Selangor · 20 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 722 turns · 52,591 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 20 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan sesi pagi ini dengan urusan soalan mulut. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 56.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Motor ElektrikQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kegunaan motor elektrik?

b)

Adakah kerajaan merancang untuk wujud laluan khas motor untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal? Seperti laluan khas basikal.

c)

Apakah cara kerajaan untuk menggalak kegunaan motor elektrik untuk mengurangkan perlepasan karbon dan kesesakan jalan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan peredaran masa dan teknologi terkini di samping berpaksikan hala tuju yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama di bawah Strategi 7, bidang tumpuan 3 sebagai negeri rendah karbon. Selangor komited untuk meneruskan

agenda untuk memberi galakan kepada penggunaan pelbagai kenderaan elektrik termasuk motosikal elektrik. Di bawah pelan induk bandar rendah karbon negara, 7 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di Selangor telah dikenal pasti untuk mengambil tindakan susulan ke arah mengurangkan pelepasan karbon. Antara usaha yang telah dilakukan ialah penggunaan motosikal elektrik sebagai kenderaan rondaan dan penguatkuasaan. Sebanyak 5 unit motosikal elektrik digunakan di MBPJ dan 2 unit di MBSA, 3 unit di MPAJ dan 2 unit di MPKL sebagai permulaan galakan penggunaan motosikal elektrik di PBT. Selain itu, beberapa PBT seperti MBSA juga telah menggalakkan aktiviti riadah di kawasan rekreasi tertentu dengan menyediakan perkhidmatan sewaan kenderaan mikro mobiliti seperti basikal elektrik ataupun e-Bike dan e-Scooter, skuter elektrik. Walaupun dasar pengangkutan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, negeri Selangor akan membantu mempercepatkan peralihan sektor pengangkutan ke mobiliti rendah karbon dengan memfokuskan peralihan kepada pengangkutan kenderaan elektrik ataupun EV dan penambahan penggunaan mikro mobiliti serta cadangan pembangunan infrastruktur pengecas EV sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama. Pelan Malaysia juga telah menerbitkan garis panduan perancangan petak pengecasan kenderaan elektrik yang telah diluluskan oleh majlis perancang fizikal negara kali ke-42 bilangan 2 tahun 2023 pada 18 September 2023. Bagi memandu Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dan semua pihak berkepentingan dalam merancang mereka bentuk dan menyediakan petak pengecasan kenderaan elektrik. Kerajaan Negeri turut mengambil berat isu keselamatan pengguna jalan raya memandangkan penggunaan kenderaan bermotor anggaran trafik yang sangat tinggi khususnya di kawasan-kawasan perbandaran yang terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan terhadap semua jenis kenderaan khususnya motosikal. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina laluan motosikal sebagaimana laluan khas yang telah dibina di Lebuh raya utama seperti Lebuh raya Persekutuan, Lebuh raya Shah Alam (KESAS) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie kerana jalan negeri dan PBT adalah terhad dari segi kawasan, saiz lebar lorong dan cadangan penggunaan baki rizab jalan bagi tujuan pembangunan kemudahan laluan basikal. Laluan pejalan kaki dan laluan khas kenderaan mikro mobiliti. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya, Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 57.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Tebatan Banjir Di Taman Setia KlangQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah MPK akan mengaji untuk menangani masalah banjir kilat di Taman Setia, Klang?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pandamaran bertanya soalan berhubung dengan kajian menangani masalah banjir kilat di Taman Setia, Klang. Untuk makluman Yang Berhormat, tanggungjawab menguruskan banjir kilat di Taman Setia ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Klang. Untuk masa ini mereka telah membuat kajian dan keperluan untuk melantik perunding kejuruteraan bagi mengkaji dan mereka bentuk terperinci projek tebatan banjir di Taman Setia dan sekitarnya. Cadangan ini telah disenarai bagi projek 2024. Buat masa ini, sementara menyelesaikan kajian dan pelaksanaan projek tebatan banjir taman berkenaan, pihak MPK mengambil langkah jangka pendek dengan menyelenggara sistem saliran di Taman Setia bagi mengurangkan masalah banjir yang kerap berlaku. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya daripada Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 58.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Kebajikan Pelajar UniselQuestions

58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa ramai pelajar UNISEL yang diberhentikan disebabkan masalah kewangan?

b)

Apakah usaha yang dilaksanakan oleh UNISEL untuk membantu pelajar ini?

c)

Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL setiap tahun sejak 2020?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Batu Tiga atas soalan yang dikemukakan. Timbalan Speaker, bagi soalan (a), menurut rekod tiada pelajar yang diberhentikan di UNISEL kerana secara khusus menghadapi masalah kewangan. Pelajar diberhentikan kerana tidak mematuhi peraturan akademik yang telah ditetapkan atau Kedudukan Gagal (KG) atau tidak mendaftar bagi semester semasa. Walau bagaimanapun, terdapat pelajar yang memberi alasan memohon berhenti kerana menghadapi masalah kewangan seperti yang berikut. Di tahun 2020 seramai 16 orang. 2021 seramai 41 orang. Tahun 2022 seramai 19 orang dan tahun 2023 adalah seramai 18 orang. Soalan (a) menjurus adakah berhenti kerana dipaksa kerana gagal membayar kewangan mereka secara sukarela sebenarnya bukan diberhentikan oleh pihak UNISEL. Bagi soalan (b), pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh UNISEL untuk membantu pelajar ini. Pertama, Data pelajar UNISEL menunjukkan 64% merupakan mereka dalam kalangan keluarga B-40. Sehubungan dengan itu, UNISEL menyediakan pelbagai skim biasiswa dan dermasiswa untuk membantu pelajar dalam kategori B40 dan pelajar yang berhadapan dengan masalah kewangan. Usaha ini dilaksanakan bagi mengurangkan kemungkinan pelajar yang terpaksa berhenti pengajian akibat masalah kewangan. Kedua, perincian Biasiswa/Dermasiswa UNISEL adalah seperti berikut. Biasiswa Naib Canselor, Biasiswa Bestari, Biasiswa Bestari Sains Kesihatan, Dermasiswa Asasi UNISEL, Biasiswa Asasi Borneo UNISEL, Dermasiswa Asasi Trek Huffaz, SBS Excellent Schools, Bantuan Pinjaman/Bantuan Dari Yayasan UNISEL (YUSEL), tabung Zakat UNISEL dan Biasiswa Penuh Diploma Kejuruteraan, Universiti Selangor, Kampus Shah Alam.

Untuk makluman, sejak 2016 UNISEL telah membelanjakan sejumlah RM23 juta bagi memberikan biasiswa peringkat Program Asas kepada 1,700 pelajar. Ini ternyata berjaya mengurangkan beban kewangan pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak mampu membayar yuran pengajian di peringkat Program Asas. Yang keempat, Selain itu, Unit Bantuan Zakat UNISEL telah memberi bantuan membayar sebahagian yuran pengajian pelajar. Sejumlah RMRM249,000.00 pada tahun 2021 dan RM 249,639.08 pada tahun 2022 diagihkan kepada pelajar yang diluluskan permohonan bantuan ini. Sebagaimana yang sedia maklum Peruntukan Bantuan Asas, Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) berjumlah RM2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri juga ternyata satu usaha mengurangkan beban kewangan pelajar UNISEL.

Untuk soalan (c), peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL sejak tahun 2020, merujuk kepada Belanjawan Selangor tahun 2020, kita tidak peruntukan kerana pergerakan dan juga aktiviti UNISEL adalah di dalam talian. Pada tahun 2021, merujuk kepada Belanjawan Selangor 2021, Kerajaan Negeri

menyediakan sebanyak RM35 juta peruntukan secara pinjaman untuk kedua-dua Institut Pengajian Tinggi ini, memastikan fungsi UNISEL dan KUIS dapat diteruskan dengan lancar. UNISEL telah menerima pinjaman sebanyak RM15 juta pada tahun 2021. Pada tahun 2022, merujuk kepada Belanjawan Selangor tahun 2022, Kerajaan Negeri peruntukkan RM5 juta bagi pemerkasaan IPT UNISEL, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan Pusat Kemahiran Teknikal Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga peruntukkan RM3 juta buat UNISEL dalam menyediakan data internet bagi kegunaan mahasiswa dalam menghadapi dunia pembelajaran hibrid dan Kerajaan Negeri berbesar hati menubuhkan Kerusi Siddiq Fadzil di UNISEL bagi menggalakkan usaha keharmonian serta kesederhanaan, untuk maksud itu sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk kerusi tersebut. Yang keempat, pada tahun 2023 selepas itu BAYU juga telah diperuntukkan dengan kos lebih kurang RM4 juta diperuntukkan di tahun 2023. Merujuk kepada Belanjawan 2023 RM5 juta diperuntukkan untuk 3 institusi di Selangor selain diteruskan program BAYU untuk membantu mahasiswa mahasiswi di kelompok B40 dan M40 dan sebanyak RM4 juta diperuntukkan dan sebanyak RM2 juta di UNISEL dan selebihnya adalah untuk Universiti Islam Antarabangsa. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Sungai Tua.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat yang memberikan penjelasan tentang keperluan dan kepentingan pelajar UNISEL yang diambil berat oleh pihak Kerajaan. Saya ingin menarik perhatian juga tentang kepentingan belajar di UNISEL mengenai satu memorandum yang disalin kepada saya oleh Persatuan Kakitangan Akademik UNISEL yang mana disalin juga difahamkan pada semua EXCO dan Ex-Officio Kerajaan Negeri yang berkait langsung dengan kepentingan pelajar di mana dalam memorandum ini menyebut tentang hilang kepercayaan terhadap presiden dan Naib Canselor UNISEL antara in fact yang terkesan langsung kepada hilang kepercayaan ini ialah pelajar di mana dikatakan tiga tahun kebelakangan ini seramai 150 orang kakitangan telah mengundur diri daripada UNISEL. Sudah pasti kalau ini benar memberi kesan langsung kepada kepentingan pelajar di UNISEL. Saya rasa sama ada Dato’ Seri Menteri Besar ada menerima dan apakah tindakan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri terhadap memorandum ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Selain daripada memorandum itu saya juga mendapat memorandum menyokong pula Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Jadi saya dapat dua-dua. Walaupun yang itu sebenarnya kempen itu telah berjalan atau berlaku saya kira hampir setahun dari tempoh hari ini sebagaimana pemakluman yang dibuat oleh Yang Berhormat Sungai Ramal. Dan sebahagian daripada punca pertembungan tersebut adalah disebabkan oleh pertukaran terhadap polisi yang dibuat oleh Pentadbiran UNISEL berkenaan dengan pembayaran gratuiti dan ganjaran apabila seseorang itu menamatkan proses pembelajaran di UNISEL

dalam tempoh yang sama mereka turut disediakan wang KWSP dan juga peruntukan seperti pencen dan sebagainya. Hal ini timbul selepas Presiden dan Naib Canselor menyebut bahawa tiada praktis di Universiti-Universiti lain. Walaupun pada peringkat awal agreement kontrak mereka itu menyebutkan hal tersebut. Saya turut ditanyakan secara langsung ketika ada sesi di sidang harian dan saya memberi jaminan bahawa hal tersebut melibatkan hal pekerja dan juga hal majikan UNISEL dan pihak Kerajaan Negeri akan menilai secara objektif apakah hal tersebut benar mengikut peraturan kontrak yang telah ditandatangani mengikut akta Pekerja dan sebagainya. Insya-Allah kita juga sedang menilai proses secara keseluruhannya untuk menentukan masa depan UNISEL walaupun beberapa kejayaan-kejayaan yang saya sebut awal sebelum ini dalam beberapa ucapan telah saya laksanakan dan saya betulkan dan ia juga melibatkan beberapa fakulti sebenarnya. Yang kedua, yang menyebabkan sebenarnya apabila fakulti seperti Kejuruteraan mengalami kekurangan Mahasiswa dan Mahasiswi yang sangat ketara. Ini sepatutnya tidak berlaku di negeri Selangor. Bila saya lihat trend itu rupanya di Universiti-Universiti swasta kita mendapat trend yang agak seimbang atau konsisten apabila pengajian-pengajian peringkat kejuruteraan mengalami kesusutan pelajar yang luar biasa disebabkan keputusan matematik yang rendah dalam tempoh 10-15 tahun kebelakangan ini.

Justeru saya percaya hal itu akan diteliti oleh pihak Kerajaan Negeri supaya kita mendapat berikan keadilan kepada pengurusan UNISEL dan juga kepada petugas-petugas akademi dan pegawai-pegawai akademik dan mahasiswa dan mahasiswi. Saya dapat maklum dan itu adalah sedikit latar terhadap makluman ataupun memorandum yang disebutkan oleh Sungai Ramal sebentar tadi.

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya tertarik dengan kekurangan pelajar di peringkat sains ini. Saya nak kait dengan program Tuisyen Rakyat. Boleh tak Tuisyen Rakyat ini, boleh tak kita fokuskan sebab Tuisyen Rakyat ini banyak untuk sekolah menengah. Saya mohon kalau boleh ditimbangkan supaya diluaskan lagi tuisyen ini kepada soal sains dan matematik untuk meningkatkan STEM itu. Saya minta kalau boleh, boleh ke Tuisyen Rakyat ini diluaskan ke peringkat menengah rendah supaya jumlah calon-calon yang akan masuk ke IPT biasanya kalau tak dapat IPTA dapat IPTS. Sekarang IPT dia tak ada masuk yang itu, masuk juga semua ke IPTA menyebabkan jumlah yang masuk ke IPTS semakin kurang. Jadi saya nak tanya boleh tak Program Tuisyen Rakyat ini diluaskan ke peringkat menengah rendah. Bukan semua subjek tapi khusus untuk pembudayaan sains dan teknologi. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih cadangan dari Paya Jaras. Untuk makluman semua, Program Tuisyen Rakyat ada 5 subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains. Tahun lepas kita tambah lagi iaitu Matematik Tambahan kerana ada keperluan terhadap permintaan pelajar-pelajar dan bakal-bakal pelajar daripada tingkatan lima. Sebab itu juga tahun ini kita

telah mulakan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat. Insya-Allah kita akan tambah lagi untuk masuk ke pelajar tingkatan tiga. Sebenarnya tahun 2021 kalau tak silap saya Kerajaan Negeri berhasrat untuk pelajar-pelajar darjah enam atau di sekolah rendah tapi malangnya pengajian di sekolah rendah ini tidak ada lagi peperiksaan UPSR dan perbincangan balik terpaksa ditangguhkan. Jadi mungkin selepas ini kita akan lebarkan di tingkatan empat kita nak tengok dulu Yang Berhormat sebab daripada 65,000 kita dah naikkan kepada 100,000 sasaran kita ialah 200,000. Kalau 200,000 sudah pasti kita perlu kepada pelajar-pelajar di tingkatan tiga juga untuk dibuat dan kita sedia menerima cadangan Yang Berhormat. Asas kepada Tuisyen Rakyat juga kita kena kembangkan dengan pelbagai aspek. Sebab sebelum ini kita tumpukan kepada pelajar-pelajar yang lemah yang tidak berupaya yang tidak ada punca kewangan dan juga pelajar-pelajar yang mungkin gagal. Sebab itu kita tak nampak 8A di kalangan 80% Program Tuisyen Rakyat itu. Tapi kita nak tumpu supaya pelajar cemerlang ini dan dihalakan kepada hala tuju yang benar ikut kepada keperluan negeri. Sebenarnya kadang-kadang minat pelajar itu tertumpu pada bidang-bidang lain yang dia minat. Keterlibatannya dalam bidang seni budaya di sekolah itu menggerakkan minat pelajar ini daripada jurusan sains. Saya ada pengalaman yang hampir sama. Saya pelajar jurusan sains tapi akhirnya aktiviti-aktiviti itu menggerakkan mereka untuk tidak terlibat dalam bidang sains, matematik dan teknologi yang begitu kekurangan sekarang. Jadi ini harus disokong dengan program dan ekosistem yang lain yang bukan hanya selesai di dalam kelas atau di bilik darjah. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Sungai Tua. Saya persilakan Yang Berhormat Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan nombor 59.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Memartabat Sektor SukanQuestions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengembang dan mereformasi sektor sukan sebagai industri ekonomi baharu bagi negeri?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Gombak Setia, Sukan kini adalah merupakan sebuah industri yang boleh menjana ekonomi sesebuah negara. Jika dilihat negara-negara seperti Eropah telah menerima kesan yang sangat positif disebabkan perkembangan industri sukan.

Di Selangor, sukan telah bermula berkembang dari segi kecemerlangan berbanding negeri-negeri lain semenjak tahun 1986 (Kejuaraan SUKMA bermula). Bermula tahun tersebut Selangor adalah merupakan antara penyumbang utama atlet Kebangsaan kepada pasukan Malaysia terutamanya untuk sukan prestasi tinggi. Sektor sukan di Selangor telah mula menjadi satu industri kerana komponen–komponen industri sukan itu sendiri telah wujud di Negeri Selangor. Komponen industri sukan adalah terdiri daripada produk dan barangan sukan, kemudahan dan prasarana sukan yang banyak seperti kompleks sukan di setiap daerah termasuk stadium – stadium di setiap daerah, pelancongan sukan seperti sukan golf, sukan larian (full marathon / half-marathon).

Selain itu juga, di Selangor ini terdapat penganjuran acara sukan bukan hanya peringkat negeri seperti Sukan Selangor, malah ia telah diadakan acara sukan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa seperti acara Rawang Bypass, PJ Marathon, Tour De Selangor (berbasikal), Selangor Asian Golf Tour (Golf), Selangor Badminton Asia Team Championship (SBATC) dan banyak lagi penganjuran acara yang diadakan di Selangor. Penganjuran acara sukan ini mempunyai nilai komersialnya dan memberi impak positif terhadap ekonomi negeri Selangor.

Majlis Sukan Negeri Selangor merupakan satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam komponen lain dalam industri sukan iaitu bertanggungjawab dalam menguruskan hal berkaitan pembangunan sukan, kejurulatihan sukan, kesihatan dan kecergasan, sukan profesional termasuk perubatan sukan.

Terkini, Kerajaan Negeri juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan hub sukan e-sports dan mewujudkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Dengan pembinaan semula KSSA ini, Kerajaan Negeri boleh menarik perhatian penganjur untuk menganjurkan sukan mahupun aktiviti berskala besar seperti konsert dan secara tidak langsung ianya boleh menjana pendapatan di peringkat negeri, agensi mahupun masyarakat umum.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan.

Yang Berhormat EXCO, saya kira Negeri Selangor sebagai sebuah negeri maju seharusnya bukan sahaja memartabatkan sukan sebagai sebuah industri tetapi juga pada masa yang sama menjamin pendapatan ekonomi negeri dan juga dapat menjamin kelangsungan dan pendapatan kehidupan atlet kerana ada beberapa sukan dalam negeri Selangor yang saya libat cukup berpotensi untuk kita gilap bakat dan potensi anak-anak muda di bawah sebagai atlet- atlet pelapis negara tetapi kemudahannya

tidak mendapat kebenaran ataupun kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Sebagai contoh saya ambil satu contoh sukan snuker. Snuker ini dalam sukan SEA yang baru-baru ini negara menang 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Tetapi apabila atlet-atlet ini mereka ingin adakan akademi snuker mereka untuk melatih anak-anak muda, anak-anak kecil tetapi masalah dalam Negeri Selangor ini di mana sukan snuker ini bila mereka minta lesen daripada PBT, lesen PBT mengklasifikasikan mereka di bawah kategori lesen pusat hiburan. Jadi ia tidak membenarkan anak-anak muda, pelapis-pelapis pemain snuker ini, misalnya yang di bawah umur 10 tahun, pemain di bawah 12 tahun, pemain di bawah 18 tahun mereka tidak dapat masuk ke dalam akademi tersebut kerana lesen itu lesen pusat hiburan. Jadi saya nak minta pandangan daripada Speaker, daripada EXCO.. sabar Speaker, minta maaf. Speaker tak main snuker ya? Nanti kita ajar. Kita.. saya nak minta pandangan EXCO apakah r sukan seperti ini yang ada potensi untuk kita gilap atlet kita dan juga untuk kita angkat martabat sukan ini dalam negeri kita ini boleh kita tambah baik dan kita beri ruang yang besar kerana saya lihat pusat snuker ini banyak juga menyumbang kepada pembayaran cukai-cukai lesen di bawah PBT. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Panjang soalannya. Baik. Untuk makluman Yang Berhormat Gombak Setia dan lain-lain Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong semua aktiviti sukan di negeri Selangor termasuklah sukan billiard dan snuker yang menjadi hobi Sekinchan. Sekinchan boleh main dengan Gombak Setia lepas ni. Namun begitu bagi tujuan pemberian lesen dan pengecualian duti pusat hiburan, Kerajaan Negeri mengenakan syarat yang sememangnya ketat memandangkan ramai pengusaha pusat snuker ini berselindung dengan nama pusat latihan snuker untuk mengelakkan dari membayar duti hiburan. Untuk makluman semua, semua pusat latihan snuker berprestasi tinggi adalah tertakluk di bawah Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia. Persatuan sudah menetapkan hanya beberapa buah kelab sahaja yang bergabung dengan Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia. Di Selangor hanya ada tiga pusat yang di bawah naungan Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia iaitu pertama Perfect Snuker Games di Kajang. Kedua, Pusat Snuker 2020 di Klang dan ketiga Snuker Arena di Petaling Jaya. Untuk makluman semua, kita boleh merujuk web rasmi Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri sentiasa berhati-hati daripada pemberian lesen tersebut bagi mengelakkan penyalahgunaan lesen tersebut. Merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 21 April 2010 Kertas Ringkasan MMKN No. 39/14/2010 mengenai penyelarasan premis snuker di bawah lesen hiburan di semua PBT di Negeri Selangor telah meluluskan agar kebenaran premis- premis snuker di selaraskan di bawah lesen hiburan . Di bawah penyelarasan ini, semua Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah meletakkan pusat-pusat snuker di bawah lesen hiburan dan bukannya lesen ttrack. Kedua, menarik balik pemegang lesen yang telah dikeluarkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah lesen hiburan. Ketiga, lesen hanya boleh dikeluarkan jika pemohon mendapat sokongan melalui Majlis Sukan Negeri atau Majlis Sukan Negara dan pentadbiran

pusat snuker tersebut di bawah kawalan mereka. Walau bagaimanapun Yang Berhormat bagi mengelakkan penyalahgunaan permohonan lesen tersebut, permohonan perlu mendapatkan surat sokongan ataupun pengiktirafan daripada Persatuan Sukan Kebangsaan atau Persatuan Sukan Negeri bagi sukan berkaitan dan membuktikan pusat latihan yang akan diwujudkan kelak merupakan tempat latihan sahaja. Pihak Kerajaan Negeri akan membuat tinjauan dan penelitian dari semasa ke semasa terhadap pusat latihan snuker yang dibuka supaya benar-benar menjalankan program latihan bagi sukan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada satu lagi soalan tambahan.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan. Apakah usaha-usaha Kerajaan dalam memartabatkan sektor sukan ini dari segi kerja-kerja penyelenggaraan. Kalau kita lihat banyak sukan-sukan kita ini atau kompleks sukan agak kelihatan terbiar.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Memang daripada masa ke semasa pihak MSN kita membuat pemantauan dan mendapatkan maklum balas daripada persatuan sukan negeri tentang tahap ataupun kemudahan infrastruktur sukan kita dan untuk tahun depan pun kita dah peruntukan sejumlah dana untuk membaik pulih kemudahan-kemudahan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor dan sekiranya di peringkat Yang Berhormat Dengkil ada keperluan di kawasan, boleh untuk kita sama-sama selaraskan. Terima kasih Dengkil.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kota Anggerik. Dipersilakan Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, soalan nombor 60. Dah dijawab oleh Seri Setia pada hari jumaat lepas. Melainkan jika ada penambahan pada pagi ini, saya mohon supaya jawapan itu diberikan salinan kepada saya selepas ini. Melainkan jika Yang Berhormat ada tambahan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

YB EXCO nak jawab?

Saya rasa dah jawab dah dan tak ada sebarang penambahan. Cuma saya nak maklumkan di sini juga soalan yang dijawab soalan 60 ini sewaktu penggulungan itu juga menjawab soalan nombor 71 daripada Yang Berhormat Semenyih, dalam konteks yang sama.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Boleh bagi salinan ke Yang Berhormat? Terima kasih.

Timbalan Speaker

Perlu dijawab juga.

Tak apa Tuan Timbalan Speaker mohon perlu jawab, tak apa. Jawapan bagi pertanyaan ini adalah sama dengan jawapan bagi pertanyaan Yang Berhormat Semenyih bertajuk “Menggubal Undang-undang Islam” kerana kedua-dua pertanyaan mempunyai persamaan. Di Negeri Selangor, cadangan pindaan atau pewujudan Undang-Undang Islam lazimnya akan dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertanggungjawab sebagai pihak berkuasa utama berhubung dengan agama Islam sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam Mesyuarat MKI ke-70 di Shah Alam pada 28 Ogos 2023, MAIS mengambil maklum bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri-Negeri di Malaysia untuk menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Titah tersebut secara khususnya ditujukan kepada agensi Persekutuan yang bertanggungjawab menyelaras pengharmonian Undang-Undang Islam di negeri yang berada di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Walaupun titah tersebut ditujukan kepada agensi di bawah Kerajaan Persekutuan, tindakan juga sedang diambil oleh MAIS untuk mengkaji pindaan atau pewujudan peruntukan Undang-Undang Islam di Negeri Selangor khususnya bagi menggantikan peruntukan undang-undang yang telah diisytiharkan terbatal oleh Mahkamah Persekutuan. Sepertimana yang dimaklumkan oleh semua, dalam tempoh tiga tahun ini, terdapat dua kes yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan yang telah membatalkan dua Undang-Undang Islam di Negeri Selangor iaitu yang pertama keputusan pada 21 Februari 2022 yang membatalkan Seksyen 66A EPAINS berhubung dengan kuasa Mahkamah Syariah mendengar semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat oleh MAIS atau jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah EPAINS yang sama.

Dan kedua, keputusan pada 25 Februari 2021 yang membatalkan Seksyen 28, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung dengan kesalahan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii. Bagi tujuan penyediaan Draf Undang-Undang Islam di Negeri Selangor, suatu kumpulan pakar akan dibentuk secara berasingan mengikut undang-undang yang akan dipinda atau digubal untuk membincangkan, mengkaji dan menyediakan cadangan pindaan atau pewujudan Undang-Undang Islam di mana kumpulan pakar ini terdiri daripada pakar undang-undang perlembagaan, ahli-ahli akademik dan pengamal undang-undang yang berkemahiran dalam undang-undang sivil dan syariah. Dalam hal ini bagi tujuan menggantikan peruntukan undang-undang yang telah diisytiharkan terbatal oleh Mahkamah Persekutuan, pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bertindak sebagai urus setia bagi penyediaan cadangan pindaan berkaitan Seksyen 66A EPAINS, manakala pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor pula bertindak

sebagai urus setia bagi penyediaan cadangan pindaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS). Pihak MAIS juga terlibat secara langsung dalam perbincangan dan libat urus bagi penyediaan undang-undang yang berkaitan. Bagi tujuan pengharmonian Undang-Undang Islam di peringkat negeri pula, pihak JAKESS, JPSS dan atau MAIS turut dijemput untuk terlibat sama dalam perbincangan dan libat urus yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam membincangkan pindaan Undang-Undang Islam yang berkaitan. Semua cadangan pindaan atau pewujudan Undang-Undang Islam ini akan disemak dan diharmonikan oleh Jawatankuasa Undang-Undang MAIS yang dianggotai oleh Penasihat Undang-Undang Negeri, Mufti Negeri Selangor, Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara dan JAKIM, Pengamal Undang-Undang Sivil dan Syariah dan ahli akademik sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat MAIS. Tindakan-tindakan perbincangan di pelbagai peringkat ini dilaksanakan bagi membincangkan sebarang cadangan pindaan Undang-Undang Islam secara tuntas dan kritikal bagi melindungi Undang-Undang Islam ini daripada dicabar keabsahannya oleh pihak tertentu melalui proses mahkamah. MAIS dan agensi Islam lain iaitu JAKESS, JPSS dan Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa komited termasuk terlibat aktif dalam perbincangan di peringkat kebangsaan dalam usaha untuk memastikan Undang-Undang Islam diperkasakan dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Malah, pindaan EJSS dan EPAIINS berkaitan Seksyen 66A turut menjadi suatu program utama yang ditetapkan dan dipantau di bawah Pelan Strategik MAIS.

Timbalan Speaker

Terima kasih Seri Setia. Soalan daripada Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 61.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Kacau Ganggu Kepada Jiran Disebabkan Rumah Kediaman Dijadikan Sebagai Inap Desa (HOMESTAY)Questions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah terdapat garis panduan atau akta yang boleh diguna pakai bagi isu berkaitan?

b)

Apakah agensi yang kawal selia dan adakah agensi berkenaan mengeluarkan lesen?

c)

Apakah tindakan yang diambil keatas pengusaha Inap Desa yang melakukan aktiviti tanpa kebenaran ini?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker, terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kajang yang sentiasa prihatin terhadap sektor pelancongan dan juga inap desa (homestay). Untuk menjawab soalan (a) dan (b), dijawab bersekalian.

Inap desa atau dikenali sebagai homestay, satu daripada produk pelancongan desa terdapat di Malaysia dan menjadi satu program yang sering mendapat perhatian Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk dimajukan sebagai alternatif pelancongan berteraskan kebudayaan dan warisan selain mengalihkan pelancongan daripada tertumpu hanya kepada kawasan perbandaran. Walaubagaimanapun, kebanyakan pemilik rumah menyalahgunakan nama homestay apabila mempromosikan untuk kediaman untuk dijadikan penginapan sementara dan bukan untuk tujuan inap desa. Akibatnya berlakunya masalah kejiranan dan ketenteraman awam apabila terdapat aduan berkaitan bunyi bising, kesesakan parkir kenderaan dan ancaman keselamatan terhadap kawasan kejiranan. Pada masa ini, tiada akta yang khusus untuk aktiviti homestay kerana dikategorikan sebagai penginapan jangka pendek dan tidak menyalahi mana-mana peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 di mana premis kediaman dijadikan tempat menginap. Terdapat dua jenis permohonan utama bagi tujuan pendaftaran dan pelesenan aktiviti homestay iaitu pendaftaran sebagai premis penginapan pelancongan dan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan permohonan lesen operasi perniagaan premis penginapan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Undang-Undang Kecil Hotel. Selain itu, operasi homestay adalah tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 daripada sudut kebersihan dan kacau ganggu.

c) Pengusaha homestay adalah terikat dengan di undang-undang dan akta yang dikuatkuasakan oleh PBT. Walaupun tiada akta yang khusus berkaitan aktiviti homestay, pengusaha homestay boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu daripada aspek lesen perniagaan, pematuhan kepada aspek kawal selia dan operasi perniagaan serta wujudnya aktiviti kacau ganggu. Syarat pelesenan perlu dipatuhi di bawah Undang-Undang Kecil Hotel setiap PBT. Tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Hotel boleh diambil terhadap pengusaha yang menjalankan aktiviti tanpa lesen. Manakala sekiranya terdapat aduan berkaitan dengan kacau ganggu seperti bunyi bising atau isu kesesakan parkir, tindakan penguatkuasaan untuk kesalahan kacau ganggu akan diambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Yang Berhormat Speaker, saya just nak tanya. Setengah Airbnb Ini bila dia memilih untuk membuat rumah di kawasan apartment, adakah dia boleh buat dengan dalam masa yang sama pihak JMB melarang untuk sebarang aktiviti Airbnb di kawasan apartment lah terutamanya?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga yang bangkitkan tentang Airbnb yang di mana kita memang sedia maklum ramai pengusaha yang cuba untuk mendapatkan keuntungan dan sebagainya mengubah tempat-tempat kediaman mereka termasuk Airbnb dengan pangsapurilah, kondo dan sebagainya untuk disewa sebagai homestay dan sebagainya. Namun, pihak kerajaan kita akan pantau dan lihat apa yang boleh kita buat dan memang isu ni dah berlanjutan lama dan banyak kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya dalam Dewan yang mulia ini pada sidang Dewan yang lalu dan sebagainya. Tapi sampai hari ini kita belum dapat satu garis panduan yang khusus untuk Airbnb ini tapi kita akan cuba selaraskan supaya kita dapat pemantauan terhadap jenis perniagaan seperti ini. Sekian, terima kasih.

Speaker, soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Okay. Kita bagi satu lagi soalan tambahan daripada Kuang.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat memaklumkan bahawa soalan ini dah bangkit daripada sesi persidangan yang lepas, dah masuk ke sesi persidangan kali ini kita masih belum ada jalan penyelesaian keluar. Saya rasa itu agak lama untuk kita membuat suatu keputusan. Jadi, boleh tak Yang Berhormat bagi jaminan yang kita boleh selesaikan masalah ini sebelum masuk persidangan yang akan datang? Sekian, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kuang yang mendesak supaya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Seperti apa yang nak dijangkakan tapi saya nak beritahu Yang Berhormat Kuang isu ini ia bukan melibatkan PBT di Negeri Selangor, ia melibatkan kerajaan KPKT dan perlu ada keselarasan, perlu ada perbincangan sebelum ini. Kerajaan sebelum ini baru setahun, Kerajaan

Madani Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX). Jadi sebelum ini kerajaan lain kita hendak berurusan itu rumit sangat. Angir temen orong jowo ngomong. Susah. Tak boleh nak bincang, duduk pun susah. Dengan izin, mumet. Orang kata mumet ya. Jadi, sekarang baru kita boleh bincang-bincang. Ngobrol, dengan izin ya. Jadi kita, saya akan ambil tanggungjawab untuk kita bincang supaya kita dapat cari satu solusi yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini ya. Terima kasih Yang Berhormat Kuang.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang persilakan Subang Jaya, Yang Berhormat Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. No. 62.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Penjualan Lot Bumi Kepada Bukan BumiQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah yang sedang dipertimbangkan untuk mengelak penjualan lot bumi kepada safeguards bukan bumi?

b)

Apakah cara penyelesaian bagi pembeli bukan bumi yang menjadi mangsa oleh kerana pemaju yang salah jual lot bumi kepada mereka?

c)

Apakah status kes USJ One Park?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) masih mengekalkan mekanisma sedia ada yang mana penentuan peratusan kuota Bumiputera adalah berpandukan kepada ‘Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor bagi sesuatu projek pembangunan. Ianya akan disyaratkan / dikenakan semasa kelulusan tukar syarat, kegunaan dan ppemilikan tanah. Kelulusan tersebut diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah atau Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS).

Pihak pemaju perlu memastikan syarat kuota Bumiputera tersebut dipatuhi semasa proses penjualan hartanah. PTGS akan membuat pemantauan semasa peringkat permohonan kelulusan blanket consent atau blanket approval untuk pihak pemaju. Sekiranya pemaju tidak mematuhi syarat kuota Bumiputera atau pemaju telah terlebih jual unit Bumiputera maka proses untuk blanket consent dan juga blanket approval tidak dapat diteruskan. Pemaju juga akan disenarai hitamkan jika membuat sebarang permohonan pelepasan kuota daripada LPHS. Pemaju dikehendaki membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, sebagaimana dinyatakan di dalam Pekeliling Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2019 berkenaan dengan Mekanisma Penyelenggaraan Kuota Bumiputera Negeri Selangor 2.0. Walau bagaimanapun, bagi menjamin serta menggalakkan perkara ini berlaku, pihak LPHS akan mengadakan kajian dan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh terlibat agar satu kaedah dapat diwujudkan.

Bagi jawapan (b), untuk makluman Yang Berhormat, sekiranya pembeli-pembeli telah membeli unit-unit Bumiputera disebabkan oleh ketidakpatuhan oleh pihak pemaju semasa proses penjualan terutamanya bagi pemaju yang telah gulung tikar, pihak pembeli dibenarkan untuk membuat permohonan rayuan pengecualian bagi mengurangkan bayaran 7% atau 10% pemulangan potongan harga Bumiputera dan 5% caj pelanggaran mekanisma pelanggaran kuota Bumiputera, dengan syarat pihak pemaju perlu ada liquidator yang telah membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS dan rayuan tersebut perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Keputusan Pelepasan Kuota Bumiputera Negeri Selangor untuk pertimbangan. LPHS dan Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu pemohon untuk membawa permohonan rayuan tersebut ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Keputusan Pelepasan Kuota Bumiputera Negeri Selangor untuk dibincangkan berdasarkan kepada SOP yang telah ditetapkan di peringkat MMKN sekiranya memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, perkembangan terkini USJ One Park adalah seperti berikut. Pihak liquidator baharu iaitu Apex Starfield (M) Sdn. Bhd. adalah Encik Wong Ching Yong yang menggantikan Puan Chu Dawn Wei Wen yang telah meninggal dunia. Pihak liquidator sebelum ini memaklumkan akan mengemukakan permohonan Pelepasan Kuota Bumiputera Negeri Selangor bagi projek berkenaan setelah liquidator baharu dilantik. Walau bagaimanapun, sehingga kini LPHS belum lagi menerima sebarang permohonan. Pada 31 Mei 2023 yang lalu, pihak liquidator telah memaklumkan di dalam proses mengemaskini/membuat penyelarasan semula jumlah-jumlah yang masih belum memperolehi kelulusan pindah milik dengan pihak JMB USJ One Park dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi memastikan tiada unit-unit yang tercicir dan tertinggal memandangkan jumlah sebenar di tapak tersebut ada sebanyak 425 tetapi di dalam rekod PTG sebanyak 423. Kekurangan dua unit. Memandangkan pengesahan jumlah unit tersebut masih lagi belum dimuktamadkan, maka pihak liquidator tidak dapat mengemukakan

permohonan pelepasan kuota bagi Bumiputera di LPHS. Untuk makluman Yang Berhormat, LPHS akan memproses permohonan Pelepasan Kuota Bmiputera Negeri Selangor setelah permohonan rasmi diterima daripada pihak liquidator dan seterusnya akan membantu untuk membawa permohonan rayuan pengecualian bagi 7% potongan harga Bumiputera dan 5% caj pelanggaran mekanisma penyelenggaraan bagi kuota Bumiputera ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Taman Medan soalan seterusnya. Awal sangat bangun.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker orangnya geliga, soalan saya 63.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Portfolio Alam SekitarQuestions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini dan tahap pelaksanaan The Selangor Climate Change Action Plan and Policy 2030?

b)

Apakah status dan tahap keberkesanan fungsi Selangor Climate Change Action Council atau IKLIM Selangor?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan dan Tuan Timbalan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kesan perubahan iklim boleh dilihat melalui perubahan ekstrem dalam pola cuaca seperti peningkatan aras laut, hujan lebat dan ribut kencang yang telah mengakibatkan kejadian banjir termasuk di kawasan-kawasan di Negeri Selangor. Kekerapan hujan yang turun pada masa sekarang tidak lagi mengikut musim monsun. Kerajaan Negeri sedar akan impak perubahan iklim yang akan dihadapi jika tidak ditangani dengan baik. Dalam usaha menangani isu perubahan iklim dengan lebih berkesan, satu kajian Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor telah dijalankan oleh Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara untuk mengenal pasti tindakan bersepadu yang perlu diambil bagi mencapai pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim. Kajian ini dijalankan dengan dua fasa. Tempoh pelaksanaan fasa pertama telah

berlangsung selama tujuh (7) bulan bermula 1 Disember 2022 hingga 30 Jun 2023. Dalam fasa pertama, Kerajaan Negeri Selangor telah mendapatkan hasil kajian bagi kawasan perintis iaitu Kuala Selangor bagi kawasan persisiran pantai yang berisiko berhadapan dengan kenaikan paras air laut, Shah Alam bagi kawasan berisiko banjir kilat dan Ampang Jaya bagi kawasan berisiko tanah runtuh. Manakala ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor berada di fasa kedua yang mana kajian akan terus dijalankan di sembilan Pihak Berkuasa Tempatan di samping itu fasa kedua akan diteruskan dengan penggubalan dasar dan pelan tindakan jangka masa panjang sehingga 2030 di mana Kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan pelan jangka masa panjang iaitu sehingga tahun 2040. Pelan ini juga akan turut menyediakan garis panduan pelaksanaan pembangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengambil kira elemen perubahan iklim. Seterusnya, berikut adalah hasil analisis Kajian Perintis Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor :

(i) Kajian ini bertumpukan kepada tindakan bagi memperkukuh pelaksanaan pembangunan negeri dan mengambil kira pelbagai aspek perubahan iklim khususnya berkaitan dengan adaptasi, mitigasi dan pengurusan risiko bencana iklim bagi memaksimumkan keberhasilan sosio-ekonomi yang saksama dan kelestarian ekosistem; (ii) Ketiadaan strategi untuk adaptasi dan perubahan iklim telah menghalang perancangan sistematik bagi adaptasi di peringkat negeri dan tempatan; (iii) Kajian ini juga telah mengenal pasti sembilan (9) dasar dan pelan utama di Negeri Selangor yang mempunyai hubung kait dengan perubahan iklim antaranya ialah Rancangan Selangor Pertama, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan Rancangan Selangor Action Plan to 2025; (iv) Inventori data geospatial telah dibangunkan untuk memberikan tinjauan segera terhadap data yang dikumpulkan, sumber data dan di mana data itu disimpan. Maklumat di dalam Inventori Data Geospatial Kuala Selangor, Ampang Jaya dan Shah Alam dikelaskan kepada empat tema utama iaitu sempadan, persekitaran buatan, persekitaran semula jadi dan kejadian bencana dan bahaya serta; (v) Akhirnya, hasil dapatan kajian perintis di Daerah Shah Alam, Kuala Selangor dan Ampang Jaya akan dijadikan asas dalam merangka Dasar dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor untuk sembilan (9) PBT yang lain.

Secara kesimpulannya, dengan hasil dapatan kajian ini rangka kerja dan pelan tindakan sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau serta pasukan perunding yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri. Dasar ini dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Mac 2024. Seterusnya, sesi perbincangan kumpulan sasar (FGD) yang akan melibatkan pelbagai jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dilaksanakan bagi menentukan aspek kebolehupayaan tadbir urus, kemampuan modal insan dan

kewangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan dengan tindakan mitigasi dan adaptasi peringkat tempatan. Dengan pembangunan dasar ini, Negeri Selangor akan menjadi satu-satunya negeri yang mengimbang dan mengintegrasikan tindakan mitigasi dan adaptasi dalam dasar perubahan iklim.

Soalan (b), Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 13/2022 bertarikh 18 Mei 2022 telah meluluskan penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor atau Majlis Tindakan Iklim Selangor bagi menyelaras dan membantu Kerajaan Negeri merancang, memantau dan memberikan saranan terhadap isu dan program alam sekitar dan perubahan iklim di Negeri Selangor. Terma rujukan Majlis Tindakan Iklim Selangor menggariskan bahawa mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau dan dianggotai oleh lapan (8) ahli jemputan khas yang mempunyai kepakaran dalam bidang iklim, bencana dan perbandaran serta ahli-ahli tetap yang terdiri daripada PBT, Jabatan dan Agensi Negeri serta Persekutuan. Mesyuarat Majlis Tindakan Iklim Selangor perlu bersidang sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun atau mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Peranan utama Majlis Tindakan Iklim Selangor adalah sebagai badan penasihat dan badan pemikir yang bertindak dalam menggariskan perancangan dasar dan strategi yang holistik di peringkat negeri yang merangkumi pelbagai elemen dan sektor-sektor yang akan menerima impak perubahan iklim. Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor Bil. 1 telah diadakan pada 21 Julai 2022 bagi membincangkan hala tuju dan agenda dalam menangani isu-isu perubahan iklim yang sedang dialami seluruh negara khususnya di Negeri Selangor. Agenda utama Majlis Tindakan Iklim Selangor adalah seperti berikut :

(i) Merangka perancangan dasar dan strategi yang holistik di peringkat negeri

yang merangkumi pelbagai sektor serta langkah-langkah mitigasi dan adaptasi

dalam menangani isu perubahan iklim. (ii) Memperkukuh dan mempertingkatkan keupayaan institusi dan pelaksana

melalui penyelarasan tindakan-tindakan dasar yang bersepadu bagi membawa

agenda kelestarian alam sekitar. (iii) Menerajui perkara berkaitan hala tuju alam sekitar dan perubahan iklim,

penyelarasan dan pelaksanaan rancangan pembangunan negeri,

program/inisiatif yang meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman awam.

Dalam berhadapan dengan isu ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam mengukuhkan komitmen terhadap agenda perubahan iklim dan teknologi hijau melalui dasar-dasar sedia ada di peringkat negeri termasuk melalui Rancangan Selangor Pertama. Kerajaan Negeri juga komited dalam menyahut dasar-dasar di peringkat

kerajaan pusat berkaitan dengan perubahan iklim demi kesejahteraan dan generasi akan datang.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan daripada Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Seperti yang kita tahu dalam siaran United Nation tentang act now untuk berhadapan dengan situasi...

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Tak dengar.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Oh sorry. Berkenaan dengan...

Malu-malu pula, Taman Medan malu-malu pula.

Timbalan Speaker

Taman Medan kuat sikit.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Berkenaan dengan perubahan iklim ya. Yang mana tentang pengisytiharan…

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dia ikut suara EXCO sekarang ni.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

United Nation tentang act now yang mana adaptasi 17 SDG dalam apa juga tindakan dan perancangan kerajaan. Saya nak dapatkan pandangan Yang Berhormat EXCO, apakah wajar council atau Majlis seperti ini yang tadi Yang Berhormat EXCO dedahkan bahawa bersidang sekali setahun, pertama. Keduanya, belanjawan dah umum beberapa kali tentang dana yang disediakan untuk menggubal dasar. Walhal dasar ini kita tak nampak available secara public, online ya, kita tak nampak. Dia ada bits and pieces yang mana kita nampak dalam belanjawan ini ada attempt. Saya tak kata tak ada. Ada attempt, ada cubaan untuk masukkan SDG ni dalam belanjawan tetapi tidak ada kerangka dasar yang menyeluruh yang boleh kita kempenkan yang boleh kita galakkan penglibatan semua terutamanya mereka yang membuat dasar baik di peringkat PBT mahupun di peringkat Kerajaan Negeri. Jadi, pandangan Yang Berhormat adakah wajar Selangor Climate Change Action Council ini ditingkatkan peruntukannya untuk supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan termasuk juga untuk memantau pelaksanaan Climate Change Act Now, 17 SDG ini dilaksanakan di setiap peringkat Kerajaan Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ini dapat keluar sebagai negeri yang benar-benar ready untuk berhadapan dengan Climate Change, global crisis yang sedang kita hadapi ini?

EXCO jawab jangan keluar Dewan pula.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Sebenarnya saya tadi telah pun menjawab kita mempunyai dua fasa. Jadi, kita di peringkat fasa kedua lah yang saya terangkan panjang lebar sebentar tadi. So, kalau kita tak siap lagi dasar tu sepenuhnya, macam mana dia boleh dibentangkan kepada orang awam? Kita memerlukan proses. Dan saya juga telah terangkan tadi pada fasa kedua memang kita akan melibatkan pemegang taruh daripada agensi Kerajaan Negeri, daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan kita akan memastikan semua pemegang taruh yang sepatutnya terlibat akan membincangkan perkara ataupun isu berkaitan dengan dasar ini melalui focus group yang kita akan jalankan. Dan, seterusnya Yang Berhormat Taman Medan juga ada membangkitkan ada berbagai jenis bajet yang telah dibentangkan dalam belanjawan kali ini tapi kelihatan seperti cross, dengan izin dengan satu sama lain. Nanti saya akan jelaskan ketika penggulungan sebab penjelasan itu agak panjang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bandar Utama. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sementa.

Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 64.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Banjir Di Selangor Dan Di Daerah KlangQuestions

64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pihak kerajaan merujuk “Best Practices“ untuk mengatasi masalah banjir kilat dan banjir termenung di Selangor?

b)

Sejauh manakah pembersihan parit dilaksanakan mengikut jadual khususnya di daerah Klang?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sementa bertanyakan soalan berhubung dengan amalan terbaik ataupun best practices yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri melalui pihak JPS dalam mengatasi masalah banjir dan juga banjir air termenung di Negeri Selangor dan juga berhubung dengan pembersihan parit yang penjadualan pembersihan parit di Daerah Klang. Untuk makluman Yang Berhormat,

langkah-langkah pengurusan terbaik atau best management practices ini sentiasa menjadi amalan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dalam mengatasi masalah banjir kilat dan banjir termenung di Negeri Selangor adalah seperti berikut. Mensyaratkan keperluan penyediaan tadahan (detention facilities), dengan izin berdasarkan Purata Selang Ulangan ataupun ARI yang saya selalu sebut itu (Average Recurrent Interval) ini kepada 100. Ini satu perkara yang agak sukar kerana kos untuk menaikkan saya dah sebutkan juga sebelum ini naikkan ARI ini adalah satu kos yang tinggi. Saya bagi contoh di Shah Alam untuk nak menaikkan daripada 30 ke 50 ARI sahaja, untuk Shah Alam sahaja, MBSA memerlukan RM300 juta. Jadi, kalau kita naikkan sampai 100 dan sekarang ini pula di sungai-sungai besar dah dinaikkan ke 200 ARI tentulah kosnya akan bertambah tinggi. Jadi, ke atas sebarang permohonan pembangunan tanah dan reka bentuk perlu mematuhi ARI yang disebutkan tadi sebagai parameter bagi penyediaan pelan induk saliran terperinci di kawasan pemajuan yang terlibat. Ini yang pertama. Yang kedua, analisa hidraulik dan hidrologi bagi reka bentuk tadahan dan sistem saliran adalah disyaratkan sekarang ini merujuk Manual Saliran Mesra Alam Edisi 2 (MSMA 2nd Edition) 2012 dengan mengambil kira kitaran air dan sebagainya. Yang ketiga, melaksanakan penyenggaraan dan penaik tarafan ke atas semua struktur sistem saliran termasuk kolam takungan, sistem perparitan, benteng atau ban, sistem amaran banjir dan sebagainya bagi memastikan keupayaan takungan dan kefungsian struktur-struktur saliran lebih optimum semasa waktu puncak. Tahap penyelenggaraan dan penaik tarafan yang dilaksanakan juga mengambil kira hasil kajian dan ata banjir terkini bagi melihat keberkesanan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir yang kompleks dan berbeza di setiap kawasan. Tadi dah timbul isu climate change, perubahan cuaca yang memberi kesan besar kepada pengurusan banjir di Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain. Yang keempat, menjalankan beberapa siri kajian ke atas sistem saliran yang berada di dalam kawasan berisiko banjir bagi memastikan simulasi hidraulik dan hidrologi serta mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian dan pengurangan risiko masalah banjir di Negeri Selangor. Laporan kajian tersebut akan dirujuk sebagai parameter bagi penyediaan pelan induk dan reka bentuk saliran terperinci di kawasan sekitar. Perancangan strategi dan pemodelan yang digunakan adalah pendekatan yang melibatkan semua daerah di Negeri Selangor di mana kawasan yang sering berlaku banjir atau hotspot banjir. Antara skop tebatan banjir yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

(a) Menaik taraf sungai, (b) Melebar dan mendalamkan sungai, (c) Membina kolam takungan banjir, (d) Membina kunci air, (e) Meninggi/ membina ban sungai; dan (f) Menyediakan pam sama ada pam statik ataupun bergerak

Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS telah membuat perancangan pengurusan banjir melalui dua (2) kaedah iaitu langkah struktur dan langkah bukan struktur. Saya bagi tahu umum supaya digunakan di semua tempat sebab soalannya umum tadi ya. Langkah struktur dan langkah bukan struktur. Apakah langkah struktur yang terlibat dengan tebatan banjir ini? Pertama, macam saya sebut tadi ban pembinaan ban, banjir, tembok penahan banjir flood wall, terowong banjir dan bypass channel dan bagi tujuan kawalan ialah pintu air yang banyak bersiri itu dipanggil barrage yang akan dibangunkan buat pertama kalinya di Selangor ini iaitu di Kapar. Di Sungai Kapar Kecil akan dibangunkan barrage. Yang kedua, yang bajet telah lulus ialah Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bagi penyediaan bekalan air terawat yang mencukupi ini juga komponen penting dalam struktur. Bukan sahaja kita melihat urusan banjir juga simpanan air untuk kegunaan rawatan air untuk bekalan air. Yang ketiga pembinaan kolam takungan banjir seperti underground storage. Kita terpaksa dah mengambil, kekurangan kawasan banyak di Selangor ini keperluan detention point itu ada dan kita terpaksa telah mula satu di sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) itu ada di bawah tanah dan ada beberapa lagi tempat telah dicadangkan untuk dibina kolam takungan bawah tanah. Disebabkan kekangan kawasan. Elevated pond, pond yang di tingkat, elevated pond yang di tingkat, vertical horizontal storage dan kolam takungan bertingkat. Seterusnya (d) pembinaan pintu kawalan air dan rumah pam yang diintegrasikan dengan sistem SeKADAR iaitu Sistem Kawalan Penyediaan dan Perolehan Data Berkomputer. Bagi pintu air yang berisiko tinggi kita buat berperingkat-peringkat kawalan itu, supaya kita dapat pantau secara remote.

Pintu air akan dikawal secara automatik berdasarkan kenaikan paras di sungai dan boleh dikawal atau dipantau menerusi komputer dan telefon pintar, ini pun dibuat berperingkat-peringkat. Seterusnya melebar dan mendalam sungai seperti projek mendalam lebar sungai kelang yang dalam pelaksanaan dan seterusnya menaik taraf sistem saliran, kebanyakan sistem saliran ini adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Langkah bukan struktur, langkah bukan struktur ialah langkah yang tidak melibatkan pembinaan aspek teknikal projek pertama ialah projek, Program Ramalan Amaran Banjir Negara (PRAB) ini yang berupaya meramal kejadian banjir monsun tujuh hari lebih awal, memberi amaran monsun dua hari lebih awal dan ramalan banjir kilat berlaku 1 - 3 jam lebih awal berdasarkan data ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain itu PRAB juga berupaya memberi amaran dan hebahan banjir monsun dari 6 jam kepada 2 hari lebih awal kepada agensi berkepentingan dan penduduk terlibat dengan banjir. Perolehan-perolehan ini telah bermula ini telah bermula pada September 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2024 ini. Lengkap untuk program PRAB atau pun Program Ramalan Amaran Banjir. Program ini merangkumi pengesanan ramalan amaran dan hebahan. (b) Pembangunan dan rangkaian sistem hidrologi termasuk sistem siren amaran banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan tadi dan amaran banjir.

(c) Pembangun sistem pematuhan banjir melalui laman web info banjir negeri Selangor untuk memberi amaran lebih awal, (d) penggunaan garis panduan Manual

Saliran Mesra Alam (MSMA) tadi yang saya sebutkan untuk pembangunan baru (e) Pendekatan pembangunan lembangan sungai bersepadu dan pengurusan banjir bersepadu yang dilaksanakan di negeri Selangor. Seterusnya kajian pengurusan lembangan Intergrated River Basin Management yang telah siap di beberapa daerah dan kita akan di beberapa lembangan sungai yang kita akan lengkapkan berserta juga dengan PISMA disebut sebagai Pelan Induk Saliran Mesra Alam ini sebagai garis panduan atau model pemandu rujukan apabila untuk pembangunan sistem saliran di semua tempat.

Tugas pembangunan kawasan tadahan seterusnya peta hazard banjir kita dah wujudkan kita tahu di mana kawasan-kawasan berisiko itu. Melalui peta hazard ini kita gunakan dan seterusnya keupayaan lembangan kita pun nak tengok lembangan atau pun empangan kita, ada tujuh empangan di Negeri Selangor kita akan melihat mana lagi empangan kemungkinan untuk kita upgrade atau naik taraf bagi juga untuk tujuan operasi kawalan in termasuk lah empangan Suangi Langat dan Empangan Sungai Semenyih. Selain daripada itu kerajaan sedang mengkaji cadangan kaedah kawalan di sumber, at source. Control at source ini yang disebut ada disebut Yang Berhormat, saya tak ingat Yang Berhormat ada sebut tentang sponge city. Ini adalah salah satu pendekatan sebenarnya local atau pun control air itu, at source di tempat yang lokal itu. Ini adalah salah satu . Satu lagi ialah OSD, On Site Detention. Ini juga adalah kawalan air di tempat, localize kawalan. Dan seterusnya kerajaan Negeri juga sedang mengkaji kaedah baru yang pertama kali di Negeri Selangor. Tidak ada negeri yang buat ini negeri Selangor untuk menghubungkan sistem kolam dan tasik yang sedia ada. Untuk makluman Ahli-ahli yang Berhormat kita ada seratus lebih kolam dan tasik yang boleh kita gandingkan untuk menjadi juga selain daripada menyimpan air juga untuk tujuan kawalan banjir yang sedang kita lihat di segi teknikal pelaksanaannya.

Untuk kerja-kerja pembersihan parit di Klang, JPS akan melaksanakan kerja pembersihan bagi senarai utama manakala senarai dalaman oleh Pihak Berkuasa Tempatan, bagi tahun 2023 kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan 6009000.00 kepada JPS bagi pelaksanaan kerja pembersihan parit dan sungai daerah Kelang secara puratanya kerja pembersihan parit menggunakan jentera akan dilaksanakan antara 2 - 4 pusingan setahun mengikut keperluan parit tersebut ada yang 2 ada yang 3, ada yang 4, dan bagi pihak PBT pula yang parit-parit dalaman mereka kerja pemantauan di tapak seminggu 3 kali dan laporan tentang tindakan pembersihan dia ada kontraktor kawasan sendiri yang dilantik secara berkala untuk 9 bulan paling kurang atau pun setahun mereka ini akan melaksanakan biasanya 3 kali. Kerja-kerja pembersihan parit atau pun longkang di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada itu ada juga kadang-kadang kerja one off yang terpaksa dibuat di tempat-tempat longkang-longkang kampung, dan juga kerja-kerja yang melibatkan emergency macam parit runtuh dan pecah sebaginya itu kita adalah one off akan dibuat dilaksanakan oleh pihak JPS atau pun Pihak Berkuasa Tempatan, sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila Sementa.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan. Untuk soalan tambahan, apakah yang boleh di bantu di kawsan hotspot contoh di Jaya Setia dan Seri Jaya dan Kampung Bukit Kerayong 2 yang saya sebut tempoh hari yang terlibat banjir kilat dua kali dalam tempoh tiga hari. Yang keduanya berkaitan tentang perparitan apakah kawasan Klang ada perparitan yang tiada bertuan? Kalau ya, apakah usaha yang dilakukan supaya bertuan? Kita tak nak bajet one off sahaja, tapi nak memastikan bahawa perparitan itu sentiasa dibersihkan dan yang ketiga, apabila saya menerima aduan dan turun ke lapangan yang disebut perparitan dicuci setahun tiga kali ataupun empat kali dan apabila kita berhubung dengan penduduk dan kita melihat sendiri keadaan semasa, saya rasa itu bukan setahun tiga kali empat kali dicucikan mungkin setahun dua tahun ataupun setahun sekali dicucikan, jadi pemantauan di situ bagaimana dibuat?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat ada timbulkan dalam perbahasan, nanti bila penggulungan saya akan jawab, Cuma dari secara umumnya kita memang menghadapi masalah dalam isu longkang tak bertuan ataupun jalan tak bertuan ini dan untuk tahun yang lepas, saya dah minta supaya pihak-pihak yang terlibat menyediakan inventori lengkap tiap PBT, JPS, dan juga JKR menyediakan inventori, dan sekarang kita sedang dalam proses untuk melihat antara agensi dan jabatan ini kat mana yang sebenarnya yang tidak ada tuan. Dia ada isu. Saya bagi contoh, ada jalan-jalan JKR, JKR ini dia menguruskan longkang jalan, dan maksimum keluasan jalan ini lebar jalan 1.2 meter, kalau lebih dia tak buat, sebab dia luar skop dia, apa yang berlaku ialah disebabkan sejarah yang lama ini, kebanyakan longkang-longkang jalan ini ditebuk oleh pihak sama ada PBT atau sebagainya untuk menggunakan longkang jalan ini sebagai saliran air dia yang menyalahi peraturan sebenarnya tidak boleh jalan-jalan longkang jalan sebab dia hanya untuk permukaan air jalan sahaja tetapi bila ditebuk masuk ke kawasan perumahan ke longkang-longkang jalan menyebabkan kapasiti longkang itu tidak memadai dan air melimpah. Jadi pihak JKR tidak mahu menguruskan ini. Jadi kita nak kena tengok penyelesaian bagaimana sebab ini bukan satu perkara yang mudah. Jadi lagi satu apabila ada longkang-longkang tanah, longkang tanah ini bila dia buat maintanance, makin lama dia makin besar dia runtuh, ini yang berlaku banyak di kawasan-kawasan pertanian di mana parit-parit bila terlalu kerap mantain dia punya korek itu kalau kita perhati dia akan runtuh tebing dan makin lama parit makin besar, batas makin kecik. Sebab itu kita nak kurangkan nak minimum tanah-tanah kita pula bukannya menyumbang tanah-tanah kita ini tanah tanah marine clay ini sangat lembut. Dia mudah runtuh dan menyebabkan banyak jadi kita kalau kita perhati di Sabak Bernam, di Tanjung Karang, parit makin besar batas makin kecik disebabkan runtuhan apabila kita buat kerja-kerja

maintainance ini. Ini yang kita nak perhati dan JKR kalau lebih pada 1.2 meter dia akan tak mahu buat jadi masalahnya JPS pun tak nak terima sebab ini bukan longkang jadi, ini benda beginilah saya cerita ini, berkongsi tapi kita kena cari penyelesaian juga kita kena ada satu penyelesaian, penyelesaian ini bukan sahaja melibatkan aspek kewangan dia juga melibatkan perundangan kerana masing-masing ada skop masing-masing tapi kita perlu selesaikan. Saya perhati ada satu di Meru saya tengok parit besar dengan bukan setakat rumput pokok pun tumbuh dalam parit yang ini tidak diuruskan sekian lama, ini semua kita dah kenal pasti dan kita ambil langkah kalau perlu untuk one off dulu, bajet yang kita akan dapatkan dari negeri untuk selesaikan dulu dan kita akan tengok nak serah bagaimana penyerahan ini dapat dibuat ini masalah bukan sahaja Negeri Selangor semua negeri isu yang sama yang penyelesaian yang perlu diambil segera, terima kasih.

Speaker

Saya bagi Permatang dulu.

Y.B . PUAN NURUL SYAZWANI BINTI NOH : Saya nak bertanya saya difahamkan bahawa yang peruntukan selalunya untuk pembersihan parit-parit hanya setahun sekali, jadi saya nak tanya bagaimana pula kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kawasan ladang contohnya di parit-parit berhampiran kawasan ladang di sana dia dipanggil sebagai parit subur sebab jadi sebagai kita boleh nampak dalam parit itu pun nampak dah macam nampak kebun jagung dia punya banyak jadi saya nak tanya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan peruntukan untuk pembersihan yang longkang parit-parit subur ini tadi sebab saya ini adalah juga penting sebab selalunya parit-parit subur ini dia selalu berdekatan dengan kawasan pertanian jadi apabila parit subur dia dengan izin, congested. Dia dah tersumbat macam itu nanti dia akan mengakibatkan banjir kepada kawasan yang dikelilingi dan juga merosakkan dan mengakibatkan kerosakan kerugian kepada petani-petani berhampiran sekian.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Permatang, tanya soalan tambahan itu. Saya sebutkan tadi sebenarnya kalau ikut pada kaedahnya kita biasanya dua kali setahun cuma saya bila kawasan-kawasan pertanian, satu masalah besar kita ialah bila hujan banyak dan kawasan ini subur sebab dia buh baja jadi bila masuk ke dalam parit pokok dalam parit pun subur jadi cepat tumbuh. Kalau kita tengok, saya perhati kan tempat-tempat yang buat pembersihan tak sampai sebulan dah sebab dia subur air banyak, ingrediant dia ada, matahari cukup, baja pula daripada kawasan pertanian masuk ke sungai lagi bertambah subur sebab itu saya cadangkan kepada JPS tengok tempat pertanian ini terutamanya kita biasa kita tolak pembersihan itu dibuat dalam bulan 10 atau 9 jangan buat dulunya tengah tahun jadi nak sampai bulan musim tengkujuh hujung tahun jadi buat dekat sikit dengan time masa musim tengkujuh, kita estimate dalam bulan 10,11,12 begitu jadi buat dalam bulan 10 ataupun bulan 9 jadi kita tolak sikit itu cara kaedah kita buat dan tempat-tempat tertentu yang menjadi masalah memang kita tambah tapi pada umumnya 2 kali setahun yang melibatkan JPS. Untuk melibatkan

pihak PBT longkang-longkang itu mereka pun ada regular atau pun berkala ini di bawah kontraktor kawasan yang dilantik ikut kawasan untuk menguruskan parit dan longkang dan cuma saya sebut lagi satu isu yang besar ini ialah isu yang tidak bertuan saya dalam proses penyelesaian bukannya mudah tapi saya kena buat. Kita tidak boleh kerana susah selesaikan kita biar tak boleh kita selesaikan termasuk jalan tak bertuan, jalan tak bertuan ini lain pula dia dibuat dulu oleh ICU dia minta kebenaran tuan tanah jadi bila tuan tanah dah tak ada meninggal anak-anak tuan tanah tuntut balik tanah itu, jadi sekarang jadi masalah jalan itu tidak ada ROW ini pun satu yang kita perlu selesaikan bersekali isu tanah dan juga parit atau longkang, terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal, ringkaskan ya.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Speaker, dan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang memberikan gambaran betapa bagusnya preparation dan rancangan yang dibuat oleh pihak EXCO yang melibatkan structure dan bukan structure tetapi Yang Berhormat saya berjumpa jawapan kepada best practice kepada jawapan soalan mengenai banjir termenung ini dan benda ini bukan baru lama dan berulang kali saya ambil contoh di Kampung Bangi Tambahan setahun 2 kali sekurang-kurangnya dan mungkin berlaku tiga kali dan dia berulang kita dah selesaikan dahulu melalui menaikkan ban tahun 5 - 6 tahun dahulu naikkan ban.

Dan kemudian, kita cuci sungai, bersih memang sungai ini bertuanlah, bukan tidak bertuan. Bersih, naikkan ban kita buat pula parit yang selari dengan sungai ini tetapi banjir yang dua kali setahun itu tidak terjawab dan bertakung air itu tidak keluar. Sebenarnya, apakah yang lebih bagus untuk penyelesaian bagi kes yang seumpama ini? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan baru-baru ini yang apabila berbincang mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras, baru-baru ini saya ada bercerita mengenai penyelesaian banjir ini apabila dilihat mesti dilihat pada lembangan. Jadi, lembangan banjir di kawasan yang Yang Berhormat Sungai Ramal maksudkan itu ialah Sungai Langat. Sungai Langat ini kita telah mohon untuk penyelesaian jangka panjang untuk rancangan tebatan banjir yang menyeluruh iaitu melibatkan hampir RM2 bilion kos pembangunan tetapi setakat ini telah ditolak-tolak berkali-kali. Baru-baru ini telah diluluskan itu pun sikit, dalam RM600 juta lebih sahaja kalau tidak silap saya, yang hanya boleh kita selesaikan masalah di Sepang sahaja. Di kawasan Sepang sahaja. Jadi, sementara kita hendak dapatkan bajet besar untuk penyelesaian menyeluruh, kita terpaksa ambil langkah-langkah sementara ataupun jangka pendek. Ini yang dilaksanakan kerana kawasan yang terlibat ini kebanyakannya kawasan rendah. Kawasan rendah ini air, bila air sungai penuh ia tidak boleh mengalir masuk ini kerana ia backflow. Makna air di kampung tadi, taman ini lebih rendah daripada air sungai jadi, ia kalau kita buka pintu air ia akan keluar masuk ke kampung lagi, lagi banyak. Jadi, penyelesaiannya ialah mengepam. Jadi, sebab itu kita sediakan pam yang begitu banyak untuk, ini jika kita

tidak cukup kita akan ini, air termenung ini ialah kerana masalah aliran, saliran sungai, air lebih tinggi daripada kawasan dalaman yang perlu kita selesaikan dan penyelesaian menyeluruh hanya boleh dibuat apabila kita menyelesaikan rancangan tebatan banjir yang sebahagiannya sedang dilaksanakan dan sebahagian lagi memerlukan kelulusan bajet termasuklah RTB Sungai Langat dan juga RTB Sungai Buloh yang saya sebutkan semalam. Itu yang kita sedang pohon, minta diluluskan, sementara itu, kita ambil langkah-langkah perlu untuk penyelesaian segera. Setakat yang kita boleh buat di peringkat Negeri. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Untuk Soalan 65 dari Kampung Tunku, soalan ini telah dijawab bersama dengan Soalan Bilangan 51 sebelum ini. Jadi, kita teruskan soalan daripada Kuang. Yang Berhormat Kuang.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya Nombor 66.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Pembangunan Bola Sepak TempatanQuestions

66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejauh manakah komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan bakat atau industri bola sepak bertaraf tempatan?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Kuang. Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada pembangunan bola sepak Negeri Selangor. Peruntukan tersebut adalah merangkumi sejumlah RM10 juta dari Kerajaan Negeri dan RM10 juta lagi adalah sumbangan daripada Menteri Besar Incorporated atau MBI dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sebanyak RM18.5 juta telah disalurkan kepada Red Giants FC Sdn Bhd (RGFC) bagi mentadbir urus Pasukan Selangor FC manakala RM1.5 juta telah disalurkan kepada Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) bagi usaha pembangunan bola sepak akar umbi. Peruntukan tersebut diberikan bagi memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak dalam misi untuk mengembalikan kegemilangan skuad Merah Kuning di Negeri Selangor. Antara fokus utama pasukan RGFC adalah di dalam pembinaan infrastruktur dan

fasiliti bola sepak bagi membolehkan program pembangunan bola sepak Negeri Selangor berjalan dengan lancar. Pembangunan infrastruktur melibatkan pembinaan pejabat kejurulatihan baharu yang berjumlah RM700,000.00 bagi menempatkan para jurulatih bola sepak Selangor FC untuk membuat persiapan latihan dan perlawanan dengan lebih profesional. Selain itu, pihak RGFC juga telah membina padang latihan sintetik berbumbung yang bernilai RM1.9 juta bagi membolehkan latihan dan program bola sepak dijalankan sepanjang masa tidak kira siang atau malam, terik atau hujan. Pusat Fisioterapi Red Giants berjumlah RM900,000.00 juga telah siap dibina dan mula beroperasi sejak bulan Jun 2021 untuk memastikan kecergasan dan kesihatan para pemain bola sepak Selangor berada pada tahap yang memuaskan. RGFC turut telah memulakan usaha-usaha mengukuhkan dan transformasi Jabatan Teknikal untuk membangunkan DNA bola sepak Selangor FC. Dalam usaha transformasi Jabatan Teknikal, Selangor FC telah memulakan usaha mendidik jurulatih-jurulatih tempatan dengan menjalankan transfer knowledge, dengan izin, di antara kepakaran jurulatih asing dan jurulatih tempatan di mana seramai 30 jurulatih akan dilibatkan. Aplikasi sains sukan seperti GPS system, video analisis, penjagaan makanan dan ujian kecergasan setiap bulan turut diadakan bagi memastikan persembahan pemain berada di tahap yang tertinggi. RGFC juga telah bergerak aktif bagi menjalankan kerjasama rapat dengan Sekolah Sukan Negeri Selangor di mana Selangor FC akan memberi fokus untuk menyalurkan dana pembangunan bagi pertandingan Liga KPM bagi skuad bawah 17 tahun dan bawah 15 tahun. Selain itu, RGFC juga telah memulakan pembangunan yang lebih menyeluruh di peringkat akar umbi bagi menjalankan knowledge transfer, dengan izin, di peringkat teknikal dan DNA Selangor kepada semua jurulatih, menyediakan kepakaran video analisis dan fisio. Manakala bagi pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah meneruskan usaha membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi khususnya program-program seperti: i. Pembangunan kelab bola sepak komuniti ii. Pembangunan pengadil iii. Pembangunan kejurulatihan tempatan iv. Pembangunan bola sepak wanita dan kanak-kanak perempuan v. Pembangunan liga remaja / liga bola sepak negeri Kesemua pembangunan bola sepak ini telah melibatkan lebih dari 10,000 peserta di seluruh Negeri Selangor dan kerjasama rapat di antara Selangor FC dan FAS diteruskan untuk memperkukuhkan struktur liga Selangor bagi menggalakkan penglibatan pemain muda dari semua daerah Selangor dengan mensasarkan penglibatan atlet elit remaja yang terbaik dari seluruh Selangor.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat EXCO, saya rasa semua maklum setakat hari ini, terdapat banyak pasukan bola sepak kanak-kanak di hampir semua taman di Negeri Selangor. Perkembangan mereka ini saya nampak sangat positif termasuk penganjuran banyak kejohanan bola sepak untuk kanak-kanak bawah sepuluh (10), bawah lapan (8) tahun dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat, sekiranya kita dapat menyediakan peruntukan khusus kepada pasukan-pasukan bola sepak ini, sebab rata-rata pasukan-pasukan bola sepak kanak-kanak ini adalah pasukan-pasukan ..

Speaker

Yang Berhormat, soalan, soalan.

yang berdaftar

Speaker

Bukan cadangan. Soalan.

Jadi boleh tak Kerajaan Negeri pertimbangkan untuk disediakan satu peruntukan khusus yang boleh dipohon oleh pasukan-pasukan bola sepak ini?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuang. Saya ambil maklum tentang cadangan ini dan akan dibawa kepada perbincangan dengan pihak FAS dan SFC. Pertama, saya juga mungkin boleh cadangkan di peringkat ADUN-ADUN misalnya, untuk memberikan juga sokongan kepada persatuan-persatuan ataupun akademi-akademi kecil yang melibatkan bola sepak di peringkat kanak-kanak ini dan mungkin di pihak ADUN-ADUN di sebelah sana sekiranya ada keperluan mungkin boleh kita salurkan maklumat tersebut pada pihak saya dan kita cuba untuk selaraskan daripada segi sokongan, baik daripada segi kewangan mahupun logistik kepada mereka ini. Terima kasih Kuang. Ha? Itu kita boleh bincang. Terima kasih.

Tambahan.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, soalan tambahan daripada Paya Jaras.

Okey, terima kasih kepada EXCO. Saya hendak mohon sikit. Berkaitan dengan bola sepak sama juga di mana-mana mesti bola sepak. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab dah buat satu padang bola sepak di Bandar Baru Sungai Buloh tetapi apa yang

berlaku ialah padang itu tidak diselenggara dengan baik. Boleh tak pihak MSN semak, check balik padang bola sepak yang baru di award, diserahkan kepada penduduk pada bulan September, baru ini, dan masih dalam tempoh guarantee dia tetapi masih lagi teruk sangat. Jadi boleh tak MSN tengok balik status padang-padang yang telah dibina tetapi tidak mempunyai kualiti? Nanti saya akan serahkan gambar ini kepada EXCO. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Jaras. Nanti mungkin boleh beri maklumat tambahan kepada saya. Kita tengok balik sama ada padang ataupun kemudahan itu di bawah PBT atau Pejabat Daerah ataupun ditadbir, diselia oleh Majlis Sukan nanti kita susuli dengan tindakanlah. Terima kasih Paya Jaras.

Speaker

Sungai Burong.

Sekarang ini musim tengkujuh, soalan saya Nombor 67.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Kebenaran Operasi Sekolah Agama Persendirian Di Bangunan KedaiQuestions

67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mengapa ada PBT-PBT yang mengeluarkan peraturan tidak membenarkan sekolah-sekolah agama persendirian beroperasi di bangunan kedai?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker, terima kasih. Terima kasih kepada Sungai Burong. Untuk (a), semua PBT di Selangor membenarkan pengoperasian sekolah agama persendirian di kawasan bangunan kedai. Walau bagaimanapun pengusaha perlu mendapatkan kelulusan lesen perniagaan dan mematuhi semua syarat yang dikenakan iaitu perlu mendapatkan kelulusan KM iaitu Kebenaran Merancang bagi kegunaan bangunan dan juga kelulusan agensi berkaitan seperti bomba, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Agama Islam. Berdasarkan rekod, Majlis Perbandaran Selayang telah mengeluarkan lesen perniagaan bagi aktiviti sekolah agama persendirian. Sebanyak lima (5) buah sekolah pada tahun 2023 manakala di Majlis Perbandaran Sepang pula sebanyak 62 permohonan. Sekolah

agama swasta tahfiz KAFA telah diluluskan untuk beroperasi di bangunan kedai sejak tahun 2016. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan.

Terima kasih. Y.B. EXCO terima kasih atas, Yang Berhormat EXCO terima kasih atas jawapan tadi tetapi apabila saya lihat beberapa tempat di bandar-bandar terutamanya di Majlis Bandar raya Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, kebenaran untuk menggunakan lot kedai seolah-olah sangat sukar untuk dibenarkan bahkan banyak sangat birokrasinya sedangkan kita tengok banyak lagi rumah-rumah urut, gereja, hotel bajet yang saya difahamkan semua, secara asasnya lot kedai ini telah pun ada CF tetapi kesukaran ini amat dikesali, jadi, apa komen tuan?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong yang cukup prihatin terhadap sekolah agama persendirian di bangunan kedai yang sukar untuk diluluskan. Kita sedia maklum dan Yang Berhormat harus maklum bahawa apa Kerajaan perhatikan dan Kerajaan sangat prihatin ialah apabila kita luluskan lesen di setiap premis, kita mahu semua sekolah agama persendirian itu ada KM. Banyak tempat, tak kiralah di mana-mana, kita dapati di MBSA ke, MBPJ ke, MBSJ Majlis Bandaraya Subang Jaya, banyak yang didapati, tidak menggunakan pendekatan yang betul iaitu kaedah yang betul iaitu untuk memohon KM, bangunan .. building plan dan sebagainya. Akhirnya, ini akan mendatangkan satu implikasi iaitu membahayakan kepada bocah-bocah, maksudnya kepada budak-budak, kepada pelajar-pelajar. Apabila berlakunya satu kebakaran, ada kematian Tuan Speaker, Kerajaan Negeri dan PBT akan disalahkan. Ini kita kena harus bertanggungjawab. Ini tiada soal kita hendak menyusahkan siapa-siapa. Soal agama kita sokong semua. Ya, pendidikan agama, Islam dan juga gereja dan sebagainya, kita semua sokong. Seluruuuuhnya kita sokong! Tetapi harus, mengikut kaedah dan undang-undang, peraturan yang sedia ada bagi menjamin keselamatan untuk semua dan anak-anak kita. Sekian terima kasih untuk Sungai Burong.

Speaker

Ya, Soalan daripada Sabak.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya maklum dengan sekolah persendirian ini, terlalu banyak, terutama sekolah-sekolah swasta agama ini. Termasuk saya sendiri, ada dua (2) sekolah. (Dewan bersorak). Dua (2) sekolah dan sekolah saya telah beroperasi mungkin banyak lagi sekolah yang sama. Sejak tahun 2010 lagi, bomba dah datang, semua dah datang, apa semua .. dan lulus. Dan kita berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan sekarang kita dapat surat untuk yang akan datang kena untuk pendaftaran baru pula. Jadi, pihak saya telah mendapat surat daripada consultant, satu consultant supaya sekolah

saya perlu membayar RM45,000.00 untuk mendapat kelulusan ini semua, Kebenaran Merancang, untuk mendapat Kebenaran Merancang sedangkan bangunan sudah kita bina lama dah, sepuluh (10) tahun, dua belas (12) tahun dah untuk dapatkan..jadi sekarang ini, kerja-kerja ini diserah semua kepada consultant dan kita hanya membayar kepada consultant RM45,000.00. Maknanya, dua (2) sekolah saya kena bayar RM90,000.00. Ini yang mungkin banyak kes di tempat-tempat lain yang sekolah tidak boleh hendak survive, terpaksa tutup sekolah-sekolah ini. Jadi, apakah ini satu kewajipan yang mesti sekarang ini untuk mendapatkan pendaftaran baru sedangkan sekolah ini sudah beroperasi, sudah buka, bomba dah datang semua. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih koncoku, Sabak, Yang Berhormat Sabak kawan kita lamo, memang saya faham dan teliti apa Yang Berhormat bangkitkan dalam soalan tambahan tentang bayaran itu, ya, bayaran RM45,000.00 untuk consultant... untuk proses KM.

Memang saya....faham dan teliti apa yang Yang Berhormat bangkitkan dalam soalan tambahan tentang bayaran itu. Bayaran RM45 ribu untuk konsultan, untuk kita proses KM. Kita sedia maklum bahawa banyak bangunan walaupun dia lama mungkin beroperasi mungkin sudah ada bangunan didirikan di situ kadang-kadang 10 tahun, kadang-kadang 20 tahun ada yang 30 tahun Tuan Speaker, tapi mereka tidak mendapat kelulusan CC atau pun KM. Dan apabila kita nak melakukan satu perniagaan di situ kalau disyaratkan wajib KM dan sebagainya, kita harus ikut ya walau pun dia mahal. Yang Berhormat sendiri sebagai tuan punya sekolah, sekolah pendidikan persendirian ada dua RM90 ribu terpaksa dibayar itu kena juga bayar. Kalau tidak, kita tidak dapat menunjukkan satu contoh ya kepada orang ramai di luar di sana bahawa kita sebagai Ahli Dewan menggubal undang-undang, undang-undang yang kita gubal kita tak ikut tak boleh. Tapi soal nak mengurangkan kos yang dengan konsultan ini terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat dengan konsultanlah. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Tuan Speaker....

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah pun menunjukkan jam 11 pagi, 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkat.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Kinrara untuk menyambung penjelasan di atas...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Speaker....

Speaker

di atas perkara....

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Peraturan Dewan.....

Speaker

Ya....

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Peraturan Dewan.....

Speaker

Peraturan Tetap apa....

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Peraturan Tetap sekali lagi buat kali yang ketiga 24(8) tentang jawaban kepada soalan bertulis..

Speaker

Ya, ya.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Tuan Speaker, saya nak bangkitkan, ini dah kali yang ketiga...

Speaker

Yaa..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Tuan Speaker janji kepada kami semua 56 Ahli Dewan Negeri, bahawa jawapan kepada soalan bertulis akan dijawab sebelum berakhirnya sesi hari Jumaat yang lalu iaitu pada minggu pertama.

Speaker

Ya..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Persidangan Dewan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap..

Speaker

Ya..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Saya menerima jawapan daripada kerajaan...

Speaker

Ya..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Dalam sampul pada hari Jumaat yang lalu..

Speaker

Ya...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Tetapi apabila saya buka daripada 10 soalan, hanya 6 jawapan yang saya terima. Ada 4 lagi soalan yang belum diterima...

Speaker

Ya...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: dan saya dimaklumkan bukan sahaja soalan daripada saya yang tidak dijawab banyak, ramai Ahli-Ahli Dewan hampir kesemuanya termasuk juga sebahagian daripada kerajaan. Juga jawapan bertulis mereka tidak dijawab.

Speaker

Ya..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Jadi, saya mintak Petua daripada Speaker tentang perkara ini kerana ianya dah melanggar Peraturan Tetap Dewan kita 24 (8). Buat kali ketiga saya bangkit hari ini, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, saya memberi Petua saya, pertama bagi Ahli-Ahli Dewan yang menghadapi situasi yang sama saya mohon supaya perkara ini diutuskan secara rasmi kepada Pejabat Speaker dan Pejabat Dewan.

Yang kedua saya ingatkan kepada pegawai-pegawai kerajaan, bahawa memang termaktub dalam Peraturan Tetap bahawa jawapan kepada soalan bertulis perlu disediakan pada minggu yang pertama dan sekiranya kegagalan untuk mematuhi Peraturan Tetap ini barangkali ia akan menyebabkan pegawai yang berkaitan yang akan diminta untuk memberi penjelasan terhadap peristiwa-peristiwa yang diadukan itu di dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker saya mohon sedikit Petua.

Speaker

Ya...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya dengar dengan tekun Tuan Speaker sebut menegur Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Speaker

Ya...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker tidak adil untuk membebankan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan, kerana ini adalah tanggungjawab EXCO Kerajaan Negeri. Pegawai Kerajaan akan memberikan maklumat, data, statistik tetapi EXCO bertanggungjawab untuk mematuhi Peraturan Dewan. Jangan salahkan Pegawai Kerajaan, salah EXCO Kerajaan Negeri.

Speaker

Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin memberi peringatan yang mesra kepada semua khususnya EXCO yang menyediakan jawapan ini dan saya juga ingin memberitahu kepada semua bahawa perkara ini barangkali pernah berlaku bukan untuk tahun ini, tetapi untuk tahun-tahun yang lalu dan selalu berlaku termasuk zaman Yang Berhormat Hulu Kelang sebagai Menteri Besar. Dan perkara ini dan telah pun dipanjangkan pada tahun 2008 semasa Yang Berhormat Hulu Kelang pada masa itu merupakan Pengerusi ‘Backbenches’ dan selaku ADUN Bukit Antarabangsa dan perkara ini pernah dibangkitkan. Oleh sebab itu, saya ambil maklum nasihat dan juga permohonan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk memastikan perkara ini diberi perhatian serius kali ini oleh EXCO termasuk EXCO lah dan juga Pegawai Kerajaan. Ya baik, Yang Berhormat Taman Medan ada apa lagi...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ada sikit Yang Berhormat. Saya nak cadangkan...

Speaker

Yang terakhir ya sebab saya dah bagi dua Ahli Yang Berhormat untuk berucap tentang perkara ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya minta sebab Yang Berhormat Speaker nampak kurang tegas sebab ini sebab Yang Berhormat Speaker kaitkan dengan Hulu Kelang. Yang Berhormat Speaker kena faham, ini kali pertama Yang Berhormat Speaker chair sidang ini. Pertama..

Keduanya Yang Berhormat Speaker dah ingatkan minggu lalu...

Speaker

Ya....

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

bahawa..perkara ini perlu dibuat. Jadi Yang Berhormat Speaker tak boleh bagi peringatan mesra, kena tegur keras EXCO dan juga Kerajaan Negeri...

Speaker

Ya....

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab ini soalan-soalan ini bukan hanya kami sahaja tak dapat, Backbenches pun tak dapat...

Speaker

Itu sahaja...itu sahaja...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi saya minta Yang Berhormat buat ruling terus selepas daripada sidang ini, sidang-sidang akan datang minggu pertama wajib kena ada jawapan bertulis kepada semua soalan-soalan bertulis yang kita minta.

Speaker

Terima kasih....ya...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sekarang ini bila boleh dapat? Sekarang kita tak tahu..

Speaker

Yang Berhormat..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Hari ini patutnya dah dapat..

Tuan Speaker..

Speaker

Yang Berhormat....

Tuan Speaker..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Minggu lepas sepatunya dah dapat..

Speaker

Cukup, cukup, cukup.

Saya kira Tuan Speaker dah buat Petua dan jawab soalan daripada soalan Hulu Kelang. So kita teruskan lah Tuan Speaker kita masa kita pun suntuk..

Speaker

Ya, terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak, saya mintak Speaker buat ruling yang lebih tegas..

Dah buat, dah buat Petua kan Taman Medan. Speaker dah buat Petua.

Speaker

Yang Berhormat....saya...

Dah buat, dah buat petua...

Speaker

Saya, Yang Berhormat sekalian...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker....

Dah jawab pun soalan daripada.....

Speaker

Duduk-duduk..Taman Medan dan juga Seri Serdang dan begitu juga dengan Gombak Setia sila duduk...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

:

Speaker satu sahaja...

Speaker

Saya telah pun membuat ruling...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Sebab saya, saya yang bangkitkan Peraturan Tetap ini tadi...

Speaker

Ya, Yang Berhormat...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Jadi saya nak tahu, empat baki jawapan kepada soalan bertulis saya ini bila saya boleh dapatkan?

Speaker

Yang Berhormat.. duduk, duduk, duduk. Saya telah pun membuat Petaua tadi, dan ini adalah walaupun tiada peringatan tetapi kali pertamanya ia dilanggar ataupun berlaku dengan izin breach of the Standing Order dan saya sekali lagi memberi peringatan kepada Pegawai Kerajaan dan EXCO supaya perkara ini tidak boleh berulang dan semua jawapan perlu disediakan. Sekiranya ada yang tercicir ataupun tidak sempat dijawab, perlulah dijawab pada minggu ini juga dan semestinya dijawab sebelum sidang ini. Sidang pada kali ini ditangguhkan. Itu adalah ruling daripada saya. Itu sahaja Yang Berhormat, jadi saya jemput, saya jemput Yang Berhormat Kinrara untuk menyambung perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan dalam perbahasan semasa sesi perbahasan Rang-Rang Undang-Undang Perbekalan 2024. Saya teruskan...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya mohon....

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Siapa gulung? Hulu Kelang ke saya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum....

Speaker

Kinrara...Kinrara......

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya belum start...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu akan datang okay? Hari ini saya nak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Kinrara...

Speaker

Tentang apa? Yang sambung, sambunglah..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya sambung

Speaker

Ya silakan....

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya lah saya sambung...

Speaker

Tentang isu apa, tentang isu apa?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya nak bagi penjelasan..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan alih kepada topik lain. Fokus soal INSAN dulu..

Speaker

INSAN, INSAN...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Hanya INSAN sahaja yang belum habis...

Speaker

Sebab kita nak tau, sekarang ini INSAN ke atau pun soalan tambahan atau jawapan. Ya. Silakan Yang Berhormat Kinrara...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik. Okay, mengikut kajian usaha wajar ataupun due diligence dan penilaian yang dilaksanakan pada September 2021, Syarikat Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd. dinilaikan sebanyak 31.8 juta ringgit nilai, pegangan saham ikuti 49% dalam win Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd. bernilai sebanyak 15.6 juta ringgit yang dibeli oleh Kerajaan Negeri dengan kos pelaburan berjumlah sebanyak RM10 juta dan di mana penyaluran pertama adalah sebanyak RM 6 juta dan kali kedua adalah RM 4 juta. Jadi tidak timbul isu di mana RM 10 juta dibayar dan kemudian RM 4 juta dibayar lagi. Hanya 10 juta tetapi diagihkan kepada 2 kali bayarannya.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya...Baru nak start....

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Baik... saya bangkit begitu awal sebab pada hari Jumaat yang lalu kita tak dapat bangkit untuk bertanyakan persoalan penjelasan-penjelasan Yang Berhormat EXCO. Saya lihat dan saya teliti penjelasan Yang Berhormat EXCO saya lihat ada kekeliruan di antara dua program satu Program E-Wallet dan keduanya Program INSAN ini soal yang berbeza sama sekali. Nanti..

Pertama bila Yang Berhormat EXCO menjawab tentang Program INSAN Yang Berhormat EXCO discredit Syarikat Selcare, Selangkah Ventures dengan mengatakan bahawa syarikat tersebut tidak tersenarai sebagai e-money issuer yang diluluskan oleh Bank Negara yang pertama. Dan tadi Yang Berhormat EXCO juga jawab soal penilaian berapa harga Kerajaan Negeri bagi, ini jawapan tentang mereka dilantik sebagai pengendali Program E-Wallet, bukan Program INSAN yang kita

bangkitkan ialah tentang bagaimana Syarikat Wavepay boleh dilantik sebagai pengendali, saya tak pasti. Wavepay ini sebagai ejen, pengendali ataupun broker untuk program Wavepay ini. Sebab kalau kita lihat yang pertama, jelas dalam SSM Syarikat Wavepay Fintech Holding Sdn. Bhd., nature of business other credit granted, activity of holdings company, other financial services activity except, kecuali insurans takaful and pension funding. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya nak tanya tentang bila, apakah sebenarnya-sebenarnya peranan Wavepay ini tadi, sama ada dia ejen, dia operator, dia broker? Kerana kalau syarikat ini setahu saya Wavepay ini dia tidak mempunyai lesen insurans. Maka kalau dia tak mempunyai lesen insurans pembayaran yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat ini untuk mengendalikan Program Insurans adalah salah di sisi undang-undang, terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya tak pasti siapa yang keliru sekarang. Saya rasa semua di sini sekurang-kurangnya di sebelah sini dan rakyat Selangor semua jelas perbezaan antara soalan dan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak Setia.

Saya dah jelaskan minggu lepas bahawa kenapa Selangkah tidak dipilih dan SSDU kenapa tidak dipilih, kerana... sekarang dia tak ada e-money issuer(EMI) kalau dia tak ada EMI, dia tak boleh ..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat...Yang Berhormat..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak boleh, tak ada lesen e-wallet....

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat sana nak tanya,yang kita bahaskan soal insurans....

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Insurans tak ada kena mengena dengan lesen e-wallet...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Mereka memang bukan merupakan insurans company, bukan syarikat insurans dia hanya pengendali dan insurans itu adalah di bawah Am General Insurans.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Sebab itu, sebab itu kami bangkitkan mengapa mesti kita lantik Wavepay?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang itu saya sudah jawab. Mungkin pada minggu lepas, Yang Berhormat tidak ada. Saya dah bagi penjelasan itu.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Kenapa kita tak percaya kepada Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang ada lesen insurans? Kita ada PNSB ada lesen insurans..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

PNSB tiada kemampuan untuk menjalankan tugas ini...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Wavepay.. wavepay...

(Dewan riuh)

Speaker

Yang Berhormat duduk, duduk. Yang Berhormat duduk. Gombak Setia...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: EXCO, EXCO boleh baca atau tidak? EXCO faham Bahasa Inggeris atau pun tidak? EXCO boleh baca nature of business...

(Dewan riuh)

Speaker

Saya ingin menarik perhatian kepada semua duduk, duduk, duduk. Semua duduk. Saya suruh duduk, duduk semua. Duduk, duduk. Suruh duduk. Saya ingin memberi penjelasan, bukan. Tidak. Suruh duduk, duduk. Duduk. Ya duduk, duduk, duduk, duduk. Ya..saya tahu. Sila duduk, sila duduk...

Duduk..duduk...duduk..duduk.... Tertib dalam perbahasan di dalam Dewan ialah, apabila ada orang seorang Ahli yang berucap ataupun bertanyakan soalan atau pun menjawab, yang lain duduk dengar dan sekiranya Yang Berhormat Gombak Setia atau siapa sahaja yang minta pencelahan ataupun nak minta laluan, nak tanyakan soalan ke ataupun nak cadangkan apa-apa ke, minta kebenaran daripada Ahli yang sedang berucap itu. Kalau macam itu Dewan pun tak dapat dengar apa yang sedang diucapkan. Hulu Kelang pun tak dapat dengar, saya pun tak dapat dengar, orang luar pun tak dapat dengar, Seri Serdang pun tak dapat dengar. Jadi, ini tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Jadi saya minta soalan ditanya dengan jelas, kemudian duduk, jawab. Kemudian jawab dengan jelas. Kalau ada soalan lagi, tunggu dapat kebenaran. Okay, baik.

Saya nak minta Kinrara.. macam mana? Nak jawab juga...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker, saya nak minta kebenaran. Saya minta laluan.

Speaker

Ya? Ataupun nak biar Kinrara jawab ataupun habiskan ayat dia. Ya silakan...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik eh...jadi tujuan pelaburan dalam syarikat e-money issuer adalah bagi merealisasikan agenda cashless Negeri Selangor. Maka adalah wajar Kerajaan Negeri menggunakan perkhidmatan Wavepay sebagai gerbang pembayaran digital di mana Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut. Ini akan secara langsung akan meningkatkan nilai pelaburan Kerajaan Negeri dalam syarikat yang dilaburkan.

Jenama e-wallet Wavepay telah dikekalkan sebagai strategi perniagaan agar perkhidmatan ini akan dapat dikembangkan ke negeri lain dalam Malaysia dan antarabangsa tanpa terhad di dalam Negeri Selangor sahaja. Strategi perniagaan dengan strategi politik itu berbeza. Strategi perniagaan tidak semestinya setiap kali kita perlu guna nama yang sama. Jadi ini kita harus jelas bahawa kenapa kita tak nak masuk nama Selangor dalam... dalam program ini. Dia.. adalah strategi perniagaan saya rasa Hulu Kelang juga faham tentang strategi-strategi perniagaan ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh saya menggulung?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Boleh, boleh. Menggulung atau bertanya?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, saya nak lanjutkan pertanyaan daripada Gombak Setia. Apa yang dibangkitkan itu dua perkara yang berbeza. Saya kira Gombak Setia cuba menjelaskan kepada Dewan, bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan e-Wallet sebagai pra syarat untuk melaksanakan skim insurans bagi rakyat Selangor termasuk program INSAN dan INSAN Takaful. Sebab ini dua perkara yang berbeza, dua sektor, dua industri yang berbeza. Saya faham e-Wallet amat bertepatan dengan agenda cashless yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, itu kita tidak pertikaikan. Tetapi untuk melancarkan skim insurans tidak semestinya syarikat yang dipilih itu mesti memiliki e-Wallet. Itu yang pertama Yang Berhormat EXCO kena faham. Yang keduanya, di dalam Kerajaan Negeri ada anak-anak syarikat yang mempunyai pengalaman - PNSB, SIC (Selangor Industrial Corporation) yang merupakan insurance brokers, yang boleh melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan ini yang dibangkitkan oleh Gombak Setia bahawa Wavepay Fintech dalam SSM dengan jelas menyatakan itu bukan the nature of business yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Itu yang saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Yang keduanya, saya dengar dengan tekun jawapan Yang Berhormat EXCO pada hari Jumaat yang lepas. Ada di tangan saya. Cuma Yang Berhormat EXCO, hujah saya dalam perbahasan ialah Wavepay Fintech ini mengemukakan cadangan pada 27

September 2022 dan mendapat LOA daripada MBI pada 1 Oktober 2022. Ini ada dokumen di depan saya. LOA daripada MBI bertarikh 1 Oktober diberikan kepada Wavepay Fintech Holding Sdn. Bhd. dan jawapan Yang Berhormat EXCO pada hari Jumaat tidak menafikan tarikh-tarikh ini. 27 September cadangan dikemukakan, 1 Oktober keluar LOA. Cuma, YB. EXCO memaklumkan cadangan Wavepay Fintech yang bertarikh 27 September 2022 itu adalah pindaan kepada cadangan asal yang telah ditambah baik. Ini jawapan Yang Berhormat EXCO Cuma persoalan yang ingin saya bangkitkan, kerana Yang Berhormat EXCO juga dalam jawapan pada hari Jumaat mengesahkan kenyataan saya dalam Dewan ini bahawa MMKN pada 7 September 2022 bersetuju melantik Wavepay Fintech Holding Sdn. Bhd. sebagai pengendali perkhidmatan bagi program INSAN. Maka, persoalan yang saya nak bangkitkan di sini, bagaimana MMKN boleh luluskan Wavepay Fintech untuk melaksanakan program sedangkan cadangan terakhir pindaan itu belum diterima? Yang Berhormat EXCO sendiri mengatakan pindaan terhadap cadangan asal diterima hanya pada 27 September dan Yang Berhormat EXCO kena berhati-hati dalam jawapan dalam Dewan ini kerana dalam surat LOA MBI pada mukasurat yang terakhir menyatakan dengan jelas: “proposals dated 27th September 2022 to be ragged, taken and considered as an integral part of the LOA” maknanya begitu pentingnya pindaan kepada cadangan asal itu sehingga ianya menjadikan sebahagian daripada LOA. Tetapi persoalannya, kalau benarlah alasan yang diberikan oleh EXCO 27 September cadangan yang dikemukakan oleh Wavepay itu adalah pindaan dengan tujuan untuk menambah baik, mengapa EXCO meluluskan tiga minggu lebih awal sebelum menerima penambahbaikan daripada Wavepay? Apa istimewanya? Sekinchan ada masalah ke? Saya ingat Sekinchan ni bila bicara soal Wavepay, dia melenting. Dia ada kepentingan atau tidak?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya, minta Yang Berhormat Hulu Kelang tarik balik. Saya tiada kepentingan. Saya cuma angkat tangan.. saya kebetulan macam ini, tapi Yang Berhormat terlalu sensitif.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

jangan ganggu.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Hulu Kelang jangan terlalu sensitif, cuma tangan saya tak boleh tahan.

Speaker

Biar, Kinrara jawab.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Heran betul. Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri!

Speaker

Kinrara jawab.

(Dewan riuh)

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi, Yang Berhormat EXCO saya sekadar inginkan penjelasan, sebab pertama Yang Berhormat EXCO tidak menafikan butiran tarikh-tarikh dokumen yang saya bentangkan dalam perbahasan saya, Cuma Yang Berhormat EXCO telah memberikan penjelasan yang mengelirukan. Tidak mungkin MMKN boleh meluluskan sesuatu yang lebih awal daripada pindaan yang sewajarnya dibentangkan. Kalaupun pindaan telah dibuat, dengan tujuan untuk menambahbaik cadangan asal pada 27 September 2022, saya ingin bertanya agensi mana, jabatan teknikal mana yang meneliti pindaan tersebut? Ini yang saya sebut pindaan yang dibuat untuk tujuan penambahbaikan pada 27 September tetapi dalam 3 hari tanpa penilaian, tanpa assessment, boleh terima LOA pada 1 Oktober 2022.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bukan macam itu, Hulu Kelang. Saya jelaskan sekali lagi. Baik, baik. Biar saya jelaskan sekali lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya mohon penjelasan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik, baik. Saya akan jelaskan sekali lagi. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Ogos 2022 telah bersetuju secara dasar terhadap cadangan bagi pelaksanaan Skim Insurans Am Berkumpulan kepada 6 juta rakyat Negeri Selangor berdasarkan cadangan yang telah diterima pada 8 Ogos 2022 dan mesyuarat MMKN pada 7 September 2022 telah melantik MBI sebagai agensi pelaksana dan Wavepay Fintech Holding Sdn Bhd sebagai pengendali perkhidmatan bagi program INSAN. Pengendali, Wavepay tu pengendali dan MBI diminta untuk membentangkan perincian proses pelaksanaan merangkumi kaedah perincian pelantikan syarikat penyedia perkhidmatan serta kos yang terlibat untuk pertimbangan lanjut kerajaan Negeri. Cadangan pelaksana program INSAN bertarikh 27 September 2022 yang menjadi lampiran dalam surat pelantikan ataupuan LOA bertarikh 1 Oktober 2022 adalah cadangan terperinci dan muktamad bagi pelaksanaan program INSAN. Inilah kronologi dia.

Speaker

Ya, Sungai Ramal?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Mana yang confuse?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya, Speaker.

Ada yang confuse. Perkataan “pengendali” yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO. Sebab dalam polisi INSAN menyebut bahawa “Wavepay Fintech Holding Sdn. Bhd. adalah pemegang polisi induk bagi skim INSAN dan juga bertanggung jawab sebagai pengendali perkhidmatan”. Ada dua, pengendali dan pemegang polisi induk. Bagaimana pemegang polisi induk (master policy) ini boleh diberikan peranan kepada Wavepay? Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang insurance coverage itu ataupun perlindungan tu, adalah dibekal oleh AM General Insurance dan..

Speaker

Yang Berhormat bagi ke tak bagi?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bagi, bagi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Kita bangkitkan kerana Yang Berhormat EXCO sebut Wavepay Fintech sebagai pengendali, dalam polisi begitu jugak dalam laman web INSAN. Dia ada soalan-soalan banyak di situ yang boleh kita klik apakah yang dimaksudkan dengan pemegang polisi induk (master policy holder) dan dalam ini dinamakan Wavepay Fintech sebagai master policy holder. Sebab itu kita nak tanya sebenarnya peranan Wavpay Fintech ini apa? Broker ke? Pengendali ke? Master policy holder ke? Sebab kami nampak Yang Berhormat mungkin boleh kata kami confuse, tapi kami nampak Yang Berhormat confuse, sistem ini confuse, laman web INSAN confuse, takde jawapan yang sama Yang Berhormat...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang tak sama ni, pengendali. Pengendali Wavepay ini dilantik oleh MBI sebagai pengendali bagi program ini.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jadi Yang Berhormat nak clarify bahawa...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Jadi, pengendali kalau dia bukan jadi master policy holder bagaimana dia nak menjalankan tugas untuk membayar kepada

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Laman web INSAN ini salah, betul? Jadi Yang Berhormat EXCO saya mintak clarify bahawa apa yang ditulis dalam laman web INSAN ini salah? Wavepay Fintech bukan pemegang master policy holder, betul?

Speaker

Mana satu? Gombak Setia ke Taman Medan?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Gombak Setia, Gombak Setia. Taman Medan dulu. Saya mintak Yang Berhormat EXCO clarify bahawa Wavepay Fintech bukan master policy holder tetapi hanya pengendali.

Speaker

Yang Berhormat Gombak Setia, saya nak bagi sedikit cadangan, tadi kita sedang mendengar jawapan daripada Kinrara, terputus. Jadi saya mohon sekali lagi bila seseorang Ahli itu sedang bercakap, sekiranya Gombak Setia ataupun seseiapa sahaja nak mencelah, tunggu sampai mendapat kebenaran daripada ahli yang sedang berucap tu, kalau tidak, tergantung lah perjalanan dia ..

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO bagi tadi.

Speaker

Ya, terima kasih, ya. Silakan, silakan. Yang Berhormat Kinrara teruskan. Habiskan jawapan yang sepenuhnya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa apa yang saya jawab itu telah cukup jelas kepada soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Gombak Setia dan juga kepada semua yang telah...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO, EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, saya dah jawab.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak, bukan. Saya nak clarification.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebenarnya, sebenarnya

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya mintak penjelasan, hal mudah.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebenarnya pada...

Speaker

Yang Berhormat Kinrara bagi laluan atau tidak?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak, tak, tak. Saya nak sambung, saya tinggal sikit ni nak habis ni. Saya dah bagi penjelasan.

Speaker

Yang Berhormat Kinrara tidak memberi laluan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO, tak, saya mintak clarification perkara yang mudah sahaja.

Speaker

Yang Berhormat, tapi Yang Berhormat semua ..

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak clarify sama ada Wavepay Fintech ini

Speaker

Yang Berhormat Gombak Setia, Kinrara tidak memberi kebenaran. Jadi macam mana

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, Speaker. Tolonglah. Ini satu perkara yang serius. Kerajaan Negeri bayar puluhan juta untuk laksanakan program ini.

Speaker

Ya, saya tahu tetapi ini adalah peraturan tetap. Peraturan tetap kena ada. Kinrara tak bagi laluan, macam mana?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebab itu Speaker, kadangkala kita mintak Speaker buat ruling yang adil. Kita bangkit soal rakyat ini bukan soal RM12 juta

(Dewan riuh)

Speaker

Saya mintak semua duduk dan saya mohon Kinrara teruskan. Sekarang masalah ialah Kinrara dia tidak memberi laluan, dia tidak memberi laluan . Yang Berhormat. Gombak Setia, sebelum ini pernah jadi ADUN, dua penggal dah. Ini penggal yang kedua, takkan ini tak tahu? dia tidak memberi laluan Gombak Setia duduk. dia tidak memberi laluan Gombak Setia dulu Setiausaha Politik MB pun, tahu tentang Peraturan Tetap. Itu sahaja, terima kasih. Yang Berhormat bagi laluan ke tidak?

(Dewan riuh)

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak minta, saya minta clarification satu perkara sahaja.

Speaker

Batu Tiga? Batu Tiga?

Peraturan Tetap, Tuan Speaker. Peraturan Tetap 37. Apa yang dibuat oleh Gombak Setia hari ini ialah mengganggu perbahasan ataupun penggulungan ini yang dibuat oleh EXCO, berikan laluan, saya mohon berikan laluan dulu.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak, saya dah beri laluan ..

Kalau dah ada satu page berbaki, patut beri habis dulu. Gombak Setia beri laluan dulu.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Hei, tak ada fakta duduklah. Jangan nak ganggu.

Kamu diam. Sebab apa yang sedang dibuat, adalah menjawab!

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak, Speaker satu sahaja. Saya kalau EXCO boleh clarify ini, saya duduk.

Speaker

Yang Berhormat. Itu terpulang kepada Kinrara hendak memberi laluan ke tidak. Itu sahaja. Kinrara teruskan. Teruskan, teruskan, teruskan.

(Ahli-ahli Yang Berhormat saling mencelah)

Speaker

Kinrara teruskan. Teruskan, teruskan, teruskan.

Bagilah EXCO habis menjawab dahulu. Kalau EXCO nak jawab, Gombak Setia bercakap macam mana nak EXCO nak jawab.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Eh duduk, duduk. Ini langau-langau duduk. Langau duduk.

(Dewan riuh)

Bagilah peluang pada EXCO menjawab. Bagilah Yang Berhormat Kinrara jawab dulu.

Speaker

Jawab, jawab.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO, saya minta you clarify satu perkara sahaja...

Berapa banyak nak minta? Bagilah EXCO jawab dulu.

(Dewan riuh)

Speaker

Yang Berhormat-Yang Berhormat semua duduk. Duduk, duduk, duduk. Semua duduk, duduk, duduk. Gombak Setia duduk. Duduk,duduk. Laluan tidak diberi. Ini peraturan dia. Laluan perlu diberi sebelum boleh berdiri dan berucap. Itulah saya nak tanya Kinrara, bagi tak bagi? Tak bagi? Ha, sudah jawab. Itu sahaja Yang Berhormat. Selesai di sini. Kalau laluan tidak diberi, itu sahaja. Saya mohon Yang Berhormat Kinrara teruskan. Duduk, semua duduk. Semua duduk. Lembah Jaya duduk, Seri Serdang duduk. Gombak Setia duduk. Ya, itu sahaja. Kita berhujah secara tertib. Kalau ada laluan, berucap, kalau tak ada laluan, itu sahaja. Ataupun guna peluang-peluang yang lain untuk membangkitkan isu sekiranya ada kekeliruan. Itu sahaja. Baik, Kuang. Nak tanya soalan? Tentang INSAN?

Speaker

Okay, baik. Kinrara benarkan ke tidak?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya nak sambung kerana dia tidak bangkitkan hal ini

Boleh bagi laluan sikit?

Speaker

Yang Berhormat Kuang tak bangkit kan perkara ini. Jadi tak apa, Kinrara teruskanlah. Silakan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, menyedari hakikat bahawa Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang rancak lebih RM3.0 juta rakyat yang mencari rezeki di negeri ini termasuk rakyat dari negeri Kedah, negeri Kelantan, negeri.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat mohon laluan, Yang Berhormat.

Speaker

Tak apa, tak apa teruskan. Teruskan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terengganu dan berhijrah ke Selangor jadi rakyat Selangor. Rakyat Selangor tentunya memerlukan sistem sokongan dan jaringan

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat, mohon laluan Yang Berhormat. Ini soal INSAN, soal pelaksanaan. Yang Berhormat mohon laluan. Ni soalan INSAN tentang pelaksanaan. Tak ada kena-mengena dengan Yang Berhormat. Gombak Setia.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya saya tengah jawab ini. Belum habis lagi. Soalan-soalan yang dibangkitkan...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab dah pergi Kedah, dah pergi Terengganu tadi tu.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang tu, rakyat yang berhijrah

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang itu rakyat yang berhijrah.

Yang Berhormat, jangan sampai Yang Berhormat gulung dan terus Yang Berhormat kata sudah selesai menggulung dan duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya mohon laluan.

Speaker

Gombak Setia, Taman Medan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Rakyat Selangor tentunya memerlukan sistem sokongan dan jaringan keselamatan yang boleh membantu meringankan beban mereka. Oleh itu Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Insurans Am Selangor (INSAN)

berkuat kuasa 1 Oktober 2022 dengan tujuan untuk memberi perlindungan insurans am kepada 6 juta rakyat Selangor dengan MBI dilantik sebagai agensi pelaksana dan Wavepay sebagai pengendali perkhidmatan. Skim Insurans INSAN anjuran Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan 10 ribu.

Speaker

Yang Berhormat Kinrara, Taman Medan beri laluan atau tidak?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebagai sumbangan pampasan kematian dan cacat kekal kepada pemegang polisi INSAN. Kelayakan, Sungai Ramal tanya kelayakan Program INSAN mengikut kategori adalah rakyat kelahiran Selangor yang pertama, yang kedua rakyat yang bukan kerakyatan Selangor tetapi kad pengenalan beralamat di Selangor dan ketiga atau pengundi di Selangor. Ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bila Yang Berhormat bentangkan kepada kami tadi saya terpanggil untuk bertanya tentang soal tatakelola pelaksanaan Program INSAN ini kerana seperti yang kita dengar sejak beberapa hari dan beberapa minggu ini yang kami bangkitkan. Antara yang kita bangkitkan adalah soal pembayaran RM12.72 juta yang telah dibayar oleh MBI kepada pihak Wavepay Fintech yang mana bayaran ini sepatutnya dibayar untuk kegunaan insurans tetapi pendedahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Gombak Setia dari AM Insurans yang mana hanya 134 orang sahaja yang telah di carumkan. Sabar Yang Berhormat bagi saya habis soalan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, sila.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab apa saya tanya ini sebab ini juga berkait tadi dengan soalan bertulis yang saya tanya yang tidak dijawab lagi dan saya tanya pada beberapa rakan-rakan pembangkang soalan tentang INSAN ini tidak dijawab juga dan hari ini bila kita dengar penjelasan EXCO, kita tanya dari segi tatakelola macam mana Kerajaan Negeri boleh bayar dahulu pada Wavepay Fintech RM12 juta tetapi tidak siapa yang dicarumkan lagi. Hanya 134 orang sahaja dicarumkan dan bagaimana kita claim kita telah bagi insurans kepada 6 juta orang rakyat Selangor, itu yang pertama. Keduanya dari segi tatakekola. Selalunya fahaman saya mana-mana syarikat yang kita lantik, mereka bayar dahulu mereka claim tetapi ini tidak. MBI bayar dahulu dapat LOA terus bayar 2/3 of the amount pada Wavepay Fintech. Jadi, ini macam mana Yang Berhormat? Adakah ini cara baru yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor atau ini cara Yang Berhormat sendiri tentang dan tidak setuju. Mana bayar dahulu pada company kita tidak tau service dapat tidak dapat kita tidak tahu carum tidak carum. Dan terbukti hanya 134 orang sahaja yang telah dibayar caruman mereka kepada AM Insurans. Jadi dari mana tatakelola yang Kerajaan sana banggakan, jadi tata ke laut. Dan yang kami hairan pada sepanjang seminggu perbahasan, hanya ADUN Pembangkang sahaja yang bangkit soal INSAN ini. None of the backbenchers yang bangkit. Adakah ada arahan supaya tidak bangkit soal ini? Jadi saya hendak Yang Berhormat EXCO jelaskan.

Speaker

Okay, Kinrara jawab.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik, macam mana ini Taman Medan selepas satu minggu berbahas, masih confuse. Saya sudah jelaskan yang itu. Okay yang pertama. Saya sebenarnya belum sampai sana lagi. Berkenaan 153, tidak betul. Saya hendak tanya Yang Berhormat Taman Medan ada atau tidak Yang Berhormat Taman Medan mempunyai perlindungan insurans? Ada atau tidak? Tidak kira orang Pulau Pinang atau orang Selangor semua yang ada perlindungan insurans pernah beli insurans semua sedia maklum kalau kita tidak bayar dahulu, macam mana dia boleh bagi perlindungan, kita kena bayar kepada syarikat ini dahulu.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO, EXCO..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu tadi saya tanya tadi Yang Berhormat. Kenapa kita bayar kepada Wavepay Fintech yang tidak boleh bagi insurans?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kita bayar kepada Wavepay Fintech sebagai pengendali supaya mereka boleh bayar kepada insurans.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tetapi tidak bayar.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bayar.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, boleh bagi laluan kepada Hulu Kelang.

Speaker

Yang Berhormat Kinrara bagi ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, jawapan itu telah diberikan pada hari jumaat. Tetapi saya kira jawapan itu tidak bertanggungjawab. Memang benar saya ingat semua rakyat Malaysia ada perlindungan insurans. Bagaimana kita dapat perlindungan insurans? Yang Berhormat isi borang, sahkan skim mana yang diperlukan, tandatangan, serah kepada ejen insurans baru kita buat bayaran. Maknanya kita daftar terlebih dahulu. Sedangkan saya tunjuk ini dokumen yang kedua saya hendak lontarkan dalam Dewan, ini Perjanjian di antara Kerajaan Negeri, SUK Selangor dengan MBI di mana disebut sini keputusan EXCO pada 7 September 2022 di mana mengatakan bahawa proses permohonan INSAN hendaklah dibuka kepada umum selama 1 tahun. Maknanya pendaftaran belum pun bermula, belum pun tamat tetapi pembayaran sudah dibuat contoh Yang Berhormat beri tadi tidak tepat kerana bagi individu, nanti dulu. Duduk, duduk. Apabila seseorang bercakap yang lain duduk.

Speaker

Teruskan. Yang Berhormat Hulu Kelang, teruskan.

Siapakah sebenarnya Kerajaan ini? Siapa sebenarnya pembangkang?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ini floor kita run ini floor Kinrara.

(Dewan Riuh)

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, cepat rumuskan soalan apa yang hendak ditanya sebab masa itu emas.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat beri contoh itu sebagai individu kita daftar, kita bayar tetapi ini belum pendaftaran belum dibuka pendaftaran belum ditutup satu lagi dokumen yang nak saya kemukakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Itu tidak tepat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu Bukit Gasing. Satu lagi di dalam service agreement, ini dokumen yang ketiga. Service agreement di antara Wavepay dengan MBI dengan jelas menyatakan seperti yang tertakluk dalam LOA Yang Berhormat EXCO, saya kemukakan dokumen supaya Yang Berhormat boleh beri jawapan yang tepat. Di dalam LOA yang telah pun saya kemukakan dalam Dewan ini dengan jelas menyatakan bahawa, ini dia Perkara 6.1 in consideration of the services rendered by you in respect of this LOA, MBI agrees to pay a sum of RM 12.72 million in accordance with the payment terms as set down in appendix 3. Apa itu appendix 3?Saya kemukakan, appendix 3 dengan jelas menyatakan upon acceptance of the letter of appoitment kena bayar RM8.48 juta. Maknanya bila LOA dikeluarkan pada 1 Oktober, diterima oleh Wavepay, MBI kena bayar RM8.5 juta belum mula pendaftaran, belum tamat pendaftaran, belum tahu siapa yang pilih takaful, siapa yang pilih takaful insan.

Speaker

Yang Berhormat ringkaskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum tahu siapa yang hidup siapa yang mati tetapi Kerajaan Negeri telah bayar RM8.5 juta. Ini persoalan yang kita bangkitkan dalam Dewan, terima kasih.

Speaker

Soalan itu telah dibangkitkan berulang kali. Yang Berhormat Bukit Gasing hendak tanya?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Bukan nak tanya, hendak bidas yang kenyataan itu.

Speaker

Sekarang tanya kepada EXCO, bukan kepada Ketua Pembangkang. Tidak apa Yang Berhormat.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tidak apa, saya tanya EXCO. Yang Berhormat EXCO, adakah Yang Berhormat Hulu Kelang cuba kelirukan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti Dewan ini? Contohnya Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia, satu skim insurans berkelompok bagi semua murid di sekolah Kerajaan di Malaysia. Adakah setiap pelajar satu persatu isi borang untuk daftar masuk skim ini? Tidak, ia satu insurans berkelompok sama dengan yang ini insurans di Selangor walaupun tidak isi borang untuk daftar kamu sudah daftar coverage. Yang Berhormat Hulu Kelang sendiri sudah mengaku dia tunjuk kertas di hari pertama perbahasan kata saya sudah didaftarkan. Memang sudah ada covarage bagi 6 juta rakyat Selangor, coverage sudah bermula walaupun tidak download Wavepay, walaupun tidak install Wavepay, coverage itu sudah bermula. Kalau sudah berlaku kemalangan boleh tuntut tetapi coverage itu sudah bermula, oleh itu pembayaran dah dibuat.

Yang Berhormat Bukit Gasing adakah mengaku bahawa Bukit Gasing, bahawa Kerajaan Negeri mendaftarkan lebih awal semua seluruh rakyat Selangor.

Speaker

Kinrara, adakah Kinrara memberi laluan kepada Kuang?

Kuang minta kebenaran EXCO.

Speaker

Kinrara.

Soalan saya jelas dan soalan saya mudah. Adakah Kerajaan Negeri...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukit Gasing.

Speaker

Kinrara teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya setuju kalau berkelompok orang yang hidup. Bukan you kelompok orang mati you beli premium untuk dia. Ini masalah saya boleh tunjukkan.

Speaker

Kinrara teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Razali bin Ramli telah pun meninggal dunia tetapi dibeli insurans oleh Kerajaan Negeri Selangor. Apakah ini menunjukkan keprihatinan kelompok orang mati pun ada diberi insurans?

Speaker

Itu Yang Berhormat Hulu Kelang telah pun berulang jawapan daripada Kinrara. Biar dia jawab.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Budak sekolah kena daftar sekolah dahulu baru dapat insurans bukan terus dapat. Ini you random semua, general semua. Mana boleh.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan, jawapan ini laluan Kinrara. Kinrara teruskan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya jawab untuk meninggal dunia. Pra pendaftaran bagi kategori di Selangor telah dibuat menggunakan data yang diperoleh daripada daftar pengundi. Maka ada kemungkinan kes ini berlaku sekiranya daftar pengundi tidak dikemas kini pada waktu pada pra pendaftaran dibuat. Itu sahaja. Sekarang Kerajaan Negeri Selangor dengan berniat baik ingin memberi perlindungan kepada 6 juta orang rakyat Selangor.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik Yang Berhormat EXCO saya hendak tanya satu. Kalau betul itu niat Kerajaan Negeri sepatutnya berilah pilihan khususnya kepada umat Islam hendak pilih sama ada insurans takaful yang mematuhi tuntutan syariah atau konvensional. Kenapa Yang Berhormat pilih insurans untuk saya. Saya hendak pilih takaful insurans tetapi saya tidak diberi pilihan semata-mata memberi keuntungan kepada Wavepay, itu sahaja.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sekarang Takaful itu dilancarkan selepas konvensional jadi itu pada dua tarikh yang berbeza. Saya dengar dan teliti semua hujah Ahli Dewan termasuk yang membuat pertikaian jika skim ini benar-benar wujud atau sudah adakah yang telah mengambil manfaat sahaja.

Tuan Speaker.

Speaker

Sentosa.

Speaker

Jika kita masih ingat seorang mahasiswa UiTM Puncak Alam.

Speaker

Yang Berhormat Kinrara, Sentosa berdiri.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO saya hanya hendak sambung apa yang Bukit Gasing bagi tahu. Memang Bukit Gasing telah memberi tahu kita semua berkenaan perbezaan insurans kelompok dengan insurans individu. Sebelah sana confuse dengan perlindungan insurans individu. Apa yang hendak saya beri tahu adalah premium sebanyak RM2.00 seorang jumlah penduduk yang diinsuranskan atau warga Selangor adalah 6 juta orang so this straight forward case kalau you hendak ambil insurans di syarikat insurans premium dia lebih banyak berbanding dengan apa yang Kerajaan Selangor memberi manfaat kepada warga Selangor, terima kasih.

Speaker

Kinrara teruskan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Jadi jika kita masih ingat sorang mahasiswa UiTM Puncak Alam telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Puncak Perdana pada Ogos lalu. Pihak MBI sendiri telah menghubungi pihak UiTM Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat semakan dengan Wavepay yang mendapati Allahyarham telah mengesahkan pendaftaran program INSAN. Bulan lepas, 3 Oktober pihak MBI dan juga UiTM telah menziarahi ibu Allahyarham untuk menyerahkan mock cheque sebanyak RM11,000.00 sebagai wang pampasan kematian dan khairat kematian. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya mohon izin Dewan yang mulia untuk saya baca ungkapan ibu Allahyarham semasa lawatan tersebut “Pendaftaran ini anak sulung saya uruskan, saya tidak tahu ada bantuan MBI ini. Cepat juga selepas seminggu anak meninggal sudah ada follow up saya rasa terharu sebab ada bantuan begini untuk anak saya dan anak Selangor juga, saya rasa banyak terima kasih Kerajaan Negeri untuk bantuan ini”. Jadi hormatlah Ibu Allahyarham.

Ini untold story la ni.

Speaker

Yang Berhormat hendak beri laluan lagi ke?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya boleh tunjuk.

Speaker

Ya.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini dipaparkan di laman sosial MBI, laman sosial MBI bertarikh 2 November 2023. Terdapat beberapa lagi penerima berita mereka dipaparkan bersama kes pelajar UiTM ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh rujuk media sosial MBI. Saya ingin memaklumkan Ahli Dewan, sehingga kini sejumlah 152 tuntutan insurans telah dikemukakan. Bukan hanya 153 yang disebutkan oleh Taman Medan yang didaftar di bawah skim insurans ini, bukan. 152 itu tuntutan insurans INSAN yang telah dikemukakan dan 63 orang penerima telah memperoleh pampasan insurans INSAN. Jumlah pampasan yang telah dibayar kepada penerima adalah lebih setengah juta ringgit atau pun secara lebih tepat RM680,000.00 telah disalurkan.

Dan Tuan Speaker, jika kita rujuk daftar terkini statistik kemalangan yang dilaporkan ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dari Januari hingga Mei tahun ini sahaja, lima bulan yang pertama sejumlah 3,333 kemalangan tempat kerja dicatatkan. 21% iaitu 712 kes direkodkan di Selangor di mana 48 kes daripada angka tersebut layak memohon perlindungan insurans INSAN. Ini adalah tujuan utama bagi program ini. Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mem war-war kan kepada rakyat Selangor dan kepada semua wakil rakyat juga untuk merujuk laman sesawang untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai program ini.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, Sungai Ramal minta laluan boleh tak?

Speaker

Kinrara, bagi laluan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak payah. Tak payahlah, dan membuat tuntutan sekiranya supaya bantuan ini dapat meringankan kesusahan ....

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

EXCO, Sungai Ramal minta, Sungai Ramal minta. Boleh?

Speaker

Kinrara tidak bagi, tidak bagi.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya habiskan.

Speaker

Baik saya jemput Ahli Yang Berhormat, ya ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, ada lagi soalan tambahan.

Speaker

Dia tidak memberi laluanlah. Ahli Yang Berhormat yang seterusnya

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ala, EXCO lari, tidak mahu menjawab. Tidak bolehlah macam ini EXCO. Tak bolehlah macam ini ....

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: EXCO, tak bolehlah... Speaker, tak bolehlah begitu.

Speaker

Yang Berhormat Kinrara telah duduk. Sekinchan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tidak mahu jawab!

Speaker

Duduk dulu. Sekinchan, Sekinchan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kita tidak puas hati dengan jawapan. Kita tanya dengan Kinrara bukan dengan Bukit Gasing.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, speaker.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan dalam ...

Speaker

Yang Berhormat, sila duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Speaker, macam mana soalan kita ...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, soalan kita...

Speaker

Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat Kinrara telah pun memberi laluan sebelum ini, dia tidak memberi laluan. Kalau ada isu-isu boleh tanya kemudian dalam Rang-Rang Undang yang seterusnya. Sekinchan teruskan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini bukan soal tanya kemudian. Ini bukan soal tanya kemudian Speaker.

Speaker

Duduk, duduk, duduk. Duduk, duduk, duduk.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, kita datang ke Dewan ini ...

Speaker

Saya tahu, duduk, duduk.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker kita datang ke Dewan ini dengan bawa dokumen. Kita bawa fakta.

Speaker

Duduk, duduk. Gombak Setia duduk, Gombak Setia duduk, Gombak Setia duduk. Gombak Setia duduk. Ini saya tak apa, duduk, duduk, duduk, duduk semua, duduk. Gombak Setia duduk. Gombak Setia duduk, duduk. Itu saya tahu soalan kamu yang berulang-ulang. Saya menyatakan untuk kali yang terakhir, semua Yang Berhormat kena duduk, laluan telah pun diberi oleh Kinrara pada permulaan penggulungannya. Sila duduk, duduk, tenang, cukup. Laluan telah pun diberi oleh Yang Berhormat Kinrara pada permulaan penggulungannya. Ada ADUN yang diberi laluan untuk bertanyakan soalan, ada juga ADUN yang diberi laluan untuk bertanyakan soalan tanpa diberikan kebenaran. Dan itu telah pun berlaku, jadi tertakluk kepada Yang Berhormat Kinrara sama ada hendak memberi laluan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mana-mana Ahli Yang Berhormat yang hendak bertanyakan soalan atau pun mencelah dan sekiranya laluan tidak diberi dan dia duduk, dia habiskan penggulungan, Yang Berhormat Kinrara, itu sahaja. Sekarang ini kita teruskan bagi siapa yang mempunyai isu-isu lagi, ada peluang dalam peringkat perbahasan, seterusnya untuk mengemukakan isu itu sahaja daripada saya. Yang Berhormat Sekinchan teruskan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, Speaker ...

Speaker

Duduk, duduk, duduk. Itu sahaja. Saya telah pun menjawab.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini juga... Speaker, Peraturan Tetap. Peraturan Tetap.

Speaker

Peraturan Tetap apa?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Speaker, saya bertanyakan soalan ini sebab

Speaker

Peraturan Tetap apa Yang Berhormat Gombak Setia?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ia juga berkait dengan Peraturan Tetap 24(8) yang saya bangkitkan tadi. Kita, ini pasal jawapan kepada soalan bertulis..

Speaker

Peraturan Tetap 24(8) adalah tidak ada berkaitan dengan pertanyaan. 24(8) tidak ada berkaitan dengan Rang-Rang Undang ini. Pertanyaan-pertanyaan telah saya bagi pada pukul 10:00 pagi hingga 11:30 pagi ....

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, speaker, bagilah peluang untuk saya jelaskan. Kenapakah Speaker seolah-olah tak hendak dengar dulu penjelasan.

Speaker

Kerana Yang Berhormat telah berulang-ulang kali berdiri, langgar Peraturan Mesyuarat. Yang Berhormat telah mengemukakan Peraturan Tetap yang salah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, speaker. Saya tanya dua soalan bertulis.

Speaker

Duduk ! Gombak Setia duduk, duduk. Yang Berhormat duduk, duduk.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tentang isu INSAN, dan kemudian saya bangkitkan isu INSAN dan tidak mendapat jawapan yang baik daripada EXCO

Speaker

Gombak Setia duduk. Duduk, duduk.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, tenang lah.

Speaker

Yang Berhormat Gombak Setia jaga tertib, jaga decorum,jaga sikap, jaga tingkah laku.

(Dewan riuh)

Speaker

Duduk !!!, duduk !!.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Hoi, garangnya Speaker. Tenanglah Speaker. (Dewan riuh)

Speaker

Satu dunia sedang dengar dan tengok apa yang berlaku, Gombak Setia, duduk. Saya telah pun memberi teguran, Yang Berhormat berulang kali berdiri, mengemukakan Peraturan Tetap yang salah. Itu adalah satu sebabnya Yang Berhormat, saya tidak mengizinkan lagi. Kinrara sudah telah pun duduk. Sekarang giliran Sekinchan, teruskan Yang Berhormat Sekinchan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Salah sejahtera kita mohon, terima kasihlah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu dalam perbahasan Belanjawan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya ingin menjawab soalan kepada Yang Berhormat Kajang. Di mana berkaitan dengan kenderaan yang terbiar.

Tuan Speaker, untuk makluman Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor mengguna pakai Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di kawasan operasi PBT yang mula berkuat kuasa pada 13 Februari 2020. Kenderaan terbiar ini merupakan satu isu yang membebankan PBT-PBT kerana melibatkan kos yang tinggi. Berdasarkan kepada peruntukan Undang-undang berkenaan pelupusan tanpa perlu mengenal pasti hak milik kenderaan tersebut adalah seperti berikut.

Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 yang memberi kuasa kepada PBT untuk menangkap tanpa waran mana-mana orang yang meletak kereta-kereta buruk dan terbiar di tempat awam. Seksyen 46(3)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 juga memberi kuasa kepada PBT untuk memindah halangan Seksyen 116 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133 menerangkan cara pelupusan yang dilakukan oleh PBT. Walaupun pihak PBT mempunyai kuasa untuk melupuskan kenderaan terbiar, namun masih ada prosedur yang perlu dipatuhi oleh PBT untuk melupuskan kenderaan terbiar. Prosedur tersebut adalah seperti berikut :

i. PBT menerima, merekod dan menunda kenderaan yang terbiar dalam tempoh satu hari. ii. Semakan status kenderaan melalui portal MySikap, semakan PDRM, semakan SSM serta PBT membuka kertas siasatan IP dalam tempoh 5 hari. iii. Kenderaan bermasalah jenayah akan diserahkan kepada PDRM dan kes dianggap selesai dalam tempoh 1 hari iv. Bagi kenderaan bermasalah identiti, JPJ akan merujuk kepada Jabatan Kimia untuk mengenal pasti identiti dalam tempoh 1 hari. v. Pengeluaran notis pemberitahuan kepada pemilik untuk menuntut kenderaan oleh PBT dalam tempoh 14 hari.

vi. Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset di sita akan diadakan bagi tujuan mendapatkan keputusan sama ada aset dijual melalui lelongan awam, dijual dengan cara lain atau dilupuskan dalam tempoh 7 hari. vii. PBT merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri untuk mendapat izin pendakwaan dan seterusnya mendapat perintah lucut hak dari Mahkamah yang dianggarkan tempoh 1 hingga 3 bulan. viii. PBT memohon pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer iaitu PUSPAKOM membuat pemeriksaan kenderaan dalam tempoh 1 hari dan PBT memohon pertukaran hak milik kenderaan dan atau pembatalan pendaftaran kenderaan dalam tempoh 1 hari PBT akan melaksanakan keputusan mesyuarat Jawatankuasa. Tempoh keseluruhan prosedur ini dijangka selesai dalam 60 hingga 122 hari.

Ini untuk maklumat kepada Yang Berhormat Kajang. Seterusnya ...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan, dia bangkit?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dia bangkit, Yang Berhormat dia ada bangkit soal isu kereta terbiar? Kalau tidak, saya tidak izinkan sebab masa tidak mengizinkan.

Speaker

Terpulang kepada Yang Berhormat Sekinchan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mencelah, mencelah Yang Berhormat, mencelah Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak, sebab dia tak ada perbahasan kereta terbiar.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kereta terbiar, kereta terbiar ini.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Taman Medan, ini adalah pentas Sekinchan. Sekinchan ....

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sebab tak ada perbahasan isu, saya tidak jawab. Saya tidak mahu ....

(Tuan Speaker menutup suis pembesar suara).

Speaker

Yang Berhormat Sekinchan teruskan, teruskan, teruskan, teruskan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya akan teruskan. Untuk menjawab ...

(Tuan Speaker menutup suis pembesar suara).

Speaker

Duduk, semua duduk, semua duduk. Kuang duduk sebab ini adalah floor ataupun pentas Sekinchan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dan Yang Berhormat Subang Jaya ialah berkaitan dengan syarat-syarat pengoperasian taska. Menurut Peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Akta 308, Taska bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan lebih daripada 1 isi rumah untuk dijaga dengan upah, di bawah Peruntukan Akta Pendidikan 1996, Akta 550 Tadika di definisikan sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan pra sekolah 4 hingga 6 tahun disediakan untuk 10 orang murid atau lebih.

PLAN Malaysia telah menyediakan Garis Panduan Perancangan dan Penubuhan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) 2017. GPPP Tadika dan Taska 2017 bertujuan untuk memudah cara serta memberi panduan kepada pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Pelaksanaan dan Pemaju dalam merancang menubuhkan dan mengawal pembangunan Tadika dan Taska. GPPP Tadika dan Taska 2017 ini menggantikan Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska 2012.

GPPP Tadika dan Taska 2012, GPPP Tadika dan Taska telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah mengambil kira isu-isu berkaitan operasi dan penubuhan Tadika dan Taska seperti berikut :-

i. Tempoh permohonan kelulusan tukar syarat, Kebenaran Merancang (KM), pelesenan, pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama. Peraturan dan syarat dalam menimbang kelulusan yang tidak seragam antara pelbagai agensi. ii. Fee permohonan KM, lesen premis perniagaan yang baru dan pembaharuan lesen yang tidak seragam di antara PBT. iii. Kewujudan operasi Tadika dan Taska yang tidak berdaftar. Operasi tanpa lesen di kawasan kediaman telah menyebabkan timbulnya kacau ganggu terutamanya daripada aspek lalu lintas dan bunyi bising. iv. Tapak khas Tadika dan Taska yang dikenal pasti di dalam Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) tidak dibangunkan. GPPP Tadika dan Taska 2012 telah diguna pakai oleh PBT dalam mengawal dan merancang penubuhan Tadika dan Taska sehingga aras 2 bangunan sahaja.

PLAN Malaysia dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membuat penambahbaikan terhadap garis panduan sedia ada dengan merangkumi syarat-syarat perancangan dan penubuhan Tadika dan Taska di bangunan pejabat berbilang tingkat. Pada tahun 2017, GPPP Tadika dan Taska yang ditambah baik telah

mengambil kira keperluan agensi-agensi teknikal. Antaranya termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPJ), Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Malaysia, Majlis ECCE, Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Berdaftar (PAPENTA).

Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan ke atas Taska tidak berdaftar telah dijalankan dari masa ke semasa oleh agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri. Berikut adalah statistik dari JKM Selangor berkenaan Taska yang terlibat operasi dari Januari 2023 sehingga Oktober 2023. Daerah Petaling tidak berdaftar Januari, 54. Tutup atau berhenti operasi, 5. Telah daftar, 1. Tidak berdaftar, 48. Gombak, 71, tutup henti operasi, 2. Telah didaftarkan, 17. Tidak berdaftar sehingga Oktober 2023, 52. Hulu Langat, tidak berdaftar, Januari 97, tutup henti operasi 21, telah didaftarkan 6, tidak berdaftar hingga Oktober 70. Klang 75 tutup, 5 telah didaftarkan, 4 tidak berdaftar. Hingga Oktober, 66. Petaling, Subang Jaya 60, tutup henti operasi 48, telah didaftarkan 1 saja. Tidak berdaftar sehingga Oktober 2023, 11. Petaling, Shah Alam 20 dan tidak berdaftar sehingga Oktobe, 20. Tetap 20, tidak berganjak. Tujuh, Kuala Selangor. Tidak 15, telah didaftarka, 2. Tidak berdaftar sehingga Oktober 2023, 13. Sepang, 54, tutup 16, telah didaftarkan 11. Tidak berdaftar sehingga Oktober, 27. Sembilan, Kuala Langat 33 dan telah didaftarkan 2 sahaja. Tidak didaftarkan sehingga Oktober, 31. Hulu Selangor, 12 dan didaftarkan 1 dan tidak didaftarkan sehingga 2023 Oktober, 11. Sabak Bernam ada 6, telah didaftarkan 2 hingga Oktober 2023, tidak didaftarkan 4. Jumlah 497 yang tidak berdaftar, tutup 97, telah didaftarkan 47, baki tidak berdaftar sehingga Oktober 2023 353. Seterusnya Tuan Speaker, respons kepada Yang Berhormat Subang Jaya juga yang juga cukup prihatin dengan....

Speaker

Yang Berhormat Subang Jaya.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Subang Jaya, silakan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon sedikit justifikasi. Soalan saya semasa perbahasan adalah sama ada garis panduan sedia ada kami akan mengkaji semula untuk mengambil kira pusat-pusat pengasuh berskala kecil sebab seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekinchan, garis panduan sedia ada menjurus kepada pengusaha besar di mana mereka mempunyai ramai kanak-kanak untuk dijaga. Jadi untuk mereka sebab pendapatan besar jadi bolehlah mereka sewa corner lot dan selepas itu ada tangga dari tingkat dua ke tingkat satu, masalahnya untuk rumah teres dan juga apartment dia masih tidak boleh dibenarkan beroperasi sebagai pusat pengasuh taska atau pun

tadika tetapi hakikatnya bila kami semak ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat sebegini jadi kebanyakan dari mereka adalah pengusaha berskala kecil tak ramai kanak-kanak, dua tiga or maybe empat orang kanak-kanak tapi minta mereka sewa corner lot dengan tiadanya kanak-kanak yang mencukupi sangat menyusahkan mereka jadi akhirnya ramai dari mereka beroperasi secara haram. Jadi saya mohon supaya perkara ini disemak semula supaya kami boleh memutihkan mereka dan biar mereka untuk saya kira boleh untuk latihan contohnya supaya keselamatan kanak-kanak itu akan terjamin. Itu permohonan dan klasifikasi yang saya mohon, terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya yang prihatin, yang fokus tentang taska dan juga pusat asuhan. Kita sedia maklum bahawa di taman-taman memang ada yang berskala kecil, di rumah dan sebagainya tetapi sebagai kerajaan khususnya PBT kita mempunyai undang-undang dan peraturan dan kita tidak boleh membiarkan di mana-mana satu pusat asuhan yang tidak mencukupi dengan bilangannya dan tidak terkawal. Walaubagaimanapun pihak kerajaan kita akan ambil maklum, pihak PBT dalam mesyuarat, saya akan pertimbangkan pada mesyuarat Standco akan datang, SPBT tentang isu-isu yang berbangkit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya. Supaya kita teliti apakah solusi yang terbaik yang dapat membantu yang berskala kecil ini. Kalau ada, kita cuba membantu supaya kerajaan yang prihatin, yang terus membantu rakyat. Untuk respons kepada Yang Berhormat Subang Jaya juga berkaitan dengan cadangan pelaksanaan trap neuter dan juga rehome untuk kawalan anjing liar. Kerajaan Negeri menerusi PBT kini masih lagi dengan kaedah kawalan, melupuskan anjing liar berdasarkan kaedah yang telah digariskan. Pekeliling Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan KPKT Bilangan 5 Tahun 2014 Mengenai Tatacara Operasi Piawaian (SOP) Penangkapan Dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan kaedah trap-neuter dan juga rehome yang merupakan bilangan anjing liar yang biologi yang mengurangkan pembiakan anjing liar sekaligus mengurangkan aktiviti pelupusan anjing liar. Beberapa PBT di Negeri Selangor seperti MBSA dan MPKJ dalam kajian untuk melaksanakan program ini namun ia memerlukan kajian lanjut mengenai kaedah ini dari segi implikasi kewangan, logistik dan impak sosial. Hal yang demikian, program seperti ini sentiasa di monopoli secara khusus oleh NGO iaitu Persatuan Pencinta Haiwan sahaja. Selain itu kaedah juga menggunakan kaedah penangkapan yang berperikemanusiaan dan haiwan tersebut di hantar ke klinik veterinar untuk menjalankan proses pemandulan dan vaksin dan selepas itu akan diasingkan di tempat jagaan dan seterusnya, ia dilepaskan semula ke kawasan yang difikirkan sesuai. Kerajaan Negeri berpandangan positif dan akan meneliti, menjalani kajian lanjut dan kerjasama dengan jabatan veterinar sebelum kaedah ini dilaksanakan dan diperluaskan di seluruh PBT di Negeri Selangor.

Seterusnya Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan perbahasan, pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Tiga, terima kasih Batu Tiga dan juga Yang Berhormat Meru dan juga Yang Berhormat Dusun Tua,

Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Sentosa berkaitan cadangan menyelenggara, menaik taraf taman dan sebagainya di Dusun Tua dan infra. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira setiap cadangan, maklum balas aduan dari pelbagai bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur asas di kawasan PBT seperti lampu, longkang dan jalan, oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil maklum akan semua cadangan oleh Yang Berhormat khususnya yang telah cadangan berkaitan penyelenggaraan, naik taraf, infra asas khususnya dari Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Dusun Tua dan juga Yang Berhormat Bukit Lanjan dan Yang Berhormat Sentosa di kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri terus komited untuk pembangunan fizikal di kawasan PBT di dalam Belanjawan 2024 dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor berkaitan ketetapan khas bahawa setiap Pihak Berkuasa Tempatan akan menggunakan 10% dari rizab kewangan khususnya untuk tujuan membaik pulih infrastruktur serta fasiliti awam, peruntukan ini adalah peruntukan khas selain dari peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri bagi tujuan membina atau pun membaik pulih infrastruktur awam. Inilah untuk respons kepada Yang Berhormat -Yang Berhormat tadi. Seterusnya...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, boleh tanya satu soalan?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Boleh, silakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang Hulu Klang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat Sekinchan merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar supaya 10% sepuluh peratus diperuntukkan untuk kerja-kerja yang digariskan tadi. Tetapi bagaimana untuk PBT yang berpendapatan jauh lebih kecil dari PBT yang lain. Kita ada tiga Majlis Bandaraya Subang, Shah Alam dan Petaling Jaya. Apakah adil untuk meletakkan satu peratusan sama dengan Majlis Daerah Sabak Bernam ataupun di daerah-daerah yang lain. Saya kira perkara ini perlu disemak semula kerana kita juga mesti berlaku adil kepada PBT-PBT yang tidak mempunyai hasil yang begitu tinggi berbanding dengan Petaling Jaya, Subang Jaya dan juga Shah Alam, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Klang yang prihatin tentang rizab yang akan digunakan pakai oleh 12 PBT di Negeri Selangor. Memang pengumuman belanjawan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita arahkan untuk semua PBT menggunakan 10% rizab. Memang saya ambil maklum memang ada PBT kita khususnya Majlis Daerah Sabak Bernam semua sudah perbandaran, majlis bandar raya hanya satu iaitu Majlis Daerah Sabak Bernam, mereka masih dalam keadaan kewangan yang tidak menentu dan kekurangan kewangan kekangannya dan kalau di situ ramai bukan saja majlis asnaf kawasan Sabak Bernam paling ramai asnaf mengikut rekod zakat, ini yang saya hendak tegaskan. Oleh yang demikian, perkara ini kita akan perbincangkan. Kerajaan Negeri dan saya sebagai EXCO Kerajaan Tempatan akan membangkitkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’

Menteri Besar supaya PBT yang tidak mampu, kalau Majlis Perbandaran Kajang tidak mampu dan sebagainya boleh dikecualikan tetapi yang mampu wajib laksanakan. Ini dasar dari Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Seterusnya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selat Klang. Selat Klang ada ya? Berkaitan dengan tindakan yang lebih agresif untuk tunggakan cukai dan sebagainya. Perancangan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kutipan tunggakan cukai tanah taksiran bagi PBT Negeri Selangor adalah antaranya seperti berikut :

i. Mempergiatkan tindakan di bawah Seksyen 147 dan 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 Untuk Menuntut Tindakan Cukai Taksiran jika cukai tidak dibayar.

ii. Mempergiatkan tindakan perundangan melalui tindakan mahkamah bagi tunggakan cukai.

iii. Mempertingkatkan promosi seperti cabutan bertuah, program penghargaan kepada pembayar cukai taksiran yang baik.

iv. Penambahbaikan kepada pengurusan pengutipan cukai taksiran dan penguatkuasaan.

Ini respons untuk Yang Berhormat Selat Klang. Seterusnya....

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Selat Klang, saya berikan dahulu kepada Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih di atas penerangan itu tapi untuk tahun 2023 yang saya tanya itu berapakah jumlah yang tertunggak untuk tahun 2023, tidak dilaporkan di dalam belanjawan. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat di dalam catatan tidak ada tunjuk yang tertunggak dengan spesifik tapi ini saya akan bagi secara bertulis untuk Yang Berhormat Selat Klang dan saya akan bagi detail. Yang Berhormat Kuang.

Boleh tambah sikit. Saya ada soalan sikit.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tapi Yang Berhormat tak bahas jadi saya bagi yang bahas untuk melicinkan, nanti kalau Kuang ada persoalan, saya akan jawab, Kuang boleh tanya.

Baik. Saya risau nanti tau-tau habis, gulung terus duduk tak jawab soalan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Kuang. Untuk Batu Tiga. Kuang sentiasa sebab ada isu, saya ingat Kuang sebab Kuang asyik bangkit saja. Tiada masalah.

Speaker

Teruskan Yang Berhormat, tiada masa Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Untuk soal kakitangan, kebajikan, gred dan sebagainya. Tuan Speaker, urusan pengisian jawatan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa melantik (PBM) berdasarkan jumlah waran perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA dan Kementerian Kewangan Malaysia MOF. Pada dasarnya Perkhidmatan Awam tidak mempunyai sebarang dasar berkaitan penyerapan secara automatik, anggota lantikan kontrak ke jawatan tetap kerana pengisian kekosongan jawatan ini dilaksanakan secara terbuka yang mana turut melibatkan permohonan orang awam di luar organisasi melalui proses semakan kelayakan secara sesi temu duga. Oleh yang demikian, kakitangan kontrak perlu bersaing secara adil bersama calon lain dan dari luar organisasi yang turut sama memohon penjawatan berkenaan. Selain itu setiap Pihak Berkuasa Tempatan adalah tertakluk kepada Akta Pencen, Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 Akta 239 yang menggariskan keperluan urusan pembayaran caruman pencen bagi setiap anggota yang telah mendapat Pemberian Taraf Berpencen PTB, kemampuan PBT bagi tujuan menyerap ke semua kakitangan kontrak bukan sahaja mengambil kira bayaran emolumen kepada kakitangan berkenaan malahan setiap PBT bertanggungjawab untuk membuat caruman pencen bulanan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada kadar 17.5% berdasarkan gaji hakiki bulanan bagi setiap pekerja berpencen Seksyen 8(1) Akta 239. Oleh yang demikian setiap PBT perlu mengambil kira implikasi kewangan bagi tujuan bayaran emolumen dan bayaran pencen terhadap semua kakitangan kontrak sekiranya berhasrat untuk menyerap semua kakitangan kontrak berkenaan kepada lantikan tetap.

Sedikit Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya Batu Tiga. Silakan.

Bagaimana kalau saya memberikan pandangan adakah sekiranya mana-mana PBT dirasakan berkemampuan dari sudut perbelanjaannya untuk membelanjakan urusan pencen. So dia bagi PBT yang ada kemampuan, dia boleh serap seramai mungkin. Jadi saya nak tanya, adakah ada satu numbers yang kita boleh berikan kebebasan kepada pihak PBT untuk pastikan mereka boleh serap kakitangan. Sebab saya ambil contoh MBSA. Saya berikan, 1700 kakitangan dengan 700 lebih kontrak bermakna ia terlalu besar jurangnya dan kerja yang dibuat oleh pihak PBT ini kita faham ia tugas yang berat. So sebagai penghargaan, saya ingat kakitangan tetap yang kita uruskan itu akan memberi sedikit motivasi. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga yang terus memperjuangkan staf-staf kontrak yang tidak diserapkan menjadi tetap. Kita ambil maklum, Kerajaan Negeri ambil maklum dan pihak PBT kita akan bincang tentang kemampuan kewangan semua PBT berlainan. Jadi kalau boleh, kalau ada kemampuan mungkin kita boleh utamakan kepada pekerja kontrak yang lama yang lebih 20 tahun dan sebagainya mungkin boleh dipertimbangkan. Perkara ini akan diperhalusi oleh pihak Kerajaan Negeri termasuk pihak PBT supaya kita menjamin semua kebajikan hak semua pekerja, staf kita terbela. Ini sebagai sebuah kerajaan kita Selangor yang cukup prihatin. Terima kasih.

Seterusnya, berkaitan dengan perbahasan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil tentang keperluan penglibatan ADUN Pembangkang dalam mesyuarat di peringkat daerah dan PBT. Tuan Speaker, Arahan No. 1 2023, Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara Menjejaskan Mekanisme Penyelarasan Perancangan Pelaksanaan dan Penilaian program projek di bawah Rancangan Malaysia 5 tahun RMT termasuk inisiatif ke arah kesejahteraan rakyat serta inisiatif-inisiatif semasa kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Bagi tujuan pelaksanaan di peringkat daerah, penglibatan Ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) dan Mesyuarat Focus Group (FGD) Kesejahteraan rakyat peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Selain itu bagi tujuan menjelaskan penglibatan Ahli Dewan Negeri dalam mesyuarat PBT pula, Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 telah menyatakan bahawa semua mesyuarat Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil akhbar melainkan jika selainnya diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan ketetapan. Selaras dengan peraturan tersebut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT melalui surat bertarikh 21 November 2018 telah memohon agar semua PBT di seluruh Malaysia memberi kebenaran dan menggalakkan Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Negeri untuk menghadiri Mesyuarat Penuh PBT sebagai Pemerhati. Ini untuk Yang Berhormat ...

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Nak tanya.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya silakan.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Maknanya boleh dijemput la semua ADUN-ADUN daripada Pembangkang juga sebab sekarang ini tidak dijemput kecuali Daerah Kuala Langat dan beberapa daerah tertentu mungkin ada juga yang dijemput tapi ada daerah, macam saya ada dua daerah iaitu Sepang dan Kuala Langat dan saya berharap Pegawai Daerah Sepang dengar daripada Yang Berhormat EXCO tadi memberi penjelasan maknanya boleh dijemput, jelas ya. Mesti dijemput. Okay terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita memang tengok perkara ini biasanya daripada ketetapan sebelum ini pihak PBT dia boleh buat ketetapan, mereka boleh buat ketetapan sama ada jemput atau tidak. Tetapi biasanya kita galakkan dalam Full Council, Mesyuarat Penuh boleh dipanjangkan. Saya sebelum ini saya pernah jadi Pembangkang, saya pernah jadi Pembangkang 2004 waktu itu saya nak juga hadir, nak dengar juga, nak dengar juga waktu itu untuk Mesyuarat Penuh, saya sebagai Pemerhati waktu itu, saya datang, termasuk juga saya datang ke Dewan Negeri yang Mulia ini sebagai Pemerhati untuk dengar apa yang dibahaskan dan disebut dan dibincangkan. Ini pada ketika itu lah jadi pihak PBT mereka boleh buat ketetapan sama ada nak undang atau tidak. Dibenarkan untuk kita uruskan kepada...

Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kuang dengan Taman Medan, saya tetap dengan apa yang saya katakan tadi kalau mereka berbahas sebelum ini, saya akan bagi. Kuang nanti dulu, sabar, sabar itu sebahagian daripada iman. Sabar dulu ya.

Speaker

Duduk, duduk, duduk.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Taman Medan, perkara ini tidak dibahaskan, jadi tidak adil lah untuk saya bagi soalan tambahan..

Bagi pandangan sahaja, bagi pandangan sahaja.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dengkil ada lagi. Kita bagi Dengkil dulu.

(Dewan riuh)

Speaker

Sekinchan, Sekinchan nak bagi laluan ke tidak?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak, tak. Saya tetap istiqamah, saya tetap dengan pendirian.

(Dewan riuh)

Yang Berhormat Sekinchan saya nak bagi pandangan sahaja. 5 saat, 5 saat sahaja.

(Dewan riuh)

Speaker

Okay Sekinchan, teruskan sahaja. Jelas, jelas. Ini adalah...

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini adalah keutamaan, kalau Hulu Kelang tanya saya mungkin bagi peluang sebab dia Ketua Pembangkang. Ini Penolong Ketua Pembangkang, sila duduk lah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Hulu Kelang bangun, Hulu Kelang bangun.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Sekinchan. Saya nak membantu Yang Berhormat Sekinchan ya. Sebenarnya kalau Yang Berhormat Sekinchan menggunakan alasan Ahli-Ahli Dewan Negeri sama ada Pembangkang atau backbencher tidak membangkitkan persoalan tersebutm maka Yang Berhormat tidak mahu respons, saya rasa kurang adil kerana masa yang diberikan hanya 5 minit, tak mungkin mereka boleh bangkitkan banyak perkara dalam tempoh 5 minit. Itu yang pertama. Yang kedua, saya yakin dengan pengalaman yang besar Yang Berhormat Sekinchan boleh jawab apa juga soalan. Jadi Yang Berhormat Sekinchan kena tunjuk kehebatan Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk berupaya menjawab apa juga soalan. Alasan mereka tak bangkitkan saya kira tidak adil kerana mereka diberikan 5 minit Yang Berhormat. Jadi ini lah peluang untuk mereka tanya soalan tambahan dan dengan kemahiran boleh jawab soalan kepada rakan-rakan daripada Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional. Terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Taman Medan ada 20 minit jangan lupa. Bukan semuanya 5 minit, Taman Medan 20 minit.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, dan juga senior yang berpengalaman Mantan Menteri Besar, Mantan Menteri Besar, Mantan Menteri MITI, dan sebagainya, ekonominya memang, pengalaman dahsyat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Pengalaman hebat, dahsyat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tapi saya tetap bukan saya tak boleh jawab, bukan saya tak boleh jawab, kita kadang-kadang boleh bagi tapi untuk ini ada ruang yang banyak lagi dan Yang Berhormat Speaker juga begitu adil dia bagi 20 minit, 20 minit. Saya rasa Taman Medan lebih 15 minit. Jadi ada...

Saya dapat 3 minit je hari tu. Jadi

(Dewan riuh)

Speaker

Terus kepada jawapan. Dia tak bagi laluan, Yang Berhormat Sekinchan teruskan. Teruskan, teruskan.

(Dewan riuh)

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukan saya tak boleh jawab, saya tak nak buang masa, soalan-soalan yang bernas. Saya nak tumpukan kepada Yang Berhormat Dengkil dulu, yang lain kemudian, kalau ada sangkut paut dengan perbahasan yang dibangkitkan, ambil maklum. Baik, untuk berkaitan Dengkil berkaitan perancangan bandar bagi tujuan mengawal bencana banjir. Perancangan sesuatu kawasan untuk dibangunkan adalah tertakluk kepada permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada setiap PBT dan juga KM adalah keperluan di bawah Peruntukan Seksyen 19(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 di mana setiap pemajuan yang hendak dimulakan dibina hendaklah mendapat kelulusan KM terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Prosedur bagi permohonan KM di PBT adalah Permohonan Pemajuan dikemukakan kepada Unit Pusat Setempat (OSC), One Stop Centre dan diproses oleh Jabatan Perancangan, Pembangunan dan permohonan ini juga akan diarel kepada jabatan teknikal luaran, JKR, JPS, TNB, SYABAS, SKMM, Pentadbir Tanah dan lain-lain agensi yang berkaitan dan jabatan teknikal dalaman PBT berkenaan contohnya Jabatan Kejuruteraan, seterusnya ulasan jabatan teknikal akan dibentangkan dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar, Yang Dipertua untuk mendapat keputusan. Ulasannya dikemukakan oleh setiap jabatan teknikal mestilah merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172, Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan Am 2001 Selangor, Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dan Rancangan Tempatan serta dasar-dasar perancangan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang diterima pakai oleh PBT Selangor.

Selain itu Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ke 41 bil. 1/2023 pada 17 April 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan cadangan pemakaian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dalam pembangunan tanah yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran. PISMA ini dilihat sebagai satu solusi dalam menangani isu banjir kilat di negara ini. KPKT akan mengeluarkan arahan pemakaian PISMA di dalam proses pembangunan tanah terutamanya di dalam proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan di peringkat kajian semula Rancangan Tempatan. Ini untuk respons kepada Dengkil.

Kemudian saya ingin teruskan Tuan Speaker kepada isu yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya PBT dan Akta 672 berkaitan respons kepada Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Kota Kemuning dan juga Yang Berhormat Dengkil dan Meru. Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar ketika Pembentangan Belanjawan Selangor 2024 pada 10 November 2023, Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan bakal ditubuhkan tahun hadapan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk tempoh respons terhadap aduan rakyat dan mengwujudkan bandar berdaya huni dan mampan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Cadangan untuk melantik mana-mana Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri untuk menjadi sebahagian dari Suruhanjaya PBT akan diperhalusi. Cadangan penggubalan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan

Sampah Sarap 2007 kepada Undang-undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan MMKN ke-33/2022 yang diadakan pada 14 Disember 2022 yang telah disahkan oleh MMKN ke-33/2022 menimbang dan menangguhkan cadangan dasar penggubalan Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam PBT Negeri Selangor untuk penelitian dan perbincangan lanjut Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam bersama Yang Berhormat Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam waktu terdekat.

Waktu itu lah MMKN ke-15/2023 yang diadakan pada 7 Jun 2023 dan disahkan oleh MMKN ke-16/2023 Khas pada 16 dan 17 Jun 2023 telah menimbang dan menolak cadangan pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Akta 672 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam Negeri Selangor. MMKN bersetuju supaya penggubalan dan pewartaan Enakmen atau Undang-undang Kecil Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam diteruskan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Oleh yang demikian, cadangan draf penggubalan sedang diteliti dan dibincangkan semula secara terperinci dengan semua PBT Negeri Selangor sebelum dapat diangkat semula untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Tuan Speaker, ketika ini penggunaan undang-undang kecil untuk membantu penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara masih relevan digunakan. Penekanan ke atas penguatkuasaan ke atas undang-undang sedia ada termasuklah tindakan penguatkuasaan di bawah Kanun Tanah Negara adalah diberikan keutamaan ketika ini. Ya ini untuk respons kepada Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO, EXCO soalan. Gombak Setia.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tak ada. Sebab isu sampah dan sebagainya ada di belakang. Nanti saya jawab ya. Ada, ada.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ada ya? Jangan lari ya.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Gombak Setia saya jawab, kawan lama tak kan tak jawab, kawan lama seperti apa. Tadi wong jowo. Ya, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat EXCO.

Speaker

Sila utamakan bahasa Malaysia.

Batang Kali ada tak jawapan dia Yang Berhormat EXCO?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat tak boleh.

Batang Kali ada tak jawapan dia selepas ini?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada, Batang Kali ada untuk, nanti dulu ya.

Kita risau.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jangan risau. Di dalam Dewan yang Mulia ini tak perlu risau, tak perlu tergesa-gesa, don’t tension. Kita sabar sebahagian daripada iman.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebab dia biasa macam tu Tuan Speaker, sabar. Dia kata ready, ready, sabar- sabar, tengok belakang dia dah tak ada, dia lari.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Maju bersama Malaysia Madani,

Yang Berhormat EXCO yang hebat, sebab dah pukul 1,

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Untuk Yang Berhormat... masa ya. Gombak Setia ini ada bakat nak jadi Speaker.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Gombak Setia sini.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Eh bukan Gombak Setia, ini Kuang.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Haa, saya jangan. Sentuh saya, saya bangkit.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya rindu dengan Gombak Setia, saya sebut Gombak Setia. Tak apa. Ini Kuang ya. Kuang dia nak tunjukkan bakat sebagai Speaker. Bagi peluang untuk latihan.

Boleh, boleh, sikit boleh tak? Saya tengok tadi Yang Berhormat EXCO baru habis satu kertas, selesai dan masa tinggal lagi 7 saat. Jadi saya cuba halang supaya jangan buka kertas baru. Kita sambung kertas baru selepas kita makan. Haaa.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Buka kertas selepas ini. Kalau bab ini, saya terima. Saya ambil maklum. Terima kasih.

Speaker

Kuang, Sekinchan sila duduk ya. Yang Berhormat Ahli sekalian. Waktu sudah menunjukkan pukul 1 petang, Dewan akan ditangguhkan dan sambung pada pukul 2.30 nanti ya. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum WBT, selamat petang, Salam Sejahtera kita mulakan sesi petang ini dengan penyambungan daripada Y.B. EXCO Sekinchan. Yang Berhormat, terima kasih kerana mengingatkan saya.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi keizinan untuk saya terus sambung mengulas tentang apa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balakong berkaitan dengan baik pulih cerun dan juga isu berkaitan dengan peruntukan rizab 10 peratus untuk perbaiki membaiki infra. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat Balakong untuk baik pulih cerun kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan cerun merupakan ancaman kepada keselamatan penduduk berhampiran dan juga pengguna jalan raya. Kerajaan Negeri bersama pihak JKR dan PBT sentiasa memantau status cerun-cerun yang berisiko terutamanya ketika musim hujan. Walaubagaimanapun, kos penyelenggaraan dan baik pulih sesuatu cerun adalah sangat tinggi mencecah jutaan ringgit. Oleh yang demikian, pihak JKR, PBT dan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor akan mengenal pasti cerun-cerun berisiko tinggi untuk diberi penumpuan bagi tujuan baik pulih pada kadar yang segera. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan supaya Yang Berhormat Balakong tentang rizab 10 peratus PBT perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut untuk kita menaik taraf semua infra-infra di kawasan-kawasan terutamanya kawasan Yang Berhormat Balakong, kita akan beri perhatian yang penuh.

Tuan Timbalan Speaker, seterusnya menjawab perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kemuning tentang penyelenggaraan longkang, jalan di Kota Kemuning dan juga tentang hotspot mengelak banjir di kawasan DUN Kemuning dan sebab menyebabkan banjir. Bagi jalan dan longkang yang berada di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Shah Alam kerja-kerja pembersihan dijalankan secara berjadual seperti berikut, pembersihan jalan dan longkang di kawasan jalan utama, jalan kediaman, jalan komersial dan jalan industri jadual pembersihan jalan

oleh KDEB Waste Management, satu jalan kediaman dua kali sebulan, jalan utama dan jalan komersial setiap hari, jalan industri sekali seminggu. Pembersihan longkang oleh KDEB dua kali sebulan, pembersihan jalan dan longkang di jalan persiaran setiap hari dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan persiaran Majlis Bandar raya Shah Alam. Pembersihan longkang besar sekali sebulan dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan longkang besar MBSA. Selain daripada perkhidmatan pembersihan longkang dan perparitan yang dilaksanakan oleh pihak Majlis terdapat juga perparitan yang turut diselenggara oleh agensi lain iaitu JKR, JPS. Sekiranya terdapat kawasan yang didapati tidak diselenggarakan sebagai mana yang dijadualkan aduan boleh dikemukakan kepada dengan menghubungi pihak PBT atau agensi berkaitan atau melaporkan melalui SISPA.

Pihak MBSA telah melaksanakan projek menaik taraf kolam takungan di lokasi berikut- (1) Jalan Sungai Burong 32/69, Seksyen 32 (90%) siap (2) Kolam takungan di Jalan Kemuning Permai 33/42, Seksyen 33 (50%) siap. (3) Kolam takungan Seksyen 32 (98%) dalam progress. (4) Menaik taraf kolam takungan Wetlands Seksyen 31 (56%) siap. MBSA juga telah melaksanakan kerja penyelenggaraan kolam takungan secara berkala manakala kerja-kerja penyelenggaraan parit di kawasan perumahan dilakukan mengikut pusingan dua kali dalam tempoh sebulan. Inilah respons saya kepada Yang Berhormat Kota Kemuning Kerajaan Negeri akan sentiasa terus memantau supaya isu-isu berkaitan tambatan banjir dan isu banjir kilat di Kota Kemuning dapat diatasi secara berperingkat.

Seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini Tuan Timbalan Speaker tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gombak Setia, janji saya tadi Gombak Setia kita mesti pusing seluruhnya sampai ke Gombak Setia tidak akan lari daripada isu Gombak Setia kawan lama tak kan nak lari. Ini penting itu prinsip itu kena jaga, sahabat lama ini. Tentang isu WTE di Rawang dan juga kenapa YTL sahaja dipilih dan sebagainya. Tidak timbul isu Kerajaan Negeri tidak mempercayai anak syarikat, Kerajaan Negeri tengah menyokong pembangunan WTE oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar meneliti dan mempertimbangkan apa-apa jua cadangan yang diajukan oleh mana-mana pihak yang dirasakan sesuai dan dapat membantu Negeri Selangor menjadi sebuah negara maju yang terkedepan terutamanya dalam pembangunan yang mampan dan inklusif. Berhubung dengan jaminan KDEB Waste Management tidak akan ditelan oleh YTL Power International Berhad berdasarkan status dan kedudukan kewangan kedua-dua buah syarikat. Kerajaan Negeri Selangor sudah pastinya akan memperhalusi setiap terma-terma yang terkandung dalam perjanjian usaha sama yang akan ditandatangani kelak bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management terpelihara dan situasi menang-menang win-win bagi kedua-dua belah pihak. Perjanjian usaha sama tersebut sudah tentu akan memperincikan perkara-perkara berkenaan dengan obligasi KDEB Waste Management dan juga YTL Power International Berhad termasuk perkara-perkara

seperti modal keuntungan, kerugian, kuasa, tanggungjawab, penyelesaian, pertikaian dan sebagainya.

Kerajaan Negeri optimis bahawa pembangunan Waste To Energy (WTE) melalui moral kerjasama awam swasta PPP di antara YTL Power International dan juga KDEB Waste Management ini kan dapat membantu Kerajaan Negeri mengurus pelupusan sampah dengan lebih efektif dan bestari, modal PPP ini membolehkan suntikan pelaburan dan kepakaran sektor swasta dimanfaatkan dalam membangun dan mengendalikan kemudahan WTE manakala Kerajaan Negeri akan memberi sokongan melalui penetapan dasar dan polisi yang jelas dan mampan. Tuan Timbalan speaker, silakan Gombak

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Sebab itu saya juga tanyakan selain daripada kita percaya kepada kapasiti anak syarikat kita, kita juga mesti lindungi anak syarikat kita supaya ditelan taikun-taikun kita tak nak dengan syarikat 2 ringgit kita pun ditelan dengan taikun kita ditelan akhirnya dan pada masa yang sama sebab itu saya lihat Negeri Selangor kita ada potensi yang cukup besar, sebab sebagaimana Yang Berhormat Speaker jawab dalam soalan-soalan pada sesi pagi saya lihat jumlah sampah atau pun jumlah sisa pepejal.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang berhormat EXCO

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang dikeluarkan oleh, kerajaan, rakyat negeri kita ini jumlahnya besar jadi sebab itu mengapa tidak kita melihat bahawa dengan kerjasama di kalangan anak-anak syarikat kita ini kita dapat ada intergrated subsidi yang terlibat dalam keseluruhan the value chain of kerja ini tadi. Misalnya kalau ada kerjasama KDEB dengan Worldwide maksudnya KDEB menjadi kedua kerjasama ini menjadi pelengkap maksudnya KDEB adalah operator yang mengutip sisa pepejal yang menyediakan input kepada WTE dan kemudian Worldwide sebagai satu anak syarikat yang mengendalikan sebagai pemilik aset kepada WTE berkenaan dan kita juga akan dapat memastikan kos tipping fee itu dapat dikawal. Kalau tidak kita hanya menguruskan pusat operasi WTE kemudian yang kutip sisa pepejal itu orang lain jadi akhirnya bila tipping fee itu tinggi kita terpaksa bebankan kepada rakyat jadi sebab itu saya tegaskan kalau kita boleh adakan kerjasama secara intergrated di kalangan subsidinary anak-anak syarikat kita maka kita dapat bukan sahaja melindungi anak syarikat kita bahkan kita juga dapat mengurangkan tipping fee kos tipping fee ini dan kita tidak bebankan kepada rakyat terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia yang begitu concern, begitu prihatin tentang isu WTE yang akan dibina. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Tuan Timbalan Speaker memang kita kerajaan sentiasa teliti semua aspek WTE dan apabila kita khuatir apabila timbul isu syarikat kecil kita bagi mana-mana konsesi sebagainya akan dipersoalkan kenapa modal itu kecil dua ringgit

rong ringgit sahaja kan dan sebagainya. Sekarang kita memilih YTL Power International syarikat gergasi pun timbul isu, kenapa pilih YTL Power, kenapa tapi kalau saya nak bagi tahu sini saya ada butiran kalau Yang Berhormat nak puas hati berapa syarikat yang masuk 38 syarikat semua ada, saya boleh baca satu persatu dan saya boleh jawab tapi yang pentingnya kita dah beri peranan, Worldwide bagus cadangan daripada Yang Berhormat, saya memang sanjung iaitu Worldwide seharusnya diberi peranan, Worldwide telah kita beri peranan di mana, di Jeram, kita dah beri fit jalan situ dua pelan, pelan satu, pelan dua, pelan pertama telah di adakan Majlis pecah Tanah pada bulan yang lepas oleh YAB Dato’ Menteri Besar kita. Di mana Worldwide bekerjasama dengan syarikat Shanghai daripada China untuk membuat pelan WTE yang pertama itu fasa yang pertama di mana 1,400 tan dijangka akan dihasilkan untuk mengutip sampah dan pelan kedua menyusul. Itu Worldwide kita telah beri bebanan dan beri tanggungjawab sekarang ini di Rawang di WTE Rawang kita beri kepada KDEB Waste Management supaya kita separate kita tak nak bebankan satu syarikat nanti dia tak mampu dia terlepas pandang, tak pandang atau pun terpandang akhirnya dua-dua tempat kita tak dapat hasil. Jadi kita biar ada persaingan antara anak syarikat dengan anak syarikat biar persaingan itu membina dapat menjana kutipan sampah yang lebih efektif kepada rakyat khususnya di Negeri Selangor yang menjadi pembayar-pembayar cukai. Ini kita sangat prihatin..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Isu tipping fee, isu tipping fee.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Isu tipping fee, kita sudah pastinya kita tidak akan membebankan Kerajaan Negeri akan teliti melalui mesyuarat EXCO dan sebagainya yang dulu tipping fee terlalu rendah 38 ringgit dan sebagainya. Sekarang nak naikkan dalam 40 lebih tapi kerajaan hanya benarkan Worldwide, 40 sahaja tapi yang baru ini kita akan teliti, kita akan teliti, pastikan tipping fee ini boleh tidak dibebankan membebankan rakyat yang ini dan PBT. Dua belah dua hala semua kita tengok dan semua kita teliti, apa Yang Berhormat Gombak Setia saya akan catit supaya perkara ini akan dibawa kita tidak mahu mana-mana kepentingan rakyat ini apa terlepas pandang ini lah yang saya nak katakan tentang isu WTE oleh Yang Berhormat Gombak Setia. Kemudian isu yang berhampiran sama juga Kuang tadi saya janji Kuang mesti saya akan pusing juga international roaming akan sampai ke Kuang. Sekarang landing kat Kuang, Yang Berhormat Kuang yang prihatin tentang WTE Batu Arang iaitu Sultan Idris Shah, Green Energy Plan Lot itu di mana, Lot 3847 Rawang dipilih di sebab perkara berikut, lokasi yang berpusat bagi memudahkan penghantaran sampah sarap dari PBT-PBT seperti MPAJ, MBPJ, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Hulu Langat dan juga MBSA. Berdekatan dengan TNB, PMU132 untuk mengurangkan kos carian dan juga kehilangan tenaga dalam penghantaran tenaga dan berada di tanah rata yang tinggi yang menjadikannya kawasan yang sesuai untuk pembangunan ladang solar selepas dengan identiti WTE sebagai Selangor Green Energy Ecopark, beberapa sesi dialog dengan penduduk telah dilaksanakan oleh

konsultan yang dilantik bagi mendapat maklum balas kepada cadangan pembinaan WTE ini.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dan juga Tuan Timbalan Speaker, WTE ini bukan sahaja akan bertindak sebagai insinerator untuk melupuskan sampah menjadi tenaga elektrik, ia juga akan berkonsepkan Green Energy Ecopark di mama pihak KDEB akan menyediakan taman rekreasi awam, klinik kesihatan dan juga akan menaik taraf serta membina jalan masuk yang baru. Dia tidak campur aduk dengan semua jalan-jalan yang lain. Selangor Green Energy Ecopark ini akan dijadikan platform pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan tenaga hijau selain dijangka akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri memahami kegusaran penduduk tentang bahaya WTE seperti pelepasan gas-gas yang berbahaya Kerajaan Negeri menegaskan bahawa pemantauan akan sentiasa dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan termasuk lah Jabatan Alam Sekitar. Ini dia kita akan pastikan semua ada silakan Yang Berhormat Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

EXCO, kalau kita lihat di beberapa negara-negara maju yang lain mereka juga ada pusat insinerator WTE ni dan sebagainya. Tetapi sedikit berbeza kalau di negeri-negeri luar misalnya di Jepun misalnya yang dipunyai oleh Panasonic di Jepun. Loji WTE ini diadakan di satu kawasan yang jauh daripada penduduk dan setelah loji tersebut dibangunkan baru lah kemudian kawasan di sekitarnya dijadikan kawasan perumahan ataupun kependudukan. Ia berbeza dengan apa yang ada, yang kita cuba lakukan di dalam Negeri Selangor ini. Jadi, pastinya timbul ada rasa kebimbangan. Justeru, sekali lagi, rakyat saya fikir ia tidak menolak projek seperti ini tetapi mereka mahupun jaminan. Apakah jaminan keselamatan yang dapat Kerajaan Negeri berikan apabila loji ini dibina berhampiran dengan kawasan rumah mereka, maka apa jaminan keselamatan yang dapat diberikan oleh Kerajaan Negeri supaya akhirnya tidak ada leakage ataupun tidak mendatangkan pencemaran dan sebagainya? Jadi, saya ingat kalau Yang Berhormat dengan pengalaman yang ada boleh menjawab jawapan ini dengan baik, saya yakin rakyat akan terima. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Tentang isu pencemaran, isu penempatan berdekatan dengan penempatan penduduk, Yang Berhormat kena faham, WTE sekarang ia tidak seperti incinerator yang dulu, yang dulu, 10 tahun, 20 tahun yang lalu, ia lain berbeza, teknologi semakin hari semakin bertambah, semakin canggih, semakin sofistikated di mana kalau dulu kita pakai handphone kita gunakan ya, button, kemudian Nokia 3310, ya, 3310 sekarang ini semua orang asing, pekerja asing atau maid-maid yang pakai, mereka pun tak nak pakai pun kadang-kadang sebab dah outdated 20 tahun yang lepas. Jadi, sekarang WTE (Waste to Energy) ia dalam peraturan dan sebagainya, ia tidak lebih 1 kilometer, lebih 1 kilometer something, tiada masalah. Dan semua ada peraturan, ada satu persatu, kalau nak panjang saya akan senaraikan sebab ia panjang sangat! Jadi,

tiada timbul isu kita tak nak abaikan soal kegusaran rakyat dan sebagainya, tidak. Itu satu.

Yang kedua, banyak negara-negara yang maju seperti di British, di British, WTE ini mereka sudah gunakan daripada 2006. 2006 sehingga ke hari ini. Kita berada di belakang. Kita ting tong ting tong, pi mai pi mai tang tu! Ini tak boleh, itu tak boleh! Banyak protes dan sebagainya, kita asyik dengor, dengor, dengor, akhirnya sampai hari ini! Hari ini! Hari ini! Kita tidak dapat laksanakan WTE, kita masih gunakan konvensional, gunakan apa?! Gunakan landfill. Beratus-ratus ekarrrrrrrr! Tanah kita hancur, hancur lebur di mana? Di Jeram, Tanjung Dua Belas dan tempat-tempat yang sekitarnya. Sampai kapan dong?!! Tuan Timbalan Speaker, sampai kapan kita hendak teruskan landfill ini? Oleh sebab itu, dalam portfolio saya sekarang sebagai Kerajaan Tempatan dan WTE ini, saya akan pastikan semua ini akan dikaji dengan teliti pastikan tiada masalah dan akan dilaksanakan, Insya-Allah. Kalau tidak, kita nak pastikan bumi kita terjaga, mesra alam, ya! Kita nak jawab kepada generasi-generasi, generasi anak kita, cicit kita, kalau tidak dia tanya Sekinchan, Ng Suee Lim, apa engkau buat dulu? Ha, tak boleh jawab. Hasil landfill, tak boleh. Jadi, pendekatan ini, semualah! Walau bagaimanapun, semua maklumat daripada Yang Berhormat ya, kekhuatiran yang diberikan oleh Yang Berhormat Gombak Setia saya akan catit, akan kita bawa, pastikan semuanya dapat dipertimbangkan satu persatu. Dan rakyat sesungguhnya di Negeri Selangor, mereka tahu teknologi inilah yang bisa membawa Selangor ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan, lebih sofistikated dan di England, di British, di Heathrow, ya, Lapangan Terbang Heathrow, WTE ia ada di 100 meter, tak sampai 200 meter, di situ ada WTE di tengah-tengah bandar raya, tengah-tengah bandar raya ada WTE tetapi di tempat kita, yang kita hendak cadangkan, lebih 1 kilometer, 1.5 jauhnya dan sekarang kita dalam proses EIA, ha, kita go through process by process EIA dulu, EIA kena dapat. Kalau tak dapat, sembang saja lebih. Kena dapat EIA. Jadi kita go through, EIA bukan senang nak dapat Tuan Timbalan Speaker. Jadi, usah khuatir, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Kita Selangor Maju Bersama, Malaysia Madani, kita bertanggungjawab. Kita pastikan semua aspek diteliti untuk Yang Berhormat Gombak Setia.

Seterusnya, berkaitan juga Gombak Setia. Gombak Setia banyak. Dia, kali ini super proactive kalau dulu dia agak tidak begitu kuat tetapi kali ini dia ada satu kecenderungan yang kuat, ini mungkin, dia kali ini penggal yang kedua, lebih berketerampilan ya, mungkin dia tahu dia punya skill dan sebagainya, itu saya fahamlah. Saya lama, saya tahu. Pernah juga saya duduk di situ. Dulu saya pernah duduk sebelah sini. Sekinchan, Sekinchan, Sungai Pinang, ha saya tahulah. Jadi, yang lain-lain, jangan cerita banyak ya, kita tahu, tapi saya, kita low profile sahaja. Buat macam tidak tahu tetapi jangan dijolok sarang tebuan ya. Baik. Baik, berkaitan dengan Yang Berhormat Gombak Setia, potensi sumber alam yang dibazirkan, pencerobohan tanah dan sebagainya. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa dilaksanakan oleh pihak PBT di kawasan Gombak Setia, tindakan sitaan ke atas lori-lori serta jentera berat yang membuang sampah telah dilaksanakan dari

tahun 2022 sehingga kini, Jabatan Penguatkuasaan MPS telah menyita sebanyak 117 buah kenderaan. Antara kawasan yang dimaksudkan adalah tapak pelupusan sampah haram di Gombak Utara, aktiviti curi pasir di Sungai Semapus, sungai pun nak jadi mampus. Sungai Semapus dan kolam ikan di Bukit Madai. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDT Gombak) menegaskan bahawa tindakan rondaan dan juga pemantauan secara bersepadu bersama agensi-agensi seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah (PTG), PTGS sentiasa dilaksanakan bagi memantau aktiviti atau kegiatan haram terutamanya yang melibatkan tapak pembuangan sampah haram di Daerah Gombak. Tapak yang, ya, sabar dulu, ada lagi ya. Tapak yang dinyatakan dalam aduan tersebut berada di dalam kawasan Gombak Utara, tersebut atas tanah hak milik dan merupakan tapak pembuangan sampah haram yang baru. Pihak MPS yang telah menyita jentera, lori sampah mengeluarkan kompaun terhadap pengusaha yang menjalankan kegiatan haram tersebut. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau kegiatan haram tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini berkenaan kegiatan curi pasir di Sungai Semapus, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak ingin memaklumkan bahawa tiada kegiatan curi pasir yang berlaku di kawasan tersebut dan melalui siaran video oleh pihak pengadu juga memaklumkan bahawa hanya jentera sahaja yang berada di atas tapak. Tapak tersebut disifatkan sebagai lumpuh di atas tindakan dan amaran yang diberikan kepada pihak pekerja di atas tapak. Pihak Daerah Tanah Gombak tidak boleh sewenang-wenangnya menahan ataupun menyita jentera yang belum dapat dibuktikan kesalahan yang dilakukan. Berkaitan aduan di kawasan Bukit Madai, sebahagian kawasan Bukit Madai telah terlibat dengan kajian yang sedang dimuktamadkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian (PKPS) selaras dengan keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk dijadikan kawasan pertanian dengan melibatkan penyertaan daripada pengusaha-pengusaha yang sedia ada. Ini berkaitan dengan Bukit Madai dan sebagainya. Gombak Setia lagi.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Speaker, boleh? Baik, saya inginkan penjelasan daripada Speaker, daripada EXCO. Pertama, EXCO kata tindakan telah diambil, sitaan telah dibuat, tak apa saya terima jawapan itu tetapi saya minta supaya EXCO lampirkan, kepilkan kepada saya selepas ini, bukti bahawa semua lori-lori dan juga mesin-mesin itu telah pun disita sebab saya dimaklumkan tidak disita sebaliknya telah dibawa keluar oleh operator sendiri. Kedua, bagaimana Kerajaan boleh menyatakan bahawa tidak ada aktiviti curi pasir di Sungai Semapus? Namanya Sungai Semapus dia belum mampus, dia Ma..pus, ya. Sebab ketika mana saya hadir, betul tidak ada operasi tetapi mesin ada di situ, kapal korek ada di situ, excavator ada di situ, lori ada di situ. Saya ingat ini perkara biasa, bila mana Kerajaan Negeri biasa pergi pun, saya yakin Dato’ Menteri Besar pun biasa buat terjahan-terjahan sebegitu, bila diterjah, penguat kuasa terjah, memang pekerja lari, jadi, operasi tidak berjalan ketika itu, tetapi apakah bila kita pergi, mesin pam sedut pasir ada, excavator ada, lori ada, jadi kita kata bahawa tempat itu tidak beroperasi lagi ataupun tidak boleh dibuktikan ada operasi sedangkan mesin ada, stockpile pasir

bukan satu , dua, longgok, puluhan longgok. Jadi, macam mana aktiviti itu boleh dikatakan tidak ada, itu yang kedua. Ketiga, yang saya ingin tegaskan juga tentang isu pencerobohan tanah haram ini sebab saya hendak pastikan kawasan-kawasan illegal dumping ini boleh ditutup sebab ia menyebabkan pencemaran. Dulu satu kes berlaku di Sri Gombak di mana kawasan illegal dumping ini apa bila ia telah press, press, press tanah tersebut maka ia keluar satu gas beracun yang akhirnya menyebabkan satu blok Sekolah SMK Hillcrest tidak boleh digunakan kerana ada bahan pencemaran, bahan tercemar, gas beracun yang keluar. Jadi, ini yang saya tidak mahu berlaku di kawasan saya kerana kalau ia berlaku, ia merencatkan dan merosakkan kualiti kesihatan rakyat kita. Jadi, saya minta daripada Yang Berhormat EXCO bila, ataupun hari tu Yang Berhormat EXCO sebut sekian banyak kawasan illegal dumping yang ada dalam kawasan kita ini, bila agaknya kita boleh tutup kawasan-kawasan ini? Sebab saya tengok Kerajaan Negeri hari ini, bila kes saya, saya dikatakan, saya ceroboh tanah Kerajaan, Kerajaan Negeri sampai buat laporan polis terhadap saya. Tetapi mereka ini, saya semak dengan IPD tiada laporan polis terhadap pengendali dan penceroboh-penceroboh ini. Jadi, saya pelik kenapa saya dibuat laporan polis? Penceroboh ini curi pasir, illegal dumping dan sebagainya tidak dibuat.

Jadi ada dua (2), sekarang ini lagi illegal dumping yang beroperasi dalam kawasan DUN Gombak Setia, satu di Sungai Pusu, Yang Berhormat EXCO sebut tempoh hari, yang kedua di Gombak Utara. Saya minta Kerajaan Negeri jelaskan bila boleh ditutup dan bukan setakat di Gombak Setia. Kalau saya jadi EXCO PBT, misal lah, misal (Ahli Dewan ketawa)

Timbalan Speaker

Gombak Setia ringkaskan soalan. Ringkaskan soalan.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Saya nak jaga Menteri Besar .. sikit sahaja, EXCO boleh? Saya nak jaga Menteri Besar saya. Saya akan pastikan nombor satu, illegal dumping yang ditutup yang dalam kawasan Menteri Besar, ini dalam kawasan DUN Sungai Tua pun hari tu disebut daripada sekian senarai, ada dua (2) illegal dumping. Jadi, saya minta Yang Berhormat mesti tegas, saya jemput Yang Berhormat EXCO datang ke Gombak Setia, kita sama-sama tutup dua (2) kawasan ini. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia yang berapi-api sebab hendak tutup illegal dumping ini. Memang, saya setuju, ya, mana-mana yang hari itu saya sebut dengan data yang ada. Ini dia bukan wujud, kita kena akur, kena tahu ya, memang kita usaha kuat, penguat kuasa, pegawai dia pun akan seramai yang ada tetapi di seluruh Negeri Selangor, dua belas (12) PBT, sembilan (9) daerah di sini satu di sana satu memang ada tetapi ada yang operasi, ada yang berkala, ada yang sekali sekala. Jadi, kadang-kadang kita pergi, pegawai pergi kadang-kadang mereka beroperasi, bolehlah kita cekup dan tangkap. Kadang-

kadang tidak ada, dan apa yang dinyatakan Sungai Pusu dan Gombak Utara ini kita akan pastikan, saya akan minta pegawai check, semak lagi, sebab kawasan Menteri Besar juga Yang Berhormat, kita tidak kiralah kawasan Menteri Besar ke, kawasan Yang Berhormat Gombak Setia pembangkang ke, sama, seluruuuuhnya, ya. Kita hendak terjah satu persatu. Tapi bukan mudah. Mereka ini, kebelakangan ini kadang-kadang ada, ada gengnya ..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO, waktu saya di seberang sana, saya pernah tutup empat (4). Itu, saya belum jadi EXCO. Jadi, jangan jawab begitu. Kita mesti yakin, kita boleh buat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik, saya ambil maklumlah apa yang Gombak Setia, sebab dia yakin boleh buat, dah tutup empat (4). Jadi, saya sekarang kita hendak tengok macam mana dia punya taichi, boleh tutup empat (4). Mungkin saya belajar akan dapat lebih lagi, 10 ke 20. Ini kita boleh buatlah. Itu satu. Yang kedua, soal Yang Berhormat turun kawasan tengok di Sungai Mampus itu. Sungai tak mampus ya (ketawa). (Ahli Dewan ketawa).

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Semapus, ha, sabar.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ha, Sungai Semapus. Minta maaf. Minta maaf, minta maaf.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Orang Gombak kalau dia marah nanti, dia suruh, lain yang mampus nanti.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sungai Semapus. Yang Berhormat pergi sungai situ, nampak excavator, nampak mesin, nampak lori tetapi tidak beroperasi ya, tidak beroperasi tapi mungkin nampak ada longgokan dan sebagainya. Ia tidak, kalau penguat kuasa pergi ke situ, ia tidak beroperasi, tidak buat apa, penguat kuasa pun tidak boleh sewenang-wenangnya sita, saman dan sebagainya. Kalau tidak, penguat kuasa MPS, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak akan dihadap ke mahkamah nanti kalah pula kat mahkamah, bayar RM10 juta, bising pula pembangkang di sini. Kenapa kontrak tidak tengok, kenapa pemantauan tidak ada, kenapa mesin tidak bergerak you sita?! Ooo saya tahu perangai pembangkang, dulu saya pembangkang. Dua (2) kali lima (5), lima (5) kali dua (2), lebih kurang la macam itu. Jadi, faham, saya faham. Jadi, nanti dulu, ada lagi kejap (ketawa). Baik. Jadi, untuk memastikan kita memang hendak terjah, hendak tangkap kalau ada dia bergerak situ, nampak ada bukti. Kalau ada bukti, mesti kita. Dalam Islam pun, kita menuntut keadilan untuk semua.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dalam Islam betul tak Yang Berhormat Meru?

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat, sikit sahaja.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Keadilan untuk semua. Kalau excavator belum korek macam ini, tidak boleh kita tangkap. Tapi

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO, sikit sahaja, sikit sahaja.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak apa, saya tidak membela, ya silakan.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Pertama, saya turun ke Sungai Semapus, saya turun bersama JPS. Ketika itu, saya melakukan lawatan ke tapak ECRL. Kebetulan wakil JPS ada bersama kerana kita melihat dan cuba menyelesaikan isu banjir. Bila saya minta JPS semak JPS menegaskan bahawa kerja-kerja korek pasir di situ memang tidak mendapat kebenaran.

Jadi, sebab itu saya musykil dan saya difahamkan memang dah ada mesyuarat penyelarasan di antara Pejabat Daerah dan juga JPS. Jadi kenapa boleh dikatakan bahawa tak ada operasi berlaku di situ? Apakah operatornya dilindungi? Sebab itu saya pelik sebab bila saya terjah belum sempat penguat kuasa sampai mesin-mesin semua dah dibawa keluar kalau dia terbengkalai tak beroperasi mana mungkin ada operator yang bawak keluar bahkan lebih efektif daripada penguat kuasa kita. Jadi saya minta penjelasan

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Memang apa yang Yang Berhormat Gombak Setia tekankan, nyatakan itu betul. Kadang-kadang kita terlepas pandang kadang-kadang pegawai kita pergi penguatkuasaan dan sebagainya ada yang maklumat tak tahu macam mana dia terkeluar macam pagi tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada dokumen-dokumen itu saya pun tak tahu macam mana dokumen itu dia dapat. Saya..saya pun tak tahu..saya pun tak dapat Yang Berhormat Subang Jaya pun tak dapat. Pelabuhan pun tak dapat tapi tai chi nya sungai apa Hulu Kelang ini dia boleh dapat inilah antara cabaran kita ya tapi tak apa kita akan cuba

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

:

Dia ada tai chi di peringkat Pejabat Daerah.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tapi tak apa ada ke ada itu tak apa..kita cuba kita perbaiki cara penguatkuasaan kita, pegawai kita kadang-kadang Pejabat Tanah dan Daerah-Daerah dan Tanah.. datang minta tambah anggota dan sebagainya kadang kita ada kekangan kewangan untuk nak tambah lebih dan sebagainya..tak apa..ini akan kita ya perhalusi dan ye cuba untuk teliti semua dan kemudiannya Gombak Setia juga minta sebab apa lori dah ada excavator dah ada saya mintalah Yang Berhormat Gombak Setia kalau boleh bantu-bantu Kerajaan Negeri ya hantarlah

pasukan atau pun Yang Berhormat Gombak Setia yang selalu begitu prihatin turun padang ambil video kalau nampak ambil video ya video dan bantu kita kalau ada video mudah sikit..bantu video daripada Tiktok ke apa ke .

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO...

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

tak apa. Daripada Tiktok nak bantai Kerajaan Negeri bantailah tapi yang penting dia tengah korek dia tengah korek ok..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Boleh.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Saya nak minta penjelasan sebab kata tadi minta saya bantu kalau saya ambil video saya nak hantar kepada siapa? Sebab, misalnya isu kolam ikan di atas puncak Bukit Madai ini puncak Bukit di bawah bukit itu ada beberapa buah kampung kalau kolam itu pecah, ianya akan menyebabkan akhirnya boleh kata banjir lumpur dan yang kita tak mintak ialah berlaku bencana tanah runtuh. Tetapi saya dalam perkiraan saya saya ingat saya dah hantar 2 kali video tersebut kepada Pegawai Daerah tetapi bila saya pergi yang baru ini tetap tidak ada tindakan. Jadi saya minta kalau nak kerjasama nak minta saya ambil video nak minta saya serang kawasan-kawasan haram ini bersama-sama PBT, atau pun bersama Pejabat Daerah dengan siapa saya nak hubungi?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita akan cuba, selaraskan setiap kali membuat bermesyuarat

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat EXCO teruskan dengan penggulungan dalam perbahasan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Okay saya terus cuba, sebab banyak lagi ya .saya akan cuba cuba kita uruskan untuk selaraskan sebab video-video kita tau video banyak sekarang ramai orang hantar video kadang-kadang video yang kita ambil bukan Pejabat Tanah tak nak ambil tindakan kadang-kadang video tu kabur..faham tak? video itu kabur susah tak nampak..tak jelas..lori masuk ke tidak..kita tak tahu..jadi tak apalah

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Yang Berhormat EXCO jawablah hantar kepada saya. Saya ambil tindakan baru hebat .

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

ia khuatir kualiti video itu kabur Yang Berhormat Kajang ya tak apa tak apa kita cuba. Seterus untuk menjawab kepada isu yang dibangkitkan

oleh Subang Jaya, berkaitan dengan isu penguatkuasaan ke atas isu pembuangan sampah haramnya dan sebagainya dan juga isu daripada Sementa juga berkaitan sampah terima kasih. Tindakan penguatkuasaan ke atas isu pembuangan sampah haram adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Tanah dan juga PBT ya..mengikut Kanun Tanah Negara dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171 bagi sampah-sampah yang dibuang di atas tanah kerajaan, tanah yang belum diberi milik. Pihak PBT dan PDT akan mengambil tindakan pembersihan walau bagaimanapun tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 4 (25) Kanun Tanah Negara agak sukar dilaksanakan kerana beban pembuktian untuk membuktikan pihak yang membuang sampah-sampah tersebut di tapak yang tidak dibenarkan adalah sukar..bagi sampah-sampah yang dibuang di atas tanah hak milik PBT akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan memberi kompaun kepada pemilik tanah tersebut Pejabat Daerah dan Tanah juga akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Seksyen 127 yang boleh membawa kepada perampasan tanah.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Satu sikit je..

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ok .

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Sikit baik ini satu lagi isu tentang tempat-tempat pembuangan sampah ini. Di kawasan saya ini saya lihat banyak kawasan atau pun tempat-tempat yang ini designated sebagai tempat pembuangan sampah ini di tepi jalan dan kadangkala menyakitkan mata kita bila kita lalu jalan-jalan tersebut. Antaranya jalan utama di Jalan Gombaklah sebab hari itu saya dengar jawapan Yang Berhormat EXCO saya nak tanya soalan tambahan dalam sesi tersebut saya tak dibenarkan tapi saya nak tanya..dan saya nak minta pandangan daripada Kerajaan Negeri sebab kadangkala tempat-tempat pembuangan sampah ini kita minta Ketua Kampung .atau pun kita minta Ahli Majlis tentukan di mana dan kadangkala mereka ini ambil jalan mudah. Mereka ambil kawasan yang memang tempat orang tak sepatutnya buang sampah tapi disebabkan dia tengok sampah dah banyak berlonggok di situ dia tunjuk buat di situ.

Jadi sebab itu saya mintak supaya Kerajaan Negeri adakan dasar yang jelas tentang tempat pembuangan sampah ini supaya ianya tidak menyakitkan mata kita ianya tidak memalukan kita di kawasan tepi-tepi jalan yang akhirnya menyebabkan persepsi rakyat terhadap kerajaan kutipan sisa pepejal ini tidak efektif. Jadi, kalau kita hanya berharapkan kepada Ketua Kampung dan Ahli Majlis boleh jadi mereka ambil jalan mudah.. tetapi kita ada clear guideline, polisi yang jelas tempat pembuangan sampah tidak boleh di tepi jalan utama..tak boleh di tepi sungai..tak boleh jadi garis panduan itu akan membantu

Timbalan Speaker

Sila ringkaskan .

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: kita supaya ada tempat yang lebih sempurna terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ok, saya ambil maklumlah

Timbalan Speaker

Saya kira sudah habis saya dah kira rasanya dah lebih 5 kali Y.B. apa ini .Yang Berhormat Gombak Setia..

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Ini isu penting Speaker.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik-baik.

Timbalan Speaker

Kita kejar masa ada masa kejar

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Boleh Speaker ya?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

ya ya .Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, bagi ruang eh untuk saya ya berdepan dengan Gombak Setia untuk kita .berbincang dengan isu-isu rakyat ini. Baik, isu sampah longgok, sampah pukal, sampah haram memang malam-malam kadang-kadang kita tiba-tiba lalu di situ ada lori di situ tepi jalan, dia masuk ke kebun orang pun ada dia jack terus kemudian sampai pun dia lari dia touch n go, touch n go (bahasa india) tak tau dengan izin pergi mana dia saya tak tahu dia touch n go ini memang berlaku di mana-mana. Sebab apa, pihak pihak PBT kita tak ada satu undang-undang yang khusus yang hanya boleh kompaun 2 ribu sahaja belum cukup kuat lagi dan kita dalam penelitian saya dalam penelitian sebagai EXCO yang baru ya..tak sampai tak lama jadi kita akan belajar dan tahu untuk menggunakan Akta 672 kita nak teliti Akta..

Orang lama bukan tak lama.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya Orang lama tapi cuma dalam soal skop ini, kita masih belajar saya tak macam orang sombong dan angkuh semua dia tau saya tak saya belajar saya anak kecil yang baru belajar walaupun lama sentiasa belajar whole life learning terus jadi kita mungkin teliti Akta 62 di mana KPKT kalau kita sign Akta 62 kemungkinan kita boleh gunakan Jabatan Sisa Pepejal Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang Akta yang lebih keras untuk menangkap mencekup sampah-sampah ulat sampah ini inilah antara cara kita nak buat pada masa akan datang untuk kita teliti. Antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri..

Yang Berhormat Speaker Soalan ..

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

eh belum.. eh ni . Sementa . Sementa ada lagi sabar..sabar

Belum lagi?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sediluk meneh. Alon-alon ya terima kasih antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang isu sampah haram ini adalah seperti berikut:

1) Mengarahkan PDT, Pejabat Daerah dan Tanah mengeluarkan notis pelanggaran syarat tanah kepada pemilik dan mengarahkan pemilik tanah untuk membaik pulih tanah 2) Mengarahkan pemilik tanah memagar tanah untuk mengelakkan pembuangan sampah haram, sampah haram.. 3) Menjalankan pemantauan berjadual di tempat-tempat yang berisiko dan tidak dikenal pasti sebagai lokasi hotspot pembuangan sampah haram 4) Memasang papan tanda dilarang membuang sampah CCTV di lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti 5) Mengubah apa facedil jalan kepada landskap di tepi jalan yang dijadikan tapak pembuangan sampah 6) Mengambil tindakan serta-merta terhadap aduan awam mengenai sampah haram. Sama ada dengan menggunakan pasukan inhouse PBT atau pun KDEB Waste Management

Hah, inilah antara cara kita berdepan dengan sampah-sampah haram dan untuk Yang Berhormat Sementa dengan Semenyih juga membangkitkan isu yang hampir sama kutipan sampah di kawasan kampung, di MPK dan juga peranan Ketua Kampung menyeliakan tong sampah, sampah haram 20 kaki 20 kaki tinggi ya.. di Kapar

Tuan Timbalan Speaker di dalam perjanjian kutipan sampah, terbaru antara MPK dengan KDEB Waste Management Sdn Bhd yang telah bermula pada 1 Oktober 2023 beberapa inisiatif penambahbaikan telah dibuat termasuk memberi perkhidmatan kutipan sampah di kawasan kampung se secara rumah ke rumah..atau ke lot ke lot..pihak MPK telah melaksanakan perkara seperti berikut:

a) Mengadakan perjumpaan dan memberi taklimat kepada 5 Penghulu dan 34 Ketua Kampung di Daerah Klang berkenaan dengan program ini; b) Menaikkan 100 unit kain rentang terutamanya di kawasan kampung bagi memaklumkan penyediaan tong sampah; c) Perjumpaan bersama beberapa MPKK telah dijalankan di kawasan Teluk Gong, Kampung Delek, Johan Setia dan Rantau Panjang; d) Pemakluman secara siar raya; e) Pemakluman melalui sosial media seperti Facebook dan Twitter;

f) Mengalihkan tong sampah leach bin dari kawasan kampung supaya penduduk menyediakan sendiri tong sampah di premis atau lot yang sesuai; g) Menyediakan skop dan spesifikasi baru di dalam perjanjian antara MPK dan KDEB Waste Management berkenaan dengan kutipan domestik; dan h) Pihak MPK memberi tempoh selama 3 bulan kepada pihak KDEB Waste Management dan penduduk kampung untuk penyusunan semula jadual serta penyediaan tong sampah

Pemerhatian di tapak mendapati, 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk sahaja yang telah meletakkan tong sampah sendiri: 1. Bagi kawasan perkampungan, Ketua Kampung perlu memainkan peranan untuk menyediakan maklumat dan memberi kefahaman kepada penduduk kampung berkenaan keperluan menyediakan tong sampah di rumah masing-masing.

2. Pihak PBT telah membantu membuat kutipan di kawasan kampung dengan syarat pihak penduduk perlu menyediakan sendiri tong sampah.

3. Sebahagian tapak sampah haram di kawasan Kapar melibatkan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan dan Rizab—Rizab Sungai ini, penguat kuasa secara bersepadu kita lakukan dilaksana dari semasa ke semasa mengikut sumber tenaga dan kewangan yang ada.

Bagi isu sampah haram di Batu 14, Jalan Sempadan Kapar tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

a) Sitaan kenderaan sebanyak 4 unit berdasarkan undang-undang kecil b) 4 pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap 2007 membuat ya..membuat korekan parit yang menghalang aktiviti pembuangan sampah di kawasan berkenaan c) telah mengeluarkan notis Borang D memulihkan tapak kepada tuan tanah agar memulihkan tapak d) mengeluarkan sisa pukal besar yang terbakar dari tapak sebanyak 700 tan namun masih banyak sisa industri di atas tapak seperti cebisan plastik dan sebagainya. Mengawal kebakaran sekiranya berlaku

Inilah antara langkah-langkah yang telah kita lakukan untuk mengawal kawasan hotspot sampah haram. Silakan Sementa

Ok, Tuan Speaker terima kasih kepada Y.B., Yang Berhormat EXCO. Cuma sekarang ini kita nak cari jalan penyelesaian. Di tapak di Batu 14 Kampung Sungai Serdang yang mana apa pun semua agensi yang berkaitan ataupun pemilik tanah yang berkaitan

yang orang kampung nak melihat ialah tapak tersebut dipulihkan semula sebab sekarang di tapak masih lagi tinggi dia punya ..timbunan sampah sarap yang tak dibuat semula daripada ini ada tak komitmen daripada Kerajaan yang mana kita mampu untuk memulihkan semua tapak tersebut? Itu yang kampung nak dengar dulu tu.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya kita pihak Kerajaan khususnya MPK dan sebagainya Pejabat Daerah dan Tanah Klang kita akan pantau dari masa ke semasa sebab isu sampah haram ini dan hotspot dan sebagainya memang menjadi satu perkara yang sangat kritikal di mana-mana ya kerana mereka nak mencari ruang untuk membuang sampah di tempat-tempat tertentu untuk mengaut keuntungan..ini yang..yang kita nampak di kawasan ada keuntungan dan mereka sindiket-sindiket ini ada di mana-mana jadi kita cuba bekerjasama dengan pihak PDRM, pihak, Jabatan-Jabatan yang berkaitan untuk cuba kita buat enforcement lebih kerap dan sebagainya untuk pastikan kebakaran dan sebagainya dapat diminimumkan dan dapat dikurangkan ini, apa harapan bagi pihak Kerajaan Negeri seterusnya untuk ..

Sebelum itu Yang Berhormat Speaker,

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya silakan Sementa.

Saya nak bertanya Y.B. EXCO dah turun ke..ke tapak tersebut?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Sementa. Secara jujur saya belum turun walaupun dia sebab di Sungai Serdang kan saya belum turun lagi saya akan ambil masa lah sedikit sebab baru jadi EXCO tak lama sangat ye masa pun tak cukup untuk saya nak pergi semua. Gombak pun suruh saya pergi, banyak tempat suruh saya pergi, jadi saya kena, banyak pergi, ya lah, saya janji saya akan cuba turun tapi tak sempat turun. Ya Yang Berhormat.

Okay, sebab saya sempat tengok hansard yang tempoh hari ni, YB. EXCO, YB. dia sebutkan kat sini “keno” tu bahasa Jawa tu, dengan izin, “boleh turun”. So, saya rasa ada keperluan YB. EXCO mencontohi YB. Menteri Alam Sekitar yang turun ke Kampung Kapar yang lepas, untuk turun, biar melihat sendiri bagaimana sengsaranya penduduk di Kampung Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Kampung Kapar menghadapi masalah yang tak sepatutnya berlaku di Parlimen Kapar. Bukan nama Kapar sahaja, ini nama Selangor. Bagaimana sampah 20 kaki bayangkan boleh menggunung tinggi tak terbayang kita, ini bukan kerja setahun, dua tahun. Bertahun-tahun ni. Maka dengan Yang Berhormat turun, memperlihatkan keprihatinan kepada rakyat. Saya perlukan komitmen untuk turun kalau boleh diberikan jawapan hari ini, dengan izin. YB. itu yang terbaik sebenarnya.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Yang menjemput untuk saya untuk turun, saya akan cuba atur masa ya, dalam masa yang ada lah, terdekat dan sebagainya saya tak boleh bagi satu tarikh, sebab ramai, Gombak Setia nanti saya bagi dulu, Gombak Setia marah pulak. Ha, tak boleh jadi saya kena susun. Kalau saya turun nanti mungkin boleh whatsapp dan sebagainyalah. Whatsapp atau menjemputlah kita turun untuk sama-sama kita banteras sampah-sampah hotspot haram ini.

Baik, untuk YB. Sungai Burong juga prihatin dengan isu jalan-jalan, lampu yang rosak ini akan cuba kita pantau dan kita perhalusi melalui Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan juga JKR dan seterusnya tentang isu bayaran parkir patut dimansuhkan. Parkir, kerana kawasan luar bandar dan sebagainya dan saya ingin nyatakan kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini. Isu parkir ini di Kuala Selangor ini sudah dilaksanakan dan yang pentingnya tujuannya apa? Tujuannya satu, menambah, pertama menambah hasil, itu satu, yang kedua kita nak menyelesaikan kekurangan tempat parkir dan ketiga di kawasan-kawasan komersial, kawasan-kawasan yang ada banyak bank-bank dan sebagainya selalunya sesak dan juga tak ada tempat ruangan parkir. Orang kadang-kadang tak berbayar dia daripada pagi pukul 7.00, 8.00 parkir kereta sampai pukul 6.00. Dia tak akan anjak, dia tak ada anjakan langsung. Jadi orang lain tak ada peluang untuk parkir. Jadi terpaksa double line parkir dan sebagainya. Jadi tujuannya untuk kita, selaraskan supaya dapat ada kutipan satu, hotspot ini aduan-aduan rakyat dapat dikurangkan dan inilah yang penting. Jadi isu parkir ini saya rasa kita akan teruskan bagi menjamin pengurusan yang lebih mampan. Teruskan.

Sekinchan. Terima kasih atas penjelasan di samping kutipan tadi, sebenarnya ada komen daripada peniaga-peniaga semua warga bahawa perniagaan mereka merosot sebab ramai yang tak mahu singgah kerana adanya parkir. Ini bukan sebenarnya sekadar isu yang disebutkan tadi booking parkir, tetapi perniagaan juga turut merosot. Mungkin boleh komen.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, ini YB. Sungai Burong, memang saya pun ada terima aduan sebelum ini tentang apabila ada parkir, perniagaan mereka merosot sementara waktu. Setiap benda pembaharuan, reformasi pembaharuan itu dia melalui liku-liku. Mula-mula memang agak sukar kita terima, kita akan object. Kalau dulu, saya bagi contoh, dulu saya menggunakan handphone Blackberry yang ada button, kemudian Blackberyy asyik panas dan jammed, hanged, akhirnya saya ada kawan mintak saya tukar ke contoh, contoh ya, tukar ke Iphone Apple. Saya pun takn ak sebab saya tak nampak, touch screen “keno” ke? Boleh ke? “Keno” tadi ya? Saya sangsi. Saya tak nak. Perniagaan merosot, parkir tak nak. Ha, macam tulah. Kemudian akhirnya satu hari saya tak boleh tahan dengan Blackberry dengan kepanasannya, akhirnya saya buat keputusan, satu keputusan yang drastik, saya tukar. Ha, tukar buat hijrah, semangat hijrah tu. Saya hijrah terus kemudian saya

guna handphone, handphone Iphone sampai hari ini. Sudah tak kenal maka tak cinta, kalau cinta itu sudah melekat, gula jawa rasa coklat. Ha, ini Ipbone sampai hari ni. Ya, Timbalan Speaker. Ini la saya nak bagi contoh. Itu lagulah. Jadi maksudnya, maksud saya, mula-mula kutipan parkir ini memang agak sukar, peniaga tak biasa, dia lagu dia: “aku tak biasa” dengan izin. Dia tak biasa. Tapi sekarang, lebih setahun, lebih dua tahun dia biasa. Dia biasa.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya minta EXCO tumpu kepada perbahasan. Ini bukan kempen pilihanraya takde ceramah. Kena tumpu.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang, saya cuma nak bagitahu Yang Berhormat Sungai Burong tentang kita nak buat anjakan tu, sukar sedikit tapi dia memerlukan masa. Masa itu akan mendewasakan kita. Ha, itulah. Takpe, soal itu akan kita teruskan.

Yang Berhormat EXCO, mohon laluan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ha, ini ada Batang Kali. Sabar.

Ini berkaitan parkir tadi. Yang Berhormat EXCO, untuk pengetahuan Yang Berhormat EXCO,

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Oh, Batang Kali tak sebut parkir.

Mohon laluan, saya dah mintak tadi.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Okaylah, bagilah.

Terbaik, Sekinchan terbaik. Okay Yang Berhormat EXCO, dekat Hulu Selangor sebelum ini untuk makluman kami hidup aman, tenang dan tenteram tapi selepas berlakunya kerajaan baharu Perpaduan ni, parkir berbayar mula di Hulu Selangor. Sebelum ini tidak ada. So, dan dalam Laporan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (Penggantian) 2035 dan juga laporan daripada audit Majlis Perbandaran Hulu Selangor tidak ada hasil pun daripada parkir dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor mempunyai kewangan yang mencukupi sebab itu saya mohon daripada kerajaan Negeri Selangor pertimbangan untuk menangguhkan pelaksanaan parkir di Hulu Selangor sebab kalau ikutkan dalam portal ia akan berkuatkuasa 1 Disember 2023 melibatkan kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dan fasa kedua berkuatkuasa pada 1 Januari 2024 melibatkan kawasan Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu. Macam

sepertimana YB. cakap tadi, kawasan-kawasan yang kita buat parkir ni kena ada bank. Di Batang Kali tidak ada bank. Kawasan-kawasan parkir yang nak digunakan berbayar ni, so saya mohon pencerahan untuk dan jugak rundingan daripada pihak Kerajaan Negeri. Membantu. Terima kasih.

Speaker

Kuang, bangun.

Boleh bagi laluan? Kuang baru masuk ni.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kuang tak ada isu parkir. Isu parkir ada di Batang Kali. Sabar dulu, tadi saya dah jawab, Kuang sila duduk. Saya bagi kepada Batang Kali. Baik, isu yang ditimbulkan oleh Batang Kali soal Majlis Perbandaran Hulu Selangor akan melaksanakan parkir dan sebagainya. Saya dah kata, ini satu peredaran masa. Dulu kita pakai handphone sebegini, sekarang sebegini. Dan sekarang adalah perbandaran. Dan saya tengok tadi berita bahawa saya baca berita, negeri-negeri seperti di Terengganu dan sebagainya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu baru-baru ini naikkan parkir kompaun 100% ada jugak parkir saya tak kata salah. Ada jugak parkir dan naikkan kompaun 100%. Ya, Yang Berhormat Timbalan Speaker, jadi isu parkir ni di mana-mana tak sampai satu tahap iaitu urbanisasi kita dia perlu, ada keperluan. Jadi Yang Berhormat kita sebagai wakil rakyat di situ kita kena bagi penerangan dan bagi kerjasama kepada Kerajaan Negeri supaya dapat membantu mendidik mereka. Kalau semua tak kutip dan sebagainya mana dapat hasil dan macam mana kita nak uruskan sampah dan sebagainya. Itulah yang saya concern.

Speaker

YB. Hulu Kelang, bangun.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hulu Kelang?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh tak saya mintak sedikit penjelasan?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tapi Hulu Kelang tak ada parkir tapi tak apa, Ketua Pembangkang dia lain.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya faham ada keperluan untuk kita beralih daripada kemudahan yang mungkin kurang baik kepada kemudahan yang lebih baik, menyediakan ruang parkir yang lebih banyak, tetapi Yang Berhormat EXCO juga kena faham rakyat sekarang ini dalam keadaan yang susah. Kita sedang baru sahaja keluar daripada post pandemik. Ekonomi kita masih lagi lembap, dan kita perlu memberikan sedikit rasa kepedulian dan keprihatinan kepada rakyat di Negeri Selangor. Saya tidak cadangkan supaya parkir di Petaling Jaya ataupun di Subang

Jaya dikecualikan tetapi parkir-parkir di Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, mungkin Yang Berhormat boleh fikirkan untuk kita kecualikan dalam satu tempoh yang munasabah. Satu tahun, atau dua tahun dan kekurangan hasil bagi Majlis Daerah yang berkenaan boleh ditampung oleh Kerajaan Negeri kerana reserve Kerajaan Negeri katanya katanya lah, besar, simpan untuk apa? Sebab itu kerajaan Negeri kena memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu PBT-PBT yang mengalami kekurangan hasil. Saya percaya Yang Berhormat EXCO ada data, berapa kutipan hasil parkir di Majlis Daerah Sabak Bernam ataupun di Hulu Selangor. Saya percaya jumlahnya tidaklah besar yang boleh ditampung oleh Kerajaan Negeri. Jadi cadangan saya Yang Berhormat EXCO, mungkin beberapa majlis daerah itu kita kecualikan, untuk satu tempoh yang munasabah dan kekurangan hasil majlis daerah itu ditampung oleh Kerajaan Negeri. Apa pandangan Yang Berhormat Sekinchan?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, pandangan pada sore ini tak kabur. Saya jelas bahawa isu parkir ini kita telah lulus dan buat pelaksanaan dan sebagainya. Tapi tak apa, banyak pandangan-pandangan saya ambil maklum tentang perkara ini sama ada reserve dan sebagainya kita akan teliti apa benda yang sepatutnya kita lakukan untuk rakyat di kawasan Hulu Selangor dan sebagainya. Baik.

Yang Berhormat EXCO, satu lagi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat EXCO juga, Majlis Perbandaran Hulu Selangor tidak bergantung kepada hasil daripada parkir berbayar ni. Dan saya yakin jika Yang Berhormat Kuala Kubu hadir dia pasti akan sokong sebab ini yang juga yang kami perjuangkan dahulu daripada Ahli Majlis. Saya mohon pertimbangan daripada Kerajaan Negeri untuk menangguhkan pembayaran sekali lagi. Parkir berbayar ya. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Batang Kali. Perkara itu akan dicatit. Akan diminitkan. Ya, saya ambil maklum. Untuk Batang Kali juga, isu yang ditimbulkan tentang nak kurangkan fi lesen, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk pengecualian fi lesen penjaja pada sesi perbahasan oleh Yang Berhormat tadi. Memang sejak dan persidangan Dewan Negeri pada 15 November 2023 sesi petang, di mana pengecualian fi lesen kepada penjaja di Negeri Selangor mulai tahun 2016. Kita dah lakukan di semua PBT di Negeri Selangor. Jadi di Hulu Selangor pun kita tidak terkecuali dan sebagainya. Soal dasar ini akan diteruskan dan sebagainya, kita akan teliti daripada semasa ke semasa. Ini kita akan teliti, baik untuk Batang Kali dan seterusnya.

Mohon laluan sekali lagi Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, ya sila. Batang Kali ya? Saya banyak bagi peluang tadi saya janji ditetapi tidak dicapati.

Timbalan Speaker

Batang Kali ringkaskan ya.

Okay Yang Berhormat EXCO, untuk pengetahuan Yang Berhormat EXCO juga dulu kita dah laksanakan kenapa tidak sekarang kita laksanakan juga untuk isu penjaja dan peniaga ni? Kita bagi sahaja mereka lesen, fi lesen tu percuma dan kalau ikutkan dalam manifesto Perikatan Nasional kami boleh bagi 5 tahun pengecualian fi dan manifesto yang kami buat ini untuk pengetahuan semua Ahli Dewan dan sidang Mulia, dewan yang mulia kami siapkan manifesto ni setahun lebih, bukannya ad hoc on the spot. Dan berdasarkan manifesto ini juga kami buat dengan dasar-dasar sebab itu kami berjanji jika kami yang perintah kami akan laksanakan segera. Sebab itu saya mohon.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali yang perjuangkan isu di Batang Kali dan sebagainya. Saya ambil maklum. Saya tahu manifesto, kalau manifesto ni dalam pilihanraya saya pernah dengar satu ungkapan manifesto yang dikatakan oleh ungkapan tu apa? Manifesto bukan kitab suci. Saya tak tahu ada orang cakap macam tulah. Manifesto, itu manifesto fahamlah. Faham-faham sahaja. Jadi saya tidak mahu panjanglah soal manifesto dan sebagainya saya nak teruskan kepada Gombak Setia dan juga khususnya Paya Jaras yang mengatakan ada gangguan anjing liar. Walaupun PBT dan juga soal hutan berkaitan masalah dengan anjing liar, monyet dan juga babi hutan, khinzir la, khinzir hutan la ya, khinzir hutan tu ayat lebih sedap sikitlah. Khinzir hutan Paya Jaras. Kerajaan Negeri bersama dengan semua PBT Negeri Selangor melaksanakan kawalan anjing liar dengan menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5 Tahun 2014 semua PBT di Negeri Selangor menggunapakai tatacara, operasi, piawaian SOP, penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan PBT dengan melaksanakan operasi tangkapan anjing liar secara berkala di kawasan hotspot yang telah dikenalpasti serta aduan yang diterima masalah haiwan liar terbiar seperti anjing, kucing, monyet, khinzir hutan yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya sering mengakibatkan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Dalam menangani isu ini Kerajaan Negeri menerusi PBT sedang merancang nak melaksanakan beberap inisiatif untuk mengawal populasi anjing liar di kawasan-kawasan kediaman pada masa ini melalui beberapa kaedah seperti satu melaksanakan operasi tangkapan anjing liar secara berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan di kawasan hotspot kedua, mengadakan program anjing angkat sepanjang tahun di mana anjing yang terbiar ditangkap akan diberi kepada orang awam melalui program adoption. Tiga, menjalinkan dengan Badan Bukan Kerajaan dan PBT mengembirikan, neutering anjing liar, empat mempromosi kempen pelesenan anjing, lima menyediakan pusat-pusat kurungan anjing, enam menguatkuasakan Undang-undang Peraturan bagi Pelesenan Anjing di kediaman komersil dan tapak binaan.

Selain itu anjing-anjing yang berkeliaran ini mampu mengundang pencemaran alam sekitar dan tahap kesihatan penduduk juga akan terjejas melalui najis dan menyelongkar sampah yang terbiar dan juga tong sampah milik penduduk susulan daripada itu pihak PBT telah menguatkuasa tindakan dengan memastikan tong-tong sampah ditutup rapat, pengurusan longgokan sampah haram dipertingkatkan sebagai langkah yang menangani masalah ini untuk jangka masa panjang yang lebih berkesan Kerajaan Negeri bersama PBT Negeri Selangor bercadang untuk membangunkan Pusat Lindungan Haiwan first shelter yang lebih komprehensif, bersih, menjamin kebajikan haiwan-haiwan di semua PBT di Negeri Selangor. Bagi aduan tangkapan haiwan seperti monyet dan khinzir hutan, ia dilaksanakan oleh Jabatan PERHILITAN, Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor telah menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari dengan kaedah-kaedah seperti pemantauan, pelupusan, populasi secara terancang. Tembak, halau dan tangkap pindah seiring dengan pembangunan pesat di Negeri Selangor ini gangguan haiwan liar menunjukkan kadar peningkatan setiap tahun dan membimbangkan. Sejak akhir-akhir ini gangguan hidupan liar ini bukan tertumpu di kawasan-kawasan pertanian malah di kawasan perumahan dan perindustrian yang berhampiran dengan habitat asal hidupan liar ini. Sehubungan dengan itu untuk memastikan spesies hidupan liar ini dipelihara secara lestari tindakan yang diambil oleh Jabatan PERHILITAN turut mengambil kira pelbagai faktor keperluan orang ramai. Langkah yang diambil oleh pihak jabatan yang mengawal populasi dan juga mengatasi aduan gangguan hidupan liar seperti berikut adalah berdasarkan kepada prosedur yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan kelestarian spesies hidupan liar tersebut. Satu mengawal populasi konflik dengan menjalankan tindakan pemakaian culling yang merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar. Kaedah ini diguna pakai bagi mengawal populasi pengurangan secara terkawal spesies berkenaan konflik mendatangkan aduan dan gangguan yang tinggi ini bagi mengelak kelimpahan populisasi spesies yang boleh mendatangkan kemusnahan dan menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam.

Paya Jaras.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Paya Jaras sila.

Tadi saya dengar ada penjelasan dari EXCO untuk membuat satu pertama Pusat Perlindungan yang terancang di setiap PBT boleh saya tahu bila dan di mana PBT yang pertama yang nak buat projek itu? Yang kedua bila saya tanya di tempat-tempat kritikal contohnya Majlis Selayang ke MBSA ke MPKJ ke unit yang beroperasi itu di tahap yang minimum. Ada atau tak perancangan Kerajaan Negeri untuk minta pihak PBT menambahkan unit-unit untuk mengoperasikan ditambah? Sebab kawasan makin besar contohnya kalau MBSA start daripada Jalan Kebun sampai ke kawasan Sungai Buloh, dia besar satu unit ada berapa dua kalau MPS pun besar ada dua ke tiga unit sahaja. Adakah cadangan

untuk meningkatkan jumlah kakitangan supaya lebih efektif dan sesuai dengan jumlah kawasan dan jumlah penduduk yang terlibat dengan isu-isu anjing liar ini EXCO, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kesuwon ya terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras yang prihatin soal macam mana kita nak kawal dan sebagainya anjing liar ini juga. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Yang Berhormat Sijangkang juga timbul isu anjing liar saya jawab bersekali dengan isu yang sama. Kita ambil maklum dan first shelter ini akan teliti mana kawasan mana PBT yang sepatutnya yang bersedia untuk laksanakan kerana ia melibatkan kos perbelanjaan dan sebagainya penjagaan dan juga kerjasama bersama NGO sebab anjing ini mudah kalau ada masalah anjing orang akan telefon terus kepada PBT dan sebagainya. Mereka akan complain kenapa anjing liar banyak sangat, kenapa tidak tangkap dan sebagainya. Mudah tetapi bila penguat kuasa datang menangkap anjing liar ada NGO yang datang protes dan marah yang kata ini tidak berperikemanusiaan tangkap dengan cara keras macam itu dan sebagainya kadang--kadang kita pun dalam dilema. Kita faham penguat kuasa menjalankan tugas kadang-kadang terhalang banyak NGO yang marah sebab anjing tidak diuruskan dengan baik. Jadi kita kena gunakan satu kaedah yang lebih berperikemanusiaan dan juga mesra haiwan dan sebagainya, bukan saya sahaja mesra alam kita kena mesra haiwan anjing juga kita kena jaga degan baik dan baru-baru ini saya akan beroperasi dengan Jawatankuasa EXCO, Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Perpaduan Yang Berhormat, Program Memburu Haiwan Liar Perosak Tanaman Kera, Monyet, Khinzir Hutan dan sebagainya. Kita mungkin akan buat program memburu di mana di sini di sana bukan memburu orang tetapi memburu haiwan-haiwan kita akan lakukan. Itulah sedikit pencerahan untuk Sijangkang dan juga Paya Jaras dan seterusnya ini baru habis isu tentang PBT Kerajaan Tempatan. Seterusnya saya akan terus kepada Pelancongan, banyak isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Bukit Melawati, daripada Balakong, daripada Hulu Bernam dan sebagainya. Saya nampak ramai Paya Jaras, Dusun Tua dan sebagainya ramai yang minat terhadap pelancongan di Negeri Selangor saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana sangat prihatin terhadap bagaimana memajukan, mempromosikan pelancongan eco tourism, agro tourism di Negeri Selangor supaya dapat menarik lebih ramai pelancong-pelancong datang ke Negeri Selangor. Untuk Yang Berhormat Sabak juga. Sabak mana pergi? Sabak mungkin sebuk hari ini Yang Berhormat Sabak.

Dia datang.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Datang ya? Pembinaan mercu tanda. Dia nak mercu tanda. Soalan dia hendak mercu tanda kita akan cuba, Kerajaan Negeri menyambut baik pembinaan mercu tanda di sempadan pintu masuk ke Negeri Selangor bertepatan dengan perancangan pembangunan, promosi pelancongan di anjung utara Selangor. Pembinaan mercu tanda ini akan menjadi simbolik kepada para pelancong tempatan mahupun antarabangsa dengan menunjukkan bahawa

mereka telah berada di kawasan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri juga turut memberi tumpuan kepada segmentasi agro dan pelancongan kerana terdapat berapa pelaksanaan projek Rancangan Selangor Pertama RS-1 yang meliputi projek pembangunan di kawasan Sabak Bernam iaitu Sabak Bernam Development Area justeru itu SABDA merupakan salah satu usaha yang baik untuk memberi good impression kepada kawasan anjung utara Negeri Selangor yang sememangnya mempunyai daya tarikan agro dan eco tourism yang unik dan menarik. Kita akan teliti dan cadangan tersebut sangat baik daripada Yang Berhormat Sabak. Seterusnya berkaitan Yang Berhormat Kajang cadangan untuk melaksanakan culture street yang saya pernah jawab dalam sesi soal jawab dan kemudiannya Kerajaan Negeri menyambut baik dengan pihak berkuasa mengenal pasti maklumat berkaitan tempat dan penduduk pelancongan yang menarik bahawa untuk dirangkup dalam pelancongan di setiap daerah selain itu mewujudkan laluan pejalan kaki tidak hanya tertumpu di kawasan Kajang semata-mata tersebut dalam peringkat perancangan projek jangka panjang yang akan dilaksanakan secara berperingkat untuk keseluruhan Negeri Selangor pembinaan laluan pejalan kaki tersebut bertujuan untuk merealisasikan Negeri Selangor sebagai sebuah bandar yang komprehensif menarik mampan dan menekankan konsep walkable city ini juga kita akan lakukan Yang Berhormat dan seterusnya kepada Yang Berhormat Seri Kembangan tadi berkaitan dengan pelancongan perindustrian Yang Berhormat Balakong, Seri Kembangan sebelum ini Balakong banyak membangkitkan isu industri, pelancongan perindustrian yang merupakan sektor pelancongan baru di Negeri Selangor yang menawarkan peluang kepada pelancong untuk melawat kilang industri pemprosesan berkonsepkan makanan, minuman, kraf tangan yang mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sektor pelancongan yang menarik. Justeru itu Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti dan merangka pakej-pakej pelancongan yang turut merangkumi sektor perindustrian dalam siri promosi pelancongan, “Hendak Bercuti Pusing Selangor Dulu”. Bagi pasaran domestik dan juga siri promosi “Spending Selangor Take Me Anyway” bagi pasaran antarabangsa. Saya hendak bagi contoh di Sekinchan Yang Berhormat Seri kembangan kilang padi adalah tempat pemproses padi tetapi sekarang ini kita telah transformasi kepada kilang bukan saja mengutip, memungut padi dan sebagainya juga dijadikan paddy gallery untuk pelancong-pelancong datang melawat seperti apa yang dicadangkan di kawasan perindustrian ada kilang chocolate dan juga dan juga kilang-kilang yang boleh dibawa pelancong-pelancong. Ini juga salah nilai tambah kepada semua pelancong-pelancong yang boleh datang ke Negeri Selangor tarikannya. Sungai Ramal rasanya tidak ada pelancongan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ada, Yang Berhormat lupa ini.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ada ya? Isu apa?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya telah mencelah perbahasan Yang Berhormat Sabak mengenai pembinaan objek-objek dalam kawasan padi yang mungkin memberi kesan kepada keluasan tapak penanam padi contoh rumah burung,

kapal terbang, homestay, apakah ada dasar Kerajaan Negeri yang membenarkan dibuat semua objek dalam kawasan penanam padi mohon penjelasannya Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat saya rasa Yang Berhormat EXCO Pertanian mungkin akan menjawab perkara itu tetapi saya sentuh sikitlah Sungai Ramal sudah sentuh. Memang di kawasan-kawasan jelapang padi sekarang ini daripada dulu pun ramai yang kreatif, rakyat kita kreatif kita bagi galakan kreatif dia tidak hanya tanam padi. Kalau dulu tanam padi dengan harga yang rendah mereka tidak dapat hidup dengan menjaga keluarga mereka dengan baik kerana berada pada paras kemiskinan setiap tahun dengan hasilnya dua kali semusim setahun dua musim tidak mencukupi jadi ramai yang kreatif dengan anak mudanya yang sekolah tinggi dan balik ke kampung mereka mencari ruang dan peluang yang ada untuk bangunkan eco dan agro tourism termasuk di Sekinchan. Homestay kini di sawah macam-macam ada.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Celah terus.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan sebab hari itu nak tanya tidak sempat. Berkenaan eco dan juga agro.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Soalan tidak boleh, duduk Yang Berhormat Sungai Panjang sebab hari itu Yang Berhormat bahas yang hendak sentuh pelancongan masa sudah lepas, saya ingat tetapi tidak mungkin ini yang baharu. Saya tidak benarkan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sebab ini berkitan nyawa dan ada kes.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekarang Yang Berhormat saya tidak bagi sebab masa, asya ambil masa panjang nanti Speaker tegur saya. Jadi saya kena patuh tidak ada masuk dalam isu tidak boleh.

Speaker

Yang Berhormat bagi laluan? Sungai Ramal.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Bukit Melawati ada kemudian, sabar. Sungai Ramal saya nak jawab.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Yang Berhormat.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Morib dapat?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Morib nantilah dulu kejap dulu ya. Untuk Sungai Ramal termasuk kita bina Villa Chee Homestay semualah di bendang dan sebagainya termasuk terminal Sekinchan yang dikatakan di bendang ada kapal terbang itu kreatif dan sebagainya. Kerajaan Negeri sudah cuba untuk bantu bagaimana untuk pemutihan tanah dan sebagainya. Mungkin cara ini akan kurangkan keluasan tanah tetapi isu, satu isu saya hendak bagi tahu makluman Dewan yang Mulia ini kalau seluruh keluasan jelapang padi 18 ribu hektar di Selangor ini kalau kita dapat manfaat dengan cara di Sekinchan ini saya yakin kita dapat menambah hasil ini yang paling penting. Yang kedua bagaimana hendak menambah kegiatan ekonomi di kawasan itu penting itu juga perlu ambil kira dua-dua pihak ini kita ambil kira keterjaminan makanan seperti yang dikatakan National Food Security dan sebagainya akan kita cuba imbangkan. Baik, soal Yang Berhormat tadi Yang Berhormat.

Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Seri Kembangan? Siapa? Ya Dusun Tua.

Saya tunggu-tunggu juga saya ada sebut spesifik soal sebut pelancongan Sungai Gabai jadi tidak tahulah ada jawapan atau kalau boleh saya mencelah hal ini, hari ini sudah tutup sebelum ini menjadi hub pelancong fasal sejak banjir saya sebutkan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik pihak Tourism dan juga pihak Majlis kita akan cuba dengan Tourism untuk Sungai Gabai ada isu banjir dan sebagainya kita akan cuba untuk pastikan tempat itu dapat dipulihkan semula dapat menarik ramai pelancong mewujudkan peluang perniagaan kepada orang kampung dan sebagainya, itu penting. Tidak ada satu industri yang paling cepat menjana kesan ekonomi tidak lain tidak bukan sektor ataupun industri pelancongan. Kita kena spend duit yang lebih untuk sektor pelancongan kerana sektor pelancongan apabila kita dapat menarik keyakinan, keinginan para pelancong datang ke Negeri Selangor sama ada tempatan domestik atau luar negara mereka pada masa itu juga akan spend money dia akan menjana ekonomi-ekonomi, giliran dan sebagainya. Kalau kita bandingkan dengan industri pelaburan, memang sangat bagus. Pelaburan datang dengan buat IT, semikonduktor dan sebagainya mereka perlu beli tanah, kemudian perjanjian, kemudian KM, kemudian building plan, kemudian semuanya sekali mungkin 3 tahun, mungkin 4 tahun dan sebagainya. Pelanconganlah yang paling cepat menjana hasil, ini sangat penting.

Untuk Hulu Bernam dan Bandar Baru Klang, Kerajaan Negeri terima kasih atas keprihatinan tentang pelancongan. Kerajaan Negeri menyambut baiklah cadangan untuk membangunkan kawasan Bandar Baru Klang dan Hulu Bernam sebagai salah satu buah destinasi pelancongan. Kerajaan Negeri menerusi Tourism Selangor akan mengenal pasti meneliti potensi sesebuah kawasan untuk dibangunkan dan dipromosikan sebagai pusat yang menarik termasuk di Bandar Baru Klang. Ada

pejabat pos yang lama, ada Little India dan juga Gelung Abdullah dan ada juga temple yang berusia seratus lebih, seratus tahun dan sebagainya termasuk juga di Hulu Bernam. Baik, seterusnya berkaitan dengan Selat Klang, Selat Klang ...

Mohon mencelah, Sekinchan, Hulu Bernam mohon mencelah.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hah, Hulu Bernam.

Saya tertarik dengan jaminan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO untuk memasukkan Hulu Bernam dalam kajian untuk dijadikan tempat pelancongan. Jadi apakah Yang Berhormat EXCO boleh beri jaminan bahawa Hulu Bernam ini akan menjadi shortlisted dengan izin, sebagai Tahun Melawat Selangor pada tahun 2025 nanti.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam yang memperjuangkan ya. Di Hulu Bernam ya, kita nampak ada kawasan-kawasan yang boleh dilawati, Kampung Orang Asli Serigala, oh serigala jangan buat main, Kampung Orang Asli Serigala. Kemudian Pekan Hulu Bernam, Bukit Changkat, Asal dan ada tempat-tempat tertentulah. Saya cubalah, saya kalau ada masa semua saya hendak turun sebab sebagai EXCO Pelancongan kawasan itu kita belum turun, produk-produk yang dikatakan adalah indah khabar daripada bayangan. Saya perlu sampai ke situ seperti di KKB, paragliding saya sendiri naik paragliding saya terbang, now i can fly. Saya fly turun 8 minit, 10 minit turun walaupun bahaya, saya pun gigil, saya sampai. Jadi saya turun jadi saya tahu produk itu sangat menarik, boleh tarik pelancongan. Jadi Hulu Bernam kalau ada masa, ada kelapangan saya akan cuba pergi ke sana cuba teliti supaya kita tahu produk itu mencapai standard untuk dipromosikan atau tidak. Kita tidak ada soal ya, pilih kasih, tak ada soal pilih kasih.

Mungkin saya boleh menambah sikit Yang Berhormat EXCO. Sekiranya tak sempat dalam perbahasan saya yang lepas bahawa Hulu Bernam juga ada tempat untuk memetik buah tin di Felda Sungai Tengi Selatan. Dan kalau Yang Berhormat EXCO juga hanya tahu beberapa buah tempat seperti Sungai Inki, sebenarnya di Hulu Bernam adalah hub tanaman durian yang boleh dijadikan satu tarikan kepada pelancong-pelancong.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Ini indah khabar daripada rupa ya, tapi ada durian itu lain ceritalah. Durian itu memang satu tarikan yang besar kepada seluruh pelancong juga rakyat Malaysia khususnya termasuk pelancong-pelancong dari negara China yang suka sangat. Hong Kong yang suka sangat dengan durian, kita akan cuba, akan cuba sedaya upaya bagaimana pula ...

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Morib, boleh?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Morib, tak ada perbahasan.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tak sempat, 5 minit sorry, boleh sikit? Masuk ke pelancongan ....

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Cuma Morib tak ada bahas. Sebab Ketua Pembangkang saya bagi, sebab dia Ketua Pembangkang.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tak sempat, hah, bagi sikit, sikit.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Dia ada keutamaan dalam hal, tapi Morib bukan, Morib kena duduk sini dulu.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Sebab saya lihat Sekinchan adalah satu pelancongan agro pelancongan. Ini cadanganlah, saya tengok di Hulu Bernam, Hulu Bernam pun agro, apa kata adakah Kerajaan Negeri Selangor, kita kategorikan untuk menjadikan kita pelancongan Negeri Selangor 2025, kita kategorikan setiap tempat itu ada agro pelancongan, ok. Saya mencadangkanlah, seperti di Tanjung Sepat bersama dengan Morib. Tanjung Sepat ada kapal layar dan di Morib ada paragliding ok. Kita jadikan Morib itu di combined kan dengan Tanjung Sepat jadikan dia pelancongan sukan ya. Ini satu cadanganlah, adakah boleh diterima pakai.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baiklah, terima kasih kita sangat puas hati ....

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang, Sungai Panjang.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sungai Panjang tak ada bahas. Tak bahas soal ...

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ada, ada dalam hansard ada, isu pelancongan dengan peruntukan RM3.3 juta. Saya ada sebut dalam hansard.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sebut peruntukan tak cukup?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tidak.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Oklah dah sampai hansard, mana hansard. Ada ya, silalah.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ok, ok, saya tanya. Berkenaan dengan isu keselamatan. Yang Berhormat Sekinchan, mempromosi agro pelancongan eko pelancongan, cuma saya berharap supaya isu keselamatan prosedur tentang homestay homestay yang banyak sekarang ini kolam renang. Dan ada kes telah ada kematian, mati lemas di homestay homestay. Jadi kalau Kerajaan Negeri tidak ambil berat tentang isu keselamatan homestay ini, saya takut akan lebih

ramai pengunjung atau pelancong yang menyaman Kerajaan Negeri kerana tidak menitik beratkan isu keselamatan. Cuma promosi saja, indah khabar daripada rupa. Tapi tidak ada isu keselamatan di prosedur, dititik beratkan, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ok untuk Morib tadi, soal apa cadangan-cadangan itu memang saya dah cadang dah. Saya dah ada dalam cadangan saya. Nanti saya akan sebutkan kemudian. Untuk Morib dan untuk Sungai Panjang soal keselamatan memang akan saya jawab juga kemudian, ada soal homestay yang tak boleh stay dan sebagainyalah. Saya akan jawab kemudian.

Untuk Selat Klang, Selat Klang berkaitan dengan sebelum ini adalah EXCO, mantan jugalah mantan EXCO Pelancongan ya. Pelaksanaan program pelancongan dan juga melatih pemandu pelancong, pelancong dan juga program lain-lain.

Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah merancang dan telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Antara perancangan dan usaha tersebut adalah seperti :

1. Penganjuran program promosi pelancongan domestik, antarabangsa bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor pelbagai program promosi telah disertai seperti MATTA Fair dan promosi jelajah negeri di peringkat domestik serta Malaysia Fair dan juga program sales mission ke beberapa negara di luar Malaysia bagi peringkat antarabangsa.

2. Penganjuran program Farm Trip iaitu Familiar Rejection Trade Tourism Selangor berkerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, penggiat industri pelancongan serta penduduk-penduduk pelancongan di Negeri Selangor menganjurkan sesi lawatan tapak atau farm trip bersama-sama agensi pelancongan untuk meningkatkan jualan pakej pelancongan kepada pelancong dan juga agensi media tempatan dan juga antarabangsa. Meningkatkan ya, bagi meningkatkan publisiti di peringkat global.

3. Penganjuran acara pelancongan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah menyusun kalendar penganjuran acara pelancongan sepanjang tahun dengan penganjuran acara ini lebih ramai pelancong akan mengunjungi Negeri Selangor bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan malah untuk menginap, membeli belah, melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar kawasan penganjuran acara tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi setempat.

4. Penambahbaikan sistem pengumpulan data statistik pelancongan Negeri Selangor bagi memantapkan lagi industri pelancongan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk membuat penambahbaikan

terhadap sistem pengumpulan data statistik yang mana sistem ini akan menjana laporan statistik pelancongan yang dilihat lebih menyeluruh dengan kerjasama PBT dan juga penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor khususnya.

5. Penganjuran kempen promosi pelancongan dan pengiklanan pelancongan negeri. Bagi memastikan impak dan tumpuan industri pelancongan negeri, terus dimajukan. Kerajaan Negeri komited melaksanakan beberapa kempen promosi seperti “Hendak bercuti, pusing Selangor dulu”.

Untuk makluman Yang Berhormat, program melatih pemandu, hah ini ya, pemandu pelancongan tempatan telah dinaik taraf dan dijenamakan sebagai Host Komuniti Setempat Negeri Selangor (HKSNS). Host Komuniti Setempat merupakan seorang warga daerah yang memberi perkhidmatan kepada pelawat, pelancong bagi mereka merasai pengalaman unik yang berasaskan warisan, budaya, gaya hidup dan tradisi komuniti setempat di daerah dalam Negeri Selangor. Sehingga kini terdapat 6 daerah yang mempunyai Host Komuniti Setempat iaitu Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Tujuan utama penubuhan Host Komuniti Setempat Selangor adalah untuk membangunkan produk pelancongan yang baru yang dapat memberi impak sosial kepada pelancongan yang baru yang dapat memberi impak sosial kepada komuniti luar bandar dan daerah. Seterusnya menjadikan pelancongan sebagai salah satu medium pembangunan komuniti serta menghidupkan kembali warisan tempatan yang semakin pupus.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri komited dalam menjaga industri pelancongan di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk memperketatkan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana premis penginapan pelancongan yang gagal mematuhi peraturan pelesenan sehingga menjejaskan industri pelancongan di negeri ini. Semua pengusaha premis penginapan berlesen di bawah Pihak Berkuasa Tempatan perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) dengan pihak MOTAC, Ibu Pejabat dan juga permohonan pengerik dan premis ke Pejabat MOTAC Negeri. Pelaksanaan ini bertujuan untuk mengelakkan premis penginapan pelancongan dijadikan tempat transit kepada penjenayah berikutan tidak mempunyai sebarang maklumat keluar masuk pelancong seperti hotel. Pelbagai insentif juga dapat dinikmati oleh premis yang telah diberikan pengerik dan oleh MOTAC antaranya ialah kemudahan pengambilan pekerja asing, insentif cukai dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MAIDA) serta bantuan kewangan dan promosi daripada Kerajaan dari semasa ke semasa.

Untuk tambahan kepada Yang Berhormat semua tentang isu ini, baru-baru ini juga soal Host Komuniti Setempat, baru-baru ini 22 Oktober 2023 hingga 26 Oktober 2023, saya selaku EXCO Pelancongan telah mengetuai misi promosi pelancongan ke Laos

dan Ruanprabang, di situ untuk meneroka, meneliti dan ada engagement dengan Host Komuniti Setempat di kawasan-kawasan Laos dan sebagainya. Kita hendak tahu sama ada peranan host komuniti setempat local, tour guide ini dapat diperkasakan, dapat diperkasakan seperti di Sungai Panjang, di Bukit Melawati, di Kuala Selangor, kalau kita ramai host komuniti setempat, kita dapat memberi penerangan-penerangan kepada semua pelancong yang datang dan mereka akan rasai faham tentang budaya kita. Kawasan ini, keunikannya kerana anak-anak muda boleh kita serap dalam host komuniti setempat, kita boleh beri peluang kepada anak-anak muda setempat dilatih sebagai local tour guide, host komuniti setempat. Dan mereka sayangi kampung kita, seperti Sekinchan, sayangi Sekinchan, cintai Sekinchan, kenali Sekinchan atau pun kenali Sungai Panjang dan sebagainya untuk, hah silakan Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah, 2 kali panggil. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jadi apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk keselamatan pengunjung dan pelancong dalam tempoh yang tadi tak sebut lagi garis panduan tentang keselamatan. Dan yang kedua, adakah semua peraturan-peraturan dan peruntukan undang-undang yang dibuat Pihak Berkuasa ini dipatuhi dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya, terima kasih Yang Berhormat Sekinchan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya mengambil maklum tentang keprihatinan Yang Berhormat Sungai Panjang soal keselamatan. Memang keselamatan itu satu jaminan penting kalau tidak pelancong datang sekali berlaku insiden dan berlaku kemalangan dan sebagainya dia akan menjejaskan industri itu secara keseluruhannya. Itu sangat penting ya, termasuk pernah dibangkitkan oleh Bukit Melawati di Sky Mirror tempat jeti-jetinya. Hanya setakat ini satu dua jeti yang betul-betul berdaftar dengan MOTAC berdaftar dengan Kementerian, berdaftar dengan Hulu Bernam, kemudian berdaftar dengan Tourism dan sebagainya. Dan mereka ini ada lesen sah tetapi masih ada jeti-jeti yang membawa pelancongan keluar dan sebagainya tidak ada lesen tapi mereka bawa juga, ini juga kita harus fikir bagaimana untuk kuat kuasa dan minta mereka untuk berdaftar dan juga buat permohonan. Kalau tidak apabila berlaku sesuatu, kecelakaan atau pun kemalangan ia akan menjejaskan seluruh industri tersebut. Pelancong takut nanti tak datang ya. Baik seterusnya kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Melawati.

Yang Berhormat EXCO. Ok Yang Berhormat EXCO tadi ada cakap yang Hulu Selangor adalah antara destinasi pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO, di Hulu Selangor mereka datang ada sebab, salah satunya parking dia sampai sekarang masih free. Itu salah satu dia, yang kedua Yang Berhormat EXCO, kita minta Kerajaan Negeri melihat kawasan-kawasan Brownfield boleh dijadikan kawasan pelancongan, bawa dari luar datang melihat bangunan-bangunan yang terbiar. Bangunan-bangunan itu boleh dijadikan kawasan pelancongan, kawasan hantu. Saya mohon Yang Berhormat untuk meneliti keadaan ini ya.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali yang mengaitkan soal pelancong yang datang dan parkir ini. Ini tidak berasaslah, di Kuala Selangor, pelancong datang berpusu-pusu ke Kuala Selangor dan sebagainya tak ada kaitan dengan parking, cuma Yang Berhormat hendak sedapkan hati tak apalah, silakan.

Seterusnya tentang soal apa yang dicadangkan itu saya kawasan pelancongan dan sebagainya saya akan ambil maklum. Soal dia ada timbulkan berkenaan dengan program promosi suku tahun kedua, kita akan lakukan penganjuran kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Satu program promosi akan dimulakan pada suku tahun kedua 2024. Yang kedua program pelancaran preloved Grand Launching peringkat Negeri Selangor, peringkat nasional, peringkat antarabangsa. Tiga, penyediaan bahan penjenamaan promosi rasmi seperti logo, maskot, duta, event kalendar, lagu rasmi, content kreatif. Selain itu sebanyak 8 buah program promosi luar negara yang telah dan akan dijalankan pada tahun 2023 dan 2024 dengan melibatkan unjuran perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta seperti perincian seperti berikut. i-TV Berlin, iaitu International Tourism Booth, Berlin 2023, kita belanja RM493 juta kemudian Sales Missions Taiwan. Saya pendekkanlah sebab ini panjang sangatlah. Kalau diberi peluang sebab dulu jadi Speaker, penggal yang lepas 5 tahun Speaker, tak boleh berucap, tak boleh berucap. Jadi sekarang ini dapat mic ini kita hendak tekan gear tiga empat, tak apalah untuk keadilan untuk semua, keadilan untuk semua jadi saya kurangkanlah ya, saya pendekkan yang pentingnya...

Speaker

Ramai orang muda tidak tahu apa itu gear 3, gear 4.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita akan terus mempromosikan Negeri Selangor ada Anjung Utara, pakej 3 hari 2 malam, Eco dan Agro Tourism Anjung Utara dari Kuala Selangor, Sabak Bernam dari Bukit Melawati, Sky Mirror, Eagle Feeding, kemudian pergi ke Sekinchan. Kemudian Sekinchan dengan sawah padinya, dengan bising tren nya dan Pantai Redang, terminal kapal terbang dan sebagainya. Terminal Sekinchan sampai ke Sungai Panjang, kelip-kelip akan kita bangunkan. Kemudian sampai ke Sungai Air Tawar untuk makanan orang kampung, IKS dan sebagainya. Itu Anjung Utara, kemudian ada Anjung Selatan dengan izin (bahasa Cina) Anjung Selatan itu daripada mana, dari Jenjarom sampai Morib ...

Yang Berhormat EXCO yang saya ...

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Cepat, cepat masa mencemburui saya.

Sebab Yang Berhormat EXCO tidak sebut Sabak pun tadi. Masalahnya sampai Sungai Panjang terus ke Sungai Air Tawar, tempat kawan lama tak kan tak ingat pula.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Berkenaan Taman Alam, tentang Taman Alam, perancangan Kerajaan Negeri membangunkan taman Alam dan keduanya berkenaan dengan habitat yang ada di Taman Alam. Apakah kajian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri terutama sekali dengan Taman Alam dan dia punya habitat yang ada di Taman Alam.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Isu Taman Alam ada nanti sekejaplah, sabar belum sampai pun dah cerah. Jadi ...

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Minta dipendekkan tadi takut terlepas tadi.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terlepas ya, baik-baik saya cuba pendekkan dengan isu-isu berkenaan Anjung Selatan ada dari Jenjarom sampai Morib sampai Bukit Jugra dengan paragliding sampailah ke Tanjung Sepat sampailah ke Sungai Pelek, Sepang. Termasuk semalam saya baru merasmikan satu rekod di mana HAL Dragon Fruit Ecofarm. Di situ ada satu buah naga gergasi, buah naga gergasi 9.3 meter paling besar, paling besar di dunia mendapat pengiktirafan Book of Guiness Record. Ini menjadi satu mercu tanda yang akan membawa lebih ramai pelancong daripada KLIA terus ke Sepang. Seluruhnya akan kita majukan yang pentingnya Kuala Selangor kita tidak abai, Sabak Hay Resort di Sabak, Yang Berhormat Sungai Air Tawar tengah usahakan untuk bangunkan Hay Resort. Dan kita bawa ke Sabak ya, orang kawan lama tidak boleh ditinggalkan. Kawan lama (bahasa Jawa) , jadi hendak bercuti pusing Selangor dulu. (Bahasa Cina ) dengan izinlah.

Seterusnya banyak lagi, masa tidak mengizinkan, seterusnya untuk Sungai Pelek, baru semalam kita cerita Sungai Pelek, Yang Berhormat banyak membangkitkan tentang pelancongan Agro berasaskan komuniti dan sebagainya. Memang banyak lagilah perkara yang akan kita bangunkan di Sungai Pelek menjadi satu kampung (bahasa Cina) dengan izin, iaitu Kampung Buah Naga, dragon fruit village atau pun Kampung Buah Naga. Dahsyat dengan buah naga, nak makan buah naga mesti Sepang, Sungai Pelek. Kalau Sekinchan buah naga masih kurang sikit ya, baik.

Seterusnya itu untuk Sungai Pelek lah, akan kita naikkan semua infrastrukturnya dan sebagainyalah. Seterusnya Dusun Tua tadi kita sudah cakap dengan Sungai Gabainya yang akan kita pastikan dan soal ada Yang Berhormat ada yang mengatakan bahawa Belanjawan 2024, bajet untuk pelancongan RM3.3 tidak cukup, kecil. RM3.3 juta tidak cukup, memang kalau ikut daripada saiz Selangor, kita masih kurang tapi tak apa, tahun hadapan dia ada penambahan dan sebagainya. Tapi yang paling pentingnya bajet RM3.3 juta ini walaupun kecil tetapi kita boleh manfaatkan promosi dengan betul menggunakan kaedah pengurusan yang baik, promosi yang baik dia pasti akan menjana yang lebih besar.

Speaker

Yang Berhormat, soalan lagi, soalan lagi.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Ok Yang Berhormat EXCO beritahu yang RM3.3 juta ini mungkin dalam perancangan ataupun harapan. Tapi kita Tahun Melawat Selangor ini perlu dilaksanakan pada Januari sehinggakan Disember 2024. Kalau tahun 2025 dah nak Tahun Melawat Selangor, macam mana kita hendak melaksanakan promosi dan melaksanakan pembangunan pada tahun yang berikut?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Akan cubalah walaupun peruntukan bukan selalunya banyak, kekangan dan sebagainya memang ada, semua hendak Jabatan hendak dapat peruntukan yang lebih, tapi kita akan manfaatkan, yang penting manfaatkan.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

YB kata tadi promosi yang i-TV Berlin, ITF London, kalau RM3.3 juta pun tidak cukup dah.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya ambil maklum, kita ada belanjawan untuk dalam i-TV Berlin, semua ada cuma saya tidak ada masa hendak go through one by one. Sabar, sabar kita akan ke i-TV Berlin, ke Mumbai dan sebagainya. Semua geng kita akan pergi ke situlah. Kemudian untuk pelancongan saya rasa sekadar itu, saya ucapkan terima kasihlah kepada semua Yang Berhormat semakin excited dengan pelancongan kita. Saya harap dengan Anjung Utaranya, Eco Tourism, Agro Tourism dengan Anjung Selatannya, (bahasa Cina) dengan izin, kita dapat memaju ekonomi khususnya sektor pelancongan di Negeri Selangor ke tahap yang lebih cemerlang iaitu Tahun 2025, Tahun Melawat Selangor kita akan capai sasaran yang lebih baik ya.

Baik, untuk sedikit tambahan untuk LIMAS, iaitu Hal Ehwal Selain Islam ada sedikit isu yang dibangkitkan Sentosa dan juga Subang Jaya. Saya sentuh, untuk makluman Kerajaan Negeri telah membuktikan kepelbagaian agama di negeri ini diraikan melalui peruntukan sebab saya Pengerusi bersama ya. Jadi saya jawab di sinilah. Pembangunan kepada rumah-rumah ibadat selain Islam di isi sejak 2008. Peruntukan ini mencerminkan pendirian Kerajaan Negeri yang berpegang kepada prinsip Selangor Leave No One Behind dan semangat Kita Selangor Maju Bersama. Pembahagian peruntukan yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Taal Negeri Selangor LIMAS, 5 agama Negeri Selangor ini adalah berdasarkan peratus penganut 5 agama utama selain Islam dalam Negeri Selangor seperti berikut. Buddha, Taal dan lain-lain, penganut 6.47%. Tahun 2023, 400,837.6. Dan kemudiannya Hindu, 28.7% dan daripada pecahan 5 agama ini, 2.3 juta Kristian 9.402,753.6 dan seterusnya Sikh, 1.36% 108,800. Inilah antara sedikit pecahan untuk LIMAS. Dan seterusnya Kerajaan Negeri pada tahun 2023 telah memperuntukkan RM8 juta dan kadang-kadang daripada 2008 hingga sekarang tidak kurang setiap tahunlah RM6 juta RM8 juta ini untuk jawapan bersekali kepada Subang Jaya. Untuk isu tambahan yang terakhir ...

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker saya just mohon justifikasi. Saya tidak pertikaikan peruntukan keseluruhan cuma untuk setiap permohonan. Kadangkala kami kena pertimbangkan merit permohonan tersebut. Kalau pengubahsuaian untuk rumah ibadat itu banyak. Maka kalau kami bagi RM10 ribu sahaja secara standard atau pun RM5 ribu, nampaknya mungkin tidak ikhlaslah kepada mereka. Jadi mungkin perkara ini perlu dipertimbangkan on the case by case basis lah, itu permohonan saya, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik kita ambil maklum isu yang ditimbulkan oleh Subang Jaya. Dan isu Sentosa menimbulkan soal isu untuk makluman berkaitan dengan kuil Seri PaddaKariamman, Sungai Rengam Estet Division 2 Batu Tiga, Shah Alam, daerah Petaling tapak yang terlibat merupakan sebahagian tanah hak milik Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd. Dengan nombor HSD 23899 Pt.246 terletak di Seksyen 18, Shah Alam. Kuil ini telah menerima perintah mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 20 September 2020 yang mengarahkan kuil ini dipindah dalam tempoh 14 hari tarikh perintah keputusan turut dimaklumkan dalam MMKN 6/2021 bertarikh 17 Februari 2021. MMKN memohon agar pihak PDT Petaling untuk memantau proses pemindahan kuil ini ke tapak rumah ibadat bersepadu yang ditetapkan Pihak Persatuan. Kuil ini juga telah diperuntukkan ke satu tapak rumah ibadat bukan Islam bersepadu seluas 926.06 meter bersepadu di Seksyen 18, Shah Alam dengan jarak yang lebih kurang 100 meter di tapak sekarang. Inilah untuk makluman ya, Sentosa. Silakan Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Perkara ini saya bangkitkan untuk cari satu jalan penyelesaian dengan harmoni. Saya telah bincang dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membantu kerana kalau saya hendak membawa isu ini mungkin akan ambil masa. Saya nak satu appointment dengan Yang Berhormat EXCO, mungkin saya akan duduk bersama untuk cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan perkara ini kerana 2008 kita telah membuat satu keputusan kuil-kuil atau tokong-tokong yang berada lebih daripada 30 tahun harus kita mempertahankan. So, mungkin kita boleh duduk bersama dengan apa yang saya telah bincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mencari satu penyelesaian, terima kasih.

Tuan Speaker saya ingin sambung sikit saja, sikit saja berkenaan dengan isu yang sama. Saya juga telah menerima satu surat bil, maknanya surat rayuan untuk mempertahankan kedudukan kuil tersebut, saya mohon ruang yang sama diberikan oleh saya dan juga Yang Berhormat untuk kita sama-sama bincangkan, terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik terima kasih Sentosa yang faham pada situasi sebenar di lapangan atau perkara-perkara tertentu termasuk juga Batu Tiga yang prihatin. Dalam isu ini kita bincang, engage dan sebagainya bagaimana untuk kita selesaikan dengan lebih baiklah untuk kesejahteraan dan kebaikan kepentingan

semua pihaklah. Akhir sekali saya hendak ucap terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang prihatin soal isu Kerajaan Tempatan, PBT, isu pelancongan dan sebagainya. Jadi akhirnya saya hendak tutup dengan serangkap pantun ya. Dengan izin (bahasa Jawa) dengan itu cerah di awan dipandang indah, cuaca terang berarak awan, di dalam Dewan bertikam lidah bila di luar Dewan tetap berkawan. Sekian, terima kasih untuk kali ini.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Sekinchan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bandar Utama.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya hendak lanjutkan dulu. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kerana urusan Dewan masih panjang dan masih ada lagi 3 Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri membentangkan penggulungan mereka. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 Dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6:30 petang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong saya mengemukakannya untuk mendapat persetujuan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan tidak. Usul ini dipersetujui. Saya jemput Ahli Yang Berhormat dari Bandar Utama, silakan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Taman Medan kalau hendak masuk, sekarang dah boleh masuklah. Setiap hari tanya saya bila saya hendak gulung, takut nanti terlepas. Terlepas, saya tidak benarkan untuk tanya semula.

Mohon whatsapp dahulu kepada Taman Medan.

Speaker

Bandar Utama teruskan. Silakan, masa itu emas.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Jangan ganggu banyak sangat sebab masa itu emas. Okay, Indah Alam Sihat Tubuh Badan dengan izin memulakan penggulungan. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Sidang Dewan Negeri kali ini. Merujuk kepada isu pemotongan bajet bagi Program Iltizam Selangor Sihat kerana kurang mendapat sambutan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal dan Yang Berhormat Taman Medan, saya mengambil maklum akan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berhubung

pengurangan peruntukan Program ISS sebanyak 10 juta iaitu dari 45 juta kepada 35 juta seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada Belanjawan Tahun 2024. Yang Berhormat Sungai Ramal dan Yang Berhormat Taman Medan membangkitkan petikan daripada berita code blue yang bertajuk saya bawalah berita ini hari ini, Iltizam Selangor Sihat Budget Cut Amid Low 7% Uptake But Benefits Retained, alright. Dan pada perenggan pertama sekiranya kita melihat laporan ini juga telah memberikan penerangan, biar saya baca di sinilah, The Selangor State Government has proposed an RM10 million cut to Iltizam Selangor Sihat Programme in Budget 2024 due to the poor utilization 7% of beneficiaries. Jadi sekiranya saya translate, terjemahkan dalam Bahasa Melayu adalah Kerajaan Negeri telah mencadangkan pemotongan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit untuk Program Iltizam Sihat Selangor kerana kadar penggunaan yang rendah iaitu sebanyak 7% dalam kalangan ahli program tersebut. Namun apa yang difahami oleh Yang Berhormat Sungai Ramal dan Yang Berhormat Taman Medan adalah program ini kurang mendapat sambutan atau kurangnya penyertaan, jadi saya hendak betulkan sedikitlah penyertaan adalah participation bukan utilitization, utilitization ia adalah penggunaan. Jadi Yang Berhormat sekalian, kenyataan yang saya keluarkan adalah berkenaan penggunaan yang tidak mencapai had jadi dia bukan program ISS kurang mendapat sambutan suam-suam kuku dan sebagainya. Saya ingin memberikan sedikit pencerahan walaupun sebenarnya perkara ini telah saya jawabkan, dalam Dewan saya ingin jawabkan dan ingatkan sekali lagi jumlah kuota ISS adalah sebanyak 100,000 orang untuk keseluruhan kawasan negeri, jumlah aktif ISS adalah sebanyak 92,746 orang iaitu 92.7% daripada jumlah peratusan kadar pendaftaran dan penyertaan. Okay jadi apa yang saya maksudkan 7% adalah jumlah penggunaan ahli aktif ISS adalah 50%, ertinya half of them atau separuh daripada mereka menggunakan namun hanya 7% yang menggunakan kuota itu secara penuh. Penuh ertinya sekiranya contohnya mereka menggunakan kad keluarga, kad keluarga setahun ada RM500 jadi 7% daripada mereka yang menggunakan kad keluarga atau individu yang telah menggunakan kad itu 100% of the quota, that it is 7%. Jadi sekali lagi saya hendak ingatkan kadar pendaftaran adalah 92.7% walaupun kuota adalah diberikan untuk 100,000 penerima namun sekiranya dalam kategori keluarga ini kita masukkan lagi tambahan 84,954 orang ini termasuk anak-anak atau isteri yang berdaftar, isteri yang pertama. Jadi sebanyak 177,698 orang yang berdaftar sepenuhnya. Saya harap itu dapat menjawab persoalan tentang yang telah dibangkitkan dan sekali lagi saya pun ingin menjelaskan ini merupakan adjustment dengan izin atau pun pelarasan dari segi peruntukan dan bukannya pemotongan kuota atau pun manfaat untuk Program ISS seperti yang saya telah bangkitkan. Silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bandar Utama saya menghargai apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Bandar Utama, cuma yang menjadi persoalan kepada saya dan Sungai Ramal adalah justifikasi pemotongan itu. Saya faham tentang utilization itu maknanya the claim itu tidak sampai 100% of quota budget yang

telah disediakan. Dalam keadaan masa saya bahaskan perkara ini, saya sebut pada hari ini banyak keluarga dari M40 jadi B40 banyak orang yang berhadapan dengan perkara yang sukar pada hari ini betul sepatutnya peruntukan RM45 juta boleh cover 100 thousand family atau household sepatutnya kita boleh tambahkan lagi atau kekalkan peruntukan itu tapi kita add on number kalau tadi kalau Yang Berhormat Bandar Utama dedahkan bahawa hanya 50% sahaja utilization maknanya yang ada claim 7% yang fully claim, jadi maknanya masih ada ruang lagi untuk tambah jumlah yang layak untuk terima sebab pada kami, kami tidak katakan Program ISS ini tidak bagus cuma kami kata kenapa kena perlu potong dalam keadaan rizab negeri masih lagi banyak, dalam keadaan Kerajaan Negeri masih lagi kaya tetapi potong 10 juta atas dasar kononnya tidak ada utilization. Sepatutnya kita tambah, kalau dulu 100,000 mungkin boleh tambah jadi 150,000 atau 200,000. Penerima baru untuk kita daftarkan dan jadikan mereka ini penerima yang aktif. Apa pandangan Yang Berhormat Bandar Utama?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Minta pandanganlah, saya memberikan pandanganlah. Saya sebenarnya hendak menjelaskan juga cuma Yang Berhormat Taman Medan telah tanya sebelum saya hendak jelaskan. Jadi saya hendak jelaskan, ini adalah adjustment atau pun pelarasan dari segi peruntukan. Jadi seperti yang telah saya katakan tadi memang kita mengambil kira semua situasi di mana kita merasakan perlunya adakan penambahan manfaat dari segi inpatient dengan izin atau pun hospitalisasi, oleh sebab itu kita telah mengambil keputusan untuk memperbaiki Program ISS. Selain daripada itu selari dengan langkah pengurusan kewangan dan urus tadbir yang berkesan, Kerajaan Negeri juga mengambil pendekatan untuk melakukan pelarasan penambahan peruntukan untuk program-program lain yang berkaitan dengan kesihatan awam contohnya penambahan RM300,000.00 untuk Program Kesihatan Mental pada tahun 2024 berbanding tahun ini, penambahan setengah juta untuk Program Selangor Saring, penambahan RM200,000.00 peruntukan Program Nutrisi Makanan Kanak-Kanak, penambahan RM300,000.00 bagi peruntukan Program Insentif Rawatan Tibi adalah antara contoh yang saya boleh berikan. Jadi seperti yang katakan tadi walaupun ia ada pemotongan kerana peruntukan itu tidak digunakan sepenuhnya di ISS jadi kita alihkan separuh atau peruntukan itu kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan awam juga namun memanfaatkan warga Selangor dari pada segi yang lain.

Yang Berhormat Taman Medan bertanyakan sekiranya Program ISS Penjawat Awam dapat ditawarkan kepada Penjawat Awam Gred 44 ke atas. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa terbukalah untuk mendengar cadangan dan saranan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan jadi kita akan mempertimbangkan sebarang saja saranan dari Ahli-Ahli Dewan Negeri pada sidang kali ini cuma untuk makluman Yang Berhormat ISSPA yang dahulu dikenali sebagai Peduli Sihat Penjawat Awam mula diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2018 jadi sama dengan Program ISS, program ini adalah khusus bagi mengurangkan beban untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kesihatan awam bagi penjawat awam bagi kategori tangga gaji yang sama

seperti ISS. Namun dari penjawat awam iaitu Gred 44 dan ke bawah kerana kita mahu memberikan jaminan kepada penjawat awam, kita akan memberi apa orang kata kuota yang khusus kepada penjawat awam. Oleh itu apabila perbincangan tentang penambahbaikan untuk Program ISSPA yang dilakukan pada tahun ini juga, kita sebenarnya walaupun kita tidak meningkatkan gred, kita telah meningkatkan peruntukan program ini dari 1 juta ringgit kepada 1.5 juta untuk tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 50% daripada peruntukan sebelum ini. Jadi keputusan ini dibuat berdasarkan pemerhatian beberapa tahun ini kita sedar bahawa anggaran purata peratusan penggunaan adalah sebanyak 81% jadi kita at least sekurang-kurangnya kita mahu menjamin kebajikan Gred 44 dan ke bawah, mereka mempunyai peruntukan yang secukupnya bagi penggunaan ISSPA. Merujuk kepada cadangan memperluaskan senarai hospital panel bagi program ISS, BSS dan Skim Rawatan Jantung, Tuan Speaker, ini merupakan cadangan dari Yang Berhormat Balakong kebajikan rakyat Negeri Selangor terutamanya dari aspek kesihatan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Kesihatan yang baik mampu memastikan individu menjalankan kehidupan seharian dengan lebih produktif secara tidak langsung membantu meningkatkan taraf hidup. Dengan ini Kerajaan Negeri memang sentiasa akan melihat aspek penjagaan kesihatan dan saya ingin memperkenalkan ketiga-tiga program ini sekiranya ada yang tidak begitu mengenali ISS yang paling popular program untuk yang kurang berkemampuan untuk menerima rawatan asas berjumlah RM250 bagi kategori individu dan warga emas, manakala RM500 bagi kategori keluarga dan mempunyai banyak manfaat yang lain. Oleh sebab masa yang suntuk saya tidak akan menjelaskan semua, boleh melayari Program Bantuan Sihat Selangor diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu individu yang layak menerima bantuan kewangan sehingga RM5,000 bagi rawatan dialisis, pembedahan kecil, katarak mata, peralatan perubatan dan sebagainya. Skim Rawatan Jantung memang kita sediakan untuk individu yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah dan sekiranya mereka benar-benar memerlukan bantuan, Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk memberikan bantuan kewangan menjalankan prosedur rawatan jantung di hospital panel dengan had bantuan sehingga RM50,000.00.

Jadi berhubung dengan Yang Berhormat Balakong bertanyakan sekiranya kita boleh memperluaskan hospital atau panel penyedia perkhidmatan bagi ketiga-tiga inisiatif di atas, kita ingin jadi ketiga-tiga insentif ini sangat berbeza, jadi jumlah kuantiti juga berbeza di mana Iltizam Selangor Sihat, kalau hospital kalau tidak masuk klinik mempunyai 52 hospital panel melibatkan 36 hospital swasta dan 16 hospital awam. Bantuan Sihat Selangor mempunyai 1,361 panel melibatkan semua kategori bantuan dan Skim Rawatan Jantung melibatkan 3 hospital panel sahaja iaitu Cardiac Centre Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan UiTM Private Specialist Centre. Jadi sebagai kesimpulan jumlah bilangan hospital bagi setiap program adalah berbeza bergantung kepada program apa yang dimaksudkan. Ini kerana yang penyakit lebih kritikal contohnya memerlukan kepakaran yang lebih spesifik contohnya Skim Rawatan Jantung, dia tidak boleh melibatkan semua jenis panel hospital. Seterusnya berkenaan dengan cadangan-cadangan dari Ahli-Ahli Dewan Negeri untuk

mempertimbangkan perubatan atau pun rawatan tradisional atau alternatif di bawah Program ISS pertimbangan kepada cadangan tersebut akan diteliti dengan lebih lanjut berdasarkan keperluan semasa dan syarat-syarat berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan rawatan. Untuk makluman, penilaian lanjut bukan saja akan dilaksanakan kepada pusat perubatan atau pun rawatan tradisional atau alternatif malah juga kepada pusat-pusat fisioterapi, pusat rehabilitasi, klinik ortopedik dan klinik gigi yang berpotensi menjadi panel ISS. Selain dari itu, Yang Berhormat Balakong juga, Yang Berhormat Balakong tidak ada. Tidak ada saya tidak jawablah sebab saya hendak mempercepatkan. Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan berkenaan cadangan bagi usaha yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam menerajui saringan kanser serviks. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Selangor Cancer, SELCARE bermula pada tahun 2022 melalui SELCARE 4 jenis kanser yang akan disaring iaitu kolorektal, payudara, serviks dan prostat dan pemilihan 4 jenis kanser ini adalah berdasarkan hasil kajian Malaysian National Cancer Report Registry pada tahun 2012 hingga 2016 dengan kanser payudara dan kanser kolorektal berada di tempat kedua teratas bagi peratusan kanser yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Jadi program yang telah dijalankan sejak tahun 2022 dan diteruskan pada tahun 2023 adalah merekodkan jumlah individu yang menjalankan saringan kanser serviks seramai 5,855 orang. Jadi melihat kepada keperluan semasa sudah tentu inisiatif bagi program saringan kanser serviks dan kanser-kanser lain akan diteruskan di bawah program kanser Selangor atau SELCARE pada tahun 2024. Yang Berhormat Rawang, terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Rawang bertanyakan tentang pembinaan Klinik Kesihatan Country Homes Rawang. Untuk makluman Yang Berhormat untuk pembangunan facility kesihatan awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan kesihatan Negeri. Melalui maklumat yang saya dapatkan dari jabatan Kesihatan Negeri Selangor pembinaan KK di Country Homes Rawang masih tidak dapat dilaksanakan kerana membabitkan isu pemilikan tanah difahamkan bahawa tanah bagi pembinaan KK tersebut masih belum diserah oleh pihak pemaju kepada pihak pejabat Tanah Gombak. Proses pembinaan KK mengambil tempoh yang agak lama kerana melibatkan pemilikan tanah jika melibatkan tanah persendirian. Jadi facility awam terdekat bagi penduduk Country Home Rawang adalah KK Rawang yang terletak 12 kilometer dari kawasan Country Home. Kerajaan Negeri akan sentiasa akan mengadakan perbincangan bersama pihak JKNS dan pihak berkaitan bagi memastikan proses pembinaan KK di kawasan Country Homes dapat dilaksanakan lancar dan segera. Jadi sebarang cadangan yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan akan dibincangkan bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Berhubung dengan cadangan pembangunan Hospital milik Kerajaan Negeri Selangor oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang perkara ini memerlukan perbincangan yang sangat terperinci kerana pelbagai aspek perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya seperti yang kita maklum pembinaan fasiliti kesihatan awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengambil kira peruntukannya memang agak besar jadi

untuk yang ingin tahu bagi industri penjagaan kesihatan kos pembinaan hospital kebiasaannya dikira berdasarkan kos anggaran sebuah katil di mana ia sekitar RM1 juta bagi setiap katil yang mungkin lebih mahal bagi Hospital Kerajaan atau pun lain-lain jadi sebagai contoh bagi 100 buah katil di hospital swasta ia boleh mencecah kos RM100 juta dan kos peralatan dan keperluan lain juga boleh mencecah anggaran kos RM20 juta ke RM30 juta. Jadi dari aspek peruntukan selain dari itu, kesediaan tanah dan aspek operasi seperti perjawatan dan peralatan kesihatan juga perlu dipertimbangkan sebelum pembinaan hospital boleh dilaksanakan. Jadi itu akan memerlukan pertimbangan yang sangat terperinci dan wajar.

Sekarang kita masuk kepada topik alam sekitar pula. Berkaitan isu perubahan iklim kerana apabila menyentuh tentang portfolio alam sekitar istilah yang selalu didengar adalah istilah perubahan iklim. Jadi saya amat menghargai keprihatinan dan perhatian yang diberi oleh Yang Berhormat Pandamaran, Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Kota Kemuning dan Yang Berhormat Taman Medan yang telah membangkitkan isu berkaitan kesan perubahan iklim khususnya di Negeri Selangor. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, gerak kerja dasar perubahan iklim di Negeri Selangor telah bermula pada April 2022 di mana skop kajian, objektif dan terma-terma kajian telah ditetapkan dan saya telah menerangkan pengenalan mengenai dasar perubahan iklim ketika soalan nombor 63 yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Taman Medan pagi tadi. Oleh itu bahagian itu saya tidak akan ulang kembali tapi saya cuma akan tambahkan maklumat tambahan yang telah dibahaskan sebelum ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Ketua Pakar Perunding yang telah dilantik untuk melaksanakan kajian dan dasar perubahan iklim di Negeri Selangor ialah Profesor Dr. Joy Jacqueline Pereira. Jadi Profesor Dr Joy juga adalah Timbalan pengerusi Intergovernmental Panel On Climate Change (IPCC) Working Group II On Impacts, Adaptation, And Vulnerabilities dengan izin. Oleh itu, bagi menjawab pertanyaan yang Berhormat Hulu Kelang kajian dasar ini tentu akan mengambil kira kajian-kajian kerangka kerja yang dijalankan di bawah payung United Nations Framework Convention Of Climate Change.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan Yang Berhormat Taman Medan tentang kemasukan 17 SDG di dalam penyediaan dasar yang telah dibangkitkan pagi ini. Jadi dari 17 matlamat yang digariskan di bawah Sustainable Development Goals dengan izin oleh United Nations pasukan pakar perunding juga telah merujuk beberapa matlamat SDG dalam merangka Pelan Tindakan dan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor. Jadi untuk matlamat SDG yang dirujuk seperti SDG11 mengenai bandar mampan dan SDG13 berkaitan tindakan iklim termasuk pengurusan risiko bencana. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat RM300 ribu yang diperuntukkan untuk tahun 2023 adalah untuk menjalankan kajian di 12 PBT yang telah saya telah nyatakan pagi tadi. Ini berbeza daripada tambahan RM300 ribu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada Belanjawan 2024 yang memperuntukkan RM300 ribu ini untuk melaksanakan dasar dan pelan tindakan perubahan iklim serta perbincangan bersama dengan kumpulan focus

ataupun focus Group Discussion dengan izin. Jadi kronologi dia RM300 ribu adalah untuk Analisis Kajian Perintis Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor dan juga selepas tiga PBT yang diselesaikan jumlah keseluruhan 9 PBT yang lain, 12 PBT akan menggunakan bajet ini. Selepas itu RM300 ribu akan digunakan untuk memastikan Pelaksanaan Dasar Dan Pelan Perubahan Iklim bersama dengan focus group yang juga telah dicadangkan oleh Ahli Dewan Negeri seperti Yang Berhormat Taman Medan sebab kita nak pastikan pemegang taruh terlibat dalam proses penggubalan dasar ini. Bagi memastikan matlamat pelaksanaan dasar ini dicapai selain daripada itu sebanyak RM800 ribu diperuntukkan bagi tujuan pembangunan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor. Jadi keputusan ini dibuat memandangkan isu perubahan iklim adalah isu yang memerlukan perhatian serius, maka Kerajaan Negeri melihat bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan satu organisasi yang berfungsi untuk merancang pelan-pelan strategik yang holistik di peringkat Negeri Selangor yang merangkumi pelbagai elemen dan sektor-sektor yang terkesan dengan perubahan iklim. Jadi antara sembilan sektor utama yang dikenal pasti adalah berkaitan keselamatan air dan sumber air, pertanian dan keselamatan makanan, kesihatan awam infrastruktur tenaga dan persekitaran terbina, guna tanah dan perubahan guna tanah, pengurusan sisa, pengangkutan, perhutanan dan biodiversity dan perindustrian. Oleh yang demikian Kerajaan Selangor bakal mencadangkan penaiktarafan daripada Jawatankuasa Tetap Iklim ataupun Majlis Tindakan Iklim Selangor kepada Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor dengan cadangan penaiktarafan ini, skop peranan bidang tugas, kepakaran ahli-ahli serta pemegang taruh yang terlibat dapat dimanfaatkan lagi usaha-usaha adaptasi terhadap kesan perubahan iklim dan isu-isu berkaitan.

Selain daripada itu pusat tersebut juga boleh menjadi agensi peneraju dalam pembangunan teknologi hijau, pengurusan pasaran karbon, penilaian cadangan projek sektor swasta berkaitan alam sekitar dan teknologi hijau menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan perundingan khidmat nasihat teknikal. Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memastikan fungsi pusat ini dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan inisiatif dan dasar menangani isu perubahan iklim dan menggalakkan penggunaan produk teknologi hijau. Jadi selepas itu berkenaan dengan penyediaan ecosystem bagi pelaksanaan EV yang juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Sekinchan tetapi saya tambah sedikit dalam usaha menyediakan ecosystem penggunaan kenderaan elektrik di Negeri Selangor pemasangan station pengecas EV adalah perkara yang kita akan berikan tumpuan. Jadi perancangan pemasangan pengecas EV telah dinyatakan dalam rancangan Selangor Pertama di bawah teras 3 iaitu Negeri rendah karbon sebagai agenda utama menjelang tahun 2025. Di bawah teras tersebut, Selangor telah menyasarkan untuk menyediakan kemudahan pengecas sebanyak 1000 unit menjelang akhir tahun 2024 dan 5000 unit pada penghujung penggal ini. Jadi untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Selangor telah memasang 500 unit setakat tahun November 2023. Bagi mempercepatkan usaha ini, Kerajaan Negeri akan juga menjalinkan usaha sama dengan syarikat swasta seperti Gentari di bawah Petronas, Tenaga Nasional Berhad serta syarikat-

syarikat lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan pendekatan ini amat bersesuaian dengan Projek Station Pengecas EV yang mempunyai daya maju komersial yang tinggi terutamanya di Negeri Selangor. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Jabatan Perancangan bandar dan Desa telah pun mengeluarkan garis panduan perancangan petak pengecasan elektrik pada September 2023 jadi baru sahaja sebagai panduan untuk Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan semua pihak berkepentingan untuk mengikut garis panduan ini dan kita akan pastikan di Negeri Selangor kita akan selaraskan garis panduan ini dan memastikan tatacara pemasangan dilaksanakan mengikut prosedur. Seterusnya saya tidak akan menjawab soalan Sijangkang sebab Sijangkang tidak ada di dalam Dewan. Saya akan teruskan kepada soalan mengenai penggunaan tenaga solar yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat jika tidak keberatan mohon jawab soalan Sijangkang sebab beliau dari Parlimen menuju ke mari untuk direkodkan dalam hansard, terima kasih Speaker.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya jawab sedikit mungkin.

Speaker

Sijangkang ada soalan atau tidak?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Sijangkang ada soalan cuma tiada dalam Dewan.

Speaker

Bergantunglah kepada Yang Berhormat.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya jelaskan sedikit sahaja secara ringkas sebab masa tidak begitu mengizinkan. Jadi Sijangkang bertanyakan sama ada usaha Pemuliharaan Isu Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah dijalankan dengan jumlah peruntukan yang telah diperuntukan oleh Pemuliharaan Hutan Simpan Kuala Langat. Yang Berhormat Sijangkang telah membangkitkan jumlah RM20 juta yang sebenarnya adalah RM10 juta yang telah diperuntukkan melalui Belanjawan lepas dan melalui peruntukan ini usaha Pemuliharaan Hutan Simpan Kuala Langat telah dibahagikan mengikut perancangan berdasarkan Rancangan Selangor Pertama dan ini termasuk langkah-langkah penguatkuasaan untuk mencegah pencerobohan pelaksanaan penanaman pokok di mana setakat ini sebanyak 1.25 juta telah dimanfaatkan untuk program ini dan meningkatkan kedalaman aras air bumi, yang ini memerlukan sikit masa kerana agak teknikal. Jadi selepas ketiga-tiga perancangan ini selesai, proses seterusnya adalah membangunkan sistem teknologi untuk meningkat dan menambah baik usaha penguatkuasaan. Untuk isu Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara setakat ini Kerajaan Negeri telah pun mengambil tindakan Mewartakan Semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan keluasan 486.07 hektar. Jadi tindakan ini selaras juga dengan keputusan MMKN ke-8 Tahun 2022 yang disahkan oleh MMKN ke-9

Tahun 2022 pada 30 Mac 2022, di mana hanya seluas 50.63 hektar yang daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang dinyah warta. Jadi untuk kawasan yang dinyah warta itu ialah untuk tujuan penggantian kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru seluas 42.05 hektar dan juga jajaran laluan empat air mentah Loji Rawatan Sungai Rasau seluas 8.58 hektar. Yang baki lainnya yang telah diwartakan semula akan menjadi Hutan Simpanan Kekal Baru dikenali sebagai Hutan Simpan Tanjung 12. Seterusnya saya kembali kepada tenaga solar. Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Bukit Gasing dan yang Berhormat Bandar Baru Klang juga telah bertanya tentang penggunaan tenaga solar dan pelaksanaan program panel solar. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dengan mempergiatkan usaha meneroka pelbagai tenaga baru untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga boleh diperbaharui ataupun renewal energy dengan izin adalah fokus utama dalam memastikan pembangunan yang mampan dan sifar karbon menjelang tahun 2050. Jadi Kerajaan Persekutuan sendiri telah pun menyediakan dasar-dasar yang menjadi rujukan asas kepada Kerajaan Negeri untuk meneroka sumber air ini sebagai contoh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dibangunkan bertujuan untuk membawa Malaysia ke arah peralihan tenaga yang lebih mampan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan untuk mewujudkan jalinan kerjasama melalui Private Partnership Programme (PPP), dengan izin di antara Kerajaan Negeri dan pihak swasta dalam mengkaji dan meneroka sumber RE bagi tempoh jangka yang panjang. Jadi, Yang Berhormat sekalian juga bertanyakan tentang projek yang dijalankan di bawah Kerajaan Negeri. Di bawah Kerajaan Negeri sebenarnya kita menggalakkan pemasangan panel solar menerusi perjanjian supply agreement antara Kerajaan Negeri, Tenaga Nasional Berhad dan juga JSPARX Sdn. Bhd. bagi pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan Negeri. Antara lokasi yang telah dikenal pasti termasuklah bangunan utama jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan termasuk dewan, stadium, gerai, surau, masjid, sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor serta kawasan parkir kenderaan di bawah kelolaan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri. Untuk makluman semua, projek pemasangan panel solar di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan telah siap sepenuhnya dan mula operasi pada Ogos tahun ini. Selain daripada itu, pemasangan solar panel di Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor juga telah siap sepenuhnya dan ketika ini dalam tempoh proses ujian dan percubaan untuk mendapatkan data janaan sebelum beroperasi sepenuhnya. Manakala terdapat lapan lagi buah bangunan Pejabat Daerah/Tanah di Negeri Selangor yang dalam peringkat pelaksanaan. Berdasarkan keputusan MMKN yang sama, Kerajaan Negeri juga menggalakkan PBT dan sektor industri untuk memastikan penjanaan tenaga solar diaplikasikan dalam bangunan premis serta mencapai sasaran untuk menjana tenaga hijau yang lebih lestari. Jadi, antara PBT yang sudah mempunyai perancangan termasuk banyaklah sebenarnya saya rasa hampir semua yang telah mempunyai perancangan tersebut. Jadi, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menggalakkan semua pihak terutamanya jabatan dan agensi kerajaan untuk meneroka dan melaksanakan inisiatif pemasangan panel solar yang berteknologi hijau bagi menjamin masa depan. Jadi,

saya menyambut sebarang cadangan baik seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat semua tentang bagaimana kita boleh memanfaatkan Skim Zero Upfront, dengan izin yang ditawarkan oleh pihak Sustainable Energy Development Authority di bawah Net Energy Metering. Jadi, sekiranya ada sebarang cadangan boleh dimaklumkanlah kepada Kerajaan Negeri. Insya-Allah kita akan memantau.

Seterusnya Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Meru dan Yang Berhormat Dusun Tua bertanyakan dengan Program Kesedaran Kitar Semula sama ada kita boleh teruskan dan apakah keadaan ataupun statusnya? Jadi, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk menerapkan budaya kitar semula sisa di peringkat komuniti dan institusi pendidikan. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Kitar Semula, Pengumpulan Barang Kitar Semula dengan melibatkan usaha sama syarikat dan NGO seperti Nestle, KPT Recycle, Syarikat Life Line Clothing dan lain-lain, membuat pengumpulan barangan kitar semula dari lori kontraktor, pengumpulan minyak masak terpakai, program kesedaran dan pendidikan di sekolah-sekolah dan pusat komuniti, Program Sisa Jadi Dana, Program Ecobrick dan lain-lain. Jumlah dia terlalu banyak. Sebanyak 176 projek rintis telah dilaksanakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di mana Negeri Selangor dalam pengasingan dan kitar semula sampah telah dilaksanakanlah. Jadi, oleh kerana itu Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan PBT akan seterusnya memberikan perhatian lebih kepada merangka dan merancang program khusus untuk kitar semula barangan e-waste dengan menyediakan pusat-pusat pengumpulan di stesen-stesen minyak yang terpilih, pasar raya besar dan syarikat-syarikat swasta yang lain.

Yang Berhormat Kota Damansara bertanyakan tentang pelaburan dalam teknologi hijau. Kerajaan Negeri menyambut baik dasar dan polisi Kerajaan Persekutuan untuk mentransformasikan sektor tenaga ke arah yang lebih lestari dalam pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ianya akan mempercepatkan peralihan tenaga baru bagi menjamin ketahanan iklim. Tenaga boleh diperbaharui adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan yang mampan dan sifar karbon menjelang 2050. Jadi, antara tumpuan Kerajaan Negeri adalah menggalakkan pemasangan pana solar di bangunan milik Kerajaan Negeri, jabatan atau agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan, menyokong dan memudah cara permohonan projek pembangunan ladang solar berskala besar di tanah dan di tasik yang bersesuaian, kerjasama dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Malaysia Forest Fund dengan penglibatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bagi meneroka ofset karbon sektor hutan. Jadi, pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui membuktikan langkah Kerajaan Negeri bagi mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050. Oleh itu, dua (2) aspek akan menjadi tumpuan di mana adalah mengurangkan pelepasan karbon tempatan dan memelihara

persekitaran. Justeru, aspek pelaburan negeri dalam sektor tenaga hijau ini kini menjadi agenda utama Kerajaan Negeri terutamanya anak-anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Worldwide Holdings Berhad yang kini aktif membangunkan taman solar dengan usaha sama rakan strategik Tenaga Nasional Berhad.

Tuan Speaker dan seluruh Ahli Berhormat yang saya hormati, dalam menyediakan belanjawan yang bersifat menyeluruh dan komprehensif ini saya rasa kita perlu mempertimbangkan belanjawan secara praktikal, realistik, mampan dan tidak bersifat retorik. Jadi, benar Kerajaan Negeri mempunyai rizab kewangan yang kukuh namun seharusnya iktibar perlu diingati, dijadikan pedoman ketika kita berhadapan dengan keadaan semasa sebagai contohnya pandemik. Jadi, dengan itu saya ingin menutup ucapan penggulungan saya dengan serangkap pantun.

Apa guna berumah besar kalau tidak dibina pagar, Apa cadang belanja besar andai arahnya tidak praktikal.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, terima kasih kepada Bandar Utama. Saya jemput Yang Berhormat Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Ahli-Ahli Yang Berhormat semua saya terutamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan berhubung dengan isu-isu yang berkaitan infrastruktur dan pertanian Negeri Selangor dan saya akan cuba jawab sebaik mungkin secara terperinci apa-apa isu yang telah dibangkitkan. Biasanya kalau penggal lepas saya akan mulakan dengan infra dulu tapi kali ini saya mula dengan pertanian dulu untuk bagi peluang kepada rakan-rakan ataupun Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya soalan berhubung dengan isu pertanian ya.

Isu yang dibangkitkan oleh ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat ialah berhubung dengan isu padi dan beras. Ini telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sijangkang, Taman Medan, Sabak, Permatang, Sungai Panjang dan Sungai Burong berhubung dengan isu padi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya mulakan dulu dengan isu bantuan input tanaman padi yang saya telah ketengah dan bawa kelulusan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana melihat akan rayuan dan juga permohonan daripada pesawah-pesawah kita yang mengalami kerugian teruk disebabkan oleh penyakit yang melanda tanaman padi kita di barat laut. Jadi, selepas mempertimbangkan rayuan mereka dan juga melihat kewajaran itu, maka kita telah meminta kelulusan bajet hampir RM8.9 juta untuk kita beri bantuan kepada semua pesawah kita RM500.00 setiap hektar. Kita kira per hektar di mana RM300.00 dalam bentuk tunai dan RM200.00 lagi dalam bentuk bantuan benih padi. Program ini telah diumumkan pada bulan Jun 2023 dan melibatkan 17,740 hektar sawah padi. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, sawah kita ni sebenarnya 19 ribu lebih ya. Tapi sebagaimana yang sedia maklum disebut juga dalam perbahasan sekarang ni tinggal 17,740 hektar yang betul-betul menanam padi. Yang lain tu tanam macam-macam. Ada yang tanam kapal terbang pun ada. Jadi, dan tanam sayur saya tengok dan sayur tu kadang saya melawat tengok bukan orang tempatan, orang Bangla yang menanam sayur. Jadi, sayur dan macam-macam lagilah termasuk juga ada yang buat chalet. Kerajaan Negeri pada dasarnya kita tidak bersetuju perkara ini kerana ini adalah kawasan syarat nyata sawah dan memang kita perlu pertahankan sawah-sawah kita ini kerana sawah kita ini penting untuk keselamatan makanan ataupun food security kita. Sekarang ini terbukti memang betul keperluan itu dan Selangor sebenarnya merupakan antara negeri yang hasilnya tertinggi selepas Pulau Pinang sebenarnya dari segi hasil padi berbanding Kedah nombor tiga. Jadi, Pulau Pinang, Selangor lepas tu Kedah. Kita dalam sekitar 4.6 tan per hektar. Pulau Pinang saya rasa lebih sikit 4.8 sahaja. Kedah dalam 3.8 sahaja per hektar dari segi purata ya. Ini pun bagi sebenarnya jauh lebih rendah berbanding dulu pada suatu ketika kita boleh dapat 8 tan per hektar dan menurun, menurun, menurun sekarang ini di sekitar 4.6 adalah satu angka yang sedih dan perlu kita, saya akan sebut kejap lagi bagaimana langkah-langkah yang kita perlu buat untuk menaikkan hasil padi. Bukan sahaja masalah melibatkan food security melibatkan juga pendapatan terhadap pesawah kita. Kita ingat dulu slogan ‘Pertanian Itu Satu Perniagaan’. Meniaga apa kalau bankrap? Tiap-tiap kali musim rugi, rugi, rugi, tutup kedai sebab itu ada yang beralih kepada tanaman lain. Jadi, untuk tujuan itu kita telah peruntukkan 8.87 sebagai salah satu usaha kita Kerajaan Negeri untuk memberikan semangat ataupun menyokong kembali mereka supaya dapat bangun semula dan mengusahakan. Saya bagi tahu Menteri Pertanian tak usah cerita nak buka kawasan baru. Selangor memang tak ada dah. Malah kawasan baru nak buka sawah ni, kawasan baru sawah baru lagi kos tinggi. Sangat mahal. Lebih baik kita tingkatkan hasil padi daripada kita sibuk dengan buka kawasan baru ya. Di Selangor memang tak ada tanahlah. Jadi, melibatkan 6,871 pesawah.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Boleh EXCO?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Cepat sangat ni. Bagi saya habis dulu....

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sebelum EXCO pergi ke tajuk lain.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak pergi tajuk lain. Panjang lagi. Nak cerita ni macam mana kaedah yang lambat sikit tu.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ok. Ok.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya cerita dulu ya. Dengar ya. Jadi, kaedah pembiayaan tu saya sebut tunai RM300.00 per hektar melibatkan RM5.322 juta dan RM200.00 lagi kita akan beli benih untuk musim yang akan datang ni iaitu RM3.548 juta. Jadi, keseluruhannya RM8.87 juta. Ini yang kita akan dan saya dah cadangkan supaya menggunakan padi benih padi MR269 atau MR297. Sangat popular jenis benih ini dan mempunyai ketahanan yang baik dan juga memberi hasil yang tinggi. Jadi, kita telah serahkan dan bila kita kaji balik pelaksanaannya agak ni sikit, dan untuk kali pertamanya kita menggunakan Agro Bank untuk menyalurkan dan nama-nama ni pesawah ini kita dapatkan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan iaitu PPK Tanjung Karang, Pasir Panjang dan Sungai Besar dan menggunakan daftar subsidi baja Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan ni dia dah daftar yang duk bagi subsidi kita guna nama-nama tu untuk kita agih-agihkan. Dan, bila melalui kali pertama ni tentulah macam-macam karenah sebagainya bank. Ada yang dah meninggal, waris tak ada dan sebagainya, ada yang tak ada akaun dalam Agro Bank. Jadi, macam-macam masalah yang kita hadapi dan kita terpaksa selesaikan satu per satu walaupun duitnya dah agak awal kita dah beri pada Agro Bank tapi dia tak dapat lepaskan dalam masa yang cepat. Cuma baru ini sahaja bila dah selesai kita berjayalah akhirnya pada 17 November baru ini pemilik lot-lot sawah berjumlah 5,379 lot dari kawasan PPK Sungai Besar telah pun menerima bantuan mereka berjumlah keseluruhan RM1.434. Yang lain tu akan berperingkat-peringkat akan dimasukkan dalam akaun melalui akaun Agro Bank mereka. Pihak-pihak PPK Pertubuhan Peladang membantu untuk mereka yang tak ada akaun dan sebagainya tu bantu untuk mendapatkan dalam masa yang terdekat ya. Insya-Allah. Kemudian, tentang isu yang untuk yang untuk benih padi pula tadi tu yang RM200.00 lagi tu, itu berjumlah 3.548 akan disalurkan melalui tiga Pertubuhan Peladang ini. Dia akan agih-agihkan dan saya telah cadangkan supaya benih padi antara salah satu punca hasil padi menurun ni ialah satu blok tu lebih kurang 50 lot. Dalam satu 50 lot tu ada satu blok dia panggil. Dia tanam macam-macam padi dalam itu, ada sawah ini padi lain, sebelah itu lain, jadi bila diproses hendak menuai dia buat serentak, ada padi yang lebih panjang umurnya ada yang lebih pendek, dia borong sekali. Jadi bila padi itu tidak begitu masak dia akan menyebabkan pemotongan dia akan dipotong tinggi, itu antara salah satu punca hasil padi yang rendah kerana terlalu banyak benih padi dalam variety dalam satu blok. Sebab itu saya sudah cadangkan dengan persatuan kalau boleh, satu blok itu satu jenis sahaja. Makna kalau 50 lot itu, 269 atau pun 297, semuanya 297. Blok sebelah itu ok, jadi bila diproses untuk buat bila dituai nanti, dia tidaklah mengganggu dan mereka mesti pesawah pun kena ikut jadual. Ada setengah itu, pesawah dah tanam, dia belum lagi, padi dia lambat, sekali bila dia tuai, dia kena tuai sekali jadi rosak padi itu. Itu antara perkara-perkaranyalah, itu pun kita akan buat untuk musim akan datang ini. Penyaluran peruntukan dijangka selesai pada akhir November 2023 bagi penanaman musim pertama yang bermula pada penghujung Disember 2023 di kawasan Tanjung Karang. Tentang padi ini ...

Boleh?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sila.

Terima kasih Speaker. Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab dua hari lepas saya bangkit dalam Dewan Undangan Negeri tapi bila saya balik jumpa petani, petani dia respons dia kata Alhamdulillah, kami dah terima sebahagian daripada RM500 yang dijanjikan itu. Jadi terima kasih banyaklah. Yang kedua berkaitan dengan apa jaminan Kerajaan Negeri terhadap harga benih padi ini. Sebab gambaran harga-harga ini sudah jadi mainan sekarang ini. Kita bimbang petani-petani akan jadi mangsa terhadap permainan harga padi yang dikuasai kita bimbang, dikuasai oleh kartel-kartel apa ini, padi ini. Sebab nanti terbeban dengan harga padi yang tinggi dahlah hasil pun tidak berapa menjadi.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Itu memang betul saya akan sebutkan sekejap lagi isu benih ini ya. Sebelum itu, biar saya jelaskan dulu isu padi yang berkaitan dengan bagaimana kita hendak tingkatkan. Yang pertamanya ialah isu peningkatan, isu yang disebut sebagai perubahan cuaca air masin, ini memang satu problem yang real, bukan saja di negara kita, negara lain pun mengalami keadaan di mana air intrusion dipanggil, salt water intrusion dengan izin, iaitu air masin masuk ke dalam dataran. Itu disebabkan oleh peningkatan paras air laut yang disentuh oleh EXCO perubahan cuaca itu tadi.

Jadi dia memberi kesan antara perkara yang kita boleh buat ialah meningkatkan kita punya kawasan saliran kita atau pun kawasan sawah. Sebab antara punca besar sawah ini yang gagal ini ialah salah satu ya, ialah terdapat sawah-sawah kita yang poros ataupun yang telap air. Jadi air boleh keluar masuk ini disebabkan tanah struktur tanah itu yang perlu diperbaiki. Ada juga tempat-tempat itu punca dia, jadi kita kena perbaiki keadaan itu dan keduanya ialah dengan meningkatkan ataupun membuat kajian dengan lebih lanjut tentang benih. Benih yang resilience, yang lebih tahan yang boleh juga dalam kawasan salinity yang tinggi itu, air laut ada sikit, kemanisan itu tinggi dia masih boleh ditanam. Ini sebenarnya telah berjaya dibuat di negara China, di mana kawasan-kawasan salinity yang tinggi ini dia boleh tanam padi. Sebab itu kajian yang sedang dibuat oleh MARDI, saya harap saya minta pihak MARDI percepatkan kajian ini supaya dapat dilaksanakan padi yang lebih resilience yang lebih kuat, yang lebih kukuh dan lebih tahan untuk kawasan begini.

Tentang cadangan daripada Pertanian, Jawatankuasa Tetap Pertanian selepas perbincangan dan pemerhatian dan juga pelbagai program yang kita buat, ada beberapa perkara yang kita dah minta dan telah diteliti dan kita akan bawa juga ke peringkat pusat. Baru ini pun saya sudah sebut dalam pertemuan antara Menteri Pertanian dan EXCO-EXCO Pertanian. Antara paling penting ialah pertamanya ialah usaha kita hendak meningkat hasil padi ini ialah sistem saliran. Sistem saliran yang kita ada hari ini itu telah begitu lama, dah sampai masanya kita buat penambahbaikan atau menaik taraf. Bagaimana Kedah baru ini MADA dapat RM3 bilion untuk

memperbaiki sistem saliran untuk kawasan padi mereka. Jadi Selangor sebagai negeri jelapang padi juga yang merupakan satu tempat yang penting dalam pengeluaran padi, kita telah minta supaya dimasukkan untuk menaik taraf sistem saliran bagi sawah padi kita.

Yang keduanya ialah isu amalan, ini pun saya ada berbual dengan seorang Wak ini, di Sungai Burong, saya tanya Wak dah berapa lama buat sawah, dia kata dia dah sejak sekolah menengah lagi. Dia dah umur 60 lebih dah, ini satu masalah dah 60 lebih dia lepas daripada sekolah. Saya kata bila kali terakhir Wak tabur kapur dekat sawah ini, dia kata dah 10 tahun YB tak tabur. Saya kata kenapa tak tabur, dia kata sebab Kerajaan tak bagi, dia kata. Wak faham tak kenapa tabur kapur ini? Dia kata tak tahulah, orang suruh tabur, saya buat tabur sajalah. Jadi inilah tahap saya selalu sebut pada pegawai-pegawai kita dan juga sama yang lain yang terlibat supaya kita dapat beri pendidikan khusus yang tepat kepada pesawah-pesawah petani kita. Supaya dia faham , jadi kalau tidak nanti, dia Sekinchan ini, saya pernah petani ini dari Sekinchan pesawah datang, dia kata YB cuba tengok kandungan NPK ini. Dalam baja ini yang diberi oleh Kerajaan, ini dia kata untuk sesuai untuk sawit saja ini, sawah tidak boleh ini. Dia maknanya dia belajar dan dia beli sendiri sebab itu Sekinchan dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Dan perkara ini telah diketengahkan oleh Jabatan Pertanian di bawah program yang dipanggil Rice Check. Senarai check padi ini yang perlu dipatuhi dan dia bagi persijilan. Saya banyak kali bila berjumpa petani sawah, apabila dia menerima sijil ini, saya tanya dia macam mana hasil, tak ada yang bawah daripada 7 tan sehektar. Semua 7, 8 tan, 9 tan, 10 tan pun ada. Kerana mereka mematuhi disiplin dalam mana-mana pekerjaan kalau tidak ikut disiplin memang masalah. Ini salah satu punca memanglah kita pun patut bantu mereka tetapi petani pun kita kena ubah sikap supaya mereka juga memahami tujuan kapur ini ialah untuk mengurangkan acidity atau pun keasidan tanah kerana sawah ini adalah tanaman monocrops dipanggil single crops, tanaman yang ditanam berulang-ulang tanpa ada rawatan tanah, tanah akan tidak subur walaupun baja dibubuh. Kesuburan tanah bukan hanya pada baja, itu banyak tak faham, dia ingat baja saja, bubuh baja saja subur, tidak ya. Tanah ini dia akan mati, dia akan jadi infertile disebabkan kegunaan racun yang tinggi, kegunaan baja kimia, tanah akan rosak. Jadi perlu dirawat, salah satu kapur untuk turunkan asiditi kemudian hendak letak microb dia dah mati. Itu yang sekarang ini banyak pakai EM, DM, effective imicrob. Ini antara perkara yang kita hendak masukkan, rawatan tanah profil tanah telah dibuat, kita tahu di mana area di Sungai Panjang, apa masalah dia. Di Sawah Sempadan, apa masalah dia, di Sungai Burong apa masalah dia. Kita dah kaji dan kita sekarang perlu pelaksanaan untuk merawat tanah-tanah ini supaya dia subur kembali bagi penanaman padi.

Hendak mencelah sikit. Mengenai yang dibangkitkan tadi Yang Berhormat EXCO, tentang kapur. Antara alternatif yang saya difahamkan adalah membakar tanah-tanah tetapi ia sekarang semakin sukar untuk dilaksanakan dan ada halangan dikhabarkan dalam sekitar dan

sedangkan ia adalah satu testimoni yang baik. Satu, yang keduanya adalah mengenai palung-palung air tadi kita tengok ada pesawah-pesawah seperti mana yang dinyatakan tadi menebuk tengah jalan, dia blok air dan sebagainya sehingga ada mangsa yang tidak mendapat air yang cukup. Jadi soalannya, penguatkuasaan tentang perkara tersebut tidak adakah di pihak Pertanian dan sebagainya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Itu yang saya sebutkan tadi, kita kenal lihat, saya ini jaga air, saya juga jaga Pertanian. Saya kadang-kadang dia berkonflik, Pertanian dia pakai baja, bila pakai baja chemical, dia mencemar, dia mencemar air dia mencemar semua. Kadang-kadang tuan petani itu pun tercemar kena juga sebabkan racun dan sebagainya. Hendak jaga air pula nanti, jadi dia macam ada konflik, percanggahan di situ. Jadi sebab itu saya cadang daripada awal dulu saya jadi EXCO Pertanian ini, saya cadangkan supaya kita pergi kepada organik kerana organik ini saya beri contoh, di Sungai Nipah, di Sungai Air Tawar, Sungai Nipah tempat ternakan udang organik. Kita tanam air yang kita bawa masuk itu dari laut itu, kita proses bela udang, lepas balik air yang dilepas lebih bersih daripada air yang dibawa masuk, itu organik. Air yang bawa masuk, air yang keluar yang dilepaskan lebih bersih daripada air bawa masuk, itu baru betul. Barulah subur kita punya pokok bakau, jadi sebab itu dasar sekarang kalau kawasan udang kita hendak supaya dibuat secara organik. Supaya menjaga alam sekitar dan hasil udang pun sedap, ini baru-baru ini saya beri udang hari itu. Nanti saya akan bagi pula udang, tahun penggal lepas saya bagi udang organik Sungai Nipah. Memang cukup A tak boleh beza dengan udang laut, sedap. Sabar ya, itu tak apalah kena sabarlah. Sebab belum tak kena musim tuaiannya dia.

Jadi betul sebahagian yang disebut tadi, sebab itu air kita tercemar, bukan hanya untuk minum untuk pertanian pun benda itu akan di recycle balik ke dalam kawasan-kawasan pertanian kita. Sebab kawasan pertanian kita berada di down stream, dia menerima air-air daripada Iup stream. Dari kawasan hulu sungai yang termasuk bukan saja isu pencemaran, juga isu kekeruhan disebabkan kerja-kerja tanah. Ini menjadikan kualiti air yang diterima tidak bagus.

Keduanya kita memerlukan air yang banyak. Sebenarnya air tidak mencukupi. Sebenarnya sebelah Sabak Bernam dia terima air sedikit, sebab itu dia masalah dan untuk tujuan itu selain Palong dan juga sistem saliran, kita perlukan juga kolam takungan air yang besar untuk padi. Dan kita telah buat kajian kalau hendak betul-betul hendak buat 5 kali 2 tahun ini. Kita perlukan satu kolam yang seluas 600 hektar, tak tahu macam mana hendak cari tanah itu. Untuk kita takungi air bagi membekalkan untuk hendak tingkatkan penanam padi daripada 2 kali setahun kepada 5 kali 2 tahun.

Ini pun satu lagi yang kita minta kajian dibuat dan juga peruntukan yang besar yang kita minta daripada Kerajaan Pusat dan saya difahamkan Kerajaan Pusat menerima peruntukan yang banyak. Saya dapat maklumat dalamanlah, jadi senanglah jadi saya sedang pujuk minta supaya kita dapat perbaiki. Pertama ialah sistem saliran, ya sabar

ya kejap ya, Permatang. Bagi saya habiskan ayat ini dulu. Kita minta supaya sistem saliran kolam takungan tadi, kita minta juga untuk memperbetulkan rawatan tanah ini tadi, juga kita minta lagi satu pemodenan pertanian, saya hendak sebut ini tadi. Sekarang ini banyak orang tidak perasan, sistem tuaian kita, kita guna holland itu, yang besar itu. Dia bukan saja merosakkan batas, merosakkan sawah, sebab dia besar, dia itu untuk gandum. Ahli-Ahli Yang Berhormat tahu tak berapa kerugian kita dengan menggunakan mesin-mesin ini? Setiap potongan dia 30% jatuh ke bumi, 30% sepatutnya kita menggunakan mesin yang sesuai dengan padi, mesin yang kecil yang sesuai untuk negara kita. Macam penggunaan combined harvester saya kena sebutlah, sebab itu antara yang terbaik buat masa ini. Dia boleh kurang daripada 30% turun kepada 10% sahaja.

Kita rugi 20% banyak itu, 30% 20 hingga 30% itu pun saya kata perkara itu tidak boleh ditangani. Saya rasalah kita akan belikan peralatan ini saya dah masukkan dalam bajet, saya minta Kementerian Pertanian juga tambah bagi banyak supaya kita dapat bagi pada petani kita supaya kurangkan kerugian disebabkan oleh kerosakan disebabkan oleh harvester dia itu.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah.

Speaker

Beri laluan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Jadi saya bagi Permatang dululah.

Speaker

Permatang dulu.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Permatang tak hendak? Tak hendak tak apa.

Speaker

Permatang silakan. Berdiri, Permatang kena berdiri, tekan mic berdiri.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Tadi dah duduk, dipanggil balik. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Tuan Speaker, tadi saya sebenarnya betul-betul tertariklah dengan sebab kita dapat lihat Yang Berhormat nampak macam-macamlah contoh masalah kita, masalah sebagai contoh pertama sekali masalah infrastruktur air dan sebagainya tapi sekarang ini kalau dahulu mungkin ada sedikit masalah sebab kita semua tahu mungkin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini berbeza. So, jadinya masalah-masalah seperti contoh yang di bawah bidang kuasa Persekutuan dan Negeri contoh daripada infrastruktur air dan sebagainya itu, kat situ kita dulu dah pernah buat tapi tak berapa nak menjadi pasal isu-isu ini. Jadi saya harap adakah Kerajaan Negeri betul-betul akan memperjuangkanlah sebab sekarang ini dah memandangkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah sama, jadi untuk kebaikan bersama, saya rasa pun untuk

kawasan di sawah sempadan adakah saya hendak tanya, sejauh mana Kerajaan Negeri serius untuk melihat sebab memandangkan sudah nampak isunya. Contohnya air, selepas itu sama juga saya juga bersetuju dengan organik itu tadi. Tapi seperti yang kita tahu, kalau kita hendak guna organik memang akan ada masalah kos di situ dan sebagainya. Jadi adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu petani-petani dan pesawah tadi dalam isu gunakan baja organik dan isu kapur, kalau dulu pun dia orang mengharapkan subsidi kapur dan sebagainya seperti tadi Yang Berhormat pun ada bercakap sudah yang memang sudah lama tidak buat sebab tidak dapat kapur, memang itu memang masalah jadi saya hendak tanya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu pesawah khususnya di DUN Permatang dan Anjung Utara di barat laut kerana padi kita yang kita semua tahu barat laut punya padi ini lebih bagus kualitinya daripada kalau dibelah utara sana. Jadi saya hendak tanya apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Permatang. Itu yang saya sebutkan tadi saya sebenarnya kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat penggal lepas ada bersama dalam Dewan ini dia tahu saya tidak pernah melupakan atau mendiskriminasi mana-mana pihak, tidak kira pembangkang atau Kerajaan, kalau keperluan itu ada saya tidak kira Kerajaan Pusat atau sesiapa saya akan berurusan untuk dapatkan apa yang sepatutnya dilaksanakan dan sekarang ini memang nampak jelas isu sekuriti makanan sawah padi cukup jelas kita tidak boleh nafi kita berpolitik tidak apa kita berbeza pandangan tapi datang perkara-perkara begini perlukan fokus kepada kemaslahatan Negara dan rakyat kita kena ambil tindakan tidak kira dari parti pembangkang atau daripada berbeza dari segi parti di peringkat pusat dan itu saya telah usahakan baru ini pertemuan minggu lepas dengan Menteri saya telah sampaikan perlu diambil langkah-langkah beberapa perkara saya sudah sebut bersama Ketua Setiausaha pun sudah saya cakap perkara ini perlu dibuat dan kita telah hantar secara rasmi apa perkara-perkara yang perlu dibuat penambahbaikan. Itu ada dua tiga perkara lagi ada banyak lagi untuk padi ini yang saya tidak perlu kalau tidak panjang tapi kita memang ada senarai perkara-perkara yang kita ambil segera jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang bagi penyelesaian bagi meningkatkan hasil padi kerana saya pun kesian tengok pesawah kita asyik rugi sahaja kalau padi untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat kalau dari sekitar 2 ke 4 tan rugi tidak boleh sekurang-kurang sikit 7 tan baru ada selesa sikit satu hektar kalau 3 tan, 4 tan memang rugi tidak akan boleh bertahan lama dalam ini sebab itu saya insya-Allah kita akan teruskan usaha kita ini dan mendapatkan bajet bukan sahaja Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri juga kita laksana.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah. Terima kasih Yang Berhormat EXCO, tertarik dengan Yang Berhormat EXCO sebut tentang air yang tercemar sebab saya bangkitkan dalam perbahasan saya sebelum ini. Ini memang situasi yang berlaku, kami di hujung Sungai Panjang dan juga Sabak Bernam air tercemar dan air itu jadi banjir termenung akhirnya bila mana kunci air- kunci air

yang sedia ada ini kita tidak dapat selenggara dengan baik contoh yang terdekat adalah Kunci Air di Tebuk Rashidin, Sungai Panjang ada soal tentang kunci air tetapi Kunci Air di Tebuk Rashidin ini tidak masuk dalam kategori pembinaan reka bentuk dan juga kajian kerana ia punca utama air sawah itu buang tetapi kunci air itu rosak dan terpaksa dipam air yang tercemar tadi, mohon apa tindakan dan juga jangka masa pendek yang boleh dibuat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan saya sebenarnya keluarga saya juga buat sawah dahulu kita dulu kalau ingat kalau sawah kita boleh turun tangkap ikan sekarang hendak letak kaki pun tidak berani kerana terlalu banyak letak racun digunakan sebab ada kalangan petani sawah kita jumpa kalau penyakit banyak kita letak racun lagi banyak lagi bagus lagi sihat pokok itu fahaman yang sesat dan songsang sebenarnya dia membunuh sebahagian sahaja serangga tetapi yang lainnya tidak ada makanan cuma dia akan attack padi. Sebenarnya kajian bila saya buat lawatan ke Netherlands dulu kita telah mula laksanakan Integrated Pest Management (IPM) di Kalumpang di bawah technology coppert. Dia memang kaji benda apa yang menyebabkan pest itu yang boleh merosakkan itu dia ambil binatang yang local yang boleh makan itu telah kita mulakan di Kalumpang. Itu cara kaedah yang orang kata mesra alam itu pendekatan yang telah lama dibuat di Netherland sejak tahun 1967 lagi, kita ambil racun bila kita racun kita bunuh sebahagian binatang tu mati sebahagian tiada makanan sebab dia ada eco system jadi itu menyebabkan masalah yang lebih besar yang kita hadapi lagi banyak kita racun lagi banyak binatang lain pula yang datang. Jadi ini yang berlaku dan kita kena tengok pendekatan ini dan kita mula laksanakan dan kadang-kadang isu air ini Yang Berhormat saya memang di bawah infra memang isu air ini isu besar dan tidak boleh dilihat secara berasingan begitu kita kena lihat secara keseluruhan sebab air ini air yang sama air hujan itulah yang dicemari itu yang kita recycle untuk kita minum air itu untuk pertanian air itu lah dia. Jadi kita kena tengok bersekali dan memang urusan ini bukan mudah sebab itu kita perlukan tindakan yang bersepadu sebab itu kita wujudkan sejam ini untuk memastikan bekalan air ini yang elok yang berkualiti ini bukan sahaja untuk minum tetapi untuk ternakan dan juga pertanian dan infrastruktur lain kita boleh uruskan tetapi ini kalau tidak diselesaikan air yang datang air yang sama sahaja itu akan menyebabkan masalah yang besar. Jadi saya juga hendak sentuh mengenai beberapa perkara lain pertanian yang dibangkitkan oleh Kajang ada dua tiga perkara ini.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat sekejap sahaja sebagai menunggu peluang untuk saya bertanya tadi itu Yang Berhormat bercakap tentang kemerosotan jumlah kawasan tanam padi termasuklah dengan dua perkara yang pertama tanaman yang bukan padi di sebelah Sekinchan sudah mula tanam sirih, tanam limau dan sebagainya yang kedua objek yang duduk di atas kawasan padi yang saya sebut dengan Yang Berhormat Sekinchan tadi mungkin tiada jawapan yang puas hati dan Yang Berhormat bersetuju dengan saya tidak bersetuju dengan itu jadi apa tindakan pihak Kerajaan untuk mengawal kalau tidak akan merebak makin banyak

kapal terbang masuk ke kawasan itu makin banyak rumah burung mungkin Kerajaan kena ambil tindakan tegas terhadap yang sedia ada dan yang akan datang, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Inilah dialah telan mati mak luah mati bapa. Kita faham padi ini masalahnya setengah tempat tidak subur jadi asyik rugi bertahun-tahun jadi cari jalan untuk kehidupan dia tukar kepada sayur nampak maju pula jadi kita hendak macam mana kita hendak buat memang syarat nyatanya memang sawah dalam geran tanah itu jelas menyebut sawah tidak boleh tukar tetapi kita dalam keadaan begini kita serba salah disebabkan isu ini. Jadi apa yang saya cadang pada penggal lepas ialah supaya kita akan buat kajian untuk melihat tahap kesuburan tempat-tempat ini, jadi yang mana yang betul-betul kurang subur itu yang tidak sesuai kita boleh cadang dua perkara satu kita buat crop rotation saya sudah cadang Yang Berhormat Sabak sudah keluar saya masa Yang Berhormat yang lepas saya pergi bincang mereka tidak mahu kita kalau crop rotation padi dengan jagung tukar-tukar, satu musim padi lepas tu jagung sebenarnya sangat berkesan baik untuk tanah dan hasil pun bagus tidak mahu hendak padi juga tidak mahu buat jagung. Ini benda-benda yang saya tidak boleh buat apa jadi saya akan teliti balik tempat-tempat yang begini saya akan buat cadangan bagaimana hendak dapat penyelesaian tetapi kita kena sekat benda ini daripada berterusan kalau kita tidak buat ,sekat perkara ini saya bimbang nanti kawasan padi kita kan bertambah kurang kita akan menghadapi masalah dari segi sekuriti makanan terutamanya beras kita nanti, itu satu perkara yang masa tiga tahun lepas tidak ada orang menyebut sekarang orang menyebut perkara ini sebab kekurangan beras.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Izin mencelah, Yang Berhormat saya bersetuju tadi yang cakap memang masalah kalau tidak dapat lebih daripada enam tan tujuh tan memang akan rugi tapi masalahnya ramai pesawah mengadu kerana kalau tempat kita sudah gazetkan untuk sawah padi untuk tanam yang lain memang tidak dibenarkan dan saya difahamkan juga dengan Jabatan Pertanian cakap ada juga plot-plot yang kita sudah mula untuk tanam Yang Berhormat cakap satu kali padi satu kali tanaman jagung ataupun sebagainya dan itu sedang diteruskan tapi saya hendak tanya adakah pihak Kerajaan akan melihat masalah ini dengan lebih mendalam sebab saya takut nanti kalau macam yang Berhormat cakap bila sudah tidak ada untungnya tanam padi saya takut nanti mereka akan buat secara dengan izin illegal jadi saya takut akan jadi masalah yang lain pula nanti.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Padi ini memang dari segi bawah dasar kita Selangor dasar pertanian nilai tinggi tidak termasuk sebab tidak bernilai tinggi tetapi padi terletak di bawah food security keterjaminan makanan yang kita kena buat walaupun subsidinya tinggi saya ada sebut dalam ucapan saya padi ini adalah tanaman paling tinggi subsidi tapi paling rendah hasil sedangkan tanaman lain macam Nanas MD2 tidak ada subsidi pun tapi dialah yang paling buat duit sekali kalau kita hendak bertani buat betul tapi takkan tiap-tiaa hari hendak makan nanas. Jadi maksud

saya, padi ini kita perlu kekalkan kerana ia adalah di bawah keterjaminan makanan ,kita perlu pertahankan kawasan-kawasan ini dan itu yang cuma kita boleh bantu sekarang untuk memperbaiki supaya dapat hasil yang lebih baik supaya tidak minat untuk menukar itu yang sedang dibuat. Saya alu-alukan juga apa yang dibuat Kerajaan Pusat macam menaikkan subsidi daripada 300 kepada 500 per tan. Itu antara usaha-usaha dan subsidi lain yang akan dibantu kerana padi tanpa subsidi memang tidak boleh pergi memang sukar untuk diteruskan usaha ini jadi itu antara perkaranya saya harap cukup padi nanti waktu lain kita insya-Allah yang disebut oleh Sungai Panjang lagi satu sebelum Kajang, Sungai Panjang ada menyebut mengenai Projek SSAP di Changkat Menteri yang seluas 971 hektar untuk makluman projek ini memang berjalan tetapi kita berhenti kerana isu EIA, impak Penilaian Alam Sekitar yang perlu dapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, kita sudah buat submission telah buat permohonan dan menyertai semua maklumat berhubung dengan pembangunan tempat ini pada 5 Jun 2022 dan kita masih menunggu Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar sebelum kita dapat teruskan. Projek ini akan diteruskan cuma kita sedang menunggu kelulusan EIA kerana projek ini adalah projek yang terkandung di dalam food security kita yang terlebat setakat ini ada 10 peserta di situ kita akan tambah nanti untuk memastikan keterjaminan makanan Selangor dapat diperoleh. Itu tunggu nanti kelulusan daripada.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Mohon mencelah. Tidak boleh ke sekiranya projek yang bersifat macam ini memberikan manfaat kepada masyarakat di situ selain kita hanya melantik syarikat-syarikat yang besar dan mereka bawa orang luar, rasa itu lebih baik diberikan kepada masyarakat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat dasar di bawah PETA yang saya sebutkan Pelan Transformasi Agro ini ia menetapkan syarat-syarat kawasan-kawasan di SSAP ini dia kena ambil agropreneur tempatan. Itu memang kita syaratkan, dia kena walaupun dia besar 1 ekar contohnya pembangunan itu dia kena allocate untuk membangunkan di bawah konsep mentor-menti, pembangunan usahawan-usahwan tani terutama anak-anak muda dan wanita. Dia kena ada, itu syarat dia. Itu memang terkandung dalam semua pembangunan SSAP yang dibuat oleh Kerajaan Selangor. Untuk Kajang yang bertanya berhubung dengan isu stockpile ini. Stockpile ini perkara baru ya. Stockpile ini perkara baru yang kita Selangor ini semua benda dia baru lah, dia awal. Jadi kita memikirkan, sekarang ini bila saya berbincang dengan peringkat Kerajaan Pusat, mereka pun tak tahu macam mana nak buat. Sebab apa, Negeri Selangor kita memikirkan bagaimana kalau berlaku shortage macam sekarang ni, at least kita ada stok penimbal. Stok ini stockpile ini stok penimbal lah supaya kita boleh keluarkan dan gunakan. Contohnya beras, kita ada stok. Tapi... ini konsep dia. Tapi pelaksanaan itu kita kena kaji teliti sebab bila barang-barang macam ni masuk, dia ada expiry date dia. Tarikh luput. Jadi kita kena uruskan benda ni konsep FIFO- First In, First Out. Kita bawa masuk beras ni sekian, sekian bulan dia kena keluar ganti baru. Dia kena keluar jual, ganti baru. Itu, benda-benda begitu kita kena teliti dan untuk modal awal ini 40 juta ni melibatkan juga

pembelian barang-barang keperluan yang kita kenal pasti setakat ni beras tapi saya berpandangan ada lagi benda-benda lain kita akan bagitahu. Mungkin tepung dan sebagainya. Juga pusat penyimpanan dia kita nak kena tentukan di mana, pusat pengumpulan, pengagihan, fasiliti dan kaedah inventori, pengurusan inventori itu. Itu yang paling penting kita kena buat dan kita mula dengan 40 juta dan insya-Allah kalau semua berjalan baik, kita boleh tingkatkan supaya Selangor menjadi contoh model bagaimana kita, bukan sahaja ketika kecemasan tetapi bila berlaku spike harga, kita boleh keluarkan supaya harga itu dapat distabilkan. Kita dah banyak kali berlaku, kekurangan telur ayam, kekurangan ayam dan sebagainya kalau berlaku itu spike yang terlalu besar, kita boleh keluarkan ini untuk stabilkan sementara menunggu penyelesaian jangka panjang dan sebagainya. Untuk JER saya dah sebut dulu dan Yang Amat Berhormat mungkin tak sentuh kot tapi JER ini adalah satu program penting ya, Jelajah Ehsan Rakyat. Untuk makluman semua, kita akan laksanakan lagi untuk tahun depan dengan tambahan, dengan bajet RM10 juta untuk kita laksanakan di semua DUN kita akan buat bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang ini. Itu kita akan teruskan. Seterusnya juga tentang urban farming ini yang di bawa oleh Kajang juga saya dah sentuh perkara ini untuk kita di bawah Agro Bandar kita ada program yang berjalan bersama dengan Kebun Komuniti PBT sekarang ini mana-mana tanah yang nak dibangunkan Kebun Komuniti kita suruh daftarkan supaya mudah kita memberikan bantuan dan sokongan kepada Pihak Berkuasa Tempatan itu kita teruskan program dan juga kita akan kenal pasti juga program-program khusus contoh macam udang baru ini lobster itu adalah program bawah Agro Bandar yang kita akan perluaskan dah berjaya udang itu di sekitar dalam RM120 1 kilo dan dia di ternak fully IOT menggunakan IOT dalam fiber punya ini di di Hulu Langat dan kita akan perluaskan tahun depan dah berjaya itu kita nak perluaskan sebab bekalannya permintaannya tinggi sedapkan .

Ada masalah ke ada yang kena gout ke? tak ada eh jadi itu memang memang kita akan perluaskan kepada depan dan kita tengok nanti kawasan-kawasan mana yang sesuai sebab dia tak perlukan kawasan yang besar untuk kita laksanakan dan saya juga nak maklum bagi menggalakkan penggunaan baja-baja kompos ni baja kita ada kilang baja di bawah PKPS baja ayam yang kompos yang organik tahun lepas saya dah bagi berpuluh tan beratus tan insya-Allah tahun depan kita akan tambah lagi bantuan baja percuma untuk organik ini yang kita nak menggalakkan juga mereka menggunakan bahan-bahan organik baja organik ini dan kita telah test pada semua jenis pokok durian nanas sayur semuanya subur dengan penggunaan baja kompos dan mesra alam ini insya-Allah akan diteruskan .

Saya rasa pertanian sikit lagi ini yang disebut oleh Permatang eh yang menimbulkan isu mengenai penternakan yang tak ada masuk dalam belanjawan sebenarnya ada ya kita telah saban tahun kita menyediakan 5 juta ringgit di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk membantu itu yang bajet di bawah Kerajaan Negeri di bawah Federal pun ada untuk membantu penternak-penternak kita. Dah ramai yang mendapat manfaat dalam bentuk makanan ternakan dan juga dalam dalam bentuk

baka-baka lembu sama ada lembu tenusu atau pun lembu daging dan kambing ini pun telah kita laksanakan dan juga peruntukan di bawah Kerajaan Negeri bawah UPEN pun ada disediakan juga tambahan yang kita saban tahun kita bagikan bantuan kepada penternakan dan juga eco culture dan pertanian.

Saya nak berpindah ke soalan yang paling banyaklah iaitu berhubung dengan isu banjir ini daripada sekejap ya banyak sangat ini. Daripada Seri Serdang yang menimbulkan isu mengenai peruntukan bagi kawasan di Seri DUN Seri Serdang dan untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM65 juta melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran bagi tahun 2024 ini untuk di kawasan yang berkaitan di Seri Serdang, iaitu melibatkan tebatan banjir, sistem saliran lembangan sungai sumber air hidrologi mesra alam dan juga yang yang mekanikal dan elektrikal ya

Ini untuk Selangor ya, untuk Selangor ye, bukan untuk Seri Serdang sahaja, untuk Selangor. Detailnya untuk Seri Serdang untuk Serdang Jaya terdapat 4 kawasan tumpuan mitigasi iaitu Seri Kembangan Sungai Kuyoh yang ini kerja-kerja ODO OSD ya Sungai Kuyoh sedang berlaku di Jalan Seri Kembangan kemudian Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Taman Seri Serdang, Taman Serdang Jaya ini juga melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, pengorekkan kolam A dan B dan juga yang telah siap sebagainya di di telah dilaksanakan

Kemudian Bluwater. Bluwater ini dia terlibat juga Bluwater ini di bawah caruman parit kita telah sedang laksanakan projek dengan menggunakan caruman parit untuk yang Seri Serdang tadi, peringkat reka bentuk eh yang dijangka akan ditender pada tahun hadapan untuk tender bagi pelaksanaan yang bernilai RM15 Juta ini untuk projek menaik taraf sistem saliran Seri Serdang ya untuk Bluwater ini sedang pelaksanaan di sekitar 40% ada isu-isu berkaitan utiliti itu yang lambat sikit delay itu ini akan kos RM4 juta di bawah ceman parit sedang pelaksanaan jangka siap pada patutnya bulan September jadi dah delay pada tahun depan untuk siapkan dan yang paling besar ini ialah iaitu RTB Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh RM300 juta ini, akan di mula ditender juga pada tahun depan ini projek dah lulus bajetnya cuma dalam proses sekarang ini engineering dan akan ditender pada tahun depan ini melibatkan banyaklah kawasan Seri Kembangan dan sebagainya di kawasan sekitar Puchong yang terlibat dengan Sungai Kuyoh ini RTB Sungai Kuyoh.

Ok, yang berhampiran dengan Sungai Kampung Tengah Kampung Seri Aman. Tebatan banjir ini, di fangsi fungsi ini sedang dalam kajian Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelang, Daerah Petaling Kolam Taman Dwi-Fungsi ini, kerja-kerja menaik taraf takungan banjir sedia ada, kerja-kerja pembinaan dinding .penahan banjir (flood wall) dan pengukuhan tebing. Okay, kemudian, Sungai Rasau. Sungai Rasau ini walaupun pembangunan Sungai Rasau ini melibatkan juga bekalan air tapi juga ada kerja-kerja untuk tebatan banjir juga akan dilaksanakan di di di kawasan yang sama yang telah pun dapat bajet kelulusan ini. Untuk saya tengok dulu ya yang mana ada .

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Minta celah sikit

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sila sila .

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Saya melihat... Terima kasih EXCO tentang pentingnya JPS di kepala banjir ini, saya lihat daripada awal eh daripada peruntukan JPS kepada peruntukan JKR saya melihat kita maklum bahawa banjir ini yang membuatkan kerosakkan jalan raya dan bangunan ya jadi saya melihat dengan peruntukan yang RM65 juta itu untuk kita salurkan kepada seluruh Selangor saya rasa tidak memadai. Saya melihat soalan daripada Paya Jaras yang pada soalan pada itu Yang, Yang Berhormat EXCO juga menjawab kekurangan peruntukan adalah masalah utama ya jadi bagi saya kenapa tidak dilebihkan atau penambahan kepada peruntukan untuk JPS sebab saya lihat banjir ini masalah utama yang menyebabkan kerosakkan jalan raya dan bangunan jadi kita perlu ambil usaha untuk menambah baik tebatan banjir supaya tidak ada banjir lagi dan merosakkan jalan raya akan menimbulkan lagi peruntukan kepada JKR itu soalan

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih, Morib kerana menyokong supaya lebih bajet tambahan saya pun kalau boleh memang nak banyak bajet tapi itu kekangan yang kita hadapi dan sebagaimana saya selalu sebut dah beberapa kali bahawa bajet untuk rancangan tebatan banjir ini bukan kecik ya. Memang besar kerana dia melibatkan lembangan, lembangan ini luas kalau satu Sungai Klang, lembangan kalau macam hari itu saya sebut Sungai Buloh berapa luas 600 KM lebih persegi dia sangat luas dan dia memerlukan kos yang tinggi untuk kerja-kerja tebatan banjir

Apa yang negeri boleh tampung yang kecil-kecil ini yang bersifat localize dan juga pihak PBT pun dia mempunyai rancangan banjir yang kita selaraskan macam di Shah Alam itu dia panggil SASUD ya. Shah Alam apa apa urban drainage yang dia buat itu pun RM300 juta untuk 5 tahun. Jadi banyak kos yang tinggi yang perlu kita bawa tapi bukanlah bermakna kita nak abaikan. Kita akan laksanakan berperingkat-peringkat dan kita juga mengharapkan supaya pihak Kerajaan Pusat dan dia pun dah banyak lulus pun,hah kita dah dapatkan untuk yang di Sungai Damansara kita dah dapat RM500 juta lebih kemudian di Sri Muda 200 juta lebih kemudian di Kapar kita dah dapat RM200 juta lebih kemudian yang terbaru ialah di di Sepang RM650 juta jadi Sungai Kuyoh 316 memang besar-besar semua dan banyak lulus dan dalam pelaksanaan tetapi bukan bermakna kita abaikan sebab saya tengok hotspot contoh, hotspot ini dulu daripada 40 lebih yang banjir terlebih daripada 3x dalam 3 tahun sekarang dah naik kepada 90 lebih. Sebab apa? Sebab perubahan cuaca satu satu lagi ialah punca utama ialah disebabkan oleh urbanisasi kita yang berlaku rancak. Semenyih memang berlaku itu, kalau kita tidak ada kaedah yang at source tadi yang saya sebut tadi itu kita akan menghadapi masalah yang besar kerana air ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat saya dah sebut dulu dalam Dewan saya kena sebut

lagi sekali air ini biasanya dia discas air hujan eh dia discharge dua cara, satu direct masuk ke dalam bumi satu dia melalui sistem permukaan iaitu longkang, parit dan sungai, dulu ini lebih kurang 50-50 sekarang ini dah 70-80 melalui parit dan 30 sahaja yang masuk sebab-sebab konkrit tar dia tak boleh masuk jadi longkang kita tak dapat kita naik taraf terlalu panjang banyak mana kita nak naik taraf dan dia mesti bersambungan kalau naik taraf satu yang ni tak naik taraf sebelah dia tak boleh dia akan jadi bottom link sama sahaja.

Jadi ini satu cabaran sebab itu cadangan untuk buat penyelesaian at source isi adalah satu langkah yang yang kita kena laksanakan segera untuk memastikan air itu di tahan dulu bila kita tahan air itu dulu dia at source jadi biar longkang itu surut sikit atau pun parit dan sungai itu surut baru kita lepas jadi itu akan membantu lebih baik daripada kita duk besarkan kolam parit besarkan which is impossible to do akan menyebabkan masalah banjir-banjir kilat ini.

Ini perkara saya faham adalah dalam masa yang sama juga saya meletakkan priority keutamaan saya dah bincang dengan pihak JPS yang mana utama kita dahulukan saya bagi contoh macam hari itu Taman Mutiara walaupun kita terpaksa guna tanah di Klang terpaksa guna tanah ya .Lembaga Lebuh Raya kita minta juga tanah dia buat kolam takungan pakai duit caruman parit RM10 juta, kita buat juga

Yang Berhormat .

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Jadi kita terpaksa ambil langkah-langkah itu untuk di walaupun bajet kita limited kita terpaksa guna apa yang ada bagi kita menyelesaikan banjir yang yang apa yang berlaku .

Yang Berhormat EXCO nak sikit pencerahan tadi Yang Berhormat EXCO sebut Klang, Kuala Langat untuk Projek Penebatan Banjir .boleh ke tahu tadi Yang Berhormat sebut Semenyih dan saya nak menyuarakan Dusun Tua Semenyih dengan Dusun Tua ini bila nak nak dimulakan . adakah langsung tak dapat bajet lagi ke atau apa tentang bajet Projek Penebatan Banjir

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebut RTB Sungai Langat ini sebenarnya kita minta RM2 bilion meliputi semua secara keseluruhan tetapi yang dilulus hanya 650, untuk Klang sahaja untuk Sepang sahaja. Itu melibatkan juga komponen Sungai Labu itu disebabkan dia terlalu rendah dia, air dia melimpah dia tak boleh pergi bila dia sampai Sungai Langat dia patah balik, air Sungai Langat lebih tinggi sekarang kita dah tengok dan kita kaji kita akan buat canal manusia punya manusia buat kita akan buatkan canal terus ke laut. Itu termasuk dalam komponen 650 juta itu makna kita bypass tapi untuk Dusun Tua, saya tahu Dusun Tua, Sungai Serai semua ini saya sangat faham memang kita akan ada program-program tebatan banjir ini spesifikasi memang saya tahu saya dah teliti di beberapa tempat-tempat

seperti apa ni apa Nanding semua itu dan sebagainya memang ada perancangan kita dan pelaksanaan dan ada sedang dilaksanakan dan sedang diteliti dan satu masalah lagi macam Sungai Serai ada kawasan-kawasan Sungai ini yang tanah hak milik bila kita masuk buat kerja dia buat kerja dia saman kita dan pernah kita kalah dia saman sebab sungai itu dulu dah tanah dia kita pun tak faham macam mana tanah itu boleh jadi proses pengambilan kadang-kadang memakan masa

Speaker

Yang Berhormat Seri Serdang bangun .

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu ada berlaku .

Speaker

Seri Serdang

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, sila

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Taman Indah di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor berkenaan isu banjir di kawasan Seri Serdang terutama dalam menaik taraf Projek Sungai Kuyoh. Cuma tadi Yang Berhormat Pandan Indah ada sebutkan berkenaan dengan Kampung Seri Aman dan juga Kampung Tengah saya kira kampung tradisi ini perlu diberi perhatian yang lebih oleh Kerajaan Negeri Selangor khususnya agensi yang terlibat kerana tadi Yang Berhormat Pandan Indah ada bagi tau kata sedang dalam kajian mungkin boleh diperincikan kajian ini mengambil masa berapa lama? Kerana mereka di Kampung Tengah dan juga Kampung Seri Aman telah lama Kampung Tradisi telah lama menghadapi masalah banjir atau banjir kilat. Yang Berhormat, semalam pun berlaku banjir kilat air masuk dalam rumah dan sebagainya so tempoh kajian itu Yang Berhormat boleh diperincikan mungkin berapa lama kita ambil tindakan untuk kita bantu mereka terima kasih

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Seri Serdang Sebenarnya bukan kajian itu makan masa ini projek ini sebenarnya adalah sebahagian daripada projek di bawah Loji Lawatan Air Sungai Rasau. Source work itu yang telah pun diluluskan sebenarnya untuk makluman, bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang ini Daerah Petaling Kolam Takungan Dwi-fungsi bagi Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah dia buat bersekali di Sungai Klang Sungai Rasau ini di bawah Projek Tebatan Banjir berkeutamaan tinggi TBBT ialah kos sebanyak 638 juta dah lulus pun bila dijangka dalam bulan Januari ini bermula bulan Januari 2024 ini dimulakan bagi penyelesaian isu banjir menyeluruh yang melibatkan Daerah Petaling, Klang dan Sepang projek ini secara khasnya dijangka dapat menyelesaikan isu banjir di Kampung Tengah dan Kampung Seri Aman dia memang dia buat untuk melihat bersekali itu di tempat itu ya Ini telah pun lulus dan kita akan menunggu pelaksanaannya ok

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Habis. Untuk yang Sungai Kandis ya. Sungai Kandis itu pun ialah banjir jugalah ya pernah berlaku banjir Cuma ada Sungai Kandis ya? Jadi Kerajaan Negeri dalam kesiapsiagaan kita menghadapi banjir ini memang kita ada mesyuarat banyak kali saya sendiri chairkan yang infra ini yang melibatkan JPS, JKR dan semuanya saya memang kendalikan dan kita meneliti. Kadang-kadang persiapan banjir ni contohnya pam mudah alih ni saya selalu tanya JPS, pam mudah alih ni betul-betul mudah alih tak? Sebab ada pam, bila projek sedang berjalan projek tebatan banjir dia letak pam di situ, memang sementara tapi projek tu dua tahun. Jadi selagi tak siap projek tu pam tu tak boleh dialih. Jadi takde la mudah alih. Yang mudah alih ni betul-betul mudah alih. Jadi bila kita buat balik rupanya kurang tu yang kita beli tambah kita ada sekarang ni 10 yang kapasiti tinggi – 10 dan kita ada lagi 30 standby di bawah KSSB. Bermakna 40 biji pam ni memang standby untuk yang boleh digerakkan bila-bila masa. Dan saya sebut juga kalau pam yang pakai minyak tu okay, kalau pam yang elektrik perlu generator, generator pulak kalau bekalan elektrik tak ada, macam mana? Dia kena pakai kalau kadang-kadang bila berlaku banjir, tenggelam dia punya sub station pencawang, takde bekalan elektrik. Jadi kita kena bawak generator untuk hidupkan pam-pam ini semua. Ini semua kena ambil pertimbangan tak kiralah termasuk dengan lain. Untuk di Sungai Kandis ni, sekejap ya. Untuk Sungai Kandis ni, untuk perancangan semua kita menempatkan berpuluh pam di 57 pam bergerak, ada, di hotspot 13 pam unit bergerak di tempatkan di JPS Negeri Selangor. Di daerah-daerah kita ada 57 di merata tempat. Lapan pam bergerak yang baru kita terima 7 unit telah diperolehi mulai Oktober dah sampai dan juga daripada kalau tak cukup daripada KSSB kita akan pinjam daripada JPS lain untuk kita bawak letakkan di Selangor. Rumah pam yang sedia ada 62 unit memang dia berfungsi dengan baik. Itu dah kita check dan sebagainya walaupun ada kes di Ijok tu kecurian. Walaupun kita buat rumah dia elok dengan security dia masuk jugak dia curi jugak kabel dan sebagainya habis rosak pam pun kita ada masalah vandalism ni pun kita dah baiki untuk digunakan. Jadi isu-isu persiapan ini kita telah buat ada semua dengan bot, enjin dan sebagainya, trailer, life jacket, lori dan sebagainya pun kita dah standby dan bersedia apabila berlaku. Pengalaman banjir 2021 banyak mengajar kita supaya betul-betul bersiap-siaga dalam menghadapi bukan sahaja JPS termasuk pihak PBT, pihak JKR, semua, termasuk even Tenaga Nasional pun saya panggil sekali untuk mereka standby, mobile, generator dan juga pihak SKMM pun saya panggil untuk memancar apabila berlaku kadang-kadang putus bekalan sistem telekomunikasi pun down, habis. Itu pun kita timbangkan sekali untuk dilaksanakan persiapan itu.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Mencelah. YB. EXCO, jadi untuk di Sungai Kandis tu dan yang paling agak kritikal adalah sungai di Kampung Lombong yang sudah ban dah mula jatuh. Jadi yang itu sama ada peruntukan ada kah tak ada kah rasanya perlu diambil pertimbangan serius sebab sekarang ni kita

sedia maklum semua orang dah macam nak raya tunggu banjir ni seolah-olah masing-masing berdoa pulak hari-hari bercakap “kita nak banjir, kita nak banjir”. Jadi untuk ban itu kalau sudilah YB. EXCO saya nak bawak jalan tengok kat sana. Kalau boleh kita dating sekejap insya-Allah terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Macam nilah, isu kalau nak cerita isu banjir ni memang panjang lebar. Saya ada senarai semua dan kita ada taskforce banjir. Saya rasa kawasan yang selalu banjir ni terutamanya di Sepang, di Hulu Langat, di Klang, di Kuala Selangor nanti saya panggil jemput YB. sekali la. Kita duduk saya akan briefkan apa dia, apa langkah-langkah dibuat, apa lagi. Kadang-kadang kita tak ada laporan kadang-kadang PBT banjir ni dia tak masuk laporan taskforce ni sebab laporan taskforce ini kebanyakan banjir di bawah kawalan pengurusan JPS. Ini pun lagi satu jugak yang kita uruskan baru-baru ini untuk dapatkan maklumat lengkap. Ada yang bersifat localize tu kita boleh handle cepat. Tapi kalau dia bersifat luas ni terbiasanya banjir ni luas lah, dia melibatkan kawasan yang luas-luas ha itu kita makan masa sedikit. Saya rasa itu kita boleh selesaikan. Dan bukan mudah ya, pelaksanaan kadang-kadang isu tanah, isu utiliti yang nak dialihkan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Pandamaran, Pandamaran.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Pandamaran? Pandamaran memang banjir tak henti-henti tempat dia.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Itulah Pandamaran kena bawak isu-isu banjir kilat seperti apa yang YB. EXCO kata tadi. Ada yang memihak kepada PBT. Jadi saya Pandamaran menyeru kalau boleh EXCO kena beri arahan kepada PBT di mana jangan kedekut sangat sebab ada yang saya difahamkan bila ada anggaran kos sebegini besar RM3 juta tapi yang diluluskan hanya RM1.2 juta. Mengikut perunding dia telah potong sehingga 1/3 sahaja. Jadi adakah itu akan menyelesaikan masalah banjir kilat di sesuatu kawasan. Kawasan DUN Pandamaran sering berlaku banjir kilat. Sampai penduduk tak tahan walaupun ada beberapa projek tebatan banjir yang telah dibuat tapi sini siap, sebelah sana pula banjir. Jadi saya Pandamaran ada cadang Kerajaan Negeri untuk beri peruntukan lebih kepada JPS untuk upah seorang kaji selidik seluruh Klang dia punya peta tu macam mana dia punya saliran tu sebab dekat kawasan saya walaupun hari itu tak banjir pukul 6.00 lebih air pasang tapi air parit monsun drain itu penuh dengan air, tak hujan. Jadi kalau hujan bayangkan. Ini masalah yang dihadapi oleh DUN Pandaraman.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Pandamaran saya faham rayuan itu dan sebenarnya dalam sejam mesyuarat yang kita menyelaras semua aktiviti berkaitan air ni, saya telah minta supaya MPK terutamanya buat kajian macam mana Shah Alam buat. MBSA dia buat dia panggil SASuD kajian menyeluruh tentang banjir. Jadi saya dah mintak dan saya akan ingatkan kembali mereka untuk buat kajian dan diselaraskan program-program tebatan banjir di bawah JPS supaya kita dapat

continuity kesinambungan. Banjir ni air yang sama dan Klang ni kawasan Klang termasuk Pandamaran dia lagi teruk di bawah pengaruh air laut, air pasang itu lagi menambah lagi sengsara dan dia di hujung sekali. Jadi semua masalah air dibawa ke Klang jadi itu yang saya faham. Dan kita akan buat secara teliti dan melihat juga pengaruh kenaikan paras air laut ini yang akan memberi kesan besar kepada Klang dalam masa-masa akan datang.

Yang Berhormat EXCO saya ingin mencelah, Ijok.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Ijok juga sebenarnya tidak ketinggalan dengan masalah banjir. Untuk makluman YB. EXCO ya tadi saya tertarik berkenaan pam separa kekal. Untuk makluman, pihak JPS Kuala Selangor telah menempatkan 3 unit pam bergerak ataupun pam separa bergerak. Dua unit pam separa gerak ni pada 29 Oktober yang lepas seperti mana yang YB. EXCO maklumkan tadi telah dipecah masuk pondok pam tersebut. Jadi Ijok rasa khuatir dengan keadaan cuaca saat akhir-akhir ini. Jadi Ijok mengharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat memberi peruntukan segera kepada JPS Kuala Selangor untuk kerja-kerja baik pulih pam tersebut untuk mengatasi banjir yang mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja. Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Memang itu yang ditimbulkan dalam Mesyuarat Task Force banjir saya dah minta segerakan tidak ada masalah beri peruntukan. Dan saya minta supaya ditingkatkan keselamatan. Mungkin penggunaan CCTV dan sebagainya supaya ditambahbaik sekuriti tempat itu walaupun tempat itu kan agak terpencil jadi menyebabkan berlaku pelbagai perkara-perkara yang boleh menyebabkan masalah. Saya nak sentuh sikit di hujung ni tentang banjir ni. Iaitu berhubung dengan isu yang dibangkitkan tentang air oleh Permatang. Permatang ada ke? Tak ada. Kemudian. Ada sikit tentang jalan. Untuk jalan, Kota Kemuning.

YB. EXCO, untuk di Sementa bagaimana?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebenarnya ada, tapi banyak lagi. Masa kesuntukan. Saya akan bagi bertulis pada YB. Atau pun saya dah sebut tadi, tentang banjir ni saya nak panggil satu mesyuarat khas lah. Dengan YB. supaya saya nak dengar semua, kita bawak semua agensi yang berkaitan, kita nak tengok penyelesaian dia jangka pendek, jangka panjang macam mana lepas ni supaya YB. nak jawab pun senang nanti ya apabila ditanya oleh rakyat ataupun penduduk masing-masing ya.

AHLI DEWAN : Setuju, setuju.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tentang jalan ya, ada sedikit tak banyak. Itu yang ditimbulkan oleh Kota Kemuning. Kota Kemuning ada bertanya mengenai isu Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Oncidium yang level of service dia F. F ni bermakna habis dah la sangat-sangat sesak. Jadi sebenarnya pihak MBSA telah melaksanakan kajian pelan induk pengurusan lalu lintas yang mengenal pasti kesesakan ini. Bangunan ini seperti di Perbadanan dan juga berlaku jugak disebabkan pertambahan trafik dari pembangunan di bawah MPKL lah iaitu di kawasan Rimbayu, Tropicana Aman, Gamuda menambah Kota Kemuning. Jadi pihak pemaju telah disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk menaiktaraf jalan terlibat bagi mengatasi kesesakan lalu lintas. Mengikut kajian yang telah dibuat, sekiranya pihak pemaju tidak melaksanakan kerja penambahbaikan pihak MBSA kena peruntukkan sekurang-kurangnya RM100 juta bagi cadangan tiga jejambat, flyover dan pelebaran jalan. Jadi komitmen daripada pemaju-pemaju akan dipercepatkan supaya kerja-kerja penambahbaikan bagi mengatasi jejambat atau flyover ini diatasi segera. Kalau nak tunggu duit MBSA memang, tapi benda itu dah terkandung dalam syarat kemajuan untuk di jalan-jalan ini. Cuma masa

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

YB. EXCO, saya ingin penjelasan adakah jambatan itu akan dibina oleh pemaju atau pun kerajaan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dia akan diselaraskan oleh MBSA tetapi peruntukan itu akan diambil daripada contribution daripada pemaju-pemaju. Ini sama jugak yang berlaku di jalan Persiaran Mokhtar Dahari itu salah satu contohlah, tapi bila kita tengok kalau lambat kadang-kadang pemaju tu nak ni, kita buat dulu tapi kita akan collect duit sumbangan mereka bagi pembangunan jalan itu.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Mohon mencelah YB. EXCO. Saya setuju dengan cadangan ini sebab apa, simpang empat Kampung Lombong Kota Kemuning, Rimbayu dan jugak Jalan Kebun. Itu dah jadi simpang empat traffic light maut dekat situ ada dua, tiga accident dalam masa tak lebih dua minggu. Jadi punca kemalangan sebab masing-masing rushing nak kejar traffic light yang mana terlalu lama membuatkan queue daripada samada dari Kota Kemuning atau pun dari Kampung Lombong, Rimbayu, jadi mohon yang ini betul-betul YB. EXCO untuk diberi perhatian yang serius sebab saya faham masalah ini bukan masalah baharu, dah terlalu lama dan juga kalau boleh diikhtiarkan cara untuk mengelakkan jammed, yang rakyat terpaksa tanggung buang minyak, buang masa di situ. Baik, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

YB., itu kita memang ada dalam penelitian kita termasuk untuk projek yang disebut Jalan Kebun tu, saya ada sebut dapat maklum balas tentang hubungan jalan itu. Akan dibuat. Tapi yang ni melibatkan 3 jejantas ni agak besar projek. Pertanyaan daripada YB. Sijangkang berhubung dengan Jalan B129, Jalan B60 laluan utama di pembangunan Putra Rimbayu dan

Gamuda Cove, sempit dan sebagainya. Ini rizab bagi jalan utama Sri Cheeding B60 ini adalah selebar 40 meter manakala Jalan Masjid Garuda Batu 9 ini 30 meter sahaja. Jadi sepanjang jalan utama ini pemaju telah disyaratkan untuk naiktaraf jalan. Sama macam tadi. Pembangunan masing-masing satu ialah Pemaju Work Klang Group ni naiktaraf jalan kepada 4 lorong dua hala, itu disyaratkan sepanjang 1.2 kilometer. Dua pemaju Maira Sdn Bhd naiktaraf jalan kepada 4 lorong dua hala sepanjang .625 kilometer. Selain itu projek naiktaraf jalan utama Sri Cheding pihak JKR merancang melantik perunding untuk tahun depan bagi mereka bentuk jalan pembangunan, pembangunan jalan utama Sri Cheding manakala bagi Jalan Kebun Baru, Batu 9, B129, persimpangan Jalan Balam ke persimpangan Jalan Kebun Tambahan ini akan naiktaraf kepada 4 lorong dua hala di bawah projek Kerajaan Negeri dan kini dalam peringkat penyediaan reka bentuk yang dijangka ditender tahun depan untuk pelaksanaan di jalan ini ya. Yang dibangkit juga oleh YB. Sijangkang sebab dia sibuk kat Parlimen tadi. Jadi, isu Saujana Putra ni yang ni saya pun rimas jalan ni...

Sebelum tu, boleh saya mintak Jalan Sijangkang Utama, YB., untuk dipantau sebab jalan tu sekarang ni agak teruklah sebab dua (2) projek yang berlaku di situ dan kenderaan-kenderaan yang berat. Satu adalah projek WCE yang kedua adalah projek penyambungan penanaman paip daripada LRA Rasau ke Klang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya.

Jadi, jalan itu agak teruk. Kalau tidak di premix pun, yang lopak-lopak itu ditampal dengan crush run dan sebagainya sebab jalan itu pun jadi jalan pilihan dan agak sesak waktu-waktu puncak, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebenarnya, ada maklum balas itu yang melibatkan kampung Orang Asli, yang itu?

Ini jalan yang Sijangkang Utama.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ha, okey.

Ia sempadan antara Kuala Langat dan Klang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Okey, ini terlibat langsung dengan Sungai Rasau punya projek ya?

Bukan ..

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

missing link

ia sebahagian dari laluan SKVE dan juga pemasangan paip, Projek Rasau.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Okey, okey, tak apa nanti saya akan tengok dia

Minta dipantaulah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Langat 2 ni? Langat 2 ke? Fasa 1, Langat 2 Fasa 1. Paip tu yang besar? Bukan?

LRA Sungai Rasau ke Klang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bukan. Dia dah start korek dah dia punya .. ya, ya, memang ada kerja-kerja. Saya juga ada maklumat tentang perkampungan Orang Asli yang terlibat juga dengan isu banjir tu. Kita akan tengok

Itu sebelah Sri Cheding sana.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya akan bincang dengan pihak AIR Selangor untuk melihat apa masalah. Kadang-kadang masa construction ini ia mengganggu laluan air, ia menyebabkan banjir berlaku. Tentang Saujana Putra ini, untuk makluman, berita agak bagus ya dan Insya-Allah kali ini betul-betul kita akan siap Mac ya. Mac, sekarang ini dia punya kemajuannya ialah 88.7% jadi kita akan siap Insya-Allah Mac, cuma ...

Jangan letak Mac ni, Yang Berhormat EXCO. Sebab saya tengok pemasangan fiber optik ini ia sangat sensitif..

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya memang ia makan masa.

Dia nak buat waktu tengah malam, waktu tak peak.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita dah bagi extension waktu.

Kalau bagi Mac saya khuatir dia tak selesai nanti.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya, Insha Allah, saya pun memantau sentiasa projek ini untuk memastikan ia siap dalam masa yang ditetapkan dan saya yakin kita boleh siapkan Mac nanti, Insha Allah. Itu yang lambat ini sebab

kelulusan daripada Lebuh raya, nak masuk tu, dia tak nak bagi kita masuk sehingga kita bagi jaminan kita akan maintain dia untuk beberapa puluh tahun, tahun-tahun yang akan datang sekali, bayar sekali, baru dia bagi masuk. Itu yang menjadi masalah. Sekarang ini pun, kita tidak selesai lagi, siapa yang nak maintain jalan itu, jejantas itu? Sebab apa, kita tidak ada kepakaran menguruskan lebuh raya jadi sekarang tak selesai lagi isu itu, bila dah siap nanti siapa nak maintain? Ini masih dalam perbincangan dengan pihak Lembaga Lebuh raya Malaysia. Itu, saya rasa yang, untuk (ketawa) dia Jalan Gajah 23 ini, Paya Jaras, ya, jadi kita telah menyediakan kontrak khas bagi penyelenggaraan jalan di bawah kontrak jangka panjang Jalan 23, yang melibatkan, kita belum ada rancangan nak naik taraf tetapi kita akan teliti. Kalau kita buat pelaksanaan, penyelenggaraan ini, kalau masih kita dapati ada masalah struktur. Banyak jalan ini yang ditampal ini sebenarnya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita tampal tetapi ia tidak tahan lama bukan kerana kualiti tampal, kerana struktur jalan itu sudah rosak. Bila struktur jalan rosak, jalan ni dia ada tarikh umur dia, dia 20 tahun itu sahaja. Kalau dah sekarang dah 40 tahun banyak, dia rosak. Dia nak kena buat naik taraf balik, jadi bila kita main tampal sahaja, dia tidak bertahan lama. Itu yang jadi masalah sebab kos penaiktarafan ini tinggi dan kita akan tengok kewajaran jalan ini untuk dinaiktaraf kalau kita lihat pelaksanaan penyelenggaraan ini tidak menepati kehendak.

EXCO, saya nak sambung sikit sebab Jalan Gajah 23 ini selain daripada struktur, saya ingat lori yang masuk itu, saya pernah duduk di situ dekat sejam lah, tunggu, yang tayar belakang 12 pun masuk, lori kontena simen pun masuk, semua masuk kan? Tetapi saya ingat, saya mencadangkan kalau kita hendak buat struktur, ini cadangan yang saya harap dapat dilakukan, macam baru-baru ini saya dapat saya ingat di sebelah sempadan di antara Semenyih dan juga Selangor, di Nilai 3, depa letak, mereka letakkan satu (1) palang, palang itu betul-betul palang betul. Palang yang besar yang memang kalau nak alih tu guna jentolak lah boleh buat kan? Itu saya rasa benda yang menjadi sebahagian, sebab jalan itu, jalan kecil tetapi menjadi akses, kepada Kota Damansara pun sama juga, guna yang sama jadi, saya minta sebab, benda ini lama dah saya tahu, berulang-ulang, jadi saya kalau boleh, saya nak minta Kota Damansara mohon supaya dapat satu projek menyelesaikan banyak, di samping dia ada banyak juga tempat-tempat tu yang berkaitan tentang kampung yang tidak teratur kampung dengan banjir dan sebagainya tetapi kalau jalan itu boleh kita selesaikan ia banyak mengurangkan bebanan masyarakat dan juga kos mereka yang, sebab ia jalan potong kan ke situ. Dan itu satu perkara yang boleh dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan saya mohon sangatlah bersama Kota Damansara untuk diberi tumpuan khas kepada Gajah 23, nama pun Gajah 23 ini nama popular, kalau pergi Facebook, Gajah 23 macam mana ya? Itu lah soalan-soalan yang popular kawasan Paya Jaras, terima kasih EXCO.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dia yang tak tahan tu, sebab gajah lalu (ketawa). (Ahli Dewan ketawa). Memang berat (ketawa). Tak, lawak, lawak juga, tapi seriously, saya memang dah dapat maklumat lengkap tentang ini, kita akan

tengok kewajaran, bila maknanya kita buat penaiktarafan sebenarnya kita membetulkan struktur dia dan supaya dia, kalau kita nak tingkatkan gred jalan itu, kita kena buat perubahan struktur dia. Itu nak kena buat penaiktarafan. Baru ia boleh bertahan sebab jalan ini bukan di design untuk ambil benda-benda berat ini. Jadi bila berlaku begitu, jalan mana pun tak bertahan dengan suasana tanah kita yang lembut dan sebagainya ini, tanah marine clay dan juga peat soil kita. Itu yang selalu lagi masalah besar pada Negeri Selangor di segi tanah kita ini. Jadi, saya harapkan benda ini dapat diteliti dan diberi, akan diambil langkah-langkah yang susulan yang sesuai

Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, Hulu Kelang. Nak tanya apa tu?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya, saya ada dua perkara. Saya tidak tahu Yang Berhormat boleh benarkan sekarang atau tidak? Saya takut Yang Berhormat nanti terus duduk, terlepas saya. Yang pertama ini, oleh sebab ini isu infra. Ini soal kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor. Saya tidak dapat mengemukakan soalan tambahan cuma persoalan saya kepada Yang Berhormat EXCO, betul kita telah mengambil langkah-langkah untuk memperkukuhkan cerun dan juga situasi-situasi tanah di Hulu Selangor cuma persoalan saya, oleh sebab Yang Berhormat jawab pada minggu lepas, ia nya dilakukan secara direct nego dengan nilai RM19 juta persoalan saya, mengapa Kerajaan Negeri menyerahkan projek ini kepada syarikat yang sama yang telah mengalami masalah kelewatan melakukan kerja yang sama di Bukit Peras Hulu Langat? Ketika itu, syarikat ini iaitu Pintas Utama diberikan projek dengan nilai hampir RM50 juta tetapi sehingga ke hari ini, belum lagi disiapkan. Namun, syarikat yang sama diberikan juga secara direct nego untuk kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor dengan nilai RM19 juta. Jadi, saya harap oleh kerana ini satu isu yang besar yang melibatkan nyawa 31 rakyat Selangor dan 13 daripada yang terkorban adalah anak-anak kecil sementara yang lain adalah guru dan ahli keluarga. Jadi, saya berharap sementara Kerajaan ingin mengambil langkah-langkah yang proaktif supaya insiden ini tidak berulang pastikan tata kelola, integriti, ketelusan itu dapat dipatuhi, tidak boleh diserahkan kepada sebuah syarikat yang terbukti gagal melaksanakan projek yang sama di Bukit Peras Hulu Langat, itu yang pertama.

Yang kedua ini, isu pembinaan rangkaian paip pembentungan di Hulu Kelang. Tadi, Yang Berhormat Taman Templer pun membisikkan kepada saya beliau pernah menjadi Ahli Majlis di Hulu Kelang. Masalahnya Yang Berhormat, walaupun ini projek Persekutuan tetapi telah tergendala selama sembilan (9) tahun daripada Jalan Jelatek, Jalan Enggang sehinggakan AU 5, ada sembilan (9) shaft yang patut disiapkan bulan Oktober tetapi sehingga hari ini tidak nampak sebarang usaha untuk menyiapkan. Saya faham ini projek Persekutuan, mereka ada masalah kewangan tetapi bila saya tengok, ada usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan dengan Puncak Niaga ini di luar mahkamah dengan nilai RM45 juta sedangkan syarikat yang

sama telah gagal menyiapkan beberapa projek, yang terkesannya ialah Kerajaan Negeri dan juga MPAJ. Saya ucapkan tahniah kepada YDP MPAJ dan pegawai-pegawai MPAJ yang bersama-sama dengan saya turun ke lapangan untuk mengambil tindakan yang tegas kepada pemaju. Tetapi, nampaknya projek ini masih tergendala maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah langkah-langkah yang akan diambil supaya pemaju iaitu Puncak Niaga Constructions ini dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan keresahan dan menimbulkan isu-isu keselamatan kepada pengguna jalan raya dan penduduk-penduduk di Hulu Kelang. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Berhubung dengan isu penyelesaian kepada ataupun penstabilan cerun di Batang Kali, memang benda ini dibawa ke Mesyuarat MTES dan MMKN dan dibentangkan keperluan untuk kita segerakan projek ini sebab projek ini adalah emergency project yang perlu dibuat segera dan kita telah meneliti dua, tiga perkara. Pertama, ialah kaedah mana kita nak guna untuk, sebab dia ada banyak kaedah untuk digunakan, untuk menstabilkan cerun ini. Jadi, kita telah memilih Terralink Wall System ini kerana tempat itu agak sempit. Kita tidak boleh pakai lain dan tempat itu lebih sesuai untuk digunakan terralink dan memang dah ada digunakan cuma kita syaratkan recommendation nanti daripada JKR di dalam mesyuarat itu ialah supaya dia memilih syarikat-syarikat yang ada pengalaman membina Terralink Wall ini, sistem ini. Itu merupakan syarat, dan beberapa kontraktor telah dicadangkan dan akhirnya recommendation daripada pihak JKR ialah kepada Pintas Utama inilah yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan cerun di peringkat pusat ya. Jadi, kita pun tidak ada masalah, memang ada projek dia delay tetapi ada juga projek yang dia siap. Jadi, kita menerima dan setakat ini, memang ada sedikit delay tetapi projek itu akan siap Mac, Mac nanti yang kita sasarkan, Insya-Allah. So, itu, keputusan itu, kita buat berdasarkan daripada recommendation daripada jabatan teknikal lah iaitu JKR itu sendiri.

Yang keduanya, tentang isu yang dibangkitkan tadi, isu ini (ketawa), saya pun sebenarnya, di Pandan Indah Homes menghadapi masalah, pembentung ini. Tetapi bukan di bawah Puncak Niaga yang itu. Yang itu, yang di bawah bukan ... SP .. , saya tidak ingat kontraktor tetapi nampak dah berjalan baru-baru ini. Nampak dah mula berjalan balik. Yang shaft manhole itu yang melibatkan JPP. Saya pernah berbincang dengan pihak JPP bagaimana kaedah ini dan mereka memberitahu memang masalah besarnya, masalah kontraktor kerana dia dapati kerumitan dalam pelaksanaan kerja itu disebabkan oleh bawah tanah itu, banyak isu-isu melibatkan utiliti, ada melibatkan batu dan sebagainya, yang lalu kawasan yang sesak dan sebagainya, itu menimbulkan masalah. Dan kita pun menghadapi masalah yang besar, saya mendapat aduan yang banyak sebagai Wakil Rakyat di Pandan Indah itu memang selalu dapat aduan dan saya telah usaha banyak kali mesyuarat dengan JPP untuk mereka percepatkan tetapi nampak saya tengok tidak ada macam terikat mereka ini tidak berapa nak nampak pergerakan walaupun kita telah beberapa kali dengan

menggunakan MPAJ juga untuk berbincang dengan mereka tetapi saya tidak nampak lagi. Tetapi baru-baru ini, di Pandan adalah, saya tidak tahu di Hulu Kelang, mungkin saya akan tengok nanti macam mana penyelesaian untuk lebih cepat lagi. Saya telah menyebut, ini, perkara ini bukan sahaja pembentung Yang Berhormat, ini yang terbaru ini yang isu Fasa 2, Fasa 1 ini. Langat ni, paip air ini, pun sama. Sebab bila lalu kawasan bandar ini, dia ambil perkiraan yang biasa dengan tempat lain, kita akan hadapi masalah kerana kesukaran untuk lalu kawasan-kawasan sesak yang penuh dengan utiliti di bawah dan sebagainya ini menyebabkan masalah besar. Itu saya akur, perkara itu dan saya akan cuba lagi lah bagaimana untuk mempercepatkan penyelesaian kepada, sebab kadang-kadang bukan separuh jalan, the whole jalan dia ambil untuk buat manhole. Di banyak tempat di Pandan ini terkenalah dengan masalah ini. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cuma Yang Berhormat EXCO, saya mohon penjelasan. Projek Langat 2 untuk Hulu Kelang telah pun siap. Di Jalan Enggang telah pun diturap sepenuhnya oleh pihak MPAJ setelah projek ini disiapkan dengan bantuan daripada AIR Selangor. Cuma, pembangunan rangkaian paip pembentungan oleh Puncak Niaga Constructions ini yang melibatkan sembilan (9) shaft. Saya telah mengadakan pertemuan dengan pihak JPP juga, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di peringkat Kementerian baru-baru ini tetapi saya lihat seolah-olah ada pertembungan di antara Kementerian dengan Pemaju dan antara alasan yang diberikan oleh Pemaju ialah tahap kekerasan batu di bawah itu terlalu keras, dia ada skala yang digunakan lebih 300 yang menyebabkan tidak ada mesin yang boleh memecahkan batu tersebut dan terpaksa buat secara manual. Tetapi, persoalan saya kepada pihak Kementerian sebelum projek ini diberikan kepada Puncak Niaga Constructions, kalau itu lah kajian yang telah dibuat mengapa tidak ditukar alignment ataupun jajaran projek ini sebelum projek ini bermula tetapi Puncak Niaga memaklumkan mereka tidak dapat akses kepada kajian yang dibuat oleh Kementerian menyebabkan projek itu diteruskan dan ini lah hasilnya setelah sembilan (9) tahun menimbulkan banyak masalah keselamatan dan juga kesejahteraan penduduk-penduduk di Hulu Kelang. Jadi, saya berharap benar sementara kita tidak boleh membebankan kepada MPAJ ataupun Kerajaan Negeri tetapi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, mereka juga ada kuasa untuk mengeluarkan stop work order sekiranya spesifikasi dan kerja-kerja itu tidak mengikut jadual. Sebagai contoh, bila kita turun ke lapangan baru-baru ini Yang Berhormat, turapan jalan diversion lane itu pun tidak dibuat secara baik. Maka, bila diarah turap, kualitinya amat rendah. Dan saya telah mengambil gambar dan menyerahkan kepada pihak MPAJ. Saya mencadangkan supaya MPAJ mengambil alih kerja-kerja turapan tersebut dan kita caj kepada Puncak Niaga Constructions supaya hasil kerja dan kualiti itu baik untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya sementara menyiapkan projek ini.

Yang keduanya, mana-mana shaft yang tidak dapat disiapkan, saya cadang untuk tutup lah sementara waktu ini kerana ia telah berlanjutan lebih sembilan (9) tahun dan penduduk-penduduk di Hulu Kelang tidak lagi boleh memaafkan di atas kelewatan

projek yang meragut nyawa dan menimbulkan masalah kepada kesejahteraan penduduk di Hulu Kelang. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya terima pandangan Yang Berhormat itu walaupun saya telah sebutkan tadi, ke hadapan ini, kita ada lagi Langat 2 Fasa 2 akan melibatkan paip yang besar-besar, tidak boleh guna kaedah masa, kiraan masa yang sama dengan projek biasa. Kerana walaupun Yang Berhormat cakap dah siap tetapi kita dah delay beberapa tahun dah. Kita dah siap loji rawatan tetapi tidak boleh dialirkan air sebab tiada paip, paip tak siap. Jadi, kita dah kerugian banyak tetapi diharap di hadapan ini kita akan teliti. Yang ini, saya akan bawa detail lagi sekali, dan saya kalau rasa memang lambat lagi, kita, saya setuju kita minta dia tutup supaya tidak mengganggu penduduk, ini saya akan bawa, ambil tindakan segera dalam masa terdekat dalam perkara ini. Terima kasih, terima kasih. Saya rasa memang kalau nak ni, banyak tetapi bagi masa kepada Yang Amat Berhormat untuk

Speaker

Yang Berhormat kalau ada isu-isu lagi, boleh jawab secara bertulis lah. Ya, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ha, nanti tulis. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-Ahli Berhormat dan semua yang telah terlibat dalam perbahasan Belanjawan Tahun 2024 dan saya mengucapkan ribuan penghargaan di atas keseluruhan rangka pemikiran yang telah dibentangkan oleh para Ahli- Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi ini. dalam hitung kira yang saya lakukan ada lebih kurang 40 Ahli- Ahli Dewan secara keseluruhannya sama ada di pihak Kerajaan ataupun pembangkang terlibat dengan pemikiran yang konstruktif dalam memastikan Negeri Selangor terus terkedepan, maju dan mampu berdepan dengan cabaran-cabaran yang akan dilalui ataupun yang bakal kita lalui pada hari ini dan juga pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, rangkuman ataupun penggulungan saya akan merangkumi lapan (8) atau sembilan (9) perkara.

Yang pertama, berkenaan dengan keadaan ekonomi dan juga hala tuju ekonomi yang telah dibentangkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Yang kedua, berkenaan dengan Air Selangor dan yang ketiga, berkenaan dengan SMG dan Landasan Lumayan. Seterusnya SABDA dan sedikit sebanyak INSAN tadi yang telah disentuh mungkin ada perkembangan baru yang akan saya maklumkan, Kompleks Sukan Shah Alam, cukai hiburan dan Festival Turath ataupun IBDE dan Pejabat Mufti. Untuk makluman yang pertama berkenaan dengan hasrat 30% yang telah disentuh oleh Gombak Setia dalam perbahasan beliau, sebenarnya saya telah menjelaskan beberapa asas kenapa angka 30% itu telah ataupun digagaskan oleh pihak Kerajaan Negeri sebaik kita

membentangkan Rancangan Selangor yang pertama. Ahli-ahli Yang Berhormat, semua sedia maklum dalam beberapa pelan dan perancangan ekonomi di negara-negara selepas krisis dan juga selepas situasi besar yang perlu dilalui, kita perlu melaksanakan beberapa, dengan izin, moonshot project, ataupun halatuju-halatuju projek baru yang mengetengahkan dan mempunyai rangkaian dan kesan-kesan yang besar. Itulah yang sedikit sebanyak terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama dan kalau kita lihat tanpa melakukan apa-apa unjuran dan anjakan terhadap Pelan Perancangan Ekonomi, daripada segi pertumbuhan KDNK di Negeri Selangor adalah berkembang di antara 0.1 dan maksimum 0.3%. Ini boleh dilihat di tahun-tahun 2014 apabila kita berkembang daripada 22.4% kepada 22.6%. 2015, daripada 27, daripada 22.6 kepada 22.7. Dan ada dua (2) situasi yang telah meningkatkan perkembangan dan pembangunan ataupun anjakan yang besar iaitu pertambahan hingga 0.7% atau 3 sebenarnya. Yang pertama, daripada tahun 2009, 2008 ke 2009 ada anjakan 0.7% dan pada tahun 2018 ada peningkatan 0.7% walaupun pada ketika itu, Hulu Kelang selalu menyebut bahawa kita punya sumbangan adalah 24%. Pada tahun 2018, sebenarnya sumbangan kita adalah sekitar 23.7% dan kali ketiga kita dapat mengembangkan dan meningkatkan peningkatan sampai 0.7% itu adalah pada tahun 2022 ataupun selepas kita membentangkan Rancangan Selangor Pertama.

Justeru, daripada penilaian dan daripada pertimbangan yang kita lakukan, bahawa angka pertumbuhan daripada segi value ataupun nilai yang perlu dicapai oleh pihak Kerajaan Negeri. Untuk mencapai 30% itu, saban tahun kita perlu mencatatkan pertambahan RM22.6 atau RM22.4 bilion daripada segi nilaian dan kadaran ekonomi. Justeru, sebagaimana yang saya kembangkan mengikut kepada track record kita, pada tahun 2022, kita telah berjaya meningkatkan lebih kurang RM44 bilion daripada tahun sebelumnya. Tahun sebelumnya, sekitar RM340 bilion, sekarang sumbangan KDNK kita kepada Persekutuan ialah RM384 bilion maknanya, ada peningkatan RM44 bilion dengan unjuran dan anjakan yang telah dibentangkan dalam Rancangan Selangor Pertama. (Ahli Dewan menepuk meja). Justeru, 30% yang disasarkan oleh pihak Kerajaan Negeri itu masih boleh dicapai, mungkin timingnya tidak on the dot by 2025, mungkin kita boleh anjakkan sampai 2026 kerana kita pun membentangkan Rancangan Selangor Pertama pada tahun 2022 berbanding dengan penyiapannya pada tahun 2021 namun begitu pihak Kerajaan Negeri akan menilai daripada masa ke masa termasuk untuk membuat kajian separuh penggal terhadap Rancangan Selangor Pertama dalam 2024.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Amat Berhormat, cuma, apakah Yang Amat Berhormat sedar bahawa Bank Negara baru sahaja mengumumkan bahawa pertumbuhan KDNK Negara untuk suku tahun kedua hanya mencatatkan lebih kurang 3.3% jauh lebih rendah daripada apa yang diunjurkan sebelum ini? Maka, pastinya ia akan juga memberikan kesan kepada Kerajaan Negeri. Jadi, sementara kita meletakkan satu unjuran dalam perancangan Belanjawan, pastinya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga harus memantau situasi semasa ekonomi global, ekonomi rantau dan ekonomi negara yang

telah dikeluarkan oleh Bank Negara supaya kita boleh buat sedikit adjustment untuk memenuhi situasi dan keadaan ekonomi semasa. Saya bimbang, kalau kita masih kekal dengan unjuran yang asal dan kita tidak dapat mencapai matlamat yang telah digariskan dalam Belanjawan 2024. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Sudah pasti apa yang saya sebutkan dan memang saya sebutkan dan nyatakan pun bahawa unjuran, sumbangan KDNK 30% yang disebutkan dalam Rancangan Selangor Pertama, saya menjurus kepada Rancangan Selangor Pertama kerana disentuh oleh Gombak Setia. Sebenarnya kita akan membuat kajian separuh penggal pada tahun 2024 dalam bulan enam (6) ataupun dalam sesi kedua penggal ini ataupun sesi kedua Sidang Dewan pada tahun hadapan selepas pembukaan sekitar Februari dan Mac, kita akan membentangkan kajian separuh penggal supaya kita boleh meneliti semula dan daripada waktu itu juga kita boleh melihat kesan-kesan global kerana sewaktu pembentangan dibuat pada waktu tersebut kita tidak memperkirakan tentang situasi di Ukraine dan juga di Rusia serta kelemahan ekonomi di Eropah mahupun apa yang telah berlaku dalam situasi di Timur Tengah yang telah mencecah 40 hari lebih daripada sekarang bukan hanya kesan Gaza tetapi memberi kesan kepada rangkaian dan juga kesan ekonomi. Justeru, daripada masa ke masa saya akan membentangkan kalau ada keperluan terhadap penilaian itu dan kajian separuh penggal merupakan tempat yang terbaik untuk penilaian tersebut dan ini membuktikan bahawa rancangan ataupun perancangan fiskal Kerajaan Negeri dan perbelanjaan Kerajaan Negeri sentiasa melihat ke hadapan dan ingin merangka memberikan peluang yang baik selain daripada peluang-peluang ekonomi yang ingin dikembangkan bagi setiap rancangan fiskal ataupun rancangan tahunan yang dipanggil belanjawan. Kita juga mempunyai rancangan lima (5) tahun yang akan menjadi salah satu guideline ataupun hala tuju penting kita untuk, daripada tahun ke tahun ataupun bagi setiap penggal.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penjelasan sebentar tadi. Dan, sebab itu saya bangkitkan perkara ini di peringkat awal kerana saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat setuju ataupun tidak apabila sesebuah Kerajaan itu berbelanja, maka ia sama sekali juga akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri? Dan sebab itu, saya membawa unjuran yang telah pun dibuat oleh Kementerian Ekonomi daripada Jabatan Statistik Negara yang memperlihatkan bahawa revised target yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi untuk sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK Negara pada tahun 2025 adalah 25.1%. Maka sebab itu saya setuju sebagaimana Yang Amat Berhormat sebutkan kita harus melakukan beberapa perkara untuk dalam istilah Yang Amat Berhormat suka gunakan, mengujakan, mengujakan pasaran supaya ia dapat memangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Tetapi, sebagaimana yang juga dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Hulu Kelang sebentar tadi, kalau kita meneruskan satu unjuran yang kita dah tahu kita tidak boleh buat, misalnya, Yang Amat Berhormat sebut tadi, mungkin kita tidak boleh capai 30% pada tahun 2025

mungkin 2026 tapi kalau kita lihat berdasarkan revised target Kementerian Ekonomi ini, 25% kemudian kita hendak lonjak tahun ke hadapannya itu kepada 30%. Itu suatu perkara yang mustahil. Jadi, apakah strategi-strategi yang lain selain daripada IDRISS, SABDA, dan sebagainya yang telah digariskan, ada tak strategi yang lain yang digariskan oleh Kerajaan supaya ia dapat memangkin kepada pertumbuhan kita yang lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sumbangan kita pada tahun 2022 telah mencecah 25.5% Yang Berhormat. Daripada 24.8% pada tahun 2021, sumbangan kita pada tahun 2025, pada tahun 2022, 25.5%. Lebih tinggi daripada sasaran yang telah digariskan oleh Kementerian Ekonomi iaitu di sekitar 25.1%. Justeru, SABDA ataupun Strategi Pembangunan Wilayah ini akan diteruskan dan semuanya itu saya akan bentangkan nanti kalau ada adjustment terhadap sasaran kita dalam Rancangan separuh penggal sebagaimana yang saya sebut di awal ucapan saya sebentar tadi. Dan, betul peruntukan ataupun projek dan juga peruntukan dan perbelanjaan Kerajaan merupakan salah satu daripada strategi supaya kegiatan-kegiatan ekonomi kembali dirancakkan khususnya di kalangan rakyat dan disebabkan itu, mulai tahun 2022 dan pada tahun ini, mulai tahun 2023, Belanjawan 2023 dan Belanjawan Tahun 2024, saya bukan hanya mengajak kepada Negeri untuk melaksanakan projek-projek tetapi juga Negeri mengajak anak-anak syarikat dan pada tahun akan datang turut mengajak kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya mengeluarkan simpanan dan reserve mereka supaya perbelanjaan itu lebih dan tidak hanya ditumpukan kepada Kerajaan Negeri kerana sebagaimana pengalaman kita ketika berdepan dengan pandemik covid-19 ataupun peristiwa banjir besar yang berlaku ditahun 2021, kalau kita tidak mempunyai reserve yang mencukupi, kita berbelanja hampir RM1.1 bilion pada tahun 2020 dan tahun 2021 untuk pakej-pakej Rangsangan dan itu cuma dapat dibelanjakan setelah kita mempunyai reserve yang mencukupi. Masa dah cukup, saya sambung esok Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, waktu telah pun menunjukkan 6.30 petang. Dewan kita perlu ditangguhkan sehingga ke jam 10.00 pagi hari Selasa 21 November 2023. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)