Selangor · 4 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 373 turns · 36,522 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas pada 4 Mac 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat dari Bukit Melawati.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 41.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Capaian Internet Di Kawasan Luar BandarQuestions

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah peratusan capaian internet dan talian komunikasi khususnya di kawasan luar bandar di DUN Bukit Melawati?

b)

Apakah penyelesaian akan dilakukan kerajaan untuk menambah kebolehcapaian internet dan talian komunikasi di kawasan jauh daripada pencawang komunikasi terutamanya di DUN Bukit Melawati?

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Selamat Pagi. Soalan yang ditanyakan adalah, berapakah jumlah peratusan capaian internet dan talian komunikasi khususnya di kawasan luar bandar di DUN Bukit Melawati?.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar liputan internet sehingga Suku Keempat 2023 bagi kawasan berpenduduk di Parlimen Kuala Selangor yang merangkumi DUN Ijok, DUN Jeram dan DUN Bukit Melawati ialah 99.95%. Manakala bagi jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 7,902 premis tersedia dengan capaian gentian optik. Secara umumnya, keseluruhan kawasan berpenduduk di DUN Bukit Melawati mempunyai liputan internet.

Untuk bahagian (b), soalan yang ditanyakan adalah apakah penyelesaian akan dilakukan kerajaan untuk menambah kebolehcapaian internet dan talian komunikasi di kawasan jauh daripada pencawang telekomunikasi terutamanya di DUN Bukit Melawati? Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Suku Keempat 2023, di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di DUN Melawati, sebanyak 75 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf, manakala sebanyak 7,902 premis telah mempunyai sambungan gentian optik. Selain daripada itu, DUN Bukit Melawati turut mendapat manfaat pelaksanaan 5G di mana keseluruhan 15 tapak yang dirancang telah siap dan tersedia dengan capaian perkhidmatan 5G. Dengan pelaksanaan pembangunan rangkaian 5G ini, sekaligus akan membantu mempertingkatkan capaian internet di DUN Melawati.

Usaha Kerajaan Negeri bersama MCMC untuk memperluas dan mempertingkatkan perkhidmatan komunikasi akan terus dipertingkatkan khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih lagi belum mendapat perkhidmatan yang baik yang akan diambil kira dalam perancangan inisiatif dan perancangan baharu yang akan datang.

Pihak MCMC menghargai kerjasama daripada pihak Ahli Yang Berhormat untuk menyalurkan maklumat terperinci berkenaan kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan agar MCMC dapat membuat tinjauan dan perancangan untuk penambahbaikan. Ahli Yang Berhormat juga boleh membuat aduan terus kepada Pejabat MCMC Negeri Selangor ataupun melalui pautan di https://aduan.mcmc.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Soalan tambahan.

Speaker

Ya. Silakan.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Pada sesi yang lalu saya difahamkan PEDi di Selangor sebanyak 48 PEDi dan akan dibina pada tahun 2024 sebanyak 35. 35 PEDi itu telah dilaksanakan ataupun masih belum lagi?.

Terima kasih Yang Berhormat. Lokasi PEDi itu masih lagi, sekarang ini telah dijenamakan sebagai NADI. Pihak Yang Berhormat boleh berhubung terus dengan pihak MCMC untuk menetapkan kedudukan di lokasi PEDi yang bersesuaian di DUN masing-masing. Jadi belum difinalisekan dan boleh dirunding semula. Terima kasih.

Speaker

Hulu Bernam

Terima kasih Tuan Speaker. Budi yang baik dikenang jua, soalan saya nombor 42.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Isu Perceraian Di SelangorQuestions

42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah faktor-faktor yang mendorong Selangor mencatatkan jumlah perceraian tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain pada tahun 2023?

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Soalannya adalah apakah faktor-faktor yang mendorong Selangor mencatatkan jumlah perceraian tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain pada tahun 2023?

Berdasarkan pemerhatian, faktor-faktor yang mendorong Selangor mencatatkan jumlah perceraian tertinggi berbanding negeri-negeri lain am nya adalah sebagaimana berikut, pertama adalah pembangunan pesat di Negeri Selangor. Kita semua maklum bahawa Negeri Selangor memang mempunyai penduduk yang paling tinggi di Malaysia. Jadi kalau dilihat angka perceraian itu sendiri angka itu memang paling tinggi. Tetapi saya rasa daripada rujukan yang sama daripada DOSM, kalau dilihat daripada kadar perceraian negeri-negeri di Malaysia iaitu bilangan kes untuk setiap 1,000 penduduk kita melihat bahawa tahap yang berlaku di Selangor ini adalah rendah daripada kadar perceraian yang berlaku di Malaysia keseluruhan. Jadi angka yang saya ada daripada DOSM untuk Malaysia kadar perceraian di kalangan Muslim Couple, pasangan-pasangan Islam adalah pada kadar 7.2 kes untuk setiap 1,000 orang. Negeri Selangor hanya mencatatkan purata 6.7 sahaja. Saya rasa ada negeri-negeri lain yang lebih tinggi daripada Negeri Selangor.

Yang kedua, faktor migrasi penduduk luar negeri selangor ke negeri selangor. Ini biasa kerana kepesatan ekonomi yang ada dan juga tahap Pendidikan yang baik, kualiti Pendidikan yang baik di Negeri Selangor menyebabkan ramai penduduk masuk ke dalam Negeri Selangor daripada luar Negeri Selangor

Yang ketiga adalah kos sara hidup yang agak tinggi di Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain. Kos sara hidup yang tinggi ini dilihat menyumbang kepada jumlah perceraian yang agak tinggi di Selangor. Peningkatan pendapatan yagng tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada psikologi mahupun sosial. Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan maka rakyat perlu keluar mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan pekerjaan yang tidak mencukupi di sebabkan keseibukan masa bekerja, masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan terutama bagi mereka yang telah pun berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dengan berlakunya perceraian.

Point yang terakhir ini sedikit, sedikit lain saya rasa kerana antara faktor keempat yang disebut disini adalah kadar kefahaman undang-undang syariah yang tinggi di Negeri Selangor. Ini merupakan satu pertanda yang baik. Kerana apabila setiap pemuda dan pemudi di Negeri Selangor faham akan their rights. Mereka memahami hak-hak mereka maka mereka akan lebih peka dengan implikasi-implikasi yang bakal berlaku seandainya berlaku kes-kes perceraian dan seumpamanya. Jadi mereka akan menuntut hak-hak mereka dan ini satu petanda yang baik walaupun itu menyumbang kepada kes-kes yang berlaku yang agak tinggi pada hari ini. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada ketika ini juga sedang mencadangkan supaya satu kajian yang menyeluruh dilakukan oleh Pakar Penyelidik daripada mana-mana institusi atau agensi untuk mengenal pasti punca perceraian di Selangor supaya hasil kajian tersebut boleh diguna pakai oleh Kerajaan Negeri atau agensi yang berkaitan untuk membuat satu dasar atau program baharu bagi mengurangkan kadar perceraian di Selangor. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih yang Berhormat EXCO. Saya juga ada menyentuh berkaitan dengan isu perceraian yang besar di kalangan anak muda dan mungkin nanti Yang Berhormat EXCO akan menggulung tapi saya hendak bertanya soalan tambahan ini berbeza iaitu berkaitan dengan media sosial.

Hari ini penggunaan media sosial adalah tanpa sempadan. Adakah media sosial juga menjadi punca penyebab kepada perceraian kerana orang ketiga dan juga apakah

Kerajaan Negeri ada usaha-usaha untuk mendidik masyarakat untuk menjaga ikhtilat atau batas pergaulan di media sosial.

Yang kedua, ramai juga pasangan di luar sana yang dapat kan rawatan perubatan Islam disebabkan terkenanya Sihir Pemisah. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah Yang Berhormat EXCO bersetuju bahawa Sihir Pemisah ini juga adalah menjadi punca kepada penceraian dan apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk dibuat sabitan terhadap pelaku sihir ini. Terima kasih.

Susah soalan Hulu Bernam bagi ni. Yang pertama soalan mengekang media sosial ini bukan dalam tanggungjawab Kerajaan Negeri. Yang kita sarankan adalah supaya diperkasakan lebih banyak kursus-kursus Pra Perkahwinan di kalangan pemuda dan pemudi yang muda di Negeri Selangor ini kerana ramai bila nak menikah ini, dia nak nikah pertamanya sebab nak menikah kan, dah couple terlalu lama sangat dan yang kedua mungkin juga berlaku desakan-desakan daripada keluarga dan juga kawan-kawan. Jadi pertimbangan dan keputusan untuk membuat perkahwinan itu, untuk berkahwin itu bukan diasaskan kepada sebab-sebab munasabah tetapi disebabkan sebab-sebab yang terlalu emosi. Jadi saya rasa patut kita wujud dan perkasakan lebih banyak lagi program-program Pra Perkahwinan agar mereka ini dapat melihat kalau kahwin ini kita nak jalan terus jalan lama dan sekiranya kalau tidak menjadi segala komplikasi dan permasalah yang timbul itu jauh lebih banyak. Nanti saya akan sentuh sedikit di dalam penggulungan hari ini Insya-Allah.

Yang kedua, sihir pemisah ini saya hanya mengamalkan, saya cadangkan amalkan ayat-ayat Al Quran yang berkaitan Insya-Allah. Ayat Qursi itu juga cukup bagus sebagai pendinding. Tetapi itu hanyalah sihir dan dunia lain tetapi yang pentingnya adalah penggunaan akal dan logik dan juga fakta dan hukum yang akan memandu kita Insya-Allah.

Speaker

Yang Berhormat Sijangkang

Terima kasih Tuan Speaker. Apabila berlaku perceraian sudah tentu ada yang terkesan biasanya isteri dan juga anak-anak. Dan kes ini akan berlarutan sehingga mahkamah ada keputusannya. Kalau satu ketika dulu memang ada peruntukan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor sebagai satu revolving fund, dengan izin yang mana pihak jabatan melaksanakan perintah mahkamah sebelum mendapat nafkah bekas suami.

Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan peruntukan ini yang saya kira dahulunya adalah daripada Lembaga Zakat Selangor, kalau tidak silap saya. Yang ini sangat memudahkan terutamanya. Hatta di dalam sistem mahkamah sivil yang pernah saya sertai dibentangkan kepada Chief Of Majesty’s di Massachusetts dulu dia sangat

respect dengan Undang-Undang Islam yang bukan sahaja perintah mahkamah tetapi pelaksanaan sistem perintah mahkamah diamalkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya raya bila berlaku masalah perceraian itu some kind of support lah yang patut kita sediakan itu satu cadangan yang sangat baik. Saya boleh semak semula dengan Lembaga Zakat Selangor sekiranya masih ada. Sekiranya belum mungkin kita boleh perkenalkan semula.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan 43.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Rumah SelangorkuQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status pembinaan 200,000 Rumah Selangorku yang dijanjikan di dalam manifesto pilihan raya yang lepas?

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih yang Berhormat Bukit Gasing. Untuk maklumat Yang Berhormat, berdasarkan kepada Belanjawan Selangor 2024 Negeri Selangor telah menetapkan sebanyak 200,000 unit akan dibina menjelang sehingga 2029. Sehingga 31 Januari 2024, sebanyak 60,847 unit telah dilancarkan dengan sebanyak 37,008 unit telah siap dibina untuk diserahkan kunci kepada para pembeli. Manakala, baki 23,835 unit sedang dalam pembinaan.

Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 5,997 unit lagi akan siap dibina manakala sebanyak 17,229 unit rumah akan mula dibina pada di lapangan. Jadi bagi mencapai sasaran tersebut, pembinaan kediaman komersial seperti Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik juga diambil kira. Oleh itu, sehingga sebanyak 12,834 unit sedang dalam pembinaan dan 4,891 unit lagi dalam peringkat perancangan. Jadi maksudnya yang telah ada sekarang dalam pembinaan sebanyak

12,000 lagi penambahan dan dalam untuk mendapatkan kelulusan dan perancangan ada lagi 4,891.

Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri menjangka sebanyak 40,951 unit daripada 200,000 iaitu 20% perumahan hartanah kawalan di tawarkan kepada orang awam dalam tempoh 2024 sahaja. Erti pencapaian bagi yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Manifesto Kerajaan Negeri mencapai. Oleh yang demikian, sasaran pembinaan 200,000 unit menjelang 2029 akan dicapai kerana rekod bilangan rumah Selangorku yang telah dapat kelulusan melebihi 60,000 sehingga Januari 2024. Terima kasih Yang Berhormat

Speaker

Ya. Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya percaya Yang Berhormat EXCO sedia maklum. Berbanding dengan pemaju swasta, PKNS mempunyai peranan yang cukup strategik untuk menerokai pembangunan sosioekonomi rakyat Selangor dan antara mandat yang diberikan adalah untuk membina rumah-rumah mampu milik dan juga kos rendah untuk rakyat Negeri Selangor dan juga membina township sebagai pemangkin pembangunan di Negeri Selangor.

Jadi Yang Berhormat telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah meletakkan sasaran 200,000 unit untuk tempoh 5 tahun berdasarkan Belanjawan 2024. Maka persoalan saya, apakah peranan PKNS untuk menyumbang kepada menjayakan kepada aspirasi Kerajaan Negeri untuk membina 200,000 rumah Selangorku? Kerana mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh RAM, Rating Agency Malaysia, PKNS hanya komited 10,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2030. Terima kasih Yang Berhormat.

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Seperti yang kita maklum bahawa PKNS sekarang memang sebelum ini pun yang merancang dan ada beberapa kelulusan yang telah dibuat dalam perancangan dan masih dalam pembinaan di mana PKNS telah melaksanakan Rumah Selangorku dan dalam bentuk Rumah Idaman. Jadi, yang itu dalam pelaksanaannya dan kita lihat mengikut seperti yang disasarkan. PKNS sekarang nampak nya dia lebih lagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemaju bagi Negeri Selangor dan saya yakin PKNS akan lebih lagi agresif dalam bersama dengan anak-anak syarikat termasuk MBI, PNSB dan sebagainya. Jadi bagi Negeri Selangor LPHS juga kita mengharapkan PKNS akan terus dapat deliver setiap perancangan dan juga kelulusan-kelulusan yang dimohon KM untuk membina rumah Selangorku. Terima kasih.

Speaker

Batang Kali. Soalan baharu

dari Batang Kali ke Tanjung Sepat, soalan saya nombor 44.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Pembangunan Ekonomi Melayu Dan BumiputeraQuestions

44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasakan ekonomi kaum melayu bumiputera yang mencapai hampir 71% populasi keseluruhan penduduk di Selangor?

b)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan anak muda melayu mencapai taraf ekonomi digital yang selari dengan RS1?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Batang Kali atas soalan yang telah dikemukakan. Kerajaan Selangor yang telah berpaksikan prinsip Cekap, Telus dan Bertanggungjawab serta Saksama dasar-dasar Kerajaan digubal dan dilaksanakan antaranya berasaskan prinsip-prinsip di atas dan justeru memastikan pengagihan kekayaan negeri memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Selangor. Manakala, Melayu sebagai majoriti sudah tentu menikmati pengagihan kekayaan serta manfaat tertinggi jumlahnya terutama menerusi Inisiatif Selangor Penyayang. Misalnya Program Mama Kerja yang bertujuan bukan sahaja meringankan beban kaum hawa yang bekerja akan tetapi akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka yang mereka boleh gunakan untuk meningkatkan pula mutu kehidupan mereka dan keluarga dan sekali gus mencipta ruang ekonomi sebelah penawaran atau pun supply side economy serta eko-sistem penjagaan anak-anak yang bermutu tinggi.

Program seperti BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor), bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS-IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan mensasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

Program sebegini bukan sahaja memperkukuh dengan izin, supply side economy tetapi ia juga membantu penggunaan domestik serta meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Negeri Selangor terutamanya Melayu, kerana itu kita memerlukan fikir serta fahaman yang syumul mengenai ekonomi ini. Era mencipta taikun-taikun kaya dengan cara singkat telah berakhir. Demi memperkasakan ekonomi orang Melayu kita seharusnya menghentikan ekonomi yang tidak mencipta nilai atau pun kapitalisme, kronisme serta memperkasa ekonomi orang Melayu. Orang Melayu mestilah berkemampuan bersaing secara domestik mahupun antarabangsa.

Oleh itu, Kerajaan telah mengupayakan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang di dokong oleh beberapa institusi antaranya PKNS dengan Program seperti SelBiz dan beberapa program keusahawanan. Lebih 10,000 alumni-alumni ini telah dididik dari peringkat sekolah, sekolah menengah, universiti dan sampailah selepas mereka habis belajar dan program-program seperti SIDEC yang telah melahirkan begitu ramai syarikat-syarikat atau begitu banyak syarikat-syarikat pemula atau pun start up yang berkualiti tinggi dan sebagai contoh PKNS di tahun 2022 dan 2023 masing-masing membelanjakan di antara RM1.1 juta dan RM6.4 juta untuk tahun 2023 dan di tahun 2024 akan berbelanja RM7.7 juta. Dan kalau kita lihat program PKNS ini 100% atau pun 99% adalah Melayu. Manakala, dasar kita untuk memastikan majoriti ada dalam program yang dilaksanakan oleh HIJRAH, lebih 60% adalah golongan bumiputera Melayu dan kita dapati yang menyertai program SIDEC juga lebih 55% adalah di kalangan orang Melayu.

Jadi beberapa program-program yang kita kembangkan sebagai contoh Selangor Digital School untuk anak-anak muda sebagai contoh juga disertai oleh generasi dan kelompok Melayu. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita juga mengambil maklum mengenai pengumumam Kerajaan Persekutuan yang menyediakan peruntukan RM1 bilion untuk usahawan muda Melayu. Ini adalah jumlah yang begitu tinggi yang wajar dimanfaatkan di samping program teknikal dan vokasional dengan peruntukan yang hampir RM1 bilion dalam Kongress Ekonomi Melayu yang baru berakhir baru-baru ini. Saya percaya institusi seperti HIJRAH dan juga PKNS wajar segera untuk mengemukakan cadangan program yang kita laksanakan demi menambah agenda dan memperkasakan Melayu di negeri Selangor Darul Ehsan supaya mereka bukan hanya menerima tetapi juga dibantu dengan skill, pengetahuan serta modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Batang Kali.

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 tahun ini untuk menggalakkan anak-

anak muda Melayu yang menganggur ini menyertai bidang Industri Pengetahuan yang semakin rancak berlaku sekarang ini?. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kita mempunyai beberapa institusi-institusi yang sangat berkait dengan pengetahuan dan di antaranya kita melihat daripada institusi pengajian seperti Universiti dan Kolej dan Kerajaan Negeri juga empower sebagai contoh pengeluaran-pengeluaran buku atau penerbitan-penerbitan buku supaya industri yang related dengan pengetahuan ini dapat dikembangkan dapat diterima khususnya golongan Melayu. Dan di antara program yang besar yang kita laksanakan ialah penterjemahan. Dan ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan kita mahu industri yang related atau pun berkaitan dengan pengetahuan ini dapat berkembang bukan hanya merujuk kepada institusi seperti Sekolah, seperti pusat-pusat asuhan atau pun Universiti tetapi institusi-institusi seperti penerbitan buku, jualan buku-buku atau kedai-kedai buku dan juga program seperti Karnival Buku dan sebagainya berkembang dengan baik dan institusi itu berkembang dengan masyarakat yang meminati.

Bila kita sebut tentang industri atau pun kitaran ekonomi, dia kena ada hukum supply and demand. Tapi kalau kita hanya supply without demand dan create the demand dan sebab itu Kerajaan Negeri percaya dengan meningkatkan usaha-usaha untuk program pengetahuan tinggi atau pun program penerbitan dan wacana yang tinggi nilainya dapat meningkatkan dalam bidang yang tersebut. Terima kasih.

Speaker

Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Soalan 45 daripada Sungai Kandis.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Penyelenggaraan SampahQuestions

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Ketiadaan tong sampah di kawasan kampung menyebabkan penduduk masih membuang sampah di tapak asal pembuangan sampah, apakah langkah penyelesaian pihak berwajib?

b)

Apakah usaha kempen yang lebih berkesan untuk mendidik penduduk kampung dalam menangani isu pembuangan sampah?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Sungai Kandis yang bertanyakan penyelenggaraan sampah di kampung. Untuk (a) Tuan Speaker, pada masa ini, mekanisme yang digunakan oleh PBT dalam menguruskan kutipan sampah di kawasan kampung adalah dengan menempatkan tong sampah berpusat, diletakkan di lokasi khas di tepi jalan utama atau leach bin bersaiz 660 liter bagi memudahkan kutipan sampah oleh kontraktor ketika melalui jalan tersebut. Selain itu, spesifikasi kerja kontraktor kutipan sampah telah ditambah baik dengan mensyaratkan supaya setiap kontraktor memungut dan melupuskan sampah di sepanjang laluan kampung.

Kaedah yang sama digunakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di kawasan Kampung Sungai Kandis. Walaubagaimanapun, bagi menangani isu pengurusan sampah di kawasan kampung, MBSA sering dalam perancangan bagi pelaksanaan penambahbaikan kutipan sampah daripada kaedah kutipan di tong sampah berpusat di bin point collection kepada kaedah kutipan daripada pintu ke pintu di setiap premis menggunakan kenderaan trisikal. Tapak asal pembuangan sampah di laluan utama akan dihapuskan berikutan ianya sering menjadi tempat pembuangan sampah haram daripada sisa perniagaan dan industri. Bagi mengelakkan pembuangan sampah berulang, tapak asal pembuangan sampah akan dibuat pengindahan landskap dengan menanam pokok – pokok, membuat pemasangan papan tanda larangan membuang sampah serta pemantauan yang berterusan di lokasi – lokasi tersebut. Kaedah ini juga telah dilaksanakan di kawasan-kawasan kampung di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Penduduk kampung diminta memberi kerjasama dengan menyediakan tong sampah dan meletakkannya di hadapan rumah masing-masing.

Untuk (b), antara kempen yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut, satu, mengadakan ceramah, bengkel, atau pameran untuk memberi penduduk kampung pengetahuan tentang kesan negatif pembuangan sampah yang tidak terkawal terhadap kesihatan, alam sekitar, dan kehidupan harian mereka. Dua, menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat tentang amalan pembuangan sampah yang baik dan impak negatif pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab. Tiga, mengadakan program pembersihan komuniti secara berkala untuk menggalakkan kesedaran tentang kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Empat, mengedarkan maklumat tentang 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan cara-cara untuk mengurangkan pembaziran dan memanfaatkan semula barang-barang bagi mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan. Lima, mengadakan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan kemudahan kitar semula dan pengurusan sampah yang berkesan serta memberi dorongan atau insentif kepada penduduk kampung yang mengambil bahagian dalam amalan pembuangan sampah yang baik. Enam, mengadakan aktiviti sukan atau acara komuniti yang melibatkan kesedaran alam sekitar, seperti plogging, mengutip sampah semasa bersukan atau

pertandingan reka bentuk seni menggunakan bahan kitar semula. Tujuh, menunjukkan contoh teladan dengan melibatkan tokoh masyarakat atau penduduk kampung yang sudah mengamalkan amalan pembuangan sampah yang baik dan menjadikan mereka sebagai inspirasi kepada yang lain. Kombinasi pelbagai usaha tersebut dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen penduduk kampung dalam menangani isu pembuangan sampah secara berkesan. Ayuh sama-sama kita merealisasikan kempen berterusan Kempen Kampung Tanpa Sampah, Pasti Lebih Indah. Sekian Terima Kasih.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Soalan tambahan Tuan Speaker.

Speaker

Silakan Sungai Kandis.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Jadi, 7 perkara yang dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO itu bagus tetapi nampaknya di kawasan Sungai Kandis, benda ini belum berkesan. Jadi, mungkin wakil daripada PBT-PBT boleh memainkan peranan yang lebih untuk memaklumkan kepada penduduk-penduduk di sekitar sana sebab soalan yang sama setiap hari akan datang sebab mereka masih lagi used untuk gunakan tempat longgokan setempat itu. Tetapi sekarang sudah dirobohkan, sudah dibuang. Jadi mereka masih belum dapat informasi tersebut. Mungkin saya harap daripada pihak PBT, terutama wakil PBT lah kempen mungkin dengan secara banner. Orang kita ini sudah sedia maklum dengan banner ini. Letak banner banyak-banyak supaya mereka lebih alert dengan perkara tersebut. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis yang prihatin dengan isu longgokan sampah di kampung-kampung. Saya ambil maklum dan menerima cadangan baik daripada Yang Berhormat di mana perlu PBT lebih alert supaya lebih fokus memberi penerangan pendedahan kepada orang kampung supaya mereka boleh menjaga kebersihan tidak buang sampah merata-merata bagi longgokan demi longgokan. Baru-baru ini saya terima 1 viral, video viral yang diviralkan ada orang buang sampah longgok dengan plat nombor pun ada. Dia buang, kemudian orang tak jumpa dia buang. Ulat-ulat sampah ini bukan sahaja di mana-mana. Di mana-mana, seluruhnya sebab manusia ini nak ubah tabiat itu agak sukar. Bukan senang kita nak ubah tabiat orang. Kadang-kadang kawan-kawan kita Ahli Majlis pun saya pernah nampak. Minta maaf saya kena cakap. Kita sembang-sembang dia rokok, sembang-sembang dia rokok, habis rokok depan kita dia buang dekat longkang.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Rokok jangan sebut, rokok jangan sebut.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Bukan rokok, putung rokok tu. Dia buang dekat longkang itu putung rokok itu. Jadi ini menunjukkan sikap dan tabiat itu suka untuk diubah. Tetapi kita sabar, kita pendedahan ya dan didikan itu dia kena berterusan, kena komited, kena istiqamah supaya orang-orang kampung ini dia bergenerasi akan datang mereka dapat mengubah sikap mereka. Saya yakin dia boleh dilakukan dan dengan usaha, kerjasama daripada Yang Berhormat Sungai Kandis kena pasang banyak banner, tolong pasang banyak-banyak kalo boleh bantu kita. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan ya.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 46.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Penggerak Belia Selangor (PEBS), Team Selangor Dan Sukarelawan Selangor (SERVE)Questions

46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakan pelaksanaan PeBS pada tahun 2024 dan bila dijangka selesai pelantikan?

b)

Adakah Team Selangor dilihat masih relevan pada tahun 2024 untuk dilaksanakan atau perlu fokus pada PeBS sahaja?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Sentosa, soalan nombor 46. Soalan pertama berkaitan dengan Penggerak Belia Selangor dan Team Selangor. Penggerak Belia Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi memperkasa peranan belia di Negeri Selangor supaya lebih berperanan dan berdaya saing seterusnya melahirkan pelapis pemimpin di masa akan datang. Kerajaan Negeri dalam proses untuk menstrukturkan semula pelantikan PeBS yang sebelum ini diletakkan di bawah lima puluh enam Dewan Negeri kepada struktur baru iaitu di bawah Zon Majlis di setiap Pihak Berkuasa Tempatan supaya penglibatan belia dapat dioptimumkan secara keseluruhan dengan menyasarkan kumpulan yang lebih kecil. Setiap Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan memainkan peranan penting

memperkukuhkan kerjasama dengan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Komuniti India (KKI), Ketua Komuniti Cina (KKC), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pusat Wanita Berdaya (PWB), Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen, Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), dan juga NGO-NGO yang bersesuaian. Untuk ketika ini Yang Berhormat, lantikan baru PeBS sudah di fasa terakhir dan akan dimuktamadkan dengan tatacara baru dan tempoh lantikan yang bersesuaian. Pelantikan PeBS dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya dalam bulan ini.

Untuk soalan kedua,berkaitan Team Selangor. Secara dasarnya, Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan Team Selangor adalah dua entiti berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu pembangunan komuniti. PeBS adalah program kepimpinan belia yang merupakan ejen Kerajaan Negeri bagi melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri dan menyantuni belia-belia di setiap kawasan bagi seluruh Negeri Selangor. Pelantikan ahli PeBS adalah melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan serta agensi pelaksana iaitu Majlis Sukan Negeri Selangor. Manakala, Team Selangor pula merupakan sebuah inisiatif kesukarelawanan dan pemerkasaan komuniti dengan objektif menjadikan anggota dan warga Negeri Selangor sebagai penggerak pembangunan masyarakat dan negeri dengan menggembleng tenaga secara kolektif melalui program-program bersasar di lapangan. Oleh itu, Team Selangor dilihat masih relevan dan wajar diteruskan, selari dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, iaitu nilai teras keselamatan negara ketiga, kesepaduan nasional. yang mana semangat sukarelawan sumbangan individu dapat dilihat melalui pembangunan kendiri, integrasi sosial, kemahiran, kerjaya dan akademik. Terima kasih.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan.

Speaker

Taman Medan. Ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik atas penjelasan sebentar tadi. Saya hanya berminat untuk bertanya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mempertimbangkan supaya had umur PeBS ini diturunkan daripada 35 kepada 30. Memandangkan sekarang ini pengundi pun umur 18 pun dah mula mengundi. Jadi mungkin ada baiknya ruang yang lebih luas diberikan kepada mereka yang benar-benar, betul-betul muda memandangkan ada usaha juga di peringkat Persekutuan saya difahamkan Dasar Belia Negara juga nak membawa had umur diturunkan kepada 30. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Anggerik?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Kita akan meneliti cadangan tersebut dan mungkin kita akan cuba selaraskan dengan dasar di peringkat persekutuan yang sekarang ini

dalam proses transisi untuk menurunkan usia penglibatan dalam Pertubuhan Belia daripada 35 kepada 30 tahun. Cuma kita di Selangor, kita masih juga lihat kesesuaian dan keperluan kerana kalau ikutkan secara relatifnya usia 35 masih lagi muda. Tetapi kita cuba tengoklah bagaimana untuk kita selaraskan, bergantung kepada penerimaan di peringkat persekutuan. Sebab di peringkat persekutuan sekarang pun masih lagi dalam proses untuk memberi kefahaman kepada pemimpin-pemimpin belia. Walaupun kita ramai sedia maklum bahawa, penurunan usia daripada 35 ke 30 itu di peringkat persekutuan pun mendapat bantahan yang banyak daripada pemimpin-pemimpin NGO belia. Tetapi perlu ada perubahan dan penyesuaian dan In sha Allah di peringkat negeri kita sedia untuk bergerak selaras dan mempertimbangkan cadangan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Tuan Speaker, soalan saya 47.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. MarrisQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri dapat menetapkan kaedah penurapan jalan untuk Marris mesti menggunakan kaedah 'mill and pave'?

b)

Adakah Kerajaan Negeri dapat memohon lebih banyak peruntukan Marris untuk DUN daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan kos projek semakin tinggi?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, terima kasih Tuan Speaker. Pandamaran bertanyakan soalan berkaitan dengan kaedah penurapan jalan dan juga peruntukan Marris. Untuk makluman Yang Berhormat Pandamaran, kaedah mill & pave ini yang disebut ini dalam soalan, ataupun korek dan tampal ini dilaksanakan dengan cara membuang lapisan turapan yang rosak iaitu mill dan menggantikan dengan lapisan turapan baru, pave. Kaedah pembaikan ini hanyalah sesuai sekiranya lapisan permukaan jalan mengalami rutting yang tidak ketara. Rutting ini dalam Bahasa Melayunya ialah, bahasa mudahnya ialah apabila jalan itu permukaannya tenggelam berbanding dengan kawasan sekitarnya. Itu dipanggil rutting dan permukaan jalan

beralun yang juga tidak ketara tetapi bukan disebabkan oleh struktur jalan. Jadi kalau rutting tadi itu dia sampai ke peringkat struktur jalan iaitu subgrade. Maka, prosesnya lebih sukar. Itu yang berlaku ya. Ia juga boleh digunakan bagi mengatasi keretakan permukaan dan bleeding. Secara dasarnya Mill & Pave adalah kaedah pembaikan yang boleh diaplikasikan ke atas kerosakan yang hanya melibatkan permukaan jalan yakni surface sahaja. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menetapkan hanya satu kaedah yang perlu dilaksanakan bagi kerja-kerja pembaikan jalan kerana kerosakan jalan itu bergantung kepada banyak fakta. Fator ya, banyak faktor. Jadi kita kena tengok lihat ada dalam keadaan tertentu hanya perlu diturap sahaja. Ada keadaan tertentu lagi lebih serius melibatkan struktur, maka kita kena korek dan naik taraf jalan itu, rehabilatate jalan itu semula. Itu antara perkara yang terlibat yang kita kena lihat kepada kewajaran untuk kita melaksanakan ya. Pada soalan yang kedua berhubung dengan peruntukan Marris untuk DUN supaya di tambah, pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri merupakan ketetapan di bawah Peraturan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri di negeri masing-masing. MARRIS itu makna dia ialah Malaysia Of Road Record Information System ya. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri disediakan di bawah Vot Tanggungan Kementerian Kewangan dan diagihkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan panjang jalan negeri yang berdaftar dan telah diperakukan oleh JKR selaras dengan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Jadi makna dia, kita kena daftarkan jalan-jalan kita dan ada yang terletak di bawah JKR, ada jalan yang di bawah PBT, jalan kampung dan juga jalan di bawah pertanian yang diuruskan oleh Jabatan. Jadi kita telah mendaftarkan semua, tetapi tentulah proses pendaftaran ini masih ada lagi, jalan-jalan yang baru yang belum kita daftarkan dan kita telah peruntukan setiap tahun untuk 4 tahun ke depan ini termasuk tahun ini ialah RM5 juta untuk buat cerapan. Cerapan perlu di buat, untuk daftar itu kita perlu cerapan dan kita daftarkan tahun ini dan kita mula daftar dan setiap tahun sehingga selesai pendaftaran. Untuk makluman, sekarang ini, kita menerima lebih daripada RM500 juta setiap tahun untuk Marris dan kita telah agih-agihkan. Jadi pengagihan di dalam negeri itu di buat oleh Kerajaan Negeri untuk pastikan yang mana yang sesuai sebagainya. Tetapi mestilah menggunakan jalan yang berdaftar. Ada sebenarnya dalam peruntukan kalau kita lihat dalam garis panduan ini membenarkan jalan-jalan yang tidak berdaftar ini turut maksimum RM50 juta. Boleh digunakan tetapi biasanya kita akan kebanyakan jalan di Selangor ini sudah berdaftar. Jadi kita akan gunakan dengan sewajarnya untuk memastikan penyelenggaraan jalan kita berjalan dengan baik. Terima kasih.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Pandamaran, Pandamaran, Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker. Pandaraman ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO di mana sebab Pandamaran ingin dapatkan mill & pave sebab sebenarnya banyak tempat yang diturap kan 2-3 kali dah. Sekali mereka turap, Majlis Perbandaran turap dia tidak akan mill. Jadi akan tambah 50mm iaitu premixed dan sekali lagi tambah 50 lagi. Dah jadi 100 mm. Jadi, makin tinggi dan ramai penduduk yang kata dulu rumah tengok depan okay. Sekarang makin tinggi dah nampak macam ada bukit dekat situ. Jadi ini yang kita mohonkan jasa baik daripada untuk membenarkan mill & pave terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Faham sangat apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandamaran itu. Ini merupakan satu kesilapan yang besar ya. Kalau itu berlaku makna itu satu kesilapan di pihak kejuruteraan dalam menentukan dan tak kiralah PBT ataupun JKR dan kita tidak akan benarkan begitu, kerana apa kalau di tampal terus ditampal lama apa yang berlaku paling ketara ya pertama ialah parit erong akan tersumbat. Jadi inilah banjir, jadi kalau yang kedua kalau keadaan tertentu manhole perlu diangkat. Dia punya manhole kita dah tukar nama sekarang, gender punya ini kita panggil maintenance hole. Sebab manhole yang kadang-kadang perempuan pun dia buat kerja juga, jadi kita tukarlah kepada maintenance hole ya. Jadi ini semua akan melibatkan kesan dan juga tinggi daripada apa nama ini bahu jalan. Ini juga akan mendapat masalah kemalangan dan sebagainya apabila kenderaan itu berhenti di bahu jalan. Ini memang tidak dari segi peraturan, kaedah, SOP dalam pembinaan jalan ini sebenarnya tidak wajarnya berlaku perkara begini. Jadi kalau Yang Berhormat boleh kenal pasti nanti kita akan ambil langkah-langkah untuk betulkan balik. Jadi kena mill lah baru pave nya. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang. Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO ada menyentuh soal pencerapan jalan-jalan di Negeri Selangor. Persoalan saya apakah kekerapan pencerapan yang dilakukan di Negeri Selangor memandangkan pembangunan yang agak pesat pastinya jumlah jarak panjang jalan itu juga bertambah dari masa ke semasa. Yang Berhormat juga menyentuh soal dana MARRIS, saya ingin bertanya apakah Kerajaan Negeri masukkan peruntukan RM500 juta setahun itu terus dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan atau ada satu Tabung Amanah khusus untuk pelaksanaan projek Marris di semua PBT dalam Negeri Selangor? Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Untuk, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang kerana bertanyakan soalan. Untuk makluman, tabung khas memang ada. Pengurusan apa ini di bawah MARRIS ini tidak kita campur adukkan dengan lain dan kita memang agihkan sebanyak mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan. Jadi kita tidak melanggar guna duit untuk perkara-perkara lain. Saya dengar ada negeri-negeri ya tetapi tak tahulah, Selangor kita memang patuh dan ikut penggunaannya yang telah ditetapkan walaupun ada perubahan-perubahan dalam peraturan ini tetapi kita patuh kepada apa yang diputuskan. Untuk

makluman Yang Berhormat, sebenarnya jalan-jalan yang JKR ini yang negeri ya dalam federal memang tidak tertakluk bawah MARRIS. Kebanyakan jalan-jalan JKR ini kecuali jalan-jalan baru boleh kata hampir semua dah selesai kita daftarkan dengan Marris. Cuma kita ada sikit masalah dengan jalan-jalan di PBT. Itu yang kita peruntukan RM5 juta setiap tahun untuk next 4 tahun termasuk tahun inilah. Kita dah mula bagi RM5 juta untuk buat cerapan jalan-jalan mereka. Jadi kita anggarkan di sekitar 4,000 km lagi. 4,000 km lagi yang belum berdaftar. Sebab jalan-jalan PBT ini dia bukan sahaja jalan biasa ini. Jalan back lane dia pun masuk, sebagainya pun kena boleh dipohon Marris dengan membuat cerapan sebagainya kita boleh dapatkan, boleh daftarkan dengan Marris. Jadi tahun ini kita akan buat dan saya yakin dengan 4 tahun yang kita peruntukkan ini RM5 juta setahun untuk cerapan kita akan dapat memenuhi keperluan untuk menyiapkan. Tetapi selepas itu ada juga lagi akan berterusan sebab jalan baru akan sentiasa ada. Jadi kita akan teruskan tetapi tidaklah sebanyak yang sekarang kita usahakan untuk 4 tahun ini. Terima kasih.

Speaker

Subang jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker membenarkan soalan tambahan. Soalan Subang Jaya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menyemak semula pengagihan peruntukan kepada setiap DUN di mana untuk selama ini sebanyak RM3 juta. Sebab ada DUN-DUN mana jalannya banyak ya dan ada DUN di mana juga jalannya mungkin tak sebanyak. Jadi cara yang lebih adil adakah Kerajaan Negeri setuju bahawa adalah berdasarkan panjang jalan. Itu soalan Subang Jaya. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Memang sebenarnya ada. Untuk tahun ini saya cuma kita tak announce kan lagi. Tetapi kita dah pun berbincang di peringkat pemukiman bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya melihat memang ada kewajaran kerana sebelum ini kita memperuntukkan di bawah setiap DUN RM3 juta untuk mereka mengenal pasti jalan-jalan terutama jalan PBT lah, yang JKR tidak ada masalah. Jalan PBT untuk mengenal pasti jalan mana patut turap.

Tetapi kita dapati dalam kajian, ada setengah tempat yang tak berapa banyak jalan dia, dia turap setiap tahun jalan yang sama. Jadi dia mewah. Jadi ada setengah itu jalan dia panjang lebar, dia banyak jalan dia, dapati sukar untuk dia. Jadi untuk tahun ini, tahun yang sekarang ini, insya-Allah tahun depan kita akan pusatkan semua setiap DUN ini dan kita akan kenal pasti kewajaran untuk kita agihkan mengikut keperluan jalan, keadaan jalan dan juga panjang jalan. Ini akan kita mulakan dalam masa terdekat ialah. Untuk pastikan jalan-jalan semua dapat diuruskan dengan lebih baik. Terima kasih.

Speaker

Meru.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Meru nombor 48.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Akademi Kepimpinan WanitaQuestions

48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah penambahbaikan yang dilakukan bagi Akademi Kepimpinan Wanita?

b)

Apakah pencapaian graduan selepas tiga tahun pelaksanaan Akademi Kepimpinan Wanita?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Meru. Soalan berkaitan penambahbaikan bagi Akademi Kepimpinan Wanita? Bagi menambah baik pelaksanaan (AKW) Akademi Kepimpinan Wanita , Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) telah melaksanakan Kajian Impak Keberkesanan AKW serta tiga (3) siri Bengkel Penambahbaikan bagi menilai pelaksanaan program yang telah dilaksanakan selama tiga tahun secara menyeluruh. Hasil kajian dan bengkel tersebut, pelaksanaan AKW akan ditambah baik dari beberapa aspek termasuklah pertama, pengambilan pelajar AKW mengikut kumpulan sasar wanita secara lebih spesifik iaitu: (i) Pemimpin Komuniti dan Badan Bukan Kerajaan, (ii) Pemimpin Organisasi Politik dan (iii) Pemimpin Kerajaan dan Badan Berkanun. Aspek kedua pula adalah pembangunan modul dan subjek yang bersesuaian dengan kumpulan sasar serta kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Aspek ketiga, menjalankan penilaian pelajar yang lebih holistik untuk memastikan program AKW dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Bagi soalan (b), pencapaian graduan selepas tiga tahun pelaksanaan iaitu bermula pada tahun 2019, AKW telah melahirkan seramai 248 orang graduan yang telah dilatih menjadi pemimpin wanita di setiap lapisan kepimpinan dalam masyarakat. Terdapat graduan AKW yang telah dilantik menjadi pemimpin seperti berikut; 5 orang sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), 18 orang dilantik menjadi pemimpin politik dan 8 orang dilantik menjadi Pengurusan Tertinggi Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Meru.

Berapakah jumlah pelajar AKW yang telah menyambung belajar melalui tajaan Kerajaan? Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Dari pelajar Akademi Kepimpinan Wanita yang telah menyambung pengajian mereka menerima tajaan biasiswa Wanita Berdaya Selangor seperti berikut : 24 orang penerima biasiswa masih meneruskan pengajian Open Universiti Malaysia (OUM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Walau bagaimanapun pelajar AKW yang telah menyambung pengajian melalui tajaan biasiswa wanita Berdaya Selangor seramai 17 orang dengan perincian Diploma 6 orang, Ijazah Sarjana Muda 6 orang, Ijazah Sarjana 4 orang dan Doktor Falsafah 1 orang. Jadi jumlahnya ada 17 orang dengan pecahan di UOM seramai 14 orang, UKM 2 orang dan UTM 1 orang. Di mana 71% daripada 24 orang penerima biasiswa Wanita Berdaya Selangor merupakan graduan AKW. Manakala bagi info tambahan tentang kohort di mana graduan daripada kohort pertama berjumlah 81 orang kohort kedua 99 orang dan kohort ketiga 68 orang yang telah bergraduasi pada 21 Oktober 2023. Sekian dimaklumkan.

Speaker

Dusun Tua.

Tuan Speaker, soalan saya 49.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Klinik Kesihatan Bt. 9, Bt. 14 Dan Klinik DesaQuestions

49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf kemudahan tersebut memandangkan klinik tidak mampu menampung kehadiran pesakit semasa?

b)

Keadaan bangunan yang uzur perlu di selenggara dengan kerap berapakah peruntukan yang disediakan?

c)

Mohon kerajaan meneliti kemudahan pergigian dan menambah baik kemudahan di KK DUN dusun tua.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dusun Tua yang telah bertanyakan 3 soalan untuk Klinik Kesihatan Batu 9, Batu 14 dan Klinik Desa. Antaranya adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf kemudahan, keadaan bangunan yang uzur, berapakah peruntukan yang disediakan dan juga meneliti kemudahan pergigian dan menambah baik kemudahan di KK DUN Dusun Tua.

Yang Berhormat Tuan Speaker bagi pembanbahbaikan jangka masa sederhana, RM500,000.00 telah diluluskan bagi kerja-kerja naik taraf bangunan farmasi serta kerja lain yang berkaitan di Klinik Kesihatan (KK) Batu 9, di bawah peruntukan tambahan yang diterima dari Kerajaan persekutuan untuk kerja penambahbaikan infrastruktur, perkhidmatan kesihatan Negeri Selangor iaitu BP00600 naik taraf ubah suai dan pembaikan untuk tahun 2024. Bagi perancangan jangka panjang KK Batu 9, JKN Selangor telah mencadangkan fasiliti ini untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 bagi roboh dan bina baru dari bangunan jenis Beetle kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 Piawai.

Manakala untuk KK Batu 14, bangunan yang berusia sebelum ini dengan isu kerosakan, uzur dan usang serta bilik pemeriksaan guna sama yang sempit dan tidak kondusif untuk pesakit dan kakitangan kesihatan. Walau bagaimanapun pembaikan jangka sederhana, kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sistem perparitan dalaman dan lain-lain kerja yang berkaitan di KK Batu 14 telah dibuat pada tahun 2023 dengan kos RM290,030.00. Klinik ini juga telah selesai menjalani kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sistem pendawaian elektrik dan siling bangunan melibatkan Klinik Pergigian Batu 14 pada tahun 2023 yang melibatkan perbelanjaan bernilai RM149,824.00. Bagi perancangan jangka masa panjang, JKN Selangor juga telah mencadangkan fasiliti ini untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-14 untuk roboh dan bina baru bangunan dari jenis Beetle kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 Piawai. Dan seterusnya, berkenaan dengan fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian di Dusun Tua iaitu terdapat dua (2) fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian di Dusun Tua, iaitu Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Batu 14 (KP Batu 14) dan Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Batu 9 (KP Batu 9). Kedua-dua klinik pergigian ini dilengkapi dengan dua (2) kerusi pergigian dan menyediakan perkhidmatan pergigian primer seperti pemeriksaan dan diagnosis, penskaleran, tampalan gigi, cabutan, pembuatan gigi palsu dan rawatan kanal akar. Sesi pagi dikhaskan untuk pesakit luar, manakala sesi petang dikhaskan untuk janji temu pembuatan gigi palsu dan rawatan kanal akar.

Untuk makluman, bagi memenuhi keperluan rawatan pergigian di Klinik Desa Dusun Tua. Pasukan pergigian yang terdiri daripada pegawai pergigian dan pembantu pembedahan pergigian, dari KP Batu 14 akan membuat lawatan setiap hari Khamis setiap minggu untuk menjalankan pemeriksaan dan konsultasi pergigian bagi pesakit ibu mengandung dan kanak-kanak toddler. Jika rawatan diperlukan, janji temu akan

diberikan ke KP Batu 14 dan jarak antara dua-dua klinik berkenaan adalah sebanyak 4.6 kilometer iaitu 7 minit perjalanan jika menaiki kenderaan seperti kereta atau motor. Bagi perancangan masa sederhana, pada tahun 2023, KP Batu 14 telah menerima peruntukan projek klinik daif berjumlah RM149,824.00. Kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sistem pendawaian dan siling telah dijalankan bermula Mei 2023 dan selesai pada September 2023. Manakala KP Batu 9 menyedia perkhidmatan pergigian yang serupa termasuk menerima pesakit toodler daripada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan pesakit secara walk in. Fasiliti ini menekankan pada pemberian rawatan pada hari yang sama untuk kebanyakan kes kecuali untuk prosedur yang lebih kompres yang memerlukan temu janji. KP Batu 9 memastikan akses kepada perkhidmatan pergigian yang cepat dan efisien untuk semua lapisan masyarakat yang ini termasuk pesakit ibu mengandung dan kanak-kanak melalui pendekatan yang lebih fleksibel dan inklusif.

Jadi perancangan jangka masa panjang, JKN Selangor juga telah mencadangkan fasiliti-fasiliti ini untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-14 untuk roboh dan bina baru dari bangunan jenis Beetle kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 Piawai (KK2) dan Klinik Pergigian di KK2 akan dilengkapkan dengan lapan (8) kerusi pergigian, di mana lima (5) adalah untuk perkhidmatan pergigian primer dan tiga (3) untuk perkhidmatan pakar pergigian.

Speaker

Yang Berhormat Dusun Tua.

Yang Berhormat, soalan tambahan saya adakah untuk jangka panjang tadi, sekarang jangka sederhana, untuk jangka panjang adakah Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menaik taraf, sebab hospital yang ada di Kajang mahupun di Serdang, saya sentiasa dapat aduan bahawa kekurangan katil. Jadi dah saya kira dah sampai masanya untuk menaik taraf klinik-klinik kesihatan khususnya yang ada berhampiran di kawasan saya.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua kita akan sampaikan maklumat ini kepada JKN Selangor. Kerana seperti yang kita sedia maklum kemudahan klinik kesihatan dan hospital kerajaan ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab ini sekiranya ada apa-apa input yang penting terutamanya rasakan kritikal bukan sahaja untuk Yang Berhormat Dusun Tua dan juga Ahli-Ahli Dewan Negeri yang lain boleh tuliskan surat secara rasmi bagi pihak saya dan kita akan kumpul dan sampaikan kepada Kerajaan Persekutuan supaya mereka lihat dan melakukan lawatan tapak sekiranya mempunyai keperluan, JKN Selangor akan cadangkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Soalan tambahan tak boleh?

Speaker

Soalan seterusnya. Tak macam tadi, ini soalan tentang Dusun Tua.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

So hari ini Tuan Speaker baik dengan saya, terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 50.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Kedudukan Kewangan PknsQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menanggung beban hutang yang besar berjumlah RM5.7 bilion. Apakah kedudukan aliran tunai dan pendapatan PKNS mampu membayar balik hutang-hutang ini dan nyatakan perincian sumber pendapatan PKNS bagi tahun-tahun 2018 sehingga 2022?

Speaker

Silakan Dato’.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Nasib aik dia tak koyak. Koyak kertas.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan buat provokasi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sikit je pun. PKNS tidak menanggung hutang berjumlah RM5.7 bilion sebagaimana dalam kedudukan kewangan PKNS berada pada tahap yang baik di mana PKNS masih memperoleh keuntungan hasil daripada pendapatan utama operasi PKNS. Kedudukan aliran tunai PKNS juga pada tahap yang lebih baik di mana PKNS mampu membayar semua tanggungan-tanggungan Perbadanan berdasarkan daripada operasi dan bukan daripada dapatan sukuk ataupun pinjaman yang dibuat.

Sumber pendapatan PKNS daripada tahun 2018 sehingga 2022 adalah terdiri dari pendapatan operasi PKNS melalui Jualan Bangunan, Jualan Tanah dan Penswastaan. Manakala, pendapatan bukan operasi PKNS terdiri daripada Sewaan, Perbadanan Pengurusan dan Pelbagai Pendapatan. Bagi tahun 2018 sehingga 2022, penyumbang utama kepada pendapatan PKNS adalah menerusi pendapatan operasi PKNS iaitu Jualan Hartanah PKNS iaitu sekitar 50% sehingga 80% berbanding

daripada keseluruhan pendapatan-pendapatan. Saya sebut kat sini jumlah jualan hartanah PKNS ini bukan bermaksud hanya tanah-tanah bersih tetapi juga adalah aset-aset yang tidak dapat dijual sebelum tahun 2018. Sebagai contoh pada hari ini baki stok yang kita ada hanyalah pada kadar sekitar 200 juta. Daripada keseluruhan hampir 2 bilion pada tahun, maafkan 1.6 bilion pada tahun 2018 dan 2019. Jadi hasil yang besar itu bukan hanya menjual tanah secara out of sale sahaja tetapi juga adalah penjualan daripada stok-stok dan baki yang sedia ada. PKNS juga mendapat sedikit hasil yang agak tinggi apabila kita melepaskan pegangan kepada highway KESAS sebagai mana yang disebut oleh Hulu Kelang dalam ucapan. Dan ini adalah selaras dengan langkah Kerajaan Persekutuan pada ketika itu yang ingin membeli lebuh raya tersebut bagi usaha bagi mengurangkan ataupun memutuskan atau menghapuskan penggunaan tol di dalam lebuh raya tersebut demi menyokong untuk mengurangkan tol yang membebankan rakyat kita telah bersetuju dengan kaedah tersebut walaupun sebenarnya PKNS mendapat labur yang agak tinggi daripada penjualan tersebut yang dibuat sekitar tahun 2021 atau 2022. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar tidak bersetuju dengan saya bahawa bebanan hutang PKNS itu terlalu besar dan angka yang telah saya kemukakan adalah RM5.7 bilion. Namun Yang Amat Berhormat Besar tidak menyatakan apakah sebenar, jumlah sebenar hutang yang sedang ditanggung oleh PKNS. Perkara yang disentuhkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa sebahagian besar daripada pendapatan PKNS adalah daripada jualan hartanah termasuk juga projek-projek penswastaan.

Saya telah menyentuh dalam perbahasan saya di mana PKNS telah menjual development rights kepada MRCB dalam satu projek di PJ Sentral. Dan, mungkin Yang Amat Berhormat juga sedia maklum, hanya beberapa hari lalu The Edge Malaysia keluar lagi satu laporan bahawa Tropikal PKNS telah menjual development rights kepada Tropicana dengan harga hanya RM224 juta berbanding dengan jumlah pendapatan yang mungkin diperoleh oleh PKNS sebanyak RM2.8 bilion projek. Dengan izin, tajuknya Tropicana buys RM224 million Kota Damansara land from PKNS for RM2.8 bilion project. Jadi ini banyak kes-kes yang membuktikan bahawa PKNS tidak ada komitmen untuk membangunkan tanah-tanah yang diberikan itu bagi tujuan meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran produk-produk PKNS, tetapi mengambil jalan mudah dengan menjual tanah-tanah kepada Tropicana, kepada MRCB. Jadi apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan PKNS dapat meraih pendapatan yang lebih besar melalui pembangunan hartanah yang diterajui oleh PKNS sendiri dan bukan mengambil jalan mudah dengan menjual tanah-tanah kepada pihak pemaju swasta yang lain. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya mohon izin kalau benarkan saya jawab tapi saya rasa sebahagiannya saya akan jawab dalam penggulungan nanti. Tapi saya

kalau nak sebutkan bahawa nilai sebenar sukuk berdasarkan laporan terkini, laporan yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Kelang agak outdated sebenarnya. Laporan itu adalah pada tahun 2023 yang merujuk kepada prestasi tahun 2022. Laporan terkini yang kita telah dapat daripada RAM ataupun daripada Rating of Agency pada bulan Februari mengatakan bahawa sukuk yang di miliki oleh pihak PKNS pada ketika ini adalah RM3 bilion. Dan daripada 3 bilion itu, sebenarnya kita mempunyai tanggungan ataupun kita belum lagi menebus yang belum ditebus adalah sebanyak RM1.8 bilion. Dan kesemua Yang Berhormat mungkin mencampurkan jumlah-jumlah sukuk yang telah diterbitkan semasa Yang Berhormat menjadi pengerusi yang berjumlah 5.7. Itu dah tak ada dah. Jadi yang balance nya adalah 1.8 yang belum ditebus ataupun yang belum transchange yang telah dibenarkan. Itu daripada laporan terkini dan itu tak benar kita berhutang ataupun kita mempunyai tanggungan bebanan tersebut tapi berdasarkan operasi tersebut. Saya ambil, mencubit satu contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bila merujuk kepada laporan of The Edge yang terbaru mengenai penjualan aset di kawasan Kelab Golf Seri Selangor ataupun di kawasan Tropicana dan kawasan sekitar. Yang Berhormat, di kawasan sana kita mempunyai penswastaan-penswastaan yang telah dilahirkan di kawasan-kawasan terbabit di bersama dengan beberapa agensi ataupun bersama beberapa syarikat, Sunway kita kerjasama dengan Tropicana dan sebagainya. Tapi, saya nak sebutkan nilai hartanah yang dibangunkan ataupun yang dijual itu pada kadar semasa adalah pada sekitar 130 juta. Dan kita mampu menjual dengan harga RM224 juta. Hampir 100% daripada nilai sebenar yang diberikan.

Jadi, kalau Yang Berhormat nak sebutkan bahawa ada potensial dipanggil GDV, tetapi GDV ini juga sebenarnya memerlukan kos. Kalau kita tampung kos di sana dan kita benamkan kos dengan projek tak siap yang kos disebutkan, mungkin Yang Berhormat sebut tentang PJ Sentral. Dalam PJ Sentral, kos yang perlu digunakan oleh pihak PKNS adalah sebanyak RM800 juta. Dengan GDV bernilai RM1 bilion. Jadi kita nak tunggu 10 tahun dan dengan penyelesaian yang kita buat, kita mencatatkan margin keuntungan 27%. Carilah mana pemaju yang ada di sekarang ini jualan aset komersial yang boleh mencapai 27%. It is not a shortcut Yang Berhormat sebab ia adalah tanggungan-tanggungan masa lampau yang sebahagian juga dibuat semasa Yang Berhormat menjadi EXCO dan juga menjadi ahli dalam PKNS yang telah menyebabkan bebanan yang terpaksa ditanggung. Dua saka besar iaitu PJ Sentral dan Datung Jelatik. Kedua-duanya itu telah menyebabkan PKNS menanggung rugi kali pertama kerana kita telah meletakkan pelaburan yang tidak memberikan pulangan setelah beberapa tahun. Jadi, langkah yang kita buat ini selesai untuk selamatkan dan bagi nafas kepada aliran tunai PKNS yang sudah semakin positif. Dan semasa penggulungan nanti saya tunjukkan bagaimana kita memperbaiki dan juga kita memperbetulkan sebahagian daripada data-data juga yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat.

Speaker

Hulu Kelang

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima Kasih Tuan Speaker. Persoalan yang saya bangkitkan ialah walaupun Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa ada keperluan untuk menyelesaikan masalah aliran tunai PKNS, tetapi mengapa tidak dibangunkan tanah-tanah milik PKNS ini secara usaha sama dengan pihak-pihak pemaju swasta? Saya kira pendapatan yang bakal diperolehi oleh PKNS jauh lebih besar daripada menyerahkan development rights itu kepada pihak ketiga ataupun pihak-pihak swasta. Sebagai contoh, kalau tujuannya adalah untuk mendapatkan dan meningkatkan aliran tunai PKNS, jumlah tunai yang diperolehi daripada penjualan development rights kepada MRCB hanya RM12 juta. Sedangkan aset swap yang dilakukan oleh MRCB dengan pihak PKNS, nilainya jauh daripada nilai pasaran hari ini. Saya telah beri beberapa contoh mungkin kita boleh berbahas dalam sesi penggulungan-penggulungan nanti. Tetapi pokoknya saya kira adalah wajar PKNS, untuk membangunkan PKNS ia patut menjalin satu usaha sama dengan pihak swasta untuk melihat potensi pendapatan yang lebih baik untuk masa depan PKNS.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Sebahagian daripada pengalaman kita kerjasama, bukanlah semuanya mencatatkan keuntungan-keuntungan yang memberangsangkan. Saya ambil contoh sepanjang jajaran di kawasan-kawasan yang kita telah bangunkan dengan sebuah syarikat, di kawasan Tropicana saya boleh kata nilai pembangunan yang ada daripada dulu sampai sekarang bukan semua dibuat. Ini oleh pengerusi-pengerusi sebelum ini termasuk yang ini bila saya dapat lihat, kita dapat lihat pembangunan yang dibangunkan di sana bernilai bilion ringgit Malaysia. Tetapi nilai kerjasama yang kita perolehi hanyalah sekitar 160 juta daripada development pembangunan di kawasan tersebut, di kawasan Kota Damansara. So, kita tak nak lagi ada agreement-agreement seperti itu. Tapi langkah kedua, saya, saya, saya terima pandangan ambil maklum yang kita bincangkan nanti, adalah bagaimana kita nak gunakan pendapatan yang ada nanti untuk bangunkan kawasan lain. Antaranya kawasan yang dipanggil sebagai Selangor Business Capital dan kawasan sekitar. Di kawasan sana masih ada luas untuk kawasan pembangunan dan hasil daripada apa jualan yang kita buat, bukan untuk operasi pembayaran gaji sebaliknya untuk pembangunan beberapa projek-projek termasuk yang bernilai tinggi yang dimiliki oleh anak syarikat. Contohnya Pulau Indah Powerplant. Ini adalah contoh yang macam mana investment di buat oleh parents iaitu PKNS kepada anak syarikat supaya projek-projek bernilai tinggi ini yang mendatangkan hasil dengan jualan tenaga dan sebagainya dan solar yang akan dibuat itu akan mendatangkan hasil dan tidak ketinggalan melengkapkan pembinaan hospital yang dicadangkan ataupun yang dilaksanakan oleh, oleh, oleh anak syarikat PKNS seperti Selcare ataupun seperti Selgate. Jadi, apa yang kita dapat dan kita kembalikan semula dalam projek yang sepenuhnya akan membawa hasil dan juga pendapatan bernilai tinggi. Dan kita tak nak apa yang telah berlaku sebelum ini seperti Datung dan PJ Sentral memberikan trap income dan trap net clash, apa dia trap cashflow ataupun aliran tunai yang akhirnya memberikan impak kepada kedudukan kewangan dividend trap kepada PKNS dan juga kedudukan kewangan PKNS.

Speaker

Ya, Sijangkang.

Soalan nombor 51.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Pembangunan Bersepadu Di Wilayah Selatan Selangor (IDRISS)Questions

51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status pembangunan IDRISS sehingga kini?

b)

Adakah sesi libat urus dan wawaran pemakluman kepada masyarakat setempat dilakukan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang bertanya apakah status pembangunan IDRISS sehingga kini. Sebagai makluman, sehingga kini sebanyak 13 projek pembangunan telah disenaraikan dibawah Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor ataupun IDRISS. Daripada projek – projek tersebut sebanyak 5 projek pembangunan di dalam Daerah Kuala Langat dan sebanyak 8 projek di dalam Daerah Sepang. Status pembangunan projek-projek tersebut seperti berikut. Yang pertama, Peringkat Perancangan mempunyai 9 projek. Dan bagi kedua, Peringkat Kelulusan Kebenaran Merancang ada 2 projek. Dan bagi yang ketiga, Peringkat Penyelesaian Hal – hal Tanah ada 1 projek. Dan bagi yang keempat, Peringkat Pembinaan ataupun Pembangunan juga mempunyai 1 projek. Secara dasarnya, projek-projek pembangunan di bawah IDRISS adalah projek pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta di atas tanah milikan syarikat swasta sendiri. Namun begitu, beberapa program libat urus dan wawaran telah diadakan bersama pihak penduduk setempat. Antara program libat urus dan wawaran yang telah diadakan adalah seperti berikut. Yang pertama, Program Libat Urus Bagi Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pulau Carey. Yang kedua, Wawaran pembangunan IDRISS sewaktu Program Jelajah Selangor di Kuala Langat & Sepang. Dan yang ketiga, Program Libat Urus bersama penduduk di sekitar bagi penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial bagi pembangunan Sepang Gold Coast Global Vilage, di Bagan Lalang Sepang. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang

Terima kasih EXCO. Saya kira program-program libat urus dan juga wawaran kepada masyarakat ini sangat-sangat penting kerana saya tidak mahu masyarakat tempatan yang mempunyai peluang daripada sudut nilaian tanah dan juga hartanah juga tidak akan tertinggal daripada sudut pembangunan yang mungkin akan melibat secara langsung. Cuma saya nak melihat juga apakah perancangan peringkat Kerajaan Negeri. Sudah tentu apabila berlaku pembangunan seperti ini akan besar influxnya kepada Kuala Langat keluar masuknya. Dan saya melihat infrastruktur terutamanya pengangkutan dan jalan ini adalah satu perkara yang sangat penting. Adakah kerajaan sendiri sudah melihat satu perancangan masterplan laluan yang saya kira mungkin melibatkan jambatan yang melalui di Sungai Langat dan juga sistem jalan raya yang harus sedia pada peringkat awal ini supaya akhirnya tidak membebankan kepada masyarakat dan menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila ianya akan dilaksanakan ataupun terlaksana. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya setuju sangat dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sijangkang bahawa libat urus itu adalah penting supaya semua penduduk di kawasan Kuala Langat yang bakal dimanfaatkan daripada pembangunan IDRISS ini dapat tahu apakah perkembangan semua projek akan dilaksanakan di kawasan IDRISS. Jadi, program libat urus itu akan diadakan dari semasa ke semasa sekiranya diperlukan dan Yang Berhormat Sijangkang juga boleh cadangkan sekiranya perlukan libat urus bersama penduduk di kawasan Yang Berhormat Sijangkang. Dan bagi masterplan ataupun pelan induk bagi pembangunan IDRISS ini, sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan PLAN Selangor untuk menyediakan satu pelan infrastruktur di kawasan pembangunan IDRISS dan itu tidak terhad kepada jalan raya sahaja. Ia akan merangkumi seperti infrastruktur seperti rel, bekalan air, bekalan elektrik, fiber dan sebagainya. Jadi pelan induk itu akan saya dimaklumkan akan siap sedia dalam masa 2, 3 bulan lagi. Dan selepas itu, Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan pelan induk itu ke mesyuarat MTES supaya dapat satu kelulusan setiap peringkat negeri menjadikan satu dasar dan menjadikan satu rujukan kepada semua agensi Negeri Selangor semasa mereka memproses apa-apa permohonan di kawasan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Sabak. Soalan.

Terima kasih Tuan Speaker. Projek IDRISS ini telah dilancarkan sejak 15 Mac 2023. Cuma saya nak tanya setakat ini berapa banyak syarikat-syarikat yang berminat melabur dalam projek ini menyebabkan syarikat luar dan syarikat domestik dan daripadanya berapa yang telah melakukan MOU dan daripada yang melakukan MOU itu, berapa yang confirm yang telah melakukan contract of signing? Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa soalan dari Yang Berhormat Sabak ini kurang jelas sedikit. Syarikat yang melabur di kawasan perindustrian di kawasan IDRISS

ataupun nak pembangunan, kawasan pembangunan di kawasan IDRISS. Sekiranya Yang Berhormat merujuk kepada pembangunan tadi saya telah menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sijangkang, iaitu kita mempunyai 13 projek yang selang, sedang dilaksanakan dan di status yang berbeza. Dan sekiranya soalan Yang Berhormat adalah berkenaan berapa buah kilang ataupun berapa pelabur asing yang telah bertapak di, di kawasan IDRISS itu, yang tu saya perlu dapatkan maklumat yang selanjutnya dan bekalkan maklumat yang terperinci kepada Yang Berhormat kemudian. Terima kasih.

Speaker

Rawang

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, soalan 52.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Rangkaian 5g SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah capaian rangkaian 5G di Selangor?

b)

Bagaimana rangkaian 5G akan membantu pembangunan di Selangor?

c)

Adakah rangkaian 5G yang stabil telah menjadikan tarikan bagi pelabur untuk melabur di Selangor?

Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Soalannya ada 3 bahagian. Yang pertama, apakah capaian rangkaian 5G di Selangor? Setakat 31 Disember 2023, peratusan liputan 5G di kawasan berpenduduk bagi Negeri Selangor telah mencapai 95.9%. Ini adalah berdasarkan kepada bilangan struktur 5G yang siap pada tempoh yang sama iaitu sebanyak 1,620 daripada 1,851 struktur 5G yang dirancang dan ini adalah jumlah tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Baki sebayak 231 struktur lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan dan peratusan liputan 5G Negeri Selangor akan terus meningkat kepada 96.3% apabila baki struktur ini dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2024. Sebagai perbandingan, purata peratusan liputan 5G seluruh negara hanya berada pada paras 80.2%. Untuk bahagian (b), soalannya bagaimana rangkai 5G akan membatu pembangunan di Selangor? Transformasi digital yang di mangkin liputan

5G, dijangka akan mewujudkan potensi peningkatan KDNK sebayak lebih kurang RM150 billion serta penambahan 750 ribu pekerjaan baharu menjelang tahun 2030. Selain dari manfaat dan impak kepada sosial ekonomi secara keseluruhan. Pelaksanaan rangkaian 5G ini juga merupakan salah satu tunjang penting dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri dalam mencapai visi Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) seperti yang terkandung dalam kerangka pembangunan negeri, Rancangan Selangor Pertama. Antara projek yang akan dijayakan melalui pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Projek IDRISS adalah seperti berikut ; yang pertama NCT Smart Industrial Park di Sepang, yang akan mengupayakan pembangunan kilang-kilang yang menggunakan IOT dan robotik. Yang kedua, adalah Sepang Gold Cost di Sepang yang akan mengupayakan Smart Tourism di kawasan tersebut. Yang ketiga, Sepang 2000 atau pun Malaysia GP Grand Prix Formula 1. Yang ini akan mengupayakan penggunaan telemetri daripada kenderaan kepada para pengurus pasukan. Yang keempat, Selangor Business Capital di Sepang yang akan diwujudkan sebagai sebuah hub teknologi inovasi. Yang terakhir Guocoland Emereld Sepang yang akan mengujudkan smart home dan juga smart living untuk rakyat Negeri Selangor. Selain daripada itu beberapa industri utama telah dikenal pasti yang akan menggunakan rangkaian perkhidmatan 5G seperti minyak dan gas, pelancongan, pendidikan, kesihatan, pertanian, pembuatan, peruncitan, tenaga dan utiliti yang secara tidak langsung meningkatkan pendapatan dan ekonomi Negeri Selangor. Untuk bahagian terakhir, soalanya adakah rangkaian 5G yang stabil telah menjadikan tarikan bagi pelabur untuk melabur di Selangor? Pada awal tahun ini di Mobile Wolrd Congress Tahun 2024 jaringan 5G Malaysia telah dinobatkan sebagai nombor 1 di dunia untuk 5G Consistency oleh pihak Okla. Maksud 5G consistency ini adalah keberadaan kelajuan jalur lebar itu akan kekal untuk sehari. Jadi kalau disebut kelajuan itu adalah, katakan 400mbps untuk kekal setiap saat dalam sehari jadi tentunya jaringan 5G yang konsisten dan stabil ini adalah akan menjadi satu tarikan untuk mengupayakan industri-industri menggunakan teknologi tersebut untuk beralih kepada automasi dan juga penggunaan robotik dan interfacial intelligent dalam sektor pembuatan. Di dalam Negeri Selangor, kerana kita tahu bahawa 5G akan diwujudkan pada tahun 2025 secara sepenuhnya di kawasan berpenduduk kerana di Selangor telah mengwujudkan inisiatif IOT Enable Industrial Park yang dijadikan salah satu program di dalam Rancangan Selangor Pertama dan objektif IEIP ini adalah untuk memastikan pembangunan di akwasan-kawasan perindustrian di Selangor dilengkapi dengan infrastruktur telekomunikasi dan kemudahan internet selari dengan pewartaan kemudahan internet sebagai utiliti ketiga di Malaysia. Smartsel Sendirian Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri sebagai pelaksana IEIP dan Invest Selangor akan bekerjasama dengan penyedia infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan internet sedia ada bagi pembangunan kawasan perindustrian atau Manage Indusrial Park yang strategik di mana Kerajaan Negeri Selangor melalui Smart Selangor telah menjalankan kerjasama yang melibatkan kawasan perindustrian seperti berikut. Pertama, kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman di Port Klang, kedua Pulau

Indah di Klang , ketiga Kompas atau @Kota Seri Langat di Kuala Langat yang terakhir ialah UMW HVM Park di Serendah. Terima kasih.

Speaker

Rawang

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker dan juga EXCO yang menjawab. Soalan saya adalah, kita sedia tahu Johor dan Pulau Pinang pun tengah berusaha dalam menarik pelabur dengan advantage teknologi terutamanya dalam rangkaian 5G. So, apa pandangan EXCO berkenaan dengan persaingan antara negeri-negeri lain?

Terima kasih Yang berhormat Rawang. Saya rasa dalam persaingan dari segi teknologi digital ini tidak harus kita gusar kerana di Negeri Selangor kita mempunyai kepadatan intelektual paling tinggi persquare kilometer di Malaysia. Kita mempunyai institusi-institusi pendidikan tertinggi yang paling banyak di negara Malaysia dan kebanyakan smart people di Malaysia ini tinggal di Negeri Selangor dan tentunya untuk menjayakan inovasi dan teknologi digital, kita memerlukan brain power. Brain power yang ramai tertumpu di Negeri Selangor. Jadi saya tak rasa kita ada masalah di situ dan kita akan terus mendepani kemajuan pembangunan teknologi digital di Negara Malaysia.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Seperti mana Kerajaan Persekutuan dah memberitahu beberapa kali, rangkaian kedua 5G bakal dibenarkan di Malaysia. Rangkaian kedua ini bakal membawa pelbagai tiang baru dan pelbagai komplikasi ke atas kawasan perbandaran yang tepu bina. Macam mana Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menangani isu dua set infrastruktur yang mungkin perlu dibina hampir-hampir bersama, yang bakal menjadi masalah di kawasan perbandaran tepu bina seperti Petaling Jaya Subang Jaya dan sebagainya.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya rasa dari segi pasaran, dengan adanya penyedia yang kedua persaingan itu akan menawarkan harga mungkin akan lebih diturunkan dan tidak ada monopoli di situ. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita supaya Kerajaan Negeri boleh membantu pihak-pihak ini membina lebih bayak tanam menara telco dengan keadaan yang lebih selamat dan sesuai untuk rakyat. Pendekatan yang kita ambil adalah kita akan sentiasa bekerjasama dengan berpandukan panduan daripada pihak MCMC dan siri-siri engagement pun telah dilakukan dengan penduduk maka sekiranya berlaku bantahan yang sedikit extreme kita sanggup ke tahap kita tidak akan melakukan pembangunan tersebut di kawasan itu. Walaubagaimanapun tiang-tiang yang bakal dibina itu boleh dialihkan ke tempat-tempat lain, seperti kawasan-kawasan industri yang tidak mempunyai penduduk yang padat untuk kita sama-sama

memenuhi sasaran dan hasrat TNB dan penyedia yang kedua untuk merealisasikan liputan 5G yang meluas untuk Selangor.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 53.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA L2)Questions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan peratusan kerja bagi LRA Langat 2. Apakah kerja-kerja tertunggak?

b)

Sila nyatakan bilangan EOT yang telah diberikan, tempoh EOT berkenaan dan sebab-sebab EOT.

c)

Adakah projek ini sudah masuk ke peringkat LAD?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Terima Kasih Tuan Speaker. Subang Jaya menanyakan soalan berhubung dengan projek Loji Rawatan Air Langat 2. Tentang aspek berkaitan untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan laporan kemajuan projek Loji Rawatan Air Langat 2, dalam sistem agihan fasa 1 yang dikeluarkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bertarikh 31 Januari 2024, laporan kemajuan kerja bagi LRA Langat 2 adalah pada 96.08% berbanding jadual pada 96.66%. Ini selepas diambil kira extention of time ataupun tambahan masa. Seterusnya daripada keseluruhan 25 pakej projek LRA, Langat 2 ini, 21 pakej telah disiapkan manakala baki 4 pakej masih di peringkat pembinaan. Baki 4 pakej tersebut adalah melibatkan pakej 3 tapak pelupusan Enap Cemar iaitu disposal, slude disposal site, pakej 3. Kedua ialah sebahagian pakej 15 (2) iaitu penyambungan di Lembah Jaya dan Taman Shamelin Cheras. Yang ketiga adalah pakej 16, penyambungan dan pemasangan paip injap meter alir dan lain-lain kerja berkaitan dan pakej 17, membekal memasang dan menguji sistem pencegahan kebakaran di tangki simpanan diesel dan loji penyahairan di LRA Langat 2. Air Selangor telah mengambil alih dan telah mengoperasikan sistem agihan air termasuk LRA langat 2 koridor barat yang melibatkan agihan air ke Wilayah Petaling, Kuala

Lumpur dan Hulu Langat dengan kapasiti boleh agih sebanyak 843 juta liter sehari pada Ogos 2023. Pengambil alihan sebahagian dari sistem agihan LRA Langat 2 Koridor Utara pula, yang melibatkan agihan ke Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur dengan kapasiti boleh agih sebayak 160juta liter sehari adalah dijangkakan pada bulan Februari 2024 dan baki penyiapan paip agihan dengan kapasiti boleh agih sebanyak 120 juta liter sehari ialah pada April 2024. Berhubung dengan soalan tentang extension of time dengan izin, atau pun tambahan masa pada pihak kontraktor, untuk makluman Yang berhormat, keseluruhan EOT yang telah dikeluarkan ialah 84. Ada yang 13 kali, ada yang paling maksimum 13, ada yang tidak ada extention pun ada ya. Tapi keseluruhannya ada 84 dan pengenaan tentang LAD ataupun Liquidated Ascertained Damages itu atau pun LAD ataupun pampasan atau pun penalti, kerana kelewatan telah dikenakan kepada 5 pakej, 5 pakej telah dikenakan LAD yang jumlah keseluruhannya ialah RM11,650,599.60, ini jumlah keseluruhan denda yang dikenakan kerana kelewatan. Iaitu yang laporannya. Sekian.

Speaker

Yang Berhormat Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker cepat sahaja, saya nak tanya apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan dateline yang baru iaitu April pada tahun ini betul-betul boleh siap? Sebab saya pernah tanyakan soalan ini pada tahun 2022, dan pada masa itu dah kata kemajuan projek ialah 92% sekarang dah 2 tahun lepas, kemajuannya hanya tambah 4% iaitu 96%. Jadi, apakah jawapan Kerajaan Negeri berkenaan isu ini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Untuk maklumat Yang Berhormat, projek ini ialah projek Kerjaaan Persekutuan ini bukan projek Kerajaan Negeri saya dah sebut tadi projek ini di bawah pengurusan PAAB ya, atau pun Pengurusan Aset Air Berhad. Kita hanya boleh membantu atau pun berbincang dan mesyuarat kalau diminta kerja sama dari kita dan kita memang bantu pihak-pihak PBT kita yang terlibat dalam menguruskan permit dan sebagainya kita berikan kerjasama sepenuhnya, tapi akhirnya berbalik kepada PAAB dengan kontraktornya untuk menyelesaikan dan menyiapkan projek dan saya akui memang projek ini sangat mencabar dari segi jajaran paipnya, kerana kawasan-kawasan yang dilalui ialah kawasan-kawasan yang pendudukannya tinggi, pembangunan tinggi dan sebagainya. Kita menghadapi masalah kita akui, sebab itu untuk rancangan ke depan kita telah menasihati mereka-mereka yang terlibat dengan projek bekalan ini ataupun pemasangan paip, supaya memastikan betul-betul, jajaran laluanya itu diteliti dengan betul sebelum kita buat keputusan, ini pun telah kita nasihati pada Air Selangor untuk pastikan supaya tidak tergendala projek-projek bekalan air kita kerana disebabkan oleh isu-isu yang berkaitan dengan jajaran paip ini, pembinaan nya. Itu yang saya boleh sebut tapi kita terus memantau dan kita akan bekerjasama terus dengan PAAB untuk memastikan kita dapat mengambil alih sepenuhnya kerana loji rawatan dah siap lama dah, dua tahun dah lebih dah, sedangkan sistem paipingnya yang masih lagi belum lengkap, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Ijok? Singkat.

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Masa tidak begitu mengizinkan. Tinggal satu kurang daripada satu minit lagi. Nak tanya?

Soalan, soalan tambahan. Nak tanya.

Speaker

Ya, ya. Cepat, cepat.

Dengan beroperasinya LRA Langat 2 ini nanti, adakah ia dapat membatu menstabilkan level Kolam Bukit Mayong yang dikatakan menjadi salah satu faktor masalah bekalan air dan tekanan air di sekitar Ijok iaitu di Kampung Jaya Setia, Kampung Bukit Cerakah dan sekitarnya Kampung Bukit Kucing lah. Dimanakah, Ijok maklum, dimaklumkan bahawa level air ini dapat diselesaikan sekiranya projek Langat 2 ini siap. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Sebenarnya ini lebih kepada kawasan sekitar Hulu Langat dan juga Gombak memang terlibat. Tetapi yang pentingnya ini ialah projek ini telah dibuat untuk meningkatkan reserve simpanan air kita, bekalan air kita. Ini sebab kita berada di 10% kita akan naikkan ke lebih tinggi dan tentang isu-isu berkaitan tempat lain ini, kita akan ada kaedah-kaedah lain yang kita akan laksanakan untuk memastikan dia akan mencapai tahap yang baik. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya. Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan apa-apa penjelasan atas perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Taman Templer.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul menyembah Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sepanjang minggu lalu. Khususnya

berkaitan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor. Maklum balas kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Sungai Ramal berkaitan kebajikan masyarakat.

Tuan Speaker, saya bersetuju dengan cadangan daripada Pelabuhan Klang agar bantuan BINGKAS diberikan kepada mereka yang benar-benar layak supaya lebih banyak keluarga dapat menikmati manfaat bantuan tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, terdapat inisiatif khusus dalam Rancangan Selangor Pertama bagi membangunkan rangka kerja pemantauan untuk semua program kebajikan. Saya dimaklumkan rangka kerja ini akan dibangunkan secara bersama oleh Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP) dan Seksyen Sektoral, UPEN. Selain itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, JPM Negeri Selangor untuk membuat semakan silang dengan data penerima sistem e-Kasih. Kerajaan Negeri juga akan meneroka kerjasama bagi semakan silang dengan sistem PADU yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Speaker, Pelabuhan Klang juga memberikan cadangan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan kenaikan jumlah bantuan Skim Mesra bagi merangka evidence based policy ataupun polisi berasaskan bukti. Kerajaan Negeri akan melaksanakan kajian tindakan bagi memahami keperluan warga emas di Negeri Selangor. Hasil kajian tersebut akan memandu Kerajaan Negeri menentukan bentuk bantuan dan pemberdayaan yang diperlukan oleh warga emas di Selangor. Saya mengalu-alukan perhatian berkaitan warga emas yang turut diberikan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal yang mengutarakan cadangan menyediakan lebih banyak pusat penjagaan sama ada yang mampu milik atau premium. Berkenaan pusat penjagaan warga emas, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor mencatatkan sejumlah 101 buah pusat jagaan kategori warga emas telah didaftarkan di bawah akta Pusat Jagaan 1993 yang memberi jagaan kepada 1695 orang warga emas di negeri ini. Saya bersetuju dengan pandangan Sungai Ramal bahawa kerjasama Kerajaan Negeri dengan pihak swasta amat penting dalam penyediaan pusat jagaan warga emas. Dasar ekonomi penjagaan Negeri Selangor yang sedang dibangunkan akan menekankan tentang redistribution atau pengagihan semula tanggungjawab antara Kerajaan Negeri dengan pihak swasta, komuniti dan juga keluarga. Maka Kerajaan Negeri sedang meneroka peluang kerjasama yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada warga emas tetapi juga merangsang ekonomi negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa PBT di Negeri Selangor seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor seperti SELGATE Corporation dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah pun mengorak langkah untuk membangunkan rumah jagaan warga emas termasuklah asissted senior living dan independent living unit. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama.

Saya memberikan maklum balas kepada Yang Berhormat Sungai Ramal, Yang Berhormat Kampung Tunku, Yang Berhormat Subang Jaya dan juga Yang Berhormat Bukit Lanjan bagi isu-isu berbangkit sekitar pembangunan wanita dan keluarga.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Ramal...

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker.

Speaker

Silakan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Dah masuk tajuk lain. Saya mohon masa sekejap. Tajuk warga emas tadi itu, tentang ada pusat jagaan warga emas yang duduk di atas tanah milik orang lain atau tanah milik institusi masjid atau tanah milik kerajaan. Apakah pihak kerajaan ada mengambil tahu tentang perkara ini untuk dibersihkan untuk diputihkan?

Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI

: Dalam perancangan Dasar Pembangunan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor, antara inisiatif awal adalah untuk melakukan GIS (Geograhic Information System) di mana pemetaan pusat-pusat jagaan warga emas ini perlu kita dapatkan data-datanya dan dalam tempoh satu tahun ini Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan semua pihak swasta juga Kerajaan Negeri dan juga untuk memastikan bahawa pembangunan pusat jagaan tersebut berada di atas tanah hak milik yang sewajarnya dan pemutihan seperti cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal akan kami terima untuk input sebagai rangka membina GIS tersebut.

Kembali balik tentang pembangunan wanita dan keluarga, Yang Berhormat Sungai Ramal ada mempersoalkan tentang fungsi Dasar Pembangunan Kanak-kanak Selangor dan menyatakan dasar tersebut gagal menangani isu pengabaian kanak-kanak. Seperti yang saya sebutkan dalam jawapan saya sebelum ini, dasar tersebut baharu sahaja dilancarkan pada bulan Mei 2023. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Wanita dan Keluarga akan memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak menerusi lima inisiatif yang bakal dilaksanakan pada tahun 2024 dengan kerjasama pelbagai pihak. Huraian inisiatif berikut sekali gus merupakan maklum balas kepada tiga soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal berkaitan dengan kanak-kanak. Inisiatif pertama ialah, kempen keselamatan kanak-kanak yang bertujuan untuk menangani isu kanak-kanak tertinggal dalam kereta. Di mana program ini menyasarkan golongan ibu bapa muda dan komuniti untuk sentiasa alert dengan keberadaan kanak-kanak dalam kenderaan khususnya di tempat parkir kereta awam. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan, Persatuan Taska Negeri Selangor iaitu PTNS, NGO dan pihak swasta bagi melaksanakan kempen ini. Kedua, Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor bagi

melaksanakan program keibubapaan digital ataupun digital parenting yang menyasarkan penerima manfaat insentif Kerajaan Negeri seperti Asuh Pintar, TUNAS, Mamakerja dan Bingkas sebagai sebahagian daripada peserta. Program ini akan mendedahkan para peserta tentang pengetahuan dan kemahiran bagi mendidik anak-anak tentang kaedah menggunakan peranti digital serta internet secara bijak. Seterusnya, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta badan NGO untuk melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Selangor. Bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di sekolah rendah dan menengah tentang keselamatan diri, penggunaan peranti dan internet yang bijak, sentuhan selamat dan tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kes penderaan dan keganasan seksual serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS) akan menjalinkan kerjasama dengan Pusat Wanita Berdaya Selangor, ahli majlis, ketua-ketua kampung dan persatuan penduduk untuk mengadakan Inisiatif Komuniti Selamat, yang memberikan fokus kepada kesejahteraan wanita, kanak-kanak dan keluarga. Inisiatif yang terdekat yang akan dilaksanakan ialah kerjasama Kerajaan Negeri dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri bagi menganjurkan konvensyen kebangsaan peringkat zon tengah mengenai Perlindungan Terhadap Murid Daripada Eksploitasi Sosial, Jangan Diam Laporkan Keganasan yang akan berlangsung pada 16 Mac 2024. Konvensyen ini bertujuan untuk memperkasa peranan guru-guru dalam menangani isu berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak mengambil kira kurangnya pelaporan kes berkaitan di Malaysia.

Saya juga ingin menyentuh tentang pandangan Yang Berhormat Kampung Tunku berkaitan dengan program pendidikan seksual dan reproduktif bagi menggantikan inisiatif Talian SELamat. Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan asal inisiatif Talian SELamat ialah untuk menangani isu keganasan rumah tangga yang meruncing ketika Covid-19. Keperluan kepada alternatif bagi talian sedia ada sangat kritikal ketika itu. Setelah tiga tahun pelaksanaan, Kerajaan Negeri melihat keperluan untuk menggantikan Talian SELamat dengan strategi berasaskan komuniti atau community based strategy itu dengan memperkasa fungsi ahli keluarga, jiran, komuniti untuk sama-sama menangani isu keselamatan kanak-kanak, wanita dan keluarga menerusi lima inisiatif yang sebagaimana yang telah saya huraikan sebentar tadi.

Tuan Speaker, saya memahami permasalahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya tentang kemudahan mesra wanita terutamanya bagi ibu menyusu serta kemudahan mesra kumpulan sasar lain seperti kanak-kanak, warga emas dan OKU. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat untuk menyemak piawaian bangunan dan tempat awam yang seharusnya mengambil kira reka bentuk universal ataupun universal design. Selain itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat agar Lembah Klang Raya atau Greater Klang Valley menjadi pentadbiran

locality pertama yang mesra warga emas, orang kelainan upaya, mesra kanak-kanak dan wanita.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Ijok mengetengahkan cadangan agar Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada pusat pemulihan dalam komuniti ataupun PPDK bagi meringankan beban kos sewaan premis atau menyediakan bangunan kekal untuk PPDK beroperasi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada tahun 2023 Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM16 juta kepada Pertubuhan PDK yang merupakan Pertubuhan Sukarela Kebajikan PSK yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di negeri Selangor. Peruntukan ini meliputi elaun khas pelatih OKU, bayaran sagu hati kepada penyelia dan petugas, sewa premis, pembayaran utiliti, pembelian peralatan tertakluk kepada PDK baharu sahaja termasuk pelaksanaan program dan aktiviti. Kerajaan negeri turut melaksanakan program usaha sama dengan PPDK menerusi program Didik ANIS iaitu dengan penyaluran dana sehingga maksima RM10 ribu. Sebanyak 332 buah PPDK dan pusat intervensi awal di Selangor yang telah menerima manfaat daripada program Didik ANIS sejak program ini dimulakan pada tahun 2018. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Negeri sekalian, inisiatif dan program bagi orang kurang upaya atau OKU di negeri Selangor akan dilaksanakan oleh Yayasan Insan Istimewa Selangor atau Yanis dengan dipandu oleh Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS). Oleh itu, Kerajaan Negeri menerusi Yanis dan MTOS akan meneliti cadangan Yang Berhormat tersebut.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah Yang Berhormat Taman Templer.

Speaker

Silakan.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Sila.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini berkenaan dengan PDK sebab saya ingat dalam sidang yang lepas saya pun ada bangkit dari Taman Medan tapi maklumat yang saya terima adalah tidak ada lagi kuota untuk PDK baru dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, makna di peringkat kementerian. Jadi adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan sama ada melalui pejabat Yang Berhormat untuk minta supaya ada kuota khas disediakan supaya PDK baru dapat dimohon, pertama. Kedua, kalau tidak Kerajaan Persekutuan tidak mampu siapkan benda itu, adakah Kerajaan Negeri boleh take out this responsibility, maknanya membantu untuk sebab saya rasa PDK ini we have to go by zone atau locality untuk memudahkan peserta atau mereka yang memerlukan perkhidmatan PDK ini. Jadi mohon pandangan Yang Berhormat Taman Templer.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan untuk pertanyaan yang pernah dibangkitkan dalam sidang lepas. Saya

dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sebenarnya mana-mana pertubuhan sukarela kebajikan ataupun NGO yang berdaftar di bawah ROS boleh memohon. Di pihak NGO tersebut perlu memohon dengan JKM dan mengenal pasti lokasi. Walaubagaimanapun untuk urusan intervensi ataupun pemulihan dalam komuniti, Kerajaan Negeri Selangor di bawah YANIS juga ada perancangan untuk kerjasama dengan PPAS ataupun Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di mana sekiranya peruntukan ataupun kuota daripada Kerajaan Persekutuan untuk di kawasan Taman Medan telah terhad, kita mungkin akan bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor iaitu dalam konteks perpustakaan daerah untuk kita wujudkan satu program intervensi ataupun pemulihan. Tetapi kemudahannya agak terhad kerana mengikut kapasiti perpustakaan tersebut. Saya sambung Yang Berhormat.

Tuan Speaker, Yang Berhormat, saya mengambil maklum cadangan Bukit Lanjan agar program-program di bawah Pusat Wanita Berdaya Selangor juga menyasarkan program untuk golongan wanita muda. Selain program di bawab PWB, Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) merupakan salah satu program flagship di bawah Wanita berdaya Selangor yang menyasarkan golongan wanita berumur 21 hingga 45 tahun.

Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, suka untuk saya memaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor WBS, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, akan menganjurkan sambutan hari wanita peringkat Negeri Selangor pada 10 Mac 2024, Ahad ini. Mengangkat tema hari wanita peringkat kebangsaan itu, Wanita Dijulang, Negara Gemilang, pelbagai aktiviti akan dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengwujudkan budaya inklusif, yang memberikan ruang dan peluang yang sama terhadap lelaki dan wanita, serta menghargai sumbangan dan peranan wanita kepada masyarakat dan negara. Sekian, ucapan penggulungan saya. Terima kasih.

Speaker

Seterusnya, saya menjemput EXCO yang seterusnya, Yang Berhormat Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, salam kita Selangor maju bersama.

Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T ke atas limpah kurnianya kita semua dapat terus berada di dalam Dewan yang Mulia ini di Penggal Kedua ini untuk meneruskan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Seperti yang lain Sungai Air Tawar turut menjunjung setinggi-tinggi terima kasih dan Titah Ucapan Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sesungguhnya, patik pacal warga Sungai Air Tawar, menjunjung Titah Ucapan Tuanku Sultan, dan meyakini kebijaksanaan dan kesaksamaan Tuanku sebagai Ketua Negeri dan payung

yang menaungi sekalian rakyat warga rumpun Selangor di negeri ini. Terkait dengan perbahasan sempena Usul menjunjung ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, saya mendapati tidak banyak isu ataupun perkara yang dibangkitkan secara langsung oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan portfolio yang berada di bawah bidang kuasa saya iaitu Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi dan Perpaduan Nasional. Namun saya mengambil ruang ini, untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Kajang ada membangkitkan mengenai usaha Kerajaan Negeri di dalam pembasmian, kemiskinan dan keperluan mewujudkan eko-sistem ekonomi khususnya di kampung-kampung. Khususnya buat kampung-kampung tradisi, saya ingin mengatakan bahawa Kerajaan Negeri memang memberikan perhatian serius terhadap usaha memperdayakan terhadap ekonomi luar bandar. Sudah tiba masanya kita menoktahkan persepsi bahawa pembangunan ekonomi hanya semata-mata tertumpu di kota dan bandar. Sebab itulah Kerajaan Negeri telah memperkenalkan tiga koridor utama iaitu IDRISS, ZPE, SMG dan SABDA. Pembangunan koridor ekonomi ini khususnya SABDA, bertujuan untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang di dalam negeri ini khususnya di kawasan utara anjung Selangor di dalam memacu pembangunan ekonomi setempat dan merapatkan jurang pembangunan dan sosio ekonomi di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemajuan Luar Bandar dan Kemampanan Kampung Tradisi memberi perhatian serius terhadap ekonomi desa. Justeru pada tahun ini, melalui program jejak eko-desa, Kerajaan Negeri menyasarkan untuk mengangkat ekonomi desa dengan mengenal pasti ekonomi berpotensi tinggi di sebuah kampung tradisi sebagai identiti ekonomi kampung berkenaan. Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang paling berpotensi misalnya perusahaan makanan tradisional, pembuatan kraf tangan, perkhidmatan seperti eko-pelancongan, pertanian dan lain-lain. Sebagai projek rintis dan permulaan, program ini akan menyasarkan satu kampung tradisi bagi setiap daerah dan akan diperluas pada masa akan datang. Di samping itu, bagi memastikan masyarakat desa tidak ketinggalan dari arus pemodenan dan dunia digital pada hari ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PLAN Malaysia telah membina dua buah Pusat Smart Desa di Kampung Sungai Air Tawar di daerah Sabak Bernam, dan Kampung Indah, daerah Kuala Langat. Insya-Allah pada tahun ini, PLAN Malaysia Selangor akan membina dua buah lagi Pusat Smart Desa, di daerah yang akan di kenal pasti kelak.

Daripada aspek perumahan, pihak Kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan melalui pejabat Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah iaitu KKDW Negeri Selangor, melalui projek perumahan rakyat termiskin PPRT. Bagi tahun ini untuk PPRT, pihak KKDW memperuntukkan Negeri Selangor sebanyak 126 buah bina baru dan 371 buah rumah untuk baik pulih. Daripada aspek peluang dan pembangunan dan keusahawanan di luar bandar, pihak Kerajaan Negeri

akan melaksanakan kerjasama erat dengan pihak Majlis Amanah Rakyat yakni MARA, Giat MARA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat serta KEMAS untuk memastikan warga desa menyertai peluang dan ruang yang ditawarkan untuk memberi perubahan dan peningkatan terhadap tahap sosio-ekonomi keluarga.

Kerjasama di peringkat kedua-dua kerajaan ini, menjadi realiti. Alhamdulillah dengan berkat usaha Kerajaan Perpaduan Madani yang dibina di peringkat persekutuan dan negeri jua. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Kelang, ada menyentuh mengenai status pelantikan Ketua Kampung Tradisi di dalam perbahasan beliau. Sukacita untuk saya maklumkan bahawa insya-Allah, Kerajaan Negeri dijangka akan memuktamadkan pelantikan Ketua-ketua Kampung Tradisi bagi penggal yang baru menjelang bulan April ini. Daripada segi kesinambungan, kepimpinan di peringkat kampung, saya ingin memberi jaminan bahawa tiada isu ketiadaan ketua kampung pada masa ini. Memandangkan Kerajaan Negeri telah memberi pelanjutan terhadap perkhidmatan ketua-ketua kampung tradisi sedia ada sehingga 31 Mac 2024 ini. Jadi sama-samalah kita mendoakan agar perkara ini diselesaikan dalam masa terdekat, insya-Allah.

Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan Gombak Setia, yang berkongsi keprihatinan menjunjung Titah Ucapan Tuanku Sultan terhadap peri pentingnya perpaduan dan keharmonian kaum di negeri Selangor ini. Selangor jantung perpaduan negara. Ini menunjukkan betapa peri pentingnya negeri ini, bukan hanya sekadar penyumbang utama ekonomi negara, tetapi juga turut menjadi paksi kepada kepelbagaian masyarakat daripada pelbagai negeri, agama, etnik, budaya dan menjadikan Selangor ini, unik ibarat mini Malaysia. Justeru, kita bukan hanya perlu kuat ekonomi, tetapi penting juga untuk kita menjadi teras kepada pembinaan naratif perpaduan. Yang dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini. Sayugia, menyedari hakikat kepentingan perpaduan sebagai tunjang kestabilan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program khas iaitu Gagasan Rumpun Selangor. Di bawah Gagasan Rumpun Selangor ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional, menganjurkan program Gagasan Rumpun Selangor di setiap daerah. Di mana program yang pertama telah berjaya dianjurkan di daerah Hulu Selangor pada 21 hingga 23 Februari 2024, baru-baru ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor diatas dukungan terhadap program ini dan atas kesudian untuk turun padang bagi merasmikan program berkenaan pada 22 Februari yang lalu. Saya juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih ke Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor atas limpah perkenan berangkat dan bersama-sama masyarakat sepanjang tiga hari dua malam program berkenaan berlangsung. Program berkenaan turut menjadi platform untuk Kerajaan Negeri menyantuni segenap lapisan masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang padat di samping menyantuni masyarakat di karnival perpaduan melalui reruai ataupun pelbagai agensi, sukan rakyat dan pertandingan atau persembahan kebudayaan. Insya-Allah, program ini akan diteruskan ke baki 8 daerah yang lain.

Selain itu, Kerajaan Negeri dalam proses untuk menggubal Dasar Perpaduan Rumpun Selangor dan mengubah lagu tema Perpaduan Rumpun Selangor. Insya-Allah, lagu ini dijangka akan dilancarkan sempena minggu perpaduan negara pada Mei ini. Kerajaan Negeri turut berkerjasama rapat dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Negeri Selangor dan akan sentiasa memantau isu terkait isu perpaduan, bersama-sama pihak-pihak berkepentingan melalui Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Selangor yang akan dipengerusikan oleh EXCO Perpaduan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, demikianlah penggulungan saya terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan, yang berkait dengan portfolio saya, saya berharap agar semua pihak memberi dukungan dalam menjayakan agenda pembangunan, program dan inisiatif yang di rencana oleh Kerajaan Perpaduan ini demi memastikan kemakmuran rakyat dan Negeri Selangor yang kita cintai ini. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kita Selangor, tonggak kemajuan, Maju bersama ekonomi saksama, Rumpun Selangor pengikat perpaduan, Demi rakyat dan negeri sejahtera.

Speaker

Kajang, Kajang, Kajang, boleh bagi.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Kajang minta pencerahan.

Speaker

Ya.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih, Tuan Yang Berhormat EXCO. Untuk menoktahkan miskin tegar, yang Kajang sebut dua hari lalu, untuk membuat satu eko-sistem yang baharu. Iaitu satu sistem atau satu tempat supaya kita dapat kumpulkan miskin tegar tinggal di sana, dan dapat kita memberikan pekerjaan kepada mereka, ibu atau bapa dan pada masa yang sama, anak-anak mereka dapat teruskan pendidikan atau kalau sakit, dapatkan kesihatan lah. So, adakah kerajaan dapat atau ada niat untuk mewujudkan satu eko-sistem di sesuatu tempat yang sesuai untuk menolong miskin tegar. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Kajang atas pandangan dan cadangan yang sebegitu baik. Insya-Allah pihak Kerajaan Negeri akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat dan kita akan meneliti sama ada kesesuaian perkara ini untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun, memang kita seperti yang kita maklumkan tadi, pihak Kerajaan Negeri memang mengadakan beberapa program-program bersama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kemiskinan di luar bandar ini dapat kita atasi secara bersama. Terima

kasih, Tuan Speaker, saya mohon untuk menyokong usul menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulhi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Seri Setia.

Terima kasih Tuan Speaker. Terutamanya saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada 18 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 2024, yang menyentuh perkara-perkara di bawah Jawatankuasa Tetap Agama Islam dan Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Digital.

Saya akan mulakan dengan soalan-soalan di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam. Saya mulakan perkara pertama iaitu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Bernam, mengenai perceraian di usia muda perkahwinan dan bagaimana kerajaan boleh memperkasakan program-program untuk mengurangkan perceraian ini. Jodoh dan ajal adalah dua perkara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T untuk setiap individu. Namun Kerajaan Negeri Selangor, melalui JAIS sentiasa berusaha memastikan semua pasangan yang berhasrat untuk berkahwin diberi pendedahan awal dan penambahan ilmu kekeluargaan dengan melaksanakan kursus pra perkahwinan Islam secara berkala. Pengisian dalam kursus ini melibatkan tajuk-tajuk utama iaitu yang berkaitan tasawur Islam, perkahwinan, kewangan, pengurusan stres dan konflik, komunikasi dan tanggungjawab suami isteri, pengurusan kesihatan keluarga dan pembubaran perkahwinan. Bagi pasangan yang telah berkahwin, program pasca perkahwinan disediakan sebagai medium pengukuhan berterusan kepada suami isteri untuk memantapkan rumah tangga daripada semasa ke semasa seiring dengan usia perkahwinan yang dilalui. Antara program pasca yang dilaksanakan secara berkala oleh JAIS adalah kursus pasca perkahwinan dilaksanakan mengikut usia perkahwinan. Dengar betul-betul. Fasa pertama disebut Kursus Bulan Madu, untuk usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun. Fasa kedua, kursus yang disebut Kursus Sehati Sejiwa. Untuk usia perkahwinan 6 hingga 10 tahun. Fasa ketiga, Kursus Semarak Kasih. Usia perkahwinan 11 hingga 20 tahun. Fasa keempat, Kursus Syurga Cinta. Untuk usia perkahwinan 21 tahun ke atas. Jadi kursus-kursus ini ada disediakan oleh pihak JAIS. Namun begitu, untuk memastikan sedikit fokus diberikan kepada program-program ini, saya sukacitanya mencadangkan bahawa supaya kursus pra perkahwinan ini diperkasakan. Untuk mengubah kefahaman bahawa perkahwinan ini bukanlah hanya untuk meredakan gelora cinta ataupun terpaksa atas desakan keluarga dan komuniti. Ia harus difahami sebagai suatu tanggungjawab yang berat dan mempunyai implikasi-implikasi yang besar, seandainya perkahwinan itu diakhiri. Saya di sini mengambil sedikit kesempatan untuk berkongsi bahan-bahan rujukan baik yang boleh diangkat untuk panduan pemuda pemudi Negeri Selangor. Seperti buku Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, karangan Yang Berhormat Sungai Ramal..

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Sama-sama. Benda baik kita kena sebut baik. Sangat ringkas, sangat mudah dan sarat dengan fakta dan peraturan sebagai kandungan rasmi yang boleh digunakan dalam kursus pra perkhawinan ini. Soalan kedua, Yang Berhormat Sijangkang bertanyakan sama ada adakah modul baru untuk pengurusan tanah-tanah baru wakaf Masjid di Selangor. Perbadanan Wakaf Selangor memaklumkan bahawa pada ketika ini tidak ada modul baru sebaliknya fokus sedang tumpukan untuk menggalakkan usaha kutipan wakaf tunai yang mana serendah RM1 sahaja boleh dibuat menerusi potongan gaji. Untuk soalan-soalan berkaitan dengan sekolah agama, yang pertama soalan daripada Yang Berhormat Paya Jaras mengenai penambahan MITS di seluruh Negeri Selangor yang dicadangkan diperluaskan pembangunan MITS tersebut…

Speaker.

Silakan.

Speaker

Silakan Sijangkang.

Salam perbahasan saya saya minta badan wakaf Selangor yang dalam pembentangan penyata PAC dicadangkan supaya ada satu Vot dibawah Kerajaan Negeri untuk mengadakan, diadakan untuk peruntukan pengurusan dan saya juga bertanyakan samada mungkin Kerajaan Negeri boleh menyediakan satu dana atau geran untuk membangunkan tanah-tanah wakaf aset-aset yang begitu besar di bawah Perbadanan Wakaf Selangor supaya ia dapat diperdayakan dan akhirnya memberikan pulangan yang baik kepada negeri. Terima Kasih.

Terima Kasih atas cadangan tersebut. Saya rasa itu boleh diteliti oleh pihak Perbadanan Wakaf Selangor dan kita akan angkat, cuma untuk kali ini belum boleh difikirkan lagi. Untuk cadangan Yang Berhormat Paya Jaras, untuk perluasan MITS di seluruh Negeri Selangor adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk menetapkan pembinaan satu MITS di setiap daerah yang ada di Negeri Selangor dan itu akan dibuat menerusi penelitian secara mendalam tentang perkara-perkara berkaitan dengan perjawatan, implikasi kewangan dan sebagainya. Soalan daripada Yang Berhormat Permatang tentang tambahan guru KAFA tahun 2024. Tambahan guru KAFA untuk tahun 2024 adalah sebanyak 150 waran yang menggunapakai peruntukan Kerajaan Negeri yang telah diluluskan pada Tahun 2023. Lantikan 150 waran orang guru KAFA ni telah mula dilaksanakan pada bulan Februari 2024. Berikutnya saya jawab bersekali soalan mengenai guru-guru KAFA yang bersalin dan pekerjaan guru KAFA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang dan Yang Berhormat Paya Jaras. Yang pertama, adalah

apakah status perjawatan guru KAFA yang ada. Status perjawatan guru KAFA diseluruh Selangor dan Malaysia adalah CFS iaitu contract of services dan tidak ada guru yang berstatus penjawat awam. Guru-guru ini layak dapat cuti bersalin bergaji selama 60 hari dan ini berdasarkan Pekeliling tahun 2010 yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang masih digunapakai hari ini. Namun begitu, pada bulan Julai 2022 suatu Pekeliling telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM Persekutuan yang menggesa agar guru-guru KAFA ini hanya diberikan cuti bersalin 60 hari tetapi tidak bergaji, kerana gaji itu akan digunakan untuk membayar gaji guru-guru ganti berdasarkan jam perkhidmatan sehari.

Boleh mohon penjelasan tentang surat JAKIM yang dikeluarkan 2022, pada masa itu siapa Perdana Menteri?

Fakta yang ada pada Julai 2022 itu Perdana Menteri adalah Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaacob dan Kerajaan Persekutuan yang di sebelah sana lah. Terima Kasih.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan..

Speaker

Permatang, Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya tertarik tadi dengan soalan Yang Berhormat Lembah Jaya. Jadi saya ingin bertanya kembali kepada yang Berhormat EXCO, adakah dengan izin separation of power, adakah kuasa JAIS dibawah Kerajaan Persekutuan atau pun dibawah Kerajaan Negeri? Dan seandainya di bawah Kerajaan Negeri, siapa pula boleh kita tengok siapa pula Menteri Besar ketika itu.

Untuk makluman Yang Berhormat Permatang, sehingga kini Pekeliling 2010 itu masih digunakan Kerajaan Negeri, bermakna guru KAFA masih di bayar gaji walaupun dia masih bercuti bersalin tersebut. Pekeliling Persekutuan yang tidak benarkan bayar gaji ketika guru-guru itu bersalin. Jadi kita masih menggunapakai Pekeliling tahun 2010. Saya nak sambung soalan itu dengan soalan daripada Yang Berhormat Paya Jaras yang bertanya bagaimanakah boleh diperbaiki lagi proses untuk penggantian guru-guru yang bersalin. Jadi jawapannya adalah cara penggantian yang dilakukan sebelum ini adalah tidak tepat apabila penggantian dibuat dengan cara melantik guru KAFA baru sedangkan kuota guru sebenar yang masih ada dan sedang cuti bersalin. Pelantikan guru KAFA sebagai guru ganti dengan pelantikan guru KAFA baru mengundang implikasi kewangan baru apabila Kerajaan perlu membayar gaji-gaji bersalin selama 3 bulan dan guru ganti pada masa sama. Jadi dasar yang ada sekarang ini kalau kita ganti, kita bayar dua-dua. Tapi ini jadi satu masalah untuk Kerajaan Negeri kerana kita tak tahu guru-guru bila dia nak bersalin kan. Kalau dia bersalin pun gaji dia kita bayar dan guru ganti pun kita bayar. Jadi memberi bebanan pada Kerajaan Negeri yang

mana pihak JAIS sekarang ini sedang meneliti proses yang lebih baik untuk kita melakukan penggantian ini.

Yang Berhormat. Terima kasih pada EXCO yang memberikan jawapan. Sebab tu bila saya cadangkan kalau negeri lain tu mungkin dana dia tu tak banyak, sebab itu saya mengesyorkan satu dana khas yang kita oleh guna secara pool lah, maknanya kita boleh guna bila-bila masa sahaja. Kita bukan lock guru itu ada tahunan, tapi satu dana macam tabung Amanah dan sebagainya yang mana sekolah boleh mohon dana itu untuk menggunakan dana untuk guru ganti. Dia bukannya macam kita penjawatan biasa, tapi satu lapor contohlah telah lock setahun 1 juta, 3 juta, 4 juta dan lebihan so, lebihan itu letak satu pool so mana-mana guru, mana-mana sekolah atau PIBG, dia boleh mohon dana itu. Jadi tak payah cari. Jadi memudahkan. Jadi kalau ada perkara-perkara yang kita oleh baiki, kita baiki supaya kebajikan guru KAFA ini dapat diberi perhatian. Kalau benda tu esok boleh lakukan, alangkah baiknya untuk guru-guru dapat peluang untuk kita memastikan bahawa kebajikan mereka dapat diberikan sebaiknya dan ini akan beri kebaikan juga guru-guru kita, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras, cadangan yang baik. Cuma dari segi pelaksanaannya itu tadi kalua kita nak tetapkan berapakah saiz dana yang patut ada pada peringkat awal untuk tujuan bajet dan sebagainya. Tapi kita ambil maklum cadangan tersebut dan kita akan selitkan dalam kaedah yang sedang di teliti pihak JAIS. Untuk kebajikan guru-guru KAFA ini juga, saya bangkitkan soalan Yang Berhormat Meru, mengenai pengkajian semula elaun guru kara termasuk mendapat elaun tetap dan pencaruman ke dalam KWSP. Bermula tahun 2019, caruman KWSP dan PERKESO telah dilaksanakan pada kesemua guru KAFA yang berjumlah 4,200 orang. Anggaran jumlah kos setahun bagi caruman KWSP ialah sebanyak 7.6 juta, manakala bagi caruman perkeso pula ialah sebanyak 1.1 juta. Ianya akan menyebabkan bertambahan peruntukkan Kerajaan Negeri berikutan kelulusan baru pertambahan guru KAFA sebanyak 656 waran yang akan mula akan dilantik secara berperingkat bermula Februari tahun ini. Selain daripada itu juga, Kerajaan juga telah membuat penyelarasan gaji minimum sebanyak RM1,500.00 sebulan pada semua guru KAFA bermula tahun 2023. Sekurang-kurangnya kita ada satu base standard, Insya-Allah kita boleh lihat kalau perlu ada kenaikan pada masa yang akan datang.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Meru juga soalan mengenai permohonan Kerajaan Negeri agar membuat naziran pembaikan fizikal sekolah Rendah Agama untuk keselesaan sekolah. JAIS melalui rancangan baik pulih jabatan telah menyenaraikan tindakan baikpulih bangunan-bangunan di bawah seliaan JAIS termasuklah sekolah-sekolah agama. Ianya akan dijalankan berdasarkan penailan merit dan keupayaan kewangan semasa. Merit atau keutamaan pada kerosakan-kerosakan di sekolah-sekolah yang melibatkan keselamatan guru dan pelajar, keselesaan pembelajaran dan kerosakan yang jika tidak dibaiki akan menyebabkan

kerosakan yang lebih besar. Soalan daripada Yang Berhormat Sungai Burong mengenai agar permohonan pendaftaran sekolah Islam persendirian dipermudahkan. Untuk makluman yang Berhormat Sungai Burung, pada tahun ini beberapa kemudahan telah diberikan sebagai contoh sekiranya pihak sekolah tidak mampu mengemukakan kebenaran merancang atau lesen daripada PBT, pihak sekolah masih boleh digantikan dengan laporan kemajuan permohonan kebenaran merancang ataupun lesen perniagaan daripada konsultan-konsultan yang dilantik. Sekarang saya tuju pada topik mengenai surau-surau di Negeri Selangor. Saya mulakan dengan soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang mengenai surau Al-Falah di AU4. Dalam isu ini, pihak JAIS, PTGS, MPAJ dan AJK Surau Al-Falah telah pun membuat perbincangan. Walaupun pada awalnya pihak JAIS pewartaan tapak sedia ada dengan MPAJ dan MPAJ pula akan memperuntukkan parkir tambahan untuk Jemaah surau, pihak surau tidak bersetuju dan tetap mahu berpindah ke tapak baru sepertimana yang dicadangan oleh mereka. Sehubungan dengan itu, persetujuan telah dicapai untuk mencadangkan pegawai daerah Gombak dan Yang Dipertua MPAJ, lokasi baru iaitu di kawasan gelanggang silat sebagai tapak surau dan gelanggang silat itu akan dianjak kebelakang atau dipindahkan ke lokasi berdekatan. Keputusan ini akan disusul dengan langkah seterusnya agar perkara dapat diselesaikan segera mungkin. Soalan ke?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya mohon kalau boleh Yang Berhormat EXCO dapat menyemak dengan lebih terperinci kerana berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh pengurusan surau Al-Falah, tapak yang dicadangkan untuk membangunan semula surau Al-Falah ini pada awalnya telah pun dipersetujui secara bertulis oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, supaya ianya diwartakan bagi tujuan pembangunan surau baru tetapi dalam tempoh saya ingat kurang daripada 7 hari surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak itu dibatalkan dan dikembalikan semula tapak itu untuk tujuan kawasan lapang dan padang bola. Persoalannya, mengapa keputusan seperti ini boleh berubah dalam tempoh kurang seminggu? Apakah ada intervensi ataupun gangguan daripada mana-mana pihak yang menyebabkan perancangan awal surau Al-Falah ini terbatal? Dan yang kedua, saya harap Yang Berhormat EXCO juga dapat meneliti cadangan baru ini di tapak silat, sama ada ianya bersesuaian dengan kemudahan dan keperluan pembangunan semula Surau Al-Falah kerana yang saya sebut dalam perbahasan saya, kepadatan penduduk di Taman Seri Keramat Tengah di AU4 ini sudah meningkat berkali ganda. Jadi tidak mungkin ianya dapat dipindahkan kesatu tapak yang tidak dapat memenuhi keperluan umat Islam disitu dan yang pentingnya anak-anak kariah di Surau Al-Falah telah pun raise ataupun mendapatkan peruntukan yang agak besar bagi pembangunan semula Surau Al-Falah ini. Jadi mereka hanya memohon kerjasama daripada Kerajaan Negeri untuk facilitate perbincangan antara pejabat daerah dan juga MPAJ supaya perancangan awal ini dapat diteruskan dan disegerakan terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya akan teliti isu 7 hari tersebut dan juga kesesuaian isu yang dibangkitkan tadi. Saya teruskan dengan soalan daripada Yang Berhormat Sungai Ramal mengenai pengekalan status surau Jumaat, Surau Al-Raihan di Bandar Teknologi Kajang. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus MAIS Bilangan 1 / 2024 yang diadakan pada 22 Februari 2024 telah membuat keputusan untuk menarik balik status kebenaran surau Jumaat sementara kepada Surau Al- Raihan berikutan siapnya Masjid Taman Teknologi Kajang. Walau bagaimanapun, pihak surau boleh memohon kebenaran sementara solat Jumaat melalui proses yang ditetapkan dan ia akan diteliti dan dipertimbangkan Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid Surau Negeri Selangor, MAIS kerana di sini ada isu-isu hukum dan sebagainya lah. Insya-Allah saya akan bantu.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker, saya mohon bertanya. Terima kasih Yang Berhormat EXCO yang menjelaskan perkara ini. Khusus arahan ini ialah atas sebab keperluan yang sangat-sangat penting disitu. Saya sendiri turun di surau ini. Betapa pentingnya fokus sebenarnya bukan surau ini bukan solat Jumaat nya. Saya faham dan saya hormat keputusan yang diberikan pihak berkuasa Agama tentang atas aspek agama solat Jumaat mestilah di masjid tetapi atas aspek agama juga perlu menjaga kemudaratan iaitu kemalangan, kecelakaan, kematian sekiranya ada umat Islam yang pergi ke masjid tu memungkin kemalangan. Yang kedua ialah kemungkinan orang yang biasa mengerjakan Jumaat disitu tidak akan kerjakan solat Jumaat kerana jarak jauh khususya pekerja kilang. Surau yang ada tu dekat dengan kilang, industri mudah untuk mereka menunaikan solat jumaat tapi kalau dianjak dipindahkan di masjid jauh sukar pekerja kilang mengerjakan tanggungjawab mereka sebagai muslim mengerjakan solat Jumaat. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal, seperti yang saya sebut permohonan boleh dibuat dan masukkanlah perkara-perkara tersebut saya sendiri akan bantu meneliti, insya-Allah. Ketiga adalah soalan-soalan yang terkait Masjid di Negeri Selangor. Jadi saya bermula dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuang mengenai permohonan agar Kerajaan Negeri meletakkan imam di Kampung Orang Asli. Tiada lantikan khusus imam-imam surau di perkampungan Orang Asli. Walau bagaimanapun, penggerak-penggerak Orang Asli yang ditempatkan di Pejabat-pejabat Agama Islam di daerah akan membantu mengimarahkan surau-surau dan akan menjadi imam yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun 2024. Ini kita telah menyediakan inisiatif kepada imam-imam yang bertugas secara sambilan atau sepenuh masa sepanjang bulan Ramadhan. Jadi kalau imam-imam boleh maklumkan insya-Allah kita akan bantu. Seterusnya soalan Yang Berhormat Gombak mengenai pembangunan Projek ECRL di Kampung Sungai Chinchin yang melibatkan rizab Masjid Sungai Chinchin dan juga isu Lot 2200 yang tertinggal daripada senarai Warta Kerajaan. Lot Tanah Masjid Sungai Chinchin telah diwartakan di bawah kawalan Penghulu Mukim Setapak pada tahun 1992. Pada tahun 2017, JAIS telah memohon pembatalan warta bagi tujuan pewartaan semula di bawah kawalan Pengarah JAIS. Pada tahun 2022 Yang Amat

Berhormat Dato’ Menteri Besar telah pun mengumumkan pembinaan Masjid Baru Kampung Sungai Chinchin, beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah dibuat bersama pihak-pihak yang terlibat berkaitan pembangunan masjid baru dan pewartaan semula tapak baru dan tapak masjid yang sedia ada. Namun terdapat isu pemilikan asal tanah masjid yang telah ditimbulkan oleh Jawatankuasa Masjid apabila laluan ECRL yang melalui sebahagian tanah tersebut diluluskan oleh pihak Kerajaan dikatakan tanah wakaf. Pihak yang berkenaan mempertikaikan bagaimana tanah wakaf masjid boleh diserahkan bagi tujuan ECRL. Dalam mesyuarat terakhir diadakan pada 14 Februari 2024, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Gombak berpegang kepada warta asal iaitu lot tersebut diwartakan di bawah kawalan Penghulu Mukim Setapak dan bersetuju tapak masjid yang baharu akan diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS dan tapak masjid lama serta makam yang ada bersebelahan akan dirujuk kepada MAIS untuk diberi pemilikan sebagai wakaf irsod. Untuk isu Lot 2200 yang tertinggal, lot ini adalah merupakan hak milik tanah persendirian yang didaftarkan sebagai GM1385, Lot 2200, Mukim Setapak Daerah Gombak dengan keluasan 0.215 hektar. Berdasarkan semakan, lot ini adalah terlibat dengan cadangan jajaran Projek ECRL yang telah diwartakan pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, pihak PTGS telah mengambil tindakan pewartaan kedua bagi cadangan pengambilan tanah ke atas keseluruhan hak milik GM1385, Lot 2200, Mukim Setapak, Daerah Gombak di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang telah diisytiharkan melalui e-Warta Kerajaan No.860 bertarikh 15 Februari 2024. Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Kota Damasara mengenai masalah parking masjid Kota Damansara 1 yang sempit dan teruk, adalah dimaklumkan bahawa hanya ada 5 kiosk penjaja dibenarkan di tapak parkir tersebut dan kesesakan yang berlaku adalah disebabkan oleh para peniaga yang berniaga di luar kawasan masjid dan di bahu-bahu jalan yang ada. Jadi untuk tujuan ini agar pihak PBT melakukan sedikit penguatkuasaan untuk menjamin keselesaan para jemaah yang pergi ke masjid tersebut. Seterusnya di bawah masjid lagi ada satu cadangan daripada Yang Berhormat Batang Kali mengenai pembinaan masjid di Bandar Sungai Buaya. Keperluan atau merit pembinaan masjid baharu di Bandar Sungai Buaya di Hulu Selangor akan dibincangkan oleh JAIS dalam merancang keperluan pembinaan Masjid Negeri Selangor bagi tempoh 10 tahun yang meliputi keperluan perancangan pembinaan masjid dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan Ke-14 yang akan datang dan tertakluk kepada faktor kewujudan tapak yang disediakan oleh pemaju. Baik, mengambil panduan daripada ucapan Yang Berhormat Pelabuhan Klang bagi merealisasikan Titah Duli Yang Maha Mulai Sultan Selangor agar masjid dijadikan pusat perpaduan umat yang selesa untuk beribadat dan bebas daripada aktiviti-aktiviti politik yang boleh memecahkan umat dan komuniti, Pihak Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Selangor dan JAIS telah memulakan beberapa inisiatif untuk makluman separti berikut. Pertama, Program Subuh Seperti Jumaat yang telah diadakan di antaranya di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor pada 24 Februari 2024, Program Kembara Masjid Selangor (KeMas) yang merupakan sebuah Program Jelajah Masjid-masjid di Negeri Selangor bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah infrastruktur yang dihadapi oleh

masjid di Selangor. Matlamat utama program ini adalah untuk melibatkan penyertaan dan pengimarahan masjid khususnya di kalangan anak muda telah dilaksanakan di kawasan daerah Petaling dan juga di daerah Sabak Bernam. Ketiga, Program Tadabur Al-Quran dengan penekanan kepada huraian surah A-Hujurat di masjid-masjid bersama Kumpulan Asatizah Negeri Selangor yang telah dilancarkan pada 2 Mac 2024 baru ini di Masjid Al Husna Bandar Sunway, Petaling Jaya. Keempat, penggunaan Garis Panduan Masjid 2017 dan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid 2023 untuk membimbing nazir masjid, ahli kariah dan juga penceramah dengan memastikan tatacara yang betul agar masjid tidak dicemari dengan bibit-bibit pecahan-pecahan yang menyemai perpaduan. Kelima, pengurusan aduan masjid juga telah diperkasakan agar bukti-bukti video dan audio boleh juga digunakan aduan boleh dibuat di saluran-saluran berikut. Sistem pengurusan aduan awam di bawah kendalian SUK melalui email JAIS kepada InfoJAIS, melalui telefon, Whatsapp mengemukakan laporan tau aduan bertulis ke Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau mengemukakan aduan bertulis ke Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Sekejap bagi saya habiskan.

Speaker

Yang Berhormat Seri Serdang.

Pihak Kerajaan amat komited untuk menyelesaikan permasalahan ini jadi saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk sedikit statistik dan angka yang saya peroleh daripada JAIS sendiri perkara ini Titah Tuanku telah Tuanku titahkan agar masjid ini kita kekalkan kesuciannya dan bukan dijadikan gelanggang untuk berpolitik atau perpecahan. Di depan saya ada satu data daripada Januari 2023 hingga 2024 terkini ada sebanyak 25 aduan tentang salah guna masjid yang sedang disiasat oleh pihak JAIS. Tadi ada soalan ke?

Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Saya kira masjid dan surau ini perlu bebas daripada pengaruh politik ataupun unsur-unsur politik di dalam aktiviti harian mereka. Cuma saya hendak tahu juga berapa sebenarnya aduan yang telah diterima dan apa tindakan yang sudah dibuat dan saya rasa perlu juga dinyatakan kalau berlaku penglibatan parti politik di dalam apa-apa program di masjid ini boleh nyatakan dalam semua aduan itu berapa parti yang terlibat daripada parti Kerajaan dan juga parti Pembangkang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Ya lah kita kedua-dua pihak ada salah juga tetapi, cuma daripada 25 kes ada ini ada 1 sebelah Kerajaan dan kebanyakan di sebelah sana. Jadi begini, saya mohon begini sahaja, semalam ada yang sebut Yang Berhormat Semenyih pun ada sebut, yang sudah tu sudahlah, kita hendak menuju ke depan. Saya mohon boleh tak dibuat satu komitmen hari ini untuk kita noktahkan aduan penyalahgunaan masjid ini di masjid-masjid di Negeri Selangor? Saya minta komitmen dari sebelah sana, Ketua Pembangkang ada di situ dan Yang Berhormat Paya Jaras

pun ada kalau hendak beri komen boleh tetapi supaya kita dilihat bersama-sama menjunjung Titah Tuanku untuk memastikan masjid kekal sebagai tempat ibadat yang selesa dan tempat penyatuan masyarakat. Silakan Paya Jaras.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Seri Setia saya hendak dengar 25 aduan ini boleh atau tidak kita dengar contoh.

Taman Medan, saya bagi Paya Jaras, duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tidak, contoh-contoh.

Speaker

Paya Jaras.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Speaker bagi saya ruang untuk.

Speaker

Ini floor Seri Setia, Seri Setia memberi laluan kepada Paya Jaras.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Permit khas la.

Speaker

Paya Jaras silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya hendak tanya contoh aduan. Hendak dengar untuk pengetahuan Ahli Dewan.

Speaker

Nanti dulu, nanti Taman Medan kalau hendak minta penjelasan boleh minta sekali lagi dengan Seri Setia sama ada Seri Setia bagi atau tidak. Tapi sekarang Paya Jaras ya.

Baik terima kasih kepada EXCO. Saya dalam konteks bab masjid dan surau ini, saya pun mengajar dulu di sekolah dalam masjid tetapi apabila kita akur dengan perintah. Bila saya jadi orang politik saya berhenti. Itu memang komitmen kita lah. Saya dan juga wakil rakyat dan ahli politik ini berhenti untuk berceramah atau kuliah masjid. Itu memang komitmen kita. Jadi pada saya, kita boleh bagi jaminan bahawa sebenarnya kita memang tidak boleh jadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik dan saya mengesyorkan kalau ada, tindakan-tindakan yang jelas dan mereka melanggar peraturan ini diambil tindakan. Tetapi kena siasat, buktikan dan kalau mereka bersalah silakan. Macam kes 25 tadi, baru siasatan dan aduan tidak semestinya yang disiasat itu salah, tidak semestinya yang kita buat tuduhan itu betul atau salah jadi biarlah pihak mahkamah menentukan dan jangan buat satu keputusan yang seperti saya kata tadi kita pre judgment. Itu pada saya tidak betul lah. So, kalau sudah salah silakan ambil tindakan kami pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan pula.

Mana tahu jadi kenyataan, hampir-hampir mana tahu.

Kita di pihak sebelah sini kita akan.

Boleh bincang dengan MB tu

Kita akan patuh, kita akan kekal dan kita akan sebagaimana disebutkan EXCO tadi menjunjung kasih semua perintah Duli Tuanku untuk menjadikan masjid bebas daripada politik. Siasatlah mereka , ambil lah tindakan kepada mereka kalau yang ingkar perintah. Itu jaminan daripada kami, terima kasih.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras.

Speaker

Seri Setia boleh teruskan. Nak bagi?

Saya panjang lagi Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat yang sebut nama saya, saya tak ada.

Speaker

Yang Berhormat bagi atau tidak?

Sedikit boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya selaku Ketua Pembangkang bagi pihak Perikatan Nasional juga ingin memberikan komitmen yang kuat, yang tinggi bahawa masjid dan surau adalah zon bebas politik daripada mana-mana pihak. Tetapi kalau ada kes-kes tertentu biarlah siasatan itu dijalankan secara adil kerana ada juga kes di Selangor ini, seorang Menteri Persekutuan yang menggunakan masjid yang memberikan ucapan dan ceramah politik tetapi kes itu telah dibebaskan. Ini sedang diperhatikan oleh umat dan anak-anak kariah. Jadi, saya sementara saya memberikan komitmen dan pengakuan bahawa masjid dan surau ini adalah zon bebas politik, saya juga mengharapkan JAIS supaya mestilah berlaku adil kepada semua pihak supaya benar-benar matlamat murni yang dizahirkan oleh Tuanku itu dapat kita capai bersama. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang dan Yang Berhormat Paya Jaras. Saya sambut baik komitmen yang telah diberikan itu dan seperti yang disebutkan Yang Berhormat Paya Jaras menerima semua aduan dan masih lagi dalam siasatan. Kita tidak judge apa-apa, ada siasatan

yang sedang dilaksanakan dan juga nanti saya sendiri angkat dalam Rang Undang-Undang yang baharu beberapa penambahbaikan untuk proses penarikan balik tauliah dan rayuan insya-Allah. Baik, saya teruskan lagi untuk saranan Tuanku agar 4 calon haji muassasah di setiap daerah dipilih bagi tahun 2024 ini, pihak Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam telah menyerahkan senarai nama calon-calon pada pihak JAIS yang menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan sehingga kini senarai 36 calon muassasah itu telah dimuktamadkan, dipanjangkan kepada pihak Lembaga Tabung Haji dengan kos pembiayaan sebanyak RM1.199 juta. Pihak Lembaga Zakat Selangor juga telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan, bantuan sara hidup kepada waris-waris atau ahli keluarga yang ditinggalkan sepanjang tempoh ibadah haji berkenaan.

Seterusnya saya terus kepada yang ini agak panjang sikit soalan berkenaan Undang-Undang Syariah oleh Yang Berhormat Sijangkang. Soalan pertamanya, apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin dan Tengku Yasmin melawan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Secara umumnya peruntukan undang-undang yang berkaitan di bawah Enakmen atau Ordinan Jenayah Syariah Negeri-negeri khususnya Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 masih lagi sah berperlembagaan serta boleh dikuatkuasakan tanpa halangan. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang lalu tidak mengakibatkan peruntukan-peruntukan yang sama dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 atau Negeri-negeri lain terbatal secara automatik. Kerajaan di peringkat Persekutuan telah pun memulakan langkah awal dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas mengkaji isu berkaitan kompetensi DUN untuk mengubal Undang-undang Islam yang mengumpulkan pakar perundangan serta pemegang taruh bagi mencari penyelesaian terbaik serta mengkaji isu berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran 1 Senarai-senarai Negeri Jadual Ke 9 Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya bertindak sebagai 1 platform konsultasi dan badan advokasi yang berautoriti ke atas Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan dalam memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan melibatkan semua wakil Negeri-negeri dan Persekutuan. Untuk makluman 2 orang daripada 11 Ahli Jawatankuasa Khas ini adalah Ahli Majlis Agama Islam Selangor sendiri. Pandangan dan syor yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas ini seterusnya akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia serta Majlis Raja-raja Melayu bagi tujuan perkenan Majlis Raja-raja. Selain itu saranan agar kedudukan Mahkamah Syariah di perkukuhkan melalui pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan supaya penubuhan Mahkamah Syariah disebut dengan jelas turut dipandang serius di peringkat Persekutuan dalam usaha mencari penyelesaian terbaik untuk mengharmonikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menitahkan pada mesyuarat MKI kali ke-71 yang

lalu agar kajian dilaksanakan bagi mengkaji jika ada keperluan kepada cadangan pindaan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan atau Undang-Undang Persekutuan yang berkaitan untuk memastikan kuasa badan perundangan negeri dalam menggubal Undang-Undang Jenayah Syariah termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang kekaburan. Langkah-langkah yang boleh diambil ini dilihat akan memastikan sebarang pindaan ataupun penggubalan peruntukan baharu Undang-Undang Syariah menjadi lebih harmoni, seragam dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan seterusnya menutup ruang pertikaian tentang kuasa Mahkamah Syariah di masa yang akan datang.

Untuk bahagian kedua, yang bertanya mengenai apakah tindakan yang diambil Kerajaan Negeri untuk memperkasakan bidang kuasa jenayah syariah dan institusi yang berkaitan.

Sedikit penjelasan.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih diatas jawapan penggulungan oleh EXCO. Cuma saya ingin untuk mendapat penjelasan juga, dalam isu Nik Elin ini yang mana kes Iki Putera juga menjadi insiden kes kepada judgement yang berlaku. Cuma persoalan saya, kenapa Kerajaan Negeri yang terlibat dapat Iki Putera itu tidak terlibat, mencelah dalam kes yang berlaku kes Nik Elin dan Kerajaan Negeri Kelantan. Terima kasih.

Saya kira itu tidak ada kaitan kerana ia kes yang berbeza daripada kes ini. Saya menjawab yang khusus pada kes inilah. Jadi kalau ada isu-isu pertindihan undang-undang seperti mana yang berlaku, itu sedang diteliti dalam MKI dan jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan tersebut.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, sedikit penjelasan.

Speaker

Yang Berhormat Seri Setia, beri laluan? Ya, silakan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat. Ada kaitan dengan pandangan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang. Dia dua kes yang berbeza, Iki Putera dengan Nik Elin. Cuma, perdebatan di luar sana ialah kes Nik Elin ini, dia tidak bermula dalam keadaan yang vaque, dia bermula dengan kes Iki Putera. Apabila kes itu dicabar di dalam Negeri Selangor dan kita lihat kes itu telah berpihak kepada Iki Putera. Sepatutnya bagi pandangan umat Islam di luar sana, kes Iki Putera itu sudah membuka mata pihak berkuasa agama Negeri Selangor untuk lebih proaktif mempertahankan Undang-Undang Syariah di dalam Negeri Selangor.

Dengan izin, kes Iki Putera ini sebenarnya dia trigger kepada MAIS untuk mengambil sikap yang lebih proaktif supaya perkara ini tidak berulang. Itu maksud Sijangkang dan juga perdebatan di luar sana. Jadi, oleh kerana tidak ada sebarang tindakan setelah selesai kes Iki Putera dan berpihak kepada Iki Putera, maka timbul kes Nik Elin. Maka Sijangkang dan ramai di luar sana bertanya, mengapa, saya pun ingin bertanya, saya bukan ingin meletakkan beban kerana saya faham isu ini sensitif, tetapi saya nak tanya, dengan penuh rasa hormat, mengapa MAIS tidak mendaftarkan diri untuk mencelah dalam kes Nik Elin, sedangkan Majlis Agama Islam negeri-negeri lain mengambil bahagian untuk mencelah sekurang-kurangnya menunjukkan komitmen mereka mempertahankan Undang-Undang Syariah yang ada. Soal keputusan Mahkamah Persekutuan, kita hormat, tetapi sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, saya ingin dengan rasa hormat bertanya mengapa MAIS tidak mencelah? Majlis Agama Islam negeri-negeri yang boleh saya senaraikan saya tak bawak senarai itu, mencelah dalam kes Nik Elin. Itu persoalan di luar sana. Kami hanya ingin membantu MAIS untuk menjawab supaya tidak timbul yang EXCO jawab ambiguity, di luar sana kerana rakyat melihat mengapa MAIS tidak mencelah? Sedangkan Nik Elin berpunca daripada Iki Putera walaupun dua kes yang berbeza EXCO kata tetapi sepatutnya Iki Putera itu sudah trigger MAIS untuk lebih aktif dalam mempertahankan Undang-Undang Syariah.

Yang kedua, Yang Berhormat EXCO jawab tadi, Undang-Undang Syariah Negeri Selangor ini ataupun Enakmen Jenayah Syariah Selangor ini tidak terbatal. Itu istilah yang digunakan secara automatik ekoran daripada keputusan Mahkamah Persekutuan. Kalau itulah pendirian Kerajaan Negeri, apa kata kalau minggu depan, saya nak tanya sekali lagi, saya hanya nak bertanya, Nik Elin 2.0, fail petisyen di Mahkamah Persekutuan terhadap tiga Enakmen Jenayah Syariah di Selangor yang sama dengan apa yang berlaku yang terbatal di Negeri Kelantan, apa akan jadi? Sebab itu walaupun dia tidak terbatal secara automatik, sepatutnya sebagai sebuah kerajaan termasuk di Negeri Selangor, kita kena mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Undang-Undang Syariah di Negeri Selangor. Saya pohon penjelasan, terima kasih.

Baik terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Seperti yang saya sebut tadi, kita belajar daripada perkara yang pertama tadi yang kes Iki Putera tersebut dan telah pun ditubuhkan jawatankuasa khas di peringkat MKI. Jadi perkara memerlukan kerjasama daripada kedua pihak persekutuan dan juga negeri. Saluran rasmi yang kita ada sekarang ini adalah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Selangor sendiri dan telah diwujudkan jawatankuasa khas tersebut dengan pakar-pakar perundangan yang ada di mana di dalam itu pun sedang berlaku perbincangan yang ini saya dimaklumkan mereka berjumpa setiap hari jumaat untuk menilai dan melihat kepada ruang-ruang yang ada di belah persekutuan dan juga negeri untuk kita pastikan dua perkara.

Yang pertama adalah menyelesaikan pertindanan perundangan yang dah ada di antara undang-undang persekutuan dan enakmen-enakmen negeri, itu yang pertama. Yang kedua melihat kepada keharmonian dan penyeragaman semula keharmonian di antara undang-undang negeri yang ada. Jadi ruang ini adalah ruang yang rasmi, saya kira kalau saya jemput, kalau pihak pembangkang sendiri pun ada cadangan mungkin kita boleh ajukan pada ruang yang sama kerana perkara ini adalah perkara yang sangat teknikal dan memerlukan kepakaran-kepakaran perundangan yang mungkin sesuai bagi mereka untuk menjawabnya. Itulah antara langkah-langkah proaktif yang telah dibuat dan kajian ke semua sedang berjalan di Negeri Selangor.

Yang Berhormat EXCO.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO, sebab tadi saya nak bertanya pada pendapat Yang Berhormat EXCO, sebab tadi Yang Berhormat Hulu Kelang ada berulang-ulang berkenaan Undang-Undang Syariah. Sebab sebenarnya, ada beberapa perkara yang disebut yang kita boleh bersama, ada beberapa perkara yang mengelirukan juga di dalam Dewan. Antara yang pertama yang saya cakap, dia ialah domino effect apabila kes Iki Putera dan kemudiannya kes Nik Elin.

Cuma kena faham kedua-kedua kes ini bukan berkenaan undang-undang syariah, tapi dia ialah kuasa di Dewan Dun Undangan Negeri untuk membuat undang-undang, itu saja. Jadi memandangkan kita mempunyai Sultan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bijaksana yang pandangan jauh. Duli Yang Maha Mulia Sultan telah membuat satu jawatankuasa MKI agar perkara ini tidak terjadi lagi yang mana kita tidak boleh tergesa-gesa membuat sesuatu yang kita di peringkat negeri untuk tergesa-gesa buat satu undang-undang yang akhirnya nanti dicabar pihak kemudian.

Cuma kita pun ada tanggungjawab, kalau saya punya perbahasan sebelum ini, kita pun bertanggungjawab untuk membuat satu undang-undang yang selari di peringkat undang-undang negeri dan peringkat pusat. Cuma saya nak betulkan balik yang mana, saya tak setuju sama ada kes yang dimaksudkan tadi ialah kes undang-undang kuasa pihak bidang kuasa Kerajaan Negeri yang mana ia bukan kuasa undang-undang syariah, jadi jangan kelirukan Dewan. Jadi saya minta pihak EXCO sama ada setuju atau tidak dengan pandangan saya? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Itulah yang disebut tadi. Sebenarnya cabaran itu adalah cabaran kepada keabsahan dan kekompitansi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang syariah bukan cabaran kepada undang-undang itu

sendiri. Saya rasa tak perlu panjang isu ini, saya tak benarkan, sebab saya ada banyak lagi nak jawab.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Mungkin boleh membantu Kota Damansara tentang isu yang dibangkitkan Kota Damansara, jika dibenarkan.

Okay, sila.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat. Benar bahawa kompitansi Dewan Undangan Negeri Selangor itu bukan sekadar undang-undang syariah, mungkin ada undang-undang lain yang akan dibuat oleh Dewan Negeri ini, yang bukan syariah, kalau bercanggah dengan Federal Law akan terbatal. Tetapi kebanyakan undang-undang yang dibuat oleh negeri adalah berkait dengan syariah, itu yang diberikan dalam senarai dua dan itu menjadi perkara yang sangat serius depan mata kita, sekiranya berlaku lagi pada masa depan.

Saya juga merasa hairan juga kalau dikatakan bahawa sejarah lalu itu menjadi pelajaran kepada kita begitu sahaja sebab semua undang-undang yang dibuat digubal di Dewan Negeri ini adalah juga dengan Nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri yang dihantar oleh Pejabat Peguam Negara. Sama juga penasihat undang negeri Kelantan, Kedah ke Terengganu ke, Perak ke, Melaka ke, semua itu adalah Penasihat Undang-Undang yang dihantar oleh Pejabat Peguam Negara. Bagaimana keculasan mungkin berlaku yang menyebabkan gegaran ini yang merisaukan kita pada hari ini.

Yang ketiga dengan izin, soal pertindanan yang dibuat yang disebut oleh EXCO sebentar tadi, Mahkamah Persekutuan tidak menjadikan pertindanan sebagai alasan penghakiman dia Yang Berhormat, tidak. Sebab disebut oleh hakim, ujiannya bukanlah dengan membandingkan peruntukan yang dicabar tersebut dengan peruntukan sedia ada dalam undang-undang persekutuan untuk menentukan sama ada terdapat ciri perbezaan ataupun kedua-dua, bukan sebab ada pertindanan undang-undang menyebabkan mahkamah mengatakan Selangor tak boleh buat, negeri tak boleh buat, bukan. Bukan pertindanan sebagai sebab utama kes itu diputuskan sedemikian, tak ada sebab-sebab lain yang saya tak berhasrat untuk memanjangkannya sebab dia panjang. Mohon pertimbangan supaya pihak berkuasa agama menilai serius perkara ini, jangan diulang lagi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya, cuma ada satu point tambahan untuk soalan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, tindakan proaktif yang boleh diambil. Saya cuma nak berkongsi pada 19 Januari 2023, Majlis Agama Islam tiga negeri termasuk Selangor, telah menerima kebenaran untuk menjadi sahabat mahkamah kepada kes Nik Elin yang di sedang dibincangkan pada ketika itu. Jadi itu tindakan awal yang telah kita buat dan sekarang kita susul dengan pembentukan jawatankuasa khas yang akan melihat pada perkara ini dengan lebih perinci. Baik..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, sedikit saja. Isu besar, saya nak bantu EXCO, juga. Kalau tidak susah EXCO, nak jawab di bawah. Jadi kami nak bantu EXCO,. Ini saya setuju dengan pandangan

Speaker

Benarkan ya Yang Berhormat?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Saya setuju dengan pandangan Sungai Ramal terkait dengan apa yang dibangkitkan oleh Kota Damansara. Dewan ini bukan saja menggubal Enakmen Undang-Undang Syariah, Jenayah Syariah tetapi juga undang-undang yang lain di dalam bidang kuasa negeri. Tetapi semua pindaan atau penggubalan undang-undang yang dibuat di dalam Dewan ini dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri terlebih dahulu. Dan PUU ini dibawa daripada Jabatan Peguam Negara dan saya percaya Penasihat Undang-Undang Negeri akan memberikan nasihat yang terbaik kepada Kerajaan Negeri sama ada pindaan atau penggubalan yang hendak dibuat itu selari dengan bidang kuasa negeri dan tidak melepasi ataupun melangkau bidang kuasa persekutuan.

Itulah mandat yang diberikan PUU. Jadi kita tak boleh meletakkan kesalahan ini kepada Kerajaan Negeri Kelantan ataupun Kerajaan Negeri Selangor kerana sebelum kerajaan menggubal dan meminda, kita merujuk kepada nasihat Penasihat Undang-Undang Negeri. Nama pun Penasihat Undang-Undang Negeri yang memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri, itu yang pertama. Yang kedua, esok ataupun lusa, kita ada satu lagi pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor yang melibatkan satu lagi pindaan besar iaitu tentang pengurusan halal. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, mengapa tergesa-gesa membawa pindaan ini? Kerana ianya terkait dengan judgement oleh ketua hakim negara dalam kes Nik Elin. Saya tidak mahu bahas di sini, saya telah reserve untuk bahas esok.

Cuma itulah, kalau tidak esok kita bahas, kita berikan pandangan Dewan Negeri luluskan, kemudian datang Nik Elin 2.0 minggu depan daripada Kota Damansara, mencabar terbatal, maka apa ruang Dewan ini untuk menggubal undang-undang seperti ini? Jadi saya harap Yang Berhormat EXCO dapat teliti, kita boleh bahas esok. Cuma saya harap setelah perbahasan itu, Yang Berhormat EXCO boleh tangguhkan pindaan itu untuk perbincangan lebih lanjut supaya kita tidak repeat apa kesilapan dan kecuaian kita buat sebelum ini. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih atas pandangan tadi. Saya rasa perkara yang disebut itu pun memang ada, memang PUU memang menjadi rujukan kita dan telah ada kajian dibuat sebelum satu undang-undang itu diangkat. Cuma perbezaan dia Yang Berhormat, yang kita sebut tadi Nik Elin itu semua terkait dengan Enakmen Jenayah Syariah. Yang kita nak angkat esok ini, Rang Undang-undang bahagian halal. Tak apa, kita bahas yang itu esok.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, kalau saya nak bacakan judgement Tengku Maimun, saya boleh bacakan, yang khususnya menyebut tentang perkara ...

Tak apa, saya tak benarkan untuk dibahaskan hari ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Penandaan halal kepada makanan, minuman, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak halal dengan tujuan untuk memberdayakan atau mengelirukan orang Islam dan sebagainya. Mahkamah persekutuan memutuskan bahawa Seksyen 42 tersebut, adalah tidak sah kerana perkara tersebut berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Kelantan untuk menggubalnya. Jadi, Yang Berhormat bukan kes Nik Elin per say, tetapi Tengku Maimun telah mengupas panjang tentang bidang kuasa negeri dan saya tidak mahu perkara ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor, itu sahaja permintaan saya. Terima kasih.

Saya faham prinsip tersebut. Saya bincang esok, insya-Allah dalam Rang Undang-undang. Boleh saya habiskan? Jadi saya yang keberikutnya agak panjang juga, sebab soalan ditanya mengenai apakah tindakan kita ambil pemerkasaan.

Speaker

Boleh teruskan ataupun percepatkanlah.

Baik, last saja saya rasa. Jadi saya teruskan saja kepada soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sungai Burong tetang isu-isu fatwa pemikiran liberisma dan pluralisme, adakah kita kan membuat apa-apa tindakan. MAIS telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengharmonian Sirah Fatwa melibatkan pelbagai agensi perundangan bagi menimbang teliti setiap sirah fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Selain daripada itu, sirah fatwa yang telah dimurnikan ini akan diangkat dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor sebelum mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk pewartaan. Proses ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan menepati lunas undang-undang dan bersifat inklusif. Soalan seterusnya adalah adakah fatwa ini akan menjadi enakmen atau yang ada hukuman atau didapati salah. Fatwa pemikiran liberisme dan pluralisme agama yang diwartakan pada 17 Julai 2014 mengikut prosedur dan enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2003. Justeru fatwa ini adalah mengikat dan boleh dikuatkuasakan kepada semua umat Islam di negeri Selangor. Sesiapa yang melanggar atau mempertikaikan fatwa yang telah diwartakan ini, adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jadi sekarang saya terus saja kepada soalan-soalan di bawah gugusan Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Digital dan Sains Teknologi Inovasi yang mungkin kurang kontroversi sedikit. Kita mulakan dengan DDOC

Speaker.

Soalan daripada

Speaker

Yang Berhormat bagi ke tidak?

Mohon permintaan. Tadi saya ingat, EXCO tak habis jawab, kalau dapat diberikan secara bertulis.

Saya ringkaskan.. Saya akan berikan secara bertulis kerana itu maklumat sahaja. Yang bahagian kedua saya akan bekalkan secara bertulis, sebab dia agak panjang. Terus saja itu, untuk Yang Berhormat Ijok memohon agar DDOC Kuala Selangor disegerakan penubuhannya tahun ini. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Digital terlah meluluskan pembangunan enam DDOC tahun ini untuk daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat, Gombak, Sepang dan Hulu Selangor di mana pada akhir tahun 2024 ini, Insya-Allah kesemua sembilan daerah negeri Selangor akan mempunyai DDOC nya sendiri yang akan dihubungkan dengan Smart Selangor Operation Center di SUK menggunakan jaringan Selangor GB Network SEGNet. Ini akan memastikan pengurusan data bencana dapat dihubungkan secara nyata dan berkesan.

Cadangan daripada Yang Berhormat Bukit Gasing untuk pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Untuk makluman, Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Digital ini telah mengambil tanggungjawab untuk menambah lebih banyak perkhidmatan berbayar KERAJAAN NEGERI ke dalam aplikasi CEPAT yang dikendalikan oleh anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri iaitu SSDU Inovation Sdn. Bhd. setakat ini, sebanyak 65 modul perkhidmatan berbayar melintasi 12 PBT 9 Pejabat Daerah dan tiga jenis kaedah pembayaran digtal termasuk lima E-Wallet telah ada. Diantara perkhidmatan-perkhidmatan yang akan ditambah tahun ini adalah pembayaran emolumen terlebih bayar, pinjaman rumah bekas kakitangan awam, semakan dan pembayaran cukai duti hiburan, semakan dan bayaran lesen vassel dan peralatan menangkap ikan, semakan dan bayaran pelesenan ladang ternakan, semakan dan bayaran sewaan tanah di taman kekal pengeluaran makanan atau sewaan tanah pertanian dan pembayaran cukai taksiran dan bil presentment untuk Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Akhir sekali, cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, Bukit Lanjan dan Kota Komuning, saya sekalikan yang mencadangkan agar Negeri Selangor memainkan peranan lebih aktif dalam memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan artificial intelligent Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, sebuah hub inovasi generatif AI telah pun diwujudkan di Selangor Human Resource Development Center (SHRDC) di Shah Alam, baru-baru ini yang menawarkan program pembangunan bakat berimpak tinggi dalam bidang AI yang akan melahirkan lebih dari 200 orang berkeparan AI untuk diserap masuk ke dalam

industri yang bernilai tinggi. HRDC juga bekerjasama dengan rakan kongsi global seperti Data Camp untuk menyediakan peluang peningkatan kemahiran AI kepada yang mereka menganggur dan kurang bernasib baik melalui program Data Camp donate dengan hub generative AI yang baru dilancarkan ini, Negeri Selangor berhasrat untuk terus menerajui ruang pembangunan AI generative bukan sahaja untuk Malaysia, malah untuk Asia Tenggara. HRDC juga telah menjalankan inisiatif kilang pintar 4.0 di bawah Rancangan Selangor Satu untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital AI untuk industri pembuatan di Selangor. Sebanyak 25 syarikat tempatan telah mendapat manfaat awal daripada program ini seperti peningkatan produktiviti dan pengurangan kos operasi. Jadi itu sahaja jawapan saya, saya ada sikit lapan minit mungkin saya boleh soalan Yang Berhormat Sijangkang sekejap, saya cuba.

Untuk bahagian dua, soalan daripada Yang Berhormat Sijangkang. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan telah melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi memperkasakan bidang kuasa jana syariah dan institusi yang berkaitan dalam pentadbiran keahlian jenis syariah di Selangor sejak dulu lagi. Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor pada 01 April 2018 dan pengoperasian penuh jabatan tersebut pada 01 Januari 2019. Yang pada awalnya merupakan hanya satu bahagian di bawah JAIS, adalah merupakan satu manifestasi yang membuktikan kesungguhan sokongan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang kuasa jana syariah dan institusi berkaitan jana syariah di Negeri Selangor. Rentetan daripada pengasingan Jabatan Syariah Selangor ini, kajian untuk memperkukuhkan perjawatan dengan menambah bilangan pendakwa syarie dan kakitangan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor serta pegawai penguat kuasa kakitangan bahagian penguatkuasaan JAIS turut diadakan bagi memperkasakan agensi penguatkuasaan selain memastikan proses pendakwaan dan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan efisien. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi yang berkaitan sedang dalam proses melaksanakan kajian secara aktif dari semasa ke semasa untuk menyemak semula peruntukan-peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor seterusnya mencadangkan pindaan yang sewajarnya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang pertindihan bidang kuasa dengan undang-undang persekutuan serta memastikan peruntukan-peruntukan undang-undang syariah kekal relevan dan boleh dikuatkuasakan. Bagi memastikan bidang kuasa mahkamah syariah di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dilindungi dan tidak dicabar sewenang-wenangnya di mana-mana mahkamah sivil, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terdahulu juga telah pun perkenan agar Mahkamah Syariah dinaik taraf kepada empat peringkat daripada tiga peringkat sedia ada. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, sedang dalam proses menyediakan cadangan pindaan untuk menggubal Enakmen Mahkamah Syariah seterusnya meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1999 dengan memasukkan peruntukan-peruntukan berkaitan mahkamah syariah bagi mengukuhkan kuasa mahkamah

syariah melalui undang-undang tertinggi di peringkat Negeri Selangor. Jadi untuk itu, saya rasa saya telah menjawab kesemua, silakan.

Apa yang disebutkan oleh EXCO tadi, adakah ia dalam bentuk satu jawatankuasa yang telah diputuskan untuk membuat kajian-kajian ataupun bincang melibatkan.

Ya, itu dibuat secara dalaman di dalam agensi di bawah Jabatan Kehakiman dan juga di dalam Jabatan Mufti. Baik, bagi mengakhiri pembentangan pada pagi ini, saya dengan ini mengucapkan terima kasih pada soalan-soalan dikemukakan dan saya dengan ini menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Banting.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih juga kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana menyampaikan perbahasan yang cukup bernas demi kebaikan warga Selangor dan saya percaya adab ini dapat kita teruskan seperti mana Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada kita semua.

Soalan ataupun cadangan pertama adalah adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik mengenai jumlah miskin tegar di Selangor mengikut daerah berdasarkan nilai penempatan garis kemiskinan tahun 2022 oleh Yang Berhormat Kajang. Seperti Yang Berhormat Kajang sedia maklum, Kerajaan Negeri Selangor menggunakan pendapatan garis kemiskinan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi sebagai penanda aras bagi menentukan taraf hidup di negeri ini. Sehubungan dengan itu, berdasarkan data e-kasih sehingga 31 Januari 2024, selepas kuat kuasa PGK 2022, statistik miskin tegar mengikut daerah adalah seperti berikut. Dalam jadual ini menunjukkan Klang adalah paling banyak iaitu daerah Klang mencatat 1299. Mulai daripada Gombak, kita start daripada Gombak, Gombak menunjukkan miskin tegar 678, Hulu Langat 448, Hulu Selangor 633, Kuala Langat 624, Kuala Selangor 749, Petaling 1051, Sabak Bernam 950, Sepang 102, jadi jumlah adalah 6534.

Bagi soalan kedua adalah, langkah segera untuk meningkatkan pendapatan kepada penduduk miskin tegar. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi tumpuan kepada usaha pembasmian kemiskinan dan usaha ini adalah antara tugas utama Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor selaras dengan hala tuju Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Oleh itu Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan ekosistem untuk golongan miskin tegar yang merangkumi pelbagai aspek yang pastinya akan memberi manfaat kepada golongan miskin tegar. Salah satu langkah Kerajaan Negeri dalam membantu golongan miskin tegar adalah melalui Mesyuarat Focus Group Pembasmian

Kemiskinan Daerah melalui Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat peringkat daerah dan Mesyuarat Focus Group Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan peringkat negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa aktif dalam mengenal pasti masalah kemiskinan tegar di setiap daerah. Bantuan segera jangka masa pendek akan diberikan sekiranya bersesuaian dan Kerajaan Negeri Selangor turut merancang bantuan inisiatif jangka masa panjang bagi membantu golongan ini meningkatkan pendapatan bulanan dan seterusnya keluar dari golongan kelompok kemiskinan tegar. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksanakan inisiatif operator perkhidmatan atau dikenali sebagai yang merupakan salah satu program di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang dilaksanakan oleh unit penyelarasan pelaksanaan (ICU) dengan jabatan Perdana Menteri. IPR dilaksanakan dengan matlamat untuk meningkat pendapatan golongan B40 terutamanya bagi melepasi paras kemiskinan menerusi bantuan tunai sebagai penambahan kepada pendapatan yang dibayar oleh majikan. Bantuan ini dikhususkan kepada pekerja warga tempatan dalam bidang pekerjaan 3D (dirty, dangerous, difficult) dengan izin seperti pekerjaan pembersihan pejabat, tandas, kawasan selenggara dan sebagainya yang menerima gaji di bawah RM2000 sebulan. Program ini juga mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Bantuan yang dimaksudkan tersebut adalah bantuan penambahan pendapatan bulanan sebanyak maksimum RM850 sebulan sehingga tempoh 24 bulan.

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi?

Panjang lagi.

Speaker

Panjang, tapi Yang Berhormat boleh duduk. Yang Berhormat, waktu sekarang kita sambung nanti. Waktu sekarang, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, waktu telah menunjukkan jam 1:00 petang, dengan saya menangguhkan dewan sehingga ke pukul 2:30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum W.B.T. Selamat petang. Dipersilakan Banting untuk menyambung penjelasan.

Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya sambung ucapan saya. Selain daripada itu, antara rancangan untuk membantu menyokong kesinambungan hidup keluarga miskin tegar adalah melalui Iltizam Selangor Penyayang iaitu ISP. Antaranya adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor iaitu Bingkas. Program Bantuan Blueprint Pembasmian kemiskinan, Program Jom Shopping Perayaan, Skim Air Darul Ehsan, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Bas Smart Selangor dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Seterusnya adalah mengenai Kerajaan Negeri perlu mewujudkan ekosistem yang dapat menetapkan ibu bapa untuk mencari pendapatan di samping anak-anak dapat diuruskan dengan untuk sekolah yang dari rumah Kajang juga. Objektif serta peranan Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia telah diperluas bagi penggal baru ini dalam pelbagai sudut untuk membangunkan dan melahirkan pekerja yang komited, kompeten, proaktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di samping menyelesaikan permasalahan pekerja rakyat Negeri Selangor khususnya individu yang dikategorikan sebagai golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, OKU dan bekas banduan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat DUN Kajang bagi menetapkan ibu bapa supaya dapat mencari pendapatan di samping menguruskan persekolahan anak-anak. Selain daripada dengan cadangan daripada Yang Berhormat Kajang, iaitu ibu bapa berniaga di kawasan bawah pangsapuri terdapat satu inisiatif Kerajaan Negeri iaitu melalui pelaksanaan Program Jobcare. Objektif ini adalah untuk membantu rakyat di Negeri Selangor mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian oleh majikan dan kawasan komuniti yang sama, justeru dapat membantu ibu bapa untuk menguruskan persekolahan anak-anak mereka. Program ini dilaksanakan dengan usaha sama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Memandangkan PERKESO mempunyai data bagi permintaan majikan mengikut lokasi di setiap daerah. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan hampir 4,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Selangor di bawah pelaksanaan Program Jobcare dan secara keseluruhannya hampir 35,000 peluang pekerjaan dapat dari pelbagai bidang sektor telah disediakan. Program ini juga diteruskan pada tahun 2024 memandangkan sambutan baik yang diterima sepanjang pelaksanaan pada tahun 2023.

Seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Batu Tiga. Bagi tujuan meningkatkan peluang pekerjaan di Negeri Selangor, mencadangkan untuk memperkenalkan program seumpama MYSTEP iaitu Selangor Graduation Employment Program di peringkat Negeri Selangor untuk membuka peluang pekerjaan kepada para graduan. Program ini membantu graduan mendapat peluang latihan jangka masa pendek dan seterusnya selepas penilaian dapat diserap dalam pekerjaan. Terima kasih Y.B. Batu Tiga dan seterusnya adalah Malaysia Short Term Employment Program iaitu MYSTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan jangka

pendek iaitu kontrak di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat berkaitan Kerajaan GLC, Syarikat Pelaburan berkaitan GLC dan rakan strategik. Program ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah daripada pelbagai latar belakang akademik sebagai salah satu usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di samping memberikan pengalaman kerja bagi meningkatkan keboleh pasaran mereka. Buat masa ini, program MYSTEP adalah dilaksanakan oleh Kerajaan, oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial iaitu (PERKESO) menerusi platform Portal Pekerja Malaysia (MyFutureJob). Bagi tahun 2024, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya inisiatif Malaysian Short Term Employment Program (MYSTEP) diteruskan dengan inisiatif, ini diperluaskan kepada golongan sasar termasuk OKU, warga emas dengan memberi peluang pekerjaan di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLC. Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan khusus mengenai cadangan kewujudan program seperti MYSTEP di peringkat negeri. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia menyambut baik cadangan tersebut dan sekiranya perlu satu perbincangan khas akan diadakan bersama kesemua agensi yang terlibat bagi memperhalusi program apa itu perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Tiga, Kerajaan Negeri juga ada menganjurkan Program Pencarian Kerja kepada seluruh rakyat Negeri Selangor iaitu Program Jobcare. Program ini dilaksanakan secara jelajah di setiap daerah bersama Pertubuhan Kebajikan Sosial anjuran Unit Pemberdayaan Pekerjaan Selangor di bawah Jawatankuasa Sumber Manusia ini memberi fokus dalam membantu rakyat di Negeri Selangor yang sedang mencari pekerjaan atau yang telah kehilangan pekerjaan untuk mencari sumber pendapatan sebagai satu alternatif untuk menampung kehidupan yang serba mencabar. Ianya mensasarkan masyarakat tempatan sebagi kumpulan utama dan melalui program ini para pencari kerja berpeluang untuk menerokai potensi diri dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan-majikan yang dipilih dalam kawasan komuniti daerah tersebut. Secara langsung dan secara tidak langsung cetusan idea ini dapat meningkatkan produktiviti masyarakat setempat untuk memajukan diri dan pada masa yang sama dapat menjana sumber pendapatan mereka.

Seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, apakah cadangan, apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan pada masa depan generasi muda terhadap kebergantungan kepada gig ekonomi yang dilihat tidak memberi jaminan kerjaya yang baik untuk jangka masa panjang memandangkan tiada caruman PERKESO dan KWSP. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan perancangan jangka masa panjang untuk mereka yang bergantung kepada gig ekonomi ini daripada aspek kemahiran, latihan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Maklum balas adalah Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia berperanan dalam menjaga hal ehwal pekerja di Negeri Selangor yang merangkumi pelbagai bidang pengkhususan. Bagi pekerja perkhidmatan di bawah ekonomi gig, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia bersetuju dengan dakwaan Yang Berhormat Hulu Kelang di mana ianya bukanlah satu platform yang tidak memberi

jaminan kerjaya yang baik. Era Digital Revolusi Industri 4.0 dan Pasca Pandemik merangsang sektor guna tenaga kerja berubah ke sektor baru ekonomi gig dengan drastik. Selain individu, negara Malaysia berada dalam konvensi risiko pekerjaan, eksploitasi, guna tenaga tidak mahir dan bakal mencipta jurang agihan kekayaan. Suasana ini merupakan cabaran baru yang perlu kita tangani. Selayak namanya sektor ini bersifat jangka pendek, bebas dan fleksibel dari segi masa, tempat, autonomi membuat keputusan sendiri. Ekonomi gig dalam Sistem Pasaran Bebas mengambil pekerja dengan komitmen jangka pendek. Istilah gig dinismahkan kepada kumpulan pemuzik. Gigging yang bersifat tiada bermasa dan tidak terikat dengan kata lain ekonomi gig ialah pekerja bebas, kontrak, tidak terikat dengan bekerja berasaskan tugasan atau projek secara sementara atau sambilan. Apabila semakin ramai memasuki pekerjaan ini, syarikat penyedia perkhidmatan boleh menetapkan pelbagai cara dan syarat untuk meningkatkan keuntungan mereka termasuklah bayaran kadar upah yang semakin mengecil. Kebanjiran aplikasi mudah alih perkhidmatan gig seperti Lalamove, Foodpanda, ShopeeExpress dan Grab menjadikan ekonomi gig mendapat sambutan hangat. Masalah utama ekonomi gig ialah upah, hak dan keadaan sebenar kerja tersebut. Perasaan pemilik kebebasan hanya satu igauan. Lebih teruk lagi ia berlaku eksploitasi pada masa dan kebebasan demi mendapatkan wang. Pekerja di bawah ekonomi gig sebenarnya bersaing dengan tugasan dan kudrat kerana kemampuan dijadikan cagaran dan dipaksakan diri kerana keletihan. Jika berlaku kelewatan atau kesilapan, pekerja didenda atau dinyahaktifkan daripada mendapat tempahan. Tiada lagi bayaran cuti rehat, kebajikan dan kemudahan perubatan. Seorang pemandu contohnya Grabcar sepenuh masa menerima ganjaran lumayan sekitar RM3,000.00 – RM5,000.00 tetapi menjejaskan sektor ekonomi yang sedia ada seperti melumpuhkan industri kereta sewa dan pemandu teksi.

Kita sering melihat pekerja perkhidmatan pembungkusan yang terlibat dengan kemalangan atau melanggar lampu isyarat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Pengalaman sebagai seorang pekerja perkhidmatan pembungkusan tidak memberi nilai tambah kepada pengalaman seseorang contohnya seorang graduan yang bekerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa mencari solusi melalui penganjuran program-program yang boleh memberi manfaat kepada golongan tersebut untuk terus membantu mereka dalam meningkatkan semangat untuk bekerja di bawah ekonomi gig. Bagi dakwaan Yang Berhormat Hulu Kelang mengenai pekerja gig yang tidak mencarum di bawah Skim PERKESO, Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja pernah memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu seramai 1,000 orang dalam kalangan pekerja perkhidmatan gig dengan membiayai caruman perkhidmatan perlindungan di bawah Skim Pertubuhan Keselamatan iaitu PERKESO untuk tempoh setahun serta memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan perlindungan PERKESO bagi menjamin masa depan mereka dan seisi keluarga pada masa itu. Kini peranan tersebut telah diambil alih oleh Jawatankuasa Tetap Sumber

Manusia yang sedang merancang untuk meneruskan kembali inisiatif tersebut bagi menjamin keselamatan pekerja-pekerja di bawah ekonomi gig. Ya, sila.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker, saya tidak ada masalah dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Tetapi Yang Berhormat EXCO memberikan tumpuan kepada cabaran yang dihadapi oleh pekerja-pekerja dalam perkhidmatan pembungkusan dan juga dalam ekonomi gig yang saya bahaskan. Yang saya timbulkan dalam perbahasan ialah apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu mereka bagi menjamin masa depan kerana yang dikupas Yang Berhormat EXCO ialah betul tentang masalah perlindungan, jaminan kesihatan dan rawatan dan sebagainya. Tetapi bagi saya yang perlu dilakukan bukan sekadar meningkatkan semangat untuk mereka meneruskan pekerjaan dalam ekonomi gig, tetapi bagaimana Kerajaan Negeri boleh menyediakan modul-modul tertentu untuk memberikan kemahiran kepada mereka. Supaya mereka boleh beralih daripada ekonomi gig kepada ekonomi digital, ekonomi yang dapat menjamin pulangan dan pendapatan yang lebih tinggi bagi menjamin masa depan mereka. Ini cabaran yang perlu ditangani oleh Kerajaan Negeri supaya mereka boleh adakan kerjasama dengan pihak industri dan mengambil pekerja-pekerja perkhidmatan pembungkusan dan ekonomi gig ini diberikan latihan up skilling, risk skilling bagi masa depan yang lebih cemerlang itu yang saya maksudkan dalam perbahasan saya. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, memang ada sambungan lagi untuk jawapan itu. Ada lagi. Terima kasih ya. Selain itu, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia mewujudkan satu program yang dikenali sebagai Bikecare 1000 bagi membantu menggalakkan rakyat di Negeri Selangor untuk menjana pendapatan di bawah ekonomi gig. Program Bikecare 1000 adalah ini adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyalurkan sumbangan berbentuk wang pendahuluan deposit berjumlah RM1,000.00 melibatkan 100-200 orang yang berkelayakan bagi membeli sebuah motosikal bersesuaian dan seterusnya menjadi salah seorang pekerja perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan menggunakan pacuan dua roda bagi menampung keperluan hidup. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membantu pekerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan semula pekerjaan dalam suasana baru sebagai pekerja dia bawah ekonomi gig sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Selangor.

Bagi tujuan yang sama Jawatankuasa Sumber Manusia juga sedang merangka program Pembangunan Kerjaya Pekerjaan iaitu upskilling and reskilling iaitu untuk program latihan kemahiran bagi meningkatkan motivasi kemahiran dan ilmu pengetahuan pekerja dalam bidang berkaitan serta membantu pekerja itu di Negeri Selangor untuk meningkatkan tahap kemahiran dan menjana pendapatan tambahan. Program ini masih dalam peringkat perbincangan bersama dengan pihak yang

cadangankan program ini terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Selangor. Dengan peruntukan hanya RM500,000.00 setahun, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia akan memperbanyakkan jaringan kerjasama bersama beberapa jabatan, agensi persatuan bagi menganjurkan apa jua program membantu pekerja di Negeri Selangor dan tidak terkecuali pekerja ekonomi gig untuk terus maju sebagai pekerja yang dapat menyumbang produktiviti negeri dan negara.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Banting Yang Berhormat .

Sila-sila.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Saya akui dan tertarik dengan pembentangan Yang Berhormat tentang semua program khusus yang telah diwujudkan untuk membantu mereka yang mula nak menceburi ekonomi gig ini. Cuma saya ada satu saranan atau mungkin minta pandangan Yang Berhormat Banting. Ekonomi gig ini kita tahu dia jangka panjang tak memberi jaminan secara menyeluruh kepada individu, ada juga trend di luar sana yang mana orang itu ada pekerjaan tetap dia berhenti sebab nak masuk ekonomi gig. Dan kita buat program seperti ini adakah kita membuat tapisan? Saya pernah accouter dia dulu kerja Cikgu full time tapi gaji Cikgu mungkin sekian banyak dia tengok ekonomi gig ini boleh bagi sampai RM9 ribu dia berhenti jadi Cikgu dia bawa food rider, so kita pula buat program bagi macam-macam adakah ini sikit sebanyak akan mengganggu sebenarnya kitaran sosio ekonomi rakyat. Jadi sebab saya nak tanya Yang Berhormat Banting adakah kita di peringkat Kerajaan Negeri buat tapisan? Siapa yang kita nak bantu, memang terbuat pada semua rakyat Selangor tapi saya mengharapkan janganlah orang itu dah ada pekerja tetap kita beri galak berhenti kerja pergi masuk ekonomi gig jadi mohon pandangan Banting.

Terima kasih Taman Medan, betul saya setuju dengan apa tu, aduan Taman medan mengatakan ramai tertarik dengan imbuhan-imbuhan yang flourish dengan izin so dia berhenti kerja dan menjadi driver dan juga penghantar barang dan sebagainya. Tapi itu adalah satu perkara patut diperhalusi dan permohonan yang datang kepada pejabat saya biasanya saya mencadangkan mereka-mereka yang telah kehilangan kerja. Contoh dia tak ada option lain, dia mungkin kerja dalam sebuah kilang itu sebagai technician ataupun operator pengeluaran dan sebagainya suddenly shut down jadi dia tak ada peluang lain so kita galakkan atleast for time being mereka ada satu pendapatan boleh menjana pendapatan seperti mana Yang Berhormat Hulu Kelang menyatakan pekerjaan gig hanya pekerja sementara sahaja dia not permanent job dan permanent income. Dan saya telah elaborate tadi dengan detail pada awal dia mungkin apa kita panggil sorry angan-angan tahi ayam kita panggil. So the student or the children dia minat sangat, saya mungkin saya bekerja untuk 10 jam dan saya dapat mungkin dalam RM200 atau RM300 satu hari, mungkin ada benar itu tetapi itu bukanlah berdasarkan daripada apa yang dia jana pendapat itu feet’s dan sebagainya. Mungkin

kadang-kadang dia dapat mungkin timing dan sebagainya, dan sometime mungkin itu pun tak dapat. Jadi itu adalah boleh dikategorikan sebagai pendapatan sambilan. Malahan dia bukan satu pendapatan ataupun pekerjaan tetap dan sebagainya. Saya setuju sekali lagi dengan pandangan Taman Medan kita meneliti pemohon-pemohon sekiranya mereka mohon kepada pejabat saya. Saya akan meneliti make sure saya juga akan bagi kaunseling. Pegawai saya yang memang begitu pengalaman tinggi akan memberi kaunseling kepada mereka, jangan tinggalkan kerja full time ataupun permenant atau pun tadi telah mengatakan Cikgu dan sebagainya, akauntan dan sebaginya jangan tinggal pekerjaan itu. Kalau ada minat untuk tambah pendapat sebagai part timer untuk menambah pendapatan ok, kita galakkan mungkin jadi grab driver ataupun nak jual burger pasar malam boleh, tetapi jangan tinggalkan seperti mana kerja tadi.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sungai Burong kerana menyentuh tentang isu pemberian barangan Blueprint atau lebih dikenali sebagai Bantuan Peralatan kepada peniaga-peniaga kecil. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya selaku EXCO yang bertanggungjawab kepada Pembasmian Kemiskinan telah mengambil pelbagai inisiatif atau menyambung usaha-usaha yang telah ditinggalkan oleh mantan EXCO dengan program-program seperti membina atau baik pulih rumah Prihatin, pemberian baucar perayaan dan membeli barangan seperti mesin untuk memajukan perniagaan yang sedia ada. Ramai Yang Berhormat telah menyentuh tentang kewujudan program ini terima kasih. Cuma kriteria pemilihan seorang itu adalah sangat penting dan mesti menggunakan pelbagai kaedah yang patut dan wajar. Di sini saya ingin terangkan sedikit tentang kesamarataan atau keseimbangan yang perlu dititik beratkan dalam membuat keputusan yang terbaik. Untuk itu saya tunjuk gambar rajah ini Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Ini adalah kesamarataan ataupun keseimbangan kita bagi kepada semua orang seperti mana dulu kita ada Program Air Selangor dan sebagainya. Semua kita bagi kepada semua pihak. Yang ini adalah equal, sorry yang ini adalah equal, kesamarataan dan ini adalah fair. Adakah barangan yang kita bagi kepada sesuatu individu ataupun mereka itu fair? Itulah apa tu asal Negeri Selangor yang kita telah membatalkan dan menukar air Selangor free water itu kepada sasar, bantuan bersasar contoh ya dan kemudian, kita juga ada satu lagi istilah gambar rajah di sini menunjukkan for dengan izin ya. Ini adalah beberapa binatang di sini dan for fair selection everybody has to take the same exam, ini adalah pengadil atau pun guru,dia menyatakan semua kena pergi exam yang sama. Pada hal question adalah climb the tree, siapakah yang naik di sini? Walaupun gajah adalah binatang yang paling besar di dataran. Yang menang pasti adalah monkey, yang lain-lain tak menang sebab mereka tak tahu naik climb the tree, so kita Yang Berhormat saya akan peluang, so kita perlu melihat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ringkas sahaja Yang Berhormat.

Bantuan-bantuan yang kita mengedarkan

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ringkas sahaja boleh tolong edarkan gambar-gambar kepada semua ADN?

Bantuan-bantuan yang kita mengedarkan adalah mengikut sasaran, sebab banyak tempat yang kita ada masalah. Saya juga setuju mungkin dengan Meru dan juga tadi apa tu Sungai kandis dan juga Paya Jaras sebab rumah kampung ada 10 pintu tu atau pun 20 pintu. Dulu saya sebagai mantan Ahli Majlis, saya Meru dan juga Kota Damansara kami adalah mantan Ahli Majlis, kami tahu bagai mana menyelesaikan masalah kutipan sampah di kawasan-kawasan kampung dan sebaginya. Sebab biasanya kita dihentam ataupun di marah oleh mereka adalah apabila pemilik, penyewa rumah itu pindah, barang-barang yang dibuang adalah tilam besar. Di mana kita currenly kita service yang percuma, kita tidak pernah kenakan cukai taksiran kepada mereka. Apabila bila kita kaji semula dengan pengarah penilaian MBSA, saudara Encik Khairul kita kaji semula perkara-perkara itu kita lebih mendalam dan kita mendapati kawasan-kawasan perkampungan ini adalah dibanjiri dengan warga asing. Itu adalah lubuk mereka dan mungkin dalam satu lot kecil itu, meliputi lebih kurang 20 even 25 buah rumah yang mereka menyewakan kepada warga asing dan mengaut keuntungan yang besar. Itulah tempat-tempat yang patut kita meneliti, bagaimana kita boleh mengenakan cukai. Pada hal at the end TNB bil yang mereka bayar untuk sebiji rumah mungkin RM100 dan sebagainya. Astro yang dibayar RM1, air dia bayar tapi nak bayar RM10 sahaja mungkin sebulan. Cukai pintu atau cukai tafsiran itu mereka ungkit perkara itu. Jadi saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan hari ini mungkin setuju cadangan atau pandangan saya untuk menyokong pendirian iaitu bantuan bersasar. Satu lagi adalah kita, ini lebih kepada EXCO Sumber Manusia, saya ingin menyentuh perkara ini warga-warga asing yang tinggal di tepi sungai dan sebagainya sebagai illegal atau illegal, mereka menyumbang utama sampah ke dalam sungai. Dalam kajian kamilah dari dulu. Jadi kita juga sebagai law makers hari ini, perlu mengenakan satu tindakan yang tegas kepada mereka-mereka yang cuba meracunkan sungai kita. Jadi kita sama-sama kita mengambil satu pendirian bahawa kita jangan menggalakkan perkara-perkara seperti ini especially apabila kita mengenakan satu cukai tambahan ataupun cukai sewajarnya kepada mereka-mereka kita bersama menyokong pendirian itu, dan itu saja untuk hari dan saya mengakhiri ucapan saya dan seterusnya saya menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menyokong stand beliau. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Banting. Dipersilakan EXCO Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Tuan Speaker. Pertama saya ambil kesempatan mengucapkan terima kasih semua Ahli-

ahli Yang Berhormat yang mengambil dalam bahagian sesi perbahasan menjunjung titah diraja untuk portfolio saya kurang sebenarnya hari ini. Dia dua je Ahli Yang Berhormat yang menyentuh portfolio Belia Sukan dan Keusahawanan. Pertama saya menyentuh sedikit tentang Hijrah yang telah dibangkitkan secara ringkasan oleh Hulu Kelang dalam ucapan beliau dalam minggu sudah. Untuk makluman Yang Berhormat Klang, program Hijrah masih lagi segar dan teruskan bukan kata lesu, lesu itu mungkin konotasi sedikit salah kurang segarkan. Kita akan segarkan lagi Hijrah dengan pelbagai program, untuk makluman Yang Berhormat untuk tahun ini Hijrah sedang melaksanakan penstrukturan beberapa bidang yang mana kita akan fokus kepada dengan izin loan disbarment yang mana kita nak selaraskan semula pemberian pinjaman-peminjaman ataupun pembiayaan kepada usahawan-usahawan kita dan pada masa yang sama untuk kita fokuskan juga kepada menyelesaikan masalah kutipan peminjam-peminjam yang tegar ini dan penstrukturan ini juga akan melibatkan juga empat perkara pentinglah dengan izin business, operation, support dan governance jadi insya-Allah dalam masa terdekat ini akan melihat penstrukturan baru Hijrah dan akan kembali segar untuk kita apa orang kata memperbetulkan hujah daripada Hulu Kelang. Silakan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya cuma ingin mendapat pencerahan, what is the current paid for the payment dengan izin oleh peminjam-peminjam dari usahawan kita? Kerana dalam perbahasan saya sebut menjelang tahun 2017 modal pusingan untuk program Hijrah ini telah mencecah RM187 juta. Ini bermakna apabila kadar pembayaran balik itu tinggi pada ketika itu ia dapat membantu lebih ramai usahawan lain, jadi saya ingin dapat penjelasan oleh kerana Yang Berhormat kata ingin meningkatkan prestasi supaya lebih segar maknanya dah kurang segar. Akui dulu kurang segar sekarang jadi nak tingkat lebih segar ia mesti merujuk kepada kadar pembayaran balik supaya modal pusingan itu dapat membantu lebih ramai usahawan yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Hulu Kelang. Kita akui tadi kurang segara dan kita nak segarkan semula. Untuk makluman Hulu Kelang yang Hulu Kelang tanya tadi tentang hutang yang kutipan kita, untuk setakat hari ini jumlah tunggakan kita yang masih belum terima daripada semua yang kita biaya berjumlah sebanyak RM228,494 juta. Ini yang terkini dan daripada jumlah itu sebanyak 28,387 orang iaitu dalam kategori peminjam tegar yang masih degil untuk menyelesaikan melunaskan pembiayaan mereka pinjaman mereka sebanyak 38% ini yang terkini untuk makluman Ahli-ahli Dewan. Dan insya-Allah daripada masa ke semasa berdasarkan tadi yang saya sebut penstrukturan itu, kita nak tumpu kepada mengutip semula daripada peminjam-peminjam yang berdegil ini. Dan saya teruskan ke isu kedua yang disentuh oleh Rawang berkenaan dengan belia. Rawang bangkitkan tentang tiga perkara yang melibatkan para belia di Negeri Selangor ini khususnya dalam konteks mereka yang bagi beliau ada isu dari segi kematangan politik dan pemahaman dalam demokrasi terutamanya membabitkan kelompok

pengundi baru yang berusia 18 tahun ke atas ini. Dan yang kedua adalah kurangnya penglibatan belia dalam memimpin organisasi-organisasi masyarakat di bawah. Kita memang sedia maklum belia kurang terlibat dalam organisasi macam jawatankuasa kampung misalnya. Apa panggil KRT. Ini memang ada isu. Dan dalam konteks kita di Selangor, kita nak gerakkan PBS ini, Penggerak Belia Selangor ini untuk accomodate dengan izin ataupun membantu menampung masalah-masalah ini tadi yang mereka ini akan menjadi salah satu teras kepada Kerajaan Negeri. Dan yang ketiga tadi, ketiga Rawang ada bangkitkan tentang penyebaran berita palsu dan perlunya anak-anak muda ini digerakkan bagi menjadi juru bicara untuk menangkis penyebaran dakyah-dakyah ataupun berita palsu ataupun misinformation dengan izin dan in sha Allah di peringkat Kerajaan Negeri kita akan membantu PBS ini untuk menjadi jurucakap kita dan menerangkan dengan lebih baik lagi dasar-dasar Kerajaan Negeri dan juga menangkis sebarang misinformation dengan izin ataupun penyalahkesampaian fakta dan maklumat. Jadi daripada saya itu sahaja Yang Berhormat Speaker.

Mohon penjelasan.

Timbalan Speaker

Dipersilakan.

Saya nak pastikan sama ada program yang saya bangkitkan betul di bawah Hijrah ataupun di bawah EXCO Pertanian? Ladang Cendawan sebab ia melibatkan peminjam-peminjam yang meminjam Hijrah.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Peminjam-peminjam yang meminjam Hijrah tapi untuk

Peserta daripada Ladang Cendawan ini saya dimaklumkan adalah menggunakan pinjaman daripada Hijrah.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Boleh saya semak balik Yang Berhormat kalau ini saya akan bincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian.

Kota Anggerik. Sikit. Mungkin lari sikit daripada dua konten daripada YB Kota Anggerik tadi cuma pada tahun ini kita akan menghadapi satu sukan yang berprestij dalam negara kita iaitu SUKMA. Setakat hari ini, Seri Serdang nak dapatkan penjelasan tentang bagaimana progress dengan izin kontinjen kita, Negeri Selangor untuk menghadapi SUKMA kerana Selangor ini menjadi negeri tumpuan. Setiap kali SUKMA orang akan melihat di mana ranking dengan izin kontinjen Negeri Selangor. Apakah kita sudah bersedia, bagaimana dengan kewangan kita, bagaimana persediaan atlet kita yang kita akan menghadapi, saya dikhabarkan pada bulan Jun or Julai kita punya SUKMA

kita di Sarawak. Jadi nak tahu bagaimana perkembangan ataupun progress dengan izin kontinjen Selangor. Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Seri Serdang. Untuk makluman Ahli Dewan, SUKMA yang akan datang ni akan berlangsung di Negeri Sarawak pada bulan Ogos 2024 dengan melibatkan sebanyak 37 sukan. Ini antara penganjuran SUKMA yang mana sukan yang dipertandingkan adalah paling tinggilah, tertinggi dalam sejarah, 37 sukan. Dan untuk penyertaan kali ini, Negeri Selangor akan mengambil bahagian dalam semua jenis sukan dengan melibatkan seramai 1,138 orang atlet dan kita sasarkan untuk penyertaan kali ini menjadi kelompok antara 3 yang terbaik dan akan di SUKMA edisi lepas kita hanya berada di tempat keempat dan kita nak perbaikan kedudukan tersebut. Dan daripada segi persediaan, persiapan atlet-atlet kita, untuk tahun ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan sukan dan persediaan kontinjen SUKMA. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat jika nak dibandingkan dengan peruntukan negeri-negeri lain boleh saya sebutkan. Untuk Terengganu, mereka memperuntukkan sebanyak RM27 juta untuk persiapan SUKMA. Johor, RM15 juta. Sarawak, RM23.1 juta. Wilayah Persekutuan, RM15 juta dan Sabah RM27.2 juta dan mana mereka ini merupakan negeri-negeri pencabar utama dalam sukan SUKMA akan datang.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat pertanyaan.

Timbalan Speaker

Kota Anggerik

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan. Boleh.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tak habis jawab lagi. Sikit lagi. Saya, saya nak settlekan dia punya kejap

Tak, sama juga

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Okay. Sila, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Saya tertarik bila Yang Berhormat kongsikan negeri-negeri lain persediaan mereka berapa juta mereka sediakan. Selangor tadi Yang Berhormat nampak kecewa sebut RM8 juta je. Jadi Yang Berhormat nak minta kami minta lebih pada Menteri Besar ke macam mana sekarang. Nak lebih pada RM8 juta ke macam mana.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Apa angkanya kami semua akan sokong di sini.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Yang Berhormat boleh letak nilai nanti kami sokong. In sha Allah di peringkat Kerajaan Negeri memang kalau ikutkan secara relatifnya RM8 juta itu antara kalau nak dibanding negeri lain memang rendah tapi pada masa sama kita..

Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Dari masa ke semasa..

Sedikit. Saya rasa soalan Taman Templer itu..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat saya takut, saya takut Selangor kalah dengan Terengganu nanti, malu kita. Kawan-kawan saya tak berapa suka Terengganu.

Saya, saya rasa soalan Taman Templer tu ada unsur provokasi tu. Saya melihat kepada RM8 juta ni peruntukan yang lepas pun RM8 juta tak silap saya. Di Sarawak kos nya meningkat kerana ialah kita logistik kita juga akan meningkat. Jadi apakah RM8 juta tu Yang Berhormat melihat mencukupi untuk kita target sasaran top 3 tu. Sebab saya risau esok kalau kita tak dapat top 3 nanti Taman Medan bangun, dia kata tu lah lain kali tak minta duit lebih. Jadi hari ini saya bagi hujah je lah. Logistik. Kalau dalam di yang lepas di Kuala Lumpur, dekat. Yang paling jauh pun sukan kenu di kapal layar di Langkawi. Tapi pada SUKMA akan datang ni di Sarawak, dan saya rasa logistik itu akan meningkat. Apakah RM8 juta itu mencukupi untuk kontinjen kita.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Dulu saya ingat kali terakhir kita menang 2016 waktu itu Hulu Kelang punya bajet RM7 juta je. Tapi menang, tapi menang. Menang. Tak saya nak bagi tahu tapi menang. Jangan marah Hulu Kelang. Kita nak beritahu, masa 2016 kita menang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya ini pantang dicabar, saya bangun.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Kita tak cabar, kita nak beri kredit. Maksudnya bila sebut RM7 juta pun kita boleh menang. Kalau RM8 juta ni walaupun relatifnya rendah tetapi kita dari segi pembangunan atlet itu kita bersedia lebih daripada negeri lain dan in sha Allah kita juga akan menggunakan mekanism untuk meminta ataupun nak mengarahkan kita punya anak-anak syarikat untuk membantu dari segi tajaan dan sebagainya dan pada masa sama pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri juga akan mengambil tanggungjawab untuk menjadi PBT angkat kepada persatuan-persatuan tertentu dan ini secara tak langsung dapat

membantu dari segi kekurangan yang mungkin kita boleh tampung menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, satu lagi soalan.

Timbalan Speaker

Ada lagi, belum habis. Boleh, bagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada Ahli Dewan Negeri kita yang membangkitkan soal pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Apakah ini di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Kota Anggerik ataupun masih lagi dikuasai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. terima kasih

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Hulu Kelang. Ini soal sidang lepas pun tanya juga. Sidang ini pun jawapannya sama Hulu Kelang. Ia masih lagi di bawah jurisdiction ataupun bidang kuasa Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Di bawah bidang kuasa. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kota Anggerik. Yang Berhormat EXCO saya persilakan Tanjung Sepat untuk memberi penjelasan.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semuanya Yang Berhormat yang berbahas di atas titah Tuanku dan ini adalah bagi menjawab antara perbahasan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kampung Tengku, Kampung Tunku iaitu tentang status Hak Milik Strata bagi Lot 23513, Park Residensi iaitu Hak Milik 11705 Lot 23513, Bandar Petaling Jaya, PJ. Pemaju tanah telah mengemukakan permohonan bagi pecah bahagian bangunan untuk pengeluaran Hak Milik strata melalui juru ukur tanah berlesan iaitu juru ukur Sutera pada 14 Disember 2020. Walau bagaimanapun permohonan tersebut telah di kuiri berikutan penyediaan dokumen yang tidak lengkap dan tidak teratur. Surat guidance telah dikeluarkan pada 29 Januari 2021 dan permohonan meminda syarat menyatakan telah diluluskan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 19 April 2021. Jadi notis 7G premium tambahan berjumlah RM3,251,840 bertarikh 31 Julai 2021 telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun notis 7G tersebut telah tamat tempoh selepas 6 bulan dan tarikh notis 7G premium tambahan tersebut. Jadi, sekiranya pemaju gagal menjelaskan premium tambahan 7G tersebut, pemaju perlu mengemukakan semula permohonan pecah bahagi bangunan untuk mengeluarkan Hak Milik strata berserta dengan notis 7G jumlah premium tambahan yang baru. Jadi pihak pemaju tidak menguruskan dengan baik. Dan seterusnya Lot 23514, Impian Seri Setia iaitu di Petaling Jaya juga, pemaju tanah telah mengemukakan permohonan pecah bagi bangunan dan permohonan meminda syarat nyata untuk skim pada, untuk mengeluarkan Hak Milik strata melalui juru ukur

tanah berlesan iaitu juru ukur Sutera juga pada 21 April 2015. Permohonan meminda syarat terus telah diluluskan oleh Y.A.B. Dato Menteri Besar pada 7 Disember 2016. Dan notis 7G berjumlah RM331,120 bertarikh 17 Januari 2017 telah dikeluarkan kepada pihak pemaju. Pemaju membuat rayuan memohon lanjut notis 7G pada 30 Mei 2017. Walau bagaimanapun pemohon tersebut telah menolak, telah ditolak pada 13 Jun 2013. Permohonannya ditolak untuk permohonan selanjutan.

Notis 7G juga telah, telah tamat tempoh selepas 6 bulan dari notis 7G premium tambahan tersebut. Jadi sekiranya pemaju gagal menjelaskan premium tambahan 7g tersebut, pemaju perlu mengemukakan semula permohonan pecah bahagi bangunan untuk mengeluarkan Hak Milik Strata berserta dengan notis 7G jumlah premium tambahan yang baru. Bagi Lot 23515, bagi Lot 51, tiada permohonan pecah bahagi untuk mengeluarkan Hak Milik dikemukakan oleh pemaju tanah tersebut dan didapati tiada Hak Milik muktamad sedangkan permohonan ukur kepada jabatan ukur pemetaan Malaysia Cawangan Negeri Selangor ataupun JPAM selesai pada 2017. Jadi, peranan taskforce untuk inisiatif mengeluarkan Hak Milik tersebut adalah seperti berikut. Untuk mengumpul dan mengenal pasti, menyiasat dan menyenaraikan semua skim strata yang belum mempunyai strata dan seterusnya merancang strategi bagi menyelesaikan isu skim strata yang belum mempunyai strata di kawasan-kawasan yang disebut oleh Kampung Tunku dan juga melaksanakan tindakan undang-undang termasuk pendakwaan ke atas kes-kes yang dikenal pasti mempunyai primasasi setelah mendapati izin daripada Timbalan Pendakwa raya. Jadi, taskforce bagi inisiatif mengeluarkan Hak Milik Strata untuk perumahan merujuk kepada rekod LPHS, terdapat pangsapuri yang masih belum mempunyai Hak Milik strata walaupun telah lama didiami. Isu ini akan memberi kesan kepada terhadap pemilik petak untuk membuat sebarang urus niaga ke atas petak tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa ataupun taskforce untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dan berharap pangsapuri juga ramai belum memiliki Hak Milik strata. Jawatankuasa telah diselaraskan secara bersama dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan juga Pejabat Tanah Galian (PTGS) untuk menyelesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Timbalan Speaker, pencerahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tadi. Saya ingin tanya bagi tindakan penguatkuasaan ataupun undang-undang apakah triger point dengan izin untuk kerajaan melakukan sesuatu. Contohnya mungkin jumlah tempoh di mana pemaju telah drag dengan izin permohonan Hak Milik strata. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Kampung Tunku. Pihak PTGS dan juga LPHS sering kali kita bagi notis dan peringatan dan masalahnya mereka ini sering tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Jadi, kita akan mengambil tindakan dan mengikut kajian dan juga penasihat undang-undang untuk memastikan bahawa tindakan apa yang perlu kita ambil. Jadi setakat ini kes ini dah terlalu lama dan menyebabkan mungkin mereka dari segi masalah

kewangan apabila kita keluarkan borang 7G untuk mereka bayar tambahan premium mereka berdalih dan memberi surat lagi dan tanpa juga menjawab sebarang apa juga balasan. Jadi pihak kita memandang serius perkara ini dan kita akan mengambil tindakan. In sha Allah. Terima kasih.

Dan seterusnya daripada Yang Berhormat Permatang tentang perkara yang dibangkitkan iaitu projek perumahan Mutiara Maju Suasana Cemerlang Sdn Bhd dan juga yang kedua projek Taman Sungai Yu Indah, pemaju Serambi Padu Berhad. Yang pertama yang untuk makluman Yang Berhormat, bagi Taman Mutiara pihak pemaju memanjangkan dan dijangkakan akan dikeluarkan CCC pada Mei 2024, ini yang kita dapat laporan daripada PBT yang dijangka akan dikeluarkan CCC pada Mei 2024. Untuk makluman Yang Berhormat projek Taman Sungai Yu Indah merupakan projek terbengkalai yang sedang dipulihkan oleh Tetuan Serambi Padu Sdn Bhd yang mana fasa 1 ataupun rumah kos rendah telah siap dibina dan telah diserahkan kunci kepada pemilik pada tahun 2022, iaitu 3 Jun 2022 dan status kini adalah seperti berikut, yang pertama 107 unit rumah kos rendah fasa 1, status terkini telah siap dibina dan telah memperoleh CCC pada 3 Jun 2022 seperti yang saya maklum yang pertama tadi, yang kedua 120 unit rumah teres atau kos sederhana setingkat fasa 2, jangka siap pada pertengahan tahun 2024, pada pertengahan tahun ini dan status pembinaannya sebanyak 72.5% persen dan seterusnya iaitu bilangan tiga, 152 unit rumah teres mampu milik 1½ tingkat iaitu fasa 3A dijangka siap pada pertengahan tahun 2024 pada tahun ini dan statusnya juga pembinaannya sebanyak 72.5% dan ke empat 120 rumah teres mampu milik 11/2 tingkat fasa 3B dijangka siap pada pertengahan juga tahun ini yang status tapak iaitu pada 50 % ertinya daripada yang lepas sehingga sekarang yang dijangka siap pada pertengahan ini dan Kerajaan Negeri melalui LPHS sentiasa memantau, kita minta pegawai-pegawai kita turun ke lapangan dan melihat kerana kadang-kadang kita panggil pihak syarikat ni untuk bertemu, mereka tidak memberi respons, tetapi walau bagaimanapun di lapangan kita ada kerja pelaksanaan telah dibuat. Jadi saya berharap apa laporan yang diberikan pemaju ini akan dapat dilaksanakan dan saya harap juga kita akan terus memantau.

Timbalan Speaker

Kajang Bangun.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya sendiri berkenaan, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya sendiri telah turun sebenarnya ke kelapangan di Taman Mutiara dah berhubung rapat dengan pembeli, pemaju dan juga pihak KPKT sendiri, dan apa yang saya dapat maklum bahawa untuk projek Taman Mutiara itu, masalahnya sekarang ni hanya tinggal JKR untuk kelulusan CCC, kalau tidak dalam perbincangan dijanjikan seperti Mei. Tetapi apabila kita telah dapat maklum yang pemaju punya masalah Kewangan dan sebagainya dan dikhuatiri tidak dapatlah penyerahan tu sebelum Mei seperti yang dijangkakan, tapi sekarang ni yang saya dapat maklum hanya JKR sahaja, jadi adakah apa-apa, ye lah inisiatif atau pun bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mempermudahkan dengan pihak JKR untuk penyerahan CCC tu. Sebab apa yang saya kasihan kerana mereka telah

membayar ansuran rumah tu selama tiga tahun dah, tetapi masih tidak dapat duduk. Jadi saya mohon jasa baik jika boleh dipermudahkan sedikit JKR punya kebenaran itu. Sekian.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat, kita faham ramai pembeli yang telah selama 3 tahun ada sampai 5 tahun dan mereka telah membayar duit pinjaman dan sebagainya, tapi walau bagaimanapun saya beri keyakinan penuh, kita akan minta kerjasama dengan JKR dan melalui PBT untuk mereka bagi pemudah cara untuk mudahkan dan dapat dilaksanakan sehingga pertengahan tahun ini dapat diserahkan kepada pemilik. Terima kasih yang berhormat.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Minta Pencerahan.

Timbalan Speaker

Kajang

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Timbalan Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Adakah kerajaan akan mewujudkan satu tabung khas untuk membantu rumah-rumah kos rendah di atas kerosakan infrastruktur seperti bumbung rosak, jalan berlubang, lampu jalan tidak berfungsi dan lain-lain, kerana ketiadaan duit dalam menampung proses tersebut. Kajang memberi 1 contoh pada 21 Februari, Flat Taman Bukit Mewah Fasa 3 Kajang, telah mengalami kerosakan akibat ribut yang membuatkan bumbung flat telah rosak atau pun musnah sehingga tidak selamat diduduki, tetapi pihak JMB tidak mampu memperbaiki kerosakan tersebut kerana tiada peruntukan melalui caj penyelenggaraan. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Kajang, sebenarnya Yang Berhormat Kajang tidak sempat berbahas isu ini. Dan saya menjawab dulu bagi Permatang kerana isu ini dibahaskan di dalam ini dan insya-allah saya akan jawab sekejap lagi. Baik seterusnya perbahasan daripada Yang Berhormat Kuang, sebenarnya Yang Berhormat Kuang ada menyebut tentang pembinaan jalan keluar dan masuk bagi Laguna Biru, sebab tanpa jalan kedua tidak boleh dilaksanakan dan pembinaan kondominium dan apartmen ini di Tasik Kundang ni. Ini sebenarnya, ini bukan dalam bidang kuasa LPHS, dan saya ingin maklumkan perkara ini bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang kerana ia melibatkan kelulusan Kebenaran Merancang ataupun KM, oleh demikian isu ini dibangkit kan ini akan dirujuk kepada MPS untuk meneliti apakah cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Kuang. Seterusnya daripada Yang Berhormat Kajang, saya jawab lah ya. Bagi Soalan yang ditimbulkan sebentar tadi Yang Berhormat Kajang, solusi bagi menubuhkan tabung khas ini adalah bagi membaik pulih kerosakan akibat bencana adalah satu cadangan yang baik, perlu diteliti kerana melibatkan dana yang besar daripada Kerajaan Negeri. Memang cadangan yang baik tetapi dia melibatkan kewangan yang besar. Selain daripada itu, saya akan terangkan lagi kepada Yang Berhormat, iaitu tentang SOP Tabung Bencana ini perlu diasakan dengan Peranan

Unit Pengurusan Bencana Selangor agar pengurusan penggunaan tabung ini tidak bertindan antara satu dengan lain, mekanisme ini nanti kita akan bincang. Lepas itu, Kerajaan Negeri pada tahun 2022 telah memperkenalkan satu skim insurans pangsapuri dengan dana sebanyak RM1.3 juta bagi membiayai polisi insurans bencana khusus bagi pangsapuri kos rendah selama setahun. Dulu cadangan ini kita dah sahut dan Kerajaan telah memperuntukkan RM1.3 juta sebagai bantuan awal, kita menganggap ini bantuan supaya selepas itu kesinambungan ini diteruskan oleh pengurus-pengurus atau JMB-JMB tersebut. Namun, tiada tuntutan digunakan pada badan pengurusan bagi pembiayaan baik pulih bencana. Ini masalahnya, kita dah belikan insurans mereka tak tuntut, tak buat laporan. Jadi kita dah bayarkan insurans dan insurans itu valid jika berlakunya bencana. Tapi pihak pengurusan tidak memanjangkan tuntutan kepada pihak insurans. Jadi saya rasa, ini perlu ada pembaikan untuk memastikan bila insurans telah kita bantu dan kesinambungan daripada itu perlu daripada pihak pengurusan. Walau bagaimanapun bagi mengurangkan implikasi kewangan Negeri saya mencadangkan agar satu pelan tindakan jangka panjang untuk memastikan akaun kumpulan wang atau pun sinking funds pangsapuri diberi keutamaan kepada pemantauan berskala. Daripada Pihak Pesuruhjaya Bangunan ataupun COB ia termasuk dalam peringkat pengurusan pemaju sebelum diserahkan kepada Badan Pengurusan (JMB), kita minta supaya COB ni buat satu laporan berskala untuk kita pastikan sebelum diserahkan kepada JMB. Tindakan perlu diambil kepada mana-mana pemaju atau pun badan pengurusan yang gagal mengurus dan menyalahgunakan Akaun Kumpulan Wang selepas ini. Pemantau tersebut memastikan juga Badan Pengurusan (JMB) atau pun MC menginsuranskan pangsapuri setiap tahun dan kewajipan menginsuranskan pangsapuri itu adalah tanggung jawab bagi pengurusan selari dengan Seksyen 93(1) Akta Pengurusan Strata 2013, iaitu Akta 757. Iaitu mana-mana orang atau badan yang mempunyai kewajipan atau tanggungjawab di bawah akta ini untuk menyelenggara dan menguruskan mana-mana bangunan hendaklah menginsuranskan bangunan di bawah suatu polisi kerosakan dengan penanggungan insurans yang berlesen mengikut bahagian ini. Jadi dia ada akta dia. Saya harap Yang Berhormat Kajang faham dan Insya-Allah kita akan teruskan untuk.

Timbalan Speaker

Ada yang bangun?

Batu Tiga mohon laluan.

Timbalan Speaker

Ya, Batu Tiga.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, sementara sedang bercakap tentang Rumah SelangorKu, juga kita bercakap tentang rumah pangsapuri, saya juga ingin bertanya dan mencadangkan, sekarang ini kita berhadapan dengan pangsapuri yang pelbagai jenis saiz dan kategorinya, ada yang kita sebut sebagai rendah, ada yang kita sebut

sederhana dan kadang-kadang di terma PBT kadang-kadang ia ada sederhana rendah yang mana bila berlaku terma-terma itu ia akan bermasalah pada sudut servis daripada pihak PBT ni tidak boleh masuk di sebahagian tempat. Contohnya penyelenggaraan kawasan sampah, sampah should be okay, pembersihan dan sebagainya. So saya mohon kalau boleh kategori ini diselaraskan semula supaya tidak ada pertindihan ataupun pencegahan tugasan itu sebab pabila kita berdepan dengan penduduk ada yang bila kita sebut ini mungkin PBT boleh uruskan ini boleh kita minta bantuan daripada skim pelbagai, kita berdepan dengan kategori yang tidak jelas ini, ada yang sebut kategori itu ditentukan oleh nilai harga rumah. Tetapi nilai harga rumah ini dia akan subjektif mungkin ketika itu rendah, beberapa tahun nanti mungkin harganya naik, terus lepas daripada harga kategori itu, so saya mohon dan mencadangkan kalau boleh kita selaraskan semula kategori itu supaya ia memberikan penjelasan yang baik kepada pihak pelaksana terutama PBT. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga kita akan tengok dan kita akan kaji. Insya-Allah. Saya nak respons sikit pada Yang Berhormat Morib, qalaupun soalan itu tidak ditujukan kepada saya, ditujukan kepada pihak Tourism Selangor, mengenai rumah Dato’ Misbun, atau pun Rumah Keluarga Sidek. Sebenarnya kami telah merancang di bawah PADAT bersama MORTEC untuk kita wartakan rumah ini. Rumah Warisan Dato’ Sidek ini sebagai Rumah Warisan Legenda Badminton untuk memastikan bahawa mereka ini, keluarga yang tidak akan pupus ditelan zaman dan dikenang sampai bila-bila dan jika berjaya, perbincangan telah dibuat dengan keluarga Dato’ Sidek dan pada dasarnya mereka setuju bagaimana pelaksanaannya nanti akan kita pastikan dan kita akan bekerjasama dengan Tourism Selangor juga, kerana ini salah satu juga khazanah untuk memastikan tempat-tempat ini dapat dilawati bukan sekadar pelancong dari dalam Malaysia tetapi juga dari Luar Negara. Jadi terima kasih.

Timbalan Speaker

Ada yang bangun. Nak habiskan ke macam mana.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat, sorry. Taman Medan ada bangkit dari Tanjung Sepat tentang isu pembetungan di Flat Taman Perangsang, yang itu saya minta respons pada Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan, sebenarnya tak sempat semalam, itu hari untuk tambah masa katakan. Tapi tidak mengapa, saya telah menerima dan meneliti surat daripada Yang Berhormat Taman Medan, di mana telah ditujukan kepada Yang Amat Berhormat dan di Cc kan kepada saya, iaitu perkara ini di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) untuk menyemak semula kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan serta perlu bagi penyediaan sistem pembetungan bagi Flat Taman Perangsang. Perbincangan lanjut akan dibuat dengan MBPJ berkenaan isu ini dan

dibangkit dalam masa terdekat. Jadi sebenarnya dalam bidang kuasa PBT kalau boleh nanti pihak EXCO PBT juga bagi respons, sekian.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Cuma sikit Yang Berhormat, sebenarnya di peringkat PBT mereka dah ada perbincangan dan sebab tu costing yang saya lampirkan dalam surat itu dah nyatakan berapa jumlah kosnya. Sebab kes ini dia simple je, saya nak sambung ke IWK, tapi kosnya terlampau tinggi yang saya rasa saya tak nampak penduduk boleh tanggunglah kos itu, jadi mohon perhatian Tanjung Sepat tentang perkara ini.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Kota Damansara.

Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM

: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat EXCO dalam perbahasan Kota Damansara ada juga membangkitkan menyentuh khusus berkenaan PPR Kota Damansara, mungkin saya minta Yang Berhormat EXCO, untuk respons. Antara isunya ialah pemutihan yang kedua berkenan maintenance yang baru-baru ini pun Kota Damansara ada budak umur 5 tahun telah jatuh daripada tingkat 5 dan meninggal dunia, jadi mungkin saya minta respons daripada Yang berhormat EXCO.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Baik. Untuk Yang Berhormat Taman Medan, saya akan rujuklah dengan pihak PBT dan juga LPHS akan bincang kerana kita minta juga kerjasama daripada semua pihak terutama Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya dimaklumkan bajetnya lebih kurang dalam RM2 juta ye, Yang Berhormat jadi kosnya agak tinggi dan kita akan pertimbangkan. Seterusnya pada Kota Damansara, PPR ni adalah di bawah Kerajaan Federal, jadi kita melihat sebenarnya ada beberapa tempat yang kita tengah bincang dengan pihak kerajaan ataupun KPKT untuk penyelenggaraan semula dan penyelenggaraan kawasan-kawasan baru ini, jadi saya tak dapat maklumat itu sebenarnya yang berhormat nanti kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Amat Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih yang Berhormat EXCO. Sekarang giliran daripada EXCO Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sangat berminat dan bertanyakan timbulkan beberapa pencerahan dan soalan dalam Usul Menyembah Ucapan Terima kasih serta Menjunjung Kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada perbahasan yang lepas. Untuk saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kampung Tunku apa yang dibangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan isu padang bola yang diselenggarakan. Kawasan padang bola di SS 2/45 yang tidak diselenggarakan dengan permukaan padang yang tidak rata menyebabkan takungan air. Majlis Bandar Raya Petaling Jaya Selangor dalam proses sebut harga

bagi melantik kontraktor untuk kerja penyelenggaraan padang bola di Jalan SS 2/45 termasuk penyelenggaraan rumput, pembersihan sampah dan penaburan pasir top dressing untuk memastikan keadaan padang dalam keadaan baik. Sistem saliran juga akan dibina untuk memastikan aliran air hujan lancar bagi mengelakkan pembentukan takungan air sewaktu hujan. Ini untuk Yang Berhormat, tindakan kita telah ambil. Terima kasih kepada Yang Berhormat Meru yang prihatin tentang beberapa isu yang berbangkit tentang Jalan Dato’ Hamzah. Cadangan menaiktaraf

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit Yang Berhormat Sekinchan. Boleh? Sikit? Sebelum masuk Meru ni.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sebelum pergi ke Meru, kita singgah di Taman Medan dulu.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh? Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Boleh. Sebab Taman Medan semalam dia agak panas sikit. Hari ini dia cool. Jadi saya bagilah sebab Speaker dah janji kena bagi kan? Jadi kita bagilah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Speaker janji bagi semua EXCO saya boleh tanya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Untuk boleh tanya? Oh jadi hari ini lesen besar la ya?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Besar.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tahniah diucapkan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Saya mohon perhatian Yang Berhormat Sekinchan tentang isu kawasan lapang milik MBPJ yang ada di Taman Medan. Ada beberapa kawasan lapang ni yang mana saya lihat sebenarnya berpotensi untuk dijadikan padang yang proper termasuk untuk kegunaan sekolah. Saya boleh. Saya sebenarnya dah jemput Yang Berhormat Sekinchan datang sidang lepas untuk turun Taman Medan dengan saya. Saya nak tunjuk padang-padang ni. Jadi saya harap Yang Berhormat Sekinchan dalam tempoh seminggu dua ni kita pergi sekalilah untuk tengok tempat-tempat ni sebab saya rasa padang-padang ni kita boleh upgrade untuk kita jadikan kemudahan awam untuk anak-anak Taman Medan terutamanya sebagai padang bola sepak. Dan saya sanggup turun walaupun waktu bulan puasa (minggu depan). Jadi saya berharap Yang Berhormat Sekinchan boleh datang sekalilah.

Tak nak belanja makan la tu bulan puasa.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan yang prihatin tentang isu kawasan lapang ya. Kawasan lapang di Taman Medan memang ada banyak kawasan lapang. Kadang-kadang kita biarkan di situ dan bersemak-samun dan sebagainya (tidak digunakan dengan sepenuhnya) dengan izin not fully utilize. Memang Kerajaan Negeri akan pastikan dan kita akan minta PBT menggunakan rizab yang ada untuk naiktarafkan padang-padang yang mempunyai potensi kawasan lapang yang mempunyai potensi selain daripada menyewa padang-padang tersebut. Termasuk juga digunakan untuk kemudahan awam seperti apa yang kita laksanakan sebelum ini iaitu padang cergas. Banyak padang cergas dipenuhi, dilengkapi dengan kemudahan awam untuk kemudahan anak-anak.

Kemudian sekarang, Kementerian KPKT juga sedang melaksanakan satu projek iaitu Padang Madani. Padang Madani untuk anak-anak dan juga untuk warga-warga untuk beriadah di situ. Dan termasuk digunakan untuk padang bola sepak. Jadi di Taman Medan atas jemputan saya ke Taman Medan, kalau saya ada kesempatan ya Insya-Allah saya akan turun. Tapi tak tahulah masa. Saya akan semak masa sebab Taman Medan dia sudi menjemput saya. Akan cuba aturkan masa untuk turun ke Taman Medan. Terima kasih Taman Medan.

Ini isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru tentang naik taraf Jalan Hamzah Alang, pelan rancangan selepas naik taraf kepada Majlis Bandar Raya Diraja Klang dan juga cadangan selenggara Taman Raya Maju. Untuk makluman Yang Berhormat, Jalan Hamzah Alang di bawah bidang kuasa JKR. Yang Berhormat EXCO Infrastruktur dan Pertanian, dia banyak soalan. Nanti banyak perkara akan beliau jawablah. Tapi elaun tak tambah walaupun banyak ya. Majlis Bandar Raya Diraja Klang (MBDK) memperuntukkan kira-kira RM212juta bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur dan pengindahan untuk kesejahteraan serta keselesaan warga Klang. Perbelanjaan ini meliputi aspek utama iaitu :-

1) kebersihan alam sekitar dan kesihatan awam RM91.914 juta; 2) Penyelenggaraan parit RM24.957 juta; 3) Penyelenggaraan jalan RM67.250 juta; 4) Pengindahan dan penyelenggaraan taman dan landskap RM28.056 juta;

Projek Rejuvenasi atau kerja-kerja penaiktarafan kawasan di Pusat Bandar Klang Utama dan juga Klang Selatan turut dilaksanakan. Di samping itu MBDK sedang giat melaksanakan kerja-kerja pengindahan dan landskap Bandar Klang terutamanya di laluan utama masuk ke Klang. Kerja-kerja menaik taraf perabot jalan, kemudahan awam dan infrastruktur juga telah dilakukan. MBDK akan memperkasakan Klang

sebagai bandar raya warisan diraja dan pelabuhan berdaya saing di peringkat global dengan menekankan pembangunan secara mampan, holistik, berimejkan bandar warisan dan sejarah yang menjadi simbol kebanggaan penduduk.

Bagi penyelenggaraan di Taman Raya Maju, sama seperti penyelenggaraan di taman-taman perumahan yang lain iaitu :-

a) kutipan domestik tiga kali seminggu; b) Pembersihan awam, longkang perimeter dan potongan rumput dilakukan dua kali sebulan; c) Manakala bagi sapuan dilakukan seminggu sekali;

Bagi penyelenggaraan jalan, kerja-kerja turapan telah dilaksanakan pada tahun 2023. Itu untuk perhatian/makluman untuk Yang Berhormat Meru. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berkaitan penyelenggaraan taman-taman atau landskap. Seperti mana yang EXCO jelaskan tadi berkaitan dengan peruntukan yang untuk penyelenggaraan taman dan landskap. Puluhan juta juga tapi nampaknya penjelasan Yang Berhormat EXCO lebih kepada kawasan-kawasan utama. Makna di kawasan pusat bandar (apa yang kita dapat maklumat tadi). Sedangkan contohnya di Meru ada 160 lebih pocket development yang rata-rata yang saya lihat kawasan lapang ataupun taman-taman permainan yang tidak di selenggara dengan baik, jadi menyebabkan penduduk setempat tidak ada tempat ataupun tidak selesa khususnya anak-anak untuk beriadah dan sebagainya. Termasuk juga selenggaraan alat-alat di taman-taman permainan yang banyak telah rosak. Jadi saya mengharapkan supaya tindakan yang efektif khususnya daripada Majlis Bandar Raya Diraja Klang untuk menyelenggara taman-taman ini dan meletakkan keutamaan juga. Sebab mereka juga adalah pembayar-pembayar cukai dan jangan terlepas pandang. Mentang-mentang Meru di hujung dan di utara, terlepas pandang untuk di selenggara. Kalau dah imej Majlis Bandar Raya ni, kalau boleh seluruhnya macam Yang Berhormat sebutlah. Kalau boleh seluruh Klang itu diambil kira untuk dicantikkan dan sebagainya. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Meru yang berjuang habis-habisan untuk kawasan DUN Meru ya khususnya kawasan lapang, kawasan permainan (taman permainan kanak-kanak) dan sebagainya. Memang Majlis Bandar Raya Diraja Klang baru saja dinaiktarafkan dan ramai khususnya penduduk Klang (penduduk di kawasan Meru dan sebagainya) menaruh harapan yang tinggi supaya semua infrastruktur kawasan lapang dan sebagainya kalau boleh diperbaiki dan dinaik taraf dalam sekelip mata (satu malam pun bolehlah kalau boleh). Tapi saya nak bagi tahu secara ikhlas, kita tidak mampu lakukan dalam masa yang singkat sebegitu. Walau bagaimanapun, kita akan ambil maklum dan akan tumpukan di Meru-Meru juga di mana kawasan lapang yang masih kekurangan dengan landskap, kawasan permainan dan sebagainya untuk dinaiktarafkan. Itu satu.

Yang kedua, melalui Projek Selangor Penyayang pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan pastikan ada peruntukan kepada DUN-DUN dan DUN-DUN juga boleh gunakan peruntukan ini untuk sasarkan mana padang-padang ataupun mana yang boleh dinaiktarafkan. Ini boleh Yang Berhormat Meru lakukan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Negeri yang begitu prihatin dan efektif. Silakan Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Saya amat tertarik dengan apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Sekinchan. Memang tak mungkin nak buat kesemuanya tapi mungkin kita boleh bawa cadangan mantan Sungai Pinang ataupun Bandar Baru Klang (Dato’ Teng) yang dia perkenalkan Padang Cergas. Setiap DUN dua padang dinaik taraf setiap tahun. Jadi penambahbaikan berterusan ini mungkin boleh dimulakan semula dan dia akan pastikan tak ada DUN yang tertinggal daripada sekurang-kurangnya dua padang naik taraf setiap tahun.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang sebelum ini kerajaan di bawah Yang Berhormat EXCO (mantan EXCO kita) Bandar Baru Klang Yang Berhormat Teng memang beliau melaksanakan padang cergas. Ini idea/ilham daripada beliau dan sangat berjaya. Banyak tempat, banyak DUN padang-padang dinaiktarafkan. Jadi saya akan ambil maklumat ini dan saya akan teliti untuk kita laksanakan. Kalau tak hari ini, mungkin hari esok. Kalau tak hari esok, mungkin minggu depanlah. Kalau tak minggu depan, tahun depan (bulan depan, tahun depanlah). Kalau tahun depan tak boleh, tahun akan datanglah. Kita cari bajet dulu. Saya akan cuba Insya-Allah. Satu DUN, dua ya? Saya akan kira, saya akan catit. Satu DUN, denda (dengan izin) dua ya. Ok, baik, baik. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bukit Gasing

Timbalan Speaker

Ada yang bangun lagi.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Dengan izin.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sungai Pelek. Sungai Pelek. Ini tak boleh. Ini ok. Yang lain dulu dia pelik sikit. Ini ok. Ini dia terkawal.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. Ok. Terima kasih. Sebenarnya adakah buat perancangan untuk mengkaji balik semula bajet yang ada pada caj pemajuan tu? Saya rasa itu kalau dirangka/dikaji dengan betul, bajet tu sangat besar. saya rasa memadai untuk buat padang ataupun taman yang dikatakan. Cuma kita kena buat guideline ataupun perancangan yang betul untuk maksimumkan

penggunaan dalam caj pemajuan. Itu cadangan dan juga soalan daripada Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Tentang caj kemajuan. Memang kita implementasi caj kemajuan dan sebagainya tetapi itu sebahagian daripada persiapan dan juga simpanan untuk pihak PBT melakukan banyak kerja-kerja termasuk infra dan sebagainya. Tapi yang paling penting Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita telah arahkan semua PBT yang berkemampuan agar peruntukan rizab 10% untuk tahun ini dalam bajet yang lepas supaya untuk membangunkan infra dan sebagainya di kawasan-kawasan termasuk taman-taman permainan dan sebagainya. Jadi saya akan pantau dari masa ke semasa pastikan PBT yang mampu seperti Majlis Bandar Raya Sepang boleh bantu DUN Sungai Pelek dan sebagainya. Itu akan saya cuba sedaya upaya. Insya-Allah.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Taman Medan ya. Petang ini dia cukup aktif. Silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit Yang Berhormat Sekinchan. Bila Yang Berhormat sebut tentang apa yang dibentangkan dalam bajet tentang arahan untuk menggunakan rizab 10% daripada majlis-majlis untuk membelanjakan, saya pasti mungkin ada majlis atau majlis daerah yang tak mampu (majlis perbandaran yang tak mampu). Kalau yang tak mampu ni, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan belanja itu kepada mereka atau bagaimana?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Berkaitan dengan kewangan dan rizab tu. Rizab ini memang ada setengah yang mampu tapi bukan semua mampu. Contoh, contoh Majlis Daerah Sabak Bernam. Majlis daerah di bawah Sekinchan dan sebagainya di Sungai Besar, di Sungai Panjang, dia asnaf. Memang tiap-tiap tahun tak cukup. Asnaf. Sebab kita bukan saja paling ramai asnaf di situ tetapi majlis pun asnaf. Itu masalah kita berlaku. Tapi kalau begitu, mereka memang tak ada duit yang cukup untuk ekstra 10%. Tapi kita akan mintalah kerajaan kalau ada ataupun agensi kerajaan, MBI dan sebagainya boleh bagi sedikit CSR dan sebagainya untuk bantulah. CSR untuk bantulah. Kalau tidak, mana ada duit. Tak mungkin. Kalau Yang Berhormat Sungai Panjang nak bantu pun tak apalah. Kalau duit banyak.

Seterusnya menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing dan juga Sungai Ramal tentang isu yang berbangkit berkaitan dengan Yang Berhormat Bukit Gasing keperluan membina sebuah Pusat Rekreasi Kita Selangor di setiap kawasan DUN bagi tujuan riadah dan rekreasi (itu yang lebih kurang tadilah soalan tadi). Kalau kita tak ada Kita Selangor pun ataupun kalau di pusat mungkin Padang

Madani. Mungkin ini Kita Selangor dan juga Padang Cergas. Sungai Ramal mohon PBT upgrade kemudahan rekreasi kondusif di kawasannya dan ini maklum balasnya melalui Belanjawan Tahun 2024 Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dah cerita pasal 10%. Justeru itu cadangan membina sebuah Pusat Kita Selangor Rekreasi di setiap DUN tujuan riadah boleh dimasukkan sebagai salah satu projeklah. Mungkin akan diteliti. Manakala di kawasan MPKj, pihak Majlis akan mengambil maklum dan tindakan berkaitan penyediaan kemudahan untuk warga emas dan mesra OKU bagi kemudahan warga emas di setiap cadangan pembangunan kawasan lapang, taman permainan dan taman rekreasi. Telah disediakan peralatan outdoor gym, sebagai peralatan senaman yang boleh digunakan oleh warga emas. Bagi kemudahan taman yang mesra OKU, pihak Majlis telah menyediakan garis panduan penyediaan kemudahan taman mesra OKU berdasarkan kepada garis panduan reka bentuk sejagat (universal design). Garis panduan ini akan digunakan untuk setiap cadangan pembangunan yang melibatkan kelulusan pelan projek pembangunan kerja naik taraf, baik pulih setiap taman rekreasi. Walau bagaimanapun, pihak Majlis memberi perhatian yang tinggi kepada kemudahan mesra OKU di Taman Tasik Cempaka yang perlu ditambah baik secara menyeluruh.

Seterusnya, Yang Berhormat Bandar Baru Klang juga membangkitkan isu berkaitan dengan HVLS, kipas besar. dia nak kipas yang besar. pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai dasar garis panduan dan SOP, SOP, Prosedur Operasi Standard, tentang khusus untuk pemasangan kipas besar, HVLS, di Negeri Selangor. Pemasangan kipas tersebut adalah melalui kaedah yang dilaksanakan oleh pihak pembekal dengan nasihat perunding kejuruteraan ataupun bangunan, yang dilantik oleh pihak pemohon berdasar keperluan masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan menyemak keperluan pengujudan garis panduan ini, dari masa ke semasa. Sebab ini, kipas besar.

Baik, seterusnya, Yang Berhormat Bandar Baru Klang juga, bangkitkan isu, mohon Kerajaan Negeri memastikan pegawai PBT, memakai Body Cam. Untuk maklumat, soalan ini telah dijawab. Perkara ini telah dibangkit dan soalan mulut 207, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bil 1/2020 pada 18 Februari 2020, telah bersetuju sebagai, supaya Pihak Berkuasa Tempatan PBT, yang berkemampuan, dari segi kedudukan kewangan untuk membekalkan kamera badan bagi pegawai-pegawai penguat kuasa di PBT masing-masing, untuk meningkatkan keselamatan pegawai pada masa ini. Hanya Majlis Daerah Sabak Bernam yang asnaf ini, menggunakan kamera. Tidak, belum lagi menggunakan kamera badan. Untuk maklumat.

Dan seterusnya, untuk Yang Berhormat Paya Jaras. Ini yang memohon agar Kerajaan Negeri melaksanakan operasi warga asing, kerana terdapat kebanjiran warga asing di Paya Jaras. Entah apa, kenapa Paya Jaras, lebih sangat warga asing. Tak pe, kita teruskan. Kebanjiran warga asing antaranya adalah disebabkan oleh kemasukan pekerja warga asing untuk sektor perindustrian binaan dan sektor lain di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Pengawalan kemasukan warga asing adalah di

bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen Malaysia. Pihak Berkuasa Tempatan hanya boleh mengambil tindakan terhadap premis-premis perniagaan yang melanggar syarat lesen. Seperti lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah. Ataupun mengambil pekerja warga asing atau menjalankan perniagaan tanpa lesen. Sekiranya didapati, terdapat peniaga yang menjual atau menyewakan permit premis perniagaan ataupun permit perniagaan dan mengajikan warga asing di gerai, tindakan penyitaan barangan, jualan akan diambil. Dan lesen perniagaan peniaga tersebut akan dibatalkan. Peniaga pasar yang didapati bersalah meminjam lesen kepada warga asing pula, boleh di kompaun dan lesen perniagaan tersebut akan dibatalkan. Ini adalah selaras dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Bil 1 Tahun 2020, iaitu Garis Panduan Dasar Aktiviti Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Selangor yang berkuat kuasa pada 19 Jun 2020.

Seterusnya, Yang Berhormat Kuang dan Jeram juga membangkitkan lantikan Ahli Majlis yang perlu merangkumi, 50% profesional. Telah saya bangkitkan dalam sesi soal jawab, beberapa hari yang lalu. Ahli Majlis PBT merupakan wakil kepada PBT, dan Kerajaan Negeri, dalam menyampaikan dasar inisiatif serta program komuniti setempat. Ahli Majlis bertanggungjawab mewakili kepentingan komuniti dalam kawasan PBT, bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti terpelihara. Lantikan Ahli Majlis merangkumi 50% daripada ahli profesional. Ia akan membawa berbagai-bagai, reaksi dan juga manfaat, dengan penglibatan Ahli Majlis kumpulan profesional, PBT akan mendapat pandangan dan juga kepakaran. Dan apa yang dicadangkan oleh Duli Yang Maha Mulia dalam titah, menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia, kita, Kerajaan Negeri, kita akan, pastikan perkara ini diteliti secara menyeluruh, supaya kelangsungan perkhidmatan di pihak PBT dapat diperkemaskan. Dan kita akan ambil maklum dan akan teliti dengan sewajarnya dari masa ke semasa, untuk memastikan segala cadangan yang baik untuk memperkasakan PBT ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Seterunya, Yang Berhormat Bukit Gasing juga, membangkitkan sewa fasiliti PBT boleh dilakukan di mana-mana kaunter kerajaan. Dapat dibuat atas talian, smart phone ataupun komputer. Rakyat tidak perlu hadir secara fizikal. Ini satu cadangan yang baik. Sebab kita smart Selangor. Ini, zaman globalisasi, digitalisasi. Dunia dah berubah. Sekarang ada handphone sahaja, kita boleh pergi ke merata tempat, tanpa wallet, kita bawa. Dulu kalau tak bawa wallet, tak bawa duit, mumet endase, dengan izin. Kepala pusing. Mungkin sekarang tak runsing, ada handphone, dia dapat menyelamatkan kita, ada e-wallet. Pada masa ini, terdapat dua kaedah permohonan bagi menggunakan kemudahan fasiliti dewan orang ramai dan balai raya di PBT Selangor, seperti berikut :

Tempahan secara dalam talian, Online, iaitu pemohon boleh membuat tempahan kemudahan disediakan pada bila-bila masa dan tempahan secara manual, iaitu pemohon boleh datang sendiri ke kaunter cawangan mahupun ke ibu pejabat untuk membuat tempahan dan bayaran deposit. Ini caranya.

Sepuluh PBT menyediakan kaedah permohonan secara dalam talian dan manual. Manakala dua PBT menyediakan permohonan secara manual iaitu Majlis, MPS dan juga Majlis Daerah Sabak Bernam.

Sekarang kita dah ada 10, yang lain-lain kita akan tambah baik dari masa ke semasa. Supaya kita mencapai objektif digitalisasi dan sebagainya. Smart Selangor, kita akan bergerak ke arah itulah. Untuk Yang Berhormat Bukit Gasing.

Dan seterusnya, Yang Berhormat Paya Jaras. Banyak soalan perbahasan daripada Yang Berhormat, tentang Pasar Malam pula. Pasar Malam Paya Jaras, penurapan di kawasan tapak pasar dan sebagainya. Tapak pasar malam adalah diurus oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, MPKK, Paya Jaras. MBSA mengeluarkan permit berniaga kepada peniaga pasar malam iaitu untuk tiga hari seminggu dan pasar pagi, untuk satu seminggu. Cadangan membangunkan pasar malam memerlukan perancangan menyeluruh sebelum projek dimulakan. Manakala lokasi pemindahan bagi penempatan sementara peniaga-peniaga perlu disediakan bagi memastikan kelangsungan aktiviti, perniagaan mereka, supaya mereka tidak terjejas. Namun bagi pasar malam Paya Jaras ini, pihak MBSA akan mengadakan perbincangan bersama MPKK Paya Jaras, bagi melaksanakan kerja-kerja penurapan terlebih dahulu. Inilah maklumat yang saya ada pada waktu ini, untuk Yang Berhormat Paya Jaras.

Seterusnya, Yang Berhormat Dusun Tua, prihatin tentang banjir kilat di taman-taman perumahan, longkang tersumbat, dan sebagainya. Ini memang isulah, yang banyak berbangkit. EXCO infra lagi banyak, detail tentang ini. Ini saya hanya jawab sekilas lau, sepintas lalu tentang banjir di kawasan taman-taman perumahan. Mengakibatkan longkang tersumbat. Yang di sini ada detail, antara tindakan-tindakan pembaikan yang diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang, adalah seperti berikut :-

I) Kerja-kerja kecemasan. Menaik taraf sistem perparitan RM863,740.00.

i) iaitu antara tajuk 1, kerja-kerja kecemasan membina paip calvet dan membina longkang untuk mengatasi masalah banjir di taman Seri Nanding Daerah Hulu Langat serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya. RM283,000.00. itu tahun 2022. ii) Kemudian satu lagi projek kerja-kerja menaiktaraf, sistem perparitan longkang serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Zamrud, Taman Seri Nanding, Hulu Langat, RM625,740.00, 2023.

Seterusnya, kerja-kerja turapan jalan, RM69,400.00.

i) Antara perincian tajuk kerja; kerja-kerja menurap semula jalan di sebahagian Jalan Intan, Taman Seri Nanding, serta kerja-kerja berkaitan, RM49,500.00, 2023.

ii) Yang kedua, kerja-kerja menurap semula jalan di sebahagian jalan Delima, Jalan Seri Nanding, serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya, RM19,900.00, 2022

Manakala taman-taman lain yang mengalami banjir, mengalami banjir kilat, adalah seperti Taman Indah Jaya, Hulu Langat. Pihak Majlis Perbandaran Kajang, telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf longkang di Taman Indah Jaya, Hulu Langat kepada Kementerian Perumahan KPKT, sebanyak RM500,00.00 pada 2023. Dan masih dalam peringkat pertimbangan KPKT untuk kelulusan. Kita akan cuba follow-up, supaya dia lebih dana dapat disalurkan di DUN DusunTua. Untuk selesaikan masalah. Kita tau, nak selesaikan dalam masa dekat, agak sukar. Tapi kita yakin, kita akan bantu satu persatu. Ini komitmen daripada Kerajaan Negeri.

Dan seterusnya, berkaitan isu yang berbangkit, daripada Bandar Baru Klang, yang memohon kerajaan mengambil tindakan terhadap tayar-tayar. Tayar-tayar pulak jadi masalah. Tayar-tayar yang terpakai, kerana ia boleh jadi tempat pembiakan nyamuk dan juga meningkatkan masalah penyakit denggi. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai inisiatif khusus untuk menangani masalah ini kerana tapak-tapak pelupusan sisa di Negeri Selangor, tidak menolak sisa-sisa yang diterima ini untuk dilupuskan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri terbuka untuk cadangan sekiranya, terdapat keperluan untuk membuat dasar berkenaan pelupusan tayar terpakai ini, bersama agensi-agensi yang terlibat, antaranya Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perancang Bandar dan Desa, PLAN Malaysia, Worldwide Holding Berhad dan juga KDEB Waste Management. Kita akan cuba, Yang Berhormat Bandar Baru Klang, tentang cadangan pelupusan tayar-tayar terpakai ini.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Soalan Morib.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, Morib, silakan.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Berkenaan tayar ini, saya rasa boleh mencadangkan, kalau tayar-tayar ini boleh dijadikan tukun untuk pembiakan ikan ataupun di pesisir pantai. Jadi saya rasa, alam sekitar tak ada masalah lah. Kalau di bakar ini, tayar ini, kena faham lah. Itu cadanganlah.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih, Yang Berhormat Morib yang mencadangkan tayar-tayar terpakai, ini, kalau boleh digunakan sebagai tukun di dasar laut dan sebagainya. Tapi setelah kita ada kajian dan sebagainya, Yang Berhormat Infrastruktur Pertanian, tayar-tayar ini, dia tak sesuai, dia ada pencemaran dan sebagainya. Jabatan Alam Sekitar, tak benarkan, setakat ini. Sebab dalam itu ada besi dan sebagainya. Setakat ini kita akan gunakan bot yang terbiar dan sebagainya

itu mungkin kita akan gunakan. Yang lain, material lain, tapi tayar, setakat ini, masih tidak dibenarkan. Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Morib.

Yang Berhormat Kajang juga membangkitkan isu, berkaitan dengan sampah. Pembuangan sampah haram, yang tiada undang-undang yang lebih ketatlah. Khususnya di Mahkota Cheras, dan yang sentiasa terbakar, ya, Yang Berhormat Kajang. Kajang mana, ya.

Timbalan Speaker

Kajang keluar. Tandas.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Oleh sebab, ke tandas, saya jawablah. Kalau dia pergi jauh daripada tandas. Sebab luar daripada radar, saya tak boleh kesan.

Tuan Timbalan Speaker, semasa sesi menyembah ucapan terima kasih, sesi menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 29 Februari 2024, Yang Berhormat Kajang, membangkitkan isu inilah, tentang sampah haram dan juga yang berlaku di Mahkota Cheras. Yang terbakar, mengakibatkan pencemaran asap. Dan pertanyaan ini, juga, sebagaimana jawapan yang telah disediakan bagi soalan mulut yang ke 191. Iaitu mengenai penyelesaian pembakaran di tapak pembuangan sampah haram yang melibatkan tanah persendirian khasnya di Twin Palm, Sungai Long dan Black Water, Bandar Mahkota Cheras, Kajang. Untuk maklumat Yang Berhormat, MPKj, telah mengenal pasti pemilik tanah melalui carian bersama pihak Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat. Sebagai langkah awal, MPKj telah mengeluarkan notis tuntutan, LOD, kepada pemilik sebanyak RM115,000.00. Dan telah mengarahkan pemilik-pemilik melaksanakan kerja pemadaman, pembersihan dengan kadar yang segera. Ketika ini tapak ini telah di keluarkan notis. Bukan 7A, 7B, dan perlu dimeritkan. Dan dimeritkan, dalam tempoh 3 bulan dan tindakan perampasan akan dibuat selepas ini. Manakala, berhubung dengan cadangan supaya undang-undang yang lebih ketat, perlu diwujudkan, tanah-tanah hak milik yang telah dijadikan tapak pembuangan sampah haram ini, boleh diklasifikasikan sebagai pelanggaran syarat nyata tanah dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh pejabat Daerah dan Tanah di bawah Seksyen 127, Kanun Tanah Negara, di mana tanah-tanah yang telah didapati melanggar syarat nyata, boleh dirampas sekiranya pemilik tanah tidak memulihkan tanah mereka.

Pihak Berkuasa Tempatan pula, boleh mengambil tindakan sivil, membuat pendakwaan, dan mendenda pemilik-pemilik tanah yang tidak menjaga tanah mereka sehingga menjadi tapak pembuangan sampah haram, di bawah Akta-akta dan Undang-undang seperti berikut :-

i) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 ii) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, Akta 172 iii) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta 113, 133

iv) Undang-undang kecil Pemungutan, Pembuangan dan pelupusan sampah sarap 2007

Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan untuk meningkatkan kadar denda, di bawah Akta dan Undang-undang kecil yang digunakan oleh PBT, pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Akta 672 di bawah Seksyen 71 Akta 672 mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak kurang daripada 100 ribu ringgit Malaysia atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali walaugaimanapun pihak Kerajaan Negeri masih dalam proses semakan lanjut sebelum menghantar surat Hasrat rundingan kepada Kerajaan Persekutuan kita perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dulu dan kemudian kita akan kalau setuju kita akan bincang dengan KPKT dengan tindakan lanjut 672 ini. Saya pasti Yang Berhormat Kajang, kita akan mengenakan tindakan yang tegas, kita setuju apa yang berlaku di Mahkota itu perkara yang berat. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima Kasih Yang Berhormat EXCO adakah Kerajaan akan salurkan peruntukan baikpulih di tempat bakar BNC sana? Terima Kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima Kasih Yang Berhormat Kajang, memang kerajaan sentiasa prihatin kerajaan pandang serius perkara-perkara tapak pelupusan haram tapi setiap kali berlaku je sampah haram ini yang menjadi bebanan kepada kerajaan dan PBT ialah kita terpaksa menggunakan wang dan sebagainya untuk memulihkan semula termasuk isu yang terbaru ini dalam MTES pun diluluskan tapak pelupusan sampah haram di Sungai Kandis ada satu kawasan di Sungai Kandis terpaksa dipulihkan semula kerana ada rigid dan sebagainya Kerajaan melalui World wide melalui anak syarikat membelanjakan lebih 4 Juta sehingga 5,6 Juta MBSA kena belanja 3 Juta dan sebagainya untuk pulihkan wang yang besar terpaksa dibelanjakan terhadap pemulihan sampah tapak pelupusan sampah haram ini. Oleh sebab itu saya menyerulah Ahli-ahli Yang Berhormat bantu kita termasuk PBT, pihak penguatkuasa tolong kerja kuat pantau mana-mana sampah-sampah haram tapak pelupusan sampah haram yang ada baru mereka nak mula nak buat itupun kita kena pantau kita cegah sebelum parah. Jangan biarkan dia menjadi sampah besar sampai berpuluh tan sampai tinggi 5 meter akhirnya baru kita nampak. Jadi kita ada satu kelemahan bukan saya sahaja sendiri lemah tapi orang pun lemah dia ada terlepas pandang sebab saya mata tak berapa besar lepas pandang tu biasa tapi orang mata besar pun terlepas pandang jadi saya minta semua kena pandang betul-betul fokus kalau boleh pasang CCTV. Yang Berhormat Kajang dulu.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Arahan dah turun untuk tangkap serta merta sebab untuk DMC hanya setahun lebih sampai dia dah sampai 10 tingkat tinggi.

Jadi kalau Yang Berhormat cakap begitu arahan terus turun supaya ambil tindakan serta merta. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima Kasih Yang Berhormat Kajang, saya akan pastikan kita akan buat libat urus dan sebagainya bagaimana kita nak cegah dan akan kerjasama KPKT dan baru-baru ni Yang Berhormat Menteri KPKT Yang Berhormat komen juga memberi tahu undang-undang yang sediaada, kompaun 100 ribu dan sebagainya itu juga tidak memandai belum cukup kuat lagi kalau boleh akan dipinda supaya tapak-tapak sampah haram ini kita dapat cekup ulat-ulat sampah seperti apa yang dilakukan oleh LUAS, LUAS telah ada satu enakmen dimana siapa yang cemarkan air siap dia siap dan sekarang isu-isu ni akan berkurangan sebab penguatkuasaan dan undang-undang tu perlu ketat kalau tidak orang yang buang sampah ini sentiada buang, mereka ini ada satu tabiat suka membuang sampah dan juga suka menyusahkan orang dan jadi pengusaha-pengusaha daripada kilang-kilang mereka suka menggunakan ia player-player ataupun kontraktor-kontrak yang tidak berdaftar dibawah PBT dan mereka suka buang tanpa memasuk ke dalam landfill sebab lebih murah dan ini juga satu sikap yang bertanggungjawab. Saya beritahu dan menyeru pengiat industi-industri, pengusaha-pengusaha kilang-kilang jangan mengupah mengambil kontraktor yang tidak mendaftar. Jangan kerana mudah kerana harganya lebih murah ingin ambil mereka, kalau kita tangkap cekup akhirnya besok akan jadi mudarat akan jadi satu masalah kepada mereka itu saya minta mereka tolong dan Taman Medan silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima Kasih Yang Berhormat Sekinchan, saya cukup terpanggil melihat semangat Yang Berhormat Sekinchan menerangkan dan juga mengajak kami semua untuk turut sama membantu Yang Berhormat Sekinchan, cuma saya nak Yang Berhormat Sekinchan mungkin buat ketetapan dalam Dewan ni saya yakin perkara ni bukan kerana Yang Berhormat Sekinchan, saya berhadapan sedikit situasi dimana dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada awal penggal ini saya mendapat jemputan untuk hadir ke mesyuarat-mesyuarat yang diaturkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, tetapi ada berlaku satu insiden dimana Ahli Majlis tak berapa setuju saya ada dalam mesyuarat. Jadi saya nak saya yakin Yang Berhormat Sekinchan tak akan keluar arahan seperti itu, Yang Berhormat Sekinchan yang berjiwa besar walaupun sedikit kecil tetapi berjiwa besar dan sangat meraikan pendapat kami semua, dan saya yakin kami semua juga boleh mainkan peranan untuk membantu PBT dan juga Kerajaan Negeri ye jadi saya nak Yang Berhormat Sekinchan dalam dewan ini ditonton oleh semua termasuk Ahli-ahli Majlis yang baru dilantik, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk PBT menghalang daripada menjemput kami untuk berada dalam mesyuarat majlis yang mana membincangkan tentang isu rakyat dan juga isu PBT. Mohon pandangan Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima Kasih Yang Berhormat Taman Medan, petang ini juga fokus pada isu-isu dan tidak emosional itu satu perbuatan

sewaktunya sebagi di dewan saya bagi pujianlah sebab tu kita bagi begitu, kalau setakat duduk itu jangan kita kurangkan karenah sedemikianlah sebab kita kena hormat speaker, masa kena jaga sebab saya dulu bantai speaker, ini untuk sedikit celahan sahaja. Tapi bagi isu Ahli-ahli Majlis isu tadi isu sampah haram tapi sekarang kita pusing balik ke Ahli Majlis bagi jauh sedikitlah tapi takpe saya jawab jugaklah kalau ada perjumpaan kalau boleh melibatkan semua orang kalau sebab dalam sekular pekeliling kadang-kadang ada perjumpaan yang hanya melibatkan ahli majlis tetapi kadang-kadang terbuka pada semua full board kalau lulus saya sebagai pembangkang ketika itu, saya pernah hadir full board untuk pemerhati, pemerhati saya rasa tidak ada masalah, dia boleh dengar isu itu saya rasa Yang Berhormat boleh pergi full board yang sebagainya tapi sekarang tak pergi secara fizikal pun takde masalah sekarang full board pun ada yang online kita boleh online juga saya rasa isu boleh diselesaikanlah. Tapi kalau Taman Medan sudi membantu kita kepada PBT dan sebagainya saya rasa Ahli Majlis dan PBT sangat mengalu-alukan terima kasih kepada yang Berhormat Taman Medan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Speaker bagi saya, saya dulu didalam perbahasan saya ada mentioned tentang tapak pembungan sampah haram di Bukit Serdang, saya ingin bertanya lagi, undang-undang memang semua sediaada walaupun dia mungkin kurang dan kita boleh membaiki kan tetapi apa yang saya nak memastikan adalah pelaksanaan penguatkuasa yang mengambil tindakan sebab undang-undang memang ada tapi rampasan tanah tidak dijalankan. Jadi macamana kitab oleh mengenalpastikan penguatkuasa itu melaksanakan undang-undang tersebut. Kedua saya menyeru bukan sahaja tindakan terhadap pengurus tapak pembuangan sampah haram juga kepada mereka-mereka tuan rumah, tuan rumah plak tuan tanah yang menyewakan tanah mereka kepada pengurusan pelupusan tapak pelupusan sampah haram ini dan juga kontraktor yang tidak berdaftar dibawah PBT ini. Tiga pihak dan sekiranya tuan tanah menerima apa tu tak terima hukuman ataupun ada apa-apa apa tu daripada Kerajaan saya rasa kebanyakkan Tuan Tanah akan takut dan tidak menyewa tanah mereka kepada pengurusan-pengurusan sampah haram ini dan akhirnya untuk kontraktor yang tidak berdaftar bawah PBT macamana kita boleh haramkan mereka daripada menjadi kontraktor pengutip sampah adakah setiap kali kita tangkap mana-mana lori ataupun tong roro daripada kontraktor-kontraktor tidak berdaftar ini kita terus matikan lesen bagi mungkin peniaga mereka ataupun mereka yang register ataupun kontrak dengan kontraktor ini sekiranya kontraktor mereka bukan berdaftar bawah PBT kita tidak keluarkan lesen atau macamana.

Timbalan Speaker

Nak jawab Kuang dulu ke macamana?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kuang boleh tambah.

Jadi Yang Berhormat saya juga nak maklumkan dekat Kuang ada satu tapak pelupusan sampah Worldwide

masalahnya dekat situ iailah jalan masuk ke tempat tu terlalu teruk untuk kenderaan-kenderaan biasa masuk dan kalau kita masuk ke tempat itu kita jadi sedikit confused dengan izin sebab sampah-sampah ini bukan dia masuk hantar buang ke kawasan worldwide dia akan longgokkan sekitar 100 – 200 meter sebelum sampai ke tempat pelupusan sampah tu. Jadi saya boleh bersetuju jugak dengan Berhormat tadi dengan penguatkuasaan itu sangat penting dan masalah kita ialah apabila nak kuatkuasakan itu dikawasan yang sangat sukar kita masuk. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima Kasih Yang Berhormat Seri Kembangan dengan juga Yang Berhormat Kuang dan juga fokus dan prihatin dengan isu sampah dan penguatkuasaan ini ye dua-dua ahli dewan negeri tentang penguatkuasaan memang kita ada undang tapi penguatkuasaan itu tak sampai jadi itu wujudlah ada masalah sedikit dan sebagainya mungkin arahan tidak dapat sampai ke bawah ataupun kadang penguatkuasa tidak cukup. Kadang-kadang pasukan yang kita ada tidak cukup di suatu PBT besar mungkin kita hanya ada 10 orang atau 5 orang kadang hari ni kita pusing sini 2 tempat lain mungkin kita tak pusing jadi kekurangan penguatkuasaan satu masalah. Kedua kadang-kadang penguatkuasaan ada ramai penguatkuasaan kita ada Malaysia ni kita ada satu apa masyarakat yang sopan santun dengan kita ada banyak budi bicara. Budi bicara tu jadi masalah jugak kadang kita bagi chance, kalau Sekinchan ada second chance, dia Sekinchan second chance selalu kita bagi second chance dan yang kedua bagi kat mereka jadi kita tak bagi tindakan. Hari ini saya bagi amaran yang terakhir iaitu amaran yang pertama, kemudian amaran yang terakhir yang kedua, esok amaran yang ketiga yang terakhir yang ketiga akhirnya satu amaran sampai 3 ha itulah kadang-kadang. Itu kadang-kadang macam-macam berlaku kita akan pastikan kita akan bagi penguatkuasaan kalau ada kemampuan besok kita tambah anggota kedua kita bagi kursus-kursus yang lebih hanya kepada mereka supaya penguatkuasaan ini dapat dipertahankan.

Kedua tentang pemilik tanah memang sekarang kalau kita kenalpasti tanah tersebut persendirian borang 7A akan dikeluarkan kedua 7B ketiga 8A kita akan rampas tanah kalau mereka betul-betul dapati langar dalam KDN ini kita akan rampas kita tak akan beri peluang sebab ia menyusahkan kita dalam penjadikan satu pencemaran alam.

Yang ketiga bagaimana syarikat-syarikat yang buang sisa pepejal ni bawah kontraktor yang tidak berdaftar saya rasa kita ada dua cara satu kita blacklistkan semua PBT ada satu sistem blacklistkan kontraktor-kontraktor yang kerjanya membuang sampah merata-rata tengah jalan tak sampah lagi tengah jalan ambik jek dia buang tepi tanah orang dan sebagainya. Kita pasti blacklist, saya akan cadangkan KDEB waste management semua PBT dapat menyerahkan kutipan-kutipan sisa pepejal industri ini diserah kepada KDEB dan supaya satu inventori dapat dibina, dibina mana-mana termasuk terdapat diserahkan di Kuala Selangor dan juga Kuala Langat 3 PBT telah pergi pada PBT kepada KDEB dan mereka dapat selaras mana yang tidak dapat daftar di KDEB itu tidak sah dan tidak mereka mudah untuk kenalpasti kalau tidak ada pihak ini ada pihak itu kadang-kadang terlalu takde satu keseragaman ini akan

kita laksanakan dalam masa yang terdekat untuk Yang Berhormat, dan seterusnya Yang Berhormat Morib juga prihatin tentang. Sijangkang silakan

Saya nak minta kebenaran sebab saya tak sempat untuk bahaskan dan pagi tadi pun tidak berkesempatan untuk jadikan soalan tambahan berkaitan dengan pengurusan sampah ini. Tanya pengurusan sampah kampung sebab saya lihat realiti yang ada pada hari ini dengan adanya menggunakan kebun-kebun sampah ataupun roro ni sampah yang dibuang di Kawasan-kawasan kampung yang diuruskan Pihak Berkuasa Tempatan pelbagai bukan sahaja sampah domestik dengan kepala muda dengan sayuran dengan sampah pasar dengan tayar-tayar dan sebagainya saya kira ada ritma baru dari Kerajaan tiada penduduk satu disebabkan mungkin pada hari ini pilihanya dihujung-hujung kampung yang susah mungkin akses ada yang mula letak CCTV dan sebagainya ini memberikan kesan yang cukup besar. PBT suruh Selangor membelanjakan RM23 Juta untuk pengurusan sampah kampung, mungkin saya ingat boleh diambil pendekatan bagaimana tidak menggunakan roro ni yang pengusaha-pengusaha recycle ini dia mula kutip bersepah. Roro terbuka anjing boleh masuk bersepah dan kalau penuh orang buang kat luar jadi mungkin ada satu keadaan pengurusan sampah kampung ini yang di letakkan di kawasan yang mudah dipantau oleh rakyat atau masyarakat kampung itu sendiri. Yang kedua kalau ditutup dengan cantik kalau dapat sampah tidak berbau dan bila bertutup anjing pun tidak menggonggong bahan buangan ini dan akhirnya pengurusan ini lebih baik. Apa pandang dan cadangan-cadangan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih di atas pencerahan tentang pengurusan sampah-sampah di kampung memang rumit di kampung-kampung ini kawasannya besar dan luas bukan penempatan taman-taman sini 500 rumah mudah sikit. Kampung berselerak di sini satu sana satu kadang-kadang kita letak satu tong di sini 660 liter di sini orang lain suka dia akan buang dan sebaginya tapi orang yang berdekatan itu mereka akan komplen bukan main bau dia lain macam itu satu kemudian kenapa ada bau kerana sebab ada setengah orang tidak bertanggungjawab dia main basketball di situ kita suruh campak sampah dalam tong tapi dia training latihan basketball daripada motor dia baling tidak masuk, keluar. Bola tidak masuk sampah tidak masuk Yang Berhormat. Tuan Timbalan Speaker ini saya hendak tegaskan saya sendiri pernah nampak saya kejar orang itu sampai dapat saya kata tidakkan you buang macam itu turunlah dari motor jangan lah macam itu kadang-kadang boleh dengar kadang-dang tidak boleh dengar, sikap kita macam itu lah tidak boleh ditegur masyarakat kita degil sedikit tetapi tidak apa kita kena sabar, sabar uruskan sampah ini tetapi saya ambil pandangan daripada Yang Berhormat Sijangkang kita hendak uruskan di kampung ini kita perlu satu kos yang besar. Kos yang besar semua hendak kutip dan selenggara dengan baik tetapi kosnya tidak ada, bagaimana? Itu yang saya hendak katakan.

Seterusnya Yang Berhormat Morib membangkitkan soalan anjing liar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengatasi masalah anjing liar. Anjing liar yang semakin banyak dan membahayakan keselamatan penduduk Morib. Jadi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor bertanggungjawab mengawal penyakit haiwan termasuk anjing liar termasuk penyakit anjing gila (Rabies). Anjing gila dan tertakluk di bawah Seksyen 38 hingga 42 rupanya anjing pun gila bukan sahaja manusia sahaja boleh jadi gila. Akta Binatang 1953 Pindaan 20(13) hingga kini tiada penyakit anjing gila di Negeri ini berdasarkan surveillance dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor pada setiap tahun. Seterusnya bagi pengetahuan Yang Berhormat tindakan pengawalan anjing berkeliaran adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan mengikut akta Kerajaan Tempatan 1976 termasuk Undang-undang Kecil (UUK) yang telah diwujudkan oleh PBT masing-masing seperti UUK Pelesenan Rumah Pembiakan Anjing. Inilah yang kita akan lakukan soal isu anjing ini kita akan teruskan pemantauan dan sebagainya memang isu ini bukan mudah tetapi kita akan cuba yang terbaik. Morib ada isu anjing teruskan.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Sebut anjing gila teringat termasuk balik kepada anjing liar. Kami ada dalam mesyuarat kami sebenarnya di peringkat PBT dengan Veterinar bila kami dengar diletakkan di bawah PBT tetapi bagi saya cadangan anjing-anjing liar ataupun monyet, saya masukkan monyet sekali semakin lama semakin beranak pinak saya rasa hal anjing liar ini daripada dulu sampai sekarang masih berluasa bukan tempat saya sahaja mungkin di seluruh Selangor sampai sekarang pun kita tidak dapat satu mekanisme atau cara yang betul-betul tuntas bagaimana ataupun kita boleh, saya cadangkan letakkan 1 Doktor Veterinar di Peringkat BPT dan kita memikirkan macam mana sebab kalau kita tangkap ada kes berlaku kita letak 1 sangkar, sangkar itu padat dan sudah jadi viral ataupun kita bunuh ada orang yang sampai bunuh anjing itu dan menjadi viral juga. Jadi apakah pihak PBT tidak ada satu cara bagaimana hendak melupuskan kita tidak cakap membunuh tetapi melupuskan anjing-anjing liar ini semakin beranak pinak. Sekian.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Morib memang isu anjing liar ini setiap kali ia timbul kadang-kadang ia lebih serius. Memang anjing liar ini kita hendak kawal pihak Penguat kuasa kadang-kadang pergi tangkap pun menghadapi masalah, saya kadang-kadang penguat kuasa memberi tahu saya mereka pergi serbu ada komplen mereka turun apabila mereka cekup tangkap anjing itu ada orang bergaduh dengan mereka ada pencinta anjing liar yang simpati dengan anjing yang solidariti dengan anjing bukan sahaja pihak Pembangkang sahaja ada demonstrasi mereka pun ada demonstrasi tentang anjing juga. Jadi ada NGO yang tidak setuju tentang kita cekup anjing masuk dalam sangkar kurung mereka kurung anjing tersebut soal hak asasi anjing pula bukan hak asasi manusia anjing pula ada hak asasi kadang-kadang saya pun tergeleng-geleng macam mana hendak selesai tetapi sekarang kita cuba pelbagai kaedah termasuk memandulkan anjing tersebut supaya tidak ada membiayakan yang maharaja tahun ini kita akan beri sedikit

peruntukan kepada NGO untuk kita kerjasama dengan NGO yang prihatin dengan anjing liar dan mereka boleh uruskan kerja-kerja untuk memandulkan anjing-anjing dan sebagainya. Cadangan bagi Doktor Veterinar akan kita perincikan sekiranya kewangan itu mengizinkanlah sebab ia perlukan dana dan perjawatan dan sebagainya. Kita ambil maklum dahulu saranan daripada Yang Berhormat Morib ini. Saya juga ingin memberi respons kepada Yang Berhormat Sementa yang hendak mengetahui status terkini pemasangan CCTV di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Sempadan Batu 14 yang tempoh hari kita turun bersama, kita turun kita terjah memang sampah itu belonggok lebih 10 ekar ada yang 5 kaki, 10 kaki dan kebakaran berlaku di situ sentiasanya bila kita hendak pasang CCTV dan pihak PBT telah beritahu saya mereka tengah berbincang dengan Sime Darby sebab ada terlibat dengan tanah Sime Darby Property termasuk juga EMB kita bincang dalam masa terdekat. Kalau Sime Darby boleh bantu PBT ada inisiatif kita boleh pasang dalam masa terdekat tetapi perkara ini saya akan pantau supaya CCTV ada 2 di situ itu daripada TNB belum mencukupi kalau tambah 2 atau 4 saya rasa kita boleh mencegah lebih ramai orang masuk untuk berlakunya insiden-insiden kebakaran itu untuk Yang Berhormat Sementa.

Kemudian Yang Berhormat Kota Damansara ada bangkitkan tentang isu warga asing di Kampung Penjaja dan sebagainya memang satu trend fenomena bukan mudah untuk kita selesaikan. Sekarang di Sekinchan dan di mana-mana tempat pun kawasan pelancongan warga asing pun juga jual ais krim pun ada, dia kerja tetapi dia jual ais krim jadi peniaga bila tanya kenapa dia berniaga ada lesen, lesen daripada isteri dia kahwin orang tempatan dia pun ada style juga cara dia lesen ada lesen isteri dia kahwin dengan orang tempatan kita hendak cekup macam mana, itu pun ada masalah. Walau bagaimanapun kita kena pastikan tidak ada lesen kita akan cuba buat penguatkuasaan dan sebagainya ini isu yang kita jawab kepada Kota Damansara.

Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Silakan.

Alhamdullilah nasib baik ada juga sentuh Kota Damansara risau kalau tiada tadi. Kota Damansara kita ada satu kampung dipanggil Kampung Bangla, dah ada nama Kampung Bangla dah pun. Jadi dekat kawasan itu wellfare saya di peringkat PBT cuma berkenaan sewa atas nama isteri dan sebagainya ini. Cuma saya minta pihak EXCO berikan arahan jelas walaupun pekeliling sudah keluar cuma di peringkat PBT ini masih 50/50 lagi apabila ditangkap masih lagi beri peluang lepas ini jangan berniaga lagi. Sepatutnya bila sudah dapat walaupun ada lesen tapi kita sudah tahu ini memang warga asing pakai terus ambil tindakan sebab di luar sana dia melihat yang mana seolah-olah dipihak PBT masih lagi memberi peluang pertama, kedua

yang terakhir macam tadi macam EXCO sebut tadi. Jadi saya minta di pihak EXCO diberi arahan jelas di peringkat PBT dapat terus rampas jangan beri peluang lagi supaya apabila kita beri peluang dia akan seolah-olah tidak serius di pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Kota Damansara tentang penguatkuasaan yang lebih ketat jangan bagi peluang jangan bagi muka saya arahkan semua PBT dan penguat kuasa teruskan pemantauan dan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas supaya isu-isu tentang penjaja warga asing di kampung-kampung ini dapat diminimumkan. Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Hendak follow up sedikit apa yang Yang Berhormat Sekinchan katakan tadi. Jadi bagi suami isteri kepada warga tempatan yang berlesen suami isteri warga asing ini dibenarkan bantu atau tidak dibenarkan bantu. Tadi macam boleh dibenarkan bantu tetapi bila Kota Damansara soal macam tidak mahu dibenarkan jadi ada atau tidak kelonggaran untuk suami atau isteri yang berwarga asing membantu pasangan mereka yang berlesen?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini memang kalau mereka gunakan loophole ini gunakan kelemahan ini untuk penguatkuasaan undang-undang membantu di kedai dan sebagainya kita akan teliti dari sudut undang-undang. Kita akan minta PUU dan sebagainya untuk bantu apa yang kita boleh lakukan dan juga termasuk PUU di majlis kita akan teliti undang-undang mana yang boleh kita laksanakan sebab ini ada sedikit gray area bagaimana kita hendak laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Seterusnya saya ingin respons kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Hulu Kelang yang memang sekarang ini bukan main daripada pagi sampai petang dia mesti ada di sini ini satu contoh baik sebagai ketua Pembangkang yang konstruktif saya ucapkan tahniah dan syabas. Saya ingin respons kepada cukai tafsiran rumah kampung Fi Lesen yang hari itu dalam soalan mulut telah saya jawab dan Kerajaan kenal isu kenapa kita ada rizab sampai RM3.5 bilion kenapa kita tidak bagi free. Itu memang secara kasar kita dengan seolah-olahnya betul kena bagi tetapi kalau kita kira daripada angka yang kita ada di sini yang Kerajaan Negeri ada ini kita hendak laksanakan kali ini kita hendak perbetulkan urus tadbir itu kita hendak bagi subsidi ini ataupun kemudahan kediaman untuk pengecualian tafsiran ini secara bersasar. Sekarang kita beri semua cukai taksiran rumah kos rendah semua percuma cuma di kampung kita beri bersasar sebab daripada apa yang kita ada di sini kawasan pembangunan luar bandar saya bagi contoh kebanyakan kampung di Negeri Selangor terutamanya di Lembah Klang dikelilingi oleh kawasan-kawasan pembangunan bandar yang pesat perubahan kepadatan penduduk dan juga kedudukan ekonomi penduduk kampung dilihat telah berubah seperti contoh rumah-rumah kampung di bandar seperti MPAJ khususnya telah dijadikan rumah teres, rumah banglo bertingkat 1 atau rumah sewa selain daripada itu dengan pertumbuhan kawasan peniagaan dan kawasan industri yang berhampiran dengan kawasan-kawasan kampung harga hartanah di kawasan kampung meningkat mengikut harga pasaran. Hanya menjadi

cabaran Kepada PBT untuk menyampaikan perkhidmatan dengan hasil yang terhad untuk bagi pengecualian Fi lesen sejak 8 tahun yang lalu waktu itu ada COVID-19 dan sebaginya Kerajaan memang prihatin. Waktu itu memang sudah kehilangan hasil RM83, 835,682.90. RM83 juta dalam tahun ini melibatkan 658,009 peniaga pegangan sepanjang pengecualian tersebut pada 2016 hingga 2020.

Timbalan Speaker

Sungai Burong Bangun.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Teruskan Yang Berhormat Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Ada 2 minit ya.

Tentang cukai taksiran kepada kampung-kampung tradisi ini isu yang perlu Ahli Dewan yang mulia semua ketahui dan sedar bahawa ia pertamanya diwartakan melalui di Dewan ini diberi tahu dekat Mesyuarat MMKN sahaja tiada warta rasmi melainkan satu yang keluarkan oleh akbar Malaysiakini. Adakah Malaysiakini menjadi riddah rasmi kepada Kerajaan Negeri? Satu, dan yang kedua pengumuman ini dilakukan ketika mana rakyat sedang mengalami kenaikan 8% kos sara hidup yang begitu menekan dan sebagainya dan yang ketiga kita hendak libat urus yang dilakukan kepada rakyat di bawah atau pun paling kurang bersama Pembangkang ataupun di peringkat rakyat isu message yang hendak kita sampaikan bukan hendak menolak pembangunan dan seumpama dengan nya. Mungkin komen.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong yang prihatin menyuarakan hak rakyat semua kita. Sekali dengan Hulu Kelang. Masa tidak mengizinkan sila cepat ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya ada soalan tambahan yang panjang untuk EXCO Sekinchan ini cuma Kerajaan ada hendak lanjutkan? 4.30 sahaja?

Speaker

4.30 sahaja. Mungkin boleh sambung esok.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi soalan tambahan saya yang pertama besok, ok terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sebelum masa sampai untuk Yang Berhormat Sungai Burong yang prihatin tentang. Sudah sampai 2 tiga saat tidak apa kita hendak jawab isu-isu di kampung tradisi ini bukan kampung tradisi tapi kampung bagan, kampung baru seluruhnya kita kenakan kita bagi bersasar jadi kita jangan

jadikan isu kampung tradisi, kampung tradisi DAP tekan Melayu jangan jadikan isu ini tolonglah. Kalau tidak puas hati esok. Terima kasih Speaker.

Speaker

Okay Terima kasih Yang Berhormat EXCO kita akan sambung esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam sudah menunjukkan jam 4.30 petang, maka Dewan ditangguhkan sehingga hari esok Selasa 5 Mac 2024 bermula 10.00 pagi.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)