Selangor · 22 November 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 295 turns · 33,325 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 22 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Kita mulakan sesi pagi ini dengan urusan soalan mulut, soalan bilangan 83 dari Bandar Baru Klang telah dijawab sekali dengan soalan bilangan 46. Oleh itu saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 84.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Naik Taraf Gelanggang Futsal Yang RosakQuestions
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah terdapat had permohonan bagi tujuan baik pulih gelanggang futsal yang telah uzur bagi setiap DUN?
b)
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada PBT bagi tujuan baik pulih prasarana seperti gelanggang futsal ini?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih pada Bukit Melawati. Kepada Yang Berhormat, merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-8/2022 yang diadakan pada 30 Mac 2022 yang telah disahkan oleh MMKN ke-9/2022 pada 6 April 2022, MMKN telah bersetuju memutuskan perkara seperti berikut. Yang pertama, projek menaik
taraf dan membaik pulih infrastruktur sukan sedia ada dengan had maksimum sebanyak RM100,000.00 kecuali melibatkan kos baik pulih padang bola sepak dengan had sehingga RM250,000.00. Yang kedua, projek membina baru infrastruktur sukan dengan had maksimum sebanyak RM200,000.00 kecuali melibatkan kos membina baru padang bola sepak dengan had sehingga RM250,000.00. Projek menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur sukan di bawah Persatuan Sukan terlibat dengan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) berjumlah RM1,000,000.00 dengan syarat kemudahan tersebut juga dibuka kepada orang awam untuk digunakan.
Bagi soalan (b), merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-6/2021 yang diadakan pada 17 Februari 2021 yang telah disahkan oleh MMKN ke-7/2021 pada 24 Februari 2021 telah meluluskan pelaksanaan projek menaik taraf, membaik pulih dan membina baru infrastruktur sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor. Justeru itu, tiada saluran peruntukan kepada pihak PBT bagi membaik pulih prasarana seperti gelanggang futsal kerana Majlis Sukan Negeri Selangor yang akan melaksanakan kerja baik pulih tersebut selaras dengan keputusan MMKN. Walaubagaimanapun, pihak PBT turut menyediakan peruntukan di peringkat PBT untuk membaik pulih dan menyelenggara kemudahan sukan di PBT kawasan masing-masing. Terima kasih.
Soalan tambahan. EXCO yang berkaitan tak ada. Saya minta lepas ini kalau kita jadi Kerajaan, EXCO yang perlu menjawab itu kena ada dalam Dewan. Tak apalah. Saya simpanlah soalan tambahan ini sebab EXCO yang berkaitan tak ada. Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan seterusnya daripada Hulu Bernam.
Tuan Speaker, gagak mematuk si ayam serama, soalan saya nombor 85.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Perumahan BaharuQuestions
85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perumahan baharu di DUN Hulu Bernam? Terutama perumahan mampu milik.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam kerana bertanyakan mengenai apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perumahan baru di DUN Hulu Bernam terutamanya perumahan mampu milik. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan di Daerah Hulu Selangor. Sehingga 15 Oktober 2023, terdapat 24 projek dengan 5,718 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Daerah Hulu Selangor. Daripada jumlah tersebut, 1 projek dengan 2,254 unit Rumah Selangorku telah diluluskan di kawasan DUN Hulu Bernam dan sedang dalam proses perancangan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Hulu Bernam antara mukim-mukim yang telah dibina rumah Selangorku iaitu mukim Serendah yang paling banyak. Yang kedua, Bandar Kuala Kubu Baharu, Batang Kali, Bandar Sungai Chik, mukim Hulu Yam, mukim Kuala Kalumpang dan juga mukim Ampang Pecah. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas respons yang diberikan. Saya ada sedikit soalan berkaitan dengan bagaimanakah Kerajaan Negeri memainkan peranan untuk memastikan pembahagian rumah mampu milik ini antara kawasan bandar dan luar bandar ini diagihkan secara saksama? Bukan sama rata, tapi saksama lah, bandar pun dapat, luar bandar pun dapat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Kita juga sebenarnya untuk mengagihkan ini mengikut kajian yang dibuat, kerana tidak semestinya kawasan luar bandar kadang-kadang permintaan itu agak tidak ramai dan menyebabkan mungkin lebih dari dalam persisiran bandar atau dalam bandar. Jadi untuk menentukan pembinaan rumah-rumah mampu milik ini adalah daripada kajian yang dibuat sama ada PBT dan juga pemaju sendiri dan akan diangkat ke LPHS untuk kita pertimbangkan. Tapi selalunya rumah Selangorku ini mudah juga bagi untuk pemasaran bagi kawasan luar bandar. Terima kasih.
Kota Kemuning.
Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 86.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Warga Emas Dan Insan Istimewa (OKU) B40Questions
86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan jangka panjang untuk golongan Warga Emas dan Insan Istimewa (OKU) B40 di Negeri Selangor?
b)
Apakah pendekatan yang dilakukan bagi membantu golongan daif dan B40 selain bantuan am JKM?
c)
Apakah usaha kerajaan untuk mengadakan PAWE di semua DUN/ Daerah?
Soalan 86 telah dijawab bersekali dengan soalan 34.
Yang Berhormat boleh bagi saya secara bertulis jawapannya nanti?
Boleh.
Okay, terima kasih.
Batang Kali.
Terima kasih Tuan Speaker. Tamat sudah musim tengkujuh, soalan saya nombor 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR)Questions
87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan muda mengoptimumkan perdapatan E-Dagang di luar bandar di Selangor?
b)
Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk peniaga E-Dagang agar berada dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR)?
Tuan Speaker, pelan hala tuju strategi e-Dagang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pendekatan sebagai pemangkin pertubuhan ekonomi digital dan ekosistem e-Dagang di Malaysia. Objektif pelan ini adalah untuk menggandakan kadar pertumbuhan e-commerce Malaysia melalui yang pertama, penyelarasan antara kementerian atau agensi atau institusi bagi pelaksanaan pelan dan pemantauan. Yang kedua, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pemain e-commerce untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dan yang ketiga, memupuk dan mengembangkan pembekal teknologi perdagangan tempatan dan vendor dalam talian untuk dikenali dan berdaya asing di seluruh dunia. Bagi negeri Selangor, kerajaan telah mewujudkan program-program bagi membantu usahawan PKMS dalam membangunkan ekosistem e-dagang yang selaras dengan pelan hala tuju itu. Bagi golongan muda, SIDEC telah menjalankan program jelajah usahawan digital yang mana bertujuan memberikan pendedahan mengenai dunia digital. Memberi khidmat bantuan dan dorongan kepada syarikat tempatan di Selangor yang ingin mula melibatkan diri dalam industri e-dagang kepada warga Selangor di daerah yang berlainan. Jelajah ini juga akan melibatkan kerjasama pusat khidmat masyarakat, agensi Kerajaan Negeri Selangor dan pemain industri digital di Malaysia. Jelajah usahawan digital Selangor menjelajah ke beberapa buah daerah seperti Gombak, Hulu Selangor, Petaling, Kuala Selangor dan Klang. Dengan membawa rakan kongsi dariapda pemain industri seperti Shopee, Lazada, Touch n Go e-dompet, Hijrah Selangor, Epic Unicorn, TikTok Shop, Grab dan Spree Commerce. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih daripada 1,000 orang yang kebanyakannya daripada golongan muda menyertainya. Selain itu, program-program lain berkaitan e-dagang yang dijalankan juga seperti Selangor E-Commerce Education Program, Selangor E-Commerce on Boarding Program telah dijalankan dan kebanyakan mereka yang menyertai adalah golongan muda. Seperti program yang disebutkan di atas, pihak SIDEC telah melaksanakan program Selangor E-Commerce Education yang mana program ini memberikan ilmu berkaitan e-dagang secara percuma kepada semua warga Selangor dan sepanjang program ini dijalankan daripada tahun 2015 hingga 2022, lebih daripada 10,000 peserta telah mengikuti program ini. Pada tahun 2023, program ini telah dijenamakan sebagai Selangor E-Commerce Accelerator. Di mana program ini lebih fokus kepada peniaga untuk mempelajari strategi perkembangan perniagaan khususnya secara digital dengan lebih mendalam melalui kelas latihan dan sesi mentor yang mana di akhir program setiap peserta akan membentangkan setiap perniagaan mereka di depan juri bagi menilai setiap peserta tersebut. Pada tahun 2021 dan 2022, program Selangor E-Commerce On Boarding Program telah dilaksanakan di mana program ini memberikan ekosistem yang lengkap kepada peniaga terpilih untuk mereka mengadaptasi perniagaan digital. Kerajaan Negeri melalui program ini memberikan subsidi kepada laman e-dagang dan laman web lengkap dengan hosting dan payment gateway bagi memberikan peniaga meningkatkan jenama dan perniagaan mereka secara atas talian. Setiap tahun hanya 100 peniaga akan terpilih. Insentif-insentif lain
juga telah diberikan pada tahun 2021 semasa pandemik COVID-19 seperti baucar e-Tunai melalui program e-Bazar dan geran padanan melalui program geran padanan PKS digital Selangor yang telah banyak membantu peniaga PKS dan mikro untuk mengadaptasi elemen digital dalam perniagaan mereka di samping mengekalkan perniagaan mereka semasa musim COVID-19. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Selangor berada dalam landasan NESR? Agar Kerajaan Negeri Selangor berada dalam landasan yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk ataupun market size yang akan datang tahun 2025, RM1.6 trilion. Itu soalan dia. Terima kasih.
Saya rasa Yang Berhormat Batang Kali tak dengar jawapan saya. Tadi saya dah jawab pelan hala tuju strategi e-dagang. Itu bermakna NESR yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tadi saya juga ada jawab tiga objektif pelan yang utama bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh menjalankan pelbagai program untuk menjayakan pelan hala tuju strategi e-dagang yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya dah jawab tadi semua itu adalah sebahagian daripada program yang telah diadakan ataupun dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan lebih ramai anak muda menceburi diri dan sukses berjaya dalam perniagaan e-dagang.
Maksud saya langkah-langkah yang diambil untuk membantu mereka mencapai sasaran 1.6 trilion.
Saya dah jawab semua tadi langkah-langkah tu. Pelbagai program yang telah
Itu program, ini langkah-langkah yang diambil.
Pelbagai program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui SIDEC untuk memastikan program-program yang...
Itu Kerajaan Persekutuan. Ini Kerajaan Negeri Selangor.
Ya, itu program Kerajaan Negeri Selangor melalui SIDEC.
Okay, kalau program, apa program dia? Apa program Kerajaan Negeri Selangor?.
Nak saya ulang semua sekali lagi atau nak nanti saya Whatsapp, saya nanti Whatsapp, Whatsapp jawapan saya kepada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.
No.88
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 88. Pembaikan Dewan Serbaguna Pbt Dun Sungai KandisQuestions
88. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Terdapat dewan-dewan serbaguna milik PBT yang dalam keadaan memerlukan pembaikan di sekitar Andalas. Mohon dibuat lawatan dan tindakan segera.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis yang bertanyakan Dewan Serbaguna di Andalas. Pihak Majlis Perbandaran Klang mempunyai empat dewan dan lapan balai raya yang berada di bawah DUN Sungai Kandis. Dewan yang disediakan oleh Pihak Majlis adalah Dewan Sukan Klang Andalas di Taman Sri Andalas, Dewan Serbaguna Sentosa, Dewan Serbaguna Kampung Jawa dan Dewan Serbaguna Klang Jaya. Walau bagaimanapun hanya dewan sukan Klang di Taman Sri Andalas yang telah diswastakan kepada pihak syarikat mulai 2021 pada kadar bayaran RM3,500.00 sebulan. Manakala tiga dewan telah diurus selia oleh majlis pihak majlis menguruskan kerja-kerja pembersihan dan kawalan keselamatan setiap hari di dewan tersebut. Selain daripada itu, lapan balai raya yang dibina di atas tanah lapang kerajaan yang telah diambil alih oleh pihak majlis pada tahun 2008 masih dikendalikan oleh Persatuan Penduduk dan Majlis. Mengenai ini menyelaraskan pengurusan dan pengoperasian bangunan balai raya itu secara sendiri dan tidak ditanggung oleh pihak majlis. Bagi memastikan bangunan dewan dan balai raya masih lagi di bawah seliaan majlis dalam keadaan yang baik pihak majlis membuat lawatan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan pengendalian operasi dewan dan balai raya ini dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Pertama, saya ingin nak ucapkan terima kasih kepada PBT Klang yang telah mengambil laporan kami pada tempoh hari dan segera diambil tindakan untuk dewan Orang Ramai di Taman Sri Andalas. Tapi yang ingin saya bangkitkan di sini adalah tentang dewan Orang Ramai di Kampung Lombong. Di bawah seliaan MBSA, di Kampung Lombong. Jadi dewan orang ramai ini sangat memerlukan tindakan segeralah untuk dibaik pulih dan untuk di upgrade dan diharap benda ini dapat dibantu oleh Yang Berhormat EXCO. Jadi sekiranya kita nak buat penambahbaikan itu saya juga mohon untuk dilihat daripada segi infrastruktur untuk banjir takut nanti bila kita buat nanti then banjir overright pula. InsyaAllah kalau kata permintaan saya ini dapat disegerakan mohon untuk Yang Berhormat EXCO untuk bagi agak-agak bila tempoh untuk dibuat dalam tempoh segera. Baik, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis dengan soalan tambahannya. Soalan ini bertanyakan Dewan di sekitar Andalas. Kalau Kampung Lombong itu sudah tersasar keluar daripada Andalas. Tapi tak apa, oleh sebab Yang Berhormat orang baru tak apa. Saya bagi pencerahan juga. Untuk Dewan di Kampung Lombong, insyaAllah saya akan minta pihak berwajib turun untuk teliti dan siasat kalau ada keperluan dan sebagainya kita akan buat segala yang boleh bantu untuk tingkatkan semua infra lah yang boleh kita lakukan. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuang. Ini, ada lagi?
Saya bangkitkan di sana sebab di Sri Andalas itu benda tu dah berjalan elok. Jadi kalau tidak, saya dah tak ada apa nak tanya. Minta maaf.
Terima kasih Yang Berhormat. Itulah cara terbaik.
Kita bagi Kuang, soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sekinchan selaku EXCO, ada sebuah dewan, isunya dewan ini bukan di Andalas, ada sebuah dewan di Taman Ehsan, di bawah kendalian Majlis Perbandaran Selayang. Dewan ini pada satu masa dalam keadaan yang uzur. Ada beberapa aduan daripada penduduk berkenaan dengan keadaan dewan itu yang tidak diuruskan dengan baik. Setelah beberapa kali aduan itu dibuat secara tiba-tiba pada satu hari kita penduduk mendapat maklum bahawa dewan itu telah diswastakan menjadi dewan untuk digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya. Saya mohon pandangan Yang Berhormat adakah wajar jika dewan-dewan yang uzur di bawah PBT ini, apabila mendapat aduan daripada penduduk atas sebab dewan itu perlu digunakan oleh
penduduk untuk bermacam-macam aktiviti. Sukan badminton, senamrobik dan pelbagai aktiviti yang secara tiba-tiba pihak PBT mengambil keputusan untuk menswastakan dewan itu untuk tujuan-tujuan perkahwinan sedangkan masih ada kegunaan dewan itu yang diperlukan oleh penduduk, termasuk sekolah-sekolah berdekatan yang menjadikan dewan itu sebagai tempat diadakan pertandingan-pertandingan sukan dalam dewan seperti pingpong dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuang yang bertanyakan dewan di Selayang. Seperti apa yang saya tegaskan tadi soalan kita berdasarkan soalan pokok tadi di Sri Andalas. Tiba-tiba dia pusing lagi menghala sampai ke Selayang dan saya rasa saya akan bagi...
Yang Berhormat kalau tak boleh jawab tak apa. Terima kasih.
Saya dah bagi tahu. Tadi minta pandangan dan pandangan kita akan salurkan secara bertulis dengan pandangan-pandangan yang bernas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya persilakan Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang nombor 89.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 89. Projek Menaiktaraf Jalan Ft 3218 Kampung Pendamar, Pelabuhan KlangQuestions
89. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah pihak JKR akan menaik taraf Jalan FT 3218 Kampung Pendamar daripada 2 lorong kepada 4 lorong memandangkan pertambahan kawasan perumahan dan penduduk di kawasan tersebut sehingga menyebabkan aliran trafik yang tinggi?
Bismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Terima kasih pada Tuan Timbalan Speaker. Pelabuhan Klang bertanyakan soalan berhubung dengan penaiktarafan FT 3218 Kampung Pendamar di cadangkan daripada 2 lorong kepada 4 lorong. Jawapan saya anak manja anak bongsu, anak bongsu anak manja, jawapan saya pendek sahaja. Iaitu tak ada perancangan lagi. Tak masuk dalam senarai lagi.
Terima kasih. Teruskan dengan Yang Berhormat Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 90.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 90. Kerajaan DigitalQuestions
90. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah garis masa untuk membentuk perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal ini?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Bukit Gasing atas persoalan yang telah ditanyakan. Garis masa untuk membentuk perkhidmatan Kerajaan Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada perancangan sedia ada Kerajaan Negeri sudah pasti salah satu reference penting adalah Rancangan Selangor Pertama 2021 – 2025 di mana kerangka keempat atas pasak keempat adalah tadbir urus dan ini akan bertepatan dengan temanya Selangor Sebagai Sebuah Negeri Pintar, Berdayahuni dan Makmur. Kedua, kita juga mempunyai pelan strategi Pendigitalan Pentadbiran SUK Selangor (PPSUK 2021 dan 2025). Ini diselaraskan dengan hala tersebut dan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan SUK Selangor bagi tempoh 2021 hingga 2025 adalah selaras dengan visi Pelan Strategik SUK Selangor 2023-2025 sebagai Selangor Negeri “Smart, Caring and Resilience”, dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam, meningkatkan kebolehcapaian dan meningkatkan kecekapan operasi Kerajaan Negeri. Kita sebagaimana maklum, kita akan melaksanakan secara berperingkat apa yang saya sebutkan sebagai contoh urusan penting kerajaan terutamanya dalam sektor tanah telah didigitalkan sekarang.
Ada program E-Tanah dan kalau pengalaman Menteri Besar-Menteri Besar dulu, setiap minggu atau setiap bulan kita perlu menandatangani lebih 400-500 fail untuk consent untuk kebenaran-kebenaran tertentu. Dengan E-Tanah ini juga sebenarnya tugas Menteri Besar hanya perlu klik untuk membenarkan, meluluskan atau menolak dan tidak perlu mengambil masa yang lama. Di hujung minggu ataupun pada waktu petang atau malam untuk tandatangan. Itu contohnya. Dan Alhamdulillah pada tahun ini Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang mendapat pengiktirafan kerana perkhidmatan kerajaan kita telah diiktiraf mempunyai 95% bersama dengan Pulau Pinang. Lebih 95% mempunyai pusat atau pembayaran secara digital ataupun online payment gateway yang disediakan oleh perkhidmatan Kerajaan Negeri. Jadi insyaAllah, 2025 kita akan dapat lihat secara lengkap perubahan dan transformasi digital pentadbiran kerajaan.
Soalan tambahan. Adakah ini bermaksud menjelang tahun 2025 yang tak lama lagi, semua perkhidmatan yang perlu hadir ke kaunter di mana-mana pejabat di agensi negeri Selangor contohnya Pejabat Tanah ataupun PBT boleh dilakukan secara online? Jika tidak 2025, apakah sasaran?.
Yang Berhormat Bukit Gasing sudah pasti kita realistik dalam hal ini kerana kita perlu menangani masyarakat daripada pelbagai peringkat. Walaupun nantinya semua transaksi di depan kaunter atau di kaunter-kaunter hadapan boleh dipindahkan di dalam talian ataupun di atas talian, tapi kaunter-kaunter hadapan saya percaya masih perlu digunakan atau dibuka untuk berapa tahun yang akan datang sebab kita nak bagi ruang untuk transformasi ataupun peralihan itu berlaku dengan baik. Sebahagian daripada enabler dengan izin, ketika kita berdepan pandemik barulah kita terfikir untuk penghantaran borang-borang melalui Smart Box. Itu kita bermula di PTG dan Alhamdulillah hari ini saya rasa semua Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah atau sebahagian Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah mempunyai Smart Box. Jadi tidak ada lagi peristiwa orang perlu beratur panjang untuk submission ataupun untuk penghantaran borang-borang yang dulunya memerlukan perkhidmatan kaunter-kaunter hadapan. Jadi saya yakin kita akan stick on that target atau sasaran itu menjelang tahun 2025 untuk kita mengalih keseluruhan terutama di tanah dan juga PBT yang ada program-program dan urusan-urusan kaunter hadapan dialih di dalam talian, tetapi peralihannya kita akan bagi ruang supaya kita tidak dapat mengejut atau menyebabkan huru-hara kerana ramai orang mungkin masih lagi terbiasa dengan kaedah konvensional.
Soalan tambahan.
Silakan Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Besar, dalam usaha
kita nak mencapai kerajaan digital ini, pastinya perkara utama ialah soal akses termasuklah akses untuk kami ADUN Pembangkang kepada sistem yang ada yang mana sebahagian daripada program Kerajaan Negeri ini didaftarkan secara digital. Adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar bercadang untuk penggal kali ini semua Pusat Khidmat ADUN Pembangkang diberikan ruang dan akses yang sama supaya kami juga dapat daftarkan rakyat Selangor dalam sebarang program-program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
Kita akan lihat tapi isu besarnya adalah kesediaan kita menerima dasar-dasar. Jadi maknanya kalau pembangkang menerima dasar-dasar kerajaan, tak gunalah jadi Pembangkang. Jadi isu-isu ini kita kena selaraskan balik, kena bincang dengan Ketua Pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Meru.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 91.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 91. Keterjaminan MakananQuestions
91. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap keterjaminan makanan dan strategi bagi menghadapi krisis bekalan keperluan asas?
b)
Bagaimanakah penggunaan teknologi diterapkan dalam pertanian untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti?
c)
Apakah langkah yang telah dilakukan bagi menggalakkan usahawan pertanian dalam kalangan belia?
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Tuan Timbalan Speaker, Meru bertanyakan soalan berhubung dengan isu keterjaminan makanan dan krisis dan strategi menghadapi krisis. Kekurangan bekalan keperluan asas. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri
Selangor sentiasa prihatin kepada isu-isu berkaitan dengan pertanian dan juga keterjaminan makanan dan saya sentiasa berkerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu-isu berkaitan dengan keterjaminan makanan sama ada di peringkat jangka pendek dan juga jangka panjang. Untuk jangka pendeknya Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa langkah yang diperlukan bagi memastikan makanan terutama makanan asas ini tidak berlaku kekurangan ataupun dan juga menyebabkan kenaikan harga. Itu yang kita laksanakan antaranya Program Jualan Ehsan Rakyat (JER) yang kini diberi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan kita telah rebranding kepada Jelajah Ehsan Rahmah.
Program ini walaupun dilihat sebagai satu langkah awal, antara langkah segera jangka masa pendek tapi sebenarnya banyak membantu rakyat. Kita telah belanjakan lebih RM25 juta pada tahun ini dan tahun lepas. Untuk kita menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak PKPS iaitu agensi yang badan di bawah kerajaan Negeri dan juga FAMA Selangor dan juga Kohijrah. Tiga ini kita telah, kepada kepakaran dalam menguruskan jualan atau pun pemasaran produk-produk pertanian dan makanan. Dan banyak membantu dalam kita menstabilkan berapa komoditi ataupun barang-barang asas yang menjadi keperluan segera rakyat seperti telur ayam, ayam dan juga beras.
Ini merupakan langkah jangka pendek. Dan untuk tahun ini juga kita teruskan lagi untuk menyokong seterusnya langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan lagi. Itu termasuk program untuk pelaksanaan stok penimbal ataupun stockpile yang kita telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan. Ini merupakan langkah-langkah yang dibuat Kerajaan Negeri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Berhormat Meru kita perlu fahami bahawa Negeri Selangor tidak ada berkemampuan untuk self-sufficient 100% untuk semua perkara dalam makanan ini. Ini tidak ada kemampuan. Kalau Negeri Selangor ini kita urusan untuk menyediakan makanan ataupun pertanian ini penggunaan tanah kita, kita sentiasa berhadapan dengan penggunaan tanah untuk industri kilang dan sebagainya. Dan kadang-kadang pertanian ini apabila dia dah rugi, dia akan tanah itu akhirnya akan diambil alih untuk perumahan dan juga untuk kilang. Sebab itu kita mengenal pasti tanah-tanah di bawah TKPM, dan di bawah contohnya kawasan padi Barat Laut dan juga SSAP yang kita laksanakan, supaya pastikan tanah-tanah ini kekal sebagai tanah pertanian. Dan memang kita sukar untuk memenuhi saya bagi contoh, kalau kita ikut kadar sara diri bagi makanan kita di Negeri Selangor untuk daging lembun dan daging kambing kita hanya membekal 5% sahaja kepada keperluan rakyat Selangor. 95% diimport dari luar Selangor dan kalau kita nak tingkatkan untuk self sufficient ataupun untuk sara diri yang 100%, amat mustahil Negeri Selangor kerana kita bergantung pada Negeri-Negeri lain juga luar negara. Jadi itu kalau kita nak tingkatkan sikit boleh tapi kalau untuk memenuhi keperluan agak sukar. Sebab itu kita di bawah Selangor apa yang kita tegaskan dalam dasar Pelan Transformasi Agro (PETA) itu ialah pertanian bernilai tinggi. Supaya dapat kita menyumbang ke arah meningkatkan self sufficient ratio atau kadar sara diri ini, itu sahaja yang boleh kita boleh bantu. Cuma
dalam pelaksanaan itu kita nak pastikan juga selain kita menyumbang kepada SSR Negara dalam masa juga kita meningkatkan taraf atau pendapatan warga tani kita. Ini yang boleh kita laksanakan di Negeri Selangor. Dan di bawah PETA itu sendiri kalau kita lihat Pelan Transformasi selain daripada pertanian bernilai tinggi, pertanian di sini membawa maksud semua lah termasuklah akuakultur, termasuk penternakan dan sebagainya. Satu lagi komponen penting dalam pelan transformasi ini ialah kita melihat pelaksanaan atau program pertanian dan juga makanan ini dilihat secara lengkap ekosistemnya. Sebab selama ini kita tak lihat. Kita kena lihat dari segi, kerajaan melihat dari segi penggunaan tanah, dari segi penyediaan benih, dan baja dari segi pengeluaran production, dari segi warehousing simpanan dan juga dari segi pemasaran. Kita melihat keseluruhan sebab itu dalam soalan bahagian kedua dalam teknologi kita menumpukan sekarang di Selangor ialah kepada satu komponen penting dalam pertanian dan juga makanan ini ialah penyediaan benih dan baka. Kita dapati bahawa banyak pertanian di negara kita ini, saya kena jawab lebih sikit, kita dapati bahawa banyak isu-isu negara kita ini tentang makanan pertanian ialah pembenihan dan baka. Saya beri contoh untuk udang yang terkenal di Negeri Selangor ternakan udang, benih, baka sebenarnya di ambil dari Madagascar. Satu negara yang jauh. Untuk udang harimau ini. Dan apabila pandemik, kita tidak boleh mengimport jadi, kita hanya beli berdekatan di Thailand yang meletak kualiti yang rendah. Baka kambing yang terbaik iaitu Black Belly Barbados (BBB), itu daripada kita tidak ada yang mengusahakan untuk pembakaannya. Jika tanaman-tanaman, malah bayam pun kadang-kadang kita import daripada Taiwan. Jadi Selangor akan menumpukan bahagian komponen penting dalam pertanian ini iaitu aspek pembakaan benih. Dan kita telah lancarkan tahun lepas, lima benih yang diusahakan sendiri oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama GWG. Syarikat, satu-satu syarikat yang mengusahakan benih iaitu dua jagung, dua ialah Melon dan satu ialah buah betik. Ini semua sedang kita laksanakan dan kita yang saya sebut MeloSel itu, itu lah salah satu benih Selangor. Milik Selangor, hak kita. Yang kita telah diusahakan lebih dua tahun untuk mengeluarkan benih-benih ini. Ini kita akan teruskan bagi memastikan... ayam pun kita telah tengok antara punca ayam itu ialah sebab benih baka ayam ini adalah baka yang telah lama. Jadi kita pihak PKPS, kita telah memohon memeterai perjanjian dengan CP Thailand. Ini syarikat sangat besar dalam pengeluaran ayam ini untuk kita usahakan supaya dapat kita buat pembenihan pembakaan ayam itu sendiri, breeder dan sebagainya untuk kita pastikan hasil daripada produk-produk ini pertanian ini akan meningkat lebih tinggi. Ini antara usaha kita
Dan dari segi teknologi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Meru kita telah meningkat Selangor antara negeri yang paling awal penggunaan drone, penggunaan hidroponik, penggunaan akuaponik, penggunaan vertical firming, penggunaan pelbagai teknologi IOT, udang yang baru saya berikan baru ini pun adalah menggunakan 100% IOT yang diusahakan di kawasan yang sangat kecil tapi mampu beri pulangan yang tinggi adalah program usahawan kita. Yang kita buat akan dikembangkan dan sistem IOT pun dibangunkan oleh anak-anak muda Selangor kita
sendiri bukan kita import daripada luar, dibangunkan sendiri dan diuruskan dengan baik dan kita akan perkembangkan bukan sahaja dalam akuakultur tetapi juga dalam tanaman yang menggunakan IOT ini semua.
Untuk soalan bahagian (3) bertanyakan berkenaan bagaimana menggalakkan anak-anak muda. Memang itu adalah merupakan salah satu tujuan kita. Anak-anak muda in kalau kita tengok pertama, dia suka ada gajet.Yang kedua, dia nak hasil tinggi. Yang ketiga dia tak nak kotor, panas dan sebagainya. Ini sebenarnya dalam teknologi pertanian ini boleh dibuat. Kita boleh lihat beberapa tempat contoh di Perepat, itu kita boleh lihat ada satu teknologi, dalam itu dia pakai macam dalam lab, pertanian, 50 jenis yang bernilai tinggi di Perepat, Kapar. Sangat berjaya dan anak muda tentu berminta pekara ini dan kita telah mulakan. Di bawah Jabatan Pertanian tahun lepas sahaja kita telah sediakan insentif kepada 40 penerima anak muda bernilai di bawah AMSel ataupun Agropreneur Muda Selangor RM374,930. Itu tidak termasuk yang diperuntukkan di bawah UPEN, yang kita sediakan juga untuk anak-anak muda bagi kita menggalakkan mereka untuk ceburi. Dan kita akan meluaskan lagi untuk tahun ini dan dengan kemajuan teknologi pertanian ini memang boleh menarik mereka. Sebab kita petani ini semakin menua, kita boleh tarik mereka dan juga wanita untuk sama-sama terlibat di kawasan yang kecil dan hasil yang tinggi. Ini yang sedang kita teruskan di bawah program Pelan Transformasi Agro Selangor, terima kasih.
Soalan tambahan
Kita bagi Meru dulu.
Yang Berhormat EXCO, sejauh manakah keberkesanan program Agro Pertanian di kalangan usahawan pertanian, di kalangan belia dan keseluruhannya Negeri Selangor? Berapakah jumlah mereka yang terlibat? Terima kasih.
Itu soalan yang agak spesifik, cuma saya boleh sebutkan dua projek besar yang kita berjaya anak muda, ini sebab konsep kita memberikan memberi bantuan kepada agropreneur muda ini bukan kita beri kita tinggalkan dia. Konsep di bawah pembangunan agroprenuer Selangor ialah kita bimbing dia pertama kita kenal pasti dulu pakar dalam bidang contoh yang melon ini kita ada seorang anak muda, tak perlu saya sebut nama, anak muda yang sangat berjaya dia sendiri pun berjaya bukan sahaja dalam penanaman melon di bawah green house ini. Yang itu menanam melon, golden melon itu, yang kuning itu kulit itu, dia bukan sahaja berjaya dalam penanaman cara moden tetapi juga sangat berjaya dalam pemasaran. Ini, ini penting. Kita kena lihat bahawa jangan kita bimbing anak muda kita bukan hanya untuk menanam tetapi juga membantu untuk jualan. Sebab selalunya kadang-kadang dia tanam baru ada tapi pemasaran dia failed. Jadi kita tengok keseluruhan itu. Dan ini telah kita bimbing beberapa ramai anak muda di bawah program ini melon termasuklah di fruit valley. Dan yang kedua yang saya sebut
tadi yang udang, udang kara tadi ataupun udang lobster yang disebut itu. air tawar itu. Pun kita sama dia mempunyai mentor yang telah berjaya dalam bukan sahaja dalam penanaman tapi dalam pemasaran. Ini udang, udang ini dijual di sekitar RM120.00 satu kilo dan sangat tidak mencukupi. Itu sebab itu saya tengok pasaran besar boleh kita pasarkan dengan mudah dan juga dibantu oleh mentor ini bagi menjayakan dan kita akan perluaskan kepada bidang-bidang lain yang kita kenal pasti. Antarnya ialah cendawan, ini antara perkara baru yang kita akan bawa yang boleh dilibatkan dan mudah, kecil kawasan dia tapi hasil yang tinggi, terima kasih.
Sijangkang
Terima kasih, kita berhadapan ragam iklim dan sekarang ini, kita dijangkakan akan menghadapi banjir dan ribut yang berisiko kepada banjir. Dan NAHRIM juga, mengunjurkan bahawa akan berlaku kemarau daripada 2025-2035 dan penyusutan sumber air, sehingga 36%. Apakah persediaan Kerajaan Negeri daripada sudut sumber air kalau kita ada benih yang bagus pun, tak ada air nya, akhirnya tak jadi apa. Jadi saya melihat adakah sumber air bawah tanah ini akan mungkin menjadi sumber yang paling utama pada ketika itu dengan perawatan yang kita boleh rawat air dan menjadi sumber air, yang terbaik dalam menjamin keterjaminan makanan terutama Negara kita. Mungkin kalau kemarau, kita tidak boleh import daripada luar atau pun negeri jiran kita tapi kesediaan kita dari sudut sumber makanan yang utama ruji beras, sumber vitamin, sayur sayuran dan juga protein saya rasa itu satu perkara yang sangat penting dan bergantung pada air, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, kerana bertanya soalan tambahan itu. Saya memang saya dah sebut dalam Dewan ini dalam penggal lepas, saya sebut dalam SJAM Skim Jaminan Air Mentah kita memang melihat isu-isu bukan sahaja banjir tapi isu-isu kemungkinan kemarau yang diramalkan berlaku pada 2025-2026. Itu memang kita tengok. Dan bukan kita melihat pengurusan air ini bukan semata-mata kerana buka untuk tujuan tetapi juga untuk pertanian, yang merupakan aspek penting keterjaminan makanan ini. Dan untuk makluman Yang Berhormat, bagi tanaman ini ada jenis yang guna air banyak dan ada guna air sangat minima. Dan saya maklumkan bahawa kalau penggunaan sistem teknologi baharu terutama hidroponik air sangat minima. Dia ulang-ulang air yang sama itu sebahagian tanaman dia akan tidak memerlukan air yang banyak. Tetapi tanaman yang open space ini seperti jagung, yang tak boleh ditanam di bawah green house ini dan juga padi terutamanya tentu lah memerlukan air yang banyak.
Dan kita telah buat di bawah SJAM kajian tentang kecukupan air bagi negeri Selangor ini sebab itu saya sebut itu bahawa di dalam audit yang kita buat, selain daripada empangan 7 yang kita ada dan juga simpanan off storage yang kita ada hari ini, kita telah buat kajian on top of that, selain daripada itu kita ada lebih 100 kolam dan tasik yang kualiti airnya tidak lah teruk sangat. Boleh, boleh digunakan. Yang keseluruhan
air di kolam ini yang kita baru buat audit yang baru ini ada 34juta cubic meter bukan liter, cubic meter ataupun meter padu. Ia sangat-sangat besar dan boleh pertahan 3 – 4 bulan kalau tak ada air setitik hujan tak ada pun kalau kolam ini tasik ini boleh menyokong keperluan air kita, bukan sahaja untuk minum tetapi untuk pertanian untuk 3 ke 4 bulan. Makna air banyak. Cuma kita sekarang ini memikir bagaimana nak urus kolam ini sebab dia duduk berasingan, dia tidak sambung ke sungai dia tidak ada bersambung ada yang tidak jadi bagaimana kita telah kaji di bawah SJAM untuk emasatikan bila berlaku keadaan begini air-air daripada tasik dan kolam boleh digunakan ini tidak termsuk HORAS 3000 itu lagi bersar. Terima kasih.
Terima kasih Pandan Indah, Yang Berhormat Dusun Tua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, soalan saya 92
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 92. Penularan Wabak DenggiQuestions
92. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyelesaikan masalah penularan wabak denggi.
b)
Taman Sri Nanding di Dusun Tua menjadi hotspot Nombor 1 kes tertinggi di Malaysia, apakah tindakan berwajib?
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan daripada N33 (Taman Medan) No.190 dan N44 (Selat Kelang) soalan No. 296. Kerajaan Negeri Selangor memang sentiasa prihatin atas wabak kes denggi yang menggugat kesejahteraan warga Selangor di mana punca utama adalah daripada keadaan persekitaran oleh itu pelbagai dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri degan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan dan pejabat Daerah dan tanah bagi mengurangkan bilangan kes demam denggi. Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes demam ini termasuk lah tahap kebersihan dan keadaan persekitaran lorong belakang rumah,
kebun haram, rumah kosong dan tanah-tanah kosong selain daripada kurangnya kepekaan masyarakat dalam menjaga persekitaran.
Untuk makluman Yang Berhormat semua, sejumlah 50,703 kes demam denggi dilaporkan sehingga ME-45 yang berakhir pada 11 November 2023. Jadi menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi terlibat serta badan sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA), Communication for Behavioural Impact (COMBI) dan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) telah melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi. Bermula pada tahun 2023 Operasi Bersepadu Denggi Negeri Selangor (OBDS) telah dilaksanakan dan empat empat daerah yang mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi iaitu Petaling, Klang, Hulu Selangor dan Hulu Langat.
Melalui OBDS, semua agensi akan berganding bahu melaksanakan aktiviti pencegahan seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), aktiviti larvaciding secara berjadual, Outdoor Residual Spray (ORS), semburan Ultra Low Volume (ULV), program gotong-royong dan juga aktiviti advokasi bersama komuniti setempat melalui pemberian risalah dan repellent. Selain daripada program OBDS, Kerajaan Negeri serta agensi berkaitan turut melaksanakan inisiatif serta program pencegahan dan pengawalan denggi yang lain seperti berikut:
Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar bagi membincangkan situasi denggi di keseluruhan denggi di Negeri Selangor dengan cadangan pelaksanaan OBDS yang turut dihadiri pelbagai jenis agensi seperti JKNS, PBT, PKD, PDT dan sebagainya. Kedua juga membincangkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan di peringkat Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ketiga tindakan bersama di peringkat di komuniti oleh pemimpin komuniti seperti Ahli Majlis, Ketua Kampung, bersama dengan pemimpin untuk tindakan bersama di kalangan komuniti. Seterusnya menggiatkan penggunaan repellent dan semburan aerosol dalam kalangan komuniti serta penggunaan Mosquito Home di lokaliti wabak. Kelima, meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya penyakit demam denggi dan menasihatkan mendapatkan rawatan awal dengan segera sekiranya mengalami tanda-tanda bahaya demam denggi dan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan lokaliti wabak denggi.
Jadi, kesedaran ini dihebahkan melalui promosi kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dengan membuka kiosk kesihatan di tempat-tempat berisiko, edaran risalah kesihatan, edaran abate, hebahan suara, penggantungan kain rentang di kawasan lokaliti wabak melalui media sosial dan sebagainya. Selain daripada itu, memperkasakan peranan penduduk dan agensi terlibat melalui penubuhan pasukan seperti Communication for Behavioural Impact (COMBI) dan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan denggi (pemusnahan tempat pembiakan denggi serta pendidikan
kesihatan denggi) di lokaliti berkenaan. Sebagai contoh, Program Gotong-Royong Mega Denggi di Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 yang telah diadakan di 16 lokasi di seluruh Negeri Selangor melibatkan penyertaan lebih daripada hampir 4,000 orang penduduk setempat. Selain daripada itu, penggunaan ubat racun Bacillus Thuringiensis Israelensis (BTI) kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menghapuskan pembiakan nyamuk aedes dan juga program khusus yang dijalankan oleh PBT berkaitan seperti Operasi Lorong Belakang Bebas Aedes, Operasi Zero Larva dan juga kaedah mistaway yang dipasang di kawasan kediaman bertingkat. Kita juga menjalankan Program Selangor Bebas Aedes Di Tempat Kerja dan Kuarters dan juga mengukuhkan Program Bebas Denggi Sekolah dan Aktiviti penguatkuasaan melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 jadi melalui Akta ini, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap individu atau pemilik premis yang berpotensi menjadi punca pembiakan aedes melalui pengeluaran notis di bawah Seksyen 8. Melaluinya, tindakan tawaran kompaun atau melalui arahan penutupan premis akan diambil jadi jika terdapat kegagalan mematuhi Notis Seksyen 8 atau pun tidak membayar kompaun, tindakan mahkamah akan dilaksanakan dan juga Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan kawalan vektor di bawah Seksyen 82 & Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Untuk jawapan (b) untuk makluman Yang Berhormat pihak Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama PKD Hulu Langat telah bersetuju dalam pembahagian kawasan bagi kerja kawalan demam denggi di bawah pentadbiran MPKj pihak MPKj hanya mengendalikan kes di mana kawasan DUN Kajang manakala DUN lain adalah di bawah bidang kerja PKD Hulu langat jadi dalam hal ini Taman Seri Nanding adalah di bawah penyeliaan dan pemantauan PKD Hulu Langat bagi skop kawalan demam denggi. Walau bagaimanapun, MPKj dan PKD Hulu Langat sentiasa bekerjasama dalam menangani masalah denggi yang berlaku di kawasan pentadbiran MPKj. Pihak Majlis turut serta membantu kawasan Taman Seri Nanding ini bagi aktiviti gotong royong yang dilakukan dengan membekalkan tong RORO, membekalkan aerosol kepada penduduk, menjalankan aktiviti larviciding ketika Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Premis Individu.
Di samping itu, pihak Majlis juga telah mengadakan lawatan bersama persatuan penduduk ke tempat-tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk dan telah mengeluarkan arahan pelupusan kawasan tersebut.Dalam berhadapan dengan masalah penularan denggi Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited memainkan peranan penting melalui inisiatif dan tindakan-tindakan yang berdasarkan kajian terkini yang sentiasa dipergiatkan. Selain daripada itu, tindakan daripada pihak kerajaan, Kerajaan Negeri Selangor juga menyeru daripada pelbagai pihak termasuk lah orang ramai untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran dan memberikan perhatian yang serius terhadap penjagaan persekitaran.
Soalan tambahan daripada Dusun Tua. Yang Berhormat EXCO, Taman Seri Nanding khususnya Dusun
Tua ini selepas banjir jadi tempat denggi yang tertinggi di Malaysia juga. Saya difahamkan. Jadi khususnya di kawasan-kawasan perumahan, saya sendiri meninjau saya pun dah mohon menulis surat kepada PBT supaya tindakan segera dilakukan iaitu perparitan selepas banjir, longkang sumbat dan juga tong-tong sampah di kawasan komersial. Banyak yang tiada. Waktu banjir tempoh hari bukannya peniaga atau barang-barang peniaga sahaja hanyut khususnya Taman Seri Nanding ini, tong-tong sampah semua habis. Adakah pihak PBT atau Kerajaan Negeri membantu membersihkan longkang-longkang tersumbat dan membekalkan tong-tong sampah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, kebiasaan ini memang di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan bersama dengan EXCO PBT. Walau bagaimanapun daripada pihak pejabat saya sebenarnya setiap tahun kita ada memperuntukkan sebahagian peruntukan untuk isu dan masalah denggi di setiap 12 Pihak Berkuasa Tempatan yang ada. Jadi cadangan, sekiranya ada apa-apa penambahbaikan ataupun cadangan yang memerlukan peruntukan boleh lah orang kata diminta melalui Pihak Berkuasa Tempatan lah. Jadi terpulang kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya mereka mahu menggunakan peruntukan yang disediakan khusus untuk denggi di bawah portfolio saya ataupun melalui peruntukan yang lain.
Terima kasih Bandar Utama, Yang Berhormat Ketua Pembangkang Hulu Kelang,
Tuan Speaker, saya kemukakan soalan 93.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 93. Tatacara Dan Peraturan Pengeluaran PasirQuestions
93. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah justifikasi Kerajaan Negeri memberi kelulusan permit khas bahan batuan 4B/4C kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) untuk mengeluarkan pasir sungai di sepanjang Sungai Klang dan menjual pasir tanpa membayar royalti bahan batuan kepada Pihak Berkuasa Negeri?
Terima kasih Hulu Kelang atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk soalan yang dipertanyakan ialah berkenaan dengan kelulusan permit batuan 4B/4C bagi Landasan Lumayan. Landasan Lumayan Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri, anak syarikat MBI yang telah dilantik untuk membangunkan dan memajukan jajaran sepanjang Sungai Klang. Dan bayaran royalti masih perlu masih perlu dibayar dan tiada pengecualian khas diberikan kepada Landasan Lumayan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, untuk borang 4B yang telah dibayar untuk royalti adalah sebanyak RM180 ribu, bayaran tolnya adalah sebanyak RM15,854 dan keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh Landasan Lumayan ialah RM195,894 dan daripada rekodnya tiada permohonan daripada Landasan Lumayan untuk mengecualikan cukai ataupun mengecualikan royalti yang harus dibayar, terima kasih.
Tuan Speaker, saya percaya yang Yang Amat Berhormat sedia maklum bahawa mengikut pekeliling PTGS, semua aktiviti perlombongan dan penjualan pasir di atas tanah kerajaan perlu melalui KSSB. Dan ini adalah selari dengan mandat KSSB yang bertanggungjawab, untuk mengeluarkan dan memantau operasi perlombongan bahan batuan di atas tanah kerajaan termasuk sungai. Dan penjelasan Yang Amat Berhormat sebentar tadi jelas bertentangan dengan mandat yang telah diberikan kepada KSSB. Maka persoalan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyemak semula mandat yang telah diberikan kepada KSSB kerana ini bukan kes pertama yang berlaku di dalam Negeri Selangor. Saya percaya Yang Amat Berhormat juga sedia maklum bahawa seluas 1,000 ekar tanah kerajaan di Bestari Jaya telah diusahakan oleh KL Larut sekian lama. Malahan, kelulusan awal adalah untuk perlombongan timah tetapi pada tahun 2020, MMKN telah memberikan lanjutan kepada KL Larut bukan sahaja untuk melombong bijih timah tetapi juga diberikan kelulusan untuk melombong bahan batuan lain termasuk pasir dan menjual pasir daripada kawasan seluas 1000 ekar, di Bestari Jaya. Jadi ini sekali lagi telah melanggar mandat yang kita berikan kepada KSSB dan sepatutnya tanah yang begitu luas diberikan keutamaan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri. Jadi, apakah pendirian Yang Amat Berhormat tentang perkara ini sama ada menyemak dan meneliti semula mandat KSSB atau pun memberikan pertimbangan kepada syarikat-syarikat swasta untuk melombong pasir dan menjual pasir di kawasan-kawasan, di atas tanah kerajaan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Secara asasnya atau secara dasarnya, dasar yang telah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu kita tetapkan sebab untuk kawalan-kawalan tertentu. Namun hal yang dibangkitkan tadi kerana Landasan Lumayan dipertanggungjawabkan untuk projek pembersihan Sungai Klang. Jadi kalau mereka melaksanakan projek itu dan program itu, saya percaya mereka juga wajar untuk meneruskan sebahagian daripada kerja-kerja pengorekan dan pembersihan sungai-sungai itu bersama-sama dengan apa yang telah kita bincangkan semalam dengan panjang lebar antaranya dan sebahagian daripada hasil-hasil yang dikeluarkan itu
tidak semuanya pasir. Yang dikeluarkan itu adalah lumpur-lumpur yang campur dengan sampah dan pasir hanya lah sebahagian kecil dan kalau kita lanjutkan dengan Kumpulan Semesta di akan memanjangkan pula proses-proses yang sepatutnya dilaksanakan.
Justeru kelulusan-kelulusan seperti itu adalah kelulusan khas yang dibuat oleh MMKN daripada masa ke semasa menjurus dengan track record bagaimana KL Larut yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada tahun 2020. Berdasarkan kepada pengalaman mereka dan juga keadaan semasa di tempat tersebut dan kita juga ingin menyiapkan kolam-kolam HORAS. Jadi apa yang dibuat itu ada dua kes khas yang diputuskan oleh MMKN berdasarkan daripada justifikasi yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat tanah, apa mungkin dan sebagainya. Dan itu adalah keputusan untuk spesifik dalam dua perkara. Tapi yang lain-lain kita tetapkan masih diteruskan di bawah Kumpulan Semesta supaya mereka dapat meneruskan hasrat kerajaan, terutamanya pengawalan pengeluaran bahan batuan dan juga pasir daripada negeri kita di tanah-tanah kerajaan terutamanya. Sebelum ini memang kita buat secara blanket tapi dalam penggal semasa saya dengan Yang Berhormat, kita telah membuka ruang kepada syarikat-syarikat swasta di tanah mereka sendiri. Tapi di tanah kerajaan ini hanya spesifik satu dua kes berdasarkan keadaan-keadaan semasa, terima kasih.
Terima kasih. Soalan seterusnya, ke soalan tambahan?
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingat ini juga dalam perbahasan saya, saya ada membangkitkan soal kelulusan, pembelian semula urusan untuk perlombongan kepada KL Larut, kerana saya dapati bahawa dalam rekod itu mengadakan bahawa pejabat Tanah dan Galian pun menolak permohonan semula, daripada KL Larut apabila tamat kontraknya. Saya nak tahu apakah justifikasi-justifikasi yang lain sebab tadi Yang Amat Berhormat menyebut bahawa antaranya adalah justifikasi daripada cadangan daripada Pejabat Tanah dan Galian untuk meneruskan pembelian kepada KL Larut, terima kasih.
Terima kasih permohonan telah dibuat oleh KL Larut ini dalam jawapan yang telah disiapkan, semalam tak sempat sebab panjang lebar. Kita bincang benda-benda lain.
Membuat permohonan pembaharuan ML1/2015 dan ML 2015 kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor pada 24 Mac 2020. PTGS telah mengeluarkan kelulusan pembaharuan ML ini dengan tarikh-tarikh, tarikh tempoh tamat pada 25 Mac 2030 dan ini sebagaimana yang saya maklumkan adalah melalui proses-proses yang dilaksanakan ada pandangan daripada Pejabat Tanah ada pandangan daripada semua agensi-agensi
yang terbabit dan hasil kerja buat yang dilakukan dan kita perlu mempercepatkan proses untuk menyiapkan HORAS sebenarnya. Kerana di tapak itu adalah tapak HORAS yang perlu kita siapkan dan kalau kita delay, diberikan kepada Semesta. Semesta bukan mempunyai machinery, mereka akan melantik pula kontraktor yang lain dan kemungkinan melantik pula KL Larut. Jadi sebahagian itu merupakan antara justifikasi yang difikirkan oleh pihak LUAS dan sebagainya dan kita timbangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tuan Speaker satu je.
Satu lagi.silakan
Satu je. Minta penjelasan pada Dato’ Menteri Besar, mungkin tidak perlu diberikan jawapan sekarang dan mungkin dibuat secara bertulis. Oleh kerana ada pertimbangan khas yang diberikan kepada KL Larut maka, Dewan ini ingin bertanya kepada Dato’ Menteri Besar.Bolehkah Dato’ Menteri Besar berikan jumlah kuantiti timah yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh kelulusan yang diberikan kepada KL Larut dan juga jumlah pasir yang dikeluarkan daripada tempoh lanjutan yang diberikan atas pertimbangan khas tadi dan, berapakah jumlah royalti yang telah dibayar oleh KL Larut kepada Kerajaan Negeri untuk perlombongan timah dan juga untuk perlombongan pasir di..tapak seluas seribu ekar di Bestari Jaya? Terima kasih.
Terima kasih, kalau royalti saya boleh maklumkan sekarang sebab memang ada persediaanya, lebih kurang 3,126 820.75 jumlah timah. Dengan pasir itu tak ada lah buat masa sekarang. Nanti saya akan kemukakan sebab otak ini bukan komputer, boleh ingat semua benda. Terima kasih. Saya pun hargai sebab minta jawapan bertulis.
Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 94.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 94. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)Questions
94. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Majoriti bangunan serta prasarana SABK sediaada yang semakin usang, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf ataupun membina tambahan bangunan di sekolah yang sedia ada?
b)
Berdasarkan peningkatan bilangan permohonan murid untuk SABK, apakah kaedah penyelesaian terhadap permohonan yang gagal ke SABK?
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang atas soalan yang dikemukakan. Untuk bahagian (a), kebanyakan bangunan SABK telah berusia lebih 50 tahun dan sememangnya memerlukan perhatian agar ianya selamat digunakan. Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan dalam kerja baik pulih dan naik taraf pada prasarana yang uzur dan rosak mengikut keperluan semasa dengan keutamaan diberikan kepada prasarana yang boleh membahayakan pengguna premis tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang juga, Kerajaan Negeri telah mencadangkan peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk tahun 2024 yang akan digunakan untuk tujuan baik pulih sekolah-sekolah agama di setiap daerah di negeri Selangor. Pada masa yang sama juga, Jabatan Agama Islam Selangor juga sedang menguruskan kerja-kerja baik pulih peruntukan-peruntukan yang diperolehi dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKEM).
Untuk bahagian (b), antara 3 kaedah penyelesaian utama terhadap permohonan yang gagal ke SABK adalah:
i. Memaksimakan bilangan pelajar dalam kelas melalui pengambilan pelajar secara berperingkat; ii. Cadangan membina bangunan asrama tambahan di sekolah terpilih seperti di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang bagi menampung lebihan permohonan di Lembah Klang; dan iii. Pelajar boleh mengikuti pembelajaran di kelas KAFA Menengah (KKM) di seluruh Negeri Selangor, kelas ini dilaksanakan 3 hari seminggu sebelum atau selepas murid belajar di SMK Aliran Perdana.
Calon yang tidak berjaya dan berminat boleh menyambung pembelajaran di Kelas KAFA Menengah (KKM) di seluruh negeri Selangor. Kelas ini dilaksanakan 3 hari seminggu sebelum atau selepas murid belajar di SMK aliran perdana. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih, mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO sebahagian daripada sekolah ini dah berusia lebih daripada 50 tahun. Dan saya lihat sebagai contohlah, saya ambil di kawasan saya Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah yang usianya begitu. Dan sebahagian daripada bangunannya pun penah terbakar disebabkan oleh sistem pendawaian dan sebahagian daripada bangunannya pun pernah terbang bumbungnya disebabkan keuzuran dan ribut dan sebahagiannya juga pernah roboh disebabkan oleh anai-anai. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memulakan pembangunan secara menyeluruh kawasan sekolah-sekolah yang sudah lama ini dan membangunkan secara strategi ya mengikut master plan satu persatu. Sebab kalau 50 tahun saya ingat bahagian besar daripada bangunan itu memang dah teruklah kalau dimulakan daripada sekarang, mungkin satu sekolah kita bangunkan dengan master plan yang besar sebab keperluannya mungkin cukup berbeza dengan masa dibangunkan dulu. Hari ini dengan lambakan dan kepelbagaian, ianya perlu dibangunkan. Apa pendapat daripada Yang Berhormat EXCO? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Perancangan dan pemantauan dan pengurusan sekolah-sekolah am yang lama ini adalah dibuat di bawah JAIS dengan keutamaan-keutamaan diberikan berdasarkan kepada kriteria-kriteria ditetapkan oleh pihak JAIS sendiri. Saya rasa perancangan itu ada dan perancangan itu akan dilaksanakan di pihak JAIS.
Terima kasih Seri Setia. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sentosa.
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 95.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 95. Program HijrahQuestions
95. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah bantuan kepada usahawan Hijrah sepanjang tahun 2023?
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkemaskan program bantuan usahawan pada tahun 2024 agar lebih berkesan?
Terima kasih Tuan Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Sehingga bulan September 2023, bilangan usahawan Hijrah yang telah menerima bantuan adalah seramai 2,860 orang dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM30,590 000. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Keusahawanan telah merancang untuk memperkemaskan Program Bantuan Usahawan pada tahun 2024. Bagi tujuan tersebut, penubuhan Majlis Pembangunan Keusahawanan Mikro Kecil Sederhana Selangor atau MARSHAL dengan izin, telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke-16 bertarikh 16 dan 17 Jun 2023 dengan bertujuan untuk melaras program keusahawanan merancang pembangunan usahawan secara sistematik dan komprehensif seterusnya melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan dan berdaya maju. Program-program keusahawanan di Negeri Selangor juga akan diselaraskan dengan semua Pengerusi Jawatankuasa Tetap Negeri bagi tujuan penyelarasan dan cambahan idea. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Bukan soalan tambahan.
Soalan seterusnya.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan tadi. Saya ada pertanyaan tambahan di mana saya melihat tentang Program Usahawan Hijrah ini. Ramai anak-anak muda yang telah berjaya hasil daripada Program Hijrah dan Program Hijrah ini menyediakan bantuan untuk usahawan-usahawan kecil kita tetapi apakah KPI yang mungkin akan ditetapkan oleh Kerajaan? Kerana kalau kerajaan bantu dengan pembiayaan RM10 ribu tapi mereka dah capai keuntungan hingga mungkin RM300-400 ribu, mungkin sepatutnya mereka memerlukan jumlah pembiayaan yang lebih besar lagi. Jadi apakah cadangan kerajaan, mungkin untuk menetapkan satu KPI supaya kita dapat upgrade, upgrade level usahawan-usahawan kecil ini dengan bantuan pembiayaan yang lebih besar dan insyAllah mereka akan lebih berjaya pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Gombak Setia. Pihak Kerajaan Negeri memang kita ada perancangan khusus
sepertimana Yang YB Pandan Indah maklumkan tadi, kalau di peringkat Agropeneur kita bantu dan kita sokong seterusnya, kita ada follow up. Maksud kita tidak bagi bantuan dana dan kita tinggalkan mereka. Misalnya untuk usahawan-usahawan yang menerima Dana Hijrah, mereka yang telah mencapai satu tahap pencapaian yang bagus ini misalnya dengan pendapatan atau pun hasil jualan yang tinggi, dan bertujuan nak kembangkan lagi perniagaan mereka maka kita akan bantu atau pun mudah cara daripada dari segi pembiayaan. Yang kalau di peringkat kerajaan tak ada tapi misalnya usahawan ini nak minta loan daripada bank, bank-bank komersial yang mungkin lebih tinggi. Jadi di peringkat Hijrah kita memberikan apa disebut perakuan ataupun memudah cara proses mereka ini dan pada masa sama kita juga akan bantu kembangkan lagi usaha perusahaan mereka ini daripada segi pemasaran dan promosi. Misalnya kita bawa mereka untuk didedahkan di ekspo-ekspo antarabangsa misalnya seperti di Kanada dan tahun depan insyaAllah kita akan membawa usahawan-usahawan Hijrah kita yang berjaya ini untuk didedahkan di Pasaran Timur Tengah misalnya. Dan pada masa yang sama, kita juga memanfaatkan program-program seperti Selangor International Business Summit di mana kita menggunakan platform ini untuk membantu usahawan-usahawan ini mempromosikan produk dan juga hasil usaha mereka. Itu antara langkah Kerajaan Negeri untuk kita upgrade atau menaik taraf usahawan-usahawan yang dibiaya Hijrah ini di mana mereka telah mencapai satu tahap yang membanggakan dan kita nak bantu mereka tingkatkan lagi hasil jualan syarikat mereka, terima kasih.
Satu lagi soalan tambahan. Bukit Melewati...
Okay, kita memandangkan Hijrah ini, banyak diberikan kepada golongan-golongan belia. Soalan saya apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya ada di golongan-golongan belia ini tidak membayar balik pinjaman Hijrah ini? Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri mungkin di blacklist ke walaupun dalam kadar RM5 ribu mungkin dalam RM10 ribu, apakah tindakan kerajaan pada peminjam yang kebanyakan ini dalam golongan belia?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Kita memang ada polisi khusus terhadap peminjam-peminjam yang lambat ataupun gagal melunaskan pinjaman mereka. Tapi pada masa yang sama, Kerajaan Negeri mengambil pendirian dan sikap yang agak fleksibel bermaksudnya kita tidak terus menghukum ataupun blacklist meraka ataupun CTOS kan mereka tapi kita mengguna pakai pendekatan untuk memahami apa masalah atau keperluan mereka. Contoh, misalnya selepas peralihan daripada andemik ini, pandemik ini banyak peminjam terutamanya daripada golongan anak muda yang terlibat dalam start up, mereka ini mengalami kesukaran. Kerana baru pinjam, tiba-tiba ada pandemik. Dia ada implikasi terhadap perniagaan mereka dan kita memberi mereka kelonggaran ataupun tempoh yang agak lunak untuk mereka menjelaskan pinjaman tersebut dan tetapi sekiranya ada yang bila kita dah bagi kelonggaran itu masih lagi berdegil, kita akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan susulan termasuk
juga tindakan menyenarai hitamkan mereka daripada meminjam di masa akan datang, terima kasih.
Soalan tambahan Speaker.
Satu lagi ya, terakhir ya.
Sedikit sahaja, sikit je.
Okay, okay.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih EXCO. Ada satu kes yang, bukan satu kes, sekumpulan kes yang melibatkan antara Pinjaman Hijrah dengan Lesen PBT. Di mana ketika permohonan dibuat tidak, tak tahu. Mungkin tidak disemak sama ada lesen telah diperolehi atau tidak kepada peminjam ataupun dipinjam, diberikan lesen tetapi langgar. Isunya ialah bila mana PBT buat satu gerakan menutup gerai, menangkap gerai, sedangkan mereka adalah peminjam Hijrah. Jadi apakah itu tidak ada synchronize dengan izin, kebersamaan dalam pemberian pinjaman dengan Lesen Pihak Berkuasa Tempatan? Terima kasih.
Baik, terima kasih Sungai Ramal. Memang ada polisi khusus di peringkat PBT. Maksudnya mereka, dia perkara berbeza Pinjaman Hijrah, Pembiayaan Hijrah dengan polisi untuk membuka perniagaan di peringkat PBT. Ini adalah proses berbeza. Cuma kalau ada Peminjam Hijrah misalnya yang mengalami kesukaran ataupun kesulitan untuk mendapatkan lesen daripada pihak PBT, boleh berhubung terus dengan pihak Majlis sebenarnya dan, ataupun boleh ke muka rayuan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk kita bantu selaraskan permohonan mereka ini. Tetapi kebiasaannya yang pinjam Hijrah ini kurang berdepan dengan masalah ini kerana apa, mereka faham prosedurnya dan saya ingat kalau di Negeri Selangor ini proses permohonan lesen untuk perniagaan di peringkat PBT agak mudah dan mungkin di peringkat EXCO pun boleh tambah baik daripada segi memudahkan lagi terutamanya Peminjam Hijrah. Jadi saya rasa, kalau ada di kawasan Yang Berhormat misalnya, Yang Berhormat perkara tersebut mungkin boleh diutarakan kepada saya untuk kita facilitate dan mudah cara meraka ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Kota Anggerik. Subang Jaya bangun tadi...
Ya. Sebab Tuan Speaker, saya ingin mengambil soalan Kuala Kubu Baharu mengikut Peraturan 24 (2).
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 96. Hospital Selgate RawangQuestions
96. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Status terkini Hospital Selgate Rawang termasuk kos pembinaan setelah bertukar pemaju.
b)
Nyatakan sebab-sebab kelewatan siap bina Hospital Selgate Rawang.
Terima kasih. Yang Berhormat Subang Jaya. Peratusan kemajuan pembinaan Selgate Hospital Rawang setakat ini jumlah kemajuan yang terkini adalah sebanyak 47.9%. Kos pembinaan fasa pertama untuk 95 katil adalah RM83 juta dan kos pembinaan bersekali kerana pada tahap ini Selgate telah mencadangkan untuk Pembinaan Fasa 1 bersekali dengan Fasa 2, untuk 230 katil iaitu sebanyak RM148.5 juta. Dengan peningkatan jumlah katil, di dalam kos pembinaan baru terdapat penurunan, penurunan sekatil sebanyak 26%.
Untuk makluman, Selgate Hospital Rawang dijadualkan siap pada Februari 2022 di bawah kontraktor lama lah, Hati Muda Sdn. Bhd. Namun extension of time (EOT) telah diberikan sebanyak 6 kali sebelum kontraktor baharu Cypark Resources dilantik bagi menyiapkan pembinaan projek tersebut. Kini pembinaan Selgate Hospital Rawang dijangka siap pada Jun 2024. Antara sebab-sebab kelewatan siap bina Hospital Selgate Rawang adalah termasuk kontraktor lama menghadapi masalah aliran tunai dan kekurangan tenaga kerja. Keduanya, terutamanya pada waktu pandemik Covid-19 telah menyebabkan kelewatan terhadap pembinaan hospital dan akhirnya adalah pematuhan tambahan regulasi di dalam projek ini mengakibatkan pertambahan jadual pembinaan kerja akibat keperluan terbaru yang dikeluarkan oleh bomba iaitu fire escape backlift bagi pematuhan UBBL 1984 UU-Care Hospital. Kerja-kerja tambahan juga perlu dilakukan untuk membesarkan refuge area dan penambahan lif.
Tambahan? Ya, Rawang.
Ya, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ada dua soalan. Yang pertama adakah proses kerja itu dalam jadual? Yang kedua, bilakah tadi Yang Berhormat EXCO mengatakan projek itu akan siap pada pertengahan 2024. Bilakah pengoperasian hospital tu boleh dilakukan?
Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Seperti yang dikatakan sebelum ini, memang tertangguhlah oleh kerana
kontraktor lama dan kontraktor lama telah pun ditukar sekitar tahun 2022, 19 Oktober 2022. Setakat ini mengikut kontraktor baharu memang mengikut jadual dan juga pembinaan dia mungkin akan habis pada Jun 2024 tapi tempoh operasi bermula dia mungkin akan panjang sedikitlah antara dalam tempoh 6 bulan. Mungkin pada akhir 2024 ataupun permulaan 2025. Itu bergantung kerana mereka perlu kelulusan daripada pihak yang berkaitan. Jadi dia mungkin perlukan sedikit masa lah. Terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan. Bandar Baru Klang. Bandar Baru Klang ingin bertanya bahawa sama ada Selgate Hospital Rawang ini hospital dimiliki Negeri Selangor. Kedua, kalau ada, berapakah buah hospital yang ada di bawah kerajaan Negeri Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Jadi Hospital Selgate Rawang ini sebenarnya milik GLC. Dia tak ada hubung kait terus dengan kerajaan negeri Selangor. Walaubagaimanapun, saya telah berbincang dengan Selgate, sekiranya hospital ini telah mula beroperasi mungkin akan diberikan keistimewaan atau pun diskaun yang tertentu untuk warga Selangor kerana Selgate ini ada merupakan GLC lah. Tapi perkara itu hanya pada permulaan perbincangan belum lagi diputuskan. Di bawah Selgate juga selain daripada Hospital Rawang, juga dalam pembinaan yang lain termasuk Hospital Selgate Sepang, Selgate Setia Alam, Selgate Hospital Ulu Tiram di Johor Bahru dan Selgate Hospital Mont Kiara. Jadi semua ini dalam tempoh pembinaan dan belum siap sepenuhnya lah. Jadi untuk dapatkan maklumat terperinci nanti, boleh dapatkan daripada saya. Terima kasih.
Ya, Seri Serdang?
Tuan Speaker, soalan saya No. 97.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 97. Pewartaan Rumah IbadahQuestions
97. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha kerajaan bagi memudahkan pewartaan rumah ibadah?
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang yang prihatin tentang pewartaan rumah ibadah. Untuk (a), sebagaimana proses pewartaan mana-mana tanah, pewartaan tanah bagi rumah ibadat selain Islam, tradisi, juga tertakluk kepada Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN 1965). Bagi memudahkan proses pewartaan, tanah-tanah di C - satu panduan dan rujukan yang lebih jelas telah dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTGS) iaitu Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian (PTGS) Bilangan 8 Tahun 2011. Berkenaan garis panduan kegunaan tanah untuk tujuan rumah ibadat bukan Islam di Negeri Selangor. Garis panduan ini merangkumi syarat-syarat dan kriteria khususnya yang lebih jelas bagi proses pewartaan racey Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) pula akan bertindak sebagai agensi yang menguruskan permohonan pewartaan yang diterima daripada persatuan-persatuan racey. Agensi ini akan memastikan permohonan tersebut diangkat kepada pihak berkuasa negeri bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan teratur termasuk pelan-pelan dan maklumat yang berkaitan. Selain itu Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) juga bertindak sebagai pemudahcara bagi permohonan-permohonan pewartaan racey. Mesyuarat Jawatankuasa Khas LIMAS akan membincangkan setiap permohonan pewartaan rumah ibadat dengan melibatkan agensi-agensi teknikal yang berkaitan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi memastikan setiap permohonan pewartaan racey dapat dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya dan menepati semua kriteria yang ditetapkan sebelum proses pewartaan dapat disempurnakan. Kesemua proses ini merupakan satu usaha kerajaan Negeri untuk mempermudahkan proses pewartaan rumah ibadat. Ini juga bagi memastikan pewartaan rumah-rumah ibadat ini tidak akan mendatangkan implikasi negatif akibat daripada pewartaan yang membelakangi aspek teknikal dan rancangan pembangunan. Situasi ini akhirnya bakal meletakkan persatuan rumah ibadat ini dalam situasi yang sukar pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Silakan Sentosa.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang disediakan. Saya nak tanya berkenaan timeline untuk setiap permohonan. Adakah Kerajaan Negeri ada satu jangka masa yang ditetapkan untuk membantu permohoan-permohonan rumah ibadat ini untuk diselesaikan? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Soalan tambahan berkenaan satu tempoh dan jangka masa untuk proses pewartaan. Biasanya mengambil masa 6 bulan hingga 1 tahun. Tetapi oleh kerana kadang-kadang berlaku teknikal dan sebagainya di peringkat pejabat daerah, di peringkat persatuan yang menghantar, mereka kekurangan dokumen-
dokumen, checklist dan sebagainya. Ini telah menyebabkan kelewatan dan akhirnya sampai ke Jawatankuasa Racey dan kemudian LIMAS dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas LIMAS juga dia bukan setiap bulan, dia perlu sedikit masa, 3 bulan dan sebagainya. Jadi kemungkinan ini melewatkan daripada jangkaan 6 bulan hingga 1 tahun. Walau bagaimanapun pihak kerajaan kita akan teliti untuk kita mempercepatkan, mempermudahkan proses supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Seri Serdang?
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cumanya saya mohon supaya pihak kerajaan Negeri memberi tumpuan yang lebih kepada usaha untuk kita mewartakan rumah-rumah ibadat yang boleh diselesaikan dengan kadar segera. Yang dah selesai dengan KTN dan sebagainya. Sebab di kawasan saya Seri Serdang ada rumah-rumah ibadat yang berusia lebih daripada 20 tahun tetapi masih belum selesai lagi pewartaan rumah-rumah ibadat di dalam kawasan DUN Seri Serdang. Jadi saya mohonlah sebab kita tidak mahu kesan-kesan akan datang perebutan tanah dan sebagainya dan saya mohon supaya beri perhatian yang khusus untuk kita selesaikan dengan segera isu pewartaan rumah-rumah ibadat bukan Islam.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang, yang memohon agar meminta agar keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon yang sudah lengkap dokumen dan sebagainya. Ini akan dipertimbangkan, kita akan usahakan supaya mana-mana yang hampir siap dan selesai, semua isunya tak ada isu yang berkaitan, kita akan percepatkan. Ini yang paling penting kerana kerajaan Negeri mengambil maklum dan mnegambil langkah yang pro aktif sejak 2008 kita menyusun semula semua rumah-rumah ibadat selain Islam ini. Kita tidak mahu mereka dibina sewenang-wenangnya di sana di sini tanpa kawalan. Ini satu sistem yang sangat komprehensif, satu sistem yang ke depan yang boleh memastikan pengurusan rumah ibadat selain Islam ini dapat diurus dengan baik. Sekarang kita tahu mana yang sudah diwarta, mana yang belum. Dulu warta pun belum, kat mana pun tak tahu, tanah pun halal ke tak halal, dah sah ke tak sah, pun tidak diketahui. Itu sebelum ini. Tetapi sekarang kita dah semua permudahkan dalam satu sistem. Jadi kalau dulu, MAS mana ada sistem, sekarang dah jadi ada sistem. Dengan izin, Tuan Speaker, jadi saya harap dengan cara kaedah pewartaan sedemikian ini kita dapat membantu mengurus tadbir rumah ibadat ini dengan lebih tersusun dan sistematik. Sekian, terima kasih.
Selat Klang?
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya, 98.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 98. Status Strata Title Di Flat Sri PerantauQuestions
98. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status permohonan strata title untuk flat-flat Sri Perantau dalam DUN Selat Klang?
Terima kasih, Selat Klang. Terima kasih, Speaker. Soalan Selat Klang menjurus terhadap permohonan strata title untuk flat-flat Seri Perantau di DUN Selat Klang. Saya maklumkan, bagi hak milik BN 122996 Lot 24885 Seksyen 21 Fasa 1, bandar dan daerahnya adalah bandar Port Swettenham Daerah Klang. Tarikh terima permohonan adalah pada 2 Februari 2023. Permohonan pecah bagi bangunan telah diluluskan oleh PTG pada 8 Ogos 2023. Telah lulus pengeluaran Pelan Akui Bangunan dan oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan pada 13 September 2023 dan diterima pada 18 September 2023. Sedia dicetak dalam proses pendaftaran hak milik baharu di Bahagian Permohonan Hak Milik Strata Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Maknanya dah selesai, hanya perlu penyerahan. Saya rasa sebahagiannya pun telah diserahkan sebab September lepas. Untuk Lot BN 122997, Lot 24884 Seksyen 21 Fasa Kedua. Tarikh terima permohonan pada 9 Disember 2022, tarikh pecah bahagian bangunan oleh Timbalan Pengarah PTG pada 28 Ogos telah lulus pengeluaran Pelan Akui Bangunan oleh Jabatan Ukur pada 4 Oktober 2023 dan diterima pada 10 Oktober. Sedia dicetak dalam proses pendaftaran hak milik baharu di Bahagian Permohonan Hak Milik dan ini dua lot ataupun dua yang telah kita luluskan, Yang Berhormat. Satu telah selesai pada Oktober 2023, satu lagi pada 18 September 2023. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Ya, Selat Klang?
Saya ada satu, dua soalan yang saya nak kemukakan kepada Yang Berhormat. Pertama sekali tentang operasi lif di semua 12 blok di kawasan ini selalu rosak dan kita tak pasti sama ada dia masih lagi di bawah tanggungjawab PKNS ataupun telah diserahkan kepada pihak majlis. Terima kasih.
Saya kena semak apabila proses hak milik itu telah selesai sebenarnya mengikut konvensyennya akan diuruskan oleh penduduk. Tapi saya cukup faham tentang apartment dan flat itu, saya pun pernah datang majlis terbuka Yang Berhormat di belakang flat tersebut dan kita tahu pasal condition dan situasi flat yang sangat-sangat buruk dan juga mungkin memerlukan sokongan. Justeru mungkin kita boleh lihat dengan Tabung Ceria dan juga sebagainya untuk memperbaiki ataupun peruntukan-peruntukan lain yang boleh dijana oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan. Asasnya bagaimana kita menyediakan kepada penduduk-penduduk apabila hak milik strata telah selesai, maknya rumah-rumah itu dan juga keseluruhan bangunan jadi milik mereka. Bersediakah mereka menguruskan sendiri mengikut konsep ataupun mengikut kaedah pengurusan strata yang lain dengan JMB, Joint Management Body dan sebagainya. Ini perkara yang saya rasa perlu dibuat transisinya secara perlahan-lahan. Kalau PKNS tanggung pun saya rasa PKNS tidak akan berupaya untuk meneruskan membuat program sosial yang telah dibina sebelum ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkatBill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 semua peringkat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan.
Jadual B30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor RM2,863,000.00.
Ya, Yang Berhormat Sijangkang, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mengambil Butiran 50500 Kod Objek 11000 ya. Kita sedia maklum, saya kira jabatan ini antara jabatan yang baru lah. Tetapi soal pengurusan dalam pendakwaan ini dah berjalan begitu lama dan saya kira mereka juga mempunyai kemampuan, untuk menguruskan pendakwaan-pendakwaan kes-kes yang berkaitan. Cuma, saya dapat maklumat juga, walaupun penyediaan kertas dakwaan itu memang mengambil masa tetapi adakah ini disebabkan oleh proses untuk menyiapkan kertas-kertas pendakwaan, ataupun ia juga melibatkan jumlah kakitangan yang ada sehingga memungkinkan penyiapan, persediaan kertas dakwaan ini mengambil masa yang begitu lama. Kalau kita melihat, kita lihat pun dari sudut dasar baru saya pun tidak pasti dasar baru berkaitan dengan ini mungkin berkaitan dengan perjawatan juga lah. Yang mana nampak semakin menurun daripada 163,000 kepada 128,000. Kemudian, saya nak juga bertanya berkaitan dengan Kod Objek 27000, Bekalan dan bahan-bahan lain ya. Kalau kita lihat, tidak ada perbezaan daripada sudut peruntukan
di bawah dasar sedia ada tetapi ada dasar, dalam dasar baru itu RM15,000.00 yang tidak ada sebelum ini. Saya harapkan ada penelitian yang boleh diterangkan oleh pihak Kerajaan atas tujuan apakah sebenarnya bekalan dan juga bahan-bahan lain ini. Saya ingat begitu juga dengan, di bawah Kod Objek 34000 dan juga 35000 Kenderaan Jentera, saya kira mungkin ini ada, tidak pasti sama ada pembelian kenderaan baru ataupun apa dalam, pada tahun lalu tetapi pada tahun ini tidak ada. Cuma berkaitan dengan 35000 RM20,000.00 one-off pada tahun lalu dianggarkan RM21,300.00 pada tahun ini mungkin saya perlukan penjelasan, terima kasih.
Sungai Panjang.
Sungai Panjang.
Butiran 505000 Pentadbiran dan Kewangan Kod Objek 1100. Jika melihat kepada 2023 dan 2024 ada pertambahan, pertanyaannya, berapakah jumlah pertambahan Pegawai baru? Kerana sebelum ini dicadangkan supaya tenaga Sumber Manusia ditambah sebab Mahkamah Tinggi Syariah, ada empat (4) sahaja Pegawai dan mempunyai 12 Dewan Mahkamah Syariah. Jadi, dicadangkan supaya ditambah Pegawai yang baru. Pada Kod muka surat yang sama, butiran yang sama dan pada Kod 29000 iaitu berkenaan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain. Pertanyaan, sejauh manakah berkenaan dengan Draf Cadangan Enakmen Syariah Selangor 1995 dan yang dalam masa yang sama juga dalam Draf Pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 Seksyen 78 Enakmen Pentadbiran Islam? Terima kasih.
Ya, Sabak.
Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran Program 505000 Kod Objek 11000 Gaji dan Upahan. Saya tidak pasti sama ada jumlah RM1.6 juta itu akan melibatkan pertambahan dari sudut pegawai-pegawai untuk membuat satu pemantauan terhadap banyak sangat pelanggaran-pelanggaran dari sudut Enakmen-Enakmen ataupun Syariah yang perlu kepada pendakwaan. Kenyataan-kenyataan yang memerlukan kepada pemantauan. Mungkin kita perlu menambah pegawai-pegawai untuk melihat perkara ini. Umpamanya, ajaran sihat umpamanya ataupun kenyataan-kenyataan yang bersifat terlalu, ajaran-ajaran yang terkeluar, kenyataan liberalisme umpamanya. Satu kenyataan seorang wanita yang kita sedia maklum yang mengatakan bahawa dia, di rumah dia menjadi Imam kepada suaminya dan keluarganya. Jadi, ini jelas bertentangan tetapi tidak tahu sama ada, adakah pendakwaan, ataupun menunggu dan lihat ataupun kita kekurangan pegawai. Jadi, kalau sekiranya ia melibatkan kepada soal kekurangan pegawai. Maka kita harap kalau tidak termasuk, maka perlu kepada penambahan lagi peruntukan, untuk melantik pegawai-pegawai bagi melicinkan dan melihat banyak lagi kenyataan-kenyataan yang bersifat terkeluar daripada syariah Islam itu sendiri. Wallahualam.
Ya, saya minta penjelasan daripada Seri Setia.
Terima kasih Speaker. Untuk persoalan mengenai Gaji dan Upahan 505/11000, saya dimaklumkan bahawa tidak akan ada pertambahan staf di jabatan ini tetapi apa yang akan berlaku adalah sedikit penstrukturan dalaman semula yang akan dilakukan bagi mempertingkatkan lagi keupayaan yang sedia ada di jabatan tersebut. Saya hendak rangkul jawapan untuk Yang Berhormat Sungai Panjang, merujuk kepada 505000 untuk keseluruhan Perkhidmatan Bekalan, tiada pertambahan dari segi aset-aset yang sedia ada. Contohnya di situ, seperti kenderaan Jabatan dan sebagainya kerana kita akan terus menggunakan aset-aset yang sedia ada dan tidak perlu ditambahkan peruntukan-peruntukan khas khusus kepada para petugas di jabatan-jabatan tersebut. Yang soalan daripada Yang Berhormat Sungai Panjang juga mengenai penyediaan draf-draf Enakmen dan Draf-draf Perundangan yang lain, perkara-perkara tersebut sedang disemak melalui Majlis Agama Islam Selangor. Terima kasih.
Jadual B30 iaitu wang sejumlah RM2,863,000.00 untuk Kepala B30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jumlah Perbekalan RM2,467,626,700.00.
Jumlah Perbekalan RM2,467,626,700.00 menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual.
Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Tak ada, cepat sangat. Ingat ada orang berbahas. Kali kedua, kali ketiga kan. Sabar, sabar. Sabar adalah separuh daripada iman. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Perbekalan dan telah dipersetujui tanpa apa-apa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan sebagai kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Rang Undang-undang Peruntukan Diraja Pindaan 2023Bill
Bacaan kali yang ketiga. Rang Undang-undang ini boleh lah dinamakan Enakmen Perbekalan 2024. Aturan Urusan seterusnya, Rang Undang-undang Peruntukan Diraja Pindaan 2023. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk membina Enakmen Peruntukan Diraja 1959.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Enakmen Peruntukan Diraja Pindaan 2023 perlu dipinda di bawah Peruntukan-peruntukan bagi Kelas Tiga (3) dan Kelas Empat (4). Bagi Kelas Tiga, peruntukan telah bertambah daripada RM7,205,497.00 kepada RM7,651,788.00 iaitu peningkatan sebanyak RM446,291.00. Pertambahan berkenaan adalah disebabkan pengiraan dan pelarasan semula emolumen kakitangan di Pejabat Istana. Bagi Kelas Empat (4), peruntukan telah bertambah daripada RM16,433,733.00 kepada
RM17,011,542.00 iaitu peningkatan sebanyak RM577,809.00. Pertambahan ini diperlukan bagi penggantian peralatan serta kenaikan emolumen kakitangan kontrak Pejabat Istana bagi tahun 2024. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan penjelasan tadi, saya dengan ini mencadangkan supaya satu Rang Undang-undang bernama Enakmen Diraja Pindaan 2023 dibaca kali yang kedua.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Yang Berhormat Hulu Kelang, silakan.
Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih di atas peluang untuk mewakili Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional untuk membahaskan Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebentar tadi. Seperti yang telah saya tegaskan dalam perbahasan di peringkat dasar, Perikatan Nasional akan mempertahankan kemuliaan Institusi Raja-raja Melayu di Negara ini dan saya telah menyatakan bahawa Institusi Raja-raja Melayu adalah payung kestabilan dan kemakmuran dan ia bagaikan sauh agar bahtera bangsa tidak dihanyutkan oleh taufan dan badai. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah membentangkan sejumlah peruntukan tambahan bagi memenuhi keperluan emolumen dan juga penggantian beberapa kemudahan dan peralatan. Namun yang ingin saya tegaskan di sini ialah melihat semula kepada peranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang semakin mencabar, terpaksa menggalas tanggungjawab yang begitu besar, khususnya sebagai Ketua Negeri di Negeri Selangor Darul Ehsan. Negeri Selangor ini merupakan sebuah negeri yang maju dan untuk terus melangkah ke hadapan, pastinya peranan dan Titah nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan itu perlu diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Negeri agar negeri ini dapat terus dibangunkan dan menjamin kestabilan dan kemakmuran bagi seluruh rakyat di dalam negeri Selangor ini.
Tambahan kepada peranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di dalam negeri, kita juga sedia maklum bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor telah pun diangkat menjadi Pengerusi MKI, untuk memastikan kedaulatan dan pengembangan syiar Islam di negeri dan di negara ini benar-benar dapat berjalan dengan baik dan cukup harmoni kerana sekali lagi, Malaysia sebuah negara yang rencam yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya dan sekali lagi peranan dan Titah Nasihat Tuanku Sultan selaku Pengerusi MKI itu amat penting bagi menjamin kemakmuran di peringkat negara dan negeri ini.
Justeru itu, bagi memenuhi tanggungjawab yang amat besar di peringkat negeri dan juga diperingkat kebangsaan, saya bagi pihak Perikatan Nasional ini mencadangkan
supaya perjawatan-perjawatan dan pelantikan pegawai-pegawai tambahan diberikan untuk bersama-sama dengan pihak Istana supaya peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan itu dapat berjalan dengan baik dan lancar dan dapat memenuhi keperluan tugasan yang telah digalas oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.
Saya berharap sementara pembentangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tadi telah menggariskan beberapa peruntukan tambahan, namun saya kira eloklah dan amat wajar untuk Kerajaan Negeri menyediakan perjawatan-perjawatan tertentu sama ada penyelidik, pegawai-pegawai media, pegawai-pegawai perhubungan yang dapat membantu tugas Duli Yang Maha Mulia Tuanku bukan sahaja sebagai Ketua Negeri di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan tetapi sebagai Pengerusi MKI yang pastinya amat berat dalam suasana politik negara pada hari ini.
Kita melihat hanya beberapa hari yang lalu, Majlis Agama Islam Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang tegas supaya Kerajaan lebih berhati-hati tentang gerakan-gerakan halus untuk meremehkan Undang-Undang Syariah di dalam negara dan juga di negeri-negeri di dalam negara Malaysia ini. Pastinya Negeri Selangor tidak terkecuali. Saya percaya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar juga bersetuju dan juga Yang Berhormat EXCO Agama bahawa Undang-Undang Syariah ini mestilah terus dimartabatkan dan jangan sama sekali diremehkan oleh mana-mana pihak kerana itu akan mencabar kestabilan dan kemakmuran dan keharmonian dalam sebuah masyarakat yang majmuk di negara ini. Maka sekali lagi peranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor ini amat penting. Oleh itu dukungan, sokongan Ahli-Ahli Dewan Negeri dan juga rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang merupakan rakyat di bawah naungan Tuanku, amat penting untuk kita bersatu dan terus bersatu agar kita dapat bersama-sama melihat sebuah negeri makmur dan maju.
Saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sementara kita boleh dan akan meluluskan Rang Undang-undang Peruntukan Diraja ini, saya juga mencadangkan peruntukan tambahan disediakan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang amat besar demi negeri Selangor yang tercinta ini. Tuan Pengerusi, saya menyokong peruntukan Diraja yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, terima kasih.
Pihak Kerajaan ingin memberikan apa-apa ulasan atau pun penggulungan?
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Pembangkang atas sokongan terhadap Perbekalan Tambahan untuk Enakmen Diraja. Ini sudah pasti apa yang terzahir daripada langkah Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan kemuliaan institusi ini dapat dipelihara bukan hanya dengan slogan dan kata-kata tetapi dengan tindakan dan perbekalan yang mencukupi untuk
memastikan institusi ini terus kukuh sama ada segala kemudahan dan juga keperluan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan juga Ahli Dewan Diraja dan institusi raja itu sendiri di Negeri Selangor dipertahankan kerana di dalam negeri kita sebagaimana sedia maklum dan sistem negara kita, kita mengamalkan constitutional monarch. Istilah dalam constitutional monarch ini membawa erti bahawa Raja tidak mungkin silap kerana ia ditanggung dan ia dilindungi oleh constitution dan perlembagaan. Justeru saya percaya dengan memenuhi keperluan-keperluan ini, kita dapat menjamin kestabilan, kemakmuran serta keharmonian negara kita dan Negeri Selangor terutamanya berdepan cabaran-cabaran yang disebutkan sebentar tadi.
Dan salah satu cabaran yang ditimbulkan itu adalah berkenaan dengan begitu bebasnya dan terbukanya komunikasi dan media dalam struktur kehidupan sosial pada hari ini. Dan sehinggakan pada hari ini sendiri, Duli Yang Maha Mulia Tuanku mempunyai institusi-institusi ataupun alat-alat komunikasi sosial medianya sendiri, yang tidak kita kelihatan dalam tempoh 5 atau pun 7 tahun yang lepas. Jadi peruntukan-peruntukan tambahan ini sebagainya adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan itu supaya beberapa isu yang ditimbulkan, kadangkala yang mencerca, menghina malahan mempertikai kuasa Duli Yang Maha Mulia Tuanku, lebih-lebih lagi bila tidak memihak kepada mana-mana pihak. Saya tidak menyebutkan mana-mana pihak, kadang-kadang ada tendercy ya. Jadi ini menjadi tanggungjawab kita sebagai kepimpinan yang bertanggungjawab untuk memelihara kepimpinan ini termasuk mendidik kepada generasi yang akan datang, bukan taksub dengan kumpulan tetapi memahami struktur dan juga constution dan perlembagaan negara secara menyeluruh, terima kasih itu sedikit penggulungan saya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja 1959.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa menimbangkan Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Tuan Speaker, saya memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang. Tertinggal, tertinggal. Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini seperti yang telah dibincangkan akan dipersetujui dan akan dimaklumkan di Dewan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-Undang ini telah dipertimbangkan di dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Rang Undang-undang Perbekalan (Tambahan) 2023 semua peringkatBill
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan Diraja Pindaan 2023. Aturan urusan seterusnya Rang Undang-undang Perbekalan (Tambahan) 2023 semua peringkat. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi
Perkhidmatan Tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah itu yang maksud bagi tertentu bagi tahun itu.
Ya, pencadang.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk memberikan kuasa statutory bagi bayaran tambahan tertentu dibuat untuk perkhidmatan negeri tahun 2023 yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada. Melalui Enakmen Perbekalan 2023 yang dibacakan pada tahun 2022 yang telah diluluskan pada 28 Oktober 2022, sebanyak RM2,384,327.980 telah diperuntukkan bagi Peruntukan Perkhidmatan Negeri Tahun 2023. Berpandukan kepada kewangan semasa terdapat kekurangan peruntukan bagi Jabatan tertentu. Sehubungan Enakmen Perbekalan Tambahan yang pertama sebanyak RM125 juta adalah diperlukan untuk menampung kekurangan tersebut dan peruntukan tambahan diperlukan adalah seperti berikut. B29 Perbendaharaan Negeri Selangor RM125 juta. Peruntukan tambahan yang bermaksud Bekalan B29, Perbendaharaan Negeri sejumlah RM125 juta adalah dikehendaki sebanyak RM5 juta diperlukan bagi menampung perbelanjaan pemberian awal award tunai gantian cuti rehat penjawat awam. Sebanyak RM13 juta di peruntukan bagi menampung perbelanjaan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 dan juga 56.
Dan sebanyak RM82,438,120.56 diperlukan menampung tambahan peruntukan Jabatan yang tidak mencukupi dijangkakan pada Disember 2023. Sebanyak RM12 juta diperlukan bagi menampung caruman balik ke Tabung Amanah Rumah Mampu Milik bagi menampung komitmen pada tahun 2023 dan sebanyak RM5,661,879.44 diperlukan untuk menampung caruman balik kepada Kumpulan Wang Belanja Mengejut dan RM6 juta diperlukan menampung penambahan syiling Kumpulan Wang Belanja Mengejut.
Dengan penjelasan yang diberikan, terima kasih Yang Berhormat, saya mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Ya, Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah membentangkan permohonan Peruntukan Tambahan bagi bayaran tambahan, bagi perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Belanjawan 2023.
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, izinkan saya mengulangi pendirian saya dalam perbahasan di peringkat dasar pada minggu yang lalu. Untuk memberikan teguran secara positif kepada Kerajaan Negeri supaya tidak menjadikan perbelanjaan tambahan ini sebagai amalan biasa dalam pengurusan kewangan. Sebentar tadi, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah menyatakan bahawa dalam Perbekalan Tambahan 2023 yang dibentangkan pada tahun 2022, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah mencadangkan sejumlah RM2.38 bilion ringgit untuk perbelanjaan bagi tahun 2023.
Malangnya pada hari ini Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar muncul semula dalam Dewan ini untuk memohon peruntukan tambahan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan. Yang inilah yang menjadi asas perbincangan kita sebelum ini kerana bagi pandangan saya peruntukan-peruntukan yang dibentangkan dalam mana-mana belanjawan tahunan perlulah direncanakan dengan baik dan bertanggungjawab. Perbelanjaan fiskal bagi sesebuah Kerajaan Negeri itu pastilah di rencana dan telah dirancang dengan bertanggungjawab supaya tidak ada pembentangan bajet tambahan dan saya telah menegaskan dalam perbincangan kita sebelum ini bajet ini, bajet tambahan kita boleh pertimbangkan dalam situasi tertentu sahaja seperti malapetaka, bencana, pandemik atau pun kecemasan perkara-perkara yang di luar jangkaan kita tetapi bukannya untuk belanja-belanja atau perbelanjaan yang boleh diperuntukkan ataupun dibajetkan terlebih awal. Dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebentar tadi, perkara-perkara yang memerlukan perbelanjaan tambahan atau bayaran tambahan, ini pada pandangan saya adalah perkara-perkara yang boleh direncanakan kerana sebahagian besarnya adalah merupakan emolumen ataupun bayaran-bayaran khas yang pastinya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sedia maklum jumlah perjawatan yang ada di dalam sesebuah jabatan. Jumlah perjawatan yang wujud dalam sesebuah jabatan dan agensi kerajaan dan juga apakah perancangan kerajaan untuk membayar bayaran-bayaran tunai seperti kenaikan gaji tahunan ataupun award tunai gantian cuti rehat penjawat awam. Perkara-perkara ini bukanlah perkara yang di luar jangkaan, ia bukan pandemik, bukan kecemasan tetapi perkara-perkara yang telah sedia ada data, statistik di dalam Kerajaan Negeri yang boleh direncanakan dengan lebih awal. Pastinya Kerajaan Negeri setiap tahun ingin mengiktiraf peranan dan juga pengorbanan khidmat bakti penjawat awam dan biasa kita memberikan sedikit penghargaan kepada mereka sama ada dalam bentuk BKK, ataupun kenaikan gaji tahunan atau pun bayaran-bayaran tunai yang lain sebagai menghargai perkhidmatan mereka di dalam Kerajaan Negeri pada hari ini. Tetapi malangnya sejumlah RM125 juta ini terlepas pandang oleh Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2023. Sebab itu di dalam perbahasan saya dalam minggu lepas, walaupun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar membentangkan peruntukan Belanjawan 2023 sejumlah RM2.38 bilion, tetapi dengan pertambahan perbelanjaan pada hari ini RM125 juta maka ia menjadikan jumlah bajet 2023 melonjak kepada RM2.66 bilion. Ini juga membuktikan bahawa Bajet 2023 sebenarnya lebih tinggi dan lebih besar dari Bajet 2024. Inilah yang saya ulang sekali lagi, saya ulang bahawa Bajet 2024 tidaklah
sebesar mana, saya tidak mempertikaikan jumlah itu tetapi saya kira di dalam keadaan ekonomi yang lembap, yang gawat pada hari ini perbelanjaan itu perlulah di rencanakan dengan lebih kemas dan bertanggungjawab dan sejumlah peruntukan yang bersesuaian dengan keperluan semasa untuk rakyat Negeri Selangor harus diperuntukkan dan saya telah mengingatkan di dalam perbahasan minggu lepas supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan jaminan bahawa RM2.53 bilion yang dicadangkan untuk tahun 2024 yang telah pun kita luluskan sebentar tadi, tidak akan ada lagi peruntukan atau bajet tambahan akan muncul pada tahun hadapan. Tuan Speaker, perkara ini merupakan satu disiplin dalam perbelanjaan fiskal dalam pembentangan bajet atau belanjawan negeri atau negara, perkara-perkara ini harus diberikan pertimbangan dari awal dan saya mempercayai kita mempunyai pegawai-pegawai, anggota perkhidmatan awam termasuk Pegawai Kewangan Negeri yang dapat memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri tentang keperluan jabatan-jabatan dan agensi yang berkenaan.
Satu perkara yang menarik perhatian saya dalam bayaran tambahan ialah perkara ketiga, tambahan peruntukan jabatan yang tidak mencukupi sehingga Disember 2023. Ini membuktikan sekali lagi perencanaan dan perbelanjaan fiskal bagi jabatan yang dimaksudkan itu tidak dilakukan dengan cermat sehingga terpaksa, memohon tambahan peruntukan yang tidak mencukupi sehingga Disember 2023. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, saya berharap Yang Amat Berhormat dapat menerima pandangan ini dengan berlapang dada kerana Negeri Selangor harus mempertahankan rekod dan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan yang berhemah dan bertanggungjawab kerana kita menggalas satu tanggungjawab yang amat besar dan kita ingin mengekalkan Negeri Selangor ini sebagai negeri penyumbang terbesar KDNK negara di masa-masa yang akan datang dan saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa kita akan meneliti dalam perbahasan kita pada pagi ini tentang permohonan bayaran tambahan sejumlah RM125 juta, ini tetapi pada masa yang sama kita juga ingin memberikan nasihat dan pandangan supaya ia tidak menjadi amalan di masa-masa akan datang. Saya percaya kita boleh, kita mempunyai kumpulan tenaga, pegawai dan penjawat awam yang profesional yang dapat memberikan nasihat dan pandangan yang baik cuma kita berharap Kerajaan Negeri dapat mendengar, bersedia mendengar dan mematuhi pandangan dan nasihat dari pegawai-pegawai supaya pengurusan kita lebih cekap dan bertanggungjawab. Tuan Speaker, itulah pandangan saya pada pagi ini, kita akan mengikuti pandangan daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang lain untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Batu Tiga.
Tuan Speaker, saya tertarik dengan perbahasan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang. Namun saya ingin menyebut sedikit rekod di mana pihak kerajaan hari ini mungkin pada tahun 2023 tidaklah berbelanja lebih, malah mengambil duit yang tidak dikutip. Dalam
kenyataan yang perbelanjaan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyebut menggunakan pendekatan dan strategi perbelanjaan yang berkesan dan berhemah. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri sehingga 9 November telah merekodkan lebihan kewangan sebanyak RM427.25 juta. Secara spesifiknya kutipan hasil sehingga 9 November telah direkodkan berjumlah RM2.405 bilion dan telah menggunakan sebanyak 85.97%. Maknanya saya menganggap kerajaan pada hari ini bahawa pada hari ini membawa perbekalan tambahan ini tidaklah menggunakan peruntukan tambahan ataupun mengambil daripada mana-mana sumber tetapi menggunakan lebihan kewangan yang telah direkodkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, saya mendengar dan meneliti apa yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkaitan dengan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan sejumlah RM125 juta. Saya kira isunya bukan soal dari mana sumber kewangan itu, saya melihat adalah berkaitan soal urus tadbir tatakelola dari sudut yang baik, disiplin pengurusan kewangan di dalam Negeri Selangor itu sendiri. Sebab saya melihat tidak adalah sesuatu perkara yang memerlukan, kalau ia dirancang dengan baik, keperluan-keperluan yang mendesak. Mungkin kalau kita hadapi Covid-19 itu berbeza, apa-apa bencana itu berlaku berbeza. Tetapi ini berkaitan dengan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan emolumen, ketidakcukupan jabatan-jabatan dan ini merupakan beberapa perancangan yang sudah tentunya boleh di susun atur dari segi sudut disiplin kewangannya dalam belanjawan kita pada tahun 2023. Cuma saya kira kalau saya memberikan sokongan kepada RUU bajet tambahan ini pun, saya kira saya tidak akan selesa kalau saya tidak mendapat beberapa sedikit detail dari pihak kerajaan terutamanya berkaitan dengan ketidakcukupan jabatan yang disebutkan tadi RM8.7 juta. Apakah sebenarnya aktiviti mana yang menyebabkan jabatan-jabatan ini tidak mempunyai kewangan yang cukup? Begitu juga dengan soal Tabung Amanah Rumah Mampu Milik, sejauh mana kekuatan tabung ini sebelum ini? Apakah peruntukan ataupun aktiviti-aktiviti yang kita mulakan untuk tabung ini, sehingga ia ketidakcukupan tabung kita untuk kita belanjakan pada tahun ini. Kemudian berkaitan dengan Kumpulan Wang Belanja Mengejut? Saya juga harapkan ada detail dari pihak kerajaan, bagaimana yang disebutkan belanja mengejut, ini dan adakah ini juga dalam perkara-perkara jangkaan bajet atau belanjawan yang disediakan. Jadi secara prinsipnya saya melihat apa yang dibahaskan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai satu disiplin yang baik seharusnya menjadi amalan kita dalam menguruskan sebuah kerajaan yang maju di dalam negara kita Malaysia ini. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak kerajaan jika ingin menggulung atau memberi apa-apa penjelasan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan tadi.
Terima kasih Speaker dan terima kasih Ahli-Ahli Berhormat yang telah berbahas terhadap peruntukan yang tambahan atau perbekalan tambahan yang telah dikemukakan untuk kali pertama di tahun 2023. Dan kalau mengikut Yang Berhormat sekalian, secara track record atau secara unjuran pada tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah tidak membuat sebarang peruntukan tambahan. Misalkan pada tahun 2021, kita tidak membuat sebarang peruntukan tambahan tetapi pada tahun 2022 saya turut membuat peruntukan tambahan kerana pada tahun tersebut kita terpaksa menampung kos daripada isu banjir yang telah melanda negeri Selangor pada tahun-tahun tersebut. Dan pada tahun 2019 saya turut melakukan peruntukan tambahan pada tahun itu sebanyak RM123 ribu atau RM123 juta. Dan tahun ini kita telah menambah dengan satu kos yang munasabah sekitar RM125 juta. Yang Berhormat, saya percaya pada waktu-waktu sebelum ini juga peruntukan tambahan dilakukan atas faktor-faktor tertentu. Kerana pada tahun 2015 sebagai contoh, kita membuat peruntukan tambahan RM105.15 juta dan 2014 dengan kos lebih yang besar iaitu RM498.06 juta. Saya percaya bukanlah Yang Berhormat sepenuhnya kerana kita masuk sebagai kerajaan atau mentadbir sebagai perkhidmatan pada waktu bulan terakhir, bulan-bulan terakhir sebelum pembentangan belanjawan kerana ia dibentangkan sebelumnya.
Untuk tahun 2020, kalau boleh saya maklumkan antara penyelesaian yang kita cuba selesaikan pada ketika itu ialah penyelesaian kes-kes mahkamah yang berlarutan. Antaranya kes mahkamah syarikat SEBATI dan juga TTDI Land melibatkan MSNS yang telah begitu panjang dan juga syarikat Pandan Mewah di antara Syarikat Pandan Mewah dan PDT Gombak dan PTGS. Namun begitu saya telah menerima teguran yang telah dibuat dan saya percaya di bahagian perkhidmatan kerajaan setiap tahun pada bulan enam sememangnya kita meletakkan satu sasaran terhadap perbelanjaan mengurus. Itu di peringkat dari seawal Jun, kita telah kumpulkan data-data itu dan sewajarnya kita tidak boleh lagi mengenakan satu formula. Sebelum ini ada seolah-olah satu disiplin yang dikatakan penjimatan, cross the board kita potong 5%, cross the board kita potong 2%. Saya rasa amalan itu kita patut nilai balik kerana akhirnya, perbelanjaan itu tidak akan mencukupi pada hujungnya kerana dari track record kita sepanjang perbelanjaan mengurus kita, 100 atau 95-97% akan digunakan.
Dan bila ada keadaan-keadaan tertentu ataupun wujud situasi-situasi tertentu contohnya situasi seperti Pilihan Raya Umum, beberapa perbelanjaan-perbelanjaan yang diurus, pergerakan sebab ia melibatkan perbelanjaan-perbelanjaan yang perlu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pengurus pilihan raya sebagai contoh sama ada di peringkat negeri dan daerah yang akan dilaksanakan.
Tapi saya nak maklumkan bahawa keperluan-keperluan kali ini antara yang kita maklumkan. Antaranya adalah peruntukan peningkatan perkhidmatan KGP ya yang dikatakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas 2023 sebanyak RM100, di antara mereka yang bergred 11 hingga gred 56. Pengumuman terhadap peruntukan ini ataupun pertambahan ini hanya diumumkan ketika Februari tahun
2023. Dan kita bentangkan belanjawan pada Oktober ataupun November ataupun paling akhir biasanya Disember, tak pernah pun kita buat Disember tahun 2022. Jadi pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh peruntukan-peruntukan Kerajaan Persekutuan ini kadangkala memberikan kesan tambah terhadap perkara-perkara yang kita lakukan.
Peruntukan RM82 juta yang dikatakan tentang tidak mencukupi itu adalah peruntukan-peruntukan yang melibatkan usaha-usaha kepada bayaran gaji kakitangan tetap ataupun kontrak yang tidak mencukupi, elaun lebih masa kakitangan tetap. Ini elaun-elaun pergerakan, perbelanjaan perjalanan dan sara hidup kakitangan awam, tuntutan perubatan penjawat awam. Ini kadang-kadang kita susah expect, sebab daripada tahun ke tahun tuntutannya sedikit berbeza kerana kita tak pasti kemalangannya apa ataupun pengesanan penyakit apa. Hopefully penjawat-penjawat awam boleh membuat saringan selepas ini. Saringan ya Yang Berhormat Bandar Utama, kalau boleh tentukan penjawat awam supaya kita boleh estimate perbelanjaan dia.
Peningkatan bil utiliti. Ini juga kadang-kadang melibatkan pengumuman turun naik oleh TNB dan sebagainya. Kontrak-kontrak pembersihan dan keselamatan, ini saya rasa perkara yang boleh dipertimbangkan dan menampung Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Ini diumumkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan yang kita terpaksa tanggung dan kita terpaksa peruntukkan. Jadi hal-hal ini bukan hal yang dirancang ataupun boleh di rencana kerana ada projek-projek dan ada perkara-perkara di luar jangka. Maafkan saya. Bukan Februari. 26 Januari, GCR yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan tahun 2023.
Jabatan yang termasuk bagi tambahan peruntukan adalah meliputi kontrak pembersihan yang mana gaji minimum. Ini adalah pengumuman kerajaan gaji minimum RM1,500. Sebelum itu kita tidak menerima tambahan ataupun permohonan untuk gaji minimum untuk tahun 2023, dengan peruntukan di tahun 2022. Itu peruntukan Kerajaan Pusat yang mana kita terpaksa penuhi dan bukan terpaksa, kita bertanggungjawab untuk melaksanakan. Dan Kumpulan Wang Belanja Mengejut ini bertujuan untuk menampung peruntukan yang tidak mencukupi di bawah VOT Mengurus Jabatan-jabatan Tahunan. Jadi tidak yang semuanya Yang Berhormat kita boleh rencana kenaikan-kenaikan tertentu tapi bila pengumuman bonus sebagai contoh tiba-tiba ada pertambahan RM100, peningkatan bil utiliti, sakit dan sebagainya tu ada fluctuation ataupun ada fluctuate dengan izin, disebabkan oleh pengumuman-pengumuman di luar kawalan kita.
Namun saya setuju dan hormat dengan pandangan Yang Berhormat bahawa selepas ini kita kena berikan tell the truth. Apakah peruntukan yang mencukupi kepada kita. Dan sebab itu Alhamdulillah, Kerajaan Negeri tak pernah lupa memberikan penghargaan kepada penjawat-penjawat awam dan pemberian BKK-BKK yang telah kita umumkan berdasarkan kepada peraturan-peraturan. Cuma kadang-kadang, bila
saya kata bergurau dalam ucapan itu janganlah take it serious sangat Sungai Panjang. Kata-kata mengugut dan sebagainya. Tak pernah kita mengugut. Kita tak pernah ugut kalau tak sokong kerajaan yang sedia ada, sila keluar secara moral. Itu tak pernah kita buat. Walaupun pernah dibuat semasa PN memerintah oleh beberapa pemimpin. Tapi kita tak pernah buat di Negeri Selangor walaupun siapa yang memerintah. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita nak buat.
Yang ketiga, hal ini mungkin akan dipertimbangkan. Adalah berkenaan dengan kes-kes mahkamah. Ya, sila.
Sebelum Dato’ Menteri Besar beralih kepada kes mahkamah, saya boleh menerima penjelasan kerajaan bahawa ada perkara-perkara yang baru diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ada tiga perkara, pelaksanaan gaji minimum dan juga kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diumumkan hanya pada awal tahun ini dan ada satu lagi pengumuman oleh Kerajaan Persekutuan menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos tambahan. Itu kita boleh terima penjelasan tersebut. Tetapi saya percaya bukan kesemua perkara-perkara ini termaktub dalam RM125 juta ini. Seperti penjelasan Yang Amat Berhormat sebentar tadi peruntukan jabatan yang tidak mencukupi itu termasuk bayaran lebihan masa kerja dan juga pergerakan pegawai. Cuma saya percaya perkara-perkara ini biasanya dalam unjuran perbelanjaan itu sudah pun diambil kira. Bukannya dibuat secara bajet tambahan.
Yang ini yang saya harap Dato’ Menteri Besar dapat bersama-sama dengan setiap jabatan, supaya mereka memberikan satu unjuran yang lebih munasabah supaya apa juga pembentangan belanjawan untuk tahun yang berkenaan itu, mengambil kira keperluan-keperluan lebihan masa ataupun over time dan juga pergerakan pegawai, mungkin terpaksa turun ke lapangan dan sebagainya bagi memenuhi keperluan yang berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih. Sebab itu saya telah maklumkan dalam Dewan ini, bahawa saya juga telah maklumkan dalam pembentangan sebelum belanjawan ini supaya budaya memotong 2% hingga 5% itu yang memberi sumbangan besar kepada pertambahan RM82 juta daripada RM125 juta itu kita kecuali ataupun kita kena hentikan. Bukan berertinya penjimatan tidak boleh dilakukan. Tetapi aktiviti cross the board between 2% to 5%, cakap Bahasa Inggeris pula ini, di antara 2% hingga 5% harus kita hentikan semata-mata kerana ingin menunjukkan penjimatan. Dan akhirnya kita terpaksa membuat tambahan belanjawan ini setelah ia tidak boleh ataupun ia terpaksa. Jadi kita kena ikut trend ya Yang Berhormat, pengurusan dan juga kewangan. Trend setiap tahun bagaimana pergerakan pegawai-pegawai kita memang sebenarnya Negeri Selangor ini pegawai-pegawainya aktif bergerak termasuk pada hari-hari minggu dan kita perlu memberikan suntikan terhadap apa yang dilakukan mereka pada hari minggu.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat itu. Kalau boleh budaya menambah-nambah ini tidak sesuai. Tapi kalau kita tambah, apa yang saya sebut tadi ada beberapa perkara yang terpaksa kita ubah ataupun terpaksa kita tambah dengan pengumuman-pengumuman di luar konteks itu kita terpaksa lakukanlah.
Yang Berhormat, mungkin ada perkara-perkara tertentu yang melibatkan di luar kawalan pula tentang kes-kes mahkamah. Kadang-kadang kes-kes mahkamah ini melibatkan penyelesaian-penyelesaian tertentu ataupun keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah kerana tuntutan di antara kedua-dua pihak berakhir dengan keputusan yang dibuat oleh hakim dan berakhir dengan penilaian yang dibuat oleh pasukan peguam. Bukan mudah-mudah kita ingin membuat keputusan itu ataupun apa yang disebut kita cuba untuk mengelak tetapi ataupun cuba untuk mengalah. Tetapi ada beberapa kes yang memang kalau kita selesaikan awal sebenarnya ia boleh selesai. Saya ambil contoh TTDI dan MSN. Kalau kita selesaikan awal dahulu kemungkinan kos yang kita tanggung sekarang tidak seberat daripada penyelesaian sebelum itu kerana terbukti kita telah admit terhadap hutang yang telah dibuat. Sudah pasti bukan zaman kita ataupun zaman sebelum 2008 tapi kita perlu bertanggungjawab terhadap hal-hal tersebut. Justeru saya akui bahawa Kerajaan Negeri cuba pertahankan. Sebagai contoh apabila Yang Berhormat Gombak Setia kata kita selesaikan hal berkenaan dengan tanah Canal City. Itu hanyalah cadangan daripada pihak MBI tetapi pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tak setuju. Kita nak fight on kepada kes itu kerana kita lihat keputusan 2016 tanah yang diambil alih dan kelulusan RM60 juta yang telah kita tetapkan itu adalah keputusan yang telah memberikan penyelesaian terhadap tanah tersebut. Namun, saya nak maklumkan ada isu teknikal yang saya perlu siasat kenapa hal itu boleh berlaku, yang melibatkan submission dan sebagainya dan kita tidak boleh membuat keputusan di atas kelalaian ataupun kesilapan yang kita lakukan sendiri. Dan saya perlu pastikan hal itu tidak berulang ataupun timbul lagi.
Berkenaan dengan berapa banyak penyelesaian-penyelesaian luar itu memang akhirnya kita pun sedia maklum beberapa agreement-agreement yang dibuat sebelum kita bersama-sama sebelum ini, adalah agreement-agreement yang agak memihak kepada pihak-pihak yang tertentu dan akhirnya memberikan tekanan kepada kerajaan. That’s agreement memang mengikat kita dan terpaksa kita susun dan terpaksa atur. Kadang-kadang bila nak susun atur, okay lah. Dia akan jadi seperti KJS Cell dapat diuruskan. Tapi kalau tak dapat diurus, akhirnya dia akan menjadi tuntutan dan tuntutan itu terpaksa kita tanggung/ Bukan pada hari ini, mungkin pada masa depan. Bukan pada masa kita jadi kerajaan, mungkin pada orang lain jadi kerajaan. Tetapi itu adalah lumrah dan tanggungjawab yang harus dipukul oleh kerajaan bersama-sama. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ini ialah Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Pencadang.
Yang Berhormat Speaker, saya mencadangkan agar Dewan bersidang bagi peringkat Jawatankuasa bagi membincangkan fasal demi fasal Rang Undang-undang Tambahan 2023.
Penyokong?
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahi-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Jadual.
Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Tuan Pengerusi, saya pohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini yang telah dibincangkan dan dipersetujui di peringkat Jawatankuasa di bawa ke Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon maklum memaklumkan bahawa Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui sepenuhnya tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ini ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Dipersetujui.
Usul No.4 Tahun 2023 Usul Peruntukan Pembangunan 2024Motion
Bacaan kali ketiga Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan 2023. Aturan seterusnya, Usul No.4 Tahun 2023 Usul Peruntukan Pembangunan 2024.
Pencadang?
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut, bahawa menurut seksyen 9, subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak Satu Bilion, Dua Ratus Juta Ringgit (RM1,200,000,000.00) yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, sepertimana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan.
Yang berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, sejumlah RM7,160,595,090.00 (Tujuh Bilion Satu Ratus Enam Puluh Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Lima Ribu Sembilan Puluh) telah diperuntukkan bagi siling Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk tahun 2021 hingga 2025. Jumlah tersebut adalah termasuk RM1,200,000,000.00 (Satu Bilion, Dua Ratus Juta Ringgit) bagi membiayai projek-projek pembangunan negeri tahun 2024. Jumlah peruntukan mengikut Kepala adalah seperti dalam Usul Pembangunan 2024.
Sejumlah RM906,260,000.00 (Sembilan Ratus Enam Juta Dua Ratus Enam Puluh Ribu) telah diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Peruntukan mengikut Pecahan Kepala atau P.K. adalah seperti berikut: RM49,000,000.00 (Empat Puluh Sembilan Juta) telah diperuntukkan kepada Pecahan Kepala 1 atau P.K 1 - Ekonomi. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menampung perbelanjaan penyelidikan pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan serta inisiatif Smart Selangor.
Bagi P.K 2 - Luar Bandar, peruntukan sebanyak RM38,580,000.00 (Tiga Puluh Lapan Juta Lima Ratus Lapan Puluh Ribu) disediakan bertujuan membiayai program JADUAL
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2024
Maksud Tajuk Amaun (RM) P.01 Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri 906,260,000.00 P.04 Perbendaharaan Negeri Selangor 500,000.00 P.08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor 10,000,000.00 P.10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor 6,000,000.00 P.12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 145,000,000.00 P.13 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor 65,000,000.00 P.14 Jabatan Agama Islam Selangor 60,000,000.00 P.16 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor 2,240,000.00 P.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor 5,000,000.00 Jumlah 1,200,000,000.00
pertanian, perladangan dan industri asas tani, pembangunan sosio-ekonomi, pembangunan ekonomi kampung tradisi, pembangunan desa, kemudahan awam/ asas desa, naik taraf/ baik pulih jalan luar bandar serta pembangunan kampung baru.
Bagi P.K 3 - Usahawan, peruntukan sebanyak RM4,400,000.00 (Empat Juta Empat Ratus Ribu) disediakan untuk Dana Usahawan Mikro Selangor, promosi usahawan, latihan usahawan mikro dan juga program peningkatan pembungkusan produk usahawan Negeri Selangor.
Manakala bagi P.K 4 - Sosial, sebanyak RM88,828,000.00 (Lapan Puluh Lapan Juta Lapan Ratus Dua Puluh Lapan Ribu) disediakan untuk tujuan perkhidmatan masyarakat, pembangunan hal ehwal Orang Asli, program pembangunan modal insan, program pembangunan sosial, hal ehwal pengguna, program kebudayaan, hal ehwal selain Islam, program pembangunan minda rakyat, industri halal, bencana dan hal ehwal Islam.
Seterusnya, bagi P.K 5 - Pendidikan, sejumlah RM69,400,000.00 (Enam Puluh Sembilan Juta Empat Ratus Ribu) disediakan untuk melaksanakan program pendidikan serta pendidikan tinggi, projek bantuan sekolah, program kemahiran teknikal dan pembangunan pendidikan masyarakat India.
Bagi P.K 6 – Wanita, Kebajikan dan Kesihatan, sebanyak RM181,490,000.00 (Satu Ratus Lapan Puluh Satu Juta Empat Ratus Sembilan Puluh Ribu) disediakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan wanita dan keluarga, kebajikan masyarakat, pembangunan kesihatan awam dan perpaduan.
Bagi P.K 7 - Generasi Muda dan Sukan, sebanyak RM25,251,000.00 (Dua Puluh Lima Juta Dua Ratus Lima Puluh Satu Ribu) disediakan untuk projek pembangunan generasi muda, menaik taraf/ membina baharu infrastruktur sukan, pembangunan sukan dan pembangunan bola sepak Negeri Selangor.
Bagi P.K 8 - Kerajaan Prihatin, sebanyak RM3,300,000.00 (Tiga Juta Tiga Ratus Ribu) disediakan untuk program kerajaan prihatin, pembangunan masyarakat India, bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pemberdayaan pekerja.
Bagi P.K 9 - Perbandaran, sebanyak RM37,700,000.00 (Tiga Puluh Tujuh Juta Tujuh Ratus Ribu) adalah bagi menampung kos kemudahan asas dan kemudahan awam PBT, pengangkutan, pengurusan sisa pepejal serta kerajaan tempatan.
Bagi P.K 10 - Pelancongan, peruntukan sebanyak RM6,000,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Juta) disediakan untuk menampung kos promosi dan acara pelancongan, memajukan kraf tangan serta menaik taraf produk pelancongan.
Seterusnya, bagi P.K 11 - Teknologi Maklumat dan Inovasi, sebanyak RM17,600,000.00 (Tujuh Belas Juta Enam Ratus Ribu) disediakan untuk melaksanakan pelaksanaan ICT serta projek Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bagi P.K 12 - Alam Sekitar, sebanyak RM7,702,600.00 (Tujuh Juta Tujuh Ratus Dua Ribu Enam Ratus) disediakan untuk program alam sekitar, teknologi hijau serta pemulihan tapak pelupusan.
Bagi P.K 13 - Adat Melayu dan Warisan, sejumlah RM6,000,000.00 (Ringgit Malaysia Enam Juta) yang disediakan untuk menaik taraf kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah (MSAS), menaik taraf kelengkapan Bangunan Anggerik, pembangunan muzium-muzium daerah, penyelidikan adat Melayu, bahasa, kesenian, budaya dan warisan, menaik taraf tapak bersejarah monumen lama, pembelian artifak/ koleksi, ataupun pengisian infrastruktur serta kelengkapan Muzium Setem.
P.K 14 - Perpustakaan, sejumlah RM16,500,000.00 (Enam Belas Juta Lima Ratus Ribu) disediakan untuk projek RATU, ataupun Pustaka Raja Uda, Raja Tun Uda Fasa 2B, menaik taraf perpustakaan Daerah (projek sambungan), perpustakaan Daerah Kuala Selangor, membina baharu perpustakaan Daerah Sepang, menaik taraf perpustakaan pekan, menaik taraf perpustakaan cawangan, menaik taraf perpustakaan desa, kelengkapan dan koleksi, projek pembangunan prasarana IT, program penterjemah karya antarabangsa serta program galakan membaca.
Bagi P.K 15 - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, sebanyak RM11,000,000.00 (Ringgit Malaysia Sebelas Juta) disediakan untuk menampung kos bagi beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk kerja baik pulih Projek Perumahan Rakyat, Kehidupan Bandar Komuniti Sejahtera, Skim CERIA (Caring Government for Resident’s Aid) serta TEPAT (Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai).
Bagi P.K 16 - Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor, sebanyak RM102,000,000.00 (Satu Ratus Dua Juta) disediakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara projek-projek utama di bawah Pecahan Kepala ini ialah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang Kuala Langat dan Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM).
P.K 17 - Projek Khas Negeri, sebanyak RM9,000,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Juta) disediakan untuk menampung kos beberapa projek yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk projek pembinaan Muzium Setem, Muzium Tekstil dan Kapal Korek Seri Banting.
Bagi P.K 18 – Program Iltizam Selangor Penyayang, sebanyak RM116,800,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Belas Juta Lapan Ratus Ribu) disediakan untuk Skim Kesihatan Wanita, Elaun Anak ke Nurseri (Asuh Pintar), Kesedaran Kenegaraan, Program Hadiah Pengajian IPT, Skim Tunas, Tabung Warisan Anak
Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Program Pemberian Air Percuma dan Program Iltizam Anak Selangor.
P.K 19 - Sebanyak RM115,708,400.00 (Satu Ratus Lima Belas Juta Tujuh Ratus Lapan Ribu Empat Ratus) disediakan untuk projek baik pulih bangunan kerajaan, pengambilan balik tanah dan pelbagai projek lain.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, seterusnya, peruntukan pembangunan bagi P.04 – Perbendaharaan Negeri Selangor. Sejumlah RM500,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu) telah diperuntukkan kepada P.04 –Perbendaharaan Negeri Selangor di bawah P.K 1 untuk Pembangunan ICT bagi tujuan menaik taraf sistem Virtual Data Recovery Centre (VDRC) di Perbendaharaan Negeri Selangor.
P.08 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor. RM10,000,000.00 (Sepuluh Juta) telah diperuntukkan kepada P.08 - Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) diperuntukkan kepada P.K 1 - Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sungai Blankan dan Ulu Chuchuh, Sepang; Bukit Changgang dan Kundang, Kuala Langat; Batangsi Ulu Langat; TKPM Batu Arang Gombak; dan TKPM Sungai Panjang, Sabak Bernam.
P.K 2 - Pembangunan Amalan Pertanian. Yang tadi tu RM1 juta ya. P.K 1, RM1 juta. P.K 2, Pembangunan Amalan Pertanian sebanyak RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu) telah diperuntukkan.
Bagi P.K 3 – Pembangunan Produk Hiliran Pertanian, RM1,000,000.00 (Satu Juta) P.K 4 - Pembangunan Golongan Sasar, sebanyak RM1,500,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Ribu) diperuntukkan untuk program-program latihan golongan sasar, Latihan Kejenteraan Pertanian di PLKP Tanjung Karang, Latihan Inkubator Pertanian di PLP Kalumpang, inovasi dan pembangunan teknologi, Pembangunan Rakan Strategik serta Program Jualan Terus Tanaman dan Industri Asas Tani.
P.K 5 - Pembangunan Tanaman Padi, sejumlah RM1,500,000.00 (Satu Juta Lima Ratus Ribu) diperuntukkan untuk peningkatan hasil padi, pemuliharaan dan pemulihan tanah sawah di kawasan padi, pengeluaran Padi MyGAP serta pengurusan perosak bersepadu tanaman padi.
P.K 6 - Pembangunan Tanaman Kelapa, RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu) diperuntukkan untuk penanaman semula kelapa dan pemulihan ladang kelapa.
P.K 7 - Pembangunan Tanaman Buah-Buahan, RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu).
P.K 8 - Pembangunan Tanaman Sayur dan Kontan, RM700,000.00 (Tujuh Ratus Ribu).
P.K 9 - Pembangunan Tanaman Industri, Herba Dan Florikultur, RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu).
P.K 10 - Pembangunan Teknologi, RM2,000,000.00 (Dua Juta ).
P.K 11 – Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan, RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu).
P.K 12 - Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah Dan Kelulut, RM250,000.00 (Dua Ratus Lima Puluh Ribu).
P.K 13 – Pembangunan Agro Pelancongan, RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu).
P.K 14 – Pembangunan Kompleks Dan Pusat Pertanian, RM400,000.00 (Empat Ratus Ribu)
P.10 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sebanyak RM6,000,000.00 (Enam Juta) telah diperuntukkan kepada P.10 - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,700,000.00 (Satu Juta Tujuh Ratus Ribu) diperuntukkan kepada P.K 1 – Program Pengurusan Sumber Hutan yang bertujuan untuk pengukuhan sumber hutan, Central Forest Spine (CFS) serta pemeliharaan sumber hutan.
P.K 2 - Sebanyak RM1,280,000.00 (Satu Juta Dua Ratus Lapan Puluh Ribu) untuk Program Pembangunan Sumber Hutan, untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan terosot; pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan paya laut (penanaman dan rawatan/ penyelenggaraan kawasan tanaman); pembangunan dan pengurusan Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Gambut; pembangunan dan pengurusan tapak semaian; pembangunan tanaman herba; pengurusan tanaman nadir; pengurusan Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR); serta pengurusan kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi (HCVF).
Dalam P.K 3 – Program Perlindungan Dan Inovasi Hutan, sebanyak RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu).
P.K 4 – Program Perhutanan Sosial, sebanyak RM1,120,000.00 (Satu Juta Satu Ratus Dua Puluh Ribu.
P.K 5 - Program Pembangunan Dan Kejuruteraan Hutan, sebanyak RM1,240,000.00 (Satu Juta Dua Ratus Empat Puluh Ribu).
P.K 6 – Program Penguatkuasaan Hutan, sebanyak RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu).
P.K 7 - Program Pengusahasilan Hutan, sebanyak RM60,000.00 (Enam Puluh Ribu) yang telah disediakan untuk pembangunan dan pengurusan sumber hutan bukan kayu (bahan batuan) di Hutan Simpan Kekal di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, P.12 - Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebanyak RM145,000,000.00 (Satu Ratus Empat Puluh Lima Juta) yang mana RM27,249,800.00 (Dua Puluh Tujuh Juta Dua Ratus Empat Puluh Sembilan Ribu Lapan Ratus) diperuntukkan untuk P.K 1, dan contnet nya adalah pelbagai rancangan program pembangunan jalan, bertujuan untuk membaik pulih cerun; pengambilan balik tanah; menaiktaraf jalan-jalan; kerja-kerja permulaan serta pewartaan jalan; memasang lampu jalan dan lampu isyarat serta meningkatkan aspek keselamatan jalan raya Negeri di seluruh Selangor.
P.K 2 - Membina Jambatan & Jejantas, sebanyak RM12,650,010.00 (Dua Belas Juta Enam Ratus Lima Puluh Ribu Sepuluh) diperuntukkan bagi menaik taraf, pembinaan jambatan dan jejantas yang telah dikenal pasti mengikut daerah di Negeri Selangor.
P.K 3 - Membina Jalan, sebanyak RM29,900,050.00 (Dua Puluh Sembilan Juta Sembilan Ratus Ribu Lima Puluh) untuk jalan-jalan yang mengikut keutamaan.
P.K 4 - Menaik Taraf Jalan, sebanyak RM68,200,140.00 (Enam Puluh Lapan Juta Dua Ratus Ribu Satu Ratus Empat Puluh) diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan di seluruh daerah.
Manakala di bawah P.K 5 - Membina dan Menaik Taraf Projek Bangunan, sebanyak RM7,000,000.00 (Tujuh Juta) diperuntukkan bagi pelbagai projek bangunan; membaik pulih istana seluruh Negeri Selangor; serta pembangunan bersepadu bengkel dan kemudahan-kemudahan berkaitan bagi JKR daerah.
P.13 – Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor sebanyak RM65,000,000.00 (Enam Puluh Lima Juta) dan Daripada angka tersebut, sebanyak RM23,590,030.00 (Dua Puluh Tiga Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu Tiga Puluh) diperuntukkan untuk Pembangunan Projek Tebatan Banjir ataupun dalam lingkungan P.K1 di dalam P.13.
P.K 2 – Pembangunan Sistem Saliran, sebanyak RM8,440,564.42 (Lapan Juta Empat Ratus Empat Puluh Ribu Lima Ratus Enam Puluh Empat dan Empat Puluh Dua Sen).
P.K 3 - Pembangunan Lembangan Sungai, sebanyak RM10,946,760.00 (Sepuluh Juta Sembilan Ratus Empat Puluh Enam Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh) diperuntukkan untuk projek-projek pengukuhan tebing, pembinaan ban dan benteng serta kerja-kerja pembinaan, menaik taraf perangkap sampah, logboom seluruh Selangor mengikut daerah.
P.K 4 - Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi, sebanyak RM800,020.00 (Lapan Ratus Ribu Dua Puluh) diperuntukkan untuk pembinaan dan menaik taraf stesen, pembangunan sistem ramalan dan amaran banjir.
Di bawah P.K 5 - Pengurusan Saliran Mesra Alam, sebanyak RM7,939,019.66 (Tujuh Juta Sembilan Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu Sembilan Belas dan Enam Puluh Enam Sen) untuk program-program membina dan menaik taraf kolam takungan, Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) pelbagai daerah serta kawalan hakisan, kelodak dan kualiti air pelbagai daerah.
P.K 6 - Pembangunan Pantai, RM4,222,160.00 (Empat Juta Dua Ratus Dua Puluh Dua Ribu Satu Ratus Enam Puluh) diperuntukkan bagi memperkukuhkan benteng pantai, rancangan pemeliharaan serta pemuliharaan pantai.
Bagi P.K 7 - Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal, sebanyak RM2,560,000.00 (Dua Juta Lima Ratus Enam Puluh Ribu) untuk usaha-usaha pemodenan dan menaik taraf sistem hidro mekanikal kawalan pintu air, rumah pam dan trash rake.
Seterusnya, bagi P.K 8 - Pembangunan Infrastruktur Bangunan, sebanyak RM4,000,000.00 (Empat Juta) diperuntukkan bagi membina dan menyiapkan enam (6) unit kuarters pintu air baharu, penggantian dua (2) unit kuarters sedia ada dan sebuah Kompleks Pejabat Jabatan Pengairan & Saliran serta menaik taraf kuarters di pelbagai daerah.
P.K 9 - Pembangunan ICT Jabatan, sebanyak RM600,000.00 (Enam Ratus Ribu) diperuntukkan dan P.K 10 - Pelbagai, sebanyak RM1,901,445.92 (Satu Juta Sembilan Ratus Satu Ribu Empat Ratus Empat Puluh Lima Dan Sembilan Puluh Dua Sen) diperuntukkan untuk kerja-kerja kecemasan luar jangka JPS.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, P.14 – Jabatan Agama Islam Selangor peruntukkan sebanyak RM60,000,000.00 (Enam Puluh Juta) di dalam P.14 iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. P.K 1 adalah peruntukkan sebanyak RM14,935,090.00 (Empat Belas Juta Sembilan Ratus Tiga Puluh Lima Ribu Sembilan Puluh) adalah untuk Sekolah Agama yang bertujuan untuk membaik pulih sekolah agama setiap daerah.
P.K 2 - Pejabat Agama Islam, sebanyak RM3,900,000.00 (Tiga Juta Sembilan Ratus Ribu) diperuntukkan untuk membaik pulih, menaik taraf bangunan Pejabat Agama Islam Daerah, Kompleks Islam Selangor, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Gudang Simpanan Ekhibit Bahagian Pengurusan Halal.
P.K 3 - Masjid, sebanyak RM34,964,910.00 (Tiga Puluh Empat Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Empat Ribu Sembilan Ratus Sepuluh) diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf masjid-masjid seluruh Selangor.
P.K 4 - Surau, sebanyak RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu) diperuntukkan untuk kerja baik pulih dan naik taraf surau.
P.K 5 - Pelbagai, sebanyak RM6,000,000.00 (Enam Juta) diperuntukkan untuk menaik taraf kuarters Masjid setiap daerah-daerah di Negeri Selangor.
Dan juga P.16 – Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Sejumlah RM2,240,000.00 (Dua Juta Dua Ratus Empat Puluh Ribu) telah diperuntukkan kepada P.16 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Dan P.K 1 adalah sebanyak RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu) untuk Rancangan Pembangunan bagi program kajian fizikal semula Rancangan Struktur Negeri 2035.
P.K 2, perancang bandar ssebanyak RM1,049,000.00 (Satu Juta Empat Puluh Sembilan Ribu) diperuntukkan bagi projek Pembangunan Mampan Negeri Selangor dan tapak warisan dunia.
P.K 3 - Projek Khas, sebanyak RM1,050,000.00 (Satu Juta Lima Puluh Ribu) diperuntukkan bagi menampung kos kajian-kajian khas yang akan dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
P.K 4 - Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor, sebanyak RM41,000.00 (Empat Puluh Satu Ribu) untuk Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan. P.17 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor sebanyak RM5,000,000.00 (Lima Juta) diperuntukkan di mana P.17 adalah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor itu adalah berjumlah RM670,000.00 (Enam Ratus Tujuh Puluh Ribu) untuk Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan iaitu untuk Program Pemodenan Ruminan Negeri Selangor dan Program Pemakanan Ruminan Negeri Selangor. P.K 2 - Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas/ Bukan Ruminan, sebanyak RM200,000.00 (Dua Ratus Ribu).
Bagi P.K 3 - Pembangunan Industri Hiliran Berasaskan Ternakan, sebanyak RM350,000.00 (Tiga Ratus Lima Puluh Ribu) diperuntukkan dan untuk pengeluaran dan pembangunan produk Industri Asas Ternakan (IATn) serta pembangunan bengkel IATn dan Makmal IATn.
P.K 4 – bagi ataupun P.K. 4, Kesihatan Veterinar, sebanyak RM240,000.00 (Dua Ratus Empat Puluh Ribu) diperuntukkan untuk Program Masyarakat Prihatin Haiwan, kawalan penyakit haiwan dan Klinik Veterinar.
Seterusnya, bagi P.K 5 - Regulatori, sebanyak RM10,020.00 (Sepuluh Ribu Dua Puluh) diperuntukkan untuk loji penyembelihan, kebajikan haiwan serta penternakan lestari dan keselamatan makanan.
P.K 6 - Pembangunan Kompetensi, Bimbingan Agropreneur, sebanyak RM330,000.00 (Tiga Ratus Tiga Puluh Ribu) diperuntukkan untuk pembangunan kompetensi Agropreneur.
P.K 7 - Pemantapan Kualiti Perkhidmatan Veterinar, sebanyak RM1,830,000.00 (Satu Juta Lapan Ratus Tiga Puluh Ribu) diperuntukkan untuk pejabat dan kuarters kakitangan serta pembangunan Sistem Maklumat Veterinar Selangor (VETSEL).
Bagi P.K 8 - Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), sebanyak RM964,980.00 (Sembilan Ratus Enam Puluh Empat Ribu Sembilan Ratus Lapan Puluh) diperuntukkan untuk pembangunan TKPM/ Agrotek, TKPM ayam pedaging dan pembangunan Fodder TKPM.
P.K 9 - Pembangunan Pembiakbakaan Ruminan Negeri Selangor, sebanyak RM285,000.00 (Dua Ratus Lapan Puluh Lima Ribu) diperuntukkan untuk pembangunan pembakaan ruminan dan pembangunan lembu sado Smart Selangor.
Manakala di bawah P.K 10 - Pembangunan Pusat Latihan Teknikal Veterinar Sungai Nilam, sebanyak RM120,000.00 (Satu Ratus Dua Puluh Ribu).
Yang Berhormat sekalian, dengan itu saya mohon mencadangkan Usul Pembangunan Bajet Belanjawan 2024. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah dibawa oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Peruntukan Pembangunan 2024. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan.
Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Speaker. Ketua Pembangkang tak ada suara dah.
Seri Kembangan, Seri Kembangan.
Saya ingin merujuk kepada muka surat...
Lima belas minit ya.
197, PK.2, Kod Projek 02007 Pembangunan Kampung Baru. Di bawah kod projek ini sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah mengadakan Program Baik Selangor untuk mencungkil bakat di kalangan penduduk Kampung Baru. Selepas dua tahun program ini diadakan banyak produk tempatan yang unik lagi istimewa telah ditambah baik dari segi pemasaran atau penempatan produk. Saya ingin memberi cadangan bahawa usaha ini harus diteruskan supaya produk-produk yang telah mendapat pengisytiharan sebagai produk baik Selangor ini dapat mempromosikan nama kampung-kampung mereka bukan sahaja di dalam negeri tetapi di seluruh dunia juga. Saya mengambil maklum bahawa di muka surat 199, PK.10, Kod Projek 10003 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.6 juta untuk menaik taraf produk pelancongan. Peruntukan ini memang tidak cukup untuk mempromosi semua tempat tarikan pelancong di seluruh Selangor tapi kalau kita menggabungkan usaha pembangunan kampung baru dan pelancongan secara langsung dan tidak langsung para pelancong akan pusing Selangor dulu dan balik dengan produk-produk tempatan terutamanya produk Baik Selangor kita. Dengan ini, akses untuk mendapatkan produk Baik Selangor adalah sangat penting. Saya mengesyorkan bahawa kita boleh membuka satu kiosk Baik Selangor di setiap pasar awam dengan kerjasama pemenang-pemenang Baik Selangor. Usaha ini bukan sahaja menambah akses bagi pelancong dan penduduk kita untuk membeli produk Baik Selangor ia juga mempromosikan pasar-pasar awam kita sebagai satu tempat tarikan pelancong juga.
Kita boleh merujuk ke muka surat yang sama iaitu muka surat 199, PK.12, Kod Projek 12002 Teknologi Hijau. Sebelum ini saya telah cadangkan di dalam perbahasan belanjawan saya, untuk memasang mesin kompos organik di setiap pasar awam demi mengurangkan pasar domestik yang akan dibuang ke tapak pelupusan sampah. Di bawah kod projek ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk menggalakkan penggunaan atau mempromosikan teknologi hijau. Saya ingin mengesyorkan juga pemasangan panel solar di setiap pasar awam juga supaya fee penyelenggaraan pasar-pasar awam dapat dikurangkan malah pasar-pasar awam kita dapat dinaik taraf dan bersiap sedia untuk jadi tempat tarikan pelancong.
Saya juga ingin merujuk kepada muka surat 197, PK.4, Kod Projek 04001 Perkhidmatan Masyarakat. Saya ingin merujuk bersama dengan muka surat 198, PK.6, Kod Projek 06002 Kebajikan Masyarakat. Di bawah Perkhidmatan Masyarakat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM64.82 juta dan di bawah Kebajikan Masyarakat sebanyak RM11.42 juta telah diperuntukkan. Ini telah menunjukkan prihatin Kerajaan Negeri terhadap masyarakat kita terutamanya golongan B40 dan warga-warga yang memerlukan bantuan. Selepas Covid-19, salah satu perkhidmatan yang amat diperlukan adalah perkhidmatan ambulans. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli
Yang Berhormat, perkhidmatan ambulans bukan percuma. Ada yang berharga RM300.00 ke atas. Ada yang sampai RM1,000.00 pada masa Covid-19. Walaupun ada yang mampu bayar, yang mampu bayar pun tak semestinya dapat perkhidmatan ambulans kerana memang kita mengalami kekurangan ambulans. Saya ingin mengesyorkan sebahagian daripada peruntukan ini boleh disalurkan kepada setiap DUN supaya kita boleh mewujudkan sekurang-kurangnya satu pasukan ambulans percuma di setiap DUN untuk menyelamatkan nyawa warga Selangor. Saya telah mewujudkan satu pasukan sukarelawan di dalam tempoh Covid-19 dan sekarangnya pasukan sukarelawan ini telah memiliki tiga buah kenderaan khas untuk menghantar pesakit-pesakit Covid-19 atau mereka yang menghadapi keadaan kecemasan ke hospital. Walaupun dengan tiga buah kenderaan, mereka masih tidak dapat menjawab kepada semua panggilan terutamanya panggilan yang jauh daripada kawasan mereka.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada muka surat 199, PK.12, Kod Projek 12003 Pemuliharaan Tapak Pelupusan. Di bawah kod projek ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapa tapak pelupusan dapat dipulihara pada tahun depan dan berapa tapak pelupusan atau pembuangan sampah haram sedang beratur untuk dipuliharakan? Adakah peruntukan ini mencukupi dan berapa peruntukan dan masa dijangka diperlukan lagi untuk memulihara tapak-tapak pelupusan di dalam Selangor? Adakah jangkaan peruntukan dan masa ini dapat dikurangkan selepas WTE dibina dan diguna pakai?
Sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PPAS, saya mengambil maklum bahawa di muka surat 199 dan 200 PK.14 Perpustakaan. Jumlah peruntukan yang digunakan untuk pembangunan baru atau penaiktarafan perpustakaan adalah sebanyak RM15.5 juta, tidak termasuk kod projek 14019 dan 14020. Saya sentiasa berasa bangga kepada perpustakaan kita terutamanya Perpustakaan Raja Tun Uda yang berada di Seksyen 13, Shah Alam yang boleh dikatakan berstatus internasional. Di bawah usaha Kerajaan Negeri dan PPAS, perpustakaan-perpustakaan di dalam Negeri Selangor telah dinaik taraf satu demi satu dan menjadi satu tempat yang selesa dan sesuai bukan sahaja untuk membaca tetapi juga menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti yang sesuai. Tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri dan juga PPAS. Saya ingin merujuk kepada Kod Projek 14020 Projek Galakan Membaca. Demi memupuk semangat membaca di kalangan rakyat saya mencadangkan bahawa hubungan di antara Ahli Dewan Negeri dengan PPAS perlu diperketatkan supaya lebih banyak kerjasama dapat dijalankan di antara dua-dua pihak ini. Saya berpendapat bahawa demi memupuk semangat membaca ini, kita perlu mendorong penduduk Selangor sentiasa berasa mesra dengan perpustakaan yang berhampiran dengan mereka dengan mengadakan lebih banyak aktiviti komuniti seperti menggunakan bilik perpustakaan sebagai studio untuk menjalankan latihan nyanyian warga emas, menjalankan kelas lukisan kanak-kanak, mengadakan program membaca picture book, dengan izin bersama ibu bapa dan anak. Bukannya setakat program membaca
sahaja. Dengan ini, fasiliti perpustakaan dapat diguna pakai sepenuhnya. Penduduk-penduduk akan biasa dengan lepak di perpustakaan dan secara tidak langsungnya semangat membaca dapat digalakkan dan dipertingkatkan.
Akhirnya saya ingin merujuk kepada muka surat 257, PK.4, Kod Projek 04001 Masyarakat Prihatin Haiwan dan juga muka surat yang sama PK.5, Kod Projek 05002 Kebajikan Haiwan. Di bawah 04001 sebanyak RM20,000.00 sahaja diperuntukkan malah 05002 hanya RM10.00 sahaja yang diperuntukkan. Saya percaya hampir semua daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini pernah menerima aduan berkenaan dengan haiwan terbiar. Sehingga sekarang tiada penyelesaian yang berkesan bagi negeri kita mengatasi masalah haiwan terbiar yang semakin serius. Saya sedar di Sepang, Majlis Perbandaran Sepang telah mewujudkan satu pusat perlindungan kucing iaitu Taman Kucing Cyberjaya, Sepang. Taman Kucing ini bukan sahaja satu tempat perlindungan bagi kucing-kucing terbiar, ia juga merupakan pusat memelihara, tarikan pelancong dan pusat pendidikan kepada orang ramai tentang tanggungjawab sebagai seorang pemilik haiwan pemelihara. Saya juga dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah meluluskan pembinaan satu pusat perlindungan haiwan terbiar dan sedang berusaha mencari dana untuk pelaksanaan pembinaan tersebut. Walaupun peruntukan di bawah 04001 dan 05002 adalah tidak mencukupi, saya cadangkan bahawa setiap PBT haruslah harusnya ada usaha mewujudkan sekurang-kurangnya satu pusat perlindungan haiwan terbiar yang mencontohi Taman Kucing Cyberjaya, Sepang dengan menggunakan dana dari sebahagian kecil 10% rizab yang boleh diguna pakai seperti apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Selangor 2024. Dengan ini, saya mohon menyokong.
Bukit Lanjan.
Tinggal satu minit sahaja. Terima kasih Tuan Speaker. Tiga perkara yang saya ingin sentuh dalam Dewan yang mulia ini dengan ringkas dan padat. Saya mula dengan muka surat 197 di bawah P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan PK.4 Sosial, Kod Projek 04002 Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli di mana RM500,000.00 telah diperuntukkan. Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kerana di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, tiada kaum yang terkecuali dari agenda kebajikan dan pembangunan negeri termasuk orang asli di Negeri Selangor. Sekian terima kasih. Saya sambung.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang. Maka, saya tangguhkan persidangan ini ke 2.30 petang hari ini. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum W.B.T. Selamat Sejah Salam Sejahtera, Selamat Petang Kita mulakan Perbahasan Usul Pembangunan pada hari ini, sambungan daripada Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tiga perkara yang tadi saya sebut tadi yang saya nak sentuhi yang saya nak sentuh dalam Dewan yang mulia ini, saya mula dengan muka surat 197 di bawah P01 04002 Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli di mana 500 ribu ringgit telah diperuntukkan.
Saya ingin ucap tahniah dan syabas kerana di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tiada kaum yang tercicir atau pun terkecuali daripada agenda kebajikan dan pembangunan negeri termasuk orang asli di Negeri Selangor. Khususnya tentang Hal Ehwal Pembangunan Sosial Ekonomi dan Kebajikan Orang Asli. Walau bagaimana pun saya ingin tanya pada Kerajaan Negeri apakah status yang terkini berkenaan isu pampasan tanah dan kemudahan orang asli di Kampung Orang Asli Desa Temuan atau lebih dikenali sebagai Kampung Orang Asli Bukit Lanjan.
Saya difahamkan ada satu mesyuarat penyelarasan antara agensi yang berkaitan telah dipanggil bulan lepas, tetapi malangnya pihak saya bersama dengan Tok Batin, pihak wakil MPKK Kampung Desa Temuan tidak dapat jemputan ke Mesyuarat ini. Memandangkan isu ini telah banyak banyak-banyak kali telah dibangkitkan oleh mantan yang Berhormat Bukit Lanjan sebelum ini. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri mengambil berat dan betul-betul dengan hati yang ikhlasnya untuk membantu menyelesaikan isu ini supaya ia tidak berlarutan lagi walaupun sudah berlarutan 30 tahun yang lalu.
Tuan Speaker perkara yang kedua saya merujuk kepada muka surat yang sama 197 PK4 Sosial Sosial Bahagian Sosial Kod Projek 04007 Hal Ehwal selain Islam yang diperuntukkan seramai sebanyak 6 juta. Saya bersyukur dan menyambut baik atas peruntukan yang sejumlah besar ini, yang dapat disalurkan kepada pihak tokong ataupun kuil dalam usaha sokongan Kerajaan Negeri dalam pembinaan bangunan kerja-kerja membaik pulih bangunan ataupun sokongan terhadap program agama komuniti dan sebagainya. Maka, saya ada soalan untuk Kerajaan Negeri apa sebab peruntukan ini dikurangkan jika dibandingkan tahun yang sebelumnya seperti Tahun 2021 diperuntukkan sebanyak 7 juta. Tahun 2022 diperuntukkan sebanyak 6.3 juta dan tahun ini Tahun 2023, diperuntukkan sebanyak 8 juta?
Perkara terakhir yang saya ingin menarik perhatian barisan Yang Berhormat EXCO, merujuk kepada muka surat 245 di bawah P14 Jabatan Agama Islam Selangor PK1 Sekolah Agama Kod Projek 01300 Daerah Petaling Jaya. Saya dapat cari satu pengumuman oleh mantan Menteri Besar Negeri Selangor pada tarikh 23 Mei Tahun 2017 yang diterbitkan oleh Selangor Kini dengan tajuk: Prasarana Pendidikan Islam Terus di Pertingkat. Pengumuman berita yang baik khususnya buat penduduk setempat di Damansara Damai yang mana mereka telah lama mohon dan tunggu kelulusan ini. Saya ambil ayat daripad daripada pengumuman tersebut, ayat yang terakhir dalam terbitan Selangor Kini “Kerajaan Negeri juga meluluskan permohonan membangunkan 3 buah lagi SRA iaitu SRA Bandar Country Homes, SRA Denai Alam dan SRA Damansara Damai dengan 10 juta setiap satu Pembangunan” katanya.
Apa yang saya faham daripada ayat ini, ini jelas menunjukkan bahawa permohonan pembinaan SRA Damansara Damai telah diluluskan. Saya juga difahamkan pembinaan Sekolah ini juga telah masuk dalam Buku Belanjawan pada Tahun yang sebelum ini, tapi masa ini saya lihat dalam senarai Kod Projek di Buku Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024 Kod Projek 01301 SRA Denai Alam dan Kod Projek 01401 SRA Bandar Country Homes yang kini telah siap dibina dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar setempat. Maka, sehingga hari ini saat ini sejak pengumuman pada Tahun 2017 oleh mantan Menteri Besar yang buat masa ini telah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan yang mulia ini.
Pembangkang minta maaf dalam Dewan yang mulia ini, sebab suasana yang terlalu sejuk telah pun 6 tahun 6 tahun tetapi bayang dinding SRA Damansara Damai masih tak nampak lagi hanya ada tapak sekolah sahaja pasir pun tak ada batu pun tak ada untuk buat pembinaan sekolah tersebut. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin ini dapat mempertimbangkan balik kelulusan yang telah diberikan sebelum ini terhadap permohonan pembangunan SRA Damansara Damai dan menunaikan janji ini. Meman memandangkan warga Damansara Damai yang masih menunggu-nunggu pembinaan SRA Damansara Damai ini dengan penuh harapan. Sekian, terima kasih Tuan Speaker saya menyokong usul ini.
Terima kasih Bukit Lanjan. Yang Berhormat Kota Damasara.
Assalamualaikum terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Speaker saya ingin merujuk muka surat 197 Kod PK 2 Kod 02006 berkenaan Menaik Taraf dan Baik Pulih Jalan Luar Bandar yang diperuntukkan berjumlah 2 juta ringgit. Bagi kawasan Kota Damansara terdapat banyak jalan-jalan Kampung yang perlu diberi perhatian. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO atau pun daripada Kerajaan Negeri, berkenaan jalan ‘Right Of Way’ dengan izin atau pun R.O.W. yang bermula daripada Tahun 2022 sudah tidak lagi boleh diturap menggunakan peruntukan Kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat EXCO, jalan-jalan kampung ini dia ada beberapa kawasan jalan
utama dan kebanyakan jalan R.O.W. Right Of Way walaupun mereka perlu membayar jumlah cukai tanah secara keseluruhan walaupun tidak boleh menggunakan secara keseluruhan tapi tidaklah kita menghukum mereka dengan tidak membenarkan agar jalan-jalan itu diturap dan saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menambah juga jumlah peruntukan yang diberi daripada 2 juta sebab saya percaya kawasan saya yang Bandar pun ada sedikit kawasan perkampungan itu pun masih mempunyai jalan-jalan yang tidak diturap.
Seterusnya, ialah masih muka surat yang sama ialah Kod Projek PK4 bernombor 04009 iaitu Industri Halal. Industri halal Malaysia dianjurkan lebih kurang 500 bilion ringgit pada 2030 jadi ada keperluan bagi Kerajaan Negeri untuk menambah bajet bagi memberi fokus kepada industri halal sekurang-kurangnyalah ketika pada 2030 nanti kita dapat tax sikit paling minimum 20% daripada jumlah 500 bilion yang akan dihasilkan nanti sebab kita pun maklum Industri Halal ini di Malaysia sangat terkenal jadi kita nak fokuskan kepada Negeri Selangor inilah menjadi tumpuan agar di negara-negara lain menjadikan contoh untuk mendapatkan Sijil Halal itu biarlah dia datang ke Selangor terutamanya di luar-luar negara bila datang di Negeri Selangor dapat daripada kursus daripada kita, sijil daripada kita dan mereka gunakan rujukan bagi negara-negara luar.
Bagi tarikh bagi .muka surat yang sama juga PK4 Kod 04010 berkenaan Bencana. Peruntukkan yang diberikan lebih kurang 500 ribu saya kira begitu banyak bencana yang berlaku baru-baru ini, saya bagi contoh paling mudah ialah di Kota Damansara yang baru-baru ini Viral bila Uptown Kota Dam atau Uptown Kota Damansara berlaku kebakaran jadi ada ada keperluan daripada pihak Kerajaan untuk menambah jumlah bencana ini sebab saya maklum jumlah bencana yang berlaku ini ialah malang tidak berbau kita pun tidak tak tahu ada waktu mungkin di Bandar Baru Klang kena boleh jadi di Kota Kemuning boleh kena cuma pada dalam tempoh minggu bersidang ini banyak Kota Damasara yang kena.
Jadi saya minta juga kalau andai kata 500 ribu ditambah jumlahnya sebab kita pun tak boleh nak menyelesaikan masalah sekurang-kurangnya kita menunjukkan keprihatinan daripada Kerajaan Negeri untuk memberi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. Jadi saya ingin menarik perhatian pada muka surat 198 iaitu PK5 Kod 05005 bagi Pembangunan Pendidikan Masyarakat India. Rata-rata miskin tegar adalah di kalangan masyarakat kaum india bagi mereka untuk mengubah keluarga meraka bagi ibu bapa mereka tidak mampu untuk mengubah keluarga mereka jadi penting untuk kita memastikan anak-anak mereka diberikan pendidikan kerana anak-anak mereka inilah yang akan membawa keluar keluarga mereka untuk ke satu tahap yang lebih baik. Jadi sebab itu bila kita jadi lebih fokus untuk masyarakat kaum India ini biar menjadi fokus kepada anak-anak mereka. Jadi kalau andai kata kalau ada peluang untuk diberikan pertambahan kepada peruntukan ini, sekurang-kurangnya dia akan secara jangka masa panjang ini akan membantu mengurangkan beban daripada pihak Kerajaan Negeri.
Pada muka surat yang sama PK7 Kod 07002 menaik taraf dan Membina Baru Infra Sukan. Kerajaan telah peruntukan sebanyak lebih kurang 1 juta ringgit kalaulah saya bahagiakan lebih kurang 56 DUN, satu DUN dapat projek kecil berjumlah 20 ribu untuk menaik taraf. Saya kira 52 DUN yang akan menerima manfaat ini, lebih kurang 6 DUN akan tertinggal jadi, dia macam siapa DUN yang akan tertinggal ini akan jadi satu masalah bila nanti ada DUN-DUN yang yang ada .kita boleh naik tarafkan terpaksa ditinggalkan lebih kurang. Jadi sebab itu saya minta kalau ada penambahan sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya 1 DUN yang akan diberikan 1 peruntukan untuk di naik taraf mengikut DUN sebab kita pun tak tahu sukan ini dia asalnya daripada mana-mana maksudnya boleh jadi budak flat, boleh jadi budak kampung boleh jadi budak bandar kalau andai kata e-sukan ini kebanyakannya datang dari budak-budak bandar yang mempunyai jaringan internet yang lebih baik tapi kalau sukan-sukan yang bersukan rakyat ini, ia akan datang daripada kawasan-kawasan kampung jadi bila kita memlilih kawasan-kawasan yang nak dinaik taraf kita risau nanti kita punya .generasi sukan yang untuk mewakili Kerajaan Negeri khususnya akan hilang secara perlahan-perlahan.
Tuan Speaker Kota Damasara juga ingin menarik perhatian Dewan dengan memberi perhatian pada muka surat 200 iaitu PK15 Kod 15003 bagi Skim Ceria. Saya mohon daripada pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan tumpuan dan keutamaan kepada Kota Damansara kerana saya percaya kawasan Kota Damansara ini, sebahagian besar di kawasan Bandar Kota Damansara ini ialah penduduk strata yang mana hasil pemindahan gugusan-gugusan mereka sebahagian daripada mereka sudah mula menghantar dan pernah menghantar untuk mendapatkan Skim Ceria tapi walau bagaimana pun mungkin atas kerana permohonan yang panjang daripada kawasan yang lain atau keutamaan yang diberikan daripada kawasan lain jadi saya mintaklah untuk andai kata bajet pada tahun ini untuk diberikan keutamaan kepada Kota Damansara.
Pada muka surat 215 PK5 Kod Projek 05002 iaitu Kompleks SUK Perhutanan Sungai Buloh sedia maklum kompleks ini berada di kawasan Kota Damansara saya kira dapatlah ditambah peruntukan bagi kompleks ini agar dapat dilakukan pelbagai jenis program kempen kesedaran khususnya pada anak-anak muda agar mereka kenal dan cinta kepada hutan. Saya jadi kalau dekat tengah-tengah Bandar Kota Damansara Ini ada juga sedikit hutan yang diuruskan oleh Perhutanan Sungai Buloh jadi secara tak langsung ini juga dapat memberikan kempen-kempen kesedaran awal kepada anak-anak muda.
Tuan Speaker pada muka surat 231 iaitu Kod Projek 01302 dan 01303 bagi Projek Tebatan Banjir bagi Kampung Melayu Subang di Sungai Pelepas Fasa 2 serta di anak sungai Damansara. Ingin saya mengingatkan pada pihak kerajaan bahawa projek yang dijalankan mestilah melibatkan dengan peruntuhan tebing di Monsun Drain dengan izin di antara Toyota dan Gmart yang menyebabkan back flow di kawasan Kampung Melayu Subang akhirnya banji kilat ini berlaku jadi amat malanglah kepada
penduduk di Kampung Melayu Subang yang tahun demi tahun menyebabkan kerugian oleh mereka. Jadi bajet dah ada diserahkan saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Cuma sya mintak difokuskan dengan projek yang diberikan bajet ini untuk ke ke kawasan-kawasan saya maksudkan tersebut.
Seterusnya bagi muka surat 248 PK3 bagi Kod 03104 sekarang kita bicara berkenaan Masjid. Masjid Subang Berstara Bestari bagi penduduk Kota Damansara khususnya bagi Subang Bestari telah menunggu penyiapan Masjid Subang Bestari. Saya ingat masjid ini telah dibina tapi berlaku kelewatan. Jadi saya ingat kelewatan ni saya boleh kira, saya faham kalau andai kata kelewatan ini berlaku oleh faktor PKP, tapi walau bagaimanapun sekarang sudah tiada lagi PKP, PKPD, PKPB dan sebagainya. Dah tak ada lagi. Seharusnya tak ada alasan untuk pihak kontraktor untuk menyiapkan masjid ini. Sekurang-kurangnya ia meringankan beban bagi mereka yang bersolat di kawasan tersebut. Sewaktu saya mengharapkan sangat daripada kerajaan Negeri untuk disiapkan Masjid Subang Bestari. Bagi mukasurat yang sama, pada Kod 03104 bagi Pembinaan Masjid Kota Damansara 2. Di Kota Damansara khususnya di Bandar Kota Damansara, hanya terdapat satu masjid iaitu Masjid Kota Damansara atau kita panggil Masjid Kuning yang selebihnya di kelilingnya ialah surau-surau. Jadi apabila berlakunya solat Jumaat di situ semua tertumpu di Masjid Kota Damansara sehingga berlaku kesesakan. Saya maklum kalau andai kata yang datang terlewat sikit kalau kerja datang lewat sikit dia dah solat atas jalan tar jadi tapak sudah ada jadi dengan ini saya memohonlah daripada pihak kerajaan Negeri untuk menyegerakan pembinaan bagi Masjid Kota Damansara. Tabung infak juga telah tersedia jadi saya harap sangat kalau masjid ini dapat dibina sekurang-kurangnya saya boleh menjemput YAB. Perdana Menteri untuk solat Jumaat di Kota Damansara. Jadi oleh sebab itu, Tuan Speaker, Kota Damansara menyokong.
Terima kasih YB. Kota Damansara. Saya bagi peluang kepada YB. Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya terus kepada perkara Kod P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, PK2 Luar Bandar Pembangunan Ekonomi dan Kampung Tradisi. Kita boleh katakan setiap kampung ada sahaja aktiviti-aktiviti pasar-pasar malam ataupun pasar pagi ataupun pasar tani, di sebahagian besar di peringkat kampung-kampung ni, cuma apa yang berlaku pada hari ini apabila dalam keadaan ekonomi yang agak menekan kepada rakyat sebahagian besarnya kehilangan pekerjaan dan kita dapat lihat bahawa jumlah peniaga-peniaga di pasar malam ni semakin meningkat. Dan jugak penjualan di gerai-gerai waktu pagi, menjual sarapan-sarapan dan sebagainya semakin meningkat. Ini di setengah-setengah kawasan ataupun di setengah-setengah kampung ni menyebabkan masalah lalu lintas. Terutamanya di waktu puncak cuma saya melihat mungkin kerajaan Negeri boleh melihat kawasan-kawasan yang tertentu di kampung ataupun tapak-tapak yang tertentu untuk dibangunkan dataran niaga yang sifatnya akan dijadikan sebagai pusat aktiviti pasar-pasar malam
ataupun pasar pagi ataupun penjualan gerai-gerai kecil yang boleh dikumpulkan di situ walaupun sebahagian daripada peniaga kecil kadang-kadang dia lebih selesa menjual di depan rumah dan sebagainya. Tetapi isu yang besar adalah soal keselamatan lalu lintas jalan raya yang kadang-kadang menyebabkan kemalanga dan sebagainya. Ada perkara yang tidak baik pulak kadang-kadang, pasar-pasar seperti ini berada di muka-muka laluan masuk kampung. Dan ada gerai-gerai yang tidak tersusun dalam tu mungkin strukturnya yang menjadi pandangan yang tidak baik kepada masyarakat dan kadang-kadang jugak menjadi pergaduhan di kalangan mereka sendiri ataupun jugak pada pembeli atau pengguna-pengguna.
Kemudian saya masuk kepada naiktaraf baik jalan luar bandar yang saya kira kita sedia maklum sebahagian daripada jalan-jalan kita pun sebahagiannya sudah expired apatah lagi, kalau jalan-jalan ini dilalui oleh kenderaan-kenderaan besar yang menjadikan sebagai jalan-jalan pintas ataupun susur alternatif kontena-kontena yang melebihi muatan yang sepatutnya 8 tan masuk kontena yang besar-besar, akhirnya jalan kita teruk. Yang ini saya merasakan mungkin peruntukan-peruntukan yang tertentu contohnya di bawah peruntukan MARRIS. Peruntukan yang agak lebih besar dan walaupun itu hanya sekadar untuk penurapan semula tetapi mungkin ada kemudahan-kemudahan yang lain bantu untuk memperkukuhkan jalan itu sendiri. Dan saya melihat peruntukan-peruntukan MARRIS ini di bawah luar bandar ataupun JKR kalau kita nak bandingkan secara umumnya dengan peruntukan di bawah perbandaran, perbandaran ni jalan-jalan ni dia dah tidak sebahagian besar daripada taman-taman ini tidak dilalui oleh kenderaan-kenderaan yang bermuatan lebih daripada muatan 8 tan sebagai contoh, jadi jalannya lebih baik dan kadang-kadang kita lihat taman ini dalam masa 2 tahun dia dah diturap semula. Tetapi jalan kampung dia mengambil masa ada yang sehingga 7 tahun, ada yang 5 tahun dan sebagainya yang kalau kita buat perbandingan jalan di taman-taman di kawasan bandar ni lebih baik daripada jalan-jalan kampung. Saya harapkan ini ada peruntukan-peruntukan yang tertentu bagaimana kita boleh mengimbangi keperluan-keperluan di peringkat luar bandar juga.
Selain daripada itu, saya juga nak menyebutkan bahawa soal keselamatan terutamanya di kampung-kampung ni adalah satu perkara yang juga penting. Kita kerap mendengar berlaku kemalangan terutamanya di kawasan persimpangan empat dan sebagainya. Kawasan-kawasan simpang ni. Dan kalau saya melihat kalau di Kuala Langat sahaja pun saya melihat permohonan daripada kampung-kampung untuk meletakkan hump ataupun bonggol ni. Kalau mungkin dilayan oleh PLB atau JKR, boleh katakan setiap daripada simpang ni Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung nak minta supaya diletakkan bonggol, kalau simpang empat makna 4 lah bonggol yang diminta di situ walaupun ada speed drag ke atau bentuk cat yang agak tebal tu tapi diminta sebab berlakunya kemalangan kawasan-kawasan yang tertentu ni masih lagi keperluan bonggol ni diminta oleh penduduk kampung. Cuma saya lihat mungkin di peringkat negeri ataupun di peringkat daerah-daerah untuk melihat ada satu garis panduan, mungkin kawasan-kawasan yang tertentu
sahaja yang betul-betul terlibat yang mungkin terdedah kepada kemalangan yang kerap ataupun yang perlu diletak itu diletak. Saya nak mengambil kesempatan ini nak mengucapkan terima kasih kepada JKR Kuala Langat yang mana inisiatif yang dibuat terutamanya untuk dijadikan satu garis panduan untuk culvert-culvert, saiz culvert yang harus dibuat walaupun garis panduan ni dah ada, tetapi bila ada penekanan ini dan ianya dijadikan sebagai satu juga pemantauan di peringkat kampung dan sebagainya. Dia memberikan suatu keadaan yang lebih baik. Kalau dulunya parit selalu .. dapat perjalanan yang baik. Begitu juga soal bonggol-bonggol ni kalau ada dijadikan satu standard ataupun garis panduanlah tidak semua yang kita boleh layan, kerana mungkin peruntukan kita agak terhad, tetapi kawasan-kawasan yang tertentu, daripada sudut tekniknya, maka mungkin JKR boleh melihat perkara-perkara ini supaya dijadikan sebagai satu standard dalam garis panduan tersebut.
Kemudian PK3 Usahawan – Dana Usahawan Mikro Selangor. Saya melihat daripada jawapan YB. soal Hijrah sebab saya melihat bahawa sudah tiba masanya mungkin kita juga merasakan usahawan tani sendiri, walaupun jumlah yang terlibat pada hari ini sangat kecil kalau kita nak bandingkan dalam PMKS ni 2% tak sampai 2% pun yang terlibat dalam pertanian tetapi bagaimana kita boleh merangsangkan terutama daripada sudut keperluan kita yang sebenar. Contohnya daripada isu pertanian kita perlukan sayur-sayuran, sumber vitamin, mineral, kepada kesihatan kita dan kita berikan terdengar peruntukan tu mungkin akan diadakan kursus-kursus dan kaedah pengurusan kewangan. Sebab saya lihat kalau tanam sayur ni tiga minggu atau empat minggu kita dah mula dapat hasil dah. Jadi kalau kita pindah Hijrah pun kaedah pemulangan kalau kita urus kewangan itu dengan baik, kita dapat memberikan pulangan yang lebih baik. Kalau kita nak bandingkan mungkin pertanian yang lain mengambil masa setahun ataupun 2 tahun ataupun 3 tahun baru mendapat hasil, itu yang menjadikan pemulangan daripada sudut peminjaman Hijrah itu tidak sebaik yang kita jangkakan.
Kemudian saya masuk kepada PK5 Pendidikan – projek bantuan sekolah, eh yang ni SBK saya dah sentuh, saya ingat saya takkan sentuh lagi. Perpaduan yang sepatutnya di bawah luar bandar kalau tak silap saya tapi ni di bawah Wanita Kebajikan dan Kesihatan dulunya di bawah Exco ni PK6 ni Tapi saya melihat bagaimana kerajaan boleh melihat projek-projek ini bukan hanya sekadar program-program yang kita lihat keterlibatan daripada kepelbagaian kaum tapi khususnya untuk program-program integrasi ataupun perpaduan ini betul-betul program yang kita adakan program yang memang menjurus kepada soal perpaduan ataupun integrasi di dalam negara kita. Mungkin berkaitan rukunegara kepada fokus-fokus kepelbagaian kaum anutan agama yang kita ada di negara kita ini. Bukan hanya sekadar program yang kita harapkan, kepelbagaian kaum terlibat dalam program-program, itu secara tidak langsung.
Kemudian PK7 – Generasi Muda dan Sukan. Saya melihat usaha untuk pembangunan sukan di Negeri Selangor ini harus kita terus mantapkan kerana kita
juga melahirkan ramai atlet-atlet dan juga jaguh-jaguh sukan yang hebat di Negeri Selangor ini. Antaranya kalau kita melihat semula satu ketika dulu keluarga Dato’ Haji Sidek Abdullah Kamar yang terkenal dengan badmintonnya. Ini harus kita lihat juga bagaimana pembangunan ini boleh kita rencanakan supaya ada sahaja. Kalau dulu keluarga mereka memang terkenal daripada sudut sukan ini bagaimana seterusnya generasinya sebab kalau tidak kita mungkin akan putus daripada melahirkan usahawan jaguh-jaguh sukan seperti ini, sebab saya tengok apabila di Kuala Langat kita cuba bangunkan monumen Haji Sidek depan rumah dia apabila dia tidak mendapat satu sokongan daripada pelbagai pihak maka dia hanya sekadar itu dan akhirnya dia tidak dijaga dan tidak memberikan apa-apa kesan kepada pembangunan sukan di Negeri Selangor. Kemudian saya nak sebut juga berkaitan pembangunan bola sepak Negeri Selangor yang diperuntukkan RM10 juta. Saya tak nafikan sumbangan-sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor sebagai contoh tapi saya nak juga supaya ada juga sumbangan kepada persatuan-persatuan yang lain di Negeri Selangor yang juga saya melihat memajukan daripada sudut sukan di Negeri Selangor seperti PBMS (Persataan Bola Sepak Melayu Selangor) dan saya ingat pencapaiannya pun tidak kurang hebatnya dan saya dimaklumkan piala majlis raja-raja kalau tidak silap saya pada hari Sabtu ni akan berlaku pertandingan separuh akhir di Stadium UiTM yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor, itu sendiri dan saya ada peruntukan-peruntukan untuk membantu mereka menguruskan persatuan dan akhirnya juga menjadi sumber kepada kecemerlangan bola sepak dalam negara kita PBMS ni walaupun namanya Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor dalam piala majlis raja-raja ia melibatkan juga pelbagai kaum sebagai pemain-pemain bola sepak di dalam negara kita ini.
Kemudian, PK9 Perbandaran – seperti mana yang saya telah bahaskan dalam ucapan dasar tempoh hari saya mungkin Menteri Besar tak dapat nak menjawab saya pun tak dapat lagi jawapan secara bertulis saya nak mengulangi lagi permohonan daripada Koperasi KOWAJA, Koperasi Wanita Jaya yang mana mereka menggunakan sebahagian daripada tanah-tanah lapang di Taman Dato’ Hormat untuk aktiviti taska dan juga PDK yang mana saya ingat tanah yang digunakan pun tidak luas. Bangunan dah ada semenjak tahun 1980-an lagi dah memberikan impak yang sangat baik. Yang ini mungkin boleh dipertimbangkan kerana saya sebutkan kalau dulu Kerajaan Negeri Selangor kita ada dasar RM1 ribu untuk tapak ataupun tanah yang diduduki oleh setinggan ataupun peneroka, selagi dia tidak dijual saya harapkan ini diperluaskan kepada mungkin NGO-NGO yang memberikan kebaikan program-program kebajikan kemasyarakatan demi kelangsungan untuk mereka meneruskan apa salahnya kalau kita belikan hak milik secara premium RM1 ribu selagi dia gunakan untuk tujuan yang dipohon oleh mereka.
Kemudian berkaitan dengan pengangkutan – peruntukan RM6.6 juta sepertimana kita sedia maklum, sudah tiba masanya lah bas smart selangor tu satu di kawasan luar bandar, laluan yang kita pilih pun yang kita boleh pilih, bukan laluan yang utama, bukan laluan yang prime, laluan yang tidak utama ni memang tidak ada sambutan dan
saya mengharapkan mungkin ini boleh kita tukar dalam bentuk sistem yang kita boleh bagi kan bas-bas kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi mereka mempunyai kepenggunaan yang tinggi. Terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya yang boleh kita fikirkan. Kemudian pengurusan sisa pepejal, saya kira di kawasan perumahan dia tidak menjadi masalah kawasan pihak berkuasa tempatan tidak menjadi masalah tetapi di kawasan kampung kita meletakkan tong-tong ataupun kebuk sampah, di kawasan-kawasan kampung ni memang banyak pertikaian tidak ada siapa pun yang nak kebuk sampah ni berada di depan rumah dia dan saya ingat dia tidak selesai soal pengutipan yang mungkin di luar kemampuan pada oleh PBT untuk mengutip mungkin selang selari dan sebagainya dan pembuangan yang kadang-kadang begitu ketara sekali apatah lagi dengan kacau ganggu oleh anjing-anjing liar, berselerak dan sebagainya saya harapkan pemantauan yang lebih baik dapat dilakukan. Kalau tempoh hari, setiap hari Isnin semasa minggu lepas, EXCO menjawab pemantauan secara mengintip, saya ingat itu dah ketinggalan zaman dah. Mungkin boleh diadakan cctv untuk melihat perkara-perkara yang, urusan yang tidak sepatutnya dalam pembuangan sisa pepejal ataupun sampah di kawasan-kawasan kampung ini. Kemudian, PK 14 Projek Khas Perpustakaan Taman Sri Medan Kuala Langat, saya ingat yang ini pun Menteri Besar pun masih tidak sempat untuk menjawab, saya hendak kalau boleh dijawab pada perbahasan ini yang mana peruntukan sebanyak RM4 juta sebelum ini tetapi pada tahun hadapan tidak ada lagi sama ada token ataupun apa-apa peruntukan yang mana projek ini sebenarnya sudah lebih daripada sepenggal lebih kurang projek ini dijalankan bersamaan dengan Perpustakaan Sri Setia, Perpustakaan Sri Setia dah selesai dah, dah guna dah tetapi Perpustakaan Taman Sri Medan Kuala Langat ini masih belum lagi beroperasi. Saya hendak tahu, bila, adakah akan juga dibangunkan dalam penggal yang ini ataupun bagaimana?
Kemudian, Program PK 18 Program Iltizam Negeri Selangor, saya masih lagi mengharapkan Kerajaan akan memberikan jawapan bertulis saya yang terakhir, sepuluh (10) jawapan bertulis, sembilan (9) telah saya dapat, satu (1) belum dapat lagi. Saya bertanyakan berkaitan status program-program Iltizam Negeri Selangor kerana saya kira ini, sangat penting untuk kami di peringkat pembangkang juga memberikan maklumat-maklumat kepada penduduk-penduduk di kawasan kita kerana ada saja yang maklumat-maklumat yang tidak sampai dan kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada program-program, itu masih berjalan lagi ataupun tidak. Sebagai contoh tempoh hari kita ada Program Insentif Perkahwinan Belia, kemudian sudah ditiadakan, kemudian ada, diadakan lagi selepas mendapat pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di sidang ini tetapi saya tengok pun ia sehingga 2001 sahaja, hanya beberapa sahaja dan kalau kita, kalau saya tidak ada status itu, mungkin saya tidak boleh memberikan maklumat kepada penduduk di kawasan saya. Kemudian saya masuk kepada P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Saya hendak bertanya berkaitan TK 1 Taman Kekal Pengeluaran Makanan Bukit Changgang Kuala Langat, terutamanya berkaitan dengan penempatan semula ruminant ataupun lembu-lembu yang ada di kawasan-kawasan yang berselerak sebab saya tengok di Kuala
Langat ini kalau di kawasan Morib ataupun Kelanang sampai menjadi pergaduhan, sampai berlaku kemalangan yang melibatkan lembu-lembu ini sehinggalah Ketua Kampung meletakkan jawatan sebab pengurusan lembu yang tidak dapat diuruskan. Cuma pertanyaan saya, saya dimaklumkan pusat ini masih belum lagi mampu untuk berfungsi disebabkan oleh keadaan tanah yang masih lagi berlaku banjir jadi saya mengharapkan kalau boleh, bagi menyelesaikan permasalahan ini walaupun sebahagian mereka memang sukar untuk kita kumpulkan di satu tempat kerana soal jarak dan sebagainya tetapi sekurang-kurangnya apabila pusat ternakan ini dapat kita bangunkan ia akan memberikan impak kepada mereka-mereka yang betul-betul untuk membangunkan usaha ini dapat menggunakan dengan sebaik mungkin.
Kalau boleh habiskan lah.
Okey, saya..
Dah habis?
Satu lagi. Boleh ke?
Last ya, satu lagi.
Okey, saya untuk ini, saya minta dua (2) lah, satu, saya nak minta kepastian berkaitan dengan naik taraf Jalan B129, Jalan Garuda ataupun Jalan Masjid Batu 9 Kebun Baru, yang semalam disebutkan oleh yang Berhormat EXCO tetapi tidak ada di dalam Butiran P12 Jabatan Kerja Raya dan yang akhir adalah berkaitan P13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor daerah Kuala Langat, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sijangkang. Saya hendak tahu apakah aktiviti, komponen Tebatan Banjir ini bilakah ia akan dimulakan. Saya dapat maklumat sepatutnya dah bermula dan bilakah ia akan dapat diselesaikan kerana saya melihat banjir masih berlaku di beberapa spot ini, seperti mana yang disebutkan dalam sidang-sidang yang lepas. Di Kuala Langat ini hanya satu spot sahaja iaitu di Jarum Mas kawasan sering berlaku banjir dan saya harapkan mungkin ada kajian-kajian yang, saya lihat kalau di Kuala Langat ini sebenarnya lebih daripada itu kalau boleh dibuat kajian semula berapa spot sebenarnya yang akhirnya kita boleh mengatasi masalah banjir ini dengan cara yang lebih tuntas, terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Dewan mengalu-alukan lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada pelajar Kolej Tingkatan 6 Shah Alam. Seramai 17 orang yang diketuai oleh Cikgu Zahar Nordin. Saya mempersilakan Batu Tiga.
Assalamualaikum W.B.T. Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan. Saya ingin
menyentuh beberapa perkara yang pertama daripada P01 Pejabat Menteri Besar pada item Kod Projek PK 15 15003 Skim Ceria yang diperuntukkan sebanyak RM7 juta. Saya ingin bertanya berapakah ataupun bilakah allocation ini boleh disampaikan ke DUN Batu Tiga kerana saya ambil sampling di Seksyen 24 antaranya, kita mempunyai 84 blok flat kos sederhana dan juga kos rendah yang memerlukan kepada kos perbelanjaan yang agak besar bagi membaik ataupun menceriakan kawasan bangunan dan sudah tentu saya faham Skim Ceria tidak melibatkan sebarang kerja-kerja yang melibatkan struktur namun pandangan saya dalam perbahasan tempoh hari saya menyebut tentang pembangunan semula itu juga memerlukan sedikit penekanan di mana bangunan-bangunan ini sudah pun terlalu lama yang mungkin ia bukanlah perlu kepada Skim Ceria dan memerlukan kepada satu kos yang agak besar kepada pembangunan semula.
Saya beralih kepada PK 18 Iltizam Selangor Penyayang. Pada item 180005 Kesedaran Kenegaraan yang mana ia diberikan ataupun diperuntukkan bagi Team Selangor yang diwujudkan pada tahun 2017. Team Selangor saya membaca prestasi dan pergerakan Team Selangor memang menjalankan program-program kesukarelawan dan juga komuniti juga membantu dalam misi-misi banjir yang telah berlaku pada tahun 2021 namun saya melihat pada tahun 2024 ini peruntukkannya menurun daripada RM10 juta kepada RM5 juta sedangkan prestasi yang saya faham dibuat oleh Team Selangor ini sudah cukup baik. Dan juga saya ingin tanyakan kepada barisan EXCO ataupun barisan Kerajaan, apakah kita boleh, seperti mana yang pernah saya tanyakan kepada Yang Berhormat EXCO Sukan, EXCO Belia, apakah boleh kita menggabungkan, memperkasakan kesemua platform-platform pemuda yang kita ada, antaranya yang saya boleh sebutkan, kita ada Team Selangor, kita ada PeBS dan kita pernah ada SERVE yang mana setiap satu ini ada peruntukan-peruntukannya namun bila kita lihat pecahan itu, sebahagian pergi ke Team Selangor, sebahagian pergi ke PeBS, sebahagian pergi ke tempat lain? Jadi, apakah makna bagi kita untuk membangunkan belia ini dalam keadaan kita semua bergerak secara silo? Saya berpandangan supaya kita boleh menggabungkan kesemua inisiatif-inisiatif ini supaya kita boleh laksanakan satu program yang sangat tuntas untuk membangun belia kita dan ini mungkin boleh dijadikan asas kenapa pengurangan itu dibuat, saya perlukan penjelasan daripada pihak Kerajaan?
Di bawah itu juga, pada muka surat seterusnya, 18009 di bawah PK 18 juga ada SMUE dan SMIS tetapi dinyatakan di dalam ini, dinyatakan SMUE (Usia Emas). Saya bertanyakan SMIS (Skim Mesra Insan Istimewa), apakah boleh sekiranya kita mengekalkan hanya syarat yang boleh memohon SMIS ini hanyalah pemegang kad OKU sahaja. Saya cenderung kepada untuk kita kekalkan pemegang kad OKU sahaja boleh memohon kerana saya ingin membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kita menaikkan bilangan pendaftaran pemegang kad OKU. Saya pernah sebutkan hari ini kita berada pada paras 112,000 di peringkat Kerajaan Negeri Selangor, di peringkat, pendaftaran di Negeri Selangor sedangkan WHO menetapkan sepatutnya peratusan orang OKU yang didaftarkan sepatutnya mencecah 15%
daripada populasi negara so, di peringkat Kebangsaan kita hanya berada pada 4.9 juta dan ia masih lagi jauh daripada apa yang kita sasarkan. So, saya mengharapkan Skim Mesra Insan Istimewa boleh menjadi sebuah pendorong kepada ibu bapa bagi menggalakkan pendaftaran kad OKU dilaksanakan kerana selain daripada yang berada di manfaat yang ada di Negeri Selangor, ada juga banyak manfaat yang diletakkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Saya beralih kepada PK 6 Wanita Kebajikan dan Kesihatan pada item 06002 Kebajikan Masyarakat. Saya ingin bertanya berapakah peruntukan yang ditetapkan oleh, untuk BINGKAS pada tahun 2024 dan pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah terlebih dahulu kerana Kerajaan telah melaksanakan satu lonjakan berbanding dengan KISS yang diperkenalkan pada tahun 2018. 2018 KISS diperkenalkan untuk membantu ibu-ibu sebab itu namanya Kasih Ibu Smart Selangor tetapi Alhamdulillah pada tahun 2022 telah dibangunkan ataupun diwujudkan sebuah program yang diberi nafas baru bukan hanya membantu para ibu tetapi membantu para bapa dan seluruh ahli keluarga. Maknanya, syaratnya pemohonnya bukan lagi wanita. So, saya harapkan daripada program dan manfaat ini akan dapat lebih banyak membantu kebajikan. Kita telah naikkan manfaat penerima daripada RM200.00 kepada RM300.00 sebulan. Kita juga menaikkan bilangan penerima sehingga 30,000 penerima dan kita juga telah menaikkan had pendapatan isi rumah daripada RM2,000.00 kepada RM3,000.00. Ini adalah satu lonjakan yang saya boleh berikan pujian kepada Kerajaan kerana melaksanakan program yang benar-benar menjiwai masalah yang berlaku di pihak rakyat. Dan, saya juga ingin dapatkan sedikit penerangan, adakah program BINGKAS ini hanya terhad kepada keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000.00 ke bawah dengan tidak mengambil kira jumlah tanggungan keluarga. Maksud saya, berapa bilangan keluarga yang ada dalam keluarga itu, ahli keluarga dalam keluarga itu. Jadi, pertama saya ingin mempertimbangkan adakah kita boleh pertimbangkan bilangan ahli keluarga dalam keluarga tersebut. Maknanya, kalau mungkin pendapatannya RM3,000.00 tetapi anaknya dua (2) ok lah, tetapi, jika pendapatannya RM4,000.00 tetapi anaknya lima (5) orang ataupun enam (6) orang, contohnya, saya bagi contoh. Dan kedua, saya juga ingin mencadangkan kalau boleh kita naikkan bilangan umur anak tanggungan terakhir maknanya, disebut di dalam BINGKAS, disebutkan 18 tahun. Saya ingin mencadangkan kalau boleh kita naikkan kerana bagi sebahagian kumpulan B40 di Negeri Selangor ini walaupun mempunyai anak 18 tahun yang kita anggap masih dalam tanggungan namun apabila anak itu melonjak naik ke peringkat Universiti, keluarga B40 tetap memerlukan perbelanjaan yang tinggi. So, saya cadangkan kalau boleh dipertimbangkan sehingga pada umur 21 tahun sehinggalah anak itu boleh berdikari dan bekerja selepas tamat pelajaran. Yang terakhir, saya beralih kepada P 13 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Saya ingin ucapkan terima kasih di atas komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri bagi membina kolam takungan di Padang Jawa yang sebahagiannya telah siap dan tambahan pada tahun 2024 sebanyak RM520,000.00 ini juga akan memberikan kelegaan yang sangat banyak kepada penduduk dan warga di Padang Jawa. Saya ucapkan terima kasih di atas
apa yang ditetapkan oleh Kerajaan dan saya dengan ini menyokong perbelanjaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya bagi peluang pada Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga berhasrat untuk membahaskan usul Bajet Pembangunan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada pagi tadi. Saya akan menyentuh dua perkara iaitu pembangunan insan dan yang kedua pembangunan fizikal. Pembangunan insan yang dicadangkan oleh Dato’ Menteri Besar melibatkan portfolio Wanita, Kebajikan dan Kesihatan yang jumlahnya begitu besar, agak besar RM181 juta lebih.
Saya hendak menarik kepada tiga perkara yang berkait dengan Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Kesihatan termasuk keluarga ini. Yang pertama mengenai keruntuhan institusi keluarga. Selangor mencatatkan jumlah keruntuhan institusi keluarga ini paling besar di Malaysia iaitu sebanyak 8,811 kes untuk tahun 2021 sahaja. Kita tahu bahawa penceraian ini antara keruntuhan keluargalah dan bukan satu-satunya punca utama atau bukan satu-satu punca dalam keruntuhan keluarga tapi fenomena keruntuhan keluarga ini sangat penting untuk kita lihat dan perlukan kepada program-program tuntas dan agresif untuk memastikan, mengurangkan jumlah keruntuhan keluarga di kalangan masyarakat khususnya Muslim di Selangor. Kajian telah dibuat banyak dan menunjukkan ada tiga punca utama keruntuhan institusi keluarga. Saya sebutkan satu persatu untuk perhatian kita bersama supaya pihak Kerajaan boleh melihat dan menanganinya. Yang pertama sebab runtuh keluarga ialah tidak jelas untuk berkahwin kerana ramai pasangan yang cenderung untuk berkahwin kerana cinta dan memenuhi keperluan seksual semata-mata. Akhirnya mereka tidak sampai ke mana, sesetengah jalan, setahun, dua tahun runtuh juga sebab mereka tidak merasa itu satu kepuasan sebenar kehidupan berumah tangga.
Yang kedua kegagalan menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam perkahwinan. Soal tidak beri nafkah, keganasan rumah tangga antara punca utama kegagalan menjalankan tanggungjawab. Mereka ingat dengan cinta sahaja mereka boleh memberi makan kepada pasangan mereka. Rupanya tidak, cinta sahaja tidak cukup, sebab itu ada petua mengatakan hendak berkahwin kena ada 3 ras. Waras, beras dan saya lupalah satu lagi. Sebab itu cinta bukan mampu mengenyangkan pasangan. Mereka tidak faham yang itu. Yang ketiga kurang ilmu rumah tangga dan perkahwinan. Jadi kekurangan ilmu ini adalah antara sebab yang penting mengapa runtuhnya sesebuah rumah tangga. Saya ingin menyarankan kepada kerajaan, especially portfolio berkenaan supaya melihat tiga aspek ini sebagai penting dan boleh membentuk aktiviti program kempen bagi menangani tiga punca utama ini.
Yang kedua pembangunan insan juga melibatkan peruntukan yang sama dalam portfolio Menteri Besar, dan saya hendak fokus kepada masalah remaja lebih khusus kepada masalah isu penzinaan remaja Muslim. Saya ulang, isu penzinaan remaja Muslim. Ada satu kajian yang dibuat oleh Universiti Sains Islam Malaysia yang melihat mengapa saban tahun meningkat jumlah penzinaan remaja Muslim. Ada tujuh sebab yang membawa kepada perkara yang tidak sopan ini. Yang pertama penceraian ibu bapa, menyebabkan anak remaja terjerumus ke lembah tidak baik ini. Yang kedua kegagalan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak. Masalah ibu tidak boleh communicate baik dengan anak. Anak-anak tidak boleh communicate baik dengan keluarga menjadikan dia masalah mengapa terjerumus anak-anak muda remaja dalam penzinaan.
Yang ketiga pengongkongan yang keterlaluan terhadap anak-anak. Yang keempat ketiadaan didikan dan gaya hidup beragama. Terlalu sosial mungkin, seisi keluarga, terlalu terbuka dan terlalu terdedah kepada dunia terbaru globalisasi, maka mereka menjadi keluarga yang terdedah kepada penzinaan khususnya kepada remaja. Yang kelima keluarga yang berzina, nauzubillah. Ada keluarga-keluarga juga yang menjadikan kehidupan seperti ini sebagai norma mereka dan bila keluarga sendiri dah menjadikan ini sebagai norma mereka, sudah pasti anak-anak remaja juga terikut dengan gejala tidak senonoh ini. Yang keenam, pengambilan dadah terlarang, menjadi juga punca penzinaan. Dan yang paling serius, paling penting ialah faktor yang ketujuh iaitu pengeksploitasian remaja untuk pelacuran oleh keluarga sendiri. Ada banyak kes yang dibuat kajian termasuk melibatkan kawasan FELDA, keluarga-keluarga yang kesempitan kewangan menjadikan isi keluarga mereka bahkan menjadikan anak remaja mereka kepada objek pelacuran untuk mendapatkan kewangan.
Tujuh perkara ini penting untuk kita teliti supaya saya boleh mengesyorkan kepada kerajaan untuk memberikan fokus supaya pemasalahan ini tidak akan membelenggu keluarga-keluarga di Selangor, insya-Allah.
Yang ketiga mengenai Pembangunan Insan ini ialah tentang bantuan guaman syarie bagi golongan yang memerlukan khususnya wanita atau lelaki yang berpendapatan rendah. Saya membaca banyak artikel yang menyebut tentang adanya program bantuan guaman kepada mereka ini sama ada di Jabatan Guaman Federal dan negeri dan juga di peringkat Majlis Agama Islam Selangor. Tetapi saya duduk ke bawah daerah-daerah, saya dapati mereka sukar untuk mendapatkan khidmat guaman ini kerana kedudukan pusat khidmat guaman ini berada di Shah Alam. Dan di daerah-daerah tidak dapat mendapatkannya melainkan terpaksa pergi ke bandar raya Shah Alam.
Isu utama ialah mereka tidak faham prosedur tatacara yang diuruskan dalam mahkamah. Jadi mereka memerlukan khidmat guaman dan khidmat guaman ini tidak cukup dan tidak membantu mereka, susahlah untuk mereka mendapatkan bantuan
guaman dan menyelesaikan masalah mereka. Saya faham sangat isu ini kerana saya terjebak lama dalam guaman syariah, lebih 3o tahun sampai saya berjaya menulis sebuah buku. Buku ini adalah saya tulis sendiri diterbitkan awal tahun ini untuk membantu mereka yang memerlukan, memahami dan menguruskan kes mereka di mahkamah syariah. Buku ini bertajuk Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Macam biasa dengarkan, bukan saya hendak promosi buku ini, bukan saya hendak menyebut tentang keperluannya Kerajaan membantu mereka yang memerlukan bagi mendapatkan khidmat guaman syarie untuk menyelesaikan kes-kes mereka.
Tuan Speaker, saya hendak beralih kepada pembangunan infrastruktur, saya buat yang ringkas-ringkas sahaja. Yang pertama tentang Jabatan Pertanian Negeri Selangor, tentang projek, alahai EXCO tak ada pula. Projek tanaman semula kelapa yang memperuntukkan sebanyak RM400 ribu sahaja bagi projek yang saya fikir besar dan penting untuk keterjaminan makanan di Selangor. Saya mohon penjelasan sama ada dia melibatkan kawasan yang berada di jajaran Kuala Selangor ke Sabak Bernam menghala kepada perbatasan atau persempadanan dengan Negeri Perak, yang jauhnya lebih kurang 100 kilometer termasuk kepada Sungai Air Tawar antara tempat yang tersohor dengan projek tanaman kelapa. Jadi jajaran ini adalah jajaran yang sudah dimaklumi dengan projek tanaman kelapa yang termaju di Selangor sama ada negeri akan menggunakan tapak yang sama, lokasi yang sama, jajaran yang sama untuk program ini atau bagaimana. Sebab kalaulah menggunakan jajaran yang sama RM400 ribu sangat-sangat kecil untuk projek menjadikan kelapa sebagai program keterjaminan makanan untuk Negeri Selangor.
Saya beralih kepada JKR mengenai menaik taraf Jalan B17 dari simpang tiga Teras Jenang sehingga persimpangan Jenderam. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berikan penumpuan untuk tahun 2024 kerana dia ialah projek yang tertangguh yang selesai tahun 2018 yang lalu yang dibuat oleh Hulu Kelang ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Tempoh yang begitu lama baru hendak dimulakan dengan fasa yang kedua untuk menaik taraf jalan ini. Alhamdulillah ok, Cuma saya hendak memberikan permohonan dan pesanan supaya apabila projek ini bermula tolong pertimbangkan masalah penduduk setempat yang mungkin akan berlaku khususnya menghala ke Kampung Bahagia Bangi dan ke Pekan Bangi bila mereka mungkin bermasalah mendapatkan jalan alternatif atau jalan ke dua di susur yang sama jika mereka melalui jalan ini. Sebab satu-satunya jalan ialah jalan ini, bila dia buat pembangunan dan berlaku penutupan jalan, saya bimbang dia memberi gangguan yang serius kepada penduduk setempat khususnya Kampung Bahagia Bangi dan Pekan Bangi.
Saya beralih kepada banjir di Kampung Bangi Tambahan yang saya telah bangkitkan sebelum ini, saya mohon penjelasan daripada Kerajaan. Bilakah projek pengurangan banjir ini atau pun pam ini akan dapat dimulakan. Setakat ini belum dimulakan sehingga hari ini dan saya difahamkan antara punca penangguhan ialah kerana isu pengambilan tanah. Saya mohon disegerakan penyelesaian isu ini supaya
masyarakat Kampung Bahagia Bangi tidak akan terseksa lagi banjir yang akan berlaku dua hingga tiga kali setahun.
Saya beralih ke Jabatan Agama Islam Selangor mengenai Sekolah Agama. Ada satu Sekolah Agama yang dibutirkan dalam Bajet ini iaitu Sekolah Rendah Agama Bandar Teknologi Kajang, tetapi tidak ada peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri hanya bergantung pada Kerajaan Persekutuan, saya mohon penjelasan. Bila akan dibangunkan sekolah ini kerana mereka menunggu terlalu lama untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama. Dan pada masa yang sama saya ingin bertanya juga tentang baik pulih Sekolah Rendah Agama yang lain, saya ambil kes Sekolah Rendah Agama Bangi yang memerlukan bantuan Kerajaan segera untuk menyelesaikan masalah jalan raya yang rosak teruk, tandas yang tidak dibaik pulih, surau yang memerlukan baik pulih dan memerlukan rumah sampah bagi kegunaan pelajar-pelajar dan warga Sekolah Rendah Agama Bangi, mohon Kerajaan ambil perhatian dan ambil tindakan kepada permohonan saya ini.
Yang terakhir Jabatan Agama Islam Selangor, Masjid West Country Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat. Ada yang dinyatakan dalam buku Bajet tetapi tidak ada peruntukan. Saya berharap sangat-sangatlah tapak dah terbentang luas dah tiga empat kali dipotong rumputnya, dah bersedia untuk meneruskan projek di sini, dan apakah status projek Masjid West Country Seksyen 5, Bandar Baru Bangi ini kerana tidak ada dalam Bajet 2024. Mohon penjelasan, itu sahaja terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker.
Pertamanya Kampung Tunku ingin merujuk kepada muka surat 198 P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri PK9 09005 juga berkait dengan muka surat 253 P16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor PK1 01001 berkaitan dengan Lembah Klang Raya. Jadi saya kira Lembah Klang Raya adalah satu konsep yang menarik dan dalam persediaan ke arah Lembah Klang Raya di peringkat PBT, lingkaran pengangkutan awam penyeragaman teknologi dan perkongsian data perlu dikaji dengan pendekatan dengan izin, localize the operation centralize the system supaya pentadbiran Lembah Klang Raya dapat meraih manfaat skills dengan izin, sambil mengekalkan fleksibiliti menarik pelaburan dan modal insan berkualiti tinggi dan menjadi tempat inovasi berteknologi tinggi. Empat majlis bandar raya yang terlibat harus bersedia menjadi bandar bertaraf antarabangsa, contohnya saya ambil laman web pentadbiran New York City menggunakan 11 bahasa, Tokyo Metropolitan Government menggunakan 5 bahasa. Ini dapat mewujudkan sektor pekerjaan baru wajah penjawat awam yang baru yang mahir pelbagai bahasa dan menjadi duta Negeri Selangor dan Malaysia kepada dunia. Saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri kepada pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macau Greater Bay Area dengan izin di China sebagai Macau case study dengan izin kepada Negeri Selangor. Ini disebabkan kompleksiti sistem dan industri di sembilan buah kota dan
dua kawasan pentadbiran khas di bawah konsep dengan izin one country two systems.
Seterusnya merujuk kepada muka surat 198 lagi bahagian PK6 Pembangunan Kesihatan Awam Kod Objek : 06003. Saya kira Kerajaan Negeri Selangor menjadi peneraju dalam isu kesihatan mental antara kerajaan negeri yang lain tetapi hampir lima tahun Kerajaan Negeri tackle isu kesihatan mental kita perlu menjangkaui Message Is Okay Not To Be Okay dengan izin. Di peringkat Persekutuan, Kerajaan Perpaduan telah berjaya menyah jenayah cubaan membunuh diri dan bakal menubuhkan Institut Kesihatan Mental seperti yang dibentangkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 what’s next dengan izin, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan dan mempertingkatkan skop insentif subsidi rawatan psikatri Selangor bagi membantu pesakit mental belajar bekerja dan hidup seperti seorang yang nomal. Saya kira perlu ada usaha untuk stream line dengan izin rangkaian perkhidmatan kesihatan awam Kerajaan Negeri Selangor insentif subsidi rawatan psikiatrik Selangor boleh diperkasakan dengan penambahan subsidi ubat psychiatry generic melalui Selcare Farmasi. Di sini saya juga ingin meminta pencerahan mengenai Selcare Farmasi, apakah unit proposition dengan izin berbanding farmasi biasa, adakah rakyat Selangor mendapat kelebihan dari Selcare Farmasi dan apakah sumbangan kewangan dan liabiliti pada Kerajaan Negeri jika ada. Kedua berkaitan juga dengan kesihatan awam adalah Selcare Diagnostics , dalam sidang-sidang yang lepas saya pernah syorkan agar capability Selcare Diagnostics perlu dipertingkatkan dan diperluaskan. Selcare Diagnostics sepatutnya tidak terhad kepada pemprosesan keputusan Program Selangor Saring tetapi terlibat dalam pembangunan R&D berteknologi tinggi. Saya ingin cadangkan Selcare Diagnostics menjadi sebahagian daripada Selangor Lab Partnership Programme dengan izin supaya dapat mewujudkan .. pipeline dengan izin di samping servis pipeline. Ketiga masih di bawah kod objek yang sama, Kampung Tunku ingin menyatakan sedikit kebimbangan mengenai manfaat hospitalisasi di bawah Program Iltizam Sihat Selangor dengan maksimum RM10,000.00 setahun dari hospital panel terpilih, soalan dari Kampung Tunku ialah pertama berapa ramai penerima yang diperuntukkan atau disasarkan oleh Kerajaan Negeri ? Apakah kriteria penilaian contohnya jenis penyakit dan dengan izin the urgency of procedure, adakah terdapat kajian intact kepada bantuan Sihat Selangor yang juga menawarkan bantuan kewangan untuk menjalankan pembedahan. Kerisauan saya ialah adakah ini akan menggalakkan penerima ISS untuk beralih daripada hospital kerajaan contohnya di mana mereka boleh mohon manfaatkan bantuan Sihat Selangor untuk menjalankan prosedur perubatan yang lebih mahal di hospital swasta. Adakah manfaat ini bakal menjadi bebanan kewangan yang berat untuk Kerajaan Negeri pada masa depan, saya kira mungkin Kerajaan Negeri dengan izin kriteria untuk penerima ISS yang mendapat manfaat hospitalisasi. Contohnya untuk warga Petaling Jaya sekiranya dimasukkan ke PPUM dalam hospital panel yang terpilih adalah berita yang baik untuk penduduk PJ kerana kami tiada hospital Kerajaan tetapi dengan izin what is good for PJ might be very costly for the state dan sebaiknya kesihatan awam harus
menjurus ke arah pencegahan berbanding rawatan iaitu dengan izin we should be working to keep people healthy, to keep them out of hospital so saya ingin minta sedikit pencerahan tentang kos benefit analisis dengan izin tentang manfaat hospitalisasi ini. Akhirnya merujuk kepada perbahasan hangat di luar tentang dasar generasi penamat rokok generational dengan izin dan pengecualian produk cecair atau gel nikotin dari Akta Racun 1952, apakah Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran kepada rakyat Selangor tentang bahaya rokok dan vape terutamanya antara anak muda, so itulah tentang kesihatan awam.
Seterusnya masih di muka surat 198 PK7: Generasi Muda Sukan Kod Objek 07003 Pembangunan Sukan saya minta agar Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan meningkatkan peruntukan atau pun sumber kewangan bagi pembangunan sukan 8 juta ringgit tidak cukup sekiranya kita ingin mencapai sasaran untuk SUKMA dan membangunkan sukan akar umbi. Di sini saya ingin mencadangkan agar PBT dan anak syarikat negeri diwajibkan untuk mengambil sukan yang ditentukan sebagai sukan angkat. Contohnya semasa SUKMA 2022 , Majlis Bandar Raya Subang Jaya telah menjadi bapa angkat skuad rugbi Selangor dan disebabkan atas sokongan yang sangat baik kedua-dua pasukan lelaki dan wanita berjaya masuk ke dalam perlawanan final, this not happen for a long time dengan izin dan meraih pingat perak, saya kira aturan sebegini patut diteruskan di mana PBT boleh membantu pasukan sukan mungkin dari segi pengangkutan bas apabila pergi untuk ke perlawanan kemudahan dan mungkin penginapan dan GLC patut diwajibkan untuk membantu dari segi kewangan. Keempat mengenai alam sekitar dan perubahan iklim rujukan muka surat 239 P13 Jabatan Pengairan dan Saliran PK5 Kod Objek 05300, saya ingin menarik perhatian dewan kepada isu mikroplastik di sungai-sungai di mana mikroplastik adalah kepingan plastik yang tidak kelihatan dengan mata kasar, ia berada di dalam julat saiz nano. Sesetengah produk harian seperti ubat gigi dan shower gel dengan izin dan proses perindustrian menggunakan mikroplastik namun kehadiran mikroplastik di dalam kepekatan tinggi menimbulkan kebimbangan baru. Univesiti Notthingham Malaysia telah melakukan kajian sampel air di Sungai Langat dan antara penemuan pasukan tersebut ialah kepekatan yang sangat tinggi di dasar sungai sehingga 150,000 keping mikroplastik di permukaan dasar sungai bagi setiap meter persegi. Mikroplastik ditemui di dalam hampir setiap haiwan yang dikumpulkan termasuk serangga akuatik, kupang dan ikan. Ikan merupakan haiwan yang paling tercemar di dalam kajian itu di mana mikroplastik di temui di insang usus dan daging ikan. Terdapat bukti yang makin menunjukkan bahawa mikroplastik dalam kepekatan yang tinggi kemungkinan menyebabkan masalah kesihatan dari segi sistem pernafasan dan pencernaan di sebabkan keradangan usus, memandangkan sungai merupakan sebahagian penting di dalam eko sistem dan ekonomi negeri saya memohon agar Kerajaan Negeri mengkaji isu ini dan akhirnya saya mengakhiri perbahasan dengan satu kod daripada bukan Game Of Throne tetapi Conquerer dengan izin yang sebenar iaitu dari Genghis Khan dari Mongolia. Beliau berkata bahawa dengan izin lampu masih hijau..
Ringkaskan.
Conquering the world on horseback is easy; it is dismounting and governing that is hard itulah kata-kata Genghis Khan. Saya lihat dalam perbahasan pembangunan dan sebagainya, pihak pembangkang banyak cadangan lagi ke arah belanja.. belanja.. belanja tetapi governing is hard. Di sini saya kira Kerajaan Negeri telah melakukan yang terbaik dalam merangka belanjawan 2024 so terima kasih, Kampung Tunku menyokong.
Morib.
Terima kasih Tuan Speaker, dapat juga. Banyak juga perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Sijangkang tadi, jadi saya cuma mengambil sedikit penambahan, saya terus kepada P12 muka surat 219 JKR PK01401 yang di bawah pemasangan lampu-lampu jalan isyarat di daerah Kuala Langat. Pagi tadi sebelum saya hadir, telah berlaku satu kemalangan di persimpangan di hadapan masjid besar di Kampung Kanchong Darat yang memberi kesan kepada pemandu-pemandu di situ oleh sebab mengejar masa jadi di peringkat keselamatan dan lampu isyarat di kawasan daerah Kuala Langat ini rasa perlu dipertingkatkan dan dikaji semula, oleh sebab bukan sahaja di kawasan Kuala Langat khususnya di Morib tetapi di seluruh Selangor. Bila saya lihat di peruntukan yang diberi di PK1401 hanya 400 ribu saya rasa penambahan perlu dilakukan dan dikaji semula dan perlu ditambah baik di peringkat penambahan lampu-lampu jalan dan keselamatan. Begitu juga di PK1402 Meningkatkan Aspek Keselamatan Jalan Raya daerah Kuala Langat, ini juga saya mengambil pendekatan supaya diteliti semula dan ditambah baik. Oleh sebab penambahan pekerja yang bekerja itu berkejar-kejar masa dan pada waktu pagi dan waktu petang dan aspek keselamatan ini perlu diambil kira. Seterusnya saya ambil di PK013 Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS muka surat 237 pembinaan ban dan benteng yang saya rasa peruntukan diberikan hanya 2 juta ringgit pada tahun hadapan 2024. Sebenarnya masalah banjir ini berlaku bila kawasan-kawasan sungai, parit atau pun longkang tidak diselenggara dengan baik. Saya memahami di peringkat JPS selalu memberi perkhidmatan yang terbaik tetapi masalahnya apa yang disebut tadi di peringkat perbelanjaan jadi saya mengharapkan diteliti semula dengan penambahan dan kita meneliti keadaan semasa dan kita lihat apa pun di buat pada tahun ini dan tahun hadapan kita mesti ada bajet yang lebih, ini kita masalah banjir hujan ini kita tidak dapat ramal, walaupun ada yang kita ramalkan tetapi bagi saya ramalan-ramalan itu kita kena ambil perhatian juga.
Seterusnya saya pergi kepada muka surat yang sama PK06202 perancangan dan pemulihan pantai dan muara dan saya lihat peruntukan juga diberikan kepada 1 juta ringgit yang saya ambil pendekatan di pantai Morib dan Klanang baru-baru ini berlaku ribut yang airnya melebihi 5 meter dan saya rasa bukan tahun ini saja, tahun-tahun yang dulu pun oleh sebab kita perlukan tembok-tembok pemecah ombak itu yang
seharusnya kita memberikan perhatian yang penuh sebab bila air keluar telah merosakkan gerai-gerai, jalan-jalan raya dan saya tahu kerosakan jalan raya ini biasanya dimulakan dengan air dan kalau banjir itu berlaku saya rasa peruntukan di JKR itu akan dikurangkan sebab kita tak perlu untuk menambah baik jalan sebab saya rasa banjir itu yang akan merosakkan jalan-jalan raya. Seterusnya saya terus ke.. tak cakap banyak saya berikan peluang kepada rakan-rakan lain sebab takut nanti macam minggu lepas. P14 di Jabatan Agama Islam, saya terus kepada PK1011603 SRA Kota Kemuning, Sekolah Kafa Integrasi Taman Kemuning. Saya ingin menyentuh berkenaan sekolah ini kerana sudah hampir berbelas tahun last tahun 2011 telah mendapat kelulusan pengambilan alih tanah di Lot 087 dan surat telah dihantar dua kali ke Pejabat Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada Oktober 2018 dan juga Ogos 2019 dan telah mendapat salinan surat daripada Pejabat Dato’ Menteri Besar dan tetapi salinan itu mengandungi permohonan menyegerakan pembinaan Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning ini kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Jadi saya mendapati anggaran perbelanjaan pada 2018 hanya RM8juta tetapi bila saya tengok di sini telah meningkat kepada RM13juta tetapi saya tidak nampak ada satu pun peruntukan yang telah diberi untuk tahun 2024. Jadi saya mohon kepada pihak Jabatan Agama Islam berilah peruntukan pada sekolah ini kerana terlalu ramai anak-anak (pelajar-pelajar) yang sekarang ini menumpang di Sekolah Rendah Banting dan saya mengharapkan supaya pihak Jabatan Agama Islam memberi perhatian penuh kepada masalah Sekolah Rendah Agama di Taman Kemuning ini. Yang lain saya rasa telah diterangkan oleh Y.B. Sijangkang sebab dia juga adalah Ahli Parlimen Kuala Langat. Dan tadi pun dia sebut tentang di kawasan Morib dan Kelanang hal-hal lembu dan yang lain-lainnya. Jadi dengan itu saya rasa itu saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Ijok.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Tuan Speaker saya ingin membahaskan Usul Pembangunan 2024 bagi Vot P01 (Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri) PK2 Luar Bandar (muka surat 197) yang bernilai RM147,950,000.
Memandangkan pertambahan penduduk kian meningkat dan kepesatan pembangunan seperti pembinaan projek-projek perumahan, kilang, industri di kawasan persekitaran Ijok terutamanya di Pekan Ijok yang merupakan salah satu kawasan laluan utama dan strategik dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor iaitu Laluan FT54 dan juga berdekatan dengan susur masuk dan keluar Highway LATAR dan Highway Laluan Antara Bandar WCE yang mana menghubungkan laluan Pelabuhan Klang ke Taiping yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun 2024. Pekan Ijok kini
telah menjadi tumpuan para penduduk berikutan terdapatnya pelbagai kemudahan seperti stesen minyak (itu biasalah), pasar raya, kedai dobi dan lain-lain.
Justeru itu, Ijok memohon perhatian daripada Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan kewangan bagi membina satu unit dewan orang ramai serba guna untuk kegunaan penduduk-penduduk di Kampung Ijok di mana tanahnya, pun sudah ada iaitu di Lot 432 tanah milik Kerajaan Negeri Selangor. Namun begitu, di pekan Ijok hanya memiliki sebuah pondok polis yang perlu diberi perhatian untuk dibaik pulih serta dinaik taraf. Di mana balai polis ini berhampiran (yang mana balai polis yang berhampiran) adalah di lokasinya di Bestari Jaya yang jaraknya lebih daripada 8 kilometer dan mengambil masa lebih 13 minit perjalanan. Memandangkan pekan Ijok tiada memiliki balai polis, maka disebabkan itu akses bagi kemudahan perbankan agak sukar diwujudkan bagi sekitar penduduk Ijok.
Justeru itu, Ijok berharap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, yang sama serta selari dengan agendanya dapat memberi perhatian dalam perkara ini untuk memenuhi salah satu syarat utama bagi pembukaan perkhidmatan bank. Secara tak langsung, bila adanya pondok polis ini dinaik taraf (balai polis tu dah ada) cuma perlu dinaik taraf dapatlah mengekang gejala mat rempit dan mencegah jenayah.
Tuan Speaker, saya ingin beralih bagi Vot P12 (Jabatan Kerja Raya), muka surat 218 yang bernilai RM145,000,000. Tuan Speaker, isu utamanya adalah jajaran dia masih (jajaran ini masih) di bawah Pasukan Projek Naik Taraf FT054 iaitu Ibu Pejabat JKR Malaysia. Ia masih belum diserahkan secara rasmi kepada JKR Daerah Kuala Selangor untuk di selenggara. Disebabkan oleh tidak diserahkan urusan jalan itu kepada JKR Daerah, maka JKR Daerah tidak dapat membuat penyelenggaraan bagi masalah-masalah yang berbangkit. Masalah-masalah yang berbangkit di Jalan FT54 ini biasanya adalah pemotongan rumput yang tidak berjadual menyebabkan semak samun, penyelenggaraan parit longkang yang tidak diurus dengan baik yang menyebabkan berlakunya banjir di kiri kanan Jalan FT54.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JKR Daerah Kuala Selangor yang telah mengambil inisiatif untuk selesaikan aduan-aduan warga Ijok walaupun ianya tidak berapa sempurna. Soalan saya, apakah ada usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan urusan penyerahan daripada JKR Malaysia ke JKR Daerah? Dengan ini, Ijok berharap Kerajaan Negeri dapat mendesak JKR Malaysia untuk mempercepatkan proses serahan jalan FT054 kepada JKR Daerah Kuala Selangor agar kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan sempurna.
Tuan Speaker, terdapat keperluan untuk menaikkan aras jalan yang berisiko ditenggelami air apabila banjir melanda. Contohnya Jalan Parit Mahang dan Jalan Robinson yang acap kali ditenggelami air apabila hujan lebat berlaku dan menyebabkan penutupan jalan. Disyorkan jalan-jalan yang terlibat ini diberi perhatian
dan peruntukan bagi dinaik taraf bagi mengelakkan ia ditenggelami air ketika hujan lebat.
Seterusnya saya merujuk kepada kod PK101701 (muka surat 220). Ijok juga berharap berkenaan keperluan untuk menambah bilangan lampu jalan terutamanya, di persimpangan utama yang sangat disyorkan untuk memasang lampu jalan solar bagi mengelakkan kecurian dan vandalisme apabila pemasangan lampu jalan konvensional. Antara jalan utama yang perlu diberi perhatian pemasangan lampu jalan ialah Jalan Sungai Darah, Jalan Rantau Panjang ke Fruits Valley Jalan Bestari Jaya, Jalan Parit Mahang dan Jalan Merbau Kampung Bukit Cerakah, Kampung Jaya Setia, Kampung Bukit Badong dan seluruh Kampung Ijok. Lampu-lampu ini penting untuk keselamatan bagi warga Ijok dan lalu lintas atau pengguna jalan bagi mengelakkan kemalangan pada waktu malam iaitu kebiasaannya dekat Ijok ini adalah macam tempat-tempat lain juga isu lembu berkeliaran menjadikan tempat tidur di tengah-tengah jalan.
Tuan Speaker, saya beralih ke Vot P13 PK1 (Jabatan Pengairan dan Saliran) muka surat 230 yang melibatkan peruntukan RM65juta untuk pembangunan projek tebatan banjir. Tuan Speaker, Ijok juga tidak ketinggalan dalam mengalami masalah banjir di Kampung Ijok, Kampung Parit Mahang, Taman Desa Mahang yang berpuncanya daripada Sungai Buloh. Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya dan sekitarnya berpunca daripada Sungai Selangor. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini adalah masalah penyelenggaraan saliran dan lintasan culvert parit bermasalah, taburan hujan yang tinggi di kawasan tempatan yang juga kawasan hulu sungai di daerah lain dan limpahan sungai di kawasan rendah.
Tuan Speaker, pihak JPS Kuala Selangor telah menempatkan tiga pam bergerak di pintu kunci air beroperasi sejak tahun 2021 dan dua unit pam separa kekal di penghujung Jalan Abdul Aziz Kampung Ijok berhampiran benteng Sungai Buloh yang telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2023. Tetapi malangnya baru-baru ini (pada 29.10.2023) pondok pam yang menempatkan dua pam separa kekal ini telah di ceroboh masuk dan komponen-komponen penting dicuri sehingga pam tersebut tidak dapat berfungsi. Dua unit pam ini adalah harapan besar bagi penduduk bagi mengelakkan banjir lebih teruk. Kawasan-kawasan yang biasa terlibat dengan sungai ini adalah Batu 7 Kampung Ijok, Batu 7 Ladang Kampung Ijok, Batu 8 Kampung Ijok, Kampung Baru Ijok, Batu 28 Kampung Harmoni, Batu 4 Ladang Kampung Bukit Badong.
Tuan Speaker, Memandangkan sekarang ini adalah hujung tahun (musim hujan). Besarlah harapan penduduk dan warga Ijok kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu memberi peruntukan segera untuk memperbaiki pam-pam tersebut. Besarlah harapan Ijok juga agar projek tebatan banjir di sepanjang Sungai Buloh ini dapat disiapkan dengan segera dan ditambah pengisian jawatan awam sokongan
menjaga pintu air dan empat unit pam RTB Sungai Buloh Fasa 1 yang bakal siap dan boleh memastikan pengawasan kerap terhadap operasi pintu air pam tersebut.
Tuan Speaker, Ijok mendapat maklum perancangan JPS menangani masalah banjir di Lembangan Sungai Buloh melalui Rancangan Tebatan Banjir. RTB Sungai Buloh Fasa 1 sedang dalam pelaksanaan bagi menyelesaikan banjir di hilir lembangan melibatkan kawasan sebahagian Ijok dan Jeram. Cadangan lanjutan adalah RTB Sungai Buloh Fasa 2 yang telah dipanjangkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan sebahagian lagi di kawasan sebelah hulu lembangan di kawasan Ijok dan Jeram. Adalah dipohon Kerajaan Negeri Selangor untuk menyampaikan hasrat rakyat terutamanya di Ijok, Sungai Buloh, Paya Jaras, Jeram kepada Kerajaan Pusat untuk meluluskan cadangan RTB Sungai Buloh Fasa 2 ini kerana dapat menyelesaikan (dimaklumkan dapat menyelesaikan) banjir-banjir ini yang melibatkan di DUN-DUN Petaling dan Daerah Gombak. Ijok yakin kawasan-kawasan di Ijok dan Daerah Petaling dapat dikurangkan atau dapat diselamatkan daripada banjir yang lebih teruk. Akhirnya,
Ijok tak ada masalah monyet?
Monyet banyak. Kalau nak diceritakan monyet tu sangat banyak.
Itu dulu ya? Sekarang dah settle dah. Ok baik.
Sekarang pun banyak isu-isu monyet tapi telah banyak dibahaskan. Saya juga mengharapkan pihak-pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, jabatan-jabatan yang terlibat dapat menyelesaikan
Ingat nak bawa senapang kepada ADUN.
Monyet ini. Ya?
Ya, tak apa-tak apa.
Izinkan saya menutup perbahasan ini Tuan Speaker dengan serangkap pantun.
Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua Ijok pohonkan.
Terima kasih.
Tuan Speaker.
Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada PK3 (Usahawan), muka surat 197 yang mana ia juga bagi saya diharap dapat mengurangkan lagi kadar pengangguran dengan peruntukan berjumlah lebih RM31juta. Saya mendapat maklumat dan gambaran sebenar menerusi statistik daripada tenaga buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menyebut bahawa pada suku pertama tahun ini menunjukkan kadar pengangguran Negeri Selangor menurun dan sangat terkawal pada kadar 2.6%. Pada 2020 kadar pengangguran kita melonjak daripada 4% ke kadar 4.3%, ini adalah masa kita berhadapan dengan pandemik dan pada 2021 pula kadar di Negeri Selangor lebih tinggi iaitu pada suku pertama 4.5% dan suku kedua 4.4%. Saya suka menyebut dengan kadar yang mencatatkan penurunan di Lembah Jaya mengambil iktibar dan kami sentiasa memastikan warga-warga kami tidak mempunyai masalah mendapatkan pekerjaan dan juga memastikan tenaga kerja di Lembah Jaya memiliki simpanan hari tua melalui KWSP dengan izin Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga dilindungi oleh SOCSO. Jadi saya bertanya apakah persediaan kita semua dalam berkaitan perkara ini? Tuan Speaker saya juga ingin merujuk kepada P.K 8 dengan Kod 08001 Kerajaan Prihatin, saya ingin eranya adakah ia berkaitan dengan program kita sebelum ini Selangor Job Fair dan kita berharap untuk expo ini lebih besar dan kita harapkan dalam keadaan kita telah bergerak bebas dari COVID-19 kita dapat membuka seluas-luasnya peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya. Persoalannya apakah keberkesanan untuk kita turun ke daerah-daerah terutamanya di Lembah Jaya dan saya ingin merujuk kepada kod P.K 101003 berkaitan Inisiatif Smart Selangor, saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Smart Selangor sehingga tahun 2025 dan adakah ia akan diteruskan dengan nama yang sama atau diberi nama baru yang berkaitan dan selari dengan Rancangan Selangor 1. Saya ingin memuji peruntukan sebanyak lebih RM760,000.000.00 untuk P.K 6 kod 6001, 6002 dan 6003 yang mana saya ingin tanya sekali lagi adakah program wanita dan kebajikan dan juga kesihatan awam ini melibatkan kawasan saya di Lembah Jaya insyaallah jawapannya ia dan saya berharap ia memberi satu berita yang gembira untuk orang-orang ataupun penduduk-penduduk di kawasan saya.
Saya ingin menyentuh juga tentang P.K 9 Perbendaharaan secara keseluruhan sama ada ia boleh dikaitkan dengan warga asing atau tidak. Tuan Speaker saya berharap Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan khususnya MPAJ atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan terus prihatin dengan permasalahan salah guna tanah oleh warga asing terutamanya di kawasan pentadbiran PBT MPAJ seperti Lembah Jaya. Pihak Majlis saya pasti menjalankan pemantauan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan kawasan Lembah Jaya dan sekitarnya namun begitu
terdapat penjaja warga asing yang meniaga semula walaupun kerap diserbu kerana yang pertama adanya permintaan dari orang persekitaran dan kumpulan warga asing untuk mendapatkan bahan keperluan harian seperti barang runcit dan minuman keras kadang-kadang, limpahan pekerja warga asing di industri-industri yang ada di sini juga mungkin memainkan faktor, yang ketiga limitasi ke atas kuasa PBT yang tidak mempunyai kuasa untuk menangkap warga asing. Jadi pihak Majlis di bebankan bagi mengekang pemasalahan ini untuk menjamin keselesaan warga penduduk khususnya di Lembah Jaya. Saya harap kita dapat melihat apa yang boleh dilakukan oleh Undang-undang Kecil 3 dalam rangkap penjaja UUK3 Pelesenan Tred dan juga perindustrian, UUK3 (1) PEM Arak juga. Pihak PMAJ harapnya mempunyai strategi baru melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan juga beroperasi bersepadu dengan penglibatan Pejabat Daerah dan Tanah, PDRM ataupun Polis Diraja Malaysia, Pengurusan Air Selangor dan Tenaga Nasional termasuk unit dalaman seperti Jabatan Bangunan, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pelesenan dan juga Jabatan Pasar dan Penjaja ini termasuk tindakan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 72(1), Seksyen 22(6) Akta jalan, Parit dan juga Bangunan 1974 Akta 133 untuk mengosongkan dan merobohkan bangunan tanpa kelulusan dengan tempoh pematuhan yang diberi 30 hari. Saya juga berharap kita libatkan dengan lebih lagi Agensi Persekutuan seperti Jabatan Imigresen walaupun mungkin ada batasnya atas faktor kekurangan tenaga pekerja pihak jabatan imigresen tidak dapat turut serta dalam kebanyakan operasi yang dijalankan ini. Dalam hal ini kita dapat lihat keseriusan PBT seperti MPAJ dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana struktur bangunan yang dibina tanpa kelulusan. Lembah Jaya berharap masalah yang berlaku ini dapat diatasi dan saya sebagai Ahli Dewan Negeri amat memberi kerjasama penuh dalam memastikan kelancaran dan bersihnya kawasan ini daripada lambakan pendatang asing yang membawa masalah. Lajak perahu ke Sungai Tua ambil dayung mudik ke tepi terima kasih berucap kali kedua semoga manfaat kita kecapi, sekian terima kasih Tuan Speaker.
Speaker.
Gombak Setia.
Terima kasih Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Gombak Setia untuk terlibat dalam membahaskan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan saya kira ini bukanlah perbahasan peringkat jawatankuasa tidak perlulah saya menyebutkan nombor-nombor butiran dan saya ingin memulakan perbahasan saya pada petang ini dengan inisiatif Smart Selangor di mana saya merasakan bahawa sebagai sebuah Negeri maju.
Yang Berhormat saya ingatkan masa 15 minit walaupun tidak sebut. Yang Berhormat sekejap sahaja. Walaupun tidak sebut tetapi kena kaitkan dalam butiran.
Inisiatif Smart Selangor.
Itu ada tapi jangan lupa jangan keluar daripada itu. Ya saya tahu.
Inisiatif Smart Selangor di mana saya merasakan bahawa sebagai sebuah Negeri maju sudah tentu kita mahu melangkah lebih jauh lagi menuju arus perdana banyak kerja yang kita harus lakukan untuk menyediakan prasarana dan infrastruktur khususnya dalam menyediakan Negeri Selangor ini sebagai sebuah Smartstate justeru itu saya ingin merujuk kepada status bagi kes audit terhadap dana operasi Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) di mana saya difahamkan bahawa dapatan kes bagi kes audit terhadap dana operasi SIDEC ini telah diklasifikasikan sebagai kes silap laku bukannya kes salah laku memandangkan SIDEC telah menggunakan dana tanpa mengikut piawainya yang ditetapkan oleh INVEST Selangor. Justeru saya ingin menegaskan bahawa ini adalah antara akibat daripada kekangan kewangan di peringkat MBI apabila, kita mempunyai terlalu banyak anak-anak syarikat yang mempunyai pertindihan peranan. Sebab itu dalam keghairahan kita untuk melangkah sebagai sebuah Negeri maju saya merasakan bahawa kerajaan Negeri seharusnya mempunyai mekanisme untuk mengawal anak syarikat kita daripada bersaing sesama sendiri. Kerana ia akhirnya tidak akan mengakibatkan persaingan yang sihat tanpa produktiviti memandangkan ia mempunyai pertindihan yang sama dan antara anak syarikat yang mempunyai pertindihan peranan yang sama dengan SIDEC ini SSDU di mana, SSDU juga saya kira hasil daripada persaingan yang tidak sihat ini akhirnya ia akan melahirkan produktiviti yang tidak dapat memberi impak kepada negeri. Misalnya salah satu program ataupun inisiatif internet yang dilakukan oleh SmartSel yang mana merupakan anak syarikat SSDU inisiatif internet Setnet yang mahu menyediakan internet kepada agensi-agensi Kerajaan ia tidak berjalan sehingga ke hari ini dan endup, akhirnya ia menyebabkan anak syarikat ini mempunyai hutang kepada vendor dan saya dimaklumkan hutang kepada vendor itu up to RM8 juta yang mana ia bagi saya tidak sihat untuk ada dalam Negeri Selangor ini. Speaker saya ingin meneruskan perbahasan saya kepada Program Sihat Selangor dan tajuk kesihatan di mana saya difahamkan Program Iltizam Sihat Selangor ini diturunkan peruntukannya daripada RM45 juta kepada RM35 juta. Saya mendengar jawapan daripada EXCO kesihatan dalam sesi soal jawab sebelum ini menyatakan RM10 juta diturunkan memandangkan ia program ini tidak mendapat sambutan.
Tuan Speaker saya berasa musykil bagaimana program yang sebaik ini Program iltizam Sihat Selangor ini ia tidak mendapat sambutan daripada rakyat sedangkan kota yang ditetapkan pada hari ini hanyalah 100 untuk 100 ribu orang rakyat Selangor sahaja. Program ini sebelumnya dinamakan Program Peduli Sihat ia pernah mencapai angka 350 orang penerima manfaat ketika ia dilaksanakan sebelum ini tetapi program ini diturunkan RM10 juta di mana saya dimaklumkan RM10 juta sebenarnya sebelum ini digunakan untuk inisiatif Selangor Advisory Council ataupun
SELPHAC yang mana sebelum ini berperanan ketika mana kita berhadapan dengan COVID-19. Justeru itu saya ingin bertanya dengan Kerajaan apakah SELPHAC ini masih wujud sehingga hari ini dan dari mana dana yang digunakan mengoperasikan SELPHAC ini sebelum ini. Bagi saya ia tidak bukan merupakan suatu perkara yang sihat kalau ia dioperasikan hasil daripada ataupun dana yang telah pun di peruntukkan untuk kita melaksanakan Program Iltizam Sihat Selangor. Justeru saya masih lagi berharap daripada Kerajaan supaya Program Sihat Selangor ini dapat kita perhebatkan kerana kawasan saya sendiri di Gombak Setia saya ingat masih ramai lagi masyarakat yang menunggu manfaat daripada Program Iltizam Sihat Selangor ini dan ia haruslah kita perhebatkan dan kotanya saya cadangkan untuk terus dipertingkatkan lebih daripada 100 ribu penerima manfaat yang sebagaimana kita tetapkan pada hari ini.
Seterusnya Tuan Speaker saya ingin membangkitkan isu pembangunan-pembangunan yang tidak berjalan dalam Negeri Selangor. Tuan Speaker ada beberapa ikhtiar pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini sama ada dari Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri ia tertangguh akibat daripada banyak faktor-faktor antaranya faktor tanah, antaranya faktor Kelulusan daripada PBT dan sebaginya. Justeru itu saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap maslah yang berlaku di Masjid Al-Ittifaqiah, Taman Seri Gombak di mana masjid ini telah pun menerima kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan masjid ini dengan nilai kira-kira RM5 juta. Namun masalah masjid ini ialah apabila di peringkat kelulusan PBT memohon ataupun PBT mensyaratkan supaya pembangunannya mestilah dengan pembangunan retaining wall ataupun pembangunan untuk memastikan cerun dapat diselesaikan. Justeru itu apabila dikira kosnya masjid ini memerlukan tambahan peruntukan kira-kira RM5 juta lagi semata-mata untuk membangunkan retaining wall. Justeru itu saya mohon daripada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar memberi perhatian yang serius kepada isu ini kerana kelulusan yang telah diluluskan lebih 2 tahun yang lalu oleh Kerajaan Persekutuan ia kalau kita tidak manfaatnya sekarang jumlah ataupun kos pembangunan ini semakin hari semakin meningkat jadi kos semakin hari semakin meningkat hari ini tidak cukup RM5 juta akan datang tidak cukup lebih daripada nilai itu kerana hari ini kita tertangguh pembangunannya akibat daripada tidak dana yang tidak mencukupi untuk membangunkan retaining wall sedangkan masjid tersebut hari ini telah pun diruntuhkan. Jadi kita tidak mahu beri satu persepsi yang negatif terhadap rakyat khususnya orang Melayu, Orang Islam di mana pembangunan masjid, masjid sudah roboh tetapi nanti tidak dibangunkan memandangkan tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam Negeri kita ini.
Tuan Speaker perkara lain yang ingin saya bangkitkan ialah berkenaan dengan Industri Halal. Industri Halal yang kita bangunkan melalui banyak program-program Kerajaan Negeri termasuklah pemerdaya usahawan-usaha kecil kita di kalangan IKS, SME dan sebagainya. Hari ini banyak usahawan-usahawan kita mereka cukup kreatif, mereka cukup inovatif dalam membangunkan produk-produk mereka termasuklah
produk-produk makanan. Tetapi hari ini antara masalah yang dihadapi oleh SME ataupun IKS kita khususnya di peringkat luar bandar ialah apabila mereka ingin meningkatkan taraf ataupun level mereka daripada IKS ke satu tahap yang lebih daripada itu memandangkan mereka tidak boleh mempunyai ataupun tidak layak untuk mendapatkan sijil halal. Ini kerana mereka mempunyai kekangan kos untuk memiliki premis perniagaan sedangkan mereka menyediakan banyak produk-produk mereka daripada rumah. Ini antara perkara yang seharusnya negeri kita berikan perhatian kerana sudah tentulah industri halal pada hari ini mempunyai pasaran yang cukup besar dan ini saya yakin kalau kita dapat selesaikan isu halal ini maka banyak usahawan-usahawan kita khususnya di kalangan mereka yang menyediakan produk makanan dapat kita tingkatkan taraf dan martabat mereka supaya mereka juga bukan sahaja dapat bersaing dalam pasaran dalam negara tetapi juga pasaran di luar negara.
Seterusnya dalam usaha untuk kita menaikkan infra sukan. Saya di Gombak Setia ini merupakan antara kawasan yang mempunyai masyarakat yang boleh, saya anggap sebagai aging population. Aging population ini mereka memerlukan kawasan-kawasan riadah yang sesuai. Justeru itu, saya mencadangkan pada Kerajaan Negeri khususnya di peringkat PBT dan juga EXCO untuk melihat supaya kita juga dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang baik selain daripada kita menyediakan infra sukan dan menaik taraf infra sukan untuk anak-anak muda, aging population ataupun masyarakat yang usia emas ini mereka juga memerlukan tempat-tempat riadah yang bersesuaian dan justeru itu banyak saya lihat tanah-tanah yang boleh kita manfaatkan khususnya tanah-tanah tersepit dan beberapa kawasan-kawasan yang sesuai untuk mereka ini beriadah dan dapat membawa bersama-sama keluarga mereka supaya kita juga dapat membangunkan sebuah masyarakat yang sihat bukan sahaja pada hari ini tetapi juga pada masa-masa yang akan datang. Berkenaan dengan kemudahan asas PBT, saya ingin menarik perhatian Dewan pada hari ini terhadap keghairahan PBT-PBT kita untuk menswastakan dewan-dewan orang ramai. Ini antara masalah yang berlaku dalam kawasan Gombak Setia kerana Gombak Setia ini jumlah penduduk dan populasinya begitu tinggi. Pengundi sahaja hari ni dah ada 90,0000 orang. Justeru itu, kita ada masyarakat ataupun populasi yang tinggi tetapi kita kurang mempunyai...
Yang Berhormat, jaga masa.
Kemudahan dewan.
Jaga masa.
Saya nak habis dah. Kemudahan dewan orang ramai. Masalah kita dulu dewan-dewan ini diuruskan oleh PBT. Kita boleh gunakan untuk majlis resepsi perkahwinan dan sebagainya. Tetapi hari ini bila ianya telah diswastakan kepada operator-operator swasta, maka daripada
dulu mungkin bayar kepada PBT RM500.00 hari ini mereka terpaksa membayar RM5,000.00 untuk mendapatkan ataupun menggunakan dewan-dewan ini. Kerana dulu ianya dewan orang ramai, sekarang ni dah naik taraf sebagai dewan perkahwinan dan sebagainya. Dan satu lagi masalah ialah apabila dewan-dewan ini diswastakan dewan-dewan orang ramai ini tak lagi boleh digunakan untuk kegiatan sukan. Dulu ianya boleh digunakan untuk main badminton, dulu boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti-aktiviti persekolahan. Sekarang ini bila dah jadi dewan perkahwinan boleh hanya digunakan untuk majlis resepsi atau majlis-majlis yang seumpama dengannya. Justeru itu, ini menuntut supaya kita memberikan perhatian yang serius kerana kemudahan kita limited tetapi akhirnya kita swastakan ianya menuntut satu kos yang tinggi daripada masyarakat untuk menggunakan.
Yang terakhir Tuan Speaker, ialah berhubung isu Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya memohon perhatian daripada Kerajaan Negeri terhadap Sungai Gombak yang hari ini semakin lama semakin cetek akibat daripada pembangunan projek ECRL di kawasan Gombak Setia. Projek ECRL ini hari ini saya melihat kontraktor dengan sewenang-wenangnya dia menyalurkan kawasan pembangunannya itu, bukit-bukit yang dipotong semuanya dialirkan terus kepada Sungai Gombak sehingga menyebabkan Sungai Gombak hari ini mengalami masalah semakin lama semakin cetek. Sebab itu baru-baru ini saya bangkitkan dalam perbahasan betapa penting soal penguatkuasaan dan kelulusan jabatan-jabatan kita ini kerana saya dimaklumkan projek ECRL ini masih lagi belum mendapat kelulusan daripada JPS untuk memastikan projek ini juga dapat diselaraskan dengan usaha mendalamkan Sungai Gombak. Hari ni Sungai Gombak yang semakin lama semakin cetek menyebabkan masyarakat Gombak hari ini walaupun hujan itu tidak lebat tetapi mereka gusar kerana banjir dapat berlaku pada bila-bila masa. Justeru itu, saya memohon daripada Kerajaan Negeri supaya juga melihat isu-isu yang seperti ini kerana kita hari ini dah menuju tempoh akhir tahun. Hujung-hujung tahun ini hujan kerap berlaku, banjir juga kerap berlaku dan sebab itu saya menuntut supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada isu mendalamkan Sungai Gombak ini kerana ianya telah menyebabkan banjir berlaku beberapa kali. Dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja saya kira dah hampir lima enam kali sebab itu sehinggakan Sabak, Yang Berhormat Sabak pun sebut kalau hari ini dia sebut banjir sahaja orang ingat Gombak. Sebab projek pembangunan yang tidak diselaraskan dengan betul akhirnya menyebabkan sungai kita tidak semakin cetek..
Masa.
Dan ianya menyebabkan bencana alam berlaku. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih. Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa mengambil bahagian dalam lapan minit yang terakhir. Saya ingin merujuk kepada lapan perkara. Satu ialah berkenaan dengan PK.3, 03 Kod Objek 03003. Berkenaan dengan Program Usahawan, saya ingin tanya kepada kerajaan berkenaan dengan program ICID. Adakah program ICID ini akan disambung pada tahun 2024? Dan seterusnya berkenaan dengan PK.9, 09003 Perbandaran. Kita sedia maklum, Bas Smart Selangor banyak dibahaskan pada minggu lalu dan minggu ini. Saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat EXCO, Sekinchan yang hebat dari segi membawa projek-projek baru dan juga berkenaan dengan pelancongan. Bolehkah Bas Smart Selangor diguna pakai oleh masyarakat setempat setiap minggu, akhir minggu di mana Bas Selangor boleh digunakan untuk membawa masyarakat setempat melawat kawasan-kawasan di, i mean untuk menaikkan lagi pelancongan dan sebagainya kerana Bas Smart Selangor saya tengok di hari-hari Sabtu dan Ahad tidak banyak digunakan. Mungkin masyarakat boleh menggunakannya atau menyewa dari kadar yang lebih rendah lagi untuk membantu. Selain daripada itu, Sentosa juga ingin mencadangkan PK.4 iaitu 04001 dari segi sosial muka surat 197. Kita sedia maklum bila COVID menjelma kita telah hadapi banyak masalah, banyak orang yang meninggal dan sebagainya. Dan juga kita sedia maklum krematorium-krematorium yang tidak mencukupi sampai kita perlu tunggu lebih dari dua minggu untuk pembakaran mayat dan sebagainya. Mungkin kita boleh meminta PBT masing-masing di seluruh Negeri Selangor untuk membuat program ataupun menyediakan dana untuk membina krematorium di setiap PBT atau Kerajaan Negeri boleh membantu dari segi PBT yang tidak dapat membina krematorium supaya mereka boleh terus atau 2024 atau 2025 perlu they have to start building the crematorium, dengan izin. Dari segi muka surat yang sama, muka surat 197, 04007 Kod Objek Hal Ehwal Selain Islam. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyalurkan bantuan peruntukan sebanyak RM6 juta setiap tahun kepada golongan kuil dan tokong. Saya ingin cadangkan pemberian sumbangan ini perlu kalau boleh dibincangkan dengan ADUN-ADUN Kawasan kerana ADUN Kawasan Yang Berhormat ADUN Kawasan lebih peka dengan kuil atau tokong yang mengendalikan program di kawasan masing-masing. Mungkin ADUN Kawasan boleh memainkan peranan dari segi meluluskan peruntukan kepada EXCO yang berkenaan.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, PK.1, muka surat 219, Kod Objek 01301 Memasang Lampu Isyarat. Memang kita sedia maklum, daripada KESAS Highway sampai ke Kg. Jawa ada banyak perancangan dari Kerajaan Pusat untuk membina menyambungkan lebuh raya ataupun jalan empat lorong tetapi sampai sekarang masih belum lagi dalam perancangan. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Kerja Raya untuk membantu menyelesaikan masalah di Bulatan JJ roundabout iaitu kalau boleh memasang lampu isyarat kerana sering berlaku kemalangan tidak ada lampu dan juga ada isu jem sampai tak dapat keluar daripada roundabout itu berjam-jam. Harap pihak kerajaan ataupun Jabatan Kerja Raya boleh membantu dengan peruntukan yang disediakan. Selain daripada itu, saya juga ingin meminta Jabatan Kerja Raya membaik pulih lampu isyarat di kawasan
Perusahaan Jalan Sungai Jati di mana banyak lori kontena. Ini adalah kawasan perusahaan dan banyak lori kontena dia parking di tepi-tepi jalan sepanjang Jalan Sungai Jati dan perlu kita membantu menyelesaikan masalah persimpangan itu. Saya dah minta dengan Jabatan Kerja Raya. Mereka pun tunggu peruntukan dana. Mungkin dengan peruntukan yang sedia ada pada 2024 mungkin boleh menyelesaikan masalah ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, PK.2, 02000 JPS. Sebelum ini, sebelum itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada JPS dan juga MPK kerana membantu menyelesaikan masalah di Taman Sentosa, banjir. Selama 10 tahun yang lalu, kita telah menghadapi banyak masalah terutamanya banjir di taman-taman di seluruh Taman Sentosa kerana air daripada Taman Sentosa tidak dapat mengalir ke kolam tadahan dan seterusnya ke Sungai Aur. Saya diberitahu tidak ada peruntukan untuk tahun 2024 untuk membina dan naik taraf saliran tetapi ada peruntukan menaik taraf kolam takungan banjir di Sungai Aur. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana ini adalah agak mustahak. Sebelah saya adalah Pandamaran. Pandamaran selalu menyebabkan banjir dan oleh itu Sentosa pun banjir. Tetapi dengan, tetap punca banjir. Tetapi ada dengan adanya peruntukan naik taraf kolam takungan, banjir di Sungai Aur dekat dengan gate kunci air di Pandamaran bolehlah Pandamaran dan Sentosa selamat dari banjir. Saya ingin tekankan kerana terima kasih kepada yang berkuasa kerana setakat ini Sentosa tidak banjir lagi. Mungkin Sentosa dia maklum banyak yang masih lagi membuang sampah di dalam longkang-longkang dan parit. Oleh itu, ia juga mengakibatkan banjir kilat tetapi kita perlu juga pastikan kontraktor-kontraktor kawasan selalu pantau, pihak MPK pantau, pihak KDEB pantau dan memainkan peranan mereka untuk memastikan kawasan longkang sentiasa bersih dan kita sedia maklum kalau hujan lebat, longkang yang perlu i mean longkang perlu bersih dan supaya air dapat disalurkan terus ke Sungai Aur. Saya minta jasa baik JPS untuk membantu menyelesaikan perkara di sepanjang saliran dari Taman Sentosa ke Sungai Aur. Tuan Speaker, ada 40 saat saya ambil kesempatan ini untuk saya setuju dengan Gombak Setia. Sepatutnya PBT perlu memainkan peranan untuk memastikan kemudahan-kemudahan disediakan. Dewan-dewan kalau boleh jangan diswastakan. Ini adalah mustahak kerana kita perlukan dewan-dewan disediakan untuk kemudahan. You have to be a service provider untuk memastikan dewan dibina untuk kemudahan masyarakat. PBT tidak sepatutnya menyewakan ataupun menswastakan dewan itu. Itulah permintaan Sentosa. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang untuk Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya Sentosa menyokong. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 4.30 petang. Dewan akan sambung pada pukul 10.00 pagi esok. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)