Selangor · 21 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 573 turns · 35,777 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 21 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahhirahmanirrahhim. Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Selamat pagi. Kita mulakan sesi pagi ini dengan urusan soalan mulut. Soalan bilangan 68 dari Lembah Jaya telah dijawab sekali dengan soalan bilangan 34 daripada Permatang, oleh itu saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Kembangan untuk soalan seterusnya.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 69.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Projek Terbengkalai Rumah SelangorkuQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai Rumah Selangorku Residensi Jaya?

b)

Apakah jangka masa untuk menyelesaikan isu ini?

c)

Apakah strategi untuk menangani isu ini?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker,Terima Kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Seri kembangan bertanya tentang Rumah Selangorku di Residensi Jaya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sehingga kini pihak penama atau pengurus masih belum mengemukakan sebarang pelan

perubahan projek ini. Pada 9 Oktober 2023, wakil daripada Sabah Development Bank telah mengadakan perbincangan di LPHS mengenai hasrat untuk menjual kedua-dua plot iaitu plot tanah SKU dan juga plot tanah condominium sebagai balasan kepada pihak bank akan mengenakan syarat kepada pembeli untuk menyelesaikan jumlah tuntutan pembeli. Dan LPHS telah memohon agar pihak bank menghubungi pihak persatuan penduduk untuk mendapatkan persetujuan para pembeli untuk berkenaan mendapatkan pemulangan wang deposit sebelum permohonan tersebut diangkat untuk dipertimbangkan. Jangka masa penyelesaian projek ini tertakluk kepada kaedah penyelesaian dan dibentangkan pada Kerajaan Negeri untuk oleh Pihak yang bertanggungjawab dalam usaha pemulihan projek berdasarkan makluman Sabah Development Bank selaku pemegang gadaian pihak mereka sedang mengenal pasti pemaju yang berkemampuan dan bersetuju untuk memulangkan wang kepada pembeli Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang cadangan penyelesaian dan dapat memastikan semua hak dan tuntutan para pembeli dapat diselesaikan dengan baik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya daripada Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker soalan nombor 70.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Projek Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2Questions

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bolehkah Menteri Besar beri penjelasan berkenaan projek tebatan banjir Sungai Langat FASA 2 yang melibatkan kawasan dari Pekan Dengkil sehingga ke Labohan Dagang dan bila projek ini akan bermula?

JAWAPAN

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahhirahmanirrahhim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dengkil. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Dengkil bertanyakan soalan berhubung dengan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2. Untuk makluman Yang Berhormat, projek tebatan atau RTB, rancangan tebatan banjir Fasa 2 Sungai Langat ini adalah projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan di bawah projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi TBBT yang telah diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, dan JPS Selangor dengan kos sebanyak

650 juta bagi penyelesaian isu banjir secara menyeluruh di kawasan Sepang, di Daerah Sepang. Ini adalah sebahagian daripada permohonan daripada JPS untuk projek tebatan banjir Sungai Langat secara menyeluruh sebanyak RM2 billion. Satu taklimat dan tender telah diadakan pada 16 Ogos 2023 dan kini sedang dalam proses penilaian tender projek ini dijangka bermula pada bulan Januari 2024 dalam sebulan dua lagi. Komponen projek ini ialah melibatkan

a. Pelebaran dan pendalaman Sungai Langat; b. Pembinaan ban; c. Pengukuhan dan penstabilan tebing; d. Pembinaan floodwall; e. Menaiktaraf sistem saliran utama; f. Pembinaan log boom; g. Pembinaan pintu air dan rumah pam termasuk komponen Mekanikal & Elektrikal.

Juga termasuk by-pads,ke laut,

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Apakah kajian outcome tentang projek i Langat 1 telah dijalankan bagi tujuan untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahan supaya projek Langat 2 ini akan berjalan dengan baik.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya soalan tambahan. Sebenarnya projek Langat 1 ini hanya di sekitar RM50 juta sahaja. Dia sebenarnya sangat kecil amountnya. Hanya kita gunakan untuk mengukuhkan beberapa tempat sahaja jadi tidak menepati keperluan sebenar. Jadi sebenarnya komponen untuk 2 Billion ini ialah, komponen keseluruhan. Jadi sekarang ini bila jumlah ni kecil kita buat berperingkat-peringkat mengikut tempat menjadi keutamaan. Itu yang berlaku. Jadi ini agak sizeable agak besar. Jadi boleh kita selesaikan sekarang ni isu banjir yang di kawasan di daerah Sepang dulu. Daerah Hulu Langat masih lagi kita menunggu kelulusan bagi penyelesaian besar, tapi macam saya sebut semalam dalam penggulungan, yang kecil-kecil, yang localize, yang ada bajet Kerajaan Negeri itu, kita teruskan di Hulu Langat. Terima Kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Sijangkang..

Terima Kasih. Yang Berhormat EXCO, kalau tak silap saya, yang saya dengar tadi tidak termasuk kepada mendalamkan sungai ke termasuk juga? Dan saya ingat antara yang paling utama adalah menjadi sumber air kepada Loji Rawatan Labohan Dagang juga. Adakah ini juga termasuk sehingga ke muka sauh Labuhan Dagang sebagai salah satu integrated..

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sungai Langat yang pelebaran ini ialah kita dah kenal pasti tempat-tempat tertentu terutama yang saya sebut tadi ini adalah difokuskan dalam daerah Sepang, ini akan didalami dan sungai ini akan masa yang lama juga 7 tahun untuk pendalaman ini. Tapi kerja-kerja lain ini akan berjalan agak kerja lebih cepat untuk dilaksanakan. Jadi bulan Januari akan mula, untuk Labohan Dagang ini Sungai Langat memang membekal air terus ke Labohan Dagang. Ini pun termasuk dalam komponen yang akan dibangunkan tetapi tidak directly sampai Labohan Dagang lah sebab Labohan Dagang, dia ada sistem kolam di upstream. Jadi Sungai Langat itu sendiri yang akan di komponen sungai yang besar ialah Sungai Langat yang terlibat di pendalaman dan juga Sungai Labu yang ini akan diadakan bypass canal yang akan dibawa air tu daripada Sungai labu yang menyumbang kepada masalah di Sungai Langat bawa terus ke laut untuk discharge ke laut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Semenyih, .okay teruskan dengan Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima Kasih Tuan Speaker soalanBukit Lanjan nombor 72.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Kebajikan Orang Asli Dan MinoritiQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga kebajikan orang asli, melindungi hak tanah orang asli dan memastikan hak adat mereka dihormati dan diiktiraf?

b)

Berapakah peruntukan yang telah disalurkan antara tahun 2018-2023?

c)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi penambahan peruntukan?

Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan, Terima Kasih pada Tuan Timbalan Speaker. Ada 3 soalan telah dikemukakan Pertama, Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga kebajikan

Orang Asli, melindungi hak tanah Orang Asli dan memastikan hak adat mereka dihormati dan diiktiraf? Kedua, Berapakah peruntukan yang telah disalurkan antara tahun 2018 hingga 2023? Dan Ketiga Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menambahkan peruntukan. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan kerana mengemukakan soalan-soalan yang melibatkan portfolio saya. Tuan Timbalan Speaker, sepertimana Yang Berhormat Bukit Lanjan sedia maklum, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil cakna dalam menjaga kebajikan, melindungi hak tanah orang asli dan memastikan hak adat mereka dihormati. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan bagi menjaga kebajikan Orang Asli yang merangkumi pendidikan, kesihatan dan sosioekonomi mereka. Antara program yang dilaksanakan adalah :-

i) Bantuan pakaian seragam sekolah; ii) Bantuan wang saku RM4.00 sehari; iii) Bantuan biasiswa kepada pelajar yang memasuki IPTA; iv) Program motivasi pelajar; v) Program bakul makanan; vi) Pembiayaan perubatan; vii) Bantuan alatan sokongan pesakit; viii) Bantuan peralatan bagi Orang Asli yang ingin memulakan perniagaan; ix) Bantuan input, dengan izin, pertanian dari segi baja, racun, peralatan dan kursus; dan x) Bantuan perlindungan ladang

Dalam aspek Bantuan perlindungan hak tanah Orang Asli pula, Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan sentiasa memastikan hak tanah Orang Asli dilindungi. Sebarang pencerobohan atau pengambilan tanah Orang Asli dilindungi seperti mana terkandung dalam Akta Orang Asli 1954 [Akta 134]. Tiada pihak sewenang-wenangnya memasuki tanah atau perkampungan Orang Asli kecuali mendapatkan kebenaran dari pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) agar pemantauan dapat dilakukan. Kerajaan Negeri juga komited untuk memastikan semua tanah Orang Asli diwartakan sama ada di bawah Seksyen 6 atau Seksyen 7, Akta Orang Asli. Bagi memastikan hak adat Orang Asli terpelihara dan dihormati, pelbagai program telah dirangka antara Sambutan Orang Asli pada 9 Ogos setiap tahun, mempromosikan perayaan masyarakat Orang Asli seperti Perayaan Pantai oleh kaum Mah Meri, mengekalkan cara hidup dari aspek perkahwinan, dan kepimpinan masyarakat Orang Asli. Bagi memastikan hak adat Orang Asli terpelihara dan dihormati, pelbagai program telah dirangka antaranya Sambutan Hari Orang Asli pada 9 Ogos setiap tahun, mempromosikan perayaan masyarakat Orang Asli seperti Perayaan Pantai oleh kaum Mahmeri, mengekalkan cara hidup dan aspek perkahwinan, dan kepimpinan masyarakat Orang Asli. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi program-program masyarakat orang asli melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 2020. Jumlah peruntukan melalui Vot Pembangunan yang telah disalurkan dari tahun 2020 sehingga 27 Oktober 2023 adalah sebanyak RM2

juta dengan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM1.6 juta sehingga kini. Untuk tahun 2024, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli merancang untuk bergerak seiring dengan JAKOA Selangor terutamanya dalam segmen Pembangunan Modal Insan & Kebajikan Orang Asli, yang merangkumi program peningkatan pendidikan dan kerjaya, kebajikan, kesihatan dan komuniti serta memberi fokus dalam sektor Pembangunan Sosio Ekonomi yang merangkumi infrastruktur dan kemudahan jalan raya, orang kampung dan Orang Asli seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan perhubungan desa, meningkatkan kualiti jalan dan kemudahan telekomunikasi bagi memudahkan akses kepada penduduk terutamanya pelajar sekolah. Jadi itu sahaja tetapi saya juga ada maklumat tambahan pada tahun 2020, kita telah membelanjakan sebanyak RM499,999.50 dan pada tahun 2021pula kita telah membelanjakan RM 353,878.00 dan pada tahun 2022 adalah RM498,591.80 dan pada tahun ini kita merancang dan setakat ni kita telah membelanjakan RM266,769.00. Jadi itu sahaja untuk maklumat Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sijangkang.

Terima Kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat , saya tengok realitinya walaupun ada peruntukan daripada kerajaan Pusat dan juga Negeri, tapi saya dapati terutamanya Orang-Orang Asli di kawasan saya lah, Pulau Carey banyak lagi rumah-rumah mereka yang daif. Dan saya lihat, ada juga rumah-rumah tok batin mereka yang bumbung dia kalau hujan, memang dia kena letak tadahan-tadahan, air yang menitik. Saya ingat ini harus diberikan fokus. Walaupun kita tidak memilih sama ada mereka ini tok batin ataupun penduduk Orang Asli itu sendiri, tapi saya kira ini harus diberikan perhatian. Dan juga daripada sudut pendapatan mereka dan sebahagian besar daripada penduduk Orang Asli di Pulau Carey ini mereka adalah nelayan, dan saya pernah maklumkan dulu bahawa mereka juga diganggu oleh pihak berkuasa juga termasuklah maritim kerana mereka menjalankan aktiviti nelayan ni di dalam kawasan port limit yang telah diwartakan. Sebelum ini tidak lagi, tetapi selagi mungkin belum ada lagi pembangunan pelabuhan Pulau Carey ini, saya harapkan adalah sedikit pertimbangan supaya tidak menjejaskan sumber ekonomi mereka. Terima kasih.

Terima Kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya memang terima aduan mengenai apa Yang Berhormat telah bangkitkan dan Saya pun telah membuat lawatan ke tapak khususnya Pulau Carey, Mah Meri, kaum Mah Meri dan saya telah berjumpa tok batin tu dan mengemukakan apa-apa cadangan sekiranya diperlukan apa-apa bantuan. Saya memang bersedialah untuk membantu mereka, cuma saya menunggu untuk maklumat terperinci dalam kes yang Yang Berhormat telah bangkitkan. Mengenai di peringkat nelayan pula saya rasa perkara itu saya belum maklumat belum terima apa-apa maklumat, kalua Yang Berhormat boleh memberi kepada saya dengan bertulis dan

saya boleh mengangkat perkara ini lebih tinggi dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Balakong ....

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker, soalan saya 73.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Selangor International Business Summit (SIBS) 2023Questions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah pelaburan yang dimeterai semasa SIBS 2023?

b)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan kemasukan pelaburan membawa nilai tinggi kepada Selangor?

c)

Apakah kemudahan kemudahan yang disediakan bagi memastikan pelaburan yang dimeterai berjaya direalisasikan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, program SIB 2023 telah mencipta rekod potensi transaksi perniagaan yang meningkat sebanyak 320% berbanding tahun sebelumnya dan bernilai Ringgit Malaysia 6.12 Billion dan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM1.45 billion sahaja melalui 34 perjanjian persefahaman dan surat lantikan yang telah dimeterai semasa persidangan berlangsung. Rekod potensi transaksi perniagaan berjumlah RM4.9 billion ini juga dijangka akan meningkat selepas pihak penganjur mendapat ulasan dan makluman berkenaan nilai transaksi melalui padanan perniagaan yang telah dijalankan di dewan-dewan pameran semasa persidangan SIBS 2023 ini berlangsung. Dalam usaha membawa kemasukan pelaburan nilai tinggi ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui agensi promosi pelaburan negeri iaitu Invest Selangor mensasarkan pelaburan dalam industri terpilih seperti sains hayat (life sciences), pembuatan makanan dan minuman (Food and Beverages), pembuatan produk elektrik dan elektronik (Electrical and Electronics), kelengkapan pengangkutan (transport equipment) seperti industri aeroangkasa dan dron serta machine dan peralatan (mechinery and equipment). Selain itu pelaburan dalam industri perkhidmatan juga turut diberikan penumpuan seperti industri perkhidmatan logistik (logistic services), dan juga digital investment seperti global business services, data center serta creative content technology antara industri-

industri yang telah dikenal pasti berpotensi untuk berkembang di Negeri Selangor. Bagi memastikan pelaburan berjaya direalisasikan, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sentiasa berhubung rapat dengan pihak pelabur bagi membantu para pelabur dalam urusan pelaburan mereka. Mesyuarat penyelarasan projek yang dipengerusikan oleh saya sendiri, sebagai EXCO pelaburan, perdagangan dan mobiliti yang dijadualkan setiap bulan diadakan bagi membantu menyelaras proses kelulusan pembangunan yang diperlukan oleh pihak pelabur, di samping membantu menyelesaikan permasalahan yang berbangkit. Melalui mesyuarat penyelarasan yang melibat jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan membolehkan proses permohonan kelulusan pembangunan yang diperlukan dapat dipercepatkan di samping memastikan cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat direalisasikan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sijangkang

Terima Kasih Speaker, tahniah kepada EXCO. Saya ingat satu kejayaan yang menunjukkan peningkatan daripada sudut mempromosikan pelaburan di Negeri Selangor. Cuma saya lihat bagaimana kita boleh melibatkan kepada masyarakat luar, ataupun orang ramai ataupun penduduk Negeri Selangor mungkin ada baiknya kalau diadakan juga job opportunit, peluang pekerjaan atau mungkin booths di dalam, sekurang-kurangnya kita boleh melihat peluang-peluang pekerjaan daripada sudut apa. Daripada investor-investor ini ataupun pelabur-pelabur ini juga mempromosikan apakah peluang-peluang yang ada dan ada pemadanan, padanan-padanan yang boleh kita wujudkan kepada penduduk Negeri Selangor terutamanyalah. Kalau kita lihat hari ini industri kebanyakan peluang pekerjaan ini kepada warga asing walau tenaga bersifat tenaga buruh tetapi peluang-peluang, apabila kita mengatakan bahawa peluang pekerjaan yang bertaraf lebih tinggi ini harus diberikan juga sebagai satu promosi dan juga makluman kepada kerajaan ini melalui SIB ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Seperti apa yang saya jawab tadi, industri yang terpilih di Negeri Selangor seperti sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, pembuatan produk elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan dan mesin dan peralatan ini semua merupakan industri yang berteknologi tinggi dan mampu menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi kepada penduduk di Negeri Selangor. Ini merupakan satu matlamat dan satu tujuan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak industri seperti macam ini kerana kita nak mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan peluang pekerjaan yang biasa tetapi peluang pekerjaan yang dapat memberi gaji yang lebih tinggi. Dan Kerajaan Negeri juga melalui job fair dengan izin, job fair menganjurkan job fair tahunan supaya peluang-peluang pekerjaan ini dapat dimaklumkan melalui job fair kepada penduduk-penduduk di Negeri Selangor. Dan sebenarnya job fair ni bukan menarik penduduk di Negeri Selangor sahaja tetapi menarik ramai rakyat daripada

Negeri lain juga masuk ke Negeri Selangor kerana Selangor mempunyai peluang pekerjaan yang gaji yang lebih tinggi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima Kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, soalan saya nombor 74.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. PelanconganQuestions

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan masa depan dan yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi tempat-tempat pelancongan seperti di Pantai Morib, Pantai Kelanang, Bukit Jugra, Paragliding, Rumah Api Bukit Jugra, Muzium Insitu, Istana Bandar?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Terima kasih kepada Yang Berhormat Morib yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kuala Langat adalah salah satu daerah di Negeri Selangor yang terkenal sebagai destinasi pelancongan popular yang menawarkan berbagai produk pelancongan seperti yang disebutkan. Menyedari potensi daerah ini mampu menggamit pelancong daripada dalam dan luar negara, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) sebagai pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah untuk membina dan menaik taraf beberapa kemudahan bagi memberi keseronokan kepada para pelancong. Antara komponen pembangunan dan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam kementerian, dan Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTACC) kepada MPKL bagi meningkatkan industri pelancongan adalah seperti berikut:

Bil Tahun Perkara Peruntukan (RM) i. 2022 Membaikpulihkan prasarana dan kemudahan asas yang lain di Pantai Kelanang dan kawasan Tapak Perkhemahan Pantai Kelanang 235,000.00

ii. penyelenggaraan kemudahan infrastruktur di Pantai Morib (rekreasi) Banting, Kuala Langat 248,427.00 iii. 2023 Menaiktaraf tandas awam di Pantai Kelanang Majlis Perbandaran Kuala Langat 241,890.00 iv. 2023 Pemasangan lampu solar di LED Pantai Batu Laut , Tanjung Sepat Pemasangan 39,450.00

v. 2023 Penyelenggaraan infra dan menaiktaraf kemudahan awam di Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang 180,000.00

Dalam mempertingkatkan industri pelancongan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Tourism Selangor akan menganjurkan tahun melawat Malaysia 2025 dan merancang beberapa projek dan aktiviti bagi merancakkan industri pelancongan di daerah Kuala Langat. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih kepada Pihak Negeri Selangor, dan Majlis Perbandaran Kuala Langat kerana selalu mengambil inisiatif untuk memajukan Pantai Morib. Cuma saya ingin melihat, meminta, merujuk pada 31 Julai ini sebelum PRN lah Utusan Malaysia telah memberitahu mengenai satu projek Kelanang Harbour and Aquatic Township Center, yang telah di cuma saya ingin sebab saya tengok bawah projek IDRISS pun tak ada. Tetapi bila saya melihat benda ni menjadi satu kempen semasa PRN yang lepas dan ramai yang bertanya tentang projek ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Pihak EXCO adalah projek ini hanya kempen ataupun dalam perancangan. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Morib atas soalan tambahan memandangkan petikan akhbar yang dipetik dalam Dewan dan tidak dinyatakan dalam soalan ni saya akan semak dan akan bagi soalan bertulis sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat EXCO dipersilakan Yang Berhormat Paya Jaras.

Masak ranum buah nombor lima soalan saya nombor 75.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima Kasih kepada Yang Berhormat Paya Jaras yang bertanyakan tentang fungsi Ahli Majlis

dalam soalan (a). Dalam pemilihan dan Pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan 1/2021, Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021. Berdasarkan pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan 1/2021 garis panduan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021 kriteria pelantikan Ahli Majlis adalah seperti berikut:

i. Ahli Majlis yang dicalonkan mestilah warga negara Malaysia dan fasih bertutur membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia. ii. Had umur minimum bagi pencalonan Ahli Majlis adalah berumur 21 tahun. iii. Hendaklah bermastautin di kawasan PBT berkenaan sekurang-kurangnya 5 tahun atau menetap di daerah bersebelahan. iv. Hendaklah bukan di kalangan kakitangan kerajaan. v. Tidak berstatus muflis semasa pencalonan dibuat. vi. Ahli Majlis yang dilantik hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau calon hendaklah menduduki dan lulus ujian asas yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan vii. Tidak memegang mana-mana jawatan lantikan pihak Berkuasa Negeri yang boleh menimbulkan pencanggahan skop tugas Ahli Majlis seperti berikut : a. Ketua Kampung Pengerusi Majlis Pengurusan Ketua Kampung (MPKK) b. Ketua Komuniti India (KKI) c. Penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB) d. Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor (PeBS).

Bagi menjawab bertanyaan (b), prestasi Ahli Majlis PBT akan dinilai melalui penilaian prestasi tahunan yang akan dilaksanakan oleh Dato Bandar, Yang Dipertua setiap PBT sebanyak 11 indikator sebagai KPI dalam penilai prestasi Ahli Majlis PBT seperti berikut: i. Kehadiran Mesyuarat ii. Komitment kepada tugas iii. Pengetahuan dan Kemahiran dalam tugas iv. Kebolehan membuat keputusan v. Keberkesanan Komunikasi vi. Kerberkesanan Hasil Kerja vii. Kepimpinan viii. Integriti ix. Disiplin dan ketetapan masa x. Proaktif dan Inovatif

xi. Jalinan perhubungan dan kerjasama.

Untuk (c), Kerajaan Negeri tidak menyediakan platform khas bagi tujuan pengaduan terhadap Ahli Majlis. Walau bagaimana pun, orang awam boleh menyampaikan maklum balas dan apa sebarang aduan berkaitan perkhidmatan Ahli Majlis PBT melalui pelbagai medium. Antaranya melalui surat rasmi atau e-mel kepada Datuk Bandar atau Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan. Selain itu maklum balas berkaitan perkhidmatan Ahli Majlis PBT ini juga boleh juga disampaikan melalui Portal Sistem Pengurusan Aduan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (SISPA PBT). Maklum balas ini juga boleh dapat membantu PBT untuk menambah baik kualiti prestasi, sekali gus meningkat accountability Ahli Majlis supaya terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Sekian Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan, pemakluman bagaimana kita melantik Ahli Majlis dan tugas skop-skop tugas mereka. Saya juga percaya Yang Berhormat Sekinchan maklum Kerajaan Negeri ini, Yang Berhormat terajui ini sejak dari tahun 2008. Kita pun masa Itu sama kem. Jadi sebahagian besar Ahli-Ahli Majlis ini kita kenal. Sebahagian besar saya kenal semasa saya masih muda lagi ketika itu mereka telah menjadi Ahli Majlis. Sekarang masih lagi menjadi Ahli Majlis. Maksudnya lama dia jadi Ahli Majlis. Lebih lama sebahagian daripada kita yang ada di dalam Dewan ini juga. Jadi adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan supaya Ahli Majlis ini juga dihadkan tempoh. Maknanya jika dia Ahli Majlis di upgrade menjadi ADUN. Dan jika dia gagal upgrade ADUN, dia dah tidak boleh lagi dah menjadi Ahli Majlis. Macam contoh Pelabuhan Klang telah upgrade menjadi ADUN, dan dah tak lama lagi dia upgrade pula jadi EXCO, contoh. Saya doakan. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Sekinchan, mungkin kita kene lihat sebab saya ambil contoh seperti di MBPJ semenjak dari awal saya masuk politik lagi dia telah menjadi Ahli Majlis. Sekarang dah bertahun-tahun menjadi Ahli Majlis dan sebagainya. Saya tahu ini lantikan politik, Yang Berhormat. Jadi kalau dah nampak tua sangat itu cukuplah menjadi Ahli Majlis. Kita beri kepada muka baharu, orang baru untuk teruskan tugas dan khidmat mereka dan bawa idea baru. Jadi Saya minta pandangan Yang Berhormat Sekinchan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan dengan soalan tambahannya berkaitan Ahli Majlis. Nampaknya Taman Medan pun minat sangat dengan Ahli Majlis. Tapi ADUN tidak boleh jadi Ahli Majlis ya, ini kita telah tetapkan dalam Peraturan ya. Kalau minat sahaja boleh. Minat tidak ada salah. Nak jadi tidak boleh, itu satu.

Yang kedua, memang tentang pelantikan Ahli Majlis, berapa lama itu memang kita mempunyai satu saluran tersendiri yang terpilih dan sebagainya. Tengok di dalam

Dewan yang mulia ini, ramai Ahli-ahli Majlis kita yang competent, hebat-hebat belaka dan sekarang telah diangkat dalam Ahli Dewan Negeri atau Ahli Dewan Yang Mulia,

Contoh-contoh, ketua BBC kita ya, Pelabuhan Klang. Contoh-contoh Sungai Pelek, Batu Tiga, contoh Kota Damansara dan juga Teratai. Dan juga Kinrara, Pandan Indah, Meru, Banting. Ramai sangat. Kampung Tunku, Kota Damansara, Bandar Baru Klang,Sungai Kandis Pandan Indah, Meru, Banting. Ramai sangat. Mana lagi? Kota Damansara, Bandar Baru Klang, Sungai Kandis, Pandamaran, Sentosa, Templer, Seri Setia, Seri Serdang. Contoh-contoh.

Sekinchan. Sekinchan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Contoh-contoh. Timbalan Speaker. Tahniah Timbalan Speaker kita, hebat belaka. Nampaknya kualiti Ahli-ahli Majlis yang kita lantik selama ini sejak 2008 ini ramai berkaliber, memang mempunyai potensi dan bakat terpendam. Sekarang telah dicungkilkan. Bukan sahaja Ahli Majlis naik sampai Ahli Dewan Negeri dan naik sampai EXCO, sekarang naik sampai Timbalan Speaker pun ada. Ini menjadi kebanggaan untuk kerajaan Pakatan Harapan. Namun soal. Soal ya, ada muka yang terlalu lama dan sebagainya. Perkara ini akan diteliti. Ada mekanisme dan sebagainya kalau mereka hebat dan boleh bekerja dan semakin bertenaga, semakin tua semakin menjadi, saya rasa tidak ada masalah ya. Saya rasa tidak ada masalah ya Tuan Timbalan Speaker. Kalau semakin tua, semakin tidak menjadi itu mungkin harus ditukar. Kena tukar kereta baru, kereta lama spare part telah rosak dan sebagainya patut tukar kereta baharu. Kalau Pandan Indah, ia semakin tua semakin menjadi, itu contoh! Contoh! Contoh! Itu semakin hebatnya Pandan Indah. Jadi, Yang Berhormat bagi Taman Medan tidak kita akan buat, menjadi satu kaedah satu mekanisme yang lebih faedah, lebih teratur supaya kita ya. Dapat memeri peluang kepada orang baru dan masa yang sama kita beri peluang kepada yang orang lama yang berpengalaman yang boleh terus berkhidmat. Ini cara kita Pakatan Harapan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada satu lagi soalan tambahan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO yang menjawab dengan panjang lebar. Ada 2 perkara yang saya hendak sebut. Yang pertama, sama ada Kerajaan bersedia semula untuk melantik ahli NGO sebagai Ahli Majlis yang pernah kita buat dulu? Yang kedua, saya pernah bercakap dengan seorang YDP Perbandaran tentang performance Ahli Majlis ini. Tentang ada 2, 3 orang yang pada pandangan saya tidak perform, dia kata ini lantikan politik dan dia tidak boleh buat apa. Jika ada aduan kepada YDP pun, ia serah kembali kepada ahli politik dan tidak mengubah apa-apa. Jadi, kompetensi Ahli Majlis itu tidak akan berubah kalau tidak ada sistem yang boleh mengawal supaya di upgrade kompetensi mereka. Mohon Kerajaan Negeri memberi pertimbangan. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang prihatin dan concern tentang pelantikan Ahli Majlis juga ya, dalam konteks ini. NGO, soal kuota NGO selama ini dari 2008 kita ramai, ada di banyak PBT ada yang dilantik melaui NGO, ada yang daripada OKU juga kita pernah lantik sebagai NGO. Dan tradisi ini kita akan cuba serap juga pada pelantikan kali ini, kalau ada calon-calon yang sesuai. Tapi yang penting, kadang-kadang kita menghadapi masalah yang kita lantik daripada NGO, dia sebut NGO tetapi NGO di luar itu banyak sangat NGO. Ada NGI pun ada. NGO, Non-governmental Organization bukan, kadang-kadang 2- 3 orang. Tapi kali ini jika ada calon yang sesuai boleh dipertimbangkan. Calon yang sesuai boleh dipertimbangkan dan competent dan dia mempunyai hala tuju lebih kurang dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor. Kalau dia contradict dan sebagainya dan dia tidak memberi apa nilai tambah jadi ini mendatangkan masalah. Jadi pengiraan itu harus dibuat. Namun sebagai Kerajaan yang terbuka dengan kepelbagaian yang inclusive kita akan pertimbangkan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal.

Dan soal lantikan daripada parti ini, Ahli Majlis dalam sistem kita sekarang ini memang lantikan, cadangan daripada parti. Tetapi soal kompetensi ,soal keberkesanan, saya rasa tidak ada masalah. Contoh tadi saya telah sebut. Berapa ramai calon-calon telah menjadi EXCO, Timbalan Speaker, Ahli Majlis, dan jadi ADUN. Maknanya memang ada sedikit, satu dua yang bermasalah. Tetapi kalau ada aduan, sila sampaikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan boleh terus kepada saya. Kita akan check kalau ada soal integriti ataupun soal ketulusan atau soal perkhidmatan yang lemah dan sebagainya, itu kita akan selesaikan. Sekian. Terima kasih untuk Sungai Ramal.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kota Damansara.

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Kota Damansara nombor 76.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Longkang Yang Bertindih Di Kampung Melayu SubangQuestions

76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Terdapat banyak longkang yang tidak dapat dipastikan di bawah penyelenggaraan agensi mana. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan agensi dapat mengambil tanggungjawab terhadap longkang ini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara dan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Kota Damansara bertanyakan berhubung dengan isu longkang bertindih yang terdapat di kawasan Kota Damansara. Saya sebagaimana yang saya telah tegaskan dalam yang saya sebut agak panjang dalam penggulungan juga, memang telah wujud longkang dan jalan yang tidak bertuan ini yang menjadi masalah kepada penyelenggaraan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Infrastruktur telah selesai sebenarnya. Kita telah membuat pengumpulan maklumat dan penyelarasan berhubung dengan inventori infrastruktur terutamanya jalan longkang parit ini di setiap agensi dan jabatan. Penyelarasan sedang dibuat secara berperingkat-peringkat kerana proses ini bukannya mudah ya. Ini yang telah berterusan. Dan yang terbaru selain daripada JPS, JKR, PBT dan pihak Pejabat Daerah, yang terbaru juga melibatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Jadi lebuh raya-lebuh raya yang ada di Negeri Selangor ini pun ada juga berkaitan dengan isu jalan atau longkang yang dikongsi bersama, yang perlukan... yang tidak tahu siapa yang patut uruskan penyelenggaraan. Ini pun kita sedang selaraskan. Dan sekarang kita pun ada mesyuarat dengan LLM ada. Kes ini diakui wujud dan juga dimasukkan dalam inventori. Dan juga bagi Pejabat, bagi DUN ataupun agensi/ jabatan contohnya pihak berkuasa yang mempunyai rakan mereka yang luar di negeri Selangor contohnya MPAJ yang melibatkan juga DBKL, itu pun terlibat juga jalan-jalan longkang yang perlu diselaraskan kerana berkongsi kawasan penyelenggaraan. Itu semua sedang diselesai. Dan saya juga dalam masa terdekat ini akan menyelesaikan secara berperingkat-peringkat, untuk pelaksanaan. Dan kita akan beri keutamaan kepada yang mana yang perlu tindakan segera. Ini kita akan buat one off dulu untuk selesaikan isu terutamanya parit, dan juga monsun drain kita akan selesaikan itu. Yang lainnya untuk penyerahan kepada agensi yang berkaitan akan dilihat dari segi aspek perundangan dan juga bajet yang akan diwujudkan nanti, yang akan dikenal pasti nanti. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Cuma masalah di kawasan Kampung Melayu Subang ini ia masalah bertimpa-timpa. Pertamanya dia punya monsoon drain, dinding di monsoon drain dah collapse menyebabkan bottleneck. Kemudian ditambah pula dengan longkang-longkang yang berada di kawasan sekitar, masing-masing tidak tahu siapa punya, masing-masing tidak bertuan. Jadi sebab itu saya mohon di peringkat pihak EXCO untuk mengarahkan secara spesifik untuk lihat di Kampung Melayu Subang diberikan arahan jelas dan segera, agar Pejabat Daerah dan semua agensi boleh mengadakan satu mesyuarat, boleh mengambil kata putus dan lebih mudah mengambil ..tidaklah menjadi perkara yang berulang-ulang dan saban tahun daripada sebelum ini.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Sebagaimana yang saya sebut tadi pada umumnya, pada umumnya saya bagi tahu ya kalau jalan, longkang jalan yang melibatkan jalan JKR maka JKR lah, di bawah JKR lah. Kalau longkang di jalan-jalan PBT, di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau longkang-longkang kampung, parit kampung di bawah Pejabat Daerah. Ini secara umumnya begitu. Tetapi dalam keadaan tertentu, bila ada pertindihan antara, contoh macam saya sebutkan semalam apabila longkang-longkang jalan yang diselenggarakan oleh JKR tapi tiba-tiba ditebuk masuk daripada perumahan. Jadi itu menjadi pertikaian kepada siapa yang nak uruskan, sebab apa, telah bertukar fungsi. Ini antara contoh-contoh kesukaran dalam kita menentukan siapa yang menyelenggara tempat ini. Walau bagaimana pun, kita kena ambil, orang kata apa take the bull by the horn lah. Kita kena selesaikan juga, bite the bullet untuk isu-isu ini. Sebab isu ini telah terlalu lama berpanjangan. Dan bukan sahaja, macam saya sebut bukan di Selangor tetapi di mana-mana sahaja. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat, bahawa perkara ini kita akan selesaikan.Tapi untuk peringkat awal, kita akan buat one off dulu mana-mana yang serius . Macam saya sebut semalam di Meru, pokok pun telah tumbuh di parit. Bukan setakat rumput ya, pokok sekali. Jadi ini kita akan ambil tindakan segera untuk mengurangkan kesan banjir kilat dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Teratai, 77.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. TaskaQuestions

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan majikan di Negeri Selangor menyediakan taska di tempat kerja?

b)

Apakah penambah baikan terhadap program Asuh Pintar yang telah dilaksanakan sejak dijenamakan semula pada tahun 2018?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Teratai, Tuan Speaker dan Dewan yang mulia. Jawapan bagi (a), menerusi tema strategik 2 Rancangan Selangor Pertama iaitu peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman

sosial, Kerajaan Negeri menetapkan dua strategi. Iaitu pertama, menyediakan sokongan yang diperlukan oleh wanita bekerja, iaitu pusat jagaan kanak-kanak yang selamat boleh dipercayai dan terletak di kawasan strategik. Serta nombor dua, meningkatkan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu Kerajaan Negeri sedang dalam cadangan memberikan insentif kepada majikan yang menyediakan pusat asuhan atau pendidikan awal kanak-kanak di tempat kerja atau di kawasan strategik yang mempunyai permintaan yang tinggi. Kerajaan Negeri sedang menetapkan sasaran jangka panjnag iaitu berkolaborasi dengan majikan di Selangor bagi mewujudkan 2 taska dan 2 tadika di setiap daerah. Untuk pengetahuan, sehingga September 2023 terdapat 831 taska berdaftar di 9 daerah di Negeri Selangor, dan hanya 47 Taska berdaftar yang disediakan di tempat kerja.

Bagi soalan bagi jawapan (b) Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar ataupun ASUH PINTAR merupakan inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska dengan bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan selama setahun bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah. Penambah baikkan terhadap Program ASUH PINTAR yang telah dilaksanakan sejak semenjak dijenamakan semula pada tahun 2018, adalah menaikkan syarat had pendapatan keluarga bagi permohon dari RM3,000.00 kepada RM5,000.00. Walau bagaima napun, peruntukan masih kekal iaitu sebanyak RM600 ribu setahun dengan kuota sasaran penerima seramai 500 orang setahun. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Okay , Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan. Terima kasih Timbalan Speaker. Kita selalu dengar tentang masalah, dan kita turut bersedih dengan masalah-masalah yang mengakibatkan kematian anak-anak asuh di taska-taska dan di tadika-tadika sejak kebelakangan ini. Jadi saya hendak bertanya apakah langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk mengelakkan atau mengekang masalah-masalah yang mengakibatkan kematian atau kemalangan anak-anak di taska akibat kecuaian pengasuh ni? Sekian.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Dalam jawapan-jawapan, soalan lisan saya ada jawab minggu lalu. Kita mahu selaraskan semula garis panduan pematuhan untuk penubuhan taska. Yang mana dalam rekod terdapat penyelesaian iaitu sesi libat urus bersama KPWM dan JKM di Negeri dan ini adalah proses berterusan yang mana pemutihan taska-taska yang tidak berdaftar. Kita tidak mahu bertindak secara menghukum ataupun primitive tapi lebih kepada advokasi kepada taska-taska ini supaya berdaftar. Dan sesi libat urus bersama pemegang taruh itu, Pihak Berkuasa Tempatan untuk memudah carakan agar semua pengusaha taska mematuhi syarat contohnya upskilling ataupun menaik taraf pengasuh-pengasuh dan juga menyediakan lokasi yang strategik dan juga patuh dari segi keselamatan untuk anak-anak yang di hantar di Taska tersebut. Sekian.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Puteri manis bersimpul sopan, soalan saya nombor 78.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Hybrid Of River Augmentation SystemQuestions

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah mengkaji kesesuaian lokasi tapak tapak Hybrid of River Augmentation System?

b)

Bagaimanakah Air Selangor memastikan bekas tapak-tapak lombong mineral ini sesuai untuk denarian loji air terawat untuk kegunaan rakyat Selangor?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Permatang menanyakan projek HORAS 3000 di Bestari Jaya dan bertanyakan lebih lanjut tentang kesesuaian tempat ini untuk dijadikan kawasan yang bersesuaian untuk menjadikan kawasan tadahan air bagi kegunaan loji rawatan air.

Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan kajian kesesuaian sebelum pembangunan Hybrid of River Augmentation Storage (HORAS) dengan izin, pada tahun 2012 sehingga Disember 2013. Kajian tersebut telah mengambil kira kesesuaian tapak HORAS, jarak lokasi bagi kemudahan pengoperasian pengepaman, kuantiti air mentah dan juga kualiti air yang akan digunakan di loji rawatan air. Di bawah konsep HORAS, air mentah dari kolam tidak dialirkan terus ke loji rawatan air sebaliknya air dari sungai akan dialirkan masuk ke dalam kolam bekas-bekas lombong sebagai kolam pemendapan ataupun sedimentation pond, untuk mendapkan air itu supaya mutu air itu lebih baik bagi satu tempoh yang tertentu sebelum dialirkan masuk ke loji rawatan. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sedimen dan meningkatkan kualiti air. Dah banyak menggunakan ni termasuklah di Labohan Dagang dan yang terbaru kaedah akan dialihkan ke beberapa siri kolam di mana kualitinya akan bertambah baik sebelum ia sampai ke loji rawatan dengan itu membantu mengurangkan kos untuk kita buat rawatan air itu.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan HORAS dan kajian-kajian untuk bekas-bekas lombong bagi takungan air pinggiran sungai atau dikenali sebagai Off River Storage (ORS) ianya adalah sangat sesuai untuk diabstrak bagi loji rawatan air. Ianya kerana di bawah konsep ini, air mentah dari kolam tidak dialirkan terus ke loji rawatan air seperti yang sebutkan tadi, sebaliknya air dari sungai akan dialirkan ke kolam bekas-bekas lombong untuk proses pemendapan sebagai pra-rawatan sumber air mentah bagi mengurangkan sedimen atau kekeruhan sekali gus dapat meningkatkan kualiti air.

Jadi projek Hybrid ini di Bestari Jaya ini kita telah siap pada jangka pertama yang di upgreen di huluan sungai SSP 1, SSP2, SSP3 Loji Rawatan Air Selangor dah siap pada tahun 2013. HORAS 600 kemudiannya telah dibina 2014 dan siap pada Oktober 2019. Setelah itu, HORAS 3000 yang berskala besar ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2013 dan laporan itu telah dibentangkan secara terperinci menerusi Kajian Perbandingan Perlaksanaan Pembinaan Kolam Takungan Hiliran Sumber Air Bestari Jaya untuk Membekalkan Sumber Air Sehingga 3000 juta sebab itu di panggil 3000 dia boleh membekalkan 3000 Juta liter air sehari pada tahun 2019. Bagi HORAS 600 dan HORAS 3000 untuk dibangunkan adalah antaranya bertujuan mengenal pasti sumber air baharu dan memastikan keupayaan memenuhi permintaan bekalan air jangka panjang bagi Negeri Selangor dengan rizab margin yang mencukupi. Rizab margin itu mencukupi.

Menerusi kajian sumber ini yang siap pada Februari 2018 pula, perancangan awal pelaksanaan HORAS 3000 Fasa 1 adalah pada tahun 2060 yang perlu disiapkan. Namun, apabila analisa terbaru yang dibuat oleh Air Selangor mendapati ia perlu, pelaksanaan HORAS 3000 diawalkan memandangkan permintaan air yangmeningkat bagi merealisasikan sasaran rizab margin sebanyak 20% seperti mana yang ditetapkan Kementerian Air dan Sumber Asli. Ini ambil kira juga disebabkan berlakunya perubahan iklim sekarang ini yang menyebabkan itu banyak perancangan kita mengenai sumber air ini terpaksa diubah dan diperbetulkan. Di samping itu, kolam takungan HORAS 3000 juga telah dikenal pasti sebagai sumber air mentah terakhir bagi Negeri Selangor. Selain kita buat kajian kolam-kolam air ini merupakan sumber terbesar yang tinggal. Ini mungkin sebahagian besar, kita perlu menggunakan sedimentation plan, kalau-kalau bekalan air tidak mencukupi. Kita kena import air dari negeri lain. Ini adalah sumber paling besar ini adalah HORAS 3000 ini.

Bagi penggunaan tanah untuk pelaksanaan HORAS pula, ia meliputi tanah keseluruhan yang berkeluasan 4,976 ekar yang mana 937 ekar itu daripadanya adalah kawasan bekas lombong – yang merupakan takungan air, dan bakinya 4,039 ekar merupakan tanah darat. Tanah ini diberi milik pada 23 April 2003 kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang merupakan anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), di bawah Kerajaan Negeri Selangor, dan kemudiannya tanah tersebut diserah hak kepada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri melalui Power of Attorney pada 17 Ogos

2010. Tanah ini telah didaftarkan sebagai jenis “Tanah Pertanian” dan diwartakan sebagai Kawasan Tadahan Air – Hybrid Off River Augmentation System (HORAS). Itu jawapannya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya amat-amat menyokong jaminan bekalan air yang selamat dan mencukupi di Negeri Selangor. Saya menyambut baik pelan yang menambah baik HORAS ini. Rawatan air yang dikatakan terbesar di Selangor. Soalan tambahan saya adalah tentang nasib-nasib peneroka dan petani yang terlibat dalam projek HORAS ini khususnya peneroka dan petani di Kampung Seri Makmur? Yang saya difahamkan telah mendapat notis pada Jun 2023 daripada Kerajaan Negeri untuk tidak diberi sebarang pampasan atau pembelaan. Jadi saya ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan lain sebagai contoh memberi tanah lain atau apa-apa pampasan sebagai contoh memberi tanah untuk petani-petani meneruskan aktiviti pertanian selaras dengan objektif kita di Negeri Selangor untuk menjamin keterjaminan makanan di Negeri Selangor ini. Sekian.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Permatang yang prihatin terhadap petani di kawasan berkenaan. Saya pun telah berdialog dengan mereka lebih awal iaitu tiga tahun lepas sebelum pandemik pun saya telah bertemu mereka yang terlibat.

Di sini kita ada 2 kategori. Satu kategori petani ataupun warga tani yang terlibat dalam program agrotek. Dulu agrotek dikendalikan di bawah Jabatan Pertanian. Tu tidak luas kawasannya hanya sekitar 120 ekar sahaja tetapi yang lebih daripada itu iaitu dalam lebih 1000 ekar lagi adalah mereka yang menceroboh bagi menanam sawit yang telah sekian lama. Mengikut bancian terbaru yang buat oleh Kumpulan Hartanah, mengusahakan lebih 20 tahun adalah di sekitar 500 ekar. Ini kawasan pencerobohanlah! Saya nak maklum di Selangor ini begitu banyak kawasan telah di ceroboh. Mungkin ada soalan nanti saya akan jawab. Begitu banyak. Kalau di Rawang itu sebanyak 700 ekar. Tanah MBI itu di ceroboh 700 ekar dengan tanaman sawit. Mereka telah menggunakan tanah ini dan mendapat hasil sekian lama tapi tiada langsung hasil kepada Kerajaan Negeri. 500 ekar dan melebihi 20 tahun. Yang diusahakan lebih 10 tahun 1000 ekar, kurang 5 tahun 2000 ekar, ini bancian yang telah dibuat oleh pihak Kumpulan Hartanah. Saya telah berdialog dan berbincang semasa bertemu 3 tahun lepas kita bagi tempoh tiga tahun, bukan kita suruh keluar segera. Tanah itu tidak lagi diuruskan Pejabat Pertanian. Setelah kita gazet kan tempat ini diwartakan sebagai HORAS, Jabatan Pertanian tidak lagi terlibat. Saya telah berjumpa dan mencadangkan mereka membuat permohonan di tempat-tempat sesuai untuk kita pertimbangkan dan untuk mereka usahakan. Bukan sahaja tanaman, ada yang buat agrikultur, ada juga ternakan di situ yang telah mereka usahakan. Dan saya telah berbincang dengan KHSB Kumpulan Hartanah, kita juga telah memberikan

tempoh-tempoh yang berperingkat-peringkat. Bukan kita minta mereka berpindah dalam masa 1 malam. Kita bagi masa supaya mereka dapat cari tempat dan ruang yang lain untuk mereka usahakan apa yang mereka sedang usahakan.

Kedua, berkenaan pampasan. Kerajaan Negeri, kita tidak memberi pampasan kepada tempat-tempat ini, terutama ini di bawah KHSB. Maka urusan tanah mereka ini, maka mereka kena selesaikan. Kita boleh cadangkan, boleh jadi pengantara untuk mereka selesaikan. Pertemuan baru ini pun ada, tidaklah disebut pampasan tapi pertimbangkan yang disebut token ataupun ex gratia untuk mereka-mereka ini tetapi proses itu sedang berterusan dan saya sentiasa buka ruang dan peluang untuk mencari jalan terbaik bagi kita benarkan juga isu pertanian ini untuk diteruskan sebagai keterjaminan makanan. Dalam masa yang sama juga kita ambil kira, security air kita untuk masa depan Negeri Selangor. Terima kasih

Timbalan Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat EXCO telah jawab kemungkinan projek HORAS ini adalah sumber air terakhir sebelum desalination plant. Apakah kemungkinan Sungai Bernam dan Sungai Klang digunakan sebagai sumber air sebelum desalination plant yang cukup mahal.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu antara option ataupun pilihan yang ada pada kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau dahulu dari segi kaedah untuk penggunaan air biasa air untuk bekalan ini, minuman biasanya empangan. Tetapi pendekatan itu sudah tidak boleh guna. Ia dah lari sebab apa Selangor kalau kita mengharapkan empangan mungkin 7 ini untuk membekal air, mungkin separuh sahaja penduduk Selangor akan ada air. Jadi ia tidak mencukupi. Jadi air banyak sekarang ini yang turun, hujan ini sekarang hujan berada di kadang-kadang di mid stream, middle stream ataupun di down stream. Sebab itu Kerajaan Negeri telah meneliti perkara ini dan yang terbaru bersama pihak LUAS kita telah membuat kajian. HORAS 3000 ini berada dah berhampiran dengan laut dah. Dah down stream. Tetapi kita ambil air daripada sungai sebab kita mempunyai banyak air di sungai tetapi itulah, bila sungai kita ambil ini kekeruhan dia tinggi dan banyak isu-isu kualiti, perlulah kita masukkan ke dalam sistem kolam bersiri supaya ia dapat kurangkan, ia macam pre treatment sebelum kita dapat buat treatment yang sebenar. Itu dapat membantu menjamin, dan bukan sahaja bekalan air tu, untuk minuman sahaja malah untuk pertanian dan penternakan. Bila berlaku isu-isu macam kemarau, ini juga lah air kita guna dan alirkan balik ke sungai untuk maintain level air, paras air di sungai itu. Itu penting. Itu antara-antara perkara yang menjadi pertimbangan. Dan yang terbaru, sebelum ini tidak buat kajian, tetapi masa saya dibuat kajian, dan kita mendapati juga boleh membantu ialah kolam-kolam tasik yang berada di seluruh Selangor ini yang saya sebut dalam 100 kolam. Ini juga boleh dilihat untuk membantu dan menyokong selain daripada yang disebut Yang Berhormat Bukit Gasing tadi, membantu

menyokong bekalan air kita dan juga untuk menyerap air kita berlakunya hujan lebat untuk mengurangkan air bagi kesan banjir. Baik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Malam berlabuh ditemani rembulan, soalan 79.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. InsanQuestions

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

79. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah INSAN mempunyai syarikat penasihat syariah dan sebutkan nama syarikat tersebut?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Panjang. Timbalan Speaker, izinkan saya menjawab soalan 79 daripada Sungai Panjang bersekali dengan soalan daripada Taman Medan, soalan nombor 230. Pertama sekali, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil (8) Tahun 2023, iaitu pada 24 Mac 2023, telah disahkan oleh MMKN ke-9, 2023, telah meluluskan pelantikan Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad untuk program INSAN berdasarkan kaedah takaful. Takaful Ikhlas General Berhad adalah satu pengendali takaful yang terkemuka di Malaysia. Dengan prestasi kewangan dan reputasi yang kukuh dalam perkhidmatan pelanggan dan inovasi industri takaful. Justeru Takaful Ikhlas General Berhad sendiri, mempunyai penasihat-penasihat syariah yang diyakini dan dipercayai untuk melaksanakan dan melaksanakan program INSAN daripada sudut takaful yang patuh kepada kaedah dan syariah.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa, setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negeri, kita akan turut menjemput beberapa tokoh. Antaranya Mufti, Jabatan Agama Islam dan sebagainya. Dan kelahiran sistem takaful ini, juga sendiri terhasil, apabila pelaksanaan program INSAN pertama yang dilaksanakan secara konvensional. Dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan tersebut, supaya Kerajaan Negeri mempertimbang, memberikan ruang dan peluang kepada Muslim mendapatkan skim insurans yang patuh syariah. Justeru, pada tahun 2023, kita telah melaksanakan untuk memenuhi dan menerima manfaat dan juga nasihat

baik yang telah dikemukakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam mesyuarat tersebut.

Yang Berhormat Taman Medan, bertanyakan berkenaan dengan jumlah keseluruhan pra pendaftaran. Sehingga 30 September, seramai 5,879,600 orang telah terlibat dengan pra pendaftaran dan 147 orang telah mengemukakan permohonan-permohonan. Sementara itu, kos yang dibayar adalah RM12 juta untuk konvensional dan RM9 juta untuk program takaful INSAN. Kalau saya boleh cerakinkan sedikit, daripada 5.8 juta itu, 3.4 juta adalah melalui program, melalui daftar pengundi. Dan selebihnya iaitu 900,834 melalui blanket coverage pelajar-pelajar sekolah di antara umur 7 hingga 9 tahun. Ini telah kita telah uruskan dengan Jabatan Pendaftaran Negeri, khususnya selepas PRU yang lepas. 750,000 adalah blanket coverage kanak-kanak di Selangor, yang berumur 30 hari hingga 6 tahun. Ini kita telah uruskan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Dan 760,430 adalah blanket coverage individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan daripada data dan maklumat yang kita telah perolehi. Manakala pendaftaran secara sukarela, 2,300 daripada pusat-pusat penyelaras pusat Khidmat DUN dan Parlimen, dan yang selebihnya adalah 118,078 adalah didaftarkan melalui pendaftaran e-wallet, ataupun melalui penerima-penerima Wavepay, yang berdaftar dalam program ini. Maknanya, kalau ditanya yang secara voluntarily, ataupun secara maklum dan sendiri mengambil pendaftaran, ialah 120,000. Yang selebihnya kita kategorikan sebagai pra pendaftaran. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan,

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker, dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, soalan saya berkaitan dengan INSAN ini, iaitu, kita maklum 2023 baru adanya takaful. Dan pencarum-pencarum sebelum di carum dengan caruman konvensional. Jadi seperti KWSP, yang mengumumkan daripada konvensional, convert kepada islamik simpanan, pencarum itu datang sendiri untuk menukar simpanannya. Jadi soalannya, apakah epistemologi ataupun platform yang digunakan bagi pencarum-pencarum ini, untuk mengubah carumannya daripada konvensional kepada islamik dan bilakah waktu yang dibuka untuk perubahan tersebut. Itu bagi yang hidup. Bagi yang telah mati, kita tak tahu lah siapa yang nak tanggung dosanya. Waulahua’lam.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sudah pasti yang mati kita tidak boleh lindungi sebab mereka tidak boleh menuntut, dah meninggal dunia. Tetapi yang pertamanya, memang hasrat Kerajaan Negeri ingin mengalih dan men-convert-kan, ataupun menukar. Terutama yang Muslim secara automatik kepada sistem takaful. Namun ada sebahagian yang Muslim itu, tidak berniat ingin menukar. Justeru kita akan menunggu sehingga sekitar bulan 9, dah habis dah term satu tahun, dan yang Muslim, akan kita automatik kan masuk di dalam sistem takaful. Yang masih boleh

bertahan sampai sekitar tahun hadapan. Jadi yang Muslim kita akan bawa. Jadi yang non muslim pun juga akan boleh di offer kepada sistem takaful, untuk batas permintaan dan juga permohonan mereka. Menjurus kepada program INSAN, kita tahu saiz yang besar, sebab kita sasarkan 6 juta. Dan sudah pasti kita perlukan beberapa nilai tambah baik. Antaranya ialah promosi yang lebih berkesan,dan juga pendaftaran-pendaftaran yang lebih menyeluruh di perbanyak tempat dan di pelbagai lokasi. Dengan kaedah itulah, saya kira, saya rasa kita boleh dapat, hasrat kita ingin melindungi rakyat, sebaik kita berpengalaman melalui pandemik yang lepas. Bila kita dapat, ramai rakyat kita yang tidak dilindungi dengan sistem insurans dan perlindungan yang berkesan, yang boleh ditawarkan sehingga kematian. Malahan dalam takaful turut menawarkan hospitaliti, ataupun dalam tawaran yang diberikan oleh takaful, walaupun sedikit mahal, tetapi menawarkan hospitaliti ataupun warded di hospital, dengan izin, dan ini memberi nilai tambah dan saya rasa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan sama ada mengambil keseluruhannya kepada sistem takaful ataupun mempertimbangkan dengan program ISS, yang mana ISS juga mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri yang hampir sama dengan perlindungan ini. Cuma coverage yang hanya 150,000 orang. Yang ini kita sasarkan kepada 160,000. Tapi asasnya adalah insurans am, iaitu insurans nyawa dan perlindungannya adalah perlindungan nyawa. Dan yang lain-lain itu, mungkin nilai tambah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans. Terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Taman Medan, silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, kita ambil maklum, pada saya niat murni Kerajaan Negeri untuk menjaga kemaslahatan rakyat Negeri Selangor melalui insurans INSAN ini sangat kita hargai. Tapi yang menjadi persoalan kita di Dewan ini, adalah soal tatakelola pelaksanaan INSAN ini. Kerana apa, saya nak tanya, kalau Yang Amat Berhormat menyebutkan bahawa tujuannya adalah untuk beri coverage kepada rakyat Negeri Selangor. Pertama tadi soalan saya ada juga tentang jumlah kos. Mungkin saya terlepas, mungkin Yang Amat Berhormat sebut sambil lalu. Tapi kalau boleh, Yang Amat Berhormat ulang lagi sekali berapa kos sebenarnya yang dibayar pihak Wavepay, pertama.

Keduanya, kalau kita lihat kepada polisi insurans yang telah didedahkan, yang mana Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Gombak Setia, dan sebahagian daripada kita, dalam hal ini di insurans kan, polisi itu telah tamat, Yang Amat Berhormat. 10 November 2023, bermakna setahun, coverage nya setahun. Jadi adakah Yang Amat Berhormat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri bercadang, untuk membayar lagi, kepada Wavepay untuk memberi coverage kepada rakyat Selangor? Sebab kalau kita ikut kepada polisi itu, maknanya sekarang ini, 6 juta yang katanya telah dicarumkan itu, tak ada sebarang coverage hari ini. Sebab hari ini,

berapa hari bulan, hari ini, 21 November, maknanya dah tamat 11 hari polisi itu. Maknanya rakyat Selangor sudah tidak dijaga oleh INSAN selama 11 hari, pada hari ini. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat jangan lupa kita telah menyediakan takaful INSAN, iaitu pada bulan Mac 2023, dan ia akan bertahan satu tahun. Maknanya sampai Mac 2024. Dan masih ada perlindungan tetapi jumlahnya agak sedikit kerana tawaran takaful INSAN agak tinggi nilainya berbanding dengan takaful insurans ataupun konvensional insurans ataupun perlindungan konvensional yang dibuat. Justeru, kita juga telah mengambil kira kepada semua perkara-perkara yang berbangkit. Justeru pihak Kerajaan Negeri akan membuat kajian termasuk melaksanakan audit terhadap pelaksanaan-pelaksanaan dan isu-isu yang dibangkitkan, supaya tidak timbul unsur-unsur perkara-perkara yang dibangkitkan. Misalnya pelanggaran PDPA, yang pernah ditimbulkan dan diwar-warkan. Dan bagaimana, adakah pra pendaftaran ini dibolehkan. Tapi menurut, saya ingin memaklumkan, kita menerima surat dari Bank Negara, pada tanggal 10 Oktober 2023 yang menyatakan bahawa reference, dengan izin, “reference is made to Wavepay System Sdn. Bhd. letter dated 20 September 2023. With the latest information received on the 2nd Oktober 2023, on the above matter”.

Second, “approval is granted to Wavepay to cross sells INSAN schemes provided by AM General Insurance Berhad and Takaful Ikhlas General Berhad via Wavepay e-money application. Maknanya dipihak bank negara yang memantau perkhidmatan e-wallet ini, juga berpandangan bahawa ia telah dibenarkan kerana ia dipantau secara khusus oleh perkhidmatan bank negara dan tidak ada isu-isu yang berkaitan. Dokumen ini boeh menambah fail besar yang dimiliki oleh ketua pembangkang.

Saya juga nak sebutkan bahawa, ada perkara penting yang kita kena sedari tentang INSAN, perlindungan. Saya suka hati dengan pandangan Taman Medan, bahawa Taman Medan menganggap bahawa perlindungan ini perlu, Cuma kaedahnya bagaimana. Apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah dua mata rantai, ataupun dua mata yang ingin kita tumpukan. Pertama, perlindungan dan yang kedua, transformation digitalization, ataupun transformasi digitalisasi kepada rakyat dan e-wallet adalah satu kaedah yang berkesan. Dan dengan sebab itu, kita dapat meningkatkan kaedah transformasi digitalisasi rakyat dengan memerakan ataupun memberikan faedah perlindungan dan faedah itu diberikan secara digital. Ini antara tujuannya. Dan sebab itu syarat yang dikenakan dalam jawatan, jawapan Kinrara pemalam adalah harus mempunyai lesen e-wallet dan sebagainya kerana ada niat transformasi digital. Justeru hasrat itu telah dilaksanakan dan sebagainya, tapi ada perkara-perkara yang dibangkitkan. Pra pendaftaran sebagai contoh ataupun kita panggil sebagai blanket coverage registration, yang telah kita dapat approval daripada jabatan, seperti jabatan pendidikan dan sebagainya itu. Saya kira wajar untuk dilihat dengan baik. Dan kita telah memberi kerjasama di atas laporan-laporan yang di buat selepas beberapa isu yang dibuat. Namun begitu saya nak nyatakan di sini, tak payah

lah saya gulung nanti, saya dah jawab ini, bahawa Kerajaan Negeri sedang mengarah Audit Kerajaan Negeri, untuk melihat semua proses supaya lebih intact. Tetapi niatnya apa, yang pertama perlindungan kepada rakyat, yang telah dibuat pun, Cuma tidak mencapai kepada jumlah yang sebenar kerana tawarannya mungkin tidak jelas, promosi kurang baik, dan kaedah digital. Adakah kaedah digitalisasi itu, ataupun melalui kaedah e-wallet ini berkesan dan betul-betul sampai kepada rakyat sebagaimana yang kita harapkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan terakhir, Sijangkang.

Terima kasih. Dalam sidang yang lepas, saya ingat apabila dibangkitkan soal patuh syariah, skim ini. Kerajaan Negeri menjawab bahawa ada sedikit perbezaan daripada sudut caruman yang lebih tinggi daripada sistem yang patuh syariah. Cuma saya nak dapatkan, Alhamdulillah, telah diputuskan oleh pejabat mufti, bahawa perlunya ada sistem takaful ini, atau yang patuh syariah. Cuma saya nak dapatkan jumlah sebenarnya perbezaan itu, yang mungkin apabila 6 juta dicarumkan, ia satu jumlah yang memerlukan juga kewangan awam yang tinggi untuk skim ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Jika dilihat jumlahnya, kalau kita lihat jumlahnya dengan coverage atau perlindungan untuk 6 juta, kita memerlukan RM12 juta. Dengan perlindungan 3 juta orang dalam sistem takaful insurans, kita dapati kosnya adalah RM9 juta, maknanya adalah perbezaan RM1, di antara kedua-dua spek tersebut. Dan aspek itulah yang menjadi perbezaannya. Itu hampir RM1 atau RM1 di antara takaful INSAN dan juga INSAN secara konvensional. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 80.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. Agenda Pemerkasaan Belia Luar BandarQuestions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah inisiatif untuk melahirkan belia yang produktif, berdaya saing dan sejahtera?

b) Mohon cadangan penglibatan Majlis Belia Daerah dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah.

c) Mohon mencadangkan semula Majlis Perundangan Belia di peringkat daerah bagi menyelami suara akar umbi belia.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek.

Sungai Pelek bertanya tentang inisiatif untuk melahirkan belia yang produktif, berdaya saing dan sejahtera. Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menggariskan beberapa inisiatif yang dapat beri impak ataupun outcome dengan izin, yang akan memberi kesan kepada belia dalam negeri Selangor, supaya lebih produktif, berdaya saing serta sentiasa sejahtera, dalam menjalani kehidupan mereka. Melalui program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Belia Negeri Selangor, mampu untuk melahirkan belia negeri ini ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Kerjasama jabatan bersama Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) dalam melaksanakan program-program memberi kesan yang mampan kepada Belia Negeri Selangor.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Selangor. Di mana anugerah ini mengiktiraf persatuan belia dan individu belia dan wanita yang telah memberi sumbangan kepada komuniti terutama masyarakat setempat dalam pembangunan ekonomi, rohani dan sahsiah. Ini melibatkan belia dari luar bandar. Penilaian dibuat atas dasar beberapa kriteria yang ditetapkan. Anugerah ini memberi impak yang lebih besar kepada belia khasnya di Negeri Selangor. Kerana ianya akan membuka mata belia-belia di Negeri Selangor agar lebih aktif, cakna dan berdaya saing sesama mereka secara sihat untuk menggapai anugerah ini. Pemenang ataupun penerima anugerah ini akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Selain itu, beberapa program seperti Program Jelajah Gentar Belia, melahirkan belia-belia yang lebih produktif dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan. Tahun ini, sebanyak 3 daerah telah terlibat melaksanakan program ini, iaitu daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Inisiatif inilah yang membuatkan belia Negeri Selangor akan lebih sejahtera. Terdapat beberapa program yang dilaksanakan oleh Majlis Belia Daerah di Negeri Selangor dan persatuan belia tunggal, baik di bandar atau luar bandar yang telah menarik minat dan menjadikan belia di luar bandar khasnya lebih produktif, aktif dan berdaya saing.

Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka bersama Majlis Belia Selangor memastikan belia-belia di Negeri Selangor ini menjadi lebih produktif dan aktif dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kerajaan Negeri Selangor juga amat mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat daripada Sungai Pelek iaitu melibatkan Majlis Belia Daerah dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah. Sudah tiba masanya ia nya diberi peranan dalam mesyuarat di peringkat daerah bersama-sama Pejabat

Belia dan Sukan Daerah sebagai agensi yang bertanggungjawab di dalam pembangunan belia dan sukan serta rakan muda di peringkat daerah. Kehadiran mereka di dalam mesyuarat di peringkat daerah ini, secara tidak langsung dapat membuat, memberikan mereka suara untuk menyemarakkan lagi program-program aktiviti belia, sama ada di kawasan bandar dan luar bandar. Melalui mesyuarat di peringkat daerah, terutama dalam melaksanakan program-program di peringkat daerah ini yang memerlukan tenaga belia perlu ada penglibatan aktif melibatkan Majlis Belia Daerah bersama Pejabat Belia Daerah dan Sukan serta pelbagai agensi yang bertanggungjawab. Sungai Pelek juga mencadangkan agar Majlis Belia di peringkat daerah dikembalikan semula. Pelaksanaan Majlis Rundingan Belia Peringkat Daerah sudah tidak dilaksanakan, memandangkan ketiadaan peruntukan kewangan yang mencukupi. Walau bagaimana pun, usul-usul atau suara belia dari akar umbi masih juga didengari melalui platform MPBN Peringkat Negeri yang mana usul-usul ini disalurkan melalui Majlis Belia Daerah (MBD) kepada Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) dan seterusnya ke MPB Negeri. Usul dan juga cadangan untuk diadakan semula pelaksanaan MPBN Peringkat Daerah akan dipanjangkan kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam masa terdekat untuk tindakan dan penelitian mereka. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya. Sungai Burong.

Kota Anggerik, Terima kasih Tuan Speaker, ketika mana kita melihat belia-belia ini adalah satu aset yang penting, kita tahu sukan belia yang paling masyhur adalah bola sepak. Jadi, adakah satu inisiatif untuk setiap Parlimen mempunyai padang yang bertahap stadium supaya mereka tidak pergi luar daripada daerah untuk pembangunan bola sepak khususnya anak-anak mudalah.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Memang kita semua sedia maklum, peringkat Kerajaan Negeri Selangor khususnya menerusi penglibatan SFC dan juga Persatuan Bola sepak Negeri Selangor dan juga mySukan. Kita akan memastikan kemudahan ataupun fasiliti sukan terutamanya kemudahan padang bola sepak ini sentiasa di naik taraf dan kita akan sentiasa mengenal pasti kawasan-kawasan mana untuk kita berikan keperluan tersebut. Tetapi kalau nak sebut dalam konteks Parlimen misalnya saya ingat dalam 22 Parlimen di Negeri Selangor ini banyak kemudahan-kemudahan infrastruktur, tetapi kalau nak buat stadium setiap Parlimen itu saya ingat itu perlu ada satu kajian dan juga penelitian khusus kerana kita tidak mahu stadium itu dibina semata-mata untuk dibuat untuk bermain bola sepak tetapi kita nak sesuatu kemudahan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi kalau bercakap dalam konteks bola sepak ini memadai ada satu padang yang mengikut spek mereka dan boleh

digunakan, bukan sahaja untuk main bola sepak tetapi juga untuk sukan-sukan lain kerana kalau kita nak fokus kepada stadium sahaja saya ingat itu adalah sesuatu yang tidak berapa praktikal untuk masa ini dan kita nak pastikan kemudahan sukan itu bukan hanya tertumpu kepada satu-satu sukan sahaja. Terima kasih.

Soalan tambahan Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Batu Tiga.

Tuan Speaker, saya mendengar apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita nak buat coverage INSAN kepada lebih 6 juta rakyat di Negeri Selangor. Sekejap, sekejap nak sampai, nak sampai. Tetapi maksudnya kita percaya rakyat bahawa kita di Negeri Selangor mempunyai 6 juta. Maka saya rasa bilangan orang muda dia akan berada dalam paras 50 % ataupun lebih sedikit. So saya just nak bertanya pada Yang Berhormat EXCO apakah perancangan kita secara keseluruhan, sebab kita percaya bilangan orang muda kita di Negeri Selangor ini ramai dan saya bila lihat beberapa pembentangan yang di buat tadi, jawapan yang diberikan kita ada banyak platform, kita ada Majlis Perundingan Belia, kita ada Majlis Belia Selangor, kita ada PeBS, kita ada pelbagai lagi platform-platform. Namun saya lihat Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya menjadi sebuah payung kepada kumpulan-kumpulan kecil ini untuk digabungkan supaya kita mempunyai satu kekuatan yang kuat bagi membangunkan belia luar yang disebutkan oleh Sungai Pelek itu satu perkara, namun saya percaya ia perlu lebih besar dari itu kita ingin membangunkan keseluruhan...

Speaker

Yang Berhormat, terus kepada soalan.

belia kita. So apa pandangan Yang Berhormat EXCO untuk kita gabungkan keseluruhan kumpulan-kumpulan ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, memang kalau di Negeri Selangor, bahkan keseluruhan negara kita ini banyak pertubuhan-pertubuhan ataupun kelab-kelab belia yang muncul. Mereka ini menjalankan program di peringkat komuniti, di peringkat daerah dan sebagainya. Tetapi kalau nak disebut sebagai satu payung untuk menggabungkan kesemuanya, kita memang bergerak di bawah, kita ada, bukan agensi kita ada pertubuhan iaitu Majlis Belia Negeri Selangor yang mana mereka ini adalah sebuah organisasi yang menggabungkan NGO-NGO ataupun Pertubuhan-Pertubuhan Belia di Negeri Selangor untuk mereka selaraskan keperluan-keperluan ataupun program dan juga pelaksanaan inisiatif. Jadi, saya ingat untuk kita gabungkan kesemua pertubuhan ataupun segmen-segmen NGO anak muda ini memang kita dah ada vehicle tersebut

dan pada masa yang sama di peringkat kerajaan negeri juga, kita ada Penggerak Belia Selangor yang mana mereka ini menjalankan tugas ataupun menggerakkan inisiatif-inisiatif untuk membantu dan mendukung program-program ataupun dasar-dasar Kerajaan Negeri dan saya ingat kita boleh synchronize ataupun menyelaraskan semula peranan Majlis Belia Selangor dan juga PeBS ini sesuai dengan cadangan Yang Berhormat Batu Tiga tadi untuk kita melihat lebih banyak lagi aktiviti dan juga inisiatif anak muda ataupun belia yang boleh kita garap dan gembleng untuk memastikan program-program pembudayaan belia di peringkat negeri dan juga daerah seterusnya di peringkat akar umbinya terus diperkemas kan. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil soalan yang seterusnya ingin saya membuat 2 hebahan. Pertama, Dewan mengalu-alukan kehadiran 30 orang pelawat di bawa oleh Encik Low Wai Lun daripada Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku ke Sidang Dewan pada pagi yang mulia ini. Kedua untuk juga makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agensi di pentadbiran Komunikasi dan Digital ada membuka kaunter aduan di Lobi, Wisma Bangunan Dewan Negeri Selangor. Kaunter aduan ini disediakan bagi tujuan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor untuk menyampaikan aduan atau isu-isu berkenaan dengan pencapaian serta kemudahan jalur lebar di kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Sehubungan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput ke kaunter MCMC tersebut sekiranya ingin mendapatkan maklumat atau informasi ataupun membuat sebarang bentuk aduan berhubung dengan isu pencapaian internet di kawasan masing-masing dan kaunter ini akan dibuka selama 2 hari bermula semalam dan sehingga pukul jam 4 petang hari ini. Saya dengan ini ingin menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Jeram. Sihat dah hari ini untuk memanggil soalannya.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 81.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Pembangunan Pantai Jeram Dan Pantai Remis Sebagai Destinasi PelanconganQuestions

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri khususnya EXCO Pelancongan mempunyai perancangan untuk membangunkan Pantai Jeram dan Pantai Remis di Kuala Selangor dan apakah rancangannya?

b) Apakah status rancangan tersebut setakat hari ini?

c)

Bilakah destinasi pelancongan ini dijadualkan sedia untuk pelancaran?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Jeram untuk (a). Adakah Kerajaan Negeri khususnya EXCO Pelancongan mempunyai perancangan untuk membangunkan Pantai Jeram dan Pantai Remis di Kuala Selangor. Jawapannya, tiada. Walau bagaimana pun, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah berusaha melaksanakan Cadangan Pembangunan Pantai Remis Jeram secara berfasa bermula pada Tahun 2013 dan mengemukakan permohonan pembangunan Taman Awam untuk pusat pelancongan ini kepada Jabatan Landskap, Negara.

Bagi (b), Pantai Remis Jeram telah tersenarai sebagai tapak projek akhir untuk Cadangan Pembangunan Taman Awam RMK-12 di bawah Jabatan Landskap, Negara keputusan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pemilihan Tapak Projek Jabatan (JPT) Bil 03/2023 pada 13 Oktober 2023 dan status tapak ini adalah Lulus dengan syarat. Pihak MPKS perlu mendapatkan ulasan teknikal agensi luar berkaitan dan kelulusan pematuhan adalah berdasarkan Jawatankuasa di peringkat Persekutuan.

Untuk (c), pelaksanaan adalah berdasarkan kelulusan peruntukanstatus permohonan yang masih belum dimuktamadkan oleh pihak Jabatan Landskap Negara. Sekian, terima kasih.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Apakah perincian dana daripada Jabatan Landskap Negara tentang pembangunan di Pantai Remis ini?. Perincian dana, saya pasti seperti mana Yang Berhormat EXCO sebut tadi, perancangannya ada tetapi di bawah Jabatan Landskap, tetapi kali ini saya nak tahu perincian spesifik dana yang diperuntukkan. Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Jeram yang prihatin tentang pembangunan di Pantai Remis, kita dah salurkan, pihak majlis kepada permohonan di Jabatan Landskap namun belum lagi ada ulasan yang terkini dan juga diputuskan. Jadi, perincian itu tidak boleh dapat disalurkan buat masa ini. Kalau akan datang dapat perincian itu, lulus daripada Jabatan Landskap kita akan salurkan kepada Yang Berhormat ya secara bertulis. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ini jalur lebar ini.

Santai-santai menunggang kuda, soalan Ijok nombor 82.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Kemudahan Internet Jalur Lebar Kepada Penduduk Luar BandarQuestions

82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan internet jalur lebar kepada penduduk luar bandar di Selangor?

b)

Senaraikan inisiatif kemudahan internet jalur lebar yang telah dilaksanakan di Ijok bagi tempoh 2020-2023.

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ijok. Ijok bertanyakan tentang apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan internet jalur lebar kepada penduduk luar bandar Selangor. Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan Yang Berhormat Batang Kali, nombor 131, bahagian (a) dan (b) dan soalan Y.B. Batu Tiga nombor 185, bahagian (a). Dasar Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah Smart State memerlukan pelaksanaan liputan rangkaian network dan saling hubungan connectivity yang sangat baik untuk memastikan setiap kawasan di Negeri Selangor mendapat liputan rangkaian network infrastruktur-infrastruktur seperti menara telco, fabrisasi dan access point amatlah diperlukan bagi membolehkan kawasan tersebut mendapat liputan. Sudah pasti kos penyediaan infrastruktur ini akan menelan belanja paling kurang beratus juta hingga ribuan juta ringgit. Dasar terkini Kerajaan Persekutuan melalui Program JENDELA adalah selari dengan dasar dan hasrat Kerajaan Negeri Selangor iaitu dengan menyasarkan liputan rangkaian jalur lebar kepada 100 % untuk kawasan berpenduduk di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2025. Kesaling hubungan pula ialah kadar kelajuan atau bandwidth yang disediakan di kawasan tersebut bagi membolehkan liputan rangkaian ini dinikmati dengan cepat dan pantas. Kadar kelajuan purata jalur lebar mudah alih akan diselaraskan kepada 100Mbps melalui pelaksanaan 5G berbanding 47 Mbps untuk 4G sebelum ini. Syarikat-syarikat Telco banyak menumpukan pembangunan

telekomunikasi di kawasan bandar kerana di situlah pelanggan dan ROI mereka yang tinggi. Terdapat 6 buah Syarikat Telco yang bertapak di Malaysia dan Selangor yang masing-masing mempunyai market capitalization di antara RM622 juta sehingga RM50.8 bilion. Sudah pasti Kerajaan Negeri tidak mampu untuk memberikan dana awal sebegitu rupa untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur digital di luar bandar bagi memastikan liputan rangkaian dan saling hubungan turut dirasai juga di kawasan luar bandar.

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kini selari dan senada berbanding sebelum ini. Sudah pasti kerjasama untuk pembangunan infrastruktur digital akan lebih mudah dan akan dapat dipercepatkan bagi penduduk Negeri Selangor ini. Untuk makluman semua, Selangor mendapat tapak paling banyak di Malaysia bagi pembinaan struktur 5G iaitu sebanyak 1,578 tapak bersamaan dengan 25 % dari keseluruhan tapak 5G yang akan dibina di seluruh Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mensasarkan untuk Tahun 2025, 100 % kawasan berpenduduk di Selangor akan menerima liputan 5G. Dalam usaha meningkatkan liputan rangkaian dan kesaling hubungan ini. Kerajaan Negeri telah, yang pertama memudahkan urusan telco untuk menyediakan infrastruktur. Kerajaan Negeri melalui PBT telah meletakkan standard piagam pelanggan yang perlu dipatuhi oleh PBT dalam memastikan proses kelulusan yang lebih efisien dan cepat. Sebagai contoh, permohonan baru untuk telco menyediakan infrastruktur digital tersebut akan diproses dalam tempoh 35 hari bekerja bagi permit bangunan . Manakala, kebenaran merancang dalam tempoh 42 hari bekerja. Garis panduan perancangan menara dan struktur sistem pemancar komunikasi juga telah dikeluarkan dan sedang dikaji semula bagi membantu memudahkan, melicinkan proses penyediaan infrastruktur telekomunikasi ini.

Kedua, menaik taraf aset-aset Kerajaan Negeri seperti Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang kebanyakannya terletak di luar bandar. Projek menaik taraf ini dilaksanakan dengan menyediakan infrastruktur fiber yang mempunyai perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi sehingga 50Mbps dan ia nya boleh dipertingkatkan lagi sehingga 500Mbps pada masa yang akan datang. Sebanyak 15 buah PPAS telah di naik taraf sehingga kini dan pada penghujung tahun 2024, Kerajaan Negeri akan mensasarkan akan menaik taraf 30 buah PPAS lagi. Manakala 50 buah lagi akan di naik taraf pada tahun 2025 menjadikan jumlah keseluruhan PPAS yang akan di naik taraf sebanyak 95 buah.

Ketiga Kerajaan Negeri akan mengkaji semula kemudahan wi-fi Smart Selangor yang dilihat tidak menambah nilai kepada masyarakat. Kebanyakan pengguna yang menggunakan wi-fi Smart Selangor ini hanya untuk tujuan 4G iaitu dengan izin gambling, games, girls dan juga gossip terutamanya video-video pendek yang kurang bermanfaat. Inisiatif menaiktaraf Perpustakaan Awam Selangor dan perwujudan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital di kawasan luar bandar akan digalakkan untuk membantu menambah nilai kepada

masyarakat setempat dari segi ilmu pengetahuan dan ekonomi terutamanya golongan B40 di kawasan luar bandar dan ini akan mengurangkan tanggungan wi-fi Smart Selangor kepada Kerajaan Negeri. Untuk maklumat Dewan yang mulia, terdapat 48 pusat PEDi di Selangor dan 35 PEDi yang baru akan mula dibina pada tahun hadapan. Keempat, pusat-pusat pentadbiran di bawah Kerajaan Negeri seperti Pejabat Daerah, PBT dan agensi-agensi Kerajaan peringkat daerah juga menjadi tumpuan utama Kerajaan di dalam mencapai status Smart State ini. Kerajaan..

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi ke?

Panjang lagilah.

Speaker

Tapi jawab secara bertulis.

Okay saya jawab secara bertulis.

Speaker

Ya jawab secara bertulis.

Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya. Saya menjemput usul daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang berhormat sekalian. Memandangkan sesi penggulungan saya masih lagi banyak butir-butir yang perlu diterangkan, saya mohon izin untuk penggulungan sesi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang belum selesai dan saya mencadangkan bahawa di bawah Peraturan Tetap 78 supaya ditangguhkan Peraturan Tetap 66 (2) bagi membolehkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2024 diputuskan pada pukul 1 atau lebih awal daripadanya selesai. Saya menggulung perbahasan ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ni telah pun disokong dan saya kemukakan untuk mendapat persetujuan Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkat.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Sungai Tua untuk menyambung penjelasan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2024. Silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya terhenti semalam sebab masa dah habis sekitar 6.30 petang selepas saya menghuraikan tentang sasaran 30% dalam Rancangan Selangor Pertama. Dan selain daripada projek-projek yang kita telah gariskan dalam Rancangan Selangor Pertama seperti IDRIS, SABDA saya turut telah mengemukakan cadangan untuk menggabungkan pentadbiran dan pengurusan terhadap greater Klang Raya yang bakal bermula pada tahun 2024. Lembah Klang Raya ini merupakan long way fruit dengan izin ataupun projek-projek segera yang boleh dilaksanakan terutamanya meliputi beberapa lokaliti dan kawasan-kawasan perindustrian yang telah matang atau pun sebahagian kawasan perindustrian telah mula beralih dan bertukar kerana perpindahan industri-industri yang telah tumbuh pada tahun 70an dan 80an yang perlu dibangunkan semula.

Ada beberapa aspek yang akan diberikan penekanan di dalam pembangunan dan pengurusan Lembah Klang Raya ini iaitu pertama pembangunan semula kawasan-kawasan bandar ataupun re-generasi kawasan-kawasan perbandaran sama ada meliputi kawasan di Petaling Jaya ataupun Shah Alam di Seksyen 51 dan 54 khususnya kawasan-kawasan perindustrian. Yang kedua, memperkemaskan perkhidmatan pentadbiran di ketiga-tiga lokaliti ini yang mungkin berbeza daripada pihak-pihak berkuasa tempatan ia sendiri tetapi harus diselaraskan perkhidmatandan juga khidmat kerajaan yang berlaku di pihak-pihak Berkuasa Tempatan walaupun mungkin menghadapi perbezaaan-perbezaannya. Dan yang ketiga, sudah pasti kita ingin meningkatkan kualiti perbandaran dengan kebolehan ataupun berdaya murni aspek livable dengan aspek hijau green teknologi dan ketersambungan ataupun creativity. Ini tiga skop yang akan dikembangkan di dalam Greater Klang Valley akan saya bangkitkan dan saya percaya ia akan mampu memperitngkatkan lagi usaha kita untuk mencapai sebuah negeri yang mampu menyumbang 30% pada tahun 2025 atau pun pada tarikh yang kita tetapkan nanti.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, seterusnya saya ingin mengulas tentang pandangan berkenaan dengan penggunaan rizab kewangan Kerajaan Negeri dan cara kita berbelanja, khususnya dengan perbandingan yang dibuat oleh Hulu Kelang berkenaan dengan rizab yang telah dicapai pada tahun 2015 menggunakan hampir sebahagian besar daripada rizab dengan nilai lebih 800 juta dan sebagainya. Ahli-ahli Berhormat yang dikasihi sekali, melalui pengalaman kita berdepan dengan

Covid-19 dan juga peristiwa banjir besar kita masih lagi memerlukan rizab yang mencukupi. Antara tabungan yang paling besar yang ada tabungan Kerajaan Negeri ialah Tabung Warisan Kerajaan Negeri. Di sana kita mempunyai tabungan yang sudah mencecah dekat RM700 juta ringgit Malaysia. Dan RM700 juta ini saya anggarkan kita akan boleh berbelanja sepenuhnya ataupun kita boleh gunakan sebahagiannya apabila kita mencapai tabungan sampai satu bilion ringgit Malaysia kerana faedah dapat hasil daripada tabungan bernilai 1 bilion itu saya rasa cukup untuk menambah nilai kepada projek-projek yang kita adakan. Namun begitu ketika pandemik Covid-19 kita telah menggunakan sebahagian tabungan ini dan ketiga peristiwa banjir tahun 2021 kita telah menggunakan tabungan ini sesuai dengan trust deed atau tatacara penggunaan Tabung Warisan Negeri Selangor. Dan pada masa yang sama, pada tahun 2026 nanti kita perlu melunaskan tanggungjawab kita dalam janji TAWAS Tabung Anak Warisan Anak Selangor yang saya telah tutup pada tahun 2019. Kita memperkenalkan Anak Selangor pada tahun 2021 ataupun 2022 kerana memikirkan tentang sustanability kewangan kerana kita perlu berbelanja lebih daripada 36 juta sahaja pada tempoh tahun 2026 untuk melunaskan pendaftaran kali pertama 1500 anak Warisan Selangor atau Tabung Warisan Anak Selangor, yang saya anggap program itu tidak sustainable dengan izin. Tidak lestari kerana tidak mempunyai elemen-elemen pelaburan dan pulangan yang recurring ataupun yang berterusan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menampung program Tabung Anak Warisan Selangor, sebab itu kita laksanakan penjajaran-penjajaran tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang kasihi sekalian, justeru kalau kita lihat, kita mengikut trend yang digunakan oleh pihak Yang Berhormat Hulu Kelang, kita dapat gunakan kalau kita ada lebihan yang agak besar dan kita telah tunjukkan yang kita telah gunakan ketika ini. Tapi kita terus mengikut trend sebagai mana yang kita buat pada tahun 2018 semua tabungan kita akan tamat pada akhir tahun 2023. Dan kita perlukan simpanan kita untuk 3 bulan bagi tiap-tiap tahun kerana, kerana 3 bulan itu kadang-kadang pembayaran premium pembayaran fee dan tax dan sebagainya itu tidak akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan dan Kerajaan Negeri sebenarnya memerlukan tabungan perbelanjaan tiga bulan. Paling minimum untuk memastikan kelestarian pembayaran gaji dan sebagainya dapat dilunaskan termasuk projek-projek yang akan tamat pada bulan Januari, Februari dan sebagainya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak menjawab pula tentang persoalan kewangan Air Selangor sebagainya yang disentuh oleh pihak Hulu Kelang. Walaupun terdapat pelbagai pandangan terhadap kedudukan kewangan Air Selangor, saya harus menjelaskan bahawa secara faktanya keadaan kewangan Air Selangor telah menerima pengiktirafan AAA, yang stabil berdasarkan RAM Rating Services Berhad ke atas program Sukuk Murabahah Air Selangor. Kedudukan kewangan yang stabil membolehkan Air Selangor menggandakan kerja-kerja penggantian paip 150 kilometer yang telah dimulakan Hulu Kelang dulu kepada 300 kilometer bermula tahun hadapan tahun 2024. Malah Air Selangor akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 658 juta sebagai capital expenditure dengan izin, pada tahun 2024 dan ia

telah diluluskan dan dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor selaku pengawal selia industri air dalam negara. Tambahan kepada itu Air Selangor telah memperuntukkan sebanyak 3.5 bilion bagi pembangunan loji rawatan Air Sungai Rasau yang bakal menjadi antara loji rawatan yang terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti 1,400 juta liter per hari dan kita pembinaan LRA Sungai Rasau yang mengekabstraksi air daripada Sungai Klang kali pertama telah mencapai pada tahap 10% pada fasa pertama dan dijangka akan siap pada tahun 2025, fasa pertamanya. Manakala LRA Langat 2 Fasa 2 pula telah mula dipertimbangkan dan dianggarkan bernilai 3.43 bilion yang juga telah bermula pembinaannya dan dijangka siap pada tahun 2028 nanti. Justeru walaupun kita memindahkan hutang PAAB kepada Air Selangor berdasarkan pelan perniagaan yang kita hantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, kita mampu untuk menjana keuntungan sendiri menjelang tahun 2029 dan InsyaAllah selepas tahun 2029 anggaran keuntungan yang boleh diperoleh oleh Syarikat Air Selangor adalah bernilai 200 juta dan pada ketika itu saya percaya adalah sustainable ataupun wajar untuk kita memperluaskan program perkhidmatan air percuma sebagaimana yang kita mulakan sebelum ini dan dilakukan beberapa penjajaran untuk memastikan kelestarian syarikat dan penggunaan air kepada syarikat penggunaan air dapat digunakan secara berhemah.

Speaker

Yang Berhormat bagi pada siapa? Hulu Kelang ke.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya pohon sedikit penjelasan. Yang Amat Berhormat ada menyebut tadi bahawa sebahagian daripada hutang Air Selangor dipindahkan kepada PAAB. Saya ingat sebaliknya, terbalik tu. Sebab 99% daripada hutang Kerajaan Negeri memang ada berkaitan dengan air, tetapi telah pun dipersetujui dalam penstrukturan Air Selangor beberapa tahun yang lalu bahawa hutang-hutang ini akan diambil alih oleh PAAB, bukan sebaliknya. Sebab itulah apabila penstrukturan Air Selangor ini selesai, hutang-hutang ini telah pun dipindahkan kepada PAAB dan itu menyebabkan jumlah hutang telah pun selesai, apabila penstrukturan Air Selangor itu selesai beberapa tahun yang lalu. Jadi saya ingin mendapat penjelasan supaya rekod dalam hansard itu diperbetulkan, bukannya hutang PAAB dipindahkan kepada Air Selangor.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Amat Berhormat pada peringkat awal, ketika penstrukturan peringkat awal, pembayaran- pembayaran kepada beberapa pihak seperti LUAS, sebelum SPLASH yang terakhir memang ia merupakan hutang Kerajaan Negeri kepada PAAB dan kemudian kita serahkan kepada Air Selangor dan kaedah pembayarannya ada kaedah tertentu dengan list atau sewaan terhadap aset-aset yang dimiliki oleh pihak Air Selangor kepada PAAB. Aset-aset itu sepatutnya menjadi milik kita kemudian tetapi menjelang tahun 2029, kita akan bebas daripada hutang itu mengikut kaedah swap terhadap kos-kos yang disebutkan tadi. Maknanya memang PAAB merupakan agensi persekutuan yang ada wang itu memberikan pinjaman, itulah tujuan Perbadanan Aset Air Berhad, PAAB untuk menyelesaikan masalah pengurusan-pengurusan air di negeri-negeri termasuk Negeri Selangor.

Saya akan maklumkan secara detail kepada Yang Berhormat bagaimana kita berdepan dengan kebebasan hutang ini apabila kita menyampaikan dan meninggalkan hutang-hutang yang sepatutnya ditanggung oleh negeri kepada Syarikat Air Selangor berdasarkan kepada pelan pengurusan Air Selangor yang akan mencapai margin tertentu. Sebab itu pada tahun 2029 walaupun transaksi kewangan yang dimiliki oleh Air Selangor sekarang antara yang paling besar di Malaysia, lebih daripada 1 bilion ringgit Malaysia kita terpaksa mengurangkannya dengan pembayaran kepada PAAB kerana tawaran atau penyelesaian hutang itu di selesaikan oleh Syarikat Air Selangor yang saya percaya mampu untuk menyelesaikan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Satu lagi, terima kasih Dato’ Menteri Besar. Dato Menteri Besar ada menyebut bahawa Air Selangor mendapat pengiktirafan daripada Rating Agency. Suka saya sebutkan di sini, Rating Agency Malaysia, dengan izin, “has reaffirmed the respective long and short-term AAA/Stable and P1 ratings of Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Air Selangor or the company”. Tetapi, Yang Amat Berhormat tidak berkongsi kenyataan seterusnya yang dikeluarkan oleh Rating Agency di mana Rating Agency juga mengesahkan bahawa “the reaffirmed rating reflect our expectation”. Maknanya andaian Rating Agency “that the company will continue to derive substanstial financial flexibility from the Selangor State Goverment”. Maknanya pengiktirafan ini bersandarkan kepada expectation Rating Agency bahawa Air Selangor akan berterusan mendapat dukungan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri. Jadi yang itu perlu diperjelaskan juga dalam Dewan, Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih dan sebahagian support yang kita laksanakan itu ialah penggantian-penggantian paip. Yang paip diberikan dengan nilai-nilai yang saya sebut dan sebahagian kos-kos tanah sebagai contoh kita telah wave kan ataupun kurangkan dengan sokongan daripada pihak-pihak Kerajaan Negeri untuk pembinaan loji-loji rawatan. Loji Rawatan Rasau atau Loji Rawatan Langat Fasa 2, Fasa 1 belum selesai, Fasa 2 kita mulakan.

Dan ini adalah antara support yang kita berikan dengan jaminan daripada rating yang disebutkan tadi. Ahli Yang Berhormat sekalian ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Inilah yang saya tegaskan dalam perbahasan saya dan saya mendukung kenyataan Dato’ Menteri Besar sebentar tadi bahawa Kerajaan Negeri akan terus mendukung Air Selangor dan tidak membebankan Air Selangor dengan projek-projek yang besar ini. Yang ini yang telah kita lakukan secara bersama Dato’ Menteri Besar, ketika saya menjadi Menteri Besar, Sungai Tua adalah EXCO Kerajaan Negeri yang menyokong usaha-usaha ini. Pertama, Loji Rawatan Air Semenyih 2, Loji Rawatan Air Labohan Dagang, itu sepenuhnya dibiayai oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Air Selangor dan yang keduanya pertukaran paip-paip lama yang berjumlah hampir RM400 juta juga dibiayai

oleh Kerajaan Negeri. Dan sebentar tadi Dato’ Menteri Besar mengesahkan bahawa usaha ini akan diteruskan dengan dukungan Kerajaan Negeri dan ini juga penegasan yang dibuat oleh Rating Agensi Malaysia, bahawa pengiktirafan itu bersandarkan andaian Kerajaan Negeri akan terus menyokong Air Selangor. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk menambah nota terhadap data-data yang telah dikemukakan oleh Hulu Kelang sebentar tadi, pihak Kerajaan Negeri dalam penggal yang lepas turut menambah beberapa program. Antara program tambahan nilai kita ialah program Skim Jaminan Air Mentah, nilainya adalah RM320 juta.

Nilai RM320 juta itu akan lengkap pada pertengahan tahun depan 2024, ada berapa delay disebabkan isu-isu seperti tenaga dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Kita anggarkan hujung tahun ini selesai, terpaksa kita tangguhkan sehingga bulan tiga atau bulan empat di beberapa pakej untuk mengelakkan peristiwa-peristiwa pencemaran.

Sebab itu saya ingin maklumkan kepada Dewan dan juga kepada masyarakat di luar sana, bahawa adakah Kerajaan Negeri tidak berbuat apa-apa, berbuat apa-apa. Projeknya kita telah tetapkan 2020 di sebabkan oleh pandemik, ia tidak termasuk dalam senarai keutamaan disebabkan ketika pandemik kita hanya mulakan di tahun 2022 dan akan lengkap pada akhir tahun ini sebahagiannya di Semenyih dan juga di Sungai Selangor 1,2, dan 3 ataupun Loji Rawatan Sungai 1,2, dan 3 akan lengkap sepenuhnya menjelang bulan 3 dan selepas comissional, maknanya bulan 6 ataupun bulan Jun dan kita dapat elakkan ataupun kita dapat mengalih air-air yang tercemar dengan mengambil air daripada off river storage (HORAS). Sebab itu bila saya dengar pandangan daripada Permatang, betapa pentingnya HORAS ini, kerana ia akan menjamin kelestarian bekalan kalau berlaku sebarang pencemaran.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, adakah ia menjadi masalah kalau Kerajaan Negeri terus mendukung Air Selangor sebagai sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri. Adakah ia menjadi masalah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sudah pasti kita tidak mahu menjadi masalah tapi tujuan akhir kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri adalah untuk mengurangkan bebanan Kerajaan Negeri. Kalau anak-anak syarikat ini terus membebankan Kerajaan Negeri, kita kena fikirkan formula serta modul bisnes nya. Kalau modul bisnes nya tidak boleh sustain sendirian, ia bukan menyokong, ia akan membebankan Kerajaan Negeri. Tapi, di pihak Air Selangor kita akan terus memberi sokongan kerana ia merupakan sambungan sumber hidup penting kepada masyarakat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Dato’ Menteri Besar, kalau kita lihat kepada kewangan Air Selangor ini, berdasarkan beberapa laporan yang saya baca termasuk daripada The Edge, ia menyatakan ataupun apa yang kita lihat daripada Air

Selangor ini, pendapatannya sekitar kira-kira RM2.45 bilion setahun dan perbelanjaan yang diperlukan RM5 bilion.

Justeru, sebagai mana persoalan yang dibangkitkan oleh Sentosa tadi, kita setuju Kerajaan Negeri untuk terus memberi dukungan kepada Air Selangor, tetapi apa strateginya dan sehingga bila kita mampu untuk menampung perbelanjaan ini. Kerana kita shortage kira-kira RM2.5 bilion setahun, reserve kita hanya ada RM3 bilion sekarang ini. Jadi kalau kita nak menampung sehingga bila dan apa strategi kita supaya akhirnya kita dapat membebaskan dan kita dapat memastikan kesejahteraan rakyat khususnya dalam sektor air ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, kita tidak akan menggunakan kesemuanya Yang Berhormat. Sudah pasti sebagaimana yang saya sebutkan tadi tentang suku ataupun pinjaman yang telah dibuat sendiri oleh Air Selangor dan ia telah melalui peringkat rating nya yang telah ditetapkan oleh rating Malaysia dengan triple A yang saya sebutkan tadi dan juga dengan penganalisaan oleh institusi-institusi perbankan. Dan kita juga sebenarnya dalam sistem air di dalam wasiah dan sebagainya itu mempunyai beberapa absorber dengan izin, PAAB adalah contoh absorber terbaik bila dirujuk dengan Kerajaan Pusat dan sebagainya. Kerana air dia melibatkan banyak perkara bukan hanya melibatkan kepada loji rawatan dan paip, tetiba juga sumber bahan mentah. Ia juga melibatkan empangan sebagai contoh, dan itu adalah sebahagian daripada apa yang telah dilakukan oleh the late Tan Sri Lim Keng Yaik Allahyarham, kita akan pertimbangkan ataupun kita akan melihat apa yang telah dilakukan untuk memastikan kelestarian.

Namun begitu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air juga melihat kalau kita tidak skim ataupun modul bisnes modul yang telah dibuat oleh Air Selangor juga telah dihantar. Malahan bagi setiap-tiap tahun, kalau kita gagal untuk mencapai satu tahap, kita perlu memperbaharui beberapa pelan perniagaan kita. Dan ia dinilai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air daripada kerajaan yang ada sekarang, yang sebelum ini secara profesional dan saya percaya mereka mempunyai kapasiti dan kalau ikut daripada pelan perniagaan, menjelang tahun 2029 Air Selangor boleh menjana keuntungannya sendiri dan nilainya adalah sekitar RM200 juta.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Dato’ Menteri Besar, saya ingin bertanyakan satu soalan lagi. Apakah jaminan Kerajaan Negeri, sebab kalau kita lihat saiz kedudukan kewangan itu defisit. Betul, kita menggariskan strategi-strategi, tetapi apakah jaminan Kerajaan Negeri supaya jangan sampai masalah yang berlaku hari ini kalau tidak kita strategi dan selesaikan dengan betul, akhirnya ia akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, mana-mana menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan air dan sumber asli akhirnya akan bersetuju bahawa peningkatan kadar tarif itu adalah sebahagian daripada solusi. Tetapi

bahagian yang mana dan untuk kawasan yang mana. Berbanding dengan elektrik, sebenarnya air telah tertangguh dengan sekian lama, dan kalau bukan Negeri Selangor pun, negeri seperti Pahang dan Perlis, menanggung hutang dan juga bebanan yang besar sebab mereka tak dapat menaikkan lebih 30 tahun. Hanya negeri Johor berjaya meningkatkan sebelum tahun 2018 dan sebab itu mereka mampu menggantikan keseluruhan 22,000 paip-paip yang perlu digantikan oleh syarikat-syarikat perbekalan itu.

Justeru nya bagaimana kita melihat kenaikan itu ataupun kita tidak menjadikan, jadi kita untuk bertahan dan bertahan tidak menaikkan. Sebab itu pihak Kerajaan Negeri akan melihat di samping kita memberikan air percuma, beberapa tarif selain kempen penggunaan semasa Yang Berhormat Hulu Kelang juga kita laksanakan kempen, tetapi ia hanya bersifat sementara kerana tidak dapat perhatian yang ramai penggunaan bidal sebagai contoh suatu ketika dulu, pernah diperkenalkan, itu juga tak dapat perhatian dan tindakan selanjutnya.

Justeru, kenaikan tarif boleh, saya tidak rasa ia bukan yang salah. Sebab di negeri-negeri lain, malahan ketika zaman pentadbiran Perikatan Nasional, antara janji setia menteri-menteri besar bersama dengan Yang Berhormat Menteri pada ketika itu, adalah untuk bersetia, bersedia untuk menaikkan air selepas pilihan raya. Itu pun daripada Pas dan PN juga setuju. Jadi apa-apa yang logiknya kita perlu terima tapi kita tak boleh nak menggunakan asal usul untuk tujuan politik yang akhirnya merugikan Kerajaan Negeri.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Melihat kepada penjelasan panjang Yang Amat tadi melihatkan sedikit sebanyak niat Yang Amat Berhormat untuk menaikkan tarif air. Jadi bila agaknya rakyat negeri Selangor boleh jangkakan tarif ini akan dinaikkan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

InsyaAllah, saya akan bincangkan dengan menteri berkaitan. Saya rasa menteri berkaitan Yang Berhormat pun setuju sebab dia ketua angkatan muda, tuan adalah timbalan ketua angkatan muda. Ahli Yang Berhormat yang saya...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya timbalan, timbalan Yang Berhormat dulu. Saya timbalan Yang Amat Berhormat dulu.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Campaign manager Gombak Setia. Okay, Yang Berhormat selesai bab itu. Hulu Kelang pantang kena sebut.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum selesai, sebab saya tak bincang politik, itu kita bincang di luar. Sebab, bukan tak berani, sebab saya bangkit dalam perbahasan saya, saya minta Kerajaan Negeri khususnya Dato’ Menteri Besar mengesahkan, apakah pelan strategi untuk menyelesaikan masalah kewangan Air

Selangor. Ini masalah yang real, benar Air Selangor mendapat keupayaan untuk ? tetapi saya telah menyebut beberapa qualification yang telah disebut oleh rating agency.

Jadi bagaimana Dato’ Menteri Besar nak menyelesaikan masalah ini, kalau ikut kenyataan sebentar tadi, memang Dato’ Menteri Besar juga bersetuju untuk menaikkan tarif air di Selangor. Cuma jawapan itu nampak mengelak-elak. Jadi, boleh tak beri satu kenyataan yang tegas pada pagi ini, bahawa saya selaku Menteri Besar Negeri Selangor ingin mengumumkan bahawa kadar tarif air di Selangor akan dinaikkan bermula 01 Januari 2024, boleh tak? Sebab Dato’ Menteri Besar, Dato’ Menteri Besar dah tahu apakah masalah yang dihadapi sebab saya juga sebut dalam perbahasan saya, Air Selangor telah meletakkan target, sasaran untuk mengurangkan NRW pada tahun 2025 sebanyak sehingga 25% dan by 2049 akan dikurangkan kepada 15%.

Tetapi jumlah pelaburan untuk mencapai sasaran ini adalah RM35 bilion. Saya percaya Dato’ Menteri Besar tahu keadaan kewangan amat kritikal dan kita tak ada pilihan untuk menaikkan tarif air. Jadi boleh tak Dato’ Menteri Besar bersetuju bahawa Dato’ Menteri Besar akan menaikkan kadar tarif air ini dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Hal ini dipersetujui oleh semua Menteri Besar termasuk Menteri Besar Perikatan Nasional, itu jawapan saya. Maknanya kita setuju, semua setuju.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tarikh tarikh tarikh.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tarif lah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tarikh.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tarikh menteri, bekas ketua Taman Medan akan bagi maklum. Sebab saya perlu decide , ia bukan decide oleh kita sepenuhnya, ia kena diputuskan di peringkat pusat juga supaya kita ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ialah, dengan Menteri Besarlah, dengan Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dengan semua Menteri Besarlah, saya akan maklumkan nanti.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kita nak bincang Selangor, ini Dewan Negeri Selangor. Bila Selangor nak naikkan kadar tarif air. Bila.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita tak ada tarikh lagi. Kalau ikut jadual-jadualnya adalah sekitar penggal, enam bulan pertama tahun hadapan. Tiap-tiap tahun begitulah jadualnya daripada Xavier sampailah Tuan Man

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh tak, boleh ke saya ...

Speaker

Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker jap. Bolehkah saya ulang kenyataan Menteri Besar, bahawa InsyaAllah enam bulan pertama 2024, kadar tarif air Selangor akan dinaikkan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Atas persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor, Perkhidmatan Air Negara dan juga selepas daripada perbincangan dengan pihak ...

Speaker

Pandamaran.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu persetujuan bersama. Dahlah tu. Dia nak trap, dia nak cakap dalam berita, sebab ucapan dia tak masuk berita, nak masuk berita. Berita bahawa Air Selangor nak naik. Saya dah sebutkan, secara objektif, semua negeri setuju sebab pelan itu bukan terbeban kepada negeri kita, tapi negeri-negeri yang lain. Tapi dengan simpanan kita dan sebagainya, kita akan pertimbangkan banyak perkara.

Tuan Speaker, saya nak tanya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tapi Kerajaan Negeri belum putus lagi bila nak naik, tarikhnya sebab jadual ditetapkan oleh Menteri.

Tuan Speaker, saya nak tanya ketua pembangkang. Adakah ketua pembangkang menyokong naikkan tarif. Cara ...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sentosa, patut saya yang tanya ketua pembangkang.

Yang Berhormat, saya tanyalah. Cara ketua pembangkang tanya macam ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sentosa nak kami jadi kerajaan pun, sabar. Tunggu.

Tak ada, saya nak tanya. Cara ketua pembangkang tanya macam dia sokong kenaikan tarif air.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sentosa dah terlambat nak jadi EXCO.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Yang Amat Berhormat, saya nak tanya. Adakah kenaikan harga ini, tarif kadar tarif ini perlu dipersetujui oleh kabinet? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa ia perlu dibincangkan di peringkat kementerian, sebab pihak yang berkaitan wasiah dan sebagainya itu memang sepenuhnya di bawah kendalian syarikat air, syarikat air di negeri-negeri. Tapi dalam tempoh yang sama ia perlu dilaporkan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan selepas SPAN mengambil keputusan. Even, malahan kalau kita ingin menggantikan paip ataupun membuat penyelenggaraan dan sebagainya, prosesnya masih kita perlu daftarkan ataupun kita lapor kepada SPAN dan sebaginya.

Tentang non revenue water, Alhamdulillah dua tahun berturut-turut kita telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan di bawah 30% dan ini adalah terhasil daripada proses-proses penggantian paip yang berterusan dan insyaAllah kita akan tambah lagi sehingga 300 kilometer pada tahun 2024 sebagaimana yang telah saya sebutkan 250 ke 300 kilometer pada tahun 2024 onward ataupun masa hadapan.

Yang Berhormat, saya nak beralih kepada pinjaman Landasan Lumayan. Merujuk kepada pinjaman Landasan Lumayan Sdn. Bhd. dengan Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah mendakwa bahawa pinjaman Landasan Lumayan (LLSB) daripada RM45 juta pada tahun 2017 telah melonjak kepada RM154 juta. Saya berpandangan bahawa angka itu kurang tepat ataupun hanya pandangan dan sangkaan daripada pihak Ketua Pembangkang kerana yang pentingnya saya nak maklumkan bahawa, pinjaman RM45 juta itu hanya dikenakan faedah sebanyak 4%. Jadi daripada tahun 2017 sehingga 2021, peningkatan faedahnya hanyalah RM9 juta dan saya percaya itulah bukan angka RM154 juta. Sebaliknya RM154j juta itu adalah keseluruhan kepada penstrukturan hutang MBI terutamanya untuk mengelakkan dividend trap dengan izin, sebagaimana yang dihadapi oleh MBI pada suatu masa ketika dahulu dan ia adalah penyelesaian pembentukan mantap murni dan pelbagai perkara termasuk beberapa rencana yang telah dirancang oleh pihak MBI.

Jadi hutangnya dari RM41 juta atau RM45 juta bertambah sembilan menjadi RM54 juta dan ia tak benar ia menjadi RM154 juta kerana RM154 juta itu adalah keseluruhan kepada penstrukturan banyak perkara, penstrukturan anak syarikat-anak syarikat MBI dan sebagainya untuk mengelakkan dividend trap. Kerana satu ketika dahulu sebagai contoh sebuah syarikat mempunyai keuntungan yang besar tetapi ada trap tertentu kerana beberapa syarikat induk seperti KDEB yang dihutangkan disebabkan oleh proses oleh Menteri Besar sebelum Hulu Kelang, kita terpaksa membiarkan keuntungan itu tidak sampai kepada MBI yang boleh digunakan untuk projek pembangunan dan sebagainya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker. Saya tidak pernah menyatakan dalam perbahasan saya bahawa Landasan Lumayan berhutang RM154 juta. Kalau rujuk kepada nota perbahasan saya, saya menyatakan MMKN pada 12 April 2023 telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik ansuran pinjaman Kerajaan Negeri berjumlah RM154.73 juta yang dipohon oleh MBI. Saya sebut. Cuma saya minta, saya ingin mendapat perincian daripada Kerajaan Negeri di atas peningkatan ini. Maknanya perincian RM154.73 juta yang dipohon oleh MBI. Itu dua benda yang berbeza Dato’ Menteri Besar. Terima Kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita semak Hansard. Tapi saya masih ingat Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkitkan adakah hutang LLSB meningkat menjadi RM154juta. Saya cakap tak betul. Dia RM45 juta, tambah RM9juta menjadi RM54 juta dan selebihnya pembentukan mantap murni, berapa hutang oleh anak-anak syarikat, Air Selangor dan sebagainya. Itu adalah keseluruhan. Saya akan maklumkan secara detail kepada Yang Berhormat dalam jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, saya juga nak menyatakan di sini apabila saya membawa perkara ini dalam perbahasan, saya merujuk kepada cabutan daripada keputusan Mesyuarat MMKN bertarikh 12 April. Di sini dengan jelas menyatakan bahawa MBI memohon penangguhan bayaran balik ansuran pinjaman Kerajaan Negeri berjumlah RM154.73 juta. Jadi saya tidak merasakan saya telah lari daripada bukti, dokumen yang ada di tangan saya ketika perbahasan ketika itu. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya juga nak tegaskan memang tak ada kaitan sebab saya dengar. Yang saya dengar, nanti saya tengok Hansard Yang Berhormat. Saya betulkan. Tapi maklumat itu mungkin tak berapa sampai kepada saya ketika mendengar walaupun saya dengar dekat satu jam setengah di sini. Sebab itu saya yakin bahawa ia adalah urusan-urusan penstrukturan semula air, ada prosesnya, ada pinjamannya dan penstrukturan semula round tripping yang telah dibuat dan sebelum-sebelum ini yang perlu dibayar secara berperingkat kepada pihak Kerajaan Negeri terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa urusan tanah yang perlu di unlock yang belum diselesaikan sepenuhnya akibat dari kesan pandemik dan sebagainya.

Yang Berhormat sekalian, saya ingin pergi kepada berkenaan dengan SMG ataupun Selangor Maritime Gateway yang mungkin menjadi salah satu daripada perbincangan hangat di dalam Dewan dan di luar Dewan yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk membersihkan Sungai Klang dan membangunkan potensi-potensi Sungai Klang. Untuk makluman, saya ingin mengimbas kembali bahawa Selangor

Maritime Gateway ini adalah rebranding yang telah dibuat oleh Hulu Kelang sewaktu menjadi Menteri Besar di atas Projek Pembangunan Semula Sungai Klang yang telah diilhamkan pada tahun 2009. Justeru ada dua perkara yang menjadi topik penting di dalam pembangunan Sungai Klang ini iaitu projek pembersihannya dan yang kedua projek untuk memastikan unlock setiap potensi-potensi tanah yang sedia ada di sepanjang pesisir Sungai Klang.

Saya selesaikan dalam bab pembersihan dahulu. Pembersihan Sungai Klang adalah perlu kerana pada masa depan kita memerlukan sumber air dan abstraksi Sungai Klang untuk sumber air masa depan di dalam Negeri Selangor. Alhamdulillah usaha berterusan yang kita lakukan. Sekali lagi Hulu Kelang boleh claim dimulakan pada peringkat awal semasa Hulu Kelang dengan pinjaman RM45 juta yang dimulakan dan kita teruskan daripada masa hari ini dan pada masa-masa yang akan datang InsyaAllah. Kualiti air Sungai Klang telah meningkat. Kualitinya telah meningkat daripada kelas 5 kepada kelas 3 dan dengan sebab itu Projek Air Sungai Rasau dapat dilaksanakan kerana kita boleh mengabstrak air daripada air Sungai Klang dan berpunca daripada Sungai Klang. Justeru proses pembersihannya masih lagi berjalan dengan baik dan saban tahun kita dapat melihat pengurangan jumlah tannage ataupun jumlah tan-tan sampah yang telah dikumpulkan melalui perangkap-perangkap yang dibuat ataupun melalui kerjasama dengan Ocean Clean Up dengan izin, iaitu sebuah badan swasta yang bekerjasama dengan kita. Bukan satu badan NGO yang bekerjasama dengan kita, bukan satu. Saya percaya ada dua yang sudah bertapak di sepanjang Sungai Klang yang berjaya mengumpul, memerangkap sampah dan mengeluarkan sampah-sampah yang ada di sepanjang Sungai Klang. Dalam pada masa yang sama beberapa usaha kita khususnya untuk Pakej A dan B untuk pendalaman Sungai Klang yang telah dilakukan oleh pihak Landasan Lumayan telah berjaya mengeluarkan beribu-ribu, beratus-ratus tan sampah. Lumpur-lumpur yang dikeluarkan itu juga mengandungi sampah-sampah yang terbenam sejak sekian lama dan usaha kita untuk pembersihan Sungai Klang itu telah berjaya kita lakukan dan kita perlu teruskan.

Isu yang kedua adalah bagaimana kita membiayai pembersihan sungai tersebut kerana saban tahun dengan pinjaman yang telah diberikan kepada Landasan Lumayan tanpa ada pelan perniagaan yang tersusun, kemungkinan Landasan Lumayan tidak akan dapat berjaya membayar balik dan interest akan terus meningkat daripada tahun ke tahun. Dan itulah yang terjadi apabila RM45 juta yang diberikan kepada syarikat berkenaan terpaksa meningkat menjadi RM54 juta pada hari ini kerana interest yang berterusan kerana tidak dapat menjana hasil. Justeru daripada tahun ke tahun, mulai tahun 2018 sebenarnya saya sudah mula mencadangkan kepada pihak Landasan Lumayan untuk membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan kita untuk mencapai dua hasrat ini iaitu hasrat pertama pembersihan Sungai Klang dan hasrat kedua adalah untuk membangunkan potensi-potensi yang sedia ada dan semua angka yang disebutkan itu masih bersifat andaian-andaian. Antara andaiannya apa dia? Ia meliputi 88,000 ekar (ini yang dikutip oleh

beberapa bloggers yang kononnya kita nak gadai 88,000 ekar). 88,000 ekar ini termasuk sungai, termasuk pinggir sungai. Ini rizab Kerajaan Negeri termasuk pulau-pulau yang ada di dalamnya. Jadi ini tak termasuk dalam senarai yang kita berikan ataupun yang bakal kita berikan. Antara andaian sebelum ini, kita andaikan ada 1,000 ekar yang boleh dibangunkan. Justeru pada tahun 2019, saya telah membentuk sebuah jawatankuasa dan jawatankuasa itu dianggotai oleh semua department-department, jabatan-jabatan, LUAS, Jabatan Air Selangor dan kita kenal pasti berapa sebenarnya jumlah tanah yang boleh di unlock supaya kita boleh berbincang dengan pihak-pihak terbabit atau pihak-pihak yang lain supaya mereka boleh bekerjasama melaksanakan dua perkara ini, pembersihan sungai dan juga unlock ataupun membangun semula kawasan-kawasan tersebut.

Dan akhirnya setelah bertahun-tahun kita berbincang, merangka, kita hantar juga proposal ini kepada pihak Kementerian Air dan juga Alam Sekitar (KASA) yang pada ketika itu diketuai oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Kita telah dipanggil oleh pihak KASA dan di situlah sebenarnya kali pertama pihak Air Selangor ataupun pihak Landasan Lumayan bertemu dengan Berjaya. Sebab apa? Sebab Berjaya juga menghantar proposal untuk projek pembersihan sungai dan daripada situlah mula-mula Berjaya mengenali “oh rupanya Selangor ingin bersihkan sungai. Berjaya juga ada hasrat untuk membersihkan sungai”. Itulah berpunca mereka menghantar cadangan dan diteruskan dengan penilaian yang dibuat oleh MBI dan sebagainya untuk pengambilan ataupun untuk kerjasama, tak ada libat pengambilan terhadap pembersihan sungai serta unlock potensi-potensi yang sedia ada dan tidak benar bahawa kita menjual sebagaimana ada laporan media kita menjual Landasan Lumayan. Landasan Lumayan masih 100% di bawah pentadbiran, bawah MBI ataupun anak syarikat Kerajaan Negeri. Yang berlaku ialah pembentukan Special Purpose Vehicle ataupun SPV dan SPV itulah namanya Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk menilai projek pembersihan dan melaksanakan projek pembersihan dan unlock kawasan-kawasan yang dibangunkan. Setelah kita melihat dan merangka keseluruhannya tanah-tanah yang telah diberikan, kita dapati nilai yang dikatakan 600 ekar, 1,000 ekar itu sebenarnya sebahagiannya sudah tidak boleh ataupun tidak layak untuk dibangunkan. Daripada pengetahuan yang saya masih ingat, kita hanya meneruskan sekitar 300 ekar hingga 500 ekar (200 lebih hingga 500 ekar) itu pun termasuk tebing sungai dan perlu pembayaran kepada premium-premium tanah yang telah diberikan kepada pihak Kerajaan Negeri ke atas pembangunan-pembangunan tersebut.

Justeru, saya nak jawab bahawa. Justeru saya nak kena jawab bahawa dengan jelas bahawa kita tidak pernah ingin memberikan tanah secara percuma di sepanjang Sungai Klang. Maknanya di sana mereka perlu membayar (tetap membayar) mengikut harga pasaran dan sehingga kini 114 ekar sahaja yang telah dikenal pasti dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM1juta lebih yang perlu (RM100juta lebih) yang perlu dibayar oleh pihak Landasan Lumayan Sdn. Bhd. terhadap apa yang perlu

dibangunkan. Baik. Yang Berhormat Hulu Kelang ada membangkitkan tentang perjanjian yang dibangkitkan

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebelum beralih kepada perjanjian. Selain daripada apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan, saya juga telah mengemukakan soalan bertulis tentang tanah-tanah yang terlibat dalam Projek SMG dan juga lot-lot tanah serta keluasan dan jumlah premium yang perlu dibayar. Saya telah mendapat jawapan bertulis daripada Kerajaan Negeri. Saya ingin bertanya kepada Dato’ Menteri Besar sebab Dato’ Menteri Besar memberi jawapan bahawa tanah-tanah ini perlu dibayar premium oleh LLSB. Tetapi mengapa tanah di Daerah Klang Plot KL08 PT83867 HSD164316 premiumnya RM1,000? Ini jawapan Kerajaan Negeri. Petaling (Daerah Petaling) yang tak ada kaitan dengan pembangunan SMG diberikan Plot SA05 PT1553 HSD323917 Seksyen 24 premiumnya RM1,000. Jadi di mana keterangan Dato’ Menteri Besar bahawa kesemua plot-plot ini perlu membayar premium? Saya pohon penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ia diserahkan kepada pihak pembangunan. Mereka kita serahkan kepada MBI. Dan bila diserahkan kepada MBI, dia punya payment nya adalah RM1,000 untuk segera diberikan kepada MBI dan berbincang dengan pihak-pihak terbabit dan bila mereka ingin pembangunan yang telah diberikan menukar syarat-syarat terhadap tanah yang telah diberikan dan kita akan kenakan premium sebab itu saya sebutkan hanya 100 ekar lebih yang telah ditetapkan tapi kerana ia benda baru yang dibangkitkan ketika penggulungan, saya akan verify sekali lagi. Tapi seingat saya memang kita tidak pernah beri nominal dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri mahupun dalam MMKN apabila pemberian tanah diberikan kepada Landasan Lumayan Berjaya yang merupakan SPV kepada syarikat-syarikat. Itu jaminannya. Kalau ada terbukti ia dilakukan, itu sebenarnya di luar daripada kelulusan yang pernah dibuat oleh pihak MMKN ataupun MTES. Itu yang pertama.

Namun diserahkan kepada MBI untuk RM1,000 itu adalah sebagai urusan supaya MBI dapat memegang tanah tersebut sebagai bargaining chip kepada mereka untuk ber discuss dan berbincang dengan pihak Landasan Lumayan bahawa Kerajaan Negeri memang memperuntukkan kepada Landasan Lumayan (bukan Landasan Lumayan Berjaya). Landasan Lumayan. Dan juga dengan MBI dapat berbincang dengan pihak Berjaya. Okay.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya ingin merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat berkenaan dengan klausa ataupun terma 4.2 dalam agreement yang dinyatakan dengan izin, kalau disebutkan dalam 4.2 Yang Berhormat telah sebutkan di sana “not withstanding the above the parties confirm that if is their intention that the funding requirement of LLBSB shall be appeal by LLBSB in the following order. A) firstly, through unsecure commercial borrowing from the third party financor dan (b) secondly, through external financing secure with guarantee security

or collateral from BLB and or LLBSB and or and (c) only if, the first and second option above are not available lastly through shareholder advance from BLB to LLBSB or any other financing option from BLB to LLBSB as a parties maybe dim fit”. Klausa 4.2 dalam SSA tersebut memberi maksud bahawa Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. bertanggungjawab untuk mendapatkan keperluan pembiayaan bagi melaksanakan tanggungjawab di bawah SSA mengikut turutan yang telah dipersetujui dan sekiranya pembiayaan di bawah option A dan B tidak dapat diperolehi adalah menjadi tanggungjawab Berjaya Land dan bukannya Landasan Lumayan ataupun mana-mana syarikat berkaitan Landasan Lumayan untuk membiayai projek-projek yang terbabit. Klausa 4.2 ini juga perlu dibaca bersekali dengan klausa 4.1 dan klausa 4.3 dalam SSA. Klausa 4.1 dengan jelas menyatakan bahawa Berjaya Land Berhad bertanggungjawab untuk mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. ataupun Berjaya Land Sdn. Bhd. bertanggungjawab untuk mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd bagi memenuhi obligasi di dalam SSA. Dan di dalam perkara 4.3 lebih obvious dan jelas, manakala jelas menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. tidak perlu menyediakan ataupun memberikan sebarang pembiayaan dalam apa bentuk sekalipun kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. Jadi usul tentang 4.2 ia tidak boleh berdiri sendiri dia kena dibaca dengan klausa-klausa yang tertakluk iaitu 4.1 dan 4.2.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Saya juga ada salinan SSA yang dibaca oleh Dato’ Menteri Besar sebentar tadi. Dan saya percaya Dato’ Menteri Besar juga amat faham dalam membaca dokumen perundangan ini oleh kerana diberikan option a, b, c. Sudah tentulah option (a) itu diberikan keutamaan. Sebab itu dalam klausa 4.2 (c) disebut dengan terang bahawa only if the first and second options are not available. Maknanya itu pilihan yang terakhir. Yang di bebankan kepada Berjaya Land Bhd. Dan saya percaya sebagai pemaju dia akan memilih option yang pertama, di mana SPV yang baru ini yang juga melibatkan LLBSB dibebankan dengan usaha-usaha untuk mendapatkan pembiayaan. C) itu hanya option yang ketiga Dato’ Menteri Besar. Itu yang pertama. Yang keduanya, saya setuju dibaca dengan 4.1 tetapi Dato’ Menteri Besar juga tahu dalam perbahasan saya juga sebut di mana Berjaya telah menulis surat kepada Dato’ Menteri Besar melalui LLSB, Landasan Lumayan memohon tanah sebanyak 100 ekar. Yang itu mungkin Dato’ Menteri Besar akan menjawab kemudian. Saya nak tahu apakah pendirian Kerajaan Negeri ingin menerima permohonan ini sebanyak 100 ekar tanah kerana disebut di sini, yang juga saya sebut dalam perbahasan saya dengan tanah tambahan seluas 100 ekar ini disebut LLBSB maknanya ini SPV yang baru. Would greatly benefit from the additional land as it allow LLBSB to be financially sustainable in the near future. Dengan jelas mereka tidak ada keupayaan kewangan. Jadi bagaimana Dato’ Menteri Besar nak mendesak mereka memilih option (c). Dari awal mereka tidak ada keupayaan kewangan, tidak ada keupayaan untuk membiayai projek yang besar ini. Pastinya dia akan memilih option (a). Option (a) juga melibatkan

anak syarikat MBI, yang ini yang saya tekankan jangan benarkan sama sekali Berjaya Land Bhd. yang dimiliki oleh tauke judi ini memperkudakan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri untuk kepentingan tauke judi ini. Saya menggesa permohonan tanah oleh Berjaya Land Bhd. seluas 100 ekar ini, saya harap Dato’ Menteri Besar kena tolak. Jangan benarkan sama sekali. Dan sekiranya Dato’ Menteri Besar tolak tanah tersebut pastinya projek ini akan terbengkalai sebab dia yang mengaku dengan tidak adanya tambahan tanah 100ekar, syarikat ini tidak sustain. Termasuk LLBSB. Jadi saya pohon penjelasan. Saya telah meneliti 4.2 a,b,c. 4.1, 4.3 dan juga surat Berjaya Land Bhd. Jadi perkara ini mesti dilihat secara keseluruhannya sebelum kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membenarkan Berjaya Land Bhd. ini meneruskan projek SMG. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kalau saya boleh bacakan perkara 4.1 BLB. BLB ini ialah Berjaya Land Berhad, “agrees that it shall source the financial support required by LLBSB for the undertaking of the river initiative unprojek under taken under the river initiative and the funding to enable LLBSB to make repairment to the state loan when such repayment falls due”. Ini jelas bahawa Berjaya Land Bhd. bertanggungjawab untuk membayar. Perkara ketiga saya dah sebutkan tadi ia tidak dirujuk kepada anak syarikat Kerajaan Negeri ataupun Landasan Lumayan. Jadi maknanya keseluruhan perkara keempat dalam financial requirement dalam SSA ini langsung tidak terbeban kepada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Itu yang pertama. Ataupun siapa-siapa. Sebab a,b,c itu kena dibaca bersekali dengan 4.1. Sabar dulu Yang Berhormat. Dan yang kedua.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Excuse me. Allow me to inter. Oh minta maaf. Nak nak.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Cakap English pula la? Hahaha.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nak. Nak. Hahaha. Nak, nak mencelah di sini. Sebab Dato’ Menteri Besar membaca klausa 4.1. Saya bersetuju maknanya BLB telah pun bersetuju untuk sources all the financial support untuk LLBSB termasuk membayar state loan. Okay. Ini 4.1 tetapi persoalannya mengapa MMKN menerima permohonan MBI untuk menangguhkan pinjaman? Ini saya tak faham. Mengapa MBI membenarkan dirinya diperkudakan oleh Berjaya Land Berhad? Kalau betul Berjaya Land Berhad setuju untuk mencari sumber kewangan termasuk membayar hutang Kerajaan Negeri, tiba-tiba anak syarikat Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kepada MMKN untuk menangguhkan pembayaran hutang. Ini sesuatu perkara yang pelik. Dan MMKN bersetuju penangguhan hutang tersebut. Sila jawab.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tangguh bukan bererti kita tak minta bayaran. Ada alasannya-alasannya. Ada alasannya, alasannya sebab tanah yang 114 ekar belum bermula pembangunan. Belum dibayar pun premiumnya. Premiumnya baru

bayar sebahagian. Jadi kalau mereka dah mula bayar, premiumnya kita akan dapat sebab agreementnya ada. Dan yang kedua. Sabar, sabar. Dan yang kedua sabar, sabar, tenang, tenang, tenang, tenang. Dan yang kedua, kejap, kejap. Yang kedua, yang kedua saya nak jawab dulu nanti terlupa pula. Terlupa, dia ungkit sampai kiamat tak habis.

Dan yang kedua, saya nak sebutkan permohonan itu memang ada dibuat oleh pihak Berjaya ataupun Landasan Lumayan Berjaya dan ia masih saya ingat ia betul-betul sebelum kita berakhir MMKN ataupun MTES terakhir atau dua terakhir sebelum pembubaran dan pendirian Kerajaan Negeri jelas bahawa kita menolak cadangan pemberian tanah 100 ekar dan sebelum Yang Berhormat cadang, kita dah tolak. Jadi maksud yang saya nak sebutkan kat sini, ya Yang Berhormat. Yang saya maksudkan kat sini. Kita tak pernah melutut dengan tauke judi. Kita tak pernah melutut, kita hanya berbahas dan berbincang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik. Terima kasih Yang Amat Berhormat yang telah bersetuju dengan cadangan saya ya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kami dah buat sebelum cadangan Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Inilah, inilah, inilah. Inilah kejayaan Perikatan Nasional yang membawa, membawa suara rakyat mendesak akhirnya Menteri Besar tunduk kepada suara rakyat. Terima kasih. Tetapi.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak benar. Itu tak berlaku.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti, nanti, nanti, nanti, nanti, nanti.

Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Sungai Tua.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada soalan yang berikutnya, maknanya sekarang, Kerajaan Negeri telah tolak permohonan 100 ekar. Dengan itu, Berjaya Land Bhd. tidak ada keupayaan kewangan. What is next. Apakah langkah seterusnya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Untuk menganggap Berjaya Land tidak layak sepenuhnya, kita tak boleh anggap begitu sebab proses pendalaman Sungai Klang, proses untuk membersihkan Sungai Klang dibiayai oleh sepenuhnya oleh Berjaya Land pada ketika ini RM5 juta satu tahun untuk proses pembersihan yang telah dilakukan pada hari ini. Itu perkara pertama. Yang kedua, untuk pendalaman Sungai Klang di pakej (a) dan (b) yang telah kita setkan lebih kurang RM20 hingga RM25 juta telah dibelanjakan oleh Berjaya Land. Maknanya mereka

juga ada kewangan untuk membiayai perniagaan ini. Cuma Kerajaan Negeri tak setuju, terpulang kepada pihak mereka untuk mencadangkan bagaimana kaedahnya dan pembayarannya dan we stick on that agreement dalam SSA dan tak pernah timbul unsur kita melutut ataupun mengemis dengan mana-mana tauke judi. Dan kita beri ruang kepada mereka sebab ada tanah yang boleh di unlock, ada 114 ekar yang maybe lebih kurang boleh di unlock. Dan daripada situ, pembangunan di situ kita yakin boleh dibangunkan ataupun boleh diberikan kemajuan kepada kita.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar. Ya mungkin ada kerja-kerja pembersihan, pendalaman sungai itu dibiayai oleh Berjaya Land Berhad dengan andaian mereka akan mendapat tanah-tanah yang telah dipohon itu bagi menampung dan membiayai projek-projek pembangunan riverbank ataupun tebing-tebing sungai, tetapi kalau sekarang keputusannya telah ditolak maka jumlah keluasan tanah yang dipertimbangkan itu mungkin tidak dapat membiayai hasrat Berjaya Land Berhad. Maka apakah MBI akan meneliti semula rakan kongsi bagi pembangunan projek SMG ini?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Andaian itu macam Yang Berhormat berada di dalam Berjaya Land. Masalah, ada kepentingan? Tak ada kan? Tak ada ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya daripada asal saya tidak bersetuju dengan Berjaya Land.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak apa, tak apa. Oh, yes, yes.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

I want to put on record, saya telah tegaskan daripada awal, jangan bersekongkol dengan Berjaya Land Berhad.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Okay. Tak apa, tak apa. Saya jawab.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu jelas dalam ucapan saya. Dan hari ini Dato’ Menteri Besar hanya bersetuju sebahagian daripada cadangan saya. Cadangan saya seterusnya, MBI cari rakan kongsi yang wibawa. Jangan cari tauke judi yang terlibat dalam konspirasi politik pada hari ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat sekalian, saya nak sebutkan apabila kita telah mengenal pasti daripada tanah-tanah yang 1,000 ekar, kita keseluruhannya kita kenal pasti lebih kurang 200 ekar sahaja yang layak untuk dibangunkan. Dengan 200 ekar itu, kita percaya mereka boleh mengemukakan cadangan dan boleh dibangunkan untuk projek pembersihan dan pembangunan dan pembiayaan untuk projek tersebut. Selebihnya sebagaimana yang dalam agreement mereka kita kenal pasti cadangan-cadangan yang lain dan setakat ini kita tak setuju kerana tanah yang dicadangkan oleh pihak Berjaya Land adalah tanah-tanah yang di luar daripada kawasan. Dengan hanya menolak 100 ekar itu mereka masih ada lagi

200 ekar yang dimiliki oleh MBI. Sebab itu 1,000 dimiliki oleh MBI dan sebagainya itu, masih boleh dibangunkan untuk perumahan dan juga kawasan-kawasan yang dimajukan untuk membiayai kos ini. Jadi saya rasa, Yang Berhormat tak boleh mewakili Berjaya Land. Tak dapat 100 ekar, kami tak nak buat. Dia tak ada cakap macam itu pun. Itu andaian dan juga tanggapan Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar mengikut jawapan bertulis daripada Kerajaan Negeri sebab itu jawapan bertulis itu kena hantar minggu pertama. Bukan minggu keempat. Supaya jawapan bertulis ini dapat kita bahas dalam Dewan. Ya, mana ada minggu kosong. Sebab itu hari Jumaat itu dah minggu pertama. Minggu lepas dah minggu kedua.

Sepatutnya hari Jumaat sudah dapat jawapan bertulis supaya berlaku adil kepada Kerajaan Negeri dengan menggunakan fakta yang betul.

Dato’ Menteri Besar, yang telah dikenal pasti adalah 120 ekar sahaja. Daerah Klang 93 ekar, satu lagi Daerah Klang 33 ekar, Daerah Petaling 26 ekar, Klang 3 ekar, Klang lagi 6 ekar, Petaling 1.8 ekar. Jadi di mana 200 ekar ni?. Saya hendak mohon penjelasan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Keputusan ataupun itu adalah dapatan yang dibuat terhadap beberapa kawasan-kawasan tanah. Sebab bila Jawatankuasa yang terbabit, kita minta untuk list kan semua tanah dan senarai nya adalah sekitar 250 ekar dan kalau kita tambah dengan tebing-tebing sungai keseluruhan itu, mungkin kita tidak akan buat lah jumlahnya hampir mencecah 300 hingga 400 ekar. Tapi yang itu adalah senarai-senarai yang telah dikenal pasti yang boleh dialihkan, dimajukan kerana sebahagian tanah itu belum diwartakan dan sebagainya yang belum boleh diberikan atau pun diberikan atau pun di tawarkan kepada pihak seperti MBI atau pun syarikat-syarikat yang lain.

Jadi, Yang Berhormat saya percaya bahawa kita Kerajaan Negeri tidak pernah sama sekali bergantung atau pun semata-mata ingin memihak kepada mana-mana pihak. Kita cuba fair pada peribadi dan agreement-agreement yang saya bacakan ini, Yang Berhormat hanya melihat 4.2, not read all the content of the agreement. Ini menunjukkan bahawa sangkaan yang dibuat oleh Yang Berhormat kurang tepat dan tidak begitu meticulous dalam membahas. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu kalau kita lihat, nak tanya cakap melutut kawan Yang Berhormat kerja dengan Berjaya Environment selepas Sheraton Move . Itu juga bekerja. Dan lepas itu dia lari lah ikut Zuraida dan kalau ikut daripada Sungai Burong, Sungai Burong dalam ceramah cerita Haji Hadi call Vincent minta derma pilihan raya...

(Dewan riuh)

Luar context Yang Berhormat

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya dengar, tak tahu lah kalau Sungai Burong tipu ataupun Haji Hadi yang tipu atau pun Tan Sri Vincent mana entah.

Luar context Yang Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Entah Vincent Kompany ke bekas pemain Manchester City ke kita pun tak tau.

Itu luar context Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu adalah luar context. Itu adalah kalau ditengok daripada ceramah yang penuh, ia adalah dari luar context. Itu adalah lakonan semula, konon-kononnya. Itu adalah satu klip video yang telah diselewengkan.

Yang Berhormat, Menteri Besar, Menteri Besar daripada Perikatan Nasional yang keluar berjalan-jalan dengan Vincent Tan bukan kita.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang itu yang naik yacht dengan Menteri Besar bukan Menteri Besar Negeri Selangor.

Menteri Besar Terengganu! Terengganu!

(Dewan riuh)

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Nak kata kita melutut, nak kata kita mengemis. Tak ada petunjuk, kita mengemis. Agreement tepat dan kita bertegas, dan win win situation dalam perbincangan ini.

Isunya, puluh tahun sejak tahun 2009 kita ilhamkan benda ini. Yang Berhormat menggerakkan untuk pembiayaan pembersihan. Saya menggerakkan 2018 untuk membuat pelantar di Anjung Batu, tiada satu pun yang hendak buat. Akhirnya hanya satu yang datang. Why not we explore. Itu pun kita tidak pernah sekali bersekongkol atau pun sebagai tanggapannya kita boleh value balik dan nilai semula terhadap agreement ini kalau betul-betul ia tidak memihak kepada Kerajaan Negeri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Menteri Besar mengakui bahawa projek ini atas inisiatif lebih awal daripada Sungai Tua. Saya berterima kasih tetapi saya tidak bermaksud untuk menolak projek

pembangunan tebing-tebing sungai ini. Kita juga mengikuti bagaimana pembangunan di Seoul, di South Korea dan juga beberapa negara yang lain kerana river bank.. the development of river bank ini memberikan nilai yang cukup besar kepada sesebuah negara atau pun negeri yang berkenaan.

Yang kami pertikaikan ini ialah soal integriti, soal proses, ketelusan dalam melantik pemaju-pemaju yang terlibat dalam memberikan tanah-tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Ini yang kami pertikaikan. Sudah tentulah kami mahu projek ini berjaya bukan kerana Berjaya Land, projek ini.. jangan guna istilah berjaya. Projek ini dapat dimajukan dan success dengan izin, dan dapat memberi manfaat kepada rakyat. Tetapi kalau ini lah sikap pemaju setelah dinyatakan jajarannya 56 ekar, 56 kilometer melibatkan 600 ekar tanah, disebut dalam surat ini kalau Yang Berhormat teliti.. yang saya bacakan tadi, bahawa... dia menyebut bahawa “yang boleh dibangunkan daripada 600 ekar tanah itu hanyalah 122.582 ekar tanah”. Dia pula yang menentukan. Sebab itu dia memohon tanah-tanah yang tidak terlibat dengan SMG pun. Tanah yang dimohon adalah di Daerah Dengkil. Yang itu saya berterima kasih, kerana Kerajaan Negeri telah menolak. Saya mahu ketuntasan, ketegasan seperti ini. Itu yang maksud kami di sebelah sini. Terima kasih

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pasti ada pertimbangan dan pengiraan yang berkaitan dengan angka 600 atau 500 ekar itu. Kerana ia akan melihat kepada sustainablity untuk penjagaan sungai-sungai itu. Kerana akhirnya sebahagian besar daripada hasil ataupun keuntungan yang dijana, kalau ada orang sebut 10 bilion itu adalah declaration ataupun unjuran yang dibuat sebab Berjaya adalah sebuah syarikat yang listed. Mereka perlu meletakkan certain angka. Saya kena sebutkan hari itu dan bagi pihak Kerajaan Negeri, sekali lagi saya tegaskan kita tidak pernah kompromi malahan sebelum dibangkitkan dalam Dewan pun, ketika bulan Jun atau Julai sebelum akhir MMKN kita telah menolak cadangan yang tidak berkenaan dengan sepanjang Sungai Klang

InsyaAllah, integriti kita jaga dan saya sebutkan bahwa bertahun-tahun dia bermula dengan syarikat daripada Korea. Yang Berhormat pun tahu, yang telah diberikan peluang kemudian banyak lagi pihak datang, dan datang, dan datang. Kita buka hampir lapan (8) bulan dan tiada siapa pun yang datang dan selepas pertemuan itu baru ada satu yang datang akhirnya paling tidak ada komitmen. Mereka ingin membiayai pembersihan yang telah dibuat sekarang. Tiap-tiap tahun RM5 juta. Minimum dah 2 tahun dia bergerak. Dah ada RM20 juta telah digunakan untuk pembersihan itu paling tidak komitmen yang telah dilakukan dan we wiil explore lagi termasuk dengan format yang sedia ada. Justeru Yang Berhormat, apabila dibangkitkan kenapa syarikat Landasan Lumayan yang nampak tidak begitu berjaya masih lagi membayar peningkatan gaji, ia adalah berdasarkan KPI yang diset oleh MBI. Di antara KPI yang dipertanggungjawabkan kepada CEO berkenaan adalah bukan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata tetapi bagaimana proses pembersihan yang berjaya dilakukan dan diurus tadbir oleh Landasan Lumayan

apabila meningkatkan dari Kelas 3 ke Kelas 5 dan juga...dari Kelas 5 ke Kelas 3 (Maafkan saya).. dan akhirnya juga dapat mencari solusi untuk membangunkan atau pun formula pembangunan walaupun tidak sepenuhnya lagi dibangunkan.

Apa yang saya akui, kalau ada sebarang lagi isu-isu yang berbangkit atau pun hal-hal yang kita dapat ini, kita tidak ada teragak-agak untuk menolak atau pun membatalkan hal tersebut dan mencari pemain-pemain lain terutamanya untuk memastikan projek ini berjaya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri besar dalam perbahasan saya, saya juga membangkitkan berhubung kajian teknikal tanah dan juga risiko projek yang perlu dijalankan oleh LUAS dan juga jabatan-jabatan teknikal yang lain kerana kita tidak mahu projek ini memberikan kesan kepada alam sekitar dan sistem ekologi sungai di dalam negeri Selangor. Maka, apakah dapatan kajian yang telah dilakukan oleh LUAS atau pun jabatan yang berkaitan sebelum projek ini bermula?.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sudah pasti kalau projek pembangunan yang dimaksudkan tersebut kita ada beberapa garis panduan. Garis panduan yang telah ditetapkan oleh PLAN Malaysia sebagai contoh pada tahun 2022-2021 menetapkan beberapa garis-garis panduan untuk pembangunan Tebing Sungai. Kerana melihat pengalaman negara di Korea, dan Yang Berhormat juga telah melihat negara-negara lain membangunkan tebing-tebing sungai walaupun mereka berdepan dengan isu-isu pencemaran dan sebagainya.

Yang kedua, department atau pun jabatan-jabatan yang terlibat sama ada LUAS, Jabatan Alam Sekitar atau pun JPS sudah pasti terlibat kerana kita meletakkan mereka dalam Jawatankuasa Induk SMG yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Infrastruktur supaya laporan-laporan ini semuanya menepati dan meliputi yang saya nak sebutkan. Belum lagi ada apa-apa projek. Sudah pasti semuanya harus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan garisan yang dibenarkan. Tentang pembersihan, saya tidak kira, saya tidak rasa EIA akan mengenakan beberapa syarat kerana kita cuba untuk membersihkan sungai termasuk meletakkan enjin seperti interceptor yang menggunakan kuasa solar bukan satu dan dua kita telah laksanakan. Jadi saya rasa beberapa pertanyaan berkenaan SMG telah saya nyatakan dan saya jelas sekali lagi kita tidak pernah sama sekali kompromi dengan isu dan proses. Kita juga berhati-hati dalam melaksanakan proses agreement dan perjanjian untuk SMG.

Ketiga, kita sedia untuk mempertimbangkan termasuk menolak. Tidak semua yang dicadangkan oleh pihak Landasan Lumayan Berjaya kita turuti kerana kita juga mempertimbangkan kepada nasib dan kehendak Kerajaan Negeri sepenuhnya.

Speaker

Yang Berhormat semua jaga masa, hanya tinggal 19 minit sahaja.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Amboi. Saya terus kepada isu yang dibangkitkan berkenaan dalam belanjawan ini iaitu berkenaan dengan Kompleks Sukan Shah alam. Saya percaya semua tunggu. Kos keseluruhan KSSA dinaikkan. Ini dakwaan yang dibuat oleh pembangkang daripada RM325 juta kepada RM800 juta.

Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2022 dalam pembentangan Letter Of Offer And Letter Of Intent kepada MRCB, saya telah menjelaskan bahawa kos keseluruhan naik taraf yang dibuat oleh Jawatankuasa Pembangunan Stadium Shah Alam yang diketuai oleh Dato Ir. Roslan, bekas pengarah JKR Negeri, bekas pengarah JKR Persekutuan adalah sebanyak RM787 juta. Angka yang disebut oleh Hulu Kelang dalam perbahasan merujuk kepada RM325 juta itu adalah angka yang telah dicapai oleh JKR dan dicatatkan oleh JKR pada tahun 2013 dan 2014. Jadi dengan beberapa peningkatan kos dan sebagainya dan isu-isu yang berkaitan termasuk peristiwa banjir dan juga beberapa isu yang berkaitan kos keseluruhan refurbish dengan i&n atau menaik taraf Stadium adalah bernilai RM787 juta. Lalu ketika pilihan raya dan juga ketika dalam perbahasan ditimbulkan tentang kos nya kenapa naik menjadi RM3.28 bilion. Saya nak maklumkan RM3.28 ini ialah kos keseluruhan kompleks. Kompleks itu yang merangkumi Stadium Melawati, Stadium Shah Alam, hotel, bangunan serta Pusat Stesen Bersepadu dan Pusat Teater yang akan ada dalam cadangan fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 dan pihak Kerajaan Negeri setelah melihat perkara-perkara tersebut masih lagi bertahan dengan pandangan kita bahawa kos stadium tidak boleh melebihi daripada RM800 juta yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Justeru pada ketika ini kita setuju untuk fasa pertama kos ini, iaitu untuk merobohkan stadium ini yang mula telah dihantar Kebenaran Merancangnya pada 15 November lalu oleh MBI selepas proses peralihan tanah kepada MBI diputuskan oleh MMKN pada bulan Oktober yang lepas. Jadi InsyaAllah pada Disember, selepas Mesyuarat OSC akan dilaksanakan proses merobohkan dengan kos sekitar RM30 juta hingga RM50 juta akan dapat dilaksanakan. Dan selepas itu fasa kedua akan bermula untuk menyiapkan stadium dan jalan masuk stadium serta kawasan-kawasan sekitar termasuk projek tebatan banjir kerana di dalam projek ini kita telah menyiapkan 10 ekar lebih kurang untuk projek tebatan banjir dan kolam tebatan banjir yang termasuk dalam perancangan SASUD atau pun perancangan Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara yang diputuskan oleh pihak Persekutuan.

Jadi RM3.28 bilion ini merupakan kos keseluruhan yang belum kita agree, yang basically kita agree setakat ini yang betul-betul ialah proses perobohan dan kita sedang menilai sampai di pertengahan untuk projek pembinaan stadium kerana hasrat kita adalah menggantikan stadium. Saya nak bercakap sikit Yang Behormat ya.. sabar dulu duduk.

Kita nak maklumkan bahawa bila kita lihat Stadium Shah Alam sahaja RM787 juta kita tidak tengok Stadium Malewati tetapi stadium yang akan dibina ini adalah stadium yang akan bercantum atau pun stadium yang akan bergabung dan stadium ini akan boleh digunakan di waktu malam dan siang dan stadium tertutup dan boleh digunakan indoor dan aktiviti-aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Jadi maknanya ini adalah gabungan di antara Stadium Malewati dan Stadium Shah Alam. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, saya nak perbetulkanlah, angka RM350 juta itu saya petik daripada ucapan Dato’ Menteri Besar iaitu pada 17 Mac tahun ini. Ketika Dato’ Menteri Besar menjawab soalan kepada Yang Berhormat Tuan Ronnie Liew ketika itu. Dato’ Menteri Besar yang menyentuh angkanya di muka surat 75. Angkanya terus meningkat daripada RM325 juta, angka terbaru dengan sebab kenaikan harga barangan-barangan mentah dan sebagainya. Kita terpaksa menilai semula untuk baik pulih sahaja nilainya hampir RM800 juta. Jadi kenaikan angka ini bukan saya yang lontarkan. Saya petik daripada ucapan Dato’ Menteri Besar yang mengesahkan ada peningkatan, ada kenaikan daripada RM325 Juta kepada RM800 Juta. Tetapi pada 14 Mac tahun ini juga, Yang Amat Berhormat telah memberikan perincian tentang bentuk-bentuk pembangunan yang akan dicadangkan ketika itulah Yang Amat Berhormat menggunakan angka RM787 juta sehingga RM800 juta. Cuma persoalan saya dalam perbahasan ialah, kalau mengikut cabutan daripada Mesyuarat EXCO- MTES Bil.16/10/2023, angkanya telah melonjak kepada RM3.28 billion. Maknanya daripada bulan Mac tahun ini sehinggalah bulan Oktober dalam tempoh, saya kira 7 bulan, satu peningkatan yang yang terlalu besar. Komponennya ada plot satu, betul stadium utama. Yang ini juga saya bahaskan, mengapa kapasitinya daripada 80 ribu turun kepada 35 ribu hingga 45 ribu sahaja. Kos melonjak, kapasiti hampir 50% dikurangkan. Kemudian ada teater tertutup, kapasiti 8000, ada ruang perniagaan, ada youth wing, ada sports wing. Cuma yang dibuatnya bukanlah Program Tebatan Banjir, hanyalah kolam takungan bawah tanah (JPS).

Maka saya bertanya, pertama mengapa satu lonjakan yang begitu besar dalam tempoh lapan (8) bulan? Apakah tidak ada perancangan sebelum ini, sedangkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat sebelum ini pun, telah mengenal pasti bahawa projek ini, pembangunan ini bukan sahaja melibatkan kompleks sukan tetapi juga plan mitigation, mengapa tidak dirancang lebih awal. Yang keduanya persoalan saya ialah, apakah tanah-tanah ini sudah dikenal past?. Ini saya dah tanya berulang kali, Yang Amat Berhormat telah menjawab pada 13 Mac, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan stakeholders, pihak-pihak yang terlibat, yang dicadangkan di Daerah Klang dan Hulu Selangor. Tetapi sehingga hari ini Dewan tidak dimaklumkan tanah mana, plot mana, keluasan mana dan apakah kaedah pembiayaan, sebab RM3.82 bilion satu jumlah yang besar. Apakah nilai tanah di Shah Alam sekarang ini, di tapak yang sedia ada itu, cukup untuk membiayai, sudah tentu tidak. Maka perbezaan itu akan dilakukan kaedah land swapping dan di mana tanah

tersebut? Jadi perkara-perkara ini perlu dibentangkan, supaya Dewan dapat maklumat yang tepat. Yang ketiga, Yang amat Berhormat ada sebut tadi tentang kebenaran merancang. Sekali lagi selepas Pilihan Raya, Yang Amat Berhormat buat kenyataan yang kedua sebelum itu kata bulan 10, selepas Pilihan Raya, kata bulan 11. Sekarang sudah penghujung bulan 11, sekarang sebut kebenaran merancang telah dikemukakan. Apakah dalam tempoh sebulan boleh dapat kelulusan? Jadi perkara-perkara ini banyak menimbulkan banyak tuntutan untuk penjelasan yang lebih rapi dan tertib dalam Dewan ini. Terima kasih Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sekali lagi RM325 juta yang dikutip oleh Yang Berhormat dalam hansard itu bukan angka yang saya dapat daripada langit tetapi iaitu angka yang telah dibuat oleh Menteri Besar yang ke-8 sebelum ini, eh 8 pula yang ke-16, 15? Yang ke-14 sebelum ini yang menyebutkan bahawa itu angka yang telah ditetapkan oleh JKR. Saya masih ingat angka itu kerana saya merupakan Pengerusi DEFM dan saya terlibat dalam proses penilaian dan pengambilan semula pentadbiran Stadium Shah Alam. Dan angka 787 itu adalah untuk menaik taraf Stadium Shah Alam sahaja. Dan sebab itu saya sebutkan untuk naik taraf stadium sahaja kita retained di antara RM700 hingga RM800 juta dan kita tidak akan berubah. Tetapi konsep pembangunannya juga sedikit berubah kerana sebelum ini konsepnya adalah land swapping kepada tanah-tanah keseluruhan 172 ekar. Maknanya dia hanya akan buatkan stadium, laluan masuk dan mungkin ada kawasan lapang dan sebagainya dan lain-lain itu akan diberikan ruang kepada pihak pembangun atau pemaju membangunkan ikut kapasiti dan pembangunannya. Sebab itu kita mengalihkan perobohan perlu dilakukan kerana kita perlu mengalihkan bangunan tersebut, mengelakkan daripada bangunan dan kawasan-kawasan itu jauh daripada kawasan lapangan terbang dan yang kedua, nanti kejap eh, duduk kejap.

Dan yang kedua adalah berkenaan dengan kedekatan dengan stesen LRT yang akan siap menjelang tahun 2025 atau tahun 2026. Jadi secara keseluruhannya bila konsepnya sedikit berubah, di mana kita juga menyedari bahawa pembinaan stadium bukan hanya membina stadium bersih, ada dua lagi isu. Iaitu trafik ataupun kesesakan lalu lintas dan juga isu banjir. Justeru tanah yang telah disiapkan itu akan jadi kerjasama projek dengan Federal ataupun pihak SASUD di pihak MBSA untuk disiapkan dan kita kurangkan tanah itu 10 ekar untuk kolam takungan yang akan disiapkan untuk mengelakkan isu banjir, menaikkan tapak stadium tersebut supaya stadium itu tidak berdepan dengan masalah banjir pada masa hadapan dan membina komponen-komponen yang disebutkan sedikit sebanyak hotel dan sebagainya. Jadi kemudiannya hotel dan kawasan-kawasan komersial itu semua akan diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri, diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri. Kalau dulu ia diuruskan dan dimiliki oleh pemaju kali ini diserahkan balik. That value sudah pasti bernilai kepada nilai-nilaian yang saya tiada angkanya, tapi saya boleh berikan kepada Yang Berhormat. Sebab itu, angka itu berubah kepada RM3.2 bilion yang mana kita tidak terima keseluruhan lagi kita masih terima perobohan dan juga pembinaan sebagai asas kerana kita ingin stick kepada RM800 juta baru kita akan pertimbangkan

pasal projek itu nak diteruskan pembinaan ataupun tidak kerana pembinaan itu akan melitupi park akan meliputi kawasan taman, taman-taman yang boleh menjadi taman awam. Itu yang pertama.

Yang kedua, sabar sikit, yang kedua, proses untuk menaik taraf ataupun merobohkan sebenarnya memang kita jangkakan pada bulan 10 dan beralih kepada bulan 11. Ia bertukar ataupun tak berganti kerana proses peralihan tanah. Tanah itu masih lagi milik Kerajaan Negeri belum diserahkan kepada MBI dan selepas tanah itu diserahkan kepada MBI, yang telah yang telah diputuskan oleh MMKN pada bulan Oktober dan kita minta tunggu OSC yang akan bersidang sebaik daripada sidang ini tamat untuk proses perobohan bermula.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya melihat perbincangan kita semakin lama semakin complicated tentang Kompleks Sukan Shah Alam ini. Jadi saya ingin melihat secara dengan lebih mudah sebab tadi daripada penjelasan Yang Amat Berhormat ia seakan-akan memperlihatkan projek ini dia ada banyak fasa dan antara yang kita nak buat urgent sekarang ini ialah proses perobohan. Saya nak tahu sebab antara soalan saya dalam soalan bertulis saya, ialah tentang senarai tanah-tanah yang akan di swap sebagaimana yang ditanyakan oleh Hulu Kelang. Kenapa asasnya ialah kerana dari situ yang akan datang pembiayaan untuk kita meroboh, membina dan sebagainya. Persoalan saya sekarang ini ialah dalam keadaan Dato’ Menteri Besar telah nyatakan bahawa kerajaan dah bersetuju, sekarang ini kita nak roboh dulu.

Pertama, dari manakah datang pembiayaannya? Kedua, apakah ianya akan melalui dua proses yang berbeza ataupun dua fasa yang berbeza? Maksudnya roboh dan kemudian baru kita bina? Sebab sekarang ini tanah-tanah belum dikenal pasti hasil daripada jawapan yang diberikan kepada saya disebut bahawa mekanisme timbal balik melalui kaedah-kaedah yang bersesuaian akan diperincikan dengan teliti dan sebagainya. Maksudnya belum lagi diputuskan. Jadi pertama, siapa yang akan biaya sebenarnya proses untuk perobohan ini? Kedua, apa jaminan semua perkara-perkara ini boleh diselesaikan? Sebab saya rasa kebimbangan Rakyat Selangor mudah je, jangan sampai nanti stadium dah roboh, kemudian stadium yang baru tak dibangunkan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Setakat ini saya boleh maklumkan kita telah kenal pasti 19 plot tanah valuenya sekitar RM360 juta. Jadi untuk proses perobohan tak sampai pun RM100 juta. Saya percaya pembayaran untuk proses itu boleh ditetapkan, kita sedang kenal pasti beberapa keping tanah lagi termasuk di beberapa lokaliti yang kita nak unlock segera dan saya percaya kita boleh dapat capai minimum RM800 juta untuk kita swap dalam masa terdekat.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Amat Berhormat..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Lepas proses perobohan juga akan proses ? ataupun proses berbulan-bulan, banyak masa tak sempat ni. Nanti kita akan dapat laksanakan. Dapat kita kenal pasti 19 keping valuenya dalam RM360 juta. Itu yang telah ada dan sedang dalam perbincangan dengan pihak pemaju.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Amat Berhormat, sikit. Sebab itu yang saya tanyakan tadi. Apakah kita nak selesaikan dulu untuk mengenal pasti tanah-tanah ini, supaya nilainya mampu untuk kita roboh dan kita bina ataupun kita nak kenal pasti, kita mampu roboh sahaja dulu, kemudian baru kita nak cari lagi pembiayaan baru untuk kita bina. Itu yang saya katakan tadi, rakyat Selangor bimbang jangan sampai nanti stadium roboh, tiba-tiba kita gagal kenal pasti dan kita tak boleh bina. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih saya tak nak mendahului keputusan telah dibuat diperingkat MMKN. Tetapi saya percaya kita ingin siapkan juga walau bagaimana pun menjelang 2026 atau 2027. Dia akan mula, perobohan akan dimulakan. Penggantian tanah, kalau kita perlu bayar, kita akan cari wang dan juga hasil yang ada kita boleh bayar daripada masa ke semasa untuk tunaikan. Tapikan saya rasa dah panjang dah ni. Jadi calon Shah Alam, kalah tak sempat nak bangkitkan isu ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu lagi...

Speaker

Masa..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu lagi yang MMKN perlu buat keputusan dalam surat Berjaya ini saya balik pada SMG. Dalam surat Berjaya...

Speaker

Dah lepas dah..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dah habis dah..dah habis dah Hulu Kelang.

Speaker

Boleh pendekkan, ringkaskan, ringkaskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu.

Speaker

Sila ringkaskan

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Berjaya ada memohon supaya tanah-tanah MBI di cagarkan kepada bank untuk tujuan pembiayaan. Apakah

Kerajaan Negeri membenarkan tanah-tanah MBI ini di cagarkan di bank untuk tujuan pembiayaan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Setakat ini yang kita setuju tanah milik MBI, mereka nak majukan, mereka bayar premium. That means, tanah tu milik mereka lepas tu mereka nak charge ke, choose ke dengan bank terpulang pada mereka. But they have to pay jumlah yang sedia ada.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah Yang Amat Berhormat. Ok Yang Amat Berhormat, sikit je sikit. Stadium Shah Alam ini penting Yang Amat Berhormat. Sikit Yang Berhormat.

Speaker

Bagilah Yang Berhormat...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak tanya Yang Berhormat, soal stadium.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dah, dah panjang panjang panjang.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Amat Berhormat ini amat penting...

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dah panjang, panjang, panjang. Apa lagi? Dah jelas tadi. Apa lagi?

Speaker

Taman Medan, minta ada laluan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Masa soal jawab esok boleh jawab.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh, boleh, boleh saya tanya? Boleh saya mencelah?

Speaker

Tiada laluan, tiada laluan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Masa, masa.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak tanya macam ini sebab...

Speaker

Taman Medan, tiada laluan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

waktu stadium Shah Alam ini di bina, tahun..

(Dewan riuh)

TUAN SPEAKER

: Taman Medan tiada laluan, Sungai Tua. Dato’ Menteri Besar teruskan. Taman Medan tiada laluan. Taman Medan tiada laluan sila duduk. Taman Medan sila duduk, saya tidak beri laluan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Amat Berhormat tengok Stadium Larkin....

Speaker

Taman Medan sila duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab tu saya nak tanya soalan...

Yang Amat Berhormat tak bagi.

Speaker

Taman Medan tidak diberikan laluan, sila duduk.

Standing Order, Peraturan Mesyuarat.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Duduk, duduk, duduk. Jangan bazirkan masa.

Taman Medan dahla, Taman Medan kan dah kalah kat Shah Alam. Duduk Taman Medan.

Speaker

Taman Medan duduk, duduk. Tiada laluan. Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kejap, kejap, kejap. Adakah Kerajaan Negeri bila nak serah tanah kepada MBI...mendapat daripada pemaju...

(Dewan riuh)

Speaker

Taman Medan duduk, duduk. Tiada laluan. Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.

Duduklah Taman Medan.

Speaker

Duduk, duduk, tiada laluan, Sungai Tua teruskan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Memandangkan masa dah tak sempat, kita boleh tengok nanti di peringkat jawatankuasa. Masa dah pukul 1, Taman Medan ini nama sahaja Yang Berhormat, bila saya tak benarkan, duduklah. Saya tadi dah jawab beberapa isu tentang stadium tapi yang terakhir, minta lah masa kecederaan sikit sebab banyak orang bertanya, adalah berkenaan dengan AORB. AORB saya jelaskan AORB, jangan marah, sabar, sabar...

Speaker

Sungai Tua, teruskan. Sungai Tua Teruskan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Shhhh...shhhhh. Sabar, okay kejap, kejap, kejap..

Speaker

Sungai Tua, teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab itu Dato’ Menteri Besar, Dato Menteri Besar kena kawal EXCO Kerajaan Negeri.

Speaker

Tak apa, tak apa Sungai Tua.. teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan benarkan Sekinchan merapu dalam Dewan ini, sepatutnya masa banyak diberikan kepada Menteri Besar. Supaya Menteri Besar diberikan ruang sepenuhnya untuk menjawab soalan-soalan Ahli Dewan Negeri.

Speaker

Tak apa, Hulu Kelang duduk.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sekinchan, merapu dalam Dewan ini.

Speaker

Hulu Kelang duduk. Sungai Tua perlu Gulung. Sungai Tua teruskan, teruskan. Dato Menteri Besar teruskan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ini last ya, last. Mengenai AORB yang mengatakan bahawa Alpha Ocean Resources adalah sebuah syarikat yang dibincangkan secara direct nego dan pelbagai kedudukan kewangan. Saya nak jelaskan, hanya tiga player utama berkenaan dengan pengurusan ikan tuna yang berada di Malaysia. Dan salah satu daripada syarikat itu ialah AORB. Dan mengikut kepada tiga, ketiga-tiga syarikat yang ada di dalam Malaysia ini, AORB mempunyai kedudukan dan juga track record yang paling kukuhberbanding dengan syarikat-syarikat lain. Jadi sebenarnya kita membuat penilaian ini kerana mendapat maklumat, bukan dan juga membuat penilaian hanya tiga saja dan AORB adalah salah satu daripadanya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, saya bangkitkan isu AORB, saya cadangkan beginilah.. elok Dato’ Menteri Besar berbincang dengan EXCO Sungai Air Tawar kerana dia ada banyak maklumat tentang AORB yang dia bincang saya di luar Dewan semalam. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak apa, tak apa. Itu baru peringkat awal MOU. Nanti saya akan bincang.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ini perbincangan yang baik-baik sahaja ya Hulu Kelang. Jangan salah faham.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Jadi dah banyak benda dah saya terangkan berkenaan dengan isu-isu tanah. Banyak Sijangkang pasal tanah ini, pasal layan Ketua Pembangkang, Sijangkang punya tak dapat, tak sempat jawab. Kita dah pukul 1 ini saya akan nyatakan dengan banyak. Jadi akhirnya insyaAllah, sebagaimana doa yang saya bacakan nabi Ibrahim ketika membentangkan, kita harapkan bahawa negeri kita ini, mencapai negeri yang aman.

Dan sebenarnya, apa yang terakhir yang saya nak sebut berkenaan dengan Sungai Burong. Kenapa 16, 17 juta itu? Saya nak sebutkan, bukan kita taknak kutip. Itu adalah premis-premis yang tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau premis-premis itu kita bagikan atau kita kutip cukainya, maknanya seolah-olah kita mengiktifraf kewujudan mereka. Ada dua pandangan LA. LA Negeri menganggap bahawa tidak wajar untuk kutip. LA Audit, mengajak kita perlu kutip. Sebab itu 16 juta itu tidak dikutip. Tapi yang pentingnya bagi saya, Pihak Berkuasa Tempatan kena ambil tindakan terhadap operasi-operasi premis-premis yang tidak ada CF, premis-premis ini untung kita tidak dapat sebab nilai 16, 17 juta itu bukan tidak dikutip sengaja tetapi kita tidak boleh mengutip kerana kita seolah-olah memberi pengiktirafan kepada premis-premis yang tidak bertanggungjawab. Jadi saya ucap terima kasih banyak-banyak, insyaAllah saya ucap terima kasih juga atas perbincangan kita dan juga atas penggulungan. Ada banyak perkara berkenaan tanah, nanti saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat. Insyaallah. Semoga negeri ini menjadi sebuah negeri yang Baladan Aaminan, sebuah negeri yang aman dan juga sebuah negeri yang diberikan rezeki bukan sahaja kepada mereka yang beriman kepada hari akhirat dan juga pada hari kiamat, tetapi juga mereka kepada semua yang tinggal disini sebagaimana doa Nabi Ibrahim ketika membuka kota Mekah. Semoga semua merujuk kepada data-data dan maklumat yang diberikan, jangan ambil sebahagian-sebahagian. Kalau nak perlu refer corporate lawyer, boleh refer Selat Klang, Yang Berhormat. Tak perlu refer Lawyer SPRM.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibacakan Kali Yang Kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Lebih bersuara bersetuju, Dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan waktu telah pun menunjukkan pukul 1 petang, maka Dewan ini perlu ditangguhkan dan akan disambung semula pada pukul 2.30 petang ini. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera, selamat petang. Kita mempersilakan Setiausaha Dewan.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Timbalan Speaker

Mempersilakan Sekinchan. Pandan Indah, silakan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan di bawah Peraturan Tetap 66(3) untuk menimbangkan Rang Undang-Undang ini Fasal demi Fasal.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan.

(Bentara Menurunkan Cokmar)

Pengerusi

Setiausaha Dewan, silakan.

Setiausaha Dewan

Jadual B. 1 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, RM120,593,400.00 (Satu Ratus Dua Puluh Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Tiga Ribu Empat Ratus)

Pengerusi

Jadual B. 1 – iaitu wang sejumlah RM120,593,400.00 (Satu Ratus Dua Puluh Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Tiga Ribu Empat Ratus) untuk kepala B.1 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker... eh.. Tuan Pengerusi, saya.. belum lepas lagi, sebab tu saya bangun lebih awal. Cuma amalan biasa, Tuan Pengerusi akan membuka untuk perbahasan sebelum diluluskan. Jadi saya dah bangun awal tadi. Saya tidak diberikan laluan untuk perbahasan. Sebab itu Setiausaha Dewan cuba memberikan isyarat kepada Tuan Pengerusi supaya membuka untuk perbahasan.

Pengerusi

Kita ada selepas ini, mungkin kita bagi ruang kepada Pembangkang untuk ini.

Setiausaha Dewan

Jadual B. 2 – Pelbagai Perkhidmatan, RM62,870,000.00 (Enam Puluh Dua Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu).

Pengerusi

Silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran 505000, kod objek sebagai 42000, iaitu Invest Selangor Berhad ataupun ISB, yang diberikan peruntukan sebanyak RM10 juta, bagi tahun 2024.

Seperti yang Tuan Pengerusi sedia maklum, kalau kita lihat peruntuk pada tahun 2023, sejumlah RM8 juta dan pada tahun hadapan dicadangkan tambahan sebanyak RM2 juta lagi. Dan inilah yang saya pernah cadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan Negeri terus mendukung peranan Invest Selangor, supaya Invest Selangor ini, bukan sahaja menjadi ajen, satu ajen promosi untuk menarik pelaburan-pelaburan ke dalam Negeri Selangor, tetapi juga Invest Selangor memerlukan dukungan supaya mereka juga dapat memimpin dan membimbing khususnya PMKS dalam Negeri Selangor ini, supaya mereka juga terlibat dalam program-program untuk meningkatkan kapasiti syarikat-syarikat yang berkenaan, khususnya peralihan

kepada automasi dan juga digitalisation. Dengan tujuan PMKS di dalam Negeri Selangor ini dapat dijadikan sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan di kalangan syarikat-syarikat gergasi yang melabur di Negeri Selangor. Jadi persoalan saya, apakah tambahan RM2 juta ini mencukupi untuk meningkatkan lagi peranan Invest Selangor supaya lebih efektif.

Yang keduanya, saya juga ingin merujuk kepada butiran 505000, kod yang sama, 42000, iaitu Media Selangor Sendirian Berhad, yang diperuntukkan sejumlah RM8.07 juta. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang peranan Media Selangor ini, sebagai sebuah media yang memberikan maklumat kepada rakyat Selangor. Saya berharap Media Selangor dapat berlaku adil memberikan maklumat-maklumat yang khususnya dalam perbahasan di Dewan Negeri ini. Kerana saya lihat, Media Selangor lebih tertumpu kepada satu-satu kumpulan sahaja dan tidak memberikan liputan yang adil kepada semua pihak dalam memberikan gambaran tentang perjalanan sidang Dewan ini. Sedangkan, peruntukan yang diberikan pada tahun 2024 ini, ada peningkatan daripada RM7.5 juta kepada RM8.07 juta. Jadi inilah dua butiran yang ingin saya dapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri, supaya peruntukkan yang diberikan ini, dapat benar-benar dimanfaatkan dan dapat mencapai hasrat yang telah digariskan. Terima kasih.

Pengerusi

Saya minta, kalau ada maklum balas daripada pihak kerajaan dengan persoalan yang dibawa oleh Hulu Kelang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita mengambil maklum apa cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, tentang Invest Selangor. Memang kita ada peningkatan, penambahan dari segi belanja mengurus ini, kerana kita nak memperkasakan Invest Selangor supaya lebih luas partisipasinya dalam membawa menarik pelabur datang ke Negeri Selangor. Tentang Media Selangor itu, kita sebenarnya berlaku adil, cuba berlaku adil untuk memberi peluang. Tapi tentulah dasar-dasar kerajaan itu perlu di ketengahkan lebih banyak dalam menguruskan media. Terima kasih. Akan diambil pertimbangan semuanya.

Pengerusi

Jadual B.2 – iaitu wang sejumlah RM62,870,000.00 (Enam Puluh Dua Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Ribu) untuk Kepala B.2 Pelbagai Perkhidmatan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DI PERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.3 – Dewan Negeri Selangor, RM32,794,300.00 (Tiga Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Tiga Ratus).

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkit B 03, Pejabat Dewan Negeri Selangor butiran 506000, kod 20000, perkhidmatan perbekalan, mengenai program yang pernah dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu iaitu program ADN muda yang saya difahamkan telah di tiadakan beberapa tahun ke belakangan ini, yang mana pada hemat saya wajar, pejabat Dewan menganjurkan semula, kerana dia merupakan program yang penting, menarik dan signifikan kepada pembentukan ADUN-ADUN, bakal-bakal ADUN, ataupun orang-orang muda dalam program sedemikian. Saya mengambil contoh ADN-ADN kita ini, sebahagian telah melalui program ADUN-ADUN muda, akhirnya bertanding, menang pilihan raya. Menunjukkan bahawa program ini sangat berkesan dan ditiru oleh beberapa negeri yang lain. Saya mohon mencadangkan supaya dalam bajet RM9.94 juta yang diberikan kepada Dewan Negeri ini, diberikan satu juga peruntukan untuk program ADN muda. Yang kedua, Tuan Pengerusi, saya nak bercakap tentang kemudahan permaidani di surau-surau dalam kawasan Dewan Negeri. Saya melihat permaidani yang ada itu, dipasang tahun 2014 yang lalu, yang dibantu pemasangannya oleh ADUN Bangi dulu. Sampai sekarang masih menggunakan karpet yang sama, permaidani yang sama. Saya melihat dah keras, memerlukan kepada penggantian. Saya mohon dalam bajet diberikan kepada Dewan Negeri Selangor ini, diberikan satu peruntukan untuk mengganti permaidani Dewan Negeri Selangor. Terima kasih. ,Pengerusi.

Pengerusi

Terima kasih. Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya juga merujuk kepada butiran 506000, Pengurusan Dewan Negeri, kod 20000, Perkhidmatan dan Bekalan yang diperuntukkan sejumlah RM6.9 juta bagi tahun 2024. Perkara yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kemudahan yang disediakan untuk Pejabat Ketua Pembangkang. Ini kebetulan Dato’ Menteri Besar pun ada di sini, mungkin satu hari nanti beliau juga berada di situ, jadi saya ingat, eloklah kita siapkan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian dengan peranan pembangkang. Hari ini, eh.. nanti la dulu, baru mula.. selepas ini..

Pengerusi

Bagi Hulu Kelang dulu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

.. ini saya tanya soalan, bukan berbahas. Jadi Tuan Pengerusi, saya lihat, penyertaan Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional hari ini sudah meningkat daripada 5 kepada 22. Jadi ini satu jumlah yang cukup signifikan. Kalau berbanding dengan backbenchers, kami hampir sama. Backbenchers berjumlah 24, dan kami berjumlah 22, kurang 7 kerusi sebelum kami beralih ke sebelah sana. Jadi saya harap, kemudahan-kemudahan yang disediakan ini, lebih bersesuaian dengan peranan semak dan imbang yang akan dimainkan oleh pihak pembangkang. Tapi malangnya pejabat Ketua Pembangkang hari ini, tidak dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian. Saya berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kerana dia telah menyediakan sebuah

kenderaan baru untuk Ketua Pembangkang. Tidak.. Camry sahaja, bukan Mercedes.. tidak..tidak... sama Saya ucapkan terima kasih. Tetapi bagi saya itu bukan yang kita berikan keutamaan. Saya telah membuat keputusan untuk tidak menerima kenderaan Ketua Pembangkang, dan saya telah menyerahkan balik kepada Kerajaan Negeri. Apa yang saya perlukan ialah kemudahan-kemudahan di pejabat Ketua Pembangkang, seperti fotostat mesin, seperti printers, komputer, kerana ini dapat membantu Ahli-ahli Dewan Negeri untuk berfungsi dengan lebih efektif sebagai blok semak dan imbang.

Yang keduanya, saya kira yang diperlukan oleh Dewan Negeri Selangor ialah researchers yang dapat membantu Ahli-ahli Dewan Negeri ini. Kerana sebahagian besar daripada Ahli Dewan ini adalah Ahli-ahli Dewan Negeri yang baru dipilih. Sama ada di belah kerajaan mahupun di belah pembangkang. Ada baiknya, Dewan diberikan sokongan dengan peruntukan yang lebih, supaya kita dapat melantik researchers yang lebih ramai, untuk membantu Ahli-ahli Dewan Negeri melakukan kajian-kajian, supaya perbahasan mereka ini, dapat dimanfaatkan oleh Dewan Negeri dan Kerajaan Negeri juga dapat memberikan bantuan bagi memastikan perbahasan dan perbincangan kita berasaskan kepada data statistik, fakta yang membantu Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri yang kita sayangi bersama ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Terima kasih. Bukit Gasing, ada...

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya nak bertanya kepada Hulu Kelang, dua perkara. Soalan pertama,

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dah habis perbahasan..

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tak apa, boleh mencelah saya, kalau nak menjawab, kalau tak nak jawab, tak apapun..

Pengerusi

Okey, cepatkan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan pertama, Pejabat Speaker sudah ada researcher, ada tak pihak pembangkang sudah mula utilized dengan izin researcher- researcher ini?. Yang kedua ada tak Hulu Kelang kesal semasa beliau Menteri Besar tidak menyediakan kemudahan-kemudahan ini yang sekarang diminta. Saya cuma curious...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh saya jawab

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya membenarkan dia celah dan jawab.

Pengerusi

Ini bukan perbahasan Bukit Gasing sudah, sudah ke belum?.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Pengerusi oleh kerana ...

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya berdiri.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Speaker.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia lebih yakin dengan kepada saya untuk memberikan jawapan, jadi berilah peluang kepada saya untuk berikan jawapan. Maknanya dia tak yakin dengan Menteri Besar untuk memberikan jawapan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tidak betul, tidak betul.

Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab itu jangan cucuk saya, cucuk saya, saya bangunlah.

Pengerusi

Hulu Kelang, terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih?

Pengerusi

Dah ke belum lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum. Saya belum jawab lagi. Semasa saya berada di sana pun saya telah saya telah memberikan perhatian supaya peranan Dewan Negeri Selangor ini betul-betul satu peranan yang cukup efektif. Soal researchers itu juga saya bangkitkan. Saya tidak kata sekarang ini tidak ada, ada. Sebab itu dalam perbahasan saya, saya minta ditambah kerana sudah ramai Ahli Dewan Negeri Pembangkang daripada 5 menjadi 22. Sudah pastinya..

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tetapi saya tanya dah mula gunakan khidmat mereka?.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya kita gunakan tetapi saya kira ada baiknya kalau dalam bidang-bidang tertentu itu kita ada researchers dalam bidang green technology, dalam bidang inovasi, dalam bidang industri supaya kajian itu dapat dimanfaatkan oleh Ahli Dewan Negeri. Tentang alat-alat yang lain, mereka terpaksa ambil daripada ICT Dato’ Menteri Besar, hari pertama saya masuk saya tak ada photostat machine, saya tak ada printers, diberikan yang lama itu pun daripada ICT, saya bincang dengan ICT, dia bagi yang lain, hari ini rosak lagi. Jadi kalau...

Pengerusi

Timbalan Speaker pun sama.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Benda ini tak rosak, saya ingat perbahasan saya lebih mantap Tuan Speaker, Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Timbalan Speaker pun dapat yang sama juga.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu pun tak lengkap dah menggemparkan Dato’ Menteri Besar dan Dewan Negeri. Jadi kalau peralatan ini lengkap saya percaya saya dapat membantu perbahasan kita dalam Dewan Negeri. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Terima kasih Hulu Kelang. Saya bagi Kajang sekejap ya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya belum habis lagi. Saya bagi laluan tadi. Saya belum habis lagi. Jadi kesimpulannya selepas.

Lawan Timbalan Speaker, Kajang.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Lawan Timbalan Speaker saya cuma, relax Kuang.

Pengerusi

Tak apa teruskan Y.B. Bukit Gasing tetapi cepatkan ya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Kalau nak bercakap boleh bangun boleh tekan mic, minta laluan.

Pengerusi

Bukit Gasing teruskan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ok saya cuma nak simpulkan, saya tanya soalan yang mudah tetapi tak berani jawab. So itu sahaja saya memang menyokong usaha-usaha untuk kita mantapkan Dewan ini. Kedua-dua pihak BBC dan pembangkang harus mendapat resources yang secukup-cukupnya untuk membantu kami melaksanakan tugas dan boleh jugalah bagus jugalah kalau Hulu Kelang boleh mengaku semasa dia Menteri Besar dia tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Itu sahaja yang saya ingin ucapkan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 50500 merupakan butiran melibatkan, belum sampai lagi?

Pengerusi

Sekarang ini B3.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Inilah sebab researchers tak cukup. Bila tak cukup inilah berlaku.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Ini bukan, jangan ini silap, silap baca ini.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ini ADUN baru, Hulu Kelang dah berpenggal-penggal, ini ADUN baru, pihak Perikatan pun ramai ADUN baru kita bagi chance ini.

Pengerusi

Ok Bukit Gasing terima kasih, kita minta kalau ada maklum balas daripada pihak kerajaan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin ambil maklum tentang Kerajaan nak ambil maklum tentang apa isu yang ditimbulkan oleh Sungai Ramal tentang ADUN MUDA dan sebagainya. Tetapi Sungai Ramal isu yang dikatakan ADUN MUDA itu sebenarnya dalam pembangunan ini pengurusan. Jadi saya rasa itu tak tepatlah untuk bangkitkan isu ini sebab itu dalam peringkat pembangunan ya. Baik, tetapi ADUN MUDA tak apalah nanti itu akan kita cuba lakukan kepada Speaker dan sebagai, Speaker yang baru dia tahulah bagaimana untuk mengatur langkah dan strategi dan seterusnya tentang Hulu Kelang daripada Ketua Pembangkang yang prihatin. Memang kemudahan untuk pembangkang saya sokong, bukan 100 % saya sokong 101 % kita memperkasakan peranan Ketua Pembangkang.

Daripada dulu pun Kerajaan Negeri, mana ada satu Kerajaan Negeri di Malaysia ini yang letak Ketua Pembangkang diiktiraf satu, kedua diberikan elaun tambahan, kereta lagi, kemudahan pejabat lagi semuanya akan kita beri. Namun, tadi kita dengar Ketua Pembangkang kita bagi kereta walaupun Camry, bukan Mercedez, tetapi Ketua Pembangkang tak nak pakai. Itu juga satu pembaziran. Sepatutnya mungkin Ketua Pembangkang ini tauke besar dia tak nak pakai tetapi kalau pakai lagi baguslah. Sebab kalau tak pakai kita dah sediakan nanti lama-lama kereta rosak juga ya. Ini satu pembaziran. Baik, untuk kemudahan pejabat, mesin fotostat saya minta pihak kerajaan kita akan teliti dan saya yakin Tuan Speaker, pejabat Tuan Speaker akan selaraskan Pejabat Dewan akan selaraskan. Ini semua bisa diatur. Beres. Bisa diatur. Ya pasti, sebab kita nak pastikan Ketua Pembangkang betul-betul, betul-betul boleh berperanan, dia kata menggemparkan, biar gempar seluruhnya pun tak apa ya. Terima kasihlah saya rasa itu respons daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih wakil kerajaan. Saya teruskan nanti kemudian. Jadual B.3 - iaitu wang sejumlah RM32,794,300.00 (Tiga Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Tiga Ratus) untuk Kepala B.3 Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI. Seterusnya.

Setiausaha Dewan

Jadual B.4 – Perbendaharaan Negeri, RM68,675,000.00 (Enam Puluh Lapan Juta Enam Ratus Tujuh Puluh Lima Ribu).

Pengerusi

Hulu Kelang lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Pengerusi saya merujuk kepada Butiran 536000 – Pengurusan Hasil di bawah Kod 50000 – Perbelanjaan-perbelanjaan lain yang dicadangkan jumlahnya RM8.3 juta. Bolehkah saya mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri di bawah B.04 – Perbendaharaan ini, apakah butiran? Kerana tidak dinyatakan di sini perbelanjaan-perbelanjaan lain dengan jumlah RM8 juta. Itu satu jumlah yang cukup besar. Jadi bolehkah Y.A.B. Dato’ Menteri Besar ataupun EXCO Kerajaan ingin membantu kami untuk memberikan dan mencerakinkan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berjumlah RM8.3 juta bagi Tahun 2024 ini.

Pengerusi

Maklum balas daripada pihak kerajaan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Perbelanjaan yang disebut oleh Hulu Kelang. Terima kasih Hulu Kelang. Ia adalah berkenaan dengan pulang balik hasil, hasil negeri yang perlu didapatkan daripada pinjaman, daripada hasil-hasil yang perlu dikutip sebab itu angka yang diperuntukkan itu adalah besar untuk kutipan pulang balik hasil negeri.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Apakah ini tunggakan yang belum dikutip oleh Kerajaan Negeri?.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ini bukan tunggakan, ini kadang-kadang ia melibatkan deposit Yang Berhormat dan juga kadang-kadang bayaran lebihan. Sebab dalam suatu-suatu tindakan sebagai contoh Pengurusan Hutan, apabila mereka ingin membuat sesuatu jajaran baru terhadap alignment, grid dan sebagainya kita letakkan satu deposit tertentu dan kadang-kadang kita kena pulang balik disebabkan oleh bayaran itu selepas dikira betul-betul jumlah pokok yang diguna, kawasan yang diguna dan sebab itu kita allocate ataupun kita siapkan peruntukan yang RM8.3 juta ini adalah untuk pulangan balik hasil. Maknanya hasil-hasil yang kita dah dapat tetapi perlu dipulangkan semula, kadang-kadang untuk deposit, kadang-kadang dalam bentuk bayaran terlebih yang harus kita pulangkan semula. Terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih Dato’ Menteri Besar.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pegawai Kewangan nak beri jawapan tambahan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dia timbal balik juga, kadang-kadang yang orang yang terlebih bayar dia ingin pulang balik dan yang kita lebih bayar pun kita pulang balik. Tapi basically adalah pulang balik hasil yang saya sebut tadi contoh deposit, contoh-contoh adalah bayaran premium. Kadang-kadang premium kadang-kadang dia meliputi kawasan yang selepas ukur halus ada pengurangan terhadap jumlahnya dan ia perlu dipulangkan balik walaupun kadang-kadang kita convert dalam bentuk bayaran cukai mereka untuk tahun-tahun tertentu. Ini biasa kerana satu-satu kelulusan tanah sebagai contoh Yang Berhormat sendiri faham bahawa kadang-kadang kita ambil ukur kasar, bila ukuran halus ada lebih dan kurang tetapi biasanya terlebihlah dan terlebih itu yang memerlukan mereka membayar balik ataupun kadang-kadang kita kena bayar balik. Tapi basically the deposit itu adalah pulang balik hasil kita yang kita kutip,dan kita pungut dan kita pulangkan balik kepada mereka.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Pengerusi, saya nak tanya soalan tambahan kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, saya percaya bila diletakkan angka RM8.3 juta ini pastinya Kerajaan Negeri telah pun menyenaraikan pihak-pihak yang akan menerima bayaran ini ataupun jumlah yang akan diterima oleh Kerajaan Negeri. Jadi mungkin tidak petang ini, sekiranya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar boleh membantu saya supaya diberikan secara bertulis dalam minggu pertama sidang tahun depan kalau boleh secepat mungkin tentang senarai penerima-penerima RM8.3 juta ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Insya-Allah saya akan list kan, cuma saya nak bagi contoh yang lebih jelas, sebagai contoh kita ada Dasar 100 hari ya. Dasar 100 hari itu kita tetapkan pembayaran dalam bentuk deposit 150 % daripada anggaran sebenar dan ini adalah contoh-contoh tak banyak sebenarnya take out untuk kes-kes ini kerana ini adalah untuk developer ataupun pemaju-pemaju yang ingin cepat dan itu kita nak percepat kan proses, bila tanah selesai mereka boleh segera mohon untuk perintah KM ataupun development order. So ini ialah contoh yang realistik yang saya sebutkan tadi TNB antaranya, TNB biasanya dia akan kenakan deposit tetapi tak apalah PWN ataupun Pegawai Kewangan Negeri akan siapkan list kepada Y.B. Ketua Pembangkang. Terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih Y.A.B. Dato’ Menteri Besar. Jadual B.4 – iaitu wang sejumlah RM68,675,000.00 (Enam Puluh Lapan Juta Enam Ratus Tujuh Puluh Lima Ribu) untuk Kepala B.4 Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.6 – Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri, RM1,200,000,000.00 (Satu Bilion Dua Ratus Juta).

Pengerusi

Jadual B.6 – iaitu wang sejumlah RM1,200,000,000.00 (Satu Bilion Dua Ratus Juta) untuk Kepala B.6 Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.7 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, RM1,594,960.00 (Satu Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh).

Sungai Burong.

Pengerusi

Sila.

Terima kasih Pengerusi, Butiran 505000 – Pentadbiran dan Kewangan, pada Kod Objek 24000 yakni sewaan dan 29000. Persoalannya adalah tentang sewaan adalah mempunyai amaun yang agak tinggi di situ dan tidak ada nampak sedikit perbezaan di antara 2023 dan 2024. Bahkan ditambah pula ke 2024, RM70,000.00 lagi. Jadi amaun yang tinggi ini adakah ada langkah daripada Kerajaan Negeri untuk pergi kepada bukan sewaan dan apakah item sewaan yang tinggi di situ? Itu yang pertama. Yang kedua, bilangan 29000 tadi. Ya, amaun yang kedua yang tertinggi di kolum itu, perkhidmatan dan bekalan adalah perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti. Boleh saya dapatkan sedikit pencerahan ataupun item-item dia dengan izin, kerana dia adalah satu amaun yang agak tinggi satu kod yang ringkas. Terima kasih.

Pengerusi

Ulang balik yang nombor 2.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang kedua tadi apa dia, yang kedua.

Yang Kedua?. Dia adalah amaun yang tertinggi dalam kolum tersebutlah perkhidmatan dan bekalan

iaitu RM198,839.00. Jadinya tulisannya perkhidmatan ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti. So mungkin ada item-item di bawah jenis perbelanjaan ini yang mungkin boleh dikongsi kan sedikit sebab perbelanjaannya agak sedikit tinggi.

Pengerusi

Maklum balas.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong, atas soalan yang telah dikemukakan. Berkenaan dengan sewaan ini adalah sewaan yang merujuk kepada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri 2 ataupun kalau Yang Berhormat sedang melalui kawasan ini atau ingin datang ke pejabat kita tengok bangunan berwarna apa ya. Warna coklat merah-merah kecoklatan itu yang ataupun Bangunan Darul Ehsan sekarang. Di sana bangunan itu milik daripada pihak MBI yang telah dibangunkan dulu namanya SSI kemudian jadi MBI dan sewaan dikenakan terhadap sewa-sewa yang bangunan-bangunan pejabat yang menggunakan bangunan tersebut. Antara agensi yang tinggal di sana ialah kalau tidak silap saya, adalah bangunan LUAS Lembaga Urus Air Selangor dan beberapa jabatan lain seperti JKM dan sebagainya. Berkenaan dengan OS29000 iaitu ini adalah berkaitan dengan peningkatan kadar sewaan serta pembaikan dan penyelenggaraan pejabat-pejabat. Jadi ini kita nak pastikan pejabat sentiasa dapat penyelenggaraan yang sebaiknya kita tak mahulah pegawai-pegawai kita duduk panas di saat, aircornd tak di selenggara paip tak ada toilet, toilet bocor dan sebagainya. Jadi kita tetapkan penyelenggaraan, diletakkan sebagai butiran kedua tertinggi dan terbesar. Butiran detailnya untuk apa, untuk apa untuk apa , saya rasa akan kemukakan nanti sebagai mana permohonan yang saya berikan kepada Hulu Kelang.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Penjelasan.

Pengerusi

Terima kasih Dengkil. Boleh sebutkan nanti kod ataupun muka surat

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Butiran 51000 Pembangunan dan Perkembangan di bawah kod objek sebagai 36000.

Pengerusi

Muka surat.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

77. Sorry saya tersilap, tersalah muka surat.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Seperti mana kita bagi peluang pada Kajang. Semua ADUN baru memang proses.

Pengerusi

Ok terima kasih. Jadual B.7 – iaitu wang sejumlah RM1,594,960.00 (Satu Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Sembilan Ratus

Enam Puluh) untuk Kepada B.7 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.8 – Jabatan Pertanian. RM22,794,000.00 (Dua Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu).

Pengerusi

Silakan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya nak menarik perhatian kepada B08. Butiran 505000 Pentadbiran dan Kewangan, Kod 36000.

Pengerusi

Muka surat.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya. Muka surat 76. Betul ya. Orang lama, binatang, pokok dan benih. Dasar sedia ada di pihak pertanian adalah sama dengan yang lepas tetapi peruntukan yang diberikan adalah RM10 sebagai token. Yang saya faham tokenlah. Saya merujuk juga di sebelah belakang di bawah pembangunan. Ada projek penanaman kelapa, saya sangat gembira sekiranya projek ini dapat dilaksanakan di Negeri Selangor sebab kita pernah menjadi pengeluar kelapa terbaik di Malaysia dan projek itu bernilai empat ratus ribu lebih kurang. Cuma tapak semaiannya di mana? Apakah tidak ada tapak semaian, sedangkan projek itu besar dan kalau melibatkan tapak semaian pihak luar, apakah bayaran yang kita berikan sedangkan kita sepatutnya menyediakan tapak semaian kita sendiri untuk projek pertanian mandiri dan berdaya maju peringkat Negeri Selangor. Terima kasih Pengerusi.

Pengerusi

Maklum balas daripada Kerajaan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Satu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Untuk makluman ini adalah di bawah perbelanjaan pengurusan. Yang berkait lebih kepada kegunaan dalaman bagi jabatan dan juga cawangan-cawangan jabatan. Jadi pertanyaan tadi itu berkaitan dengan tapak semaian. Lebih kita tumpukan bukan di bawah perbelanjaan pembangunan. Dan memang telah dibangunkan 2 tempat untuk semaian nurseri bagi kelapa satu ini. Satu di Kalumpang di bawah SDG, jenis-jenis kelapa SDG dan saya sebutkan lagi satu yang Mataq itu sedang dibangunkan di Sungai Tawar. Ini dua tempat yang membawa benih-benih semaian benih kelapa untuk kita bekalkan kepada usahawan-usahawan

ataupun warga tani kita terutama di sekitar Sabak Bernam dan Tanjung Karang yang banyak kelapa. Itu memang dah dibangunkan dan peruntukan itu kita letak di bawah pembangunan, perbelanjaan pembangunan. terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Pertanyaan.

Pengerusi

Terima kasih. Ok Dengkil

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Di butiran program aktiviti 51000 Pembangunan dan Perkembangan, di bawah dasar sediakan untuk tahun 2024. Kalau kita lihat di bawah kod objek 36000, binatang, pokok dan benih. Peruntukan yang disediakan hanya RM1,717, ini adalah berkaitan dengan Jabatan Pertanian. Jadi kita lihat dari segi peruntukan perbelanjaan untuk gaji, upahan dan lain-lain, amatlah tinggi dan saya ingin mendapatkan penjelasan mengapakan peruntukan di bawah kod ini hanya RM1,717?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebagaimana saya sebut tadi, kalau dalam di bawah bajet B ini, Kepala B ini, ia berkait pengurusan sahaja. Jadi dalaman sahaja. Keperluan-keperluan pejabat untuk sample, sampling dan sebagainya sahaja. Kalau melibatkan pembangunan yang besar yang melibatkan warga tani kita ada peruntukan kepada mereka itu terletak di bawah pembangunan. Yang kita akan temui selepas ini. Ini baru di peringkat pengurusan. Ini untuk kegunaan pejabat sahaja. Terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih. Sungai Burong.

Terima kasih Pengerusi . Muka surat 78. Butiran program aktiviti 510000 Pembangunan dan Perkembangan. Pada kod objek 47000 dan 40000. Di situ adalah pembangunan dan perkembangan jadinya dalam konteks pertanian untuk membangun dan berkembang dengan bajet RM8,584 dikira adalah satu bajet yang kecil. So apakah dia pemberian dan kenaan bayaran tetap dan ganjaran yang begitu rendah yang sepatutnya kita tingkatkan lagi dan 2024 sama juga bajetnya 8 ribu lebih. So apa yang nak dikembangkan 8 ribu lebih ini? Saya jamakkan dengan soalan kedua boleh? Item seterusnya adalah pada 2000 muka surat yang sama 200000 Perkhidmatan dan Bekalan. Setelah mana emolumen perkhidmatan dan bekalan ini adalah antara amaun yang tinggi, nak tahu juga serba sedikit, apakah perkhidmatan dan bekalan yang dibekalkan? Terima kasih.

Pengerusi

Kerajaan. Sila.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat berkenaan dengan perkembangan dan sebagainya. Itu adalah ganjaran untuk kakitangan kontrak. OS47000 jadi memang kecil, sebab ganjarannya kecil kerana pegawai-pegawai

kontrak ini selepas habis satu-satu period tertentu kita perlu bayar ganjaran mengikut contract for services atau contract of services ia ada ganjaran-ganjarannya. Sebab itu kita siapkan wang yang memang sedikit dan itu memang untuk kerja-kerja segera yang perlu dilakukan.

Pengerusi

Terima kasih. Ada tambahan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Dan selesai, cukup.

Yang pengurusan ini kalau kita tengok di jabatan mana pun, ia terbagi kepada emolumen yang besar. Emolumen iaitu gaji, bonus ataupun elaun perjalanan dan sebagainya itu, retail sewaan dan sebagainya. Perkhidmatan bekalan lebih kepada bekalan yang perlukan di pejabat. Macam kita sewa mesin photocopy ke, kita selenggaraan aircornd. Ini kita letak bawah itu. Bagi kegunaan pejabat sahaja dan jabatan pertanian dia ada banyak cawangan dia, dan pusat latihan dia ada, di Kalumpang. Dia ada pejabatnya sendiri di Kuala Selangor ada, di Sabak Bernam itu pun di kira sebagai termasuk dalam apa sewaan atau digunakan untuk khidmat, perkhidmatan bagi pejabat itu sendiri. Itu dimasukkan di bawah ini.

Pengerusi

Jadual B.8 – iaitu wang sejumlah RM22,794,000.00 (Dua Puluh Dua Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu) untuk Kepala B.8 Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.9 – Pejabat Tanah dan Galian, RM29,931,500.00 (Dua Puluh Sembilan Juta Sembilan Ratus Tiga Puluh Satu Ribu Lima Ratus)

Pengerusi

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 50500 merupakan butiran melibatkan pentadbiran dan kewangan B09 Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Kajang telah meneliti butiran program ini, Kajang mendapati peruntukan yang melibatkan kajian bagi enakmen mengenai pembuangan sampah haram di Negeri Selangor. Undang-undang kecil sedia ada tidak mencukupi. Negeri Selangor memerlukan undang-undang yang lebih menyeluruh dan memberi kuasa lebih besar kepada penguat kuasa untuk mengambil tindakan yang lebih keras kepada mana-mana pihak yang telah melanggar peraturan terutama melibatkan pembuangan sampah haram.

Kajang mohon Kerajaan Negeri boleh

mempertimbangkan membentangkan cadangan enakmen demi menyelesaikan isu sampah haram di Selangor. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Kajang.

Pengerusi, kebanyakan peruntukan-peruntukan untuk kajian diletakkan di bawah peruntukan pembangunan. Dia tidak ada dalam peruntukan mengurus dan sebenarnya tentang penempatan sampah ini saya rasa kedudukan di peringkat Unit Perancang Ekonomi di bahagian Pihak Berkuasa Tempatan iaitu SPBT. Saya rasa kajian-kajian itu memang ada satu vot untuk kajian pun, dan itu memang letak di bawah pembangunan. Yang kedua pengurusan tanah dan pengurusan sisa pepejal sampah haram, semuanya di bawah bidang Pihak Berkuasa Tempatan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Ok silakan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya merujuk butiran 505000 yang mencatatkan jumlah emolumen di bawah kod 10000 berjumlah RM5.7 juta dan juga butiran 511000 juga mencatatkan jumlah emolumen sebanyak RM9.5 juta di bawah kod 10000. Saya tidak mempertikaikan jumlah emolumen yang dicadangkan bagi tahun 2024, kerana bagi saya Pejabat Tanah dan Galian Selangor ini merupakan salah satu cabang yang terpenting di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Persoalan saya apakah Kerajaan Negeri akan terus mendukung usaha-usaha PTG bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan tanah dengan menggunakan teknologi dan juga sistem yang lebih canggih bagi mengurus data dan juga mempercepatkan proses pindah hak milik dan juga transaksi yang terkait dengan urusan tanah dan pastinya usaha-usaha ini akan dapat meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Sekiranya inilah pendirian Kerajaan Negeri untuk menyokong inisiatif PTG maka apakah usaha untuk menambah perjawatan ataupun pelantikan pegawai-pegawai baharu yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu seperti data analyst dan juga system analyst di PTG. Bukan sahaja di peringkat SUK, juga peringkat Pejabat Daerah supaya mereka yang mempunyai kemahiran ini dapat meningkatkan hasil kutipan Kerajaan Negeri dengan menggunakan teknologi-teknologi yang terbaru dan sistem yang lebih canggih bagi pengurusan data dan juga transaksi yang ada kaitan dengan urusan tanah di Negeri Selangor? Saya pohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih keprihatinan Hulu Kelang. Tuan Pengerusi memang benar sektor ini ataupun PTGS merupakan antara kunci penting pendapatan Kerajaan Negeri kerana ia akan memastikan hasil tanah rekod tanah dan segala berkaitan dengan tanah yang melibatkan sama ada cukai ataupun kutipan hasil akan tersalur dan semakin lengkap datanya, semakin baik susunannya akan lebih baik. Kita banyak sebenarnya Yang Berhormat peristiwa-peristiwa sebelum ini. Bukan salah apa, salahnya adalah mungkin kedaifan teknologi kita

sebagai contoh kes-kes tanah bertindih. Kes-kes tanah bertindih ini berasal usul kerana chatting di peringkat awal itu dia berubah-berubah dan boleh dipadam dan Kerajaan Negeri membayar sebanyak kes, kerana melibatkan kes tanah-tanah bertindih. Justeru Kerajaan Negeri mulai 2019 telah mula membenarkan pihak Kerajaan Persekutuan terutamanya melalui peruntukan sedia ada untuk beralih kepada sistem e-tanah. Dan mulai 26 Oktober kalau tak silap saya.. ke November, 26 Oktober kita telah mula secara live e-tanah yang telah mula convert sepenuhnya sistem pengurusan tanah dalam Negeri Selangor ini kepada sistem tanah dan alhamdulillah ada peningkatan hasil yang baik kerana sistem itu juga membenarkan perolehan ataupun pemberian 30 Oktober kalau tak salah saya di dalam talian, maafkan saya, Oktober 2023 sistem e-tanah bermula.

Jadi, memang ada keperluan tersebut tapi pada ketika tempoh ini dalam tempoh satu atau dua tahun, memang prosesnya adalah percubaan dan kontraktor projek ini sebenarnya adalah projek Kerajaan Persekutuan yang saya persetujui masa zaman PH 1.0 dan saya tandatangan ketika zaman PN sebenarnya dan kita teruskan dan alhamdulillah dah lengkap proses peralihannya dan kita dah sama seperti Kuala Lumpur yang mana sistemnya adalah melalui sistem e-tanah. Namun saya percaya kalau kita tidak dapat mengubah ataupun menambah baik pegawai-pegawai kita daripada segi up skilling, kita juga sebenarnya perlukan pegawai-pegawai baru dan ia adalah berdasarkan waran atau permohonan yang akan dipohon oleh pengarah tanah dan galian Negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat.

Pengerusi

Terima kasih YAB. Dato’ Menteri Besar. Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Timbalan Pengerusi. Saya bangkit untuk muka surat 80 perkara 29000 perkhidmatan Ikhtisas dan perkhidmatan lain yang dibeli. Yang Amat Berhormat, saya ingin bertanya penjelasan adakah dalam amount RM2.297 juta ini termasuk amount untuk mendapat perkhidmatan remote sensing, perkhidmatan dron, perkhidmatan monitoring daripada satelit, seperti mana yang Jawatankuasa Pilihan PADAT pernah mencadangkan kepada Dewan Yang Mulia ini sebelum ini bagi memantau kes-kes pencerobohan tanah. Memang terdapat pembinaan kilang haram dan pelbagai lagi pencerobohan tanah yang berlaku. Dan memang tidak mungkin untuk penguat kuasa sendiri hadir dalam 4 wheel drive untuk memeriksa setiap kawasan setiap ekar hutan setiap masa dan mungkin sudah sampainya kita menggunakan teknologi satelit yang boleh diperolehi daripada MYSA (Malaysia Space Agency) ataupun perkhidmatan dron dan saya ingin mendapat update jika perkara ini dibajetkan untuk tahun hadapan. Terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih Bukit Gasing.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk Yang Berhormat, GIS satu peruntukan-peruntukan pemantauan yang disebutkan Yang Berhormat itu adalah di

bawah peruntukan pejabat-pejabat daerah. Ia tidak dilaksanakan berpusat dan dilaksanakan di pejabat-pejabat daerah tapi saya yakin di zaman connectivity ini merupakan satu perkara yang penting untuk dikumpulkan data-data itu secara berpusat dan tidak lagi hanya bertumpu di peringkat daerah masing-masing kerana kadang-kadang ia meliputi kawasan yang melepasi sempadan daerah antara kedua-dua daerah. Saya akan memastikan agar isu ini dapat ditangani, kebetulan ini hala yang lain tapi kita tubuhkan command center di peringkat pejabat-pejabat daerah untuk urusan bencana, itu SSDU kita buat, itu pengalaman kita 2021 tetapi ia boleh juga disalurkan nanti maklumat-maklumat GIS ataupun remote sensing ataupun pemantauan secara penggunaan satelit ataupun penggunaan dron dilaksanakan di peringkat daerah-daerah. Terutama daerah yang besar seperti Petaling ataupun daerah Hulu Langat yang agak complicated. Terima kasih.

Pengerusi

Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Jadual B.9 iaitu wang sejumlah RM29,931,500.00 (Dua Puluh Sembilan Juta Sembilan ratus Tiga Puluh Satu Ribu Lima Ratus) untuk kepala B.9 Pejabat Tanah dan Galian menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.10- Jabatan Perhutanan, RM27,846,700 (Dua Puluh Tujuh Juta Lapan Ratus Empat puluh Enam Ribu Tujuh Ratus)

Pengerusi

Jadual B.10- iaitu wang sejumlah RM27,846,700 (Dua Puluh Tujuh Juta Lapan Ratus Empat puluh Enam Ribu Tujuh Ratus) untuk kepala B.10 Jabatan Perhutanan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.11 Jabatan Mufti, RM4,731,300,00 (Empat Juta Tujuh Ratus Tiga Puluh Satu Ribu Tiga Ratus)

Pengerusi

Jadual B.11 – iaitu wang sejumlah RM4,731,300,00 (Empat Juta Tujuh Ratus Tiga Puluh Satu Ribu Tiga Ratus) untuk Kepala B.11 Jabatan Mufti menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.12 – Jabatan Kerja Raya, RM129,119,200.00 (satu Ratus Dua Puluh Sembilan Juta Satu Ratus Sembilan Belas Ribu Dua Ratus).

Pengerusi

Jadual B.12 – iaitu wang sejumlah RM129,119,200.00 (satu Ratus Dua Puluh Sembilan Juta Satu Ratus Sembilan Belas Ribu Dua Ratus) untuk Kepala B.12 Jabatan Kerja Raya menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.13 – Jabatan Pengairan dan Saliran, RM123,616,700.00 (Satu Ratus Dua Puluh Tiga Juta Enam Ratus Enam Belas Ribu Tujuh Ratus).

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Pengerusi.

Pengerusi

Ok sila.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Pengerusi, B.13 Jabatan Pengairan dan Saliran, butiran 55000 pentadbiran dan kewangan kod 21000, Perbelanjaan dan Sara Hidup. Saya nak merujuk kepada keadaan JPS di JPS Hulu Langat di Bandar Baru Bangi yang saya lawati dan bertanya dengan mereka tentang jumlah kakitangan yang tidak berubah sejak tiga, empat tahun bahkan empat, lima tahun, hanya bertukar adalah JD sahaja.

Sedangkan loadwork ataupun beban kerja yang terlibat di Hulu Langat sangat banyak, dengan banjir kilat, kepala air, banjir besar dan sebagainya sampai seolah-olah tak cukup tangan mereka menangani. Saya pernah hadir dalam waktu tertentu, hanya tinggal dua orang sahaja. Yang lain pergi angkat pam dekat luar untuk bantu mangsa banjir. Sampaikan saya bertanya tentang pengurusan paya sebelah JPS ini, pejabat ini sebelah dia paya, pun tak terurus tak ada siapa yang tengok. Saya kata kenapa tak tengok, tak ada orang nak tengok.

Akhirnya apa yang berlaku ialah ular, biawak dan sebagainya bermaharaja lela sampai masuk ke sekolah sebelah kawasan jalan 6 ini, sekolah bersebelahan dengan JPS dan mereka ada program kokurikulum bela ayam, bela ikan, clear, ular masuk, biawak masuk ke sekolah dan makan habis semua ternakan-ternakan yang diusahakan oleh anak-anak murid. Bukan saya nak tanya yang itulah, tentang kakitangan yang pada hemah saya memerlukan penambahan sementelah Hulu Langat ini memerlukan kerana kerja dia sangat banyak dan keperluan sangat mendesak. Terima kasih.

Pengerusi

Maklum balas daripada kerajaan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang prihatin mengenai kebajikan dan juga keperluan untuk kita memperkasakan JPS. Saya sebenarnya sangat menyokong, memang bersama dengan Yang Berhormat dalam perkara ini dan daripada awal lagi saya telah melihat dan meneliti kebetulan pula di bawah saya JKR dan JPS. Saya buat perbandingan, memang JKR ni agak ke depan dalam bab dari segi gred gaji, gred pekerja ini dari segi penggredan dia dan dari segi kakitangan dan jumlah kakitangan dan juga pengurusan di pejabat-pejabat cawangannya. Semua berjalan dengan agak baik berbanding dengan JPS yang agak ketinggalan, sebab itu saya telah menemui ketua pengarah JPS, tiga tahun lepas saya ingat dan dimaklumkan bahawa mereka sedang dalam proses untuk mereview atau mengkaji semula peranan JPS di segi gaji, gred dan sebagainya dan dalam peringkat agak advance agak ke depan dalam penyelesaian bagi isu bukan saja isu menambah kakitangan, dan tempat mereka ini menguruskan projek yang bukan kecil ya.

Ratusan juta projek-projek tebatan banjir ini diuruskan oleh JPS sedangkan gred nya kadang-kadang jurutera JD pun hanya 44 ataupun 41 yang rasa-rasa agak rendah bagi jurutera daerah. Ini pun kita telah bincang dan telah benda tu sedang diuruskan untuk melihat dan mengkaji dan memberikan tumpuan kepada kakitangan JPS supaya mereka lebih diberi diperkasakan dan juga dalam masa sama ditambah memandangkan dah suasana climate change yang perubahan cuaca lagi ni, peranan meraka sangat besar dan diperlukan. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Pandamaran. Terima kasih Pengerusi. Saya nak bangkitkan butiran program dekat muka surat 104, RM55 ribu kod objek 28000. Di mana kita nampak ada dasar baru tahun 2023 RM5 juta, dasar baru 2024 bagi penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dibeli. Adakah ini termasuk yang untuk dasar baru adalah untuk apa kata kunci air ataupun tebatan banjir. Sekian terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebagaimana yang sama juga dengan jabatan lain, kalau di bawah belanja mengurus ini lebih kepada penggunaan dalaman bagi pejabat-pejabat mereka dan juga di cawangan-cawangan. Cuma disebabkan di sini kalau kita lihat, dia JPS ini dia bersekali semua, pejabat-pejabat daerah di cawangannya pun duduk sekali kat dalam peruntukan ini. Kalau JKR tadi dia asingkan, kalau Hulu Langat daerah lain. Ini dia sekalikan sebab itu nampak besar. Ini dikaitkan dengan penyelenggaraan dalaman bagi pejabat, bukan yang lain itu letak di bawah pembangunan. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang.

Pengerusi

Ya Sungai Panjang, silakan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

B.13, muka surat 104, butiran 50000, pentadbiran dan kewangan kod 2600. Bekalan Mentah dan Bahan-Bahan. Jika dilihat di sini, bagi tahun 2023 dan 2024 jumlahnya adalah sama. Saya ingin bertanya, keadaan palong yang di selenggara sebanyak dua kali dalam tempoh setahun ini, di Sabak Bernam sejauh 374.87 kilometer dan di Kuala Selangor pula 156 kilometer, palong ini berusia selama empat puluh tahun dan sepatutnya telah ditukar tetapi penyelenggaraan ini tetap kekal sama juga menyebabkan isu-isu yang timbul kepada petani-petani seperti air tercemar dan sebagainya. Mohon pencerahan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Iya yang saya sebut juga tadi dah berkali-kali. Ini lebih kepada kegunaan pejabat saya. Urusan pejabat, jadi tidak berkait dengan palong ataupun di luar. Itu di bawah peruntukan yang lain, di bawah ... nanti kita sampai ke pembangunan nanti, kita akan tengok lebih teliti lebih terperinci.

Pengerusi

Jadual B.13 – iaitu wang sejumlah RM123,616,700.00 (Satu Ratus Dua Puluh Tiga Juta Enam Ratus Enam Belas Ribu Tujuh Ratus) untuk Kepala B.13 Jabatan Pengairan dan Saliran, menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.14 - Jabatan Agama Islam Selangor RM319,456,200.00 (Tiga Ratus Sembilan Belas Juta Empat Ratus Lima Puluh Enam Ribu Dua Ratus).

Pengerusi

Yang Berhormat Paya Jaras dipersilakan.

Terima kasih. Saya nak merujuk kepada muka surat 111, Kepala Pendidikan iaitu 52900 iaitu Pendidikan dan Pembangunan. Baik, saya melihat kepada dua tahun, iaitu tahun 2023 2024, jumlahnya masih sama. Saya rasa sepatutnya dia meningkat sebab keperluan research meningkat. Saya mengesyorkan supaya EXCO Agama tengok balik sebab dalam keadaan sekarang yang penuh dengan research, saya ingat satu benda yang baru, saya mohon kalau boleh ditambahkan year by year supaya pendidikan ini menjadi satu trend dalam research yang kini. Dia tak boleh lagi kajian kitablah, kena field research dan sebagainya dan kos bila field research kos tinggi.

Jadi saya mengesyorkan supaya jumlah ini ditambah. Mungkin tahun ini (kalau sempatlah) kalau buat semakan sebagainya, naikkan ke 500. Saya target kalau boleh dia sampai juta. Dia bukannya JAIS swipe bersama, tapi dia join venture dengan beberapa universiti. Contoh dengan UIS boleh buat joint venture, dengan Universiti Malaya boleh buat joint venture, dengan USIM boleh venture, dengan UPM boleh venture dan bukan setakat bidang-bidang yang berkaitan tentang research tapi juga kita kembangkan bidang lain supaya R&D ini menjadi satu budaya baru dalam pendidikan dalam Jabatan Agama Islam. Ini boleh dipertimbangkan. Ini satu bentuk baru yang saya rasa boleh dijadikan sebagai satu niche baru dalam JAIS ini supaya dia lead dan dia bukan buat sorang-sorang. Dia buat partner lah. Partner dengan universiti dan sebagainya supaya lebih mantap lagi.

Kedua, saya nak merujuk kepada muka surat 114 berkaitan tentang 547000 kakitangan dan guru kontrak. YAB Menteri Besar dan juga EXCO, saya mengesyorkan kalau boleh difikirkan, kita mempunyai ramai guru-guru yang bagus-bagus di MITS yang berstatus kontrak yang saya rasa kita kena upgrade mereka. Kalau nak minta waran susah sebab dia waran ni akan pergi JPA dan sebagainya. Saya boleh fikirkan beberapa negeri yang dah buat. Contoh Yayasan Kelantan dia lantik guru tetap ber KWSP. Maknanya dilantik ni tak diguna waran dia sendiri tapi dia secara ber KWSP lah. Ada caruman.

Saya minta kalau boleh satu kajian yang detail kalau mohonlah untuk step by step sebab ini kontrak. Tapi cuma kita nak bayar payroll biar tetap sebab bila tetap ni guru-guru ini dia akan dapat banyak benefit, nak pinjam kereta, nak buat loan rumah dan sebagainya boleh. Tapi bila kontrak dua tahun dan apa yang sedih sekali ialah di mana-mana ini, guru ini akan lari ke KPM sebab bila dapat saja offer KPM, dia dah tetap hilang dah. Berapa ramai guru-guru kita yang bagus-bagus telah diambil so called oleh Kementerian Pendidikan sebab mereka telah tak dapat servis yang tak dapat perkhidmatan tetap. Jadi guru kontrak ini saya berpandangan minta satu kajian yang detail dan buat perbandingan negeri yang telah buat supaya guru-guru JAIS ini khususnya yang bekerja di MITS, first layer kita buat di MITS dulu sebab itu guru yang sekolah top kita. Sekolah MITS ini memang top di mana-mana. Di mana-mana memang hebat. Tapi guru kebanyakannya masih kontrak.

Yang kedua, itu fasa pertama, fasa kedua kita tengok guru sekolah SRAI. Fasa keempat, tiga mungkin kita tengok guru-guru yang lain ataupun guru KAFA. Tapi first layer saya mengesyorkan supaya satu kajian yang detail kepada guru MITS. Sebab bila guru ini tidak dijaga, mereka diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Betapa ruginya guru-guru yang telah kerja bagus-bagus tiba-tiba kita bagi training, KPM ambil dan mereka pula pergi temu duga je “oh MITS, ok saya ambil”. Tak tanya dah sebab tahu guru kita bagus. Jadi saya minta satu kajian tuntas dan kalau boleh satu mulai tahun depan kita tawarkan jawatan guru ber KWSP supaya mereka tetap dan akhirnya mereka dapat bekerja tidak pindah di mana-mana. Terima kasih Tuan Speaker.

Pengerusi

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada butiran 505000 – kod 41000 Biasiswa, Dermasiswa dan juga Bantuan. Saya mengikuti laporan YAB Dato’ Menteri Besar dalam Lawatan ke Jordan baru-baru ini, yang turut ditemani oleh Yang Berhormat EXCO Seri Setia. Saya percaya dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar di Timur Tengah khususnya di Jordan, banyak perkara-perkara yang dibangkitkan khususnya kos sara hidup yang semakin meningkat dan membebankan pelajar-pelajar kita di Timur Tengah termasuk di Jordan. Dan saya percaya mereka memerlukan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui JAIS supaya kos sara hidup mereka dapat dibantu. Begitu juga dengan biasiswa atau dermasiswa yang perlu diberikan perhatian untuk mereka melengkapkan pengajian mereka di Timur Tengah. Namun dalam butiran ini saya lihat jumlah yang diperuntukkan hanya token RM10. Apakah ada butiran lain yang dapat menjamin masa depan pelajar-pelajar kita di Timur Tengah supaya mereka dapat meneruskan pengajian dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri khususnya daripada JAIS? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Ada lagi? Sungai Ramal, Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga nak menarik perhatian kepada B14 dengan butiran 529000, Penyelidikan. Mohon dapatkan penjelasan mengenai aspek apa pendidikan yang sedang dan akan dibuat oleh jabatan ini sedangkan ada aspek-aspek yang mungkin bagi hemat saya penting. Saya mendapat banyak aduan daripada ibu bapa anak-anak murid yang bersekolah rendah, tentang kerisauan mereka kepada dunia globalisasi pada hari ini gajet dan sebagainya yang merisaukan mereka tentang pergaulan bebas melibatkan murid-murid sekolah.

Jadi apakah menjadi salah satu target pendidikan ini untuk memberikan nilai tambah kepada ilmu kepada murid-murid sekolah rendah dan hampir menengah? Semalam Yang Berhormat EXCO Wanita mengadakan Kempen Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumah Tangga dan juga perlu ke ada Kempen Katakan Tidak Kepada

Seksual Bebas yang melibatkan murid-murid yang belasan tahun ini? Dan saya ingin mencadangkan, jika tak masuk dalam pendidikan JAIS ini supaya diberikan satu pendidikan kepada murid-murid sekolah tentang pergaulan bebas ataupun lebih awal daripada itu tentang ilmu diri, orang perempuan dia ada tempoh bermulanya haid dia, laki-laki ada mula tempoh matangnya dan mereka ini akan diketahui, dimaklumkan tentang ilmu ini bila mereka dididik secara formal dan dia memberi kesan kepada seksual. Dan kalau tak dijaga, tak diberikan maklumat saya bimbang kerisauan ibu bapa tentang pendidikan seksual anak-anak ini tidak akan tercapai dan hasrat Kerajaan Negeri termasuk menghalang keganasan rumah tangga ataupun seks bebas ini tak akan dapat dicapai. Terima kasih.

Pengerusi

Ya Yang Berhormat sebelah kerajaan? Ada lagi? Oh. Ya silakan Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Muka surat 110.

Pengerusi

110?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Butiran 518000. Kod 2100. Kalau dilihat 2023 dan 2024 perbelanjaannya adalah sama tapi bila kita merujuk pada Belanjawan Yang Berhormat Menteri Besar akan berlaku pertambahan pengurusan masjid. Jadi adakah itu akan berlaku ataupun tidak?

Pengerusi

Tapi Yang Berhormat, butiran program aktiviti 516000 ialah undang-undang keluarga.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

518000.

Pengerusi

518000 - pengurusan masjid.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

ha 518000

Pengerusi

Kod objek 21000.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

21000.

Pengerusi

Perbelanjaan perjalanan dan sara hidup.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Muka surat 113 – Butiran 544000-penguatkuasaan Kod 2100. Sama juga. Perbelanjaan perjalanan dan sara hidup, kerana pada masa kini, kita melihat terlalu banyaknya ajaran-ajaran sesat. Jadi penguatkuasa ini dia banyak melakukan penyamaran di luar. Jadi bila berbual dengan mereka ni banyak terguna duit sendiri, nak duduk dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat tu bukan sehari dua hari tetapi memerlukan masa yang lama. Jadi mungkin perbelanjaan itu boleh ditambah atau sebagainya. Terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Penjelasan. Kod muka surat 111 518000 – pengurusan masjid berkaitan, saya ingin bertanya berkaitan dengan kursus untuk nazir-nazir masjid yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Pengerusi

Yang Berhormat, kod objek mana? 28000 ke ataupun 29000? Muka surat 111.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Muka surat 111.

Pengerusi

Triple 1.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Jabatan Agama Islam – 518000 pengurusan masjid.

Pengerusi

Ya.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Di bawah kod 29000.

Pengerusi

29000? Remitan Ikhtisas.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Remitan Ikhtisas.

Pengerusi

Ya. RM3 juta lebih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Pertanyaannya, saya ingin mendapat penjelasan sama ada nazir-nazir masjid ini diberi kursus untuk mentadbir masjid? Dan yang kedua, adakah imam-imam, bilal dan noja juga diberi kursus untuk melengkapkan ilmu mereka supaya untuk memimpinlah jemaah di masjid?

Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Kelang dipersilakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga merujuk kepada butiran yang sama 518000 kod 24000 iaitu Sewaan. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang apa yang berlaku di lapangan hari ini. Sebelum ini masjid-masjid dan mungkin sebahagian daripada surau yang mempunyai struktur yang tinggi sama ada menara azan ataupun kubah, dibenarkan untuk menyewa kemudahan ini kepada pihak telekomunikasi bagi membina menara telekomunikasi dan sewaan itu akan dibayar kepada pihak masjid supaya pihak masjid juga mempunyai tabung kewangan yang sendiri bagi menguruskan masjid. Tetapi semenjak kebelakangan ini, saya mendapat banyak aduan daripada masjid dan surau sewaan yang dikutip oleh masjid daripada pihak syarikat telekomunikasi ini perlu diserahkan sepenuhnya kepada JAIS.

Saya berharap Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat memberikan perhatian kerana saya percaya kutipan hasil daripada sewaan menara telekomunikasi ini tidaklah sebesar mana yang perlu diserahkan kepada JAIS. Serahkanlah kepada masjid-masjid dan surau-surau supaya mereka juga dapat meningkatkan tabung kewangan supaya pengurusan masjid itu dapat lebih cekap dan dapat menyediakan kesejahteraan bagi umat Islam di kawasan yang berkenaan. Jadi saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri, apakah boleh sewaan daripada syarikat telekomunikasi ini dikekalkan kepada masjid dan surau dan dana tambahan kepada JAIS itu disediakan oleh Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Pengerusi

Soalan ini Banting pernah tanya penggal lepas. Ya ke? Permatang pun ada. Ya, silakan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Speaker. Saya nak bertanya muka surat 114, butiran program 548000- KAFA. Kod objek 10000, bawah emolumen. Saya nak bertanya, adakah ini termasuk emolumen dan gaji, untuk gaji dan upahan untuk guru-guru KAFA dan SRA? Dan jikanya ia, adakah kerajaan bercadang untuk menambah guru-guru KAFA dan SRA ini? Kerana kita rata-rata difahamkan kita ada masalah kekurangan guru-guru KAFA dan akibat saya difahamkan, akibat kekurangan guru-guru KAFA inilah punca perpindahan guru-guru KAFA secara beramai-ramai, yang baru-baru ini yang banyak melibatkan di bawah DUN saya. Saya nak tanya, adakah ini termasuk dengan penambahan guru-guru KAFA ni tadi?

Pengerusi

Ya maklum balas daripada kerajaan? Silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Biar saya uruskan pendidikan sebab hal ehwal pendidikan sama ada di bawah JAIS ataupun lain-lain semuanya di Pejabat Menteri Besar sesuai dengan STANDCO Pendidikan. Yang hal ehwal masjid dan sebagainya akan dijawab oleh Seri Setia.

Berkenaan dengan cadangan daripada Paya Jaras supaya mengubah ataupun status guru-guru KAFA (bukan guru-guru KAFA). Guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam diletakkan di bawah status tetap ataupun ada transisi yang jelas. Dan ini merupakan salah satu daripada proposal memang saya telah kemukakan kepada Jabatan Agama Islam supaya peralihan ini dibuat walaupun tidak sekali gus sebab kita keseluruhannya ada dekat 10,000 guru-guru termasuk guru-guru KAFA. Kalau kita buat sekali gus, kemungkinan lonjakan kepada kos pihak Kerajaan Negeri akan bertambah dengan besar. Saya setuju terutamanya di sekolah-sekolah SRAI permintaannya sangat tinggi dan juga masalahnya adalah kebajikan mereka ini terus tersekat kepada satu tahap kalau kita tidak menyediakan skim ataupun perubahan-perubahan tertentu. Pun begitu, pihak kerajaan kadang kala terpaksa mengambil langkah-langkah tertentu. Antara langkah-langkah itu adalah pertukaran yang pernah dibangkitkan oleh sebahagian Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini. Dan

pertukaran-pertukaran itu dibuat demi untuk menaikkan pangkat serta memberikan peluang baru. Kalau tidak dilakukan perubahan pergerakan itu ia tidak akan dapat diisi kekosongan-kekosongan yang di bawah disebab jawatan waran yang telah diberikan itu tidak diisi. Jadi mungkin saya terpaksa terlambat sebab dia dah dibuat pada masa itu kita tiada sesi Dewan tetapi JAIS telah mengeluarkan bahawa sebahagian daripada pergerakan guru-guru yang bukan nak sangat kita gerakkan itu adalah untuk memastikan ada perubahan pangkat-pangkat tertentu supaya mereka tidak terhenti ataupun tersekat kepada sesuatu posisi-posisi tertentu. Saya terima cadangan Yang Berhormat tetapi kita akan tengok balik bagaimana pelaksanaannya. Mungkin di tahun hadapan selepas kertas kerja yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan JAIS dapat dimuktamadkan.

Hal kedua, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang adalah berkenaan dengan peruntukan untuk biasiswa ataupun untuk program Peduli Siswa ketika Yang Berhormat Hulu Kelang berada di kerusi Menteri Besar, beliau mencadangkan satu kerusi PEDULI Siswa Timur Tengah. Saya telah mengubah program itu kepada Peduli Siswa Luar Negara. Di mana bukan hanya tumpu pada Timur Tengah tetapi juga ditumpukan kepada pelajar-pelajar luar negara yang lain termasuk pelajar-pelajar Timur Tengah. Dan untuk makluman Yang Berhormat peruntukan itu masih ada kerana peruntukan itu diletakkan di bawah tabung biasiswa. Ia tidak berkurangan sebaliknya kekal. Namun ada perkara yang saya rasa agak penting juga saya nak maklumkan, kebetulan Yang Berhormat dah sentuh tentang lawatan ke Jordan. Masalah kita ialah pegawai-pegawai kita yang terhad. Saya dah minta untuk Jabatan Agama Islam segera untuk membuat satu kertas kerja pertambahan pegawai-pegawai. Kerana di Mesir sahaja kita mempunyai senarai lebih 400 pelajar-pelajar yang berdaftar dan juga yang di bawah kelolaan dan juga di bawah biasiswa dan juga Program Peduli Siswa kita. Selebihnya kita ada dekat 2,000 pelajar di Mesir daripada Negeri Selangor sahaja dan kita antara 3 ke 4 negeri yang tertinggi. Di Jordan kita mempunyai lebih 300 pelajar-pelajar, di Maghribi ataupun Moroko kita mempunyai lebih 20 hingga 30 pelajar-pelajar mahasiswa-mahasiswi. Malahan kita ada pelajar-pelajar di Sudan, di Saudi tapi ibu pejabat kita hanya satu iaitu di Mesir. Mereka punya kontrol kawasan itu seperti sebahagian daripada kawasan Empire Othmaniah dulu sebab negeri-negeri ini juga mereka dikawal. Jadi saya memang mencadangkan untuk kita tambah pegawai supaya boleh mengelola, membantu pelajar-pelajar dan mahasiswa kita kerana mahasiswa-mahasiswi ini memerlukan bantuan dan sokongan bukan hanya biasiswa ataupun pinjaman sebab kadang-kadang mereka ingin mendirikan rumah tangga. Contoh, mereka juga ada masalah sakit, ada masalah-masalah lain yang perlu hubungan dan perlu koordinasi oleh pegawai-pegawai kita embassy ataupun pihak kedutaan. Jadi apa yang kita boleh nak tambah ialah pegawai insya-Allah tahun depan kita akan ataupun tahun depan kita akan cuba muktamadkan menambah pegawai. Kalau kita tidak mampu menggunakan peruntukan baru ataupun peruntukan tambahan kita mungkin boleh add up daripada segi tabung-tabung yang ada dipihak kerajaan negeri untuk keperluannya. Tapi untuk Hulu Kelang hal itu ada. Untuk guru-guru KAFA. Ok pertambahan ada. Pertambahan

yang dibuat adalah sebanyak 150 untuk tahun 2024 dan ada 33juta di bawah aktiviti 54800 ini untuk guru-guru KAFA dan pertambahan adalah seramai 150 sebagaimana saya umumkan pada tahun lepas tahun 2022 tiap-tiap tahun kita ada kita target 500 dalam tempoh 3,4 tahun. Dan untuk tahun 2024 sahaja kita sasarkan lebih kurang kosnya 33juta 150 orang guru-guru KAFA untuk Yang Berhormat tanya Permatang. Terima kasih. Untuk yang lain-lain.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sg. Tua untuk soalan mengenai menara telco di masjid-masjid yang ada oleh Yang Berhormat Hulu Kelang setakat ini penyelenggaraan telco-telco seperti minaret dan sebagainya di kawasan masjid dan surau adalah di bawah seliaan JAIS menerusi anak syarikatnya. 30% daripada sewaan itu akan dipulangkan kembali kepada masjid dan surau. Ya?

Pengerusi

Cut, cut dengan mikrofon tu.

Ya, untuk soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang tadi mengenai minaret dan telco yang ada di dalam kawasan masjid yang di bawah jagaan JAIS, pengurusan ini masih dibuat di bawah JAIS menerusi anak syarikat di bawah MAIS sendiri iaitu Bakti Suci Sdn Bhd. Di mana disebutkan bahawa 30% daripada sewaan tersebut akan dipulangkan semula kepada masjid-masjid yang ada dan boleh minta pertambahan kalau perlu mohon semula kepada pihak JAIS tiada masalahnya di situ. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang mengenai...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, saya minta laluan Tuan Pengerusi. Itulah persoalan saya tadi yang dipulangkan hanya 30%, 70% akan diserahkan kepada JAIS. Apakah tidak boleh dipertimbangkan 100% itu dimasukkan ke dalam tabung masjid dan surau kerana saya yakin jumlahnya tidaklah sebesar mana. Kerajaan Negeri boleh membantu dana untuk pembangunan dan pengurusan JAIS tetapi berilah peluang kepada masjid dan surau untuk meningkatkan tabung kewangan masing-masing dengan sewaan yang dibayar oleh syarikat-syarikat telco ini.

Faham. Seperti yang disebutkan tadi boleh dia mohon semula kepada pihak JAIS sendiri dan mereka akan mempertimbangkan ok. Untuk soalan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang tentang masjid yang dikata 230000 ada satu dasar baru saya nak sebut di sini 114,000 yang disebut di situ adalah tambahan pembayaran utiliti Masjid Raja Lumu yang telah dinaik taraf sebagai masjid diRaja. Ada sedikit pertambahan di situ. Dan soalan Yang Berhormat Dengkil mengenai ada tak kursus nazir dan imam untuk masjid-masjid? Ada. Yang dilakukan di INSPEN, Sabak Bernam yang dilakukan secara tahunan di situ. Untuk penguatkuasaan, komen daripada Yang Berhormat Sg. Panjang juga mengenai perbelanjaan perjalanan dan sara hidup yang sama, saya rasa ini ialah dalam perancangan pihak JAIS sendiri dan mereka bersetuju dengan jumlah

pengurusan yang ada untuk tujuan-tujuan yang mereka telah rancang untuk tahun 2024.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat, Sungai Ramal tak ada jawapan nya?

Speaker

Ya. Ada?

Sungai Ramal yang mana tadi itu boleh ulang semula?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Mengenai penyelidikan dan fokus penyelidikan yang sedang dibuat oleh JAIS sekarang ini. Apakah melibatkan juga pendidikan anak murid remaja. Ke Yang Berhormat dah lupa? Menteri Besar jawab?

Pendidikan mungkin Yang Amat Berhormat boleh jawab.

Speaker

Penyelidikan yang dijalankan oleh JAIS.

Pendidikan di bawah Dato Menteri Besar.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat, penyelidikan tadi tu.

Ok point daripada penyelidikan tadi saya rasa ada point daripada Yang Berhormat Paya Jaras juga. Dana untuk penyelidikan itu sendiri iaitu di bawah dana di bawah Peruntukkan Pembangunan. Jadi yang disebut dalam ini adalah pengurusan sahaja maksudnya jumlah kakitangan dan peralatan yang diperlukan tetapi the actual research sendiri dengan izin yang itu adalah di bawah Peruntukan Pembangunan.

Pengerusi

Jadual B14 iaitu Wang sejumlah RM319,456,200. Untuk kepala B14 Jabatan Agama Islam Selangor menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B15 Jabatan Kebajikan Masyarakat RM21,434,500.

Pengerusi

Yang Berhormat Taman Medan silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya menarik perhatian Dewan muka surat pengerusi, 118 muka surat 118 butiran 505000 perkara 320000 tentang Bangunan Pembaikan Bangunan. Ini tentang Yang Berhormat saya nak tarik perhatian Dewan bahawa di Daerah Petaling ini kita ada satu pejabat jabatan kebajikan iaitu di Pejabat Daerah Petaling. Jadi untuk kami yang terutamanya Ahli Dewan di kawasan Petaling Jaya. Kami hadapi masalah kalau tak ada Pejabat Cawangan JKM ini berdekatan dengan Petaling Jaya. Sebab jarak dia tu jauh. Jadi menyebabkan banyak penduduk, banyak masyarakat di kawasan Petaling Jaya nak dapatkan bantuan sukar. Saya ambil contoh di Shah Alam ada Pejabat Cawangan Shah Alam. Jadi di Petaling Jaya ni dia tak ada pejabat cawangan, jadi saya nak mencadangkan supaya dipertimbangkan diwujudkan satu pejabat cawangan diletakkan pegawai di situ supaya mudah untuk kita berurusan dan memudahkan masyarakat berurusan di kawasan Petaling Jaya. Terima kasih.

Pengerusi

Ya, saya jemput.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kalau saya boleh jawab sikit. Sebenarnya masalah besar kita ni bukan sahaja Pejabat Jabatan JKM, Yang Berhormat. Pejabat Tanah kita pun kalau kita bayangkan orang daripada Serdang, kita pergi ke Pejabat Tanah Petaling kita ambil kos dia RM80, RM 90. Ini memang aduan ketua kampung allowance yang boleh dikutip adalah RM 50 untuk perjalanan, masih rugi lagi RM30. Jadi memang saya sedang aturkan untuk buat sub division district sebagaimana dibuat dalam akan termasuk dalam kos-kos kajian yang kita akan cuba buat nanti Yang Berhormat khususnya dalam Daerah Petaling sebab mungkin di Shah Alam, mungkin di Subang supaya dekat di antara daerah. Sebab Daerah Petaling ini terlalu besar. Untuk cipta daerah itu kita terpaksa ambil masa yang panjang sedikit.

Pengerusi

Jadual B15 Iaitu Wang Sejumlah RM21,434,500 Untuk Kepala B15 Jabatan Kebajikan Masyarakat Menjadi Sebahagian Daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B16, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa RM10,055,600.

Pengerusi

Jadual B16 Iaitu Wang Sejumlah RM10,055,600 Untuk Kepala B16, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Menjadi Sebahagian Daripada Jadual. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B17 jabatan perkhidmatan veterinar RM16,995,600.

Pengerusi

Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, butiran 53100 Perancangan Dan Perkembangan Industri Ternakan- Kod 28000 Penyelenggaraan. Saya mohon kepastian daripada kerajaan, apakah penyelenggaraan ini termasuk pusat pemindahan ternakan yang memindahkan ternakan di kawasan-kawasan itu yang mengganggu orang awam ke sini atau tak berkenaan? Kalau tak berkenaan tidak ada ruang lain yang boleh saya masuk untuk saya bertanya tentang pengurusan ini. Sebab dia melibatkan pengurusan penyelenggaraan yang melibatkan kos RM40,000. Saya percaya dengan kos sebanyak ini melibatkan pusat yang sedemikian. Apa yang saya nak bangkitkan ialah, keperluan kepada pusat ini di selenggara bagi mengisi lebih banyak ternakan yang perlu dipindahkan ke kawasan ini, saya ambil kes Sungai Ramal Luar misalnya penternak lembu membiarkan lembunya berkeliaran meragut tanaman orang awam, tidur di atas jalan menyebabkan kemalangan jalan raya, ada kes yang sampai masuk hospital, patah tulang rusuk kena langgar lembu yang bermalam di atas jalan. Jadi keperluan kepada saya ialah untuk melihat kepada pemindahan ini berlaku dan tersusun supaya kemalangan tak berlaku dan binatang terus selamat. Terima kasih Yang Berhormat.

Pengerusi

Saya jemput kerajaan untuk menjawab.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima Kasih ya, Sungai Ramal yang bangkitkan isu. Untuk ini sebenarnya tiada kaitanlah ya di kod ini ia lebih kepada aspek penyelenggaraan bagi Pejabat-Pejabat Veterinar ya. Tapi tentang isu yang kita sebut sebagai pusat trans lokasi tu. Untuk sekarang ni bila ada penguatkuasaan, penguatkuasaan biasanya veterinar dia akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkait dengan lembu dan sebagainya. Dan kandang-kandang itu biasa disewakan untuk sementara tidak ada Pihak Berkuasa Tempatan pun tak ada kandang dia sendiri, veterinar pun tak ada. Itu kita sewakan tempat yang berdekatan untuk di sementara kita menyelesaikan isu-isu lembu rayau. Saya akan sebut nanti later on tentang isu lembu. Semalam tak sempat nak sebut bagaimana kita nak menguruskan lembu-lembu rayau ni yang sekarang ini berjumlah 8,000 ekor lebih 82, pemiliknya dan melebihi 5,000 ekor lembu lebih yang seluruh Selangor yang kita buat bancian yang terakhir itu. Yang ini kita ada rancangan nanti saya akan bentangkan kemudian dalam bagaimana nak mengurus lembu rayau ni sebab dia banyak masalah sekarang ni aduan kerana kemalangan banyak.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat kalau tak boleh tangkap lembu-lembu tangkap tuan lembu lah. Sebab dia ketika lembu itu merayau dia tidak mengaku itu lembu dia tapi bila kita angkat naik lori dia mengaku itu lembu dia.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kalau accident dia tidak mengaku, kalau kemalangan pun dia tak mengaku tapi kalau kita tangkap biasa angkat itu dia datang. Nanti tapi kalau kemalangan nanti dia elak. Lembu pun kita tak tau lembu siapa

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Apakah penyelesaian yang segera yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri?.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita akan ambil di bawah akta, di bawah peruntukan enakmen...akta yang kita sedang teliti balik untuk kita laksanakan untuk berperingkat-peringkat supaya kita tidak benarkan lagi lembu rayau ini. Kita akan ambil tindakan macam mana DBKL tangkap, beberapa hari kita sembelih. Tiada pilihan. Kalau kita bagi masa dahulu untuk mereka pindah tetapi kalau berterusan kita kena ambil langkah-langkah tapi kita bagi masa berperingkat-peringkat untuk penyelesaian

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat pernah dimaklumkan tentang tindakan undang-undang yang dibuat oleh orang awam terhadap penternak ini. Apakah kes itu pernah berlaku dan apakah keputusannya?. Kalau Yang Berhormat ada maklumat mengenainya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tidak dapat lagi lah maklumat itu sebab nak kenal pasti tuan itu payah. Jadi tidak mengapa kita akan bentang nanti cadangan daripada kerajaan. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang.

Pengerusi

Jadual B.17

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang

Pengerusi

…iaitu wang sejumlah

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang

Pengerusi

Yang Berhormat, sudah lepas.

Iaitu wang sejumlah RM16,995,600.00 (Enam Belas Juta Sembilan Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu Enam Ratus) untuk kepala B.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.18 – Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. RM19,520,100.00 (Sembilan Belas Juta Lima Ratus Dua Puluh Ribu Satu Ratus).

Pengerusi

Jadual B.18 – iaitu wang sejumlah RM19,520,100.00 (Sembilan Belas Juta Lima Ratus Dua Puluh Ribu Satu Ratus) untuk kepala B.18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kaya YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak RM17,036,300.00 (Tujuh Belas Juta Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus).

Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Kelang silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada butiran 505000 Khidmat Pengurusan dan kod objek 11000 Gaji dan Upahan. Kalau kita lihat kepada kod 10000 Emolumen bagi tahun 2024 berjumlah RM2.7 juta.

Soalan yang ingin saya bangkitkan apakah Kerajaan Negeri boleh menimbangkan supaya Pejabat Daerah dan Tanah Gombak ini dapat diberikan peruntukan tambahan bagi melakukan pelantikan-pelantikan pegawai-pegawai penguatkuasaan yang baharu supaya tindakan penguatkuasaan itu lebih efektif. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh Gombak Setia khususnya tentang tindakan-tindakan penguatkuasaan yang perlu diambil. Banyak tanah-tanah kerajaan yang telah di ceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Persoalannya, apakah Kerajaan Negeri ingin menggunakan kaedah-kaedah konvensional atau pun teknologi-teknologi baharu supaya kaedah seperti menggunakan dron atau pun teknologi-teknologi yang terkini dapat memantau pergerakan mereka-mereka yang menceroboh tanah-tanah kerajaan. Jadi saya kira Pejabat Tanah dan Daerah

Gombak tidak ada kemampuan untuk menambah perjawatan atau pun pelantikan melainkan dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri kerana ini sekali lagi dapat membantu meningkatkan hasil Kerajaan Negeri sekiranya tanah-tanah Kerajaan Negeri ini dapat di maksima kan potensinya daripada di ceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih tuan pengerusi.

Pengerusi

saya menjemput Ahli Yang Berhormat Pandan Indah untuk menjawab.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

saya menjawablah (ketawa) bagi pihak kerajaan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Menteri Besar mana?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Menteri Besar dia ada sikit urusan.

Pengerusi

boleh lah wakil daripada Menteri Besar

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tapi tak apa...tak apa

Pengerusi

Boleh boleh

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tiada masalah saya boleh jawab

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini portfolio tanah

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

...pihak kerajaan. Saya...saya

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

dia pun Ahli Parlimen Gombak. Bagi lah...

Pengerusi

Pandan Indah teruskan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya berhampiran Gombak. Boleh la Saya sebenarnya menyokong penuh cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tentang penggunaan teknologi memang sekarang ini kita sedang perluas kan di peringkat negeri juga salah satu bidang lagi yang kita nampak itu tentang isu cerun. Penggunaan LIDA dan sebagainya itu yang boleh digunakan untuk memantau dan melihat kawasan-kawasan yang di ceroboh atau kawasan-kawasan bahaya dan sebagainya. Ini kita memang pertimbangkan dan saya berkeyakinan kita boleh masukkan, perkasakan penguat kuasa kita dalam memantau tempat-tempat termasuklah pencerobohan yang disebut tadi untuk bagi meningkatkan hasil. Terima kasih.

Pengerusi

Jadual B.19 iaitu wang sejumlah RM17,036,300.00 (Tujuh Belas Juta Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus) untuk kepala B.19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.20 – Pejabat Daerah dan Tanah Klang. RM16,882,500.00 (Enam Belas Juta Lapan Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lima Ratus)

Pengerusi

Jadual B.20 – iaitu wang sejumlah RM16,882,500.00 (Enam Belas Juta Lapan Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lima Ratus) untuk kepala B.20 Pejabat Daerah dan Tanah Klang menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.21 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat. RM14,139,400.00 (Empat Belas Juta Satu Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus)

Pengerusi

Jadual B.21 – iaitu wang sejumlah RM14,139,400.00 (Empat Belas Juta Satu Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus) untuk kepala B.21 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.22 – Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat. RM16,748,400.00 (Enam Belas Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Empat Ratus)

Pengerusi

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat sekalian. Saya hendak merujuk kepada B.22 butiran 525000 Pengurusan Tanah kod 21000 Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup. Yang saya hendak merujuk kepada kakitangan Pejabat Daerah Hulu Langat yang bertanggungjawab tentang pengurusan tanah.

Yang saya nampak seolah kerap bertukar dan sukar memberikan penjelasan jika ada persoalan termasuk Pegawai Daerah hari ini yang sedang bercuti sakit yang kita berdoa mudah-mudahan kesembuhan segera kepada tuan Pegawai Daerah Hulu Langat untuk mempercepatkan dia sembuh dan segera bertugas. Soalannya ialah bila bertukar pegawai-pegawai ini bila kita tanya tentang beberapa tanah yang sedang diduduki oleh orang awam tanpa kebenaran, begitu lama tidak ada cadangan yang memberi jawapan kepada kependudukan mereka. Sama ada hendak diberikan geran atau pun tidak.

Saya ambil kes Sungai Tangkas Lot 1065 sekitar dia, Kampung Bangi (belakang Sekolah Rendah Agama Bangi) yang berpuluh-puluh lot di antara lot 40894 sehingga 40930 dan Kampung Bangi Tambahan yang tidak ada nombor lot yang berlaku banjir. Bila tanya pegawai, mereka tidak boleh beri jawapan yang tuntas, yang menggembirakan dan dia berkait langsung dengan Dasar Kerajaan Negeri sama ada hendak memberikan geran kepada penduduk ini atau pun tidak. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Pengerusi

Saya jemput Y.A.B. sekiranya ada apa-apa ulasan berkenaan dengan jadual B.22 Hulu Langat. Pejabat Tanah Hulu Langat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Kalau ia berkaitan dengan pertukaran pegawai-pegawai terutamanya di pangkat 44 41 sampailah kepada DO dan sebagainya memang ada rotation yang tertentulah. Biasanya kita akan mengambil tempoh masa dalam tempoh dua (2) tahun. Itu memang tempoh wajar yang biasa kita rotate kita punya pegawai-pegawai dan cuma kadang-kadang ada waktu-waktu tertentu kita memang ada kekosongan di saat-saat tertentu. Memang saya selalu berbincang dengan PSS satu ketika dahulu Pegawai 54 kita ada kekosongan yang besar sampai sekarang tidak di isi contohnya Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Sampai sekarang tidak dapat di isi. Itu contohnya. Tetapi pertukaran-pertukaran yang melibatkan pegawai-pegawai di peringkat SPN ini atau pun Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kadang-kadang memang perlu untuk mereka menaik pangkat selepas mereka melanjutkan pendidikan dan sebagainya.

Namun begitu, kalau saya percaya dengan pelaksanaan seperti e-fail, e-tanah dan sebagainya ini ia akan mempermudahkan. Ia bukan hanya dalam pemikiran pegawai-pegawai yang bertugas tetapi juga dalam dokumen yang lebih intact atau pun dokumen yang lebih tepat dan jitu daripada segi datanya dan sebagainya Yang Berhormat. Jadi tiada masalah kelangsungan dan sebagainya. Ini hal-hal yang saya

percaya boleh diwujudkan dengan teknologi dan sebagainya dalam pelaksanaan termasuk di Daerah Hulu Langat.

Tentang Pegawai Daerah, memang Pegawai Daerah nya telah bercuti selama tiga (3) bulan akibat ada masalah kesihatan yang serius. Saya sendiri dapat berjumpa dengan beliau beberapa hari yang lepas dan beliau sudah semakin pulih. Insha Allah. Beliau akan mula bekerja dalam tempoh yang terdekat dan sebab itu kita hantar pegawai.

Kalau saya nak cerita Hulu Langat ini Yang Berhormat, kita memang hantar antara pegawai yang agak sangat mahir selaku Pegawai Daerah dalam urusan tanah. Saudara DO nya adalah antara reference (dengan izin) saya nak bagi tahu beliau antara reference di kalangan DO-DO di daerah lain termasuk di luar Selangor apabila beliau banyak menulis cadangan-cadangan tertentu. Malahan dasar 100 hari yang dibuat oleh Negeri Selangor adalah hasil daripada cadangan beliau ketika beliau bertugas selaku Pegawai Daerah Kuala Langat. Ada inovasi yang agak baik, ada prospek yang sangat baik pandangan saya pada beliau. Mungkin keadaan kesihatan itu menghalang seketika. Tapi Daerah Hulu Langat ini memang agak complicated atau pun agak rumit daripada segi urusan-urusan tanahnya walaupun ada potensi perkembangan. Kita ada kawasan hutan seperti di Semenyih. Kita juga ada kawasan ‘Tepu Bina’ seperti kawasan Kajang dan juga kawasan Ampang dan ini antara cabaran yang perlu dibuat keseimbangan di Daerah Hulu Langat. Terima kasih Yang Berhormat.

Pengerusi

Jadual B.22 – iaitu wang sejumlah RM16,748,400.00 (Enam Belas Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Empat Ratus) untuk kepala B.22 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.23 – Pejabat Daerah dan Tanah Sepang RM12,366,000.00 (Dua Belas Juta Tiga Ratus Enam Puluh Enam Ribu)

Pengerusi

Jadual B.23 – iaitu wang sejumlah RM12,366,000.00 (Dua Belas Juta Tiga Ratus Enam Puluh Enam Ribu) untuk kepala B.23 Pejabat Daerah dan Tanah Sepang menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.24 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor RM15,381,900.00 (Lima Belas Juta Tiga Ratus Lapan Puluh Satu Ribu Sembilan Ratus)

Pengerusi

Jadual B.24 – iaitu wang sejumlah RM15,381,900.00 (Lima Belas Juta Tiga Ratus Lapan Puluh Satu Ribu Sembilan Ratus) untuk kepala B.24 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.25 – Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor RM14,751,700.00 (Empat Belas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Satu Ribu Tujuh Ratus)

Pengerusi

Jadual B.25 – iaitu wang sejumlah RM14,751,700.00 (Empat Belas Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Satu Ribu Tujuh Ratus) untuk kepala B.25 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kaya YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.26 – Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam RM15,124,300.00 (Lima Belas Juta, Satu Ratus Dua Puluh Empat Ribu Tiga Ratus).

Pengerusi

Jadual B.26 – iaitu wang sejumlah RM15,124,300.00 (Lima Belas Juta Satu Ratus Dua Puluh Empat Ribu Tiga Ratus) untuk Kepala B.26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.27 – Jabatan Kehakiman Syariah, RM41,678,5000.00 (Empat Puluh Satu Juta Enam Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Lima Ratus).

Pengerusi

Jadual B.27 – iaitu wang sejumlah RM41,678,500.00 (Empat Puluh Satu Juta Enam Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Lima Ratus) untuk Kepala B.27 Jabatan Kehakiman Syariah menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Setiausaha Dewan

Jadual B.29 – Perbendaharaan Negeri (Perbelanjaan Am), RM88,625,640.00 (Lapan Puluh Lapan Juta Enam Ratus Dua Puluh Lima Ribu Enam Ratus Empat Puluh).

Pengerusi

Dipersilakan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Pengerusi ada empat (4) perkara yang ingin saya bangkitkan dalam B.29 dengan merujuk kepada Butiran 508010

Pengerusi

Muka surat yang ke berapa ye.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Muka surat 186.

Pengerusi

186.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya setuju. Kod Objek yang pertama 27000 - Bekalan dan Bahan-bahan Lain dengan jumlah RM1.7 juta, kalau dibandingkan dengan tahun 2023 peruntukan yang diluluskan hanyalah RM86 ribu. Oleh kerana ini adalah B.29 Perbelanjaan Am, maka saya ingin mengetahui apakah bekalan dan bahan-bahan lain yang dimaksudkan dengan peningkatan yang begitu besar daripada RM86 ribu kepada RM1.7 juta. Begitu juga dengan butiran, butiran yang sama Kod Objek 29900- Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan lain mencatatkan jumlah yang dicadangkan pada tahun hadapan sebanyak RM23 juta. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan penjelasan, bagaimana jumlah ini dicadangkan pada tahun hadapan berbanding dengan jumlah pada tahun 2023 sebanyak RM36.5 juta. Walaupun berlaku penurunan tetapi jumlahnya Tuan Pengerusi masih besar, RM23.04 juta. Seterusnya Tuan Pengerusi, butiran yang sama 508010, Kod 34000-Kenderaan dan Jentera. Ini juga mengejutkan kita kerana

peruntukan yang dicadangkan meningkat hampir sekali ganda daripada RM4.2 juta kepada RM9.5 juta.

Jadi persoalan saya, apakah kenderaan yang telah diperolehi, dibeli oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah RM9.5 juta untuk tahun hadapan. Apakah ini Tesla, tak apa kita serahkan kepada Dato’ Menteri Besar untuk menjawabnya. Tanya saya dahulu sebelum beli. Sebab, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, jumlah ini memang besar dan kalau itulah tujuan kerajaan untuk membeli kenderaan baru saya ingin mengingatkan, kenderaan-kenderaan yang ada sekarang pun baru diperolehi. Sama ada Menteri Besar mahupun Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Jadi saya ingin bertanya tentang Kod 34000 supaya butiran ini dapat diperincikan dan dikongsi dengan Dewan yang mulia ini.

Akhirnya Tuan Pengerusi, butiran yang sama 508010 Kod 44000 - Tuntutan Insurans dan Pampasan yang melonjak daripada RM10 kepada RM28 Juta. Apakah ini ada kaitan dengan bayaran kepada Wavpay Fintech Holding Sdn.Bhd.? Saya bertanya. saya ingin bertanya kerana disebut sini Tuntutan Insurans dan Pampasan. Boleh diam semasa Ahli yang lain sedang berbahas.

Pengerusi

Ya, tertib, tertib, tertib.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tertib, tertib.

Pengerusi

Biar Pembangkang lafazkan ucapannya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, tuntutan Insurans dan Pampasan ini kerana jumlahnya melonjak Dato’ Menteri Besar daripada RM10 kepada RM28 juta. Jadi saya kira, saya berhak untuk mendapat pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tentang pembayaran yang akan dibuat pada tahun hadapan dan saya percaya pencerahan ini dapat membantu kita untuk meluluskan Bajet 2024 ini. Terima kasih.

Pengerusi

Ya, saya jemput sesiapa daripada pihak Kerajaan untuk memberi ulasan, silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya mulakan dengan Pampasan dan Tuntutan Insurans. Untuk 52000 tuntutan-tuntutan yang disebutkan itu adalah bayaran-bayaran mahkamah di atas kes-kes yang telah diselesaikan sama ada oleh penghakiman ataupun keputusan yang di buat di luar mahkamah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Mana 52000 saya tak rujuk pun yang itu, ha ini kena resercher lebih lama Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak 34

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya rujuk 44000.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, ya saya faham 44000 tapi dia ada makna dokumen kat sini, maafkan saya. 44000 adalah tuntutan insurans untuk kes-kes mahkamah yang perlu disewakan ataupun yang perlu dimuktamadkan. Berkenaan dengan 34000, sangkaannya hampir tepat tapi kurang tepat, ia berkenaan dengan kenderaan MMKN itu adalah kos yang melibatkan pembelian kenderaan baru. Selepas pembelian kenderaan-kenderaan lama dilupuskan. Ini memang aktiviti lazim selepas habis satu term. Kenderaan-kenderaan itu dilupuskan sama ada kepada publik ataupun kepada Ahli-ahli MMKN dan ada juga 9 unit van hasil di Pejabat-Pejabat Daerah untuk kutipan-kutipan daerah.

Cuma angkanya masih lagi agak terbuka kerana kita sedang menilai sama ada proses sewaan ataupun proses pembelian lebih murah. Kalau pembelian ia akan menanggung kos tanggungan yang agak berat terutamanya daripada segi penyelenggaraan dan kerosakan dan sebagainya tetapi pengalaman kita dalam tempoh satu tahun setelah kita sewa ini nampaknya servisnya lebih bagus, penggantian keretanya lebih baik dan juga daripada segi harga dan kualitinya juga dekat sama, ya Yang Berhormat. Jadi kita akan kemukakan, kalau nanti saya akan maklumkan kepada publik pun, kalau tidak Dewan pun kepada publik saya akan maklumkan apa bentuk kereta yang akan dibeli, ini semua selepas bulan Jun 2024 kerana kereta yang ada sekarang kita sewa dalam tempoh setahun. Sementara kita ingin membuat keputusan untuk membeli kenderaan baru ataupun membuat sewaan. Untuk 27000

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, Tuan Pengerusi, kereta yang dipakai oleh Menteri Besar sekarang ini disewa selama satu tahun. Mengapa tidak disewa untuk satu tempoh yang lebih munasabah supaya mungkin kalau sewaan itu tempohnya lebih panjang, kadar sewanya boleh diturunkan. Takkanlah Menteri Besar nak tukar kereta setiap tahun. Rakyat di bawah tu tukar kereta 20 tahun sekali. Tak kan lah bulan Jun nak tukar lagi Dato’ Menteri Besar, kereta baru lagi, masih berkilat lagi. Jadi jangan tukar selalu sangat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak, bukan begitu. Sabar, sabar. 4.25, 5 minit lagi sabar. Yang Berhormat saya nak maklumkan, kenapa kita menyewa setahun, sebab kita sedang membuat pertimbangan sama ada kita nak meneruskan konsep sewaan ataupun pembelian sebagaimana yang ada dan kita juga sebenarnya sedang merangka daripada term yang lepas kita nak rangka untuk bertukar kepada kenderaan EV. Sudah pasti kenderaan-kenderaan EV yang ditawarkan itu kita nak lihat spektrumnya itu...daripada segi harganya, maintenancenya dan apa sedikit sebanyak yang dibangkitkan oleh Taman Medan, chargerstration itu semua akan kita pertimbangkan. Dia bukan mudah-mudah kita nak tukar sebab jadi sebab itu kita buat setahun kalau tak ada we continue untuk 4 tahun seterusnya dengan rate dan harga lebih kurang sama sebab kadar sewaan itu diambil pada kadar yang sama. Kita bukan

nak tukar tiap-tiap tahun tapi setahun tu memang transition plan sebelum kita tukar kepada EV.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebelum Dato’ Menteri Besar, sebelum Dato’ Menteri Besar meninggalkan Dewan ini, saya nak tanya yang tadi 44000 untuk tuntutan di luar mahkamah boleh Dato’ Menteri Besar beri penjelasan dengan lebih terperinci, kes mana, syarikat mana sebab ada dalam satu lagi dalam Bajet tambahan 2023. RM45 juta jadi..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, Yang Berhormat, sebentar. Saya betulkan balik 44000 ini adalah untuk bayaran mahkamah. Bayaran mahkamah. Maknanya ini adalah keputusan-keputusan kes tanah-tanah yang saya sebut tadi banyak bergabung ataupun banyak bertindih pada kes-kes yang telah disebutkan pada 2013, 2014, 2015, 2016 dan sebagainya yang baru selesai. Jadi Kerajaan Negeri terpaksa membayar daripada segi kos tertentu dan pembayaran itu dibuat. Tuntutan Insurans dan Pampasan objek sebagai ini merekodkan bayaran tuntutan dan pampasan sebagai ganti rugi atas kerosakan, kemusnahan atau kehilangan harta benda atau kecederaan, kematian yang diakibatkan oleh tindakan-tindakan kakitangan perkhidmatan awam to be precise iaitu, ia itu keputusan-keputusan mahkamah tetapi kalau keputusan di luar mahkamah, itu memang kita kadang-kadang terpaksa mengadakan peruntukan belanjawan tambahan kerana ia adalah di luar daripada perancangan tiap-tiap tahun. Untuk OS...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya minta, kalau berdasarkan penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar, ianya memperlihatkan bayaran yang terpaksa dibuat kerana kegagalan Kerajaan Negeri di dalam beberapa kes dan disebut juga tadi akibat kecuaian anggota perkhidmatan awam. Maka selain daripada membayar pampasan dan juga tuntutan ekoran daripada keputusan mahkamah apakah tindakan yang akan di ambil terhadap mereka-mereka yang cuai yang menyebabkan kegagalan dalam beberapa kes ini. Kita tidak boleh membebankan hanya kepada kerajaan untuk membayar tuntutan tetapi mereka yang bertanggungjawab itu terlepas daripada hukuman. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri supaya insiden seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, sebahagian daripada kecuaian itu timbul kerana ada, kita menghidu tetapi tidak dapat dibuktikan Yang Berhormat, kerana berlaku pertukaran pegawai dan kes-kes ini ada yang berlarutan daripada tahun 95 ada tahun 85. Terutamanya kes-kes pertindihan yang saya maklumkan tadi. Jadi, ada yang kita dapat kalau kita dapat sudah pasti kita akan ambil tindakan di atas tindakan lainnya, tetapi kebanyakannya menyalahkan apa yang di sebut, chatting. Chatting di dalam dokumen pertukaran tanah. Chatting-chatting ini kadang-kadang ditulis ada yang purposely tulis dengan pensil dan kemudian dipadam dan diganti kepada orang lain, bila daftarnya, bila dia masuk dan akhirnya pernah

diluluskan pada tahun tertentu, malahan Anak Syarikat Kerajaan Negeri pernah terkena juga tanah kita 5 ekar tinggal 2 ekar setengah di Dengkil. Ini semua adalah kes-kes lampau yang kita tangani, tapi saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Kita akan cuba siasat dan pastikan yang bertanggung jawab untuk diambil tindakan kerana ia telah menyebabkan kerugian yang besar termasuk penggantian-penggantian tanah pun pernah kita buat melibatkan kes-kes mahkamah dan pampasan-pampasan itu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar boleh saya tanya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yes.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Setakat ini apakah jumlah internal inquiry yang telah dilakukan dalam jabatan-jabatan yang terlibat dalam kes-kes seperti ini? Kalau tidak pun syor, tindakan yang akan diambil tetapi saya percaya pastinya ada beberapa tindakan awal yang diambil termasuk internal inquiry terhadap mereka yang terlibat ataupun disyaki terlibat dalam kecuaian seperti ini.

Pengerusi

Yang Berhormat panjang lagi

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya jawab esoklah sudah 4.30.

Pengerusi

Ya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, tindakan arahan daripada MMKN jelas sebab setiap kali Pegawai Kewangan ataupun Pegawai Undang-undang Negeri melaporkan kes ini dalam MMKN, saya akan minta supaya ia disiasat dan Ahli-ahli EXCO juga minta untuk disiasat. Saya akan dapatkan butiran sebab ia di bawah kelolaan Setiausaha Negeri, berapakah kes-kes yang dibuat ataupun yang telah dibuat domestic inquiry dengan izin atas kes-kes yang dilaporkan ataupun kegagalan-kegagalan lampau yang menyebabkan kita membayar dengan besar.

Yang terakhir, yang terakhir. Saya nak sebutkan yang tadi berkenaan dengan peningkatan OS 27 ribu apa tadi Yang Berhormat, 27 ribu ke ini adalah perbekalan kertas dan toner untuk kegunaan sistem e-quary daripada Jabatan Perhutanan. Jadi ini benda yang baru e-quary ataupun e-docket tapi masih ada lagi kertas. Semua nak kena siasat ini, kenapa e-docket ada kertas. Kalau e-docket memang saya tahu pakai kertas, tapi e-docket kenapa pakai kertas saya tak pasti, mungkin dokumentasi, penjelasan dan sebagainya yang mungkin saya boleh maklumkan nanti dalam pada Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Toner RM1.6 juta Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ini yang dibajetkan oleh pihak jabatan-jabatan yang sedang dipinta sejak bulan enam tahun lepas Yang Berhormat, toner dengan alatan dan sebagainya yang saya percaya kita boleh gunakan sebagai untuk pejabat ketua pembangkang untuk toner, fotostat mesin nanti.

Pengerusi

Jadual B.29 – iaitu wang sejumlah RM88,625,640.00 (Lapan Puluh Lapan Juta Enam ratus Dua Puluh Lima Ribu Enam Ratus Empat Puluh) untuk Kepala B.29 Perbendaharaan Negeri, Perbelanjaan Am menjadi sebahagian Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

DIPERSETUJUI.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan perlu bersidang semula.

(Bentara Menaikkan Cokmar)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan pukul 4:30 petang. Dengan ini saya menangguhkan dewan sehingga jam 10:00 pagi esok. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.35 PETANG)