Selangor · 6 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 419 turns · 37,321 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas pada 6 Mac 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera, selamat pagi. Untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelawat dari Monash University seramai 15 orang yang diketuai oleh Encik Brian Koh Ho Kuang. Kita mulakan dengan Kota Damansara.

Terima kasih Timbalan Speaker. Kota Damansara di bawah Parlimen Sungai Buloh, soalan saya nombor 70.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Rakan MudaQuestions

70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah cadangan kerajaan untuk menjayakan rakan muda?

b)

Adakah PeBS akan turut terlibat dengan rakan muda?

c)

Bagaimanakah langkah kerajaan untuk mempromosikan rakan muda di Selangor?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Kota Damansara. Rakan Muda merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan belia berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Pada 25 Jun 2023, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan nafas baru 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Manakala, bagi Kerajaan Negeri Selangor pula, kita telah mempunyai Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 yang mempunyai 10 domain utama dalam pembangunan sahsiah belia. Penyelarasan bagi program-program negeri melalui Pindaan dan Penambahbaikan Tatacara Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menggabungkan semua Gaya Hidup Rakan Muda selaras dengan Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 iaitu :

BIL. DASAR BELIA SELANGOR 2020 GAYA HIDUP RAKAN MUDA 1. Kepimpinan dan Literasi Politik Rakan Demokrasi 2. Hubungan Antarabangsa dan Pemikiran Global Rakan Demokrasi 3. Keusahawanan dan Ekonomi Digital Rakan Niaga 4. Pekerjaan dan Pembangunan Kemahiran Rakan Mahir 5. Pendidikan Rakan Mahir 6. Kebudayaan, Kreativiti, dan Sahsiah Rakan Litar Rakan Muzik Rakan Aktif 7. Keagamaan, Kesihatan, dan Kesejahteraan Rakan Ekspresi 8. Media Digital dan Sosial Rakan Digital 9. Nasionalisme dan Patriotisme Rakan Prihatin 10. Keseimbangan Alam Sekitar Rakan Bumi

Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah medium Kerajaan Negeri untuk menjalankan program - program belia di peringkat akar umbi. Manakala Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 merupakan garis panduan utama yang diguna pakai oleh semua ahli Penggerak Belia Selangor (PeBS), melalui tatacara yang diselaraskan dengan 10 Gaya Hidup Rakan

Muda supaya manfaat daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat dinikmati oleh golongan belia.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, Program Rakan Muda adalah satu program yang dikenali oleh seluruh masyarakat sejak ia dilancarkan pada tahun 1994. Bagi mempromosikan Rakan Muda di Negeri Selangor, PeBS akan melaksanakan program – program di kawasan dengan berpandukan Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 dan Tonggak 10 Rakan Muda dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri, penglibatan Ahli - Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Cuma soalan tambahan Kota Damansara adalah memandangkan rakan muda ini mempunyai penyelaras di setiap penyelaras di setiap Parlimen, bagaimanakah cara kerjasama yang akan dilakukan oleh pihak Penggerak Belia Selangor bersama Rakan Muda di setiap Parlimen?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik, terima kasih Kota Damansara. Melalui apa yang saya jelaskan tadi, PeBS ini akan menjalankan program dan juga aktiviti dengan penyelarasan di semua peringkat baik di peringkat Parlimen dengan Ahli-Ahli Parlimen, di peringkat Dewan Negeri dan juga di peringkat dengan Agensi bukan sahaja Agensi Kerajaan Negeri tetapi juga Agensi Kerajaan Persekutuan dan untuk makluman Y.B. Kota Damansara, dalam usaha kita untuk memperkukuh dan juga menyelaraskan program-program Rakan Muda di bawah KBS ini dengan Kerajaan Negeri pada hari Ahad ini kita juga akan mengadakan Sesi Libat Urus dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang akan datang ke Negeri Selangor untuk kembara, jumpa orang muda dan dalam program tersebut akan turut diperjelaskan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan belia dan juga pada masa sama penyelarasan program di peringkat Negeri dan Persekutuan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Teratai.

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

Ya, selamat pagi, soalan saya nombor 71.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Rancangan Untuk Warga EmasQuestions

Tuan Yew Jia HaurDAP · PHTeratai

71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah rancangan yang bakal diperkenalkan untuk golongan warga emas yang kian bertambah, terutama sekali mereka yang tidak mempunyai waris?

Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI

: Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Teratai. Kerajaan Negeri sedang membangunkan Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor yang akan memberikan manfaat kepada golongan sasar termasuklah warga emas. Dasar ini menekankan tentang pengagihan semula atau dengan izin (redistribution) tanggungjawab dan peranan kerajaan untuk penjagaan yang perlu dipikul secara kolektif antara semua pihak, iaitu Kerajaan Negeri, anak syarikat, agensi Kerajaan Negeri, pihak swasta, komuniti dan keluarga. Dasar tersebut akan menggariskan inisiatif dan pelan tindakan mengikut keperluan golongan sasar antaranya warga emas, berdasarkan lima (5) teras utama dasar seperti berikut; pertama advokasi dan promosi. Kedua, tata kelola dan kawal selia. Ketiga, penjaga dan tenaga kerja terlatih. Keempat, pelaburan dan kerjasama dan kelima inovasi dan teknologi

Dasar Ekonomi Penjagaan dibangunkan selaras dengan Rancangan Selangor Pertama iaitu Selangor Silver Workforce dan Active Ageing Society mengenai pemerkasaan aktiviti warga emas dan kemandirian warga emas. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan kajian landskap bagi melihat situasi semasa dan keperluan warga emas khususnya rakyat negeri Selangor yang menjadi ahli Skim Mesra Usia Emas ataupun SMUE. Program Penanda Aras Ekonomi Penjagaan juga akan dilaksanakan bagi memahami amalan terbaik ataupun best practices yang berkaitan ekonomi penjagaan termasuk penjagaan warga emas dan pemerkasaan warga emas mandiri di peringkat antarabangsa bagi merangka strategi terbaik untuk implementasi dalam konteks Negeri Selangor. Selain itu, Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Ekonomi Penjagaan akan melaksanakan Kolokium Kebajikan untuk berdiskusi, mendapatkan idea dan pandangan mengenai isu-isu kebajikan golongan rentan khususnya warga emas. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, okay.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak tanya berkenaan dengan Skim dengan warga emas ini, Skim Usia Emas tadi, saya nak tanya sebab adakah apa-apa pelarasan ataupun peraturan yang di mana contoh di kawasan saya Penyelaras DUN hanya memberi voucher Skim SMUE ini hanya 1 hari sahaja seminggu. Iaitu pada hari Jumaat. Jadi hari lain dia kata tak boleh, penduduk tak boleh pergi untuk claim voucher itu. Jadi saya nak tanya adakah apa-apa penyelarasan daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun daripada Pejabat EXCO yang mana berapa hari seminggu untuk diberikan voucher tersebut kepada rakyat. Sekian.

Y.B. PUAN ANFAAL BINTI SAARI

: Terima kasih atas pertanyaan tambahan daripada Yang Berhormat Permatang. Di peringkat Kerajaan kita tidak menetapkan bagaimana penyelarasan dilaksanakan di pejabat-pejabat Pusat Khidmat DUN ataupun Penyelaras DUN. Pun begitu, kami akan peringatkan di pejabat-pejabat Pusat Khidmat DUN dan Penyelaras DUN untuk mempercepatkan proses agihan tersebut. Sebenarnya mengikut kreativiti di Pusat Khidmat masing-masing boleh jadi dalam 1 program yang besar untuk menyerahkan voucher secara beramai-ramai ataupun ditetapkan. Ada kalanya apa yang berlaku, untuk pengetahuan semua, isu kebanjiran ataupun lambakan warga emas yang datang berpusu-pusu seawal Januari Tahun 2024 ini kerana, polisi agihan voucher tersebut tidak mengikut bulan kelahiran. Untuk tahun ini kita akan selaras semula untuk memudahkan dari segi pentadbiran, di mana penyerahan voucher mengikut bulan kelahiran. Bermakna, terdapat 4 sukuan. Sukuan pertama, kedua, ketiga dan keempat hanya mereka yang lahir pada dalam bulan sukuan tersebut sahaja yang akan boleh menuntut ataupun redeem voucher di pejabat-pejabat Pusat Khidmat dan juga Penyelaras DUN.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Yang Berhormat Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Tuan Speaker, Soalan nombor 72.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Memorendum Of Transfer ( Mot )Questions

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status MOT bagi kawasan - kawasan perumahan pangsa dan apartment di kawasan J,K dan L Putra Perdana di mana melibatkan KPKT?

b)

Apakah status peruntukan yang telah dijanjikan oleh Dato' Menteri Besar sebelum ini sebanyak RM 30 juta?

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dengkil yang bertanyakan apakah status MOT bagi kawasan - kawasan perumahan pangsa dan apartment di blok J, K dan L di Putra Perdana? Yang Berhormat Dengkil, Mesyuarat Kerajaan Negeri melalui MMKN pada 31/2022 yang diadakan pada 16 November 2022 telah meluluskan menyelesaikan hakmilik individu Taman Putra Perdana melalui kaedah penyerahan ke seluruh tanah di bawah Seksyen 197 KTN dan pemilikan bawah Seksyen 76 KTN secara berperingkat bagi tujuan bangunan kediaman dan bangunan perniagaan di plot E, F, I, J dan K serta L, serta sebahagian blok B yang telah menjadi Tanah Kerajaan di Mukim Dengkil, Daerah Sepang. Penyelesaian hakmilik Putra Perdana melibatkan sebanyak 12,783 hakmilik individu yang terdiri daripada pegangan hakmilik landed dan hakmilik strata. Proses dilakukan secara berfasa / berperingkat oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (PDTSepang) dengan kerjasama pemaju Talam Leisure Development Sdn. Bhd. ataupun (TLDSB).

Status Memorandum Of Transfer ataupun (MOT) bagi kawasan-kawasan perumahan pangsapuri yang melibatkan pengeluaran hakmilik bagi Plot J, K dan L di Taman Putra Perdana adalah seperti berikut:- untuk plot J : Hakmilik Blok PN 39259, Lot 14010, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Lot ataupun Plot J tidak melibatkan kawasan perumahan pangsapuri (strata) sebaliknya hanya melibatkan hakmilik landed iaitu rumah jenis teres. Semua 601 dokumen hakmilik telah berjaya didaftarkan dan diserahkan kepada pembeli pada 1 Ogos 2023 yang lalu, melalui satu majlis yang diadakan dan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan justeru itu, Plot J ini dikira sebagai selesai sepenuhnya untuk pengetahuan Yang Berhormat Dengkil. Manakala bagi plot-plot seperti K dan L, proses serah balik dan berimilik semula di bawah Seksyen 197 dan 76

hendaklah dibuat bagi membolehkan hakmilik muktamad dikeluarkan terlebih dahulu dan kemudian pemaju akan membuat permohonan strata di Pejabat Tanah dan Galian Selangor diikuti dengan permohonan pecah bahagian bangunan sebelum hakmilik strata dikeluarkan atas nama pemaju. Hanya selepas itu, barulah proses hakmilik petak-petak dapat dilaksanakan kepada pembeli. Saya memahami kegusaran yang dialami oleh pihak pemilik-pemilik, namun proses semakan memakan masa memandangkan penglibatan banyak pihak agensi teknikal Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) dan pihak Majlis Perbandaran serta pelan ukur yang terkini.

Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita dapat kerjasama sepenuhnya daripada pemilik dan juga daripada Agensi Kerajaan juga pemaju. Jadi, Plot K: Hakmilik Blok PN 39258, Lot 14009, Mukim Dengkil, Daerah Sepang Plot L : Hakmilik Blok PN 39260, Lot 14011, Mukim Dengkil, Daerah Sepang

No. Plot Pangsapuri Bilangan Petak 1. K Pangsapuri Kenangan 820 Pangsapuri Kiambang 620 Pangsapuri Kekwa 505 Alpha Arena Apartment 630 2. L Siantan Apartment 480 Jumlah 3,055

Alhamdulilah, untuk makluman Yang Berhormat, bayaran premium tanah melalui Notis 5A untuk Plot K dan L baru ini telah dilunaskan oleh pihak pemaju pada 16 Januari 2024 berjumlah RM19,340,099.15.

Selain daripada itu, pihak pemaju juga selaku pemaju penyelamat telah bersetuju untuk menanggung kos upah juru ukur swasta bagi membolehkan pengeluaran hakmilik muktamad bagi semua skim pangsapuri serta menanggung kos permohonan hakmilik strata yang agak tinggi. Ini alhamdulillah, ertinya kita dah ada understanding dengan pemaju dan mereka bersetujulah untuk menanggung kos-kos yang berkaitan. Isu mengenai kelewatan pengeluaran hak milik Taman Putra Perdana ini telah memakan masa 25 tahun, ini daripada zaman pemerintahan kerajaan dulu lagi ya. Mungkin daripada dulu dasar kerajaan itu betul tapi mungkin ada part-part yang mereka terlepas pandang menyebabkan bila berlaku begini, kita ada masalah sedikit tentang sepatutnya

mereka bayar dulu premium sebelum submit KM, kelulusan KM dan sebagainya. Baik, selain daripada itu, terdapat juga isu-isu teknikal tanah lain seperti kedudukan lot-lot yang bertindih serta pelan yang tidak teratur dan tersusun. Ini kita kena susun semula. Mungkin ada pelan yang bertindih dan sebagainya, nampaknya penyelesaian dah dapat.

Bagi status semasa pindahmilik (MOT) untuk Plot K dan L, Pejabat Daerah dan Tanah sedang memproses permohonan serah balik dan berimilik semula dan seterusnya pemaju buat permohonan strata kepada PTGS yang melibatkan 3,055 petak. Ini kita dah proses dah, kita harap pemaju ataupun ini untuk dapat bagi kerjasama segera untuk kita keluarkan borang 5A. Setelah hakmilik strata dikeluarkan maka petak-petak ini akan dipindahmilik kepada semua pembeli, insya-Allah. Setakat semakan yang kita buat ada soalan menanyakan apakah peranan KPKT? Dulu ya masa, saya sebenarnya menjadi Penyelaras DUN di DUN Dengkil ini selama 6 tahun. 5 tahun saya memperjuangkan bagi strata pemilik di sini. Masa itu mantan Menteri KPKT adalah ayah kepada Yang Berhormat Permatang dan saya dapat kerjasama sepenuhnya. Di mana beliau telah meluluskan iaitu mengecualikan setem duti bagi program ini. Jadi Alhamdulillah pelaksanaan dapat diteruskan dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Dengkil, insya-Allah kita akan selesai dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Dengkil. Terima kasih.

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH

: Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Y.B. DATUK SERI JAMIL BIN SALLEH

: Terima kasih lah atas usaha yang telah dibuat selama yang telah dibuat untuk menyelesaikan isu ini. Adakah satu jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu ini?

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Ini arahan dah keluar dah, saya baru minggu lepas saya juga telah menghubungi Pegawai Daerah Sepang supaya menyegerakan dan kita dapat jaminan, insya-Allah kita akan buat sebelum Jun 2024 ini akan selesai semua untuk penyerahan borang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Terima kasih Tanjung Sepat. Dewan Negeri Selangor juga mengalu-alukan kehadiran pelawat daripada Persatuan Anak Muda Sepang seramai 9 orang yang diketuai oleh Encik Khairil Izad. Selamat datang. Soalan seterusnya dari Semenyih.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Semenyih nombor 73.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Pelebaran JalanQuestions

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah ada perancangan dari Kerajaan Negeri untuk pelebaran atau jalan baru dari Masjid Bandar Teknologi ke Hulu Semenyih bagi mengatasi aliran trafik yang sesak terutama pada waktu puncak?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Semenyih, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Semenyih bertanyakan soalan berhubung dengan pelebaran jalan yang menghubungkan Masjid Bandar Teknologi ke Hulu Semenyih. Jalan sedia ada yang menghubungkan Masjid Bandar Teknologi dengan Hulu Semenyih adalah Jalan Persekutuan FT01 dan Jalan Negeri B19 atau dikenali sebagai Jalan Sungai Lalang. Buat masa ini tiada sebarang perancangan untuk menaik taraf kedua-dua jalan ini. Walau bagaimanapun, gantian kemungkinan berhubung keperluan untuk menaik taraf jalan-jalan ini boleh dilaksanakan dan sekiranya didapati ada keperluan yang tinggi, permohonan untuk tujuan pelebaran jalan ini akan diangkat ke Cawangan Jalan bagi jalan-jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi jalan Persekutuan dan untuk Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi laluan jalan Negeri. Di pihak Majlis Perbandaran Kajang pun, jalan-jalan yang berkaitan di kawasan ini pihak Majlis pun tiada perancangan lagi untuk melaksanakan kerja-kerja pelebaran itu. Walau bagaimanapun, saya akan meneliti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semenyih ini untuk melihat kewajaran jika ada keperluan untuk kita meningkatkan atau melebarkan jalan ini naik taraf. Terima kasih.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang diberikan. Sebagaimana yang diajukan dalam soalan yang asal, berkaitan dengan kesesakan trafik, kami faham jalan itu memang nampak masih belum ada apa-apa perancangan. So, kalau bolehlah memandangkan 2025 kita bercadang untuk mengadakan Tahun Melawat Selangor 2025. Kami melihat

Hulu Semenyih itu ada potensi dia ada dengan Hutan Rekreasi, Sungai Tekala, ada Eco Ventures Semenyih dan juga ada Sungai Batangsi. Semua itu potensi-potensi sebab tengok B19, Jalan Sungai lalang itu pun nampak kalau bolehlah paling-paling tidak, traffic light di persimpangan Taman Sri Tanjung, sebab di situ dah terlalu banyak accident dan itu juga access nak masuk ke dalam belah Dusun Tua punya kawasan-kawasan pelancongan dan rekreasi. So, terima kasih atas perhatian dan mohon kerjasama daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Semenyih. Semenyih, saya menyedari hakikat keperluan kawasan Semenyih ini, memang mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk agropelancongan terutamanya. Jadi, Batangsi dan di juga TKPM Hulu Semenyih dan juga berapa tempat lagi yang menarik di sana dan saya akui memang ada isu-isu beberapa jalan di sekitar Semenyih ini yang memerlukan perhatian dan kita sedang melihat keutamaan yang mana yang perlu kita segerakan untuk kita selesaikan dan juga bukan sahaja melibatkan persimpangan juga jambatan. Ada beberapa jambatan yang sempit yang kita juga sedang teliti dan ada yang kita telah pun luluskan untuk kita gantikan ataupun untuk kita lebarkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah. Silakan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor 74.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 74. Teknologi Dan InovasiQuestions

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

74. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang untuk mempromosikan teknologi dan inovasi dalam sektor perniagaan dan industri?

b)

Apakah inisiatif atau program yang akan dilaksanakan untuk mendukung Start-Up dan perusahaan teknologi?

c)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan memastikan infrastruktur digital yang kukuh untuk mendukung ekonomi digital?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk mewujudkan ekosistem yang berdaya saing untuk sektor teknologi dan inovasi dalam kalangan industri dan perniagaan. Pelbagai pendekatan dan strategi telah diambil untuk meningkatkan pertumbuhan dan daya saing termasuk; yang pertama Program Pendidikan dan Latihan. SIDEC menjalankan program pemecut Selangor Accelerator Programme, pendidikan, bengkel, dan kursus latihan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan profesional dalam industri kreatif digital. Yang kedua, mimbingan (mentorship) dan sokongan. SIDEC menyediakan pelatih yang mampu membimbing dalam perundingan perniagaan untuk membantu usahawan mengatasi cabaran perniagaan dan merancang strategi pertumbuhan. Dan satu lagi adalah Promosi dan Jaringan. SIDEC berusaha untuk membantu mempromosikan perniagaan serta membina rangkaian kerjasama antara ahli industri, pelanggan, dan pihak berkepentingan yang Iain melalui kerjasama baik dengan rakan- rakan industri daripada dalam dan luar negara.

Dalam mendukung start up dan perusahaan teknologi, Kerajaan Negeri melalui SIDEC telah melaksanakan program pemacu Selangor Accelerator Program (SAP). Selangor Accelerator Programme (SAP) yang bermula sejak 2018 adalah bertujuan untuk memupuk individu dari syarikat pemula atau pun start up teknologi dengan model perniagaan yang berdaya maju serta produk yang sedia untuk dipasarkan. Sehingga Kohort Keenam pada tahun IaIu, 190 syarikat pemula telah dipupuk dan 41o/o ataupun 61 syarikat telah menerima pelaburan awal sama ada melalui geran, Dana Modal Teroka atau pun Venture Capital Fund atau Dana Khalayak Berekuiti, Equity Crowdfunding Fund.

Untuk tahun 2024, SAP akan memberi tumpuan kepada elemen mampan yang berkait rapat dengan konsep Pelepasan Karbon Bersih. Penekanan akan diberikan kepada Perdagangan Karbon (Carbon Trading), Tenaga-tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy) dan Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle), Pertanian Pintar dan Kitar Semula atau (Smart Agriculture and Recycling) serta menerapkan konsep mampan dan ekonomi kitaran dalam syarikat tunas perintis supaya mereka menepati piawaian ESG. Program ini dijadualkan akan berlangsung selama empat (4) bulan dari bulan Jun hingga Oktober 2024. Program ini akan dibuka untuk pendaftaran kepada semua syarikat startup, namun, 50 syarikat startup yang akan dipilih dan 20 syarikat akan di senarai pendek untuk sesi pembentangan ataupun Hari Demo yang dijangka akan diadakan pada Oktober 2024 di mana 10 pemenang akan dipilih.Program (4)

bulan ini mengandungi 17 modul latihan. Syarikat startup ini berpeluang untuk dibimbing oleh 10 mentor dari pakar industri kapital dan teknologi. Program ini juga mengandungi satu sesi pitching separuh akhir, satu sesi pitching akhir dan dua lawatan industri. Kerajaan Negeri Selangor memberi kepentingan untuk memastikan infrastruktur digital yang kukuh untuk mendukung ekonomi digital melalui pelbagai inisiatif dan strategi. Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin boleh diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mencapai matlamat ini. Yang pertama, penyediaan ruang kerja digital. Kerajaan menyokong pembangunan ruang kerja digital, termasuk ruang kerja bersama pusat inkubator dan ruang inovasi digital untuk membolehkan pertumbuhan perusahaan teknologi tempatan. SIDEC menawarkan Ruang Pejabat Sandbox Selangor (SSCS) yang juga menjadi pusat pembangunan e-dagang yang bertempat di ibu pejabat SIDEC di i-City, Shah Alam menawarkan ruang pekerjaan serendah RM100 sebulan sahaja dan yang kedua, latihan dan pendidikan digital. Sekolah Digital Selangor (SDS) melalui kerjasama dengan institusi pendidikan dan swasta, menyediakan pelbagai program latihan dan pendidikan dalam bidang digital kepada pelajar dan profesional. Ini termasuk kursus teknologi AI, keusahawanan digital, pembangunan kemahiran teknikal, dan latihan dalam teknologi terkini. Yang ketiga, pemerkasaan kepada Startup dan Usahawan Digital. Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pelbagai perkhidmatan dan sumber kepada startup dan usahawan digital melalui pelbagai program dan inisiatif seperti Program Selangor X-Accelerator (ECX), dan Program Selangor Accelerator (SAP) yang telah menjadi platform untuk komuniti startup dan usahawan digital untuk meningkatkan perniagaan masing-masing. Yang keempat, kerjasama dengan sektor swasta. Kerajaan juga sentiasa bekerjasama dengan syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan ekosistem digital yang kukuh di Selangor. Ini termasuk penyediaan pelbagai perkhidmatan digital seperti e-dagang, e-pembayaran, dan solusi perisian untuk perniagaan dan kelima, penggalakan inovasi dan penyelidikan. Melalui penyediaan dana penyelidikan dan pembangunan, kerajaan boleh menggalakkan inovasi teknologi dan penyelidikan dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, dan teknologi hijau untuk meningkatkan daya saing ekonomi digital Selangor. Dengan mengambil langkah-langkah ini dan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk sektor swasta, institusi pendidikan, dan masyarakat tempatan, Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan infrastruktur digital yang kukuh untuk mendukung pertumbuhan ekonomi digital di negeri ini. Terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Okay, Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya ialah pertama, apakah sektor startup yang menjadi tumpuan Kerajaan Negeri Selangor? Contohnya startup yang mungkin fokus kepada keterjaminan makanan ataupun hal alam sekitar dan kedua, adakah SIDEC dapat mengenal pasti syarikat-syarikat startup yang berpotensi menjadi Unicorn pada tahun ini. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik, bagi soalan yang pertama, sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor tidak mengehadkan apa-apa sektor selagi startup tersebut mempunyai potensi untuk menjadi sebuah syarikat yang lebih matang dan lebih besar. Kerajaan Negeri Selangor akan bersedia memberi bantuan kepada startup-startup daripada semua sektor seperti macam ini dan yang kedua, bagi start up yang boleh menjadi Unicorn, buat masa ini Selangor kita mempunyai sebuah syarikat Unicorn iaitu Carsome yang bermula daripada sebuah syarikat startup. Ini juga merupakan satu kebanggaan bagi Kerajaan Negeri Selangor kerana kita mempunyai sebuah Unicorn, one and the only Unicorn in Malaysia which is in Selangor iaitu Carsome bertapak di Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha melalui program-program yang telah dirancang kan seperti apa yang saya jawab tadi dengan harapan kita dapat menjadikan lebih banyak startup menjadi sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dan akhirnya menjadi sebuah syarikat Unicorn. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Timbalan Tuan Speaker, saya rasa soalan ini telah dijawab bersama pada soalan 39, betul ya Yang Berhormat EXCO?.

Timbalan Speaker

Okay, kita teruskan daripada Yang Berhormat Morib.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 76.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Hotspot BanjirQuestions

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kriteria untuk dikategorikan sebagai kawasan hotspot banjir di setiap kawasan DUN di Negeri Selangor?

b)

Adakah DUN Morib tidak dikategorikan sebagai hotspot banjir dan sekiranya tidak dikategorikan, mengapakah DUN Morib tidak termasuk di dalam senarai hotspot banjir?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Morib. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Morib bertanyakan soalan berhubung kriteria hotspot di Negeri Selangor dan juga adakah hotspot di DUN Morib wujud atau tidak. Suatu kawasan yang akan dikategorikan sebagai kawasan hotspot banjir pada tahun tersebut apabila kawasan berkenaan mengalami kekerapan banjir sebanyak tiga kali atau lebih dan ke atas dalam tempoh tiga tahun yang sebelumnya. Bagi kawasan hotspot banjir tahun 2024, penentuan kawasan hotspot adalah kawasan yang pernah mengalami kekerapan banjir sebanyak tiga kali dan ke atas dari rekod tahun 2021 hingga 2023. Ini bagi tahun 2024, mana kita tengok daripada tahun 2021 sehingga tahun 2023 dan saya nak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kriteria ini negeri lain tak pakai kriteria ini ya, ini untuk Selangor. Kita gunakan kriteria dan kalau dia kurang daripada 3 kali, 3 tahun sebelumnya itu dianggap kawasan berisiko banjir. Itu kawasan berisiko banjir. Kalau 3 kali lebih dalam masa 3 tahun sebelum itu, itu adalah kawasan hotspot. Dan saya telah sebut sebelum ini kita telah meningkat daripada 52 kepada 97 kawasan hotspot. Walau bagaimanapun mengikut kategori atau kaedah penentuan ini yang kita buat ini, tiada kawasan di DUN Morib yang termasuk di dalam hotspot yang mempunyai tiga kali dan ke atas dalam tahun 2021 hingga tahun 2023. Walau bagaimanapun terdapat 2 kawasan yang berisiko yang mana dia ada kurang daripada 3 kali di DUN Morib. Yang pertama iaitu di kawasan Orang Asli Kelanang. Yang kedua Kampung Kancung Darat. Ini berlaku sekali pada tahun 2022 setiap tempat ini. Terima kasih.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan Morib.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Tapi saya lihat di kawasan-kawasan yang disebut di kawasan Kanchong dan saya ada membuat satu soalan bertulis yang mengatakan di Lorong Haji Samin, Jalan Durian Kanchong Darat, Chempaka dan Bahagia dan Pusara. Saya melihat di kawasan-

kawasan ini setiap kali, setiap tahun bukan tapi saya pelik kenapa tidak didaftarkan, sebab kawasan ini telah melibatkan, saya rasa di sempadan di Tanjung Sepat di kawasan Angkasa, Pusat Angkasa. Saya ambil maklumlah kalau jika ada mesyuarat di hotspot walaupun di DUN Morib ini mungkin sedikit tetapi kalau boleh semua kami di ADN -ADN ini dipanggil untuk sebab, Yang Berhormat EXCO pun cakap kemungkinan banjir, jadi saya rasa tidak adil, jika saya lihat jawapan yang di sini merupakan kawasan rendah, tidak adil jika kawasan rendah ini diabaikan. Macam mana nak menyediakan solusi untuk menjadikan kawasan rendah ini tidak banjir. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Jadi saya harap pihak EXCO dapat meningkatkan lagi dan berilah. Okay, itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Morib. Sebenarnya saya menjemput baru-baru ini libat urus melibatkan semua ADN -ADN yang terlibat kawasan banjir. Terutamanya yang hotspot. Mungkin YB Morib, Yang Berhormat Morib tidak tersenarai dalam, tapi yang lain-lain yang ada saya melihat Paya Jaras pun ada.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Ramai, Batang Kali pun tidak dijemput.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Mungkin kesilapan di situ, saya lihat hotspot jadi tapi jika tak ada hotspot dia jemput yang hotspot sahaja. Tak apa tak ada masalah, kita boleh panggil lagi untuk kita lihat secara teliti. Saya nak maklumkan di sini juga ada sedikit isu yang saya dah perbetulkan. Iaitu kadang-kadang apa yang berlaku sebelum ini ialah pelaporan. Kebanyakan pelaporan di bawah task force banjir ini saya pengerusikan ialah dibuat oleh JPS. Jadi kadang-kadang laporan daripada kawasan banjir yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan ini, dia tak laporkan. Itu yang berlaku sebelum ini, tapi kita pun perkemaskan laporan. Dan dari masa ke semasa ini kita dah menerima dari banyak PBT, yang tempat-tempat itu tidak disenaraikan sebelum ini. Jadi bila kita lihat memang kawasan hotspot. Sekarang kita telah perbetulkan beberapa PBT ada lagi PBT yang belum menyerahkan laporan-laporan terkini mereka kerana kadang-kadang pelaporan ini yang menjadi isu. Jadi kita telah perbetulkan dan kita akan memantau termasuk juga daripada Pejabat Daerah. Kadang-kadang ada juga yang mereka juga duduk kawasan task force untuk melihat isu banjir ini. Jadi kita akan kumpul dan kemaskan dan Kerajaan Negeri tidak memilih bulu dalam penyelesaian ini. Memang kita akan selesaikan masalah banjir ini, macam saya sebut semalam itu masalah bukan sahaja kerosakan harta benda rakyat tetapi dan awam tetapi juga trauma itu. Itu yang kita kena juga uruskan supaya tidak meminimumkan impak dalam keadaan yang suasana yang climate change yang sedang berlaku pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah. Yang Berhormat Paya Jaras.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 77.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Pencemaran Bau Di Sekitar Kawasan Tambakan Tanah Perkuburan Baharu Paya Jaras DalamQuestions

77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak JAIS setelah mendapat notis daripada pihak MBSA berkaitan pencemaran bau yang berlaku?

b)

Apakah tindakan semasa yang dilakukan sekarang?

c)

Bilakah isu pencemaran bau ini dapat diselesaikan?

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Soalannya adalah mengenai pencemaran bau di sekitar kawasan tambakan tanah perkuburan baharu Paya Jaras Dalam. Soalan berkaitan apa tindakan telah dibuat dan apakah bilakah isu pencemaran bau ini dapat diselesaikan. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan pertemuan pada 16 November 2023 (Selasa) bersama Masjid Al- Huda, Paya Jaras, kontraktor dan pengadu bertempat di Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras. Dalam pertemuan tersebut telah dipersetujui untuk pihak kontraktor membina dua kolam takungan tambahan bagi tujuan menapis air busuk tersebut daripada mengalir ke laluan longkang yang berkenaan. Bau dikatakan berpunca dari pelepasan berjadual sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh kilang membuat fiber yang berdekatan dengan tanah kubur baru. Sebelum ini terdapat pencemaran bahan kimia berjadual yang mengalir mengikut longkang yang terdapat pada lurah gaung yang telah pun ditambak. Sisa bahan kimia yang dibuang oleh kilang tersebut menyerap ke tanah dan mengalir mengikut mata air di bawah yang juga telah di tambak. Walau bagaimanapun, pihak kami bukan profesional untuk mengeluarkan kenyataan rasmi

berhubung pencemaran bau berkenaan. Adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan seperti MBSA dan Jabatan Alam Sekitar untuk mengesahkan perkara berkaitan. Namun begitu sehingga hari ini tiada lagi aduan berkaitan pencemaran bau dan pemantauan oleh pihak kontraktor juga tiada lagi isu pencemaran bau yang berlaku.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Terima kasih kepada EXCO yang telah menjawab. Saya mengucapkan terima kasih kepada JAIS yang telah membuat tindakan segera bila laporan pada 10 haribulan saya hantar. Dan tindakan mesyuarat pada 22 November segera dibuat setelah dapat notis MBSA. Namun perkara ini perlu diberi perhatian sebab kawasan pencemaran berjadual ini dia akan kaitan dengan kilang-kilang sebelah itu. Jadi saya rasa satu perkara kita perlu ambil perhatian, bagai mana hendak mengawal satu benda bukan mudah. So, apa tindakan selanjutnya daripada pihak Jabatan Alam Sekitar dan juga JAIS untuk memastikan bau terlalu busuk ini, kalau malam memang tak boleh tidur dan kadang-kadang penduduk komen sampai ada yang berkarat dia punya besi-besilah. Jadi hasil memang sangat mengganggu, pada waktu malam dan subuh. Jadi apakah tindakan yang boleh dibuat oleh pihak JAIS dan pihak Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan supaya pencemaran bau yang begitu busuk ini tidak berlaku lagi. Sebab dia bau ini macam-macam tafsiran dan ada masuk isu malam-malam kawasan kubur pula itu kan. Dia keluar tafsiran macam-macam ada kata ada macam-macam lah, ini macam-macam berlaku. Saya harap dapat perhatian daripada pihak EXCO. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Saya pun bila mula membaca soalan ini, saya cemas juga takut bau yang bukan-bukan tu la kan, nak nak kawasan kubur. Tapi tak mengapa, pihak JAIS telah menulis secara rasmi kepada pihak JAS dan juga MBSA dan kita akan panjang dan susuli dengan tindakan daripada EXCO PBT untuk melihatkan perkara ini lebih terperinci. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 78.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Pusat Tuisyen Rakyat (PTRS)Questions

78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah pelaksanaan PTRS pada tahun 2024?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sentosa yang bertanyakan tentang bagaimanakah pelaksanaan program Tuisyen Rakyat Tahun 2024. Sebelum saya huraikan bagaimana perincian tahun 2024, saya ingin mengimbas apa yang telah kita capai pada tahun 2023 yang mana Program-Program Tuisyen Rakyat adalah kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang telah secara keseluruhannya mensasarkan kepada 65,000 pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia ataupun bakal-bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia daripada 277 buah sekolah menengah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dengan had pendapatan sebulan ibu bapa adalah RM5,000.00 dan ke bawah. Satu mata pelajaran baru yang telah diperkenalkan dalam PTRS pada tahun lepas dan tahun-tahun depan ialah Matematik Tambahan menjadikan kesemua mata pelajaran yang berada di bawah PTRS adalah enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga Sejarah. Peningkatan ini adalah peningkatan lebih daripada lebih 10 kali ganda daripada apa yang kita laksanakan dalam penggal-penggal sebelum ini. Dan dalam pada masa yang sama MBI turut menaja makan tengah hari pada calon-calon dan juga peserta PTRS memandangkan mereka ini dalam kelompok yang memerlukan dan sokongan kepada kewangan untuk mereka tinggal dan juga melanjutkan masa mereka di sekolah sampai ke waktu petang.

Pada tahun 2024, penerima manfaat ini tidak hanya tertumpu untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia sebaliknya program ini turut akan diperluaskan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dengan anggaran keseluruhan pelajar SPM dan pelajar Tingkatan 4 yang akan menikmati program ini ialah seramai 130 ribu peningkatan satu kali ganda daripada apa yang telah kita laksanakan pada tahun 2023 dan tahun-tahun sebelumnya. MBI juga bercadang untuk melihat program intervensi bagi murid-murid sekolah rendah yang

mengalami masalah 3M (Membaca, Menulis dan Mengeja) akibat daripada kesan gangguan waktu persekolahan ketika era pandemik. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menangani the lost generation dengan izin, atau pun kelompok yang tersisih akibat daripada kesan PKP dan pembelajaran atas talian yang agak terhad ketika Covid-19. Selain itu, aplikasi mudah alih PTRS ataupun Mobile Apps bakal diperkenalkan bagi memastikan capaian bahan PTRS lebih terbuka dan mudah diakses kepada golongan sasaran. Satu platform yang berorientasikan aplikasi mudah alih akan diadakan melalui platform Android dan juga IOS.

Bagi menambah baik portal e-PTRS yang sedia ada, video langsung ataupun live video juga diperkenalkan di mana video langsung ini merupakan salah satu pendekatan atas talian yang mampu dilakukan komunikasi dua hala. Ianya dapat membantu dan memudahkan interaksi secara terus antara tenaga pengajar dan program dalam golongan sasaran. Portal ini boleh diakses dengan melayari www.eptrs.com.my. Yang Berhormat sekalian saya berasa gembira program ini berkembang dengan baik dan lebih baik kerana daripada sudut konten pembelajaran kaedah pembentukan video sampailah Mobile Apps ini diusahakan dan diaplikasikan dengan kemahiran dalaman sama ada di dalam MBI dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan sebab itu kita boleh meneruskan program ini dengan dana 10 juta dengan 3 juta tambahan daripada Kerajaan Negeri pada tahun ini berbanding 7 juta yang selama ini hanya dibiayai oleh MBI. Terima kasih.

Soalan Tambahan.

Timbalan Speaker

Sentosa, okay.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar atas jawapan yang diberikan. Saya, Sentosa hanya nak bertanya berkenaan keberkesannya memang baik, adakah pihak NGO juga boleh diberi peluang kerana memandangkan macam Yang Amat Berhormat telah beritahu program 3M. Banyak program banyak anak-anak bangku sekolah masih lagi ada yang kita dapati di antara umur 12 masih lagi belum belajar atau menulis dan membaca dan sebagainya. Boleh tak kita libat pihak NGO untuk membantu dari segi mengadakan kelas tambahan dan sebagainya? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Setakat ini kolaborasi yang kita laksanakan ialah Jabatan Pendidikan Negeri kenapa? Kerana Jabatan Pendidikan Negeri mempunyai barisan guru-guru. Untuk makluman Yang Berhormat manfaat ini juga bukan hanya diperolehi secara langsung kepada pelajar untuk mendapat tuisyen itu tetapi guru-guru ini juga secara tidak langsung akan memperolehi sedikit elaun tambahan

yang telah disiapkan dalam program ini. Untuk kerjasama dengan mana-mana, dengan badan bukan kerajaan atau pun individu yang berminat saya rasa Jabatan Pendidikan Negeri dan juga MBI sangat terbuka kerana sebahagian daripada guru-guru kan ini telah meluangkan masa petang mereka yang mungkin digunakan untuk keluarga dan aktiviti lain bersama rakan-rakan sahabat dan keluarga untuk mengajar dan mendidik anak-anak kita yang terutamanya dalam kelompok yang tertinggal. Asas penting yang kita buat dalam PTRS ini, kita bukan menumpu kepada pelajar yang gred A student ataupun mereka-mereka yang cemerlang sahaja tapi sebahagian besar ditumpu kepada mereka yang ada kemungkinan-kemungkinan tewas atau pun gagal ketika SPM yang merupakan antara sijil pelajaran yang agak penting untuk memasuki pendidikan yang ketiga di Malaysia.

Justeru, taraf pendapatan dan juga kualiti pendidikan juga kita lihat, selain juga kita masih lagi terbuka kalau ada mana-mana pelajar cemerlang yang ingin menyertai dan daripada rekod kita memang tak semuanya mencapai straight A, 8A, 9A, tetapi minimum kita tetapkan mereka melepasi syarat asas untuk melepasi Sijil Pelajaran Malaysia. Terima kasih kita sedia kerjasama kalau ada makluman ataupun ada minat daripada mana-mana pihak.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya adalah 79.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. Laluan Bas Smart SelangorQuestions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

79. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah perancangan penambahan untuk laluan Bas Smart Selangor meliputi kawasan tumpuan (hotspot) pelancongan bagi persediaan menyambut tahun melawat Selangor 2025?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, sebarang perancangan penambahan untuk laluan Bas Smart Selangor meliputi kawasan tumpuan pelancongan bagi persediaan menyambut tahun melawat Selangor 2025 perlu mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kerana laluan Bas Smart Selangor dan laluan bas henti-henti yang lain telah ditetapkan oleh APAD supaya tidak memasuki laluan lain selain laluan yang telah ditentukan mengikut zon masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengkaji laluan-laluan yang berpotensi membantu program sambutan Tahun Melawat Selangor 2025 yang bakal memberi limpahan ekonomi kepada Negeri Selangor dan rakyatnya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan Tambahan. Morib.

Tuan Rosnizan Bin AhmadBERSATU · PNMorib

Boleh, berkenaan tentang sekolah. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Untuk Smart Selangor ini, bas. Saya ingin mencadangkan, bila pagi waktu sekolah, kita faham jika masa untuk bas ini, laluannya dirapatkan 15 minit kerana seperti kawasan saya, taman-taman, untuk pergi ke sekolah menggunakan dua bas. Jadi, saya mohon jika pihak EXCO boleh memberi peluang kepada anak-anak sekolah pada waktu pagi ini, laluan itu saya rasa dah okay, cuma masa, sebab daripada pukul 6.30 kadang-kadang ambil setengah jam, pukul 7 untuk mereka mengambil bas daripada satu kawasan sampai ke tempat satu kawasan hingga sekolah, mengambil masa dua, ambil dua bas. Jadi, saya berharap jika Yang Berhormat EXCO boleh meneliti waktu ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Morib. Sebenarnya salah satu tujuan utama bagi perkhidmatan bas Smart Selangor adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan sekolah merupakan destinasi yang utama apabila kita mengkaji laluan baru ataupun laluan sedia ada, menambah baik laluan yang sedia ada bas Smart Selangor. Saya boleh bagi satu contoh, di laluan bas Smart Selangor di bawah PJ City Bas yang berkhidmat di kawasan Taman Medan, ianya Yang Berhormat Morib berpeluang untuk ke kawasan sana boleh nampak berapa baiknya sambutan daripada golongan murid yang bersekolah di kawasan sekolah di kawasan Taman Medan. Jadi ini memang merupakan satu tujuan utama dan Yang Berhormat Morib boleh memberi cadangan sekiranya mana-mana laluan yang memerlukan perkhidmatan bas Smart Selangor untuk memberi perkhidmatan kepada murid-murid sekolah Yang Berhormat boleh memberi cadangan kepada saya ataupun terus kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat. Terima kasih.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Masih ada satu soalan tambahan

Timbalan Speaker

Soalan Tambahan. Silakan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Cuma pandangan saya ataupun adakah penyediaan, ataupun perancangan untuk menggerakkan lagi bas ke KLIA atau KLIA 1 or 2, dengan izin untuk menggerakkan mengambil pelancong yang seperti katakan boleh bawa ke satu perhentian bas ataupun hub perhentian bas yang boleh mengedarkan ataupun memberi perkhidmatan menyalurkan semua pelancong ini ke destinasi-destinasi pelancongan yang lain. Seperti yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat memang ada perancangan kan untuk mengkaji semula tapak kunjungan pelancong. Jadi saya rasa perlu ada gerakkan pengambilan ini pada pelancong dari lapangan terbang KLIA lah. Itu cadangan dan juga soalan saya adalah, adakah perancangan itu tersebut tu, dilakukan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek. Sebenarnya pejabat saya telah bekerjasama dengan pejabat Yang Berhormat Sekinchan untuk merancangkan lebih banyak laluan untuk tujuan pelancongan. Salah satu yang telah dilaksanakan ataupun telah bermula memberi perkhidmatan di kawasan Sungai Pelek dan sekitar KLIA, adalah bas HOHO, Hop On Hop Off. Yang itu telah bermula dan laluannya adalah bermula dari KLIA sehingga ke Sungai Lalang. Jadi sekiranya sambutan tu baik, saya rasa kita boleh bekerjasama dengan lebih, lebih banyak syarikat pelancongan supaya kita dapat membekalkan lebih banyak laluan di kawasan hotspot ataupun tumpuan pelancongan di kawasan Sungai Pelek. Terima kasih.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Minta izinnya Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Boleh, last. Terakhir ya.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Cuma, cuma dikatakan tadi itu saya setuju sangat dan menyambut baik usaha dan inisiatif daripada Yang Berhormat EXCO. Cuma pandangan saya kalau boleh kita bekerjasama dengan mungkin syarikat bas swasta untuk kita dapat membawa lebih, lebih luas lagi orang kata laluan bas itu ataupun daripada kerjasama swasta itu lah. Supaya kita dapat membawa ke destinasi ke Selangor yang lain bukan sahaja di Sepang, di mungkin di Sungai Lalang dan sebagainya. Kita memperluaskan lagi ke tempat lain. Jadi dia merupakan satu hubs yang boleh edarkan semua pelancong. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Pelek dan Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji cadangan ini supaya lebih banyak laluan boleh ditambah untuk membawa pelancong ke destinasi pelancongan lain di Negeri Selangor. Ini sepatutnya dijawab oleh Yang Berhormat

Sekinchan. Tapi satu lagi yang saya ingin kongsikan dalam Dewan yang Mulia ini, sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor dalam rancangan untuk membekalkan perkhidmatan DRT, Demand Responsive Transit di kawasan persekitaran KLIA kerana kami terima permintaan daripada syarikat-syarikat penerbangan, di mana mereka juga mengharapkan ada perkhidmatan on demand service yang di mana mereka boleh buat tempahan seperti DRT dan sekarang Kerajaan Negeri Selangor masih dalam peringkat kajian dan perbincangan telah bermula dengan syarikat swasta yang membekal, yang memberikan perkhidmatan di mana Demand Responded Transit ini dan saya harap tidak lama lagi kita dapat mengumumkan satu perkhidmatan DRT di zon yang baru iaitu di kawasan sekitar KLIA. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Jadi pemimpin jangan mengeluh, soalan saya nombor 80.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. Bantuan Perumahan Kerajaan SelangorQuestions

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan bantuan/ inisiatif perumahan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk rakyat Selangor.

b)

Berapa banyak permohonan bagi Inisiatif Perumahan tersebut dibuat oleh golongan muda berumur 35 tahun ke bawah?

c)

Adakah kerajaan bercadang untuk membina perumahan Selangorku atau memberi inisiatif perumahan khususnya di Permatang?

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang yang tak putus-putus dengan pantunnya. Antara senarai bantuan inisiatif perumahan yang telah

disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHS adalah seperti berikut iaitu yang pertama Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku. Yang kedua, Inisiatif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik. Yang ketiga, inisiatif Kerajaan Negeri berkenaan dengan pemulihan projek terbengkalai melalui peruntukan Tabung Pemulihan Perumahan Terbengkalai ataupun TEPAT. Yang keempat iaitu Skim Smart Sewa. Yang kelima, Skim Sewa Milik Selangor. Yang keenam, Skim Selangorku atau dikenali sebagai S2-OWN yang membantu menyelesaikan masalah setinggan di tanah kerajaan. Yang ketujuh iaitu Skim Ceria iaitu bantuan baik bagi pangsapuri dan kondominium. Dan di antara inisiatif perumahan bagi golongan muda yang berumur 35 tahun adalah seperti berikut. Inisiatif perumahan bagi Skim Rumah Selangorku, jumlah yang bawah umur 30 tahun yang berdaftar atau yang memohon seramai 65,067 dan Skim Smart Sewa seramai 700,069 pemohon. Dan Skim Sewa Milik. Skim ni baru nak diperkenalkan tahun 2024 dan Skim Rumahku ataupun dikenali sebagai S2-OWN adalah 26 pemohon. Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju-pemaju perumahan. Sehingga 31 Januari 2024 terdapat dua projek dan 347 unit Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, masih di peringkat perancangan. Namun demikian, sebanyak empat projek dan 457 rumah Selangorku sedang dibina di mukim tersebut. Perinciannya adalah seperti berikut; Goldpage Assets Sdn. Bhd. pemaju baru untuk Geostream Sdn. Bhd. di mana di atas sebahagian tanah PT 442, PT 443 dan PT 444, Seksyen 1, Pekan Pasir Penambang, Daerah Kuala Selangor sebanyak 272 unit. Yang kedua iaitu Sejati Inti Sdn. Bhd. di atas hak milik GRN 97456, Lot 8592 Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor sebanyak 75 unit. Ini kedua-duanya dalam perancangan lagi. Dan Sejati Inti Sdn. Bhd. di atas milik GRN 97456 dan Lot 8592 Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor, yang ini 65 unit dalam pembinaan. Dan seterusnya yang keempat Serambi Padu Sdn. Bhd. (Fasa 2 - RKS) iaitu Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor sebanyak 120 unit. Serambi Padu Sdn. Bhd. (Fasa 3A - RMM) Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor sebanyak 152 unit. Dan Serambi Padu Sdn. Bhd. (Fasa 3B - RMM) Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor sebanyak 120 unit. Jadi keseluruhannya sebanyak 943 unit. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan tambahan

Timbalan Speaker

Soalan Tambahan

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan. Jadi, saya lihat di bawah manifesto kerajaan yang dilancarkan sebelum pilihan raya Negeri yang dahulu, yang mana manifesto lima dekad lima tahun, antaranya ialah pembangunan mampan, selesa dan berdaya murni. Dan saya tertarik dengan salah satu manifesto yang dijanjikan adalah dengan menawarkan kediaman Kita

Selangor berjumlah 200,000 unit dengan harga RM250,000 ke bawah. Jadi soalan saya adakah inisiatif kediaman Kita Selangor ini nanti adalah sama dengan Rumah Selangorku dan bagaimanakah pula perancangan Kerajaan Negeri Kita untuk merealisasikan manifesto ini. Terima kasih.

Y.B. TUAN BORHAN BIN AMAN SHAH

: Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Soalan ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing dan saya telah beri penjelasan bahawa sasaran kita sehingga 2029 dalam rekod yang ada akan mencapai sebanyak melebihi 200,000 unit. Dan daripada rekod yang kita ada, pembinaan sekarang sahaja pada 2024 ini telah mencapai pada 17,225 dan akan diikuti sebanyak 12,000 lagi sehingga akhirnya pada 2024 kita akan mencapai pada 40,951, pada 2024. Jadi kalau ikut pada sasaran yang telah ditetapkan dan kita masih lagi berpegang kepada dasar untuk menjadikan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman dan sebagainya sebagai salah satu daya huni untuk mereka hidup dan memiliki rumah yang lebih sempurna. Jadi kerajaan telah mengambil, sebab itu kita telah berbalik pada dasar 2.0 kepada 3.0 dan ini lebih memberi keselesaan kepada pemaju dan juga pemilik rumah. Daripada rumahnya yang lebih selesa dan dengan harga yang berpatutan. Terima kasih Yang Berhormat

Timbalan Speaker

Terima kasih Tanjung Sepat. Lembah Jaya, silakan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Peraturan Tetap 24(2), Kajang mewakili Lembah Jaya menanya soalan 81.

Timbalan Speaker

Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. UnderemploymentQuestions

81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Kadar pengangguran di Malaysia rendah namun, isunya adalah underemployment: pekerjaan yang tidak sama taraf dan dibayar dengan gaji yang lebih rendah dari kelayakan. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan masalah ini supaya tidak membebankan rakyat terutama anak muda?

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tajuknya adalah underemployment. Soalannya adalah kadar pengangguran di Malaysia rendah namun, isunya adalah underemployment, pekerjaan yang tidak sama taraf dan dibayar gaji yang lebih rendah dari kelayakan. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan masalah ini supaya tidak membebankan rakyat terutamanya anak muda? Terima kasih kerana soalan yang sangat penting. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia telah menetapkan misi untuk mencapai kualiti perkhidmatan pekerja, pekerjaan yang lebih melalui elemen kebajikan, keselamatan, kesihatan, sosial dan psikologi serta memastikan kumpulan sasar mendapatkan pekerjaan yang berkualiti dengan ruang kerja yang kondusif dan selamat. Bagi persoalan Yang Berhormat Lembah Jaya berkenaan pekerjaan yang tidak sama taraf dan dibayar gaji yang lebih rendah dari kelayakan, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia sedia maklum dan telah memberi perhatian serius berhubung dengan perkara tersebut. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri berpendapat isu tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang menjadi punca seperti berikut. Pertama, kurangnya industri yang menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang pengajian yang diceburi, biasanya mereka-mereka itu student mostly mereka mempelajari beberapa kos melainkan, padahal dia tidak mendapat sambutan yang baik dalam pasaran pekerjaan. Kedua, kemahiran membuat resume yang lemah dan tidak mengikuti piawaian semasa, ini juga perkara yang penting.

Ketiga, etika dan tatacara ketika menghadiri temu duga yang tidak memuaskan; ini juga satu isu yang penting, di mana kita pergi interview, biasalah dress code itu sangat-sangat penting, our outlook sangat-sangat penting, dengan izin. Yang keempat, pengalaman bekerja yang kurang untuk mendapatkan pekerjaan yang selari dengan bidang kelayakan; dan yang terakhir, kelima adalah permintaan perkhidmatan yang kurang dalam pasaran buruh.

Justeru itu, beberapa inisiatif telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan statistik pekerjaan yang tidak sama taraf daripada terus meningkat. Antara inisiatif yang telah diperkenalkan adalah seperti Program Selangor Kerjaya yang dilaksanakan oleh pihak Menteri Besar Perbadanan (MBI) untuk Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2021. Program ini merupakan satu inisiatif strategik pengurusan bakat dan tenaga kerja bagi rakyat di Negeri Selangor untuk menangani isu penawaran pekerjaan pasca wabak Covid-19 dan pembangunan kemahiran tenaga kerja bagi memenuhi penawaran pekerjaan Abad Ke-21. Ia merupakan solusi pemadanan pekerjaan yang komprehensif bagi penempatan pekerjaan dengan menggunakan

kaedah profiling, job matching, placement dan upskilling. Dalam menangani masalah pengangguran, Selangor Kerjaya berusaha untuk menyelesaikan masalah ketidakpadanan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang bakat atau tenaga pekerja dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak majikan. Sehubungan dengan itu, semua peserta yang berdaftar dengan Selangor Kerjaya berpeluang untuk mengambil ujian profiling bagi menilai kemampuan kognitif, keperibadian, tingkah laku dan kemahiran berdasarkan Universal Competency Framework, dengan izin yang akan dipadankan dengan profil pekerjaan bagi menentukan kesesuaian peserta kepada peluang kerja yang ditawarkan. Bagi meningkatkan tahap kemahiran, calon yang berjaya ditawarkan pekerjaan akan menjalani bimbingan kerjaya dan latihan untuk meningkatkan kemahiran, sekiranya diperlukan oleh pihak majikan, serta menjalani latihan upskilling secara dalam talian selama setahun, di mana sijil penyertaan akan dikeluarkan. Pemantauan dalam bentuk mentoring juga akan diadakan secara berkala dalam tempoh setahun tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2023, data daripada pihak MBI menunjukkan seramai 49,894 orang tenaga kerja telah berdaftar dengan Selangor Kerjaya dengan 20,546 orang peserta telah memanfaatkan kemudahan ujian profiling yang disediakan. Dan juga seramai 10,435 orang peserta telah dipadankan dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan dengan 6,783 orang peserta telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing. Dalam pada itu, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia sedang merancang untuk memberi bimbingan secara percuma kepada seluruh pencari kerja di Negeri Selangor yang memerlukan khidmat untuk mempelajari asas penyediaan resume mengikut piawaian semasa di samping menyampaikan kemahiran menghadiri temu duga yang berkesan. Semakan secara rawak daripada pihak majikan mendapati, rata–rata pencari kerja gagal dalam sesi temu duga disebabkan kurang kemahiran komunikasi serta penyediaan resume yang tidak teratur seperti mana saya telah gariskan tadi. Lantaran itu, bagi mengurangkan masalah tersebut daripada berlanjutan, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia sedang merangka inisiatif untuk memberikan perkhidmatan percuma ini kepada seluruh rakyat di negeri Selangor yang memerlukan bimbingan. Secara tidak langsung, ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat mengatasi setiap permasalahan yang timbul dalam kalangan pencari kerja ketika berhadapan dengan situasi ketika temu duga. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Hulu Kelang, soalan tambahan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jabatan Perangkaan Malaysia telah pun mengumumkan bahawa kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023, mencatatkan 3.3% dan ini adalah satu angka yang sudah kembali kepada pra-pandemik yang berlaku baru-baru ini. Cuma pada masa yang sama MIER, Malaysian Institute of Economic Research, juga telah

mengeluarkan satu laporan yang agak membimbangkan dan menuntut Kerajaan Negeri untuk melihat secara serius, di mana kadar pengangguran di kalangan anak muda sudah melonjak kepada 11.9%. Dan saya percaya sebelum Kerajaan Negeri menyusun sebarang dasar seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat EXCO, pastinya Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri harus meneliti apakah kadar pengangguran di kalangan anak muda di peringkat Negeri, kerana yang saya sebut tadi adalah di peringkat nasional. Data ini boleh membantu Kerajaan Negeri untuk menyusun dasar-dasar yang lebih efektif bagi menangani masalah pengangguran di kalangan anak-anak muda. Jadi persoalan saya, apakah kadar pengangguran di kalangan anak muda di Negeri Selangor.?Terima kasih.

Terima kasih kepada Hulu Kelang, sebab mengatakan jumlah-jumlah yang terperinci tentang pengangguran bagi anak-anak muda di peringkat nasional. Jadi untuk di peringkat Selangor, mungkin saya tidak dapat jawapan dan saya bekalkan kemudian, tetapi saya tertarik dengan cadangan tadi adalah, rancangan atau pun planning apabila kita membuat satu dasar atau pun program dan sebagainya. Saya mengalu-alukan cadangan tersebut, sebab baru-baru ini kita mengadakan satu program di peringkat Kerajaan Persekutuan di Shah alam, iaitu dekat IDCC yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan program adalah melibatkan TVET dan juga OKU. Jadi program-program seperti itu saya percaya dapat membantu ramai di kalangan pencari pekerjaan atau pun ingin menceburi bidang-bidang lain dengan setaraf dengan pendidikan mereka dan saya juga akan merancang sedang merancang bahawa dalam masa terdekat ini kita pun akan adakan satu pameran atau pun satu program di mana ramai anak muda dapat mengambil bahagian untuk mengisi ruang-ruang atau pun pekerjaan sedia ada. Tetapi untuk mendapatkan cadangan Yang Berhormat Hulu Kelang saya mengalu-alukan dan saya juga mungkin akan menerangkan ataupun membuat PC atau pun press conference yang lebih teliti apabila saya mendapat bincang perkara ini dengan pejabat saya dan disebarkan di luar sana. Sekian, terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Pertamanya saya lihat berdasarkan statistik Selangor Kerjaya yang dihuraikan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, daripada kira-kira 49,000 yang mendaftar pada akhirnya after all the saringan dengan izin, kira-kira 6,783 dapat pekerjaan So that is succes rate of about 12% if I count roughly, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan succes rate untuk mereka yang daftar di Selangor Kerjaya untuk mendapatkan pekerjaan? Itu yang pertama. Dan

keduanya Khazanah Research Institute, dengan izin telah mengeluarkan satu laporan di mana mereka menyatakan bahawa ini di peringkat Nasional bahawa 24.9% daripada kerja adalah High Skill Jobs, dengan izin. So kalau kita mengambil this statistic, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahkan peratus high skill job supaya kita dapat tackle masalah under employment. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku. Sebenarnya, itu pendaftaran seramai 49,984, itu adalah angka di mana ini adalah pasaran mencari pekerjaan, ramai yang akan daftar seperti mana bidding, bidding ya. Ramai akan daftar tetapi mereka yang memerlukan pekerjaan mungkin satu angka yang kurang, itu yang saya telah menyatakan bahawa kadar pengangguran di Selangor berbanding negeri-negeri yang lain, negara-negara yang lain kita memang rendah. Saya telah menyatakan, mungkin saya akan mendapatkan maklumat terperinci. Oleh kerana itu yang datang untuk kerjaya ataupun pameran itu dalam menunjukkan adalah lebih kurang separuh dan kurang yang datang sahaja. Yang menerima tawaran ataupun telah mengambil bahagian dalam forum itu adalah seramai 6,783 menunjukkan ramai datang kat sana adalah untuk window shopping dan sebagainya. Mereka datang untuk melihat adakah kerjaya ini betul atau pun saya suka atau tidak, saya dapat gaji lebih tinggi atau tidak, mungkin, itu adalah faktor utama. Tetapi, di apa itu, program-program yang lain saya sendiri melihat sebab kami telah melanjutkan program job care ini ke sembilan daerah di seluruh Negeri Selangor. Dalam usaha itu apabila saya melihat, ramai yang datang sana adalah, dia adalah looking for second option, dengan izin. Meraka mencari kerja di mana mereka sedang bekerja, itu bukan satu benda yang salah ataupun tidak betul, tetapi mereka cuba luck mereka atau pun ada peluang. Kalau mendapat peluang yang baik mungkin mereka akan ubah dan sebagainya lah. Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa pencapaian peratusan kita itu rendah dan sebagainya, mungkin mereka yang mempunyai kerja sedia ada itu, mereka juga datang join dalam program kita itu. Itu adalah menunjukkan satu angka yang tinggi. Yang keduanya adalah Khazanah Institut mengatakan bahawa negara kita atau pun peluang pekerjaan kita yang di offer mereka adalah high skill, right? High skill. So, mungkin ini melibatkan lebih kepada TVET Program atau pun Institut Pengajian Tinggi dan sebagainya. Sebab kita perlu menyediakan tenaga kerja kita mengikut pasaran yang sedia ada. Ia lebih kepada supply and demand dengan izin, Tuan Speaker. Jadi sekiranya kita Institut Pengajian Tinggi sebagainya dan Teknikal Vokasional dan sebagainya kita menyediakan anak muda kita untuk menceburi bidang-bidang seperti ini dan mereka mungkin akan dapat peluang lebih baik dan gaji mereka mungkin akan lebih tinggi apa yang sedia, sedia ada kini. Jadi saya, mungkin menilai perkara ini dan saya juga akan bincang dengan Kementerian Pendidikan dalam perkara ini dalam masa terdekat. Mungkin kita kena kembali kepada bidang pengajian, TVET, Teknikal Vokasional dan sebagainya untuk menyediakan silibus kita dengan kehendak pada masa hari ini atau pun pada pasaran

sedia ada. Sebagai mana Yang Berhormat Kinrara mengatakan aeroangakasa dan sebagainya, sebab itu adalah demand of the day. Jadi kita kena bersedia untuk ke arah yang begitu. Dan juga untuk makluman Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini, pengangguran belia Selangor pada tahun 2021, adalah sebanyak 94,800 dan pada tahun 2022 telah kurang kepada 67,200, ini menunjukkan satu angka satu statistik di mana kita menurun dan mungkin pada masa akan datang kita boleh mencapai angka yang lebih rendah di mana sasaran kita sedang mendapatkan satu tujuan yang lebih baik dan cemerlang. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, kalau boleh beri dalam bentuk percentage itu ada absolute number yang quite misleading dalam perancangan dasar kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Memang saya akan sediakan satu laporan yang terperinci sebab untuk ini adalah untuk makluman Dewan Yang Mulia ini supaya at least kita dapat answer yang immediately. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya soalan dari Kota Kemuning. Tiada siapa. Ada wakil yang bawa ke? Saya teruskan pada Yang Berhormat Sentosa.

Terima kasih. Soalan saya nombor 84. 83 minta maaf.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Kes Gelandangan Di SelangorQuestions

83. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung masalah gelandangan di Negeri Selangor?

b)

Apakah Kerajaan Negeri boleh membina pusat/ rumah bagi golongan gelandangan?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Sentosa. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor adalah salah satu agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) di mana peranan Jabatan adalah untuk mengambil orang papa seperti diperuntukkan di bawah Akta 183 tersebut. Bagi mengatasi masalah orang papa dan gelandangan di Negeri Selangor, JKM telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi mengambil orang papa melalui operasi yang dijalankan sama ada secara bersepadu, berkala dan ad-hoc melalui aduan orang ramai. Sehingga Disember 2023 sejumlah 161 operasi telah dijalankan dan seramai 157 orang papa telah diambil iaitu melibatkan 96 warganegara dan 61 orang bukan warganegara. Antara tindakan lanjut yang diambil ialah bagi kes orang papa warganegara termasuklah; yang pertama bagi yang mempunyai waris atau penjaga, mereka akan diserahkan semula kepada yang berkenaan dan bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan sekiranya memenuhi kelayakan. Kedua, sekiranya tiada waris atau penjaga-penjaga, golongan ini akan ditempatkan di institusi kebajikan atau pusat jagaan NGO. Ketiga, pihak JKM juga turut menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi kes yang memerlukan dan keempat, rujukan kes dibuat kepada agensi lain yang berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Pihak Berkuasa Tempatan, sekiranya kes-kes tersebut memerlukan bantuan-bantuan lain seperti bantuan kewangan, bantuan sewa rumah, bantuan pekerjaan dan lain-lain bantuan yang bersesuaian. Bagi kes orang papa bukan warganegara, JKM akan merujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya. Manakala bagi kes-kes orang papa yang berpenyakit mental, pihak Jabatan akan merujuk kes berkenaan kepada pihak hospital dan PDRM untuk diuruskan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 (pindaan) 2023. Untuk soalan (b), setakat ini, penempatan kes-kes orang papa yang diambil oleh JKM ialah di Pusat Sehenti Sungai Buloh iaitu di Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk membina pusat gelandangan di Selangor. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Teruskan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya menarik penjelasan EXCO mengenai orang papa yang tiada waris yang akan ditempatkan ke rumah kebajikan swasta. Jadi soalan saya ialah siapa yang akan membiayai atau memberi elaun kepada

si papa ini untuk tinggal di situ? Makan minumnya, kesihatannya, penjagaannya, siapa yang membiayainya? Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Dalam jawapan saya sebentar tadi, saya menyebutkan bahawa penempatan di institusi kebajikan atau pusat jagaan NGO, bermakna pusat jagaan NGO juga yang kebanyakkannya menerima geran daripada Kerajaan Negeri dan juga daripada JKM secara request. Dan, institusi kebajikan swasta, tiada satu panduan khusus daripada JKM untuk memanggung kos penempatan mereka. Saya juga ingin mohon izin Tuan Speaker untuk membuat sedikit pembetulan fakta, dalam ucapan penggulungan saya pada 4 Mac 2024 hari Isnin lalu, berkenaan usaha Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mengambil langkah ke arah menyediakan rumah penjagaan warga emas. Sebetulnya usaha ini telah dimulakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi belum dimulakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan ke? Bukan? Gombak Setia siapa?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya bangkitkan Peraturan 24 (2) Yang Berhormat, untuk mengambil bagi pihak Yang Berhormat Gombak Setia.

Timbalan Speaker

Silakan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan Gombak Setia nombor 84.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Projek Pembesaran Pelabuhan KlangQuestions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah aliran trafik domestik dan antarabangsa di Northport dan Westport di bawah Lembaga Pelabuhan Klang bagi 3 tahun kebelakangan? Bilakah kerja-kerja pembesaran Westport akan berlangsung?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker, aliran trafik domestik dan antarabangsa iaitu kendalian kontena import, eksport dan transshipment di Northport dan Westports di bawah Pelabuhan Klang bagi tahun 3 tahun kebelakangan ini adalah seperti berikut;-

Northport (TEUs)

Tahun Import Eksport Transshipmen t Jumlah

2021 878,898 805,041 1,640,425 3,324,364 2022 933,795 780,429 1,457,700 3,171,924 2023 873,821 753,021 1,557,726 3,184,568

Westports (TEUs)

Tahun Import Eksport Transshipmen t Jumlah

2021 1,802,470 1,846,567 6,751,059 10,400,096 2022 1,949,242 2,019,014 6,083,748 10,052,004 2023 2,227,137 2,301,390 6,347,927 10,876,454

Keseluruhan Pelabuhan Klang (TEUs)

Tahun Import Eksport Transshipmen t Jumlah

2021 2,681,368 2,651,608 8,391,484 13,724,460 2022 2,883,037 2,799,443 7,541,448 13,223,928 2023 3,100,958 3,054,411 7,905,653 14,061,022 *TEU = Twenty Footed Equivalent Unit

Ini juga telah meletakkan Pelabuhan Klang menjadi pelabuhan yang berkedudukan yang ke-11 yang terlalu sibuk di seluruh dunia. Meningkat dari kedudukan ke-12 dari tahun 2022 sehingga kedudukan ke-11 pada tahun 2023. Ini satu pencapaian yang sangat baik. Dan, merujuk kepada Perjanjian Tambahan Ketiga Penswastaan di antara Kerajaan Malaysia, Lembaga Pelabuhan Klang dan Westports Malaysia Sdn. Bhd. (WMSB) yang telah ditandatangani pada 8 Disember 2023, pihak Westports Malaysia Sdn. Bhd. akan memulakan kerja-kerja pembesaran bagi pembangunan fasa 2 pada suku ke-3, 2024. Ianya melibatkan pembinaan dermaga tambahan sepanjang 4.8km yang akan menyumbang kapasiti tambahan sebanyak 13 juta TEU dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Dengkil.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan nombor 85.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Skim Bantuan Kerajaan NegeriQuestions

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Kenapa pihak YAWAS mengarahkan penerima bantuan kerajaan seperti baucar warga emas untuk ambil di pejabat ADUN pembangkang sedangkan ADUN pembangkang tidak menerima sebarang bantuan dan sebarang arahan berkenaan bantuan-bantuan Kerajaan Negeri?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Dengkil. Kerajaan Negeri telah bersetuju agar bantuan seperti baucar Skim Mesra Usia Emas diberikan menerusi Pegawai Penyelaras DUN yang telah dilantik sebagaimana dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Selain itu, bantuan turut diberikan menerusi Pejabat Pusat Khidmat Parlimen atau DUN bagi DUN yang masih belum ada lantikan penyelaras. Sehubungan itu, tiada sebarang arahan seumpama dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Datuk Seri Jamil Bin SallehBERSATU · PNDengkil

Usaha yang dibuat oleh pihak YAWAS adalah amat baik tetapi saya ingin mencadangkan penambahbaikan untuk memastikan usaha yang baik ini sampai kepada rakyat. Iaitu yang pertamanya, petugas-petugas untuk yang tiada penyelaras lebih kurang 12 tempat lagi khususnya di kawasan Pembangkang, supaya mereka turunkan ke kawasan Dewan Negeri berkenaan. Ini akan memudahkan kepada pemohon-pemohon bantuan tersebut, sebab mereka ini terdiri

daripada mereka yang susah dan warga emas dan mereka juga duduk jauhlah. Kalau daripada Sabak hendak datang ke Shah Alam ini amat jauh, yang keduanya, kita kena kemaskinikan website YAWAS. Kalau kita lihat, selepas 7 bulan, masih lagi nama ADN-ADN yang lama. Jadi itulah sebab pejabat saya dipenuhi oleh peminta-peminta bantuan, pemohon-pemohon bantuan sebab website itu masih lagi yang lama. Terima kasih

Timbalan Speaker

Website Dengkil, Wakil Kerajaan.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih. Kerajaan akan ambil untuk cadangan penambahbaikan tersebut. Pun begitu, untuk penyelaras-penyelaras DUN akan selesai dalam masa yang terdekat. Dan bagi mana-mana DUN Pembangkang yang masih lagi belum selesai, saya akan minta pihak YAWAS untuk segerakan agar petugas-petugas dari YAWAS ini turun atau DUN angkat dari sebelah yang akan membantu menyampaikan serahan-serahan baucar terutamanya yang jauh daripada Shah Alam.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan. Silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih. Ada tak cadangan penambahbaikan di mana baucar ini dapat diberikan atas talian dan tidak perlu rakyat berjalan jauh, bersusah payah untuk mencari tempat parking dan sebagainya untuk kutip baucar, memandangkan ini warga emas.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Kerajaan dalam proses untuk penyelarasan ke arah digitalisasi di mana bermula April insya-Allah kita akan memulakan proses digitalisasi di mana tiga komponen pertama, pendaftaran itu sendiri, pengesahan. Yang mana sebelum ini, yang semasa pengesahan itu dilakukan di Pusat Khidmat di mana di Pejabat-pejabat ADUN untuk buat pengesahan. Dan, ketiga adalah penebusan atau pun redemption baucar kita akan diberikan melalui konsep e-baucar. Dan untuk tata kelola ataupun good gorvenance, kita akan pastikan bahawa penebusan itu hanya boleh dilakukan oleh nama penama yang sah sahaja.

Timbalan Speaker

Bukit Malawati.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 86.

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Kebajikan OkuQuestions

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejak ditubuhkan, berapakah dana yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Insan Istimewa Selangor khususnya untuk membantu golongan OKU di kawasan luar bandar?

b)

Berapakah jumlah penerima bantuan Yayasan Insan Istimewa oleh golongan OKU di kawasan DUN Bukit Melawati?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Okay, terima kasih Yang Berhormat Bukit Malawati. Oleh sebab Yayasan Insan Istimewa masih lagi dalam proses penubuhan, program bagi anak istimewa Selangor masih lagi dilaksanakan oleh Jabatan ANIS di bawah YAWAS. Pelaksanaan program ANIS adalah berdasarkan keperluan golongan sasar dan tidak dibezakan mengikut kategori bandar atau luar bandar. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM14 juta bagi pelaksanaan inisiatif di bawah Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) sejak tahun 2021 sehingga 2024. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM250,000 setiap tahun bagi Majlis Tindakan OKU Selangor atau pun MTOS yang ditubuhkan sejak tahun 2018. MTOS berperanan menyelia pelaksanaan pelan tindakan OKU Selangor, membuat syor tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat OKU di Selangor.

Bagi soalan (b), penerima bantuan golongan OKU di kawasan DUN Bukit Melawati sejak dari tahun 2021 sehingga 2023 di bawah program Iltizam Anak Istimewa Selangor dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) adalah seramai 134 orang. Untuk makluman, bantuan di bawah program-program ANIS terbuka kepada semua pemohon yang layak di negeri Selangor tanpa meletakkan kuota penerima mengikut DUN. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima Yang Berhormat EXCO.

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Soalan tambahan boleh? Habis ya?

Timbalan Speaker

Dah habis masa, 11.30 pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini, saya menangguhkan sesi pertanyaan, untuk urusan seterusnya.

Sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya, sambungan Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Sungai Tua untuk menyambung penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya bukan nak menggulung. Semalam di akhir sesi penggulungan Dato’ Menteri Besar, saya sepatutnya ada pencelahan. Jadi izinkan saya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Lepas ini, saya nak terangkan sikit. Nak jawab Permatang, tambah sikit Permatang. Lepas ini Yang Berhormat pula. Itu berkenaan dengan Air Selangor, RM35 bilion, untuk tempoh 30 tahun. Tak apa nanti Yang Berhormat boleh tanyakan. Saya nak jelaskan sikit, Permatang semalam, dengan sedikit perincian berkenaan dengan permit penggunaan. Dan daripada maklum balas yang kita telah terima daripada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, sebenarnya tukar syarat, tukar syarat permit khas yang dikenakan untuk perniagaan yang saiz yang besar. Contohnya, ada satu perniagaan cendol di kawasan sana yang sudah mempunyai drive-thru. Dan mempunyai pelanggan yang cukup ramai. Ada perniagaan tomyam yang nampak sangat success. Ataupun nampak mampan. Jadi kita kenakan mereka menukar syarat, dengan syarat-syarat daripada pejabat tanah. Tapi perniagaan-perniagaan kecil, sebagaimana saya sebut tadi, masih dalam kadar yang sangat munasabah. Iaitu RM500.00 untuk 5 tahun, untuk membolehkan mereka mencari rezeki.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Dalam sesi penggulungan semalam, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada menyentuh isu Sukuk Air Selangor dan juga pembayaran balik interest free, preferential loan kepada Air Selangor, berjumlah RM248.7 juta, untuk tempoh 20 tahun, yang saya luluskan pada tahun 2017. Saya percaya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bersetuju bahawa tujuan kita mendukung Air Selangor ini adalah untuk melengkapkan sistem air terawat di negeri Selangor. Dan juga mewujudkan satu eko-sistem perkhidmatan air yang lebih holistik dan juga efisien, sebagai catalyst ataupun pemangkin kepada penjanaan ekonomi dan industri di dalam negeri Selangor, dan ini telah pun diiktiraf oleh Rating Agency Malaysia, yang mengeluarkan laporan pada September 2023. Dengan izin, Dato’ Tuan Speaker, ini laporan Rating Agency Malaysia,

“We expect the state to readily extend support, should the need arise, explicit support from the state government to Air Selangor. has taken the form of loans and grants, for the company, capital expenditure (capex), and development”. Jadi jelas dukungan kita kepada Air Selangor adalah untuk membantu mereka supaya dapat meningkatkan keupayaan CAPEX, bagi meneruskan operasi. Cuma perbahasan kita hari ini, Dato’ Menteri Besar, ialah keupayaan Air Selangor untuk membiayai sukuk ataupun pinjaman-pinjaman yang lain. Dan saya ingin, saya telah melontarkan dalam perbahasan saya, prinsip yang harus kita amalkan ialah sukuk yang diterbitkan oleh Air Selangor, mahupun PKNS, adalah untuk generate revenue untuk Air Selangor. Dan melalui perbelanjaan D.E. ataupun Development Expenditures yang akan menjana pendapatan-pendapatan baru yang lestari untuk Air Selangor. Apabila D.E itu rendah, kesannya adalah tidak ada sustainable future revenue bagi Air Selangor, untuk membayar balik Selangor, untuk membayar balik sukuk. Dato’ Menteri Besar meletakkan target untuk Air Selangor mencatatkan keuntungan pada tahun 2031, melalui kaedah naik tarif. Cuma saya nak melontarkan seperti yang saya cadangkan dalam perbahasan saya, ada, apakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melihat kaedah-kaedah alternatif.

Pertama, kita memberi fokus kepada NRW yang masih tinggi di negeri Selangor. Kalau sasaran SPAN pada tahun 2022, negeri Selangor perlu mencatatkan 27%. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, negeri Selangor mencatatkan NRW, 27.8%. Ini menyebabkan pada tahun 2022, Selangor terlepas daripada mendapat geran persekutuan, NRW. Kalau tahun 2021, Selangor mendapat RM111 juta, geran daripada Kerajaan Persekutuan yang dapat menampung kos operasi Air Selangor. Tetapi 2022, oleh kerana NRW Air Selangor itu masih tinggi, kita telah terlepas. Jadi apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membantu Air Selangor meningkat, mengurangkan NRW melalui projek penggantian paip, sebagai contoh. Saya juga telah memberikan perincian pada tahun 2017, saya telah menyediakan RM324 juta untuk Air Selangor menggantikan paip-paip lama kerana dia ada kaitan dengan NRW, apabila paip-paip lama ini dapat digantikan, pastinya masalah kebocoran, kecurian dan sebagainya dapat ditangani.

Alternatif yang kedua Dato’ Menteri Besar, kalau boleh pertimbangkan, apakah Air Selangor, boleh berperanan secara lebih inovatif, iaitu dengan melaksanakan dasar-dasar ekonomi baru, untuk menjana pendapatan baru bagi, untuk Air Selangor seperti membuat projek renewable energy, sama ada solar di aset-aset air yang dimiliki oleh Air Selangor. Kita ada banyak aset. Kalau di zaman pentadbiran saya, saya masih ingat, aset Air Selangor berjumlah hampir RM14 bilion, maka saya kira Air Selangor perlu mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi baru supaya dapat menjana pendapatan, kerana opsyen menaikkan tarif itu hanya satu pilihan sedangkan kita ada alternatif yang lain. Itu persoalan yang kita bahaskan pada kali ini.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Maafkan saya. Terima kasih Yang Berhormat. Akhirnya kita kena terima bahawa main operation ataupun main business dengan izin, urusan utama bagi Air Selangor ialah urus niaga dan perkhidmatan air dalam negara dan negeri kita. Di samping bagaimana development expenditure sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, seharusnya menjurus kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti-kualiti perkhidmatan. Bagi maksud tersebut, kita telah menghantar business-business plan ataupun pelan-pelan perniagaan secara berperingkat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor, Perkhidmatan Air Negara, yang telah diluluskan dan revise plan yang terbaharu telah dihantar pada 14 September 2022, yang akan berlangsung daripada 14 September 2022 dan berakhir pada 31 haribulan Disember tahun 2026. Dan antara perkara-perkara ditekankan di dalam pelan tersebut adalah peruntukan ataupun pelan perbelanjaan sebanyak RM9.9 bilion. Dengan RM6.044 bilion merupakan daripada peruntukan ataupun funding Air Selangor, yang digarap daripada revenue ataupun pendapatan mereka dan juga sukuk ataupun pinjaman-pinjaman tersebut.

RM2 bilion daripada RM6.044 bilion itu, adalah untuk penggantian paip-paip lama. Manakala untuk pengurusan aset, kita membelanjakan lebuh kurang RM800 juta. Manakala untuk menaikkan efficiency, efficiency operasi ataupun meningkatkan keutuhan operasi kita, kita memperuntukkan dalam sejumlah RM200 hingga RM300 juta, termasuk pertukaran meter dan sebagainya. Jadi memang salah satu daripada strategi kita adalah untuk menurunkan NRW di dalam negara kita. Dan untuk rekod, NRW pada tahun 2018 adalah sebanyak 31.7%. Dengan langkah-langkah agresif yang dilakukan sejak 2016 sebenarnya, semasa zaman Yang Berhormat diteruskan 2018, 2019 dan sedikit terganggu tahun 2020 dan 2021 sampai 2022. Saya rasa apa yang berlaku dalam proses penggantian paip, pada tahun 2020 dan 2021, penggantian paip tidak termasuk dalam essential service pada ketika itu iaitu ketika perintah PKP. Jadi langkah-langkah penggantian itu tak dapat diteruskan momentum sebagaimana capaian kita pada tahun 2019.

Manakala pada tahun 2022, kita akui ada sedikit, masalah daripada segi penganugerahan, pelarasan, pelaksanaan projek yang saya rasa dijelaskan dengan cukup rinci oleh Yang Berhormat Pandan Indah sebentar tadi. Dan sebab itu kita percaya apabila kita mampu untuk menyelesaikan masalah, antara yang disebut ialah KUSEL. Kerana KUSEL memerlukan pelan mapping untuk kawasan tersebut. Di mana konsultan juga melakukan perkara tersebut. Ia telah menyebabkan pada tahun 2023, sebagai contoh. Sebab itu kadar penggantian agak rendah. Kita hanya dapat award the project, award the contract pada suku keempat atau suku ketiga tahun 2023. Sebenarnya daripada segi penganugerahan kontrak berjalan, cuma projek di dalam atas lapangan ataupun di dalam fizikal masih lagi perlahan. Jadi penggantian-penggantian paip ini

dijangka akan dapat mengurangkan. Sebenarnya ada peningkatan tapi peningkatan NRW kita tu boleh diterima sebab sekitar 0.2%. Di saat negeri-negeri lain ada mencatatkan 46%, Kedah sebagai contoh 51%, Sabah 55%, NRW. Kita mungkin tewas dengan dua negeri iaitu Johor dan Penang. Untuk rekod, Syarikat Air Johor, daripada dialog saya dan bersama dengan pimpinan Air di seluruh negara, Syarikat Air Johor telah berjaya menyelesaikan awal. Sebelum tahun 2018, penggantian-penggantian paip. Justeru penggantian paip masih menjadi agenda utama. Dan cadangan yang telah dikemukakan Hulu Kelang sebentar tadi, boleh diambil kira untuk menitik beratkan bagaimana kita boleh menggunakan dana kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut khususnya untuk penggantian paip. Dan ini dibuktikan sedikit sebanyak dengan komitmen kerajaan, apabila kita telah memberikan jaminan terhadap apa yang perlu dilakukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri bagi membina paip baru ke kawasan Pulau Indah yang selama ini merupakan satu kekangan untuk membangunkan kawasan Pulau Indah sebagai contoh, dengan kos yang mencecah lebih daripada RM300 juta. Manakala, 23.9 bilion pula, adalah peruntukan-peruntukan daripada 6 tadi yang saya sebut, saya kembali kepada maklumat asal, RM3.935 bilion adalah peruntukan yang akan dibiayai oleh PAAB. Kerana aset-aset seperti Langat 2, Sungai Selangor 1, 2 dan 3, Semenyih 1 dan juga Langat 1, adalah di bawah peruntukan ataupun di bawah kelolaan PAAB.

Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, langkah kedua juga sudah pasti kita ingin pastikan rizab margin yang mencukupi. Kita telah sedikit menukar hala tuju itu, sebab itu pelan perniagaan kita revise, dengan izin pada September 2022, kerana pada asalnya sepatutnya Langat 2, Fasa 2 akan lengkap pada tahun 2028. Tetapi dengan langkah kerja yang dilakukan oleh Kementerian KASA, pada ketika itu, mereka terpaksa menangguhkan siap pada 2030. Dengan itu Kerajaan Negeri tidak menunggu untuk menunggu pada tahun 2030. Kita pula mengusulkan Rasau yang sepatutnya siap 2030, akan lengkap pada tahun 2028. Jadi kita tukar sedikit dia punya pelaksanaan dan terima kasih juga saya nak sebutkan kepada Kerajaan Persekutuan, yang telah meluluskan peruntukan lebih kurang RM1.6 bilion. Ini memang tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di mana akan membina hybrid lake, ataupun kolam hybrid, yang mana kolam itu akan berfungsi untuk tebatan banjir dan sebagai punca air untuk Loji Rawatan Sungai Rasau yang dijangka akan siap menjelang tahun 2026 atau 2027. Di mana tahun 2028, selepas commissioning selepas test dan sebagainya, maknanya dia boleh beroperasi sebagaimana pelan yang kita buat. Dan untuk masa tersebut, menjelang tahun 2030 reserve margin kita akan meningkat kepada 19 hingga 20%, maafkan saya, berbanding 15% sebagaimana reserve margin yang kita perolehi pada ketika ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, boleh saya interjack on reserve margin ini. Sekali lagi saya merujuk kepada laporan Rating Agency,

bertarikh September 2023. Dato’ Menteri Besar mencadangkan pada Dewan bahawa kaedah baru yang telah dibentangkan kepada SPAN adalah untuk melihat dan menyemak semula reserve margin air di negeri Selangor dan matlamatnya adalah untuk mencapai 20% by 2030. Cuma untuk rekod Dewan ini, pada tahun 2021, reserve margin ataupun dengan izin, water reserve margin di negeri Selangor adalah 13.6% dan pada tahun 2022, ia menurun kepada 12.02%. Kita belum pun mencecah 15% seperti yang diletakkan sasaran oleh SPAN. Jadi apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri setelah melihat statistik untuk 2 tahun berturut-turut ini kita belum melepasi 15% dan bagaimana kita boleh mencapai 20% menjelang 2030? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya dah sebutkan tadi fakta dari 2023 kita dah reaching 15% reserved margin dengan langkah-langkah penggantian paip yang dilakukan walaupun tidak selamanya lengkap ataupun sempurna sebagaimana kita plan, tetapi ia dapat memastikan reserve margin itu dapat dikekalkan bukan hanya penggantian paip tetapi pengupayaan proses-proses maintenance ataupun penyelenggaran yang kita lakukan secara berkala khususnya untuk loji-loji rawatan kita dan Alhamdulillah dalam tempoh 5 tahun yang lepas ataupun dalam penggal yang lepas ini, kita tak berdepan masalah penutupan loji-loji rawatan kerana kerosakan loji-loji rawatan kerana kita sudah kembali on track. Khususnya selepas 2018 pengambilan penuh dalam pengurusan air di Negeri Selangor. Kita tidak lagi berdepan loji rawatan meletup ataupun mana-mana aset kita yang rosak yang menyebabkan kita perlu untuk menutup loji rawatan kita, sebaliknya loji-loji rawatan ini berhenti tugas kerana kita perlu mengganti aset-aset ini ataupun proses-proses penyelenggaraan yang kita lakukan dan kita laksanakan. Yang Berhormat, untuk maksud yang terakhir Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi apakah langkah-langkah susulan untuk memastikan operasi ataupun kos pengurusan air Selangor khususnya kos pengoperasian rawatan dan pengagihan air berada pada kadar yang lebih efisyen ataupun tidak ada laksanakan pembaziran ataupun dapat mengurangkan kos dan ini yang telah dilaksanakan Yang Berhormat. Antara yang kita laksanakan adalah dengan renewable energy ataupun ladang solar ataupun solar farm yang kita telah dapat buat, dilaksanakan di Loji Rawatan Sungai Selangor 2. Di sana sendiri kita telah menyalurkan kembali air-air ataupun tenaga yang telah kita gunakan sekaligus mampu untuk mengurangkan kos elektrik yang mencecah hampir 300 Juta sebenarnya saban tahun. Kos-kos ini yang kita hadapi dan kita tangani. Semalam pun saya bertemu dengan TNB, kita ada perjanjian antara Worldwide dan juga TNB dan memang kita ingin melebarkan lagi penggunaan solar-solar ini yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Air Selangor Holdings. Bagi pengurusan rawatan, bekalan, pengagihan air akan diuruskan sepenuhnya oleh Air Selangor manakala, Air Selangor akan menguruskan aset selain daripada air seperti aset seperti hartanah, termasuk juga usaha-usaha renewable energy dan kita ada satu kerjasama dengan Worldwide Holdings sekali lagi untuk projek mini

hydro yang berlangsung atau berlaku di sekitar Kawasan Hulu Selangor dan dengan itu sahaja walaupun kilowatt nya rendah sekitar 5-6 kilowatt yang akan dijana daripada projek tersebut, ia dijangka akan dikurangkan bebanan electricity bills ataupun bil-bil elektrik terpaksa ditanggung dan dengan itu sendiri sebenarnya kita dapat mengurangkan tekanan operasi dan dapat memastikan proses-proses seperti peningkatan tarif air tidak memberikan tekanan yang besar kepada pengurusan Air Selangor. Salah satu daripada kesan kepada peningkatan tarif terbaru. Sudah pasti bukan hanya peningkatan daripada segi operasi, bagaimana kita terpaksa membayar kos yang semakin meningkat tetapi juga kita terpaksa juga membayar kos daripada peningkatan tarif elektrik yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya sendiri bersama Menteri-Menteri Besar telah merayu agar perkara ini dipertimbangkan semula supaya ia tidak kembali membebankan rakyat and it is considered as a double slaughter dengan izin, sudahlah tarif elektrik naik, dan tarif air juga naik kerana tarif elektrik yang naik. Ini perkara yang saya sudah sampaikan dengan agak konsisten di peringkat persekutuan malahan esok kalau ada masa saya akan berbahas di Parlimen akan menyebutkan hari ini yang ternyata memberikan tekanan disamping kita nak pastikan sustainability bekalan air itu dapat ditangani. Perkara kedua saya sebutkan tadi, antara yang kita ingin tangani ialah untuk memastikan efficiency ataupun keberkesanan operasi dengan penggantian-penggantian meter. Penggantian-penggantian meter sebelum ini yang berkonsep lama kepada smart meter sebenarnya akan memberikan penjimatan yang baik kepada pengguna kerana nilai air ataupun nilai bahan yang mereka gunakan itu disusun dengan lebih accurate berbanding dengan meter sekarang yang terdedah kepada sebarang kerosakan ataupun vandalisme, sebagaimana yang ada dalam rekod-rekod kita sebelum ini. Jadi…

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Kalau boleh saya cadangkan esok di Parlimen jangan bangkitkan tarif soal kenaikan air, tarif elektrik tapi juga kenaikan SST daripada 6 ke 8% dalam sektor tenaga dan sektor air kerana ini juga menjadi perbahasan kerana ini adalah satu keperluan asas rakyat di negara ini. Jadi tidak adil untuk diletakkan kenaikan SST untuk sektor tenaga dan juga sektor air. Cuma Dato’ Menteri Besar, saya nak bawa kembali kepada perbincangan kita tentang KUSEL, Dato’ Menteri Besar dan juga EXCO Pandan Indah telah pun memberikan sedikit penjelasan namun perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan itu ialah sekali lagi Rating Agency yang dengan jelas menyatakan, dengan izin Tuan Speaker, Air Selangor replace fuel pipes in 2022 due to administrative reasons, a new state agency, Corridor Utilities Selangor also known as KUSEL was formed end 2022, 2020 to coordinate utility repair works. Some administrative hiccups changes in standard operating procedures slowed pipe replacement efforts in 2022 but Air Selangor aim to replace at least 150 kilometer a year going forward. Jadi Rating Agency sebagai badan yang membuat penilaian terhadap prestasi dan operasi Air Selangor mengesahkan salah

satu faktor yang menyebabkan Air Selangor mengganti paip-paip jauh daripada sasarannya adalah kerana masalah pentadbiran dan SOP yang dikenakan oleh KUSEL. Persoalan saya, apakah tindakan seterusnya untuk memastikan perkara ini tidak berulang dan hasrat Kerajaan untuk menukar paip-paip lama daripada 150 kilometer kepada 300 kilometer itu dapat dicapai? Terima Kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya dah sebutkan tadi, antara perkara yang memberikan kekangan daripada tahun 2022 dan 2023 tapi hari itu saya dah selesaikan menjelang tahun 2023 apabila kita telah meng-award kan pada warta yang ketiga agak lewat. Saya juga bertemu dengan pemangku CEO sebentar tadi agar mempercepatkan agar proses award itu dipercepatkan antara perkara pentingnya adalah berkenaan dengan utility mapping. Yang Berhormat, utility mapping ini ada kepentingannya, kepentingannya apa kerana apabila kita melakukan proses naik taraf kemudahan-kemudahan awam seperti jalan, jembatan ataupun perkara rel dan sebagainya mahupun projek tebatan banjir, mapping kepada utility awam ini sebenarnya agak berkecamuk dan bersepah kalau ia tidak disatukan dibawah satu agensi yang boleh memberikan maklum balas sebab bandar kita tidak dibentuk ataupun direka sebagaimana dibandar-bandar Eropah yang mempunyai lorong besar di bawah tanah mereka yang menjadikan pusat-pusat utility kecuali di Cyberjaya. Yang telah dibangunkan untuk sebuah kota Multimedia Super Corridor seperti MSC dan sebagainya. Namun ini perlu dimappingkan dan diketahui oleh kontraktor-kontraktor ataupun developer-developer supaya tidak berlaku pelanggaran utility-utiliti. Malahan saya sebutkan banyak kali bahawa apabila kita melakukan proses naik taraf, saya selalu rujuk jalan ini jarak jauhnya sekitar 1.1 kilometer daripada Klang ke Banting naik taraf yang telah diluluskan 2018. Projek tersebut yang rule of thumb-nya dahulu adalah satu juta untuk 1 kilometer, terpaksa meningkat kepada 30 Juta untuk 1 .1 kilometer. Bukan ada sebab ada kebocoran ataupun keciciran tetapi masalahnya adalah penggantian dan juga pengalihan utiliti-utiliti ini. Jadi mapping of utility perlu Cuma, apa yang berlaku daripada saya rasa Yang Berhormat Pandan Indah sebutkan apabila konsultan telah membuat utility mapping, KUSEL pulak selepas kelulusan tersebut membuat satu kali lagi utility mapping. So langkah yang kita ambil tindakan segera ialah, cukuplah satu sahaja utility mapping. Share the document ataupun data tersebut yang pentingnya data tersebut dapat diselarikan dan dapat dikongsi sama supaya pada masa depan ketika proses naik taraf kemudahan-kemudahan ini mahupun mengesan kebocoran ataupun naik taraf penyelenggaran kemudahan-kemudahan ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Jadi Yang Berhormat saya rasa hari itu telah kita tangani sikit, saya akan lihat sendiri supaya hari ini dibawakan sampai keperingkat MTES supaya tidak ada lagi berlaku redundancy of operations ataupun pelaksanaan dua kali proses yang dilakukan. Untuk maklum balas yang diberikan Yang Berhormat meyinggung tentang SST, saya rasa hal ini telah dimaklumkan minggu lepas di Parlimen bahawa pengurusan tenaga dan air tidak

ada dikenakan SST 8%. Justeru saya rasa tidak ada peningkatan-peningkatan disebabkan SST yang meningkat daripada 6 kepada 8% iaitu daripada sekitar 2 %. Yang Berhormat, saya ingin pergi sebentar kepada pandangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Sentosa yang berkaitan dengan insentif dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menarik agar non-bumi ataupun bukan Melayu juga terlibat dengan penjawatan awam di dalam Negeri Selangor. Untuk makluman yang Berhormat, iklan-iklan serta maklumat berkenaan dengan kekosongan jawatan sentiasa disebarkan dan dimaklumkan bukan dalam medium berbahasa Melayu sahaja. Kita turut menyebarkan ke akhbar mingguan seperti Nanbal, Makkal Osai dan juga Sin Chew Daily dan malahan kita turut meletakkan dalam laman sesawang perkhidmatan awam negeri seperti spn.gov.my dan portal Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan berharap ia boleh diakses termasuk dengan minat di kalangan bukan Melayu. Daripada segi statistik daripada keseluruhan jumlah jumlah penjawatan awam di negeri Selangor, 22,485, 39 daripadanya adalah daripada bangsa Tionghua. 1,261 daripada kalangan masyarakat India dan kita juga mempunyai 29 dan 17, 29 campur 17 maknanya 46, 46 di kalangan bumiputera Sabah dan Sarawak dan juga 41 daripada masyarakat Orang Asli yang tinggal di semenanjung. Daripada segi statistiknya kalau saya boleh kemukakan disini secara ringkas, saya ambil 2 tahun sahaja lah tahun 2022 dan 2023 daripada segi permohonan. Jumlah keseluruhan permohonan pada tahun 2022 dan kita menerima lebih kurang 8,876 permohonan. 8,608 adalah permohonan daripada komuniti masyarakat Melayu, Cina memohon seramai 13 orang, India lebih kurang 206 dan lain-lain iaitu bumiputera masyarakat Orang Asli yang saya sebut tadi sekitar 51 orang. Di tahun 2023 daripada 17 ribu permohonan, ada sekitar 16 ribu daripada kelompok masyarakat Melayu, 4 daripadanya adalah bangsa Tionghua, dan India 253 orang dan daripada keseluruhan itu sekitar 1 sehingga 0.6 sehingga 1 peratus yang berjaya melalui proses-proses apa ini proses interview ataupun mendapatkan pekerjaan yang telah ditetapkan.

Berkenaan dengan isu tanah sekali lagi sebelum saya balik pada PKNS adalah berkenaan dengan adalah memohon penjelasan tentang isu yang warta rizab masjid yang melibatkan Masjid Sungai Chinchin untuk memberi laluan kepada ECRL dan pemakluman kepada daripada wakil penduduk dalam isu Lot 2200 yang tinggal dalam senarai warta kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, tak ada pulak, sampaikan nanti lah mungkin dapat share, lot tanah Masjid Sungai Chinchin telah diwartakan di bawah kawalan penghulu mukim Setapak pada tahun 1922. Pada tahun 2017, JAIS telah memohon pembatalan warta bagi tujuan pewartaan semula di bawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam. Pada tahun 2022 Menteri Besar telah mengumumkan pembangunan Masjid Baru Kampung Sungai Chinchin. Beberapa siri mesyuarat telah dibincangkan bersama pihak terlibat berkaitan pembinaan masjid baru dan pewartaan semula tapak baru dan tapak masjid sedia ada. Namun terdapat isu pemilikan asal tanah

masjid yang telah ditimbulkan oleh Jawatankuasa masjid apabila laluan ECRL melalui sebahagian tanah kerajaan tersebut diluluskan oleh pihak kerajaan dikatakan tanah wakaf. Pihak berkenaan mempertikaikan bagaimana tanah wakaf masjid boleh diserahkan untuk laluan ECRL. Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam mesyuarat terakhir 14 Februari 2024, pihak Pejabat Tanah Gombak telah berpegang pada warta asal iaitu lot tersebut diwartakan di bawah kawalan penghulu Mukim Setapak dan bersetuju untuk tapak masjid yang baru akan diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS dan tapak masjid lama serta makam yang bersebelahan akan dirujuk kepada MAIS untuk diberikan sebagai pemilikan wakaf Irshod.

Jadi Yang Berhormat, saya sendiri telah turun baru-baru ini, pada hujung minggu yang lepas untuk bertemu dengan wakil-wakil penduduk dan menjelaskan beberapa situasi dan keadaan semasa. Apa yang berlaku ialah apabila pewakafan itu ada tidak melalui proses dan ini bukan kita nak salahkan orang yang mewakafkan sebelum ini kerana Perbadanan Wakaf pun baru di dalam Negeri Selangor. Jadi inilah realiti yang berlaku dalam institusi wakaf yang kadangkala tidak mempunyai kejelasan terhadap tanah-tanah yang telah diwakafkan. Dan akhirnya kalau mengikut di atas kertas ataupun di atas warta kerajaan, tanah-tanah ini adalah tanah hak milik kerajaan yang tidak dijelaskan proses pewakafannya yang berlaku sebelum merdeka pada ketika itu tahun 1922 ia berlaku. Tahun 1922 ini kalau tidak silap saya, Khalifah Ottoman pun belum gugur lagi. Tahun 1924 dia gugur. Masa tu masih lagi di bawah Khalifah Uthmaniah. Jadi apa yang kita lakukan sekarang ialah saya dah bincang ada kekurangan lebih kurang 3 ekar, Insya-Allah Kerajaan Negeri akan menggantikan 3 ekar wakaf itu supaya tanah keluasan wakaf di kawasan sana selesai dan saya sedang bincang dengan pihak Perbadanan Wakaf agar yayasan milik keluarga Sheikh yang sangat terkenal dalam Pengajian Tarekat Nur Khalidi itu membina satu yayasan dan pengurusan di kawasan wakaf itu akan diserahkan kepada yayasan tersebut. Manakala untuk kawasan masjid yang baru memang kita terpaksa wartakan sebab kawasan masjid lama itu terlalu sempit dan kita kena bina satu masjid baru yang selesa untuk penduduk dan masyarakat dan langsung membenarkan untuk pembinaan ECRL melalui kawasan tanpa ada ganggu gugat ataupun proses-proses yang dilibatkan yang dibangkitkan. Dan hal ini telah dipersetujui oleh ketua kampung, oleh nazir masjid yang hadir pada pagi tersebut dan beberapa wakil-wakil mereka dan Insya-Allah saya akan kemukakan dan maklumkan kepada jawapan tersebut. Terima kasih. Berkenaan dengan tanah saya selesai.

Dan sekarang saya nak kembali kepada isu PKNS yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Hulu Kelang dan Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya Hulu Kelang. Yang pertama saya dah jelaskan menurut Rating Agency Laporan Februari 2024 yang diterbitkan pada 27 Februari 2024, PKNS mempunyai satu Program Sukuk yang bernilai maksimum RM3 billion. Manakala program RM3 billion ini adalah pinjaman jangka

pendek Islamic Commercial Papers Programme dan pinjaman jangka sederhana ataupun Islamic Medium Term Notes Programme. PKNS akan menebus kesemua sukuk yang telah diterbitkan menerusi lebihan dana hasil daripada operasi perniagaan dan pelaburan yang dijangka dalam tempoh 10 tahun.

Laporan Rating Malaysia yang diketengahkan sebagaimana saya sebut tadi sebenarnya yang disebutkan oleh Yang Berhormat ialah merujuk Laporan 2023 yang melihat operasi 2022. PKNS telah menebus sukuk sebanyak RM345 juta dan baki sukuk yang belum ditebus ialah RM1.875 juta daripada keseluruhan RM3 billion yang diluluskan. Selepas penebusan sukuk, PKNS masih mempunyai lebihan tunai yang kukuh iaitu sebanyak RM187 juta. Pada tahun 2023, penggunaan sukuk PKNS adalah sebanyak RM50 juta untuk tujuan pelaburan dalam sektor strategik. Kos operasi yang merangkumi gaji, emolumen, kos kewangan dan lain-lain kos telah dibiayai oleh pendapatan operasi dan tidak menggunakan dana daripada sukuk Penyata Kewangan PKNS pada tahun 2023 yang telah dimuktamadkan. Jadi dakwaan ataupun pandangan daripada Hulu Kelang yang menganggap bahawa kita menggunakan sukuk ini adalah untuk operasi ataupun untuk membayar gaji terutamanya tidak betul. Sukuk memang digunakan untuk RM50 juta yang telah kita gunakan itu untuk projek-projek strategik untuk mendapatkan hasil-hasil baru kepada PKNS. Berdasarkan Laporan Rating Agensi Malaysia bertarikh Februari sebentar tadi, kedudukan tunai PKNS sehingga 30 Jun 2023 adalah RM804 juta dan ini menunjukkan kedudukan PKNS yang lebih kukuh dan dapat menampung perbelanjaan projek pada masa akan datang. Yang kedua, Kumpulan PKNS dalam satu organisasi adalah satu organisasi yang mempunyai pelbagai sumber pendapatan. Pendapatan kita pada tahun 2020 adalah terdiri daripada aktiviti berkaitan sektor hartanah sebanyak 69% dan sektor bukan hartanah sebanyak 21% dan penjualan tanah hanyalah 10%. Pendapatan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM2.01 billion sebagai contoh. Sumber pendapatan aktiviti berkaitan sektor hartanah ialah 73%, sektor bukan hartanah 15% dan penjualan tanah hanyalah 12%. Ini menunjukkan bahawa pendapatan daripada penjualan tanah bukanlah nilai daripada RM2.01 billion ataupun 3.9% sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Hulu Kelang di dalam Dewan ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Mengenai Laporan Rating 2022,

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh saya mencelah? Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan. Sekali lagi saya nak merujuk kepada Laporan Rating Agency Malaysia pada muka surat 2 dengan izin, In financial year December 2021, PKNS rebounded strongly from its weak performance in the prior fiscal year with revenue nearly doubling to RM2.01billion”. Ini yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar

sebentar tadi. Tetapi kita kena baca in totality. Ayat seterusnya ialah “The improved showing was largely from the income from land sales”, penjualan tanah Dato’ Menteri Besar. Ini laporan daripada Rating Agency. Sebab itu yang saya bangkitkan, sementara sukuk itu, tadi pun kita bincang, sukuk ini saya nak tegaskan secara, I mean sekali lagilah bahawa bila PKNS menerbitkan sukuk walaupun Dato’ Menteri Besar kata telah berkurangan kepada RM3 billion sahaja, RM3 billion jumlahnya masih besar kerana asalnya PKNS menerbitkan sukuk berjumlah RM5.7 billion dan itu berdasarkan Laporan RAM bertarikh Januari 2023. Namun sekarang Dato’ Menteri Besar kata telah berkurang, saya terima, kepada RM3 billion, yang belum ditebus adalah RM1.8 billion. Cuma yang saya nak tekankan sukuk yang diterbitkan oleh PKNS ini mestilah untuk generate revenue untuk PKNS. Dan kita ada ukuran, kita ada kaedah untuk mengukur keberkesanan modal ataupun sukuk untuk menghasilkan pendapatan yang disebut sebagai ROCE, Return on Capital Employed. Maka kita ada kaedah untuk mengukurkan itu iaitu melalui perbelanjaan DE. Yang ini saya nak tegaskan sekali lagi, tadi pun saya dah bincang, Development Expenditure yang pastinya akan menjana pendapatan yang lestari untuk masa depan PKNS. Tetapi Dato’ Menteri Besar, The Awakening, ini laporan PKNS pada muka surat yang bertajuk, “Financial Performance Development Expenditure” yang dibentangkan oleh PKNS sendiri. Laporan ini dibentangkan oleh, ya, betul, Chief Executive Officer of PKNS, CEO, pada 2 Februari 2024 dan ketika itu Kinrara pun ada dalam mesyuarat, Pandan Indah pun ada dalam mesyuarat, Tanjong Sepat pun ada dalam mesyuarat. Dahsyat. 3 EXCO dan seorang Menteri Besar. Yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Financial Performance Development Expenditure. Apa disebut oleh CEO PKNS? “DE is low and it is on a downward trend reflecting lower number of new project executor”. Ini laporan yang dibentangkan dan carta yang dibentangkan juga dalam Lembaga Pengarah PKNS menunjukkan bahawa dalam tahun 2017, ada 62% daripada total cost adalah untuk DE, 2017. Tetapi trend ini semakin hari semakin menurun kepada hanya 30% sahaja daripada total cost untuk DE dalam tahun 2023. Maknanya penurunan itu hampir 50% daripada 62% tahun 2017 kepada hanya 30% tahun 2023. Ini bukan laporan saya, ini laporan CEO PKNS. Persoalannya, apabila DE itu sudah rendah, DE itu terus menurun, bagaimana mungkin PKNS dapat menjana pendapatan untuk menampung sukuk ataupun pinjaman-pinjaman yang lain? Yang ini saya minta penjelasan, kalau DE itu menurun, tidak ada lagi sustainable future revenue untuk PKNS membayar balik sukuk. Jadi persoalannya, di mana sukuk yang telah diterbitkan itu apabila DE bagi tahun 2023 menurun kepada 30% sahaja daripada total cost? Terima kasih Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang atas soalan yang telah dikemukakan. Dan itu adalah antara perkara-perkara yang kita bincangkan dalam retreat dan mesyuarat board khas yang turut dihadiri oleh ahli-ahli perbadanan daripada pelbagai agensi. Dan saya nak sebutkan di tahun-tahun yang

tertentu tahun 2020, tahun 2021 sudah pasti kita tidak launch the new project. Dan sebab itu Development Expenditure ataupun DE yang disebut oleh Yang Berhormat itu menunjukkan angka-angka yang rendah, itu yang pertama. Dan yang kedua, bagaimana pula yang dikatakan DE itu dibelanjakan? Dan saya sebutkan di antara banyak perbelanjaan kita adalah kepada dua perkara yang besar iaitu salah satunya adalah Datum Jelatek dan juga perbelanjaan kita terhadap PJ Sentral. Dua hal inilah yang telah dibelanjakan dengan cukup besar dan akhirnya memberikan implement cost yang sangat tinggi sehingga PKNS telah mencatatkan kerugian kali pertama dalam sejarah pada tahun 2020. Tetapi perbelanjaan terhadap Development Expenditure yang kurang cekap pada tahun-tahun tersebut, saya boleh sebutkan apabila saya meneliti laporan, kos untuk pembinaan Datum Jelatek sebagai contoh untuk per square foot adalah bernilai lebih daripada RM800. Sedangkan market price untuk sekitar di kawasan tersebut sampailah kawasan berhampiran dengan sempadan KLCC adalah pada kadar antara RM400 sehingga RM600 per square foot yang ada sekarang ini. Jadi bagaimana DE yang baik itu dapat beroperasi dan memberikan keuntungan? Sebab itu dalam tahun-tahun yang disebutkan oleh Yang Berhormat, terutamanya 18, 19 dan 20 fungsi utama pada ketika itu adalah untuk menyelesaikan aset-aset yang tergantung ataupun aset-aset yang tidak dapat dijual. Pada ketika itu, kita mempunyai RM1.6 bilion aset-aset yang telah siap di beberapa projek perumahan tetapi tak dapat dijual dan pada tahun 2023, akhir Disember laporan yang telah diberikan kita hanya tinggal left lebih kurang RM200 juta daripada RM1.6 juta itu, 1.6 billion. Maafkan saya RM1.6 billion.

Perkara kedua yang saya nak sebutkan juga, kita terpaksa mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan bebanan dan berterusan menghempukkan duit kepada dua projek mega yang besar itu, yang pulangannya masih lagi belum lagi dianggarkan bila untuk direalisasikan. Dan akhirnya itulah yang terjadi apabila pelaburan kita kepada aset-aset dan projek-projek tersebut belum memberi pulangan akhirnya dalam akaun dinamakan sebagai implement ataupun susut nilai daripada pelaburan dan itulah yang menyebabkan kita mencatatkan kerugian. Dan itu semua bukan disebabkan oleh saya tetapi dibuat oleh sebelum-sebelum ini. Dan ianya telah memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS. Sabar dulu sikit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Boleh?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sikit, sikit. Dan itulah yang telah kita lakukan satu persatu termasuk meningkatkan jumlah jualan yang ada di Datum. Alhamdulillah untuk aset-aset yang bernilai RM600,000 sahaja yang paling rendah telah habis dijual. Tapi kita menghadapi masalah dengan aset-aset yang bernilai lebih daripada RM1 juta hingga RM2 juta. Macam-macam cara kita dah buat. Macam-macam promosi kita dah buat dan kita dah launch pun dengan izin, mall yang telah dibangunkan, yang telah

dilaksanakan pembangunan tersebut. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat, perniagaan untuk pasar raya pada ketika ini ataupun mall, dengan izin sangat-sangat rendah dan lemah. Hanya satu saja yang mencatatkan lonjakan luar biasa di dalam Lembah Klang iaitu di TRX. Daripada cash flow yang kita telah punyai, kita akan berada dalam keadaan kerugian untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Berapa kita belanja? RM800 million, RM800juta untuk projek Datum Jelatek. Dan akhirnya cita-cita untuk meningkatkan kemudahan, facility itu semua bukan saja tidak dinikmati oleh penduduk-penduduk yang ada di situ tetapi juga memberi kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Saya tidak menyalahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Menteri Besar pun jangan salahkan saya. Ini dengan merujuk dua projek ini, Datum dan juga PJ Sentral, ini adalah isu legasi. Dato’ Menteri Besar faham. Bukan juga zaman saya tetapi apabila saya mengambil alih, saya tidak mengambil sikap untuk menyalahkan my predecessor sebab kita sebagai Ketua Negeri sebagai Dato’ Menteri Besar, sebagai Pengerusi PKNS, ambillah tanggungjawab itu untuk memulihkan keadaan.

Yang ini saya, bukanlah saya nak kata siapa lebih baik tetapi saya tetap menjaga kepentingan PKNS di PJ Sentral, sebab pendekatan yang saya ambil, property development is about timing. Kalau kita mengambil tindakan yang terburu-buru, maka ianya tidak memberikan pulangan kepada PKNS ataupun agensi yang lain.

Dato’ Menteri Besar, izinkan saya berkongsi sedikit pandangan ini, konsep dan model yang saya gunakan pada ketika itu ialah sharing of GDV iaitu revenue untuk menjamin sustainability dan juga future revenue untuk PKNS. Berbanding dengan apa yang dilakukan sekarang sama ada jual tanah ataupun sharing of profit ataupun asset swap. Ini satu tindakan yang saya kira tidak memberikan keuntungan kepada PKNS. Kalau itulah pendekatan yang diambil PKNS, ini satu perkara yang perlu disemak semula Dato’ Menteri Besar sebab, sebagai contoh, saya nak bawa isu Tropicana. Saya dah bangkitkan sedikit hari itu, Tropicana yang kita bincang sedikit hari itu, yang telah pun dilaporkan dengan izin “Tropicana buys RM224 million Kota Damansara land from PKNS for RM2.8 billion project”. Sebab apa yang dilakukan ialah menjual development rights dan tanah ini kepada Tropicana. Ya, Dato’ Menteri Besar telah menjawab. Mana mungkin kita boleh dapat satu jumlah iaitu RM224 juta berbandingkan nilai tanah itu hanya RM130 juta. Saya minta maaf Dato’ Menteri Besar, maklumat itu tidak tepat. Jadi kena panggil balik CEO PKNS ini tolong beri jawapan yang tepat kepada Menteri Besar. Kalau lihat submission of Tropicana kepada Bursa Malaysia dengan terang menyatakan di sini “Details of the propose acquisition, basis and justification for the purchase consideration”, yang pertama, “the lands market value as at 9 February 2024 bring the valuation date of

the land”, RM224 juta. Tidak benar nilai tanah itu RM130 juta dan PKNS dapat RM224 juta. Nilai tanah itu yang telah di... Bagi masa sikit Dato’ Menteri Besar, sabar, sabar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Panjang sangat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

RM224 juta.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Dah bahas lama pun panjang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Penjelasan. Saya percaya Dato’ Menteri Besar boleh jawab. Jadi sabar sikit.

Timbalan Speaker

Kita bagi Dato’ Menteri Besar jawab.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

RM224 juta. Itu yang pertama. Jadi kalau kita menggunakan sharing of GDV, kalau nilai GDV itu RM2.8 bilion, apa yang saya lakukan ketika itu ialah menjaga kepentingan PKNS di Tropicana Land itu, dengan memegang sekurang-kurang 15% sehingga 17%. Ini bermakna dalam projek usaha sama ini the return kepada PKNS kalau kita pegang 15% adalah RM420 juta, berbanding dengan RM224 juta sahaja iaitu hanya 8%. Saya percaya Dato’ Menteri Besar faham.

Timbalan Speaker

Kita bagi Dato’ Menteri Besar.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit saja. GDV pada ketika ini adalah RM2.8 bilion tetapi GDV ini akan meningkat kalau kita tukar konsep pembangunan, kita tukar beberapa komponen pembangunan dia mungkin naik kepada RM3.5 bilion. Kalau PKNS ada pegangan 15%, bermakna PKNS akan menjana pendapatan sebanyak RM525 juta berbanding dengan hanya RM224 juta iaitu hanya 6.4% daripada GDV. Maka, saya nak cadangkan, mana-mana usaha sama yang perlu dilaksanakan mestilah menggunakan model sharing of GDV, sementara PKNS dapat pulangan yang lebih tinggi, kepentingan PKNS akan terjamin, kalau projek itu gagal pun, tanah itu masih lagi milik PKNS. Tapi sekarang, development rights pun hilang, tanah pun hilang, pulangannya jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya. Itu baru Tropicana, lepas ini kita masuk soal MRCB. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, boleh duduk.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Apabila Yang Berhormat sebutkan about timing, itulah yang berlaku sebab it’s about timing yang berlaku di Datum

dan PJ Sentral, and the timing is cost us yang sangat besar. Kalau kita lihat PJ Sentral, saya dah terangkan kita dah membina platform untuk RM160 juta. Itu adalah kos yang perlu ditanggung oleh PKNS. Pihak MRCB sebagai pihak contoh telah membina kawasan yang sepatut dibina dengan kos yang mereka bangunkan sendiri dan kita hanya mempunyai tempoh yang sangat sikit, berapa bulan. Dan agreement 10 tahun itulah yang telah memerangkap kita yang terpaksa kita selesaikan dengan MRCB. Nanti kita bincang dengan MRCB. Tetapi the timing itu juga ialah yang telah menyebabkan kos yang berlarutan dan proses impairment berlaku. Bila impairment berlaku kita catatkan kerugian, Gombak Setia orang kanan Yang Berhormat yang menyerang Kerajaan Negeri. Jadi itulah yang saya hendak terangkan bahawa kita kena pastikan dalam aspek positif setiap perbelanjaan yang dikata development effectiveness itu dapat disampaikan ataupun perbelanjaan development itu betul-betul sampai kepada operasi yang sebenar.

Menjurus kepada apa yang disebut Yang Berhormat berkenaan dengan tanah yang berkaitan dengan kawasan Kota Damansara iaitu kawasan Kelab Golf Seri Selangor. Itu adalah penilaian yang dibuat dalam tempoh satu tahun yang lepas. Announcement yang dibuat oleh pihak Tropicana sudah pasti bila cuba untuk meningkatkan value itu berdasarkan daripada pembelian yang telah dibuatnya. Jadi memang valuation yang dibuat itu bukan kita buat valuation sendiri Yang Berhormat. Valuation itu dibuat oleh valuation bertauliah yang telah menetapkan bahawa kadar di situ ialah sekitar RM130 juta dan kita telah menjualnya dengan harga RM224 juta. Bila RM224 juta dibeli oleh pihak Tropicana, sudah pasti Tropicana ingin memvaluekan atau menghargakan kawasan tersebut dengan value lebih kurang RM224 juta dan saya materializekan lebih kurang 27% pada waktu sekarang berbanding dengan 10 tahun sebagaimana anggapan yang selalu dibuat oleh Yang Berhormat, yang kemudiannya kita akan menanggung and keep on rugi and rugi and rugi sebagaimana kes yang berlaku di Datum Jelatek. Dan saya tidak pernah menyalahkan Yang Berhormat pun, saya tahu kes ini memang ditandatangani ketika Yang Berhormat Ahli EXCO PKNS pada ketika itu board mungkin ada pandangan Yang Berhormat tentang kos bagaimana development tapi mungkin chairman nya orang lain. Tapi saya nak sebutkan we inherited, kita mewarisi isu-isu ini dan cuba selesaikan supaya tidak terus membebani daripada segi buku kira-kira dan kedudukan cashflow PKNS. Nanti saya terangkan cashflow.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi kita tak salah menyalah lah antara satu sama lain sebab kita memang senada dari dulu, kini dan selama-lamanya. InsyaAllah. Tak apa lah, tunggu lah, pengumuman esok. Cuma saya nak nyatakan sini, sementara kita mewarisi satu isu legacy, kita kena cari langkah yang lebih baik daripada apa yang telah berlaku sebelum ini. Soal penilaian tanah Tropicana, saya kurang boleh terima. Takkanlah penilaian tanah itu boleh melonjak sekali ganda dalam tempoh kurang setahun, maknanya setahun yang lalu RM130 juta, hari ini RM224 juta. Ini satu lonjakan

yang luar biasa. Itu yang pertama. Kalau benarlah penilaian ketika itu RM130 juta, mana mungkin pihak swasta nak bayar dua kali ganda daripada harga nilai tanah. Itu juga menjadi persoalan yang perlu kita bincangkan. Namun bagi saya apa juga harga yang dijual oleh PKNS kepada Tropicana, ianya masih mempunyai ruang untuk dibaiki iaitu dengan mengambil model sharing of GDV kerana pulangannya, saya telah cerakinkan tadi jauh lebih besar daripada RM224 juta. Kalau kita pegang 15% pun kita sudah mendapat RM420 juta dan tanah itu masih milik PKNS, tidak ada kos dalam usaha sama ini kerana kita milik tanah tersebut. Kalau GDV itu kita pegang 17%, pastinya ia lebih baik dan saya sebut tadi GDV ini akan terus meningkat, ia meningkat mungkin kepada RM3.5 bilion daripada RM2.8 bilion, pulangannya masih lebih besar. Mengapa kaedah ini? Saya nak jawab tadi Dato’ Menteri Besar kata kita mewarisi satu isu legacy, okay, tetapi cari kaedah yang lebih baik untuk menyelamatkan PKNS, ini satu contoh. MRCB selepas ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebab itu Yang Berhormat, saya sebutkan. Saya ambil contoh legasi yang kita hadapi sama-sama. Kalau tengok bagaimana GDV yang dianggarkan untuk Datum Jelatek, berapa nilainya? Lebih daripada RM1,200 ketika ia mula diilhamkan dan ia mula dikeluarkan. Hari ini nilaian kawasan sekitarnya di bawah RM500, paling tinggi pun RM600. Ada usaha sebenarnya Yang Berhormat untuk kita cuba jual secara pukal dengan kadar semasa yang kita ada. Untuk apa? Untuk kita kurangkan kerugian kita daripada pelaburan yang kita buat. Itu saya tahankan dulu sebab kita cuba sedaya upaya daripada usaha tersebut. Dan kalau Yang Berhormat sebut pegangan 17%, 18% yang kita nak simpankan itu juga ada kos. Memang kita ada kos tanah tetapi mungkin kita boleh tolak tetapi pihak pemaju juga akan meletakkan syarat-syarat tertentu untuk kos pembinaan. Kos pembinaan itu juga akan ditanggung dan jangan ingat bahawa GDV itu boleh naik selari masa. Tiba-tiba berlaku pandemik, tiba-tiba berlaku perang, tiba-tiba berlaku apa yang kita tidak boleh jangkakan dan yang paling penting juga GDV atau kemenangan ataupun keuntungan yang kita perolehi itu juga boleh diterbalikkan kepada kerugian yang wajar dinikmati bersama-sama. Itulah yang berlaku dalam beberapa projek mega yang pernah kita bangkitkan satu ketika dahulu. Dalam Dewan ini kita bincang, saya pertahankan ketika itu, Yang Berhormat pun pertahan tentang itu. Tapi ternyata kita kena belajar, lesson learn daripada situ termasuk dan apa hal pun sebenarnya tanah yang dilupuskan ini sekitar 7 ekar Yang Berhormat. Kita ada lebih 100 ekar yang masih lagi Kelab Golf Seri Selangor, yang masih lagi beroperasi dan masih menjana keuntungan dengan beberapa aset-aset yang sedia ada. Yang kita lupuskan ini sekitar 7 ke 8 ekar lebih kurang begitu yang merupakan clubhouse dan nilai itu meningkat sudah pasti kerana apa kerana ia akan bersambung dengan aset hartanah property milik daripada Tropicana sebab itu mereka bersungguh-sungguh. Kita dah letak harga sampai RM220 mula-mula. Sebenarnya harga yang kita tawarkan ialah RM220 juta tetapi kerana mereka lapse beberapa ketika kita telah mengenakan beberapa

tindakan tambahan termasuk menambah RM2 juta dan beberapa langkah-langkah mereka berikan itu termasuk membersihkan kawasan tasik dan kawasan sekitarnya. Jadi, itulah yang kita lakukan dan bagi kita 27% margin yang kita dapat capai sekarang tanpa mengeluarkan modal adalah jauh lebih baik daripada kita tunggu sebaliknya akan memberi kesan sebagaimana yang berlaku dalam beberapa projek yang saya sebut tadi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, saya nak merujuk kepada kenyataan Dato’ Menteri Besar tentang Kelab Seri Selangor. Ini pun menjadi persoalan besar. Sebelum itu, saya nak lanjutkan perbincangan kita tentang tanah Tropicana ini. Tanah ini dijual kepada Tropicana tetapi Kerajaan Negeri juga harus mengambil maklum bahawa laporan Marc Rating Agency (MARC) pada tahun 2023 telah menurunkan taraf kedudukan rating Tropicana dan memberikan rating out of negative untuk kedudukan kewangan syarikat tersebut. Itu yang pertama. Jadi sekali lagi, kita melihat seolah-olah PKNS sudah menjadi ejen untuk bail out syarikat-syarikat swasta. Selepas ini, kita nak buktikan dia bail out MRCB, sekarang dia bail out Tropicana. Yang keduanya, Tropicana juga telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bertarikh 29 Februari 2024, hanya seminggu yang lalu pada muka surat 10, di mana Tropicana telah dilantik sebagai kontraktor lantikan terus tanpa tender, untuk kerja-kerja construction Kelab Seri Selangor. Jadi kesimpulannya, apakah ini perbincangan dan keputusan Kerajaan Negeri dengan membenarkan Tropicana untuk membeli tanah-tanah PKNS dengan harga yang murah, pada masa yang sama dilantik sebagai kontraktor dengan rundingan terus untuk membangunkan Kelab Seri Selangor ini. Saya pohon penjelasan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Pertama saya nak betulkan bukan murah, RM130 juta naik RM224 juta. Kita naikkan dua juta atau empat juta daripada tawaran asal kerana ada lapse, itu faktanya Yang Berhormat. Yang kedua ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tapi Dato’ Menteri Besar, PKNS hilang upside sekiranya GDV itu meningkat dari 2.8 bilion kepada 3.5 bilion ringgit.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Itu persoalan kita ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kehilangan potensi untuk mendapat pendapatan yang lebih besar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kehilangan potensi itu sebenarnya telah di realize pada tahun 2024 berbanding pada tahun 2030. Kita realize sekarang berbanding kita tunggu sampai tahun 2030 Yang Berhormat. Itu sahaja, persoalannya adakah kita sama-sama nak carikan hasil pada PKNS, Yes. Adakah you want to realize now ataupun you want to realize later. Realize later dengan kata ada harga yang lebih baik, tetapi kita

juga ada risk yang perlu ditanggung pada masalah-masalah tersebut. Dan saya nak bergerak sedikit. Antara agreement dan perjanjian yang telah berlaku pada sebelum-sebelum ini dengan Tropicana. Adalah apa, adalah kita akan berkongsi keuntungan untuk beberapa development di kawasan sana. Antara development yang ada dan akhirnya diandaikan kita akan mendapat hasil yang besar sampai ke hari ini belum dapat lagi Yang Berhormat. Kenapa, kerana kita terpaksa menunggu penjualan Garden Malls pada ketika ini dan kita kena tunggu lagi satu dua tahun untuk realize benda itu. Dan pada ketika itulah, kita akan berdepan untuk membiayai projek-projek baru dan memastikan operasi kita yang berjalan, pertama.

Yang kedua, Yang Berhormat saya nak jawab soalan dulu, lepas ini saya bagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya minta laluan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Lepas ini saya bagi.

Buat soalan bertulis saja la Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, bagi Menteri Besar jawab dulu ya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sabar, lepas ini. Itu yang pertama. Yang kedua, sabar, belum tengah hari. Yang kedua, saya nak.. saya nak jelaskan tadi Yang Berhormat sebut tentang lantikan terus. Itu adalah sebahagian daripada agreement kerana diambil adalah kawasan Club House PKNS, Kelab Golf Seri Selangor yang harus dibangunkan Club House baru. Dan nilai itu RM224 juta termasuk baik pulih tasik dan juga membina Club House baru supaya kita Kelab Golf Seri Selangor itu dapat dioperasikan dan mereka dapat sambung. Itu yang berlaku dan yang ketiganya tak ada istilah bail out sebab mereka kena membayar kepada kita. Membayar nilai RM224 juta itu, plus baik pulih tasik plus binakan Club House yang baru untuk golfer-golfer seperti Yang Berhormat Taman Medan dan juga saya. Dan saya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tarik balik Yang Berhormat.

Taman Medan kena ajak Hulu Kelang main golf tu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tak, saya hanya bermain tennis. Saya

Lagi mahal Hulu Kelang. Lagi mahal sukan itu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Macam mana lagi mahal, nak jadi members kelab golf lagi mahal daripada main tenis. Sebab itu, yang itu saya tidak senada dengan Dato’ Menteri Besar, saya hantar wakil saya Taman Medan bertemu dengan beliau.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, yang dimaksudkan tadi itu ialah sharing of profits. Saya pun tidak setuju, kaedah itu. Itu dua benda yang berbeza, sebab itu saya kata kita kena pilih sama ada model sharing of GDV ataupun sharing of profits. Contoh-contoh yang Dato’ Menteri Besar bagitahu tadi adalah sharing of profit, bila sharing of profit ini, apa yang berlaku pemaju-pemaju swasta ini akan meningkatkan kos. Bila dia meningkatkan kos, revenue you minus the cost, then the profit itu semakin kecil atau tidak ada profit. Ini harus dielakkan, dia akan esculate nilai kos projek tersebut dengan pelbagai caralah, V.O dan sebagainya. Akhirnya profit sharing yang diperolehi oleh PKNS atau anak syarikat Kerajaan Negeri mengecil ataupun hilang langsung. Tapi saya tidak setuju modul itu, saya lebih selesa, mengikut pengalaman saya kalau kita gunakan sharing of GDV, itu lebih menjamin masa depan PKNS. Ini pandangan saya yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Hal itu akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pengurusan tertinggi PKNS, bagaimana kita dapat menjana terutama untuk projek-projek yang kita akan launching atau yang akan kita laksanakan. Yang pada ketika ini masih dapat dilaksanakan projek-projek perumahan termasuk PKNS Square yang kita ingin bangun di kawasan seksyen 14 dan kawasan ibu kota ataupun pusat bandar Shah Alam yang memerlukan rejuvenated ataupun pertambahan yang baru.

Jadi saya dah jelaskan sedikit kalau Yang Berhormat, Yang Berhormat juga sedang merujuk ataupun telah merujuk sebagai contoh kepada the awakening yang dirujuk oleh Yang Berhormat. Dan laporan tersebut merujuk kepada keadaan graf yang di antara sukuk yang dibangunkan oleh Yang Berhormat dengan pendapatan-pendapatan yang diperolehi, lalu Yang Berhormat menyebutkan bahawa ini menunjukkan bahawa PKNS berada dalam kedudukan yang tenat. Yang Berhormat, sebenarnya rujukan Yang Berhormat itu adalah accumulated ataupun jumlah net cash yang dikumpulkan daripada tahun ke tahun.

Tapi kalau kita tengok year by year Yang Berhormat, sebagai mana yang ada, sebenar daripada tahun 2019, 2020 masalah pandemik, 2021, 2022 dan 2023, saya dan juga pengurusan PKNS telah mempertingkatkan. Hal ini mungkin tidak ada dalam laporan Awakening, I can give to you later dan kita lihat pada zaman-zaman 2015, 2016 dan 2017 ia telah mengumpulkan negatif yang lebih besar. Kenapa ia tidak segera positif pada accumulate ini, sebab kita terpaksa menanggung ataupun membiayai kehilangan-kehilangan yang berlaku pada tahun 2014, 15, maafkan saya 15, 16 dan 17 yang agak besar Yang Berhormat. Jadi cashflow itu telah berjaya kita tangani dan juga hasil juga tambah lebih baik. Stok-stok yang tertangguh juga dapat kita tangani dengan lebih baik, Insha’Allah kita berada dalam landasan yang betul, tapi seperti biasa kita masih memerlukan suara pembangkang untuk menyemak dan periksa kita.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Apa lagi Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Dato’ Menteri Besar. sebenarnya carta itu memang telah dimasukkan dalam The Awakening dengan tajuknya “Financial Performance Cumulative Net Cash versus Sukuk”. Baik, Yang Dato’ Menteri Besar merujuk kepada tahun 2015, 2016, 2017, memang benar sudah ada sedikit perbezaan di antara Cumulative net cash versus pinjaman ataupun sukuk, tetapi persoalannya Dato’ Menteri Besar, ianya semakin hari semakin melebar. Pada tahun 2015, saya ini yang dibentangkan dalam The Awakening, 2015 kita punya net cash adalah RM74 juta, kita punya pinjaman lima ratus. Tetapi kalau tengok daripada carta ini pun, semakin hari semakin melebar, ini telah pun dibentangkan.

Cuma yang saya nak jelaskan di sini, di antara 2015 hingga 2018 fokus kita ketika itu, mandat yang kita berikan kepada PKNS, adalah mandat asal iaitu untuk membina lebih banyak affordable homes dan bukan menjual tanah. Kerana prinsip yang kita setuju tadi, sukuk pinjaman harus dilaburkan dalam D.E, projek-projek baru. Tetapi kita lihat, tahun 2019, 2020, 2021 dia punya gap begitu besar. Jadi ini bukan satu perkara baru pada petang ini Dato’ Menteri Besar, saya telah teliti laporan ini, cuma kita nak tengok bagaimana kita boleh kurangkan kesenjangan di antara net cash dengan cumulative net cash dengan sukuk ini supaya ia dapat membantu aliran tunai PKNS. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kalau kita rujuk balik kepada data yang sama, faktanya dia nampak lebar di sini dia tak nampak dah semakin mengecil walaupun jumlahnya masih lagi besar. Maknanya berapa perubahan tentang net cash dan jumlah sukuk yang efficient telah dilaksanakan oleh pentadbiran dan pengurusan PKNS yang terlibat pada hari ini dan saya ingin merujuk kembali kepada net operating cashflow. Di mana saya telah meningkatkan daripada tahun 2019 daripada negatif kepada positif dan 2022 mencatatkan positif yang lebih besar dan 2023 mencatatkan jumlah net cash positif

yang jauh lebih baik berbanding dengan apa yang dicapai pun pada tahun 2014 Yang Berhormat.

Jadi maknanya pada masa ke semasa, ini berlaku kerana apa Yang Berhormat, sebab selama bertahun-tahun kita terperangkap dan dalam-dalam perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan yang saya sebut dua saka itu Yang Berhormat. Saka yang saya sebutkan tadi itu, kita terpaksa spend, monthly we have to spend ten million sebagai contoh, sebab itu kita kena clean up benda-benda ini dulu. Itulah yang jadi perhatian saya dalam tempoh 2018, 2019 kerana apa Yang Berhormat, kerana kalau kita biarkan, akhirnya kita akan terperangkap kepada perjanjian-perjanjian.

Sebagai contoh, perjanjian PJ Central tadi yang saya sebut, perjanjian PJ Central itu kita terpaksa lengkapkan dalam tempoh satu tahun. And the cost is around eight hundred million lagi kita belanjakan oleh sebabkan agreement yang kurang tepat pada waktu ketika itu. Malah kalau saya rujuk dengan orang-orang lama PKNS, pada pandangan mereka, pandangan mereka Yang Berhormat ya, pada arahan-arahan tertentu, sepatutnya PJ Central itu tak perlu kita involve dari peringkat awal. Kalau tidak kita tidak akan terperangkap dalam masalah yang kita hadapi dan kita terpaksa bersembang hampir sejam di sini di dalam soalan itu.

Yang Berhormat, saya nak sentuh berkenaan dengan penjualan tanah EEC pada tahun 2019, terutamanya langkah-langkah yang kita buat ini adalah…

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, boleh sebelum beralih kepada PJ Central, sebab PJ Central satu isu yang besar yang perlu kita bincangkan. Dato’ Menteri Besar sebut sebentar tadi bahawa masalah PJ Central ini perjanjian yang dipersetujui sebelum ini tempang ataupun tidak berpihak kepada PKNS. Persoalan saya, apakah perjanjian yang dilakukan baru-baru ini berpihak kepada PKNS? Sebab kita tahu PKNS telah menjual development rights kepada MRCB dengan nilai RM270 juta, berbanding dengan nilai GDV RM1.04 bilion. Jawapan Dato’ Menteri Besar semalam, amat mengecewakan kerana seolah-olah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan pulangan sebanyak 27% daripada GDV, tetapi kita ingin tahu, perincian pulangan yang diterima oleh PKNS, di mana seperti yang saya sebut baru-baru ini dalam perbahasan, PKNS hanya menerima RM12 juta tunai dan selebihnya dibayar dengan asset swap, kaedah asset swapping. Antara aset yang diberikan kepada PKNS oleh MRCB adalah beberapa unit pangsapuri mewah termasuk tiga belas unit pangsapuri di St. Regis, Kuala Lumpur yang nilainya mungkin lebih RM2000 lebih satu kaki persegi. Saya bertanya dalam perbahasan saya, apa tujuan PKNS mengambil aset-aset ini yang kalau Dato’ Menteri Besar lihat dalam, dalam pengumuman MRCB kepada Bursa Malaysia, “Rational and benefit of the proposal

to allow MRCB to dispose its non core asset”, MRCB pun dispose non core asset, tetapi apakah ini core asset of PKNS, sedangkan mandat yang diberikan oleh kepada PKNS 60 tahun dulu, adalah untuk spear head, the socio economic development, menyediakan rumah mampu milik menyediakan rumah kos rendah, tetapi hari ini PKNS mengambil non core asset daripada MRCB yang nilainya RM80 juta di St. Regis, Kuala Lumpur. Saya bertanya dalam perbahasan saya, apa jadi kepada tiga belas unit St. Regis? Apakah CEO duduk di situ? Apakah Pengerusi PKNS dapat satu unit? Apakah tiga orang EXCO, Tanjung Sepat, Pandan Indah, Kinrara dapat duduk di situ? Ataupun siapa yang dapat milik St. Regis ini? So, apakah benefits PKNS dalam penjualan development rights kepada MRCB? Itu belum lagi dalam kes Plaza Alam Sentral. Yang, nanti saya habiskan sedikit Dato’ Menteri Besar, yang nilainya, kalau ikut net book value yang diisytiharkan kepada Bursa Malaysia adalah RM57 juta. Tetapi PKNS dengan bangganya membeli bangunan yang berusia 26 tahun ini dengan nilai RM178 juta dan disebut dalam laporan kepada Bursa Malaysia, bangunan yang lama ini boleh generate income hanya RM10 juta setahun. Maknanya PKNS terpaksa menunggu 18 tahun untuk mendapat pulangan pelaburan yang diletakkan sebanyak RM178 juta. Jadi, inilah persoalan yang perlu kita bahaskan, apakah perjanjian yang dibuat baru-baru ini memberikan manfaat kepada PKNS dengan menyalahkan pentadbiran yang lama?, saya kira itu satu tindakan yang perlu kita semak semula. Yang penting..

Timbalan Speaker

Hulu Kelang bagi penjelasan kepada...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

PKNS tidak boleh dilihat sebagai ejen untuk bail out mana-mana syarikat besar dan ini memerlukan penjelasan yang terperinci daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, saya nak terangkan sekali lagi mungkin ini sudut pandangan yang berbeza. Bila Yang Berhormat menyebutkan bahawa kita melepaskan potensi. Setiap potensi-potensi itu dengan kos Yang Berhormat. Sekali lagi saya repeat, kita belanja RM160 juta, kita perlu belanja RM900 juta dan is not low cost apartment. Itu adalah kawasan pejabat, aset atau pun kawasan komersial. Dan selepas pembinaan Menara PNB serta TRX, satu kajian yang dibuat oleh CIMB menyebutkan bahawa jumlah supply atau pun penawaran terhadap kawasan-kawasan square foot atau pun kawasan-kawasan komersial melebihi 1 juta kaki persegi. Dan kita akan berdepan dengan masalah tersebut. Bukan 10 tahun Yang Berhormat, kita akan berdepan 18 tahun mungkin the development atau pun pembangunan yang akan ambil masa 8-9 tahun dan selepas itu kita terpaksa menjual daripada proses yang lama. Itu yang pertama. Jadi kita mahu cut the loss yang telah terganggu sekian lama. Saya tidak pernah salah kan yang lepas. Apa yang saya dah hadap kalau saya nak salah kan yang lepas, the day one saya akan sebutkan bahawa this is the mistake. Kita cuba selesaikan

masalah ini dengan penyelesaian yang kita rasa munasabah. Baik, yang pertama. Yang Berhormat sebutkan tentang bangunan oleh MRCB yang over value menurut Yang Berhormat. Bangunan Plaza Alam Sentra mempunyai nilai kos semasa berjumlah RM57 juta untuk tempoh 26 tahun pemilikan MRCB. Hakikatnya nilai bangunan tersebut telah meningkat kepada RM178 juta mengikut nilai pasaran semasa yang telah diperakui oleh jurunilai bertauliah yang dilantik oleh PKNS. Dan nilai tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan transaksi ini juga memberi manfaat dalam meningkatkan jumlah aset yang dimenangi atau pun dimiliki oleh PKNS dalam jumlah yang sama. Dalam pada masa yang sama, kita tidak hanya memiliki bangunan tersebut tetapi kita jua akan turut memiliki tanah di sebelahnya yang boleh dibangunkan untuk kawasan PKNS Square yang jumlahnya lebih kurang 5 atau 7 ekar, kalau tidak salah saya yang masih belum lagi dibangunkan oleh kemudahan oleh PKNS.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Menteri besar boleh saya nak tanya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sekejap, saya hendak jawab dahulu ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang ini yang pasal, pasal bangunan ni.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Lepas ini, lepas ini, lepas ini sebab saya nak jawab semua nanti tertinggal-tinggal. Yang kedua, saya dah jelaskan semalam RM270 juta tadi saya dah terangkan. Dan yang keduanya Plaza Alam Sentral ini RM10 juta 1 tahun dan kita tidak akan jual kan bangunan ini. Sudah pasti kita akan buat kutipan sewa dan kutipan sewa itu sekarang ini adalah pada kadar 6% dengan beberapa ubah suai yang kita akan laksanakan yang kos yang lebih rendah daripada kita membina bangunan baharu. Kita percaya akan meningkatkan jumlah yield sewaan kepada 8% setahun selepas occupancy rate dipertingkatkan. Yang ketiga, tentang 13 unit kondo mewah untuk residensi. Ini adalah sebahagian daripada konsep penyelesaian dan sebenarnya kondo-kondo ini merupakan kondo untuk sewaan ia bukan untuk dijual. Kalau dapat dijual lebih baik tetapi ia adalah untuk sewaan dan ikut track rekodnya memang ada sewaan-sewaan jangka panjang yang di ditangani dari ekspatriat atau pun dikalangan pelancong-pelancong tempatan, hasil daripada jualan dan juga hasil daripada proses pemasaran yang kita akan lakukan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Dato Menteri Besar, kalau begitu, saya minta Kerajaan Negeri boleh kemukakan secara bertulis, siapa penyewa 13 unit ini, berapa tempoh pajakan, berapa sewaan, untuk makluman Dewan. Keduanya, tentang net book value yang Dato’ Menteri Besar sebut tadi bahawa ia telah,

meningkat daripada RM57 juta kepada RM178 juta. Saya hanya merujuk kepada laporan kepada Bursa Malaysia yang dikemukakan pada 22 Disember 2023, baru sahaja, lebih kurang 2 bulan yang lepas. Apabila MRCB buat submission kepada Bursa Malaysia pada 22 Disember 2023, nilai book value bangunan tersebut adalah pada tarikh 15 Disember 2023 iaitu seminggu sebelum dimaklumkan kepada Bursa Malaysia, nilainya RM57 juta, saya beri angka yang tepat, RM56,929,874.00. Jadi, tak kan lah dalam masa dua bulan, RM57 juta meningkat kepada RM178 juta. Jadi saya pohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ialah nilai pasaran atau pun market value untuk kawasan tersebut, termasuk tanah yang ada di sekitar yang di announcekan adalah book value pada penilaian ketika bangunan itu dibangunkan oleh pihak tersebut.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar, nilai tanah bersebelahan, adjacent to the building, net value of the land adalah RM13 juta sahaja. Bukanlah satu nilai yang besar pun, RM13,219,647.00. Jadi dia yang lebih besar komponennya adalah Bangunan Plaza Alam Sentral. Jadi bagaimana kita boleh bersetuju untuk membeli sebuah bangunan yang usianya 26 tahun, memberi pulangan hanya RM10 juta setahun, pada nilai yang jauh lebih tinggi daripada nilai net book value yang telah diisytiharkan kepada Bursa Malaysia.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebagaimana yang saya sebut, nanti saya akan kemukakan bagaimana nilaian kita kepada RM178 juta yang telah dibuat oleh jurunilai kepada nilai pasaran terhadap bangunan tersebut. Sebab dengan 13 ekar yang ada di sekitar yang di sebelah itu yang nilainya RM13 juta seperti yang disebut oleh Yang Berhormat itu sebenarnya kita akan add value terhadap bangunan tersebut dan kita akan memiliki keseluruhan aset di kawasan tersebut yang akan jadi milik PKNS untuk tempoh jangka masa panjang dan akan terlibat dalam proses apa yang dikatakan untuk proses rejunevation kepada Kompleks PKNS yang mempunyai tradisinya sendiri. Kemudian ada dakwaan kita sebagai bail out. Ini tidak tepat sama sekali kerana apa yang dilakukan oleh PKNS sebenarnya menyelesaikan masalah lampau. Masalah lampau yang terpaksa kita selesaikan untuk selesaikan masalah PKNS terutamanya untuk aliran tunai PKNS dan juga kekangan kita terhadap agreement-agreemnet yang terpaksa kita hadapi. Jadi ini perkara yang hendak lepaskan tengkuk kita dengan jumlah peruntukan yang besar di samping dengan dua projek yang saya sebut tadi, kita tidak mampu untuk membina rumah-rumah mampu milik. Itu pun yang dibangunkan Yang Berhormat, Projek Nova di Seksyen 7 dah selesai. Beberapa projek lain di Arena sebagai contoh, telah selesai. Di Kuala Langat kita sedang lakukan dan dibinakan.

Saya akan kemukakan senarai projek-projek tersebut kerana kita masih lagi, untuk contoh projek Shah Alam Sentral kita akan tetap menetapkan untuk projek RSKU kerana 50% daripada pembangunan di kawasan yang kita akan bangunkan sebagai Shah Alam Sentral iaitu kawasan di sekitar di antara SACC Convect sampailah kepada bangunan MRCB yang baharu dan sebagainya supaya ada lebih volume kehadiran. Sebab di kawasan sana menjelang jam 8.30 malam sudah sunyi. Jadi kedai-kedai, operasi juga sudah semakin lemah dia perlukan volume penduduk jadi kita akan tambah termasuk menguatkuasakan 50% daripada kawasan pembangunan kita untuk RSKU. Jadi saya rasa saya dah jawab sebahagian besar tentang PKNS yang.. ada lagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada lagi. Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Belum habis jawapan yang diberikan kerana sekali lagi saya hendak rujuk kepada dokumen The Awakening oleh CEO PKNS bertarikh 2 Februari 2024. Ada satu chapter di dalam pembentangannya, The Battles Won. Tajuknya sedap tetapi bila saya lihat apakah perincian dalam topik ini, ada 16 inisiatif yang telah dibentangkan dalam Lembaga Pengarah PKNS, tidak ada satu pun inisiatif yang disebutkan sebagai The Battles Won ini menunjukkan komitmen PKNS untuk membina rumah-rumah mampu milik dan rumah Selangorku. Tidak ada. So, bagaimana apa yang menangnya ini? Tajuknya The Battles Won tetapi apa yang dia menang? Antaranya lah Divested PJ Central by Acquiring MRCB Asset, bagi dia itu satu kejayaan. Beli St.Regis, Kuala Lumpur 13 unit itu adalah kejayaan PKNS. Satu lagi yang belum kita bincang ya, Divested Broga Land. Ini mungkin Dewan tidak tahu. Sekali lagi PKNS merasakan sudah berjaya dengan menjual tanah 700 ekar. 700 ekar! Itu sebab saya sebut sekarang ini apa mandat PKNS? Ejen jual tanah atau ejen pembangunan hartanah? Kalau kita lihat mandat kepada PKNS 60 tahun dahulu adalah untuk membina dan membantu pembangunan sosio-ekonomi rakyat. Tapi kejayaan yang dibentangkan dalam Lembaga Pengarah, aku berjaya jual tanah Broga, aku berjaya jual tanah di PJ Central. Ini bukan kejayaan yang patut kita banggakan dengan pengurusan PKNS hari ini. Apa lagi?

Timbalan Speaker

Hulu Klang. Apa ini... Sungai Tua dah bangun untuk menjawab.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada, nanti... dua lagi. Kejayaan dalam The Battle Won, Selangor Golf Masters dan Selangor International Race. Berapa orang yang main golf Dato’ Menteri Besar? Jangan tunjuk jauh, tunjuk kita dahulu. Bila kita tunjuk 1, ada 4 datang ke diri kita. Nanti, apakah kejayaan pada PKNS?

Timbalan Speaker

Bagi laluan penjelasan kepada Sungai Tua, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kemudian, Succesfully Completed 1,500 Km Cycling Through Indonesia. Dia naik basikal di Indonesia, dia anggap itu satu kejayaan. Saya kira perkara ini perlu diberi perhatian Dato’ Menteri Besar kerana isu-isu besar yang kita bincang hari ini adalah untuk kembalikan PKNS kepada mandat asal, bantu rakyat di bawah bukan menjadi ejen bail out kepada syarikat-syarikat dan tokey-tokey besar. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa istilah bail out yang digunakan itu sangat misleading dan sangat tidak adil. Yang Berhormat, saya sebut kan apa yang saya selesaikan hari ini, yang kita selesaikan hari ini adalah legasi yang Yang Berhormat sendiri realize tetapi tidak dapat selesaikan dan Yang Berhormat tidak berbuat apa-apa untuk selesaikan.

(Dewan riuh)

Dan Yang Berhomat teruskan, sambung lagi perbelanjaan RM10 juta every month untuk Datum Jelatek dan akhirnya tidak selesaikan masalah value yang ada.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar…

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Duduk. Duduk, duduk.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dato’ Menteri Besar..

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya telah jelaskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan emosi, saya telah tegaskan

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya tidak emosi.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang beri peluang penjelasan daripada Sungai Tua.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat sangat tidak adil.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Duduklah Hulu Kelang, Hulu Kelang duduk.

Kami dengar lama dah Hulu Kelang ceramah tadi. (Dewan riuh)

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tetap pertahankan agar tidak menjual kepentingan PKNS kepada syarikat swasta. Sebab itu saya sebut tadi, Property Development is about timing. Sebab itu kita mahu kepentingan PKNS di PJ Central dipertahankan.

Timbalan Speaker

Jam menunjukkan pukul 1 dah Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dengan memastikan sharing of GDV itu dapat menjamin PKNS di situ. Betul lah, tidak ada kos sebab kita ada tanah, platform yang diperuntukkan oleh PKNS itu kita bangun secara usaha sama.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

We spent RM160 million Yang Berhormat. What is no cost? What is no cost? You are misleading the state assembly. Mislead. To be fair....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kita ada tanah, kita ada tanah yang perlu kita sumbang kepada pembangunan secara usaha dengan mana-mana syarikat.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang. Hulu Kelang…

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Be fair to yourself

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, tolong duduk Hulu Kelang

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Apakah dengan menjual tanah-tanah itu satu penyelesaian? Maknanya sekarang land bank PKNS sudah tidak ada di kawasan-kawasan yang sepatutnya.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang. Pukul 1 dah.

(Dewan riuh)

Timbalan Speaker

Okay, kita minta semua Ahli-ahli Dewan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, this is my floor, this is my floor. Sorry, sorry this is my floor. Saya hendak ambil masa sedikit. Kita telah anggap bahawa

penyelesaian dan antara strategi yang kita lakukan ialah menyelesaikan isu-isu yang berlarutan. Dan isu-isu berlarutan itu supaya kita tidak terus menanggung bebanan kos yang kemudian tidak mengembalikan daripada pelaburan-pelaburan yang dibuat. Adakah Datum Jelatek contoh perumahan rakyat yang terbaik dalam masa Yang Berhormat luluskan dan Yang Berhormat pertahankan dalam Dewan termasuk membuat program di kawasan Hulu Kelang pada masa itu? Sudah pasti tidak. Saya tidak sebutkan sampai ke tahap itu tetapi bagaimana kita nak pastikan perbelanjaan itu efisien dan untuk elakkan lanjutan daripada hutang-hutang tersebut kita terpaksa ada cut loss daripada apa yang berlaku. Jadi jualan terhadap tanah di kawasan Semenyih sebagai contoh, Yang Berhormat kawasan tersebut ada pencerobohan melibatkan petani-petani dan kawasan tersebut juga melibatkan kawasan level 3 dan level 4 yang besar dan hanya sebahagian sahaja yang boleh kita jual. Sebahagiannya kita akan serah balik untuk petani-petani class 3 and class 4, dengan izin. Kalau boleh saya izinkan, terangkan.

Jadi, kita hendak mengurangkan aset-aset yang menjadi tanggungan kerana holding an asset untuk berterusan juga akan jadi terbeban. Jadi Yang Berhormat, saya akui bahawa mungkin ada kesilapan sana sini. Terima kasih juga atas teguran-teguran yang dibuat tetapi hala tuju kita tidak pernah berubah tetapi yang pentingnya kesihatan cash flow dan juga kesihatan kepada peruntukan yang ada dalam PKNS ini dapat kita pastikan dengan baik dan kita dapat agihkan dengan lebih berkesan untuk pembinaan rumah-rumah mampu milik termasuk usaha kita daripada 100,000, 200,000 yang kita sasarkan, paling kurang ada 10,000 rumah mampu milik yang kita akan bangunkan mengikut jajaran kerja kerana setiap kawasan pembangunan yang telah kita rencanakan yang telah kita bangunkan turut mempunyai komponen atau pun peruntukan-peruntukan yang terbabit. Jadi terakhir, boleh ya?

Timbalan Speaker

Kita sambung

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Try sikit-sikit. 2 minit. Ini last ini, sebab lepas ini ada nak ke Parlimen, saya nak kena berbahas. Jadi Kalau Yang Berhormat ada apa-apa rindu nak cakap kat Parlimen, bagi tahu nanti saya beritahu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum belum, ada banyak lagi isu belum jawab.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Apa? Dah pukul 1 dah, apa lagi?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

2.30, sambung 2.30.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tak ada, tak ada. Tak sempat, tak sempat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Takkan tak boleh nak jawab kot? Boleh jawab.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Boleh, saya akan buat bertulis.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

2.30 lah

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sebab Yang Berhormat....

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

2.30 ya.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya hendak ke Parlimen. Saya dah ada masa

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat kenapa nak lari?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya tidak lari

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jangan lari

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya tidak lari

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebab Yang Berhormat

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI

: Mana ada lari mana ada lari

(Dewan riuh)

Timbalan Speaker

Tolong jaga masa, tolong jaga masa.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sungai Tua menang Parlimen Gombak nak kena ke parlimen lah.

Timbalan Speaker

Teruskan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya kena ke Parlimen sebab menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Gombak. Siapa suruh Taman Medan tak kerja sungguh-sungguh kalau tidak Gombak menang yang lepas. Sebagai contoh, EEC Yang Berhormat

tidak menerima sebarang kewangan, tidak betul. Kita telah menerima RM244 juta daripada hal tentang EEC. Itu contoh.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jumlah jual RM961 juta, bagaimana untung hanya boleh dapat RM200 juta?

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Hutang telah dikutip, Yang Berhormat cakap tidak betul...

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

EEC menunjukkan kedudukan kewangannya bermasalah. Jadi saya nak dapatkan penjelasan, bila Kerajaan Negeri boleh dapatkan wang itu?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Daripada awal...

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, Hulu Kelang bagi peluang penjelasan daripada Sungai Tua

Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI

: Duduk dulu Hulu Kelang

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya sebutkan antara hal-hal tentang ECC ini adalah tentang perumah yang telah dibina sekali dan ada projek tentang kawasan pelancongan di kawasan sana. Dan ia dapat mengurangkan bebanan saya sebutkan 2018 2019 tersebut. Dan nilainya memang RM900 juta tetapi yang telah dibayar RM224 juta dia ada prosesnya. Dan ia ada kaitan dengan kedudukan tentang proses dan juga polisi-polisi negara Ch,ina yang pada tahap tertentu tidak membenarkan pengeluaran dan pembayaran-pembayaran tersebut. Itu contoh yang mana kita telah berusaha sedaya upaya untuk laksanakan tentang usaha apa yang telah kita lakukan dan akhirnya Yang Berhormat saya hendak sebut juga lah sebab Dewan ini semakin lama semakin panas, Dewan ini semakin baik, walaupun kita dah jawab tetapi saya rasa kita dah menjawab dengan jelas. Jadi ditanya yang lepas tentang peruntukan pihak Pembangkang. Nak bangun lagi? Nak bantah? Tak bantah ya. Jadi peruntukan pihak Pembangkang yang telah kita persetujui setelah saya jumpa dengan ramai pihak termasuk kepada Yang Berhormat adalah separuh atau pun RM400,000.00 daripada keseluruhan peruntukan yang diterima oleh barisan Kerajaan. Dan mulai hari bulan Mac ini, kita akan melantik penyelaras-penyelaras semoga dapat

bekerja bersama-sama untuk memastikan pembangunan dan kejayaan yang mana keputusan ini tidak lah begitu menggembirakan di sebelah sini tetapi untuk fair dan juga rasa kebertanggungjawaban atas kita lakukan kita telah memperuntukkan peruntukan tersebut sebagai contoh kita menghormati demokrasi dan suara rakyat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Ahli-Ahli Yang Berhormat jam telah menunjukkan jam 1 petang. Dengan ini saya tangguhkan urusan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat petang, kita teruskan dengan urusan mesyuarat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun di hadapan dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi seperti berikut.

“Ampuan Tuanku patik-patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli-ahli Dewan Selangor yang berhimpun di dewan ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Ke Lima Belas.

Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul dipersetujui.

Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024Bill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Bandar Raya kepada Majlis Perbandaran Klang.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang Berhormat sekalian. Tujuan kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini ialah untuk membuat peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berkuat kuasa mulai 23 November 2023. Majlis Perbandaran Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini, Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuat kuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan kepada taraf perbandaran dengan nama Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari 1977. Pemberian taraf perbandaran kepada Majlis Perbandaran Klang adalah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U. 24, Majlis Perbandaran Klang telah diwartakan pada 25 Ogos 1977 mengikut Pelan Warta 457 dengan keluasan tapak 57380 hektar dan terbahagi kepada 10 Blok Perancangan mengikut Rancangan tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (RTMPK 2023) iaitu :

(i) Blok Perancangan 1 ( Kapar Meru); (ii) Blok Perancangan 2 (Klang Utama); (iii) Blok Perancangan 3 (Bandar Klang); (iv) Blok Perancangan 4 (Klang Selatan); (v) Blok Perancangan 5 (Sentosa / Johan Setia); (vi) Blok Perancangan 6 (Pandamaran); (vii) Blok Perancangan 7 (Pelabuhan Klang); (viii) Blok Perancangan 8 (Sementa) (ix) Blok Perancangan 9 (Pulau Indah); dan (x) Blok Perancangan 10 (Pulau-Pulau)

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Majlis Perbandaran Klang merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di dalam wilayah Lembah Klang yang disempadani oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor di sebelah utara, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sebelah timur, Majlis Perbandaran Kuala Langat di sebelah selatan serta Selat Melaka di sebelah barat. Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (RTMPK

2035), guna tanah semasa terbesar bagi tahun 2017 di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang adalah guna tanah hutan dengan keluasan sebanyak 17,097.83 hektar atau 29.80% dar keluasan keseluruhan Majlis Perbandaran Klang. Ini diikuti dengan guna tanah pertanian yang berkeluasan sebanyak 11,939.92 hektar (20.81%) serta guna tanah pengangkutan dengan jumlah keluasan sebanyak 7,118.85 hektar yang merangkumi 12.41% dari keseluruhan kawasan Majlis Perbandaran Klang. Bagi guna tanah komersial pula mencatatkan jumlah yang terendah iaitu keluasan hanya sebanyak 646.42 hektar (1.13%) diikuti dengan guna tanah kawasan lapang sebanyak 739.90 hektar iaitu (1.29%) dan guna tanah institusi dan kemudahan masyarakat iaitu sebanyak 859.65 hektar (1.50%). Anjakan paradigma dalam pertumbuhan bandar yang pesat telah menyebabkan peningkatan populasi penduduk Klang yang kini dianggarkan berjumlah 1,094.100 orang setakat tahun 2022 yang mana berlaku peningkatan penduduk sebanyak 15,400 orang berbanding tahun sebelumnya 1,078,700 pada tahun 2021. Pelabuhan Klang yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Klang merupakan di antara 35 pelabuhan yang terpenting dalam dunia maritim dan merupakan pusat perhubungan dan pengangkutan utama di Malaysia. Kedudukan strategik Pelabuhan Klang yang terletak di dalam sistem laluan pengangkutan maritim dunia merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Negeri Selangor terutamanya dari segi sektor pengangkutan dan pembuatan serta menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan ini. Dalam merancang pembangunan di kawasan Pelabuhan Klang, Majlis Perbandaran Klang telah mewujudkan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Perlabuhan Klang yang merupakan dokumen pelan tindakan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Klang dalam menentukan hala tuju pembangunan masa hadapan.

Majlis Perbandaran Klang juga merupakan antara perintis kepada aspirasi Kerajaan Negeri Selangor menerusi Selangor Maritime Gateway (SMG). SMG merupakan salah satu inisiatif projek pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang bagi tempoh 15 tahun mulai dari tahun 2017. Klang yang sarat dengan peninggalan sejarah yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Klang sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan merupakan satu-satunya Bandar Diraja di Negeri Selangor yang memiliki daya tarikan warisan sejarah di dalamnya antaranya Istana Alam Shah, tugu Keris, Masjid Diraja Sultan Suleiman (Bersebelahan Istana Negeri), Stesen Kereta api Klang, Jalan Tengku Kelana (Little India), Taman Pengkalan Batu (Taman Persisiran Sungai, Kota Raja Mahadi Gedung Raja Abdullah, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (dahulu dikenali sebagai Bangunan Sultan Suleiman Shah), Masjid India Muslim Tengku Kelana, Tokong Qin Liang, Kuil Sundaraja Perumal, Tokong Kwan Yin dan Kelab Kapal Layar Diraja Selangor. Dalam usaha Majlis Perbandaran Klang untuk memulihara tinggalan sejarah dan warisan, Majlis Perbandaran Klang telah berkerjasama dengan Arkib Negara Malaysia untuk merekod semula sejarah Klang bagi menjadikan Klang sebagai sebuah Bandar Warisan Diraja.

Selanjutnya, dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan, kutipan hasil Majlis Perbandaran Klang berada di tahap yang konsisten iaitu menunjukkan suatu aliran peningkatan yang tinggi dari setahun ke setahun. Kutipan hasil Majlis Perbandaran Klang pada tahun 2023 adalah meningkat sebanyak RM295,266,970.00 berbanding tahun 2019 iaitu hasil yang dikutip adalah sebanyak RM252,057,870.00 dan trend peningkatan hasil setiap tahun ini menunjukkan Majlis Perbandaran Klang mampu mengimbangi dan menguruskan kewangan dengan sebaiknya. Kutipan cukai taksiran merupakan salah satu penyumbang dalam pendapatan Majlis Perbandaran Klang. Hasil kutipan cukai taksiran yang meningkat setiap tahun mampu menjamin kedudukan kewangan Majlis Perbandaran Klang yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat daripada jumlah kutipan hasil cukai taksiran yang berjaya dikutip oleh Majlis Perbandaran Klang pada tahun 2019 adalah sebanyak RM174,048,458.30 dan melonjak naik pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM199,534,203.39. Sejajar dengan perkembangan teknologi, Majlis Perbandaran Klang telah membangunkan satu medium perkhidmatan secara dalam talian iaitu eAduan, eCukai Taksiran, myLesen, i-Lesen, iBazar, Sistem eTender, eTempahan, eSewaan, Clean4u (Sistem Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) dan yang terbaharu adalah iPortal dan eCOGen dalam usaha Majlis Perbandaran Klang untuk menambah baik sistem perkhidmatan yang mudah dan pantas kepada penduduk Klang untuk terus mengukuhkan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih bermakna kepada rakyat. Usaha Majlis Perbandaran Klang yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti telah membuahkan hasil apabila telah diiktiraf sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2015 dengan mendapat tempat pertama menerusi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kategori pengurusan ICT dan tempat ketiga kategori Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2018. Seterusnya, Majlis Perbandaran Klang juga telah menerima beberapa anugerah lain di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang pentadbiran Neger, Kebangsaan dan Antarabangsa dalam bidang pentadbiran, inovasi dan pengurusan pentadbiran di mana anugerah terkini adalah Majlis Perbandaran Klang telah mendapat 2 Anugerah Perak bagi Public Service Innovation Awards (PSIA) pada tahun 2022.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024 yang dicadangkan oleh Rang Undang-undang ini bertujuan untuk menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf bandar raya kepada Majlis Perbandaran Klang. Rang Undang-undang ini bertujuan untuk menukar gelaran Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandar raya Diraja Klang berkuat kuasa mulai 23 November 2023 mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

Bagi menaikkan taraf “Majlis Perbandaran Klang” kepada “Majlis Bandaraya Diraja Klang”, tiada keperluan untuk meminda perundangan yang sedang diguna pakai. Ini adalah kerana Seksyen 2 Akta 171 telah sedia memperuntukkan tafsiran mengenai “Majlis Bandaraya”, “Datuk Bandar” dan “Ahli Majlis”.

Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengadakan Rang Undang-undang bagi membuat peruntukan untuk menukar gelaran Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang. Oleh itu, Rang Undang-undang Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024 ini dibuat dengan tujuan untuk mengekalkan kuasa, kewajipan-kewajipan dan keistimewaan-keistimewaan, pemegang jawatan sewaktu taraf Majlis Perbandaran dinaikkan kepada taraf bandar raya. Selain itu, Rang Undang-undang ini memperuntukkan pertukaran gelaran iaitu rujukan ‘perbandaran’ kepada ‘bandar raya’.

Selain itu, terdapat beberapa keperluan yang mesti disempurnakan bagi mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang iaitu pemberitahuan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 3 dan seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu Seksyen 3, Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan PBT;

a). Mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Negeri itu menjadi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan b). Memberi suatu nama kepada kawasan pihak berkuasa tempatan c). Menentukan sempadan bagi kawasan pihak berkuasa itu, dan; d). Menetapkan taraf pihak berkuasa tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan taraf itu adalah Majlis Bandaraya ataupun Majlis Daerah.

Seksyen 4 – Penukaran nama dan taraf dan pengubahan sempadan.

1. Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan pihak berkuasa tempatan, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar nama mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan. 2. Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan pihak berkuasa tempatan, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar taraf sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan. 3. Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan raya, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan.

Untuk makluman YB Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pemberitahuan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang dalam Warta Kerajaan mengikut subseksyen 4(2) Akta 171 telah diwartakan pada 18 Januari 2024. Seterusnya, Kerajaan Negeri telah mengumumkan untuk menaiktaraf Majlis Perbandaran Klang kepada Bandar Raya pada tahun 2023 sebagai satu langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan di mana perkara ini telah diluluskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 25 Julai 2023. Majlis telah diisytiharkan bertaraf Bandar Raya berdasarkan Surat Cara Pengurniaan Taraf Bandar Raya kepada Majlis Bandaraya Diraja yang telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI berkuat kuasa pada 23 November 2023. Majlis menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena penaiktarafan Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 5 Februari 2024 telah diadakan di Hotel Wyndham Acmar Klang. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Silakan Sentosa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya tidak ingin mengambil masa yang panjang tapi sebagai ADN kawasan Klang, Ketua Unit saya meminta saya memberi perbahasan ini. Tak sampai tiga minit. Tuan Timbalan Speaker terlebih dahulu saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Selat Klang yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang keduanya Tuan Timbalan Speaker, tahniah juga diucapkan kepada Dato’ Bandar, Ahli-ahli Majlis, warga kerja Majlis Bandaraya Klang dan juga warga Klang di atas pengisytiharaan Bandaraya Klang. Tuan Timbalan Speaker, people expectation is very high selepas menjadi Perbandaran ke Majlis Bandaraya. Kerjasama daripada semua agensi kerajaan perlu diperhebatkan lagi kerana bukan tanggungjawab Majlis sahaja untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, infrastruktur yang terbaik dan untuk memastikan sebuah Majlis Bandaraya berfungsi dengan baik dan sebagainya.

Tuan Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada warga Klang. This is for the people of Klang at the same time dengan izin warga Klang perlu memainkan peranan mereka untuk memastikan kebersihan sentiasa dijaga. Oleh itu Tuan Timbalan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berusaha

Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang atas usaha beliau walaupun seorang wanita, saya percaya beliau dapat mengemudikan Majlis Bandaraya Diraja Klang ke satu tahap yang lebih baik dan memastikan perkhidmatan akan diberikan kepada semua warga Klang dengan baik. Terima kasih saya sokong usul. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Sentosa. Tiada yang lain ya? Saya serahkan kepada pihak kerajaan kalau ada penjelasan.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih juga Yang Berhormat Sentosa yang berbahas Rang Undang-undang Majlis Bandaraya Diraja Klang penaiktarafan. Memang kita sedia maklum kerajaan juga sangat prihatin di mana Majlis Bandaraya Diraja Klang ini satu Bandaraya yang sangat penting. Tadi saya telah tegaskan bahawa kita ada pelabuhan, 35 Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang ada Yang Berhormat di sini 35 pelabuhan maritim yang tersibuk di dunia di antaranya. Jadi kita adalah antara penggerak ekonomi yang utama di Malaysia. Oleh yang demikian Klang akan memainkan peranan iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang selepas dinaik taraf. Sesungguhnya akan melaksanakan yang terbaik untuk kepentingan semua rakyat pembayar cukai di Klang ini, di kawasan Klang. Tapi yang pentingnya apa yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Sentosa tentang kerjasama bukan sahaja tanggungjawab Majlis Bandaraya Diraja Klang, warga Klang, bukan warga MBDK sahaja tetapi kerjasama daripada NGO, daripada pemimpin masyarakat, daripada semua Wakil Rakyat dan juga daripada seluruh pembayar cukai daripada rakyat sangat penting. Bagaimana kita untuk membangunkan Klang ini supaya Klang menjadi satu bandar yang terkenal, tersohor bukan sahaja dari segi Bandar Diraja, pada masa yang sama Klang menjadi terkenal kerana dengan penampilannya, dengan landskapingnya, dengan keindahannya, dengan kebersihannya. Itu sangat penting. Sehati, sejiwa. Jadi kalau Klang tanpa sampah pasti lebih indah. Saya yakin boleh kita lakukan. Terima kasih kepada respons kepada Sentosa.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ini bukan perbahasan dah habis dah ni. Jawapan daripada kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang in hendaklah dibacakan kali yang Kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Bandar Raya kepada Majlis Perbandaran Klang.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Tuan Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.

Timbalan Speaker

Ada penyokong?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, saya sokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1

Pengerusi

Ada yang nak menyentuh Fasal 1. Tidak ada Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan TIDAK. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Pengerusi

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 4

Pengerusi

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan TIDAK.

Dipersetujui.

Y.B. DATO’ NG SUEE LIM

: Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibaca Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila katakan YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila katakan TIDAK.

Dipersetujui.

Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan 2024Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Diraja Klang 2024. Aturan urusan seterusnya, Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan 2024. Rang Undang-undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya memperincikan mengenai peruntukan Rang Undang-undang 2024 ini, izinkan saya memberi gambaran berkenaan serba sedikit gambaran latar belakang pindaan yang dicadangkan. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen nombor 1/2003 ataupun dipanggil Enakmen Pentadbiran merupakan suatu undang-undang yang telah berkuat kuasa pada 1 September 2003 bagi mengadakan peruntukan tentang Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor. Penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Selangor, dan perkara lain yang berkaitan dengannya. Semenjak Enakmen Pentadbiran berkuat kuasa pada 1 September 2003, terdapat beberapa peruntukan yang telah dipinda bagi tujuan penambahbaikan selaras dengan perkembangan dan perubahan semasa Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor. Pada masa ini, terdapat keperluan terkini untuk meminda Enakmen pentadbiran yang melibatkan 4 perkara pindaan yang merangkumi peruntukan-peruntukan seperti berikut.

a). Pindaan Seksyen 75 berhubung dengan penambahan peruntukan berkaitan tindakan bersaling begitu tujuan prosiding di Mahkamah Syariah. b). Pindaan Seksyen 78 berhubung dengan pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie. c). Pindaan Seksyen 118 berhubung dengan penambahbaikan pengurusan tauliah mengajar Agama Islam yang merangkumi pemberian penggantungan dan penarikan balik tauliah bagi maksud pengajaran Agama Islam. d). Pewujudan bahagian baru 10A berhubung dengan Pengurusan Halal.

Yang berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Bagi tujuan mengwujudkan RUU 2024, pelbagai sesi libat urus telah dilaksanakan oleh pihak MAIS sebagai Pihak Berkuasa Agama di Selangor dengan pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah, Pengamal Undang-undang, PUU, jabatan-jabatan atau organisasi yang terlibat dalam pindaan yang berkaitan pihak dalam industri, ahli akademik dan lain-lain yang bertujuan untuk melihat dari segala aspek sebelum mencadangkan pindaan kepada enakmen pentadbiran dalam RUU 2024.

Berkenaan dengan pindaan Seksyen 75 berhubung dengan penambahan peruntukan berkaitan tindakan bersaling bagi tujuan prosiding di mahkamah syariah. Bagi tujuan pindaan seksyen 75, Enakmen pentadbiran, perbincangan antara pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Kehakiman Malaysia (JKSM) telah diadakan di mana JKSM iaitu sebuah jabatan di bawah Persekutuan berperanan untuk membangun dan menyelaras keseragaman pentadbiran Mahkamah Syariah di seluruh peringkat di Malaysia. Dalam hal ini Mesyuarat Penyelarasan Dan Taklimat Garis Panduan Perintah Bersaling Dan Pengurusan Deposit Rayuan telah diadakan pada 13-15 September 2021, di antara pihak JKSM, JAKESS dan Jabatan Kehakiman Negeri-negeri lain. Berdasarkan resolusi mesyuarat tersebut pihak JAKESS mencadangkan pindaan Seksyen 75 Enakmen Pentadbiran. Cadangan pindaan Seksyen 75 Enakmen Pentadbiran ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Bil.1/2002 pada 5 Januari 2002 yang diurus setia oleh pihak JAKESS bagi mendapatkan kelulusan secara dasar.

Kedua pindaan Seksyen 78 berhubung dengan Pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie. Bagi tujuan pindaan Seksyen 78 Enakmen Pentadbiran libat urus juga telah di jalankan dengan pihak JKSM di mana ulasan dan sokongan telah diterima pada Mac 2022 daripada pihak JKSM bagi cadangan untuk mengwujudkan peruntukan berhubung dengan pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie di Negeri Selangor. Seterusnya perbincangan di antara pihak JPSS dan bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha Kerajaan Negeri (BPSM) juga telah diadakan pada 1 April 2022 bagi tujuan rundingan berhubung dengan perubahan struktur organisasi susulan daripada cadangan pindaan Seksyen 78 Enakmen Pentadbiran tersebut. Selanjutnya, suatu sesi kunjungan hormat oleh JPSS dengan pihak BPSM juga telah diadakan pada 23 Ogos 2023 bagi memperhalusi perkara yang berkaitan.

Ketiga, pindaan seksyen 118 berhubung dengan penambahbaikan pengurusan tauliah mengajar agama Islam yang merangkumi pemberian penggantungan dan penarikan balik tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam. Pada masa ini telah wujud peraturan-peraturan tauliah Negeri Selangor 2008 yang akan disebut sebagai Peraturan Tauliah yang merupakan suatu perundangan yang mengandungi tatacara kehendak dan perkara lain berhubung dengan pemberian tauliah mengajar agama Islam termasuklah tatacara Jawatankuasa Tauliah dan elaun yang dibayar kepada anggota Jawatankuasa Tauliah. Cadangan pindaan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran ini timbul hasil daripada perbincangan libat urus untuk menambah baik peraturan tauliah tersebut. Dalam hal ini beberapa siri perbincangan atau bengkel Pindaan Peraturan Tauliah telah diadakan dan turut melibatkan anggota jawatankuasa tauliah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam (JAIS), Pemegang Tauliah Ahli Akademik (MAIS) dan pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor pada 29 Julai 2020. 1-3 September 2020, 23 September 2020

dan 15 Oktober 2020. Bagi tujuan meminda peraturan tauliah agar lebih komprehensif cadangan peruntukan subsentif iaitu Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran juga perlu dipinda. Cadangan pindaan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran ini juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah MAIS Bil.1/2022 yang bersidang pada 8 Julai 2022 bagi mendapatkan kelulusan dasar.

Keempat, perwujudan bahagian baru 10A berhubung dengan Pengurusan Halal. Bagi tujuan pindaan untuk mewujudkan bahagian baharu 10A Enakmen Pentadbiran berhubung dengan Pengurusan Halal, sesi konsultasi awam dengan Unified Public Consultation (UPC) milik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah diadakan pada 24 Februari 2021 sehingga 4 April 2021. Seterusnya suatu sesi seranta awam bersama pemain industri halal Selangor juga telah diadakan pada 10 Februari 2022. Selain itu, memandangkan perkara yang berhubungan dengan halal ini melibatkan perkara yang berkaitan perdagangan, perbincangan pada 27 Disember 2022 telah diadakan yang melibatkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dahulu dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Sebagai pihak berkuasa di peringkat persekutuan yang bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti pengurusan halal di Malaysia dan turut disertai oleh pihak JAKIM. Selanjutnya berdasarkan libat urus yang telah dijalankan, draf RUU 2024 ini telah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa halal MAIS bil2./2023 yang bersidang pada 30 Oktober 2023. Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, keseluruhan RUU 2024 ini juga telah dibentangkan dan diperhalusi dari sudut perundangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS bil.4/2023 yang bersidang pada 6 November 2023 sebelum dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bil.6/2023 yang bersidang pada 28 November 2023. Tujuan pindaan. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Izinkan saya menerangkan serba sedikit tujuan RUU 2024 berhubung dengan tujuan pindaan empat peruntukan tersebut. Saya mulakan dengan pindaan Seksyen 25.

Berdasarkan senarai 2 Jadual ke 9 Perlembagaan Persekutuan oleh sebab kuasa berkaitan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri. Maka perintah atau penghakiman yang telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah dalam sesuatu negeri hanya boleh dikuatkuasakan terhadap orang yang berada di negeri itu sahaja. Melainkan perintah atau pun penghakiman itu di endorse melalui perintah bersaling oleh negeri lain di tempat beradanya seseorang yang perintah atau penghakiman itu hendak dikuatkuasakan terhadapnya. Pada masa ini terdapat Arahan Amalan dan Surat Pekeliling Ketua Pengarah atau Ketua Hakim Syarie JKSM yang menjelaskan tatacara tindakan bersaling melalui Arahan Amalan No.4 Tahun 2021 berhubung dengan garis panduan permohonan dan pelaksanaan penyampaian tindakan bersaling bagi perintah

dan penghakiman dalam kes mal. Namun begitu masih terdapat beberapa negeri yang tidak menerima permohonan untuk pengendorsan perintah atau penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah Negeri Selangor. Keadaan ini menyukarkan dan menyulitkan pelaksanaan sesuatu perintah atau penghakiman terhadap orang yang berada atau dipercayai berada di luar Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu terdapat keperluan untuk meminda Seksyen 75 Enakmen Pentadbiran bagi mewujudkan peruntukan baharu berkaitan pelaksanaan tindakan bersaling. Ini untuk memastikan pelaksanaan perintah atau pun penghakiman mahkamah syariah Negeri Selangor dapat dilaksanakan atau disempurnakan kepada mana-mana orang yang berada di mana-mana negeri lain di Malaysia di luar Negeri Selangor dan dibuat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negeri lain itu secara teratur dari sudut perundangan.

Seterusnya Pindaan Berkaitan Seksyen 78. Pada masa ini kesalahan jenayah syariah di Negeri Selangor bukan hanya wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 sahaja. Terdapat juga peruntukan kesalahan jenayah syariah di bawah undang-undang lain seperti Enakmen Pentadbiran. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan Peraturan Zakat Dan Fitrah Negeri Selangor 2012. Bagi kesalahan di bawah enakmen jenayah syariah terdapat tindakan pendakwaan bagi beberapa kesalahan sebagai contoh kesalahan di bawah Seksyen 4, 8, 9,12 atau 13 Enakmen Jenayah Syariah yang perlu mendapatkan keizinan untuk mendakwa daripada Ketua Pendakwa Syarie sebagaimana dijelaskan berdasarkan seksyen 73 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor 2003. Walau bagaimanapun terdapat keadaan tertentu di mana tindakan pendakwaan terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan Ketua Pendakwa Syarie untuk memberikan keizinan untuk mendakwa. Tindakan pendakwaan yang tertangguh ini selanjutnya menyebabkan pihak JPSS perlu menyelesaikan bilangan kes pendakwaan tertangguh yang tinggi. Justeru terdapat keperluan untuk mewujudkan peruntukan berkaitan dengan pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie bagi membolehkan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie menjalankan apa-apa hak dan tanggungjawab yang dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie semasa ketiadaan Ketua Pendakwa Syarie atau ketidakupayaannya bertindak sebagai Ketua Pendawa Syarie termasuklah memberikan keizinan untuk mendakwa. Pindaan yang dicadangkan adalah juga merujuk kepada pelaksanaan pengurusan kes jenayah di mahkamah sivil sebagaimana yang dijelaskan dalam Perkara 376 (2), kanun prosedur jenayah di mana Peguam Cara Negara mempunyai semua kuasa Timbalan Pendakwa Raya dan hendaklah bertindak sebagai Pendawa Raya semasa ketiadaan atau ketidakupayaan Peguam Negara untuk bertindak sebagai Peguam Negara. Berdasarkan rekod yang dikemukakan oleh pihak JPSS kes pendakwaan jenayah syariah di Negeri Selangor adalah tertinggi di Malaysia. Jumlah bilangan kertas siasatan bagi kesalahan jenayah syariah diterima di Negeri Selangor pada tahun 2022 dan 2023 masing-masing adalah

sebanyak 3,804 dan 3,268. Manakala bilangan kes pendakwaan di Mahkamah Syariah Selangor pada tahun 2022 dan 2023 masing-masing adalah sebanyak 3,268 dan 5,712.

Justeru, Pindaan Seksyen 78 EPAIS ini bertujuan bagi membolehkan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie membantu Ketua Pendakwa Syarie dalam urusan pentadbiran jabatan termasuklah berkaitan pengurusan pendakwaan. Memandangkan JPSS adalah sebuah jabatan baru yang ditubuhkan pada 1 April 2018 dan bertanggungjawab dalam pengendalian tindakan pendakwaan bagi kesalahan jenayah Syariah terdapat keperluan untuk melantik Timbalan Ketua Pendakwa Syarie bagi membantu Ketua Pendakwa Syarie dalam urusan pentadbiran JPSS selain daripada pengurusan dan pengendalian tindakan pendakwaan di Mahkamah Syariah. Secara pentadbiran pelaksanaan fungsi dan peranan sebagai Ketua Pendakwa Syarie oleh Timbalan Ketua Pendakwa Syarie di bawah RUU 2024 hanya akan dilaksanakan semasa penanggungan tugas Ketua Pendakwa Syarie mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Ketiga, pindaan seksyen 118. Pada masa ini pemberian tauliah mengajar agama Islam adalah di bawah Kuasa Jawatankuasa Tauliah yang dilantik oleh pihak MAIS dan Pengurusan Tauliah dijalankan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor. Berdasarkan rekod yang diterima daripada bahagian dakwah JAIS, setakat tahun 2023 terdapat sebanyak 5,627 orang yang telah diluluskan permohonan untuk menerima tauliah. Pada tahun 2023 juga sebanyak 11 aduan tatatertib telah diterima di mana sebanyak 7 aduan daripada 11 aduan tersebut yang telah diambil tindakan dengan penggantungan atau penarikan balik tauliah. Daripada keputusan penggantungan atau penarikan balik tauliah ini, 4 aduan masih dalam tindakan rayuan. Selain itu terdapat 2 orang pemegang tauliah yang telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan MAIS atau Jawatankuasa Tauliah berhubung dengan penggantungan atau penarikan balik tauliah. Melihat kepada jumlah pengeluaran tauliah mengajar agama Islam yang semakin bertambah, maka terdapat keperluan untuk memantapkan pengurusan berhubung dengan tindakan tatatertib terhadap pemegang tauliah dan tatacara rayuan bagi membolehkan pihak MAIS mengawal selia pengurusan tauliah dengan lebih berkesan. Pindaan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran ini adalah juga bertujuan untuk memperincikan punca kuasa MAIS bagi mewujudkan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan tauliah merangkumi yang pertama tatacara permohonan tauliah kedua tatacara jawatankuasa tauliah dan jawatankuasa rayuan tauliah ketiga tatacara penggantungan atau penarikan balik tauliah termasuk aduan dan siasatan dan terakhir tatacara rayuan kepada jawatankuasa rayuan tauliah. Pindaan terhadap seksyen 118 enakmen pentadbiran juga bagi membolehkan pihak MAIS untuk mewujudkan peruntukan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan yang berkaitan dengan pengurusan tauliah, selain itu pada masa ini pihak MAIS sedang dalam tindakan untuk menggubal suatu peraturan-peraturan baru bagi menggantikan Peraturan-peraturan

Tauliah Negeri Selangor 2008 yang telah berkuat kuasa setelah pindaan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran ini diluluskan. Justeru cadangan pindaan ini adalah bagi tujuan memperkemas dan menambah baik pengurusan tauliah mengajar agama Islam di Negeri Selangor melalui peraturan baru yang akan diwujudkan.

Bahagian empat, perwujudan bahagian baru 10A berhubung dengan Pengurusan Halal. Bagi pindaan untuk mewujudkan bahagian baru 10A EPAIS ini. Izinkan saya merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang menitahkan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia sempena Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Kebangsaan Agama Islam Malaysia Kali Ke-70 Duli Yang Maha Mulia menitahkan agar persijilan halal domestik dan antarabangsa terus dikekalkan di bawah JAKIM dan Majlis berkaitan agama Islam negeri seperti mana yang disebut dalam Majlis Raja Ke 122 pada 12 Oktober 2010. Selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan tersebut RUU mengandungi bahagian baru 10A berhubung dengan Pengurusan Halal yang secara khususnya Pengurusan Halal di Negeri Selangor. Di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang disebut sebagai Akta 730 MAIS adalah pihak berkuasa berwibawa yang diberikan kuasa oleh Persekutuan untuk pengurusan halal di Negeri Selangor. Pada masa ini, kuasa MAIS tersebut melaksanakan pengurusan halal yang dilantik oleh pihak MAIS dan operasi pengurusan halal pula dimulakan oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAIS.

Pada masa ini Bahagian Pengurusan Halal, JAIS bukan sahaja bertanggungjawab mengurus permohonan pengurusan halal di bawah prosedur Sijil Halal Malaysia domestik 2020, namun Bahagian Pengurusan Halal, JAIS turut mengurus permohonan sertu iaitu perakuan orang yang layak melakukan penyembelihan halal. Pada tahun 2023 terhadap sebanyak 5099 permohonan pensijilan halal, 23 permohonan sertu, dan 205 permohonan orang yang layak melakukan penyembelihan yang diterima di Bahagian Pengurusan Halal, JAIS.

Memandangkan pengurusan perkara-perkara halal di Negeri Selangor semakin meningkat RUU 2024 ini bertujuan mewujudkan satu bahagian baharu 10 (a) bagi menjelaskan peranan MAIS sebagai pihak Jawatankuasa Agama Dalam Pengurusan Halal di Negeri Selangor selaras dengan kehendak Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta 730 yang menamakan JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri sebagai badan tunggal pensijilan halal di Malaysia.

RUU 2024 ini juga bagi mewujudkan takrif halal kepada Akta 730 dan perintah yang dibuat di bawahnya berdasarkan pindaan yang dicadangkan, perakuan dikeluarkan oleh Majlis adalah merangkumi:

1) Perakuan bahawa mana-mana makanan dan perkhidmatan yang berhubung dengan makanan dan barang-barang adalah halal. Perakuan ini adalah selaras dengan perintah Perihal Perdagangan Perakuan dan Penandaan 2011.

2) Perakuan bagi orang yang layak untuk penyembelihan halal, dan

3) Perakuan bagi orang yang layak melakukan sertu.

Jadual Ke-9 Lembaga Persekutuan. Dengar elok-elok, penentuan berkenaan hukum dan syarak adalah di bawah bidang kuasa negeri. Justeru itu, RUU 2024 ini juga menjelaskan peranan dan kuasa MAIS selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, cadangan peruntukan baharu ini juga Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 yang menjelaskan bahawa JAKIM dan Majlis Agama Islam bagi Negeri-negeri masing-masing hendaklah menjadi Pihak Berkuasa Yang Berwibawa bahawa memperakui mana-mana makanan, barang-barang berhubung dengan barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan.

RUU 2024 ini juga mewujudkan peruntukan baharu pertubuhan dan keanggotaan Jawatankuasa khusus untuk membantu MAIS dalam mengawal selia perkara berkaitan dengan halal mengikut skop kuasa MAIS sebagai Pihak Berkuasa Berwibawa dan pihak Berkuasa Pertama berhubung dengan Jawatankuasa Pentadbiran Agama Islam di Negeri Selangor.

Selain itu, pewujudan 10A Enakmen Pentadbiran ini mencadangkan bagi tujuan menjelaskan perwakilan kuasa antara Pihak MAIS dan Pihak Berkuasa Berwibawa dan pihak JAIS sebagai pihak yang melaksanakan kuasa MAIS di bawah Enakmen Pentadbiran Berkaitan Halal. Dalam perkara ini, hal pengeluaran pensijilan halal, Bahagian Pengurusan Halal, JAIS berperanan membuat siasatan, pemantauan, operasi yang lain yang perlu bagi tujuan pengeluaran dan pemantauan pensijilan halal mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Domestik 2020 yang dikeluarkan oleh JAKIM.

RUU 2024 ini juga selaras dengan Undang-undang Persekutuan kerana kuasa MAIS yang dicadangkan melalui cadangan pindaan Seksyen 121 (b) Enakmen Pentadbiran adalah merujuk Akta 730 yang sedang berkuat kuasa namun bagi tujuan pelaksanaan RUU 2024 penyelarasan akan dibuat bagi tindakan penguatkuasaan kaitan Pengurusan Halal di bawah Akta 730 dan Enakmen Pentadbiran Halal berjalan seiring dan dilaksanakan secara berkesan di Negeri Selangor.

Pada masa ini, tiada sebarang peruntukan enakmen pentadbiran yang menjelaskan pentadbiran yang menjelaskan punca kuasa MAIS yang mewujudkan peraturan dan kaedah yang berhubungan dengan halal. Justeru, pindaan yang di cadangkan adalah untuk diwujudkan peruntukan yang jelas bagi membolehkan pihak MAIS tertakluk pada Akta 730 dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan mewujudkan peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan:

1) Penentuan makanan dan barang-barang atau perkhidmatan berhubungan makanan atau barang-barang adalah halal mengikut hukum syarak.

2) Perakuan bagi orang yang layak melakukan penyembelihan halal;

3) Perakuan bagi orang yang layak melakukan Sertu; dan

4) Kesalahan, hukuman dan fi yang berkaitan penyembelihan halal dan sertu.

Pada masa ini, satu draf berkenaan sertu dan penyembelihan halal sedang disediakan di mana peraturan ini merupakan undang-undang subsidiari yang perlu digubal bagi menjelaskan tatacara berhubung pelaksanaan sertu dan penyembelihan halal, termasuklah tatacara permohonan bagi mendapatkan perakuan untuk melaksanakan sertu dan penyembelihan halal.

RUU 2024 ini juga dibuat bagi mewujudkan peruntukan kesalahan dengan berkenaan denda terhadap orang yang melakukan penyembelihan halal dan sertu bagi tujuan komersial tanpa perakuan bagi tujuan kawalan. Peruntukan ini membolehkan tindakan penguatkuasaan dijalankan terhadap orang yang melakukan penyembelihan halal dan sertu bagi tujuan komersial tanpa orang itu mendapat perakuan MAIS terlebih dahulu.

Ini hanya memastikan bahawa orang yang layak dan berpengetahuan untuk melakukan penyembelihan halal dan sertu. Selaras dengan hukum syarak sahaja yang boleh melaksanakan penyembelihan halal dan sertu itu. Dengan cara ini ia dapat mengurangkan risiko penyembelihan halal dan sertu yang tidak sah mengikut syarak yang menjejaskan status halal makanan, minuman, barang-barang yang berada dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, pengenaan denda dan fi ini tidak terpakai di mana-mana orang yang telah dikecualikan oleh MAIS di bawah Subseksyen 121 (b) (4) dan mana-mana orang yang melakukan penyembelihan halal atau sertu selain komersial. Sebagai contoh penyembelihan bagi tujuan ibadah korban atau akikah yang dibuat bukan untuk tujuan

komersial hendaklah dikecualikan daripada kehendak untuk mendapatkan perakuan untuk melakukan penyembelihan halal.

Kandungan RUU 2024. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan yang Berhormat sekalian, izinkan saya menjelaskan secara terperinci kandungan RUU 2024 ini yang merangkumi 6 Fasal adalah seperti berikut:

Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan berkenaan permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan.

Fasal 2, bertujuan untuk mewujudkan suatu peruntukan baharu berkaitan perintah bersaling untuk memastikan bahawa apa-apa perintah atau apa-apa perintah penghakiman atau perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di Negeri Selangor terhadap mana-mana orang yang dipercayai berada di dalam negeri lain di Malaysia dikuatkuasakan, dilaksanakan di negeri itu seolah-olah perintah atau penghakiman tersebut telah dilaksanakan atau disempurnakan dalam Negeri Selangor.

Fasal 3, bertujuan untuk meminda nota bahu selaras dengan pindaan Seksyen 78 yang mewujudkan baharu berkenaan pelantikan seorang Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, di mana pelantikan dibuat oleh Majlis kalangan anggota Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri atau Perkhidmatan Awam bersama. Fasal 3 juga menjelaskan berperanan sebagai Timbalan Ketua Syarie yang mempunyai kuasa sebagai Ketua Pendakwa Syarie dan diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa hak dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Ketua Pendakwa Syarie semasa ketiadaan beliau atau ketidakupayaan beliau bertindak Pendakwa Syarie.

Fasal 4, adalah bertujuan untuk meminda Seksyen 118 yang sedia ada seperti berikut subseksyen 1(a) diwujudkan bagi membolehkan pihak MAIS melantik mana-mana orang yang layak sebagai Setiausaha Jawatankuasa Tauliah. Subseksyen 2 dipinda bagi menjelaskan tanggungjawab Setiausaha Jawatankuasa Tauliah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tauliah sub-seksyen 3 dipinda bagi menjelaskan bahawa Jawatankuasa Tauliah dalam memberi tauliah, menggantung tauliah atau menarik balik tauliah tertakluk kepada Peraturan -peraturan yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran.

Subseksyen 3 (a) diwujudkan untuk membolehkan Majlis melantik satu panel atau jawatankuasa bagi membuat siasatan sebelum Jawatankuasa Tauliah untuk membuat keputusan menggantung atau menarik balik tauliah.

Seksyen 3 (b) diwujudkan bagi menjelaskan bahawa rayuan hanya boleh di buat oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Tauliah yang menggantung atau tarik balik tauliahnya.

Subseksyen 3 (c) diwujudkan bagi menjelaskan penubuhan dan keanggotaan Jawatankuasa Tauliah.

Subseksyen 3 (d) diwujudkan bagi membolehkan Majlis melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai sebagai Setiausaha Jawatankuasa Rayuan Tauliah.

Subseksyen 4, dipinda bagi membolehkan pihak Majlis mewujudkan peraturan-peraturan berhubung dengan tatacara rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tauliah dan elaun yang di bayar kepada Jawatankuasa Rayuan Tauliah adalah selaras dengan kewujudan Jawatankuasa Rayuan Tauliah serta membolehkan pihak Majlis membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan kesalahan dan hukuman berkenaan dengan Pengurusan Tauliah.

Fasal 5 adalah bertujuan untuk mengadakan bahagian 10 (A) secara khusus berkaitan dengan pengurusan halal selaras dengan kedudukan Majlis sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta 730. Pindaan yang dicadangkan ini adalah untuk menjelaskan kedudukan Majlis tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 730.

Pindaan ini juga adalah selaras dengan peranan Pihak Majlis sebagai pihak berkuasa agama di Negeri Selangor yang bertanggungjawab dan membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan semua perkara berkaitan agama Islam, hukum syarak dan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 6 Enakmen Pentadbiran.

Menurut Fasal 5 di bawah bahagian 10 (A) terdapat 6 seksyen baharu diwujudkan seperti berikut:

Seksyen 121 (A) bagi mengadakan peruntukan berhubung dengan takrif berkaitan halal iaitu barang-barang, makanan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang termasuklah yang di perihalkan sebagai halal atau di perihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang itu boleh di makan atau digunakan oleh orang Islam yang merujuk kepada pengertian di bawah Akta 730.

Seksyen 121 (B) bagi menjelaskan peranan majlis untuk memberi perakuan pada orang yang layak melakukan penyembelihan halal dan orang yang layak untuk melakukan sertu. Peruntukan ini juga diwujudkan bagi membolehkan oleh Majlis kepada mana-mana

orang atau golongan orang daripada mendapatkan perakuan penyembelihan halal dan sertu. Sebagai contoh, pengecualian boleh diberikan kepada pegawai hal ehwal Islam atau mana-mana orang yang menjalankan penyembelihan binatang bagi tujuan korban ataupun akikah atau melakukan sertu bagi apa-apa tugas di bawah bidang tugas masing-masing.

Seksyen 121 (c) bagi menjelaskan penubuhan keanggotaan dan fungsi Jawatankuasa Halal untuk membantu Majlis dalam mengawal selia perkara berkaitan dengan perakuan halal dan melakukan segala perbuatan perakuan halal yang difikirkan suai manfaat oleh Majlis.

Seksyen 121 (d) bagi membolehkan pihak Majlis melantik Ketua Pegawai Pengurusan Halal, Timbalan Ketua Pegawai Pengurusan Halal dan Pegawai Pengurusan Halal daripada kalangan anggota ahli Perkhidmatan Awam Persekutuan ataupun Perkhidmatan Awam Negeri atau Perkhidmatan Bersama untuk melaksanakan bidang kuasa Majlis di bawah Enakmen ini. Diantaranya untuk membuat penyiasatan, pemantauan dan lain-lain perkara yang berkaitan pengurusan halal di Negeri Selangor.

Seksyen 121 (e) membolehkan Majlis membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah bagi menjelaskan pelaksanaan perkara yang berkaitan dengan penentuan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang adalah halal mengikut syarak. Perakuan bagi orang yang layak untuk melakukan penyembelihan halal, perakuan bagi orang yang layak melakukan sertu. Dan kesalahan, hukuman dan fi yang berkaitan penyembelihan halal dan sertu.

Dan seksyen yang terakhir ialah Seksyen 121 (f) bagi mengwujudkan peruntukan kesalahan bagi orang yang melakukan sembelihan halal dan sertu bagi tujuan komersial tanpa persetujuan perakuan Majlis. Peruntukan ini tidak terpakai pada mana-mana orang yang di bawah Subseksyen 121 (b) (4) dan mana-mana orang yang membuat penyembelihan halal atau sertu bagi tujuan selain komersial. Mana-mana orang yang melakukan penyembelihan bagi tujuan ibadah, seperti korban dan akikah, atau penyembelihan yang bukan bersifat komersial, adalah terkecuali daripada peruntukan ini. Namun, peruntukan ini adalah terpakai kepada mana-mana orang yang melakukan penyembelihan bagi tujuan ibadah korban atau akikah yang bersifat komersial.

Seterusnya, peruntukan terakhir, Fasal 6, bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan. Untuk implikasi kewangan dan perundangan, untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RUU 2024 ini tidak melibatkan penambahan peruntukan kewangan sedia ada. Ini kerana, bagi tujuan pelaksanaan pindaan Seksyen 78, berhubungan dengan pelantikan Timbalan Ketua

Pendakwa Syarie, pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie akan menggunakan waran perjawatan sedia ada dan tidak melibatkan penambahan atau penambahan waran perjawatan di JPSS. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan perubahan struktur organisasi, di mana struktur, di mana cadangan struktur organisasi baru JPSS ini masih dalam proses rundingan dan perbincangan di antara JPSS dan BPSM untuk dimuktamadkan

Manakala bagi pewujudan seksyen baru, 121 (D), berhubungan dengan pelantikan Ketua Pegawai Pengurusan Halal, Timbalan Ketua Pegawai Pengurusan Halal dan Pegawai Pengurusan Halal, ia juga akan menggunakan waran perjawatan sedia dan tidak melibatkan penambahan atau perubahan waran perjawatan. RUU 2024 ini juga, telah disemak oleh pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, di mana pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, melalui surat bertarikh 22 Januari 2024, menyatakan bahawa, semakan telah dibuat terhadap Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2024) dan Kamar mendapati bahawa semua peruntukan yang dicadangkan tersebut adalah teratur dari sudut perundangan dan mematuhi tatacara dari aspek penggubalan. Dan sehubungan itu, Kamar ini secara dasarnya bersetuju dan tiada halangan terhadap cadangan untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, seperti mana yang disyorkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, merujuk kepada perkara 48 Bab 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, berperanan sebagai Ketua Agama, dan boleh menyebabkan diperbuat Undang-undang bagi maksud mengawal selia Hal Ehwal Agama Islam. Memandangkan RUU 2024 ini adalah berhubung dengan agama Islam, RUU 2024 ini juga telah disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, melalui Kertas Sembah Maklum Pewartaan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2024) pada 26 Januari 2024. Seperti mana yang telah di bentangkan, penggubalan RUU 2024, telah melalui pelbagai peringkat yang melibatkan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan, yang turut melibatkan komitmen masa dan tenaga pelbagai pihak untuk memastikan RUU 2024 ini mengambil kira pelbagai faktor, dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran agama Islam di Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, sokongan daripada Ahli-ahli yang Berhormat sekalian amatlah diharapkan, untuk memastikan pengurusan agama Islam di Negeri Selangor lebih teratur dan efisien dan menjadi contoh yang baik kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Sokongan daripada anda semua amatlah saya harapkan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Dan saya mohon, sesiapa yang ingin berbahas, boleh berdiri, supaya saya tahu siapa yang akan berbahas. Hulu Kelang, ya berdiri dulu, Sungai Ramal. Sungai Panjang, Kota Damansara, dan juga Kota Kemuning, dan Permatang. Saya beri setiap orang, 15 minit, setiap orang 10 minit, dan Ketua Pembangkang 15 minit. Sekiranya, Pelabuhan Kelang nak berbahas, 15 minit juga. Jadi saya jemput, Yang Berhormat Kota Damansara, diberi laluan pula oleh Hulu Kelang. Nak ambil. Ya, silakan, 10 minit.

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya ingat Hulu Kelang nak bahas dulu. Baik, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker. Kota Damansara ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang. Syukur alhamdulillah, Rang Undang-undang ini telah dapat dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Suka untuk saya ingatkan antara perkara yang dibentangkan ialah Enakmen Seksyen 75. Pindaan Enakmen 75, sangat penting bagi memberi keadilan kepada mereka yang duduk atau mastautin di Negeri Selangor bersama orang yang luar Negeri Selangor. Ini amat penting apabila Undang-undang di negeri kita, khususnya Mahkamah Syariah di Negeri Selangor, telah mengiktiraf apabila keputusan dibuat daripada Mahkamah Syariah negeri lain. Dan kita telah mengiktiraf daripada bawa ke Selangor dan mengiktiraf keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, kita perlu melindung rakyat di Negeri Selangor, khususnya pada warga-warga ibu, yang ibu tinggal atau ibu yang ditinggalkan. Bila mana apabila keputusan telah dibuat di Negeri Selangor dan keputusan itu telah di serve di negeri lain, Mahkamah Syariah negeri lain. Walau bagaimanapun tidak diterima. Jadi secara tak langsung, Enakmen 75 ini, sangat penting, secara tak langsung kita menunjukkan dan kita mengangkat, khususnya pada mereka yang telah teraniaya atau mereka yang tidak, secara culas, khususnya pada golongan bapa apabila telah bercerai dengan pasangan, mereka telah diarahkan untuk membayar nafkah. Walau bagaimanapun mereka telah kembali ke negeri masing-masing. Tapi apabila telah dikeluarkan perintah Mahkamah Syariah di Negeri Selangor, dan telah diserahkan di negeri lain, ini perlu dikuatkuasa sekali. Jadi secara tak langsung mereka, para ayah-ayah di luar sana pun, terikat dengan keputusan di Mahkamah Negeri Selangor. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada pihak EXCO kerana berani memperkenalkan Enakmen 75, secara tak langsung ini, kita melindungi rakyat-rakyat Negeri Selangor.

Yang kedua, Enakmen Seksyen 78. Ini ialah bagi menambah Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, yang sangat penting. In kerana, kita dapat meringankan beban kes yang terlalu banyak khususnya di Negeri Selangor. Kalau kita tengok, daripada data-data yang sebelum ini, pelbagai kes di Syariah di Negeri Selangor, yang telah tertangguh lama. Jadi secara tak langsung, ini memberikan keringanan khususnya pada mereka yang telah

membawa kes ini. Jadi tak perlulah di pihak mahkamah Syariah, tak perlu tunggu terlalu lama. Mereka yang membawa kes pun tak terlalu lama. Ini pun secara tak langsung memberikan, kita menaikkan taraf Mahkamah Syariah kita. Jadi saya percaya, daripada kerajaan perpaduan, ini antara salah satu cara, kita mengiktiraf Mahkamah Syarie secara tak langsung. Ini akan meringankan beban pada mereka.

Seterusnya ialah Enakmen 118, iaitu berkenaan bagi rayuan mereka yang telah, bagi mewujudkan satu jawatankuasa rayuan. Pada Tuan Speaker, ini sangat penting, apabila mereka yang menerima tauliah di Negeri Selangor. Sebab, kita mahu agar agama Islam di Negeri Selangor ini terbela dan mereka yang mengajar di Negeri Selangor, mengajar satu ajaran yang baik dan tidak memecah belah. Walau bagaimanapun, kepada mereka yang telah ditarik tauliahnya, kita memberikan keadilan kepada mereka juga secara tak langsung kita menubuhkan satu jawatankuasa rayuan tauliah. Mungkin ada sebahagian dari sini pun, yang dalam Dewan ini, yang tauliahnya telah ditarik. Mungkin berminat untuk membuat rayuan. Secara tak langsung boleh menyokong enakmen ini. Dan boleh merayu kepada mereka. Jadi ini juga, dapat memberikan kelegaan kepada mereka, sebab kalau andai kata mereka apabila sesuatu yang berlaku, bila dia orang punya watikah telah ditarik, mereka telah membawa kes ke mahkamah. Jadi secara tak langsung, ini boleh mengelakkan beberapa perkara untuk membawakan beberapa kes ke mahkamah. Dan saya percaya, ini akan, tujuan untuk membuat ini, secara tak langsung akan memberikan banyak kelebihan khususnya rakan-rakan daripada peringkat pembangkang. Tak perlulah mereka buat solat, buat live, dan belakang, bawah dan letak nombor akaun masing-masing.

Jadi, yang seterusnya ialah enakmen 121. Tuan Speaker, ingin saya membahaskan berkenaan enakmen 121, isu halal. Sebab saya percaya, saya tak mahu Dewan ini, dikelirukan apabila ada yang mengatakan, sebab Ketua Pembangkang pun ada mention, masa dalam perbahasan, penggulungan, yang mengatakan Seksyen, kes Nik Elin ini, antara kes yang terkesan. Kena faham, Yang Berhormat Speaker, Seksyen kes Nik Elin ini, Seksyen 42 yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Ini adalah kes yang mana 100% yang mengikut apa yang ada dalam Akta Perihal Dagangan 2011. Kena tengok apa yang berada di pihak Seksyen 3, Akta Perdagangan, Perihal 2011 atau 730. Pihak berkuasa wibawa, dengan izin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dan Majlis Agama, Majlis Agama Negeri masing-masing hendaklah menjadi pihak beri kuasa, berwibawa, untuk memperakukan, mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung makanan atau barangan halal, dengan perintah, peringatan perihal dagangan tarikh halal.

Untuk saya ingatkan kepada Hulu Kelang, yang bawa ini ialah sahabat Hulu Kelang, yang mengangkat Hulu kelang, menjadi Menteri Kanan, ketika itu, iaitu Dato’ Seri Ismail Sabri.

Waktu mula-mula untuk dibawakan berkenaan isu halal ini. Jadi, dia tak ada kena mengena, kalau kita lihat muka surat 76, memang clear, 76 daripada kes Nik Elin. Memang 100%, dia follow, dengan izin, dia ikut 100% daripada apa yang ada dalam Akta Perdagangan. Sebab itu bila kita tengok, apa yang kita bawa pada hari ini, ialah untuk memberikan kuasa kepada pihak MAIS untuk menguruskan penghalalan. Sebab apa yang kita buat pada hari ini, kita memberi tauliah, bukan hanya mengajar saja yang perlukan tauliah, tapi kepada mereka yang membuat penyembelihan secara komersial. Sebab itu kita nak memastikan, mereka yang membuat penyembelihan secara komersial ini, ada kuasa daripada pihak negeri untuk menangkap mereka dan untuk menghukum mereka, sebab, kita nak kena jaga halal ini, sangat penting. Kebersihan, sebab halal, penyembelihan melibatkan kebersihan. Kebersihan, melibatkan sebahagian daripada iman. Sebab itu kita perlu ada kuasa yang mana di bawah Enakmen 121 D, kuasa untuk menyiasat diserahkan kepada MAIS. Jadi benda ini, selari dengan apa yang diserah kan kepada Akta Perihal Dagangan 2011. Kita tak melibatkan apa kena, mereka yang membuat sembelihan halal ini, kepada yang membuat secara makan sendiri. Mungkin kepada mereka, mungkin Hulu Kelang, atau Pelabuhan Kelang nak buat, sembelih ayam ke, sempena Selat Kelang telah mendukung dan menyokong Sungai Tua. Jadi, ini secara tak langsung, tidak langsung, terlibat dengan apa yang dikenakan dalam undang-undang kat sini. Yang kedua, ialah kuasa menetapkan, peraturan,

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Mohon mencelah. Tadi saya ada dengar yang Kota Damansara ada bangkitkan berkenaan dengan keputusan Nik Elin. Boleh saya tahu, daripada keputusan mahkamah yang mana dan daripada muka surat berapa?

Okay, baik. Keputusan mahkamah yang ada ialah muka surat 77, 76 dengan 77. Para 218.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Boleh dibacakan dia punya judgments.

Okay, dengan izin, the petitioners submit that section 42 is unconstitutional because in pith and substance it pertains to matters which fall within Item 8 of the Federal List read with Item 4 of the Federal Law on criminal law. Sebab kena faham, kes yang di, Nik Elin, Seksyen 42 ni, dia jatuh bawah criminal law.

Sebab yang dah telah termaktub di bawah Akta Perihal Dagangan juga pada masa yang sama. Sebab macam kes yang kita, yang dibawa oleh pihak kerajaan, benda ini tak ada kena mengena dengan criminal law. Dia lebih kepada Akta Pentadbiran Agama Islam. Kita nak bagi tauliah. Kita nak siapkan mereka yang tauliah. Pada mereka yang buat atau

kita panggilkan sertu, mereka yang membuat samak atau dalam bahasa mudahnya yang mereka yang buat samak, apabila mereka membuat sewa satu premis, mereka percaya premis ini tidak bersih. Jadi kita perlu beri tauliah kepada mereka-mereka ini. Supaya, konsep pada mereka ini, mereka boleh membuat secara tak langsung, secara tidak langsung, mereka sendiri boleh mohon kepada pihak JAKIM untuk halal. Dan kat Jais untuk halal. Sebab itu kuasa yang ditetapkan bagi halal ini, mereka mendapat tauliah untuk penyembelihan dan sertu. Saya percaya, apa yang dibawa oleh pihak kerajaan negeri sangat selari dan tidak bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh dengan perlembagaan. Sebab benda ini juga, pada yang sama telah dibincang panjang, telah dibentangkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Dan ini secara tak langsung dalam titah Tuanku juga, apabila meminta untuk JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk memfokuskan isu halal. Halal ini, sangat besar, dia punya bisnes. Kalau ikutkan rekod lebih kurang 30 bilion, direkodkan di Selangor. Jadi sangat penting untuk kita bawa Rang Undang-undang ini dan kita memberikan punca kuasa kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Sebab punca kuasa Akta Perdagangan Hak ini, berdasarkan Seksyen 3 tadi kita nak turunkan kepada MAIS. Jadi saya percaya, perkara ini, sangat penting dan Kota Damansara menyokong. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang, silakan. 15 minit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya menyambut baik usaha untuk menambah baik Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2024), yang turut memasukkan bahagian 10A, Pengurusan Halal. Saya percaya, cita-cita semua umat Islam, yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, adalah untuk menjamin Enakmen Pentadbiran Agama Islam termasuk di Negeri Selangor dan Enakmen Jenayah Syariah Selangor dapat dipertahankan dan yang lebih penting dapat dikuatkuasakan tanpa ragu. Justeru itu sebarang penggubalan ataupun pindaan mestilah dibuat dengan cermat, dengan teratur supaya tidak dicabar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya mereka yang membawa fahaman pluralisma dan liberalisma pada hari ini. Sebagai Ahli Dewan Negeri, saya menghormati perkara 4 Perlembangan Persekutuan, yang menyebut Perlembangaan Persekutuan adalah undang-undang utama dan sebarang undang-undang yang diluluskan dan tidak selaras dengan Perlembangaan Persekutuan adalah tidak sah. Kita sedia maklum bahawa Malaysia sudahpun mewujudkan Akta Perihal Dagangan 2011, dan Akta Perihal Dagangan 2011 ini telah menurunkan kuasa kepada Menteri untuk membuat perintah maka lahirlah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan Halal) 2011. Dan Perintah ini menyebut, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan JAKIM menjadi pihak berkuasa berwibawa, competent authority, untuk membuat perakuan Halal. Maka Perintah memberi kuasa dibawah APD ataupun Akta Perihal Dagangan ini mesti diterima pakai dengan perincian prosedur dan saya percaya itulah tujuan Yang Berhormat EXCO,

membawa pindaan Pang Undang-Undang ini supaya kita dapat menjelaskan peranan MAIS sebagai pihak berkuasa berwibawa. Tetapi hari ini situasinya sudah berbeza. Saya menyambut baik usaha Yang Berhormat EXCO untuk mengadakan libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan, namun tarikh-tarikh yang telah dinyatakan sebentar tadi, berlangsung sebelum ada perkembangan yang terbaru, di mahkamah Persekutuan. Hari ini kita berdepan dengan satu Perintah dibawah Akta Perihal dagangan dengan tafsiran Perlembangaan Persekutuan khususnya Item 8A, dan saya khuatir tafsiran Perlembangan Persekutuan ini akan memberi kesan kepada pihak berkuasa berwibawa khususnya MAIS, berkenaan perkara yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO. Kita ada dua perkara besar yang kita bahas pada petang ini. Satu, pihak berkuasa berwibawa iaitu MAIS yang hendak kita jelaskan peranannya dan yang kedua ialah soal penguatkuasaan seksyen baru iaitu seksyen 121B, Bahagian 10A Pengurusan Halal memperuntukkan kuasa kepada Majlis untuk membuat perakuan Halal terhadap mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan dan ianya adalah selaras dengan kedudukan Majlis sebagai pihak berkuasa berwibawa menurut Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011, yang menyebut dengan izin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam bagi negeri-negeri masing-masing, hendaklah menjadi Pihak Berkuasa Berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Namun dalam kes Nik Elin antara seksyen di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan yang dicabar adalah Seksyen 42 dimana Seksyen 42 ini menyatakan seperti berikut, 42(1).

Speaker

Saya mohon semua yang hadir sidang Dewan ini supaya bunyi handphone dapat disenyapkan. Silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Seksyen 42(1) menyebut mana-mana orang yang mempamerkan apa-apa bentuk penandaan Halal kepada makanan, minuman, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak Halal dengan tujuan memperdayakan ataupun mengelirukan orang Islam bahawa makanan, minuman, barang-barang atau perkhidmatan itu adalah Halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi 5,000 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Ini seksyen 42(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Kelantan, yang dicabar oleh Nik Elin. Apa kata Ketua Hakim Negara dan Mahkamah Persekutuan? Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seksyen 42 tersebut adalah tidak sah kerana perkara tersebut berada di luar bidang kuasa negeri Kelantan untuk menggubalnya. Dalam membuat keputusan tersebut, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa subjek perkara berkenaan dengan seksyen 42 tersebut adalah termasuk dalam subjek perkara kawalan makanan,

food control, memandangkan subjek perkara tersebut adalah berada dalam senarai Persekutuan yang juga merangkumi standard dan keselamatan makanan maka negeri Kelantan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal seksyen 42 tersebut.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Kelang boleh saya tanya penjelasan mengenai keputusan mahkamah? Keputusan mahkamah bukan itu sahaja kalau Yang Berhormat melihat kepada item 8 ia adalah memberi penjelasan berkenaan adulteration adultery dan Mahkamah Persekutuan membuat peruntukan 42 itu adalah bercanggah dengan item 8 dimana dalam maksud adulteration. Yang Berhormat setuju?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

I’m coming to that, in fact, saya nak sebut sini Mahkamah juga menyatakan Item 8 yang disebut oleh YB Kota Kemuning dengan izin.

“Item 8 of the federal list makes it clear especially from above entry that food control which when interpreted brought and including the phrase that appears after in adulteration of food stuffs and other goods would include food standard and safety in this regards as food safety and adulteration of food safety is a matter of parliament the use and abuse of the Halal logo would also constitute a matter included in the federal list”.

Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan adalah berkaitan dengan kesalahan jenayah dibawah seksyen 42 Enakmen Kanun Jenayah Kelantan, namun keputusan tersebut menyatakan dengan jelas, sempadan kuasa negeri dan kuasa Persekutuan di mana perkara berkaitan kawalan makanan, food control yang merangkumi standard dan keselamatan makanan adalah dibawah kuasa Persekutuan. Maka berlaku pertembungan tentang kuasa yang diberikan di bawah Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 dan juga keputusan mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Dan membaca keputusan Mahkamah Persekutuan secara umumnya akan memberi maksud bahawa negeri-negeri tiada kuasa untuk menggubal peruntukkan berkenaan dengan kawalan makanan yang merangkumi standard dan keselamatan makanan yang termasuk dibawahnya Perakuan Halal Pensijilan Halal dan sebagainya. Bagaimana keadaan di Selangor? Selangor di bawah seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, kesalahan tentang penyalahgunaan logo halal juga telah digubal. Seksyen 38 tersebut menyatakan, dengan izin, mana-mana orang mempamerkan pada mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan dan minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi 2 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Walaupun seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah Selangor ini sedikit berbeza dengan seksyen 42 Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Kelantan dari segi perkataannya namun kandungan dan kesalahan yang ingin diwujudkan adalah sama. Sebab itu, oleh yang demikian memandangkan Mahkamah Persekutuan telah membatalkan seksyen 42 Enakmen Kanun Jenayah Kelantan atas alasan negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa maka sudah tentulah seksyen 38 yang mengandungi kesalahan yang sama, mungkin akan turut terbatal jika dicabar nanti. Pertimbangan saya pada petang ini hanya untuk memberikan peringatan, sementara saya dan rakan-rakan mendukung usaha untuk memperkasa peranan MAIS dalam pengurusan Halal ini kita tidak mahu enakmen jenayah syariah Selangor ini diisytihar terbatal nanti. Maka penguasaan apabila ianya terbatal, apa yang akan berlaku ialah penguatkuasaan tentang kesalahan penyalahgunaan tanda Halal tidak dapat kita lakukan dan pindaan bahagian 10A ini yang dicadangkan untuk pengurusan Halal akan tidak dapat dipraktikkan. Saya mendukung usaha ini tetapi Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab supaya penggubalan pindaan Rang Undang-Undang ini bersifat water tight dan tidak terdedah kepada kemungkinan dicabar oleh mana-mana pihak. Saya juga ingin mencadangkan supaya skop bidang kuasa Majlis juga dapat membantu ataupun memudahcara PMKS di Negeri Selangor ini supaya khususnya dikalangan umat Islam terlibat dalam industri Halal dengan secara lebih agresif dimasa akan datang. Saya kira peranan ini juga harus diberikan kepada Majlis sebab kalau kita lihat dengan izin Tuan Speaker, “The size of Halal market in 2030” berjumlah USD5 trillion. Ini satu pasaran yang cukup besar, malangnya kalau kita lihat statistik seterusnya yang dikeluarkan oleh pihak HDC daripada 200 ribu syarikat yang terlibat dalam Halal related business, hanya 7,845 syarikat yang certified Halal oleh JAKIM. Maknanya peratusannya terlalu kecil dan daripada 7,845 syarikat yang telah mendapat sijil Halal oleh JAKIM hanya 38% dikalangan syarikat-syarikat bumiputera. Sekali lagi potensinya besar, kita ingin cadangkan supaya Majlis ini juga berperanan untuk facilitate PMKS dikalangan umat Islam supaya terlibat dengan lebih agresif dalam industri Halal bukan sahaja di Negeri Selangor tetapi dapat menyumbang kepada ekonomi di peringkat nasional. Jadi Tuan Speaker, sementara saya mendukung cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat EXCO saya berharap Yang Berhormat EXCO tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan seperti ini kerana ada ruang-ruang yang perlu kita lihat dan pastikan pindaan dan penggubalan Rang Undang-Undang ini cukup kemas, water tight, teratur, mengikut tatacara perundangan dan tidak melangkaui bidang kuasa perundangan di peringkat Persekutuan. Terima Kasih Tuan Speaker.

Speaker

Sebelum saya menjemput pembahas yang seterusnya, saya mohon pembawa usul daripada Yang Berhormat Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin membawa satuUusul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari

ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5 petang. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Saya menjemput Sungai Ramal 10 minit.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2024 yang mula dibincangkan sebentar tadi oleh rakan-rakan Yang Berhormat semua.

Saya melihat ada empat perkara penting yang dibangkitkan dalam usul Rang Undang-Undang ini:-

1) Perintah tindakan bersaling; 2) Berkait dengan pelantikan Timbalan Pendakwa Syarie; 3) Pembentukan Jawatankuasa Tauliah; dan 4) Pengurusan halal.

Saya tidak akan mengulangi apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang sebentar tadi dan saya menyokong sepenuhnya tentang kekhuatiran ataupun kerisauan di atas kekuatan enakmen ataupun peruntukan yang kita gubal nanti tentang cabaran-cabaran yang akan diharunginya sementelah Rang Undang-Undang ini dibentangkan di Dewan yang Mulia ini selepas kes Nik Elin, kita dengar sama-sama.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berbahas tentang yang kedua iaitu mengenai pertambahan pendakwa syarie yang saya sokong sepenuhnya keperluan kepada pertambahan kuasa ataupun delegation of power kepada beberapa subordinate (dengan izin Speaker) terhadap membantu Bahagian Pendakwaan Syarie sementelah

kes-kes yang dilaporkan di media. Jumlah kes kesalahan jenayah syariah sangat banyak. Kalau mengikut website ini dari tahun 2018 sehingga 2022, Selangor sahaja mencatatkan kesalahan syariah sebanyak 14,673 kes. Dan dia meliputi bukan sekadar pematuhan kepada Enakmen Jenayah Syariah Selangor tetapi juga melibatkan enakmen yang lain termasuklah Undang-undang Keluarga Islam Selangor, Enakmen Zakat dan seumpamanya yang memerlukan kekuatan yang jitu dalam Bahagian Pendakwa Syarie, yang lebih khusus dan lebih banyak ialah kepada Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Saya mengambil contoh beberapa kes yang besar yang dilibatkan dalam kes-kes jenayah ini. Yang pertama kes takfir, kes khalwat, kes berjudi, kes muncikari. Pernah dengar tak muncikari? Bukan jual kari. Muncikari. Muncikari ni ialah menjadi ejen kepada jenayah seksual, orang Melayu sebut bapa ayam atau ibu ayam. Tak fasal-fasal ayam yang kena. Tapi tu lah istilah yang dipakai oleh undang-undang iaitu muncikari satu kesalahan yang besar di bawah Undang-undang Syariah, pelacuran, minum minuman yang memabukkan, persetubuhan luar tabii, dan penyalahgunaan tanda halal.

Kita perlu akui sungguh-sungguh bahawa bidang kuasa ataupun satu wewenangan yang diberikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam negeri ini, untuk menggubal undang-undang yang berkait dengan hukum syarak yang jelas dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Justeru, kita menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk membentangkan usul ini. Cuma agak terkilan mungkin sedikit lewat kerana dibentangkan selepas dua kes landmark besar dalam negara kita iaitu kes Nik Elin dan kes Iki Putra.

Saya menyebut kan beberapa jenis kesalahan yang wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melebihi 49 kesalahan, tak termasuk kesalahan dalam Undang-undang Keluarga Islam dan lain-lain enakmen yang memberikan kuasa kepada Pendakwa Syarie yang mendakwa mereka yang bersalah atau dituduh. Tetapi kebimbangan kita ialah bilamana satu seksyen satu, peruntukan gugur oleh kerana seseorang yang bernama Iki Putra yang membawa kes ke Mahkamah Persekutuan supaya mengisytiharkan peruntukan tersebut batal. Peruntukan apa? Peruntukan menjadikan perbuatan persetubuhan luar tabii sebagai tidak salah atau bukan bidang kuasa Negeri Selangor untuk menggubalnya.

Itu satu kes. Bayangkan, nauzubillah, ada ramai lagi yang bawa kes. Macam di Kelantan, pemohon bukan minta digugurkan satu seksyen tetapi 16 peruntukan, 16 seksyen dan Selangor setakat ini, kita pun tidak mahu berlaku, terbuka kepada pihak-pihak lain yang cuba mungkin untuk menggugurkan lain-lain peruntukan yang sedia ada dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor sementelah jawatankuasa yang dilantik oleh MKI belum memberikan apa-apa recommendation atau cadangan kepada MKI untuk

memperkasakan Undang-undang Syariah di negeri kita dan di Malaysia secara umumnya. Sebab itu saya sebut tadi bahawa sedikit terlambat kerana dibuat selepas ada keputusan Nik Elin. Atau mengapa tidak ditangguhkan lagi selepas jawatankuasa yang dilantik oleh MKI memberikan recommendation (cadangan) kepada negeri ini dan Persekutuan untuk meminda mana-mana peruntukan yang perlu bagi memperkasakan Undang-undang Syariah di Malaysia dan Selangor?

Dan kerisauan Sungai Ramal pula bilamana Menteri Agama tak boleh memastikan bahawa mengharmonikan Undang-undang Syariah dan Undang-undang criminal atau Sivil boleh dilaksanakan/direalisasikan pada tahun ini. Bila ditanya kepada Menteri Agama apakah dibuat? Akan dibuat pada tahun ini? Beliau menyebutkan bahawa belum tentu tahun ini. Saya tak kata pun. Ini menambah kerisauan kita dalam keadaan yang begitu panjang, setahun atau mungkin setahun lebih apa akan jadi sekiranya ada kes Iki Putra 2, Iki Putra 3 dan sebagainya yang membawa tindakan ke Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan beberapa peruntukan yang ada di Negeri Selangor. Sebab itulah dalam kami menyokong usul ini

Boleh mencelah sikit?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Sila.

Saya nak bertanya pada Sungai Ramal minta penjelasan. Sebab tadi pun telah disebut oleh EXCO bahawa pindaan-pindaan yang di cadang ini telah melalui penelitian pihak Kamar Negeri Selangor dan sama juga dengan penggubalan undang-undang yang telah diluluskan di negeri-negeri yang lain termasuk di Negeri Kelantan, sebenarnya juga telah melalui satu penelitian pihak Kamar sebelum daripada dia dibentang kerana Penasihat Undang-Undang Negeri itu juga sebenarnya adalah terkait dan diluluskan dan dihantar daripada Pejabat Peguam Negara sendiri. Jadi macam mana hal-hal ini boleh berlaku pelanggaran? Terima kasih.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Yang Berhormat Sabak memberikan celahan yang memberikan pertanyaan yang sama kepada Dewan ini dan saya mohon diambil pencelahan itu sebagai sebahagian daripada ucapan saya untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Saya mendengar daripada awal tadi Yang Berhormat EXCO menyebut bahawa Rang Undang-Undang ini telah melalui proses penelitian yang cermat daripada pihak Penasihat Undang-Undang Negeri dan saya percaya dan yakin bahawa betul, ia telah melalui penelitian yang cermat oleh pihak Penasihat Undang-Undang Negeri. Cuma sama ada dia terlambat dibentangkan di Dewan ini kerana mungkin proses yang panjang, baru sesi ini dapat dibentangkan untuk dibentangkan kepada kita. Namun, pemerhatian kepada kes landmark tadi mungkin

terlepas pandang sehingga dibuat juga usul untuk di bentang di Dewan ini yang sepatutnya mungkin boleh diberikan perhatian tunggu sehingga recommendation ataupun cadangan dari jawatankuasa yang dibentuk oleh mereka itu diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Dalam pada kita mahu memperkasakan Bahagian Pendakwaan Syarie, kita berharap Kerajaan Negeri memerhatikan sungguh-sungguh tentang kekuatan undang-undang, peruntukan yang ada yang sedang diamalkan di negeri ini satu persatu, jangan sampai ada kes-kes lain yang membuka lagi peluang untuk menggugurkan lain-lain peruntukan yang ada dalam negeri kita.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Oleh kerana saya sudah menyebut tentang sokongan saya kepada hujahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tentang persoalan halal saya tak mahu mengulas mengenainya balik. Cuma saya nak mengubah sedikit (mengambil masa Speaker satu minit) untuk bercakap tentang teknikal pembentukan Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Masa sudah habis Yang Berhormat. Saya bagi satu minit saja.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ya, terima kasih.

Speaker

Sila cepatkan.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Teknikal, very technical iaitu mengenai numbering. Numbering. Peruntukan yang diberikan kepada kita melalui kertas Rang Undang-Undang ini biasanya, setiap bahagian itu dia akan bermula dengan number yang sebelumnya sebagai turutan number. Saya mengambil contoh, bahagian yang kelapan berakhir dengan nombor 106. Maka (maaf). Bahagian yang kelapan. Ya kelapan. Lalu bahagian yang kesembilan, bermula dengan 107 (106, 107) dan berakhir dengan nombor yang terakhir dan diikuti oleh bahagian yang kesembilan 117 yakni menggunakan bahagian 10(a), saya tahu, tetapi mengapa tidak disempurnakan dengan teliti supaya peruntukan ini selaraskan nombornya dengan tidak meletakkan bahagian 10(a) tapi letak bahagian sebelas dan menganjakkan bahagian-bahagian lain itu ke bawah kerana nombor tidak banyak, hanya tiga empat nombor saja bagi memurnikan kedudukan undang-undang kita bagi nampak cantik dan cermat. Saya bimbang esok nanti macam kami pengamal Undang-undang Syariah ini melihat sedikit kecanggungan dalam Dewan Negeri ini menggubal undang-undang yang kita bentangkan sama-sama di sini. Yang Berhormat Speaker, saya menyokong undang-undang ini tapi mohon penjelasan atas beberapa soalan yang saya kemukakan tadi. Terima kasih.

Speaker

Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker berikan peluang saya. Saya di sini berdiri untuk menyokong usul ini tetapi sebagai peguam dan juga sebagai ADUN saya ingin memberikan sedikit penjelasan berkenaan undang-undang dan juga berkenaan dengan kes (stigma kes) Nik Elin. Salah satu sebab kerana kita ada stigma tersebut kerana kita tidak faham. Tidak faham apakah yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan kes tersebut. Kes tersebut tidak langsung berkenaan dengan keabsahan Mahkamah Syariah. Kes tersebut adalah berkenaan dengan bidang kuasa Kerajaan Undangan Negeri dalam menggubal sesuatu undang-undang. Let us be clear. Let us be clear mahkamah telah memutuskan hanya berkenaan dengan bidang kuasa jurisdiction. So soalan banyak yang telah dibangkitkan sama ada Undang-undang Enakmen Syariah yang telah pun dibicarakan di mahkamah tersebut adakah bercanggah dengan Perlembagaan. Dalam Malaysia, Perlembagaan Persekutuan merupakan supreme law of this land. So, apa-apa undang-undang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah void in notions. So, dalam kes ataupun perundangan yang digubalkan di mahkamah. So, yang sedang digubalkan oleh Kerajaan Negeri pada hari ini. Sama ada enakmen ini di bawah bidang kuasa Dewan ini. Saya ingin membawa dan ingin menyatakan bahawa penggubalan undang-undang ini adalah selaras dengan perlembagaan, maka Dewan Undangan ini mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang ini. Untuk menyokong ataupun memberitahu kenapa keputusan Nik Elin tidak ada apa-apa isu atau impak kepada.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya mohon mencelah Yang Berhormat Kota Kemuning. Sebab saya ingat Yang Berhormat Kota Kemuning mungkin nak bagi law lesson at the moment.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

That’s right.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Jadi, saya sebagai seorang Doktor sebelum ini, saya nak dengar. Sebab tadi Yang Berhormat kata, Dewan ini ada, based on the constitution, ada hak untuk buat undang-undang ini. Boleh jelaskan dengan lebih terperinci, sebab saya nak dengar, sebab tadi Yang Berhormat ulas Nik Elin tidak berapa clear, then Yang Berhormat terus bagi conclusion bahawa ada hak untuk buat, jadi kita nak faham.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Okay, Taman Medan relaks dulu. Let me be, I just on my presentation. Just give me a minute, alright.

Speaker

Yang Berhormat jangan ingat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Doktor dia nak cepat, lawyer lambat cakap panjang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yes, so operation terus dibuat ke.

Speaker

Yang Berhormat-Yang Berhormat cuba kita perbanyakkan penggunaan bahasa Malaysia dan kita perlu juga jaga masa.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

So, seperti mana rakan saya Taman Medan tanya, bidang kuasa bagi sesuatu Dewan Undangan Negeri di bawah Artikel 11(4). Di mana sesuatu undang-undang yang boleh digubal adalah dalam item 1, di bawah State List. So, ini memberikan kita kuasa untuk kita menggubal undang-undang. So, let’s be clear. Tidak ada perbezaan di Federal List and State List, tambahan bagi untuk menggubal undang-undang ada di bawah Artikel 11(4). Itu saya rasa menjelas kepada Taman Medan berkenaan dengan bidang kuasa.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Boleh saya bertanya Yang Berhormat Speaker? Terima kasih Kota Kemuning. Yang menyebut tentang kes Nik Elin tidak ada kena mengena dengan kedudukan Mahkamah Syariah dan Undang-Undang di Malaysia dan Selangor.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Sorry, what?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tidak ada kena mengena dengan undang-undang syariah. This is your statement.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Bukan, bukan, bukan. Saya kata, penggubalan enakmen hari ini adalah tiada kena mengena atau tiada impak terhadap kes Nik Elin.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Baik. Macam mana penggubalan undang-undang mengenai kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii dibuat di Dewan ini, tiba-tiba dia gugur sebab kes Iki Putera. Then Iki Putera menjadi kes yang dirujuk oleh Mahkamah dalam kes Nik Elin. So, macam mana yang Yang Berhormat kata tidak ada kena mengena.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Okay, saya jawab. Kalau kita lihat kepada apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Nik Elin telah memberikan kita penjelasan dalam situasi mana mahkamah boleh membuat satu

keputusan sama ada undang-undang itu bercanggah dengan undang-undang perlembagaan. Kalau boleh saya baca dalam bahasa Inggeris. Dengan izin,

Tuan Speaker, Judgement telah pun dalam bahasa Inggeris. Paragraph 121.

First the determination whether the impugned section legislated by the State Legislature is an offence against the ‘precepts of Islam’ which constitutionally refers to one of the two broad categories So, dia ada one or two categories. The first category, dalam dengan izin,

The first broad category relates to any matter specifically referenced in Item 1 of the State List and to other relevant provisions in the Federal Constitution. If the impugned section in pith and substance can be referenced to any Item 1, Okay, that’s mean refer kepada item 1 or any other relevant provisions in FC, Federal Constitution the law is applicable only to persons professing the religions offence of Islam, then it is a religious offence, and the law is validly enacted by the state legislatures as it clearly falls under the State List.

So, ada dua situasi. First, it must be percept of Islam. Second, whether it fall on the first list or Article 11(4). So, ini adalah kaedah-kaedah yang digunakan Mahkamah Persekutuan. Tambahan the second broad is the categories of cover purely religious offences to (i) aqidah; (ii) sanctity of the Islamic religion or its institutions; or (iii) one purely relating to morality in Islam.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Izin saya mencelah. Terima kasih. Tadi saya ada mendengar Yang Berhormat Kota Kemuning sudah dua kali menyebut tentang Artikel 11(4). Adakah itu under Article Freedom of Religion, Perkara Kebebasan Agama yang menyebut dengan izin Tuan Speaker, State and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, Federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam” is that the one? So, saya nak tanya apakah kaitan antara Artikel ini dengan kita punya yang disebut berulang kali tadi our Federal List. Saya nak tahu apa kaitannya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

So, dalam undang-undang bila kita gubal undang-undang kita ada dua perkara yang kita perlu lihat. Di mana satu, kita perlu lihat kepada State List, kedua kuasa di bawah Artikel 11(4) also membenarkan membubarkan undang-undang apabila ia merujuk kepada professing the religion of Islam.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Izin saya mencelah. Kalau mengikut Perkara 11 di bawah dengan izin Freedom Of Religion, itu adalah satu kuasa yang menyebut hanya Undang-undang bukan Agama bukan Islam tidak boleh disebarkan kepada orang Islam? Adakah ini yang.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Bukan. Okey, you must read this way. When your read an Act, you must read this way. Bila kamu baca undang-undang kamu kena lihat kepada konteksnya, interpretation bagi sesuatu undang-undang adalah organik. So, kalau saya baca State Law.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kota Kemuning, saya ingat ramai nak mengikuti perbincangan ini tetapi it becomes too technical. Saya ingat Yang Berhormat kena jelaskan Yang Berhormat punya arguement tadi, what is the State Jurisdiction dalam hal ini. Now you talking about the law, whether is the applicable to Muslim or Non-Muslim, correct? Untuk nak bezakan antara Perlembagaan Persekutuan dengan Negeri. So, sekarang ini saya nak tahu Yang Berhormat. Tadi kita tanya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Bukan. Duduk Taman Medan. Saya jelaskan. Saya tak cukup masa ini. Duduk dulu, hold on. Let me finish it. Duduk dulu.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tadi Yang Berhormat started off dengan mengatakan bahawa kes ini tak ada kena mengena dengan kes Nik Elin.

Speaker

Taman Medan. Sila duduk.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya minta sikit saja. Di peringkat Perikatan Nasional, yang kita risau adalah bila kita buat undang-undang ini, suddenly dicabar. Saya ambil contoh mudah saja. Contoh ini.

Speaker

Yang Berhormat nanti boleh berbahas. Yang Berhormat Kota Kemuning. Yang Berhormat Taman Medan. Sekejap, saya nak tanya. Nanti Yang Berhormat Taman Medan bahas.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Setengah minit. Satu soalan saja.

Speaker

Yang Berhormat nanti boleh bahas. Tak pe. Sebab masa tidak begitu mencukupi.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Nanti lepas Dewan tanya pandangan.

Speaker

Yang Berhormat Kota Kemuning. Masa tidak cukup lagi. Kota Kemuning, saya nak tanya perenggan terakhir.

Yang Berhormat Kota Damansara dan Taman Medan duduk. Kota Kemuning dah habis ke belum? Saya rasa kena habiskan kerana masa tidak begitu mencukupi. Pendekkan dan juga ringkaskan dan terus kepada isu-isu yang muktamad.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Okey, Tuan Speaker. Dalam enakmen ini adalah enakmen berkenaan dengan pengurusan sahaja. Ini bukan enakmen untuk berkenaan dengan Enakmen Jenayah Syariah. So, itu kita boleh lihat daripada bahagian dan peruntukan ini sekali. Kedua, apabila dibangkitkan dalam Seksyen 42 Enakmen Jenayah Syariah adalah berbeza dengan enakmen yang telah dibawa di sini. Kerana dalam 42(1) itu adalah enakmen jenayah syariah. Kedua, ia adalah termaktub dalam Federal List, di mana Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan telah jelas memberikan deskripsi berkenaan dengan apakah failure description berkenaan dengan sesuatu produk. Dalam undang-undang yang sama telah memberikan kuasa kepada Minister untuk memberikan satu kompetensi atau authority di bawah Seksyen 29 di mana telah pun dibincangkan di Seksyen 3 melalui perintah. So, maka itu tiada isu berkenaan dengan sama ada kita ada bidang kuasa untuk memulakan ataupun menggubal undang-undang ini. Ia adalah berbeza sekali. Dalam Seksyen 42, merupakan satu seksyen yang sendiri. We called as a stand alone provision. So, ia adalah berbeza dengan undang-undang di sini. So, dengan itu saya menyatakan bahawa undang-undang ini memang mengikut perlembagaan dan juga bidang kuasa State. The ratio of Nik Elin tidak.

Speaker

Yang Berhormat teruskan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

So, oleh itu saya ingin menegaskan bahawa ratio kes Nik Elin ini adalah berbeza dan tidak boleh dipakai untuk kes ataupun enakmen yang telah sedang digubal di Dewan ini. So, dengan itu saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Speaker

Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Permatang menyokong apa sahaja perubahan atau keputusan yang baik yang boleh menyumbang kepada kemakmuran seluruh rakyat Selangor apatah lagi yang berkaitan dengan agama Islam dan logo halal yang kita sedang bincangkan hari ini. Jadi saya pertama sekali ingin menyokong, kata Kota Kemuning tadi yang berkenaan dengan kes Nik Elin tadi. Kalau rata-rata yang mungkin kita perasan apa yang kita bincangkan hari

ini adalah tidak kena mengena dengan Enakmen Jenayah Sivil kalau kita sebut fasal berkenaan Enakmen 121B tadi.

Tuan Speaker, izinkan saya membaca, saya ingin menyentuh tentang Enakmen 121B Kuasa Majlis berkaitan dengan perakuan halal yang berbunyi “Majlis sebagai pihak berkuasa berwibawa dalam Negeri Selangor di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 boleh memperaku bahawa mana-mana makanan, barangan-barangan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barangan-barang adalah halal”

Tuan Speaker dengan izin, saya ingin merujuk kepada a decided case Akhtiah and Government of Malaysia yang pernah menyebut, “The Power Of Parliament as State Legislature in Malaysia is limited by the Constitution”

Jadi Tuan Speaker, melalui Jadual Kesembilan, kita punya Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan perkara-perkara yang Parlimen boleh membuat undang-undang dan mana-mana perkara yang Badan Perundangan Negeri boleh buat undang-undang. Maknanya ada dengan izin separation of power di situ. Dengan kata lain, kuasa perundangan Persekutuan dan Negeri telah ditentukan di dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Saya ingin merujuk kepada perkara 4, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut.

“Apa-apa undang-undang yang diluluskan tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah”.

Jadi di sini saya ingin menyentuh..

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Permatang, boleh saya tanya penjelasan. Ada juga undang-undang yang telah digubal oleh Parlimen telah pun di katakan adalah tidak berperlembagaan. Contohnya seksyen 4, POCA, seksyen 15 POCA dan juga seksyen 40D Land Acquisition Act. Kes-kes dalam Semenyih Jaya, Dinesh, Mahkamah Persekutuan ada yang menyatakan ia adalah tidak berperlembagaan. Betul?

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Betul, saya setuju dengan Kota Kemuning. Sebab itulah di dalam membina, dalam kita merangka undang-undang dalam enakmen ini, saya berharap kita punya Dewan Undangan Negeri, Dewan Yang Mulia ini tidak melakukan sebarang kesalahan supaya satu hari nanti kita takut seandainya undang-undang yang kita lepaskan atau luluskan hari ini akan menjadi perbualan dan mungkin boleh dikategorikan sebagai void atau dibatalkan nanti.

Jadi, di sini itulah di sini saya juga ingin menyebut yang bahawa di dalam kes Nik Elin tadi, betul seperti Kota Kemuning cakap, memang tidak ada kena mengena yang apa kita bincang hari ini, tiada kena mengena dengan jenayah sivil pun jenayah syariah. Jadi kerana di dalam kes Nik Elin it was dengan izin Tuan Speaker,

“it was decided by the court that food safety and adultrition food safety is a matter for parliment. Thus, the use and abuse of the Halal logo, would also constitute matter included in Federal list”.

Jais saya ingin membawa perhatian Dewan, kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah jadual 9, sorry di bawah jadual 9 item 8 trade commerce and industries including dengan izin Tuan Speaker, saya baca dalam bahasa Melayu yang bermaksud pertukangan perdagangan perindustrian termasuk:

a) Pengeluaran, pembekalan dan pengedaran barangan, kawalan harga dan kawalan makanan, pengadukan bahan makanan dan barangan.

Jadi, di dalam kes Nik Elin baru-baru ini, sudah diputuskan bahawa mengikut item 8 di bawah jadual 9 ini, mengatakan apa-apa yang berkaitan dengan kawalan makanan adalah tertakluk di bawah undang di bawah kuasa Parlimen, di bawah kuasa federal. Jadi saya risau seandainya kita Rang Undang-undang ini diluluskan ia akan menyentuh senarai persekutuan dan saya bimbang ia akan bercanggah dengan keputusan Federal Court baru-baru ini.

Permatang, minta laluan sikit. Permatang, setuju tak dengan Kota Damansara, sebab saya ingat yang bahas semua lebih kurang semua ada background law, setuju atau tidak dengan Kota Damansara bahawa undang-undang ini bersifat dia hidup. Yang pertama kita kena faham, separation of power iaitu judiciary, executive dengan legislative. Jadi undang-undang yang dibawa ketika ini dia sifat terbuka kalau ada satu waktu ketika ada waktu di ferderlkan sendiri pun ada yang nak avoid, jadi secara tak langsung, ada yang kerisauan-kerisauan. Jadi biar court yang tentukan, walau bagaimanapun kita sebagai tugas sebagai Dewan ini, kita yang kita membuat suatu undang-undang itu, kemudahan yang mentafsir undang-undang itu ialah pihak mahkamah.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Saya setuju sebab sebagai peguam pun kita mesti ada tafsiran sendiri, peguam sana tafsir lain, peguam sini tafsir lain, itu saya sangat setuju. Tapi sebagai kita ini semua orang-orang yang antara ahli-ahli yang menggubal undang-undang, jadi kita kena sedar bahawa undang-undang ini memang betul, saya setuju dengan Kota Kemuning, its evolve. Tapi memandangkan kita

kena ingat sources of, dengan izin, sources of law kita antaranya ialah precedent case. Maksudnya sudah telah, baru-baru ini pada Februari yang lepas, saya rujuk kembali kepada kes Nik Elin Zurina dan Kerajaan Negeri Kelantan (2024) 2 MLJ yang diputuskan pada 09 Februari 2024. Maksudnya sudah ada Federal Court decision yang telah menyentuh tentang ini. Sebab itulah saya terpaksa menyatakan kerisauan seandainya kita dilihat, kita dilihat sebagai tidak cakna kepada perkembangan undang-undang yang sedang berlaku. Jadi saya lihat kerana tadi saya pun sangat-sangat saya mendengar Yang Berhormat EXCO ada menerangkan yang sudah membincang dan menjalankan libat urus dengan pelbagai-bagai jawatankuasa yang terlibat. Itu adalah satu tindakan yang sangat bagus.

Tapi yang saya risau, yang saya perhatikan dekat situ tarikh-tarikh yang disebutkan itu adalah pada tahun yang jauh daripada kes yang baru terjadi yang sangat-sangat baru iaitu 09 Februari 2024 ini. Kita boleh kata baru bulan lepas, jadi saya ingin membawa perhatian dewan supaya kita lihat, sebelum kita meluluskan enakmen ini, supaya kita sama-sama mengkaji semula mungkin ada yang perlu kita perhalusi yang boleh kita boleh amalan balik supaya tidak saya takut nanti kalau orang tengok nanti kita risau Dewan Yang Mulia ini dipandang remeh oleh negeri-negeri yang lain sebab kita ini dikenali sebagai negeri yang kata yang kaya yang terkenal kan Selangor ini. Jadi saya takut nanti apa undang-undang yang kita lepaskan akan dipandang seperti kita ini tidak tahu ataupun tidak cakna tentang perkembangan undang-undang yang terbaru.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya mohon mencelah Yang Berhormat Permatang. Saya dapat soalan sebenarnya daripada orang yang mengikut live streaming bertanya tentang isu Rang Undang-undang ini. Dia menanyakan kalaulah berlaku kesalahan, makna nya melibatkan syarikat bukan milik orang Islam, dan yang melakukan kesalahan itu adalah orang bukan Islam, adakah melalui undang-undang ini mereka boleh dijatuhkan hukuman? Ini antara yang ditanyalah, sebab bila kita bincang tentang kes ini, di mana nanti undang-undang dari segi Perlembagaan, dia akan dicabarlah di mahkamah. Kalau kata syarikat itu, tak, sudi ditanya, jadi mungkin pandangan Yang Berhormat Permatang dan mungkin nanti Yang Berhormat EXCO boleh jelaskan jugalah tentang perkara ini.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Yang itu nanti kita serahkan kepada Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negerilah untuk mengkaji semula, soalan yang diberikan tadi. Jadi tadi semalam pun seperti yang kita tahu Yang Berhormat EXCO juga ada ketika penggulungan ada menyebut bahawa semua peruntukan yang berkaitan dengan kes Nik Elin dengan kes Selangor ini masih sah dan tidak terbatal secara automatik. Itu pun saya setuju, kerana masih belum lagi ada mana-mana pihak yang datang mencabar. Jadi saya tak nak nanti bila kita ini dah, saya takut nanti seperti yang

tadi Sungai Ramal pun cakap, mana lah kita tahu ada Nik Elin 2.0 ke 3.0 ke dia datang mencabar dan kemudian kita akan lihat akan menjadi masalah pula kepada undang-undang yang sedang kita bincangkan hari ini. Jadi pada pendapat saya, sebelum kita meluluskan undang-undang ini, haruslah kita perhalusi, supaya di masa hadapan tidak akan ada lagi pertindihan seperti yang Kota Kemuning cakap, pertindihan kuasa seperti apa yang cuba kita bincang pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pada Adun yang muslim, suka Sungai Panjang peringkatkan tentang ayat Allah dengan izin (ayat al-quran). Dan berimanlah kamu dengan apa yang Allah turunkan iaitu kitab suci Al-Quran yang mengesahkan benarnya kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula ingkar akan Al-Quran dan jangan pula kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai harga untuk membeli kelebihan-kelebihan dunia yang sangat sedikit faedahnya. Dan kepada Allah sahaja hendaklah kamu bertaqwa, Surah Al-Baqarah, surah kedua ayat 41 juzuk 1 halaman yang ke 7.

Rembulan beradu indah nan nian, Cahaya bersinar satu purnama, Negeri sejahtera tanpa ancaman, Rakyat bahagia bersatu bersama.

Yang Berhormat Speaker, Sungai Panjang sedar dan menghormati tuntutan dan keperluan bagi memperkasakan suatu enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2024. Memandangkan pindaan enakmen ini adalah berkaitan umat Islam di Selangor khususnya, jadi adalah tidak wajar pindaan enakmen ini yang khusus bagi umat Islam di Selangor, jika kita melihat di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, perkara 47 agama Islam adalah agama yang dianuti dan diamalkan dalam negeri ini. Maka adalah tidak wajar dibahas dan mengambil undi dari kalangan Ahli Dewan Negeri ataupun Yang Berhormat - Yang Berhormat yang bukan beragama Islam kerana ianya khusus bagi umat Islam. Kita mengambil maklum atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, ketika memberikan peringatan kepada Ahli Parlimen Beruas yang ingin mencampur aduk urusan yang mana mengingatkan rakyat negara ini khususnya..

Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Mereka bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam. Itu Titah Duli Yang Maha Mulia di negeri ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

Speaker

Sungai Panjang, Seri Serdang berdiri.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bagi saya habis dulu, sikit. Ada sepuluh minit, nanti last minit nanti saya bagi.

Sikit saja.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bagi, jangan takut, Seri Serdang jangan takut, saya bagi. Jangan takut, kali ini tak ada sebut liberal, jangan takut. Di negeri ini Enakmen Pentadbiran Agama Islam tidak wajar dilibatkan mereka. Maka untuk memperkasakan enakmen ini dengan meminda sebagai mana yang sedia ada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam, yang berpayung di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sangatlah disokong berbanding perkara ini di bahas di kalangan kita yang bukan Islam, kerana sudah pasti Yang Berhormat dari kalangan non-muslim tidak mahir atau dalam bahasa feqah nya tidak faqih secara mendalam tentang hukum hakam agama Islam dan firqah-firqah yang ada yang akan saya bahaskan nanti tentang pindaan enakmen 118

Speaker

Sungai Panjang, Meru dan Seri Serdang Berdiri.

..(Dewan Riuh)..

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Tuan Speaker, saya tak bagi.

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat semua duduk. Semua duduk. Kota Damansara, bawa peraturan tetap. Semua duduk. Kota Damansara, bawa peraturan tetap tiga, bukan Batu Tiga, Kota Damansara. Silakan.

36(1)

Speaker

36(1)

Seseorang ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja,

tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan. Speaker, Dewan Yang Mulia ini ialah tempat perbahasan segala Rang Undang-undang tidak kira bangsa dan agama. Dengan apa yang dicakapkan oleh Sungai Panjang, ini suatu yang tak boleh terima Speaker. Lagipun yang kedua, mana ada peruntukan yang mana-mana apabila Rang Undang-Undang itu dibawa, hanya yang Islam sahaja untuk membahas. Saya percaya perkara isu yang kita bawa ini ialah isu untuk memberi tauliah kepada mereka boleh menyembelih, memberikan makanan halal dan bersih. Apabila mengatakan yang bukan Islam tak boleh bawak apa semua, saya minta Tuan Speaker untuk membuat ruling untuk berkata perkara-perkara yang berkaitan sahaja. Jangan buat perkara-perkara yang tidak berkaitan. Ini bukan untuk Tiktok dan sebagainya Speaker.

Speaker

Terima kasih. Jadi, Yang Berhormat Sungai Panjang saya terima tadi saya dengar hujah daripada Yang Berhormat Kota Damansara dan saya memberi perhatian semua Ahli Yang Berhormat terhadap bukan sahaja Peraturan Tetap 36 (1) tetapi Peraturan Tetap 36(6), Peraturan 36 (10) (c) supaya kita bersederhana dalam perbahasan kita Enakmen Ibu ini sebenarnya telah pun diluluskan lebih 20 tahun yang lepas. Jadi telah diluluskan oleh semua Ahli Yang Berhormat pada hari itu terdiri dari semua kaum dan agama.

Ini bukan majlis fatwa nak kata halal ke haram.

Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang, sila percepatkan.

Sama juga menuduh Nik Elin Pluralisme, Liberalisme tak payah lah keluar perkataan-perkataan itu.

Speaker

Yang Berhormat Meru nak tanya

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Bila mana tentang hukum hakam Islam yang terkait dengan tauliah, tauliah ini ada hukum hakam. Saya bagi contoh paling mudah. Kita buat pertandingan memancing, buat pertandingan memancing contoh paling mudah. Bagi Islam, dia ada hukum. Kalau pertandingan memancing tadi dia kutip yuran untuk jadikan hadiah itu dah jadi riba’. Itu dah jadi perjudian (minta maaf). Dia nak buat pertandingan dia tak boleh kutip daripada peserta untuk dijadikan hadiah. Kalau pengurusan tidak mengapa. Sebab itu saya kata untuk tauliah ada libatkan hukum hakam yang

Sungai Panjang

Speaker

Yang Berhormat Sungai Panjang, Meru berdiri. Seri Serdang berdiri

Sungai Panjang saya nak tanya, pengerusi Jawatankuasa Tauliah adalah Mufti sendiri, adakah tidak layak bagi mufti sebagai pengerusi Jawatankuasa Tauliah.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Saya tak bagi laluan, minta maaf Meru, minta maaf Seri Serdang.

bukan minta maaf pada Seri Serdang, kena minta maaf pada rakyat Selangor. Sebab ini manipulate

Speaker

Sungai Panjang teruskan. Kuang duduk.

Tuan Mohd Razali Bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Yang Berhormat Meru, saya nak ingatkan mufti juga keluarkan fatwa melibatkan pertama, saya hendak mengambil pada pindaan Seksyen 118 dan bahagian baharu 10(a) jika sempat, kalau tak sempat tidak mengapa. Jadi ia melibatkan, contohnya kita kata bila sebut tentang tauliah. Tauliah daripada banyak sudut ya. Tauliah mengajar, tauliah sembelih dan sebagainya maka saya memperingatkan satu hadis Baginda Nabi S.A.W daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتََ يْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِِ رة َقًْ Maksudnya: “Golongan Yahudi akan berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku Islam akan berpecah kepada 73 golongan”.

Sebab itu pentingnya tauliah ini mereka yang memahami firqah-firqah yang ada. Kita khuatir, kita takut, Syiah boleh mengajar dalam masjid. Kita tidak sedar hari ini kadang-kadang Syiah pun jadi ketua kita, Syiah pun jadi pemimpin kita kan. Kita tidak tahu. Itu termasuklah kalau nak sebut benda lain dan sebagainya. Jadi sebab itu pentingnya pentadbiran ini mereka yang memahami urusan-urusan Islam. Masa pun tidak mengizinkan jadi saya tak menambah untuk perkara yang seterusnya. Wallahutaal a’lam dan akhirnya saya akhiri dengan pantun bahasa banjar. Terima Kasih.

Speaker

Terima kasih Sungai Panjang

Sungai Panjang, kalau nak cakap seorang-seorang kuliah sahajalah.

Speaker

Seri Serdang nak bahas? Ya Meru. Silakan Meru 10 minit

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Apa yang kita bincangkan yang dibangkitkan berkaitan dengan kes Nik Elin dan apa yang kita akan luluskan di bawah Rang Undang-undang sebenarnya bukan saya nak kata tiada kaitan, kalau boleh perbahasan kita menjurus kepada apa yang kita bincangkan. Kalau kita nak buat perbandingan, dari segi hukuman sivil berkaitan dengan dari segi contohnya liwat dan sebagainya. Ada dalam hukuman sivil. Begitu juga dalam Syariah. Adakah dalam hukuman sivil dalam mahkamah sivil ada memutuskan atau pun menjatuhkan hukuman kepada pelaku liwat? Ia nya tidak, oleh sebab tidak berada di Mahkamah Syariah ia tidak syariat? Ia tidak Syarie hanya kerana ada di Mahkamah Syariah ia syarie yang hanya kita tidak boleh tolak ialah hukuman di dalam Al-Quran dan ini adalah hukuman hari ini dalam Malaysia ini seluruh Malaysia adalah hukuman berkaitan dengan hukuman takzir dan diat. Dan sekali-sekali tidak ada bagi kita menjalankan hukum dan sebagainya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal

Saya tidak benarkan sebab dia dah lama tadi. Sebab kebimbangan saya akan mengelirukan seolah-olah wakil rakyat ADN sebelah sini seolah-olah menolak Hukum Islam. Yang sebenarnya hukum Islam telah termaktub dalam Al-Quran. Ini hukum maknanya di peringkat

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat 36(6)

Di peringkat persekutuan pun ada. Sama hukumannya. Terima kasih

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

36(6) Yang Berhormat, Peraturan Tetap.

Speaker

Apakah hujahnya Yang Berhormat Peraturan Tetap 36 (6)

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Iaitu Meru menyatakan ada tanggapan mengatakan pihak ‘sebelah sana’ menolak hukum Islam. Tidak ada mana-mana perkataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat ‘sebelah sini’ yang mengatakan Yang Berhormat menolak hukum. Tidak ada. Saya mohon tarik balik kenyataan itu

Saya boleh tarik balik tetapi ayat Al-Quran tadi mengingatkan pada kitasemua tetapi jangan sampai tuduhan, sindiran-sindiran ada ayat sindiran-sindiran. Saya pun boleh angkat Peraturan Tetap di mana disebut tentang Syiah disebut tentang Pluralisme, Liberalisme ini tidak ada satu fakta bukti yang ini diulang-ulang perkataannya ini seolah-olah dan ini juga berlaku semasa kempen Pilihan raya yang lepas. Di tiktok dan sebagainya. Oleh sebab persidangan kita ini live, persidangan kita ini live janganlah sindiran-sindiran ini seolah-olah menujukan ke sebelah pihak. Saya tidak kata menuju kepada kita tetapi inilah yang berlaku kekeliruan terutama umat Islam di luar, anak-anak muda seolah-olah kita ini menolak Islam

Speaker

Yang Berhormat nak beri pada siapa

Terutamanya ADUN Islam yang berada di pihak Kerajaan. Terima kasih. Saya tidak benarkan Hulu Kelang. Minta maaf

Speaker

Yang Berhormat dah habis ke? nak beri laluan?

Saya bagi Seri Serdang

Saya bukan pengamal undang-undang tapi tadi perbahasan Yang Berhormat Permatang perbahasan teknikal, Yang Berhormat Permatang dan sebagainya agak confuse. Bila naik Sungai Panjang saya lagi confuse lagi saya pening. Meru saya nak minta sedikit pandangan Meru lah, bila dia sebut bila Sungai Panjang

Speaker

Dia tak sebut. Seri Serdang habiskan

..(Dewan Riuh)..

Saya benarkan Seri serdang mencelah. ..(Dewan Riuh)..

Speaker

Yang Berhormat sila duduk. Hulu Kelang sila duduk. Tadi saya dengar Meru memberi laluan kepada Seri Serdang. Jadi Seri Sedang belum habis. Sila habiskan. Masa semakin kesuntukan lah. Yang Berhormat Hulu Kelang sila duduk. Seri Serdang cepatkan. Tadi tanya apa?

Bila Sungai Panjang saya lagi keliru ini. Dia masalah, saya nak dapatkan pandangan daripada Meru bila dia kata yang boleh bincang haruslah orang Islam sahaja. Pandangan Meru bagaimana, saya rasa ini menjumudkan lagi pemikiran, pandangan orang kepada orang Islam sedangkan yang kita bincang hari ini bukan tentang hukum haram harus atau wajib atau pun sunat. Kita bincang tentang teknikal. Ini tentang undang-undang. Bab Syiah bab itu tak payah cerita lah ni memang mulut tak tau mulut apa. Lain kali jangan one way, two way lah.

Speaker

Tenang semua tenang, kita berbicara dengan beradab dan bertamadun. Saya mohon Meru untuk teruskan. Masa ada sikit lagi tapi kena jaga masa juga ya. Silakan Meru

Tuan speaker, saya harap tidak diulang. Kita berbincang menjurus kepada apa yang jangan dikaitkan isu yang panas yang berlaku dalam negara kita baru-baru ini. Keputusan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan perkara tersebut. Sedang hukuman, kedua hukuman ini ada di Mahkamah Syariah Kelantan dan ada juga di Persekutuan. Bermakna tak perlu diulang-ulang yang sekarang ini kita luluskan dahulu undang-undang ini supaya kita boleh kawal.

Speaker

Meru nak bagi laluan ke kepada siapa

Saya beri kepada Kota Damansara. Terima kasih. Hulu Kelang dah lama berbahas. Hulu Kelang dah lama berbahas.

Speaker

Kota Damansara.

Yang Berhormat Meru, setuju atau tidak bahawa Sungai Panjang tidak faham pindaan Seksyen 118 ini sebenarnya untuk kita buat satu Jawatankuasa Rayuan Tauliah. Sebab apa, kebanyakannya mereka yang ditarik tauliahnya itu rakan-rakan daripada sebelah sana. Yang kita nak bagi dia untuk buat rayuan ini sebelah sana jugalah.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sebelah sini selalu pergi masjid. Sebelah sana kurang pergi masjid.

..(Dewan Riuh)..

Jawatankuasa Rayuan ini terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syarie. Terdiri daripada

Jawatankuasa. Jadi, sebenarnya Seksyen 118 ini ialah sangat penting untuk mereka-mereka. Seksyen 118. Jadi saya ingat, setuju atau tidak antara yang saya maksudkan yang Sungai Panjang tidak faham apa maksud Seksyen 118 ini.

Saya sangat setuju. Lagipun Jawatankuasa Tauliah dipengerusikan oleh.. ok Paya Jaras sebab orang kampung saya.

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Silakan Paya Jaras. Silakan.

Terima kasih saya ucapkan terima kasih. Terima kasih kepada Meru saya hendak betulkan sedikit pandangan Kota Damansara. Sebenarnya kami tidak menentang pun. Semua menyokong. Apa yang kami beri pandangan penambahbaikan. Kami di ‘sebelah sini’ buat keputusan kami menyokong sepenuhnya segala undang-undang yang dibentangkan. Apa yang dibahaskan tadi soalan penambahbaikan supaya undang-undang ini tidak dicabar. Itu sahaja jangan ada salah faham. Kita sokong, kita sokong.

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Meru teruskan. Baik semua duduk. Semua duduk. Semua duduk. Meru Meru Meru teruskan. Meru teruskan Meru. Meru. Meru.

..(Dewan Riuh)..

Terima kasih Paya Jaras. Orang kampung saya. Cuma, last lah last saya hendak tanya. Hulu Kelang dah lama Hulu Kelang dah ambil masa banyak sangat. Minta maaf ya. Saya hendak bertanya, ADN ‘belah sana’ sekiranya adalah salah seorang daripada ‘sebelah sana’ atau dua tiga orang di kalangan contoh Parti Gerakan, adakah di ‘sebelah sana’ membenarkan mereka membahaskan perkara yang kita bahas hari ini? Sekian terima kasih.

Boleh jawab?

..(Dewan Riuh)..

Speaker

Yang Berhormat nak bahas ke? Meru sudah habis.

..(Dewan Riuh)..

Saya nak jawab sebab dia tanya ‘sebelah sini’.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Meru minta kami jawab jadi biarlah kami jawab.

Speaker

tapi, tapi,

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya hendak bertanya pada Meru, dan Seri Serdang.

Speaker

Yang Berhormat duduklah. Masa sudah habis. Masa sudah tamat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kenapa Seri Serdang dan Meru sensitif dengan istilah Syiah, Pluralisme, Liberalisme?

Speaker

Tidak mengapalah Hulu Kelang duduk duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah pun menunjukkan pukul 5 petang. Jadi Dewan pada hari ini ditangguhkan ke pukul 10, 7 haribulan Mac 2024. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.00 PETANG)