Selangor · 29 February 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 400 turns · 34,673 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas pada 29 Februari 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Speaker

Sebelum kita memula dengan sesi soal jawab, Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan dengan kehadiran 10 orang mahasiswa yang diketuai oleh saudari Norazima binti Adnan, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor dan mereka sedang dalam siri kunjung hormat kepada Ahli Yang Berhormat Taman Templer yang juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Saya menjemput Setiausaha Dewan.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih kepada Tuan Speaker, soalan saya nombor 12.

Speaker

Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Pematuhan Amalan EsgQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor membantu SME untuk mematuhi amalan ESG peringkat antarabangsa?

b)

Apakah cabaran akan dihadapi oleh SME untuk mematuhi amalan ESG?

c)

Berapakah jangkaan kerugian akan dihadapi oleh SME disebabkan perlu mematuhi amalan ESG?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan speaker, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) mematuhi amalan Environmental, Social, and Governance (ESG) di peringkat antarabangsa melalui program libat urus bersama SME dan warcana berkaitan ESG.

Ini termasuk penganjuran forum berkaitan ESG iaitu SME ESG Summit: Accelerating Sustainable Transformation in Retail Supply Chains yang telah diadakan pada persidangan Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC) pada tahun 2023 yang dihadiri lebih 350 peserta dengan tujuan untuk mendidik SME tentang kepentingan dan manfaat mematuhi amalan ESG.

Antara topik yang dibincangkan adalah :

1. Responsible Al: Designing Tomorrow with Ethics and Transparency. 2. Al in Healthcare: Charting a Sustainable Path Forward.. 3. Al-Driven Mobility: Paving the Way for a Net Zero Future. 4. Biotech for a Sustainable Future: Advancements in Climate Change and Agro Applications. 5. How to Invest for a Sustainable Future: AI, Net Zero, and Biotech Startups.

Melalui forum ini, SME terdedah dengan cara-cara untuk mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam operasi perniagaan serta memahami keuntungan jangka panjang dan tanggung jawab sosial.

SIDEC juga menganjurkan program tahunan seperti Selangor Accelerator Programme dan Selangor E-Commerce Accelerator yang menyediakan mentorship, bengkel kepada para usahawan yang merangkumi pendedahan aspek ESG kepada aspek SME.

Dan bagi soalan (b), apakah cabaran yang dihadapi oleh SME untuk mematuhi ESG. Kebanyakan SME di Selangor berdepan cabaran untuk mematuhi ESG atas pelbagai faktor. Antaranya kekurangan pendedahan mengenai kepentingan ESG dan cara menyerapkan ESG di dalam pentadbiran perniagaan. Cabaran lain adalah masalah aliran tunai dan kos yang tinggi untuk mendapatkan pakar dalam membantu pematuhan ESG di dalam syarikat.

Dan bagi soalan yang ditanyakan di bahagian (c), berapakah jangkaan kerugian yang dihadapi oleh SME disebabkan perlu mematuhi amalan ESG. Sebenarnya saya nampak ramai dari golongan SME ini, mereka salah faham berkenaan kepentingan ESG dan mereka anggapkan pematuhan amalan ESG ini akan mendatangkan kerugian. Sebenarnya pematuhan ESG tidak akan mendatangkan kerugian kepada syarikat kerana ESG dirangka untuk membantu organisasi lebih berdaya maju dan berdaya saing. Sebaliknya SME lebih berisiko untuk menanggung kerugian sekiranya tidak mula menitik beratkan amalan ESG. Antara risiko yang dimaksudkan adalah risiko kawal selia, risiko kewangan dan potensi pelaburan dan risiko keberkesanan operasi, risiko inovasi dan pertumbuhan syarikat serta risiko kehilangan reputasi di peringkat tempatan dan global. Pematuhan ESG sebenarnya mampu memberi manfaat kepada SME seperti meningkatkan daya saing dan inovasi, menambah baik kecekapan operasi, meningkatkan akses kepada kewangan dan pasaran, meningkatkan perhubungan dengan pihak berkepentingan dan akhirnya meningkatkan reputasi syarikat.

Tambahan lagi, manfaat yang diterima SME dalam melaksanakan pematuhan ESG adalah baik memandangkan SME adalah sebahagian daripada rangkaian bekalan global dan ESG kini semakin memainkan peranan penting dalam polisi pelaburan Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Soalan tambahan.

Speaker

Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Soalan saya adalah, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang berusaha untuk memberi pengetahuan berkenaan ESG kepada SME, Cuma soalan saya adalah berapa kekerapan summit dan juga forum yang akan diadakan akan adakan, yang akan diadakan di setiap daerah ataupun setiap majlis. Yang kedua adalah disebabkan kalau di SME ini tidak menepati amalan ESG, memang akan menjejas perniagaan mereka, mungkin mereka tak dapat eksport dan peluang perniagaan akan menurun. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan geran kepada mereka supaya boleh catch-up dalam menepati amalan ESG ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bagi soalan yang pertama, berkenaan kekerapan summit, sebenarnya bagi Selangor International Business Summit, kekerapannya adalah satu tahun sekali bagi sektor Selangor Smart City dan Digital Economy Convention, kekerapannya adalah satu tahu satu kali. Tetapi itu tidak bermakna kita hanya membantu atau mengadakan forum ataupun integrasi bersama SME satu tahun sekali. Kami akan menambahkan kekerapan berjumpa dengan semua SME termasuk dengan dapatkan bantuan daripada persatuan-persatuan perniagaan.

Supaya kita dapat berintegrasi dengan mereka dan sampaikan mesej berapa pentingnya ESG kepada peniagaan mereka.

Dan bagi geran yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Rawang tadi, buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak ada rancangan untuk menyediakan geran kepada mereka, kerana Kerajaan Negeri Selangor rasa adalah lebih penting bagi mereka faham dulu, faham kepentingan dengan pematuhan amalan ESG dulu. Selepas itu, kalau mereka menghadapi masalah kewangan untuk mematuhi amalan ESG, maka mungkin satu perjumpaan bersama institusi kewangan boleh diaturkan oleh kerajaan negeri supaya mereka boleh dapat bantuan ataupun pinjaman kewangan daripada institusi kewangan di dalam negara ini. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO tentang perkara (b), cabaran yang akan dihadapi oleh SME, selain daripada meningkatkan kefahaman di kalangan SME dan juga melihat keupayaan aliran tunai untuk beralih kepada amalan ESG, salah satu cabaran yang perlu diberikan perhatian ialah dalam tempoh yang terdekat menjelang 2025, sebahagian besar daripada syarikat-syarikat MMC yang melabur di negeri Selangor ini akan menyerap amalan ESG dan sekiranya ini berlaku, dan SME di Selangor tidak bersedia, maka mereka tidak boleh menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan syarikat-syarikat besar ini.

Saya setuju dengan pandangan Rawang, bahawa kalau ini berlaku bukan sahaja syarikat-syarikat tempatan tidak boleh menembusi pasaran global ...

Speaker

Yang Berhormat, ringkaskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tetapi syarikat-syarikat tempatan juga di kalangan PMKS ini tidak dapat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan syarikat-syarikat besar di negeri Selangor, kerana mereka tidak mahu produk yang dikeluarkan itu tidak dapat menembusi pasaran di kesatuan Eropah. Jadi apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyiapkan SME dalam masa yang terdekat, dalam masa dua tahun ini supaya mereka boleh menyertai rantaian bekalan syarikat-syarikat MSC dan syarikat bertaraf global di negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, memang apa yang disebutkan Hulu Kelang itu sangat betul. Jadi ini merupakan salah satu sebab kenapa pentingnya bagi SME di Negeri Selangor ini siap sedia untuk berdepan dengan amalan ESG ini. Oleh itu, tadi saya dah jawab tahun lepas kami telah sangat bergiat untuk menganjurkan pelbagai program termasuk yang tadi saya sebut tadi semasa Selangor Smart City and Digital Convention telah mengadakan pelbagai forum supaya SME berpeluang untuk memahami kepentingan SME itu dan dalam dua

tahun yang akan datang ini, ESG, Kerajaan Negeri Selangor akan memperbanyakkan lagi integrasi bersama semua SME supaya mesej penting dapat disampaikan kepada semua SME, apa yang kita nak nampak adalah SME di Negeri Selangor bersiap sedia dengan kedatangan ESG ini. Terima kasih.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Soalan tambahan, Tuan Speaker boleh.

Speaker

Silakan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana ambil inisiatif untuk melihat perkara ESG. Jadi apakah pandangan Kerajaan Negeri kalau dua perkara dilakukan, iaitu mungkin dalam salah satu GLC ataupun agensi boleh wujudnya satu platform khas ESG supaya mana-mana SME ataupun syarikat yang berminat untuk mengetahui lanjut mempunyai satu platform untuk hubungi sebab masalah ESG sekarang, terdapat terlampau banyak information kat luar sana, jadi nak satu one-stop center itu akan memanfaatkan mereka, satu. Dua, apakah pandangan Kerajaan Negeri kalau kami ...

Speaker

Yang berhormat, satu soalan saja.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tax incentive, itu soalan yang cadangan kedua.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini juga merupakan satu soalan yang cukup baik. Saya percaya bagi apa-apa polisi dan apa-apa amalan yang terkini, adalah sangat penting bagi Kerajaan Negeri Selangor untuk take the lead. Oleh itu semua agensi di bawah kerajaan negeri Selangor, telah diarahkan untuk mengkaji semula visi organisasi masing-masing supaya kita memasukkan elemen ESG ini dalam organisasi mereka.

Sekiranya boleh take the lead, maka saya rasa kita boleh memberi satu contoh yang baik kepada syarikat-syarikat SME yang swasta itu dan bagi soalan kedua itu, for the tax incentive itu bukan di bawah Kerajaan Negeri. Ini kita akan sampaikan kepada Kerajaan Persekutuan supaya mereka dapat mengkaji tax incentive yang boleh diberi kepada SME-SME yang mematuhi ESG. Terima kasih.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 13.

Speaker

Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Elaun Ahli MajlisQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Terdapat keperluan untuk semak semula gaji/ elaun ahli majlis PBT kerana beban kerja yang tinggi disamping kos sara hidup yang semakin meningkat. Apakah rancangan pihak kerajaan untuk menambah baik kebajikan Ahli Majlis PBT?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Subang Jaya, buat masa ini Ahli Majlis PBT menerima jumlah elaun bulanan berjumlah RM2500 bagi PBT yang bertaraf bandar raya, dan perbandaran manakala RM2000 bagi PBT yang bertaraf daerah. Jumlah ini adalah merupakan kadar yang telah dipersetujui dan diselaraskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pekeliling Setiauasaha Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan 1/2021- Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Kali terakhir semakan kadar bayaran elaun Ahli Majlis dibuat pada tahun 2017, namun mengambil cabaran dan bebanan tugasan Ahli Majlis dalam menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti setempat yang semangkin meningkat, merupakan salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan semakan semula kadar bayaran elaun kepada Ahli Majlis.

Cabaran dan bebanan tugas tersebut termasuklah melaksanakan tugasan di lapangan dan sentiasa bersama dalam menguruskan aduan dan hal ehwal penduduk secara sepenuh masa. Selain daripada itu, Ahli Majlis juga berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat dan kenaikan kadar bayaran ahli majlis ini sekiranya pada masa akan datang ia dapat membantu meringankan bebanan Ahli-Ahli Majlis.

Di Pulau Pinang telah melaksanakan kenaikan kadar baharu elaun bulanan Ahli Majlis daripada RM2500 kepada RM4000 berkuat kuasa pada 01 Oktober 2023. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan meneliti kesesuaian pelaksanaan cadangan itu daripada masa ke semasa, kerajaan prihatin tapi kita akan pertimbangkan daripada masa ke semasa mengikut kesesuaian dan mengikut keperluan dan mengikut kedudukan kewangan dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan ini dijawab bersama soalan 229.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Soalan ini dijawab bersama dengan soalan 229 sekali dengan Pandamaran, terima kasih Speaker atas ingatan.

Speaker

Batu Tiga.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Fasiliti Sukan Yang Bukan Aliran UtamaQuestions

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sukan-sukan yang bukan aliran utama seperti ragbi dan hoki terutamanya dalam penyediaan fasiliti sukan berkenaan? Perlu ada fasiliti setiap sukan di setiap PBT.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, terima kasih Batu Tiga. Bagi memenuhi keperluan sukan yang bukan tumpuan, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan tersebut mengikut keperluan dan permintaan penggunaannya terutama bagi persediaan atlet prestasi tinggi di samping penggunaan masyarakat setempat untuk tujuan rekreasi. Kemudahan sukan yang bukan tumpuan dan kurang popular banyak disediakan di Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah penggunaan dewan-dewan yang boleh digunakan untuk sukan-sukan tersebut dalam kategori yang berbeza-beza.

Kerajaan Negeri akan memenuhi keperluan daripada atlet prestasi tinggi dan masyarakat untuk menyediakan kemudahan atau fasiliti sukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan-badan sukan. Kaedah persediaan fasiliti ini dibuat berdasarkan permintaan dan kebanyakan penggunaannya adalah spesifik kepada atlet daripada kategori sukan berprestasi tinggi. Terima kasih.

Speaker

Batu Tiga.

Tuan Speaker, bila saya melihat kepada jawapan diberikan, sudah tentu saya mohon satu perancangan yang teliti sebabkan hari ini kita secara aktif dipihak sekolah juga menyertai MSSN, MSSM dan apabila saya melihat yang terakhir juara Selangor ialah juara ragbi MSSM 2023, maknanya kita sudah ke hadapan dari sudut pertandingan ini.

Namun dari sudut fasilitinya sudah tentu walaupun saya berada di Shah Alam, kita tidak melihat satu fasiliti lengkap bagi sukan ragbi yang mungkin sudah menjadi trend ataupun pilihan utama di sekolah-sekolah. Saya mohon kalau boleh dibuatkan perancangan teliti bukan hanya di pusat-pusat bandar, juga termasuk di kawasan luar bandar. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih. Buat masa ini Yang Berhormat kalau untuk sukan ragbi, kita ada kemudahan yang agak lengkap di PJ, khusus untuk bukan saja latihan, tetapi juga untuk menganjurkan pelawanan-pelawanan yang mencapai piawaian persatuan ragbi. Tapi pada masa sama untu kemudahan ragbi ini kalau di peringkat PBT, kita galakkan menggunakan padang itu yang boleh convert, maksudnya kalau ada padang besar, boleh juga di convert untuk kegunaan atlet-atlet ragbi bagi tujuan latihan. Sebab ragbi ini biasanya dia bukan sukan yang di peringkat PBT ini ada keperluan-keperluan dia. Jadi kalau ragbi ini ada segmen-segmen tertentu yang kita perlu santuni, jadi kita boleh beri, macam padang biasanya padang bola, padang besar boleh digunakan untuk padang bola, pada masa sama boleh di convert juga untuk kegunaan ragbi. Buat masa ini, itu yang sedang kita laksanakan, tapi berdasarkan keperluan, kita boleh teliti dan kaji dengan pihak PBT, sekiranya ada keperluan, kita boleh tambah apa fasiliti dan infrastruktur tersebut. Terima kasih.

Speaker

Jeram.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Soalan saya nombor 15.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Bayaran Pinjaman Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.Questions

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Dengan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober 2023, apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam

mendapatkan semula bayaran pinjaman daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. berjumlah RM248.7 juta?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Jeram atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman, jumlah keseluruhan pinjaman Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dengan Kerajaan Negeri bagi tujuan pelaksanaan Projek Penggantian Paip Air Lama di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak RM248.7 juta. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah atas pinjaman. Selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui sebelum ini, pinjaman ini dijadualkan untuk dibayar balik secara ansuran selama 20 tahun yang hanya dimulakan selepas tempoh 10 tahun daripada tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan. Jadual bayaran balik akan dikutip mulai tahun 2031 sehingga 2046 dengan jumlah ansuran pertama yang perlu dilunaskan ialah berjumlah RM7.175 juta mulai 2031 dan seterusnya sebanyak RM12.435 juta setahun daripada tahun 2032 sehingga 2046. Terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal. Saya dah sebut Sungai Ramal. Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan nombor 16 Speaker.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 16. Program Bagi Memberdayakan Ketua-Ketua KampungQuestions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah program yang dianjurkan Kerajaan Negeri bagi memberdayakan ketua-ketua kampung di negeri ini bagi tahun 2018 – 2023?

b)

Apakah aspek keupayaan khidmat ketua kampung dinilai?

c)

Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap ketua kampung yang gagal melepasi penilaian tersebut dan berapa ramai?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sangat mementingkan kredibiliti ketua-ketua kampung tradisi dalam memastikan pentadbiran kampung berada dalam kondisi selamat dan sejahtera. Justeru Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memantapkan dan memperdaya ketua-ketua kampung tradisi, antaranya kursus induksi Ketua Kampung, kursus pemantapan Ketua Kampung, kursus integriti Ketua Kampung dan lain-lain. Program-program pemberdayaan ketua kampung tradisi negeri Selangor dari tahun 2018 sehingga 2023 adalah seperti berikut:

Bil Tahun Kursus/Program 1. 2018 Kursus Pemantapan Ketua Kampung/ Pengerusi MPKK Negeri Selangor Tahun 2018 2. 2019 Kursus Induksi Pengerusi dan Setiausaha MPKK Negeri Selangor Tahun 2019 3. 2020 Kampungku Raya Tahun 2020 (Program pertandingan video pendek MPKK Negeri Selangor secara atas talian semasa pandemik Covid-19) 4. 2021 Kampungku Raya Tahun 2021 (Program pertandingan video pendek MPKK Negeri Selangor secara atas talian semasa pandemik Covid-19) 5. 2022 Kursus Integriti Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor Tahun 2022 6. 2023 Kursus Asas Komuniti Suluh & Rakan Sokongan Keluarga Siri 1 & 2 7. 2023 Kursus Asas Kefahaman Koperasi kepada MPKK Negeri Selangor 8. 2024 Majlis Apresiasi Kampung Tradisi Negeri Selangor Tahun 2023

Untuk makluman Yang Berhormat, prestasi Ketua Kampung Tradisi yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri ini akan dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan kriteria dan kaedah tertentu. Untuk permulaan Ketua Kampung Tradisi yang telah dilantik akan melalui tempoh percubaan selama 6 bulan sebelum perkhidmatan mereka dinilai kembali sama ada untuk diteruskan atau sebaliknya. Antara kriteria umum yang diambil kira ketika menilai prestasi Ketua Kampung Tradisi dalam tempoh 6 bulan percubaan adalah seperti berikut:

Tapisan Keselamatan dan Rekod Jenayah iaitu tiada rekod sabitan hukuman sama ada kes jenayah ataupun kes syariah;

i. Status Kebankrapan; ii. Mempunyai ahli MPKK yang lengkap; iii. Mempunyai isu bantahan atau tidak; dan

iv. Mampu menguruskan pentadbiran MPKK dengan baik seperti minit mesyuarat yang lengkap dan laporan kewangan yang teratur.

Perkara-perkara di atas perlu dilaporkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian Peringkat Negeri melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Pembangunan Desa, Perpaduan dan Pengguna. Sebagai tambahan, Ketua Kampung Tradisi juga akan dinilai secara tahunan dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian empat elemen utama di dalam pentadbiran kampung iaitu:

i. Pengurusan Mesyuarat (kekerapan dan kualiti); ii. Pengurusan Kewangan (ketelusan); iii. Inovasi dan Kreativiti (produk dan anugerah); dan iv. Aktiviti Kemasyarakatan (sambutan dan penglibatan).

Melalui 4 elemen tersebut, adalah diharapkan kelemahan yang mungkin berlaku seperti kelemahan pemantauan pentadbiran, konflik pengurusan, kurang komitmen ketika menjalankan tugas dan amanah dan sebagainya dapat diatasi dengan bijaksana dan berhemah.

Garis Panduan Dasar, Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor telah menggariskan bahawa setelah seseorang Ketua Kampung Tradisi dilantik, penilaian pertama akan dibuat setelah genap enam bulan tempoh percubaan. Penilaian seterusnya akan dibuat secara tahunan bagi memastikan perkhidmatan Ketua Kampung tersebut di tahap yang terbaik.

Sekiranya pada mana-mana penilaian, perkhidmatan Ketua Kampung tersebut didapati tidak memuaskan atau berlakunya perkara-perkara yang munasabah dan difikirkan relevan untuk disemak semula pelantikannya maka perkhidmatan Ketua Kampung tersebut boleh dicadangkan kepada Jawatankuasa Penilaian dan Tatatertib yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Kemajuan Desa untuk diambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang memberikan penjelasan tentang pemantapan ketua-ketua kampung. Tentang penilaian ini, sama ada Yang Berhormat EXCO ada mendapat maklum balas daripada akar umbi yang memberikan penilaian kepada potensi ataupun kemampuan ketua kampung mengendalikan masyarakat. Sebab ada yang kurang expert mengenai komunikasi dengan orang awam. Contohnya, bila memanggil orang kampung untuk bermesyuarat dan bertemu, komunikasinya sering terganggu dengan asakan orang awam sampai naik marah, meninggalkan mesyuarat ataupun membalas dengan kata-kata kesat terhadap penduduk sendiri.

Saya tidak mengambil kes yang spesifik sebab ada saya dengar di satu dua kampung, saya tak nak sebut dekat sinilah, sebab ia sensitif. Jadi sama ada yang pertama, penilaian dibuat daripada orang awam untuk sampaikan kepada Pejabat EXCO dan juga ilmu komunikasi diberikan kepada ketua kampung. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal atas makluman yang sebegini baik. Sudah pasti di peringkat Kerajaan Negeri, kita mengambil kira berkenaan dengan aduan daripada masyarakat atas sebab itu, saya telah pun meminta agar selepas ini lebih kerap diadakan mesyuarat di antara Pengerusi MPKK ini bersama Penghulu, dalam masa yang sama kita telah pun mengadakan beberapa siri latihan berkenaan mengendalikan cara-cara mengendalikan kepimpinan di peringkat masyarakat seperti kursus asas Komuniti Suluh & Rakan Sokongan Keluarga Siri 1 & 2 pada tahun 2023 yang antara ciri-ciri kursus ini adalah bagaimana untuk menyelesaikan berkenaan dengan masyarakat dan kekeluargaan berkonsepkan secara sistem Islam.

Jadi, sudah pasti selepas ini berkenaan dengan pelantikan baharu yang akan dibuat dalam bulan April ini kita akan mengambil kira segala sudut pandangan yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal tadi. Dan kalau dapat, Yang Berhormat Sungai Ramal boleh maklum kepada saya selepas ini berkenaan dengan Pengerusi MPKK yang didapati tidak memberi Kerjasama yang baik mungkin kitab oleh memberi kursus yang lebih efektif kepada mereka. Terima kasih.

Speaker

Kajang. Kajang.

Y.B. TUAN CHEONG KIAN YOUNG

: Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Keadaan Masjid Dan Surau Yang Lama Dan UzurQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah inisiatif yang dilakukan pihak Kerajaan Negeri terhadap Masjid dan Surau yang lama dan uzur seperti di Surau Al-Hidayah, Taman Zamrud dan Surau Al-Hidayah, Sungai Kantan, Kajang?

b)

Senaraikan pihak bertanggungjawab yang boleh membantu Masjid dan Surau dalam menyalurkan dana sumbangan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Kajang di atas keprihatinan Yang Berhormat mengambil cakna mengenai masjid dan surau yang lama dan uzur di Kawasan Kajang.

Untuk bahagian (a), buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor melalui peruntukkan sedia ada tidak mampu untuk membaik pulih atau menaik taraf kesemua masjid dan surau yang ada di Negeri Selangor disebabkan bilangan masjid dan surau yang terlalu banyak. Sebagai contoh masjid sahaja di Negeri Selangor ada 439 masjid dan surau ada 2,100 surau seluruh Selangor. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang dalam proses untuk mendapatkan kelulusan kebenaran menaik taraf Surau Al-Hidayah di Taman Zamrud dan Surau Al-Hidayah di Sg Kantan dari Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) bagi membolehkan kutipan dana untuk menaik taraf surau tersebut dapat dimulakan melalui dana kutipan wakaf.

Untuk bahagian (b), pihak bertanggungjawab yang boleh membantu masjid dan surau dalam menyalurkan dana sumbangan adalah seperti berikut: 1. Pihak JAIS melalui peruntukan pembangunan P14 Vot baik pulih surau berjumlah RM200,000.00 setahun. 2. Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui peruntukan sumbangan baik pulih institusi agama berjumlah RM50,000.00 menaik taraf selain pagar dan tandas. 3. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (ICU) 4. ADUN atau penyelaras DUN Kawasan juga boleh menyumbang kepada masjid dan surau. 5. Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) di bawah seliaan JAIS juga boleh digunakan untuk bantuan baik pulih berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.

Y.B. TUAN CHEONG KIAN YOUNG

: Soalan tambahan.

Speaker

Ya Kajang, silakan.

Y.B. TUAN CHEONG KIAN YOUNG

: Apakah syarat-syarat untuk bantuan ADUN dan tabung TIJARI untuk tujuan pengurusan surau?.

Baik. Pihak ADUN atau penyelaras boleh menyumbang untuk masjid dan surau melalui kaedah berikut:

1. Menjemput Nazir atau Pengerusi Surau tau wakil mereka ke Program Penyampaian Bantuan yang dianjurkan di lokasi di luar dari kawasan masjid dan surau. 2. Boleh salurkan terus bantuan ke akaun masjid atau secara online.

3. Menyerahkan bantuan ke Jawatankuasa Masjid atau Surau tetapi dibenarkan menyampaikan sebarang ucapan.

Untuk tabung TIJARI pula tabung ini boleh digunakan untuk bantuan pengimarahan atau bantuan utiliti juga bersyarat seperti berikut:

1. Pihak masjid atau surau perlu mengemukakan 3 bulan penyata bank terakhir bagi mengenal pasti kedudukan kewangan terakhir masjid atau surau. 2. Masjid atau surau juga boleh pengisytiharan baki masjid atau surau yang dilaburkan dalam mana-mana pelaburan simpanan tetap atau fix deposit. 3. Masjid dan surau yang tidak mempunyai dana untuk membiayai 10 bulan aktiviti pengimarahan atau pembayaran utiliti juga boleh memohon dari tabung TIJARI yang disediakan JAIS.

Terima kasih.

Speaker

Ya Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Saya ingin mohon penjelasan tentang tanggungjawab untuk membantu masjid dan surau ini bukan semestinya dana daripada Kerajaan Negeri atau pun wakil rakyat dan pihak berkuasa. Cuma ada juga kes di mana surau-surau memerlukan persefahaman daripada Kerajaan Negeri khususnya daripada JAIS untuk memberikan dokongan supaya tapak yang lebih sesuai untuk surau yang berkenaan. Saya bagi satu contoh Yang Berhormat, surau Al-Falah AU4 Hulu Kelang dalam Parlimen Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.

Surau ini dibina dalam satu tempoh yang begitu panjang dan oleh sebab kepadatan penduduk sudah meningkat, maka tidak lagi sesuai tapak berkenaan dikekalkan sebagai surau kerana tempat letak kereta dan juga kesesakan dan mengganggu kesejahteraan penduduk di situ. Cuma ada 1 tapak yang berdekatan yang telah diwartakan oleh pihak berkuasa sebagai padang bola. Saya ingat kalau diwujudkan persefahaman antara pihak berkuasa dengan pengurusan surau, mungkin boleh dicari penyelesaian dialihkan surau tersebut supaya ia lebih sesuai untuk ibadat bagi umat Islam bagi lebih selesa dan selamat manakala tapak lama diserahkan untuk keselesaan penduduk dan kawasan riadah. Tetapi, perkara ini telah berlanjutan sekian lama dan saya berharap Ahli Parlimen Gombak dengan EXCO Agama dapat membantu pengurusan surau Al-Falah AU4 mencari penyelesaian dalam masa yang terdekat kerana usaha saya di peringkat Daerah dan PBT belum mencapai penyelesaian. Persoalan saya ialah, saya mohon Dato’ Menteri Besar sebagai Ahli Parlimen Gombak dan juga EXCO Agama membantu kami mencari penyelesaian untuk surau Al-Falah mendapat tempat yang lebih selesa untuk umat Islam di AU4

Speaker

Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhomat Hulu Kelang. Saya ambil maklum dan kita akan usahakan insya-Allah.

Speaker

Ya, Kampung Tunku.

Y.B. PUAN MICHELLE NG MEI SZE

: Tuan Speaker, oleh sebab Kampung Tungku menghadapi masalah dengan kenderaan. Jadi, saya mohon kebenaran Tuan Speaker melalui Peraturan Tetap 24 (2) untuk mengambil soalan bagi pihak beliau.

Speaker

Saya menerima pemberitahu daripada Yang Berhormat Kampung Tungku bahawa kenderaan beliau terlibat dalam satu kemalangan dan beliau menghadapi masalah pengangkutan dan saya benarkan. Soalan yang ke-18.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Dana Bantuan Guaman SelangorQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Berapa kes yang telah dirujuk kepada Dana Bantuan Guaman Selangor setakat penubuhannya? Sila nyatakan pecahan antara kes sivil dengan kes syariah.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Untuk soalan berkaitan kes yang telah dirujuk kepada DANA Bantuan Guaman Selangor, setakat penubuhannya iaitu pada tahun 2022 sehingga kini ialah sebanyak 46 kes sivil iaitu sebanyak 4 kes berkaitan pekerjaan dan 27 kes kekeluargaan sivil.

Untuk saya kongsikan jadual:

TAHUN PERMOHONAN KES PEKERJAAN KES KEKELUARGAAN SIVIL 2022 9 2 5 2023 32 1 18 2024 5 1 4

JUMLAH 4 27

Mengapa jumlah ini berbeza dalam antara permohonan dan kes yang dinyatakan adalah kerana terdapat mereka yang menarik balik permohonan untuk diteruskan. Manakala inisiatif Dana Bantuan Guaman Selangor bagi kes Syariah akan dimulakan pada tahun 2024. Dimaklumkan.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Kenderaan ElektrikQuestions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Berapakah jumlah “charging station” bagi kenderaan EV yang telah dibina di Negeri Selangor?

b)

Apakah insentif-insentif yang disediakan Kerajaan Negeri bagi menggalakkan lagi penggunaan EV di kalangan rakyat serta menggalakkan pembekal perkhidmatan untuk memasang charging station di negeri ini?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Taman Medan. Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut rekod Kerajaan Negeri Selangor jumlah Charging Station atau Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik di Negeri Selangor yang telah dibina yang melibatkan usaha kerajaan dan pihak swasta ialah sebanyak 681 unit setakat ini.

Kerajaan Negeri Selangor menggalakkan menggunakan kenderaan elektrik atau pun EV dengan sasaran menyediakan 1,000 EV Charging Bay menjelang tahun 2025. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui PBT seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menyediakan Skim Parkir Percuma kepada pengguna kenderaan hibrid dan elektrik sejak tahun 2011. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor dalam peringkat akhir perbincangan berkenaan cadangan pemberian insentif sebagai usaha meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik dengan menyebarluaskan

pelaksanaan Skim Parkir Percuma untuk pengguna kenderaan elektrik di seluruh negeri oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Selain itu juga Kerajaan Negeri juga menyokong insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Pengecualian Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan dan seterusnya Subsidi Rebat Tunai Motosikal EV.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nak tekan tak boleh. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Kalau di Selangor kita ada 681 unit bermakna lebih daripada 50% jumlah charging station seluruh negara berada di Negeri Selangor. Maknanya dari segi tu permintaan banyak di Negeri Selangor sebab kalau ikut rekod terbaharu yang dikeluarkan setakat hari ini jumlah EV Cars on the road di Malaysia ini dari segi jualannya sudah mencecah 16,763 unit.

Saya ingin mendengar pandangan daripada Yang Berhormat adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang selain daripada charging station di tempat awam dan juga sistem parkir, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan semua bentuk pembangunan baharu perumahan sama ada dari segi rumah kos rendah Selangorku ke yang dibuat Kerajaan Negeri termasuk juga dengan the high end development mewajibkan supaya diwujudkan tempat charging station dan juga parkir untuk electric vehicle.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Taman Medan. Untuk pengetahuan Taman Medan, pada September 2023 Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan Garis Panduan Persekutuan Untuk Memasang Pengecas Kenderaan Elektrik iaitu baharu sahaja dikeluarkan pada tahun lepas. September tahun lepas. Jadi buat masa ini memang Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pelbagai jenis perancangan bagi menambah baik bagaimana kita mahu menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik oleh sebab itu pada masa ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga sedang menjalankan Projek Perintis yang bertujuan untuk merumuskan garis panduan komprehensif untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik dan selepas melalui perbincangan kumpulan fokus atau pun FGD, MBSA kini sedang bersiap sedia untuk melaksanakan garis panduan ini. Jadi, garis panduan ini dia akan lebih tertumpu pada keadaan PBT dan juga keadaan kawasan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

So, selepas kita dapat memahami apakah feedback atau pun maklum balas berkenaan dengan kesukaran atau pun kesulitan berkaitan dengan pengecas EV, kita akan melaksanakan insentif atau pun membincangkan insentif berkaitan kerana sebagai contoh kalau kita lihat di rumah bangunan strata atau pun kos rendah dan sebagainya, dia agak sukar untuk install EV / pengecas EV yang mencukupi berbanding dengan rumah di atas tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita akan

maklumkan apabila kita telah menghabiskan rumusan daripada MBSA dan seterusnya melihat kepada peringkat Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Kota Damansara.

Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat EXCO. Adakah Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengeluarkan garis panduan kepada Kerajaan sendiri untuk menggunakan kereta elektrik sebab kalau kita tengok dia punya daripada segi maintainance kereta elektrik lebih murah berbanding dengan kereta yang dipakai sekarang. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan garis panduan untuk mewajibkan pihak-pihak kerajaan untuk menggunakan kereta elektrik selaras dengan hasrat kerajaan. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Kota Damansara. Memang ia merupakan hasrat Kerajaan Negeri dan juga melihat Kerajaan Negeri boleh menyokong dengan kenderaan EV. Sementara ini kita masih di bawah perbincangan kerana ia melibatkan kos dan juga penukaran tetapi kita juga sedar bahawa sekiranya kita mahu menggalakkan industri penggunaan kenderaan EV ini seharusnya untuk jabatan-jabatan tertentu kita boleh mulakan supaya kita boleh juga mencipta kesedaran di mana supply berkaitan dengan kenderaan EV ini.

Speaker

Sementa.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Pemutihan KilangQuestions

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Berapakah jumlah kilang di DUN Sementa mengikut kategori – a- Mempunyai kebenaran merancang b- Dalam pemutihan c- Haram yang tidak memohon pemutihan

b)

Apakah usaha kerajaan untuk memastikan semua kilang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan?

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sementa yang bertanyakan tentang pemutihan kilang. Jumlah kilang yang di DUN Sementa mengikut kategori adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Kilang Jumlah 1. Mempunyai Kebenaran Merancang 70

2. Dalam pemutihan 347 i) Kategori A (Dalam Zon) – 184 ii) Kategori B( Luar Zon) – 163

3. Haram yang tidak memohon pemutihan 277

Bagi memastikan semua kilang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pihak Majlis telah menjalankan tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi luar seperti Pejabat Daerah/Tanah Klang, Tenaga Nasional Berhad dan AIR Selangor (bagi pemotongan bekalan elektrik dan air). Selain itu juga, pelaksanaan syarat-syarat teknikal minima bagi kilang-kilang yang tersenarai dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) ini membantu syarat-syarat teknikal dipatuhi oleh setiap pekilang. Sekian terima kasih.

Speaker

Sementa.

Soalan tambahan.

Speaker

Sementa silakan.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan tersebut. Cuma yang menarik perhatian ialah apa yang disebutkan tadi kilang yang ada kebenaran cuma ada 70 berbanding jumlah kilang yang ada di DUN Sementa sebanyak 694. Ini bermakna, dulu Sementa hanya 10% sahaja kilang yang ada kebenaran merancang. Soalan saya ialah, bagaimana perkara ini boleh berlaku dan di manakah kelompangan-kelompangannya sehingga hanya 90% tidak ada kebenaran merancang dan saya tahu di DUN Sementa ini di kawasan lapang dan banyak lagi kawasan-kawasan yang

akan diterokai jika perkara ini tidak dikuatkuasakan dan diambil tindakan yang serius dan dalam masa yang sama juga untuk kilang pemutihan, bilakah tarikh yang diletakkan supaya kilang lama yang diletakkan sebagai pemutihan ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sementa yang cukup prihatin dengan KTK iaitu Kilang Tanpa Izin dalam konteks pemutihan. Memang di dalam Majlis Bandaraya Diraja Klang atau pun sebelum ini MPK, banyak kilang-kilang tanpa izin dan kilang-kilang yang di bawah kategori KTK dan yang kita luluskan KM sebahagian banyak lagi masih di dalam permohonan yang tak ada KM tapi mereka di dalam proses sekarang ini. Dan ini di dalam proses kita akan cuba bantu dengan teknikal, dengan syarat minimum di mana kalau sebelum ini apabila permohonan KM itu sebelum ini dia perlu mematuhi semua syarat termasuk ulasan daripada 12 jabatan teknikal. Dia kena ada ulasan satu persatu, bomba dan sebagainya tapi sekarang kita telah permudahkan kepada pengusaha-pengusaha untuk galakan kepada mereka dan syarat-syarat untuk ulasan semasa menggunakan KM itu kita kecualikan dulu kemudian apabila masuk plan kita minta mereka bagi ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), kemudian apabila masuk lesen barulah kita minta IWK ke dan juga BOMBA. Inilah antara syarat minimum yang kita kenakan. Jadi saya yakin, walaupun isu KTK ini di Negeri Selangor kita negeri maju, negeri yang banyak industri kilang-kilang seperti ini di luar bandar dan sebagainya di kawasan-kawasan Perepat, banyak di Kapar dan sebagainya. Kita akan sedaya upaya untuk menyeru mereka memastikan mereka datang untuk memohon dan sekarang saya sudah arahkan sebagai EXCO PBT dan juga KTK saya telah mengarahkan semua majlis keluarkan penguatkuasaan termasuk pejabat daerah dan tanah, Borang 7A untuk mereka datang dan mereka alert tahu apa yang mereka lakukan kesalahan supaya mereka boleh tampil ke depan. Isu yang kita hadapi sekarang, ramai pengusaha dia tidak begitu ambil berat, mereka seolah-olah biarkan kerajaan tidak akan buat tindakan tegas. Itu yang ada sebahagian dari mereka selalu ada fikiran yang sedemikian. Sekarang kita telah buat dua townhall. Sebelum ini kita buat townhall bersama libat urus di Majlis Bandaraya Shah Alam kemudian di Majlis Bandaraya Diraja Klang bersama semua termasuk Yang Berhormat pun datang hari itu, Yang Berhormat Sementa yang sudi hadir bersama Sungai Kandis dan sebagainya pun ada datang. Kita kumpulkan seramai mungkin, 600 sampai 1,000 pun ada yang datang, kita beri penerangan dan isu-isu yang berbangkit mereka kemukakan juga. Jadi sekarang majlis di jabatan-jabatan teknikal, JAS dan pejabat daerah dan tanah semua kita juga telah bermesyuarat dan membuat libat urus, akan bantu mereka dengan cara yang terbaik supaya mereka dapat memutihkan kilang-kilang mereka. Kita sasarkan di dalam tahun ini, suku tahun yang pertama kita akan ada dasar baru tentang pemutihan kilang ketika ini supaya kita dapat galakkan mereka betul-betul datang ke depan dan kita tidak mahu menekan mereka juga. Kita harus sedia maklum juga bahawa kilang KTK ini walaupun mereka di luar zon, ada yang di luar zon di bawah tanah pertanian dan sebagainya tetapi mereka juga menggalakkan ekonomi kita, menjana industri dan juga peluang pekerjaan yang penting pra syaratnya tiada pencemaran. Kalau ada

pencemaran, kita tidak akan tolak ansur langsung mesti pindah, tapi kalau mereka tidak melakukan pencemaran langsung dan sebagainya kita akan tengok case by case dan kita akan bagi bantuan yang sepenuhnya supaya industri boleh terus berjalan, peluang pekerjaan dapat di jana tapi kita galakkan mereka untuk datang dan minta permit sementara yang di luar zon dan kita akan kenakan bayaran yang lebih tinggi. Kemudian satu hari nanti kita minta mereka pindah ke kawasan industri apabila berkemampuan dan sebagainya. Ini antara cara yang Kerajaan Negeri yang gunakan sekarang. Saya yakin dengan berkat kerja semua Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk Sementa, isu-isu yang ketika ini akan kita kurangkan, akan dapat kita atasi satu - persatu dalam satu jangka tempoh masa penggal ini kita akan capai pencapaian yang lebih baik. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya Batu Tiga.

Yang Berhormat Sekinchan saya ingat usaha ini telah dilaksanakan sekian lama, kalau saya baca kenyataan yang disebut oleh YB, Yang Berhormat Sekincan sejak 2006 sudah ada 7,200 kilang yang sudah beroperasi tanpa kebenaran dan dalam jumlah itu hanya 7%-10% yang sudah pun selesai pemutihan namun saya lihat ada satu tindakan tegas yang kita gunakan iaitu menggunakan Borang 7A Proses Rampasan Tanah, soalan saya berapakah borang 7A yang telah dikeluarkan setakat ini, apakah respon dari pihak kilang itu segera terus untuk berurusan pemutihan atau mereka buat tidak tahu sahaja. Sekiranya mereka buat tidak tahu mungkin kita perlu ada satu lagi proses yang lebih tegas supaya mereka ini benar-benar datang dan tampil untuk membuat pemutihan. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Batu Tiga yang juga prihatin dengan KTK ini memang setakat ini tidak ada maklumat tentang berapa Borang 7A yang kita kumpulkan kemudian saya akan berikan tapi yang pentingnya kita galakkan supaya Borang 7A di bawah Seksyen Kanun Tanah Negara (128) 1965 ini kita keluarkan dan kemudian apa bila mereka tidak juga endahkan atau pun mereka tidak peduli langsung kita akan pastikan, susulannya borang itu akan Borang 7B Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1965 juga akan dikeluarkan tunjuk sebab dan sebagainya. Jadinya sampai proses yang terakhir Borang 8A juga kita akan keluarkan supaya tanah itu dirampas. Saya yakin sekarang ini kalau kita keluarkan sahaja borang 7A mereka akan datang. Sebelum ini mereka ini tidak faham dan kurang ada pendedahan. Tapi sekarang selepas ada townhall dan ada libat urus dan sebagainya mereka faham, kerajaan serius di dalam isu ini. Kita nak bantu bukan nak menekan mereka tetapi kalau mereka tidak memberi kerjasama kita juga tidak akan bagi peluang. Jika mereka memberi kerjasama dan tampil ke depan boleh kita bincang, semuanya bisa di atur tetapi kalau tidak datang enggak bisa di atur Yang Berhormat, itulah prinsip kita ya , kita nak bantu sebab penjana industri ini semua kita hendak bantu tidak kira di daerah mana tetapi prinsipnya kena datang tampil ke depan, apa masalah, apa yang tidak boleh diselesaikan, kenapa tidak mohon KM atau seterusnya di luar zoning dan

sebagainya, tak apa boleh bagi tahu tapi kena datang, jangan buat tak endah, tak peduli dengan arahan kerajaan kita akan ambil tindakan tegas. Ini yang saya hendak sampaikan, terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Saya menjemput soalan seterusnya, Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Kemajuan Sukan Negeri SelangorQuestions

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Selangor merupakan negeri maju di Malaysia namun bagaimanakah kita mampu menaikkan industri sukan sebagai salah satu penjana ekonomi negeri?

b)

Adakah ada program sukan khusus kepada Lembah Jaya bagi tujuan menaikkan sukan-sukan tertentu?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Lembah Jaya, bagi soalan nombor 21, bagi memastikan Negeri Selangor terus mengekalkan status negeri maju di Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong penganjuran acara-acara sukan yang boleh memberi kesan berimpak tinggi dalam menaikkan ekonomi negeri terutamanya dalam penganjuran acara sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Melalui penganjuran tersebut ianya dilihat dapat mempertingkatkan taraf sosio ekonomi seperti membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan di sekitar venue pertandingan. Di samping itu juga ianya dapat membantu sektor perhotelan, inap desa dan pelancongan melalui kehadiran atlet, penyokong dan keluarga dari seluruh dunia. Selain ianya memberi impak positif kepada Negeri Selangor melalui penyiaran antarabangsa menerusi media masa mahupun media sosial dan secara tidak langsung dapat mempromosikan negeri Selangor di seluruh dunia. Untuk soalan kedua, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah menggerakkan Program Pusat Latihan Daerah melalui Majlis Sukan Daerah di seluruh negeri Selangor termasuklah di Lembah Jaya di bawah Majlis Sukan Daerah Hulu Langat. Pemilihan jenis sukan yang dijalankan di dalam Program Pembangunan Sukan adalah berdasarkan kepada kemudahan fasiliti, peralatan sukan dan keberadaan jurulatih yang berkelayakan di kawasan tersebut.

Oleh yang demikian peluang sentiasa terbuka kepada atlet atau anak-anak muda di sekitar kawasan Lembah Jaya dalam menceburi bidang sukan tertentu yang menurut minat dan keperluan masing-masing. Selain daripada itu, kerjasama rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan daerah memberi ruang kepada anak-anak muda yang berbakat dalam sukan-sukan tertentu, mengenal pasti bakat mereka bagi melahirkan atlet-atlet baru di semua peringkat termasuk sekolah di daerah dan negeri. Terima kasih.

Speaker

Seri Kembangan, tidak ada. Kuang.

Soalan saya nombor 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Isu Tekanan Air RendahQuestions

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah cadangan penyelesaian yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk menangani isu tekanan air rendah di kawasan Lorong Beringin, Lorong Orkid, Lorong Melati, Lorong Jering dan beberapa kawasan di Kampung Cempedak?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuang dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Kuang bertanyakan mengenai cadangan penyelesaian bagi isu-isu berkaitan dengan tekanan air rendah di kawasan Lorong Beringin, Lorong Orkid, Lorong Melati, Lorong Jering dan beberapa kawasan di Kampung Cempedak. Untuk makluman Yang Berhormat bekalan air ke kawasan Kuang adalah dari sumber air kolam yang berada di Batu Arang dengan jarak melebihi 15 km dari Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Rasa. Jajaran paip di kawasan Kuang adalah dari jenis simen asbestos (AC) yang sudah uzur dan telah berusia lebih 30 tahun. Ini sebahagian yang 6,000 km sekarang sudah 5,000 km. Selain itu, sistem jajaran paip di kawasan tersebut juga telah melebihi kapasiti reka bentuk dan tidak teratur kerana tiada pembangunan terancang sebelum ini bagi pembinaan infrastruktur bekalan air di sana. Walau bagaimanapun, bagi mengatasi isu tekanan air rendah di kawasan tersebut, ada beberapa projek yang telah melaksanakan dan ada juga yang dirancang iaitu pertamanya tindakan jangka masa pendek. Pada tahun 2022, Air Selangor memasang paip sambungan kepada

paip agihan projek pembangunan yang berhampiran dan langkah ini telah menyelesaikan masalah tekanan air di sebahagian kawasan Kuang. Yang keduanya selain daripada itu, pihak Air Selangor turut merancang untuk menyalurkan bekalan air alternatif ke kawasan Kuang melalui sumber bekalan dari Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa 3 yang ini di dalam perancangan dan akan dilaksanakan suku pertama 2025. Dan yang jangka panjangnya Air Selangor sedang merancang untuk memasang jajaran paip agihan baharu serta membina kolam air yang baharu bagi menambah takungan, bagi menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Kuang secara mampan dan dijangka akan dilaksanakan pada 2027, memang jauh bunyinya tapi insyaAllah kita dengan rancangan baru daripada Air Selangor untuk menambah, pemasangan paip itu kita tambah dari 150 kilometer ke 300. Kita boleh tengok semula pelaksanaan projek-projek yang telah kita rancang sebelum ini sebab dia dah tambah sekali ganda. Dan insyaAllah kita akan kaji dan cuba secepat mungkin untuk kita laksanakan ini dan sasaran yang asal 2027 kita akan tengok dan semua DUN minta, semua kawasan banyak yang memerlukan gantian paip ini. Jadi kita akan laksanakan mengikut statistik mana yang diperlukan dulu kita akan buat tapi dengan sekali ganda pertama ini saya yakin kita boleh cepatkan pelaksanaan penggantian paip dan juga pembinaan kolam dan tangki air, terima kasih.

Speaker

Ya Kuang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat EXCO tadi berkenaan jawapan itu tapi bila dia sebut 2027 itu agak menggusarkan sedikit sebab masalah di Kuang ini bukan masalah tak ada air, masalah air tak sampai, tekanan air terlalu rendah dan ada kawasan-kawasan air hanya ada pada waktu malam sahaja jadi saya mohon kepada Yang Berhormat Speaker, untuk meneliti perkara ini semula dan kalau boleh saya minta sangat cadangan yang lebih praktik lagi daripada pihak EXCO untuk menyelesaikan masalah ini seberapa segera yang boleh. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang sebutkan tadi dalam perancangan baru ini bila kita dah mula tahun ini bermula kita tambah gantian paip itu kepada 300 kilometer setahun. Kita akan tengok balik semula keperluan pelaksanaan di tempat-tempat ini sebab kita kena fikir tekanan rendah ini semua tahu sedia maklum bahawa kalau kita tingkatkan pressure itu sebab airnya ada tapi bila kita tingkatkan pressure paip akan pecah, ini yang jadi kita kena beri perhatian. Tapi itu yang saya sebutkan tadi tengok balik keperluan, mungkin kita akan buat berperingkat-peringkat kepada kawasan paip yang perlukan dulu penggantian segera itu. Terima kasih.

Speaker

Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Skim Blueprint Kemiskinan Dan Dana Usahawan Mikro SelangorQuestions

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Inisiatif tersebut adalah baik kerana mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kemiskinan, namun 4 peruntukan bagi setiap DUN sahaja yang diluluskan. Bolehkah kerajaan menambah jumlah penerima inisiatif ini yang kian meningkat jumlah permohonannya?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong dan Tuan Speaker. Soalannya seperti berikut, inisiatif tersebut Skim Blueprint dan Dana Usahawan Makro Selangor. Inisiatif tersebut adalah baik kerana mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kemiskinan, namun 4 peruntukan bagi setiap DUN sahaja yang diluluskan. Bolehkah kerajaan menambah jumlah penerima inisiatif ini yang kian meningkat jumlah permohonannya?

Tuan Speaker, Permohonan Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu inisiatif membasmi kemiskinan yang memberi fokus membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan sasar iaitu peniaga kecil yang berpendapatan bulanan seisi rumah RM3,000 ke bawah menerusi pemberian peralatan dan mesin mengikut perniagaan yang sedang mereka jalankan.BSehubungan dengan itu, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Burong, program bantuan ini dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk proses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan yang di pengerusi oleh saya sendiri. Oleh yang demikian, tiada pecahan peruntukan mengikut DUN dibuat kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah dan Tanah.

Untuk makluman Yang Berhormat, bermula dari tahun 2008 sehingga kini peruntukan bagi program ini adalah sama iaitu sebanyak RM2 juta setahun. Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan mengambil maklum akan keperluan untuk meningkatkan peruntukan program ini berikutan pertambahan permohonan yang diterima serta kenaikan kos peralatan dan mesin. Program Dana Usahawan Mikro Selangor pula

merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Keusahawanan Negeri Selangor bagi membantu usahawan-usahawan di Negeri Selangor meningkatkan hasil jualan dan sekali gus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Pada tahun ini, Program Dana Usahawan Mikro Selangor telah dijenamakan kepada Dana Usahawan Madani Selangor iaitu (DUMS) dengan memperluas golongan sasar agar semua perusahaan di Negeri Selangor sama ada mikro, kecil dan sederhana layak untuk memohon DUMS. Pemberian dana ini juga merentasi semua sektor perusahaan termasuk sektor Industri Kreatif.

Permohonan bantuan ini juga dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses dan dinilai sebelum dibawa masuk ke peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Oleh yang demikian, tiada pecahan peruntukan mengikut DUN dibuat kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah dan Tanah.

Untuk makluman Yang Berhormat, bermula dari tahun 2015 sehingga tahun 2023 peruntukan bagi program ini adalah sebanyak RM2,250,000.000 setahun. Walau bagaimanapun, peruntukan DUMS bagi tahun ini adalah sebanyak RM2 juta sahaja. Sekian terima kasih.

Speaker

Ya Sungai Burong.

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Seperti yang kita sedia maklum program seperti ini adalah usaha untuk mengeluarkan pemohon-pemohon daripada ikan kepada memancing oleh sebab itu permohonan yang banyak dengan bajet yang menurun perkiraan pecahan DUN itu adalah estimation sahaja. Cuma saya nak bertanya berapa lama agaknya proses penilaian itu boleh diuruskan dan apakah ciri dan kriteria supaya pemohon dapat memohon selepas ini dengan lebih mudah? Terima kasih.

Terima kasih Sungai Burong kerana ada soalan tambahan yang memang sangat efektif sebab dalam pemilihan ataupun borang pemohon mereka telah menyatakan beberapa kriteria yang beri sangat jelas. Yang paling pertama adalah dia punya income seisi keluarga adalah kurang daripada RM3,000 itu adalah sangat-sangat penting. Tetapi saya juga terima apabila walaupun pendapatan mereka lebih dari RM3,000 dan bilangan anak-anak dan juga OKU dan sebagainya kita ambil kira case by case. Kemudian kriteria yang sangat penting ialah mereka perlu menjalankan perniagaan ataupun related dengan izin Tuan Speaker dengan bisnes mereka seperti nelayan dan sebagainya. Dia kena ada related, kalau tak related dia nak mula baru iaitu bukan ke tempat ini. Yang ketiga adalah, kita biasanya meluluskan kepada single mother dengan izin, single mother ataupun dengan apa dengan mereka yang sangat serius dalam perniagaan tersebut. Jadi dalam pemilihan itu kita mengambil maklum daripada sokongan daripada Ketua

Kampung dan juga analisa daripada Penghulu kawasan masing-masing. Jadi itulah adalah proses di mana kita mengambil keputusan dengan bukan hanya saya seorang, tapi satu kumpulan betul-betul meneliti perkara itu lebih mendalam. Saya rasa itu sahaja, terima kasih. Oh how long, sorry. Untuk permohonan yang baru-baru ini dikemukakan, saya telah syaratkan kepada Pejabat Tanah baik daripada Pejabat EXCO saya maksimum kepada tahap 3 bulan. Selepas meluluskan daripada pejabat saya. Jadi ia lebih menyenangkan kepada penerima barangan bantuan itu supaya mereka boleh mendapatkan satu booster ataupun inject yang baik kepada meningkatkan taraf perniagaan sebab saya melihat ada juga kes-kes pernah berlaku saya mengakui perkara itu, di mana terlalu lama barangan itu sampai ke tangan pemohon. Jadi saya mengambil melihat perkara itu satu kecacatan ataupun satu perkara yang sangat serius di mana saya telah mengarahkan pembekal atau daripada Pejabat Tanah supaya deliverity as soon as posibble dengan izin sebab maksimum saya dah bagi tahun pada mereka adalah 3 bulan. Jadi bolehlah Yang Berhormat-Yang Berhormat mengemukakan permohonan dari Pejabat Tanah supaya kita menilai perkara itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya ialah kita sedia maklum banyak program telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri banyak geran, beli barang, bagi barang dan sebagainya. Tapi adakah Kerajaan berhasrat untuk wujudkan satu program mentor menti atau usahawan-usahawan yang berjaya. Di mana kita tengok kita selalu memberi tumpuan dan bantuan kepada siapa yang nak memulakan perniagaan tetapi skill dia perlu kita transfer daripada usahawan-usahawan yang berjaya. Adakah Kerajaan Negeri ada program apprentice yang kita boleh bantu ataupun beri bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan berjaya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti apprentice. Kita sedia maklum banyak warga asing sekarang kerja dengan usahawan yang berjaya, dia pula mengambil alih perniagaan kerana they have been trained skill dengan izin, they been transfer skill had been happening dan dia dapat skill itu untuk memulakan perniagaan. Adakah Kerajaan soalan saya adakah Kerajaan berhasrat untuk wujudkan satu apprentice untuk membantu golongan-golongan usahawan yang berjaya untuk transfer skill kepada apprentice kita.

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Saya rasa bantuan kewangan ia adalah lebih kepada daripada Hijrah. Program itu memang dah sedia ada tetapi untuk up skilling atau pun we called itu dengan izin continuation adalah satu program di mana Yang Berhormat Sentosa boleh mencadangkan kepada Pejabat saya mungkin boleh adakan dua hala pertemuan dan kita boleh berbincang secara mendalam perkara itu. Saya amat menggalakkan tetapi untuk bantuan kewangan di peringkat saya, di EXCO kita tidak ada sebarang program mungkin pemohon itu boleh membuat permohonan ke Hijrah dan memang Hijrah sedang membuat bantuan kewangan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Saya menjemput Ahli Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 25.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 25. Kebajikan WanitaQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

25. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha kerajaan dalam menyokong golongan ibu muda yang bekerja?

b)

Senaraikan jumlah dan lokasi pusat asuhan kanak-kanak di bangunan kerajaan dan swasta.

c)

Apakah langkah-langkah kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai syarikat swasta menyediakan pusat asuhan kanak-kanak bagi golongan ibu yang bekerja?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Bagi menjawab soalan tersebut, pertama Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan empat (4) insentif bagi membantu mengurangkan beban kos penjagaan anak yang tinggi dalam kalangan keluarga khususnya generasi muda. Antaranya ialah:

i. Insentif Penjagaan Anak bagi Wanita Bekerja (Program MamaKerja) diwujudkan bagi menghargai wanita bekerja khususnya kepada golongan ibu untuk mengurangkan kos penjagaan anak-anak. Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta dan mensasarkan ibu bekerja yang mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah dengan pendapatan isi rumah RM8,000.00 ke bawah.

ii. Bantuan Asuh Pintar iaitu inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska dengan bantuan yuran bulanan sebanyak RM100.00 sebulan selama setahun, bagi

kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga berpendapatan RM3,000.00 ke bawah.

iii. Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) merupakan bantuan yuran bulanan tadika berjumlah RM50.00 sebulan selama setahun, yang diberikan kepada kanak-kanak di Selangor berusia 5 dan 6 tahun ke bawah dari keluarga berpendapatan RM3,000.00 ke bawah.

iv. Program Insentif Yuran Pendaftaran Taska Anak Selangor Anak Kita (PINTAS) merupakan bantuan yang diberikan kepada ibu bapa bagi menampung kos yuran pendaftaran taska. Bantuan berjumlah RM100.00 diberikan secara one-off kepada 1,000 kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah, dengan lingkungan pendapatan keluarga iaitu RM5001.00 hingga RM8,000.00.

Bagi soalan b, sumber dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor sehingga Disember 2023, sejumlah 1,051 taska berdaftar dan beroperasi di negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 31 buah beroperasi di bangunan kerajaan sebagai Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Tempat Kerja Awam (TTKA) dan 20 buah beroperasi di pejabat swasta sebagai Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Swasta (TTKS) di Negeri Selangor. Pecahan jumlah berdasarkan daerah adalah seperti berikut:

BIL DAERAH/ CAWANGAN TASKA TEMPAT KERJA JUMLAH AWAM SWASTA 1 Petaling 1 4 5 2 Hulu Langat 4 1 5 3 Klang 2 0 2 4 Gombak 4 2 6 5 Sepang 7 4 11 6 Kuala Selangor 0 0 0 7 Kuala Langat 2 1 3 8 Hulu Selangor 1 1 2 9 Sabak Bernam 1 0 1 10 Shah Alam 6 4 10 11 Subang Jaya 3 3 6

JUMLAH 31 20 51

Bagi soalan (c), menerusi Tema Strategik 2 Rancangan Selangor Pertama iaitu Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial, Kerajaan Negeri

menetapkan dua strategi iaitu: 1) Menyediakan sokongan yang diperlukan oleh wanita bekerja iaitu pusat jagaan kanak-kanak yang selamat, boleh dipercayai dan terletak di kawasan strategik serta; 2) Meningkatkan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Oleh itu, Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk memberikan insentif kepada majikan yang menyediakan pusat pengasuhan atau pendidikan awal kanak-kanak di tempat kerja atau di kawasan yang strategik yang mempunyai permintaan yang tinggi. Kerajaan Negeri menetapkan sasaran jangka panjang iaitu berkolaborasi dengan majikan di Selangor bagi mewujudkan dua (2) taska dan dua (2) tadika di setiap daerah. Sekian.

Speaker

Ya Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Keperluan untuk pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar kita lihat adalah amat penting untuk membantu terutama sekali ibu-ibu yang bekerja di Selangor. Namun begitu, kita sering kali dengar berkenaan dengan karenah birokrasi dan peraturan-peraturan yang ketat daripada agensi-agensi dan juga PBT dan JKM dan sebagainya. Jadi, soalan saya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mengurangkan birokrasi ini atau melonggarkan syarat-syarat ini di samping memastikan pusat-pusat asuhan ini selamat untuk diduduki oleh anak-anak kita. Sekian, terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Berdasarkan jawapan saya pada soalan yang lebih kurang sama pada Sidang Dewan Mesyuarat lepas, yang mana operasi itu, operasi bersepadu pihak jabatan kebajikan masyarakat untuk mengenal pasti taska-taska yang perlu didaftarkan ataupun dipanggil pemutihan taska-taska ini diteruskan dan proses pendaftaran itu bukan dalam tindakan primitif ataupun mendenda dan sebagainya tapi kita mahu memudah carakan. Antara elemen kedua juga dalam memastikan kerenah birokrasi dapat dikurangkan adalah penyeragaman syarat ataupun garis panduan di PBT-PBT. Saya mengambil maklum bahawa berkaitan dengan penjagaan dibawa khusus, di bawah K-Ekonomi, bukan sahaja melibatkan taska tapi juga pendaftaran rumah perlindungan dan juga rumah penjagaan warga emas dan juga OKU. Jadi untuk mengurangkan karenah birokrasi, saya kira sesi libat urus yang berterusan dan juga usaha ke arah dasar ekonomi penjagaan itu kita mahu memetakan pusat-pusat jagaan taska-taska ini sebagai juga jaminan keselamatan kepada pengguna untuk ibu bapa dan juga ahli keluarga kepada mereka yang menerima bantuan kebajikan.

Salam Yang Berhormat

Speaker

Ya, Morib

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik, mungkin saya boleh masukkan sedikit pasal tadika. Saya didatangi oleh beberapa pengusaha tadika swasta dan mereka saya lihat tadi bantuan yang diberi pada Kerajaan Negeri Selangor adalah kepada yang menghantar anak-anak ke tadika. Dan saya lihat diberitahu tadi, tadika di bangunan Negeri Selangor, bangunan Kerajaan, tetapi bila kita fikir balik kepada di peringkat tadika-tadika swasta yang saya lihat di tempat saya pun ramai, banyak, melebihi berpuluh. Dan saya rasa, pihak Kerajaan Negeri Selangor harus memikirkan tentang tadika-tadika swasta ini. Mereka sekarang ini tertekan dengan keadaan membayar guru-guru serta sewaan-sewaan pada tadika-tadika ini. Jadi soalan saya adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi ataupun memerlukan tadika-tadika ini bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Morib. Seperti yang saya sebut, saya sebut dalam perkara (c) tadi, jawapannya adalah Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk memberikan insentif kepada majikan. Kita memahami bahawa keprihatinan operator ataupun pengusaha tadika swasta ataupun taska ini, sebenarnya pada kualiti pembayaran kepada pengasuh ataupun guru. Jadi, insentif Kerajaan Negeri bukan memberi subsidi kepada ibu bapa tetapi lebih kepada operator taska yang mungkin tadika. Yang mana dalam kolaborasi jangka masa panjang dengan majikan di Selangor kita mahu wujudkan dua taska dan dua tadika di setiap Daerah. Boleh jadi tadika swasta tersebut sudah pun beroperasi tapi kita beri subsidi kepada operator supaya dapat meningkatkan kualiti. Contohnya, bayaran kepada pengasuh dan guru tadika supaya boleh mendapat kualiti yang sewajarnya dan juga operasi lain sebagai contoh sewa bangunan itu sendiri dan perkara lain. Jadi kita mahu alihkan kepada cakna ataupun keprihatinan kepada pengusaha tadika dan juga taska supaya mencapai tahap kualiti yang terbaik untuk memberikan khidmat kepada anak-anak sendiri.

Speaker

Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 26.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Jajaran Rel Kita SelangorQuestions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bilakah Jajaran Rel Kita Selangor akan dimuktamadkan?

b)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggalakkan penggunaan rel untuk tujuan kargo?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker. Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023 yang lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor terlebih dahulu bagi memastikan jajaran rel tersebut adalah berdaya maju untuk dibangunkan dan dapat menambahbaik aspek ketersambungan antara daerah serta memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi kawasan sekitar jajaran rel yang akan dibina. Dan kawasan. Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum keperluan untuk menambahbaik sistem pengangkutan bagi tujuan kargo memandangkan ia dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri melalui penyediaan infrastruktur yang lebih lengkap. Oleh yang demikian, kajian Jajaran Rel Selangor yang akan dilaksanakan akan mengambil kira analisis bagi kedua-dua penggunaan penumpang dan kargo serta kesesuaian untuk dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 27.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Cukai Pintu Di Kawasan Kampung TradisiQuestions

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah anggaran pendapatan kerajaan setelah cukai pintu di kampung tradisi dilaksanakan pada 2024?

b)

Apakah persediaan PBT untuk memberi khidmat di kawasan kampung seperti pungutan sampah, baik pulih sistem saliran, fasiliti dan sebagainya?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dengkil. Jangkaan hasil yang akan diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kutipan hasil, cukai taksiran kediaman kampung pada tahun 2024 adalah berjumlah RM11.22 juta melibatkan 98,483 bilangan pegangan di seluruh Negeri Selangor seperti yang saya nyatakan pada Persidangan Dewan semalam. Untuk jawapan B, persediaan pihak PBT untuk memberi khidmat di kawasan kampung seperti baik pulih sistem saliran, fasiliti dan sebagainya adalah seperti berikut. Mengenal pasti dengan jelas keadaan di tapak dan menentukan had sempadan kawasan yang dikenakan cukai dengan kawasan yang masih tidak dikenakan cukai di PBT, oleh PBT. Dua, menentukan dan menyediakan inventori dan maklumat berkaitan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan, longkang dan lain-lain yang perlu disenggara oleh PBT dan jabatan/ agensi lain bagi mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Terdapat juga pelaksanaan inisiatif tambahan oleh PBT yang melantik Kontraktor Panel Tidak Berjadual menggunakan peruntukan pembangunan tahunan bagi menyelesaikan aduan longkang rosak di kawasan kampung. Tiga, menyediakan perkhidmatan kutipan sisa domestik di kawasan kampung dengan kekerapan tiga (3) kali seminggu dan kutipan sampah pukat, pukal dengan kekerapan dua (2) kali seminggu. Selain itu juga, terdapat PBT yang membekalkan tong sampah Mobile Garbage Bin (MGB) 120 Liter secara percuma di kawasan kampung. Empat, menjalankan penyenggaraan sistem saliran di kawasan kampung secara tahunan berdasarkan pemantauan tapak dan aduan yang diterima. Lima, menyediakan atau menaik taraf sistem saliran di kawasan kampung berdasarkan kawasan hotspot banjir dan juga merujuk kepada Pelan Induk Sistem Saliran yang dibangunkan oleh PBT. Sekian saja, terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan Tambahan

Speaker

Silakan Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Penjelasan tentang tindakan Kerajaan Negeri lah sebelum melaksanakan, mengumumkan berkenaan apa tu, berkenaan cukai di kampung tradisi. Iaitu yang pertamanya, adakah perkara ini telah dibincangkan bersama dengan stakeholders ataupun pemegang taruhlah, sebelum apa tu kita buat pengumuman. Dan yang kedua, rakyat perlu diperjelaskan kerana saya lihat mereka masih lagi kabur tentang apa itu, apakah cukai yang dikenakan di kampung tradisi tersebut. Sebab, ada pengumuman yang mengatakan hanya rumah-rumah yang mempunyai rumah sewa. Tapi, saya minta Kerajaan Negeri untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut. Termasuk kepada semua ADUN-ADUN juga. Sebab kita ditanya tapi kita pun tak boleh nak beri penjelasan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil yang prihatin tentang isu cukai taksiran ini. Ingin saya maklumkan pada Dewan yang Mulia ini, MMKN telah kita luluskan untuk pelaksanaan secara kutipan secara bersasar untuk

tahun 2024 ini. Jadi, pihak ada di kampung-kampung ya, akan kita serve, notice dan juga di dalam apa website tentang mana-mana rumah individu yang dikenakan kutipan cukai taksiran itu akan kita sebarkan bagi bulan Februari ini. Tapi, yang saya nak nyatakan di sini bahawa tujuan Kerajaan untuk kali ini adalah untuk ya, memperkemaskan sistem pentadbiran kita di mana kita akan bantu, kita akan terus bantu bagi pengecualian kepada mereka yang menepati syarat. Yang mereka yang memerlukan, yang B40 dan sebagainya dengan syarat-syarat tertentu yang seperti saya nyatakan semalam iaitu pendapatan isi keluarga RM5,000 dan keluasan tidak lebih 2,000 kaki persegi. Semuanya adalah layak untuk datang memohon dan kita ada jawatankuasa meneliti satu persatu. Dan untuk PBT-PBT ada setengah kampung tradisi pun bukan dalam kawasan PBT pun mereka juga tidak akan dikenakan sebarang kutipan. Ini tujuannya apa. Tujuannya tidak lain tidak bukan, kita nak pastikan satu kelancaran sistem kita. Dan kita nak bagi mendidik rakyat bahawa orang yang berkemampuan dan mempunyai rumah yang besar di kampung-kampung perlu menjalankan tanggungjawab membayar cukai pintu supaya kita boleh menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

Yang kedua, bagi rakyat yang miskin, atau tidak berkemampuan, kita teruskan, teruskan bagi pengecualian dengan syarat mengisi borang permohonan sahaja. Itu sahaja. Tidak perlu isu ini mudah. And then, tidak perlu disensasikan. Saya nampak ada WhatsApp sehingga ada buat muka saya macam-macam. Muka saya handsome tidak, tidak lah, tapi mata sepet sikit. Mata sepet manis sikit lah. Ong jowo (Bahasa Jawa). Tapi dibuat muka saya sampai dihantar di Kedah di kawasan Melayu. Di kawasan Melayu, Cina DAP mengenakan apa cukai pintu kepada kampung Melayu. Cina DAP, ini jahatnya orang-orang ini. Tapi saya tak naklah, saya pemaaf. Tak apalah. Dalam Islam kita sentiasa maaf, maafkan oranglah. Biarlah mereka buat kerja-kerja ini. Tapi saya yakin rakyat di kampung-kampung di Negeri Selangor mereka matang. Matang dan faham tahu apa, apa niat sebenar hasrat Kerajaan untuk melakukan

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Tak apa. Kita faham

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

apa kutipan secara bersasar ini

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Boleh bagi soalan tambahan. Masa

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini tak macam tempat-tempat lain. Saya belum habis, belum habis jawab.

Speaker

Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat jemput duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya masih lagi jawapan saya kenapa ada satu, dua, tiga, empat. Kita ada tiga. Tiga lawan empat. Belum lagi sabar.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk semua. Semua duduk.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sabar itu sebahagian daripada iman.

Speaker

EXCO masih sedang menjawab.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya bukan Islam pun saya faham. Takkan yang Islam tak faham.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Kita kejar masa.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Betul tak.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Kita kejar masa.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker, Tuan Speaker, saya nak bagi penjelasan

Speaker

Yang Berhormat teruskan.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Soalan daripada orang kampung

Speaker

Yang Berhormat teruskan. Teruskan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya jawab untuk Dengkil kenapa Morib, Morib bising.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Boleh bagi satu

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Sebab saya

Speaker

Yang Berhormat Morib, Morib duduk. Morib duduk. Morib duduk

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya jawab untuk Dengkil

Speaker

Sekarang masih sesi soal jawab. Yang lain duduk

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

tapi yang lain terkena tempias kepanasan kenapa. Saya pelik betullah.

Speaker

Taman Medan tertib. Tertib.

Bukan Cukai tak naik, dikenalkan...

Speaker

Sekinchan sila teruskan jawapan.

Speaker

Sekinchan sila teruskan. Kota Damansara duduk. Seri Serdang duduk. Lembah Jaya duduk. Taman Medan jangan bercakap. Sekarang

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kalau mereka tak duduk, saya tak boleh jawab. Terganggu..

Speaker

Sekinchan, Sekinchan jawab. Teruskan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terganggu Tuan Speaker.

Speaker

Teruskan. Teruskan

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Mohon maaf. Saya dengan Dengkil kita kamcing senang jawab soalan. Dan saya suka pada Dengkil Yang Berhormat. Dia memang professional. Dia dengar jawapan saya sampai habis. Dia tak melenting, tak ter, ter apa, tergopoh-gopoh dan sebagainya. Tapi lain orang lain macamlah. Tak apalah. Lain orang lain macam gaya dia. Bukan saya nak bagi tahu, tujuan kita, tujuan apa kerana, kerana Dengkil tadi bertanya orang kampung keliru. Keliru. Jadi keliru saya sebagi EXCO yang bertanggungjawab saya kena beritahulah supaya mereka tak keliru. Tak confuse. Kalau confuse sangat susah. Sebab kalau confuse, dia keliru, keliru, pihak sebelah sana dia akan cari ruang-ruang yang keliru ini untuk bakar, bakar, bakar, jangan. Kita, kita kena bertanggungjawab. Kita nak bantu rakyat. Negeri Selangor kita banyak bantu rakyat. Kita tak nak masalah. Jadi, rumah-rumah teres ada aduan-aduan daripada rumah teres selalu beritahu saya.

Speaker

Yang Berhormat terus, teruskan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Tuan Speaker, siapa Tuan Speaker?

Speaker

Tertib. Tertib. Sila teruskan. Masa itu emas.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker yang budiman. Tuan Speaker yang budiman pagi ini handsome. Lain macam. Tegas dan handsome. Saya, saya, saya ucapkan terima kasih. Beritahu saya, saya ada masa, ada masa saya jawab. Ini floor saya jawab. Saya nak perjelaskan supaya Dengkil dia faham. Sebab dia kata orang tak mahu keliru. Jadi di rumah-rumah teres yang kecil di taman-taman semua kena cukai, apa taksiran. Habis di kampung ada rumah besar, ada kereta besar, BMW, habis. Jadi saya rasa saya ringkas sajalah, saya mohon orang kampung Dengkil bantu perjelaskan kepada orang kampung supaya jangan keliru. Sekian saja, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini, saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya meneruskan aturan mesyuarat seterusnya, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima notis atau pemberitahu permohonan pindaan aturan urusan mesyuarat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Dengan itu saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan Usul.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa Usul di bawah Peraturan Tetap 78 supaya ditangguhkan Peraturan Tetap 13 bagi membolehkan Usul Pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan dibawa selepas sesi pertanyaan-pertanyaan Dewan setelah saya melalui beberapa proses perbincangan dan perundingan. Insya-Allah bagi memantapkan usaha ini di masa depan kita akan membuat selection committee atau Jawatankuasa Pemilihan yang dihadiri oleh semua wakil-wakil parti dan whip parti di dalam Dewan ini supaya isu ini tidak timbul lagi dan kita boleh move on dalam jawatankuasa yang telah ditetapkan. Jadi saya bawa kepada Dewan dulu untuk pindaan berunsurkan Peraturan Tetap 78.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul No. 1 Tahun 2014, Usul Pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT)Motion

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya. Usul No. 1 Tahun 2014, Usul Pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT).

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Sekalian, bahawasanya menurut Peraturan 68 A (2) dan 68 (2), Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rawang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Puan Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu di dalam Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT).

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong, saya buka usul ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi, bahawasanya menurut Peraturan 68 A (2) dan 68 (2) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa, satu Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rawang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Puan Lee Kee Hiong, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu di dalam Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah (JP PADAT).

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul nombor 2 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Peraturan-peraturan TetapMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul nombor 2 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Peraturan-peraturan Tetap.

Speaker

Pencadang.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 69, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan Yang Berhormat Gombak Setia, Tuan Muhammad Hilman Bin Idham dilantik menggantikan Yang Berhormat Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa bagi Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Ada bahas ya. Hulu Kelang sila.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Saya menyokong sepenuh penuhnya.

Speaker

Ahli-ahli yang berhormat sekalian adapun masalah hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 69 Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa pertama Yang Berhormat Tuan Muhammad Hilman bin Idham, Ahli Dewan Negeri Kawasan Gombak Setia dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa di dalam jawatankuasa pilihan peraturan-peraturan tetap.

Ahli-ahli yang berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul nombor 3 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketulusan (SELCAT)Motion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul nombor 3 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketulusan (SELCAT).

Speaker

Pencadang

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan, Y.B Tuan Dr. Afif bin Baharudin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Taman Medan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Y.B Tuan Mohd. Kamri bin Kamarudin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa dalam Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketulusan (SELCATE).

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Ya, Yang Berhormat Paya Jaras.

Saya dengan ini menyokong sepenuhnya Usul ini.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa, pertama Yang Berhormat Tuan Dr. Afif bin Baharudin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Taman Medan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Mohd. Kamri bin Kamarudin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketulusan (Special Select Committee On Compiten Accountability And Transparency – SELCATE).

Ahli-ahli yang berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul nombor 4 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama...Motion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul nombor 4 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita, serta Kesejahteraan Hidup (JPK–SEJAHTERA).

Speaker

Ya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Mohd Razali bin Saari, tiada kaitan dengan saya, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Panjang... nanti jadi kepentingan pula. Dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rawang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita, serta Kesejahteraan Hidup atau pun singkatannya (JPK–SEJAHTERA). Saya mencadangkan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat Speaker, saya gembira dengan keputusan Usul ini dan ini menunjukkan bahawa jika dapat perbincangan kedua-kedua pihak banyak perkara boleh selesai.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71 Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Mohd Razali Bin Saari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Panjang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Negeri Kawasan Rawang di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK– SEJAHTERA).

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul nombor 5 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK–INFRAGRO)Motion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul nombor 5 Tahun 2024. Usul pindaan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK–INFRAGRO).

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71 Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan, Yang Berhormat Tuan Nushi bin Mahfodz, Ahli Dewan Negeri Kawasan Semenyih dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Mohd Razali Bin Saari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Panjang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK INFRAGRO).

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Taman Medan menyokong penuh Usul ini.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71, Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Nushi bin Mahfodz, Ahli Dewan Negeri Kawasan Semenyih dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Yang Berhormat Tuan Mohd Razali Bin Saari, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Panjang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK INFRAGRO).

Ahli-ahli yang berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini di persetujui.

Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Ramal untuk menyambung perbahasan. Yang Berhormat diberi masa 5 minit untuk sambung.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Janji semalam 10 minit.

Speaker

5 minit sahaja.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Salam Sejahtera, terima kasih diatas peluang yang diberikan kepada saya sikit lagi. Semalam saya telah menyentuh tentang keperluan kerajaan dan seluruh rakyat untuk menyantuni warga emas. Hari ini, Tuan Speaker saya nak memasuki tajuk baru, Perlindungan Kanak-kanak. Jumlah kanak-kanak di Malaysia tahun 2023 seramai 9.13 juta orang yang meliputi sebayak 27.4%. Jumlah kanak-kanak menjadi mangsa tidak senonoh dibentangkan oleh Yang Berhormat Taman Templer semalam, angka penderaan 156 orang atau kes, pengabaian 190, pemerkosaan atau pun keganasan seksual sebayak 146. Angka ini Yang Berhormat sekalian, besar. Namun jika ditanya tentang apakah ada dasar perlindungan kanak-kanak?, jawapan nya ada. Apakah ada polisi perlindungan kanak-kanak?, jawapan nya ada. Tetapi bila ditanya tentang peningkatan jumlah mangsa penderaan kanak-kanak pun, jawapannya ada. Persoalan saya ialah apakah fungsi dan peranan dan dasar polisi perlindungan kanak-kanak memandangkan ianya gagal membanteras gejala penderaan, pengabaian dan pemerkosaan kanak-kanak. Saya mengambil kes pemerkosaan kanak-kanak melalui perbahasan pada hari ini untuk kita memberi perhatian, pentingnya kita memelihara anak-anak kita. Pemerkosaan kanak-kanak atau pedofilia terhadap kanak-kanak sama ada secara paksaan atau sukarela. Ada dua perkara yang kita kena faham, kedua-dua kategori ini paksaan atau suka rela sekiranya melibatkan pelakuan seks kanak-kanak tetap dianggap sebagai pemerkosaan kanak-kanak yang kita perlu jaga dan pelihara anak-anak kita. Dan ia semakin membimbangkan. Banyak kajian dan kajian telah membuktikan kebimbangan ini apabila angka pemerkosaan kanak-kanak meningkat dari tahun ke tahun. Data PDRM bagi tahun 2012 hingga 2016 menunjukkan angka pemerkosaan kanak-kanak di Malaysia adalah seperti berikut: 2012 sebanyak 963 orang, 2013 1093, 2014 984, 2015 978 dan 2016 1034. Saya merujuk data ini melalui Jurnal bertajuk Hikmah UKM Bangi Jilid 15 Terbitan 2023. Yang Berhormat Speaker, negara kita, kita ada dasar pelindungan kanak-kanak yang diselaraskan dengan falsafah konvensyen mengenai hak kanak-kanak. Dasar ini bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan seks dan eksploitasi. Dasar ini khabarnya memberi tumpuan kepada aspek agrokreasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan. Bagi saya yang berhormat EXCO dasarnya baik rancangan nya baik cuma yang saya tertanya-tanya ialah kesannya bagaimana. Saya tidak menyalahkan EXCO tentang angka dan jumlah gejala ini.

Speaker

Jaga masa, Yang berhormat jaga masa tadi kita bermula 11.41 ya. Jaga masa.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Cuma saya ingin bertanya 3 soalan, pendek sahaja. Soalan pertama, apakah bentuk promosi yang berkesan untuk mengajak orang awam ini sedarkan tentang masalah ini dan bersama-sama menyumbang tenaga membanteras masalah ini. Tidak cukup bagi saya bila kita

dengar jawapan ada promosi tapi tidak berkesan. Duit habis buat kempen, duit habis cetak phamplet, duit habis buat mesyuarat STANDCO, duit habis buat itu ini tapi keberkesanan tidak tahu. bagaimana.

Kedua, apakah bentuk libat urus dengan pihak-pihak yang berhubung terus dengan masyarakat awam seperti NGO, sukarelawan dan juga persatuan penduduk untuk mereka bersama-sama berusaha membanteras masalah ini. Tidak cukup bagi saya dengan seminar demi seminar yang dibuat di bilik-bilik dingin hatta di Universiti sekali pun sebab usaha yang serius untuk mencegah penderaan terhadap kanak-kanak ini termasuklah pemerkosaan kanak-kanak ini tidak mungkin berjaya melalui seminar dan simposium semata-mata. Sebaliknya mesti ada tindakan membumi yang bagi merealisasikan cita-cita ini. Dan terakhir soalan ketiga saya, apakah bentuk sistem penyampaia,n delivery system yang dibuat oleh Kerajaan melalui wakil atau agen-agen kerajaan seperti Ketua Kampung, Ahli MPKK, Ahli Majlis Perbandaran, Ahli MBPay, Ahli MPP (dah macam Indonesia), Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Nazir Masjid, Pengerusi surau dan ahli-ahli Jawatankuasa, mereka bagi tujuan penyampaian dan menarik berkerjasama dia sehingga ke akar umbi. Tidak cukup bagi saya, STANDCO Kebajikan bekerja sendiri-sendiri sedangkan anda mempunyai talian agensi yang begitu banyak dari atas sampai ke bawah. Saya berharap titah Tuanku yang menyatakan tentang rakyat Selangor perlu mendapat jalinan yang baik akan kehidupan sejahtera akan dapat direalisasikan dengan lebih mantap oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih kepada Tuan Speaker.

Speaker

15 minit ya.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya dengan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Negeri Selangor atas Titah Ucapan Baginda yang berjiwa rakyat. Saya menyambut baik tentang perancangan yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membina 1000 stesen pengecas di seluruh negeri Selangor. Kenderaan elektrik bukannya trend baru di luar negara. Saya pernah menonton sebuah siri drama Korea bertajuk Ms. Hammurabi pada tahun 2018. Dalam cerita itu terdapat satu scene, dengan izin di mana watak lelaki utama sedang memandu dengan cepat untuk bertemu watak perempuan utama oh! Steady Subang Jaya. Tetapi malangnya keretanya tiba-tiba rosak di tengah jalan dan dengan segera meminta bantuan daripada orang lain. Rupa-rupanya keretanya adalah kereta elektrik dan telah habis elektrik. Dan, seorang pekerja datang dengan membawa peranti yang kelihatan seperti pengecas bergerak untuk membantunya mengecas keretanya. Hanya selepas itu dia dapat menghidupkan semula keretanya dan meneruskan perjalanannya untuk bertemu watak wanita utama. Drama ini dikeluarkan pada tahun 2018 maksudnya kenderaan elektrik telah dilihat common,

dengan izin di Korea. Ini juga bermakna kami telah ketinggalan sekurang-kurangnya 5 tahun daripada Korea. Walaupun kita di sini semua faham kepentingan mempopularkan kenderaan elektrik demi memelihara alam sekitar kita. Bukan senangnya kita mengatasi masalah-masalah teknikal seperti stesen mengecas dan harga jualan kenderaan elektrik yang tinggi. Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, selain daripada kepada kereta elektrik, kenderaan elektrik yang lain seperti motosikal elektrik dan juga basikal elektrik adalah lebih mampu milik dan kurangnya masalah teknikal. Bateri motosikal dan basikal elektrik boleh dikeluarkan dan boleh dicas di rumah. Apa yang disediakan oleh Kerajaan adalah laluan yang selamat untuk digunakan oleh penunggang-penunggang motosikal elektrik dan basikal elektrik di . Selain daripada itu, terdapat kilang tempatan yang menghasilkan motosikal elektrik dan basikal elektrik di Negeri Selangor. Terdapat kilang-kilang yang menghasilkan motosikal elektrik dan pengecas kenderaan elektrik di Balakong dan kilang menghasilkan basikal elektrik di Seri Kembangan.

Saya pernah melancong di Pulau Ketam, penduduk di sana menggunakan motosikal elektrik dan basikal elektrik. Udara sana segar tiada bau busuk dan bunyi bising yang dikeluarkan kenderaan petrol. Hanya satu yang tidak cukup sempurna, iaitu semua atau hampir semua motosikal dan basikal elektrik di sana berjenama negara lain. Saya berpendapat bahawa dengan kerjasama dengan kilang-kilang tempatan seperti mempromosikan jenama-jenama tempatan, memberi insentif untuk membeli kenderaan jenama elektrik berjenama tempatan ataupun mengutamakan jenama tempatan semasa pembelian kenderaan elektrik untuk agensi-agensi kerajaan dibuat. Usaha kerajaan untuk mempopularkan kenderaan elektrik bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar kita, menyokong inisiatif melestarikan alam dan dapat juga membangunkan ekonomi tempatan kita.

Seterusnya saya ingin membahaskan tentang pelancongan tempatan dan produk tempatan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Selangor terhadap atas usaha mempromosikan pelancongan tempatan terutamanya Yang Berhormat EXCO Sekinchan. Dulunya sentiasanya ‘Selamat datang ke Sekinchan’, sekarang hendak bercuti ‘Pusing Selangor Dulu’.

Saya telah melancong ke Nha Trang, di Vietnam pada awal tahun ini. Pada masa saya sampai di sana, di mana hotel yang saya menginap saya mendapati informasi pelancong adalah sangat senang dijumpai dan pakej-pakej tempatan pelancongan tempatan amat menyenangkan pelancong-pelancong. Terdapat pelancong-pelancong luar negara datang ke Malaysia mendarat di Lapangan Kapal Terbang KLIA yang berada di Sepang, Selangor. Saya ingin tahu berapa peratusan mereka yang akan melancong di Selangor? Berapa peratusan daipada mereka pula hanya menganggapkan Selangor ini sebagai transit bagi mereka pergi ke destinasi mereka ke Kuala Lumpur ataupun ke negara lain. Adakah kerjasama kita bersama lapangan-lapangan kapal terbang seperti KLIA, KLIA 2 dan Subang cukup? Adakah kita mewujudkan tarikan yang cukup kepada para pelancong semasa mereka mendarat di

Selangor ini untuk ‘Pusing Selangor Dulu’. Pada pandangan saya, Kerajaan perlu mengusahakan lebih banyak aktiviti-aktiviti promosi demi menyediakan sepenuhnya untuk menyambut Tahun Melawat Selangor 2025. Sektor pelancongan adalah amat penting apabila industri pelancongan berkembang pesat, ekonomi sesuatu tempat baru dapat berkembang. Hal ini bermaksud selain mempromosikan tempat pelancongan, amatlah pentingnya kita mempromosikan produk-produk tempatan dan kegiatan ekonomi tempatan juga.

Industri pembuatan kasut merupakan industri terpenting di Seri Kembangan pada masa dahulu. Terdapat lebih daripada 200 kilang pembuatan kasut sebelum ini berpusat di Seri Kembangan dan kawasan persekitaran. Apa yang menyedihkan adalah banyak kilang kasut tidak dapat menahan saingan daripada produk murah yang diadakan besar-besaran oleh negara asing. Sehingga sekarang hanya ada kurang daripada 20 kilang sahaja yang masih bertahan dengan susah payah. Saya pernah bertemu dengan Datuk Jimmy Choo seorang pereka kasut yang terkenal di dunia. Beliau berpendapat bahawa industri pembuatan kasut bukan sahaja satu industri biasa tapi juga satu seni yang perlu idea yang baru dan kualiti yang tinggi. Beliau telah mempunyai Kolej reka bentuk fesyen yang bernama JCA, London Jimmy Choo Academy, dengan izin di London. Kerana ingin mencungkil bakat anak-anak muda. Industri kasut di Seri Kembangan menghasilkan kasut yang cantik dan berkualiti tinggi. Kami perlu banyak sokongan daripada pihak kerajaan. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan industri kasut dengan kerjasama dengan Dato’ Jimmy Choo dan pada masa yang sama menawarkan cadangan dan syarat yang menarik hati supaya akademik seperti JCA London demi boleh ditubuhkan di negara kita juga. Dengan usaha sebegini bakat-bakat kita dapat peluang menerima latihan dan pendidikan dari tokoh-tokoh terkenal sedunia yang berasal daripada negara kita sendiri. Dan bakat-bakat ini akan membangunkan negeri dan negara kita pada masa depan akan datang nanti.

Terdapat satu kawasan yang sangat menarik di kawasan di kawasan Seri Kembangan iaitu Bukit Serdang. Taman rekreasi ini diusahakan oleh penduduk-penduduk persekitaran mendaki bukit tersebut tidak kira waktu pagi atau petang. Di sini saya menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini datanglah mendaki di Bukit Serdang jika Ahli Berhormat ada masa lapang. Walau bagaimanapun, saya ingin memberikan persediaan mental pada semua. Anda mungkin dapat melihat tanah yang luas semasa mendaki bukit tersebut digunakan sebagai tapak pelupusan sampah haram yang dipenuhi sampah. Masalah pembuangan sampah haram di Seri Serdang Seksyen 5 bukan sesuatu isu yang baru, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pernah turun padang ke sana pada tahun 2022. Agak mengecewakan kerana isu ini tidak diselesaikan lagi. Malah Bukit Serdang, Seksyen 7, Bukit Serdang Seksyen 10 dan Bukit Serdang Seksyen 14 juga mempunyai aktiviti pembuangan sampah haram yg aktif. Bagi saya Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas untuk membanteras aktiviti sampah haram. Rampasan tanah merupakan satu langkah yang perlu tindakan yang diambil untuk memaksa tuan-tuan tanah menjaga

tanah/harta mereka dengan baik. Tetapi kalau Menteri Besar pun telah turun padang dan aktiviti pembuangan sampah masih diteruskan tiada apa-apa tindakan tegas diambil, masih rampasan tanah tidak dimulakan atau dijalankan, mustahillah! Kita menangani masalah tapak pelupusan sampah haram ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, didalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda memberi nasihat kepada penjawat awam supaya segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat masyarakat diselesaikan dengan pantas dan sempurna. Saya menyambut baik atas nasihat ini dan penutupan u-turn di jalan besar Seri Kembangan. Untuk makluman semua, u-turn di jalan besar Seri Kembangan telah ditutup lebih dari 6 bulan. Malah sehingga kini penutupan jalan tersebut. U-turn yang tertutup telah mengambil ruang yang banyak dan padahal jalan raya besar tidak cukup ruang lagi bagi kenderaan yang semakin banyak dan menyebabkan kesesakan harian di Seri Kembangan. Saya ingin mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor supaya projek menaiktaraf di jalan tersebut boleh disegerakan.

Bagi isu terakhir saya ingin membangkitkan keadaan kesihatan rakyat yang membimbangkan. Menurut kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kadar obesiti di Malaysia adalah terlalu tinggi di Asia Tenggara. Di dapati 50.1% rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7% daripada mereka menghadapi obesiti pada tahun 2019. Berat badan yang lebih tidak membahayakan. Apa yang membahayakan adalah penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti iaitu diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan juga penyakit lain. Antara penyakit yang menyebabkan penyakit obesiti ini kebanyakan merupakan penyakit kronik yang perlu dirawat sepanjang hayat. Ada pula yang membahayakan nyawa tanpa menunjukkan sebarang gejala. Saya bersyukur Kerajaan Selangor hulur Bantuan Sihat Selangor untuk memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM5000.00 maksimum kepada setiap penyakit permohonan terutamanya pesakit-pesakit B40 yang perlu menjalankan rawatan dialisis. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga memperkenalkan Skim Rawatan Jantung yang memperuntukkan bantuan kos rawatan jantung sehingga RM50 000.00. Bukan sahaja begitu Kerajaan Negeri Selangor juga mengusahakan program saringan kesihatan percuma di setiap DUN seluruh negeri apatah lagi Iltizam Selangor Sihat yang telah dikenali seluruh rakyat Selangor. Usaha-usaha ini dapat disampaikan kepada seluruh rakyat Selangor kepada tenaga kerja yang cukup. Saya ambilmaklum Program Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor ataupun di panggil SUKA akan diteruskan pada tahun ini. Saya ingin cadangkan bahawa SUKA di latih dan diberi elaun untuk diberi fokus terhadap semua inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ataupun inisiatif Kerajaan Persekutuan supaya mereka dapat memberi bantuan kepada negeri Selangor memohon dan mendapat manfaat-manfaat ini. Pada masa yang sama juga, menjalankan susulan dengan izin, follow up selepas itu. Saya amat berharap permohonan-permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh Dewan Yang Mulia ini dan dengan ini saya menyokong sepenuhnya tentang Titah Usul Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker membenarkan Subang Jaya mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Subang Jaya ingin memulakan dengan Menjunjung Kasih kepada Titah Tuanku bahawa perbahasan DUN, Dewan Negeri Selangor perlu menjadi contoh dan ADUN perlu berbahas dengan penuh bertanggungjawab. Saya kira salah satu ciri bertanggungjawab adalah bahawa kami perlu jujur dan dalam perbahasan kami, kami perlu mengelak daripada memetik bukti-bukti yang hanya memihak kepada kami tetapi kena lihat kepada keseluruhan keadaan. Dalam perkara ini, saya lihat bahawa pihak pembangkang sangat prihatin terhadap isu air. Dan perkara ini adalah penting sebab air merupakan bidang kuasa negeri dan merupakan satu hak asasi manusia yang perlu diambil berat oleh kerajaan negeri ini. Jadi, saya lihat isu tarif ini menjadi perkara tumpuan pihak pembangkang dan mungkin ada persepsi yang telah diwujudkan bahawa kerajaan ini zalim kerana telah menaikkan tarif dan saya ini membetulkan keadaan dengan mengemukakan dasar-dasar lain yang telah diwujudkan oleh kerajaan.

Secara prinsip, saya percaya bahawa ramai di luar sana sebagai pembuat dasar akan tahu bahawa sebarang utiliti elektrik sama ada waste water management, air dan sebagainya, perlu sekurang-kurangnya boleh cover ataupun menampung OPAC dan K-PAX. Jadi kalau keupayaan syarikat utiliti tersebut tak boleh cover OPAC dan K-PAX, maka tarif perlu disemak semula. Tetapi persoalannya kerana tarif selalu menjadi isu hangat, kami terima perkara itu dan isu politik.

Jadi persoalannya, adakah kami sebagai kerajaan boleh mengambil tindakan yang bertanggungjawab untuk menaikkan tarif tetapi dengan cara yang berjiwa rakyat. Sama ada keseimbangan tersebut dapat dicapai dan boleh dengan subsidi bersasar. Dan hakikatnya untuk air, Kerajaan Negeri Selangor melalui SARDE (Skim Air Darul Ehsan) yang telah diwujudkan pada tahun 2020 telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta setiap tahun bagi rakyat Selangor di mana household income ataupun pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM5000. Dulu pada tahun 2020, ambangnya adalah pada RM4000 tetapi sekarang kami boleh naikkan kepada RM5000. Jadi untuk mereka yang miskin, yang duduk di kampung dan sebagainya, ada jalan keluar kalau mereka tak mampu untuk membayar fee-fee utiliti tersebut dan hakikatnya juga begini. Kalau kami lihat kepada first batch kenaikan first batch untuk utiliti air, kenaikan tarifnya kalau andai kata seseorang itu ataupun household tersebut telah menggunakan kesemua dua puluh meter q, sebelum pelarasan, fee yang kena dibayar adalah RM11.40, tetapi selepas pelarasan, kenaikannya adalah memerlukan seseorang membayar RM13 iaitu kenaikan RM1.60 sahaja. Tetapi kalau tak mampu, Kerajaan Negeri masih akan membantu melalui program SADE.

Jadi saya lihat perkara tarif ini, Kerajaan Negeri telah menanganinya dengan penuh bertanggungjawab, sebab bukan semata-mata pass on the cost kepada mereka yang

tak mampu untuk membayar, tapi kalau household tersebut mempunyai pendapatan lebih daripada RM5000, saya percaya semua Ahli Dewan Negeri akan setuju dengan saya bahawa mereka patutnya mampu membayar RM13 tersebut. Jadi saya lihat keseimbangan tersebut di mana kami tidak semata-mata melaksanakan dasar yang populis sahaja tetapi yang bertanggungjawab supaya kami boleh cover OPAC dan K-PAX, tetapi mengimbangkannya dengan subsidi bersasar. Ya Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Subang Jaya. Saya mengikuti hujahan yang dibawa oleh Subang Jaya tadi. Saya rasa semalam kita dengar bila Hulu Kelang dalam ucapannya menyebut dengan jelas, dia bukan soal naik tarif saja, naik tarif ini adakah ia dapat menyelesaikan masalah Air Selangor. Ini yang menjadi persoalan kita di peringkat pembangkang ini. Yang kita nak tahu, apakah langkah Kerajaan Negeri selain naik tarif ini betul kita terima, bahawa ada keperluan untuk naik tarif, tapi adakah is this the only option untuk nak selesaikan masalah Air Selangor?

Kalau kita dengar semalam pembentangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang dari segi rating audit apa semua, air Selangor memang menghadapi masalah sekarang. Adakah Yang Berhormat boleh menjamin di sini bahawa kalau naik tarif negeri Selangor ini, rakyat bayar lebih jumlah bil air ini, maka masalah OPAC dan K-PAX yang ditanggung oleh Air Selangor ini selesai. Itu yang kita nak tahu, dia bukan soal kita nak kata kerajaan zalim tak zalim, yang kita nak sekarang ini, kerajaan ini tengah buat apa sebenarnya, nak selesaikan masalah Air Selangor.

Jadi Yang Berhormat jangan tarik ke arah seolah kami nak main sentimen politik. This is nothing about politic, this is about the management of Air Selangor dan juga bagaimana Kerajaan Negeri nak intervene dan bantu Air Selangor. Ini yang kita nak tahu.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih kepada Taman Medan kerana telah menerima bahawa kenaikan tarif ini diperlukan, tetapi saya sebut perkara ini sebab ada satu ayat yang telah gunakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang semalam bahawa Kerajaan Negeri memerlukan mereka yang miskin yang duduk di kampung, yang duduk di flat dan sebagainya untuk bayar, jadi persepsi tersebut wajar kami untuk betulkan, sebab bukan semata-mata pass on the cost pada mereka. Jadi dengan kenaikan tarif, kami masih perlu lihat. Saya nak jujur kata, saya bukan jenis orang populis sebab mengapa, kalau kami lihat kepada behavior selepas kenaikan tarif, ada kemungkinan bahawa behavior rakyat akan tukar kebiasaannya mungkin ada mereka akan menggunakan air yang kurang, ada keperluan tersebut juga. Sebab mengapa, penggunaan air untuk setiap di negeri Selangor adalah antara yang terpaling tinggi iaitu 270 liter setiap orang setiap hari, kalau dibandingkan dengan contoh Singapore, Singapore adalah 130 liter setiap orang setiap hari.

Jadi mungkin ada perbezaan dari segi penggunaan, jadi jika quantum tersebut dikurangkan, maka kami kena tengok sama ada behavior tersebut sustain untuk

jangka masa panjang baru sahaja kami boleh tengok. Macam mana pelarasan tarif ada impak terhadap kewangan Air Selangor, tetapi saya positif bahawa secara keseluruhan kami akan lihat bahawa isu kerugian ataupun kemampuan untuk Air Selangor menampung OPAC dan K-PAX akan ada improvementnya. This is the reponsibile thing to do. Jadi masa saya tak panjang, saya ada empat point lagi yang saya ingin ...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit saja.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Maaf Yang Berhormat, kecuali Tuan Speaker bagi saya masa tambahan.

Speaker

Teruskan, tak ada masa tambahan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Maaf ya. Jadi ada empat perkara yang Subang Jaya yang ingin bangkitkan dalam perbahasan ini. Pertama adalah berkenaan perubahan iklim. Subang Jaya Menjunjung Kasih Titah Tuanku yang prihatin terhadap alam sekitar, di mana Tuanku menyokong pembangunan Hutan Warisan DiRaja Selangor yang melibatkan kawasan Taman Negeri Selangor seluas 108 ribu hektar yang merupakan gabungan beberapa buah hutan simpan kekal.

Di sini Subang Jaya ingin menceritakan perubahan fizikal yang kami telah lihat di negara-negara lain akibat perubahan iklim iaitu di kawasan iaitu di kawasan Alps. Iaitu dekat dengan Mont Blanc. Terdapat satu glasier yang besar yang dikenali sebagai Mer de Glace. Pada tahun 1986 apabila glasier tersebut ditemui, Kerajaan Perancis lihat sebagai lihat perkara ini sebagai satu peluang pelancongan dan telah membina satu gondola. Jadi kalau Yang Berhormat pergi ke France, boleh naikkan gondola tersebut.

Tetapi pada tahun 1988 apabila gondola tersebut dibina, seseorang itu selepas naik gondola hanya perlu turun satu langkah untuk sampai ke glasier tersebut. Tetapi sekarang, pada hari ini tahun 2024, kalau kami pergi ke tempat yang sama, naik gondola yang sama, hakikatnya kami perlu turun sebanyak 500 langkah ke bawah akibat perubahan iklim yang telah memanaskan global, kami lihat masalah pencairan glasier yang besar ini. Jadi perubahan fizikal sudah ketara.

Pada beberapa minggu yang lepas, terdapat satu heat wave di Australia yang telah membawa impak kepada satu coral farm ataupun ladang coral yang telah membunuh sebanyak 50% coral yang ditanam tersebut dan coral memainkan satu peranan yang sangat penting dari segi bio-diversiti. Jadi persoalannya untuk kami sebagai satu Kerajaan Negeri mencapai Paris Agreement iaitu untuk mengurangkan ataupun menghadkan kenaikan suhu sebanyak dua degree celcius, apakah langkah-langkah yang kami telah ambil, untuk satu memastikan supaya kami setengahkan, half pengeluaran GHG sebanyak 50% menjelang tahun 2030 dan mencapai net zero pada

tahun 2050. Isunya begini untuk Selangor, pada tahun 2050 kalau kami tak capai sasaran tersebut, mungkin Pelabuhan Klang ataupun daerah Klang sudah tidak akan wujud sebab akan ditenggelami sungai. Ada kemungkinan bahawa Shah Alam akan menjadi bandar tepi pantai. Ini hakikat yang kami kena terima, jadi yang pertama kami sebagai Kerajaan Negeri perlu mengenal pasti penyumbang terbesar GHG.

Pada peringkat global, punca pengeluaran GHG terbesar adalah beberapa iaitu satu sektor tenaga sebanyak 73%, yang kedua sektor industri sebanyak 15%, pertanian dan penggunaan tanah sebanyak 19% dan sisa sebanyak 5%. Jadi, kalau kami lihat kepada sektor-sektor tersebut, kebanyakannya adalah bawah bidang kuasa kerajaan negeri iaitu contohnya industri, pertanian, penggunaan tanah dan sisa. Jadi persoalannya yang Subang Jaya ingin kemukakan adalah, apakah dasar yang diperkenalkan untuk menyokong industri-industri untuk mengurangkan penghasilan karbon ke arah net zero. Contoh, di Helsinki. Negara tersebut telah mengenal pasti bahawa penghasilan haba merupakan antara punca pengeluaran tenaga ataupun GHG yang paling tinggi untuk negara tersebut. Jadi kerajaan tersebut telah mewujudkan satu skim di mana sesiapa yang ingin redesign semula bangunan mereka, boleh mengupah pakar-pakar kejuruteraan yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia untuk mengubah suai bangunan mereka. Jadi sangat tinggi dan oleh sebab itu sedang on check untuk mencapai net zero pada tahun 2030.

Perkara kedua yang Subang Jaya ingin bangkitkan adalah berkenaan keluarga. Subang Jaya tertarik dengan soalan Meru semalam, berkenaan keselamatan kanak-kanak. Jadi Subang Jaya lihat bahawa kami kena mengambil satu all of society approch berkenaan kepentingan pembangunan keluarga dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah memperkenalkan dasar pembangunan kanak-kanak pada Mei tahun lepas. Dan kini adalah masa untuk melaksanakannya.

Sebagai seorang ibu, saya dah tak boleh kira berapa kali saya perlu menyusu dalam tandas menukar lampin bayi atas permukaan tandas yang tidak sesuai dan menggunakan bilik menyusu di mana lokasinya tidak sesuai. Saya ceritakan satu pengalaman di mana lokasi bilik menyusu di depan surau lelaki, jadi tidak boleh gunakan bilik tersebut sebab bilik tersebut sebab bilik tersebut sudah diubah untuk digunakan sebagai ruang wudhu.

Yang Berhormat Subang Jaya. Mohon pencelahan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, kalau saya dibenarkan tambahan lima minit, saya akan benarkan.

Speaker

Boleh.

Untuk soalan yang ringkas, adakah Yang Berhormat setuju bahawa sudah sampai masa di Selangor ataupun kita akan laksanakan di Malaysia keperluan kepada reka bentuk bangunan yang seperti Yang Berhormat sebut tadi iaitu kita perlu bandar mesra wanita yang kita boleh laksanakan khususnya di Selangor. Terima kasih.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Meru, itu point saya seterusnya sebenarnya, iaitu cadangan, dua cadangan. Yang pertama untuk bangunan baru yang terutamanya boleh diakses orang awam seperti hotel, hospital, restoran, convention centre, pusat membeli belah, bangunan Kerajaan, kami perlu semak semula piawaian pembangunan memastikan untuk bangunan baru kesemuanya mematuhi ciri-ciri yang mesra wanita, mesra kanak-kanak dan mesra OKU. Yang kedua untuk bangunan lama, kami kena mewujudkan satu geran ataupun contohnya seperti di Helsinki, dimana kami memberi khidmat kepakaran percuma supaya mereka yang ingin renovate bangunan-bangunan mereka sekurang-kurangnya ada insentif ataupun dapat bantuan Kerajaan Negeri. Sangat cepat, perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan adalah kesihatan mental iaitu berkenaan platform SEHAT. Kini kami menawarkan perkhidmatan kaunseling dan psikiatri sahaja untuk platform SEHAT. Ada satu lagi perkhidmatan yang saya harap supaya kami sebagai Kerajaan Negeri yang boleh tawarkan iaitu psikologi klinikal. Bezanya dengan kaunseling dan psikiatri adalah sebegini. Bagi kaunseling ia adalah perkhidmatan menangani punca stress emosi, sosial dan fizikal. Bagi psikiatri ia adalah bidang dimana kami mengubat iaitu memberi ubat kepada penyakit, untuk mengubat penyakit mental tersebut. Untuk psikologi klinikal ia memfokus lain sedikit iaitu kepada diagnosis dan rawatan gangguan psikologi dengan menggunakan psikologi atau pun pendekatan terapi. Jadi psikologi klinikal ini merupakan in between kaunseling dan juga psikiatri dan wajar ditawarkan sebab bukan semua perkara boleh ditangani melalui kaunseling atau pun perkhidmatan psikiatri. Jadi saya ingin bertanyakan kerajaan Negeri ada perancangan terhadap tersebut.

Point seterusnya adalah berkenaan tanah institusi awam. Jadi Subang Jaya berharap agar pihak berkuasa tempatan lebih teliti berkenaan mengenai isu ini. Tanah institusi seperti tadika, seperti dewan seperti tanah lapang untuk setiap pembangunan akan ditetapkan dibawah KM. Kami melihat kepada kes-kes dimana pemaju telah merepresenti kepada pembeli mereka melalui perjanjian jual-beli bahawa ada terdapat ciri-ciri institusi awam sebegini. Tetapi contohnya di Subang Jaya untuk pangsapuri Angsana terdapat jual beli yang dikatakan didirikan sebagai dewan. Pada hari ini, bukan sahaja dewan itu tak didirikan tetapi tanah itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebut. Jadi saya berharap moving forward PBT akan tegas berkenaan perkara ini sebab institusi-institusi awam memainkan peranan yang sangat penting terutamanya dari segi sosio-ekonomi. Dan untuk kes-kes lama seperti contoh yang saya bangkitkan tadi berkenaan pangsapuri Angsana, kami perlu kaji semula macamana kami nak memastikan supaya tanah-tanah ini diserahkan balik

kepada Kerajaan Negeri. Jadi dengan itu, dengan empat point tersebut Subang Jaya berterima kasih atas peluang ini dan dengan itu, menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Ya Kampung Tunku

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima Kasih Tuan Speaker. Kampung Tunku ringkas sahaja. Isu yang pertama yang akan saya bangkitkan dalam usul menjunjung kasih titah Tuanku ialah berkenaan dengan PJD- Link. Pada 31 Julai 2023 Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan pembatalan cadangan Projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway dikenali sebagai PJD-Link. Seminggu lalu dalam media ada makluman bahawa PJD-Link harus membuat rundingan semula jajaran projek itu untuk mengelak kawasan yang kuat membantah PJD-Link dan accommodate dengan izin, kawasan yang menyokong cadangan PJD-Link. Sekiranya jajaran diubah, syarikat harus berbincang semula dengan Kerajaan Persekutuan dan start from zero dengan izin. Dikalangan DUN-DUN di Petaling Jaya DUN Kampung Tunku paling kurang terkesan dengan cadangan projek PJD-Link yang sedia ada namun saya jangka mana-mana perubahan jajaran yang sentuh Kawasan Petaling Jaya, di Bandar Utama, Kampung Tunku dan Bukit Gasing masih akan menerima bantahan yang secukup sesama kuat dengan bantahan kini. Ramai penduduk meluahkan perasaan lega terhadap pengumuman pembatalan PJD-Link pada tahun lepas. Ramai juga telah berjuang membantah KIDEX iaitu boleh dikira sebagai versi original PJD-Link sejak tahun 2014. Sekarang kita dah masuk tahun 2024 sepuluh tahun saya ingin katakan cukuplah, let this project die, let this project be buried, dengan izin. Sebaliknya saya berharap Kerajaan Negeri mencari jalan untuk meningkatkan jalinan pengangkutan awam dari Petaling Jaya Utara ke Petaling Jaya Selatan. Dengan adanya pelancaran Selangor Mobiliti saya kira Kerajaan Negeri mampu mencari jalan yang terbaik tanpa perlunya PJD-Link.

Isu kedua saya ingin bangkit berkenaan isu hakmilik strata di 3 pangsapuri yang duduk di sempadan antara DUN Kampung Tunku, dan Taman Medan. Taman Medan taka da iaitu Lot 23513 Residency Park 51 residency, Jalan 51A /241, Petaling Jaya. Kedua Lot 23514 Impian Seri Setia Jalan SS9A/18, 47300 Petaling Jaya. Ketiga Lot 23515 Boulevard Park 41, Jalan 51A/241, 46100 Petaling Jaya. Ketiga-tida pangsapuri ini didirikan kira-kira tahun 2012. Sampai sekarang belum mendapat strata apabila ditanya diperingkat COB ada delay, dengan izin, dipihak pemaju. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dapat paksa pemaju supaya melaksanakan tanggungjawab supaya pemilik petak mendapat hak milik strata? Belajawan Selangor 2024 telah mengumumkan task force inisiatif pengeluaran hak milik strata untuk perumahan dan hartanah dengan peruntukan sebanyak 200 ribu. Jadi saya ingin tanya, apakah status task force ini dan adakah task force ini ada kuasa penguatkuasaan terhadap pemaju berkaitan isu ini.

Ketiga berkenaan formalization, dengan izin sokongan GLC dan PBT terhadap pembangunan sukan. Kampung Tunku pernah membangkitkan cadangan agar tersapat satu formalization, dengan izin ataupun sukan angkat yang disokong oleh GLC dan PBT. Saya kira Negeri Selangor kita masih tak cukup peruntukan sukan berbanding dengan negeri-negeri lain dan saya rasa we can do better, dengan izin. Dengan rendah diri ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia saya telah dilantik Persatuan Ragbi Selangor pada awal bulan ini, justeru penjadi presiden wanita pertama bagi KRS dan setahu saya bagi mana-mana persatuan ragbi di seluruh negara. Sebelum saya menggalas tanggungjawab ini saya juga Bersama EXCO KRS berusaha mencari dana dan penaja untuk KRS. Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MBI Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor kerana selalu menyokong KRS, namun kami faham MSNS ada kekangan kerana perlu menjaga semua sukan-sukan lain. Dan saya boleh katakan dari pengalaman saya mencari dana untuk sukan selain bola sepak dan badminton, tak senang sangat dan sangat-sangat susah sebenarnya. Kami kena pergi kesana-kesini dengan kertas Cadangan. Dan oleh sebab itu saya berharap Kerajaan Negeri akan formalize satu program sukan angkat oleh GLC dan PBT selain itu Kerajaan Negeri juga boleh mengkaji insentif bagi mana-mana syarikat MNC yang berhasrat yang menyokong sebarang sukan.

Akhirnya bagi topik sukan saya ingin membangkitkan isu penyelenggaraan padang bola dimana kosnya terlalu tinggi untuk projek kecil ADUN ataupun kadang kala PBT juga. Semasa penggal yang lepas, Ahli-ahli Dewan boleh memohon untuk pembaikan infrastruktur sukan. Ada pada satu masa jumlahnya RM40 ribu sahaja pada tahun lepas sebelum pilihanraya negeri setiap DUN sepatutnya mendapat peruntukan sebanyak RM250 ribu. Di Kampung Tunku ada satu padang di padang di SS2/45, yang ada masalah permukaan tidak rata dan water ponding, dengan izin. Dulu ia menjadi tempat riadah penduduk sekeliling dan digunakan oleh liga-liga kecil bola sepak sekarang ia diabaikan. Tapi selepas penilaian oleh MSNS didapati bahawa kos untuk memperbaiki padang itu mencecah amount RM250 ribu. Jadi tak ada projek mana-mana yang diperuntukkan. Walaubagaimanapun Kampung Tunku rasa bahawa Kerajaan Negeri harus bersama-sama PBT mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini. If not, we will get no where, dengan izin. Saya kira masalah penyelenggaraan padang bola yang besar bukan sahaja berlaku DUN Kampung Tunku tetapi di kawasan-kawasan lain dan kita perlukan padang-padang ini supaya dapat galakan kehidupan sihat dan untuk menggalakkan interaksi antara masyarakat. Terakhir, oh masih ada masa lagi. Seterusnya pemerkasaan Wanita sempena Hari Wanita Sedunia. Tema United Nation bagi hari Wanita Sedunia ialah Invest in Women, Accelerate Progress. Saya ingin mengucapkan tahniah terhadap Kerajaan Negeri Selangor atas komitment terhadap pemerdayaan wanita dari aspek ekonomi contohnya BINGKAS, Skim Nadi bagi usahawan wanita, usaha menangani keganasan rumah tangga dan kepimpinan melalui program akademi kempimpinan wanita dan sebagainya. Tetapi dengan pelaksanaan undi-18 dan penggunaan media sosial yang luas dikalangan anak-anak semuda 6 tahun. Saya kira kita harus invest in girls and boys too, dengan izin. Sekiranya kita tidak mengajar anak-anak kita untuk

saling menghormati dari awal, society and social media will teach them, dengan izin. Terutamanya dalam aspek pendidikan sexual dan reproductive. Jadi saya suka bila Yang Berhormat Sungai Ramal bercakap tentang isu keganasan seksual terhadap kanak-kanak kerana merujuk kepada artikel Channel News Asia pada September 2023, 959 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah dilaporkan antara bulan Januari hingga Ogos. 70% antara kes jenayah seksual melibatkan mangsa kanak-kanak. Tambahan itu, National Health Mobility Adultation Survey 2022 yang melibatkan pelajar sekolah menengah 13 -17 tahun mendapati bahawa 33% daripada remaja telah menjalinkan hubungan ataupun aktiviti seks sebelum 14 tahun. 88% daripada remaja yang aktif tidak menggunakan apa-apa contraceptive seperti kondom atau pil pencegah kehamilan. Ini membuka ruang kepada isu-isu sosial contohnya penyakit jangkitan kelamin, sexually transmitted disease dengan izin, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan reproductive, kehamilan remaja, pembuangan bayi, keciciran pelajaran dan isu-isu ini dalam jangka masa yang panjang akan memberi kesan kepada produktiviti negeri dan cabaran dalam usaha pembasmian kemiskinan.

Dalam sidang yang lepas, saya telah bertanya tentang talian SELamat yang dikendalikan Kerajaan Negeri disini saya ingin saya cadangkan agar talian ini sebenarnya dibatalkan dan peruntukannya pula disalurkan untuk program Pendidikan sexual dan program reproduktif bagi anak muda. Ini kerana saya lihat talian SELamat ini seperti duplicate kepada talian-talian hayat yang dijalankan oleh NGO-NGO seperti Women Aid Organisation (WAO), AWAM dan juga Befrienders. Dan jawapan dari sidang yang lepas juga menyatakan dari bulan Januari hingga September 2023 hanya 24 panggilan diterima dan dari Jun 2023 sehingga kini talian SELamat dikendalikan sepenuhnya seorang eksekutif sokongan krisis sementara jumlah peruntukan yang diguna untuk lepas RM48,961.45. Saya kira ROI nya sangat rendah dan peruntukan itu lebih baik disalurkan kepada program pendidikan seksual dan reproduktif supaya kita dapat mendidik anak-anak kita lebih awal tentang safe and unsafe touch, dengan izin. How to have healthy relationship, dengan izin dan elakkan kes pembuangan bayi dan juga Kerajaan Negeri boleh bekerjasama dengan LPPKN dalam usaha ini. Akhirnya Kampung Tunku ingin merujuk kepada harapan yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor agar Selangor menjadi contoh dimasa persidangan dan Dewan Negeri juga ada kerja di luar persidangan.

Jadi saya harap selepas pindaan Ahli-Ahli Jawatankuasa dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, bahawa Ahli-Ahli Pembangkang tolonglah datang ke meeting dan saya berharap Ketua Pembangkang akan jalankan tanggungjawabnya, sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam. Saya ingin maklumkan Dewan ini antara semua Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Pilihan Khas, hanya PAC saya rasa yang belum bersidang. Jadi saya harap semua Ahli-Ahli Pembangkang janganlah boikot lagilah. Datanglah ke meeting PAC. Kami menunggu-nunggu okay. Dengan ini Kampung Tunku menyokong. Terima kasih.

TUAN SPEAKER

: Ya, Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Terima kasih Speaker di atas ruang yang diberikan. Gombak Setia menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Sultan Selangor yang cukup sarat dengan pesan, pedoman serta fikrah yang bernas demi kerajaan menerajui Negeri Selangor Darul Ehsan. Gombak Setia menekuni butir-butir Titah Tuanku yang pada hemat saya menuntut Kerajaan Negeri untuk segera mengembalikan asas dan keutamaan kerajaan kepada usaha-usaha yang lebih progresif dan pragmatik bagi menyemarakkan Negeri Selangor ini sebagai Gedung Ekonomi Negara. Gedung Ekonomi Negara bukan bermakna sekadar sumbangan Negeri Selangor kepada negara ataupun kepada ekonomi negara semata-mata. Tetapi status Negeri Selangor sebagai penyumbang KDNK terbesar menyerlahkan betapa gugatan kepada ekonomi negara juga merupakan suatu cabaran kepada ekonomi Negeri Selangor. Sewajarnya titah Tuanku menjadi perhatian seluruh Ahli Dewan Negeri untuk menilai dan merenung kembali perancangan, pelaksanaan dan inisiatif yang ditawarkan supaya ianya benar-benar memberi impak yang positif kepada sekalian rakyat Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Saya bersetuju dengan perbahasan Yang Berhormat Bukit Gasing semalam yang menekankan tentang pre pentingnya perancangan yang teliti dalam merencanakan Rancangan Selangor. Senyum tu. Sama ada pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama ataupun perancangan untuk Rancangan Selangor Kedua, saya yakin objektif kita ataupun objektif utama Dewan ini adalah untuk memacu pertumbuhan negeri yang baik yang robust serta melimpahkan manfaat buat rakyat Negeri Selangor. Saya telah beberapa kali sebelum ini mengambil ruang di Dewan Mulia ini. Untuk membahaskan perihal Rancangan Selangor Pertama yang merangkumi tiga perancangan utama kerajaan. Ada IDRISS, ada SABDA dan juga ada Kompleks Stadium Shah Alam dan bagi saya pada hari ini tak perlulah saya ulang dan mengulangi betapa isu perancangan Rancangan Selangor Pertama yang bagi saya delusional dan tidak pragmatik. Saya telah mengemukakan pelbagai hujah-hujah sebelum ini. Namun bagi saya kali ini memandangkan tahun ini dah tahun 2024, tahun hadapan tahun 2025, cukuplah untuk kita sama-sama bermuhasabah menilai semula perancangan kita dan melihat kerana sepatutnya pada tahun hadapan kita mencapai objektif Rancangan Selangor Pertama untuk menyumbang 30% kepada ekonomi negara.

Mari kita cerakinkan komponen-komponen pembangunan dalam IDRISS misalnya dan kita cuba lihat apakah ianya sudah berjalan dan akan selesai dan akan memberi impak serta mencapai objektif pada tahun hadapan, jangan kita ambil enteng perancangan-perancangan yang besar begini kerana perancangan IDRISS sendiri meliputi pembangunan melibatkan 40,000 ekar tanah yang GDV nya 1 trillion ringgit. Apakah status ataupun apa sudah jadi kepada Selangor Business Capital. Ini suatu perancangan yang amat mustahak yang saya dimaklumkan pada hari ini perancangan tersebut telah pun di batalkan. Saya pohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri berhubung Selangor Business Capital. Begitu juga dengan komponen-komponen lain dalam IDRISS. Misalnya Selangor International Aeropark, Sepang Goldcoast, Global

Village, UNISEL Global Campus, NCT Smart Industries begitu juga Pelabuhan Pulau Carey. Sebagaimana yang juga saya bangkitkan dalam sesi pertanyaan semalam, berhubung Pelabuhan Pulau Carey memandangkan dengan Westport expansion yang telah bermula. Ianya akan meningkatkan kapasiti daripada 14 juta TEU kepada 27 juta TEU yang akan menyebabkan aliran trafik domestik dan antarabangsa di Pelabuhan Klang dapat dipenuhi. Saya dimaklumkan oleh beberapa konsultan yang terlibat dalam Pelabuhan Pulau Carey bahawa Pulau Carey Third Kontena Terminal paling cepat diperlukan pada 2035 hingga 2040 dan bukan itu sahaja mereka juga menyatakan bahawa detail planning untuk Pelabuhan Pulau Carey itu hanya akan dimulakan apabila Westport yang telah dinaik taraf dan pembesaran akan mencapai kapasiti 80%. Sebab itu bagi saya, perancangan ini adalah suatu perkara yang penting. Kita mesti melihat perancangan tersebut supaya ianya benar-benar pragmatik dalam jangka masa yang kita tetapkan.

Begitu juga dengan Stadium Shah Alam, Stadium Shah Alam ini merupakan satu pembangunan yang mungkin hari ini telah menjadi kontroversi dan bagi saya ianya merupakan suatu pembangunan yang harus kita berikan penjelasan kepada rakyat. Kerana hari ini rakyat ternanti-nanti ada pengumuman nak roboh daripada bulan November, ini dah bulan Februari, esok dah Mac. Jadi ada pula saya lihat pengumuman, katanya insya-Allah minggu depan pasang holding. Jadi ini semua adalah perkara-perkara ataupun fakta-fakta yang menyebabkan rakyat melihat ada uncertainty di kalangan pentadbiran dan pemerintahan. Justeru itu saya juga ingin bertanya apakah status dan butiran land swaping dengan MRCB. Kerana saya dimaklumkan ianya sukar untuk dimuktamadkan. Justeru apakah option lain kalau kita gagal dalam rundingan untuk land swap dengan MRCB. Dalam soal isu Stadium Shah Alam ini, memang sekarang saya lihat kerajaan bersungguh-sungguh nak roboh. Jadi saya nak ulang, jangan sampai nanti stadium roboh kita nak cari dana untuk bina tak dapat dan kita tak dapat bina semula. Itu adalah suatu perkara yang ianya pasti akan mendatangkan kemarahan dan kebimbangan di kalangan rakyat. Dan saya bimbang dalam keadaan gelora ekonomi hari ini, kita terpaksa berhadapan dengan kelembapan pertumbuhan ekonomi, kita terpaksa berhadapan dengan masalah kejatuhan nilai mata wang ringgit. Prestasi anak-anak syarikat kita juga tidak begitu baik kerana terdapat pelbagai cabaran-cabaran dan pelbagai bentuk inisiatif untuk rakyat juga terpaksa ditarik balik. Maka suatu masa kita akan menemui kegagalan dan yang paling masalah ialah apabila ianya akan mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung beban.

Tuan Speaker, apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang semalam saya lihat legit. Ia bukanlah suatu serangan kepada kerajaan tetapi di peringkat Pembangkang kita ingin menyatakan kebimbangan kita terhadap masalah-masalah yang berlaku, bayangkan dalam isu PKNS semalam, bila saya dengar perbahasan Yang Berhormat Hulu Kelang dan saya teliti sendiri prestasi kewangan PKNS boleh sebenarnya mudahnya kita analogikan bahawa PKNS ini hari ini beroperasi menggunakan kredit kad dia bukan guna Debit kad. Sebab dia terpaksa ambil hutang

untuk tutup hutang. Dia terpaksa gali lubang untuk tutup lubang sebelum ini dan keraknya semakin hari semakin besar dan ini merupakan kebimbangan-kebimbangan kita. Justeru itu kita harus menyemak semula Rancangan Selangor Pertama dan segera meletakkan garis masa yang mencukupi dengan penglibatan pelbagai agensi-agensi dan saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gasing semalam yang ianya harus juga dibentangkan di dalam Dewan ini tetapi sebelum dibentangkan perancangan itu mestilah dibuat secara holistik dengan melibatkan keseluruhan agensi-agensi agar perancangan yang kita buat itu tepat pada mengikut garis masanya dan juga benar-benar bermanfaat kepada rakyat.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh Titah Tuanku berhubung kejayaan Kerajaan Negeri dalam memuktamadkan persempadanan darat dengan Negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Sempadan ini merupakan garis penentuan daerah takluk dan kedaulatan sesebuah negeri dan negara. Sempadan yang jelas dan diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku, akan menghasilkan hubungan yang harmoni dan produktif. Justeru kita harus menggembleng potensi kawasan-kawasan sempadan untuk dimajukan dari pelbagai aspek. Infrastrukturnya, kemudahannya, kegiatan ekonominya supaya ianya dapat memberikan manfaat kepada hubungan dagang antara kedua buah negeri. Kalau kita lihat pada zaman-zaman dahulu, kawasan-kawasan sempadan ini sering kali merupakan kawasan yang cukup vibrant untuk memestikan hubungan dagang itu dapat dijaga dengan baik.

Justeru mewakili Gombak Setia, saya pohon supaya Kerajaan Negeri selepas memuktamadkan persempadanan dengan Negeri Pahang, Wilayah dan Negeri-negeri yang lain, pohon supaya lihat-lihat jugalah kawasan-kawasan sempadan negeri-negeri kita ini. Kerana misalnya di Gombak Setia, melihat jalan Gombak yang menjadi penyambung di antara sempada Negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan begitu juga dengan Negeri Pahang. Tapi kawasan-kawasan tersebut kebanyakannya tidak diuruskan dengan baik. Misalnya kawasan jalan Gombak menuju ke Genting Sempah yang merupakan jalan alternatif biasanya ataupun sehingga hari ini keadaannya cukup gelap tanpa lampu jalan, tidka berturap dengan baik, mutu dan kualiti perkhidmatan perbandarannya rendah dan ianya tidak sama sekali mencerminkan betapa kawasan-kawasan ini merupakan kawasan-kawasan sempadan yang sepatutnya kita pertingkatkan kualitinya dan ia dapat kita gembleng potensinya supaya mendatangkan manfaat kepada hubungan kedua-dua buah negeri.

Tuan Speaker, yang terakhir Gombak Setia cakap pendek. Yang terakhir Gombak Setia juga ingin merujuk kepada Titah nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya institusi masjid dan surau terus aman dan berkecuali dari persengketaan dan perbalahan di sekeliling. Tuanku Baginda Bertitah bahawa perlu mengelakkan permusuhan dan perpecahan daripada berlaku di masjid dan surau. Tetapi bila kita bercakap soal perpecahan dan ketidak perpaduan itu, jangan hanya kita lihat dari

perspektif politik semata-mata. Perpecahan ini juga boleh berlaku apabila satu-satu isu tidak diuruskan dengan baik. Begitu juga apabila usaha-usaha pembangunan yang ingin dilakukan oleh kerajaan tetapi maklumat daripada kerajaan itu tidak sampai ke akar umbi.

Saya ingin membangkitkan isu Masjid Sungai Chinchin. Isu Masjid Sungai Chinchin yang mana ada dua isu besar apabila pembangunan ECRL ingin dilaksanakan di kawasan Gombak Setia. Dua isu tersebut ialah pertama apabila tanah rizab masjid yang telah dinyah warta sejumlah 9 ekar ataupun 3.64 hektar. Tanah rizab masjid ini dinyah warta bagi membolehkan pembangunan ECRL itu melalui kawasan tersebut dan yang kedua ialah isu Lot 2200 yang tertinggal daripada warta kerajaan dan tanah ini bukan merupakan tanah kerajaan. Ada geran, ada geran dan ada pemiliknya. Mungkin pemiliknya telah meninggal tapi ada warisnya. Pemilik asalnya nama Supiah binti Diwale, hari ini ada warisnya. Jadi saya minta supaya kerajaan melihat isu ini dengan cermat. Kerana apabila isu ini tidak diuruskan dengan baik maklumat daripada kerajaan tidak sampai ke bawah.

Speaker

Yang Berhormat, masa telah pun cukup.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Sekejap, dah nak habis dah, perenggan terakhir.

Speaker

Habiskan.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: ....maklumat daripada kerajaan tidak dapat sampai kepada masyarakat dengan baik. Maka ianya juga akan menimbulkan uncertainty, perpecahan dan juga tidak kesatuan di kalangan rakyat. Sebab hari ini saya lihat, kerajaan menyah warta tetapi wakil-wakil kerajaan di kampung tersebut pun tidak dapat memberikan penjelasan. Bahkan Ketua Kampung, Kampung Sungai Chinchin sendiri mengakui bahawa ataupun menyatakan bahawa beliau tak tahu menahu tentang proses nyah warta yang dibuat sehingga kan ini, saya bawa ada Ketua Kampung pun sekarang tulis surat kepada Menteri Besar menyatakan beliau tak tahu dan mohon penjelasan...

Speaker

Yang Berhormat cepat sikit.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: ..sebab itu saya pohon supaya kerajaan melihat isu-isu ini dengan baik kerana hari ini banyak isu-isu berlaku tetapi yakinlah kalau isu ini tidak diuruskan dengan baik, ianya akan menimbulkan perpecahan dan sudah pasti ianya tidak akan dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat pada masa-masa akan datang. Jadi Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Ya, Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor.

Speaker

Lima belas minit ya. Sampai pukul satu.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tuan Speaker, sebelum memulakan perbahasan, Kerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana terus membimbing Negeri Selangor dengan penuh kebijaksanaan dalam memastikan kebajikan rakyat Selangor terus terpelihara dan dilindungi.

Isu kemiskinan di Selangor. Isu kemiskinan terus menjadi fokus utama di Malaysia dan perkara ini juga sedang diusahakan kerajaan persekutuan dalam sifar miskin tegar di Malaysia dapat dicapai. Di Selangor, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam membantu golongan memerlukan. Antara inisiatif popular yang diusahakan Kerajaan Negeri Selangor adalah; Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa. Skim-skim ini telah memakan belanja RM3.5 juta pada tahun 2023. Sudah pasti besar skim ini adalah mengurangkan beban rakyat terpilih. Tetapi menjadi persoalan, adakah Kerajaan mempunyai statistik baharu mengenai jumlah miskin tegar di Selangor berdasarkan nilai paras garis kemiskinan tahun 2022 iaitu RM2830.00.

Boleh kerajaan nyatakan statistik bagi jumlah miskin tegar di Selangor mengikut daerah untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang lain. Perkara ini penting dalam memastikan Dewan ini menjadi ruang semak dan imbang bagi Kerajaan dalam usaha Kerajaan dalam menghapuskan miskin tegar di Malaysia. Kerajaan Negeri perlu bergiat aktif seperti mana Kerajaan Persekutuan dalam sifarkan miskin tegar di Selangor. Kerajaan sentiasa selari dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan mengenai usaha membasmi kemiskinan tegar kerana kita tidak mahu mana-mana rakyat tercicir daripada keperluan asas yang diperlukan dalam kehidupan mereka. Tetapi pada pandangan Kajang, skim ini tidak mampu menyelesaikan masalah kemiskinan kerana kita tidak fokus kepada masalah besar dalam kemiskinan iaitu ekosistem golongan miskin. Beberapa kajian juga menyatakan bahawa kemiskinan akan terus kekal jika eko-sistem tidak berubah. Apa yang dimaksudkan oleh Kajang mengenai eko-sistem adalah bagaimana kawasan sekitar penduduk mampu membantu memberi pendapatan kepada penduduk. Kajang berpendapat bahawa pemberian tunai atau skim itu perlu tetapi bukan 100% bergantung pada kaedah tersebut. Maka satu langkah luar dari kebiasaan perlu digerakkan segera. Bak kata pepatah, bila anda beri seseorang ikan, maka anda memberinya makan untuk satu hari tetapi jika bila anda ajar seseorang itu memancing, maka anda akan memberinya makan seumur hidup.

Kajang rasa sudah tiba masa untuk Kerajaan memikirkan dan memulakan usaha dalam mewujudkan eko-sistem positif dalam membantu golongan miskin. Kajang

mengambil contoh yang diusahakan oleh kerajaan China dalam membasmi kemiskinan di negara mereka dalam rancangan lima tahun Kerajaan China. Kerajaan China telah menstrukturkan semula penduduk miskin yang tinggal di kawasan pendalaman dengan menyediakan kawasan dan kampung yang mempunyai akses kepada kesihatan, ekonomi dan pendidikan. Kajang percaya dengan pembinaan eko-sistem akan sangat membantu kepada golongan miskin di Selangor. Pada saat Selangor merupakan antara negeri terkaya di Malaysia. Sudah pasti Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan dan mampu menjadi negeri contoh dalam membantu Kerajaan Persekutuan dalam membasmi kemiskinan tegar di Selangor. Disebabkan itu Kajang ingin menekankan untuk Kerajaan Negeri mewujudkan kawasan penempatan kebajikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada ibu bapa dan juga pendidikan kepada anak-anak. Gambaran kepada rakan-rakan adalah sebegini; diminta golongan tidak berkemampuan akan ditempatkan di sebuah apartmen dan di tingkat bawah apartmen ialah sektor perniagaan di mana akan memberi peluang pekerjaan kepada ibu bapa. Apartmen ini akan berdekatan dengan sekolah dalam memudahkan akses pendidikan kepada anak-anak. Ekosistem ini akan membantu keluarga untuk mempunyai pekerjaan yang dekat dengan kediaman dan juga akan memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang diperlukan untuk masa depan anak-anak. Kerajaan Negeri perlu ingat bahawa membuat polisi selama 100 tahun pun tidak akan berguna jika ekosistem keluarga ini tidak diubah.

Kajang mengambil contoh, apa yang berlaku di Pulau Carey. Di mana terdapat seorang ibu tunggal mempunyai dua orang anak terpaksa dihalau dari rumah daif mereka dan menyebabkan daripada seorang ibu yang tergolong dalam miskin tegar sekarang kedua-dua anak beliau juga akan di kategori sebagai miskin tegar jika ekosistem ini tidak berubah. Kajang percaya cadangan ini bukan sahaja membantu golongan miskin untuk jangka masa panjang malah juga dapat membendung gejala sosial dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Universiti ialah segmen penting dalam pembangunan anak bangsa demi negara kita Malaysia. Sebelum ini Kajang telah mengadakan perjumpaan dengan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, merupakan Naib Canselor UNISEL pada awal Oktober 2023 yang lalu. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai program-program atau kursus-kursus yang perlu diwujudkan dalam melatih kemahiran kepada belia-belia di Selangor. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak UNISEL kerana telah merancang untuk mewujudkan kursus-kursus jangka pendek yang berasaskan kemahiran untuk diberikan kepada golongan belia daripada keluarga miskin dan kurang kemampuan. Kajang juga telah membincangkan usaha sama yang boleh dilakukan antara Pusat DUN Khidmat Kajang dan juga UNISEL dalam memberi manfaat kepada golongan belia di DUN Kajang. Hasil perbincangan kami adalah untuk diwujudkan peluang kepada belia yang ingin melanjutkan pelajaran di pelbagai bidang secara percuma ataupun penajaan dari Pusat Khidmat DUN Kajang di UNISEL. Kajang sentiasa menekankan bahawa segmen universiti adalah sangat penting dalam pembangunan kemahiran anak muda bagi masa depan negara dan negeri Selangor.

Dengan itu, Kajang menyeru Kerajaan Negeri dan seluruh Ahli Dewan Negeri menyokong usaha daripada UNISEL ini. Kebajikan rakyat adalah satu keutamaan kepada ADUN di Selangor. Dan sudah pasti peruntukan lebih besar diperlukan dalam menjalankan pelbagai program terutama di DUN mempunyai jumlah pengundi yang besar. kajang juga telah menyuarakan isu ini melalui pertanyaan bertulis, kerajaan negeri juga telah menjawab pertanyaan Kajang dengan menolak cadangan penambahan peruntukan ini. Buat masa sekarang, Kajang telah mendapat peruntukan sebanyak RM990 ribu setahun bagi menampung kebajikan pengundi seramai 110 ribu orang. Setiap penduduk Kajang hanya memperoleh sebanyak RM8.63 sahaja seorang. Sudah pasti jumlah ini tidak mencukupi, jika kita banding dengan DUN yang pengundi hanya 40 ribu orang tetapi mendapat peruntukan sebanyak RM750 ribu setahun, sudah pasti mereka dapat membelanjakan RM18.75 seorang, lebih besar berbanding Kajang. Apa yang Kajang ingin tekankan adalah hak saksama dengan DUN besar di Selangor. Kami mahu wujudkan lebih banyak program dan aktiviti dalam menaik taraf kehidupan pengundi di DUN kami. Kajang memohon cadangan ini dipertimbangkan sekali lagi oleh Kerajaan Negeri.

Tuan speaker, isu seterusnya yang ingin dibawa oleh Kajang adalah mengenai aktiviti pembuangan sampah haram di Selangor yang tidak terlihat titik tamatnya. Sebelum ini Kajang juga telah membangkitkan mengenai pembuangan sampah haram semasa perbahasan di bawah peringkat Jawatankuasa bagi Anggaran Perbelanjaan Selangor 2024. Kajang akan terus membangkitkan isu ini kerana isu ini tidak nampak akan tamat dalam masa terdekat. Masalah besar dalam isu ini adalah tiada undang-undang yang menyeluruh yang dapat memberi kuasa kepada penguat kuasa dalam memberi tindakan keras kepada pesalah. DUN Kajang telah mencadangkan pada persidangan tahun lepas iaitu mengenai Kajian bagi Enakmen Pembuangan Sampah Haram di Selangor. Undang-undang sedia ada tidak mencukupi dan menyeluruh dalam menyelesaikan isu pembuangan sampah haram ini. Kajang ingin menyuarakan pendirian Kajang bahawa dalam penyelesaian isu pembuangan sampah haram ini, undang-undang yang lebih ketat perlu diwujudkan dan memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada penguat kuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan juga untuk memberi penalti yang lebih keras kepada operator-operator pembuangan sampah haram.

Speaker

Yang Berhormat Kajang. Mohon habiskan perenggan terakhir atau point terakhir.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Apa tu?

Speaker

Mohon habiskan perenggan terakhir.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Panjang lagi. Mungkin nanti sambung lepas rehat tengah hari, Tuan Speaker.

Speaker

Tapi masa sudah mencukupi. Sila habiskan perenggan terakhir.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Saya teruskan. Kajang percaya Kerajaan Negeri mengambil serius mengenai isu pembuangan sampah haram ini dan sekarang merupakan fasa seterusnya untuk menggerakkan dengan lebih agresif dan menghasilkan impak positif dalam isu ini. Untuk makluman Dewan, Kajang mempunyai isu yang kritikal yang berlaku di Bandar Mahkota Cheras di mana timbunan sampah telah mencecah ketinggian sepuluh tingkat dalam setahun sahaja. Malah, pada 30 Januari 2024 telah berlaku kebakaran di tapak tersebut tetapi di atas kecekapan Jabatan Bomba Kajang, pihak berkuasa tempatan dan juga Majlis Perbandaran Kajang, kebakaran itu dapat dikawal. Tetapi kebakaran ini telah menyebabkan berlaku pencemaran asap dan bau yang serius sehingga boleh menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal di sekitar tapak pembuangan sampah ini. Kajang berpendapat bahawa kos baik pulih tapak pembuangan sampah ini boleh mencecah jutaan ringgit. Sudah pasti peruntukan tambahan diperlukan daripada pihak kerajaan negeri dan persekutuan dalam menampung kos baik pulih tapak pembuangan sampah ini.

Speaker

Yang Berhormat, sila habiskan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Semoga Kerajaan Negeri. Ya, lagi tiga baris. Semoga Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian mengenai kos baik pulih tapak pembuangan sampah di Bandar Mahkota Cheras ini. Kajang juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak YDP MPKj kerana memberi komitmen yang cemerlang dalam menyelesaikan isu bau dan asap yang berlaku di tapak pembuangan sampah haram di Twin Palms Sungai Long baru-baru ini. Dan ini selari dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku agar perkhidmatan kepada rakyat adalah pantas dan sempurna. Semoga Tuan YDP MPKj terus melakukan kerja yang bagus ini dan menjadi contoh kepada yang lain. Kajang juga berharap semoga kerjasama lebih utuh antara Pusat Khidmat DUN Kajang dengan pihak YDP MPKj dapat diwujudkan dan seterusnya memberi manfaat lebih besar kepada rakyat DUN Kajang.

Speaker

Okay, sambung sedikit.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Lepas petang boleh sambung sikit ke?

Speaker

Masa sudah cukup.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Banyak lagi.

Speaker

Masa sudah cukup. Kota Damansara.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Nak sahkan lepas rehat boleh sambung lagi ya?

Speaker

Mulakan.

Assalamualaikum W.B.T. Terutama sekali saya mewakili rakyat Kota Damansara ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Kota Damansara menyambut baik Titah Duli Yang Maha Mulia berkenaan tanggungjawab Ahli Dewan Negeri Selangor untuk berbahas secara bertanggungjawab dan penuh integriti. Ini amat penting kepada semua yang berada dalam Dewan ini untuk berbahas dengan fakta bukan secara fitnah. Ada sebahagian daripada kita yang mengambil jalan mudah untuk memainkan api perpecahan di daripada luar Dewan. Sebab itu kita apabila mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, kita mempunyai tanggungjawab tersendiri bukan hanya di dalam Dewan tetapi di luar Dewan untuk menerangkan isu-isu rakyat. Bukan hanya mengambil sesuatu isu dan mensensasikan atas tujuan politik. Kita boleh berbeza pendapat dari segi idea, itulah amalan yang ada dalam sistem demokrasi tetapi jangan sampai kita melepasi garisan-garisan yang tertentu yang menyebabkan rakyat Selangor berpecah. Kita nak membangunkan negeri Selangor ini dengan keadaan ada pelbagai bangsa dan agama perlu ada satu garis titik yang mana Ahli Dewan Rakyat Negeri Selangor tidak boleh cross.

Tuan speaker, saya ingin membawa isu jalan di kawasan saya. Isu Persiaran Atmosfera yang saya bahaskan ketika Sidang Bajet tahun lepas, mula menunjukkan kemajuan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBSA dan juga Pejabat Tanah Daerah Petaling yang telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan berkenaan jalan tersebut. Suka untuk saya ingatkan dalam mesyuarat tersebut di pihak JPS Selangor khususnya Daerah Petaling untuk mempercepatkan kajian berkenaan pengalihan sungai yang berada di rizab jalan. Sebab bukan apa Tuan Speaker, kalau diikutkan sungai ini sepatutnya dialihkan pada tahun 1996 ketika itu saya masih berumur 5 tahun. Jadi sekarang sudah 20 tahun lebih. Maksudnya ketika itu, lagi lama ditahan lagi lama tidak dilaksanakan maka jumlah kos yang makin meningkat dan lagi lamalah rakyat di Kota Damansara terbeban daripada isu ini. Sebab itu, sangat penting. Sebab bukan apa, Kota Damansara ini dia setiap penggal satu ADUN. Sampai ada orang buat joke, kalau andai kata dapat selesaikan, sambung la satu penggal lagi. Sebab itu dari tahun 2018, ADUN beralih-alih.

Speaker

Yang Berhormat sama ada sambung satu penggal lagi saya tidak tahu tetapi Yang Berhormat boleh sambung pukul 2.30 petang nanti.

Saya tak rasa nak saya nak gulung lagi. Kita sambung lepas rehat la.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu telah pun menunjukkan pukul 1.00 petang. Jadi Dewan ini akan ditangguhkan sehingga 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T, selamat petang semua. Kita sambung semula perbahasan bagi Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya mempersilakan Kota Damansara. 15 minit ya.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya sambung balik mengenai isu jalan. Kalau dilihat di kawasan Kota Damansara khususnya di kawasan Subang Perdana dan Subang Bestari ada jalan-jalan yang masih lagi tidak sempurna. Saya bagi contoh di kawasan Subang Mahsing sendiri telah diputuskan oleh MMKN pada tahun 2022 yang mana MBSA telah diberikan tugas untuk menguruskan jalan di Subang Mahsing. Tapi walau bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku. Maksudnya di kawasan Subang Mahsing masih lagi jalan-jalannya tidak diperbaiki dan malah longkangnya pun tidak diselenggara dengan baik. Kalau di kawasan Kota Damansara, kalau jalan berlubang sebahagian besarnya masih lagi tidak mempunyai garisan putih. Saya bagi contoh Jalan di Persiaran Mahogani dan Surian. Dua kawasan ini adalah kawasan yang paling utama dan hampir tiap minggu ada sahaja kemalangan jiwa yang ada di situ . Jadi saya mohonlah di peringkat PBT MBPJ untuk menguruskan jalan-jalan ini memandangkan pada tahun 2023 tiada projek MARRIS dilakukan bagi kawasan DUN Kota Damansara di MBPJ.

Kembali kepada Cukai Kampung Tradisi. Suka untuk saya menjelaskan apabila Kerajaan Negeri telah mengambil pendirian untuk mengembalikan Cukai Kampung Tradisi ini bukan kita bagi secara blank check maksudnya semua kita bagi secara percuma. Kita kena faham apabila yang kaya perlu dicukai agar memberikan

perkhidmatan kepada yang miskin. Sebab itu bila kita tengok garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan, rumah yang income RM5,000 dan ke atas akan dikenakan cukai malah keluasan 2,000 kp. Kita pun tahu ada sebahagian besar pun mereka mengambil sikap untuk membeli rumah di kawasan kampung dan bersara tetapi rumahnya banglo ada sampai 3 hingga 4 biji kereta. Jadi adakah sepatutnya orang-orang yang ini yang kita bagi pengecualian cukai? Saya tidak tahu macam mana dengan Pihak Pembangkang dia semua nak bagi percuma, percuma, percuma, at the end of the day lepas tu dia suruh bayar untuk pipe or top up. Ini untuk guna rizab. Kena faham ketika Yang Berhormat Hulu Kelang meninggalkan jawatan Menteri Besar, Yang Berhormat Sungai Tua ini bertungkus-lumus untuk memastikan rizab kembali dan akhirnya boleh digunakan untuk keselesaan kerajaan Negeri. Saya ingat, sahabat saya Paya Jaras mungkin boleh nasihat jiran sebelah. Sekarang ada tempat baru ya. Nasihat jiran sebelah sebab saya percaya di Paya Jaras pun ada jalan-jalan yang perlu diperbaiki di kawasan Paya Jaras. Sebab itu kita perlu berlapang dada dan memberi penerangan kepada pihak yang bawah. Yang penting. Lagi satu, ialah...

Kota Damansara.

Silakan.

Saya kira isu kampung tradisi telah kita bincangkan daripada semalam lagi. Dah dua hari bahkan Yang Berhormat EXCO sudah dua kali memberi penjelasan dan pencerahan tentang cukai kepada kampung-kampung tradisi. Setuju atau tidak Kota Damansara, kita semua Ahli Dewan Negeri mengambil sikap menjelaskan kepada rakyat yang di bawah terutamanya orang Kampung Tradisi tentang apa sebenarnya matlamat Kerajaan Negeri Selangor dan setuju atau tidak Damansara kita bersepakat tidak ada mana-mana Ahli Dewan yang menunggang isu ini untuk mendapatkan populariti murahan?

Terima kasih kepada Seri Setia. Ya saya setuju. Sebab kalau kita fikir balik, maaf, Seri Serdang sorry. Seri Setia dah jadi EXCO (ketawa) mungkinlah penggal depan ya (ketawa). Baik. Saya setuju. Kita balik kepada peniaga kecil. Kalau ikutkan apabila Kerajaan Negeri mengambil langkah, satu lagi langkah yang mana kita mengecualikan Cukai Fi peniaga kecil atau peniaga pasar malam. Kalau kita tengok jumlah Cukai Fi yang kerajaan tempatan kenakan lebih kurang bawah daripada RM100. Ini yang kita nak kena semak balik sebab bagi saya mereka yang meniaga ini perlu ada modal. Sebab kita tak boleh membebankan hanya kepada PBT. PBT lah kutip sampah, apabila jalan tempat yang dia buat kerosakan dia goreng minyak rosak jalan tar PBT lah nak kena tar balik. Duit ini datang daripada mana? Dia tidak boleh dipetik dalam atas pokok ke apa semua walaupun PBT banyak pokok tanam tapi duit-duit itu tak boleh dipetik untuk dijadikan duit utk bayar. Sebab itu kita kena faham. Cuma saya nak minta

ingatkan kepada pihak Kerajaan Negeri banyak lagi pasar malam-pasar malam ini telah dijajah oleh warga asing. Saya faham cinta ini tidak mengenal rupa dan usia. Kadang-kadang ada sebahagian rakyat kita pun bercinta dengan warga asing. Cuma jangan janganlah digunakan lesen sebagai alasan percintaan ini digunakan sebagai lesen meniaga. Sebab adapun yang saya terjah sendiri nama, nama isteri, abang ipar isteri lot sebelah, bapa mertua lot sebelah last-last satu pasar malam dia punya sahaja. Jadi, tak boleh lah macam ini. Jadi saya minta pihak PBT untuk mengenal pasti perlukah ada kerjasama bersama Pihak Polis dan Imigresen bagi kawasan-kawasan yang tertentu.

Kita berbalik kepada PPR Kota Damansara. PPR Kota Damansara ialah salah satu kawasan penduduk yang miskin. Cuma saya minta di pihak Kerajaan Negeri untuk membuat pemutihan sebab saya lihat banyak sewa atas sewa mereka hendak duduk alasannya apabila di sewakan satu dia kata “Oh saya sewa pada anak saya, sepupu saya, saudara mara saya”. Tetapi ini tidak boleh. Sebab kita kena faham PPR ini ialah transit untuk membantu mereka untuk kembali semula meneruskan kehidupan. Jadi kita tidak boleh jadikan PPR ni duduk sampai 20 tahun. Jadikan rumah turun temurun pada mereka. Cuma saya mintalah baru-baru ini di Kota Damansara khususnya di PPR ada seorang kanak-kanak yang berumur 5 atau 6 tahun yang telah terjatuh daripada tingkat 5 akibat rail besi yang lopong dan kanak-kanak itu telah meninggal dunia. Jadi saya mintak sangatlah mereka ini daripada golongan miskin, jadi tak banyak anak-anak yang ada di kalangan mereka dengan tekanan hidup. Jadi saya minta sekurang-kurangnyalah tengok kembali, perbetulkanlah maintainance daripada PPR. Saya sangat terkesan dengan apa yang terjadi baru-baru ini.

Kedua, berkenaan surau dan masjid. Saya mohon daripada pihak EXCO untuk membantu Masjid Kota Damansara sebab Kota Damansara ini ada satu masjid sementara nak menunggu Masjid Kota Damansar 2, dia punya parkir ni dah teruk sangat. Jadi di situ jugalah tempat pihak masjid menjadikan orang-orang fakir miskin untuk meniaga di situ. Jadi bila dalam keadaan yang sangat teruk solat Jumaat jadi dalam parkir yang sangat teruk. Seterusnya ialah Perpustakaan Seksyen 7 Kota Damansara. Saya menyambut baik usaha MBPJ...

Kota Damansara. Saya mencelah sedikit boleh?

Sila-sila

Boleh. Baik terima kasih Kota Damansara. Baik saya rasa bagi pihak kami untuk pusing balik kepada isu seperti parkir dan juga lesen perniagaan ini kan atau dan cukai taksiran mungkin apa kita boleh buat dengan pihak Pembangkang untuk bagi mereka memainkan peranan. Mungkin mereka boleh mencadangkan bagaimana lagi cara Kerajaan Negeri boleh menambahkan pendapatan dan kalau boleh kita tidak

bergantung sangat kepada kita punya rizab sampai betul-betul diperlukan kan. Saya harap bagi pihak kami untuk pihak Pembangkang ini dia tidak membawa model semasa mereka memerintah Kerajaan Persekutuan iaitu mereka pertambahkan lagi hutang-hutang. Harap mereka tidak bawa model itu di peringkat Kerajaan Negeri. Terima kasih Kota Damansara

Terima kasih kepada Lembah Jaya. Sebab itu kita nak kena tengok pasal perniagaan. Sebagai Pihak Pembangkang kita kena faham kita ada Konsep Remisi. Remisi ini apa?, remisi ini adalah apabila orang itu memerlukan dia boleh memohon dan pihak PBT akan mempertimbangkan. Kita tidak boleh bagi blank check semata-mata. Kalau macam itu kalau ada masalah, then hasilnya tidak kembali kepada Kerajaan Negeri. Jadi bila Kerajaan Negeri punya income turun dia akan jadi satu lagi modal “kalau saya jadi Menteri Besar saya akan buat macam ini, macam ini income akan naik” dia akan kembali tahun 2017. Hulu Kelang dia suka masa 2017 lah tapi 2018 dia yang tinggalkan Selangor.

Yang kedua ialah, Perpustakaan Kota Damansara perlu ada revamp berkenaan di perpustakaan Seksyen 7 Kota Damansara perlu ada kerjasama dengan pihak perpustakaan Selangor. Sebab saya tengok saya lihat di pihak PBT MBSA di Perpustakaan Seksyen U5, Perpustakaan Komuniti banyak program-program yang dibuat khususnya di ketika cuti sekolah. Macam sekarang ini, saya percaya di kawasan Kota Damansara Seksyen U5 ada perbincangan dan program-program supaya apa di Seksyen 7 ni, seksyen 7 ialah kawasan yang padat bermakna kawasan yang berpendapatan rendah atau B40. Jadi mungkin pihak MBPJ boleh bekerjasama untuk menarik minat balik anak-anak muda khususnya anak-anak yang bawah umur 18 tahun ini boleh terlibat di dalam program-program di Perpustakaan Seksyen 7.

Seterusnya, Tuan Timbalan Speaker saya fokus ialah Projek Selangor Penyayang. Kami mengucapkan terima kasih daripada pihak kerajaan kerana memberikan RM250,000.00 setiap DUN untuk menguruskan Projek Selangor Penyayang. Cuma perlu saya mohon daripada pihak kerajaan Negeri mempertimbangkan sebab ada beberapa perkara yang dia sebab antara syarat dia ialah mesti projek yang berimpak tinggi. Sebab saya percaya kalau di kawasan Pelabuhan Klang pun, berimpak tinggi ini bagi dia ialah lampu solar. Ini bagi dia impak dia sangat tinggi sebab itu menang 5,000 majoriti. Lepas ni kalau pembangkang nak lawan jangan lawan Pelabuhan Klang. Walaupun survey kata dia kalah dia tapau semua sekali jadi pergi cari tempat lain. Jangan pergi Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang betul eh? Jadi kita kena tengok ada beberapa perkara yang projek ini dia khususnya dia tidak boleh masuk kalau macam contoh di pihak sekolah kita nak buat program. Sekurang-kurangnya projek yang berkuasa tinggi memberi impak kepada 1,000 orang students, jadi syarat-syarat baharu yang dibuat oleh pihak Projek Selangor Penyayang ini tidak boleh menyebabkan projek ini berjalan memberi impak tinggi. Kita tidak boleh projek-projek ini buat semata-mata taman permainan. Jadi kita tidak boleh semata-mata taman

permainan sebab kita hendak projek itu ada impak yang tinggi dari sudut keselamatan dari sudut pendidikan ini saya minta untuk pihak Kerajaan Negeri perbanyak sangatlah untuk mempertimbangkan perkara ini.

Yang kedua terakhir, saya menyambut baik apabila saya lihat dalam ucapan-ucapan Tuan Speaker ada untuk mewujudkan kembali Program ADN Muda Selangor. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Ini adalah program yang sangat baik. Saya sendiri merupakah salah satu alumni Program ADN Muda Selangor Cuma saya duduk di belakang sana rasanya, tempat Seri Setia rasanya. Last time saya duduk di kerusi Seri Setia. Cuma program sini ialah memberikan (ketawa) dia memberikan impak kepada anak-anak muda. Sebab kita kena ajar anak-anak muda politik bukan hanya semata-mata memainkan persepsi dan fitnah. Menjadi Ahli Dewan juga duduk dalam sini bukan hanya menjerit ke sini dan ke sana tapi memberikan tanggungjawab sebagai seorang ADN. Sebab mereka pun perlu tahu di dalam ini bahas. Kena ada bahas kena ada fakta. Dia tidak boleh hanya sekadar persepsi dan mereka juga akan diberikan political spark kepada mereka. Kita tidak boleh memilih selagi mana anak-anak muda ada rasa mereka mahu terlibat di dalam Sidang Dewan ini. Kita tidak boleh expectt lah tunggu mereka ini masuk dalam DUN masuk dalam parti bertanding itu belum hiruk pikuk politik lagi dan akhirnya mereka rasa politik ini sesuatu yang beban dan tidak berminat kepada mereka. Sebab itu saya percaya saya menyahut baik dan saya sudi bekerjasama dari pihak Kota Damansara saya sudi bekerjsama dengan pihak Pejabat Speaker dan pejabat Timbalan Speaker untuk mengembalikan Program ADN Muda.

Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat yang saya kasihi. Isu yang terakhir yang saya bawa ialah isu penjawat awam. Duli Yang Maha Mulia Tuanku ada menyentuh berkenaan isu penjawat awam. Kota Damansara menyambut baik saranan daripada Tuanku. Saya percaya kerjasama yang baik antara pejabat DUN dan agensi kerajaan sangat penting. Tanggungjawab membangunkan Selangor ini bukan hanya tanggungjawab terletak semata-mata di bahu Menteri Besar, bahu EXCO, bahu ADN-ADN mahupun pihak pembangkang. Untuk kita bangunkan Selangor ini, dia perlu kerjasama antara pihak penjawat awam dan ADN di kawasan masing-masing.

Saya percaya adapun segelintir kecil saya percaya mungkin yang ditegur tetapi adapun segelintir yang besar yang bercita-cita dan bersemangat untuk terutamanya, kebanyakan daripada mereka ialah pegawai-pegawai yang masih berumur 40an mereka mempunyai perjalanan yang panjang. Banyak idea-idea yang baharu. Macam yang saya sebut, perbezaan generasi. Mereka bila beberapa orang ADN atau Ahli Majlis mencadangkan beberapa perkara, mereka menyambut baik. Insya Allah kadang-kadang kita hendak kerjasama ini sangat baik sebab kita hendak akhirnya manfaat itu dapat di kalangan rakyat. Sebab apa pun yang kita buat di sini, tanggungjawab kita di sini tanggungjawab daripada kami di pihak ADN, tanggungjawab dari pihak kerajaan, tanggungjawab dari pihak penjawat awam, manfaat yang terakhir adalah rakyat. Sebab itu saya percaya saat mana penjawat

awam mengangkat sumpah, kami ADN mengangkat sumpah kami menjelaskan kepada rakyat ini, kepentingan rakyat inilah tujuan utama kita

Jadi, saya percaya banyak lagi isu-isu yang boleh dibawa dan ada rakan-rakan daripada yang lain cuba bawak kan saya tolong bawak kan antara isu-isu lain ialah Inap Desa di mana Inap Desa ini kalau kita panggil homestay. Sebab kadang-kadang isu homestay ini pun kita kena tengok balik macam mana penyelarasan dia sebab dia kadang-kadang homestay ini kena tengok yang berhormat EXCO, ada orang dia beli rumah dijadikan homestay tetapi pada masa yang sama dia memohon remisi kepada pihak PBT yang diaorang kata rumah diaorang ini tiada orang sewa. Memang betul tiada orang sewa. Dia sewa 1 hari, 2 hari macam itu jadi dia cuba ambil lophole yang ada. Mungkin perlu dikenal pasti apa cara homestay, garis panduan homestay sebab saya tak nak lah homestay ini mengganggu gugat kejiranan yang ada. Jadi itu sahaja daripada Kota Damansara. Kota Damansara menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Paya Jaras.

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Ahli-ahli Berhormat sekalian. Paya Jaras bangun untuk mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor yang telah dititahkan pada hari Selasa 27 Februari dalam Penggal Kedua baru-baru ini. Terdapat banyak perkara yang telah disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor dalam titah baginda Tuanku yang perlu diberikan perhatian kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, ini adalah tanda kebersamaan dan tanda keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor terhadap rakyat dan Negeri Selangor yang kita cintai ini. Ini adalah amat penting dalam memastikan Negeri Selangor Darul Ehsan terus maju dan dapat menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat seluruhnya, menjadikan tugas kita untuk sama-sama sebagai Wakil Rakyat yang dipilih untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya agar Negeri Selangor Darul Ehsan yang aman makmur berteras prinsip utama iaitu Adil, Prihatin dan Berkebajikan. Adalah menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri Selangor, Ahli Dewan Negeri, jentera dan agensi kerajaan serta seluruh rakyat negeri ini untuk bersama-sama untuk mengembeling ilmu pengetahuan , usaha, tenaga dan kepakaran bagi terus memajukan negeri yang dicintai ini. Segala apa yang dinyatakan di dalam Titah Tuanku hendaklah dijadikan panduan pada kita bersama.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam perbahasan Titah Diraja ini, saya ingin memberi tumpuan kepada aspek pendidikan kerana ini adalah asas penting kepada kemajuan Negeri Selangor. Isu yang paling tinggi di negeri ini Universiti UNISEL yang telah ditubuhkan pada 23 Ogos 1999 dan diluluskan penubuhannya pada 14 Mac 2000 dan menghampiri usia 25 tahun penubuhannya, UNISEL seharusnya mengorak

langkah untuk menjadi sebuah universiti yang berprestasi tinggi kerana penubuhannya seiring dengan keperluan Negeri Selangor yang maju sebagai sebuah universiti yang agak lama. Sehingga kini UNISEL masih agak kurang menyerlah jika dibandingkan dengan universiti-universiti yang lain seperti UTP, UNITEN, UCSI, MMU dan juga MSU. Sebagai mantan ahli akademik di UKM saya ingin mengesyorkan agar UNISEL meneroka 100 ranking pengiktirafan di peringkat antarabangsa kebangsaan asia berdasarkan kepada world qs ranking dan time high education ranking. Visibility ataupun wujudnya dalam penyelidikan, penerbitan, perundingan, patern atau hak cipta, pengajian dalam pembelajaran perlu diberikan penekanan universiti yang berkualiti tinggi hendaklah diberikan kebebasan akademik kepada para pensyarah agar para penyelidik boleh menjalankan didikan, inovasi dan memberikan pandangan yang bebas, kritikal tanpa sebarang sekatan dan halangan kita mengharapkan penglibatan-penglibatan syarikat nasional antarabangsa yang banyak di Negeri Selangor ini perlu diperluaskan dengan melaksanakan kolaborasi dan MOA secara langsung akan meningkatkan dana universiti, keberuntungan yang tinggi padas Kerajaan Negeri yang dikaji kerana UNISEL memang luas yang menghampiri 25 tahun. Saya yakin UNISEL mampu untuk pengurusan bakat atau time management perlu diberikan tumpuan oleh pihak pengurusan tertinggi UNISEL. Tokoh-tokoh muda akademia perlu dicari dan diberikan peluang seluas-luasnya kerana permintaan untuk mendapatkan tenaga akademik universiti awam dan swasta adalah tinggi dan mereka boleh berhijrah pada bila-bila masa. Dan skim perkhidmatan dan saraan, kenaikan pangkat dan kebajikan, tekanan kerja akademik perlu diberikan perhatian oleh pengurusan tertinggi UNISEL sesuai dengan keperluan terkini. Isu-isu pengurusan yang berlaku perlulah diuruskan dengan hikmah kerana ia akan memberikan gambaran yang negatif jika tidak diuruskan sebaiknya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, selain daripada itu Universiti Islam Selangor atau UIS perlu diberikan sokongan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Saya berpandangan adalah amat mulia dan sangat diharapkan jika Universiti Islam Selangor diberikan sokongan kewangan untuk memastikan UIS untuk menjadi universiti yang berprestij dengan rizab yang berjumlah 3.5 bilion dengan lebihan 2 pada tahun 2023 sebanyak 206 juta apalah kiranya Kerajaan Negeri menyalurkan suntikan selama 5 tahun berjumlah 20 juta setahun yang akan menjadikan UIS menjadi universiti yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pendidikan integrasi yang ditawarkan oleh Maahad Intergrasi Tahfiz Selangor atau pun MITS yang dikendali diseluruh Negeri Selangor ada 5 buah oleh ini perlu diperluaskan lagi dengan membina MITS di setiap daerah kerana sekolah-sekolah tahfiz ini sekarang menjadi tumpuan malah telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Menteri Besar tentang bagaimana juga sekolah tahfiz menjadi tumpuan kepada rakyat Negeri Selangor dan kita ada sekolah tahfiz yang ditubuhkan pada tahun 2008 iaitu sekolah maahad tahfiz yang cukup popular di Negeri Selangor ini yang kini berjumlah 5 buah sekolah dan seharusnya pada pandangan saya sekolah seperti ini perlu diperluaskan lagi. Ini kerana sekolah-sekolah tahfiz

melahirkan ramai profesional seperti pendidik, doktor, jurutera, peguam dan akauntan dan usahawan yang berjaya. Maka wajarlah MITS yang baharu hendaklah dibina lagi di negeri ini. Kita ada lebih kurang kita ada 5 ada 4 daerah lagi yang masih belum ada MITS dan ini sebenarnya perancangan Kerajaan Negeri Selangor dahulu yang masih belum dilaksanakan dan saya mengharapkan MITS ini dapat diperluaskan lagi di seluruh daerah di Negeri Selangor.

Saya juga ingin menyentuh perkara yang berkaitan dengan guru bersalin KAFA yang tidak berganti, baru keluar satu sekular guru-guru yang bersalin di sekolah KAFA ini tidak diberikan gantian maknanya guru-guru sekolah terpaksa mencari guru ganti sendiri atau pun menjadualkan semula jadual pengajaran yang mana tidak ada lagi guru ganti yang diberikan. Pada hemah saya, perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ini membebankan pihak sekolah kerana perlu membuat jadual waktu giliran menggunakan guru-guru sedia ada atau pun pihak PIBG atau pihak sekolah akan dapat membuat lantikan guru gantian bayaran per jam satu hari menggunakan duit mereka sendiri. Pada saya ini perlu diberikan perhatian kerana jumlah guru yang bersalin ini sebenarnya tidaklah banyak semasa dan tidak besar mana pun jumlah guru bersalin yang bercuti pada sesi persekolahan malah beban guru KAFA yang sedia ada tidak akan bertambah dan sekolah tidak perlu bersusah payah mencari dana untuk mencari guru ganti. Saya minta pihak JAIS sudi untuk menyemak semula perkara tersebut dan berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor tentang kebajikan guru-guru ini kerana kecemerlangan akademik adalah penting untuk anak-anak kita bagi memastikan anak-anak kita cemerlang dalam akademik dah sahsiah maka pendidikan yang tuntas perlulah diberikan kepada anak-anak ini. Jadi isu guru ini perlu diberikan perhatian dan saya mengharapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melihat semua isu ini ia akan membebankan sekolah dan guru-guru yang bekerja di tempat itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi dengan rizab negeri yang lebih dari 3.5 bilion dan lebihan kewangan kutipan hasil pada 2023 sebanyak 206 juta, saya memohon agar jumlah yang dimohon itu bolehlah sikit digunakan untuk membiayai elaun guru-guru di KAFA.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Titah Duli Yang Mulia Tuanku, baginda telah memberikan penekanan kepada kepentingan untuk turun padang bagi melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan. Ini suatu perkara yang diperlukan diberikan perhatian oleh semua wakil rakyat kerana sebagai DUN kita perlu melihat isu ini isu yang real berlaku dalam masyarakat, isu-isu yang berkaitan dengan jalan-jalan rosak, kalau di kawasan Paya Jaras terkenal dengan soal parit dan longkang yang tersumbat, dengan kemudahan taman rekreasi yang sangat minima. Kawasan Paya Jaras ini kawasan yang padat tapi untuk rekreasi tidak banyak, tiada tempat sukan, ada stadium mini agak terhad kegunaannya, padang bola sepak di mini stadium tidak boleh dibuat pertandingan kerana saiznya kecil menyebabkan bila orang nak main bola buat bertanding dia tak boleh nak gunakan padang itu sebab saiz padang itu kecil, garisan penalti itu dengan corner panjang 1 meter sahaja. Jadi memang tidak cukup saiz untuk pertandingan bola sepak jadi kurang digunakan. Maka

di dalam perkara ini sekalian, perkara ini perlu diberikan tumpuan isu berkaitan tentang kemudahan infra. Infra ini menajdi suatu perkara yang serius. Tadi Kota Damansara sebutkan juga isu tentang jalan rosak, jalan sempit, isu pengurusan, yang ini perlu diberikan perhatian oleh kita semua kerana ini adalah kebajikan masyarakat yang perlu kita tangani dengan lebih teliti.

Ahli Yang Berhormat sekalian, antara perkara yang menjadi tumpuan di kawasan Paya Jaras. Paya Jaras ini bermula daripada Sungai Buloh sampailah pergi ke penjara Sungai Buloh. Beberapa isu yang perlu diberikan perhatian. Pertama ialah isu kerosakan Jalan Gajah 23, Kampung Kubu Gajah. Ini satu isu yang cukup kritikal sebab jalan di situ tuan-tuan dan Kota Damansara pun ambil maklum, jalan itu bukan jalan tar biasa daripada batu bata yang dibina maknanya tidak boleh ditampal begitu saja dan structure jalan sebagaimana EXCO menyebutkan dulu jalan sudah rosak, jalan itu sudah lama, perlukan satu baik pulih yang kos agak tinggi. Ini satu perkara yang perlu diberikan perhatian kerana jalan ini menjadi jalan utama daripada kawasan Paya Jaras ke Kota Damansara dan jumlah penggunaan kawasan ini adalah tinggi maksudnya kenderaan seperti motosikal, kereta dan juga lori dan sangat membahayakan pada waktu malam dan saya mohon sangat kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat secara serius tentang kerosakan Jalan Gajah 23 Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. Yang kedua isu yang rosak di terowong ke Matang Pagar ke Taman Impian Indah. Ini satu isu yang cukup serius kerana jalan itu dibina untuk kuari, bila jalan kuari lori yang masuk itu, lori besar-besar dan membahayakan keselamatan anak-anak sekolah. Minggu lepas saya telah pergi ke kawasan tersebut dan berjumpa dengan penduduk, mereka sangat risau dengan jumlah kenderaan lori besar yang meningkat menggunakan jalan tersebut, ini membimbangkan mereka sebab kawasan tersebut jalan mudah rosak dan sempit. Yang kedua berkaitan dengan jalan ini ialah keselamatan penduduk yang menggunakan jalan itu. Ada jalan pintas yang kita telah cadangkan tapi masih di dalam pertimbangan Pihak Berkuasa untuk melihat bagaimanakah cara terbaik untuk mengurangkan kerosakan-kerosakan lalu lintas di kawasan tersebut. Saya dimaklumkan ada kuari lagi baru nak buka. Lebih kurang ada 15-20 kuari saya minta makluman itu supaya sampai kepada saya dan ini menyebabkan jalan itu semakin kritikal kalau digunakan. Saya mohon supaya dipertimbangkan sebab syarikat ini telah menghasilkan duit kepada Kerajaan Negeri, saya mohon supaya keuntungan atau pendapatan dari hasil kuari ini dapat digunakan untuk pembaikan jalan-jalan lori besar ini. Lori besar ini bukan yang tayar 6 dah, belakang 12 depan 6 besar dan berat, ini menyebabkan jalan rosak dan ini perkara yang perlu tumpuan dan kadang-kadang banjir di kawasan tersebut sebab sumbat. Perkara ketiga yang disebutkan oleh dalam Titah Tuanku ialah tentang longkang dan parit yang kerap tersumbat, kecil dan tidak diselenggara secara berkala di kawasan Paya Jaras, Merbau Sempak dan Kubu Gajah, ini suatu perkara yang cukup serius. Yang keempat ialah banjir kilat di kawasan Paya Jaras iaitu di kawasan Merbau Sempak dan Kubu Gajah. Berkaitan dengan perkara ini, saya dimaklumkan ada projek besar tebatan banjir tetapi kalau ikut maklumat itu mungkin bukan sekarang mungkin 10 tahun lagi baru siap so keadaan ini menyebabkan kawasan ini sering

banjir. Paya Jaras ini asalnya adalah kawasan sawah padi, baru saya tahu bila saya tanya orang yang lama-lama asalnya kawasan sawah padi yang telah bertukar menjadi kawasan kampung biasa. Tanah sangat lembut, jadi menyebabkan struktur itu mudah rosak jadi saya minta perhatian dari pihak Kerajaan Negeri ini untuk melihat kawasan ini yang sering banjir. Yang kelima jalan rosak yang utama iaitu di FT54 Jalan Kepong, Kuala Selangor. Ada kawasan yang gelap gelita, itu kawasan-kawasan Federal tapi saya mohon Kerajaan Negeri untuk melihat bagaimanakah jalan yang berhadapan dengan bandar Sungai Buloh sudah lama tidak menyala, orang complain sudah banyak kali, kita buat aduan dekat SISPA tapi masih belum ada tindakan sebab ini melibatkan Kerajaan Persekutuan, jadi saya mohon Kerajaan Negeri, JKR negeri untuk memohon peruntukan untuk membaiki lampu yang rosak di sekitar tersebut. Yang keenam Isu pengurusan infra dan kalau di kawasan Paya Jaras ini menyebabkan infra-infra sangat sempit. Kebanjiran warga asing dengan izin atau tanpa izin di kawasan ini sangat ramai, saya mohon supaya operasi-operasi yang lebih ketat lebih kuat dijalankan bagi memastikan pendatang asing ini yang tanpa izin dapat dibanteras kerana mengganggu perniagaan-perniagaan di kawasan tersebut. Yang kelapan isu penurapan pasar malam Paya Jaras suatu pasar yang lama sejak dulu, saya belajar pun lalu di kawasan tersebut sehingga sekarang belum bertar sempurna. Kawasan tersebut kebanyakannya adalah orang yang B40 yang berniaga yang susah dan kita mengharapkan saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempertimbangkan supaya penurapan pasar malam Paya Jaras dapat dilakukan bagi kebaikan dan kebajikan para peniaga dan juga penduduk. Data ini tuan-tuan tak ada sebab jalan tu batu besar-besar, kadang-kadang bila hujan dia becak sangat dan membahayakan, bila panas ia berdebu, ini tidak baik untuk kesihatan. Yang ke sembilan, keperluan bantuan kepada fakir miskin perlu diteruskan dan ke sepuluh kemudahan stadium mini Paya Jaras yang kurang beri manfaat penduduk disebabkan sewa yang tinggi.

Yang Berhormat Tuan Speaker akhirnya saya berharap agar pembangunan dan kemajuan yang ada dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat khususnya di kawasan-kawasan kampung tradisi agar dapat merasai limpahan kebajikan bersama. Saya menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan kerajaan dikurangkan dengan kadar segera. Saya dengan ini menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahitala wabarakatu.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Saya mempersilakan Yang Berhormat Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker yang memberi peluang kepada saya untuk menyertai pembahasan Sidang Dewan Negeri Selangor untuk kali ini bagi menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Tuan Speaker, pertamanya saya ingin ucapkan

tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya mencatatkan kutipan hasil yang berjumlah RM2.571 bilion setakat 6 Disember yang lalu. Dan ia melebihi sasaran kutipan hasil tahun ini iaitu RM2 bilion. Ini ada bukti yang jelas tentang kesungguhan negeri barisan penjawat awam dan anggota pentadbir Kerajaan Negeri bagi memacu ekonomi negeri serta meningkatkan hasil demi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Tidak dilupakan juga tahniah kepada Kerajaan Perpaduan iaitu Madani kerana mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023 iaitu 23% lebih tinggi berbandingan dengan tahun 2022. Sekali gus menjadikan tertinggi dalam sejarah negara pelaburan asean merupakan penyumbang utama sebanyak 57.2% berbanding dengan domestik iaitu 42%. Selepas perubahan Kerajaan pada PRU yang lepas PRU 15, kita dapat lihat berlaku perubahan landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi yang amat memberangsangkan itu mencerminkan pemilihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Secara tidak langsung itu tanda bahawa dasar mesra pelaburan dengan izin pro-investment dan mesra perniagaan pro-business yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan. Mula membuahkan hasil dan meningkatkan keyakinan pelabur. Baru-baru ini Malaysia hadapi masalah kejatuhan Ringgit yang teruk sehingga mencapai nilai yang sama waktu krisis ekonomi 1998, iaitu mencecah RM4.8 setiap dollar Amerika Syarikat. Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendah ditambah pula dengan mengukuh dollar Amerika Syarikat. Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rashid penggerak ringgit baru-baru ini didorong terutamanya oleh faktor luar serta tidak mencerminkan prestasi semasa prospek ekonomi dalam negeri.

Ekonomi Malaysia kini mencatatkan pertumbuhan tinggi di mana pelaburan terbesar dalam sejarah. Kadar inflasi terus menurun dan juga melaporkan kadar pengangguran pada November mencatatkan penurunan ke 33%. Kita akan melihat beberapa krisis yang kesan kepada Ringgit Malaysia pertama adalah OPR, US dollar menaik mendadak kepada 5.5%, manakala di Malaysia hanya 3%. Jadi apakah kesan kitaran duit Malaysia akan keluar disebabkan pilihan terbaik adalah US Dollar kerana kadar faedah yang lebih tinggi? Nasib baik keupayaan Malaysia untuk mengekalkan daya tahan kewangan kestabilan politik yang disokong permintaan kukuh domestik telah mengukuhkan pasaran modelnya sebagai platform PADU dan untuk menjana dana. Selangor kekal sebagai penyumbang besar kepada keluaran dalam negara kasar KDNK negara. Dengan jumlah sumbangan sebanyak 20.5% pada tahun 2022. Pencapai ini menunjuk peningkatan 2.7% berbanding dengan 24.8% sumbangan KDNK pada tahun 2021. Malaysia telah mencatat ekonomi sebanyak 8.7% dengan Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 11.9% pada tahun 2020 yang melebihi sasaran Rancangan Selangor Pertama iaitu penubuhan KDNK sebanyak 4.5% sehingga 7%.

Negeri Selangor akan menjadi peranan besar untuk membantu dalam pembangunan ekonomi Malaysia ini kerana melalui Rancangan Selangor Pertama iaitu RS-1 sedang

giat melaksanakan inisiatif-inisiatif berimpak tinggi seperti wilayah pembangunan bersepadu di Selangor selatan, namanya IDRISS di Kuala Langat dan Sepang kawasan pembangunan Sabak Bernam SABDA dan Zon Pembangunan Ekonomi Gebang Maritime Selangor di hilir Sungai Klang sebagai usaha berterusan yang menggalakkan pelaburan, mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan bagi memastikan Selangor berada dalam landasan yang tepat dalam memastikan sasaran sumbangan 30% kepada KDNK negara menjelang tahun 2025 tercapai. Ini untuk kita lihat dari segi ekonomi negara perlu kita lihat keseluruhan. Janganlah kita lihat dalam nilai ringgit, disebabkan nilai ringgit banyak faktor luar yang mempengaruhi nilainya. Seterusnya berkaitan dengan

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Rawang, boleh?

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Sila.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi Yang Berhormat Rawang tak setuju ke dengan pandangan sebelum ini, bahawa kalau tak pandai jaga ringgit kena letak jawatan. Yang dikeluarkan presiden Yang Berhormat sendiri.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Saya mengambil pandangan bahawa kerajaan hari ini tengah berusaha untuk mengukuhkan ekonomi di Malaysia ini. Cuma waktu pilihan raya kita mengundi untuk satu penggal.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Untuk Kerajaan sebelum ini pun cuba usahakan juga.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Kita dah bagi peluang 33 bulan kepada kerajaan sebelum ini, tapi tak nampak ada impak itu, tapi hari ini kita ..

..(Dewan riuh)..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ahli Parlimen Petaling Jaya menyebut sebelum ini kalau sampai 5 teruk.

Timbalan Speaker

Taman Medan bagi soalan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi Yang Berhormat masih nak berdolak dalih bahawa masalah kita hadapi masalah ini...

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Ia berbagai-bagai faktor...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Masalah kepimpinan yang ada di Putrajaya...

Timbalan Speaker

Taman Medan boleh duduk tak?

..(Dewan riuh)..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Masalah yang berlaku hari ini adalah bila Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tak dapat berfungsi dengan baik. Lebih-lebih pula lagi bila ada penasihat Menteri Kewangan pun tak dapat memberi nasihat dengan baik. Adakah Yang Berhormat Rawang setuju dengan pandangan saya bahawa perlu ada perubahan di Putrajaya supaya ekonomi negara akan dapat diselamatkan? Setuju tak Yang Berhormat Rawang?

Timbalan Speaker

Taman Medan, Taman Medan, Taman Medan duduk. Taman Medan, Rawang tak bagi ruang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Hormatlah Speaker. Hormatlah Speaker. Hari ini kalau kita mengikut apa yang berlaku hari ini,

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat elok tutup ucapan, sebab Yang Berhormat sedang membuka pekung sendiri. Orang ketawa di sini.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Ini ruangan saya untuk berucap. Silalah hormat. So hari ini apa yang kita nampak nak menjawab Taman Medan, apa yang kita nampak dia nak mengukur apa yang berlaku ekonomi Malaysia bukan hanya dengan nilai ringgit. Kalau ikutnya KDNK apa yang hasil yang kita kutip pada hari ini kadar inflasi yang menurun telah menunjukkan. Masa saya terhad saya teruskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Rawang kena berlaku adil Rawang sebab bila Rawang compare jangan sekarang kita nak mengukur tak buat apa...

Timbalan Speaker

Taman Medan, Rawang tak bagi ruang. Taman Medan boleh duduk. Taman Medan, Taman Medan..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kita guna petua yang sama sebelum ini...

Timbalan Speaker

Taman Medan, Rawang tak bagi ruang.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dia tak kata tak bagi. Dia tak kata tak boleh...

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Saya akan teruskan ucapan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Dia tak kata tak boleh pun, bagi saya bercakap...

..(Dewan riuh)..

Timbalan Speaker

Teruskan Rawang yang lain duduk. Rawang teruskan masa dah tak ada.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Tadi dalam berita Menteri Kewangan kedua telah memberi satu kenyataan pulih dalam ke paras 4.5 dalam separuh kedua 2024. So itulah kita nampak usaha bagaimana Kerajaan Madani, Kerajaan Perpaduan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri bagaimana kita berusaha untuk mengukuhkan ekonomi di Malaysia ini. Seterusnya berkaitan dengan ESG merupakan kriteria yang guna pakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka. Pada mulanya ESG dimulakan mencari pelabur yang berpotensi yang sesuai ESG telah menjadi tumpuan para pelabur kerana pihak Kerajaan turut memberikan perhatian kepada ESG dan orang ramai juga sudah mempunyai kesedaran mengenai pengaruh ESG untuk sesebuah syarikat. Banyak syarikat besar yang didagangkan di dalam pasaran saham seluruh dunia melaporkan inisiatif ESG mereka dalam laporan syarikat. Pada tahun 2021 bukan satu tetapi 5 syarikat pengeluaran sarung tempatan tangan tempatan yang disekat daripada masuk ke Amerika Syarikat. Apabila kita berbincang mengenai pelanggaran amaran buruh paksa syarikat-syarikat tersebut telah melanggar etika sosial iaitu salah satu priority dalam ESG. Sekiranya syarikat mengamalkan amalan buruh paksa secara tidak langsung ia akan menjejas syarikat tersebut dalam banyak aspek sebagai contohnya halangan daripada masuk dalam pasaran antarabangsa. Larangan tersebut sudah tentu menjejaskan pendapatan syarikat meningkatkan kos operasi syarikat menjejaskan imej syarikat kehilangan pelanggan dan kehilangan kepercayaan pelabur. Antaranya Top Glove mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM3.6 bilion sepanjang tempoh PKP perintah pelepasan penahan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat. Penerapan ESG terhadap pembangunan pengusaha kecil dan sederhana di Malaysia sangatlah penting kerana PKS pada tahun 2022 mengalami kerugian sebanyak 292 bilion oleh kerana tidak mengamalkan ESG. Secara jelasnya sekiranya perusahaan tidak mematuhi amalan ESG yang ditetapkan oleh antarabangsa terutamanya eropah akan menjejaskan keuntungan perniagaan mereka. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa menitik beratkan perusahaan mikro kecil dan sederhana kerana mereka inilah antara aset terpenting tunjang kepada ekonomi negara. PMKS menyumbang 97% daripada semua perniagaan di Malaysia. 48% jumlah pengajian pekerja tetapi hanya menyumbang 37% kepada KDNK negara 12% eksport dan 0.1 penumbuhan produktiviti. Sekiranya PMKS lembap maka, maka separuh gaji pekerja di Malaysia tidak akan naik dan keadaan ini pasti tidak dapat menuju ke arah negara produktiviti dan berpendapatan tinggi. Maka pentingnya Kerajaan untuk memainkan peranan untuk membantu PMKS untuk memahami

amalan ESG dan mematuhi ESG supaya aktiviti perniagaan mereka tidak terjejas pada masa sama meningkatkan sumbangan KDNK.

Timbalan Speaker

Rawang boleh tutup ke?

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Boleh saya ada satu point lagi. Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ringkaskan.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Baik. Golongan belia merupakan kelompok utama rakan pembangunan masyarakat pada masa kini dan akan datang. Mereka perlu memahami bahawa menjadikan ahli masyarakat yang bertanggungjawab yang memimpin di pelbagai peringkat yang bersesuai. Belia juga bakal mengisi majoriti pengundi muda di pilihan raya yang akan datang. Tapi masalahnya yang dihadapi oleh belia Selangor perlu strategi yang kukuh. Pertama adalah lestari kematangan politik dan demokrasi yang masih rendah dalam kalangan belia di Selangor. Kedua masih kurang penglibatan belia dalam memimpin di pelbagai peringkat masyarakat di Selangor. Ketiga budaya tukar, viral menyebabkan penyebaran maklumat palsu dan sensitif berkaitan dengan demokrasi politik dan kepimpinan untuk tujuan sensasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat di Selangor. Tujuan untuk tubuh PBT bertujuan untuk melahirkan kepimpinan belia yang berwibawa. So, maka PBT untuk kali ini saya mencadang supaya mereka menjadikan agen kecergasan dan juga kesejahteraan hidup kerana ini akan memberi lebih banyak kesan untuk mendidik belia itu diri sendiri. So, akhirnya kata saya turut ingin terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor justerunya saya sangat mengharap cadangan dan idea penambah baik ini disambut baik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya juga percaya apa dasar dan insentif mesti ada baik dan juga buruknya. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, saya terus akan memain peranan untuk mensemak dan imbang kepada Kerajaan dan memberikan idea..

Timbalan Speaker

Rawang, habiskan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Idea bernas supaya Kerajaan Negeri Selangor kekal sebagai Kerajaan yang terbaik di Malaysia. Sekian terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Saya persilakan Yang Berhormat Ijok.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Bismillahirahmannirahim. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Ijok berdiri dengan penuh semangat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah

ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Mewakili rakyat Ijok, saya menyembah ucapan taat setia kepada Tuanku Sultan dan menjunjung kasih di atas titah nasihat Tuanku semasa Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada hari Selasa yang lepas.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Secara keseluruhannya, saya menekuni titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai satu titah ucapan yang sangat bermakna, dan meliputi semua aspek tadbir urus Kerajaan da kesejahteraan rakyat amnya. Oleh yang demikian, perbahasan saya akan menyentuh beberapa perkara pokok terutamanya berkaitan dengan kawasan Ijok yang secara langsung mempunyai kepentingan di dalam Negeri Selangor yang kita sayangi ini. Bagi menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor sebagai mukadimah perbahasan, saya kira perlu sama sekali semua Ahli Yang Berhormat akur dengan harapan Tuanku Sultan Selangor untuk kita berbahas dengan penuh integriti, bertanggungjawab dan harmoni. Yang Berhormat Tuan Speaker. Benar sekali titah ucapan Tuanku. Kita perlu menjadi contoh terbaik kepada rakyat di dalam dewan yang mulia ini. Yang mana akhirnya hasil perbahasa ini akan membuahkan manfaat kepada kemakmuran Negeri Selangor yang kita cintai. Justeru itu, pada sesi hari ini, Ijok akan mengusulkan enam intipati untuk dibahaskan dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pertamanya, antara titah ucapan Tuanku yang perlu diambil perhatian adalah berkaitan dengan penambahbaikan sistem tadbir urus tanah yang telus. Ijok percaya dengan pentakrifan semula bagi jenis-jenis bahan batuan dan mineral oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor yang mana ini akan menghasilkan kadar royalti yang lebih tinggi kepada Kerajaan Negeri. Namun demikian, penambahbaikan ini perlu disertai dengan peningkatan aspek keselamatan penduduk dan penambahbaikan jalan raya yang berhampiran dengan lokasi kuari bahan batuan. Justeru itu, Ijok ingin mengusulkan naik taraf jalan B35 Bukit Badong Bestari Jaya sebagai jalan industri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan pengusaha lori kuari yang membawa lebih muatan lebih telah menyumbang kepada kerosakan jalan di jalan B35 Bukit Badong Bestari Jaya dengan laluan sepanjang 7.1 kilometer. Oleh itu, Ijok memohon supaya penguatkuasaan dapat diperketatkan lagi dari agensi seperti JPJ, Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyalahi undang-undang. Implikasi daripada lori lebih muatan ini bukan sahaja merosakkan struktur jalan, bahkan jua menyebabkan jalan menjadi kotor, berdebu, berbahaya kepada pengguna. Ini berlaku kerana sikap segelintir pemandu yang membawa kenderaan mereka dalam keadaan laju dan melulu. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri Selangor pada September telah mendapat hasil lebih daripada 15 juta, hasil daripada operasi perlombongan dan mencuci pasir. Sepatutnya jalan ini, jalan di sekitar Ijok yang

menjadi laluan utama lori-lori ini haruslah sentiasa di selenggara dengan baik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penggunaan jalan raya yang lain. Jalan ini mengalami kerosakan berulang walaupun beberapa pembaikan telah dilaksanakan. Ini kerana selagi mana adanya lori keluar masuk maka itulah kerosakan akan berlaku. Profil jalan yang sedia ada sudah tidak lagi sesuai dengan perubahan peningkatan aktiviti ekonomi khususnya menjadi laluan utama lori dari pelombongan kuari, lori-lori komersial yang melebihi ketahanan jalan. Keperluan untuk fasiliti lampu jalan yang lengkap disebabkan pertembungan kesibukan pengguna jalan dan lori-lori komersial serta pengguna-pengguna jalan raya yang lain khususnya penduduk-penduduk sekitar.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Adalah disyorkan jalan ini diberi peruntukkan berdasarkan pendapatan hasil negeri datangnya daripada laluan ini. Ijok ingin mencadangkan dikembalikan hasil negeri kepada negeri atau perlu juga sediakan peruntukan daripada Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang kini telah pun seiring dengan Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Keduanya titah ucapan Tuanku juga menekankan keamanan dan kesejahteraan rakyat di mana rakyat perlu diberikan perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan pembangunan pesat yang dicapai hari ini. Pekan Ijok kini kian pesat membangun dengan pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan seperti pembinaan projek-projek perumahan, lebuh raya, pembinaan kilang dan industri. Namun begitu, di Pekan Ijok hanya terdapat sebuah pondok polis yang perlu diberi perhatian untuk dibaik pulih serta dinaik taraf dan perlu diadakan anggota yang bertugas di pondok polis tersebut. Oleh yang demikian, Ijok ingin mengusulkan baik pulih dan menaik taraf pondok polis Ijok ini sebagai menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat Ijok.

Tuan Speaker. Justeru itu, rakyat Ijok berharap kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang kini selari dengan agendanya dalam memberi perhatian dalam perkara ini. Untuk maklumat bersama, pembinaan ataupun bukaan polis, pondok polis Ijok ini adalah bertujuan untuk memenuhi salah satu syarat utama bagi pembukaan ataupun perkhidmatan kewangan, bank. Selain bertujuan menambahkan aspek keselamatan Ijok termasuklah mencegah dan mengekang jenayah sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat dan industri bahawa keselamatan mereka terjaga.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Ketiganya, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor juga menyentuh berkaitan pengukuhan Iltizam Selangor Penyayang dengan manfaat, dengan manfaat hospitalisasi, bantuan taska, tadika serta anak istimewa. Selangor sebagai sebuah negeri yang makmur dan berpendapatan tinggi seharusnya terus menjaga kebajikan dan keperluan rakyatnya. Antara yang saya ingin tekankan pada

kali ini adalah berkaitan dengan golongan orang kelainan upaya ataupun OKU. Merujuk kepada kes di Ijok sendiri, terdapat sebuah pusat pemulihan dalam komuniti iaitu PPDK Seri Cahaya Ijok yang memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk meneruskan operasi mereka di mana mereka masih memerlukan bantuan dari segi sewaan bangunan dan juga elaun tenaga pengajar bagi golongan istimewa ini. Justeru itu, Ijok mencadangkan semua pusat pemulihan dalam komuniti PPDK di Negeri Selangor dapat diperuntukkan sebuah bangunan kekal untuk beroperasi. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk maklumat PPDK di Negeri Selangor ini diberikan geran daripada kerajaan untuk tujuan bayaran sewaan premis. Namun, Ijok berpendapat PPDK yang diberi peranan sebagai pusat pembelajaran orang kelainan upaya ini dapat diberikan bantuan berupaya, berupa bangunan sendiri untuk tujuan operasi bagi mengurangkan komitmen sewaan bulanan. Penjimatan sewaan ini seterusnya boleh disalurkan untuk keperluan lain seperti menaikkan elaun tenaga pengajar atau pembimbing PPDK yang masih di bawah standard gaji minimum RM1,500.00 seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada tahun 2020. Kenaikan elaun ini secara tidak langsung akan meningkatkan fokus motivasi dan produktiviti mereka yang berkaitan memandangkan proses penjagaan dan pembangunan insan bagi golongan orang keupaya ini tidaklah mudah. Bantuan-bantuan dan sokongan menyeluruh dari pihak kerajaan amatlah diperlukan bagi memastikan keperluan golongan OKU ini tidak terabai.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Keempat titah ucapan Tuanku dengan jelas menyebut terdapatnya keperluan untuk memastikan pengurusan pembangunan tebatan banjir yang berkesan di negeri ini. Tuanku turut berpandangan bahawa pengurusan banjir harus dilihat secara, secara terperinci terutamanya penjagaan parit-parit dan longkang di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat. Untuk makluman, banyak kawasan-kawasan di Daerah Kuala Selangor ini telah menjadi lokasi penting terutamanya DUN Ijok mengalami banjir. Antara faktor yang menyumbang kepada bencana banjir ini adalah pembangunan limpahan air dan semestinya pengurusan parit dan longkang yang masih lemah. Kelemahan ini sebenarnya boleh ditambah baik melalui pemantauan berkala dan sistematik. Dalam masa yang sama, selain kaedah pencegahan banjir yang efektif, persediaan menghadapi banjir yang terancang, terdapatnya keperluan untuk pengurusan bencana banjir yang menyeluruh. Oleh itu, Ijok mencadangkan pertubuhan, penubuhan District Disaster Operation Center (DDOC) di Daerah Kuala Selangor dapat disegerakan memandangkan kadar kekerapan banjir yang tinggi di Daerah Kuala Selangor. Dengan menyegera, dengan menyegerakan penubuhan DDOC ini, segala maklumat berkaitan pusat pemindahan sementara (PPS) dapat diselaraskan dan memudahkan wakil-wakil rakyat, kawasan bersama dengan agensi terlibat mendapat maklumat berkaitan mangsa dengan lebih cepat

Yang Berhormat mohon laluan. Yang Berhormat, boleh?

Kejap.

Celah.

Ini adalah penting bagi memastikan bantuan dapat diberikan dengan kadar segera dan sampai tepat kepada mangsa yang berkesan. Warga Ijok juga berharap dengan Projek Tebatan Banjir (RTB) Sungai Golok ini dapat disiapkan mengikut tarikh baharu yang dicadangkan iaitu 4hb April 2024 yang mana tarikh asal jangkaannya siap adalah pada 1hb Mac 2024. Tetapi atas pemantauan Ijok berkenaan RTB ini, yang hanya berbaki satu bulan lebih agak mustahil untuk disiapkan. Ini menimbulkan kerisauan warga Ijok yang sering kali berhadapan dengan musibah banjir ini. Persoalannya, apakah jaminan dan tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan rancangan tebatan banjir di Sungai Golok ini siap pada 4.4.2024. Yang Berhormat Tuan Speaker. Di atas kelewatan ini, maka banyaklah orang Ijok yang mempunyai kebun-kebun kelapa sawit yang tidak menghasil, tak dapat mengeluarkan hasil keluaran sawit mereka. Ijok juga ingin menarik perhatian daripada petikan titah ucapan Tuanku berkenaan penjagaan parit-parit dan longkang yang mempunyai penduduk. Parit merupakan salah satu bentuk infrastruktur yang berperanan...

Tuan Speaker. Tuan Speaker

Mengalirkan...

Timbalan Speaker

Masa dah. Ijok, ada Lembah Jaya bangun tapi Inak bagitau you ada dua minit ja lagi.

Kalau boleh tambah lagi lima minit

Tuan speaker peraturan tetap Tuan Speaker

Parit merupakan..

Timbalan Speaker

Peraturan tetap nombor berapa?

Merujuk kepada peraturan tetap 35-6.

Timbalan Speaker

Boleh bacakan..

Boleh, kejap.

Lambat..

35-6 seseorang ahli tidak boleh membaca ucapannya tapi boleh dibacakan cabutan daripada buku atau surat kerana hendak menyokong hujahannya dan tidak boleh tengoknya peringatan bagi meingatkan balik apa yang hendak dicakapkan. Kalau nak cakap, bangun. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Tak apa. Kita, kita bagi terus ke Y.B. Ijok untuk teruskan, habiskan. Dah boleh, boleh tutuplah. Masa dah ni lah. Ijok. Yang Berhormat minta habiskan

Ada masa 5 minit lagi

Timbalan Speaker

Tak ada dah. Dah ni dah. Dah lebih dah. Kalau boleh tutup terus

Sikit lagi. Okay tak apa. Ijok akan

Timbalan Speaker

Seminit. Satu minit.

Saya kira sudah cukup sekali tu saya menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya persilakan Yang Berhormat Batu Tiga.

Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T. Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah hari ini Batu Tiga diberikan peluang atas kapasiti sebagai ADN Batu Tiga untuk membahaskan serta merakamkan ucapan penghargaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di atas titah yang memberikan pengajaran kepada kami semua terutamanya ADN-ADN di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Saya ingin mengambil sedikit ruang apabila dua orang Daripada Ahli Dewan Negeri daripada pihak pembangkang membahaskan ataupun Menjunjung Kasih Titah Tuanku daripada Paya Jaras dan juga Ijok, mereka tidak menyentuh langsung tentang satu surat yang telah dikeluarkan oleh Tuanku Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Parti PAS di mana di dalam surat itu juga menyentuh kenyataan Y.B. Tan Sri Haji Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya di kalangan orang Melayu. Ini satu perkara serius yang perlu diambil berat oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri semua.

Mencelah sikit.

Baru mula

Batu Tiga, kalau kita lihat pada surat yang tular pada hari ini daripada Istana di addreskan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, ADN Paya Jaras, setuju atau pun tidak, saya kira isu ini adalah isu yang sangat-sangat perlu diambil perhatian oleh semua wakil rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, kerana kita sering menyebut kita Menjunjung Titah Tuanku, kita sayang kepada Tuanku, tetap pada hari ini apabila Tuanku telah menitahkan sesuatu tetapi ada pihak yang tertentu yang cuba untuk menidakkan atau meremehkan titah Tuanku. Setuju atau pun tidak Batu Tiga kepada yang menerima surat ini memberi penjelasan segera tentang isu yang sedang tular pada hari ini?

Saya setuju tanpa bahas dan silakan Paya Jaras untuk bangun bagi penjelasan ada nak jawab silakan. Takpe kita buka flor ini sila kan.

Terima kasih. Kita serahkan perkara ini kepada Tuanku dan juga Presiden terima kasih.

Minta laluan

Okay, dan itu sebenarnya bukan kali yang pertama, bila kali pertama, minta maaf saya bagi lalu pada Paya Jaras sahaja. Minta maaf silakan duduk, bukan floor Seri Serdang, ini floor saya. Saya sudah bagi laluan pada Paya Jaras mohon duduk.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Sila duduk. Kita bagi peluang kepada Batu Tiga. Batu Tiga teruskan Batu Tiga. Yang lain duduk.

(Dewan Riuh)

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Surat Tuanku itu, apa yang disimpulkan surat Tuanku bukan soal antara .... Tiada kena mengena soal tak hormat Raja.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bagi peluang pada Batu Tiga untuk dia habiskan perbahasan.

Surat ini di addresskan kepada Paya Jaras...

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dah la duduk la. Taman Medan bukan PAS pun.

Paya Jaras menyerahkan balik kepada Tuanku. Sedangkan surat ini di addresskan kepada Paya Jaras dan kembalikan pula kepada Tuanku.

Timbalan Speaker

Batu Tiga teruskan.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Dewan sila duduk .

(Dewan Riuh)

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak bukan masalah itu. Masalahnya ini antara Tuanku dengan Presiden PAS. Tidak ada kene mengena dengan urusan Dewan.

Surat yang tular ini, yang dikeluarkan oleh Istana ini...sepatutnya dijawab dengan segera. Bukannya menyerahkan kembali kepada Istana.

(Dewan Riuh)

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Titah Tuanku dalan Dewan Sekinchan pun..

(Dewan Riuh)

Memanglah titah Tuanku, masa kita angkat sumpah, kita pertahankan.

Timbalan Speaker

Bagi ruang pada Taman Medan untuk habiskan perbahasan, silakan Batu Tiga. Sorry. Batu Tiga.

Sebenarnya apa yang disebutkan oleh dalam titah Tuanku, Tuanku sendiri menyebut tentang “Beta bersyukur dengan syariah Islam ditegakkan dengan pelbagai aktiviti pengimarahan

masjid dan surau” maknanya yang pertama kita sudah tidak ada isu tentang masalah menegakkan Islam di Negeri Selangor itu yang pertama, dan saya bawa perkara ini sebab kita nakkan perhatian seluruh masyarakat seluruh rakyat Negeri Selangor mereka tahu sebenarnya bagaimana sikap PAS terhadap Tuanku Sultan dan bagaimana sikap mereka dalam mengendalikan perkara seperti ini. Tuan Timbalan Speaker, saya mulakan perbahasan saya. Minta maaf, sila duduk. Masa depan pendidikan dan peluang pekerjaan Negeri Selangor, Tuan Timbalan Speaker saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk meneliti semula bagaimana trajektori seorang anak Selangor boleh dibangunkan dalam aspek pendidikan seterusnya diberikan ruang pekerjaan dalam Kerajaan Negeri Selangor. Saya berikan sebagai contoh kita boleh bayangkan bagaimana seorang anak Selangor lahir di Selangor mendapat manfaat menerusi Yayasan Negeri Selangor di peringkat sekolah dan kemudian teruskan di peringkat Universiti melalui tabung. Silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan tetap Yang berhormat Speaker.

Timbalan Speaker

Sila bacakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

366 seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa Ahli yang lain. Tadi Batu Tiga sebut kita tahu sifat PAS terhadap Tuanku Sultan. Apa maksud Batu Tiga?

Timbalan Speaker

Sekejap-sekejap Taman Medan, Taman Medan, Taman Medan duduk dulu, Batu Tiga... semua duduk dulu saya nak..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak boleh cakap macam tu dalam Dewan ni, seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat..

Timbalan Speaker

Taman Medan duduk dulu. Taman Medan, Batu Tiga. Semua duduk dulu.

(Dewan Riuh)

Kerajaan dilihat beberapa model untuk menambah baik siswa dan siswi Negeri Selangor menjadi model clevernis scholar ship.

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Taman Medan, muka surat berapa tadi.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

366, Tuan Speaker tanya muka surat. 366. Sebab dia kata “Kita tahu sikap PAS terhadap Tuanku Sultan. Apa maksud? Saya minta Batu Tiga tarik balik sekarang. Itu

(Dewan Riuh)

Timbalan Speaker

Saya rasa, teruskan saya rasa tiada isu, kita teruskan.

(Dewan Riuh)

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker...

(Dewan Riuh)

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kalau tidak saya sebut DAP komunis, DAP komunis, DAP komunis...

Timbalan Speaker

Semua duduk, semua duduk, semua duduk, Taman Medan duduk, semua duduk, Batu Tiga duduk, semua duduk. Saya bagi ruang untuk Batu Tiga terangkan apa niat dia, lepas tu kita buat keputusan ya.

Saya sebut sikap dan saya mintak penjelasan Paya Jaras, kalau Paya Jaras tak nak bangun dan betulkan sikap itu, silakan, tiada masalah, saya mintak bangun dan apa pendirian Paya Jaras terhadap surat yang dikeluarkan oleh Tuanku Sultan. Itu sahaja, kemudian dia bangun tiada jawapan, sudahlah.

Timbalan Speaker

Taman Medan, ye saya dah dengar apa penerangan daripada Batu Tiga, kita bagi Batu Tiga teruskan.

Terima kasih, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Selain daripada itu minta maaf.

Speaker dah buat rulling. Teruskan.

Timbalan Speaker

Batu Tiga, Taman Medan, kita dah dengar penerangan daripada Batu Tiga. Teruskan Batu Tiga yang lain semua duduk. Masa Batu Tiga dah tiada dah.

Meningkatkan peluang pekerjaan Negeri Selangor, saya lihat sudah sampai masa Agensi Kerajaan

Negeri dan yang utama Kerajaan Negeri daripada EXCO Belia dan Sukan dan juga EXCO yang bertanggung jawab terhadap sumber manusia memperkenalkan sebuah program seumpama dengan Mystep.

(Dewan Riuh)

Speaker dah buat rulling. Apa masalah?

Timbalan Speaker

Batu Tiga teruskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Komunis.

Dan saya ingin cadangkan satu program yang dinamakan ataupun seumpamanya dengan Mystep, iaitu Malaysian Short Term Employment Program (Mystep) yang merupakan inisiatif kerajaan menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek kontrak di pelbagai Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Dengan Kerajaan (GLC) mahupun (GLC). Manakala saya ingat program yang seumpama itu juga boleh kita laksanakan di pihak Negeri Selangor di mana kita mempunyai puluhan ataupun ratusan termasuk dengan agensi termasuk dengan GLC yang mana kita boleh tempatkan. Kalau boleh dilaksanakan sebuah program seumpama ini kita boleh membantu para graduan kita mendapat peluang latihan yang merupakan kontrak secara jangka pendek dan seterusnya kalu di dalam penilaian majikan itu melihat kepada kesesuaian dan kemampuan dia maka boleh terus diserapkan ke dalam bidang pekerjaan. So saya cadangkan kalau boleh kita namakan Selangor Graduate Employment Program sudah pastinya menjadi tumpuan kerana di Selangorlah kemajuan ekonomi dicapai selari dengan sumbangan KDNK sebayak 25.5%.

Tuan Timbalan Speaker yang kedua, Selangor sebagai jambatan industri dan komuniti, Tuan Timbalan Speaker jika lihat dalam prestasi pelaburan dalam beberapa tahun ini cukup cemerlang namun saya melihat ada satu perkara yang mukin kita tidak penting penglibatannya iaitulah yang boleh saya namakan sebagai partnership, kita lihat dalam industri yang ada pada hari ini mereka hanya bertanggungjawab hanya satu, iaitu membayar cukai kepada PBT, namun bila saya dengar daripada Ijok saya juga dengar dari Pelabuhan Klang, isu yang berkaitan ini ialah bagaiman industri ini menggunakan kenderaan berat yang hari-hari keluar dan masuk, dia bukan lagi lapan tayar, dia sudah jadi berbelas tayar, dan keadaan jalan raya yang ada pada hari ini sudah tidak mampu menampung apa yang kita nak cadangkan ialah kalau boleh ada satu program yang dinamakan partnership, relation improvement, daripada industri dan juga komuniti ini supaya industri ini selain daripada kita biasanya Ahli-Ahli Dewan ini akan berhubung dengan pihak syarikat untuk mendapatkan CSR secara oneoff tapi saya mencadangkan lebih pada itu, biarlah industri yang berada fasa sesuatu kawasan ini dia juga berasakan tanggungjawab bahawa keadaan infra di sekitarnya

juga menjadi tanggung jawab dia bersama, sebab kalau kita bandingkan satu jalan raya yang diturap oleh PBT dalam kawasan perumahan dan kita bandingkan di dalam satu pihak industri sudah tentu maintainence atau pun kadar yang perlu kita buat pada jalan industri ini sudah tentu lebih tinggi, so saya cadangkan kalu boleh kita wujudkan sebuah jambatan kepada industri ini supaya mereka juga merasakan tanggungjawab untuk sama-sama terlibat dalam program ini. Dan ini akan lebih bayak memberikan peluang dan manfaat kepada masyarakat terutamanya dari sudut pekerjaan juga. Kalau kita boleh imbas sedikit berkenaan dengan berapa ramai suri rumah yang tinggal di rumah dan tidak bekerja, dengan adanya hubungan dengan secara strategik ini antara industri dengan masyarakat ini mungkin kita boleh menempatkan pekerja-pekerja industri yang bekerja dari rumah, saya tak pasti jenis dan peluang pekerjaan yang boleh kita ke depankan, tapi saya ingat ini satu perkara yang boleh dilaksanakan. Saya ambil contoh sebagai mungkin sebagai nak figures yang boleh kita perhalusi, di Batu Tiga sahaja melalui soalan bertulis saya kepada pihak kerajaan, jawapan yang saya terima kita ada lebih kurang 294 industri berat hanya di Batu Tiga sahaja, so dengan adanya hubungan yang kita boleh wujudkan dengan jabatan ini maka pelbagai lagi inisiatif yang boleh kita dapatkan daripada pihak Industri dan ia juga boleh membantu komuniti kita dan melalui pemerkasaan ini saya jangkakan sekiranya kita boleh laksanakan, maka masalah infra kita terutama di kawasan Pelabuhan Klang di kawasan Batu Tiga yang penggunaan trafiknya berat kepada pihak-pihak industri akan mampu kita selesaikan.

Dan yang terakhir, Ahli Yang Berhormat semua, saya mungkin masa saya telah diambil agak bayak, lampu pun sudah keluar lampu merah bayak kali dah, tapi saya ingat di yang terakhir sekali, semua yang dilontarkan oleh kita semua saya kira ini adalah satu tanggungjawab pada pihak kita, ADUN-ADUN, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri semua, supaya kita mengambil tanggung jawab sebab setiap kali kita lontarkan dalam dewan ini akan di pertanggungjawabkan, saya mohon kalau boleh setiap yang diutarakan oleh pembangkang itu adalah cadangan-cadangan dan bukan tomahan-tomahan dan baik daripada pihak kami backbenches juga kami juga akan berikan ruang ataupun balasan kontradiksi kepada pihak kerajaan bukan hanya kita nak bersetuju semua, tak, tapi kami jua akan bergilir pandangan balas kepada pihak kerajaan. So saya harap dengan adanya peluang dan ruang ini...

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Morib mohon mencelah.

Kita dalam Sidang Dewan pada kali ini, saya mohon kita masa saya hendak habis, minta maaf. Yang terakhir, saya harap apa yang ditetapkan oleh kerajaan akan berjalan. Yang terakhir saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana melantik saya sebagai Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor bagi penggal yang baharu ini supaya membawa aspirasi OKU kepada pihak Kerajaan Negeri, insya’allah dengan pengalaman 2 atau 3 tahun bersama dengan Jabatan ANIS ini insya’allah saya akan bawa perjuangan OKU ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Sekian yang

terakhir, Saya menjunjung kasih dibawah titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Terima kasih banyak. Assalamualaikum.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Batu Tiga. Peraturan Mesyuarat berapa?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini Tuan Speaker, tadi saya hendak rujuk Peraturan Mesyuarat yang di bawa oleh Taman Medan 36 (6) dan Tuan Speaker telah membuat keputusan untuk Batu Tiga meneruskan. Pada pandangan saya, bukan dengan niat untuk tidak menghormati Tuan Speaker, tetapi saya kira tidak cukup dengan membenarkan perbahasan. Pada pandangan saya, Tuan Speaker harus memberi peringatan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri beckbenchers supaya jangan guna ruang ini menimbulkan provokasi, fake news dan fitnah serta tohmahan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional, sebab apa yang disebut tadi, surat yang kononnya tular tadi itu, itu adalah satu perbualan conversation di antara Istana dengan seorang individu. Mengapa perlu gunakan Dewan ini untuk menimbulkan provokasi berkenaan. Sedangkan Tuanku sendiri Tuan Speaker, menitahkan perkara itu disampaikan dengan secara hormat kepada individu berkenaan yang telah pun disampaikan pada malam tadi, dan individu yang berkenaan pastinya akan membalas surat titah nasihat Tuanku tersebut. Berilah ruang kepada Tan Seri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang Hadi untuk memberikan penjelasan beliau, itu ruang yang diberikan...

Timbalan Speaker

Ok Hulu Kelang, saya faham.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Mengapa Ahli-ahli Dewan Negeri back venture menggunakan dewan ini untuk kepentingan politik mereka. Melemparkan tohmahan...

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Fitnah, serangan terhadap individu.

Timbalan Speaker

Saya faham. Saya telah buat keputusan tadi, selepas saya mendapat penerangan daripada Batu Tiga, apa niat dia, apa yang dimaksudkan tadi saya membuat keputusan dan fatwa untuk meneruskan

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dia tidak memberi penjelasan.

Timbalan Speaker

Penjelasan telah dibuat tadi, apa niat dia.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi peringatan harus diberikan khususnya diberikan kepada Seri Serdang dan Batu Tiga ini. Yang sering menimbulkan provokasi, intimidasi,

Timbalan Speaker

Semua duduk. Hulu Kelang. Saya telah buat fatwa. Saya suruh dia orang teruskan. Kita teruskan.

(Dewan Riuh)

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan memanglah kepada Batu Tiga tapi engkau sebut dia.

Timbalan Speaker

Semua duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan kepada Batu Tiga. Biarlah Batu Tiga jawab.

Timbalan Speaker

Taman Medan duduk. Semua duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Seri Serdang suka provok.

Timbalan Speaker

Semua duduk. Kita teruskan perbahasan kita pada hari ini. Sungai Burong.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatulahi wabarukatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan Yang Mulia. Sungai Burong kali ingin mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Sungai Burong memulakan dengan isu padi di Tanjung Karang yang berpisah tiada. Dalam menghadapi tahun 2024 dan 2025 yang mengatakan isu kemarau yang begitu mencabar mesti ada satu langkah yang baik untuk memastikan keterjaminan makanan ini berjalan dengan baik. Seperti mana Yang Berhormat Pandan Indah, EXCO telah bangkitkan bahawa tanaman padi ini adalah tanaman yang perlu produktif, yang perlu berjadual kepada berjemaah dan kerjasama. Baja bersama, benihnya bersama begitu juga dengan meracun bersama. Tetapi bila perkara ini tidak dapat berlaku ini mengeluarkan hasil tan padi di dapati berbeza-beza antara satu sama lain. Maka Sungai Burong mencadangkan insentif benih peningkatan hasil padi yang walaupun telah pernah dilakukan tetapi telah berlaku pada 2008. Kalaulah Kerajaan Negeri Selangor dapat membuat balik insentif benih padi ini kira insentif baik bagi meningkatkan hasil di kalangan petani-petani yang ada. Sidang dewan yang mulia, baru-baru ini inisiatif daripada Kerajaan Pusat kepada tender terbuka untuk baja

subsidi adalah satu dipandang baik. Pun begitu pada masalah padi ini kelewatan daripada pengurusan urusan tender itu memberi kesan kelewatan kepada pembekal kepada pesawah padi dan tanaman. Oleh sebab itu, kita tahu padi tidak tahu bahawa tender terbuka ataupun tender tertutup masa demokrasi supaya sampai waktu dan ketika ia perlu dibajai dan ia perlu diracuni. Maka oleh sebab itu, baja subsidi yang datang lewat perlu diberi perhatian supaya perkara ini tidak berlaku lagi khususnya bagi Kerajaan Negeri yang sudah berinspirasi bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Sidang Dewan Yang Mulia, Elaun Ketua Blok walaupun telah dijawab dalam urusan bertulis ataupun jawapan bertulis tidak dilayan kononnya ada inisiatif-inisiatif lain. Tetapi untuk pengetahuan Ketua Blok yang mereka ini merupakan orang tengah yang panas telinga, orang tengah yang tahan maki kepada masalah-masalah pesawah di bawah. Elaun mereka sebanyak RM100.00 adalah satu elaun yang tidak di review (dengan izin) semenjak zaman tahun 80an lagi difahamkan begitu. Sebab itu permohonan Ketua Blok mungkin keberhasilan padi ini sepatutnya dapat dipertimbangkan dengan baik.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia, bantuan pesawah yang telah diumumkan sebelum ini RM100 daripada Kerajaan Persekutuan dari input pertanian dan RM500.00 lagi adalah cash (dengan izin) maka ia seharusnya diterangkan untuk diedarkan direct melalui Agro Bank, diberitahu sebegitu rupa, bahkan didapati oleh petani-petani ataupun pesawah-pesawah data yang diberikan kepada pesawah-pesawah untuk menuntut bantuan ini adalah kebanyakannya tidak tepat kerana apa, kerana ada di kalangan mereka yang sudah mati, ada kalangan mereka tidak turun pun ke sawah dan dicadangkan supaya penjualan data itu berdasarkan penjualan padi di Bernas yang terkini. Mengakibatkan saluran bantuan ini terus pergi kepada pesawah-pesawah. Dewan Yang Mulia, apabila berkata dengan padi dan Tanjung Karang ini ,saya merujuk kepada soalan atau jawapan bertulis mengenai palong air. Langkah jangka panjang yang disasarkan adalah pembinaan atau-atau kerja-kerja menaiktaraf struktur tali air palong dan sistem pengairan daripada skim Barat Laut sekitar RM12,100 000.00. Pelan Juruukur bagi Seksyen 8 untuk pengambil balikan tanah. 14.9 Juta ini jumlah hampir 10 tahun yang lalu maka dalam keterdesakan dalam menjaga keterjaminan makanan. Perkara ini sepatutnya dipercepatkan, begitu juga projek menaiktaraf tali air konkrit dan skim pengaliran Barat Laut Selangor kawasan Pasir Panjang, Selangor baru peringkat statusnya pelantikan perunding rekabentuk. Jadi dalam keadaan import padi yang kita tahu berhentikan daripada pihak India, begitu juga Vietnam dan seumpamanya. Saya dan Sungai Burong bertanya berapa lama lagi kah proses ini perlu dipercepatkan. Seolah-olah perkara ini terabai dan masalah ABCD, khususnya A iaitu isu air sawah ini dengan padi tidak dapat berpisah. Kalau palong ini tidak dapat baiki dengan baik maka penghasilan padi mungkin menjejaskan pengeluaran negara. Apatah lagi punca C-cuaca dan D-Dialysis. Berkaitan penyakit-penyakit yang menyebabkan penyakit padi ABCD.

Tuan Speaker dan Dewan Yang Mulia, saya berpindah kepada isu pendidikan. Pendidikan di rumah adalah pendidikan yang penting kepada ibu bapa dan anak

dipanggil pendidikan awal. Ini keluar daripada rumah, pendidikan itu tanggungjawabnya jatuh kepada kerajaan. Maka kerajaan sudah pasti tidak pasti menyahut tuntutan rakyat pendidikan tahfiz, pendidikan swasta, pendidikan lain-lain yang pastinya memerlukan kos tenaga-tenaga pengajar, bangunan dan seumpamanya. Oleh itu, kewujudan sekolah Islam persendirian contoh dilihat, perlulah dipermudahkan urusannya yang berkaitan PBT dan lanjutan pendaftaran sementara yang berterusan kerana ini telah diambil oleh beberapa pihak swasta untuk dipermudahkan kerajaan. Sepatutnya pendaftaran sementara penuh dan perlu diberikan tidak berkisar kepada birokrasi yang berlaku.

Tuan Speaker yang dirahmati Allah SWT dan Dewan Yang Mulia, imigrasi di Tanjung Karang adalah satu tempat yang menjadi tumpuan di hujung minggu. Begitu juga Padang Astaka di jadikan tempat perhimpunan yang signification setiap negeri di setiap DUN di Tanjung Karang, Permatang termasuklah di Sungai Burong untuk mreka membuat program pembangunan negeri dan umpamanya. Tetapi ada satu permintaan yang sering kali diutarakan iaitu tentang pembuatan bumbung terbuka, dewan terbuka pada stage utama dan kepada penonton-penonton yang hadir. Setiap kali program besar hendak dilakukan, kerajaan atau pihak rakyat sendiri ataupun NGO-NGO perlukan kos yang tingi untuk mewujudkan khemah-khemah master stand kalaulah ada satu yang disediakan atau dibina ia dapat menjimatkan kos. Pastinya kos-kos ini boleh di absorb (dengan izin) boleh disalurkan dihadiahkan bagi maslahat rakyat dan seumpamanya. Dewan Yang Mulia, Banjir di DUN di Sungai Burong semakin terkawal dengan tindakan-tindakan daripada aduan-aduan yang diangkat. Pun begitu, isu banjir di kawasan DIY begitu juga dengan RHB laluan utama sudah menghantui rakyat Tanjung Karang hampir puluhan tahun. Ia tidak selesai seperti mana Yang Berhormat EXCO mengatakan hot sport 3 kali ataupun lebih. Saya ingat ini sudah lebih. Saya yakin ada kekangan bajet perlu ada pihak JPS seperti titah Raja yang melihat perkara-perkara berkaitan dengan rakyat ini dengan lebih terperinci, terutamanya jabatan-jabatan yang berkaitan dengan rakyat JPS, JKR untuk duduk sama-sama meluas dan mungkin stake holder- stake holder untuk meluaskan longkang-longkang yang menuju ke laut. Banjir kilat kini dan kawasan taman perumahan yang berhampiran, jalan titah Raja/Sultan supaya perkara ini dapat dilihat dengan lebih terperinci dan dibuat dengan baik dapat dipertimbangkan.

Sidang Dewan yang dirahmati Allah bahagia sekalian, kebanjiran warga asing bukan perkara baru di Malaysia dan negeri Selangor dan tidak terkecuali di DUN kami iaitu di DUN Sungai Burong. Satu data yang dikeluarkan oleh IADA menyatakan bahawa warga asing menggunakan dan mengkomsumsi beras sebanyak 120 kg setahun berbanding warga tempatan sebanyak 77kg setahun. Maka kewujudan mereka ini ibarat kera di hutan di susukan anak di rumah dibiarkan kebuluran. Jadi perkara ini tidak wajar berlaku walaupun agensi-agensi penguatkuasaan ini berada di Kerajaan Pusat tetapi Kerajaan Negeri berinspirasi sama dengan Kerajaan Pusat boleh lah melihat perkara ini. Ini belum lagi dikaitkan bukan sahaja kecukupan beras untuk warga tempatan tetapi dalam isu kesihatan sebagai contoh ya. Mereka ini tidak ada

dokumen, adakalanya PATI datang ke hospital dalam hendak melahirkan anak. Menjadi etika doktor-doktor untuk tidak menolak tapi mereka tidak mampu untuk membayar yuran dan akhirnya mereka lepaskan begitu sahaja. Ini satu perkara yang harus diambil perhatian supaya warga asing ini tidak menjadi ancaman ekonomi dan juga ancaman sosial kepada masyarakat di DUN Sungai Burong dan tempat-tempat yang lain.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, saya mengakhiri perbahasan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Baginda Sultan dengan satu persoalan yang perlu difikirkan bersama yakni mengenai fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme agama yang sebelum ini saya telah nyatakan dalam soalan bertulis dan telah dijawab. Adakah sebarang fatwa-fatwa yang tertentu dicabar diperingkat mahkamah mana-mana pun telah dikeluarkan dan jawapan bertulis itu menjawab ada satu fatwa iaitu mengenai pemikiran liberalisme dan pluralisme agama pada 31 Julai 2014. Dan ia berstatus rayuan di Mahkamah Persekutuan. Jadi institusi fatwa ini bukanlah seperti institusi-institusi jalanan, ia adalah satu scholar ataupun ilmuan-ilmuan yang begitu berauthority memikirkan hukum yang berlapis-lapis merujuk kitab yang pelbagai. Tidak mudah untuk ianya dicabar sebegitu rupa. Maka ia bukan seperti mana enakmen sekalipun tetapi ia diangkat sebagai suci oleh umat Islam. Oleh sebab itu saya mengakhiri soalan ini, adakah pihak Kerajaan Negeri sesuatu mekanisme untuk menghalang fatwa-fatwa yang seperti ini supaya tidak dicabar dimana-mana mahkamah sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan yang paling tinggi. Jadi kalau ada alhamdulillah, sila kongsikan dan supaya kesejahteraan dan keharmonian dapat terus dijaga. Kalau tidak ada sesuatu perlu dibuat Kerajaan Negeri untuk perkara ini. Jadi dengan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sungai Burong mengutarakan perkara-perkara tersebut untuk dipertimbangkan. Sekian Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Timbalan Speaker

Wa’alaikumusalam. Terima kasih Sungai Burong. Saya persilakan Yang Berhormat Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Meru menjunjung kasih diatas titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas nikmatnya, ke atas Negeri Selangor, berupa nikmat kesejahteraan dan kemajuan negeri di bawah kebijaksanaan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan diurus tadbir oleh Memanda Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, yang kemajuan, yang kita kecapi hari ini.

Satu ayat Allah SWT, Firman Allah SWT.. (bahasa arab). Ucapan Yang Maha Mulia Tuanku, sentiasa menzahirkan ketegasan dan keprihatinan baginda dalam mempertahankan kesucian agama Islam. Dan ucapan dan titah baginda amat sesuai dan selaras dengan ayat yang saya sebutkan tadi, iaitu ada perkataan rahmah di situ, bermaksud kasih sayang yang merangkumi perkhidmatan yang baik dan juga

menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor diatas inisiatif-inisiatif bagi memperkasa syiar Islam di negeri ini. Sekali gus menangkis persepsi dan tohmahan yang di manipulasi fakta yang sebenar, yang menyatakan Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan ataupun Kerajaan Madani.

Selangor mencatatkan angka yang tertinggi bagi negeri-negeri iaitu mempunyai sekolah agama yang berdaftar. Sejumlah 1,131 sekolah agama dari peringkat prasekolah hingga menengah termasuk aliran tahfiz. Jadi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor terutama di bawah EXCO Agama, InsyaAllah, Meru juga mencadangkan supaya, ada satu sistem untuk kita memudah cara permohonan-permohonan atau untuk meluluskan sekolah-sekolah agama rakyat atau tahfiz dan seumpamanya supaya kita bukan sahaja mengembangkan ilmu agama di kalangan penganut Islam tapi pendidikan itu penting sebenarnya. Kita mengutamakan pendidikan, tetapi dalam perkara yang, dalam masa yang sama, aspek-aspek keselamatan perlu diambil kira. Sebab itu, seperti perbahasan Yang Berhormat Sungai Burong tadi menyebutkan, Meru amat menyokong, tetapi beberapa perkara, kadang-kadang PBT perlu mengambil kira terutama aspek-aspek keselamatan pelajar, InsyaAllah. Saya rasa, setakat ini, usaha-usaha itu, usaha-usaha ke arah itu telah laksanakan.

Meru percaya bahawa menerusi inisiatif Kerajaan Negeri ini, kita akan dapat melahirkan rakyat berilmu, mempunyai akidah dan kukuh jati diri yang mantap, serta daya fikir yang progresif, dan menjadi kompas kehidupan di muka bumi ini. Namun begitu, kita harus memahami bahawa, pendidikan tidak boleh diukur dengan angka atau bilangan sekolah semata-mata. Selain menerapkan kesemua elemen yang termaktub dalam falsafah pendidikan negara, kita harus melihat aspek yang menyokong pengoperasian seperti infrastruktur. Sebagai contoh, usaha pembaikan bangunan dan kemudahan sekolah seperti tandas, di peringkat persekutuan, walaupun nampak kecil tapi ia sangat bermakna bagi sekolah-sekolah yang daif, yang menjadi tumpuan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, harus diperluaskan juga di sekolah-sekolah agama di Negeri Selangor ini.

Saya ingin mohon maklum balas daripada pihak kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini, berkaitan, berkenaan usaha naziran, dan penambaikan yang dilaksanakan terhadap sekolah-sekolah rendah agama khusus di Negeri Selangor dalam aspek pembaikan fizikal bangunan sekolah serta penambaikan prasana dan kemudahan supaya anak-anak dapat belajar dalam selesa. Di samping itu, Meru mencadangkan juga di sini, supaya kerajaan mengkaji, elaun guru-guru KAFA di sekolah rendah agama yang telah berkhidmat bertahun-tahun, malah ada yang lebih 10 tahun, hanya sebagai guru KAFA, supaya kita dapat mengkaji perkhidmatan mereka, supaya kita menyerapkan mereka sebagai, ataupun mendapat gaji yang tetap dan ada bersama itu, potongan KWSP. Sebagai menghargai perkhidmatan mereka, dan mereka telah menabur bakti untuk mendidik anak-anak terutama dalam ilmu agama.

Tuan Timbalan Speaker, Meru tertarik dengan perhatian oleh Tuanku, berkenaan inisiatif Waste To Energy, WTE, yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Meru berpandangan bahawa, strategi WTE, akan memberikan manfaat yang besar kepada Negeri Selangor daripada aspek kelestarian alam dan juga potensi ekonomi. Meru mengambil contoh Sweden sebagai model negara yang telah membuktikan potensi transformasi amalan pengurusan sisa pepejal yang inovatif. Berjaya memberikan impak yang besar kepada negara. Selain dapat menjimatkan sebahagian besar perbelanjaan dengan menggantikan bahan api fosil dengan tenaga dari sisa pepejal, Sweden juga berjaya meraih sejumlah USD100juta setahun, menerusi aktiviti import sisa pepejal dari negara lain untuk diguna semula. Malaysia kini berhadapan dengan keperluan yang mendesak, untuk menangani pengurusan sisa pepejal, kerana negara kita dijangka menghadapi krisis, apabila ruang pembuangan sisa pepejal atau landfill, menjadi terhad menjelang 2050. Oleh itu, Meru menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan, Sultan Idris Shah Green Energy Plant. diharapkan agar Kerajaan Negeri sentiasa meneroka potensi dan strategi, bagi melaksanakan WTE demi memelihara alam sekitar dan kemajuan ekonomi. Kerjasama persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tuan Timbalan Speaker, Meru menjunjung kasih di atas keprihatinan Tuanku terhadap rakyat, khususnya titah tuanku terhadap tentang pembaikan tentang jalan-jalan raya rosak, serta paip, longkang yang tersumbat serta masalah banjir, yang telah memberi kesan buruk kepada rakyat. Dalam hal ini, meru ingin menyentuh soal kerjasama kerajaan, dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Oleh sekarang ini, kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah kerajaan yang seiring, mentadbir negeri dan negara. Meru melihat sangat banyak ruang dan usaha kerjasama, yang tidak mesti tidak, tidak boleh tidak, mesti dilaksanakan oleh, untuk manfaat rakyat.

Sebagai contoh, penglibatan EXCO infrastruktur, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat dan sesi libat urus di peringkat persekutuan, amat kritikal, agar pemasalahan yang berlaku, seperti pembaikan jalan, yang mengambil masa yang lama untuk di selenggara, terutama jalan persekutuan. Sebab itu, tadi, saya ada bangkit, bila Yang Berhormat Ijok, ada membahaskan berkaitan dengan kerosakan jalan raya, ia juga, ramai yang juga, Ahli-Ahli Yang Berhormat bangkitkan jalan-jalan raya persekutuan. Sebab itu perlunya usaha dan inisiatif kita, bersama menyelesaikan masalah ini daripada Kerajaan Negeri. Contohnya, pelebaran jalan Hamzah Alang dari Pekan Meru ke Pekan Kapar, yang perlu disegerakan, sedangkan maklumat yang kita dapat bahawa peruntukan telah diluluskan sejak tahun 2019 lagi. Tapi, pelebaran jalan itu tidak dapat dilaksanakan lagi. Dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas daripada tahun 2019, malah sehingga hari ini, kesesakan lalu lintas ini semakin teruk terutama di waktu puncak.

Selain itu, Meru berpandangan , kerjasama semua pihak, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan juga memainkan peranan. Tahniah Majlis Bandar raya Diraja Klang yang

diisytiharkan Majlis bandar raya Diraja Klang, baru-baru ini oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Penaiktarafan daripada Perbandaran ke Bandar raya, bukanlah hanya sebagai tajuk ataupun gelaran semata-mata, tetapi perlu disusuli dengan suatu amanah yang diberi, satu cabaran kepada warga Majlis Bandar raya Diraja Klang. Imej Bandar raya mestilah selaras dengan tindakan dan pengisiannya, gerak kerjanya serta operasinya. Warga MBDK atau PBT perlu lebih proaktif dan efisien, terutama dalam mengambil tindakan segera dan tuntas dalam menyelesaikan isu serta aduan. Memastikan MBDK sentiasa dalam keadaan bersih, landskap cantik, selenggara longkang dan jalan dipantau dan mengikut jadual. Pemangkasan pokok dan mengindahkan serta menyelenggara taman permainan serta kemudahan awam. Lampu-lampu perlu juga di selenggara dan penguatkuasaan peniaga warga asing. Susunan dan penempatan peniaga tepi jalan dan banyak lagi isu-isu yang terkait dengan perbandaran yang perlu diberi perhatian. Ia perlu dilaksanakan secara lestari dan juga sesuai, dan mengikut garis panduan pembangunan mampan. Ini adalah harapan besar daripada pembayar-pembayar cukai, supaya mereka boleh mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang. Meru mengambil kesempatan ini, saya mohon supaya pihak PBT atau MBDK, melihat sendiri dan turun, ada satu taman, Taman Daya Maju, yang telah lebih 20 tahun, kerana setiap kali hujan, walaupun di tempat lain kering, tidak ada banjir, tetapi Taman Daya Maju ini, sentiasa di naiki air. Kemungkinan perlu di selenggara dengan baik longkang ataupun longkang ini perlu dinaik taraf di kawasan ini.

Tuan Timbalan Speaker, selain daripada itu, pembuangan sampah merata-rata tanpa kawalan, dan pembuangan sampah haram, di harap perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan, kerana sangat menjejaskan alam sekitar dan keselesaan rakyat. Saya mencadangkan supaya penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat, seperti menaikkan kompaun yang lebih tinggi kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini. Selain daripada itu, InsyaAllah, kita mengharapkan supaya pihak PBT dapat, demi keselesaan rakyat, pihak PBT dapat mengutip cukai taksiran di rumah-rumah kampung tradisi secara bersasar, iaitu rumah banglo yang besar-besar, yang didiami oleh Tan Sri, oleh Dato’, rumah-rumah lot yang ada 20 pintu rumah sewa. (TEPUK) Sedangkan bila sampah yang bertimbun atau limpahan sampah di lot tersebut, pihak PBT yang dapat komplen. Sebab itu, ini perlu dilihat, perlu, pihak pembangkang janganlah, tidak melihat kepada fakta juga jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh EXCO PBT, daripada awal persidangan kita ini. Sebab itu perlu memahami, inilah konsep keadilan, yang kita nak terapkan di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Inilah gunanya namanya adil. Bila kita dapat kutip daripada pihak orang-orang yang kaya, ia jadi hasil kutipan itu, kita dapat memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya rakyat kumpulan bawahan, ataupun B40, ataupun pendapatan rendah.

Timbalan Speaker

Meru, sila tutup.

Tuan Timbalan Speaker, dengan ini, akhir kata, akhir kalam, sekali lagi Meru merafak sembah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang menyampaikan titah baginda yang sarat dengan panduan dan nasihat, terutama kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Negeri Selangor supaya dapat menjalankan amanah dan memikul mandat rakyat sebaiknya. Dengan ini Meru menyokong sepenuhnya titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker

Waalaikumussalam. Silakan Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih, Tuan Speaker. Permatang menjunjung titah Tuanku Sultan yang meminta penjawat awam di Negeri Selangor agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Tuanku juga bertitah, agar kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan diminta agar dikurangkan segera. Ini amatlah penting bukan dari segi pembangunan negeri namun yang amatlah penting untuk mengamalkan birokrasi peraturan yang lebih mesra dalam isu-isu yang melibatkan kebajikan dan ekonomi rakyat. Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan untuk membezakan antara usahawan bandar dan usahawan luar bandar, kami di Permatang terdiri dari peniaga-peniaga kecil dan sederhana tidak seperti peniaga-peniaga yang selalu berniaga di premis-premis kedai dibandar-bandar. Kami dikampung-kampung Tuan Speaker kebanyakkannya berniaga di halaman rumah, ada yang buka warung, ada yang buka dengan izin car wash kereta yang mana peniaga ini hanya berniaga dibawah payung, dan kadang-kadang hanya letak kerusi meja. Perniagaan mereka hanya sekadar untuk mencukupkan keperluan harian umpamanya Bagai kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kadang kala untuk mencapai jualan sejumlah seratus pun susah. Pendapatan mereka tidak menentu dan hanya dibantu oleh keluarga seperti anak-anak dan ahli keluarga sahaja.

Tuan Speaker saya faham, untuk kegunaan perniagaan seharusnya mereka harus menukar status tanah mereka ini daripada status tanah pertanian ke status komersial sebagai contoh. Tambahan lagi untuk peniaga yang dahulunya kecil tapi hari ini saya lihat sudah ramai yang menjadi usahawan berjaya sehingga ada yang membuat restoran-restoran yang terkenal dan ada juga membuat homestay sehingga ada yang Berjaya membuat kilang ditempat saya. Tuan Speaker oleh itu, saya disini menghargai kepekaan Pejabat Dan Daerah Tanah kerana telah melaksanakan tugas dengan mengikut undang-undang dan mengikut peraturan Kanun Tanah. Saya Tuan Speaker pada hari ini ingin membawa perhatian Dewan kepada edaran surat yang bertajuk surat peringatan permohonan permit khas bagi tanah pertanian yang digunakan selain dari maksud pertanian, surat ini bertarikh pada 9 Februari 2024 dan mempunyai surat rujukan PCN/KS/PK/2024(17) isi surat ini Tuan Speaker, adalah berkenaan dengan arahan kepada pemilik tanah untuk memohon permit khas bagi tanah pertanian yang

digunakan selain daripada tujuan pertanian sebagai contoh yang menggunakan termasuk yang saya katakan sebentar tadi membuat warung dan sebagainya. Tarikh surat ini dikeluarkan dan kena dengan izin apply dalam masa 30 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan sekiranya sebarang tiada tindakan diambil notis 7a akan dikeluarkan dan pihak pentadbir tanah boleh mengambil tindakan pelucut hak mengikut seksyen 130 Akta Tanah Negara 1965.

Tuan Speaker, semua peniaga termasuk peniaga kecil termasuk di DUN Permatang diarahkan memohon permit khas yang mempunyai tempoh maksimum selama 4 tahun dan kemudian mereka dikehendaki menyambung atau menukar status tanah bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan. Saya disini Tuan Speaker ingin merayu untuk pihak Kerajaan mengkaji semula dasar pelaksanaan ini agar tidak menghimpit peniaga kecil yang ramainya tergolong dalam golongan B40. Mereka ini diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga Tuan Speaker, sudahlah harga barang semakin meningkat yang diibaratkan mencekik peniaga-peniaga kecil ini dan menekan keuntungan bersih mereka keparas terendah dan kini ditekan pula dengan arahan ini. Saya harap pihak pentadbir dan Kerajaan dapat mengkaji dan melihat semula arahan surat ini. Saya menyokong apa jua rancangan untuk kebaikan sebagai contoh keperluan untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak Kerajaan tempatan. Namun begitu Tuan Speaker sekali lagi saya merayu bagi pihak rakyat Selangor dan Permatang khususnya agar janganlah kita tertalu rigid dengan birokrasi pentadbiran sampai ke tahap menyusahkan rakyat yang bekerja keras untuk mencari sesuap nasi. Saya mendukung titah Tuanku agar karenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan kerajaan dikurangkan segera. Perlu ada sense of urgency dengan izin Tuan Speaker dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna. Kerajaan negeri seharusnya membuka pintu dan peluang dalam membina dan menggubal dasar-dasar negeri untuk membantu peniaga-peniaga luar bandar yang terhimpit oleh kemiskinan ditambah lagi dalam keadaan ekonomi yang meruncing. Kerajaan haruslah membantu semua pihak seperti pihak pentadbir tanah, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan untuk sama-sama kita mudahkan urusan perolehan permit dan memberi bantuan kepada rakyat di Negeri Selangor sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku Sultan demi kesejahteraan rakyat. Jadi isu utama yang menghalang permohonan permit khas ini ialah rata-ratanya isu pemilikan tanah, kerana kebanyakkan tanah pertanian yang digunakan iailah masalahnya ialah tanah pusaka isu geran kongsi. Tuan Speaker, jadi saya merayu agar kerajaan boleh menggubal dan melonggarkan sedikit birokrasi ini bagi memudahkan peniaga kecil ini untuk memperoleh permit memperoleh lesen dari pihak berkuasa tempatan dalam meneruskan perniagaan mereka. Tuan Speaker, selain daripada peniaga kecil isu di Permatang adalah berkenaan status tanah pertanian padi di sawah sempadan khususnya yang semakin terkenal dengan agro pelancongan. Seiring dengan pembangunan dalam industri agro pelancongan terdapat banyak homestay dan warung-warung yang kini viral dan tular kerana kedudukan strategik dan estatik dibangunkan di atas tapak sawah. Tuan Speaker, kalau kita lihat ramai antara kita

ramai pelancong termasuk rakyat Malaysia cenderung memilih untuk melancong keluar negara seperti saya bagi contoh sebagai contoh seperti Bali. Ramai yang pergi ke Bali untuk melihat tarikan pelancongan diatas tapak sawah seperti restoran Bebek ditepi sawah, villa-villa yang cantik di Bali itu. Tapi Tuan Speaker ditempat saya disawah sempadan juga kami mempunyai banyak homestay yang tak kurang cantik dan juga kedai makan di atas tapak sawah. Tapi Tuan Speaker malangnya masalah kami adalah sukar dan hampir mustahil untuk pengusaha-pengusaha homestay ini untuk mendapatkan lesen atau permit perniagaan seperti yang saya sebut tadi kerana tanah mereka sebenarnya telah digazzetkan sebagai penanaman padi. Saya ingin memohon kalau benar kita mahu naikkan agro pelancongan di Selangor saya mohon agar Kerajaan Negeri membantu rakyat di DUN Permatang khususnya untuk mendapatkan permit khas dan harap janganlah kita terlampau obses birokrasi peraturan dengan izin Tuan Speaker peraturan tidak perlu ini bolehlah kita longgarkan sedikit. Jadi saya percaya Kerajaan Negeri membantu untuk memudahkan urusan perolehan kelulusan khas permit ini ramai usahawan tempatan akan memohon permit tersebut untuk mendapatkan lesen perniagaan. Jadi ini juga boleh menyumbang peningkatan penyumbang hasil negeri di pejabat daerah dan tanah juga dan memudahkan segala urusan di pejabat tanah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan jadi saya lihat Tuan Speaker kalau kita mempermudahakan jadi ini dengan izin win-win situation untuk meningkatkan jugalah hasil negeri juga.

Keduanya Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang guru-guru KAFA saya ingin merujuk petikan akhbar sinar harian bukan sinar harian je saya ada nampak Selangor kini pun ada keluar juga yang mana bertajuk Selangor tambah guru KAFA untuk kurangkan beban cikgu sedia ada yang diterbitkan pada 19 Mei 2023 iaitu tahun lepas. Di dalam petikan akhbar tersebut Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata Jabatan Agama Islam akan melantik kira-kira 150 guru KAFA pada tahun ini. Maksudnya pada tahun lalulah pada tahun 2023 Kerajaan Negeri juga telah memperutukkan 14.5 Juta Ringgit untuk meningkatkan kapasiti dan keperluan negeri di Selangor. Kenyataan ini Tuan Speaker kita dah dapat pada tahun 2023 iaitu pada tahun lalu, namun begitu pada sesi Dewan yang lepas saya ada bertanyakan melalui soalan bertulis saya berbunyi seperti ini. Soalan pertama berapakah bilangan guru KAFA tambahan pada tahun ini. Jawapan tiada tambahan bilangan guru KAFA pada tahun ini. Dan kedua soalannya berapakah peruntukkan yang telah digunakan untuk penambahan guru KAFA dan tiada peruntukkan pada tahun ini. Kemudian Tuan Speaker saya juga telah bertanya pada 21 November 2023 di dalam Sidang yang lepas, tentang pertambahan guru KAFA dan jawapan yang kita terima daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab akan ada pertambahan pada tahun 2024 pada tahun ini pula tak kisahlah tahun lepas tiada tapi tahun ini katanya ada tapi memandangkan sekarang kita dah sama-sama berada di tahun 2024 saya benar-benar berharap pada tahun ini bertambahan guru KAFA ini akan dilaksanakan seperti yang dirancang. Kerana ini adalah punca guru-guru KAFA di kawasan saya dan Tanjong Karang ditukarkan di daerah lain secara besar-besaran. Atas alasan untuk mengisi kekosongan guru-guru yang di daerah lain. Ada yang dipindahkan dari

Tanjong Karang sehingga ke Puncak Alam dan kawasan-kawasan yang jauh Tuan Speaker dan kemudian saya merayu agar penambahan guru ini nanti akan melibatkan jua penambahan guru dikawasan saya semula. Kerana apa apabila guru-guru ini dipindahkan Tuan Speaker, kami pula mengalami kekurangan guru. Namun begitu saya harap janganlah Kawasan kami tidak diklasifikasikan sebagai kawasan kritikal dengan penambahan itu hanya saya takut hanya melibatkan daerah-daerah lain dan mengetepikan daerah seperti Kuala Selangor contohnya.

Selain itu Tuan Speaker saya juga ingin merujuk kepada surat yang bertajuk surat yang bertajuk pengganti Guru KAFA bersalin Jabatan Agama Islam Selangor, nombor rujukannya JAIS.BPI.100-1/3/6(21) yang bertarikh 14 Februari 2024 edaran Jabatan Agama Islam Selangor. Didalam surat ini dimaklumkan bahawa tiada lantikan pengganti guru KAFA bersalin atau guru ganti bersalin oleh Jabatan berkuatkuasa serta merta selain itu perkara menyebut pemohonan guru KAFA cuti bersalin 60 hari perlu dipanjangkan kepada jabatan untuk kelulusan. Tuan Speaker boleh kita bayangkan dah la dalam keadaan guru yang tidak cukup apabila bersalin cuti pula bersalin tiada pula guru gantinya saya risau Tuan Speaker bagaimana kita nak memastikan anak-anak kita tidak ketinggalan dalam Pendidikan Islam di sekolah-sekolah kaf aini. Selain daripada itu, mengikut seksyen 37 akta kerja 1955 kelayakkan cuti bersalin adalah 98 hari namun begitu mengikut perkara 2 didalam surat diatas permohonan guru KAFA cuti bersalin masih 60 hari. Jadi soalan saya berapakah sebenar bilangan hari cuti bersalin bagi guru-guru tadi adakah sebanyak 60 atau 98 hari? Adakah guru KAFA kita tertakluk kepada akta kerja. Sudahlah allowance pada gaji minimum pada kita semua tahu elaun mereka hanyalah pada gaji minimum saya bersetuju tadi dengan Yang Berhormat Meru, saya juga merayu pada Kerajaan Negeri dalam ekonomi yang semakin mendesak boleh sekiranya Kerajaan Negeri mempertimbangkan elaun guru KAFA ini demi dikaji semula saya merayu simpati sedikit kepada Kerajaan Negeri untuk membela kebajikan guru KAFA demi menjamin yang mereka.

Timbalan Speaker

Permatang boleh tutup.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Yang baik dan optimum untuk anak-anak di Negeri Selangor. Akhir sekali Tuan Speaker saya ingin menyentuh sedikit tentang projek sakit. Tuan Speaker saya telah menerima jawapan soalan bertulis yang dikemukakan pada hari pertama Dewan bersidang, saya berterima kasih kerana telah mendapat jawapan awal dan memuji usaha tuntas pihak Kerajaan Negeri. Saya ingin Tuan Speaker salah satu soalan saya tidak mendapat jawapan ..

Timbalan Speaker

Permatang dah merah 4:30 petang boleh tutup

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Esok lah, esok.

Timbalan Speaker

Esok saya bagi 5 minit, baiklah Yang Berhormat sekalian jam sudah 4:30 petang maka Dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok 1 Mac 2024 bermula jam 9:30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)