Selangor · 24 November 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 300 turns · 27,128 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 24 November 2023 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Doa Dibacakan.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera, selamat pagi. Kita mulakan sesi pagi dengan soalan mulut daripada Yang Berhormat Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Jalan-jalan cari makan, soalan saya 109.

Timbalan Speaker

109, siapa? Bandar Utama, siapa wakil kerajaan?.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 109. Talian Hayat SelamatQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

109. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa bilangan panggilan yang diterima oleh talian hayat SELamat dari Januari-September 2023?

b)

Nyatakan bilangan tenaga kerja dan jumlah peruntukan yang digunakan untuk tahun 2023.

c)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewarwarkan talian hayat SELamat?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Talian SELamat adalah talian khas untuk masyarakat membuat aduan tentang keganasan rumah tangga yang berlakunya khususnya di Negeri Selangor. Inisiatif ini sebenarnya terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh saya, pada Jun 2021 yang lalu. Talian SELamat mula beroperasi mulai 1 November 2021 selama 24 jam menerusi talian 03-64195027 di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS). Terdapat 24 panggilan secara keseluruhan. 18 kes melibatkan kes-kes keganasan rumah tangga dan 6 kes bukan daripada golongan ataupun sektor keganasan rumah tangga sepanjang Januari sehingga September 2023.

Bilangan tenaga kerja soalan (b), bilangan tenaga kerja talian SELamat semasa dilancarkan pada tempoh perintah kawalan pergerakan November 2021 adalah seram ai 12 orang, 11 orang sukarelawan dan seorang Eksekutif Sokongan Krisis. Namun, pada Jun 2023 sehingga ini Talian SELamat di kendali sepenuhnya oleh seorang Eksekutif Sokongan Krisis, sementara jumlah peruntukan yang digunakan pada tahun 2023 ialah sebanyak RM48,961.45.

Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) :

i. Promosikan Talian SELamat dengan melalui edaran pamphlet dan bahan promosi mengenai Talian SELamat di program-program yang dijalankan dan telah dihadiri.

ii. WBS juga giat melakukan promosi melalui pengiklanan dan temu bual di radio serta media.

iii. Selain itu, WBS menjalankan kerjasama bersama beberapa pihak misalnya;

a. Kolaborasi bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK Selangor) seperti latihan Train of Trainers (TOT) bagi menyampaikan garis panduan pengendalian kes keganasan rumah tangga dan Seminar Memerangi Keganasan Rumah Tangga 2023.

b. Program kerjasama antara WBS dengan Women’s Aid Organization (WAO) iaitu Bengkel Tempat Selamat selama 3 siri yang melibatkan 60 orang pengendali rumah perlindungan di Negeri Selangor dan program ini dilaksanakan di bawah Geran Rumah Perlindungan.

Terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Bagi peruntukan yang digunakan untuk tahun 2023 iaitu kira-kira RM48,000.00. Berapakah peratus secara anggarannya yang digunakan untuk pengendalian Talian-Talian SELamat itself dengan izin, dan berapa peratus yang digunakan untuk promosi. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Agak spesifik soalannya. Saya minta nota untuk saya kemukakan secara bertulis, tetapi saya pasti angka untuk promosi biasanya tidak melebihi 20 % daripada keseluruhan kos yang kita gunakan kerana kita ingin pastikan mempunyai kaunselor krisis ataupun mempunyai pegawai-pegawai yang mampu untuk menyambut talian dann juga mendapatkan laporan-laporan yang diberikan. Tetapi saya akan jawab itu angka yang saya anggap secara purata dalam pada disiplin kita melaksanakan apa-apa program dan latihan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Soalan seterusnya 110, Kuang tak hadir. Ada?

Peraturan Tetap 24 (2).

Timbalan Speaker

Okay, sila.

Untuk saya ambil soalan Kuang.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 110. Peruntukan Ahli Dewan NegeriQuestions

110. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah peruntukan bulanan dan tahunan terkini yang telah ditetapkan untuk Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Ahli Dewan Negeri Pembangkang?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Soalan daripada Kuang asalnya, yang di bawa oleh Sementa berkenaan dengan peruntukan bulanan dan tahunan terkini yang telah ditetapkan untuk Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Ahli

Dewan Negeri Pembangkang. Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, kita tidak ada peruntukan bulanan. Peruntukan bulanan adalah satu tempoh atau satu gap yang biasanya dinasihatkan supaya kita tidak overspend dalam satu-satu peruntukan. Jadi yang kita ada ialah peruntukan tahunan. Sebagai contoh dalam penggal yang lepas, masuk kepada bulan Jun dan Julai, kita hanya membenarkan peruntukan itu digunakan sekitar 70 hingga 75 % daripada keseluruhan peruntukan. Sebab apa? Sebab kita tak mahu bagaimana kejadian-kejadian sebelum ini masuk ke pilihan raya, habis semua peruntukan digunakan dan tidak ada balance. So, di semua Pusat-Pusat Khidmat yang ada pada ketika ini ataupun peruntukan untuk satu-satu kawasan DUN, saya percaya minimum ada 25% daripada apa yang ditinggalkan dalam penggal yang lepas mungkin boleh digunakan dalam penggal ini. Sebagaimana yang saya maklumkan bahawa kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk satu-satu kawasan kerana kita memberikan peruntukan berdasarkan jumlah pengundi dan jumlah penduduk yang ada di mana-mana lokaliti. Antaranya, kalau jumlah di kawasan pengundi itu kurang 40,000 maknanya kita akan berikan dalam RM750,000.00. Kalau jumlah pengundi di satu-satu kawasan itu di antara 40,001 sehingga 55,000 kita akan berikan peruntukan sekitar RM800,000.00. Daripada 55,000 hingga 70,000 kita berikan peruntukan RM850,000.00. Daripada 70,000 hingga 90,000 kita sediakan peruntukan RM900,000.00 dan untuk lebih daripada 90,000 kita akan peruntukan RM950,000.00.

Untuk pembangkang dalam penggal yang ini keadaannya sedikit berbeza dengan penggal yang lepas, sebab di penggal yang lepas ada 3 kategori. Itu saya nak kena jelaskan dia ada hybrid. Ada yang purely oppositions dengan izin, ada yang pembangkang yang menyokong kerajaan dan ada pihak kerajaan. Jadi itu yang berlaku jadi kita telah menetapkan beberapa kategori dalam penggal yang lepas. Tetapi dalam penggal yang ini saya perlu bertemu dengan pihak wakil daripada pembangkang selepas Dewan, saya dah nyatakan secara verbal saya tak dapat lagi permintaan daripada mereka. Kita akan bincang kerana ia akan melibatkan mekanisme-mekanisme tertentu untuk kita salurkan dan bagaimana penyaluran itu supaya lebih licin dan sebagainya.

Namun begitu, menjelang ke akhir tahun ini saya menyedar ada beberapa kepentingan, saya juga dengan hari ini memaklumkan bahawa semua Pejabat-Pejabat Dewan Negeri Pembangkang kita akan peruntukan RM50,000.00 untuk tahun ini dulu untuk penyediaan pejabat dan juga untuk kemudahan-kemudahan lain supaya Yang Berhormat - Yang Berhormat dapat berkhidmat dengan lebih efisien. Dan selepas itu izinkan saya untuk, izinkan saya untuk kalau pihak pembangkang masih berminat tentang peruntukan boleh jumpa wakil-wakilnya untuk saya bincang bagaimana jumlah dan juga daripada segi mechanism ataupun kaedah peruntukan itu disalurkan. Tetapi paling tidak saya yakin balance daripada tahun lepas itu ada 25 % lagi saya boleh salurkan RM50,000.00 untuk setup ataupun untuk mengemas kini pejabat bagi wakil-wakil daripada pihak pembangkang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 111.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 111. Skim Perumahan "rent To Own" Di Penempatan Berdaya Huni Luar BandarQuestions

111. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mengapakah tak diwujudkan skim perumahan "Rent To Own" untuk penempatan berdaya huni di luar bandar khususnya di Tanjong Karang?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong, terima kasih Timbalan Speaker. Soalannya mengapakah diwujudkan skim perumahan "Rent To Own" untuk penempatan berdaya huni di luar bandar khususnya di Tanjong Karang?

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Skim “Rent To Own” atau dikenali sebagai Skim DanaSel pada tahun 2016 bagi membantu golongan B40 ataupun B40 yang gagal mendapatkan pembiayaan, belum mempunyai kediaman sendiri khususnya di kawasan luar bandar, setinggan di bandar dan juga memiliki Rumah Kos Rendah ataupun Rumah Selangorku. Melalui projek Perintis di Pangsapuri Ken Rimba di Shah Alam. Walau bagaimanapun, skim ini gagal mencapai objektif yang telah ditetapkan di mana sebahagian besar penduduk setinggan tersebut gagal membuat bayaran ansuran seperti yang telah ditetapkan. Jadi itu yang skim ini gagal kerana untuk collect penyewaan mereka tidak dapat membayar. Jadi beban kepada Kerajaan Negeri. Pada tahun 2017, maka skim baru dikenalkan iaitu Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan di mana ianya memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah, sederhana khususnya bagi rakyat Negeri Selangor untuk ditawarkan ke Skim sewaan rumah dengan kadar bayaran berpatutan dengan kadar sewa pasaran. Penyewaan juga dapat memberi pulangan sebanyak 30% selepas menyewa sama ada dua (2) tahun, maksima lima (5) tahun. Jadi maksudnya Yang Berhormat, ini skim ini lebih baik kerana mereka ini menyewa kemudian selepas dua (2) tahun ataupun lima (5) tahun mereka akan keluar untuk

membeli rumah, maka 30 % dari bayaran sewaan itu kita pulangkan semula sebagai untuk deposit untuk memiliki rumah. Dengan pengembalian 30% wang itu kepada pemohon, maka wang tersebut boleh dijadikan wang pendahuluan seperti yang saya maksudkan tadi.

Bagi cadangan skim perumahan “Rent To Own”, untuk makluman Yang Berhormat, pihak LPHS sedang ke peringkat akhir dalam memuktamadkan Skim Sewaan Milik Selangor ataupun (SeMiSel) dengan menggunakan unit-unit kontra yang diperolehi secara percuma daripada pemaju-pemaju hasil daripada program Insentif Galakan Rumah Selangorku Idaman MBI dan juga Harapan. Skim SeMiSel ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan Negeri untuk membantu golongan B40 yang gagal mendapatkan pembiayaan, kurang kemampuan atau belum mempunyai kediaman bagi membantu mendapatkan pemilikan kediaman mereka sendiri. Oleh yang demikian, orang awam di luar bandar yang berminat juga boleh mengemukakan permohonan Rumah Selangorku dengan membuat pendaftaran melalui Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor ataupun (SPHNS). Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ok sila.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, soalan tambahan mengenai "Rent To Own" ini walaupun disebut tadi gagal dan tidak dapat sambutan. Saya difahamkan daripada carian di internet dan sumber-sumber yang tertentu, ada satu nama projek di bawah Idaman Abadi ya. Idaman Abadi di Semenyih tuan-tuan ya dan ada 70 unit Skim Smart "Rent To Own" ini, jadi apakah status 70 unit pada 2022 ini di bawah Idaman Abadi? Adakah dia diteruskan ataupun terbengkalai dan macam mana?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Setakat ini kita tak ada dalam rekod ini, tetapi saya akan rujuk kepada LPHS kerana kita telah bermula selepas 2016 kegagalan daripada "Rent To Own" itu kita dah mulakan dengan iaitu Skim Smart Sewa Selangor. Jadi untuk yang Semenyih ada 70 unit itu saya akan check balik mungkin kita dah convert ataupun dah dialihkan kepada penyewaan Smart Negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Lembah Jaya. Yang Berhormat Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 112.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 112. Pelaburan Bidang Sains, Teknologi Dan InovasiQuestions

112. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif yang dilakukan untuk menarik pelabur luar bagi merancakkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Negeri Selangor?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, dalam usaha mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi serta merancakkan aktiviti pelaburan, Kerajaan Negeri telah menggariskan beberapa strategi atau perancangan untuk menarik pelabur luar melabur di Negeri Selangor yang melibatkan program–program promosi, penyediaan fasiliti pelaburan dan juga insentif kepada pelabur untuk melabur di Negeri Selangor. Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi khususnya dalam industri Bioteknologi antara industri tumpuan yang diberi penekanan di Selangor. Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (SBAP) 2021 – 2030 yang telah diterbitkan oleh Kerajaan Negeri akan menjadi panduan dalam merangka program–program pembangunan serta mempertingkatkan pertumbuhan industri bioteknologi di Negeri Selangor. Bagi melaksanakan pelan tindakan tersebut, Unit khusus yang dikenali sebagai Selangor Biotech Coordination Office (SBIOCO) telah diwujudkan di bawah Invest Selangor yang berperanan untuk menggerakkan perancangan yang telah dibukukan dalam Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (2021 – 2030). Selangor Lab Partnership Program adalah salah satu daripada pelan tindakan di dalam Selangor Biotechnology Action Plan (SBAP) 2021-2030. Bagi Action Plan-10, iaitu Utilise and Link Partner Labs at IHLs (Institute Higher Learnings) and RI’s (Research Institutes). Inisiatif ini bertujuan membantu pemain industri untuk memanfaatkan kemudahan penyelidikan dalam sumber kepakaran di institusi akademik, serta menggalakkan kerjasama kolaborasi antara Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Penyelidikan tempatan dan pemain industri. Melalui inisiatif ini, ianya dapat menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovatif serta berpotensi merapatkan hubungan dan kerjasama antara pihak akademi dan pemain industri dalam sektor sains hayat di Selangor. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor merancang untuk menganjurkan SEMICON South East Asia (SEA) 2024 yang dijadualkan akan diadakan pada 28 - 30 Mei 2024. Pameran khusus bagi sektor semi-konduktor ini diadakan untuk mempamerkan rantaian bekalan pembuatan dalam industri mikroelektronik dan photovoltaics. Pameran ini merupakan kesinambungan pameran daripada SEMICON SEA 2023

berlangsung di Pulau Pinang yang telah disertai oleh lebih 570 pepamer daripada 17 negara. Melalui penganjuran program ini, ianya dapat mengukuhkan pengaruh Selangor dalam sektor pembuatan khususnya industri mikroelektronik dan photovoltaics di mata dunia. Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan program Selangor R&D & Innovation Expo (SRIE) yang merupakan salah satu komponen dalam Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan pertumbuhan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 113.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 113. Pelancongan PerindustrianQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

113. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan pelancongan perindustrian yang berskala seluruh negeri?

b)

Jika ada, adakah satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan di bawah Selangor Tourism untuk mengkaji strategi terhadap cara pelancongan yang baru ini? Bagaimanakah ADN-ADN yang berminat menyumbangkan idea dan usaha?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Pelancongan perindustrian merupakan sektor pelancongan baharu di Malaysia yang menawarkan peluang kepada pelancong untuk melawat ke kilang industri dan pemprosesan berkonsepkan makanan, minuman dan kraftangan. Sektor ini dilihat mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sektor pelancongan perindustrian yang menarik dan dinamik memandangkan negeri ini mempunyai banyak kawasan-kawasan perindustrian yang terkenal sama ada industri berat mahupun industri kecil dan sederhana. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan meneliti dan merangka pakej-pakej produk pelancongan yang turut merangkumi sektor perindustrian di dalam siri promosi pelancongan ‘Nak Bercuti! Pusing Selangor Dulu’ dan ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere’ dengan menumpukan produk

pelancongan di anjung utara Negeri Selangor dan juga di anjung selatan yang melibatkan Sabak Bernam hingga Kuala Selangor serta anjung selatan bagi daerah Sepang dan Kuala Langat. Tidak kita lupa juga di Hulu Selangor dan Shah Alam yang banyak kilang perindustrian dan sebagainya. Untuk (b) buat masa ini, tiada jawatankuasa khusus yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima perkongsian idea dari Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usaha membangunkan sektor pelancongan perindustrian. Justeru itu, sebarang cadangan atau idea boleh dikemukakan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk diselaraskan bersama pihak-pihak yang berkepentingan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Dengkil tidak ada ya.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

24 (2).

Timbalan Speaker

24 (2).

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Soalan 114.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 114. Pemantauan Dan Penguatkuasaan Di Kawasan PembangunanQuestions

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

114. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan PBT untuk memastikan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dan lebih efektif bagi mengatasi jalan-jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor?

b)

Apakah jenis kompaun yang boleh dikenakan oleh PBT?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih bagi Dengkil. Yang Berhormat tak hadir tapi diambil oleh Yang Berhormat Semenyih. Baik, terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Semenyih (a), bagi

memastikan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dan lebih efektif bagi mengatasi jalan-jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor pihak PBT adalah mengadakan rondaan secara berjadual dan anggota penguatkuasaan di kawasan-kawasan pembangunan dalam pembinaan serta melibatkan laluan awam bagi tindakan kompaun bagi kesalahan menjatuh atau menumpah debu tanah dan sebagainya di tempat awam. PBT juga telah mensyaratkan kepada pihak pemaju yang melaksanakan projek pemajuan untuk menyediakan wash through bagi setiap tempat pembinaan bagi tujuan kebersihan kenderaan pembinaan yang keluar dari tapak serta mengenakan cagaran kerja tanah dan permit bagi tujuan kawalan. Selain itu, PBT juga memantau isu tersebut berdasarkan aduan-aduan dari masyarakat jalan yang berkaitan, jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan bagi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA). Untuk (b) jenis kompaun yang boleh diambil dikenakan pada mana-mana pemaju yang langgar dengan syarat yang telah dikenakan oleh PBT adalah seperti berikut :

1. Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran 1999 Seksyen 5 (1) - Tiada sesiapapun boleh melakukan atau menyebab dilakukan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang boleh mendatangkan kekotoran di mana-mana kawasan, premis, bangunan dan lain-lain tempat sama ada di mana-mana tempat awam atau pun tempat persendirian.

2. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah 2007 : Seksyen 19 - Tidak Mematuhi Syarat yang ditetapkan. Seksyen 26 – Tidak Menyelenggara Parit sepanjang tempoh kerja tanah.

3. Akta Parit dan Bangunan 1974 - Akta 133 Seksyen 39 (2) – Telah merosakkan tempat turap. - Seksyen 47 (1) (A) – Jalan Kotor.

Ini sahaja. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat. Soalan seterusnya 115 telah dibaca sekali sebelum ini dengan bilangan nombor 20, saya teruskan dengan Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 116.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 116. Pembangunan BeliaQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

116. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah kadar pengangguran belia antara tahun 2018-2023?

b)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu pengangguran belia?

c)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha kerjasama dengan pihak syarikat swasta/ badan kerajaan untuk mengambil pekerja OKU terutama bagi golongan belia?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Lanjan, bagi tempoh 2018-2022 kadar pengangguran belia di Negeri Selangor direkodkan antara 6.5% dan 7.4 %. Pada tahun 2022 bilangan penganggur belia di Negeri Selangor merekodkan sejumlah 67,000 orang berbanding 94,000 penganggur belia tahun 2021. Jadi kadar pengangguran belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun di Negeri Selangor pula mencatatkan penurunan sebanyak 1.3% kepada 5.5% pada tahun 2022 berbanding dengan tahun sebelumnya. Untuk pemakluman, bagi statistik berkaitan belia di Negeri Selangor pada tahun 2023 masih belum disediakan boleh pihak DOSM. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam usaha untuk membuka peluang pekerjaan, mengurangkan pengangguran dan menambah pendapatan rakyat terutamanya golongan belia di Negeri Selangor. Justeru itu, selaras dengan peralihan ke era digital pada masa ini, Kerajaan Negeri menggalakkan mereka untuk menyertai sektor ekonomi gig sebagai alternatif kepada penjanaan pendapatan dan ekonomi. Sektor ini menjadi trend penglibatan anak muda pada masa ini. Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah usaha Kerajaan Negeri untuk terus membantu kumpulan ini, sekaligus menggalakkan penyertaan mereka dalam sektor terkini. Subsidi sebanyak RM550 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan anak muda melalui inisiatif RiDE telah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited, prihatin dan peka akan masalah terutamanya kepada golongan yang terjejas akibat pandemik ini. Susulan permintaan yang tinggi terhadap permintaan food delivery’ dan sebagainya, Kerajaan Negeri berharap program RiDE ini akan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja dan merancakkan lagi sektor tersebut dan juga dapat menambahkan pendapatan mereka. Seterusnya, pada tahun 2022 dan 2023, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah melaksanakan sebanyak tiga (3) siri Selangor Mega Job Fair. Butiran adalah seperti berikut; Perkara Tarikh Tempat Jumlah Syarikat Peluang Pekerjaan

Selangor Mega Job Fair 2022 11 – 12 Jun MBSA Convention Centre 115 20,490 10 – 11 Disember MAEPS, Serdang 145 21,071 Selangor Mega Job Fair 2023 17 – 18 Jun 2023 MBSA Convention Centre 102 12,933

Penganjuran program ini merupakan platform yang menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan, sekaligus mengatasi kadar pengangguran di Selangor selaras dengan permintaan yang tinggi dan sambutan yang menggalakkan berikutan kadar kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Selangor Mega Job Fair telah membuka ruang kerjaya melalui

dengan pautan https://www.selangorjobportal.com.my. Kemudahan Portal ini adalah diberi secara percuma kepada majikan yang mahu mengiklankan jawatan kosong dan individu-individu yang ingin mencari peluang pekerjaan, di mana mereka hanya perlu mendaftar dengan portal ini. Melalui program ini, calon-calon akan melalui penilaian profil serta pemadanan kerjaya tertakluk kepada pekerjaan yang diiklankan dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh majikan yang berdaftar sebelum penempatan kerja sebenar berlaku. Kerajaan Negeri Selangor juga prihatin terhadap golongan OKU terutama golongan belia di Selangor. Antara usaha Kerajaan Negeri adalah mengadakan kerjasama dengan pihak industri, syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan dalam penganjuran Program Selangor Mega Job Fair bagi menyediakan kuota dan pekerjaan yang mudah kepada golongan OKU. Program ini berkonsepkan mesra OKU dengan pihak urus setia telah menyediakan guru bahasa isyarat bagi memudahkan komunikasi semasa sesi temu duga dilaksanakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker, soalan 117.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 117. Rumah-Rumah TerbengkalaiQuestions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

117. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan serta peranan Kerajaan Negeri terhadap pemulihan rumah-rumah terbengkalai di Negeri Selangor?

b)

Apakah bantuan baik bentuk kewangan mahupun khidmat nasihat guaman yang disalurkan kepada para pembeli terbabit dalam projek rumah terbengkalai?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan dari Yang Berhormat Balakong, apakah perancangan serta peranan Kerajaan Negeri terhadap pemulihan rumah-rumah terbengkalai di Negeri Selangor. Yang kedua, apakah bantuan baik bentuk kewangan mahupun khidmat nasihat guaman yang disalurkan kepada para pembeli terbabit dalam projek rumah terbengkalai? Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa proaktif bertindak sebagai mediator dalam usaha-usaha memulih dan menyelesaikan isu projek terbengkalai atau bermasalah di Negeri Selangor walaupun punca dan bidang kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118]. Sehubungan itu, selain daripada Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai yang diwujudkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kaedah baru yang digunakan bagi menyelesaikan projek terbengkalai adalah seperti berikut :

i. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Penyelarasan Projek Terbengkalai secara berkala bersama agensi-agensi yang berkepentingan bagi meneliti permasalahan bagi mengkaji pelan cadangan penyelesaian yang komprehensif dan menyeluruh khususnya bagi Projek Pembesaran Kampung seperti penyelesaian hak milik serta berunding dengan pembeli berhubung tawaran penyelesaian sama ada meneruskan projek dengan kos tambahan top up atau menyerahkan unit mereka kepada pemaju penyelamat untuk diberikan pampasan refund atau pemindahan Pembeli terlibat ke Kawasan lain atau lain-lain yang dipersetujui.

ii. Kerajaan Negeri sedang mengkaji agar projek perumahan terbengkalai atau bermasalah yang belum mempunyai pemaju penyelamat ini dapat dilaksanakan kajian awalan atau kemungkinan feasibility study samada oleh anak syarikat Kerajaan Negeri atau pemaju penyelamat swasta melalui kaedah pengurusan perkongsian maklumat di peringkat LPHS, Pejabat Tanah Daerah atau pun di PBT.

iii. Cadangan agar baki dana Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai ataupun di bawah (TEPAT) dapat dibiayai oleh Kerajaan Negeri bertujuan mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CCC) bagi projek-projek Terbengkalai atau Bermasalah yang dikenalpasti berpotensi.

b) Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah projek terbengkalai di Selangor dengan menyalurkan bantuan kepada pembeli walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri terhad kepada tindakan secara mentadbir sahaja. Beberapa langkah proaktif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHS ke arah membantu pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek terbengkalai yang mana Kerajaan Negeri memahami kesulitan yang mereka hadapi dan seterusnya bertindak sebagai pemudah cara bagi mengatasi masalah; antaranya seperti berikut :

i. Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai ataupun (JPPT) Negeri Selangor yang berperanan bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetiakan oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai samaada projek tersebut berdaya maju ataupun boleh dipulihkan semula. LPHS sebagai agensi pemantauan sentiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi.

ii. Penubuhan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai di Pihak Berkuasa Tempatan (JKPPT PBT) yang berperanan untuk membincangkan dan mendapatkan pemantauan pemulihan projek terbengkalai yang dilaksanakan pemaju di peringkat PBT. Jawatankuasa ini memainkan peranan penting sebagai pemudah cara bagi menyelesaikan sebarang isu berkaitan pemulihan projek terbengkalai seperti pindaan plan pembangunan.

iii. Inisiatif LPHS dalam mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai bagi membantu pembeli berurusan dengan pihak pembiayaan pinjaman bagi struktur semula atau pengurangan installment, ansuran bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank. Jadi maksudnya kita boleh mengeluarkan surat jika ada aduan atau pun sebarang tindakan untuk memastikan pengiraan semula bagi pembayaran ansuran bagi pembeli-pembeli.

iv. LPHS juga mengadakan perbincangan bersama liquidator terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek yang terbengkalai. Ini perlu. Liquidator patut memainkan peranan bagi pihak pembeli untuk kita membincangkan menyelesaikan masalah-masalah ini, jika mereka tidak

bertindak, maka kita tidak boleh buat apa-apa kerana ini melibatkan antara pembeli dengan liquidator.

v. LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat-syarat minima yang membolehkan berhubung semula dengan tambahan kos yang tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan. Ini juga kadang-kadang menyebabkan terbengkalai ini bukan kerana pembinaan tetapi kerana utiliti, pemasangan elektrik, air yang mereka kena bayar BG ataupun Bank Guarantee. Ini juga kita bantu seperti yang saya sebut ada satu projek di Morib di mana mereka merayu dan kita telah bantu.

Seperti Yang Berhormat maklum, bahawa penyediaan sebuah rumah atau pun hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain, kontrak adalah ditandatangani kedua-dua. Pihak sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian, maka pihak terbabit perlu membawa kes mereka ke mahkamah. LPHS tiada kuasa. Kita sebagai pemudah cara, jadi mereka harus membawa kes-kes ini jika ada pelanggaran syarat di antara pembeli dan juga pemaju. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Morib tak hadir, kita teruskan..

Saya ambil soalan Morib, 24(2).

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 118. Sukan Tradisi Dan Sukan RakyatQuestions

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

118. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula sukan tradisi dan sukan rakyat?

b)

Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi sukan tradisi dan sukan rakyat?

c)

Adakah peruntukan untuk kemudahan sukan tradisi dan sukan rakyat seperti pembinaan gelanggang gasing dan lain-lain?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat walaupun Yang Berhormat Morib tidak hadir dan soalan ini khusus mengenai Morib tapi saya jawab juga. Yang Berhormat, permainan tradisional juga dikenali sebagai sukan rakyat yang merupakan perkara yang disenaraikan sebagai warisan tidak ketara di Malaysia. Antara permainan tradisional yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan adalah seperti congkak, gasing, wau, dam, sepak raga, batu seremban dan lain-lain. Menyedari atas kepentingan pengembangan kehidupan semula, dalam amalan permainan tradisional ini beberapa pendekatan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dari segi penyelidikan, pendidikan, penganjuran program dan aktiviti pengiktirafan. Bagi tujuan pendidikan dan memupuk minat dalam kalangan masyarakat terhadap amalan permainan tradisional, Perbadanan Adat Melayu Warisan Negeri Selangor telah menaik taraf dan membaiki pulih muzium permainan tradisional yang terletak di Bukit Melawati Kuala Selangor. Muzium ini telah dibuka semula pada bulan Februari 2023. Selain daripada itu, pameran permainan tradisional juga menyediakan demonstrasi bagi pelawat-pelawat untuk mencuba permainan tersebut, di antara permainan yang disediakan iaitu sepak raga, batu seremban, gasing, teng teng, tutup botol dan lain. Ini saya nak maklumkan bahawa muzium permainan tradisional pada Februari pada tahun ini, ertinya semua pengunjung boleh hadir untuk memperagakan, untuk praktikkan apa juga permainan-permainan lama seperti, letup-letup, galah panjang, sepak raga, batu seremban,dan sebagainya. Ini terletaknya di Bukit Melawati. Dan usaha bagi mempromosikan mengembangkan sukan rakyat juga di pergiatkan melalui penganjuran program dan juga aktiviti telah bekerjasama dengan pelbagai agensi di peringkat Kerajaan Negeri dan Persekutuan dengan menganjurkan pertandingan dan demonstrasi permainan tradisional, antara program yang digunakan oleh PADAT dalam platform ini untuk mempopular ini permainan tradisional ini seperti Jelajah Iltizam Selangor, iaitu Kita Rewang Sekampung, Program Persaudaraan, Program Rumpun Selangor dan juga lain-lain yang terdapat program-program di desa. Soalan (b) dan (c) adalah jawapan bersekali iaitu Kerajaan Negeri sentiasa cakna, mengenai pembangunan dan kelestarian sukan tradisional dan rakyat di Negeri Selangor bagi usaha tersebut Kerajaan Negeri bekerjasama dengan agensi, persatuan dan penggiat sukan tradisi untuk melaksanakan pelbagai program antara kejohanan, jemputan permainan gasing Negeri Selangor 2022 yang bertepat di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Festival Merakyatkan Seni Kebudayaan Mahmeri 2023 bertempat di perkarangan Pusat Kraf Orang Asli di Pulau Carey dan Festival MOTAC di Desa itu 2023 bertempat Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam.

Pada ketika ini tiada peruntukan khusus untuk kemudahan sukan tradisional ataupun sukan rakyat di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan sebarang permohonan bagi penganjuran aktiviti dan pembaikan kemudahan sukan seperti gelanggang gasing di sekitar Selangor. Yang ini tadi bangunkan oleh Sementa

dan kita sebenarnya peruntukan untuk baik pulih gelanggang-gelenggang ini memang ini tidak ada kerana peruntukan RM2 juta di bawah P.K. itu adalah peruntukan untuk mengadakan program-program, perkasakan sukan-sukan tradisional tapi walaubagaimanapun, kita melihat jika ada keperluan kita akan cuba bantu InsyaAllah. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih. Yang Berhormat Paya Jaras.

Soalan saya 119.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 119. Sistem Perparitan Di Paya Jaras, Kubu Gajah Dan Merbau SempakQuestions

119. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Agensi mana yang bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di kawasan ini?

b)

Jelaskan sistem jadual kekerapan penyelenggaraan perparitan di kawasan tersebut?

c)

Berapakah tempoh maksima kitaran penyelenggaraan sistem perparitan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, sebenarnya soalan ini saya dah jawab. Cuma, tambahan sikit kepada perkara ini sebagaimana yang saya dah sebut bahawa terlibat (3) jabatan atau agensi yang terlibat di sini iaitu pihak JPS yang biasanya menguruskan anak sungai ataupun monsoon drain. Seterusnya pihak PBT, perparitan dalaman dan juga oleh JKR itu yang terlibat dengan longkang-longkang jalan itu yang saya dah sebutkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling telah melaksanakan kerja penyelenggaraan secara berkala satu kali sebulan dan juga terdapat kerja-kerja one off yang kita buat mengikut keperluan. Sebagai contohnya dalam pelaksanaan sekarang ini secara berkala, kerja-kerja penyelenggaraan ROW Sungai Buloh dan lain-lain berkaitan dari Jambatan Kem Tentera Sungai Buloh sehingga Jambatan Saujana Utama ini

RM136,200.00 kos yang daripada bermula dari bulan Mac 2023 dan akan berlangsung secara berkala sehingga Mac 2024.

Selain daripada itu juga, kerja-kerja pemuliharaan Sungai Subang. Sementara kita nak siap nak laksana projek tambatan banjir Sungai Subang, kerja-kerja pemuliharaan di buat RM49,950 yang telah pun siap dilaksanakan pada bulan lepas. Jadi keseluruhan kerja-kerja berkala ini ialah RM86,150.00. Selain daripada itu kerja-kerja pemuliharaan berkala seperti potong rumput sebanyak sekali satu bulan, manakala kerja-kerja pengorekan parit pula sekali setahun dan kekerapan kita tambah ikut jenis parit ataupun jenis monsoon drain yang diperlukan itu. Pihak PBT pula di bawah MBSA di sini memang melaksanakan kerja-kerja perparitan mereka penyelenggaraan dengan kerjasama KDEB. Perkhidmatan pembersihan dilaksanakan oleh KDEB Waste Management di kawasan ini adalah bermula dari 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2020 dia ada kawasan masing-masing yang telah ditetapkan untuk menjalankan kerja-kerja secara berkala. Jadual kekerapan pemberishan longkang parit ini oleh MBSA atau pun KDEB ini ialah dua kali sebulan minggu ke dua dan minggu ke empat ini perkara-perkara yang telah dilaksanakan. JKR pun ada kontraktornya sendiri kontrak jangka masa panjang ini yang menguruskan pengurusan parit, longkang-longkang jalan ini. Cuma yang selalu menjadi isu ialah yang di bawah pejabat daerah ini longkang-longkang tanah kampung ini yang ada sikit kadang-kadang kita perlukan one off yang kita akan ambil tindakan bagi memastikan ia di selenggara. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Kota Damansara.

Tuan Timbalan Speaker soalan Kota Damansara soalan 120.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 120. Masjid Kota Damansara 2Questions

120. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Bilakan projek Masjid Kota Damansara 2 akan mula dibina?

b) Apakah punca kelewatan projek ini berjalan?

c) Berapakah jumlah kutipan telah kumpul bagi projek pembinaan masjid Kota Damansara 2 ini?

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, soalan mengenai Masjid Kota Damansara 2. Untuk bahagian (a),

Projek ini dijadualkan iklan pada Julai 2024 dan jangkaan tarikh milik tapak pada Oktober 2024. Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan dalam belanjawan Negeri Selangor 2024 untuk pembiayaan masjid ini. Untuk bahagian (b), Permohonan Jawatankuasa Pembinaan Masjid untuk melantik Perunding Arkitek sedia ada adalah punca kelewatan kepada projek ini. Hal ini akan melibatkan kelulusan Pegawai Kewangan Negeri (PWN) di mana kelulusan tersebut hanya diterima pada 21 Disember 2022. Pihak JKR Selangor pula sedang dalam proses lantikan lead consultant (Perunding Arkitek) dan kebiasaannya proses ini akan mengambil tempoh dari enam (6) hingga sepuluh (10) bulan. Walau bagaimanapun nanti, selepas lantikan lead consultant ini proses reka bentuk ini diharap akan menjadi lebih cepat kerana kawalan proses tesebut adalah di bawah lead consultant sepenuhnya. Untuk bahagian (c), jumlah kutipan terkumpul bagi projek ini di Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) sehingga 26 Oktober 2023 adalah sebanyak RM1,171,261.01, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Semoga Islam terus berkembang dengan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 121.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 121. Bajet Bebas Plastik Dikumpulkan Kerajaan Negeri Diberi Semula Pada PbtQuestions

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

121. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan bajet Program Bebas Plastik yang diberi semula pada setiap PBT sejak tahun 2020 sehingga kini.

b)

Adakah Kempen Bebas Plastik mencapai matlamat dan berkesan?

c)

Adakah sebarang statistik yang boleh membuktikan Kempen Bebas Plastik berkesan dan berjaya sepanjang masa ini?

Terima kasih Yang Berhormat Teratai, Tuan Speaker da Ahli-ahli Yang Berhormat Program Bebas Plastik di Negeri Selangor telah dilaksanakan pada Januari 2020

dengan mengenakan charge 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikeluarkan oleh premis-premis perniagaan kepada pengguna. Ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri ke-33 tahun 2019 bertarikh 13 November 2019, bagi memastikan kutipan tersebut dilaksanakan dengan teratur satu akaun amanah kutipan charge beg plastik Ngeri Selangor telah diwujudkan di peringkat Kerajaan Negeri dan di 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan dengan pembahagian jumlah kadar kutipan masing-masing sebanyak 60:40. Berdasarkan kepada tatacara pengurusan atau arahan amanah bagi akaun amanah Kerajaan Negeri dan PBT hasil kutipan tersebut boleh digunakan untuk program-program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seperti program bebas Plastik, Program Hari Tanpa Kenderaan, Program Tanam Pokok dan lain-lain program seumpamanya.

Peruntukan atau hasil kutipan caj RM0.20 yang telah diakaunkan kepada PBT iaitu 40% daripada jumlah keseluruhan kutipan mulai tahun 2020 sehingga kini seperti berikut. Oleh sebab angkanya terlalu spesifik, saya golongkan pada 3 kategori. Yang pertama kutipan paling banyak adalah daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya iaitu lebih daripada RM2 juta. Keduanya kutipan yang lebih daripada RM1 juta, Majlis Perbandaran Kajang juga lebih kepada RM2 juta. Dan keduanya kutipan lebih daripada RM1 juta adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Kutipan yang kurang daripada RM1 juta adalah Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Kutipan yang terkurang adalah daripada Majlis Daerah Sabak Bernam iaitu RM99,709.11.

Kempen bebas plastik merupakan program yang berterusan dan perlu di laksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak, bukan sahaja Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan malah kerjasama daripada komuniti, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah dan badan bukan kerajaan. Kerajaan Negeri sentiasa mempergiatkan penganjuran program-program yang melibatkan Kempen Bebas Plastik khususnya di pasar raya, premis-premis perniagaan dan program di bazar, pasar malam dan kedai makan. PBT menjadikan program-program sedia ada ini sebagai program tahunan dan sentiasa ditambah baik kaedah pelaksanaannya agar dapat memberi impak yang lebih menyeluruh kepada masyarakat dan alam sekitar. Dengan adanya program-program berimpak tinggi ini, diharap dapat mengubah gaya hidup baharu masyarakat tanpa penggunaan beg plastik.

Antara program-program kesedaran dan pendidikan untuk menggalakkan masyarakat membawa beg kitar semula yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT adalah seperti berikut. Pertamanya menggalakkan premis-premis perniagaan mengadakan kempen tiada beg plastik dibekalkan kepada pengguna dan menyediakan beg kitar semula dengan harga yang berpatutan. Keduanya mengadakan Kempen Bebas Plastik di setiap acara atau pun program PBT seperti Hari Tanpa Kenderaan, Pesta Pantai, Fun Ride dan lain-lain. Ketiga, menggalakkan

premis-premis menyediakan beg kitar semula kepada pengguna sama ada secara percuma atau jualan, dan tidak menyediakan beg plastik atau plastik jenis biodegradasi di premis. Keempat, menjadikan beg kitar semula sebagai salah satu pemberian atau sumbangan semasa program atau acara bersama komuniti dan juga penganjuran program bawa beg sendiri di bazar-bazar Ramadan dan pasar malam dengan memberikan insentif berbentuk kupon kepada pengguna yang menyertai program tersebut.

Akhirnya, bertanyakan mengenai keberkesanan Kempen Bebas Plastik. Kempen Bebas Plastik telah mula dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor seawal Januari 2010 dengan pelaksanaan pada hari terpilih iaitu setiap hari Sabtu. Kempen ini telah ditambah baik seterusnya dengan pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik selama 7 hari seminggu bermula 1 Januari 2017. Berdasarkan keputusan MMKN Bil.3/2019 yang telah diadakan pada 13 November 2019 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-34 Tahun 2019 yang diadakan pada 27 November 2019, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan kaedah pelaksanaan kutipan caj beg plastik di Negeri Selangor dengan caj RM0.20 kepada semua pengguna. Jadi antara premis yang terlibat adalah pasar raya besar seperti supermarkert, hypermarket, pasar raya, pasar mini, kedai serbaneka dan sebagainya, restoran, kafeteria, kedai makan, farmasi barangan kesihatan, penjagaan diri dan lain-lain. Jadi bagi memastikan pelaksanaan ini berkesan, sebenarnya Kerajaan Negeri juga telah menjalankan kajian dan tinjauan awam menerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau. Kajian ini telah dijalankan oleh Merdeka Center bertajuk Kajian Bersikap Penerimaan Kempen Tanpa Beg Plastik di Negeri Selangor. Dan kajian ini dijalankan pada tahun 2019 dan dapatan daripada kajian adalah seperti berikut.

Pertamanya, tahap kesedaran dan penerimaan terhadap Kempen Bebas Plastik tinggi dan memberikan impak yang positif kepada penggunaan beg guna semula ketika membeli belah. Keduanya, tahap kesedaran terhadap caj ke atas penggunaan beg plastik adalah sederhana walaupun begit,u sokongan terhadap caj RM0.20 yang dikenakan meningkat pada aras yang agak baik. Namun mungkin kurang yakin terhadap pengurusan kutipan caj dan ketiga menerima baik penggantian beg plastik biasa kepada beg plastik biodegradable dan tidak menolak penggunaan beg kertas. Akhirnya mempunyai kesedaran tinggi tentang impak bahaya beg plastik terhadap alam sekitar seperti tidak lupus dan pencemaran alam, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kalau boleh ringkaskan, kita hari ini hari terakhir, kalau boleh ringkaskan semua soalan-soalan tambahan dan apa-apa soalan.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Okay. Adakah, soalan tambahan saya, adakah jumlah kutipan caj beg plastik ini diguna pakai untuk menilai sama ada ia mencapai matlamat juga. Terima kasih. Maksud saya setiap tahun.

Timbalan Speaker

Jawapan EXCO pun ringkaskan juga.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Setakat ini bukan setiap tahun tapi kita memang ada kerjasama yang lanjut dengan Merdeka Center. Saya telah berjumpa dengan mereka, kita akan jalankan kajian yang seterusnya.

Timbalan Speaker

Ada lagi? Okay, ringkaskan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Antara bahan dalam Kempen Bebas Plastik juga ialah berkenaan dengan straw plastik, plastic straw dengan izin, dan saya lihat sejak zaman Covid-19 penggunaan ataupun pengembalian penggunaan straw plastik semakin luas di kedai-kedai makan. Apakah rancangan Negeri untuk mengembalikan kesedaran dan pengurangan straw plastik. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih. Ini merupakan perbincangan yang kita akan jalankan pada Jawatankuasa Iklim Selangor yang akan datang. Dan maklum balas akan diberikan selepas perbincangan tersebut, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Sungai Panjang, eh Sungai, soalan tambahan ke apa?

Sungai Burong. Tak-tak. 24(2) untuk soalan seterus.

Timbalan Speaker

Okay, hendak... Permatang tak ada. Kita teruskan ke ...

24(2), 24(2) saya ambil soalan.

Timbalan Speaker

Ambil soalan dari mana?

24(2), Permatang. Soalan 122.

Timbalan Speaker

122? Permatang? Banyak sangat 24(2) kita pakai hari ini, apa ini saya pun tidak terima apa-apa alasan ketidakhadiran daripada Yang

Berhormat-Yang Berhormat. Okay lah, saya beri yang terakhir 24(2) dari Permatang. Boleh, boleh terus 24(2).

Soalan saya Nombor 122.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 122. Paras Garis KemiskinanQuestions

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

122. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-

a)

Apakah paras garis kemiskinan semasa di Selangor?

b)

Bilakah tarikh akhir Kerajaan Negeri menyemak paras garis kemiskinan sedia ada?

c)

Apakah langkah kerajaan untuk memastikan rakyat khususnya kakitangan awam Negeri Selangor melepasi paras garis kemiskinan rakyat Selangor?

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan walaupun Yang Berhormat Permatang tidak dapat hadir, saya jawab juga. Sebenarnya soalan ini adalah berbunyi seperti berikut. Apakah paras garis kemiskinan semasa di Selangor. Pertama, bilakah tarikh akhir Kerajaan Negeri menyemak paras garis kemiskinan sedia ada. Yang ketiga, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat khususnya kakitangan awam Negeri Selangor melepasi paras garis kemiskinan rakyat Selangor?

Sebenarnya Yang Berhormat dan Tuan Timbalan Speaker, saya telah jawab soalan-soalan ini di soalan nombor 7 pada hari pertama tetapi tak apalah, saya teruskan.

Timbalan Speaker

Jika sudah dijawab, boleh ringkaskan sahaja.

Ya dan semua jawapan telah dijawab. Cuma ada di bahagian yang terakhir adalah tentang Kerajaan Negeri, ISP ataupun Iltizam Selangor Penyayang terdiri daripada 46 program dan dirangkumi 6 kategori. Dan antara program yang terlibat adalah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Program Jom Shopping Perayaan, Skim Air Darul Ehsan, Bas Smart Selangor, Skim Hijrah, Program Bantuan Blueprint Bantuan Kemiskinan,

Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dan banyak lagi. Program-program ini diberikan kepada rakyat yang layak termasuk juga penjawat awam Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban rakyat dalam mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Pucuk gajus ulam pegaga, soalan 123.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 123. Tanah Dan Hutan SimpanQuestions

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

123. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-

a)

Bagaimana prosedur pengeluaran permit kegunaan untuk aktiviti pertanian di hutan simpan?

b)

Adakah kerajaan membenarkan hutan simpan boleh dipajak oleh mana-mana individu atau agensi? (Pajak atas pajak)

c)

Adakah kerajaan boleh memberi kebenaran menduduki hutan simpan tujuan penternakan atau pertanian?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor melaksanakan prosedur pengeluaran permit menggunakan Borang 4 mengikut kaedah-kaedah termaktub dalam Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negeri 1985 atau mana-mana keputusan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Sekiranya JPNS menerima mana-mana permohonan permit penggunaan bagi tujuan pertanian, JPNS akan memproses permohonan tersebut dengan menyemak status kawasan permohonan. Membuat semakan dan penilaian di lapangan terlebih dahulu. Semakan dan penilaian awal kebiasaannya akan merangkumi beberapa perkara seperti status tanah, keadaan hutan, kedudukan geografi dan isu berbangkit sekiranya ada, sebelum dibentangkan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Selangor dan turut dianggotai oleh agensi luar seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi permohonan yang berkeluasan 4 hektar ke bawah. Bagi permohonan yang melebihi 4 hektar, permohonan tersebut akan dibawa ke Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri atau pun MMKN untuk pertimbangan dan kelulusan oleh pihak berkuasa Kerajaan Negeri. JPNS akan memproses surat kelulusan atau maklum balas kepada pemohon sekiranya permohonan tersebut di pertimbangkan atau sebaliknya.

Tuan Timbalan Speaker, JPNS boleh memproses pengeluaran permit penggunaan Borang 4 kepada mana-mana pemohon yang berjaya dalam tempoh pajakan 10 tahun atau bergantung pada keadaan semasa. Walau bagaimanapun, permit penggunaan yang telah diluluskan terhadap mana-mana individu atau syarikat tidak boleh dipajak kepada pihak ketiga. Dan perkara ini adalah selaras dengan syarat tambahan pada dokumen permit penggunaan yang menyatakan bahawa permit penggunaan tidak boleh dipajak kepada mana-mana individu atau syarikat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri, sesetengah permit penggunaan seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) boleh memajak kawasan permit mereka kepada pengusaha-pengusaha kecil. Tuan Timbalan Speaker, selaras dengan Seksyen 34 Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985. Pihak Berkuasa Negeri melalui JPNS membenarkan pengeluaran permit penggunaan untuk beberapa tujuan. Dalam hubungan ini permit penggunaan bagi tujuan penternakan adalah tidak dibenarkan. Manakala permit penggunaan bagi tujuan permit pertanian adalah dibenarkan. Dan kelulusan ini juga adalah tertakluk kepada jenis pertanian yang akan dijalankan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan Tuan Timbalan Speaker, soalan tambahan. Soalan Sungai Panjang, apakah jenis pertanian yang dibenarkan dan bagaimana pendekatan yang diambil bagi memantau tiada pajakan kepada pihak lain. Sebagaimana kita maklum bahawa tanah Hutan Simpan Sungai Karang di bawah Jabatan Perhutanan dipajakkan kepada Koperasi, dan dia ada tiga fasa dan dia pajakkan Koperasi pajakkan atau jual secara online pula kepada orang awam. Jadi bagaimana pemantauan tersebut dan juga pemantauan dari sudut perjanjian dengan peneroka-peneroka? Kerana di situ kita lihat perjanjian ini berlakunya gharar dalam muamalah. Iaitu penipuan atau lebih dekat kepada riba kerana perjanjian itu memberikan keuntungan secara fixed. Setiap pelaburan, kita tak boleh berikan keuntungan secara tetap kerana bila tetap ada untung dan rugi. Jadi ini akan memberikan rugi kepada ...

Timbalan Speaker

Ringkaskan, bertanya soalan terus.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ya itu soalannya, bagaimana pemantauannya.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jenis pertanian yang dibenarkan biasanya penanaman sayur, tanaman folder seperti rumput ataupun lain-lain tumbuhan berdaun yang bermutu tinggi dan sesuai untuk ternakan ruminan yang

ditanam. Mengenai soalan kedua iaitu apakah pemantauan, saya memerlukan informasi yang lebih terperinci yang boleh kami hantarkan secara bertulis. Saya lihat Yang Berhormat Sungai Panjang sedang merujuk kepada kes-kes yang tertentu. Mungkin yang spesifik saya tidak mempunyai sebarang maklumat buat masa ini, tetapi sekiranya ada apa-apa jenis katakan kelonggaran, ataupun yang seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang tadi, sebenarnya boleh menulis surat secara rasmi supaya kita dapat menyiasat apakah yang telah terjadi untuk kes-kes yang spesifik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya No. 124.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 124. Penambahbaikan Perkhidmatan Bas Smart SelangorQuestions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

124. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Cadangan penguatkuasaan penggunaan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dikhususkan hanya pada warga tempatan.

b)

Penambah baikan laluan Bas Smart Selangor pada hentian kawasan-kawasan pelancongan, Pejabat Pentadbiran Daerah, pejabat-pejabat agensi serta klinik kesihatan khususnya di DUN Sungai Pelek.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, pihak Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) telah memperkenalkan Scan To Ride melalui penggunaan aplikasi mobile apps cepat untuk mengenakan caj sebanyak RM0.90 kepada warga asing bermula pada 15 Mac 2022. Manakala warganegara tidak dikenakan caj bayaran. Kelonggaran diberikan kepada warga emas dan juga pelajar-pelajar sekolah. Tanggungjawab penguatkuasaan pada masa ini diberikan sepenuhnya kepada kapten bas bagi memastikan semua penumpang mengimbas QR Code yang disediakan. Laluan bas Smart Selangor MP Sepang, memberikan keutamaan kepada kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan bas ke pusat bandar ataupun pinggir bandar. Facilites kesihatan seperti Klinik Kesihatan Tanjong Sepat, Klinik Kesihatan Salak dan Hospital Serdang. Selain itu laluan bas Smart Selangor MP Sepang juga melalui agensi-agensi utama seperti Majlis Perbandaran Sepang untuk memudahkan

penduduk di kawasan daerah Sepang untuk buat urusan di Majlis Perbandaran Sepang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Jeram pun tak hadir. Kita teruskan dengan soalan daripada Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker. Rukun iman perkaranya enam, soalan Ijok No. 126.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 126. Perkhidmatan Dan Kebajikan Guru KafaQuestions

126. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyerap guru KAFA sebagai penjawat awam secara tetap atau kontrak di bawah skim perkhidmatan negeri?

b)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya mewakili Yang Berhormat Seri Setia kerana beliau mempunyai acara di Istana. Bagi soalan Ijok untuk (a), kerajaan Negeri Selangor membuka peluang kepada guru-guru KAFA yang mempunyai kelulusan ikhtisas pendidikan untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan DG29 atau DG41. Baik, soalan B, antara usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor termasuklah:

1. Penyelarasan elaun minima daripada RM1,350.00 kepada RM1,500.00 sebulan untuk bertugas selama 5 jam satu hari; 2. Mencarumkan ke caruman PERKESO dan caruman KWSP; 3. Menyenaraikan guru-guru KAFA bagi menerima bantuan khas kerajaan yang diumumkan setiap tahun; 4. Peruntukan cuti bersalin sehingga 3 orang anak; dan 5. Tawaran untuk sambung belajar bagi meningkatkan kerjaya sebagai guru atau ikhtisas keguruan.

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah guru KAFA Selangor setakat ini adalah 7,000 orang yang mana 4,200 adalah waran lantikan Negeri dan 2,800 waran lantikan JAKIM. Tiada pertambahan guru untuk tahun 2023 tapi 656 perjawatan telah diluluskan untuk dipenuhkan secara berperingkat daripada tahun 2024 hingga tahun 2027. Sekian.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya. Bandar Baru Klang?

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya 127.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 127. Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)Questions

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

127. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah kos kerajaan bagi Skim Insurans INSAN sehingga hari ini?

b)

Bolehkah skim ini diperluaskan untuk meliputi penyakit kritikal dan hospitalisasi?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, Bandar Baru Klang. Sebahagiannya saya telah jawab dalam soalan sebelum ini. Tapi saya nak jelaskan tentang (b) tapi saya nak ulang balik berkenaan dengan program INSAN ini. Sebanyak RM12 juta kita peruntukkan untuk INSAN konvensional dan INSAN takaful sebanyak RM9 juta. Kenapa RM12 juta? Sebab perangkaannya sekitar RM2.00 satu kepala dan kita sasarkan pendaftaran 6,000 orang. Kenapa RM9 juta untuk takaful? Kerana harganya adalah sekitar RM3.00 untuk satu kepala dan kita sasarkan untuk 3 juta. Untuk Yang Berhormat sekalian, saya nak maklumkan juga bahawa bagi yang telah tamat sisem konvensional automatically yang Muslim terutamanya, kita dah convert kepada takaful sesuai dengan cadangan yang telah dikemukakan ataupun pandangan daripada Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Soalan (b), adakah skim ini diperluas kepada meliputi penyakit kritikal dan hospitalisasi? Yang Berhormat sekalian, kita turut mempunyai ISS. Dalam ISS kita menyediakan perkhidmatan hospitalisasi sebagaimana yang telah diputuskan oleh MMKN sekitar bulan 10 atau bulan 11 yang lalu. Jadi bulan 11 tahun ini. Jadi program itu akan berlanjut sampai satu tahun, akan berlanjut sampai satu tahun dan ini lah yang akan menyebabkan apa yang selalu dibisingkan oleh Taman Medan walaupun

dia tak datang hari ini. Kenapa kita kurang? Sebab beberapa program itu telah cater daripada tahun ini. Peruntukan yang telah disiapkan untuk ISS untuk tahun ini kurang RM10 juta, untuk tahun depan kurang RM10 juta, yang selalu dibangkit kenapa kurang, kenapa kurang? Sebab peruntukan itu telah dicover dengan program yang telah bermula pada tahun ini iaitu pada bulan 10 ataupun bulan 11, jadi ISS yang telah berlangsung itu tidak perlu ditop up sampailah bulan 11 tahun hadapan. Jadi, itu sebabnya jadi kita boleh umumkan dalam belanjawan akan datang untuk menambah dan sebagainya. Tapi apa yang saya ada sebutkan, ISS sudah mempunyai skim untuk hospitalisasi dan kita sedang tengok balik keseluruhan program perlindungan ini supaya tidak ada overlapping, dengan izin. Apa yang terjadi sebelum ini ada sedikit overlapping kerana dalam ISS turut menawarkan perlindungan dari segi nyawa, kerana bagi setiap kematian ditawarkan RM5 ribu. Dalam INSAN, RM10 ribu dan kita akan nilai balik kesemuanya supaya tidak ada yang overlapping. Yang pentingnya kita dapat melindungi semaksima mungkin rakyat dalam negeri kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih, Yang Amat Berhormat. Bukit Melawati? Tak ada. Kita teruskan dengan soalan Hulu Bernam?

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya bernombor 129.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 129. Penyelenggaraan JalanQuestions

129. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisatif yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap jalan yang rosak di Negeri Selangor sentiasa dilakukan penampalan dengan sempurna dan dengan kadar segera?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam yang bertanyakan soalan berhubung pemantauan jalan-jalan rosak ini dan juga jalan berlubang dan bagaimana kaedah pelaksanaannya? Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah sebagaimana yang telah dijelaskan, jalan kita yang panjang ini di bawah JKR dan juga di bawah pihak berkuasa tempatan. Memang mempunyai kaedah. Pertamanya, ialah kaedah bagaimana memantau tentang jalan-jalan rosak yang berlubang ini. Di bawah sistem yang baharu yang kita laksanakan dah lebih setahun ni, apa yang dipanggil IRA ataupun Integrated Road Assesment yang

dibangunkan oleh InfraSEL, anak syarikat kerajaan Negeri yang bertanggungjawab penuh untuk memantau dan melaksanakan kerja-kerja penyelengaraan jalan-jalan JKR di Negeri Selangor. Sistem ini telah dibangunkan dan berjaya berupaya memantau segala jenis aduan menggunakan teknologi moden termasuklah sistem drone dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai jalan-jalan rosak, jalan-jalan berlubang dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, team rondaan jalan ni pun memang ada di pihak JKR dan di pihak InfraSEL dan juga di pihak PBT bagi memastikan pertamanya, mengenal pasti jalan-jalan, sebab itu aduan kita ada RRS yang kita wujudkan di bawah Waze, itu pun lagi satu cara bagaimana rakyat boleh mengadu. Selain daripada itu, kalau kadang-kadang sistem IRA ini dia boleh ambil daripada media sosial pun dia boleh ambil. Kalau ada aduan itu dimasuk dalam media sosial, Facebook, dia boleh ambil dan jadikan itu sebagai aduan tentang kerosakan jalan. Jadi itu antara perkara-perkara yang paling penting adalah mengenal pasti dulu. Sebab aduannya kalau banyak berhubung dengan jalan-jalan berlubang dan sebagainya. Dan selesai maklumat ini semua, dia ada tindakan susulan. Tindakan susulan ini ialah kalau kerja-kerja segera, untuk lubang-lubang jalan ini dia menggunakan cold mix sebab kita tidak menggunakan hot mix kerana dia perlu segerakan, kerana bahaya ya. Ini dibuat dalam masa 24 jam daripada aduan yang dikenal pasti dan selepas dalam masa 3 hari lepas itu, barulah dia gunakan hot mix yang lebih kekal dan lebih kuat, lebih kukuh untuk memastikan jalan itu akan berkualiti. Dan ini semua dalam sistem IRA yang saya sebut tadi itu, dia akan melaporkan kemajuan itu. Makna IRA ini bukan saja untuk laporkan aduan, tapi juga kemajuan kerja cepat-cepat akan dimasukkan supaya yang mana mengadu tu akan dapat maklumat kerja-kerja tu sedang dilaksanakan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga meneliti teknologi-teknologi baharu yang akan dilaksanakan. Dan kita telah pun akan membuat pembelian contohnya jet patcher dan thermal punya patcher. Yang ini dalam proses perolehan untuk kita gunakan, laksanakan bagi meningkatkan mutu penampalan-penampalan jalan ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan?

Ya, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang diberikan. Soalan saya ini ditanya oleh ramai juga rakyat Selangor di luar sana. Bagaimana jalan-jalan yang ditampal ni yang melebihi daripada spesifikasi? Kadang-kadang berlubang itu kita dah mengelak tapi benjol pun kita terpaksa mengelak jugak. Jadi, tindakan Kerajaan Negeri terhadap tampalan-tampalan yang lebih daripada spesifikasi. Itu yang pertama. Yang kedua, bagaimana kita menangani masalah yang jalan terlalu banyak tampalan di tempat yang sama? Sehinggakan pengguna jalan raya rasa terganggu dan boleh membahayakan. Sehinggakan ada yang mengelak, ada kenderaan dari sebelah lain yang terpaksa mengelak ataupun berlaku kemalangan. Jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk perkara-perkara ini? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan tadi bahawa jalan ini kita terutamanya yang kita selalu menerima aduan yang besar ini, banyak ini ialah jalan Persekutuan, itu yang kita kena. Jadi jalan Persekutuan ini, dia tidak ada kontraktor khusus. Memang dia ada road care itu, tetapi dia tidak ada peruntukan khusus untuk menyelenggara jalan-jalan dia. Jadi dia perlu memohon. Contohnya ialah federal highway itu sendiri lah, dan juga jalan FT01, yang memang itu kalau F, ada FT jei tu depan itu, itu adalah jalan Persekutuan, dan dia ni memang di bawah road care, road care ini masalahnya dia perlu mohon peruntukan. Jadi itu yang kadang-kadang ada kekeliruan dari segi itu. Tapi kalau jalan-jalan JKR Negeri, dia memang ada kontraktor khas, dia akan memantau. Itu yang pertama, kita kena faham dan PBT dia dah ada kontraktor yang akan menyelenggara. Yang keduanya ialah, jalan-jalan tu saya dah sebut dalam sidang yang lepas, saya dah sebut. Jalan-jalan kita ni kebanyakan jalan yang strukturnya agak rosak. Jalan ini ada tarikh luput ya. Dia ada tarikh luput. Biasa dalam 20 tahun, 25 tahun. Selepas itu dia kena buat penaiktarafan. Sebab strukturnya rosak, bila struktur jalan tu rosak, kita tampal, sekejap je dia akan rosak. Dia kena buat penaiktarafan, sebab struktur dia dah rosak. Tapi sebab hampir separuh jalan dalam negeri Selangor adalah telah melebihi umur, tapi proses untuk nak naiktaraf itu bajet tidak mencukupi untuk kita nak buat semua jadi kita buat berperingkat-peringkat penaiktarafan. Itu sebut perkataan penaiktarafan, penaiktarafan adalah jalan yang sedia ada, dah luput umur, kita naikkan taraf. Ini yang jadi isu yang terpaksa kita buat berperingkat-peringkat. Dan sebab saya sebut tadi, kalau kaedah sekarang, tanpa ... jalan dia kena potong dulu, dia kena keringkan, tapi dengan teknologi baharu ni, yang jet patcher ini tak payah. Dia datang dia terus buat je, dia tak perlu nak potong dulu dan sebagainya. Ini teknologi baharu yang kita akan dalam proses perolehan dan kita akan laksanakan. Bagi saya akan membantulah meningkatkan lagi mutu tampalan-tampalan kita di Negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan, Speaker?

Timbalan Speaker

Ringkaskan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih, Tuan Speaker. Yang Berhormat. EXCO dua perkara, Yang Berhormat. Yang pertama, tampalan jalan yang dibuat oleh kerajaan sudah semakin baik. Cuma soalannya, bagaimana nak mempertingkatkan kerjasama dengan syarikat utiliti yang membuat korekan selepas tampalan baru dibuat. Yang pertama, yang kedua, Yang Berhormat EXCO sebut tentang improvement sistem tampalan, kualiti. Tetapi bila syarikat utiliti yang korek, dia tak menggunakan standard yang disebutkan oleh EXCO tadi. Mohon ada pemantauan yang berkesan di pihak kerajaan. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan ni pun sering kali berulang ditanya dan saya pun faham. Kalau bekas-bekas, mantan-

mantan Ahli Majlis ini, dia faham sangat masalah ini. Sebab itu saya dah cadangkan dulu pihak-pihak majlis buat kajian lagi, kita kena letakkan cagaran tunai. Jadi bila cagaran tunai, kalau dia buat tak betul, kita buat sendiri, kita guna duit itu. Ini yang saya dah cadangkan, dan sebahagian PBT dah buat. Dia ambil tunai cagaran bagi kerja-kerja utiliti ini. Sebab utiliti ini kadang-kadang bila kita buat ini, dia pun tak tahu kontraktor dia. Kontraktor dia masuk hujung minggu, dia buat kerja lepas itu dia tinggal begitu saja, dan tampalan dia sepatutnya dua kali. Tampalan pertama itu, bila dia tampal selepas dia potong jalan itu, dia tampal, dia kena datang balik dalam masa beberapa hari lepas tu untuk tengok sebab itu dia akan turun. Dia memang akan mendap, memang begitulah isu bitumen ini atau mix ini dia memang dia akan mendap, jadi dia kena datang balik tapi dia tak datang balik kali kedua itu. Yang itu jadi masalah selalu yang menyebabkan tinggi rendah atas jalan tu. Jadi kita gunakan duit cagaran itu untuk menampal balik dan membetulkan balik di pihak sama ada majlis ataupun JKR.

Ini saya dah cadangkan, saya harap benda ini dapat dilaksanakan. Kalau kita nak nasihat utiliti ini boleh lah, tapi itu antara satu cara bagaimana kita nak uruskan isu ini.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ada lagi, satu saya bagi peluang sebelah sana.

Yang Berhormat EXCO, saya ingat isu untuk mengambil wang cagaran ini saya ingat mana-mana PBT pun dah buat di Selangor. Cuma saya mungkin boleh cadangkan Yang Berhormat EXCO untuk mengarahkan di peringkat PBT, untuk mengubah BQ iaitu selepas berlakunya korekan utiliti itu, mesti diturap dua kali. Maksudnya tempoh kali yang pertama, dan tempoh yang kedua ialah turap kali kedua. Sebab lepas dia mendap itu, biar dia tampal balik sekali lagi, baru dia boleh mampat. Jadi bila kita letak duit cagaran tinggi pun, ada setengah kontraktor ini dia serah pada PBT, dia biar je pada PBT sebab dia tahu dia dah ada duit cagaran, dia orang tak mahupun duit cagaran itu. Jadi PBT pun akan ada proses beberapa proses dalaman untuk mengeluarkan duit cagaran itu, untuk tampal balik, jadi dia akan proses yang lebih panjang. Jadi sementara itu, jadi dia akan jadi jalan itu tidak elok dan tidak senangi oleh rakyat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak apa, kita ambil tindakan. Itu sebenarnya benda ini pihak PBT sendiri boleh buat, memang disebut pernah menambah baik jalan itu mengikut spesifikasi. Kita telah ada dalam BQ itu, dia kena ikut dalam, tapi masalah pemantauan. Ini yang selalu jadi isu. Kadang-kadang pihak utiliti sendiri pun tak boleh kawal kontraktor dia sendiri, ini perkara-perkara pelaksanaan. Dari segi spesifikasi dan BQ dia dah ready, tapi pelaksanaan, jadi saya harap kita dapat perbaiki. Terima kasih.

Speaker

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, soalan saya nombor 130.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 130. Bantuan Pendidikan Anak OkuQuestions

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

130. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu anak OKU selepas sekolah menengah rendah atas dan khasnya di peringkat IPT?

b)

Apakah program untuk membawa perubahan kepada OKU khasnya yang berumur 13-21 tahun?

c)

Nyatakan jika kerajaan berhasrat untuk Penempatan Pekerja OKU (Job Placement).

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Tuan Speaker, jawapan ini akan dijawab bersekali dengan jawapan (b) dan (c). Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor dan dizahirkan melalui peruntukan di dalam Belanjawan Negeri Selangor setiap tahun. Pelbagai program telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh bukan sahaja kepada anak-anak istimewa itu sendiri, malah turut memberi manfaat kepada ibu bapa, penjaga, pendidik, sukarelawan dan masyarakat di sekeliling. Dalam usaha untuk bantu anak OKU selepas sekolah menengah, kerajaan negeri melalui program Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah mewujudkan Independent Living Support Center (ILSC). ILSC menyediakan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan kepada golongan OKU berusia 17 tahun ke atas. Program ini akan dapat membina OKU berdikari dan mampu meningkatkan potensi diri, selain menambah produktiviti negara. Setakat ini seramai 14 pelatih telah menamatkan latihan mereka di ILSC. Terdapat dua program utama di bawah ILSC yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan semasa belia OKU iaitu pertama Employment Transition & Work Readiness (ETWR) dan Job Coach (JC) dan juga Disability Equality Training (DET).

Employment Transition & Work Readiness (ETWR) ialah program persediaan ke arah kerjaya untuk Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memberi

pendedahan literasi kerjaya secara praktikal kepada MBPK. Tempat dan kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pertama, Rumah Amal Cheshire dengan Kursus Jahitan mengendalikan selama 4 bulan. Kursus Teori selama 3 bulan dan Latihan Industri sebulan. Kedua, Kursus Bakeri mengendalikan selama 3 bulan. Kursus Teori selama 2 bulan manakala Latihan Industri sebulan. Kedua di Infinite Minds Academy untuk Pengurusan Pejabat, Teknologi Digital, Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence).

Selain itu, ANIS turut melatih sukarelawan dan majikan melalui program Job Coach dan Disability Equality Training (DET) untuk mempersiapkan majikan bagi menerima pekerja OKU. Program Job Coach disediakan bagi mereka yang berminat menjadi jurulatih atau pemantau kepada golongan OKU yang baru memulakan kerja di syarikat luar. Job coach bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggalakkan hubungan baik di antara pekerja OKU dan majikan. Manakala Program Disability Equality Training (DET) dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada majikan khususnya anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suasana inklusif OKU di tempat kerja. Majikan yang terlibat akan digalakkan mengubah dasar dan amalan syarikat, serta menaik taraf infra bagi memberikan akses kepada OKU bekerja di tempat mereka. Sekian.

Speaker

Batang kali. Tidak hadir. Ada.

Boleh saya gunakan 24(2) untuk Batang Kali.

Speaker

Ya, silakan.

Soalan bernombor 131.

Speaker

Ya. Wakil kepada Menteri Besar boleh jawab. Soalan ke 131. Internet dan talian konumikasi. 131.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 131. Internet Dan Talian KomunikasiQuestions

131. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menaik taraf dan memperkasakan jaringan internet dan liputan talian komunikasi di kawasan luar bandar?

b)

Berapakah dana yang diperuntukkan untuk menaik taraf dan memperkasakan jaringan internet dan talian komunikasi di kawasan Batang Kali?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Saya jawab bagi pihak Yang Berhormat Seri Setia. (A), bagi merancakkan lagi pembangunan infrastruktur digital luar bandar, Kerajaan Negeri melalui SmartSel Sdn. Bhd. akan menaik taraf rangkaian internet di 95 buah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di seluruh daerah negeri Selangor. Pemilihan PPAS di buat atas faktor lokasinya di kawasan pendalaman yang akan dijadikan hub rangkaian pada kawasan sekitarnya. Untuk permulaan, 15 PPAS desa di Sabak Bernam fasa 1 yang siap pada awal tahun 2023, telah pun mempunyai infrastruktur fiber yang membolehkan pengunjung perpustakaan dapat menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi sehingga 50mbps dan boleh dipertingkatkan lagi sehingga 500mbps pada masa akan datang.

Bagi fasa 2, pelaksanaan sebanyak PPAS desa di sasarkan siap pada akhir tahun 2024, manakala bagi fasa 3 pula, 50 PPAS desa akan dilaksanakan pada tahun 2025. Rangkaian internet akan diluaskan lagi secara berperingkat di daerah Hulu Bernam dan daerah lain. Mengikut program dan inisiatif di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang mengfokuskan kepada transformasi teknologi. Bagi liputan telekomunikasi pula, Kerajaan Negeri melalui SmartSel Sdn. Bhd. dan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) akan pantau dan mendapatkan maklum balas pihak Digital National Berhad (DNB) di dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi 5G di negeri Selangor supaya sasaran 100% liputan 5G di kawasan berpenduduk dapat dicapai menjelang akhir tahun 2025.

Bagi jawapan (b), Kerajaan Negeri melalui SmartSel Sdn. Bhd. selaku pelaksana infrastruktur digital, telah menyediakan dan membuat permasangan wi-fi Smart Selangor di lebih 73 premis berkaitan pendidikan keagamaan dan juga lokasi tumpuan awam dengan peruntukan lebih RM1.2 juta di Hulu Selangor. Mengikut data terkini sehingga Oktober 2023, hampir 59 ribu pengguna telah mendapat manfaat dari inisiatif Iltizam Selangor Penyayang dengan data muat turun sebanyak 800gb setiap bulan.

Inisiatif ini akan ditambah baik supaya tumpuan dan penambahan akses point difokuskan di kawasan yang masih belum mendapat kemudahan internet percuma di Batang Kali. Bagi liputan talian telekomunikasi, sebanyak 436 buah struktur pemancar baru telah dibina di pelbagai lokasi di negeri Selangor yang tidak mendapat liputan komunikasi, manakala 39 buah struktur masih dalam pelaksanaan. Bagi DUN Batang

Kali, terdapat 150 struktur telekomunikasi 4G sedia ada, manakala bagi struktur telekomunikasi 5G terdapat 35 buah struktur pemancar sedia ada dan dalam 7 dalam pelaksanaan. Dijangkakan dengan liputan 5G yang akan mencapai 96.3%, bagi kawasan berpenduduk di seluruh negeri Selangor pada akhir tahun 2023 ianya akan menambah baik kadar liputan mudah alih dan jalur lebar secara keseluruhan dan termasuklah di Batang Kali. Sekian.

Speaker

Sungai Kandis, tak ada juga. Sungai Kandis ada? Tak ada. Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang Nombor 133.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 133. Penyelarasan Semula Kuota Program Bingkas Dan Peduli SihatQuestions

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

133. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kuota BINGKAS dan Peduli Sihat disebabkan penambahan pengundi setiap DUN?

b)

Bilakah Kerajaan Negeri akan meningkatkan kuota BINGKAS di DUN Pelabuhan Klang daripada 337 penerima kepada 506 penerima setelah jumlah pengundi kini berjumlah 51,907?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang, soalan (a) dan (b) dijawab bersekali dengan soalan 216 (b) oleh Yang Berhormat Meru. Buat masa ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan kuota semasa yang terpakai bagi program Bingkas Iltizam Selangor Sihat (ISS). Kerajaan Negeri akan meneliti mengenai keperluan meningkatkan kuota Bingkas bagi setiap DUN. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung cadangan dari Yang Berhormat bagi penyelarasan semula kuota Bingkas dan ISS disebabkan oleh pertambahan pengundi di setiap DUN. Kerajaan Negeri akan meneliti jumlah terkini pengundi di setiap DUN dan melihat jika terdapat keperluan ketara bagi penyelarasan kuota tersebut berdasarkan kedudukan kewangan semasa. Sekian.

Speaker

Bukit Gasing. Tidak hadir.

Dusun Tua ambil soalan 24(2).

Speaker

Tak dibenerkan, tidak dibenarkan. Meru.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 135.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 135. Penyelenggaraan SaliranQuestions

135. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah kekerapan penyelenggaraan sungai, parit dan saliran dilakukan di DUN Meru?

b)

Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan tersebut mengikut daerah dan berapakah perbelanjaan digunakan untuk kawasan DUN Meru?

c)

Adakah perancangan untuk menambah kekerapan penyelenggaraan bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Meru?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Yang Berhormat Tuan Speaker, Meru bertanyakan berhubung mengenai penyelenggaraan saliran bagi DUN Meru. Sebagaimana yang saya jelaskan tadi, di bawah tanggungjawab pengurusan sistem saliran ini melibatkan pelbagai pihak dan agensi dan jabatan. Untuk JPS ini, untuk kerja- kerja penyelenggaraan parit, sungai ini dibuat sebanyak dua (2) hingga empat (4) kali setahun terutamanya sebelum musim tengkujuh di kawasan DUN Meru. Bergantung pada jenis paritnya ada yang dua, ada yang tiga, ada yang empat kali setahun. Secara keseluruhan Kerajaan Negeri melalui JPS telah memperuntukan sebanyak RM840,218.00 pada tahun 2023 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit dan sungai di Daerah Klang dan Daerah Petaling yang terletak di dalam DUN Meru ini. Tujuan kerja ini untuk memastikan kelancaran air ini sebagainya dan telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan sebanyak empat kali di kawasan DUN Meru dan lima kerja undi, empat kerja berkala dan lima kerja undi.

Pertama kerja-kerja yang terlibat di jalan Sungai Puloh, itu pun dah 50%, RM61,736.00, 60% dah siap, ini akan sehingga Mac 2024. Kerja-kerja di Sungai Kapar Kecil, RM258 ribu pun 50%, kerja pusingan empat kali pembersihan. Kerja-kerja di Sungai Binjai, RM160 ribu pun sama juga enam pusingan kerja pembersihan. Di jalan Limau dan Durian, RM27 ribu telah siap. Penyelenggaraan di parit Jalan Belimbing dan Rambutan, semua buah ada ini ya, limau ada durian ada, jalan belimbing RM37 ribu pun telah siap. Banyak lagi la ya yang di listkan. Saya boleh bagi kan senarai lengkap ini, kalau nak cerita memang panjang dan keseluruhan kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan RM840,218.00.

Pihak PBT, Majlis Perbandaran Klang pun melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di sistem saliran perparitannya dan dia pembersihan longkang itu mempunyai kontraktornya dan tiga pusingan iaitu daripada Mei, Julai, Ogos sehingga Oktober, Novermber hingga Januari, kontrak sembilan bulan mereka buat laksanakan. Peruntukan sebanyak RM4juta telah dibelanjakan yang melibatkan parit 356,730 meter di Klang Utara 153 ribu meter, Klang Selatan 202 ribu meter. Bagi kerja-kerja hotspot ini, dia ada one-off juga yang dibuat oleh jabatan di bawah MPK, kerja kecil ada sebanyak 20 kerja yang melibatkan RM700 ribu telah digunakan. Itu yang berlaku dan jika ada berlaku kerja-kerja kecemasan, maka dia akan sediakan peruntukan untuk membaiki. Bagi, untuk makluman juga kekerapan penyelenggaran adalah memadai untuk mengurangkan risiko banjir di DUN Meru walaupun kita menunggu projek-projek besar dalam pelaksanaan di Kapar Kecil. Kerja pembersihan parit, tanah yang kerap boleh menyebabkan hakisan yanag sebagaimana sebutkan tadi, kita akan cuba kurangkan dan saya telah bincang di pihak JPS untuk kita adakan kaedah baru, supaya kita tidak korek sampai ke tebing, kalau tidak nanti dia runtuh, lagi makin besar paritnya dan batas jalan main kecil. Itu antara kaedah yang kita yelah tengok bagaimana menguruskan.

Untuk jangka panjang saya sebut tadi adalah Sungai Kapar Kecil dan sungai Kapar Besar, ini bajet persekutuan yang besar di bawah projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11:00 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul Nombor 4 tahun 2023, Usul Peruntukan Pembangunan 2024Motion

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, sambungan Usul Nombor 4 tahun 2023, Usul Peruntukan Pembangunan 2024

Speaker

Saya mempersilakan Yang Berhormat Bandar Utama bagi menyambung penjelasan, lima minit.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya jawab 2 persoalan sahaja. Pertamanya mengenai Kompleks Perhutanan Kota Damansara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota

Damansara. Saya percaya kompleks yang dirujuk oleh Yang Berhormat ialah Kompleks Perhutanan Sungai Buloh. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaiktarafkan seluruh kompleks namun, terdapat menaiktarafkan kecil-kecilan seperti Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM100 ribu bagi menaiktarafkan Pejabat Inovasi Kompleks Perhutanan Sungai Buloh yang berada dalam kompleks. Yang maklumat lanjutnya saya akan berikan secara bertulis. Kepada Yang Berhormat Sementa yang telah membangkitkan isu berkaitan kakitangan Jabatan Alam Sekitar, buat masa kini Jabatan Alam Sekitar mempunyai 80 Pegawai Penguatkuasaan untuk 13 ribu punca pencemaran. Jadi bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan, JAS sedang melaksanakan pengukuhan organisasi di mana perancangan yang terlibat adalah bagi mewujudkan cawangan JAS di setiap daerah iaitu satu daerah satu JAS, terima kasih.

Speaker

Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Speaker saya ringkaskan sedikit. Terima kasih yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul sebelum ini. Saya respons kepada perbahasan daripada Kota Damansara dan Balakong berkenaan Isu infrastruktur Sukan di kawasan masing-masing. Sebelum ini saya pernah jawab, saya ringkaskan semua permohonan bagi projek-projek menaik taraf baik pulih dan membina infrastruktur baru sukan adalah perlu melalui PBT ataupun Pejabat Daerah kawasan masing-masing kerana pihak tersebut merupakan agensi yang bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara selepas kerja baik pulih siap dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, Pejabat Pusat Khidmat dan penduduk perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada PBT atau Pejabat Daerah untuk semakan lokasi dan kesesuaian tapak sebelum dibaik pulih atau di naik taraf. Projek naik taraf baik pulih dan membina baru infrastruktur sukan juga termasuk membina gelanggang baru bergantung kepada keluasan sedia ada bagi spesifikasi gelanggang yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, jika pembinaan baru gelanggang serba guna melebih had yang diputuskan dalam polisi atau prosedur MMKN, perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak PBT atau Pejabat Daerah kawasan masing-masing bagi pelaksanaan kerja. Untuk Sementa yang bertanyakan tentang naik taraf pembinaan Dewan Rakan Muda Sementa, untuk makluman Yang Berhormat Kompleks Rakan Muda Klang tidak beroperasi oleh disebabkan kerja-kerja naik taraf bermula 11 Mac 2023. Kelulusan naik taraf telah diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan peruntukan sebanyak RM3,531,828.00 dan kerja-kerja naik taraf tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku pemendapan tanah di Kompleks Rakan Muda Klang tersebut. Perancangan untuk membuka semula Kompleks Rakan Muda adalah hasrat Kerajaan Negeri kerana Kompleks inilah terdapat kemudahan-kemudahan aktiviti anak muda seperti gelanggang futsal, dewan serba guna, wall claimbing dan asrama. Pihak Jabatan Belia Negeri Selangor juga telah mendapat anggaran kos pembaikan daripada pihak JKR yang dianggarkan berjumlah RM3.65 juta. Setelah membuat pemeriksaan

pemendapan tanah struktur Kompleks Rakan Muda Klang oleh pihak JKR dan semua perancangan akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan. Untuk Yang Berhormat Sungai Burong yang mencadangkan tentang litar lumba lurus Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti dan mengkaji cadangan ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk kita menetapkan lokasi yang sesuai dan selamat bagi tujuan tersebut. Dan untuk cadangan Sungai Burong tentang kempen kesedaran berkenaan dengan gejala sosial LGBT, kita sedia maklum akan implikasi agenda ataupun budaya tersebut dan melalui Dasar Belia Negeri Selangor Kerajaan Negeri menggalakkan program-program bersifat keagamaan dan nilai-nilai moral di bawah domain keagamaan, kesihatan dan kesejahteraan, di bawah peruntukan sedia ada. Dan insyaAllah akan digerakkan oleh Belia Negeri Selangor bermula tahun hadapan. Untuk Kampung Tunku, berkenaan dengan peruntukan kewangan bagi persatuan-persatuan sukan, Kerajaan Negeri mengambil maklum dengan masalah tersebut dan pada masa yang sama kita akan menyelaraskan agensi-agensi, PBT dan juga anak-anak syarikat Negeri Selangor untuk membantu menambah baik dan juga dari segi kewangan dan juga infrastruktur logistik untuk persatuan-persatuan sukan ini terutamanya dalam persediaan kita menghadapi SUKMA 2024. Dan untuk Batu Tiga yang membangkitkan tentang penyelarasan platform pemuda di Negeri Selangor membabitkan Team Selangor PBS dan sukarelawan Selangor, secara dasarnya ketiga-tiga entiti ini sentiasa bekerjasama dan menggerakkan program-program di lapangan terutama melibatkan sukarelawan pasca bencana dan arahan yang diterima daripada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar untuk kita selaraskan semua program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tetapi untuk kita menggabungkan entiti ini di bawah satu payung, agak tidak praktikal. Tetapi kita akan selaraskan dari sudut program dan inisiatif-inisiatif belia. Dan terakhir, Kota Damansara ada membangkitkan tentang peruntukan RM500 ribu di bawah Standco Pengurusan Bencana untuk dinaikkan. Untuk makluman Yang Berhormat, daripada peruntukan tersebut sebanyak RM400 ribu akan digunakan untuk Program Pemerkasaan Komuniti bagi mengurangkan risiko bencana sebagai lanjutan daripada program Strengthening the Disaster Risk Reduction Capacity to Improve the Safety and Security of Communities by Understanding Disaster Risk ataupun (SeDAR) yang dirintis oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri, JICA daripada Jepun dan Tokio Universiti serta Universiti Teknologi Malaysia. Kebanyakan peruntukan operasi bencana serta pemberian wang ihsan mangsa adalah menggunakan Akaun Amanah Tabung Bencana Khas Negeri Selangor dan Tabung Amanah Bencana Alam pada masa ini peruntukan sedia ada akaun amanah ini adalah mencukupi dan boleh menampung keperluan semasa kejadian bencana. Sekian daripada saya, saya mohon menggulung, terima kasih.

Speaker

Sekinchan.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, salam Dewan yang mulia, salam jumaat yang berkat, salam kita Selangor maju bersama, salam Malaysia Madani. Memandangkan ramai Ahli-ahli Yang

Berhormat daripada pihak sebelah Perikatan Nasional ramai yang tidak hadir, hadir ke Mesyuarat Agong, selamat bersidang. Dengan ini saya ringkaskan semua jawapan-jawapan yang di sini untuk respons

Speaker

Macam mana Yang Berhormat tahu? Macam mana Sekinchan tahu? Sekinchan tahu ke mereka bersidang?

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Mereka ada yang bersidang, selamat bersidang. Tidak apa biar mereka bersidang terus.

Speaker

Tetapi saya tidak terima surat pun.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tetap bersidang ya. Baik, Tuan Speaker untuk respons kepada Yang Berhormat Seri Kembangan berkaitan dengan produk baik New Village, Kampung Baru kita akan teruskan supaya produk itu dapat dipasarkan sehingga antaranya kita akan buat Selangor New Village Festival dan juga Program Bazar Jualan Produk Kampung Baru sempena tahun baru dan sebagainya. Untuk kita promosikan dan suatu hari nanti produk yang baik ini, produk baik daripada Kampung Baru boleh kita pasarkan bukan di domestik kalau boleh sampai ke antarabangsa ini harapan dan juga usaha daripada pihak Tourism Selangor dan pihak Kampung Baru kita akan bantu dalam konteks ini. Seterusnya berkaitan tapak pelupusan. Pada masa ini pihak Worldwide kita kendali 5 tapak pelupusan dengan kosnya RM2.7026 untuk kerja-kerja penyelenggaraan, ini untuk makluman Seri Kembangan. Dan seterusnya isu berkaitan dengan haiwan terbiar. Kita akan pastikan pusat perlindungan haiwan terbiar dapat diwujudkan dan dapat di serah dengan baik. Kita pastikan Selangor Insani, Malaysia Madani, haiwan pun kita jaga dengan baik. Kita tangkap, terbiar gunakan dengan cara yang baik insani dan berperikemanusiaan dan rizab 10% yang dicadangkan oleh Yang Berhormat akan diperhalusi. Untuk Seri Kembangan dan Permatang, jadi kita sepintas lalu, touchngo. Kemudian untuk respons untuk Balakong berkaitan dengan sisa pepejal, Kerajaan Negeri menyambut baik dan mengkaji keperluan untuk tambah peralatan road sweeper dan pam dan sebagainya untuk pihak PBT supaya kita dapat menjaga, meningkatkan kebersihan dan sebagainya. Seterusnya Sijangkang. Sijangkang mungkin hadir sebagai tetamu, juga tidak hadir pada hari ini. Kita anggarkan dia juga tidak hadir dan kembali kepada Balakong berkaitan dengan isu Dewan komuniti. Dewan komuniti ini setakat ini tiada lagi di Balakong tapi kita apa yang dicadangkan iaitu di Damai Perdana akan dipertimbangkan sekiranya ada keperluan dan dana yang mencukupi, kita akan usahakan yang terbaik DUN Balakong. Seterusnya Yang Berhormat daripada Teratai bangkitkan isu cerun dan sebagainya. MPAJ mempunyai kawasan cerun yang diselenggarakan berjumlah 180 cerun dan menelan kos RM13.9 juta iaitu RM8 juta menggunakan peruntukan pembangunan dan juga RM5.9 juta peruntukan MARRIS tahun 2023. Ini semua kos-kos untuk pengurusan cerun. Dan seterusnya Yang Berhormat Gombak Setia, dia tidak hadir. Kita teruskan. Kemudian dengan Yang

Berhormat Sentosa, isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Pandamaran dan Yang Berhormat Kuang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Mohon mencelah, maaf. Tadi Y.B. EXCO, maaf tadi saya dekat tangga. Saya dengar ada berkenaan soalan Permatang tadi Yang Berhormat EXCO minta boleh jawaban terima kasih.

Speaker

Jawapan bertulis lah Yang Berhormat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Permatang tidak apa Permatang orang baru hendak tanya yang baik kita jawab dengan baik-baik. Orang bersopan, kita bersantun juga. Terima kasih Tuan Speaker memang dia tidak sempat masuk, tersasul sekejap tidak apa. Kutipan sampah di kawasan laluan MPKS adalah RM1,612,020.0 sahaja setahun kos ini telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri sehingga tahun 2021 dan dihentikan apabila Majlis Kuala Selangor dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor ya. Dan juga penaik taraf PBT menandakan kemampuan PBT tersebut untuk membayar dan mengurus sendiri kawasannya tanpa bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri untuk Permatang. Dan seterusnya untuk Pandamaran, Sentosa bertanya dengan Kuang, Kuang tidak hadir. Isu berkenaan dewan-dewan yang disewa dan sebagainya kita ambil maklum tentang perkara ini. PBT dan memang ada Dewan yang tidak begitu popular atau tidak digunakan oleh penduduk setempat. Ada dewan-dewan diswastakan kita akan kaji tentang cadangan-cadangan daripada Yang Berhormat. Yang mana yang terbaik untuk rakyat. Kita tidak mahu membebankan rakyat dalam konteks penyewaan dewan ini. Kita ambil sudut yang terbaik di mana hak rakyat kepentingan rakyat untuk kemudahan riadah itu kita bersukan dan sebagainya kita utamakan, ini saya ambil maklum. Seterusnya Yang Berhormat daripada Sentosa berkaitan dengan isu yang berbangkit krematorium. Setakat ini cadangan daripada Yang Berhormat Sentosa kita telah dapat 5 buah pusat kedai di 4 PBT, MBSA, MBPJ, MPSJ dan MPK dan setakat ini Kerajaan Negeri akan perhalusi mana-mana tempat yang perlukan krematorium, kita akan cuba selaraskan dengan tanah dan sebagainya untuk realisasikan permintaan daripada Yang Berhormat Sentosa. Kita akan ambil pendekatan kepentingan semua kaum, kepelbagaian, kepentingan semua agama dan yang perlukan krematorium ini, terima kasih.

Seterusnya berkaitan dengan Semenyih, Semenyih ada? Semenyih ada. Berkaitan dengan isu penjaja MPAJ dan penempatan penjaja di Bandar Seri Putra dan 75 penjaja telah ditempatkan di lokasi tersebut dan kita telah usahakan dengan baik kita pastikan penjaja juga kita bagi perhatian yang sewajarnya. Seterusnya kepada Lembah Jaya berkaitan dengan warga asing. Tindakan penguatkuasaan yang melibatkan warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan di bawah undang-undang kecil Penjaja MPAJ 2007, iaitu menjaja tanpa lesen serta melanggar syarat-syarat lesen jumlah tindakan bagi tahun 2023 adalah sebanyak 320 sitaan dan 138 kompaun. Ini adalah sikit butiran untuk kepada Yang Berhormat Lembah Jaya. Dan juga

seterusnya Yang Berhormat Ijok, berkaitan dengan isu berbangkit isu lembu berkeliaran, lembu berkeliaran memang sukar memang kita perlukan masa kerana apa bila kita ada Akta, Enakmen mengawal lembu, kerbau 1971 Enakmen Selangor Nombor 3. Haa ini lembu Yang Berhormat Pandan Indah nak jawab, lembu saya ketepikan sebab dia laris untuk dijawab. Terima kasih Tuan Speaker dan seterusnya berkaitan dengan Bukit Melawati tidak ada kan? Tidak perlu jawab.

Mereka tidak berminat lah. Tak berminat hari ni, tak berminat.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tidak berminat tidak perlu jawab. Seterusnya Seri Kembangan. Seri Kembangan tadi ada mesin kompos untuk kurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan. Ini kita akan cuba yang terbaik untuk mesin kompos. Ini satu cadangan yang baik daripada Seri Kembangan untuk kita memperkasakan semua peranan PBT, pastikan mesin-mesin ini kalau kita ada boleh dapat membantulah untuk Seri Kembangan. Dan seterusnya Semenyih. Semenyih, status pasar awam dia tanyakan bila, di mana pasar awam tu ya, Yang Berhormat Semenyih dia prihatin. Proses menaik taraf Pasar Awam Semenyih akan bermula sebaik sahaja selepas kelulusan proses pewartaan tapak Pasar Awam Semenyih selesai status semasa iaitu MPKj telah mengemukakan permohonan pindaan pewartaan tapak pasar dengan luas berjumlah 2.59 ekar pada 12 Jun 2023 ke Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dn status pewartaan masih dalam tindakan PDT Hulu Langat. Proses menaik taraf Pasar Awam Semenyih akan mengambil masa 24 bulan selepas pewartaan dan tender selesai. Ini antara maklumat yang saya boleh bagi kepada Yang Berhormat. Seterusnya, isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sabak berkaitan dengan kempen adab, sikap dan sebagainya. Kerajaan Negeri menyambut baiklah tentang kempen-kempen dan juga isu melalui Jabatan Perikanan tentang Kelong Paradise, nak pasang tukun, tiang dan sebagainya. Ini semua kita akan perhalusi satu per persatu cadangan daripada Yang Berhomat Sabak untuk kita bantakkan ya. Terima kasih Yang Berhormat Sabak yang begitu prihatin dan kemudiannya Dengkil, Dengkil tak perlu jawab. Dengkil tak ada. Seterusnya kepada Meru. Meru yang cadang sedikit tentang kampung tradisi Melayu dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Memang ini antara fokus utama di mana-mana rumahnya, warisannya yang ada keunikan kita akan pastikan, pastikan ya. Kita akan tonjolkan, untuk kita jadikan dia sebagai produk pelancongan yang unik untuk Negeri Selangor dijadikan warisan. Jadi, saya mengalu-alukan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mana ada warisannya, ada keunikannya, kampung tradisinya boleh maklumkan kepada saya dan kepada tourism dan kepada Standco Pelancongan. Kita akan teliti. Kalau boleh kita akan cuba pasarkan promosikan produk tersebut supaya kempen kita Tahun 2025 Tahun Melawat Negeri Selangor akan mencapai kejayaan iaitu ‘Nak bercuti? Pusing Selangor dulu’. Seterusnya, untuk yang terakhir, yang terakhir hari ini saya dengan pantas dan juga ringkas untuk landing tak akan ambil masa yang panjang berkaitan dengan LIMAS. Yang Berhormat Bukit Lanjan, untuk makluman Yang Berhormat secara umumnya pengurangan peruntukan adalah menyeluruh dan terpakai kepada

semua Vot pembangunan melibatkan semua portfolio Jawatankuasa Tetap bagi tahun 2024. Berikutan perkara itu, jadi Hal Ehwal Bukan Islam juga tidak terkecuali. Jadi kita ada penyelarasan semula. Untuk Yang Berhormat Bukit Lanjan bukan sahaja Hal Ehwal Bukan Islam ya. Semua mayat-mayat, Standco ada keperluan dan sebagainya mengikut keadaan kewangan semasa. Kalau pada masa hadapan, kewangan itu mengizinkan kita akan pastikan semuanya dapat ditambah dan sebagainya. Ini untuk Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya rasa sekadar itulah respons saya kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan usul pembangunan. Sekian terima kasih daripada Sekinchan.

Speaker

Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Saya rangkumkan sekali daripada Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat Batu Tiga dan juga Yang Berhormat Bukit Gasing mengenai Program Skim Ceria. Di mana Skim Ceria bermula daripada 2011 sehingga 2013, kita telah membelanjakan sebanyak RM143,096,808.00 dan sebanyak 378 projek. Jadi, kalau kita fokus kepada MBSA di bawah Batu Tiga sebanyak 45 projek dan MBPJ sebanyak 74 projek yang merangkumi Kota Damansara dan juga Taman Medan dan juga Bukit Gasing. Untuk makluman Yang Berhormat, pengenalan bagi Skim Projek Skim Ceria ini adalah beberapa syarat yang perlu kita patuhi. Yang pertama iaitu Skim Ceria bertujuan untuk memberi bantuan dana bagi membiayai kos baik pulih kerosakan harta bersama pangsapuri rendah dan kos sederhana rendah selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk membentuk komuniti yang bersih, ceria dan harmoni. Yang kedua, sejak mulanya dilaksanakan pada Disember 2010, LPHS selaku urus setia bagi Skim Ceria telah mengagihkan bantuan baik pulih kepada pangsapuri-pangsapuri setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Permohonan Skim Ceria adalah melalui sistem permohonan iaitu e-Ceria dan permohonan mestilah melalui daripada pengurusan pihak pangsapuri yang aktif sahaja. Ini saya nak jelaskan bahawa permohonan ini mesti melalui iaitu e-Ceria. Jadi, kalau ada sebarang apa juga perlulah memenuhi dan syarat-syarat yang telah saya disebutkan tadi. Yang seterusnya iaitu pembiayaan baik pulih adalah secara berkongsi ataupun cost sharing di antara Kerajaan Negeri, JMB dan juga MC. Pada kadar 100% bagi pangsapuri kos rendah dan 90:10 bagi pangsapuri kos sederhana. Seterusnya, bantuan baik pulih juga dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah seperti membaiki bumbung, baik pulih lif, komponen, mengecat semula bangunan, baik pulih tangki air dan sistem serta kerosakan melibatkan harta untuk bersama. Skim Ceria adalah ditetapkan syarat-syarat terutamanya permohonan itu perumahan yang diduduki yang melebihi 10 tahun, JMB dan juga MC yang dilantik oleh COB PBT mempunyai kutipan cas penyelenggaraan yang baik dan peratus penduduknya adalah warganegara yang tertinggi. Ertinya kalau ramai daripada kalangan warga asing, kita tidak dapat mempertimbangkan. Seterusnya, saya merangkumkan iaitu persoalan daripada Permatang dan Sementa mengenai peruntukan. Kerajaan Negeri sentiasa cakna mengenai pembangunan dan kelestarian sukan tradisi khususnya permainan

tradisional gasing dan silat di Negeri Selangor. Bagi usaha tersebut, Kerajaan Negeri sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk persatuan, penggiat-penggiat sukan tradisi untuk melaksanakan program-program seperti Kejohanan Jemputan Permainan Gasing di Negeri Selangor pada tahun 2002 dan juga Temasya Silat Seni dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Kebangsaan (PESAKA) Selangor. Pada ketika ini tiada peruntukan khas untuk kemudahan sukan tradisi ataupun sukan rakyat di bawah Jawatankuasa Tetap Kebudayaan. Walau bagaimanapun, pihak persatuan boleh membuat permohonan melalui Jawatankuasa sama ada Pejabat Daerah ataupun PBT ataupun Majlis Sukan Negeri bagi permohonan naik taraf, baik pulih dan bina baru infrastruktur dan juga kemudahan sukan Negeri Selangor dan juga bagi apa-apa juga sukan rakyat.

Seterusnya, yang terakhir iaitu daripada Yang Berhormat Sabak iaitu mengenai promosi Muzium Sabak. Muzium Sabak Bernam merupakan sebuah muzium yang bertemakan sejarah pertanian dan perikanan Daerah Sabak Bernam. Bagi aktiviti pertanian dan juga perikanan yang diusahakan oleh penduduk setempat dipamerkan di muzium ini yang turut menempatkan berbagai peralatan tradisional yang digunakan serta kaedah yang digunakan. Kerajaan Negeri melalui PADAT sering mengadakan aktiviti-aktiviti pendidikan seperti menyediakan lawatan, memandu kuiz pengenalan bagi meluaskan terutamanya berkaitan dengan sejarah kepentingan setempat khasnya pertanian dan perikanan. Akhirnya pihak PADAT mengambil maklum tentang jumlah pelawat dan muzium ini dan memperbanyakkan promosi terutamanya melalui media sosial, kerjasama Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Tourism Selangor, muzium dan juga akan dimasukkan ke dalam pakej-pakej pelancongan. Terima kasih.

Speaker

Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama, saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat ataupun mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Pembangunan ini. Pertamanya, Kota Damansara bertanya mengenai projek tebatan banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi peruntukan pembangunan yang dah kita masukkan ialah keseluruhannya bagi di Kota Damansara ialah RM55,982,800.00. Dua projek telah siap iaitu Sungai Pelempas, fasa 1 dan juga untuk Subang, di Sungai Pelempas juga sambungan. Ini fasa 2 akan bermula tahun depan iaitu RM15 juta akan dilaksanakan. Seterusnya juga bagi banjir kilat Desa Subang Perantau kita telah tempatkan satu pam kapasiti tinggi 10 kriset dan ini akan membantu untuk mengurangkan risiko banjir kilat. Selain itu, kerja-kerja jangka pendek RM340,534.00.00, dua telah siap iaitu berhampiran di Kg. Melayu. Satu lagi di Kg. Melayu sedang dalam pelaksanaan RM104,000.00 kerja-kerja penyelenggaraan sehingga Mac tahun depan dan juga di Kampung Setia Warisan telah pun siap. Yang berkaitan dengan pihak MBSA yang monsoon drain yang runtuh itu, kita akan uruskan bersama dengan pihak MBSA. Seterusnya bagi Sungai Ramal, saya dah sebut

perkara ini dalam ucapan penggulungan saya yang baru ini dan ini cuma kalau ikut projek ini untuk di Bangi Tambahan ialah RM7.5 juta ini akan menyelesaikan masalah banjir yang sekian lama di situ dan kalau ikut sini tender pada tahun depan suku pertama tapi saya akan bincang dengan Kerajaan Negeri ni untuk dapatkan untuk percepatkan projek ini supaya dapat dilaksanakan, peruntukan semua telah ada. Dan sementara itu kita menguruskan juga sementara itu kerja-kerja penyelenggaraan di burrow pit Bangi Lama dan kolam UPM RM126,000.00 dan dalam pelaksanaan.

Untuk Ijok, saya dah jawab mengenai RTB Sungai Buloh 1 dan 2. Cuma saya nak sebut di sini untuk yang Ijok bagi yang pam yang disebut yang divandalized itu, yang rosak itu, dicuri itu, kabel-kabel itu bernilai RM100,000.00 lah. Kita terpaksa dapatkan bajet tambahan untuk disiapkan. Sementara itu, pam yang ganti akan diletakkan di situ untuk menjalankan, menggantikan tugas-tugas pam yang rosak sementara tunggu untuk dibaiki. Untuk palong bagi yang Sungai Panjang, untuk makluman palong ni sebenarnya di bawah IADA ini bukan di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri. Dia sebenarnya di bawah persekutuan. Dah ada pun bajetnya. Telah pun diluluskan RM12.9 juta di sembilan (9) kawasan telah dipilih untuk laksanakan bagi penaik tarafan palong ini. Daripada 12 sedia ada, dua (2) daripadanya dapat naik taraf. Dengan peruntukan ini akan dapat membantu banyak melibatkan bantuan kepada 456 petani lah akan mendapat manfaat daripada ini dan sedang dalam pelaksanaan. Bajet pun dah ada dan dalam pelaksanaan untuk disiapkan. Pandamaran, saya tak nak panjang-panjang. Memang dia setiap sekali Yang Berhormat memang soalan tentang banjir sahaja. Tapi apa yang saya sebutkan di sini tentang Bukit Tinggi itu memang dalam Bukit Tinggi memang dalam kolamnya dalam penyelenggaraan. Memang dilaksanakan RM238,000.00 itu kerja-kerja yang berkaitan dengan kawasan di Bukit Tinggi, Bandar Bukit Tinggi. Yang Jalan Papan ini, untuk makluman Yang Berhormat memang kita dah dapat kelulusan untuk pelaksanaan pam kekal di pintu air Jalan Papan ini. Dulu area itu ada kerosakan sikit. Acuvator dia itu, penggerak dia itu telah dibaiki dan akan kerja-kerja mereka bentuk akan dimulakan pada awal tahun hadapan untuk dilaksanakan. Bagi Sungai Gadong ini, air daripada Telok Gadong ini pihak persekutuan melalui JPS Malaysia dan Selangor telah memperuntukkan kos RM44 juta bagi pelaksanaan, pembinaan dan menaik taraf infrastruktur mekanikal elektrikal bagi di kawasan ini. Tujuh (7) lokasi tersebut akan ditentukan berdasar hasil kajian reka bentuk. Kunci air Telok Gadong telah dimasukkan dalam tujuh (7) lokasi itu. Pemilihan sama ada nak pakai pam submersible, pam selam atau pam skru ini akan ditentukan nanti, kemudian oleh konsultan nanti. Yang Jalan Papan itu tak termasuk peruntukan enam (6) kuarters pintu air tidak termasuk kuarters pintu air. Itu asing. Itu berasingan daripada Jalan Papan punya. Nanti saya akan bagi secara detail, terperinci kepada Yang Berhormat. Isu penyelenggaraan daripada Meru dah disentuh. Itu kita akan teruskan. Saya dah jawab tadi. Seterusnya Sungai Burong berhubung dengan RTB Sungai Kajang. RTB Sungai Kajang ini, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kajang ini melibatkan penaik tarafan benteng pantai dengan lapisan batu pelindung tu telah pun diluluskan bajetnya iaitu RM5.3 juta. Yang ini akan bermula tahun depan, suku pertama. Sekarang ini

dalam proses perolehan untuk dilaksanakan projek bagi RTB Sungai Kajang ini. Terima kasih. Yang, PISMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kajang. Ini PISMA ini, kita memang sebelum ini kita buat ikut bandar-bandar tapi daerah ada juga yang dah siap. Kuala Langat, saya difahamkan Kuala Langat, Sepang dan juga Klang. PISMA ini penting kerana inilah akan menentukan bagaimana, tempat mana yang ada perlu dinaik taraf, tempat mana yang nak perlu dibetulkan longkang dan paritnya yang akan dijadikan rujukan oleh semua. PBT pun pakai itu, JPS pakai itu dan JKR pun akan guna itu, PISMA ini. Jadi, untuk Hulu Langat ni kita dalam peringkat sedang dihalusi untuk dilaksanakan secara menyeluruh. Tapi bandar-bandar itu kita ada buat. Di beberapa bandar di Semenyih contohnya kita dah buat. Tapi kita nak buat keseluruhan Daerah Hulu Langat itu kita akan dapatkan bajet untuk tahun depan untuk dilaksanakan. Okay. Kota Kemuning pun, tak ada.

Speaker

Tak apa.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak apa, tak apa. Nanti saya bagi bertulis.

Speaker

Jawab secara bertulis.

Permatang, Kampung Baru Pasir Penambang ini kita telah ada sebanyak 60 rumah di kawasan ini yang terlibat. Saluran utama ialah penggunaan borrow pit yang 8 meter lebar diselenggarakan setahun sekali. Dan setakat ini kita tak menerima laporan banjir dari Ketua Kampung di situ. Jadi mungkin tak begitu besar kot. Jadi kita kalau boleh pun kita akan siasat bagaimana isu di tempat di Pasir Penambang. Sentosa untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan dibuat nanti saya bagi bertulis. RM3.5 juta telah diperuntukkan ada yang dalam pelaksanaan dan ada yang dah siap. Dusun Tua, tak banyak. Dusun Tua yang jalan itu kita ambil maklum kita akan tengok yang mana keperluan utama untuk dilaksanakan sebab saya dah sebut kebanyakannya ialah jalan parit atau jambatan dibina oleh penduduk. Sama juga saya ambil perhatian daripada Sungai Ramai berhubung dengan Jalan B17 ini dikaji dan kalau ada pelaksanaan kita akan cari alternatif. Untuk makluman Ijok, Jalan FT54 Jalan Kepong – Kuala Selangor ini sebenarnya telah diserahkan 9 November baru-baru ini kepada JKR Selangor. Ini maknanya sekarang ini di bawah tanggungjawab JKR Selangor tapi jalan ini ialah jalan Federal jadi kita telah mengarahkan minta Roadcare untuk menyenggara laluan tersebut mula 17 November 2023. Pemasangan lampu kita kena tengok di bawah P12. Yang risau sangat pemasangan lampu jalan ini kita ada peruntukan tambahan juga untuk lampu solar LED untuk tahun ni kita akan laksanakan lagi bagi membantu menyokong kerja-kerja pemasangan lampu jalan ini.

Tentang lampu solar adakah selepas ini dasar kerajaan akan memasang lampu-lampu yang berbentuk solar bukan lagi stail lama?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Macam saya sebut tadi lampu solar LED ini memang menjadi agenda Kerajaan Negeri, saya dah sebut dalam ucapan itu kita nak kurangkan bil elektrik dan juga kecurian. Insha Allah tahun depan kita akan adakan lagi. Kita akan dapat maklum balas daripada Ahli Yang Berhormat juga. Sedikit sahaja yang tinggal untuk pertanian saya nak sebut ini yang tukun yang disebutkan oleh Sabak memang projek Kelong Paradise adalah merupakan antara projek di bawah Agropelancongan dan kita menjadikan tumpuan penting di kawasan itu BNO dan juga di Batu Laut ini memang kita letakkan tukun setiap tahun 350,000. Setiap tahun kita letak di situ dan juga yang terbaru tahun ini kita letakkan smart unjang juga di situ. Dan kita tahun ini yang nak turun ini saya rasa dalam dua tiga hari lepas telah dilabuhkan untuk tahun ini dan saya dah minta ditaburkan di merata-rata tempat. Sebab apa yang jadi masalah adalah pukat tarik ini yang menyebabkan banyak masalah kepada ini kalau letak ini dia tak berani datang. Koyak habis. Sebab tukun-tukun ini sangat besar. Dan kita akan teruskan setiap tahun di Batu Laut dan di BNO ini bagi memastikan kawasan itu akan jadi kawasan tumpuan spot fishing. Memang saya banyak sediakan peruntukan untuk tempat ini termasuk juga di Kelong Paradise itu sendiri untuk bagi dia sekarang cantik Yang Berhormat boleh melawat dan pergi memancing di situ. Yang Hulu Bernam ini saya sentuh sikit. Inkubator ini sangat penting. Pusat Latihan Pertanian di Kalumpang ini sangat penting itu merupakan tempat kita jadikan pendekatan kursus kita dah banyak buat. 16 kursus dan beratus peserta tempat inilah yang dijadikan model untuk pelaksanaan integrated pest management. Pengurusan secara mesra alam dalam menguruskan pertanian ktia untuk mengurangkan risiko pestisid iaitu racun. Kita menggunakan kaedah mesra alam inilah tempat yang diperluaskan nanti. Sekarang ini dalam pelaksanaan. Terima kasih. Satu lagi saya rasa tentang untuk isu yang dibawa oleh Sungai Burong sebenarnya tak ada apa. Itu sebenarnya yang federal. Isu duit itu yang tak dibelanjakan duit padi itu sebenarnya LPP itu claim lambat dan sebagainya.

Speaker

Panjang lagi ke Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Satu saja. Yang terakhir. Ini adalah hal daripada Sungai Ramal yang menimbulkan isu kelapa ini. Kelapa ini kita buat berperingkat-peringkat sebab kita tak nak tanam semua semula. Nanti petani tak ada hasil. Kita buat berperingkat-peringkat dan pusat untuk nurseri itu kita telah wujudkan di Sungai Air Tawar dan SDG di Hulu Selangor. Ini akan kita teruskan dan kita perluaskan kerana kelapa adalah merupakan tanaman bernilai tinggi sebenarnya. Untuk dimasukkan di bawah agenda penanaman semula kelapa oleh Kerajaan Negeri. Saya rasa itu sahaja. Terima kasih. Kalau ada saya tinggal mana-mana saya akan jawab secara bertulis nanti dan tentang pertemuan dengan ADN, Ahli Yang Berhormat nanti saya akan laksanakan untuk banjir ini. Isu banjir untuk kita teliti bersama pelaksanaannya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Akhir sekali saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih atas perbahasan usul pembangunan negeri Selangor yang akan melengkapkan secara keseluruhan khususnya paradigma ataupun hala tuju pembangunan di dalam negeri Selangor sesuai dengan rancangan fiskal ataupun rancangan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. Ahli Yang Berhormat sekalian, pihak pembangkang terutama Ketua Pembangkang acap kali mengulang beberapa pandangan beliau dan juga barisan pembangkang bahawa bajet atau belanjawan pembangunan seharusnya dipertingkatkan lagi daripada angka yang telah kita tawarkan. Namun begitu bila saya menyemak dengan beberapa trend peruntukan-peruntukan perbelanjaan di negeri lain untuk di Semenanjung Malaysia saya boleh katakan bahawa peruntukan pembangunan untuk belanjawan pembangunan di Selangor adalah paling tinggi berbanding dengan peruntukan belanjawan dari negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Kalau kita lihat di peringkat persekutuan malah di peringkat persekutuan pun masih lagi mengekalkan di antara 20 hingga 25 peratus. Kalau negeri pesaing daripada segi industri di Malaysia saya bagi contoh negeri Pulau Pinang belanjawan pembangunannya sekitar 25%. Belanjawan untuk negeri Terengganu sebagai contoh, belanjawan pembangunannya masih lagi 26%. Johor antara negeri pesaing kita di peringkat semenanjung hanyalah dalam sekitar 36%. Namun untuk seluruh Malaysia kita masih ada pesaing yang lebih hebat kerana simpanan rizab yang besar iaitu Negeri Sarawak. Sarawak belanjawan pembangunan sahaja 69% tetapi kita tak boleh bandingkan kita dengan Sarawak sebab Sarawak mempunyai royalti, mempunyai beberapa peruntukan-peruntukan pembangunan infrastruktur yang sebahagiannya diletakkan kepada bahu dan juga tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Jadi secara asas saya kira kita masih lagi munasabah. Namun kita pertimbangkan sebab zaman Yang Berhormat Hulu Kelang sebelum ini juga hanya setahun atau dua tahun terakhir selepas kita mencatatkan pertumbuhan yang tinggi ataupun mencatatkan pertumbuhan rizab yang tinggi kita belanja lebih daripada belanja mengurus kerana salah satu daripada akar penting kepada pentadbiran dan juga strategi Kerajaan Negeri adalah pentadbiran yang cekap serta pentadbiran yang beramanah dan berintegriti. Ini antara asasnya sebab itu pengukuhan pentadbiran dan pengurusan bukan semata-mata cross the board, memotong belanjawan itu kita lakukan sesuka hati kerana mereka juga harus diberikan peruntukan yang sepadan sebagaimana pengalaman saya 95, 97% daripada perbelanjaan mengurus kita itu adalah perbelanjaan yang akan digunakan daripada 100% yang kita peruntukan. Katalah kita peruntukan 1.23 bilion dalam peruntukan itu 95% dapat digunakan dan bagi saya, saya akan cuba untuk memastikan semaksimum mungkin peruntukan pembangunan digunakan. Sebab trek rekod kita paling baik adalah 92 peratus. Saya cuba pertingkatkan lagi pada masa depan untuk belanjawan itu dan kita terima pandangan itu untuk lebihkan tapi kita kena tengok juga kepada kemampuan. Kalau kita sudah fully digitalise saya rasa dia kan memotong atau mengurangkan perbelanjaan lain.

Tentang ulasan Ketua Pembangkang pula tentang peruntukan bawah P01 Pejabat Menteri Besar. Mengapa Menteri Besar diletakkan peruntukan yang lebih. Saya raya

ini sedikit sebanyak kena mengena dengan sistem kita. Dan daripada dulu memang begitu kerana dalam sistem kita kedudukan Menteri Besar adalah seolah-olah Menteri di peringkat persekutuan. Kedudukannya. Mungkin level dia orang kata Pejabat Menteri Besar Selangor ini lebih tinggi dari negeri lain. Bukan tapi dari segi konsep kedudukan saya ini umpama Menteri semua EXCO-EXCO ini kedudukannya sebagai Timbalan Menteri. Sebab itu peruntukan itu secara asasnya sebenarnya dia letakkan di bahu atau di pejabat Menteri Besar walaupun P01 itu adalah Pejabat Menteri Besar. Tengok bawah itu. Ada pertanian, ada kebajikan sebab secara zahirnya ataupun secara bidang kuasanya Menteri Besar mempunyai bidang kausa terhadap semua perkara-perkara yang diberikan. Itu sistem. Sistem kita tak sama macam Sarawak atau Sabah. Kerana di Sabah dan Sarawak sistemnya adalah Kementerian. Kalau sistemnya Kementerian kita kena ubah konstitusi kita. Bila sistem kementerian, kementerian akan memegang jabatan masing-masing. Dia tidak memegang portfolio sebab itu sistem kita agak centralize di unit Perancangan Ekonomi dan disebabkan itu secara teknikalnya Menteri Besar mempunyai kapasiti untuk masuk di setiap department ataupun portfolio yang ditetapkan. Tugas EXCO adalah as Timbalan Menteri kalau kita fikir bagaimana Timbalan Menteri di peringkat persekutuan adalah tugas Menteri Besar. Sebab itu peruntukan itu nampak besar di peringkat persekutuan. Jadi apa yang ditanggungkan atau apa yang disebutkan dalam tanggungan adalah sesuai dengan constitution dalam atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Apa 3 perkara terkandung dalam tanggungan. 3 Perkara yang terdapat dalam tanggungan ialah yang pertama disebut sebagai peruntukan Diraja. Peruntukan Diraja merupakan content dan pengisian peruntukan tanggungan. Yang kedua, peruntukan itu meliputi kepada peruntukan kepada pembayaran hutang-hutang negeri. Kepada Kerajaan Persekutuan sebagai contoh. 2024 adalah RM19 juta terakhir untuk kita lunaskan hutang dengan Kerajaan Persekutuan. Apa content yang ketiga, yang ketiga adalah kes-kes mahkamah. Ini adalah melibatkan hal-hal berkaitan dengan penyelesaian mahkamah atas keputusan Hakim ataupun atas keputusan untuk penyelesaian mahkamah. Ini tiga perkara yang ada dalam tanggungan dan mengikut konsep kepada Pentadbiran Negara ini adalah wajib untuk kita cari. Kalau kita tak ada duit pun sebenarnya kita harus meminjam ataupun apa sebagainya untuk memenuhi tanggungan ini supaya negeri dan juga negara tidak dianggap muflis atau bankrap. Sebab kita ada hutang dan kita diheret di mahkamah. Ini semua perkara yang hendak diselesaikan dan juga kedudukan istimewa Raja-Raja sebagai simbol kepada Ketua Negeri simbol kepada Payung kepada Islam dan sebagainya yang harus kita pertahankan.

Justeru sebab itu ia hanya patut diluluskan oleh peringkat MMKN dan dimaklumkan di dalam Dewan Negeri untuk pengetahuan dan untuk perbincangan yang sewajarnya. Kita mungkin tak sampai ke tahap United Kingdom. United Kingdom sebab the fully of constitute secara monarki itu tidak ada jaminan kepada sistem Raja Berperlembagaan ataupun sistem kedudukan raja-raja Melayu sebagai mana dalam constitution kita mereka boleh membahaskan peruntukan Diraja untuk Prince atau Queen meraka. Tetapi bagi mereka, mereka menghargai kedudukan istimewa atau

kedudukan raja-raja Melayu sebagai payung kepada negara dan negeri jadi ia diletakkan dalam peruntukan tanggungan. Saya rasa itu tak nak dibahaskan. Yang disoalkan kemudian ialah bagaimana penyelesaian mahkamah. Daripada rekod-rekod yang kita peroleh penyelesaian kes mahkamah kadang-kadang berlaku memang di luar kerana ia akan menimbulkan pertimbangan Kerajaan Negeri terhadap tanggungan yang kita terpaksa hadapi. Saya ambil contoh kes yang saya cukup ingat. Kes yang melibatkan hutang Malis Sukan Negeri Selangor dengan TTDI, dengan izin dengan sebuah syarikat ia adalah hasil daripada pembinaan Stadium Shah Alam dan Kompleks Stadium Shah Alam, kolam renang dan pelbagai kemudahan menjelang kepada Sukan Komanwel 1998 dan juga kita menjadi hos SUKMA pada tahun 1998. Hutangnya bernilai satu amaun telah diselesaikan setengah amaun tetapi hutang itu juga terpaksa tidak dibayar kerana ada beberapa hal yang saya tak mahu nak cerita lagi. Ia akan mengheret menjadi satu isu berkenaan dengan interest per annum. Interest per annum itu yang jahat. Kadang-kadang hutang kita dari RM26 juta jadi RM40 juta. Jadi pertimbangan-pertimbangan tertentu kita buat setelah menimbang kes dengan nasihat daripada peguam, dari luar atau Pegawai Perundangan Negeri atau Pegawai Undang-Undang Negeri. Kita cari penyelesaian di luar mahkamah dan tidak semua kita nak selesaikan. Sebagai contoh tahun 2017 kita pernah menyelesaikan kes yang kosnya bernilai RM37 juta.

Saya sebut, TTDI ataupun MSN tadi, saya tak nak sebutlah TTDI ini, nanti panjang lagi ceritanya. Kita selesaikan di luar kerana apa, lihat per annum nya akan cecah RM40 juta. Lebih besar daripada hutang yang kita buat dan telah recognized dalam keputusan-keputusan mahkamah.

Justeru, dalam kes yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang berkenaan dengan Puncak Niaga, itu adalah pertimbangan-pertimbangan yang kita buat kerana nilai kepada tuntutan yang dibuat oleh Puncak Niaga adalah RM1 bilion. Maafkan saya, RM15 bilion dan RM1 bilion sahaja meliputi tuntutan-tuntutan yang melibatkan Menteri Besar dan bekas-bekas Menteri Besar termasuk Hulu Kelang. Jadi, yang saya selamatkan sedikit sebanyak Hulu Kelang juga lah. Kalau tak, mungkin akan tertanggung terhadap hutang tersebut. Dan ia melibatkan kepada kerugian-kerugian yang bakal ditanggung ataupun kehilangan peluang perniagaan yang ditanggung oleh hal tersebut. Jadi, mereka pernah menghantar permohonan ataupun mencadangkan kepada kita RM1 bilion penyelesaian. Itu penyelesaian dia. Kita anggap that’s unacceptable, dengan izin, ataupun susah untuk kita terima. Jadi kalau jika kita terima angka tersebut maknanya kita mengalah macam tu sahaja lah. Jadi, kita negotiate-negotiate sampai lah ke angka RM45 juta dengan ada beberapa tanggungan yang dia kena bayar kembali untuk melunaskan cukai sebagai contoh kepada Air Selangor bernilai RM6 – RM7 juta lebih kurang begitu. Jadi, apa yang kita buat itu satu hal tetapi apa yang dibangkitkan Hulu Kelang saya ambil maklum, kita akan cuba merekodkan hal-hal berkenaan dengan prestasi dan pencapaian yang dibuat termasuk keputusan terbaru. Saya baru dapat juga penjelasan daripada Menteri berkaitan kerana kenapa mereka memberhentikan, kenapa tidak selesai sebab ia juga

meliputi kawasan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen Gombak, sebagai contoh. Tetapi kalau kita nak gabungkan antara dua (2) perkara itu susah. Susah sebab kita Federal project, this is state deal tetapi untuk urusan negeri Insha Allah kita sedia untuk letakkan syarat-syarat sebagaimana cadangan Hulu Kelang yang kita akan pertimbangkan selepas kita menyelesaikannya yang saya anggap secara global settlement walaupun nampak memberi kelebihan tetapi mengurangkan beban dan expose kita ataupun peluang kita untuk dikenakan sebarang kes dan sebagainya. Itu berkenaan dengan Puncak Niaga.

Baik, Hulu Kelang membangkitkan tentang Pelbagai. Apa prinsip perbelanjaan pelbagai? Prinsip perbelanjaan pelbagai ini adalah perbelanjaan kecemasan dengan pertama, ataupun perbelanjaan dengan luar jangka, kedua dan yang ketiga merupakan perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh dikatakan sebagai kalau ada keperluan-keperluan tambahan. Dan memang kita tidak akan ada senarai apa yang nak dibuatnya tetapi apa yang kita akan belanjakan dalam tahun ke tahun kita akan laksanakan sebab sebagai contoh, INSAN, itu contoh, kita tidak pernah bajetkan pada tahun ke tahun tetapi pada pertengahan tahun kita fikirkan sesuai untuk kita laksanakan dan daripada sini sebenarnya kita akan menyedut atau menggunakan perbelanjaan pelbagai. Banjir, tanah runtuh, kita turunkan peruntukan RM10 juta, sebagai contoh, untuk Kajang baru-baru ini. Ini adalah contoh-contoh perbelanjaan pelbagai yang boleh kita gunakan kalau ikut bidang portfolionya ia diletak di bawah infrastruktur di bawah tetapi kita terpaksa gunakan sebab it’s not budgeted, kalau kita tak budgeted dan kita tak sediakan buffer ataupun absorber seperti pelbagai ini then, kemungkinan kita akan berdepan dengan rintangan. Angkanya besar tak? Besar, RM76 juta bukanlah satu yang mencolok tetapi saya rasa angka-angka itu wajar untuk kita, wajar untuk diberikan berdasarkan pengalaman-pengalaman kita lepas sebab saban tahun ada beberapa peristiwa-peristiwa tanah runtuh, sebagai contoh.

Sebab itu saya minta YB Infrastruktur tahun ini untuk kaji cerun seluruh Selangor. Dulu kita dah tengok hotspot banjir, kita dah ada hotspot kawasan sesak, kita juga perlu ada kawasan landslide. Khususnya kawasan Hulu Langat, kawasan Ampang, sekarang sudah ada di Selayang dan beberapa lokaliti-lokaliti lain. Kalau kita tak siapkan itu kita tidak ada maintenance, sebab apa tidak ada maintenance? Sebab kita tidak tahu. Sebab apa kita tidak tahu, sebab kita tidak punyai data. Jadi, hal ini perlu dibuat dahulu pada tahun ini, Insha Allah, ia akan jadi satu ni, dan saya setuju pandangan berkenaan dengan kajian. Ha, kajian itu contoh juga dalam pelbagai. Kajian ini kita lihat kepada kepuasan pelanggan contoh, di peringkat PBT-PBT yang kita buat setiap enam (6) bulan atau setiap satu (1) tahun. Itu kita buat sebab kita nak tengok apakah rungutan rakyat, sebagai contoh. Kenapa di kaunter hadapan lambat? Respons kasar Pegawai-pegawai? Tindakan kurang perikemanusiaan, sebagai contoh? Ini semua akan dibuat di dalam kajian, dan sebenarnya, saya menyokong, ini apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang, pemerkasaan Dewan. Apa yang dibangkitkan oleh Dewan ialah pemerkasaan Dewan dan pemerkasaan Dewan adalah satu perkara yang terkandung di dalam reformasi perkhidmatan Kerajaan

Selangor secara menyeluruh yang belum kita lengkapkan lagi. Tetapi kerana menghormati kepada Sistem Pentadbiran Diplomatik dalam negara kita. Sebenarnya, kita hold kan sebentar sebab kita perlu jalinan yang kemas, kalau tidak kita hendak buat betul-betul pengasingan kuasa, Speaker merupakan The King of the Dewan ataupun Penetap kepada Dewan, dengan izin, jangan cakap King lah ingat dia Raja pula, tak boleh sebab tak ada tengkolok kan? Jadi, adalah Penguasa bagi Dewan, dia akan tetapkan pula Pegawai-pegawai iaitu sistem pengasingan kuasa yang sebulat-bulatnya, tetapi kerana Pegawai-pegawai ini sebenarnya dalam sistem lantikan Diplomatik, PTD, jadi SS, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penjawat-penjawat Awam akan bertugas untuk melantik, jadi kuasa melantik tidak ada jadi kita nak kena synchronize yang itu. Kita pun tak nak melanggar dan kita perlu bincangkan.

Tetapi tentang researcher-researcher, sebagai contoh, kita ada lima (5) researcher sekarang. Pembangkang boleh gunakan at any time kalau diperlukan. Jadi, kalau ada keperluan tambahan, boleh. Saya harap Speaker boleh melulus kepada Kerajaan Negeri untuk hantar, dalam term yang lepas pun Speaker menghantar beberapa kursus-kursus ataupun program-program seminar retreat dengan ADUN-ADUN semua untuk membincangkan dan ia diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri walaupun secara prinsipnya konsep pengasingan kuasa itu tak betul (ketawa). Bukan tak betul, tidak semurninya. Timbalan Speaker, bekas Timbalan Speaker pun tau, jadi ini yang kita hendak buat, kalau hendak disokong semuanya boleh, tetapi kita kena pastikanlah supaya ada keterjaminan dan ada hubungan baik dengan pegawai-pegawai kita kerana kita tak nak nanti oh, Pegawai Dewan ini bukan pegawai kita jadi kita tak nak campur. Ini sebagai contoh, kita pun tak nak pedulikan ataupun tak nak timbul hal itu, tetapi kalau hendak naik taraf Dewan, nak pertingkatkan Dewan, sudah adapun kertas kerjanya! Reformasi Perkhidmatan Dewan dan lain-lain dan sebagainya.

Yang seterusnya, saya nak bangkitkan yang terakhir adalah berkenaan dengan pendidikan. Semalam tidak silap saya Sungai Panjang ada berkaitan dengan peruntukan untuk sekolah-sekolah Agama dan sekolah-sekolah bantuan. Apa idea asal untuk peruntukan ini? Idea asal untuk peruntukan ini adalah bermula untuk membantu sekolah-sekolah bukan bantuan penuh dan sebahagian daripada latarnya ialah bantuan untuk sekolah-sekolah Agama Rakyat yang dihentikan peruntukan geran tahunan oleh pentadbiran sebelum ini. Jadi, keseluruhan yang kita belanjakan ialah RM26.5 juta dan untuk sekolah Agama Rakyat sahaja, saban tahun, kita peruntukkan 457 sekolah, itu tahun lepas. Tahun 2019 sebagai contoh, 721 buah sekolah. Dan sebenarnya, ada peningkatan Sungai Panjang. Ada peningkatan, kerana pada tahun 2021 kita sediakan peruntukan RM9.3 juta, pada tahun 2023 kita naikkan sampai RM10.7 juta dan lebih menarik, untuk tahun hadapan, mungkin kita kekalkan RM10 juta kerana Kerajaan Persekutuan telah mengembalikan geran tahunan untuk sekolah-sekolah Tahfiz dan sekolah-sekolah Agama Rakyat di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Selangor sebanyak RM20,000.00 satu tahun, yang mungkin tidak sempat dibuat oleh Kerajaan pentadbiran sebelum ini. Tetapi kita kembalikan demi memperkasakan sekolah-sekolah dan dengan peruntukan-

peruntukan yang kita beri ini akan dapat manfaat. Lalu ditimbulkan kenapa ada sokongan kepada sekolah-sekolah yang lain. Itu berdasarkan kepada keadaan, murid dan sebagainya. Dan kalau kita lihat, Negeri Johor pun, untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina ia memang ada peruntukan yang lebih daripada kita pun. Johor memperuntukkan RM2.5 juta kita hanya peruntukkan RM2 juta dan, tetapi kaedahnya lain, saya hendak kena tengok sikit sahabat saya di Johor sebab dia bagi ikut kepala sekolah, ikut kepala pelajar. Ikut pelajar tertentu dia bagi RM500.00 hingga RM600.00 satu kepala. Itu adalah kaedah yang lebih fair saya kira ataupun lebih adil ataupun kita kena tengok kedudukan sebab kebetulan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian ini ada empat (4). Keempat-empat ada di Klang dan memang sebelum ini lazimnya telah diberikan RM500,000.00 ataupun RM500,000.00 satu sekolah kalau kita tengok angkanya memang jauh lah dari Sekolah Agama Rakyat tetapi kalau kita lihat keseluruhan Sekolah Agama Rakyat daripada tahun 2016 data kita, yang kita sediakan peruntukan-peruntukannya, daripada RM16 juta, tahun 2016, kita naikkan RM26.5 juta pada tahun 2020 sampai sekarang kita kekalkan RM26.5 juta pada tahun 2023, kita dah sumbang lebih RM100,991,000.00 untuk Sekolah Agama Rakyat, berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Maknanya, lebih daripada ataupun daripada RM191 juta, RM100 juta sahaja untuk Sekolah-sekolah Agama Rakyat. Jadi saya kira itu sangat wajar dengan jumlah populasi penduduk dan juga dengan keadaan Wakil-wakil penduduk dan sebagainya. Dan yang menariknya, mulai beberapa tahun yang lepas iaitu mulai tahun 2022, dan 2023 kita mula untuk membantu pula Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan walaupun ia bukan tanggungjawab kita, sebab tujuan asal bantuan sekolah ini kita beri untuk siapa? Kita beri untuk sekolah-sekolah bukan bantuan penuh. Tetapi kerana kedaifan Sekolah-sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang agak berlarutan, yang agak berlarutan jadi kita tambah, dan tahun ini saya sediakan tabung untuk bencana kerana apa? Kerana sekali lagi, Kerajaan Persekutuan dalam dua (2) belanjawan, Belanjawan Tahun 2023 Ubahan dan Belanjawan Tahun 2024 memperuntukkan satu peruntukan yang agak tinggi untuk sekolah-sekolah daif di Negeri Selangor jadi kita boleh tumpu untuk sekolah-sekolah lain. Jadi, tidak ada unsur istilah yang dikata tidak fair tetapi ia ditimbangkan berdasar angka data cuma kaedah, mekanisme yang saya sebut tadi, macam mana di Johor mungkin kita boleh fikirkan dan praktikkan untuk pemberian sekolah-sekolah agama yang ada di Negeri Selangor dan yang lain-lain.

Ada satu pandangan berkenaan dengan percantuman ataupun pertembungan di antara beberapa department. Department-department sebagai contoh, ataupun jabatan-jabatan ataupun institusi-institusi yang kita sebutkan, Gombak Setia sebutkan berkenaan dengan SSDU, Smart Selangor Delivery Unit diikuti dengan Smartsel dan diikuti dengan SIDEC. Yang Berhormat sekalian, ini memang satu usaha yang telah kita mula rangkakan supaya mereka tidak melangkaui antara satu sama lain dengan fokus-fokus tertentu. Smart Selangor Delivery Unit sesuai dengan tugasnya sepatutnya menjadi pengendali ataupun kenderaan kepada transformasi-transformasi digital ke arah usaha kita menjadi sebuah Smart State menjelang tahun 2025. Sebab

itu, saya memang beberapa kali sebut, termasuk apa yang disebutkan oleh Hulu Kelang memang saya dah sebutkan bahawa SSDU tidak boleh menjadi kontraktor. Mereka tidak boleh mengambil projek untuk dilaksanakan walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan. They have to become a regulator untuk memastikan semua PBT, anak-anak syarikat mengikut panduan-panduan untuk Smart Selangor berdasarkan kepada action plan dan berdasarkan kepada pelan atur ataupun tanggungjawab yang patut dilaksanakan oleh SSDU, oleh anak-anak syarikat yang lain. Dan sebenarnya semenjak bertahun-tahun kita tidak ada satu pelarasan, mulai tahun lepas selepas pandemik kita lihat ada kelam kabut, itu kita selaraskan dan InsyaAllah, SSDU tidak akan menjadi pelaksana projek, sebaliknya menjadi regulator kepada pelaksanaan tersebut.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, terima kasih di atas penjelasan tersebut. Saya kira itulah pandangan dan syor yang saya kemukakan dalam perbahasan supaya SSDU Innovations Sdn. Bhd. Ini dijadikan sebagai regulator untuk semua digitalization, initiatives dan ikhtiar yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Jadi, kalau itulah pendirian Kerajaan Negeri, saya ucapkan terima kasih dan saya harap peranan SSDU Innovations ini dapat diperkembangkan lagi supaya inisiatif digitalization di Negeri Selangor ini dapat diperkembangkan, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi memang itu tujuannya dan kita akan terus memperkasakan. Baik, apakah tujuan Smartsel? Smartsel bertujuan sebenarnya untuk infrastruktur digital. Infrastruktur digital ini kosnya sangat tinggi sebenarnya kerana fiberisation sangat tinggi. Jadi, apa yang kita nak lakukan kita sedang cantumkan ataupun gabungkan dia dengan KUSEL, Koridor Utiliti Selangor. Disanalah sebenarnya kita kena buat mapping terhadap kemudahan-kemudahan utiliti saya minta masa kecederaan sikit ya Yang Berhormat, untuk kita pastikan kemudahan-kemudahan utiliti ini dapat setanding dengan data kita. Apa terjadi sebenarnya Yang Berhormat, kadang-kadang infrastruktur-infrastruktur dan naiktaraf infrastruktur kita melonjak 300%. Kerana apa? Sebab pengalihan utiliti. Kita tidak ada data utiliti. Bukan nak pasang utiliti, data utiliti. Boleh ya Speaker, bagi masa sikit? Sebab ada yang nak terangkan.

Speaker

Silakan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Jadi, itu tanggungjawabnya, saya dah gabungkan di antara koridor utiliti dengan Smartsel sebab bukan kerja kita sebenarnya nak invest on facility ataupun kemudahan infrastruktur digital kerana ia merupakan kos yang sangat tinggi walaupun kita ada Yakin Telesel. Yang Berhormat, yang ketiga kita ada SIDEC ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, saya juga ada mendapat banyak aduan tentang peranan KUSEL ini. Kerana walaupun mandat

yang diberikan untuk membantu penyelarasan untuk menentukan jajaran supaya tidak timbul masalah yang dibangkitkan sebentar tadi, tetapi kos yang dikenakan oleh KUSEL ini kepada syarikat-syarikat utiliti seperti, Air Selangor terlalu tinggi Dato’ Menteri Besar. Satu hari RM400.00, maknanya kalau projek itu memakan masa 365 hari Air Selangor terpaksa membayar 365 kali RM400.00. Sedangkan yang menentukan jajaran yang lebih tepat PBT saya ingat PBT kerana PBT berada di lapangan. Ia lebih tahu di mana pemasangan utiliti baru ataupun jajaran baru diperlukan. Jadi saya ingat mesti ada penyelarasan yang lebih efektif dan tidak membebankan seperti syarikat Air Selangor yang terpaksa membayar RM400.00 sehari sebelum projek itu disiapkan. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak apa, kita extra time sikit ya. Yang Berhormat, terima kasih. Kita juga, saya mendapat aduan-aduan bukan hanya daripada Air Selangor, termasuk daripada pemaju-pemaju dan kita akan meneliti hal tersebut untuk membandingkan kosnya sebab, sebab sebelum ini semuanya tertakluk dalam bidang PBT tetapi bila kita buat Yakin Telesel, Yakin Telesel ini dulu, Yang Berhormat saya rasa faham, kita ada KJS dan kita selaraskan. Maknanya, yang di atas udara kita sudah ada regulator, underneath kita belum ada regulator. Jadi, kita aturkan yang itu Yang Berhormat tetapi kos itu saya faham saya akan teliti semula dan kita akan buat pelarasan dengan pihak PBT supaya tidak ada double charged, dengan izin, ataupun pengenaan caj yang dua kali. Di peringkat PBT dia kena bayar, di peringkat KUSEL dia kena bayar. Dan ini juga kadang-kadang bagi kesan kerana PBT rasa ini akan bagi kesan kepada pendapatan mereka tetapi bila kita buat Yakin Telesel dengan berjaya saya rasa kita boleh laksanakan di peringkat KUSEL dengan berjaya selain dapat tambah hasil tetapi kita dapat the whole mapping and data of utility for the future Selangor, dengan izin, ya. Jadi, saya ambil maklum hal tersebut dan sebenarnya, aduan-aduan itu kita dah buat. Jadi apakah, yang terakhir, apakah fungsi SIDEC? SIDEC bermula sebagai sebuah council. Ia bermula dengan Sitec, Selangor Information Technology and E-Commerce Councils. So, council ni bersidang sahajalah. So, dia ada operatornya, nanti saya terangkan apa yang dibangkitkan oleh Audit oleh Gombak Setia. Tetapi kemudian menjelang tahun 2019, kita sudah perbadankan ataupun kita sudah institusikan di bawah anak syarikat kerajaan negeri supaya menjalankan program. Tugasnya adalah perkembang e-commerce termasuk memperkembangkan aplikasi acceleration kepada startup-startup ataupun syarikat pemula-syarikat pemula. Setiap tahun mulai 2015/2016 kita ada 100 startup yang kita bantu dan sekarang kita ada lebih ramai dan sekarang kita bawa mereka ke Amerika Syarikat untuk mendapat memasuki acceleration project termasuk untuk dapatkan venture capital termasuk di peringkat antarabangsa dan sebagainya. Dan ada sebahagiannya sudah sampai ke tahap unicorn, ada sebahagiannya soon to be unicorn yang kita latih dan kita buat. Itu tugas SIDEC, promosi, aplikasi dan sebagainya dan ia berkembang menjadi satu the whole eco system of digitalization di Negeri Selangor. Jadi, itu fungsinya, jadi tidak ada timbul langsung pertembungan dan pertindihan. Tentang RM8 juta yang rugi dan sebagainya, saya akan semak balik. Ini mungkin sebab ia telah melaksanakan projek-

projek tertentu yang tak sepatutnya dimiliki tetapi sebahagiannya mungkin dilibatkan dengan penyimpanan server yang kita tandatangan dengan AWS. Kita mempunyai server dan juga jaringan-jaringan laju yang saya rasa Seri Setia mempunyai jaringan dan sebagainya.

Gombak Setia ada membangkitkan berkenaan dengan laporan audit yang menyentuh pada tahun 2020 berkenaan dengan SIDEC, Sitec okey. Saya terangkan, sebelum SITEC menjadi SIDEC, pada tahun 2020 ataupun tahun 2021, ia merupakan sebuah, satu council yang run by satu pelaksana yang dipanggil sebagai syarikat swasta untuk melaksanakan. Dan apa yang didapati oleh Audit Dalam peringkat MBI mereka menggunakan sinking fund untuk aktiviti-aktiviti, program-program pelaksanaan yang tidak sewajarnya digunakan. Sinking fund adalah untuk baik pulih bangunan, repair dan sebagainya ya, tetapi digunakan untuk program yang verify by EXCO, verify by Council dan sebagainya. So, tidak ada unsur bahawa kita cuba nak lindungi salah laku tetapi dia salah guna, bukan salah guna ya, salah gunakan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk repair bangunan sebaliknya digunakan untuk perbelanjaan program-program seperti acceleration dan sebagainya. So, itu yang kita perhalusi dan perbetulkan so kita dah buangkan sistem outsource, kita dah revamp SIDEC, langkah kita ialah kita buat SIDEC, daripada Sitec kepada SIDEC supaya mereka boleh dipantau, mereka boleh diaudit setiap masa dan memastikan mengikut peraturan dan diletakkan di bawah peraturan-peraturan Invest Selangor secara keseluruhan demi menjamin sistem ketelusan dan tak ada unsur kita nak lindungi kerana mereka sebagai outsource, as an organization berbanding dengan individu dan sebagainya tetapi hasil kerja saya boleh kata di saat kita sama-sama menubuhkan SIDEC saya rasa Hulu Kelang pun terlibat, ada magic di peringkat Persekutuan. Tetapi hasil yang kita buat walaupun dengan fund yang agak terhad saya rasa kalau tidak sepadan ataupun lebih pun tapi kita patut berbangga kerana kita dapat menghasilkan startup-startup baru serta memperkasakan dan mempertingkatkan startup-startup baru dan meningkatkan penggunaan e-commerce dalam negeri yang sebelum ini tidak begitu explore ataupun tidak begitu diterokai menjelang tahun 2014 dan 2015. Jadi, berkenaan dengan Perpustakaan Taman Medan yang dimasukkan tadi, projek masih belum berjalan dan masih dalam proses penyediaan BQ jadi saya akan maklumkan kepada pihak Sijangkang yang tidak dapat hadir, khabarnya demam, jadi kita akan laksanakanlah Yang Berhormat. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Jadi, saya tangguhkan sesi pagi ini dan kita bersidang semula pada pukul 3.00 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian Dewan kita bersambung semula. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawa menurut Seksyen 9 Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukkan sebanyak RM1,200,000,000 yang dinyatakan dalam anggaran Perbelanjaan Pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama seperti mana yang terdapat dalam jadual hendaklah diluluskan. Jadual anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 maksud P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri amaun RM906,260,000. P04 Perbendaharaan Negeri Selangor RM500,000. P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor, RM10 juta. P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, amaun RM6 juta. P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, amaun RM145 juta. P13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, amaun RM65 juta. P14 Jabatan Agama Islam Selangor, amaun RM60 juta. P16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, amaun RM2,240,000. P17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, amaun RM5 juta. Jumlah RM1,200,000.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Yang Berhormat tertib. Tertib. Tertib. Diam. Tenang. Tenang. Cukup.

Setiausaha Dewan

Usul seterusnya usul nombor 5 tahun 2023. Usul Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti yang berikut “bahawasanya menurut perenggan satu Peraturan Tetap 68 Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Mengadakan Satu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan”. Dengan ini saya ingin mengusulkan bahawa Ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Selangor yang Ke-15. Pengerusi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Dewan Negeri kawasan Hulu Kelang. Ahli-ahlinya, yang pertama, Yang Berhormat Tuan Azmizam bin Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang, boleh wasap ya. Yang Berhormat Puan Lim Yi Wei, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kampung Tunku. Yang ketiga, Yang Berhormat Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Negeri

kawasan Subang Jaya. Yang keempat, Yang Berhormat Datuk Wira Johan bin Abd Aziz, Ahli Dewan Negeri kawasan Dusun Tua. Yang kelima, Yang Berhormat Dato’ Dr. Halim bin Tamuri, Ahli Dewan Negeri kawasan Paya Jaras. Yang keenam, Yang Berhormat Tuan Mohamad Rafiq bin Mohd Abdullah, Ahli Dewan Negeri kawasan Kuang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan Tetap 68 Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Satu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan”.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Usul Nombor 6 Tahun 2023 Usul Ahli Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan TanahMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya usul Nombor 6 Tahun 2023 Usul Ahli Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Berhormat sekalian saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan Tetap 68A, Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Satu Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah ataupun singkatannya JP-PADAT”. Dengan ini saya mengesyorkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah, JP-PADAT bagi Dewan Negeri Selangor bagi Penggal Yang Ke-15. Pengerusi, Yang Berhormat Datuk Wira Johan bin Abd Aziz, Ahli Dewan Negeri Kawasan Dusun Tua. Ahli-ahlinya, yang pertama, Yang Berhormat Puan Wong Siew Ki, Ahli Dewan Negeri kawasan Seri Kembangan. Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Negeri kawasan Batu Tiga. Yang ketiga, Yang Berhormat Puan Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Negeri kawasan KKB atau Kuala Kubu Baru. Yang keempat Yang Berhormat Puan Nurul Syazwani binti Noh, Ahli Dewan Negeri kawasan Permatang. Yang kelima Yang Berhormat Tuan Noor Najhan bin Mohamad Salleh, Ahli Dewan Negeri kawasan Sementa. Dan yang keenam Yang Berhormat Tuan Rosnizan bin Ahmad, Ahli Dewan Negeri kawasan Morib.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan Tetap 68(A) Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Suatu Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah ataupun Nama Singkatan JP PADAT”.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul Dipersetujui.

Usul Nombor 7 Tahun 2023. Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa TempatanMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya usul Nombor 7 Tahun 2023. Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan Tetap 68(B) Peraturan-Peraturan Tetap Bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Satu Jawatankuasa Pilihan Berkuasa Tempatan ataupun JP PBT”. Dengan ini saya ingin mengusulkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan, JP PBT bagi Dewan Negeri Selangor bagi Penggal Yang Ke-15. Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang. Ahli-ahlinya, yang pertama, Yang Berhormat Tuan Lwi Kian Keong Ahli Dewan Negeri kawasan Sungai Pelek. Yang Berhormat Puan Lim Yi Wey, Ahli Dewan kawasan Kampung Tunku dan ketiga Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad bin Abdul Rahman Alhadad, Ahli Dewan Negeri kawasan Lembah Jaya. Yang keempat, Yang Berhormat Tuan Wan Dzahanurin bin Ahmad, Ahli Dewan Negeri kawasan Sungai Kandis. Yang kelima, Yang Berhormat Datuk Seri Jamil bin Salleh, Ahli Dewan Negeri kawasan Dengkil dan yang keenam, Yang Berhormat Tuan Muhammad Muhaimin Harith bin Abdullah Sani.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan Tetap 68(b) Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Suatu Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan, JP PBT”.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Usul Nombor 8 Tahun 2023. Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun Dan Anak SyarikatMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya usul Nombor 8 Tahun 2023. Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut. “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan 68(C) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Satu Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat, JP ABAS”. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat, JP ABAS bagi Dewan Negeri Selangor Penggal Ke-15. Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Rajiv a/l Rishyakaran, Ahli Dewan Negeri kawasan Bukit Gasing. Dan ahli-ahlinya, Yang Berhormat Tuan Ong Chun Wei, Ahli Dewan Negeri kawasan Balakong. Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Cheong Kian Young, Ahli Dewan Negeri kawasan Kajang. Yang ketiga, Yang Berhormat Tuan Abbas Salimmi bin Che Adzmi@Azmi, Ahli Dewan Negeri kawasan Seri Serdang. Yang keempat, Yang Berhormat Tuan Nushi bin Mahfodz, Ahli Dewan Negeri kawasan Semenyih dan yang kelima, Yang Berhormat Tuan Dr. Afif bin Bahardin, Ahli Dewan Negeri kawasan Taman Medan. Dan yang keenam, Yang Berhormat Dato’ Noorazley bin Yahya, Ahli Dewan Negeri kawasan Bukit Melawati, saya mencadangkan.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi “Bahawasanya Menurut Perenggan Satu Peraturan Tetap 68(C) Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Suatu Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat atau JP ABAS”.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

SETIAUASAHA DEWAN : Peraturan urusan mesyuarat seterusnya usul Nombor 9 Tahun 2023. Usul Pelantikan Ahi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Berhormat sekalian saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut “Bahawasanya Menurut

Perenggan Satu Peraturan Tetap 69. Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor Menghendaki Diadakan Satu Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap”. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat berikut adalah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor Penggal Yang Ke-15. Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Lau Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor. Ahli-ahlinya, yang pertamanya, Yang Berhormat Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri kawasan Bukit Antarabangsa, Yang Berhormat Tuan Preakas a/l Sampunathan, Ahli Dewan Negeri kawasan Kota Kemuning. Yang ketiga, Yang Berhormat Tuan Dr. Gunarajah a/l R George, Ahli Dewan Negeri kawasan Sentosa. Yang keempat, Yang Berhormat Tuan Abbas Salimmi bin Che Adzmi@Azmi, Ahli Dewan Negeri kawasan Seri Serdang. Yang kelima, Yang Berhormat Tuan Mohd Shafie bin Ngah, Ahli Dewan Negeri kawasan Sungai Ramal dan yang keenam, Yang Berhormat Puan Nurul Syazwani binti Noh, Ahli Dewan negeri kawasan Permatang. Saya mencadangkan.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ya, Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya ingin mohon penjelasan kerana nampaknya komposisi untuk Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap ini berubah daripada apa yang telah dipersetujui secara bersama dalam perbincangan sebelum ini. Apa yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar nampaknya seorang pengerusi, empat ahli Jawatankuasa daripada backbenches, hanya dua daripada Perikatan Nasional. Sedangkan perbincangan dan persetujuan bersama sebelum ini sekurang-kurangnya tiga daripada Perikatan Nasional dan empat daripada pihak kerajaan tetapi ini sudah berubah. Yang kedua, nama yang kami cadangkan juga telah ditukar. Saya tidak tahu sebab nama yang kami kemukakan untuk Jawatankuasa Peraturan Tetap adalah Yang Berhormat Sungai Ramal, Yang Berhormat Gombak Setia dan Yang Berhormat Hulu Bernam. Jadi perkara ini tidak dimaklumkan terlebih dahulu setelah kami mengemukakan pencalonan tetapi berubah ketika pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Ini bukan Jawatankuasa yang pertama. Sebentar tadi apabila Dato’ Menteri Besar mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan juga nama telah diubah tanpa pengetahuan saya selaku Ketua Pembangkang. Jadi saya harap perkara ini dapat penjelasan. Tadi saya ingat saya tidak mahu membantah tetapi oleh kerana ini kali kedua berlaku seperti ini saya kira saya bertanggungjawab untuk bangun dan mohon penjelasan.

Speaker

Yes. Yes. Tadi saya tidak pasti sama ada, tapi saya ingin mengemukakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahawa nama memang pun diterima tetapi dalam membuat keputusan akhir kita mengambil kira komposisi dan

kekuatan parti-parti yang berkaitan di dalam Dewan yang mulia ini. Dan kita juga mengambil kira komposisi bukan saja dari segi kekuatan tetapi juga dari segi jantina dan juga kesesuaian dan sebagainya. Jadi bagi saya dalam sepuluh Jawatankuasa yang kita akan kita bincangkan ini ia juga melibatkan budi bicara la dan mengikut convention apa yang berlaku sebelum ini. Dan dalam sepuluh Jawatankuasa yang kita akan tubuhkan pada petang yang mulia ini kami akan memastikan bahawa kebanyakan daripada senarai yang dikemukakan bukan sahaja oleh Ketua Pembangkang, tetapi juga oleh PBC dan juga Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat supaya dapat disesuaikan dan diharmonikan jadi apa yang saya boleh pastikan ialah senarai yang dikemukakan kami akan cuba sedaya-upaya untuk accommodate dengan izin, dan masukkan nama yang berkaitan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya mohon oleh kerana usul ini dibentangkan oleh YAB, Dato’ Menteri Besar maka saya harap YAB dapat memberikan pencerahan kerana ini sepatutnya diharmonikan kerana perwakilan Perikatan Nasional sudah tentulah seperti yang saya sebut dalam perbahasan hampir sama dengan jumlah backbenchers. Sekinchan boleh duduk diam atau tidak? Saya sedang bercakap. I mean, jangan komen-komen begitu.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Y.B. saya cakap dengan ni, tidak ada kaitan dengan Hulu Kelang, kenapa Hulu Kelang sensitif sangat dengan Sekinchan? Sekinchan tak marah pun.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tidak boleh mengganggu.

Tuan Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekinchan tak marah pun. Sekinchan cerita dengan Tanjung Sepat, jangan perasan. Jangan sensitif. Boleh bangkit isu dengan tu.

Speaker

Tenang, tenang, tenang, tenang. Kita tenang, tenang, tenang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kalau nak cakap, keluar. Saya nak mintak penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar, kerana dari segi jumlah representasi itu hampir sama dengan backbenchers – 24 dan 22 sebab itu kita ada pre-council, perbincangan supaya suasana dalam Dewan ini lebih harmoni. Sementara kami memainkan peranan sebagai block semak dan imbang, tetapi saya juga perlukan persefahaman. Supaya perjalanan persidangan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Daripada awal tadi saya nampak kita menghormati apa yang telah diputuskan. Tetapi saya harap Dato’ Menteri Besar, dapat menimbangkan semula khususnya dalam Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap ini. Kerana representasi kami telah dikurangkan kepada dua sahaja. Sedangkan dari segi nama yang kita cadangkan itu memanglah mereka yang ada pengalaman. Banyak perkara yang kami bangkitkan dalam perbahasan tentang keperluan untuk melakukan

pindaan, supaya kita dapat memurnikan Peraturan Tetap dengan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan juga Perlembagaan Persekutuan. Jadi saya pohonlah YAB. Dato’ Menteri Besar kalau boleh dapat menimbangkan semula bukanlah satu perkara yang besar pun, hanya untuk meletakkan satu lagi wakil dalam Peraturan Tetap daripada Perikatan Nasional. Saya pohon pertimbangan YAB. Dato’ Menteri Besar. Terima kasih.

Speaker

Tidak apa Y.B. saya rasa perkara ini kita tengok keadaan macam mana ataupun kita boleh buka untuk undi suara. Nanti kita akan undi nantilah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Y.B., secara lazimnya saya menerima cadangan-cadangan ini daripada Pejabat Speaker dan sememangnya sebenarnya kalau perbincangan Y.B. Hulu Kelang saya tidak dibawa berbincang bersama jadi saya boleh katakan kurang arif terhadap senarai-senarai dan permohonan-permohonan yang disebutkan itu. Jadi secara asasnya sebenarnya perbincangan ini antara Speaker dan Y.B. jadi kita kemukakan kalau Y.B. masih tak sesuai kita boleh terima dulu dengan cadangan untuk masukkan satu lagi selepas ini. Boleh, itu satu perkara, yang kedua kita tangguhkan, kita tangguhkan peraturan ini. Kalau semua setuju, kita skip untuk next Jawatankuasa.

Speaker

Saya mencadangkan supaya kita teruskan kerana dalam “precedent” sebelum ini memang Dewan pernah ada peruntukan dari segi keanggotaan Jawatankuasa sekiranya memerlukan pengubahsuaian dari segi keanggotaan kita akan berbincang dan melaksanakannya dari semasa ke semasa.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya setuju dengan cadangan Dato’ Menteri Besar, saya cadangkan kita tangguhkan Jawatankuasa Peraturan Tetap. Kalau ingin diteruskan kami ingin tarik diri kerana saya tidak mahu Speaker memperkotak-katikkan representasi kami dalam Jawatankuasa Peraturan Tetap. I mean, bincang. Kena hormat apa yang kita bincang. Kalau tidak, tak perlu kita bincang sebelum ini.

Speaker

Y.B., saya

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker buat keputusan.

Speaker

Y.B., apa yang saya nak bagitahu kepada Y.B., dalam perbincangan pada 26 atau 27 Oktober, saya mengatakan maksimum 3 orang. Maksimum 3 orang bukan sekurang-kurangnya 3 orang. Saya berharap perkara itu dan saya yakin bahawa perkara itu telah pun dicerakin dan ditulis dengan begitu jelas dalam komunikasi antara Pejabat Speaker dengan sekretariat Perikatan Nasional. Ini adalah sejajar dengan seperti apa yang saya sebutkan kekuatan dan juga konvensyen Parlimen dan divestiture..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kalau Speaker nak bicara soal konvensyen, you go back to our Parliament. Di Parlimen YAB. juga anggota Dewan Rakyat. Ada Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pembangkang. Ini daripada 10 Jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas, hanya satu yang diberikan kepada pembangkang. Di mana keadilan? Konvensi apa yang Tuan Speaker bicara pada petang ini? Kalau benar nak berlaku adil, ingin kami harmonikan perjalanan Dewan, saya minta Speaker tolong tarik balik pelantikan ini dan saya mahu kita bincang semula supaya ada keadilan. Prinsip keadilan dalam mewakili wakil rakyat daripada Perikatan Nasional. Jangan gunakan kuasa untuk menentukan siapa yang patut duduk dalam Jawatankuasa Peraturan Tetap dan Jawatankuasa yang lain.

Speaker

Saya memberi ulasan saya ataupun balas hujah saya yang terakhir. Konvensyen yang ada di Parlimen sama ada Parlimen Malaysia ataupun Parlimen Westminister termasuk yang khususnya, Dewan Negeri Selangor ialah ianya dianggotai mengikut kekuatan parti masing-masing. Tidak ada perkiraan di antara backbenchers ataupun pembangkang. Apa yang dikira ialah berdasarkan kekuatan ADUN Kerajaan dan juga ADUN Pembangkang. Jadi oleh sebab itu, perkiraan itu tidak harus mengambil kira 24 kepada 22 tetapi 34 kepada 22 jadi itu adalah perkiraan dan perhitungan yang pernah dan betul dan mengikuti konvensyen Parlimen dan Dewan Negeri Selangor termasuk zaman Y.B. Hulu Kelang sebagai Menteri Besar termasuk saman Sungai Ramal sebagai Timbalan Speaker. Itu sahaja, Y.B.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, eksekutif tak boleh duduk dalam Jawatankuasa ini. Kalau boleh, Tuan Speaker lantiklah Menteri Besar duduk dalam Jawatankuasa ini, lantiklah EXCO duduk dalam Jawatankuasa ini barulah boleh bandingkan 34 dengan 24,

Speaker

Y.B., konvensyen macam mana? Konvensyen adalah dikira..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan cuba menyalah tafsirkan Peraturan Tetap yang ada dan juga amalan konvensyen.

Speaker

Peraturan Tetap tidak sebut apa pun tentang. Y.B., sila duduk. Bagi perkara ini saya telahpun menyatakan bahawa keputusan saya adalah akhir dan ia berlandaskan kepada Peraturan Tetap dan juga konvensyen. Taksiran Y.B. Hulu Kelang adalah berbeza dengan taksiran umum tetap konvensyen. Y.B. Bukit Gasing nak bahas ke?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Peraturan Tetap 72 (1) – seberapa bolehnya tiap-tiap Jawatankuasa pilihan hendaklah ditubuhkan serupa terbayang di dalam kadar parti masing-masing dalam Dewan. Ini termasuk pihak eksekutif dengan backbenchers dia tidak sebut kecualikan anggota pentadbiran. Ini saya merujuk

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Laaaa sebab itu saya kata kalau nak ikut amalan konvensyen mana ada eksekutif duduk dalam Jawatankuasa ini?

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Itu bukan pasal mereka duduk. Komposisi, komposisi

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

sebab itu kita pertimbangkan mereka backbenchers dan juga pembangkang supaya peranan dan tanggungjawab yang diberikan dalam Jawatankuasa ini lebih efektif. Kalau tidak, eksekutif duduk dalam Jawatankuasa ini di mana ada semak dan imbang?

Speaker

Yang Berhormat Memang, Eksekutif tidak duduk dalam Jawatankuasa ini tetapi dalam perhitungan, perkiraan, Undang-undang Kira, matematiknya saya pasti Y.B. faham apa itu matematik iaitu ianya diambil kira berdasarkan kekuatan parti masing-masing dalam sidang Dewan ini iaitu dalam kes ini

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

kekuatan kami 22

Speaker

Dalam kes ini 34 dibanding dengan 22, Y.B. 34 kepada 22.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

backbenchers 24, tak faham lagi matematik? Jangan guna, ini Dewan ini bukan mesyuarat DAP.

Speaker

Y.B. nak dengar tidak? Kalau taknak dengar, saya boleh teruskan sahaja. Saya telah pun memberi penjelasan yang secukupnya dan saya nak bagitahu juga ini bukan satu-satunya, ada lagi Jawatankuasa lain yang akan ditubuhkan, dan ia akan memperlihatkan perwakilan pembangkang yang lebih ramai dan lebih besar.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak bertanya satu soalan. Kerana yang membawa usul ini adalah YAB. Sungai Tua. Dalam apa yang disebut oleh YAB. Sungai Tua tadi, YAB. Sungai Tua memberikan indikasi bahawa beliau sanggup untuk menangguhkan usul ini daripada dibentangkan. Saya nak tanya, kenapa Speaker seolah-olah ingin mendesak supaya keputusan itu tetap dibuat pada petang ini, sedangkan yang membawa usul pun setuju untuk tangguhkan?

Speaker

Ini adalah kerana dalam Bahasa Inggeris : “justice delayed is justice denied”. Jawatankuasa Pilihan kita perlu dilantik dan memulakan kerja pada masa yang terdekat dan paling cepat. Sekiranya penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa ini ditangguhkan sehingga ke tarikh-tarikh yang akan datang, kita pun tidak tahu di mana ia akan bermula? Maka kerja-kerja semakan dan imbangan itu akan bermula pada satu masa yang lebih lewat. Oleh sebab itu..

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Oleh sebab komposisi yang adil juga, semak dan imbang tak boleh berlaku Speaker.

Speaker

Kan saya telah nyatakan, komposisi ini dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang kita akan tubuhkan nanti, akan ada jugak tiga dan kebanyakannya tiga, daripada pembangkang yang akan duduk dan saya telah menyatakan bahawa menurut precedent pernah berlaku di dalam Dewan yang mulia ini bahawa terdapat pertukaran dari segi keanggotaan dan juga dari segi kepengerusian Jawatankuasa-Jawatankuasa ini.

Sekiranyanya keadaan mengizinkan dan memerlukan, ianya boleh dibincang semula dan dilakukan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kenapa nak bincang semula? Mengapa nak tukar kemudian?

Speaker

Saya kata, kalau keadaan mengizinkan

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kalau kita sudah bincang, kita ada pre-council, kita ada persetujuan bersama, laksanakan pada petang ini. Dan usul ini dibawa oleh Menteri Besar. Biarlah Menteri Besar, memberikan cadangan balas dan Menteri Besar telah bersetuju pada prinsipnya sama ada kita tangguh atau kita pinda.

Speaker

Y.B., itu sahaja. Baik, Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Apa keputusannya?

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Kita tangguh dan kita keluar ajelah.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti dulu, dengar dulu.

Speaker

Sijangkang, apa isu dia?

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingat bagi mengharmonikan usul ini secara khusus di pihak kerajaan YAB. Dato’ Menteri Besar yang membentangkan usul ini, pun melihat ada kewajarannya untuk ditangguhkan. Saya kira dengan keputusan. Baik ditangguhkanlah sebab ini menjadi satu saya ingat tidak nampak kebaikan kalau kita teruskan usul ni dalam keadaan yang mana keputusan ini seolah-olah bukan satu keputusan yang boleh diterima bersama. Terima kasih.

Speaker

Saya buka kepada Dewan untuk putuskan sebab nanti kita akan buat undi suara dan sebagainya saya rasa itu akan ditetapkan oleh Ahli Yang Berhormat sekalianlah.

Melihat tadi YAB. Menteri Besar macam nak bagi respon.

Speaker

Sebab kita ada undi suara.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Y.B., biar saya bagi pencerahan kalau kita ikut konvensyen Parlimen sebagaimana yang diungkit atau yang diutarakan oleh Y.B. Hulu Kelang, Jawatankuasa-Jawatankuasa yang terbabit itu wujud selepas satu persefahaman di antara pihak eksekutif kerajaan dan juga pembangkang pada ketika itu lalu diserasikan dengan urusan Speaker tapi apa yang berlaku dalam keadaan sekarang saya yang terpaksa membentangkan dengan konvensyen yang kita laksanakan sebelum-sebelum ini. Tapi saya takde bawa bincang terhadap komposisi dan sebagainya jadi saya anggap hal ini di luar, saya tak boleh nak menetapkanlah, nak jalan terus ataupun tidak. Tapi kalau Speaker merasakan bahawa ada keperluan menambah, atau pembangkang boleh memberikan ruang untuk keperluan menambah kepada satu Jawatankuasa je dan saya ingat takdelah besar sangat, kita tambah ajelah satu Jawatankuasa nanti dalam sesi sidang yang akan datang, ataupun nama pada hari ini pun boleh kalau bersetuju. Jadi saya ingat satu saja, yang lain saya ingat kita boleh teruskan. Itu saja.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pertama, Tuan Speaker tadi Dato’ Menteri Besar dah bagi option pun untuk tangguh. Mengapa sekarang tarik balik? I mean, Dato’ Menteri Besar you should not be dictated by party-party component dalam gabungan you. Jangan takutlah dengan Speaker. You ketua majlis, buat keputusan.

Speaker

Y.B., guna bahasa Malaysia.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang sebenarnya, bukan satu Jawatankuasa Dato’ Menteri Besar, saya dah sebut. Selain daripada Jawatankuasa Peraturan Tetap, begitu juga dengan Jawatankuasa Pilihan pihak berkuasa tempatan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu Y.B. sebutkan tadi takkanlah satu Jawatankuasa sahaja tak boleh? Saya repeat balik yang satu Jawatankuasa lah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

So, tangguhlah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu cerita dia. Y.B. saya kekal dengan option tersebut bahawa kalau..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, kalau Menteri Besar telah setuju tangguh, saya minta tak payah ambil undi. Tangguh.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sabar, sabar, one by one. Kalau kita setuju untuk yang satu itu, saya takde masalah untuk tangguhkan yang tu. Tapi yang lain-lain kita teruskanlah. Ataupun optionnya kita terima dulu, kemudian Y.B. boleh cadangkan tambahan satu lagi. Itu sahaja sebab bukanlah isunya sebab Y.B. sebut Jawatankuasa Peraturan Tetap, baik Peraturan Tetap yang tadi ditimbulkan, saya ulang balik apa yang tanggapan Y.B., kita teruskan. Kita tak bergerak ikut mana-mana yang masalahnya kita berbincang mengikut konvensyen dan juga perjalanan. Hatta di peringkat awal pun, tak fair to me sebab tak bincang dengan saya. Kalau bincang dan saya boleh tetapkan peraturan itu untuk membawa usul ini.

Speaker

Okay, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut perenggan satu Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor mengehendaki diadakan satu Jawatankuasa Peraturan Tetap.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tak bersetuju sila kata TIDAK.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker tadi kita dah tangguh cadangan ini. Dah tangguh. Kalau Tuan Speaker degil juga perangai begini tak ada sebab saya nak duduk dalam Dewan ini. Saya minta Tuan Speaker setuju dengan cadangan Menteri Besar, tangguh.

Speaker

Yang Berhormat saya telah pun membuat rulling iaitu usul ini telah pun diterima secara suara undi majoriti dan ia tidak

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nak buat rulling sekarang. Kalau begitu tak perlulah kami ada di sini. Saya minta kita akan tolak sebab saya tidak setuju Tuan Speaker yang nak menentukan komposisi. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana Speaker boleh menentukan siapa yang jadi jawatankuasa. Lebih baik saya koyak saja ini. Baik saya keluar.

(Blok Pembangkang keluar Dewan)

Speaker

Yang Berhormat ada hak untuk tidak setuju.

Usul ini DIPERSETUJUI.

Silakan Setiausaha.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Keluar, keluar. Inilah standard pembangkang.

(Dewan Riuh)

Usul No. 10 Tahun 2023Motion

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya usul No. 10 Tahun 2023. Usul Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

(Dewan Riuh)

Speaker

Saya ingin menegaskan bahawa.... Yang Berhormat sekalian, kita tenang. Saya mohon teruskan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa usul seperti berikut. Bahawasanya menurut Perenggan 1, Peraturan Tetap 70, Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor mengehendaki diadakan suatu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Negeri Selangor yang kelima belas. Pengerusi Yang Berhormat Tuan Lau Weng San, Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor. Ahli-Ahlinya ialah Yang Berhormat Tuan Gunarajah A/L R George, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sentosa. Yang Berhormat Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang Jaya, Yang Berhormat Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid, Ahli Dewan Negeri Kawasan Batu Tiga, Yang Berhormat Tuan Muhammad Hilman bin Idham, Nama nak saya sebut ke? Tak payah sebutlah. Ahli Dewan Negeri Kawasan Gombak Setia, Yang Berhormat Tuan Dr. Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Burong, Yang keenam, Yang Berhormat Puan Nurul Syazwani binti Noh, Ahli Dewan Negeri Kawasan Permatang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang berbunyi Bahawasanya menurut Perenggan 1, Peraturan Tetap 70, Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, menghendaki diadakan suatu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul No.11 Tahun 2023, Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special Select Committee Competence, Accountability and Tranparency - SELCAT) dengan izin.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor diadakan satu Jawatankuasa pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangsunglawaban dan Kelelusan (Special Select Committee On Competence, Accountability and Tranparency - SELCAT) dengan izin. Jawatankuasa SELCAT in adalah untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ali Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special Select Committee On Competence, Accountability and Tranparency - SELCAT) iaitu yang pertama ialah Pengerusi Y.B. Tuan Lau Weng San, Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor. Ahli-Ahlinya ialah Y.B. Pertama, Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Negeri Kawasan Dusun Tua. Kedua, Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa. Ketiga, Y.B. Tuan Yew Jia Haur, Ahli Dewan Negeri Kawasan Teratai. Keempat, Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid, Ahli Dewan Negeri Kawasan Meru. Kelima, Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Kelang. Keenam, Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sijangkang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor diadakan satu Jawatankuasa pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungiawaban dan Ketelusan (Special Select Committee On Competence, Accountability and Tranparency - SELCAT) dengan izin. Jawatankuasa SELCAT ini adalah untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun apa yang diperuntukkan di bawah Peraturan 75, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri, SELCAT berkuasa untuk mengadakan pendengaran awam, sama ada

secara penuh atau sebahagian daripadanya dan keterangan-keterangan dalam pendengaran awam tersebut bolehlah disiarkan".

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul No.12 Tahun 2023,Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut. "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor diadakan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan. Ini untuk makluman semua. Pengerusi ialah Y.B. Tuan Lau Weng San, Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor. Ahli-Ahli ialah Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Wakil YAB Dato Menteri Besar) Ahli Dewan Negeri Kawasan Sekinchan. Yang tengah buat PC tu sedar ini ahli pentadbiran dalam jawatankuasa. Yang kedua, Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa. Ketiga, Y.B. Puan Wong Siew Ki, Ahli Dewan Negeri Kawasan Seri Kembangan. Yang keempat, Datuk Abdul Rashid bin Asari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Selat Klang. Yang kelima, YB Dato’ Dr. Halim bin Tamuri, Ahli Dewan Negeri Kawasan Paya Jaras. Yang Keenam, YB. Tuan Mu’izzuddeen bin Mahyuddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Hulu Bernam.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor diadakan satu Jawatankuasa pilihan Khas Pengurusan Dewan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul No. 13 Tahun 2023, Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut. "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bag Dewan Negeri Selangor diadakan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Seta Kesejahteraan Hidup (JPK - SEJAHTERA). JPK - SEJAHTERA ini adalah untuk memantau selia dan memeriksa segala hal berkaitan dengan atau bawah Kerajaan Negeri Selangor dan semua Agensi, Badan Berkanun, Anak Syarikat, Pihak Berkuasa dan Pertubuhan untuk memantau perkara berkaitan pelaksanaan rancangan dan dasar yang berkaitan dengan perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup rakyat. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa berikut iaitu (JPK -SEJAHTERA). Pengerusi ialah Y.B. Puan Mariam binti Abdul Rashid, Ahli Dewan Negeri Kawasan Meru. Ahli-ahli adalah Y.B. Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rawang. Kedua, Y.B. Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Lanjan. Yang ketiga, Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishayakaran, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Gasing. Yang keempat, Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bandar Baru Klang. Yang kelima, Y.B. Tuan Sallehein Bin Mukhyi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sabak. Yang keenam, Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan, Ahli Dewan Negeri Kawasan Jeram.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor diadakan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK - SEJAHTERA). JPK - SEJAHTERA ini adalah untuk memantau selia dan memeriksa segala hal berkaitan dengan atau bawah Kerajaan Negeri Selangor dan semua Agensi, Badan Berkanun, Anak Syarikat, Pihak Berkuasa dan Pertubuhan untuk memantau perkara berkaitan pelaksanaan rancangan dan dasar yang berkaitan dengan perubahan iklim, kebajikan, kesihatan, pendidikan, pembangunan keluarga, agama dan wanita serta kesejahteraan hidup rakyat.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Usul No. 14 Tahun 2023, Usul Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khais Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK – INFRAGO).

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut. "Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Neger Selangor diadakan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK - INFRAGRO). JPK - INFRAGRO ini adalah untuk memantau selia dan memeriksa segala hal berkaitan dengan atau bawah Kerajaan Negeri Selangor berkenaan pemeliharaan, pemuliharaan dan pengurusan sumber air mentah serta perancangan, pengurusan, pengendalian, penyelenggaraan dan pelaksanaan rawatan air dan pengagihan air terawat di dalam Negeri Selangor untuk memastikan bekalan air mentah dan terawat sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat jelata. Selain itu, jawatankuasa ini juga akan memantau pihak kerajaan negeri dalam hal ehwal pertanian, keterjaminan makanan, pembangunan infrastruktur dan mobiliti serta pengangkutan awam. Dengan ini saya mengusulkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat berikut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK INFRAGRO). Pengerusinya, Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang Jaya. Ahli-Ahlinya ialah yang pertama Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Kawasan Pelabuhan Klang. Yang kedua, Y.B. Tuan Leong Tuck Chee, Ahli Dewan Negeri Kawasan Pandamaran. Yang ketiga, Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kota Damansara. Yang keempat, Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuang. Yang kelima, Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Panjang. Yang keenam, Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan, Ahli Dewan Negeri Kawasan ljok.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan.

Tuan Speaker, saya tidak tahu kalau saya ada peluang membawa perkara ini selepas perbahasan ataupun usul no.14 tapi saya nak tanya Tuan Speaker, adakah tindakan akan diambil pada Hulu Kelang, Ketua Pembangkang Hulu Kelang atas kata-kata kesat kata Tuan Speaker degil dan juga menghina Dewan. Apakah tindakan daripada pihak Speaker dan juga perlukah kerajaan kaji balik peruntukan RM50,000 yang telah diannounce oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Perlukah kita bagi lagi? Kaji balik? Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Berkenaan sebarang isu yang berkaitan dengan sikap tatatertib decorum dan juga perjalanan

Dewan yang melibatkan mana-mana Ahli Dewan Negeri Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ada hak dan tugasnya untuk meneliti perkara ini, menyiasat perkara ini dan sudah pasti saksi akan dipanggil dan tindakan yang sepatutnya akan ditetapkan. Apa yang saya ingin lafazkan di sini ialah keputusan yang dibuat pada hari ini dan hari-hari sebelum ini adalah keputusan utama, keputusan kolektif Ahli-ahli Dewan. Ahli-Ahli Dewan yang menetapkan sama ada usul hendak diterima atau tidak. Ahli-Ahli di Dewan boleh undi suara setuju atau tidak setuju. Dan semua adalah ketetapan Yang Berhormat semua. Jadi, sekiranya ada suara lebih bersetuju kita bersetuju. Kalau lebih suara tidak bersetuju, kita akan mungkin pergi kepada undi belah bahagi. Jadi saya rasa itu adalah cara yang demokratik untuk menetapkan atau menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sentosa. Berkenaan dengan peruntukan itu bukan bidang kuasa saya. Terpulang kepada Yang Amat Berhormat sama ada hendak menjawab sekarang atau kemudian. Seri Serdang.

Tuan Speaker, di sini Seri Serdang lihat ada dua isu. Yang pertama sekali ialah tidak menghormati Dewan. Di mana Dewan yang mulia ini mereka mengambil sikap tidak menghormati dan berkata-kata kesat kepada Tuan Speaker. Itu yang pertama. Yang kedua tadi ada seorang Yang Berhormat keluar dan menyebut tentang DAP. Kita dah bincang pada awal bahkan titah Tuanku supaya lebih harmoni dan perpaduan. Tetapi mesej ini gagal difahami oleh pihak yang sebelah sana Yang Berhormat sebelah sana, apakah ada tindakan dan kita boleh bawa mereka kepada rujuk mereka kepada Jawatankuasa tertentu. Kita tidak boleh biarkan Tuan Speaker perkara begini kerana Selangor adalah negeri yang harmoni dan perpaduan yang sangat baik.

Speaker

Mana-mana Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini boleh mengutus secara rasmi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang dan bermesyuarat kemudian akan menetapkan apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil. Cuma saya ingin memberi penjelasan sekiranya ada bukan sahaja kepada Yang Berhormat tetapi sesiapa yang mengikuti siaran langsung Dewan ini ialah, perkara berkenaan dengan Jawatankuasa ini saya telah pun menetapkan sejak awal lagi iaitu daripada pihak Pembangkang akan diberi keanggotaan semaksima tiga orang. Maksimum tiga orang bukan sekurang-kurangnya tiga orang dan saya berkata bahawa ini adalah berlandaskan kepada konvensyen bukan sahaja konvensyen Parlimen Westminister semata-mata tetapi konvensyen di Parlimen Malaysia dan khususnya Dewan Negeri Selangor ini yang telah pun yang mana Yang Berhormat sebelah sana pernah menjadi anggota Kerajaan dan juga Timbalan Speaker, EXCO dan sebagainya.

Dan pastinya mereka ada pengetahuan yang menyeluruh macam mana pelaksanaan dan juga penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa ini dilakukan. Oleh sebab itu saya berpendapat bahawa sekiranya ada perubahan pun dan mengikut pengalaman kita dan pengetahuan kita memang boleh dilakukan perubahan daripada segi keanggotaan mengikut keperluan dan kesesuaian. Dan ia boleh di bincang iaitu

semua ini adalah termaktub bukan sahaja dalam Peraturan Tetap tetapi juga dalam Konvensyen dan amalan yang berlangsung sebelum ini. Saya kira tidak ada masalah untuk Dewan menubuhkan Jawatankuasa dengan keanggotaan maksimum tiga orang dan memang dalam Jawatankuasa-jawatankuasa yang kita tubuhkan ini saya kira daripada 10 Jawatankuasa yang ditubuhkan daripada 10 yang ditubuhkan saya kira ada tujuh yang mempunyai tiga orang ADN Perikatan dan selebihnya adalah dua orang ADN Perikatan. Dan kebanyakan Jawatankuasa Pilihan yang mempunyai tiga orang ADN daripada Pembangkang adalah Jawatankuasa yang memantau pelaksanaan dan perjalanan Kerajaan.

Jawatankuasa contohnya Peraturan Tetap, dia hanya berkenaan dengan kajian semula Peraturan-peraturan Tetap yang ada ini tidak sebenarnya ada kaitan yang besar dengan perjalanan Kerajaan dan saya kira dalam kes-kes seperti ini, keanggotaan daripada setiap parti perlulah diseimbangkan dan di harmoni. Jadi dalam kes ini mungkin tidak perlunya kita terlalu ikut dengan nisbah itu tetapi asalkan ada angka, keanggotaan parti itu. Maksudnya sama ada Perikatan atau pun dalam Perpaduan, wakil-wakil parti setiap komponen ada di situ. Itulah yang dalam fikiran yang telah diambil kira dan telah diharmonikan.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Yang Berhormat, saya ingin merujuk kepada Peraturan Tetap 26(1B). Saya ingin mencadangkan supaya Hulu Kelang dan juga Gombak Setia untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Kota Damansara menyokong.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Saya sokong.

Speaker

Terima kasih. Saya akan bincangkan perkara ini, bolehlah diputuskan kepada kita kemudian dan kita akan mengikut prosedur yang sewajarnya. Dan kita memberi peluang kepada mereka untuk memberi penjelasan sekiranya ada. Jadi Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71 Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor mengehendaki diadakan satu Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air Pertanian Infrastruktur dan Mobiliti atau nama singkatan JPK Infragro. Dan JPK Infragro ini adalah untuk memantau selia dan memeriksa skala hal berkaitan dengan atau bawah Kerajaan Negeri Selangor berkenaan pemeliharaan dan pemuliharaan dan pengurusan sumber air mentah serta perancangan pengurusan pengendalian penyelenggaraan dan pelaksanaan rawatan air dan pengagihan terawat air di dalam Negeri Selangor untuk memastikan bekalan air mentah dan terawat sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat jelata. Selain itu Jawatankuasa ini juga akan memantau pihak Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pertanian serta jaminan makanan, pembangunan infrastruktur dan mobiliti serta

pengangkutan awam. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan tidak, usul ini dipersetujui.

Usul untuk menangguhkan DewanMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, usul untuk menangguhkan Dewan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, satu point of order. Tadi ada satu pembentangan daripada Yang Berhormat Rawang bahawa 26(1B) untuk merujuk iaitu Ahli Yang Berhormat Hulu Kelang dan juga Gombak Setia kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Menurut Peraturan Tetap, perkara ini di bawah 33(1) apabila ianya telah dicadangkan dan disokong telah disokong oleh Kota Damansara, maka ia perlu dibentangkan untuk diundi oleh Dewan yang mulia ini. Saya merujuk kepada Tuan Speaker untuk putuskan.

Speaker

Adapun masalah ini, kita Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, satu usul yang berbunyi daripada Yang Berhormat Subang Jaya, Subang Jaya sekarang bawah Usul, saya baru perasan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Maaf Tuan Speaker, kalau ikut law yang perlu dibahaskan, kalau ada dibahaskan dan seterusnya diundi.

Speaker

Ya lah, jadi saya mengemukakan usul ini, usul dari Rawang atau pun Subang Jaya, Rawang ya, Rawang ini untuk dibahaskan sekiranya ada yang dibawa oleh Rawang dan disokong oleh Kota Damansara. Yang Berhormat Kota Damansara.

Yang Berhormat, Tuan Speaker, kita memulakan dengan selepas pilihan raya, jadi saya ingat kita dalam keadaan bila selepas langkah Sheraton dalam keadaan kestabilan politik yang tidak menentu sangat penting apabila selepas pilihan raya, dewan dan politik perlu berada dalam keadaan stabil. Jadi tindak tanduk seseorang Ahli Dewan itu seharusnya mengangkat Dewan ini dihormati khususnya kerusi Speaker. Jadi apabila disebut-sebut seolah-olahnya mesyuarat DAP kawasan, disebut seolah-olah ini ialah Speaker bagi parti-parti tertentu. Ini menunjukkan ketidaksesuaian bahasa-bahasa yang digunakan seolah-olahnya sebahagian daripada Kerajaan Negeri dan kami semua tunduk kepada satu-satu parti komponen. Mereka kena faham yang sebenarnya parti komponen yang berada di Kerajaan Perpaduan ini saling hormat-menghormati berbanding dengan mereka. Mereka yang menentukan siapa dan siapa, jadi saya hendak minta di dalam Dewan ini supaya ada satu ketegasan kita memberikan satu signal yang jelas kepada khususnya kepada Pembangkang pada petang ini agar mereka menghormati institusi Speaker, menghormati Dewan yang mulia ini supaya perkara-perkara ini tidak diulang pada masa akan datang. Kita baru bermula pada sidang kali ini, apa akan jadi pada sidang yang akan datang kalau andai kata perkara-perkara seperti ini boleh jadi juga. Apa yang akan jadi pada Sidang yang akan datang

jika jenis bahasa-bahasa boleh digunakan kepada Speaker. Ini yang akan menunjukkan kepada luar. Kerusi Speaker tidak akan dihormati jika kita melepaskan orang-orang seperti ini, Yang Berhormat Yang Berhormat seperti ini. Sebab itu saya menyokong sahabat saya dari Rawang, usul seperti ini perlu diangkat dan perlu mengambil kira bagi menghormati bukan hanya Speaker tetapi untuk mengangkat martabat Dewan ini, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat sekalian, usul ini di bawah Peraturan Tetap 33 ini sekiranya kita menelitinya ia perlu dikemukakan dengan secara bertulis dan saya mohon untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham atau pun salah faham, saya kira usul ini bolehlah dikemukakan kemudian secara bertulis dengan cara yang betul dan kemudian kita boleh elakkan dengan izin abjudicate the matters dengan lebih teliti. Oleh sebab itu saya mohon aturan mesyuarat seterusnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah luluskan usul ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju dengan. Saya kira sudah lulus dah.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan, alhamdulillah kita telah berjaya membahaskan benda yang besar dalam Negeri Selangor iaitu Belanjawan Negeri Selangor yang merupakan rancangan fiskal kita untuk dalam tempoh satu tahun dan saya mengucapkan terima kasih khususnya kepada Ahli-ahli Dewan Negeri Kerajaan terutamanya yang berjaya mengetengahkan pandangan-pandangan di samping cuba juga untuk meningkat beberapa cadangan-cadangan dan juga pandangan daripada pihak Pembangkang. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya faham ini mungkin situasi yang saudara kena hadapi tapi itulah realiti permainan kalau kita fikirkan dalam hal yang kita dengarkan tadi. Hal yang kecil iaitu tentang pelantikan-pelantikan ini dijadikan masalah besar. Sebab apa, sebab tidak ada benda yang besar yang mereka boleh kemukakan. Jadi tidak apa kalau itu permainan dan caranya, maknanya kita kena pastikan yang pentingnya semua kena tertib dan elakkan daripada mengulang-ulang dan membudayakan permainan drama politik dan menjadi drama queen di dalam Dewan Negeri semata-mata untuk menarik perhatian.

Jadi tidak ada masalah sebab ia dimulakan dengan perbincangan dan perbincangan itu kemudian dikemukakan. Jadi kalau semuanya hendak ikut cakap seorang itu, kalau semua ikut cakap dia orang, jadi adil tak ikut tak jadi adil, masalah orang-orang macam ini. Tapi tak apalah inilah fiil dan tingkah laku orang opposition. Saya akan cuba menjawab dengan segala rasional. Bagi pihak prinsip pihak Kerajaan Negeri, bila ada orang tanya, apakah Kerajaan Negeri hendak mempertimbangkan balik, saya kemukakan cadangan itu biasa. Kebetulan, kebetulan tadi ketika saya datang untuk menunaikan solat jumaat, ada tazkirah, tazkirah yang telah disampaikan di Masjid Negeri. Apa yang disampaikan kepada kita ialah kalau kita masih lagi memperlakukan atau bertindak dengan tindakan baik terhadap orang yang menzalimi atau pun orang yang bertindak buruk kepada kita. Kita seolah-olah memasukkan bola api ke dalam

mulut mereka. Jadi tidak apalah kita sabar, kita teruskan. Kerajaan Negeri akan cuba bertindak dengan stail dan gaya yang profesional dan ia tidak terikut-ikut politik kerana pentingnya kita kena memikirkan hal yang besar daripada kita melihat perkara titik perit yang tidak membawa kebaikan sedangkan saya membawa option untuk mereka tambah dan sebagainya, itu sebagai satu cadangan yang sangat rasional yang tak dibawa oleh Menteri Besar Menteri Besar sebelum ini.

Tapi selepas ini insha Allah, saya harap semua Ahli Dewan akan membawa pandangan-pandangan Belanjawan kita. Kita hanya perlu untuk execute dan laksanakan dan insha Allah bulan tiga atau bulan dua nanti kita akan bertemu lagi dalam sesi seterusnya. Mungkin berhadapan dengan perdebatan-perdebatan atau pun drama-drama baru. Jadi terima kasih banyak-banyak, saya cadangkan untuk tangguhkan Dewan.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya ingin mengambil peluang kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri sama ada daripada Kerajaan atau pun Pembangkang walaupun kerusi sekarang kosong. Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama kali ini. Ucapan dan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urus setia, pelapor-pelapor dan semua petugas yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Dalam sidang kali ini kita telah pun menjalankan mesyuarat kita sebanyak 10 hari dan ramai ADN telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan di pelbagai peringkat. Saya ingin mengumumkan bahawa semasa usul perbahasan di peringkat usul tukar bangunan seramai 35 orang ADN telah pun mengambil bahagian dan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan seramai 3 orang ADN telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Bilangan soalan yang telah dijawab secara lisan bermula 14 November yang lepas sehingga sekarang adalah sebanyak 135 soalan. Syabas kepada semua dan saya kira semua ADN termasuk Pembangkang telah pun memberi peluang untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu soalan untuk dijawab secara lisan pada kali ini.

Berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa, saya kira selepas ini Jawatankuasa ini telah pun dikira sebagai Tertubuh Secara Rasminya dan Pengerusi-pengerusi yang dilantik bolehlah menjalankan tugas secepat mungkin. Saya kira pada permulaan atau pun pertengahan bulan Disember sudah boleh buat mesyuarat mahupun pendengaran tertutup. Dan seperti apa yang saya sebutkan berkenaan dengan

keanggotaan Jawatankuasa ini, perkara ini telah pun saya bincang dengan pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang sejak awal lagi. Tetapi apa yang berlakunya terdapat banyak perkara yang dilengah-lengahkan saya tidak perlu sebut di sini. Bagaimana ia berlaku, tetapi cukup untuk saya mengatakan kepada semua bahawa dalam penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa ini ADN wanita akan diberi dan telah pun diberi tugas dan peranan yang lebih mantap dan lebih kerap. Saya ucapkan tahniah dan saya mempunyai harapan yang menggunung tinggi terhadap kesemua ADN wanita yang diberikan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan yang lebih daripada satu. Kebanyakan saya rasa kesemua ADN wanita yang ada menganggotai lebih daripada satu Jawatankuasa Pilihan termasuk ADN wanita tunggal dari Perikatan Nasional. Dan saya berharap mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan adil dan saksama tanpa mengikut polisi kepartian.

Dan untuk institusi Speaker ini saya akan menjalankan tugas saya dengan adil dan saksama tanpa memihak kepada sesiapa pun. Tuduhan sebelum ini pernah berlaku, tuduhan bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Khas SELCAT tidak akan ditubuhkan pun. Ada tuduhan-tuduhan seperti itu yang berlegar-legar di Dewan yang mulia ini. Dan saya kira itu suatu yang tidak seharus berlaku kerana engagement kita dengan semua pihak termasuk Ketua Pembangkang dan Ketua Pembangkang adalah Klang. Dan dari semasa ke semasa kita bertukar-tukar e-mel di mana saya telah menegaskan dengan tegas kepada semua yang dengar saya mengatakan maksimum tiga orang Ahli Jawatankuasa maksima maksudnya maksima tiga boleh jadi dua, boleh jadi satu, boleh jadi kosong, tapi apa yang kita lihat ialah daripada 10 Jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan, 7 adalah dianggotai oleh 3 orang dan selebihnya dianggotai oleh 2 orang dari pembangkang. Saya kira itu adalah satu keadaan yang cukup seimbang dan saya berharap perkara ini tidak akan menimbulkan isu lagi dan apa-apa isu yang berkaitan dengan bidang kuasa Jawatankuasa Hak dan kebebasan akan kita kemukakan pada masa-masa yang akan datang.

Jadi sebelum saya, kepada semua Ahli Yang Berhormat saya juga ingin berpesan sila semak draf penyata yang telah dan yang akan diedarkan berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula ke Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar Penyata Rasmi itu dapat disediakan dan diedarkan dengan segera kepada Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga mengingatkan kepada rakan-rakan semua, kepada petugas juga kepada pegawai kerajaan dan EXCO sekiranya masih ada lagi soalan daripada ADN yang belum dijawab pastikan jawapan itu dibekalkan pada masa yang terdekat dan sekiranya ini tidak dapat dilakukan dan sekiranya terdapat aduan bertulis dari ADN yang berkaitan, maka Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan bermesyuarat dan membincangkan apa perlu kita lakukan untuk kita memastikan jawapan-jawapan ini dibekalkan pada masa yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Tetap kita. Sebelum saya mengakhiri dan menangguhkan Sidang Dewan pada petang yang mulia ini saya ingin juga berkongsi dua rangkap pantun kepada semua,

Dulu kawan sekarang lawan, Yang lawan pula jadi kawan, Sama ada kawan atau lawan, Marilah kita semua berikhwan.

Walau petang selalu hujan, Matahari tetap muncul di sebalik awan, Ahli Dewan rajin jaga kawasan, Jangan pula lupa tugas di Dewan.

Dengan ini saya tangguhkan Sidang Dewan yang mulia ini. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.06 PETANG)