Selangor · 5 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 493 turns · 50,247 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 5 Mac 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Selamat pagi diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dewan bersambung semula dan saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Seri Serdang untuk mengemukakan soalannya.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 54.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Perpaduan Didalam MasyarakatQuestions

54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam mendidik dan menyampaikan mesej perpaduan terutama di sekolah rendah atau di sekolah menengah?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Tuan Speaker, Yang Berhormat Seri Serdang ada bertanya apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam mendidik dan menyampaikan mesej perpaduan terutama di Sekolah Rendah atau di Sekolah Menengah. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan perpaduan dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. Pada tahun 2023 terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ke arah matlamat ini. Antara program perpaduan yang telah dilaksanakan adalah pertandingan Kabadi Perpaduan Kita Selangor bagi tahun 2023 dan Pertandingan Kaligrafi, Program MyDoodle Perpaduan dan Pertandingan Penulisan Cerpen Perpaduan dan lain-lain yang melibatkan penyertaan yang cukup menggalakkan dari kalangan pelajar-pelajar

sekolah. Penganjuran program semua ini adalah amat digalakkan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan bermula dari sekolah dan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional akan memastikan bahawa program dan aktiviti seperti ini mendapat keutamaan dan dipertimbangkan untuk pelaksanaannya. Selain itu, di bawah Gagasan Rumpun Selangor Kerajaan Negeri akan menghasilkan lagu tema Perpaduan Rumpun Selangor yang akan dicadangkan untuk diperkenalkan sebagai lagu tambahan ketika program-program perpaduan dan patriotik yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di dalam negeri Selangor. Lagu ini yang akan dicipta kelak akan mengambil inspirasi daripada konsep dan melodi lagu-lagu patriotik agar ia dapat dinyanyikan dengan mudah dan dihayati oleh rakyat. Menyedari akan pentingnya untuk semangat perpaduan ini disemarakkan seawal usia muda lagi, Kerajaan Negeri juga akan mendukung pelaksanaan program-program berkaitan perpaduan ini untuk dipanjangkan sebagai aktiviti kokurikulum tambahan di Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan di negeri ini. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar semua. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Yang Berhormat EXCO. Saya kira ada satu pepatah Melayu melentur buluh, biarlah dari rebung. Kalau dah jadi buluh nak lentur itu memang susah dan payah. Sebab itu dalam pada hari ini Negeri Selangor ini sosio-masyarakatnya tidak sama seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kita masyarakat majmuk berbilang bangsa seperti yang ada dalam blok kerajaan hari ini, inilah wajah sebenar, imej sebenar Kerajaan Negeri Selangor. Sebab itu kepentingan untuk kita mendidik anak-anak kita bermula dari sekolah supaya mereka ini memupuk perpaduan antara kaum, antara agama, antara bangsa dan pada masa yang sama juga saya kira mungkin boleh dipertimbangkan kita ada sekolah-sekolah di bawah JAIS contohnya SRAI, SAMTAJ, SAMTEN, SAMTAR dan lain-lain. Mungkin boleh diadakan juga dikembalikan juga duta perpaduan di kalangan anak-anak yang di sekolah-sekolah ini. Terutama mereka yang Hufaz Al-Quran sebagai contoh. Mereka boleh jadi ejen untuk menyampaikan mesej perpaduan di kalangan anak-anak muda. Begitu juga dengan SRJK (C) kita boleh memilih anak-anak yang cemerlang di bidang pendidikan, SJK (T) pun sama. Kita boleh mengangkat mereka sebagai ikon perpaduan dalam negeri kita Selangor. Saya teringat satu ayat Allah (Ayat Al-Quran). Aku ciptakan kamu wahai manusia lelaki dan perempuan dan juga berpuak-puak, bersuku-suku untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Ayat Al-Quran ini jelas menceritakan kepada kita supaya kita memupuk perpaduan antara satu sama

lain. Kita lihat cabaran untuk memupuk perpaduan ini sangat dahsyat Yang Berhormat Speaker dan juga EXCO. Bagaimana dimainkan isu-isu sensitif sebagai contoh kita cerita tentang isu kembalikan taksiran kepada kampung tradisi disebabkan teknikalnya begitu dan begini tapi kita lihat ada keluar poster dari mereka yang tidak bertanggungjawab yang letakkan gambar EXCO kita dan cuba mencucuh api kemarahan dan juga pengacau perpaduan dalam Negeri Selangor. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat EXCO, apakah setuju untuk kita adakan kembali Duta Perpaduan ini di kalangan anak-anak sekolah kita. Tahfiz, SJKC dan sebagainya.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Pihak kerajaan menyambut baik pandangan dan saranan daripada Yang Berhormat untuk pihak Kerajaan teliti dari segi keperluan dan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, di bawah Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional, kerajaan sentiasa merancang beberapa program yang dapat menarik atau memupuk perpaduan di kalangan pelajar-pelajar di sekolah Tabika KEMAS dan Tabika Perpaduan. Insya-Allah kami sedang merancang untuk mengadakan video pendek berkenaan dengan motif perpaduan sempena Aidil Fitri ini. Di samping itu juga kita akan merancang lagi beberapa program-program seperti juga untuk makluman Yang Berhormat, Duta Perpaduan sebenarnya memang ada dalam proses pelantikan melibatkan Parlimen mungkin ada Duta Perpaduan di 22 Parlimen yang akan kita lantik di bawah Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Meru.

Saya terus soalan, saya tak ada intro ataupun mukadimah. Soalan saya ialah, adakah Kerajaan ada perancangan untuk mengadakan program silang budaya yang melibatkan pelajar-pelajar seawal tadika dan ia melibatkan pelbagai kaum iaitu SRKC, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Kebangsaan, maknanya seawal itu kita melibatkan anak-anak ini untuk program-program silang budaya. Bukan Tadika KEMAS atau Tadika Perpaduan, itu bawah Kerajaan dan oleh sebab kita adalah Kerajaan juga di peringkat persekutuan saya rasa seharusnya lebih awal lagi kita terapkan program-program silang budaya ini daripada anak-anak lagi. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Kerajaan menyambut baik. Saya kira ini satu cadangan yang cukup baik untuk kita adakan. Walaubagaimanapun cadangan ini akan saya ambil dan saya bawa di peringkat mesyuarat di peringkat Kementerian Perpaduan yang akan dilaksanakan dalam setahun ada beberapa kali. Jadi kita akan angkat cadangan ini untuk kita

cadangkan di Kementerian Perpaduan untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Selat Klang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat Speaker. Saya mohon izin untuk mengambil soalan Selat Klang.

Speaker

Okay, baik. Benarkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, soalan nombor 55.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Pembangunan DesaQuestions

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggazetkan beberapa kampung-kampung tradisional di UNESCO seperti cadangan YB menteri cadangkan untuk kampung-kampung baru?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang bertanya bagi soalan Yang Berhormat Selat Klang. Tuan Speaker, buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mewartakan mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan tapak warisan dunia atau PUN UNESCO. Walaubagaimanapun pada masa hadapan Kerajaan Negeri terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan dan akan membuat penelitian dan mendapatkan maklum balas daripada Jabatan dan agensi yang berkaitan. Sekiranya ada mana-mana kampung tradisi yang dilihat layak dan sesuai untuk memohon pengiktirafan berkenaan. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, apakah maksud yang tersirat apabila pemimpin kanan daripada Parti Yang Berhormat Sekinchan melontarkan idea ini untuk mewartakan kampung-kampung baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO dan menimbulkan polemik ini, kerana cadangan ini jelas telah membelakangkan kepentingan nasional dan juga inisiatif perpaduan nasional yang sepatutnya menjadi pertimbangan asas sebelum sebarang keputusan dibuat. Saya

juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO kerana Yang Berhormat EXCO telah membuka ruang kerana mungkin cadangan ini boleh dipertimbangkan pada masa hadapan. Ini juga telah bertentangan dengan pendirian parti Yang Berhormat sendiri yang secara terbuka membantah cadangan yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Nga Kor Ming. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Seperti yang saya perkatakan tadi buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mewartakan mana-mana kampung tradisi. Walaubagaimanapun pada masa hadapan sekiranya ada cadangan daripada pihak kerajaan bersedia untuk mendengar atau pun meneliti. Berkenaan dengan Menteri yang mencadangkan seperti Yang Berhormat perkatakan tadi itu bagi saya itu cadangan daripada pihak Menteri dan ia belum lagi dilaksana. Dan saya yakin Yang Berhormat Sekinchan nanti dia akan jawab dalam penggulungan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tambahan, tambahan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Speaker

Ya Meru.

Yang Berhormat pada tarikh 16 Februari 2018, kenyataan Menteri Besar Terengganu di mana Terengganu juga ada memohon kepada UNESCO untuk mengiktiraf keunikan warisan Cina di Kampung Cina di Terengganu. Apa pandangan Yang Berhormat?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Saya kira sesiapa sahaja boleh memohon kepada UNESCO untuk diangkat, jadi soal penerimaan dari segi pelaksanaan itu ia akan dinilai semula oleh UNESCO. Jadi tak salah bagi saya mana-mana pemimpin untuk memohon tempat yang dilihat sesuai untuk diangkat sebagai tapak warisan.

Speaker

Batu Tiga.

Tuan Speaker, soalan saya nombor 56.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Integrasi Komuniti Dalam Kawasan PerindustrianQuestions

56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah perancangan kerajaan dalam membina sinergi di antara komuniti dan industri di Selangor memandangkan industri dilihat membangun pesat terutama kawasan di bawah DUN Batu Tiga?

b)

Adakah pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi komitmen dalam menyediakan insentif bagi menggalakkan kemasukan pelabur?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, secara dasarnya pihak Kerajaan belum ada perancangan yang khusus untuk membina sinergi di antara komuniti dan industri di Selangor. Namun begitu Kerajaan Negeri sangat mengalu-alukan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak industri dalam usaha mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak komuniti setempat. Contohnya Syarikat Gardenia di Shah Alam telah melaksanakan pelbagai program antaranya yang pertama, program lawatan kilang untuk murid-murid sekolah yang ingin melihat proses pembuatan produk makanan. Kedua, Program Khidmat Masyarakat dengan penghantaran roti secara percuma kepada pertubuhan kebajikan seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, pusat dan sekolah pendidikan khas. Ketiga, Program Back to School. Yang keempat, Bantuan Bencana Alam dengan penghantaran produk makanan ke daerah yang terpencil yang dilanda musibah banjir.

Yang kelima, program Wellness Begins At Home ataupun kesejahteraan bermula dari rumah, sebuah forum untuk menangani peningkatan kes kesihatan mental di kalangan komuniti. Dan selain itu, syarikat Nestle Malaysia turut melaksanakan beberapa inisiatif seperti yang pertama, Maggi CSR Campaign untuk mengumpul dana bagi rumah penjagaan warga emas bagi menyediakan bantuan makanan, barangan keperluan serta menaik taraf kemudahan yang disediakan. Yang kedua, Nestle Healthy Kids Program, program kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberikan penerangan berkenaan tentang keperluan nutrisi bagi kanak-kanak di sekolah-sekolah. Dalam usaha menarik pelaburan asing ke Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan insentif yang berbentuk bukan kewangan kepada para pelabur. Contohnya adalah fasilitisi penyelarasan kelulusan pembangunan dan lain-lain bantuan yang diperlukan oleh pihak pelabur melalui peranan yang dimainkan oleh Invest Selangor. Insentif-insentif pelaburan yang berbentuk kewangan disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Antara inisiatif baru Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan adalah Selangor Investors Soft Lending Incentive Program. Insentif ini merupakan penyediaan ruang kerja bersama ataupun co-working area atau ruang pejabat, co-working office bagi bakal pelabur sama ada dari dalam atau luar negara yang berhasrat untuk melaksanakan tinjauan awal perancangan pelaburan di Negeri

Selangor. Insentif ini disediakan untuk menyedia platform yang holistik dan memberikan sokongan penuh bagi pelabur yang berpotensi agar dapat menerokai eko-sistem pelaburan di Selangor. Selain memupuk penglibatan komuniti industri yang sedia ada dalam proses menarik pelaburan baru ke kawasan dan kumpulan sektor yang dikenal pasti. Kemudahan ini akan adalah penting sebagai pemudah cara yang secara langsung membantu mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan dengan sokongan-sokongan yang diperlukan sekali gus mengurangkan kos awalan pelabur baru. Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan Selangor Lab Partnership Program bagi membantu pemain industri untuk mengurangkan kos bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk. Melalui program ini, industri dapat memanfaatkan kemudahan penyelidikan dan sumber kepakaran di institusi akademik sedia ada serta menggalakkan kerjasama, kolaborasi bersama institut pengajian tinggi dan institut penyelidikan tempatan. Melalui inisiatif ini, ianya dapat menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovatif serta berpotensi merapatkan hubungan dan kerjasama antara pihak akademik dan pemain industri terutamanya dalam sektor sains hayat di Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Kajang nombor 57.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Kempen Tahun 2025 Merupakan Tahun Melawat Negeri SelangorQuestions

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan yang akan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri sempena kempen tahun melawat Selangor pada 2025 ini?

b)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyalurkan peruntukan khas bagi persediaan menaik taraf kawasan pelancongan di Hulu Langat?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kajang yang prihatin terhadap sektor pelancongan dan Tahun Melawat Selangor. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sedang merancang pelbagai usaha sebagai persediaan Kempen Tahun

Melawat Selangor 2025 seperti berikut ; satu, penetapan Matlamat dan Sasaran keseluruhan Tahun Melawat Selangor 2025, seperti peningkatan jumlah pelancong, peningkatan pendapatan, dan meningkatkan industri pelancongan. Dua, melaksanakan Kajian Potensi Pelancongan seperti analisis pasaran bagi menentukan segmen pelancong berpotensi, dan trend pelancongan semasa. Yang ketiga, cadangan penambahbaikan Infrastruktur pelancongan bagi mengenal pasti produk-produk pelancongan dan tempat penginapan baharu yang terdapat di semua daerah Negeri Selangor. Empat, menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan melalui pelbagai platform termasuklah kempen pengiklanan, kempen digital dan media sosial, siri promosi dalam dan luar negara, penganjuran acara pelancongan, roadshow, serta travel fair sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Lima,menjalankan kerjasama dengan penggiat industri pelancongan Negeri Selangor seperti agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan capaian pemasaran, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menawarkan pakej-pakej yang menarik. penganjuran program latihan dan pendidikan pelancongan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran kepada penggiat industri terhadap keperluan pelancong. Tujuh, penyediaan Kalendar Acara Pelancongan dan Festival sepanjang tahun yang mempunyai daya tarikan unik dianjurkan oleh Kerajaan Negeri ataupun pihak swasta dan yang kelapan meningkatkan kemudahan infrastruktur awam serta aspek kebersihan di destinasi pelancongan dan kemudahan umum dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.

Untuk (b), Kerajaan Negeri telah menerima empat permohonan dari Majlis Perbandaran Kajang berjumlah RM350,000.00 dan dua permohonan dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat berjumlah RM295,000.00 bagi menaik taraf infrastruktur pelancongan di daerah Hulu Langat. Sesi lawatan bagi menilai cadangan permohonan yang dikemukakan oleh semua agensi yang telah memohon peruntukan akan dilaksanakan pada bulan Mac 2024 ini.

Sekian, terima kasih.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terima kasih EXCO atas jawapan diberikan. Kita sedia maklum bahawa industri inap desa sedang giat berkembang di kawasan pelancongan tetapi industri ini juga membawa masalah kepada kawasan sekitar iaitu pencemaran bunyi, masalah kejiranan dan ketenteraman awam. Untuk masa sekarang, Selangor tiada enakmen khusus dalam mengawal sedia inap desa seperti diterangkan kepada Kajang melalui jawapan soalan mulut saya pada persidangan lepas. Maka, persoalan saya adalah adakah Kerajaan Negeri ada mencadang untuk mewujudkan enakmen bagi mengawal selia inap desa di Selangor? Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Soalan tambahan tadi berkaitan dengan pelancongan juga berkaitan dengan homestay ataupun inap desa. Inap desa kita sedia maklum banyak di kawasan-kawasan kampung, banyak daerah dia tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ya. Banyak sebab ada permintaan. Ini menunjukkan bahawa pasaran market tu ada di situ. Itu satu petanda positif, petanda yang positif. Namun, ia memang kadang-kadang menimbulkan pencemaran, menimbulkan kacau ganggu, ketidakselesaan untuk jiran tetangga, kawasan setempat taman dan sebagainya, ini ada. Kita sedia maklum. Oleh yang demikian, kita akan kaji pihak Tourism Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor, kita akan kaji bersama MOTAC tentang perkara ini bagaimana kita nak mengatasi sama ada melalui enakmen ataupun dengan garis panduan dan sebagainya. Kita akan teliti lagi masa ke semasa. Bukan mudah kerana dia melibatkan PBT, melibatkan berbagai dengan syarat guna tanah dan sebagainya tetapi kita tidak boleh menghalang sewenang-wenangnya kerana kita nak pergiatkan industri ini. Kita galakkan tetapi pada masa yang sama bagaimana kita mengawal dan memantau. Jadi, enakmen ini satu antara cadangan yang baik kita akan perhalusi. Sekian, terima kasih.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Kota Damansara. Kota Damansara.

Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO, berkenaan jawapan khususnya jawapan (b) yang bercadang untuk menyalurkan peruntukan khusus di kawasan Hulu Langat, bagi kawasan Hulu Langat ini, seingat saya dulu ada kita panggil ABCD iaitu Assets Based Community Development yang mana sekitar 2008 sehingga 2013 dia booming. Jadi, selepas pada Covid dia industri itu makin merundum. Jadi, saya minta kalau andai kata pihak EXCO mungkin boleh membangkitkan kembali ABCD kerana komuniti itu dah ada aset dan kita upgrade supaya bisnes yang berada di luar dibawa masuk memberi kelebihan khususnya komuniti tersebut. Khususnya komuniti kampung sebab banyak orang pergi ke kampung-kampung nak ambil balik feeling kampung ni di kawasan Hulu Langat. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Memang ABCD dan sebagainya di Hulu Langat banyak destinasi. Ada Sungai Congkak ya, ada berbagailah tempat kawasan di rimba, di kampung dan sebagainya, Jadi, kita akan telitilah mana yang kita boleh buat terbaik supaya suasana di kampung, feeling di kampung dapat dikembalikan. Memang orang bandar sekarang orang kota ni dahagakan suasana di kampung. Mereka dahagakan. Anak-anak ni banyak benda yang di kampung mereka tak pernah nampak. Bukan tak pernah nampak, bagi mereka baru sebab mereka selalu bangga dengan orang kota, orang bandar. Tetapi apabila sampai ke desa, sampai ke kampung, mereka terkejut kerana suasana kampung lebih tenang dan nyaman dan lebih selesa untuk mereka.

Jadi, ada tarikan yang keunikan yang tersendiri. Kita akan teliti ya. Terima kasih Kota Damansara atas cadangan tersebut.

Soalan tambahan, Seri Serdang.

Speaker

Kampung Tunku, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 58.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Orang Asli Dalam Sistem Penjawat AwamQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah bilangan dan peratus Orang Asli dalam penjawatan awam Kerajaan Negeri?

b)

Apakah bilangan dan peratus Orang Asli di JAKOA Selangor?

c)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan minat Orang Asli untuk menyertai penjawatan awam terutamanya dalam bidang berkaitan kebajikan Orang Asli?

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih juga Yang Berhormat Kampung Tunku. Isu adalah Orang Asli dalam penjawat awam. Soalan pertama, apakah bilangan dan peratusan Orang Asli dalam penjawatan awam Kerajaan Negeri?

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tunku berikut adalah bilangan dan peratusan Orang Asli dalam perjawatan awam Kerajaan Negeri Selangor. Jumlah keseluruhan penjawat awam Orang Asli adalah 41 orang atau 0.36% dari jumlah keseluruhan penjawat awam Negeri Selangor. Seramai tujuh orang bertugas di pentadbiran awam negeri dan 34 orang bertugas di Pihak Berkuasa Tempatan.

Soalan kedua adalah apakah bilangan dan peratus Orang Asli di JAKOA Selangor? Sehingga Januari 2024, seramai 29 orang penjawat awam yang bertugas di Jabatan

Kemajuan Orang Asli iaitu JAKOA Selangor adalah terdiri dari kalangan Orang Asli yang menyumbang sebanyak 29% dari jumlah keseluruhan penjawat awam sedia ada seramai 83 orang yang menjawat jawatan tetap dan kontrak.

Soalan ketiga adalah, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan minat Orang Asli untuk menyertai perjawatan awam terutamanya dalam bidang berkaitan kebajikan Orang Asli? Jawapannya adalah kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada masyarakat Orang Asli yang berkelayakan untuk menyertai pekerjaan dalam sektor awam terutamanya yang memohon untuk bekerja di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Sebarang iklan kekosongan jawatan sama ada secara lantikan tetap, kontrak atau MyStep akan dibuat hebahan di media sosial rasmi jabatan. Selain itu, libat urus bersama jabatan yang bertanggungjawab dalam pelantikan ke jabatan kerajaan sering dibuat bagi melihat peluang yang sesuai kepada Orang Asli. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya daripada Batu Tiga.

Tuan Speaker, soalan saya 59.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Enakmen Mengenai Keganasan OkuQuestions

59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Minta kerajaan menerangkan adakah terdapat sebarang perancangan untuk menggubal enakmen bagi memperuntukkan perkara melibatkan pelindungan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kes keganasan dan jenayah yang semakin berleluasa sekarang?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Batu Tiga. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mempunyai kesaksamaan hak sebagaimana anggota masyarakat yang lain. Perlindungan terhadap OKU dari kes keganasan dan jenayah adalah tertakluk di bawah Akta Kanun Tatacara Jenayah 1976. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengguna pakai undang-undang sedia ada dan tiada perancangan untuk menggubal enakmen seperti dinyatakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker.

Speaker

Batu Tiga.

Sedikit saya ingin menyentuh berkenaan dengan enakmen atau apa perkara yang boleh kita bangunkan di pihak Negeri Selangor kerana saya kira dari segi jumlah pemegang kad OKU sudah tentu di Selangor sudah terlalu ramai berbanding dengan negeri-negeri lain dan proses penambahan itu akan berlaku setiap tahun. Apabila kita melihat dengan keganasan OKU ini sudah tentu dia akan melibatkan yang kecil mahupun yang dewasa. Namun, kita lihat hari ini berapa kes yang berlaku dia terarah kepada kanak-kanak yang mana kanak-kanak ini kalau saya baca dalam satu, salah satu sifat anak-anak autisme ini they have no sense of danger. Mereka ini tidak ada rasa ketakutan dan rasa bahaya. So, dengan keadaan itulah saya nampak ada peri pentingnya sama ada kita menguatkuasakan atau mengambil keseluruhan akta itu ataupun di pihak agensi-agensi kita juga boleh berperanan dan terutamanya saya ingat di bahagian penguatkuasa juga perlu lihat perkara ini sebab ia memerlukan kepada satu tindakan yang lebih agresif bila kita berdepan dengan keganasan OKU ni sudah tentu nak selidik, nak soal siasat mangsa, itu semua susah untuk kita dapatkan maklumat. So, saya harap ia dipandang berat oleh pihak kerajaan supaya kita boleh adakan sesuatu untuk kita lindungi pihak OKU. Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih. Kerajaan mengambil maklum cadangan tersebut. Namun begitu sebelum sebarang penggubalan enakmen, saya kira adalah inisiatif komuniti selamat memberikan fokus kepada kesejahteraan wanita, kanak-kanak dan keluarga yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat mungkin akan mengurangkan ataupun mencegah daripada keganasan itu berlaku. Pun begitu, kerajaan ambil maklum untuk pertimbangan selanjutnya.

Speaker

Gombak Setia.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ambilkan soalan untuk Gombak Setia, soalan nombor 60.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Pulau Indah Power Plant (PIPP)Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah terma dan pulangan kepada Kerajaan Negeri berkenaan soft loan atau pinjaman sejumlah RM 150 juta yang diberikan kepada Worldwide Holdings untuk membantu pembiayaan ekuiti Worldwide dalam projek Pulau Indah Power Plant (PIPP)?

Speaker

Di bawah Peraturan Mesyuarat yang mana? 24 (2) ya. Jadi, Yang Berhormat sekalian, saya izinkan memandangkan Gombak Setia telah pun di hospitalkan dan Taman Medan telah pun maklumkan perkara ini kepada saya awal tadi. Saya benarkan. Sila kan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Pulau Indah Power Plant (PIPP)Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah terma dan pulangan kepada Kerajaan Negeri berkenaan soft loan atau pinjaman sejumlah RM 150 juta yang diberikan kepada Worldwide Holdings untuk membantu pembiayaan ekuiti Worldwide dalam projek Pulau Indah Power Plant (PIPP)?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih, Taman Medan atas soalan yang dikemukakan bagi pihak Gombak Setia. Pada 17 Februari 2021 Kerajaan Negeri telah menyalurkan pinjaman kepada Worldwide Holdings Berhad berjumlah 150 juta bagi tujuan pengurusan aliran tunai Worldwide Holdings bagi melaksanakan projek Pulau Indah Power Plant pinjaman ini akan berkuat kuasa dalam tempoh lima tahun dengan tempoh matang adalah pada 17 Februari 2026 dan dikenakan faedah atas pinjaman pada kadar 4.5 setahun. Mulai September 2023, pinjaman ini telah ditukarkan kepada pelaburan saham keutamaan boleh tebus dan tidak boleh tukar atau pun dalam bahas Inggeris disebut Redeemable Non Convertible Preference Shares atau pun RNCPS. Pertukaran ini dapat membantu menambah manfaat pelaburan kedua-dua pihak selaku pihak-pihak yang berkepentingan seperti berikut:-Pertama, keperluan pembiayaan projek semasa memerlukan komitmen Worldwide untuk menjalankan aktiviti pengumpulan dana tambahan dari semasa ke semasa. Kedua, kedudukan kewangan yang menarik tanpa komitmen hutang dapat

memberikan nilai tambah kepada Worldwide Holding. Yang kedua menjadikan Tabung Warisan Negeri Selangor rakan pelaburan Worldwide berbanding sebagai pemberi hutang atau pun orang yang memberikan institusi untuk memberikan hutang. Terma dan syarat pelaburan langganan RNCPS yang dipersetujui adalah dalam tempoh selama tiga (3) tahun dengan kadar pulangan seperti berikut iaitu pada tahun pertama dan kedua sebanyak 5% setahun iaitu daripada September 2023 hingga Ogos 2025 dan untuk tahun ketiga sebanyak 7% setahun iaitu daripada September 2025 sehingga Mac 2026. Berdasarkan rekod sepanjang 17 Februari 2021 sehingga 31 Ogos 2023, pinjaman kepada Wordwide Holding ini telah memberikan pulangan faedah pinjaman terkumpul sebanyak RM17,124,657.53 yang bersamaan dengan peratus pulangan 4.5% setahun yang digariskan di peringkat awal manakala langganan RNCPS ini akan mula menerima dividen pertama pada 31 Mac 2024 tahun ini selaras dengan terma dan syarat langganan iaitu pembayaran dividen tahunan pada setiap 31 Mac dan 30 September setiap tahun. Terima kasih.

Speaker

Sungai Ramal

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker soalan nombor 61,

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Polisi Bantuan Ibu Tunggal Di SelangorQuestions

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah polisi untuk membantu ibu tunggal, susah lagi miskin yang tinggal di Negeri Selangor sekiranya mereka tidak menepati syarat tinggal/ bermastautin di negeri ini di bawah 5 tahun?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal, soalan berkaitan polisi untuk membantu ibu tunggal di mana Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan hanya rakyat negeri Selangor yang lahir di negeri Selangor atau bermastautin di negeri Selangor melebihi 10 tahun layak menerima bantuan atau insentif Kerajaan Negeri. Selain itu, pemohon mestilah pengundi berdaftar di DUN Selangor bermakna kita tidak berhajat untuk mengambil kira tentang tempoh bermastautin di bawah lima (5) tahun.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan saya mengenai budi bicara, sekiranya mendapati kes-kes

yang begitu kritikal apakah boleh kerajaan menggunakan budi bicara untuk membantu ibu tunggal seumpama ini. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Pihak KKrajaan mencadangkan agar pemohon menukar pendaftaran pengundian di DUN Selangor bagi membolehkan bantuan diberikan.

Speaker

Lembah Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No. 62.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Literasi Pendidikan Selepas Laporan Pisa 2022Questions

62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Malaysia mencatat kemerosotan dalam purata pencapaian ketiga-tiga domain literasi dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022, apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan anak-anak Negeri Selangor tidak ketinggalan di dalam ketiga-tiga literasi: Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya di atas soalan berkenaan khususnya dengan prestasi pentaksiran pelajar-pelajar antarabangsa yang menggariskan bahawa kita menghadapi ketinggalan dalam beberapa bidang seperti Matematik dan Saintifik. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan kepada pencapaian murid dalam ketiga-tiga literasi dalam pentaksiran PISA iaitu Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan. Sektor Pembelajaran JPN Selangor telah merancang program-program ke arah memantapkan pedagogi guru dan menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi murid-murid yang bakal menjadi calon PISA 2025. Perancangan program bagi memastikan anak-anak Negeri Selangor tidak ketinggalan di dalam pertaksiran PISA adalah seperti berikut; pertama, Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) yang merupakan satu program yang menyediakan murid-murid dengan soalan KBAT ataupun kemahiran berfikir aras tinggi yang mirip kepada TIMSS dan PISA. Pelaksanaan program ini adalah kepada murid-murid

sekolah rendah Tahun 4,5 dan 6 dan sekolah menengah Tingkatan 1,2,3 dan 4. Pentaksiran ini dilaksanakan menggunakan Google Form dan secara atas talian. Semua sekolah di dalam negeri Selangor terlibat dalam program PKL dan bermula pada bulan Julai 2024 sehingga September 2024.

Yang kedua Kunjung bantu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada guru-guru mata pelajaran bacaan, matematik dan sains di sekolah-sekolah yang mempunyai skor yang rendah dalam Instrumen Standard Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kunjungan Bantu ini akan dilaksanakan oleh mentor TIMSS dan PISA JPN Selangor, sebanyak 20 buah sekolah akan terlibat dalam sesi kunjung bantu ini dan pelaksanaan kunjung bantu ini akan bermula daripada April 2024 sehingga September 2024. Yang ketiga Kem Intervensi Lestari kemahiran berfikir aras tinggi ataupun yang dipanggil Kem InteLeK akan dilaksanakan di empat buah sekolah menengah yang mempunyai skor yang rendah dalam Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL 2023). Kem ini akan dilaksanakan pada bulan September 2024 dan kem ini melibatkan 25 orang murid pelajar Tingkatan 3.

Yang keempat Penghasilan modul Boleh Baca atau pun BoBa untuk membantu murid menguasai literasi Bahasa Melayu. Penataran telah dilaksanakan kepada 50 buah sekolah fokus iaitu sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai dan tidak menguasai literasi bacaan. Pada tahun 2024, sebanyak 50 buah sekolah dibuat perluasan penataran modul BoBa ataupun yang dipanggil sebagai boleh baca. Yang kelima, Modul Bitara Algebra (MoBA) yang dihasilkan bagi membantu murid-murid dalam menguasai konsep algebra. Modul yang dihasilkan akan siap pada September 2024 dan akan digunakan pada bulan Oktober 2024. Modul ini akan diberikan kepada semua sekolah secara softcopy dan yang keenam bagi literasi Sains, Modul Intervensi Sains Selangor (MISS) akan dihasilkan bermula bulan April 2024 dan dijangka siap pada bulan Oktober 2024. Modul ini akan berfokus kepada aktiviti PdP yang menggunakan aktiviti hands on yang menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Modul ini akan diberikan kepada semua sekolah menengah secara softcopy dengan izin, terima kasih.

Speaker

Seri Kembangan

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 63.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Pembuangan Sampah ElektronikQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan pembuangan bahan buangan elektronik melalui kaedah yang mesra alam, untuk memastikan kemampanan alam sekitar?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Kembangan. Saya ingin menjawab soalan ini bersama dengan soalan 328 dan 399 yang telah ditanyakan oleh Yang Berhormat Balakong dan Yang Berhormat Bukit Lanjan. Bagi memastikan pembuangan bahan buangan elektronik melalui kaedah yang mesra alam, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor melaksanakan beberapa tindakan, di mana JAS Negeri Selangor telah melesen sebanyak 28 premis atau fasiliti kitar semula e-waste di negeri ini yang berupaya memproses e-waste ini secara mesra alam bagi menghasilkan logam-logam berharga seperti emas, perak, tembaga, platinum dan palladium. Tindakan ini diambil bagi memastikan e-waste tidak dilupus secara sesuka hati termasuk memberikannya kepada pihak yang tidak sepatutnya, membuangnya ke dalam sungai, tapak pelupusan sampah atau membakarnya secara terbuka. Jadi selain daripada itu sebenarnya JAS Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT telah dan sedang menjalankan beberapa aktiviti bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pengurusan e-waste. Antaranya berikut adalah Pelaksanaan projek perintis bagi menjadikan stesen-stesen minyak di Negeri Selangor sebagai Pusat Pengumpulan E-Waste. Keduanya Kerajaan Negeri Selangor dalam peringkat perancangan untuk projek perintis bagi menjadikan pasaraya-pasaraya di Negeri Selangor sebagai Pusat Pengumpulan E-Waste, seterusnya program Program pengumpulan e-waste pada hari Sabtu terakhir setiap bulan di lokasi tumpuan orang ramai dan juga program kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS) bagi program pengumpulan e-waste di lokasi-lokasi berdekatan dengan komuniti sempena hari bertemakan alam sekitar seperti Sambutan Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Ozon Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara. Selain daripada itu, sebenarnya kita juga menjalankan program ceramah dan pameran kesedaran alam sekitar mengenai pengurusan e-waste secara mesra alam dan lestari di sekolah-sekolah, agensi kerajaan dan swasta serta premis kilang. Galakan premis untuk berdaftar sebagai pusat pengumpulan e-waste bagi kemudahan setempat di kawasan komuniti juga telah dilaksanakan dan seterusnya Pembinaan Pusat Kitar Semula setempat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan komuniti dan selain daripada itu kita juga telah menjalankan makluman secara infografik di laman media sosial Jabatan Alam Sekitar, pembangunan laman web berkaitan e-waste dan juga di sosial media pejabat EXCO Alam Sekitar. Selain daripada itu, pembangunan satu aplikasi mudah alih, mobile apps bagi tujuan rakyat

mendapat maklumat pusat pengumpulan yang terhampir dengan lokasi iaitu ‘MyEwaste’ telah diwujudkan dan aplikasi ini juga akan memberi maklumat jenis-jenis e-waste yang boleh dihantar ke pusat pengumpulan tersebut. Ketika ini kita mobile apps ini sedang menjalankan proses penaik tarafan dan akhirnya bagi memudahkan pembuangan sisa elektronik Selangor terdapat 57 pengumpulan e-waste yang berdaftar di Negeri Selangor dan senarai-senarai itu saya akan serta secara bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan, terima kasih.

Speaker

Taman Medan

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 64

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Sumber Air MentahQuestions

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah yang telah dibelanjakan LUAS di dalam soal pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan sumber air dan sungai di Negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga 2023?

b)

Apakah kaedah yang digunakan bagi memastikan keterjaminan bekalan sumber air bersih Negeri Selangor?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan, terima kasih Tuan Speaker. Taman Medan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengurusan LUAS dalam penguatkuasaan ataupun pemantauan sumber air di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan LUAS bagi tujuan pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan sumber air dan sungai di Negeri Selangor sejak tahun 2018 sehingga 2023 adalah sebanyak RM 30,250,023,11. Pecahan boleh saya berikan Yang Berhormat untuk tahun 2018 (210,000.00), untuk tahun 2019 (233,600.00) untuk tahun 2020 (360,000.00) untuk tahun 2021 (8,867,743.29), tahun 2022 (11,703,466.12) dan tahun 2023 (8,875,213.70). Ini adalah kalau kita lihat sangat ketara ,apabila berlaku lonjakan daripada tahun 2020 daripada 360,000 terus melonjak tahun 2021, 8,867.000.00. Ini disumbangkan oleh dua perkara besar yang berlaku ia operasi pengepaman kolam air (OPAK) air kolam dan juga yang kedua ialah pelaksanaan kawalan 24 jam oleh di

bawah petugas apa ini LUAS. Jadi itu yang menyumbang kerana pengepaman, kita mengepam air untuk ke daripada OPAK daripada kolam ke dalam Sungai Selangor itu lebih kurang mengambil 70% daripada kos pemantauan ini, kos operasi ini. Ini yang menyumbang besar sebab setiap tahun kita perlukan untuk pengepaman ini berlaku dan banyak sikit berlaku pada tahun 2022 dan satu lagi ialah kos untuk 24 jam skuad pantas ini 24 jam ini adalah di sekitar 21% daripada kos tahunan operasi. Peningkatan perbelanjaan LUAS bila tahun 2021 seperti di sebut tadi sebagai keperluan penyediaan peruntukan bagi operasi Skuad Pantas LUAS yang menjalankan pemantauan rondaan 24 jam di lembangan sungai strategik Negeri Selangor dan juga peruntukan bagi Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) tadi di Bestari Jaya. Manakala baki yang lain melibatkan pembangunan stesen telemetri, perolehan peralatan pemantauan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur sumber air.

Untuk bahagian kedua soalan, Yang Berhormat ingin tahu tentang bagaimana, apa kaedah yang kita gunakan untuk memastikan keterjaminan bekalan sumber air bersih Negeri Selangor. Sumber air bersih Negeri Selangor ini sebagaimana yang sedia maklum bahawa kita sehingga tahun Februari, ini Februari ya 14 Februari 2024, kita bergantung banyak kepada empangan kita. Kita ada tujuh empangan di negeri Selangor dan setakat hari ini empat empangan berada di atas 90% ya. Yang satu di bawah 90% iaitu di sekitar 79 kepada 80% ini adalah Empangan Klang Gate ini ya agak rendah sikit. Tetapi semuanya masih di tahap yang mampu membekalkan air selama enam bulan sekiranya tiada hujan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi menjamin keterjaminan air, bekalan air-air mentah ini dan bekalan air mentah ini lah yang membekalkan air untuk dirawat bagi bekalan air minum kita. Kita telah, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dua skim apa yang dipanggil Skim Jaminan Air Mentah, jawatankuasa yang menghimpunkan semua agensi dan jabatan yang berkait dengan air ini dihimpunkan di bawah satu jawatankuasa bagi kita memastikan kelestarian ataupun sustainability bagi air mentah dan juga bekalan air di Negeri Selangor. Antara langkah-langkah yang telah dibuat di bawah SJAM Fasa I, pertama ialah pemantauan yang kita telah sebut tadi secara stastik dan juga secara rondaan 24 jam. Itu yang kita telah perkenalkan, mula dilaksanakan. Keduanya kita telah membuatkan pretreatment ataupun rawatan awal di tempat-tempat dan sungai-sungai yang kita dapati boleh menyebabkan punca pencemaran. Yang ketiga ialah mula memperketatkan lagi undang-undang pencemaran ini dengan pindaan enakmen yang di dalam itu kita ketatkan hukumannya termasuk mandatori penjara jika didapati bersalah sekurang-kurangnya minimum satu tahun dan juga kalau tidak silap saya dia punya hukuman, denda pun RM500,000.00 minimum dikenakan kepada mereka yang mencemar sungai. Dan yang keempat, itulah projek pelaksanaan lencongan air sungai yang sedang dilaksanakan yang akan siap tahun ini iaitu di Sungai Selangor, di Rantau Panjang dan juga di Semenyih. Itu adalah di bawah SJAM dan sekarang ini di bawah Fasa II, ada beberapa perkara lagi yang kita ambil langkah-langkah untuk memperkemaskan lagi juga selain menghadapi isu pencemaran ini juga menghadapi isu kemarau yang dijangka akan datang ya, iaitu pelaksanaan apa yang kita panggil sebagai Off-River punya, Scheme Off-River Augmentation Selangor yang melibatkan

100 kolam yang telah kita audit dan kenal pasti untuk dihubungkan dengan sungai bagi membekal air, lagi tambahan selama tiga bulan. Empangan tadi enam bulan, yang ini boleh tambah lagi tiga bulan tanpa hujan, so ada sembilan bulan ya.

Yang kedua ialah pelaksanaan ZDP, PPP. Ini adalah Zero Discharge Policy (ZDP), Polluters Pay Principle (PPP), dengan izin. Ini adalah, telah pun diluluskan dan dalam pewartaan untuk dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Ini akan memberikan, bila dilaksanakan makna siapa sahaja yang membawa, yang mengeluarkan atau mengalirkan air ke sungai perlu membuat bayaran. Ini yang antara perkara ini dah lama tetapi pelaksanaan pertama dalam negara dibuat di Negeri Selangor ini. Jadi, yang ketiga ialah pelaksanaan Friends of River iaitu community base yang melibatkan komuniti bagi sama-sama membantu mengawal dan menjaga kebersihan sungai kita. Terima kasih.

Speaker

Ya. Silakan Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah atas penerangan sebentar tadi. Cuma saya tertarik bila tentang soal menjamin, apa, keterjaminan bekalan sumber air bersih Negeri Selangor ini. Apa perancangan Kerajaan Negeri, pihak di sebelah sana, kita lihat jumlah penduduk semakin bertambah. Dalam masa yang sama Selangor menyumbang hampir 24% daripada urban population di seluruh negara ini, Selangor lah yang paling ramai. Jadi, banyak bandar-bandar baru, kawasan perumahan baru dibuka, kawasan industri dibuka, kalau kita dengar tadi kalau enam bulan tidak hujan kita boleh bertahan. Campur dengan beberapa kolam lagi, tiga bulan boleh bertahan tetapi itu dengan kapasiti sekarang. So, apa perancangan Kerajaan Negeri untuk tambah lagi laluan atau sumber air baru yang ada, mungkin boleh dikongsikan dengan Ahli Dewan semua. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Sememangnya perancangan kita di Negeri Selangor ini berurusan dengan Pengurusan Air ini, kita bukan sahaja melihat kepada keperluan ketika semasa, ataupun keperluan ketika kemarau, kita melihat perancangan lebih daripada 20 tahun ke hadapan. Keperluan air sebenarnya kita dah ada ramalan ataupun forecast yang telah dibuat oleh Air Selangor, keperluan setiap tahun kita tahu, ia sekitar 300 begitu, 300 juta liter sehari pertambahan setiap tahun. Memang keperluan. Sekarang ini kita di sekitar 5,000 lebih, ya, 5,000 juta liter sehari. Kita bukan sahaja membekalkan untuk Selangor ya, kita juga membekalkan air untuk Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi, keseluruhan penduduk yang menerima bekalan air Selangor ini ialah sembilan (9) juta. Tujuh (7) dari Selangor dan dua (2) juta lagi dari Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi, perancangan air kita itu kena mengambil kira Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dan kita ada perancangan, ini sebab itulah proses apabila kita telah kenal pasti keperluan air ini bukan sahaja untuk rakyat ya juga untuk pertanian. Sebab itu kita kena pastikan level sungai itu perlu dipertahankan kerana

keperluan air itu adalah di bawah National Water Balance, dipanggil NAWABS. Dia ada menyediakan kaedah bagaimana kita menguruskan atau membahagi-bahagikan air kepada manusia, keutamaannya kemudian kepada penternakan, kepada pertanian dan sebagainya. Jadi, kita ada semua itu, kita pantau dan kita buat perancangan untuk menyediakan kerana sumber air bersih ini adalah daripada air mentah dulu. Dan air mentah ini kena mencukupi. Empangan kita tidak akan dapat menampung untuk masa depan sebab itu kita membuat Horas dan juga Off-River Scheme dan yang terbaru ini dipanggil SORAS ya, sebenarnya kita, belum popularkan nama itu Selangor Off-River Augmentation Scheme. Ini adalah kolam-kolam setakat ini ada 100 kita yang kita audit yang boleh digunakan untuk keperluan bekalan air tambahan kita.

Dan untuk masa depan kita telah mula membina, contohnya, Sungai Rasau sebelum ini Sungai Klang dia tidak ada, tidak digunakan air untuk bekalan minuman. Sekarang, projek sedang berjalan yang akan menggunakan air daripada Sungai Klang. Sebab itu kita perlu membersihkan Sungai Klang sebab dia akan mula beroperasi pada 2025. Itu Sungai Rasau 700 juta liter sehari, Fasa I. Fasa II akan lagi 700 juta lagi, jadi 1400 juta liter sehari daripada air Sungai Klang yang akan digunakan untuk bekalan air bagi Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Dan ke depan kita ada perancangan yang disebut Horas 3000 di Bestari Jaya. Itu akan menyediakan lagi 3,000 juta liter yang dibuat secara tiga (3) Fasa. 3,000 juta liter sehari, untuk masa depan. Ini 2030, 2023 – 2035 dan sebagainya. Dan selain daripada itu, kita ada back up plan juga iaitu penggunaan air bawah tanah yang pun kita ada tetapi kita tidak begitu banyak menggunakannya tetapi kita ada simpanan itu cuma kalau kata dan juga kita ada mengimport air daripada Pahang setakat ini. Negeri lain pun kita ada tengok kajian tetapi belum kita ini lagi, Pahang setakat ini, baru Pahang. Dan juga kalau kata di hujung tidak ada lagilah sumber yang lain, kita akan beralih kepada desalination plant, air laut yang akan dinyah masin untuk kegunaan. Tetapi itu saya kata rancangan yang paling hujung, terakhir. Setakat ini, Pulau Ketam sahaja yang kita akan buat sebab masalah submarine punya paip itu yang selalu rosak oleh kapal. Itu terpaksa kita buat desalination plant untuk Pulau Ketam ya. Terima kasih.

Speaker

Ya, Bukit Melawati.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Saya hendak tanya macam mana Kerajaan untuk menjamin kualiti air mentah dan berapakah belanja untuk menjamin air mentah ini.

Speaker

Ya, Yang Berhormat? Soalan jelas ke?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu sebenarnya saya dah jawab tadi. Itu kos, tetapi kos untuk kita membuat rawatan air ini, ia berbeza sikit ya. Contoh, sebagai contoh saya kata kalau kata air itu kualitinya teruk, dia punya keperluan untuk merawat akan lebih tinggi sebab kita perlu buat treatment. Yang terbaru ni, Sungai Rasau ni,

adalah loji paling moden yang menggunakan sistem ozonisation. Ozonisation ini adalah satu kaedah treatment yang boleh menyelesaikan isu masalah bau ini. Di antara yang terunggul di negara ini, ini yang sedang dibina ini. Sebab apa, sekarang ini masalah besar kita bukan masalah pencemaran biasa ini, ammonia dan sebagainya, pencemaran bau. Pencemaran bau ini, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat ia tidak boleh dikesan dengan sensor, hidung lagi, kena pakai hidung. Kita dah mencari di pasaran dunia ini, mana ada sensor yang boleh mengesan pencemaran bau dalam air, kalau di udara boleh, dalam air, tidak ada. Jadi, sekarang ini kita menggunakan hidung sebab itu, kalau nak buat, bunyi macam lawak, tetapi nasihat kepada pegawai-pegawai yang buat rondaan, make sure kalau yang selsema jangan guna dia. Sebab dia tidak boleh bau, dia tidak boleh kesan. Kadang-kadang kita bau air itu, antara bau dengan tak bau. Tetapi, bila ia masuk dalam sistem rawatan, dia masuk dalam sistem rawatan, dia bila bercampur dengan klorin dengan alum semua ini, ia akan jadi lebih kuat bau dia. Ini yang berlaku. Sebab itu kita terpaksa mengambil langkah untuk memastikan, kalau ada sikit bau pun kita akan tutup. Sebab itu projek SJAM yang kita laksanakan ini yang untuk alihkan air, ataupun lencongkan air ini RM320 juta ini kita terpaksa buat untuk kalau kita ada keraguan walaupun ada keraguan, air itu ada bau sikit pun kita akan lencongkan air dan guna air kolam supaya bekalan air tidak terganggu. Ini yang sedang kita laksanakan. Terima kasih.

Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 65.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama Persendirian (SAP) Yang TerkiniQuestions

65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini garis panduan pemutihan SAP yang dicadang untuk dipinda?

b)

Jika sudah dimurnikan, apakah pindaan yang telah dibuat bagi memudahkan urusan pendaftaran SAP?

Terima kasih Sementa. Soalan ditanya apakah status terkini Garis Panduan pemutihan Sekolah Agama Persendirian (SAP) yang sedang dicadangkan untuk dipinda. Pada peringkat ini PLAN Malaysia Selangor sedang dalam peringkat akhir untuk meneliti cadangan awal Garis Panduan Pemutihan sebelum kita bawa ke MTES dan MMKN. Saya sendiri telah mengarahkan supaya satu sesi libat urus dibuat bersama di antara pihak PLAN Malaysia, JAIS dan juga para pengusaha untuk memastikan setiap satu para yang dicadangkan itu menjadi praktikal dan boleh dilaksanakan dengan mudah oleh para pengusaha. Dasar yang kita tetapkan di sini adalah Garis Panduan yang akan kita wujudkan dan ini akan memastikan peratusan pemulihan yang lebih tinggi daripada Garis Panduan yang awal dan juga agar sekolah-sekolah yang telah dibina ini mematuhi kebanyakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar dan tidak terlalu menekan kepada para pengusaha. Untuk bahagian (b), di antara cadangan penambahan yang telah kita masukkan tetapi belum dimuktamadkan adalah memberi Memberi Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) kepada Institusi dengan pematuhan beberapa syarat minima. Yang kedua adalah pengecualian kepada submission fee, dengan izin untuk para pengusaha. Terima kasih.

Speaker

Silakan.

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Y.B. EXCO di atas jawapan yang diberikan tadi yang mana sekarang di peringkat akhir dan ia akan, bukan masa lagi. Dan saya yakin sekolah-sekolah agama persendirian ini ia berusaha untuk memenuhi pra-syarat tersebut memandangkan pra-syarat tersebut masih lagi digubal di peringkat akhir dan sudah diletakkan untuk pendaftaran, diberikan kelonggaran sehingga hujung tahun ini. Maka dengan keadaan sekarang ini, status yang ada sekarang ini, maka boleh ataupun tidak kelonggaran itu, pemutihan itu disambung kepada tahun 2015 contoh dia, eh 2025?

Perkara itu sedang diteliti dan betul kita telah beri kelonggaran sehingga hujung tahun ini. Saya kira perbincangan awal dan juga libat urus yang dilaksanakan itu sedang berlangsung dan akan dimuktamadkan pada penghujung bulan ini, insya-Allah. Saya rasa kalau keluar Garis Panduan yang baru itu mungkin tidak perlukan kita memanjangkan tempoh tersebut. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Batu Tiga.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan dan saya ingat soalan yang diberikan oleh Sementa ini sudah menjadi sedikit matang berbanding dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas, kita menerima tohmahan-tohmahan katanya Kerajaan ingin menutup sekolah-sekolah agama, ingin menutup ruang-ruang untuk pendidikan agama Islam so saya ingat tahun ini sudah pun kepada apa yang ini. Dan hari ini saya lihat, saya menyambut baik usaha pihak Kerajaan

Tuan Speaker, Tuan Speaker, mencelah.

Apabila melanjutkan usaha untuk pemutihan ini sehingga bulan Disember

Speaker

Yang Berhormat Batu Tiga ringkaskan jawapan, tidak boleh mencelah. Sebentar, ini bukan perbahasan.

dan soalan saya bolehkah pada tahun ini sekali lagi Yang Berhormat EXCO emphasize tujuan kenapa kita membuat pemutihan ini dan supaya semua faham bahawa kita bukanlah tujuan kita untuk menutup sekolah-sekolah agama, terima kasih.

Speaker

Sementa saya ingatkan, ini bukan perbahasan. Ini ialah sesi soal jawab. Jadi, tidak boleh mencelah.

Ya, ya. Tapi kenyataan daripada Y.B. Yang Berhormat seolah-olah kita mencemuh sekolah, kita menyatakan sekolah ditutup dan sebagainya

Speaker

Yang Berhormat berdiri di atas Peraturan Tetap apa? Kalau dalam sesi pertanyaan, Yang Berhormat kena bertanya di atas

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Peraturan Mesyuarat, Peraturan Mesyuarat.

Speaker

Ya? Peraturan Mesyuarat apa?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Peraturan Mesyuarat 24 (4), muka surat 24.

Speaker

Apa masalah dia?

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dijadikan helah hendak berbahas. Jadi, nak tanya tu tanya sahaja. Jangan hurai bahas.

Speaker

Ya, tadi Yang Berhormat, tadi Batu Tiga bertanya apa? Soalan dia apa?

Soalan saya, hendak tanya bolehkah pihak Kerajaan emphasize sekali lagi tujuan kenapa kita membuat pemutihan ini hendak dilaksanakan. Terima kasih.

Speaker

Ha, yang itu sahaja. Baiklah, okay. Jawab soalan itu sahaja lah Yang Berhormat. Itu sahaja.

Baik, baik terima kasih Batu Tiga. Jadi, tujuan hasrat awalnya adalah untuk kita pastikan sekolah-sekolah agama kita ini selamat dan selesa untuk para pelajar dan juga guru-guru yang ada, ini lanjutan daripada kes Ittifaqiyah pada tahun 2017 di mana berlaku kebakaran dan berlaku kematian sekali dan tidak ada syak wasangka yang perlu kita letak di sini bahawa ini lah hasratnya yang jujur dan sebenar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Kita dah ada Garis Panduan Pemutihan yang pertama telah dibuat.

Daripada 533 sekolah persendirian yang ada di Negeri Selangor ini, sekolah agama persendirian hanya 15% sahaja berjaya diputihkan dalam GP yang pertama jadi kita mengambil maklum dan kita akan gunakan GP yang kedua ini untuk menambahkan lagi peratusan sekolah-sekolah yang pastinya akan menjadi selesa dan selamat untuk para pelajar di Negeri Selangor.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Sungai Burong.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya kepada YB, Yang Berhormat EXCO daripada penggulungan semalam juga ada dinyatakan di antara keprihatinan untuk sekolah agama persendirian ini adalah dengan merujuk kepada konsultan-konsultan untuk memudah carakan perkara-perkara yang difikir birokrasi sebelum ini. Jadi, sebelum ini saya teringat YB ataupun Yang Berhormat Sabak Bernam pernah menyatakan bahawa consultant fee yang telah di senarai pendekkan oleh pihak Kerajaan Negeri kosnya mencecah RM45 ribu. So ini adalah satu yang membebankan pengusaha. Jadi, adakah komen daripada YB EXCO untuk perkara tersebut, yang kata tadi nak memudahkan tapi jadi berat.

Speaker

Perhatian. Silakan Yang Berhormat Seri Setia.

Sekolah agama pun panas hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong dari segi consultant fee perkara itu pun kita sedang berunding bincang secara terus dengan para pengusaha untuk mengetahui apa sebenarnya, berapa masalahnya dan saya dimaklumkan juga di pihak JAIS pun telah menyediakan sedikit dana untuk membantu pengurusan pembayaran kepada konsultan, consultant fee ini tapi itu semua sedang diperincikan dalam garis panduan pemutihan yang baru, terima kasih.

Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 66.

Speaker

Saya mohon Dato’ MB untuk menjawab bagi pihak Tanjung Sepat.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Rumah SelangorkuQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang telah dibina antara tahun 2018 hingga 2023.

b)

Perincikan statistik permohonan Rumah Selangorku yang telah diterima, jumlah permohonan yang telah diluluskan dan jumlah permohonan yang ditolak.

c)

Apakah perancangan kerajaan dalam menambahbaikkan pemprosesan permohonan dan penambahan pembinaan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Tanjung Sepat masih mendapatkan rawatan jadi saya menjawab untuk bagi pihak Tanjung Sepat. Yang pertama, Dasar Rumah Selongorku telah diperkenalkan pada tahun 2014, dengan tujuan untuk menyediakan akses dan kepelbagaian penyediaan Rumah

Mampu Milik yang selesa dan kondusif kepada pemohon berkelayakan untuk tempoh 2018 sehingga 2023 terdapat 95 projek Rumah-Rumah Selangorku dengan 30,327 unit Rumah Selangorku telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli-pembeli. Untuk makluman Yang Berhormat statistik permohonan Rumah Selangorku yang telah diterima jumlah permohonan adalah seperti berikut daripada 2018 – 2023 sebanyak 187,243 permohonan-permohonan telah dilakukan dan penerimaan sebanyak 42,238 telah diterima daripada permohonan-permohonan dibuat. Manakala daripada 42,910 itu, menolak tawaran-tawaran yang dikemukakan dan senarai menunggu ada sekitar dalam 115,095 pemohon yang sedang menunggu untuk menerima tawaran rumah. Untuk makluman Yang Berhormat melalui insentif galakan pembinaan Rumah Mampu Milik Selongorku Harapan dan Idaman, pasca Covid–19 telah membenarkan pemaju meminda syarat daripada Rumah Selangorku jenis A,B,C, dan D kepada satu jenis sahaja iaitu jenis Selangorku E KHAS atau dikenali sebagai Rumah Selangorku Harapan dan juga Idaman. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor telah mempercepatkan proses permohonan dan penawaran Rumah Selangorku jenis D, E, dan E Khas untuk Rumah Idaman MBI dan Harapan seperti berikut; yang pertama engagihan kuota di mana LPHS sebanyak 50% dan 50 % lagi kepada pemaju. Yang kedua tawaran khas kepada pembeli rumah kedua untuk Rumah Selangorku jenis D,E, dan E Khas di bawah kuota Pemaju 50% manakala kuota LPHS 50% berdasarkan merit permohonan iaitu permohonan dan pasangan yang tiada pemilikan rumah di Selangor seperti berikut iaitu pengagihan kuota penawaran nama, nama 100% daripada sistem LPHS; (a) Penawarannya adalah daripada perkara 100% daripada LPHS penawarannya adalah 50% daripada sistem LPHS dan 50% lagi daripada pemaju untuk mempercepatkan proses tersebut. Daripada jumlah tersebut 100%, 50% kuota Bumiputera dan 50% kuota bukan Bumiputera ini yang telah ditetapkan untuk kedua-dua syarat tersebut. Syarat pemohon iaitu pembeli pertama 100% dan syarat baru yang kita tawarkan insentifnya adalah 50% maknanya bukan 50% adalah kelayakan pembeli pertama yang datang daripada LPHS dan juga pemaju-pemaju diberikan peluang untuk kelayakan pembeli pertama diberikan keutamaan kepada penawaran kepada pembeli rumah kedua. Maknanya boleh dibeli untuk sebagai rumah kedua supaya dapat melancarkan jualan Rumah-Rumah Selangorku. Ketiga, proses Penawaran nama program RSKU diurus setia oleh Lembaga Perumahan melalui Jawatankuasa Pemilihan senarai nama pemohon Rumah Selangorku dan bersidang 2 kali setahun. Yang keempat senarai pemohon yang telah berjaya atau pun pra-tawar daripada Sistem Pendaftaran Hartanah Negeri Selangor akan menerima sistem pesanan ringkas daripada LPHS dalam tempoh 14 hari daripada Jawatankuasa bermesyuarat; dan yang kelima syarat permohonan Rumah Selangorku telah ditingkatkan pendapatan rumah iaitu di antara RM3,5OO sehingga RM14,500 bagi kategori A,B,C,D, dan E dan ini adalah sesuai dengan apa yang selalu diungkapkan ada berlaku masalah khususnya beli kelompok M40 yang berpendapatan lebih daripada RM7,000 ke atas selepas daripada peristiwa Covid-19, terima kasih.

Speaker

Ya, Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas jawapan yang diberikan. Apakah usaha kerajaan dalam memastikan kestabilan harga dan kebolehcapaian Rumah Selangorku dalam jangka masa panjang? Dan soalan kedua adalah apakah KPI pemprosesan permohonan? sedangkan saya telah mendapat banyak aduan daripada penduduk atau pun pemohon yang mana mereka telah lama mengemukakan permohonan untuk Rumah Selangorku atau pun Rumah Mampu Milik sejak tahun 2015 tapi sampai sekarang masih belum mendapat apa-apa maklum balas daripada LPHS atau pun pemaju.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Mekanisme kawalan terhadap harga sudah pasti dikawal kerana ini melibatkan rumah-rumah dalam harga kawalan bukan harga bebas. Jadi, rumah-rumah harga kawal kita ada range kita yang tertentu atau pun ada jumlah harga yang telah ditetapkan bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor maksimum bagi Rumah Mampu Milik kita ialah RM250,000 dan ke bawah cuma apa yang diubah adalah WIP Bin daripada RM42,000 sampai RM250,000 iaitu membenarkan jenis E Khas dan E dibina untuk semua berbanding dengan dahulu dibenarkan hanya A,B,C dan D mana tak semua itu adalah galakan yang diberikan dalam tempoh 2 tahun selepas Covid-19 kerana kita ingin membantu juga sektor pembinaan. Jadi, mekanisme kawalan tetap dijaga dan harga itu tidak boleh melampaui dan kita masih lagi bawah paras Rumah Mampu Milik yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan menetapkan harga adalah pada kadar RM300,000 dan ke bawah.

Ahli Yang Berhormat, yang kedua adalah KPI. KPI kita adalah berdasarkan first come, first serve. Jadi itu yang ditetapkan dalam senarai harga, senarai yang ditetapkan dan diberikan dan sebenarnya siapa yang dapat kemudian ada yang menolak. Banyak aspek yang selalu ditolak ialah tentang end financing dengan izin atau pun pinjaman bagi sektor perumahan. Untuk mengatasi tersebut Kerajaan Negeri menawarkan apa yang dipanggil Smart Sewa, dengan Smart Sewa kita akan membantu kepada pemilik-pemilik ini supaya dapat menyewa dan dalam tempoh 5 tahun mereka akan dipulangkan balik 30% atau pun 30% sewaan mereka dan boleh dijadikan deposit dan mereka boleh dapatkan pinjaman 90%. Sebab itu Projek E atau pun Harapan dan Idaman ini juga akan juga menepati eko-sistem tersebut kerana, kerana dalam pembinaan Rumah-Rumah Harapan itu bukan sahaja RM250,000 dijual semua tetapi sekitar 15 sehingga 30% bagi setiap pemaju-pemaju boleh menyerahkan rumah tersebut atau wajib menyerahkan rumah tersebut kepada Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri boleh melaksanakan Program Smart Sewa. Itu, bantuan yang kita berikan supaya 10% itu kita dapat tangani dan mereka boleh berhubung dengan Institusi Perbankan ataupun kewangan supaya mendapat pinjaman atau pun end financing. Usaha kita untuk membantu daripada awal dulu semenjak daripada 2008 termasuk menjadi penjamin tidak boleh dibenarkan oleh undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada, cuma kita sedang cari satu formula supaya ada satu solusi. Ada beberapa tawaran yang telah dikemukakan oleh Institusi Perbankan,

namun ia saya rasa akan kembali membebankan kepada pengguna termasuk memberikan impak kepada kewangan negeri kerana jumlah yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah end financing dan kita akan berusaha untuk mencari solusi tersebut, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya...Paya Jaras.

Terima kasih kepada Yang Berhormat tentang perkara Rumah Kos Rendah atau pun Rumah Selangorku di kawasan Saujana ada beberapa pemaju yang masih lagi tak nak bangunkan rumah-rumah kos rendah walaupun dalam perjanjian awal itu mereka sepatutnya buat Rumah Kos Rendah tapi dia menangguh-nangguhkan antara alasan yang disebutkan kepada yang mereka ialah Rumah Kos Rendah tidak dapat sambutan. Tetapi pada saya bukan tak ada sambutan, mungkin kos keuntungan terlalu rendah apakah tindakan Kerajaan Negeri perlu buat kepada pemaju-pemaju yang masih lagi tidak mahu melunaskan tanggungjawab membina Rumah-Rumah Kos Rendah di kawasan-kawasan seperti Saujana Utama yang masih lagi tidak dibangunkan sehingga sekarang. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Pemaju-pemaju ini bertanggungjawab di atas kelulusan yang telah diberikan kerana setiap kelulusan bagi 10 ekar ke atas pasti ada beberapa peratusan tertentu yang perlu dibina bagi Rumah Mampu Milik atau dipanggil sebagai Rumah Selangorku. Tapi ada berapa langkah-langkah yang kita tetap buat tapi itu bukanlah solusinya kita cuma hanya membantu dalam mengurangkan jumlah tanah yang tidak dibangunkan tersebut antara lain syarat-syaratnya adalah kita meletakkan syarat pembinaan Rumah Mampu Milik terlebih dahulu sebelum mereka membina bagi rumah-rumah harga bebas. Ini mungkin adalah kawasan perumahan yang sebelum dasar itu dibuat dasar ini dibuat selepas tahun 2013 dan 2014 kalau tidak silap saya, bahawa mereka wajib membina Rumah Selangorku atau pun Rumah Mampu Milik dahulu dan baru membina rumah rumah bebas sebagaimana ketetapan yang telah diberikan oleh kebenaran merancang. Kedua melalui Projek Harapan dan Idaman sebagai contoh kita telah berbincang balik dengan pemaju-pemaju tersebut untuk memberikan atau pun menjual tanah aset mereka itu dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan itu, akan memberi peluang kepada MBI dan juga rangkaian syarikat-syarikat yang membentuk pembinaan Rumah Harapan supaya mereka dapat membina rumah dengan jumlah RM250,0000 yang telah ditetapkan supaya kita dapat mengatasi kekurangan perumahan tersebut. Dalam senarai sebenarnya yang telah diluluskan oleh Lembaga Perumahan kita melebihi daripada 100,000 yang telah kita, yang telah kita benarkan atau pun yang telah kita beri kelulusan. Dekat 60,000 atau pun 70,000 semuanya sedang dalam proses kebenaran merancang dan selebihnya ada dalam proses pembinaan dan tahun 2024, 2025 dan 2026 adalah kebanyakan rumah-rumah ini akan

siap dan kita akan lihat semua Rumah Selangorku ini. Kalau kita tengok on the way kita ke airport ataupun ke Lapangan Terbang di sebelah kiri sebagai contoh. Itu contoh salah satu daripada Rumah Idaman yang hampir siap dan akan boleh diserahkan kepada pengguna-pengguna. Dan itu adalah contoh macam mana kita ambil daripada tanah pemaju yang culas atau pun yang cuai ini berdasarkan sebelum 2008 kerana KM masa itu tidak mewajibkan mereka membina dahulu. Jadi itu yang telah diambil langkah proaktif oleh pihak Kerajaan Negeri melalui anak syarikat kita Menteri Besar Selangor Incorporated, dengan izin.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Boleh tumpang satu soalan Yang Amat Berhormat?

Speaker

Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker, soalan saya 67.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Sektor AeroangkasaQuestions

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri melihat kepentingan sektor ini dalam pembangunan KDNK negara?

b)

Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor tidak ketinggalan dalam sektor ini?

c)

Bagaimanakah kerajaan memastikan rakyat Selangor turut dimanfaatkan daripada industri ini?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, sektor aerongkasa adalah sektor yang telah dikenal pasti dan berpotensi untuk berkembang di Selangor. Ia merupakan salah satu daripada kluster industri yang diberikan tumpuan oleh Kerajaan Negeri. Lebih daripada 67% pemain industri dalam sektor aerongkasa berpusat di Selangor, membangunkan Negeri Selangor sebagai hub utama bagi aktiviti perindustrian di serantau Asia Tenggara khususnya sektor aerongkasa telah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor kini dan prinsip panduan dan strategi pembangunan industri aerongkasa ini adalah berpaksikan pelan tindakan industri aerongkasa Negeri

Selangor 2020 hingga 2030 dan juga Rancangan Selangor Pertama RS-1. Dalam usaha menggalakkan pertubuhan sektor ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office ataupun S-DAICO di bawah Invest Selangor. Unit ini berperanan untuk mempromosikan serta melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi mempertingkatkan pertumbuhan sektor ini di samping membantu syarikat-syarikat aerongkasa tempatan untuk terus terlibat sebagai pembekal kepada syarikat global OEM aerongkasa.

Antara langkah-langkah yang dirancang dan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor tidak ketinggalan dalam sektor ini adalah seperti berikut; yang pertama mewujudkan pelan tindakan industri aerongkasa Negeri Selangor 2020 – 2030 yang menjadi panduan dan perancang, perancangan strategik bagi mempertingkatkan pertumbuhan sektor Era Angkasa di Negeri Selangor. Yang kedua menganjurkan Program Pameran Tahunan seperti Selangor Aviation Show (SAS) sebagai platform bagi mempromosikan Selangor sebagai hub Industri aerongkasa di Malaysia, di samping membantu syarikat tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran global. Yang ketiga, mengeratkan hubungan industri dan jaringan. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengambil langkah dalam memudahkan hubungan di antara syarikat tempatan dan syarikat global OUM aeroangkasa melalui misi-misi penggalakan pelaburan seperti di Singapura yang berlangsung baru-baru ini. Singapura adalah salah satu negara yang pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah berbincang untuk potensi perniagaan dan eksport. Sewaktu misi ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengadakan mesyuarat meja bulat bersama syarikat-syarikat aeroangkasa terkemuka di Singapura bagi mempromosikan Negeri Selangor dan hasilnya amat memberangsangkan. Mesyuarat meja bulat ini merupakan kerjasama antara pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensi National Aerospace Industry Corporation Malaysia dan Persatuan Malaysia Aerospace Industry Association. Antara projek yang telah dibincangkan adalah projek pembangunan seperti Selangor Aeropark, untuk aktiviti maintenance, repair and overhaul ataupun lebih dikenali sebagai MRO. Aero manufacturing, engine testing, training, sustainable aviation fuel ataupun SAF dan lain-lain lagi. Dengan mempromosikan projek seperti ini, pelabur-pelabur dapat mengembangkan aktiviti mereka di Selangor sejurus membawa peluang pekerjaan yang baharu untuk rakyat Selangor dan Malaysia dan sejurusnya meningkatkan nilai KDNK negara.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri dalam usaha memastikan rakyat Selangor turut mendapatkan manfaat daripada industri ini adalah seperti pembangunan modal insan. Secara dasarnya, kemasukan pelabur-pelabur berpotensi ke dalam Negeri Selangor akan membuka peluang-peluang kolaborasi dengan IKS yang pakar dalam keupayaan teknikal sedia ada seperti aeroangkasa dan penyelenggaraan kapal terbang. Ini juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran dalam sektor ini. Selain itu, white paper ataupun kertas putih yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri dengan kerjasama pemain industri dan

ekonomi boleh membantu mengenalpasti solusi-solusi yang dapat menangani isu-isu seperti jurang gaji dan juga kekurangan modal insan yang memenuhi syarat-syarat OEM aeroangkasa. White paper ini yang mengikuti konsep triple helix adalah untuk memastikan penglibatan semua pihak seperti industri, institusi pendidikan tempatan dan juga agensi kerajaan. Inisiatif ini akan membantu memastikan pekerja tempatan mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan industri. Dalam usaha memastikan ketersediaan sumber tenaga kerja tempatan dalam sektor aeroangkasa, kerajaan Negeri Selangor melalui MBI dan Invest Selangor Bhd sentiasa pro aktif dalam mengadakan program jelajah kerjaya ataupun career fair bagi mengurangkan jurang antara pemain industri dan kebolehcapaian kepada tenaga kerja yang berpotensi. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Ya, Sungai Pelek?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Saya menyambut baik kepada Yang Berhormat Y.B. EXCO kerana dalam kebanyakan kawasan yang dinaikkan itu yang bakal dijadikan adalah di tempat DUN Sungai Pelek. Terima kasih sekali lagi dan soalan saya adalah berkenaan dengan bagaimana untuk berkolaborasi dengan agensi lain supaya semua infrastruktur adalah matching atau pun dengan izin, adalah selari dengan perancangan yang bakal akan dirancangkan oleh pihak Negeri Selangor. Dan soalan 2 bagaimanakah ataupun perancangan untuk berkolaborasi atau pun untuk menaikkan pendapatan daripada income ataupun daripada mana yang kita dapat sambutan ataupun sokongan daripada pihak private sector lah dengan izin, dengan swasta supaya dapat menyokong dari segi menampung lebih banyak perbelanjaan ataupun pelaburan di kawasan yang dinyatakan seperti Yang Berhormat EXCO tadi kata tu. Saya agak risau dan khuatir kerana buat masa terkini kita belum ada mungkin perancangan yang lebih baik walaupun tadi saya nampak Yang Berhormat EXCO menyatakan pameran dan sebagainya tetapi saya khuatir keadaan infrastruktur di kawasan itu masih perlu untuk kita mempertingkatkan dan juga dari segi kita kena dapat lebih banyak sambutan daripada, orang kata sektor swasta untuk menyokong dalam perancangan tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Sebenarnya kawasan Sungai Pelek ini agak amat bertuah kerana Selangor Aeropark terletak dalam DUN Sungai Pelek. Yang Berhormat juga pernah 2-3 kali bersama saya untuk buat lawatan ke syarikat-syarikat aeroangkasa di kawasan Sungai Pelek dan sudah tentunya infrastruktur di kawasan itu perlu dinaiktaraf dan ini juga merupakan salah satu syarat yang kita akan bangunkan Selangor Aeropark dan saya semalam telah menjawab berkenaan satu pelan induk termasuk pelan infrastruktur di kawasan pembangunan IDRISS. Itu termasuk di kawasan Selangor Aeropark di mana kita perlu menaiktaraf jalan raya, kita perlu menambah perkhidmatan rel, kita perlu memastikan bekalan elektrik, bekalan air dan juga fibre optic bersedia semasa pelabur itu akan masuk ke kawasan Selangor Aeropark. Dan buat masa ini Selangor Aeropark masih dalam perancangan awal dan saya yakin tidak lama lagi kita akan nampak

Selangor Aeropark ni direalisasikan dengan bantuan dan kerjasama daripada semua agensi dan kerajaan Negeri Selangor akan memastikan semua agensi yang berkaitan ambil peranan bersama Invest Selangor Bhd untuk memastikan projek ini akan berjaya. Terima kasih.

Speaker

Kuang?

Terima kasih Tuan Speaker Dewan nampak sedikit suram pagi ini, jadi saya bagi pantun dua kerat;

Dari Sekinchan ke Balik Papan, soalan saya nombor 58, 68.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Pembersihan LongkangQuestions

68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Siapakah yang bertanggungjawab untuk pembersihan longkang di kawasan kampung tradisi?

b)

Bagaimana kutipan sampah domestik dan sampah pukal diuruskan kawasan ini?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Kuang yang bagi pantun ya. Yang Berhormat Kuang bertanyakan soalan tentang pembersihan longkang. Tuan Speaker, untuk (a) Pembersihan longkang bagi longkang di kawasan kampung tradisi diuruskan oleh PBT bagi jalan-jalan utama. Bagi longkang di luar jalan utama, ia adalah dibawah bidang kuasa PDT manakala longkang di atas tanah persendirian adalah tanggungjawab pemilik tanah. Untuk (b) untuk kutipan sampah domestik dan sampah pukal di kawasan kampung tradisi dilaksanakan oleh KDEBWM dengan konsep tempat pembuangan berpusat, Bin Point Collection. Tapak pembuangan berpusat ini ditetapkan oleh pihak PBT di laluan utama dengan kutipan secara berjadual. Sekian sahaja, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Balakong?

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jentera ultra whack untuk kerja pembersihan longkang?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Jentera ultra whack ini kita akan teliti kerana kewangan itu penting, kekangan kewangan. Kalau KDEB kewangan dia semakin baik, insya-Allah kita akan buatlah di mana-mana yang boleh kita tambah untuk kita perkemaskan kerja-kerja pembersihan. Sekian, terima kasih.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan, minta izin.

Speaker

Ya, Sungai Pelek?

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya adalah kebanyakan masalah yang kita hadapi di longkang bukan daripada PBT, pada pendapat saya ia lebih pada road care atau dikatakan oleh JKR, saya rasa dari segi itu mungkin kita perlukan kerjasama daripada JKR supaya Yang Berhormat EXCO ini boleh untuk sama-sama bawakkan persoalan ini kepada pihak mungkin kepada Yang Berhormat, Y.B. EXCO Infra, sebab saya rasa ini sangat teruk di kawasan yang sesetengahnya di jalan utama yang dikatakan road care itu macam tak care lah, minta maaf dengan izin.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Isu road care dan JKR sebab kombinasi ataupun hubungan ataupun ada ngomong-ngomong saya akan ngomong-ngomonglah dengan EXCO Infra untuk kita bincang selanjutnya bagaimana mengatasi masalah ini. Saya yakin pasti ada cara dan kaedah untuk kita atasi lah tapi kena ada rundingan, perbincangan, engagement yang lebih baik ya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sungai Burong?

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 69.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Status Program Pemberdayaan Rakyat SelangorQuestions

69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah status terkini program pemberdayaan rakyat Selangor?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Burong atas soalan yang saya percaya merujuk kepada salah satu kluster yang terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang. Kita ada 6 kluster dan salah satu kluster tersebut adalah Iltizam Pemberdayaan Rakyat.

Yang Berhormat sekalian, daripada keseluruhan program-program yang terkandung atau 46 program dalam Iltizam Selangor Penyayang, sebelas (11) program di bawah Iltizam Pemberdayaan Rakyat. Selangor. Jumlah penerima manfaat sehingga Disember 2023 di jadual seperti berikut:-

BIL NAMA PROGRAM AGENSI PELAKSANA STATUS TERKINI (JUMLAH PENERIMA MANFAAT) 1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) Selcare Management Sdn Bhd 27,542 orang 2. Skim Air Darul Ehsan (SADE) Air Selangor 34,011 orang penduduk 3. Jom Shopping Perayaan Seksyen Sektoral, UPEN 78,055 orang 4. Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) Majlis Sukan Negeri (MSN) 3,000 orang 5. Dana Bantuan Guaman Selangor Seksyen Sektoral, UPEN 22 orang 6. Skim Mesra Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 188,077 orang 7. Pusat Kehidupan Berdikari (Independent Living Centre – ILC) 47 orang 8. Selangor Mobility Seksyen Makro Dan Penswastaan / Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN 7,701,827 orang 9. Pengecualian Cukai Pintu Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN 426,656 orang 10. Pengecualian Fi Lesen Penjaja - 11. Jelajah Rakyat Selangor (JER) Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 7,031,852 orang

Kesemua 11 program ISP di bawah Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor ini masih aktif dan kekal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan menerima manfaat demi kesejahteraan diri dan keluarga.

Speaker

Ya, Sungai Burong silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Sepengetahuan saya, Wanita Berdaya Selangor adalah rebranding daripada program lama yang dinamakan Pusat Wanita Berdaya. Jadi kenapa program yang sebagus Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang bagus dijalankan di kampung-kampung untuk pemberdayaan wanita ini tidak lagi berlangsung sepertimana dahulu?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Program Wanita Berdaya masih lagi dilaksanakan dengan menumpukan kepada beberapa sektor-sektor yang telah ditetapkan. Mana Yang Berhormat EXCO, antara program-program itu adalah untuk mempertingkatkan keupayaan wanita-wanita termasuk dalam sektor perniagaan, sektor pendidikan dan juga kemahiran ikhtisas ataupun kemahiran yang wajar mereka perolehi. Jadi kalau sebelum ini program-program di bawah adalah program-program yang lebih banyak menjurus kepada skill ataupun latihan, tetapi program yang di atas atau pun selepasnya adalah program pemberdayaan-pemberdayaan termasuk kerjasama dengan Open University di Malaysia, Open University of Malaysia untuk berapa kohort yang telah kita laksanakan, Akademi Wanita Berdaya sebagai contoh, dan akademi-akademi itu melahirkan pimpinan-pimpinan wanita daripada berbagai sektor. Jadi yang di peringkat bawah ini Yang Berhormat, sebenarnya kita mempunyai beberapa institusi yang sememangnya aktif melaksanakan. Kita ada KEMAS, kita mempunyai jabatan seperti Zakat dan sebagainya yang memberikan program-program latihan yang terus dilanjutkan ataupun dilaksanakan oleh pusat-pusat khidmat. Jadi maknanya program-program pemberdayaan itu masih lagi berjalan dan kita menyambung, accelerate keupayaan pimpinan-pimpinan ini supaya mereka boleh maju dan tampil ke hadapan termasuklah kerjasama dengan EXCO. Sebenarnya EXCO yang terdahulu Yang Berhormat Dr. Mariah sebelum ini terlibat untuk bekerjasama dengan beberapa pejabat, dengan pejabat Jawatankuasa Tetap Pembangunan, Kebudayaan sebagai contoh, dengan Pejabat Menteri Besar sebagai contoh supaya gender mainstreaming ataupun pengarusperdanaan gender itu dapat diperkukuhkan dan dapat mengangkat pimpinan-pimpinan itu. Jadi mungkin dia kurang nampak di bawah sebagai wanita berdaya itu tetapi di peringkat kedua dan peringkat ketiga sebenarnya sangat aktif termasuk memberikan pendidikan tambahan kepada wanita-wanita. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 11.30pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya, sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Sekinchan untuk menyambung perbahasan, penjelasan dan penggulungan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker mengizinkan saya meneruskan sambungan penggulungan yang tidak sempat selesai pada sore semalam. Untuk perkara yang seterusnya, yang ingin saya respons kepada Yang Berhormat Sijangkang. Oleh kerana Sijangkang tak ada, jadi saya rasa tak perlu nak respons. Kemudian kepada Yang Berhormat Subang Jaya baru masuk, Sampai masa tepat pada waktu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Kelang berdiri. Nak bagi laluan ke? Hulu Kelang berdiri.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

saya nak baru mula saja ya Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini sambung semalam. Giliran saya untuk bertanya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sambung, saya ada. Saya akan masuk ke arah itu. Saya ada sedikit yang ketinggalan daripada PBT dulu. Saya habiskan. Kemudian saya akan masuk ke Hulu Kelang, khusus untuk Hulu Kelang. Khusus, khusus.

Speaker

Ya, baik. Okay.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Jadi sabar, sabar disek ya. Okay, Yang Berhormat

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Subang Jaya.

Speaker

Sungai Ramal.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya mendapat permohonan daripada Yang Berhormat Sijangkang yang berada di Parlimen. Jika boleh, mohon jawapan diberikan atas soalan diberikan oleh Sijangkang. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih. Memang Yang Berhormat Sijangkang dia sebagai Ahli Parlimen perlu ke Parlimen. Tak apa, saya bagi ringkas saja untuk Sijangkang. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan mengambil maklum akan cadangan ini iaitu tentang One Stop Centre lah. Namun, perkara itu akan diteliti bersama pihak Yang Berhormat EXCO Infrastruktur supaya isu-isu dapat dipusatkan dan diselesaikan secara holistik. Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian kepada isu-isu berbangkit di peringkat PBT supaya penyelarasan lanjut dapat dibuat dan selesaikan isu-isu mendesak dan kritikal dengan kerjasama semua EXCO yang berkaitanlah. Ini soal perkara yang berbangkit dalam OSC untuk Sijangkang.

Dan kemudian untuk Subang Jaya. Tanah lapang di Pangsapuri Angsana yang dibangkitkan. Untuk makluman Yang Berhormat Subang Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya mempunyai balai raya sedia ada di kawasan Pangsapuri Angsana namun pada masa ini terdapat Tadika KEMAS yang sedang beroperasi di balai raya tersebut. Oleh yang demikian, bagi tujuan pembinaan dewan sebagaimana isu yang dibangkitkan, semakan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling mendapati bahawa tanah lapang yang dimaksudkan adalah tapak tadika yang masih kosong. Pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya akan berurusan dengan pihak KEMAS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk berpindah ke tapak tadika tersebut. Ini untuk makluman Yang Berhormat Subang Jaya.

Kemudian sedikit tambahan untuk Yang Berhormat Kuang berkaitan dengan pihak MPS teliti sebelum mengeluarkan KM mengatasi masalah banjir. Ini yang belum saya jawab semalam. Untuk makluman Yang Berhormat Kuang, mana-mana permohonan Kebenaran Merancang (KM) perlu mendapat sokongan dan kelulusan daripada Air Selangor sebelum sebarang pemajuan diluluskan bagi memastikan pembangunan di kawasan ini lebih terancang dan sistematik. Majlis Perbandaran Selayang dalam proses penyediaan awal untuk menjalankan Kajian Rancangan Kawasan Khas Kuang-Ulu Kuang bagi mengawal dan memastikan pembangunan yang dicadangkan mengikut dasar dan garis panduan semasa serta mengikut keperluan dan kehendak penduduk setempat. Untuk makluman Kuang. Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Dan kemudian juga untuk Yang Berhormat Kuang juga ada lagi, membina jalan alternatif di kawasan Laguna Biru. Haa ini nama pun laguna seolah-olah di tempat percutian mana entah ya. Okay baik untuk makluman Yang Berhormat Kuang, Majlis sedang dalam perancangan untuk menaik taraf jalan sedia ada. Kerja-kerja pengukuran telah selesai dilaksanakan. Kerja-kerja ukur dah selesai dan kita akan menyusurlah kerja yang susulannya. Okay baik.

Kemudian untuk Yang Berhormat Kota Damansara yang menyentuh isu jalan-jalan tidak dibaiki di selenggara. Di Subang masih ada jalan yang tidak di selenggara. Okay. Baik. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, jalan-jalan di kawasan Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) sentiasa dipantau strukturnya dan sekiranya menghadapi kerosakan kritikal, pihak MBSA akan mencadangkan kerja-kerja turapan jalan menggunakan peruntukan MARRIS tahunan ataupun secara in house menggunakan peruntukan kuari di bawah MBSA. Yang Berhormat Kota Damansara boleh menyenaraikan jalan-jalan yang mengalami kerosakan di kawasan berkenaan untuk semakan dan tindakan lanjut MBSA terutamanya bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab untuk membantu penyelesaian kerosakan jalan tersebut sama ada di bawah bidang kuasa MBSA, Pejabat Tanah ataupun JKR ya. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dalam perbahasan saya, saya menanyakan khusus berkenaan jalan-jalan di kawasan Subang Mahsing yang mana keputusan MMKN ketika 2022 telah mengarahkan secara khusus MBSA untuk membuat, mengambil alih jalan tersebut dan membuat maintenance, dengan izin. Subang Mahsing. Cuma malangnya sehingga kini, sehingga 2024 tiada pergerakan dibuat daripada pihak majlis. Jadi saya minta pihak EXCO mungkin boleh mengarahkan pihak majlis lah. Sebab ini keputusan dibuat oleh MMKN.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih maklumat tambahan daripada Yang Berhormat Kota Damansara tentang jalan di Subang Mahsing ya. Baik. Soal maintenance dan jalan yang belum dilaksanakan lagi dan maintenance belum dilakukan, saya akan semak dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan akan pastikan mereka melakukan kerja ini lah dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih.

Dan kemudiannya saya berpatah balik, jajarannya sekarang kita alignment kita patah balik ke Hulu Kelang yang tadi bertanya soal isu yang semalam

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Minta maaf Tuan Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kita bersama, sebelum ke Hulu Kelang, ada pertengahan ada, pertengahan ada singgah dulu. Singgah dulu di Balakong.

Speaker

Bagi Balakong.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Singgah dulu di Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Saya tidak pasti sama ada dalam sesi perbahasan saya, Balakong ada menyebutkan tentang jalan-jalan yang tidak diserahkan kepada PBT tetapi gagal di selenggara oleh pemaju. Saya tidak pasti

sama ada Yang Berhormat Speaker terlepas pandang ke, belum sampai point tu. Jadi minta penjelasan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Oleh kerana Yang Berhormat pun kurang pasti, saya pun kurang pastilah perkara yang sedemikian. Namun begitu, Yang Berhormat Balakong, Yang Berhormat Balakong tak apa. Saya akan semak dengan pihak PBT berkenaan untuk pastikan jalan-jalan yang disuarakan oleh Balakong itu dapat diberi perhatian yang sepenuhnya lah. Terima kasih Yang Berhormat Balakong.

Dan kemudian sebelum saya nak singgah ke mana, saya nak pusing ke Hulu Kelang. Ada lagi sedikit tentang isu oleh Paya Jaras di mana tiada lampu, mohon isu tiada lampu lah. Yang Berhormat Paya Jaras, lampu-lampu jalan di MBSA sentiasa dipantaulah, struktur dan menghadapi kerosakan kritikal. Ini isu yang akan kita pantau supaya lampu-lampu jalan di kawasan berkenaan dapat di selenggara dengan baiklah.

Dan kemudian juga ada sedikit. Kita teruslah. Yang lain itu saya rasa tak penting. Kita terus ke Hulu Kelang yang tidak sabar menunggu kerana isu semalam kita tidak sempat bincang secara mendalam. Dan semalam saya bangkit apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang, Ketua Pembangkang kita tentang isu fi lesen perniagaan dan penjaja dan juga cukai taksiran. Tiga perkara. Dan saya telah nyatakan bahawa kita bukan batalkan semua. Kita gunakan kaedah yang lebih komprehensif iaitu secara bersasar di mana cukai pintu kita akan bagi secara bersasar dan rumah kos rendah kita akan teruskan kepada semua rumah kos rendah. Tak ada masalah. Cuma yang B40 dan yang mereka berpendapatan RM5,000 dan juga keluasan tidak lebih 2,000 kaki persegi boleh terus memohon dan tak ada masalah boleh dikecualikan. Cuma mereka-mereka yang rumah teres, rumah sewa dan sebagainya ini perlu kita teliti dan perlu bayaran cukai taksiran. Ini yang saya katakan semalam.

Dan setelah oleh kerana lapan tahun yang lepas ada satu ketika adalah Covid. Maka dengan itu, Kerajaan terus memberi pelepasan pengecualian secara menyeluruh. Tapi kita dah kira daripada lapan tahun yang lepas jumlahnya adalah 83 juta. RM835,682.90 melibatkan 6,589 termasuk juga peniaga dan sebagainya. Inilah yang saya nak respons kepada Yang Berhormat Hulu Kelang. Jadi isunya di sini ialah Kerajaan Negeri sentiasa prihatin, sentiasa dengar apa masalah yang dihadapi oleh orang kampung termasuk kampung tradisi, termasuk kampung bagan, termasuk kampung baru. Ini kita secara menyeluruh. Tidak kerana kampung tradisi. Sebab ada isu-isu yang berbangkit termasuk Seri Serdang mengatakan bahawa ada gambar-gambar saya disebarkan kononnya saya mengumumkan pelaksanaan kutipan cukai pintu kepada kampung-kampung tradisi dan tidak sebut kampung bagan dan juga kampung baru. Sebenarnya di Selangor, kita tidak mengetepikan mana-mana. Kita kalau buat dasar secara menyeluruh. Kita tidak ada yang oh untuk kaum ini saja, untuk kaum itu saja. Ini bukan prinsip dan juga dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Ini perlu diperbetulkan. Kalau tidak, naratif ini akan dibawa ke utara

ke selatan ke mana-mana kampung untuk menyatakan bahawa Kerajaan ini seolah-olah hanya menekan kampung tradisi Melayu. Ini semua auta dan tidak berfakta. Maka saya nak perbetulkan pada pagi ini Tuan Speaker, iaitu kita bagi secara bersasar kepada kampung baru, kampung bagan dan kampung tradisi. Ini yang saya nak nyatakan kepada Yang Berhormat Hulu Kelang khususnya untuk fi lesen ini. Kemudian saya nak terus kepada cadangan untuk menjadikan kampung baru cina sebagai warisan UNESCO. Sebelum saya ke UNESCO, kita terus ke Hulu Kelang dulu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ EXCO Kerajaan Negeri. Saya mendengar penjelasan yang telah diberikan semalam dan pagi ini. Sekiranya Kerajaan Negeri ingin melaksanakan satu pendekatan yang lebih bersasar, dasar ini kita boleh pertimbangkan untuk beberapa sektor dan beberapa inisiatif Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, kita mungkin boleh menimbangkan pendekatan bersasar untuk sektor tenaga ataupun sektor perkhidmatan air. Tetapi yang menjadi perbahasan kita pada hari ini ialah perkara-perkara yang memberikan kesan langsung kepada rakyat yang susah di bawah sana.

Satu perkara yang saya ingin nyatakan pada pagi ini ialah sebarang dasar yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mestilah berdasarkan data dan statistik supaya data ini dapat membantu dalam pertimbangan Kerajaan Negeri sama ada dasar itu dapat memberikan kesan positif atau sebaliknya. Saya telah memberikan penjelasan yang panjang lebar dalam perbahasan saya bahawa mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), absolute poverty di kawasan-kawasan bandar telah meningkat. Kalau kita lihat statistik pada tahun 2019, absolute poverty di kawasan bandar adalah 3.8% tetapi pada tahun 2022 iaitu sebaik saja selepas pandemik Covid-19, absolute poverty di kawasan bandar telah meningkat kepada 4.5%. Saya juga telah menyatakan dalam perbahasan ada kenyataan daripada Putrajaya yang mengatakan bahawa poverty di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan telah pun diselesaikan. Ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasaskan kepada statistik dan data yang telah dikeluarkan oleh DOSM. Satu lagi perkara yang mesti dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Dato’ EXCO Kerajaan Negeri ialah laporan DOSM juga menyebut 20% daripada isi rumah daripada Kumpulan M40 telah jatuh ke dalam Kumpulan B40 akibat pandemik. Ini antara faktor-faktor yang mesti diberikan pertimbangan. Dan Yang Berhormat sendiri sedia maklum, yang telah dijelaskan tadi bahawa during pandemik Kerajaan Negeri meneruskan dasar ini yang telah pun saya laksanakan. Tetapi Yang Berhormat juga kena ambil kira kita sekarang sedang bergelut dalam situasi ekonomi yang amat meruncing akibat Pandemik Covid-19, sempadan baru dibuka, peniaga-peniaga yang sebelum ini gulung tikar baru nak bangkit semula. Mengapa Kerajaan yang mempunyai rizab yang begitu besar...

Speaker

Soalan dialah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

ingin menekan rakyat yang susah? Bukan saja B40, tetapi 20% daripada M40 telah jatuh kepada B40. Maka persoalan saya, sementara pendekatan bersasar itu boleh dipertimbangkan tetapi ada sektor-sektor tertentu yang tidak memberikan implikasi kewangan yang besar kepada Kerajaan Negeri termasuk fi lesen perniagaan untuk peniaga pasar malam, pasar tani, peniaga kecil. Sudah tentulah mereka ini golongan B40. Tetapi sekarang Yang Berhormat ambil pendekatan bersasar kena daftar dulu. Inilah kerenah birokrasi, implikasi kewangan tidak besar hanya RM11 juta tetapi kesusahan dan kepayahan kepada rakyat itu perlu diberikan pertimbangan.

Speaker

Yang Berhormat. Sekinchan boleh jawab?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi saya harap Yang Berhormat EXCO, boleh pertimbangkan semula. Saya setuju bahawa pengecualian ini harus diberikan kepada semua. Bukan sahaja Kampung Tradisi tetapi Kampung Bagan, Kampung Baru Cina, Kampung Nelayan, yang itu yang telah saya laksanakan. Tahun 2016, pengecualian fi lesen perniagaan dan juga pengecualian cukai taksiran hanya RM62 juta. Kemudian meningkat kepada RM70 juta berbandingan dengan RM3.5 bilion, saya kira Kerajaan Negeri boleh dipertimbangkan semula. Kalau air, tenaga, kita boleh pertimbangkan untuk bersasar tetapi untuk fi lesen perniagaan, untuk peniaga kecil, saya kira ianya perlu diteruskan, diberikan pengecualian oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat hujah-hujah itu telah pun diulangi semasa perbahasan. Jadi saya mohon Sekinchan untuk terus kepada jawapan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Baik.

Speaker

Boleh jawab ya?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang membangkitkan isu yang hampir sama yang telah kita bincangkan dalam Dewan ini sejak daripada hari permulaan Dewan penggal ini dan kita telah banyak kali sentuh isu berkenaan dengan cukai taksiran, fi lesen dan sebagainya. Untuk ingin saya jelaskan bahawa ia memang kalau laporan DOSM ada peningkatan di bandar khususnya di bandar tentang kemiskinan. Itu memang ada. Saya tidak menyangkal tentang butiran tersebut kerana di bandar miskin bandar memang ramai. Tapi isu contoh, cukai taksiran dan sebagainya kita kena di kampung secara bersasar dan sebelum ini di bandar pun cukai taksiran sentiasa jalan ia tidak ada berhenti. Tidak ada kesan. Jadi kita prihatin, Kerajaan Negeri sebagai Kerajaan Negeri Selangor kita memang prihatin soal kemiskinan, soal bebanan rakyat. Tak ada satu perkara yang tidak akan dapat selesai secara tuntas sebab kemiskinan ini akan berterusan tapi kita akan baiki dan kurangkan kemiskinan itu. Itu yang kita nak buat. Tapi dalam soal

konteks pentadbiran kita tak boleh nak buat macam seperti Yang Berhormat buat dulu sewaktu menjadi Menteri Besar sebab itu kita bagi semua. Kita kena teliti kita kena ambil tanggungjawab. Dan PBT ini banyak aduan daripada PBT mereka kata kampung kita kena buat macam-macam servis macam-macam penyelenggaraan dan sebagainya. Dari mana kita nak dapat duit. Walaupun angka dia tak besar. Tapi kalau sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit, Yang Berhormat Tuan Speaker. Jadi kita tak boleh pandang keadaan yang itu. Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita sedia berdepan dengan semua hujah-hujah untuk kita pastikan rakyat boleh faham. Saya yakin, ramai rakyat boleh faham dan kita juga harus beri keadilan kepada mereka yang ada rumah besar di kampung-kampung di mana rumah mereka tak perlu bayar. Saya katakan rumah sewa ada sepuluh pintu. Di kampung saya, di Sekinchan di Kampung Baru, di tempat-tempat yang lain, di Kampung Nelayan. Rumah besar daripada banglo tetapi mereka tak perlu bayar. Adakah itu adil? Tak adil. Tapi di taman, rumah kecil, dalam tak sampai RM2 ribu dia kena bayar. Jadi inilah yang perlu kita perbetulkan, jadi sekadar itu cukuplah untuk fi lesen ini. Saya terus kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tentang Kampung Baru Cina yang ada semakan untuk Tapak Warisan UNESCO. Pihak Kerajaan Negeri seperti apa yang dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Perpaduan pagi tadi, kita tak menolak apa-apa cadangan. Cadangan sama ada daripada Kampung Baru Cina, Kampung Baru Tradisi daripada mana-mana tapak warisan bersejarah yang punya identiti dan punya latar belakang, punya warisan. Kita tak menolak mereka nak mohon UNESCO dan sebagai kita tak tolak. Kita secara terbuka boleh mohon. Tapi boleh lulus ke tidak? Itu persoalannya. Sebabnya ini UNESCO ini dia bukan main sebarangan dia pun ada kriteria dan sebagainya. Jadi cadangan itu boleh kita keluarkan. Kita meraikan kepelbagaian cadangan tapi baru cadangan pun orang dah melenting. Jangan cepat melenting kita dengar dulu cadangan ini boleh dilaksanakan. Kenapa ada halangan? Dan kenapa kita bantah? Boleh kita suarakan tak ada masalah, tak ada masalah. Kenapa kita pergi duk emotional sehingga kata ini Melayulah ini lah. Semua benda sekarang ini saya pelik, saya berpolitik sejak dua puluh lebih tahun. Dulu tak ada isu, cerita-cerita saja Melayu, cerita saja perkauman. Sejak kawan-kawan ini wujud di sebelah sana aduh! pening endas ku men wong jowo ngomong.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kenapa jadi begitu. Kenapa kita pergi ke sudut yang begitu sempit sekali. Kenapa kita tak merai, macam baru-baru ini. Saya kesian dengan Menteri MOTAC, Tourism. Soal bak kut teh ini, bak kut teh pun jadi isu. Bak kut teh pun jadi isu, saya pun tak tahu. Sedangkan bak kalo Cina ni, bak ni daging. Bak ini tak semestinya khinzir ataupun babi, dengan izin soal maaf ya. Mungkin lembu, daging lembu, bubak, daging kambing, ‘yeobak, daging ular, cuabak. Faham tak. Daging orang, lambak. Lambak. Faham? Ini Tuan Speaker lambak. Bak itu daging. Teh itu herba-herba.

Speaker

Itu bahasa Hokkien ke bahasa Kantonis?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang ini saya sedikit contoh. Contoh lah.. contoh. Jadi saya hairan ada orang melenting bagaikan cacing kepanasan. Dia pun tak makan pun kalau saya makan Ng Sue Lim. Ng Suee Lim.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sekinchan. Sekinchan.

Speaker

Sekinchan. Soal Ramal mohon mencelah.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Pasal sekinchan makan. Tapi orang yang tak makan lebih sibuk daripada yang makan. Ini saya pelik. Tak apa. Yang Berhormat Sungai Ramal teruskan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker dan Yang Berhormat Sekinchan. Ini mengenai tapak warisan UNESCO yang melibatkan Kampung Baru Cina. Saya tidak menjadikan isu ini racist lah. Cuma saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Meru yang menarik perhatian saya. Saya rasa gembira kalau ada benar berlaku iaitu yang dikatakan Terengganu pernah mencadangkan untuk menjadikan satu Kampung Cina di negeri Terengganu menjadi tapak warisan. Saya semak Menteri Besar Terengganu yang mana satu yang memohon ini. Rupa-rupanya diisytiharkan pada tahun, dimohon pada tahun 2018, bertarikh 16 Februari 2018 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Saya tak pernah dengar wakil rakyat Menteri Besar, PN bernama ini. Yang saya ingat ialah daripada Barisan Nasional. Mohon Dewan ini merekodkan itu satu kenyataan yang benar dan jangan di mislead. Terima kasih Yang Berhormat. Mohon komen Yang Berhormat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Soal Terengganu dia ada minat nak mohon UNESCO. Kita, saya tak ada masalah. Ini soal isu Terengganu, kita pun tak ada masalah. Kita raikan. Kalau ada Kampung Tradisi yang punya warisan dan sebagainya kita pun raikan. Contoh, kenapa Kampung Baru ada hasrat mereka nak mohon Tapak Warisan untuk UNESCO, sebab UNESCO ini dia ada melibatkan kepentingan simbolik bersejarah artistik, entomologi, dan juga antropologi, saintifik dan sosial. Dia ada banyak perkara yang perlu diperbincangkan. Dan juga dalam konteks ini wujud Kampung Baru ini dia ada sejarah sejak tahun 1948,1950 apabila ada rancangan Bridge daripada British ini untuk nak memastikan Parti Komunis Melaya mereka bersetuju untuk menandatangani, sebelum menandatangani perjanjian mereka nak pastikan putus bekalan. Bekalan yang disupply kepada Parti Komunis. Jadi kampung-kampung, penduduk-penduduk warga Cina pada ketika itu yang bertaburan di sana sini mereka kumpulkan satu tempat mereka jadikan satu kem. Jadikan satu kem. Kemudian dapat berjaya patahkan kurangkan supply dan sebagainya kepada sokongan dan sebagainya kepada Parti Komunis. Dan kemudiannya akhirnya menjadikan Perjanjian Damai Hatyai dapat ditangani. Oleh yang demikian, untuk menghargai, untuk kita pastikan ini menjadikan

satu warisan kerana dia ada sejarah tersendiri. Kita nak tengok dalam dunia ini tak ada satu kampung di mana2 tempat ada Kampung Baru yang ada sejarah sedemikian. Jadi kita jadikan dia sebagai cerita. Sebagai asas kalau tak terima tak apalah. Kenapa kita nak melenting. Nak sampai jadikan dia sebagai isu sentimen. Isu rasis. Saya pun tak tahulah kenapa? Sejak bila kita diajar di sekolah tentang perpaduan, tentang integrasi tentang kepelbagaian budaya kita. Itu jadikan khazanah apa salahnya. Tapi kalau tak lulus, tak luluslah. Cadangan pun tak boleh. Yang ini yang jadikan saya sedikit rasa terkilan. Tapi tak apa. Kalau Yang Berhormat Hulu Kelang ada pandangan. Teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya tidak kira perbahasan ini menjurus kepada isu perkauman. Ianya perdebatan berasaskan fakta sejarah. Yang Berhormat sendiri sedia maklum dan menyatakan secara terbuka tadi. Bagaimana sejarah pembentukan Kampung-Kampung Baru Cina di dalam negara ini. Ianya adalah untuk mengekang gerakan komunis pada ketika itu. Apakah yang nak kita banggakan sehingga kita nak jadikan kampung-kampung ini sebagai Tapak Warisan UNESCO? Tidak ada kebanggaan langsung. Sebab itu kalau kita lihat perdebatan di kalangan tokoh-tokoh sejarah termasuk Dato’ Dr. Ahmad Murad, Profesor Sejarah Sosial Intelektual di Instek dan Universiti Islam Antarabangsa telah menyatakan ianya bercanggah dengan inisiatif perpaduan nasional. Yang sepatutnya diberikan pertimbangan asas sebelum permohonan ini dikemukakan kepada UNESCO. Dan Tokoh Sejarah Sosial dan Intelektual ini juga menyatakan sekiranya Kampung-Kampung Baru Cina ini diiktiraf ia kemungkinan akan menjadi sebahagian daripada naratif yang boleh mengubah sejarah Malaysia pada masa akan datang. Ini pandangan tokoh-tokoh yang terlibat secara akademik dalam bidang sejarah. Bukan pun orang politik. Tidak ada kepartian. Jadi Yang Berhormat jangan terlalu emosi dalam memberikan jawapan. Kami hanya melontarkan pandangan dan ingin tahu apa pendirian Kerajaan Negeri? Kerana Yang Berhormat Menteri berkenaan yang datang daripada parti Yang Berhormat memberikan tumpuan kepada Negeri Selangor. Bahawa Kampung-Kampung Baru Cina di Negeri Selangor akan dicadangkan untuk menjadi Tapak Warisan UNESCO. Mengapa di Selangor sahaja? Kalau ini diberikan ruang, ianya akan menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat majmuk di Negeri Selangor. Sebab itu, tokoh ini juga menyatakan bahawa kita ada perkara-perkara lain dan banyak lagi tempat di negara ini yang berpotensi untuk kita calonkan sebagai Tapak Warisan UNESCO tanpa memberikan ruang untuk perdebatan yang bersifat kaum dan ras seperti ini. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang mengatakan ada banyak, saya rasa itu kita semua dengar dia punya pandangan kita tak ada masalah. Tapi itu cadangan, cadangan. Cadangan daripada tempat yang lain ada warisannya bawa sekali semua bawa tak ada masalah. Saya dah kata tadi mana ada masalah. Adakah saya bangun di sini dan kata oh yang lain nak cadang, tak boleh! Orak keno! Tak ada. Saya kata semua kita raikan. Apa cadangan bawa yang

katakan ada sejarah bawa. Ya saya bukan kata nak bangga-banggakan soal komunis dan sebagainya. Tetapi kerajaan mana yang naik hari ini pun akan kerjasama dengan parti komunis dengan kerajaan komunis di China. Itu fakta bukan auta tapi orang cerita sahaja, dia cerita di sana tapi di belakang dia cakap lain banyak juga. Tapi tak pelah saya tak nak debat soal itu. Cakap di sini, inilah itulah. Kita tak ada niat ubah sejarah. Itu sebab saya jawab secara jujur tadi. Ini Kampung Baru sejarahnya tentang komunis dan sebagai saya tak elak. Saya berani berdepan secara jujur sebab ini fakta tidak boleh diputar belitkan. Saya jujur. Saya tak mahu kata ini Kampung Baru bukan kerana komunis. Tidak. Saya jujur. Jadi inilah saya nak katakan, itu cadangan. Kalau cadangan tak diterima, tak diterimalah. Buat apa pula nak menyusahkan sangat sampai porak peranda sampai gempa gempita seluruh dunia. Saya rasa tak perlu ke arah itu. Tapi tak apa. Saya teruskan kepada Yang Berhormat Sijangkang. Tapi Sijangkang tak hadir juga. Tapi tak apalah saya jawab juga sebab Sungai Ramal dah tadi minta. Tentang soal KDEB, Tapak Pelupusan Tanjung Dua Belas yang terpaksa menghantar sampah ke Jeram. Sanitari ya. Pihak Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak JKR Negeri Selangor. Perkara ini telah diangkat untuk perhatian JKR sejak awal 2023. Namun pembaikan jalan ini bergantung pada peruntukkan yang terhad yang perlu dimohon daripada kerajaan persekutuan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan merancang dan membuat tindakan susulan dari masa ke semasa bagi memastikan tindakan penyelesaian jangka masa pendek dan panjang dapat dilaksanakan melibatkan JKR Negeri Selangor, PBT Selangor dan juga KDEB Waste Managment bagi memastikan urusan kutipan dan pelupusan sampah tidak akan terjejas dengan jalannya dan sebagainya. Ini akan kita uruskan dan seterusnya isu yang membangkit berkaitan dengan Seri Kembangan. Isu berkaitan dengan sampah juga. Yang Berhormat Seri Kembangan telah membangkitkan isu tapak pembuangan sampah haram di Bukit Serdang semasa sesi menyembah ucapan terima kasih serta junjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan tanah-tanah hak milik yang dijadikan tapak pembuangan sampah haram ini boleh di klasifikasikan sebagai pelanggaran syarat nyata tanah dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara, di mana tanah yang telah didapati melanggar syarat nyata tanah boleh di rampas sekiranya pemilik tanah tidak memulihkan tanah mereka. Tapak-tapak pembuangan sampah haram yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan merupakan tanah milik dari Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. PDT P telah mengeluarkan Notis 7A. Kita telah keluarkan Notis 7A untuk Notis Pelanggaran Syarat dan Disember 2022 kepada pemilik tanah, daripada 15 lot yang terlibat hanya 3 sahaja tanah yang masih belum dipulihkan sepenuhnya. Sekiranya pemilik tanah masih tidak memulihkan tanah dalam tempoh yang ditetapkan oleh pentadbir tanah pihak pentadbir tanah akan mengeluarkan Notis 7B iaitu notis menunjukkan sebab. Sekiranya pemilik tanah masih berdegil, pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan Notis 8A iaitu Notis Perampasan Tanah bagi merampas tanah pemilik. Di samping itu, kita boleh menggunakan akta-akta yang lain PBT, Majlis Bandar raya Subang Jaya Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, Akta

172 Akta Jalan Parit seperti apa yang saya tegaskan semalam dan juga Undang-undang Kecil Pemungutan dan juga Pembuangan, Pelupusan Sampah-Sampah 2007. Ini lah sedikit ingin saya respons kepada Yang Berhormat kalau kita hendak cari lot-lot itu adalah lot 2115, tarikh keluar notis 24 haribulan sebelas 2022, Lot 2253 kita keluarkan notis 8 haribulan dua belas 2022, Lot 2126, 8 haribulan juga dua belas 2022 dan lagi satu Lot 2194, 8 haribulan dua belas juga kita keluarkan. Silakan Yang Berhormat.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Saya ingin hendak tanya sebab notis-notis yang dikeluarkan itu tahun 2022, Disember. Jadi selama setahun sudah berapa banyak masa lagi yang diberikan kepada pemilik-pemilik tanah ini dan berapa lama lagi kita perlu menunggu sehingga Notis 8A dikeluarkan. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Untuk Makluman Yang Berhormat Seri Kembangan, memang kita sudah keluarkan sehingga peringkat untuk 8A tetapi kalau mereka sudah datang untuk berbincang dalam urusan kita akan pertimbangkan bagaimana mereka hendak pulihkan tanah. Sekiranya mereka degil baru kita ke arah merampas tanah, ada budi bicaranya tetapi kalau mereka tidak datang juga sampai tempohnya kita akan pastikan proses penguatkuasaan untuk rampas tanah. Ini akan kita pastikan ya, terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya kepada Yang Berhormat Kuang juga mungkin minum tadi dia ada, saya jawablah mengenai isu tenaga hijau Sultan Idris Shah (SISGE) Taman Tenaga Hijau pertama. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang menyokong penuh Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenaan pembinaan loji sisa kepada tenaga, WTE merupakan komponen utama di bawah seluruh Projek Taman Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGE). Ini merupakan satu anjakan paradigma positif ke arah politik yang lebih matang dan sejahtera dengan meletakkan Negeri Selangor dan rakyatnya melangkaui sempadan ideologi politik. Kerajaan Negeri mengambil maklum beberapa soalan dan kegusaran Yang Berhormat Kuang terkait dengan pembangunan Loji WTE ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Tuan Speaker, Loji WTE ini masih lagi dalam fasa penilaian impak alam sekitar ataupun Environment Impact Assessment (EIA) yang dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Penilaian ini dijalankan secara telus oleh pakar-pakar profesional yang akan menilai impak projek ini terhadap alam sekitar. Selain EIA, Projek Loji WTE ini juga akan melalui penilaian impak sosial (SIA) merangkumi proses menganalisis, memantau, mengurus impak sosial dijangka berlaku atau tidak terjangka sama ada impak positif atau negatif terhasil satu langkah intervensi dan apa-apa proses perubahan sosial penilaian EIQ dan SIA ini merupakan satu di representasi bahawa perancangan pembangunan Loji WTE di Batu Arang ini dilaksanakan dengan teliti mengikut piawaian dan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak-pihak berautoriti. Berkenaan dengan kebimbangan bahawa akan terdapat banyak lori-lori sampah yang akan melalui jalan-jalan utama khususnya di kawasan-kawasan perumahan Kerajaan Negeri ingin menjelaskan bahawa masterplan projek ini jajaran laluan bagi lori-lori sampah yang menuju ke Loji WTE ini telah dirancang supaya tidak melalui kawasan-

kawasan perumahan atau secara spesifiknya Bandar Tasik Puteri. Justeru penduduk Bandar Tasik Puteri tidak perlu khuatir kerana pemasalah berkenaan jajaran laluan lori-lori sampah ini telah pun diambil kira dan diatasi dengan melalui perancangan khas yang bersesuaian. Yang Berhormat Kuang dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri merancang untuk menjadikan Sultan Idris Shah Green Energy ini sebagai taman tenaga hijau yang bertaraf State of The Art bukan hanya tertumpu pada Loji WTE sahaja. Selain WTE, keseluruhan pembangunan SISGE ini juga akan merangkumi pelbagai komponen-komponen pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang lain seperti Pusat Kitar Semula Tenaga Solar, Pusat Pendidikan dan Penyelidikan berkenaan dengan tenaga hijau dan lestari serta Taman Rekreasi Awam yang sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun Energy Transition Roadmap. Ini merungkaikan persoalan Yang Berhormat Kuang tentang mengapa Kerajaan Negeri luluskan SISGE di atas tanah berkeluasan 245 ekar. Dakwaan bahawa Loji WTE ini akan menurunkan nilai harta tanah di kawasan berhampiran adalah satu andaian yang belum dapat dibuktikan ini kerana tiada satu kes duluan atau president case di tanah kita yang boleh dijadikan sandaran bagi menyokong andaian ini. Loji WTE dan tapak pelupusan atau landfill adalah 2 perkara yang amat berbeza. Pembangunan sebuah landfill sememangnya perlu dilaksanakan jauh dari kawasan perumahan dan kegiatan-kegiatan ekonomi kerana mempunyai impak pencemaran bau dan sebagainya yang mempunyai implikasi nilai harta tanah di persekitaran. Sebaliknya Loji WTE di negara-negara maju kebanyakannya di bina di kawasan-kawasan strategi termasuk di pusat-pusat bandar seperti di Loji WTE di Copinhill ataupun juga dikenali sebagai Amage Bakke di Copenhagen, Danmark dan Loji WTE Amagasaki di Hyuko Jepun. Loji-loji WTE ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan tidak mengganggu kerancakan ekonomi dan kehidupan harian penduduk di kawasan tersebut. Justeru tiada bukti jelas bahawa pembinaan Loji WTE akan menjejaskan nilai harta tanah, ini untuk Yang Berhormat Kuang dan juga saya tertarik dengan naratif yang dibawa Yang Berhormat Kuang dengan mengimbau insiden yang berlaku di Centrallia, Pennsylvania pada tahun 1962. Fakta utama yang perlu saya tegas kan di sini insiden berlaku pada 62 tahun ini adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah di Centrallia dan akhirnya merebak ke bawah tanah yang merupakan lombong Arang Batu yang masih aktif pada waktu itu. Apa yang dirancang oleh Kerajaan Negeri adalah pembangunan Loji WTE yang akan dibangunkan mengikut piawaian dan protokol dan alam sekitar antarabangsa yang sudah pastinya melalui proses penilaian risiko yang sistematik dan komprehensif. Proses pembakaran sampah di dalam Loji WTE ini berlaku dalam satu eko-sistem yang terkawal amat berbeza dengan kejadian pembakaran sampah terbuka dibuat permukaan lombong arang batu yang masih aktif di Centrallia. Untuk makluman Yang Berhormat Kuang dan Yang Berhormat sekalian, aktiviti perlombongan arang batu di kawasan Batu Arang tidak lagi aktif sejak tahun 1961 melalui maklumat yang diperoleh dari Jabatan Mineral dan Geosains Selangor Wilayah Persekutuan, terowong-terowong bawah tanah di kawasan tersebut juga telah dipenuhi dengan air bagi tujuan pembangunan Loji WTE di kawasan tersebut. Fokus utama Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management adalah untuk

melakukan kajian lanjut terhadap integriti struktur bagi memastikan kekuatan, kestabilan tanah di kawasan tersebut sebelum pembinaan Loji WTE dibuat atas permukaannya. Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pandangan dan komen-komen yang konstruktif dari pelbagai pihak termasuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa pembangunan Loji WTE ini akan dilaksanakan dengan cermat dan teliti dan mematuhi semua standard dan aspek keselamatan tidak akan sama sekali di kompromi kerana nyawa dan kesihatan rakyat tiada galang gantinya. Kita tidak akan kompromi tentang kesihatan dan sebagainya. Kita hendak pastikan semua berjalan lancar pastikan keselamatan. Seterusnya untuk menjawab kes arah tourism, selepas isu PBT, sampah dan sebagainya sekarang saya berputar kepada tourism. Ini pelancongan, sedikit untuk pelancongan sebelum saya hendak landing. Untuk Yang Berhormat Dengkil banyak bertanya soal tourism, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor selaku agensi rasmi mempromosi pelancongan Negeri Selangor sentiasa bekerja sama dengan pemegang taruh daripada sektor swasta seperti persatuan-persatuan Pelancongan Cawangan Selangor, Agensi Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dalam membangunkan pakej-pakej produk-produk pelancongan. Kerajaan Negeri juga dalam usaha mewujudkan 1 blueprint pelancongan Negeri Selangor mengikut kesesuaian situasi perkembangan sektor pelancongan selepas pasca pandemik Covid-19 dengan memberi penekanan dengan menarik lebih ramai pelancong domestik untuk melancong ke Negeri Selangor. Walaupun Negeri Selangor membangun pesat sebagai sebuah negeri yang terdapat pelancongan bandar, pusat beli-belah , taman tema, pengurusan acara namun Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pilihan pelancongan, eko dan agro yang banyak berpusat di anjung utara meliputi Kuala Selangor, Sabak Bernam dan anjung selatan meliputi Kuala Langat, Sepang. Nak bercuti, pusing Selangor dahulu. Untuk makluman Yang Berhormat melalui peruntukan pemulihan pemulihara ubah suai dan naik taraf di bawah peruntukan pemerkasaan sektor pelancongan kebudayaan dan warisan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) tahun 2023, Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mendapat peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi kerja-kerja pemulihan kerosakan Pantai Morib akibat bencana ribut. Tourism Selangor terus komited dalam menjalin hubungan kerjasama bersama Persatuan-persatuan Pelancongan seperti MATTA, Malaysian Association of Tour and Travel Agents, MCTA, Malaysian Chinese Tourism Association, MITTA, Malaysian Indian Tour & Travel Association dan lain-lain persatuan pelancongan di Malaysia dalam usaha memperluaskan dan menghebahkan aktiviti promosi destinasi pelancongan di Selangor. Kerjasama ini dilaksanakan bagi menghasilkan pakej-pakej pelancongan yang ada di Negeri Selangor termasuk kita kerjasama dengan penggiat-penggiat media pelancongan. Setakat ini promosi juga giat dijalankan melalui platform sosial media di Tourism Selangor terdapat 17 akaun media sosial rasmi dalam pelbagai bahasa jumlah pengikut melebihi 800 ribu orang di sini pelbagai content menarik turut dipaparkan seperti tempat makan viral aktiviti kebudayaan, aktiviti sukan di 9 daerah yang melibatkan 12 daerah di Negeri Selangor. Ini sedikit untuk pencerahan kepada Yang Berhormat Dengkil. Ada tambahan? Haa terus.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Yang Berhormat, terima kasih atas jawapan yang diberi. Cuma saya ingin mengetahui outcame nya daripada hasil promosi yang dibuat oleh agensi pelancongan di Selangor ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. 2023 kita menyasarkan 5.2 juta pelancong ke Negeri Selangor termasuk domestik dan juga pelancong-pelancong international tetapi laporan baru-baru ini 2023 yang kita terima kita telah mencapai 6.54 juta. Maknanya kita melepasi sasaran. Ini outcame yang kita dapat maknanya kita berjaya selepas pasca pandemik ini kita semakin pulih dalam industri pelancongan ini dan kita hendak pastikan masuk tahun 2025 kita boleh mencapai sampai 8 juta hingga 10 juta. Ini sasaran kita sebelum kita masuk 2026 iaitu Tahun Melawat Malaysia. Jadi banyak sasaran, banyak pakej tetapi cuma kekangan kewangan kadang-kadang juga menjadi masalah kepada Tourism Selangor untuk kita membuat hebaran yang lebih besar. Jadi saya akan minta bajet yang lebih besar supaya Tahun Melawat Malaysia ini kita dapat perkasakan dan pastikan lebih ramai yang akan hadir. Dan saya dah kata, saya dah beri tahu bahawa selepas Perdana Menteri PMX Kerajaan Malaysia Madani Dato Seri Anuar Ibrahim memberi ruang dan juga pelepasan kepada pelancong-pelancong daripada negara China dan India tanpa visa sebanyak 30 hari telah memberi impak positif dan sekarang kehadiran pelancong-pelancong India, negara India dan juga China ke Malaysia dan Selangor semakin bertambah. Saya yakin bagi angka 2024 pasti akan melonjak lagi.

Untuk Yang Berhormat ADN Bandar Baru Klang, menjelang isu lokasi TSSB perlu cadangan pelancongan di Klang, bagaimana Klang ini dimajukan. Untuk makluman Yang Berhormat, Tourism Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan PBT, Majlis Bandaraya Klang dalam membangunkan sektor pelancongan di daerah-daerah Klang. Pelbagai produk kita susun termasuk Tahun Melawat Selangor ini. Antaranya banyak program kita buat. Saya bagi contoh, satu pesta Royal Klang Town Heritage Walk, 3 Mac yang lalu 2024 berhadapan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz. Dua, Jom Berkelah di Klang 19 Mei akan datang Taman Bandar Diraja Klang. Tiga, Karnival Kampung Tradisi di Klang, karnival Kampung Tradisi dibuat 6 hingga 7 Julai 2024, Kampung Tradisi Bukit Kapar, Klang. Empat, Festival Warisan dan Seni Budaya Pelancongan daerah Klang 5 hingga 6 Oktober 2024, Stadium Kota Raja Klang. Lima, Cruise Festival 2024, September 2024 Port Klang Cruise Terminal. Ini antara program yang akan kita susun bagaimana untuk kita rancakkan pelancongan di daerah-daerah Klang ini dan Yang Berhormat... Batu Tiga dulu.

Yang Berhormat EXCO, saya ada saya akan bacakan sedikit dapatan daripada akhbar nama ialah daripada Kosmo daripada tahun lepas Disember, menunjukkan statistik yang dikeluarkan pada Skyline, Malaysia mempunyai, menduduki tempat pertama kedatangan pelancong asing seramai 26 juta. Ini daripada tahun lepas. Namun pada tahun ini, kita juga dapat berita pelancong Malaysia mendahului senarai pelawat

antarabangsa ke Thailand, maknanya kita pula keluar. Menurut yang dipanggil tagline daripada Yang Berhormat EXCO itu, saya sangat setuju, hendak berjalan hendak bercuti pusing Selangor dulu. Apakah usaha yang kita boleh laksanakan? Sebab saya kira Selangor mempunyai banyak tarikan, Selangor juga banyak lokasi-lokasi yang sangat sesuai untuk kita promosikan. Adakah ada usaha mempromosikan kepada pelancong luar negara untuk datang dan juga promosi daripada kalangan rakyat Malaysia itu sendiri, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih kepada Batu Tiga yang saya menunggu-nunggu pertanyaan ini, memang ramai kita tarik daripada luar negara. Tapi pada masa yang sama ramai yang daripada rakyat kita juga melancong ke luar negara sebab rakyat Malaysia ini antara rakyat yang paling suka melancong. Nak bercuti pusing seluruh dunia, dia bukan pusing Selangor dulu, seantero dunia dia pusing, tapi yang paling dia suka saya pun hairan, mereka suka Thailand, sawadikap, sawadikap. Mereka suka Thailand, antara lokasi yang mereka suka Hatyai, Bangkok, Pataya, Phuket, Betong. Ah saya suka Betonglah, sebab saya selalu pergi ke Betong bawa pelancong-pelancong dari Sekinchan. Dan bagaimana kita hendak tarik balik mereka ke sini? Ini yang saya hendak katakan di sini ya, pada bulan 1, Januari 19 hari bulan, saya telah berhubung dengan Persatuan Pelancongan di Songkhla dan mereka telah atur satu delegasi seramai 30 orang daripada Songkhla. Semua agen-agen daripada pelancongan tourist guide daripada Hatyai dan Betong, dan mereka datang ke Anjung Utara ya, Anjung Utara di Kuala Selangor, Sky Mirror pergi ke Kelip-kelip Sungai Panjang, Sekinchan dan pergi ke Klang sementara waktu, 3 hari 2 malam, saya sudah atur. Tidak pernah mereka datang ke sini. Ini penggiat-penggiat industri pelancongan dan saya telah farm trip ini, saya bersama dengan mereka pada masa yang panjang dan saya terangkan kenapa perlu datang ke Anjung Utara Sekinchan, Kuala Selangor Sky Mirror dan sebagainya. Dan mereka juga pergi ke Sky Mirror. Jadi mereka minat dengan makanan kita, minat dengan produk kita dan mereka akan bawa pelancong daripada Thailand ke Malaysia ke Selangor khususnya pada bulan empat dan mereka telah jadualkan.

Inilah di antara inisiatif yang telah Tourism Selangor dan saya sebagai EXCO Pelancongan telah buat dan kita akan lebih lagi banyak farm trip yang baru-baru ini akan datang. Seminggu dua daripada Taiwan, farm trip daripada Taiwan dan kemudian farm trip daripada mana, daripada negara China di sebelah utara, sebelah Xinjiang dan sebagainya Linxiang yang ramai penduduk Islam yang akan datang ke sini, pelancongan halal, mereka akan ke Selangor, akan ke Shah Alam. Ini yang akan kita pastikan apabila mereka hendak pergi menunaikan ibadah haji, mereka ke Malaysia dulu untuk persiapan sebab Malaysia ini antara terkenal dengan syariah Islam dan sebagainya, kelengkapan untuk pergi ke haji, kita lebih ke hadapan. Mereka suka ke sini untuk mereka melengkapkan diri sebelum mereka hendak ke Tanah Suci di Mekah. Jadi boleh singgah di Selangor dan di Malaysia, ini antara promosi yang kita hendak buat. Teruskan, Meru.

Yang Berhormat EXCO terima kasih. Saya sangat tertarik dengan pandangan daripada Yang Berhormat Batu Tiga tadi dan saya cuba untuk mencadangkan dan memberi input tambahan supaya ramai lagi pelancong boleh datang ke Negeri Selangor sebab rata-rata pelancong daripada luar Selangor ini datang kebanyakkannya oleh kerana adanya anak-anak atau pun saudara mara yang berhijrah daripada luar Selangor ke Selangor. Jadi secara kebetulan mereka datang ke Selangor ini kerana ziarah mereka sebab Selangor ada bandar, ada kawasan-kawasan yang dimajukan. Tetapi dari segi tarikan itu saya rasa untuk bukan saja pelancong dalam negara tetapi kita juga boleh menarik pelancong daripada luar negara. Contohnya mungkin ya, kita boleh bina atau pun kita boleh promosikan bazar membeli belah yang adanya dalam di pengisian di bazar itu ialah kraf tangan, cenderahati yang khas, yang agak spesifik dalam di satu lokasi yang kita boleh rencana atau rancang. Mungkin boleh dalam Shah Alam pun tidak ada masalah. Satu perkara lagi ialah tentang kita boleh kenal pasti pasar malam, pasar pagi yang bila pelancong luar datang itu dia akan cari, pasar malam itu yang ada sesuatu yang istimewa untuk mereka kunjungi untuk mereka dapatkan dan untuk mereka membeli belah. Seperti mana berlaku juga di luar negara di Bandung, di Surabaya dan sebagainya. Mungkin ini juga sebagai satu tarikan di Selangor, mungkin boleh di sebelah utara, di Sungai Burong, di Sungai Panjang, di kawasan-kawasan kampung. Ketiga ialah hub makanan tradisi Selangor. Mungkin ada umumnya, khususnya di Meru. Saya pun baru kenal punten, itu pun boleh dikenalkan, nasi ambeng kita sudah kenal. Ada banyak lagi makanan-makanan tradisi yang kita boleh perkenalkan di Negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Meru dengan cadangan-cadangan yang bernas bagaimana untuk kita promosi Tourism Selangor, pelancongan kita supaya lebih ramai suka datang bercuti ke Malaysia dan juga bercuti ke Selangor. Sebab datang Selangor ini mudah, dia adalah mini Malaysia. Selangor ini apa pun ada. Kepelbagaian, keharmonian, rakyat yang bersopan santun dan pelbagai kaum agama semua ada. Di Shah Alam kita ada brumus dan sebagainya, masjid yang orang suka datang. Termasuk pelancong daripada China pun suka ke situ. Ini antara tarikan-tarikan kita dan kemudian ya, kejap lagi. Untuk pasar malam bagaimana kita hendak menarik perhatian pelancong-pelancong pergi ke pasar malam, pasar basah, pasar tani, saya sendiri suka pergi ke luar negara apabila saya hendak pergi ke pasar malam kemudian pergi pasar basah, wet market. Pasar basah ini kita dapat merasai, mengetahui bagaimana kehidupan harian mereka. Bagaimana mereka melakukan aktiviti mereka di satu negara, mereka di satu tempat. Ini sangat dekat dengan rakyat, sangat dekat dengan budaya mereka. Jadi kita kena pergi pasar basah. Dan pasar malam kita pun antara tarikan tetapi cuma saya masih bimbang dan saya minta semua pihak kerjasama PBT, Ahli-ahli Dewan Negeri dan semua Ahli Majlis dan Ketua Kampung dan juga pemimpin masyarakat, kita bantulah bagaimana kita hendak didik semua penjaja-penjaja kita, pengusaha-pengusaha pasar malam dan pasar basah supaya jaga kebersihan. Makanan kita tak ada masalah, harga ada sedikit masalah, kadang-kadang harga dia lebih tinggi sikit walaupun dia pasar malam,

kita kena control harga itu, kena jaga. Yang kedua, kebersihan itu, makanan tidak ada masalah, masakan memang sedap tapi kebersihan, kebersihan kena jaga. Apabila selepas saja pasar malam, sampah berlonggok di situ. Ini satu imej yang negatif, baru-baru ini Yang Berhormat Seri Kembangan telah bawa, pegawai-pegawai daripada PBT inisiatif sendiri keluarkan belanja sendiri pergi ke mana, pergi ke Taiwan untuk meninjau secara fokus, secara khusus untuk pasar malam. (Bahasa Cina)

Tujuannya apa, hendak didik hendak bagi pendedahan kepada pegawai kita, kepada semua PBT, penguat kuasa kita bagaimana mereka jaga pasar malam. Waktu sibuk lorong yang kita gunakan pasar malam ini di Taiwan itu, dia sibuk dengan kereta aktiviti harian, tetapi malam dia malam dia tutup jalan tersebut, banyak dengan stor, beratus stor di situ, kiosk di situ. Sampai pukul 1 tutup, pukul 2 kita nampak dah cuci, dah bersih, kiosk-kiosk semua disimpan entah ke mana, saya pun tidak tahu. Dan apabila saya tanya mana diletakkan kiosk dan sebagainya, saya agak hendak tahu kenapa tertarik dan saya tanya, oh rupa-rupanya cara mereka simpan kiosk ini, stor-stor mereka ini, mereka sewa kedai-kedai kosong. Mereka kongsi bersama dan simpan kiosk-kiosk di situ. Dia tidak letak di tepi jalan, letak di belakang rumah orang, belakang kedai orang. Ini tidak macam Malaysia, dia tolak sini, dia tolak sana, esok hilang, stor diambil oleh penguatkuasa. Ini saya nampak, jadi Taiwan lebih tersusun. Jadi ini kita kena perketatkan dan kita pastikan pemantauan ini berlaku dan kalau ini kita boleh ubah, pelancongan sektor pelancongan Malaysia khususnya Selangor akan menjadi perhatian, tarikan seluruhnya pelancong di dunia. Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Mungkin boleh saya tanya dua perkara, yang satu, yang Taiwan macam mana mereka buat beratus-ratus gerai pasar malam ini, mungkin Yang Berhormat hendak bawa kami satu rombongan untuk menghayati situasi di sana. Kita kena belajar kena experience sebab kami tidak ada pengalaman Yang Berhormat EXCO sudah ada. Dan yang kedua, Yang Berhormat rasa macam mana dengan bawa konsert seperti Taylor Swift yang mana Singapore, dia subsidise supaya membawa konsert itu ke Singapore, supaya menarik pelancong sebab bila konsert-konsert besar ini ada di Selangor, dia menarik pelancong bukan saja dari dalam Malaysia tapi daripada seluruh Asia tenggara.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekejap ya, Yang Berhormat Bukit Gasing berkaitan dengan ADN juga perlu diberi pendedahan ke Taiwan dan juga ke Thailand, contoh sebab di Thailand pun kita nampak peniaga-peniaga mereka disiplin. Ini yang perlu kita belajar, walaupun mereka jual mi sup di tepi jalan, di Hatyai, di tepi jalan di Hatyai, mi sup dia apabila kita makan, habis separuh sup-sup yang tinggal itu mereka akan bubuh dalam satu tong yang berasingan. Tidak dituang terus ke longkang. Kalau sini tengok kiri, tengok kanan terus masuk longkang. Ini tabiat kita di sini, kalau ini perlu kita didik. Di sana lain, saya perhatikan satu persatu dan mi yang mereka tapis itu letak dengan plastik yang lain. Mereka akan buang waktu mereka habis kerja dan sup

itu juga akan buang di tempat yang lain, tidak masuk ke longkang sebab dia masuk ke longkang dia akan berminyak, berminyak, berminyak lama-kelamaan longkang itu akan tersumbat. Tapi Malaysia di sini dia suka terus ke longkang ini dia. Jadi kita perlu belajar dan saya akan cubalah bawa rombongan delegasi daripada ADN-ADN tapi kosnya nanti kita bincanglah, ongkosnya ke Taiwan untuk kita teliti termasuk ke Thailand, sawadikap, boleh ya.

Dan yang kedua, yang kedua ada lagi sebelum ke Taiwan, satu tentang konsert ya, konsert Taylor Swift di Singapore yang baru menjadi sensasi perbualan mulut di Instagram, di Tiktok dan sebagainya kenapa negara Singapore, Kerajaan mereka membelanjakan duit yang banyak panggil penyanyi ini datang. Sebab apa, sebab mereka tahu ikon ini, penyanyi ini akan dapat menarik ramai datang ke Singapura. Sebab Malaysia banyak kekangan, sekatan. Ini tidak boleh, itu tidak boleh ada elemen-elemen negatiflah, macam-macam dia tengok orang belum tengok pun dah negatif sebab fikiran negatif itu bermula dari hati. Jadi kita kena pandang benda ini secara positif dulu. Jadi hal ini saya hendak bawa anjakan paradigma kepada kawan-kawan kita sebelah sana, kita anjak dulu sentiasa positive thinking is everything dengan izin, positive thinking is everything, jangan negatif dulu, pandang satu orang kita positif dulu, positif dulu. Dia pandang belum nyanyi lagi, sudah negatif, lagu belum nyanyi lagi sudah negatif. Unsur-unsur LGBT, unsur-unsur ini semua unsur-unsur ini kita kehilangan banyak hasil sebab Taylor Swift ini dia akan membawa semua apa pelancong daripada Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina semua ke Singapura. Dalam tempoh seminggu, dua minggu, duit berjuta-juta beratus juta masuk ke Singapura. Malaysia kehilangan kita hanya tengok sahaja ya. Tengok di situ saja, kenapa kita tidak boleh buat, saya rasa kita perlu cadangkan. Saya akan pastikan, saya akan pastikan yang positif, yang tidak ada unsur-unsur negatif, kita boleh bawa. Dan konsert ini dan konsert ini anak muda suka, kita jangan kekang sangat anak muda tapi kita kena pantau tapi jangan kekang. Saya pun muda sekarang tapi pun pernahlah lebih muda. Semua orang pernah lebih muda, sebelah sana pun pernah muda tapi kenapa kita tidak hendak bagi hiburan sedikit kepada anak muda. Cerita saja hiburan, maksiat. Cerita saja hiburan wayang, panggung wayang bersamaan dengan maksiat. Inilah mentaliti yang harus kita buat anjakan paradigma. Panggung wayang yang kita pantau dengan betul tidak bererti dia maksiat. Yang hendak jadi maksiat otak kita yang banyak maksiat. Ada setengah pemimpin di kawasan saya tahu dia cerita apa, snuker permainan snuker pool itu pun maksiat, itu judi dia kata.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Minta celahan sikit.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya kata kalau nak berjudi, hari ini saya ambil buku ini, buku ini ada muka surat. Saya dengan Yang Berhormat Bukit Gasing boleh judi di sini sebab nombor di situ boleh jadi besar boleh jadi kecil.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Minta celahan sikit.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Kalau saya nak berjudi, Kalau saya nak judi betul tak? Setuju atau tidak Yang Berhormat?

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Sekinchan sekejap Sekinchan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya kata, pemikiran itu kita kena waras, rasional, jangan sempit sebab dunia di zaman globalisasi anak kita jangan terdedah kepada maksiat, dia ada handphone. Handphone ini segala-segala maksiat di dalam.

Speaker

Yang Berhormat nak bagi siapa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat, nanti belum. Saya belum siap, saya nak cerita dahulu Yang Berhormat. Handphone ini segala jenis maksiat boleh buat di dalam. Tak percaya malam-malam dia pergi porn sini, porn sana, semua bogel ada di dalam Yang Berhormat senyum sudah tentu dia tahu. Speaker pun senyum dia tahu. Yang senyum dia tahu sebab adegan-adegan seksual semua ada dalam. Boleh control ke? Tak boleh, kenapa kita tidak bagi anak sedikit hiburan yang boleh kita kawal. Biarlah anak muda kita ada di dedah pandai nyanyi, esok boleh jadi artis seantero dunia, betul tak? Macam Dato’ Michelle Yeoh dan sebagainya.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Peraturan Mesyuarat Tuan Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya nak bagi siapa pula, satu dia tiga empat lima.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Peraturan Mesyuarat Tuan Speaker.

Speaker

Permatang, Peraturan Mesyuarat apa?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya bagi wanita kita.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Peraturan Mesyuarat 36 (1), seseorang Ahli hendaklah menghadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkannya sahaja. Jadi Yang Berhormat EXCO tadi saya nampak tadi dah melarat, kita tidak nampak ke mana dah.

Speaker

Yang Berhormat, kaitakan la rapatkan dengan apa yang kita hendak bahaskan ya.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Memang saya kena bagi contoh. Kalau tidak ada contoh, orang tidak faham. Jadi saya cuba nak fahamkan, kita kongsilah pengalaman, saya bukan nak marah tetapi kalau yang makan cili dia terasa pedas. Kadang-kadang dia kena rujuk balik 36(1) dan sebagainya sebab ini ada berkaitan dengan kawan-kawannya, dan sebagainya dan orang-orang yang sewaktu dengannya.

Speaker

Ramainya berdiri, mana satu. Morib, Sungai Burong, Meru,

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Seri Serdang.

Speaker

Seri Serdang.

Terima kasih Sekinchan. Saya bila meneliti perbahasan dari Sekinchan ini, saya kira isu dari Taylor Swift. Isu dia Taylor Swift ini, dia mengembangkan lagi ekonomi terutama pelancongan yang masuk, tapi janganlah yang sentuh bab maksiat itu Yang Berhormat Sekincan, kita nak uruskan dengan baik Yang Berhormat Sekinchan kata tadi macam isu panggung wayang, kan kita uruskan dengan baik dan saya yakin kalau kita ada Taylor Swift di sini boleh mengembangkan lagi aktiviti pelancongan dan ekonomi negara di dalam negeri kita khususnya kenapa tidak. Cuma isu maksiat itu cerita lain dan saya harap perkara itu dapat diselaraskan dengan baik lah. Itu yang pertama, yang kedua ada lagi. Kita selain daripada kita ada saya tengok Yang Berhormat Sekinchan banyak fokus ke Utara Selangor tetapi di dalam bandar pun sebagai contoh kita Farm In The City yang boleh kita komersialkan lagi. Begitu juga kita ada kampung-kampung tradisi yang hari ini kita subsidi banyak untuk mereka dan kita boleh jadikan sebagai produk pelancongan tempat kampung tradisi ini Yang Berhormat EXCO. Di masa yang sama juga, kita sering melihat kempen untuk menarik pelancong daripada China, Taiwan dan sebagainya. Kita tahu mereka ada money power, di masa yang sama juga di sebelah negara-negara Arab, Dubai, UAE, mereka ini juga ada money power. Kita boleh juga mencari jalan untuk memasukkan mereka masuk melancong ke negeri kita dan dalam secara islamiknya kita pun ada tempat-tempat Islamik yang boleh kita komersialkan contoh pusat-pusat pengajian. Di Sepang kita ada Jenderami, sebagai contoh yang boleh kita komersialkan, kita jadikan produk pelancongan untuk Negeri Selangor. Saya mohon perhatian daripada pihak Yang Berhormat EXCO.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Sudah cakap sampai Taylor Swift, Taylor Swift balik ke sini. Sebab seperti apa yang di katakan oleh Yang Berhormat Seri Serdang tadi sebenarnya bukan saja Farm In The City ada dekat Seri Serdang. Ada juga Farm Fresh dan Fresh In The City di sekitar Seri Kembangan dan Seri Serdang dan rasa saya memang ada potensi untuk bukan sahaja Utara tetapi Petaling juga untuk eco tourism. Lagi di Seri Kembangan kita ada juga makanan tradisi Hakka yang memang tradisional, malangnya bukan bah kut teh, kita ada yong tau foo. Mungkin Yang Berhormat-Yang Berhormat di sana boleh datang ke Seri Kembangan juga. Yong tau foo bukan yong tau foo sahaja, ada benda yang lain dan selepas itu, kita ada juga ada yang berkenaan dengan sejarah seperti Malaysia Chinese Museum yang berada di Wisma Huazong. Yang itu saya pun menjemput Ahli Yang Berhormat di sebelah sana

untuk datang belajar sedikit atau pun memperkenalkan sedikit tentang sejarah Kampung Baru dan juga berkenaan tentang pasar-pasar. Rasa saya pasar-pasar di Taiwan bukan sahaja pasar malam, pasar pagi atau pasar tani mereka, sebenarnya ada Kerajaan Taiwan ada program-program bersama dengan pasar-pasar ini seperti memberi geran atau pun ganjaran atau pun program-program pertandingan di antara pasar-pasar ini di antaranya satu adalah mereka bagi star. Yang ini stall yang 3 star, stall yang 4 star, stall yang 5 star macam itu supaya mereka boleh dapat ganjaran

Speaker

Yang Berhormat ringkaskan la...

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Dan juga lebih gembira untuk mereka dan lebih suka mereka menjaga kebersihan dan sebagainya. Jadi apakah cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan program-program sebegitu, terima kasih.

Speaker

Sekinchan nak bagi lagi?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya nak jawab lagi sekejap untuk Yang Berhormat Seri Serdang, memang kita hendak tengok secara holistik, secara kerangka yang lebih luas, secara makro, kenapa konsep-konsep ini yang boleh menjana tourism, pelancongan, ekonomi itu perlu kita teliti. Kita perlu tubuhkan jawatankuasa boleh teliti mana-mana siapa yang hendak mohon kita tubuh jawatankuasa tengok, kalau dia negatif sangat, kita tolak tapi kalau dia tiada negatif boleh ada syarat-syarat boleh diluluskan, kita pantau lepaskan. Jadi kita boleh jana banyak income dan sebagainya, kita ada cukai hiburan dan sebagainya kita dapat banyak income di situ. Hotel-hotel boleh penuh dan makanan-makanan semua dapat laris, itu yang kita nak. Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang dan juga bagaimana Seri Serdang kita boleh majukan dengan pelbagai produk di Seri Serdang termasuk Farm Of The City, itu mereka sudah jemput saya ke situ. Saya akan atur masa ke situ untuk kita tengok apa yang boleh kita promote supaya orang bandar pun tak perlu pergi jauh dan terus pergi ke farm, anak-anak pun suka dan ini adalah antara tarikan eco tourism dan Yang Berhormat Seri Kembangan bagaimana kita menggalakkan peniaga-peniaga, pengusaha pasar malam dan ada connecting, interaksi dengan orang ramai, dengan pengunjung dan ada pelbagai cara rating star, itu boleh kita perhalusi bagaimana untuk kita laksanakan di Selangor ini. Saya rasa, saya teruskan kepada isu-isu berbangkit kalau tidak masa terlalu panjang tapi Sungai Burong, saya bagilah Sungai Burong satu yang lain kemudian.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Mengenai yang dibangkitkan tentang konsert tadi, berani tak atau pun Negeri Selangor bawah EXCO Pelancongan membuat satu garis panduan sebab sebenarnya, kita bukan tidak menerima konsert sebagai contoh di Kelantan sendiri, di zaman Akademi Fantasia 3 lagi, zaman Mawi telah di import untuk membuat konsert di sana, begitu juga dengan Dato’ Awie. Masalahnya bagaimana kita hendak

meletakkan garis panduan yang positif kepada pembinaan content kepada konsert tersebut. Pemisahan kepada lelaki dan perempuan, ada keluarga, di situ antara inti pati yang penting sebab pemisahan ini adalah telah diiktiraf di koc-koc KTM sebagai contoh, begitu juga dengan tempat parking wanita sebab memang menimbulkan beberapa perkara yang tidak baik dan negatif. Jadi mungkin, berani tak Selangor membuat satu garis panduan untuk konsert dan juga hiburan supaya ia boleh mendapat sambutan lebih ramai lagi dan kami sanggup untuk bersama-sama dengan konsert tersebut jika panduan begitu jelas dan baik.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong yang mencadangkan soal garis panduan. Tadi saya kata jawatankuasa, kalau kita ada jawatankuasa memadai sebab kita boleh dianggotai oleh pelbagai kaum lapisan, masyarakat PBT, orang kenamaan, orang ahli akademik, seni dan sebagainya di dalam satu jawatankuasa dan mereka boleh teliti dan mereka boleh faham. Kadang-kadang kita mungkin kurang arif di dalam bidang tersebut. Jadi saya rasa jawatankuasa sudah memadai bagai mana hendak kita lakukan. Baik saya terus kepada Yang Berhormat Kota Damansara yang bertanyakan homestay dan sebagainya ada garis panduan, memang isu ini sentiasa dibangkitkan di dalam sidang dewan perbahasan sebab homestay ini banyak lagi kurang yang berdaftar. Inap desa. Jadi sekarang kita menunggu lagi untuk kita perhalusi bagaimana kita garis panduan supaya dapat diputihkan dan dapat mereka dan boleh berdaftar dan saya juga galakkan semua penggiat homestay inap desa di Negeri Selangor cuba sedaya upaya untuk mendaftarkan diri untuk MOTAC, itu satu. Yang kedua ada contoh-contoh juga, di setengah homestay mereka ada tempat yang tidak diizinkan atau pun tanah itu tidak dibenarkan. Tanah itu mungkin padi, mungkin pertanian, mungkin tidak sesuai dan sebagainya syarat guna tanah. Tapi kalau kawasan itu menjadi tourist attraction sangat hot spot dan popular kita boleh pertimbangkan. Pihak PBT, pihak pejabat tanah, pihak yang berkaitan boleh pertimbangkan. Bagi permit sementara, permit khas tapi dengan syarat-syarat tertentu yang terbaik. Seluruh industri player yang kita raikan. Seterusnya kepada Yang Berhormat Seri Kembangan tadi adalah isu-isu berapa pelancong yang mendarat di KLIA dan juga yang datang ke Selangor, untuk makluman saya tiada data merekod peratus pelancong yang mendarat di KLIA, yang melancong ke Selangor. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hanya mengeluarkan data pelancong domestik dan antarabangsa yang menginap yang menginap di hotel-hotel. Kerajaan Negeri melalui tourism dengan kerjasama Malaysia Holding Berhad MHB bagi beberapa inisiatif seperti berikut; proses rundingan mewujudkan kaunter informasi pelancongan Negeri Selangor di KLIA Terminal. Slot pengiklanan tayangan video pelancongan paparan skrin visual utama di KLIA 1 dan 2. Perancangan untuk kempen pengiklanan digital, billboard KLIA dan tv Kempen Melawat Selangor. Perkhidmatan pelancongan bas hop on hop offf yang menyasarkan pelancong yang transit di KLIA, kemudian ke KLIA 1 dan KLIA 2 bergerak ke destinasi yang lain melancong di kawasan sekitarnya khususnya di daerah Sepang dan menaik bas tanpa bumbung tersebut. Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan khas di anjung selatan yang

melibatkan beberapa daerah seperti Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling Jaya yang mana ia dikenali sebagai pintu masuk. Kawasan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk menarik kemasukan pelancong menginap dan berkunjung di sekitar Selangor dan banyak juga perkara yang kita hendak buat, saya ringkaskan, jadi di Negeri Selangor saya minta bantuan daripada semua Ahli Yang Berhormatlah kalau kita semua bagi hebahan yang mencukupi saya yakin sambutan akan pasti lebih baik pasa masa datang. Dan seterusnya, ada isu yang saya hendak timbulkan bagi Yang Berhormat Permatang yang mana tadi menggunakan Peraturan 36 (1), tapi ini tidak perlu 36 (1) tapi ini berkaitan tentang isu.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Minta izin mencelah Tuan Speaker.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya lebih terus kepada yang inilah berkaitan dengan yang disebutkan oleh Yang Berhormat berkaitan di KLIA. Saya nampak kita perlu ada inisiatif yang lebih proaktif berkaitan dengan KLIA ini saya rasa kita perlu sediakan kaunter bersepadu berkaitan dengan informasi yang boleh dapat menyalurkan terus kepada pelancong-pelancong daripada luar negara. Seperti yang dikatakan di Thailand tadi pun, Tuan Speaker tadi Yang Berhormat kata di Thailand itu saya amat setuju kerana di situ apabila kita sampai arrival, dia ada juga sukarelawan yang sentiasa menunjuk arah yang untuk kita beratur yang selesaikan isu dokumen perjalanan. Di situ kita nampak perlu ada sukarelawan, mungkin dari sektor daripada pendidikan tinggi yang boleh sanggup menyalurkan perkhidmatan itu supaya pelancong-pelancong itu dia dapat informasi yang terus. Apabila kita sampai tempat itu, dia dapat informasi yang boleh kaitkan dengan mana-mana hala tuju pelancong itu hendak pergi atas hotspot atau pun mana tapak pelancongan mereka. Saya rasa sekarang ini apabila saya memuat tinjauan di KLIA, masih terdapat pelancong-pelancong yang bila dia dah keluar dari penyelesaian dari segi dokumen perjalanannya, dia tidak tahu mana dan arah tuju itu tidak jelas, dan bila saya sampai situ selalu mereka akan tanya ke mana dia hendak ambil bas, ke mana dia hendak buat ini dan mana merupakan point seterusnya atau tempat seterusnya untuk mereka membuat lawatan dan sebagainya. Saya rasa kaunter informasi itu seperti yang dicadangkan oleh semua Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi adalah berkaitan dengan information. Bila mereka tahu ke mana mereka pergi, saya rasa mereka akan membuat rawatan di kawasan utamanya, khususnya di Selangor dulu sebab dia ada sangat dekat dengan airport atau pun yang mana atau skala yang dekat. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang mencadangkan bahawa kalau di KLIA 1 dan KLIA 2, kalau boleh kita pasang ada kaunter sementara atau pun bersifat kekal di situ sama ada dari Tourism Selangor atau pun Tourism Malaysia. Ini cadangan yang baik. Kita akan ambil maklum kerana kita perlu ada kakitangan, perlu anggota yang lebih untuk ke situ dan satu

perbelanjaan tambahan. Walaubagaimanapun, saya rasa berbaloi kalau kita belanja di situ untuk dijadikan satu Pusat Informasi Pelancongan, Travel Information di KLIA 1 dan 2 sebab ramai pelancong nak masuk terus sampai ke KLIA. Sebenarnya semua pelancong daripada luar negara yang landing di KLIA ini semua sudah sampai ke Sepang, sampai ke Selangor. Jadi kita kena bagi tahu kenapa tadi saya katakan di billboard di KLIA dan sebagainya kita kena pasang iklan dan sebagainya. Kalau tidak, mereka tidak tahu ini Selangor. Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu. Jadi saya ambil maklum lah tentang itu, tentang transport dan sebagainya kita akan permudah kan sebab ada jajaran transport dan sebagainya langkahnya tidak sampai. Jadi mungkin pelancong yang backpacker dan sebagainya mereka suka cari mana ada public transport yang boleh sampai di destinasi-destinasi pelancongan tertentu.

Ini akan kita ambil maklum dan seterusnya saya terus ke isu permit mendapat, mendapat permit sukar untuk mendapat permit bagi tanah yang berstatus pertanian, tujuan perniagaan kedai makan viral di atas sawah dan sebagainya Permatang tanyakan. Saya maklumkan kepada Dewan yang Mulia ini Tuan Speaker, memang ada setengah kawasan di Anjung Utara khususnya di Sekinchan, Tanjung Karang dan juga Sabak Bernam, Sungai Besar ada kawasan-kawasan padi yang mereka jadikan Kopi Sawah, Padi Sentral, jadikan homestay dan sebagainya, jadikan warung jualan makanan yang menjadi viral tetapi status tanah mereka itu untuk padi. Jadi ada masalah di situ. Guna tanah dan sebagainya kadang-kadang kena kompaun dan sebagainya. Jadi saya akan adakan libat urus dengan semua PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah, IADA dan Jabatan Pertanian akan kita tengok bagaimana kita akan bantu. Sekarang kerajaan melalui MTES kita ada bagi permit khas tapi case by case, permit khas yang mana kita lihat dia memang menjana ekonomi kawasan setempat dan tidak mendatangkan pencemaran dan juga kacau ganggu atau aduan orang ramai tetapi menjana pendapatan ekonomi di kawasan setempat. Kita akan pertimbangkan untuk bagi permit khas. Tetapi tidak boleh guna tanah sewenang-wenangnya lah. Tetapi ada syarat tertentu. Itu akan kita lakukan. Yang terakhir Yang Berhormat Tuan Speaker.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan atas penjelasan. Saya juga ingin, saya sangat menyambut baik kalau kita membuat libat urus itu tetapi saya harap bukan hanya untuk permit khas, permit status padi tadi. Dapat kita, kita dapat juga membantu macam contoh-contoh pemilikan tanah. Sebagai contoh, tanahnya tanah pusaka ataupun tanah geran kongsi yang masih lagi belum settle, belum selesai dia punya pecahan tanah itu. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat juga membantu Libat Urus dengan Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan dengan isu ini.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Ini isu-isu teknikal yang akan kita teliti saya ambil maklum daripada cadangan Yang Berhormat Permatang yang juga minat dalam industri pelancongan ini. Kita akan sama-sama majukan Anjung Utara ini termasuk Tanjung Karang, tak ada masalah termasuk Permatang. Kita akan maju bersama.

Selangor kita, Kita Selangor, Maju Bersama. Itu sangat penting. Baik yang terakhir sebagai rumusan untuk penggulungan saya, industri tourism ini kita yakin dia akan terus maju ke hadapan dan terus menarik lebih ramai pelancong untuk tahun ini, suku tahun yang pertama. Antara perancangannya bas-bas Smart Selangor akan kita pasang dengan iklan, Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu dengan semua destinasi tarikan di setiap PBT akan kita pasang dan kemudian juga untuk kereta-kereta Lalamove atau Grab, kita akan bincang dengan mereka mungkin kita akan pasang iklan-iklan. Tapi Grab ini bukan pasang di Selangor, mungkin pasang di Johor untuk tarik pelancong dari Johor dan juga Singapore ke Malaysia, ke Selangor khususnya. Ada iklan-iklan tertentu dengan kereta-kereta bergerak dan sebagainya. Itu antara cadangan dan kemudian saya minta semua PBT bagi kerjasama supaya billboard yang besar, LED dan sebagainya dapat ada informasi Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu. (bahasa Cina) dengan izin, Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu. Itu paling penting Supaya Tahun Melawat Selangor 2025 pada tahun hadapan kita dapat mencapai sasaran lebih ramai pelancong masuk ke Selangor dapat menjana ekonomi setempat dan juga ekonomi Negeri Selangor. Sektor pelancong memainkan peranan yang paling penting dalam konteks menjana ekonomi selepas pelaburan dan sebagainya.

Jadi saya tidak panjang lagi saya rasa setakat ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan berbagai-bagai cadangan dan pandangan yang bernas serta isu-isu yang berbangkit dan permasalahan yang dapat kita selesaikan bersama. Saya rasa cara yang sedemikian interaksi yang sedemikian yang terbaik sebagai Dewan Negeri Selangor sebagai semak dan imbang yang ternaik. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker yang mengizinkan saya berucap panjang lebar dalam Penggulungan pada kali ini. Terima kasih. (Kesoon belilah).

Speaker

Terima kasih diucapkan Sekinchan. Saya menjemput Penggulungan yang seterusnya Yang Berhormat Bandar Utama. Silakan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker Dewan. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh, Selam Sejahtera, salam Kita Selangor. Pertama kali Bandar Utama menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan menyakini kebijaksanaan pemerintahan Tuanku Sultan Selangor selaku Ketua Negeri. Bandar Utama mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Ucapan Tuanku Sultan Selangor dan akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan portfolio kesihatan awam dan juga alam sekitar. Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Taman Medan dan Bandar Baru Klang telah membangkitkan tentang ISS, rawatan asas dan vaksinasi terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kalian kerana mengambil berat tentang aspek kesihatan rakyat Negeri Selangor dan inisiatif Kerajaan Negeri. Akses kepada kemudahan melibatkan kesihatan warga Selangor adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor. Justeru, antara inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menitik beratkan aspek kesihatan adalah melalui program Iltizam Selangor Sihat yang menawarkan perlindungan kesihatan kepada penerima yang layak dengan fokus utama kepada keluarga B40 yang memerlukan. Untuk pengetahuan semua program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017 ini telah melalui proses penambah baikkan dan penyelarasan pada tahun lepas iaitu pada tahun sebelumnya dengan manfaat terdahulu termasuk subsidi rawatan asas berjumlah RM250.00 bagi individu dan RM500.00 bagi kategori keluarga serta manfaat perlindungan. Manakala pada tahun 2024 pemegang kad ISS juga boleh menikmati manfaat hospitalisasi berjumlah RM10,000.00 setahun di hospital panel terpilih. Selain itu bagi memastikan proses pendaftaran ISS yang adil dan memberikan manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan penyelarasan akan dilakukan pada setiap 2 tahun yang merujuk kepada tempoh sah keahlian penerima manfaat ISS. Oleh kerana itu jumlah keahlian ISS yang ada pada tahun 2023 adalah seramai 92,733 orang dan kini dikosongkan dan nombor kelihatan sikit namun realitinya kita baru sahaja melaksanakan penyelarasan tersebut. Oleh kerana itu jumlah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Taman Medan ketika Perbahasan adalah merujuk kepada jumlah pada Januari 2024 di mana ketika itu proses penyelarasan baru sahaja dimulakan dengan pendaftaran bagi penerima baru yang dilaksanakan secara rasmi pada 1 Februari 2024 dan kini berterusan. Cuma sebelum ini Kerajaan Negeri masih belum memulakan promosi secara besar-besaran kerana kita masih terlibat dengan sesi Libat Urus bersama dengan pihak UPEN, pegawai ADUN dan Kerajaan atau penyelaras, pihak SELCARE atau SELGATE dan agensi-agensi lain yang terlibat bagi memastikan segala-galanya harus lah berjalan dengan lebih lancar terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat semua, bagi pendaftaran ISS pada kali ini Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan 2 cara pendaftaran digital selain daripada cara fizikal iaitu melalui aplikasi SELangkah, kita sedang melihat kepada pendaftaran yang menggunakan laman web sebagai langkah untuk menyenangkan warga Selangor bagi mendaftar menggunakan pelbagai jenis platform. Walaubagaimanapun, semestinya semua penjelasan ini bukan alasan kita untuk tidak berusaha dalam meningkatkan jumlah pendaftaran. Kerajaan Negeri melalui Selcare Management Sdn. Bhd selaku agensi pelaksana program ISS akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan pusat khidmat masyarakat bagi memenuhi kuota program ISS pada tahun ini dan pada waktu yang sama saya menghargai peringatan daripada Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha dalam mempromosi dengan melebihkan iklan, infografik di media sosial, temu ramah dan sebagainya. Dan pada waktu yang sama saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada Yang Berhormat untuk bersama-sama menghebahkan program dan manfaat ISS terutama sekali pada ketika ini terdapat alternatif pendaftaran melalui

aplikasi SELangkah. Oleh itu saya mohon kerja sama daripada Pejabat ADN membantu mendaftarkan pemohon-pemohon yang layak. Dalam waktu yang sama publisiti berkenaan dengan program ISS ini juga akan dipertingkatkan bagi memastikan penerima layak mendapatkan manfaat yang disediakan. Yang Berhormat ADUN Bandar Baru Klang ada memberikan cadangan agar pembelian.

Speaker

Yang Berhormat Bandar Baru, Bandar Utama, Hulu Kelang

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Yang Berhormat ada tanyakan soalan ke yang berkenaan?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada. Dalam perbahasan saya ada menyentuh soal Skim Peduli Sihat. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat sebentar tadi bahawa Skim Peduli Sihat yang diperkenalkan semenjak tahun 2016 ini diteruskan dengan penjenamaan baru dan juga skop-skop rawatan yang lebih luas. Saya ucapkan tahniah kerana saya meletakkan pertimbangan kesihatan ini satu perkara penting untuk melindungi kesihatan rakyat di Negeri Selangor. Cuma persoalan saya ketika Skim Peduli Sihat, kita membiayai RM125 juta setahun. Ini juga telah saya nyatakan dalam perbahasan saya. Pertanyaan saya petang ini ialah berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri pada hari ini, bermula tahun 2024? Untuk memastikan ISS dengan skop rawatan yang lebih luas ini dapat menampung keperluan rakyat di Negeri Selangor. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah yang disediakan mungkin tidak sebanyak dahulu iaitu RM126 juta, mungkin pada hari ini ianya dalam anggaran RM35 juta. Bagaimanapun, sebelum ini saya pun pernah jelaskan pada sidang yang lalu walaupun kita telah kurangkan sikit kerana kita menganggar peruntukkan berdasarkan jumlah mereka yang memohon ataupun keahlian ISS, pada waktu yang sama sebenarnya kita juga telah memperbanyakkan program-program ataupun inisiatif kesihatan yang lain.

Sebagai contoh di bawah SELHealth, kini kita juga telah mengadakan pelbagai jenis pilot project, anggarannya ada 10 pilot project keseluruhannya dan juga kita sedang mensasarkan kepada warga emas kerana sekiranya Yang Berhormat tahu, kita sedang menuju ke arah aging society di mana 15% daripada penduduk rakyat Malaysia ataupun warga Selangor mungkin akan menjadi warga emas. Oleh kerana itu kita harus mensasarkan ataupun mengubah inisiatif program yang di bawah kesihatan awam berdasarkan situasi semasa. Oleh sebab itu pada masa yang hadapan, duit yang telah diperuntukkan mungkin kurang sedikit di bahagian ISS tapi mungkin kita akan melihat bagaimanakah kita boleh menjalankan saringan kesihatan yang lebih berkaitan dengan warga emas ataupun program lain yang berkaitan dengan penyakit berjangkit ataupun penyakit tidak berjangkit dan juga berkaitan dengan penyakit-penyakit serius seperti kanser. Terima kasih.

Jadi seterusnya Yang Berhormat ADN Bandar Baru Klang telah memberikan cadangan agar pembelian ubatan dan vaksinasi secara berpusat bagi kegunaan klinik panel di bawah Iltizam Selangor Sihat. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan program ISS iaitu Selcare Managemnet Sdn. Bhd. menawarkan pembekalan ubat-ubatan kepada klinik panel ISS melalui Selcare Farmasi. Melalui penawaran ini harga ubat tersebut dapat diperoleh dengan lebih murah kerana melibatkan kuantiti yang banyak. Walau bagaimanapun setakat ini tiada lagi klinik panel ISS yang menerima tawaran perolehan ubatan daripada Selcare Farmasi. Kerajaan Negeri Selangor melalui Selcare Management Sdn. Bhd. akan sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama klinik panel dalam penawaran berkaitan dengan perolehan perubatan dan vaksinasi secara berpusat agar kos bagi kedua-dua pihak tersebut adalah lebih rendah. Jadi kita akan memperlihatkan sekiranya mempunyai sebarang keperluan. Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Ramal telah membangkitkan cadangan pertambahan klinik kesihatan bagi warga emas di kawasan Bandar Baru Bangi dan Sungai Ramal. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan warga emas di Negeri Selangor terpelihara.

Speaker

Yang Berhormat, waktu telah pun menunjukkan pukul 1.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya sambung nanti. Taman Medan saya tunggu dia.

Speaker

Ya terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, waktu telah menunjukkan pukul 1 petang. Dengan ini saya tangguhkan perbahasan kita pukul 2.30 petang hari ini. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang Mesyuarat diteruskan dengan mendengar penjelasan daripada pihak Kerajaan saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Bandar Utama untuk meneruskan penjelasan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker seperti yang dikatakan tadi perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Ramal memang Kerajaan menjaga aspek kesihatan warga emas melalui pelbagai jenis program yang telah dilaksanakan seperti Iltizam Selangor Sihat, Selangor Saring, Skim Rawatan Jantung dan banyak lagi. Berhubung dengan

cadangan Yang Berhormat bagi menambah bilangan Pusat Kesihatan Warga Emas di Bandar Baru Bangi dan Sungai Ramal ataupun di kawasan yang dekat dengan kedua-dua kawasan ini perkara berkaitan kesihatan sebenarnya merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat 2 buah Klinik Kesihatan di sekitar Bandar Baru Bangi dan Sungai Ramal iaitu Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi dan Klinik kesihatan Sungai Chua. Walaupun kedua-dua facility kesihatan ini tidak khusus kepada warga emas namun beberapa program kesihatan yang melibatkan golongan warga emas telah dilaksanakan. Jadi antaranya terdapat 17 program dan senarainya terlalu panjang tetapi antara contohnya adalah seperti Intervensi Graceful Ageing Full Prevention Programme, Saringan Kesihatan Warga Emas, Risk Of Fall Assessment Flexibility Balance And Strenght and many more dengan izin dan juga dimaklumkan setiap Jumaat facility tersebut juga mengadakan senam aerobic low intensity kepada semua warga emas yang berminat. Aktiviti yang telah dilaksanakan merangkumi pelbagai topik daripada pencegahan kejatuhan, saringan kesihatan, pengurusan stress dan kemurungan, penjagaan gigi, kesihatan mental, nutrisi dan senaman fizikal menunjukkan pendekatan holistik terhadap penjagaan kesihatan warga emas menerusi usaha dan menjalankan program-program seperti in menumpukan kepada bagaimana kita boleh mencegah penyakit dan merawat kesihatan awal dan kita juga boleh kurangkan kebergantungan pada rawatan penyakit ringankan beban sistem kesihatan dan seterusnya tingkatkan kualiti kehidupan warga emas yang ini membolehkan warga emas kita menikmati kehidupan lebih sihat, aktif dan bebas.

Seterusnya berkenaan cadangan menambah baik Klinik Kesihatan Beranang diajukan oleh Yang Berhormat Semenyeh, untuk makluman Klinik Kesihatan Beranang telah menerima peruntukan pada tahun 2022 dan 2023 dan tahun 2022 telah menerima peruntukan menaik taraf bangunan tambahan untuk pesakit luar kecemasan dan farmasi dengan kos peruntukan sebanyak RM650 ribu dan membina parking, tambahan bagi pesakit dengan kos berjumlah RM80. Pada tahun 2023 pula penaik menaiktarafkan dua kuarters untuk dijadikan ruang kerja dan makmal nyamuk dengan kos berjumlah RM450 ribu telah dilaksanakan bersama dengan membaik pulih 8 unit kuarters dengan kos berjumlah RM150 ribu selanjutnya bagi pelan jangka masa panjang KK Beranang yang telah diperbaharui kepada jenis klinik kesihatan jenis 2 lengkap dengan kuarters telah dimasukkan dalam pelan perancangan facility kesihatan bagi tempoh 2025 sehingga tempoh 245. Bagi menjawab Yang Berhormat Batang Kali yang telah membangkitkan isu tentang status pembinaan Kompleks Kesihatan Bukit Sentosa dan naik taraf Hospital Kuala Kubu Baru, JKM Selangor telah mengajukan permohonan untuk projek pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 berserta kuarters (4F) di Bukit Sentosa serta Kompleks Kesihatan Daerah Hulu Selangor. Hulu Selangor yang baharu melalui Projek Rancangan Malaysia Ke12 rolling pelan yang ke5 untuk tahun 2025. Projek ini berjumlah RM90 juta merupakan keutamaan keempat dalam senarai JKM Selangor dan sedang menunggu keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk penilaian akhir sebelum disampaikan kepada Kementerian Ekonomi untuk mendapatkan kelulusan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan terdapat banyak perkara yang dibangkitkan berkenaan menambahbaikkan atau menaik taraf atau membina Klinik Kesihatan serta Hospital yang baharu sebagai mana saya rasa Ahli Dewan Negeri sudah sedia maklum infrastruktur serta kemudahan Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan ini semua adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan termasuklah cadangan menambah baik atau menaik taraf Klinik Kesihatan dan Hospital sedia ada serta pembinaan Klinik Kesihatan dan Hospital yang baharu. Saya faham dan saya hargai kepekaan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama memastikan akses kemudahan dan facility kesihatan supaya disediakan berpatutan kepada penduduk di kawasan masing-masing. Justeru bagi cadangan dan permohonan yang melibatkan infrastruktur dan kemudahan Klinik Kesihatan serta Hospital Kerajaan ini Ahli-ahli Yang Berhormat disarankan mengemukakan surat cadangan permohonan ataupun maklum balas secara rasmi kepada Pejabat EXCO Kesihatan Awam dan insyaallah cadangan permohonan ataupun maklum balas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat saya akan panjangkan untuk perhatian Kementerian supaya Kementerian juga tahu apakah keadaan ataupun situasi berdasarkan feedback ataupun maklum balas daripada Ahli-ahli sekalian.

Tuan Speaker saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Kembangan, yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Bandar Baru Klang, Yang Berhormat Teratai, Yang Berhormat Seri Serdang kerana telah membahaskan pelbagai pandangan dan cadangan bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Saya amat menghargai semua cadangan daripada Ahli-ahli Dewan yang begitu prihatin dan saya akan meneliti cadangan-cadangan tersebut. Semakan dan penelitian akan dibuat terutama sekali melibatkan keboleh laksanaan perancangan dan cadangan. Pertamanya kepada Yang Berhormat Seri Kembangan yang telah memberikan pengiktirafan kepada Program Kesihatan Awam Selangor dan membangkitkan cadangan agar Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor ataupun SUKA diberi latihan dan elaun.

Tuan Speaker sebelum saya mengulas lanjut tentang inisiatif SUKA saya ingin mengambil kesempatan juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana atas pengiktirafan Program Kesihatan yang telah dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini termasuk Bantuan Sihat Selangor, Skim Rawatan Jantung, Selangor Saring dan banyak lagi yang diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf kesihatan rakyat Negeri Selangor. Komuniti memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat yang sentiasa cakna dan peka, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor atau lebih dikenali SUKA pada tahu 2021. Antara peranan utama SUKA adalah bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menjayakan Program-program Kesihatan Awam kerajaan Negeri dalam menjayakan Program-program Kesihatan Awam Kerajaan Negeri serta Program-program Ziarah Medik serta bantuan perubatan kepada individu yang memerlukan. Oleh itu, sebenarnya pelbagai inisiatif yang diusahakan telah dilakukan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan SUKA. Ini termasuk melaksanakan pelbagai

pelan latihan dan kursus kepada anggota SUKA seperti latihan dan kursus berkaitan COVID-19, dengan bantuan kecemasan, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan sebagainya. Ini bagi memastikan informasi anggota SUKA selari dengan keperluan kesihatan semasa. Selain itu, anggota SUKA juga diberikan kemudahan lain seperti elaun program, elaun makan minum dan elaun perjalanan untuk memastikan kebajikan anggota SUKA semasa melaksanakan sesuatu program terjaga. Oleh kerana itu berkenaan cadangan pemberian elaun bulanan tetap kepada anggota SUKA masih dalam peringkat pertimbangan tetapi tertakluk kepada keperluan semasa serta kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri dan buat masa ini fokus Kerajaan Negeri adalah bagi menambah baik tadbir urus dan mekanisme yang digunakan oleh SUKA.

Seterusnya Yang Berhormat Subang Jaya telah memberikan cadangan agar subsidi psikologi klinikal turut ditawarkan di bawah Program Selangor Mental Sihat. Tuan Speaker Kerajaan Negeri mementingkan penjagaan kesihatan mental yang baik dan berkesan, justeru Program Selangor Mental Sihat ataupun SIHAT. Singkatan SIHAT ini telah ditawarkan sejak tahun 2021 dan sebenarnya bermula tahun 2022 Kerajaan Negeri telah pun menambah baik program ini dengan memperkenalkan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi kepada individu yang memerlukan rawatan. Untuk makluman Yang Berhormat subsidi rawatan ini telah diperluas kepada Psikologi Klinikal pada Oktober 2023. Ini bermaksud rawatan psikologi klinikal juga telah disediakan sebagai antara manfaat di bawah Program SIHAT ini.

Kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang telah membangkitkan tentang penjagaan pesakit paliatif. Tuan Speaker Penjagaan pesakit paliatif merupakan salah satu perkhidmatan yang menumpukan kepada peningkatan kualiti hidup di kalangan pesakit yang berhadapan dengan penyakit yang mengancam nyawa. Jadi menurut WHO penjagaan paliatif adalah pendekatan perubatan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dan keluarga mereka yang berdepan dengan penyakit yang mengancam nyawa dengan mengatasi dan mengurangkan penderitaan sama ada melalui rawatan fizikal, psikososial dan spiritual. Pejabat EXCO Kesihatan Awam mengambil maklum saranan daripada Yang Berhormat Bandar baru Klang, untuk makluman Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat sebenarnya 29 buah Klinik Kesihatan di Selangor yang menyediakan perkhidmatan rawatan domisiliari PBD sebagai satu perkhidmatan holistik kepada kes stabil yang terlantar yang memerlukan kesinambungan penjagaan serta rawatan. Skop perkhidmatan yang disediakan merangkumi perawatan, rehabilitasi dan paliatif. Rawatan pesakit yang dijalankan di rumah adalah sebagai sumbangan daripada rawatan di hospital dan ia dijalankan oleh anggota kesihatan yang dilatih. Yang Berhormat Teratai telah memberi cadangan untuk pemasangan Automated External Defibrillator (AED) singkatan di kawasan awam.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum pemasangan AED kerana ia dapat membantu dalam hal kecemasan terutamanya individu yang

mempunyai masalah jantung. Justeru Kerajaan Negeri memang terbuka mempertimbangkan cadangan ini dan juga termasuk dalam aspek kos peralatan penyelenggaraan dan juga kos latihan yang berkaitan pengendalian alatan AED ini untuk ketika ini Kerajaan Negeri turut terbuka dalam menjalinkan kerjasama di antara syarikat swasta yang berminat dalam pemasangan alatan AED agar lebih ramai rakyat dapat menerima manfaatnya. Yang Berhormat..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah Yang Berhormat. Saya tertarik untuk bincang sedikit AED ini kerana ketika di Pulau Pinang saya yang memulakan polisi itu di Pulau Pinang iaitu Penang Heart Safe Program cuma selain daripada pandangan saya untuk pertimbangan Kerajaan Negeri program seperti ini harus come together with policy maksudnya peraturan dan juga polisi di peringkat PBT perlu diperkenalkan sekali kerana ada banyak akta yang masih lagi tidak selesai yang berkenaan dengan AED ini terutamanya hendak diwajibkan ia di tempat awam. Manfaatnya seperti yang saya dengan ucapan Yang Berhormat Teratai menyebut tentang Value of Life itu memang tidak ada nilainya sebab apa yang kita buat di Pulau Pinang apabila berlaku kejadian serangan jantung di tempat awam kita dapat selamatkan nyawa itu dengan kegunaan AED tetapi waktu polisi ini dibuat di Pulau Pinang ia bukan hanya tentang memasang AED tetapi juga ia must come together with public education tentang bagaimana melaksanakan CPR dan juga menggunakan AED. Pulau Pinang kami pemegang Malaysian Book Of Records, latihan paling ramai at one time kita pernah buat program 5000 orang sekali berlatih untuk buat CPR dan AED. Jadi saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri kalau hendak buat kena lawan Penang, yang Penang buat dulu lah maknanya Selangor kena buat lebih ramai 10,000 training sekali setiap tahun supaya kesedaran itu dapat diwujudkan di kalangan masyarakat.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat kerana. Kejap ya. Kerana memuji Pulau Pinang, Pulau Pinang semestinya antara Negeri-negeri yang sentiasa maju ke hadapan bersama dengan Negeri Selangor.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya puji Yang Berhormat kerana masa itu saya EXCO Kesihatan di sana.

Masa itu awak Pakatan Harapan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Sebenarnya Yang Berhormat Taman Medan saya ini berikan ruang lah sebab tadi saya tidak nampak Taman Medan tapi sekarang sudah nampak. Cuma Taman Medan tidak membangkitkan AED sebenarnya tapi kita beri ruang untuk jelaskan bagaimana Kerajaan Negeri Penang sentiasa ke hadapan dalam isu kesihatan awam, saya Benarkan yang Berhormat.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Yang Berhormat Bandar Utama dan juga Yang Berhormat Taman Medan terima kasih atas pickup topik ini sebab saya rasa bagai AED ini sangat penting tetapi semasa pelaksanaan saya rasa kita kena menggalakkan terutamanya pihak swasta untuk memasang tetapi bukan memaksa mewajibkan mereka memasang sebab saya rasa ini memang satu inisiatif yang baik untuk semua tetapi kita boleh bermula dari agensi kerajaan dahulu sebelum kita memasuki atau meminta pihak swasta untuk buat pemasangan ini. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih. Saya akan mengambil maklum atas cadangan dan sekiranya kita melihat kepada pelaksanaan AED ini kita akan masukkan maklum balas yang berkenaanlah. Yang Berhormat Seri Serdang telah memberi cadangan untuk menambah kuota program Bantuan Sihat Selangor. Tuan Speaker, pengenalan sikitlah terhadap program Bantuan Sihat Selangor ataupun BSS oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009. Program ini yang sebenarnya adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan kesihatan serta bantuan alatan perubatan. Jadi, antara bantuan yang ditawarkan termasuklah dialisis buah pinggang, katarak mata, rawatan kanser, pembedahan kecil, alatan perubatan seperti kaki palsu, lampin pakai buang, kerusi roda dan sebagainya. Program BSS merupakan antara program kesihatan yang sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan daripada warga Selangor malah program ini merupakan program yang boleh dikatakan top onelah berbanding dengan program-program yang lain. Jadi, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi meningkatkan kuota BSS, ingin dimaklumkan sebenarnya BSS ini dia tidak mempunyai kuota. Buat ketika ini, kaedah permohonan BSS adalah berdasarkan dengan izin, first come first serve. Jadi, dia berdasarkan peruntukan tahunan yang disediakan. Seterusnya, setiap pemohon sebenarnya layak untuk memohon sekali bagi tahun semasa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan kadar permohonan BSS yang meningkat saban tahun. Mungkin kerana program ini semakin popular dan Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan cara pelaksanaan bagi mengoptimumkan jumlah penerima BSS. Ketika ini, sebenarnya Kerajaan Negeri telah pun memperuntukkan RM5 juta bagi melaksanakan inisiatif ini. Jadi, ini merupakan peruntukan yang telah diluluskan pada tahun lepas.

Seterusnya, saya ingin bergerak ke isu berkaitan dengan alam sekitar. Pertamanya, beberapa isu pencemaran telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Dusun Tua tentang pencemaran air, Yang Berhormat Sementa tentang pencemaran Sungai Puloh, Yang Berhormat Kajang tentang isu pencemaran sampah haram terbakar dan Yang Berhormat Morib yang telah mencadangkan supaya memperketatkan undang-undang alam sekitar bagi mengawal pembangunan yang rancak di Negeri Selangor. Jadi, saya akan jawab beberapa isulah tapi antara isu yang mungkin telah dijawab EXCO lepas, saya mungkin tidak akan ulang. Tuan Speaker, bagi setiap kes pencemaran yang melibatkan sumber air yang berlaku, LUAS akan membuka kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Pengarah

Pendakwaan Negeri Selangor sama ada untuk mendapatkan izin untuk kompaun di bawah Seksyen 112, Enakmen LUAS 1999 atau izin untuk mendakwa di bawah Seksyen 110, enakmen yang sama. Sebagai langkah penambahbaikan, pada tahun 2020 Kerajaan Negeri Selangor telah membuat pindaan enakmen dengan mengenakan penalti hukuman yang lebih berat untuk pencemaran air seperti menjadikan hukuman penjara sebagai hukuman mandatori ataupun meningkatkan hukuman denda daripada maksimum RM100,000.00 kepada minimum RM200,000.00 maksimum RM1 juta bagi kesalahan mencemarkan sumber air tanpa lesen di bawah Seksyen 79(4), Enakmen LUAS 1999. Untuk makluman Yang Berhormat Morib, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan terus memperkasa serta mengutamakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar bagi mengurangkan impak pencemaran dan perubahan iklim kepada ekonomi negeri. Setiap langkah pembangunan yang hendak dilakukan harus diselaraskan dengan prinsip-prinsip pembangunan mampan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Bagi memastikan pembangunan di Negeri Selangor dilaksanakan secara terkawal, Kerajaan Negeri melalui agensi Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor menguatkuasakan, pertama Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang merupakan satu akta bagi mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling. Keduanya, Perintah Kualiti Alam Sekeliling dan ketiga Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, seterusnya peraturan-peraturan yang berkaitan dengan buangan terjadual efluen perindustrian 2009, berkaitan dengan udara bersih pada tahun 2014 dan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling ataupun EIA yang tertakluk di bawah Seksyen 34(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Bagi memperketatkan Undang-Undang Alam Sekitar, pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dijangka akan dapat dibentangkan pada sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas yang diadakan di Dewan Rakyat. Selain itu, pendekatan sedia ada dalam usaha memastikan bahawa projek mematuhi syarat-syarat kelulusan pembangunan adalah semestinya melalui kerjasama yang erat dan berterusan di antara semua agensi termasuk agensi persekutuan dan negeri dalam memastikan bahawa semua aspek yang berkaitan dengan perundangan alam sekitar diintegrasikan dengan baik dalam projek tersebut. Dengan pendekatan yang holistik dan bersepadu ini, pengawasan terhadap projek dapat dilakukan dengan lebih berkesan memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar dilaksanakan dan menjaga keseimbangan antara pembangunan dan pelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti tempatan. Ini adalah asas yang penting untuk pembangunan yang mampan dan berkesan dalam jangka masa panjang. Bagi mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai isu pencemaran dan telah dibangkitkan yang memerlukan perhatian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekiranya memerlukan bantuan boleh menyampaikan isu-isu yang berkenaan dengan maklumat yang lengkap secara rasmi kepada pejabat saya sekiranya memerlukan follow up dengan izin yang sewajar.

Yang seterusnya, kepada isu penggunaan sistem penuaian air hujan dalam usaha menjimatkan air yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Bernam. Ahli-Ahli Yang

Berhormat, sistem penuaian air hujan ataupun SPAH memainkan peranan penting dalam inisiatif Go Green untuk penjimatan air di samping mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan tertentu. Usaha-usaha yang telah dijalankan termasuklah pertamanya, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT melaksanakan pelan tindakan Kejiranan Hijau yang telah diwartakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menggariskan pertamanya agar Rain Water Harvest Drain System ini atau SPAH ini diguna pakai oleh bangunan-bangunan kerajaan, PBT dan juga bangunan individu sebagai salah satu langkah pengurusan air yang berkesan. Dan kedua, setiap permohonan pelan bangunan yang dikemukakan bagi rumah sesebuah, berkembar dan semua kategori bangunan beras dengan mempunyai kawasan berbumbung melebihi 100 meter persegi memasukkan SPAH pada pelan dan bangunan tersebut selaras dengan pewartaan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 2012. Oleh itu, saya ingin juga mengambil kesempatan bagi mengingatkan PBT supaya memastikan pelaksanaan ini dijalankan sebagai usaha langkah penjimatan air alternatif menggunakan air terawat seperti membasuh halaman rumah ataupun kereta serta menggunakan air tadahan hujan ini bagi tujuan penyiraman pokok-pokok landskap. Seterusnya, Kerajaan Negeri juga berniat memastikan projek SPAH dipopularkan kembali terutamanya di bangunan-bangunan yang diwajibkan untuk memasang SPAH seperti yang disebutkan sebelum ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga akan meneliti semula dasar dan sekiranya penambahbaikan yang dibuat yang ini termasuklah cadangan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan pemasangan SPAH serta kempen-kempen mendidik rakyat Negeri Selangor dengan kerjasama PBT, Air Selangor dan agensi yang berkaitan.

Seterusnya merujuk kepada plastik sekali guna yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Berdasarkan keputusan MMKN Bilangan 33/2019 yang diadakan pada 13 November 2019 yang telah disahkan oleh MMKN 34/2019 yang diadakan pada 27 November 2019, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan kaedah pelaksanaan kutipan caj beg plastik di Negeri Selangor dengan caj sebanyak RM0.20 sehelai kepada semua pengguna. Jadi, antara premis yang dikenakan bayaran adalah seperti pasar raya besar, pasar raya mini, kedai serbaneka, kedai rangkaian, restoran, kafetaria, kedai makanan, farmasi barangan kesihatan, penjagaan diri dan lain-lain seperti kedai aksesori, kedai pakaian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengambil maklum balas atas cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang untuk memperluaskan kempen ini di pasar pagi, pasar malam dan kedai-kedai runcit kecil. Kita akan menambah baik dasar ini pada tahun ini, Insya Allah.

Saranan Sungai Pelek, Yang Berhormat Sungai Pelek menyarankan supaya Pihak Berkuasa Tempatan mengkaji dasar dalam melesenkan kilang memproses sampah AP kerana pemprosesan sisa plastik yang akan menyebabkan pencemaran udara dan sumber air ini juga merupakan satu maklum balas yang bagus kerana berkenaan dengan saranan Sungai Pelek, untuk makluman sebenarnya Mesyuarat Majlis

Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-11 Tahun 2022 yang bermesyuarat pada 22 April 2022 telah disahkan oleh MMKN Ke-12 2022 pada 11 Mei 2022 dan telah bersetuju dan meluluskan satu penetapan dasar yang tidak membenarkan pengimportan sisa plastik kitar semula bagi tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan akhir bagi kilang ataupun premis yang menjalankan proses kitar semula sisa plastik dan hanya membenarkan penggunaan sumber sisa plastik domestik. Kawalan ini dilaksanakan melalui penetapan dalam syarat-syarat lesen PBT, kawalan pengeluaran AP oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Jabatan Alam Sekitar sebagai jabatan teknikal berkaitan dengan laporan penilaian alam sekitar. Setakat ini, sebanyak 31 kilang atau premis sedia ada yang mempunyai lesen perniagaan dan lesen AP yang sah boleh terus beroperasi tetapi tertakluk kepada syarat-syarat Jawatankuasa Teknikal EIA, PBT dan syarat-syarat tambahan yang lain.

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Dusun Tua dan Yang Berhormat Seri Kembangan telah membangkitkan isu berkenaan dengan kenderaan elektrik. Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri sedang mempergiatkan usaha untuk pemasangan sistem pengecas kenderaan elektrik yang menyasarkan 1,000 unit dipasang menjelang tahun 2025 ini adalah selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Dan berdasarkan data Kerajaan Negeri Selangor jumlah charging station atau petak pengecasan kenderaan elektrik Negeri Selangor adalah sebanyak 681 unit yang pada ketika ini proses pemasangan pengecas EV fasa pertama sedang dalam peringkat perbincangan dengan 12 PBT bagi mengenal pasti lokasi yang bersesuaian dan aspek-aspek teknikal yang perlu dipatuhi seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Bagi mendasari inisiatif baru ini dan memastikan pelaksanaan yang berkesan, sebagaimana jawapan yang saya berikan kepada Yang Berhormat Kota Damansara yang bertanyakan soalan susulan semasa menjawab soalan sidang yang kesembilan belas, saya juga menghargai keprihatinan Dusun Tua, Kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini di peringkat perbincangan dan penelitian berkenaan penggunaan kenderaan elektrik sebagai alternatif kepada kenderaan petrol dan diesel untuk digunakan oleh kerajaan, agensi dan badan berkanun. Selain daripada penelitian berasaskan implikasi kewangan, penelitian juga berdasarkan kepada faktor pelaburan yang berkesan buat Kerajaan Negeri mengambil kira ketersediaan model-model EV menjadi alternatif kepada kenderaan Kerajaan Negeri dan ini termasuk agensi dan badan berkanun dan terutama sekali dalam usaha ke arah negeri bebas karbon. Di peringkat PBT, terdapat juga PBT yang telah memulakan inisiatif menggunakan kenderaan EV sebagai antara kenderaan rasmi jabatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Selanjutnya, Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Seri Kembangan untuk menggalakkan penggunaan motosikal dan basikal elektrik di Negeri Selangor. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang memberi fokus utama bagi

menjayakan pelaksanaan menyediakan infrastruktur EV bagi kategori kereta. Dalam waktu yang sama, Kerajaan Negeri juga menyokong penuh insentif yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan seperti subsidi rebat motosikal EV. Subsidi rebat tunai motosikal EV ini akan memanfaatkan 10,000 pengguna motosikal EV yang pendapatan tahunannya di bawah RM120,000.00 dengan menikmati nilai rebat RM2,400.00 sehingga 31 Disember tahun ini. Seterusnya, berkenaan dengan isu perubahan iklim...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat. Sekejap. Penjelasan. Saya ada menyentuh soal industri EV dalam perbahasan saya sepintas lalu, dan saya tertarik dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat bahawa Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina charging station sebanyak 1000 unit menjelang tahun 2025. Persoalan yang ingin saya bangkitkan pada petang ini apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga dan juga kementerian tentang keupayaan sumber tenaga elektrik di Negeri Selangor kerana kita sedia maklum Selangor merupakan hub sektor pembuatan dan juga perkhidmatan permintaan tenaga ini amat besar di Negeri Selangor bukan sahaja pengguna domestik tetapi juga industri dan sekiranya ada usaha tambahan yang memang kita alu-alukan untuk membina charging station apakah Suruhanjaya dan Tenaga dan kementerian mempunyai perancangan supaya tidak terputus bekalan elektrik untuk ketiga-tiga sektor ini domestik, industri dan juga tenaga baru yang kita bincangkan pada petang ini. Terima kasih.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang kerana saya tidak mempunyai perincian secara teliti buat masa ini tetapi sekiranya saya tidak mendapat sebelum penggulungan saya akan hantarkan secara bertulis. Ok. Berkenaan dengan kesan perubahan iklim yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Sementa Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan keterlibatan negara dengan rundingan atau pun platform Antarabangsa dalam isu perubahan iklim agenda pembangunan dapat diselaraskan dengan agenda pembangunan mampan atau pun STG di bawah united nations, UNASFD sebagai inisiatif ataupun tindakan mitigasi pengurangan pelepasan gas rumah hijau telah dilaksanakan selaras dengan komitmen negara untuk mencapai pembangunan mampan dan sifar karbon menjelang tahun 2050. Sebagai contoh pengenalan National Energy Transition Roadmap (NETR) membuka jalan kepada Kerajaan Persekutuan dalam mencapai sistem tenaga yang mampan dan inklusif untuk memenuhi matlamat Negara untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar menjelang 2050. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga mengambil serius tentang isu perubahan iklim seperti banjir, gelombang haba, tanah runtuh peningkatan aras laut dan pemanasan global. Sehubungan dengan itu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan jabatan agensi atau pun negeri. Program dan inisiatif telah dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan impak perubahan iklim dan pelepasan GHG, antara inisiatif dan dasar yang dilaksanakan bagi mengurangkan jejak karbon adalah seperti berikut Kerajaan Negeri telah melaksanakan transformasi

kepada bandar rendah karbon menerusi PBT yang membangunkan pelan tindakan teknologi hijau dengan mengguna pakai low carbon city and assessment system bagi perancangan dasar di peringkat semua PBT di Negeri Selangor. Keduanya meningkatkan kecekapan tenaga dalam mood pengangkutan di Negeri Selangor melalui penggunaan kenderaan EV serta memperluaskan penyediaan facility station pengecas EV.

Seterusnya pembangunan pengurusan sistem pepejal berteknologi tinggi seperti Waste To Energy Plant dengan izin. Seterusnya pembangunan Large Skill Solar seperti projek GOLF di Bestari Jaya yang akan menghasilkan bekalan tenaga hijau mampan yang mampu membawa ke arah pe Nyah karbon pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri juga komited dalam usaha projek pemasangan panel solar berhubung di semua bangunan Kerajaan Negeri termasuk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan selain itu usaha pemasangan lampu solar bersekala besar akan diteruskan mengikut keperluan. Kempen penanaman juga pokok juga telah dilaksanakan juga telah diwujudkan bagi memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan hutan di Malaysia.

Seterusnya pembinaan jana kuasa Pulau Indah yang akan menampung peningkatan permintaan elektrik melalui proses yang lebih cekap dan mengurangkan pengeluaran karbon. Station ini merupakan gabungan turbin kitaran kecekapan lebih daripada 60% jauh lebih tinggi daripada arang batu, minyak atau setara dengannya. Namun begitu inisiatif-inisiatif dia ada dilaksanakan secara silo berdasarkan bidang kuasa dan inisiatif yang dijalankan. Justeru Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam peringkat penubuhan pusat adaptasi perubahan iklim Negeri Selangor yang bertujuan untuk meneliti dan menyelaras perkara berkaitan isu-isu perubahan iklim dan risiko bencana pembangunan teknologi hijau serta karbon di Negeri Selangor.

Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan dan Dewan yang mulia ini Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri kini seperti yang dimaklumkan tadi telah sedang dalam proses penyediaan kerangka konsep penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor yang berperanan sebagai organisasi utama yang memantau pelaksanaan pembangunan mampan serta peningkatan kesedaran kapasiti daya tahan terhadap perubahan iklim dan inisiatif hijau secara keseluruhan di Negeri Selangor. Objektif awal Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor adalah sebagai pertama bertindak sebagai pusat atau pun titik rujukan untuk alam sekitar, teknologi hijau dan inisiatif hijau. Kedua memberi input menyediakan garis panduan, undang-undang kecil dan dasar Negeri berkaitan dengan alam sekitar perubahan iklim dan projek teknologi hijau. Seterusnya untuk menguasai teknologi hijau dan menyediakan laporan bagi menyokong hala tuju masa depan negeri berkaitan dengan alam sekitar perubahan iklim dan teknologi hijau dan juga menjadi penghubung antara Kerajaan Negeri sektor swasta dan negeri antarabangsa dalam hal-hal berkaitan alam sekitar, perubahan iklim dan teknologi

hijau. Penubuhan pusat berkenaan dijangka dimuktamadkan di peringkat negeri anggaran pada tahun ini yang antara tindakan yang sedang dilaksanakan adalah seperti berikut, pada ketika ini pihak Kerajaan Negeri sedang menjalankan kajian ataupun tinjauan dengan beberapa negeri-negeri lain seperti agensi di Pulau Pinang, Melaka, Johor dan lain agensi-agensi yang mempunyai agensi pelaksanaan yang seumpama ini dan juga berkerjasama dari aspek perkongsian idea, maklumat, struktur penubuhan dengan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation MGTC. Seterusnya kepada isu pewartaan Taman Alam Kuala Selangor..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Minta laluan, terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama kita ambil maklum Yang Berhormat maklum tahun ini InshaAllah pusat ini akan mula bergiat aktif saya nak tekankan di sini bahawa malapetaka iklim ini its happening now dan we have to add now jadi saya harap Yang Berhormat Bandar Utama bukan apa benda ini dah dua EXCO nak buat benda ini tetapi tidak dilaksanakan keduanya peranan Pusat Iklim ini yang ditubuhkan tidak seharusnya pada saya lah soal nak memantau dan juga memerhati sahaja dia harus satu pusat yang aktif yang dapat memberikan cadangan polisi yang baik pada Kerajaan Negeri kerana satu perkara yang kita kena realize Negeri Selangor kita berhadapan ancaman malapetaka iklim ini naik sahaja suhu dengan peningkatan paras air laut banyak kawasan-kawasan di Negeri Selangor akan tenggelam dan jika itu berlaku kita dalam ucapan Titah Tuanku baru nak selesaikan sempadan dengan Kuala Lumpur jangan kita selesai sempadan Kuala Lumpur dan Pahang sempadan pesisir pantai kita makin berkurangan kerana masalah kawasan rendah yang menyebabkan air semua naik jadi saya harap Pusat Iklim ini kena muktamadkan tahun ini kalau boleh ditubuhkan segera dan saya percaya keanggotaan itu haruslah ini antara benda yang nak bangkit tak sempat sebab Speaker bagi saya dua minit sahaja untuk berucap jadi saya minta Yang Berhormat untuk pertimbangkan supaya keanggotaan must be by partition sebab isu klimaks panas, banjir, ini melibatkan semua dan saya percaya kita di peringkat Perikatan Nasional kita boleh berikan pandangan dan juga tenaga dan kudrat untuk memikirkan Selangor berhadapan dengan situasi ini.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang berhormat Taman Medan, tidak apalah, Speaker tak bagi masa biar saya bagi masa, sampai juga hasrat untuk menghabiskan perenggan perbahasan. Sebab dia asyik pandang saya sahaja setiap kali dia kena follow jer penggulungan saya tapi

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya fokus pada polisi dan juga kepentingan Negeri sebab itu saya nak ambil tahu apa Bandar Utama nak cakap

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Saya keliru, duduk, duduk. Saya keliru sebab tadi sebenarnya dah cakap objektif awal dia antaranya memberi input bagi penyediaan garis panduan undang-undang kecil,dasar Negeri, polisi yang

berkaitan dengan perubahan iklim saya tengok fokus tak atau fokus pada saya sahaja. Tapi perkara ini memang akan diberi perhatian sebab itu saya keliru sikit tapi saya sangat setuju dengan Yang Berhormat saya pun memang mahu pastikan bahawa Pusat Adaptasi Perubahan Iklim boleh ditubuhkan pada tahun ini sebab itu saya juga telah senaraikan antara tindakan yang sedang dilaksanakan adalah seperti menjalankan kajian dan tinjauan dan untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan bukan sahaja tinjauan terhadap beberapa negeri sebenarnya jawatankuasa daripada juga telah membangkitkan perkara ini jadi sebenarnya kita sedang mendapatkan pandangan cadangan daripada pelbagai jenis pihak termasuk dan sebagainya. Kerana kita nak memastikan sekiranya Pusat Adaptasi Perubahan Iklim ini ditubuhkan dia bukan white elephant kita nak pastikan dia benar-benar boleh berjalan lancar dan ini Cuma objektif awal seperti yang dikatakan mungkin objektif ini akan berubah dari masa ke semasa berdasarkan apakah keperluan jadi saya juga berterima kasih kepada yang Berhormat Taman Medan kerana juga merasakan sebenarnya Pusat Adaptasi ini merupakan sesuatu yang penting supaya kita laksanakan dan kita akan teruskan usaha dan akan memaklumkan apakah jenis maklumat yang terkini dari semasa ke semasa.

Sekarang kembali kepada isu pewartaan Taman Alam Kuala Selangor sebagai hutan simpan kekal yang telah dibangkitkan oleh yang Berhormat Bukit Melawati untuk makluman Taman Alam Kuala Selangor telah selesai diwartakan sebagai Hutan Simpan Melawati pada 4 Januari 2024 yang lalu. Pewartaan ini telah disiarkan melalui kenyataan siar warta GN 1/2024 menyedari kepentingan ekosistem kawasan ini Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah melaksanakan aktiviti pemuliharaan dengan penanaman anak pokok bakau kurap dan pesisiran pantai yang lain sejak tahun 2017. Penanaman pokok ini turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor yang telah perkenan untuk bersama-sama memelihara ekosistem hutan yang amat penting ini.

Selain itu pelbagai usaha akan dilaksanakan bagi memastikan hutan simpan Melawati ini akan terus berperanan sebagai kawasan perlindungan burung, penyelidikan, pendidikan rekreasi dan ekopelancongan yang bersesuaian. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat demikian la ucapan penggulungan Bandar Utama yang menjawab kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sempena Titah Ucapan Tuanku Sultan Selangor Bandar Utama dengan ini memohon untuk menyokong usul menjunjung kasih Titah Ucapan Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Bandar Utama,saya mempersilakan Pandan Indah untuk memberi penjelasan daripada bagi pihak Kerajaan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini nak mengucapkan tahniah terima kasih kepada begitu ramai Ahli-ahli yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan banyak juga sebenarnya bukan juga memang banyak yang menyentuh tentang aspek berkaitan dengan infrastruktur dan juga pertanian, jadi saya harap saya tidak mengambil masa lebih panjang daripada Yang Berhormat kelincahan untuk menjawab atau pun mengulas perkara-perkara yang dibangkitkan dan sebahagian sebenarnya telah pun ada soalan mulut dan soalan bertulis tapi saya akan sedaya upaya saya untuk menjawab yang pertama saya pergi pada pertanian dulu. Biasa saya buat infra dulu. Saya pergi kepada pertanian dulu. Yang pertamanya ialah yang telah dibangkitkan oleh yang Morib, Yang Berhormat Morib berhubung, dan juga berkait juga dengan Yang Berhormat Sungai Pelek tentang isu binatang-binatang yang merayau ini termasuklah anjing dan juga lembu. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Morib, sebenarnya Jabatan Veterinar ataupun ringkasannya Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau dalam bahasa singkatannya ialah DVS iaitu Department of Veterinary Services Selangor bertanggungjawab mengawal penyakit haiwan termasuk anjing liar seperti penyakit anjing gila rabies yang tertakluk di bawah Seksyen 38 hingga 42, Akta Binatang 1953 Pindaan 2013. Jadi, dia bertanggungjawab bahagian skop DVS ialah mengawal dari segi penyakit ya, yang berjangkit yang disebabkan oleh binatang-binatang liar ini termasuk anjing. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, tindakan mengawal haiwan berkeliaran adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 termasuk Undang-undang Kecil (UUK) yang telah diwujudkan oleh PBT masing-masing seperti UUK Perlesenan Rumah Pembiakan Anjing. Ini memang menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Dan pihak Kerajaan Negeri telah pun mengambil langkah-langkah melalui PBT untuk menangani isu peningkatan populasi haiwan. Salah satu caranya ialah dengan melaksanakan operasi penangkapan dan saya boleh kongsi pengalaman jadi Ahli Majlis sepuluh (10) tahun bukan mudah nak tangkap anjing ni ya. Kita buat tender nak panggil orang tangkap pun tak ada orang masuk tender. Ada satu (1) pun lepas tu, dia pun give up. Sebab apa? Sukar untuk sebenarnya menangkap anjing liar. Dia cerdik ya, bila kita datang, dia macam tahu, dia hilang. Jadi, memang satu masalah yang sangat besar tetapi bukanlah menjadi alasan untuk kita tak nak tangkap anjing-anjing ini, bukan ya. Ini, tapi saya cerita pengalaman yang memang sukar. Dan, walaupun begitu, dari semasa ke semasa diadakan promosi lah tangkapan-tangkapan itu diletakkan, yang berjaya ditangkap dibuat promosi adoption untuk ambil mereka-mereka yang berminat untuk mengadopt anjing-anjing ataupun kucing yang ini, serta jualan lelongan ada dibuat juga untuk tuntut pemilik.

Jadi, kita semua faham tentang isu yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sekinchan bahawa ada bangkangan ataupun bantahan yang kuat daripada NGO-NGO yang cinta binatang ini, yang mereka sentiasa memantau kerja-kerja kita. Jadi, pihak PBT dan NGO seperti PAWS dan SPCA serta klinik veterinar swasta

menjalankan kempen pemandulan, ini pun dibuat haiwan di mana DVS Selangor sentiasa menyokong dan memastikan program tersebut mematuhi perkara-perkara yang termaktub dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Akta Doktor Veterinar 1974.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

On, Yang Berhormat, sikit sahaja Yang Berhormat.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya nak tanya Yang Berhormat, sikit sahaja pasal anjing ini sebab kita, saya tidak pasti di Selangor sama ada kita ada Undang-undang Kecil tentang lesen untuk ada binatang peliharaan ini. Kalau ada, tetapi saya tidak pasti sama ada kita kuatkuasakan betul-betul atau tidak benda ini. Kerana kalau kita lihat sekarang ini siapa nak beli anjing ke nak beli kucing ke, dia pergi sahaja pet shop, terus beli. Tak perlu ada lesen, tak perlu ada pasport, tak perlu daftarkan, kita pun tak tahu dia beli untuk bela ke, dia beli untuk apa kita tidak tahu. Jadi, mungkin Selangor boleh menjadi teraju kepada usaha ini makna mungkin moving forward daripada kita hadapi masalah nak tangkap anjing yang terbiar ini, untuk kurangkan populasi ini perlu ada kawalan daripada awal. Siapa yang boleh beli anjing, siapa yang boleh beli kucing ini.

Timbalan Speaker

Ada soalan lagi?

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ada satu soalan boleh?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ok. Yang Berhormat EXCO. Salah satu isu yang kita selalu ada dalam tangkapan anjing ini adalah berkenaan dengan SOP daripada Jabatan Veterinar di mana kami diberitahu oleh pihak PBT bahawa bila mereka turun nak tangkap ada prosedur yang perlu diikut tetapi prosedur itu adalah tidak clear. Bila mereka tangkap ada isu, mereka pula disaman. So, apakah tindakan yang boleh diambil oleh Pejabat EXCO, daripada Jabatan Veterinar dan juga Jabatan Y.B. EXCO untuk mencari satu penyelesaian secara holistik yang mana kita ada Garis Panduan yang betul untuk penangkapan anjing-anjing liar? Lagi satu, adalah berkenaan dengan Program TNR (Trap Neuter and Relocate or Rehome). Adakah Jabatan EXCO juga bercadang untuk mempromosikan TNR ini dengan memberi subsidi kepada agensi NGO like SPCA untuk menjalankan projek-projek sebegini?

Timbalan Speaker

Sekejap ya Y.B. EXCO. Sekejap ya, sekejap. Saya nak baca satu pengumuman. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran lawatan ke Persidangan Dewan Negeri Selangor daripada anak muda Damansara, PJ seramai 12 orang yang diketuai oleh Encik Christopher Ong. (Ahli Dewan menepuk tangan). Teruskan Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning yang memberi cadangan. Sebagaimana saya sebutkan tadi, ini di bawah tanggungjawab EXCO PBT dan kita akan pastikan, cuma saya sebut tadi memang ada dalam perancangan dan telah dilaksanakan sebahagian usaha untuk kita pemandulan ini yang dibuat dan saya akui memang ada dan saya difahamkan anjing memang ada lesen, dilesenkan di negeri Selangor ini. Saya, kucing saya tidak tahu, saya rasa tidak ada kucing, tetapi anjing memang ada (ketawa). Walau bagaimanapun, kita akan pastikan untuk kaedah SOP yang lebih teratur, lebih baik untuk kita laksanakan memandangkan, macam saya sebut tadi, ada isu-isu berkaitan dengan, berkaitan dengan Akta Kebajikan Binatang tadi, yang perlu kita ambil perhatian ya. Jadi, itu akan di bawah PBT cuma saya hendak sentuh sini ialah yang lembu. Ini yang directly di bawah portfolio saya, berkaitan dengan lembu-lembu dan kerbau, kambing terbiar ini, yang merayau ini. Jadi, kalau kita telah melihat enakmen mengawal lembu kerbau, EMLK 71 ini dibaca dengan Pindaan 1978 di bawah Sub Seksyen 3 (1), Raja dalam Mesyuarat, ini merujuk kepada MMKN, Boleh jika difikirkan perlu mengisytiharkan semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor atau sebahagian daripadanya adalah sebagai kawasan larangan lembu kerbau. Ini termasuk kambing lah. Sehingga kini, seluruh kawasan negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan lembu kerbau melalui pemberitahuan dalam warta, saya ada senarai di sini, tak lama, mengikut PBT sejak dari zaman Majlis Daerah lagi. Sebagai contohnya, Bandaran, masa itu Bandaran Petaling Jaya 1972, Majlis Bandaran Klang 1979, Majlis Daerah Gombak masa itu, sekarang ini Selayang ya, iaitu 1982, Majlis Daerah Sepang 1988, Majlis Daerah Kuala Langat 1992, Daerah Sabak Bernam 1994, Daerah Kuala Selangor 2001, Daerah Hulu Selangor 2004, Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandar raya Subang Jaya 2012, Bandar raya Shah Alam 2015 dan Majlis Bandaran Kajang 2021. Jadi, boleh kata hampir semua Pihak Berkuasa Tempatan telah mewartakan bahawa kawasan mereka sebagai kawasan larangan kepada lembu kerbau.

Jadi, setelah kita melihat Seksyen 4 (1) Enakmen ini, di mana di kawasan larangan ini hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Veterinar untuk membuat ternakan di kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ini. Jadi, selepas dirujuk kepada Kamar Penasihat Undang-undang, pada tahun 2023 tahun lepas, kita hendak buat, hendak ambil syarat hendak buat penguatkuasaan, kita dapati ada sedikit kelemahan ataupun kekurangan kepada Enakmen ini iaitu berdasarkan tiada kaedah pernah diwartakan termasuklah kaedah-kaedah pelesenan. Dia tak ada. Lembu kerbau ini tidak ada enakmen ini. Jadi, kita dapati ini ada kelopongan di sini yang kita perlu perbetulkan sebelum kita ambil tindakan-tindakan susulan ya. Justeru, pihak DVS

Selangor atau Veterinar telah mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan isu lembu kerbau berkeliaran dengan mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, kaedah-kaedah perlesenan yang kita akan usahakan melalui apa dipanggil sebagai Kaedah Pelesenan Penternakan Lembu Kerbau (KPPLK) yang dalam, sedang diusahakan dan kita harap akan diselesaikan sebelum pertengahan tahun ini. Apabila selesai pelesenan inilah penguatkuasaan enakmen yang dapat dilaksanakan secara harmoni dan tanpa sebarang prejudis. Ini cadangan yang sedang kita buat di bawah Veterinar untuk dibentangkan supaya kaedah pelesenan dapat dilaksanakan dan saya, kita telah bincang panjang isu ini, kita telah buat kajian, saya pernah menyebut dalam Dewan ini pun setakat yang dua (2) tahun lepas, kita ada 82 penternak lembu yang tidak rayau, yang tidak berlesen ini. Yang tidak merayau, tiada lesen lagilah, yang merayau ini dan lebih kurang 5,000 ekor, sekarang mungkin dah bertambah jadi kita akan, bila kita selesai dengan pelesenan ini, mana-mana yang tidak berlesen dan mana yang berlesen disyaratkan untuk mempunyai tempat ternakannya dan kalau mereka gagal maka tindakan akan diambil, penguatkuasaan termasuk menangkap lembu-lembu kerbau ini dan sebagainya ataupun ditempatkan di tempat yang sesuai. Terima kasih.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Minta celah sikit Tuan Speaker. Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO. Berkenaan dengan lembu dengan kerbau ini, ia melibatkan penduduk kampung. Jadi, apa kata, cadangan daripada Morib memberi kuasa kepada Ketua Kampung atau badan-badan surau ataupun masjid untuk menangkap lembu-lembu yang berkeliaran ini dan boleh diketengahkan sebab bagi saya, yang keduanya bab lesen, bagaimana cara untuk menentukan lesen itu, adakah lembu-lembu itu perlu ditag ya, ataupun pihak Kerajaan Negeri kena beritahulah yang saya maklumkan tentang penangkapan lembu itu sebab kita tengok di Melaka Y.B. EXCO tangkap lembu. Jadi, kami rasa kita pun boleh tangkap kot? Jadi, untuk menyelesaikan masalah. Jadi, itu, minta pandangan daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat Morib, banyak sangat ke lembu di Morib ini (ketawa)? Jangan suruh saya tangkap sudahlah ya (Ahli Dewan ketawa). Saya, walaupun anak tokey lembu dulu ya, tetapi bukan suatu perkara yang mudah ya lembu ni sebab biasa kita dah buat beberapa operasi tetapi biasanya akan diketuai oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Veterinar ini hanya menyokong sahaja. Ataupun kadang-kadang kalau tanah itu kawasan PTG akan terlibat, Pejabat Daerah akan terlibat. Tetapi, punca kuasa kena ada lah. Kerana sebarang tangkap, silap-silap kita pula kena disamannya pula nanti ya. Jadi, punca kuasa kena ada. Sekarang ini, isu dia masalah pelesenan itu tidak ada lagi, dalam kaedah pelesenan. Jadi, itu kita kena buat dulu. Dan saya yakin antara satu daripada pelesenan ialah untuk tagging telinga. Itu antara syarat di dalam pelesenan yang perlu untuk mengenal pasti lembu mana yang berlesen, yang ada lesen. Jadi, saya yakin dengan kaedah ini, kita siapkan, dah buat pun cuma kita nak bentangkan. Dulu dapat kelulusan dasar daripada MMKN dan pihak Veterinar dah pun cara parallel pun ia telah buat, dan ini

kita akan dapat persetujuan dasar baru kita laksanakan. Selepas itu, kita akan bagi moratorium, itu cadangan saya lah, yang kita akan bentangkan, kita bagi moratorium berapa lama untuk mereka mencari, mendaftar dan mencari tempat-tempat yang mana yang merayaulah. Tempat-tempat untuk mereka buat ternakan lembu. Kita pun sangat prihatin juga dari segi sekuriti makanan kerana daging lembu dengan daging kambing ini, kita di Selangor kita hanya SSR kita hanya dalam 5% sahaja. 95% daripada daging lembu dan daging kambing Selangor ini diimport dari luar, sangat sikit, sangat rendah dari segi sekuriti makanan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Minta izin. Minta izin Yang Berhormat EXCO untuk mencelah ya. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat EXCO itu saya amat setuju. Cuma, kata yang untuk melesenkan itu, lembu dan sebagainya kepada penternak itu saya amat setuju jugalah tetapi ia untuk long term punya solution, dengan izin, sebenarnya kita tengok yang lembu berkeliaran atau kambing berkeliaran ini ada berkaitan dengan tanggungjawab penternak. Bukannya semua penternak itu, dia tidak, orang kata, bertanggungjawab begitu. Cuma ada golongan segelintir kecil yang mungkin membawa permasalahan yang sebegitu. Jadi, saya mohon ya supaya Kerajaan Negeri ini kaji balik dasar untuk tindakan tegas kepada mana yang kepada penternak-penternak ya kepada binatang tersebut yang menyebabkan kemalangan. Saya percaya bukan sahaja di DUN Sungai Pelek seperti sebelum ini saya berjumpa dengan Yang Berhormat Tanjung Sepat pun sama. Jalan yang sama kan di Sungai Pelek sehingga ke Tanjung Sepat, terlampau banyak lembu. Kes-kes kematian ya yang melibatkan lembu ataupun dengan pengguna jalan raya ini dah banyak kali dibawa di, mungkin di PDRM dan juga kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang. Jadi, kita pun tengah cari solusi untuk buat penyelesaian tersebut. Saya harap tindakan ataupun kajian dasar undang-undang dapat diubah bagi, mungkin ambil tindakan tegas kepada penternak yang mana binatang beliau telah berkaitan dengan kemalangan maut, sekian terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Memang itulah antara sebab kenapa kita hendak melesenkan. Sebenarnya ada banyak sebab ya. Satu adalah daripada segi kawalan penyakitnya, daripada segi kacau ganggu dan kemalangan. Ini memang, saya mendapat laporan banyak tempat isu-isu kemalangan yang melibatkan lembu berkeliaran ini. Itu memang sudah sampai masanya. Takkan kita nak benarkan lembu kita pergi shopping dekat supermarket atau masuk hospital. Ini saya dapat laporan, pergi shopping lembu sekali masuk shopping sekali jadi ini memang kita tidak (gelak) tidak wajarlah Negeri Selangor nak pergi Smart State dalam keadaan lembu berkeliaran. Bukan kita tak nak menternak lembu ini kita nak jadi syarat pelesenan itu salah satu lagi ialah dia mesti ada tempat hah yang ini kalau itu tidak ada maka ia tidak dapat didaftarkan. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita nak buat secara teratur dan kita bagi masa, kita bagi masa untuk mereka mencari tempat-tempat yang sesuai kerana lembu ini kita kena faham di Selangor kalau nak buat lembu jenis yang jenis lepas dia memerlukan kawasan yang sangat luas. Biasanya kita akan menggalakkan fit lock system. Fit lock dia tak

perlu kawasan yang lebih luas. Ini antara perkara-perkara yang kita selain daripada veterinar ini kita mengawal ini kita juga beri advise, nasihat bagaimana ternakan you dapat dibuat dengan baik dan juga dalam masa yang sama menguntungkan para penternak kita. Jadi ini, insyallah dalam proses pelaksanaan dan memang tanggungjawab saya setuju dengan Yang Berhormat memang tanggungjawab penternak untuk mereka juga kena usahakan dia macam dia nak niagalah tak akan semua benda kerajaan bagi dia kena usahakan mencari tempat dan sebagainya untuk dia maju. Jadi kita bantu fasiliti itu peranan kerajaan tapi kalau semua nak harapkan kerajaan nak buat memang sukarlah ye..memang sukar untuk kita laksanakan.

Yang berkait dengan isu jeti, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sementa. LUAS di bawah sebenarnya jeti ini di bawah pengurusan LUAS. Luas telah mengeluarkan surat maklum balas kelulusan secara dasar berkenaan permohonan jeti secara berkelompok. Kita sekarang nak galakkan jeti berkelompok di tempat-tempat yang ramai, yang banyak nelayan ini kita nak galakkan kerana kita dapati bila kita buat bancian dan pemutihan yang telah dilaksanakan oleh LUAS secara berperingkat-peringkat. Kita dapati terlalu banyak jeti ini dibina dan ada kalanya dibina itu dalam tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dan menyebabkan Yang Berhormat Sijangkang pun pernah hampir..hampir-hampir jatuh, roboh jeti tapi saya melawat tempat itu nampak cantiklah sekarang. Jadi, memang satu perkara yang kita nak kawal lagi satu dia masalah dengan kawasan water body ini bila dibuat dalam keadaan yang tidak sesuai dia boleh menyebabkan banyak masalah dari segi ekosistem dan sebagainya yang mengganggu aliran air sungai dan sebagainya. Jadi, kita telah buat untuk bagi yang dimaksudkan oleh nelayan Sementa ini Daerah Klang bagi plot A yang keluasan 8894 meter persegi dan plot B dengan keluasan 8857 meter persegi bertarikh 3 Januari 2024 selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor Bil. 4/2023 kelulusan inilah bagi jeti yang terletak di tebing kanan dan kiri sungai. Yang ini yang berkelompok dasar surat kelulusan dasar ini pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah dan juga Perhutanan dia ada libatkan Jabatan Perhutanan serta kebenaran merancang Pihak Berkuasa Tempatan. Merujuk kepada keputusan MMKN Bil.21/2015 sebarang kawasan banjir tidak dibenarkan tapi kita masih boleh menilai kadang-kadang bila ada keperluan mendesak kita boleh pihak MMKN boleh pertimbangkan tapi kita memang nak mengawal sebab terlalu banyak jeti macam yang saya sebutkan tadi. Jadi kita akan bagi perhatian kepada yang dibangkitkan oleh Sementa berhubung dengan Jeti yang disebutkan itu di Tok Muda Sungai Kapar, Perepat Sementa dan Sungai Keramat, Jalan Genting, Jalan Kuchai dan Jalan Sungai Daun ini yang telah dibangkitkan. Tentang isu sawah ya...

Boleh bertanya, saya ingat saya pernah terlibat dengan libat urus pembangunan polisi atau pun dasar jeti di Negeri Selangor ini. Kalau boleh ada apa statusnya sekarang? Dasar apa ini jeti di Negeri Selangor?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebutkan tadi pemutihan dan sebagainya yang telah dibuat oleh pihak LUAS dan memang belum habis lengkap lagi kita sebahagian kita dah buat di Sekinchan dan juga di Bagan,di Sungai Bagan dan sebagainya tapi masih belum dan kita menghadapi masalahlah dalam kita nak buat pewartaan. Pewartaan ini satu perkara yang payah, sukar sekali nak dibuat dan ada yang melibatkan jeti komersial seperti di Sungai Langat banyak komersial juga yang melibatkan jeti nelayan. Terhadap perkampungan nelayan. Tapi, walau bagaimana pun sebagaimana saya sebut tadi, kajian itu kita terus akan tengok kes by kes kerana benda ini benda yang dah sedia ada. Kita nak buat satu-satu dasar atau pun kita nak buat pemutihan seperti cerita kilang dia bukan satu perkara yang mudah cuma kita mensyaratkan yang baru kena ada syarat-syarat kepatuhan yang tinggilah untuk memastikan mereka tidak melanggar peraturan dan sebagainya yang mana yang existing kita akan tengok macam mana dan banyak tempat yang kita cadangkan supaya dia buat berkelompok macam di Sungai Bagan kita cadangkan buat berkelompok dan ini yang sedang kita laksanakan bagi yang melibatkan jeti-jeti persendirian ini. Yang mana yang komersial itu kita tengok kes by kes lah macam mana sebab itu dia melibatkan kawasan komersial dan juga kawasan yang agak besar yang melibatkan. Tentang isu padi....

Tuan Speaker,

Timbalan Speaker

Ya.

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas penjelasan tadi. Cuma ada satu isu lagi tentang tambakan tanpa izin, kalau boleh buat penjelasan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Isu penambakan ini, kita telah rujuk kepada Pejabat Daerah dan memang ada melibatkan itu dia melibatkan juga rizab hutan jadi ini yang kita tanpa kita serahkan kepada mereka untuk mengambil tindakan-tindakan susulan tentang...saya rasa ini tidak mendapat kebenaran sebenarnya ini adalah illegal punya kerja-kerja ini yang kita telah minta mereka ambil tindakan susulan, terima kasih. Tentang padi ini memang panjang kalau kita cerita bab padi ini tapi bukanlah bermakna kita tidak nak mengabaikan baru ini saya sebut isu SOP tapi saya dikena hentam baliklah dituduh tidak prihatin sebenarnya kita kadang-kadang kena terima hakikat bahawa kita boleh dapat buat perubahan kita dah buat kajian sebenarnya sebelum saya bercakap itu kita dah buat kajian pada seluruh 9 kawasan padi itu di..di Barat Laut itu dan memang kita mendapati bahawa antara punca utama bukan hal satu-satunya punca utama ialah kegagalan untuk mematuhi SOP atau pun rice check yang dengan izin untuk padi ini. Yang mana yang mengikut rice check ini mengikut di bawah myGAP hasil mereka sangat tinggi 7 tan, 8 tan sekarang saya dah minta secara detail kejayaan-kejayaan mereka ini supaya kita dapat gunakan kejayaan mereka ini bagi kita laksanakan kepada yang lain-lain. Ini antara perkara yang kita dah buat. Kita akui ada isu tentang isu tanah, apa ini sole profile dia dan

sebagainya memang betul isu baja yang tak sesuai, isu benih padi yang kekurangan bercampur aduk dan sebagainya, benih tidak sah kita akui tapi punca yang besar juga ini adalah pada kaedah penanaman padi ini yang saya sebutkan. Jadi, insyallah kerajaan tidak akan ini, kita akan terus bantu termasuklah insentif yang dibangkitkan oleh Sungai Burong. Kita akan laksanakan memang ada permohonan daripada Barat Laut, IADA Barat Laut untuk mengangkat cadangan pemberian RM100 per metrik tan bagi setiap kenaikan hasil untuk keseluruhan 80 hektar. Dia ada naik hasil kita bagi, setiap satu metrik tan kita bagi insentif RM100 kenaikan dia. Jadi itu pernah kita buat sebelum ini dan kita ada cadangan itu dan kita akan pertimbangkan untuk dibuat untuk dibawa ke dalam MMKN bagi apa laksanakan ini.

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat saya dalam menerima jawapan daripada Yang Berhormat EXCO dalam soalan tulis, soalan mulut saya baru-baru ini. Antara puncanya ialah kerana petani tidak mengikut SOP dan saya telah pun bangkitkan bahawa rungutan daripada petani bahawa petani ramai tidak dilibat uruskan dalam soal memahami tentang SOP petani sebab apa ini generasi bertukar generasi yang ada ini petani-petani yang baru yang mungkin dari sudut skill mereka, dari sudut kemahiran mereka memerlukan kepada satu khidmat nasihat sedang rungutan mereka saya kata sukar untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai pertanian, sukar untuk mendapatkan khidmat nasihat jadi sebab itu bila Yang Berhormat macam salahkan petani, saya tak kata apa-apa cuma petani marah sekarang ini memang petani marah, sebab masalahnya bukan masalah mereka jadi oleh sebab itu saya kata kalau pendapatan 1 tan, 2 tan dia sudah ada sekarang ini sudah saya bimbang dia ada hala tuju yang lain sekarang ini untuk buat alternatif lain terhadap penanaman padi mereka. Lebih baik dia kata tanam honeydew, tanam apa nama jagung dan sebagainya jadi saya bimbang ini akan mengakibatkan kepada soal bekalan beras negara akan menjadi akan, akan terjejas terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya, kalau betul apa yang dibangkitkan tentang isu pegawai ini kita akan ambil tindakan susulan tapi setakat pengalaman saya mengikuti memang pegawai-pegawai kita komited untuk membantu tapi kita kena faham yang mengusahakan padi ini lebih 9000 orang pesawah ya yang melibatkan kawasan 18 ribu hampir 18 ribu hektar jadi tentulah proses itu akan makan masa tapi kita akan tingkatkan saya berikan berikan jaminan kepada Yang Berhormat untuk kita tingkatkan usaha-usaha bimbingan dan juga kursus latihan bagi pesawah-pesawah kita termasuk juga pengenalan kaedah-kaedah moden. Saya pernah melihat bagaimana mereka ini lebih awal penggunaan drone dan sebagainya mereka lebih awal. Ketika saya jadi EXCO 2018 mereka telah 3 tahun sebelum itu dah pakai drone makna mereka sangat maju ke hadapan di Simpang Lima itu saya pergi memang dah pakai drone masa itu. Jadi kita dah tingkatkan sekarang pun saya dapat tahu memang usaha-usaha penggunaan kaedah moden dalam sawah ini padi ini telah pun bertambah dan makin meluas. Kita akan bagi kursus dan bimbingan yang sesuai terutama dalam mendapatkan myGAP bila dapat certification myGAP itu insyallah

patuh kepada kaedah myGAP saya berkeyakinan hasil padi akan boleh ditingkatkan kerajaan akan beri sokongan dari segi kursus, bimbingan, bantuan dan sebagainya di bawah apa ini skim, skim baja padi Kerajaan Persekutuan pun turut dilihat bersekali. Kita akui memang ada lagi benda-benda perkara kita yang perlu kita betulkan kecukupan benih dan sebagainya perlu kita tingkatkan. Itu saya akui dan sebagai kita ambil pandangan Yang Berhormat Sabak tadi untuk kita tingkatkan bimbingan dan kursus sebagainya. Tapi itu lah kita kehilangan hampir 2000 hektar disebabkan mereka yang beralih kepada tanaman, ada yang buat homestay dan sebagainya jadi kita cuba nanti yakinkan mereka sebab saya tak nak, kita pun tak boleh nak enforce sebab kita tau mereka tanam rugi, tanam rugi jadi tentulah dia akan cari kaedah lain jadi kita akan cuba yakinkan dengan kaedah penanaman padi ini dapat meningkatkan hasil mereka akan cuba kembali untuk menanam padi yang kita dan saya cakap ber..berbual dengan Timbalan, Menteri pun Selangor tidak ada kemampuan untuk nak buka kawasan baru tapi kita boleh berusaha untuk naikkan hasil kepada daripada sekarang ini dalam sekitar 4, 4 tan satu hektar kita pernah mencapai 7-8 tan 1 hektar jadi kita boleh naikkan dengan kaedah-kaedah pertanian yang sesuai dan moden dan juga dengan kursus dan bimbingan itu yang, yang kita akan usahakan.

Cuma saya nak tanya sikit tentang cadangan untuk selesai masalah air ini, kolam takungan yang baru untuk itu bila akan dimulakan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Peruntukan bagi tanggungjawab ini memang di bawah Iada lah Kerajaan Persekutuan kita tidak berkemampuan sebenarnya kita dah buat kajian kos untuk perbetulkan palung dan juga sistem saliran tanah jerlus dan juga penyediaan kolam ini dia boleh mencecah sehingga RM400-RM500 juta untuk dibina. Saya baru ini pun saya ada cakap juga kalau Kedah boleh dapat sehingga RM3 bilion untuk pembaikan sistem saliran di MADA kenapa di Selangor tidak boleh kalau setengah bilion sekurang-kurangnya untuk kita betulkan balik sistem saliran untuk pengairan kita dan juga termasuk kolam. Jadi perkara ini kita telah bincang dan kita telah buat secara rasmi untuk dapatkan peruntukan bagi kita memulakan kerja-kerja bagi bukan sahaja kolam, kolam takungan kita perlukan sebab air itu daripada Kuala Selangor bila air tu sampai ke Sabak Bernam dia dah kekurangan air jadi kita nak buat pula padi 5 kali 2 tahun memang tak cukup air, kita tidak ada kemampuan untuk kita nak laksanakan. Jadi ini antara perkara yang antara wish list kita atau pun cadangan kita untuk kita dapatkan tapi pembaikan-pembaikan biasa ini kita memang ada untuk betulkan palung yang pecah itu dan sebagainya dan memang kita buat jalan seperti biasa tetapi kita perlukan satu kolam yang baru, kolam takungan yang batu untuk sistem pengairan bagi padi kita dan juga pam yang baru dan sebagainya kalau setakat kita nak maintain kita dah lama jadi menyebabkan banyak masalah dan sebagainya.

Jadi, tentang isu yang dibangkitkan tentang bantuan Kerajaan Negeri untuk mendatangkan hasil padi pada tahun lepas memang kita sebenarnya menggunakan

senarai nama daripada kerajaan daripada Kementerian Pertanian iaitu di bawah SBPKP iaitu Skim Bantuan Padi dia ada senarai nama-nama mereka layak. Jadi kita telah berikan RM500 setiap hektar RM300 dalam bentuk cash, RM200 lagi dalam bentuk benih padi untuk musim ini tahun ini kepada setiap hektar. Kita telah buat, itu peruntukan negeri yang kita telah pun buat melalui Agro Bank dan memang betullah ada yang salah dalam proses itu ada yang meninggal, tidak di senarai, tidak dibetulkan dan itu kita telah tindak mengambil langkah-langkah kerjasama juga daripada Pertubuhan Peladang dan sebagainya dan ada yang ada jual tanah dan sebagainya untuk kita kemaskan sistem itu untuk diperbetulkan. Jadi, kalau ada lagi aduan-aduan yang mana yang tidak menerima dan sebagainya boleh majukan kepada saya, pejabat saya untuk kita ataupun pejabat IADA ataupun melalui pejabat pertanian untuk kita betulkan.

Tentang Ketua Blok ni saya setujulah. Saya selama ini pun memang walaupun bawah JPS dia mendapat kelulusan daripada saya untuk melantik. Saya lihat kaedah pelantikan pun ada aduan saya terima, ada yang tak layak untuk jadi Ketua Blok ni pun dilantik dan sebagainya. Saya akan kaji betul-betul kali ini, tengok pastikan betul-betul mereka layak untuk memegang Ketua Blok Pertanian ini dan juga yang RM100 tu pun saya akan kaji insya-Allah. Kita rasa bolehlah naikkan sikit nanti saya akan minta daripada MMKN untuk bagi kenaikan bagi ketua-ketua blok ini RM100 jadi nampak terlalu rendah sangatlah bagi mereka menjalankan tugas mereka jadi kita akan cadangkan untuk dinaikkan, insya-Allah ya. Saya akan pergi kepada isu berkaitan dengan bekalan air. Bekalan air saya menerima..

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang mencelah. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya rasa masa perbahasan saya ada menyentuh tentang kawasan di utara ni kita terlalu banyak menumpukan tanam padi untuk benih sahaja. Sedangkan untuk Negeri Selangor sahaja kita hanya memerlukan sekitar 2000 hektar ataupun 10% untuk benih Selangor sahaja dan boleh fokus pada beras dan ia berkaitan dengan benih. Baru ni Sabtu Ahad balik, sempat tanya petani-petani isu yang sama dibangkitkan berlaku musim lepas apabila khususnya PPK lah mengambil wang dulu daripada petani. Tarikh sepatutnya 2 haribulan 3 kami boleh menabur dan dilanjutkan oleh kerana benih tak ada dan ada juga yang ditukar benih. Itu yang menjadikan petani kawasan sana jadi kelam-kabut. Tarikh dah dikeluar, tapi benih tak dapat dan tak boleh beli benih sebab duit dah diambil dulu. Respon.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Itu yang saya sebut tadi punca kita macam saya sebutkan bahawa daripada pengeluaran kita 45% adalah digunakan untuk benih dan 55% adalah untuk keperluan apa ni untuk makanan ya. Tapi sebenarnya benih ini Selangor antara pengeluar benih yang berkualiti tinggi ya. Itu kehebatan dan kebanyakan itu macam kalau kawasan Sekinchan kalau kita tengok boleh kata majoritinya adalah menanam untuk benih. Jadi dan dia mendapat nilai yang tinggi sebab tu petani suka menanam benih padi untuk benih kerana mereka mendapat hasil yang lebih tinggi. Cuma kaedah tu kadang-kadang dia very strict dia

agak-agak ketat sikit dia punya SOP dia tu agak ketat sikit untuk penanaman dan kita sebenarnya memang menghadapi masalah benih. Ada dua aspek benih: pertama benih dari segi variety, satu lagi dari segi amaun, jumlah dia. Kalau untuk Selangor mungkin okay, tapi kalau bila melibatkan luar daripada Selangor, sebab kita ni dianggap jelapang, antara jelapang padi. Maka kita menghadapi masalah sebenarnya. Jadi pengurusan ini lebih kepada pengurusan sebenarnya. Dan saya telah sebut kepada Menteri dan juga kepada IADA supaya memastikan benda ini tidak berlaku. Macam saya sebut tadi berulang kali dalam Dewan ini, antara perkara yang kita kena jaga ialah benih ini contohnya kalau satu blok tu lebih kurang 50 lot ya, satu blok, dan kalau dalam satu blok tu kalau nak tanam 297, MR 297 semua kena tanam MR 297. Kalau kita tanam padi yang lain, berbeza, dia akan melibatkan masalah tuaian yang tak sama tempoh dia dan sebagainya. Jadi ini masalah kadang-kadang dia nak beli tak ada benih itu. Jadi saya dah maklumkan dah minta kerjasama daripada IADA dan juga Kementerian sebab banyak urusan padi ni di buat dekat Kementerian . Jadi supaya pastikan benda ni berlaku dengan baik supaya kita dapat hasil yang baik. Ini antara perkara yang menyumbang benda-benda dan padi, macam saya sebut sebelum ini dalam Dewan juga. Macam isu benda kecil seperti mesin tuaian. Kenapa kita pakai mesin tuaian Holland yang hampir 20% kita hilang padi 20%. Kalau kita pakai yang kecil Kubota ni dalam kurang 10% berapa banyak kita save padi tu. Yang tumpah ke sawah, benda-benda asas macam ni kita kena buat perubahan dan kita memang akan beli. Kita dah memang dalam perolehan untuk nak beli Kubota untuk kita serahkan kepada Jabatan Pertanian untuk digunakan oleh petani, pesawah kita. Jadi benda-benda macam ni kita kena laksanakan untuk kita pastikan supaya padi kita selain daripada kaedah penanaman juga benda-benda lain kita kena tengok the whole system, termasuk benih dan sebagainya. Kita ni agak ketinggalan dalam-dalam aspek semua ni. Benih dan juga… jadi kita kena baikilah dan kita membantu negeri dan memberikan sokongan kepada kerajaan Pusat dan juga kepada IADA untuk memastikan sawah kita akan terpelihara dan dijaga untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan kalau dapat hasil lebih baik, keuntungan juga kepada sawah kita. Ini yang kita tak mahu dia tukar tanam sayur pulak nanti. Saya tengok yang tanam sayur tu banyak Bangla pulak. Saya melawat 2-3 kali Bangla yang tanam sayur ni. Untuk isu bekalan air yang dibangkitkan

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Ladang cendawan ada tak di bawah pertanian?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ada, nanti saya akan tengok jawapan nanti ya. Ada dibentangkan suruh saya jawablah bagi pihak EXCO usahawanan. Nanti saya jawabkan ya. Cuma biar saya pergi kepada air dulu, nanti di hujung nanti. Dan Bukit Melawati, Bukit Melawati ada kan? Tandas, tak apa satgi dia datang saya jawab. Berkaitan dengan gangguan bekalan air yang telah dibangkitkan oleh Selat Kelang, baru-baru ini di Masjid Darul Iman Kg Delek, Selat Kelang, Air Selangor telah menerima aduan berhubung dengan gangguan bekalan air terputus tu dah selesaikan didapati punca gangguan itu adalah masalah perpaipan dalaman masjid, yang bukan

di bawah skop Air Selangor di mana penapis air yang dipasang oleh pihak masjid didapati tersumbat. Jadi kadang-kadang dia ingat Air Selangor sebenarnya di bawah masjid. Telahpun dimaklumkan kepada masjid serta bekalan air pada Tarikh tersebut diadakan pada 27 Januari 2024 juga menunjukkan normal, kita buat siasatan di kawasan itu memang tekanannya normal. Jadi maknanya itu adalah isu dalaman dan didapati penapis masjid tersumbat.

Seterusnya dengan daripada Sungai Kandis ada bertanyakan mengenai isu tekanan rendah dan keupayaan untuk mencapai 300km jadi saya dalam masa setahun saya akui memang kita rancang dulu 150km pun kadang-kadang kita tak sampai. Perancangan dibuat, pelaksanaan itu satu masalah dan saya sebutkan sebelum ini dalam Dewan, memang kesukaran kita untuk menyiapkan jajaran-jajaran kita ini melalui kawasan-kawasan yang padat, kadang-kadang menyebabkan banyak gangguan dan tergendala, banyak projek disebabkan oleh masalah jajaran atau pelaksanaan pemasangan paip ini.

Untuk Sungai Kandis, bahawa daripada kawasan perumahan Taman Sentosa, Taman Andalas, Jalan Kebun, Kampung Lombong, Berjaya Park dan Sungai Kandis telah mengalami masalah tekanan air rendah kerana mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi pada 71 ribu per satu akaun. Sistem agihan sedia ada ini telah mengalami penambahan permintaan bekalan air yang tinggi dan mengakibatkan penurunan tekanan air kebolehagihan air ke kawasan-kawasan perumahan yang terlibat. Bagi menangani isu ini Air Selangor telah merancang satu mitigasi jangka pendek dan juga jangka panjang bagi penyelesaian kepada isu ini. Pertama, Langkah pertama ialah rehabilitasi kolam dan rumah pam Taman Desa Latania. Ini antara langkah awal. Dalam proses reka bentuk pihak perunding dan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025 ya ni dalam teknikal stage untuk pastikan kalau kolam ini dia akan banyak membantu dari segi mengawal tekanan air nanti. Tekanan air dijangka akan meningkat lebih baik dengan penyerapan dan pengoperasian sistem bekalan air Taman Desa Latania melalui pembekalan air secara graviti dari tangki air Menara Taman Desa Latania ni. Langkah kedua ialah menaiktaraf sistem agihan di kawasan tekanan rendah di wilayah Klang Kampung Lombong. Ini melibatkan paip keseluruhan yang dipasang sepanjang 2.3km dan bersaiz 400mm. Ini high pressure pipe yang telah mula dipasang pada 15 November 2021 dan telah siap pada 29 Disember 2023. Keseluruhan kos projek ini adalah bernilai RM2.4 juta. Projek ini dijangka akan meningkatkan tekanan di kawasan Kampung Lombong, Jalan Kebun dan Berjaya Park melalui penambahan sumber bekalan daripada loji air Semenyih. Pada masa ini kerja-kerja penyambungan sedang berjalan dan sumber bekalan alternatif daripada loji Air Semenyih dijangka dapat diaktifkan pada pertengahan tahun ini. Ini dah siap cuma dalam proses untuk commissioning. Langkah ketiga adalah pembangunan Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 1. Air Selangor sedang membangunkan Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 1 merangkumi loji rawatan air yang baharu kapasiti 2 juta ini memang yang sedang dibina sekarang. Sistem agihan ini akan menyalurkan bekalan air ke kolam air Bukit Lipat Kajang paras tinggi dan sebahagian besar

kawasan Klang termasuk Shah Alam. Jadi ini akan siap pada Disember 2025. Ini akan membantu lagilah untuk memperkemaskan lagi bekalan air di kawasan Sungai Kandis, di DUN Sungai Kandis ini. Pemprosesan ini akan diagihkan dari Kolam Air Lipat Kajang beri impak positif terhadap tekanan air di kawasan DUN Sungai Kandis termasuklah di semua tempat yang saya sebutkan. Saya berkeyakinan dengan kerja-kerja penggantian paip-paip lama menerusi program penggantian paip dari 150km ni sebahagiannya akan kita gunakan di kawasan DUN Sungai Kandis. Cuma saya ingin menyebut di sini Langkah-langkah untuk, yang ini akan digunakan kaedah yang baharu sikit ada perubahan.

Saya dibangkitkan juga oleh Hulu Kelang tentang isu kelewatan disebabkan KUSEL dan sebagainya. Jadi saya perlu jelaskan di sini bahawa peranan KUSEL ini bila kita kerajaan Negeri kita setuju untuk menubuhkan KUSEL. Kita melihat kewajaran untuk memastikan penjajaran ataupun pemasangan utility ini dibuat dengan teratur. Dan ia melibatkan kalau dulu kita buat di bawah OSC ini, ataupun OSC (One Stop Centre) OSC ini dulu kita buat untuk menara telekomunikasi untuk memastikan dia diatur dengan baik. Kita mempunyai jajaran berbagai jenis jajaran. Telekomunikasinya berapa. Syarikat yang akan lay fibre. Kita ada Tenaga Nasional dengan kabelnya kita ada paip air, kita ada Gas Malaysia, untuk yang akan menggunakan jajaran. Jadi kalau kita lihat sekarang ni disebabkan pembangunan tidak teratur, dia ditanam merata tempat. Ada sampai bawah rumah orang pun ada. Rumah datang kemudianlah, rumah datang kemudian. Dan kos untuk makluman Ahli Yang Berhormat bila kita membuat penaiktarafan jalan dan sebagainya, kos untuk alih utiliti ini sampai kadang-kadang mencecah 40% daripada kos projek, sangat tinggi. Itu satu, kos, saya bagi contoh di jalan Johan Setia tu kos RM28 juta, RM14 juta kos alih utiliti. Kos jalan tu berapa kilometer je, tapi kos nak alih utiliti jadi dan juga lagi satu ialah dia melambatkan projek nak alih tu. Kadang-kadang makan masa setahun, kadang-kadang 6 bulan untuk kita nak alihkan tu sebab dia memerlukan masa untuk nak alihkan tu terutama kalau high pressure pipe dan sebagainya ini memerlukan masa. Yang satu lagi sebab utama ialah apabila berlaku ialah downtime disebabkan oleh kerosakan kabel ataupun paip disebabkan pihak ketiga buat kerja. Dia tebuk sana, tebuk sini kena paip air. Ini kalau kita lihat kos yang ditanggung oleh pihak utiliti sangat tinggi disebabkan tidak ada satu kaedah nak menentukan. Mana ada kedudukan, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat berpeluang untuk lihat sekali bila dia buka, tepi-tepi jalan kita boleh tengok macam mana, macam spaghetti tu paip ke sini, kabel ke sini, ini ke sini. Kalau tebuk buat kerja lain nak sambung paip mesti kena. Jadi kita memikirkan ni dan perkara ini bukan baru, sebab saya daripada awal dulupun memang dah melawat tahun 90-an lagi dah melawat tempat-tempat di negara-negara yang maju ni di mana mereka menyusun koridor utiliti mereka. Ada yang buat tunnel, ada yang buat trenches disusun elok-elok. Sebelah kiri, kalau kabel TNB dia letak sekali dengan air. Gas dia tak letak sekali. Belah kanan gas, kalau belah kiri ada gas, belah kanan dia letak kabel elektrik dengan telekomunikasi. Tengah-tengah tu kadang-kadang laluan untuk buat kerja. Jadi bila kita buat begitu, bila ada pengalihan utiliti kita hanya perlu korek dan sebagainya. Kalau ada maintenance pun turun je

buat. Jadi benda-benda begini kita rancang dan kita lihat perlu diadakan lama dulu tapi disebabkan takpelah orang kata, kalau dah better late then never, dengan izin, daripada tak buat langsung, kita buat juga tapi memang sukar sebab apa, kebanyakan kawasan kita dah brownfield kawasan yang dah sedia ada. Kawasan-kawasan baru senang kita nak buat, greenfield kita senang buat tapi kita tetap kena buat untuk pastikan cuma kita nak pastikan supaya KUSEL tidak menyebabkan kelewatan dan sebagainya. Ini sebab tu kita telah bincang peringkat-peringkat awal adalah sedikit isu-isu sana sini kita selesaikan dan cari jalan terbaik untuk pastikan bahawa kita dapat sediakan koridor yang baik dalam masa yang sama juga kita menyimpan maklumat mengenai mapping dia, utility mapping (UDM) ini. Itu lagi satu. Saya ingat tahun 90-an masa di Jepun saya melawat, nak masuk kerja dalam PBT itu kena beli dulu drawing menunjukkan kedudukan semasa kabel-kabel yang ada di tempat itu jadi perkara begitu kita kena buat dan mapping ini disimpan oleh KUSEL dan perlu didapatkan saya pernah buat kerja supaya memastikan bila dia buat kerja tidak menyebabkan kerosakan kepada kabel ataupun paip yang lain. Ini yang kita telah laksanakan dan kita rasa ini suatu kewajaran bagi negeri-negeri yang nak maju untuk pastikan supaya jajaran utiliti kita dapat dijaga dengan baik. Jadi sebab itu kerjasama sekarang ini antara Air Selangor untuk memastikan 300 kilometer dapat dibuat. Pertamanya ialah kita nak pastikan kita buat lebih awal sebelum kita award kontrak itu pada kontraktor, dia akan buat pre-visit dulu dengan pihak PBT ataupun JKR (kalau jalan JKR, JKR lah) bersama dengan KUSEL dan juga dengan utiliti berkenaan untuk mengenal pasti jajaran yang mereka nak lalui dan mengenal pasti kaedah-kaedah sama ada perlu buat HDD ke pipe jacking ke dan sebagainya di kawasan yang crossing. Jadi bila dia kenal pasti lebih awal jadi langkah-langkah awal dapat dibuat sebelum di award kepada kontraktor. Ini dah award kontraktor tiba-tiba didapati oh ada masalah. Ini yang menyebabkan delay selalu kepada kerja-kerja untuk pengorekan bagi penanaman ataupun paip dan sebaginya.

Timbalan Speaker

Dusun Tua bangun.

Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya.

Saya nak minta sikit pencerahan tentang isu penggantian paip ni. Saya pun ada bangkitkan waktu perbahasan tempoh hari. Saya dapat lihat penggantian di Dusun Tua 2.5km sekarang dah korek 650 meter. Saya dapat lihat kecuaiannya lebih banyak kepada kontraktor konsesi dan bila meeting dengan JKR saya pun request supaya buat kerja malam fasal di Dusun Tua ni teruk sangat jammed nya. So, dah kerja malam, pagi dia punya resurface balik premix ni tiga hari lepas ada accident, patah. Seminggu sekali mesti ada accident motosikal. Cukup kesian. Jadi dah, saya di faham JKR dah stop work order. Jadi kita pun tak menghalang untuk mengganti paip ni cuma pelantikan

kontraktor ni yang lebih mementingkan keutamaan keselamatan jalan raya. Tanggungjawablah.

Timbalan Speaker

apa ni. Sekejap ya. Saya nak membawa usul daripada oleh wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menyambung Persidangan pada hari ini ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6 petang.

Tuan Speaker, saya menyokong.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan tidak.

Usul dipersetujui.

Terima kasih. Boleh teruskan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita ada lagi dua (Yang Berhormat Kinrara lepas tu Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar). Insya-Allah tak ada masalah. Boleh. Saya amat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dusun Tua tadi bahawa memang inilah punca dia. Sebab itu sekarang ni jalan-jalan pihak PBT dan JKR dia tak benarkan open cut. Open cut inilah bila kita open cut, kita buka (terbuka) begitu. Bila kita temporary tutup pun dia akan settle dan menyebabkan banyak kes-kes kemalangan. Sebab tu, tapi bila kita kenakan syarat HDD (Directional Drilling) ataupun pipe jacking kontraktor melompat atau pihak utiliti akan melompat. Sebab apa? Kos yang sangat tinggi. Jadi inilah perkara-perkara yang kita bincang. Sebab tu cadangan saya pada KUSEL ialah supaya kita kenal pasti laluan-laluan yang sesuai, kita buat crossing siap-siap.

Yang Berhormat, saya rasa kontraktor kalau pakai HDD dia tak melompat. Dia suka.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sukalah. Dia suka sebab apa, yang tak suka tu pihak utiliti tu lah yang kena bayar. Kontraktor dia suka sebab dia kos yang sangat tinggi. Sebab tu dalam keadaan tertentu yang sekarang ni kita akan menangan tapi kita tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan korekan. Sebab tampalan selepas itu tidak dapat memenuhi kualiti jalan sebagaimana yang kita nak bila kita buat resurfacing. So untuk kes yang melibatkan KUSEL tadi saya sebut, kita akan mengambil langkah. Ya, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, saya nak minta penjelasanlah. Sebab berdasarkan statistik yang telah saya cerakinkan dalam perbahasan saya, total pipes replace for the last three years (dengan izin) tidak pun mencapai sasaran 150 kilometer. Pada tahun 2020 ianya mencapai 85.6 kilometer, 2021 (96.8 kilometer) dan 2022 (65.53 kilometer). Jadi persoalan saya, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri bahawa 300 kilometer ni boleh dicapai untuk tahun 2024? Kerana rekod membuktikan sebaliknya. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Itu yang saya sebutkan tadi. Awal-awal saya dah bagi tahu. Tidak ada apa yang nak disembunyikan. Memang itu hasrat kita begitu. Kadang-kadang hasrat/niat lain tapi action dia jadi lain. Itu sebabkan kekangan-kekangan tertentu. Faham-faham jelah ya. Jadi kita memang kita merancang. Insya-Allah kita niat baik. Nak buat 300 kilometer nak ganti. Tapi kadang-kadang bila kekangan yang banyak disebabkan oleh pelaksanaan kadang-kadang dia jadi tak sampai 300 kilometer tu. Ini yang antara kaedah yang kita fikir bagaimana kita nak buat. Antara yang kita lihat ialah macam contoh saya bagi tahu tadi ialah kita akan buat langkah proaktif. Contoh yang pertama (pertukaran daripada kaedah yang sebelum ini) ialah kita buat permit korekan lebih awal. Kita tidak hanya lulus bila dah dapat kontraktor baru isu permit. Tidak. Kita akan guna (apa nama ini) nama utiliti itu sendiri Air Selangor contohnya atas nama dia untuk kita dapatkan permit. Kita apply atas nama ini. Biasa kita apply atas kontraktor. Kita apply atas nama dia supaya kita boleh buat lawatan bersama dan kenal pasti jajaran itu. Kalau jajaran dia 2-3 kilometer, kita pergi 2-3 kilometer itu bersama KUSEL tengok kat mana punca yang boleh menyebabkan halangan sebelum kita keluarkan kontrak. Jadi ini akan banyak membantu supaya mengelakkan. Sebab bila kita lantik kontraktor, tiba-tiba dia ada masalah. Nak ganti kontraktor ni (itu lagi enam bulan pun belum tentu selesai). The moment kita lantik kontraktor terikat dengan kontrak, nak terminate dia (ha ni lagi satu masalah yang besar). ini yang antara kaedah-kaedah yang kita telah fikir dan juga kita akan cuba mempercepatkan penyiapan pelan ukur, pengesanan UDN utiliti dan juga GPR (Ground Penetrating Radar). Kita akan tengok supaya dipercepat dan disingkatkan masa untuk memberikan ruang. Sebab kalau 150 kilometer pun kita fikirkan tak boleh capai, ini 300 kilometer tau. Sekali ganda. Jadi saya bagi tahu pada Air Selangor

baru-baru ini, saya nak tengok kaedah ini. Dia dah bagi. Saya nak kita akan perhati. Dan kalau ada penambahbaikan lain, kita kena buat. Dan kita nak capai 300 kilometer itu. Itu yang kita telah rancang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi

Timbalan Speaker

Hulu Kelang bangun

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat sendiri (kalau boleh saya gunakan istilah kurang yakin) kita boleh capai 300 kilometer. Persoalan seterusnya ialah mengapa angka ini telah diberikan dan dimuatkan dalam titah ucapan tuanku sultan ketika merasmikan Dewan Negeri Selangor? Kerana titah tuanku itu berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh Kerajaan Negeri tentang dasar-dasar Kerajaan Negeri yang akan dilaksanakan bagi tahun yang berkenaan. Itulah amalan yang berlaku di England apabila titah queen ataupun sekarang titah raja (king). Beberapa maklumat itu diberikan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan dasar-dasar dan manifesto Kerajaan Negeri yang akan dilaksanakan bagi tahun yang berkenaan. Jadi kalau Kerajaan Negeri merasakan 150 kilometer itu satu angka yang reasonable untuk dicapai walaupun tidak dicapai untuk tiga tahun berturut-turut, mengapa ada sasaran dua kali ganda daripada apa yang dibuat sebelum ini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang di atas keprihatinan. Saya bercerita ni pengalaman sebelum ini yang boleh tengok kaedah yang kita gunakan sebelum ini. Memang saya rasa memang sukar untuk dicapai dan terbukti memang tak capai. Tapi kita dah buat penambahbaikan. Ada enam langkah penambahbaikan yang disenaraikan di sini yang telah kita kenal pasti untuk memastikan kita boleh. Bagi saya Yang Berhormat, saya yakin (sebagai seorang jurutera dan juga pernah jadi kontraktor) 500 kilometer pun boleh buat. Tapi kaedah dia kena drastiklah. Perubahan-perubahan yang kita kena buat. Yang ni memang ada cadangan ni dan saya berkeyakinan dengan kaedah yang dibentangkan (perubahan ini), kita boleh capai 300 kilometer itu. Insya-Allah. Ini saya cerita tadi yang sebelum ini. Jadi kalau dengan kaedah ini (dengan enam langkah ini), saya berkeyakinan kita boleh buat dan kita akan pastikan dibuat. Sebab kita ada lagi lebih kurang 5,000 lah. Bukan 6,000 lagi. Kita dah ada sekitar 5,000 lagi isi paip yang perlu kita ganti. Kalau kita nak tunggu 300 ni pun mengambil masa yang panjang. Tapi kita berkeyakinan kalau kita pilih tempat-tempat yang strategik yang mana yang begitu banyak masalah kepada penduduk, kita yakin kita boleh kurangkan isu-isu berkaitan dengan gangguan bekalan air ataupun tekanan rendah dan sebagainya. Insya-Allah. Ya?

Yang Berhormat, saya masih lagi tak mendapat jawapan terhadap stop order pengorekan ini. Kalau boleh juga saya nak menambah mencadangkan (saya tak pasti pelantikan kontraktor ini ada tak wujud

insurans?) pasal saya bagi tahu tentang kemalangan motosikal tadi tu, banyak sangat berlaku. Jadi kalau boleh dikenakan insurans pasal bila Yang Berhormat bagi tahu tadi bila dah buat trenching bila pengorek lepas tu settle, benda mendak. Jadi motor ni selalu accident. Boleh tak wujudkan satu insurans terhadap kontraktor yang bertanggungjawab ini supaya dapat mengganti ataupun untuk perubatan mereka yang accident ini? Banyak kes ini berlaku.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kalau pengalaman sayalah dalam mengurus kontraktor ni biasa dia workman nya insurans dia adalah untuk staff dia dan sebagainya memang ada insurans. Tapi untuk public liability memang tidak ada. Setakat yang saya tahulah. Mungkin saya akan semak balik. Tapi macam saya sebut tadi, dari segi sebab itu saya menekankan juga aspek TMP ini (Traffic Management Plan) ini sangat penting. Kadang-kadang kita dah malam-malam kita jalan, dia lampu tu antara nyala tak nyala, kelip tak kelip. Kita kadang-kadang macam tak nampak. Sebab tu di bawah KUSEL kita dah tetapkan supaya guna kaedah untuk (apa nama ni) bantuan untuk Traffic Management Plan ini dibuat dengan baik supaya menjaga keselamatan semua dalam keadaan gelap, dalam hujan dan sebagainya kita tidak nampak. Dan juga bertanggungjawab juga sebenarnya kaedah daripada kontraktor ini dipantau oleh jurutera yang berkait di bawah pihak utiliti untuk memastikan dia mematuhi. Kalaupun kerja sementara penutupan pun dia kena pastikan ia tidak menyebabkan bahaya kepada pengguna. Ini kita akan enforce lah kepada kontraktor. Saya rasa bukan masalah kontraktor ni tak buat kerja. Dia masalah dia leka ataupun lalai dari segi melaksanakan kaedah-kaedah keselamatan bagi pengguna-pengguna jalan raya. Ini yang kita akan tingkatkan ya. Seterusnya daripada Permatang. Saya nak jawab sikit mengenai

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Yang Berhormat EXCO belum jawab lagi Bukit Melawati tadi.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Nanti kejap. Saya tengok. Ada. Satu satu ya. Ini sampai pukul 7 pun tak tahu boleh habis ke tak. Ramai tak ada. Saya tak payahlah. Mana ada.

Timbalan Speaker

Ada yang bangun lagi tu.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

ha?

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Yang Berhormat EXCO. Sungai Kandis ambil maklum semua yang Yang Berhormat EXCO bentangkan tadi. Dan saya tidak mahu mempertikaikan apa-apa tetapi saya harap apa yang dirancang tu berjalan lancar dan kita akan bangkitkan kembali sekiranya tidak ada ataupun perjalanan terlalu perlahan yang mana akan menyukarkan balik penduduk di kawasan saya. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Sungai Kandis. Insya-Allah kita akan pastikan pantauan ya. Daripada Bukit Melawati yang bertanya mengenai tekanan air rendah di Bukit Kuching dan penyediaan tanker di Bukit Melawati. Untuk makluman bahawa Kampung Bukit Kuching mendapat bekalan air dari Kolam Imbangan Bukit Mayong Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1. Kampung Bukit Kuching pula terletak di Mukim Jeram yang berdekatan dengan Kampung Bukit Kuching Tengah, Kampung Bukit Cherakah dan Kampung Parit Mahang serta satu taman perumahan iaitu Taman Desa Mahang. Lokasi Kampung Bukit Kuching terletak di hujung sistem agihan kolam. Dia ada hujung Kolam Imbangan Bukit Mayong. Permintaan tinggi di kawasan berkenaan menyebabkan sebagai punca isu tekanan rendah sebab dia berada di hujung pada sistem. Jadi hasil siasatan di kawasan tersebut mendapati banyak rumah-rumah lot yang dibina tanpa perancangan. Sistem agihan air telah diambil, dibuat dan jauh dari paip utama yang menyebabkan pengguna terpaksa mengguna paip saiz kecil dan dipasang jauh dari rumah. Ok, jadi untuk cadangan yang jangka pendek. Cadangan jangka pendek bagi mengatasi ini Air Selangor mencadangkan kepada penduduk yang terkesan untuk menyediakan, dia orang ni yang jauh-jauh ni kena ada tangki simpanan ya. Itu cadangan kita pada ni ya. Perkara yang pertama. Supaya kita dapat gangguan minimum untuk memantau paip imbangan Bukit Mayong ini. Cadangan seterusnya ialah kita akan memasang paip baru yang bermula dari Kolam Puncak Alam untuk disalurkan ke Kampung Bukit Kuching, Bukit Hijau yang mana sumber bekalannya adalah loji sungai Selangor Fasa Dua ya. Yang ada sekarang ini ya. Kita akan buat pemasangan paip baru daripada Kolam Puncak Alam. Pemasangan paip baru tersebut akan dapat membantu memberi bekalan yang lebih baik untuk Bukit Kuhcing dan kawasan-kawasan sekitar. Selain itu Loji Skim Air Loji Langat Dua yang semalam saya kupas, semalam yang saya sebut yang beroperasi pada suku pertama tahun ini dijangka dapat membantu menstabilkan paras Kolam Imbangan Bukit Mayong tadi yang kita telah selesaikan isu piping itu ya. Itu pun berperingkat-peringkat dan saya rasa by April nanti kita dah lengkap untuk sampai ke Kolam Imbangan Bukit Mayong ya. Untuk makluman Air Selangor mempunyai lima lori tangkilah yang sentiasa standby. Ada lima lori tangki yang bersedia 24 jam untuk digerakkan ke tempat yang memerlukan jika berlaku gangguan. Jadi Yang Berhormat boleh menghubungi Air Selangor jika ada keperluan segera untuk dari segi air. Di kawasan Bukit Melawati ada lima tanker dia. Namun sekiranya berlaku bekalan yang lebih besar, Air Selangor ada menyediakan 96 lori tangki yang boleh digerakkan ke kawasan tersebut. Jadi kita ada keperluan. Tapi dalam masa yang biasa dia ada lima tangki di sekitar Bukit Melawati yang boleh digerakkan jika ada keperluan. Untuk Sungai Pelek, bagi soalan berhubung dengan Status Jalan B48 ya, Mohon Disiapkan Segera. Projek dimaksudkan ialah Projek Menaik Taraf Jalan B48 dari Simpang 3 Jenderam ke Pekan Sepang lama. Iaitu ini fasa tiga. Ini adalah projek ini menghadapi masalah kontraktor sakit. Projek sakit. Kontraktor yang sakit projek tu tak sakit. Jadi notis penamatan pengambilan kontraktor projek ini telah dikeluarkan pada 15 Ogos. Tender semula telah dibuat pada 4 Oktober 2023, penilaian tender telah selesai dan pembentangan kepada Lembaga Perolehan telah berjaya dilaksanakan pada 9 Februari baru ini,

2024. Jadi makna dia dah kita tengah tunggu jangkaan surat setuju terima SST serta tarikh masuk tapak adalah pada pertengahan bulan Mac. Pertengahan bulan ini dia akan masuk semula untuk menyambung kerja-kerja untuk disiapkan. Jadi skop kerja utama ialah merangkumi kerja pembinaan struktur institute box calvert, pedestrian bridge dan juga kerja-kerja turapan jalan, sistem perparitan dan juga pemasangan new jersey barrier lah, NJB. Yang itu akan mula pada pertengahan Mac nanti untuk sambung ya.

Seterusnya daripada Bandar Baru Klang yang bertanyakan mengenai pelebaran jalan Sungai Puluh dan pemasangan lampu solar. Jalan Sungai Puluh telah disyaratkan kepada pemaju SimeDarby untuk naik taraf dan dijangka akan bermula pada pertengahan tahun 2024. Skop kerja menaik taraf melibatkan naik taraf dua lorong kepada empat lorong sepanjang 2.8 kilometer berserta pemasangan lampu isyarat di pemasangan tambah baik. Lampu jalan yang sedia ada di Sungai Puluh adalah mencukupi untuk pencahayaan namun disebabkan tidak berfungsi disebabkan faktor kabel yang terlalu uzur dan nanti mungkin Yang Berhormat mungkin kita boleh mohon untuk letak sementara lampu tiang merah solar itu ya sementara kita nak selesaikan isu-isu untuk tahun ini boleh buat permohonan ya. Jadi penambahbaikan itu kita akan juga laksanakan tapi dalam masa sementara boleh digunakan. Seterusnya yang selagi Bukit Melawati berhubung dengan persimpangan Jalan Teluk Piah yang memerlukan lampu isyarat dan juga untuk penyelesaian jangka pendek. JKR daerah Kuala Selangor akan memohon separuh daripada peruntukkan lampu jalan yang diluluskan pada tahun 2024 ini untuk digunakan bagi menaik taraf lampu isyarat tersebut atas keperluan mendesak. Walau bagaimanapun bagi penyelesaian jangka panjang skop pembinaan lampu isyarat di persimpangan Jalan Teluk Piah akan dimasukkan di bawah Projek Menaik Taraf Jalan Di Simpang Empat Persimpangan Jalan Kereta Api Lama, Jalan Teluk Piah Kanan dan Jalan Rawang B27 ini akan disediakan di bawah peruntukkan bagi penaiktarafan persimpangan ini dengan lampu isyarat sekali. Pelantikan perunding dijangka akan bermula pada penggal ketiga tahun ini 24 untuk di sementara kita akan ambilkan peruntukkan sedia ada itu untuk kita letakkan lampu isyarat dulu ya di situ. Yang ni untuk jangka panjang nanti kita akan masuk projek untuk tahun depan la ya. Tahun ini untuk perunding..

Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Nanti jap lagi satu. Bagi saya habiskan yang ini. Untuk cadangan menambah lampu Jalan-Jalan Persekutuan. Yang ini permohonan ini Jalan Persekutuan ya. FT54 ini Jalan Persekutuan jadi kita mohonlah kepada Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Ibu Pejabat. Tapi kalau kata gelap sangat nanti kena guna juga la lampu tiang merah tulah sementara. Lampu Jalan Persekutuan pun kita letak juga, di Kuala Langat pun kita letak sebab terlalu serius keadaan. Gelap kalau kita tunggu nanti takut lambat. Nanti boleh buat permohonan ya.

Sedikit mencelah. Saya minta sangat jalan yang dekat. Dekat mana ya? Dekat area Sungai Buloh tu sudah setahun lebih dah dia memang saya tak tahulah sebab apa. Itu Jalan Persekutuan, Yang Berhormat tapi kalau boleh kita awarelah letak lampu merah. Fasal complaint tu dia terlalu banyak sangat dekat satu kilometer, kalo kata macam mana ni dia kata? Saya sampaikan kepada Yang Berhormat EXCO. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya nak bagi pandangan umum tentang isu-isu jalan dan juga persekutuan ini. Saya dah banyak kali dah berjumpa dengan Ketua Pengarah JKR Malaysia yang sebelum ini yang dua sebelum ini. Saya dah jumpa Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan Menteri pun saya dah sebut perkara ini. Saya kata kenapa pengurusan penyelenggaraan Jalan Persekutuan ini tidak dibuat macam MARRIS? Dia kalau perlu pinda akta pindalah, dia kata tak boleh Yang Berhormat. Tak cukup duit kita. Tak ada kemampuan kita nak buat Jalan Persekutuan, kita tak ada kemampuan. Jadi bermakna setiap kali keperluan Jalan Persekutuan di negeri Selangor ini kita kena JKR, Selangor kena buat permohonan kepada JKR Malaysia dan biasanya minta memang bajet sangat limited. Sangat terhad. Itu cerita Road Care tadi tu. Dia terhad sangat kemampuan dia, kalau kita minta pun nanti kita akan dapat sebahagian bajet kita. Jadi sebab itu kita menghadapi masalah dalam menguruskan jalan-jalan yang federal di negeri Selangor yang itu kita usahakan. Tempat mana yang kita boleh bantu kita bantu kalau dah serius sangat tapi kita memerlukan dana daripada kerajaan pusat kerajaan persekutuan untuk kita selesaikan penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan di negeri Selangor. Saya pun pernah cadangkan yang mana tak berupa kesesuaian untuk jadi jalan persekutuan, kita digazet balik, nyah warta tukar kepada jalan negeri. Yang itu pun dia kata tak boleh. Saya pun tak faham. Kita cari jalanlah macam mana ya.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Minta izin.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang bangun.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Minta izin.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya ambil perhatian yang dibangkitkan oleh Paya Jaras tadi ya. Isu ya.

Speaker

Sungai Panjang.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

YB EXCO bekenaan dengan simpang Teluk Piah ini, boleh tak saya dapatkan komitmen daripada kerajaan kerana simpang ini kerap berlaku kemalangan boleh dikatakan dua hari sekali berlaku kemalangan. Jadi saya risau bila dalam bulan Ramadhan ini masing-masing dengan apa ni. Dengan keadaan yang memuncak waktu balik kerja ni mungkin kerap akan berlaku kemalangan. Jadi saya nak komitmen kerajaan negeri untuk pelaksanaan lampu

isyarat ni bila boleh? Jadi saya boleh bagi tahu dengan kepada yang complaint-complaint ini. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Itu yang saya sebut tadi kita akan gunakan bajet sebahagian bajet tahun ini di mana bajet dah ada. Sekarang kita pelaksanaan sahaja untuk kita laksanakan di persimpangan yang dimaksudkan insya-Allah ya. Sabar jap ya.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Laluan. Celahan. Ok. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berkenaan jalan persekutuan juga saya timbulkan mungkin tak dapat jelas saya baca dalam 30 saat hari itu. Jadi saya mohon kerajaan negeri supaya boleh berbincang jalan persekutuan yang tidak diserahkan lagi kepada JKR daerah sebab dia jadi masalah untuk JKR daerah mengurus. Baru ini kejadian kemalangan seorang pelajar wanita 16 tahun balik daripada Program Madani Kuala Selangor. Dilaporkan hilang minggu lepas 25 dan ditemui meninggal dunia dalam parit di tepi jalan jarak antara motor dengan dia tu 100 meter kerana rumput tu terlalu panjang, jadi orang tak jumpa dia. Itu isu Jalan Persekutuan yang belum kontraktor belum serahkan lagi pada JKR daerah. Mohon respon.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya rasa Yang Berhormat merujuk kepada Jalan FT05 ya.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Betul.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ok. FT05 ni memanglah isu yang agak seriuslah sejak masa pembinaannya pun dulu saya menerima macam-macam. Dan saya pernah menegur juga dalam masa tu di JKR Malaysia kerana spesifikasinya yang daripada bahagian yang daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam itu tidak mematuhi keperluan yang kita hendak sebab terlalu banyak exit ya dan terlalu kurang lampu. Jadi, setelah diperbetulkan tapi saya rasa masih ada lagi isu-isu. Saya akui memang ni masalah dengan jalan persekutuan ini dia tak ada penyerahan sebenarnya.

Dia tidak ada penyerahan sebenarnya sebab kerja-kerja penyelenggaraan sebenarnya adalah di bawah Road Care. Itu dah memang dilantik untuk menguruskan. Cuma kita hanya boleh memantau dan memaklumkan sahaja kepada Road Care. Itu sahaja yang boleh buat oleh JKR Selangor ini. Memantau kalau ada perlu peruntukkan kita mohon. Tetapi pelaksanaan akan dibuat oleh JKR Malaysia. Ini cara bagaimana perkara ini diatur di negeri Selangor ini. Jadi kita biasanya saya kalau dah serius sangat saya akan terus minta hubungi terus dengan Road Care untuk dia buat kerja-kerja penyelenggaraan. Jadi Yang Berhormat boleh maklum. Nanti kalau kita tengok kalau ada keperluan tempat mana, kita akan minta Road Care segerakan. Ambil langkah-langkah untuk penyelesaian ini ya.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Minta pencerahan Yang Berhormat. Yang Berhormat sebenarnya untuk makluman ya. Sebenarnya ada permintaan sebelum ini

pada Majlis Perbandaran Sepang, kita minta untuk bantu JKR untuk selenggarakan jalan utama di dengkil di bawah JKR. Tetapi telah ditolak oleh pihak JKR lah. Sebenarnya yang keadaan di situ adalah sebab gelap gelita, lampu jalan yang tidak menyala, penutup longkang yang sentiasa tiada dan juga berkaitan dengan rumputlah tak dipotong dan sebagainya dan empat tahun lalu, kita telah memohon izin JKR untuk serah pada Majlis Perbandaran kerana jalan itu adalah betul-betul sebelahan pada Putrajaya dan dia telah jatuhkan reputasi atau imej Majlis Perbandaran Sepanglah. Saya harap perkara ini Yang Berhormat EXCO boleh bantu untuk koordinasi atau buat penyelarasan mana ke atas jalan JKR yang tidak dapat di selenggara baik atau ada kelemahan, mungkin boleh diserahkan kepada PBT untuk bantulah itu cadangan atau soalan saya. Jalan di Dengkil, jalan utama Dengkil di bawah JKR negeri. Terima kasih. Sebab dia ada betul-betul ada sebelahan di Putrajaya. Kebanyakannya masa tu Menteri-Menteri tu kalau nak makan tengah hari tu memang dekat Dengkil lah. Jadi kita pun apabila ditanya oleh Menteri-Menteri agaknya malu sebab di bawah Majlis Perbandaran Sepangkan. Tetapi jalan tu tak diselenggarakan oleh Majlis. Dia adalah di bawah spec kerja dan skop kerja JKR.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan semak. Kalau biasa kalau jalan JKR kalau di bawah Selangor jalan negeri biasa tak ada masalah. Ini saya bimbang kalaulah jalan ini di bawah jalan persekutuan juga. Saya kena semak betul-betul jalan ini yang disebutkan oleh Yang Berhormat ya. Tadi tak habis sikit yang Sungai Panjang tadi. Sebenarnya Sungai Panjang. Sebenarnya penyerahan itu bukan kepada JKR Selangor ya. Penyerahan itu sebenarnya daripada kontraktor Mangku Bumi kepada JKR Malaysia. Itu yang berlaku, apa yang berlaku ialah bahagian fasiliti jalan ibu pejabat JKR Malaysia ya. Telah melaksanakan audit penerimaan jalan dan dalam proses penutupan dan conformen produk. Dan apabila dia buat inspection tu dia akan tengok apa benda yang perlu diperbetulkan. Jadi dia dah beri NCP ini kepada kontraktor Mangku Bumi Sdn. Bhd. Setelah penutupan NCP ini selesai pihak cawangan jalan, ni apa nama ni, fasiliti jalan ini, selenggara fasiliti jalan akan mengesyorkan penerimaan jalan kepada Kementerian Kerja Raya bagi tujuan kelulusan dan seterusnya menyerahkan penyerahan jalan tersebut kepada JKR Selangor dan Konsesi Road Care. Itu cara kaedah bagaimana dibuat tentang itu. Yang mana ni masih lagi dalam proses pembetulan. Dia kalau ada information sebagainya maklumat yang saya tak ada kita boleh tengok untuk dia perbetulkan lagi. Masih lagi dalam peringkat pembetulan kepada sebelum penyerahan kepada Cawangan Fasiliti Jalan. Untuk Seri Kembangan, saya ada yang bertanya mengenai U-turn di jalan besar Seri Kembangan yang dah telah ditutup lebih enam bulan. Untuk makluman Yang Berhormat, U-turn tu terpaksa ditutup bagi mengurangkan masalah traffic waving. Waving ini maknanya dia bersilang sebab jarak U-turn dan persimpangan adalah 100 meter. Jadi bila bersimpang siur begitu ia akan menyebabkan kesesakan satu hal dan menyebabkan kemalangan yang tinggi. Jadi kalau dekat antara simpang dan tempat U-turn itu sebab ia ditutup. Walau bagaimanapun kesesakan masih berlaku dengan jumlah yang tinggi di persimpangan Lebuh Raya Sungai Besi E9 di mana laluan tersebut adalah laluan menuju ke arah

Balakong bagi kenderaan arah Kuala Lumpur. Jalan tersebut adalah di bawah seliaan pihak konsesi lebuh raya Sungai Besi dan Kajang SILK. Kita kena lihat balik bagaimana nak susun balik U-turn ini bagi mengelakkan waving ini. Seterusnya.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi ke?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Panjang.

Speaker

Panjang ye?. Kalau boleh kita..

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kalau Yang Berhormat Sekinchan 2 jam. Saya mungkin 3 jam.

Speaker

Boleh pendekkan tak? Atau ada yang boleh dijawab secara bertulis.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Baik, saya ringkaskan mana yang perlu. Untuk Paya Jaras berhubung dengan Jalan Gajah 3 ini merupakan jalan di bawah seliaan JKR Daerah Petaling. Memang saya menerima surat daripada Yang Berhormat berhubung dengan jalan ini. Sebenarnya jalan ini ialah bukan jalan utama sebenarnya. Dia lebih kurang 800 meter JKR Selangor melalui peruntukan MARRIS telah menyediakan kontrak khas tetapi penyelenggaraan itu hanya rutin sahaja. Untuk memastikan kerja tambah baik. Tapi saya dah melihat semula supaya perkara ini dapat diteliti balik. Tidak ada keutamaan jalan ini untuk dinaiktaraf jadi saya akan lihat balik kalau betul kewajaran ada kesesakan yang serius dan sebagaimana yang dalam surat Yang Berhormat itu saya akan pastikan untuk dilaksanakan. Jalan rosak 54 itu pihak Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor sentiasa mengangkat permohonan peruntukan pada Kementerian Kerja Raya. Ini di bawah FT Federal road. Jadi di bawah penurapan serta melalui anggaran penggunaan APJ ini bagi tahun 2024 JKR Selangor telah mengangkat RM6.2 juta bagi menurap semula jalan FT54 ini. Ini kita telah hantar macam saya sebut tadi kita tunggu kelulusan macam mana dan berapa akan bagi. Tapi untuk 2023 kita telah berjaya mendapatkan RM3.4 juta untuk turapan semula bagi jalan FT54 ini. Tahun ini kita minta RM6.2 juta harap dapat diberikan.

Untuk Ijok, yang ini pendek sahaja jawapannya. B35 Bukit Badong ini Bestari Jaya ini untuk naiktaraf jalan tidak ada rancangan. Belum lagi ada dalam rancangan untuk naiktaraf Jalan Bukit Badong ini. Tapi kita tengoklah kewajarannya untuk jalan ini tapi setakat ini belum ada. Untuk Meru berkaitan dengan..ya.

Speaker

Ijok

Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO. Ijok mengharapkan berkenaan dengan naiktaraf jalan B35 Bukit Badong, Bestari Jaya ini harap difikirkanlah untuk diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri kerana apa yang

saya maklum jalan itu menjadi satu laluan utama bagi keluaran lori lebih muatan hasilnya pun hasil daripada negeri jadi daripada membuat baik pulih yang kerap dilakukan saya fikirkan Kerajaan Negeri harus berbincang berkenaan dengan cadangan Ijok tadi. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebenarnya jalan-jalan di Selangor ini sama ada jalan JKR atau jalan PBT ktia sentiasa membuat PCA Pavement Condition Assessment. Penilaian mengenai keadaan pavemen. Kita memang ada laporan lengkap dan kita tahu yang mana jalan yang perlu dinaiktarafkan. Yang mana yang dah habis umur. Ada yang lebih umur ni. Dah luput umurnya. Ada dia biasa 20-25 tahun. Kita tahu yang mana nak buat Cuma kekurangan dana yang kita kena buat berperingkat-peringkat. Yang mana keutamaan kita akan buat dulu. Untuk kita naiktaraf jalan-jalan kita. Untuk Meru ini jalan ini sentiasa dibangkitkan. Yang Berhormat Meru tentang Jalan Hamzah Alang dan sebagainya. Jalan maksudnya jalan persekutuan FT3217. Pihak JKR telah mengeluarkan surat permohonan peruntukan kita hanya boleh memohon bawah federal dan 5 Februari kita telah memohon untuk mendapatkan dana bagi kita menaiktaraf Jalan Persekutuan ini. 3217 dari Persimpangan Jalan Limau hingga Persimpangan Haji Abdul Manan. Sepanjang 4 kilometer kita minta rayuan kepada Kementerian Kerja Raya supaya dapat meluluskan. Dah lama sangat ni. Jalan Hamzah Alang ini. Terlalu serius keadaan jalannya itu.

Yang Berhormat EXCO berkaitan di Meru, tak banyak Jalan Persekutuan, kebanyakan jalan di bawah negeri. Namun begitu, seolah-olah macam Jalan Persekutuan itu kurang menjadi fokus atau tumpuan di mana memang banyak jalan rosak tapi saya tak masukkan dengan inisiatif. Kita selesaikan di peringkat permohonan kepada JKR. Cumanya nak maklumkan kepada Yang Berhormat EXCO bahawa antara masalah dan isu Jalan Persekutuan ini yang tidak berapa diberi perhatian di mana seolah-olah tidak ada pemantauan serius kepada kontraktor-kontraktor yang selenggara Jalan Persekutuan termasuk pembersihan di bahu jalan yang telah disebutkan oleh Sungai Panjang tadi. Ia juga berlaku juga di Meru sehinggakan rumput itu sampai ke jalan raya sekali pun. Itu penyelenggaraan longkang dan ada juga kontraktor seperti bila kita lalu dan turun di mana adakah meracun rumput itu adalah salah satu SOP atau spesifikasi kontraktor. Membersihkan bahu-bahu jalan. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

itu yang saya sebutkan tadi memang kita sentiasa mengambil langkah-langkah. Kita tak ada masalah jika kita berada di Jalan Negeri atau Jalan PBT, kita mempunyai peruntukan MARRIS. Kita dapat uruskan dengan baik. Tapi bila tidak ada kita hanya perlu memohon yang Federal Road ini. Jalan Persekutuan kita belum mohon. Jadi kita dapat tak setimpal. Kita nak buat macam mana. Kita kadang-kadang tidak boleh kita simply guna duit yang negeri punya digunakan. Nanti jadi masalah dengan audit pula. Menyalahgunakan peruntukan. Ini isu yang macam ni kita kena hadapi. Jadi saya telah mencuba

pelbagai daya upaya untuk mendapatkan pihak Persekutuan agar dapat diselesaikan kerana Selangor ini serius. Kita ni serius dengan kenderaan yang banyak diikuti dengan tanah pun tidak menyebelahi kita. Jadi kita menghadapi masalah dengan hujan yang begitu lebat. Jadi semua ini menyumbang kepada masalah yang kita hadapi. Jadi kita akan cuba setakat yang kita mampu sebab itu kadang-kadang kita terpaksa juga. Macam lampu tiang merah itu Jalan Persekutuan tahun lepas kita buat juga. Kerana terlampau serius.

Speaker

Yang Berhormat Meru.

Mungkin dalam sesi libat urus Yang Berhormat dengan KKR. Berkaitan dengan pemantauan kontraktor ini Yang Berhormat boleh bawa.

Speaker

Jadi saya minta Pandan Indah boleh ringkaskan lagi.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya terpaksa protes sebab ini benda banyak banjir saya kena jawab. Kalau saya tak jawab kalau Speaker boleh ambil tanggungjawab saya tak jawab tak apa. Saya tak ada masalah. Saya boleh duduk. Nak ringkas macam mana.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan saya pun belum dijawab.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak ada pencelahan boleh laju tapi kalau banyak pencelahan.

Speaker

Yang Berhormat boleh pilih sama ada nak bagi atau tidak. Kalau Yang Berhormat habiskan lebih awal.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ini pun saya pilih-pilih. Kalau tak hadir saya tak jawab.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat kalau susah-susah sangat kita boleh sambung sampai sahur.

Speaker

Yang Berhormat Pandan Indah, teruskan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang berkaitan dengan PJD Link ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku, saya nak mudahkan. Benda ni dah terlampau panjang dan banyak kali bercerita kenyataan rasmi pun ah keluar. Mudah sahaja. Kerajaan Negeri berpandangan apa juga yang telah dibentangkan dalam MTES dalam MMKN dia selepas dibentangkan Laporan SIA (Social Impact Assessment) didapati aduan yang tinggi di jajaran yang di sebelah Petaling Jaya. Hampir 50%. Walaupun di sebelah Puchong nampaknya macam

bersetuju. Jadi kita telah buat ketetapan bahawa perlu ada penambahbaikan pada jajaran ini. Ini sahaja yang kita buat keputusan dan kita serahkan kembali pada tuan punya iaitu Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan seterusnya. Itu pandangan daripada peringkat negeri. Itu sahaja cukup clear daripada Kerajaan Negeri punya side. Saya terus kepada banjir. Saya kalau nak cerita bab banjir memang panjang. Saya dah panggil.

Speaker

EXCO, Sijangkang.

Nak cerita sempadan Sijangkang sebab tempoh hari saya cadangkan sekurang-kurangnya ada crushrun. Jalan itu dah menjadi jalan alternatif kepada jalan yang utama. Dan ini lopaknya makin teruk. Ini dah mula musim panas walaupun ada hujan saya rasa ini masa terbaik boleh diturap sebagai satu alternatif yang baik untuk jalan. Kemudian yang ke Taman Desa Kemandol kita dah mula hujan balik. Itu hari tenang lebih dari sebulan. Dia tak surut juga. Kalau boleh ditinggikan sedikit crushrun pun tak apalah. Ini dah nak mula sekolah balik dah. Kalau tak nanti guru parking di tepi jalan terpaksa moto bawa guru-guru ke sekolah. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Memang ada jawapan daripada yang disebut Desa Kemandol tadi itu dan kita akan ambil langkah-langkah. Saya dah minta kenal pasti dan kita ambil langkah segera untuk kita selesaikan isu banjir di kawasan ini disebabkan oleh pembangunan Sungai Rasau itu. Jadi untuk banjir ini saya telah pun memanggil ADN-ADN yang terbabit untuk kita bincangkan dan kita selesaikan isu banjir ini dan sebahagian besar kita akan follow up kepada semua aktiviti atau isu berkaitan banjir di kawasan sendiri. Kalau nak cerita memang sejam lagi pun tak cukup. Jadi saya akan menjawab secara bertulis kepada semua isu berkaitan dengan banjir ini yang banyak sangat ini dan juga akan berterusan melibatkan libat urus dengan pihak ADN untuk kita cari penyelesaian cara berperingkat untuk penyelesaian. Kalau tidak memang isu banjir ini bukan satu perkara yang sangat mudah. Saya dalam semua portfolio saya yang ini yang paling mencabar. Untuk kita selesaikan dan bukan satu perkara yang mudah. Kita ada perancangan. Kita ada pelaksanaan dan kita juga memerlukan sokongan daripada Kerajaan Pusat untuk penyelesaian cara tuntas jangka panjang pembinaan highway banjir ini yang saya akan bentangkan kemudian. Kita masih lagi peringkat finalization yang akan menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir di Negeri Selangor ini.

Terima kasih. Saya ingat pejabat Yang Berhormat juga ada memanggil Yang Berhormat ADUN untuk ditaklimatkan tentang semua perancangan-perancangan di peringkat Yang Berhormat. Saya rasa untuk kali ini juga ada baiknya jika soalan-soalan ini Yang Berhormat jawab dalam bentuk jawapan bertulis kepada kami dan sesi libat urus yang Yang Berhormat buat sebelum ini saya rasa sangat bermanfaat pada kami untuk kami bawa pulang ke kawasan masing-masing. Jadi saya ingat bolehlah jika sesi-sesi libat

urus yang dibuat sebelum ini kita teruskan lagi di masa akan datang berserta jawapan bertulis berkenaan dengan banjir. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kuang. Saya memang ada. Saya akan serahkan semua jawapan dan kita memang prihatin. Saya dah sebut dalam pertemuan dan saya dah sebut berkali-kali keprihatinan Kerajaan Negeri kerana isu banjir ini ia bukan sahaja isu melibatkan kerosakan harta benda tapi menimbulkan trauma kepada rakyat. Trauma ini satu benda yang susah kita nak ubati. Jadi kita nak elakkan perkara ini seminimum yang mungkin impaknya. Dan dengan climate change yang disebutkan dan juga kenaikan aras laut ini kita ada projek yang kita sebut untuk penyelesaian di pesisir pantai dan juga untuk yang melibatkan pintu air dan sebagainya. Itu pun adalah jawapan dan saya akan bawa nanti dan akan serahkan pada Yang Berhormat. Jadi saya rasa yang melibatkan cendawan ini saya akan bagi nanti jawapannya pada Yang Berhormat. Saya baru menerima jadi.

Tuan Speaker, kalaupun tak detail saya nak mungkin ada daripada Kerajaan Negeri apa keputusan yang berkaitan dengan pinjaman dengan Hijrah ini. Peserta sekarang projek ini dah jadi gajah putih tidak berjalan dah. Tetapi pinjaman dengan Hijrah RM27 ribu ini macam mana. Sebab mereka ini orang yang susah. Kalau ada keputusan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya akan ambil perhatian walaupun saya tak pernah dimaklumkan yang projek pertanian ini tapi saya akan ambil tanggungjawab itu untuk mencari jalan kaedah terbaik bagaimana kita dapat selesaikan isu ini kerana ini adalah projek yang agak penting yang telah kita mulakan sebagai projek cendawan berkelompok yang telah dilaksanakan. Saya akan ambil tanggungjawab untuk menyelesaikan bagaimana kaedah yang terbaik penyelesaian ini. Saya rasa setakat itu saya minta maaf banyak-banyak tidak dapat nak bercerita satu persatu ada yang saya terpaksa skip tapi saya akan pastikan semua jawapan-jawapan ini akan sampai kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membawa isu ini dalam perbahasan titah ucapan Tuanku. Jadi itu sahaja saya menjunjung kasih atas ucapan titah ucapan Tuanku, semoga kita semua akan terus berusaha dan terbaik untuk kita laksanakan segala yang kita bincangkan yang kita putuskan di Dewan yang mulia ini, terima kasih.

Speaker

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terdapat beberapa tajuk yang telah dibangkitkan dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh aspek pelaburan, perdagangan industri, pembangunan SMB Wilayah Ekonomi Baru serta Mobiliti Selangor. Saya mulakan penggulungan saya dengan tajuk pelaburan,

perdagangan dan industri yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, Gombak Setia, Teratai, Batang Kali, Kota Kemuning, Lembah Jaya, Sentosa dan Batu Tiga.

Tuan Speaker, dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi yang organik dan lestari, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan Yang Berhormat Hulu Kelang untuk membawa pelaburan bernilai tinggi supaya peluang pekerjaan mahir dapat dicipta. Sekali gus menjadi enabler kepada para majikan untuk memberi taraf gaji yang lebih tinggi dan bermaruah. Selaras dengan hasil dan produktiviti yang berjaya dihasilkan oleh perusahaan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tahun lalu, medium upah bulanan di Selangor adalah RM2,964.00 iaitu kedua tertinggi selepas Kuala Lumpur dan diikuti Pulau Pinang di tangga ketiga. Membayangkan Selangor berada pada landasan yang baik namun terdapat ruang untuk ditambah nilai. Kejayaan rancangan tahunan Invest Selangor Berhad iaitu Selangor International Business Summit dan Selangor Invention Show yang berjaya memperoleh RM7 bilion potensi transaksi pelaburan adalah rekod baru dicatatkan pihak Invest Selangor. Dengan penganjuran tahun ke-8 SIBS dan ke-4 SIS, Selangor telah meletakkan batu asas yang kukuh, let a strong foundation dengan izin di dalam menjenamakan negeri ini sebagai di The Gateway to Asean di kalangan peniaga dan perdagangan serantau. Persidangan antarabangsa SIBS akan mengukuhkan lagi dengan penganjuran SIBS sebanyak 2 siri iaitu pada Julai dan November bagi tahun 2024.

Kerajaan Negeri bertekad untuk terus mengoptimumkan platform SIBS dan bagi memperbaiki prestasi dagangan Selangor dan memacu pertumbuhan yang lebih cemerlang pada tahun mendatang. Tambahan daripada itu, kejayaan SIBS dan SIS 2023 diyakinkan lagi dengan jumlah nilai pelaburan yang diluluskan oleh MIDA tahun lalu dengan rekod RM55.3 bilion seperti yang diumumkan. Sektor perkilangan mencatatkan pertumbuhan 58.2% iaitu meningkat daripada RM12.2 bilion kepada RM19.3 bilion tahun ke tahun dengan 234 jumlah projek diluluskan. Bergerak ke hadapan, Kerajaan Negeri akan terus memberikan fokus kepada pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pembuatan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi kedudukan sektor perkhidmatan khusus dalam bidang knowledge industri seperti digital ekonomi. Yang Berhormat Hulu Kelang baru saja masuk, saya memang tengah jawab soalan Yang Berhormat Hulu Kelang, Hulu Kelang dalam perbahasan Yang Berhormat juga sentuh Selangor tidak dapat menarik banyak pelaburan kerana macam-macam alasan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang.

Di sini saya hendak kongsikan satu angka iaitu semasa Yang Berhormat Hulu Kelang menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor dari 2014 sehingga 2018, sebanyak 1,136 projek yang telah diluluskan dan pelabur yang masuk pelaburan adalah sebanyak RM47.43 bilion sahaja iaitu satu pencapaian yang cukup baik tetapi kalau kita berbanding dengan tahun 2018 sehingga 2023 September, bukan satu tahun yang penuh di mana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari, semasa dia menjadi Menteri Besar, projek yang diluluskan adalah sebanyak 1,549 dengan jumlah nilai

pelaburan RM91.1 bilion. Jadi pelaburan zaman mana satu yang lebih tinggi, saya rasa angka ini tidak boleh tipu dan angka ini adalah satu jawapan yang terbaik adakah Selangor masih dapat menarik lebih banyak pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor dan siapa yang menjadi MB yang lagi hebat, itu jawapan yang jelas, terima kasih. Silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Kinrara. Walau Kinrara hendak bicara soal politik saya pun boleh gunakan gelanggang ini untuk bicara politik. Benarkan, benarkan saya beri pencerahan. Pertama apabila saya berbahas ketika itu, saya merujuk kepada satu tempoh yang khusus daripada September 2023 sehingga Disember 2023 kerana saya memaklumkan Januari sampai September 2023 jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tiga sektor utama iaitu sektor pembuatan, sektor perkilangan dan sektor utama di peringkat nasional adalah RM225 bilion. Tetapi suku tahun keempat, ianya melonjak kepada RM329.5 bilion, maknanya dalam perbahasan saya, saya sebut secara khusus ada pertambahan RM104.5 bilion. Dan daripada maklum balas yang saya terima di MIDA, RM104.5 bilion ini tertumpu pada sektor digital ekonomi, digitalization dan juga AI. Dan sebahagian besar daripada RM104.5 bilion ini tidak melabuh di Selangor. Ianya tertumpu di Negeri Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan juga Sarawak, itu maksud saya. Mengapa dalam keadaan dunia hari ini sedang mengejar sektor-sektor baru ini, mengapa Selangor tidak mengambil peluang? Dan antara cadangan yang saya lontarkan dalam perbahasan saya ialah mengapa lonjakan yang begitu mendadak daripada RM225 bilion kepada RM329.5 bilion kerana pada awal bulan Disember, MIDA telah mengemukakan satu Blue Print untuk pertimbangan Kementerian Kewangan yang saya sebut DESAC itu, digital ecosystem acceleration scheme dan apabila di luluskan pada awal Disember, Negeri Johor dan Pulau Pinang telah bersedia dengan permohonan-permohonan daripada syarikat-syarikat yang terlibat dalam sektor digital.

Maka mereka segerakan kelulusan berdasarkan Blue Print yang baru ini kerana insentif yang ditawarkan itu cukup menarik bagi mereka. Saya hanya melontarkan cadangan, saya tidak mengecilkan peranan yang telah diambil oleh mana-mana pihak, itu yang pertama. Yang kedua, mana mungkin Yang Berhormat boleh bandingkan 2023 dengan 2016, 2017, 2018 ketika itu saya duduk di kerusi Menteri Besar Selangor dengan tidak mendapat sebarang kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan. Itu bezanya, MIDA bukan memberikan kerjasama kepada saya, MATRADE tidak memberikan kerjasama kepada saya. Tetapi sekarang Dato’ Menteri Besar yang ada hari ini senada dan secocok dengan ketuanya di Putrajaya. Sudah tentulah banyak ruang-ruang dan peluang-peluang baru, saya tidak mengadu, baik untuk Negeri Selangor tetapi walaupun secocok dan senada masih tidak dapat mengatasi Pulau Pinang dan juga Negeri Johor. Malahan jumlah pelaburan yang diluluskan di Negeri Johor di Negeri Selangor jatuh ke tangga yang ketiga. Kalau 2022 jumlah pelaburan yang diluluskan RM60.5 bilion, mengapa tahun lepas merudum kepada hanya lebih kurang RM55 bilion? Sedangkan Putrajaya, Sekinchan hendak

bercakap boleh berdiri tak? Ini bukan giliran, dah dua jam semalam. Jadi jangan berbicara bila ADN lain bercakap, ok. Jadi Kinrara..

Speaker

Yang Berhormat, tertib, tertib.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi Kinrara satu lagi, satu lagi, terima kasih.

Speaker

Teruskan, teruskan, teruskan ok.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dua hari ini Speaker memang cukup bijaksana (Dewan ketawa). Saya, tidak ada, tidak ada.

Speaker

Masa itu emas, teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan buat provokasi kepada saya. Saya koyak bila waktu koyak (Dewan ketawa dan menepuk meja). Satu lagi yang saya hendak ingatkan Kinrara. Walaupun Dato’ Menteri Besar duduk di situ, sebelum ini, saya di Kerajaan Persekutuan, walaupun berbeza ideologi saya tetap membantu Dato’ Menteri Besar Selangor. Ketika saya di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, ketika saya di MITI, pegawai-pegawai Invest Selangor datang bertemu dengan saya, saya beri dukungan. Ahli EXCO Kerajaan Negeri, Dato’ Teng kawan baik Sekinchan datang berjumpa dengan saya, saya memberikan dukungan. Tetapi peluang ini saya tidak nampak ketika saya menjadi Menteri Besar. Jadi janganlah samakan situasi 2016, 2017 dengan situasi hari ini di mana Menteri Besar yang ada mendapat banyak nikmat daripada hubungan keakraban saya dengan beliau sepanjang tahun ini, terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih kepada maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya ambil maklum dan tadi dua hari yang lepas saya juga telah jawab kenapa pada suku yang terakhir itu, Selangor terima pelaburan yang lebih kurang kalau dibandingkan dengan tiga suku yang pertama. Sebenarnya yang paling penting sekali saya pun telah jawab adalah kita telah mencapai target yang telah ditetapkan iaitu RM40 bilion dan kita melebihi target itu. Kita berjaya mencapai RM55.3 bilion. Dan yang penting sekali adalah pelaburan yang masuk itu adalah selaras dengan Rancangan Selangor 1, di mana pelaburan itu akan membawa spill of wave effect dan menjana lebih banyak pekerjaan kepada warga Selangor, itu yang paling penting.

Jadi saya ingin sambung penggulungan saya, kejayaan Rancangan Tahunan, nanti saya pun ok. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerjasama di antara pihak Invest Selangor bersama MIDA dan MDEC telah dimulakan bagi meneliti dokumen Digital Ecosystem Acceleration Scheme yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi supaya dapat diselaraskan dalam pelan promosi pelaburan Invest Selangor.

Antara usaha memastikan Selangor bergerak seiring di dalam ekosistem pelaburan digital, Kerajaan Negeri sedang menyelaras dan memantau 19 projek pembangunan data center di Selangor dengan jumlah pelaburan melebihi RM40 bilion. Projek-projek ini tertumpu di Cyberjaya, Shah Alam dan Petaling Jaya. Sebanyak 4 projek telah pun siap dibangunkan, 6 lagi telah menandatangani perjanjian jual beli antara pemilik tanah dan pelabur. Dan selebihnya masih di peringkat awalan seperti proses pemilihan tapak dan pengumpulan maklumat teknikal.

Bagi memacu industri kecerdasan buatan atau pun AI dan data center dan membekalkan peluang kerja mahir. Kerajaan Negeri melalui Selangor Technical Skill Development Center (STDC) dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) telah menyediakan kertas putih yang menggariskan pelan penubuhan dan pelaksanaan program latihan kemahiran asas teknikal dan kepakaran profesional yang komprehensif bertujuan untuk membangunkan tenaga kerja kemahiran teknikal dan tinggi dalam kecerdasan buatan di Selangor. Peruntukan awalan RM1 juta tahun ini telah disediakan bagi membangunkan pusat kecerdasan buatan Selangor oleh SDEC dan STDC. Kerjasama antara SDEC dan STDC dengan penyediaan teknologi terpilih ini adalah inisiatif strategik Kerajaan Negeri untuk mempromosikan kemajuan teknologi. Kepelbagaian ekonomi dan penciptaan bidang pekerjaan baru. Platform ini akan mempersiapkan peserta-peserta IKS dengan latihan praktikal dan pendedahan kepada peralatan AI, teknik dan amalan terbaik industri. Kira-kira ini merangkumi pelbagai konsep AI, termasuk pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam, pemprosesan bahasa semula jadi, penglihatan komputer, analisis data besar, keselamatan cyber, AI generatif pertimbangan etika dalam pembangunan penggunaan AI.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Hulu Klang juga membangkitkan kaedah Kerajaan Negeri memastikan pemantauan projek pelaburan yang telah diluluskan. Untuk perhatian Ahli Yang Berhormat walaupun dikenali dengan agensi galakan pelaburan, peranan tidak terhad kepada promosi pelaburan semata-mata. Selangor berupaya memberi yang terperinci kepada para pelabur untuk merealisasikan pelaburan mereka setelah ia diluluskan. Setiap bulan, sebuah mesyuarat penyelarasan projek dikenali Mesyuarat MESRA yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti untuk mendapatkan maklum balas susulan dari para pelabur yang di hadiri oleh semua agensi teknikal termasuk pihak berkuasa tempatan. Mulai tahun 2024 juga, Kerajaan Negeri melalui menerusi UPEN dan Invest Selangor telah diberikan akses kepada on track system oleh MIDA. Melalui sistem ini, Kerajaan Negeri akan dimaklumkan melalui projek-projek pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA, seterusnya membolehkan Kerajaan Negeri memantau prestasi pelaksanaan sesuatu projek pelaburan secara dekat dan tersusun. Ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat dan secara langsung meningkatkan kadar peratusan pelaksanaan projek pelaburan yang telah diluluskan. Lebih daripada itu, sekiranya sesuatu isu itu tidak dapat diselesaikan di meja rundingan, Invest Selangor akan mengaturkan lawatan tapak bersama agensi-agensi teknikal dan mencari jalan

penyelesaian yang pintas. Dasar kelulusan 100 hari bagi urusan melibatkan penyelesaian hal-hal tanah juga telah diperkenalkan untuk membantu mempercepatkan proses-proses kelulusan pembangunan. Bagi sektor pembangunan sains hayat, Program Selangor Lab Partnership diperkenalkan untuk merapatkan jurang antara pihak institusi pendidikan dan industri penyelidikan-penyelidikan dapat diusahakan secara kolaborasi yang lebih jitu dan produk-produk dapat mencapai keberhasilan untuk dipasarkan.

Yang Berhormat Batang Kali bertanya tentang impak program-program penggalakan pelaburan industri pengetahuan di Selangor. Secara keseluruhan..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat sebelum beralih ke topik yang lain, ini soal.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Belum, ini masih pelaburan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tentang pelaksanaan dan juga execution yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Saya mengambil maklum tentang pandangan Yang Berhormat bahawa Invest Selangor telah memainkan peranan yang aktif memastikan pelaburan yang telah diluluskan ini dapat diterjemahkan di dalam bentuk pelaksanaan tetapi seperti yang saya kongsi di dalam perbahasan di peringkat kebangsaan di MIDA sudah ada satu platform yang sudah dibangunkan, yang sebelum ini disebut sebagai pacu dan sekarang di jenamakan sebagai track untuk memantau projek-projek yang telah diluluskan ini sehinggalah di peringkat kelulusan dan pelaksanaan dilapangan. Saya ingin mencadangkan supaya jumlah pelabur di Selangor mencatatkan jumlah yang agak baik RM55.3 bilion tetapi akhirnya yang menentukan kejayaan pelaburan di Selangor ini ialah soal pelaksanaan kerana statistik yang saya bentangkan sebelum ini, di Negeri Selangor jumlah atau peratusan pelaksanaannya masih ada ruang untuk dibaiki. Dalam tahun 2023, dalam tahun 2022 pelaksanaannya 79.8% maknanya masih ada ruang untuk diperbaiki. Saya ingin mencadangkan Yang Berhormat, kalau dipersetujui, Negeri Johor telah mengambil langkah proaktif, mereka telah datang dan berada di MIDA dan melihat dashboard yang telah dibina dan mereka akan melaksanakan the similar system di Negeri Johor supaya ada kolaborasi di antara pusat dan juga negeri untuk memantau pelaksanaan projek-projek ini, sama ada di peringkat PBT, pejabat daerah sehinggalah ia berjaya di laksanakan. Dan yang keduanya, saya ingin mencadangkan supaya Invest Selangor dan Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan NPC Majlis Produktiviti Negara supaya semua birokrasi ini dapat dikurangkan dan diberikan kelulusan dalam satu tempoh yang cukup munasabah untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur ke Negeri Selangor, itu dua cadangan saya kepada pihak negeri.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih atas cadangan dari Yang Berhormat Hulu Klang. Seperti yang dijelaskan oleh saya tadi, Invest Selangor dan juga UPEN telah diberikan akses kepada sistem on track system oleh MIDA dan selama ini Invest

Selangor dan UPEN bekerja sama rapat dengan MIDA dan pada Jumaat ini sekali lagi saya bersama Invest Selangor akan melawat ke MIDA bagi perbincangan isu-isu yang berkaitan dan sekarang saya hendak masuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Kali. Yang Berhormat Batang Kali bertanyakan tentang impak program-program penggalakan, pelaburan dan industri berpengetahuan di Selangor. Secara keseluruhannya program-program tersebut telah menunjukkan keberkesanan yang baik. Antaranya ialah Program Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE). Iaitu program untuk memacu projek-projek R&D secara berkesan dan membantu pengkomersialan hasil kajian antara penyelidik dan industri. Sejumlah RM1.99 juta disediakan untuk tujuan ini. Untuk rekod penganjuran SRIE 2023 telah menjana sebanyak RM50.4 juta. Beberapa MOU telah ditandatangani sewaktu program SRIE berlangsung dengan potensi perniagaan bernilai RM13.68 juta. Bagi Selangor Accelerator Programme (SAP), SIDEC telah memupuk sejumlah 150 syarikat pemula atau pun Startup bermula tahun 2018 hingga 2022. Daripada jumlah tersebut 43% atau pun 52 syarikat telah menerima pelaburan awal melalui pelbagai sumber termasuk grant dan dana modal teroka, di mana 95% daripada semua peserta program ini adalah golongan muda. Pada tahun 2023 SAP ke enam iaitu alumni program ini akan memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan AI, pelepasan karbon bersih dan bioteknologi. Sebanyak 40 syarikat telah di senarai pendek untuk menyertai program ini. Di antara syarikat-syarikat tersebut, beberapa telah berjaya pelaburan yang significant seperti Three Dots yang menerima dana sebanyak siri A sebanyak RM14.4 juta. Selain itu syarikat Risque dan banyak syarikat masing-masing telah berjaya mengumpul sebanyak RM7.5 juta dana. Syarikat-syarikat lain juga sedang usaha untuk menjalankan mengumpul dana melalui platform Equity Crowdfunding dengan jumlah antara RM1 juta hingga RM4 juta. Bagi program Selangor Accelerator (ECX). Syarikat IKS akan diberikan latihan dan bimbingan yang menjana pertumbuhan ekonomi yang berimpak tinggi di Negeri Selangor. Syarikat IKS diberikan program insentif selama tiga bulan dengan tawaran bimbingan mentor dan bengkel komprehensif kepada 30 jenama PKS Malaysia. Hasilnya beberapa syarikat telah menarik perhatian pelabur modal teroka antaranya Nori Malaysia Sdn. Bhd. menerima RM1.7 juta melalui Equity Crowdfunding dan The Pestile Shop telah berjaya menempatkan produknya di 56 outlet di AEON dan 300 outlet Guardian di seluruh Malaysia. Bagi dua program yang baru sahaja diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Selangor Investors Soft Landing Incentive Programme dan Selangor Lab Partnership Programme. Impak kepada kedua-dua program tersebut akan dapat diukur selepas program-program ini dilaksanakan tahun ini.

Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Batang Kali mengenai impak pelaburan yang terhasil di dalam daerah Hulu Selangor. Bagi tempoh Januari hingga September 2023 sebanyak 11 projek telah pelaburan diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.602 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak 8 projek adalah pelaburan di dalam sektor perkilangan dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.6 bilion. Hampir 90% atau RM1.41 bilion adalah pelaburan asing dan 1,746 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan. Jadi saya hendak minta bantuan ke semua Yang

Berhormat khususnya Yang Berhormat Batang Kali untuk menguar-uarkan berita baik ini kepada penduduk Selangor khususnya penduduk di Batang Kali supaya hasil usaha Kerajaan Negeri ini dapat dinikmati oleh semua penduduk di Negeri Selangor.

Saya ingin menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat Batu Tiga mengetengahkan agar diwujudkan program antara industri dan komuniti dalam usaha menjaga persekitaran yang kondusif. Sebagai makluman, dalam usaha menangani isu-isu penyelenggaraan infra di kawasan perindustrian, Kerajaan Negeri telah mewujudkan platform khusus melalui mesyuarat Industrial Park Management Committee atau pun IPMC yang dilaksanakan oleh di setiap PBT di Negeri Selangor. Mesyuarat ini diadakan setiap 3 bulan dan dihadiri oleh wakil-wakil industri dan Ahli-Ahli Majlis kawasan yang berkaitan, wakil-wakil jabatan teknikal dan lain-lain agensi yang berkenaan. Mesyuarat ini menjadi medium bagi pihak industri dan Ahli-Ahli Majlis yang berkaitan mengutarakan isu-isu infra yang dibangkitkan untuk diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Sebagai makluman Yang Berhormat Batu Tiga, selain cukai taksiran yang dikenakan setiap tahun, pihak pelabur juga secara dasarnya telah memberi komitmen untuk memberikan sumbangan yang dikenakan seperti improvement service fund ISF yang merupakan tabungan khas untuk membina, menaiktaraf, menyelenggara kemudahan infra seperti jalan, parit dan saluran, pengurusan cerun dan landskap. Selain itu charge turut dikenakan kepada pihak pelabur sekiranya pembangunan yang dilaksanakan mengikut perubahan kegunaan tanah. Bayaran ini hanya boleh dikenakan ke atas perubahan kepadatan dan perubahan luas lantai apabila terdapatnya perubahan perancangan tempatan. Berkenaan charge kemajuan ini membolehkan pihak berkuasa tempatan menyediakan keperluan awam tambahan. Kerajaan Negeri juga percaya dengan wujudnya manage insdustrial park yang baru diperkenalkan. Urusan maintenance infrastructure akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur kerana taman-taman industri ini akan di urus penuh oleh pemaju yang mengutip charge daripada perusaha yang bagi tujuan tersebut. Seterusnya Yang Berhormat Lembah Jaya.

Yang Berhormat sebut tentang industrial park itu ialah sebuah kawasan terancang yang mana kawasan industri itu dirancang dengan baik dan teliti. Saya bercakap tentang industri di dalam kawasan bercampur contohnya di Batu Tiga dan di beberapa kawasan tempat yang lain. Ini yang saya lontarkan dan ini yang saya sedikit teruja dengan komitmen yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mungkin kita boleh lihat dan perhalusi dari sudut perkara-perkara kecil yang kita terlepas pandang di sudut penjagaan infrastruktur yang terutamanya. Terima kasih banyak.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang ini bukan soalan, yang ini hanya cadangan. Okay, terima kasih di atas cadangan dari Yang Berhormat Batu Tiga dan seterusnya saya hendak masuk ke Yang Berhormat Lembah Jaya yang menyentuh berkenaan pelaburan teknologi dan industri hijau serta saranan untuk penyediaan insentif dalam menggalakkan pertumbuhan industri ini. Sebagai makluman, pada masa ini Kerajaan

Negeri hanya menawarkan insentif yang tidak berbentuk kewangan seperti fasilitasi penyelarasan kelulusan pembangunan dan lain-lain bantuan yang diperlukan oleh pihak pelabur melalui peranan yang dimainkan oleh pihak Invest Selangor. Insentif berbentuk kewangan hanya ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan sahaja melalui insentif yang disediakan seperti Madani Smart Automation Grant. Di peringkat Kerajaan Negeri, Invest Selangor menyediakan insentif seperti Selangor Investors Soft Landing Incentive Programme dan Selangor Lab Partnership Programme bagi memudahkan pelabur teknologi hijau meneroka pasaran di negeri ini. Tuan Speaker, menyentuh mengenai mobiliti Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mempercepatkan transisi penggunaan kereta persendirian kepada pengangkutan awam sekali gus mengurangkan pelepasan karbon di Lembah Klang Raya.

Bandar Baru Klang ada memohon penjelasan mengenai tempat parkir kereta di stesen LRT 3 Jalan Meru berdekatan dengan Sekolah Tinggi Klang. Berdasarkan kelulusan Kebenaran Merancang, jumlah tempat letak kereta adalah sebanyak 182 petak di mana 158 petak tempat letak kereta adalah yang asal dan dibina semula dengan tambahan 24 parking lagi setelah stesen tersebut siap dibina. Berdasarkan kajian penilaian impak trafik ataupun traffic impact assessment oleh Jurutera Perunding trafik sebelum pembinaan stesen tersebut, tiada keperluan untuk menyediakan facility park and ride di stesen ini kerana stesen ini adalah merupakan stesen perantaraan ataupun intermediate berada di kawasan yang padat dan akan disokong sepenuhnya dengan perkhidmatan bas perantara ataupun feeder bus serta kenderaan on-demand rent sebagai demand responsive transit (DRT) bagi menyediakan kemudahan first-mile, last-mile kepada semua pengguna LRT 3. Adalah diharapkan kemudahan-kemudahan ini akan dapat membantu bagi memberi kemudahan pengangkutan pengguna LRT 3 dengan selesa dan juga mengurangkan kebergantungan penumpang kepada kenderaan persendirian dari rumah ke stesen dan sebaliknya. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri berhasrat untuk terus memperkasakan kemudahan first-mile, last-mile di dalam kerangka Selangor Mobility dengan memperluaskan kawasan van DRT, memperbanyakkan laluan pejalan kaki berbumbung dan meneroka pengguna micro mobility di kawasan yang bersesuaian. Hala tuju tersebut adalah penting untuk memberi sokongan kepada inisiatif Kerajaan Negeri mencapai peratusan modal penggunaan kenderaan awam yang telah ditetapkan di samping mengurangkan peratusan jejak karbon ataupun carbon footprint di Negeri Selangor.

Mengenai jajaran MRT 3 di Petaling Jaya, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan Yang Berhormat Bukit Gasing yang mahukan Kerajaan mempertimbangkan pembinaan jajaran MRT 3 Petaling Jaya, memandangkan kawasan tersebut berkepadatan tinggi dan memerlukan kemudahan pengangkutan awam yang baik. Untuk makluman, cadangan jajaran MRT 3 asalnya adalah melalui tiga (3) daerah iaitu daerah Hulu Langat, Gombak dan daerah Petaling. Dengan cadangan pembinaan dua (2) buah bas stesen di bawah tanah, ataupun underground station, di

kawasan Petaling Jaya iaitu stesen Bukit Gasing .. stesen Gasing dan stesen PPUM. Cadangan jajaran tersebut telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2021 melalui EXCO-MTES. Berdasarkan cadangan jajaran asal yang dikemukakan, Majlis Bandar raya Petaling Jaya telah mengemukakan ulasan tidak menyokong jajaran atas beberapa faktor iaitu yang pertama, cadangan jajaran akan melalui rizab Bukit Gasing yang telah diwartakan pada tahun 1961, dikhuatiri akan menyebabkan timbulnya alam sekitar dan bantahan penduduk serta tempat di mana purata pengunjung ke hutan ini adalah 3,000 hingga 5,000 orang setahun. Cadangan jajaran yang kedua, cadangan jajaran juga akan melibatkan pengambilan tanah atau hartanah daripada pemilik kediaman di Seksyen 5 Petaling Jaya. Rizab yang terlibat adalah rizab jalan seluas 40 kaki dan rizab parit seluas 30 kaki yang kecil dan sempit. Yang ketiga, cadangan jajaran juga akan melalui sebahagian Jalan Gasing yang akan melibatkan kediaman, kemudahan perniagaan serta Rumah Ibadat. Yang keempat, agensi pemohon atau penggerak projek perlu mengadakan public engagement bersama penduduk lebih awal sebelum membuka cadangan. Dan kelima, projek ini tidak dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya I Penggubalan Ketiga. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 28/ 2021 yang diadakan pada 11 Ogos 2021 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 29/2021 pada 18 Ogos 2021 telah bersetuju agar pihak MRT Corporation meneruskan rundingan jajaran bagi pelaksanaan projek MRT 3 dengan mengambil kira ulasan teknikal dan cadangan yang dikemukakan oleh jabatan atau agensi termasuk pihak MRT Corp, hendaklah mengkaji semula jajaran MRT 3 agar dapat mengelakkan Hutan Simpan Bukit Gasing dan kawasan perumahan Seksyen 5 Petaling Jaya. Dengan mengambil kira keputusan MMKN tersebut, pihak MRT Corp. Telah mengeluarkan jajaran Gasing tanpa melalui jajaran Petaling Jaya dan mengemukakan cadangan jajaran MRT 3 baru di peringkat Kerajaan Persekutuan serta telah diluluskan pada akhir 2023. Sekiranya Yang Berhormat Bukit Gasing berhasrat untuk memberi sokongan penuh mengembalikan jajaran MRT 3 di Bukit Gasing, Yang Berhormat boleh memohon pihak MBPJ untuk mengemukakan cadangan kepada MRT Corp. Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan yang dapat menambah baik mod dan jaringan pengangkutan awam demi kebaikan rakyat Selangor.

Dan akhir sekali, Taman Medan. Mengenai Program INSAN yang disentuh oleh Yang Berhormat Taman Medan. Untuk makluman Program INSAN Konvensional yang telah tamat tempoh, telah tamat tempoh pendaftaran pada 30 September .. dia ada, dia ada dekat belakang (ketawa), pada 30 September 2023 dan liputan perlindungan sehingga bulan Ogos 2024 tidak akan diteruskan. Ini memandangkan tempoh pendaftaran di bawah Program INSAN Takaful masih lagi dibuka kepada rakyat sehingga bulan Ogos 2024 yang akan mendapat perlindungan Takaful sehingga Ogos 2025. Seperti yang telah dijelaskan Program INSAN adalah perlindungan insurans group personel accident, dengan izin, kepada enam (6) juta rakyat di Negeri Selangor. Bagi mengaktifkan perlindungan insurans tersebut, bermula 1 Oktober 2022, bayaran premium perlu dibayar pada tarikh Program INSAN dimulakan bagi melindungi enam

(6) juta rakyat di Negeri Selangor dengan kadar premium yang rendah yang dikenakan. Setakat 31 Januari 2024, sebanyak 166 kes tuntutan telah diterima oleh pihak penyedia perkhidmatan ataupun syarikat insurans. Sebanyak 91 kes telah diluluskan tuntutannya dan pembayaran pampasan berjumlah RM910,000.00 telah pun dibuat oleh penyedia perkhidmatan kepada yang menuntut. Kerajaan Negeri masih meneliti kemajuan program ini dan akan menambah baik kaedah-kaedah perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan rakyat Selangor.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sorry Yang Berhormat, Kinrara. Saya terlepas tadi, berapa jumlah tuntutan yang dibayar?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

RM910,000.00

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

RM910,000.00? Maknanya, daripada RM12 juta yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri, tidak sampai RM1 juta yang telah di claim lah untuk dibayar dan telah dibayar. Jadi, kalau ikut pada jawapan yang diberikan secara bertulis dan juga melalui penggulungan ini bermakna Kerajaan Negeri tidak ada lagi perancangan untuk meneruskan Program INSAN.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bukan, bukan. Yang Berhormat perlu dengar betul-betul ya. Program INSAN Konvensional yang telah tamat tempoh pendaftaran pada 30 September 2023 dan liputan perlindungan sehingga bulan Ogos 2024 tidak akan diteruskan. Konvensional tidak akan diteruskan. Kenapa tidak diteruskan? Kerana bagi Takaful masih ada kuota lagi. Jadi, convert, yang konvensional akan convert kepada Takaful yang akan dapat perlindungan sehingga Ogos 2025. Ada satu (1) tahun setengah lagi ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Maksud ..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Maksud Yang Berhormat, enam (6) juta nama yang ada dalam INSAN itu, maknanya sekarang ini semua convert kepada Takaful? Adakah itu maksudnya?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak. Bukan. Bagi yang telah buat pendaftaran. Yang telah buat pendaftaran ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab kita bayar premium based on enam (6) juta nama

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang telah buat pendaftaran akan convert ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang disubmit pada Wavepay..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebahagian telah tamat tempohlah. Yang kita dah bayar premium itu ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Maknanya bukan enam (6) juta lah.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebahagian dah tamat tempoh dan sebahagian belum di bawah perlindungan Takaful itu akan diteruskan dan yang konvensional itu akan dipindah, convert dari konvensional ke Takaful supaya bagi mereka yang telah membuat pendaftaran terus menerima perlindungan daripada program ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Maknanya Yang Berhormat, kalau sebelum ini orang itu pernah daftar sebagai konvensional, kata individu yang sama..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, dia akan convert. Kita akan pindah mereka ke kuota Takaful. Tak faham? Tak apa

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Maknanya, masih cover enam (6) juta rakyatlah? Ikut daftar nama.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak, tak. Dia bukan .. tak, tak. Bukan, bukan semua. Bagi yang telah mendaftar ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu Yang Berhormat, kenapa kami semua bangkitkan tentang INSAN ini, dari from the start pelaksanaan INSAN ini tidak ada proper planning. Tak ada proper ..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Dia tak pernah, dalam Program INSAN ini tak pernah ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Pelaksanaan tata kelola pelaksanaan INSAN ini tidak telus dan kita banyak benda tak tahu. Walaupun, even Yang Berhormat sendiri, Kinrara, pun susah nak explain pada kita sama ada enam (6) juta ini cover semua atau tidak?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Bukan, bukan. Yang hasrat, hasrat dari Kerajaan Negeri Selangor adalah memberi perlindungan kepada enam (6) juta rakyat tetapi bukan semua enam (6) juta rakyat telah buat pendaftaran. Jadi, yang telah buat pendaftaran itu, ada sebahagian di konvensional, sebahagian lagi di Takaful. Dan, Takaful ini, tempoh dia panjang sikit kerana kita bermula Skim Takaful ini lebih lambat. Jadi, kita akan pindah konvensional ke Takaful, itu sahaja Yang Berhormat. Jelaskan? Jangan confused.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Okay, sebab itu saya tanya Yang Berhormat sekarang. Berapa sebenarnya yang covered by the Takaful sekarang? Berapa ramai yang covered by the Takaful?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Okay, saya tak ada ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab, kalau Yang Berhormat tengok, kita register enam (6) juta. Sekejap, sekejap. Claim 166 orang, 166 kes lah. 166 orang, maknanya dari segi capaian program, kita bayar untuk enam (6) juta orang. Betul? Premium yang kita bayar pada asalnya untuk enam (6) juta orang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Betul.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Enam (6) juta nama should be insured. Kena diinsuranskan. So, sekarang ini sebab itu saya tanya, kalau kita dah convert daripada konvensional kepada Takaful, adakah enam (6) juta ini sekarang ini, sebelum ini kita register semua konvensional, now kita masukkan semua dalam Takaful? Is that what u mean?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang registered itu tidak seramai enam (6) juta.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Okay, berapa Yang Berhormat?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tak sampai enam (6) juta. Saya tak ada angka itu, berapa? Tiga (3) juta lebih. Tiga (3) juta lebih yang registered.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu Yang Berhormat, kami bangkitkan benda ini dalam Dewan, sebab itu masa ucapan penggulungan saya, saya cadangkan kita akan bawa pada SELCAT benda ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya.

Itu, itu saya serah kepada Jawatankuasa SELCAT untuk buat keputusan. Kami bersedia untuk menjawab di SELCAT kerana sudah pun menjawab di Dewan yang mulia ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

So, sekarang ini boleh tak Yang Berhormat, saya beri sedikit, saya tak nak panjang lah sebab ini Menteri Besar nak ini lagi conclusion dia bahawa Program INSAN ini gagal untuk mencapai matlamat asalnya iaitu beri insurance coverage kepada semua rakyat Negeri Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang itu saya tak setuju. Macam mana kita boleh kata program ini gagal. Program ini..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Gagal Yang Berhormat.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Mungkin ada ruang penambahbaikan

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Gagal Yang Berhormat, hanya 166.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tetapi kalau kata gagal, itu tak betul. Kerana kita telah memberikan perlindungan ..

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

166, dan saya percaya ramai lagi rakyat di luar sana yang tidak tahu pun Program INSAN ini mereka boleh claim.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, itu belum tahu kan? Belum tahu, jadi pihak sana pun perlu bantu Kerajaan untuk mewar-warkan projek yang memberi perlindungan kepada rakyat di Negeri Selangor.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Bukan masalah itu Yang Berhormat. Kalau kita masuk website dia sekarang pun susah nak access. Kita nak register pun tak boleh.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa Yang Berhormat Taman Medan sedikit confused.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak, tak (ketawa). Saya tak confused. Tak apa, tak apa.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pun pernah jelaskan, jadi setakat ini satu proses audit sedang berjalan bagi mengenal pasti permasalahan berbangkit dan cadangan penambahbaikan sekiranya ada, akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dalam masa yang terdekat. Proses audit telah bermula pada 30 Januari tahun ini dan dapatan daripada proses audit tersebut akan membantu Kerajaan Negeri mengenal pasti langkah ke hadapan program insurans INSAN dengan penambahbaikan kaedah-kaedah yang bersesuaian demi kebaikan rakyat. Jadi, kami tunggu proses audit ini selesai dan sekiranya perlu menambah baik Kerajaan Negeri yang akan, menambah baik projek Program INSAN ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, boleh? Yang Berhormat, saya antara ADN yang banyak bicara soal Program INSAN dan INSAN Takaful mulai sesi yang lalu. Pada ketika itu, Kerajaan Negeri menyatakan bahawa program ini baik untuk rakyat Negeri Selangor dan rakyat diberikan peluang untuk memilih dua pilihan. Sama ada Program INSAN dan INSAN Takaful. Kalau program ini baik untuk rakyat, mengapa Program INSAN sekarang akan tamat pada bulan Ogos tahun ini? Dan, INSAN Takaful dilanjutkan hanya satu (1) tahun daripada Ogos tahun ini sehingga pertengahan tahun hadapan? Yang keduanya, jumlah yang telah dibayar kepada pengendali perkhidmatan bukan RM12.72 juta tetapi sudah RM19 juta. Kerajaan Negeri ini jawapan bertulis yang diberikan Kerajaan Negeri kepada

saya pada minggu yang lalu. Peruntukan oleh Kerajaan Negeri berjumlah sebanyak RM12.72 juta untuk Program Insan Konvensional telah pun disalurkan kepada MBI pada tahun 2022 dan saya bangkitkan dalam perbahasan yang lalu kalau mengikut Letter of Appointment kepada Wavpay Fintech sebaik sahaja LOA itu di tandatangani wang ini akan dibayar sepenuhnya dan manakala peruntukan berjumlah sebanyak RM7 juta untuk Program Insan Takaful telah disalurkan kepada MBI pada tahun 2023. Tetapi saya bertanya apakah peruntukan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2024? Jawapan yang diberikan tiada penyaluran peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada MBI bagi Program Insan dan Insan Takaful untuk tahun 2024. Jadi banyak percanggahan kalau benar program ini mendapat sambutan begitu baik demi rakyat pastinya Kerajaan Negeri akan terus mendukung dengan menyediakan satu jumlah peruntukan untuk memenuhi keperluan program ini tetapi jawapan yang diberikan tidak ada sebarang peruntukan yang disediakan. Bagaimana mungkin program ini dapat di teruskan kalau tidak ada pembiayaan daripada Kerajaan Negeri? Yang keduanya kenapa program ini di tamatkan? Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa Yang Berhormat Hulu Kelang juga confused seperti Taman Medan. Program ini tidak ditamatkan, program ini masih berterusan yang saya jawab tadi adalah konvensional yang itu telah tamat tempoh dan kita masih ada kuota di takaful jadi kita pindahkan yang telah berdaftar kepada Program Insan Takaful. Ini samakan kita hendak menyebabkan kos kenapa tahun 2024 tiada peruntukan khas untuk program ini kerana kita masih ada kuota, kita ingin mengoptimumkan kuota yang masih ada dan peruntukan RM19 juta itu melebihi 1 tahun program ini bermula pada 1 Oktober 2022 dan perlindungan yang kita akan menikmati adalah sampai Ogos 2025.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ok, Yang Berhormat Kinrara saya rasa macam ini saya minta laluan sedikit. Sebab Yang Berhormat sebut Hulu Kelang dan Taman Medan confused kami tidak confused dalam hal ini sebab yang telah dibelanjakan ini jutaan duit rakyat Negeri Selangor. Yang kita hendak tahu Yang Berhormat masih tidak boleh berikan kepada saya exact figure berapa sebenarnya insured dalam Negeri Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Nanti saya semak balik.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kalau Yang Berhormat beritahu clearly berapa sebenarnya rakyat Selangor yang dapat insurance coverrage ini. Kalau Yang Berhormat kata tadi program ini masih dilanjutkan tetapi ini bukan program tahun ini. Maknanya mengikut jawapan ini tiada lagi perancangan setakat ini untuk meneruskan Program Insan Konvensional bagi tahun 2024 sebab sudah tamat bulan 10.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Dan pindah ke takaful.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ok. Bila Yang Berhormat kata pindah ke takaful kalau saya sebelum ini pernah register sebagai konvensional now i can register as takaful?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

You dont need to register ok its automatic.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu saya tanya tadi. Kita mua register Wavpay ini dengan nama 6 juta orang so are you saying now under takaful 6 juta covered by this insurance? Kalau kata ada 166 kes yang telah claim kalau dia orang sudah claim whould be recovered again?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang mana?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang sudah claim. Adakah mereka masih lagi boleh daftar untuk terus sebab sekarang ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

If they still alive dia boleh sebab dia masuk covered.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab sekarang ini Kinrara sebut pada kita, kita semua diberi tahu bahawa 6 juta ini automatik register betul? Itu yang sebelum ini 6 juta ini automatik register but now you kata you kena register pula so which is which so what is the number actually? Berapa orang yang minta dengan izin berapa orang sebenarnya yang covered by this insurance Yang Berhormat, ini yang kita hendak tahu. Kalau Yang Berhormat kata kami confused saya yakin orang yang luar sana pun hendak tahu kami ini ada insurance coverage ke tidak bawah insan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kalau mereka telah buat pendaftaran mereka akan ada coverage bawah skim ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ye lah tapi Yang Berhormat you bayar premium just by the based 6 juta yang submit ambil daripada daftar pemilih automatik.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Nanti Yang Amat Berhormat explain lagi.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

You sudah automatik bayar kepada premium sebab kalau kata betul kita sudah bayar kita sudah set aside amaun itu berapa banyak untuk dibayar kepada syarikat insurans sebab yang bayar ini tolong bayar ini Wavpay bukan Kerajaan Negeri. Wavpay hanyalah pemegang premium betul? Wavpay hanya pemegang premium so dia bayar by the number of the claim kepada Kerajaan Negeri 6 juta nama so di mana 6 juta ini sekarang dari segi coverage of the insurance, daripada tak hari ini sampai bulan 8 Yang Berhormat sebut intu berapa exact figure yang covered.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Nanti saya semak dana Yang Amat Berhormat akan sambung dengan penjelasan insan yang dibangkitkan oleh Taman Medan tadi. Jadi dengan ini cukuplah saya akhiri penggulungan saya dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Ya terima kasih dijemput Yang Amat Berhormat Sungai Tua.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan terima kasih saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli Dewan yang telah berbahas sempena dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena dengan Pembukaan Sidang untuk sesi tahu 2024 dan alhamdulillah saya dapat melihat beberapa isu-isu yang dibangkitkan yang berkaitan dengan pengurusan di bawah portfolio-portfolio di Pejabat Menteri Besar, EXCO Tanah, Sumber Asli serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Saya akan cuba menjelaskan secara terperinci beberapa isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan sepanjang Dewan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Dewan begitu teruja dengan titah yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah memberikan begitu banyak nasihat khususnya dengan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri dalam memastikan konsistensi, prestasi dan kemampuan Kerajaan Negeri dalam menyumbang kepada kedudukan ekonomi Negeri Selangor dan telah berulang kali saya sebutkan sama ada dalam Dewan, di luar Dewan dan dalam pertemuan secara rasmi mahupun pada pertemuan tidak rasmi bahawa tahun 2024 merupakan tahun yang boleh dianggap sebagai tahun yang mencabar kerana terdapat masa dan waktu yang agak kurang stabil di banyak buah Negara yang akan berdepan dengan pilihan raya hinggakan dikatakan bahawa this is the biggest election year yang akan meliputi beberapa buah Negara di dalam seluruh Benua dan sebagian daripada negara-negara tersebut merupakan rakan dagang baik kita seperti India, seperti Amerika Syarikat, seperti Negara Eropah mahupun Negara Asia termasuk Indonesia yang akan menentukan keputusan rasminya siapakah presiden terbaru mereka. Sudah pasti hal ini akan menjadi perhatian pihak Kerajaan Negeri supaya kita melaksanakan proses perbincangan menarik program-program ekonomi kita secara berhati-hati supaya kita dapat mengambil peluang dan kesempatan yang sedia ada sebab itu semasa menjawab sesi Sidang Dewan soal jawab yang lepas saya menyebutkan semi konduktor merupakan bidang yang ingin kita beri tumpuan dan kita tidak mahu memberikan ruang itu sewenang-wenangnya kepada Negeri Pulau Pinang sebagai contoh yang telah mempunyai eco sistem semi konduktornya yang telah dibina sejak daripada 10 an lagi dan itu menjawab sedikit sebanyak mengapa beberapa pelaburan-pelaburan terkini yang sebenarnya menjurus kepada bidang semi konduktor yang dapat digapai sepenuhnya oleh Negeri Pulau Pinang di usung akhir pada tahun 2023 sebagaimana lonjakan pelaburan yang telah di terima di Malaysia dengan berjumlah RM329 juta yang merupakan kelulusan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Namun begitu apa yang saya buktikan dan disebutkan oleh Yang Berhormat Kinrara sebentar tadi Selangor masih mengekalkan jumlah yang signifikan pelaburan daripada segi manufacturing sebagai contoh kita kali pertama mencapai sampai RM18 bilion pada tahu tahun 2018 dan pada tahun 2020 kita mencapai RM17bilion, RM18 bilion dan tahun ini kita mencapai tahun lepas kita mencapai RM19 bilion consistency ini membuktikan keutuhan program ekonomi yang telah dibentuk termasuk Rancangan Selangor Pertama yang telah kita luluskan secara sebulat suara dalam Dewan ini pada Ogos tahun 2022. Message saya kepada Penjawat-penjawat Awam dan juga kepada rangkaian pasukan GLC di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi Persekutuan pada tahun 2024 adalah untuk memastikan pelaksanaan terhadap semua rencana-rencana yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri sama ada sekecil-kecil projek yang melibatkan penggantian paip ataupun projek-projek bagaimana mengindahkan kampung dan desa, pembaikan dan naik taraf pusat-pusat khidmat ataupun pusat-pusat masyarakat seperti balai raya dan juga peruntukan RM1 juta yang kita turunkan ke peringkat daerah untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan yang terdapat di pejabat-pejabat daerah sampailah kepada usia kita untuk merealisasikan projek-projek yang tersenarai di dalam Rancangan Selangor Pertama. Gombak Setia walaupun tidak hadir saya ingin maklumkan bahawa beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri termasuk untuk memperkukuhkan Selangor Implementation and Performance Unit (SIAP) daripada masa ke sama dengan mengambil kira berapa pelaksanaan yang telah dibuat oleh pemandu dan pacu dan sebagainya supaya kita boleh laksanakan di peringkat Negeri Selangor dalam melunaskan projek-projek tersebut dan baru sebentar tadi saya Yang Berhormat Kinrara baru bertemu dengan Institusi Perbankan kerana kita merangka Rancangan Selangor Pertama kita tertinggal beberapa aspek. Aspek itu adalah aspek financing. Alhamdulillah 2 atau 3 institusi yang kita hubungi itu bersedia untuk membantu finance projek-projek sama ada projek Kerajaan Negeri atau projek Kerajaan Persekutuan dan projek yang dibuat oleh syarikat swasta dalam Rancangan Selangor Pertama untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dan kita diminta untuk menyenaraikan 10 hingga 20 projek-projek keutamaan supaya projek-projek ini akan memberikan suntikan dan trigged dengan izin terhadap projek-projek yang dirangka di IDRISS, di SABDA mahupun di SMG. Kalau kita mengharapkan semata-mata peruntukan daripada Kerajaan Negeri sudah pasti tidak cukup saya nyatakan walaupun kita mempunyai tabungan RM3.5 bilion sebagaimana yang tercatat dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku namun sebahagian daripada tabungan-tabungan itu merupakan hasil daripada deposit, hasil daripada tabung-tabung yang mempunyai trust deed tertentu yang hanya boleh digunakan pada waktu-waktu tertentu. Saya sedang cuba mengenal pasti kebolehan kita untuk menggunakan tabung yang sedia ada supaya kita boleh invest dengan izin atau melabur terhadap projek-projek infrastruktur yang sangat-sangat kritikal di kawasan-kawasan itu termasuk penggantian paip di Pulau Indah yang telah di pegang oleh anak syarikat kita sendiri itu saya rasa kita tidak campur tetapi bagaimana hendak hidupkan kawasan IDRISS dan SMG dan juga SABDA yang memerlukan infrastruktur seperti jalan keter

sambungan dan sebagainya. Baru tadi saya bertemu dengan TEM.com pagi tadi dan mereka melaporkan ada beberapa unit-unit tertentu termasuk usaha-usaha untuk last mile bagi proses digitalis di peringkat-peringkat kawasan perumahan ingin dilaksanakan dan ini antara projek-projek yang ada dalam senarai priority list kita. Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media dan dilaporkan dalam mesyuarat Menteri-menteri besar bersama Perdana Menteri baru-baru ini Selangor telah mencatatakan kelaksanaan ataupun keboleh laksanaan sehingga mencapai 99.6% daripada projek-projek yang tertakluk dalam Rolling Pelan Ke-3 yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke12 dan itu sudah pasti akan memberikan impak yang baik kepada kita.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar saya hendak minta sedikit penjelasan.

Speaker

Silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar ada menyatakan pagi ini ada pertemuan dengan beberapa institusi perbankan untuk mendapat sokongan mereka dan kerjasama bagi menjayakan beberapa projek yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri. Saya boleh faham sekiranya dukungan ini diberikan untuk projek-projek Kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri tetapi Dato’ Menteri Besar juga menyebut antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mendapat dukungan daripada institusi perbankan bagi projek-projek yang dijalankan oleh pihak swasta. Ini merupakan satu perkara baru, apakah Kerajaan Negeri akan memberikan government guarantee kepada projek-projek swasta? Sebab ini tidak pernah berlaku government guarantee gerenti hanya untuk projek Kerajaan dan bukan projek swasta.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih sudah pasti kita akan menyenaraikan projek itu untuk melihat sama ada projek itu sama ada infrastruktur awam seperti jalan dan sebagainya itu kita akan dapatkan tetapi government guarantee sudah pasti memerlukan kebenaran daripada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat saya rasa cukup arif dalam hal tersebut bukan mudah untuk kita berikan dan apa yang hendak kita berikan adalah investment coordination dengan syarikat-syarikat swasta sebagai contoh tanah di Cocoaland atau berhampiran dengan kawasan sekitar Avani Sepang antara lonjakan paling penting di kawasan sana ialah pembangunan jalan daripada KLIA dan masuk di kawasan-kawasan tersebut untuk unlock. sudah RM19 juta. Kerajaan Negeri ini jawapan bertulis yang diberikan Kerajaan Negeri kepada saya pada minggu yang lalu. Peruntukan oleh Kerajaan Negeri berjumlah sebanyak RM12.72 juta untuk Program Insan Konvensional telah pun disalurkan kepada MBI pada tahun 2022 dan saya bangkitkan dalam perbahasan yang lalu kalau mengikut Letter of Appointment kepada Wavpay Fintech sebaik sahaja LOA itu di tandatangani wang ini akan dibayar sepenuhnya dan manakala peruntukan

berjumlah sebanyak RM7 juta untuk Program Insan Takaful telah disalurkan kepada MBI pada tahun 2023. Tetapi saya bertanya apakah peruntukan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2024? Jawapan yang diberikan tiada penyaluran peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada MBI bagi Program Insan dan Insan Takaful untuk tahun 2024. Jadi banyak percanggahan kalau benar program ini mendapat sambutan begitu baik demi rakyat pastinya Kerajaan Negeri akan terus mendukung dengan menyediakan satu jumlah peruntukan untuk memenuhi keperluan program ini tetapi jawapan yang diberikan tidak ada sebarang peruntukan yang disediakan. Bagaimana mungkin program ini dapat di teruskan kalau tidak ada pembiayaan daripada Kerajaan Negeri? Yang keduanya kenapa program ini di tamatkan? Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa Yang Berhormat Hulu Kelang juga confused seperti Taman Medan. Program ini tidak ditamatkan, program ini masih berterusan yang saya jawab tadi adalah konvensional yang itu telah tamat tempoh dan kita masih ada kuota di takaful jadi kita pindahkan yang telah berdaftar kepada Program Insan Takaful. Ini samakan kita hendak menyebabkan kos kenapa tahun 2024 tiada peruntukan khas untuk program ini kerana kita masih ada kuota, kita ingin mengoptimumkan kuota yang masih ada dan peruntukan RM19 juta itu melebihi 1 tahun program ini bermula pada 1 Oktober 2022 dan perlindungan yang kita akan menikmati adalah sampai Ogos 2025.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ok, Yang Berhormat Kinrara saya rasa macam ini saya minta laluan sedikit. Sebab Yang Berhormat sebut Hulu Kelang dan Taman Medan confused kami tidak confused dalam hal ini sebab yang telah dibelanjakan ini jutaan duit rakyat Negeri Selangor. Yang kita hendak tahu Yang Berhormat masih tidak boleh berikan kepada saya exact figure berapa sebenarnya insured dalam Negeri Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Nanti saya semak balik.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kalau Yang Berhormat beritahu clearly berapa sebenarnya rakyat Selangor yang dapat insurance coverrage ini. Kalau Yang Berhormat kata tadi program ini masih dilanjutkan tetapi ini bukan program tahun ini. Maknanya mengikut jawapan ini tiada lagi perancangan setakat ini untuk meneruskan Program Insan Konvensional bagi tahun 2024 sebab sudah tamat bulan 10.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Dan pindah ke takaful.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ok. Bila Yang Berhormat kata pindah ke takaful kalau saya sebelum ini pernah register sebagai konvensional now i can register as takaful?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

You dont need to register ok its automatic.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu saya tanya tadi. Kita mua register Wavpay ini dengan nama 6 juta orang so are you saying now under takaful 6 juta covered by this insurance? Kalau kata ada 166 kes yang telah claim kalau dia orang sudah claim whould be recovered again?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang mana?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang sudah claim. Adakah mereka masih lagi boleh daftar untuk terus sebab sekarang ini.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

If they still alive dia boleh sebab dia masuk covered.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab sekarang ini Kinrara sebut pada kita, kita semua diberi tahu bahawa 6 juta ini automatik register betul? Itu yang sebelum ini 6 juta ini automatik register but now you kata you kena register pula so which is which so what is the number actually? Berapa orang yang minta dengan izin berapa orang sebenarnya yang covered by this insurance Yang Berhormat, ini yang kita hendak tahu. Kalau Yang Berhormat kata kami confused saya yakin orang yang luar sana pun hendak tahu kami ini ada insurance coverage ke tidak bawah insan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kalau mereka telah buat pendaftaran mereka akan ada coverage bawah skim ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ye lah tapi Yang Berhormat you bayar premium just by the based 6 juta yang submit ambil daripada daftar pemilih automatik.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Nanti Yang Amat Berhormat explain lagi.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

You sudah automatik bayar kepada premium sebab kalau kata betul kita sudah bayar kita sudah set aside amaun itu berapa banyak untuk dibayar kepada syarikat insurans sebab yang bayar ini tolong bayar ini Wavpay bukan Kerajaan Negeri. Wavpay hanyalah pemegang premium betul? Wavpay hanya pemegang premium so dia bayar by the number of the claim kepada Kerajaan Negeri 6 juta nama so di mana 6 juta ini sekarang dari segi coverage of the insurance, daripada tak hari ini sampai bulan 8 Yang Berhormat sebut intu berapa exact figure yang covered.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Nanti saya semak dana Yang Amat Berhormat akan sambung dengan penjelasan insan yang dibangkitkan oleh Taman Medan tadi. Jadi dengan ini cukuplah saya akhiri penggulungan saya dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Ya terima kasih dijemput Yang Amat Berhormat Sungai Tua.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan terima kasih saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli Dewan yang telah berbahas sempena dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena dengan Pembukaan Sidang untuk sesi tahu 2024 dan alhamdulillah saya dapat melihat beberapa isu-isu yang dibangkitkan yang berkaitan dengan pengurusan di bawah portfolio-portfolio di Pejabat Menteri Besar, EXCO Tanah, Sumber Asli serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Saya akan cuba menjelaskan secara terperinci beberapa isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan sepanjang Dewan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Dewan begitu teruja dengan titah yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah memberikan begitu banyak nasihat khususnya dengan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri dalam memastikan konsistensi, prestasi dan kemampuan Kerajaan Negeri dalam menyumbang kepada kedudukan ekonomi Negeri Selangor dan telah berulang kali saya sebutkan sama ada dalam Dewan, di luar Dewan dan dalam pertemuan secara rasmi mahupun pada pertemuan tidak rasmi bahawa tahun 2024 merupakan tahun yang boleh dianggap sebagai tahun yang mencabar kerana terdapat masa dan waktu yang agak kurang stabil di banyak buah Negara yang akan berdepan dengan pilihan raya hinggakan dikatakan bahawa this is the biggest election year yang akan meliputi beberapa buah Negara di dalam seluruh Benua dan sebagian daripada negara-negara tersebut merupakan rakan dagang baik kita seperti India, seperti Amerika Syarikat, seperti Negara Eropah mahupun Negara Asia termasuk Indonesia yang akan menentukan keputusan rasminya siapakah presiden terbaru mereka. Sudah pasti hal ini akan menjadi perhatian pihak Kerajaan Negeri supaya kita melaksanakan proses perbincangan menarik program-program ekonomi kita secara berhati-hati supaya kita dapat mengambil peluang dan kesempatan yang sedia ada sebab itu semasa menjawab sesi Sidang Dewan soal jawab yang lepas saya menyebutkan semi konduktor merupakan bidang yang ingin kita beri tumpuan dan kita tidak mahu memberikan ruang itu sewenang-wenangnya kepada Negeri Pulau Pinang sebagai contoh yang telah mempunyai eco sistem semi konduktornya yang telah dibina sejak daripada 10 an lagi dan itu menjawab sedikit sebanyak mengapa beberapa pelaburan-pelaburan terkini yang sebenarnya menjurus kepada bidang semi konduktor yang dapat digapai sepenuhnya oleh Negeri Pulau Pinang di usung akhir pada tahun 2023 sebagaimana lonjakan pelaburan yang telah di terima di Malaysia dengan berjumlah RM329 juta yang merupakan kelulusan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Namun begitu apa yang saya buktikan dan disebutkan oleh Yang Berhormat Kinrara sebentar tadi Selangor masih mengekalkan jumlah yang signifikan pelaburan daripada segi manufacturing sebagai contoh kita kali pertama mencapai sampai RM18 bilion pada tahu tahun 2018 dan pada tahun 2020 kita mencapai RM17bilion, RM18 bilion dan tahun ini kita mencapai tahun lepas kita mencapai RM19 bilion consistency

ini membuktikan keutuhan program ekonomi yang telah dibentuk termasuk Rancangan Selangor Pertama yang telah kita luluskan secara sebulat suara dalam Dewan ini pada Ogos tahun 2022. Message saya kepada Penjawat-penjawat Awam dan juga kepada rangkaian pasukan GLC di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi Persekutuan pada tahun 2024 adalah untuk memastikan pelaksanaan terhadap semua rencana-rencana yang telah dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri sama ada sekecil-kecil projek yang melibatkan penggantian paip ataupun projek-projek bagaimana mengindahkan kampung dan desa, pembaikan dan naik taraf pusat-pusat khidmat ataupun pusat-pusat masyarakat seperti balai raya dan juga peruntukan RM1 juta yang kita turunkan ke peringkat daerah untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan yang terdapat di pejabat-pejabat daerah sampailah kepada usia kita untuk merealisasikan projek-projek yang tersenarai di dalam Rancangan Selangor Pertama. Gombak Setia walaupun tidak hadir saya ingin maklumkan bahawa beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri termasuk untuk memperkukuhkan Selangor Implementation and Performance Unit (SIAP) daripada masa ke sama dengan mengambil kira berapa pelaksanaan yang telah dibuat oleh pemandu dan pacu dan sebagainya supaya kita boleh laksanakan di peringkat Negeri Selangor dalam melunaskan projek-projek tersebut dan baru sebentar tadi saya Yang Berhormat Kinrara baru bertemu dengan Institusi Perbankan kerana kita merangka Rancangan Selangor Pertama kita tertinggal beberapa aspek. Aspek itu adalah aspek financing. Alhamdulillah 2 atau 3 institusi yang kita hubungi itu bersedia untuk membantu finance projek-projek sama ada projek Kerajaan Negeri atau projek Kerajaan Persekutuan dan projek yang dibuat oleh syarikat swasta dalam Rancangan Selangor Pertama untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dan kita diminta untuk menyenaraikan 10 hingga 20 projek-projek keutamaan supaya projek-projek ini akan memberikan suntikan dan trigged dengan izin terhadap projek-projek yang dirangka di IDRISS, di SABDA mahupun di SMG. Kalau kita mengharapkan semata-mata peruntukan daripada Kerajaan Negeri sudah pasti tidak cukup saya nyatakan walaupun kita mempunyai tabungan RM3.5 bilion sebagaimana yang tercatat dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku namun sebahagian daripada tabungan-tabungan itu merupakan hasil daripada deposit, hasil daripada tabung-tabung yang mempunyai trust deed tertentu yang hanya boleh digunakan pada waktu-waktu tertentu. Saya sedang cuba mengenal pasti kebolehan kita untuk menggunakan tabung yang sedia ada supaya kita boleh invest dengan izin atau melabur terhadap projek-projek infrastruktur yang sangat-sangat kritikal di kawasan-kawasan itu termasuk penggantian paip di Pulau Indah yang telah di pegang oleh anak syarikat kita sendiri itu saya rasa kita tidak campur tetapi bagaimana hendak hidupkan kawasan IDRISS dan SMG dan juga SABDA yang memerlukan infrastruktur seperti jalan keter sambungan dan sebagainya. Baru tadi saya bertemu dengan TEM.com pagi tadi dan mereka melaporkan ada beberapa unit-unit tertentu termasuk usaha-usaha untuk last mile bagi proses digitalis di peringkat-peringkat kawasan perumahan ingin dilaksanakan dan ini antara projek-projek yang ada dalam senarai priority list kita. Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media dan dilaporkan dalam mesyuarat Menteri-menteri besar bersama Perdana Menteri baru-baru ini Selangor telah

mencatatakan kelaksanaan ataupun keboleh laksanaan sehingga mencapai 99.6% daripada projek-projek yang tertakluk dalam Rolling Pelan Ke-3 yang terkandung dalam Rancangan Malaysia ke12 dan itu sudah pasti akan memberikan impak yang baik kepada kita.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar saya hendak minta sedikit penjelasan.

Speaker

Silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar ada menyatakan pagi ini ada pertemuan dengan beberapa institusi perbankan untuk mendapat sokongan mereka dan kerjasama bagi menjayakan beberapa projek yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri. Saya boleh faham sekiranya dukungan ini diberikan untuk projek-projek Kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri tetapi Dato’ Menteri Besar juga menyebut antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mendapat dukungan daripada institusi perbankan bagi projek-projek yang dijalankan oleh pihak swasta. Ini merupakan satu perkara baru, apakah Kerajaan Negeri akan memberikan government guarantee kepada projek-projek swasta? Sebab ini tidak pernah berlaku government guarantee gerenti hanya untuk projek Kerajaan dan bukan projek swasta.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih sudah pasti kita akan menyenaraikan projek itu untuk melihat sama ada projek itu sama ada infrastruktur awam seperti jalan dan sebagainya itu kita akan dapatkan tetapi government guarantee sudah pasti memerlukan kebenaran daripada Kementerian Kewangan. Yang Berhormat saya rasa cukup arif dalam hal tersebut bukan mudah untuk kita berikan dan apa yang hendak kita berikan adalah investment coordination dengan syarikat-syarikat swasta sebagai contoh tanah di Cocoaland atau berhampiran dengan kawasan sekitar Avani Sepang antara lonjakan paling penting di kawasan sana ialah pembangunan jalan daripada KLIA dan masuk di kawasan-kawasan tersebut untuk unlock kebolehan-kebolehan serta pembangunan di kawasan tersebut. Tanpa kita laksanakan projek infrastruktur tersebut, kemungkinan projek itu akan memerlukan masa yang lebih panjang. Tetapi apa yang kita nak siapkan dalam satu consortium investment fund yang kita akan siapkan itu termasuk funding daripada Kerajaan Negeri diurus bersama dengan institusi perbankan diletak di bawah satu tabungan dan kita akan mengenal pasti senarai projek daripada 200 itu, 20 keutamaan yang kita akan tawarkan terbukti sama ada syarikat-syarikat itu ataupun terpulang kepada syarikat-syarikat itu ingin membuat pinjaman ataupun kemudahan yang kita nak tawarkan ataupun tidak dan ia akan memberi peluang untuk Kerajaan Negeri melihat facibility studies ataupun kebolehan laksanaan projek-projek yang telah disenaraikan di bawah Rancangan Selangor Pertama. Jadi, kalau nak ditanya adakah kita akan mudah-mudah untuk memberikan government guarantee? Tidak. Termasuk government projek pun tidak kita berikan gerenti kerana akhirnya kita

terpaksa mengambil masa yang lama dengan MOF dan Kerajaan Negeri tidak menggadaikan government guarantee sebagaimana tanggungan yang berdepan dengan 1MDB dan sebagainya yang terpaksa kita bayar hutang sehingga ke detik dan waktu ini.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, seterusnya saya juga nak maklumkan berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan tanah yang telah dibangkitkan sebelum saya menjawab beberapa isu-isu yang berkaitan dengan Air Selangor dan PKNS yang dibangkitkan khususnya daripada Ketua Pembangkang. Tentang portfolio tanah ini saya nak sentuh tentang soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang yang bertanyakan untuk kita melihat semula, mengkaji tentang permit khas kebenaran penggunaan tanah pertanian selain tujuan pertanian bagi aktiviti peniaga kecil untuk menampung kos sara hidup. Berkaitan dengan permit khas kebenaran penggunaan tanah pertanian selain bertujuan bagi aktiviti peniaga kecil untuk menampung sara hidup, Pejabat Tanah dan Galian Selangor berpandangan seperti berikut. Bagi perniagaan yang melibatkan tujuan untuk menyara hidup seperti gerai nasi lemak, gerai pisang goreng dan lain-lain, perniagaan berskala kecil atau gerai tidak perlu memohon permit khas tanah pertanian yang mana keluasan tidak besar dan berpendapatan tidak melebihi RM500.00 sehari. Ini garis panduan yang ada dalam PTG. Perniagaan seperti ini jelas hanya lebih kepada untuk menyara diri dan makanan yang dijual untuk pandu lalu sahaja. Sekiranya perniagaan ini diminta untuk memohon permit khas, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membayar segala kos permohonan dan fi yang telah dikemukakan. Sebagai satu cara memudahkan pengusaha atau peniaga ini memohon untuk mendapatkan permit di Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengemukakan borang dan pelan tapak dikenakan pada kadar bayaran yang munasabah. Sebagai contoh RM500.00 dalam tempoh lima tahun dan lesen perniagaan yang perlu dipohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Itu untuk..

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Izin saya mencelah. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Saya sangat-sangat gembira apabila kita mendengar yang kata Y.A.B. Menteri Besar tadi yang warung dan sebagainya tidak diperlu untuk memohon permit khas. Tapi saya harap agar penyelarasan ini dapat dibincangkan dengan secara telus kerana di kawasan saya di Permatang banyak warung-warung dan juga car wash kecil-kecil ini dah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Tanah untuk dan diberikan borang untuk dengan izin untuk apply permit itu. Jadi, sekiranya jawapan tadi diberikan yang bahawa warung-warung ini semua tidak perlu diberi memohon permit khas, jadi saya harap agar satu penyelarasan dapat dibuat supaya tiada lagi masalah seperti ini berlaku. Sekian.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Bukan kita akan kenakan permit khas yang terlalu berat tetapi kita kenakan macam saya sebut tadi RM500.00 dalam tempoh lima tahun. Jadi setahun RM100.00 dan saya kira itu sangat berpatutan tapi isu yang paling penting bagi saya ialah bagaimana pelarasan terhadap faktor-faktor

keselamatan dan juga faktor kesihatan. Ini hal perkara yang saya rasa perlu diteliti kerana ia melibatkan makanan dan ia boleh menjadi ejen kepada epidemik ataupun masalah-masalah penyakit berjangkit pada masa depan dan kita juga perlu bertanggungjawab kalau kita berikan permit ini ada berlaku sebarang insiden yang tidak kita ingini bagaimana kita menanganinya dalam hal kesihatan dan isu-isu keselamatan terutamanya bagaimana tapak terbabit sesuai ataupun tidak, menghalang lalu lintas yang mungkin boleh melahirkan ataupun mencipta potensi bagi kemalangan dan sebagainya dan juga faktor-faktor keselamatan. Ini perkara yang saya akan minta kepada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Pejabat Tanah fikirkan supaya nilai yang diberikan itu sepadan dengan risiko terhadap penyakit ataupun hal-hal yang dibangkitkan sebentar tadi.

Perkara kedua saya nak bangkitkan tentang maklum balas yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADN Sungai Panjang berkenaan dengan laporan Ketua Audit Negara khusus berkaitan ketidakcekapan pengurusan tanah rizab Melayu. Berdasarkan tatakerja semasa berkaitan pembatalan dan penggantian tanah rizab, setiap penggantian tanah rizab di mana-mana daerah termasuk di Sabak Bernam yang dikatakan tidak sama nilai dengan keluasan pembatalan perlu diteliti dengan terperinci mengikut lokasi sebenar yang dikenal pasti. Namun, secara umumnya pewartaan pembatalan dan penggantian TRM mempunyai proses kerja dan punca kuasa perundangan yang jelas, yang itu yang pertama. Mana-mana tanah rizab yang dibatalkan, penggantian TRM hendaklah dibuat sama jenis dan tidak melebihi luas tanah rizab yang dibatalkan dan diisytiharkan gantian TRM itu dengan secepat mungkin bagi menjamin keluasan TRM kekal selama-lamanya untuk faedah orang Melayu selaras dengan Fasal 3, Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan. Kedua, Menteri Besar juga boleh mengisytiharkan mana-mana tanah sebagai Tanah Rizab Melayu selaras peruntukan Seksyen 3 dan 4, Enakmen Rizab Melayu melalui warta kerajaan dan sehubungan dengan itu walaupun pihak PTGS dan semua PDT sentiasa berusaha mematuhi Fasal 3, Peraturan 89 Perlembagaan Persekutuan, pembangunan yang pesat di Negeri Selangor mengakibatkan kekangan untuk menggantikan tanah rizab dengan kadar secepat mungkin. Namun, setiap Pejabat Tanah akan berusaha memastikan teguran dalam Laporan Ketua Audit berkenaan tanah rizab dapat diselesaikan dengan cekap dan teratur. Perkara ini telah dibangkitkan dalam penggal yang lepas sebagai contoh berkaitan dengan laporan tanah rizab ini dan sebahagian daripada penggantian-penggantian itu melibatkan lebih kurang 1,800 hingga 2,000 ekar lebih kurang dan ia melibatkan pembangunan KLIA pada tahun 90an dulu yang belum selesai digantikan. Mengikut rekod sepanjang saya jadi EXCO Kerajaan Negeri semenjak tahun 2013, 2014 kita akan menggantikan segera dan tidak ada penggantian itu melibatkan projek pembangunan yang diberikan kepada syarikat swasta. Sebagai contoh, apa yang dibangkitkan oleh Sungai Panjang berkenaan dengan penggantian, ada cerobohan dan sebagainya itu, itu adalah penggantian melibatkan pemberimilikan kepada tanah-tanah yang telah lama berpuluh tahun tidak dapat diselesaikan. Jadi, kita beri milik kepada tuan-tuan punya tanah tersebut dan digantikan tanah tersebut dan kita mengambil maklum

tentang pencerobohan-pencerobohan tersebut dan Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan seperti penghantaran notis kepada penceroboh-penceroboh dan mengambil tindakan-tindakan untuk sita dan sebagainya terhadap pencerobohan yang dilakukan di kawasan penggantian yang disebutkan.

Sebahagian daripada kawasan penggantian rizab Melayu adalah untuk infrastruktur awam melibatkan pembinaan ECRL, penggantian paip dan sebagainya itu memang saya akui melalui tapi ia melibatkan infrastruktur-infrastruktur awam dan saya yakin sepanjang saya jadi Menteri Besar seingat saya atau sepanjang EXCO, kita tak benarkan untuk pembangunan kecuali ada sebab-sebab khusus yang tidak dapat dielakkan. Contohnya kawasan itu melibatkan kawasan yang terbakar, banjir dan tidak boleh dibantu lagi kalau tidak dibangunkan. Itu seingat saya dulu tapi itu sangat jarang dan tidak pernah dan kita hanya tumpu kepada projek-projek infrastruktur seperti penggantian paip, jalan kereta api, sekolah mungkin dan sebagainya dan mungkin penggantian ataupun pemberimilikan tanah untuk kes-kes tanah yang berlanjutan lama sebelum ini. Dan laporan yang disebut mungkin oleh Laporan Ketua Audit Negara itu tidak merujuk secara keseluruhan aspek sebab itu saya yakin kita berada dalam trek yang betul dalam memastikan tanah rizab Melayu dapat dipertahankan di negeri ini dan mungkin kita sedang memikirkan bagaimana pengumuman baru pihak Perdana Menteri dalam Kongres Ekonomi Bumiputera supaya kita boleh bangunkan tanah-tanah rizab Melayu ini dengan perumahan mampu milik yang akan diduduki oleh orang-orang Melayu dan dapat dibangunkan nilai dan value untuk kawasan-kawasan tersebut. Saya minta untuk EXCO Perumahan segera untuk mencatatkan tentang projek yang telah diumumkan itu dalam Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya beralih kepada Kampung Tunku yang bertanyakan tentang status hak milik strata bagi kawasan Park Residensi, Impian Seri Setia dan Boulevard 51 ataupun Boulevard 51. Untuk jawapan pertama Park Residensi yang hak miliknya adalah PN11170523513, Bandar Petaling Jaya, pemaju telah mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hak milik strata...

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Speaker.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Melalui juruukur tanah berlesen...

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Tuan Speaker. Minta maaf kerana mencelah tetapi sebenarnya Yang Berhormat EXCO Perumahan telah memberi jawapan kelmarin. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ingat baru nak bermanja. Impian Seri Setia dah? Dah? Tapi jangan main-main. Tough dia pemain ragbi yang laju. Saya tengok Hulu Kelang main ragbi juga tapi baru sekali saya rasa pegang bola ragbi baru-baru

ni. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya terus kalau dah ada jawab saya teruskan kepada Yang Berhormat Ijok mengenai memohon PTGS menakrif semula jenis-jenis bahan batuan mineral dan menambah hasil royalti negeri. PTGS telah menyediakan draf cadangan pelarasan semula bahan batuan mineral untuk dibentangkan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyeragaman Berkaitan Bahan Batuan Mineral Bilangan 1/2024 yang dipengerusikan pada 18 Mac 2024. Sekiranya dipersetujui cadangan ini, kertas ringkasan akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan pertimbangan. Mesyuaratnya pada 18 nanti, kalau ada pertimbangan dan kelulusan diputuskan dalam mesyuarat tersebut, hal itu akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diberikan kelulusan sebagaimana cadangan Yang Berhormat Ijok sebentar tadi. Yang Berhormat, saya ingin beralih kepada hal yang dibangkitkan berkenaan dengan Air Selangor. Menurut soalan-soalan yang dikemukakan adakah Air Selangor mempunyai keupayaan melalui pelan perniagaan yang telah kita susunkan dan kita aturkan untuk membiayai jumlah-jumlah suku untuk peruntukan-peruntukan yang telah diberikan? Mengikut rekod sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang sepanjang Yang Berhormat mengatakan memberikan pembiayaan-pembiayaan itu adalah dalam bentuk pinjaman dan saya telah menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Jeram sebagai contoh. Pinjaman-pinjaman itu telah menyebabkan Air Selangor terpaksa menyusun kembali pelan perancangan perniagaan mereka supaya boleh mereka menciptakan keuntungan yang dianggarkan menjelang tahun 2029 mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM200 juta satu tahun dengan beberapa langkah-langkah pembaikan termasuk kenaikan tarif yang telah dikemukakan. Dan sebab itu kita telah menetapkan bermula dari tahun 2031 walaupun secara rekodnya daripada tahun 2027 tapi 2027 sampai 2030 semua pinjaman-pinjaman yang telah dibuat dan dicadangkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang ketika Menteri Besar pada ketika itu akan mula dibayar ataupun dibayar dengan cara kontra dengan nilai lebih kurang RM55 juta hasil daripada urus urusan yang harus dilaksanakan oleh pihak Air Selangor dengan pihak PAAB yang sewajarnya dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Jadi, tak perlu bayar daripada cash mereka, cukup kontra daripada hasil yang sepatutnya dibuat pada waktu-waktu tersebut ataupun tanggungjawab yang perlu dibayarkan dan ia akan bermula mulai 2031 dan akan selesai pada tahun 2046 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM248 juta tetapi cash yang dibayar adalah sebanyak RM193.7 juta. Berkenaan dengan kemampuan rancangan Air Selangor ini, ia adalah berdasarkan kepada apa yang disebut sebagai 35 billion dalam tempoh 30 tahun dalam rancangan perniagaan yang disusun oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah dihantar kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara ataupun SPAN dan SPANlah yang telah memberikan kelulusan dasar-dasar dan juga langkah-langkah yang telah diberikan dan rancangan perniagaan itu sendiri turut disubmit atau diserahkan kepada institusi kewangan yang menawarkan sukuk tersebut dan saya percaya institusi kewangan tidak semudah-mudah memberikan sukuk terbabit kalau tidak percaya ataupun tidak yakin dengan rancangan kewangan yang telah ditetapkan. Tentang beberapa

prestasi semasa, saya percaya Yang Berhormat Pandan Indah telah menjawab dan sebahagian daripada isu-isu itu juga disebabkan oleh beberapa keadaan ketidak tentuan yang berlaku di tahun 2020 dan 2021.

Speaker

Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, waktu telah pun menunjukkan pukul 6. Ya, saya. Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Kelang esok sambung lagi. Esok, esok ada lagi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Esok masih ada lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh sambung 15 minit kan kalau ikut peraturan.

Speaker

Esok, esok, esoklah, esoklah. Ya, terima kasih kepada semua. Ya, waktu telah pun menunjukkan pukul 6 petang. Jadi, kita sambung ke pukul 10 esok, 6 Mac 2024. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)