Selangor · 28 February 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 227 turns · 31,700 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 28 Februari 2024 dimulakan dengan Bacaan Doa.
Bacaan doa.
Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Pegawai Kerajaan dan Para Pemerhati sekalian. Tanpa melengahkan masa saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya membentangkan kertas-kertas mesyuarat.
1) Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2024 - Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2024
2) Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2024 - Rang Undang-Undang Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024
3) Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2024 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 Aktiviti Jabatan, Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
4) Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2024 - Laporan Tahunan 2022 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
5) Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2024 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK – INFRAGRO) Berhubung Projek Pembinaan Pakej A Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)
6) Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2024 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK – SEJAHTERA) Berhubung Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor
7) Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2024 - Rang Undang-Undang Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023
Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya memanggil untuk soalan pertama daripada Yang Berhormat Pelabuhan Klang, ingin saya memaklumkan pada Dewan yang Mulia ini khususnya kepada ingin saya menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Pejabat Dewan telah menerima satu soalan atau dua soalan daripada ADUN Sabak dan juga ADUN Taman Medan yang berkaitan dengan topik perlombongan pasir. Kedua-dua soalan ini telah pun ditolak kerana isi kandungannya adalah 100% sama. Atas dasar public policy saya telah pun menolak dan soalannya adalah berbunyi seperti berikut, berapakah jumlah kawasan di negeri Selangor yang telah diluluskan untuk tujuan perlombongan pasir? Senaraikan jumlah syarikat yang telah diberikan konsesi perlombongan pasir di Selangor. Senaraikan nama syarikat-syarikat yang telah diberikan kebenaran oleh kumpulan Semesta Sdn. Bhd. untuk melombong pasir di Selangor. Sila nyatakan secara terperinci keluasan tanah dan jumlah pasir yang dibenarkan untuk dilombong dan nilai dalam RM. Kedua-dua soalan ini sama 100% dari segi perkataan. Oleh itu, saya ingin menarik perhatian kepada semua Ahli Yang Berhormat, perkara ini tidak boleh dibenarkan atas dasar public policy dengan izin ataupun dasar awam dan saya memastikan bahawa soalan yang dikemukakan oleh semua ADUN perlulah asal dan tulen dan hasil daripada karya dan buah fikiran dan pendapat Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Itu sahaja. Perkara ini pernah berlaku di Dewan Negeri Pulau Pinang dan juga pernah ditegur oleh Speaker Parlimen Nigeria dan pernah berlaku di negara-negara Komanwel dan Dewan-Dewan Perundangan Komanwel yang lain dan Dewan Negeri Selangor akan mengikut kelaziman yang dilakukan di negeri lain. Itu sahaja daripada saya. Soalan pertama, Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang no. 1.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Pembangunan EkonomiQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a) Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan pembangunan
ekonomi di Selangor pada tahun 2024?
b)
Apakah sektor utama yang menjadi fokus utama pembangunan ekonomi negeri?
c)
Apakah insentif yang disediakan untuk menarik pelaburan asing ke Selangor?
Terima kasih Pelabuhan Klang dan seluruh Ahli Dewan yang budiman. Kementerian Kewangan (MOF) telah mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang dijangkakan akan meningkat sekitar 4 hingga 5 peratus pada 2024, berbanding pencapaian sekitar 4 peratus yang disasarkan pada tahun 2023. Manakala pada tahun 2024 ekonomi Negeri Selangor dijangka tumbuh pada kadar 5.2 peratus dan insyaAllah akan mengatasi kadar nasional berbanding juga dengan kadar pada tahun 2023 yang dianggarkan pada kadar 4.1 peratus. Justeru Pihak Kerajaan Negeri akan mengambil kira beberapa perkembangan semasa termasuk hal-hal yang berkaitan dengan geopolitik serantau dan juga dunia yang terkesan bagi memastikan kedudukan ekonomi dan juga pencapaian ekonomi di Negeri Selangor terus mampu untuk memberikan impak dan kesan yang besar kepada pertumbuhan negara sebagai mana pencapaian sebelum ini. Justeru di pihak pentadbiran Kerajaan Negeri akan menitikberatkan aspek pelaksanaan dan beberapa sesi town hall yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri bersama dengan ketua-ketua penjawat awam, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Yang utama kita telah menitikberatkan aspek-aspek pelaksanaan agar aspek pelaksanaan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Dalam Laporan Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kedua Belas pada tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara negeri yang mencatatkan penyelesaian projek-projek pada kadar 99.6%. Ini adalah pencapaian yang baik oleh Pihak Kerajaan Negeri dan mengekalkan momentum tersebut dengan mengurangkan beberapa aspek-aspek seperti kebocoran atau ketirisan dan juga aspek-aspek kelalaian atau lambat siap ataupun lambat tugas termasuk pemilihan kontraktor- kontraktor bagi projek ekonomi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Justeru, beberapa garis panduan yang telah disiapkan oleh Kerajaan Negeri termasuk dalam projek yang kita senarai semakkan dalam Rancangan Selangor 1 akan diteliti satu per satu dan akan dilaksanakan mengikut pelan-pelan yang telah ditetapkan. Untuk tahun 2024, beberapa suntikan baru yang telah dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri yang dijangka akan memberi impak kepada kegiatan ekonomi ialah pengisytiharan atau memperkenalkan Gagasan Lembah Klang Raya dan kita juga sangat berbesar hati dengan penaiktarafan Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang dan dengan itu keempat-empat bandar ini akan digabungkan dengan segera dan insyaAllah pada tahun ini kita akan dapat melihat satu bentuk pentadbiran yang lebih cekap, kemas, sehenti dan pintar untuk keempat-empat
bandar raya yang saya maksudkan sebentar tadi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kita juga masih lagi menumpu tiga aspek kawasan pembangunan wilayah yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama khususnya berkaitan dengan Integrated Development Region At South Selangor (IDRISS), Selangor Maritime Gateway (SMG) dan juga SABDA. Tiga kawasan ini akan diberikan penumpuan dan beberapa EXCO telah saya pertanggungjawabkan sebagai contoh Datuk Rizam dan Dato’ Ng Suee Lim atau Bandar Sungai Air Tawar dan Sekinchan kita berikan fokus untuk meneliti kawasan pembangunan SABDA dan juga beberapa aspek bagaimana untuk mengupayakan ataupun menghidupkan program pertanian di sana bagaimana formula Sekinchan sebelum digunakan di negeri lain harus dilaksanakan di Sabak Bernam dan di Tanjung Karang sebagai contoh supaya pengeluaran hasil padi dan hasil-hasil pengeluaran dapat dipertingkatkan di samping meneliti projek yang dilakukan. Yang Berhormat Ir. Izham atau Pandan Indah akan diberikan fokus dan penumpuan untuk meneliti dan juga memastikan pelaksanaan-pelaksanaan projek yang terkandung di bawah SMG atau Selangor Maritime Gateway dapat dilaksanakan dan Yang Berhormat Kinrara atau pun Yang Berhormat Ng Sze Han dipertanggungjawabkan untuk meneliti terus apa yang berlaku di IDRISS supaya projek-projek yang dilaksanakan di IDRISS dapat dilaksanakan dengan baik.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, untuk soalan B. Kita masih lagi menumpukan kepada dua aspek pembangunan, dua sektor yang menjadi tumpuan kepada ekonomi di Negeri Selangor iaitu sektor pembuatan yang menyumbang 30% dan sektor perkhidmatan. Untuk sektor pembuatan sebenarnya mulai Januari 2024 saya sendiri telah bertemu dengan beberapa pemain-pemain industri utama Malaysia dan juga daripada Negara China dan Taiwan iaitu sektor semi konduktor yang merupakan sektor yang sedang berkembang biak dengan perkembangan industri 4.0 pada ketika ini. InsyaAllah akan ada beberapa pengumuman baru ataupun akan ada beberapa pendekatan baru yang kita akan laksanakan dengan segera untuk menarik relocation dengan izin dengan sebab trade war di antara China dan Amerika Syarikat dan beberapa ketegangan yang wujud ada limpahan dan pergerakan yang rancak industri-industri daripada China terutamanya dan juga Taiwan untuk menempatkan semula di Asia Tenggara dan Malaysia sedang bersaing dengan Vietnam dengan beberapa fokus-fokus tersendiri dan Selangor tidak boleh ketinggalan. Justeru dalam tahun 2024 ini ada beberapa fokus utama yang kita akan laksanakan untuk sektor semi konduktor. Yang ketiga, Yang Berhormat antara insentif yang kita telah laksanakan antaranya ialah insentif-insenif Managed Industrial Park yang kita telah laksanakan iaitu proses laluan segera oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Tempoh kelulusan 7 hari bekerja permohonan perlu dikemukakan terus kepada PTG Selangor tanpa melalui Pejabat Tanah dan Daerah, pengecualian cukai taksiran tanah kosong selama 5 tahun, potongan 50% pembayaran cukai taksiran selama 5 tahun dan pengecualian bayaran lesen perniagaan. Ini semua adalah usaha kita supaya menggalakkan pembina-pembina atau property developer membangunkan Managed Industrial Park sebagaimana
yang diharapkan akan selari dengan hasrat Smart State dan kawasan pembangunan yang kita laksanakan. Untuk kawasan IDRISS kita juga ada memperkenalkan beberapa insentif antaranya skim premium khas bayaran ansuran cas pemajuan tanpa faedah, pengecualian cukai taksiran tanah kosong, potongan 50% cukai taksiran bangunan kosong dan pengecualian bayaran lesen perniagaan. Ini antara perkara yang kita telah laksanakan dan untuk IDRISS kita akan kemukakan nanti sesuai dengan cara dan corak pembangunan yang menumpukan kepada aspek pertanian. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sedia maklum bahawa jumlah pelaburan yang diluluskan untuk tiga sektor ekonomi iaitu sektor pembuatan, sektor perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh Januari hingga September 2023 mencatatkan RM225 bilion. Namun apa yang berlaku pada penghujung tahun 2023 3 bulan yang terakhir kita menyaksikan ada lonjakan sebanyak RM104.5 bilion yang menjadikan keseluruhan jumlah pelaburan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM329.5 bilion. Persoalan saya ialah daripada RM104.5 bilion yang disaksikan dalam suku tahun keempat 2023, ianya memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan ekoran daripada keputusan Kerajaan Persekutuan memperkenalkan satu garis panduan yang disebut sebagai Digital Ecosystem Acceleration Scheme atau pun DESAC di bawah kawalan MIDA. Jadi persoalan saya, bagaimana Kerajaan Negeri dapat memanfaatkan daripada DESAC ini supaya sektor perkhidmatan di Negeri Selangor ini dapat terus diperkasakan? Kalau kita lihat prestasi tahun 2023, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, prestasi pelaburan Negeri Selangor jatuh dari takuk dua ke takuk tiga. Ini satu perkara yang perlu diberikan perhatian serius. Dan kita lihat trend sektor perkhidmatan ini sudah melepasi sektor pembuatan. Sebagai contoh soal digitalisiation artificial intelligence yang harus diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri.
Jadi, saya harap Dato’ Menteri Besar dapat membantu kerana sasaran yang diletakkan oleh Kerajaan Negeri ialah untuk mencatat 5.2% pertumbuhan KDNK bagi tahun 2024. Bagaimana kita boleh mencatat 5.2% kalau tidak ada usaha yang secara fokus memberikan tumpuan kepada ekonomi-ekonomi baru daripada segi artificial intelligence digitalisation dan menggunakan garis panduan DESAC di bawah MIDA, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, Alhamdulillah RM329 bilion merupakan jumlah pelaburan yang diluluskan paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu dicatatkan pada tahun 2023. Dan daripada aspek-aspek tersebut memang benar, sektor perkhidmatan merupakan sektor yang besar sebagaimana dalam pembahagian ekonomi Negeri Selangor. Sedia maklum saya rasa Hulu Kelang juga sedia maklum bahawa 60% daripada kegiatan ekonomi di
Negeri Selangor adalah bergantung daripada sektor perkhidmatan disebabkan infrastruktur seperti pelabuhan laut dan juga lapangan terbang yang berada di Negeri Selangor.
Justeru, beberapa fokus utama kita ialah penumpuan terhadap memberi ruang kepada sektor-sektor ini berkembang dan Managed Industrial Park yang saya kemukakan tadi sebahagian besarnya adalah meliputi aspek-aspek tersebut kerana di Managed Industrial Park antara aspek-aspek yang sentiasa ditekankan adalah aspek connectivity dan juga perkilangan pintar yang sememangnya menjadi salah satu daripada trend bagi negara-negara membangun dan negara-negara maju yang ada di dunia.
PKNS sendiri telah membangunkan Managed Industrial Park di kawasan Ijok atau di kawasan Kuala Selangor dan insyaAllah kita akan mencari beberapa tapak-tapak baru dan ini adalah langkah-langkah yang diberikan oleh Kerajaan termasuk sebenarnya kita sedang meneliti beberapa lokaliti di Seksyen 50 dan Seksyen 51 Petaling Jaya. Di seksyen-seksyen yang saya sebutkan ini adalah kawasan perkilangan yang telah tempoh matang atau pun telah tamat tempoh. Saya telah mengarahkan kepada PKNS dan juga MBI untuk melihat balik kawasan-kawasan ini yang telah habis pajakan sebahagiannya untuk diberikan fokus dan penumpuan kepada sektor perkhidmatan terutamanya untuk perkhidmatan data center. Data center memerlukan connectivity yang baik dan pantas dan mempunyai penyaluran tenaga atau pun bekalan tenaga yang overlapping dengan izin, atau pun berterusan supaya mengelakkan kehilangan data bagi data-data center tersebut. Ini antara perkara yang kita buat sebab, kita sedikit tertewas atau tertinggal dengan negeri Johor kerana Johor telah mengambil kesempatan daripada peralihan data-data center dari negara Singapura dengan sebab faktor dekat mereka atau pun lokaliti mereka yang hampir dan juga dengan beberapa sebab yang lain seperti kos dan sebagainya. Jadi, kita ada bekalan tenaga yang mencukupi dan kita kena pastikan bekalan internet yang mencukupi.
Berkenaan dengan AI atau pun artificial intelligence ia terkandung di dalam Rancangan Belanjawan Tahun 2024 apabila Kerajaan Negeri akan menubuhkan pusat artificial intelligence dan hal itu sedang diteliti oleh Sydex dan SSDU yang saya minta untuk buat segera, insyaAllah kita akan kemukakan dan akan siapkan atau pun akan buatkan atau laksanakan Center of AI atau artificial intelligence ini dan ia akan menjadi pemangkin kepada pelaburan-pelaburan baru yang sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.
Untuk rekod sehingga September tahun 2023, pencapaian pelaburan kita adalah pada kadar RM41 bilion dan insyaAllah kita akan melepasi kadar 45 bilion yang dicadangkan atau pun yang dianggarkan oleh pihak pentadbiran Kerajaan Negeri dan Invest Selangor pada tahun 2023, terima kasih.
Ya, Sijangkang.
Terima kasih. MRI ada menyentuh berkaitan dengan kuasa ekonomi di masa akan datang dan India adalah salah satu negara yang akan memainkan kuasa ekonomi yang besar di dunia ini. Dan saya kira daripada sudut pembangunan perkhidmatan digital dan AI ini kita tidak nafikan India juga mempunyai kekuatan itu. Soalan saya, sejauh mana Kerajaan Negeri Selangor ini mengambil kesempatan itu juga menarik pelabur-pelabur daripada India terutamanya untuk terlibat di dalam membangunkan ekonomi perkhidmatan digital dengan AI, melibatkan India, terima kasih.
Secara asasnya pihak Kerajaan Negeri atau pun pihak pentadbiran Invest Selangor memberikan peluang kepada mana-mana kuasa ekonomi terutamanya untuk kita berdagang dan mempunyai urusan ekonomi dengan Negeri Selangor kecuali negara-negara yang mempunyai sensitiviti tertentu. Bagi India sudah pasti rakan dagang yang kita hormati dan kita melaksanakan beberapa misi ke sana dan dua sektor penting yang begitu besar di India adalah sektor bagi penghasilan makanan dan sebahagian daripada kesan kepada kenaikan harga makanan adalah disebabkan keputusan Kerajaan India menaikkan cukai bagi barangan tertentu seperti bawang dan beras, itu contohnya.
Namun bagi sektor teknologi dan juga IT (Information Tecnology), India juga mencatatkan prestasi-prestasi yang tersendiri dan sektor pembuatan terutama nya kenderaan dan sebagainya dan insyaAllah Kerajaan Negeri bersedia untuk berbincang dan juga meneroka ruangan kerjasama. Namun begitu, apa yang cuba diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri tidak hanya menarik pelaburan datang, kita juga melihat negara berpotensi seperti Indonesia dan India ini boleh dijadikan untuk ruang pasaran bagi penghasilan produk-produk kita. Pendekatan ini juga akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri supaya anak syarikat-syarikat kita berdaya saing bukan disebabkan investment datang tetapi juga mampu bertapak dengan pelaburan-pelaburan di negara lain. Ini telah saya mulakan dengan lawatan ke Indonesia dan saya akan cuba-cuba susuli membawa beberapa syarikat dan juga beberapa pemain-pemain korporat kita ke negara-negara luar supaya mereka melabur di sana dan ini akan menjamin keutuhan ekonomi walaupun kita tidak mempunyai pertumbuhan kadang-kadang, seperti Jepun pada tahap tertentu tetapi pendapatan bagi sektor-sektor tertentu yang dihasilkan di negara luar boleh juga memberikan kesan ekonomi dan kehidupan yang baik kepada rakyat, terima kasih.
Soalan kedua daripada Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Pembangunan Pelabuhan Pulau CareyQuestions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status pembangunan pelabuhan Pulau Carey?
b)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memiliki pegangan ekuiti di dalam pelabuhan atau pembangunan persekitaran pelabuhan tersebut?
JAWAPAN
Terima kasih Bukit Gasing atas soalan yang telah dikemukakan. Pembangunan Pelabuhan Pulau Carey merupakan salah satu dalam projek yang dikenal pasti dalam Integrated Development Region in South Selangor (IDRISS). Projek ini masih di peringkat cadangan awal pembangunan di mana kajian kebolehlaksanaan Pulau Carey telah disediakan oleh pihak Lembaga Pelabuhan Klang atau pun LPK dan diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan dan telah turut dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor pada tahun 2022. Susulan daripada hal tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa perbincangan dengan pihak-pihak yang berpotensi untuk membangunkan kawasan di sana.
Justeru pihak Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan seabed dengan izin atau pun dasar laut yang akan digunakan dan beberapa aset milikan pihak Kerajaan Negeri seperti tanah hak milik Yayasan Selangor yang sudah kita siapkan dan kita sediakan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit. Dipihak ini pada tahap ini, saya boleh katakan saya tidak boleh reveal lagi tetapi pada tahap ini kita sudah mula meneliti pre-agreement di antara pihak kita dan pihak yang berpotensi ada dua tiga pihak. Namun key kepada hal ini adalah kebenaran dan license daripada Kementerian Pengangkutan.
Kalau Kementerian Pengangkutan memberikan license kepada mana-mana kumpulan Konsortium atau pun syarikat untuk membangunkan pelabuhan Pulau Carey ini dan pihak Kerajaan Negeri akan menawarkan seabed atau pun tanah bagi dasar laut dan juga kawasan tanah yang milik Yayasan Selangor itu sebagai kapital kepada pihak Kerajaan Negeri yang akan dipegang sekitar 20% oleh mana-mana anak syarikat Kerajaan Negeri yang kita pertanggungjawabkan dan nantinya selepas 15, 20 tahun yang ia akan menjadi recurring income yang berterusan kepada hasil Kerajaan Negeri dalam bentuk dividen kepada hasil tanah yang telah kita kemukakan.
Sudah pasti di peringkat awal, pembangunan tanah-tanah tersebut juga akan memberikan pembangunan pelabuhan itu juga akan memberikan kegiatan dan penjalanan ekonomi tapi dengan adanya aktiviti pelabuhan itu nanti akan memberikan pulangan ekonomi yang berterusan kepada pihak Kerajaan Negeri. Jadi tahap kita pada saat ini kita sedang meneliti tahap what we call it pre-agreement dengan litigdr dua, tiga pihak yang telah approach atau pun mendekati kita dalam tempoh dua tiga tahun dan hal ini kita pertanggungjawabkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk meneliti pelaksanaannya atau pun meneliti kerjasamanya tetapi key penting adalah pihak mana yang akan diberikan kebenaran oleh pihak MOT atau pun Kementerian Pengangkutan bagi pembangunan pelabuhan ketiga Pulau Carey, terima kasih.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Saya berminat dengan tajuk soalan Nombor 2 ini, berkenaan dengan Pelabuhan Pulau Carey kerana saya ingin bertanya dalam perancangan kita melaksanakan Pelabuhan Pulau Carey ini, apakah kita bersetuju atau pun tidak, sebenarnya pembangunan Pelabuhan Pulau Carey ini dia bergantung juga kepada aliran trafik maritim yang ada di Pelabuhan Klang? Dan apakah respon Kerajaan Negeri memandangkan pada Januari tahun ini akan bermula expansion West Port yang akan menambah port kapasiti daripada 14 juta TEU kepada 27 juta TEU yang mana saya menjangkakan sebenarnya kapasiti itu cukup untuk menanggung aliran trafik di pelabuhan kita ini sehingga paling tidak tahun 2040. Jadi apakah Kerajaan Negeri mahu memberi fokus kepada projek pembangunan Pulau Carey ini sedangkan projek expansion West Port ini telah pun dicadangkan dan akan mula dilaksanakan pada tahun ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Ya, sememangnya sekarang ini di West Port sedang berlaku atau pun sedang melaksanakan proses penambahan daripada hingga ke 17 nama dia pun saya lupa, dermaga jumlah kontena yang akan diberikan masuk. Dan sebenarnya hasrat kepada Pelabuhan Pulau Carey ini sememangnya menjadi hasrat Kerajaan Persekutuan daripada dulu sampai sekarang. Kerana apa, kerana kita perlu bersaing dengan persaingan-persaingan serantau. Negara-negara jiran kita sebenarnya sedang galak untuk membuat reclaiming dan proses itu sendiri sebenarnya akan memberikan ancaman kepada keutuhan sistem pelabuhan di Malaysia atau pun yang disebut sebagai Pelabuhan Klang dan juga kemampuan Pelabuhan Klang untuk menyambut sasaran dan pergerakan kontena atau pun pergerakan pelaburan-pelaburan di seluruh dunia. Jadi hal ini kita tidak boleh membiarkan Malaysia tertinggal dengan hanya bergantung kepada West Port atau
pun North Port sahaja dan pelabuhan ketiga sememangnya telah dikaji dan juga diilhamkan semenjak daripada 2014 dan 2015 lagi.
Sebab itu, antara pembangunan atau pun penelitian kita dalam syarikat yang perlu dipertanggungjawabkan adalah syarikat yang mempunyai networking serantau sama ada dengan China atau pun dengan Sarjah atau pun dengan Eropah, syarikat-syarikat tersebut seharusnya mempunyai pengalaman dan mempunyai networking tersebut supaya dapat menarik pelaburan-pelaburan itu atau pun menarik pergerakan barangan-barangan yang dihantar melalui pelabuhan itu sampai. Sudah pasti pihak MOT semenjak dahulu atau pun pihak Lembaga Pelabuhan Klang mempunyai penilaiannya dan expansion of West Port sebagainya tidak mencukupi kerana bagi mereka di masa depan kita memerlukan kawasan port yang besar dan mempunyai rangkaian yang tersendiri.
Daripada Carey Island sampailah ke North Port sebenarnya keluasan kawasan pelabuhan di Negeri Selangor ini akan mencecah dengan sebuah negara seperti Singapura. Dengan saiz yang sebesar itu sebenarnya kita akan mampu menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih baik dan memastikan kita terus premium daripada segi perkhidmatan pelabuhan ini. Kalau tidak di mana-mana negara yang akan membesarkan atau pun berusaha untuk menyaingi kita, kita hanya akan menjadi feeder, kalau kita hanya menjadi feeder, maknanya kapal-kapal dagang ini akan memilih pergi ke tempat-tempat yang besar dan kita hanya menjadi penyendal atau pun feeder kepada pelabuhan atau pun kepada pelabuhan utama yang sedang kita saingi. Ini disebutkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dalam briefing kita semasa pembentangan oleh Lembaga Pelabuhan Klang dan pihak Kerajaan Negeri bersedia menyahut cabaran tersebut dan ini merupakan misi bukan hanya Selangor tetapi saya percaya juga kepada misi Malaysia secara keseluruhan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Saya ingin bertanya apakah garis masa untuk yang dianggarkan atau pun target Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kelulusan dan untuk memulakan pembinaan dan akhirnya untuk pelabuhan ini beroperasi. Dan antara perkara yang penting untuk satu pelabuhan ialah sambungan infrastruktur seperti laluan kereta api kepada pelabuhan ini dengan ECRL pergi ke utara sekarang daripada jajaran selatan, bagaimana sambungan infrastruktur rail kepada pelabuhan ini yang penting supaya pelabuhan ini dapat berkembang maju.
Terima kasih Yang Berhormat. Garis masa sangat bergantung dengan kelulusan Kementerian Pengangkutan dan kita telah bergerak dengan agak pantas sebenarnya, terlalu pantas kadang-kadang sebab Kerajaan Negeri sendiri telah mendengar dua briefing yang telah dikemukakan di
pihak MTES oleh Lembaga Pelabuhan Klang dan juga satu lagi yang kita lantik untuk melihat kebolehlaksanaan projek Pelabuhan Pulau Carey ini dan dalam pada masa yang sama kita sudah meneliti apa yang saya sebut tadi pre agreement. Jadi kalau MOT mengeluarkan lesen terbabit, malahan saya turut kemukakan di dalam parlimen bahawa telah dua kali sebenarnya Perdana Menteri sebutkan dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2023 yang diubahsuai atau pun pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari dan pembentangan Belanjawan 2024 telah dua kali disebutkan, keinginan dan komitmen kerajaan ingin membangunkan pelabuhan ketiga di Pulau Carey. Jadi saya minta untuk dapat dilaksanakan dengan kelulusan segera yang diberikan kepada syarikat atau pun proses RFP dan proses-proses yang selayaknya dilakukan oleh MOT. Garis masa kita sangat bergantung dengan itu, selepas itu garis masa yang lebih accurate atau pun lebih tepat dapat ditetapkan atau pun dilaksanakan. Perkara kedua berkenaan dengan infrastruktur. Hal ini turut saya kemukakan kepada Menteri Pengangkutan pada ketika itu iaitu ketika kita bersetuju kepada jajaran utara kerana saya turut menitikberatkan kepentingan agar Carey Island ini juga disambung. Ada dua option Yang Berhormat, atau ada dua pilihan sama ada menyambung ECRL kemudian daripada West Port ke Carey Island, kerana dia sebenarnya di dalam jajaran yang dekat sahaja. Dan yang kedua, jajaran itu masih ada sampai sekarang yang kita tidak ubah dan tidak gubah lagi, kita kekalkan. Dan yang kedua, meningkatkan sasaran ataupun jajaran selatan dari Seremban atau pun menambah jajaran selatan dari Seremban sampailah ke Carey Island supaya kita dapat memastikan ada connectivity khususnya rail untuk sampai ke kawasan tersebut. Baru-baru ini sebenarnya saya turut menerima beberapa proposal pembangunan lebuh raya di kawasan sana yang juga ada kaitan bagaimana dapat meningkatkan kemudahan di Pulau Carey. Saya faham Sijangkang sangat tahu kawasan di sana, jalan masuknya kecil dan kemudahannya juga agak lemah atau pun agak rendah dan ada juga perkampungan Orang Asli. Hal ini akan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri supaya kita dapat tangani seperti perkampungan Orang Asli Mahmeri yang ada di sana dan juga dapat memastikan jalan keluar masuk yang lebih besar dan lebih bersesuaian di kawasan Pulau Carey.
Soalan ketiga daripada Meru.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Keselamatan Dan Perlindungan Kanak-KanakQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap perlindungan dan keselamatan kanak-kanak?
b)
Nyatakan statistik jenayah terhadap kanak-kanak termasuk penderaan, pengabaian dan keganasan seksual.
c)
Nyatakan statistik kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berkaitan dasar Kerajaan Negeri terhadap perlindungan dan keselamatan kanak-kanak. Maklum bahawa, populasi kanak-kanak Negeri Selangor di bawah umur 18 tahun ialah 1.9 juta orang mewakili hampir satu pertiga populasi penduduk di negeri ini. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah membangunkan Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor & Pelan Tindakan 2022-2025 yang telah dilancarkan pada Mei 2023. Menerusi tema ‘Anak Selangor Anak Kita’, Dasar Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor bermatlamat untuk mewujudkan golongan kanak-kanak yang terpelihara dari sudut hak, kebajikan, akses kepada sumber dan pembangunan potensi dengan mengambil kira peranan semua pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa, pemimpin komuniti, institusi berkaitan dan agensi kerajaan dan memastikan tiada satu pun kanak-kanak yang ketinggalan atau tercicir. Perlindungan dan keselamatan kanak-kanak ditekankan dalam Domain 8 Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Selangor di mana isu teras bagi domain ini ialah penaiktarafan infrastruktur sedia ada, keselamatan persekitaran dan menambah jumlah kemudahan di kawasan luar bandar. Antara matlamat yang ditetapkan dalam domain ini ialah mewujudkan persekitaran dan komuniti yang selamat untuk didiami keluarga dan kanak-kanak. Terdapat sembilan (9) tindakan yang dirancang antaranya ialah kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis untuk meningkatkan rondaan di sekitar kawasan taman permainan dan rekreasi kanak-kanak dan menempatkan pengawal keselamatan khusus bagi memantau kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas di tempat yang berisiko. Bagi soalan (b), terima kasih kepada pihak PDRM yang memberikan maklumat di mana statistik jenayah terhadap kanak-kanak termasuk penderaan, pengabaian dan keganasan seksual pada tahun 2023 adalah seperti berikut:
BIL. JENIS KESALAHAN JUMLAH KES 1. Penderaan (Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001) 156 kes 2. Pengabaian (Seksyen 31, 32, 33, 48, Akta Kanak-Kanak 2001) 190 kes 3. Keganasan Seksual (Seksyen 5, 8, 10, 11, 12, 14, 15, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak) 146 kes
Bagi soalan (c), statistik daripada sumber daripada PDRM juga menyenaraikan pada tahun 2023, seramai 588 orang kanak-kanak yang terlibat di bawah kesalahan jenayah di mana jenis jenayah yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak ialah kes merusuh iaitu sebanyak 138 orang serta kes curi iaitu sebanyak 112 orang. Pecahan kes tangkapan melibatkan kanak-kanak adalah seperti berikut:
JENIS KESALAHAN JUMLAH TANGKAPAN MENGIKUT KATEGORI UMUR 7 – 12 tahun 13 – 18 tahun Bunuh 0 1 Rogol 1 85 Cabul Kehormatan 0 19 Samun Tanpa Senjata Api 0 3 Pemerasan 0 5 Ugutan Jenayah 0 22 Merusuh 0 138 Mendatangkan Cedera 1 86 Lain-lain Curi 3 109 Curi Motosikal 5 73 Pencerobohan 0 8 Pecah Rumah 1 28 Jumlah Keseluruhan 11 577 588
*Sumber diperolehi daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), PDRM
Sekian.
Meru. Boleh tekan, dapat?
Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkaitan kes yang berlaku baru-baru ini iaitu kejadian kanak-kanak yang meninggal dunia di dalam kenderaan di Hospital Shah Alam dan juga kematian kanak-kanak di rumah pengasuh atau pun taska. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, bagi kes bayi yang tertinggal di dalam kenderaan mengakibatkan kematian di Hospital Shah Alam pada Januari 2024, kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak PDRM pada 8 Februari 2024 dan telah mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk daripada JKM, Kesihatan dan Pendidikan YAWAS dan sebagainya pada
21 Februari 2024 dan Inshaa Allah kita akan melancarkan sebuah kempen iaitu menangani keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan pada 21 Mac 2024.
Soalan tambahan.
Permatang.
Saya tertarik dengan dasar dan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam perlindungan kanak-kanak. Namun begitu, kami di Kuala Selangor dan Tanjung Karang mempunyai masalah dengan ketiadaan pusat perlindungan bagi anak-anak yang kebanyakannya melibatkan masalah yang di mana ibu bapanya terlibat dengan jenayah sebagai contoh jenayah dadah. Jadinya anak-anak ini kebanyakkannya terpaksa berlindung di rumah-rumah pekerja JKM dan sebagainya. Jadi saya ingin bertanya apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu dalam menangani isu kekurangan rumah-rumah pusat perlindungan bagi kanak-kanak yang dipisahkan dari ibu bapa yang terlibat dengan jenayah khususnya jenayah dadah seperti di tempat saya yang banyak kes sebegini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang yang mana kita mengambil maklum Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai kuasa dalam menubuhkan rumah-rumah perlindungan tersebut dan dalam tempoh setahun ini, kita akan mengkaji dari segi keperluan tetapi punca kuasa adalah daripada Kerajaan Persekutuan, pun begitu dalam Rancangan Selangor Pertama terdapat satu inisiatif yang mana kita akan mengusahakan kepada sokongan kepada perlindungan kanak-kanak terutama di kawasan remote ataupun jauh dan saya mengambil maklum tentang permintaan di Kuala Selangor. Sekian.
Dusun Tua.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Tahfiz Tvet (LATIHAN Teknikal & Vokasional)Questions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
auh mana Kerajaan Negeri komited membantu para pelajar tahfiz swasta yang minat untuk melanjutkan pelajaran mereka melalui program berkemahiran am pendidikan TVET?
b)
Adakah sebarang bentuk bantuan kewangan yang akan ditawarkan kepada mereka nanti?
Terima kasih Dusun Tua di atas soalan yang dikemukakan. Khusus berkenaan dengan Program Tahfiz TVET atau pun Program Latihan Teknikal dan Vokasional untuk graduan-graduan atau pun pelajar TVET. Program ini adalah sebahagian daripada Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi peluang kepada belia dan lepasan sekolah untuk mengikuti latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan yang baik dan meningkatkan kadar kebolehpasaran belia di Negeri Selangor. Mulai tahun 2021, Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor telah memperluaskan program TVET IKTISASS ini kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz yang diiktiraf di Negeri Selangor. Program ini diperkenalkan bagi membantu anak-anak tahfiz meneruskan pengajian mereka dalam bidang kemahiran dengan syarat yang paling minima iaitu had umur 16 tahun dan tidak memerlukan syarat kelayakan akademik di peringkat Sekolah Menengah berdasarkan daripada pengalaman dan perbincangan kita bersama dengan mudir atau pun pengendali Maahad Tahfiz ini. Sehingga Disember 2023, seramai 103 orang anak-anak tahfiz yang terpilih dan berminat telah mengikuti program IKTISASS yang dijalankan di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 - 4. Dan Kerajaan Negeri untuk soalan (b), Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan anggaran berjumlah RM1,000,000.00 kepada STDC untuk program Tahfiz TVET ini dan kita menawarkan ada lima sub subjek iaitu automatif, elektrik, teknologi maklumat, pastri dan kulinari, penyediaan pakaian wanita dan penyamanan udara sebagaimana yang terkandung di dalam STDC dan setiap pelajar tahfiz itu akan mempunyai subsidi di antara RM4,900 sehingga RM15,075 dan ini adalah untuk memberi peluang kepada graduan-graduan tahfiz ini dan mereka bukan hanya seorang huffaz atau pun seorang yang menghafal Al-Quran memahami Al-Quran tetapi di dalam masa yang sama mereka juga mempunyai kemahiran-kemahiran teknikal dan skil lain yang boleh dijadikan ruang kepada pasaran pekerjaan. Terima kasih.
Ya Batu Tiga. Dusun Tua, Dusun Tua.
Soalan tambahan saya, adakah tahfiz ini yang perlu berlesen sahaja dalam kelulusan ini atau pun yang belum ada lesen pun boleh memohon.
Setakat ini memang Kerajaan Negeri memang untuk menggalakkan pendaftaran atau pun memastikan tahfiz-tahfiz atau pusat-pusat tahfiz ini memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Program tawaran ini diberikan kepada tahfiz-tahfiz yang berdaftar dan berlesen dengan pihak Kerajaan Negeri. Jadi kita bukan hendak menggalakkan mereka yang tidak lengkap dan sebagainya jadi yang tidak lengkap, kita ada program pemutihannya malahan kita memberikan masa yang cukup panjang sampai sekarang untuk pemutihan tahfiz-tahfiz sesuai dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada tahun 2016, 2017, terima kasih.
Batu Tiga.
Adakah kerajaan mempunyai perancangan bagi menilai semula keberkesanan setelah kita melatih pelajar-pelajar tahfiz ini di dalam Program TVET, adakah kita berusaha mewujudkan sedikit peluang pekerjaan kepada pihak mereka dan kita ingin menilai keberkesanan bagaimana mereka ini boleh mengadaptasi dalam bidang pekerjaan selepas daripada itu, terima kasih.
Daripada pengalaman kita di STDC secara untuk keseluruhan bukan hanya untuk pelajar tahfiz, saya tidak ada angkanya tapi setiap kali lawatan antara perkara pertama yang saya tanya sejauh mana peluang pekerjaan atau pun pengambilan pekerjaan daripada graduan-graduan daripada STDC. Secara asasnya hampir 80% daripada graduan-graduan STDC akan ditempatkan di ruang pekerjaan. Mungkin ada pada tahun-tahun tertentu 95% sebelum pandemik ya. Jadi ini saya percaya turut memberi peluang kepada mereka untuk ruang pekerjaan khususnya untuk kemahiran-kemahiran IKTISASS ataupun kemampuan-kemampuan IKTISASS seperti yang saya sebutkan tadi kerana keeempat-empat dan kelima-lima perkara ini memang telah lama dilaksanakan dan telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai anak-anak muda di Negeri Selangor. Isunya disini ialah bagaimana kita meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi. Dengan latihan yang telah diberikan untuk kemahiran seperti ini sebenarnya mereka akan dapat boleh dianggap sebagai income ataupun pendapatan yang belum cukup untuk masuk dalam kelompok menengah.
Di situ Kerajaan Negeri membuat STDC-X di peringkat, di Shah Alam dan di sana kita ada kerjasama dengan Siemens. Hari ini pun saya akan menjadi pemerhati kepada wakil Kerajaan Negeri untuk tandatangan di antara Siemens dan pihak Kerajaan Negeri kerana kita nak tambah lagi beberapa lagi mesin. Kita kerjasama dengan The Source System, kita kerjasama dengan Apple dan sekarang lebih 1000 dalam tempoh kurang daripada setahun setelah kita buat STDC-X. Ini contohnya bagaimana kita nak tambah kemahiran mereka-mereka yang telah bergraduat sama ada universiti dan juga di STDC supaya mempunyai kemahiran yang lebih baik dan
memberikan apa yang kita namakan sebagai upskilling kepada pekerja-pekerja kita di Negeri Selangor supaya boleh menambah pendapatan mereka sesuai dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Soalan no.5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Pelantikan Ahli Majlis Dan Ketua KampungQuestions
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah formula pengagihan jawatan Ahli Majlis dan Ketua Kampung mengikut parti-parti komponen dalam Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan bilakah pengagihan ini akan dimuktamadkan?
Terima kasih Tuan Speaker.
Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang untuk (a) bagi pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1/2021 – Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang berkuat kuasa 1 September 2021.
Berdasarkan pekeliling tersebut, tiada formula yang ditetapkan berkaitan pengagihan jawatan Ahli Majlis mengikut parti-parti komponen yang membentuk Kerajaan. Namun yang demikian, pembahagian kuota adalah berdasarkan kepada nisbah calon parti dan calon Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu 75 peratus adalah daripada calon parti manakala 25 peratus lagi adalah daripada calon Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Bagi pelantikan Pengerusi Majlis Pengerusi Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun pula adalah mengikut Garis Panduan Dasar, Tatacara dan Peraturan Mengenai Pelantikan Perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perkampungan (PPP) Dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru/Bagan/Tersusun Negeri Selangor.
Di dalam pekeliling ini juga, tiada formula mahupun kuota ditetapkan berkaitan dengan pengagihan jawatan pengerusi MPKK mengikut parti-parti komponen yang membentuk kerajaan. Dari sejumlah 77 pengerusi kampung baru/bagan/tersusun Negeri Selangor, sebanyak 46 orang pengerusi MPKK adalah daripada Democratic Action Party (DAP) dan 31 orang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pembahagian kuota antara parti adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan di antara ketua-ketua parti-parti tersebut. Memandangkan soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang juga menyentuh kampung tradisi ini di bawah EXCO Pembangunan Desa, Perpaduan dan Pengguna jadi saya minta izin untuk sentuh. Formula pelantikan bagi ketua-ketua kampung tradisi juga ditentukan berdasarkan rundingan dengan pimpinan parti-parti politik di dalam gabungan Kerajaan
Apabila persetujuan sudah dicapai, barulah proses pemilihan Ketua-Ketua Kampung Tradisi dibuat mengikut Garis Panduan, Dasar, Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Negeri Selangor.
Proses rundingan dan persetujuan berkaitan pelantikan Ketua-ketua Kampung Tradisi ini dijangka akan dimuktamadkan pada bulan Mac dan pelantikan baharu dijangka berkuat kuasa bulan April 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh perkhidmatan Ketua-ketua Kampung Tradisi sedia ada pada masa ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2024. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Hari ini 28 Februari sidang akan berakhir 11 Mac. Belum ada penyelesaian tentang pengagihan jawatan Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Kampung. Baru runding. Baru surat pekeliling. Masalah di bawah semakin rumit sama ada di peringkat PBT ataupun di peringkat kampung. Alasan yang diberikan tak ada formula, saya kira Sekinchan boleh rujuk pakar formula di peringkat persekutuan. Inilah yang menyebabkan saya kira, pada pandangan saya Tuanku Sultan Selangor telah mengeluarkan dua titah. Pertama, ketika merasmikan Majlis Bandaraya Diraja Klang dan kedua ketika Istiadat Pembukaan Sidang Dewan pagi semalam. Antara titah Baginda yang cukup tegas “Beta mengingatkan sekali lagi kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar dapat melaksanakan syor Beta supaya keanggotaan Ahli-Ahli Majlis terdiri daripada sekurang-kurangnya 50% golongan profesional dan tidak dimonopoli oleh Ahli Politik”. Jadi persoalan saya Yang Berhormat EXCO, oleh kerana Yang Berhormat EXCO tidak ada formula, rundingan masih berjalan, kalau kita lihat kenyataan-kenyataan rasmi di luar sana ketua Parti Sungai Air Tawar pun sudah berang, marah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga belum dapat menyelesaikan akhirnya ada persetujuan tak apalah mereka ambil PBT, UMNO ambil kampung. Ini perpaduan apa ini? Yang menderita rakyat di bawah, pembayar cukai di bawah.
Soalannya.
Soalan saya mudah sahaja, oleh kerana Setiausaha Kerajaan Negeri telah keluarkan surat pekeliling untuk pelantikan Ahli Majlis dan beberapa peraturan yang ditetapkan, apakah Kerajaan Negeri akan mengeluarkan satu lagi surat pekeliling dengan mengikat titah Baginda. Saya ingin bertanya secara spesifik kepada Sekinchan, apakah Yang Berhormat Sekinchan dan Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk melaksanakan titah Tuanku supaya 50% daripada pelantikan ini adalah di kalangan golongan profesional dan bukan orang-orang politik? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Hulu Kelang yang pagi ini cukup prihatin dengan urusan rumah tangga Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional, saya nasihatkan rumah tangga sendiri kena jaga sebelum ada masalah berlaku. Saya cuma nak bagi tahu 2 perkara saya nak bagi maklum balas kepada Yang Berhormat Hulu Kelang yang cukup prihatin itu tadi tentang pelantikan Ahli Majlis. Kita dah selesai ke penghujung, hanya tinggal sedikit sahaja pelantikan ada lagi dalam, seluruhnya dah selesai. More than 90%. Ada 23 sahaja yang akan kita isi secara beransur dan kita akan tengok kriteria, kriteria-kriterianya. Jadi usah khuatir dan usah khuatir dengan tarikhnya, tarikhnya di mana tarikh pelantikan Ketua Kampung Tradisi Yang Berhormat Sungai Air Tawar dia tidak berang. Ya, berang atau tidak? Tak ada berang ya? Berang tak ada ya? Tak ada dia biasa, berang ke apa, dia cool, dia slowly and steady tidak ada masalah. Kita dah lanjutkan. Dia tak ada masalah di lapangan. Pengurusan di kampung MPKK berjalan seperti biasa. Kita dah lanjutkan sehingga 31 Mac 2024 dan kita akan isi April dan kita tengok kesesuaian ini berdasarkan cara kita secara hubungan kekeluargaan yang baik. Kita bincang. Tak ada masalah. Itu untuk Ketua Kampung jadi usah khuatir usah rasa macam kepanasan. Tak perlu lah. Dan yang kemudiannya saya menyanjung sembah titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam titah dan cadangan Duli Yang Maha Mulia tentang pelantikan Ahli Majlis 50% daripada profesional dan bukan Ahli Politik dan sebagainya. Kita akan perhalusi satu persatu. Ini cadangan yang baik kita perhalusi satu persatu mengikut kesesuaian pada peringkat-peringkat yang tertentu. Ini semua kita merangkumi, Selangor ini kita rencam dan kita akan ambil dari latar belakang profesional. Profesional ini taksiran dia panjang dan lebar. Bukan setakat engineer, lawyer, bukan setakat doktor. Profesional ni kalau pakar-pakar yang hebat motivator ini juga profesional. Perniagaan juga profesional dalam bidang perniagaan. Kalau profesional dalam pengurusan, management pun boleh. Semua kita akan perhalusi. Jadi usah khuatir Hulu Kelang. Kita akan melakukan yang terbaik demi rakyat Negeri Selangor supaya Kerajaan Perpaduan ini terus padu ke hadapan. Terima kasih.
Hulu Kelang nak tanya soalan tambahan.
Ya. Apakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan Titah Tuanku?. Saya tidak mahu definisi apa golongan profesional, siapa mereka. Apakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan Titah Tuanku dan bila boleh dilaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih. Titah, sembah ucapan daripada Tuanku, daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kita menjunjung kasih sebab Tuanku begitu cukup prihatin dengan masalah rakyat di Negeri Selangor.
Jawab ya atau tidak.
Belum lagi Yang Berhormat, saya nak ucapkan terima kasih dulu.
Biar, biar, biar Sekinchan jawab.
Baru terima kasih dia dah melenting. Macam mana pagi-pagi lagi dia dah melenting, Hulu Kelang tak sabar. Sabar kejap. Saya baru terima kasih. Macam semalam kat Parlimen terima kasih pun susah. (Bahasa Jawa). Jadi kita akan jadikan satu pedoman dan dijadikan satu garis panduan untuk kita dan kita akan laksanakan, akan teliti secara menyeluruh, secara berperingkat- peringkat mengikut kesesuaian. Ini kebijaksanaan Dato Menteri Besar. Usah khuatir. Yang Berhormat pernah jadi Menteri Besar. Semua segala urusan kita tak boleh lakukan terburu-buru. Rakyat Selangor tengok profesionalnya, caranya, gaya pentadbiran Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional di Selangor ini, kita lain. Tak macam sesetengah tempat. Kita tidak. Kita secara berbincang dengan semua komponen, bincang dengan SUK, bincang dengan semua stakeholder. Itu cara kita, jadi ini cara kita. Usah khuatir. Yang Berhormat boleh tanya dari masa ke semasa melalui platform yang ada. Itu jawapan saya daripada Sekinchan. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang.
Sijangkang.
Soalan nombor 5.
Nombor 6.
Minta maaf. Soalan nombor 6.
Soalan 6 ya bukan 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Projek Tebatan Banjir Di Kuala LangatQuestions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status projek tebatan banjir di Kuala Langat?
b)
Berapakah peruntukan perbelanjaan yang telah diluluskan dan bilakah pelaksanaannya?
c)
Apakah status naik taraf sistem perparitan di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pada Yang Berhormat Sijangkang. Terima kasih Tuan Speaker. Sijangkang bertanyakan soalan berhubung dengan projek tebatan banjir di Kuala Langat. Ada tiga bahagian kepada soalan Yang Berhormat. Saya akan jawab satu persatu. Yang (a) dan (b) saya buat sekali. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM33.85 juta untuk melaksanakan dua (2) projek tebatan banjir di Daerah Kuala Langat. Perincian projek tebatan banjir yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Yang pertama adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sijangkang. Ini melibatkan skop penstabilan dan pengukuhan tebing dan pembinaan gross pollutant trap (GPT) di sungai berkenaan yang bermula pada 26 Mei 2023 dan dijangka siap pada 22 November 2024. Ini dalam pelaksanaan. Kalau mengikut jadual sepatutnya dah 14% siap. Setakat hari ini 13%. Lari 1%, bolehlah kita boleh terima lah ya. Ada sedikit 1% delay. Sehingga 31 Januari 2024 kemajuannya. Yang kedua, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Banting ini melibatkan pembinaan U-drain, culvert iaitu bernilai RM15,000,000.00. Tarikh mula 17 Mei 2023 dan dijangka siap pada 14 Ogos 2024. Ini juga dalam pelaksanaan. Jadual, kalau mengikut jadual 15% dan sebenar 13%. Ada delay 2%. Ini mengikut, setakat 31 Januari 2024. Jadi keseluruhan kos bagi projek tebatan banjir di Daerah Kuala Langat sekitar itu yang saya sebut tadi ya RM33.85 juta. Untuk yang projek menaiktaraf saliran Perepat adalah seperti berikut. Ini skop kerja melibatkan penaiktarafan longkang di Jalan Telok Mengkuang juga melibatkan penaiktarafan parit di Jalan Perepat. Dan juga upgrading ataupun naik taraf longkang tanah juga di Jalan Perepat ini, ini bernilai RM5.507 juta. Kalau ikut jadualnya ialah 13 September bermula dan dijangka siap pada 10 September 2025. Ini dalam pelaksanaan, kalau ikut jadual 11%, sebenarnya 9%. Makna 2% delay sikit. Iaitu setakat 31 Januari 2024 ada sedikit masalah berhubung dengan pembekalan bahan U-Drain ini yang
sedang kita selesaikan, insyaAllah. Itu setakat yang saya dapat berikan. Terima kasih.
Ya Sijangkang.
Terima kasih, silap sebut tadi Dato’ Menteri Besar, provoke pula. Saya lihat di Jalan Perepat ini tidak ada apa-apa lagi cuma mungkin alignment perparitan itu berlaku mungkin akan ada status-status kemudian. Cuma saya hendak dapat juga maklumat, apakah status yang terkini hotspot di Sungai Jarum Emas? Satu-satunya hotspot di Kuala Langat ataupun ada tambahan lagi hotspot yang didaftarkan dan juga status ataupun dapatan punca banjir di kawasan di sekitar pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang saya sebutkan dalam sidang yang lepas dan pada hari ini sangat memberikan kesan kepada penduduk di Taman Desa Komandul dan juga kepada pengguna-pengguna, banjir yang berlanjutan lebih daripada sebulan, tenang di situ yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang memberikan kesan juga kepada guru-guru yang hendak pergi sekolah dan juga mobile clinic untuk memberikan perkhidmatan kesihatan di kawasan itu. Mungkin ada makluman, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, untuk makluman Yang Berhormat specifically saya tidak dapat memberikan secara detail yang kawasan hotspot, cuma saya boleh maklumkan di sini bahawa terdapat peningkatan yang ketara kawasan hotspot. Hotspot ini dalam definisi kita adalah kawasan banjir yang berlaku di kawasan berlaku tiga kali atau lebih pada tempat yang sama dalam tahun itu makna itu dianggap hotspot. Jadi untuk makluman, pada tahun 2022 kita ada 52 lokasi di Selangor ini cuma saya tidak boleh cerita specifically Kuala Langat, nanti saya akan berikan jawapan detail telah meningkat kepada 97 makna sudah sekali ganda hampir sekali ganda telah meningkat kawasan hotspot disebabkan banyak faktor. Faktor urbanisasi dan faktor climate change yang kita sedang hadapi. Memang Kerajaan Negeri kita melihat secara teliti di bawah sejam dengan melibatkan bukan sahaja agensi ataupun jabatan di peringkat Negeri tapi juga peringkat Persekutuan dan baru ini pihak NAHRIM datang kita panggil untuk membentangkan, melihat secara teliti penyelesaian secara tuntas dan secara jangka panjang sebab kita tidak boleh, kita boleh buat secara piecemeal ataupun secara adhoc ini tetapi saya melihat dengan banjir ini adalah satu perkara yang perlu diselesaikan secara menyeluruh. Jadi untuk hotspot ini kita akan menyelesaikan juga dalam masa yang sama kita akan cari jalan jangka masa panjang untuk menyelesaikan. Tentang berhubung Sungai Rasau ini telah ditimbulkan kita telah bincang kadang-kadang projek banjir ini menyebabkan berlaku dalam proses pembinaan. Bila sudah siap dia akan selesai tetapi kita ambil kira dalam proses pembinaan juga perlu dilihat. Saya menerima banyak aduan berhubung dengan pembinaan Sungai Rasau ini ia menyebabkan jajaran paip yang agak panjang saya rasa lebih daripada 20 kilometer terutama yang akan pergi sehingga menaiktarafan sehingga ke Lipat Kajang dan sebagainya. Jadi laluan ini
menyebabkan banyak mengganggu aliran air di longkang ini. Ini sebab kita minta supaya Air Selangor meneliti balik kawasan-kawasan yang sering menerima aduan berhubung dengan banjir ini. Saya akan berikan secara detail nanti ini perancangan kita bagaimana penyelesaian kawasan banjir yang terkesan disebabkan oleh pembangunan loji Rawatan Air Rasau ini, Sungai Rasau ini. Terima kasih.
Sentosa.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Program SithamQuestions
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Nyatakan prestasi kewangan Program Sitham pada tahun 2020-2023.
b)
Apakah pelan pembaharuan program pada tahun 2024?
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, Tuan Speaker saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Kinrara kerana tidak dapat hadir pada hari ini. Sejak bermula diperkenalkan pada tahun 2015 perkhidmatan Bas SmartSelangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat di Negeri Selangor sekali gus menepati sasaran penubuhannya di mana sehingga bulan Disember 2023 jumlah penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan Bas SmartSelangor adalah sebanyak 67,041,769. Matlamat utama Program Bas SmartSelangor adalah bukan untuk mendapatkan keuntungan tetapi ia adalah suatu perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Selangor secara percuma di samping dapat mengurangkan bebanan kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM15,025,398.00 sepanjang tahun 2023 bagi tujuan menampung kos keseluruhan operasi Bas SmartSelangor termasuk kos penyelenggaraan bagi pihak operasi dan yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Terima kasih.
Pandamaran.
Tuan Speaker dengan izin Subang Jaya ingin mengambil soalan Pandamaran mengikut Peraturan Tetap 24(2).
Saya tidak membenarkan. Seri Serdang, Seri Serdang
Tuan Speaker, soalan nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Pangsapuri Kos RendahQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Terdapat pangsapuri kos rendah dan sederhana yang telah lama dan usang. Apakah ada peruntukan khusus bagi memulihkan pangsapuri-pangsapuri ini bagi memastikan keadaan yang lebih bersih dan teratur?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan khusus bagi pemutihan pangsapuri-pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah di bawah Skim CERIA. Secara umumnya, Skim CERIA (Caring Government For Residents’ Improvement Aid) merupakan bantuan baik pulih pangsapuri berkonsepkan pembaikan penuh oleh Kerajaan Negeri bagi pangsapuri jenis kos rendah dan perkongsian kos baik pulih bersama dengan penduduk untuk pangsapuri kos sederhana rendah. Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM7 juta di bawah Skim CERIA untuk tujuan baik pulih pangsapuri-pangsapuri yang usang dan lama di bawah pemantauan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui LPHS turut menyediakan program-program memberdayakan komuniti kepada pangsapuri-pangsapuri lama dan usang bagi memastikan keterjaminan keselesaan, keceriaan, keselamatan dan menambah pendapatan komuniti pangsapuri dengan mengadakan program-program seperti berikut. Skim ASSES iaitu objektifnya adalah Program Kawalan dan keselamatan kediaman pemasangan Kamera Litar Tertutup dan Program SCORE iaitu Program Laman Hijau mewujudkan tapak-tapak Laman Hijau, Pertandingan Laman Hijau dan juga Penganugerahan Laman Hijau. C-SMART juga iaitu program kursus untuk latihan kepada JMB / MC untuk pengurusan strata yang berkualiti iaitu latihan badan profesional kepada JMB / MC mengenai tatacara
pengurusan bangunan, pengurusan kewangan dan keselamatan bangunan dan seterusnya Program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Negeri ataupun MEKAR, memperkasakan ekonomi golongan rentan serta miskin bandar terutama di perumahan kos rendah. Penubuhan koperasi komuniti pangsapuri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Institut Koperasi Malaysia. Akhirnya juga Rewang Sekampung Pangsapuri Negeri memberi tumpuan kepada mengurangkan ketidaksetaraan, kehidupan bandar yang mampan, menggalakkan kerjasama. Ini telah kita adakan baru-baru ini di rumah pangsa di kawasan Pandan Indah yang mana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor merasmikan program tersebut. Program Rewang Komuniti Strata 2024 ini adalah bertemakan Komuniti Ke arah Kelestarian Komuniti Pangsapuri Bandar. Jadi dengar program-program yang ada, insyaAllah dapat kita mendekati dan juga menangani sebarang masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Speaker.
Ya Seri Serdang.
Saya ucap terima kasih kepada EXCO di atas saya kira banyak program-program yang telah pun diaturkan dan akan diaturkan khusus bagi kita hendak menceriakan lagi dan memulihkan pangsapuri ini termasuklah kos rendah dan juga kos sederhana. Cuma Yang Berhormat Speaker, kita difahamkan ialah untuk Skim CERIA dan sebagainya perlulah ditubuhkan JMB ataupun MC di kawasan-kawasan pangsapuri ini. Cuma ada masalah yang timbul terutamanya di pangsapuri kos rendah terdapat pangsapuri yang tidak berjaya menubuhkan JMB ataupun MC di tempat mereka. Jadi keadaan mereka itu sangat daif dan perlukan kepada pemulihan pangsapuri tersebut. So apakah ada rancangan tertentu ataupun kaedah-kaedah tertentu supaya walaupun mereka tidak dapat menubuhkan JMB ataupun MC tapi kita boleh juga mengusahakan sesuatu untuk pangsapuri kos rendah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang seperti yang saya sebut tadi bahawa kita ada Program C-SMART. C-SMART ini adalah program kursus dan latihan kepada JMB dan MC untuk urusan berstrata berkualiti. Jadi latihan yang kita buat ini adalah mengenai tatacara pengurusan bangunan, pengurusan kewangan dan keselamatan bangunan. Jadi ini yang kita telah ada hala tuju kita untuk memastikan JMB dan juga MC ini di bawah kawalan kita untuk memastikan mereka ini melaksanakan tanggungjawab apabila mereka telah diberi amanah oleh pihak penduduk. Jadi kami daripada LPHS memastikan latihan-latihan yang perlu diberi tumpuan kepada mereka untuk menguruskan sebab saya lihat kadang-kadang mereka tertumpu kepada kawasan perumahan yang memang berpendapatan tinggi MC dan juga JMB nampak lebih teratur tetapi bagi kawasan perumahan yang mungkin penempatan mereka tidak
mencapai apa yang telah sepatutnya jadi menyebabkan mungkin pentadbiran itu kurang memuaskan jadi pihak pemantauan daripada LPHS kita pastikan mereka ini bergerak di dalam landasan yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Selat Klang.
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 10.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Kutipan Hasil Cukai Negeri SelangorQuestions
10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Berapa peratus penambahan atau peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri jangkakan akan diperoleh daripada hasil kutipan cukai pintu di kampung tradisi?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Selat Klang yang bertanyakan tentang kutipan cukai Kampung Tradisi. Jangkaan hasil yang akan diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kutipan cukai taksiran kediaman kampung pada tahun 2024 adalah berjumlah RM11.22 juta melibatkan 98,483 bilangan pegangan di seluruh Negeri Selangor, sekian terima kasih.
Ya Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan. Ini bukan satu perkara baru. Pada tahun 2016, 2017,2018 saya dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ketika itu telah pun memperkenalkan Skim Pengecualian Cukai Taksiran untuk rumah-rumah kampung bukan sahaja rumah kampung tradisi tetapi rumah kampung bagan, kampung nelayan, rumah-rumah kos rendah. Kita juga telah memperkenalkan Skim Pengecualian Fi Lesen Perniagaan untuk peniaga-peniaga kecil di pasar tani, pasar malam. Malangnya baru-baru ini Kerajaan Negeri melalui Yang Berhormat Sekinchan telah mengumumkan pengecualian cukai ini ditarik balik dan tadi diumumkan penjimatan di pihak Kerajaan untuk tahun 2024 hanya RM11.22 juta. Persoalan saya Tuan Speaker, apalah RM11 juta dibandingkan dengan reserve Kerajaan Negeri yang
dihebahkan berjumlah RM3.5 bilion. Mengapa ditarik balik? Pengalaman saya, setiap tahun beban kewangan kepada Kerajaan hanya sekitar RM62 hingga RM70 juta. Dengan memperkenalkan Skim Pengecualian ini, Kerajaan terpaksa menanggung bebanan kewangan di antara RM62 juta hingga RM70 juta tetapi saya masih melakukan kerana reserve kita besar. Ini juga ada kaitan dengan Titah Tuanku, di mana hasil negeri perlu diurus dengan baik dan dibelanjakan. Bukan kerja Kerajaan untuk simpan reserve yang besar tapi rakyat di bawah menderita. Jadi saya minta Yang Berhormat Sekinchan supaya pertimbangkan semula pengumuman yang telah dibuat supaya rumah-rumah kampung tradisi, kampung bagan, kampung nelayan, rumah kos rendah diberikan pengecualian cukai taksiran kerana pungutan yang dikumpulkan hanya RM11 juta berilah kepada rakyat yang sedang menderita di bawah. Itu permintaan saya. Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat ringkaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang prihatin dan menjadi pejuang rakyat dalam pagi ini. Tidak apa saya hendak jawab dengan ringkas sahaja. Kerajaan Selangor meneruskan komitmen dan komited dengan memberi pengecualian kepada golongan-golongan yang betul-betul memerlukan. Kita terus kepada golongan kita beri pengecualian secara bersasar kepada golongan-golongan yang memerlukan di kampung baru, kampung bagan, kampung tersusun dan kampung tradisi. Ini cara kita. Dan mereka-mereka yang merasakan mereka terbeban dan sebagainya layak, boleh memohon. Kita ada syarat-syaratnya pendapatan isi rumah dan suami RM5 ribu dan keluasan 2 ribu dan sebagainya ada syarat dan subsidi bersasar. Kita tidak mahu meneruskan legasi yang sebelum ini yang hanya bagi pengecualian secara pukul rata, secara pukal. Ini bukan cara yang terbaik sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita mahu walaupun dia tak besar tapi kita nak perbetulkan urus tadbir satu persatu. Itulah Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di mana belanja dengan berhemah dan tertib. Ini cara kita tapi ada setengah orang dia cari populariti dia nak tunjuk dia hebat, cara nak beri sahaja, tak boleh. Kita kena bagi kepada mereka yang betul-betul, kalau di kampung rumah dia banglo besar, Kampung Baharu, Kampung Cina, banglo besar tak perlu bayar cukai taksiran dan sampah kita kutip dan sebagainya. Adakah adil sedangkan di taman-taman teres, rumah kecil tak sampai 2,000 kaki persegi kena bayar, adakah ini dikatakan adil? Di dalam Islam keadilan untuk semua. Jadi kita bantu mereka yang bersasar tapi yang mereka yang lebih yang mampu seperti ada rumah sewa ada lima, ada sepuluh, tak perlu bayar kutip rumah sewa kutip semua tak perlu bayar. Inilah yang kita hendak perbetulkan tapi usah khuatir, sekali lagi saya tegaskan di dalam Dewan Yang Mulia ini Tuan Speaker, kita akan bagi mereka yang layak, selayak-layak kita akan bagi, tak ada masalah. Kita bukan bagi secara pukul rata tapi kita akan bagi Insya Allah, terima kasih.
Seri Serdang.
Tuan Speaker, di dalam Seri Serdang kami ini kita ada 3 kampung tradisi. Saya melihat kos kampung tradisi semakin hari semakin meningkat, kos kampung tradisi di letakkan di bawah PBT dan PBT income sangat terhad. Kalau MPSJ yang hari ini, income dia dah sampai santak syiling pada hari ini dan saya rasa kalau hendak dibandingkan di zaman Hulu Kelang sebagai Menteri Besar mungkin populasinya tak sama seperti hari ini, peningkatan-peningkatan kos yang berlaku pada hari ini disebabkan penambahan kepada populasi penduduk yang ada di dalam kampung tradisi hari ini memerlukan kepada satu kaedah baru untuk memastikan kita cukup dana untuk membangunkan kampung-kampung tradisi ini. Soalan saya tambahan kepada Yang Berhormat EXCO, sasaran untuk kita beri pengecualian, apakah ada pendetailan untuk dipermudahkan atau di perketatkan syarat ini kerana kita Yang Berhormat EXCO cakap tadi, buat rumah sewa. Rumah sewa okay lah satu hal. Bagaimana pula orang-orang tempatan yang menyewakan pula kepada warga asing yang berlaku banyak di dalam kawasan kampung tradisi pada hari ini. Saya merasakan kaedah ini ialah kaedah terbaik untuk kita mengekang anasir-anasir yang tidak sepatutnya berlaku dan saya minta penjelasan dari pihak EXCO apakah pendetailan dengan izin, tentang bagaimana untuk mendapatkan pengecualian cukai-cukai pintu ini terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Serdang yang faham tentang perkara sedemikian, bukan soal peruntukan, bukan soal bilangan jumlah dia, soalnya kita hendak perbetulkan urus tadbir, kita nak didik rakyat supaya rakyat faham hasrat kerajaan itu murni, kita sentiasa ingin bantu. Macam kos rendah semua kita kecuali, kos rendah tidak ada masalah kita kecualikan tetapi di kampung-kampung, di bagan tersusun, tradisi mereka yang menepati syarat tapi seperti yang saya kata pendapatan suami isteri RM5,000 , bawah 2,000 kaki dengan syarat-syarat tertentu itu saya akan bagi tahu dengan bertulis, mereka boleh mohon. Caranya enteng melalui Ahli Majlis melalui majlis sahaja atau pun datang ke Pusat Khidmat, kita boleh bantu. Itu sahaja. Orang kampung usah khuatir dan kemudiannya seperti Program Air Percuma dulu kita bagi 10 tahun, setiap tahun kita belanja 100 lebih juta kepada seluruh rakyat Selangor 10 tahun, kemudian kita kaji semula sebab ramai orang kata ada orang dapat air percuma, orang kaya tiap-tiap hari cuci anjing, mandi dengan anjing, mandi kereta, mandi itu semua air bazir begitu sebab mereka tidak perlu pun RM11.40 dulu. Setengah orang tak perlu pun. Yang Berhormat Air Tawar pun tak perlu, saya pun tidak perlu sebab kita boleh bayar, jadi kenapa kita dapat percuma, kalau percuma saya ambillah. Tapi itu bukan cara yang terbaik. Akhirnya saya kepada kampung mereka yang pendapatan rendah semua boleh mohon secara bersasar. Sekarang semua sudah terurus dengan baik, syukur Alhamdulillah dengan izin. Sekarang dengan cara di kampung tradisi ini cukai pintu kita uruskan begitu. Kita sedia maklum, di PBT ini tanggungan kos penyelenggaraan, kos perbelanjaan semakin hari semakin tinggi. Kita hendak bayar sampah dan harapan rakyat terhadap kita, pengurusannya kena mampan, kena cepat, kena pantas, kena bersih. Kita sedia maklum Selangor ini mempunyai
harapan yang nombor satu sebab Pakatan Harapan, Barisan Nasional Kerajaan Perpaduan jadi dia mahu pentadbiran yang lebih efisien, pentadbiran yang lebih ke hadapan maka harapan itu tinggi jadi kita perlukan kos yang tinggi untuk kita mengendalikannya. Mana kita hendak cari fulus walaupun 10 juta, 20 juta kita kena jimatkan. Wang yang tidak perlu macam sewa kepada contoh Sungai Serdang, sewa rumah kepada orang asing 10 pintu di kampung saya ada, di Kapar, di Tok Muda 10 pintu tak perlu bayar cukai pintu, tapi dia bayar apa? Tiap-tiap hari kutip sewa, lepas itu jadikan sampah banyak, lepas itu complaint Majlis Bandaraya Shah Alam kenapa tidak bersihkan, ini kos siapa hendak tanggung? Tak patut, betul tak? Oleh yang demikian, kita susun balik demi kebaikan, demi semua orang dan saya nampak cara kita lebih bertanggungjawab, berhemah dan betul-betul bantu rakyat, bukan hendak tarik undi, nak cari popular, ini bukan masanya. Masa kita perbetulkan pentadbiran kita supaya lebih proaktif lebih kompeten. Sekian, terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Soalan seterusnya dari Sabak.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 11.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Pendapatan Hasil Padi SelangorQuestions
11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah hasil padi Selangor untuk tahun 2023 berbanding 2022?
b)
Berapakah jumlah hasil padi Selangor yang dipasarkan di pasaran domestik sebagai beras tempatan untuk tahun 2023?
Terima kasih Yang Berhormat Sabak, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sabak ini berhubung dengan isu padi, berapa jumlah hasil padi Selangor untuk tahun 2023 berbanding tahun 2022, bahagian pertama dan seterusnya hasil padi yang dipasarkan di pasaran domestik bagi tahun 2023. Untuk makluman Yang Berhormat perbandingan jumlah hasil padi Negeri Selangor untuk tahun 2023 berbanding tahun 2022 adalah seperti berikut; untuk musim utama tahun 2021/2022, setahun itu 71,688 matrik tan dan untuk tahun 2022/2023, 88,551 matrik
tan. Ini peningkatan sebanyak 16,863 matrik tan. Iaitu 23.5% peningkatan. Tapi kalau kita lihat masih lagi tahun 2022 hari itu hanya sekitar 4.04 matrik tan untuk satu hektar dan untuk musim utama, dia meningkat kepada 5 matrik tan per hektar. Ini adalah satu yang masih agak rendah. Kita pernah mencapai sehingga 7-8 tan makna hampir separuh ini keluaran yang dikeluarkan tapi ada peningkatan pada hasil padi di Barat Laut Selangor. Tentang hasil yang dipasarkan di pasaran domestik beras tempatan ini untuk tahun 2023 ialah 48,703 matrik tan atau 55%. Kita kena faham bukan semua padi yang dihasilkan diguna balik untuk beras sebahagiannya diguna untuk benih, jadi di kebanyakan kawasan terutama di sekitar Sekinchan adalah ditanam untuk benih, manakala lebihannya 38,848 matrik tan atau 45% dijadikan benih untuk penanaman yang berikutnya. Itu jawapan daripada saya, terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Apakah usaha Kerajaan Negeri atau apakah inisiatif kerajaan untuk menambah hasil padi di Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Tentang usaha padi ini memang panjanglah kalau saya hendak cerita tetapi apa yang saya boleh sebutkan usaha secara bersepadu melibatkan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan sedang dibuat secara berperingkat-peringkat untuk memastikan bahawa usaha meningkatkan hasil padi akan dilaksanakan cuma saya sudah maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian bahawa Selangor tidak ada lagi kawasan baru, apa yang kita boleh buat ialah meningkatkan hasil di kawasan sedia ada. Kita ada kawasan penanaman padi kita ini sebenarnya 19 ribu lebih hektar di Barat Laut tetapi ada yang telah di salah guna untuk penanaman sayur dan sebagainya, sekarang kita ada sekitar 17,740 hektar untuk penanaman padi, ini akan kita tingkatkan hasilnya. Bayangkan kalau kita tingkat satu kali hasil, sebenarnya balik kepada asal sahaja 7-8 tan per hektar, kita dapat meningkatkan hasil padi kepada lebih 100 ribu metrik tan setiap musim. Cerita 5 kali 2 tahun ini bukanlah baru, tanam padi 5 kali 2 tahun bukanlah baru tetapi ada banyak faktor yang kita kena pertimbangkan terutama tentang bekalan air, ini tidak mencukupi, kita telah buat kajian dan kita telah finalise harga, kita memerlukan sekitar hampir 1 bilion sebenarnya untuk menaik balik taraf sistem saliran, menyediakan kolam takungan air tambahan. Ini adalah beberapa perkara yang telah kita masukkan dalam usaha peningkatan hasil pada yang kita telah akan bentangkan nanti kepada Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Ya, soalan tambahan Sabak.
Terima kasih Tuan Speaker, saya sebagai orang pesawah juga, orang petani, mendapati pendapatan untuk awal tahun 2024 sekarang sangat kritikal. Ada yang pendapatan dalam 1 hektar tidak mencapai pun satu tan, ada yang dalam dua tan, tiga tan itu purata. Jadi kalau ini tidak ditangani yang sering Kerajaan Negeri Selangor cakap untuk bawa teknologi Sekinchan pergi ke Johor, ke Sarawak sedang teknologi itu sendiri tak sampai pun ke Sabak, sampai ke sana dan apabila saya bertemu petani, kesukaran petani sebenarnya hendak berkomunikasi dengan pegawai daripada Jabatan Pertanian, sukar untuk mereka bertemu, kalau dulu rajin turun ke sawah sekarang tidak berapa rajin turun ke sawah. Itu satu, yang kedua daripada jumlah pengeluaran hasil padi dalam pasaran domestik 38 ribu lebih kurang, adakah Kerajaan Negeri dapat pastikan bahawa 38 ribu tan ini sebagai hasil beras sebagaimana yang disebutkan tadi betul-betul ada dalam pasaran domestik sebagai beras tempatan. Apakah tidak ada isu-isu nanti akan bertukar beras tempatan menjadi beras import pula dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak yang prihatin, saya sebenarnya anak pesawah juga. Memang sangat faham bagaimana pengurusan sawah ini dan kepayahan. Jadi kalau kita lihat di Selangor ini, pembahagian Barat Laut ini dia ada 9 blok atau 9 kawasan. Sebab itu ramai kata Sekinchan bagus, yang sebelah dia itu Sungai Leman pun hasilnya pun sangat tinggi, bukanlah Sekinchan sahaja, Sungai Leman pun dia tinggi cuma yang jadi masalah sikit ialah sawah sempadan di Sungai Burong dan juga di Bagan Terap, ini antara kawasan-kawasan yang agak rendah pengeluarannya. Dan kita telah buat kajian sebenarnya, ini adalah antara perkara yang telah kita bentangkan dan kita akan finalise, kita ada buat kajian, dulu saya beranggapan bahawanya tanahnya tidak subur, apabila dia buat profiling di keseluruhan kawasan di Barat Laut, sebenarnya tidak ada sangat isu dari segi dan sebagainya tanah sawah ini okay. Kita tengok juga ada benda lain sebenarnya yang mengganggu dari segi pengeluaran. Dan sebenarnya pernah capai tahap yang tinggi itu kecuali di Sabak, di Sabak pernah ada masalah bekalan air yang agak kronik, air tidak cukup sebab air bermula dari Kuala Selangor bawa ke Tanjung Karang dan sebagainya tapi bila sampai ke Sabak tidak cukup air. Jadi kita telah cadangkan itu yang saya sebut 1 bilion termasuk menyediakan kolam simpanan atau pun kolah tadahan air untuk sawah kena dibuat. Ini antara perkara, tidak termasuk tanah jerlus yang dah rosak termasuk di dalam sistem. Tapi masalah yang paling besar yang saya dapati ialah kegagalan banyak petani kita dalam mematuhi SOP atau pun rice check. SOP penanaman padi itu sendiri sebenarnya punca selain dari isu lain ialah benih. Kalau di satu blok itu benih yang tidak sama ditanam, masa tarikh penanaman padi itu pun tidak sama. Benih ini, different benih jangka waktu penanaman padi adalah tidak sama jadi bila datang harvester sekali dia tuaian, dia tuai semua sekali padi yang tidak masak betul ini, dia akan pemutuannya dia akan potong banyak, itu satu.
Lagi satu kita dapati bila buat kajian ini, penggunaan jentera penuaian yang holland yang besar itu kita akan kehilangan 20% atau lebih padi, makna setiap padi yang kita tuai itu 20% tumpah ke bumi. Sebab itu kita sekarang dah mula tahun ini kita dah plan kita akan beli tuaian mesin yang terutama kubota sebut nama sebab itu antara yang paling terbaik yang dibuat di design bersesuaian dengan keperluan padi kita, batas pun tak rosak. Dia memang design itu sedangkan holland itu di design untuk menuai gandum. Jadi bila benda-benda macam ini basic kita buat kajian itu, sebenarnya kalau penggunaan mesin tuaian di design oleh kubota ini dia kurang daripada 10%. Bayangkan 10% padi kita dapat diselamatkan. Ini antara perkara-perkara yang telah buat dan laksanakan jadi saya akan terus bersama dan saya akan ambil maklum tentang isu dengan pegawai-pegawai yang tersebut tadi Jabatan Pertanian kita akan tingkatkan lagi dialog dan pertemuan dengan petani, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Usul menyembah ucapan terima kisah serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya Usul menyembah ucapan terima kisah serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Ya saya silakan, Pelabuhan Klang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya memohon untuk membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut; Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah dan terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15 Tahun 2024 pada 27 Februari 2024 semalam.
Titah ucapan yang disampaikan oleh Baginda Tuanku bukan sahaja merupakan panduan berharga untuk kita semua tetapi juga menjadi sumber inspirasi bagi kita untuk terus berusaha memajukan Negeri Selangor ke arah yang lebih gemilang dan berdaya saing pada masa hadapan demi generasi yang akan datang. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Titah Baginda Tuanku Sultan Selangor telah memberikan panduan yang jelas dan tegas tentang bagaimana Persidangan Mesyuarat Dewan Negeri Selangor seharusnya berlangsung. Baginda Tuanku turut menggariskan beberapa titik penting yang patut kita hayati dan amalkan dalam setiap perbahasan dan keputusan yang dibuat. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menekankan kepentingan integriti dan tanggungjawab dalam setiap tindakan dan ucapan kita. Selaku Ahli Dewan Negeri,
Pelabuhan Klang ingin menyeru kepada Ahli-Ahli Dewan agar mengambil iktibar daripada Titah ini dan memastikan bahawa kita berpegang teguh kepada prinsip-prinsip integriti dan kebertanggungjawaban. Kita harus menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat di luar sana, menunjukkan bahawa Dewan Negeri Selangor adalah institusi yang bersih daripada fitnah, membesar-besarkan isu sensitif dan berita palsu. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor juga menitahkan agar suasana perbahasan sentiasa di dalam keadaan yang harmoni dan adil kepada semua, ahli dewan Negeri turut diingatkan untuk mengamalkan sikap toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain kita harus menjauhi sikap prejudis serta berusaha untuk mencapai keputusan yang adil dan berimbang yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di dalam Titah Baginda Tuanku terdapat seruan tentang kepentingan mengukuhkan hubungan baik dan muhibah sesama rakyat, ini adalah asas yang kukuh untuk pembangunan yang berterusan dan harmoni di dalam masyarakat. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita sebagaimana sebuah negeri bukan sahaja terletak kepada kekayaan material atau pun pencapaian ekonomi semata-mata tetapi juga kepada kekuatan hubungan sosial dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang telah dibina bersama selama ini. Perpaduan yang ada di kalangan rakyat Negeri Selangor adalah aset yang berharga yang harus dipelihara dan dikembangkan melalui pemahaman toleransi dan kerjasama. Kita hendaklah mengelakkan persengketaan yang tidak perlu yang hanya akan membawa keburukan kepada masyarakat dan negeri. Setiap warga Selangor perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memastikan perbezaan pendapat tidak akan menyebabkan perpecahan tetapi sebaliknya akan dapat membina masyarakat yang berdaya saing untuk kepentingan bersama, ini adalah tanggungjawab bersama yang arus kita pikul demi kebaikan bersama sesuai dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Yang Amat Behormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Behormat Dato’ Menteri Besar di atas pencapaian luar biasa dalam meningkatkan rizab negeri ke jumlah yang membanggakan iaitu RM3.561 billion yang telah melebihi sasaran kutipan hasil negeri dengan jumlah RM2.708 billion bagi tahun 2023. Ia menunjukkan kecekapan dan kejayaan Kerajaan Negeri dalam usaha menguruskan sumber dan kewangan negeri dengan telus cekap, dan bertanggungjawab. Prestasi dan kejayaan ini adalah bukti nyata terhadap kemampuan Kerajaan Negeri untuk terus maju. Meskipun dihadapkan dengan pelbagai cabaran pada masa kini.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Program Iltizam Selangor Penyayang yang meliputi 47 buah program yang terbahagi kepada
Iltizam Kesihatan Selangor, Iltizam Keusahawanan Selangor, Iltizam Mesra Anak Selangor, Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor, Iltizam Pendidikan Selangor dan Iltizam Perumahan Selangor merupakan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kesejahteraan rakyatnya di setiap lapisan masyarakat melalui pelbagai program dan inisiatif yang inklusif dan menyeluruh. Iltizam Selangor Penyayang melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan mendapat tempat di hati rakyat Negeri Selangor, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta ia telah memberi manfaat kepada 30,000 keluarga yang layak pada tahun ini. Namun begitu, mengambil kira jumlah permohonan BINGKAS yang semakin meningkat di Negeri Selangor, Pelabuhan Klang ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat melakukan kajian terperinci berdasarkan maklumat dan data yang akan terdapat di dalam sistem PADU yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengenal pasti golongan sasaran yang benar-benar layak menerima bantuan BINGKAS dan seterusnya dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menampung jumlah penerima yang layak untuk tahun-tahun yang akan datang agar lebih ramai lagi keluarga yang akan menerima manfaat tersebut dan seterusnya meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saban tahun Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan sejumlah RM16.48 juta bagi melaksanakan Program Jom Shopping Perayaan mengikut kaum, yang telah memberikan manfaat kepada 82,400 orang penerima dengan jumlah baucar yang diterima adalah sebanyak RM200.00 setiap seorang. Selain daripada program Jom Shopping Perayaan, Kerajaan Negeri juga menyediakan program Jom Shopping Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS) yang memberikan baucar membeli belah kepada warga emas juga orang kelainan upaya OKU yang telah mendaftar sebagai ahli SMUE atau SMIS. Walaupun begitu, Pelabuhan Klang ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mengkaji semula dan mempertimbangkan untuk menyelaraskan jumlah bantuan baucar yang diterima oleh warga emas dan OKU yang kini sebanyak RM150.00 kepada RM200.00 pada tahun hadapan bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ahli-ahli SMUE dan SMIS lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Kenapa saya, kenapa Pelabuhan Klang ingin mencadangkan ialah kerana ada di kalangan warga emas ataupun OKU ahli-ahli SMUE dan ahli SMIS ini minta tukar dengan Pejabat DUN untuk mereka masuk dalam Jom Shopping kerana Jom Shopping RM200.00, jadi tak nak ambil baucar Hari Jadi ataupun hadiah warga emas RM150.00 minta ditukarkan dengan Jom Shopping. Jadi kita telah tetapkan kriteria bahawa sesiapa yang ahli SMUE dan ahli SMIS ini tidak layak untuk menerima baucar Jom Shopping Perayaan. Jadi mungkin Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan semula bagaimana untuk menyelaraskan jumlah bantuan kewangan ini kepada ahli-ahli SMUE dan juga golongan B40 yang layak menerima program-program Jom Shopping Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, inisiatif bantuan rawatan asas dan vaksinasi adalah bukti nyata keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat. Kerajaan Negeri telah menyediakan akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti tanpa membebankan rakyat. Terutama bagi keluarga berpendapatan rendah langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan rakyat tetapi juga dapat meningkatkan taraf kualiti kehidupan mereka secara keseluruhan. Program Bantuan Taska dan Tadika serta perhatian khusus kepada anak-anak istimewa mencerminkan pemahaman Kerajaan Negeri tentang pendidikan awal bagi pembangunan kanak-kanak. Melalui bantuan ini kerajaan telah meletakkan asas yang kukuh bagi generasi masa hadapan memastikan mereka mendapat permulaan yang terbaik di dalam hidup tidak kira latar belakang sosial ekonomi mereka.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, Skim Hijrah Selangor merupakan salah satu program di Iltizam Keusahawanan Selangor yang menyediakan bantuan pinjaman kepada usahawan-usahawan kecil di Negeri Selangor untuk mengembangkan perniagaan mereka. Walau bagaimanapun Pelabuhan Klang ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri satu cadangan yang Pelabuhan Klang percaya bakal memberikan manfaat besar kepada rakyat Selangor khususnya kepada mereka yang mempunyai impian untuk memulakan perniagaan sendiri. Skim Hijrah Selangor telah terbukti berjaya dalam membantu golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah, namun Pelabuhan Klang yakin bahawa potensi skim ini dapat diperluaskan lagi untuk menyokong aspirasi keusahawanan di kalangan rakyat Negeri Selangor pengangguran dan kestabilan ekonomi adalah dua cabaran utama yang dihadapi oleh ramai individu di Negeri Selangor. Dengan memperluaskan Skim Hijrah Selangor merangkumi bantuan kepada individu-individu yang ingin memulakan perniagaan, Kerajaan Negeri dapat menyediakan platform yang kukuh untuk mereka membina kerjaya dan memperbaiki kehidupan mereka pada masa hadapan. Keusahawanan bukan sahaja boleh membantu individu-individu mencapai kesejahteraan ekonomi tetapi juga dapat mendorong pertumbuhan ekonomi dan mencipta pekerjaan di Negeri Selangor. Antara cadangan bantuan dan insentif yang boleh diberikan adalah seperti berikut, yang pertama latihan dan pembangunan kemahiran mengadakan program-program latihan keusahawanan dan bengkel-bengkel untuk membekalkan calon-calon usahawan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan. Yang kedua, mentorship dan sokongan berterusan. Menyediakan akses kepada mentor-mentor berpengalaman dan rangkaian sokongan untuk membimbing usahawan baru dalam perjalanan perniagaan mereka. Yang ketiga, insentif dan inovasi. Menggalakkan inovasi dengan memberikan insentif tambahan kepada perniagaan yang mengintegrasikan teknologi baru ataupun mengamalkan pendekatan yang mampan. Dengan memperluaskan Skim Hijrah Selangor ini untuk merangkumi sokongan kepada individu-individu yang ingin memulakan perniagaan, Kerajaan Negeri dapat membuka peluang baru dan mendorong semangat keusahawanan di kalangan
rakyat Selangor. Ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran tetapi juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Negeri Selangor. Justeru itu, Pelabuhan Klang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan tersebut sebagai langkah proaktif untuk membangunkan eko-sistem keusahawanan yang dinamik dan inklusif di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, dalam konteks lebih luas Iltizam Selangor Penyayang adalah simbol daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan sebuah negeri yang bukan hanya maju dari sudut ekonomi tetapi juga kaya dengan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial. Ini adalah bukti kepimpinan yang beretika yang mengutamakan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Adalah penting untuk mengakui dan meraikan kejayaan ini sebagai bukti pencapaian ketika Kerajaan berfungsi dengan fokus kepada kesejahteraan rakyatnya. Iltizam Selangor Penyayang bukan hanya sebuah program tetapi ia juga adalah sebuah warisan yang akan terus memberikan manfaat kepada rakyat Selangor untuk generasi-generasi yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, Rancangan Selangor Pertama adalah sebuah inisiatif strategik yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada 27 Julai 2022. Ia bertujuan untuk merangka masa depan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, inklusif dan lestari. Inisiatif ini mencerminkan visi dan aspirasi Kerajaan Negeri dalam menjamin pembangunan yang seimbang. Memastikan kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan ekonomi negeri. Perlu diakui kemajuan dan pencapaian sebahagian di dalam Pelan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) adalah bukti komitmen dan dedikasi Kerajaan Negeri yang wajar dipuji. Di kesempatan ini Pelabuhan Klang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Syarikat Swift Haulage Berhad di atas pelancaran gudang dan pejabat pengangkutan eco-friendly baru mereka di West Port, Pulau Indah pada 20 Februari 2024 yang lalu. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sekalian, Swift Haulage Berhad adalah merupakan syarikat pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi eco-friendly seperti tenaga solar, sistem penggunaan air hujan dan juga penggunaan trak-trak ataupun prime mover elektrik dalam menjalankan operasi syarikat mereka di dalam bidang logistik, sesuai dengan aspirasi Kerajaan Negeri di dalam salah satu tema strategik RS-1 iaitu memajukan kelestarian. Pelabuhan Klang percaya Kerajaan Negeri akan terus komited untuk mencipta eko-sistem yang kondusif dan eco-friendly bagi syarikat-syarikat yang ingin membuka perniagaan di negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, industri air merupakan salah satu perkara asas dalam pembangunan negeri dan ia telah mendapat perhatian khusus dalam Titah Baginda Tuanku Sultan Selangor. Penggunaan air yang cermat dan berhemah di kalangan rakyat. Pengelolaan
sumber air yang berkesan oleh Kerajaan Negeri dan usaha-usaha mengurangkan kesan tarif air kepada rakyat adalah aspek-aspek penting yang ditekankan oleh Baginda Tuanku. Bagi memastikan sumber bekalan air mentah mencukupi pada masa hadapan, dengan pertambahan penduduk yang kian meningkat saban tahun, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) dalam usaha untuk memastikan ketersediaan air mentah yang lestari serta mengurangkan risiko pencemaran dan banjir yang akan merugikan kehidupan rakyat dan ekosistem pada masa hadapan. Selain itu, inisiatif Skim Air Darul Ehsan (SADE) menandakan sebuah langkah yang progresif dan penuh empati daripada Kerajaan Negeri. Dengan penanggungan kos sebanyak RM37.7 juta Kerajaan Negeri telah meringankan beban rakyat khususnya bagi penerima-penerima air percuma, sekolah-sekolah serta masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah ibadat di negeri Selangor. Ini bukan hanya tentang mengurangkan beban kewangan tetapi juga tentang menunjukkan kepedulian dan perlindungan terhadap kepentingan rakyat. Komitmen ini menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor. Ia menunjukkan bahawa dalam setiap program yang dilaksanakan, rakyat selalu menjadi keutamaan. Ini adalah bukti dari sebuah pemerintahan yang bertanggungjawab dan tidak hanya fokus kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi tetapi juga kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah bertitah di dalam ucapan Baginda Tuanku yang menyebut mengenai proses penggantian paip-paip air di sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pelabuhan Klang menyambut baik dan mengucapkan terima kasih di atas usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu kejadian paip pecah yang disebabkan oleh paip-paip yang telah usang, masalah tekanan air yang berlebihan ke atas paip-paip lama dan juga masalah vandalisme. Namun begitu, Pelabuhan Klang juga dan saya yakin Ahli-Ahli Dewan yang ada di dalam Dewan ini juga sering kali menerima aduan daripada pengguna-pengguna jalan raya mengenai kualiti turapan yang kurang memuaskan selepas sahaja kerja-kerja pengorekan jalan raya dan pembaikan paip dibuat oleh Syarikat Air Selangor. Oleh itu, Pelabuhan Klang berharap agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menyediakan garis panduan yang lebih jelas dan lebih tegas bagaimana kualiti turapan akan dapat dilakukan dengan sempurna pada masa hadapan demi keselamatan pengguna-pengguna jalan raya.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di dalam titah Baginda Tuanku ada menyebut mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah 1000 stesen pengecasan kenderaan elektrik. Ia adalah merupakan sebuah langkah yang proaktif oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam mempercepatkan transformasi ke arah pengangkutan yang lebih mesra alam. Langkah ini bukan hanya sekadar untuk memperkukuhkan infrastruktur pengangkutan di negeri Selangor tetapi juga menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap usaha-usaha melindungi alam sekitar. Usaha Kerajaan Negeri
untuk menambah jumlah stesen pengecasan kenderaan elektrik ini adalah sangat penting kerana ia boleh menggalakkan lebih ramai lagi rakyat negeri Selangor untuk menggunakan kenderaan-kenderaan elektrik di jalan raya. Dengan menggunakan kenderaan elektrik yang banyak di jalan raya secara tidak langsung ia akan mengurangkan pelepasan asap yang mengakibatkan pencemaran udara. Langkah ini perlu disokong demi masa depan yang lestari di mana Selangor akan menjadi contoh keunggulan dalam amalan hijau dan teknologi bersih. Usaha ini sejajar dengan hasrat global untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan mendukung pembangunan lestari di samping merealisasikan impian Malaysia mendapatkan 70% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050. Dengan penyediaan infrastruktur yang mencukupi, kita bukan sahaja memudahkan peralihan kepada penggunaan kenderaan elektrik tetapi juga menarik pelaburan dalam teknologi hijau dan memacu pertumbuhan ekonomi hijau di negeri Selangor. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bukan hanya bertindak atas dasar tanggungjawab moral terhadap alam sekitar tetapi juga dengan visi ekonomi jangka masa panjang yang akan membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, peningkatan infrastruktur ini juga akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, pengurangan pencemaran udara akan membawa kepada udara yang lebih bersih dan lingkungan yang lebih sihat yang secara langsung akan meningkatkan kualiti kesihatan rakyat negeri Selangor. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor lebih hijau dan lestari pada masa hadapan.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor juga turut menyentuh mengenai isu banjir yang menyusahkan rakyat di negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah segera dan proaktif dengan memperuntukkan sebanyak RM23 juta bagi Belanjawan tahun 2024 untuk menangani isu banjir demi keselamatan rakyat daripada berdepan dengan ancaman dan risiko banjir. Melalui peruntukan yang telah disediakan Kerajaan Negeri telah menetapkan asas yang kukuh bagi menambah baik infrastruktur dan pengurusan sumber air yang lebih efektif yang akan mengurangkan risiko banjir serta dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor secara keseluruhan. Sebagai contoh, selepas kejadian banjir besar pada Disember 2021, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menjalankan projek-projek Tebatan Banjir di dalam kawasan Pelabuhan Klang iaitu sebanyak lima (5) buah projek di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM23 juta, lima (5) buah projek tersebut adalah terdiri daripada yang pertama kerja-kerja membina kunci pintu air di Jalan Papan Klang, nombor dua (2) projek Tebatan Banjir di Pandamaran, Pelabuhan Klang, nombor tiga (3) kerja menaik taraf Kolam Takungan Banjir di Sungai Aur, Klang, ke empat projek Tebatan Banjir dan menaik taraf sistem kunci air di Kampung Sungai Kembong di Pulau Indah, yang ke lima projek Tebatan Banjir dan menaik taraf kunci air di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah. Pelabuhan Klang juga berharap dan memohon kepada Kerajaan Negeri supaya dapat
menambah lagi peruntukan bagi projek tebatan banjir di Pelabuhan Klang seperti menaik taraf kunci air sedia ada dan membina tambahan satu lagi kunci air yang baru di Kampung Telok Gong Pelabuhan Klang. Peranan aktif yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengatasi masalah isu banjir termasuk menaik taraf sistem saliran sedia ada dan penyelenggaraan infrastruktur menunjukkan komitmen yang serius dalam usaha untuk menangani cabaran alam sekitar yang semakin meningkat akibat daripada perubahan iklim di peringkat global. Inisiatif ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri adalah sebuah kerajaan yang responsif, bertanggungjawab dan sentiasa mencari jalan penyelesaian.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pengisytiharan kawasan Taman Negeri Selangor seluas 108,000 hektar di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sebagai Hutan Warisan Diraja yang telah diisytiharkan oleh Baginda Tuanku Sultan Selangor pada 28 November 2023 yang lalu adalah bukti Kerajaan Negeri Selangor terhadap kelestarian alam sekitar dan ekosistem untuk generasi masa hadapan. Ia merupakan langkah ke hadapan dan progresif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam usaha untuk memelihara alam sekitar. Ia bukan sahaja mengukuhkan usaha pemeliharaan hutan tetapi juga memperkukuhkan identiti Selangor sebagai negeri yang mengutamakan pembangunan hijau dan eko-pelancongan. Penjagaan hutan sebagai pengimbang eko-sistem merupakan asas kepada kehidupan dan kelestarian alam. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai paru-paru bumi yang menyumbang kepada penyerapan karbon dioksida tetapi juga sebagai habitat kepada flora dan fauna yang luas. Pembangunan ini diharapkan akan merangsang pertumbuhan ekopelancongan di negeri Selangor yang akan memberikan manfaat ekonomi kepada penduduk setempat sambil memastikan kelestarian alam sekitar. Eko-pelancongan yang lestari dapat menjadi model kepada negeri-negeri lain dalam mempromosikan kelestarian alam sekitar di samping memacu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor. Baginda Tuanku Sultan Selangor juga telah bertitah mengingatkan semua agensi-agensi teknikal Kerajaan yang terlibat supaya meletakkan kelestarian alam sekitar sebagai keutamaan di dalam meluluskan apa juga rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri Selangor agar negeri ini dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam usaha memperteguhkan syiar Islam di negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dan signifikan dalam memperkasakan institusi masjid dan surau yang merupakan pusat kegiatan keagamaan dan sosial bagi umat Islam. Keberhasilan dalam aspek ini bukan sahaja mencerminkan keutamaan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan rohani rakyatnya tetapi juga menegaskan komitmen untuk memelihara dan memajukan syiar Islam sebagai landasan penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan bertakwa. Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam usaha meningkatkan
kualiti dan kapasiti masjid dan surau di seluruh negeri. Antaranya ialah seperti menaik taraf infrastruktur, pembangunan program pendidikan dan dakwah yang relevan serta pemberian insentif dan bantuan kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan fungsi masjid-masjid dan surau-surau sebagai pusat ibadah tetapi juga sebagai tempat untuk mendidik, menyatukan dan memperkukuhkan ummah. Masjid dan surau tidak hanya dianggap sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat komuniti di mana umat Islam dapat berkumpul, bertukar-tukar pendapat dan memperkuatkan tali persaudaraan serta silaturahim dengan mengelakkan unsur pencetus, permusuhan dan perpecahan. Baginda Tuanku Sultan Selangor menegaskan pentingnya untuk kita menjaga kesucian tempat-tempat ibadah ini sebagai lambang kesatuan dan keamanan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, salah satu inisiatif yang paling berharga yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah Insentif Haji Selangor. Program ini merupakan bukti jelas komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu rakyatnya yang kurang berkemampuan untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima yang merupakan impian setiap umat Islam dengan memberikan tajaan penuh kepada 4 orang rakyat di setiap daerah yang tidak mampu untuk melaksanakan Ibadah Haji. Kerajaan Negeri bukan sahaja membantu dalam aspek kewangan tetapi juga memberikan dorongan moral dan kerohanian kepada mereka yang terpilih. Inisiatif ini tidak hanya meningkatkan kesejahteraan rakyat tetapi juga meneruskan tradisi dan kepercayaan Agama Islam, memperkukuhkan kefahaman dan amalan Agama Islam di kalangan masyarakat.
Selain itu, pada tahun 2023 Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Incorporated, MBI telah memberikan Insentif Haji Muassasah untuk 3 ribu orang jemaah khususnya daripada golongan B40 dan M40. Sebanyak RM1.5 juta telah di belanjakan bagi program ini di mana setiap Jemaah telah menerima RM500 seorang dan turut disertakan kit cenderamata, barangan keperluan diri yang sangat berguna untuk kegunaan para Jemaah Haji di Tanah Suci Mekah. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri benar-benar prihatin dan teliti dengan keperluan Jemaah Haji yang datangnya dari Negeri Selangor.
Tindakan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan institusi masjid dan surau serta menyediakan Insentif Haji menunjukkan penghargaan yang mendalam terhadap nilai-nilai keagamaan dan sosial yang membentuk asas masyarakat yang beradap dan harmoni. Sebagai rakyat Selangor, kita patut merasa bangga dan bersyukur atas usaha dan dedikasi yang diperlihatkan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan syiar Islam dan memperkasakan umat Islam di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan keperluan untuk kakitangan pentadbiran awam membuat anjakan paradigma, mengurangkan kerenah birokrasi dan melawan sikap lalai serta malas. Ini bukan hanya seruan untuk berubah tetapi sebuah Titah untuk bertindak dengan cekap dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat. Dalam
pentadbiran, birokrasi yang berlebihan sering kali menjadi penghalang utama dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat. Ini bukanlah masalah baru, ianya memerlukan penyelesaian kreatif dan tegas Kerajaan Negeri perlu mengkaji semula untuk memudahkan prosedur yang sedia ada dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Dengan izin Tuan Speaker sense of urgency bukanlah konsep yang asing dalam pengurusan tetapi sering kali kurang diterapkan dalam pentadbiran awam. Kerajaan Negeri perlu membangunkan norma kerja yang menghargai waktu dan memahami bahawa kelewatan dalam penyampaian perkhidmatan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Ini memerlukan komitmen daripada semua peringkat pentadbiran untuk tidak hanya merancang tetapi juga bertindak dengan lebih cepat dan efisien. Latihan dan kursus bagi penjawat-penjawat awam mestilah diperkasakan bagi memastikan mereka memiliki kepakaran dan motivasi yang diperlukan untuk bertindak dengan sense of urgency ini. Sikap lalai dan malas dalam kalangan segelintir penjawat awam adalah racun yang boleh merosakkan Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri. Bagi mengatasinya Kerajaan Negeri dicadangkan supaya membangunkan sistem kerja yang tidak hanya menghargai prestasi kerja yang baik tetapi juga dapat mengenal pasti sikap kerja yang tidak produktif. Ianya termasuklah penerapan sistem penilaian kerja yang adil di mana prestasi yang baik diperakui dan diberikan penghargaan sementara prestasi yang tidak baik ditangani dengan tindakan-tindakan yang bersesuaian. Budaya kerja yang positif harus ditanamkan di mana kerja keras, dedikasi dan inovasi menjadi nilai-nilai utama dalam usaha untuk menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Dalam rangka mendukung Titah Baginda Tuanku Sultan Selangor kita dipanggil untuk bertindak ini bukan hanya tentang meningkatkan mutu pentadbiran tetapi juga tentang pembaharuan budaya kerja di dalam pentadbiran awam. Oleh itu, Pelabuhan Klang berharap supaya Kerajaan Negeri dapat berusaha untuk memastikan sistem kerja yang lebih responsif, efisien dan yang paling penting berorientasikan kepada keperluan dan kehendak rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian Pelabuhan Klang juga ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pasukan Polis Diaja Malaysia, PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia yang telah menjalankan banyak operasi bersepadu di sekitar Negeri Selangor terhadap warga-warga asing pendatang tanpa izin. Selangor adalah merupakan salah satu negeri maju dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Malaysia. Negeri ini telah lama menjadi tumpuan bagi pendatang warga asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan. Kehadiran mereka bukan sahaja menimbulkan pelbagai isu sosial dan ekonomi tetapi juga menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh itu, operasi-operasi yang dilaksanakan oleh PDRM dan Jabatan Imigresen adalah sangat penting dalam usaha untuk menangani isu dan masalah ini. PDRM telah memainkan peranan yang sangat penting dalam operasi ini. Melalui risikan dan pemantauan yang berterusan mereka
berjaya mengenal pasti lokasi-lokasi yang menjadi sarang pendatang warga asing tanpa izin. Dengan kerjasama dan koordinasi yang erat antara pelbagai unit dan agensi PDRM telah berjaya melaksanakan serbuan dan tangkapan yang efektif sekali gus memutuskan rangkaian aktiviti haram yang melibatkan pendatang-pendatang warga asing tanpa izin.
Seterusnya Jabatan Imigresen Malaysia juga telah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dengan kepakaran dan kecekapan dalam pengurusan imigresen mereka telah berjaya memproses dan menguruskan pendatang warga asing tanpa izin yang ditangkap dengan cekap dan adil. Ini termasuklah proses-proses pendakwaan, pemulangan dan juga pencegahan kemasukan semula pendatang-pendatang warga asing ini ke Negara Malaysia. Kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh anggota PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi ini patut diberikan pujian dan pengiktirafan yang setinggi-tingginya. Kejayaan mereka bukan sahaja menunjukkan komitmen terhadap perlindungan keselamatan dan kedaulatan negara tetapi juga memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Negeri Selangor dan di dalam Negara Malaysia. Pelabuhan Klang juga berharap agar operasi ini akan diteruskan dapat dijalankan dengan lebih kerap lagi bagi membanteras lambakan pendatang-pendatang warga asing tanpa izin di Negeri Selangor pada masa hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, setiap kata yang Pelabuhan Klang ucapkan adalah untuk kebaikan rakyat dan dengan ucapan tersebut Pelabuhan Klang dengan ini memohon mencadangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Seterusnya saya menjemput Bukit Gasing sebagai penyokong.
Terima kasih Tuan Speaker. Bukit Gasing berdiri untuk menyokong Usul yang dibawa oleh Pelabuhan Klang dan saya memang cukup tertarik tidak ada celahan daripada pihak pembangkang sepanjang ucapan daripada Pelabuhan Klang tadi. Tak kacau. Bukit Gasing pun tak kacau, tak pasti lagi. Saya amat tertarik dengan ucapan Tuanku berkenaan Rancangan Selangor Pertama saya kira Rancangan Selangor Pertama ini inisiatif yang cukup baik dari pihak daripada Kerajaan Negeri Selangor. Satu-satunya negeri yang mewujudkan Rancangan 5 Tahun ini untuk pembangunan di Negeri Selangor pelbagai usaha dirancang demi membangunkan Negeri Selangor dan memajukan ekonomi Negeri Selangor. Menteri Besar, EXCO-EXCO, Pegawai-Pegawai Kerajaan pastinya sibuk dalam melaksanakan rancangan-rancangan ini. Ada lebih daripada 200 inisiatif di dalam Rancangan Selangor Pertama yang daripada tahun 2021 hingga 2025. Sekarang kita dah mula tahun 2024. Hari ini saya ingin menarik perhatian kepada pentingnya kita memulakan proses untuk menggubal Rancangan Selangor Kedua yang bakal bermula pada tahun 2026 hingga 2030. Inisiatif bagus
yang dimulakan oleh Rancangan Selangor Pertama harus diteruskan dalam Rancangan Selangor Kedua ini.
Apakah yang pentingnya kita mulakan perancangan ini adalah, kerana saya jangka masa yang terbaik untuk kita bentangkan RS-2 untuk mendapat persetujuan Dewan Negeri ini mungkin di persidangan kedua tahun hadapan pada 2025 sebelum kita start tahun 2026 dan jika kita hendak membentangkan perancangan rancangan dokumen ini pada Julai tahun hadapan. Kita ada masalah lebih kurang 15 bulan daripada sekarang untuk menyediakan dokumen ini. Saya rasa wajar kita mula dari sekarang kita kadang-kadang kita memang sibuk dalam mengejar KPI-KPI dalam rancangan yang sedia ada. Tetapi kita jangan tinggalkan sehingga last minute baru kita mulakan persediaan RS-2.
Apakah yang saya nak cadangkan yang dimaksudkan dengan menyediakan RS-2 dengan sebaik-baiknya? Yang pertama, kita kenal pasti aspirasi 5 tahun yang akan datang sehingga tahun 2030. What is the aim yang kita nak achieve pada tahun 2030. Apakah gambar besar ini yang kita berharap negeri kita sampai segi pertubuhan ekonomi tetapi juga dari segi sosialnya, dari segi kelestarian alam sekitar, kemakmuran penduduk dan sebagainya. Apakah aim-aim yang besar? Kalau kita dapat kenal pasti aim-aim yang besar ini, baru kita dapat gubal inisiatif-inisiatif terhadap perancangan gambar besar ini.
Kita harus kenal pasti apakah business essential dalam semua inisiatif ini. Kalau katakan hari ini Kerajaan Negeri tak buat apa-apa pun, ekonomi masih bergerak sebab banyak perniagaan di luar sana rakyat mencari bisnes, mereka akan terus berniaga. Ekonomi tetap gerak tetapi peranan kerajaan adalah untuk merancakkan ekonomi. So macam mana kita ambil kayu ukur business as usual. Perkara ini untuk mengukur mengambil masa tapi kita harus ukur what is the business as usual sehingga tahun 2030 contohnya dalam penjagaan warga emas kalau kerajaan tak buat apa-apa pun terdapat pelbagai NGO dan syarikat swasta yang akan buat inisiatif untuk menjaga warga emas. Tetapi jika kita ambil benchmark apa bisnes as usual dan kita merancang inisiatif-inisiatif kita dan kita boleh melihat business as usual itu akan bertambah lebih baik, hasilnya lebih tinggi demi kemakmuran penduduk.
Jadi, adalah juga penting kita membuat libat urus dari awal. Libat urus peringkat pertama untuk kita kenal pasti aspirasi yang kita nak capai. Bila libat urus yang pertama ini selalu dilakukan di hujung aspirasi tu dah log in inisiatif itu dah dikenal pasti sebab aspirasi itu telah dianggap sebagai aspirasi umum tapi saya cadangkan Kerajaan Negeri Selangor melibatkan buat libat urus untuk kenal pasti aspirasi yang kita nak bergerak ke arah dalam tahun 2030 dan libat urus peringkat kedua adalah libat urus untuk kenal pasti inisiatif-inisiatif yang harus dilakukan. Untuk memberi masa yang secukup-cukupnya untuk membuat libat urus ini dengan sektor swasta, dengan NGO dengan parti-parti politik dengan ahli akademik dan rakyat jelata, saya
bercadang usaha ini harus mempunyai satu kapten kita harus ada satu jawatankuasa bertindak untuk menggubal RS-2.
Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, siapa yang akan mengambil lead, dengan izin, untuk jawatankuasa ini atau usaha ini? Adakah pihak UPEN, pihak MBI ataupun sesiapa yang akan mengambil peranan lead dalam usaha untuk menggubal RS-2 ini? Dan mungkin kita boleh beri sedikit garis masa, timeline, dengan izin ke arah penubuhan, ke arah menggubal dokumen yang sangat penting ini. Sebab saya kira selepas dokumen ini dimuktamadkan, dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan pada tahun hadapan, untuk 5 tahun seterusnya semua gerak kerja setiap jabatan adalah tersusun mengikut rancangan yang dikenalpasti. Kalau kita buat dokumen ini dengan betul, semua agensi-agensi semua pegawai kerajaan boleh bergerak dengan satu hala tuju yang cukup jelas dan bukan hala tuju yang adhoc, yang berubah setiap 3 bulan.
Perkara yang kedua, yang saya ingin bawa pada hari ini ialah manifesto Kerajaan Perpaduan pada pilihanraya yang lepas. Saya sebagai sebahagian daripada jawatankuasa yang menggubal manifesto ini mengambil, penting bahawa kita sebagai kerajaan telah membentuk kerajaan pada Ogos tahun lepas harus menunaikan manifesto yang kami memberi tawaran kepada rakyat. 5 tekad untuk 5 tahun ini kita telah memberi 52 tawaran kepada rakyat Negeri Selangor. Ada tawaran yang sudah bergerak, bantuan kepada ibu yang mempunyai anak, ibu yang bekerja yang mempunyai anak sudah bergerak, terima kasih Taman Templer. Tetapi ada perkara-perkara yang mengambil masa yang bukan senang untuk dilancarkan untuk ditunaikan dan saya rasa adalah sangat penting untuk kita pada hari ini memberi satu rancangan satu road map terhadap macam mana kita nak tunaikan keseluruhan daripada manifesto ini. Antara tawaran yang menarik kepada saya yang saya harap dapat ditunaikan ialah mendigitalkan sepenuhnya perkhidmatan kerajaan. Mungkin Seri Setia yang person incharge untuk memastikan perkara ini dapat dipenuhi. Perkara ini luas sebab ada berpuluh-puluh jabatan dan agensi di bawah Negeri Selangor dan kesemuanya memberi satu jenis perkhidmatan atau perkhidmatan yang lain. Macam mana semua perkhidmatan yang diberi dapat di digitalisasikan. Contohnya, permit hutan, daripada kaunter PBT untuk menyewa dewan, gelanggang badminton, padang bola sepak dan sebagainya. Setiap permohonan daripada mana-mana pejabat kerajaan yang boleh dilakukan di mana-mana kaunter Kerajaan, saya harap dalam 5 tahun ini kita fulfill manifesto kita di mana permohonan itu dapat dibuat di atas talian sama ada smartphone ataupun komputer tetapi rakyat tidak perlu hadir secara fizikal. Menjimatkan masa menjadikan kehidupan kita lebih efisien, membantu setiap perniagaan di Selangor untuk beralih sepenuhnya kepada sistem digital. Saya tidak pasti EXCO yang mana yang akan memimpin perkara ini. Mungkin Kota Anggerik atau pun mungkin Kinrara. Ini yang saya ingin mengutarakan pada hari ini. Saya harap kerajaan Negeri dapat memberi satu road map yang jelas bagi setiap daripada 52 inisiatif ini.
EXCO mana yang akan mengambil tanggungjawab untuk memastikan perkara ini dilunaskan.
Yang kedua, apakah garis masa untuk kita menunaikan janji tersebut? Tidak realistik kita mengambil anggapan bahawa janji ini akan ditunaikan pada tahun pertama. Tidak realistik juga kita kata semua janji ini akan ditunaikan pada tahun kelima sebelum pilihan raya. Kita pastinya ada yang boleh diselesaikan lebih cepat. Tahun ini, tahun hadapan dan mungkin ada yang perlu masa untuk kita membangunkannya dan mungkin akan selesai dalam hujung penggal ini. Tetapi garis masa itu penting. Satu lagi perkara dalam 52 tawaran saya nak petik ialah membina sebuah pusat rekreasi Kita Selangor di setiap Kawasan DUN di Negeri Selangor. Setiap daripada 56 kawasan DUN kita nak bina satu pusat rekreasi Kita Selangor. Adakah ini di bawah Sekinchan, adakah ini di bawah Kota Anggerik? Saya harap kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan EXCO mana yang akan ambil lead, apakah yang dimaksudkan by pusat rekreasi? Kita nak bina satu taman awam yang 10 ekar? Kita nak buat kompleks sukan bertingkat? Saya harap kerajaan Negeri boleh mula memberi perincian terhadap janji-janji ini dan memberi garis masa sebab nak bina 56 pusat rekreasi ini tak mudah, mengambil masa dan mungkin ada kawasan yang tanah senang dikenal pasti dan senang dilaksanakan dan ada kawasan yang lebih mencabar. Saya, I’m looking forward to this, dengan izin. Kalau di Bukit Gasing saya pun ada cadangan tapak dia dan saya pun ada cadangan komponen-komponen pusat rekreasi ini. Satu lagi janji kita, menyediakan perkhidmatan ambulans Selangor Penyayang percuma di setiap PBT. Adakah ini di bawah Bandar Utama ataupun Taman Templer? Saya kurang pasti. Ambulans Penyayang ini satu perkara yang penting di kawasan-kawasan yang jauh daripada hospital awam. Di Bukit Gasing, kami dekat dengan PPUM. Jadi kalau ada kecemasan, ambulans dari PPUM boleh sampai dengan agak cepat tetapi di Subang Jaya, di Seri Setia, ambulans situ mengambil masa untuk sampai. Kalau di Seri Setia ambulans nak datang dari PPUM ambil lebih daripada setengah jam, kalau datang dari Hospital Serdang, pun lebih daripada setengah jam, kalau datang dari Hospital Shah Alam, pun lebih daripada setengah jam. Kalau seseorang tu kena heart attack, payah, susah untuk ambulans sampai dalam 10 minit yang diperlukan supaya dia dapat diselamatkan. Adalah sangat penting Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji ini. Saya harap boleh buat kerjasama dengan Kementerian Kesihatan macam mana kita nak bekalkan ambulans-ambulans ini di kawasan yang jauh dari hospital awam supaya ambulans ini boleh sampai kepada rakyat yang membuat panggilan kecemasan ini dengan cepat. Kalau ambulans tak sampai, dia dah masuk ambulans tu, kebarangkalian dia survive itu jauh lebih tinggi sebab ada pegawai perubatan yang boleh beri CPR, beri treatment kecemasan sementara dalam perjalanan ke hospital. Setiap EXCO saya harap akan memberi garis masa secara terang secara bertulis kepada kami semua, kepada rakyat, dan saya juga berharap perancangan ini dan gerak kerja ini juga akan diberi update mungkin setiap 3 bulan, 4 kali setahun kita boleh buat press conference. Setiap EXCO boleh buat pengumuman dalam Dewan atau di luar Dewan, tak kira tapi boleh
memberi update kepada rakyat. Inisiatif pertama ini yang saya jaga, pusat rekreasi, kita nak kenal pasti berapa DUN kita dah kenal pasti tanah yang kita nak bangunkan, berapa DUN yang belum dikenalpasti. Lepas 3 bulan, lagi satu update, dah tambah lagi 8 DUN dah kenal pasti tempat dia, pembinaan dah mula di 3 tempat, yang lain masih dalam proses tender. Ini contoh update yang boleh diberi, beri keyakinan kepada rakyat bahawa Kerajaan berusaha kuat, gigih. Kadang-kadang kita buat banyak kerja tapi rakyat tak tahu melainkan ada soalan Dewan dan jawapan diberi, baru kita tahu ini soalan bertulis saya. Ada banyak fakta di sini yang menjadi satu berita. Jika dibuat satu sidang media untuk memberitahu rakyat, usaha-usaha kerajaan.
Jadi saya harap usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan manifesto ini tidak hanya diketahui dalam Mesyuarat MMKN. Kadang-kadang kami sebagai ADUN pun tak tahu kalau tak tanya soalan yang betul. Kadang-kadang rakyat di luar itu dia tak tahu, dia sangat tertarik dengan Tik Tok daripada pelbagai pihak yang berbuat bising tentang prestasi kerajaan tetapi banyak kerja yang dilaksanakan oleh EXCO, oleh pegawai tak diketahui. So, saya cadangkan 4 kali setahun setiap Ahli MMKN buatlah satu sidang media kalau nak buat pameran itu lagi baik ataupun paling kurang buat lah satu sidang media. Sediakan satu dokumen infografik atau pun dokumen PDF - 3 mukasurat, 5 mukasurat. Apakah perkembangan 3 bulan yang lepas terhadap kesemua perkara ini dan mungkin perkara lain yang di luar manifesto yang diusahakan, kongsikan. Itu cadangan saya demi kita menggerakkan prestasi kerajaan dan mengkongsikan prestasi kerajaan.
Bukit Gasing, boleh saya…
Ya, boleh. Silakan.
Yang Berhormat Bukit Gasing, saya lihat tadi ada minta permohonan kepada EXCO-EXCO untuk membuat sekurang-kurangnya 3 bulan ke 4 bulan. Saya lihat ketika zaman generasi yang berbeza. Pihak EXCO hanya tidak boleh membuat semata-mata pameran ataupun PC semata-mata sebab ada juga perlu engagement-engagement daripada influencer-influencer kerana kadang-kadang generasi yang akan terkesan atau menerima manfaat ini ialah generasi-generasi yang lebih muda, mereka lebih tertarik dan lebih mendengar kepada influencer-influencer ini agar tidaklah apa sahaja pembaharuan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini hanya 1 way around. Jadi saya minta pendapat daripada Bukit Gasing.
Terima kasih Kota Damansara. Memang cukup bagus jika semua Ahli EXCO boleh buat demikian. Yang saya cadangkan adalah yang paling minima. Kalau katakan EXCO itu tak sempat nak panggil influencer untuk menghebohkan tapi dia melaporkan yang paling minima pun dia melaporkan, usaha dia mungkin Kota Damansara boleh pick-up point-point tersebut,
Kota Damansara yang buat Tik Tok. Nanti Kota Damansara lagi famous. Tapi janji maklumat itu dah keluar kepada rakyat. Janji kami sebagai ADUN pun tahu perkembangan-perkembangan gerak kerja kerajaan Negeri Selangor. Tebal, dokumen MMKN setiap minggu. Setiap kali bermesyuarat sampai saya mungkin EXCO tak habis, tak sempat nak habis baca semua. Banyak usaha yang dilakukan, tapi kami di luar ini mungkin tak tahu usaha tersebut.
Saya nak gerak kepada isu yang seterusnya. Isu ini adalah isu yang sangat penting kepada rakyat di Petaling Jaya dan saya perlu membawa suara itu ke dalam Dewan ini ialah isu PJD Link yang mungkin menjadi cadangan lebuhraya yang paling famous di Malaysia yang paling kuat dibantah dan paling kuat menarik perhatian politik. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Dato’ Menteri Besar yang menyatakan baru-baru ini dalam satu kenyataan di surat khabar bahawa pengusaha lebuhraya PJD Link diminta merunding satu laluan baharu dengan Kerajaan Persekutuan bahawa terdapat bantahan yang sangat kuat daripada penduduk di Petaling Jaya dan kerajaan Negeri saya kira secara tersiratnya tidak akan meneruskan pembinaan di laluan cadangan pertama yang mempunyai bantahan yang sangat kuat dan kerajaan Negeri telah meminta mereka mencari laluan yang baharu. Saya ingin memberi sedikit huraian kerana mungkin ramai di sini tidak familiar dengan isu ini. PJD Link dalam bentuk pada hari ini bukan sahaja mendapat bantahan yang kuat daripada penduduk tetapi juga diragui dapat menyelesaikan masalah trafik yang dihadapi. Memang betul kita ada masalah trafik yang kuat, yang rakyat kita selalu stuck dalam traffic jam dan ini adalah satu perkara yang tak ada siapa dapat nafikan. Keperluan untuk infrastruktur pengangkutan memang ada, memang penting. Memang perlu dibangunkan. Tetapi persoalannya, adakah cadangan lebuhraya ini dapat menyelesaikan masalah trafik yang ada? Sepanjang cadangan ini diutarakan kalau ahli-ahli EXCO perhatikan, rakan-rakan saya di Dewan perhatikan, saya tidak ikut suara rakyat dengan membuta-buta bantah. Ada ahli Parlimen yang dia bantah terus tak lihat apa-apa detail projek pun, dah bantah terus tapi saya tidak ambil pendirian untuk membantah secara direct dan terus oleh kerana tekanan daripada NGO ataupun tekanan daripada penduduk. Saya, in a minute, in a minute. Saya telah minta daripada awal, selalu saya bertanya apakah status projek ini? Itulah soalan saya di setiap sidang Dewan dan saya telah minta apakah kajian impak lebuhraya ini. Sebab kita ada kajian impak trafik, kajian impak sosial dan EIA – Environmental Impact Assessment. Daripada KIDEX yang pertama pada tahun 2013 dan 2014 dan PJD Link kali ini daripada tahun 2020 sampai sekarang saya menahan maki daripada rakyat kerana ada rakyat yang cukup nak bantah, asalkan nak bina, tolak. Tapi okay, kita kata kita profesional, kita lihat apakah yang dicadangkan oleh syarikat ini.
Namun round kedua PJD Link yang mereka propose masih sama dengan round pertama Lebuh raya KIDEX di mana jajaran tersebut dan Laporan TIA (Traffic Impact Assessment) daripada syarikat ini dan pakar-pakar perunding syarikat dan juga pakar perunding bebas yang dilantik oleh MBPJ untuk mengkaji Lebuh Raya
KIDEX telah menunjukkan lebuh raya ini tidak menyelesaikan traffic jam di pinpoint utama di Petaling Jaya. Kalau lihat di Petaling Jaya mana yang jam kuat? Jalan Templer, setiap petang nak stuck di situ satu jam tu memang biasa. Jalan Universiti, Jalan Semangat, Jalan Utara memang cukup sesak. Lebuh Raya Persekutuan dua-dua arah pun traffic jam. Pagi pun jam, petang pun jam. Lebuh Raya LDP daripada PJ ke Puchong setiap hari jam. Bayar tol pun jam. Tapi adakah lebuh raya baru ini dapat selesaikan dengan sedikit, in a minute, masalah-masalah trafik ini? Kalau kita lihat, study daripada pihak lebuh raya sendiri bukan sahaja studies daripada perunding bebas yang dilantik oleh MBPJ pada round KIDEX pertama, dia tidak mengurangkan traffic jam dengan banyak, sedikit impak dia terhadap trafik, masa perjalanan. Ini yang disebut oleh syarikat konsultan daripada KIDEX. Bukan disebut oleh saya, bukan disebut oleh NGO. Tetapi daripada pembentangan daripada syarikat konsultan dia. Impak trafik di Petaling Jaya hanya kurang, trafik dia akan berkurang, masa perjalanan akan kurang by 1.3%. Lebuh raya ini hanya akan membawa 80,000 kenderaan sehari. Bukan sejam ya. Sehari. Bilangan penduduk yang dapat digerakkan tidak banyak. Memang mereka yang naik lebuh raya ini akan ada manfaat. Tetapi secara keseluruhan impaknya terhadap PJ tidak besar mengikut laporan trafik daripada pihak pemaju. Ini bukan dakwaan daripada yang dicipta oleh rakyat ataupun daripada NGO tapi saya petik laporan trafik daripada pemaju sendiri.
Jadi saya harap Kerajaan Negeri selepas mengumumkan bahawa projek ini tidak akan diteruskan terutamanya masa pilihan raya yang lepas. Dan kali ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun dah kata untuk mereka cari jajaran baru, kawasan baru untuk membina cadangan lebuhraya ini. Saya harap kita dapat once and for all kuburkan cadangan projek ini. Sebab kalau tidak, dia selalu bangkit perkara yang sama, cadangan yang sama dan memberi stres kepada semua pihak tanpa kita menyelesaikan apa-apa.
Saya harap kita dapat bergerak ke hadapan. Dan apa yang dimaksudkan bergerak ke hadapan? Bergerak ke hadapan ialah mungkin Kerajaan Negeri ambil inisiatif. Kita ada Jabatan Perancang Bandar dan Desa, kita mungkin harus ambil inisiatif untuk cari apakah infra yang diperlukan kerajaan dengan perundingnya sendiri gubal satu pelan, satu master plan trafik supaya sesiapa yang berminat untuk membina infrastruktur ini secara konsesi boleh masuk melalui sistem tender terhadap design-design yang digubal dalam satu master plan. Okay.
Yang Berhormat Bukit Gasing, saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat tentang isu PJD Link atau sebelumnya dipanggil nama KIDEX dan kita dah banyak kali dengar tentang cadangan untuk revise balik alignment tetapi saya lihat ada satu usaha tak bertanggungjawab daripada Menteri Besar sebelum ini kerana sebelum pilihan raya sebut cancel. Cancel is cancelled. Now lepas habis pilihan raya, tak lama, saya ingat dalam seminggu lepas atau dua minggu lepas Yang Berhormat Pandan Indah sebut
bahawa Kerajaan Negeri minta supaya developer cadangkan semula, propose new alignment. So, what is the actual stand of the State Government? Dengan izin. Apa sebenarnya pendirian Kerajaan Negeri? Kerana saya setuju dengan pandangan Bukit Gasing. Ada kalau kita nak ambil pendekatan tak setuju semua pun tak boleh dalam kes ini sebab memang ada masalah congestion traffic yang sangat meruncing terutamanya kalau di antara Bukit Gasing dan Taman Medan itu Jalan Templer itu antara satu jalan yang sangat meruncing masalah kesesakan lalu lintas di situ dan ianya menjadi laluan utama terutamanya mereka daripada Kinrara, daripada Puchong yang nak ke Kuala Lumpur lalu jalan itu.
Jadi saya nak tahu kerajaan, adakah Bukit Gasing setuju dengan saya Kerajaan Negeri kena berlaku adil dan jujur kepada kita semua. Are we moving forward with this project? Beritahu pada rakyat, kalau nak buat cakap nak buat. Jangan waktu pilihan raya kata nak cancel, lepas pilihan raya, dah menang oh tak apa kita revise balik. Sebab sekarang ini, minggu lepas saya baru dapat pula satu lagi cadangan proposal highway. Saya tak tahu Kerajaan Negeri tahu atau tidak tapi dimaklumkan kepada saya. Saya minta mungkin Yang Berhormat Bukit Gasing tak ada maklumat ini, tapi saya minta Menteri Besar jawab cadangan Sungai Klang Link. Ini juga akan lalu di kawasan yang sama. Jadi berapa banyak highway sebenarnya yang nak dibuat di Negeri Selangor yang kita nak tahu?
Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gasing.
Tak apalah. Nampaknya soalan itu diajukan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan jawab especially yang melencong keluar dari PJD Link kepada Sungai Klang. Saya tidak. Tapi saya belum dengar yang itu. Kita tunggulah Pandan Indah mungkin bagi sikit huraian apa yang sedang berlaku.
Tetapi balik kepada isu ini. I think once and for all Kerajaan Negeri harus kata no means no lah. Apa yang kita dah cakap kita takkan buat tu, kita tegas. Habis. Tutup cerita. Kita gerak ke hadapan. Apa lagi yang penting ialah ruang udara di Petaling Jaya ini adalah berharga. Bukan berharga untuk buat bill board tetapi dia berharga untuk infrastruktur yang betul. Ruang udara ini terhad. Kalau di atas Jalan Templer ini berapa tingkat yang kita boleh bina infrastruktur. Tak banyak. Dan ruang sudah ada satu fly over nak tambah lagi lebuhraya PJD Link lepas itu nak tambah lagi satu MRT. Tak mungkin. Jadi ruang udara ini adalah berharga. Jadi apakah perancangan yang terbaik untuk ruang udara dan laluan koridor pengangkutan yang terbaik harus difikirkan. Bukan semata-matanya disebabkan oleh satu cadangan unsolicited. Tak ada siapa pun minta dia cadang, tapi dia sendiri cadang buat lebuh raya tersebut, kita nak layan.
Dan saya ingin membawa di sini pada hari ini cadangan untuk MRT3 masuk ke dalam kawasan PJ ini telah dibangkitkan oleh saya dan Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Kami telah suarakan dan kami telah bawa isu ini kepada Menteri Pengangkutan kepada EXCO Pengangkutan. Yang Berhormat Kinrara telah bawa ke MBPJ juga dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pun bersetuju untuk MRT3 masuk satu laluan ke dalam Petaling Jaya kerana di Petaling Jaya ada dua pusat komersial yang membangun dengan pesat. Satu ialah kawasan PJ Sentral di Seksyen 52, kawasan hotel PJ Hilton sehingga kawasan Amcorp Mall. Kawasan itu tengah dibangunkan PJ Sentral dengan lebih daripada sejuta kaki persegi ruang lantai pejabat. Beribu-ribu orang akan bekerja di situ. Dan di Seksyen 13 ada 250 ekar tanah, 80 lot yang dahulunya industri tetapi sekarang telah ditukar zoning kepada komersial yang giat membangun sebagai Bangunan Komersial dan tempat ini memerlukan satu stesen MRT3 supaya dapat menyambung kawasan yang ada tumpuan penduduk yang cukup tinggi kepada laluan pengangkutan awam. Dan laluan air space di antara kawasan Taman Jaya di Petaling Jaya, kawasan di mana PJ Sentral dibangunkan yang dia ada satu cadangan untuk buat stesen MRT di sana sehingga ke Seksyen 13 mempunyai ruang udara yang sama dengan Lebuh raya PJD Link. Daripada kita buat lebuh raya yang tidak membawa manfaat trafik yang besar, sedikit, nak kata tak adapun tak betul. Ada membawa satu perubahan tapi perubahan yang sangat sedikit. Daripada itu, baik kita buat MRT3 di sana dan saya harap Kerajaan Negeri akan tegas berunding dengan Kerajaan Pusat supaya laluan yang belum dimuktamadkan di peringkat pusat itu akan masuk ke Petaling Jaya. Jangan anggap Petaling Jaya akan bantah kesemuanya. Tidak. Petaling Jaya nakkan infrastruktur pengangkutan awam dan saya sebagai wakil rakyat di Bukit Gasing ingin menegaskan hari ini bahawa kita nak MRT3 masuk menggantikan lebuh raya ini. Nak MRT3 masuk dan bertapak di Petaling Jaya, letak dua stesen di tempat yang dicadangkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya kepada MRT dan saya harap Kerajaan Negeri akan tegas dalam merunding perkara ini dengan Kerajaan Pusat. Dan lebih baik untuk lebuh raya-lebuh raya akan datang daripada kita tunggu unsolicited bid daripada syarikat-syarikat yang mereka bentuk projek mengikut fikiran dia, mengikut apa yang dia rasa dia boleh kutip tol, baik Kerajaan Negeri yang merancang jaringan lebuh raya yang diperlukan di Negeri Selangor. Kita masih adalah negeri yang membangun. We are not fully developed macam Hong Kong. Kita mungkin memerlukan dua, tiga lebuh raya yang lain. Di Pelabuhan Klang mungkin memerlukan sehingga Pelabuhan Pulau Carey yang baru ini. So ada tempat di mana lebuh raya diperlukan dan ada tempat di mana lebuh raya mungkin tak bawa manfaat yang banyak. Tetapi perancangan yang holistik siapa nak buat? Takkan syarikat swasta nak buat perancangan yang holistik? Saya harap Kerajaan Negeri mungkin agensi di bawah PLAN Malaysia Selangor boleh mengambil tanggungjawab untuk merancang bandar kita, merancang Lembah Klang kita.
Isu yang keempat yang saya ingin bawa pada hari ini ialah cadangan yang baru. Cadangan untuk satu Kaunter Bersepadu Kita Selangor. Hari ini kita ada banyak pejabat/agensi yang mempunyai kaunter yang berurusan dengan public. Tadi saya telah huraikan pentingnya kita mengadakan semua perkhidmatan secara digital. Dan apabila kita capai satu tahap di mana semua perkhidmatan boleh dilakukan
secara digital, infra itu semua terletak atas internet akan membolehkan kita mewujudkan satu kaunter bersepadu di mana di kaunter bersepadu itu kita boleh mohon, rakyat yang perlu hadir bersemuka boleh mohon permohonan yang berkaitan dengan PBT, Pejabat Tanah, Majlis Agama dan sebagainya di satu tempat sahaja. Dia tak payah nak berlari dari satu pejabat ke satu pejabat yang lain. Di Negeri Selangor, ada pejabat yang mungkin terletak jauh di antara satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya Air Selangor. Ada 10 pejabat cawangan. Di Daerah Petaling pejabat cawangannya adalah di kawasan DUN Bukit Gasing. So dekat dengan saya. Tapi kalau Seri Kembangan perlukan urusan dengan Air Selangor penduduknya terpaksa datang daripada Seri Kembangan sehingga ke Petaling Jaya. Jauh. Kalau kita nak berurusan dengan Pejabat Tanah adalah di kawasan Seksyen U5 Shah Alam. Penduduk saya yang hendak mohon daripada Jabatan Kebajikan, apa-apa bantuan perlu pergi sehingga ke Seksyen U5 Shah Alam. 45 minit kalau ada kereta, kalau tak ada kereta nak pakai pengangkutan awam 2 jam untuk sampai ke sana. Jauh kalau kita nak hadir ke setiap satu pejabat. Tak mungkin Jabatan Kebajikan nak wujudkan 50 pejabat di seluruh Selangor. Tak mungkin Air Selangor nak wujudkan 50 pejabat di seluruh Selangor. PBT pun sama. Ada 12 PBT. Ada PBT yang mempunyai pejabat cawangan tetapi ada juga tempat yang jauh daripada Pejabat PBT. Contohnya di Sepang, Majlis Perbandaran Sepang ada tempat yang sangat jauh untuk pergi ke HQ untuk berurusan.
Jadi saya cadang. Apakah mungkin sudah sampai masanya kita wujudkan satu kaunter bersepadu di mungkin setiap DUN satu. Macam UTC. Kaunter bersepadu di mana pegawai di sana adalah pegawai neutral. Bukan pegawai daripada satu agensi tetapi pegawai yang neutral yang dapat membantu rakyat untuk memohon apa-apa yang dia perlu mohon tak kira daripada jabatan apa. So contohnya pegawai yang terlatih di dalam kaunter bersepadu ini boleh bantu dia mohon sesuatu daripada Air Selangor. Mungkin nak tukar kod meter dia. Boleh pada masa yang sama tolong dia semak cukai pintu dia dan bantu dia untuk bayar cukai pintu. Sebab semua perkhidmatan ini sepatutnya dah online tetapi rakyat ada yang tak celik IT yang tak dapat buat secara online, so dia hadir ke kaunter. Tetapi mungkin alangkah baiknya jika di setiap bandar ataupun mungkin di setiap DUN ada satu kaunter bersepadu. Dia tak payah besar. dia mungkin sebesar dewan ini pun dah cukup.
Bukit Gasing.
Mungkin ada lima hingga... one minute. Ada lima hingga tujuh pegawai kaunter untuk membantu rakyat, untuk memohon apa-apa yang dia perlu mohon. Nak mohon, nak buat urusan air Selangor, nak buat urusan tempah dewan untuk kenduri kahwin, semua boleh dibuat di tempat yang sama oleh satu pegawai customer service agent yang dilatih untuk berurusan dengan setiap lapisan masyarakat tak kira bahasa yang digunakan. Ya?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing telah menceritakan secara detail tentang pelaksanaan bagaiman mewujudkan satu one stop centre. Yang saya kira dia bagus, cuma saya nak ambil sedikit point sebelum yang dibahaskan Yang Berhormat Bukit Gasing tadi menyebut tentang bagaimana ingin mengubah keseluruhan 52 program itu menjadi kesemuanya digital. Saya mengambil sedikit keadaan di mana mungkin di sebahagian DUN ataupun kawasan luar bandar akan berhadapan dengan kawasan pengundi-pengundi yang mungkin tidak celik aplikasi ataupun juga mungkin tidak ada akses yang banyak untuk mencapai kesemuanya program yang kita ada itu. So, kita mungkin akan berhadapan dengan satu masalah di mana kalau kita digitalkan kesemuanya dan segala permohonan itu juga dibuat secara 100% digital maka kita akan berhadapan dengan masalah ada sebahagian daripada pengundi ini tidak akan mampu untuk mencapai ataupun memohon kesemua program yang kita anjurkan. Sebelum itu dan saya mencadangkan kalau boleh kita buat secara 50-50. Maksudnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing itu saya setuju. Ada sebahagian boleh digitalkan, ada sebahagian juga perlu kita buat secara kaunter yang di mana disebutkan tadi. Di mana ia boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua group yang celik aplikasi dan phone, smart phone ini dan juga kepada kumpulan yang kita sebut berusia yang mungkin ada halangan dari sudut untuk mencapai program-program dari sudut digital kita. Terima kasih banyak.
Okay, terima kasih Batu Tiga. Walaupun saya banyak bicara tentang melakukan setiap perkhidmatan secara online, saya tidak pernah mencadangkan untuk memansuhkan kaunter-kaunter perkhidmatan. Memang ada lapisan masyarakat yang tidak celik IT, yang lebih suka berurusan dengan kaunter secara fizikal. Lebih suka hadir sendiri di kaunter dan kaunter-kaunter kerajaan itu masih diperlukan. Jadi saya tak pernah mencadangkan dan hal ini saya nak jelaskan bahawa jangan hapuskan kaunter perkhidmatan. Kita kena sediakan semua permohonan atas talian untuk memudahkan rakyat yang celik IT tetapi kaunter-kaunter perkhidmatan bersemuka itu harus di peliharakan. Tetapi cadangan saya sekarang ialah kaunter-kaunter perkhidmatan ini mungkin boleh digabungkan dalam satu kaunter bersepadu supaya rakyat lebih mudah untuk akses kaunter tersebut. Dan kaunter-kaunter tersebut boleh diletakkan di setiap bandar, satu. Ataupun di setiap kawasan DUN, satu. Kaunter Bersepadu ini supaya rakyat tak payah berjalan jauh untuk membuat apa-apa permohonan. Kalau mereka celik IT mereka boleh pergi online untuk mohon Skim Air Darul Ehsan. Bagus. Dia akan buat secara online. Tapi kepada makcik yang nak hadir sendiri untuk mohon, dia kena pandu kereta ataupun minta anak dia bawa daripada Seri Kembangan sampai ke kawasan Petaling Jaya untuk pergi ke Pejabat Air Selangor itu, itu yang saya rasa, saya nak cadangkanlah kita modenkan. Kita modenkan, katakan di setiap bandar itu ada satu Kaunter Bersepadu, rakyat tak payah nak travel jauh. Pegawai-pegawai customer service di setiap Kaunter Bersepadu ini dia boleh merujuk kepada setiap laman web ataupun setiap perkhidmatan yang diberi oleh mana-mana agensi kerajaan negeri. Isu-isu Pejabat Tanah, PBT, Air Selangor dan sebagainya semua
boleh dirujuk di satu tempat dan tak payah berjalan jauh. Especially, mereka yang mohon bantuan daripada JKM kalau nak berjalan jauh sehingga pejabat JKM itu saya memang kesian kepada mereka.
Isu yang terakhir sebelum saya duduk hari ini ialah isu rizab negeri Selangor, memang kita selalu mengekalkan prestasi yang cukup bagus dalam mengekalkan satu rizab yang cukup sihat. Nak belanja semua pun tak sihat. Nak simpan sampai besar pun tak sihat. Dan saya rasa angka yang kita ada pada hari ini adalah optimum. Cuma penambahbaikan yang saya ingin cadangkan ialah rizab yang dilaporkan oleh Kerajaan Negeri tidak harus setakat rizab tunai sahaja, rizab cash dalam bank sahaja. Tetapi juga merangkumi rizab-rizab tanah yang kita ada dan rizab aset, aset yang kita ada seperti aset bangunan ataupun aset syer dalam syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. So, baru-baru ini, kita semua tahu isu pembangunan Stadium Shah Alam yang akan dilaksanakan dengan cara land swap dengan izin di mana sekeping tanah akan diberi kepada syarikat pemaju tersebut untuk membiayai kerja-kerja pembangunan stadium itu. Tanah ini adalah berharga. Setiap tanah yang kita milik dalam Kerajaan Negeri Selangor ada nilai dia, ada harga dia. Dan ia menjadi sebahagian daripada rizab. Kita boleh biayai satu projek, loji rawatan air, stadium, bangunkan jambatan baru ataupun apa-apa projek baru dengan membiayai dengan daripada tunai di bank. Ataupun boleh dibiayai dengan tanah. Jadi tanah itu penting untuk kita ukur berapa banyak yang kita masih ada. Berapa banyak yang kita gunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan dan oleh itu, saya mencadangkan pada hari ini Kerajaan Negeri Selangor menjadi kerajaan yang pertama di Malaysia yang melaporkan aset-asetnya tanah dan aset-aset lain sebahagian daripada rizab negeri Selangor. Dan saya harap dengan ini kita boleh memantau secara telus kedudukan kewangan negeri Selangor. Kita boleh pantau berapa tanah yang masih ada yang bila dijual tanah itu ditukar menjadi tunai ataupun bila digunakan untuk pembangunan dia digunakan dan kita harus mengukur kedudukan kewangan kita bukan sahaja dari bentuk cash, tunai tetapi juga dari kedudukan pegangan kami, pegangan aset, pengangan syer dalam syarikat dan pegangan tanah. Jadi saya harap perkara ini dapat diberi pertimbangan oleh Kerajaan Negeri untuk pelaporan kewangan yang telus bergerak ke hadapan. Saya rasa di sini sahaja ucapan saya di sini dan sekali lagi saya ingin menyokong Usul Menjunjung Kasih Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Usul yang dibawa oleh Pelabuhan Klang. Sekian, terima kasih.
Hulu Kelang.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Tuan Speaker sebelum saya meneruskan perbahasan saya ingin jaminan bahawa saya boleh sambung di sebelah petang. Terima kasih.
Boleh, boleh sambung. Tapi cuma padukan dan ringkaskanlah. Masa itu sangat-sangat penting bagi kita. Silakan, silakan Yang Berhormat, silakan.
Mewakili rakyat Hulu Kelang, saya berdiri pada petang ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor dan mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor pada pagi semalam. Saya menzahirkan rasa kasih dan teruja dengan Titah Ucapan Tuanku yang sarat dengan nasihat, pedoman dan petua untuk Dewan yang mulia ini berperanan secara efektif dan berpaksikan prinsip yang adil bagi menjamin keharmonian dalam bicara, kebaikan dalam melaksana dan memberi manfaat untuk rakyat jelata. Tuan Speaker, negeri Selangor membuka tirai 2024 dengan pelbagai berita sedih dan muram untuk rakyat negeri Selangor. Cukai taksiran untuk rumah Kampung Tradisi dikutip semula oleh kerajaan. Fi lesen perniagaan untuk peniaga pasar malam, pasar tani, mak cik Kiah dikenakan semula. Tarif air dan elektrik dinaikkan. Rakyat dibebankan dengan pelbagai bentuk cukai dan kenaikan takrif. Kadar pengangguran negara di kalangan belia melonjak sehingga 11.9%. Kompleks Sukan Shah Alam sudah dikhabarkan akan diroboh tetapi belum ada berita bila nak dibangun. Kampung Baru Cina hendak diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO. Ini yang dikatakan zaman Eden. Zaman menggila yang sedang berlaku di Persekutuan dan juga diikuti oleh peringkat Negeri. Justeru itu, marilah kita Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor pada petang ini, berlapang dada dan mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab untuk menyelamatkan negeri dan umat daripada terperangkap dalam putaran yang semakin menggila ini. Kemiskinan semakin melebar. Kenyataan bahawa kemiskinan tegar telah dihapuskan di Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM telah melaporkan dengan izin Tuan Speaker, absolute poverty di bandar meningkat daripada 3.8% pada tahun 2019 kepada 4.5% pada tahun 2022. DOSM juga melaporkan bahawa 20% daripada isi rumah daripada kumpulan M40 telah jatuh ke B40 akibat pandemik Covid-19. Maka, salah satu Inisiatif Peduli Rakyat semenjak tahun 2016 untuk menyantuni pemilik rumah kos rendah dan penduduk Kampung Tradisi, Kampung Bagan, Kampung Baru, Kampung Nelayan adalah dengan mengecualikan cukai taksiran. Peniaga-peniaga kecil menikmati pengecualian fi lesen perniagaan. Seperti yang saya nyatakan pada pagi ini, impak kewangan kepada Kerajaan Negeri terlalu kecil. Hanya RM62 juta sahaja pada tahun 2016 dan RM70 juta pada tahun 2017. Persoalan saya pada petang ini, mengapa Kerajaan Negeri yang mendabik dada bahawa reserve mencatatkan RM3.5 bilion, boleh menarik balik pengecualian cukai ini dalam keadaan ekonomi rakyat yang sedang menjerut perut rakyat? Antara langkah yang diambil dalam tahun 2017 adalah menaikkan siling kumpulan wang pinjaman bagi menampung Program Hijrah ataupun Micro Financing Scheme di mana bermula awal tahun 2017, Program Hijrah menyediakan dana pusingan berjumlah RM185 juta untuk mengupaya usahawan-usahawan kecil yang memerlukan modal perniagaan di peringkat awal bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan. Hijrah telah dinikmati oleh pelbagai kumpulan termasuk OKU, wanita ladang, ibu tunggal dan veteran angkatan tentera. Malangnya, Program Hijrah kini
sudah semakin lesu kerana tidak lagi mendapat dukungan daripada kerajaan. Bagi tahun 2017 peruntukkan sebanyak RM183.2 juta disediakan untuk Program Pemberian Air Percuma bagi seluruh rakyat negeri Selangor. Tetapi pada Januari 2024, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah membuat kenyataan rasmi bahawa tanggungan kos kepada Kerajaan Negeri bagi pemberian air percuma secara bersasar adalah RM40 juta setahun. Persoalan saya pada petang ini, kalau pada suatu ketika dahulu kita boleh membelanjakan RM183.2 juta setahun tetapi masih mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh untuk pembangunan yang berkualiti di negeri ini yang dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat negeri Selangor. Mengapa hari ini Kerajaan Negeri tidak dapat menimbangkan untuk pemberian air percuma walaupun secara bersasar tetapi biarlah kurangkan kerenah birokrasi. Hari ini, kalau mahu mendapat pemberian air percuma kena daftar, kena isi borang, kena pergi ke pejabat-pejabat Air Selangor. Inilah yang ditekankan oleh Tuanku Sultan Selangor sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan dan sistem penyampaian yang efektif kepada rakyat, maka kita kurangkan kerenah birokrasi.
Yang Berhormat.
Tuan Speaker.
Ya.
Saya minta sambung jam 2.00 petang. Terima kasih Bukit Gasing.
Kita sambung jam 2.30 petang sebenarnya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian waktu telah pun menunjukkan jam 1.00 petang. Dewan perlu ditangguhkan dan akan sambung semula bukan pada jam 2.00 petang, 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Kita mulakan sesi sebelah petang dengan sesi perbahasan. Kita menjemput Hulu Kelang untuk menyambung.
Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya meneruskan perbahasan bagi pihak Ahli Dewan Negeri, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar dari SMK Seafield Subang Jaya ke Dewan Negeri Selangor. Mudah-mudahan apabila mereka mendengar perbahasan pada petang ini, mereka akan yakin dan kita akan bentuk satu blok yang lebih kuat untuk beralih ke sebelah kanan saya dalam Pilihan Raya yang akan datang. Tuan Speaker, saya percaya Ahli Dewan Negeri bersetuju bahawa ekonomi Selangor harus dipacu dengan pantas dan cerdas untuk membina sebuah ekonomi yang lestari dan sustainability. Satu perlima daripada penduduk negara Malaysia berada di dalam Negeri Selangor. Dan kalau kita merujuk kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kedudukan pendapatan median Selangor, Pulau Pinang dan Johor telah melebihi aras median kebangsaan pada tahun 2022. Pendapatan median Selangor mencatatkan sebanyak RM9,983.00 berbanding RM6,338.00 median kebangsaan. Kita juga melihat peluang pendidikan tinggi yang berkualiti berada di dalam Negeri Selangor. Dengan wujudnya puluhan IPTA dan juga IPTS dan infrastruktur penting seperti yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar seperti lapangan terbang, pelabuhan juga berada di Selangor. Jadi persoalan dan perbahasan kita pada petang ini, apakah dasar Kerajaan Negeri untuk mencipta pertumbuhan ekonomi yang organik di dalam Negeri Selangor. Bank Negara Malaysia baru-baru ini melaporkan bahawa KDNK Malaysia berkembang pada kadar 3.7% pada tahun 2023. Dan kalau kita lihat suku tahun yang keempat pada tahun 2023 perkembangan ekonomi Malaysia pada ketika itu mencatatkan hanya 3.0%. Dalam tahun 2024, KDNK Malaysia dijangka berkembang di antara 4 hingga 5%. Sebab itu pada petang ini, saya ingin menegaskan peranan Negeri Selangor itu penting untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan-pelaburan yang berkualiti tinggi dan berimpak tinggi khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan supaya Selangor dapat kekal sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia. Pagi ini Dato’ Menteri Besar menyatakan sasaran yang diletakkan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2024 adalah 5.2%. Saya juga terbaca kenyataan Dato’ Menteri Besar dalam bulan Januari 2024 yang meletakkan sasaran jumlah pelaburan pada tahun ini sebanyak RM50 bilion. Ini semua sasaran. Maka, let us dengan izin Tuan Speaker, deep dive kepada angka yang dapat menjamin kita mencapai matlamat yang disasarkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, prestasi pelaburan negara dalam tahun 2023 di mana jumlah pelaburan yang telah diluluskan dalam 3 sektor penting ekonomi Malaysia iaitu sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan sektor utama berjumlah RM329.5 bilion. Dan untuk rekod, prestasi tertinggi negara sebelum ini adalah pada tahun 2021 sebanyak RM309.4 bilion. Menurut data MIDA, amat malang sekali, Selangor jatuh ke tangga ke-3 dengan jumlah pelaburan dari tempoh Januari hingga September 2023 hanya RM41.6 bilion. Ada 3 bulan yang terakhir tahun 2023, yang akan diumumkan esok tetapi saya difahamkan Selangor kekal di tahap tangga yang
ke-3 berbanding pada tahun 2022 di mana Selangor berada pada tangga yang ke-2 dengan nilai pelaburan RM60.5 bilion. Maka, saya mengajak Dewan ini, seperti yang kita bincang pagi tadi, supaya Selangor melihat kepada sektor perkhidmatan kerana service sector masih menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Selangor jika dibandingkan dengan sektor pembuatan. Sebagai contoh, dalam tahun 2022, sektor perkhidmatan menyumbang RM48 bilion manakala sektor pembuatan hanya RM12 bilion sahaja. Trend yang sama dapat kita saksikan dalam 9 bulan pertama 2023 di mana sektor perkhidmatan menyumbang RM24 bilion dan sektor pembuatan menyumbang RM16 bilion. Maka persoalan yang perlu ditanya oleh Ahli Dewan Negeri sama ada Kerajaan mahupun di sebelah Perikatan Nasional, apakah jenis pelaburan yang perlu dibawa masuk ke Negeri Selangor? Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri perlu pantas menarik pelaburan yang berteknologi tinggi dan industri berasaskan pengetahuan, Knowledge Industry atau Knowledge Economy. Kerajaan Negeri tidak boleh kaku dan Kerajaan Negeri mesti bergerak seiring dengan pembangunan incremental ekosistem digital dengan melihat garis panduan yang saya cadangkan iaitu dalam dokumen Digital Ecosystem Acceleration Scheme ataupun DESAC yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada penghujung 2023. Justeru itu, jumlah pelaburan Malaysia yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2023 adalah RM225 bilion. Dan pertambahan RM104.5 bilion untuk 3 bulan terakhir yang menjadikan jumlah RM329.5 bilion, itu adalah pertambahan dalam sektor perkhidmatan sebaik sahaja pelabur asing melihat Kerajaan sudah mewujudkan satu dokumen penting iaitu Digital Ecosystem Accelaration Scheme yang dapat memberikan insentif dan kelulusan pantas kepada mereka yang berminat untuk terlibat dalam sektor perkhidmatan. Maka, kalau kita lihat trend pelaburan di Negeri Selangor yang telah saya cerakinkan tadi, kita melihat sektor perkhidmatan masih mendahului sektor pembuatan. Namun, ruang untuk kita tingkatkan our participation untuk attract investment yang berkualiti dan berteknologi tinggi ini masih wujud dengan syarat kita bersedia untuk bekerjasama dengan MIDA khususnya melihat dokumen DESAC yang telah diwujudkan ini. Pertambahan RM104.5 bilion ini khususnya dalam sektor digital dan pembinaan data centre tertumpu di negeri Johor. Ini diakui oleh Dato’ Menteri Besar sebentar tadi, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan juga Sarawak. Saya percaya Selangor juga ada potensi sekiranya kita mengambil tindakan yang lebih progresif untuk mendapat pelaburan ini. Maka, saya ingin mencadangkan pada petang ini, supaya Invest Selangor memberi perhatian serius untuk menarik pelaburan bernilai tinggi untuk mencipta produk-produk high value added dan untuk memastikan misi ini berjaya kita mesti bersedia dengan pasaran buruh ataupun labour market yang mempunyai skill set dan high skill worker dalam bidang digitalization dan artificial intelligence.
Tuan Speaker, masyarakat perniagaan hari ini sedang riuh berdebat mengenai geopolitik dan geoekonomi yang menjejaskan rantaian bekalan dan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Konflik dan perang di antara Ukraine dan Rusia telah menjejaskan food security. Trade tension antara Amerika Syarikat dan China tidak berkesudahan. Ekonomi China dalam keadaan tenat dengan jumlah hutang yang
sudah mencecah trilion dollar Amerika. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya kita relocate our focus dan mengurangkan kebergantungan kita kepada sesebuah ekonomi sahaja. Pagi tadi dalam sesi soal jawab, ada Yang Berhormat Sijangkang mencadangkan supaya kita melihat potensi di negara India. Saya juga ingin mencadangkan berdasarkan perbincangan dan diskusi saya dengan Malaysia Institute of Economy Research (MIER) mereka mencadangkan supaya Selangor segera meneroka pasaran baru di kalangan kuasa baru ekonomi hari ini iaitu India, Korea, Jepun, Indonesia dan Filipina. Kita juga mempunyai pasaran baru, di kalangan anggota CPTPP yang pernah saya bincang dengan panjang lebar dalam sesi lepas kerana ada beberapa anggota dalam CPTPP yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang FTA dengan Malaysia. Kita tak ada Free Trade Agreement dengan negara berkenaan. Tapi sebaik kita menyertai CPTPP ada 3 buah ekonomi penting yang perlu kita segera terokai iaitu Canada, Mexico dan Peru dan United Kingdom yang akan disahkan keanggotaannya dalam CPTPP pada pertengahan tahun ini. Tujuan saya membawa perkara ini kerana saya tidak mahu Selangor terlalu bergantung pada hasil tanah. Banyak kali kita bincang dalam setiap Sidang. Kebergantungan Negeri Selangor kepada hasil tanah dan cukai tanah ini dan geran daripada persekutuan is not sustainable. Kerana banyak tanah di Negeri Selangor sudah sampai ke tahap tepu dari segi pembangunan. Maka kita harus segera mengambil tindakan yang progresif dan agresif. Menurut MIER, 70% pendapatan Selangor masih lagi bergantung kepada hasil tanah dan 10% dari geran yang diterima daripada Persekutuan. Tuan Speaker, kejayaan membawa pelabur asing melabur di Negeri Selangor bukan sahaja diukur dari jumlah pelaburan. Pagi tadi apabila Dato’ Menteri Besar menyebut jumlah pelaburan yang diluluskan di peringkat negara RM329.5 bilion, ada pihak yang terlalu gembira tetapi diperingatkan, jangan terlalu riuh menyambut terlalu awal kerana yang penting bukan soal jumlah tapi yang penting ialah soal execution dan implementation projek yang telah diluluskan. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan Negeri bertanggungjawab selaras dengan titah nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya kelulusan di pelbagai peringkat sama ada PTGS, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Teknikal yang lain dapat disegerakan supaya pelaburan yang telah diluluskan ini dapat dilaksanakan segera dan mewujudkan peluang pekerjaan yang memberi manfaat besar kepada rakyat di Negeri Selangor khususnya anak-anak muda. Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa jumlah pengangguran anak muda di peringkat nasional, unemployment rate among youth amat membimbangkan. Ia sudah mencecah 11.9%. Jika dibandingkan dengan jumlah pengangguran di peringkat nasional sekitar 3%. Sebab itu pelaksanaan projek-projek ini dalam tempoh yang munasabah dan mengurangkan kerenah birokrasi dapat meningkatkan produktiviti Negeri Selangor serta meningkatkan keupayaan PKMS untuk melonjak dalam rantaian nilai.
Saya ingin bertanya kepada Dato’ Menteri Besar apakah mekanisme yang diwujudkan dalam Negeri Selangor untuk memantau projek-projek yang telah diluluskan. Pengalaman saya di MIDA, di MITI, kita telah mewujudkan dan
memperkenalkan PACU bukan PADU, PADU ini kawan Pelabuhan Klang, PACU. Project Acceleration and Coordination Unit yang kini sudah dijenamakan semula sebagai TRACK, Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi di bawah MIDA. Dan kita boleh dapat lihat kesan yang positif Tuan Speaker, apabila PACU diperkenalkan, peratusan pelaksanaan,
Hulu Kelang.
Saya hendak habis ayat ini, peratus pelaksanaan implementation projek-projek yang telah diluluskan meningkat secara significant. Pada tahun 2020, 93% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan telah dilaksanakan. Dalam tahun 2021 sebanyak 90% dan untuk tempoh 2020 sehingga September 2023 sebanyak 85.4% atau 2,704 daripada 3,167 projek diluluskan dalam sektor pembuatan telah dilaksanakan.
Untuk rekod, pelaksanaan projek-projek yang diluluskan di Negeri Selangor dari tahun 2021 hingga 2023 adalah pada tahap 79.5%. Maknanya, masih ada ruang yang besar untuk memastikan pelabur-pelabur yang telah membuat keputusan melabuh di Negeri Selangor dapat diberikan perhatian supaya mereka tidak mengalihkan jumlah pelaburan itu ke negeri lain atau pun ke negara lain. Ya, Seri Serdang.
Terima kasih Hulu Kelang. Saya tertarik dengan ucapan Hulu Kelang berkenaan dengan birokrasi. Ya saya sangat setuju kalau kita hendak cuba cari jalan bagaimana kita hendak mengurangkan birokrasi agar semua perancangan Kerajaan Negeri itu agar dapat sampai kepada rakyat dengan baik dan cepat. Dan saya lihat point-point yang diberikan oleh Hulu Kelang ini satu point yang sangat baik. Saya kira untuk jadi Timbalan Perdana Menteri itu sesuai untuk Hulu Kelang ini. Tapi kena jadi Timbalan Presiden dululah, Cuma saya hendak tanya ketika Hulu Kelang, saya lihat Hulu Kelang seorang yang ada kredibiliti ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, apa perancangan dan juga tindakan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Kelang untuk mempermudahkan birokrasi-birokrasi ini? Banyak idea-idea, bukan setakat dia jadi Menteri Besar Selangor ketika menjadi Menteri Persekutuan dahulu. Apakah tindakan atau pun perancangan juga kaedah Yang Berhormat Hulu Kelang dalam mengatasi masalah birokrasi ini? sekian.
Terima kasih Seri Serdang. Ingin saya maklumkan bahawa dalam perkara-perkara seperti ini, kerjasama di antara Persekutuan dan Negeri amat penting kerana ada bidang kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan seperti insentif pelabur-pelabur yang datang ke negeri-negeri di dalam negara ini. Begitu juga dengan garis panduan-garis panduan yang sebahagiannya telah saya kongsikan dalam perbahasan sebentar tadi. Namun, di peringkat negeri seperti yang kita sedia maklum, saya setuju bahawa kita tidak boleh
biarkan kerenah birokrasi ini berlarutan. Sebab itu, di zaman pentadbiran saya, kita telah memperkenalkan Smart Selangor supaya kita menggunakan Smart Solution termasuk AI atau pun digitalization sebagai penyelesaian kepada perkara-perkara yang boleh melengahkan kelulusan sama ada di peringkat negeri atau pun di peringkat daerah.
Ia merupakan satu proses, saya setuju ia tidak boleh diselesaikan over night tetapi kalau ada komitmen dan kesungguhan di pihak Kerajaan Negeri, di pihak PBT, Pejabat Daerah dan Kerajaan Persekutuan, saya percaya perkara yang kita bincang pada petang ini dapat diselesaikan kerana akhirnya jumlah yang kita tarik ke dalam negeri dan negara ini untuk apa? Untuk dilaksanakan, untuk mewujudkan pekerjaan dan untuk memberi peluang kepada PKMS terlibat dalam rantaian bekalan di dalam negara kita. Saya hendak share dengan Seri Serdang ketika saya berada di MITI apabila ada pelabur yang berminat untuk melabur di mana-mana negeri dalam Malaysia, saya hanya meletakkan 3 syarat utama. Pertama, apakah teknologi yang ingin dibawa? Sekiranya mereka ingin membawa labour intensive industry, saya minta mereka pergi ke negara lain. Sebab Malaysia sudah ada capability and capacity untuk terlibat dalam teknologi tinggi dan high quality invesment. Yang kedua, saya ingin tahu daripada pelabur-pelabur ini, apakah keberadaan mereka dalam negara boleh membantu SME dan PMKS untuk terlibat dalam the supply chain di kalangan MNCs. Kalau tidak ada manfaat, mereka datang ke Negeri Selangor buat untung dan tinggalkan negeri dalam keadaan pemain-pemain tempatan tidak dapat manfaat. Dan yang ketiga ialah soal local talent yang mesti diberikan perhatian kerana saya sebut di awal tadi, kita ada IPTA, kita ada IPTS, ramai graduan yang perlukan upskilling dan reskilling dan syarikat-syarikat besar ini boleh mempermudahkan proses itu supaya labour market di Negeri Selangor ini betul-betul competent dan ada talent dan bakat untuk terlibat dalam teknologi baru.
Tuan Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Dewan supaya Negeri Selangor ini menarik pelaburan yang berkualiti seperti yang kita bincang, dengan membuka lebih banyak industrial land dan industrial park yang moden dengan konsep plug and play serta menyediakan infrastruktur tenaga boleh ubah atau pun renewable energy dan teknologi hijau. Kerana kita ingat, kita harus ingat menjelang 2025 banyak syarikat-syarikat global ini akan melaksanakan nett zero carbon policy. Dan produk yang dikeluarkan di Selangor ini, kalau tidak menepati piawaian nett zero carbon policy, ia tidak boleh menembusi pasaran di Kesatuan Negara-negara Eropah. Jadi sekali lagi, kita tidak mahu ketinggalan, kita mahu our SME, our local players dengan izin juga diberikan perhatian untuk terlibat dalam teknologi hijau dan teknologi baru.
Kemudian, saya juga ingin menyentuh soal gig ekonomi. Tadi kita sebut, kalau dilihat peratusan yang dikeluarkan oleh MIER, jumlah pengangguran di kalangan anak muda sudah mencecah 11.9%. Ini nasional figure, not Selangor. Tapi saya percaya ramai anak-anak muda berada dalam negeri kita. Pastinya sebahagian besar adalah dalam Negeri Selangor. Apabila mereka tidak diberikan peluang,
maka mereka terlibat dengan begitu aktif dalam gig ekonomi. Saya tidak mahu menyalahkan, ini juga satu perkembangan baru tetapi sebagai kerajaan, saya ingin bertanya apa jaminan masa depan anak-anak muda yang terlibat dalam gig ekonomi ini? Mereka tidak boleh berterusan membawa motosikal sebagai food providers atau pun Grab drivers. Sekarang mungkin mereka, usia mereka muda. Bagaimana 5 tahun, 10 tahun yang akan datang, mereka tidak ada jaminan EPF, SOCSO. Sebab itu, kita harus ada satu modul untuk memastikan anak-anak muda yang hari ini dalam gig ekonomi juga diberikan latihan upskilling dan reskilling kerana mereka juga ada kapasiti, ada capability untuk terlibat dalam sektor-sektor industri yang berteknologi tinggi.
Tuan Speaker, saya hendak bawa perhatian Dewan kepada prestasi perdagangan, trade performance bagi Negeri Selangor. Ini juga harus dibincangkan dengan terbuka, jangan, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi prestasi perdagangan Negeri Selangor sedang merosot. Untuk makluman Dewan, prestasi perdagangan Malaysia yang tertinggi pernah dicatatkan adalah pada tahun 2022 dengan nilai RM1.55 trilion, itu peringkat negara. Satu pencapaian yang luar biasa dan untuk makluman Dewan RM1.55 trilion ini adalah pencapaian tiga tahun lebih awal daripada sasaran yang kita letakkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2025 tapi we were able to achieved dengan izin, tiga tahun lebih awal, Alhamdulillah.
Pencapaian perdagangan Malaysia pada tahun lepas merudum 8% kepada RM 1.4 trilion. Dan mengikut MATRADE, laporan yang diberikan antara faktor yang dikenal pasti adalah harga komoditi jatuh dan permintaan palm oil base product menurun sebanyak 27% dan crude oil sebanyak 11% oleh China dan negara kesatuan Eropah. Walaupun nilai eksport dan import dalam bulan Januari tahun 2024, tahun ini, bertambah baik slightly stronger performance compared to January 2023. Tetapi our trade balance atau pun imbangan perdagangan Malaysia jatuh sebanyak 44.2% dalam tahun 2023. Ini yang saya sebut dari awal tadi, jumlah eksport Malaysia masih lagi tertumpu di negara China. Saya habiskan sikit ya. Sebanyak 13.5% berbanding dengan India hanya 3.2%. Manakala, Korea hanya 3.9%. Begitu juga dengan jumlah import Malaysia, import yang dibawa masuk dalam negara, masih lagi dikuasai oleh negara China dengan jumlah 21.3%. Sekarang kita teliti prestasi Selangor, prestasi perdagangan Negeri Selangor. Nilai eksport Selangor bagi tahun 2023 jatuh sebanyak 7.6% kepada hanya RM332.8 bilion berbanding dengan tahun 2022, Selangor mencatatkan nilai RM360 bilion. Seperti yang saya bincangkan tadi, Selangor mempunyai infrastruktur yang baik, kita ada pelabuhan, kita ada lapangan terbang, ini merupakan kemudahan penting untuk perdagangan, eksport dan import. Kita juga ada hub sektor pembuatan, sektor perkhidmatan kita mendahului sektor pembuatan tetapi masih lagi prestasi eksport Negeri Selangor tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan Johor yang masing-masing mencatatkan nilai eksport RM434.8 bilion dan RM413.7 bilion. Data ini juga menunjukkan 16.5% eksport daripada Selangor adalah ke negara China. Berbanding dengan eksport ke India hanya 5%. Ya, sila Kajang.
Hulu Kelang, setakat ini dasar pelaburan kita adalah terbuka dan tidak hanya tertumpu kepada negara-negara tertentu sahaja. Tentunya pelabur-pelabur mahukan negara yang stabil dari segi politik. Apa pandangan Yang Berhormat Hulu Kelang, jika ada pihak-pihak yang mahu mengganggu kestabilan politik di Negeri Selangor, apa patut buat pada mereka.
Kita tengok siapa pelabur yang yakinlah. Kalau kami dapat yakinkan pelabur, biarlah kami yang perintah Negeri Selangor ini (Dewan menepuk meja). Kalau Kajang tidak boleh yakinkan pelabur-pelabur asing, mengapa hendak salahkan kami, saya hanya bagi statistik Kajang.
Bukan Kerajaan tidak bagi keyakinan tetapi ada orang yang hendak kacau, orang politik.
Maknanya pelabur cuma dengar kami daripada dengar Kerajaan.
Hah, itulah masalah.
Yang Berhormat Hulu Kelang kongsikan kita data pelaburan tertinggi di catatkan negara tahun 2022. Pada ketika itu negara baru saja keluar daripada pandemik. Ketika itu jumlah ahli parlimen yang kami ada 114 sahaja dan ketika itu ada keyakinan daripada pelabur kepada Kerajaan Pakatan Nasional di peringkat pusat dan mencatatkan pelaburan tertinggi. Menteri dia pun ada dekat sini, masa itu. Jadi adakah Yang Berhormat Hulu Kelang setuju sebenarnya yang ada di Putrajaya hari ini, yang berada di Shah Alam hari ini, mungkin pelabur kurang yakin yang menyebabkan mereka tidak datang melabur di Negeri Selangor?
Saya tidak mahulah jawab soalan itu, tetapi kita sedia maklum fakta tadi mungkin bagi saya jawab dulu, ini bola tanggung. Pada tahun 2022 ya, selesai saja Sheraton move yang merupakan satu langkah yang cukup efektif untuk memastikan negara ini terus maju, kita dapat RM309.4 bilion dalam keadaan dunia, dunia bukan sahaja Malaysia, sempadan ditutup, pandemik COVID-19, cabarannya besar and yet pelabur asing yakin dengan Perikatan Nasional. Sebab itu saya sebut tadi bila pelajar-pelajar, anak-anak muda termasuk daripada SMK Seafield ini mendengar hujah Perikatan Nasional, insya-Allah, God willing they will be with us in the next election. Sabar, sabar saya belum habis, belum habis. Itu satu, begitu juga kita lihat statistik yang saya bentangkan tadi daripada segi jumlah perdagangan, maknanya eksport dan import yang tertinggi pernah dicatatkan RM1.55 trilion itu adalah di bawah Kerajaan Perikatan Nasional yang belum lagi dipecahkan rekod ini oleh kerajaan campuran ke, perpaduan ke,
wallahuaallam. Sebab kalau dia berpadu, dia dah selesai masalah Ahli Majlis. Kalau dia bersatu, dia dah selesai masalah Ketua Kampung, tak selesai dah tiga bulan. Maknanya, belum ada perpaduan yang jujur di kalangan rakan-rakan Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Campuran, Kerajaan Madani, Kerajaan waallahuallam.
Tuan Speaker, saya hendak teruskan. Tarikh 1 Februari 2024 adalah tarikh hitam bagi rakyat Negeri Selangor apabila Kerajaan Negeri mengumumkan tarif air dinaikkan. Kerajaan Negeri tidak wajar menggunakan alasan bahawa kenaikan ini adalah keputusan Kerajaan Persekutuan. Saya hendak mendesak Dewan ini, Menteri Besar tampil dalam Dewan ini menjelaskan kepada Dewan apakah business plan, pelan perniagaan saya tanya Menteri Besar, bukan saya tanya Pandamaran.
Boleh bagi laluan?
Nanti dulu, saya tengah tanya Menteri Besar, nanti ya.
Kenapa tidak nak bagi laluan? Saya sudah bangun ini.
Sebab Pandamaran datang lambat hari ini.
Sebab ada majlis pengebumian.
Patutnya datang awal, tunggu soalan ditanya, Kerajaan jawab. Jadi ...
Majlis pengebumian tidak benarkan ...
Saya tidak beri Pandamaran, bagi saya habis kepada Kerajaan dulu. Saya hendak tahu what is the business plan? Apa pelan perniagaan yang diluluskan oleh MMKN, ini ramai EXCO di sini. Ahli-ahli Dewan mungkin tidak tahu kenaikan tarif, ini bukan boleh dinaikkan begitu sahaja. Sebab Kerajaan Negeri setelah diluluskan pelan itu di peringkat Air Selangor, bentang kepada MMKN, MMKN akan kemuka cadangan kepada SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) tentang business plan untuk memastikan perincian diberikan bagaimana pembiayaan untuk OPEX dan CAPEX untuk Air Selangor. Itu datang daripada Kerajaan Negeri, saya hendak tahu what was the plan which was presented to SPAN?
Kerana SPAN ini sebagai regulator sahaja. Dia hendak regulate tentang perkhidmatan air di sesebuah negeri tetapi sebelum itu dia kena tahu apa
perancangan negeri yang berkenaan. Dan antara options atau pun pilihan yang boleh menyokong industri perkhidmatan air ialah dengan memberi pinjaman mudah kepada Air Selangor. Saya hendak beritahu kepada Dewan ini, pada tahun 2017, Kerajaan Negeri telah memberikan interest free preferential loan kepada Air Selangor berjumlah RM248.7 juta untuk tempoh 20 tahun, ini one of the option. Saya tidak mengatakan itu option yang terbaik tetapi saya hendak tahu what are the options yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri kepada SPAN, sebelum SPAN memutuskan bahawa inilah business plan yang terbaik untuk Negeri Selangor. Silakan Subang Jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang memberi laluan kepada Subang Jaya. Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Hulu Kelang sudah lupa satu kenyataan akhbar pada tahun 2015. Di mana Yang Berhormat sendiri adalah Menteri Besar Selangor, ini adalah pada tarikh 11 November 2015. Di akhbar The Star dan saya baca headlines dia, yakni tidak salah ia gambar Yang Berhormat Hulu Kelang sendiri yang mengatakan bahawa “tarif air Selangor tetap naik selepas pengambilalihan syarikat konsesi selesai”. Jadi pada tahun 2015 Yang Berhormat sendiri mengakui bahawa masa itu sudah ada keperluan untuk menaik tarif air. Jadi apakah Yang Berhormat sekarang mempersoalkan keputusan Kerajaan yang bagi saya sudah delay begitu lama, bolehlah naik semasa PKP tidak naik sebab kami mengambil kira keadaan ekonomi pada masa itu. Tetapi kalau pada tahun 2015 sudah ada keperluan untuk naik mengapa salah untuk naikkan tarifnya pada tahun 2024 iaitu 9 tahun kemudian?
Terima kasih Subang Jaya. Saya beri peluang pada Subang Jaya supaya anak-anak murid dari kawasan dapat melihat. Inilah prestasi Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, baik tak baik saya serahkan kepada anak-anak muda untuk menilai. Saya tidak mempertikaikan tentang apa yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri yang saya tanya what are the options? Betul, kalau ada keperluan kenaikan tarif setelah selesai proses pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor, but that was not the only option available on the table, dengan izin Tuan Speaker.
Sebab ini Seafield ini sekolah yang hebat, wakil rakyat dia Subang Jaya memang hebat. Jadi saya harap saya hendak tanya sebab saya beri beberapa options tadi, naik tarif satu option. Option yang kedua, kita sebagai Kerajaan, we need to support our own GLC, Air Selangor sebab kalau saya tengok kenyataan Menteri Besar, saya bawa semua ini. Kenyataan Menteri Besar dalam kenaikan tarif ini, dia sebut antara sebab kenaikan tarif ini adalah untuk membiayai penggantian paip-paip lama. Which I will share with you, that is another option yang saya adopted ketika saya Menteri Besar, baik. Sebelum itu, saya hendak beritahu dengan Subang Jaya, Kerajaan Negeri ketika itu, kita menggunakan sebahagian daripada reserve negeri. Tengok Bukit Gasing mengangguk, dia tahu. Sebab dia sokong ketika itu, hari ini saja dia tidak hendak sokong saya (Dewan menepuk meja).
Tuan Speaker, kita gunakan sebahagian daripada reserve sebab Tuanku titah, rizab itu mesti diuruskan dengan baik dan dibelanjakan bukan simpan, simpan, simpan, dalam kempen Pilihan Raya, rizab Selangor besar, rakyat susah. Apa yang kami lakukan, rizab untuk membina loji rawatan Air Labuhan Dagang Fasa 1 dan Semenyih 2 dengan kos RM800 juta yang dapat menambah bekalan air terawat sebanyak 400 juta liter sehari. Tujuannya apa? Untuk melengkapkan sistem agihan air terawat ke Negeri Selangor dan ini tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan. Kita mahu mewujudkan ekosistem perkhidmatan air yang holistik dan efisien sebagai pemangkin kepada penjanaan ekonomi dan industri di Selangor.
Kita mahu supaya bekalan air bersih terawat ini bukan saja untuk pengguna domestik, bukan saja untuk industri tetapi pastinya dia menjadi catalyst atau pun pemangkin untuk penjanaan ekonomi, itu satu lagi option. Saya telah juga memperkenalkan projek menaik taraf kolam dan rumah-rumah pam. Yang juga Menteri Besar sebut, antara sebab kadar tarif air dinaikkan untuk memastikan aset-aset ini dapat digunakan, ya saya setuju. Tetapi mengapa dibebankan kepada pengguna, mengapa dibebankan kepada penduduk-penduduk di kampung, di desa, di bandar, di luar bandar. Sebab pada tahun 2017, projek naik taraf kolam dan rumah-rumah pam, saya siapkan RM98 juta dan diberikan peruntukan ini supaya penggunaan semula aset-aset ini dapat meningkatkan jumlah simpanan air dalam kolam dan mengurangkan gangguan bekalan air di Negeri Selangor. Satu lagi, satu lagi lepas itu saya bagi. Pilihan menjana sukuk yang sekarang dibuat oleh Air Selangor bukanlah pilihan yang dapat menyokong sektor air di negeri ini. Untuk makluman Dewan, mungkin Yang Berhormat sedia maklum, sehingga Ogos 2023, Air Selangor telah menggunakan RM4.1 bilion daripada pinjaman sukuk, RM4.1 bilion dan untuk tahun 2024 dan 2025, Air Selangor dijangka mengeluarkan RM5.2 bilion daripada sukuk dan sebahagiannya adalah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Rasau.
Saya hendak merujuk kepada Rating Agency Malaysia Berhad yang telah mendedahkan perkara ini di mana kedudukan Air Selangor sekarang dalam keadaan yang perlu mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri mesti menyelamatkan Air Selangor. Kalau tidak jumlah sukuk sudah mencecah, lihat saja di muka depan, RM10 bilion Islamic Commercial Papers, Islamic Medium Term Notes Programme yang akan matang pada tahun 2050.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pendekatan ini akan memberikan tekanan yang kuat kepada kedudukan Air Selangor sehingga Kerajaan Negeri terpaksa naikkan tarif. Dan ini terbukti daripada kenyataan-kenyataan Menteri Besar dengan jelas menyatakan hendak ganti paip lama, hendak baiki aset sedangkan saya hendak beritahu, bagilah saya habiskan sikit Bukit Gasing, saya bagi, saya bagi Bukit Gasing dan pandang dah. Biar dengar dulu baru tanya soalan, jangan tanya sebelum soalan habis ya, dengar dulu.
Saya juga hendak menarik perhatian Dewan mengenai kegagalan Air Selangor, bila saya bercakap yang lain kena duduk. Bagi tapi bukan sekarang, terima kasih Bukit Gasing macam Speaker pula saya ya (Dewan ketawa). Kawan saya jiran, dia ambil tempat saya. Ini mana pula datang, Meru.
Yang Berhormat Hulu Kelang, saya minta izin untuk mencelah?
Belum mencelah.
Boleh?
Belum mencelah. Saya nak bagi Bukit Gasing, lepas itu Pandamaran, lepas itu Meru.
Okay, terima kasih.
Sebab Pelabuhan Klang, dia tidak ada soalan sebab dia sudah bersetuju dengan saya. Tadi dia dah whatsapp Min apa juga engkau cakap, aku setuju. Terima kasih. Mana tadi. Okay, saya hendak tarik tentang kegagalan Air Selangor menggantikan paip-paip lama di dalam tahun 2022. Memandangkan masalah pentadbiran, bukan saya kata, rating agency menyebut di dalam laporannya kegagalan Air Selangor untuk menggantikan paip-paip lama kerana Air Selangor meletakkan sasaran untuk menukar 150 km paip setahun tetapi oleh kerana ada perubahan KUSEL yang ditubuhkan pada tahun 2020, menyebabkan projek penggantian paip lama tergendala. Sebagai contoh, ada jadual di sini, kalau dilihat pada tahun 2021, jumlah paip yang ditukar adalah sejauh 96.8 km less than the targetted kilometers dan pada tahun 2022 hanya 65.5 kilometer yang berjaya diganti. Bagaimana mungkin Kerajaan Negeri boleh memberikan komitmen bahawa untuk tahun ini, mereka boleh ganti 300 kilometer, saya hendak tanya sasaran asal pun telah gagal di capai dua tahun berturut-turut, bagaimana mungkin sasaran baru dapat dicipta pada tahun ini? Ini menyebabkan bila paip lama tidak diganti, ada kes kecurian, bocor dan sebagainya, NRW meningkat, ini topik saya yang seterusnya yang mesti di ambil kira. Sebelum itu saya hendak tanya, belum lagi, air lagi, air panjang. Sebab itu, saya hendak tanya kepada Kerajaan Negeri dan Air Selangor, apakah KUSEL ini perlu dimansuhkan? Kalau saya dengar di luar sana, di kalangan anggota perkhidmatan awam, pegawai, mereka kata tolonglah bawa isu ini dalam Sidang Dewan, hapuskanlah KUSEL ini kerana memberikan kesan negatif, kerenah birokrasi dan kos yang melampau. Boleh tanya jabatan-jabatan teknikal, satu hari projek dilakukan, RM400 kena bayar kepada KUSEL. Ini business apa? Prestasi operasi Air Selangor makin lemah kerana kerenah birokrasi oleh KUSEL. Kalau projek itu mengambil enam bulan, 180 hari kena kali RM400 sehari, mengapa tidak diserahkan kepada PBT-PBT? PBT lebih tahu di mana lokasi untuk dipasang utiliti baru, paip baru atau pun apa-apa
kerja. Mengapa diwujudkan satu lagi agensi yang tidak pernah turun ke lapangan, yang tidak tahu keadaan di bawah dan ini terbukti apabila RAM menyebut dengan terang kegagalan KUSEL yang menyebabkan operasi Air Selangor tergendala. Tuan Yang Dipertua, Air Selangor juga telah gagal mendapatkan geran persekutuan dalam tahun 2022. Tolong catat ini, I got nothing personal against Kerajaan Negeri tapi I, minta maaf cakap dengan izin, saya mahu Dewan ini bincang secara jujur, mengapa gagal mendapat geran persekutuan dalam tahun 2022? Kerana pencapaian NRW, air tidak berhasil, tidak memenuhi sasaran SPAN sebanyak 27% bagi tahun 2022. Tahap NRW Selangor bagi 2022 adalah 28%. Kerajaan Negeri sekali lagi gagal membantu Air Selangor dan industri perkhidmatan air bagi mencapai NRW yang lebih rendah bagi menikmati geran persekutuan yang boleh menampung perbelanjaan Air Selangor. Maka, saya hendak bertanya, apakah usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri agar SPAN boleh memberikan semua geran NRW kepada Air Selangor. Rekod di dalam tahun 2017, saya suka tahun 2017 ini, 2016,2017,2018 Kerajaan Negeri meluluskan sejumlah RM324 juta untuk mengatasi masalah paip pecah dan program penggantian paip lama di 84 kawasan hotspot yang meliputi 422.5 kilometer untuk tempoh tiga tahun. Ini juga diakui oleh RAM tentang peruntukan yang disediakan dan dukungan Kerajaan Negeri kepada Air Selangor untuk memastikan OPEX dan CAPEX Air Selangor ini dapat disediakan tanpa membebankan pengguna di dalam Negeri Selangor. Kalau Bukit Gasing hendak tanya saya boleh bagi.
Ada kalanya kita bersetuju dan ada kalanya kita tidak bersetuju. Antara satu perkara semasa Hulu Kelang Menteri Besar. Saya telah banyak kali perkatakan kita perlu mempercepatkan penggantian aset-aset lama Air Selangor dan pembangunan infrastruktur air. Business Plan Air Selangor hari ini ialah business plan RM30 bilion untuk 30 tahun. Itu business plan yang cukup comprehensive dan merangkumi perbelanjaan yang cukup besar. Cara pinjaman sukuk adalah satu cara untuk raise fund dengan izin terhadap perbelanjaan yang disasarkan RM30 bilion. Kita memang ada reserve Negeri Selangor. Reserve 3.5 bilion pada hari ini, tidak mungkin Yang Berhormat Hulu Kelang mencadangkan keseluruhannya dibelanjakan untuk aset air, tidak. Berapa banyak Hulu Kelang hendak cadangkan 500 juta? 1 bilion? Walaupun kita membelanjakan lebih dari rizab, kita masih perlu pergi ke Sukuk, pasaran sukuk dan meminjam wang sebanyak 10 bilion yang dicadangkan oleh Air Selangor demi memajukan infra air yang disasarkan CAPEX dia RM30 bilion. Kualiti perkhidmatan Air di Negeri Selangor tidak boleh diselesaikan dengan perbelanjaan RM30 bilion. Paip replacement yang dimulakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, saya berterima kasih. Masa itu kita negeri yang pertama yang betul-betul membelanjakan duit untuk membuat penggantian paip air yang usang. Tetapi kadar 150 meter setahun bukan kadar yang cepat. Kita ada 30,000 kilometer paip air di Selangor bukan 3,000 tapi 30,000 kilometer paip air di Selangor. Semasa Yang Berhormat Menteri Besar telah mengakui bahawa 6,000 daripada 30,000 paip air ini ialah paip air yang asbestos simen yang sudah luput end of life dia sebab asbestos simen ini
end life dia 25 tahun. Sekarang paip-paip ini lebih daripada 40,50,60 tahun harus diganti. Kalau kita ganti setakat 150 km paip setahun menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri lambat prosesnya.
Ini perbahasan ke mencelah?
Mencelah, dengar dulu,
Bagi soalan-soalan.
Celah bukan soalan, celah, soalan itu pukul 10 pagi soalan Dewan. Masa itu Yang Berhormat pun bagi ceramah, ini celahan, bukan soalan. 150km paip air kalau kita hendak ganti pakai duit dari rizab boleh tapi lambat. Apa salahnya Air Selangor pinjam duit untuk mempercepatkan. Betul tarif air kena naik, Yang Berhormat masa Menteri Besar pun bersedia untuk menaikkan tarif air. Kalau kita hendak maintain perkhidmatan air dengan kualiti yang dikehendaki oleh rakyat, penduduk expect apabila dia membuka paip air, air itu keluar, jangan putus bekalan air. Penduduk expect bekalan air yang bersih keluar, jangan terjejas kualitinya. So let us not be pennywise found foolish dengan perkhidmatan air.
Terima kasih Bukit Gasing, sebab itu saya tanya tadi bagaimana komitmen Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan 300 kilometer dalam setahun. Yang Berhormat Bukit Gasing pun sebut 150 kilometer pun beban kewangannya besar dan mungkin ada keperluan sukuk nak selesaikan, itu pun mengambil masa yang agak lama, sebab itu saya memberikan perincian tadi, dua tahun berturut-turut, sasaran awal pun tidak dicapai tetapi kalau Kerajaan Negeri menggunakan option naik tarif sebagai satu-satunya option, saya ingat itu tidak adil. Dan saya tidak tahu apakah business plan yang diluluskan oleh MMKN dan dibentangkan kepada SPAN, maka saya tanya kalau boleh Dewan ini dimaklumkan apakah ada option lain yang dibentangkan supaya Dewan ini dapat membahaskan mengapa option naik tarif itu diberikan keutamaan, okay Pandamaran dah tidak jadi tanya soalan. Bagilah Pandamaran, kesian dia. Sudahlah datang lambat, silakan.
Terima kasih Hulu Kelang. Pandamaran rasa Hulu Kelang adalah seorang pelupa di mana tahun lepas bila Hulu Kelang dalam bajet ada minta untuk naikkan tarif air. Saya masih ingat Hulu Kelang kata kalau beliau adalah seorang Menteri Besar, beliau akan mengumumkan hari itu juga akan kenaikan tarif air dan anda akan menyokong kenaikan tarif air. Tapi hari ini Hulu Kelang kata ada kaedah lain. Jadi saya rasa Hulu Kelang ini dia hendak main, sepatutnya kalau you menyokong, penyokong itu, ini pandangan saya. Terima kasih.
Nanti duduk, Subang Jaya duduk, saya tahu anak murid sedang melihat tapi Meru duduk dulu, sekejap.
Hulu Kelang, mohon mencelah.
Pandamaran, itu sindiran namanya, dalam bahasa orang Selangor perli. Saya perli Menteri Besar ketika itu, sebab dia ngok-ngek, dia tak berani nak jawab Kerajaan Negeri nak naik tarif atau pun tidak.
Masa itu saya ada tanya Hulu Kelang, adakah Hulu Kelang menyokong, Hulu Kelang kata menyokong. Tengok balik video.
Saya kata, kalau saya Menteri Besar kena tegaslah, kalau ya, ya, kalau tidak, tidak. Tapi nanti kita akan bincang pertengahan tahun depan, itu bukan satu komitmen yang bersungguh-sungguh. Why you want to hide? Mengapa hendak sorok, kalau itulah komitmen Kerajaan Negeri bahawa itulah satu-satunya option yang ada, kongsi dengan Dewan, kita boleh bahas pada tahun lepas tapi malangnya dia tidak memberikan satu penjelasan yang tepat, jadi saya sindirlah dia, itu sahaja. Cukup Pandamaran, saya hendak serah kepada Meru. Terima kasih.
Terima kasih Hulu Kelang, berkaitan kenaikan tarif air negeri, saya nampak Hulu Kelang nampak pada Selangor sahaja sedangkan kenyataan dari Menteri-Menteri Besar dari beberapa negeri Johor, Pahang, Perak malah kenyataan daripada Menteri Besar Terengganu, Negeri Perikatan Nasional sendiri yang bersetuju kenaikan tarif air itu. Adakah Hulu Kelang setuju Negeri Perikatan Nasional juga ada kenaikan tarif air?
Kalau boleh Meru, nanti saya bagitahu dengan Abang Mat, hantar Meru bertanding di Kelantan kalau boleh, jadi boleh bahas dalam sidang Negeri Kelantan, kenapa dia setuju. Senario berbeza, jangan samakan dengan Kelantan dan Terengganu. Kita ini setiap hari, bukan kita, belah sana lah Pelabuhan Klang itu ke hulu ke hilir, ke hulu ke hilir mendabik dada, reserve besar, reserve besar, reserve besar. Buat apa reserve besar, rakyat susah. Jangan samakan dengan Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain. Dengar dulu Pandamaran. Jadi saya harap, apa yang kita bincang ini kepentingan negeri. Fokus isu negeri. Saya bukan hendak menyerang mana-mana peribadi tapi saya mahu Kerajaan Negeri berlaku adil, sudahlah cukai taksiran pun dikenakan semula, fi lesen perniagaan pun dikenakan semula, apa lagi Kampung Baru Cina pun hendak isytihar sebagai tapak warisan UNESCO.
Hulu Kelang mohon mencelah Hulu Kelang.
Ini semua kenyataan-kenyataan yang tidak menjamin keharmonian masyarakat majmuk seperti di Negeri Selangor. Tuan Speaker, saya hendak beralih kepada satu isu yang lebih besar daripada Air Selangor iaitu.
Tuan Timbalan Speaker saya mohon perbetulkan.
Saya mohon betulkan fakta itu.
Saya sudah beri peluang.
Hulu Kelang belum beri ruang lagi.
EXCO sudah jawab tadi.
Ini bukan fakta jadi cuba untuk putar belitkan.
Saya beralih kepada PKNS. Mana boleh Meru menggulung, yang menggulung EXCO. Baik Tuan Speaker, saya ingin beralih kepada isu.
Tuan Timbalan Speaker saya cuma hendak tanya satu.
Subang Jaya saya sudah beri dua kali Speaker.
Terserah kepada Hulu Kelang hendak bagi lagi satu.
Belah sana sudah banyak sangat bagi belah sini.
Kota Damansara tidak bawak anak murid.
Saya minta anak murid tengok dalam live.
You tu anak murid saya dulu. Duduk, baik saya hendak beralih kepada isu PKNS. Ini juga isu yang perlu
mendapat perhatian. Tuan Speaker, saya mohon izin untuk merujuk kepada dua dokumen penting PKNS. Pertama Rating Agency Malaysia Berhad tentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, yang kedua Kertas PKNS sendiri, The Awakening yang dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS pada 2 Februari 2024. PKNS kalau melihat kepada Rating Agency Malaysia memaklumkan bahawa PKNS telah mengambil sukuk berjumlah RM5.7 bilion. Sekarang ini zaman era sukuk. RM1.7 bilion Islamic Medium Term Notes Programme, RM1 bilion Islamic Commercial Papers Programme dan RM3 bilion Islamic Medium Term Notes Programme, total RM5.7 bilion. Walaupun saya setuju PKNS telah menyelesaikan sepenuhnya hutang sukuk berjumlah RM1.7 bilion dan ini telah diumumkan oleh Rating Agency Malaysia, PKNS bertarikh 21 Disember, PKNS fully redeems RM1.7 bilion IMTN Programme ahead of maturity, tetapi kita harus ingat PKNS masih mempunyai hutang sukuk bernilai RM4 bilion di bawah Islamic Commercial Papers dan Islamic Medium Term Notes Programme. Persoalan kita pada petang ini, apakah kedudukan PKNS mampu membayar balik hutang yang besar ini? Kalau melihat Laporan The Awakening yang mendedahkan bahawa prestasi kewangan PKNS dalam tahun 2023 Financial Performance Cumulative Net Cash Versus Sukuk.
Tuan Speaker, prestasi kewangan PKNS dalam tahun 2023 adalah tenat kerana jumlah tunai ataupun net cash dalam tahun 2023 adalah minus negative RM128 juta berbanding dengan jumlah sukuk yang telah dikeluarkan RM1.875 bilion. Maknanya, mereka bergantung pada sukuk RM1.8 bilion untuk menampung kos operasi PKNS untuk menampung gaji, emolumen. Bagaimana mungkin mereka boleh mencipta hasil yang besar untuk menampung hutang yang saya sebutkan tadi dan kalau merujuk kepada tahun kewangan 2020 dan 2021 yang dikeluarkan oleh Rating Agency Malaysia, pendapatan PKNS daripada pembangunan hartanah hanya 45% manakala 39% lagi disumbangkan oleh penjualan tanah, bukan dibangunkan, dijual tanah-tanah PKNS. Sebagai contoh dalam tahun kewangan Disember 2021, pendapatan PKNS meningkat kepada RM2.01 bilion, riuh satu Negara tetapi peningkatan ini sebahagian besarnya dijana oleh penjualan tanah. Dalam tahun 2022 penjualan KESAS Sdn. Bhd. kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd. bernilai RM375 juta telah meningkatkan pendapatan PKNS. Maknanya apa? Simple arithmetic, you remove penjualan lebuh raya, you remove penjualan tanah di mana hasil PKNS pada hari ini? Dan yang membimbangkan dalam Laporan RAM juga menyatakan bahawa aliran tunai PKNS dan liquidity strength bergantung pada kemajuan transaksi kemajuan penjualan tanah termasuk penjualan tanah di Bernam Jaya kepada Eastern Eco Tourism City Sdn. Bhd. (EEC) berjumlah RM961.1juta yang masih belum dikutip sehingga hari ini. Memandangkan masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh EEC, jual tanah, pembeli tidak mampu hendak bayar kerana masalah kewangan, nilainya RM961.1 juta. Persoalan yang perlu kita bincangkan pada petang ini oleh Kerajaan Negeri, apakah mandat yang diberikan kepada PKNS? PKNS ini apakah sebagai agen menjual tanah? Kalau setakat hendak jual tanah, serah sahaja kepada PTGS, serah sahaja kepada Kerajaan
Negeri. Mandat yang diberikan kepada PKNS, yang kita semua sedia maklum, yang telah berusia 60 tahun, adalah untuk memainkan peranan yang strategik untuk spearhead pembangunan sosioekonomi dalam Negeri Selangor termasuk menyediakan rumah mampu milik dan membangunkan township sebagai pemangkin pembangunan di kawasan luar bandar. Saya hendak memberi contoh.
Lama lagi ke Hulu Kelang? Saya bagi lima minit lagi.
15 minit, ini penting.
Okay, 15 minit.
Sebagai contoh, dalam Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar, Kerajaan Negeri mengumumkan untuk membina 200 unit Rumah Selangorku. Saya percaya PKNS bertanggungjawab untuk menjayakan misi Kerajaan menyediakan banyak rumah mampu milik untuk rakyat Selangor tetapi apa yang dilaporkan, PKNS komited untuk membina 10 ribu unit sahaja menjelang 2030. Kalau PKNS diberikan mandat untuk spearhead pembangunan sosioekonomi menyediakan rumah-rumah mampu milik pun tidak begitu bersungguh-sungguh komited untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, bagaimana mungkin sasaran Dato’ Menteri Besar dapat dicapai membina 200 ribu unit rumah mampu milik. Satu perkara yang penting, saya hendak minta perhatian semua termasuk Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dalam perkara seterusnya. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Kerajaan Negeri mengenai tindakan PKNS menjual development rights PJ Sentral yang dijangka memberi pulangan GDV lebih RM1 bilion, dijual kepada MRCB dengan nilai hanya RM270 juta sahaja. Ini dokumen yang telah diserahkan kepada Bursa Malaysia. Berdasarkan Laporan The Awakening by PKNS, saya lihat istilah yang digunakan dalam dokumen ini adalah Divestment of PJ Sentral By Acquiring MRCB Asset (Asset Swap) tapi saya akan buktikan sebentar lagi ini bukan Asset Swap, PKNS sudah menjadi agen untuk bail out sebuah syarikat swasta. Let me start dengan izin Tuan Speaker, merujuk kepada pengumuman MRCB kepada Bursa Malaysia, ini dia pulangan kepada PKNS, dia beri dia serah development rights kepada MRCB, MRCB buat asset swap nilainya RM270 juta. Bagaimana ianya dibayar? Daripada RM270 juta, MRCB hanya membayar tunai RM12 juta dan beberapa unit kediaman pangsapuri mewah termasuk 13 unit pangsapuri mewah di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. Apa sudah berlaku dengan PKNS? Mandat yang diberikan untuk membantu rakyat susah membina rumah kos rendah mampu milik. Hari ini dia surrender development rights kepada syarikat swasta, dia ambil RM12 juta tunai dan 13 unit kondo mewah di The St. Regis Hotel. Siapa yang hendak beli unit-unit ini? Tuan-tuan pula. Ingatkan ceramah tadi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, jangan marah saya, saya sayang PKNS saya sayang Negeri Selangor sebab itu saya berada di sini dan saya percaya rakyat
Selangor akan melihat masa depan Negeri Selangor akan dibela oleh Perikatan Nasional yang telah dicurangi oleh Pakatan Harapan. Bagaimana mungkin ini berlaku? Kemudian residential unit di beberapa tempat lain dengan nilai RM80 juta dan satu lagi asset swap nya ialah menyerahkan Plaza Alam Sentral di Shah Alam kepada PKNS. Tuan-tuan jangan seronok sangat dapat Plaza Alam Sentral ini kerana sekali lagi yang diserahkan kepada Bursa Malaysia, Plaza Alam Sentral ini umurnya sudah 26 tahun bukan bangunan baru. Ini ada section 2.2.1 saya hendak bacakan dengan izin Tuan Speaker.
“Plaza Alam Sentral is approximately 26 years old and generates approximately 10 million revenue for the financial year ended 31st December 2022”.
Maknanya, sebuah bangunan lama pulangan setiap tahun hanya RM10 juta. Nilai yang dijual kepada PKNS ialah RM178 juta. RM178 juta. Saya boleh baca dalam bursa:
“set off against the Sale and Purchase consideration from the propose mall disposal RM178 million”.
RM178 juta campur dengan residential units termasuk di St. Regis RM80 juta, cash RM12 juta menjadikan RM270 juta sedangkan Plaza Alam Sentral usianya 26 tahun pulangan setahun hanya RM10 juta maknanya PKNS terpaksa tunggu, berapa tahun? 18 tahun - kalau satu tahun RM10 juta, dia beli RM180 juta, 18 tahun baru dapat pulangan terhadap investment yang dibuat oleh PKNS. What kind of business yang dibuat oleh PKNS pada hari ini? Dan yang mengejutkan Dewan, dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, jual kepada PKNS RM178 juta, netbook value as at 15th December 2023 hanyalah RM57 juta sahaja. Ini bukan dokumen saya, netbook value RM57 juta, jual pada PKNS RM178 juta, PKNS hilang development rights di PJ Sentral dengan nilai RM1 bilion. Di sini MRCB sudah mendapat keuntungan RM121 juta. Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara ini serius. Sebab itu saya sebut tadi, ini bukan asset swap, sebab nilainya pun jauh daripada nilai semasa. Ini adalah bail out programme oleh sebuah agensi kerajaan untuk menyelamatkan syarikat swasta. Dan kalau kita lihat satu lagi pengumuman yang dibuat oleh MRCB, mengapa dia dispose aset-aset ini kerana aset-aset ini adalah bukan core business untuk MRCB. Tetapi kenapa dibebankan kepada PKNS? Jadi saya minta Kerajaan Negeri dapat membantu Dewan menjelaskan mengapa perkara ini berlaku. Pertama, PKNS sudah hilang hak development rights untuk membangunkan satu tapak yang cukup strategik di PJ Sentral. GDVnya lebih RM1 bilion. Kedua, PKNS diasak untuk mendapat aset-aset yang tidak ada pulangan. Plaza Alam Sentral RM10 juta setahun terpaksa menunggu 18 tahun. St. Regis, saya nak tanya apa status 13 unit kondominium mewah di St. Regis? Siapa duduk di situ? Siapa yang mampu memiliki kondominium mewah ini? Dan apa masa depan unit-unit ini? Satu lagi, saya juga dimaklumkan dalam paper The Awakening ini ada satu lagi pembangunan mega yang disebut SA Sentral di Shah Alam. Ini
juga sebahagian daripada Plaza Alam Sentral yang saya sebut tadi. Saya nak tanya, ini bukan mandat yang diberikan kepada PKNS.
Ada 5 minit lagi ya.
5 minit lagi. Saya juga nak nyatakan di sini, mohon Menteri Besar dapat melihat tatakelola pengurusan PKNS. Tatakelola, Pelabuhan Klang suka istilah ini. Tatakelola dalam PKNS kerana dalam RAM punya laporan dia menyebut “Rating Agency Malaysia menghadapi kesukaran untuk mendapat akses kepada beberapa dokumen penting PKNS yang boleh mengganggu proses penilaian PKNS. Antara yang disenaraikan adalah dokumen yang berkaitan dengan PKNS Group of Companies. Kegagalan menyediakan dokumen ini telah menyebabkan penilaian terhadap prospek PKNS dan prestasi kewangan PKNS adalah sangat terbatas”. Again, saya mohon Kerajaan Negeri mengambil perhatian. My last point, Tuan Speaker, saya nak mengajak Dewan nak bertanya jugaklah, apa dah jadi dengan Pasar Borong Selangor ni? Dan juga apa status projek ini?
Hulu Kelang, sebelum kita pergi ke Pasar Borong, boleh kita ke PKNS tak?
Dah habis dah.
Saya tertarik dengan Hulu Kelang,
Saya tak bagi laluan.
Satu minit sajalah.
Takpelah, dia orang Dr. Xavier saya bagilah.
Yang Berhormat Hulu Kelang, saya tertarik dengan fakta-fakta ataupun apa yang Hulu Kelang pamerkan tadi. Tapi berkenaan dengan PKNS, dengan izin: “PKNS fully redeems RM1.7 billion IMTN Programme ahead of maturity. Adakah apa yang dipamerkan oleh Hulu Kelang itu betul ataupun mengelirukan Dewan? Kerana dia juga memberitahu, ini adalah published on 21st December 2023 mengatakan jugak “as such we have no longer any rating obligation respect of the facility”. So, mungkin apa yang Yang Berhormat Hulu Kelang tu telah mengelirukan Dewan. Boleh tak beri pandangan sikit?
Tak keliru. Saya dah sebut in fact I quoted Rating Agency Malaysia Berhad. Tajuknya pun pada 21 Disember 2023. Di mana ia menyebut PKNS fully redeems RM1.7 billion IMTN Programme ahead of
maturity, betul tetapi Rating Agency juga sebut, dia ada 2 lagi sukuk. So total 3 sukuk. This is the report. Saya boleh serah pada Sentosa.
Memang Yang Berhormat bagitahu, tapi apa yang kita tahu ialah RM1.7 billion tu telah pun diselesaikan.
Ya lah, dah selesailah tu. Redeem, selesailah. Redeem apa?
Ya, betul I agree with you. Tapi apa yang masih lagi menjadi masalah sekarang?
Duduk. Terima kasih.
Hulu Kelang dah boleh landing ya.
Tak ada masalah, Sentosa. Sentosa, saya nak tunjuk PKNS raise 3 jenis sukuk, 3 types of sukuk. RM1.7 billion Islamic Medium Term Notes Programme, RM1 billion Islamic Commercial Papers Programme and RM3 billion Islamic Medium Term Notes Programme. Total RM4.7 billion. Yang dia dah selesai, maaf total RM5.7 billion. Dia selesai RM1.7 billion. Yes saya setuju, selesai. Tapi dua lagi? Itulah masalahnya. Masalahnya ada dua lagi sukuk yang belum diselesaikan. Jadi persoalan saya, bagaimana PKNS boleh selesaikan sukuk ini dalam keadaan prestasi kewangan yang amat lemah?
Ini saya boleh terima Yang Berhormat Hulu Kelang
Terima kasih. Jadi ..
Soalan macam ni boleh tanya bagaimana nak selesaikan?
Hulu Kelang dah nak tutup. Lagi seminit je Hulu Kelang.
Saya serah kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Saya tanya soalan. Cuma saya bagitahu masalah real yang saya bentangkan tadi. Last tentang Pasar Borong Selangor. Kerana pada Julai 2023, Julai 2023 PKPS – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor telah mengeluarkan surat tawaran bukan surat tawaran baharu, Dewan. Surat tawaran pindaan usahasama Cadangan Pembangunan Semula Pasar Borong Selangor seluas 45 ekar dan Pasar Baazar Rakyat seluas 3 ekar di daerah Petaling kepada Syarikat Inta Development Sdn. Bhd. Saya tanya soalan bertulis, dapat jawapan
Syarikat yang terpilih sehingga kini tidak dapat mengemukakan perjanjian dengan PKPS. Ini jawapan bertulis tetapi pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, Dr. Mohamad Khairil Mohamad Ravi keluarkan surat tawaran, dia pinda syarat-syarat kerjasama di antara PKPS dengan syarikat IDSB. Mengapa ini berlaku? Dan kalau kita lihat kepada SSM Syarikat IDSB ini amat mengecewakan, Tuan Speaker. Revenue – zero, asset – zero. Jadi bagaimana syarikat seperti ini dipilih? Sebab itulah kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa, betul sedang merancang namun pemaju tidak dapat sempurnakan projek ini. Namun syarikat terpilih sehingga kini tidak dapat memuktamadkan. Bagaimana dia nak dapat buat projek ini kalau ini kedudukan kewangannya? Sepatutnya PKPS lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan surat tawaran. Ini bukan surat tawaran, ini surat tawaran pindaan, maknanya ada dua surat – surat tawaran asal dan kemudian dipinda setahun kemudian. Ini tidak pernah berlaku. Maknanya tidak ada due diligence yang dilakukan untuk menawarkan projek ini kepada syarikat IDSB dengan GDV pada ketika itu bernilai yang dianggarkan RM2.7 bilion. Jadi Tuan Speaker, saya nak ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker yang begitu sabar mendengar, saya ada satu lagi tak apalah saya mencelah kemudian. Saya berharap kita dapat mengambil sikap yang lebih terbuka dan bertanggungjawab selaras dengan titah Tuanku supaya Dewan ini benar-benar dapat membahaskan isu-isu rakyat, kepentingan negeri dan inilah hasrat kami dalam Perikatan Nasional untuk meletakkan semula Negeri Selangor berada dalam kompas geo strategik di kalangan kuasa-kuasa besar ekonomi, bukan sahaja di rantau ini tetapi Insya-Allah di peringkat global dan kita mahu Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan untuk menerajui ekonomi digital untuk membina sebuah negeri yang pintar, yang pantas and more connected. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih, Hulu Kelang.
Saya mempersilakan Dusun Tua untuk meneruskan perbahasan.
Assalamualaikum wbt. Salam KitaSelangor. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Dusun Tua diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan bagi membahas titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Selangor bagi Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15 Tahun 2024. Dalam titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Selangor telah pun menggariskan beberapa perkara dan juga intipati penting bagi ahli Dewan Negeri khususnya untuk pentadbiran dan juga Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kita bersama-sama menguruskan dan memastikan pembangunan ekonomi Negeri Selangor mencapai matlamat yang telah disasarkan. Imej Selangor sebagai sebuah negeri maju dan membangun dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta penyumbang utama keluaran negara kasar KDNK pada negara. Kita sering dijadikan penanda aras kepada negeri lain untuk menentukan sejauh mana pencapaian kejayaan negeri mereka. Oleh yang demikian kita perlu memastikan bahawa segala hasil negeri ini diurus dengan baik dan sempurna untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang dihormati, pengguna air di Negeri Selangor ketika ini dianggarkan berjumlah 6.2 juta dengan 4.3 juta daripadanya ialah pengguna tetap di sekitar Lembah Klang. Kerajaan Negeri perlu bersedia untuk berdepan cabaran yang kritikal dalam menangani krisis air seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini. Namun dalam masa yang sama saya juga memuji pelan persediaan dengan Pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) dan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM). Di antara teras utama yang digariskan dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ialah berkenaan pengurusan industri air kita sama-sama bersyukur kerana Negeri Selangor memiliki bekalan air bersih dan mencukupi untuk digunakan. Namun berdasarkan pencarian melalui sumber laman sesawang mendapati pada tahun 2023 sahaja terdapat sebanyak 4 kali gangguan air yang telah berlaku dan pada tahun ini iaitu pada 6 Februari yang lepas, dari kesemua masalah gangguan ini punca utama bukanlah dari ketiadaan bekalan air yang bersih walaupun pada musim panas dan pada musim hujan, kebanyakan gangguan air yang berlaku ini disebabkan oleh insiden pencemaran yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa ditutup sehingga kerja-kerja pembersihan selesai. Dusun Tua memohon supaya siasatan dilakukan atau tindakan yang berat dikenakan kepada pesalah yang menyebabkan punca pencemaran tersebut agar ia tidak berulang kembali. Kita sedia maklum bahawa gangguan bekalan air ini akan merencatkan perjalanan kehidupan seharian pengguna dan juga ekonomi penduduk setempat. Isu penggantian paip air sedang dijalankan di Dusun Tua sepanjang 2.5km, 650m sudah diganti dengan sistem paip yang baru, isu yang timbul adalah pihak kontraktor tidak menurap jalan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya, penurapan yang tidak sempurna dan ini menyebabkan berlakunya kemalangan yang kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal, juga berlakunya paip pecah akibat dari pengorekan ini. Hari ini sahaja telah buat JKR telah buat satu keputusan untuk stop work order kerja-kerja penggantian paip ini.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sering mendahului dalam melaksanakan inisiatif atau program kebajikan untuk rakyat. Marilah sama-sama kita menyambut usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan segala program yang disediakan dalam program Iltizam Selangor Penyayang sampai kepada rakyat yang disasarkan. Terdapat 6 teras utama dengan 47 program yang disediakan bagi membantu rakyat Selangor seiring dengan keadaan ekonomi dan keperluan semasa sekarang. Dusun Tua mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua kerana cakna terhadap segala aspek bantuan dan keperluan rakyat di Selangor amnya. Semalam jika kita mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat banyak membangkitkan peningkatan kos sara hidup dengan kenaikan harga barangan. Alhamdulillahlah kita Selangor menyediakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu ini dan di antara yang menarik serta menerima sambutan yang baik masyarakat adalah Jualan Ehsan Rakyat (JER). Pelbagai barangan keperluan asas yang dijual pada harga bersubsidi dalam Program Jualan Ehsan. Dusun Tua mengharapkan agar inisiatif ini dapat diteruskan dan penambahan kuota diberikan agar lebih ramai rakyat
terutamanya golongan B40 dapat menikmati keistimewaan dari inisiatif kerajaan Selangor ini.
Tuan Speaker, bagi memacu Selangor kepada sebuah negeri maju dan moden seiring dengan perkembangan teknologi kita tidak boleh mengetepikan isu alam sekitar dalam memastikan kelas alam terus dijaga dan menjamin kehidupan yang sihat dan kondusif. Negeri Selangor selangkah ke hadapan dalam mempercepatkan transformasi kepada kenderaan yang lebih mesra alam dengan membina 1000 station pengecas kenderaan elektrik dan secara tidak langsung akan memberi lebih keyakinan kepada pembeli untuk memiliki kenderaan elektrik pada masa hadapan. Kerajaan Selangor menyambut baik saranan Kerajaan Persekutuan yang menyeru pengeluaran kenderaan elektrik (EV) agar mempertimbangkan Malaysia sebagai hub membekal dan menawarkan perkhidmatan ke pasaran EV yang kini sedang berkembang pesat di Asia. Namun dalam cadangan Kerajaan Negeri bagi menjadikan kenderaan elektrik sebagai alternatif kepada kenderaan petrol dan diesel untuk digunakan kerajaan dan agensi serta badan berkanun hal ini perlu dilihat dengan teliti kerana kos pemilikan dan penyelenggaraan supaya kenderaan ini adalah tidak tinggi berbanding kenderaan biasa. Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor bahawa Tuanku mengambil maklum pelbagai usaha yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir, Dusun Tua tidak pernah terlepas dari masalah banjir yang berlarutan dan membebankan rakyat tempatan sehingga ke hari ini. Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia, sekarang ini jika hujan lebat kurang dari satu jam pun sudah boleh menyebabkan ada kawasan yang akan ditenggelami air, seperti di Taman Sri Nanding, Kampung Sungai Serai Tambahan, Kampung Sungai Gahal, Batu 16 dan beberapa kawasan lagi. Perhatian awal saya mendapati antara faktor berlakunya banjir kilat ini ialah kerana banyak longkang-longkang di taman-taman seperti di Taman Desa Raya, Taman Sri Nanding, Pekan Batu 14, Pekan Batu 18 Hulu Langat dan longkang di jalan terutama yang menghala ke arah sungai telah rosak dan tersumbat di waktu banjir 2021. Oleh itu Dusun Tua mengharapkan agar Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi berkaitan boleh melakukan penyiasatan dan menyegerakan kerja-kerja pembaikan serta menaik taraf sistem pengurusan penyelenggaraan longkang-longkang ini.
Selain itu Tuan Speaker, Dusun Tua juga terdapat masalah jalan yang sempit dan laluan keluar masuk taman perumahan terutamanya taman-taman perumahan yang baru dibangunkan. Situasi ini menyebabkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dan pada hujung minggu. Saya memohon agar Kerajaan dapat mengenakan syarat wajib kepada setiap pemaju perumahan untuk memastikan laluan yang bersesuaian dengan keadaan dan kapasiti pengguna kenderaan semasa. Dusun Tua menghadapi masalah tersebut di setiap jalan keluar dan masuk kawasan perumahan yang baru, jalan yang sempit tidak lagi sesuai dengan kapasiti penambahan penduduk di kawasan perumahan tersebut. Akibatnya ramai pengguna sedia ada terkesan dengan kesesakan trafik yang panjang. Keadaan
lampu isyarat yang kerap rosak di persimpangan Batu 14 dan juga Batu 9 Cheras. Saya memohon pihak Jabatan Kerja Raya atau agensi berkaitan menyegerakan kajian berkenaan penambahbaikan sistem kawalan trafik sedia ada di samping kajian pelebaran jalan yang bersesuaian untuk menampung kepadatan pengguna sedia ada, mohon Kerajaan Negeri mengkaji dan menimbang untuk meluluskan peruntukan untuk atasi masalah kesesakan trafik ini.
Tuan Speaker, sebagai sebuah negeri yang mampan dan berdaya saing Selangor merupakan negeri bertuah yang memiliki hasil bumi pelbagai dengan kedudukannya yang di tengah-tengah semenanjung Malaysia memberi limpah rezeki kepada seluruh rakyat Negeri ini. Dengan pengurusan yang efisien dan berintegriti di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Sungai Tua kita berbangga memiliki rizab kewangan yang tinggi melebihi 31% sasaran pada tahun 2023 dan dianggarkan ekonomi Negeri Selangor akan berkembang secara konsisten pada tahun ini dengan kadar 5.2%. Namun harus diingatkan bahawa cabaran esok pastinya berbeza dengan hari ini untuk mendapatkan lebih mudah daripada mempertahankan. Oleh itu sebagaimana Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kita haruslah memperkukuhkan hubungan baik dan muhibah, menghindari persengketaan dan menjauhi segala perbuatan yang boleh membawa kemudaratan kepada Negeri Selangor. Sama-sama menyumbang idea dan pandangan agar Kerajaan Negeri boleh terus bekerja kuat untuk memastikan kejayaan yang lebih banyak pada tahun 2024 ini. Dengan ucapan ini Dusun Tua dan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, sekian terima kasih.
Terima kasih Dusun Tua, Paya Jaras tidak ada, Sungai Ramal saya bagi Sungai Ramal dulu.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Selamat Petang. Terima kasih Tuan Speaker, yang memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama berbahas menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, dalam merasmikan sidang kita pada kali ini. Perhatian yang sungguh-sungguh telah diberikan kepada Titah Tuanku oleh Ahli Dewan semalam bagi menunjukkan kebersamaan kita untuk menuruti Titah Tuanku melahirkan sebuah negeri yang sejahtera, negeri yang betul-betul maju, negeri yang cakna kepada rakyat, dan negeri yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Selangor keseluruhannya. Tuan Speaker, memandangkan begitu banyak keprihatinan Duli Yang Maha Mulia terhadap kepentingan kerajaan dan rakyat Selangor, saya akan mengambil sebahagian daripadanya sebagai penting dan perhatian kepada Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan yang Mulia ini. Ada dua perkara yang mustahak yang saya ingin ketengahkan dalam perbahasan kali ini. Yang pertama mengenai Titah Tuanku supaya rakyat Negeri Selangor diberikan perkhidmatan yang terbaik, sesuai dengan pembangunan pesat yang di capai hari ini dan Titah Tuanku, insya-Allah pada masa depan, keypoint nya ialah perkhidmatan yang
terbaik untuk rakyat dan masa depan yang juga baik untuk rakyat. Yang kedua ialah nasihat Tuanku Sultan kepada penjawat awam agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Tuan Speaker, dari dua perenggan yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sungai Ramal ingin menyentuh tiga perkara penting melalui perbahasan ini. Yang pertama, melayani dan menyantuni warga emas, yang kedua dan ketiga saya akan sebutkan selepas daripada ini. Malaysia mula memasuki gerbang negara menua, semakin tua. Menjelang tahun 2030, 15% daripada peratus penduduk negara adalah warga tua, kita tiada siapa yang kekal muda semua akan tua jika tidak ajal lebih awal menjelma. Mengikut statistik kependudukan negara pada tahun 2020, penduduk paling ramai adalah dalam Negeri Selangor iaitu 6.54 juta orang atau 20% daripada kependudukan negara. Ini sekali gus mengatakan bahawa kadar penduduk tua atau orang sensitif dengan kalimah tua ini mereka panggil penduduk lama, veteran. Kadar penduduk tua di Negeri Selangor adalah paling ramai dalam negara. Laporan statistik juga menunjukkan pada tahun 2020 Selangor ada 366,240 orang orang tua atau 5.6% daripada 6.54 juta orang. Oleh yang demikian, dengan menarik perhatian kepada titah ucapan Tuanku semalam, yang mahu supaya rakyat negeri ini perlu diberikan perkhidmatan terbaik, maka Sungai Ramal mahu menggesa pihak Kerajaan memberi tumpuan untuk melayan dan menyantuni warga tua dalam pembangunan negeri ini. Saya ingin mencadangkan beberapa inisiatif dan infrastruktur berikut. Yang pertama, menggalakkan orang tua beriadah yakni beriadah di luar rumah khususnya di taman-taman rekreasi awam untuk mereka berinteraksi, bertemu rakan, ber-reunion, bertanya khabar dan memberikan pandangan kepada kawan-kawan dan sebagainya. Justeru, Sungai Ramal mahu menggesa pihak Kerajaan memastikan Pihak Berkuasa Tempatan membina atau menaik taraf pusat-pusat rekreasi awam yang sesuai dan mesra warga emas dengan segala kemudahan dan ekosistem yang kondusif. Tuan Speaker, kita faham bahawa sudah sedia ada banyak pusat rekreasi awam yang dibina oleh PBT-PBT yang kebanyakan juga sudah melihat kepada keperluan OKU untuk disesuai padankan dengan keperluan mereka. Namun ada satu lagi elemen yang perlu diberikan perhatian iaitu sesuai untuk warga emas yang kondusif, persekitarannya baik, infrastrukturnya baik, yang boleh membantu orang tua, warga emas ini, release atau membantu menenangkan fikiran mereka dan mengurangkan mungkin kepayahan hidup yang mereka lalui saban hari. Saya ingin mengambil contoh, dalam PBT MPKJ, yang mengawal selia padang-padang awam, ada di Taman Tasik Cempaka dan ada di padang awam Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Padang awam ini besar tetapi tidak mesra OKU, tidak mesra warga emas. Hanya digunakan untuk orang muda, untuk beriadah sedangkan banyak lagi ruang untuk digunakan untuk warga emas. Sungai Ramal ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri memastikan PBT khususnya MPKJ memastikan padang ini dinaik taraf sehingga menjadi pusat rekreasi yang memberi ruang yang kondusif bagi
rekreasi warga emas. Peruntukan yang sesuai harus diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk merealisasikan cita-cita ini.
Yang kedua, juga untuk keperluan warga tua yang kita akan dapati pertambahannya semakin hari semakin banyak dalam negeri kita, ialah mengekalkan kebenaran solat Jumaat kepada surau-surau yang sudah sifatnya sebagai mesra warga tua. Biasanya, warga tua ini hampir dengan surau yang telah diberikan kebenaran Jumaat. Mereka selesa, mereka senang, mereka mudah untuk berulang alik ke surau berkenaan. Tetapi ada beberapa pendekatan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama untuk menarik balik kebenaran ini dengan alasan-alasan yang berbagai-bagai. Saya mengambil contoh kes, sebagai contoh Surau Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang yang khabarnya kemungkinan kebenaran solat Jumaat akan ditarik balik daripada surau ini. Saya menarik perhatian kepada jawapan yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap soalan saya kepada surau ini sama ada benar akan ditarik balik kebenaran Jumaat dan mengapa. Jawapan yang saya terima dari pihak Kerajaan ialah akan ditarik balik, alasannya ialah masjid yang dibina belum penuh. Saya ulang, alasannya ialah masjid yang dibina jauh daripada kawasan perumahan itu masih belum penuh. Alasan belum penuh perlu dinilai balik pada pandangan saya, untuk menjadikan masjid ataupun surau solat Jumaat itu kondusif untuk warga emas. Untuk spesifik kes ini, Pihak Berkuasa Agama mesti melihat juga aspek keselamatan yang akan menghantui pemikiran orang-orang tua khususnya untuk pergi ke masjid, yang telah dibina. Betul, saya tahu masjid itu luas, masjid itu besar tetapi jaraknya dengan penduduk tempatan jauh, satu. Yang kedua, akan melalui jalan raya yang sesak yang dilalui lori-lori besar, lori-lori kuari yang sudah pasti kalau kita ada orang tua, pun tak sanggup membenarkan orang tua kita pergi ke masjid ini. Jika ini berlaku juga, diteruskan juga, saya bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, mungkin berlaku kemalangan ataupun mungkin lebih daripada itu, mereka mengelak daripada pergi solat Jumaat di masjid berkenaan. Baik mereka kekalkan di surau yang telah diberikan kebenaran solat Jumaat itu iaitu di Surau Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang. Juga mengenai masalah orang tua, perkara ketiga ialah masalah kesihatan warga emas. Oleh kerana semakin hari semakin ramai warga kita ini adalah warga emas, dan bila ramai mereka maka keperluan kesihatan juga perlu dipertingkatkan sama ada untuk menjaga mereka atau untuk melayan keperluan perubatan mereka. Justeru, bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kependudukan yang ramai, saya ingin memohon perhatian pihak Kerajaan supaya sama ada menambah pusat kesihatan yang memberikan layanan yang lebih kepada warga emas ataupun meluaskan kapasiti ruang untuk penjagaan dan layanan kepada warga emas. Jika tidak ada, kawasan penduduk itu, jika tidak ada pusat kesihatan untuk warga berkenaan, sekitar berkenaan, maka saya memohon perhatian pihak Kerajaan untuk membina Klinik Kesihatan yang khususnya boleh melayan warga emas. Saya ambil contoh, bagi kepadatan penduduk Sungai Ramal yang hampir mencecah 100,000 orang penduduk. Sedangkan hanya satu (1) pusat kesihatan awam yang melayan warga emas, Pusat Kesihatan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan ia tak mampu
untuk menampung begitu ramai penduduk di Bandar Baru Bangi, termasuklah mereka yang tinggal di Kampung Sungai Tangkas, Kampung Sungai Tangkas bagi kawasan Sungai Ramal adalah kawasan yang sukar diurus.
Sungai Ramal, Sungai Ramal, pertanyaan sikit. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Kita di Selangor kita ada Program Iltizam Selangor Penyayang yang saya kira ia meliputi semua segmen masyarakat baik anak muda, baik ibu bapa, baik warga emas. Setuju atau tidak Sungai Ramal untuk kita gunakan masjid dan surau ini tempat untuk kita pasarkan segala produk-produk Kerajaan Negeri Selangor, Iltizam Selangor Penyayang ini?
Saya tidak menolak kemungkinan itu, bahkan ruang untuk memasarkan produk Selangor lebih besar daripada itu. Kerajaan ada Ahli Majlis, ada Ketua Kampung, ada bermacam-macam agensi yang boleh digunakan untuk memasarkan produk-produk Selangor dan kami kalau dibenarkan, kami boleh memasarkan juga produk Negeri Selangor ini untuk rakyat Selangor dengan syarat berikan office yang cukup lengkap, kakitangan yang cukup dan peruntukan yang cukup. Insya-Allah kita boleh bantu, bukan sekadar masjid dan surau sebagai pusat aktiviti dan pusat promosi, lebih daripada itu pun boleh. Kembali kepada kesihatan. Saya ingin memberi contoh, bagi kawasan Kampung Sungai Tangkas, antara kawasan yang begitu penat untuk dikendalikan. Kampung nya kecil, lot-lot tanahnya kecil, kependudukannya padat dan pembangunannya sangat-sangat padat. Jalan keluar tiada, jalan masuk kecil, sukar. Satu lagi ialah tiada Pusat Kesihatan. Kalau nak rujuk kepada orang tua, lebih-lebih lagi Pusat Kesihatan pun tidak ada, Pusat Penjagaan Orang Tua pun tidak ada. Maka, inisiatif besar yang saya minta daripada pihak Kerajaan supaya ambil lah perhatian yang serius, kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk itu untuk melayani dan menyantuni warga emas yang semakin hari semakin tinggi jumlahnya. Kawasan baru mungkin tidak mempunyai kependudukan warga emas yang ramai, Bandar Baru Bangi antara pendudukan awal diduduki oleh warga di situ dan sudah pasti sebahagian besar daripada orang yang awal telah menjadi warga emas di Bandar Baru Bangi.
Seterusnya, mengenai juga penjagaan kesihatan warga emas. Warga emas yang sudah tidak bekerja sama ada duduk bersendirian atau dijaga oleh keluarga sendiri atau ditempatkan ke rumah orang-orang tua. Dan sudah semestinya sebahagian daripada warga emas ini memerlukan perhatian yang sungguh-sungguh dan serius daripada sama ada keluarga sendiri atau pusat penjagaan. Banyak pusat penjagaan yang saya lihat memerlukan sokongan yang kuat daripada pihak Kerajaan mahupun pihak swasta untuk memastikan penjagaan kepada warga emas itu baik dan sempurna bukan sekadar untuk menjaga urusan diri mereka tetapi juga untuk urusan kesihatan mereka sama ada diuruskan oleh pusat penjagaan swasta yang mampu milik bahkan juga yang di luar mampu milik yang memerlukan
komitmen oleh pihak Kerajaan dan Swasta. Namun Kerajaan harus melihat penjagaan orang-orang tua ini adalah serius sebab mereka khususnya penjaga-penjaga swasta ini telah memberikan kerjasama untuk memastikan warga emas, warga tua ini akan terus dipelihara. Untung pihak Kerajaan sekiranya lagi banyak pusat penjagaan emas ini dihidupkan, ditambah kerana mengurangkan bajet Kerajaan untuk melayan warga emas. Namun, tak cukup dengan keberuntungan itu maka menjadi cadangan saya yang penting supaya insentif-insentif yang besar, yang banyak, diberikan kepada pusat-pusat jagaan yang dengan suka rela menjaga warga emas. Siapakah mereka warga emas ini? Mereka adalah ibu kita sendiri, ayah kita sendiri.
Yang Berhormat, ada satu (1) minit lagi ya.
Ha?
Satu (1) minit lagi untuk tutup. Landing. 30 saat. Dah habis sebenarnya (ketawa), tak perlu sambung. Kita habiskan terus.
Okay. Teruskan kepada pusat jagaan ini. Di samping memerlukan insentif daripada Kerajaan, juga perlu ditentukan kependudukannya di atas tanah siapakah mereka duduki. Sama ada tanah yang dimiliki oleh dia, pemilik itu sendiri ataupun reserve Kerajaan yang saya percaya bahawa kita mesti teliti, jangan sampai ada unsur-unsur pencerobohan atas lesen menjaga warga emas. Tuan Speaker, saya sambung esok lah.
Masa dah habis dah. Tengok esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam sudah pun 4.30 petang, maka Dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok, 29 Februari 2024 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)