Selangor · 23 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 363 turns · 43,806 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 23 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirramanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera, selamat pagi. Kita mulakan sesi pagi ini dengan urusan soalan mulut. Saya mempersilakan Sabak.

Terima kasih, Tuan Pengerusi, Tuan Speaker, soalan saya nombor 99.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 99. Skim Latihan Petani MudaQuestions

99. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah bentuk latihan dan insentif kerajaan bagi melahirkan petani moden yang berkemahiran tinggi dalam pertanian sawah padi?

b) Apakah skim latihan dan insentif ini melibatkan syarikat swasta?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirramanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Sabak, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sabak bertanyakan soalan berhubung dengan bentuk latihan dan insentif kerajaan bagi melahirkan petani moden yang berkemahiran tinggi dalam pertanian sawah padi dan juga bertanya, skim yang melibatkan syarikat-syarikat swasta.

Untuk maklumat Yang Berhormat Sabak, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan juga IADA Barat Laut Selangor sentiasa melihat kepada selain daripada keperluan untuk kita mempertingkatkan kesuburan dan kesesuaian kawasan

barat laut ini untuk tanaman padi, juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi kita mempertingkatkan, Upskilling dan hands on, ataupun keterampilan dan kemahiran para petani kita dalam menguruskan sawah secara moden. Antara usaha-usaha yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian, dan juga IADA barat laut ialah :-

(i) Mengadakan, menganjurkan Farmers Fields School (FFS) yang dibuat untuk enam bulan. Ini kita buat secara berkala, berterusan, dengan memanggil ataupun menjemput, petani-petani kita, masuk, terutamanya pesawah yang baru, untuk mengikuti kursus yang agak intensif selama enam bulan ini, dengan 15 modul.

(ii) Kita mengadakan kursus teori hands-on jangka pendek. Sebanyak 116 kursus telah diadakan. Sepanjang 2023, yang melibatkan Teknologi Mekanisasi dan Automasi, penggunaan dron dan sebagainya telah dimasukkan dalam silibusnya dan juga Agronomi Tanaman.

(iii) Pemerkasaan dan pematuhan, Rice Check, untuk memastikan potensi hasil yang lebih tinggi, ini penting. Rice Check ini adalah satu SOP, yang kalau diikuti dengan tekun dengan teliti, dan telah dapat pensijilan ini, mereka akan dapat melaksanakan penanaman padi dengan mendapat nilai tinggi, berhasil tinggi.

(iv) Menggalak pensijilan myGAP bagi menjamin pengeluaran produktiviti tanaman yang berkualiti dan selamat dimakan.

Untuk bahagian kedua soalan, banyak usaha telah dibuat dengan pihak swasta, selain daripada usaha kerajaan juga dengan pihak swasta, bagi meningkatkan hasil padi dan juga melibatkan petani-petani moden. Pihak swasta bekerjasama dengan petani dalam mengusahakan tanaman padi. Antara satu usaha yang agak, yang amat berjaya ialah pelaksanaan projek Smart Selangor Berskala Besar, (Smart SBB). Selain daripada pihak swasta yang diberi, selain pihak swasta yang menjamin harga belian padi yang baik terhadap hasil padi petani yang terlibat, mereka juga melatih dan membentuk petani-petani ini supaya melaksanakan penanaman secara bersepadu, secara terbaik dan juga secara dipanggil sebagai Estet Management atau berskala besar ini.

Keluasan untuk SBB, Smart SBB ialah 1,183 hektar. Hampir 2800 ekar. Dengan kerjasama 784 petani. Salah satu daripada empat syarikat terlibat, adalah FGV. Keluasan Smart SBB FGV adalah 577 hektar, yang ini melibatkan 265 petani. Selain daripada, untuk juga secara terperinci iaitu di FGV ini, kita telah menyediakan kawasan mereka di Sawah Sempadan, Sungai Burong, Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Nipah dan Sungai Besar. Satu lagi syarikat ialah Hartamas Sentosa Sendirian Berhad, ini di skim pengairan, SA1, dan juga, untuk lagi satu, ialah di Koperasi Wawasan Tani, di Sungai Besar. Satu lagi syarikat yang terlibat ialah Serba Wangi

Sendirian Berhad, yang terlibat di Sungai Burong, dan juga di Sawah Sempadan. Selain daripada itu juga, Bernas juga terlibat, untuk dalam Smart SBB ini, iaitu di Sawah Sempadan, pengairan air SA1, 3 & 4, di Sungai Burong dan Sungai Besar. Dan Kilang Beras Rakyat Sekinchan, di SA2, 3 & 4. Selain daripada syarikat-syarikat ini, ada juga usaha daripada Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam menghasilkan benih padi berkualiti di beberapa kawasan di Sungai Burong. Mereka ini telah ini telah pun berjaya dan telah mula diperluaskan di beberapa tempat di IADA Barat Laut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengikuti jawapan daripada EXCO, sejak daripada penggulungan hari itu, berkaitan dengan pelan untuk peningkatan hasil, termasuk juga jawapan pada pagi ini. Yang saya dapati masalah antara masalah tani yang besar ialah masalah disiplin. Jadi persoalan saya ialah, apa strategi Kerajaan Negeri dalam peningkatan disiplin? Sebab kita nak mengharapkan anak-anak muda terlibat dengan pertanian, dia dah semakin, dan macam tepu dah. Ramai orang-orang lama, orang-orang tua yang begitulah, kalau kita semak, disiplin pun dia masih lagi heritage, masih lagi, pembawaan-pembawaan yang lama. Jadi ini menyukarkan untuk peningkatan hasil padi.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Itulah yang menjadi antara perkara yang menjadi agenda kerisauan kita, sebenarnya. Tentang penuaan para pesawah kita. Memang tidak dinafikan, di kalangan 6,000 lebih, petani atau pesawah kita, daripada orang ini, adalah sebahagian besarnya adalah orang-orang yang dah agak berumur. Dan kebimbangan kita ini, siapa yang akan menggantikan mereka nanti. Sebab anak-anak muda ini, sebagaimana yang saya sebut semalam dalam program pembangunan agropreneur, mereka tidak akan berminat untuk menyertai bidang pertanian yang dianggap dah la kotor, panas, dan kemudian hasil pun tidak menguntungkan, tidak tinggi. Ini antara kebimbangan kita, sebab itu kita cuba usahakan supaya ditingkatkan hasil padi. Bila ada peningkatan hasil ini, barulah minat akan timbul. Dan memang ada pun, sekarang ini anak muda\, bukan tak ada. Jadi bila kita bawa, macam Farmers Field School tadi, dan kita ajar mereka dan supaya mereka mematuhi SOP melalui MyGAP itu. Saya memang sentiasa bila kita buat penyerahan sijil MyGAP ini, saya selalu tanya berapa hasilnya. Dan jarang yang bawah 7 tan. Memang tinggi, sebab dia mematuhi disiplin tu. Dan inilah kita kena perluaskan dan saya telah meminta persetujuan yang berterusan, insentif yang berterusan kepada para petani kita, untuk menggalakkan mereka meningkatkan hasil. Dan bila ada peningkatan hasil ini, barulah boleh menarik anak-anak muda untuk turut. Kalau tidak, dia akan cari kerja lain. Kerja lain jauh lebih baik, lebih nyaman lagi. Lebih nyaman dan hasil lebih tinggi, gadget lagi.

Saya beri contoh pada Yang Berhormat, di Simpang Lima, Koperasi Simpang Lima. Ini salah satu yang terlibat dalam lebih awal, dalam berskala besar, 500 hektar mereka

menguruskan di bawah Koperasi Simpang Lima. Ketika saya menjadi EXCO tahun 2018, saya sampai, mereka telah menggunakan dron, tiga tahun sebelum itu. Makna dia, mereka dah terlalu ke depan dan diurus oleh anak-anak muda, lebih awal. Jadi saya pun terkejut, saya, sedangkan kita pun baru tahu, yang dron, yang digunakan untuk pertanian ini, berbeza daripada dron yang biasa kita pakai ini. Mereka lebih awal dah menggunakan. Jadi kita belikan satu. RM80,000.00 ketika itu, yang boleh bawa 20 liter, folier, baja air. Memang kita bagi insentif, dan anak muda terlibat langsung dalam ini. Ini contoh-contoh galakan penggunaan gadget pertanian moden dan juga hasil yang tinggi. Ini akan boleh sustain, akan boleh ada kemampanan minat mereka untuk kekal dalam pertanian sawah padi ini. Itu yang kita akan usahakan dan kita akan tingkatkan kerjasama lagi dengan semua pihak untuk memastikan hasil padi dinaikkan dalam masa yang sama juga digalakkan melalui program-program yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Pandan Indah. Untuk makluman soalan bilangan 100 telah dijawab bersekali dengan bilangan 9, 10 ini. Jadi soalan seterusnya, Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 101.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 101. Jom Shopping PerayaanQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

101. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Adakah kerajaan akan mempertimbangkan nilai baucar JSP perayaan dapat dikurangkan supaya dapat tambah kuota yang sedia ada?

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, dan terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Soalannya seperti berikut, isu Jom Shopping Perayaan, adakah kerajaan akan mempertimbangkan nilai baucar Jom Shopping perayaan dikurangkan supaya dapat tambah kuota yang sedia ada.

Tuan Timbalan Speaker, seperti mana Yang Berhormat Pandamaran sedia maklum, program pemberian bantuan baucar untuk rakyat miskin atau kurang bernasib baik bersempena perayaan atau lebih dikenali sebagai Jom Shopping Perayaan, merupakan program yang dilaksanakan pada setiap tahun oleh Kerajaan Negeri sejak

tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan. Dan sehubungan dengan itu melalui ucapan belanjawan Selangor tahun 2023, yang telah diumumkan pada 25 November 2022 yang lalu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta, yang akan disasarkan kepada 82,400 penerima. Justeru, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meningkatkan nilai bantuan baucar beli-belah daripada RM100.00 kepada RM200.00 dan menambah baik dengan syarat pendapatan penerima manfaat iaitu kriteria had pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat telah ditingkatkan daripada RM2,000.00 kepada RM3,000.00. Saya rasa, ini adalah rumusan untuk buku belanjawan yang pada tahun 2022 dan telah diwartakan. Dan muka surat 43, dalam buku ini menyatakan 3 important, dengan izin, important points “Kriteria had pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat akan ditingkatkan daripada RM2,000.00 kepada RM3,000.00.”

Ini adalah satu perkara yang sangat penting. Sebab dulu, ramai yang kita mencadangkan kepada penerima baucar, hanya RM2,000.00. Manakala sekarang telah ditingkatkan kepada RM3,000.00. itu adalah satu, langkah yang cukup bagus. Dan kedua, nilai baucar beli-belah ini akan dinaikkan kepada RM100.00 kepada RM200.00. Jadi ia juga akan membantu sebab kita sedia maklum, sebab kenaikan harga barangan dan sebagainya. Jadi bagi saya, dia akan memberi satu impak yang baik kepada keluarga-keluarga yang diperlukan. Dan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta, penerima adalah seramai 82,400 orang yang akan diterima, di seluruh negeri Selangor.

Dan penambahbaikan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri yang memahami keperluan susulan keadaan ekonomi terkini yang tidak menentu, di mana harga barangan makanan dan keperluan asas meningkat setiap kali. Oleh yang demikian, kenaikan nilai baucar kepada RM200.00, merupakan nilai yang munasabah untuk seisi keluarga yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan menyambut perayaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Pandamaran juga, Kerajaan Negeri juga tidak mengurangkan kuota sedia ada dan ia masih kekal kepada 82,400 penerima. Malahan Kerajaan Negeri telah menambahkan peruntukan dua kali ganda untuk menjadikan nilai RM100.00 kepada RM200.00 seperti mana saya telah maklumkan sebentar tadi. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keperluan meningkatkan kuota di masa hadapan. Namun ia tertakluk kepada peruntukan kewangan yang semasa. Itu sahaja, Tuan Speaker, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan, terima kasih. Pendapat kita adalah untuk dikurangkan daripada RM200.00 hingga, sama dengan SMUE yang sedia ada. Sebab sekarang SMUE ialah RM150.00, ramai warga emas di luar, bila

mereka mendapat baucar ini, mereka kata, tak adil bagi mereka. Dan pandangan kita adalah, bila kurang daripada RM200.00 ke RM150.00, kuota itu boleh tambah lagi. Kalau sekarang 82,000. Kita boleh kurangkan ke RM150.00. Jadi kuota itu boleh tambah sampai 109,000. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Sebenarnya ini satu cadangan yang cukup baik. Saya pun setuju dengan cadangan itu. Sebab kita boleh menemui dua perkara. Satu adalah, kita bersama dengan nilai baucar SMUE, RM150.00. Satu lagi adalah kita boleh menambahkan ramai boleh dapat manfaat dalam program ini. Walau bagaimanapun, apa-apa nanti saya kena kemukakan diperingkat MMKN, supaya mendapatkan keputusan ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Sabak, soalan tambahan.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya nak tanya berkaitan dengan Jom Shopping, sebab biasanya kadang bila kita dah siap agih, dia macam rumah siap pahat masih berbunyi. Ini ramai lagi yang mendakwa, dia tak dapat, dia tak dapat, dia tak dapat. Saya nak kepastian, bukan, saya nak kepastian, tentang kriteria penerima. Sebab macam contoh Jom Shopping untuk Deepavali umpamanya. Kalau di Sabak, saya rasa, hampir-hampir seluruh adalah yang berpendapatan yang rendah, miskin. Jadi boleh kriteria itu, menilai kepada yang miskin, tak kiralah 200 orang ke, 300 orang ke, kita bagi ke semua sekali, mengikut kriteria. Mungkin macam di Sekinchan, mungkin 20 orang sahaja miskin, kita bagi 20 orang sahaja di Sekinchan, begitu.

Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Sebenarnya saya selaku EXCO Pembasmian Kemiskinan, kalaulah peruntukan kewangan itu membenarkan saya, saya akan meluluskan program kepada seluruh rakyat Negeri Selangor, sebenarnya. Itu adalah hasrat saya dan Kerajaan Negeri yang terkini. Walau bagaimanapun, kriteria itu kita tetapkan dari segi pendapatan isi rumah dan juga faktor-faktor lain sebagai adakah mereka menerima bantuan BINGKAS, SMUE dan sebagainya. Tetapi dalam kuota yang saya telah digariskan ataupun dirancangkan, UPEN telah merancang dan kita mengedarkan mengikut ADUN masing-masing ataupun penyelaras dan sebagainya. Setahu saya seperti mana saya telah menjawab soalan Yang Berhormat Sentosa tempohari, bahawa dia mengikut pro ratio kaum India yang terbanyak seluruh negeri Selangor, adalah DUN Sentosa. Jadi DUN Sentosa telah menerima sebanyak 600 keping baucar. Di mana DUN saya, Banting, walaupun lebih daripada 10,000 orang pengundi, hanya terima 400. Tetapi kita juga boleh melihat secara mendalam seperti mana Yang Berhormat Sabak telah mencadangkan, kita boleh melihat bahawa penerima itu, mungkin di bahagian utara kita, utara negeri kita adalah Sabak dan Sungai Besar, mereka adalah telah dikategorikan miskin tegar. Sebab laporan itu saya dah terima. Mungkin kita boleh berbincang lebih mendalam pada masa yang akan datang. Saya minta kalau apa-apa

cadangan yang lebih munasabah, yang baik, saya minta Yang Berhormat Sabak kemukakan kepada pejabat saya. Sekian terima kasih.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ya, satu lagi.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Setakat ini, YB EXCO, nak tanya, sekarang kita ada Jom Shopping Tahun Baru Cina, Hari Raya dengan Deepavali. Adakah kemungkinan untuk menambah Krismas?

Terima kasih Yang Berhormat telah membangkitkan isu itu tadi, soalan itu tadi. Sebenarnya kita telah digariskan, hanya 3 perayaan utama, for time being, dengan izin. Jadi sekiranya ada permintaan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat ataupun Dewan yang mulia ini, mungkin kita akan dipertimbangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Negeri. Dan saya akan kemukakan untuk mendapatkan kebenaran. Tetapi for the time being, dengan izin, kita hanya mengadakan baucar kepada tiga perayaan utama iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Tahun Baru Cina dan Deepavali. Dan dalam lingkungan tiga-tiga perayaan ini biasanya, for, dengan izin, for Chinese Kristian, they will received the voucher for Chinese New Year, and for Indian Kristian, we also giving towards our Deepavali events as well. So, dengan izin. Jadi, tak ada masalah. Tetapi, saya juga telah bersetuju dengan Yang Berhormat telah mengemukakan cadangan, kita juga tambahkan satu lagi perayaan iaitu Krismas. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Batu Tiga tak ada, saya persilakan Lembah Jaya untuk mewakili Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Speaker, saya sebagai wakil kepada Batu Tiga ingin bertanya soalan 102. Peraturan 24(2) sebagai wakil.

Timbalan Speaker

Diterima.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 102. Agenda Pemberdayaan WanitaQuestions

102. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah perkembangan perlaksanaan dasar dan pelan tindakan Pembangunan Wanita Selangor sejak 2020?

b) Berkenaan akademi kepimpinan wanita, apakah nilai tambah dan perancangan masa depan peserta AKW?

c) Apakah perancangan meningkatkan maruah dan ekonomi ibu tunggal?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga untuk soalan, terima kasih juga Yang Berhormat Lembah Jaya. Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, untuk soalan (a), berkaitan dasar dan pelan tindakan Pembangunan Wanita Selangor

Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan Tahun 2017 – 2020, yang telah dilancarkan pada 4 Oktober 2017, meletakkan visinya untuk meningkatkan keupayaan dan sumbangan Wanita bagi merealisasikan hasrat Selangor menjadi negeri yang inklusif, mampan, adil dan Makmur. Sehingga tahun 2020, melalui Wanita Berdaya Selangor, WBS, sebagai agensi pelaksana, pelbagai inisiatif dan program kemahiran dan pembinaan kapasiti Pusat Wanita Berdaya di 56 DUN, Akademi kepimpinan Wanita AKW, dan projek rintis pengarus perdanaan gender. Turut dilaksanakan ialah Ekspo Hasil Suri Selangor (HASIL) dan Tanjung Suri dan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Talian Selamat iaitu hotline khusus bagi keganasan rumah tangga, geran rumah perlindungan, program pembelajaran sepanjang hayat dan mengadakan kajian penyelidikan dan dasar berkenaan wanita.

Pada tahun 2022, WBS telah menjalankan kajian penilaian dasar wanita Selangor, dan pelan tindakan tahun 2017-2020. Hasil dapatan kajian menunjukkan sebanyak 56% daripada keseluruhan pelan tindakan telah dilaksanakan. Kajian tersebut turut mengesyorkan agar dasar sedia ada dikekalkan dengan pelan tindakan 2024-2026 yang baharu. Pembangunan pelan tindakan tersebut akan merangkumi kemas kini dan penambahbaikan sejajar dengan keperluan semasa wanita pasca era pandemik Covid-19, serta diselaraskan dengan Rancangan Selangor Pertama. Dan dasar wanita Selangor bakal dilancarkan dan pelan tindakan untuk 2024-2026, akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2024.

Bagi soalan (b) antara nilai tambah dan perancangan masa depan bagi Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) adalah seperti berikut :-

i) Menyediakan kerangka pengajian dan silibus dengan piawaian Malaysian Qualification Frameworks (MQF), seperti yang digariskan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

ii) Menawarkan kursus yang mempunyai pengiktirafan pensijilan mikro, (Micro Predential) menerusi kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di negeri Selangor.

iii) Menggalakkan peluang pekerjaan bagi graduan AKW menerusi usaha padanan pekerja (Job Matching) dan kemahiran bersama agensi-agensi yang signifikan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

iv) Memberi pengalaman yang lebih hands on dan selari dengan latar belakang seta keperluan setiap pelajar, menerusi pemilihan mentor dari pelbagai latar belakang kerjaya seperti politik, korporat, pemimpin masyarakat, pemimpin NGO dan sebagainya.

v) Memperkasa peranan alumni AKW untuk memastikan graduan memberikan sumbangan kepada masyarakat atas kapasiti tersendiri.

Bagi soalan (c), berkaitan maruah dan ekonomi ibu tunggal, Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian yang serius kepada wanita khususnya golongan ibu tunggal. Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan sosio ekonomi ibu tunggal ialah menerusi pemberian geran berjumlah RM5,000.00 kepada persatuan ibu tunggal di Negeri Selangor. Pemberian geran dilaksanakan melalui persatuan yang berdaftar, bertujuan menyuntik dana kepada persatuan untuk bergiat lebih aktif ke arah memberdaya ibu tunggal. Geran tersebut telah diberikan kepada 16 persatuan ibu tunggal, yang menjalankan aktiviti di lokasi masing-masing. Dengan penglibatan seramai 925 peserta yang menerima manfaat daripada aktiviti yang telah dijalankan. Bagi tahun 2024 pula, Kerajaan Negeri berhasrat agar sasaran peserta diperluaskan dengan melibatkan golongan ibu tunggal, ibu tinggal, yang kebajikan mereka telah di abai oleh pasangan. Sekian.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, Kota Damansara.

Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Kalau saya tengok tadi banyak program-program fokusnya pada ibu tunggal. Dan kalau kita tengok sekarang, ramai trend, terutamanya di Selangor, yang mana ada kahwin, ada cerai, ada yang kahwin, ada yang tinggal. Jadi mungkin, ambil maklum juga terutamanya ibu-ibu tinggal ini, ditinggal paksa atau tinggal rela. Ditinggal paksa ini, macam masuk penjara dan sebagainya, tinggal rela ini, hilang ke mana. Jadi mungkin, ada setengah daripada mereka ini, dia orang dalam keadaan tanpa tali gantung. Jadi banyak bantuan tak diberikan fokus. Kemungkinan ada juga, program-program yang spesifik, khususnya ibu-ibu tinggal ini.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih, Kota Damansara. Seperti juga yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal semalam dalam perbahasan tentang peruntukan pembangunan, yang saya akan jawab hari ini. Antaranya adalah dalam belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar mengumumkan, dana sejumlah RM1 juta, untuk dana bantuan guaman, yang mana dana bantuan guaman ini adalah antara instrumen yang kita akan bantu dalam kes-kes ibu tinggal. Terutamanya yang nak memperjuangkan hak mereka agar bukan sahaja digantung tidak bertali, tapi mempunyai kata putus. Dan dari segi bantuan guaman di mahkamah, bukan sahaja untuk kes-kes sivil, tapi juga kes syariah.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

103.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

103, telah dijawab waktu perbahasan penggulungan, dengan WTL dan sebagainya. Jadi saya rasa tak perlu buang masa Dewan. Kita beri laluan kepada lain. Minta izin, Tuan Timbalan Speaker.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, EXCO, soalan yang kedua itu mungkin telah dijawab. Tapi soalan pertama iaitu tentang pemilihan itu belum dijawab, Dan saya tak bertanya dalam perbahasan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 103. Projek Loji Insinerator Sisa Kepada Tenaga (WTE)Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

103. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memilih syarikat YTL Power sebagai rakan kongsi KDEB Waste bagi projek loji insinerator sisa kepada tenaga (WTE) ? Apakah jaminan KDEB Waste tidak akan ditelan oleh YTL berdasarkan saiz kewangan kedua-dua syarikat?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kalau Yang Berhormat nak yang (a) saya bagilah. Sebab hari itu, Yang Berhormat kata yang (a) apakah proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memilih Syarikat YTL Power sebagai rakan kongsi KDEB Waste bagi projek loji incinerator, sisa kepada tenaga (WTE). Apakah jaminan KDEB Waste, tidak akan ditelan oleh YTL berdasarkan saiz kewangan kedua-dua syarikat.

Pemilihan YTL Power International Berhad sebagai rakan strategik KDEB Waste bagi projek Loji Incenerator, kepada tenaga WTE telah dibuat mengikut tatacara perolehan yang telus dan sistematik. Proses pemilihan ini bermula 12 November 2019, dengan pelawaan untuk mengemukakan cadangan atau request for proposal (RFP) yang telah di ulangkan secara terbuka di media masa, melalui proses RFP ini sebanyak 38 syarikat, 38 syarikat, termasuk dari luar negara yang berminat telah memajukan cadangan mereka. RFP ini kemudiannya telah dinilai secra komprehensif oleh jawatankuasa penilai yang terdiri daripada pakar-pakar profesional bidang khusus subject matter expert, termasuk dari institusi pengajian awam, IPTA. Hasil daripada proses pemilihan yang ketat dan teliti, pada fasa pertama merangkumi penilaian teknikal, pemerolehan semakan data sebanyak 14 buah syarikat telah di senarai pendek, seterusnya melalui proses penilaian fasa kedua yang meliputi aspek penilaian teknikal dan komersial, sebanyak 5 buah syarikat yang kesemuanya syarikat senaraian awam, public listed company telah di senarai pendekkan.

Pada peringkat akhir penilaian yang melibatkan 5 buah syarikat yang telah di senarai pendekkan ini, panel-panel penilai juga turut melakukan penilaian di tapak (on-site assessment) di beberapa loji WTE di luar negara bagi menilai sendiri secara fizikal, keberkesanan loji-loji WTE yang menggunakan teknologi yang dicadangkan oleh syarikat-syarikat yang telah disenaraikan pendek ini termasuklah syarikat YTL Power International Berhad.

Setelah melalui satu proses penilaian yang teliti dan panjang, berdasarkan kepada laporan dan syor daripada Jawatankuasa Penilai, Lembaga Pengarah KDEB Waste pada 16 Disember 2021 telah meluluskan pemilihan YTL Power International Berhad sebagai rakan strategik KDEB Waste bagi pembangunan loji WTE ini berbanding empat (4) syarikat yang lain. Pemilihan YTL Power International Berhad ini dibuat setelah melepasi semua parameter pemilihan yang ditetapkan oleh panel-panel penilai termasuk mengambil kira pengalaman dan kepakaran mereka di dalam sektor tenaga, cadangan penggunaan teknologi yang sesuai dengan sifat sampah atau waste di Malaysia ini dan reputasi serta kedudukan kewangan syarikat tersebut yang kukuh.

Berhubung dengan jaminan KDEB Waste tidak akan ditelan oleh YTL Power International Berhad berdasarkan saiz kewangan kedua-dua syarikat, Kerajaan Negeri sudah pastinya akan memperhalusi setiap terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian usaha sama yang akan ditandatangani kelak bagi memastikan kepentingan Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste terpelihara dan situasi menang-menang (win-win) bagi kedua-dua belah pihak. Perjanjian usaha sama tersebut juga sudah tentu akan memperincikan perkara-perkara berkenaan obligasi KDEB Waste dan YTL Power International Berhad, termasuk perkara-perkara seperti modal, keuntungan, kerugian, kuasa, tanggungjawab, penyelesaian pertikaian, dan sebagainya.

Kerajaan Negeri optimis bahawa pembangunan WTE melalui model Kerjasama Awam Swasta (PPP) di antara YTL Power International Berhad dan KDEB Waste ini akan dapat membantu Kerajaan Negeri menguruskan pelupusan sampah dengan lebih efektif dan lestari. Model PPP ini membolehkan suntikan pelaburan dan kepakaran sektor swasta dimanfaatkan dalam membangun dan mengendalikan kemudahan WTE manakala Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan melalui penetapan dasar dan polisi yang jelas dan mampan. Sekian, terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan Speaker.

Timbalan Speaker

Ya soalan tambahan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO, saya mendengar dengan teliti jawapan Yang Berhormat EXCO tadi tentang, proses pemilihan yang sangat ketat dan perbelanjaan RM4.5 bilion untuk melaksanakan projek ini. Ini antara melupakan salah satu perbelanjaan yang terbesar. Justeru, saya nak bertanya kepada EXCO, dalam pemilihan yang ketat dan telus tadi, apakah penanda aras bagi internal rate of return ataupun IRR, multiplier effect dan juga payback period yang digunakan sebagai panduan sebelum keputusan pelantikan tersebut dibuat dan apakah kaedah yang digunakan bagi memastikan price tag RM4.5 bilion tersebut, merupakan jumlah yang benar-benar dapat mencapai tahap spill over effect terhadap ekonomi Negeri ini? Terima kasih.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gombak Setia. Memang Kerajaan Negeri memperhalusi daripada awal hingga keadaan sekarang, sekarang kita masuk dalam EIA, belum lagi dapat. Jadi, kita masih dalam proses, pemilihan tersebut kita memang ketat melalui panel-panel dan sebagainya. Perbelanjaan dianggarkan RM4.5 bilion itu dia menggunakan masa, tempoh jangka masa 10 tahun ya dan juga 4 fasa, melalui 4 fasa. Jadi, perlu lagi banyak penelitian dan pertimbangan untuk dimuktamadkan pada masa ke semasa. Jadi kita perlu teliti banyak lagilah, bukan sekadar ini, sekadar ini tunggu lagi EIA. EIA dulu baru boleh kita proses. Sekarang kita masih menunggu ya dan kita tahu tentang return dan sebagainya kita akan perhalusi dengan lebih teliti sebelum apa-apa berlaku kita akan pastikan semua terma dengan WTL Power International ini mencapai suasana win win situation. Sekian, terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan Speaker, saya kira saya bertanya soalan yang objektif memandangkan keputusan pelantikan itu telah pun dibuat. Soalan saya mudah. Soalan saya, apakah penanda aras yang digunakan untuk IRR, internal rate of return, multiplier effect dan juga payback period? Saya lihat Yang Berhormat EXCO punya helikopter tadi berlegar-legar, tak landing. Saya tanya soalan yang cukup objektif, 3 perkara ini. Sebab mana-

mana kerajaan dalam dunia ini pun nak buat satu-satu keputusan yang besar, belanja RM4.5 bilion dia mesti buat 3 analisa ini. Jadi sebab itu analisa saya mudah, saya tanya apakah penanda aras bagi 3 perkara ini?. IRR, Multiplier Effect dan Payback Period sebelum kerajaan membuat keputusan. Jawapan EXCO tadi seolah-olah Kerajaan belum buat keputusan, baru nak fikir itu nak tengok terma sebagainya, tak ..

Timbalan Speaker

Teruskan dengan soalan tambahan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini keputusan dah dibuat. Jadi, saya minta jawapan daripada Yang Berhormat EXCO dengan jelas.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat, saya nak beritahu Yang Berhormat Gombak, Kerajaan Negeri sentiasa berhati-hati dalam konteks ini dan terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat. Walaupun masa ini saya tidak mempunyai maklumat terperinci yang berkaitan dengan detail yang terperinci itu ya. Jadi itu ,saya perlukan untuk bagi soalan bertulislah. Supaya, sebab terlalu detail, saya tidak sediakan itu untuk ini ya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih.

Boleh satu lagi?

Timbalan Speaker

Satu lagi, last.

Tadi Yang Berhormat EXCO, saya dengar Yang Berhormat EXCO sebut sebab perkataan EIA ya, dan juga kita ada satu lagi SIA. Social Impact, Yang Berhormat mungkin sedar bahawa terdapat banyak bantahan tentang projek ini yang dicadangkan di Batu Arang. Saya tengok Yang Berhormat Rawang pun tak ada, tak apa. Apakah kerajaan akan mengambil dan mendengar keluh kesah rakyat di kawasan-kawasan yang dibuat berserta bantahan-bantahan yang berlangsung tentang cadangan projek ini yang dicadangkan di kawasan yang dirasakan berpopulasi tinggi, seperti di Batu Arang yang mendapat bantahan kuat daripada penduduk-penduduk sekitarnya, yang berjumlah lebih daripada 150,000 orang?. Jadi, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kuang yang cukup prihatin daripada sidang hari itu, dia bangkit berulang daripada kawasan Rawang dan sebagainya tentang penduduk banyak bantah. Penduduk bantah-bantah itu kita dengar daripada Yang Berhormat Kuang yang begitu prihatin. Kerajaan, kita akan ambil sikap terbuka. Pihak KDEB Waste akan kita adakan engagement. Perjumpaan dengan penduduk, termasuk Yang Berhormat Rawang ada bawa mana NGO yang bantah dan sebagainya. Kita akan pastikan, semua kita akan jumpa, buat engagement termasuk Yang Berhormat Kuang pun kita akan jemput sama kalau ada masa. Senaraikanlah apa masalah, apa kekurangan Yang Berhormat Kuang tahu

yang Kerajaan Negeri tak tahu yang WTL Power International tak tahu, KDEB Waste tak tahu, Yang Berhormat Kuang ada maklumat, salurkan. Supaya apa benda dapat dijelaskan ya. Saya rasa saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuang atas pencerahan tersebut dan kita akan tambah baik, dengar pandangan-pandangan daripada penduduk untuk SIA lah dan EIA. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya mempersilakan soalan seterusnya dari Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, soalan 104.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 104. Apakah Program Keterjaminan Makanan Di Selangor Selain Daripada Padi?Questions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

104. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah jenis makanan yang menjadi fokus dan di manakah lokasinya?

b)

Bilakah program (a) di atas bermula dan apakah tahap pencapaiannya kini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat Sungai Ramal. Tuan Timbalan Speaker, Sungai Ramal bertanyakan soalan berhubung dengan aspek berkaitan dengan keterjaminan makanan Selangor, tentang isu makanan yang menjadi fokus yang di mana lokasinya dan juga bila permulaan program ini dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah penelitian Kerajaan Negeri dan perlaksanaan Program Keterjaminan Makanan ini. Ada tiga komponen penting yang diberi pertimbangan iaitu makanan ini dari segi availability, dengan izin. Kewujudan, kita kena pastikan kewujudan makanan-makanan ini. Yang kedua adalah accessibility, makna dapat akses ke makanan itu dan yang ketiga adalah affordability, kemampuan untuk membeli makanan-makanan ini. Ini tiga komponen penting dalam kita merangka Program Keterjaminan Makanan dan Kerajaan Negeri perkara ini tidak boleh, sebagaimana saya dah sebut sebelum ini tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian, kita berkerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan terutama di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Ini dua Kementerian yang sentiasa kita adakan hubungan untuk mendapatkan kerjasama kerana pelaksanaan Program

Keterjaminan Makanan ini memerlukan kerjasama semua. Dua pendekatan yang digunakan atau tiga pendekatan yang terbaru itu yang stockpile itu, stok penimbal itu yang ketigalah. Jadi, sebelum ini dia ada dua. Pertama ialah dengan meningkatkan pengeluaran. Pengeluaran makanan yang terutamanya makanan yang menjadi penting dalam kehidupan manusia itu sendiri.

Manusia ini dia perlu tiga komponen. Satu, carbohydrate iaitu seperti padi, beras, tepung, gandum ya, gandum, ubi-ubi dan jagung. Ini ialah merupakan komponen penting. Jadi kita di Selangor, memang kita sedang sebagaimana yang saya sebut berkali-kali usaha kita untuk memperkasakan atau meningkatkan hasil padi di Barat laut kita. Itu antara sumbangan kita kepada negara, walaupun kita agak kecil sumbangan SSR ataupun Self Sufficiency Ratio ataupun kadar diri saraan diri bagi negara kita hanya di sekitar 62 % sahaja beras. Selebihnya di import. Tetapi Selangor hanya menyumbang sangat sikit mungkin di sekitar 30 % daripada 30 ke 40 % sahaja daripada sumbangan ataupun padi, beras yang dihasilkan di negara kita. Ini boleh kita tingkatkan dan kita sedang usaha sebagaimana yang saya sebut langkah-langkah untuk meningkatkan. Itu sumber dari segi karbohidrat. Yang kedua ialah protein. Selain daripada karbohidrat, protein. Sekarang ini, kalau dulu ikan, sekarang ini ayam menjadi sumber protein utama negara. Jadi ayam ini sangat penting dan kita telah usaha melalui pelbagai cara untuk meningkatkan hasil pengeluaran ayam. Tetapi sekarang ini Selangor masih di sekitar 34% sahaja yang kita boleh bekalkan untuk keperluan rakyat Selangor. Lebih daripada itu adalah di import daripada luar Selangor.

Ini memang kita tingkatkan dengan program pelbagai program-program seperti program breeding seperti program kita sebut tadi itu pembakaan yang sekarang ini ditandatangani oleh PKPS dan CP Thailand itu memang untuk usaha kita nak mengadakan benih ayam yang lebih berkualiti. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga Ahli Yang Berhormat Sungai Ramal, bahawa kos tinggi sebenarnya ayam ini ialah daripada makanan dia. Itu yang makanan sebab itu walaupun makanan ayam ini tidak menjadi benda yang strategik tetapi ayam itu penting, kita kena pastikan makanan. 85 % kos pengeluaran ayam daripada makanan dan kita mengimport lebih daripada RM3 bilion setahun jagung bijian untuk membekal makanan ayam. Dan kita telah mulakan program itu di Kuala Langat, kita anggarkan di bawah PKPS 300 ekar. Kita telah mula berfasa-fasa kita dah mula 30 ekar dan kita akan tingkatkan kerana pengeluaran jagung ini di Malaysia sangat rendah. Tak sampai 5% pun yang lain semuanya di import. Ini untuk memastikan bekalan ayam, sumber protein meningkat. Ikan juga merupakan yang masih nombor dua, itu kita telah bekerjasama dengan pihak LKIM dan sebagainya dan Jabatan Perikanan untuk memastikan cukup. Walaupun ikan di tangkap di laut, tetapi akuakultur itu kita buat skim galakan dengan bantuan makan ikan dan sebagainya dan pembenihan bagi galakkan tingkatnya sumber protein daripada ikan, sama ada ikan laut ataupun ikan daratan ya. Dan yang ketiga komponen yang penting ini ialah sayur-sayuran. Ini ialah pembekal utama bagi zat galian dan juga vitamin, dan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini di Selangor kita menghadapi, kita bagus dalam bab ini kita membekal lebih 60 % keperluan Negeri

Selangor dan kebanyakannya di tanam tempat-tempat utama dia adalah di Ulu Yam, yang kedua adalah di Cyberjaya. Dengar sahaja Cyberjaya tetapi itu antara tempat pengeluaran sayur-sayuran banyak bagi negeri Selangor. Yang ketiga adalah di Johan Setia.

Ini tiga sumber tempat yang kita buat skim galakkan dan sangat tinggi pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan. So itu tiga, komponen pendekatan kedua yang penting selain daripada meningkatkan pengeluaran atau SSR tadi, kedua ialah memastikan pemasaran berjalan dengan baik. Intervensi. Intervensi harga dan intervensi bekalan. Ini berlaku kita buat dan kita telah laksanakan seperti Program JER, Jelajah Ehsan Rakyat dan sekarang Jelajah Ehsan apa nama ini Rahmah. Yang kita laksanakan adalah Projek Intervensi tetapi program sebegini tidak boleh dibuat berterusan kerana ini intervensi, untuk memastikan bekalan cukup dan juga dia harga yang berpatutan. Jadi itu yang kita telah laksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita telah buat banyak program ini yang lepas lebih dari 2,892 lokasi sejak daripada bulan September 2022 sehingga sekarang. Kalau tetapi kalau dulu ketika agak serius, kita buat banyaklah lebih kurang 9 lokasi setiap hari. Sekarang ini kita tengok dulu lokasi tetapi kalau ada keperluan kita akan tambah balik, untuk membekal makanan-makanan asasi utama, terutamanya beras, ayam, telur ayam, ikan dan daging, minyak masak. Itu antara enam perkara, barang yang kita dan contohnya kalau kita rasa masa itu beras kurang kita akan tambah beras.

Kalau masa itu ayam kurang kita tambah. Ini program intervensi ya, yang bersifat jangka pendek yang kita laksanakan. Dan juga dengan kerjasama pihak PKPS, FAMA Selangor di bawah Selangor Agro Market dan juga KoHijrah. Ini juga bersama-sama bantu dari segi pemasaran. Kita ada juga kerjasama dengan pasaraya – pasaraya besar melalui FAMA Selangor bagi memastikan bekalan-bekalan daripada pengeluaran para petani kita sampai ke tempat. Ini antara beberapa perkara lah yang kita buat dan yang ketiga tentulah baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu stok penimbal ataupun stockpile bagi barang-barang yang kita belum kenal pasti lagi barang, tetapi yang pastinya beras akan adalah dalam salah satu daripada barangan yang akan ada dalam stockpile. Ini adalah langkah ketiga bagi menyokong memastikan keterjaminan makanan bagi rakyat Negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan Speaker.

Timbalan Speaker

Okay silakan, Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang memberikan penjelasan kepada soalan saya. Merujuk kepada jawapan 85% penternakan ayam itu banyak bergantung kepada makanan, pemakanannya. Disebut sebagai bermula di Kuala Langat. Saya nak tahu sama ada projek ayam di Kuala Langat ataupun makanan ayam di Kuala Langat, satu. Yang kedua, Yang Berhormat

EXCO menyebut tentang Program JER saya juga ikuti dan melihat program-program ini berjalan di bawah. Tetapi saya melihat selalu bersifat politik kerana kalau di Sungai Ramal itu semua pakai baju oren. Daripada petugas sampai Yang Berhormat yang memantau Yang Berhormat semua pakai baju oren. Dan bila orang awam melihat dia nampak bersifat politik, bagi saya matlamat untuk memberi bantuan barangan yang murah tak sampai kerana dia ada barrier di situ. Mohon ditegur dan diberikan perubahan kepada yang lebih moderate dan lebih sesuai untuk dimanfaatkan oleh orang awam. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya bab-bab baju ini warna dia terpulanglah masing-masing nak pakai warna apa pun. Saya tak ada masalah nak pakai warna pink, semua ok. Tetapi tidak ada masalah sebenarnya. Tidak pernah kita jadikan itu syarat untuk politik. Dan saya kalau lihat, dapat laporan yang saya terima pelaksanaan Program JER ini dia tidak bertempat statik. Adalah 4 tempat outlet PKPS itu di Wisma PKPS Seksyen 9, Meru dan Selangor Fruit Valley, ini statik. Tetapi yang lain itu kita tukar-tukar tempat. Kita bawa pergerakan dan kita mendapat nasihat daripada Pusat Khidmat di setiap DUN untuk memberikan kita panduan, tempat mana yang sesuai. Untuk buat nak memberi peluang. Dan saya mendapat maklumat memang tak pernah cukup, queue panjang. Program mula pukul 10, pukul 8.30 itu dah penuh dah panjang dah. Memang di mana-mana sambutan sangat luar biasa tak cukup, pernah cukup bekalan yang kita sediakan tetapi kita cuba pastikan untuk masing-masing dapat membeli dengan tidak ada masalah dari segi sambutan. Yang tadi yang disebut tentang Kuala Langat iaitu ialah Program Tanaman Jagung Bijian. Jagung Bijian ini ialah komponen penting dalam makanan ayam. Dia 50% daripada pallet makanan ayam itu adalah daripada jagung, 50 % lagi adalah daripada hampas soya, daripada dedak dan juga fishcake ataupun bukan fishcake lah, fish yang rosak tu ikan yang rosak itu daripada laut itu. Yang kadang-kadang dia guna untuk baja itu. Itulah yang dicampurkan bersekali untuk jadikan makanan ayam. Jadi benda-benda ini semua adalah yang jagung itulah komponen penting, yang menjadi bukan sahaja dalam makanan ayam juga di dalam makanan ruminan lain lembu, kambing pun pallet nya itu. Mungkin kandungan jagungnya agak rendah, tetapi masih memerlukan jagung bijian ini. Itu yang kita sedang kita usahakan untuk tapi proses dia banyak lagi. Jagung dulu dia ada lagi komponen lain, pengeringan dia dan sebagainya untuk akhirnya untuk menyiapkan pallet makanan bagi makanan ayam itu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kerajaan.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ada lagi.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ada satu lagi.

Yang Berhormat EXCO tentang Program JER. Pertama kita nak tahu juga kekerapan, difahamkan ia akan dibuat setiap DUN. Tetapi kekerapan itu sedikit merisaukan pekedai-pekedai ataupun peruncit-peruncit tempatan, sebab mereka ini pun margin keuntungan kedai runcit tak besar. Tetapi bila kekerapan JER itu mungkin kerap, dia akan membimbangkan golongan ini. Yang keduanya, seperti mana yang disebutkan tadi saya nak pendetailan sedikit ketika mana Program JER dibuat di tempat saya sebagai contoh di Sungai Burong, ketika mana diumumkan 8.30 untuk buka tetapi bila rakyat datang pada 8.30 itu, dah habis dah kupon. Seolah-olah ada satu unsur pemberian kepada kroni diutamakan. Jadi minta komen.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Untuk makluman yang isu berkaitan JER ini, ialah satu program yang kita daripada asal lagi kita memang buat program intervensi. Kita mula memang asalnya telur ayam sahaja pada bulan sembilan sebab itu masa itu kekurangan dan kita tengok ayam pula, jadi kita tambah dan lepas itu minyak masak. Ini kita buat tidak ada lain tidak ada niat lain melainkan untuk membantu rakyat dalam keadaan kepayahan selepas pasca Covid. Ini kita laksanakan dan sangat berjaya dan kos kita tanggung ialah harga yang kita jual adalah 30% daripada di bawah harga pasaran. 30% ini ditanggung oleh Kerajaan Negeri sebagai subsidi bagi makanan ini. Sebab itu ia mendapat sambutan luar biasa dan kita memang syaratkan, orang asing kalau tak ada IC dan yang datang mana tak ada IC tak boleh, tak boleh. Kita tak akan bagi. Jadi untuk mendapatkan itu kena datang awal lah. Tidak pernah kita bagi keutamaan kepada pihak-pihak tertentu. Siapa nak dia datang awal untuk ambil dan bawa IC. Itu syarat yang kita dan kita hadkan ayam sekor, maksimum 2 ekor sahaja. Kita hadkan, kemudian barang-barang lain pun kita hadkan, untuk memastikan lebih ramai dapat. Tetapi tentulah perkara sebegini tidak akan dapat memenuhi semua macam tadi lah kupon Jom Shopping mana boleh nak bagi, kalau 600 tempat saya dapat 600 sahaja. Ramai orang India itu yang layak tetapi kita rotate lah. Rotate ataupun kita laksanakan dengan program lain untuk membantu. Ini antara perkara-perkara yang kita laksanakan yang tidak timbul isu kronisme ataupun untuk keutamaan kepada pihak-pihak tertentu. Ini semua terbuka untuk rakyat Selangor ya untuk mendapatkan bekalan makanan yang agak berpatutan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Pandan Indah. Silakan Kajang. Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 105.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 105. Infrastruktur SukanQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

105. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan Stadium Mini yang merangkumi gelanggang bola jaring, bola tampar, futsal, badminton dan lain-lain di DUN Kajang?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk soalan 105, stadium mini yang terdekat adalah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dengan kemudahan sukan balapan, gelanggang badminton, padang bola sepak dan gelanggang skuasy. Walau bagaimanapun, pembinaan pelbagai jenis gelanggang dibina oleh pihak Majlis di kawasan lapang di setiap kawasan perumahan. Bagi cadangan membina stadium mini, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana pihak Majlis kekurangan peruntukan. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Y.B. Sungai Air Tawar. Soalan seterusnya, daripada Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 106.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 106. 100,000 Kerja Gaji TinggiQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

106. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan cara bagaimana Kerajaan Negeri akan memenuhi manifesto untuk menawarkan 100,000 gaji tinggi kepada anak muda.

b)

Sila definisikan 'gaji tinggi'.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, penawaran 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi diikhtiarkan dalam 5 Tekad 5 Tahun oleh Gabungan Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15 yang lalu. Tekad ini

ditawarkan dengan sebab beberapa latar belakang seperti ketidakpadanan dari segi pekerjaan yang ditawarkan dengan kemahiran para graduan di Selangor dan negara serta tahap gaji. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan penubuhan Selangor Jobs and Skills Council (Majlis Kemahiran dan Pekerjaan Selangor) yang akan memberikan fokus kepada dua aspek iaitu 5 bidang fokus negeri iaitu sektor makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, sains hayat, pengangkutan, serta mesin dan peralatan. Tambahan kepada itu, 21 industri yang direncanakan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) seperti aeroangkasa, peralatan perubatan, automotif, rel, digitalisasi, serta farmaseutikal. Selangor Jobs and Skills Council akan fokus kepada aspek berikut:

i) Menggerakkan kerjasama antara universiti, pekerja, dan industri ii) Mengenal pasti peluang pekerjaan sedia ada serta merancang pekerja yang akan diperlukan dalam bidang tertentu mengikut sektor pelaburan yang dalam proses kelulusan. iii) Meningkatkan produktiviti pekerja di Selangor iv) Membolehkan rakyat Selangor memanfaatkan pekerjaan sedia ada dan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan melalui padanan pekerjaan, peluang latihan teknikal dan vokasional.

Selain itu, peranan Selangor Technical Skills Development Centre akan diperkasakan bagi meningkatkan latihan fast track bagi menawarkan peluang pekerjaan serta memastikan workforce Selangor bersedia untuk memanfaatkan peluang pekerjaan hasil daripada pembukaan Wilayah Ekonomi Baharu seperti Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS), Sabak Bernam Development Area (SABDA), dan Selangor Maritime Gateway di sepanjang jajaran Sungai Klang. Merujuk kepada tahap gaji yang ingin ditawarkan dan ditakrifkan sebagai pekerjaan bergaji tinggi, Kerajaan Negeri telah pun menyatakan sasaran dalam Rancangan Selangor Pertama, iaitu RM4,650.00 bagi individu ataupun RM9,290.00 isi rumah.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Timbalan Speaker, soalan tambahan. Saya ingin bertanyakan, bilakah dan di mana Majlis Kemahiran Kerja Selangor ini akan ditubuhkan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Soalan itu, bila ataupun di mana, dan di mana?. Majlis ini telah ditubuhkan di Selangor.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Selangor ini luas, jadi kami nak tahu tempat specified, office dia, kami dapat di mana.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Office dia nanti saya dapatkan maklumat dan saya akan whatsapp kepada Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan. Okay, terima kasih Kinrara. Okay, Ketua Pembangkang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker, untuk mencapai hasrat, mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ini. Saya percaya Kerajaan Negeri, sedia maklum bahawa kita harus memacu pertumbuhan ekonomi dalam dua sektor utama. Pertama, sektor pembuatan dan yang keduanya sektor perkhidmatan. Namun kita juga sedia maklum, kedua-dua sektor ini di dalam Negeri Selangor mencatatkan pertumbuhan yang agak perlahan. Sektor pembuatan hanya mencatatkan kadar pertumbuhan 1.4% dan sektor perkhidmatan mencatatkan hanya 5.8%. Jadi persoalan saya, kalau kadar pertumbuhan dalam dua sektor ini masih perlahan. Apakah mungkin kita dapat mencapai hasrat mencipta peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi, seperti yang dibangkitkan oleh Subang Jaya sebentar tadi. Perkara yang kedua yang ingin saya bertanya kepada EXCO, apakah sektor-sektor yang akan diberikan fokus. Yang Berhormat EXCO telah menyatakan ada lima sektor seperti yang terkandung dalam NIA iaitu Aerospace, Digital, E&E, Chemicals dan juga Pharmaceutical tetapi yang lebih penting Yang Berhormat EXCO, pelabur-pelabur yang melabur di Negeri Selangor ini harus diberikan syarat-syarat yang ketat. Maksud saya ialah selain daripada capital investment yang akan dibawa ke dalam negeri, kita juga harus menentukan apakah teknologi, yang akan dibawa oleh mereka, kerana kita tidak mahu kebergantungan kepada tenaga pekerja asing yang terlalu besar. Dan yang keduanya apakah syarat diletakkan supaya mereka juga membina rantaian bekalan di kalangan SME dalam Negeri Selangor. Supaya syarikat-syarikat tempatan juga diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada supply change kepada MNC’s yang besar yang melabur di Negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Bagi soalan pertama yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, berkenaan pertumbuhan ekonomi bagi pembuatan dan perkhidmatan yang agak lemah bagi tahun ini. Sebenarnya dia bukan berlaku sahaja di Negeri Selangor, tetapi bagi seluruh negara dan juga negara-negara di rantau ini juga mengalami masalah ekonomi yang sama pada tahun ini dan Kerajaan Negeri Selangor yakin pada tahun depan ekonomi di negara kita termasuk Negeri Selangor akan bertambah baik dengan situasi ekonomi yang juga bertambah baik di seluruh dunia.

Dan bagi soalan yang kedua, sektor yang difokuskan tersebut ya betul tadi Yang Berhormat Hulu Kelang telah menyatakan beberapa sektor utama yang akan difokuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan sudah tentunya ada syarat-syarat yang telah ditetapkan apabila pelabur bawa masuk pelaburan mereka ke dalam Malaysia, sudah ada syarat tertentu; berapakah peratusan pekerja tempatan yang mereka perlu ada banding dengan peratusan

pekerja asing dan pada masa yang sama kita nak mewujudkan ekosistem yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang itu, seperti E.V. Kalau kita nak membangunkan industri EV kita perlu ada lebih banyak charging station seperti apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Taman Medan. Ekosistem seperti yang macam ini yang membuat bateri lithium iron itu juga harus ada. Yang ini kita ada ekosistem yang kita sebutkan tu adalah merupakan satu perkara yang penting. Saya setuju sangat dengan pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang dan ini akan menjadi tumpuan kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan setiap industri yang kita bawa masuk ke dalam Negeri Selangor tu juga pada masa yang sama kita akan mewujudkan ekosistem supaya lebih banyak downstream industry juga akan dapat dimanfaatkan sekali. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kota Damansara.

Baik, terima kasih pada Yang Berhormat EXCO. Soalan saya berkenaan 100,000 pekerja bergaji tinggi ini, apakah jaminan daripada Kerajaan Negeri untuk jumlah 100,000 ini majoritinya dapat di kalangan daripada rakyat Selangor atau anak Selangor? Sebab saya tak mahu nanti sebab ada EXCO daripada negeri lain buat flag off untuk bawa bas-bas untuk mohon kerja dekat Negeri Selangor ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Selangor merupakan sebuah negeri pemaju ekonomi di Malaysia. Saya rasa hati perlu besar kita tak boleh, apa tu halang rakyat daripada negeri lain untuk masuk ke Negeri Selangor untuk mencari rezeki. Saya rasa pintu kita sentiasa terbuka, tak kiralah mereka dari negeri mana. Sekiranya mereka rasa Selangor dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih baik dan tempat kediaman yang lebih selesa, maka Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk berhijrah ke negeri Selangor untuk mencari rezeki yang lebih baik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya memang anak Selangor, balik ke Selangor. Yang Berhormat Speaker, pagi-pagi hujan musim tengkujuh, soalan saya 107.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 107. Pencemaran SungaiQuestions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

107. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan indeks kualiti air seperti yang dikelaskan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk sungai-sungai di Negeri Selangor bagi tahun 2018 sehingga 2023.

b)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melestarikan sungai-sungai di Negeri Selangor terutamanya Sungai Klang?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya tak ada pantun. Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan dan juga Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker, kualiti air sungai di Negeri Selangor dinilai berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan dan diterjemahkan dalam bentuk Indeks Kualiti Air (IKA) bagi memberi bacaan yang mengkategorikan sungai-sungai dalam kelas-kelas tersendiri dan menerangkan tahap kegunaan berfaedah (beneficial use) dengan izin. Pengiraan IKA akan menghasilkan nilai skor dari 0 hingga 100. Berdasarkan nilai ini, status kualiti air sungai akan dikategorikan sebagai bersih, sederhana tercemar dan tercemar.

Kategori Sungai

Skor IKA

Bersih 81 hingga 100 Sederhana Tercemar 60 hingga 80 Tercemar 0 hingga 59

Sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2022, didapati sebanyak lima (5) lembangan sungai iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Tengi, Sungai Sepang dan Sungai Bernam dikategorikan sebagai bersih. Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat adalah lembangan sungai utama yang membekalkan lebih 90 peratus sumber bekalan air kepada penduduk Selangor dan Lembah Klang serta Putrajaya. Selain itu, satu (1) lembangan sungai iaitu Sungai Klang dikategorikan sebagai sederhana tercemar dengan IKA antara 64 dan 77. Hanya satu (1) lembangan sungai iaitu Sungai Buloh yang mencatatkan status kualiti air sungai yang tercemar dengan nilai IKA antara 51 dan 54 pada tahun 2022. Oleh kerana kita masih belum mencapai penghujung tahun 2023, kita tidak mempunyai maklumat 2023. Namun setakat Julai 2023, kualiti air di Sungai Buloh telah ditingkat ke sederhana tercemar. Soalan (b), Lembangan Sungai Klang merupakan lembangan ke empat (4) terbesar selepas Lembangan Sungai Selangor, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Bernam. Jajaran Sungai Klang adalah lebih kurang 120 km iaitu 80 km di dalam Negeri Selangor dan 40 km di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anggaran keluasan keseluruhan Lembangan Sungai Klang meliputi 1,290 km persegi

dan tiga belas (13) anak-anak sungai utama di dalam Lembangan Sungai Klang. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa menjalankan pemantauan secara bersepadu bersama pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah dalam memastikan persekitaran sumber air terpelihara dari ancaman pencemaran. Selaras dengan itu bagi memastikan sumber air terpelihara, inisiatif pihak LUAS dalam memperkasakan tindakan pemantauan dan juga kawalan punca pencemaran di Lembangan Sungai Klang adalah seperti berikut:

i) Inisiatif Kerajaan Negeri melalui Selangor Maritime Gateway (SMG) di Sungai Klang dengan LUAS menjadi urus setia pelaksanaan Jawatankuasa Kecil Air bagi pembangunan Projek Selangor Maritime Gateway (SMG). Salah satu objektifnya bertujuan meminimumkan jumlah sisa pepejal ke muara sungai dengan pemasangan dua(2) buah interceptor di Sungai Klang oleh pihak Landasan Lumayan Sdn. Bhd. Bagi menambah keberkesanan menangani isu sisa pepejal di Sungai Klang, SMG telah memasang 10 buah mini log bom. Pelaksanaan inisiatif ini adalah bagi meningkatkan kualiti air dan pemantauan kualiti air dilaksanakan di Sungai Klang melalui empat (4) buah Stesen Pemantauan Kualiti Air di Sungai Klang iaitu di Pengkalan Batu, Kampung Medan, Jeti Sungai Udang dan Kampung Lombong;

ii) Menjalankan kajian inventori guna tanah di rizab sungai bagi sungai-sungai yang berisiko sebagai langkah pencegahan dan kawalan aktiviti-aktiviti di rizab sungai bagi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu;

iii) Melaksanakan pemantauan di Lembangan Sungai Klang bagi memastikan sumber air terpelihara dengan melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pencegahan bagi meminimumkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA);

iii) Melaksanakan blok pemantauan kualiti air ataupun dikenali sebagai River Monitoring Program, RMP di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko. Pemantauan ini berdasarkan Kajian Pemetaan dan Inventori Aktiviti Guna Tanah Di Rizab Sungai Sembah dan anak-anak sungainya, Sungai Klang, Sungai Damansara, Sungai Semenyih, Sungai Rinching dan Sungai Beranang, bagi Fasa 1 pada tahun 2017 dan seterusnya Fasa 2 bagi Sungai Buloh, Sungai Langat dan Sungai Selangor pada tahun 2021. Objektif pelaksanaan tersebut termasuklah

a) Memastikan kualiti air sungai berada dalam keadaan yang baik dan terpelihara.

b) Menentukan outfall aliran ke sungai untuk tujuan verifikasi kualiti air pelepasan aliran dari outfall. c) Menyelaraskan cadangan kawalan kepada kualiti air bagi pelepasan aliran dari outfall yang melibatkan aktiviti dari kawasan pembangunan, komersil, industri dan persekitarannya untuk diambil tindakan lanjut dengan kerjasama agensi berkaitan selaras bidang kuasa. d) Terdapat enam (6) parameter yang diambil kira semasa pemantauan RMP iaitu; i. Chemical Oxygen Demand (COD) ii. Ammoniakal Nitrogen (AN) iii. pH iv. Jumlah Pepejal Terampai (TSS) v. Biochecimal Oxygen Demand (BOD) vi. Dissolved Oxygen (DO)

v) Mempergiatkan usaha dan memperkasakan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai di negeri Selangor. Antara program yang telah dilaksanakan adalah penubuhan Sahabat Sungai atau dikenali Friends of River, FoR di mana program ini meliputi seluruh kawasan sungai di Negeri Selangor yang menggalakkan penglibatan komuniti setempat memelihara dan memulihara sungai/ sumber air di kawasan masing-masing dan akhirnya

vi) Sebagai salah satu langkah jangka masa panjang terhadap isu pencemaran adalah pengawalan pencemaran daripada punca control at source, dengan izin iaitu kawalan pelepasan efluen daripada aktiviti premis. Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS sedang menggerakkan inisiatif dasar Polluters Pay Principle (PPP) dan Zero Discharge Policy (ZDP). Polisi ini adalah pendekatan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban sektor pembangunan dan ekonomi terhadap sumber air dan alam sekitar. Pelaksanaan kedua-dua polisi ini dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitarannya dan seterusnya mengurangkan impak negatif daripada sektor ekonomi dan menggalakkan juga amalan pengurusan terbaik (Best Management Practices, BMPs) dengan izin atau teknologi hijau seperti kitar semula pelepasan efluen oleh sektor ekonomi.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber air. Sekian, terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih atas penjelasan panjang lebar dari Yang Berhormat Bandar Utama. Cuma seperti yang kita tahu, sungai ini adalah satu sumber penghidupan yang penting untuk rakyat Negeri Selangor dari segi sumber air untuk flora dan fauna dan pelbagai lagi. Dalam masa yang sama, walau kita tahu luas dan juga Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai usaha tapi kita juga tahu masih lagi isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran sungai ini masih berlaku. Pada pandangan Yang Berhormat Bandar Utama hampir 100 hari menjadi EXCO, adakah langkah-langkah kita ambil ini sudah cukup lama dari segi penguatkuasaan undang-undang? Kita tahu kilang-kilang haram masih lagi ada di sepanjang sungai ini kilang lah, ada bengkel ada macam-macam yang melepaskan pollution material ke dalam sungai. Keduanya sebelum ini kita pernah dengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan untuk membuat pengawalan atau pemantau dengan menggunakan dron, tetapi saya tak pasti adakah benda itu telah berjalan makna untuk memantau sepanjang sungai-sungai kita ini terutamanya Sungai Klang dan beberapa sungai-sungai penting di negeri Selangor. Dan soalan juga adalah berkaitan dengan Sungai Klang secara spesifik. Tadi Yang Berhormat menjelaskan yang memberitahu kepada Dewan bahawa 40 km sungai itu sebahagian dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi kalau kita tengok tebing Sungai Klang di Kuala Lumpur, banding dengan tebing Sungai Klang di Selangor ini dia ada beza. Dia langit dengan bumi. DBKL ada usaha-usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan, kelestarian tebing-tebing Sungai Klang yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tapi kalau masuk sahaja Taman Medan, tepi Sungai Klang itu memang tidaklah kondusif untuk digunakan oleh awam. Kita hanya melihat dan lalu jer, kalau lalu jambatan Kinrara itu kita lalu kita tengok, oh ini Sungai Klang. Tapi tak ada siapa berhenti atau nak ambil gambar, contoh. Kenapa saya bangkit ini, sebab saya lihat potensi yang ada untuk Sungai Klang ini cukup besar untuk digunakan sebagai tempat baru. Jadi

Timbalan Speaker

Taman Medan, teruskan dengan soalan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi saya... sorry, sorry.

Timbalan Speaker

Teruskan dengan soalan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Yang Berhormat Taman Medan, saya harap boleh kekalkan beberapa soalanlah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi adakah penguatkuasaan undang-undang adalah cukup? Dari segi pelaksanaan penggunaan dron, adakah ini telah berlaku? Dan ketiga, adakah usaha bersama baik di peringkat Wilayah Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Selangor untuk melibat Sungai Klang ini secara menyeluruh? Supaya kita dapat lakukan pembangunan yang lestari tolak tepi soal SMG sahaja, tetapi tengok apa yang kita boleh lakukan sekarang untuk kita lestarikan Sungai Klang? Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan sebab soalan Taman Medan, Yang Berhormat Medan macam perbahasan. Jadi saya cuba sebanyak yang bolehlah, sebab dalam soalan itu lingkungan lima enam soalan. Okay, pertamanya Yang Berhormat Taman Medan nak cari news coverage, saya cuba sedaya upayalah. Yang pertamanya, sebab soalan utama pada hari ini soalan 107 merupakan, bertanyakan berkaitan dengan kualiti sungailah. Jadi saya telah tadi bentangkan kualiti sungai. Seperti yang dimaklumkan Yang Berhormat, kualiti sungai di dalam Negeri Selangor memang majoriti daripada Sungai kita terpelihara ataupun dikategorikan sebagai kelas yang tidak tercemar ataupun dalam keadaan yang baik. Apa yang dibangkitkan Yang Berhormat Taman Medan bukan sebab kualiti sungai, sebab kualiti sungai kita 5 daripada 7 adalah dalam keadaan bersih. Apa yang dibangkitkan adalah lebih berkaitan dengan kes pencemaran yang kita ada di sungai-sungai tersebut. Sebab kualiti sungai kita kira sepanjang tahun, dia bukan setiap hari satu waktu tertentu sahaja. Jadi berkaitan dengan kes pencemaran sungai, di Negeri Selangor setiap tahun kita hampir mempunyai 2,000 ke 3,000 kes. Memandangkan Selangor memang merupakan satu, orang kata negeri yang sangat advance dengan izin, oleh sebab itu terdapat pelbagai jenis aktiviti ekonomi dan juga industri di Selangor berbanding dengan negeri lain. Jadi jelas memang kita juga mempunyai kes-kes pencemaran yang lebih tinggi berbanding juga dengan negeri lain. Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor memang sentiasa cuba mendapatkan berbagai jenis cara, idea dan inisiatif supaya kita dapat memastikan keadaan pencemaran sungai ini dapat dikawal.

Seperti yang saya telah bangkitkan sebentar tadi, oleh kerana itu pada tahun ini sehingga tahun hadapan, Kerajaan Negeri Selangor melalui kerjasama dengan LUAS, telah menggerakkan inisiatif dasar zero discharge policy. Di mana polluters pay principle merupakan dasar sedia ada, namun zero discharge policy, policy ini akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan, di mana kita akan mengambil kira kuantiti efluen yang dilepaskan oleh setiap industri dan memastikan industri tersebut akan dikenakan caj sekiranya mereka melepaskan efluen itu berdasarkan ukuran yang tertentu kerana kita nak menggalakkan setiap industri untuk menjalankan aktiviti kitar semula berkaitan dengan efluen.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Taman Medan juga membangkitkan sama ada kita telah melaksanakan pemantauan menggunakan dron. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kita telah pun menjalankan inisiatif tersebut. Jadi LUAS telah menjalankan OPS melalui OPS sumber air dan pasukan petugas Lembangan Sungai telah menjalankan pemantauan dan pengawasan menggunakan dron berteknologi tinggi oleh khidmat pakar Aerodyne Group di kawasan berisiko yang menyebabkan pencemaran-pencemaran sungai di Negeri Selangor. Jadi, pengawasan dan pemantauan adalah berkala ataupun setiap tiga bulan di kawasan kritikal di sungai Selangor dan dilaksanakan di 31 kawasan berisiko tinggi di kebanyakannya di Sungai

Selangor dan juga Sungai Langat. Jadi selepas pemantauan setiap tiga bulan, memang pihak Aerodyne akan menyediakan laporan terhadap apa yang terjadi dan sebagainya.

Selain daripada itu, Yang Berhormat Taman Medan juga membandingkan DBKL dan juga dengan Kerajaan Negeri Selangor. Saya rasa oleh sebab itu Kerajaan Negeri Selangor juga cuba sedaya upaya supaya kita dapat melakukan inisiatif tambahan. Untuk makluman tuan-tuan dan Yang Amat Berhormat semua, peruntukan yang didapat yang peruntukkan perbelanjaan DBKL setiap tahun hampir sepuluh kali ganda berbanding dengan kerajaan negeri Selangor. Walaupun DBKL itu dikira sebuah majlis orang kata DBKL, namun peruntukkannya lebih jauh berbanding dengan kerajaan Negeri Selangor kerana peruntukan itu diturunkan terus daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi berbanding dengan peruntukkan Negeri Selangor yang hanya mempunyai RM2.2 bilion over, sebenarnya peruntukkan DBKL jauh lebih daripada itu, Cuma saya tidak mempunyai maklumat lagi, nanti Yang Berhormat Taman Medan boleh cari.

Oleh sebab itu juga, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk menjalankan kerjasama dan melaksanakan projek SMG. Kerana projek SMG salah satu inisiatif SMG adalah supaya kita dapat mengembalikan pencemaran sungai di sungai Klang itu ke keadaan yang bersih. Jadi Kerajaan Negeri Selangor selain daripada melaburkan dana untuk menjaga sungai pada masa yang sama kita juga mencari cara ataupun solusi lain daripada bajet yang orang kata limited dengan izin, kita cuba juga memperbaiki dengan kerjasama antara pihak swasta dan juga agensi lain supaya kita dapat sedaya upaya bagi memastikan pencemaran tidak akan mengganggu lagi kehidupan warga Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dipersilakan Yang Berhormat Sementa.

Soalan saya 108.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 108. East Coast Rail Line (ECRL)Questions

108. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Perjelaskan Jajaran ECRL ‘Section 9’ khususnya yang melalui daerah Klang dan bilangan penduduk yang terlibat.

b)

Apakah telah diadakan taklimat bersama penduduk yang terlibat?

c)

Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu keluarga yang terlibat mendapatkan rumah seperti kenyataan media YAB Menteri Besar?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri Selangor dibahagi kepada tiga (3) seksyen bagi kerja-kerja pembinaan iaitu Seksyen 7 melibatkan sebahagian terowong Genting dalam Negeri Selangor sepanjang 6.8km, Seksyen 8 dari Gombak ke Serendah sepanjang 35.9km dan Seksyen 9 dari Serendah ke Pelabuhan Klang sepanjang 48.7km. Bagi Seksyen 9, terdapat tiga (3) buah stesen iaitu stesen Puncak Alam (daerah Kuala Selangor), stesen Kapar (daerah Klang) dan stesen Jalan Kastam (daerah Klang).

Jajaran di seksyen 9 bagi kerja-kerja pembinaan akan melalui Bandar Baru Sungai Buaya, Saujana Rawang, Batu Arang termasuk Hutan Simpan Batu Arang, Puncak Alam, Kapar dan Pelabuhan Klang serta merentasi lebuh raya dan jalan utama seperti Lebuh raya Utara Selatan, Jalan Kuala Selangor, Lebuh raya LATAR dan Jalan Kapar. Jajaran juga akan turut merentangi Sungai Puloh dan Sungai Klang. Jajaran di daerah Klang sepanjang 20.44km akan merentasi Jalan Akob, Persiaran Hamzah Alang, tapak cadangan Hospital Kapar, Jalan Haji Abdul Manan, Sungai Kapar Industrial Park, Jalan Kapar, Sungai Buloh, Lebuhraya Selat Klang, Sungai Klang dan Taman Sungai Sireh. Jajaran ini akan berakhir di Jalan Kastam bagi perkhidmatan penumpang dan seterusnya jajaran perkhidmatan kargo akan menuju ke Westport dan Northport.

Sebanyak 22 sesi perjumpaan dengan wakil penduduk, ketua kampung dan wakil rakyat telah dijalankan sejak Mei 2022 hingga September 2023 bagi memberi penerangan mengenai jajaran dan status pengambilan tanah di lokasi yang terlibat sepanjang Seksyen 9. Selain bayaran pampasan kepada pemilik struktur kediaman yang terlibat secara langsung dengan pengambilan tanah bagi pembangunan projek ECRL mengikut award Pentadbir Tanah dan ex-gratia kepada penduduk setinggan yang menduduki Tanah Kerajaan, dicadangkan juga adalah penawaran pembelian Rumah Selangorku (RSKU)/ Rumah Idaman dengan keutamaan diberikan kepada pemilik struktur kediaman oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi mana-mana projek yang berhampiran atau yang sedang dalam pembinaan. Walau bagaimanapun, pembelian ini adalah tertakluk kepada persetujuan pemilik struktur kediaman yang terlibat. Sekiranya bersetuju, pihak MRL dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan dan LPHS akan membantu dalam urusan pembelian RSKU ataupun Rumah Idaman tersebut. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang diberikan tadi. Saya ditemui oleh penduduk Taman Sungai Sirih, terutamanya ialah dan mereka memberikan kebimbangan atas beberapa perkara. Yang antaranya menyebutkan kepada saya berkaitan tentang pewartaan. Pewartaan Seksyen 8 akta pengambilan tanah APT telah dikeluarkan pada 12 Januari 2023, pemakluman rasmi berkaitan pewartaan Seksyen 8 APT ini hanya diserah kepada penduduk pada 26 September 2023. Bersama notis Borang E oleh kerajaan oleh jabatan ketua pengarah tanah dan galian.

Sepanjang proses pengambilan ini daripada Seksyen 4 sehingga Seksyen 8 APT, penduduk tidak pernah menerima apa notis rasmi daripada pihak berkepentingan. Yang keduanya, penduduk yang tinggal di situ sekarang ini ialah B40 dan kebanyakan yang sudah tua, berumur. Mereka merasakan kebimbangan, apabila 49 rumah yang akan terlibat untuk perpindahan, mereka melihat masa depan mereka ke mana, jika tidak ada pembelaan daripada Kerajaan Negeri sendiri. Maka ada atas dasar itu, mereka memohon sudah dilakukan bertemu dengan agensi-agensi kerajaan, kementerian dan juga Yang Berhormat- Yang Berhormat. Mereka memohon agar ada satu pertemuan antara jawatankuasa penduduk dengan Kerajaan Negeri sendiri supaya mereka boleh bertanya soalan dan mereka mendapatkan jawapan yang meyakinkan.

Speaker

Yang Berhormat, soalan di mana.

Soalannya ialah mereka, boleh atau tidak diadakan satu pertemuan antara Kerajaan Negeri bersama dengan penduduksupaya mereka dapat jawapan yang tepat demi masa depan mereka. Sekian.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih atas pertanyaan tambahan daripada Yang Berhormat. Sebenarnya di kawasan itu ada sebanyak 93 unit rumah yang terlibat, 89 di Sungai Sirih, 3 di Kampung Delek dan 1 di Sungai Daim dan telah dikenal pasti terkesan secara langsung dengan pembinaan jajaran ECRL ini. Dan akan diberi pampasan selaras dengan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pampasan yang akan diberikan kepada penduduk yang terlibat melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan juga negeri iaitu JKPTG Selangor akan dikira berdasarkan kepada laporan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Akta Daerah Klang (JPPH Daerah Klang). Dan pihak JKPTGS Selangor dan juga seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, telah mengeluarkan Borang E kepada tuan tanah 25 September 2023, bagi melaksanakan siasatan pertama ini siasatan pertama dan dilaksanakan mulai 30 Oktober 2023 hingga 08 November 2023 sebagai medium perbincangan dan penyelarasan antara pihak Kerajaan Negeri melalui JKPTG Selangor dengan tuan tanah.

Sebenarnya ini merupakan satu notis yang telah diserah ataupun diberi kepada tuan tanah di kawasan itu. Jadi bukan kata tak ada notis diberi, ini sebagai satu siasatan pertama. Jadi penduduk boleh memberikan pandangan ataupun bantahan melalui proses yang telah ditetapkan. Kalau nak adakan libat urus, sebenarnya bukan adakah boleh ke tak boleh, dah banyak kali agensi-agensi yang berbeza telah mengadakan libat urus bersama wakil-wakil penduduk khususnya di Taman Sirih, seperti 25 Mei 2022, ada sekali di Plaza Shah Alam dan juga Kampung Sirih, ada libat urus bersama Yang Berhormat Selat Kelang juga dan di Pusat Khidmat DUN Selat Kelang.

Lagi, banyak kali, semua sekali mempunyai 22 sesi libat urus, dan kebanyakan adalah untuk wakil penduduk di Sungai Sirih. Taklimat bersama persatuan penduduk dan penduduk Taman Sungai Sirih di Dewan Johan, Klang pada 01 September 2022 dan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Sungai Sirih di ibu pejabat MRL, KL pada 12 September 2022. Dan taklimat awal kepada Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Sungai Sirih di Plaza Shah Alam pada 13 Oktober 2022. Yang ini hampir setiap bulan ataupun dua kali dalam satu bulan untuk memberi penjelasan kepada penduduk di kawasan sana dan pada 10 Januari 2023, satu lagi sesi libat urus bersama ahli jawatankuasa bertindak taman sungai sirih di Ibu Pejabat MRL,KL sekali lagi.

Pada 24 Februari 2023, satu lagi sesi libat urus bersama Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Sungai Sirih di Crystal Crown Hotel Habour di Klang. Jadi kalau memerlukan lebih banyak sesi libat urus, saya rasa itu tiada masalah. Yang Berhormat boleh menghubungi JKPTG Selangor untuk mengadakan pertemuan bersama penduduk untuk memberi penjelasan yang lebih jelas kepada kawasan penduduk kawasan tersebut. Terima kasih.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan tambahan.

Speaker

Selat Kelang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada bangkitkan tentang jajaran, yang melalui atas tanah perkuburan dan saya dimaklumkan lima ekar daripada lapan belas ekar tanah perkuburan akan diambil ECRL dan juga sembilan puluh tanah kubur yang telah ada di situ akan dipindahkan. Soalan saya, adakah kerajaan akan menggantikan tanah tersebut dan akan membayar kos pemindahan tanah perkuburan yang sedia ada ke tempat lain. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang ini, yang terlibat itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Selat Kelang adalah perkuburan. Jadi ada maksud Yang Berhormat, sebahagian perkuburan itu juga terjejas kerana pembinaan ECRL. Okay baik, ini saya akan saya ambil maklum. Saya akan bincang dengan Majlis Perbandaran Klang berkenaan isu ini. Saya tidak dimaklum lagi berkenaan tapak perkuburan di kawasan sana juga terlibat. Jadi saya ambil maklum dan akan berbincang dengan Majlis

Perbandaran Klang untuk carikan satu cara penyelesaian yang lebih sesuai bagi semua pihak. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah pun menunjukkan jam 11:30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul Nombor 4 tahun 2023, Usul Peruntukan Pembangunan 2024Motion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan Mesyuarat seterusnya, sambungan Usul Nombor 4 tahun 2023, Usul Peruntukan Pembangunan 2024.

Speaker

Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian, saya persilakan mana-mana ahli yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini untuk berdiri. Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada perkara, saya ingin merujuk kepada Vot P01, Perkara Kod Projek 07002 Menaik Taraf dan Membina Baru Infrastruktur Sukan muka surat 198. Saya ingin mencadangkan supaya gelanggang-gelanggang sukan yang akan dibina atau dinaik taraf kelak dapat dijadikan reka bentuk atau kegunaannya kepada gelanggang sukan serba guna yang merangkumi lebih daripada satu fungsi permainan sukan. Kerana saya teliti dan perasan, khususnya kepada sukan bola jaring, kebanyakan taman perumahan tidak ada kemudahan tersebut. Mungkin disebabkan tapak kemudahan sukan yang agak terhad. Oleh itu, saya cadangkan sekiranya gelanggang sukan serba guna dapat dibina, ia dapat menyelesaikan kekurangan tapak kemudahan sukan ini. Kemudahan, kewujudan kemudahan sukan yang selesa itu bukan sahaja dapat meningkatkan semangat rakyat untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat, malahan dapat mengeratkan hubungan kejiranan melalui penganjuran acara-acara sukan. Oleh itu saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon perhatian dan pertimbangan kerajaan supaya membina sebuah gelanggang serba guna yang merangkumi sukan futsal, bola jaring atau apa-apa yang sesuai di kawasan Tun Perak, Cheras serta Taman Desa Baiduri, Cheras yang terdapat banyak pangsapuri tetapi tiada kemudahan sukan.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada P.K.9, Kod Projek 09001 dan 09002. Kemudahan Asas dan Kemudahan Awam PBT. Tuan Speaker, setiap tahun banyak balai masyarakat dan dewan komuniti akan dibina atau diubahsuai untuk kegunaan komuniti setempat. Saya ingin mencadangkan supaya agensi pelaksana bagi kerja membina atau mengubahsuai bangunan-bangunan awam ini boleh melibatkan institusi-institusi pengajian tinggi ataupun mahasiswa-mahasiswi dalam peringkat mereka bentuk bangunan-bangunan tersebut. Ini bukan sahaja dapat menyediakan satu platform kepada fakulti-fakulti ataupun mahasiswa-mahasiswi khususnya bagi program seni bina arkitek ataupun program-program lain yang berkenaan untuk menunjukkan daya kreativiti mereka malahan turut meningkatkan semangat mereka apabila reka bentuk mereka akan diterjemahkan kepada struktur sebenar. Ini juga dapat menjadikan satu nilai tambah kepada portfolio institusi pengajian tinggi yang

terlibat. Selain itu Balakong ingin memohon supaya satu dewan komuniti akan dibina di kawasan Bandar Damai Perdana. Memandangkan kawasan itu merupakan sebuah kawasan perumahan yang padat tetapi tiada dewan komuniti untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan. Akhir sekali saya ingin merujukkan kepada kod projek 09004, Pengurusan Sisa Pepejal. Balakong ingin mencadangkan supaya pertambahan pembelian mesin penyedut untuk mengurangkan pembersihan sampah ataupun sisa runtuhan tanah yang terperangkap dalam longkang. Buat masa sekarang pembersihan awam ini agak okay. Dua kali sebulan. Semua rata-ratanya masih menggunakan tenaga kerja. Jadi sekiranya kita boleh tambah pembelian penyedut untuk memudahkan kerja pembersihan sampah di dalam longkang itu saya rasa akan jadi lebih perfectlah. Jadi itu sahaja daripada Balakong. Sekian, saya sokong.

Speaker

Sabak.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera. Saya mengambil bahagian untuk tiga, P.01 dan P.08 dan P.14. Untuk P.01, saya merujuk kepada P bermula dengan P.K.10, Pelancongan. Itulah program promosi dan acara pelancongan kita peruntukkan RM4.25 juta. Saya kira adalah merupakan satu peruntukan yang berpatutan tetapi ada satu perkara yang besar yang boleh menarik, pelancong-pelancong luar untuk datang. Yang tidak memerlukan modal yang besar tetapi memerlukan satu perubahan iaitu lah sikap adab dan akhlak masyarakat, Selangor dan apatah lagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan. Sebab kalau kita tengok sikap, adab dan akhlak ini yang perlu Kerajaan Negeri untuk kempen dan promosikan. Kerana kita di Selangor ini mungkin kurang dari sudut, tidak ada satu trend mark dari sudut bagaimana untuk menyambut tetamu-tetamu supaya dia menjadi satu yang boleh menarik orang-orang luar supaya datang ke Negeri Selangor. Maksud saya ialah kalau kita tengok macam negara-negara tertentu macam Jepun seumpamanya kan, bagaimana mana adab dia, bagaimana akhlak dia dengan orang lain. Dia akan tunduk dan sebagainya, waima kalau kita tengok dalam pertandingan badminton perumpamanya, pemain-pemain Jepun ini setelah nak keluar padang dia bukan keluar sahaja tetapi dia akan berpaling ke arah padang dan dia akan tunduk. Jadi sikap ini yang menjadikan satu-satu negara terkenal. Begitu juga dengan sikap ini perlu kepada satu perubahan kempen yang bersungguh-sungguh. Sebab itu saya fikir macam rakyat-rakyat di sebelah-belah Pantai Timur yang banyak berniaga di Selangor, buka restoran yang mungkin masakan lebih kurang sahaja tetapi mengapa mereka diterima di banyak tempat Selangor dan negeri-negeri lain. Ia satu-satu perkataan yang menyambut orang untuk menerima ataupun untuk datang ke kedai dia ke tempat dia. Ia itulah dengan bahasa. Bahasa inilah yang perlu dibaiki yakni budi bahasa, kesopanan, keramahan itu kempen yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam hal promosi ini. Bukan sahaja outlet-outlet, tetapi sikap rakyat Negeri Selangor itu perlu dipertingkatkan supaya menarik minat orang luar untuk datang. Yang kedua, saya suka juga menarik tentang program, mungkin ini masuk dalam agro-pelancongan tetapi saya nak masukkan juga dalam perbahasan ini iaitulah Kelong Paradise, Sabak

Bernam. Ini di bawah Sungai Air Tawar. Tapi ini menjadi kebanggaan rakyat Sabak Bernam sebab Kelong Paradise, Sabak Bernam, ini dia menarik menjadi kegilaan pemancing-pemancing untuk datang. Bukan sahaja dia nak berehat dia datang nak memancing. Dulunya Kelong Paradise ini sebelum kemudiannya tidak berapa didatangi, kemudian sekarang ini Alhamdulillah. Terima kasih kepada Majlis Daerah Sabak Bernam dan pejabat daerah yang menghidupkan semula Kelong Paradise. Tetapi apa yang menjadi masalahnya, ikan-ikan yang ada persekitaran situ tidak sebagaimana yang awal dulu. Tempat itu dulunya banyak ikan-ikan besar, ikan jenahak, ikan kerapu, ikan tenggiri. Tetapi sekarang ini kebanyakannya tinggal ikan-ikan yang kecil sahaja. Jadi apakah peruntukan yang ada ini, akan masukkan juga program untuk menanam semula tukun-tukun sama ada tukun yang betul-betul atau tukun tiruan, supaya dapat menjadi pembiakan ikan-ikan kecil, yang dengan sendirinya akan menjemput ikan-ikan besar untuk datang ke kawasan itu supaya lebih menarik minat lagi untuk orang datang. Dan saya percaya, tempat ini bukan sahaja datangnya oleh orang-orang biasa. Menteri pun pernah datang memancing dan apatah lagi orang-orang luar, kaki-kaki pancing, dia akan datang dan ini akan meningkatkan lagi tahap kedatangan pelancong-pelancong luar. Kemudian saya nak menyebutkan tentang juga tentang P.K.02 dalam Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Iaitulah naik taraf jalan-jalan di luar bandar. Sebab itu saya mohon supaya melalui Pejabat Daerah, untuk melihat jalan-jalan yang dulunya dikategorikan sebagai jalan-jalan ladang. Jalan-jalan ladang yang tidak ada rumah penghuni. Jalan menuju ke ladang. Tetapi sekarang ini banyak jalan-jalan ladang ini telah dibina rumah-rumah tetapi masih lagi dikategorikan sebagai jalan ladang. Terutama sekali apa kriteria sebenarnya untuk menaik taraf satu-satu jalan ladang itu, supaya ia jadi jalan biasa ataupun jalan Kerajaan Negeri yang perlu di premix. Yang perlu ditar ,yang perlu di premix. Dan kerana sekarang ini, banyak jalan-jalan yang dulu jalan ladang masih lagi kategori jalan ladang tapi banyak rumah-rumah yang telah dibina. Keluhan-keluhan di kalangan masyarakat terhadap jalan. Jalan becak, jalan berlopak, jalan dilimpahi air dan sebagainya. Padahal kawasan itu telah pun didirikan rumah-rumah. Ada beberapa jalan kalau di Sabak Bernam, umpamanya Jalan Kemboja, Sepintas, Kampung Kemboja di Sepintas, Jalan Parit Dua Setengah Barat, dan banyak lagilah. Yang ini menjadi homework kepada Pejabat Daerah untuk menilai dan melihat semula ke bawah supaya jalan-jalan, ini perlu dinaiktarafkan dan dapat memudahkan penduduk yang telah membina rumah di kawasan-kawasan ataupun di sepanjang jalan-jalan ladang ini untuk dapatkan kemudahan jalan yang termasuk juga lampu-lampu jalan itu bersekali dengan pembinaan jalan-jalan naik taraf jalan-jalan ladang. Kemudian begitu juga P.K.13 Adat Melayu Dan Warisan. Ini pembangunan muzium-muzium daerah. Saya teliti dan saya masuk ke muzium daerah Sabak Bernam, di Pekan Sabak. Walaupun kedudukannya agak tersorok, yang ini mungkin akan menyukarkan orang nak datang tapi tidak ada masalah sekiranya Kerajaan Negeri dapat membantu untuk mempromosikan. Supaya apa saja insentif boleh dibuat untuk supaya muzium ini betul-betul menjadi atau lebih ramai lagi pengunjung akan datang. Sebab saya masuk dan saya teliti volume dari sudut pengunjungnya sangat rendah. Jadi tempat yang cantik dan banyak benda-benda yang boleh dipamerkan di

situ tetapi volume kedatangan pengunjung itu terlalu, terlalu sangat rendah. Jadi bagaimana untuk meningkatkan supaya pengunjung boleh datang. Jadi Kerajaan Negeri kita harap dapat pandu, dapat memberikan insentif bagi pembangunan muzium-muzium daerah ini.

Kemudian saya pergi kepada P.14. Saya menyebut tadi berkaitan Kelong Paradise ini mungkin dia agro-pelancongan dia di bawah Jabatan Pertanian dan kerana dalam P.01 pun ada tajuk P.K.10 pelancongan yang peruntukan lebih kurang RM6.2 juta. Kemudian P.14 Jabatan Agama Islam Selangor. P.K.01 merujuk kepada Sekolah Agama. Dalam sekolah agama antara yang disenarai ialah MITS, Mahad Integrasi Tahfiz dan Teknologi Sains di Sabak Bernam. Untuk perhatian Dewan, bahawa bangunan MITS ini Sabak Bernam ini, walaupun dia ditubuhkan lebih lewat daripada beberapa MITS yang lain tetapi bangunannya adalah bangunan lama. Yang telah dibina lebih 20 tahun yang lalu. Ini perlu perhatian Kerajaan Negeri kerana banyak bangunan asrama yang dah rosak, pintu yang rosak, sistem piping yang lama. Jadi ini perlu perhatian tetapi tidak disenaraikan. Antara yang dapat peruntukan. Namun bila saya perhati dalam P.01 bawah P.K.19 AM ada RM115 juta peruntukkan dan antaranya ialah untuk baik pulih bangunan-bangunan. Ini bolehlah kalau Kerajaan Negeri bersetuju masukkan supaya dapat di baik pulih. Kemudian begitu juga yang terakhir, tentang termasuk P.K.02 Pejabat Agama Islam. Pejabat Agama Islam kalau kita tengok perhati Pejabat Agama Islam di Sabak Bernam. Antara yang daiflah. Terlalu kecil pejabatnya. Jadi banyak tempat-tempat lain sudah ada kompleks agama dan sebagainya. Tetapi Pejabat Agama Islam terlalu daif dan tidak sebagaimana di Kuala Selangor kita dah ada Pejabat Kompleks Agama yang besar tersergam. Tapi di Sabak Bernam ini daripada dulu begitulah dalam keadaan kecil daif dan dah nampak macam rumah burung dah. Apatah lagi yang di sebelahnya baru-baru ini terbakar pula. Jadi ini perlu kepada perhatian Kerajaan Negeri untuk melihat. Kalau tidak pun dapat dibina sekarang, cuba dimasukkan untuk pembinaan bangunan-bangunan yang baru dan begitu juga pemeriksaan terhadap sistem-sistem pendawaian yang lama.

Kemudian yang akhirnyalah P.K.03, Masjid. Saya perhati tiada peruntukkan untuk di Sabak Bernam terhadap masjid-masjid ini cuma saya minta supaya Kerajaan Negeri tolong pandu beberapa masjid yang penting. Terutama masjid-masjid di pesisir jalan utama, jalan Sabak Bernam sekarang ini yang masuk dalam WCE. Sudah menjadi laluan penting. Orang singgah, lalu lalang singgah, para musafir singgah. Jadi ada tiga masjid yang perlu dipandu untuk memberi betul-betul kemudahan kepada para musafir ini. Paling tidak ia mencerminkan Negeri Selangor sebagai negeri yang maju sesuai dengan masjidnya yang perlu diurus dengan baik. Dan ini perlu dipandu walaupun saya percaya, masjid sendiri mempunyai peruntukkan duit yang banyak tetapi kerajaan perlu pandu bagaimana untuk supaya masjid ini betul-betul keselesaan, dapat dinikmati oleh para musafir yang singgah. Sebagai contoh ada satu masjid yang menang di peringkat kebangsaan, masjid di Merbok di Sungai

Petani, Masjid Al-Bushra. Itu masjid yang masjid kategori masjid luar bandar, tetapi masjid yang terbaik yang memenuhi yang lengkap dengan segala kemudahan-kemudahan para musafir. Nak mandi senang, nak rehat senang, ada ruang untuk ada kedai-kedai lot kedai pula, ada taman pula, ada tempat tidurnya pula. Jadi ini memberi kemudahan. Sebab ini ada tiga masjid yang terlibat tepi jalan, satu Masjid Sekinchan, satu masjid di Pasir Panjang, satu lagi masjid yang lebih kurang tak sampai setengah kilometer daripada rumah saya, Masjid Kampung Panjang Perdana. Betul-betul tepi jalan yang sering disinggahi. Tetapi kadang-kadang para musafir yang singgah nak sembahyang, dia nak berehat, tak ada tempat nak berehat yang selesa. Dia nak mandi tapi tak ada tempat mandi yang selesa masjid lama dan sebagainya. Saya rasa masjid ada, duit untuk ini tetapi masjid perlu dipandu bagaimana untuk menyediakan ini. Jadi Kerajaan Negeri kita harapkan dapat bantu masjid-masjid ini bagi menyediakan prasarana kerana ini adalah imej kepada sebuah negeri yang maju seperti Negeri Selangor. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Speaker.

Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya ingin menyebut tentang pembangunan tanaman padi. Saya menyambut baik penggulungan Yang Berhormat Pandan Indah, yang saya lihat sangat bersetuju di mana banyak infrastruktur kesuburan tanah dan bantuan baja organik dan macam-macam lagi yang perlu diberikan kepada petani dan pesawah serta juga penternak untuk menjamin keterjaminan makanan di Selangor di dalam sektor pertanian. Jadi saya lihat pada pendapat saya RM1.5 juta untuk pembangunan tanaman padi adalah saya lihat agak tidak mencukupi untuk kita, terutama sekali pesawah-pesawah di belah Barat Laut ini. Jadi saya harap ada penambahbaikan lah sebab ini adalah sangat penting untuk kita sama-sama merealisasikan keterjaminan makanan di Selangor. Selain itu, saya juga melihat bahawa peruntukan kepada Pejabat Pertanian sebanyak RM10 juta. Rasanya kalau kita bahagikan dengan Jabatan Pertanian di seluruh daerah di Selangor ini, rasa itu jumlah itu pun adalah kecil lah untuk kita. Memandangkan kita semua sama-sama mempunyai objektif yang sama iaitu untuk keterjaminan makanan di Selangor untuk mengatasi krisis makanan yang kita hadapi ini. Selain itu, Permatang juga ingin memohon melihat untuk bantuan bawah P.K. 04 di muka surat 197, Bantuan Bencana. Bantuan bencana ini Permatang harap ia bukan hanya bencana alam, yang menjurus kepada harta benda semata-mata tetapi juga turut juga boleh kita gunakan untuk membantu bencana dalam pertanian. Sebagai contoh baru-baru ini, apabila ribut melanda di Sawah Sempadan. Banyak juga mengakibatkan kerosakan kepada padi-padi yang rebah. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat juga membantulah juga bencana peruntukkan bencana ini Untuk membantu petani-petani dan pesawah-pesawah kita di kawasan DUN Permatang. Keduanya tentang naik taraf atau baik pulih jalan luar bandar. Yang saya lihat peruntukan ini tak silap saya, saya bersetujulah dengan semalam Kota

Damansara, pun ada membangkitkan berkenaan ini. Sebagai contohnya, kita ini di luar bandar ini, kita ada banyak jalan-jalan yang sebagai contoh Jalan Ban Pakat. Jalan Ban Pakat ini, di kawasan saya digunakan jalan kampung lah. Jalan yang sangat kecik. So jadinya saya rasa penting untuk Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada jalan ini sebab ianya digunakan sebagai sistem pengangkutan untuk pertanian lah. Jadi, untuk sama-sama seperti saya cakap, untuk keterjaminan makanan saya rasa kita perlu ada satu sistem pengangkutan yang bagus. Keduanya, tentang memasang lampu jalan di Kuala Selangor. Saya difahamkan sekarang ada banyak sangat lampu-lampu jalan yang rosak. Saya difahamkan katanya rosak sebab kabel yang rosak, dicuri dan sebagainya. Sebagai contoh di kawasan saya di Kampung Sri Tiram, Sungai Terap dan Sungai Yu, sana dah memang dah kita dalam kegelapan lah bila berjalan di waktu malam. Jadi saya juga difahamkan yang sekarang ini JKR menunggu peruntukkan, untuk menukar lampu-lampu jalan yang rosak tadi kepada lampu solar. Jadi saya ingin bertanya, adakah peruntukkan membaiki untuk lampu ini tadi peruntukkan ini untuk membaik pulih lampu-lampu jalan yang sedia ada? Ataupun ini adalah peruntukan untuk menukar ke lampu solar? Jadi sebab, sebab saya lihat seandainya kos solar ini lebih tinggi, dan juga mengambil masa yang lama untuk kita tunggu untuk baik pulih, saya memohon seandainya peruntukan tadi bolehlah kita gunakan dulu untuk membetulkan lampu-lampu yang sedia ada ini tadi. Sebab saya rasa bukan sahaja masalah di Permatang, banyak juga tempat-tempat yang dah ramai yang membangkitkan isu masalah lampu tadi. Kemudian saya juga ingin membawa perhatian Dewan kepada masalah jalan di sepanjang Jalan Raja Musa. Yang jalannya sentiasa beralun dan tidak diselenggara. Saya merujuk kepada P.K. 04 kod 04072 di bawah Jabatan Kerja Raya. Yang saya lihat seperti ingin memperbaiki jalan tersebut dengan peruntukkan RM200 ribu. Jalan itu adalah itu ialah satu jalan yang sangat panjang, saya kira dan saya rasa peruntukkan itu agak tidak mencukupi lah. Jadi saya mohon kepada Dewan, agar lebih peruntukkan diberikan kerana kami jalan itu bukan sahaja menghujung ke Permatang, dia menghujung ke Ijok semua jalan belakang kerana sudah lama kami menunggu jalan ini dibaik pulih. Kerana selain jalan yang gelap keadaan jalan juga sangat berbahaya. Kerana kini jalan itu saya lihat sudah menjadi jalan alternatif untuk mengelak kesesakan daripada melalui Jalan Persekutuan dan juga jalan penghubung ke WCE. Kerana daripada dahulu apabila kita melihat, meminta untuk pembaik pulih dia kata sebab nak tunggu sehingga WCE siap. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapatlah membantu jalan yang berada di bawah kuasa negeri ini. Kemudian, saya juga ingin menyebut tentang menaik taraf sistem saliran di Blok Mukim Hujung Permatang. Kerana saya ingin menyebut ini kerana masalah di DUN Permatang ada masalah di khususnya di Kampung Baru Pasir Penambang. Yang terletak di Persisiran Sungai Pasir Penambang dan juga diletak di hujung di mukim hujung Permatang ini. Kerana kampung ini sekarang sudah kerap dinaiki air dan mula berlaku pemendapan. Jadi saya ingin memohon agar diberi sedikit perhatian dan bantuan untuk dibina, membaik pulih sistem longkang dan saliran yang baik untuk kawasan ini juga. Supaya kita tidak mahu masalah pemendapan ini akan membahayakan penduduk kerana saya lihat ia berlaku dengan sangat cepat.

Dan saya juga ingin menyentuh tentang pembangunan pendidikan masyarakat India di bawah P.K. 05 kod 05005. Permatang juga ingin memohon agar diberi perhatian tentang pembangunan pendidikan ini. Turut dimasukkan juga untuk bantuan pengangkutan untuk ke sekolah. Khususnya untuk masyarakat India yang duduk di kawasan pedalaman. Kerana di kawasan saya di DUN Permatang kita ada banyak kawasan-kawasan India di ladang-ladang sebagai contoh di Ladang Merry dan Ladang Sungai Tinggi. Kerana mereka ini, ladang-ladang ini terletak sangat jauh daripada sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang. Jaraknya sangat jauh melebihi 20KM, tetapi sistem infrastrukturnya amatlah menyedihkan. Kerana ia melibatkan jalan lereng, bukit estate yang kecil dan juga merbahaya. Akibat masalah ini saya lihat ramai anak-anak yang tinggal di kawasan-kawasan ladang ini keterciciran, dari segi pendidikan dan ini amatlah sesuatu yang harus kita risaukanlah.

Kemudian saya ingin menyentuh tentang Pembangunan Wanita Dan Keluarga. Saya menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk memperkasa pendidikan, terutama sekali pendidikan kaum wanita. Saya merujuk kepada biasiswa wanita berdaya yang telah dibentangkan dalam belanjawan baru-baru ini, yang telah memberi biasiswa kepada 24 orang yang sedang belajar di Open Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia dan UTM. Saya ingin bertanya, kenapa biasiswa ini tidak kita berikan khusus buat pelajar wanita yang belajar di UNISEL atau Universiti Islam Selangor? Kerana adakah saya lihat adakah Kerajaan Negeri seperti tidak mengiktiraf universiti-universiti milik kerajaan sendiri. Sehingga kita terpaksa menghantar pelajar-pelajar kita ke universiti-universiti lain. Kerana ini bukan sahaja melibatkan kos yang lebih rendah tetapi ini satu langkah untuk kita memperkasakan universiti milik Selangor dan memberi lebih peluang kepada lebih ramai wanita di Selangor untuk menikmati insentif ini.

Kemudian saya juga ingin menyentuh tentang menaik taraf dan membina baru infrastruktur sukan. Saya berharap kerajaan turut membantu untuk menaik taraf atau membina baru infrastruktur sukan khususnya dalam sukan silat. Kerana terutama sekali di kawasan saya kami di Parit Serong ada satu ada gelanggang silat lah yang agak terkenal. Jadi kalau kita sebut Parit Serong, agak terkenal dengan silatnya di Selangor. Jadi saya berharap agar kerajaan dapat juga mengangkat sukan silat ini, kerana ianya bukan sahaja bagus untuk negara dan negeri kita tetapi juga merupakan pusaka dan kebudayaan negara yang perlu kita pertahankan.

Kemudian saya ingin menyentuh tentang pengurusan sisa pepejal. Saya ingin menyentuh ini adalah kerana di kawasan saya ada banyak kampung tradisi. Kerana mereka ini walaupun tidak membayar cukai kepada majlis. Tetapi majlis yang bertanggungjawab menyediakan tong-tong sampah dan sebagainya. Jadi saya melihat memandangkan ada banyak kawasan luar bandar seperti contoh. Sekarang ini ada masalah di kawasan saya di Kampung Permatang, dan Pasir Penampang yang mengalami masalah sampah ini jadi saya ingin memohon supaya lebihlah, sikit

peruntukan diberikan kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor supaya masalah ini dapat diatasi.

Kemudian saya ingin menanya tentang menaik taraf Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang. Saya sebenarnya nak tanya apakah status projek ini? kerana bilakah perpustakaan Tanjung Karang ini akan siap? Kerana proses baik pulih dan selenggaranya sudah saya lihat sudah bertahun-tahun lamanya dan tidak siap sampai hari ni. Kemudian saya ingin menyentuh tentang berkenaan elaun anak ke Nurseri Asuh Pintar. Saya meminta agar lebih banyak nurseri yang akan dilibat urus di dalam program ini. Kerana di kawasan saya di DUN Permatang setakat ini hanya satu nurseri sahaja yang terbabit. Jadi saya mencadangkan untuk kita memperbanyakkan lebih banyak promosi agar lebih ramai pengusaha, nurseri, yang dah dapat bekerjasama dalam Program Asuh Pintar dan lebih ramai anak-anak di luar bandar juga dapat merasai insentif ini. Jadi kalau kita lihat butiran-butiran dan anggaran perbelanjaan pembangunan ini kita lihat nampaknya sangat menarik. Namun begitu ada banyak sangat tajuk-tajuk peruntukan yang saya kira seperti tidak mencukupi dan perlu lagi perhatian kerana kita kena bersama-sama membuktikan kepada rakyat Selangor. Yang kita kena membuktikan yang kerajaan hari ini perlulah bekerja tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan juga pendirian politik. Selain itu, akhir sekali saya ada nak pantun sikit eh. Saya tak berpantun lagi ni.

Baik-baik mengail Tenggiri, jangan terkena si Ikan Parang, Pemimpin baik tidak menyendiri, selalu terima pandangan orang.

Buah betik bentuknya bujur, lepas makan terus terlena, Jadi kerajaan hendaklah jujur, supaya kita tidak dipandang hina.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Seri serdang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Seri Serdang mulakan dengan Perbahasan Perbelanjaan Pembangunan dengan Vot P.13, P.K. 2 02102 dan 02104. Saya kira perbelanjaan ini menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu menyelesaikan masalah banjir terutama di Kampung Tradisi. Dua tempat inilah, kampung tradisi yang berada di dalam kawasan bandar. Yang telah lama pun mengalami masalah, menderita masalah banjir. Banjir kilat ataupun banjir tenang. Bahkan pada 2021 yang lepas, kita lihat

kampung ini terkesan teruk dengan banjir besar yang berlaku sehinggakan sampai ke hari ini masih ada lagi kesan trauma.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan Yang Berhormat Pandan Indah di atas keseriusan dan keprihatinan Yang Berhormat sekalian pada isu banjir yang berlaku dalam dua (2) Kampung Tradisi yang berada dalam bandar ini.

Dan juga berkenaan dengan SMG. Seri Serdang melihat SMG satu perkara yang baik. Selagi mana diuruskan dengan baik, dengan tatakelola, tatacara yang baik, harus diteruskan. Tak apa lah ada yang kata ini tokey judi dan sebagainya. Tetapi jika kita serius dan kita ikhlas dalam kita bekerja, insya-Allah saya yakin hasilnya nanti rakyat yang akan mendapat manfaatnya. Teruskan usaha itu dan SMG juga melibatkan kawasan Seri Serdang. Saya mengharapkan SMG ini dapat, mendapatkan faedah kepada rakyat dan juga penduduk di dalam kawasan DUN Seri Serdang terutama kawasan Kampung Tradisi yang berada di dalam bandar ini.

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, (ketawa) speaker.. Yang Berhormat Speaker saya sambung lagi dengan P.14 – muka surat 245 berkenaan dengan Sekolah Rendah Agama, Puchong Utama. Peruntukan adalah sepenuhnya daripada Persekutuan melalui RMK-12 sebanyak RM12 juta. Jadi saya mohon penjelasan daripada kerajaan, kerana mengikut perancangan Jabatan Agama Islam Selangor, projek ini dijadualkan untuk dilaksanakan kerja-kerja awalan pada tahun 2025. Walau bagaimanapun berdasarkan peruntukan Pembangunan P.14 pada tahun 2024, terdapat sebilangan projek yang dianjakkan ke tahun 2025. Oleh itu, besar kemungkinan ia akan boleh dianjak ke RMK-13. Mohon penjelasan terperinci daripada pihak kerajaan memandangkan Sekolah Agama KAFA terkini sangat padat sehingga perlu menyewa tanah JMB untuk menampung hampir 1,000 pelajar dengan hanya 15 kelas dengan penggiliran dua (2) sesi. Penduduk di kawasan itu juga sudah menjangkau hampir 35,000 orang di dalam Taman Puchong Utama Sahaja. Saya harap, perkara ini dapat diberi perhatian oleh jabatan Agama Islam Selangor kerana kawasan ini kawasan yang padat. Kita memerlukan satu tambahan Sekolah Rendah Agama untuk penduduk-penduduk khususnya di kawasan Puchong Utama.

Seterusnya, bagi butiran 0311 – Masjid Lestari Putra. Saya memohon penjelasan berkenaan isu pewartaan tanah bagi pembinaan Masjid Taman Lestari Putra ini, dan bilakah anggaran bahawa masjid ini akan dimulakan proses pembinaannya. Kerana peruntukan sebanyak RM3 juta melalui RMK-12 juga telah ada. Untuk makluman, di kawasan Pinggiran Putra ini terdapat hampir 80,000 orang penduduk. Namun masih lagi tiada masjid yang besar, masjid utama di kawasan ini dan kini solat Jumaat dilaksanakan di masjid di dalam taman berpagar dan surau di bawah pengurusan JMB di pangsapuri Sahaja. Sudah pasti kesesakan jemaah dan trafik luar biasa di kawasan

perumahan berlaku. Sebab itu saya mohon perhatian kepada pihak Kerajaan untuk melihat isu Pembangunan dua(2) perkara ini Sekolah Rendah Agama dan juga Masjid Lestari Putra ini agar disegerakan untuk kemudahan penduduk-penduduk di taman yang berkenaan. Sekian dahulu Yang Berhormat Speaker. Seri Serdang menyokong.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker. Pandamaran ingin mengambil peluang ini untuk membahas perbelanjaan Pembangunan 2024.

Terutama sekali Pandamaran ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah meluluskan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf kolam takungan banjir di Sungai Aur. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh rujuk ke muka surat 238, kod projek P.K. 5-05103. Walau bagaimanapun Pandamaran ingin menyeru supaya Kerajaan Negeri dapat mendalamkan kolam tadahan Taman Bayu tinggi dan kolam tadahan Bandar Bukit Tinggi.

Pandamaran ingin merujuk kepada muka surat 231, kod projek P.K.1-01306. Apakah projek tebatan banjir di Pandamaran, Pelabuhan Klang sambungan. Pandamaran ingin tahu lebih dalam. Selain itu, Pandamaran ingin memohon jasa baik daripada Kerajaan Ngeri supaya dapat menambah pam air di kunci air Jalan Papan. Kunci air Jalan Papan tidak mempunyai pam air dan ini telah menyebabkan kawasan berhampiran sentiasa mengalami banjir kilat apabila hujan lebat dan dalam semasa air pasang. Pandamaran juga ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menaik taraf pam air di kunci air Teluk Gadong memandangkan pam air di kunci air sekarang sudah lama dan kapasitinya tidak sebesar screw pump, dengan izin. Maka Pandamaran harap JPS dapat mengkaji dan menukar pam yang sedia ada kepada screw pump, dengan izin. Pandamaran sangat gembira kerana Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan kepada JPS untuk membina dan menyiapkan 6 kuarters pintu air baharu dan penggantian dua (2) unit kuarters sedia ada sejumlah RM1.87 juta ini boleh rujuk kepada muka surat 241, kod projek P.K. 8-08103. Cuma Pandamaran ingin bertanya, adakah enam (6) kuarters ini termasuk kuarters di kunci air Jalan Papan. Jika tidak, Pandamaran mohon Kerajaan Negeri dapat memberi peruntukan untuk pembinaan kuarters baharu ini.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pandamaran ingin menyentuh Vot P.12 – Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor di muka surat 220, kod projek P.K. 2-02301, Menaik taraf lintasan utama Sungai Satu Pulau Ketam di bawah Projek Kecil di bawah Kampung Baharu Bagan Tersusun Negeri Selangor yang berjumlah RM2.5 juta. Pandamaran amat gembira peruntukan telah diluluskan dan harap ia dapat dibaik pulih secepat mungkin. Jambatan 1, 2. Selain Jambatan tersebut, Pandamaran ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menaik taraf jeti sedia ada di Pulau Ketam. Ini adalah kerana Pulau Ketam sudah menjadi tempat pelancongan yang

terkenal di Malaysia mahupun di luar negara. Ramai pelancong yang akan berkunjung ke Pulau Ketam setiap minggu dan hari cuti. Jeti sekarang sudah tidak dapat menampung pelancong yang begitu ramai. Jika Kerajaan Negeri ingin menjadi tumpuan pelancongan, serta menarik lebih ramai pelancong dari seluruh negara dan luar negara maka jeti perlu diperluaskan kerana ia dapat membawa imej yang positif kepada pelancongan.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin menuju kepada dewan serba guna yang telah dibangkitkan oleh Gombak Setia dan Sentosa. Pandangan Pandamaran adalah, kalau jika dewan itu tidak diguna pakai baik dengan sempurna jadi saya tidak ada masalah untuk majlis menyewakan keluar kepada swasta. Tapi, jika dewan itu diguna penuh, jadi saya harap dewan itu boleh dikekalkan untuk kegunaan orang ramai tanpa di sewakan kepada swasta. Akhir sekali, Pandamaran ingin menyokong Perbelanjaan Pembangunan 2024. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Terima kasih Tuan Speaker. Izinkan saya tumpukan kepada beberapa isu yang dihadapi oleh penduduk DUN Teratai. Untuk pengetahuan semua, Teratai mungkin merupakan salah satu kawasan DUN yang paling kecil di Negeri Selangor. Namun, dengan populasi yang agak padat. Jumlah pengundi adalah lebih kurang 80,000 orang dan penghuni melebihi 100,000 orang. Oleh yang demikian, kita sering berdepan dengan masalah-masalah urban. Antara masalah-masalah ini adalah masalah banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Setakat ini saya dimaklumkan pihak PBT iaitu MPAJ sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah-masalah ini namun satu masalah yang dihadapi oleh mereka adalah kekurangan kewangan dalam pelaksanaan kerja-kerja untuk menangani masalah tersebut.

Saya merujuk pada Vot P.12 mukasurat 219, kod Projek P.K. 1-01001, Membaik pulih Cerun Seluruh Selangor dengan dana yang diperuntukan adalah RM5 juta bagi tahun 2024 bagi seluruh Selangor. Saya amat menyambut baik dengan pembentangan belanjawan tersebut namun, saya rasa ia lebih jauh kurang daripada jumlah yang diperlukan oleh kesemua 12 PBT di Negeri Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, saya ambil contoh bahawa kawasan pentadbiran MPAJ sahaja, setakat bulan Oktober 2023, MPAJ telah pun mengenal pasti sebanyak 116 cerun yang berisiko sangat bahaya dan juga terdapat 47 dalam keadaan bahaya dan juga 193 kurang bahaya. Cerun-cerun ini adalah dalam pemerhatian dan memerlukan kerja-kerja pemasangan Sistem Amaran Awal. Saya bercadang bahawa jumlah yang diperuntukkan dalam kod ini dapat ditambahkan lagi dengan satu jumlah yang lebih tinggi bagi tujuan mengelakkan kejadian tragedi tanah runtuh berlaku dan menyelesaikan masalah ini.

Seterusnya saya merujuk kepada Vot P.13 muka surat 235, kod projek P.K. 2-02400, Pembangunan Sistem Saliran bagi Daerah Hulu Langat dengan dana yang diperuntukkan sejumlah RM 923,500.38 bagi tahun 2024. Tuan Speaker, sebelum saya dipilih sebagai seorang wakil rakyat bagi kawasan Teratai, saya merupakan Ahli Majlis pada MPAJ yang telah berkhidmat di kawasan tersebut sepanjang masa satu setengah tahun. Saya selalu menghadapi aduan banjir kilat di kawasan bukan sahaja zon saya sendiri tetapi banyak tempat di zon DUN teratai, juga bawah kawasan pentadbiran MPAJ. Suka atau tidak, ini adalah masalah klasik yang dihadapi oleh kebanyakan DUN di bawah Selangor ditambah lagi dengan cuaca semasa yang tidak menentu kebelakangan ini. Saya difahamkan sistem perparitan yang sedia ada terlalu sempit dan usang. Monsoon drain dan juga sungai ada keperluan untuk dinaik taraf kan. Saya ambil contoh saya dimaklum bahawa terdapat Projek Pemuliharaan dan menaik taraf di Sungai Seputeh dan anak Sungai Seputeh yang melibatkan kos anggaran keseluruhannya sejumlah RM27 juta oleh JPS. Namun, saya tidak nampak ada sebarang peruntukan yang telah diperuntukkan dalam bajet 2024. Projek ini amat penting bagi menyelesaikan isu-isu banjir di bawah kawasan MPAJ terutamanya di DUN Teratai dan kawasan-kawasan DUN yang berhampiran seperti DUN Pandan Indah dan juga DUN Lembah Jaya. Oleh demikian saya berharap peningkatan bajet bagi tujuan ini dapat dipertimbangkan.

Seterusnya, membaca adalah nafas untuk hidup dan jambatan emas untuk masa depan. Saya merujuk pada Vot P.01 mukasurat 199 dan 200, kod projek P.K. 14, Perpustakaan dengan dana yang dibajetkan sejumlah RM 16,500,000.00 bagi tahun 2024. Saya amat mengalu-alukan bajet terhadap perpustakaan ini sedangkan ia adalah satu langkah yang amat penting untuk kita memupuk minat untuk membaca bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi di semua lapisan rakyat di Negeri Selangor. Saya berpendapat bahawa lebih banyak perpustakaan komuniti yang berskala kecil haruslah dibina dan didirikan. Selain itu, pihak perpustakaan haruslah sentiasa update inventori buku-buku yang sedia ada di perpustakaan untuk menarik lebih ramai peminat membaca buku. Penulis novel terkenal JK Rowling berkata, “jika anda tidak suka membaca, anda belum menemui buku yang tepat”. Walaupun ramai akan terasa pada zaman kini tiada ramai lagi yang berminat untuk membaca buku terutamanya buku fizikal iaitu ataupun buku hardcopy, dengan izin. Tetapi menurut laporan Global Book Sale Statistic, anggaran jumlah jualan buku di seluruh dunia pada tahun 2023 adalah USD 78.07 bilion yang mencatatkan kenaikan 2.53% jika dibandingkan dengan tahun 2022.

Ini menunjukkan orang ramai masih gemar membaca. Belum terlewat kita budayakan amalan membaca pada masa ini. Justeru itu, saya berharap Kerajaan Negeri Selangor boleh bertambah lagi bajet bagi bahagian perpustakaan, dengan ini saya sokong Belanjawan 2024. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Semenyih.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, di atas ruang berbahas dalam usul Pembangunan, 2024. Secara dasarnya Semenyih menyambut baik usaha pembangunan, yang dirancang oleh Kerajaan Negeri pada hari ini. Namun menjadi hasrat dan harapan Semenyih, agar pembangunan yang dirancang kan ini bersifat lebih seimbang, holistik and nobody left behind. Sebagai wakil daripada Semenyih, kami masih lagi terasa Semenyih terpinggir daripada pembangunan di Negeri Selangor. Sebagai budak yang membesar di Damansara Utama, Petaling Jaya, satu masjid, satu sekolah dengan Yang Berhormat EXCO Seri Setia, sangat berbangga dengan pembangunan yang berada di tempat asal kami. Tetapi setelah berada kira-kira 20 tahun di Semenyih, Semenyih rasa terpinggir dan memohon jasa baik pihak Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian yang dekat khususnya berkaitan pembangunan di Semenyih. Saya, insya Allah akan menyentuh empat topik sahaja.

Yang pertama, Alhamdulillah dalam perbahasan kali ini saya melihat ada beberapa perkara yang disebut berkaitan Semenyih. Pertama tentang Vot P. 08 – Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Batangsi dan TKPM Semenyih. Dan yang kedua, sangat-sangat berterima kasih. Kepada Kerajaan Negeri kerana menyentuh soal pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Vot P13 iaitu lah P.K. 1 – Pembangunan Projek Tebatan Banjir. Terima kasih di atas peruntukan Lembangan Sungai Langat khususnya Projek Tebatan Banjir di Sungai Beranang, Kampung Jai, Mukim Beranang dan Projek Tebatan Banjir di Sungai Rinching, Kampung Rinching Hulu, Mukim Hulu Semenyih. Terima kasih sangat-sangat. Namun Semenyih mohon projek ini juga mudah-mudahan meliputi Kampung Sungai Kembung dan Desa Mahkota di sekitar itu. Selain itu P.K. 2 – Pembangunan Sistem Saliran khususnya membina dan menaik taraf saliran. Sekali lagi nampaknya lebih tertumpu di belah kalau Hulu Langat sampai di Kajang dan di Cheras. Namun tidak sampai ke Semenyih, Sekali lagi saya mohon jasa baik di belah Kantan Permai dan Prima Saujana, perlu diberi perhatian serius di atas pembangunan urbanisasi yang sangat kuat pada hari ini. Begitu juga Semenyih memohon agar sistem saliran, khususnya di kawasan perindustrian sekitar Sungai Purun menjadi perhatian pihak JPS dan PBT agar implikasi banjir di Taman Semenyih Indah dapat dielakkan secara efektif dan mudah-mudahan tidak berlaku lagi. P.K. 3 - Pembangunan Lembangan Sungai, Penstabilan dan Pengukuhan Tebing mudah-mudahan ia melibatkan Sungai Semenyih dan Sungai Beranang. Seterusnya berdasarkan Vot P.12 – JKR Selangor. Hulu Langat diberikan beberapa perhatian namun, sekali lagi saya memohon jasa baik perhatian serius Kerajaan Negeri Selangor khususnya di jalan utama Semenyih Beranang selain hasrat pembinaan flyover di Taman Kantan Permai, Prima Saujana juga persimpangan Bandar Seri Putera, Bukit Mahkota. Kasihanilah kami. Seterusnya Vot P.14 – Jabatan Agama Islam Selangor. InsyaAllah tak banyak. P.K. 1 – Sekolah Agama. Baik pulih Sekolah Agama setiap daerah, mohon jasa baik untuk diberi perhatian kepada SRA Kampung Pasir di Hulu Semenyih. Ini dah Hulu dan ini. Dan P.K. 3 – Masjid juga baik pulih masjid mohon perhatian kepada Masjid Pekan Semenyih yang masa musim kempen

nampak PMX turun dan mintalah dapat perhatian Masjid Pekan Semenyih dan juga Masjid Pekan Beranang, masjid yang terakhir sekali sebelum masuk Negeri Sembilan. Dan masa sama terima kasih dan tahniah kepada pihak JAIS atas program-program yang macam hari ini ada webinar penjelasan ajaran dan fahaman penyesatkan ummah, ajaran Sihulk dan Hizbut Tahrir. Saya kira peruntukan-peruntukan lebih banyak dan lebih agresif boleh diberikan untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat tentang penyelewengan-penyelewengan akidah, yang berlaku. Saya kira usaha-usaha untuk memberikan juga kepada pemegang tauliah untuk menerangkan perkara ini ke masjid, surau juga sangat baik. Menyentuh jugalah ideologi-ideologi yang lain yang tersimpang daripada ajaran Islam seperti liberalisme dan sekularisme dan sebagainya.

Dan yang terakhir, berkaitan dengan Vot P.01 – Pejabat Menteri Besar. P.K. 9 – Perbandaran, kemudahan awam PBT. Saya ingin bertanya tentang status Pasar Awam Semenyih yang sekian lama ditinggalkan dah minta peniaga berpindah ke pasar sementara yang sempit, tapi kelihatan Pasar Awam Semenyih, itu masih lagi tidak ada sebarang sentuhan yang positif. Saya yakin dan percaya pihak PBT, MPKj sudah ada perancangan yang tersendiri. Mohon perhatian dan jasa baik pihak Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses tersebut. Kita juga sedia maklum cabaran peniaga-peniaga di pasar-pasar hari ini pun sangat mencabar. Mudah-mudahan dengan infra yang baik dapat memberi galakan dan sokongan kepada peniaga-peniaga kita untuk berniaga dengan baik dan memudahkan masyarakat. Begitu juga usaha untuk menyatukan peniaga-peniaga yang penjaja yang bersepah di tepi-tepi jalan nampak gaya PBT sedang berusaha untuk bersepadu kan mereka di satu tempat. Cuma cadangan saya, sebelum nak disatukan mereka di satu tempat tolong pastikan tempat untuk mereka berniaga secara bersepadu, itu dalam keadaan yang kondusif. Tidaklah akhirnya menjejaskan pendapatan mereka dengan keadaan yang tidak kondusif untuk mereka berniaga.

Akhir sekali saya faham dari sudut pembangunan sekolah dan hospital itu berada di bawah Persekutuan. Namun sekali lagi Semenyih memohon jasa baik, Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian dari sudut hospital. Hospital yang paling dekat adalah Hospital Kajang dan semua sedia maklum kesesakan dan keuzuran yang ada pada hospital tersebut. Mohon jasa baik, paling-paling tidak percepat kan proses pembangunan Klinik Kesihatan yang telah pun diluluskan, agar dapat apa nama disiapkan secepat mungkin. Begitu juga dengan sekolah sebagaimana saya sebut Semenyih semakin pesat pembangunannya, maka penduduknya makin ramai. Namun, dari sudut pembinaan sekolah nampak gaya tidak seimbang. So mohon jasa baik sekali lagi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan perhatian. Saya kira itu sahaja. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Pembangunan yang saya amat bangga menjadi sebahagian daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa satu Usul Pembangunan RM1.2 bilion sepertimana beberapa kali kita buat sedikit perbandingan jauh lebih besar daripada rakan kita di negeri-negeri Perikatan walaupun bajet negeri Terengganu hampir sama dengan bajet negeri Selangor, tetapi bajet pembangunan kita jauh lebih tinggi. Empat perkara saya nak bangkitkan dan selepas itu dua soalan. Perkara yang pertama yang saya nak bangkitkan ialah, perkara Skim Mesra Usia Emas. Saya berterima kasih kepada pihak YAWAS yang memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya dan pejabat saya untuk kita membereskan pendaftaran-pendaftaran yang tertunggak apabila kami mendapat aduan kami dapat penyelesaian dan kerjasama yang cukup pantas dan baik tetapi saya risau kepada penduduk-penduduk Negeri Selangor yang masih menunggu untuk pendaftaran mereka. Mereka yang telah berdaftar untuk baucar hari jadi pada tahun ini selepas beberapa bulan daftar, mereka masih belum mendapat kelulusan dan masih tidak dapat mengutip baucar tersebut. Kita tidak lama lagi daripada hujung tahun ini. Jadi persoalan saya ialah, boleh tak kita ambil staf sementara bagi kita mempercepatkan backlog-backlog yang ada supaya kita dapat selesaikan tahun ini, semua yang mohon tahun ini. Kita upah pekerja sambilan untuk mungkin satu bulan ataupun 3 ke 4 minggu. Saya jangka tak lama kita nak settle kan semua backlog ini kalau kita upah pekerja sambilan yang mencukupi. Dan yang kedua, saya perhatikan bajet untuk tahun depan adalah RM37.5 juta. Saya ingin tanya, adakah pihak Kerajaan yakin amount ini adalah mencukupi untuk tahun hadapan? Saya mendapat tahu ada kekangan bajet tahun ini. Boleh tak EXCO memberi huraian berapa banyak yang telah dibelanjakan tahun ini dan dijangka tahun depan akan meningkat sebab pendaftaran ini semakin naik setiap tahun. Jadi, adakah RM37.5 juta ini cukup? Dan yang ketiga, berkenaan dengan SMUE ialah bagi mereka yang telah daftar tahun ini mungkin daftar bulan Ogos, bulan September yang masih lagi belum dapat kutip baucar bukan kerana mereka malas, tak pergi kutip baucar tetapi sebab pendaftaran mereka belum lulus. Adakah mereka dapat kutip baucar 2023 selepas 15 Disember dan sebab ini bukan salah mereka, mereka telah daftar bulan Ogos, bulan September dan mereka masih tak dapat kutip baucar. Sekarang ramai call pejabat saya setiap hari tanya dah lulus ke belum, dah lulus ke belum sebab kalau awal tahun ini relakslah, bulan Februari, bulan Mac relakslah tahun ini panjang lama lagi. Tetapi sekarang dah sampai penghujung bulan November dan sekejap lagi mungkin tak dapat kutip baucar untuk tahun ini. Jadi boleh tak kita pertimbangkan kalau keputusan tak dapat dibuat dalam penggulungan usul ini, mungkin saya harap Yang Berhormat EXCO Taman Templer boleh bawa satu kertas MMKN dapatkan pertimbangan khas kepada mereka yang telah mohon pendaftaran SMUE tahun ini tetapi masih belum dapat kelulusan mereka, supaya boleh dapat kutip baucar 2023 di samping tahun depan mereka ambil baucar 2024.

Perkara yang kedua ialah berkenaan Skim Ceria. Saya berterima kasih ini diteruskan. Banyak flat memerlukan bantuan untuk menampung penyelenggaraan dan saya ingin

bertanya kepada Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Tanjung Sepat, apakah status perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu penyelenggaraan flat ini ke arah satu daripada perkara dalam manifesto Kerajaan Pakatan Harapan, Barisan Nasional. Manifesto Perpaduan untuk kita buat pilot projek untuk mengambil alih maintenance flat-flat ini. Perkara ini sudah mungkin, dah sampai masanya kita kena bergerak kan dia ke hadapan. Dan adakah sebahagian daripada peruntukan pembangunan peruntukan Skim Ceria akan digunakan untuk tujuan pilot projek tersebut yang kita telah janjikan dalam pilihan raya yang lepas. Yang ketiga, Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Saya berterima kasih, jabatan ini diberi peruntukan pembangunan membuat kajian-kajian tetapi tidak diperincikan apakah kajian-kajian yang bakal dilakukan tahun hadapan dengan peruntukan yang telah diberikan dalam belanjawan ini. Boleh tak EXCO yang bertanggungjawab memberi sedikit huraian apakah sasaran kajian-kajian yang akan, yang bakal dilakukan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dalam bajet pembangunan yang akan datang. Dan saya ingin syorkan dalam kajian-kajian ini, dalam, satu kajian berkenaan jaringan lebuh raya di Negeri Selangor. Kita cukup ambil maklum terdapat unsolicited beat dengan izin, yang ramai kan yang Yang Berhormat Pandan Indah banyak syarikat suka bawa cadangan mereka membina lebuh raya di Selangor. Tetapi alangkah baik jika Kerajaan Negeri Selangor mungkin melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, kita rancang keperluan lebuh raya. Mungkin di tengah tepu bandar, tak perlu lebuh raya tetapi ada mungkin keperluan di Pelabuhan Klang untuk lebuh raya baru, kita buat perancangan. Keperluan lebuh raya, saya daripada Petaling Jaya nak pergi Sekinchan kalau boleh dipendekkan itu lebih happy. Lepas itu lebih ramai orang Petaling Jaya boleh pergi makan seafood di Sekinchan tetapi persoalannya bukan sahaja kita menilai lebuh raya yang datang daripada pencadang projek syarikat swasta, tetapi saya harap PlanMalaysia, Jabatan Perancang Bandar dan Desa boleh membuat kajian dan merancang jaringan lebuh raya yang diperlukan, jaringan laluan kereta api pengangkutan awam yang diperlukan. Dan lepas itu kita jemput semua syarikat-syarikat gergasi yang nak buat projek PPP, Public Private Partnership ini. Kita dah rancang keperluan di mana yang patut dibina, laluan lebuh raya di mana yang patut dibina, laluan kereta api laluan pengangkutan awam mereka datang dan melabur dalam laluan-laluan tersebut yang dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Yang isu keempat ialah tanah-tanah kosong. Tanah kerajaan yang kosong, yang tidak produktif. Kita ada poket-poket land, tanah-tanah kosong seperti di sepanjang reserved TNB, mungkin di ada jajaran jalanraya, yang ada reserved jalan raya yang cukup luas, reserved KTM mungkin dan sebagainya, yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti pertanian. Saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor dalam pembangunan pelbagai sistem IT dalam peruntukan untuk tahun hadapan, mempertimbangkan untuk membangunkan satu sistem, untuk mempamerkan the avaibility dengan izin, tanah-tanah yang boleh disewa. Tanah-tanah yang boleh disewa melalui TOL, yang boleh digunakan. Tapi tak boleh guna terus, kena sewa dulu. Kerajaan Negeri perlu hasil tersebut. Jangan pergi ceroboh terus tetapi adakan satu sistem. Jadi pengusaha, petani di Negeri Selangor boleh rujuk kepada sistem ini

dan boleh mohon dengan senang tanah-tanah yang ada. Mungkin tanah 1 ekar ke 5 ekar supaya mereka boleh memanfaatkan tanah-tanah kosong ini, yang kalau tidak mungkin tidak membawa hasil. Sistem sedia ada pengusaha kena cari, mana tanah yang kosong lepas itu dia kena semak, tanah ini boleh sewa ke tak boleh sewa. Siapa yang dapat kebenaran itu, prosesnya payah dan panjang dan mungkin tak memaksimumkan pulangan kepada Kerajaan Negeri. Saya harap Kerajaan Negeri boleh menimbang perkara ini. 2 soalan yang saya ada ialah P.K. 19 dalam P. 01 – Pelbagai. Ada RM78 juta. So saya kira amount yang besar. Saya ingin mohon mungkin sedikit penjelasan apa rancangan perbelanjaan dalam kategori pelbagai ini. Dan yang kedua. P.K. 6 juga dalam P.01 – Kebajikan Masyarakat. Juga satu amount yang besar boleh diperincikan rancangan untuk menggunakan budget-budget tersebut. Sekian sahaja perbahasan saya, saya menyokong usul pembangunan ini.

Speaker

Sementa

Terima Kasih Tuan Speaker. Saya turut bersama-sama membahaskan perbelanjaan pembangunan. Perkara yang pertama saya rujuk P.K.2 iaitu Luar Bandar – Naik taraf dan baik pulih. Sekadar untuk maklumat kita bersama, pada tanggal 18 September, 18 November, pada minggu lepas telah berlaku satu kemalangan apabila saudara kita, telah menaiki motor dan terjatuh, lalu treler datang berlaku accident dan kepalanya pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ini nak membayangkan kepada kita keperluan untuk pihak yang bertanggungjawab, untuk peka kepada jalan-jalan yang ada di negeri kita. Khususnya jalan-jalan di luar bandar. Maka sebab itu saya mohon perhatian supaya kawasan-kawasan baru di luar, bandar diberikan keutamaan. Berkaitan dengan jalan-jalan yang perlu dinaik taraf, termasuklah jalan-jalan di Kampung Sungai Pinang, jalan-jalan di Kebun Baru di Kampung Perepat, Jalan di Lapis 4 – Lapis 8 di Kampung Sementa termasuk juga jalan-jalan yang telah diberikan izin lalu oleh penduduk setempat, supaya ia dapat diselenggarakan oleh pihak yang berwajib. Kerana berlaku kes di Kampung Sungai Pinang, apabila agensi saling tolak-menolak untuk menaik taraf jalan tersebut, termasuk juga dengan lampu-lampu jalan.

Perkara yang kedua Tuan Speaker, iaitu P.K.5 berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan pada hari ini cukup mencabar. Apabila saya dihubungi beberapa sekolah menengah untuk diberikan bantuan modul motivasi kepada anak-anak remaja kita, kerana fenomena yang berlaku pada hari ini ialah bagaimana anak-anak kita telah terbuka dan seolah tidak ada halangan di sana untuk mereka melakukan seksual antara mereka. Dan ini cabaran kita bersama sebenarnya, yang maka sebab itu kita harapkan perkara ini dapat diberikan perhatian khususnya dengan kerjasama ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan juga pemimpin. Perkara yang ketiga merujuk P.K.7 – Generasi Muda Dan Sukan. Menaiktaraf membina baru infra sukan, kod 07002. Yang mana di Kampung Sementa terdapat satu Kompleks Rakan Muda Klang, yang mana kompleks rakan muda ini telah ditutup bermula 12 haribulan 3 tahun 2020. Makna dia, dah hampir 3 tahun Kompleks Rakan Muda ini tidak digunakan, dan saya

telah difahamkan telah mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan peruntukan sebanyak RM3,531,828.00, akan tetapi menaiktarafan ini tidak dapat dilakukan kerana berlaku mendapan tanah yang ada di situ. Dan saya ingin dapat makluman, bilakah kerja-kerja pemulihan ini dimulakan? Kita memahami di sana ada halangan, mendapan, tetapi tiada jawapan tetapi bila boleh dimulakan baik pulih bangunan tersebut. Sebab telah ditutup sejak tahun 2020. Perkara yang keempat, merujuk kepada P.K.7 dan P.K.15 berkaitan Sukan dan Warisan. Yang mana kita tahu permainan gasing merupakan permainan warisan budaya kita dan saya mohon supaya stadium ataupun dewan gelanggang gasing yang ada di Bukit Kapar, dapat dinaiktaraf kerana mereka ada pertandingan di peringkat liga. Dan baru-baru ini, mereka pergi ke Pahang, untuk bertanding dan dapat piala di sana. Dan bila mereka kembali ke gelanggang mereka di Bukit Kapar tersebut, kita melihat untuk penonton tiada bumbung terpaksa menonton dengan berdiri dan sebagainya. Mungkin harap Yang Berhormat EXCO yang berkenaan dapat memberikan perhatian. Dan seterusnya P.K.12 berkaitan dengan Alam Sekitar ya. Kita di Selangor ini hari demi hari kita dapat berita tentang pencemaran berlaku di mana-mana. Kalau kita ambil contoh di DUN Sementa khususnya, adanya tapak pembuangan sampah dan kita tak dapat jawapan yang tuntas bagaimana sampah setinggi 20 kaki dapat dibersihkan. Akhirnya, kemudiannya, sisa-sisa minyak tak tahu di mana di buang Kampung Kapar, sehinggakan Yang Berhormat Menteri terpaksa turun ke Kampung Kapar. Pembuangan cecair di parit sehinggakan pencemaran bau dan sebagainya, dan perkara ini kita tak boleh biarkan berterusan. Maka sebab itu tiba persoalan berapa ramai kah kakitangan Jabatan Alam Sekitar, yang ada pada hari ini? Yang saya difahamkan tidak ramai. Apakah di sana tiada langkah-langkah untuk menambahkan bilangan kakitangan alam sekitar kita? Dan sejauh mana penguatkuasaan dibuat dan juga program-program kesedaran yang dilakukan kepada masyarakat, yang ada di luar sana? Perkara yang seterusnya, berkaitan dengan Vot P.14– Jabatan Agama Islam Selangor berkaitan P.K.3 Kod 03302 Masjid Jamek Cina Muslim Klang. Satu idea yang baik. Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Cumanya pertanyaan saya ialah, bila Masjid tersebut boleh disiapkan termasuk juga dengan kod 03303 Masjid Al-Ehsan Kampung Tok Muda. Bila masjid ini akan disiapkan? Dan kita mengharapkan masjid-masjid di Selangor ini masjid yang mesra kepada orang awam ya. Makna kita dengar baru-baru ini masjid madat di Kedah adanya playground di situ, kolam renangnya, memanah dan seumpamanya yang menggamit orang ramai untuk datang ke masjid dan kita nak masjid kita pun begitu juga. Dan yang terakhir sekali, persoalan ialah bilakah jawapan soalan bertulis yang belum dapat boleh diterima oleh ADUN-ADUN? Terima Kasih.

Speaker

Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalammualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya terus pergi kepada belanjawan pembangunan Pejabat Menteri Besar muka surat 198, pada butiran pendidikan berkenaan dengan projek bantuan

sekolah. Situ kita lihat, jumlah pembahagian untuk sekolah sebanyak RM26.5 juta dan dibahagikan kepada 6 jenis sekolah. Daripada 6 jenis sekolah ada 189, daripada 989 sekolah agama rakyat, ada 457 dengan jumlah RM10 Juta. Sekolah jenis kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ada 113 buah dengan peruntukan yang disalurkan RM6 juta. Sekolah Menengah Persendirian Cina ada 4 buah sekolah sahaja, dengan peruntukan yang disalurkan RM2 Juta. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 98 buah sekolah, dengan peruntukan RM5 Juta. Sekolah Mubaligh dan sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dengan peruntukan 29 buah dengan RM1 Juta. Dan yang terakhirnya Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sebanyak 288 buah peruntukan RM1.5 Juta. Apa yang ingin Sungai Panjang timbulkan bahawa di sini perlu ada semakan semula kerana Yang Amat Berhormat Sungai Tua, Menteri Besar menyatakan negeri ini adalah baladhan amina, negeri yang aman. Maka negeri yang aman memerlukan antaranya ciri-ciri negeri tersebut adalah adil. Adil maksudnya bukan sama rata, bukan sebagaimana yang difahami golongan-golongan liberal, adil itu dibahagi sama rata tapi adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saya bagi contoh, kalau satu persatuan itu ada 1,000 ahli, ada 500 ahli contoh. Dan kita bagi sumbangan RM1,000. Jumlah banyak, tetapi bila dibahagikan 2 ringgit sahaja. Berbeza dengan satu persatuan yang hanya ada 4 ahli sahaja, pengerusi, bendahari dan AJK tapi diberikan sebanyak peruntukan RM100, mereka mendapat RM25. Apakah ada semakan semula tentang pembahagian kepada bantuan-bantuan sekolah ini atau masih kekal begitu sahaja, dan tinggallah dia menjadi cerita-cerita dongeng, menjanjikan untuk kebaikan-kebaikan masyarakat.

(Dewan riuh)

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat, sebab itu kita kata, jangan menimbulkan kekeliruan di dalam Dewan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya teruskan, okay. Setiap kali saya cakap kena ganggu je. Minggu lepas pun kena juga.

Speaker

Dia bukan, jangan timbulkan kekeliruan. Jangan mencetuskan suasana yang tidak harmoni.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Cuma saya bertanya apakah perlu ada semakan semula. Yang kedua, apakah pembangunan contohnya, pada Sekolah Menengah Persendirian ini sebanyak RM2 juta yang dibahagi kepada 4 buah sekolah. Satu sekolah RM500, 000.00 , setengah juta. Apakah ada pembangunan yang dibuat dengan pada RM500 juta? Dan perlukah diaudit RM500 juta ini nak tahu apa? Okay. Saya terus kepada Pejabat Menteri Besar. Selesai Pejabat Menteri Besar saya pergi ke perpustakaan.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang. Pandamaran Berdiri.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Menteri Besar saya pergi kepada Perpustakaan.

Speaker

Pandamaran Berdiri.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tidak benarkan. Tidak benarkan. Sedikit sahaja lagi. Minta maaf Pandamaran. Perpustakaan. Takut berulang kembali. Tidak sempat habis saya cakap. Hari itu tidak sempat tanya Sekinchan. Saya beruntunglah sebab Sabak Bernam ini, ada dua (2) EXCO iaitu Sekinchan dan Sungai Air Tawar. Mudah-mudahan maju lagi daerah Sabak Bernam.

Baik. Perpustakaan muka surat 200, Perpustakaan bergerak berjumlah RM350,000.00. Jadi pertanyaan, adakah ada lagi penambahan dan adakah, dibuat secara berkala Perpustakaan Bergerak ini di kawasan desa-desa ataupun kampung? Kerana benda yang paling bernilai dalam hidup kita adalah kebenaran. Dan, kebenaran itu melalui cahaya ilmu. Ilmu ini tidak perlu kita dapatkan dengan cara yang sukar. Kerana “Al Ilmu Yu'ta Wala Ya'ti”. Ilmu itu kita kena datang, tetapi nak access perpustakaan itu di peringkat-peringkat kampung dan desa agak jauh. Selesai.

Dan kemudian pergi ke Pejabat Pertanian. Muka surat 210, berkenaan dengan pembangunan tanaman padi iaitu peningkatan hasil padi. Apakah perancangan pembangunan Jabatan Pertanian bagi Peningkatan hasil padi dan kita tahu bahawa padai di Selangor ini diselia, dikawal selia oleh Barat Laut. Tidak sepenuhnya pada Pertanian. Sebab Pertanian banyak bidang dan ruangnya. Yang fokus pada padi adalah IADA Barat Laut, dan ia berkaitan dengan yang seterusnya pemeliharaan dan pemulihan tanah sawah. Apakah peruntukan RM300, 000.00 itu hanya untuk Jabatan Pertanian sahaja, atau juga kepada IADA Barat Laut? Kerana kalau bila kita bicara tentang padi mesti yang sudah tentunya yang banyak beri peranan adalah IADA Barat Laut. Jadi dilihat di situ, tiada peruntukan yang khusus untuk IADA bidang pertanian dan juga untuk LUAS menjaga sungai.

Dan seterusnya, Jabatan Kerja Raya. Jabatan Kerja Raya muka surat 226 berkenaan membina jalan daerah Sabak Bernam, tiada ada peruntukan untuk membina jalan. Adakah sudah tiada jalan yang hendak dibina di Sabak Bernam? Keduanya, berkenaan tentang menaik taraf jalan DUN Sungai Panjang. Menaik taraf jalan B44, DUN Sungai Panjang dan Jalan Persimpangan Kuala Selangor- Teluk Intan – Sabak Bernam ke Parit 4 Timur. Pertama saya mengucapkan terima kasih Jurutera Daerah Sabak Bernam, Tuan Ir. Mohamad Shahrizan. Yang ketika awalnya datang ke daerah Sabak Bernam, dia tengok inilah benda yang kena dibetulkan. Sebab banyak berlaku kemalangan di situ, bila mana tidak nampak laluan daripada jalan utama untuk orang melintas. Terima kasih. Pertanyaannya adalah, bilakan projek ini akan dilaksanakan? Dan jangka masa projek tersebut? Kerana akan melibatkan laluan orang ramai. Di situ adalah laluan utama, laluan hendak ke MRSM lalu situ, ke kawasan pelancongan

kelip-kelip di situ, ke kawasan pelancongan burung enggang di situ, kawasan pelancoangan buaya di situ.

Yang Berhormat, mohon laluan Yang Berhormat.

Speaker

Meru, Meru minta laluan Yang Berhormat.

Nak tanya Yang Berhormat

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya.

Speaker

Beri laluan atau tidak?

1 minit sahaja. 1 minit sahaja. Setengah minit sahaja. Adakah Yang Berhormat telah mengenal pasti itu Jalan Persekutuan ataupun Jalan Negeri? Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Boleh ulang balik tak?

Adakah Yang Berhormat Sungai Panjang sudah mengenal pasti bahawa jalan tersebut adalah jalan Persekutuan ataupun jalan JKR Negeri? Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dah lulus. Sudah ada projek RM43 Juta, cuma saya hendak tanya bila pelaksanaannya?

Speaker

Sebenarnya kalau jalan itu adalah Jalan Persekutuan maka ia tidak di bawah bajet pada hari ini kerana Usul Pembangunan ini adalah untuk

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

JKR Negeri.

Speaker

Penyelenggaraan jalan-jalan negeri sahaja.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Jalan Negeri, telah lulus RM43 Juta.

Speaker

Saya mohon dekatkan dengan Usul ini iaitu Pembangunan Penyelenggaraan Jalan Negeri.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya sama. Seterusnya berkenaan Jabatan Pengairan dan Saliran. Pembangunan Infrastruktur dan Mekanikal dan Elektrikal. Pemodenan dan menaik taraf sistem hidro mekanikal kawalan pintu air berjumlah RM2 Juta. Ini peruntukan yang banyak, saya melihat dan ia memerlukan keutamaan kepada yang kita hendak utamakan, dahulu kerana pihak-pihak berkaitan

yang kita katakan Pembangunan Pengairan dan Saliran ini daripada Sawah Sempadan sampai ke Sabak Bernam sejauh 374.87 kilometer Palong panjangnya. Yang mana jangka hayat Palong ini 25 tahun tetapi telah berusia 40 tahun. Jadi, apakah ini termasuk kita kata dalam pembangunan yang dimaksudkan?

Seterusnya, infrastruktur bangunan kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran RM3 Juta. Terima kasih juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri,dan kita melihat tapak itu yang berada betul-betul di pekan Sungai Besar. Yang memang sudah lama, dan menjadi tempat atau kita kata port mat pet lah! mudahnya dan juga anjing-anjing liar berkeliaran di situ. Jadi terima kasih, mudah-mudahan dengan itu memudahkan urusan petani-petani dan juga memudahkan urusan-urusan orang ramai berkenaan dengan membuat aduan ataupun berkenaan, dengan kunci-kunci sistem pengairan air yang ada di situ, termasuk jenis-jenis kunci air, CSO, check, DEC yang berjumlah ratusan jenis kunci air khususnya Sungai Panjang, dan umumnya di daerah Sabak Bernam.

Seterusnya Jabatan Agama Islam. Muka surat 246, iaitu berkenaan Sekolah Agama dan merujuk kepada Sekolah Agama Pasir Panjang berjumlah RM10 juta. Pertanyaannya, bilakah ? tarikh jangka pelaksanaan pembangunan Ini? kerana dimaklumkan bahawa pembangunan ini telah diluluskan dan janganlah kerana DUN Sungai Panjang ini diwakili oleh ADN Pembangkang, maka projek-projek pembangunan itu di anak tiri kan, kerana selepas sahaja kemenangan, telah ada suara-suara khususnya diperingkat MPKK, dia siap buat WhatsApp status “Morning Selangor. Alhamdulillah Selangor masih di bawah Kerajaan Perpaduan. Lepas ini Pengerusi MPKK, tugas korang untuk membuat pemutihan, pengundi yang tidak menyokong Kerajaan Negeri Selangor. Tidak memerlukan bantuan lagi, kerana mereka sudah senang, tidak perlu dibantu. Dan lebih afdal bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Selangor hanya diberikan kepada penyokong yang memerlukan”. Ini lah mentaliti ketua-ketua kampung, lantikan politik yang berada di kampung-kampung secara real nya. Belum banyak lagi Ahli Majlis yang menganggu sekolah-sekolah dengan mencari pelbagai alasan-alasan. Maka diharap projek-projek yang telah ada, di kawasan-kawasan DUN Pembangkang dapat disegerakan, dan tidak di anak tiri kan. Akhirnya, sebagai mengakhiri Perbahasan Pembangunan pada petang ini, ada yang hendak mencelah ke Sekinchan? Tiada.

Sungai Panjang, pagi ini. Masih pagi.

Dah alang-alang Sungai Panjang tanya, saya boleh mencelah juga Sungai Panjang. Kota Damansara, Kota Damansara.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Seri Serdang. Kota Damansara.

Sebab kalau setakat Kota Damansara ambil WhatsApp status secara peribadi, saya ingat banyak je pun facebook-facebook, pimpinan-pimpinan dari PN sendiri pun akhirnya apabila orang buat laporan polis, akhirnya jawapan paling akaun saya di hack. So, sama juga benda menjadi macam tu. Setakat pandangan-pandang peribadi ini, saya ingat tidak payah bawa ke dalam Dewan lah. Sebab nanti karang at the end bila buka satu persatu at the end, ia menjadi hack . Itu biasa. Contohnya, paling contoh Setiausaha PAS Negeri Selangor. Okay dah.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sudah ya? Terima kasih Damansara. Kota Damansara, Kota Damansara. Bersimpati dengan kejadian terbakar di Uptown Damansara, owner pun tidak turun dan dia kata dan peniaga-peniaga pun ramai merungut di situ. Berkenaan peribadi, ya. Itu terpulang tapi saya nak kata ini adalah mentaliti bila tidak di cari ilmu. Gitulah fahaman. Samalah yang berlaku di luar sana. Baik, saya akhiri dengan serangkap pantun. Pantun ini, satu minit ini. Pantun ini, satu minit ini.

Speaker

Yang Berhormat teruskan.

(Dewan riuh)

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ada seminit, dua minit lagi.

Tuan Speaker kalau bagi Ketua Pembangkang, BBC mencelah sekali lagi ini sudah cukup. Jadi saya bagi ruang.

Speaker

Yang Berhormat Kuang ini, nak bahas ke nak minta penjelasan daripada Sungai Panjang ke macam mana? Sebab ini adalah pentas Sungai Panjang. Jadi Sungai Panjang, panjang lagi?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tinggal pantun sahaja.

Speaker

Pantun? Teruskan. Teruskan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Lepas pantun habislah. Selepas ini kita rehat.

Speaker

Sila teruskan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Okay.

Lama bukan bererti kebal, Lama-lama akan menjadi tepu,

Bicaralah guna ilmu dan akal, Supaya tidak dilihat merapu.

Mohon izin pantun akhir;

Lawas garing tidak diampihik Beranai hajak kadak berolehan Terima kasih Ulun padahik Kawak juga Ulun bersurahan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh kita sambung petang perbahasan?

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, nak memulakan perbahasan boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya pohon perbahasan ini ditangguhkan jam 2.30 petang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat sekalian. Jam sudah menunjukkan jam 1.00 petang, jadi saya tangguhkan Sidang Dewan ini ke jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera. Kita mulakan sesi petang ini dengan pembahasan daripada Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker yang memberikan ruang kepada saya untuk menyertai perbahasan. Usul pembangunan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Pertama sekali, saya ingin mengambil pendirian yang telah saya tegaskan sebelum ini bahawa belanja pembangunan yang diletakkan pada 47.4% itu adalah satu peratusan yang baik. Tetapi saya percaya peratusan ini boleh diperbaiki di masa-masa akan datang. Supaya jumlah peruntukan pembangunan itu dapat dipertingkatkan, bersesuaian dengan tuntutan semasa supaya pembangunan di Negeri Selangor akan berjalan dengan lancar dan juga dapat memenuhi permintaan setiap daerah dan kawasan-kawasan seperti yang kita dengar perbahasan termasuk daripada blog backbenchers. Saya juga telah menarik perhatian bahawa belanjawan pada kali ini akan mencatatkan defesit sebanyak RM330 juta. Ini bermakna hasil yang akan yang bakal dikutip oleh kerajaan negeri pada tahun hadapan jauh lebih rendah daripada perbelanjaan yang telah dicadangkan. Namun seperti yang telah saya kongsi di dalam Dewan ini belanja defesit ini insya-Allah dapat kita beralih kepada belanja berimbang sekiranya kita dapat memperkukuhkan budaya kerja, yang cekap bagi mengutip hasil dan juga amalan perbelanjaan berkhemah dan menutup sebarang ruang pembaziran dan ketirisan di dalam perbelanjaan.

Tuan Speaker, jumlah belanjawan RM2.3 bilion yang dicadangkan ini, satu jumlah yang pastinya untuk keperluan pembangunan di Negeri Selangor. Termasuk belanja mengurus dan juga belanja pembangunan. Namun yang saya ingin menarik perhatian Dewan pada petang ini ialah 76% daripada belanja pembangunan yang dicadangkan iaitu RM1.2 bilion ini, diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kebimbangan saya ialah apabila pemusatan belanja ini diletakkan di dalam satu jabatan iaitu Pejabat Menteri Besar, ada kemungkinan ianya akan mendedahkan kepada masalah ketirisan, salah guna kuasa dan juga ada kemungkinan kita compromise dari prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam perbelanjaan. Kerana hampir 80% iaitu RM906 juta diletakkan di bawah satu jabatan. Sebab itu saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius di atas teguran dan juga, dapatan yang telah dibuat oleh Ketua Audit Negara. Kita lihat pada hari pertama Sidang Dewan Negeri, begitu tebal dokumen yang telah disiapkan oleh Ketua Audit Negara bagi setiap jabatan dan agensi, termasuk Kerajaan Negeri tentang cara-cara perbelanjaan yang telah berlaku pada tahun yang lalu. Apa maknanya dokumen ini dibentangkan dan diletakkan di atas meja kita sekiranya, Kerajaan Negeri tidak memberikan perhatian serius di atas teguran-teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara. Untuk memastikan tatacara perbelanjaan dan juga prosedur kewangan dipatuhi dan tidak akan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa di mana semasa yang akan datang. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan di atas peruntukan yang begitu besar yang telah diberikan kepada Pejabat Menteri Besar seperti juga yang telah dibangkitkan oleh Bukit Gasing sebentar tadi. Sebagai contoh ada satu butiran pelbagai jumlahnya RM78.5 juta tidak ada butiran, tidak ada perincian diberikan, tetapi jumlah yang ini yang dibuatkan secara umum, pastinya menuntut Dewan ini untuk mengetahui apakah

butiran-butiran yang terdapat di dalam perkara ini, supaya kita ingin ketahui bagaimana RM78 juta ini akan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Apakah maksud perbelanjaan ini? Kalau kita merujuk Tuan Speaker kepada Memorandum Perbendaharaan mengenai Anggaran Perbelanjaan Tanggungan Tahun 2023. Saya ingin menyatakan di sini benar, ini kita bincang dan bahaskan ketika peringkat belanja mengurus, tetapi yang saya ingin bertanya apakah oleh kerana diletakkan secara umum RM78 juta? Apakah ini butiran ini juga, bagi tujuan bayaran penyelesaian luar mahkamah ke pada Puncak Niaga Holding Berhad berjumlah RM45 juta? Kerana di dalam perbahasan kita sepanjang beberapa hari ini, tidak disebut bagaimana jumlah yang besar ini akan dibayar oleh Kerajaan Negeri. Walaupun saya tahu mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, ingin saya bacakan di sini Undang-undang Tubuh Negeri, berkenaan dan Arahan Perbendaharaan15 Peruntukan Tambahan kepada perbelanjaan tanggungan ianya tidak perlu tidak memerlukan kelulusan Dewan Negeri. Saya memahami kerana ini juga di bawah perbelanjaan tanggungan mendapat kelulusan Dewan Negeri. Tetapi dokumen yang dibentangkan dalam Dewan Negeri ini, Tuan Speaker dengan jelas menyatakan dalam para kedua Dewan. Adalah diminta meluluskan peruntukan tambahan perbelanjaan tanggungan berjumlah RM45 juta bagi membiayai perbelanjaan tanggungan iaitu penyelesaian luar mahkamah kepada Puncak Niaga Holding Berhad bernilai RM45 juta. Maka sekali lagi peruntukan RM78 juta yang diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar, di bawah butiran umum ataupun pelbagai ini. Apakah ianya juga meliputi usaha-usaha melakukan kajian-kajian. Supaya dokumen yang dibentangkan di dalam Dewan ini memenuhi syarat-syarat dan kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, dan juga peraturan-peraturan dan tatacara kewangan. Kalau saya telah nyatakan tadi kalau mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan juga Arahan Perbendaharaan 15 dengan jelas menyatakan perbelanjaan tanggungan tidak perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Negeri Selangor tetapi dokumen yang dibentangkan menyatakan sebaliknya, di mana kita perlu mendapatkan kelulusan Dewan Negeri bagi pembayaran sejumlah RM45 juta. Maka saya ingin bertanya jumlah RM78 juta yang diperuntukkan di bawah butiran pelbagai ini, harus diperincikan. Apakah pembayaran ini untuk maksud-maksud tertentu ataupun ianya untuk membuat pembayaran yang saya nyatakan tadi? Saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini, tentang perkara di bawah butiran kebajikan masyarakat.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Mencelah. Terima kasih bagi laluan. Saya kejar kepada Pejabat Speaker untuk pinjam Belanjawan 2016. Di bawah P01 PK19 Am RM79 juta zaman Hulu Kelang Menteri Besar. Saya bertanya betul, Hulu Kelang pun buat sama.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak membawa perkara ini mengata itu kesalahan. Saya hanya bertanya apakah perincian? Itu perkara yang berbeza Bukit Gasing. Sebenarnya saya mendukung apa yang di bawa oleh Bukit Gasing. Ia butiran itu diletakkan di bawah butiran pelbagai, tetapi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memberikan penjelasan, Apakah perinciannya? Apakah salah

sebagai Ahli Dewan Negeri untuk saya bertanya? Saya meletakkan andaian apakah pelbagai ini juga meliputi kajian-kajian yang perlu dilakukan. Kalau itulah pembayaran yang perlu dibuat saya cadankan supaya ada kajian yang dibuat supaya dokumen yang dibentangkan dalam Dewan ini memenuhi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan juga Tatacara Kewangan, seperti Arahan Perbendaharaan. Kerana saya dapati ada perkara yang telah tidak menepati Arahan Perbendaharaan dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri. Itu sahaja Yang berhormat Bukit Gasing, saya kira saya telah berlaku adil, saya tidak membawa sebarang tuduhan, saya sekadar ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Saya juga, ia saya tanya dengan cara yang tertib bangun minta laluan, bukan macam Pelabuhan Klang. Dalam peraturan mesyuarat tidak boleh WhatsApp ya, kecuali kita pinda peraturan mesyuarat, jadi Tuan Speaker kita dah Tubuh Jawatankuasa Pindaan Peraturan-peraturan Tetap, elok Pelabuhan Klang duduk dalam Jawatankuasa tersebut, bagi pihak Kerajaan supaya kita masuk satu klausa pertanyaan dibuat secara WhatsApp. Jadi kita tak payah hadir dalam Sidang kita main WhatsApp ok. Terima kasih Pelabuhan Klang.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan tentang satu jumlah, yang begitu besar di bawah Pejabat Menteri Besar iaitu Kebajikan Masyarakat berjumlah RM114 juta, tetapi sekali lagi saya ingin bertanya butirannya apa? Ini senada dengan Bukit Gasing tidak selalu kami senada tetapi dalam konteks tatacara perbelanjaan yang berhemah dan bertanggungjawab, saya ingin mendapat penjelasan kerana ianya terlalu umum Kebajikan Masyarakat. Apakah bentuk kebajikan? Apakah bentuk pemberian? apakah bentuk program? Yang ini Kerajaan Negeri bertanggungjawab memberikan penjelasan yang detail kerana belanja itu terlalu besar untuk tempoh satu tahun.

Tuan Speaker saya membangkitkan soal pembayaran terhadap Puncak Niaga Holding ini walaupun sebenarnya dibahaskan di bawah belanja mengurus kerana ianya adalah satu pembayaran di luar jangkaan tetapi Tuan Speaker, ianya ada kaitan dengan pembangunan. Mengapa saya tegaskan perkara ini, ialah sekiranya Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian ini di luar mahkamah. Dengan membayar sejumlah RM45 juta, kepada Puncak Niaga Holding atas alasan-alasan tertentu. Persoalannya, apakah Kerajaan Negeri telah meletakkan syarat-syarat yang ketat? Kerana saya bimbang apabila Puncak Niaga Holding mendapat sejumlah RM45 juta daripada Kerajaan Negeri tetapi banyak projek-projek yang tidak dapat disiapkan oleh Puncak Niaga Holding. Salah satu perkara yang saya bangkitkan dalam perbincangan sebelum ini ialah pembangunan rangkaian paip pembetungan, di Jalan Enggang bermula daripada Jalan Jelatik sehinggalah Jalan AU5D. Yang mengambil masa lebih 9 tahun sehingga hari ini tidak dapat disiapkan. Saya telah bangkitkan perkara ini. Yang ini ada kaitan dengan pembangunan Tuan Speaker. Saya tidak mahu dalam Kerajaan membayar RM45 juta kepada Puncak Niaga Holding, dia mendapat tunai yang begitu besar, tetapi ada projek-projek. Yang tidak disiapkan yang telah menimbulkan banyak masalah kepada rakyat, termasuk kepada Kerajaan Negeri yang terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyiapkan projek-

projek ini . Walaupun ini adalah projek Persekutuan, tapi saya percaya dengan perkembangan yang terbaru yang ingin saya nyatakan dalam Dewan ini, iaitu tentang projek yang sama pembinaan rangkaian paip pembetungan atau disebut projek D44. Tuan Speaker, pada 15 November yang lalu, iaitu hanya lebih kurang seminggu yang lepas. Saya kira ketika itu kita sedang hangat berbahas dalam Dewan tentang projek ini tiba-tiba Puncak Niaga Construction Berhad, telah mengeluarkan notis penamatan kontrak kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Dan di dalam notis itu yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga Construction Berhad, menyatakan dengan notis ini, maka kontrak di antara kerajaan Malaysia dan Puncak Niaga Contruction Berhad, ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, pada 15 November 2023. Dan disebut juga dalam notis yang sama bahawa kerja-kerja penyerahan tapak projek akan berlaku dua minggu daripada 15 November, iaitu pada 29 November ini. Sekali lagi ingin saya tegaskan kalau inilah berlaku, Puncak Niaga dapat RM45 juta daripada Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama tamatkan kontrak beliau dengan Kerajaan Persekutuan. Maka projek ini akan terbengkalai, setelah sembilan tahun projek ini tidak dapat disiapkan, sekarang telah pun ditamatkan pada 15 November yang lalu. Maka apakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja-kerja ini diteruskan ataupun diselenggarakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk-penduduk di Hulu Kelang khususnya di AU2.

Untuk makluman Tuan Speaker, terdapat sembilan shaft, yang dibina sepanjang sembilan tahun, lubang-lubang, manhole yang begitu besar yang belum lagi disiapkan, dan kalau sudah ditamatkan, apa akan jadi kepada shaft-shatf yang masih lagi terbuka dan terdedah kepada keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk-penduduk di AU2 dan Hulu Kelang? Apakah ini tidak akan membebankan Kerajaan Negeri, untuk menyediakan sejumlah peruntukan tambahan, pembangunan untuk memastikan kalau tidak pun diteruskan rangkaian paip pembetungan ini sekurang-kurangnya, saya percaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan dibebankan dengan tanggungjawab untuk menyelenggara shaft-shaft yang terbuka, ini ditutup, diturap, di selenggara dengan baik agar pengguna jalan raya tidak terdedah kepada isu-isu keselamatan dan juga kesejahteraan penduduk. Maka ianya ada kaitan dengan isu peruntukan pembangunan yang kita bincangkan pada petang ini. Maka saya nak tegaskan sekali lagi sementara Kerajaan Negeri telah mengambil pendirian, untuk membayar sejumlah RM45 juta. Saya kira Kerajaan Negeri ada hak untuk menentukan syarat-syarat tertentu supaya projek yang sedang dimajukan oleh Puncak Niaga Construction Berhad ini mesti diteruskan dan disempurnakan untuk menjamin kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor.

Saya juga ingin membawa perhatian Dewan Yang Mulia ini, kepada butiran ekonomi yang juga meletakkan satu jumlah yang besar iaitu RM49 juta. Saya berharap Kerajaan Negeri juga dapat membantu Ahli-Ahli Dewan Negeri untuk memberikan penjelasan, kerana ada butiran penyelidikan pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan, Inisiatif Smart Selangor. Saya percaya semua inisiatif dan ikhtiar ini

adalah untuk meletakkan Selangor kekal sebagai hab pelaburan dan perdagangan bukan saja di negara ini, tetapi Insha Allah di rantau ini. Tetapi persoalan yang kita bincang panjang dalam tempoh dua minggu ini, apakah sektor-sektor yang telah dikenal pasti dalam national investment aspiration ini? Dapat disambut baik oleh Kerajaan Negeri, termasuk usaha-usaha untuk memastikan SME ataupun PMKS di kalangan syarikat-syarikat tempatan di Negeri Selangor. Ini diberikan keupayaan dukungan dan sokongan supaya, syarikat-syarikat ini dapat segera beralih, kepada automasi dan juga modernisation dan juga robotic supaya mereka benar-benar bersiap sedia untuk di terima dalam rangkaian bekalan syarikat-syarikat gergasi yang telah menunjukkan minat untuk melabur di Negeri Selangor. Saya bimbang, sekiranya kita tidak menyiapkan, syarikat-syarikat di dalam negeri kita sendiri, pelabur-pelabur ini tidak mungkin akan meneruskan pelaburan mereka, kerana apa maknanya mereka meletakkan jumlah pelaburan yang begitu besar, kalau kita tidak dapat mencipta nilai ataupun kualiti pelaburan yang baik bagi mereka dan juga bagi syarikat-syarikat tempatan. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya mahu syarikat-syarikat ini juga mendapat peluang-peluang, supaya mereka menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan dan dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan, yang berpendapatan tinggi dan berkualiti untuk anak-anak Negeri Selangor dan mereka yang berada di Negeri Selangor. Maka, jumlah RM49 juta ini apakah mencukupi untuk memastikan usaha pembangunan sektor ekonomi. Ini dapat diteruskan dan dapat mencapai matlamat yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri.

Saya juga ingin menyentuh tentang satu lagi perkara di dalam vot Pejabat Menteri Besar yang agak besar ini iaitu Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor. Skim Jaminan Air Mentah Selangor telah pun di bincang dan dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO Pandan Indah. Namun yang ingin saya bangkitkan pada petang ini ialah mengenai cadangan pembangunan tiga kolam di bawah Skim Jaminan Air Mentah ini, yang menelan kos, hampir RM300 juta. Dan saya ingin bertanya, siapakah kontraktor yang mendapat projek-projek ini? dan status kemajuan projek ini? Kerana maklum balas yang saya terima daripada tiga kolam yang dicadangkan, satu daripada tiga ini berada dalam keadaan yang sakit, dan mungkin tidak dapat disiapkan mengikut jadual dan peruntukan yang disediakan yang di cadangkan yang di anggarkan bagi tahun 2024 iaitu RM100 juta, apakah peruntukan ini dapat dibelanjakan dalam tempoh setahun akan datang.

Kerana saya percaya, projek-projek ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh 12 bulan. Ia mungkin mengambil masa dua ataupun tiga tahun dalam perancangan kewangan biasanya, kita tidak meletakkan kesemua kos projek itu dalam tempoh setahun. Kerana kita mengambil maklum projek-projek ini, boleh dan akan di siap dalam tempoh yang panjang, maka peruntukan yang di cadang dan dianggarkan itu mestilah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan perbelanjaan, bagi tahun yang berkenaan sahaja.

Saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini tentang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Saya lihat sejumlah RM34 juta dianggarkan bagi butiran masjid. Perkara yang ingin saya bangkitkan pada petang ini adalah tentang satu permohonan, yang telah dikemukakan kepada JAIS iaitu pembangunan kompleks Islam (Al-Islah) ataupun Kiai di AU2 Hulu Kelang. Pihak pengurusan surau Al-Islah telah mengemukakan permohonan ini sekian lama, saya kira mungkin empat atau lima tahun yang lalu. Untuk membangunkan sebuah kompleks Islam, bukan sahaja masjid untuk keperluan umat Islam di AU2. Tetapi juga satu kompleks yang dapat menempatkan sekolah agama dan juga kompleks perumahan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan ini.

Namun sehingga hari ini, belum ada satu maklum balas yang positif. Ketika saya berada di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, saya telah membantu untuk menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja awal, sejumlah RM1 juta telah pun disalurkan namun pembangunan ini bernilai agak besar dan saya berharap, Kerajaan Negeri dapat menimbangkan kerana masjid yang terdekat dengan kawasan AU2 ini adalah masjid Al-Ansar. Walaupun tidak begitu jauh, tetapi kerana kesesakan trafik dan pergerakan yang semakin rumit pada hari ini, tidak memungkinkan ianya dapat menyediakan satu kemudahan yang selesa bagi umat Islam di kawasan yang berkenaan. Jadi saya berharap, Yang Berhormat yang berkenaan dapat menimbangkan permohonan ini supaya kompleks ini dapat dimulakan pembangunan mengikut fasa fasa yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin merujuk kepada peruntukan tentang kajian-kajian, yang, telah disenaraikan. Saya kira selain daripada pembangunan jabatan-jabatan yang telah disenaraikan, di bawah peruntukan menteri besar juga, mungkin ada kajian untuk pembangunan Dewan Negeri Selangor. Saya percaya pembangunan Dewan Negeri ini baik tetapi ada keperluan-keperluan tambahan. Walaupun ini di dalam belanja mengurus, tetapi dalam konteks pembangunan sebuah Dewan yang dapat mencatatkan prestasi yang lebih baik supaya mewujudkan dan menyuburkan demokrasi di dalam Negeri Selangor.

Saya kira salah satu perkara, yang diberikan perhatian ialah tentang pelapor-pelapor Dewan. Saya dapat makluman bahawa pelapor-pelapor Dewan hari ini terdiri daripada wakil-wakil, pegawai daripada jabatan-jabatan dan agensi yang berkenaan. Amat sukar kalau pelapor Dewan itu diambil dan dikutip daripada jabatan dan agensi. Kita patutnya ada satu kumpulan pelapor Dewan yang bersedia, untuk melaporkan proceedings Dewan Negeri Selangor. Ketika saya berada di kerusi sebelah sana, saya telah menerima permohonan yang sama daripada Timbalan Speaker dan saya pernah meluluskan sebanyak sepuluh pelapor Dewan dibuat secara kontrak. Dan ini boleh dilakukan kerana kita bukan bersidang sepanjang hari, sepanjang bulan, tetapi untuk sesi-sesi penting, sesi belanjawan dan juga sesi pembukaan Sidang. Peranan pelapor Dewan ini penting, jadi maka kita bincang soal pembangunan Dewan Negeri. Maka ianya dapat membantu Dewan Negeri Selangor, ini mewujudkan suasana yang lebih

kondusif dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri.

Jadi Tuan Speaker, itulah yang dapat saya sampaikan pada petang ini. Saya berharap perkara-perkara yang telah dibangkitkan ini dapat diberikan perhatian, kerana saya juga melihat pembangunan di Negeri Selangor ini penting kerana kita mahu Selangor kekal sebagai penyumbang utama, kepada KDNK negara Malaysia. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya persilakan Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker membenarkan saya untuk membahas pada petang ini. Tuan Speaker, saya rujuk kepada kod PK.8 muka surat 198, butiran berkenaan kerajaan prihatin. Saya berterima kasih akan keprihatinan terhadap pembangunan masyarakat India oleh Kerajaan Negeri. Tetapi soalan saya, apakah perancangan kerajaan bagi melaksanakan projek ini dengan jumlah RM300 ribu sahaja. Saya mohon peruntukan ini ditambahkan kerana saya berpendapat ia tidak mencukupi untuk melaksanakan apa-apa kebaikan kepada masyarakat B40 di keseluruhan Selangor. Ini kerana banyak pendekatan yang perlu kita buat dalam pembangunan masyarakat India adalah secara sistematik. Dengan izin, kita perlukan for wellfare of the most vulnerable kedua to improve educational and skill dan ketiga reskilling or upgrading the programme. So ini ada penting Tuan Timbalan Speaker untuk menambahkan peruntukan untuk kita melihat bagaimana kita boleh membangunkan masyarakat B40 ini.

Isu kedua adalah berkenaan dengan kod projek PK.1 01300 Lembangan Sungai Klang, muka surat 232. Dan juga saya rujuk bersama dengan kod 05102 pembinaan menaik taraf kolam takungan daerah Klang. Saya mendapati tiada penyataan berkenaan dengan peruntukan Projek Tebatan Banjir di sekeliling Sri Muda, tetapi saya difahamkan bahawa ada tebatan banjir di Sri Muda yang telah pun diluluskan sebelum ini. So, soalan saya adakah tebatan banjir di Sri Muda telah tidak dimasukkan kerana ianya telah siap. Sekiranya diselesaikan dan saya mohon supaya berikan saya butiran apakah status projek tebatan di Sri Muda.

Isu kedua adalah bagi penduduk di kawasan Indah Residence dan Damai Residence, Taman Bukit Kemuning dan juga Bukit Naga. Di mana saya mendapati penyelenggaraan tidak dibuat dan sering menyebabkan banjir di kawasan-kawasan ini. Saya juga pohon supaya Kerajaan Negeri mengagihkan peruntukan yang secukupnya atau sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini di mana setiap kali hujan, kawasan ini selalu banjir dan ini menyebabkan penduduk selalu keperitan berikutan dengan banjir ini.

Dan isu ketiga adalah berkenaan dengan menaik taraf kod PK.2, muka surat 235, kod 0237 berkenaan dengan menaik taraf sistem saliran di Batu 7 dan Batu 8, di Bukit Kemuning. Di mana sebanyak RM15 juta telah pun diperuntukkan, tetapi pada masa yang sama saya difahamkan bahawa RM15 juta ini tidak dapat dijalankan, projek ini tidak dapat dijalankan kerana di dapati ada isu utiliti di bawah tanah. Ini menyebabkan kos untuk pengagihan utiliti sendiri telah memakan lebih kurang RM15 juta. Saya minta Kerajaan Negeri untuk mencari satu penyelesaian bagaimana kita boleh menyelesaikan isu ini. Kerana ini isu perparitan ini telah kian lama tidak dapat diselesaikan sepanjang Jalan Batu 8 dan Batu 7 di Kota Kemuning.

Dan isu keempat Tuan Speaker adalah kod muka surat 220, PK.2 02301, ini berkenaan dengan pembinaan jambatan. Saya mendapati tiada peruntukan untuk jambatan di Kota Kemuning. Seperti saya bahas sebelum ini, bahawa Kota Kemuning merupakan satu tempat di mana trafik nya di dalam dan dikategorikan sebagai F. So saya dapat tahu daripada Yang Berhormat EXCO telah menjawab bahawa tindakan diambil dengan perbincangan bersama dengan developer dan juga kerajaan, bagaimana mencari penyelesaian pembinaan jambatan ini ataupun flyover ini.

So, saya nak tanya, adakah kita boleh menetapkan satu masa bila kita boleh menjalankan ataupun mencari penyelesaian bagi isu ini. Kerana bukan sekarang isu ini telah pun banyak dibangkitkan di dewan ini sebelum ini. Dan masih sampai hari ini kita masih dapati tiada solusi bagi isu trafik di Kota Kemuning. Kerana kita tak mencukupi akses yang banyak untuk masuk ke kawasan Kota Kemuning. Kita hanya adalah satu akses di mana adalah melalui kesas. Ini menyebabkan trafik memang teruk di kawasan Kota Kemuning khusus nya di sekitar persiaran. Saya minta Yang Berhormat Kerajaan Negeri untuk meneliti dan mencari penyelesaian secara alternatif seperti penggunaan intelligent traffic system, maybe kita boleh letakkan sesuatu peruntukan bagi mereka untuk menyelesaikan pada jangka masa yang pendek ini.

Dan isu terakhir saya adalah muka surat 197, kod PK.4 di mana 04008. Ini adalah program pembangunan minda rakyat di mana RM8.5 juta telah pun dikhaskan untuk pembangunan ini. Saya pohon kalau boleh di bawah pembangunan program pembangunan ini, juga menfokuskan bagaimana kita boleh meningkatkan kualiti pemikiran rakyat yang kita selalu supaya mereka selalu menjamin kepelbagaian dan perpaduan kita. Pada masa yang sama, awareness berkenaan dengan cyber crime yang masih banyak pada masa ini dan juga memberi perhatian kepada child abuse kempen ini.

Bagaimana kita boleh memberikan informasi dan kempen bagi mereka untuk mendapat tahu apakah isu-isu yang perlu diselesaikan. Dan saya setuju juga salah, di samping program-program ini, seperti mana dicadangkan oleh Sabak, di mana kita perlu memberi perhatian bagaimana kita boleh menyemaikan disiplin bagi anak-anak muda kita di mana seperti mana dinyatakan oleh rakan saya di Sabak, Japan bukan sahaja mereka lihat balik kepada padang, padahal selepas sesuatu permainan

mereka akan membersihkan seluruh kawasan stadium tersebut. Ini adalah nilai-nilai yang perlu kita menyemaikan kepada anak-anak muda kita.

Pada masa yang sama, saya juga ingin quote titah Yang Duli Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di mana tuanku titah baru-baru ini. Beliau titah, saya merasa negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang saya pernah disebutkan dahulu iaitu virus perpecahan. Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci mencaci, menabur fitnah dan memecahkan perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri.

Di samping itu saya juga ingin berdiri bersama dengan CJ kita atau ketua hakim kita, di mana kita dapat lihat pada masa ini sesetengah pihak cuba menghasut dan mengelirukan rakyat berkenaan dengan kes-kes di mahkamah tanpa mengetahui pengetahuan sendiri, kita panggil dalam legal you dont have a personal knowledge terhadap kausa tindakan tersebut. Setiap tindakan mempunyai kausa tindakan dia, so if you dont know, please dont talk about it.

Seterusnya, di mana saya mengulangi kenyataan, sebagai peguam dan juga saya berdiri bersama dengan jusdiciary kita, di mana beliau berkata ketua hakim mahkamah persekutuan berkata banyak pihak yang membicara mengenai kes di luar mahkamah, kenyataan yang dibuat adalah mengelirukan. Kami ingin mengingatkan semua pihak supaya menegak prinsip undang-undang dan tidak memainkan isu bersifat menghasut orang ramai. Dengan ini, saya menyaran dan memohon semua Ahli Dewan Negeri Selangor, tak kira dari kerajaan dan juga pembangkang untuk menghormati perlembagaan kita dan juga sistem kehakiman kita yang merupakan satu sistem yang bebas. It’s independent dan memainkan peranan penting yang memainkan peranan penting sebagai guardian of our constitution. Dengan itu Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong perbelanjaan pembangunan ini.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Seterusnya, Meru.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, saya ingin merujuk kepada P.1 Pejabat Menteri Besar di bawah objek PK.5 Pendidikan. Di mana di bawah kod 05005 pembangunan pendidikan masyarakat india sebanyak RM2,150,000.00 diperuntukkan.

Tuan Timbalan Speaker, di DUN Meru ada dua buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist, Jalan Kapar di Pekan Kapar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di ladang Vallambrosa di mana daripada hasil saya pada di jemputan-jemputan turun di majlis-majlis, program mereka adakan, saya mendapati bahawa sekolah ini berkeadaan dengan yang sangat daif. Oleh itu, saya mohon supaya dari peruntukan ini ada diperuntukkan

untuk membaik pulih infrastruktur dan prasarana sekolah ini. Yang saya sebut tadi yang agak daif supaya pelajar-pelajar khususnya kebanyakannya di kalangan pelajar B40 dapat belajar dengan selesa supaya kita lebih adil dalam memberikan pendidikan untuk semua kaum.

Seterusnya saya merujuk kepada PK.10 pelancongan kod 10001. Tuan Timbalan Speaker, sini saya mencadangkan sebab tidak dibincangkan lagi, saya boleh mencadangkan supaya rumah-rumah kampung tradisi yang masih ada yang masih kukuh iaitu rumah-rumah kampung tradisi Melayu dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Di Meru sebuah kampung namanya Kampung Budiman, di mana saya telah melihat dalam satu kumpulan, satu lorong itu rumah kampung tradisi yang masih kukuh di mana keadaan yang sangat bersih, landskapnya sangat cantik, kemungkinan saya menjemput EXCO Pelancongan dan termasuk EXCO Desa sekali Yang Berhormat EXCO supaya turun ke Meru ke Kampung Budiman untuk kita melihat dan kita boleh naik taraf kawasan ini seperti mana kalau kita tengok di Melaka, Kampung Morten di Melaka, dinaik taraf kampung tersebut menjadi tarikan pelancong. Dan sebenarnya bukan saja kampung-kampung tradisi, bangunan-bangunan yang lama yang masih kukuh pun kita boleh naik taraf untuk menjadikan tarikan pelancong.

Tuan Speaker, seterusnya iaitu di bawah P.12 Jabatan Kerja Raya di bawah kod 01003 iaitu menaik taraf jalan di seluruh Selangor. Tuan Speaker, saya ingin sentuh tentang selenggaraan jalan. Oleh kerana musim hujan, banyak jalan-jalan mula berlubang. Sepertimana perbahasan saya di awal, di mana di kawasan DUN Meru ini, kebanyakan jalan adalah di bawah jalan-jalan utama kampung adalah di bawah jalan JKR Negeri. Ia juga menambahkan lagi jalan tersebut berlubang di mana kenderaan-kenderaan berat yang berat muatan yang lebih daripada 5 tan lalu di jalan-jalan kampung.

Jadi saya mencadangkan pemantauan yang efektif daripada Jabatan Kerja Raya supaya sentiasa melihat jalan ini jangan tunggu lebih lama di mana bila berlaku lagi hujan lebat, jalan itu akan bertambah lagi lubang. Sebab itu baru-baru, sebentar tadi saya turun bersama dengan Menteri Kerja Raya di DUN Meru, tetapi keadaan ini berlaku kemalangan berlaku tiga hari yang lepas, jalan persekutuan. Namun oleh kerana Menteri Kerja Raya turun di DUN Meru, saya terpaksa turun untuk menyambut ataupun memberikan kerjasama dan maklumat kepada Yang Berhormat Menteri. Di mana semalam berlaku, tiga hari yang lepas berlaku kemalangan jalan raya oleh kerana jalan berlubang yang tidak di selenggara menjadi kemalangan maut. Walaupun ini jalan persekutuan, tapi ia juga berlaku di dua tempat lagi kemalangan berlaku di Jalan Khamis satu iaitu ada satu lagi jalan yang di hadapan Top Glove. Jadi ini sangat serius perlu diberi perhatian, sebab itu saya ingin mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ataupun task force di peringkat JKR daerah yang mana ramai daripada Ahli-ahli Dewan Negeri yang memberi pandangan tentang penambahan ataupun pelantikan staf pegawai-pegawai tambahan sama ada di peringkat kontrak

dan sebagainya untuk menjadikan perkhidmatan ini lebih efektif terutama berkaitan dengan selenggaraan jalan.

Sebab itu saya ingin mencadangkan disebabkan kita sudah menjadi smart state ataupun negeri pintar Smart Selangor, jadi kita boleh saja untuk membangunkan satu aplikasi contoh smart infra supaya aduan itu dapat disampaikan terus daripada penduduk atau rakyat kepada JKR sendiri, itu cadangan kedua. Hal ini memang sangat penting, ini sebab pengguna jalan raya semakin bertambah dan saya harap dapat diberi perhatian sepenuhnya.

Kedua ialah selenggaraan longkang. Longkang-longkang dan saliran terutama bukan JPS ye iaitu JKR. Di mana kita dimaklumkan oleh pihak Yang Berhormat EXCO, iaitu selenggaraan longkang tiga kali setahun. Saya mencadangkan supaya selenggaraan longkang ini ditambah jadualnya ataupun perlu di selenggara sekiranya ada keperluan di mana jangan sampai menunggu ada pokok dah tumbuh di dalam longkang tersebut sehingga air tidak dapat mengalir dengan baik dengan lancar sehingga menyebabkan banjir kilat. Saya ingin merujuk P13 Jabatan Pengairan dan Saliran dan ini samalah dengan pandangan saya longkang JKR dan juga Saliran JPS.

Seterusnya saya merujuk P14 iaitu Jabatan Agama Islam di Selangor. Tuan Timbalan Speaker di awal perbahasan saya juga saya telah mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian tentang keperluan mendirikan sekolah rendah agama di kawasan-kawasan tertentu sekiranya penduduk telah bertambah. Contohnya di Taman Sungai Kapar Indah. Penduduk telah kepadatan penduduk telah mencecah lebih dari tujuh ribu sedangkan di sana hanya ada kelas KAFA saja yang tidak dapat menampung pelajar lebih ramai. Jadi oleh kerana KAFA ini perlu membayar yuran sedangkan kebanyakan penduduk adalah di kalangan B40 yang tak mampu membayar yuran sehingga masyarakat di sana tidak dapat menghantar anak untuk ke sekolah agama. Sekiranya nak hantar anak ke sekolah rendah agama terpaksa hantar di Pekan Meru yang mengambil masa hampir setengah jam ya ataupun 20 minit menghantar anak ke Sekolah Rendah Agama di pekan Meru. Saya harap dapat diberi perhatian supaya Taman Sungai Kapar Indah ini dapat dibina sekolah rendah agama di sana sebenarnya permohonan telah ada tapak pun telah ada. Jadi dia harap supaya ada tindakan selepas ini.

Seterusnya di bawah Vot01 Pejabat Timbalan Menteri Besar juga tapi di bawah PK18 bawah Kod Projek 18003, 18007. Sebelum ini yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Taman Templer dalam jawapan beliau menyatakan terdapat empat insentif yang disediakan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban penjagaan-penjagaan dan pendidikan anak-anak. Kesemua insentif yang tersebut oleh Yang Berhormat EXCO ini apabila saya teliti keseluruhannya peruntukkan berjumlah 8.6juta. Saya mengucapkan tahniah, syabas kepada Kerajaan Negeri kerana angka ini adalah angka yang agak besar menunjukkan keprihatinan dan perhatian serius yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada

golongan kanak-kanak. Insentif ini termasuklah Insentif 100 Hari Mama Kerja. 100 hari setelah kita ambil alih kerajaan semula dan Program-Program Mama Kerja yang saya difahamkan mendapatkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu-ibu muda. Bagi memperluaskan insentif ini saya turut menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri untuk memberikan geran kepada majikan yang menyediakan taska di tempat kerja dengan sasaran dua taska dan dua tadika di setiap daerah. Perancangan ini sememangnya selari dengan Rancangan Selangor Pertama. Maka saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri membangunkan projek rintis di mana Jawatankuasa Wanita Majlis Bandaraya Shah Alam sedang merangka Bandar Mesra Wanita yang sebelum ini saya pengerusikan Jawatankuasa Wanita tersebut di mana ada di situ cadangan untuk taska setiap di setiap tempat kerja terutamanya di sektor industri yang mana ada ibu-ibu yang perlu bekerja di sebelah malam dan perlu ada taska supaya ibu-ibu ini boleh membawa anak semasa bekerja walaupun shift malam. Jadi ini boleh meringan bebanan ibu tersebut.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat ringkaskan ya, Yang Berhormat.

Last sekali.

Ekonomi penjagaan. Tuan Speaker sebelum ini di dalam Pembentangan Belanjaan Negeri, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah memperuntukkan sejumlah 1juta untuk Ekonomi Penjagaan. Saya ingin bertanya adakah ekonomi penjagaan berada di bawah mana-mana kod projek? Tak ada dinyatakan di sini dalam buku ini. Jika ya, saya ingin mengesyorkan agar ekonomi penjagaan dinyatakan sebagai satu kod projek berasingan kerana apabila saya meneliti jawapan dan ucapan penggulungan Yang Berhormat EXCO, Ekonomi Penjagaan merupakan sektor yang kritikal terutama berkaitan golongan sasar seperti kanak-kanak, warga emas, OKU dan penjaga. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong usul pembangunan ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Saya silakan Yang Berhormat Taman Medan. Yang Berhormat Taman Medan silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan kita pada petang ini untuk membangkitkan beberapa perkara dan juga cadangan yang ingin saya sampaikan kepada Kerajaan Negeri. Saya merujuk kepada PK101003 Inisiatif Smart Selangor. Saya hargai apabila dalam tempoh hampir tiga bulan saya menjadi ADN di Taman Medan, saya melihat ada banyak program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, termasuk dari segi kebajikan dan sebagainya dan kita juga sepanjang tempoh sidang Dewan ini kita berbahas tentang e-wallet, tentang INSAN dan pelbagai inisiatif yang mana melibatkan komponen digital. Suka untuk saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri mungkin sudah tiba masanya Kerajaan Negeri memikirkan untuk kita mewujudkan Smart ID atau digital ID untuk semua rakyat

Negeri Selangor supaya dengan adanya Smart ID ini, dia tidaklah menggantikan kad pengenalan tetapi kita tahu ini orang Selangor dan mereka ini akan terus dapat maklumat apa saja program-program atau inisiatif-inisiatif yang mereka layak untuk dapat. Kerana dengan advancement atau dengan kemajuan data dan juga sains yang ada pada hari ini saya yakin digitalisasi pengenalan ID untuk rakyat Selangor ini kita boleh laksanakan. Dan ini mungkin tidak akan memakan belanja yang besar kerana sebahagian platform itu sudah sedia ada. Dan kita pun seperti yang kita tahu kita ada homegrown company kita sendiri daripada Kerajaan Negeri yang mungkin boleh take out this kind of initiative. Maknanya selepas ini rakyat Selangor ini, semua dah ada dia punya identiti sendiri. Jadi dengan smart ID ini kita boleh tahu dia ni layak terima ISS atau tidak. Dia ni keluarga dia berapa orang penduduk. Sebab kalau Kerajaan Negeri boleh share data tentang pengundi dengan wave pay sebelum ini tanpa perlu ada PDPA dan sebagainya. Maka untuk kita wujudkan digital ID. Ini sepatutnya boleh kita ambil sebagai satu benda yang positif dengan cara itu tidak lagi timbul isu bahawa ada rakyat kita yang tidak mendapat bantuan. Ada rakyat kita tidak dapat manfaat daripada program Kerajaan Negeri. Jadi saya mohon EXCO dan Kerajaan Negeri mempertimbangkan supaya kita wujudkan Smart ID. Ini atau digital ID ni untuk rakyat Selangor supaya ia dapat meningkatkan kecekapan dan efficiency program kita dan ianya menjadi satu pengurusan data base yang lebih baik untuk rakyat Negeri Selangor.

Seterusnya PK2 tentang 02001. Saya ingin memberi sedikit pandangan kepada Kerajaan Negeri, hasil daripada pengalaman saya selama hampir dua penggal menjadi EXCO Pertanian sebelum ini di Pulau Pinang, mungkin boleh dilihat di Negeri Selangor, pertama kita kena kenal pasti dulu apa kekuatan Negeri Selangor. Saya mengikuti rapat perbincangan tentang mewujudkan Pelabuhan Tuna di Negeri Selangor. Saya, sejujurnya saya tidak nampak ada masa hadapan yang cerah untuk buat tuna di Negeri Selangor. Bukan kerana Selangor ini tidak mampu tetapi dari segi geografinya, nak bawa ikan tuna ke Negeri Selangor ini jauh. Sebab pengalaman saya di Pulau Pinang nak bawa dia daripada Indian Ocean ke Pulau Pinang, tu pun dah cukup jauh. Jadi kalau nak bawa sampai ke Sabak Bernam, jauh. Dalam Selat Melaka tak ada Ikan Tuna. Ikan Keli tu belakang rumah YB Sekinchan ada. Jadi, pada saya mungkin perlu diubah daripada memberi fokus kepada tuna lihat kepada industri-industri hiliran dan juga industri perikanan yang lain. Sebagai contoh, kita berhadapan dengan situasi hakisan pantai yang dahsyat. 52% daripada kawasan pantai, pesisir pantai kita berhadapan, dengan hakisan. Seharusnya Selangor menjadi champion kepada usaha mewujudkan Industri Akuakultur. Melihat akuakultur ini sebagai satu zon baru, mewujudkan Zon Industri Akuakultur di Negeri Selangor supaya ianya bukan hanya dapat membantu kita meningkatkan sekuriti makanan. Tetapi masa yang sama projek mega seperti ini seharusnya boleh membantu kita untuk menyelesaikan masalah hakisan dan juga menjadi mitigasi kepada banjir yang sering kita hadapi di beberapa kawasan daerah di Negeri Selangor. Kerana perkara ini saya rasa pernah dibuat dan dibuat pun di negara-negara yang lain sebagai contoh di Taiwan tetapi ianya haruslah datang sekali dengan kajian yang menyeluruh

feasibility study termasuk AIA study supaya industri ini dibangunkan di Negeri Selangor. Dan saya rasa Selangor ada kekuatan itu. Daripada kita sebuk nak tangkap Ikan Tuna bawa ke sini lebih baik kita bela ikan tu di sini dan menggunakan pelabuhan kita menggunakan airport kita untuk eksport produk-produk, ini ke luar selain menjamin sekuriti makanan rakyat kita di Negeri Selangor. Ini pandangan saya, kalau boleh dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Untuk perkara PK3, 03001 tentang Dana Usahawan Mikro Selangor, yang ini berkaitan dengan majoriti terutamanya usahawan-usahawan wanita di Taman Medan. Mereka ini ramainya Home based yang mana mereka melaksanakan aktiviti di rumah. Bila saya berjumpa dengan sebahagian masyarakat saya di Taman Medan yang membuatkan usaha-usaha produk dan juga pelbagai services perkhidmatan yang mereka beri. Antara perkara yang mereka maklumkan mereka masih lagi tidak begitu terdedah kepada bantuan-bantuan dan juga geran-geran dan pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya mohon mungkin ada satu program khusus daripada EXCO Usahawan. Kalau nak ajak saya pun boleh, tak ajak saya pun tak apa. Tapi yang penting orang Taman Medan, dapat tahu tentang program-program seperti ini terutamanya di kalangan wanita di Taman Medan, kerana ramai dan sebahagian mereka itu saya rasakan mereka, tak terdedah mungkin kerana maklumat tak sampai. Jadi kalau maklumat sampai kepada mereka saya yakin mereka juga akan take up dan ambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan dan geran-geran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Keduanya perkara 03002 tentang Promosi Usahawan. Yang ini pandangan sayalah untuk usahawan-usahawan di Negeri Selangor mungkin dipertimbangkan kerana ketika saya mempromosikan usahawan tani, daripada Pulau Pinang dahulu antara polisi yang saya buat adalah semua urusan promosi. Tidak dibuat dalam negeri sendiri. Maksudnya apa-apa program-program promosi dalam Negeri Selangor tu tak dibuat di Negeri Selangor. Maknanya belanjawan itu dibelanjakan untuk dibawa usahawan-usahawan ini ke Singapura. Kerana apa? Bila kita buat begitu mereka akan dapat pulangan tiga kali ganda dengan exchange rate yang ada sekarang lebih tinggi. Jadi sebab pada saya simple, usahawan kita ni patutnya diajar untuk jadi mandiri, kalau dalam negeri sendiri pun kita nak kena spoon feed nak bagi lagi peruntukkan untuk mereka promosi, dalam Negeri Selangor atau dalam daerah-daerah Selangor, saya rasa they are not entrepreneur enough. Sepatutnya peruntukkan kita adalah untuk bawa produk Negeri Selangor keluar daripada Negeri Selangor. Apa yang saya pernah lakukan dahulu ketika di Pulau Pinang kita jadikan Carnival Made In Penang tapi buat di Singapura, buat di Sabah, buat di Sarawak. Yang mana saya yakin orang luar daripada Negeri Selangor. Juga nak produk Selangor. Jadi daripada duit promosi usahawan ini kita buat program dalam Selangor, duit ni bukan saya nak suruh EXCO pergi berjalan, saya suruh usahawan pergi berjalan. Bawa usahawan kita pergi keluar tapi kalau EXCO macam tak berapa faham boleh ajak saya untuk bawa. Saya tunjuk macam mana nak buat. Kalau faham-faham. Ya. Jadi tujuan dia kerana apa? Kerana kita nak beritahu, kita kena beritahu usahawan kita. Dalam Selangor promote sendiri. You tinggal dalam Selangor, anda tinggal dalam Selangor, anda cari sendiri market dalam

Negeri Selangor. Tapi untuk luar Negeri Selangor kita akan bantu. Kerana benda ini saya rasa sangat menguntungkan untuk usahawan dan selalunya mereka berhadapan dengan masalah bila mereka nak keluar sebagai contoh ke Singapura. Kos dari segi pengangkutan, kos logistik itu sangat tinggi. Jadi sebab itu bila kerajaan pump in dana untuk bantu usaha seperti ini insha-Allah, produk ini akan dapat pasaran yang sangat baik di negara seperti Singapura dan juga negeri-negeri lain seperti Sabah dan juga Sarawak.

Seterusnya perkara PK4 04001, yakni perkhidmatan masyarakat. Saya nak beri pandangan dan juga cadangan kepada Kerajaan Negeri. Kita tahu sebahagian besar masyarakat kita hari ini is a aging population dan sebahagian daripada age population kita ini berhadapan dengan situasi yang mana mereka menjadi bed ridden atau hilang keupayaan. Atau sebahagian daripada keluarga-keluarga ini mereka mendapat anak-anak yang hilang upaya, contoh. Jadi mereka ini ada carer, ada penjaga. Saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat kepada bagaimana kita dapat membantu keluarga-keluarga B40, yang berhadapan dengan situasi ini iaitu dengan memberikan khidmat yang dipanggil mobileness yang mana tujuan dia kita berikan perkhidmatan ini kepada keluarga B40 supaya penjaga itu ada sedikit masa untuk diri mereka. Maksudnya begini kalau penjaga tu jaga sepanjang hari satu hari eh, seminggu tujuh hari dia sorang jaga, kita wujudkan mobileness ini supaya mungkin separuh hari di take up oleh mobileness ini untuk datang ke rumah dan jaga supaya penjaga ini tadi ada sedikit masa untuk diri dia sendiri. This is about mental health penjaga itu.

Pertama mungkin dia perlu ada urusan keluarga, dia ada urusan yang perlu dia lakukan jadi kalau Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk lakukan ini, saya rasa this will go a long way. Perkhidmatan seperti ini ada dalam pasaran tetapi untuk mereka yang berkemampuan. Untuk keluarga B40 tiada. Majoriti daripada kalau kita ziarah, saya percaya ramai wakil rakyat di sini ziarah rumah orang-orang yang sakit ini kalau kita tanya sama ada isteri dia jaga, anak perempuan dia jaga jarang sekali lah anak lelaki. Anak lelaki itu selalu last. Selalunya isteri dulu, anak perempuan dulu berhenti kerja dan jaga. Tetapi mereka ini keluarga B40. Mereka tiada kemampuan untuk nak dapatkan khidmat nurse untuk bantu jaga. Dengan adanya mobileness ini bukan hanya mereka boleh bantu untuk jaga mungkin 3 jam ke 4 jam tetapi masa yang sama juga mereka boleh datang dan ajar apa dia cara-cara, untuk jaga dengan betul. Sebagai contoh hendak pakai ripple mattress macam mana nak ganti rayles tube macam mana nak bagi feeding dan benda ini saya rasa kalau kita dapat wujudkan bukan hanya ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu untuk rakyat Negeri Selangor tetapi masa yang sama ia juga dapat membantu keluarga B40 kita terutama dari segi mental health penjaga itu dan juga memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat kita yang berhadapan dengan kehilangupayaan ini. Ini cadangan saya. Untuk perkara PK 5...

Speaker

Yang Berhormat jaga masa.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Oh jaga masa.

Speaker

Kena ingat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya cuba laju.

Speaker

Sekarang pukul tiga..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

05004 yang ini berkenaan dengan TVET. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri. Saya faham keperluan kita untuk mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Saya ingin mencadangkan supaya semua agensi Kerajaan Negeri, yang terlibat dalam dengan usaha TVET ini untuk melihat bagi memulakan program di sekolah-sekolah yang terpilih. Bermakna seawal tingkatan 4, pelajar-pelajar ini telah dikenal pasti untuk menyertai program TVET. Tetapi di sekolah mereka sendiri. Mereka tidak perlu lagi pergi ke kolej, mereka tidak perlu lagi pergi ke Sekolah Vokasional tetapi di sekolah mereka sendiri kerana ketika saya menjadi EXCO Luar Bandar di Pulau Pinang. Kita dah laksanakan di sekolah-sekolah kampung yang mana kita bekerjasama dengan GIATMARA. Mereka wujudkan program ini di sekolah-sekolah. Mana pelajar-pelajar dari tingkatan 3, kita telah kenal pasti yang mungkin kurang berminat untuk teori academic theory mereka ini kita serap masuk. Syarat dia pagi kena pergi sekolah, lepas tengah hari baru lah mereka masuk bengkel. Apa manfaat dia? Manfaat dia sebelum dia ambil SPM dia dah ada SKM. Dan mereka ini telah boleh diserapkan dalam tenaga kerja dan mereka ini juga syarat yang kita letak adalah dia kena ada minimum lulus wajib SPM supaya dengan SPM dan SKM yang mereka ada mereka boleh lanjutkan pelajaran ke tempat lain sebab kita tahu hari ini education kita dah tak boleh lagi one size fits all. Jadi saya rasa Selangor adalah platform yang terbaik untuk mulakan program-program seperti ini bekerja sama dengan sekolah-sekolah agensi bina. Kalau perlu buat bengkel motor buat bengkel motor di sekolah. Kalau perlu buat bengkel aircond buat bengkel aircond di sekolah jadi anak-anak yang ada di situ kita kenal pasti dan masukkan mereka dan serap dalam program seperti ini. Ini cadangan saya.

Untuk PK 6, yang ini saya minta kepada Yang Berhormat dan juga Kerajaan Negeri. Ini soal hospital dan juga klinik kesihatan. Mungkin sedikit dana ini perlu diadakan untuk membuat kajian, supaya kita dapat angkat cadangan ini kepada Kementerian Kesihatan kerana saya melihat di Daerah Petaling, selain daripada Hospital Shah Alam dan juga Hospital PPUM (Universiti Malaya) dan juga beberapa sahaja klinik kesihatan yang kita ada, dengan kepadatan penduduk kita di Daerah Petaling ini saya rasa tidak cukup. Saya ambil contoh tadi saya bersembang di luar dengan Yang Berhormat Subang Jaya. Orang Subang Jaya kalau sakit hendak pergi klinik kesihatan kena pergi Klinik Taman Medan. Orang Taman Medan memang dah pergi Klinik Taman Medan. Orang Puchong pun saya dengar ada sebahagian pergi Klinik Taman Medan dan Klinik Taman Medan ini sangat padat. Dan ada keperluan

sebenarnya klinik-klinik kesihatan baharu diwujudkan terutamanya dalam Daerah Petaling dan lebih malang lagi Orang Taman Medan, hari ini kalau sakit jantung, sakit apa ke sakit yang teruk hendak pergi hospital mereka tidak pergi PPUM mereka pergi Hospital Shah Alam. Jadi jauh. Yang menyebabkan pada saya servis seperti ini perlu ada dalam Bandar Raya seperti Petaling Jaya dan juga dalam Daerah Petaling ini perlu diperbanyakkan lagi. Jadi saya mohon kalau boleh dalam peruntukan yang telah ada ini diadakan satu feasibility study.

Speaker

Ia.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit je lagi Yang Berhormat.

Speaker

Landing lah landing la.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dah nak landing lagi tiga (3) perkara sahaja.

Speaker

Tiga (3) perkara tak boleh landing la.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit je PK7.

Speaker

Satu satu.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...yang ini perhatian untuk Yang Berhormat EXCO Sukan.

Speaker

Tiga (3) perkara. Tiga (3) ayat cukup

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tiga (3) ayat je?

Speaker

Iye.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tiga (3) ayat saya tak stop boleh?

Speaker

Boleh boleh boleh.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini tentang padang bola. Saya mohon Yang Berhormat beri perhatian tentang padang Jalan PJS 2D.

Speaker

Iya

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang mana di kawasan ini ada Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2, Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Dato’ Harun. Mereka ini kongsi satu padang je. Tapi padang tak cantik.

Speaker

Iya okey kedua.. kedua..Boleh ringkaskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Satu je lagi.. satu je lagi dua (2) lagi tu saya tolak tepi.

Speaker

Okey.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang ini PK 15 yang ini Skim Ceria, saya hendak perhatian Yang Berhormat Tanjung Sepat. Skim Ceria untuk Taman Medan ini daripada 2021 sampai 2023. Tiada peruntukan langsung turun. Kosong! Cuma saya nak minta Yang Berhormat Tanjung Sepat ambil perhatian tentang masalah yang saya hadapi di kawasan Flat Perangsang Jalan PJS 1 / 2.

Speaker

Okey.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...yang mana kawasan ini mereka tidak ada loji kumbahan berpusat yang menyebabkan dia tidak bersambung dengan IWK. Jadi ada rumah teres di situ ada rumah flat di situ tiada sistem kumbahan.

Speaker

Iya baik

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

...dan ini dah lebih 30 tahun developer pun dah tiada jadi Tanjung Sepat, minta tolong.

Speaker

Iya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak boleh sambung lagi dah?.. ada lagi.. terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker. Kod Projek 05200 muka surat 239. Tuan speaker, Kod Projek 05200 di bawah PK5 merupakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di bawah PT13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Pecahan kod projek ini iaitu 05201 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi PISMA dan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kajang juga telah menerima jawapan bagi soalan bertulis mengenai banjir di Sungai Langat dan sekitar kawasan Jalan Reko Kajang. Berdasarkan jawapan bagi soalan bertulis itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran telah menjalankan 28 projek yang memakan kos sebanyak

RM3.874 juta pada bagi tahun 2023. Walaupun 28 projek telah dilaksanakan tetapi isu banjir di Kajang belum juga diselesai. Disebabkan itu seperti Kajang katakan dalam perbahasan Kajang sebelum ini PISMA perlu dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor khususnya di Daerah Hulu Langat. Sekiranya kerajaan Negeri kena selesai isu banjir di Negeri Selangor. Oleh itu Kajang merayu, memohon, meminta, untuk memberi keutamaan bagi pelaksanaan PISMA bagi Daerah Hulu Langat. Daerah Hulu Langat amat memerlukan PISMA dalam menangani isu banjir di Daerah ini secara proaktif. Daerah ini bukan hanya melibatkan DUN Kajang, jiran Dusun Tua, Balakong, DUN Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah, Teratai dan juga Semenyih dan Sungai Ramal.

Kod projek 01001 muka surat 253, kod projek ini di bawah pecahan kepala 1 yang melibatkan Kajian Fizikal Semula Rancangan Struktur Negeri 2034 di bawah P16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Di bawah projek ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 1000 kepada 2.5juta bagi kos keseluruhan. Kajian konsisten mengenai perkara ini bahawa Negeri Selangor adalah sebuah negeri maju di negara Malaysia yang menyebabkan penggunaan kereta dan pembinaan perumahan akan terus meningkat. Dalam memastikan Negeri Selangor bersedia dengan krisis yang akan dihadapi iaitu Bandar Haba disebabkan pembangunan dan pelepasan gas karbon dioksida oleh kenderaan, Kerajaan Negeri perlu menjadikan bandar-bandar di Negeri Selangor sebagai walkable city khususnya di Kajang. Maka persoalan yang Kajang ingin bangkitkan adalah boleh Kerajaan jelaskan apa perancangan Kerajaan mengenai walkable city?. Adakah Kerajaan setuju dengan idea ini dan apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam Negeri Selangor menjadi bandar di Selangor adalah walkable city terutama di Bandar Kajang.

Tuan speaker, pecahan kepala 10, muka surat 199, PK10 di bawah P101 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Pelancongan (bawah PK10) Kerajaan Negeri telah peruntukan sebanyak RM6 juta dengan dipecahkan kepada 3 perkara iaitu Promosi, Memajukan Kraf tangan dan Menaik Taraf Produk Pelancongan. Kajang juga telah mendapat jawapan bagi pertanyaan bertulis. Kajang dimaklumkan bahawa tiada peruntukan diberi kepada DUN Kajang. Kajang mohon untuk Kerajaan Negeri menyalurkan sedikit dana bagi melaksanakan kajian Madani culture street di DUN Kajang. Kajang bersedia untuk bersama Kerajaan Negeri bagi berjumpa dengan Kerajaan Persekutuan untuk permohonan dana bagi pelaksanaan projek ini.

Kod projek 04500, muka surat 225, kod projek ini di bawah pecahan kepala 4 yang melibatkan Menaik taraf Jalan di bawah P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor di mana kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM7.8 juta bagi projek-projek menaik taraf jalan di Daerah Hulu Langat. Kajang ingin membangkitkan beberapa perkara. Pertama mengenai Jalan Sungai Long. Setakat ini tiada usaha atau cadangan untuk menaik taraf jalan ini. Boleh Kerajaan Negeri menyatakan apakah sebab utama kenapa Kerajaan Negeri tidak mahu menaik taraf jalan ini.

Kedua, mengenai kesesakan jalan di Bandar Mahkota Cheras, cadangan bagi menaik taraf jalan ini telah dibuat, juga satu kutipan tabung telah dibuat bagi menampung kos projek berjumlah RM40.67 juta tetapi setakat ini jumlah kutipan tidak mencukupi dan menyebabkan projek tidak dapat bergerak. Persoalan yang Kajang ingin timbulkan adalah apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan kutipan tabung bagi projek menaik taraf jalan ini mencukupi dan adakah Kerajaan Negeri bersedia bersama dengan DUN Kajang dalam membantu mengumpul kutip tabung bagi projek ini? Projek pembangunan amat penting dalam memastikan ekonomi Negeri Selangor terus berkembang dan bergerak. Dan ada beberapa perkara Kajang yang Kajang bangkitkan dan berharap perkara ini dapat perhatian daripada kerajaan negri Selangor. Selain itu, Kajang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan EXCO atas jawapan bertulis yang diberikan kepada Kajang terima kasih juga kepada Ahli-ahli Dewan yang terlibat dalam perbahasan bagi Persidangan kali ini. Semoga Dewan yang mulia ini terus bergerak dengan perbahasan berkualiti dan penuh tatatertib sepanjang Persidangan berlangsung dan itu sahaja daripada Kajang. Kajang mohon menyokong usul ini. Terima kasih.

Sungai Burong.

Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker. Dusun Tua juga ingin turut serta tentang usul pembangunan. Pertamanya tentang vot B08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Butiran 51000, kod projek 28000 iaitu wujudnya sebuah, dahulu wujudnya sebuah pusat pertanian di Batu 18 Hulu Langat. Kawasan ini sekarang ini menjadi terbiar saya kira dah bertahun juga lamanya jadi saya merayu supaya pusat pertanian ini yang dulunya dijadikan Pusat Inkubator di Batu 18 ini (tepi jalan) cukup cantik, saiz lebih kurang 1 ekar hingga 1 ekar lebih. Saya ingin syorkan supaya ianya di jadikan aktiviti jualan tani mahupun pasar tani dia ada dataran dan kawasan lapang. Saya harapkan ia tidak menjadi Gajah Putih. Kerana sekarang ini dia terbiar begitu sahaja. Semakan telah dibuat, ia memang di bawah Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

Seterusnya kedua iaitu page 155 (muka surat 155) Vot B22 tentang 525000 (Pengurusan Tanah) iaitu Pejabat Tanah/Daerah Hulu Langat. Saya ingin memohon bahawa dalam peruntukan bajet yang ada ini merayu supaya penguatkuasaan tentang aktiviti-aktiviti pencerobohan tanah yang saya dapat lihat dan dapat aduan banyak tanah-tanah milik kerajaan di ceroboh. Jadi saya ingin mengesyorkan penambahan kakitangan penguatkuasa untuk Pejabat Tanah/Daerah Hulu Langat ini dapat dipertingkatkan kerana banyak aduan yang diperolehi dan ada laporan-laporan polis tertentu pencerobohan tanah kerajaan ini pun wujud di Dusun Tua.

Seterusnya page (muka surat 105) Vot B13 butiran program 51200, kod objek 2800 iaitu Jabatan Parit dan Saliran. Saya ingin merayu supaya Jabatan Parit dan Saliran

dapat membina semula jambatan yang telah pun hanyut di waktu banjir 2021 di Kampung Batu 17 Dusun Tua seberang (jambatan konkrit ini terus hanyut). Dan saya harapkan (ini dah dua tahun lebih berlalu). Saya harapkan dapatlah dibina semula dengan jambatan ini dapat orang kampung kemudahan (ia tidak melalui begitu jauh untuk penduduk-penduduk khususnya Kampung Batu 17 Dusun Tua seberang).

Dan seterusnya muka surat 199 iaitu tentang pelancongan. Saya telah pun menyebutkan dalam soalan mulut dan dapat beberapa pandangan daripada EXCO tetapi saya ingin merayu supaya dalam bajet ini dimasukkanlah kembali untuk hab pelancongan di Dusun Tua ini yang terkenal iaitu Sungai Gabai (Air Terjun Sungai Gabai) yang mana juga di waktu banjir pada tahun 2021 segala kemudahan yang dulu saya difahamkan Jabatan Hutan telah pun membina ada balai raya, ada tempat tandas (semuanya sekarang ini terbiar). Saya pun khuatir ia akan menjadi gajah putih juga.

Dan yang seterusnya saya masuk kepada Vot P12 (muka surat 219). Ada yang saya kira isu ini dah amat kritikal. Saya pun dah menulis surat kepada JKR tentang longkang monsoon drain yang diselenggarakan oleh pihak JKR yang bersaiz besar (kiri kanan bahu jalan) dan longkang di bawah main road (jalan utama) ini bersaiz kalau kecil (hujan tak sampai setengah jam, satu jam saja air akan bertakung di jalan utama ini) iaitu di Jalan Kampung Bukit Raya dalam DUN Dusun Tua. Jadi Dusun Tua memohon supaya dalam bajet yang ditetapkan kepada JKR ini (Vot P12 ini), berilah keutamaan kerana bila hari hujan setengah jam, satu jam air ini akan bertakung setinggi hampir sekaki di tengah jalan utama. Jadi tolonglah beri keutamaan untuk menaik taraf balik pembetungan ini dan longkang ini ditukar dengan kadar yang segera. Jadi itu saja. Pendek. Berfokus. Oh tak ada orang dengar. Dan saya juga menyokong Usul Pembangunan yang dibentangkan dengan belanja RM1.2billion Kerajaan Negeri. Saya harapkan ianya benar-benar dapat membangunkan Negeri Selangor yang tercinta. Terima kasih.

Speaker

Ya, Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera. Dalam membahaskan perbelanjaan pembangunan 2024, ada beberapa perkara yang saya nak highlightkan.

Yang pertama JPS (P013) dengan perbelanjaan ataupun dengan bajet pembangunan RM65 juta. Dan dilihat daripada pecahan ada RM50,000 untuk Projek Tebatan Banjir di Kuala Selangor dan tidak dinyatakan sekali di dalam tu adalah Projek Tebatan Banjir di Sungai Kajang yang melibatkan Kampung Lembah Pantai. Bukan saja di KL. Dekat Tanjong Karang pun ada Lembah Pantai. Di situ kita dapati ada hampir tiap tahun bila air pasang besar bertemu dengan Monsun Timur Laut khususnya kerap kali JPS terpaksa mengambil bajet-bajet emergency untuk menampung kerosakan itu.

Jadi bila dijumlahkan repair punya kos mengakibatkan ia tidak begitu efektif kepada perbelanjaan Kerajaan Negeri baik pusat. Oleh sebab itu dicadangkan satu bajet yang lebih panjang dan lebih menyeluruh supaya dibuat secara sekali gus tidak melibatkan penyelenggaraan yang berkali-kali dan permasalahan yang berulang kali kerana di situ tak kurang daripada 100 rumah yang ada di Kampung Lembah Pantai. Maka itu yang pertama.

Yang kedua, Jabatan Pertanian yang P08 RM10 juta yang diperuntukkan dikira adalah satu bajet yang masih lagi rendah dalam keadaan kita semua berbicara tentang keterjaminan makanan dan semalam kita dapati ada satu dapatan yang menarik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2022 sebanyak RM448.8 juta subsidi insentif pesawah tidak dibelanjakan ataupun diurus secara tidak efektif. So ini jumlah hampir setengah bilion yang gagal diuruskan dengan baik dan mungkin ada persoalan di situ daripada seluruh jumlah itu berapakah jumlah tersebut tidak berjaya diuruskan dengan baik di Negeri Selangor itu sendiri. Jadi saya memandang bahawa bajet pertanian RM10 juta itu boleh dipertingkatkan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat, yang ini apa? Maksudnya tadi apa? Tidak diuruskan dengan baik? Laporan audit ini bajet negeri atau persekutuan?

Insentif pesawah tak dibelanjakan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang ni

Saya tak pasti sama ada lambat ataupun tiada

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Negeri atau Persekutuan atau macam mana?

dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Belanjawan negeri ke apa?

2022.

Ok. terima kasih. Seterusnya yang ketiga P16 (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri) sebanyak RM2.24 juta. RM2 juta lebih digunakan untuk kajian. Berapalah saja peruntukan yang digunakan untuk keperluan sedangkan, P16 ni (Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) saya tak rasa banyak juga ADN-ADN di Dewan yang mulia ini yang terlibat kawasan-kawasan mereka (luar bandar) tetapi peruntukan RM2.24 juta ini begitu kecil dan RM2 juta sahaja sudah melibatkan research dan

kajian sedangkan keperluan untuk menurap jalan-jalan kampung dan sebagainya (desa) sangat memerlukan keperluan yang tinggi supaya diambil perhatian untuk dibela.

Seterusnya saya merujuk kepada P12 (JKR) pada item menyelenggara ataupun membuat jalan Parit 1 Sungai Sirih. Parit 1 Sungai Sirih, walaupun butirannya telah dituliskan tetapi pada tahun 2024 punya perbelanjaan pembangunan hanya RM10. So seolah-olahnya telah digazetkan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang terdekat. Ini adalah satu benda yang saya rasa perlu disegerakan kerana itu adalah jalan yang kritikal dan mengalami banyak kerosakan dan daripada RM10 saya rasa ini satu macam penghinaan. Lebih baik taruk kosong je lah. Apa yang dibuat dengan RM10 untuk merepair jalan.

Yang kelima, di bawah Pejabat Menteri Besar dan SUK P01. Saya highlightkan beberapa bajet yang berkaitan dengan pendidikan. Pendidikan RM2juta, Pendidikan Tinggi RM29.9 juta, RM6.251 juta Projek Pembangunan Generasi Muda, Adat Melayu dan Warisan RM 6juta. Ini antara bajet-bajet yang dikenal pasti boleh untuk dimanfaatkan tetapi butiran secara tegasnya saya tak nampak dimanfaatkan untuk apa. Untuk kempen awareness (dengan izin) bagi masalah LGBTQ.

Tuan-tuan dirahmati Allah (Ahli-ahli Dewan yang dirahmati semua), kempen ini difikirkan perlu kerana penularan kempen dan gerakan LGBTQ ni sepertimana Konsert Coldplay, ratu cantik pondan, begitu juga perkara-perkara yang seumpama dengannya boleh menyumbang kepada virus HIV yang dicatatkan dalam MOH punya website (Ministry of Health) menyatakan 30% tularan penyakit HIV ini adalah yang tertinggi ini di Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan 17% dan Pulau Pinang 9%. Jadi Selangor yang paling tertinggi ini mesti ada satu kempen awareness dan bajet untuk perkara tersebut. Dan ini selaras dengan fatwa Negeri Selangor yang telah menyatakan perkara ini dengan tegas. Jadi kalau bajet-bajet yang dinyatakan tadi seperti bajet pendidikan tinggi, pendidikan, Projek Pembangunan Generasi Muda, Adat Melayu dan Warisan dikira bagus untuk dilaburkan sebahagiannya kepada kempen awareness dan kesedaran ini.

Yang Dipertua, di tempat saya Alhamdulillah jalan persekutuan baik, dan di selenggara kebanyakannya dengan semakin baik. Tetapi ada risiko sampingan daripada jalan yang baik itu dengan menyaksikan mat-mat motor, mat-mat rempit di malam-malam minggu, malam-malam cuti berseronok untuk seronok untuk melakukan perlumbaan haram. Dan mereka ini memilih mati di jalan yang lurus. Jalan lap mereka tak nak tak berapa suka sangat, jalan kona tak berapa suka. Jadi jalan lurus ini adalah tempat-tempat pilihan mereka.

Jadi di bawah bajet generasi muda dan sukan, di bawah Pejabat Menteri Besar saya kira mungkin boleh dipertimbangkan satu litar lumba lurus (satu litar lumba lurus). Satu dah ada di Kuala Selangor tapi bukan lurus, memang yang proper punya. Tapi

satu litar lumba lurus yang tidak mengganggu penduduk awam, perumahan, kawasan-kawasan kampung yang sekitar telah dibuat kajian sedikit. Dua kilometer sahaja dicarikan satu tempat yang baik supaya mereka ini di samping dikuatkuasakan lumba haram ini dan membawa bahaya kepada penunggang begitu juga mengganggu penduduk kampung, tetapi mereka diberikan alternatif (memberikan alternatif) dengan pembuatan litar lumba lurus 2 kilometer yang saya rasa bajetnya tidak seberapa dan pernah diangkat sebelum ini untuk dipertimbangkan.

Dan yang terakhir tentang perpustakaan. Bila saya meneliti butiran di bawah Pejabat Menteri Besar dan SUK, ada satu butiran yang menyatakan projek sambungan. Projek sambungan itu pada 2024 tidak disambung dan tiada bajet di situ. Masalah Perpustakaan Tanjong Karang ini telah dilakukan, pembangunan tetapi kalau ditangguhkan sehingga 2025 ataupun 2026, maka maintenance dan kerosakan kepada perpustakaan yang sedikit saja lagi untuk siap itu akan berlaku dan kosnya semakin tinggi untuk di selenggara dan disambung. Kos yang sekitar RM400,000 tidak lebih daripada RM800,00 itu saya rasa boleh dipertimbangkan dan saya difahamkan juga bahawa Permaisuri Agong (Permaisuri Negeri Selangor), juga ada terlibat dalam menaungi perpustakaan-perpustakaan di Negeri Selangor. Boleh diberikan perhatian untuk pembangunan, remaja dan pendidikan bagi masyarakat Tanjong Karang khususnya.

Inilah antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dan diangkat kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam Perbelanjaan Pembangunan 2024. Pendek saja.

Sekian daripada Sungai Burong. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Speaker

Bukit Melawati.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang untuk perbahasan perbelanjaan pembangunan pada petang ini. Mengambil pendekatan seperti mana yang telah saya utarakan, dalam ucapan perbahasan saya tempohari, pembangunan ini amat penting kepada Bukit Melawati, kerana di dalamnya tergantung elemen-elemen yang saya katakan sebagai kritikal. Sebagai contoh, isu pembangunan naik taraf infra dan isu banjir.

Tuan Speaker, seterusnya saya merujuk PK 1, memasang lampu jalan dan lampu isyarat, serta meningkatkan aspek keselamatan jalan raya. Tuan Speaker, untuk pihak ini, saya berharap agar, peruntukan sebanyak RM600,000.00 ini, akan dapat ditambah, memandang majoriti jalan raya, di daerah Kuala Selangor. Khusus di Bukit Melawati yang tidak banyak lagi mempunyai lampu jalan dan keadaan jalan yang memerlukan penambahbaikan. Terutamanya di jalan FT 54, Jalan Kepong – Kuala Selangor, yang kerap berlaku kemalangan kerana jalan tersebut, terlalu gelap dan merbahaya peda waktu malam. Tambahan kalau, nak dibahagikan peruntukan ini, kepada 5 DUN, yang berada dalam kawasan Kuala Selangor, maka satu-satu DUN hanya akan mendapat sekitar RM50 ribu sahaja.

Seterunya merujuk PK 4, naik taraf jalan di Persimpangan Jalan Kereta Api Lama, Jalan Teluk Piah, Tuan Speaker, Simpang Teluk Piah ini, atau orang Kuala Selangor ini, gelaran dia sebagai simpang maut. Telah pun mendapat perhatian, saya dan masyarakat kat Kuala Selangor. Alhamdulillah. Terima kasih daripada keluarga Bukit Melawati, projek naik taraf telah diluluskan sebanyak RM500 ribu, pada tahun ini. Dan untuk tambahan akan dilaksanakan pada tahun 2024, sebanyak RM200 ribu, untuk membina lampu isyarat. Sedangkan keperluan keseluruhan peruntukan sebanyak RM14 juta pada tahun hadapan.

Seterusnya saya merujuk PK 3, membina jalan baru di Kuala Selangor. Saya melihat tiada langsung dinyatakan dalam belanjawan kali ini. Sedangkan di daerah lain, sebagai contoh, Kuala Langat sebanyak RM10,600,000.00 dan Gombak sebanyak RM8,500,000.00. Jadi saya mohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula, membina jalan-jalan baru di dalam Bukit Melawati, untuk kemudahan rakyat.

Merujuk kepada PK 1, rancangan tebatan banjir, Kuala Selangor, Tuan Speaker, kami di Kuala Selangor ini, bencana banjir ini adalah menjadi acara tahunan. Dan apa yang dibimbangkan dalam kawasan terbabit, makin bertambah saban tahun, akibat paras Sungai Selangor yang semakin meningkat. Justeru, saya ingin memohon agar peruntukan kepada JPS Kuala Selangor, ini dapat dipertingkatkan. Melihat kepada keperluan mendesak projek-projek tebatan banjir dalam kawasan Kuala Selangor khususnya di dalam DUN Bukit Melawati. Selain itu juga, saya ingin memohon agar dipertimbangkan peruntukan tambahan untuk tujuan penempatan JD di JPS, dengan gred gaji lebih tinggi. Sesuai dengan tanggungjawab besar yang digalas oleh JD. JD JPS Kuala Selangor, terutamanya di Kuala Selangor, yang semasa merupakan pegawai dengan gred J41. Saya kira hal ini tidak wajar, memandangkan kawasan dan bebanan tugas yang di galas cukup besar, meliputi kawasan yang sangat luas.

Seterusnya merujuk kepada PK 1, Kajian Fizikal Semula Rancangan Sektor Negeri 2035. Saya ingin menyentuh berkenaan peruntukan berjumlah RM100,000.00 yang diperuntukkan untuk tujuan rancangan pembangunan bagi tahun 2024. Saya ingin bertanya, apakah jumlah ini akan kekal dan mencukupi untuk membantu Kerajaan Negeri membuat perancangan menyeluruh untuk pembangunan negeri. Jika tidak, mengapa tidak dinaikkan ke jumlah yang wajar untuk melancarkan pelan dan dasar yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri. Saya harap agar pihak Kerajaan Negeri mengambil kira peningkatan kos menjelang tahun 2024, yang lebih mencabar dalam ekonominya. Justeru saya berharap agar segala cadangan dan perkara dinyatakan oleh saya, akan diambil perhatian oleh kerajaan negeri. Ini bukan sekadar soal peruntukan, soal kebajikan rakyat di luar sana.

Seterusnya saya merujuk kepada PK 10, 1001, promosi dan acara pelancongan. Saya juga berpandangan sama dengan Y.B. Taman Medan, kita perlu mempromosikan kawasan..

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Kawasan-kawasan dalam Negeri Selangor, terutamanya kawasan yang mana kempennya Pusing Selangor Dulu. Mungkin hanya orang-orang dalam Selangor sahaja yang pergi ke Negeri Selangor kerana pusing Selangor dulu. Mungkin kita boleh tukar kepada Jom Selangor, Dekat Jer.. Sebagai contoh, Kempen Sempena Tahun Melawat Selangor 2025, ini dengan peruntukan sebanyak RM4.4 juta ini adalah kita manfaatkan dengan sebaik mungkin tujuan promosi di Negeri Selangor. Saya ucapkan penghargaan kepada Tuan Speaker atas ruang yang diberikan. Terima kasih.

Speaker

Sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat yang seterusnya, saya memohon Usul daripada ADUN kerajaan, daripada EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.00 petang.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.

USUL INI DIPERSETUJUI.

Seterunya saya menjemput, Hulu Bernam. Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan anggaran perbelanjaan pembangunan 2024 ini. Di Hulu Bernam, ingin menyentuh beberapa perkara sahaja. Tak banyak, berkaitan anggaran perbelanjaan pembangunan ini. Yang pertamanya saya ingin merujuk kepada P08, Jabatan Pertanian Negeri Selangor, PK4, 04003, Latihan Incubator Pertanian Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, dengan peruntukan sebanyak RM130,000.00. Dan saya sendiri telah melawat pusat latihan ini, kerana pusat latihan ini berada dalam kawasan saya sahaja. Dan saya lihat, bahawa projek incubator ini adalah projek yang cukup baik. Kerana tanaman-tanaman yang ditanam di situ adalah bebas daripada racun serangga. Dan ini selari dengan matlamat pertanian masa depan yang menggalakkan petani-petani

kita ini untuk mengamalkan, amalan pertanian baik, dan mendapatkan persijilan MyGAP. Jadi soalan saya kepada Kerajaan Negeri, bagaimana sambutan masyarakat, lebih-lebih lagi petani, muda terhadap latihan yang ditawarkan ini. Dan berapa peratus peserta yang telah memulakan pertanian secara incubator ini. Dan saya jua mohon supaya pihak kerajaan kongsikan apakah permasalahan-permasalahan petani untuk memulakan aktiviti pertanian inkubator yang baik ini.

Yang keduanya, saya ingin merujuk kepada P12, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, PK1, 01801 dengan peruntukan RM400,000.00. Tuan Speaker, Hulu Selangor ini kawasannya luas berbanding kawasan-kawasan yang lain. Jadi taburan penduduknya juga meluas. Dan jalan raya adalah medium yang paling utama, nak menghubungkan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Jadi warga di Hulu Bernam ini, ramainya yang terpaksa bekerja di luar, kerana faktor pekerjaan yang kurang di dalam Hulu Bernam ini sendiri. Jadi ramai yang pulang pada waktu malam. Dan bukan sahaja itu, banyak juga urusan-urusan lain, yang perlu dilakukan di sebelah waktu malam untuk memenuhi keperluan-keperluan peribadi warga di Hulu Bernam. Jadi ada sebahagian jalan-jalan ini, telah pun dicerahkan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri di atas keprihatinan kepada masyarakat di sini. Namun masih ada jalan-jalan yang perlukan perhatian dan perlu dicerahkan. Saya begitu memahami kerana kekangan peruntukan memang terhad. Dan saya ingin mohon juga supaya pihak kerajaan dapat memberikan keutamaan pemasangan lampu di jalan, di selekoh-selekoh yang banyak, yang banyak berlaku kemalangan di Hulu Bernam. Saya mengambil contoh di laluan B44, dari Kampung Gesir Tengah ke Kampung Sungai Selisik, yang mana laluan ini banyak berliku-liku, dan gelap dan banyak kemalangan yang berlaku di laluan inilah.

Dan ketiga, masih dalam perbelanjaan yang sama, saya ingin merujuk kepada projek 02801, iaitu membina jambatan di atas Sungai Serigala, laluan B44, Jalan Hulu Bernam – Sungai Besar, Hulu Selangor. Saya mengucapkan terima kasih kepada peruntukan sebanyak RM4.4 juta bagi pembinaan jambatan ini. Dah tentu akan memberi manfaat kepada masyarakat Hulu Bernam, untuk menghubungkan Hulu Bernam, dengan warga Kalumpang, Hulu Bernam, dan juga Ladang Changkat Asa ke Kampung Serigala dan Kampung Selisik. Soalan saya kepada pihak kerajaan, bilakah projek ini akan mula dilaksanakan. Dan juga bila dijangka siap, supaya pengguna laluan ini dapat merancang lebih awal untuk menukar laluan kebiasaan mereka. Ataupun sekiranya laluan alternatif itu, disediakan di situ, saya ingin mengingatkan supaya laluan ini, dilengkapkan dengan papan tanda keselamatan, supaya keselamatan pengguna laluan ini nanti terus terjaga.

Dan mungkin yang terakhir, saya merujuk kepada P01, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, PK 18 18007, Skim TUNAS, sebanyak RM2 juta, diperuntukkan. Skim ini adalah skim yang memang sangat baik, yang diteruskan sejak kerajaan pakatan rakyat lagi. Jadi saya ingin, pada masa tersebut, kalau saya imbas kembali, ramai anak-anak yang masuk ke tadika, berkelayakan menerima manfaat

daripada manfaat ini. Dan saya, seperti yang dibangkitkan oleh Permatang dalam perbahasan, bahawa banyak lagi tadika-tadika yang tak dapat manfaat daripada skim TUNAS ini. Begitu juga di tempat saya, di Hulu Bernam, tak dinafikan. Dan mungkin juga begitu, di tempat-tempat yang lain. Jadi, saya mohon, supaya Kerajaan Negeri dapat kaji semula, bagaimana skim ini dapat diperluaskan. Mungkin syarat-syarat yang diletakkan itu, tak dapat dipenuhi oleh pihak-pihak tadika, menyebabkan ramai murid-murid yang sedang belajar di tadika tersebut tak dapat manfaat daripada skim TUNAS ini. Jadi saya mohon supaya pihak kerajaan untuk mengkaji semula, untuk kita membantu ibu bapa-ibu bapa, yang sekarang ini, selepas tempoh pandemik untuk bangun semula. Untuk membantu meringankan beban dan juga kos sara hidup, yang begitu menekan buat masa ini. Jadi, saya rasa, Tuan Speaker, saya tidak berniat untuk memanjangkan perbahasan pada petang ini, jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peluang yang diberikan kepada saya, untuk mengambil bahagian dalam perbahasan kali in. Terima kasih.

Speaker

Ya, Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberikan peluang dan kesempatan kepada Pelabuhan Klang untuk turut serta di dalam perbahasan perbelanjaan pembangunan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin merujuk kepada muka surat 224, kod projek 04304, Butiran menaik taraf jalan Telok Gong. Seperti biasa, Pelabuhan Klang ini akan bercakap tentang Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Lain tak ada.

Pertama sekali, Pelabuhan Klang ingin mengucapkan jutaan terima kasih, kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana telah mengumumkan di dalam belanjawan Selangor 2024, peruntukan bagi projek menaik taraf jalan negeri B148, Jalan Telok Gong, sepanjang 6km, bermula dari persimpangan Glenmarie Cove sehingga ke persimpangan Jalan Ikan Tenggiri, Pelabuhan Klang dengan skop projek menaik taraf jalan dari 2 lorong kepada 4 lorong dua hala. Pengambilan balik tanah-tanah hak milik yang terlibat di dalam jajaran projek. Pengalihan utiliti-utiliti sedia ada, kerja-kerja rawatan tanah, menaik taraf sistem perparitan yang sedia ada, pelebaran jambatan sedia ada, iaitu jambatan putih. Menaik taraf persimpangan-persimpangan sedia ada, pembinaan pusingan U, berhampiran Lebuh raya Pulau Indah, pemasangan lampu jalan, pemasangan lampu isyarat dan juga pemasangan perabot jalan.

Pejabat saya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya Selangor bahawa projek ini telah pun ditenderkan pada bulan September 2023 yang lalu. Dan sekarang ia di dalam proses pemilihan dan pelantikan kontraktor. Sebaik sahaja, pelantikan kontraktor dibuat, dijangka kerja-kerja ini akan bermula seawal tahun 2024 dan dijangka siap dalam masa 36 bulan. Untuk maklumat Yang Berhormat Tuan Speaker, projek ini adalah merupakan antara projek yang sangat-sangat dinantikan dan telah

diperjuangkan sekian lama oleh penduduk dan masyarakat di kawasan Telok Gong. Dan mewakili masyarakat di kawasan Telok Gong, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Pandan Indah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, kerana telah berusaha untuk menyelesaikan masalah kesesakan aliran trafik di kawasan Telok Gong ini. Dan ini satu penantian yang sangat-sangat lama dan akhirnya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua, ia dapat diselesaikan dan kerja-kerja akan dilaksanakan bermula tahun 2024.

Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Kewangan Malaysia, iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta, yang disediakan secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyelenggara jalan-jalan raya di sekitar Pelabuhan Klang yang kita semua sedia maklum, merupakan pelabuhan yang ke 12, tersibuk di dunia. Dan ia telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Malaysia 2024, pada 13 Oktober 2023 yang lalu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kali pertama dan kali terakhir peruntukan sebanyak RM 50 Juta diberikan oleh Kerajaan Persekutuan adalah semasa Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada masa itu dari Pakatan Harapan. Itulah pertama kali dan terakhir 50juta pada tahun 2020 dan kemudian selepas Langkah Sheraton maka tiada lagi peruntukan sebesar ini diberikan bagi menyelenggara jalan-jalan di sekitar kawasan di Pelabuhan Klang. Ok, pada Belanjawan-belanjawan berikutnya sehingga diumumkan pada Belanjawan 2024 hasil desakan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam perjumpaan bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan ianya telahpun diumumkan akan di laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan-jalan di Pelabuhan Klang ini pada tahun 2024. Ini membuktikan. Yang Berhormat Hulu Kelang, ini membuktikan bahawa adalah penting untuk negara Malaysia dan Negeri Selangor mempunyai sebuah kerajaan yang sealiran, yang sama, yang kukuh dan yang stabil seperti Kerajaan Perpaduan. Agar masalah dan isu rakyat dapat di atasi.

Serius.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya.

Nampak tak ikhlas.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Apa pula tidak ikhlas, engkau suka-suka jer cakap. Ok.

Serius sikit.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ini bukti. Ini bukti. Saya juga ingin mengambil kesempatan pada pagi ini Yang Berhormat Menteri Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi pun datang melawat jalan-jalan raya di kawasan. Yang Berhormat baru melawat pada pagi. Eh! Mohon peruntukan lagi ni Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ini bukti betapa pentingnya Kerajaan kena sealiran dengan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan negara. Jangan cuba-cuba. Perikatan Nasional sibuk asyik nak tukar kerajaan nak tukar Perdana Menteri. Tak payah! Tak payah! Jangan tukar! Jangan tukar. Ok.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya buka WhatsApp kang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Bukalah! Bukalah! Tak adapun. Adui!!! Jadi saya nak menjemputlah! yang di sebelah sana itu kalau nak tengok ada pembangunan kawasan masing-masing meh datang ke sebelah sini. Nyatakan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. InsyaAllah... tadi saya tengok banyak isu-isu, masalah-masalah yang dibangkitkan (ketawa) Buka! Buka! Buka! Pelabuhan Klang berharap agar peruntukan RM50 Juta yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, saya harap pihak JKR akan mengambil maklum tentang isu-isu yang selalu dibangkitkan, tentang aduan-aduan yang dibuat oleh pengguna-pengguna jalan raya iaitu garisan jalan yang agak pudar malah ada juga yang sudah tiada. Kerosakan ini kritikal. Masalah kerosakan penyambung-penyambung jambatan ataupun expansion joint brights yang sering berlaku sehingga membahayakan pengguna-pengguna jalan raya terutama sekali penunggang-penunggang motosikal. Masalah jalan raya- jalan raya yang selalu rosak dan semasa musim hujan dan ditambah dengan kelewatan pihak JKR dalam membaiki jalan yang berlubang tersebut.

Masalah air bertakung ini tidak selesai-selesai, tadi telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan hari ini. Masalah air bertakung di setengah kawasan jalan raya sehingga menyebabkan jalan raya dan mengakibatkan jalan rosak dan timbul isu keselamatan di kalangan penunggang motosikal. Masalah struktur jalan tidak rata dan mendap, masalah papan-papan tanda yang terlindung oleh pokok-pokok besar yang tidak dicantas, papan-papan tanda yang tumbang dan rosak. Perabot-perabot jalan yang rosak akibat dilanggar dan juga hilang akibat dicuri. Masalah jalan-jalan masih gelap dengan keadaan yang tidak berlampu ataupun lampu jalan yang tidak bernyala akibat vandalisme, feeder pillar pencurian wayar dan juga kabel. Dan untuk makluman semua, di Pelabuhan Klang sahaja terdapat sebanyak, jalan-jalan Persekutuan ada 1541 unit lampu yang ianya perlu di selenggara dan perlu dipastikan berfungsi dengan baik.

Pembersihan jalan yang di selenggara secara berkala kalau boleh road sweeper untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bahu-bahu jalan yang rosak disebabkan oleh

kenderaan berat. Lampu isyarat yang sering rosak. Untuk kawasan DUN Pelabuhan Klang sahaja terdapat 18 simpang dan lampu isyarat dan kebanyakannya sudah uzur ia memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan oleh pihak JKR. Ini juga adalah isu yang kritikal jalan raya di Pelabuhan Klang ini. Juga isu jalan yang rosak di landasan-landasan kereta api yang amat membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal, banyak kejadian berlaku yang menyebabkan pengguna-pengguna jalan raya terutama sekali penunggang motosikal.

Saya berharap agar peruntukan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin menyelesaikan masalah sebaik mungkin dan selesaikan keutamaan isu yang sepatutnya. Terima kasih JKR Selangor, terima kasih JKR Malaysia. Seterusnya,

Yang Berhormat Mohon mencelah.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang, saya mendengar dengan meneliti hujah-hujah Yang Berhormat Pelabuhan Klang terutamanya saya mengucapkan terima kasih, atas tawaran Yang Berhormat tadi, kalau hendak selesai masalah boleh hijrah ke sebelah sana. Tapi Yang Berhormat telah berapa penggal di Pelabuhan Klang? Saya tengok Yang Berhormat bangkitkan terlalu banyak masalah yang tidak selesaidi pelabuhan klang ni. Jadi, bagaimana Yang Berhormat hendak yakinkan kami pindah ke sebelah sana sedangkan Yang Berhormat telah 3 penggal membabitkan, 2 penggal menyuarakan terlalu banyak masalah Pelabuhan Klang yang tidak selesai ini.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Kuang, isu jalan yang tidak selesai ini isu Jalan Persekutuan. Jalan Negeri semua Ok. Tidak ada masalah. Jalan Negeri semua tiada masalah. Jalan Persekutuan ini bermasalah, sebelum itu ok. Masa kita Pakatan Harapan Ok. Selepas Langkah Sheraton yang banyak masalah Yang Berhormat Hulu Kelang sebab itu saya kata tadi bila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sama, so banyak perkara dan isu dapat diselesaikan dengan baik. Sebab itu saya kata

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Masa Langkah Sheraton, Yang Berhormat berada di mana Yang Berhormat. Yang Berhormat berada di mana semasa Langkah Sheraton.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya tidak di mana-mana belah pihak.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat berada di mana. Nak saya buka WhatsApp?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tak ada. Tak payah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat ada kat mana?

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya tidak terlibat dengan mana-mana belah pihak ok.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat cakap betul-betul. Yang Berhormat berada di mana semasa Langkah Sheraton. Kat hotel mana

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya tidak

Speaker

Taman Medan tunggu sampai Pelabuhan Klang beri laluan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tak beri laluan. Tak beri laluan. Tiada-tiada. Kalau ikut politik. Kalau bangkit isu Kuang ok tiada masalah

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat bangkitkan isu politik, sebab itu saya hendak tanya.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya hendak beritahu ini kesan dari Langkah Sheraton. Yang bermasalah rakyat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat di mana masa itu.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang bermasalah orang berpolitik.

Yang Berhormat saya harap didalam hujah seterusnya tiada perkataan masalah yang timbul.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tak ada masalah. Jika tiada masalah tiadalah Yang Berhormat di dalam dewan ini. Ok. Seterusnya Pelabuhan Klang ingin merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor muka surat 230, Pecahan Kepala PK 1, PK 2, PK 3, PK 4, PK 5, PK 6, PK 7, PK 8, PK 9 dan PK 10. Bukan PKP ya. PKP tiada. Dengan anggaran RM65 Juta bagi tahun 2024. Sekali lagi Pelabuhan Klang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan EXCO Yang Berhormat Pandan Indah kerana telah banyak beri membantu kepada Pelabuhan Klang selama ini dengan pelbagai peruntukan dan bantuan disalurkan kepada kawasan Pelabuhan Klang semenjak saya bermula berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Kelang pada tahun 2018 sehingga kini dipilih sekali lagi dalam PRN lalu pada 12 Ogos 2023.

Pada tahun 2023 sebanyak 12 projek telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM 89 887 788.22 bagi mengatasi masalah banjir di kawasan DUN Pelabuhan Klang. Dalam masa 5 tahun. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih Pandan Indah kerana telah berjaya menyelesaikan isu-isu tersebut. Antara projek-projek di bawah JPS yang telah dan sedang dilaksanakan di DUN Pelabuhan Klang adalah seperti berikut:

i. Projek Tebatan Banjir Sungai Kembung, Pulau Indah ii. Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang, Pulau Indah iii. Kerja-kerja menaik taraf Kolam Takungan Banjir di Sungai Aur, iv. Kerja-kerja membina pintu air di Jalan Papan, Pandamaran v. Projek Menaik taraf Kunci Air Sungai Aur kepada Tripple Skru Pam vi. Kerja-kerja Menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir kilat di Pelabuhan Klang Fasa 1 iaitu Projek Menaik taraf Kunci Air Selangor royal Yacht Club vii. Projek Baik Pulih Jeti Sungai Udang, Kampung Baru Teluk Gong viii. Kerja-kerja Mengorek serta Mendalamkan Muara Sungai Udang serta kerja-kerja berkaitan di Teluk Gong ix. Kerja-kerja Menaik taraf Kunci Air Sungai Keladi Kepada Twin Skru Pump x. Kerja-kerja Menaik Taraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Sistem Saliran Bagi Mengelakkan Banjir Kilat di Pelabuhan Klang dan Sekitarnya. xi. Projek Penstabilan dan Pengukuhan Tebing Sungai Aur, xii. Kerja-kerja Menaik taraf dan Membaik Pulih Ban dan Kerja-kerja Berkaitan Bagi Mengatasi Masalah Banjir di Teluk Gong xiii. Kerja-kerja Membaik Pulih Ban dan Sistem Saliran Bagi Mengatasi Banjir di Sungai Kembung, Pulau Indah.

Walaupun projek telah banyak dilaksanakan dalam masa 5 tahun ini tetapi dalam masa yang sama Pelabuhan Kelang ingin memohon kerana masih banyak lagi tempat-tempat yang perlu projek-projek menaik taraf kunci air seperti di Teluk Gong, dan penambahan kunci air dan juga memastikan penstabilan ban-ban yang sedia ada supaya tidak lagi berdepan dengan masalah banjir terutama sekali semasa hujan lebat bertembung dengan air laut pasang tinggi.

Dan Yang Berhormat Speaker, itu permintaan Pelabuhan Klang agar dalam masa 5 tahun yang akan datang ini, Jabatan Pengairan dan Saliran dapat memastikan kerja-kerja menaik taraf kunci air ini dapat dilaksanakan, InsyaAllah. Kalau ianya dapat dilaksanakan masalah banjir di kawasan ini dapat diselesaikan di Pelabuhan Kelang. Sekarang telah banyak yang selesai. Yang Berhormat Kuang jangan senyum sahaja, macam tidak percaya. Kena percaya dan setuju ok. Pelabuhan Klang percaya dan yakin dengan komitmen Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor yang tinggi dalam usaha sistem pengairan, saliran dan juga masalah banjir di kawasan Pelabuhan Klang dan semua kawasan daerah Klang khususnya Negeri Selangor.

Segala-galanya hanyalah untuk rakyat dan segala memastikan nyawa dan harta benda dapat diselamatkan kalau kita dapat menjayakan masalah isu banjir ini. Terima kasih JPS Selangor, terima kasih JPS Klang dan terima kasih Kerajaan Negeri Selangor. Dan, Pelabuhan Klang menyokong Usul Pembangunan. Terima kasih

Speaker

Dengkil ada.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Ada. Terima kasih Tuan Speaker saya ingin menyentuh di bawah Vot P14 Pejabat Agama Islam Selangor, iaitu berkaitan isu Pembinaan Masjid Dengkil yang masih tidak lagi diteruskan pembinaannya. Walaupun terdapat butiran yang wujud di bawah P 14 ni. Jadi pembinaan Masjid Dengkil ini penting kerana masjid yang sedia ada ini adalah masjid lama dan kedudukannya sesak ya. Kedudukan masjid di simpang jalan, dan tidak sesuai lagilah! akibat kesesakan jalan dan penambahan penduduk yang pesat. Jadi di sini saya ingin memohon Kerajaan Negeri untuk meneruskan projek ini atas kepentingan penduduk Islam di Dengkil. Pastikan satu peruntukan awal disediakan untuk membolehkan kerja-kerja awalan dibuat.

Perkara kedua, ialah memohon diberi pertimbangan supaya pengangkutan perkhidmatan bas untuk mengangkut penduduk, di Putera Perdana. Kerana jumlah penduduk B40 adalah ramai dan tidak mempunyai kenderaan sendiri. Keperluan perkhidmatan ini khususnya di waktu sekolah dan kerja dan berharap tindakan ini dapat diambillah! Ini berkaitan jugalah! kawasan yang sedang membangun di situ tetapi kemudahan awam tidak mencukupi.

Yang ketiga, ialah berkaitan PK 9 dan PK 12 berkenaan pengurusan sisa pepejal di Dengkil. Saya ingin memohon supaya tempat pelupusan sampah. yang sedia ada di Dengkil ini dapat di kaji semula. Penempatannya kerana terdapat kawasan perumahan baru di Cyber South. Terdapat banyak aduan yang diterima kerana baunya mengganggu penduduk di persekitaran dan ia juga memberi kesan kesihatan kepada penduduk. Jadi, untuk itu saya berharaplah ada usaha-usaha dari Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini.

Yang keempat, ialah berkaitan dengan Promosi dan Acara Pelancongan di bawah PK 10. Dengkil merupakan gerbang utama ke Putrajaya, KL dan Cyberjaya. Usaha-usaha promosi perlu dipertingkatkan untuk memperkenalkan Selangor sebagai pusat pelancongan kerana Dengkil ini pintu masuk dan terdapat pelbagai tempat menarik di sekitar Dengkil. Kerana kalau kita lihat di sini ada banyak kampung orang asli dan penuh dengan budayanya. Kita ada Kapal Korek Sri Banting, yang akan ada dalam tajuk yang saya akan bahaskan. Dan juga Paya Wetland, pelbagai tasik dan juga tempat-tempat yang menarik yang lain. Jadi saya mengharap, satu peruntukan khas bagi mempromosikan Dengkil ya sebagai pusat pelancongan kerana ia merupakan pintu masuk dan turun daripada KLIA.

Projek khas Negeri di bawah vot PK 17 ada satu peruntukan RM7 Juta yang disediakan. Iaitu berkaitan Kapal Korek Sri Banting. Saya ingin mendapat penjelasan apakah kedudukan terkini projek ini. Penjelasan tentang kepentingan projek ini, dan penglibatan Kerajaan Negeri, kerana kos keseluruhannya adalah sebanyak RM20juta. Dan yang akhirnya berkaitan isu jalan raya di bawah P12, Jabatan Kerja Raya Selangor. Persoalan yang nak di timbulkankan ialah mengapa satu jalan sambungan iaitu Kota Warisan B20, tidak diteruskan pembinaannya. Malah tidak dimasukkan bajet pembangunan di bawah Jabatan Kerja Raya Selangor. Saya mencadangkan projek ini kerana ianya adalah sangat penting untuk diteruskan disebabkan kesesakan yang teruklah, kebelakangan ini, kalau kita lihat, sepanjang jalan itu, pagi dan petang, waktu-waktu pergi kerja dan balik kerja itu, memang jalan itu penuh. Memang kesesakannya dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Dan disebabkan juga pertumbuhan, pertambahan kenderaan, pertumbuhan bandar-bandar baru seperti Serrenia, Sun Suria, Cyber South dan pertambahan penduduk yang pesat.

Di samping itu, isu banjir juga berlaku di kawasan tersebut sebab tinggal jambatannya, jalannya tidak disambung ke kawasan yang seterusnya lah, di jalan B20 tadi. Di samping itu, isu banjir, setiap kali hujan lebat, jalan di persimpangan jalan (missing link) itu tadi akan banjir, sebab perparitan tidak di selenggara dengan baik. Dan oleh itu saya berharaplah, supaya agensi-agensi yang terlibat dan bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini khususnya dari segi banjir yang terdapat dan juga meneruskan projek ini supaya isu kesesakan jalan yang berlaku sekarang ini dapat diselesaikan.

Dan satu lagi projek yang saya rasa, perlu juga dilihat ialah berkaitan dengan projek Lebuh Raya MEX 2. Saya faham, projek ini di bawah JKR Pusat, JKR Persekutuan. Projek ini terbengkalai, sepatutnya siap pada 2019, yang panjangnya sebanyak 16 km panjangnya. Kegagalan menyiapkan projek ini juga menimbulkan kesesakan terus berlaku setiap harilah, di kawasan-kawasan di waktu-waktu puncak dan banyak kawasan dilalui berlaku banjir juga di persekitarannya. Dan air-air tanah, melimpah ke kawasan-kawasan yang berhampiran apabila hujan. Jadi, saya mohon Kerajaan Negeri untuk membincangkan perkara ini, supaya dapat diteruskan dan juga supaya pengguna kawasan persekitarannya tidak terganggu. Dan melicinkan lagi perjalanan kenderaan dan mengatasi masalah kesesakan. Dan akhirnya, saya ingin tahu, apakah status terkini, Maju Ekspres Way 2 – Putrajaya – KLIA ini. Dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Sekian,terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan… ya, Kuang nak juga. Saya bagi lima minit.

Lima minit, cukup.

Speaker

Lima minit, sekejap saja.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya tak, saya selalu akan sentuh benda-benda yang penting sahaja, Tuan Speaker. Saya melihat, kepada Buku Anggaran Perbelanjaan ini, saya cuma nak sentuh beberapa perkara saja. Di muka surat 219, berkenaan dengan JKR, ya. Saya lihat ada peruntukan memasang lampu jalan dan lampu isyarat di daerah-daerah. Kalau dilihat di sini, kita lihat seolah-olah peruntukan ini diberi sama rata kepada semua daerah-daerah iaitu sebanyak RM400,000.00. Dan juga meningkatkan aspek keselamatan jalan raya di daerah, daerah Petaling, daerah Gombak, daerah Klang, Kuala Langat sebanyak RM250,000.00. Saya ingin bertanya dan berharap, di bawah peruntukan ini, sekiranya perhatian boleh diberikan kepada Lorong Melati kerana jalan itu, sekarang ini sangat sibuk, digunakan oleh terlalu banyak kenderaan. Sekiranya pihak JKR dapat mengambil perhatian untuk menambahkan, meningkatkan aspek keselamatan jalan raya, di jalan tersebut. Dan juga, sekiranya boleh, digunakan juga peruntukan ini untuk membantu memasang lampu-lampu isyarat di daerah Petaling.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh ialah, saya juga mencadangkan sekiranya pihak JKR dapat mempertimbangkan pemasangan palang besi yang sebelum ini pernah ada di kawasan tersebut, tetapi telah dilanggar oleh lori-lori yang sepatutnya tidak menggunakan jalan itu, tetapi menggunakan juga jalan itu. Terutamanya lori-lori yang keluar daripada kuari, menyebabkan palang itu telah tiada lagi. Saya ingin memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk pertimbangkan palang besi itu dipasang di kedua-dua belah jalan masuk daripada Bukit Rahman Putra dan juga daripada Kuang.

Seterusnya, saya juga ingin merayu, sekiranya peruntukan ini lulus tidak lama lagi, ada permohonan daripada penduduk-penduduk di Kuang, untuk dipasang hump dan juga speed breaker di hadapan Masjid Islahiah dan juga sekolah rendah. Kerana untuk makluman, pagi semalam berlaku kemalangan lagi, menyebabkan seorang pelajar sekolah rendah patah kaki kerana kesesakan kenderaan yang melalui jalan tersebut, menyebabkan berlaku kemalangan, bukan kali pertama, sudah berlaku banyak kemalangan di kawasan tersebut.

Itu antara perkara-perkara yang saya nak sentuh dalam masa yang diberikan kepada saya. Ucap terima kasih kepada Speaker.

Speaker

Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya, sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan, jika ingin menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi. Saya jemput Yang Berhormat Banting.

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker. Dan jawapan penggulungan perbahasan pembangunan daripada Yang Berhormat Kota Damansara pada 22 November (Rabu). Soalannya seperti berikut :-

PK5, Kod 05005, Pembangunan Pendidikan Masyarakat India, berkenaan rata-rata golongan miskin tegar adalah dari kalangan masyarakat India. Oleh itu dipohon untuk menambahkan peruntukan pendidikan anak-anak mereka dapat membantu membawa keluarga ke satu tahap yang lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara kerana mengemukakan satu soalan yang ditujukan kepada kaum India di negeri kita.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, Kerajaan Negeri menyokong penuh cadangan Yang Berhormat bahawa pendidikan merupakan jalan yang terbaik untuk membasmi kemiskinan tegar terutamanya kepada anak-anak daripada masyarakat India. Pendidikan membolehkan kita memperolehi ilmu pengetahuan seperti pepatah Inggeris, knowledge is power, dengan izin. Maka kita ramai, jika ramai penduduk yang berpendidikan, maka negara dan negeri akan lebih maju dan sejahtera. Justeru pada tahun 2023, Kerajaan Negeri, melalui Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan telah membelanjakan sebanyak RM2,464,000.00 untuk membangunkan pendidikan di kalangan masyarakat India. Pecahannya adalah seperti berikut:-

i) Bantuan subsidi tambang bas sekolah, iaitu pemberian sebanyak RM300.00 kepada setiap pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, yang layak mengikut kriteria permohonan bagi setiap tahun yang telah membelanjakan sebanyak RKM1,000,078.00.

ii) Bantuan seterusnya, bantuan yuran pengajian IPTA /IPTS pelajar India B40. Iaitu bantuan yuran pengajian maksima sebanyak RM5,000.00 setiap pelajar yang layak mengikut kriteria permohonan bagi satu jurusan, bagi mengurangkan bebanan yuran pengajian anak-anak kepada ibu bapa yang telah membelanjakan, sebanyak RM1,386,000.00. Oleh yang demikian, pada tahun 2024, iaitu tahun akan datang, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program-program pembangunan pendidikan masyarakat India secara bersasar, untuk memastikan anak-anak mereka yang benar-benar memerlukan, mendapat bantuan sewajarnya. Bagi ia akan, saya rasa seperti mana Yang Berhormat Kota Damansara menyatakan, dia juga boleh meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri dan juga keluarga mereka. Kerajaan Negeri akan membuat kajian terhadap program-program sedia ada bagi memastikan output dan impak, dari program tersebut memberi kesan yang baik kepada penerima bantuan. Di samping itu, Kerajaan juga, akan melihat semula peruntukan yang sedia ada bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik pada masa yang akan datang.

Seterusnya, jawapan penggulungan perbahasan daripada Yang Berhormat Sentosa, pada Rabu yang lalu, soalannya, apakah, adakah program bantuan usahawan i-SEED akan disambung. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan kepada usahawan kecil masyarakat India, melalui program

bantuan peralatan usahawan India Selangor, iaitu pemberian mesin dan peralatan bagi meningkatkan perniagaan yang sedia ada. Sebanyak RM3.3 juta, lebih kurang,ya, telah dibelanjakan untuk tahun 2021, 2022 dan 2023, bagi program ini, yang telah mencatatkan seramai 639 orang penerima peralatan dan mesin masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri selalu, melalui Jawatankuasa Yang Tetap Pembasmian Kemiskinan akan meneruskan program i-SEED, dengan peruntukan sebanyak RM1juta pada tahun 2024.

Seterusnya adalah, maklum balas serta isu-isu yang dibangkitkan semasa persidangan Dewan Negeri pada 22 November, Rabu yang lalu. Isu yang dibangkitkan adalah peruntukan LIMAS. Perlu merujuk kepada ADUN. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, beliau ada, ya. Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap persatuan rumah ibadat akan memohon peruntukan di dalam sistem LIMAS, online, dengan izin. Dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan, antaranya sijil pendaftaran pertubuhan ROS, salinan penyata bank, gambar-gambar kerosakan atau cadangan pembaikan, sebut harga pembekal dan surat sokongan daripada ADUN kawasan, Ahli Parlimen kawasan, Penyelaras DUN, Ahli Majlis atau Ketua Kampung. Ini adalah amalan yang kita amalkan selama ini dan saya rasa, kadang-kadang kita pun tak dapat sokongan ataupun cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN, sebab mereka terlalu sibuk dan biasanya, saya akan terima surat sokongan ini melalui ketua komuniti atau Ahli Majlis. Dokumen-dokumen sokongan termasuk, surat...

Yang Berhormat EXCO, boleh saya mencelah..

Sila.

Yang Berhormat Speaker, izin saya mencelah, berkenaan dengan soalan saya yang dijawab oleh Yang Berhormat Banting. Permintaan Sentosa adalah satu saja. Saya tak mempertikaikan proses dia, tetapi permintaan untuk membantu kuil-kuil dan tokong-tokong kerana tiap kuil ini ada perayaan besar selepas 12 tahun. Kalau kita boleh membantu kuil-kuil yang ada perayaan besar ini, RM5,000.00 yang diperuntukkan, tak mencukupi. Pasal itu kita kena kaji balik, dan tengok, minta ulasan ADUN-ADUN kawasan untuk membantu menetapkan jumlah peruntukan. Bukan kita nak masuk campur dalam hal keputusan Yang Berhormat EXCO, tetapi membantu untuk mengesyorkan. Itu yang permintaan Sentosa. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, sebab betullah apa Yang Berhormat Sentosa menyatakan biasanya kuil-kuil india ini, selepas 12 tahun, dengan izin, mereka akan membuat “Kumbavishyagam”, maksud mereka akan membuat renovation. Itu betul. Saya akan habiskan jawapan saya, Yang Berhormat. Tiada dalam.

Dokumen-dokumen sokongan termasuk surat sokongan yang ditandatangani oleh Wakil Rakyat yang mempunyai kapasiti atau kredibiliti, sebagai anak tempatan ini juga, sebenarnya, memadai untuk Pengerusi Bersama LIMAS, menentukan jumlah bantuan kewangan yang wajar diperuntukkan kepada satu-satu rumah ibadat yang memohon. Untuk makluman Yang Berhormat juga, saban tahun, Pengerusi Bersama LIMAS dibantu oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN, sentiasa berusaha untuk mengagihkan peruntukan ini, seadilnya. Mungkin kepada 500 hingga 700 buah rumah ibadat di seluruh Negeri Selangor. Peruntukan ini, perlu dibuat dengan jimat cermat, ya. Bagi memastikan ianya dapat dibelanjakan secara optimum dan mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu kesinambungan rumah-rumah ibadat selain Islam di negeri ini. Tetapi saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Sentosa, bahawa sekiranya Yang Berhormat ADUN kawasan masing-masing, kalau ada special cases, dengan izin, sila kepilkan dengan borang ataupun dokumen tambahan kepada jawatankuasa LIMAS supaya kita dapat memperhalusi permohonan itu dengan lebih teliti dan tepat.

Yang seterusnya adalah jawapan penggulungan bagi Yang Berhormat Permatang pagi ini. Soalannya adalah PK.5 kod 05005 pembangunan pendidikan masyarakat india, berkenaan bantuan pengangkutan untuk pelajar masyarakat india untuk ke sekolah yang jaraknya lebih 20km di kawasan ladang sungai tinggi dan Ladang Marry di Bestari Jaya, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, Kerajaan Negeri turut mengambil berat mengenai pembangunan pendidikan pelajar masyarakat india dan telah menyediakan bantuan yang berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2023 Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan, telah membelanjakan sebanyak RM2,400,064.00 untuk pembangunan pendidikan masyarakat india. Salah satu program yang telah dijalankan adalah bantuan subsidi bas tambang bas sekolah. Iaitu pemberian wang sebanyak tiga ratus ringgit kepada setiap pelajar, tiga ratus ringgit kepada setiap pelajar for year dengan izin. Dari sekolah jenis kebangsaan tamil yang layak mengikut kriteria permohonan bagi tahun 2023, kerana negeri Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan sebanyak RM1,078,000.00 dan orang yang. Oleh demikian, pada tahun 2024, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program-program pembangunan pendidikan masyarakat india secara bersasar yang terdiri daripada bantuan subsidi bas tambang sekolah dan bantuan yuran pengajian pelajar india B40 untuk memastikan anak-anak mereka yang berada yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan yang sewajarnya. Untuk makluman ...

Speaker

Bukit Gasing, silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya suka ayat terakhir tadi bagi memastikan yang betul-betul memerlukan mendapatkannya. Saya merujuk kepada kes ladang-ladang yang disebut oleh jawapan Yang Berhormat tadi. Masalahnya pelajar daripada ladang yang hadir ke sekolah menengah, sekolah menengah ini sangat jauh dari rumah mereka di tengah-tengah ladang. Pelajar ke sekolah

menengah ini yang memerlukan bantuan tambang, tetapi malangnya bantuan tambang ini diberikan kepada pelajar di kawasan bandar yang jauh lebih dekat daripada rumah ke sekolah. Jadi, bagaimana Yang Berhormat nak bantu pelajar di ladang yang kebanyakannya keturunan india, yang tinggal di ladang dan hadir sekolah menengah di luar ladang yang jauh, untuk menampung kos perbelanjaan pengangkutan ini?

Terima kasih Yang Berhormat, saya memang tertarik dengan cadangan ataupun dia sebagai satu soalan. Sebab apabila kita mengkaji, warga estet ataupun pekerja-pekerja ladang ini, bantuan yang kita salurkan RM300 ini adalah untuk sekolah-sekolah tamil sahaja di peringkat sekolah rendah. Tetapi apabila sorang pelajar itu menghabisi peperiksaan UPSR ataupun sekolah rendah, mereka beliau itu kena pergi ke sekolah menengah iaitu mungkin lebih jauh daripada tempat tinggal mereka.

Saya akan meneliti perkara ini dan saya akan bincang dengan mungkin dengan Dato’ Menteri Besar, kaji semula apakah cadangan oleh kerajaan kita untuk membantu pelajar-pelajar yang bakal boleh menerima bantuan, tetapi yang saya telah beritahu tadi adalah pelajar IPTA ataupun IPTS itu adalah one-off dengan izin, kita akan bayar RM5000 sahaja kepada universiti ataupun institusi pengajian tinggi kepada mereka bukan kepada pelajar untuk membantu yuran pengajian dan sebagainya. Tetapi ini adalah satu cadangan ataupun soalan yang baik, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat untuk mencadangkan tadi dan saya telah saya ingin memberitahu sayarat permohonan kepada sumbangan subsidi tambang sekolah bas sekolah itu.

Permohonan ini adalah merupakan murid di sekolah jenis kebangsaan tamil di Negeri Selangor sahaja, kadang dia ada boarder Tanjung Malim dan sebagainya, saya pernah terima. Pendapatan ibu bapa mestilah di bawah RM2000 dan ke bawah, penyaluran ini akan dilaksanakan secara tunai ataupun penyaluran EFT sebab dulu kita ada masalah Covid dan sebagainya kita EFT kan duit itu tetapi mulai masa akan datang, kita akan beri tunai kepada pelajar. Dan ini yang penting, seperti mana Yang Berhormat Sentosa telah menyatakan, pengesahan dokumen boleh diperakui oleh Ahli Parlimen, ADN, Ahli Majlis, Penghulu, Ketua Kampung dan Ketua komuniti kaum india mengikut kawasan pentadbiran masing-masing. Maksudnya, di sini kita membuka ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ahli-ahli lantikan di peringkat PBT dan ketua-ketua kampung untuk memain peranan mereka, membantu Kerajaan Negeri untuk memastikan apakah saluran kita menyalurkan kepada orang yang tersasar ataupun kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan itu. Terima kasih dan seterusnya penggulungan perbahasan...

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Yang Berhormat, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menjawab atas penjelasan dan jawapan kepada soalan yang berikan tadi. Tapi yang saya difahamkan ada, ini satu pertanyaan. Adakah bantuan tadi bantuan subsidi tambang ke sekolah hanya untuk

ke sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan jenis tamil? ataupun macam contoh di kawasan saya, mereka walaupun tinggal di ladang, tapi mereka ke sekolah menengah kebangsaan, adakah saya nak tanya adakah mereka layak? dan juga keduanya itu hanya subsidi untuk bayaran tapi bagaimana pula contoh kalau memang tiada kalau dengan izin there is no transport, tak ada transport yang untuk menghantar ke sekolah daripada ladang-ladang, itu sebab jarak dan juga keadaan infrastruktur jalan yang teruk tadi, sekian.

Terima kasih Yang Berhormat, memang apa yang Yang Berhormat tanya adalah satu soalan yang sangat baik, sebab walaupun mereka tinggal di kawasan peladangan itu, kadang-kadang anak mereka itu pergi ke kawasan bandar untuk belajar seperti mana Yang Berhormat Bukit Gasing, sama juga. Tetapi program ini adalah kita fokuskan kepada sekolah rendah jenis kebangsaan tamil sahaja. Ini adalah fokus, jadi kalau kita melebarkan sayap ataupun membuka ruang memang ramai akan memohon, jadi peruntukan yang kita ada adalah terhad. Mungkin kalau ada cadangan-cadangan lebih bernas dan baik, mungkin kita boleh meneliti perkara-perkara itu. Walau bagaimanapun saya berterima kasih juga sekali lagi kepada Permatang kerana tanya soalan yang sangat baik.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, soalan yang diajukan adalah mengenai kerjaya dan kerajaan prihatin oleh Yang Berhormat Lembah Jaya. Merujuk kepada PK8 dengan kod 08001 (Kerajaan Prihatin), adakah ia berkaitan dengan program sebelum ini iaitu Selangor Job Fair dan apakah keberkesanan program tersebut setelah membuat jelajah di setiap daerah bagi membantu rakyat Negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan khususnya.

Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Jaya, bagi penceraian kepala PK8 kod 08001 (Kerajaan Prihatin), yang berjumlah RM2,000,000.00 telah diperuntukkan bagi melaksanakan Program Bina Baru dan Baik Pulih Rumah Kerajaan Prihatin iaitu salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu untuk menyediakan sendiri kediaman yang sempurna, selesa dan selamat untuk diduduki. Terdapat dua jenis bantuan melalui program ini iaitu bina rumah baru 3 bilik serta 1 bilik air dengan keluasan 660 kaki persegi dengan had siling sebanyak RM85,000.00 bagi sebuah rumah dan baik pulih rumah dengan kos tidak melebihi daripada RM35,000.00 bagi sebuah rumah.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia ada menganjurkan beberapa program bagi membantu rakyat Negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik dan kemahiran sedia ada antaranya seperti program jelajah Job Care yang diadakan di setiap daerah. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan penyertaan sebanyak 50 majikan tempatan dari pelbagai industri di setiap daerah.

Program ini juga diyakini mampu untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran yang meningkat di samping menyumbang ke arah peningkatan produktiviti negara. Pada tahun 2023, Program Jelajah Jobcare telah selesai diadakan untuk lima daerah dan baki lagi dua daerah dijangka akan selesai menjelang bulan Disember 2023. Berdasarkan rekod pada tahun 2022, seramai 892 orang pengunjung telah dikenal pasti berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang yang ditawarkan menerusi program tersebut. Yang seterusnya adalah Yang Berhormat Meru dengan kod bertanya adalah 05005..

Speaker

Yang Berhormat, boleh terus kepada isu dia, tak perlu sebutlah.

Ya. Pembangunan pendidikan masyarakat india, peruntukan disediakan sebanyak RM2.15 juta adalah untuk program tambang bas sekolah seperti mana yang saya telah menyatakan. Tahun ini kita telah membelanjakan sebanyak RM1.07 juta dan yang bakinya kepada bantuan yuran pengajian. Walau bagaimanapun, mengenai isu infra sekolah, sekolah itu boleh membuat permohonan kepada PPD supaya KPM iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dapat meneliti dan mempercepatkan permohonan mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan sebanyak RM5juta setiap tahun kepada 98 sekolah tamil di seluruh negeri kita, untuk kerja-kerja pembangunan sekolah masing-masing. Di samping itu, pejabat saya juga mengsyorkan peruntukan itu digunakan demi pembangunan kuliti murid-murid dan kemudahan pelajar seperti bilik komputer dan sebagainya. Tetapi sekiranya sekolah itu menimpa dengan kecemasan, maka bolehlah mereka menggunakan wang itu demi kebaikan sekolah dan murid-murid. Sekian sahaja, terima kasih.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Taman Templer. Taman Templer, mana satu, Seri Setia.

Terima kasih Tuan Speaker. Izinkan Seri Setia menggulung Bajet Pembangunan Negeri Selangor 2024 terutamanya di bawah vot P14 Jabatan Agama Islam Selangor, berjumlah RM60 juta, vot P01 Pejabat Menteri Besar dan SUK di bawah inisiatif smart Selangor dan juga Industri Halal.

Saya mulakan dengan yang di bawah vot P.14. soalan Yang Berhormat Bukit Lanjan mengenai Sekolah Rendah Agama Damansara Damai agar segera dilaksanakan, program ini tidak ada dalam senarai RMK-12, ianya sedang disemak dan dibincangkan oleh pihak JAIS dan akan dimasukkan ke dalam RMK ke-13.

Soalan Yang Berhormat Kota Damansara akan status Masjid Subang Bestari dan masjid Kota Damansara 2. Mengenai masjid Subang Bestari, peruntukan telah pun disediakan, walau bagaimanapun dengan kemajuan 50% projek ini mengalami

kelewatan sebanyak 316 hari. Notis penamatan telah dikeluarkan pada 16 Oktober 2023 dan kontraktor telah diberi pemanjangan masa sehingga bulan Februari 2024 Sekiranya EOT tersebut dilanggar, kontraktor ini akan ditukar, namun projek ini tetap akan diteruskan dan telah ada peruntukan sebanyak RM4 juta dalam belanjawan 2024.

Untuk masjid Kota Damansara 2, punca kelewatannya adalah kerana kelewatan melantik perunding arkitek yang sekarang ini telah diambil alih oleh pihak JKR daripada jawatankuasa pembinaan masjid sebelum ini, peruntukan sebanyak RM2 juta juga disediakan diteruskan kepada masjid Kota Damansara 2 ini.

Yang Berhormat saya tanya berkenaan Masjid Subang Bestari tadi. Masjid Subang Bestari. Jadi sekarang ini, boleh untuk maksudnya saya dapatkan pengesahan pihak Exco yang kalau andai kata kontraktor yang sama juga diberi peluang dalam tempoh setahun EOT dia, jadi kalau andai kata gagal untuk melaksanakan sehingga Februari akan diterminate dan dia akan lantik lagi yang baru.

Dia akan lantik yang baru. Baik, saya teruskan. Yang Berhormat Sungai Ramal bertanyakan mengenai dua isu, pertama isu penzinaan di kalangan remaja Muslim, yang kedua kesukaran untuk mendapatkan bantuan guaman syarie kerana tidak ada kejelasan bagi tatacara mahkamah syariah. Jawapannya pihak JAIS tidak membuat sebarang kajian ke atas dua perkara ini pada ketika ini, namun untuk meningkatkan kefahaman rakyat mengenai tatacara mahkamah syariah, pihak MAIS ada membuat promosi dan klinik-klinik guaman di zon-zon tertentu di seluruh Selangor. Sekiranya Yang Berhormat inginkan program sebegini dibuat di DUN Sungai Ramal, boleh menghubungi saya nanti. Mengenai soalan ...

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat EXCO, penjelasan sikit. Terima kasih yang dijawab oleh Yang Berhormat, tentang ada dua perkara yang berkaitan dengan syariah ini. Yang pertama tentang tatacara dan prosedur, yang kedua tentang bantuan biro bantuan guaman di perturunkan ke daerah-daerah. Terima kasih.

Itu dijawab oleh Taman Templer sekejap lagi. Soalan Yang Berhormat sungai Ramal juga mengenai Sekolah Rendah Agama Bandar Teknologi, Kajang. Dalam buku belanjawan ini, tidak diberi sebarang peruntukan untuk 2024, namun kerja-kerja awalan seperti kerja tanah dan kerja ukur telah dilaksanakan pada bulan April 2023 sekarang ini dalam proses penyediaan reka bentuk konsep dan penyediaan lukisan terperinci bagi proses tender.

Walau bagaimanapun, permohonan peruntukan sebanyak RM2 juta oleh pihak JAIS pada tahun 2024 tidak diluluskan oleh pihak UPEN atas kekangan kewangan pihak

Kerajaan Negeri. Untuk Sekolah Rendah Agama Bangi yang memerlukan bantuan jalan, tandas surau dan rumah sampah setakat ini sebanyak RM100,964.00 telah pun dibelanjakan oleh pihak JAIS untuk menukar tangki simpanan air sekolah dan menukar pendawaian sekolah dan menggantikan lampu dan kipas sahaja buat masa ini. Untuk masjid West Country seksyen 5 Bangi, tidak ada peruntukan dalam bajet 2024 kerana masjid ini akan hanya dilaksanakan pada tahun 2025 nanti. Soalan daripada Yang Berhormat Morib bertanya mengenai Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning. Projek ini mohon disegerakan tetapi ianya akan dianjak ke tahun 2025 oleh kekangan kewangan. Soalan daripada Yang Berhormat Gombak Setia mengenai status Masjid Al-Ittifaqiah...

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Minta pencerahan sikit, boleh bagi jaminan adakah 2025 belanjawan nanti benda itu akan dilakukan.

Jaminan tersebut berdasarkan pada kekuatan kewangan Kerajaan Negeri pada ketika itu nanti. Soalan saya teruskan soalan daripada Yang Berhormat Gombak Setia mengenai status Masjid Al-Ittifaqiah. Untuk makluman masjid ini tidak termasuk dalam senarai masjid yang mendapat peruntukan di bawah RMK-12, tidak ada peruntuk khusus di bawah RMK-12, tetapi masjid ini telah berjaya mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan melalui ICU Selangor sebanyak RM5 juta bagi mendirikan masjid baru ini. Kerja-kerja baik pulih cerun masih belum dimulakan kerana kerja-kerja berkenaan masih di dalam kontrak main kontraktor bagi pembinaan masjid baru ini. Soalan daripada Yang Berhormat Sabak mengenai ...

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Maaf EXCO. Sebab itu saya tanyakan, saya bertanya apa cadangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah sebegini. Sebab kita tak mahu semakin lama kita tangguh, kos ataupun nilai pembangunannya, akan semakin hari semakin meningkat. Jadi sebab itu walaupun ia tidak diperuntukkan untuk RMK-12, tetapi saya harap Kerajaan Negeri. Dapat memberi pertimbangan khas, kerana kalau isu sebegini kita tidak dapat selesaikan,apatah lagi hari ini dia mula menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat, memandangkan masjid tersebut telah pun di roboh. Jadi sebab itu saya mohon supaya Kerajaan Negeri dapat memberikan pertimbangan khas, sebab kita memerlukan kira-kira satu atau dua juta, walaupun keseluruhan kos untuk membaiki cerun itu ataupun membina retaining wall itu lima juta, tetapi kalau kita mempunyai tambahan satu juta, pembangunannya telah boleh dimulakan, otherwise kita tangguh tangguh tangguh dan ianya tak kan dapat dimulakan dan kosnya semakin hari semakin tinggi. Terima kasih.

Baik terima kasih. Dalam maklum balas ini pihak JAIS juga ada menyebut bahawa merek merujuk pada permohonan peruntukan tambahan kepada pihak ICU serta pihak JKR Selangor bagi melihat kaedah serta kos pembaikan yang boleh dibantu oleh Kerajaan Negeri,

memandangkan projek bina baru masjid ini diuruskan oleh pihak ICU Selangor selaku agensi pelaksana. Jadi kita akan runding dengan pihak ICU juga JKR Selangor.

Soalan daripada Yang Berhormat Sabak mengenai cadangan membaiki dan menyediakan peruntukan untuk Mids Sabak Bernam. Permohonan untuk membaiki MITS Sabak Bernam ini akan diberikan pertimbangan sewajarnya pada tahun hadapan melalui peruntukan baik pulih MITS yang telah diterima oleh pihak JAIS daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM1 juta. Kalau dia ada, dia tepuk kot. Soalan daripada PAID Sabak Bernam ...

Speaker

Yang Berhormat, kalau ADUN yang bertanyakan isu itu, tiada di sini, saya rasa boleh bagi jawapan secara bertulis, untuk menjimatkan masa.

Saya nak teruskan atau saya berikan jawapan bertulis kepada YB Sabak sebab beliau dia tak ada. Saya teruskan Yang Berhormat Seri Serdang, memohon penjelasan mengenai pembinaan Sekolah Rendah Agama Puchong Perdana. Projek ini sepatutnya dimulakan pada tahun 2022 ...

Speaker

Seri Serdang pun tak ada.

Seri Serdang pun tak ada juga.

Speaker

Seri Serdang pun tak ada di sini juga. Jadi rasa boleh, tak perlu jawab.

Yang Berhormat Sementa ada. Saya teruskan pada Sementa.

Speaker

Jawab yang ada di sini, yang ada di dalam dewan.

Baik Speaker. Yang Berhormat Sementa bertanyakan mengenai status pembinaan masjid cina Muslim Klang. Projek ini dipantau sepenuhnya oleh JKR daerah Klang, kemajuan prestasi projek setakat 08 November 2023 adalah 91% dengan kelewatan sebanyak 60 hari dan untuk makluman Yang Berhormat projek bina masjid ini akan siap pada suku pertama tahun 2024.

Soalan kedua mengenai bilakah masjid Al-Ikhsan Tok Muda akan mula dibina. Kerja-kerja awalan telah dimulakan seawal tahun 2023, kini status projek ini dalam proses penyediaan reka bentuk konsep dan penyediaan lukisan terperinci bagi proses tender. Walau bagaimanapun, permohonan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi tahun 2024 tidak berjaya atas kekangan kewangan Kerajaan Negeri. Peruntukan akan

dipohon semula daripada pihak UPEN pada tahun hadapan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Soalan daripada Yang Berhormat Pasir Panjang mengenai Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, bilakah hendak dimulakan. Yang ini akan dimulakan mengikut perancangan JAIS pada tahun 2025 nanti. Soalan daripada Yang Berhormat Semenyih, mengenai Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir Ulu Semenyih, Masjid Pekan Semenyih dan Masjid Pekan Beranang. Ke semuanya ini akan kita masukkan ke dalam senarai rancangan baik pulih JAIS pada tahun 2024 yang akan diberikan merit keutamaan pembaikan.

Soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, akan pembangunan kompleks KIAI di AU2. Perkara ini telah pun dipohon kepada JAIS lima tahun sebelum ini, ianya akan di bawah ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan bergantung pada ulasan sokongan dan merit oleh pihak-pihak berkaitan. Soalan daripada Yang Berhormat Meru, mengenai sekolah, permohonan Sekolah Rendah Agama untuk taman Sungai Kapar Indah. Yang ini sebenarnya dalam jawapan bertulis saya dan permohonan telah pun kita cadangkan semasa mesyuarat projek genting RMK-12 bersama UPEN, tetapi ditolak kerana kekurangan justifikasi bagi pemberian merit.

Akhir sekali daripada Yang Berhormat Dengkil, mengenai masjid Dengkil. RM18 juta telah pun disediakan di bawah RMK-12, tetapi ada beberapa isu-isu tanah yang sedang diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembinaan boleh mulakan. Saya ringkas saja Tuan Speaker, untuk vot yang seterusnya iaitu di bawah vot P01 kod objek 01003, Inisiatif Smart Selangor, soalan daripada Yang Berhormat Lembah jaya. Mengenai apakah Inisiatif Smart Selangor ini akan diteruskan lepas tahun 2025, jawapan ringkasnya iya kerana kita telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah rakyat utama dan melalui program ini juga telah berjaya menjadikan Selangor sebagai sebuah top leader dan trend setter dalam pembangunan smart city dan smart state di Malaysia dan juga di rantau asian.

Namun begitu, kita melihat bahawa program ini harus dilihat semula berdasarkan kepada beberapa inisiatif digital baru yang ada di bawah Rancangan Selangor 1 dan kita juga haru mengambil kira beberapa inisiatif yang sedang dirancang dan sedang berjalan di peringkat persekutuan juga, saya nak selit juga di sini cadangan baik daripada Yang Berhormat Taman Medan mengenai pembentukan Smart Digital ID untuk negeri Selangor. Sebenarnya inisiatif ini telah pun kita ilhamkan seawal tahun 2019 dalam program Smart Selangor dan untuk menjayakan program digital ID ini di peringkat negeri, lebih bermakna sekarang ini kita selaraskan dengan program Nasional Digital ID peringkat persekutuan yang akan babitkan agensi-agensi persekutuan seperti Jabatan Pendaftaran, Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan seumpamanya. Jadi secara rumusannya, program ini kita akan teruskan, kita akan perhatikan semula dan kemungkinan besar ini akan dipanjangkan beyond 2025 dengan izin.

Yang Berhormat Gombak Setia membangkitkan kebimbangan tentang apa yang dilihat sebagai pertindihan di antara skop-skop dan tugasan anak-anak syarikat di bawah MBI seperti SSDU, SIDEC, SmartSel dan mungkin juga SELGEM yang memerlukan satu mekanisma untuk mengelakkan pertindihan. Saya sejujurnya ber setuju dengan cadangan ini, namun begitu saya juga merasakan bahawa perlu ada satu lead agensi ataupun lead entiti dengan izin untuk memastikan bahawa inisiatif-inisitif ini boleh berjalan dan dipantau dengan baik tetapi boleh juga dibuat oleh pelbagai agensi-agensi yang ada sama ada agensi kerajaan, anak syarikat ataupun pihak swasta sendiri, ibaratnya seperti suatu okestra yang haru mempunyai seorang konduktor dan pemain-pemain alat muzik.

Oleh itu, sedikit penstrukturan dalaman di MBI akan dilaksanakan juga penyelarasan di antara beberapa jawatankuasa-jawatankuasa tetap akan dilakukan diperingkat negeri agar pelaksanaan isu Smart Selangor ini dapat dibuat dengan lebih berkesan, lebih besar. Soalan kedua juga daripada Yang Berhormat Gombak Setia, mengenai status terkini SelNett dan cadangan bahawa SSDU berhutang dengan vendor mencecah sehingga RM8 juta, pencerahanya adalah SmartSel bukanlah anak syarikat SSDU Innovation dan SSDU tidak mempunyai sebarang anak syarikat sehingga ke hari ini.

Untuk makluman, SelNett adalah satu penyelesaian connectivity yang telah dibina oleh SSDU untuk memastikan penyaluran data yang cepat dan berterusan high reliability dan high speed dapat dibuat untuk mengoperasikan Smart State yang bakal kita bina. SelNett ini telah pun dioperasikan semenjak tahun 2021 di empat Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSJ, MPKS, MPKL dan juga MPHS. Ianya juga telah beroperasi di Smart Selangor Operation Center di bangunan SUK dan juga Smart Selangor Data Center di Cyberjaya. Penggunaan SelNett ini telah mengupayakan capaian lebih baik bagi beberapa perkhidmatan perbandaran dan aplikasi dalaman yang melibatkan PBT dan telah membantu kita mengoperasikan operasi-operasi bantuan bencana terumatanya ketika berlaku banjir besar pada Disember 2021 yang lalu.

Sehingga kini, pembayaran kepada pembekal vendor bagi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan telah diselesaikan dan dilangsaikan. Tidak timbul soal hutan tertunggak dan tidak berbayar untuk perkhidmatan pembekal yang telah dibekalkan berkaitan dengan SetNett ini.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO, satu lagi soalan saya yang belum dijawab tentang status siasatan tentang isu SIDEC. Yang mengklasifikasikan, saya dimaklumkan ia diklasifikasikan sebagai silap laku, bukan salah laku. Justeru, saya mohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri, mengapa ianya diklasifikasikan sebagai silap laku dan bukan salah laku.

Yang itu boleh saya mohon bagi jawapan secara bertulis kerana perkara itu sedikit di luar bidang kuasa saya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebab itu sebenarnya soalan saya, saya tak tanya status tentang, SetNett tadi itu, saya tanya status siasatan ...

Saya mohon menjawab secara bertulis. Baik saya teruskan untuk vot P01, Industri Halal, yang terakhir. Soalan daripada Kota Damansara, cadangan daripada Yang Berhormat Kota Damansara yang mahukan negeri Selangor mengambil peluang daripada Industri Halal yang besar dalam dunia ini. Sukacita saya maklumkan bahawa RM3 juta dan peruntukan untuk Industri Halal tahun depan ini akan digunakan untuk melihat kaedah pendigitalan proses-proses permohonan sijil pengesahan Halal Malaysia (SPHM) atau dikenali sebagai sijil Jakim agar proses tersebut menjadi lebih efisien, lebih cepat dan lebih mudah untuk diperolehi.

Untuk soalan daripada Yang Berhormat Gombak Setia juga ada menyebut mengenai kebimbangan tentang urusan IKS untuk mendapatkan pensijilan halal, untuk kos yang harus ditanggung. Untuk makluman, di Negeri Selangor terdapat untuk industri mikro Negeri Selangor terdapat Skim Pensijilan Halal Mikro Negeri Selangor yang boleh diperolehi, walaupun mereka bermula berniaga dari rumah, namun ianya hanya diberikan untuk tempoh sementara iaitu dua tahun sahaja dengan beberapa syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Selepas tempoh dua tahun itu, untuk mereka terus mendapatkan pensijilan halal, mereka harus berpindah ke premis yang sah dan mengikut SOP yang ditetapkan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO, saya ingin mencadangkan kalau boleh soal pensijilan halal. Ini dikalangan IKS – IKS kita, ianya mesti disebar luaskan dengan lebih giat lagi. Memandangkan saya kira banyak industri-industri kecil, khusus nya yang menyediakan produk-produk makanan ini yang menggunakan kediaman mereka sebagai premis, bagi menghasilkan produk-produk tersebut, jadi ianya boleh dimaklumkan kepada warga supaya mereka juga dapat manfaat daripada program Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Baik, maklum. Sekian saja Tuan Speaker, Seri Setia mohon menggulung.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Taman Templer.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan usul bajet peruntukan pembangunan 2024 yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Ekonomi Penjagaan.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal telah menyebutkan tentang pengukuhan institusi kekeluargaan di Selangor. Kerajaan Negeri memandang serius tentang faktor keruntuhan institusi kekeluargaan seperti yang disebutkan. Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk melaksanakan kempen tentang tanggungjawab bersama atau shared responsibitlity terutama dalam kalangan pasanagan atau ibu bapa muda. Selain itu Kerajaan Negeri juga dalam usaha menambah nilai penerima manfaat insentif Asuh Pintar, TUNAS dan BINGKAS menerusi program-program keibubapaan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran penerima manfaat dengan kerjasama agensi seperti LPPKN dan JAIS.

Tuan Speaker, saya mengambil maklum syor yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang agar inisiatif elaun anak ke nurseri atau asuh pintar diperluaskan kepada taska-taska di luar bandar. Kerajaan Negeri akan memberi perhatian serius untuk memastikan akses anak-anak kepada pusat jagaan serta bagi membantu ibu bapa menampung beban kos penjagaan.

Tuan Speaker Yang Berhormat Permatang ada membangkitkan tentang biasiswa Wanita Berdaya Selangor yang mana penerima biasiswa sedia ada sedang melanjutkan di OUM dan UKM. Untuk pengetahuan Yang Berhormat hasrat biasiswa WBS adalah untuk membantu wanita meningkatkan tahap pendidikan mereka dan untuk mereka melibatkan diri dalam tenaga buruh terutama untuk membantu ekonomi keluarga. Kerajaan Negeri menetapkan bahawa penerima manfaat biasiswa WBS boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pendidikan awam dan swasta yang diakreditasi MQA. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan menggalakkan para pemohon akan datang menyambung pengajian di Universiti Selangor UNISEL dan Universiti Islam Selangor sebagaimana syor Yang Berhormat.

Bagi Skim Mesra Insan Istimewa, Tuan Speaker saya bersetuju bahawa Kerajaan Negeri Selangor perlu menggalakkan lebih ramai OKU dan Ibu bapa kepada anak istimewa untuk tampil mendaftar dan mendapatkan kad OKU. Oleh itu saya mengambil maklum usul yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu Tiga berkenaan Skim Mesra Insan Istimewa untuk mengekalkan syarat kelayakan SIMS atau Skim Mesra Insan Istimewa iaitu pemohon mestilah merupakan pemegang kad OKU berdaftar.

Tuan Speaker, saya merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Batu Tiga tentang peruntukan BINGKAS. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi BINGKAS adalah sebanyak RM108 juta dengan sasaran sebanyak 30 ribu penerima manfaat. Bagi syarat kelayakan pula, Kerajaan Negeri menetapkan syarat kelayakan pemohon BINGKAS iaitu pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 ke bawah tanpa mengambil

kira jumlah tanggungan. Kerajaan Negeri akan membuat kajian lanjut berkaitan syor yang diberikan oleh Yang Berhormat Batu Tiga supaya Kerajaan Negeri mengambil kira jumlah tanggungan. Berkaitan umur tanggungan yang dicadangkan untuk dinaikkan pada 18 tahun ke 21 tahun. Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan meneliti sekiranya terdapat keperluan.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal ada membangkitkan tentang dana bantuan guaman. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor menjadi negeri pertama yang melaksanakan program dana bantuan guaman Selangor yang di laksana bermula September 2022. Sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan bagi program ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan khidmat guaman bagi isu-isu kekeluargaan dan pekerjaan. Bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri mengambil langkah meluaskan lagi program ini dengan 3 penambahbaikan utama. Pertama Kerajaan Negeri bersetuju meningkatkan pemberian subsidi guaman daripada RM1,500 tahun itu tahun semasa tahun 2023 kepada RM3,000 bagi setiap kes. Memahami keadaan rakyat yang menghadapi beban kewangan terutama pasca pandemik, Kerajaan Negeri turun menaikkan syarat pendapatan bulanan isi rumah, pemohon daripada RM3,000 sebulan tahun semasa kepada RM5,000 sebulan pada tahun 2024. Dan ketiga bagi tahun 2024 program ini turut akan diperluaskan kepada kes-kes berkaitan syariah. Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal ada membangkitkan soal ketercapaian rakyat kepada dana bantuan guaman ini. Maka untuk makluman Yang Berhormat, pemohon boleh membuat permohonan di pusat khidmat DUN yang berhampiran dan kelulusan akan dilaksanakan oleh Selangor Bar Council dan semakan akan dilaksanakan dan pengesahan dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat. Tuan Speaker, Yang Berhormat Lembah Jaya ada menyatakan...

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat EXCO mohon penjelasan sikit sahaja. Terima kasih atas penjelasan, yang diberikan sangat baik. Cuma soalan tambahan ialah sama ada Pusat Khidmat pembangkang juga boleh terlibat dalam menyalurkan permohonan khidmat guaman ini sebab di pejabat saya sudah ramai datang untuk mendapatkan penjelasan. Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Kami akan menyelaraskan semula dan memaklumkan kepada Pusat Khidmat Pembangkang dan juga Mukim Penyelaras DUN. Tuan Speaker, Yang Berhormat Lembah Jaya ada menyatakan tentang liputan program-program kebajikan bagi DUN Lembah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat semua program di peringkat Kerajaan Negeri melibatkan rakyat di semua DUN di seluruh Selangor termasuklah di kawasan Lembah Jaya seperti Program Skim Mesra BINGKAS dan sebagainya.

Seterusnya Yang Berhormat Hulu Kelang tak ada di sini saya tak jawablah. Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Gasing telah membangkitkan beberapa perkara berkenaan Skim Mesra Usia Emas. Pertama bagi cadangan mengambil kakitangan

tambahan untuk mempercepatkan pengurusan permohonan sebagai mana jawapan saya dalam sesi pertanyaan sebelum ini, YAWAS telah pun mengambil inisiatif sedemikian pada Julai 2023 yang lalu dengan membentuk satu task force melibatkan kakitangan tambahan. Kini pihak YAWAS sedang berusaha menyelesaikan proses tersebut sebelum memasuki tahun 2024 dengan kerja lebih masa di jabatan pendaftaran. Namun Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk mengadakan satu sesi taklimat khas kepada Pusat Khidmat DUN untuk menjelaskan isu-isu berkaitan. Kerajaan Negeri juga akan menambah baik keadaan sedia ada dengan digitalisasi Skim Mesra pada tahun 2024. Yang Berhormat Bukit Gasing ada membangkitkan tentang perbelanjaan terkini dan unjuran akan datang bagi SMUE sehingga 15 November 2023 sebanyak RM32.6 juta telah dibelanjakan pada tahun ini. Peruntukan Skim Mesra tahun 2024 adalah sebanyak RM37.5 juta dan Kerajaan Negeri akan meneliti peruntukan SMUE melihat kepada trend permohonan tahun 2023. Yang Berhormat Bukit Gasing juga bertanya tentang penebusan baucar bagi permohonan yang masih belum mendapat kelulusan. Untuk makluman Yang Berhormat, ahli SMUE boleh mengambil baucar tersebut dengan serta-merta setelah baucar diluluskan dan hendaklah dituntut pada tahun semasa permohonan. Yang Berhormat Meru ada,

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat sebelum beralih kepada topik seterusnya, mereka yang berdaftar pada bulan Ogos, bulan September masih belum lulus sampai sekarang. Kalau tak nak tambah staf kontrak, setakat kerja lebih masa boleh tak sempat tahun ini untuk habis proses back log beberapa bulan ini dan mereka perlu ambil baucar tahun ini juga. Jadi adakah tarikh terakhir masih 15 Disember?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Ya masih 15 Disember. Cuma dalam perbincangan dengan pihak YAWAS, saya telah mengarahkan dengan peruntukan yang sedia ada ,kita terima sehingga permohonan dan pendaftaran September sahaja.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

So mereka yang mohon bulan Oktober tak mungkin.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Kita akan bawa ke peruntukan tahun hadapan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya harap boleh dipertimbangkan semula. Sebab Kita dah umumkan mereka yang mohon mereka boleh dapat sebagai warga emas harap dipertimbangkan semula selepas ini.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Pejabat kami akan ambil maklum dan kita akan melaksanakan satu sesi taklimat khas kepada semua Pusat Khidmat DUN.

Yang Berhormat boleh saya tanya sikit lagi. Berkenaan isu SMUE yang sama, Adakah tahun depan dia akan guna kaedah yang sama seperti tahun ini. Maknanya tak perlu tunggu tarikh lahir untuk buat claim. So saya takut isu yang sama kita akan berulang.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Sebuah bengkel penambahbaikan berkaitan polisi pengagihan baucar, contohnya sebelum tahun 2023 agihan dilaksanakan mengikut bulan kelahiran, tetapi pada tahun 2023 apabila kita mengubah polisi daripada hanya menebus pada bulan kelahiran kepada bila-bila masa menyebabkan agihan kewangan itu tidak dapat kita uruskan sebaik mungkin. Maka dengan itu kita mungkin akan menilai semula cara yang lebih memudahkan dan tidak membebankan juga pada Pusat Khidmat. Jadi penelitian akan dilaksanakan dan pihak YAWAS dan juga pejabat EXCO akan meneliti untuk penambahbaikan termasuk digitalisasi dan juga cara e-baucar dan ini akan memudahkan bukan sahaja agihan tapi juga untuk pengurusan di pusat-pusat khidmat.

Ok. Yang Berhormat Meru ada membangkitkan tentang peruntukan ekonomi penjagaan berjumlah RM1 juta untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini ekonomi penjagaan berada di bawah kod projek PK606002 Kebajikan Masyarakat. Saya berterima kasih pada Yang Berhormat Meru atas perhatian yang diberikan kepada ekonomi penjagaan yang perlu kita beri perhatian serius terutama bagi menghadapi status negeri menua. Oleh itu Kerajaan Negeri akan meneliti syor yang diberikan agar diwujudkan satu kod projek baharu bagi ekonomi penjagaan. Sekian terima kasih.

Speaker

Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Yang Berhormat Kampung Tunku mencadangkan agar Selcare Diagnostic libatkan dalam Selangor Lab Partnership yang akan dimulakan tahun 2024. Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan tersebut sebaiknya. Pada peringkat ini Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengenal pasti Universiti Selangor dan Universiti Putra Malaysia yang akan memulakan Lab Partnership Programme dengan penyertaan 10 Syarikat Swasta serta enam institusi pengajian tinggi serta institusi penyelidikan. Melalui Lab Partnership Programme pelabur dan syarikat yang berminat dapat memanfaatkan kemudahan seperti makmal bagi penyewaan peralatan serta perkhidmatan analisa latihan teknikal serta kolaborasi penyelidikan dalam bidang alat perubatan pharmaceutical, biotechnologi dan produk kosmetik serta penjagaan diri.

Kampung Tunku membangkitkan kepentingan lingkaran pengangkutan Lembah Klang Raya. Penyeragaman teknologi dan perkongsian data dapat dikaji semula. Localize the operation centralize the system supaya pentadbiran Lembah Klang Raya dapat meraih manfaat yang lebih baik. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk mewujudkan mobiliti lab yang akan merangkumi pusat penyelidikan dan inovasi

sebagai penyelesaian kepada isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan sistem pengangkutan di Negeri Selangor. Di dalam mobiliti lab ini juga, platform kecerdasan, buatan atau pun AI akan dibangunkan bertujuan untuk pelaksanaan kajian dalam skala besar dan analisa visual yang boleh menghasilkan aplikasi-aplikasi baharu dari set data besar di Lembah Klang. Perkara-perkara yang akan dikaji antaranya termasuklah data pengangkutan algoritma tingkah laku pemandu dan pemodelan laluan pergerakan pengangkutan awam. Tuan Speaker objektif Bas Smart Selangor ini adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh semua lapisan masyarakat. Di samping untuk dapat mengurangkan bebanan kewangan bagi golongan awam berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan perkhidmatan di dalam urusan harian. Namun sebagai sebuah kerajaan negeri yang pintar berdaya murni dan makmur menjelang tahun 2025. Program-program Kerajaan Negeri sentiasa disemak dan dikaji untuk ruang penyelarasan antara peranan-peranan jabatan atau agensi kerajaan. Dalam hal ini Jawatankuasa Tetap Mobiliti dan Jawatankuasa Tetap Pelancongan akan bekerjasama dari segi penyediaan pengangkutan awam dan peningkatan pelancong ke Negeri Selangor. Oleh itu cadangan atau isu yang dibangkitkan ini akan diperhalusi kesesuaian supaya tidak menjejaskan objektif Smart Selangor. Berhubungan cadangan ke kawasan pelancongan di Selangor perkara ini perlu diperhalusi dengan lebih lanjut kerana Bas Smart Selangor tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat atau pun APAD. Mengikut runding kepada operator bas sedia ada dan keperluan bas awam atau bas henti-henti yang berada di bawah tanggungjawab APAD. Oleh itu Bas Smart Selangor disediakan hanya untuk menampung kekosongan laluan dengan mengutamakan laluan sosial yang tidak dilalui sedia ada dan perlu mendapat kelulusan APAD. Walau bagaimanapun selain daripada perkara berkaitan laluan Kerajaan Negeri mengambil maklum keperluan untuk meningkatkan pelancong ke Negeri Selangor. Antara perancangan kerjasama yang akan dilaksanakan antara kedua-dua Jawatankuasa Tetap Mobiliti dan Jawatankuasa Tetap Pelancongan adalah dengan menjadikan Bas Smart Selangor sebagai salah satu medium pengiklanan promosi pelancongan di mana bas-bas ini akan ditampal wrapping bertemakan pelancong Negeri Selangor bagi setiap kawasan Pihak berkuasa Tempatan.

Secara dasarnya Negeri Selangor telah pun menyediakan program dan platform seperti SIP dan Selangor Aerospace Show untuk kita bangunkan perkasakan PKS-PKS kita supaya mereka bukan sahaja dapat masuk ke dalam rangkaian bekalan industri berteknologi tinggi malah bersedia mengembangkan sayap mereka selari dengan dasar-dasar yang ditetapkan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Ringkasnya Selangor sudah mempunyai asas yang kukuh dari segi bilangan sektor industri, permain industri dan inventori syarikat-syarikat yang terus ditambah nilai supaya kita dapat bersama merancakkan ekonomi Negeri Selangor. Sekian terima kasih.

Speaker

Ya Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Y.B. Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T salam sejahtera dan salam Kita Selangor. Saya bangkit bagi menggulung isu-isu perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terkait dengan portfolio Kemajuan Desa Dan Perpaduan di bawah kod projek 02003,02005,02006 dan 06004.

Tuan Speaker, Y.B. Kota Damansara dan Sijangkang ada membangkitkan berkaitan naik taraf dan balik pulih jalan luar bandar berkaitan penurapan tanah right of way atau ROW. Seperti mana Y.B. Kota Damansara sedia maklum penurapan bagi jalan berkenaan memang tidak boleh digunakan peruntukan Kerajaan Negeri memandangkan ianya adalah tanah persendirian dan tidak dirizabkan oleh Kerajaan Negeri.

Saya juga mengambil maklum berkaitan dengan pandangan Y.B. Sijangkang dan Kota Damansara berkaitan peruntukan RM2juta yang dianggap tidak mencukupi untuk jalan-jalan luar bandar di seluruh Negeri Selangor kerana itulah seperti ucapan Belanjawan YAB Dato’ Seri Menteri Besar, Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk turut mengguna pakai peruntukan daripada kementerian bagi membiayai projek menaik taraf dan membaik pulih jalan luar bandar. Sebagai tambahan untuk makluman Yang Berhormat, KKDW turut mengguna pakai garis panduan pelaksanaan projek jalan perhubungan desa termasuklah berkaitan skop kerja, garis panduan dan tatacara penyelenggaraan jalan luar bandar menggunakan peruntukan MARRIS. Semoga dengan kerjasama ini, Kerajaan Persekutuan dapat menampung kekangan peruntukan Kerajaan Negeri bagi jalan-jalan luar bandar ini.

Berkaitan dengan isu keselamatan jalan raya dan pertimbangan untuk satu garis panduan oleh JKR. Ini adalah di bawah bidang kuasa Y.B. EXCO Infrastruktur.

So seterusnya juga ada menyentuh berkaitan keadaan jalan ladang dan keperluan untuk menaik taraf bagi keselesaan penduduk setempat. Sememangnya di bawah garis panduan projek jalan perhubungan desa KKDW yang saya sebut tadi ialah termasuk jalan ladang pertanian dengan kriteria seperti berikut :-

Pertama) Meliputi jalan di kebun, ladang, pertanian milik persendirian dan pekebun bagi mengangkut hasil pertanian agensi KKDW; Kedua) Keutamaan diberikan kepada ladang yang sedang diusahakan atau dimajukan oleh pekebun kecil agar dapat menjadi rangkaian perhubungan yang bermanfaat kepada penduduk dan kampung sekitarnya untuk mengangkut barangan dan mengeluarkan hasil tanaman; dan Yang Ketiga) Jalan yang menggabungkan jalan besar atau jalan utama dengan jalan ladang pertanian pekebun kecil bagi menghubungkan kampung-kampung berhampiran yang bertujuan sebagai laluan utama kenderaan bagi mengangkut hasil pertanian.

Bagi skop pelaksanaan jalan ladang pertanian, terdapat tiga komponen projek iaitu :-

Pertama Bina baru; Kedua naik taraf; dan Yang Ketiga baik pulih

Dari segi tatacara pelaksanaan projek ini, permohonan adalah melalui Pejabat Daerah dan Tanah dan akan diangkat kepada KKDW untuk penelitian dan pertimbangan.

Berkaitan isu lampu jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak dan Yang Berhormat Sementa. Jika dulu agak sukar dibina kerana kebanyakan jalan ladang tiada kediaman berdekatan, jadi sudah pasti tiada tiang elektrik tetapi kini Kerajaan Negeri turut memberi fokus kepada pemasangan solar sebagai alternatif. Sebagai tambahan bagi permohonan lampu jalan kampung atau LJK. Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). PDT seterusnya akan mengangkat permohonan program LJK kepada KKDW, KKDW akan meneliti permohonan tersebut dan jika diluluskan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku agensi pelaksana akan melaksanakan pemasangan LJK ini.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang juga ada menyentuh mengenai pembangunan ekonomi kampung tradisi. Sememangnya di bawah pembangunan ekonomi kampung tradisi ini, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada tiga keutamaan inisiatif iaitu :-

Pertama industri komoditi kampung tradisi; Kedua ekonomi identiti kampung tradisi; dan Dan ketiga peningkatan kemahiran kampung.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat untuk membangunkan balai niaga yang khusus bagi setiap kampung tradisi. Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Luar Bandar akan meneliti perkara ini. Pada peringkat ini, sekiranya ini hanya melibatkan pewujudan zon khas bagi aktiviti niaga kampung atau dataran niaga untuk pasar pagi, pasar tani, pasar malam dan sebagainya saya yakin ini boleh diangkat oleh JPKK di kampung berkenaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk pertimbangan. Tetapi sekiranya ia melibatkan pembinaan infrastruktur baru, ini akan memerlukan penelitian dan kajian oleh Unit Perancangan Ekonomi iakni (UPEN). Selanjutnya Yang Berhormat Meru ada mengusulkan untuk menaik taraf sebuah rumah tradisi misalnya di Kampung Budiman

Speaker

Sijangkang, Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Meru untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong setempat.

Speaker

Sijangkang berdiri.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Ya Y.B. Sijangkang.

Saya ingat pada penggal sebelum ini, kita pernah membangunkan dengan hasrat. Kita satu DUN akan ada satu dataran niaga pada kampung tertentu yang terpilih yang mempunyai tanah yang boleh kita bangunkan sebagai dataran niagalah. Saya ingat kita dah mulakan dengan 12 daerah. Di setiap daerah ada satu kawasan dataran niaga yang kita bangunkan. Mungkin boleh dilihat sebagai satu kesinambungan, daripada itu kerana saya ingat ini agak penting kepada masyarakat di kampung untuk tujuan perniagaan di peringkat kampunglah. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya akan ambil maklum untuk pertimbangan. Selanjutnya Yang Berhormat Meru ada mengusulkan untuk menaik taraf sebuah rumah tradisi misalnya di Kampung Budiman Meru untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan setempat. Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai perkara ini dan kerana itulah di bawah pembangunan ekonomi kampung tradisi terdapat program baru yang akan diperkenal tahun hadapan iaitu Jejak Eko Desa untuk mengenal pasti ekonomi identiti kampung tradisi. Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Luar Bandar akan menerokai peluang kerjasama dengan Jawatankuasa Tetap Pelancongan di dalam usaha untuk mempromosi dan mempertingkatkan tarikan pelancong di kampung tradisi yang berpotensi tinggi.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Ijok turut memohon pembinaan dewan orang ramai di kampung itu. Untuk makluman Yang Berhormat, berikutan kekangan peruntukan keutamaan bagi projek di bawah peruntukan ini adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan, penaiktarafan dan pembaikpulihan kemudahan awam sedia ada. Buat masa ini di dewan serba guna dalam DUN Ijok di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor adalah terletak di Kampung Bukit Badong. Meskipun hanya terdapat satu dewan serba guna di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dalam DUN Ijok, terdapat sekurang-kurangnya empat lagi dewan serba guna yang dibina oleh kerajaan yang boleh diguna oleh penduduk setempat. Dewan-dewan ini diletakkan pengurusannya di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan juga sekolah. Di antara dewan-dewan tersebut ialah :-

Pertama Dewan Orang Ramai Seri Harmoni; a) Dewan Rafulin, SK Bukit Badong; b) Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa; dan c) Dewan MDKS, Bestari Jaya.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat dan sebagai tindakan susulan saya mencadangkan agar Yang

Berhormat turut berhubung dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor berhubung perkara ini kerana dari segi tatacara untuk projek infra asas kampung ini pejabat-pejabat daerah dan tanah akan mengemukakan permohonan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri iakni (UPEN) untuk diteliti dan dipertimbangkan mengikut keperluan dan keutamaan semasa.

Tuan Speaker, seterusnya Yang Berhormat Sijangkang ada membangkitkan berkaitan perpaduan dan menyentuh mengenai keperluan untuk Kerajaan Negeri bukan hanya sekadar mengadakan program-program perpaduan dan integrasi nasional di Negeri Selangor, bahkan turut mencari pendekatan yang memberi impak tinggi kepada keharmonian dan perpaduan kepelbagaian kaum di Negeri Selangor. Sebenarnya cadangan ini sangat seiring dan akan diterjemahkan melalui Gagasan Rumpun Selangor yang bukan hanya sekadar melibatkan penganjuran program semata-mata, bahkan tunjang-tunjang utama lain turut merangkumi penggubalan Dasar Perpaduan Rumpun Selangor, penghasilan lagu perpaduan, program advokasi rakyat yang akan diadakan secara berterusan. Melangkaui penganjuran Karnival Perpaduan Rumpun Selangor di seluruh Negeri Selangor, besarlah harapan Kerajaan Negeri agar tunjang-tunjang utama lain di bawah Gagasan Rumpun Selangor ini dapat menanamkan semangat cintakan negeri dan negara serta mendidik peri pentingnya perpaduan dalam kalangan rumpun Selangor.

Kerajaan Negeri juga mengambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat berhubung Rukun Negara. Dan sememangnya ada dalam perancangan Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional untuk bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negeri Selangor untuk menggalakkan bacaan Rukun Negara ini ketika majlis-majlis rasmi Kerajaan Negeri khususnya sepanjang bulan kemerdekaan serta menerokai peluang-peluang kerjasama dengan kelab-kelab rukun negara melalui program-program berbentuk perpaduan dan patriotik. Sekian saja penggulungan saya pada hari ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Bandar Utama.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker. Y.B. Seri Kembangan telah membangkitkan isu berkaitan dengan perkhidmatan ambulans di bawah Negeri Selangor.

Speaker

Yang Berhormat Seri Kembangan tak ada Yang Berhormat. Saya rasa boleh bagi jawapan bertulislah.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya pergi yang ke seterusnya. Yang Berhormat Kampung Tunku telah membangkitkan perkara berkaitan dengan penambahbaikan Program Selangor Mental Sihat ataupun dikenali sebagai SCHGT. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat Kampung Tunku bagi menyelaras ataupun stream line (dengan izin) program-program

di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor. Langkah ini dapat memastikan rakyat menerima info dan hebahan berkaitan dengan inisiatif yang diperkenalkan dengan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu Kerajaan Negeri akan melihat beberapa mekanisma yang bersesuaian seperti penganjuran program-program termasuklah perancangan pelaksanaan dengan kerjasama agensi berkaitan sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat untuk pemberian ubat generate psikiatri melalui Selcare Farmasi. Untuk makluman Yang Berhormat, subsidi rawatan psikiatri dan Klinikal Psikologi di bawah Program SEHAT turut meliputi pemberian ubatan. Pesakit yang layak menerima subsidi tersebut akan mendapatkan ubatan tersebut di Klinik Panel Psikiatri di bawah program ini. Selcare Farmasi kini tidak menawarkan ubat generate psikiatri di bawah Program SEHAT disebabkan dua faktor utama iaitu setiap pesakit yang telah dirawat oleh doktor panel mempunyai jenis ubat yang spesifik di samping ubat psikiatri merupakan ubat terkawal dan ianya bertujuan untuk memudahkan pesakit mendapatkan terus ubat yang telah ditentukan oleh doktor panel di klinik panel tersebut tanpa perlu ke tempat lain untuk mendapatkan ubat.

Yang Berhormat Kampung Tunku dan Yang Berhormat Gombak Setia juga prihatin tentang Program Iltizam Sihat, Selangor Sihat di mana mensasarkan seramai 100,000 pemohon dan keluarga berdaftar khusus kepada rakyat Selangor yang terutamanya kepada yang berpendapatan rendah ataupun B40 bagi mendapat manfaat daripada segi rawatan asas dan juga manfaat perlindungan. Baru-baru ini juga ISS telah ditambah baik dengan penambahan perkhidmatan hospitaliti sebanyak RM10,000. Seperti mana yang dijelaskan tempoh hari dalam Sidang Dewan yang mulia ini, Program ISS akan ditambah baik dengan penambahan manfaat hospitalisasi ataupun in patient sebanyak RM10,000. Oleh itu manfaat ini disasarkan untuk memanfaatkan seluruh kuota ahli utama ataupun prinsipal iaitu seramai 100,000 orang individu. Dari segi penilaian kelayakan ahli ISS menerima manfaat hospitalisasi, Program ISS memfokuskan kepada rawatan asas kes akut ataupun acute condition. Manakala manfaat hospitalisasi ini tidak meliputi rawatan akibat penyakit kritikal kerana manfaat perlindungan penyakit kritikal ditawarkan di dalam Program Skim Rawatan Asas dan perlindungan Program ISS tidak meliputi kes pembedahan kerana ianya ditawarkan di dalam Program Bantuan Sihat Selangor.

Manfaat ini akan ditadbir urus oleh Selcare Management dan dikawal selia serta ringfence (dengan izin) program ini dari segi prosedur serta tuntutan yang melampau oleh hospital swasta. Dalam pada itu, saya ingin menjelaskan bahawa walaupun kos benefit analisis yang terperinci masih tidak disediakan, Kerajaan Negeri akan memastikan tiada persamaan manfaat antara Program ISS dan BSS dan Kerajaan Negeri Selangor sedang menjalankan penyelarasan pelaksanaan Program BSS kepada kendalian pihak Selcare. Oleh itu, data yang penuh masih belum dapat disediakan walaupun begitu seperti yang saya telah jelaskan tadi manfaat program BSS dan ISS adalah berbeza daripada had bantuan dan juga jenis rawatan yang dijalankan di bawah program masing-masing. Sebagai contoh program ISS

memfokuskan bantuan inpatient, dengan izin manakala manfaat pembedahan di bawah BSS adalah terhad bagi pembedahan kecil yang berjumlah sehingga RM5000 dan pembedahan katarak mata berjumlah sehingga RM1,200. Merujuk juga kepada manfaat hospitalisasi program ISS hospital panel bagi manfaat hospitalisasi ini terdiri daripada hospital kerajaan dan juga hospital swasta. Tujuan pemilihan hospital swasta sebagai panel adalah bagi memastikan pesakit yang layak menerima manfaat ini dapat menggunakan perkhidmatan kesihatan dengan kadar segera. Di samping itu langkah ini juga berupaya mengurangkan kesesakan di hospital awam. Dalam memastikan terdapat pengawalan kewangan beberapa ketetapan telah diperkenalkan di bawah manfaat hospitalisasi seperti berikut. Pertamanya rawatan bagi kecemasan hanya dibenarkan di hospital kerajaan sahaja. Kedua, kemasukan wad di hospital panel Selcare dan had charge bagi room and board dengan izin adalah berjumlah RM80 sehari. Dan beberapa jenis bil yang tidak ditanggung termasuklah telefon, dobi, ubatan yang tidak berkaitan dengan diagnosis, vitamin dan makanan tambahan serta sebarang charge yang melebihi jadual yuran yang ditetapkan dalam jadual ketiga belas kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta 2013 juga akan dipantau. Kerajaan Negeri juga sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah langkah terbaik dalam menentukan tahap kesihatan individu mengikut cogan kata “pencegahan adalah penawar yang terbaik”. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan terus mempergiat dan meluaskan hebahan promosi program berkaitan dengan aspek saringan dan pencegahan kesihatan seperti Program Saring Selangor, Program Slim Selangor, Program Selangor Anak Sihat pada tahun 2024 bagi mempromosikan pencegahan terutamanya penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, serta faktor risiko seperti obesiti. Bagi menjawab soalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gombak Setia...

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Speaker, boleh mencelah sekarang atau tunggu sehingga....

Speaker

Boleh mencelah tetapi Gombak Setia tiada di Dewanlah. Jadi saya bagi secara bertulislah.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Baik.

Speaker

Kampung Tunku mahu mencelah.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya. Ya.

Speaker

Silakan. Oh sorry, maaf-maaf saya ingatkan Taman Medan. Maaf, tak apa sekarang ini Kampung Tunku. Maaf-maaf.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker, cuma saya nak berbalik kepada isu Selcare Farmasi, Yang Berhormat EXCO belum menjawab soalan tentang apakah Unique Proposition dengan izin, Selcare Farmasi berbanding farmasi

biasa adakah rakyat Selangor mendapat kelebihan daripada Selcare Farmasi dan apakah sumbangan dan liabiliti kepada Kerajaan Negeri jika ada? Saya minta soalan ini dijawab. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku, setakat ini oleh kerana Selgate merupakan GLC di bawah Kerajaan Negeri Selangor oleh kerana itu tujuan utama bukannya memberikan kebajikan sahaja. Oleh itu, tiada sebarang perbezaan setakat ini. Namun begitu seperti yang dikatakan pada sebelum ini Kerajaan Negeri sedang membincangkan dengan Selgate sekiranya Hospital Selgate telah dibina apakah jenis kebaikan dan manfaat yang dapat kita berikan kepada warga Selangor dan juga bagaimanakah kita dapat adjust ataupun selaraskan penambahbaikan ISS, BSS dan seumpamanya di bawah seliaan...

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Minta maaf Yang Berhormat EXCO saya bertanya tentang Selcare Farmasi bukan Hospital Selgate.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Setakat ini tiada seperti yang dikatakan. Cuma saya memberikan maklumat tambahan apakah yang, kerjasama yang sedang diperbincangkan dengan Selgate setakat ini. Ya. Tadi saya dah jawab setakat ini tiada. Ya. Ok apalagi soalan tambahan? Itu sahaja? Orait. Berhubung dengan penggunaan dana bagi pengoperasian Selangor Public Health Advisory Council ataupun SELPHAC. Ingin di maklumkan bahawa peruntukkan bagi SELPHAC pada tahun 2023 adalah sebanyak 800ribu. Dengan sebanyak 1juta bagi tahun 2024 adalah menggunakan peruntukan program itu sendiri dan tidak menggunakan peruntukkan daripada program lain. Cadangan bagi meningkatkan kuota program ISS merupakan satu cadangan yang perlu dipertimbangkan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Kualiti program ISS bukan sahaja berdasarkan kuantiti malah keperluan dan kualiti. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian Program ISS telah dinaik taraf beberapa kali. Pada tahun 2020 ISS telah dinaik taraf dengan khairat kematian semula jadi, perbelanjaan pengebumian, bantuan untuk penyakit kritikal dan bantuan untuk kematian serta kecacatan kekal akibat kemalangan. Semua ini tiada pada tahun 2017. Pada tahun ini pula Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju dengan manfaat hospitalisasi sehingga RM10ribu. Oleh itu penilaian terhadap program ISS harus dilihat secara keseluruhan. Selain itu pertimbangan juga perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kadar penggunaan tahunan dan statistik permohonan yang layak di setiap DUN, kadar pendapatan garis kemiskinan semasa dan kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri. Jika pada tahun 2024 prestasi ISS adalah menggalakkan maka sudah tentu pasti cadangan penambahan kuota dan pertambahan peruntukan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO sebab itu saya bertanyakan tentang apakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan, untuk menambah kuota tersebut sebab satu perkara yang belum dijawab oleh EXCO ialah sebagaimana yang pernah dibahaskan dalam Dewan. Ini dan dijawab oleh

EXCO ialah program ISS ini tidak begitu mendapat sambutan sebab itu dikurangkan daripada 45juta kepada 35juta. That’s why, saya lontarkan dalam Dewan ini kerana program ini sebelum ini pernah mencatatkan jumlah penerima sebanyak 350ribu orang dan hari ini dikurangkan kuotanya hanya 100ribu orang. Apabila Yang Berhormat EXCO mengatakan bahawa ianya seolah-olah tidak mendapat sambutan, saya hairan sebab kalau kita kira daripada keseluruhan jumlah rakyat Negeri Selangor yang hari ini kira-kira 5.8juta orang, 100ribu ini maksudnya kira-kira 1.4% sahaja dan saya yakin jumlah B40 dalam negeri kita ini jauh lebih besar daripada itu. Sebab itu, saya minta Kerajaan Negeri. Kita tak mengatakan bahawa penambahbaikan yang dibuat itu tidak bagus, cukup bagus! Dan bagi saya program ini cukup menarik. Tetapi bagaimana kita boleh enhance dengan izin, kita boleh tambah baik, program ini supaya penambah-penambahbaikkan itu juga dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai lagi rakyat dalam negeri kita ni. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Saya tak pasti Gombak Setia ada tak semasa saya menjawab. Saya dah betulkan saya rasa at least dengan izin dua, tiga kali. Saya tidak pernah cakap tidak mendapat sambutan yang baik. Saya cakap dari pada segi penggunaan utilization pengguna tidak menggunakan RM500 itu secara sepenuhnya. Contohnya Yang Berhormat Gombak Setia ada kad tu ok, Yang Berhormat Gombak Setia tak menggunakan RM500 itu mungkin guna RM100, RM200, mungkin sebab Yang Berhormat sihat. Mungkin sebab Yang Berhormat...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik, saya terima maklum balas tersebut, jadi kalau rakyat ataupun penerima manfaat tersebut dia ada manfaat RM500, dia tak gunakan RM500, dia gunakan RM100 setahun. Justeru saya yakin Kerajaan Negeri boleh, melebarkan program tersebut supaya penerima manfaatnya dapat ditambah. Tidak bermakna hari ini kita tak sihat tahun depan kita sihat sepanjang tahun. Jadi sebab itu saya menyatakan dan saya menyeru supaya Kerajaan Negeri program yang kita ada ini daripada Peduli Sihat ditambah baik, ditambah baik dengan pelbagai manfaat, ianya suatu inisiatif, yang cukup baik tetapi rata-rata saya lihat di dalam kawasan saya sendiri ramai penerima manfaat yang sebelum ini. Hari ini mereka tak lagi menerima manfaat dan mereka kesal kerana mereka lihat program ini semakin hari semakin baik tetapi kuotanya dikurangkan. Jadi sebab itu saya mohon pertimbangan daripada Kerajaan Negeri supaya terus dapat memperhebatkan program ini dan jangan hanya letakkan kuota 100ribu orang sebab saya yakin kalau sekadar 1% ianya tak memberikan impak kepada program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sedangkan kita berbelanja begitu besar untuk melaksanakan program sebegini. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Sebab itu pada pengakhir perenggan saya kalau Yang Berhormat memberi perhatian, saya cakap sudah pasti cadangan penambah kuota dan

pertambahan peruntukan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya setiap tahun. Yang Berhormat dengar saya cakap dulu.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Terima kasih EXCO.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Ok. Ya. Sama-sama Yang Berhormat.

Speaker

Teruskan. Teruskan. Teruskan. Bandar Utama teruskan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jalan jeles Speaker.

Speaker

Teruskan. Teruskan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Seperti yang saya katakan kita melakukan pelbagai jenis penambahbaikan. Kenapa kita tidak melihat daripada sudut kuota untuk sementara waktu. Sebab saya juga telah katakan atau nyatakan daripada sebelum ini kita ada menjalankan proses pemutihan. Proses pemutihan itu selepas dilakukan pada tahun hadapan, kuota akan dikosongkan sebanyak 90% sebab kuota ini setiap dua tahun kita kena melakukan pemutihan bagi memastikan orang yang guna kuota itu dia sekiranya bertukar sosial status kita berikan mereka yang merupakan B40 dan sekiranya kuota telah penuh mempunyai permintaan tambahan dan kerajaan akan pertimbangkan. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh menerima jawapan ini. Mengenai usaha langkah Kerajaan Negeri dalam menyokong Generational End game yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku. Dan pengecualian produk cecair gel nikotin dari Akta Racun 1952, Kerajaan Negeri sentiasa memantau usaha yang digerakkan oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM berhubung pelaksanaan dasar Generational End game ataupun GEG. Malah hasil tinjauan oleh Tabacco End Game sebuah badan bukan kerajaan yang giat memperjuangkan GEG mendapati bahawa 97.2% rakyat Negeri Selangor bersetuju akan pelaksanaan GEG ini. Tinjauan yang melibatkan 6,756 individu ini membuktikan bahawa ramai daripada rakyat negeri ini bersetuju akan bahaya merokok kepada generasi muda. Dalam hal ini Kerajaan Negeri akan mengadakan libat urus bersama pihak berkaitan termasuk NGO untuk membincangkan langkah promosi yang bersesuaian bagi menyokong GEG ini. Tambahan pula Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam turut akan meninjau kempen dan langkah strategik yang efektif dalam menggalakkan orang ramai khususnya generasi muda untuk menghindari diri daripada rokok dan vape. Yang Berhormat Kampung Tunku telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengkaji isu mikro plastik. Mikro plastik adalah antara bahan pencemaran baharu yang wujud pada masa ini. Yang mana saiznya sangat kecil kurang daripada 5mm. Mikro plastik boleh masuk ke dalam kitaran makanan binatang marin dan seterusnya menjadi sumber makanan kepada manusia di samping penguraian akibat faktor persekitaran. Saya menghargai keprihatinan dan cadangan berkenaan isu yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku ini berdasarkan kajian UMMCN yang dirujuk oleh Yang Berhormat Kampung Tunku. Kerajaan Negeri akan meneliti dan memperhalus usaha kerjasama dengan LUAS untuk melaksanakan program dan projek pencegahan isu mikro plastik ini berdasarkan peruntukan sedia ada. Dalam pada masa yang sama inisiatif pelaksanaan zero discharge polisi ZDP dan Pay polytube PPT melalui LUAS dilihat dapat membantu mengurangkan dan mengawal pelepasan efluent dari aspek impak kepada kuantiti dan kualiti air sungai. Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan sisa mikro plastik daripada masuk ke sumber air. Yang Berhormat Sri Kembangan telah membangkitkan pemasangan panel solar di pasar. Dan ianya adalah satu cadangan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan keputusan dasar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, MMKN....

Speaker

Yang Berhormat, jam telah pun menunjukkan pukul 6.00 petang. Saya tangguhkan sidang dewan kita ke 24 November 2024, pukul 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)