Selangor · 1 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 566 turns · 43,166 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 1 Mac 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera, selamat pagi. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran Pengerusi MPKK DUN Sekinchan serta Ahli Majlis Sabak Bernam seramai 8 orang yang diketuai oleh Encik Wong Ah Chai. Selamat Datang ke Dewan Negeri Selangor.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Saya mulakan dengan Semenyih.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih. Soalan nombor 28.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Ribut Tropika 'jelawat'Questions

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi kesan ribut tropika 'jelawat'?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab persoalan daripada Semenyih, berkenaan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi kesan ribut tropika 'jelawat'?. Untuk makluman Yang Berhormat,

a) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 17 Disember 2023 telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut berkenaan berada pada kedudukan kira-kira 1,254 km dari timur laut Sandakan dan bergerak selaju 20 km sejam. Walau

bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia ia tidak mendatangkan kesan signifikan kepada Malaysia.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia dan mengambil langkah-langkah dalam menghadapi segala kemungkinan kejadian bencana termasuk kesan ribut tropika 'jelawat'. Kerajaan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bil. 1/2023 pada 23 Oktober 2023 yang telah dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Mesyuarat ini bagi menyelaraskan maklumat berkaitan tinjauan cuaca sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), serta mendapatkan maklum balas agensi berhubung kesiapsiagaan menghadapi kejadian bencana. Ini termasuk status anggota bertugas, aset-aset, serta keperluan logistik oleh setiap agensi dan jabatan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah diaktifkan segera di semua lokasi bencana. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah bersiap siaga memainkan peranan masing-masing bagi menghadapi musim MTL dengan melaksanakan operasi dan koordinasi bersepadu di peringkat daerah dan negeri.

Semua jabatan dan agensi memainkan peranan selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Segala bantuan pengoperasian bersepadu hendaklah diselaraskan melalui JPBD bagi Tahap 1 manakala JPBN bagi Tahap 2.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sila.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas jawapan. Sebagaimana yang kita tahu Semenyih agak terdedah kepada risiko ribut dan seingat Yang Berhormat EXCO pun turun ketika ribut melanda Kampung Sesapan Minangkabau, Batu Rimbau dan Kampung Sungai Ajai. Terima kasih di atas perhatian. Cumanya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah sistem ataupun siren untuk memastikan ada amaran awal diberikan kepada penduduk sekiranya ribut ataupun bencana ini berlaku lagi. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih. Cadangan daripada Semenyih tadi, saya akan usulkan kepada pihak Unit Pengurusan Bencana Negeri dan juga pada masa yang sama akan berbincang pihak Jawatankuasa Infrastruktur untuk menambah baik persiapan dan juga langkah-

langkah untuk kita mengatasi masalah banjir dan pada masa yang sama alert sekiranya berlaku banjir pada peringkat yang lebih awal. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kota Damansara soalan nombor 29.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Penanaman Jagung Sebagai Sumber Makanan Ayam TernakanQuestions

29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah hasil yang dapat dituai berdasarkan pilot projek yang dijalankan?

b)

Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memberi galakan kepada pemilik tanah untuk menanam jagung tersebut?

c)

Apakah insentif yang kerajaan sediakan agar golongan muda dapat turut serta di dalam bidang penanaman tersebut?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kota Damansara bertanyakan isu penanaman jagung bijian, sebagi sumber makanan ayam ternakan. Untuk makluman Yang Berhormat,

Kerajaan Negeri di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor telah berjaya menuai hasil pertama jagung bijian ataupun bijirin melibatkan 42 ekar daripada keseluruhan 300 ekar ladang di Kuala Langat Selatan, Selangor pada Januari yang lepas. Projek telah bermula sejak Mei tahun lalu dengan penanaman baka jagung bijian jenis Pacific 789 yang tahan lembapan dan sesuai dengan keadaan tanah di Kuala Langat Selatan telah pun dituai baru-baru ini.

Sebanyak 118 tan hasil diperolehi pada fasa pertama tuaian di kawasan seluas 42 ekar ini dengan kos kira-kira RM900.00 setiap tan berbanding harga import sebanyak

RM1,200.00 setiap tan (tidak termasuk pengangkutan).

Pengurangan kebergantungan kepada import ini sudah pasti akan memberi sedikit impak positif kepada rantaian bekalan seperti menurunkan kos makanan ayam dan seterusnya dapat membantu mengawal harga jualan ayam khususnya yang dibuat oleh PKPS. Pelaksanaan projek ini adalah komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam meneruskan program intervensi harga makanan yang diperkenalkan sejak 2022. Selain daripada kita mengusahakan jualan di bawah JER itu kita juga melihat bagaimana harga produk yang dapat kita turunkan dan salah satunya adalah makanan jagung ini yang merupakan makanan utama kepada ayam, untuk supaya memastikan akses makanan segar pada harga berpatutan yang mencukupi kepada rakyat Selangor khususnya menjelang musim perayaan. Sebanyak 100 daripada keseluruhan 300 ekar telah pun dibersihkan bagi memulakan fasa penanaman kedua bermula pada bulan Mac tahun ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, tanaman jagung bijirin atau bijian ini mempunyai permintaan dan jualan tinggi serta boleh memberi keuntungan yang berpatutan. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengalu-alukan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak yang berminat untuk menceburi bidang penanaman jagung bijirin ini. Ini pun kita telah menerima banyak pertanyaan dan permohonan untuk bekerjasama dalam bidang ini khususnya di Negeri Selangor, tumpuannya di Negeri Selangor dan akan menawarkan kepakaran teknikal sedia ada untuk kerjasama secara komersial. Di samping itu juga, kita telah melihat untuk membantu pemilik tanah atau pihak-pihak yang berminat untuk mengusahakan tanaman jagung bijian ini dengan cara bimbingan kaedah penanaman yang betul, ini melibatkan juga penduduk di Selangor yang mempunyai tanah yang lebih kecil di bawah konsep Contract Farming ataupun tanaman berkelompok untuk mereka.

Yang Bahagian 3 soalan ini bertanyakan soalan mengenai golongan muda ya, untuk menarik minat golongan muda untuk melibatkan sama dalam projek penanaman jagung bijian ini. Di bawah Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor 2021 – 2025 penglibatan golongan belia dan wanita adalah menjadi objektif juga untuk kita libatkan mereka dalam bidang pertanian terutamanya pertanian moden. Jadi, atas usaha Kerajaan Negeri melalui PKPS juga ini dan Jabatan Pertanian untuk menarik golongan muda dan melibatkan diri dalam tanaman jagung bijian ini adalah antaranya skim latihan yang telah kita telah sedang kendalikan di bawah oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor melalui inkubator usahawan tani, latihan kejuruteraan pertanian juga menggalakkan penggunaan teknologi moden seperti penggunaan IOT dalam pelbagai bidang pertanian dan juga mekanisasi dalam pertanian dan juga dalam masa yang sama juga membantu dari segi dana, pinjaman dan geran sama ada melalui Jabatan dan juga Agrobank dan Hijrah Selangor serta juga membantu dalam usaha kita membuat pemasaran yang luas. Maknanya kita beri jaminan untuk membeli produk-produk jagung ini supaya dapat kita pasarkan secara bersama. Jadi, tak perlu mereka

bimbang kepada aspek pemasaran yang akan kita kendalikan di bawah Contract Farming, sekian terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO di atas jawapan itu tadi. Cuma saya nak tanya daripada pihak Yang Berhormat EXCO adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk, sebab tadi salah satu yang disebut ialah program skim latihan atau inkubator. Cuma masih banyak lagi tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS yang kemungkinan kita boleh gunakan konsep mentor menti yang mana golongan anak muda, mungkin wanita juga boleh terlibat, turut sama kita gunakan konsep mentor menti dalam tempoh setahun ke dua tahun setiap daripada mereka diberikan sebidang tanah dalam beberapa ekar dan diajar dalam cara menguruskan kewangan di set up kan dia punya company. Apabila hasilnya setelah 2 tahun mereka sudah mempunyai ilmu dan menguruskan syarikat masing-masing, mereka sendiri boleh keluar daripada konsep mentor menti itu dan pergi ke Agrobank membuat pinjaman kerana mempunyai rekod perniagaan dan secara tidak langsung ini boleh mengembangkan lagi konsep tersebut. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima Kasih Kota Damansara. Itulah sebenarnya kita telah laksanakan di peringkat awal lagi di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor ini daripada awal memang kita meletakkan mentor menti ini sebagai satu program penting kerana kita sedar bahawa kalau usahawan ini ataupun agroprenuer ini kalau tidak dibimbing daripada awal sehingga ke peringkat pemasaran kita dapati kegagalannya sangat tinggi. 1 daripada 10 kita dapati dalam statistik 1 daripada 10 akan gagal. 1 sampai 10 yang berjaya sebenarnya kalau kita tidak bimbing begitu dan memang kita telah laksanakan dan jagung bijian ini semua termasuk dalam 12 tanaman yang merupakan tanaman bernilai tinggi yang kita telah melaksanakan setakat ini adalah melon ya. Melon yang baru ini pun kita lancarkan, di bawah agrobandar lagi. Itu sebenarnya telah pun dilaksanakan di bawah mentor menti program dan ada lagi tanaman-tanaman yang telah kita kenal pasti termasuklah halia, salad yang bernilai tinggi iaitu sayuran yang bernilai tinggi, jagung bijian ini termasuk dalam 12 tanaman bernilai tinggi yang sedang kita beri fokus. Itu memang kita laksanakan dan kita kembangkan lagi. Terima kasih.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat, saya ingin bertanya isu penanaman jagung ini akan berterusanlah tidak akan mencukupi. Jadi

adakah usaha-usaha daripada pihak kerajaan untuk membuka seluas-luasnya permit untuk pengimportan jagung berkenaan? Supaya harganya dapat bersaing dengan baik.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat mana? Dengkil, minta maaf. Yang Berhormat Dengkil, sebenarnya keperluan jagung bijian ini untuk makanan ayam dan juga ruminan adalah di sekitar 4 juta tan setahun. Sangat banyak dan kita mengimport lebih RM3 bilion nilai dia dan memang sebenarnya memang mendapat galakan di peringkat negeri dan juga di peringkat persekutuan bahawa usaha untuk kita mengurangkan apa nama ini pergantungan kepada jagung daripada luar ini sebenarnya. Sekarang ini kita hanya mampu mengeluarkan tempatan di seluruh negara di sekitar 3 peratus begitu sahaja daripada keperluan jagung bijian ini. Sangat, jadi potensinya sangat besar dan tidak ada masalah untuk mengimport jagung ini tetapi masalahnya sekarang ini ialah kita perlu kurangkan pergantungan itu dan saya yakin dan percaya tanaman ini merupakan satu tanaman yang berpotensi besar sebenarnya sebab ayam ini saya yakin akan berterusan keperluan ayam ini meningkat bukan mengurang keperluan ayam. Jadi, sudah pasti makanannya adalah menjadi penting dan jagung ini untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat 65 % daripada makanan ayam adalah jagung. 65 %, setakat ini masih lagi bertahan 65 % satu nilai yang tinggi, untuk ruminan itu dia rendah sedikit tetapi untuk ayam memang tinggi. Jadi kita perlu galakkan sekarang ini untuk tingkatkan dan kita berjaya buktikan bahawa kos tempatan lebih murah dalam RM900 satu tan. Saya yakin selepas pusingan kedua, pusingan ketiga dia akan turun lagi kepada RM600 sedangkan harga yang kita import sekarang RM1200 itu kira dah rendah biasanya dia boleh naik sehingga RM1500 hingga RM1800 satu tan. Memang menguntungkan dan boleh diusahakan di dalam Negara untuk mengurangkan pergantungan kepada jagung daripada luar. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih. Kalau tadi disebutkan Yang Berhormat EXCO bahawa pengeluaran pertama adalah 118 tan daripada 42 ekar yang telah diusahakan dan saya kira kalau 300 ekar tidak melebihi daripada 1,500 tan dalam satu (1) tuaian. So, dalam masa setahun, berapakah jangkaan yang kita boleh dapat dan berapa keperluan kalau di negeri Selangor ini dalam setahun setakat ini, kalau tadi 4 juta tan itu, untuk satu Selangor? Jadi, saya juga hendak tahu dalam sudut contract farming ini sekurang-kurangnya adakah, berapa ekar yang nampak ia ada commercial value kepada pemilik untuk mereka juga terlibat kepada, dalam contract farming ini yang akhirnya juga akan memberikan satu kebaikan kepada pengusaha-pengusaha yang di luar yang berminat. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk pengetahuan semua, jagung ini, dia punya tanaman dia, ia sekitar empat (4) bulan, empat (4) bulan untuk kita harvest. Jadi, maknanya dalam setahun itu, kita boleh buat dua (2) kali lah untuk kita usahakan dan uniknya di sini, di Kuala Langat

Selatan ini, yang kita buat baru-baru ini ialah ia di tanah gambut. Ini adalah merupakan sejarah dalam negara orang tanam jagung dalam tanah gambut. Cuma ada masalahnya sekarang ini, ini membuktikan bahawa dalam sebarang jenis tanah boleh ditanam jagung ini. Jadi, kecuali tanah yang banjir lah, tidak boleh diusahakan. Cuma masalah tanah gambut ini mekanisasi lah sebab jagung ini kalau hendak economical dan berdaya maju ia perlu dibuat di kawasan yang luas supaya kita boleh mechanize kan menggunakan jentera yang, jadi tidak boleh masuklah, lembik. Jadi kita akan tengok macam mana lah untuk baiki lagi dan kita boleh turunkan lagi kos. Keperluan Selangor ini, saya tidak ada exact figure tetapi keperluan negara itu memang ada tetapi memang tinggilah sebab Selangor ini antara pengeluar ayam yang agak tinggi dalam negara kita. Di Sabak Bernam sahaja tiga juta ekor satu cycle. Jadi, satu angka yang besar dan kita mengeluarkan hampir 50% keperluan Selangor ini kita mengeluarkan 50% lagi kita import daripada luar negeri Selangor. So, maknanya tinggi penggunaan jagung, ayam, jagung bijian ini bagi negeri Selangor dan saya tidak lihat ada masalah untuk kita mendapatkan pasaran dalam jagung ini cuma kita hendak kena jaga kosnya dan saya yakin dengan, kita ada buat ujian sebelum ini pun di Sungai Tengi di sini pun kita dah buat dan kita dapati kos memang boleh menguntungkan untuk kita laksanakan secara lebih meluas termasuklah cara contract farming. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya Nombor 30.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Pelaburan Dari Luar NegaraQuestions

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan jenis dan modal pelaburan dari luar negara dalam tempoh 3 tahun yang lepas.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, sejak tiga tahun yang lalu, iaitu 2021 hingga September 2023, sejumlah RM47.57 bilion modal pelaburan asing telah masuk ke negeri Selangor. Daripada jumlah ini RM21.53 bilion adalah bagi sektor pembuatan dan selebihnya iaitu RM26.04 bilion adalah sektor perkhidmatan.

Secara keseluruhan, jumlah modal pelaburan asing ke Selangor pada tiga (3) tahun tersebut adalah RM1.99 bilion pada 2021, RM30.17 bilion pada 2022 dan RM15.4 bilion untuk tahun 2023. Ini adalah angka sehingga September 2023. Jadi bagi senarai jenis modal pelaburan dari luar negara dalam tempoh tiga (3) tahun yang lepas, bagi penyumbang utama bagi sektor pembuatan adalah electronics dan electrical products dengan jumlah pelaburan sebanyak RM14,227,331,681.00. Ini bagi sektor pembuatan, penyumbang utama iaitu electronics dan electrical products.

Dan bagi penyumbang utama bagi sektor perkhidmatan, iaitu information and communications adalah sebanyak RM21,364,000,000.00 dan oleh kerana jawapan ini melibatkan banyak angka sekiranya saya perlu baca sektor by sektor, ia mengambil masa yang sangat panjang, jadi saya akan membekalkan jawapan ini secara bertulis kepada Yang Berhormat Teratai. Dan untuk makluman Ahli Dewan juga, Invest Selangor telah meletakkan sasaran pelaburan asing dan domestik sebanyak RM45 bilion bagi tahun 2023. Dan semalam, saya hendak kongsikan satu berita baik. Semalam, Malaysian Investment Development of Authority ataupun MIDA telah mengumumkan jumlah pelaburan iaitu merangkumi kedua-dua pelaburan domestik dan asing berjumlah RM55.3 bilion melebihi sasaran Kerajaan Negeri Selangor (Ahli Dewan menepuk meja). Berdasarkan data MIDA juga untuk tahun 2023, projek perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan tahun ke tahun iaitu RM19.3 bilion tahun lalu berbanding dengan RM12.2 bilion pada tahun 2022. Sekian, terima kasih.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan. Yang Berhormat, bolehkah saya bertanya? Berapakah jumlah pelaburan domestik sahaja bagi tiga (3) tahun yang ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Balakong, secara keseluruhan, untuk tempoh tiga (3) tahun yang lepas, jumlah pelaburan domestik adalah sebanyak RM42.9 bilion dan RM45.7 bilion seperti yang disebut tadi menjadikan jumlah pelaburan tiga (3) tahun negeri Selangor adalah sebanyak RM90.4 bilion. Yang hampir, yang penting sekali, biar saya habis dulu, hampir 65,000 peluang pekerjaan baru terhasil daripada jumlah pelaburan ini dan hampir separuh daripadanya adalah (ketawa) pekerjaan mahir. Jadi, saya hendak menekankan di sini mengenai pekerjaan mahir yang tinggi ini, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa beriltizam untuk melahirkan pekerja mahir di Selangor apabila kita membuat penilaian pelaburan yang ingin masuk ke negeri Selangor kerana saya nampak ini memang merupakan satu perkara yang cukup penting dan contohnya saya hendak bagi satu perbandingan, antara dua (2) sektor yang terbesar di Malaysia iaitu automotif dan aeroangkasa. Pada 2019 sektor aeroangkasa menjana RM16 bilion dan dengan hanya 25,000 pekerja tetapi automotif memerlukan 700,000 pekerja dan menjana RM50 bilion. Sektor aeroangkasa cuma perlukan 75,000 pekerja mahir untuk peroleh pendapatan yang sama dengan hanya 10% tenaga kerja yang diperlukan untuk sektor automotif. Jadi, sektor beginilah yang menjadi keutamaan yang tinggi bagi Kerajaan Negeri Selangor dan semua taman industri yang Kerajaan

Negeri Selangor bina termasuk Selangor Aero Park di Sepang, di bawah pembangunan IDRISS bermatlamat menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, berproduktiviti tinggi dan yang penting sekali kita dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi bagi anak-anak muda di negeri Selangor dan seluruh warga Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO menjawab soalan Teratai dan Balakong tetapi saya tidak faham mengapa dia tengok kepada saya? Saya belum tanya soalan tambahan lagi ya. Mungkin dia menjangkakan saya akan bertanya. Berdasarkan pengumuman MIDA semalam sukacita saya memberikan maklumat tambahan. Negeri Selangor mencatatkan RM55.3 bilion. Jangan tepuk dulu. Pulau Pinang mencatatkan RM71.8 bilion dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan RM58.3 bilion. Dengan jumlah yang diumumkan Selangor jatuh ke tangga ketiga berbanding tangga kedua pada tahun 2022 dengan nilai pelaburan RM60.5 bilion. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana Selangor mencatatkan satu angka yang baik cuma saya hendak tanya dengan Yang Berhormat EXCO. Kalau kita teliti jumlah pelaburan di peringkat negara pada suku tahun keempat 2023. Ada pertambahan RM104.5 bilion daripada RM225 bilion sehingga September, melonjak kepada RM329.5 bilion ada pertambahan RM104.5 bilion itu. Namun, yang menjadi persoalannya daripada RM104.5 bilion ini, yang datang ke Selangor hanya RM13.7 bilion. Manakala jumlah yang jauh lebih besar berlabuh di Pulau Pinang, Johor, Wilayah Persekutuan. Jadi, Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan sektor-sektor baru ini yang kita bincang panjang semalam dalam perbahasan sama ada soal sektor digital, sektor AI dapat datang ke Negeri Selangor rather than to other States seperti Pulau Pinang dan negeri Johor. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih soalan daripada Hulu Kelang. Tadi dia telah bersedia hendak bangun untuk bertanya, jadi saya pandang kepada Yang Berhormat Hulu Kelang dan ingin memberi peluang kepada Yang Berhormat Hulu Kelang untuk bertanya. Jadi, tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang itu memang betul. Tiga negeri yang mencatatkan pelaburan yang paling tinggi, pertama Pulau Pinang, yang kedua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukan negeri Selangor adalah di kedudukan yang ketiga tetapi bagi saya yang pertama sekali adalah ketiga-tiga ini adalah di bawah kerajaan yang. Dan bagi negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah meletakkan sasaran sebanyak RM45 bilion bagi tahun 2023 dan kita berjaya melebihi target yang telah kita set kan iaitu RM55.3 bilion. Bagi saya ini merupakan satu pencapaian yang cukup baik dan saya hendak ucapkan tahniah kepada semua agensi di Negeri Selangor kerana telah berusaha kuat untuk mencatat satu rekod yang baru iaitu RM55.3 bilion. Jauh melebihi RM45 bilion yang telah diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dan bagi soalan yang ditanyakan oleh, soalan kedua yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang itu,

bagaimana eh kenapa kita hanya berjaya menarik RM13 bilion berbanding dengan RM104.5 bilion yang dimasuk ke Malaysia bagi suku yang terakhir. Bagi saya, tadi saya telah jawab yang paling penting sekali, bukan kata jumlah pelaburan itu tidak penting, itu penting, saya setuju jumlah pelaburan itu penting tetapi ia bukan segala-galanya kerana Kerajaan Negeri Selangor memberi fokus kepada industri yang boleh, yang akan masuk dan akan memberi spillover effect yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi dan dapat mewujudkan rantaian ekosistem yang lebih lengkap supaya kita dapat membawa SME dan pembuatan, sektor pembuatan perkhidmatan yang lain di negeri Selangor bersekali dengan pelaburan yang akan masuk ke negeri Selangor. Ini merupakan fokus yang utama sebentar lagi dan Pulau Pinang berjaya mencatat satu angka pelaburan yang cukup tinggi kerana sektor semi konduktor dan Kerajaan Negeri Selangor juga akan mengumumkan satu pelan rancangan tidak lama lagi berkenaan sektor semi konduktor yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan saya yakin berita baik ini tidak lama lagi kita akan dapat kongsikan bersama semua warga negeri Selangor.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, boleh satu sahaja? Tambahan daripada jawapan EXCO.

Timbalan Speaker

Silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya percaya Yang Berhormat EXCO boleh dapat maklumat yang lebih terperinci daripada MIDA. RM104.5 bilion ini diluluskan hanya pada saat-saat akhir, iaitu pada bulan Disember memandangkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan satu blueprint yang saya sebut DESAC Digital Ecosystem Acceleration Scheme begitu, untuk mempercepatkan approval bagi pelabur-pelabur dalam sektor yang berkualiti tinggi. Jadi, RM104.5 bilion itu bukan sektor yang labour intensive, memang yang melibatkan digital, melibatkan AI dan teknologi-teknologi tinggi. Jadi, hampir kesemua pelaburan yang diluluskan pada suku keempat tahun lepas memang tertumpu sektor berimpak tinggi. Jadi, persoalan saya tadi mengapa Selangor tidak dapat menggamit pelaburan yang berkualiti ini. Untuk melabur di Selangor dan mereka memilih negeri-negeri lain walaupun secara keseluruhannya baik untuk negara tetapi saya mahu Selangor terus menjadi hub bagi teknologi tinggi khususnya dalam sektor digital dan juga AI, terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih daripada pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Jadi di Negeri Selangor tadi saya telah sebut kita akan mengumumkan satu pelan rancangan untuk membangunkan industri semi konduktor tidak lama lagi. Ini bukan sahaja semi konduktor ia termasuk IC Design, ini akan diumumkan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tidak lama lagi tunggulah berita baik ini yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan ini akan membantu Negeri Selangor untuk mengadakan satu ecosystem yang setanding dengan Negeri-negeri lain dan maka dengan ada

rancangan itu saya yakin kita akan dapat menarik lebih banyak pelabur semi konduktor yang berkualiti tinggi dan berimpak tinggi ke Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Pengerusi, soalan saya nombor 31.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. Rumah Selangorku MoribQuestions

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a)

Apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang tergendala? Bilakah projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang dimaklumkan oleh pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana dijadualkan iaitu pada akhir Disember 2023?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Morib dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Morib ada bertanyakan tentang apakah status terkini Rumah Selangorku di Morib yang tergendala, bilakah projek ini dapat disempurnakan kerana sepertimana yang dimaklumkan oleh pemaju adalah ianya akan disempurnakan sepertimana dijadualkan iaitu pada akhir Disember 2023. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa siri mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan bagi memantau perkembangan pembinaan projek Rumah Selangorku Pangsapuri Morib Anggun oleh pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan. Antara perkembangan terkini adalah seperti berikut, Pada 22 Januari 2024, pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah mengadakan Mesyuarat Di Bawah Seksyen 10E (1)(a) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) Untuk Hadir Di Hadapan Pegawai Pemeriksa Bagi Tujuan Siasatan Secara Lisan Berkaitan Projek Perumahan Bermasalah Sentoria Harta. Hasil daripada mesyuarat tersebut, terdapat pindaan Jadual Pelaksanaan Projek yang mana projek dijangkakan akan siap sepenuhnya pada Disember 2024. Jadual ini adalah selaras seperti mana yang dikemukakan kepada pihak LPHS pada 22 November 2024. Pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) juga telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai & Bermasalah Daerah

Kuala Langat Bil.1/2024. Pada 7 Februari 2024 melibatkan pembangunan Rumah Selangorku Morib, pihak MPKL akan mengeluarkan notis untuk memohon laporan secara bertulis daripada pihak pemaju. Hasil daripada tindakan tersebut, beberapa langkah yang telah dan akan dibuat oleh pihak pemaju iaitu, pihak pemaju telah menyelesaikan perkara berkaitan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. yang mana ‘Bank Guarantee’ (BG) telah dikemukakan dan Pelan Sistem Bekalan Air Luaran Interim telah pun mendapat kelulusan. Oleh yang demikian, kerja-kerja infrastruktur yang berkaitan boleh dilaksanakan oleh pemaju. Jadi maksudnya pihak pemaju melunaskan BG yang ini pokok asal yang Berhormat Morib menyebabkan tidak boleh utiliti antara elektrik dan juga air tidak dapat dilaksanakan tetapi apabila BG telah dijelaskan maka telah menjadi tanggungjawab pihak Air Selangor dan juga pemaju boleh meneruskan kerja-kerja dan terdapat pelabur baru yang akan menyokong projek dan suntikan dana signifikan. Yang ini sudah ada suntikan dana baru dan ada perubahan pengurusan tertinggi syarikat turut diganti dalam lapangan diteruskan maksudnya Lembaga Pengarah sudah bertukar jadi Lembaga Pengarah sudah bertukar dan kita datang dengan Lembaga Pengarah yang baru menyebabkan beberapa perkara teknikal yang harus di teruskan dan ketiga terdapat pindaan Jadual Pelaksanaan Projek yang mana projek dijangkakan akan siap sepenuhnya dan ini jaminan yang diberi oleh pihak pemaju dan dipantau oleh pihak MPKL serta LPHS di mana pada Disember 2024 dapat diteruskan ataupun diserahkan kepada pihak pembeli dan pihak pemaju juga sedang menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan pihak perbankan dan juga melancarkan kerja pembinaan di lapangan. Nampaknya daripada segi projek ini kita memantau dan dapat melaksanakan. Seterusnya Insha’ Allah Disember 2024 akan dapat disiapkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Ada soalan tambahan? Morib silakan.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih kepada jawapan daripada EXCO. Cuma apa saya perhatikan, projek ini sudah terlalu lama dan menjanjikan tempoh yang drag, yang lama dan saya selalu memantau keadaan ini sebabkan pembeli adalah daripada penjawat awam sendiri dan kita pun tahu keadaan ini. Kesempitan mereka dengan membayar bank dan menyewa rumah lain. Apa pun saya akan memantau terus terima kasih kepada EXCO yang diberitahu pada Disember 2024 dan soalan saya, adakah kali ini jaminan itu diberi? Kerana kita faham kita tidak boleh selalu berjanji sebab janji itu menyakitkan bila tidak ditepati. Sekian, terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Morib. Ya lah jaminan ini kita adalah turutan daripada keputusan dan apa juga yang dibuat oleh pihak pemaju berjanji kepada pihak MPKL dan juga LPHS dan adalah menyebabkan perkara yang antara yang saya nampak kelewatan ini kerana mereka masa itu ada masalah dana untuk membayar BG yang pada asalnya mereka harus bayar sebanyak RM18juta tetapi atas usaha yang diberi dan sokongan yang diberikan Yang Amat

Berhormat Dato’ Menteri Besar, kita telah memberikan kelonggaran sedikit. Maka dengan sumber yang kita beri, kelulusan yang itu, mereka dapat melunaskan dan membayar BG ini kepada pihak utiliti. Jadi ini yang antara yang menyebabkan masalah suntikan dana dan saya lihat usaha oleh pemaju ini telah menuju ke jalan yang agak lebih menyelesaikan masalah. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Paya Jaras.

Soalan saya nombor 32.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Projek Pelebaran Jalan Ft54, Sungai BulohQuestions

32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a)

Berapakah jumlah rumah penduduk di sepanjang jalan yang terlibat dalam projek pelebaran jalan ini?

b)

Adakah penduduk tersebut menerima pampasan atau ganti rugi?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras dan Tuan Timbalan Speaker. Paya Jaras bertanyakan soalan berhubung dengan Projek Menaiktarafkan Jalan Persekutuan FT 54 daripada Sungai Buloh ke Asam Jawa Kuala Selangor yang telah pun siap pada tahun 2021 tentang jumlah penduduk yang terlibat dalam projek menaiktarafkan ini. Sebanyak 91 Lot tanah yang terlibat di sepanjang jalan bagi projek pelebaran ini jalan FT54 dan telah menerima pampasan daripada Kerajaan Persekutuan dan keseluruhan pampasan berjumlah RM 25,598,427.99. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan silakan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat dengan jawapan yang diberikan. Cuma saya hendak tanyakan sedikit ada beberapa kes penduduk yang berjumpa dengan saya iaitu, mereka yang tidak dapat pampasan. Yang dapat pampasan sudah dapat geran tapi ada penduduk yang lama duduk situ peneroka dan mereka memang ada memohon tanah tetapi tidak dapat, tetapi mereka sudah duduk situ dekat 40 tahun meneroka. Jadi adakah mereka yang distatuskan sebagai peneroka, yang tidak dapat lot tanah ini akan dapat ganti ataupun, mereka ini

akan diberikan peluang untuk dapat gantian sebab mereka ini orang lama-lama dekat situ tetapi apabila mohon kepada Kerajaan Negeri tidak dapat. Ada dalam 15 hingga 20 orang yang berjumpa dengan saya. Adakah mereka diberi peluang satu, berapa jumlah pampasan? dan kedua adakah mereka dapat peluang tanah walaupun secara legal nya memang tiada tanah tetapi secara yang dibuat mereka sudah stay lama dengan bukti-bukti yang telah diberikan? Mohon penjelasan daripada EXCO, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang projek yang melibatkan pengambilan tanah di sama ada jalan atau sebagainya memang kita akan buat bancian yang lengkap untuk mendapatkan maklumat dan projek ini sebagaimana disebutkan tadi di bawah Persekutuan tetapi kita membantu dari segi mendapatkan mereka-mereka menyelesaikan isu tanah di laluan jajaran ini dan setakat ini memang yang dikenal pasti 91 lot dan telah pun dibayar tetapi jika ada lagi yang kita dapati ada bantahan dan sebagainya, boleh dibawa ke dalam pengetahuan saya untuk kita lihat secara teliti balik sebab projek ini pun telah 3 tahun sudah siap dan kita hendak tengok balik. Setakat ini memang setakat yang diberikan dan jika ada lagi kita kan tengok kalau ada kewajaran untuk kita meneliti balik isu-isu berkaitan pampasan ini. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan dari Pelabuhan Klang bernombor 33.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Alam SekitarQuestions

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a)

Apakah inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk melindungi dan memulihara alam sekitar di Selangor?

b)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah pencemaran sungai?

c)

Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan amalan kitar semula di kalangan rakyat?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Pelbagai Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melindungi dan memulihara alam sekitar. Jadi antara usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan, saya kan list kan secara ringkas kerana nampak macam karangan. Pertamanya, Kempen Kesedaran seperti Karnival Alam Sekitar keduanya Kempen bebas Plastik dan Pelaksanaan Kutipan Caj Beg Plastik dan ketiga Program Penanaman Pokok, keempat Program Pengumpulan E-waste dan seterusnya Pembangunan Large Scale Solar dan Pemasangan Panel Solar dan Lampu Solar di Bangunan Kerajaan Negeri dan seterusnya Dasar larangan Beroperasi Kilang Permis Memproses Sisa Kitar Semula Plastik di Negeri Selangor, Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor, Penambahbaikan Caj Beg Plastik Negeri Selangor dan pada tahun ini kita juga akan teruskan usaha bagi menubuhkan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor ataupun (LUAS) telah melaksanakan 12 tindakan berikut dalam mengatasi isu pencemaran sungai merangkumi menjalankan rondaan 24 jam melalui Skuad PANTAS LUAS bagi memastikan tindakan-tindakan pemuliharaan kualiti sumber air dan penguatkuasaan ke atas pihak yang berkaitan yang menyebabkan aktiviti pencemaran dapat diambil. Selain daripada itu menjalankan tinjauan sungai-sungai di Negeri Selangor melalui Unit Penguatkuasaan LUAS bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti dalam 50 meter rizab sungai yang berpotensi menyumbang kepada isu pencemaran sumber air dan juga Kajian Inventori Guna Tanah Di Rizab Sungai bagi sungai-sungai berisiko bagi langkah pencegahan dan kawalan aktiviti di rizab sungai bagi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu. Seterusnya pemasangan stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awal ataupun early warning system bagi meminimumkan henti tugas loji rawatan air, pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon perlindungan di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS (1999) seperti Kawasan Empangan dan kolam-kolam sumber air alternatif dan seterusnya LUAS juga melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara penyitaan di bawah Seksyen 99A sehingga seksyen 99F Enakmen LUAS (1999) ke atas harta benda yang mempunyai berkaitan dengan kesalahan-kesalahan tertentu dan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan secara pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen/kebenaran daripada Pengarah LUAS. Selain daripada itu perkara yang penting adalah kolaborasi bersama agensi-agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri seperti PDRM, SPEN, Jabatan Alam Sekitar, Pentadbir Tanah dan Daerah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan juga melalui pihak berkepentingan iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam mengesan suspek-suspek yang disyaki menyebabkan pencemaran air, LUAS juga melaksanakan blok pemantauan kualiti air atau pun dikenali sebagai River Monitoring Program (RMP) di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko. Selain daripada itu usaha bersama dengan komuniti dan pemimpin kawasan juga sangat penting. Oleh itu LUAS juga mempergiatkan usaha

dan memperkasakan penglibatan agensi komuniti NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Selangor. Jadi, antara program yang dilaksanakan sebagai contoh Sahabat Sungai atau pun dikenali Friends of River di mana program ini sebenarnya meliputi seluruh kawasan sungai di Negeri Selangor yang menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam memelihara dan memulihara kawasan sungai masing-masing. Selain daripada itu, pelaksanaan ataupun penambahbaikan yang terkini adalah melaksanakan polisi Pelepasan Sifar ataupun Zero Discharge Policy dan Polluter Pays Principle (PPP) melalui pengenalan Peraturan Baharu, Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024 dan Peraturan ZDP ini akan dijangka berkuat kuasa pada suku kedua tahun 2024. Dan selain daripada itu juga, sebenarnya kita membuat, mempunyai jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi pemantauan dan penguatkuasaan berterusan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, pasukan petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar. Dan seterusnya pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Zon Pelindungan. Selanjutnya juga, LUAS sebenarnya telah meminda undang-undang bagi mengenakan tindakan ataupun hukuman yang lebih berat kepada pesalah jenayah alam sekitar seperti pencemaran sumber air dengan meminda Enakmen LUAS 1999 pada tahun 2020 seperti menetapkan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman penjara sebagai hukuman mandatori, menjadikan hukuman denda daripada maksimum RM100,000.00 kepada denda minimum RM200,000.00 dan maksimum sehingga RM1 juta bagi kesalahan mencemarkan sumber air tanpa lesen di bawah Seksyen 79(4), Enakmen LUAS 1999 dan juga memasukkan hukuman tambahan di bawah Sub Seksyen 79(5) iaitu mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan oleh LUAS ini termasuk memperbaiki ataupun memulihkan apa-apa pencemaran yang disebabkan oleh kesalahan di bawah Seksyen 79 tersebut dan juga telah memasukkan pencemaran bau sebagai salah satu elemen pencemaran di bawah Seksyen 79(1)(a), Enakmen LUAS 1999.

Dan seterusnya kepada soalan langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan kerjasama PBT dan Pejabat Daerah Tanah dan agensi lain sebagainya telah mengadakan banyak kempen kesedaran seperti Kempen Bebas Plastik di setiap acara ataupun program rasmi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memupuk kesedaran dan kesan negatif penggunaan plastik. Seterusnya menggalakkan premis-premis menyediakan beg kitar semula kepada pengguna sama ada secara percuma ataupun dengan jualan harga beg yang berpatutan, menjadikan

beg kitar semula sebagai salah satu pemberian sumbangan semasa program ataupun acara bersama komuniti, menyediakan lebih banyak kemudahan pusat kitar semula, memberikan insentif ataupun award kepada individu ataupun syarikat yang aktif dalam aktiviti kitar semula, menjalankan penguatkuasaan berterusan premis-premis perniagaan untuk tidak membekalkan beg plastik sekali guna ataupun polisterina dan memberi bengkel kesedaran mengenai program kitar semula kepada semua lapisan masyarakat terutamanya di sekolah dan juga di pusat pengajian tinggi supaya anak muda juga terlibat dalam kempen kesedaran. Dan seterusnya, baru-baru ini juga penganjuran Program Bawa Beg Sendiri di Bazar-bazar Ramadan dan pasar malam dengan memberikan insentif berbentuk kupon ataupun makanan kepada pengguna yang menyertai program tersebut dan juga penganjuran Program Bawa Beg Sendiri di Bazar-bazar Ramadan dan pasar malam dengan memberikan insentif berbentuk..yang ini sama. Tapi melihat menjelangnya bulan Ramadan, kita juga mengharapkan kerjasama daripada semua Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak PBT dan juga agensi kerajaan supaya kita dapat menggalakkan penggunaan beg sendiri ataupun beg kitar semula di Bazar-bazar Ramadan. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Sijangkang. Bagi Sijangkang dululah.

Boleh Pelabuhan Klang ya? Terima kasih Tuan Speaker. Antara jawapan yang sangat panjanglah saya dengar. Mungkin Pelabuhan Klang rindu suara daripada EXCO.

Tadi, pencemaran bau adalah sebahagian daripada pencemaran di bawah Enakmen LUAS dan di kawasan saya ini, ada satu anak sungai ataupun parit besar sejajar dengan Jalan Manggis di Teluk Panglima Garang. Yang mana pencemaran bau ini saya ingat sudah berlanjutan hampir puluhan tahunlah. Dan saya kira ini hasil daripada perindustrian yang ada di sekitar itu. Dan, setakat ini saya tidak nampak ada satu penyelesaian yang tuntas. Saya harapkan apakah inisiatif yang mungkin boleh dibulatkan oleh EXCO lah saya ingat diberikan keutamaan, antara keutamaan yang sangat pentinglah sebab ini kawasan perindustrian dan memberikan impak kepada masyarakat tempatan dan saya ingat menyebabkan pergaduhan di kalangan mereka juga. Apakah mungkin inisiatif yang boleh dilakukan oleh peringkat EXCO oleh Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya kalau boleh minta pertolongan dan bantuan daripada Yang Berhormat untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci supaya kita dapat sampaikan kepada LUAS dan melihat sekiranya aduan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu adakah kita dapat menyelesaikan menggunakan enakmen yang terbaru yang telah dimasukkan ke dalam Enakmen LUAS 1999.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Satu lagi Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Okay, okay. Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya, sebab ini soalan bertulis saya dah ada jawapannya sekali. Ini tentang Enakmen LUAS yang telah kita wartakan pada tahun 2020 dan kita lihat hukuman-hukuman yang telah digariskan dalam enakmen ini sangat berat. Antaranya hukuman penjara, kena bayar denda, kena pulihkan balik. Saya nak sedikit maklumat mungkin untuk perkongsian Ahli Dewan supaya kita semua sedia maklum, Adakah dengan adanya enakmen ini, pernah tak enakmen ini dikuat kuasa? Makna ada tak yang pesalah yang dah ditangkap dan dihukum dengan enakmen ini? Sebab kalau ada dan kita kena promosikan supaya mana-mana pesalah atau mereka yang nak mencemar sumber air di Negeri Selangor akan rasa takut untuk buat benda ni. Sebab i think deterrence is important. Bukan hanya kita dah gubal akta, kita dah apa enakmen jadi saya harap mungkin Yang Berhormat EXCO boleh kongsikan pada kita. Ada tak pesalah-pesalah yang dah ditangkap dan juga dah dijatuhkan hukuman dengan enakmen yang LUAS tahun 2020 pindaan ini?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Memang sukacita dimaklumkan kita telah menambah berat hukuman yang telah disebutkan seperti tadi tetapi juga saya ingin sebenarnya memaklumkan dalam perbincangan dengan pihak LUAS juga kita melihat apabila mengendalikan isu pencemaran air sungai dan sebagainya sebenarnya mereka mempunyai strategi-strategi yang tertentu di mana pada beberapa tahun ini kita telah fokus lebih kepada mengenakan nilai kompaun. Mengapa begitu? Kerana kompaun lebih senang digunakan dan kita dapat melaksanakan denda dan hukuman dengan lebih cepat. Jadi, sekiranya berbanding dengan tahun 2017 sehingga tahun 2020, jumlah nilai kompaun hanyalah di dalam anggaran saya lihat tidak sampai RM10,000.00 jumlah yang telah dikompaun tetapi daripada tahun 2021 sehingga tahun 2023 jumlah yang telah dikompaun melebihi RM700,000.00. Jadi, pada beberapa tahun ini apa yang telah saya dapat maklumat dan informasi daripada pihak LUAS ataupun JAS ataupun yang berkaitan antara isu-isu yang terjadi adalah banyak pihak pengilang, pihak industri dan mungkin yang melakukan kesalahan jenayah alam sekitar dan sebagainya mereka tidak mempunyai kesedaran. Jadi apa yang dilakukan dalam beberapa tahun ini lebih kepada bagaimana kita boleh menyebarkan kesedaran, apakah jenis peraturan yang patut dipatuhi oleh mereka yang membuka kilang ataupun melakukan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran air sungai dan juga kita melakukan kompaun secara orang kata lebih serius dan juga lebih banyak dan dibuktikan dalam beberapa tahun ini sebenarnya banyak kes pencemaran air sungai dan pencemaran lain telah diturunkan. Saya tidak mempunyai data dan statistik tapi kalau nak saya boleh berikan.

Timbalan Speaker

Satu lagi Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Pandamaran boleh. Okay. Dalam hal ini saya menyokong Taman Medan di mana kita harap sebab kita kena tegas terhadap pencemar air di dalam Negeri Selangor sebab kita menghadapi banyak pencemaran air mengakibatkan ramai rakyat Selangor terkesan dengan gangguan bekalan air. Jadi, kita hanya walaupun hanya kompaun, kompaun tu tadi saya dengar daripada Yang Berhormat EXCO hanya RM700,000.00, lebih tapi tak ada penjara. Mereka, bagi RM700,000.00 lebih ni saya tak tau dari berapa syarikat atau pengusaha. Jadi, amaun ini mungkin adalah sangat kecil kepada sesuatu syarikat yang besar. Jadi, pandangan kita adalah tegas dan kita perlu ya, penjarakan. Menegaskan dengan hukuman penjara barulah semua orang takut dengan tidak mencemarkan air. Jadi, apa pandangan EXCO? Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Saya tunggu je soalan. Mana soalan? Rupanya nak minta pandangan. Pandangan saya setujulah. Cuma saya nak ingatkan kembali setiap jenis hukuman penalti dan sebagainya dia mempunyai proses-proses tertentu. Sekiranya kita mahu melakukan pertuduhan, dia mungkin lebih panjang. So, kita tidak boleh hanya bergantung kepada pertuduhan sahaja. Saya setuju sekiranya mempunyai kes-kes yang berat kita seharusnya mengambil tindakan. Tetapi bagaimana kita nak menentukan sama ada tindakan pertuduhan diambil ataupun tidak, ianya tidak terletak pada saya. Ianya terletak pada PUU dan agensi-agensi yang boleh mengambil tindakan sebab dia perlu juga melihat kepada bukti, saksi dan sebagainya, bagaimana kita boleh caj orang itu dan mempunyai peratusan untuk memenangi kes itu secara tinggi. Pada waktu yang sama juga kita perlu lihat kepada kes kecil. Selain daripada kompaun, kita juga keluarkan notis dan sebagainya. Kita nak memastikan perkara paling penting adalah warga Selangor dan mereka yang melakukan perniagaan ataupun daripada industri ataupun pekilang mereka memahami apakah jenis tugas dan tanggungjawab yang patut dilaksanakan. Oleh itu juga, untuk menggalakkan kesedaran ini LUAS pada tahun ini juga telah melaksanakan bercadang untuk melaksanakan Zero Discharge Policy dengan PPP. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bandar Utama.

Yang Berhormat Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 34.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Hukuman Kepada Pemilik Haiwan TernakanQuestions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah dasar atau polisi oleh pihak berkuasa tempatan dalam undang - undang terhadap pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran dan boleh menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan serta kehilangan nyawa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pelek yang minat terhadap dengan soalan hukuman kepada pemilik haiwan ternakan. Tuan Timbalan Speaker, sehingga kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 5(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara selama tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekiranya didapati pemilik ternakan telah membiarkan ternakan berkeliaran di luar kawasan penternakan yang dibenarkan. Pejabat Daerah dan Tanah juga boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda sebanyak RM100.00. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada soalan tambahan. Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Di Kuala Langat di Bukit Changgang dia ada satu tapak yang disebutkan pusat ternakan ruminan yang saya kira hasrat utamanya untuk menempatkan lembu-lembu berkeliaran, pengusaha-pengusaha lembu berkeliaran terutamanya di kawasan Kuala Langatlah. Cuma setakat ini saya dimaklumkan masih lagi walaupun tapak-tapak, lot-lot ini telah diagih-agihkan. Tetapi daripada sudut pelaksanaan masih banyak lagi yang kosong yang tidak digunakan. Antaranya adalah disebabkan tapak ini adalah kawasan yang agak rendah yang terdedah kepada banjir apabila hujan lebat.

So saya hendak mendapatkan kepastian daripada EXCO, bilakah ini mungkin dapat diselesaikan dan sebahagian di Kuala Langat ini menjadi punca juga kemalangan apabila berlaku pelanggaran lembu-lembu yang berkeliaran di tengah jalan ini, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang atas soalan tambahan tersebut. Kita akan pantaulah apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat tentang tapak-tapak penempatan lembu-lembu tersebut dan saya nampak isu ini menjadi kritikal di mana selalu lembu kalau dia berkeliaran apabila kita hendak cek, siapa tuan tidak ada satu yang mengaku dia tuan. Itu masalahnya, tapi apabila kita kenakan tindakan barulah tuan itu muncul depan. Kadang-kadang pihak

penguatkuasa juga menghadapi masalah untuk mengenal pasti siapa tuan dan sebagainya. Tapi isu-isu seperti ini penempatan, kalau ada kita akan tempat tersebutlah kalau ada kita akan tempatkan. Dan bagi saya kita akan semak juga pada enakmen tersebut. Denda RM1,000 mungkin terlalu kecil, mungkin terlalu kecil mungkin kita akan semak, perincikan supaya denda ini boleh dinaikkan kepada RM5,000 atau RM10,000. Esok senang sikit kita hendak jaga lembu-lembu tersebut, kalau tidak tuannya akan lalai hilang tanggungjawab, tidak menjaga lembu mereka dengan baik. Sekian, terima kasih untuk Yang Berhormat.

Tengok aset nanti sebab saya tengok EXCO kelam kabut berkomunikasi dengan EXCO-EXCO lain semasa saya tanyakan soalan.

Timbalan Speaker

Okay, Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sebenarnya saya hendak katakan apabila berlakunya kemalangan yang menyebabkan nyawa dan sebagainya tidak ada tuan yang mengaku itu ternakan dia. Itu yang jadi masalah pada PBT atau pun mana penguatkuasaannya itu. Saya berharap perkara ini boleh dibawa ke satu perbincangan ke dalam MMKN dan membuat tindakan yang lebih tegas terhadap penternak sebab yang mungkinnya kita boleh letak cip dan sebagainya dalam penternakan tersebut, binatang tersebut supaya dia dapat identiti itu dapat dikenal pasti kepunyaan tuannya. Dan tindakan telus boleh diambil sebab setakat ini di Sungai Pelek telah berlaku dua atau tiga kemalangan yang meragut nyawa. Dan selepas itu tidak ada pun siapa yang mengaku itu adalah binatang ternakan mereka. Saya harap perkara ini boleh di ambil berat pada pihak Kerajaan Negeri, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang prihatin tentang isu lembu terbiar tanpa kawalan ini. Tapi saya hendak balas apa yang Yang Berhormat Sijangkang tadi kata kita kelam kabut tidak jawab soalan, sebab ini berkaitan isu lembu terbiar dan sebagainya. Kalau dasar penguatkuasaan PBT tapi kalau isu yang lain yang berkaitan dengan pertanian, jadi saya tengok sama ada EXCO pertanian perlu jawab itu tadi, jadi itu bukan soalan kelam kabut, kita hendak tengok mana satu yang betul. Sijangkang ini kurang faham, mungkin kebelakangan ini tension sikit ada isu berkaitan, isu berkaitan bagaimana hendak jawab tentang pendirian itu. Itulah, tak apa, saya biarkan, sabar, sabar, sabarlah ya. Untuk Yang Berhormat Sungai Pelek, memang isu kita akan adakan penelitian dan kalau boleh bengkellah, membincangkan bagaimana untuk mengawal selia juga mengawal isu-isu ini dengan lebih baik daripada peringkat PBT dengan enforcement dan saya ambil maklum dengan perkara ini, terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Indah berkilat batu delima, soalan saya nombor 35.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Ketiadaan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Tanjong KarangQuestions

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu ketiadaan Pusat Jagaan bagi kanak-kanak yang dipisahkan dari ibu bapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Tanjong Karang?

b)

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjalankan program berkebajikan untuk kanak-kanak tersebut?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Permatang. Berkaitan soalan 35, dalam rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor terdapat 8 Pusat Jagaan kategori kanak-kanak di Daerah Kuala Selangor yang memberikan jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak itu tujuh (7) beroperasi secara harian dan satu (1) berkediaman termasuklah memberi jagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibu bapa yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Bagi soalan (b), apakah perancangan Kerajaan Negeri, di mana dasar pembangunan kanak-kanak Negeri Selangor menggariskan matlamat bagi mewujudkan mekanisme khas untuk membantu golongan kanak-kanak terpinggir dan berkeperluan khas termasuklah kanak-kanak yang berada di rumah perlindungan. Antara tindakan yang digariskan dalam dasar tersebut ialah mengadakan lawatan ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak terpinggir secara berkala serta mengadakan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor terlatih. Selain itu, ruang juga harus disediakan agar kanak-kanak tersebut boleh berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan sekiranya memerlukan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Permatang, soalan tambahan.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Okay, antara isu masalah anak-anak di rumah perlindungan ini. Yang kita lihat apabila salah satunya ialah apabila anak-

anak ini dia lebih daripada 1 adik-beradik, saya ingat dia ada adik-beradik yang lain. Jadi maksudnya isu dia dekat sini, bila mereka ini dipaksa dipisah-pisahkan. Maksudnya antara rumah-rumah perlindungan yang berbeza, jadi ada banyak ialah, ada mengalami tekanan emosi dan tekanan isu-isu tekanan perasaan yang akhirnya yang juga menyumbang kepada masalah keciciran pelajaran pada anak-anak ini. Jadi saya ingin bertanya apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menyelesaikan masalah ini, sekian terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Permatang. Setiap rumah perlindungan perlu memenuhi tanggungjawab untuk memastikan anak-anak di rumah perlindungan menjalani sesi persekolahan. Oleh itu, melihat perlunya ada hubungan rasmi di antara rumah perlindungan dan juga pihak sekolah, ini penting untuk mengelakkan keciciran bagi kanak-kanak rentan ini bagaimana kita mengadakan kerjasama rentas portfolio bukan saja dari keluarga tetapi juga dengan pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.

Timbalan Speaker

Sekarang Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Buah saga, buah pelam, soalan 36.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Sukan PermotoranQuestions

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a)

Bagaimana kerajaan memanfaatkan litar yang sedia ada untuk peminat sukan permotoran?

b)

Adakah kerajaan menyediakan pakej (harga ehsan) bagi menggalakkan penggunaan litar yang betul?

c)

Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan jalan-jalan yang sesuai untuk dijadikan sebagai litar drift, drag dan lain-lain?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, kebetulan hari ini sama pula colour baju kita, merah jambu. Untuk menjawab soalan daripada Sungai Panjang berkaitan sukan permotoran, soalan pertama. Litar

permotoran yang memenuhi syarat dari Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan Motorsport Association of Malaysia (MAM) yang berada di Negeri Selangor hanya terdapat 3 buah litar iaitu Sepang International Circuit (SIC) yang dioperasikan oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd. Yang kedua Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor yang diuruskan oleh Wadacs Pro Resources dan yang ketiga Litar Elite USJ Speedway Subang Jaya yang diuruskan oleh MOFAZ Motorsport Sdn Bhd.

Untuk soalan kedua, eh sorry, namun begitu saya sambung tadi. Semua kemudahan tersebut bukanlah di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian semua aktiviti sukan permotoran dijalankan oleh Persatuan Automobil Malaysia dan Motorsport Association of Malaysia. Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang ingin menjalankan sebarang aktiviti permotoran sepertimana pelaksanaan bersama Perlumbaan Petronas Malaysia Cub Prix Championship, Go-kart dan mini bike.

Untuk soalan kedua, memandangkan pengurusan litar-litar tersebut di bawah kawal sedia pihak syarikat atau operator, Kerajaan Negeri tidak terlibat dari segi pengurusan dan ketentuan harga pakej bagi penggunaan mana-mana litar perlumbaan. Walau bagaimanapun, sekiranya ada aduan atau pun rungutan tentang harga yang mungkin tidak munasabah, kita bersedia untuk berbincang dengan pihak syarikat bagi mengkaji harga yang baru.

Untuk soalan ketiga, Kerajaan Negeri Selangor boleh mempertimbangkan mana-mana cadangan yang dikemukakan sekiranya terdapat kawasan atau laluan jalan raya yang bersesuaian. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan pembangunan sekitar kawasan ataupun laluan yang dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya berkaitan urusan perihal tanah, penyelarasan aspek kacau ganggu dan bantahan penduduk, kajian impak sosial dan alam sekitar serta lain-lain pematuhan syarat- syarat teknikal. Terima kasih.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, silakan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ada soalan tambahan dan cadangan. Baju sama bagi lebih sikit. Soalannya walaupun Kerajaan Negeri telah berusaha menjalankan program-program aktiviti-aktiviti permotoran sihat dan Pihak Berkuasa sentiasa menggembleng tenaga untuk menanganinya tetapi kenapa gejala rempit dan lumba haram di lokasi-lokasi panas seperti Federal Highway, Persiaran Sultan Ibrahim, LATAR Highway turun daripada Ijok itu pun. Dan lokasi yang lain kelihatan masih berleluasa seperti tiada mereda dan di manakah silapnya. Cadangan Sungai Panjang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjemput mereka-mereka yang mahir dengan dunia permotoran termasuk motosikal dan kereta. Untuk permotoran jalanan, ini bukan permotoran dalam litar. Permotoran jalanan untuk sama-sama

membantu Kerajaan Negeri mencari formula untuk meredakan gejala rempit dan lumba haram di Negeri Selangor, demi kebajikan masyarakat yang pastinya terkesan dengan gejala negatif permotoran ini, terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Sungai Panjang dengan pandangan dan cadangan beliau. Saya sekadar respons isu rempit dan lumba haram ini, dia isu yang bukan hanya di Selangor sebenarnya, tapi di seluruh negara dan Insha’ Allah di peringkat Kerajaan Negeri kita sambut baik daripada Yang Berhormat dan akan mengadakan libat urus dan juga engagement dengan izin, dengan ikon-ikon atau pun influencer yang terlibat dalam sukan permotoran ini untuk kita kenal pasti apa keperluan mereka, crowd motor ini dan kita akan santuni secara baik dan seimbang, Insha’ Allah terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 37.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Projek Lrt 3Questions

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -

a)

Apakah status terkini landasan dan stesen LRT 3 di DUN Bandar Baru Klang dan projek keseluruhannya?

b)

Adakah punca air bertangkung di perparitan sepanjang LRT 3 terutamanya depan Pasar Borong Meru dan padang Sekolah Tinggi Klang, setiap kali hujan lebat?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker, status kemajuan keseluruhan projek LRT3 sehingga Januari 2024 adalah pada kadar 93.88%, di mana status kemajuan infra Bandar Baru Klang bagi pembinaan landasan adalah 99.24% dan status kemajuan Bandar Baru Klang bagi pembinaan stesen adalah 91.03%. Projek LRT3 dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Mac 2025.

Keseluruhan kerja-kerja perparitan dan longkang telah siap sepenuhnya mengikut reka bentuk Konsultan dan telah mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pengairan

dan Saliran Negeri Selangor serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Beberapa siri kejadian banjir telah berlaku di Jalan Meru iaitu di hadapan kompleks Pasar Jalan Meru dan di hadapan Sekolah Tinggi Klang semasa di peringkat pembinaan pembangunan LRT3 dan selepas penyiapan kerja. Susulan daripada beberapa siri kejadian banjir, pihak MBDK telah mengarahkan pihak LRT3 untuk membuat semakan dan mengkaji punca kejadian banjir dan cadangan untuk mengatasi perkara tersebut. Beberapa perkara yang perlu di teliti dan diambil kira oleh pihak LRT3 adalah seperti berikut : -

i. Melalui pemerhatian, pihak LRT3 perlu menyemak keperluan dan keberkesanan parit erong (scuper drain); ii. Membuat kerja pembersihan parit alir keluar di sepanjang Jalan Meru sehingga ke Sungai Klang; iii. Menyemak pembinaan dan ubah suai pembetung di kawasan Bulatan Kota; dan iv. Mengkaji semula punca kejadian dan membuat cadangan untuk mengatasi masalah kejadian banjir ini.

Pihak perunding LRT3 sedang membuat kajian semula lokasi-lokasi kejadian banjir tempatan. Antara punca utama yang dikenal pasti penyumbang berlakunya air bertakung ketika hujan lebat adalah berlaku sekatan di hilir perparitan ke sungai, terdapat mendapan dan sampah sarap serta halangan utiliti yang menyekat aliran perparitan. Masalah air bertakung juga berlaku apabila berlakunya hujan lebat yang melampau pada ketika air laut pasang besar. Ia akan mengakibatkan berlakunya aliran balik air atau pun back flow kembali ke perparitan sepanjang Jalan Meru, seterusnya menyebabkan air melimpah dan mengakibatkan air bertakung. Pada tahun ini, pihak MBDK akan menaik taraf perparitan di kawasan Lorong Nuri berhadapan Sekolah Tinggi Klang, yang sering kali mengalami kejadian banjir apabila berlaku hujan lebat. Sekian, terima kasih.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya juga hendak tanya memandangkan LRT akan siap tahun depan 2025. Saya hendak tanya kenapa tidak ada tempat parking yang mencukupi untuk stesen LRT.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini telah berbeza dengan soalan pokok. Parking di mana? Nanti saya semak, nanti saya bagi maklumat kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Parking di stesen yang mana?

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Yang di High School, High School, Sekolah Tinggi.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Oh, Sekolah Tinggi, baik nanti saya semak dan saya akan beri maklumat kepada Yang Berhormat.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tuan Timbalan Speaker, soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Baik, Yang Berhormat EXCO. Isu tentang masalah jalan raya disebabkan pembangunan LRT 3 ini, saya kira bukan berlaku di Sekolah Tinggi Klang sahaja. Tetapi ia berlaku hampir di seluruh jajaran itu. Jadi, sebab itu saya ingin bertanya dalam kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan itu, Apakah PBT ada meletakkan syarat-syarat ataupun dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah-masalah jalan, especially jalanlah, itu dapat diselesaikan sebab isu LRT 3 ini. Saya kira Kota Anggerik mesti setuju dengan saya. Dalam Kota Anggerik pun sendiri kawasannya terlalu teruk. Dalam kawasan Shah Alam tu. Berhampiran dengan Dewan Negeri Selangor. Jadi sebab itu saya nak tanya. Apakah ada garis panduan yang jelas supaya kalau kerosakan itu berlaku, ia mesti segera diperbaiki supaya ia tidak mengganggu keharmonian dan perjalanan kehidupan seharian penduduk. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik, terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Kalau kata seluruh jajaran itu mengalami masalah yang sama dan mengalami masalah banjir kilat, yang itu saya tidak setuju lah. Tetapi yang saya setuju itu ada sesetengah bahagian yang memang mengalami masalah banjir kilat selepas pembinaan dimulakan. Sebenarnya, bagi setiap PBT semasa mereka memohon Kebenaran Merancang akan meletakkan syarat-syarat bagi kontraktor untuk mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh setiap PBT dan PBT juga akan menyemak adakah syarat-syarat itu dipatuhi sebelum memberi sokongan bagi permohonan CCC yang tidak lama lagi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pulau Pandan Pulau Papan, soalan saya No. 38.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Program SithamQuestions

38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Nyatakan prestasi kewangan Program Sittham pada tahun 2020-2023.

b) Apakah plan pembaharuan program pada tahun 2024?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Soalan berkaitan SITHAM. Untuk makluman Yang Berhormat Sentosa, untuk saya jawab ni ia agak panjang kerana melibatkan carta kedudukan kewangan program SITHAM yang mana saya akan kemukakan secara bertulis, cuma saya boleh ringkaskan sedikit rumusannya. Sejak daripada tahun 2020 sehingga 2023 sebanyak lebih kurang RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk program-program SITHAM dan baki terakhir untuk 2023 adalah sebanyak RM40,699.00. Dan untuk soalan kedua berkenaan program-program pada tahun 2024, untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini program ataupun inisiatif SITHAM ini kita sedang selaraskan semula kerana kita melihat terdapat pelbagai latihan-latihan di bawah Jawatankuasa Keusahawanan ini yang perlu kita kemaskan dan Insha’ Allah untuk program SITHAM ini kita akan selaraskan dengan lebih baik kerana kita juga sekarang ini sedang dalam menstrukturkan semula semua program-program keusahawanan di negeri Selangor ini dan kita akan umumkan kelak tentang status SITHAM dan peruntukan yang akan kita turunkan selepas ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan susulan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Terima kasih Tuan EXCO, Yang Berhormat EXCO. Sentosa sedia maklum tentang perkembangan dan perancangan SITHAM. Bagaimana keberkesanan dan juga berjaya dalam program melancarkan program untuk usahawan-usahawan masyarakat India khususnya. Adakah apa-apa perancangan pengurusan SITHAM ataupun Kerajaan Negeri yang boleh kita bekerja dengan MITRA kerana dana mereka lebih banyak dan mungkin pengurusan SITHAM ataupun Kerajaan Negeri di bawah Yang Berhormat EXCO boleh memulakan satu program kerjasama dengan MITRA supaya usahawan-usahawan Selangor tidak perlu

memohon kepada mereka tetapi kita juga boleh membantu mereka dalam proses-proses mendapat bantuan dana dan juga program-program yang dirancang. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memang kita telah berhubung dan bertemu dengan pihak MITRA berkenaan dengan program-program bantuan untuk latihan keusahawanan dan dalam peringkat sekarang ini, kita sedang menyelaraskan semula dan di bawah Kerajaan Negeri kita juga ada program i-SEED di bawah Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan dan ia bersifat agak redundant dengan SITHAM ini, sebab itu kita pada masa sekarang ini sedang untuk menyusun kembali dan pada masa sama memanfaatkan dana-dana yang ada di peringkat pihak MITRA untuk kita selaraskan di negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Ijok.

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terang sungguh cahaya bulan, soalan Ijok Nombor 39.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Aset Yayasan Selangor Di Bukit Bintang Dan Kampung PandanQuestions

39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini kedudukan dan perancangan terkini Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang dan Kampung Pandan?

b)

Adakah Kerajaan Negeri dan Yayasan Selangor mempunyai rancangan khusus untuk menggunakan aset-aset tersebut di masa hadapan memandangkan ia telah terbengkalai sejak 10 tahun lalu?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Ijok atas soalan yang dikemukakan dan menjurus kepada dua (2) aset yang dimiliki oleh Yayasan Selangor iaitu bangunan di Bukit Bintang dan aset hartanah di Kampung Pandan. Untuk jawapan (a) berkenaan dengan bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, pihak Yayasan telah menawarkan pajakkan jangka panjang kepada syarikat-syarikat yang akan memohon dan telah memohon dan proses ini akan dimuktamadkan pada tahun

ini, pada tahun 2024 dan Insha’ Allah saya ingat pada akhir Februari lalu ataupun hari ini atau semalam kita telah muktamadkan hal tersebut. Dan yang kedua, untuk aset hartanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan, kita telah memeterai perjanjian pembangunan untuk membangunkan kawasan berkenaan dengan sebuah syarikat. Perintah pembangunan daripada DBKL ataupun development order ataupun kebenaran merancang daripada DBKL telah diperolehi dan cadangan pembangunan perumahan dan perdagangan pada 22 Januari 2024. Projek pembangunan ini dijangka akan disiapkan dalam jangka masa lapan (8) tahun dan dianggarkan daripada pembangunan di kawasan Kampung Pandan minimum kita akan menetapkan pulangan lebih kurang RM250 hingga RM300 juta daripada pembangunan yang dibuat dan saya perlu meneliti perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari. Untuk maklumat lanjut ataupun maklumat tambahan kalau saya nak maklumkan sebenarnya pada tahun 2019 lagi kita telah mula memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membangunkan kawasan Bukit Bintang tetapi malangnya setelah beberapa tahun selain daripada kesan pandemik, syarikat terbabit gagal dan kita terpaksa membatalkan perjanjian tersebut sebelum kita mengemukakan satu tempoh jangkaan list yang panjang untuk membangun semula, refurbish ataupun menyewakan kepada keseluruhan bangunan yang ada tersebut. Dan untuk maklumat lanjut kalau saya boleh sampaikan bahawa jumlah investment yang akan digunakan oleh syarikat di kawasan di Bukit Bintang adalah pada kadar RM20 juta untuk membangun semula, refurbish ataupun menaik taraf bangunan tersebut dan dianggarkan dalam tempoh 25 tahun kita akan mendapat pulangan sekitar RM118 juta. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Dipersilakan Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya Nombor 40.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Menambah Baik Infra Di Kampung TradisiQuestions

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan penyelarasan dan tindakan jangka masa panjang serta pendek dari kerajaan Selangor melalui stanco infra bagi menambah baik infra di kampung tradisi yang bukan di bawah penyeliaan PBT?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning. Tuan Speaker, saya memohon soalan ini dijawab bersekali dengan soalan Nombor 75 daripada Yang Berhormat Sungai Pelek. Kerajaan Negeri sentiasa komited terhadap pembangunan sosio-ekonomi, sosial dan infrastruktur di kampung-kampung tradisi di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pembangunan ekonomi kampung tradisi dan RM2 juta untuk program pembangunan desa khusus bagi program-program pembangunan sosioekonomi dan sosial. Manakala sejumlah RM2 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah di negeri Selangor serta peruntukan berjumlah RM2 juta bagi projek-projek naik taraf dan baik pulih balai raya dan kemudahan awam luar bandar yang lain di semua daerah di negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan cadangan bagi projek pembangunan sosial dan ekonomi desa serta permohonan bagi projek pembangunan desa dan akan dinilai dari segi keperluan dan keadaan semasa bagi pelaksanaannya. Cadangan dan permohonan bagi menjalankan program ini hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah untuk diangkat kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri yakni UPEN. Selanjutnya akan dibawa untuk penelitian dan pertimbangan Yang Berhormat EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ada soalan susulan. Terima kasih YB EXCO. Saya nak tanya berkenaan dengan sama ada daripada EXCO ada apa-apa rancangan pembangunan di kawasan Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Baru Hicom di DUN Kota Kemuning?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat. Pihak Kerajaan Negeri memang ada untuk merancang beberapa pembangunan khususnya dari segi kemajuan desa berkenaan dengan pengindahan di kampung-kampung yang kita boleh angkat untuk diketengahkan dari segi apa yang ada di dalam kampung itu. Walaubagaimanapun, sekiranya Yang Berhormat ada idea ataupun perancangan yang lebih teliti, ia boleh kemukakan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah ataupun terus kepada pihak saya. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan. Terima kasih. Kalau yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi ya, RM2 juta untuk infra jalan dan RM2 juta untuk infra kemudahan awam di seluruh Negeri Selangor yang saya kira jumlah kampungnya terlalu banyak. Bagaimanakah kaedah untuk pengagihan ini dan adakah ini juga tidak melibatkan daripada peruntukan MARRIS yang telah sedia ada untuk jalan-jalan di luar bandar dan saya juga nak dapat maklumat sama ada jalan-jalan di luar bandar ini semuanya telah didaftarkan sebagai jalan MARRIS, yang mana akan ada peruntukan tahunan daripada Persekutuan. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Jalan yang telah pun didaftarkan dan dipohon ke peruntukan di bawah MARRIS, ia akan dilaksanakan di bawah MARRIS. Walau bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan tadi sekiranya ada keperluan dari segi pembaikan balai raya, pengindahan kampung, ia boleh dimasukkan sebagai tajuk supaya ia boleh diletakkan di bawah bajet RM2 juta bagi projek-projek menaik taraf dan juga RM2 juta bagi peruntukan menaik taraf jalan-jalan luar bandar, seperti juga di balai raya seperti yang saya nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama Kerajaan Negeri ada menjalinkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan di mana di bawah Kementerian Kemajuan Desa juga ada memperuntukkan banyak projek-projek jalan luar bandar. Seperti tahun 2023, keseluruhan projek ada 72 projek, peruntukan tahun 2003 melibatkan RM151,573,355.00 dan 28 projek baru melibatkan RM12,775,100.00 dan 44 projek sambungan melibatkan RM138,798,225.00. Terima kasih atas pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Sijangkang.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Soalan tambahan Speaker.

Timbalan Speaker

Bukit Melawati.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Satu, satu sahaja soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Masa dah ...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Boleh? Soalan tambahan? Sikit.

Timbalan Speaker

Okay, silakan tapi habiskan pukul 11.00 lah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Yang Berhormat EXCO, satu juga tentang kampung Melayu tradisi ini, selain daripada isu jalan. Hari ini dengan keadaan hujan yang tidak menentu ini kampung Melayu tradisi kita selalu dan sering kali dilanda banjir. Banjir kilat. Akibat daripada isu saliran longkang yang tidak diurus dengan baik. Dan bukannya tidak diurus dengan baik, kebanyakan longkang-longkang kita ini, bukan sentiasa longkang lah, mungkin paritlah sebab ia dulu hanya digali ia tidak menggunakan culvert. Jadi, ini juga merupakan salah satu tuntutan. Sebab itu saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah di bawah peruntukan PLB ada disediakan peruntukan khusus untuk kampung-kampung Melayu tradisi ini kita naik taraf paritnyan itu kepada longkang yang dengan culvert? Kerana ini merupakan saya kira bukan masalah di kawasan Gombak Setia sahaja, hampir di kesemua kampung-kampung Melayu tradisi masalah ini menyebabkan banjir kilat yang acap kali berlaku. Kalau jalan ni, dah kita dengar, ada RM2 juta, ada ini, tetapi saya nak tanya ada tak peruntukan khusus di bawah PLB, Luar Bandar, untuk naik taraf longkang-longkang ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat EXCO, satu minit sahaja.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Buat masa ini belum ada peruntukan khusus berkenaan dengan perkara ini. Walau \bagaimanapun, dengan anggaran dalam RM2 juta peruntukan yang disediakan tadi itu, ia mungkin boleh digunakan untuk membantu memperbaiki perkara-perkara yang dilihat perlu di kawasan luar bandar, walau bagaimanapun, sekiranya kawasan Yang Berhormat Gombak Setia itu, kampung yang duduk di dalam kawasan PBT, ia juga boleh dimaklumkan kepada pihak PBT dan juga pihak JPS, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Dah habis masa. Saya nak Peraturan Mesyuarat. Ha okay. Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bawa Peraturan Mesyuarat 24 (8) yang dengan jelas menyebut bahawa semua pertanyaan-pertanyaan bertulis mesti dijawab dalam minggu pertama Persidangan Dewan dan hari ini merupakan hari terakhir bagi minggu pertama Sidang Dewan kali ini tetapi masih banyak soalan-soalan bertulis yang belum dijawab oleh pihak EXCO. Saya sendiri tidak mendapat dua jawapan bertulis daripada Kerajaan Negeri dan mengikut rekod yang ada pada Perikatan Nasional sebanyak 25 soalan yang belum dijawab oleh Pihak Kerajaan Negeri. Jadi saya pohon selaras dengan Peraturan 24(8), saya pohon kepada Yang Berhormat Speaker memberi peringatan kepada EXCO-EXCO Kerajaan Negeri supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat 24(8) dan jangan disalahkan kepada pegawai Kerajaan. Bebannya adalah pada EXCO Kerajaan Negeri kerana kita tidak mahu bertindak macam Menteri Pelancongan, dia salahkan kepada Ketua Pengarah salahkan pegawai kerajaan, kita patut bebankan kepada EXCO Kerajaan Negeri yang gagal memberi jawapan sehingga hari ini sebanyak 25 soalan bertulis belum terjawab. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Okay Hulu Kelang. Saya dimaklumkan yang jawapan daripada soalan itu akan diberikan pada hari ini. Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang untuk menyambung perbahasan. 5 minit.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Dewan, saya sukacitanya telah menerima jawapan bagi soalan bertulis saya bernombor 328. Namun begitu, sayangnya saya hanya mendapat 2 jawapan bagi soalan bertulis tersebut iaitu jawapan (a) dan (b). Manakala soalan (c) tidak

dijawab sedangkan soalan (c) tersebut adalah dengan izin Tuan Speaker, my core question bertanyakan secara spesifik berkenaan projek di DUN Permatang. Saya berharap selepas ini Kerajaan Negeri lebih peka untuk soalan-soalan yang spesifik macam ini. Jadi soalan saya Tuan Speaker, di Permatang kami ada dua projek perumahan yang bermasalah. Yang pertamanya Projek Perumahan Taman Mutiara di bawah Pemaju Suasana Cemerlang Sdn. Bhd. yang telah diklasifikasikan sebagai projek sakit di bawah KPKT, manakala yang keduanya adalah Projek Taman Sungai Yu Indah di bawah pemaju Serambi Padu Berhad yang telah diklasifikasikan sebagai projek lewat dan dalam pemerhatian. Untuk pengetahuan adalah salah satu Projek Rumah Selangorku. Jadi saya ingin tahu apakah tindakan paling efektif yang boleh Kerajaan Negeri bantu projek-projek perumahan ini agar dapat diteruskan dalam masa terdekat kerana saya bimbang dan kasihan dengan pembeli-pembeli yang menjadi mangsa. Bayangkan mereka terpaksa membayar ansuran rumah dan juga rumah sewa, jadi mereka terpaksa membuat dua bayaran pada masa yang sama dan kebanyakan mereka adalah golongan B40 luar bandar. Jadi sekali lagi saya menggesa Kerajaan Negeri dan Jabatan-jabatan berkaitan untuk bersama-sama mempermudah urusan dengan izin, delivery of vacant possession pembeli yang terlibat dan akhir sekali Tuan Speaker, Tuanku juga bertitah baru ini agar jabatan-jabatan yang memberi perkhidmatan terus kepada rakyat seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan lain-lain pastikan baik pulih harta awam diselenggarakan dengan baik. Ini termasuklah pembaikan jalan-jalan raya yang rosak. Di tempat saya di Permatang terdapat banyak sangat tempat yang gelap gelita kerana masalah lampu jalan yang rosak. Sesetengah kemalangan di kawasan gelap telah menyumbang kepada risiko kepada kemalangan maut. Baru-baru ini dalam masa 2 bulan, telah terjadi 2 kemalangan maut di spot yang sama iaitu di kawasan kilometer 53 Jalan Klang -Telok Intan di Hadapan Cendol Borhan. Jadi selain daripada 2 kemalangan maut yang viral ini Tuan Speaker, di tempat yang sama juga telah berlaku kemalangan-kemalangan yang lain. Jadi saya benar-benar berharap dan menggesa agar Kerajaan Negeri dapat bekerja sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua lampu jalan di kawasan tersebut berfungsi dan kalau boleh dibina penghadang jalan untuk mengekang kereta-kereta ini daripada memasuki daripada jalan arah yang bertentangan kerana ini adalah isu kritikal dan perlu perhatian penuh pihak Kerajaan kerana kalau kita hendak tunggu lampu solar yang dijanjikan untuk dipasang, untuk diganti, berapa lama tempoh yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri? Yang itu kita hendak tahu dan penyelenggaraan lampu jalan ini janganlah dipandang enteng. Saya juga berharap Kerajaan dapat menambah sedikit dapat bersepakat dengan Kerajaan Persekutuan untuk menambah peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan, khususnya di kawasan hotspot kemalangan. Untuk mengakhiri perbahasan saya ini izinkan saya untuk menyampaikan 3 buah pantun.

Seri kandi tunggal tidak sendiri, dikelilingi pahlawan gagah sejati, kalau hendak jadi pemimpin bestari, pakailah akal celikkan hati.

Tiada rasa selain cinta, apabila rindu jangan lah lesu, jadi pemimpin umpama pelita, terangi rakyat selesaikan isu.

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga, jadi pemimpin biar berakal, barulah rakyat merasa bangsa.

Sekian daripada saya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Kuang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya mestilah nak kan peluang. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 8%, 8% kita hari ini ya. Hari ini saya hendak mulakan dengan menzahirkan ucapan tahniah saya di atas pelantikan beberapa individu ke jawatan-jawatan penting di Negeri Selangor, di antaranya kita dapat Datuk Bandar baru di Shah Alam, dapat Datuk baru di Petaling Jaya dan juga tahniah, di atas pengumuman Klang sebagai Bandaraya. Saya juga hendak zahirkan ucapan terima kasih saya kepada beberapa orang individu, lain antaranya YDP MPS banyak membantu Kuang dan juga kakitangan di MPS dan begitu juga DO Gombak dan tahniah saya di atas pelantikan OCPD yang baru di Gombak juga ucapan terima kasih saya kepada OCPD Sungai Buloh. Mereka-mereka ini banyak membantu pejabat saya dalam menyelesaikan masalah rakyat. Pada pagi yang mulia ini ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan untuk pertimbangan dan juga perhatian Kerajaan Negeri. Pertamanya, isu kenderaan berat sekali lagi saya bangkitkan dalam Sidang kali ini. Menyebabkan lori-lori yang melalui Lorong Melati. Saya ada mendapat laporan daripada IPD sebanyak 577 saman telah dikeluarkan terhadap kenderaan-kenderaan berat di Lorong Melati yang, lorong itu sebenarnya digazet kan hanya untuk kenderaan 5 tan. Sepanjang tahun 2023, 2024 setakat ini ada 46 kenderaan yang telah disaman. Jadi persoalan nya ada berapa kuari yang ada di bawah DUN Kuang ini? Jawapan yang diberikan kepada saya di bawah Pejabat Tanah dan Daerah Gombak ada 1, di bawah Perhutanan ada 6 dan di tambah dengan 3 lagi yang baru lulus menjadi semuanya secara total ada 10 buah kuari di dalam kawasan DUN Kuang sahaja. Bayangkan 10 buah kuari, berapa banyak lori yang keluar masuk? Masalahnya bukan masalah saya seorang. Ia juga menjadi masalah besar kepada DUN Paya Jaras. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?

Saya bagi solusi kepada Kerajaan Negeri. Hari ini saya berdiri, saya tidak mahu sekadar melontarkan masalah, saya hendak beri cadangan kepada penyelesaian kepada masalah ini. Cadangan pertama menyelesaikan masalah lori-lori yang masuk

ke Lorong Melati ini, kita sudah turun ke lapangan perhati, kaji, kita rasa masalah ini akan dapat diselesaikan jika kita memasang palang. Satu di persimpangan Kuang masuk ke Lorong Melati dan satu lagi sebelah SK Bukit Rahman Putera. Kalau dua-dua palang ini dapat dipasang, maka saya yakin kita dapat menyelesaikan masalah ini. Jadi saya minta pihak-pihak yang berwajib untuk kenal pasti betul-betul, cadangan ini dan laksanakannya supaya dapat menyelesaikan masalah lori-lori yang keluar masuk di Lorong Melati. Saya hendak petik sebahagian daripada Titah Tuanku hari itu, Tuanku menyebut mengenai Pembangunan Sultan Idris Shah Green Energy Plan iaitu Taman Tenaga Hijau yang merangkumi fasiliti loji sisa kepada waste to energy dengan kemampuan 2,400 tan sampah menjana 130.5 megawatt tenaga elektrik yang melibatkan 4 fasa. Untuk rekod, saya selaku Yang Berhormat ADN Kuang, menyokong penuh Titah Tuanku untuk melaksanakan pembangunan Sultan Idris Shah Green Energy. Walau bagaimanapun, yang dibantah atau di mohon dipertimbangkan semula oleh Kerajaan Negeri adalah tempat untuk dilaksanakan cadangan ini. Saya dimaklumkan oleh jawapan yang diberikan kepada saya, Kerajaan Negeri telah meluluskan secara dasar Loji Tenaga Hijau, pada bulan November 2022. Yang akan dibangunkan di Lot 3847 Rawang Selangor dan akan menggunakan tanah seluas 245 ekar. Besar rupanya loji ini 245 ekar rasa macam dump site, dengan izin. Kapasiti 240 tan sampah bermakna, satu lori bawa 10 tan sampah bermakna kita bercerita tentang 240 lori yang akan masuk dan 240 lori yang akan keluar. Belum ada lagi lori sampah yang masuk membawa keharuman yang wangi, tiada. Bayangkan 240 lori sampah akan masuk dan 240 lori sampah akan keluar melalui Bandar Tasik Puteri. Yang bersebelahannya ada Gamuda Garden dan bersebelahannya ada Scientech yang berdekatannya ada Sime Darby Development. Yang kalau projek ini, dilaksanakan maka impak pertama adalah kejatuhan nilai hartanah di sekeliling kawasan tersebut. Itu masalah pertama. Saya hendak relate benda ini dengan satu perkara lagi. Ini di Pennsylvania, Amerika Syarikat ada sebuah bandar, namanya Centralia, bandar ini wujud daripada tahun 1811, keluasan bandar ini adalah 150 ekar berbanding 245 ekar cadangan WTE kita. 155 ekar sahaja bandar ini. Pada tahun 1962, berlaku satu insiden apabila Datuk Bandar nya ada dump site mengambil pendirian atau keputusan untuk membakar sampah tersebut. Tanpa menyedari bahawasanya pada tahun 1811 kawasan itu adalah kawasan lombong arang batu. Hari ini untuk makluman semua, bandar itu tidak ada poskod juga telah di revoke, bandar itu adalah satu ghost town. Semasa pembakaran sampah dibuat, api itu telah sampai ke jajaran arang batu bawah tanah. Menyebabkan keseluruhan bandar itu mengeluarkan asap tidak dapat dibendung dan pembakaran arang batu bawah tanah dijangka akan berterusan selama 250 tahun. Hari ini kita meluluskan satu projek bagus teknologinya, mungkin canggih tetapi dicadangkan pembinaannya di Batu Arang di kawasan itu memang terkenal di lombong arang batu. Ini ada sejarah, ada fakta. Saya hanya memperingatkan Dewan, saya hanya memberi peringatan dan amaran jangan sampai benda yang berlaku di Amerika Syarikat berlaku di Batu Arang kerana Kerajaan Amerika Syarikat, terpaksa mengeluarkan modal yang sangat besar untuk memindahkan keseluruhan 1,200 penduduk di Centralia keluar dan membayar pampasan. Hari ini bandar itu ada rekod boleh google Centralia.

Jadi kita saya mohon sekali lagi buat pertimbangan secara adil, buat pertimbangan secara khusus mengenai kesesuaian kawasan yang kita pilih untuk melaksanakan projek ini.

Saya nak terus kepada isu kedua. Isu bekalan air ke Kampung Damai. Sedih rasanya berbicara tentang satu kampung di Selangor yang berbicara tentang tak ada air. Bukan tak ada air, tekanan airnya sangat rendah. Kawasan kampung itu berada di kawasan yang lebih tinggi daripada kolam tadahan air. Kebanyakan kawasan-kawasan yang duduk di kawasan yang tinggi ini hanya menerima bekalan air pada waktu malam. Waktu siang buka tap, tak ada air. Jadi baru-baru ini saya dah duduk dengan pihak Air Selangor, berbincang tentang cara untuk menyelesaikan masalah. Ini dan mereka bersetuju bahawa perlunya kepada pembinaan sebuah elevated water tank di atas sebidang tanah seluas hampir 1 ekar. Dua perkara di sini, pertama kita kena kenal pasti tanah yang sesuai untuk dibina benda ni. Keduanya kosnya adalah sebanyak RM48 juta. Pengambilan tanah dianggarkan lebih kurang RM3 juta. Saya nak sebut benda ni kalau ikut daripada jawapan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah, cadangan ini mungkin dijangka akan dapat diselesaikan pada tahun 2027. Ini kita 2024 Februari, Mac. 24, 25, 26, 27 macamana kita nak menghadap rakyat dan maklum kepada mereka yang masalah ini akan berlarutan sehingga tahun 2027. Jadi saya mohon kalau dapat disediakan, peruntukan sebanyak ini sebenarnya kawasan tanah yang diperlukan juga telah dikenalpasti. Mungkin kita dapat selesaikan dengan seberapa segera yang boleh. Kenapa perlu diselesaikan segera, kerana berlaku satu lagi masalah baru-baru ini. Pihak MPS telah meluluskan satu kebenaran merancang kepada Bumi Utama sebuah syarikat perumahan buat projek perumahan tapi selepas projek itu siap, ulasan semasa kebenaran merancang adalah bekalan air cukup. Tetapi apabila projek itu siap, pihak Air Selangor mengeluarkan jumlah yang perlu dibayar sebanyak 15, RM6 juta kepada syarikat perumahan. Ini menjadi masalah.

Timbalan Speaker

Kuang, penutup ya.

Belum 15 minit, Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Harini 10 minit.

Jangan la, 10 minit.

Timbalan Speaker

Harini 10 minit sebab kena kejar masa.

3 minit lagi, 3-4 minit lagi. Saya percepatkan. Jadi saya mohon pihak MPS selepas ini kalau nak keluarkan kebenaran merancang sila dapatkan bukti-bukti yang lebih atau ulasan yang lebih konkrit sebelum meluluskan apa-apa projek perumahan di Kuang, kalau boleh jangan

luluskan sebarang projek perumahan ataupun apa-apa Cadangan kebenaran merancang di Kuang sehingga kita selesai masalah air dulu.

Perkara seterusnya ialah isu bulan puasa dah dekat. Kawasan-kawasan kampung Orang Asli memerlukan ustaz-ustaz ataupun imam untuk dihantar ke kawasan-kawasan tersebut. Saya dimaklumkan tidak ada sebarang peruntukan disediakan. Untuk imam-imam ini, kita hantar ke surau-surau di kampung-kampung Orang Asli. Jadi mohon kepada EXCO berkaitan untuk mengambil perhatian tentang benda ni yang last saya kena sebut juga ialah isu di Tasik Biru. Kita ada Laguna Biru 1, Laguna Biru 2 dan Laguna Biru 3 dalam perancangan. Laguna Biru 1 dan Laguna Biru 2 ada lebih kurang 2440 unit perumahan, jalan masuknya hanya ada satu sahaja. Kita ada cadangan untuk membina jalan masuk dan keluar kedua, mohon EXCO Perumahan kalau dapat berbincang dengan Sime Darby Development dia ada tanah sebelah tu yang terus link ke LATAR, kalau dapat EXCO berbincang dengan Sime Darby mungkin dapat disegerakan pembinaan jalan kedua keluar masuk ke Laguna Biru sebab tanpa ada jalan masuk pertama dan kedua ke Laguna Biru, saya fikir cadangan untuk pembinaan kondominium atau apartment baharu di Tasik Kundang tidak wajar untuk diteruskan. Kerana masalah jalan keluar masuk itu sudah sangat kritikal di kawasan itu.

Timbalan Speaker

Okay, tutup ya.

Ada beberapa perkara penting lagi, tapi nampaknya Speaker macam dah

Timbalan Speaker

Dah tak boleh dah.

Saya nak akhiri lah satu sahaja lagi. Titah Tuanku juga yang menyebut, Tuanku, sekejap saya nak baca benda ini biar jangan salah.

Timbalan Speaker

Tuan jangan lama, tuan. Kita bagi peluang kepada pembahas-pembahas lain.

Lebih kurang lah, maksudnya Tuanku bertitah untuk kali kedua mencadangkan supaya pelaksanaan Ahli Majlis 50% daripada kakitangan professional. Saya mohon kerajaan Negeri jangan sampai Tuanku terpaksa bertitah kali ketiga, ini dah kali kedua. Menyebut kepada benda yang sama “suka Beta mengingatkan sekali lagi kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar, suka Beta mengingatkan sekali lagi” dua kali dah. Jadi saya mohon ambil tindakan yang serius kali ini. Mungkin pelantikan telah dibuat, jadi kita tak boleh buat apa, tetapi kalau di dalam kita merangka atau melantik Ahli Majlis baharu di sesi akan datang, mungkin cadangan atau syor daripada Tuanku ini boleh diambil secara serius supaya

kerajaan Negeri dilihat akur dengan permintaan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, boleh tutup.

Sekian, Tuan Speaker. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada Pandamaran untuk menjunjung kasih ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Pandamaran sekali lagi ingin menyentuh isu banjir kilat yang sering berlaku di DUN Pandamaran. Pandamaran ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga MBDK Majlis Bandaraya Diraja Klang kerana telah banyak membantu dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir di DUN Pandamaran. Akan tetapi, ia masih tidak dapat memadai untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku. Oleh itu Pandamaran menyeru kepada kerajaan Negeri supaya dapat bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam kajian system-sistem saliran yang sedia ada di daerah Klang. Kajian ini perlu meliputi seluruh Klang dan juga perlu beri cadangan dan nasihat kepada kerajaan apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan demi mengurangkan kekerapan banjir kilat di daerah Klang. Kerajaan juga perlu mengeluarkan dana dan peruntukan yang secukupnya bagi cadangan-cadangan yang telah dicadangkan untuk melaksanakan projek-projek ini. Pandamaran sangat-sangat letih dan sentiasa dalam keadaan fobia apabila hujan lebat. Oleh itu, Pandamaran sangat haraplah kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan Pandamaran sebab Klang dijangka akan ditenggelami oleh air laut pada tahun 2050. Tindakan ini dapat menyelamatkan Bandar Klang.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, Pandamaran sangat gembira dan rasa bangga kerana agensi-agensi kerajaan sekarang menuju ke arah dengan izin, paperless dalam proses memberi kemudahan kepada penduduk atau pengguna supaya mereka dapat menyemak cukai-cukai atau bil-bil melalui laman web atau pun apps. Ini bukan sahaja memudahkan pembayar, malah juga dapat mengurangkan penggunaan kertas. Namun, agensi-agensi perlu memberi peluang kepada pengguna warga emas yang mungkin tidak begitu pandai menggunakan bahan-bahan elektronik yang canggih dalam zaman ini. Pandamaran berpendapat agensi-agensi ini perlu memberi borang kepada pengguna warga emas untuk memilih adakah mereka nak bil-bil fizikal atau pun mereka nak bayar melalui apps atau pun laman web. Agensi-agensi ini perlu lah hantar bil-bil ke rumah mereka jika mereka memilih untuk bil fizikal supaya mereka dapat membayar bil-bil.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Persiaran Raja Muda Musa adalah satu jalan yang lebar dan panjang sehingga 7 kilometer. Ramai mat rempit yang telah memilih kawasan ini untuk tujuan lumba haram. Penduduk mengadu bahawa mereka tidak dapat tidur lena kerana kacau ganggu bunyi. Ramai penduduk sering membuat laporan polis serta membuat aduan kepada Pandamaran walaupun pihak polis kerap mengambil tindakan tapi ia tidak dapat menghapuskan aktiviti lumba haram. Di dewan yang mulia ini, Pandamaran ingin memohon jasa baik daripada JKR supaya dapat menambah lagi sreet biker line, dengan izin walaupun JKR telah ada buat 2 zon street biker line tapi ia tidak memadai. Mat rempit asyik berlumba haram di kawasan tersebut. Saya harap semoga JKR dapat mempertimbangkan dan harap Exco Yang Berhormat Izham dapat bantu dalam kes ini.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Pandamaran ingin menyentuh program INSAN yang telah dilaksanakan pada 2 tahun lepas. Pandamaran berpendapat, berpandangan program INSAN ini perlu menukar cara pendaftaran melalui syarikat insurans dengan cara yang lebih efektif. Pandamaran mencadangkan supaya waris-waris mangsa kemalangan maut boleh mengemukakan dokumen-dokumen seperti sijil kematian dan juga fotostat kad pengenalan ke pusat khidmat. Dalam sijil kematian ada mengatakan jenis kematian dan pusat khidmat akan boleh menggunakan dokumen-dokumen tersebut untuk menghantar untuk mendapatkan wang khairat kematian. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan Negeri malah dapat mengeratkan hubungan rakyat dan wakil rakyat. Maka Pandamaran harap kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat dapat mempertimbangkan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum Pandamaran mengakhiri perbahasan menjunjung kasih titah Tuanku, Pandamaran ingin menyentuh sekali lagi tentang SOCSO kakitangan pusat khidmat. Mereka bekerja untuk kerajaan tetapi layanan tidak begitu bagus. Mereka sentiasa dimaki dan dimarah oleh rakyat jika permohonan tidak dapat kelulusan. Memang kesian kakitangan kita. Maka Pandamaran sekali lagi harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk memberi jaminan SOCSO kepada kakitangan yang berkhidmat untuk PKM Pusat Khidmat Masyarakat dan juga kerajaan.

Akhir sekali, Pandamaran menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, boleh mencelah?

Timbalan Speaker

Nak mencelah? Okay.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Adakah Pandamaran juga setuju elaun yang diberikan kepada kakitangan pejabat juga adalah kurang dan tidak mencukupi di mana pada masa sekarang adalah lebih kurang RM2000 sahaja. Ini

juga akan membebankan mereka padahal mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk rakyat. Adakah Pandamaran setuju perlu tambahkan elaun mereka juga.

Boleh tambah sikit lagi? Saya tambah sikit lagi.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya jawab soalan dulu. Pandamaran setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kota Kemuning kerana kakitangan kita, dia bekerja walaupun ada masa waktu pejabat tapi kadang-kala mereka kena kerja pada waktu minggu. Mereka tidak dapat dibayar ya, mereka akan kerja. Jadi saya harap kerajaan juga akan mempertimbangkan supaya gaji yang ditawarkan tu dapat ditingkatkan ke RM2,500. Silakan.

Terima kasih Pandamaran bagi laluan. Nak tanya juga Pandamaran apakah pandangan Pandamaran terhadap ADN-ADN Pembangkang yang mendapat peruntukan jauh lebih sedikit untuk pejabat dan kebanyakan daripada kakitangan kami bekerja secara sukarela tanpa ada elaun dan gaji juga. Jadi minta bagi pendapat.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Boleh masuk kerajaan. Okay, saya sebenarnya ini adalah, saya percaya kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi sumbangan kepada ADUN Pembangkang. Jadi saya tak tahu berapa lagi, ini adalah dalam perbincangan Yang Amat Berhormat dengan Ketua Pembangkang. Jadi saya rasa peruntukan yang telah diberikan itu anda boleh gunakan lebih baik daripada dulu. Dulu bila kita pembangkang itu, satu sen pun tak ada. Satu sen pun tak ada. Okay untuk pengetahuan. Bila zaman dululah, jadi sekarang kerajaan kita baik, kita bagi peruntukan untuk menyewa pusat khidmat dan juga mencari kakitangan. Jadi saya rasa tiada masalah. Jadi ini dengan akhir sekali saya menjunjung kasih, menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Pandamaran. Yang Berhormat Sungai Panjang.

Y.B. TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI

: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Tuhan kita berfirman (Bahasa Arab) : Mafhumnya, katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Suratul an-Nam surah yang keenam, ayat 162, juzuk 8, halaman 150. Tuan Yang Dipertua, terima kasih dan Ahli Dewan-Dewan yang dimuliakan, izinkan saya memulakan perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor ini dengan serangkap pantun :-

Pelbagai Bangsa Berlainan Bahasa, Bahasa Melayu Menyatukan Kita, Jika Ingin Menabur Jasa, Betulkan Niat, Tetapkan Jiwa.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya mewakili rakyat di kawasan Sungai Panjang, mengambil bahagian untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor atas titah yang menzahirkan kecaknaan kepada kerajaan jua kepada rakyat sempena Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana sudi menyampaikan Titah Baginda kepada Dewan Yang Mulia ini pada 27 Februari 2024 dan mengambil berat nasihat serta syor Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Tuan Yang Dipertua, dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan pada 27 Februari 2024, setiap barang Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menggambarkan kepimpinan yang cukup berhemah. Menggambarkan kepimpinan yang berhikmah dan menggambarkan kepimpinan yang selaras dengan Maqasidul al-Syariah terutamanya apa yang dititahkan “Suka Beta ingatkan kepada Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor agar bertindak adil serta bertoleransi antara satu sama lain dan menumpukan perbahasan kepada perkara yang memberikan manfaat yang sebaiknya kepada rakyat dan kemajuan negeri”. Tuan Speaker, ini bagi menamatkan kemelut dan politik dendam. Yang tidak menentu secara harmoni pada hari ini. Tuan Yang Dipertua, berdasarkan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor pada 27 Februari yang lalu, pada hemat saya, Titah nasihat dan syor Duli Yang Maha Mulia Sultan Kerajaan Negeri perlu memperkasa, Kerajaan Negeri perlu menyegerakan dan Kerajaan Negeri perlu melaksanakan Titah nasihat dan syor Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya ingin menyentuh, Sungai Panjang ingin menyentuh lima isu. Yang pertama, berkenaan dengan keterjaminan makanan. Kawasan Sungai Panjang, Sabak Dan Tanjung Karang adalah kawasan penanaman padi yang telah disebut oleh Sungai Burong. Dan saya menambahkan sedikit, supaya Kerajaan Negeri boleh memikirkan untuk menambah insentif kepada pesawah, yang menanam padi untuk beras bukan untuk benih. Keluasan sawah padi sebanyak 17,000 hektar dan 42% iaitu 7,000 hektar padi yang ditanam untuk kegunaan benih, manakala 58% iaitu 10,000 hektar padi yang ditanam untuk beras. Dan padi-padi benih ini sebenarnya dibeli oleh kawasan-kawasan lain hampir seluruh negeri di Malaysia, membeli padi benih di selangor. Maka apakah sebaiknya kita menyediakan padi benih ini hanya untuk Negeri Selangor sahaja iaitu yang memerlukan lebih kurang 2,000 hektar ataupun 10% sahaja. Dan benih-benih lain Kedah boleh guna padi Kedah, Melaka boleh guna padi-padi Melaka dan ini lebih memberikan banyak tanaman padi untuk menghasilkan beras. Dan untuk itu, Kerajaan Negeri boleh memberikan insentif mana-mana yang menanam padi untuk beras, diberikan insentif mengikut jumlah tan setiap-setiap musim. Dan kita tahu kenapa ramai yang menanam dan menjual padi benih? Kerana padi benih dibeli dengan harga yang lebih tinggi

daripada padi beras. Contoh, daripada Sawah Sempadan, Sekinchan harga dari RM1,800 sampai ke Sungai Panjang, sampai ke Bagan Terap harga jadi turun daripada RM1,600 hingga RM1,500 dan ada RM1,400. Ini yang pertama. Maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh mengambil ini sebagai satu ruang dan peluang untuk membantu petani-petani dan meningkatkan lagi beras di Negeri Selangor dengan menumpukan tanaman untuk beras bukan untuk benih.

Yang kedua, sistem e-Tanah dan ini lebih teratur dan efektif apabila kita melihat Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mengesyorkan bahawa sistem e-Tanah ini dilaksanakan akan menjadikan lebih teratur dan efektif. Tetapi yang sebelum ini kita melihat Laporan Ketua Audit Negara, (LKAN) mendapati pengurusan tanah rizab Melayu, (TRM) secara keseluruhannya dirumuskan kurang cekap dan berkesan. Maka kita melihat beberapa tempat contohnya di daerah Sabak Bernam. Tanah yang diambil tanah rizab digantikan kepada tempat lain tetapi tidak digantikan dengan nilai yang sama dan status yang sama. Saya turun lawat periksa ada pita penguat kuasa yang dicabut. Apa isu sebenarnya? Satu tanah yang diminta di sebelah Sekinchan tanah rizab diminta oleh penduduk dan digantikan di Parit Baru. Maka tanah tersebut apabila diganti di Parit Baru nak pula tanah tersebut. Setelah dipita, diceroboh juga. Apa isu yang sebenarnya berlaku perkara tersebut? Jadi saya mengharapkan dengan sistem e-Tanah ini saya menuntut penjelasan dan jawapan secara bertulis daripada PTD, apakah ada pencerobohan terhadap tanah yang diganti kepada rizab? Begitu juga tanah-tanah wakaf yang mesti diurus dengan baik jika tiada hitam putihnya.

Dan yang ketiga, berkenaan dengan SRA yang uzur, merujuk kepada laporan audit dalam baik pulih bila persoalan dan pertanyaan saya pada kali ini laporan audit menyebut bahawa daripada tahun 2021 hingga 2023 sebanyak 95 buah sekolah SRA yang sangat uzur. Dan perlu peruntukkan semasa tahunan. Dan di sini dijawab tak boleh buat, kenapa? Kerana kos peruntukkan yang sangat besar. Sebab itu pada sesi yang lepas saya membangkitkan tentang isu pembahagian sekolah-sekolah ada sekolah empat buah sahaja. Empat buah sekolah sahaja peruntukkan RM2 juta dan RM2 juta dibahagi dengan empat. Sebuah sekolah dapat RM500 ribu. Berbanding dengan sekolah yang banyak 457 sekolah diberi sebanyak RM10 juta sebuah sekolah hanya mendapat sekitar RM2 ribu lebih. Kerajaan membicarakan tentang adil. Bagi adil tapi adakah ini dikatakan adil? Sekolah yang banyak tapi dapat sikit. Sekolah yang sikit tapi dapat banyak. Ada 95 buah sekolah dan saya dapat satu surat daripada pengerusi PIBG Sekinchan juga. Saya tidak tahu kenapa orang Sekinchan minat bagi kat saya. Sekolah ini tunggu masa nak roboh. Anai-anai. SRA Harmoni, saya rasa Sri Serdang pun bersetuju juga kalau nak bagi peruntukkan kepada SRA. Sebab sesi lepas, dia sebut tentang sekolah dah tak cukup, ramai pelajar dan sebagainya. Jadi saya berharap kerajaan boleh memikirkan kembali. Peruntukkan sebanyak RM500 ribu kepada 4 buah sekolah berbanding dengan lebih daripada 200 buah sekolah yang diberikan, eh 400 buah sekolah yang diberikan hanya RM10 juta sahaja. Keempat, Institusi Masjid dan Surau. Juga perlu diurus dengan profesional adil dan telus. Kita mengambil maklum bahawa fahaman pluralisme dan liberalisme telah difatwakan

sesat pada 17 Julai 2014, sepuluh tahun yang lalu. Sepuluh tahun dahulu tak ada yang membangkitkan isu ini. Sepuluh tahun yang dulu tak ada yang mencabar fatwa Negeri Selangor. Hari ini dicabar fatwa liberal. Bila kerajaan, bila fatwa menyebut liberal, sesat maka dicabar dengan peringkat-peringkat. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor,

Sungai Panjang, Sungai Panjang laluan, Sungai Panjang

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

apakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mempertahankan fatwa yang telah ditetapkan sepuluh tahun yang lalu?

Sungai Panjang bagi laluan. Sungai Panjang boleh beri laluan.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tengah sedap, potong. Haa boleh lah.

Tak, boleh tak Sungai Panjang jelaskan.

Speaker

Saya ingin ingatkan tinggal dua minit sahaja lagi.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ha itulah.

Jelaskan fakta bantahan tersebut di Dewan yang mulia ini. Jangan hanya sebut ada bantahan. Apakah bantahan itu? Dan butiran-butirannya. Terima kasih.

Sungai Panjang. Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Baik. Terima kasih. Saya teruskan.

Sungai panjang.

Speaker

Ada yang ingin mencelah lagi.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Masa saya tinggal dua minit lagi. Sikit-sikit lagi. Dua minit. Dua minit.

Sikit je. Sikit je. Ada sedikit kekeliruan. Saya ada keliru sikit. Adasedikit keliru kat situ.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dua minit. Saya teruskan. Liberal jangan panas dengan liberal. Saya tak kata sapa-sapa. Saya tak kata sapa-sapa.

Bukan masalah. Saya pun tak kata Sungai Panjang. Cuma saya nak minta penjelasan sahaja.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tak kata siapa-siapa. Liberal ialah satu pemikiran.

Sungai Panjang, apa kena mengena masjid dan surau dengan liberal tadi? Sungai Panjang ukur dengan point yang ketiga ialah tentang masjid dan surau. Tiba-tiba corner pergi liberal...

(Dewan riuh)

Speaker

Seri Serdang, duduk Seri Serdang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Boleh menjejaskan keharmonian masjid dan surau. Masjid dan surau..

Apa kena mengena masjid dan surau dengan liberalism dengan fatwa?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ada kelompok dan golongan yang berfikiran liberal pluralisme agama berada dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

(Dewan riuh)

Buktikan dengan fakta dan butir-butir.

(Dewan riuh)

Speaker

Semua duduk dulu. Semua duduk dulu.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang kelima boleh Speaker.

(Dewan riuh)

Speaker, Peraturan Tetap.

Tajuk pengurusan masjid dan surau...

Masjid dan surau, tumpu kepada pengurusan masjid dan surau. Apa kena mengena dengan fatwa semua? Saya rasa tajuk itu tak sesuai.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sungai Panjang. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya minta Sri Serdang semua duduk.

Speaker

Semua duduk. Sekarang ini floor Sungai Panjang, kalau dia bagi ruang saya bagi tapi masa...

Jangan la sengaja nak kelirukan... sengaja nak kelirukan (Dewan riuh)

Speaker

Saya bagi masa seminit lagi Sungai Panjang landing sekarang, tutup. You tutup.

Peraturan Tetap.

Speaker

Peraturan Tetap, siapa yang naikkan Peraturan Tetap?

Speaker

Peraturan Tetap, saya, saya sini. Seri Setia.

Speaker

Seri Setia, silakan.

Peraturan Tetap 36(2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Sekiranya pada pengerusi harus meletakkan kepentingan pihak yang berbicara itu. Isu fatwa Negeri Selangor ini sedang dibicarakan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Speaker

Ada sebut apa-apa perkataan? Ada yang mana yang percakapan dalam pertimbangan mahkamah yang di oleh ni? Saya minta penjelasan daripada Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Okay. Nak tarik balik ke macam mana tu?

Timbalan Speaker

Tarik balik.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tarik balik je. Tarik balik tapi saya tak mengkhususkan kepada Sister in Islam.

Timbalan Speaker

Tak apa. Tarik balik.

Y.B .TUAN MOHD RAZALI BIN SAARI : Okay.

Timbalan Speaker

Sekarang ini masa Sungai Panjang dah tamat.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Satu lagi. Satu lagi last. Ini last.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang, dah habis dah masa Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Kepentingan Sungai Panjang.

Timbalan Speaker

Ya.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Jalan FT05 laluan utama.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dah, dah, dah. Orang lain nak ucap. Orang lain! Masa tak ada!

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Mohon supaya Kerajaan Negeri menggesa laluan ini terus diserap kepada JKR Daerah, supaya dapat di selenggara dengan baik.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Orang lain nak ucap pula.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Pelabuhan Klang Speaker?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

dalam jagaan kontraktor mangku bumi. Segala aduan dan cercaan.

Timbalan Speaker

Pembahas baru. Sungai Panjang sila duduk. Masa dah habis Sungai Panjang. Sebab hari ini hari Jumaat.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya diganggu.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dah, dah, dah.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya diganggu.

Timbalan Speaker

30 saat. Penutup.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Okay, 30 saat.

Timbalan Speaker

30 saat.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Dicadangkan proses yang sepatutnya serahan kepada JKR daerah persekutuan dibuat dengan segera apabila serahan sudah dilakukan baru ada kontraktor konsesi untuk menyelenggara pembaikan dan potong rumput akan ada juga peruntukan khas, pembaikan yang berkaitan. Akhirnya pantun subur langkas hamparan ku ini, akan awan puteri, hati nan

Timbalan Speaker

Terima kasih Sungai Panjang. Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Hati nan bakhil

Timbalan Speaker

Sungai Panjang!

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dah, dah, dah.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih, Assalamualaikum W.B.T.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang dah duduk.

Okay pembahas seterusnya. Tak ada yang bangun ya? Pembahas Sentosa. Silakan Sentosa.

Okay, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Tuan Speaker yang saya hormati kerana memberi peluang kepada Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih ya. Saya terus ke perkara-perkara yang penting. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri Ini baca teks la. Nanti I akan ulang ya, menunjukkan satu prestasi yang cemerlang apabila rizab Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan merekodkan angka berjumlah RM3.561 juta. Walaupun kebanyakan negara di Asian mencatatkan prestasi pertumbuhan sederhana.

Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama mula mengorak langkah pada tahun 2024. Satu perancangan berserta garis masa yang telah diunjurkan dalam perancangan Selangor Pertama ini memberi satu daya tarikan serta keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Negeri Selangor. Sentosa yakin dan percaya Selangor akan terus menjadi negeri mesra pelabur dan dapat menarik pelaburan seperti mana yang diunjurkan. Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri sering mendahului negeri-negeri lain dalam memperkenalkan inisiatif atau program kebajikan untuk rakyat. Iltizam Selangor Penyayang merupakan program yang cukup inklusif dan komprehensif buat rakyat Selangor. Program Iltizam Selangor Penyayang ini berjaya dilaksanakan dan ditambah baik setiap tahun disebabkan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti oleh Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, Jelajah Ehsan

Rahmah telah menjadi satu fenomena di Negeri Selangor apabila setiap hari, setiap minggu Jelajah Ehsan ini memasuki setiap pelosok Negeri Selangor dengan mengadakan jualan murah barangan asas. Hasil Kerajaan Negeri apabila diurus dengan baik akhirnya diberikan kembali semula kepada rakyat Selangor.

Sentosa juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Bandar Raya Diraja Klang atas pemasyhuran sebagai...

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker.

Majlis Bandaraya Diraja.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Speaker, Peraturan Tetap.

Timbalan Speaker

Ya?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Bukan mencelah. Peraturan Tetap Speaker.

Timbalan Speaker

Peraturan Tetap. Berapa?

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Sebab saya nak petik Peraturan Tetap ini 35(6). Sebab saya setuju dengan Yang Berhormat Lembah Jaya semalam, bahawa dalam perbahasan ini kita tak boleh membaca. Berbahas ini mesti berbahas. Dia bukan membaca.

Timbalan Speaker

Tadi saya tengok dia ada baca dan tengok juga.

Dengar dulu.

Timbalan Speaker

Teruskan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya setuju dengan Speaker.

Eh Gombak Setia. Gombak Setia dengar dulu. Saya belum habis perbahasan saya.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jadi mulai daripada sekarang kita lihat

Timbalan Speaker

dibenarkan untuk refer pada nota-nota yang dibagi, yang digunakan. Silakan.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Jadi sebab itu Speaker, saya minta kalau boleh kena adillah dalam Ruling. Jadi lepas ini kita lihat, baca ataupun baca dan tengok crowd.

Semalam Gombak Setia pun baca juga.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Boleh tengok video lah.

Sentosa mengambil kesempatan ini mengambil ucapan tahniah kepada Majlis Bandaraya dan seterusnya menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berusaha Datin Paduka Noraini Roslan yang dilantik sebagai Datuk Majlis Bandar Raya Diraja Klang wanita pertama. Sentosa yakin dan percaya dengan pengalaman luas beliau untuk terus mengemudi Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan lebih cemerlang serta membawa Bandaraya Klang ke satu tahap yang lebih tinggi dan menjadi sebuah bandar raya yang kondusif didiami.

Sentosa berharapan tinggi penaiktarafan Taman Sentosa. Taman Sentosa adalah satu taman, dalam taman itu ada 25 taman. Status Bandar Sentosa akan menjadi realisasi. Ini sejajar dengan visi Majlis Bandar Raya dan banyak kerja-kerja perlu dilaksanakan dan harap pengumuman ini dapat diumumkan dalam masa enam bulan. Satu kontraktor satu kawasan. Ini adalah satu permintaan untuk semua majlis bandar raya ataupun PBT untuk melantik satu kontraktor untuk satu jaga satu kawasan kerana ada banyak pertindihan kerja di mana dalam satu kawasan ada dua/tiga kontraktor diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

Tuan Timbalan Speaker, saya ingin tumpukan perhatian Dewan ke masalah kebanjiran warga asing sejak akhir-akhir ini menjadi isu yang semakin hangat di negara kita. Negara kita telah menjadi tumpuan warga asing dari pelbagai negara untuk mencari rezeki. Ini kerana pekerja tempatan kurang berminat dalam sektor-sektor ini dengan alasan kurang berminat dalam sektor-sektor ini dengan memandang rendah pekerjaan sebegini. Adakah kerajaan bercadang ataupun boleh mengenakan peraturan tertentu kepada majikan di Negeri Selangor supaya mengambil pekerja tempatan daripada pekerja asing? Cadangan Sentosa ialah wujudkan program insentif untuk warga Selangor, warga Malaysia untuk menggantikan warga asing. Pekilang dan juga majikan sanggup belanja sampai RM10,000 untuk mendapatkan permit kerja dan bawa mereka dari negara sumber. Bolehkah Kerajaan Negeri dengan kerjasama majikan ataupun gabungan pekilang wujudkan satu program untuk beri mereka insentif kewangan kepada pekerja-pekerja tempatan? Mungkin bantuan insentif kewangan ini boleh membantu mereka dan terus bantu agenda negara.

Tuan Speaker, dalam kita memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi serta merakyatkan ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian khusus dalam menambahbaik dan meningkatkan tahap infrastruktur awam seperti jalan raya

yang menghubungkan wilayah luar bandar dan wilayah bandar. Keadaan jalan raya perlu dinaiktaraf seiring dengan perkembangan aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Sesungguhnya kegemilangan sebuah tamadun tidak boleh dibina dalam sehari atau dua. Sebaliknya boleh runtuh dengan sekelip mata jika tanggungjawab dan amanah diabaikan atau difitnah.

Baru-baru ini Hulu Kelang telah menyatakan berkenaan Air Selangor dan PKNS. This are business entity, dengan izin Tuan Timbalan Speaker ada kalanya kita menang, ada kalanya kita kalah. Tetapi ini ada bergantungan dengan risiko. Risiko boleh datang dari ketidaktentuan dalam pasaran, kegagalan projek dan sebagainya. Sentosa percaya PKNS, pengurusan PKNS dan Air Selangor telah dan sedang menjalankan tanggungjawab dengan baik. Oleh itu, kita perlu beri mereka masa dan jangan asyik cari salah.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pembahas daripada ADN pembangkang yang banyak membagi cadangan memberi constructive criticism. Right? Kerana inilah apa yang kita perlu buat. Kita ambil iktibar dari Yang Dipertuan Agong. Baru-baru ini beliau, Yang Dipertuan Agong telah mengatakan jangan politik. Tunggu masa untuk pilihan raya. Sementara itu marilah kita sama-sama membina negara ini dan negeri ini supaya kita boleh memberi yang terbaik

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Tuan Speaker.

kepada rakyat Selangor.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Sentosa. Mencelah.

Saya tak ada masa nak bagi you.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Perbahasan mesti ada celahan, kalau membaca tak ada.

Timbalan Speaker

Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Perbahasan ada celahan.

Timbalan Speaker

Gombak Setia.

Tanya dengan baik-baik.

Timbalan Speaker

Sentosa tak bagi. Duduk Gombak Setia.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Saya nak tanya ini konstruktif. Ha ok baik. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Cuma saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Sentosa, apakah peranan kita sebagai Ahli Dewan ini bila ada sesuatu isu berlaku sebagaimana yang Yang Berhormat Sentosa sebut tadi, kita kadangkala mesti, kita bukan nak kritik tetapi kita ingin menegur perkara yang sedang berlaku kerana kita tak mahu ianya akhirnya mendatangkan kemudaratan yang lebih besar. Jadi Yang Berhormat Sentosa tadi sebut seolah-olah kita kena puji saja. Tak boleh, nak kritik, betul kita kena kritik dan kadangkala kita mesti memberikan ataupun menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit. Sebab itu saya nak bertanya apakah seolah-olah kita ini tak boleh berperanan untuk mengkritik ataupun memberikan/menyatakan kelompangan apa yang berlaku dalam kerajaan.

Terima kasih Gombak Setia. Memang itu yang saya nak bagi tahu tapi constructive criticism, dengan izin. Right. Cadangan yang bernas, cadangan yang baik memang akan diterima oleh Kerajaan Negeri. Baru-baru ini kita pun sedia tahu pengumuman akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat. Perbincangan daripada pihak ketua pembangkang untuk peruntukan yang perlu diberikan. Bincang dengan baik, memang Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat akan bincang fikirkan yang akan juga bagi yang terbaik untuk ADN Pembangkang. Biar saya teruskan. Terima kasih.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Tak, bukan. Saya nak cakap ini je. Saya nak cakap nampak macam berbahas. Terima kasih.

Okay, terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak mencelah sikit.

Boleh.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh.

Terima kasih Sentosa. Sentosa ini sahabat saya pada dulu, kini dan selamanya. Saya tertarik bila... Team sama dulu waktu pemilihan. Jadi Yang Berhormat Sentosa, Yang Berhormat bangkitkan tentang peranan kami sebagai pembangkang untuk beri constructive criticism, maknanya menghargai peranan pembangkang. Dan Yang Berhormat dah sebut pun tentang soal peruntukan. Adakah Yang Berhormat setuju sebagai persediaan untuk pengumuman Menteri Besar. Mungkin Menteri Besar boleh ambil ilham daripada Yang Berhormat Sentosa nanti. Adakah Yang Berhormat setuju supaya peruntukan itu diberikan sama nilai dia, ADN Kerajaan dan juga ADN Pembangkang)? Sebab apa? Sebab kami sekarang 22 pembangkang. Jadi penggal depan kami jadi kerajaan, Sentosa jadi pembangkang baru kami boleh bagi sama rata. Jadi adakah Yang Berhormat Sentosa setuju dengan pandangan saya ini?

Itu saya lepaskan kepada Yang Amat Berhormat untuk mengambil tindakan. Okay. Sementara itu kalau nak lebih peruntukan, datang sebelah sini. Okay? Boleh?

Timbalan Speaker

Masa ada dua minit ya.

Dia kena tolak dari masa mereka.

Okay, akhir sekali Tuan Timbalan Speaker. Boleh Sentosa mendapat rekod pecahan bilangan kaum pekerja di bawah agensi kerajaan di Selangor dan bagaimana Kerajaan Negeri boleh mencapai peratusan bukan Melayu, Cina dan India terutamanya di setiap agensi tersebut, serta bilakah kita boleh mencapai ini. Kerana secara realiti ada kekurangan pekerja bangsa Cina dan India dalam jabatan kerajaan dan tidak ada ataupun tidak dapat peluang untuk generasi muda ataupun generasi baru.

Akhir kata Tuan Speaker, saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dapat meneruskan, ini kena puji Gombak Setia, kena puji. Kali ini Dato’ Seri Sungai Tua. Okay. Meneruskan kecemerlangan memimpin Negeri Selangor untuk terus unggul di samping memartabatkan rakyat Selangor. Ini ada satu pantun untuk Hulu Kelang, boleh ya?

Keranamu kami mendapat tua, Keranamu kami bangsa berjaya, Keranamu kami hidup selesa, Kerana Selangor kita semua berjaya.

Berjalan dari bukit ke hulu, Singgah membeli ayam jantan, Jika tuan tidak melulu, Sudah pasti tidak menjadi mantan.

Sentosa mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Hidup Sentosa!

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 12 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 3 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Selamat petang Ahli-Ahli Yang Berhormat semua. Dewan sambung semula. Morib silakan. 10 minit.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua Dewan Negeri Selangor. Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Speaker untuk memberi peluang untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Saya mewakili Morib...

Speaker

Morib kali ini pandai-pandai jaga masa ya. Jangan macam tahun lepas.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya kita berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang ada. Memperkukuhkan perhubungan yang baik dan muhibah sesama rakyat. Menghindari persengketaan dan menjauhi segala perbuatan yang boleh memudaratkan kepada Negeri Selangor terutama amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Marilah kita bersama mengambil maklum dan tanamkan dalam diri kita apa yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Tuan Speaker, apa pun Morib ada beberapa perkara yang ingin saya bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Dari segi pembangunan Negeri Selangor tidak ketinggalan malah semakin rancak dan maju oleh itu banyak perkara yang perlu difikirkan. Kebaikan juga, keburukan sesuatu pembangunan amatlah penting. Dan ingatlah jangan kita mengejar pembangunan tetapi rakyat di sekitar dan penduduk di kawasan akan terpinggir. Seperti pepatah ada mengatakan kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah. Kita lihat pembangunan juga jika tidak dikawal akan meningkatkan masalah kepada penduduk setempat. Oleh itu harap pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan perkara-perkara penting seperti masalah alam sekitar, gejala sosial, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Dari segi alam sekitar menerusi agensi atau jabatan-jabatan berkenaan haruslah melakukan pelbagai usaha termasuk memperketatkan undang-undang berkaitan alam sekitar. Penguatkuasaan seharusnya dilakukan dari awal lagi kerana jika dibiarkan berterusan maka ia akan membawa kemusnahan yang lebih besar terhadap alam sekitar kerana apa yang sering berlaku sekarang adalah tindakan hanya akan diambil bila sesuatu masalah sudah menjadi serius. Atau pun apabila sesuatu bencana itu berlaku barulah tindakan diambil. Kehilangan harta benda dan nyawa sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Berat mata memandang, berat lagi bahu

memikul. Oleh itu saya berharap pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat mengatasi masalah kelemahan dan kekangan haruslah diatasi segera termasuk keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar. Pastikan semua bentuk kawalan sedia ada itu mencukupi dan mencapai piawaian yang telah ditetapkan.

Tuan Speaker, di dalam pembangunan infrastruktur perkara yang sering kita bangkitkan oleh semua kawasan adalah termasuk jalan raya, parit, longkang dan sebagainya. Dalam belanjawan yang telah dibentangkan baru-baru ini dengan peruntukan yang diberikan kepada jabatan-jabatan adakah ianya mampu memberi perkhidmatan dan menambah baik pembangunan infra di seluruh Negeri Selangor? Saya amat berharap agar pihak Kerajaan Negeri begitu juga EXCO yang berkaitan agar pihak Kerajaan Negeri dapat menilai kembali peruntukan yang disalurkan dan akan menambah peruntukan kepada pihak yang berkaitan. Dengan rizab yang melebihi RM3.5 bilion Morib. Mengharapkan agar ditingkatkan peruntukan untuk maintenance ataupun peruntukan penyelenggaraan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Seperti di kawasan saya Morib dari segi pembiayaan peruntukan kepada jabatan-jabatan amat terhad dan ini menyebabkan pembangunan dan penambahbaikan jalan-jalan negeri dan kampung juga tidak dapat dibuat keseluruhannya. Dan ini akan menyebabkan kemalangan yang juga akan meragut nyawa. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru mengadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Masalah banjir yang disebabkan parit dan longkang tidak di selenggara dengan baik juga itu perlu difikirkan. Antaranya di kampung saya di kawasan saya Kampung Kanchong Darat. Jalan kampung ini yang telah lama rosak dan tidak semua diturap dan juga parit-parit yang semua tidak di selenggara dengan baik. Begitu juga dengan kampung-kampung di sekitar Kampung Kelanang, Kampung Bandar, Pematang Pasir, Sungai Buaya dan boleh dikatakan keseluruhan kampung di kawasan DUN Morib tidak dapat penyelenggaraan yang baik. Morib memohon agar peruntukan perbelanjaan kepada jabatan-jabatan ini perlu diberikan perhatian dan diberi penambahan agar dapat perkara-perkara yang saya sebut tadi dapat diselesaikan untuk menambah kebaikan malahan sekarang mereka semua telah dibebankan dengan kenaikan cukai pintu. Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai daerah terutama pada Tuan D.O. dan juga YDP Majlis Perbandaran Kuala Langat dan juga Ketua-Ketua Jabatan seperti JKR, JPS yang saya rasa mereka ini semua bekerja keras untuk pembangunan dan kemakmuran di Kuala Langat, khasnya di kawasan saya DUN Morib. Dan saya yakin penjawat awam ini di Negeri Selangor adalah yang terbaik dan bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan diberikan kepada rakyat terlaksana dengan amat baik seperti apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor dalam Titah Ucapan Tuanku di persidangan penggal Kedua Dewan Negeri Selangor tiga hari yang lepas.

Tuan Speaker, berkenaan cukai pintu yang telah dijalankan saya berharap agar selepas ini pihak PBT dapatlah memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini bukan sahaja berkenaan dengan kutipan sampah tetapi rakyat akan bertanya apakah perkhidmatan yang kerajaan berikan kepada mereka? Adakah penambahbaikan dari segi

infrastruktur dan perkhidmatan seperti jalan bertambah baik? Rakyat tidak peduli pun. Bila mereka sudah membayar pasti mereka hendak perkhidmatan yang terbaik. Morib berharap agar pihak Kerajaan Negeri Selangor akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Berkenaan bantuan bencana, saya amat prihatin kepada mangsa bencana dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana ada memberi bantuan ini. Namun apa yang kita tahu bantuan bencana ini amat sedikit dibandingkan dengan kerosakan atau kehilangan harta benda mangsa. Morib mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri Selangor menilai semula bantuan-bantuan bencana ini supaya ditingkatkan dengan apa yang diberikan sebelum ini. Bencana berlaku ini bukanlah kehendak kita dan juga adalah satu ujian pada diri kita dan jangan lupa ini juga adalah ujian kepada kerajaan Negeri Selangor untuk bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dengan ikhlas membantu mangsa-mangsa ini. Sakit sama mengadu, luka sama meniup.

Tuan Speaker dalam kita mengawal kebanjiran anjing-anjing liar yang semakin tidak terkawal apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui jabatan berkenaan seperti Jabatan Veterinar dalam menangani masalah yang saya kira berlaku di seluruh Negeri Selangor. Perkara ini amat membimbangkan kerana ada juga laporan penduduk digigit dan diganggu dan mengganggu kanak-kanak dan anak-anak yang hendak pergi sekolah. Saya amat simpati dengan keadaan ini dan saya rasa pihak PBT yang selalu dipersalahkan dan saya rasa tidak adil kerana ada jabatan yang khusus dalam perkara ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan ini ada solusi untuk perkara ini ataupun pihak Jabatan Veterinar perlu membuat sesuatu tindakan yang lebih agresif? Di kawasan saya di DUN Morib ini tidak ketinggalan bukan sahaja kawasan-kawasan pekan

Speaker

Yang Berhormat jaga masa.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

pelik juga bila mana sekarang kawasan tradisi bukan sahaja monyet, anjing-anjing liar ini semakin banyak dan beranak pinak dan saya harap benda ini dapat di ambil serius oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tuan Speaker, yang terakhir saya mewakili penduduk Kuala Langat khususnya di DUN Morib amat berbangga dengan lahirnya atlet pemain badminton yang telah mengharumkan nama negara dan negeri kita Selangor yang kita sayangi. Dilahirkan di Kampung Kanchong Darat, keluarga Dato’ Haji Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar adalah nama yang tak asing lagi telah melahirkan nama-nama seperti Misbun, Razif, Jalani, Rahman. Anak-anak beliau ini semua adalah nama-nama legenda badminton. Yang menaikkan nama negara kita Malaysia dan Negeri Selangor khususnya. Berkenaan dengan kita meraikan tahun Melawat Selangor pada 2025, Morib ingin mencadangkan agar kediaman dan tempat kelahiran beliau diangkat sebagai tempat yang akan disenaraikan di dalam tempat-tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong. Pergi bersenam di pusat senaman, memakai bauan yang sangat wangi, terima kasih Tuan Speaker yang budiman, lain kali berilah masa lebih lagi. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat bangun awal boleh dapat lebih masa. Seterusnya Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Balakong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Balakong ingin memulakan perbahasan dengan ucapan syabas dan tahniah atas usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat Selangor. Antara inisiatif yang telah mendapat sambutan yang baik ialah jualan Ehsan rahmah (JER). Sejak pelaksanaan program ini pada tahun 2022 lebih daripada RM25 juta telah dibelanjakan. JER terbukti berjaya apabila pengendalinya iaitu PKPS telah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023. Pengiktirafan itu juga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri menerusi PKPS telah berjaya dalam isu jaminan bekalan makanan khususnya pasca COVID-19. Balakong berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah meneruskan program JER pada tahun 2024. Balakong ingin mencadangkan supaya jualan ini dapat diadakan juga pada waktu malam bagi memudahkan isi rumah yang bekerja. Balakong juga berharap agar barangan asas yang dijual pada setiap program dapat ditambahkan supaya mencukupi untuk permintaan para pengunjung. Tuan Speaker

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Balakong, nak mencelah. Soalan.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Boleh.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Setuju ke Balakong sekiranya program Jualan Ehsan ini dibuka di tempat-tempat umum jualannya berbanding sebelum ini hanya ahli-ahli politik yang menjalankannya. Ketua Kampung, Ketua-Ketua Politik. Setuju tak kalau dibuka untuk jualan kepada umum. Buat di dewan balai raya dan sebagainya. Sebab dia boleh mohon secara online.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Saya rasa cadangan itu baik Cuma satu perkara yang kita perlu pertimbangkan adalah sekiranya jualan Ehsan Rahmah itu dia buka di kawasan yang ada kedai-kedai runcit mungkin dia akan beri kesan negatif juga kepada para peniaga. Itu sahaja yang saya minta sambung perbahasan saya. Tuan Speaker, seterusnya Balakong ingin menyentuh tentang isu tapak loji rawatan kumbahan yang telah dihentikan operasi. Dalam persidangan Dewan yang lepas Balakong telah bertanya tentang lokasi loji rawatan kumbahan yang telah dihentikan operasi dan didapati sebanyak 61 tapak tersebut berada di DUN Balakong. Balakong mendapati loji-loji ini telah terbiar dan belum ada sebarang perancangan malah tidak di selenggara dengan baik. Sehubungan dengan itu, Balakong ingin mencadangkan supaya diteliti supaya tapak tersebut supaya diberikan lesen pendudukan sementara ataupun TOL kepada JMB ataupun Persatuan Penduduk bagi kegunaan letak kenderaan sekali gus menyelesaikan kekurangan parkir terutamanya di kawasan pangsapuri kepadatan tinggi. Tuan Speaker, itu kerosakan jalan raya yang

mengundang kepada ancaman keselamatan harus dipandang serius. Malahan perlu disusuli dengan tindakan segera. Setiap kali berjumpa jalan berlubang pertanyaan seperti bilakah jalan akan dibaiki. PBT tak buat kerja ke?. Pasti kedengaran. Namun begitu, yang sering menjadi pemasalahan adalah pada jalan-jalan yang masih belum diserahkan kepada PBT. Balakong ingin mencadangkan supaya PBT yang lazimnya menjadi pihak pertama menerima aduan dapat mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan jalan. Meskipun jalan-jalan tersebut barangkali masih di bawah penyelenggaraan pemaju saya minta agar jalan rosak boleh dibaiki terlebih dahulu oleh PBT sekiranya pemaju gagal bertindak segera dan menuntut semula bayaran daripada mereka kemudian. Begitu juga kepada isu jalan-jalan yang masih belum diserahkan tetapi pemaju telah pun gulung tikar. Balakong minta agar satu mekanisme yang komprehensif dapat diwujudkan demi keselamatan para pengguna. Balakong teruja dengan tindakan segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap satu insiden tanah runtuh di kawasan perumahan Taman Wawasan Puchong. Sehubungan dengan itu, Balakong juga ingin sekali lagi menarik perhatian Kerajaan Negeri tentang insiden tanah runtuh yang berlaku di Indah Court di DUN Balakong pada November tahun lepas supaya kerja pembaikan cerun dapat dilakukan dalam masa terdekat. Objektif penubuhan program Pusat Dokumen Pengenalan Diri atau pun MySelf telah mencapai satu kejayaan besar dengan membantu menyelesaikan lebih daripada 2,000 kes berkaitan dokumen pengenalan diri sejak tahun 2018 yang membabitkan kes anak angkat, sijil kelahiran serta warganegara.

Tuan Speaker, anak-anak yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak diberikan kerakyatan menjadi satu isu yang perlu diteliti dan ditangani kerana individu tanpa kerakyatan mungkin menghadapi kesukaran untuk akses keperluan termasuk pendidikan, perubatan, peluang pekerjaan dan terpaksa hidup dalam pinggiran masyarakat. Malahan terdapat juga pelapis sukan yang tidak dapat meneruskan cita-cita mereka untuk mewakili negara atau pun negeri. Walaupun berpotensi tinggi di sebabkan mereka ini tidak ada kerakyatan. Golongan ini tidak diberikan kerakyatan, rata-rata kerana ibu mereka merupakan bukan warganegara dan bapanya warganegara tetapi lambat mendaftarkan perkahwinan sebelum anak-anak dilahirkan. Ataupun terdiri daripada kanak-kanak terbiar dan identiti ibu bapa kandung tidak dapat disahkan tetapi dijadikan anak angkat tanpa kerakyatan. Balakong menyambut baik sasaran yang telah ditetapkan oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan setahun. Dan ini dilihat sebagai satu harapan baru bagi ribuan individu yang menghadapi masalah kerakyatan ketika ini. Sehubungan dengan itu, Balakong berharap agar Kerajaan Negeri melalui Unit MySelf akan meneruskan kerjasama padu bersama Kerajaan Pusat untuk menyusun dan menambah baik rangka kerja terhadap permohonan kewarganegaraan ini. Sekian sahaja Tuan Speaker, dengan itu Balakong menyokong.

Speaker

Terima kasih. Ya Jeram.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT salam sejahtera, salam Jeram Bestari. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnianya dan dengan izinnya dapat sekali lagi saya berdiri mewakili rakyat Jeram dalam membawa isu dan permasalahan ke Dewan yang mulia ini. Saya juga berbesar hati kerana berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan di Raja ini dan menjunjung kasih serta penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di atas titah Baginda yang banyak menyentuh soal pentadbiran yang cekap, pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan asas serta kebajikan rakyat. Sesungguhnya keprihatinan Baginda terhadap pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat merupakan perkara yang diakui dan tidak asing lagi bagi warga Negeri Selangor sekian lamanya. Jika diteliti keseluruhan titah Baginda, salah satu perkara yang cukup menarik dan penting adalah seruan Baginda untuk Kerajaan Negeri segara mengurangkan kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan urusan. Sekali gus menekankan sense of urgency dalam menyampaikan apa jua perkhidmatan kepada rakyat.

Saya tentu sekali menyokong penuh seruan ini setelah melihat sendiri bagaimana rakyat di kawasan saya telah kerap kali menjadi kerenah, menjadi mangsa kepada birokrasi yang melampau ini. Malah amalan ini bertambah parah dengan adanya faktor kecenderungan berpolitik yang berlaku sehingga hari ini yang membawa kepada kesulitan kepada pihak rakyat. Kira sajalah berapa kali pengunjung Pusat Khidmat saya terpaksa pulang dengan rasa kecewa apabila tidak dapat menjawab satu jawapan yang solid. Sememangnya daripada saya sebagai ADN Pembangkang, apa yang lebih penting apabila komunikasi daripada Kerajaan sendiri agak mengelirukan.

Tuan Speaker sebagai contoh, program Jelajah Kembali Ke Sekolah yang sedang berlangsung sekarang ini. Program ini menawarkan RM100 kepada setiap pelajar yang layak dan berkehendakkan pemohon hadir sendiri ke pejabat ADN atau pun pejabat penyelaras DUN. Namun demikian, seperti mana yang Dewan sedia maklum, di kawasan saya di DUN Jeram ini, penyelaras masih belum dilantik. Namun oleh sebab situasi begini, Pusat Khidmat saya menjadi tumpuan, ramai rakyat jelata yang datang memohon program ini. Saya akui bahawa program-program sebegini yang baik yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri ini patut disokong. Tetapi saya juga minta Kerajaan Negeri menambah baik daripada segi komunikasi dan juga pengagihan skim-skim yang baik ini. Akhirnya kalau perkara ini diteruskan, rakyat juga yang pulang hampa dengan tangan kosong. Sehingga di Pusat Khidmat saya di Puncak Alam untuk DUN Jeram, ada yang sampai terpaksa mengambil Grab daripada Sungai Sembilang terus ke Shah Alam hanya untuk mendapatkan jawapan yang mengecewakan. Ternyata keadaan ini tiada langsung sense of urgency daripada pihak Kerajaan Negeri. Maka dengan itulah saya ingin menekankan bahawa birokrasi ini yang separuh masak dan menyusahkan rakyat mesti dihentikan segera. Saya tidak menolak apa-apa program dan inisiatif yang baik seperti ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri harus diteruskan. Namun akan datang, saya mohon ...

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Mohon mencelah.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Sila

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Jeram, Tuan Timbalan Speaker. Berkaitan yang Jeram pakai ialah sense of urgency dalam delivered melaksanakan produk Negeri Selangor. Saya percaya satu perubahan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri ialah berbincang dengan Pembangkang. Kita menguruskan peruntukan Jawatankuasa baru-baru ini. Apa pandangan Jeram jika saya beri pandangan bahawa Pembangkang bersedia untuk berbincang dengan Kerajaan untuk sama-sama delivered produk Negeri Selangor ini kepada masyarakat? Jangan sampai mereka terkontang-kanting contoh pergi ke Sungai Ramal bawa ke Kajang, Kajang pun tak larat nak buat, pergi ke Balakang, Balakong pun tidak mampu hendak buat, apa kita bincang sama-sama, buat sama-sama, terima kasih.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sungai Ramal, saya amat bersetuju sebenarnya saya pun hendak sebut tadi. Apalah salah kiranya perkara-perkara ini atau pun program-program seperti ini dikongsi bersama ADN-ADN Pembangkang kerana saya di Jeram, saya bersedia, saya bersedia untuk menambahkan kakitangan atau pun sukarelawan untuk membantu, membantu untuk mengagihkan segala permohonan daripada pihak-pihak Kerajaan Negeri daripada segi Program Kembali Ke Sekolah dan pelbagai lagi. Kerana akhirnya matlamat kami sama, saya pasti ADN Kerajaan, ADN Pembangkang matlamat kita tak lain dan tidak bukan adalah untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat tanpa mengira political background. Jadi terima kasih Sungai Ramal.

Tuan Timbalan Speaker, akhirnya saya seperti mana saya sebut tadi, saya memohon penambahbaikan selain daripada perbincangan dengan pihak Pembangkang, ADN Pembangkang ini saya mohon juga penambahbaikan daripada segi komunikasi supaya rakyat jelata tidak keliru kerana kita tahu sebahagian besar daripada rakyat ini dia keliru, dia tidak tahu pun siapa ADN Pembangkang, siapa ADN Kerajaan. Dia tahu ada satu Pusat Khidmat Masyarakat, dia pergilah, dia bawaklah naik tangga, bawalah permohonan pelbagai, akhirnya mendapat jawapan yang kecewa untuk mereka. Jadi kalau boleh saya mintalah pihak Kerajaan melihat kembali perkara-perkara sebegini.

Tuan Speaker, Dewan yang mulia ini, saya menyambut titah bagi Tuanku agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menetapkan lantikan Ahli-ahli Majlis supaya 50% datangnya daripada golongan profesional tanpa kecenderungan politk. Sudah tiba masanya juga Badan-badan Berkuasa di negeri ini bergerak sebagai satu platform yang mengutamakan perkhidmatan yang terbaik dan juga adil untuk rakyat tanpa mengira political background. Sekiranya perkara ini tidak diubah, maka sampai bila-bilalah masalah dan keutamaan rakyat tidak dapat diatasi dengan segera. Di DUN

Jeram contohnya, sesetengah Ahli Majlis yang dilantik ini masuk 6 bulan saya menjadi ADUN tidak sampai sekali pun, sekali pun yang saya ajak berbincang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Saya ini yang menjadi ADUN pun tidak dilayan, jadi inikah contoh Ahli-ahli Majlis yang saya dengar sebelum ini daripada pihak Kerajaan ada yang memohon supaya elaun Ahli Majlis dinaikkan. Tidak ada masalah kalau hendak dinaikkan tetapi kenalah sesuai dengan performance atau pun prestasi masing-masing.

Jeram boleh mohon laluan, boleh? Sikit, sikit, sikit ada masa lagi lampu hijau lagi. Saya mendengar Yang Berhormat Jeram menyebut tentang Kerajaan negeri elok diteruskan, tetapi saya kira benda yang paling penting ialah bagaimana pihak Pembangkang boleh menyokong perbelanjaan Kerajaan sebab apa yang berlaku pada bulan 11 tahun lepas, pihak Pembangkang sendiri tidak menyokong perbelanjaan. Yang kedua bercakap tentang servis Ahli Majlis ini. Kami bertanggungjawab kepada semua yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli Majlis. Dan saya kira tidak ada satu pun kepentingan untuk kita berhubung dengan ADN di pihak Pembangkang dalam keadaan kita masih menyelesaikan masalah yang kita terima dan apa jua aduan yang kita dapat, kita akan terus ajukan kepada pihak Ahli Majlis. Tapi saya nampak bila ada ruang daripada Sungai Ramal, daripada Jeram mengutarakan kesediaan untuk bersama itu, saya sambut baik. Dan boleh juga saya kira satu pelaksanaan boleh dilaksanakan ialah mungkin ADN Pembangkang boleh menyiapkan senarai aduan itu dan boleh disampaikan kepada Ahli-ahli Majlis dan penyelaras kita nanti pada masa akan datang, terima kasih.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Terima kasih Batu Tiga, tetapi dalam kes Jeram ini saya boleh menyiapkan senarai permasalahan yang ada tetapi masalahnya apabila saya menelefon Ahli Majlis tidak langsung dijawab. Dah 6 bulan saya telefon. Ahli-ahli Majlis untuk menyampaikan segala masalah kita kena faham, saya pasti Batu Tiga juga faham kerana tidak semua rakyat ini terus diberi kepada Ahli Majlis. Ada yang datang terus ke Pusat Khidmat ADN Pembangkang, jadi tidak apalah, apa-apa pun seperti mana yang sahabat saya Yang Berhormat Sungai Ramal sebut, kita sedia berbincang apa sekali pun dari segi perbincangan bajet dan juga pengagihan skim-skim Kerajaan, jadi kita sedia berbincang. Jadi saya teruskan, saya sudah potong banyaklah Batu Tiga fasal tadi, dah potong dah ini. Tuan Speaker, dalam isu kualiti perkhidmatan awam juga bagi Tuanku telah menitahkan supaya Jabatan-jabatan memberi perkhidmatan terus kepada rakyat ini memastikan kemudahan awam di selenggara dengan baik. Aspek ini perlu saya ulangi kerana ia amat menepati cita rasa dan keperluan harian penduduk di kawasan saya baik di bandar mahupun di kampung. Kemudahan awam yang paling popular sekali tentulah berkaitan dengan jalan raya, lampu jalan dan perparitan yang juga telah disebut oleh Yang Berhormat Morib, Yang Berhormat Paya Jaras dan juga Kuang tadi.

Untuk isu jalan raya dan perparitan saja sudah berpuluh kali saya berurusan dengan PBT di kawasan saya iaitu MPKS, Ketua-ketua Kampung dan juga agensi-agensi lain seperti JKR, JPS dan Pejabat Tanah. Sebahagian besar daripada mereka ini memang saya puji kerana sentiasa memberikan komitmen dan maklum balas yang pantas di susuli dengan khidmat terbaik dalam menyelesaikan apa jua jenis aduan. Namun demikian, tidak munasabahlah sekiranya saya menggesa pihak JKR Daerah untuk melebarkan jalan-jalan yang sempit yang sesak walaupun saya sedar peruntukan ini amat terhad. Peruntukan yang sebegini hanyalah boleh digunakan untuk menampal lubang-lubang buat sementara waktu dan saya pasti perkara ini bukan saja di Jeram malah di hampir semua DUN-DUN yang lain. Oleh yang demikian, saya minta saya menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang lebih radikal dalam membantu agensi-agensi daerah ini untuk memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya tiba di DUN masing-masing. Sebagai contoh, peruntukan MARRIS, pembahagian dana melalui pemberian penyelenggaraan jalan negeri ataupun MARRIS oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bukan tiada, ada tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya juga kepada pihak Kerajaan apakah status cerapan jalan yang terbaru.

Speaker

Ya Yang Berhormat.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Saya juga mohon bahawa Kerajaan Negeri memaklumkan kaedah terkini dalam pengagihan dana-dana MARRIS ini terus kepada DUN-DUN yang berada di bawah yang memerlukannya. Jadi seterusnya sikit lagi, sikit lagi.

Speaker

Berapa lama?

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

One minute. Saya hendak namakan juga jalan-jalan yang saya sebutkan tadi ...

Speaker

Ringkaskan, ringkaskan.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Saya ringkaskan, saya hendak namakan jalan antaranya dalam DUN saya Jalan Alam Perdana di Bandar Puncak Alam, Jalan Simpang 3 di Jeram, Jalan Haji Mohamad Ikram dan Jalan Dato’ Miskon di Bukit Kerayong yang merentasi kawasan Kapar. Ini adalah jalan-jalan yang amat-amat teruk, saya bukanlah mengharapkan peruntukan yang mewah daripada Kerajaan Negeri atau pun Pusat. Saya faham kerana peruntukan ini terhad. Cuma apa yang saya sebutkan hari ini, saya mohon saya gesa pihak Kerajaan Negeri mengambil tindakan atau pun mencari satu solution yang jangka masa panjang. Kerana kebanyakan jalan-jalan ini dilalui oleh kenderaan berat yang mempunyai konsesi atau projek atau pun yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri atau pun Pusat. Jadi saya mohon supaya tindakan untuk mengenakan kompaun yang lebih tinggi kepada syarikat-syarikat ini kerana jalan-jalan ini saya rasa dah lebih

sekian lama, 10 tahun di Jalan Bukit Kerayong sebagai contohnya. Jadi sehingga hari ini JKR Daerah hanya boleh hanya mampu untuk menampal sedikit demi sedikit, lepas 3 bulan, lepas 3 bulan jalan berlubang kembali. Jadi oleh itu, saya dah potong tiga muka surat ini, Tuan Speaker. Akhirnya saya memohon sekali lagi pihak Kerajaan Negeri untuk melihat kembali infrastruktur jalan yang saya pasti saya bercakap ini mewakili sebahagian besar daripada ADN-ADN Kerajaan dan juga Pembangkang. Untuk memastikan bahawa peruntukan yang secukupnya dan juga solution untuk jangka masa panjang supaya jalan ini tidak ...

Speaker

Yang Berhormat sesi soal jawab ada juga, soalan-soalan ini boleh bertanya pada soalan tambahan.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Oleh yang demikian Tuan Speaker akhir kata daripada saya Kerajaan Negeri tentu faham kapasiti kami sebagai ADN Pembangkang ini jauh lebih terhad, daripada ADN Kerajaan. Kami terperangkap apabila keluhan dan cabaran yang saya sebutkan tadi diadukan oleh rakyat di kawasan kami. Saya mohon segala perbincangan dimulakan oleh pihak Kerajaan untuk sama-sama dikongsi bersama beban tanggungjawab kepada rakyat ini dikongsi juga dengan ADN-ADN Pembangkang.

Speaker

Yang Berhormat, cukup-cukup.

Dato' Harrison Bin HassanBERSATU · PNJeram

Saya menaruh harapan yang tinggi agar cadangan yang diutarakan tadi dapat diambil kira dan diperhalusi oleh pihak Kerajaan, sekian Assalamualaikum W.B.T.

Speaker

Terima kasih ya. Ya pembahas seterusnya? Ada? Ya Semenyih.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker di atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada Semenyih untuk turut berbahas di dalam usul menyembah ucapan terima kasih dan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berdasarkan kepada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tuntas dan komprehensif. Semenyih akan hanya menyentuh dua inti pati utama. Daripada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sarat dengan cadangan, pandangan, syor, nasihat dan teguran ikhlas. Menggambarkan sikap prihatin, cakna dan dekatnya isu Negeri dan rakyat Negeri Selangor di hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang pertama, berkaitan dengan Good Governance ataupun tadbir urus, tata kelola yang baik di semua peringkat di Negeri Selangor. Semenyih berpandangan nasihat dan teguran diberikan kepada para penjawat awam di Negeri Selangor agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang

diamanahkan seharusnya dibacakan bersekali dengan ingatan khusus Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan keanggotaan Ahli-Ahli Majlis selain efficiency perkhidmatan Jabatan-Jabatan apatah lagi harapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada kita semua Ahli-Ahli Berhormat agar Sidang Dewan Negeri menjadi contoh terbaik kepada rakyat di luar sana, agar suasana perbahasan sentiasa dalam keadaan adil, harmoni, berlangsung dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Justeru, Semenyih mengambil peluang ini untuk memperingatkan diri sendiri dan dengan penuh rendah diri mengajak dan menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat agar sama-sama kita bertindak secara lebih profesional, berintegriti dan bertoleransi. Di dalam dan di luar Dewan. Semenyih percaya apa yang diterjemahkan oleh kita semua di dalam Dewan yang mulia. Ini bermula daripada bagaimana sikap dan budaya kita di luar Dewan. Marilah sama-sama kita cuba mengelak atau setidak-tidaknya mengurangkan elemen politik melampau di dalam Dewan. Sama ada di dalam perbahasan ataupun jawapan soalan lisan mulut dengan provokasi, sindiran yang tidak berkesudahan, apatah lagi merugikan. Sebaliknya, marilah sama-sama kita memanfaatkan masa yang sangat terhad ini dengan mengembalikan fungsi Dewan Negeri, meluluskan undang-undang, bajet tahunan selain bertindak sebagai mekanisme, semak dan imbang. Bagi polisi, projek dan perancangan Kerajaan Negeri. Ambillah sama-sama peluang ini sebagai forum untuk kita membangkitkan, membahaskan dan mencari penyelesaian bersama kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat kita semua. Ringkasnya ayuhlah kita bersatu hati memfokus kepada tugas dan peranan kita untuk memperhalusi polisi-polisi negeri di dalam Dewan yang mulia ini. Demi kemaslahatan warga negeri dan kalau nak berpolitik sangat-sangat pun silakanlah berpolitik dengan matang dan sejahtera di luar daripada Dewan yang mulia ini. Dalam hal ini, Semenyih percaya prestasi dan mutu perkhidmatan para penjawat awam di Negeri ini termasuk Ahli-Ahli Majlis di peringkat PBT sebenarnya sangat berkait rapat dengan sikap, budaya dan kompetensi kita sebagi Ahli-Ahli Yang Berhormat berfungsi dengan efisien sebagai Ahli Majlis Perundangan di dalam Dewan yang mulia dan wakil rakyat di luar sana. Ibarat kata pepatah “bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana contoh begitulah gubahannya”. Sesuailah dengan jolokan Negeri Selangor Darul Ehsan. Ehsan bukan sahaja bermaksud berbuat baik, tetapi juga mempertingkatkan kualiti kerja yang pastinya amat bergantung pada dua syarat utama iaitu ialah ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan keterampilan kemahiran yang mantap. Tanpa kedua-dua syarat, ilmu dan kemahiran tidak akan lahir perbuatan atau mutu kualiti kerja yang bertaraf Ehsan.

Yang kedua Tuan Speaker, selain prestasi kewangan Negeri 2023 dan Rancangan Selangor Pertama 2024. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor juga menyentuh secara langsung soal infrastruktur Negeri, demi kesejahteraan rakyat Selangor. Semenyih amat berharap agar peringatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkaitan paip air pecah, usang, termasuk paip-paip yang sudah tidak mampu menampung keperluan semasa (outdated) mendapat perhatian serius daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Semenyih percaya ini adalah antara punca

utama banjir kilat mudah berlaku di kawasan Semenyih selain faktor pembangunan yang kurang terancang, khususnya dari sudut penguatkuasaan. Semenyih percaya kita semua ada banyak isu lain yang berbangkit di peringkat PBT yang perlu kepada perhatian serius seperti isu sampah, aliran trafik, jalan rosak, kilang haram dan lain-lain. Berdasarkan perbahasan Sidang yang lalu, Semenyih berharap sekurang-kurangnya isu pembinaan semula Pasar Awam di Pekan Semenyih dapat diberikan perhatian selain isu laman niaga MPKj di Bandar Seri Putera yang belum menampakkan sebarang progress. Dalam masa yang terbatas ini, kawasan Semenyih yang sedang rancak membangun, khususnya dengan taman-taman perumahan ingin membangkitkan secara khusus, kemudahan perkhidmatan asas berkaitan pendidikan dan kesihatan, dengan kepadatan penduduk menjangkau lebih 200,000 orang. Adalah sesuatu yang sukar diterima oleh penduduk setempat, dengan hanya mendapat 5 buah Sekolah Menengah di DUN Semenyih. Berbanding 17 buah Sekolah Rendah di DUN kami. Semenyih berharap agar pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota mendapat pemantauan dan perhatian terdekat daripada pihak Kerajaan Negeri agar dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Adapun dari sudut perkhidmatan kesihatan Semenyih merasa cemburu dengan fasiliti dan infrastruktur kesihatan di tempat-tempat lain dengan kebanjiran penduduk Semenyih, pada hari ini setidak-tidaknya Klinik Kesihatan Beranang perlu diberikan perhatian khusus dan diberi nafas yang baru. Kami di DUN Semenyih tidak ada sebarang Hospital. Tengok dekat sebelah sana ada Hospital Serdang ada pula sebelah lagi Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya sampailah kepada Hospital Sepang yang khabarnya akan buka. Semua ada sebut. Yang paling dekat dengan kami adalah Kajang. Maka kami sangat berharap dan semua sedia maklum bagaimana kemampuan ataupun apa yang ada di Hospital Kajang sangat-sangat perlukan perhatian. Maka kami sangat bergantung kepada klinik-klinik kesihatan, kami sedar Klinik Kesihatan di Semenyih sedang dibangunkan semula mengikut jadual Insha’ Allah pada tahun hadapan akan dapat diselesaikan pun begitu dengan kebanjiran yang ada pada hari ini. Maka berbondong-bondonglah pesakit-pesakit daripada Pekan Semenyih pergi ke Pekan Beranang untuk mendapatkan perkhidmatan Klinik Kesihatan di Pekan Beranang yang 3 tahun lagi akan menjangkau usia 100 tahun. Boleh masuk UNESCO kot ini. So, minta perhatian agar Klinik Kesihatan Beranang diberikan penambahbaikan atau kalau boleh di upgrade jadi Hospital terus. Sebab sudah barang tentu dengan lambakan penduduk di Ecohill dan segala yang ada di sekeliling termasuk mereka daripada Lenggeng dan sebagainya datang mendapatkan perkhidmatan di Pekan Beranang, maka Semenyih sangat-sangat berbesar hati sekiranya, perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Sebagai cadangan, demi untuk memastikan Selangor dapat sama-sama kita bangunkan dengan suasana harmoni, mahabbah sebagaimana yang dititahkan Semenyih bercadang mencadangkan agar sesi libat urus melibatkan semua pihak. Bukan hanya ADN-ADN Pembangkang, tetapi juga dapat dikembangkan kepada Ketua-Ketua Kampung, Persatuan Penduduk, KRT dan sebagainya sekadar untuk mendapatkan feedback, sumbang saran daripada masyarakat setempat yang duduk terus dengan masyarakat. Agar akhirnya keputusan-keputusan yang kita buat

mengambil kira semua faktor bukan hanya di sudut politik. Dalam hal ini saya boleh memuji MPKj ketika cuba berbincang tentang menaikkan cukai pintu. Dijemput kami ADN-ADN Pembangkang untuk mendapatkan pandangan. Sudah barang tentu kami ini pembangkang bukanlah kerja nak membangkang semua benda. Benda yang baik sebab kami pun pernah jadi Kerajaan, kami pun pernah jadi Ahli Majlis. Sudah tentu sekiranya perkara itu rasional, baik untuk Negeri sudah barang tentu kematangan mengajar kita untuk membuat keputusan terbaik bukan untuk diri kita tetapi untuk kemaslahatan semua.

Semenyih boleh?

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Warna kuning satu. Silakan.

Terima Kasih Semenyih, Tuan Speaker, setuju tak Semenyih kalau kita katakan juga isu libat urus ini boleh diguna pakai pada cukai taksiran yang akan dikenakan kepada kampung-kampung ini?

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Ya, itulah yang saya maksudkan makna kata semua aspek termasuklah sekecil kalau kita kata kecil pengurusan sampah, minta pandangan. Ketua-Ketua Kampung, mereka yang terlibat untuk memberikan keputusan yang lebih komprehensif dan menyeluruh untuk kebaikan semua. Terima kasih Tuan Speaker, Assalamualaikum W.B.T.

Speaker

Ada lagi? Ya, Hulu Bernam. Hulu Bernam.

Baik. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera. Pertamanya saya ingin ucapkan ribuan terima kasih. Kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahas dalam usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Dewan Negeri Selangor Kelima Belas. Titah nasihat Baginda Tuanku supaya kita menumpukan perbahasan kepada perkara yang memberi manfaat kepada rakyat dan kemajuan negeri perlu diberi perhatian serius. Jadi, peluang dan ruang ini akan saya gunakan sebaik mungkin untuk menjadi semak imbang yang berkesan demi masa depan rakyat Selangor yang lebih baik.

Tuan Speaker, inisiatif Kerajaan Selangor membangunkan Sistem eTanah melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah yang telah dilancarkan pada Oktober 2023 yang lalu. Adalah satu inisiatif yang cukup baik. Kemajuan dan inovasi Sistem Tadbir Urus melalui aspek digitalisasi ini mampu meningkatkan tahap kecekapan dalam menjalankan proses semakan, perancangan dan pemantauan. Namun begitu, harus saya ingatkan bahawa proses

transisi maklumat daripada sistem konvensional kepada sistem digital ini. Kerajaan Negeri perlu memastikan bahawa tahap integriti dan keselamatan maklumat rakyat dijadikan priority dengan izin atau keutamaan di sepanjang proses data migration dengan izin atau pemindahan data dan juga maklumat. Kerajaan Negeri harus memberi jaminan sepenuhnya kepada tahap keselamatan dan integriti terhadap maklumat tersebut, Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah bertanggungjawab sepenuhnya, sekiranya maklumat-maklumat ini diubah atau hilang daripada rekod semasa proses transisi akibat sikap tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti pihak-pihak tertentu. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, perkara ini bukan perkara yang boleh kita ambil mudah. Saya ingin berkongsi kepada semua bahawa ada satu kejadian yang baru sahaja berlaku di Sepang. Selepas Sistem eTanah ini dilancarkan, ada seorang waris bagi pemilik hartanah bernombor HSM 11830, No. PT 7065, beliau telah membayar cukai tanah seperti biasa pada 5 Januari 2023 di Pejabat Daerah dan Tanah Sepang. Kemudian pada Oktober 2023 yang lalu Sistem eTanah ini dilancarkan. Awal tahun ini pada 30 Januari 2024, apabila beliau hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Sepang untuk melakukan semakan dan bayaran cukai tanah. Beliau tidak lagi boleh melakukan bayaran kerana apa, kerana status tanahnya telah dibatalkan hakmilik. Sedangkan beliau tidak ada menerima sebarang notis dan pemakluman tentang perkara ini. Soalan saya kepada Kerajaan Negeri, bagaimanakah perkara sebegini boleh berlaku? Apakah jaminan keselamatan maklumat pemilikan tanah kepada beribu lagi lot-lot pemilikan yang telah dipindah maklumat kepada Sistem eTanah ini supaya tidak sewenang-wenangnya digugurkan hakmilikan? Saya gesa Kerajaan Negeri supaya mengambil perhatian serius terhadap perkara sebegini, jangan biarkan perkara sedemikian mencacatkan usaha kita ke arah pendigitalan.

Tuan Speaker, saya ingin meneruskan lagi perbahasan saya menyentuh perkara berkaitan perubahan iklim yang sedang berlaku di negara kita. Sebentar tadi saya keluar bersolat Jumaat bersama-sama seluruh Yang Berhormat, saya kira semua ada rasa perubahan iklim di luar sana lebih panas daripada yang biasa. Sebelum ini laporan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) meramalkan negara kita akan mengalami musim kemarau selama 5 hingga 10 tahun yang mana ia akan bermula pada 2025 hingga 2035. Saya ingin merujuk artikel tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2024, daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, yang mana negara kita akan mengalami musim kering atau El-Nino yang dijangkakan berpanjangan sehingga suku tahun yang kedua pada tahun ini. Daripada jadual ringkasan tinjauan cuaca yang diramalkan, ini mengikut negeri Selangor bakal mencatatkan kadar jumlah hujan bulanan bermula bulan Mac ini sehingga Ogos pada tahun ini pada kadar purata tetapi jumlah hujan dilihat merosot sehingga ke bulan Ogos. Bagaimana sekiranya musim kering ini kekal berlanjutan? Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri berapa lamakah reserve air di Selangor mampu bertahan sekiranya musim kering ini kekal berlanjutan? Dan apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri mendidik masyarakat supaya menggunakan air secara berhemah? Kerana saya memetik intipati titah ucapan Tuanku bahawa purata penggunaan bagi satu

orang di Negeri Selangor adalah sebanyak 250 liter sehari. Sangat tinggi. Kalau kita boleh umpamakan 50 botol air minuman bersaiz 5 liter itu digunakan oleh satu orang di Negeri Selangor ini, pada satu hari. Jadi saya ingin menyinggung Kerajaan Negeri bagaimanakah setakat ini pencapaian usaha Kerajaan Negeri dalam menggalakkan penggunaan system penuaian air hujan atau rain water harvesting system, dengan izin, di bangunan-bangunan kerajaan dan perumahan-perumahan baharu sebagai Langkah penjimatan alternatif mengurangkan penggunaan air terawat. Saya juga ingin mengesyorkan Kerajaan Negeri Bersama-sama kerajaan Persekutuan supaya berbincang untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai tanggungjawab menjaga sungai dan meningkatkan kesedaran umum untuk melaporkan pencemaran sungai melalui kempen-kempen atau Kerajaan Negeri boleh juga menyediakan peruntukan khas kepada NGO bagi membantu menjalankan aktiviti menjaga sungai dan kempen kesedaran supaya kolam-kolam takungan air di Selangor sentiasa kekal bersih dan terpelihara daripada pencemaran. Syor kedua saya supaya Kerajaan Negeri juga turut mengkaji penggunaan air dari bawah tanah sebagai sumber tambahan bagi air mentah.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya pada petang ini saya ingin mengambil perhatian Ahli-Ahli Dewan berkaitan dengan isu anak muda di Selangor. Merujuk laporan DOSM, Selangor menjuarai carta pada kedudukan tertinggi kes perceraian di negeri ini. Lebih parah lagi direkodkan perceraian tertinggi berlaku di kalangan mereka yang kumpulan umur pada awal 30-an iaitu pasangan muda yang berkahwin dalam tempoh 5 tahun perkahwinan. Kalau boleh saya tunjukkan ini. Tuan Speaker, pasangan muda hari ini adalah golongan yang amat tertekan dengan kos memulakan hidup yang tinggi. Anak-anak muda ini perlu menanggung kos sewa rumah dan utiliti, kos jagaan anak. Yang lepasan kolej dan juga universiti pula perlu membayar hutang belajar ditambah lagi dengan kos makan dan pakaian mereka dan anak-anak mereka yang cepat membesar. Baru beli baju hari ini, 2 bulan depan kena beli baju lagi. Selang 2 tahun tambah anak lagi dan bertambah-tambah lah kos hidup anak muda hari ini. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, anak muda hari ini juga terpaksa melakukan kerja, dua tiga kerja. Bebanan kos mereka dan juga masa mereka bersama keluarga amat, amat kurang. Jadi inilah faktor-faktor yang sedikit sebanyak mendorong kepada kes perceraian yang berlaku di Negeri Selangor ini. Jadi saya ingin syorkan supaya kerjaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa yang khusus dapat mengkaji kaedah membantu meningkatkan ekonomi khusus, pasangan muda dalam tempoh 5 tahun selepas perkahwinan yang amat mencabar. Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan syor saya supaya semua pasangan muda yang berkelayakan yang baru sahaja berkahwin diberikan bantuan khusus sewa rumah dan bantuan khusus pembelian makanan dan juga pakaian bagi bayi dan juga anak kecil yang cepat membesar selama tempoh 5 tahun mungkin, dengan syarat-syarat kelayakan yang tertentu. Syor saya yang kedua Kerajaan Negeri melalui EXCO Agama boleh berbincang dengan Kementerian Agama supaya ditambah kursus berkala selepas perkahwinan. Bagi pasangan berkahwin kurang daripada 5 tahun, perkasakan lagi perkhidmatan sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia

(SPPIM) yang mana kita ada kursus pra perkahwinan ditambahkan lagi kursus selepas perkahwinan dalam tempoh perkahwinan yang kurang daripada 5 tahun. Mungkin kandungan kursus itu boleh dimasukkan kefahaman agama yang dapat membantu memberi pengukuhan agama kepada mereka. Sesi perkongsian pasangan yang telah mencapai usia perkahwinan, yang matang juga boleh dimasukkan sebagai modul bagi berkongsi cabaran hidup yang mereka telah lalui dan bagaimana mereka menanganinya kepada pasangan-pasangan muda ini. Selain itu Kerajaan Negeri juga perlu mempercepatkan pembangunan sektor ekonomi yang berimpak tinggi supaya peluang yang lebih besar buat anak muda untuk menceburi dan meningkatkan taraf hidup mereka di negeri ini.

Tuan Speaker, banyak lagi yang saya ingin bahaskan namun masa sangat mencemburui. Saya kira saya akhiri dahulu ucapan saya dan juga perbahasan saya pada petang ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang telahpun diberikan kepada saya bagi menyertai perbahasan pada petang ini dan saya mengakhiri perbahasan saya dengan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Siapa lagi? Sungai Pelek?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Salam sejahtera salam Kita Selangor diucapkan kepada Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi pelluang dalam perbahasan, menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas.

Tuan Speaker, secara keseluruhannya, daripada intipati titah ucapan dapat dirumuskan bahawa Baginda Tuanku amat berpuas hati dengan kecekapan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor. Di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar, melalui kebijaksanaan dalam titah ucapan Baginda Sungai Pelek yakin kerajaan sentiasa menitikberatkan kemajuan, kesejahteraan serta keselesaan rakyat Negeri Selangor yang sentiasa terpelihara.

Tuan Speaker, Sungai Pelek amat menyambut baik saranan dan titah Tuanku dalam menasihatkan penjawat awam di Negeri Selangor. Sungai Pelek berpandangan budaya ‘little napoleon’, dengan izin patut dihapuskan. No wrong door policy, dengan izin perlu diamalkan bagi membantu menyelesaikan permasalahan rakyat dan saya juga ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang kerana dua agensi ini sentiasa membantu rakyat dan prihatin untuk selesaikan masalah rakyat. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi. Penglibatan Wakil Rakyat dalam program-program anjuran kerajaan dan keterlibatan dalam menentukan keputusan-keputusan penting harus diperkasakan dalam semua agensi kerajaan. Saya sebut sini sebab saya rasa ada

kadang-kadang syarat yang melibatkan agensi kerajaan, jabatan di dalam semua orang kata maklumat kepada ADN ataupun Wakil Rakyat. Saya harap perkara ini dapat ditambahbaik.

Tuan Speaker, permasalahan banjir yang sering berlaku di kawasan Sungai Pelek, saya mohon agar Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan projek tebatan banjir yang dirancang bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di Sungai Pelek. Perkara ini sangat perlu ditangani segera kerana kekerapan isu banjir di Sungai Pelek ini telah meningkat sehingga 5 ke 6 kali setahun di kawasan-kawasan yang spesifik dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sepang kerana sentiasa turun padang bersama saya untuk buat penyelesaian dalam isu-isu banjir dan isu-isu parit yang sumbat. Dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebelum ini turut membangkitkan berkenaan perkhidmatan cemerlang Pihak Berkuasa Tempatan. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran untuk terus memberi perkhidmatan yang baik dan memastikan sistem pengurusan baik pulih maintenance, dengan izin, yang melibatkan harta awam dan infrastruktur yang sedia ada dalam keadaan baik. Di kawasan Sungai Pelek projek menaiktaraf Jalan B48 dari Jenderam ke Sepang telah lama dibangkitkan untuk perhatian daripada pihak negeri namun saya telah melihat kawasan tersebut dan mendapati belum ada sebarang tindakan atau progress work, dengan izin, bagi projek tersebut dijalankan. Perkara ini sangat menggusarkan kerana pertambahan mendadak kenderaan lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak atau puncak dan jalan ini merupakan laluan utama ke pekan Sungai Pelek. Selain daripada itu kadar kemalangan sering berlaku telah menjadikan kesesakan yang lebih teruk. Justeru itu, saya amat berharap agar projek naiktaraf jalan B48 ini dapat dipercepatkan. Sekiranya diberi perhatian khususnya, kemalangan maut dapat dielakkan seperti pagi tadi, saya sebut dalam soal jawab dengan Yang Berhormat EXCO, telah berlakunya 3 kemalangan yang melibatkan nyawa. Saya harap perkara ini dapat dipercepatkan sebab di kawasan tersebut adalah sangat gelap-gelita pada waktu malam dan belum nampak lagi proses pekerjaan dimulakan untuk menambahbaik infrastruktur di kawasa tersebut dan saya harap kerja baikpulih itu dapat disegerakan dalam tempoh masa sebulan, dua bulan ini. Saya telah ikut perkembangan di Jabatan Jalan Raya di JKR di Sepang dan mereka tengah berusaha saya harap perkara ini dapat dipercepatkan lagi supaya kita elak kemalangan yang sebegitu banyak yang boleh meragut nyawa pengguna jalan.

Tuan Speaker, antara perkara lain yang menjadi perhatian Sungai Pelek adalah ketidakkawalan terhadap binatang ternakan seperti lembu, kambing yang dibiarkan berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan. Ini juga dalam soalan mulut yang saya dah lontarkan sebelum ini dan saya harap ada perubahan selepas ini dan ada juga perancangan buat merangka undang-undang baharu supaya kuatkuasaan itu yang lebih berat, lebih tegas kepada penternak binatang-binatang seperti ini, lembu dan kambing dan lain-lain.

Tuan Speaker, Sungai Pelek menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan mengkaji dasar dalam melesenkan kilang memproses sampah AP kerana pemprosesan sisa plastik yang akan menyebabkan pencemaran udara dan juga sumber air seperti pagi tadi, yang panjang lebar dijawabkan oleh EXCO Alam Sekitar, Yang Berhormat. Saya rasa punca ini adalah daripada kilang-kilang yang buat sampah AP ni yang memproses sampah AP dan kebanyakan sampah tersebut adalah sampah daripada luar negara diimport. Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di Sepang Majlis Perbandaran Sepang kita larang sekali dengan semua lessen yang berkaitan dengan sampah-sampah AP. Dan tak pernah pun ada satu lessen dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sepang bagi kilang yang memproses sampah AP ni. Saya harap ini dapat dikaji oleh pihak negeri supaya lesen seperti ini diberhentikan serta-merta dan tidak membawa satu implikasi kewangan yang banyak kerana mungkin dikenakan fee pada kilang tersebut cuma dalam seribu, dua ribu sahaja bukannya sebanyak yang mana kita jangkakan.

Tuan Speaker, Sungai Pelek amat setuju dengan Bukit Gasing berkenaan dengan kaunter bersepadu yang perlu diwujudkan bagi memudahkan urusan seharian rakyat seperti contoh di kawasan kepadatan perumahan di Sungai Pelek adalah terletak lebih jauh apabila kerja-kerja permohonan atau pun urusan permohonan ke agensi-agensi kerajaan terpaksa berjalan jauh 45 minit sehingga ke Sepang ataupun Majlis Perbandaran Sepang yang terletak di Cyberjaya termasuk agensi-agensi lain seperti Pejabat Daerah dari pekan Sungai Pelek ke Bandar Baru Salak Tinggi memakan masa sebanyak 35 minit. Kalau dalam maksud saya tempoh atau waktu yang sesak dengan traffic impact, dengan izin.

Perkara terakhir yang ingin Sungai Pelek cadangkan di Dewan yang mulia ini adalah pembinaan pusat rekreasi tertutup. Ini meliputi daripada kompleks sukan dan kompleks renang. Sungai Pelek melihat keperluan kompleks ini adalah untuk membekalkan aktiviti kepada generasi muda. Buat masa ini anak-anak muda di kawasan Sungai Pelek terpaksa ke Cyberjaya untuk mendapatkan kemudahan beriadah. Justeru, Sungai Pelek berharap agar kerajaan dapat meneliti keperluan Pusat Rekreasi ini dengan sewajarnya. Tuan Speaker akhir kata Sungai Pelek sekali lagi menzahirkan rasa terima kasih kepada Dato Menteri Besar di atas keprihatinan rakyat menikmati kemajuan dan kehidupan lestari di bumi Selangor yang bertuah ini. Sungai Pelek juga menyokong penuh dan menjunjung segala Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Sekian, terima kasih ucapan saya.

Speaker

Sungai Kandis. Tekan mic, benda itu menutup pemandangan.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Yang Berhormat Tuan Speaker Selamat Petang kepada semua Yang Berhormat. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan terima kasih kerana diberi kesempatan serta peluang untuk turut serta dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah Duli

Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Setiap titah dan saranan yang penuh kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku harus dijunjung ke arah penambahbaikan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri dan yang paling penting sekali marilah kita menyahut seruan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya menjaga hubungan baik dan muhibah sesama rakyat menghindari persengketaan dan menjauhi segala perbuatan yang boleh membawa kemudaratan kepada Negeri Selangor terutama amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM23 juta dalam usaha untuk memastikan pengurusan pembangunan jabatan banjir berkesan. Sungai Kandis menjunjung kasih titah Tuanku Sultan yang menyentuh isu pengurusan banjir yang mana harus dilihat lebih terperinci terutamanya penyelenggaraan parit-parit dan longkang di kawasan penduduk yang padat. Claim balik masa nanti ya. Tuan Speaker, walaupun banjir kilat disebabkan keadaan cuaca dan jumlah taburan hujan yang luar biasa namun penyelesaian segera yang itu dituntut oleh rakyat Selangor. Kawasan DUN Sungai Kandis juga tidak ketinggalan dalam isu banjir kilat yang sudah berlarutan sejak sekian lama dan sudah dibangkitkan kepada YB EXCO beberapa kali. Masalah banjir kilat ini berlaku bukan semata-mata disebabkan faktor semula jadi tetapi lebih kepada aspek penyelenggaraan yang di abaikan atau tidak diperhatikan dengan betul-betul. Begitu juga dengan faktor pembangunan. Sebagai contoh penduduk-penduduk di Jalan Siswi Kampung Sungai Kandis di kawasan saya berhadapan dengan isu banjir kilat serta kerosakan jalan akibat daripada kerja-kerja yang dijalankan untuk Projek Lebuh Raya Pantai Barat. Penduduk terpaksa menggunakan laluan yang rosak dan mendap selain parit-parit yang kecil. Walau bagaimanapun terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JKR Klang yang telah sentiasa sudi membantu penduduk-penduduk kawasan kami setiap kali aduan-aduan dipanjangkan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan semua lokasi yang saya maksudkan di Jalan Siswi ini tidak pernah mengalami masalah banjir sebelum ini tetapi kini mereka mula berdepan dengan masalah banjir sejak Projek Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat bermula. Mendapan ke atas parit kecil ini telah menyebabkan saluran air perlahan dan tidak mampu menampung air hujan selepas satu jam. Begitu juga dengan penduduk di Johan Setia, Jalan Klang-Banting berhampiran Johan Setia pernah ditutup ekoran kejadian tanah mendap dipercayai kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan Projek LRT 3. Jangan kita mengejar pembangunan sedangkan penduduk setempat menjadi mangsa kepada pembangunan yang menguntungkan separuh pihak. Ingin saya tegaskan mereka bukan menghalang atau menolak pembangunan namun ianya haruslah seimbang dengan keselesaan penduduk terutamanya aspek keselamatan. Kesemua isu-isu yang menyumbang kepada ketidakselesaan penduduk ketika satu-satu projek dilaksanakan harus diselesaikan dengan kadar segera. Janganlah pandang hanya sebelah mata cuba kita letak diri kita di dalam keadaan mereka yang terpaksa menghadapi kepayahan akibat daripada isu-isu yang lambat ditangani. Sebagaimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor perlu ada sense of urgency dengan izin dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat

diselesaikan dengan pantas dan sempurna. PBT-PBT dan Agensi-agensi Kerajaan harus mengambil serius apa yang dimaksudkan. PBT perlu menambah baik dan mempertingkatkan aktiviti penyelenggaraan sistem perparitan, pembuangan sampah dan memotong pokok serta membersihkan kawasan belukar. Sungai Kandis mohon di dalam Dewan yang mulia ini agar Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu-isu parit, longkang dan jalan yang tidak bertuan dengan kadar segera. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kontraktor WCE iaitu IJMC yang telah bersetuju untuk menyelenggara parit yang tidak bertuan dengan sekali permintaan sahaja di Jalan Siswi bagi mengurangkan kejadian banjir kilat. Kemudian baru-baru ini pihak JKR Klang juga mengambil alih penyelenggaraan parit Jalan Siswi, terima kasih. Alhamdulillah persetujuan untuk mereka menyelenggara secara bergilir-gilir ini adalah hasil perancangan yang telah diatur oleh saya bersama pasukan juga pihak kontraktor WCE, JKR Klang dan JPS Klang. Walau bagaimanapun ini adalah one off good will mereka untuk jangka pendek. Mereka tidak boleh berterusan membuat pembersihan secara berkala parit, longkang, jalan yang tidak bertuan ini kerana kekangan bajet. Oleh itu, Sungai Kandis mohon sekali lagi agar Kerajaan Negeri Selangor bersama YB EXCO untuk dapatkan satu pelan tindakan penyelenggaraan parit tidak bertuan ini dengan kadar segera. Pejabat Daerah juga sudah sering kali kami hubungi dan nampaknya belum dapat hasil yang sebenar.

Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Dewan DUN Sungai Kandis mempunyai 7 buah kampung umum mengetahui jalan-jalan kampung ini laluannya kecil dan sempit kebanyakan jalan kampung ini telah menjadi jalan pintas ditambah pula kehadiran lori-lori yang berat yang membuatkan jalan ini terus bertambah rosak. Jalan raya hanya untuk 10 tan tetapi kenderaan-kenderaan berat yang lalu melebih 40 tan. Sudahlah jalannya kecil yang menjadi sibuk dan sesak setiap kali waktu puncak dengan kehadiran kenderaan berat dengan lori yang keluar masuk ke tempat mereka. Papan tanda 10 tan yang diletakkan di bahu jalan tidak dipedulikan selain daripada perhiasan, palang yang dibuat pun dilanggar. Baru-baru ini lori kontena melalui Jalan Siswi di Sungai Kandis telah melanggar beberapa tiang telekom dan TNB. Habis kabel-kabel telekom dan TNB di situ, tiang pun patah tersembam ke tanah mujur tidak berlaku kemalangan yang melibatkan penduduk kampung. Penguatkuasa-penguatkuasa diminta sering-seringlah masuk jalan recce tengok jalan di DUN Sungai Kandis. Saya mohon pihak Penguatkuasaan PBT, JPJ dan PDRM untuk turun lebih kerap kelapangan terutama di kawasan kampung yang terlibat dengan sesuatu projek pembangunan bersekala besar. Tidak ketinggalan juga kawasan yang mempunyai kilang-kilang sama ada yang halal ataupun haram. Dalam kampung habis rosak akibat daripada kenderaan berat mereka. Pihak JKR Klang pun sudah merungut jalan yang mereka baiki kembali rosak. Soalan saya kenapa kilang-kilang ini masih wujud walaupun sudah lama kilang-kilang ini telah diketahui umum? Kenapa tidak ada tindakan? Adakah patut penduduk-penduduk sendiri yang bangun memberontak di situ? Tolong PBT ambil tindakan. Saya berharap Pihak Berkuasa PBT mahupun Pejabat Daerah dan Tanah mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang

beroperasi tanpa kebenaran ini. Tuntut jumlah kerosakan yang terpaksa dibuat untuk membaiki jalan-jalan raya yang rosak, jalan hak milik penduduk tetapi dimusnahkan oleh kenderaan-kenderaan berat oleh kontraktor-kontraktor. Penduduk pun sudah berkali-kali membuat aduan. Tidak perlu tunggu sehingga berita di televisyen atau akhbar berkenaan isu ini baru tindakan hendak diambil. Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga sudah memberi teguran semasa Sesi Pembukaan Sidang Dewan baru-baru ini. Titah Baginda menasihati para Penjawat Awam di Negeri Selangor agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Jangan memekakkan telinga sahaja apabila rakyat berkata kita makan gaji buta. Segala kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan urusan Kerajaan perlu dikurangkan segera. Sewaktu sesi townhall yang dianjurkan oleh Majlis Bandar Raya Diraja Klang awal tahun ini berhubung dengan kilang tanpa kebenaran saya bersetuju dan menyokong penuh kenyataan yang dibuat Dato’ Bandar Klang yang mana kilang-kilang yang masih bertukar status halal seperti tamat program pemutihan kilang tanpa kebenaran akan diambil tindakan tegas termasuk larangan meneruskan operasi kilang. Tetapi berapa lama kah peluang ini akan diberi bertahun-tahun sudah peluang ini diberi tetapi sehingga sekarang masih terus diberi peluang mangsa adalah penduduk. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri Selangor agar memandang serius akan isu kilang-kilang haram ini keran ianya melibatkan kerosakan infrastruktur termasuk menjejaskan hak keselamatan orang awam. Satu page lagi Yang Berhormat Speaker. Saya berpandangan sudah tiba masa nya program pemutihan kilang tanpa kebenaran ini ditamatkan tanpa perlu disambung lagi, Kerajaan Negeri perlu ada satu dasar berhubung status kilang-kilang haram yang dianggarkan berjumlah lebih 7 ribu di Selangor. Program Pemutihan Kilang tanpa kebenaran ini pun sudah lama berjalan fikirkan lah keselamatan dan keselesaan penduduk. Di kesempatan ini saya juga mohon YB Sekinchan selaku EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan untuk turun melawat ke kawasan saya di DUN Sungai Kandis lihat, rasa dan alami sendiri apa yang terpaksa dilalui oleh penduduk yang terpaksa berkongsi dengan jalan kenderaan-kenderaan berat ini tidak perlu pergi banyak tempat saya bawa ke Jalan Dato Sellathevan pun sudah cukup memberi gambaran jalan yang rosak teruk apabila turut digunakan oleh kenderaan berat seperti lori. Selesai lawatan saya juga menjemput Tuan Speaker sekali saya bawa makan nasi arab di bawah pejabat saya.

Yang Berhormat Tuan Speaker saya juga ingin menyentuh tekanan air rendah di beberapa kawasan di Sungai Kandis terutama apabila waktu puncak di sebelah pagi dan petang. Sudahlah tarif air dinaikkan bermula 1 Februari 2024 penduduk masih lagi terpaksa berdepan dengan isu tekanan air rendah termasuk di kawasan Pejabat Khidmat DUN Sungai Kandis.

Speaker

Yang Berhormat boleh ringkaskan.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Semalam Yang Berhormat Hulu Kelang ada menyentuh tentang kegagalan Air Selangor menggantikan paip-paip

lama dalam tahun 2022 berikutan masalah pentadbiran seperti yang dilaporkan oleh Rating Agency Malaysia Berhad, saya ingin mengulangi soalan Yang Berhormat Hulu Kelang apakah Kerajaan Negeri Selangor dan Air Selangor mempunyai keupayaan untuk mencapai 300 kilometer dalam projek penggantian paip-paip lama?

Speaker

Yang Berhormat hendak bertanya kepada Hulu Kelang?

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Yang Berhormat Tuan Speaker saya pendekkan sedikit bagi menghormati rakan-rakan lain dan sekian dahulu daripada saya Sungai Kandis menjunjung kasih titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Speaker

Sementa, sudah sedia Sementa? Saya tengok Sementa sudah siap sedia.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sementa untuk membahaskan dan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Saya mulakan dengan baca ayat Al-Quran (Ayat Al-Quran).

“Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan Amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu melakukannya dengan adil. Sesungguhnya Allah S.W.T. adalah yang sebaik-baik, yang memberi pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat”.

Tuan Speaker, titah ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor sarat dengan mesej perpaduan, keharmonian, keadilan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, walaupun kami berperanan sebagai pembangkang, mana yang baik untuk rakyat kami akan tetap menyokong manakala yang mana boleh diperbaiki kami pasti akan menegur sebagai semak dan imbang demi kebaikan bersama.

Tuan Speaker, Sementa ingin memetik titah Tuanku yang berbunyi “Beta mahu agar kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan dikurangkan segera”. Maka, perkara yang pertama Sementa ingin merujuk kepada satu surat jemputan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD Daerah Klang) bertarikh 9 Februari 2024 di mana dalam senarai jemputan ADN yang dijemput didapati untuk ADN Sungai Kandis yang baru berucap tadi dan ADN Selat Klang sahabat saya yang ada di bawah, kedua-dua namanya tiada dalam senarai. Namun, yang ada nama ialah Penyelaras DUN yang berkenaan iaitu Penyelaras DUN daripada Sungai Kandis dan Selat Klang. Bagi DUN Sementa, ADNnya dijemput iaitu saya sendiri. Ada berkemungkinan kerana Penyelaras DUN Sementa belum dilantik lagi. Justeru Dewan Yang Mulia ini saya ingin memohon

penjelasan daripada Kerajaan Negeri yang pertama, siapakah keahlian mesyuarat JTPD yang sepatutnya? Yang kedua, saya mohon adanya keselarasan semua daerah di Negeri Selangor. Tanpa ada perbezaan dan yang ketiga, mengapa ADN yang diangkat oleh majoriti rakyat tidak dijemput? Rakyat telah angkat kami sebagai ADN di tempat kami kenapa tidak dijemput di dalam mesyuarat tersebut? Kebanyakan rakyat akan bertemu dan membuat aduan kepada ADN setempat. Lalu aduan ini perlu disalurkan kepada tempatnya iaitu Mesyuarat JTPD. Selain daripada saluran yang lain di dalam untuk kita memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan. Justeru, tidak munasabah apabila ADN yang telah diangkat oleh majoriti rakyat tidak dijemput dalam mesyuarat tersebut.

Perkara yang kedua, masih lagi berkaitan tentang Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK). Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Kandis sebentar tadi, sejumlah 7,221 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor sehingga kini. EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan iaitu Yang Berhormat Sekinchan memberitahu sendiri hanya 7% yang berjaya diputihkan. Maka timbullah banyak persoalan di situ. Bagaimana perkara ini masih boleh berlaku lagi dengan jumlah yang begitu besar? Angka ini membuktikan seolah-olah kerajaan sangat tidak tegas bagi membanteras kewujudan kilang haram ini. Kilang-kilang haram ini bukan sahaja tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada Kerajaan Negeri, bahkan ia turut menjejaskan ekosistem setempat dengan menghasilkan pelbagai jenis pencemaran dengan melonggokkan longgokan-longgokan sampah haram, dengan pencemaran air di sungai dan sebagainya. Dan semalam saya mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Sekinchan iaitu tentang angka kilang haram ataupun KTK yang masih beroperasi di DUN Sementa. Dan apabila saya lihat semula, jumlah KTK di bawah Majlis Bandaraya Diraja Klang rupa-rupanya sebahagiannya itu berada di DUN Sementa. Dan habis saya perkecilkan lagi angka tersebut dan saya melihat di sana sejumlah 113 KTK berada di sebuah kampung yang kecil iaitu Kampung Perepat. Kampung itu kecil, rasa Yang Berhormat Sekinchan maklum ya, kampung itu kecil tapi ada sebanyak 113 kilang tanpa kebenaran berada di situ. Sekiranya perkara ini kita biarkan dan lebih-lebih lagi Kampung Perepat ini adalah kawasan baru, kebun baru, banyak tanah lapang dan sekarang ini apa yang saya lihat sebagai ADN setempat, ialah banyak tanah-tanah dah mula diratakan untuk dibuat gudang, dibuat kilang dan juga industri di situ tanpa kebenaran. Maka atas dasar itu, saya ingin mohon jaminan daripada pihak Kerajaan Negeri agar tiada lagi kilang-kilang haram dibina dalam masa mendatang ini. Yang pastinya saya ulang balik DUN Sementa masih banyak lagi kawasan lapang. Justeru tidak mustahil akan banyak lagi kilang tanpa izin akan dibina di kawasan tersebut walaupun tidak dinafikan di sana sudah ada zoning namun tetap dilanggar oleh mereka. Justeru, saya mohon kepada pihak yang berkuasa untuk membuat pemantauan lebih kerap dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan.

Seterusnya, perkara yang ketiga masih lagi isu rakyat iaitu isu infra jalan raya. Rentetan dengan banyaknya kilang haram tadi, yang bukan pada zoning nya

mengakibatkan banyak kenderaan berat lalu-lalang di kawasan kampung. Akibatnya banyak jalan rosak disebabkan jalan-jalan kampung sememangnya tidak mampu untuk menampung bebanan kenderaan berat tersebut. Kesannya banyak jalan yang kritikal, mendap, tebing, perparitan tumbang. Seperti kalau saya boleh sebutkan di sini sepanjang jalan Kempas Kiri, sebahagian Jalan Merbau, Kampung Perepat dan beberapa jalan yang lain. Justeru, mohon kepada pihak yang berwajib untuk mencadangkan dan melaksanakan tindakan yang sebaik mungkin. Bagi mengatasi masalah ini. Namun begitu, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang, JKR, PLB, Pejabat Daerah yang telah menjawab soalan bertulis berkenaan naik taraf jalan di DUN Sementa. Moga dapat dilaksanakan dengan mengikut jadual yang ditetapkan dan biarlah berkualiti dan bukan setakat janji buat.

Yang seterusnya perkara yang keempat, isu yang ingin saya bawa isu nasib nelayan di DUN Sementa. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, di DUN Sementa terdapat sebanyak 12 pangkalan nelayan. Terdapat 12 pangkalan nelayan. Antara rintihan daripada persatuan dan juga daripada nelayan-nelayan yang kita temui pertamanya, memohon kepada pihak yang berwajib untuk mendalamkan sungai. Khususnya di kawasan jeti nelayan termasuklah pangkalan nelayan Tok Muda, Sungai Kapar, Perepat, Sementa, Sungai Keramat, Jalan Genting, Jalan Kunci Air dan Jalan Sungai Daun. Yang keduanya, isu pencemaran di Sungai Puloh. Mohon kepada agensi yang berkenaan untuk ambil tanggungjawab termasuk Jabatan Alam Sekitar, PBT, JPS dan juga LUAS. Dan yang ketiga, rintihan daripada mereka ada di antara jeti nelayan ini yang telah dibuat penambakan tanpa izin. Yang ini saya mohon kepada pihak yang berwajib untuk membuat pemantauan sebelum ianya menjadi mudarat, dengan menebang paya-paya bakau dan seumpamanya.

Tuan Speaker, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang untuk menjelang Ramadan ini. Menjelang Ramadan ini maka banyaklah isu dan permintaan daripada rakyat di bawah sana khususnya golongan peniaga-peniaga dan penjaja di bawah sana. Maka, saya amatlah mengharapkan agar agensi berkaitan benar-benar seimbang antara membuat kawalan agar peluang sama rata diberikan khususnya kepada anak tempatan sepanjang tempoh ini. Pada masa yang sama, bantuan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat juga wajar diberikan bagi memudah cara mereka ini mencari rezeki di tempat sendiri. Keseimbangan antara kawalan, penguatkuasaan dan juga bantuan yang diberikan ini bakal juga memanjangkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat jelata seluruhnya. Boleh lagi Tuan Speaker?

Speaker

Panjang lagi ke Yang Berhormat Sementa?

Speaker

Akhir? Terima kasih.

Ok.

Yang ketujuh, yang terakhir. Menyentuh titah ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan alam sekitar, sukalah saya memanjangkan sekali lagi, agar bukan sekadar insentif dan inisiatif baharu bagi menambah persediaan mendepani isu perubahan iklim namun lebih, daripada itu pemulihan keadaan sedia ada juga mestilah diberikan perhatian. Walaupun nampak berulang namun saya masih merasakan banyak lagi usaha, pemantauan, penguatkuasaan dan pemulihan perlu dilakukan khususnya terhadap isu-isu tapak-tapak pelupusan sampah haram, pencemaran alam sekitar, pencemaran bunyi kilang-kilang haram yang sangat banyak di DUN Sementa. Walaupun begitu, saya amat berterima kasih di atas kerjasama dan bantuan yang sangat baik yang telah diberikan oleh agensi-agensi kerajaan. Baik pusat mahupun negeri terhadap siri-siri aduan sebelum daripada ini sehingga ke saat ini. Diharapkan kerjasama ini berterusan dan kita dapat merungkaikan, punca masalah serta dapat juga menghukum pelaku dan penyebab kepada masalah ini seadil-adilnya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekinchan yang turut turun padang baru-baru ini sudah pastinya harapan besar untuk melihat isu sampah haram yang setinggi kira-kira 20 kaki ini dapat diselesaikan dengan segera....

Speaker

Yang Berhormat.

Untuk memastikan pencemaran tidak terus berlaku cuma soalan orang kampung...

Speaker

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sekinchan, bila CCTV nak dipasang? Itu sahaja. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Speaker

Ya, Hulu Bernam.

Batang Kali.

Speaker

Batang Kali, Batang Kali. Minta maaf. Baju warna sama ni. Dibenarkan. Batang Kali, Batang Kali.

Tuan Speaker. Bismillah hirrahmanirrahim. Menjunjung kasih titah ucapan D.Y.M.M. Sultan Selangor.

Speaker

10 minit. Batang Kali.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan sidang Dewan Yang Mulia. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam Perikatan Nasional. Jawab. Beras oh beras, Batang Kali sedia berbahas. Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024. Terima kasih memberi laluan untuk Batang kali. Adalah menjadi tanggungjawab utama kami sebagai pembangkang yang berkualiti dan profesional dengan melaksanakan tugas sebagai pengimbang tara, bagi menentukan dan memastikan hala tuju yang jelas ‘Selangor Menuju Abad 21’. Keprihatinan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor menjadi tunggak utama setiap gerak-geri Perikatan Nasional. Bagi memastikan rakyat Negeri Selangor tidak tergelincir ke jurang kemunduran daripada pelbagai aspek. Tata kelola, saya ulang tata kelola atau pengurusan yang jitu perlu dipraktikkan semasa persis seiring dengan titah ucapan Tuanku, yang sayangkan rakyatnya supaya seluruh rakyat baginda Tuanku dapat menikmati limpahan kekayaan dan kemajuan di Negeri Selangor dan juga kebajikan rakyatnya. Sidang Dewan Yang Mulia, berdasarkan data daripada SPR di Selangor seramai 1,011,770 pengundi atau 1.02 juta pengundi memberikan undian dan sokongan kepada Perikatan Nasional pada PRU yang lepas. Angka ini menunjukkan lebih daripada 50% pengundi yang keluar mengundi memberikan undian dan sokongan kepada Perikatan Nasional pada PRN yang lepas. Batang Kali ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa pengundi yang menyokong Perikatan Nasional adalah rakyat Negeri Selangor dan juga rakyat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Kerajaan Negeri mestilah bertindak dan mentadbir Selangor dengan adil dan saksama tanpa mengira ideologi politik,bangsa dan agama, saksama bukan sama rata. Semoga Tuanku diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

Sidang Dewan yang mulia, baru nak masuk isu, penjaja dan peniaga kecil di Selangor dan juga penduduk kampung saya dan semua Ahli Dewan Negeri Selangor Perikatan Nasional memandang serius akan perkara ini. Kerajaan Negeri perlu turun ke peringkat bawah dan menyelami sendiri masalah, yang dihadapi oleh peniaga dan penjaja kecil di seluruh Selangor. Kos bahan mentah yang meningkat secara mendadak menghimpit pendapatan mereka yang merupakan hasil utama mata pencarian untuk meneruskan kelangsungan hidup mohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula tidak mengenakan cukai di peringkat PBT dan Selangor, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Kami berasa amat kasihan kepada peniaga dan penjaja kecil yang mencari sesuap nasi untuk menyara hidup dalam Titah Ucapan Tuanku kutipan hasil Negeri pada tahun 2023 berjumlah hampir RM3.561billion dan lebihan kewangan berjumlah hampir RM206juta. Persoalannya mengapa perlu dikenakan cukai penjaja dan peniaga kecil termasuk cukai pintu untuk rumah-rumah kampung ia dilihat sebagai satu bebanan tambahan hidup kepada rakyat di Negeri Selangor khususnya golongan B40?

Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara yang seterusnya isu berkaitan masalah mental yang diucapkan oleh Subang Jaya pada semalam jam 12.17 tengah hari, saya

ingin menjelaskan satu isu, yang perlu diambil berat oleh Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat EXCO. Mengikut kajian data statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 1988 terdapat (10,000 orang) 2013 (170000 orang) 2018 (310000 orang) ini adalah angka homoseksual yang direkodkan oleh JAKIM angka ini amat membimbangkan kita dan sidang dewan yang mulia. Dan dijangkakan pada tahun lepas 2023 dianggarkan sebanyak 500,000 golongan homoseksual berdasarkan peratus peningkatan mengikut tahun-tahun sebelumnya. JAKIM melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti satu Mesyuarat Jawatankuasa Khas berkenaan, isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) yang beragama Islam di Malaysia bilangan 12/023 bertempat di Dewan Syurah di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini melibatkan 20 jabatan kerajaan termasuk PDRM, KDN, KKM, KBS, KPT, Kementerian Komunikasi, dan Digital. Termasuk JAIS, MAIS dan lain-lain agensi. Hasil mesyuarat tersebut menekankan pemerkasaan advokasi pendidikan pencegahan dakwah bimbingan penguatkuasaan dan pemulihan mental. Menurut kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Selangor pada 5 September yang lepas, LGBT dianggap sebagai penyakit mental. Saya memetik kata-kata Mufti Selangor saya memandang serius akan perkara ini dan mencadangkan YB EXCO dan juga Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu pusat pemulihan khas untuk membantu golongan-golongan ini kembali ke fitrah alam yang semula jadi. Kita tidak mahu keruntuhan moral di kalangan rakyat di Negeri Selangor yang menyimpang daripada landasan agama dan fitrah alam dan kita juga tidak mahu pemimpin yang lahir daripada golongan LGBT di Selangor.

Saya bersetuju dengan pujian yang diucapkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang pada hari Rabu jam 12.09 yang memberikan pujian kepada pasukan polis Diraja Malaysia PDRM khususnya di Selangor. Terima kasih saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk bertindak membantu menaik taraf balai-balai yang daif di Selangor khususnya di kawasan Batang Kali. Termasuk kemudahan-kemudahan asas di balai, bayangkan Sidang Dewan yang mulia satu Land Rover nak bergerak ke hadapan boleh bila undur ke belakang kena tolak ini berlaku di DUN Batang Kali.

Speaker

Yang Berhormat, saya nak beri peringatan Peraturan Tetap (32)61 Seseorang ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada perkara yang hendak yang dibincangkan sahaja berkenaan dengan isu-isu aset berkenaan dengan balai polis masuk sekolah hospital dan sebagainya ini adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan jadi mungkin kalau ianya terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan barang kali EXCO atau pun Kerajaan Negeri tidak dapat memberikan jawapan yang lengkap perkara itu kena rujuk kepada Kerajaan Persekutuan atau pun Pejabat ICU. Itu peringatan saya sahaja.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, saya mohon petua Speaker boleh? Di sebut tentang sentuh isu

Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal di bawah Peraturan Tetap

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang sama yang Speaker, sebutkan tadi

Speaker

Itu (36)1 Yang Berhormat kalau bukan ini.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat sebut tentang isu yang bidang kuasa persekutuan tak boleh disentuh..

Speaker

Saya tidak kata, tidak boleh saya kata kena precise ataupun ringkaskan.

Ini masa saya

Speaker

Dengan berdasarkan fahaman bahawa ianya bukan di bawah Kerajaan Negeri kalau Kerajaan Negeri ada jawapan bagus kalau Kerajaan Negeri tidak mendapat jawapan yang lengkap maka ialah masa akan dibazirkan begitu itu sahaja. Itu sahaja itu nasihat saya. Bukan kata tak boleh.

Sebab saya dengar banyak hujahan daripada pihak Kerajaan bahawa Kerajaan Negeri ini seiring dengan Kerajaan Persekutuan maka, lagi mudah lah mereka untuk menguruskan sebenarnya.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Bidang kuasa, bidang kuasa. Kena faham.

Saya faham..

Speaker

Ini dalam Peraturan tetap, Yang Berhormat dia ada cara dia, teruskan Yang Berhormat masa agak terhad.

Sidang Dewan yang mulia, penjawat awam merupakan tonggak utama untuk melaksanakan aspirasi dan kemajuan di bawa oleh Kerajaan Negeri, secara kumulatif terdapat serarami 22,485 penjawat awam di Selangor, sehingga 31 Januari 2024. Jika mengikut peratus komposisi kaum 93.83% daripada jumlah keseluruhan adalah kaum Melayu dan jumlah kakitangan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor berjumlah 11,440 orang. Dan daripada jumlah itu mengikut komposisi seramai 21,098 orang Melayu. Sabar, kami Perikatan Nasional mencadangkan supaya mengkaji penjawat awam Negeri Selangor di kaji semula mengikut perkara (112) Perlembagaan Persekutuan ia adalah sebagai penghargaan dan pemangkin kepada penjawat awam

yang berjaya memastikan kewangan kerajaan Negeri Selangor mencapai sasaran pada tahun 2023 yang lalu seperti mana yang diucapkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Dengan penuh bangga backbencher Kerajaan Negeri menyatakan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan selari seiring dan se madani. Sepatutnya menjadi mudah. Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengkaji semula gaji dan gred penjawat awam? Ini Perlembagaan Persekutuan (112) Sistem PADU dan sistem Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 6,59,189.04 sehingga tahun 2024 terdapat 25 buah, sistem yang telah dibangunkan oleh Kerajaan seperti SSIPR, BINGKAS, RiDE, SIHAT SELCARE, PTRS, SPSS, SPPS, SPHNS, e-CERIA dan lain-lain. Saya berpandangan apakah sistem yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri ini yang sudah teruji dan diuji akan kelancarannya perlu ditindih dengan sistem Pengkalan Data Utama PADU ini akan menyusahkan menyulitkan rakyat Negeri Selangor. Dengan mewujudkan satu lagi birokrasi Kerajaan Negeri, telah membelanjakan wang yang banyak untuk membangun dan menyelenggara sistem yang ada sekarang, persoalannya apakah Kerajaan Negeri untuk mewajibkan rakyat Negeri Selangor. Berdaftar dengan sistem PADU barulah boleh menikmati inisiatif dan program-program tajaan Negeri dan apakah sistem PADU ini dapat menjamin kerahsiaan maklumat peribadi individu tersebut. Klinik kesihatan dan Hospital Kuala Kubu Baharu Daerah Hulu Selangor terdapat 220 buah fasiliti kesihatan premier di Selangor yang terdiri daripada klinik kesihatan (KK), Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Klinik Desa (KD) Klinik Komuniti (KKOM) dan terdapat sebanyak 13 buah hospital di Selangor aspek rawatan dan penjagaan kesihatan amat penting untuk rakyat di Negeri Selangor yang saban hari populasinya semakin meningkat, khususnya di kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor yang sering kali kini mencecah hampir 274,000 orang penduduk.

Speaker

Yang Berhormat ada sampaikan perkara ini kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor di Parlimen?

Yang pertama Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Negeri Selangor telah mengemukakan cadangan dan RMK12 rolling pelan ke-lima untuk pembinaan kompleks kesihatan di Bukit Sentosa, kawasan Batang Kali di atas tanah seluas 6.8 ekar. Yang akan menyediakan perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu anak, dan klinik pergigian, yang kedua cadangan menaik taraf Hospital KKB, dalam projek Rancangan Malaysia ke-12 rolling pelan ke-5 RP5 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Persoalannya bilakah akan dilaksanakan kerana kemudahan tersebut amat penting kepada rakyat di Hulu Selangor khususnya, kawasan Batang Kali ini amat penting supaya kesihatan rakyat di kawasan saya terjamin dan terbela.

Yang Berhormat Tuan Speaker, rumah ibadat merupakan tunjang asas dan peraduan di kalangan penganut agama di Malaysia. Dan umat Islam masjid merupakan tempat suci dan berperanan yang amat penting untuk menyatukan dan menyambung

silaturahim antara masyarakat setempat. Di kawasan saya di Bandar Sungai Buaya jumlah komposisi penduduk dianggarkan berjumlah 17,000 orang dan di kawasan ini tidak ada masjid, Sidang Dewan adalah bertanggungjawab bersama Kerajaan Negeri untuk membantu membina masjid di kawasan Bandar Sungai Buaya, mohon Kerajaan Negeri, untuk membantu dan apakah boleh Kerajaan Negeri Selangor, menyalurkan sedikit bantuan supaya masjid di kawasan ini dapat dilaksanakan pembinaannya. Dan perkara seterusnya industri pengetahuan iaitu iaitu yang melibatkan bidang teknologi rekaan, pengaturcaraan komputer dan industri ini amat penting untuk memacu Negeri Selangor supaya tidak ketinggalan apabila banyak negara-negara maju dunia telah berada dalam landasan menuju..

Speaker

Yang Berhormat, ringkaskan pergi ke soalan hakikinya, isu hakikinya.

Dan penglibatan pelabur-pelabur luar dalam Negara, saya juga dimaklumkan terdapat beberapa agensi Kerajaan yang telah melaksanakan, beberapa program seperti Selangor Invester Soft Landing Insentif Programme, Selangor Lab Partnership Programme, Selangor R&D Innovation EXPO SRIE, Selangor sehingga kini sejauh manakah program-program ini memberi impak yang positif kepada pelabur luar dan khususnya di Selangor, kesannya kepada anak-anak muda tempatan. Yang mempunyai kemahiran individu berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan program ini agar selari RS1 dan perkara yang terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara berkaitan dengan tanah dengan rendah diri saya memohon Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian membantu menyelesaikan warta tanah yang pertama pewartaan tanah sebagai tapak surau An-Nur di Perumahan Kemboja 4C Bukit Sentosa 3, permohonan dari tahun 2011 yang kedua pewartaan tapak Sekolah KAFA Integrasi Bukit Sentosa 3 yang ditubuhkan 2006. Saya akan memberikan permohonan pewartaan. Ini untuk tapak sekolah-sekolah agama dan satu lagi isu tanah adat dusun pewartaan tanah sebagai rizab orang asli..

Speaker

Teruskan tanya satu soalan sahaja.

Di kawasan saya terdapat satu kampung orang asli iaitu Kampung Orang Asli Gurney Ulu Yam Baru mohon Kerajaan Negeri dan semua agensi kerajaan terlibat menyelesaikan isu ini dengan segera.

Speaker

Kampung Orang Asli Gurney?

Ok dan yang terakhir saya ingin..

Speaker

Ada lagi? Yang terakhir.

Dan satu lagi, sebelum itu saya mohon Kerajaan Negeri untuk lebih berhati-hati sebab ini contoh bagaimana tanah pengisytiharan rizab Melayu atas semua bukan orang Melayu ini contoh satu yang ada pada saya banyak lagi di pejabat, mohon ini berlaku di Hulu Selangor, dan yang terakhir, saya ingin membacakan satu soalan bertulis yang bertajuk Pembangunan Ekonomi Melayu dan Bumiputera. Soalannya Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam konsep ekonomi orang Melayu Bumiputera yang mencapai hampir 70%..

Speaker

Merujuk kepada isu ucapan

Mengapa soalan saya ini ditolak sebab alasannya skop terlalu umum dan tidak jelas mohon penjelasan yang konkrit daripada Kerajaan Negeri kenapa di tolak Sidang Dewan yang mulia akhir sekali..

Speaker

Perkara ini Yang Berhormat boleh rujuk kepada surat saya sampaikan itu alasannya ada.

Alasannya tidak jelas tapi soalan mulut saya ada besok hari Isnin nanti, saya mewakili rakyat di kawasan Batang Kali menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istiadat Pembukaan Pertama Sidang Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun 2024 pada 27 Februari 2024 di Dewan Negeri Selangor saya mengucapkan, Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Selangor, sekian terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Tak sebab sebelah sana tiada yang nak bahas.

Speaker

Bandar Baru Klang.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, selamat petang dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu Bandar Baru Klang ingin mengambil kesempatan untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan titah Tuanku yang prihatin kepada rakyat, titah Tuanku juga memberi panduan dan nasihat kepada semua yang berada dalam Dewan ini. Dengan adanya nasihat Tuanku, Dewan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Tuan Speaker, masalah banjir. Bandar Baru Klang menghadapi masalah banjir akibat perubahan iklim. Bandar Baru Klang mengesyorkan bahawa Kerajaan Selangor membina lebih banyak kolam tadahan di kawasan yang rentang banjir untuk langkah jangka pendek sementara menunggu projek Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar diselesaikan dalam 72 bulan yang akan datang. Ia adalah usaha yang baik untuk membina lebih kolam tadahan berfungsi dual seperti yang sedia ada di Taman Enggang dan Jalan Muda. Pembinaan kolam tadahan perlu lebih banyak dibina di sekitar DUN Bandar Baru Klang seperti Klang Utama dan Bandar Bukit Raja. Bandar Baru Klang juga ingin menekankan bahawa pembinaan kolam tadahan di Bulatan Berkeley tidak memuaskan kerana kemajuan projek belanja dengan perlahan manakala jalan dirosakkan justeru menyebabkan kesesakan jalan.

Tuan Speaker, isu jalan raya dan lampu jalan. Bandar Baru Klang ingin menegaskan bahawa Selangor adalah negeri yang paling maju di Malaysia tetapi jalan-jalan di sekitar jalan utama seperti Jalan Haji Sirat, Jalan Meru dan Jalan Kapar amat lah teruk. Jalan raya yang tidak merata lebih teruk lagi adalah terdapat air bertakung di permukaan jalan raya setiap kali selepas hujan. Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna jalan raya. Bandar Baru Klang juga mencadangkan untuk melakukan kajian yang lebih mendalam mengenai projek pelebaran di Jalan Sungai Puloh kerana laluan dua hala ini tidak mampu untuk memenuhi jumlah kenderaan yang banyak terutamanya kenderaan berat yang keluar dari Taman Industri di Aman Perdana dan Klang Utama. Lampu jalan ialah aspek yang kedua. Terdapat banyak kes yang mencuri kabel elektrik di tempat tersebut yang telah menyebabkan lampu jalan tidak menyala. Selain daripada laporan polis, Bandar Baru Klang ingin mengesyorkan Kerajaan Selangor dapat mempertimbangkan pemasangan lampu LED Solar sebagai cara alternatif untuk mengekang masalah kecurian kabel yang semakin berleluasa. Isu kesihatan. Program Iltizam Selangor Sihat merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang amat baik. Program ini dapat membantu rakyat mendapatkan rawatan perubatan di klinik, panel hospital. Memandangkan peningkatan kos perubatan dan kesannya terhadap pelan perubatan, kos perubatan telah meningkat sebanyak 25%. Bandar Baru Klang mencadangkan Kerajaan untuk menawarkan pemberian vaksin dan ubat-ubatan kepada panel klinik Peduli Sihat secara berpusat atau centralized purchased. Di samping itu pesanan dalam jumlah kuantiti yang banyak secara langsung dapat mengurangkan kos perubatan. Oleh itu, klinik panel Peduli Sihat boleh mendapat access terhadap ubat-ubat yang lebih baik. Penjagaan paliatif merupakan satu isu. Bandar Baru Klang harap EXCO Kesihatan dapat memantau isu tersebut supaya penyakit terminal seperti kanser boleh mendapat rawatan dan tumpuan dari segi psikologi dan sosial akibat daripada penyakit tersebut.

Tuan Speaker, isu alam sekitar. Selangor mempunyai paling banyak kenderaan automotif seperti kereta dan kenderaan berat di Malaysia. Hal ini telah mengakibatkan tayar terpakai atau tayar lama telah menjadi isu hangat kerana ia dibuang secara haram ke ladang berhampiran atau di tapak pelupusan sampah. Bandar Baru Klang rasa ini tidak mesra alam. Ada juga sesetengah kedai tayar yang tidak

bertanggungjawab telah membiarkan tayar terpakai di hadapan kedai mereka sementara menunggu untuk dilupuskan. Keadaan ini boleh menyebabkan nyamuk membiak. Oleh itu, Bandar Baru berharap agar Kerajaan Selangor dapat mencari alternatif untuk melupuskan tayar terpakai secara mesra alam. Pengindustrian juga menyebabkan lebih banyak kenderaan berat di jalan raya, oleh itu kita perlu mencari solusi jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah tapak letak kenderaan berat. Pada masa ini, kita boleh melihat kenderaan berat ini di parking di mana-mana sahaja mengikut keselesaan mereka. Bahkan sesetengah mereka yang telah meletak kereta, kenderaan mereka di taman perumahan bukan sahaja telah merosakkan jalan raya taman bahkan telah menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk. Seperti yang kita ketahui jalan raya di dalam taman tidak dibina untuk menampung kenderaan berat yang 50 – 80 tan. Oleh itu, Bandar Baru Klang mencadangkan Kerajaan mengadakan satu garis panduan atau undang-undang untuk tapak parking kenderaan berat. Kereta terbiar yang di parking adalah lagi satu isu serius yang perlu kita memberi garis panduan yang komprehensif dalam menyelesaikan masalah ini. Seperti kita ketahui, Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai depot untuk menyimpan kereta tetapi jumlah kereta yang terbiar jauh lebih banyak daripada depot yang dapat menampung. Oleh itu, Negeri Selangor mesti mengadakan dasar-dasar yang lebih agresif untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Ia memakan masa yang terlalu lama untuk melupuskan kereta yang terbiar yang disimpan di depot.

Mengenai isu plastik sekali pakai atau minta izin, single used plastic. Kami sedar bahawa pusat membeli belah besar dan kedai runcit seperti 99 Speedmart mengecaj atau berhenti mengeluarkan plastik sekali guna. Bandar Baru Klang berharap agar pihak Kerajaan Selangor boleh memperluaskan kempen ini kepada penjaja seperti di pasar pagi, di pasar malam dan kedai-kedai runcit kecil. Bandar Baru Klang berharap agar Negeri Selangor boleh mencapai sifar plastik dalam tempoh masa jangka pendek kerana plastik ini beracun dan toksik kepada alam sekitar apabila dilupuskan. Ia boleh mencemar lautan dan sungai kita. Ia boleh mencemari rantaian makanan kita sebagai mikroplastik.

Tuan Speaker, isu pelancongan. Memandangkan Tahun Melawat Selangor 2025 menjelang, Bandar Baru Klang berharap agar Tourism Selangor boleh mempromosikan Bandar Klang sebagai satu hotspot. Seperti yang kita ketahui, Bandar Klang mempunyai banyak kedai makanan yang terkenal seperti Noble House, Nasi Ayam Kee Heong dan lain-lain lagi. Bandar Klang juga mempunyai banyak Persatuan Cina yang boleh menceritakan kisah atau sejarah Bandar Klang. Bandar Baru Klang berharap agar dapat cadangan daripada Tourism Selangor mengenai pelbagai program yang akan mempromosikan Bandar Klang sebagai destinasi pelancongan.

Tuan Speaker, isu Pihak Berkuasa Tempatan. Bandar Baru Klang juga ingin mencadangkan bahawa Pegawai Penguat kuasa dari pihak PBT diberi kamera badan

atau Body Cam semasa mereka bertugas. Ia adalah untuk memastikan keselamatan dan keadilan mereka semasa bertugas. Apa-apa pertikaian semasa bertugas boleh disemak melalui penangkapan video semasa bertugas. Masalah anjing terbiar adalah satu isu yang tidak pernah berakhir. Sudah tiba masanya untuk membentuk sebuah jawatankuasa untuk memantau dan untuk ada SOP disediakan untuk dipatuhi oleh semua PBT. Saya cadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji isu ini. Jawatankuasa ini boleh diliputi oleh orang ramai dan NGO seperti SPCA dan PBT.

Tuan Speaker, isu Penginapan Pekerja Berpusat atau CLQ. Klang ada bandar pelabuhan yang utama juga kilang yang paling banyak. Oleh itu, kita mempunyai pekerja asing yang paling banyak. Dengan pekerja asing yang menetap di Bandar raya Diraja Klang telah membawa isu-isu seperti sampah dan kebersihan. Oleh itu, saya berharap agar pekerja asing boleh ditempatkan di CLQ. CLQ boleh menyediakan penginapan yang selesa, kemudahan asas yang lengkap, lebih-lebih lagi ia boleh memudahkan untuk menguruskan pekerja ini dengan didikan yang betul mengenai budaya kita dan orang-orang tempatan. Ini adalah satu cara untuk mengurangkan kesan negatif dengan kehadiran pekerja asing. Bandar Baru Klang berharap agar Kerajaan Selangor dapat menetapkan pekerja asing untuk tinggal di CLQ, menetapkan tarikh yang komited supaya pemilik kilang boleh buat perancangan yang lebih berkesan pada masa hadapan.

Tuan Speaker, isu kipas besar HVLS dengan izin, kipas besar High Volume Low Speed. Memandangkan kipas besar HVLS yang semakin popular dipasangkan di kompleks membeli belah dan Dewan besar, saya ingin memberikan penekanan kepada kebaikan penggunaan kipas besar yang semakin meningkat populariti dan di kalangan orang ramai. Tindakan ini tidak hanya meningkatkan kesedaran dengan pengedaran udara yang efficient tetapi juga mempromosikan kecekapan tenaga selari dengan prinsip ESG yang amat ditekankan. Walau bagaimanapun, isu-isu yang perlu diberi perhatian serius, kelemahan dalam SOP yang tidak jelas dan terperinci dalam proses pembekalan, pemasangan, keselamatan dan penyelenggaraan kipas besar mungkin menimbulkan risiko dan mencetuskan masalah. Oleh itu, saya mencadangkan agar Kerajaan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani kekurangan dalam SOP sebagai contoh seperti lif, ia perlu dipasang oleh pakar khusus dan perlu adanya penyelenggaraan pada masa yang ditentukan dan diseliakan oleh jabatan yang berkenaan untuk memastikan keselamatan pengguna. Oleh itu, saya berharap adanya perbincangan bersama Persatuan Kipas Besar HVLS Malaysia untuk mendapatkan pengawasan yang teliti semasa proses perbekalan, pemasangan dan penyelenggaraan. Dengan pengurusan yang berkesan ..

Speaker

Yang Berhormat. Jaga masa.

Tuan Dr. Quah Perng FeiDAP · PHBandar Baru Klang

Sikit, 15 saat. Dengan pengurusan yang berkesan dan pemakaian kepada SOP yang ketat, kita boleh memastikan bahawa kipas besar memberi manfaat maksimum kepada masyarakat sambil

memastikan keselamatan. Akhir sekali, Bandar Baru Klang menyokong sepenuhnya tentang unsur titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.

Speaker

Ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker, saya hendak bangkitkan Peraturan Tetap Yang Berhormat Tuan Speaker yang budiman, Peraturan Tetap 15 (1), menurut Peraturan Tetap 17, Usul hendak menangguhkan Dewan tidak boleh dikeluarkan sehingga pukul 4.30 petang pada apa-apa hari kecuali pukul 5.30 petang. Saya hendak petua daripada Yang Berhormat Speaker hari ini persidangan kita sampai jam berapa Yang Berhormat? Sebab memandangkan kalau ikut kiraan saya campur backbencher dan juga pihak pembangkang ada lagi 9 nama.

Speaker

Peraturan Tetap mana? 17 (1) ?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

15 (1)

Speaker

15 (1)?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tentang waktu ini, tempoh nak tangguh ni. Sama ada hari ini habis 5.30 atau..

Speaker

Tapi Yang Berhormat, akan diputuskan nanti, tak apa Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Baik.

Speaker

Yang Berhormat nak bahaskan?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Wajib Yang Berhormat.

Speaker

Ya, ya. Silakan bahas.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Silakan, silakan Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bukan saya, sekarang orang lain dulu. (Ahli Dewan ketawa).

Speaker

Siapa? Silakan ya. Ok, baik.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Salam sejahtera, Tuan Speaker. Terima kasih memberikan saya bahas petang ini. Saya bagi pihak rakyat

DUN Selat Kelang ingin merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana sudi mencemar duli rasmikan Persidangan ini pada 27 Februari yang lepas. Saya juga amat teruja dengan titah Duli Yang Maha Mulia yang begitu komprehensif, pragmatik dan holistik yang mencakupi semua masalah, kebajikan seluruh rakyat Selangor. Inilah Tuanku yang kita hormati dan kita sayangi kerana Duli Yang Maha Mulia amat prihatin dengan soal-soal kehidupan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor. Bak kata pujangga Rakyat dan Raja Berpisah Tiada. Tuan Speaker, dalam masa yang agak terhad ini saya ingin menyentuh beberapa isu sahaja yang saya rasa penting terutama sekali isu tentang Rancangan Selangor Pertama 2024. Di mana rancangan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan ekonomi Negeri Selangor dan sudah pasti banyak pembangunan-pembangunan mega, yang akan dibina di Selangor dan akhirnya ekonomi Negeri Selangor akan bertambah kukuh, bersaing dan menambahkan hasil dalam negeri.

Bagaimanapun, yang menjadi kegusaran saya, ialah dalam arus pembangunan yang besar ini, apakah penglibatan syarikat-syarikat terutama syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam projek-projek mega yang akan dilaksanakan nanti. Apakah Kerajaan Negeri boleh memberikan jaminan kepada syarikat Bumiputera ini, untuk terlibat sama di dalam projek-projek mega tersebut kerana banyak syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan mungkin akan ketinggalan atau tidak diberi peluang untuk bersama-sama menikmati kejayaan-kejayaan hasil daripada pelaksanaan projek ini. Saya berharap Kerajaan akan dapat beri perhatian dan bersikap positif kepada syarikat-syarikat. Bumiputera yang berkelayakan untuk bersama-sama terlibat dan merasai kejayaan serta kemajuan yang patut mereka perolehi daripada Rancangan Selangor Pertama ini.

Tuan Speaker, dalam titah Tuanku juga Baginda telah menekankan, aspek pembelajaran dan pendidikan seperti latihan teknikal dan vokasional atau TVET. Yang bernilai tinggi penggunaan teknologi pintar seperti artificial intelligent ataupun AI untuk masa depan rakyat Selangor yang lebih mantap dan berjaya. Dengan adanya pembelajaran dan program seperti ini saya percaya, perniagaan-perniagaan kebayakannya sekarang ini menggunakan AI atau pun artificial intelligent perindustrian, perusahaan akan lebih berjaya dan dengan adanya sistem ini teknologi ini kita akan kita tidak mahu rakyat Selangor. Khasnya adalah muda ketinggalan dari segi keupayaan dan prestasi mereka dalam dunia literasi yang berkembang begitu hebat pada masa ini. Oleh itu, saya berharap kerajaan terus memberikan bantuan-bantuan dan pembiayaan kepada institusi-institusi yang sedia ada dan membina lebih banyak sekolah-sekolah teknikal atau TVET terutama di daerah-daerah yang penduduknya padat seperti di Selat Klang.

Tuan Speaker Tuanku juga ada bertitah berkenaan dengan masalah air di Selangor. Saya percaya Kerajaan Negeri telah bersungguh-sungguh, bertungkus-lumus untuk menentukan rakyat Negeri Selangor mendapat bekalan air yang bersih dan juga tiada

gangguan atau putus bekalan air di Selangor. Saya percaya dengan Projek Skim Jaminan Air Mentah atau SJAM rakyat Selangor akan dapat bekalan air yang cukup dan sempurna untuk meneruskan kehidupan mereka dan saya berharap juga kerajaan akan terus memberikan bekalan air-air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan atau SADE terutama kepada sekolah-sekolah, masjid, surau dan rumah-rumah ibadah. Kejadian gangguan bekalan air pernah berlaku di kawasan saya iaitu di Masjid Darul Iman, Kampung Delek, Selat Klang di mana baru-baru ini kami telah mengadakan Program Cinta Masjid. Ribuan penduduk datang ke masjid untuk mendengar tazkirah dan juga program-program lain selama dua (2) hari. Malang sekali, dalam program tersebut air telah putus maka program kami terganggu jadi saya berharap pihak air Selangor dapat memastikan bahawa bekalan air kepada semua masjid dan surau-surau akan dijaga dengan baik dan cukup supaya semua program-program di masjid dan surau, rumah ibadah tidak akan terjejas.

Tuan Speaker, banjir juga adalah masalah besar yang mesti ditangani oleh kerajaan terutama di kawasan-kawasan rendah yang mudah dinaiki air apabila hujan. Saya mencadangkan untuk mengelakkan banjir terus berlaku di kawasan-kawasan tersebut. Selain daripada Projek-Projek Tebatan Banjir yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dan dengan bantuan Kerajaan Pusat saya mencadangkan supaya kolam-kolam takungan air yang sedia ada di kawasan atau pun di DUN masing-masing dikemas kini dan dibaik pulih. Di Selat Klang umpamanya di kawasan Sungai Sireh, ada sebuah kolak takungan air yang tidak terurus di mana rumput rampai penuh di dalam kolam dan reka bentuk yang tidak sesuai. Dengan keadaan demografi kawasan saya. Oleh itu saya memohon pada kerajaan melalui JPS supaya membersihkan kolam takungan ini dan mereka bentuk semula kolam tersebut supaya nampak lebih sempurna, indah dan untuk dipandang mata. Selain daripada itu mendalamkan lagi kolam tersebut dan memperbaiki sistem keselamatan di kawasan kolam kerana untuk mengelakkan daripada kaki pancing memasuki dan memancing di kawasan kolam yang saya sebutkan tadi.

Tuan Speaker saya juga amat menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana mencadangkan untuk mengukuhkan lagi Inisiatif Haji Selangor. Di mana kerajaan memberikan tajaan penuh kepada 4 orang rakyat bagi setiap daerah yang tidak mampu untuk melaksanakan Ibadah Haji di Baitullah. Saya mencadangkan supaya jumlah tersebut ditambah kepada 8 orang dari tiap-tiap daerah kerana kita tahu bahawa rizab Negeri Selangor yang banyak mencukupi untuk membiayai jumlah yang saya sebutkan tadi.

Tuan Speaker memang tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan dalam satu kawasan atau daerah boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi di kawasan tersebut. Bagaimana pun ada kalanya boleh mendatangkan kesulitan kepada penduduk berkenaan contohnya pembinaan ECRL, yang melalui kawasan saya yang melalui kawasan Sungai Sireh dan juga Kampung Delek di mana 89 rumah penduduk akan dirobohkan tidak lama lagi. Sehingga hari ini kerajaan masih lagi

belum membuat satu resolusi untuk menangani kesulitan yang akan dialami oleh penduduk-penduduk terlibat. Pengalaman saya sebagai penasihat kepada Jawatankuasa Bertindak Penduduk-Penduduk di Pengerang Johor di mana tanah mereka telah diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk Projek Refinery yang dikenali sebagai Rapid Pengerang dengan kos pembinaan menceceh RM80 bilion. Jawatankuasa bertindak penduduk Pengerang mohon kepada kerajaan seperti berikut:

1) Kerajaan Negeri Johor memberi pampasan kepada semua tuan punya tanah mengikut harga pasaran; 2) Membina sebuah rumah seluas 1000 kaki persegi di atas tanah berukuran 4000 kaki persegi sebagai persiapan untuk berpindah; dan 3) Memberikan kepada penduduk satu lot tanah seluas 2 ekar juga secara percuma untuk kemudahan penduduk-penduduk terlibat bercucuk tanam

Tuan Speaker ini adalah satu contoh di Negeri Johor untuk menangani kesusahan atau kesulitan penduduk-penduduk yang tanah mereka di ambil untuk pembangunan. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri Selangor. Dapat memikirkan apakah jenis bantuan atau sokongan yang harus diberi kepada penduduk-penduduk di kawasan saya yang rumah mereka akan di roboh tidak lama lagi.

Tuan Speaker semalam saya menerima satu surat daripada Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd...

Speaker

Yang Berhormat.... masih panjang lagi?

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Satu je.

Speaker

Masa. Ya silalah.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Surat ini menyatakan bahawa, syarikat ini telah diberi kontrak oleh Kereta Api Tanah Melayu untuk menaik taraf kemudahan infrastructure landasan kereta api berkembar elektrik di Lembah Klang fasa 2 yang merentasi Kampung Sungai Sireh dan Kampung Delek. Sekali lagi Tuan Speaker penduduk-penduduk di kawasan saya kampung Sungai Sireh dan Kampung Delek akan berhadapan dengan satu lagi projek kerajaan dan saya tak tahulah berapa rumah akan dirobohkan, siapa yang akan terlibat kerana saya belum lagi menerima plan atau pun apa nama itu Jajaran Kereta Api tersebut. Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan supaya mengambil perhatian terhadap perkara ini dan juga memberi bantuan yang sempurna sekiranya projek ini dijalankan.

Tuan speaker, itu sahaja buat masa ini saya sudahi dengan Wabillahi-Taufik-Walhidayah dan dengan ini saya menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Duli

Yang Maha Mulia Sultan Tuanku Sultan Selangor di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Lagi siapa yang berbahas? Meru apa? tidak ah...ye Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam sejahtera. Tuan Speaker pertama kali sekali Dengkil menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor. Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, ini penuh dengan nasihat, seranan serta perancangan yang menyeluruh untuk pembangunan, kemajuan, kemasalahatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Insha’ Allah semua seranan nasihat serta perancangan yang telah digariskan akan diikuti dan dipatuhi. Tuan Speaker sukacita bagi menjayakan saranan-saranan ini Dengkil ingin memfokuskan kepada 3 perkara utama yang berkait yang pertamanya berkaitan dengan:

1) Pembangunan Hutan Warisan di Raja Selangor; 2) Selangor sebagai Destinasi Pelancongan Utama; dan 3) Kecekapan Pentadbiran di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Isu-isu yang lain telah pun disentuh oleh kawan-kawan saya di dalam Dewan Undangan Negeri ini.

Speaker

Yang Berhormat boleh berhenti sekejap...

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Ya..?

Speaker

Boleh berhenti sekejap...

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Berhenti?

Speaker

Yang Berhormat berhenti sekejap. Sekejap ya..Saya jemput Yang Berhormat..Yang Berhormat Sekinchan untuk bawa usul.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.45 petang.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong...saya kemukakan untuk mendapat persetujuan...Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya...Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata tidak.

Usul ini dipersetujui. Saya jemput Dengkil untuk sambung.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang pertamanya berkaitan dengan Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor. Seperti, yang kita dimaklumkan permohonan Hutan Warisan Diraja Selangor ini melibatkan kawasan seluas 108000 hektar meliputi 26 Hutan Simpan Kekal jadi, Hutan Simpan yang terdapat itu adalah di Hulu Selangor, Hulu Langat dan juga Hulu Gombak yang telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November 2023. Pengisytiharan ini selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mahu menjadikan satu kawasan hutan, yang mencakupi aspek konservasi penyelidikan, pendidikan, rekreasi, eko-pelancongan dan sebagainya. Oleh itu, Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor ini adalah amat baik dan amanat ini harus dijaga dengan penuh tanggungjawab dan integriti. Tuan Speaker Dengkil amat berharap agar penguatkuasaan terhadap pemuliharaan hutan simpan ini dapat dilaksanakan sebaiknya bagi mengelakkan pencerobohan serta penerokaan haram yang akan membinasakan program ini. Ini akan menggagalkan program baik yang telah di ilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ia adalah amat penting kerana ia akan diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Yang kedua Selangor sebagai destinasi pelancongan utama. Ini adalah satu cara untuk mempertingkatkan pendapatan Negeri Selangor dan yang berimpak tinggi dan projek ini merupakan program berimpak tinggi. Selangor menyasarkan 7 juta pelancong tempatan dan luar negara. Sempena Tahun Melawat Selangor tahun 2025 berdasarkan ini saya berdasarkan petikan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor yang juga ADN Sekinchan pada 19 Februari 2024. Untuk itu, saya berharap Kerajaan Selangor dapat mempelajari bagaimana negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang dan Johor. Dapat mencapai sasaran yang lebih tinggi kedatangan pelancong ke negeri-negeri tersebut melalui pelbagai promosi dan produk pelancongan yang dibuat. Dengkil tidak mahu Selangor ketinggalan dalam aspek program pelancongan ini. Dibandingkan dengan negeri-negeri yang disebut di atas tadi, Selangor merupakan pintu masuk utama negara dan usaha mempromosikan Selangor sebagai tempat pelancongan utama di Malaysia adalah sangat diharapkan. Tuan Speaker Selangor mempunyai segala-galanya, Selangor mempunyai lokasi yang terbaik, segala kemudahan pengangkutan berpusat di Negeri Selangor. Malah Lapangan Terbang KLIA juga terletak di Sepang, Selangor ia juga merupakan pusat untuk segala Pentadbiran Kerajaan dan pusat-pusat perniagaan terkenal berada di sekitar Selangor. Terdapat banyak kemudahan penginapan yang mencukupi untuk pelancong-pelancong menginap. Banyak tempat-tempat yang boleh dijadikan tempat tarikan pelancong contohnya sepang khususnya

di Dengkil dulu ya, sebab terdapat banyak tasik-tasik lombong yang terbiar yang berpotensi untuk dibangunkan dan lokasi yang paling dekat dengan semua bandar utama. Iaitu Dengkil mempunyai bandar-bandar utama berhampirannya seperti Cyberjaya, Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar lain yang mempunyai pelbagai fasiliti yang terbaik. Yang kedua kalau kita lihat di Kuala Langat kita terdapat Pantai Morib. Pantai Morib perlu dinaik taraf. Dengan pelbagai kemudahan untuk menjadi pusat peranginan Pantai yang menarik. Sekarang ni memang ketinggalan ya, daif tempatnya. Begitu juga Klang. Klang kalau kita lihat Pulau Ketam, salah satu pulau yang menjadi, boleh menjadi daya penarik untuk pelancong-pelancong datang. Kita juga ada Istana Raja dan juga tempat-tempat bersejarah yang perlu diselenggara dan dipromosikan untuk lawatan. Kemudian di Hulu Langat, kita ada tempat perkelahan dan perkhemahan yang terkenal seperti Pangsun, Sungai Congkak dan beberapa lagi destinasi di persekitaran yang perlu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk penginapan dan juga berekreasi. Di Hulu Selangor kita ada Bukit Fraser, satu tempat peranginan di atas bukit juga telah sunyi dan sepi tempat tersebut. Kita ada kampung-kampung Orang Asli. Yang terdapat banyak adat istiadat kebudayaan yang boleh dipromosikan. Dan akhirnya kalau kita lihat di utara Selangor ni di Sekinchan ya, tempat kawan baik saya ni. EXCO Pelancongan terdapat banyak bendang dan sawah padi yang boleh dijadikan tempat lawatan pelancongan. Untuk itu, Dengkil berharap Kerajaan Selangor melalui TDC memberi publisiti yang meluas tentang Selangor sebagai tempat yang menarik melalui media sosial, program-program, produk pelancongan Selangor di seluruh negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, mengenalpasti dan memperkenalkan produk-produk baru pelancongan yang boleh diperkembangkan secara berperingkat, seperti tempat-tempat tarikan pelancongan yang baru. Di samping itu, makanan-makanan tempatan, hasil-hasil kraftangan, kepelbagaian budaya, menghidupkan kembali sukan-sukan rakyat, seperti gasing, laying-layang dan sebagainya. Akhir sekali saya berharap Kerajaan Negeri Selangor dengan kepimpinan dan kebijaksanaan EXCO, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan yang juga ADN Sekinchan untuk menjadikan KPI supaya Selangor menjadi destinasi pelancongan yang utama di negara ini. Setakat ini promosi banyak di Sekinchan. Kalau saya lihat banyak di Sekinchan Sahaja, melalui Tik Tok yang saya lihat tak pergi meluas di seluruh Selangor. Jadi saya berharap EXCO Pelancongan untuk turun ke Dengkil dulu. Saya akan bawa ke tempat-tempat yang boleh dijadikan pusat-pusat pelancongan baharu.

Yang ketiga ialah berkaitan dengan kecekapan pentadbiran Kerajaan. Antara perkara yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, adalah berkaitan pentadbiran yang berintegriti, berwawasan dan efisien. Serta kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan Pembangunan pesat yang dicapai hari ini. Saranan ini perlu dititikberatkan dan boleh diperolehi melalui pengukuhan perkhidmatan awam yang sedia ada. Antaranya menyediakan satu ekosistem yang membantu dalam urusan perkhidmatan. Contohnya, pengukuhan system komunikasi dan teknologi maklumat yang lebih berdaya saing dan cekap. Menyediakan prasarana

yang bersesuaian dan mencukupi untuk keperluan. Yang ketiganya menyediakan latihan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan yang selari dengan bidang tugas yang dilaksanakan. World class knowledge, dengan izin. Yang keempat perlu ada koordinasi dan perkongsian maklumat antara agensi yang lebih cekap dan efisien. Yang kelima, selain itu kita perlu menanamkan sikap budaya penyayang, caring society, dengan izin, dan suka membantu diri serta budaya kerja yang terbaik. Dan juga akhirmya memberi penekanan terhadap integriti dan bersikap amanah dalam menjalankan tugas bagi mengelakkan isu yang berterusan. Kita selalu sebut isu sakau. Jadi saya berharap perkara ini tidak berterusan berlaku ya.

Walaupun berbagai perubahan dan janji telah dibuat oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor, kita lihat tanpa sokongan dan kerjasama pegawai dan kakitangan Kerajaan dalam pelbagai agensi matlamat untuk menjadikan negeri termaju di Malaysia tidak akan tercapai. Seterusnya Tuan Speaker, Dengkil ingin mendapatkan penjelasan yang akhir sekali tentang 8 bentuk program iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang masih tidak mencapai matlamatnya. Kita sedia maklum penduduk Selangor masa kini lebih kurang 7.2 juta. Kalau 10% sahaja diambil kira di bawah B40, kita ada 720 ribu orang. Tetapi ada 8 bentuk bantuan yang dijanjikan ini saya rasa amat sedih ya kerana saya ada maklumat yang terkini yang diberi oleh apa itu, jawapan bertulis kepada saya. Ada 8 program iaitu BINGKAS, Skim Mesra, Iltizam Anak Selangor, Skim Peduli Sihat, TUNAS, Asuh Pintar Selangor, Iltizam Mahasiswa Selangor dan Bantuan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor. Daripada 8 ini, ada 4 yang masih tidak ada tindakan diambil sehingga kini. Yang pertamanya, Skim Peduli Sihat, tiada maklumat terkini sehingga sekarang. Yang kedua,TUNAS. Belum dilaksanakan. Sedangkan pada tahun 2022 dan 2023 tindakan telah diambil walaupun jumlahnya kecil. Kemudia, Iltizam Mahasiswa Selangor, tiada maklumat terkini dan yang keempat Bantuan Pusat Tuisyen Selangor. Juga tiada maklumat terkini

Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan maklumat terkini mengapa program-program ini tidak diteruskan walaupun telah dijanjikan dalam pilihanraya sebelum ini. Itu sahaja daripada saya. Saya dengan ini ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker dan saya dengan ini berterima kasih menyokong Usul yang telah dibuat. Menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Sokong ya? Terima kasih. Ya, Sijangkang?

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum W.B.T. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan dan merakamkan ucapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di atas. Titah Ucapan di dalam Istiadat Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor pada kali ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri terutamanya penjawat-penjawat awam yang menjadi pemangkin yang utama memainkan peranan

untuk merealisasikan sehingga reserve Negeri Selangor mencapai lebih daripada 3.5 bilion ataupun RM3,561 juta sepertimana yang dimaklumkan. Dan saya kira ini bukan pertama kali reserve di Negeri Selangor melebihi 3.5 bilion. Kalau kita melihat kepada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ingatan Tuanku hasil negeri perlu diurus dengan baik dan dibelanjakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Dan saya kira secara konsesnya kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju bahawa dengan kekuatan ataupun kekuatan Negeri Selangor, dengan reserve yang begitu tinggi. Bukan kita nak berbangga dengan reserve yang begitu tinggi, bagaimana kita dapat mengagihkan kekuatan kewangan ini yang akhirnya dapat kita merealisasikan kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Selangor. Ada beberapa perkara yang saya nak sentuh dalam ucapan saya berkaitan kawasan saya terutamanya dan juga di Kuala Langat. Sepertimana kita sedia maklum antara yang akan menjana memastikan ekonomi Selangor lebih kukuh dan berdaya saing adalah yang disebutkan yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, adalah Rancangan Selangor Pertama. Yang mana saya kira 2 agenda yang cukup besar yang ada di Kuala Langat, yang akan diadakan di Kuala Langat adalah berkaitan Pembangunan bersepadu Selangor ataupun IDRISS dan juga Pelabuhan Carey. Apa yang saya suka sentuh di sini adalah dengan adanya Pembangunan ini kita mengharapkan yang Kuala Langat ini disebut sebagai Kuala Langat, Klang Valley 2. Dan kita kira rancak Pembangunan industri-industri ini, tetapi kita tidak mahu menghilangkan keyakinan. Daripada pelabur-pelabur terutamanya daripada luar ataupun pelabur tempatan. Apabila saya kira isu yang paling penting pada hari ini adalah berkaitan Pembangunan ataupun infrastruktur di Kuala Langat. Termasuklah infrastruktur jalan, infrastruktur parit dan juga saliran, infrastruktur jaringan internet yang saya kira masih lagi kita masih lagi ketinggalan. Kalau saya nak sebutkan soal jalan raya. Kalau jalan raya di peringkat FT5 ataupun Jalan Persekutuan itulah, keadaannya beribu-ribu tambalan yang saya kira ia cukup memberikan kesan kepada pengguna-pengguna jalan raya. Tapi saya nak tumpukan bahawa pentingnya Kerajaan Negeri Selangor hari ini, untuk melihat bagaimana jalan raya di peringkat negeri ini harus juga dipertingkatkan. Hari ini isu kesesakan di Kuala Langat menjadi isu yang sangat besar. Beberapa jalan yang saya kira perlu diambil kira dan juga diberikan perhatian yang besar dan ada projek-projek untuk dinaiktaraf. Jalan Sijangkang Utama, Jalan Utama Kampung Sri Cheding B60, Jalan Utama Batu 9 Kebun Baru B129, Jalan Utama Jenjarom B126, Jalan Sungai Rambai Batu 10 Gong Baru B130, Jalan Bandar Lama ke Pulau Carey ini adalah jalan yang saya kira sangat penting apabila kita bangunkan Kuala Langat atas dasar pembangunan yang cukup rancak dan begitu juga dengan Pelabuhan. Pelabuhan Carey yang kita akan bangunkan. Hari ini pun saya boleh katakan bahawa pengguna-pengguna Jalan Bandar Lama yang menghala ke Pulau Carey ini cukup kecewa dengan keadaan jalan yang saya kira mereka ini seperti igauan di siang hari. Waktu siangnya terlalu padat dan terlalu memberikan kesan kepada kesesakkan. Jadi saya kira ini harus diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri begitu juga dengan sistem saliran, banjir yang saya sebutkan tempoh hari. Yang ada Kawasan yang seolah-olah bila hujan lebat tenang, air yang tidak selesai ataupun tidak surut bukan saja sehari, dua hari tetapi makan

masa berbulan lamanya. Dan yang kedua saya ingin sebutkan di sini adalah berkaitan dengan program Mesra Rakyat ataupun Iltizam Selangor Penyayang 2024. Saya masih lagi menunggu jawapan secara bertulis yang saya hantar pada sesi yang lepas. Sepuluh soalan, 9 soalan saya dapat jawapan, 1 soalan saya tidak dapat jawapan lagi. Iaitu saya tanyakan berkaitan dengan status program Selangor Penyayang ataupun Mesra Selangor. Tadi disebutkan oleh Dengkil beberapa program yang saya kira tidak nampak macam bergerak, dan saya juga lihat status daripada program-program yang sebelum ini dalam soalan saya sebelum pilihanraya dulu, banyak program-program yang saya kira, dia tidaklah serancak apa yang kita harapkan. Saya masih mengharapkan walaupun saya sudah berada di Penggal Keempat, dengan nama-nama yang cukup berbeza daripada program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor. Program Peduli Rakyat dan hari ini Iltizam Selangor Penyayang, saya mahukan apakah program-program yang masih lagi berjalan, yang kita boleh bantu kepada rakyat? Sebab saya lihat hari ini rakyat masih datang lagi ke pejabat saya untuk mendapatkan bantuan-bantuan daripada sudut memudahkan memudah cara program-program ini supaya akhirnya mereka mendapat manfaat dan walaupun kita tidak di peringkat pembangkang ini kita tidak bersama-sama atau tidak dibenarkan untuk terlibat dalam program-program Selangor Penyayang ini, tetapi saya kira ianya cukup memberikan kesan kepada rakyat di bawah sana. Sebahagiannya datang ke pejabat saya dan kita cuba bantu dan kita cuba salurkan kepada agensi-agensi tertentu samada pejabat daerah dan sebagainya tetapi malangnya ia jugak tidak mampak menyelesaikan masalah yang mereka perlu selesaikan. Saya telah mendapat satu notis berkaitan dengan Skim Mesra 2024, yang mana notis itu menyebutkan bahawa program-program yang berkaitan dengan manfaat inisiatif Kerajaan Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas, Skim Mesra Insan Istimewa, BINGKAS, Iltizam, Selangor Sihat dan sebagainya perlulah diuruskan atau pun di disalurkan kepada penyelaras Parlimen Kuala Langat. Malangnya apabila mereka sampai ke sana, mereka juga tidak dapat diterima ataupun tidak dapat dibantu. Sebahagian daripada mereka datang dengan menggunakan Grab. Dan mereka ini adalah orang yang susah, yang perlu dibantu. Tetapi ia tidak dapat berjalan dengan baik atau mungkin ada beberapa kes yang saya sendiri mengarahkan kepada staff saya untuk bantu. Kalau borang tu dah siap walaupun ada sebahagiannya menggunakan online dan sebagainya, ada yang perlu dihantar secara fizikal, saya mengarahkan staff saya untuk dihantar sebagai contoh ke pejabat YAWAS dan sebagainya. Ini tidak seharusnya berlaku.

Kemudian saya nak bawa juga isu berkaitan dengan Projek Ladang Cendawan Sijangkang. Program yang sepatutnya untuk memberdayakan asnaf dan B40 di bawah HIJRAH. Dan saya dimaklumkan bukan hanya sahaja di Sijangkang, tetapi berada di beberapa kawasan-kawasan yang lain di Negeri Selangor. Saya dimaklumkan ada 120 orang peserta. Pemberi pinjamannya adalah di bawah HIJRAH RM26,000 dalam bentuk rumah cendawan dan bongkah cendawan dan juga RM1,000 diberikan kepada peserta-peserta untuk tujuan belian barang keperluan. Saya nak minta penjelasan apakah syarikat, yang menguruskan ini? Kerana pada hari ini saya

melihat bahawa ianya seperti gajah putih ataupun tidak dapat dijalankan ataupun tidak dapat diteruskan. Kerana ianya juga ada MOU dengan HIJRAH. Saya nak (kita nak) mereka juga bertanya kepada saya bagaimana dengan pinjaman ini. Sejumlah RM27,000/RM26,000 kepada untuk urusan ladang ini, adakah mereka kena pulangkan? Ataupun macam mana? Dah lah mereka susah, kemudian dibebani. Dengan keadaan ini yang saya dikatakan pada peringkat awalnya betul. Hampir 100 (kadang-kadang hampir 100 kilo sehari dapat dijual. Tetapi pada satu ketika selepas itu dia tidak begitu disebabkan oleh kegagalan untuk menjual (syarikat itu tidak dapat menjual) dan peserta-peserta pula disalahkan. Dan dalam masa tujuh bulan sahaja, pendapatan mereka akhirnya yang dijangkakan boleh mendapat pendapatan lebih daripada RM1,000 hanya tinggal RM200 dan sebagainya. Sebahagiannya pada hari ini sudah keluar daripada menjadi peserta ini dan saya lihat ladang ini sudah gagal. Saya minta, mohon supaya diberikan respon oleh Kerajaan Negeri.

Kemudian saya nak sebut berkaitan dengan pengurusan sampah. Saya kira pada awal tahun ini, ada satu notis daripada KDEB Waste Management (notis pemakluman penting perubahan sementara tapak pelupusan sisa pepejal) yang dihentikan disebabkan oleh sistem jalan raya yang teruk, yang berlopak-lopak, yang tidak boleh dilalui oleh kompaktor-kompaktor dan mereka ini diarahkan untuk menghantar sisa pepejal ke Tapak Pelupusan Sisa Jeram (Jeram Sanitary Landfield) yang terletak di Taman Sri 12 Kapar Selangor. Dan kawasan yang akan terkesan adalah Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang Jaya, Kuala Langat, Kajang dan juga Sepang. Dan saya dimaklumkan oleh KDEB Waste Management sendiri, banyak kompaktor-kompaktor yang rosak. Dan saya kira ini adalah salah satu bentuk kegagalan pengurusan jalan yang tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Saya kira Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab sudah tentu tahu apa yang akan berlaku terutamanya pada musim hujan yang mana akhirnya jalan-jalan ini akan rosak dan tidak boleh dilalui. Dan saya lihat ada beberapa jentera berat itu

Speaker

Yang Berhormat, jaga masa ya.

Ok. Yang sepatutnya dapat menguruskan tetapi tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Saya melawat kawasan ini dan saya kira ianya sepatutnya tidak berlaku dan saya harapkan saya nak dapat juga respons apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri selepas ini. Kemudian, saya nak juga menyentuh berkaitan untuk terakhir ya.

Speaker

Terakhir ya? Terakhir. Jangan panjang sangat. Ringkaskan.

Mana saya nak ambil yang terakhir ni?

Speaker

Isu apa tu?

Yang terakhir saya nak mengambil isu berkaitan dengan (saya ucap tahniah kepada Kerajaan) satu Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023 berkuat kuasa 1 Januari 2024. Dan ini salah satu garis panduan saya kira yang cukup baik bagaimana masjid dan surau dapat menguruskan kewangan. Tapi saya juga maklum bahawa masjid dan surau ini mempunyai tanah-tanah wakaf sebahagiannya telah diwakafkan kepada Perbadanan Wakaf Negeri Selangor, sebahagiannya tidak lagi. Dan saya harapkan pengurusan ini juga dapat diuruskan dengan cukup baik. Kerana ia akan memberikan impak yang baik juga daripada sudut pendapatan kepada Negeri Selangor kepada Perbadanan Wakaf dan juga kepada masjid-masjid.

Saya masih melihat bahawa pada tahun 2016, satu usul penyata PAC telah dibentangkan dan saya kira daripada penyata itu juga, antara syor daripada PAC adalah supaya Perbadanan Wakaf ini, diberikan peruntukan buat pengurusan khas tahunan daripada kerajaan Pihak Berkuasa Negeri. Supaya dia dapat menguruskan dengan baik walaupun Perbadanan Wakaf Selangor ini mendapat suntikan RM2juta setiap tahun untuk pengurusan mereka. Tetapi saya juga melihat bagaimana mungkin ada geran-geran yang boleh diberikan kepada Perbadanan Wakaf untuk memajukan tanah-tanah ini. Yang kita tahu bahawa jumlah aset Perbadanan Wakaf saya kira cukup besar (ratusan juta ringgit)

Speaker

Yang Berhormat.

dan ini harus dibangunkan supaya ia dapat memberikan pulangan yang lebih baik, kepada tanah-tanah wakaf ini. Jadi untuk yang terakhir sebagai pertanyaan Tuan Speaker.

Speaker

Pertanyaanlah.

Tidak boleh melebihi 40 patah perkataanlah.

Ok. Saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri, Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina binti Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha binti Tengku Abdul Rahman lawan Kerajaan Kelantan terhadap, Peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan terhadap bidang kuasa jenayah syariah Mahkamah Syariah di Negeri Selangor? Dan apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang kuasa undang-undang dan institusi yang berkaitan dalam pentadbiran keadilan jenayah syariah di Negeri Selangor? Jadi Tuan Speaker.

Speaker

Ya.

Walaupun masa sangat terbatas, saya kira walaupun ada beberapa perkara lagi, saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan masa yang diberikan kepada saya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Ya? Ya, Bukit Lanjan. Saya bagi Bukit Lanjanlah.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, salam sejahtera dan salam Kita Selangor untuk semua. Saya rasa syukur dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menzahirkan ucapan menjunjung kasih titah diraja sempena pada sesi Mesyuarat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun 2024.

Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menyarankan semua wakil rakyat untuk bekerja keras dengan penuh integriti dan tanggungjawab demi mempertahankan kebajikan rakyat jelata dan kemakmuran bumi Selangor. Saya percaya dengan iltizam yang kuat dan sikap bertanggungjawab yang tinggi antara kita didampingi bersama dengan polisi-polisi Kerajaan Negeri yang membina lagi prihatin, kita mampu mempertahankan Selangor di persada dunia. Saya menjunjung saranan Duli Yang Maha Tuanku yang menggalakkan penjawat awam negeri untuk mengurangkan birokrasi dan mengenakan sense of urgency (dengan izin) bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat. Satu isu yang saya memberi perhatian adalah keadaan jalan raya dan isu-isu yang melibatkan keselamatan penduduk walaupun gambaran luas agak kecil namun isu-isu seperti lubang jalan raya, jalan tidak rata, ketiadaan lampu jalan, kerosakan lampu isyarat dan lain-lain juga merupakan sense of urgency (dengan izin). Bagi DUN Bukit Lanjan, isu kesesakan jalan yang kerap berlaku akibat daripada kerosakan jalan seperti di sekitar Desa Aman Puri dan kejadian banjir akibat daripada keperluan naik taraf longkang monsoon drain (dengan izin) ataupun sungai di sekitar Taman Wangsa Permai dan Kampung Desa Aman yang memerlukan perhatian Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menegaskan berhubung penjagaan hutan di Negeri Selangor. Hutan merupakan khazanah kita di Selangor. Saya menyambut baik gabungan beberapa buah hutan simpan kekal yang meliputi 108,000 hektar. Saya harapkan lebih banyak koridor ekologi sedemikian diwujudkan. Bukan itu sahaja, koridor ini yang menjaminkan kestabilan alam sekitar, kepelbagaian biodiversiti dipelihara dan diwartakan, aliran masuk pembangunan infra. Kita harus melemahkan tujuan kewujudan koridor ini. Bicara tentang biodiversiti, saya ingin memetik sebuah ungkapan roman yang mengatakan dengan izin the burden is falling on those who did the least to cause the problem bermaksud golongan yang menerima kesan yang paling banyak adalah mereka yang kurang ataupun tidak pernah berbuat apa-apa yang menyebabkan masalah itu. Hal ini sering berlaku disebabkan pembangunan yang tidak terancang

yang menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal dan kehilangan khazanah alam dan yang penting membuka ruang untuk bencana alam. Negeri kita harus mempunyai projek tadahan yang lebih dan berkemampuan untuk menampung taburan hujan yang tinggi pada masa ini. Hal ini hanya mampu untuk menjadi kenyataan jika hutan semula jadi kita dikekalkan dan aktiviti pembalakan dikawal selia. Kawasan tanah yang terdedah kepada hujan akan menyebabkan hakisan tanah dan yang mana-mana tanah ini akhirnya akan termendap dalam saliran sungai dan laluan air longkang dan seterusnya memburukkan keadaan sewaktu banjir. Tambahan pula negara kini sedang berhadapan dengan fenomena pemanasan global ataupun dikenali sebagai El Nino yang sedang berlaku. Menurut satu kajian daripada Syahrina Abdul Halim (Penyelidik UKM) antara benua yang akan merasai impak terbesar dikalangan benua berpendapatan sederhana adalah Asia Tenggara. Merujuk kepada sebuah artikel portal penebangan hutan memburukkan kemarau menjadikan El Nino ini lebih memudaratkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi insentif kepada rider e-hailing (dengan izin) di Selangor yang terpaksa mencari nafkah mengharungi panas yang keterlaluan. Menurut kajian Donald El 1984, suhu yang tinggi semasa gelombang haba meningkatkan risiko keletihan haba dan strok haba. Sumbangan Kerajaan Negeri yang memberikan sedikit peruntukan yang membolehkan mereka menjaga hidrasi dengan minuman penggantian elektronik adalah salah satu usaha ataupun satu titik penghargaan bagi usaha mereka dalam merancakkan ekonomi negeri.

Tuan Speaker, kita harus sentiasa mengambil iktibar dan bersiap siaga mendepani apa jua cabaran yang pada masa akan datang. Sebagai contohnya, pasca pandemik yang telah menyebabkan pengangguran yang tinggi di negara kita sehingga mencecah 700,000 orang. Kerajaan Negeri menerusi inisiatif Selangor Kerjaya sentiasa menyemak golongan muda di dalam sanubari dengan mempromosikan peluang pekerjaan di samping menganjurkan pameran-pameran kerjaya yang memberangsangkan. Harapan saya pada Kerajaan Negeri adalah bagi mewujudkan lebih banyak kursus-kursus pendek ataupun bengkel kerjaya berkaitan dengan AI (dengan izin) broke change, cloud storage ataupun skop digitalisasi dan sosial media bagi meningkatkan keboleh pasaran golongan muda di Selangor. Menurut kajian Harvard Business Reveal pada Oktober 2023, potensi kecerdasan buatan AI ni bakal melonjak melibatkan pelbagai bidang termasuk dengan industri kreatif, makmal penyelidikan, usaha kreatif dan pemacu inovasi program. Maka adalah penting bagi Kerajaan Negeri segera untuk memacu ke arah ini dan menyediakan tenaga mahir kita. Dan tidak lupa juga Kerajaan Selangor harus memainkan peranan yang penting bagi Persidangan Asean Tahun 2025 yang Malaysia akan menjadi tuan rumah.

Tuan Speaker yang dihormati, minggu depan pada tarikh 8 Mac kita akan menyambut Hari Wanita Sedunia. Wanita memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam keluarga malah juga pada institusi negara. Wanita mampu melakukan apa sahaja dengan iltizam dan semangat yang kuat. Seangkatan dengan itu, penglibatan golongan wanita dalam urusan pemerintahan atasan dan pengoperasian harus

dipupuk oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor memelopori usaha memperkasakan golongan wanita melalui kewujudan Wanita Budaya Selangor telah membimbing dan membantu ribuan golongan wanita di Selangor menerusi dengan Pusat Wanita Berdaya yang digerakkan ke seluruh 56 DUN. Saya mengharapkan pihak Wanita Berdaya Selangor juga akan menumpukan golongan perempuan muda sebagai target group dengan izin bagi mengaplikasi intervensi dan menerapkan tahap kepimpinan. Hal ini adalah bagi memudahkan mereka memilih jalan kehidupan semasa mencapai usia remaja dewasa.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, sebagai penutup saya diingatkan tentang tanggungjawab yang besar yang kita miliki sebagai wakil rakyat untuk mewakili pengundi kita dan bekerja untuk kepentingan terbaik mereka. Itulah sebab Ahli-Ahli Yang Berhormat berada dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini. Haruslah kita ingat bahawa kita adalah sebahagian daripada satu naungan SELANGOR, hanya melalui kerjasama dan usaha bersama barulah kita dapat membuat ataupun membawa satu kemajuan yang sebenar dan membawa satu perubahan positif untuk penduduk Selangor yang kita cintai. Ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan barisan EXCO sekalian dan semua ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor. Saya mengakhiri ucapan saya dengan ungkapan pantun. Ada masa lagi saya boleh pantun sikit.

Salam Kemaafan Saya Hulurkan, Semoga Kemesraan Terus Berpanjangan, Cadangan Diberi Harap Dimakbulkan, Semoga Selangor Mendapat Keberkatan.

Tuan Speaker, Bukit Lanjan dengan ini menyokong usul Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Bukit Melawati.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera, salam Bukit Melawati keluarga kita. Yang Berhormat Speaker, pertama sekali saya berdiri hari ini bagi mewakili rakyat Bukit Melawati. Dan melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor, untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih, Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang lalu. Saya ingin merafak sembah dan mengucapkan terima kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, atas kesudian dan keberkatan baginda merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ke-15. Menyegerakan pewartaan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hutan simpan kekal. Yang Berhormat Speaker kita tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menyatakan komitmen dalam memperkasakan sumber hutan negeri melalui program

pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan, laut, paya dan pesisir pantai. Namun apa yang berlaku pewartaan kawasan Taman Alam Kuala Selangor seluas 292.18 hektar yang telah diluluskan oleh Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2018 dengan nama Hutan Simpan Melawati masih lagi berstatus dalam proses. Sejarah Taman Alam Kuala Selangor bermula dari sebuah kawasan paya bakau yang sihat sejak 1940-an sehinggalah kawasan itu dibersihkan untuk penghasilan garam laut pada tahun 1970-an. Projek berkenaan tidak berjaya. Dan takdir yang akhirnya menjadi tempat persinggahan burung yang berhijrah. Pada tahun 1967, Taman Alam Kuala Selangor diberikan status rizab alam semula jadi untuk tujuan pemuliharaan dan pelancongan. Taman Alam Kuala Selangor dan Pantai Barat, Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan dalam rangkaian laluan Burung Hijrah Asia Timur Australia. Taman Alam Kuala Selangor juga menjadi tempat persinggahan penting kepada 50juta burung air yang berhijrah dan dalam 47% antara mereka dalam keadaan terancam. Pada tahun antara bulan Oktober hingga April, beribu-ribu burung hijrah singgah di Taman Alam Kuala Selangor. Dari aspek alam semula jadi, Hutan Melawati ini sangat penting kerana ada sejenis lotong kelabu. Yang unik di Kuala Selangor lotong kelabu ini hanya terdapat di Taman Alam Kuala Selangor. Antara keunikan spesies ini termasuk mengenai habitatnya dan kajian yang diberikan dengan haiwan ini masih belum menjadi arus perdana. Kelebihan ini menjadikan Hutan Alam Kuala Selangor antara yang terpenting di dunia. Justeru, program pemuliharaan dan pemeliharaan taman ini dilihat sangat penting dalam usaha kita dalam menjaga spesies haiwan unik ini agar dapat menarik ahli petrologi tempatan dan antarabangsa. Untuk melaksanakan kajian berkaitan, spesies tersebut sekali gus menjadikan Kuala Selangor sebagai Hub Kajian Bertaraf Antarabangsa. Saat itu, Selangor sepatutnya sudah lama mempunyai satu Tapak Ramsar yang berkepentingan antarabangsa kerana Taman Alam Kuala Selangor telah memenuhi empat, daripada sembilan kriteria Tapak Ramsar. Tapak Ramsar ini merupakan kawasan tanah basah yang diwartakan sebagai kawasan berkepentingan yang dipersetujui dalam Persidangan Ramsarian di bawah naungan UNESCO. Oleh sebab itu, di kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangkan supaya proses pewartaan Hutan Simpan Melawati ini dapat dipercepatkan melihat kepada kepentingan terhadap ekosistem flora dan fauna sektor-sektor eco-pelancongan. Biarlah bumi Kuala Selangor ini terus makmur dihiasi kehijauan Taman Alam Kuala Selangor dan Bukit Melawati sebagai mercu tanda kami agar anak cucu kami nanti menikmati indahnya alam ciptaan yang Maha Esa. Seterusnya lampu isyarat di persimpangan jalan Teluk Piah Kuala Selangor.

Yang Berhormat Speaker, mewakili suara rakyat di Bukit Melawati sudah pastinya isu setempat menjadi keutamaan saya. Isu lampu isyarat di persimpangan Jalan Teluk Piah Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai simpang maut, oleh penduduk tempatan merupakan satu isu yang kritikal. Yang sering meragut nyawa dan sering berlaku kemalangan di simpang tersebut. Namun menjadi kekesalan saya bila mana permohonan untuk meletakkan lampu isyarat di simpang ini, masih menjadi persoalan sehingga ke saat ini. Sudah berpuluh laporan polis dibuat tentang kemalangan di

Simpang Teluk Piah ini. Dan telah banyak menimbulkan kegusaran penduduk di Bukit Melawati. Untuk makluman isu ini telah sering kali dibangkitkan baik oleh saya mahupun rakyat. Yang memohon agar tindakan segera diambil oleh Kerajaan Negeri supaya tiada lagi nyawa yang terkorban akibat infrastruktur yang tidak lengkap ini. Justeru, besarlah harapan saya dan seluruh DUN Bukit Melawati, agar peruntukkan dapat disalurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kadar segera. Bagi memastikan pemasangan lampu isyarat disegerakan seperti mana dalam Titah Tuanku yang menekankan sense of urgency dengan izin. Isu tekanan air rendah di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.

Yang Berhormat Speaker dalam pada Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kejuruteraan pengguna. Penduduk di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor sering kali mengalami gangguan bekalan air akibat tekanan air yang rendah di kawasan mereka. Air merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian kita, oleh sebab itu saya ingin memohon jasa baik EXCO berkenaan untuk meneliti isu in sebaiknya. Memetik jawapan Yang Berhormat Pandan Indah yang memaklumkan sekiranya kita meningkatkan tekanan air kebarangkalian untuk paip pecah itu tinggi. Oleh itu saya ingin mencadangkan jika sekiranya berlaku gangguan air di Kawasan Bukit Melawati ini pihak Air Selangor. Menyediakan tanker yang mencukupi dengan kadar segera meskipun cuma satu penyelesaian yang bersifat sementara. Saya berharap kecekapan pihak Air Selangor dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat, khususnya DUN Bukit Melawati, infrastruktur dan kemudahan awam di Bukit Melawati Kuala Selangor.

Yang Berhormat Speaker. Selain itu saya juga ingin menyentuh perihal jalan-jalan yang telah rosak dan tidak di selenggara di bawah seliaan JKR Negeri. Saya menyeru Kerajaan Negeri dan JKR mengambil serius soal ini serta menjalankan penyelenggaraan secara berkala dan berterusan bagi memetik kenyataan yang Berhormat Pandan Indah juga yang lalu memaklumkan bahawa lebih separuh. Daripada ratusan jalan raya di Selangor telah tamat tempoh bahkan ada antaranya sudah melebihi 40 tahun. Ini menunjukkan kepentingan, menaik taraf dan penyelenggaraan jalan-jalan di sekitar Selangor ini. Seterusnya saya juga ingin menyentuh perihal infrastruktur dan kemudahan di Bukit Melawati, Kuala Selangor antaranya mengenai lampu jalan. Saya bagi contoh di jalan FT54, Jalan Kepong Kuala Selangor. Dalam perbahasan Yang Berhormat Paya Jaras juga ada disebut mengenai keadaan jalan ini terlalu gelap berisiko kemalangan. Pada waktu malam. Justeru, saya ingin bertanya. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lampu jalan sepanjang jalan FT54 ini. Selain itu juga saya ingin meminta pihak kerajaan untuk mengambil pertimbangan dalam pemasangan papan tanda refleks dengan izin di sepanjang jalan yang gelap bagi mengurangkan risiko kemalangan pada waktu malam.

Speaker

Yang Berhormat kita tiada masa.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Selain itu, saya ingin menyentuh pihak jalan-jalan yang rosak tidak di selenggara, saya merayu kepada Kerajaan Negeri dan JKR mengambil serius soal ini menjalankan penyelenggaraan berkala secara berterusan. Yang Berhormat Speaker, sebelum mengundur diri saya ingin tekankan bahawa rakyat di luar sana semakin terhimpit, dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin memuncak. Tak cukup dengan itu subsidi yang diberikan kepada rakyat akan mula dimansuhkan secara berperingkat kata Menteri. Sebagai contoh, 26hb 2024, Skim Perubatan Madani dikhabarkan telah ditarik balik sepenuhnya dan hanya akan berfungsi di 10 daerah terpilih sahaja. Tetapi pada 29hb Menteri kata rakyat di bawah bila rakyat mula marah...

Speaker

Yang Berhormat, tiada masa. Masa.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Ok. Ok. Hari ini 01 mac 2024 merupakan satu titik hitam buat seluruh rakyat Malaysia, di Negeri Selangor apabila kita diberikan hadiah kenaikan cukai SST daripada 6% kepada 8%. Meskipun pengecualian kenaikan cukai SST ini. Diberikan kepada perkhidmatan makanan dan minimum serta telekomunikasi namun kita terlepas pandang, bilamana kerajaan tidak mengekalkan kadar cukai SST bagi penjimatan elektronik. Elektrik contohnya yang dilihat akan menjejaskan kedai dan gudang dan akhirnya akan berpusat kepada rakyat.

Speaker

Yang Berhormat. Ya, landing.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Yang Berhormat Speaker, yang ini saya amat berharap bahawa kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menyalurkan bantuan terus kepada rakyat yang memerlukan. Selain itu juga, saya menyeru agar pihak kerajaan dapat menggunakan birokrasi sekali gus memudahkan proses penyaluran bantuan terus kepada rakyat. Sekian terima kasih daripada Bukit Malawati menjunjung Ucapan Titah Tuanku.

Speaker

Ya, terima kasih. Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat. Kota Kemuning junjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mengesyorkan panduan-panduan untuk meningkatkan kemajuan Negeri Selangor. Kota Kemuning juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Menteri Besar yang telah pun memastikan negeri Selangor berada dalam landasan yang betul dan terus maju dalam sektor ekonomi di mana mencapai reserve yang cukup besar pada masa yang sama menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Titah Tuanku supaya Rancangan Selangor Pertama dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Visi RP-1 kalau kita lihat adalah untuk menjadikan Negeri Selangor menjadi negeri pintar, berdaya huni

dan makmur menjelang 2025. Tak lama lagi. Selaras dengan itu saya juga sambut baik cadangan yang diberikan oleh Hulu Kelang semalam berkenaan dengan fokus pelaburan yang perlu diberi perhatian oleh Negeri Selangor di mana dari sudut perkhidmatan yang mana beliau telah pun sudut perkhidmatan dalam segi digitalization dan AI. Saya cadangkan kepada Negeri Selangor untuk perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan atau untuk mengadakan penubuhan industri AI Data Centre. Ada berbeza. Data Centre dan AI Data Centre. AI Data Centre melibatkan super charge computer. Ini akan menyebabkan atau memberi satu platform kepada Negeri Selangor untuk menjadi satu pioneer state dalam industri menguasai AI. Kerana kita tahu AI ialah satu industri yang nyata yang akan memberikan satu infrastruktur yang besar di Negeri Selangor. Lagi satu Negeri Selangor boleh mendapat manfaat AI ini adalah dari segi kelebihan advantage dari segi lokasi ekonomi negeri yang terbesar. Populasi yang besar. kelebihan infrastruktur dan juga kemudahan bekalan tenaga mahir yang tinggi di Selangor. Sudah semestinya kelebihan ini Kerajaan Negeri dapat menarik pemain-pemain AI Data Centre yang terbesar untuk melabur di Negeri Selangor. Contoh we just miss the boat, Nvidia sedang membangunkan Data Centre di Kulai yang jumlah pelaburan sebanyak USD4.3 bilion lebih kurang RM19.35 bilion. Saya juga minta Kerajaan Negeri untuk menggunakan kesinambungan yang kita ada dengan Kerajaan Negeri dan Pusat untuk mencapai atau memberikan promosi kepada Negeri Selangor untuk menjadi The Destination for AI Data Centre. Kota Kemuning percaya dengan pembukaan industri AI Data Centre Park di Negeri Selangor ia akan memberikan domino effect kepada pertumbuhan perindustrian lain yang bergantung pada AI. Seterusnya soalan saya apakah tindakan Kerajaan Negeri akan mengambil untuk memacu industri AI Data Centre Park di Negeri Selangor?

Seterusnya berkenaan dengan cukai taksiran. Kota Kemuning bersetuju dengan pelaksanaan semula Kerajaan Negeri untuk meninjau pembayaran cukai taksiran yang bersasar kepada kampung-kampung tradisi banjaran dan kampung nelayan adalah satu langkah yang betul untuk menuju kepada tadbir urus yang lebih cekap. Dengan ini Kerajaan Negeri juga telah memastikan pengecualian cukai hanya diberikan kepada golongan yang memerlukan sahaja bukan kepada golongan yang kaya seperti yang dijawab oleh EXCO PBT. Kerajaan Negeri masih prihatin kepada golongan-golongan yang memerlukan dan sedia untuk menjamin nasib rakyat yang tidak berupaya dan memerlukan bantuan. Pada masa yang sama Kota Kemuning juga ingin menggunakan peluang ini untuk membawa isu-isu di kawasan DUN Kota Kemuning. Isu pertama ialah isu banjir. Ini adalah isu standard. Semua telah membangkitkan. Titah Tuanku bahawa pengurusan banjir perlu dilihat secara terperinci terutamanya berkaitan dengan parit-parit dan longkang di kawasan padat. Kota Kemuning ingin mengucapkan terima kasih kepada YB EXCO Pandan Indah, JPS, MBSA, MBSJ dan JKR semua sedia untuk mendengar isu-isu yang dibangkitkan di kawasan DUN Kota Kemuning tetapi apa yang kita boleh mencapai dalam perjumpaan ini menjadi satu kebuntuan kerana ada isu-isu siapa yang perlu menyelenggara longkang-longkang ini. Saya bagi contoh di Kawasan Perindustrian

Bukit Kemuning, Batu 5 aliran parit yang milik Majlis akan disambungkan kepada parit JKR. Longkang JKR. Akan punch over ke longkang JKR. Tetapi JKR kata ada 3 masalah alasan yang diberikan oleh JKR. Pertama aliran air daripada perumahan dan perindustrian sepatutnya tidak melalui longkang JKR. Maka ia tidak ada di bawah tanggungjawab untuk selesaikan. Alasan kedua adalah lebar longkang tersebut tidak mengikut spec JKR kerana melebihi 1.2 meter. Pada hakikatnya longkang atau parit ini adalah menjadi lebar lebih besar daripada 1.2 meter akibat daripada hakisan tanah yang sekian lama. Alasan ketiga adalah parit ini tidak mempunyai tuan tanah. Ini adalah cadangan saya..

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Boleh mencelah tak?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Boleh.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Kota Kemuning. Soalan pertindihan siapa yang patut menyelenggara itu saya fikir terlalu lama kita dengar dan sentiasa berulang ulang. Saya percaya dengan keadaan Selangor sudah dibangunkan sebegini rupa tak sepatutnya soal pertindihan itu masih berlaku. Soalan saya apakah mungkin ada faktor lain seperti pemantauan dan penguatkuasaan yang tidak cukup kuat untuk memastikan soal pertindihan ini selesai.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya ada cadangan yang lebih baik daripada itu. Mungkin Kerajaan Negeri boleh consider. Ini adalah cadangan saya. Cadangan saya adalah bahawa penyelenggaraan akan menjadi lebih efektif sekiranya kerajaan menempatkan semua penyelenggaraan longkang, parit yang melibatkan pembangunan maintenance di bawah satu agensi seperti PBT yang boleh menjalankan tanggungjawab ini secara One Stop Centre. Kita boleh dapat lihat hanya PBT dapat menyelesaikan semua isu. Ada tuan, tak ada tuan, semuanya diselesaikan oleh PBT sebagai One Stop Centre. Kedua, apa manfaatnya adalah proses penaiktarafan kalau kita nak buat proses naik taraf untuk longkang atau parit Majlis boleh lakukan secara keseluruhannya tanpa membuang masa melalui red tape yang mana ada kawasan-kawasan yang perlukan kelulusan daripada agensi lain akibat daripada pertindihan. Tambahan pula titah Tuanku juga telah menyatakan projek tebatan banjir harus dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan. Namun, Kota Kemuning mendapati bahawa projek tebatan banjir di Kota Kemuning belum lagi diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan. Sepatutnya projek pemasangan tiga skru pump di Taman Sri Muda sepatutnya siap pada Januari 2024 mengikut jadual. Tapi saya difahamkan bahawa projek ini tidak dapat disiapkan akibat daripada TNB tidak dapat menyambung kepada substation TNB. Kota Kemuning ingin tahu apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memantau kerja-kerja tebatan banjir adakah WARAS (Water Resources Assurance Scheme) masih menjadi agensi memantau projek-projek tebatan banjir dan apakah tindakan lazimnya diambil oleh Kerajaan Negeri kepada kontraktor yang gagal menjalankan kerja-kerja pada masa yang ditetapkan.

Kota Kemuning juga cadangkan bahawa Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas dan memastikan semua kontrak Kerajaan Negeri menetapkan satu klausa yang dipanggil klausa penalti yang gagal membayar compensation oleh kontraktor yang gagal menyiapkan kerja-kerja pada masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga harus menyenaraihitamkan bukan sahaja dari segi syarikat tetapi juga pengarah-pengarah yang berada di belakang syarikat tersebut supaya mereka adalah lebih bertanggungjawab untuk menjalankan kerja kontrak tersebut. Seterusnya, saya juga pohon kerajaan Negeri untuk menyediakan satu peruntukan tambahan bagi membina benteng di sekeliling Taman Bukit Kemuning bagi mengelakkan banjir di kawasan perumahan tersebut. Kawasan ini sering banjir akibat daripada aliran air daripada Lebuh raya.

Speaker

Yang Berhormat, lampu merah dah.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Saya akan cuba singkatkan. Peruntukan tambahan untuk Taman Bukit Kemuning dan isu trafik juga saya perlu penjelasan daripada Kerajaan Negeri berkenaan dengan pembinaan flyover di Persiaran Anggerik Mokara. Kerana saya dimaklumkan bahawa ia akan dibina oleh pemaju-pemaju tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan diambil namun tiada apa maklum balas daripada pemaju sama ada flyover itu akan dibina atau tidak kerana ini telah menjadikan satu isu berkenaan trafik di kawasan Kota Kemuning.

Speaker

Yang Berhormat, masa sudah habis. Masih ada lagi yang nak berbahas.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Baik saya habiskan. Isu terakhir adalah berkenaan pengangkutan awam. Saya pohon supaya Kerajaan Negeri juga mencadangkan bawa jaringan pengangkutan awam di DUN Kota Kemuning seperti LRT3. Dengan ini Tuan Speaker, Kota Kemuning menyokong usul ini dan menjunjung kasih kepada titah Tuanku. Terima kasih.

Speaker

Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam kita Selangor dan salam Malaysia Madani. Saya sebagai kepada warga Lembah Jaya amat berbesar hati diberikan peluang dan ruang untuk berbahas untuk sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dalam meniti bait-bait ucapan titah Diraja tentu sekali kami di Lembah Jaya berasa amat teruja dan berterima kasih atas pelbagai nasihat dan saranan Tuanku yang pasti dijadikan pedoman dalam merencanakan gerak kerja di DUN kami di Lembah Jaya. Rakyat Lembah Jaya menyambut baik titah Tuanku yang mahu kita

semua berusaha memperbaiki setiap kekurangan yang ada, memperkukuhkan hubungan baik dan muhibah sesama rakyat, menghindari persengketaan dan menjauhi segala perbuatan yang boleh membawa kemudaratan kepada Negeri Selangor kita terutama amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Saya percaya keharmonian ini adalah rencah utama bagi menjamin kemajmukan dan kemajuan Negeri Selangor yang tercinta ini. Tuan Yang Dipertua, prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2023 amat membanggakan. Rizab Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan merekodkan angka berjumlah RM3,561 juta dan kutipan hasil negeri pula pada 2023 merekodkan angka yang melebihi sasaran iaitu sebanyak RM2,708 juta. Alhamdulillah. Ini adalah satu petanda jelas kemampuan luar biasa Kerajaan Negeri Selangor ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amiruddin Shaari Menteri Besar keenam belas kita memacu perkembangan ekonomi Selangor dalam masa yang sama memastikan perbelanjaan Kerajaan Negeri dikawal dengan baik dalam keadaan ekonomi global yang sangat mencabar ini. Negeri Selangor berjaya menongkah arus dan terus mencatatkan perkembangan ekonomik yang baik. Kebijaksanaan fiskal Menteri Besar

Speaker

Yang Berhormat sebenarnya masa kita tidak mencukupi saya mohon supaya terus kepada isu-isu yang hendak dikemukakan. Kalau boleh habiskan dalam masa 5 hingga 6 minit.

Boleh. Kita sedia maklum bahawa kenaikan tarif air perlu dilaksanakan dalam usaha menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Pengurusan Air Selangor Berhad. Lembah Jaya menyambut baik dan kesediaan Kerajaan Negeri untuk dengan izin Cushion the Impact melalui Skim Air Darul Ehsan yang akan menyerap dan menanggung peningkatan kos menerima air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE). Lembah Jaya berharap pada masa ini Kerajaan Negeri disarankan agar menyediakan rangka dasar jangka panjang memberi insentif kepada pelaburan dalam teknologi dan infrastruktur hijau juga supaya seterusnya mengurangkan kos masa depan agar transisi hijau yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor dapat manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Bagi pihak warga Lembah Jaya patik ingin mengucapkan jutaan terima kasih ke atas keprihatinan Tuanku terhadap perkara-perkara asas yang sememangnya amat diperlukan rakyat. Apabila kita berbicara tentang pengurusan infrastruktur kita perlu tahu peranan proaktif yang dimainkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Seperti yang semua tahu baru-baru ini pihak MPAJ di bawah pimpinan YDP nya Dr. Ani Ahmad telah turun kawasan kampung Lembah Jaya Utara berdekatan dengan Flat Desa Pinggiran untuk memotong dan menebang beberapa batang pokok atas faktor keselamatan dan penyelenggaraan susulan daripada tragedi pokok yang tumbang yang meragut nyawa dua orang. Lembah Jaya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Skuad Pantas MPAJ dan mengharap Pihak Berkuasa Tempatan dapat memastikan proses penyelenggaraan berjalan dengan baik agar tragedi seperti ini dapat dielakkan pada masa yang akan datang. Sekali lagi Lembah Jaya ingin menyampaikan ucapan terima

kasih atas Ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang pastinya akan menjadi pedoman buat kami semua Ahli Dewan Negeri dalam menjalankan amanah, berkhidmat kepada rakyat Selangor. Dengan ini Lembah Jaya menyokong penuh dan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Yang Berhormat Speaker, EXCO-EXCO Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan sekalian. Saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Istiadat Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-15 Tahun 2024. Dalam ucapan ini izinkan saya membawa beberapa isu dan perihal-perihal berkenaan yang mampu menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju dan berdaya saing. Maka suka untuk saya menyampaikan beberapa usul penting di dalam ucapan saya.

Pertama, sistem amaran awal banjir kilat bagi penduduk. Isu banjir dan bencana alam yang kerap berlaku ini telah memberikan impak besar kepada rakyat Negeri Selangor. Walaupun sudah wujudnya usaha dan inisiatif untuk tangani isu ini saya percaya perlu juga ada usaha lebih untuk menjaminkan keselamatan rakyat Selangor secara menyuluh. Isu banjir bukan isu baru di Negeri Selangor. Mungkin, untuk sesetengah daripada kita banjir adalah perkara biasa. Ramai beranggapan banjir di Selangor tidak seteruk banjir di negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Banjir di kawasan urban seperti di Teratai misalnya hanyalah banjir kilat. Namun adalah penting bagi kita untuk menyedari bahawa banjir kilat ini bukan fenomena normal dan adalah wajar untuk diberikan perhatian sepenuhnya. Isu perubahan iklim dan bencana alam tidak hanya dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh negara-negara lain. Saya ambil contoh, di Jakarta, Indonesia mereka menggunakan sistem kawalan banjir yang memberikan amaran awal kepada penduduk dan pihak berkuasa sebelum banjir berlaku. Sistem ini menggunakan sensor dan kemudahan lain di kawasan yang berpotensi banjir untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan. Malaysia juga mempunyai sistem yang serupa dikenali sebagai info banjir. Tapi keberadaan di Selangor terutamanya di kawasan bandar tidak setanding dengan negeri lain kerana kerap kali banjir di kawasan seperti ini hanya berlaku sementara. Sudah menjadi kebiasaan saya acap kali melawat kawasan yang terlibat dengan banjir kilat. Pasti ada longkang tersumbat, kerja-kerja baik pulih jalan yang belum siap dan sebagainya. Janganlah kita ‘sudah terhantuk barulah nak mengadah’. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Dalam masa yang sama, saya juga mengangkat sepenuhnya komitmen Kerajaan Negeri dalam untuk isu bekalan air melalui Program Projek Skim Jaminan Air Mentah yang melilputi perancangan menguruskan air termasuk air banjir yang akhirnya boleh dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan orang ramai. Di dalam era di mana masalah iklim kian meruncing, kita juga perlu melihat dan mengamati usaha-usaha untuk menyesuaikan diri dengan bencana di sekitar kita.

Seterusnya, Skim Insurans untuk mangsa bencana alam. Sebagai ADN Selangor, kita sudah mengangkat sumpah untuk memastikan tidak ada rakyat Selangor yang tercicir. Jadi wajarlah bantuan diberikan kepada mereka yang lebih cenderung terdedah kepada bencana alam. Salah satu cara untuk menangani hal ini adalah dengan menyediakan Skim Insurans kepada mereka yang sudah menjadi mangsa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Antara contoh nyata adalah penduduk di kawasan Bukit Permai yang terdedah dengan bahaya tanah dan cerun runtuh. Selain kerugian harta benda yang sudah tidak terkira, mereka juga terkesan daripada segi mental dan fizikal. Lebih malang bagi mereka yang sudah menjadi mangsa hingga ke saat ini ada yang masih belum mendapat apa-apa pampasan. Permohonan pampasan kepada syarikat insurans oleh mangsa-mangsa ini selepas menunggu selama setahun setengah selepas kejadian telah ditolak atas alasan tiada bukti kecuaian dari Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPAJ. Perlulah kita fahami, mereka ini sudah menetap di kawasan ini dengan begitu lama, ramai diantara mereka cuma memiliki satu-satu rumah ataupun kenderaan sahaja dan masih membayar ansuran pinjaman bank. Kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda mereka telah mengakibatkan kerugian yang sangat besar. Bukan sahaja dari segi kewangan namun ahli keluarga mangsa kini masih berada dalam keadaan terkejut, trauma selain mengalami gangguan emosi dan mental. Saya harap pihak Kerajaan Negeri Selangor dapat campur tangan dalam rundingan semula rayuan permohonan pampasan dan juga mengambil inisiatif untuk membantu mereka.

Seterusnya, pemasangan peranti difibrilator laluan automatik (AED) di kawasan awam. Ingin saya tegaskan kepentingan memasang peranti laluan, memasang AED ini di kawasan umum ini bukanlah sekadar untuk usaha yang baik tetapi untuk keperluan yang kritis dalam menyelamatkan nyawa orang awam. Kita seringkali terdengar mengenai kejadian-kejadian serangan jantung mendadak yang berlaku di tempat awam. Ketika situasi sedemikian berlaku masa adalah nyawa. Di sinilah peranan AED menjadi penting. Dengan memasang AED di kawasan-kawasan umum dan tempat-tempat keramaian lain, kita dapat memberikan akses kepada alat yang boleh menyelamatkan nyawa ini kepada orang ramai. Negara-negara maju seperti di Australia, United Kingdom sudah pun memasang AED di pusat membeli-belah dan kompleks sukan kerana peranti ini membolehkan pesakit jantung mempunyai keberangkalian dua hingga tiga kali ganda untuk hidup jika terkena serangan. Di Pulau Pinang juga peranti ini sudah diwajibkan dikebayakkan bangunan-bangunan kerajaan. AED adalah alat yang direka khas untuk digunakan oleh orang awam. Ia dilengkapi dengan arahan yang jelas dan mudah difahami, membolehkan sesiapa sahaja walaupun tanpa latihan perubatan formal untuk menggunakan dalam keadaan kecemasan. Manfaat memasang AED dikawasan umum adalah jelas. Pertama sekali ianya meningkatkan peluang untuk menyelamatkan nyawa. Kedua, pemasangan AED menyediakan rasa aman kepada orang awam dengan mengetahui bahawa terdapat AED di sekitar kawasan awam, orang akan merasa lebih yakin dan tenang terutamanya mereka yang mungkin mempunyai risiko penyakit jantung. Ini dapat mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan keselesaan ketika berada di tempat-

tempat awam. Selain Pulau Pinang, saya rasa sudah jadi keperluan Negeri Selangor mengikut inisiatif yang berkemampuan ini. Banyak kawasan umum masih tidak dilengkapi dengan AED. Meninggalkan mereka yang mengalami serangan jantung mendadak dalam keadaan yang rentan. Saya mengajak semua pihak dari kerajaan tempatan hingga kepada pemilik peniagaan dan masyarakat untuk bekerjasama dalam usaha ini. Memasang AED bukanlah satu kos yang besar berbanding dengan nilai nyawa yang dapat diselamatkan. Akhir sekali, saya dengan penuh rendah diri ingin mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini. Setiap kali saya hadir ke sini saya sentiasa akan diingatkan bahawa setiap masa dan ketika yang kita luangkan di sini adalah amanah dan pinjaman dari rakyat. Masih ada ramai rakyat Selangor yang hidup susah, melarat dan tenat. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin untuk berkhidmat sebagai seorang ADN. Ayuh sama-sama ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Junjung kasih ke atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semoga kita semua diberi kesihatan dan rezeki yang baik untuk Negeri Selangor Darul Ehsan.

Speaker. Speaker.

Speaker

Seri Serdang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Dihujung-hujung ni memanglah mata pun dah kuyu penantian tu satu penyeksaan ya, TuanSpeaker. Alhamdulillah, tak boleh baca pula. Saya berterima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang dan ruang untuk Seri Serdang membahaskan titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kelima Belas. Dan Seri Serdang juga melihat titah Tuanku ini bersifat holilstik dimana Tuanku mahukan Negeri Selangor lebih maju, harmoni dan kesepaduan rakyat yang erat dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di dalam Malaysia. Walaupun pada hari ini, Selangor lebih terkehadapan daripada negeri-negeri lain tetapi Tuanku mahukan yang lebih lagi kemampuan dan juga kemajuan yang ada dalam Negeri Selangor.

Tuan Speaker dan semua Yang Berhormat, Seri Serdang cuba untuk mengurangkan provokasi. Semalam, saya akur dengan kata-kata Hulu Kelang minta supaya Seri Serdang kurangkan provokasi. Jadi, saya akan hormati kata-kata daripada Hulu Kelang, Insha’ Allah kita kurangkan Hulu Kelang provokasi itu ya. Tuan Speaker, pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas pencapaian prestasi kewangan negeri yang sangat memberangsangkan. Rizab lebih RM3bilion, pendapatan lebih RM2bilion pada tahun 2023. Dan saya yakin segala hasil mahsul negeri ini diuruskan dengan sebaik mungkin dengan tatakelola yang baik dan good governance. Namun begitu, kita tidak boleh berpuas hati dengan prestasi yang ada

pada hari ini, cabaran menguruskan negeri dan rakyat sangat mencabar pada hari ini. Program Iltizam Selangor penyayang misalnya yang sangat popular di kalangan rakyat Negeri Selangor lebih daripada empat puluh produk, program, Iltizam Selangor Penyayang ini perlu diperluaskan lagi. Dan jumlah kuota pendaftaran Seri Serdang melihat perlu ditambah lagi terutama BINGKAS, dan juga BSS. Program Iltizam Selangor Penyayang ini hanya berada di dalam Negeri Selangor. Negeri lain tidak ada. Sebagai contoh jualan Ehsan Rahmah. Harga barangan murah. Ya, kita akui ada sedikit peningkatan harga barangan makanan asas tetapi atas keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan kita teruskan jualan Ehsan Rahmah ini. Jualan Ehsan Rahmah ini, Yang Berhormat Tuan Speaker dan semua Yang Berhormat tak ada di negeri Kelantan. Tak ada di negeri Kedah. Kedah ada, sembang ajelah boleh. Dan tak ada di negeri Terengganu. Terengganu saya ingat dia sibuk nak jadi calon Perdana Menteri ni. Dan Seri Serdang memohon supaya Program Jualan Ehsan Rahmah ini dipertambahkan lagi. Setakat hari ini kami di DUN Seri Serdang hanya dapat dua kali sebulan. Alangkah baik kalau Seri Serdang dapat tambahkan lagi empat kali sebulan, Insha’ Allah nasib rakyat akan terbela.

Seri Serdang semalam ada.

Mana ada.? Mana? Sila-sila. Pasal semalam bagikan? Jadi hari ini saya bagi.

Saya kena ambil masa Seri Serdang sebab Seri Sedang ambil masa saya semalam dan mungkin saya akan ambil masa Taman Medan jugalah sebentar lagi. Apabila disebut oleh Seri Serdang berkenaan dengan tambah baik program, saya sangat-sangat bersetuju sebab setiap tahun demi tahun, kita akan berhadapan dengan cabaran yang baru. Seperti yang dibawa seperti hulu Kelang dahulu yang namanya KISS, Kasih Ibu Smart Selangor juga ditambah baik oleh pentadbiran yang diketuai oleh Sungai Tua, kita menambah baik dan menukarkan slogan itu kepada sebuah namanya BINGKAS. Instead of kita tumpu kepada ibu tunggal saja, BINGKAS telah diperluaskan malah bilangan dan jumlah itu juga telah dikembangkan. So ini yang kita nak cadangkan kepada pihak kerajaan dan mungkin saya boleh menyokong apa yang disebut oleh Seri Serdang tadi supaya kita boleh bawa penambahbaikan tahun demi tahun. Dan inilah Kerajaan Negeri Selangor yang diidamkan oleh masyarakat dan rakyat di Negeri Selangor. Terima kasih banyak.

Terima kasih Batu Tiga. Tiada provokasi. Seterusnya, rakyat Negeri Selangor khususnya pengundi telah membuktikan kesetiaan dan kepercayaan yang tinggi kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan. Buktinya hari ini Kerajaan Perpaduan berada di tampuk Kerajaan Negeri Selangor walaupun ada rakan-rakan cakap tadi kata ada kata

peningkatan pengundian daripada undi daripada orang-orang Negeri Selangor kepada pembangkang, tetapi pembangkang tetaplah pembangkang. Kami tetap kerajaan. Lama tak lama, lima tahun lagi. Dan ketika pilihan raya yang lepas walaupun ada gelombang (katanya gelombang hijau, bawa datang penceramah daripada Utara sana mai sini mai kecam Menteri Besar, menghina keputusan Tuanku dan sebagainya) tetapi rakyat Negeri Selangor tetap bersama dengan Kerajaan Perpaduan. Tuan Speaker, tetap kerajaan. Tuan Speaker, kalau kacau lagi lambatlah. Taman Medan tak dapatlah peluang.

Tuan Speaker, Seri Serdang juga ingin menyentuh sedikit tentang isu kampung tradisi. Berbuih dah EXCO kita dah bagi penerangan tetapi masih ada lagi yang tak faham-faham apa yang diterangkan oleh YB EXCO. Saya tak tahulah apa masalah YB EXCO dengan pihak-pihak yang tidak faham ini. Kita tahu dan kita maklum penyeliaan kampung tradisi ini di bawah PBT. Income PBT ini tidaklah sebesar Negeri Selangor dan PBT ini pula dia tak dapat collect (dengan izin) apa-apa hasil daripada kampung tradisi. Dan PBT terutamanya kalau di kawasan saya ada lebih kurang lima kampung tradisi, pihak MBSJ dengan cukup cemerlang menjaga dan menyelia kawasan kampung-kampung tradisi ini walaupun mereka tidak mendapat kutipan daripada kampung-kampung tradisi ini. Mereka kutip di tempat lain, servis di kampung tradisi. Kutip tempat lain, servis di kampung tradisi. Saya ucap tahniah kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya yang setakat ini sangat proaktif dalam keprihatinan mereka menjaga kampung-kampung tradisi yang ada dalam kawasan Seri Serdang. Sebab itu saya melihat kepada mereka yang masih tidak boleh menerima hakikat ini turun dan sila pandang dari sudut realiti sebenar kampung tradisi. Bukan menggunakan isu ini untuk populis, apatah lagi untuk mencucuh api kemarahan penduduk terutama usul mengenai kembalikan cukai taksiran. Kita dah bagi tahu.

Seri Serdang, mencelah.

lagi lambat nanti Taman Medan tak boleh berucap. Kita dah explain dah. YB EXCO dah bagi tahu kita sasarkan cukai taksiran ini bukan kita kenakan kepada semua. Dan sepatutnya difahami oleh kita semua tentang kaedah ini. Dengan menguruskan sampah lagi, kita lihat pada hari ini pertambahan rumah-rumah, premis-premis rumah, buat rumah sewa bertingkat-tingkat, pertambahan kos untuk menguruskan sampah, kebersihan jalan dan sebagainya. Ini semua memerlukan kos. Kos yang sangat tinggi. Tak mungkin hanya dengan air liur boleh selesai masalah ini. Sebab itu pentingnya dikembalikan cukai taksiran tetapi kepada sasaran tertentu. Takkanlah kita boleh bersetuju mereka yang buat rumah di kampung tradisi dengan harga rumah tu lebih RM2juta pun dikecualikan cukai taksiran sedangkan Taman Medan beli rumah harga ratus-ratus ribu kena juga cukai taksiran. Tak adillah macam itu. Jadi saya rasa dalam isu kampung tradisi ini kita perlu melihat realiti sebenar apa yang berlaku di kampung tradisi.

Seri Serdang.

Kota Damansara, saya takut Taman Medan tak dapat ucap. Tak apa? Speaker, boleh ya?

Kalau bagi laluan saya berucap. Baik, terima kasih kepada Seri Serdang. Setuju atau tidak sebenarnya pihak kerajaan mengambil pandangan yang berbeza iaitu masalah bila mana kampung-kampung tradisi dibina rumah-rumah homestay yang banyak atau rumah-rumah sewa yang banyak sampai naik dua tingkat, tiga tingkat ditambah pula bukan disewa dengan rakyat Selangor atau rakyat Malaysia. Disewa dengan pihak warga asing dan kita pun tahu warga asing dan mereka membuat sampah dan sebagainya dan ini akan menjadikan beban yang bertambah kepada pihak PBT khususnya menyebabkan mereka (kos sampah yang makin tinggi) tapi sebenarnya hasil kutipan yang diambil PBT itu tak dapat dilimpahkan oleh kerana orang-orang yang sebegini. Sebab itu Kerajaan Negeri mengambil inisiatif iaitu untuk mencukaikan kepada mereka yang mengambil ruang-ruang yang kosong ni supaya mana pihak PBT boleh mencukaikan kepada mereka yang mengambil untung dan hasilnya boleh diberikan servis balik. Setuju atau tidak?

Saya setuju!

Hui marah.

Dan bukan setakat buat rumah bertingkat-tingkat saja, kebanjiran warga asing. Hari ini kalau mereka-mereka yang merokok nak cari rokok murah, rokok smuggle (dengan izin) pergi kampung tradisi. Ini masalah dia yang sebenar. Sebab itu saya kata kembali kepada realiti sebenar apa yang berlaku dalam kampung tradisi. Jangan kita hanya melihat oh Kerajaan Negeri ada rizab banyak. Kita bukan ambil rizab sikit bantu kampung tradisi. Masalah-masalah lain kita tak lihat. Itulah yang sebenarnya yang saya lihat, yang perlu kita lihat dalam isu kampung tradisi ini. Saya minta izin sikit lagi Speaker. Last. Kalau boleh.

Speaker

Point terakhir. Ha, last. Ya.

Sedikit. Kemudian masjid dan surau. Masjid dan surau adalah premis yang perlu kita beri perhatian. Di masjid surau inilah tempat bertemu antara satu sama lain, mengeratkan silaturahim, menimba ilmu dan juga menjalankan ibadah. Selain daripada itu, Seri Serdang melihat perlunya masjid dan surau ini di berdaya lagi, bukan setakat tempat beribadah tetapi dijadikan one stop centre untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat. Juga boleh digunakan di masjid dan surau. Seperti kita ada Program Tuisyen Percuma untuk rakyat (Tuisyen Rakyat) boleh juga diadakan di masjid dan surau. Dan inilah yang

patut kita lakukan. Kita boleh fokus kat situ. Dan juga pendaftaran Iltizam Selangor Penyayang, kita boleh salurkan, kita boleh buat di masjid dan surau. Apa salahnya? Ini adalah program kerajaan. Jadikan masjid dan surau kita sebagai tempat one stop centre dalam kita menguruskan masyarakat setempat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker, waktu dah tamat. Dua minit, dah lebih.

Dan juga yang terakhir Speaker. Sikit, sikit.

Speaker

Ya?

Sikit lagi.

Speaker

Yang terakhir ya.

Sikit lagi.

Speaker

Sebab masa semakin mencemburui.

Dan juga Speaker. Speaker, pada hari ini

Speaker

Yang Berhormat Seri Serdang, percepatkan. Ya.

Pada hari ini sedang viral Program Subuh Seperti Jumaat. Di kawasan saya sendiri esok pagi pun ada Program Subuh Seperti Jumaat. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya di branding kan sebagai salah satu program untuk mengimarahkan masjid apatah lagi subuh seperti Jumaat ini mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak muda. Kita perlu rapatkan lagi anak-anak muda kita dengan masjid dan surau. Itulah yang perlu kita lihat pada hari ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat.

Yang terakhirnya Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, nak bagi laluan kepada Taman Medan untuk mencelah? ya?

Kalau saya bagi kat dia lambatlah.

Speaker

Kalau macam tu teruskan, teruskan. Percepatkan. Ya, percepatkan, percepatkan.

Dan yang seterusnya, terakhir, terakhir, terakhir ialah berkenaan dengan kebersihan. Hari ini kita lihat kebersihan ini fitrah semula jadi manusia Tuan Speaker ya. Sedangkan 1,400 tahun yang lepas Rasulullah S.A.W bersabda (ayat Quran) ‘kebersihan itu separuh daripada iman’. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri dan PBT yang sentiasa memberi perhatian kepada isu kebersihan. Tahniah juga saya ucapkan kepada KDEB Waste Management Sdn. Bhd. yang sering cakna dan prihatin di atas kerja-kerjanya. Isu sampah khususnya jika tidak diurus dengan baik ia akan menjadi masalah besar dan kesan sampingan kepada kehidupan rakyat. Selain daripada itu, kita juga perlu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan. Ia perlu digerakkan dengan agresif bagi memastikan seluruh rakyat di Negeri Selangor ini faham dan menukar cara berfikir berkenaan kebersihan.

Speaker

Yang Berhormat.

selagi mana cara berfikir kita tidak berubah

Speaker

Banyak lagi ke Yang Berhormat?

selagi itu isu kebersihan terutama pengurusan sampah sukar untuk diuruskan. Jika kita mengidamkan Selangor bersih seperti Jepun dan Sweden dan negara-negara lain, pemikiran kita perlu diubah dahulu. Jika tidak, akan tiba masanya nanti kita akan berhadapan dengan satu belanja yang besar untuk menguruskan sampah dan kebersihan pada masa yang akan datang. Tuan Speaker,

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi ke?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker, Ini dah melampau. Titah Duli Yang Maha Mulia tuanku Speaker kena berlaku adil.

Speaker

ya, ya, ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sudah lebih 5 minit.

Akhir sekali.

Speaker

Sila tutup, sila tutup.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

ini terlalu glaring. terlalu melampau.

Speaker

Hulu Kelang, duduk.

Akhir sekali

Speaker

Hulu Kelang duduk. Saya nak tanya Seri Serdang berapa lama lagi? Sebab masa. Saya bagi satu minit lagi ya. Satu minit lagi. Ya?

Ok, ok. Baik, baik.

Speaker

Hulu Kelang, sabar. Bila Hulu Kelang berucap, Hulu Kelang menggunakan masa hampir dua jam walaupun masa Yang Berhormat Ketua Pembangkang bukannya terhad di bawah Usul Menjunjung Kasih ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Betul, tahu pun.

Speaker

Jadi saya rasa biar BBC ataupun backbenchers yang lain untuk menggunakan masa yang ada pada mereka untuk habiskan point yang terakhir. Saya minta Hulu Kelang

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kami diberikan hanya 10 minit dan diberhentikan.

Speaker

Yang Berhormat diberi dua jam. Yang Berhormat Seri Serdang, point terakhir. Point terakhir, point terakhir.

Terima kasih Tuan Speaker yang budiman. Alhamdulillah. Dan akhir sekali Seri Serdang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas keprihatinan baginda tuanku di atas nasib rakyat baginda. Kami Ahli Dewan Negeri Kerajaan pastinya akan mentaati segala titah tuanku dan kesetiaan kami tidak pernah luntur apatah lagi kepada institusi beraja dalam negara kami. Kami sesekali tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang cuba mencalarkan imej institusi beraja terutama dalam Negeri Selangor ini. Tidak dinafikan ada usaha-usaha pihak tertentu untuk mencalarkan imej institusi beraja dan seperti titah ke bawah Duli Tuanku berkenaan keputusan MKI ada pihak yang cuba memesongkan fakta dan seolah-olah Titah Tuanku ini tiada nilai di sisi mereka. Daulat Tuanku. Seri Serdang menyokong penuh titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan. Tiga minit ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya Taman Medan

Speaker

tiga minit, tiga minit.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

mulakan ucapan saya pada

Speaker

dua minit saja.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Pada petang ini dengan merakam sembah dan terima kasih

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, jangan kata langgar saja. Dua minit. Usul telah diluluskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas titah ucapan

Speaker

Taman Medan teruskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

sepanjang Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Selangor. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Perikatan Nasional. Kerana daripada jawapan yang diberikan kepada saya tentang pelaksanaan Program INSAN bahawa Kerajaan Negeri Selangor, tiada lagi perancangan setakat ini untuk meneruskan Program INSAN bagi tahun 2024. Ini adalah berkat daripada usaha kami untuk menyemak imbang tata kelola yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Saya ingin mencadangkan kepada Speaker dalam Jawatankuasa SELCAT nanti, kita akan panggil semua yang terlibat dalam INSAN ini untuk menjelaskan bagaimana RM12 juta duit rakyat Negeri Selangor dibelanjakan tapi tidak membawa langsung manfaat kepada rakyat Negeri Selangor.

Taman Medan, boleh celah?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini yang akan kita buat.

Taman Medan, boleh celah?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak payah celahlah. Duduklah.

Tak bolehlah. Tadi bila saya bahas, you celah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Duduklah. kedua, saya nak tanya

Bagilah peluang celah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bandar Utama. Saya nak tanya kepada Bandar Utama tentang Iltizam Sihat Selangor.

Y.B .TUAN GUNARAJAH A/L R GEORGE : Mencelah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kuota yang diberikan, diumumkan oleh Yang Berhormat Bandar Utama hanya 100,000 orang. Yang diberikan kepada rakyat Selangor. Belanja RM35 juta. Baru-baru ini Yang Berhormat Bandar Utama maklumkan pada Januari

Speaker

Yang Berhormat, terus kepada soalan. Masa tidak mengizinkan lagi

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Hanya 324 orang sahaja yang sudah mendaftar semula untuk Iltizam Sihat Selangor. Ini membuatkan ramai orang terutamanya Taman Medan tak dapat manfaat daripada Iltizam Sihat Selangor, daripada bulan 12 sampai sekarang. Dan saya nak tahu kenapa Kerajaan Negeri hanya ada 324 orang sahaja yang daftar balik? Mana yang lain? Kenapa tak beri saja pada ADN-ADN Perikatan Nasional? Kita boleh bantu. Kita bukan nak kredit program tetapi orang datang berjumpa dengan kami..

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Minta supaya berdaftar

Speaker

Ringkaskanlah, ringkaskan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tapi tak dapat daftar.

Speaker

Yang Berhormat, waktu telah tamat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi saya minta Yang Berhormat Bandar Utama dapat berikan jawapan kepada kami untuk kita dapat laksanakan perkara ini dengan lebih baik.

Speaker

Ya, terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ketiga, saya nak bangkitkan tentang isu-isu Flat Taman Perangsang.

Speaker

Tak boleh lagi Yang Berhormat. Masa, masa. Masa Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Isu ni penting Yang Berhormat. Ni isu fasal orang nak berak tak boleh berak ni.

Speaker

Saya bagi setengah minit lagi.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Flat Taman Perangsang di Petaling Jaya dah lebih 20 tahun tak ada sistem pembetungan. Dah 20 tahun. Saya telah kirimkan dan utuskan surat kepada Menteri Besar, kepada Tanjung Sepat dan juga kepada Sekinchan untuk bantu saya, bantu rakyat saya. Kerana..

Taman Medan, saya..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kita perlukan RM2juta..

Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Untuk dibelanjakan bagi menyambung sistem pembetungan di Taman Perangsang di Petaling Jaya..

Speaker

Baiklah, Yang Berhormat.

Taman Medan, you kawan baik sayalah. Saya kesian tengok you.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bagi membantu 130 unit rumah pangsa dan 22 unit rumah teres..

Speaker

Yang Berhormat, waktu

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi kita dapat bantu..

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit saja Yang Berhormat.

Speaker

Sila, sila, sila. Yang Berhormat, kalau nak ucap berdiri bangun awal-awal. Jangan nak bangun pada minit-minit terakhir. Kena berdiri.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Last.

Speaker

Kena berdiri. Yang Berhormat bukan kali pertama di dalam Dewan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Speaker, Titah Tuanku berlaku adil.

Speaker

Kita berlaku adil. Masa secukupnya telah diberikan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk berucap.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker. Saya tahu. Tak, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Ada lagi Ketua Pembangkang mengambil masa dua jam. Yang lain pun dapat 10 minit setiap satu daripada ADN yang ada di sini mendapat 10 minit, daripada PAS, PBBM dapat 10 minit.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker, saya nak bangkitkan tentang Selangor Green Council.

Speaker

duduk Yang Berhormat. Waktu telah menunjukkan 6.46. Yang Berhormat Taman Medan duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Selangor Green Council ini sejak tahun 2020 sehingga sekarang masih lagi tidak ditubuhkan.

Speaker

Taman Medan duduk satu kali. Taman Medan duduk! Taman Medan duduk! Duduk!

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

saya berharap Yang Berhormat Bandar Utama dapat bantu kita.

Speaker

Taman Medan duduk! Duduk!!!

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

percepatkan Selangor Green Council

Taman Medan duduklah Taman Medan.

Speaker

Duduk!!!!!!

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan!! Duduk!!!

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Saya tak nak halau Taman Medan. I don’t want to get you out the house. Sila duduk! Duduk!! Duduk!! Duduk!!

Taman Medan duduk!!

Waktu telah cukup. Kalau nak ucap, bangun awal. Duduk!!

Taman Medan duduk!!!

Tolong!! Duduk!!!

Duduk!!

Taman Medan duduk!

Duduk!

Duduk!

Duduk!

Ada peluang lagi minggu depan. Duduk! Duduk!

Yang Berhormat duduk.

Yang Berhormat duduk!!!

Yang Berhormat duduk!! Duduk!!!!

Duduk!! Arahan Speaker, duduk.

Duduk! Duduk! Duduk!

Waktu telah pun (usul telah diluluskan 6.45). duduk.

Duduk, duduk, duduk!!!!

Tidak boleh lagi. Duduk, duduk, duduk, duduk.

Waktu telah pun menunjukkan 6.48. Taman Medan duduk. Kalau Taman Medan nak bahas, kena berdiri awal-awal. Bukan berdiri pada minit-minit terakhir dan minta masa tambahan. Tak boleh. Sila duduk. Duduk!!

Yang Berhormat duduk. Kalau Yang Berhormat berkelakuan macam ini, saya akan keluarkan Yang Berhormat daripada Dewan. Saya akan keluarkan Taman. Duduk!!!

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya minta untuk sambung pagi Isnin!

Speaker

Duduk!! Duduk!!! Duduk!!! Arahan pertama! Arahan pertama!

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kalau Yang Berhormat Speaker bagi peluang dekat saya pada hari Isnin saya akan duduk.

Speaker

Arahan kedua!! Duduk! Duduk! Duduk!

Arahan kedua, duduk. Duduk! Duduk! Duduk! Duduk!

Duduk, duduk, duduk.

Masa telah pun menunjukkan 6.49. masa perlu jaga Yang Berhormat. Yang Berhormat jaga masa. Kalau Yang Berhormat nak berucap, kena berdiri awal-awal. Bukan berdiri pada pukul 6.30. Yang Berhormat kena duduk. Duduk!!! Duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk.

Arahan daripada saya (Petua Speaker) 44(1) kalau tidak ingkar arahan Speaker, Yang Berhormat boleh dikeluarkan daripada Dewan yang mulia ini. Sila jaga tertib. Yang Berhormat, jaga tertib. Dengarlah Titah Ucapan Tuanku. Jaga tertib. Tidak ada masa kecederaan, Yang Berhormat pun mencelah orang lain. Masa diberikan. Duduk!!!

Yang Berhormat duduk, ada masa lagi. Duduk, duduk, duduk, duduk. Duduk. saya minta Yang Berhormat duduk. Duduk. Duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya minta Speaker bagi saya 10 minit.

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Tak boleh, tak boleh. Duduk. Sila duduk. Saya tak nak halau Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya tak nak halau Yang Berhormat keluar. Duduk Yang Berhormat, duduk. Mantan EXCO. Yang Berhormat mantan EXCO Pulau Pinang sepatutnya tahu tertib dalam Dewan. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke ataupun Selangor. Yang Berhormat kena tahu. Duduk. Duduk.

Peluang ada lagi. Minggu depan ada ulasan ataupun ada penggulungan. Saya hanya boleh Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ya.

Ada Peraturan Tetap. Peraturan Tetap. Tak apa Yang Berhormat, masa itu emas. Saya hanya benarkan Yang Berhormat. Dengar, dengar. Saya hanya benarkan Yang

Berhormat semasa penggulungan minggu depan, Yang Berhormat boleh bertanya soalan. Itu saja yang boleh bagi. Tapi bahas tak boleh. Itu saja.

Baik. Masa penggulungan EXCO, Yang Berhormat boleh tanya soalan walaupun Yang Berhormat tidak mengambil. Ada mengambil bahagian dalam perbahasan ini? Ada satu, dua, tiga perkara boleh tanya soalan.

Sila. Itu saja, itu saja Yang Berhormat. Ini adalah.

Tidak boleh, tidak boleh.

Waktu telah pun, kita pun mendapatkan. Masa kena ikut. Yang Berhormat sila duduk. Saya telah bertolak ansur. Saya telah bertolak ansur.

Ok, baik. Itu saja Yang Berhormat.

Waktu telah pun menunjukkan 6.51. Dewan ini ditangguhkan sehingga ke pukul 10 (4 Mac 2024). Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.51 PETANG)