23 haribulan Oktober 2023, untuk membincangkan beberapa isu. Isu pertama, adalah mengenai lampu jalan di atas jambatan sungai, jambatan Simpang Lima. Tiang lampu jalan di atas jambatan telah dibuka, mengakibatkan jalan di atas
jambatan menjadi gelap. Ia telah mengakibatkan berlakunya beberapa kemalangan. Oleh itu, Pandamaran menyeru JKR dapat mengarahkan kontraktor supaya dapat memasang tiang lampu jalan dan memastikan lampu jalan dapat berfungsi setiap masa.
Isu kedua, adalah kebocoran paip saluran air di stesen LRT, sebab paip saluran ini tidak menyambung dengan keadaan yang baik sehingga air turun dari atas stesen ke permukaan jalan. Ini sangat membahayakan pengguna jalan raya. Pandamaran terima aduan daripada pengguna jalan raya bahawa beliau hampir melanggar motosikal akibat tidak dapat kelihatan sebab air jatuh ke cermin kereta. Isu ini, Pandamaran telah bangkitkan semasa perjumpaan, akan tetapi sampai hari ini, masih tiada tindakan dari pihak kontraktor. Pandamaran amat kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak menghiraukan. Oleh itu, Pandamaran sekali lagi menyeru JKR Klang dapat memastikan kontraktor membetulkan dan membaiki secepat mungkin supaya dapat mengelakkan kemalangan berlaku.
Isu ketiga, adalah kebersihan sepanjang jalan projek LRT 3. Pandamaran difahamkan kontraktor perlu membuat pembersihan sepanjang jalan semasa projek masih berjalan. Pandamaran begitu tidak puas hati dengan pembersihan di sepanjang jalan. Tumbuh-tumbuhan di sepanjang jalan. Sampah-sampah juga tidak dibersihkan, ia telah menjejaskan imej Bandar Klang, yang akan dinaik taraf ke Bandar raya kelak. Oleh itu, Pandamaran harap, pihak kontraktor dapat membersihkan daripada semasa ke semasa, untuk memastikan imej bandar raya Klang dapat di jaga.
Pandamaran, sikit. Gombak Setia, tolong. Saya setuju dengan Pandamaran. Sebab, di Gombak Setia juga ada projek seumpama LRT 3, tapi di Gombak ni ada projek ECRL. Masalah kita, ialah, apabila ada satu projek yang besar, jalan di sepanjang ataupun laluan keluar masuk kontraktor itu, selalunya bukan sekadar kotor, bahkan kadangkala ia rosak sehingga menyebabkan banyak kemalangan-kemalangan berlaku. Justeru, apakah cadangan dan pandangan daripada Pandamaran selepas mengaji perkara ini, bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih. Mengkaji.
Saya setuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Gombak Setia sebab kita nampak bila, dalam kontrak pembinaan itu, memang adalah banyak lori keluar masuk, tapi sebagai agensi kerajaan, seperti JKR yang mengambil tanggungjawab, memikul tanggungjawab, kenalah pasti segala keselamatan perlu sentiasa dijaga, iaitu kenapa, hari itu saya bawa dengan JKR, MPK, supaya mereka dapat memastikan, kontraktor itu kena menjalankan tugas mereka untuk memastikan.
Sikit. Selain daripada agensi, memastikan, saya ingat perkara ini harus dikuatkuasakan juga. Sebab kadangkala agensi ini, dia memantau kerja-kerja yang dilakukan. Tetapi kadangkala kontraktor ini,
kontraktor ini, konsep dia mudah. Dia, yang penting kos dia rendah, untung dia tinggi. Itu kontraktor. Sebab itu akhirnya,jalan-jalan ini rosak dan kalau ia tak dipantau, ia akan menyebabkan macam-macam perkara yang berlaku, musibah berlaku.
Ialah, pemantauan mestilah daripada agensi kerajaan. Jadi kalau bukan daripada agensi kerajaan, siapa nak pantau, sebab tu, JKR. Sebab JKR yang diberi kuasa oleh kerajaan untuk memantau mereka. Jadi kalau ada apa isu yang tidak betul, mereka tidak mengikut SOP, jadi JKR kenalah denda ke, tolak ke, apa-apa lah, tindakan yang keras, boleh diambil. Jadi seperti apa yang, tiang lampu itu, saya dah minta, tapi sampai sekarang tak nampak, mereka letak lampu untuk menerangkan, lampu itu terang. Jadi saya sambung, jadi, perkara ini telah lama. Pandamaran ikut serta... sampai mana...
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pandamaran ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk program rumah kerajaan prihatin untuk golongan B40. Seperti apa yang kita tahu, masih ramai rakyat golongan B40, yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah selepas pandemik Covid-19. Maka program sebegini akan memanfaatkan kepada rakyat-rakyat Selangor khususnya golongan B40. Selain program rumah kerajaan prihatin, kerajaan Selangor juga menubuhkan satu task force inisiatif pengeluaran hak milik strata untuk perumahan dan harta tanah. Pandamaran ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik daripada EXCO Perumahan dan task force ini untuk mempercepatkan proses kelulusan hak milik strata Pangsapuri Kos Rendah Bunga Raya Pandamaran. Perkara ini telah lama, Pandamaran mengikuti serta mendapat kerjasama daripada penduduk, untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Penduduk Pangsapuri Kos Rendah Bunga Raya sudah lama menunggu untuk mendapat hak milik strata sejak mereka menduduki rumah. Maka, Pandamaran harap Kerajaan Negeri dapat mengeluarkan hak millik dalam masa yang singkat.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin menyentuh isu peneroka Jalan Papan. Isu peneroka Jalan Papan telah berpanjangan lebih daripada 25 tahun. Malah, pemaju, namanya Melati Ehsan, perlulah digesa oleh Kerajaan Negeri supaya dapat membangun dengan kadar segera. Pemaju dah pernah datang jumpa dengan Pandamaran pada tahun 2018, dan dengan bantuan Melati Ehsan telah berjaya melepasi semua ulasan daripada jabatan berkaitan pada Mei 2019. Malangnya pemaju tidak menunaikan janji seperti apa yang telah diluluskan oleh MMKN pada Mac 2018. Kerajaan Negeri perlu memberi tekanan kepada pemaju supaya dapat membangunkan seperti apa yang telah dijanjikan. Kalau pemaju enggan membangunkan, maka Pandamaran menyeru Kerajaan Negeri, perlu memberi tekanan supaya menghalang segala projek-projek yang tengah dibangunkan oleh pemaju ini di dalam negeri Selangor untuk memastikan pemaju ini, membangunkan projek Jalan Papan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, yang disanjungi, Pandamaran tertarik kepada perbahasan Ketua Pembangkang, iaitu Hulu Kelang, saya, Pandamaran perlu beri pujian kepada Hulu Kelang, kerana dari hari pertama sampai sekarang Hulu Kelang ada di sini. Penggal ini. Jadi saya memang puji, saya harap, Hulu Kelang sebagai Ketua Pembangkang boleh kekal sampai.. biasa.. hari-hari pun adalah.. okay... Hulu Kelang pun pernah berkata Perikatan Nasional akan mempertahankan kedaulatan Raja-raja. Jadi, kita pun faham.
Pandamaran ingin memohon jasa baik daripada pihak pembangkang supaya dapat menyuara dan mempertahankan kerabat diraja, jika ada sesiapa yang menghina ataupun mempertikaikan titah-titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, tanpa mengira sesiapa. Janganlah bisu, harap Ketua Pembangkang, dapat mempertahankan kedaulatan institusi diraja Selangor. Pandamaran ingin menanya kepada semua Ahli Yang Berhormat, adakah Raja-raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam, jika ya, jika ada pemimpin yang mempertikaikan titah Tuanku, jadi harap semua, ahli-ahli politik dapat mempersoalkan dan mempertahankan. Jangan membantu ataupun menyokong, kenyataan-kenyataan yang dapat mempertikaikan titah-titah Tuanku. Semua ini adalah ... masa dah sampai. Akhir sekali, Pandamaran ingin menyokong Belanjawan Negeri Selangor 2024. Terima kasih.
Ya.. Bukit Melawati... Bukit Melawati tengok whatsapp. Ya, silakan.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatulahi wabaraktuh, salam sejahtera, saya ucapkan. Yang Berhormat Speaker, saya mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan serangkap pantun, dengan izin;
Dari Bukit Melawati ke Pekan Sijangkang, Singgah di jalan membeli makan, Walau duduk di barisan pembangkang, Perihal rakyat sentiasa diutamakan.
Yang Berhormat Speaker, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, seterusnya hadirin sekalian. Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita merafakan kesyukuran kepada Allah S.W.T . kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat sama-sama kita bersidang dalam Dewan Negeri Selangor yang mulia ini. Saya mengambil kesempatan ini, ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker atas ruang untuk saya menyampaikan hasrat dan inspirasi rakyat khususnya di DUN Bukit Melawati kepada Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Speaker, mewakili seluruh suara DUN Bukit Melawati, sudah pastinya kami menantikan sesuatu yang akan memberikan manfaat terus kepada warga Bukit Melawati. Dalam pembentangan belanjawan 2024 tempohari, Alhamdulillah, pembentangan belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2024, telah berlangsung
dengan baik pada hari Jumaat yang lalu. Namun di sebalik keindahan segala yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, ada sedikit kepahitan kepada kami, 22 ADUN Pembangkang, bila mana untuk sekian kalinya, kami dinafikan peruntukan dalam edisi belanjawan pada kali ini. Jika kita imbas kembali dalam sidang media, belanjawan negeri Selangor tahun 2022, bertarikh 26 November 2021, Yang Amat Berhormat Sungai Tua sendiri mengumumkan peruntukan sebanyak RM400,000.00 kepada ADUN Pembangkang sebagai tanda menjalankan tanggungjawab selaku kerajaan di Negeri Selangor. Dan menunaikan hak kepada ADUN Pembangkang. Usaha ini juga dikatakan adalah untuk memastikan kebajikan dan perihal rakyat dapat diberikan perhatian sewajarnya. Justeru, menjadi persoalan utama kepada saya, mengapa insentif dan usul yang sama tidak lagi diteruskan pada belanjawan pada kali ini. Bukankah tata kelola kerajaan perpaduan ini sentiasa meraikan demokrasi. Mana pergi semangat Kita Selangor, yang menjadi slogan utama kerajaan pada hari ini.
Yang Berhormat Speaker, dalam belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat yang lalu, Yang Amat Berhormat Sungai Tua, juga telah membentangkan sejumlah RM145 juta peruntukan bagi pembangunan jalan raya dan naik taraf infrastruktur serta RM133 juta peruntukan kepada pihak JPS, merangkumi projek tebatan banjir, projek lembangan sungai, dan pembangunan pantai di seluruh Negeri Selangor. Namun begitu, dalam keterujaan kita nak laksanakan pembangunan, jangan kita lupa isu kritikal seperti isu banjir khususnya di Bukit Melawati. Dan juga rakan-rakan saya di Kuala Selangor. Kerajaan Negeri seharusnya, memberi fokus kepada kawasan hot spot banjir, projek-projek utama seperti pembangunan tebatan banjir, pembinaan rumah pam, penambah pam boleh ubah dan penyelenggaraan saliran secara berkala di kawasan-kawan berpotensi banjir seperti di DUN Bukit Melawati, Ijok dan Jeram.
Saya ceritakan sedikit yang berlaku apabila hujan lebat, limpahan air dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang akan mengalir melalui Serendah seterusnya ke Sungai Selangor dan menuju ke muara di Kuala Selangor. Yang akan memburukkan lagi keadaan apabila air di laut juga pasang besar pada ketika itu, maka akan berlaku satu banjir yang besar di kawasan Bukit Melawati. Sebab itu, saya katakan hal ini amat penting dalam memastikan risiko banjir ini akan dapat dikurangkan sekali gus membantu merendahkan kerugian penduduk setempat yang setiap tahun dihantui bencana banjir ini. Justeru, saya ingin mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor perlu memberikan tumpuan sewajarnya kepada isu ini. Kerugian yang dialami oleh penduduk setiap tahun amat besar jumlahnya. Kami selaku wakil rakyat di kawasan-kawasan ini sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi terlibat terutama dalam hal ehwal yang melibatkan kepentingan rakyat.
Yang Berhormat Speaker, Negeri Selangor ini merupakan negeri yang cukup bertuah dengan kedudukan geografi yang strategik dan pelbagai hasil bumi yang melimpah ruah serta sejarah dan keunikan yang tersendiri. Pelancongan merupakan salah satu
sektor yang mampu menjana ekonomi setempat dengan baik namun kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor. Negeri Selangor terutama di kawasan pantai barat dan utara Selangor merupakan kawasan yang berpotensi tinggi untuk dijadikan hub pelancongan tetapi sayang potensi ini tidak diberikan sepenuh perhatian dalam Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Yang Amat Berhormat Sungai Tua telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.3 juta untuk melaksanakan 4 insentif yang digariskan oleh beliau dalam menuju Tahun Melawat Selangor 2025. Secara peribadi saya merasakan pihak Kerajaan Negeri tidak serius dalam mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025 dengan nilai yang diberikan. Pertama saya hendak sentuh berkenaan promosi pelancongan yang diberi tanggungjawab kepada Tourism Selangor. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Sungai Tua mengatakan Tourism Selangor selaku agensi pelaksana promosi pelancongan utama negeri akan ditugaskan untuk meneroka pakej pelancongan khas bagi pelancong Asia dan Eropah. Persoalan saya kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua, berapakah negara yang terlibat dalam usaha mempromosi pelancongan negeri? Berapakah unjuran perbelanjaan yang akan digunakan dalam setiap jelajah promosi di Asia dan Eropah. Kalau kita tengok cara ini memang tak cukup hanya RM3.3 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
Seterusnya promosi kempen Pusing Selangor Dulu. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, baik secara digital mahupun fizikal dilihat masih kurang mendapat sambutan. Sebagai contoh di laman Facebook dan Instagram, Discovery Selangor dengan izin, masih terdapat postingnya hanya mendapat 4 atau 3 like sahaja. Jadi macam mana kita hendak mempromosikan kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa supaya Selangor ini tidak menjadi stop over. Bak kata Yang Amat Berhormat Sungai Tua, sebab itu saya katakan Kerajaan Negeri tidak mengambil serius berkenaan hal ehwal pelancongan ini, sedangkan sektor pelancongan juga adalah penyumbang cukai terbesar di Negeri Selangor.
Kemudian bila kita dah promosi kepada pelancong untuk datang melawat ke Negeri Selangor, apakah tahap persediaan fasiliti-fasiliti kita berada pada tahap terbaik. Dalam Belanjawan yang dibentangkan langsung tidak menyebut berkenaan pembangunan, kemudian fasiliti pelancong di Negeri Selangor. Jika perkara sebegini tidak diambil kira, maka Negeri Selangor akan kekal menjadi stop over kepada semua pelancong kerana ketiadaan fasiliti yang baik seperti hotel dan resorts.
Lihat sendiri daripada Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan sampai ke Sabak Bernam, apakah terdapat fasiliti penginapan yang baik untuk disediakan kepada pelancong menjelang Tahun Melawat Selangor 2025. Dan berapa banyak homestay inap desa yang Kerajaan Negeri kenal pasti dan bagaimana cara Kerajaan Negeri membantu pengusaha-pengusaha inap desa ini. Cadangan saya mohon tanah-tanah di bawah Kerajaan, di bawah MBI ini diberikan peluang kepada pengusaha dan operator untuk dijadikan hotel-hotel. Masih dalam konteks fasiliti, saya bagi contoh di Taman Agroteknologi MARDI, Tanjong Karang, walaupun Taman Agroteknologi
MARDI ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, tetapi ini adalah hakikat Kerajaan Negeri perlu jadikan teladan. Selepas berlangsungnya majlis pelancaran Taman Agroteknologi MARDI Tanjong Karang pada 30 Julai 2022, Taman Agroteknologi ini telah menerima tambahan lebih 60% pengunjung daripada kebiasaan. Namun keadaan semasa fasiliti masih tidak mampu untuk menampung permintaan pengunjung yang semakin ramai. Saya dapati keadaan surau yang kecil, jumlah tandas yang sedikit serta ruang parking kenderaan yang terhad dan uzur, menyukarkan mereka menerima jumlah pengunjung yang lebih ramai. Perkara ini juga mungkin boleh diambil perhatian oleh pihak Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan EXCO Pelancongan.
Justeru amat besar harapan saya agar Kerajaan Negeri dapat memberi fokus bukan hanya kepada promosi pelancongan negeri tetapi juga kepada pembangunan fasiliti pelancongan di Negeri Selangor. Cadangan dari Bukit Melawati, Kerajaan seharusnya perlu lebih agresif dalam mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025. Kalau hendak dijadikan contoh, kita boleh lihat bagaimana Melaka merencana Tahun Melawat Melaka 2024. Kerajaan Negeri Melaka dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Oktober tahun lalu. Membelanjakan lebih RM48 juta merangkumi promosi program dan pembangunan infra di Negeri Melaka ...
Yang Berhormat boleh masuk ke perenggan atau pun hujah yang terakhir?
Sikit lagi.
Sikit lagi ya.
Selangor kewangan yang lebih kukuh dan tinggi hanya umum RM3.3 juta untuk Tahun Melawat Selangor 2025. Yang Berhormat Speaker, menjadi harapan saya untuk melihat negeri yang saya sayang ini menjadi jauh lebih baik daripada negeri yang lain. Justeru, Kerajaan Negeri seharusnya mengamalkan politik matang dan bersifat inklusif dalam berkenaan dasar. Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri dapat memberi keutamaan pada penyelesaian isu-isu yang lebih kritikal seperti banjir yang melibatkan kesan terus kepada rakyat. Selain itu, dalam mendepani tahun 2024 yang akan menguji daya tahan ekonomi dan prestasi kewangan negeri, Kerajaan Negeri seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan hasil negeri. Kerajaan Negeri seharusnya memberikan tumpuan kepada pembangunan sektor baru seperti pelancongan agar menjadi alternatif baru kepada sumber pendapatan negeri. Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil tanah semata-mata. Kita perlu sedar pelancongan ini adalah emas yang baru atau the new gold dengan izin, untuk Negeri Selangor. Yang Berhormat Speaker, dengan izin saya akhiri dengan pantun lagi.
Buah ciku ranum dipohon, usai dibelah buahnya berulat, Bajet di bentang saban tahun, berapa bahagian yang rakyat dapat.
Sekian daripada Bukit Melawati, terima kasih.
Dah habis ya, terima kasih. Ya, Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum WBT, salam kita Selangor dan Salam Malaysia Madani. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi-pengundi Lembah Jaya yang telah memberikan amanah dan peluang kepada saya untuk mewakili mereka di Dewan yang mulia ini. InshaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk mereka. Sekalung penghargaan juga buat majoriti atau mungkin seluruh rakyat Negeri Selangor yang tidak termakan janji manis pihak lawan dan terus memberi sokongan padu kepada gabungan Perpaduan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk membentuk Kerajaan Negeri Selangor yang diyakini mampu meneruskan kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Sudah tentu amanah ini perlu diangkat martabatnya sebagai pemimpin dan suara rakyat juga adalah suara keramat, insha Allah. Ibn Al-Athir di dalam naskhah Al-Kamil Fi Al-Tarikh menukilan keperibadian Sayidina Abu Bakar yang sangat mendambakan nasihat dan teguran khalayak ramai. Walaupun menjawat jawatan tinggi, beliau berkata “wahai semua orang yang hadir, aku telah dilantik menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kalian, maka jika sekiranya aku seorang yang berlaku baik, bantulah aku. Sekiranya aku berlaku buruk, perbetulkanlah aku. Benar itu amanah dan bohong itu pula khianat, orang yang lemah dalam kalangan kalian, menjadi kuat disisiku, sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula menjadi lemah disisiku, sehingga aku bertindak ke atasnya dengan cara yang benar yakni adil, insha Allah. Janganlah kalian meninggalkan kewajipan jihad yakni menegakkan Islam kerana tiada suatu kaum yang meninggalkan kewajipan itu, nescaya Allah timpakan kehinaan ke atas mereka. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan Rasul, maka apabila aku menderhakai Allah dan Rasul, maka kalian janganlah mentaati ku”. Sebagai Ahli Dewan yang mulia ini, saya sentiasa mengalu-alukan sebarang nasihat dan pendapat dan pada masa yang sama saya juga berharap menjadi suara yang lantang, menegakkan yang hak dan menentang yang batil insha Allah.
Tuan Speaker, Lembah Jaya ingin memuji barisan Pembangkang dalam Dewan mulia ini atas kecekalan mereka memainkan peranan sebagai sistem semak dan imbang. Satu komponen penting dalam sistem demokrasi kita. Kita boleh lihat dalam sidang ini, niat mereka agak tulus, tertib mereka juga agak kemas, namun analisis mereka
pincang akibat diasaskan penyelidikan yang pra-matang pada pendapat saya. Memang bagus untuk rakyat Selangor jika dibentangkan sebuah dengan izin, shadow bajet, tapi kita berbicara dalam satu Dewan ini tentang perbendaharaan tujuh juta orang. Dalam kapasiti saya sebagai ahli, sebagai ketua keluarga pun apabila saya merangka belanjawan untuk 5 orang sahaja, saya memerlukan lebih daripada satu kertas A4. Tak seperti atau mungkin seperti shadow bajet yang dijaja oleh pihak Pembangkang beberapa hari yang lepas ini. Pada hari ini ekonomi negeri kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan baik daripada segi domestik yang masih lagi bertatih pulih dari malapetaka pandemik COVID-19, datang pula cabaran ekonomi global lantaran perang Rusia dan Ukraine. Saban hari kita dikejutkan dengan kezaliman rejim zionis Israel yang semakin melampau menghentam saudara kita tanpa belas kasihan di bumi Gaza.
Negara kita amat bertuah mempunyai seorang Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sangat tegas mendukung perjuangan Palestin dan tidak gementar membawa obor perjuangan ini di pentas antarabangsa. Lembah Jaya dengan dukacita ingin menyampaikan solidariti dan sokongan penuh buat seluruh warga Palestin khususnya penduduk Gaza yang berhadapan kekejaman rejim Israel ini. Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan keselamatan kepada mereka yang sedang berhadapan dengan dugaan yang amat perit.
Tuan Speaker, cabaran global dan lokal ini sudah tentu mempunyai impak kepada rakyat Negeri Selangor serta memberi tekanan luar biasa ke atas keadaan ekonomi negeri kita. Namun pepatah Melayu ada mengatakan hilang kabus teduh hujan yang membawa maksud di sebalik setiap kesusahan pasti ada hikmah atau kebaikan. Saya percaya prinsip membawa kelegaan di sebalik kesusahan ini menjadi inspirasi bagi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita dari Sungai Tua untuk menggarap Belanjawan 2024 yang bersifat inklusif dan progresif, komitmen Kerajaan Perpaduan hari ini untuk berbelanja besar bagi menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor tanpa mengabaikan tanggungjawab fiskal, wajar dipuji. Tahniah buat Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan pasukan beliau atas kejayaan ini. Belanjawan 2024 merupakan satu manifestasi bagaimana sebuah Kerajaan Negeri yang mengutamakan tata kelola baik dapat memastikan kemampanan hasil dan membawa pelbagai inisiatif yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan warga Negeri Selangor secara keseluruhannya. Dan dasar fiskal yang sangat disiplin yang diamalkan Kerajaan Negeri membawa hasil dibuktikan dengan peningkatan rizab sebanyak RM631.48 juta kepada RM3.71 bilion, bagaikan menyediakan payung sebelum hujan di samping memastikan rakyat Selangor hari ini dijaga kebajikannya. Kerajaan Negeri Selangor tetap memastikan generasi akan datang mempunyai rizab yang boleh menjadi payung andainya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti pandemik COVID yang telah kita lalui. Tuan Speaker, Sheikh Mohd Tahir bin Asshur, seorang ulama pada kurun ke-13 menggariskan antara aspek penting untuk mengangkat objektif Maqasid Syariah Ar-Daruriyat yang bermaksud segala sesuatu yang tidak dapat ditinggalkan dalam kehidupan keagamaan dan keduniaan manusia dan juga Al-
Hajiyat yang bermaksud sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam menghindari kesempitan dan menolak kesulitan. Lembah Jaya percaya kedua-dua aspek ini Daruriyat dan Hajiyat dirungkai dengan holistik dalam Belanjawan Selangor 2024. Sebagai contoh belanjawan ini mencadangkan peruntukan pembangunan berjumlah RM1.2 bilion anggaran belanja pembangunan tahun 2024 akan memberi tumpuan terhadap sektor sosial yang merangkumi 29.9% daripada jumlah keseluruhannya. Lembah Jaya memuji langkah Kerajaan Selangor secara proaktif menambah baik sistem perlindungan sosial yang merangkumi kebajikan, pendidikan dan pengukuhan ekonomi golongan sasar dan keterjaminan makanan sebagai teras kesejahteraan rakyat.
Tuan Speaker, sewaktu berkempen pada Pilihan Raya yang lepas sebagai calon mewakili Pakatan Harapan yakni Perpaduan bertanding di Lembah Jaya, saya dapati trek rekod menjaga kebajikan Kerajaan Negeri Selangor di samping inisiatif Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup untuk dijadikan bahan kempen bagi memenangi hati rakyat. Kami langsung tidak perlu menggunakan isu perkauman sebagai bahan api mahupun menunggang agama sebagai kenderaan kerana agenda kebajikan rakyat adalah teras Kerajaan Perpaduan ini. Sebagai contoh Gagasan Iltizam Selangor Penyayang cukup banyak membantu rakyat menempuh cabaran yang mendatang. Program kebajikan seperti Roda Darul Ehsan yakni RiDE, BINGKAS dan ANIS mendapat peruntukan tambahan dan dijangka akan melalui proses penambahbaikan. Lembah Jaya mengalu-alukan dan mengharap pelaksanaan program ini dapat membawa kebaikan untuk semua rakyat Negeri Selangor. Lembah Jaya berharap Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan penyelarasan penerima-penerima menggunakan sistem pangkalan data utama yakni PADU yang dibangunkan Kementerian Ekonomi bagi menjamin golongan sasar setiap program kebajikan ini mencapai sasaran yang tepat. Jelas Belanjawan Selangor 2024 tidak meminggirkan golongan berpendapatan rendah. Program Bantuan Blue Print Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor merupakan satu bantuan berbentuk peralatan atau mesin yang diwujudkan khusus untuk membantu rakyat miskin dari kalangan penjaja, peniaga dan yang bekerja sendiri dalam Negeri Selangor. Dengan izin Tuan Speaker, if you give a man a fish you will feed him for a day, but if you give him a fishing rod, you will feed him for a life time. Belanjawan 2024 sememangnya bersifat inklusif dengan peruntukan sebanyak RM5.1 juta bagi memperkasa kepimpinan wanita dengan pemerkasaan Program Akademi Kepimpinan Wanita Selangor dan penubuhan Wanita Berdaya Selangor yakni (WBS) di bawah MBI. Bagi saya ini adalah usaha yang amat penting bagi memastikan pembangunan modal insan yang seimbang dan tidak meninggalkan mana-mana warga Negeri Selangor. Teras ketiga belanjawan secara spesifik menumpukan usaha kepada sektor pendidikan dan pembangunan generasi masa depan. Anak muda sebagai teras masa depan Negeri Selangor sudah tentu tidak akan dilupakan. Saya berharap program-program anak muda yang direncanakan di dalam belanjawan ini diteliti keberkesanannya agar wang dibelanjakan benar-benar membawa impak yang dirasai dan dihargai oleh golongan muda dan tidak sekadar cantik di atas kertas, InsyaAllah.
Tuan Speaker, dalam Dewan yang mulia ini ingin saya menyatakan secara puratanya sektor industri kreatif di negara maju menyumbang 6 hingga 10% keluaran dalam negara kasar tapi di Malaysia yang masih membangun industri ini menyumbang hanya kira-kiran 2%. Belanjawan Selangor 2024 memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi memperkasa industri ekonomi kreatif di Selangor. Pada hemat saya, jumlah peruntukan ini wajar ditingkatkan dan Kerajaan Negeri perlu lebih agresif memacu perkembangan sektor industri kreatif kerana walaupun industri ini mempunyai potensi yang dapat membantu Negeri Selangor menjana pendapatan industri ini juga adalah salah satu industri yang terjejas sangat teruk dan masih dalam fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19.
Lembah Jaya.
Saya juga berharap...
Boleh? Sikit.
Kita kesuntukan masa.
Mohon
Malam ni..
Bukan mohon berduet, mohon..
Kita hari Khamis ya, malam Jumaat.
Mohon.
Biasanya malam Jumaat ni saya bersama isteri saya baca ratib Al-Attas. Kita nak balik cepat ya. Minta maaf ya, sekejap.
Sikit je, sikit je.
Saya cuba baca laju-laju.
Tentang industri kreatif. Tentang industri kreatif.
Tidak diberi. Gombak Setia sila duduk.
Saya juga berharap mekanisme penyaluran dana peruntukan ini dilaksanakan dengan lebih efisien dan telus agar golongan sasar mudah mendapat mesej dan...
Duduklah, duduk. Tidak diberi.
Benar-benar mendapat manfaat daripada dana ini. Namun Lembah Jaya tetap ingin memuji pengecualian duti hiburan bagi membantu artis tempatan dan merancakkan industri pelancongan Selangor. Langkah ini pasti memberi sedikit kelegaan kepada insan-insan kreatif dan mereka yang terlibat di belakang tabir kerana hakikatnya industri ini masih dalam fasa pemulihan dan terjejas teruk.
Tuan Speaker, apabila kita berbicara tentang industri kreatif kita perlu kreatif. Kita tidak boleh menghadkan fokus hanya kepada beberapa sektor yang main stream atau arus perdana dengan izin, tetapi merupakan warisan seni tradisi kita yang boleh dijadikan produk unik asli di Negeri Selangor. Sebagai contoh, Yayasan Raja Muda Selangor pernah menganjurkan kursus latihan seni pembuatan keris tradisional. Ini adalah sebuah seni yang semakin ditelan zaman dan andai diberi nafas baru boleh menjadi aset warisan kepada Negeri Selangor. Kita mahu melihat anak-anak Selangor menyertai aktiviti seperti silambam dan juga tarian naga dan jika anak-anak Selangor mengenakan tanjak sebagai sebahagian daripada pemakaian mereka, biarlah mereka mengenakan tanjak yang lipatannya mengikut atau sinonim dengan Selangor seperti Tanjak Pari Mudik, Tanjak Sebang Selat dan Tanjak Lang Patah Sayap. Saya berharap Kerajaan Negeri atau EXCO yang bertanggungjawab dapat mengkaji program-program unik seperti ini bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri kreatif tetapi juga dapat memelihara warisan tradisi Negeri Selangor.
Tuan Speaker, Lembah Jaya berharap dengan belanjawan kali ini ia akan memberi manfaat kepada Lembah Jaya dan rakyatnya begitu dekat dalam kota metropolitan kita. Pelbagai usaha-usaha Kerajaan Negeri kini sudah sangat bertepatan untuk juga disalurkan ke Lembah Jaya ini atau Lembah Jaya yang saya kasihi ini. Begitulah harapan saya mewakili semua warga di Lembah Jaya. Saya juga ingin mengakhiri dengan sebuah pantun. ‘Dari Bukit Indah terus ke Taman Watan, Labuh bersolat di Masjid Taman Kosas, Lembah Jaya menyokong belanjawan, Panjikan Selangor segar berasas’. Selangor sampai mati. Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Sungai Panjang silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat seterusnya saudara saudari yang hadir dalam Dewan ini. Saya mulai dengan kalimah suci daripada Al-Quran, firman Allah (bacaan ayat A-Quran). Ayat ini biasa didengar pada khutbah yang kedua. Kaum muslimin ketika mendengar khutbah ayat ini bermaksud Allah memerintahkan kepada kamu supaya berbuat adil, berlaku adil, berbuat ihsan dan memberi kepada kaum kerabat orang yang dekat di kalangan kamu. Dan Allah jalallah melarang kamu melakukan perbuatan keji, melarang melakukan perbuatan mungkar dan juga melarang melakukan kezaliman. Mudah-mudahan ianya menjadi peringatan bagi kita semua. Suratunnahar, surah 16, ayat 90, juzuk 14, halaman 277. Terima kasih pertamanya saya ucapkan kepada seluruh pengundi DUN Sungai Panjang memilih wakil yang baharu yang berabad lamanya menjadi tempat Barisan Nasional di sana. Mudah-mudahan dengan amanah ini memberikan peluang kepada rakyat di DUN Sungai Panjang untuk mendapat kebaikan-kebaikan. Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh tiga perkara sahaja. Pertama, mengenai isu peruntukan. Yang kedua, berkenaan isu pelancongan sebab Yang Berhormat Sekinchan seberang sahaja. Yang ketiga mengenai isu tanah. Sebelum saya memulai perbahasan mengenai isu ini, saudara-saudara di Palestin berita yang kita terima pada saat ini sentiasa memandang masa ya Speaker. InsyaAllah saya cuba percepatkan. Saudara-saudara di Palestin pada saat ini berita yang kita terima bekalan elektrik telah putus, belakan air telah putus dan yang terbaru bekalan iaitu untuk hubungan media sosial sudah terputus. Langsung kita sukar untuk mendapat berita. Maka sebagai solidariti pada hari ini sama-sama kita memanjatkan doa yang disebut sebagai Qunut Nazilah yang dilakukan setiap muslim pada setiap kali solatnya supaya Allah memberikan bantuan dan pada minggu ini juga, pada minggu ini juga ketika air tidak ada Allah menurunkan hujan sebagai bantuan kepada rakyat Gaza. Dengan izin saya membaca doa tersebut dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami. Bismillahirrahmanirrahim. ‘Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka. Ya Allah, cerai-beraikan pakatan mereka. Ya Allah, goncangkan pendirian mereka. Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka yang maha pengasa, yang maha pemaksa yang maha perkasa. Yang bersifat murka. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, yang menggerakkan awan, yang menewaskan tentera Ahzab, kalahkah yahudi zionis, kalahkah yahudi zionis, kalahkan yahudi zionis dan menangkanlah atas kami. Ya Allah, bebaskanlah Masjidil Aqsa dan tetapkanlah pendirian ahli-ahli Gaza. Aamiin Ya Rabbal Alamin’.
Yang Berhormat Speaker, pertamanya berkenaan dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya, Sungai Panjang agak kecewa sedikit kerana meletakkan syarat kepada penjawat-penjawat awam untuk mendapat Bantuan Khas ataupun BKK. Sepatutnya ini tidak dijadikan sebagai satu syarat. Pada mulanya saya menganggap ianya hanyalah gurauan tetapi diletakkan di
dalam minit dengan syarat yang paling penting kena tunggu di dalam Dewan ini sehingga belanjawan selesai dibentang dan disokong. Adakah ini satu ugutan? Kalaulah itu gurauan tidak perlu diletakkan di dalam belanjawan ini. Yang Berhormat Speaker, yang pertama berkenaan dengan peruntukan. Teman-teman dan rakan-rakan saya telah banyak menyentuh tentang peruntukan ADUN Pembangkang dan saya tidak akan menyentuhnya lagi. Peruntukan antara yang dilihat tidak disebut atau tidak ditulis atau belum tahu lagi iaitu berkenaan dengan LUAS dan juga IADA. LUAS suatu yang sangat penting kerana LUAS ini ditubuhkan untuk mengurus sungai dan sumber air yang ditubuhkan pada Julai 1997 dan pentingnya air ini Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan di dalam hadisnya (bahasa arab) orang-orang Islam itu berkongsi pada air pada api dan pada padang ragut dan juga pada padang api seharusnya air ini diurus dengan baik dan saya melihat IADA juga perlu diberikan penekanan kerana kami di sebelah pantai barat ataupun di sebelah utara dalam bidang pertanian sangat memerlukan air kerana sektor pertanian adalah pengguna air yang banyak sebanyak 62% perusahaan 21%, domestik 17% maka palung-palung yang telah lama berumur 40 tahun mesti diberikan perhatian . Ini juga menjawab soalan Y.B. Seri Serdang apabila menyatakan kenapa.
Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat Seri Serdang minta maaf firstime. Yang Berhormat Seri Serdang kenapa di Daerah Sabak Bernam tidak banyak timbangan tannya kerana salah satunya kalau kita hendak tahu padi ada beberapa sifat dia perlukan tanah, tanah yang lama, dia perlukan air di Daerah Sabak Bernam adalah air yang penghujung sekali daripada besar 7 kaki sampai ke Daerah Sabak Bernam tinggal 1 kaki dan air yang selalu digunakan adalah air yang digunakan yang telah digunakan. Air racun dibuang ke parit dan kami kembali ambil air tersebut. Maknanya air yang recycle bukan air yang bersih untuk penggunaan padi di sebelah sana maka perlu diberi kan perhatian kepada IADA kepada LUAS dan begitu juga tentang peruntukan-peruntukan kepada sekolah-sekolah disebut di sini bahawa peruntukan sebanyak RM26.5 juta semenjak daripada tahun 2009 dan sekolah makin bertambah agak tidak adil.
Sungai Panjang sikit boleh?
Kalau Tuan Speaker bagi tambah saya berikan.
Kebenaran adalah daripada Yang Berhormat Sungai Panjang sebab Sungai Panjang hendak bagi atau tidak.
Bagi tambah atau tidak?
Satu minit.
2 minit.
Satu minit, silakan.
30 saat.
Saya kira tadi ada satu hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang. Yang Berhormat katakan tadi air-air yang datang dari Sungai Panjang khususnya adalah daripada air-air yang telah digunakan yang ada racun dan sebagainya saya kira satu perkara yang sangat tidak baik dan sangat tidak sepatutnya berlaku jadi pertanyaan saya ialah Yang Berhormat Sungai Panjang adakah tindakan undang-undang ataupun report polis dan sebagainya kerana apa yang dikatakan Yang Berhormat tadi itu berkenaan air-air kotor, air-air beracun masuk ke kawasan-kawasan Sungai Panjang adakah ada tindakan report polis dan sebagainya di atas perkara yang telah berlaku.
Report polis bukan kerja saya. Dia recycle. Saya teruskan. Kemudian isu tentang peruntukan kepada JAIS khususnya saya amat menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar Sungai Tua untuk mewujudkan masjid pengurusan. Boleh ditambah lagi daripada 20 kepada 30 kenapa? Kerana ini memberikan suatu pekerjaan kepada anak-anak muda lepasan daripada IPT. Mereka yang ada bidang pentadbiran dan pengurusan dalam bidang tersebut maka mereka boleh mengurus dan mentadbir beri peluang, beri kepercayaan kepada anak-anak muda untuk mengurus dan mentadbir masjid jangan sekularkan pentadbiran masjid, imam ini kamu baca doa saja, imam ini tahlil sahaja sebab itu Jabatan Agama Islam menjadikan pengurusan masjid itu sebagai pengurusan dan seterusnya minta maaf saya ada dua lagi nak sebut.
Sungai Panjang saya ingat menyatakan mensekularkan masjid itu.
Saya ada dua lagi kalau boleh bagi tambah masa lagi tidak apa.
Sungai Panjang tidak mengizinkan.
Saya ada usul lagi iaitu usul kedua berkenaan.
Apakah yang dimaksudkan mensekularkan masjid? Sungai Panjang mensekularkan masjid.
Tidak dibenarkan.
Speaker.
Peringatan terakhir sudah cukup.
Jangan mensekularkan masjid.
Peraturan Tetap.
(Dewan Riuh)
Yang Berhormat Sungai Panjang sila duduk ada Peraturan Tetap dari Meru. Meru Peraturan Tetap. Tenang, ya Meru apa dia?
Sangkaan jahat.
Apa dia?
Menyebutkan mensekularkan masjid diharap Tuan Speaker.
Boleh baca sangkaan jahat mengenai apa? 36(6) sangkaan jahat kepada ahli sahaja.
Apakah maksudnya sangkaan jahat terhadap siapa?
Sangkaan jahat maknanya mensekularkan masjid ia menjurus seolah-olah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor mensekularkan masjid.
Yang Berhormat adakah bermaksud sebegitu?
Tidak.
Speaker.
Tidak jadi.
Peraturan Tetap 36(6) adalah kepada Ahli sahaja.
Tidak apa Hulu Kelang, saya bincang di antara saya dan Sungai Panjang.
36(6). Saya hendak bantu Tuan Speaker.
Saya pun tahu 36(6) hanya pada Ahli sahaja.
Sungai Panjang masih belum habis lagi .
Tuan Speaker ini adalah Peraturan Mesyuarat.
Ada Peraturan lain 36(9).
Yang menyatakan apa?
Menyatakan baca panjang sikit selain kelakuan pada menjalankan urusan tidak sebut mana-mana Ahli kalau melakukan urusan 36(6) juga saya tidak menyatakan mana-mana Ahli.
Saya menyarankan menasihatkan Yang Berhormat supaya kita terus kepada isi yang terakhir.
Bagi saya masa tambahan sebab kekacauan tadi. Ya ini isi saya sebab itu saya kata pengurusan masjid ini harus ditambah dan ditambah modalnya supaya lebih banyak pengurusan masjid dan boleh juga menghantar memberikan modal untuk menghantar mereka ke Universiti Islam Selangor.
Jadi tidak ada maksud untuk menuduh.
Yang Berhormat Speaker, minta Petua hendak tahu dimaksudkan sekular tadi itu kepada siapa?
Sekular itu tidak menujukan kepada sesiapa.
Hendak tahu sekular tadi itu kepada siapa?
Kenapa takut sangat dengan sekular.
Hendak tahu sekular tadi itu kepada siapa?
Apa yang takut sangat dengan sekular saya tidak kata pada sesiapa.
Jadi Yang Berhormat Sungai Panjang tidak menuduh kepada sesiapa. Tidak menuduh.
Saya maksudkan jangan mensekularkan Institusi Masjid ini fahaman masyarakat.
Kepada siapa orang Yang Berhormat maksudkan.
Siapa yang dimaksudkan itu, Pegawai JAIS dan Pengarah JAIS pun ada dekat sini.
(Dewan Riuh)
Teruskan.
Berkaitan dengan isu Pelancongan. Saya amat menyokong isu pelancongan RM3.3juta diperuntukkan dengan perkara-perkara tersebut bahawa
Yang Berhormat Speaker saya rasa kita perlu clearkan perkara ini. Yang Berhormat Speaker. Perkara ini di addresskan mensekularkan kepada siapa? Sebab dalam Standing Order ini ada sangkaan jahat. Sekular itu kepada siapa Yang Berhormat Speaker?
Untuk menambah baik pelaksanaan pentadbiran masjid. Baik dia setuju untuk tarik balik dan tidak menggunakan perkataan memajukan ataupun menambahbaikkan pentadbiran masjid.
Seterusnya isu yang kedua iaitu isu pelancongan perlu melawat Selangor 2025 dijangka.
Dia tidak sebut Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Sungai Panjang tidak sebut perkataan sekular tadi yang Berhormat Speaker.
Gantikan dengan perkataan untuk menambah baik.
Tidak ada istilah lain sekular.
Perkataan sekular itu pada siapa ditujukan kepada siapa?
Untuk menambahbaikkan Pengurusan Masjid.
Perkataan sekular itu pada siapa ditujukan kepada siapa?
Tidak ada sesiapa.
Tidak menujukan kepada sesiapa.
Apa masalah? Apa yang takut sangat?
Kamu faham atau tidak dia tidak menujukan kepada sesiapa.
Saya menasihati Yang Berhormat semua supaya perkataan-perkataan yang menyebabkan polemik dan juga khususnya isu agama itu kita kurangkan supaya kita boleh memajukan ke depan dan masa semakin tidak mengizinkan tidak mencukupi.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Speaker.
Speaker perlu bagi Petua tentang perkataan-perkataan yang tidak boleh disebut di dalam Dewan.
Kita elakkan Yang Berhormat yang lain sila elakkan.
Isu Pelancongan dengan peruntukan RM3.3 juta.
Itu point terakhir Yang Berhormat. Hujah yang terakhir berkenaan dengan pelancongan, ringkaskan.
Kalau terakhir saya tidak masuk pelancongan saya sembang belakang dengan Yang Berhormat Sekinchan fasal lambat. Saya masuk isu yang terakhir iaitu berkenaan dengan tanah. Satu perkara yang pelik saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri ada dua, pertama tanah PT4293 Mukim Sungai Panjang yang seluas 971,246 hektar di Mukim Sungai Panjang
ini sebagai Selangor Smart EGRO (SSE). Tanah ini adalah tujuannya untuk Selangor Smart Agropark sebagai SSAP. SSAP ini sebagai tunjang bekalan makanan cumanya menyedihkan 26 Mac 2021 dilancarkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan pada 9 haribulan 4, 2023 mendapat perintah larangan notis. Saya mohon penjelasan kenapa di sealed? Sedangkan perkara itu memberikan kebaikan kepada masyarakat. Yang kedua, tanah di Hutan Simpan Sungai Karang. Ini juga agak pelik yang tadi PKPS menyewakan kepada ACSB, sebuah Syarikat ACSB yang mana syarikat ini fungsinya syarikat perniagaan teksi dan perkhidmatan sewa kenderaan tapi buat tanah. Jagung, tanam jagung. yang kedua tanah di Sungai Karang, Hutan Simpan Sungai Karang juga sama daripada pihak Jabatan Hutan di sewakan kepada Koperasi Usahawan Bersatu (KUBSB) yang fungsi koperasi ini adalah fungsi perkhidmatan. Fungsi perkhidmatan ini adalah pengurusan dana, penyelenggaraan bangunan dia tak ada dengan kewangan pengguna perladangan. Saya mohon penjelasan kenapa perkara ini berlaku kepada masyarakat.
Yang Berhormat ayat terakhirlah boleh ending.
Yang terakhirnya berkenaan Program Iltizam.
Panjang lagi ke Program Iltizam ini? Topik yang cukup besar. Ringkaskan. Tanya soalan terus.
Satu sahaja. Saya mencadangkan. Sungai Panjang mencadangkan supaya pengubatan Islam ataupun ruqyah syar'iyyah dimasukkan juga di dalam program ini kerana pengubatan Islam ini berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bawah PTNK iaitu Majlis Perubatan Tradisional dan Komplimentari. Akhirnya saya akhiri dengan pantun.
Bulan puasa sangat dinanti, setelah berpuasa sambut Aidilfitri, sebelum berpuasa janji reformasi, setelah berkuasa jangan jadi kuku besi.
dan pantun kedua dengan izin (bahasa asing). Terima kasih.
Yang Berhormat sesiapa yang... Sungai Kandis.
Wait.. BBK kan? Tuan Speaker...
Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera Tuan Speaker, Yang Berhormat Ketua-ketua Kerajaan, wakil-wakil daripada agensi yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana dengan izin telah memberi peluang kepada Sungai Kandis
dalam perbahasan Bajet 2024 Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 10 November 2023 yang lepas. Sebelum saya meneruskan dengan perbahasan ini ingin saya tegaskan di dalam Dewan yang mulia ini saya telah bertekat dan komited untuk membawa suara rakyat kawasan saya iaitu Sungai Kandis yang mewakili pelbagai agama, bangsa, budaya, keturunan tanpa mengira partisan politik. Berkali-kali saya mengingatkan kepada kakitangan saya termasuk diri saya sendiri kita berpolitik hanya 5 tahun sekali. Cukuplah rakyat sudah membuat pilihan. Sekarang masa untuk kita bergerak ke hadapan dengan membawa agenda kebajikan rakyat sejagat khususnya rakyat Selangor terutamanya di Sungai Kandis. Marilah kita bekerja untuk rakyat agar jawatan kita terus dihormati. Saya percaya dengan semua 56 Ahli Dewan di Negeri Selangor yang berada di Dewan ini, semuanya memperjuangkan nasib rakyat yang memang sudah lama tertekan dengan kos sara hidup yang membebankan. Jadi, usahlah meluahkan kata-kata menyindir ataupun seolah-olahnya kami hendak mengajar pihak Kerajaan. Kami di Perikatan Nasional, memikul satu tanggungjawab untuk memastikan semak dan imbang ini yang akan memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Jika di PRU16 nanti mungkin ADUN Pelabuhan Klang menjadi pembangkang saya percaya Yang Berhormat juga akan membawa agenda semak dan imbang dengan baik. Tuan Speaker Bajet 2024 telah menetapkan belanja mengurus pada kadar 52.6% iaitu bersamaan dengan RM1.33 bilion manakala belanja pembangunan adalah 47.4% bersamaan dengan RM1.2 bilion. Menyentuh bab pembangunan, jalan raya dan infrastruktur, Sungai Kandis tidak akan cakap lain-lain hal daripada hal jalan raya sahaja sebab hal-hal lain semua orang sudah bercakap jadi masalah-masalah banjir semua Sungai Kandis sudah hadapi dan Sungai Kandis harap perkara-perkara tersebut sudah diambil maklum. Jadi menyentuh bab pembangunan, jalan raya dan infrastruktur sebanyak RM145 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek jalan raya pada tahun 2024 peruntukan yang sama nilainya pada bajet pada tahun sebelum iaitu 2023. Bagi merealisasikan azam Negeri Selangor untuk merapatkan jurang pembangunan di antara Daerah dengan jalinan dengan lebih luas, Sungai Kandis ingin mencadangkan, ingin memohon, ingin merayu agar dapat mempertimbangkan peruntukan yang lebih dapat disalurkan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta berisiko banjir yang telah merosakkan jalan-jalan utama dan jalan di kawasan luar bandar termasuk infrastruktur yang lain. Peruntukan kepada ADUN kawasan pembangkang juga diharap dapat diberi seperti ADUN Kerajaan agar semua rakyat tanpa mengira fahaman politik tidak di anak tirikan seperti yang saya maklumkan tadi tanpa mengira partisan politik dan Kerajaan yang demokrasi terus diamalkan. Antara kawasan-kawasan yang terkesan akibat banjir besar 2021 adalah termasuk DUN Sungai Kandis antaranya adalah Kampung Lombong, Jalan Kebun, Kampung Bukit Naga, Kampung Jawa dan Johan Setia, bermakna keseluruhan dan jalan raya yang terlibat adalah lebih kurang 77 kilometer itu jalan-jalan utama. Saya ambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan 46 projek tebatan banjir dengan jumlah kos RM605,770,350.00 untuk pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Alhamdulillah Sungai Kandis juga turut terlibat dengan projek tebatan banjir Sungai Kandis (Fasa 2) dengan kos RM20 juta serta Menaik Taraf Saliran Di Kawasan
Kampung Johan Setia (Fasa 2) melibatkan kos sebanyak RM15 juta. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Walaubagaimanapun projek tebatan banjir ini merupakan projek jangka panjang yang mengambil masa 2 tahun bermula Mei 2023 hingga Mei 2025 itu pun sekiranya tidak ada kerja-kerja yang tergendala disebabkan bencana, cuaca dan sebagainya. Soalan saya, apakah perancangan jangka pendek dan sederhana oleh Kerajaan Selangor bagi mengatasi isu banjir kilat yang mengakibatkan kerosakan harta benda terutama jalan-jalan raya malah kehilangan nyawa. Kita tidak mahu kejadian buruk seperti di Seri Muda ataupun Hulu Langat ataupun banyak lagi tempat-tempat lain berulang kembali sekiranya tiada satu mekanisme yang boleh diguna pakai sebelum projek tebatan banjir siap pada tahun 2025 sekiranya masanya tepat. Saya juga mohon jasa baik pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan Projek Menaik Taraf Saliran di Kawasan Kampung Johan Setia (Fasa 2) yang telah pun diluluskan dengan kadar segera. Sekarang adalah musimnya yang ditakuti oleh penduduk di Sungai Kandis dan juga di sekitar termasuk Sri Muda apabila hujan turun melebihi 1 jam dan tidak lebih daripada 2 jam penduduk sudah mula menadah air di dalam rumah dan sentiasa dalam keadaan yang tidak senang duduk kerana paras air yang mula meningkat dan masuk ke dalam rumah hingga ke katil. Saya juga ingin mencadangkan agar satu peruntukan khas dapat diberi, saya memohon untuk membuat kajian sistem perparitan dan pengairan di kawasan DUN Sungai Kandis ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering menghantui penduduk di kawasan saya sejak sekian lama. Sudah sampai masanya penduduk di Sungai Kandis menjalani hidup dengan selesa tanpa takut menghadapi hari hujan. Dengan adanya kajian sistem perparitan dan pengairan ini kita dapat mengenal pasti parit dan longkang yang perlu dinaik taraf dengan melebarkan sistem perparitan yang sempit dan cetek yang tidak mampu lagi untuk menerima jumlah hujan yang sedia ada. Parit yang kritikal dan tersumbat juga perlu di selenggara dengan lebih kerap. Saya ambil maklum kesemua ini memerlukan kos yang tinggi dan saya memohon agar Agensi-agensi seperti JKR dan juga JPS, (Jabatan Saliran) diberi peruntukan tambahan walaupun bajet sudah ditetapkan tetapi saya merayu diberi tambahan peruntukan kerana mereka-mereka inilah, jabatan-jabatan inilah yang akan bertungkus-lumus untuk membantu rakyat di kawasan kami dan selalunya alasan yang diterima adalah peruntukan yang tidak cukup. Memang tidak cukup kalau daripada peruntukan yang lepas pun seperti peruntukan untuk JKR adalah RM145 juta kali ini pun RM145 juta tetapi penggunaan kenderaan lori yang menggunakan jalan yang sama berat jalan yang tidak setimpal dengan berat kenderaan yang melalui tentu benda-benda ini akan mengakibatkan kerosakan jalan raya. Jadi banyak agensi yang terbabit termasuk PBT daripada MBSA dan juga daripada Klang. Penat mereka. Rayuan mereka adalah peruntukan setiap tahun tidak cukup diharap pihak Kerajaan dapat menimbang perkara ini.
Tuan Speaker menyentuh mengenai Sistem Perkhidmatan Kerajaan. Saya mendokong usaha Kerajaan Negeri Selangor yang dinyatakan dalam Bajet 2024 melalui usaha membangunkan Lembah Klang Raya. Apabila saya dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor pada Pilihan Raya lepas kami telah mula beroperasi dan
dikunjungi penduduk di kawasan kami. Kami di DUN Sungai Kandis mempunyai 2 PBT iaitu MBSA dan juga Majlis Perbandaran Klang. Kebanyakan aduan daripada penduduk di Sungai Kandis melibatkan keterlibatan PBT dan Agensi Kerajaan yang lain seperti JKR, TNB dan JPS Daerah. Saya mendapati isu pertindihan di kawasan penyelenggaraan adalah punca kelewatan tindakan yang sepatutnya dapat diambil dengan kadar segera untuk diselesaikan. Saya baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak PBT pada Jumaat pagi yang lepas sebelum Sidang Dewan bermula dengan membawa isu-isu daripada penduduk berkaitan perihal punca banjir di Dun Sungai Kandis.
Yang Berhormat, macam mana panjang lagi ke?
Tak, sikit sahaja.
Jadi teruskan.
Serta cadangan daripada penduduk Sungai Kandis untuk mengatasi masalah sedemikian. Seperti saya maklumkan tadi pertindihan penyelenggaraan ini antara sebab mengapa berlakunya kelewatan dalam tindakan dan ini juga telah dibincangkan dan saya berhasrat untuk membawa usul agar pihak Kerajaan dapat mewujudkan satu sistem keseragaman di antara PBT sekali gus menghapuskan pertindihan supaya dapat mempercepatkan kadar masalah responsif bagi sesuatu isu terutamanya yang memerlukan penyelesaian segera. Oleh yang demikian saya menaruh harapan besar agar Lembah Klang Raya ini dapat di realisasikan dan memberi impak yang baik kepada perkhidmatan Kerajaan. Pelaksanaannya perlu selari dengan apa yang telah dirancang di atas kertas, gunalah dengan sebaik-baiknya peruntukan dengan RM2 juta yang dibentangkan tujuan ini tanpa sebarang pembaziran atau ketirisan. Sekian dari Sungai Kandis pada kali ini dan Sungai Kandis tidak pernah ambil masa yang lama. InsyaAllah, dont worry. Hormati waktu.
Terima kasih.
Tuan Speaker
Ya Bandar baru Klang
Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri selamat petang dan salam sejahtera. Pertama-tama Bandar Baru Klang ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan kesyukuran kerana kita semua dapat sama-sama berkumpul di Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker kesihatan adalah kekayaan di Negeri Selangor penting untuk merealisasikan bajet yang mencukupi bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan penyakit bukan berjangkit
NCD dalam kalangan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang NCD bajet yang disediakan untuk menjalankan Kempen Kesihatan yang bersepadu kempen ini boleh melibatkan penghasilan bahan-bahan pendidikan kesihatan program-program kesedaran kesihatan di sekolah-sekolah dan masyarakat. Saya mencadangkan penggunaan media masa seperti televisyen, radio dan sosial media untuk menyampaikan program kesihatan kepada penduduk Selangor di samping itu penyakit berjangkit seperti influenza juga perlu dicegah melalui SelVax dengan memberi suntikan vaksin influenza dan pneumococcal. Saya bercadang untuk memberi suntikan kepada warga emas kerana kumpulan ini adalah kumpulan yang berisiko tinggi. Ini adalah kesihatan kekayaan sebenar jika kita melabur dalam kesihatan kita dapat memastikan kualiti hidup yang baik bagi penduduk Selangor dan meningkatkan kesihatan masyarakat. Secara umumnya ia meningkatkan produktiviti di tempat kerja menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 4 daerah iaitu Daerah Klang, Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya mempunyai penduduk padat di Selangor. Melalui penggunaan bajet yang bijak saya juga bercadang untuk membangunkan sebuah hospital milik Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital awam yang sedia ada. Hospital ini boleh dilengkapi dengan peralatan-peralatan moden dan tenaga perubatan yang berkelayakan untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada penduduk Selangor. Dengan adanya hospital milik Negeri pesakit NCD akan dapat diberi perhatian yang lebih baik dan masa menunggu yang lebih singkat. Daerah Klang sesuai untuk membina Hospital Kerajaan Negeri, dengan adanya Hospital Negeri Selangor dapat memberi peluang pekerjaan kepada doktor kontrak daripada hospital besar, BBK ingin menegaskan pekerja yang sihat, rakyat yang sihat adalah aset kita.
Kedua jalan raya dan infrastruktur. Tuan Speaker dengan Kerajaan Negeri yang telah meluluskan bajet sejumlah RM145 juta bagi pelaksanaan projek-projek jalan raya pada tahun 2024 selaku ADUN Bandar Baru Klang ingin juga Yang Berhormat untuk memperuntukkan bagi DUN Bandar Baru Klang untuk membaiki jalan-jalan yang rosak dan dinaik taraf jalan-jalan besar seperti Jalan Meru, Jalan Kapar, Jalan Haji Sirat, Jalan Sungai Puluh. Ketiga isu banjir. Tuan Speaker, memandangkan Selangor telah memperuntukkan bajet yang... bagi banjir oleh demikian DUN BBK harap dapat peruntukan terutamanya di kawasan Sungai Puluh yang telah terjejas dalam banjir pada Disember 2021 dan Jun 2023 sehingga menyebabkan penduduk di kawasan tersebut kehilangan harta benda dan aktiviti harian terjejas. Saya cadangkan peruntukan ini untuk membina tebatan banjir pada kawasan tersebut. Mohon Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan proses kemas kini teknikal isu diberi sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya DUN BBK boleh memberi maklumat terkini kepada rakyat. Keempat bekalan makanan, Tuan Speaker pada masa ini peningkatan bekalan makanan merupakan isu penting bukan sahaja bagi Kerajaan Negeri malah juga Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta. DUN BBK berharap agar Jualan Ehsan dapat dilanjutkan untuk memperbanyakkan Jualan Ehsan tambahan pula ekonomi yang juga semakin
merosot dan inflasi barangan yang semakin tinggi. Sebagai Wakil Rakyat, kami perlu menjaga kebajikan B40 supaya rakyat mampu membeli barang keperluan harian. Kelima, Mobiliti Selangor. Tuan Speaker, seterusnya dalam usaha mengoptimumkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan meringankan beban rakyat Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta pada tahun 2024. Walaupun bas Smart Selangor telah diwujudkan namun ada banyak, ada masih banyak tempat yang tidak dapat perkhidmatan tersebut. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan penambahan bas mini dan van bagi kerap ulang-alik demi kemudahan penduduk terutamanya perkhidmatan ini dapat menyambung ke stesen-stesen LRT.
Keenam Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada KDEB yang telah membuat kerja yang baik dan cemerlang. Dengan ini, saya mencadangkan semua projek pembersihan diserahkan kepada KDEB bagi mengurangkan kekeliruan rakyat. Ketujuh, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau. Tuan Speaker, memandangkan harga solar panel yang semakin murah, saya mencadangkan bahawa bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan PBT untuk meletak solar panel bagi menjana elektrik. Ini dapat mengurangkan kos elektrik yang baki boleh dijual kepada TNB sebagai hasil pendapatan negeri sementara mengurangkan jejak karbon atau carbon footprint. Nombor kelapan, Pelancongan. Tuan Speaker, Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta kepada sektor pelancongan. Saya mencadangkan untuk memajukan pusat Bandar Klang yang disebabkan pusat Bandar Klang semakin uzur, lagipun pusat Bandar Klang mempunyai banyak Persatuan seperti Teochew, restoran yang terkenal seperti Noble House dan lain-lain. Saya bercadang bahawa EXCO Pelancongan dan PBT dan Persatuan-persatuan dapat digabungkan dan bersatu serta mengkaji untuk menghidupkan pusat Bandar Baru Klang. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mencadangkan Bajet mesra rakyat dan berwawasan. BBK sokong Bajet 2024, sekian terima kasih.
Terima kasih. Semenyih.
Assalamualaikum W.B.T. Bismillahirrahmannirrohim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Perkhidmatan yang dikasihi sekalian. Pertamanya, Semenyih ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ruang yang diberikan untuk turut serta di dalam perbahasan Belanjawan 2024 pada kali ini. Bagi memulakan perbahasan ini, izinkan saya untuk memetik sepotong ayat dari Surah Al-Furqan ayat 67, perihal berbelanja (membaca potongan ayat Al-Quran), dan mereka yang diredhai oleh Allah itu, apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiadalah bakhil atau kedekut dan sebaliknya, perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-duanya di antara boros dan bakhil itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, secara asasnya,
berdasarkan prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri saya menyokong apa yang dinyatakan oleh Hulu Kelang bahawa kita bersetuju dengan pendekatan perbelanjaan berhemah dengan menyimpan reserve melebihi RM3 bilion, pun begitu, dalam suasana ekonomi pada hari ini yang tidak begitu memberangsangkan dan kos sara hidup yang semakin menekan, Semenyih berpandangan di sana ada kewajaran agar pihak Kerajaan membuat pertimbangan semula untuk berbelanja dengan lebih sedikit demi menjiwai denyut nadi masyarakat dan rakyat yang semakin terhimpit khususnya dari sudut kebajikan, yang agar benar-benar sampai dan dirasai oleh seluruh rakyat Negeri ini selain perbelanjaan pembangunan infrastruktur lebih-lebih lagi yang dapat mengekang kesan daripada bencana alam yang semakin kita rasai di Negeri Selangor amnya, dan di Semenyih khususnya yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Sepanjang saya mengikuti sesi soalan dan perbahasan, saya mendapati hampir semua atau mungkin semua pembahas telah menekankan isu infrastruktur di DUN dan kawasan masing-masing di Negeri Selangor. Saya percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar mendengar secara dekat suara hati warga Selangor yang berhajat kepada infrastruktur yang lebih kondusif, selesa dan selamat di Negeri yang maju, makmur dan kaya ini. Mudah-mudahan dengan sedikit adjustment, ubahsuai ini akan dapat memberikan manfaat yang besar untuk dinikmati dan dirasai oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan untuk memaknai perkataan Ehsan itu sendiri. Sebagaimana yang disebut oleh seorang ulama tafsir Al-Raghib Al-Isfahani, Ehsan itu bermakna melimpahkan kenikmatan atau kebajikan kepada pihak-pihak lain baik secara fizikal mahupun spiritual.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berdasarkan Empat Teras yang menyokong tema Belanjawan pada tahun ini, Semenyih akan cuba menyentuh secara ringkas Teras-teras utama dalam perbahasan kita pada kali ini. Daripada sepuluh (10) Anjakan Utama yang digariskan melalui Teras Pertama, Pemangkin Pelaburan Berkualiti, Menjana Pendapatan Tinggi. Semenyih ingin merayu melalui Anjakan Keempat, sistem pengangkutan awam yang menggerakkan manusia dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan peribadi agar pihak Kerajaan dapat memberikan perhatian kepada kami secara dekat di Semenyih. Kami sedar dari sudut geografi Semenyih berada agak jauh dari Lembah Klang. Raya ini, Semenyih sejujurnya terasa sangat terpinggir. Selain daripada ucapan pembentangan Belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar seakan tidak menyebut apa-apa inisiatif atau perancangan secara khusus buat kami di Semenyih, hakikatnya, sebagai contoh, rangkaian pengangkutan awam yang sedia ada seolah-olah tidak sampai ke Semenyih. MRT hanya sampai ke Kajang, bas MRT pula hanya sampai ke Bandar Teknologi Kajang. Kemudian komuter pula sampai ke UKM dan Pekan Bangi namun terus ke Batang Benar dan Nilai di Negeri Sembilan dan kini jajaran rel Kita Selangor pula dilihat tertumpu hanya di Pantai Barat Selangor. Kesannya, kita khuatir usaha dan hasrat Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di Negeri Selangor menggunakan pengangkutan awam tidak kesampaian, khususnya buat kami di Hulu Langat di Semenyih. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, Semenyih masih lagi di dalam Selangor, Semenyih berada di bawah daerah Hulu
Langat, salah satu daripada sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dengan jumlah penduduk Semenyih menjangkau 250,000 orang, Semenyih berhak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Sebagai cadangan saya ingin merayu agar peruntukan RM3 juta untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan. Jajaran rel Kita Selangor dapat ditambahkan lagi dengan peruntukan khas untuk turut mengkaji projek infrastruktur pengangkutan awam di Semenyih. Begitu juga kami di Semenyih berharap agar peruntukan RM5 juta untuk mengoptimum penggunaan bas Smart Selangor yang dikhabarkan akan dinaik taraf dari bas enjin bahan bakar kepada bas elektrik serta penambahan van serta bas mini melalui perkhidmatan Demand Responsive Transport (DRT) sampai juga ke bumi Semenyih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam pada keadaan rangkaian pengangkutan awam di Semenyih yang sangat terbatas itu, saya juga memohon sangat-sangat agar projek penaiktarafan jalan-jalan utama khususnya dari Semenyih ke Beranang sampai ke Kajang dapat dilaksanakan secepat mungkin. Jalan tersebut mungkin sesuai dan sangat elok sekitar 23 – 30 tahun yang lalu namun kini kesan proses urbanisasi dan kepesatan pertambahan penduduk dan pembangunan projek-projek perumahan yang berlaku di sekitar Semenyih, sebuah jalan raya yang lebih kondusif sangat-sangat diperlukan. Kami di Semenyih ada mendengar pelbagai bentuk perancangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan untuk membuat beberapa flyover untuk cuba mengurangkan kesesakan lalu lintas untuk disesuaikan dengan keperluan yang mendesak semasa. Sebagai contohnya, pertambahan kawasan-kawasan perumahan baru mencecah lebih 30 buah projek perumahan di sekitar Kantan Permai dan Prima Saujana. Begitu juga dengan persimpangan trafik Bandar Seri Putra Bukit Mahkota. Keadaannya sangat menyesakkan di waktu puncak namun penduduk masih ternanti-nanti bilakah masalah ini akan dapat diatasi selepas tahun ke tahun, harapan tinggal harapan dan janji tidak tertunai. Justeru, saya dengan penuh rasa rendah diri memohon jasa baik Kerajaan Negeri Selangor meneliti isu ini secara serius seterusnya mengambil tindakan proaktif seperti menyumbang peruntukan khas membantu Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengatasi masalah ini demi kesejahteraan Negeri Selangor yang kita kasihi. Mudah-mudahan hasrat dan azam Kerajaan Negeri untuk merapatkan jurang pembangunan antara daerah dengan meningkatkan jaringan jalan raya yang lebih meluas dapat direalisasikan dengan memastikan RM145 juta yang diperuntukkan bagi melaksanakan projek jalan raya sampai ke bumi Semenyih.
Dalam masa yang sama, Semenyih juga ingin menyentuh isu pengurusan sampah yang kelihatan masih belum berkesudahan khususnya di kawasan-kawasan kampung di sekitar Beranang. Sebagai cadangan, penyelesaian saya sangat-sangat mengharapkan agar Kerajaan sekali lagi memberi perhatian serius kepada isu ini dengan turun ke padang menjemput semua pihak yang bertanggungjawab termasuk Ketua-ketua Kampung yang bertindak dengan begitu baik dan dekat dengan hati masyarakat untuk mencari jalan penyelesaian. Yang Berhormat Tuan Speaker,
Semenyih juga sangat terkesan dengan bencana alam khususnya, ribut dan banjir. Saya yakin semua sedia maklum dengan apa yang berlaku ini sangat terkait dengan projek pembangunan perumahan yang baru, naik mencecah beratus-ratus ekar di Semenyih. Dalam masa yang sama, saya kira adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk memastikan pengurusan pengairan, saliran dan sumber air di Negeri Selangor kekal teratur dan berkesan. Sekali lagi saya merayu agar peruntukan RM65 juta untuk melibatkan pembangunan projek tebatan banjir selain peruntukan Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan berjumlah RM3 bilion sampai ke Sungai Semenyih khususnya, dan Sungai Beranang, di sekitar Kampung Pasir Baru, Kampung Pening-pening, Kampung Sungai Machang, Kampung Tanjung, Kampung Sentosa, Kampung Sungai Buloh, Kampung Batu Tiga, Kampung Batu Lima, Kampung Sungai Kembong dan Desa Mahkota. Ini adalah kawasan-kawasan yang sentiasa terdedah kepada banjir kilat. Percayalah, sungai yang cantik dan menjadi sumber tarikan pelancong dan keunikan di Hulu Langat dan Semenyih semakin tercemar dek pembangunan yang tidak terkawal sehinggakan sungai yang asalnya lurus kini sudah menjadi bengkang bengkok dan bersimpang siur kesan pukulan air daripada projek-projek dari kawasan perumahan yang baru dibina. Saya percaya dengan usaha dan peruntukan yang disalurkan dengan tepat ini akan dapat mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan kesan bencana alam kepada penduduk dengan menyediakan infrastruktur berdaya tahan seperti yang kita cita-citakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Semenyih ingin menarik perhatian sidang kepada Teras Kedua Mengangkat Pendidikan Bestari, Menjamin Alam Sekitar Lestari. Sebagai seorang yang terlibat dalam dunia akademik selama ini secara asalnya, Semenyih ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dari sudut pendidikan yang begitu banyak dan saya tidak perlu sebut satu demi satu inisiatif dan insentif yang diperuntukkan. Tahniah.
Yang Berhormat.
Sesungguhnya kita percaya.
Yang Berhormat dah nak ending ke?
Ya, ending, sikit lagi.
Terima kasih.
Pendidikan merupakan asas dan teras kepada pembangunan dan kita juga di Selangor sebenarnya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan langkah proaktif anggota masyarakat yang terlibat memeriahkan sistem pendidikan khususnya pendidikan agama persendirian bagi tujuan melengkapi komplemen sistem sedia ada yang dilakukan dengan begitu baik oleh bahagian pendidikan JAIS. Malangnya kita sering mendengar keluhan dari
pengusaha-pengusaha sekolah agama persendirian ini tentang kesukaran dan isu birokrasi untuk mendaftar sekolah mereka. Saya kira, kita sangat bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan oleh pelbagai pihak berwajib, demi untuk memastikan keselamatan anak-anak kita sentiasa menjadi prioriti dan keutamaan. Tinggal lagi saya difahamkan, usaha ini menjadi terbantut kerana ada di kalangan sekolah-sekolah ini yang berkekangan dan berhalangan untuk memenuhi syarat semata-mata kerana ada kos yang tak tertanggung ketika sedang berusaha memenuhi segala syarat tersebut. Justeru, selaku satu-satunya Menteri Besar yang memegang portfolio Pendidikan, saya dengan ini ingin mencadangkan apalah kiranya pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat memperuntukkan sejumlah peruntukan secara one-off kepada sekolah-sekolah agama persendirian yang layak mengikut kriteria yang sepatutnya..
Yang Berhormat.
Semata-mata bagi tujuan..
Yang Berhormat kena ending ..
Memenuhi segara requirement yang diperlukan oleh pihak-pihak berwajib. Dan untuk yang akhirnya salah satu cadangan penyelesaian kepada isu sungai tebatan banjir dan sebaginya, saya mendapat maklum di sekitar Desa Mahkota kami ada banyak mantan-mantan professor. Mereka mencadangkan sekiranya setiap kali kita bangkitkan isu tak ada bajet, tak cukup duit dan sebagainya mereka mencadangkan mungkin antara kos yang kurang daripada nak buat tebatan banjir sebagainya mereka mencadangkan mengimplementasi istilah kita pepatah ‘bagaikan aur dengan tebing’. Dengan menanam buluh-buluh di sepanjang sungai...Buluh bukan sekadar hiasan tapi merupakan benteng yang kuat untuk mempertahankan sungai-sungai kita agar sentiasa kukuh. Saya kira, sekadar itu sahaja, masa sangat terbatas terima kasih, di atas ruang yang diberikan dan mudah-mudahan kita harap guru-guru KAFA dan SRA pun dapat diberikan perjawatan tetap sebagaimana yang pernah berlaku dulu di zaman Al Marhum Dato’ Syafie Salleh memberikan peluang kepada guru-guru ini untuk dapat berkhidmat dengan kursus dan sebagainya sehingga kepada menggunakan pendekatan tetap bercarum KWSP. Sekian, saya kira itu sahaja daripada Semenyih terima kasih di atas ruang diberikan. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah Assamualaikum w.b.t.
Morib.
Ok.
Ya silakan tapi masa saya bagi 5 minit ya..panjang lagi lambat lagi tak apa tak apa teruskan-teruskan terus kepada point.
Apa pun terima kasih kepada Tuan Speaker. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Morib untuk bersama membahas Usul Belanjawan Selangor 2024. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Morib kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili DUN Morib, di bawah Perikatan Nasional di Dewan yang mulia ini. InsyaAllah saya akan mengambil tanggungjawab ini dan menjadi pembangkang yang akan memberi semak dan imbang kepada kerajaan Negeri Selangor. Di dalam pembentangan belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar serta perbahasan dan usul oleh Ketua Pembangkang Hulu Kelang. Saya mendapati, terlalu banyak jurang dan kelemahan di dalam Kerajaan ini. Usul serta perbahasaan yang dilontarkan oleh YB Ketua Pembangkang perlu diteliti oleh pihak kerajaan. Dengan kemenangan kami Perikatan Nasional di 22 DUN dalam Pilihan Raya yang lepas memberi gambaran dan petunjuk bahawa rakyat kini sudah memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional boleh menerajui kerajaan Negeri Selangor insyallah. Tidak bersetuju di atas sesuatu perkara itu bukan lah bermaksud menolak. Apa yang dibuat tetapi hanya menegur untuk kebaikan bersama. Wujudnya satu pihak kerajaan dan satu pihak lagi menjadi pembangkang. Di dalam sistem politik bertujuan membentuk semak dan imbang. Di mana kami, Perikatan Nasional menjadi berperanan memantau pelaksana dasar oleh Kerajaan. Saya juga, saya rasa pihak di sana juga pernah menjadi pembangkang jadi janganlah gaduh sangat oleh sebab itu peranan pembangkang adalah teras yang amat penting di dalam sistem demokrasi. Bahkan pembangkang juga, di dalam sistem demokrasi kewujudan pembangkang merupakan nilai penting bagi mengukuhkan sistem ini. Morib ingin bertanya adakah kami ini sebagai pembangkang menjadi ancaman kepada kerajaan? Saya cuma ingin membalas apa yang dilontarkan oleh Seri Kembangan dan Meru dan saya juga memuji kepada Sentosa kerana dia juga dia menghormati di pihak pembangkang. Jadi, hakikatnya walau apa pun peranan pembangkang tidak dapat dipisahkan secara mutlak di dalam sistem demokrasi yang sentiasa mengekori rapat dan terus membayangi kerajaan yang berperanan sebagai semak dan imbang. Saya rasa tak perlu takut jika apa yang dibuat atas dasar ketelusan di dalam menerajui kerajaan. Apa pun bagi pihak kerajaan haruslah mendengar dan mengambil langkah positif di atas apa sahaja teguran dan kelemahan itu sebagai perkara yang perlu dibaiki kerana ini semua adalah kebaikan dan kemajuan Negeri Selangor yang kita sayangi.
Tuan speaker, belanjawan yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar adalah satu tanggungjawab kepada Kerajaan Selangor untuk memberi perkhidmatan dan membantu rakyat Selangor menjadi sebuah kerajaan yang terbaik apa pun segala yang dibentangkan mestilah mempunyai ketelusan dan kejujuran dalam pelaksanaan nya. Tuan Speaker, di dalam kita seronok mendengar projek-projek mega dari Kerajaan Negeri saya juga teruja dengan perkembangan kemajuan Negeri Selangor. Sebagai anak Selangor, pastinya kita mengharapkan pembangunan yang lebih besar serta dapat menambah pembangunan dan ekonomi Negeri Selangor. Baru-baru ini,
Belanjawan Selangor 2024 telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan secara rasminya telah melancarkan Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) pada bulan Mac 2023 yang lepas. Projek ini juga mendapat liputan di Astro Awani pada 16, 2023. Ia adalah satu projek pembangunan berasaskan wilayah yang merupakan salah satu agenda dalam rancangan Selangor pertama di bawah teras ekonomi di mana Daerah Sepang dan Kuala Langat menjadi tumpuan khusus merangkumi tanah seluas 40 ribu ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar GDP sebanyak 1trilion. Apa pun Projek IDRISS yang telah dilancarkan ini, baru-baru ini, telah membuka mata rakyat di Selangor bahawa Selangor akan menjadi antara negeri yang maju dan hebat. Di dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebanyak 13 projek dengan anggaran jumlah keluasan seluas 17 398.56 ekar telah mendapat kelulusan. Saya ingin mencadangkan agar projek-projek ini, dapat dibentangkan secara terperinci supaya tidak menjadi persoalan pada masa hadapan. Saya juga ingin mengetahui kawasan manakah yang telah di senaraikan di bawah pembangunan IDRISS ini. Kepadatan penduduk juga akan berlaku di kawasan-kawasan ini, dan apakah perancangan di sebalik permohonan ini akan memberi impak dari segi kepadatan penduduk dan pasca ini akan memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas dan trafik. Ini juga, haruslah di ambil perhatian kita tidak mahu apa yang terjadi seperti di Bandar Saujana Putra yang berulang..yang berulang kembali sehingga kini masalah kesesakan lalu lintas trafik dan jambatan masih tidak selesai-selesai lagi dan saya rasa...aaaa
Yang Berhormat jaga masa ya Yang Berhormat. Landing.
Tadi dah janji..aduhh..Tuan Speaker, saya menyambut baik projek pembangunan ini tetapi ia menjadi kekhuatiran saya kerana projek mega ini akan menjadi satu malapetaka yang besar bila mana ia di ..di ..tidak diurus dan ditadbir dengan sebaik-baiknya. Janganlah ia menjadi satu projek mega yang hanya pada nama dan janganlah ia hanya menjadi satu projek kebanggaan negeri tetapi akhirnya menjadi satu tragedi. Tuan Speaker, saya ingin juga menyentuh berkenaan pembangunan pusat pelancongan khususnya di kawasan saya Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Saya juga berterima kasih kepada pihak PBT, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan juga Jabatan-Jabatan yang terlibat yang sentiasa memastikan Pantai Morib dan Kelanang ini...
Masa...masih ramai yang belum berucap..saya mohon percepatkan..ya..sebab 5 minit sahaja, ini sudah lebih dari 5 minit dah..
Tak apa, maaf Tuan Speaker...
Tak apa kalau Yang Berhormat nak.. melapor..nak..lebih banyak masa lagi boleh berdiri lebih awal....ya..
Ok..Tuan Speaker, saya dah skip banyak. Saya melihat bajet yang telah dibentangkan tentang perbelanjaan pada agensi-agensi, jabatan seperti JKR, JPS perlu di kaji. Saya juga tertarik kepada ucapan YAB Hulu Klang yang pernah menjadi Menteri Besar dan telah berani membentangkan bajet yang lebih besar semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu kerana itu semua untuk kebaikan Negeri Selangor. Berkenaan dengan JKR banyak infra yang perlu dibaiki dan dibesarkan serta diperbesarkan untuk jalan-jalan raya semakin tidak mampu menampung kenderaan yang banyak dan jalan-jalan raya ini perlu di lebarkan kerana kenderaan berat seperti lori kontena dan lori-lori membawa muatan yang berat dan besar semakin banyak disebabkan Selangor menjadi pusat dagangan yang aktif setiap hari. Sebagai contoh di kawasan saya Morib banyak jalan yang masih banyak yang rosak di kawasan-kawasan kampung dan lampu-lampu yang perlu dibaiki. Berkenaan dengan Jabatan Saliran JPS pula peruntukan diberi pada 65 juta dan persoalan saya, adakah peruntukan ini mencukupi?
Yang Berhormat, masa..saya tengok Hulu Bernam sedang menunggu...
Tak apa dia kawan saya...dia luluskan...
Ya..
Ok..sebab tu jangan kacau..banyak lagi ni..Pelabuhan Klang nanti kita WhatsApp belakang ok..ok..apa pun ok saya skip lagilah. Cuma satu lagi aaa...
Ada lagi perbahasan di peringkat Jawatankuasa tentang Usul Pembangunan...
Satu lagi tentang KAFA sekolah saya ingin menyentuh berkenaan penggunaan SRA yang tergendala yang berbelas tahun pada 2011, saya berharap supaya pihak kerajaan akan meneliti SRA di..di Taman Kemuning ye dan satu lagi tentang lot-lot LIDI dan Ikatan Amanah saya .mencadangkan Selangor membuat satu jawatankuasa untuk meneliti dan membuat tindakan yang jelas kepada mereka-mereka ini..
Yang Berhormat ini isu pembangunan belum masuk...belum ada usul pembangunan lagi...
Ok..
Jangan bimbang..
Owh, Banyak sangat ni..
Ya, Jangan bimbang...jangan bimbang...ya
Sokong...Baik jangan bimbang Yang Berhormat...ada..ada peluang lagi...
Saya..saya last...
Yang terakhir..yang terakhir...
Terakhir?
Ya.
Korang kacau betul la..lain kali jangan kacau orang.....
teruskan point yang terakhir...
ok...
Yang terakhir...yang terakhir...
Tuan Speaker....
Ya....
Saya ingin last sekali apa pun saya memohon bukan memohon, cuma berkenaan tentang peruntukan
Peruntukan?
Ya...
Peruntukan kepada adun pembangkang?
No....maksudnya
Bukan.....Isu ini penah dibangkitkan banyak kali, jadi saya rasa tak perlu ulang-ulanglah...ya...ya....
Kenapa Morib nak berbahas semuanya masuk campur ini...tak apalah biar saya dengan Speaker ja.....Tuan Speaker...tapi...
masa dahla banyak..ter...ter...
Sebab itu Tuan Speaker bila Tuan Speaker kacau...saya dah banyak saya skip skip di tambah dengan Pelabuhan Klang.
Ya...
Ok....Tak apalah apa pun saya mengharapkan Kerajaan Selangor membuat lebih yang baik dan berharap kita sebagai kerajaan pembangkang haruslah kerjasama dan janganlah menganggap pembangkang ini satu ancaman. Ok....Itu sahaja terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih. Dijemput Hulu Bernam. 5 minitlah. Yang lain jangan kacau biar dia....
5 minit boleh.
Jangan kacau, jangan kacau.
Bismilarhirahim Assalamualaikum dan Salam Sejahtera terima kasih kepada Tuan Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan 2024 pada petang ini. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua yang telah sekali lagi dipilih menjadi Menteri Besar pada penggal kali ini. Tahniah juga diucapkan kerana telah berjaya membentang Belanjawan Selangor 2024 buat bacaan kali kedua pada Jumaat yang lalu. Saya mengikuti penuh pembentangan Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebanyak 3 jam untuk mendengar jika-jika ada projek pembangunan di DUN Hulu Bernam. Ada juga satu projek membina jambatan di atas Sungai Serigala laluan B44 Jalan Hulu Bernam, Sg. Besar Hulu Selangor terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri.
Tuan Speaker, saya juga turut meneliti Buku Belanjawan Selangor 2024 dan sebahagian besarnya telah disentuh dan dibahaskan oleh ahli-ahli dewan jadi pada hari ini, saya ingin menyentuh 3 perkara yang saya kira penting untuk di ambil perhatian sebelum sesi penggulungan oleh pihak kerajaan. Saya harap sempatlah 5 minit ini. Pertamanya saya ada meneliti dan menilai Belanjawan 2024 ini adakah perancangan pembangunan ekonomi ini diagihkan secara saksama kepada daerah-daerah, kepada daerah-daerah dalam negeri. Saya juga turut meneliti dokumen perancangan Selangor pertama untuk melihat adakah ada perancangan untuk diagihkan pembangunan ekonomi ini secara saksama kepada daerah yang masih lagi tertinggal dari sudut pembangunan ekonomi. Saya tak menafikan bahawa perancangan-perancangan pembangunan ekonomi yang ingin dibawa ke negeri Selangor dan Belanjawan 2024 dan perancangan Selangor pertama adalah bagus
dan perlu diteruskan. Namun saya sedikit tersinggung apabila melihat tumpuan-tumpuan pembangunan ekonomi ini bersifat lebih menumpu kepada beberapa daerah ataupun PBT tertentu. Perancangan pembangunan ekonomi luar bandar masih lagi perlu dipertingkatkan.
Tuan Speaker, dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024 kerajaan negeri telah pun mengenal pasti bahawa hampir 11% penduduk Malaysia bersamaan hampir 50% atau 3.4 juta penduduk Selangor dan semakin meningkat sedang menghuni di 4 buah PBT ini. Jika boleh saya sebut semula 4 buah PBT itu adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Di dalam buku Belanjawan 2024 Kerajaan Negeri juga ada menyedari bahawa lebih banyak masalah pengurusan di peringkat PBT bakal berlaku dan boleh menyebabkan merosotnya kualiti perkhidmatan PBT. Pengurusan sisa pepejal semakin mencabar, pengangkutan awam akan semakin padat, gangguan kesesakan lalu lintas di waktu-waktu puncak menyebabkan lebih ramai warga kerja akan lewat untuk sampai ke satu-satu destinasi, ruang rekreasi yang tidak cukup dan banyak lagi masalah-masalah yang timbul. Ada panduan kerangka ekonomi yang pernah digunapakai oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang boleh dijadikan rujukan. Saya ingin merujuk isi kandungan dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Yang mana boleh saya bacakan pada teras strategik yang keenam – keterangkuman wilayah yang menyebut: Tumpuan ekonomi di beberapa negeri telah memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara negeri wilayah serta bandar dan luar bandar. Pola kependudukan yang tertumpu di kawsan bandar telah mengakibatkan jumlah penduduk di kawasan bandar meningkat dengan ketara. Potensi ekonomi di luar bandar tidak dimanfaatkan sepenuhnya manakala akses kepada infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar masih belum menyeluruh. Jadi dari sini saya melihat bahawa peri pentingnya mengagihkan pembangunan secara saksama untuk mencapai keseimbangan ekosistem ekonomi antara daerah dalam konteks Negeri Selangor. Kerajaan Negeri ada memperuntukkan RM2 juta untuk memulakan kajian pelaksanaan Lembah Klang Raya dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2024. Hulu Bernam ingin menyinggung kerajaan Negeri supaya perlu juga untuk mengkaji, merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara daerah-daerah supaya lebih saksama. Apakah kesan kepada jurang pembangunan ekonomi ini antara daerah-daerah ini? Inilah yang telah menyebabkan populasi penduduk lebih separuh rakyat Selangor menghuni dan menumpu di dua daerah ini iaitu daerah Klang dan Petaling. Maka suatu masa nanti akan berlakulah satu-satu isu keperluan persempadanan baharu sepertimana yang dibangkitkan dalam perbahasan Pelabuhan Klang pada Selasa yang lalu. Sedangkan daerah lain Tuan Speaker, masih terkebelakang dari sudut pembangunan yang seimbang khususnya di Hulu Bernam.
Tuan Speaker, soal kepadatanpenduduk ini adalah soal penting, soal kebajikan warga penduduk akan lebih ramai terpinggir, tahap kesihatan mental dan fasiliti kemudahan awam warga penduduk juga akan menjadi satu cabaran besar. Tidak ketinggalan juga soal keselamatan warga penduduk akan jadi satu isu-isu yang penting dan tidak boleh
di sampingkan. Oleh itu Hulu Bernam mencadangkan supaya kerajaan Negeri dapat melakukan penelitian terhadap tahap keseimbangan pembangunan ekonomi mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor ini dan merancang supaya lebih saksama supaya lebih ramai penduduk di daerah-daerah lain turut mendapat peluang pekerjaan dan peluang memajukan diri dalam membangunkan ekonomi Negeri Selangor. Tuan Speaker, sikit lagi boleh?
Perenggan terakhir.
Okay yang terakhirnya saya ingin menyentuh dua lagi perkara tempatan iaitu berkaitan dengan perumahan mampu milik. Saya singkatkan. Di Hulu Bernam ini terdapat 4 buah tanah rancangan felda iaitu Felda Sungai Tengi, Sungai Tengi Selatan, Felda Gedangsa dan juga Felda Soeharto. Begitu juga terdapat Kampung Alah Batu dan juga Kampung Selisik yang menyuarakan yang menginginkan perumahan-perumahan baharu di Hulu Bernam. Jadi saya ingin memohon agar pihak Kerajaan Negeri dapat merancang pembangunan-pembangunan perumahan baharu sebab apabila saya melihat pembentangan Belanjawan 2024 dalam perancangan ingin membangunkan 200 ribu buah rumah kediaman Kita Selangor dalam tempoh 5 tahun dan Hulu Bernam memohon Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian yang paling utama untuk memasukkan kawasan-kawasan di dalam DUN Hulu Bernam dalam senarai perancangan untuk pembinaan rumah-rumah mampu milik ini. Dan yang kedua berkaitan dengan Hulu Bernam turut ingin menjadi destinasi pilihan dalam pelancongan lebih-lebih lagi pada tahun Melawat Selangor pada 2025 nanti Hulu Bernam betul memang tidak ada kapal terbang di tengah sawah padi, seperti mana di Sekinchan. Tetapi Hulu Bernam ada pusat-pusat rekreasi yang bertemakan alam semulajadi seperti di Sungai Inki, Kalumpang. Di Hulu Bernam juga ada hub tanaman durian yang boleh jadi satu tarikan dan juga banyak lagi kalau kita kaji di Hulu Bernam ini tarikan-tarikan untuk pengunjung-pengunjung datang melancong ke Hulu Bernam. Jadi saya akhiri dengan ucapan kepada Tuan Speaker, mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan pada kali ini. Terima kasih.
Saya jemput Batang Kali.
Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum wrbt dan selamat sejahtera salam Perikatan Nasional. Bukan salam reformasi ya, salam Perikatan Nasional. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih memberi laluan untuk Batang Kali mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 Negeri Selangor. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Selangor yang memberikan mandat kepada Perikatan Nasional untuk membawa suara mereka di dalam dewan yang mulia ini khususnya rakyat di Batang Kali dan Hulu Selangor. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjadi pembangkang yang berkualiti dan
bermaruah bagi menentukan hala tuju yang jelas dalam Belanjawan Negeri Selangor 2024 agar rakyat di Negeri Selangor terbela dengan seadilnya. Anggaran Belanjawan 2024 Negeri Selangor yang dibentangkan agak mendatar dan kurang pembaharuan dan ia dilihat sebagai penyambung atau penerus program dan projek yang telah diluluskan dalam Belanjawan sebelum ini. Walau bagaimanapun, tahniah kepada YAB Sungai Tua berjaya membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Selangor bukan satu perkara yang mudah untuk YAB Sungai Tua berhadapan dengan blok pembangkang seramai 22 Ahli Dewan Negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk pengetahuan semua Ahli-Ahli Dewan dan rakyat Negeri Selangor, dalam perbahasan bajet kali ini telah melakarkan satu lembaran sejarah baharu dalam Negeri Selangor. Buat pertama kalinya Perikatan Nasional bertanding dalam pilihanraya negeri yang lepas mendapat mandat daripada rakyat Negeri Selangor untuk mewakili mereka di dalam Dewan yang Mulia dengan satu jumlah angka yang agak baik. 22 buah kerusi daripada 56 buah kerusi. Hampir. Walaupun Perikatan Nasional mendapat 22 buah kerusi, 100% Ahli Dewan Negeri-nya adalah Melayu tetapi kami tetap komited untuk membantu kesemua kaum dan rakyat di Negeri Selangor. Walaupun jumlah kami melebihi daripada jumlah ahli dewan negeri Melayu di blok kerajaan. Ini adalah fakta dan ia tidak boleh dirungkai pada masa kini. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Negeri Selangor pada PRN yang lepas akan menjadi kekuatan kepada kami Perikatan Nasional. Untuk menjadi penimbang tara dalam bajet yang dibentangkan dalam dewan yang mulia ini agar perbelanjaan dan pengurusan yang efisyen serta efektif dalam memberikan impak yang positif kepada kelangsungan hidup rakyat di Negeri Selangor dan saya yakin Perikatan Nasional akan menjadi pembangkang yang bukan subordinat. Sidang Dewan yang Mulia.
Jaga masa, Yang Berhormat.
Panjang.
YB, terus kepada hujah-hujah dan juga point.
Demografi penduduk di Selangor kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar adalah kaum Melayu berdasarkan bancian penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2020. Hampir kesemua kawasan luar bandar kaum terbanyak adalah kaum Melayu. Hampir 65% sehingga 79% di Selangor. Berdasarkan soalan kesembilan yang diutarakan oleh YB. Serdang bertajuk: Keharmonian – berkaitan dengan peruntukan dalam Belanjawan Negeri Selangor 2024. Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan program-program berbentuk perpaduan di kawasan luar bandar. Itu yang dimaklumkan pada 2 hari lepas. Adakah kerajaan Negeri Selangor bersetuju program seperti itu perlu dilaksanakan dan diberi perhatian khusus hanya di kawasan luar bandar? Memandangkan rakyat atau
penduduk di kawasan luar bandar kurang harmoni atau bersatu padu? Soalan ya: diharapkan Yang Berhormat EXCO yang berkaitan atau Yang Berhormat Sungai Tua dapat memberikan penjelasan yang jelas dalam sesi penggulungan nanti. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor memberikan perhatian yang khusus untuk sosial ekonomi dan kebajikan rakyat yang lebih dinamik bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama mencari jalan penyelesaian untuk mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang lebih berdaya maju.
Isu penjaja dan peniaga kecil, saya yakin kerajaan Negeri Selangor sentiasa cakna dan mengambil berat akan penjaja dan peniaga kecil di seluruh Selangor. Kita dapat melihat sendiri bagaimana penjaja dan peniaga kecil berhempas-pulas mencari nafkah memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya ingin bertanya kepada kerajaan Negeri Selangor. Adakah kerajaan Negeri Selangor bersedia atau mempertimbangkan atau memberikan pengecualian fi lesen Penjaja pasar, gerai untuk rakyat Negeri Selangor sebagai tanda Kerajaan Negeri Selangor sebagai kerajaan berkebajikan. Isu tanah runtuh, semua dah sebut dah. Dan cuma saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor juga adakah Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia untuk...
Perenggan terakhir, Yang Berhormat.
Ya, untuk penutup. Belum akhir lagi. Bersedia untuk menggunakan teknologi CRSST atau remote sensing angkasa (MYSA) dan dengan maklumat awal daripada agensi boleh dihantar sebelum berlakunya bencana. Akhir kata dari Batang Kali dan Perikatan Nasional dengan penuh harapan rakyat Negeri Selangor Belanjawan Negeri Selangor 2024 perlu disimbiosiskan agar semua rakyat Negeri Selangor mendapat manfaat secara bersama. Nilai-nilai abad 21 perlu diamalkan dan dipraktikkan oleh kerajaan Negeri Selangor supaya Negeri Selangor menjadi super Smart State, dengan izin. Terima kasih juga saya ucapkan kepada MPHS, Air Selangor, TNB, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, JKM Hulu Selangor memberikan kerjasama yang baik tidak lupa juga kepada IPD Hulu Selangor, terima kasih dan saya ucapkan semoga Allah S.W.T. merahmati kita semua. Terima kasih, Tuan Speaker.
Kuang?
Terima kasih Tuan Speaker.
5 minit.
Saya akan cuba selesaikan dalam masa 5 minit yang diberikan kepada saya. Sekiranya tidak ada gangguan daripad pihak-pihak lain. Syarat dia ya. Jadi saya ucapkan tahniah kepada
YAB Menteri Besar kerana telah membuat pembentangan Belanjawan tempoh hari. Oleh kerana masa yang diperuntukkan hanya 5 minit jadi saya akan fokus terus kepada soalan-soalan saya kepada Kerajaan Negeri tanpa merepek benda-benda lain. Saya juga rasa bangga hari ini sedang saya berhujah, Yang Berhormat Bukit Lanjan masih lagi ada dalam dewan yang merupakan ahli dewan Negeri wanita termuda seperti yang beliau hujahkan semasa membahas belanjawan sebentar tadi. Tahniah dan terima kasih kerana kekal duduk di kerusi mendengar hujah saya. Saya ada 3 perkara yang saya nak bawak, saya harus terus fokus kepada permasalahan saya di Kuang. Dua daripada soalan ini akan ditujukan terus kepada YB. Pandan Indah dan satu lagi kepada Yang Berhormat Sekinchan. Saya difahamkan banyak peruntukan telah diluluskan oleh YAB Menteri Besar untuk program 2024 tahun depan. Sekiranya lulus peruntukan ini maka amanahnya adalah sangat besar kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk melaksanakan amanah atau peruntukan ini diuruskan dengan sangat berhemah supaya memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat Pandan Indah, ada satu jalan yang disebut sebagai Lorong Melati. Lorong Melati ini adalah jalan di antara Bukit Rahman Putra menuju ke Pekan Kuang. Lorong ini adalah jalan pintas yang digunakan oleh penduduk-penduduk untuk masuk dan keluar ke kawasan itu. Apa yang sangat dikecewakan ialah lorong itu yang sepanjang hampir 7 kilometer tidak mempunyai lampu jalan langsung. Jadi saya menyokong penuh inisiatif Kerajaan Negeri untuk memasang lampu-lampu jalan merah, kuning, lampu solar dan saya mohon kepada Yang Berhormat Pandan Indah untuk membantu Kuang di dalam memastikan jalan tersebut dipasang lampu-lampu tersebut kerana telah berlaku banyak kemalangan di jalan tersebut. Antara masalah juga di jalan itu adalah jalan itu hanya digazettekan untuk kenderaan 5 tan sahaja tetapi oleh kerana Kuang terdapat banyak kuari-kuari di situ maka jalan itu sering digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat melebihi 5 tan bukan sahaja itu, kenderaan-kenderaan tersebut juga membawa muatan melebihi berat yang dibenarkan. Jadi, untuk makluman Pandan Indah, kemalangan yang terjadi di situ kebanyakannya adalah kemalangan yang meragut nyawa terutamanya penunggang motosikal. Jadi saya mohon sangat Pandan Indah untuk mengambil perhatian tentang benda ini dan jugak perlu ada satu solusi daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah kenderaan-kenderaan berat melalui jalan tersebut. Keduanya ialah jalan di antara Kundang menuju ke Tasik Puteri yang disebut sebagai jalan kebun. Jalan ini juga menjadi jalan utama yang digunakan oleh penduduk di kawasan itu. Jalan ini sebelumnya menjadi jalan di bawah jambatan saya ingat tanah rizab kereta api tapi baru-baru ini telah diserahkan kepada JKR dan telah diselenggara dengan baik cuma jalan ini jugak tidak mempunyai sebarang lampu jalan. Dan ini sangat merbahaya sekiranya berlaku sekiranya ada kerosakan di jalan seperti lubang boleh mengakibatkan kemalangan-kemalangan kepada penunggang motosikal terutamanya. Jadi, dua (2) jalan ini saya mohon kepada Yang Berhormat Pandan Indah untuk ambil perhatian. Perkara ketiga yang saya nak bawa ini agak sensitif tetapi saya perlu juga bawa di dalam sidang kali ini sebelum habis lima (5) minit saya isu WTE di Batu Arang. Isu WTE di Batu Arang ini saya yakin semua orang tahu telah mendapat bantahan yang serius oleh semua Persatuan-persatuan penduduk, KRT,
NGO-NGO di Tasik Puteri. Betul, ia dibuat di Batu Arang, bersebelahan dengan tempat saya. Bantahan bukan sahaja daripada saya selaku ADUN Pembangkang, bantahan juga oleh Yang Berhormat Rawang, Y.B. Chua, Yang Berhormat Chua
Tak perlu sebut nama, jangan sebut nama
Telah membuat bantahan rasmi, juga
Tak perlu sebut nama, sebut Rawang sudah cukup.
Ya, Yang Berhormat Rawang dan juga Ahli Parlimen Selayang sendiri, kedua-duanya adalah ADUN, Yang Berhormat ADUN dan juga Ahli Parlimen Kerajaan. Jadi, sekiranya satu projek Kerajaan Negeri mendapat bantahan daripada Yang Berhormat ADUN Kerajaan maka saya rasa benda ini perlu diambil satu perhatian serius. Tapak cadangan WTE di Batu Arang berada bersebelahan dengan Bandar Tasik Puteri yang mempunyai populasi hampir 90,000 orang dan tapak itu tidak sesuai dengan izin Yang Berhormat, we are not against establishment, we are not against technology. Tidak. Tetapi saya berpandangan tapak baru, harus dicari. Saya sempat berbincang tadi dengan Seri Kembangan di luar, Seri Kembangan bersedia untuk membawa projek WTE ke Seri Kembangan. Jadi saya ucap tahniah pada Seri Kembangan dan saya syorkan supaya projek WTE di Batu Arang itu dibawa ke Seri Kembangan atas asas bahawa Seri Kembangan mengatakan di Seri Kembangan terdapat terlalu banyak pusat pelupusan sampah haram jadi, Seri Kembangan bersetuju jika teknologi WTE ini dibawa ke Seri Kembangan. Setakat itu dulu tiga (3) perkara yang saya bawa, saya mohon perhatian yang serius daripada pihak Kerajaan untuk menangani masalah-masalah ini. Sekian terima kasih terutamanya Pelabuhan Kelang sebab tidak mencelah (ketawa).
Ya, Yang Berhormat Sungai Pelek.
Ya, Salam sejahtera, salam Kita Selangor dan salam Malaysia Madani. Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan yang mulia. Terima kasih diucapkan ke atas ruang dan peluang diberikan kepada Sungai Pelek untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2024 ini walaupun masanya lima (5) minit. Syukurlah. Pertama kali, izinkan Sungai Pelek mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru sahaja memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri yang lalu. Semoga kita dapat bersama-sama berganding bahu memacu Negeri Selangor ke arah kemajuan dan juga memicu perpaduan selari dengan matlamat Belanjawan Negeri Selangor 2024 iaitu Selangor Mandiri, Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan. Sememangnya Belanjawan Selangor 2024 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meliputi segala aspek pembangunan yang bakal memacu ekonomi di Negeri Selangor ini. Nilai keseluruhan
peruntukan yang dibentangkan adalah sebanyak RM2.53 bilion dilihatkan begitu kondusif dalam perkembangan ekonomi, sosial dan juga infrastruktur bagi Negeri Selangor berdasarkan Empat Teras yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Belanjawan Negeri Selangor 2024 tempoh hari. Sungai Pelek amat tertarik dengan anjakan yang dikenalpasti akan membawa Negeri Selangor ini sebagai pusat pelancongan utama seiring dengan usaha Kerajaan Negeri dalam mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025. Tuan Speaker, saya terpaksa ringkaskan. Seperti kita semua maklum, Negeri Selangor mempunyai pelbagai pilihan destinasi pelancongan yang menarik yang boleh dilawati seperti tarikan dalam agro pelancongan, pelancongan di desa dan juga pelbagai tarikan yang mampu meningkatkan ekonomi di Negeri Selangor. Sungai Pelek berpandangan bahawa Tourism Selangor selaku agensi pelaksanaan dalam sektor pelancongan ini perlu melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan industri pelancongan di Negeri Selangor termasuklah mengambil bahagian dalam aktiviti pameran. Perlu ada kerjasama bersama MAB atau MAHB untuk memasukkan pelancong ke Malaysia seperti pelancong dari negara China, Taiwan dan Jepun. Ini adalah berdasarkan Rekod Kebangsaan Malaysia berada di tangga kelima dengan kehadiran pelancong di antara Negara Asia dengan kemasukan seramai 3 juta pelancong pada tahun 2022. Di samping itu, Sungai Pelek juga mencadangkan agar Tourism Selangor dapat menjalinkan hubungan atau kerjasama dengan pengendalian-pengendalian perkhidmatan pelancongan bagi memastikan destinasi-destinasi pelancongan ditawarkan oleh mereka selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Sebagai contoh, di daerah Sepang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan termasuk pusat pelancongan di persisiran pantai dan juga pusat agro pelancongan yang merupakan antara terbesar di Negeri Selangor. Seperti ladang penanaman buah naga dan juga penternakan ikan laut dalam sangkar. Sungai Pelek mengambil kira bahawa peruntukan RM3.3 juta kepada industri pelancongan
Sungai Pelek, perenggan terakhir Sungai Pelek ya.
Dicadangkan Belanjawan Selangor 2024 ini memberi gambaran bahawa sudah tiba masanya untuk kita memberi fokus kepada industri pelancongan di Negeri Selangor khususnya di sektor agro pelancongan kerana sektor ini ialah dilihat semakin berkembang dan sudah kenal pasti dapat membantu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Saya ringkaskan, minta izin. Tuan Speaker, industri sukan juga merupakan antara penyumbang terbesar kepada kemasukan pelancong ke Negara kita. Sebagai contoh, baru-baru ini pertandingan MotoGP yang diadakan di Litar Lumba Sepang, ini telah membawa kemasukan pelancong yang sebanyak 182,912 kehadiran. Ini adalah jumlah begitu besar disertai oleh pelancong dari dalam mahupun dari luar Negara.
Yang Berhormat, perenggan terakhirlah. Masa tidak mengizinkan.
Okay. Minta maaf.
Ya.
Dan sukan perahu naga telah berjaya dianjurkan pada Program Rumpun Di Desa yang dianjurkan oleh Yang Berhormat Air Tawar. Saya cuba ringkaskan. Minta maaf.
Terdapat ada lagi perbahasan di peringkat Jawatankuasa dan Usul Pembangunan, boleh masuk.
Okay, Sungai Pelek menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan dalam mewujudkan Visual Tourism dan juga teknologi Digital Twins yang dicadangkan mula dibangunkan pada tahun hadapan. Usaha ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor selangkah ke depan berbanding dengan negeri lain di dalam industri pelancongan. Dengan izin, perkara yang saya hendak bawa cuma bagi satu minit ya. Perkara yang saya hendak bawa ialah berkaitan dengan jalan Jalan B48 yang telah berlakunya banyak kemalangan, untuk makluman Tuan Speaker, kemalangan telah berlaku pada dua (2) hari yang telah merampas nyawa apabila dilanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan dan menyebabkan kematian di B48 dan lampu juga tidak menyala di sepanjang Jalan B48 sehingga Jalan Kuarters KLIA. Saya harap, yang ini boleh dipercepatkan proses untuk pembinaan dan juga untuk pemasangan lampu jalan. Saya ingin mengakhiri, sebelum itu, saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun.
Kita Selangor Seiring Sejalan, Teguh Bersama Satu Pasukan, Belanjawan Mantap Memacu Kejayaan, Kerajaan Madani Memicu Perpaduan.
Akhir sekali, saya ingin menyokong Belanjawan Selangor 2024 ini. Sekian, terima kasih ucapan saya.
Jeram.
Terima kasih. Oleh sebab saya menghormati Tuan Speaker dan Dewan yang mulia ini, saya telah ketepikan sepuluh (10) muka surat. Jadi, saya akan pendekkan perbahasan saya. Tuan Speaker, sidang Dewan yang Mulia, minggu lepas apabila saya mendengar pembentangan Belanjawan Selangor 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang juga menyebut bahawa hasil negeri dicatatkan pada 20% melebihi unjuran
awal. Namun demikian, saya mendapati dari sudut distribution dengan izin, atau pecahan perbelanjaan mengurus dan membangun amatlah tidak menepati keperluan sebenar di lapangan ataupun on the ground needs, dengan izin. Sebagai contoh, saya beri aspek pelancongan. Amaun yang diperuntukkan untuk sektor ini hanyalah berjumlah RM3.3 juta, ini pun saya fikir sekadar lebih memfokus kepada persediaan Tahun Melawat Selangor 2025 dan bukanlah satu bajet meliputi pembangunan sebenar industri pelancongan secara menyeluruh seperti yang kita semua harapkan. Sebagai Wakil Rakyat daripada daerah tumpuan pelancong, yang meliputi Pantai Remis dan Pantai Jeram, khususnya saya berpandangan bahawa peruntukan yang sedikit ini sepatutnya mengambil kira keseluruhan operasi penambahbaikan sedia ada di samping pembangunan secara komprehensif dan bukan hanyalah untuk memajukan atau menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025. Kita sedia maklum bahawa Negeri Selangor mempunyai banyak kawasan pantai yang berpotensi dibangunkan seperti mana saya sebut, salah satunya Pantai Remis di Jeram dan juga Pantai Morib. Pembangunan sedemikian juga sejajar dengan naratif Kerajaan Persekutuan yang membelanjakan hampir RM350 juta untuk merancakkan aktiviti promosi dan pembangunan sektor pelancongan. Sebagai konteks ini, Kerajaan Negeri Melaka sebagai contohnya memperuntukkan sehingga RM25 juta untuk Tahun Melawat Melaka sahaja.
Tuan Speaker, pelan-pelan pelancongan yang rapi seharusnya bermula daripada peringkat konsep sehinggalah ke peringkat promosi dengan memberi penekanan terhadap peluang menjana pulangan pelaburan dan tahun-tahun akan datang. Mana mungkin peruntukan sebanyak RM3.3 juta ini mencukupi untuk merealisasikan Tahun Melawat Selangor 2025. Maka ada baiknya saya mohon pecahan ini dikaji, dipertimbangkan semula, supaya Kerajaan benar-benar boleh menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025. Tuan Speaker, Sidang yang dimuliakan, dalam pada kita meneliti belanjawan negeri yang baru dibentangkan, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan seketika untuk melihat sebuah bandar dalam DUN Jeram iaitu Bandar Puncak Alam. Saya percaya Bandar Puncak Alam ini bukanlah satu bandar yang baru kerana telah wujud lebih 20 tahun yang lepas dengan kapasiti penduduk yang mencecah 100,000 orang dan lebih 20,000 rumah. Ternyata bandar ini sedang dan akan terus bergerak ke arah bandar yang mampan dan berdiri dengan sendirinya atau dengan izin, sustainable stand alone city. Selari dengan aspirasi Jeram Lestari yang mana satu konsep yang saya perkenalkan selama tiga (3) bulan yang lepas. Namun begitu soalan saya, soalan yang sering bermain di fikiran setiap seorang daripada penduduk bandar Puncak Alam ini, adakah ini sudah capai cita-cita Kerajaan Negeri untuk menghasilkan bandar yang lengkap. Malangnya jawapannya tidak. Kita belum sampai ke tahap itu. Ada beberapa sebab utama mengapa saya mengatakan demikian, pertamanya kita perlu lihat dari sudut penyediaan khidmat awam. Tuan Speaker, bandar mana yang membangun di dunia ini tidak mempunyai Balai Polis, Balai Bomba, Pusat Kesihatan, Hospital? Ini adalah perkara-perkara asas hanya di Puncak Alam, ketiadaan kemudahan awam ini. Sudah berkali-kali saya terima aduan daripada penduduk dan hampir keseluruhan rakyat di Bandar Puncak Alam ini tentang
pentingnya mendapat rawatan hospital. Untuk makluman sidang Dewan dan juga Tuan Speaker, tidak ada satu pun klinik yang bergerak dengan fungsi dengan penuh fungsi di Bandar Puncak Alam. Yang ada hanyalah Hospital UITM, satu. Dan kebanyakan penduduk-penduduk Bandar Puncak Alam ini apabila mendapat kecemasan terpaksa dihalakan ke hospital-hospital yang merentasi daerah Jeram iaitu di Hospital Sungai Buloh, mahupun di Hospital Tanjung Karang. Ini baru satu contoh Tuan Speaker. Saya faham bahawa isu perkhidmatan awam ini berada di bawah..
Yang Berhormat, panjang lagi ke? Isu Puncak Alam ini?
Sikit lagi. Berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun dalam situasi mendesak ini saya percaya Kerajaan negeri boleh berkongsi iltizam yang sama untuk setidak-tidaknya buat gesaan supaya perkhidmatan-perkhidmatan awam, agensi-agensi yang terlibat ini membuat sesuatu untuk penduduk Bandar Puncak Alam. Tuan Speaker, satu lagi perkara yang hendak saya sebut adalah tentang pelancongan.
Perenggan terakhirlah.
Okey. Suka saya ingatkan sidang Dewan bahawa DUN Jeram ini tidaklah hanya tertumpu di Bandar Puncak Alam semata-mata seperti mana saya sebut tadi, tidak ketinggalan kawasan Jeram ini sendiri bukan sahaja berpotensi menjadi lokasi perikanan dan perladangan tetapi juga destinasi pelancong yang adanya Pantai Jeram dan Pantai Remis. Walau bagaimanapun, sejujur-jujurnya Tuan Speaker, saya berasa agak terkilan melihat pembangunan pantai ini yang seolah-olah tidak diberi perhatian sejak dahulu lagi. Sampah sarap yang tidak diurus dengan cekap ditambah lagi dengan hakisan pantai yang tidak diambil tindakan sehingga boleh mengakibatkan banjir yang teruk di kawasan Pantai Remis. Alangkah ruginya jika kita tidak, alangkah ruginya kita apabila destinasi pelancongan seperti ini dihadkan potensinya akibat daripada kekurangan peruntukan dan juga kekangan faktor-faktor lain. Oleh yang demikian Tuan Speaker
Yang Berhormat.
Dewan yang mulia ini, saya mohon
Ya.
Bagi sedikit contoh pada tahun 2022. Saya tahu kerajaan negeri melalui ADUN Morib telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Pantai Kelanang, Banting sebagai destinasi rekreasi terkenal di Selangor.
Ya.
Apa salahnya kalau isu ini
Saya
Apakah salahnya isu ini dikongsikan juga di Pantai Remis.
Ya.
Saya pasti YB Sekinchan tidak asing di Pantai Remis dan Pantai Jeram.
Ya, baik Yang Berhormat.
Jadi kita...
Boleh gulungkanlah sebab masa.
Demikianlah antara persoalan-persoalan dan isu-isu yang saya harap dapat dijawab oleh pihak kerajaan. Harapan saya agar cadangan yang sebentar tadi dapat diambil kira dan dipertimbangkan seseriusnya oleh Kerajaan Negeri demi manfaat warga DUN Jeram khasnya dan rakyat Selangor. Sekian, assalamualaikum W.B.T.
Ya, Ijok.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada Ijok untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor 2024.
Tuan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan, Selangor Job and Skill Council (Majlis Kemahiran dan Pekerjaan Selangor). Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberi komitmen serta mengorak langkah menawarkan program-program TVET bernilai tinggi menerusi Selangor ataupun STDC melalui modul-modul yang dibangunkan dengan kerjasama Syarikat Teknologi tinggi yang terpilih.
Tuan Speaker,
Ijok ingin bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar. Bagaimanakah peranan Majlis Kemahiran dan Pekerjaan Selangor ini dapat dibezakan dengan Program Selangor
Kerjaya yang dijalankan di bawah MBI dan siapa pula yang akan menjadi anggota majlis ini?
PEMERKASAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI.
Tuan Speaker,
Dalam belanjawan ini, YAB Dato’ Menteri Besar ada menyebut menjelang tahun 2025 UNISEL akan di struktur semula menjadi Universiti Industri Selangor yang akan memfokuskan sepenuhnya kepada latihan teknikal dan vokasional dengan mewujudkan kerjasama strategik dan industri. Soalan yang berkaitan. Bagaimanakah dengan kelangsungan kursus bukan TVET seperti pengurusan perniagaan, bioteknologi, sains hayat dan pendidikan yang ketika ini ditawarkan di UNISEL? Adakah ia akan diteruskan atau dimansuhkan?
PERUMAHAN MAMPU MILIK RUMAH SELANGORKU.
Merujuk kepada dasar rumah-rumah mampu milik Rumah Selangorku dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat “Satu Keluarga, Satu Kediaman Yang Sempurna” bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Ijok melihat program ini hanya melaksanakan penjualan rumah kepada kumpulan sasaran sahaja. Sekali lagi Ijok ingin bertanya kepada YAB Dato’ Menteri Besar, bagaimanakah pentadbiran Kerajaan Negeri memastikan ketelusan kumpulan sasaran yang layak untuk membeli rumah ini nanti? Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjalankan program pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor? Ini kerana ada rakyat Selangor di luar sana (luar bandar) memiliki tanah tetapi kurang berkemampuan untuk membina rumahnya sendiri. Ini kerana mungkin pinjaman bank untuk membina rumah, mungkin interest atau faedahnya yang agak tinggi dan pelbagai dokumen yang perlu disediakan. Jika Kerajaan Negeri membuka peluang pinjaman mudah tanpa faedah kepada mereka yang berkelayakan ini, masanya mereka dapat membina rumah kediaman sendiri.
Selain itu, projek perumahan luar bandar didapati kurang strategik berbanding di bandar-bandar. Dengan pelaksanaan projek pembinaan rumah mampu milik ini ia dilihat dapat memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk membina rumah dan juga memberi peluang kepada kontraktor kelas G1 yang berkelayakan dari daerah tersebut untuk menjalankan kerja-kerja membina.
INDUSTRI BEKALAN AIR
Tuan Speaker,
Merujuk para 291 - Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pengurusan Air Selangor mempunyai tanggungjawab memastikan industri perkhidmatan air di Negeri Selangor mencapai perkhidmatan yang efisien di samping memastikan bekalan air yang mencukupi bagi menampung permintaan melibatkan seramai 9,000,000 orang. Terima kasih di atas
Yang Berhormat, jaga masa.
untuk rakyat Negeri Selangor. Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terdapat Loji Air Selangor ini terdapat di Kampung Bukit Badong ataupun di Ijok ya. Saya ingin membawa aduan dan rintihan daripada penduduk Kampung Jaya Setia yang tidak jauh daripada loji tetapi mereka sering kali mendapat gangguan bekalan air. Bukankah sepatutnya Air Selangor sudah mengenal pasti permasalahan ini dengan menggunakan pakai teknologi yang serasanya sudah ada diguna pakai di negara-negara maju sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Pintar 2025 (dengan izin) Smart Selangor. Adakah Pengurusan Air Selangor sekadar mengadakan lawatan di luar negara?
Yang Berhormat. Sila gulung.
Oh. Baik. Tuan Speaker, Ijok juga tidak ketinggalan daripada isu banjir. Jadi
Saya sudah sebut tadi. Boleh gulung. Perenggan terakhirlah. Ada? Tak ada lagi je. Boleh masuk dalam perbahasan peringkat jawatankuasa ataupun usul pembangunan.
2 minit je YB Speaker, Tuan Speaker.
Ya.
kerana tadi Ijok pun di penghujung-penghujung tak dapat soalan tambahan. Berilah kelebihan sikit kepada Ijok.
Setengah minit lagi ya.
Justeru itu Ijok mengharapkan Kerajaan Negeri yang selari dengan Kerajaan Pusat dapatlah apa kiranya aduan-aduan ataupun harapan daripada kawasan-kawasan daripada Ijok dipenuhi untuk pengundi-pengundi dan rakyat seterusnya di Negeri Selangor. Terima kasih.
Ya. Teratai.
Terima kasih Tuan Speaker. Dalam ucapan Teratai, ingin Teratai mengetengahkan beberapa isu yang dihadapi oleh penduduk DUN Teratai. Isu pertama, pembangunan jalan raya dan infrastruktur baik pulih cerun dan banjir kilat. Antara isu penting yang ingin saya ketengahkan di sini adalah berkaitan isu membaik pulih cerun. Untuk pengetahuan semua, DUN Teratai berdepan dengan masalah cerun yang agak serius. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM145juta untuk pelaksanaan projek-projek jalan raya pada tahun 2024 yang mana RM5juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih cerun di seluruh Selangor. Buat masa ini pihak MPAJ sudah pun mengusahakan beberapa inisiatif untuk mengukuhkan cerun sedia ada, namun begitu kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan cerun ini sangat tinggi dan tidak mampu dibiayai sepenuhnya oleh pihak MPAJ. Teratai memohon kepada pihak kerajaan untuk menambah peruntukan untuk membaik pulih dan penyelenggaraan cerun, menyediakan pelan tuntas untuk menyelesaikan masalah cerun di Selangor.
Isu kedua, jenayah dalam talian dan ceti haram (along). Tuan Speaker, jenayah penipuan siber kian meruncing di Malaysia. Fenomena ini bukan sahaja menimbul kerisauan, tetapi juga memberi kesan negatif kepada ekonomi serta kesejahteraan masyarakat. Menurut laporan terkini dikeluarkan oleh PDRM dan agensi berkaitan pada 2023, terdapat peningkatan yang mencemaskan dalam kes penipuan dalam talian di negara kita. Teratai pasti jenayah siber seperti on lineless scam dan job opportunity (dengan izin) dan jenayah yang melibatkan ceti haram (along) bukanlah masalah yang baru. Teratai ingin menyeru kepada semua pihak terutamanya para wakil rakyat di sini untuk memberi perhatian yang serius kepada isu penipuan dalam talian dan ceti haram. Mari kita tingkatkan kesedaran kerjasama dan tindakan proaktif untuk melindungi masyarakat kita daripada ancaman penipuan dalam talian.
Akhir sekali, isu ketiga. Kemiskinan bandar dan peluang pekerjaan. Isu ketiga yang saya ingin ketengahkan isu kemiskinan bandar. Selangor berada di kedudukan ketiga terendah dalam negara bagi kadar kemiskinan mutlak sementara tahap kemiskinan relatif pula kedudukan ketiga tertinggi. Sekitar 8.5% daripada penduduk bandar Selangor terjejas oleh kemiskinan dan ini adalah statistik yang tidak boleh diabaikan. Banyak dasar-dasar telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2024 bagi membasmi kemiskinan misalnya inisiatif BINGKAS, bantuan blueprint, pembasmian kemiskinan Negeri Selangor, Skim Mesra dan pelbagai lagi.
Yang Berhormat Teratai, jaga masa.
Okay. Usaha-usaha ini penting kerana isu kemiskinan bukanlah isu monolit. Ia adalah isu yang datang dari pelbagai rupa dan latar belakang. Masalah keciciran ini adalah masalah yang sering berlaku oleh yang demikian. Sebuah mekanisme yang cekap dan cermat perlu diwujudkan untuk memastikan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan sampai kepada segenap lapisan masyarakat. Prosesnya juga perlu mesra rakyat dan mudah difahami, tidak dibebani
dengan proses birokrasi yang rumit. Teratai percaya dengan kerjasama yang padu, kita dapat memastikan setiap penduduk di Selangor mempunyai akses kepada kehidupan yang lebih baik. Dengan ini, Teratai akhiri ucapan ini dengan menyambut baik belanjawan yang telah dibentangkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Sekian.
Kampung Tunku, yang terakhir.
Terima kasih Tuan Speaker. Kampung Tunku sabar menunggu. Pertamanya saya ingin memetik satu kod (dengan izin) daripada Rancangan Game of Thrones yang saya rasa menggambarkan Perikatan Nasional, Perikatan Nasional, Pertikaian Nasional dengan sangat tepat sekali iaitu disebut oleh watak Raja King Joffrey (dengan izin) di mana beliau bercakap “I am the king” (dengan izin). Dan disambut oleh watak Tywin Lannister yang bercakap “any man who must say I am the king is no true king”. Betul lah Perikatan Nasional yang bersifat mendabik dada, kata pejuang rakyat, hulurkan Buku Peraturan Tetap untuk digunakan dalam Sidang DUN ini. Sabarlah Hulu Kelang. Saya baru bermula. Baru ucapan. Belum warm up lagi. Ada tiga minit lagi. Tapi saya ingin kata...
Kampung Tunku teruskan.
Ya. Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin kata, saya ingin ingatkan kepada semua pada hari ini hanya satu kerajaan yang bernama kerajaan gagal iaitu kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang berhormat sekalian kena ingat...
Eh tak payahlah. Sudahlah. Nak duduk bising gaduh buat apa? Orang nak buat kerja.
Kampung Tunku teruskan.
Kenapa nak sakitkan hati kami?
Kampung Tunku, teruskan. Teruskan, teruskan.
Duduk. Saya boleh bahas. Saya nak masuk sini. Saya nak masuk sini.
Kampung Tunku teruskan.
Ya lah. Tak apa. Saya dah mula.
Kampung Tunku teruskan. Masa tidak mengizinkan. Yang lain sila duduk. Duduk, duduk, duduk. Yang lain duduk, duduk, duduk. Teruskan, teruskan. Teruskan, teruskan.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Malam Jumaat Lembah Jaya nak...
Teruskan, teruskan, teruskan.
Terima kasih. Ok. Rizab dan perbelanjaan negeri.
Kampung Tunku, saya minta penjelasan.
Saya kira
Minta penjelasan.
Perikatan Nasional suka minta kerajaan untuk berbelanja, berbelanja, berbelanja.
Saya rasa tak perlu nak cakap macam itu.
Minta penjelasan.
Saya tak benarkan.
Dia tak benarkan. Hulu Kelang dia tak benarkan.
Saya cakap tentang rizab.
Teruskan, teruskan. Kampung Tunku teruskan.
Kampung Tunku mesti berani beri penjelasan supaya jangan...
untuk meningkatkan hasil negeri.
Ya.
Perikatan Nasional lebih suka pada memberi. Mengajar rakyat macam mana nak pancing.
Peraturan mesyuarat.
Teruskan Kampung Tunku. Masa tidak mengizinkan. Semua duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Kampung Tunku teruskan, teruskan.
mendengar hujah Perikatan Nasional tentang duti hiburan.
Ada peraturan mesyuarat.
Tak apa, tak apa.
dalam Perikatan Nasional paling menentang hiburan. Jadi mana kerajaan negeri nak kutip duti hiburan.
Kampung Tunku teruskan. Masa tidak cukup. Semua duduk! Semua duduk! Masa tidak teruskan.
Kerana, kerana saya tengok Perikatan Nasional seorang ADUN wanita.
Kampung Tunku teruskan.
Lain kali kalau nak cakap, teruskan pada isu itu.
Tuan Speaker, minta mesyuarat di tangguh.
Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Kampung Tunku, saya tak dengar apa kata tadi.
Kampung Tunku mohon menyokong. Terima kasih.
Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian waktu telah pun menunjukkan pukul 7 petang. Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya telah buat kira-kira sepanjang tiga hari perbahasan seramai 45 orang ADUN sama ada kerajaan ataupun pembangkang telah pun mengambil bahagian dan kita telah pun memperuntukkan kalau saya tidak silap 16 jam untuk perbahasan disudahi dengan ucapan Yang Berhormat daripada Kampung Tunku yang menyokong usul ini. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang mengambil bahagian kerana ini adalah satu laluan ataupun perjalanan yang cukup getir untuk melatih macam mana untuk membahagikan masa anda dengan lebih cermat dan juga optima.
Dengan itu, saya tangguhkan perbahasan kita (Sidang Dewan) ini ke pukul 9.30 hari esok iaitu pada hari Jumaat. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 7.00 PETANG)