Selangor · 7 March 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 270 turns · 20,626 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 pada 7 Mac 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa. (Doa dibacakan)

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakahtu, salam sejahtera, selamat pagi. Untuk perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan dari DUN Taman Templer iaitu Sekolah Menengah Ehsan, Sekolah Kebangsaan Selayang Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Hidihat seramai 12 orang yang diatur oleh Encik Tarmizi bin Kamarudin dan Encik Mohamad Mukmin bin Mursi dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer. Kita teruskan urusan pertanyaan daripada Hulu Bernam.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya bernombor 87.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Perkukuh Akidah Ahli Sunnah Wal JamaahQuestions

87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan akidah ahli sunnah wal jamaah di Selangor?

Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Bernam, bertanya apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan akidah Ahli Sunah Wal Jemaah di Selangor. Saya ingin mulakan dengan perincikan beberapa ciri-ciri pegangan akidah Ahli Sunah Wal Jemaah yang saya ambil sendiri daripada rujukan MAIS. Antara ciri-ciri tersebut adalah pertama berpegang dan mentafsirkan hukum-hukum Islam berdasarkan kepada sumber perundangan utama

iaitu Al-Quran dan Al-Sunah Ijmak dan Qias tanpa menolak atau mengurangkan peranan salah satu darinya. Kedua, berpegang kepada ajaran Islam yang meliputi perkara mengenai iman iaitu akidah Islam iaitu syarak dan ihsan iaitu akhlak. Ketiga, berpegang kepada Al-Quran yang dihimpunkan oleh para sahabat terutamanya Al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani serta berpegang kepada Al sunah terutamanya hadis-hadis yang dihimpunkan oleh Imam-imam besar hadis yang diiktiraf. Keempat, berkepercayaan bahawa para sahabat kesemuanya bersikap benar dan adil tanpa mengkufurkan salah seorang daripada mereka terutamanya para qullafah al-sidek. Kelima, percaya dan beriman kepada perkara ghaib terutamanya yang sabit melalui Al-Quran Al Sunah seperti seksaan azab kubur, pembalasan syurga neraka dan seumpamanya. Dan yang akhir sekali, tidak mengkufurkan saudara seislam atau yang berkiblatkan Kaabah ahlunalkiblah dengan mudah kecuali dengan pertimbangan ilmu atau hujah yang kuat dan sikap yang adil.

Jadi, akidah Ahli Sunah Wal Jemaah ini akidah yang rasminya hanya akidah rasminya diambil daripada pihak MAIS untuk umat Islam di Negeri Selangor. Jadi untuk soalan-soalan apakah usaha-usaha yang Kerajaan Negeri sedang membuat untuk mengukuhkan akidah ini, yang pertama JAIS melalui program-program pendidikan telah mendidik umat Islam dengan memberikan kefahaman dan penjelasan mengenai Akidah Islam, Akidah Ahli Sunah Wal Jemaah kepentingan menjaga akidah serta simptom-simptom ajaran sesat melalui pelaksanaan program dan aktiviti mengikut touch point di peringkat negeri dan di peringkat daerah. Serta berkolaborasi dengan pihak lain seperti NGO, agensi dan institusi. Kedua, JAIS juga menyediakan kurikulum pengukuhan akidah di dalam silibus pembelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan JAIS. Di samping itu pengajian akidah juga turut diajar oleh guru-guru takmir di masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor yang mana kelas ini boleh dihadiri dan disertai oleh orang Islam secara terbuka dan percuma. Ketiga, JAIS turut memberikan penjelasan melalui penyediaan teks-teks khutbah Jumaat yang menyentuh tajuk berkaitan akidah Islam, kepentingan menjaga dan memelihara akidah Islam. Keempat, JAIS juga berusaha melaksanakan pencegahan ajaran-ajaran menyeleweng dan sesat melalui kawalan tauliah ceramah. Kelima, JAIS turut melaksanakan pencelahan dalam isu dan masalah berkaitan pegangan akidah umat Islam yang dihadapi dalam kes-kes rumah tangga dan kekeluargaan melalui Pegawai Runding cara Keluarga. Keenam, bagi usaha penguatkuasaan undang-undang, JAIS konsisten menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima berkaitan kesalahan-kesalahan yang berlawanan dengan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Selangor dan Fatwa Negeri Selangor. Ketujuh, usaha-usaha pemulihan akidah, JAIS bekerjasama dengan MAIS memulihkan akidah mengikut modul istitabah, taubat bagi orang Islam yang mempunyai akidah yang rapuh terutamanya mereka yang didakwa sesat oleh Mahkamah Syariah sama ada pengisytiharan secara terbuka mahupun secara tertutup.

Dan akhir sekali, bagi memantapkan lagi usaha-usaha mengukuhkan akidah umat Islam di Negeri Selangor, JAIS sedang menjalankan kajian penyelidikan yang bertajuk

Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jemaah di Selangor dan cabarannya untuk dirujuk dan merancang tindakan-tindakan bersesuai dalam usaha mengukuhkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Selangor.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Hulu Bernam.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang diberikan. Soalan tambahan saya ini adalah berkaitan dengan pemeliharaan akidah, anak di bawah umur 18 tahun bagi ibu atau bapanya yang telah berhijrah menjadi sahabat baru dalam Islam. Saya amat memahami isu ini panjang dibahaskan sebelum ini dalam usaha meminda Enakmen RUU Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 177(B). Namun soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengharmonikan kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini dan saya juga ingin mendapat sedikit pencerahan Yang Berhormat EXCO bahawa unit yang manakah di bawah tanggungjawab JAIS melaksanakan tugas-tugas memberi penerangan dan kefahaman kepada yang bukan beragama Islam tetapi telah menunjukkan minat mengetahui lanjut mengenai agama Islam itu sendiri. Dan adakah ada unit yang diberikan tanggungjawab untuk memberikan khidmat sokongan, sokongan emosi kepada sahabat baru atau pun mualaf ini, yang saya berpendapat ini perlu dalam memberi penerangan dan memupuk kefahaman akan dapat mengharmonikan kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini, saya mohon respons Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Saya jawab yang akhir itu dulu iaitu bahagian mana di dalam JAIS yang menyediakan program-program dakwah untuk mualaf itu terutamanya. Perkara itu dibuat di bawah Bahagian Dakwah di dalam JAIS dan untuk soalan yang awal, mengenai pengharmonian undang-undang kes-kes yang berlaku tersebut. Kajian sedang dijalankan dalaman di peringkat JAIS dan juga di Bahagian Undang-undang MAIS dan perkara itu akan diselaraskan menerusi Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan dalam MKI di peringkat Persekutuan, terima kasih.

Timbalan Speaker

Silakan Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO yang memberikan penjelasan kepada keperluan untuk mengawal ajaran yang di luar mazhab Ahli Sunah Wal Jemaah. Ini satu usaha yang sangat disanjung tinggi dan disokong. Soalan saya ialah dalam dunia globalisasi pada hari ini, banyak pengajaran yang diberikan secara maya, online yang juga melibatkan perkara berkait dengan ajaran yang tidak sesuai dengan Ahli Sunah Wal Jemaah. Dan mungkin diajar tidak di Selangor, negeri lain tapi di dengari, di ikuti oleh masyarakat Selangor. Atau mungkin juga di ajari di Selangor tapi secara online,

apakah penguat kuasa agama ada kuasa untuk memantau atau enforce apa-apa undang-undang yang berkait dengan ajaran agama ini, terima kasih.

Baik, gembira saya dengar apabila disebut soalan penguatkuasa bahan-bahan dakwah secara online yang berada di online pada hari ini. Untuk makluman, perkara ini sedang di teliti di peringkat MAIS sendiri dengan penubuhan Jawatankuasa Khas untuk melihat kepada perkara-perkara ini kerana soal-soal penguatkuasaan sekiranya IPD address itu berada di luar dan bahan-bahan itu datang dari luar, bagaimana penguatkuasaan itu boleh dibuat. Jawatankuasa Khas itu juga mengambil PDRM sebagai ahli dan juga pihak SKMM juga ahli dan kita sedang menetapkan kaedah dan cara bagaimana untuk kita mengekang dan mengawal penularan perkara-perkara sebegini, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya daripada Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 88.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 88. Jom Shopping PerayaanQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

88. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri dapat menurunkan amaun RM200 bagi Jom Shopping Perayaan ke RM150 memandangkan boleh tambah jumlah penerima?

b)

Nyatakan kekangan kerajaan jika tidak berhasrat untuk menurunkan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pandamaran. Soalan adalah berbunyi seperti berikut adakah Kerajaan Negeri dapat menurunkan amaun RM200 bagi Jom Shopping Perayaan ke RM150 memandangkan boleh tambah jumlah penerima. Yang kedua nyatakan kekangan Kerajaan jika tidak berhasrat untuk menurunkan. Tuan Speaker, seperti Yang Berhormat Pandamaran sedia maklum, Program Pemberian Bantuan Baucar untuk rakyat miskin bersempena perayaan atau lebih dikenali sebagai Jom Shopping Perayaan merupakan program yang dilaksanakan sejak tahun

2012 khusus untuk membantu meringankan bebanan rakyat miskin dalam membuat persiapan menyambut perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Sehubungan dengan itu, menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2024 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 10 November 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2024 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang disasarkan kepada 82,400 orang penerima manfaat. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk meneruskan nilai baucar RM200 yang telah mula diguna pakai bermula Oktober 2022. Penambahbaikan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri yang memahami keperluan rakyatnya susulan situasi keadaan ekonomi terkini yang tidak menentu di mana harga barangan makanan dan keperluan asas meningkat secara mendadak. Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan untuk menurunkan nilai baucar daripada RM200 kepada RM150. Namun begitu, nilai baucar RM200 yang diguna pakai buat masa kini merupakan nilai yang munasabah untuk seisi keluarga yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan menyambut perayaan kerana ianya relevan dengan situasi ekonomi hari ini.

Soalan kedua adalah, Kerajaan Negeri memahami dengan menurunkan nilai baucar akan dapat menambah lagi jumlah menerima manfaat. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keperluan untuk mengurangkan nilai baucar daripada RM200 kepada RM150 kerana ada beberapa faktor perlu diambil kira terlebih dahulu termasuklah respons daripada rakyat yang telah sedia maklum akan kenaikan nilai baucar. Tambahan pula nilai pembelian dengan harga RM200 adalah lebih banyak berbanding dengan nilai RM150 selain mengambil kos barangan yang mahal dan semakin meningkat, sekian.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan, Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Okay, terima kasih Yang Berhormat EXCO sebab Pandamaran berpendapat kerana Jom Shopping dengan SMUE dia punya peruntukan nilai baucar berlainan, RM150 dengan RM200 di mana warga emas tidak adil. Jadi lagi pun sekarang pun perayaan kita hendak bagi kepada orang rakyat Selangorlah terutamanya, rakyat Selangor dan sebab nilai yang memang RM200 memang munasabah tapi kuantiti dia, jumlah penerima itu tidak begitu banyak memandang dulu Jom Shopping, DUN Pandamaran boleh mencapai 650 penerima sekarang ini hanya 500. Jadi sudah kurang 150, jadi saya harap Yang Berhormat EXCO dapat mempertimbangkan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran kerana ada soalan tambahan. Memang Kerajaan Negeri atau pun

EXCO, Pejabat EXCO saya telah membuat beberapa rundingan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menambahkan sedikit peruntukan di mana mungkin angka-angka Yang Berhormat telah menyatakan pada tahun-tahun yang lalu kita boleh kekalkan dengan adakan penambahan peruntukan dalam masa yang terdekat. Saya cuba sedaya upaya saya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima Kasih Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingat ini isu spesifik kawasan saya ataupun mungkin sebahagian daripada sahabat-sahabat di pembangkang yang mana saya tidak pasti sama ada sekarang ini sudah ada penyelaras ataupun belum tetapi daripada pengalaman yang lepas, saya ingat di pihak kita ini, kita, kalau dibenarkan kita boleh bantu tetapi isunya adalah bagaimana kita hendak membantu rakyat ini untuk menguruskan terutamanya dalam program Jom Shopping ini. Yang lepas pun dalam keadaan sebegitu yang akhirnya hanya sebahagian dan ramai yang frust ya kerana mereka tidak dapat dilibatkan dalam program Jom Shopping. Soalan saya, bila penyelaras ini akan dilantik dan apa yang kita boleh bantu? Sekarang ada program-program yang banyak, back to school dan sebagainya termasuk SMUE dan sebagainya ini, pendaftaran dan sebagainya yang memerlukan juga secara fizikal untuk kita di sebelah sini ini membantu program-program Kerajaan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang pada awalnya kami mengalami pelbagai masalah apabila kita mula mengedarkan, mulai daripada baucar Deepavali tahun lalu dan juga baru-baru ini dengan baucar Tahun Baru Cina. Tetapi di Kuala Langat khususnya bagi DUN Sijangkang kita telah melantik Yang Berbahagia saudara Aridas sebagai penyelaras Kuala Langat. Dan Pejabat beliau telah membantu untuk mengedarkan baucar-baucar yang telah ditetapkan di DUN Sijangkang. Tetapi, sekiranya ada apa-apa masalah, Yang Berhormat boleh menghubungi saya secara terus saya boleh membantu sedikit sebanyak. Untuk soalan kedua ialah pelantikan penyelaras dan sebagainya, untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan penyelaras bagi DUN yang tidak dimenangi oleh Kerajaan, telah di finalise ataupun di stage yang terakhir dan mungkin dalam beberapa minggu akan datang, penyelaras-penyelaras itu akan dilantik oleh pejabat Menteri Besar jadi adalah mungkin ada masalah seperti mana yang berlaku di DUN dahulu. Untuk yang masalah yang berlaku dahulu, saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab, saya memohon maaf sekiranya tidak menepati kehendak masyarakat tetapi saya juga akan memantau khususnya di kawasan-kawasan yang penyelaras bertugas itu, adakah mereka mengedarkan bantuan-bantuan daripada Kerajaan Negeri dengan secara adil dan jelas sebab kita juga menggunakan tenaga kerja melalui pejabat Ketua Kampung dan juga Penghulu dan juga KKI (Ketua Komuniti Kaum India) yang juga turut membantu. Jadi, saya harap Yang Berhormat, seperti mana saya telah menyatakan kita boleh mengeratkan lagi

perhubungan satu sama lain supaya masalah rakyat sentiasa diangkat dan diselesaikan dalam masa yang secepat mungkin. Sekian, terima kasih.

Tambahan. Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak cuba memberi cadanganlah supaya ia memudahkan rakyat. Semalam Dato’ Menteri Besar pun sebut kena ada koordinasi di antara penyelaras dengan ADUN pembangkang. Kami di pihak ADUN pembangkang tidak ada masalah untuk memberi kerjasama. Kadang-kadang rakyat datang, contoh, pergi ke pejabat nak tandatangan. Okay, kalau boleh tandatangan itu kami sign, tak ada masalah, signature sahaja. Kemudian hendak serah ke pejabat penyelaras pun boleh juga sebab saya tak nak rakyat, dia akan, kita tidak boleh sign, nanti tak laku, dia pergi sana pula tiada orang. So, pada pandangan saya, pada pandangan saya lah, kalau boleh dipertimbangkan oleh EXCO, tandatangan daripada kita ini pun boleh pakai. Maknanya, tak apa, you process di pihak penyelaras tetapi bila di sign pada kita, pejabat sana ambil. Dia kadang-kadang datang bukan orang kita, kita tidak kenal pun. Kita tidak tanya pun siapa, dari parti apa, kita tak, kita sign sebab dia rakyat, kita tengok dia pengundi kita bagi. So, kalau boleh dipermudahkan urusan rakyat, saya mengesyorkan kita sign, signature semua kemudian borang tersebut hantarlah ke pejabat penyelaras supaya dia tidak buat kerja dua kali. Itu pandangan saya kalau boleh dipertimbangkan supaya yang penting rakyat dapat, dapat beri kerjasama dan kita nak kurangkan kerenah birokrasi. So, kalau itu boleh terima, kita sedia bantu sebab yang penting rakyat dapat kebajikan, supaya mereka dapat apa yang diperlukan oleh rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Memang cadangan yang cukup bagus demi menyelesaikan masalah rakyat tetapi apa-apa pun saya kena mengemukakan cadangan ini kepada MMKN supaya kita dapat kata putus daripada semua Ahli-ahli Mesyuarat MMKN termasuk Dato’ Menteri Besar untuk meneruskan cadangan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Banting. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sungai Burong.

Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Soalan saya Nombor 89.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 89. Dana Meningkatkan Pengimarahan Masjid & Surau Terutama Di Kampung Yang Kurang Jumlah Ahli KariahnyaQuestions

89. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Selain pihak tersebut memohon sumbangan daripada ahli kariah dan penyumbang, adakah dana khas dari Kerajaan Negeri bagi institusi berkenaan beroperasi pada keupayaan yang munasabah?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Soalannya adalah adakah dana khas dari Kerajaan Negeri bagi membantu meningkatkan pengimarahan masjid dan surau terutamanya di kampung yang kurang jumlah ahli kariahnya bagi tujuan untuk membantu beroperasi pada keupayaan yang munasabah? Saya kira semalam yang pertamanya, tak patut jadi isu lagi di pihak pembangkang kerana telah diberikan RM400,000.00 mengikut Dato’ Menteri Besar semalamlah. Tetapi jawapan rasminya di sini adalah sumbangan yang telah disediakan adalah, di pihak Kerajaan Negeri ada tiga (3). Pertama adalah bantuan aktiviti berjumlah RM1.4 juta, kedua elaun bulanan untuk Jawatankuasa masjid dan surau RM7.56 juta dan juga diberikan tambahan elaun Imam Jakim RM5.85. Di peringkat Jakim pula ada dua (2) elaun yang telah disediakan. Yang pertama, elaun Imam sejumlah RM7.65 juta dan yang kedua ialah bantuan one-off Aidilfitri berjumlah RM1.34 juta. Di samping itu, Lembaga Zakat Selangor juga menyediakan elaun tahunan Jawatankuasa sebanyak RM1.2 juta dan pihak Menteri Besar Selangor Incorporated sendiri menyediakan insentif khas Aidilfitri RM1.51 juta. Di samping itu juga, ingin saya sebutkan di sini bahawa ada juga Tabung Jariah Infak Rakyat Selangor (Tabung TIJARI) yang juga boleh dipohon untuk tujuan ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Silakan.

Ada tak Kerajaan Negeri nak, setelah mana saya pergi ke beberapa tempat di negeri-negeri lain khususnya dalam pengurusan masjid dan melibatkan pengutipan dana. Kita ada contoh yang baik di Malaysia, Masjid Busyra di Sungai Petani, begitu juga Madad dan beberapa lagi masjid-masjid yang lain. Ada tak satu kursus ataupun pendedahan kepada masjid-masjid ini ke arah mandiri untuk mendapatkan dana supaya masjid mereka sendiri aktif dan bernyawa kepada masyarakat menjadi nadi utama?

Saya rasa kalau dirujuk pada contoh spesifik tersebut Masjid Busyra, di Masjid Busyra ini dibenarkan berniaga. Ini satu perkara yang sedikit tidak dibenarkan di negeri Selangor. Namun demikian, saya rasa di peringkat MAIS sedang melihat satu kaedah bagaimana boleh kalau sekiranya

kutipan di masjid-masjid di Selangor ini dikumpulkan bersekali dan di mana dana tersebut boleh digunakan untuk tujuan membantu dan menyelenggara masjid yang mengumpul itu tadi dan juga masjid-masjid yang tidak mampu. Jadi, ini sama dengan

Soalan tambahan.

Soal seperti bagaimana pengurusan negeri-negeri di peringkat Persekutuan dibuat. Jadi model tersebut, perkara itu sedang diteliti. Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya bersetuju dengan cadangan Sungai Burong tadi, rasanya perlu ada lagi kursus-kursus tertentu, saya mencadangkan untuk diadakan kursus-kursus tertentu untuk kita memperkasakan lagi, memberdaya lagi pengurusan masjid dan surau kita. Dan saya mengesyorkan juga agar untuk kita mengimarahkan masjid, menjadikan masjid, surau kita sebagai one-stop centre. Program Iltizam Selangor Penyayang, sebagai contoh boleh dilibatkan juga supaya diimarahkan lagi masjid dan surau kita dalam negeri kita negeri Selangor, terima kasih. Saya mencadangkan.

Terima kasih, saya ambil maklum cadangan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Meru ya. Soalan seterusnya.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya Nombor 93.

Timbalan Speaker

90.

Soalan saya Nombor 90.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 90. Rumah Selangorku Dan Rumah IdamanQuestions

90. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah polisi Kerajaan Negeri bagi memastikan adanya taska di Rumah Selangorku dan Rumah Idaman?

b)

Nyatakan statistik keseluruhan bilangan pemilikan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman antara lelaki dan wanita.

c)

Adakah terdapat sebarang skim bantuan deposit bagi pemohon rumah pertama?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Meru. Yang Berhormat Meru ada tiga (3) soalan. Yang pertama, apakah polisi Kerajaan Negeri bagi memastikan adanya taska di Rumah Selangorku dan juga Rumah Idaman? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, antara polisi Kerajaan Negeri bagi menubuhkan taska adalah, taska mestilah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan peraturan yang diperuntukkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308). Seksyen 4 Akta 308 memperuntukkan setiap Taman Asuhan Kanak-kanak Taska hendaklah didaftarkan dengan cara ditentukan oleh Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012. Jadi, kita tidak, setakat ini belum ada lagi cadangan. Tetapi, walau bagaimanapun Kerajaan Negeri akan membuat kajian lanjut untuk menetapkan Garis Panduan berkaitan dengan penubuhan taska di kawasan Rumah Selangorku dan juga Rumah Idaman.

Untuk jawapan (b), Yang Berhormat bertanyakan statistik untuk keseluruhan bilangan pemilik Rumah Selangorku dan Rumah Idaman antara lelaki dan wanita. Ini perbezaan lelaki dan wanita. Untuk Selangorku, Rumah Selangorku lelaki setakat ini adalah 16,540 dan wanita sebanyak 9,961. Ini Rumah Selangorku yang harga rumahnya RM250,000.00 ke bawah. Tetapi, Rumah Idaman antara lelaki dan wanita itu agak rapat. Lelaki 3,060 wanita 2,079. Ertinya, wanita berpendapatan tinggi lebih ramai daripada lelaki sekarang. Untuk jawapan (c), Yang Berhormat, setakat ini Skim Bantuan Deposit bagi pemohon rumah pertama belum dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu golongan muda dalam mendapatkan kelulusan pinjaman bank untuk membeli rumah mampu milik melalui beberapa kaedah dan pendekatan yang telah diambil. Antaranya kaedah dan pendekatan tersebut adalah seperti berikut, iaitu kerjasama LPHS bersama dengan AKPK iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Yang kedua iaitu Skim Smart Sewa dan yang ketiga, Skim Projek Rumah Rakyat ataupun PPR. Seterusnya Kerajaan Negeri melalui LPHS juga sedang mengadakan rundingan dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan ataupun SJKP dan beberapa bank dengan siri mesyuarat sebelum ini, ianya memuktamadkan untuk meluluskan, untuk diluluskan ke MMKN bagi memperincikan pelaksanaan Skim Khas bagi membantu golongan B40 khususnya golongan yang kurang berkemampuan serta sukar mendapatkan pembiayaan untuk memiliki rumah. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan Batu Tiga.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya ingin bertanya lanjutan daripada berkaitan dengan taska tadi ataupun tadika, adakah binaan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman hari ini ia ada allocation untuk bilik tadika yang bersesuaian di bangunan tersebut? Sebab ini akan membantu kepada pihak luar, mana-mana pihak tadika dan taska untuk menyewa dengan kadar yang minimum supaya charge kepada yuran itu tidak terlalu tinggi. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini kita memang tidak ada lagi tetapi kalau ada cadangan daripada pihak Pemaju dan kita mengambil kira itu sebagai satu inisiatif yang sangat baik dan mungkin dalam kajian kita, kalau ada keperluan akan datang, kita jadikan ia dasar. Jadi, itu sebab perlukan ada kajian dulu dan kita dapatkan juga, ada Akta khas dia jadi di bawah taska. Terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat EXCO.

Timbalan Speaker

Ya, Yang Berhormat Meru.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat ada menyebutkan tentang pemilik rumah yang pertama, dari segi perancangan Kerajaan berkolaborasi dengan peminjam atau bank dan sebagainya tetapi ada satu isu ataupun permasalahan iaitu di kalangan golongan OKU yang ingin meminjam biasanya syarat mereka, syarat untuk mereka dapat kelulusan itu begitu sama dan tidak mudah untuk mendapatkan kelulusan alasannya ialah kerana mereka OKU. Jadi kalau boleh kita juga dapat meneliti dan mengkaji supaya golongan OKU pun juga diberi peluang untuk memiliki rumah Selangorku ataupun Rumah Idaman. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Itu yang seperti yang saya sebutkan tadi bahawa setakat ini kita memang ada kes-kes tertentu. Itu sebab kita bekerjasama dengan AKPK iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan kita juga sedang mengadakan rundingan dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kita menengok beberapa kes yang melibatkan mungkin di antaranya di kalangan OKU ataupun antara peniaga-peniaga yang tidak ada resit pendapatan dan sebagainya. Jadi, itu yang kita akan bantu sekadar memberi jaminan dan sebagainya. Nanti kita lihat beberapa kes yang pernah kita beri

jaminan bahawa mereka dapat pinjaman tetapi yang harus menunjukkan pendapatan konsisten. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 91.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 91. Penggunaan PolistirenaQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

91. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah polistirena masih dibenarkan untuk guna di Negeri Selangor?

b)

Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi mengurangkan penggunaan polistirena di Selangor?

c)

Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk haramkan penggunaan polistirena?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Rawang yang bertanyakan tentang penggunaan polystyrene. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menimbang dan meluluskan cadangan pengurangan polistirena di negeri Selangor melalui Kertas Pertimbangan MMKN Ke 21 Tahun 2016 bertarikh 23 Jun 2016. Walau bagaimanapun, penggunaan polistirena dilihat masih tinggi penggunaannya dan terdapat permintaan yang banyak di kalangan pengguna. Justeru, Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses menyemak dan meneliti semula cadangan dasar berkenaan penggunaan polistirena ini. Selain itu, program kesedaran mengenai kesan penggunaan polistirena akan dipergiatkan di semua peringkat termasuk agensi Kerajaan, swasta, Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan penggunaannya. Antaranya dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan untuk membawa sendiri bekas makanan dan minuman. Selain daripada mengurangkan penggunaan polistirena, secara tidak langsung juga telah menggunakan, mengurangkan juga penggunaan plastik sekali

guna dan hal ini selari dengan Kempen Sifar Plastik menjelang Tahun 2030. Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT juga sentiasa mengambil langkah berbentuk program kesedaran dan pendidikan untuk menggalakkan masyarakat membawa sendiri bekas makanan dan minuman selain beg guna semula seperti berikut; pertamanya, menggalakkan premis-premis perniagaan mengadakan kempen tiada beg plastik dan polistirena dengan menyediakan bekas alternatif yang boleh diguna semula dengan harga yang berpatutan. Keduanya, mengadakan kempen bebas plastik dan polistirena di setiap acara atau pun Program Kerajaan Negeri dan PBT seperti Hari Tanpa Kenderaan, Pesta Pantai, Fun Ride dengan izin dan lain-lain yang menyokong ke arah kelestarian alam sekitar. Ketiganya menjadikan bekas makanan atau pun minuman dan beg guna semula sebagai salah satu pemberian sumbangan semasa program atau pun acara bersama komuniti dan seterusnya penganjuran program yang membawa bekas makanan sendiri di Bazar-Bazar Ramadhan dan Pasar Malam dengan memberikan insentif berbentuk kupon kepada pengguna yang menyertai program tersebut

Speaker

Soalan Tambahan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Ya. terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang menjawabkan bagaimana usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan polystyrene. Cuma sebelum ini dalam peringatan saya memang kerajaan ada berusaha untuk mengehadkan atau pun mengharamkan kegunaan bekas makanan polystyrene di antara penjawat awam atau pun agensi-agensi kerajaan. So I kurang pasti adakah ini masih dilaksanakan disebabkan saya nampak di program-program yang dilaksanakan oleh Agensi Kerajaan masih menggunakan bekas makanan yang dibuat oleh polystyrene.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih dengan soalan Yang Berhormat Rawang. Berdasarkan keputusan daripada MMKN seharusnya dasar ini terus dilaksanakanlah. Jadi oleh kerana itu, sekiranya ada apa-apa terutamanya program yang datang daripada agensi kerajaan sendiri yang masih menggunakan barangan seperti polistirena, harap boleh maklumkan dan kita boleh ambil tindakan susulan.

Speaker

Pertanyaan seterusnya dari Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 92.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 92. Ekonomi DigitalQuestions

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

92. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejauh manakah ekonomi digital menyumbang kepada prestasi ekonomi atau pelaburan di Selangor?

b)

Apakah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan ekonomi digital?

c)

Apakah cabaran dalam pembangunan sektor ekonomi digital?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Timbalan Speaker, bagi tempoh Januari hingga September 2023 sebanyak 75 projek bagi industri teknologi maklumat dan teknologi komunikasi, information and communication telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM5.42 bilion. Dari jumlah ini, sebanyak RM3.27 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM2.15 bilion daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,940 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan. Industri ini menyumbang sebanyak 22% kepada jumlah pelaburan dalam sektor perkhidmatan di Selangor. Berdasarkan trend semasa, pelaburan dalam industri ini menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan di mana industri merekodkan pertumbuhan 5% pada Suku Pertama Tahun 2023 meningkat kepada 15% pada suku tahun kedua dan peningkatan 39% pada suku tahun ketiga tahun 2023. Pertumbuhan yang positif ini menggambarkan sektor ekonomi digital adalah sektor yang perlu diberikan penekanan bagi memastikan perkembangan ekonomi yang mampan di negeri Selangor. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam membangunkan ekonomi digital terangkum dalam penyediaan polisi serta pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Rancangan Selangor Pertama. Selain itu, agensi-agensi khusus turut diwujudkan di bawah Kerajaan Negeri yang berperanan untuk merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Digital di Negeri Selangor seperti penubuhan SSDU yang memberi tumpuan kepada Pembangunan Inisiatif Bandar Pintar yang meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menggalakkan pembangunan ekonomi digital. Dengan memanfaatkan teknologi seperti internet of things, analytic data besar dan kecerdasan buatan SSDU menyasarkan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber meningkatkan kecekapan dan mencipta persekitaran kondusif bagi memacu ekonomi Digital.

Beberapa program telah dilaksanakan dan masih dilangsungkan sehingga kini seperti Smart Selangor SME Platform yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan dan per, peningkatan prestasi perusahaan kecil dan sederhana di Selangor melalui automasi pengurusan dan operasi perniagaan, pemasaran digital dan juga e-dagang. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menubuhkan SIDEC yang berperanan yang berperanan membantu usaha One IKS dalam menyediakan latihan-latihan yang

berkaitan dalam ekonomi Digital. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah menggariskan Pelaburan Digital. Antara kluster industri yang diberikan penumpuan sebagai Industri berpotensi untuk berkembang di Selangor. Antara industri yang diberikan perhatian di bawah pelaburan Digital ini seperti Global Business Services, Data Center serta kreatif content technology. Industri-industri yang terpilih ini memberikan kesan limpahan yang memberangsangkan terhadap ekonomi Digital di Selangor. Penyertaan program-program pelaburan berkaitan pelaburan Digital seperti Malaysia Digital Expo, Malaysia Digital State Summit dan sebagainya adalah di antara usaha untuk menarik lebih ramai pemain industri untuk melabur di Selangor dan antara cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan sektor ekonomi Digital di Selangor adalah seperti; yang pertama, kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor ekonomi digital. Yang kedua, penerima gunaan ekonomi Digital atau pun Adoption of Digital Economy dan yang ketiga nfrastruktur Digital seperti kualiti dan ketersediaan internet yang berbeza di pelbagai lokasi di Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya daripada Meru.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nomobor 93.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 93. Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)Questions

93. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah jenis bantuan dan sokongan yang diberikan kepada Anak Istimewa Selangor?

b)

Bagaimanakan Kerajaan Negeri melibatkan penglibatan keluarga dan masyarakat secara aktif dalam inisiatif berkaitan Anak istimewa Selangor?

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Meru. Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan beberapa bantuan dan sokongan mengikut kepada kategori anak-anak istimewa di Negeri Selangor yang dilaksanakan oleh Jabatan Anak Istimewa Selangor atau pun ANIS di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagaimana seperti

berikut; peertama One Stop Center iaitu program introversi awal bagi membantu anak-anak istimewa berumur 4 hingga 6 tahun untuk menyediakan diri ke sesi persekolahan Darjah 1 di Sekolah Perdana atau pun Program Pendidikan Khas Integrasi, PPKI. Yang kedua, ialah Iltizam anak istimewa Selangor iaitu bantuan secara one-off berbentuk yuran pusat terapi ubat-ubatan, makan tambahan dan juga peralatan dan bantuan ini diberikan kepada anak-anak istimewa sehingga berumur 18 tahun. Yang ketiga, Akademi ANIS iaitu program latihan kepada penjaga kepada anak-anak istimewa di Selangor di mana latihan yang dilaksanakan secara berkala ini melibatkan peserta yang terdiri daripada ibu bapa, penjaga, pendidik dan juga masyarakat awam. Yang keempat, Independant Living Support Center, ILSC di mana program kemahiran pekerjaan kepada golongan OKU berumur 18 sehingga 25 tahun latihan pra pekerjaan akan diberikan kepada peserta dan peserta kemudiannya ditempatkan di syarikat-syarikat yang berkerjasama dengan ANIS dan yang kelima program saringan awal di mana program saringan awal dilaksanakan sejak Tahun 2021 bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 9 Tahun. Saringan dijalankan di pusat ANIS di IDCC Shah Alam secara berkala, dan selain itu saringan juga dijalankan di seluruh Negeri Selangor iaitu sebanyak 20 siri setahun dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagi soalan (b) Kerajaan Negeri Selangor telah menyusun beberapa program untuk memastikan penglibatan keluarga dan masyarakat secara aktif dalam inisiatif berkaitan anak istimewa Selangor termasuklah; pertama kempen kesedaran dan promosi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat. Kedua, Akademi ANIS memfokuskan penyertaan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga anak-anak istimewa menerusi Program Seminar Ibu bapa di mana Jabatan ANIS bekerjasama dengan pusat-pusat terapi di seluruh Selangor bagi mengadakan program berbentuk seminar atau latihan berkenaan ilmu pengendalian anak-anak istimewa. Ketiga, program Cikgu ANIS memfokuskan kepada guru-guru program pendidikan khas integrasi bermula dari Taska sehingga Sekolah Menengah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di mana program ini bertujuan memastikan para guru mendapat pengetahuan dan menjalani latihan mengendalikan anak istimewa berdasarkan keperluan semasa dan yang keempat program pemerkasaan sukarelawan juga dilaksanakan menerusi program Training Of Trainers dengan persatuan pendidikan khas kebangsaan PPKM untuk melatih masyarakat agar lebih cakna akan keperluan anak-anak istimewa. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan Tambahan, Meru

Soalan tambahan. Setakat ini berapakah jumlah penerima bantuan ANIS? Dan kedua ialah Adakah ada perancangan Kerajaan Yang Berhormat EXCO untuk bekerjasama dengan PPDK di seluruh Selangor? Sebab PPDK juga ada program dan aktiviti mereka bersama dengan anak-anak istimewa dan soalan ketiga saya adalah adakah kerajaan ada

perancangan untuk memberikan insentif kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang telantar yang menjaga anak OKU yang terlantar? Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Buat masa ini kami akan berikan data secara bertulis kerana terdapat pelbagai program yang kita berikan bantuan, pun begitu untuk tahun 2023, Bantuan Khas ANIS mencatatkan lebih 2,000 penerima bantuan didalam bentuk perubatan, peralatan dan juga untuk terapi. Untuk soalan yang kedua, di mana untuk PPDK. PPDK adalah agensi berada di bawah kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Persekutuan di negeri Selangor. Pun begitu kita mengambil maklum bahawa terdapat 60 PDK yang beroperasi di dalam Selangor dan kerjasama yang boleh kita lakukan adalah dengan bantuan melalui Program Cikgu ANIS iaitu latihan kemahiran kepada guru-guru PDK. Untuk soalan ketiga, saya kira buat masa ini Kerajaan akan merangka dari segi bantuan atau pun latihan kepada ibu bapa untuk dalam sektor ekonomi penjagaan di mana kita mengetahui bahawa menjaga anak yang terlantar sama ada OKU atau pun anak yang sakit menuntut kesabaran dan patient yang tinggi dengan izin dan kita melihat bahawa kemahiran terapi fisio terapi dan sebagainya perlu untuk membantu ibu bapa ini dan juga sokongan berbentuk sokongan kepada penjaga atau pun ibu bapa. Jadi, kerajaan ambil maklum bahawa bantuan dan sokongan pun begitu di Jabatan Kebajikan Masyarakat terdapat bantuan dari segi untuk ibu atau bapa yang menjaga anak OKU dan permohonan boleh disalurkan atau pun dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan Tambahan

Speaker

Soalan tambahan ke atau pun pertanyaan?

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Soalan Tambahan

Speaker

Ok, silakan

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada artikel terbitan Selangor Kini yang bertajuk Pusat Intervensi ANIS akan diperluas ke seluruh negeri. Tumpu luar, ke seluruh negeri tumpu luar bandar. Artikel ini bertarikh pada 16 September 2023, pada tahun lalu dan saya menyambut baik harapan Yang Berhormat EXCO ketika itu untuk membuka lebih banyak pusat intervensi di kawasan di luar bandar bagi memudahkan ibu bapa untuk membawa anak-anak istimewa mereka untuk membuat rawatan tanpa perlu ke bandar. Jadi soalan saya, sehingga hari ini sudah berapakah One Step Center ANIS ini dibuka? Dan bagaimana pula dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak pusat-pusat One Stop Center ANIS di Selangor khususnya di kawasan luar bandar? Terima kasih.

Puan Anfaal Binti SaariAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Seperti yang saya ada kongsi semalam dalam jawapan kepada Bukit Melawati adalah rancangan menubuhkan Yayasan Insan Istimewa Selangor, di mana dana yang kita boleh perolehi bukan sahaja terhad kepada daripada kerajaan tapi juga daripada sumber luar dan juga ke arah mendapat pengecualian cukai atau pun tax exemption daripada LHDN. Dengan dana tambahan tersebut mengupayakan Kerajaan Negeri iaitu melalui YANIS ini mewujudkan lebih banyak lagi pusat-pusat intervensi dan perancangan untuk kita melancarkan atau pun merasmikan YANIS ini dalam garis semasa yang kita tetapkan, insya-Allah dalam Oktober Tahun 2024 dan antara kerjasama yang kita akan lakukan juga bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, di peringkat Perpustakaan Daerah atau pun Desa.

Dan pusat intervensi untuk pengetahuan Yang Berhormat Permatang dan Yang Berhormat semua Dewan yang Mulia, bahawa antara kos operasi yang tinggi adalah bayaran kepada guru yang mana bukan sahaja tentang pengasuhan tetapi lebih kepada intervensi dari segi terapi pertuturan, terapi kerja dan sebagainya. Jadi untuk setakat ini bermula daripada September seperti rujukan di akhbar Selangorkini tersebut belum ada lagi pusat intervensi luar bandar yang dibuka tetapi dalam perancangan kita akan gerakkan berdasarkan penubuhan YANIS yang akan diusahakan secepat mungkin.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Sekarang soalan pertanyaan daripada Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Duduk bersimpuh menganyam ketupat, soalan saya nombor 94”.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 94. Mpkk Dan Premis MpkkQuestions

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

94. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Siapakah yang bertanggungjawab dalam meluluskan penggunaan premis dibawah seliakuasa MPKK?

b)

Apakah kriteria yang diambil kira oleh MPKK untuk meluluskan penggunaan balai raya atau padang yang berada dibawah seliakuasa MPKK?

c)

Adakah benar Kerajaan Negeri tidak membenarkan tadika PASTI menggunakan premis-premis di bawah MPKK?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang. Soalan Yang Berhormat Permatang ada 3 iaitu siapakah yang bertanggungjawab dalam meluluskan penggunaan premis dibawah seliakuasa MPKK, apakah kriteria yang diambil kira oleh MPKK untuk meluluskan penggunaan balai raya atau padang yang berada dibawah seliakuasa MPKK dan Adakah benar Kerajaan Negeri tidak membenarkan tadika PASTI menggunakan premis-premis di bawah MPKK. Tuan Timbalan Speaker, saya mohon supaya soalan 1,2 dan 6 dijawab secara bersekali. Kerajaan Negeri membenarkan masyarakat untuk menggunakan setiap balai raya yang berada di bawah seliaan MPKK bagi menjalankan program kemasyarakatan seperti program gotong-royong, program belia dan sosial, sesi dialog bersama penduduk kampung dan lain-lain. Sesuai dengan konsep balai raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai/ awam termasuk padang, tiada larangan pernah dibuat bagi menghalang mana-mana organisasi/pertubuhan untuk memohon bagi penggunaan premis-premis di bawah seliaan MPKK. Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah melalui MPKK yang berkaitan.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan? Permatang.

Puan Nurul Syazwani Binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya menyambut baik seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat EXCO objektif kerajaan Negeri tadi untuk membenarkan masyarakat untuk menggunakan premis terutama sekali padang-padang MPKK untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan. Tapi soalan saya, saya mendapat aduan sebenarnya, saya mendapat aduan dan merujuk kepada padang seliaan MPKK di kawasan saya iaitu MPKK di kawasan Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Di mana di sini pengerusi PASTI Mabaul Huda telah membuat permohonan untuk menggunakan padang itu semenjak tahun 2018 sehingga ke sekarang, sehingga 2024. Namun begitu tidak satu kali pun permohonan mereka diluluskan tanpa diberikan apa-apa jawapan yang munasabah sedangkan padang itu sudah lama tidak digunakan. Jadi saya bukan apa, saya risau kerana apabila melibatkan PASTI, ia melibatkan masa depan dan pendidikan anak-anak kecil yang masih bertadika. Jadi, soalan saya adakah Kerajaan Negeri dapat melihat semula dan mengkaji semula isu-isu ataupun aduan-aduan seperti ini kerana saya tidak mahu dilihat Kerajaan Negeri seperti mempolitikkan dan menganak tirikan pendidikan anak-anak kecil PASTI ini terutama sekali di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Permatang atas makluman yang diberi. Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan perkara ini

dan Kerajaan Negeri tidak pernah mempolitikkan balai raya melainkan pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan balai raya untuk kepentingan politik. Yang ini memang tidak dibenarkanlah. Walau bagaimanapun, saya akan menyemak. Mungkin kerana tarikh yang diberi kadang-kadang bertentangan ataupun telah pun ada program-program yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak PASTI ataupun pihak-pihak yang memohon untuk kegunaan balai ini tidak berpuas hati kepada MPKK ianya bolehlah dilaporkan terus ke selain daripada MPKK boleh dimaklumkan kepada Pejabat Penghulu ataupun Pejabat Daerah untuk kegunaan pada masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Bukit Melawati?

Dato' Noorazley Bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Bila kita tengok kebanyakannya balai raya ni dulunya aktif, penduduk-penduduknya aktif, oleh penduduk-penduduk kampung untuk buat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Tapi selepas tahun 2008 kebanyakan balai raya ni dah tidak aktif lagi untuk digunakan dan usang. Jadi soalan saya, adakah terdapat perancangan daripada Kerajaan Negeri untuk membaik pulih balai raya yang sedia ada ni untuk kegunaan dan keselesaan penduduk.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Pihak kerajaan Negeri memang ada perancangan untuk membaikpulih balai-balai raya dan ada balai-balai raya yang telah pun menjalani proses-proses pembaikan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melihat semula berkenaan dengan balai-balai raya lama yang usang ini di mana kebanyakan balai raya lama ini, status tanahnya yang dulu ini tidak diserahkan kepada kerajaan dan masih menjadi status tanah kepada individu. Yang ini pihak Kerajaan Negeri tak dapat untuk membuat kerja-kerja pembaikkan kerana kebanyakkan balai-balai raya lama ini kita lihat status tanahnya masih menjadi milik milikan individu yang tidak diserahkan lagi kepada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Yang Berhormat Speaker?

Timbalan Speaker

Yang terakhir ya?

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Ya, minta maaf. Untuk Y.B. EXCO, apa yang saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat Permatang bagitahu, dan perkara ini juga berlaku di seluruh Sungai Kandis. Jadi, benda yang sama berlaku. Jadi minta tolong, minta perhatian agar dewan-dewan dan juga serbaguna untuk yang dikelolai oleh MPKK tidak dipolitikkan. Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Panjang seluruh tadi. Terima kasih atas makluman daripada Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi. Kita kena tengok balik, tapak-tapak balai raya ini

sekiranya ianya masih menjadi tapak persendirian ataupun milikan individu, pihak kerajaan tidak boleh untuk membuat kerja-kerja pembaikan ataupun penaiktarafan balai raya ini. Walau bagaimanapun, sekiranya ada tapak-tapak yang sesuai ataupun pihak kerajaan akan berhubung dengan pemilik tanah berkenaan sekiranya mereka bersetuju untuk menyerahkan tanah itu kepada pihak kerajaan baru pihak kerajaan boleh membuat kerja-kerja pembaikan di balai raya itu. Tapi sekiranya tidak berlaku, kita mengalu-alukan cadangan ataupun mana-mana pimpinan atau masyarakat yang nak mewakafkan tanah ataupun kita lihat ada tanah-tanah kerajaan yang sesuai untuk didirikan balai raya pada masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, dipersilakan Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

No. 95.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 95. Pelaburan Negeri SelangorQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

95. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah asas yang digunakan oleh Dato’ Menteri Besar untuk meletakkan sasaran nilai pelaburan berjumlah RM50 bilion untuk Negeri Selangor bagi tahun 2024? Nyatakan sektor-sektor yang akan diberikan tumpuan untuk merealisasikan pelaburan berimpak tinggi dan berteknologi tinggi bagi menjamin pertumbuhan lestari.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Terima kasih Tuan Speaker. Nilai pelaburan berjumlah RM 50 bilion yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri ditetapkan berdasarkan asas – asas seperti berikut; yang pertama, prestasi pelaburan bagi negara – negara yang sedang membangun yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Yang kedua, pertumbuhan ekonomi yang baik negara-negara yang menjadi sumber utama pelaburan asing ke Malaysia seperti Singapura, Netherlands, Amerika Syarikat dan China. Yang ketiga, nilai yang ditetapkan dalam usaha mengekalkan sumbangan sektor perkilangan dan perkhidmatan kepada KDNK Negeri dan Negara. Yang keempat, prestasi pelaburan positif Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Antara industri - industri tumpuan untuk merealisasikan pelaburan berimpak tinggi dan berteknologi tinggi bagi

menjamin pertumbuhan lestari di Selangor adalah seperti industri Sains Hayat Pembuatan Produk Makanan & Minuman, Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik termasuk semi conductor serta kelengkapan pengangkutan seperti industri aeroangkasa dan dron serta machine dan peralatan. Untuk makluman, penumpuan kepada sektor aeroangkasa dan rantaian bekalan sektor ini akan terus dipergiatkan dengan kolaborasi dan kerjasama yang lebih kukuh yang terus berjalan bersama pemegang taruh dan pemain-pemain industri aeroangkasa serta industri penerbangan yang berada di kawasan Subang dan Sepang. Manakala bagi sektor perkhidmatan pula melibatkan industri Perkhidmatan Logistik atau Logistic Services dan Digital Investment seperti Global Business Services, Data Centre serta Creative Content Technology.

Sebagai yang telah diumumkan oleh MIDA, Selangor secara keseluruhan telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 55.3 bilion untuk tahun 2023 melepasi sasaran RM 45 bilion. Sektor perkilangan terus mendominasi dengan pertumbuhan 58.2 % meningkat daripada RM 12.2 bilion kepada RM 19.3 bilion. Bergerak ke hadapan, Kerajaan Negeri akan terus memberikan fokus kepada pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pembuatan dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi kedudukan sektor perkhidmatan khususnya dalam bidang Knowledge Industry seperti digital ekonomi. Maka sasaran pelaburan yang lebih tinggi tahun ini iaitu RM 50 bilion adalah sasaran yang wajar dan realistik untuk dicapai.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Selangor mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2022 berjumlah RM 60.5 bilion dan baru-baru ini MIDA telah mengumumkan jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023 adalah RM 55.3 bilion. Maka saya kurang faham, mengapa Selangor meletakkan satu sasaran yang jauh lebih rendah daripada apa yang telah dicatatkan? Sepatutnya Selangor, Kerajaan Negeri ada political courage, political will untuk meletakkan satu sasaran yang lebih tinggi dan meyakinkan kerana Yang Behormat juga sedia maklum baru-baru ini Bank Negara telah mengumumkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2024, di antara 4% hingga 5% berbanding dengan tahun lepas 3.7% dan Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi di Negeri Selangor dijangka mencatat 5.2%. Maka kalau pertumbuhan ekonomi negara dan negeri berkembang lebih baik daripada tahun-tahun selepas ini, mengapa sasaran pelaburan jauh lebih rendah daripada tahun sebelum ini? Itu persoalan yang pertama. Yang kedua, dalam tahun 2023 ini angka yang terbaharu, jumlah projek dalam sektor pembuatan yang telah diluluskan adalah 234 dan dijangka mencipta pekerjaan seramai 12,568. Namun yang membimbangkan saya ialah daripada 12,568 hanya 38.5% adalah dalam kategori MTS iaitu Managerial Professionals & Technical. Jadi maknanya pekerjaan yang berkualiti tinggi ini masih dalam kategori 40% ke bawah sedangkan persoalan yang kita bincang selama 2 minggu ini, bagaimana Kerajaan Negeri dapat menarik pelaburan yang berteknologi

tinggi, berimpak tinggi dalam digital ekonomi, supaya anak-anak Selangor dapat peluang pekerjaan yang berkualiti dan berpendapatan tinggi. Tetapi angka menunjukkan keadaan yang sebaliknya. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya setuju dengan pandangan Hulu Kelang bahawa kita perlu berusaha lebih kuat untuk membawa lebih banyak pelaburan yang berimpak tinggi dan juga dapat mewujudkan pekerjaan dengan pekerja mahir. Jadi ini merupakan satu usaha bersama supaya kita dapat menarik lebih banyak pelaburan yang dapat memberi pekerjaan kepada pekerja mahir. Itu memang merupakan satu hala tuju bagi Kerajaan Negeri Selangor dengan usaha-usaha yang telah diadakan, saya yakin peratusan bagi pekerja mahir itu akan terus meningkat daripada 40 lebih peratus sehingga satu peratusan yang lebih tinggi dan bagi sasaran yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi saya rasa kita perlu meletakkan satu sasaran yang realistik dan memandangkan negara-negara jiran seperti Singapura dan juga negara-negara yang melabur di Negeri Selangor seperti China, Netherlands juga meletakkan satu sasaran yang realistik. Maka saya rasa bagi Kerajaan Negeri Selangor, kita juga perlu meletakkan satu sasaran yang berpatutan supaya kita dapat menjalankan kerja kita dengan lebih baik dan dengan lebih efektif dan itu tidak bermakna kita akan berhenti pada RM50 bilion sahaja. Seperti tahun 2013, walaupun sasaran yang diletakkan itu adalah RM45 bilion tetapi akhirnya kita mencapai sasaran dengan satu angka yang lebih tinggi. Jadi itu merupakan satu langkah yang akan kita laksanakan. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sedikit sahaja Tuan Speaker.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Sekarang Balakong pula. Kita bagi ruang kat Balakong.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit saja nak tambah.

Timbalan Speaker

Balakong dah bangun dari tadi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sikit je. Saya nak tambah.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak mahu. Okay.

Timbalan Speaker

Okay, silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak mahu Yang Berhormat EXCO letakkan satu sasaran yang rendah, kemudian berpuas hati dengan angka yang dicatatkan. Sebagai contoh, 2022 kita capai RM60.5 billion, kemudian sasaran 2023 Yang Berhormat letakkan RM45 billion. Kemudian dapat catat RM55.3 billion. Jadi Yang Berhormat akan ulang itu kita telah melepasi sasaran. Tetapi apakah sasaran itu adil dan realistik? Sebab Yang Berhormat sebut tadi kena lihat juga perkembangan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi negara dan rantau pada tahun ini dijangka lebih baik, maka sasaran itu juga saya kira patut diletakkan satu aras yang lebih meyakinkan supaya kita dapat menarik lebih banyak pelabur-pelabur ke Negeri Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih. Sekarang hanya suku pertama bagi tahun 2024. Sekiranya perkembangan ataupun pertumbuhan ekonomi itu meningkat, maka kita mungkin akan adjust semula bagi sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun ini. Dan sebelum ini saya juga pernah menjelaskan bahawa nilai pelaburan tu adalah penting tetapi dia bukan segala-galanya. Kita juga perlu tengok spillover effect. Apakah spillover effect akan pelaburan itu bawa ke dalam Negeri Selangor itu juga merupakan satu tumpuan bagi Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Balakong.

Tuan Ong Chun WeiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Balakong tetap teruja dan terima kasihlah atas usaha dan pencapaian Kerajaan Negeri dalam bidang pelaburan ni. Sebab saya nampak ada planning beberapa pelan dan ada juga usaha dia. Cuma Balakong ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah kawasan-kawasan industri seperti di Balakong turut akan diberikan limpahan manfaat daripada apa yang telah ataupun yang sedang dirancang oleh Negeri Selangor?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa jawapan tu dah tentunya akan menerima limpahan manfaat. Saya bagi satu contoh seperti industri aeroangkasa ini mempunyai banyak komponen daripada penyediaan sistem, pembuatan hingga services dan MRO. Kita mengalu-alukan semua pihak untuk terlibat dalam industri ini walaupun ia berdekatan, tidak berdekatan dengan Subang Airport ataupun KLIA. Saya bagi satu contoh je bagi industri aeroangkasa. Dan satu lagi contoh yang baik bagi industri ini adalah di Rawang. Rawang mempunyai satu syarikat yang membuat perkhidmatan engine services. Jadi dengan ini kita dah jelas boleh nampak industri yang berimpak tinggi dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada kawasan yang di kawasan airport saja tetapi juga di seluruh kawasan Selangor kerana kita mempunyai kelengkapan jalan raya yang sempurna dan juga apa itu jajaran rel yang semakin lengkap. Jadi ini memang merupakan satu keutamaan di Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan bilangan 96 ini telah daripada Seri Serdang telah dijawab bersama dengan

soalan Seri Kembangan ya, bilangan 22. Jadi kita teruskan dengan Sungai Pelek. Yang Berhormat, silakan.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. soalan Sungai Pelek nombor 97.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 97. Pembangunan BeliaQuestions

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

97. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam pembangunan modal insan untuk langkah meningkatkan taraf kehidupan belia?

b)

Apakah langkah - langkah dan perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung penularan penggunaan rokok elektronik di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang dilihat semakin membimbangkan?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan Sungai Pelek, pemerkasaan belia melalui aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan serta pengembangan kapasiti akan digerakkan oleh Kerajaan Negeri melalui synergy Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan. Ini sebagai satu langkah untuk memperkasa pengupayaan belia dengan merangkumi pelbagai pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negeri Selangor serta entiti-entiti strategik.

Antara perancangan yang telah dilaksanakan termasuklah yang pertama Program Selangor Mega Job Fair yang diadakan setiap tahun bagi menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada para belia di dalam bidang kemahiran termasuk TVET selain bidang-bidang lain seperti perhotelan, makanan dan minuman (F&B), automatif dan sebagainya. Melalui program ini setiap pemain industri terutama dari bidang kemahiran akan membuka peluang pekerjaan dan menyenaraikan jumlah kekosongan di syarikat masing-masing. Sehubungan itu, para belia boleh mengambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan taraf hidup mereka dengan mendapatkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan sesuai dengan kemahiran masing-masing.

Selain daripada mengikuti Kursus SKM tajaan IKTISASS, penyertaan belia dalam kursus pendek tajaan IKTISASS juga boleh dijadikan nilai tambah dalam diri

seseorang itu. Antara kursus yang ditawarkan ialah Kursus Teknologi Dron, Kursus Asas Penyelenggaraan Kenderaan, Kursus Pembuatan Pastri Viral, Kursus Jahitan Kreatif, Kursus Postnatal dan sebagainya. Kursus ini juga terbuka kepada lepasan sekolah yang ingin mengasah kemahiran selain dijadikan persiapan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tambahan lagi kursus jangka pendek seperti ini juga biasanya lebih mudah diakses dan jadualnya lebih fleksibel. Ia menjadikan pilihan yang sesuai bagi mereka yang memerlukan penambahbaikan kemahiran dalam masa yang singkat. Selain itu, ia boleh membantu meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti atau mengubah hobi seseorang itu kepada sesuatu yang lebih menguntungkan. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor bagi membendung penularan penggunaan najis dadah dan rokok dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Antara program berkaitan anjuran Kerajaan Negeri ialah Karnival Selangor Sejahtera Tanpa Dadah yang telah diadakan pada tahun 2022 dan 2023 yang menghimpunkan golongan belia dan komuniti dalam aktiviti sihat dan berilmiah. Penyampaian mesej adalah melalui hiburan, aktiviti pameran motor, slot sembang santai dan pembangunan bakat seperti pertandingan busker. Walau bagaimanapun, tiada program yang memfokuskan secara khusus kepada pembendungan penggunaan rokok elektrik dalam kalangan pelajar dan Insya-Allah akan dipertimbangkan dalam program-program seterusnya.

Namun terdapat beberapa cadangan dan perancangan Kerajaan Negeri yang sedang giat dilakukan. Antaranya ialah cadangan untuk melancarkan kempen kesedaran awam secara meluas dan menyampaikan informasi kepada masyarakat tentang risiko dan bahaya rokok elektronik terhadap kesihatan fizikal dan mental. Selain itu, Kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan program pemulihan dan rehabilitasi bagi pelajar yang telah terjerumus dalam penggunaan rokok elektronik. Program ini menyediakan sokongan psikologi dan kaunseling untuk membantu para pelajar mengatasi kebergantungan atau ketagihan terhadap rokok elektronik. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil kira setiap pandangan dan idea daripada semua pihak berkaitan dengan pembendungan masalah sosial ini. Terima kasih.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Soalan.

Timbalan Speaker

Sungai Pelek.

Tuan Lwi Kian KeongDAP · PHSungai Pelek

Soalan tambahan saya Yang Berhormat berkaitan dengan rokok elektronik. Adakah perancangan daripada Kerajaan untuk memperketatkan lagi syarat-syarat yang memiliki lesen untuk rokok elektronik ini? Sekian.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat tentang rokok elektronik ni, ia memang semestinya menjadi satu

cabaran. Bukan saja di peringkat negeri, tetapi juga di peringkat persekutuan kerana kita masih lagi kalau di negeri ini, kita nak follow atau nak mengikut peraturan dan juga undang-undang yang ditetapkan. Dan untuk di Negeri Selangor buat masa ini kita memang tidak ada satu mekanisme untuk mengawal individu ataupun mana-mana orang untuk memiliki rokok elektronik. Tetapi daripada segi penguatkuasaan penjualannya itu kita ada pematuhan di peringkat PBT dan kita akan kaji daripada masa ke semasa. Tapi dalam konteks untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya belia, kita akan teruskanlah dengan program-program pencegahan dan juga memberikan kefahaman dan kesedaran tentang bahaya rokok elektronik ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya lebih kurang sama. Cuma saya nak dapatkan kepastian, apakah pendirian ataupun dasar Kerajaan Negeri berkaitan dengan pelesenan premis-premis vape dan juga rokok elektronik di Negeri Selangor? Dan saya juga nak tanya. Apakah langkah-langkah penguatkuasaan yang telah dilakukan kepada premis-premis yang menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik dan vape secara haram di Negeri Selangor? Terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Untuk makluman Yang Berhormat, di peringkat Kerajaan Negeri melalui PBT saya ingat nanti EXCO PBT boleh memberikan penjelasan secara lebih terperinci kerana dalam konteks penguatkuasaan itu saya sendiri tidak pasti sama ada, ada atau tidak. Cuma dari segi pelaksanaan penjualan memang kita ada regulation lah daripada segi dia ada peraturan dia. Saya pun tak pasti. Cuma saya minta nanti di peringkat EXCO PBT untuk memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Bernam.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya bernombor 98.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 98. Halatuju Ekonomi Penduduk KampungQuestions

98. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Apakah pelan halatuju ekonomi bagi penduduk kampung di Selangor?

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Yang Berhormat Hulu Bernam ada bertanya apakah pelan hala tuju ekonomi bagi penduduk kampung di Selangor.

Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa komited terhadap pembangunan sosio-ekonomi sosial dan infrastruktur di kampung-kampung tradisi di Selangor. Daripada segi hala tuju, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor yakni PLAN Malaysia Selangor telah menghasilkan dokumen Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Selangor bagi Tahun 2035 sebagai rujukan kepada Kerajaan Negeri di dalam memacu pembangunan desa yang holistik. Daripada semasa ke semasa, Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan dan syor yang dikemukakan di dalam dokumen berkenaan untuk diangkat sebagai projek atau inisiatif yang bersesuaian berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan semasa. Misalnya untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan memastikan literasi digital warga desa agar tidak ketinggalan. Dua buah Pusat Smart Desa telah pun dibangunkan di Kampung Sungai Air Tawar Sabak Bernam dan Kampung Endah Kuala Langat dan sebanyak dua buah lagi Pusat Smart Desa akan dibina pada tahun ini. Bahkan bagi memberdaya ekonomi desa melalui identiti ekonomi kampung tradisi, Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek rintis jejak eko-desa pada tahun ini di mana program ini akan mengenal pasti jenis aktiviti ekonomi tempatan yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai identiti kampung di samping mengadakan kursus-kursus kemahiran yang dilihat bersesuaian untuk penduduk-penduduk kampung menjana pendapatan dan meningkatkan kemahiran mereka. Kampung-kampung tradisi yang dipilih di dalam program projek ini akan dicadangkan sebagai destinasi utama di dalam kalendar sempena Tahun Melawat Selangor bagi Tahun 2025.

Dari segi peruntukan pula, pada tahun 2024 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pembangunan ekonomi kampung tradisi, RM2 juta untuk program pembangunan desa khusus untuk mendukung pelaksanaan program-program pembangunan sosioekonomi dan sosial. Selain portfolio saya, terdapat juga inisiatif-inisiatif dan program-program Kerajaan Negeri di bawah portfolio Yang Berhormat EXCO lain seperti Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Perladangan, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan yang turut melihat kepada peningkatan ekonomi dan taraf hidup penduduk kampung. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan?

Soalan tambahan. Okay. Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan yang telah pun diberikan. Saya ada satu soalan. Dua soalan kepada Yang Berhormat EXCO iaitu yang pertamanya, bagaimanakah Yang Berhormat EXCO boleh bantu dalam menjadikan balai raya yang tinggal dan juga tak dimanfaatkan ini menjadi sebagai pusat kegiatan ekonomi bagi penduduk kampung yang menjalankan perniagaan-perniagaan kecil yang dapat dipusatkan di satu tempat tumpuan dan dipromosikan bagi menarik pengunjung-pengunjung daripada luar untuk hadir mendapatkan barangan jualan mereka?

Dan soalan yang kedua adalah di DUN Hulu Bernam itu sendiri ada laluan B44 yang mana di kiri dan kanannya ada tanah tapak pertanian kekal. Adakah laluan tersebut boleh dibincangkan untuk membangunkan ekonomi bagi warga penduduk kampung? Dan apakah syarat-syarat ataupun perkara-perkara yang perlu dilihat untuk bangunkan ekonomi penduduk kampung? Terima kasih.

Datuk Rizam Bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri sentiasa merancang program-program dan penggunaan balai raya yang dilihat bersesuaian untuk kegunaan. Seperti mana yang saya katakan tadi melainkan balai-balai raya usang yang status tapaknya masih menjadi milikan individu, balai raya ini terpaksa dikosongkan buat masa ini sehingga kita dapat menyelesaikan masalah status tanah ini. Tetapi balai-balai raya lain segala program-program yang dilihat bersesuaian, pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan ataupun menggalakkan mana-mana NGO ataupun badan aktivis dan sebagainya untuk menggunakan balai raya ini agar ianya dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat. Berkenaan dengan soalan kedua daripada Yang Berhormat Hulu Selangor tadi. Pihak Kerajaan Negeri menyambut baik sekiranya pihak Yang Berhormat ada cadangan ataupun pandangan yang dilihat bersesuaian untuk perkara yang Yang Berhormat ajukan tadi untuk dibangunkan untuk kepentingan masyarakat, pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan setiap cadangan yang baik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Seri Serdang.

Soalan ini dah dijawab oleh EXCO.

Timbalan Speaker

Soalan telah dijawab ya oleh YB EXCO. Soalan bilangan 96. Kita teruskan ke 99, sorry.

99.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 99. Sukma 2024Questions

99. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Pembangunan Sukan Selangor diperuntukkan RM 8 Juta. Apakah jumlah ini mencukupi untuk kontinjen SUKMA Selangor terutama untuk mencapai sasaran 3 teratas di dalam SUKMA 2024 di Sarawak?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tuan Speaker saya nak beri penjelasan. Soalan 99 saya ada jawab dah itu hari. Tapi kalau kata YB nak..

Sebab masa perbahasan tu YB dah jawab...

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Ha masa perbahasan tu saya dah respons pada soalan..

Timbalan Speaker

Macam mana?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Jawab ya. Jawab. Okay saya jawab.

Timbalan Speaker

Perlu dijawab.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Tak apa saya jawab. Walaupun dah jawab. Kita dapat Petua daripada Hulu Kelang. Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan jawab sekali dengan soalan daripada Sentosa soalan nombor 183.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 183. Sukma 2024Questions

183. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimana persediaan atlet menghadapi SUKMA 2024?

b)

Apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan prestasi kontinjen Selangor lebih baik daripada 2022?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Sukan Malaysia (SUKMA) bakal berlangsung di negeri Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini yang melibatkan sebanyak 37 jenis sukan. Pada penyertaan kali ini Kontinjen Negeri Selangor dijangka akan menyertai kesemua jenis sukan yang dipertandingkan melibatkan 1,138 orang atlet termasuklah jurulatih, pengurusan kontinjen. Dan pada penyertaan tahun 2024 kali kali ini Kontinjen Negeri Selangor mensasarkan untuk berada di kelompok tiga yang teratas dan perbaiki pencapaian pada SUKMA 2022 iaitu di tangga keempat. Untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2024, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan kepada MSN sebanyak RM8 juta bagi pelaksanaan Program Pembangunan Sukan dan Persediaan Kontinjen Sukma. Untuk perbandingan peruntukkan tahunan dengan negeri-negeri seperti Terengganu RM20 juta, Johor RM15 juta, Sarawak RM23.1 juta, Wilayah Persekutuan RM15 juta, Sabah RM27.2 juta dan kini merupakan negeri-negeri pencabar kedudukan tangga pertama hingga keempat di Temasya Sukan Malaysia. Negeri-negeri tersebut telah menyediakan peruntukkan yang lebih besar untuk kontinjen negeri masing-masing dalam persiapan persediaan SUKMA dan Program Pembangunan Sukan pada setiap tahun. Negeri-negeri yang menerima belanjawan peruntukkan yang setara dengan negeri Selangor adalah seperti negeri Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri ini sentiasa berasa di kedudukan tangga ke-5 hingga ke-9. Keseluruhan Temasya SUKMA setiap kali penganjuran berlangsung. Program Pembangunan Sukan memerlukan jumlah peruntukkan yang sangat besar dan ianya perlu diberikan secara konsisten pada setiap tahun. Majlis Sukan Negeri Selangor mempunyai 53 Persatuan Sukan Negeri yang bergabung di bawah MSN Negeri. Setiap Program Pembangunan Sukan perlu dilaksanakan dari peringkat atlet akar umbi sehinggalah ke atlet berprestasi tinggi dan ianya akan memakan masa antara 10 hingga 15 tahun untuk melihat keberhasilan sesebuah kejayaan Program Pembangunan tersebut. Antara aspek yang penting yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan atlet sama ada di peringkat akar umbi mahupun atlet berprestasi tinggi ialah, gaji juru latih, elaun atlet, kelengkapan peralatan latihan, tempat-tempat latihan dan pendedahan dalam penyertaan kejohan dalam negeri dan luar negeri. Dalam memastikan pelaksanaan program pembangunan sukan berjalan dengan baik dan lancar.

Untuk makluman Yang Berhormat jumlah peruntukkan RM8 juta tersebut hanya memadai untuk persediaan Kontinjen Negeri Selangor ke Temasya SUKMA 2024 sahaja. Namun sekiranya bersekali dengan Program Pembangunan Sukan dan peringkat akar umbi secara realistiknya jumlah tersebut adalah sama sekali tidak mencukupi. Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan untuk menambah peruntukkan tersebut berdasarkan keperluan tambahan bagi logistik dan persediaan pasukan. Jumlah ini juga tidak termasuk jumlah insentif yang bakal diberikan kepada penyumbang pingat yang dijangka menghampiri jumlah RM1 juta. Untuk rekod pada tahun 2016, Temasya SUKMA yang juga berlangsung di negeri Sarawak hanya melibatkan tiga residen iaitu Kuching, Miri dan Sibu sebagai venue pertandingan dan

melibatkan hanya sejumlah 24 jenis sukan. Manakala pada tahun tersebut Kontinjen Selangor berjaya menjuarai Temasya SUKMA berbanding dengan SUKMA tahun 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada tahun ini akan melibatkan sejumlah 37 jenis sukan dan pembabitan 8 residen iaitu venue pertandingan iaitu di Kuching, Sibu, Miri, Kota Samarahan, Serian, Seri Aman, Mukah dan Bintulu. Dan ianya dilihat akan melibatkan tambahan kos terutamanya daripada segi logistik penginapan kontinjen kita. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya daripada Gombak Setia. Tidak ada ya. Ada?

24(2).

Timbalan Speaker

Ya?

24(2) Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Speaker

Okay.

Ambilkan dengan soalan. Okay, soalannya nombor 100.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 100. Perkhidmatan E-HailingQuestions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

100. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu para pekerja E-Hailing khususnya di kalangan belia Negeri Selangor? Berapakah jumlah pekerja E-Hailing yang telah mendapat manfaat daripada inisiatif Kerajaan Negeri?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasin Sungai Burong yang mengambil soalan mewakili Gombak Setia. Perkhidmatan e-hailing dan p-hailing adalah dua perkara yang berbeza yang menjadi topik perbahasan sehingga hari ini. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan e-hailing merupakan satu perkhidmatan mengambil atau menghantar penumpang yang tempahannya dibuat melalui aplikasi yang terdekat melibatkan suatu kadar tambang yang dipersetujui

antara penumpang dan pemandu. Model operasi perkhidmatan e-hailing adalah berbeza dengan mode perkhidmatan kenderaan awam yang lain. Dan ianya dikawal selia melalui syarat-syarat pelesenan yang dikenakan pada syarikat dan pemandu yang berdaftar sesuai dengan keperluan ekonomi gig pada masa kini tanpa melepaskan tanggungjawab supaya perkhidmatan yang disediakan adalah selamat kepada pengguna. Perkhidmatan p-hailing, p-hailing pula merupakan perkhidmatan mengambil atau menghantar barangan makanan. Barangan ataupun makanan yang tempahannya juga dibuat melalui padanan aplikasi yang terdekat melibatkan suatu kadar upah yang dipersetujui antara penjual dan pembeli. Model operasi perkhidmatan p-hailing adalah kenderaan, motosikal dan menghantar ke destinasi yang ditempah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri telah melaksanakan Inisiatif Roda Darul Ehsan ataupun RiDE bermula dari tahun 2020. Inisiatif ini memfokuskan kepada penggiat p-hailing dan seramai 9,000 orang telah menerima manfaat tersebut. Kerajaan negeri melalui Pembentangan Belanjawan negeri Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1juta bagi pelaksanaan program Inisiatif Roda Darul Ehsan ini kepada e-hailing dan p-hailing. Kerajaan negeri dalam fasa mengkaji kaedah dan pelaksanaan inisiatif ini untuk dikembangkan kepada pemandu e-hailing. Seperti sedia maklum industri e-hailing adalah antara penyumbang kepada kelangsungan ekonomi negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah mengaturkan beberapa strategi untuk membantu mereka yang terlibat dengan perkhidmatan tersebut. Pada ketika ini kerajaan negeri telah bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menggalakkan penggiat e-hailing dan p-hailing untuk mencarum di bawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri bagi memberi perlindungan ketika mereka menjalankan tugas. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ataupun KWSP bagi menggalakkan semua yang terlibat dalam pekerjaan ini mempunyai akaun KWSP dan membolehkan mereka membuat caruman dan simpanan sendiri secara sukarela. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan anggaran terkini terdapat lebih kurang 300 ribu pemandu e-haling yang berdaftar dengan syarikat penyelia syarikat penyedia perkhidmatan Grab di seluruh negara manakala Uber pula sudah tidak beroperasi lagi di negara ini kerana telah menjual perniagaannya dirantau Asia Tenggara kepada Grab. Walaupun kerajaan telah mengawal selia perkhidmatan e-haling melalui Akta Pengangkutan Awam Darat Pindaan 2017 dan undang-undang yang berkaitan yang telah berkuat kuasa bermula pada 12 Julai 2018, kerajaan masih komited dalam memastikan kebajikan pemandu teksi terbela dan mereka tidak rugi dengan kewujudan perkhidmatan Grab.

Timbalan Speaker

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan?

Ya. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan iaitu ada tak sesi libat urus pernah dilakukan oleh kerajaan negeri hasil daripada komentar yang begitu banyak dan di media sosial, rungutan daripada p-haling ataupun e-haling ini. Ada tak sesi libat urus yang pernah dilakukan.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik Yang Berhormat. Untuk menjawab Yang Berhormat sesi libat urus itu kita tidak laksanakan tetapi dari masa ke semasa kita melakukan program-program yang melibatkan mereka ini dan berkaitan dengan rungutan tentang kadar bayaran ataupun upah yang mereka terima daripada pihak syarikat pengendali ianya adalah di luar ataupun di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri kerana mereka ini syarikat-syarikat ini beroperasi dengan lesen ataupun dengan kebenaran dengan approval yang betul dan merekalah yang menyelia dan mengawal kaedah pembayaran upah ataupun bayaran kepada pemandu-pemandu ataupun rider-rider ini. Jadi, untuk peringkat Kerajaan Negeri kita sentiasa sedia untuk mendengar dan juga bertemu dengan mereka bagi mencari jalan ataupun libat urus tadi untuk mendengar pandangan dan idea mereka di dalam kita tambah baik program-program atau pelaksanaan program-program kebajikan untuk menyantuni mereka ini. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Ya silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Bidang kuasa Federal untuk buat undang-undang. Tetapi Kerajaan Negeri selalu memberi pelbagai jenis bantuan dan insentif kepada pemandu e-haling dan p-hailing. Sambil kita beri bantuan insentif kepada mereka, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan peluang hubungan tersebut untuk menarik mereka masuk dalam satu kursus TVET, kursus kemahiran yang lain dengan pandangan jangka masa panjang nak tambah baik income mereka. Sebab kalau mereka e-haling dan p-hailing selama-lamanya, bila autonomous kenderaan masuk ke Malaysia mungkin lagi sepuluh tahun lagi mereka semua akan hilang pekerjaan mereka.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Memang di peringkat kita mereka yang berdaftar di bawah inisiatif RiDE ini kita ada maklumat mereka dan daripada masa ke semasa sebarang kursus ataupun program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri kita akan memaklumkan kepada mereka untuk mereka turut serta dan ada di kalangan mereka pun turut menyertai program-program kemahiran yang Kerajaan Negeri tawarkan dan cuma di peringkat kita masih ada kekurangan dari segi follow-up maksudnya kita biasanya kita bantu tapi kita tidak monitor jadi daripada masa ke semasa di peringkat Jawatankuasa Belia kita akan pastikan proses pemberdayaan mereka ini dapat diteruskan secara konsisten, maknanya bila kita beri mereka bantuan ataupun mendedahkan mereka

dengan kemahiran, kita nak pastikan mereka ini dipantau dan diselia dengan baik. Jadi terima kasih atas cadangan daripada Bukit Gasing, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dengan inisiatif-inisiatif baru dan kita akan pastikan kebajikan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan p-haling dan e-haling ini akan terus diperkasakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Semenyih.

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

Terima kasih. Soalan 101.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 101. Peluang Pekerjaan Anak MudaQuestions

Tuan Nushi Bin MahfodzPAS · PNSemenyih

101. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak muda di Selangor amnya dan DUN Semenyih khasnya?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Semenyih atas soalan yang dikemukakan. Merujuk kepada apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri khusus memberikan dan mencipta peluang pekerjaan khusus untuk anak-anak muda di Selangor dan juga di Dun Semenyih secara khasnya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi pihak Kerajaan Negeri antara langkah pertama yang harus kita siapkan atau lengkapkan ialah memastikan terciptanya peluang-peluang pekerjaan. Sebagaimana yang telah direkodkan oleh Yang Berhormat Kinrara sebentar tadi dan dalam beberapa hari perbincangan. Pada tahun 2023 kita telah mencipta lebih kurang 33 ribu peluang pekerjaan yang harus dan boleh perlu di isi oleh pihak anak-anak muda ataupun oleh pekerja-pekerja yang berkemahiran dan separa mahir untuk bekerja . Dan peluang-peluang pekerjaan ini pula meliputi pelbagai bidang dan bidang-bidang berkemahiran memerlukan pula program latihan. Justeru, langkah kedua yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah untuk memperkemaskan program latihan-latihan yang melibatkan teknikal dan vokasional, khususnya dalam memperkasakan apa yang kita panggil STDC yang merupakan satu program yang berterusan kita lakukan semenjak daripada tahun 2019 sampailah hingga ke hari ini. Antara perkara-perkara yang kita laksanakan ialah kerjasama dengan beberapa institusi ataupun syarikat-syarikat pengeluar teknologi seperti Siemens, Apple, Festo, The Saw System dan insya-Allah

menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti saya akan dijemput ke Dublin untuk menyampaikan beberapa pandangan dan juga terlibat dalam forum teknologi yang dihandover yang akan sedikit sebanyak membuka peluang bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi berkenaan. Yang keduanya, kita juga tidak melupakan program-program kerjasama. Kita baru menetapkan kerjasama bersama dengan Kementerian Pendidikan baru-baru ini untuk melibatkan STDC dan juga pasukannya supaya terlibat dengan Kolej-Kolej Vokasional yang terangkum di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan itu juga mereka boleh mempunyai lanjutan dan sambungan bagaimana mereka boleh mengukuhkan keterlibatan pelajar-pelajar dan juga mereka yang lepasan daripada Kolej Vokasional ini untuk meningkatkan program-program upskilling dan reskilling. Baru-baru ini saya juga telah mengadakan pertemuan dengan (MBOT), Malaysia Board Of Technology yang telah membincangkan bagaimana ingin mengubah dan juga memperkasakan sektor engineering ataupun Fakulti Kejuruteraan dan juga Teknikal Vokasional di Universiti Selangor supaya ia kembali dapat menerima lepasan-lepasan ini. Itu jajaran yang kita lakukan dalam bidang di bawah kelolaan pihak Kerajaan Negeri dan yang terakhirnya kita juga melakukan program-program promosi.

Sebagai contoh program jom kerja yang kita laksanakan lebih kurang 3 kali setahun dan insyaAllah kalau Semenyih berminat mungkin kita boleh laksanakan di Semenyih sebab sebelum ini kita pernah lakukan di Hulu Selangor, Shah Alam dan Kuala Selangor. Pada tahun 2023 ada dua kali sebab ada faktor waktu pilihan raya yang agak panjang jadi kita tidak laksanakan program seperti itu kita laksanakan di Kuala Selangor dan Shah Alam mungkin kita akan cuba melihat di Daerah Hulu Langat jika ada keperluan mengikut kepada saiz, tempat, lokaliti dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan Kementerian Sumber dan sebagainya saya percaya kita boleh memperbanyakkan program Jom Kerja ini kepada angka lebih besar pada tahun ini berdasarkan program kerjasama yang tidak hanya bergantung pada funding dan peruntukan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah pun menunjukkan jam 11.31 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2024Bill

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya. Sambungan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2024.

Speaker

Saya mempersilakan Ahli Dewan yang ingin membahaskan Rang Undang-Undang in dan sekiranya tidak ada saya mohon Yang Berhormat Seri Setia untuk memberi penggulungan. Iya. Silakan Seri Setia.

Terima kasih Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pertamanya izinkan saya mengucapkan

terima kasih di atas cadangan-cadangan, saranan-saranan kebimbangan-kebimbangan di zahirkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian yang beragama Islam dan bukan Islam. Saya pasti segala yang dibangkitkan ini adalah natijah daripada satu tujuan yang sama iaitu kecintaan kita kepada agama Islam dan tekad kita semua untuk terus membantu mendaulatkan syiar Islam di Selangor. Keberadaan kita semua di dalam Dewan yang mulia ini sebenarnya adalah untuk kita semua menunaikan tanggungjawab kita yang utama iaitu sebagai cabang legislatif memastikan penggubalan undang-undang negeri sama ada undang-undang sivil atau syariah yang bersesuaian dengan kedudukan Dewan Negeri Selangor di dalam rangka-rangka Perlembagaan Malaysia. Undang-undang gubalan manusia ini tentunya tidak boleh dibiarkan statik walaupun ia undang-undang Islam. Ia harus terus disegarkan untuk menepati kehendak waqia’ bersesuaian dengan zaman dan masyarakat. Kita harus ada keterbukaan dan keinsafan bahawa kita hanyalah manusia, apa yang digubal pasti boleh diperbaiki sesuai dengan kaedah fikah yang diterima pakai oleh pada mujtahidin iaitu Laayunkaru taraiyuahkami bittaghayyuril azman yang bermakna tidak boleh dipertikaikan perubahan pada hukum dengan berubahnya zaman. Jadi tugas para legislator dalam penggubalan undang-undang bukanlah satu tugas yang statik. Sebahagian dari tugas mereka adalah sentiasa memantau dan menilai tahap kesesuaian pelaksanaan sesuatu undang-undang yang telah digubal dengan perubahan realiti dan perubahan semasa. Dalam hal ini suka saya memetik apa yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Ali Jumuah mantan Mufti Mesir dan anggota Ulama Senior Al-Azhar Al-Syarif. Dalam persoalan ini ketika beliau berbicara tentang persoalan taqnin syariah islamiah. Proses menggubal hukum syarak kepada laras bahasa perundangan untuk pelaksanaan dan penguatkuasaannya. Dalam karangan beliau, al-Khaul al-Mubin fil ahkam addunya addin pada halaman 164 cetakan Darul Arabiah lil kitab yang saya petik di sini. Proses taqnin syariah ini perlukan istihaj sebelumnya dan juga ijtihad setelah selesai proses taqnin tersebut. Taqnin itu adalah penggubalan hukum-hukum syarak. Yang dimaksudkan dengan ijtihad proses taqnin tersebut pula ialah sekiranya pihak yang terlibat dengan proses perundangan dan kehakiman mendapati sebahagian daripada undang-undang yang digubal tidak lagi sesuai dengan keadaan dan realiti masyarakat maka tiada halangan bahkan menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk melontarkan ijtihad baru kepada Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang untuk memindanya. Inilah keistimewaan serta cabaran kita semua sebagai seorang ADN bukan hanya sebagai ADN yang menjaga jalan, kebersihan, kebajikan rakyat tetapi sebagai para legislator yang berat tanggungjawabnya. Saya menyambut baik saranan Ahli-ahli Yang Berhormat semalam semuanya saya kira bertujuan mulia. Namun izinkan saya untuk menjelaskan beberapa persoalan yang ditimbulkan. Saya kira untuk pindaan seksyen 75 Tindakan Bersaling dan Pindaan Seksyen 78 Pelantikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie rata-rata kita semua bersetuju bahawa penambahbaikan ini penting untuk memastikan kelancaran urusan Mahkamah Syariah dan menyegerakan kes-kes syariah yang tertangguh di Selangor.

Untuk Pindaan Seksyen 118 Penambahbaikan Pengurusan Tauliah di Selangor juga tidak ada masalah kerana ia akan menjelaskan lagi fungsi MAIS dan pengurusan tauliah di negeri Selangor. Ketiga-tiga ini hanyalah tertumpu pada isu-isu pentadbiran. Jadi sebab itulah namanya Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Tidak patut timbul sebarang kebimbangan akan keabsahan penggubalan ketiga-tiga peruntukan ini oleh Dewan Negeri Selangor. Untuk cadangan pewujudan bahagian 10A yang harus saya tekankan ini hanya tertumpu pada 4 perkara utama. Pertama, adalah tafsiran barang-barang makanan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang yang halal yang disebut dalam Seksyen 121 (A). Kedua, kuasa majlis berkaitan dengan perakuan barang-barang makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang halal, perakuan orang-orang yang layak melakukan sembelihan dan sertu. Ini semua disentuh dalam Seksyen 121 (B). Seksyen 121 (C) pula menyebut soal struktur jawatankuasa halal dalam MAIS manakala 121 (D) menyebut struktur perjawatan untuk pengurusan halal di dalam MAIS dan JAIS. Yang keempat pula, kuasa membuat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah untuk mengawal selia disebut dalam Seksyen 121 (D) Penetapan Fi dan hukuman pula disebut dalam Seksyen 12 (E). Manakala Seksyen 121 (F) perlu menetapkan kesalahan melakukan sembelihan halal dan sertu. Tanpa perakuan yang dihadkan mengikut Akta Mahkamah Syariah bidang kuasa jenayah 1995 atau Akta 355. Jadi di antara kesemua seksyen ini kebimbangan yang banyak dizahirkan tertumpu pada Seksyen 121 (A) dan 121 (B). Terlebih dahulu izinkan saya memaklumkan beberapa perkara untuk dijadikan asas kepada penjelasan saya ini. Yang pertama, di dalam Akta Perihal Dagangan 2011 ada disebut Akta 730 telah pun menamakan JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri sebagai badan tunggal persijilan halal Malaysia. Punca kuasa tersebut jelas bahawa MAIS di negeri Selangor boleh menjadi badan tunggal persijilan halal untuk negeri Selangor. Tetapi isu persijilan halal yang dikeluarkan di sini penetapan hukum syarak halal tersebut di mana punca kuasanya?. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai 2, Senarai Negeri Perkara 1. Kalau lihat paragraf itu sangat panjang tapi dalam itu disebut perkahwinan, ceraian dan juga disebut dalam penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta adat Melayu adalah kuasa mutlak negeri. Jelas negeri boleh menetap apa yang halal dan apa yang tidak berdasarkan hukum syarak yang dikuatkuasakan di negeri itu. Jadi saya kena ambil contoh ayam untuk kita jelaskan poin ini. Kalau kita ada ayam yang kita ternak dan hendak kita komersialkan bagaimana kita menghalalkan daging ayam itu. Sudah tentunya ayam itu wajib disembelih. Disembelih mengikut mazhab mana di Selangor. Tentunya mazhab Syafii. Mengikut kepada garis panduan dan penetapan yang bakal kita buat dalam seksyen 121 (B) itu nanti. Kaedah-kaedah penyembelihan halal dan juga kaedah-kaedah sertu yang halal. Jadi di sini saya tidak lihat di mana percanggahan yang berlaku itu di dalam Seksyen 121 (A) dan 121 (B) tidak ada sebarang percanggahan dengan Akta Persekutuan kerana negeri hanya menetapkan hukum penyembelihan tersebut. Jadi soalnya di sini adalah yang ini saya nak jawab dengan kebimbangan yang seterusnya, di mana Yang Berhormat Permatang dan

Yang Berhormat Hulu Kelang ada merujuk kepada Jadual 9 Senarai 1 Senarai Persekutuan perkara 8

Speaker

Yang Berhormat, sebut Yang Berhormat. Kurangkan sebut YB-YB.

Terima kasih. Yang Berhormat Permatang dan Yang Berhormat Hulu Kelang. Merujuk Jadual 9 Senarai 1 Senarai Persekutuan Perkara 8 berkaitan pertukangan, perdagangan, perindustrian termasuk pengeluaran, pembekalan dan pengedaran barangan, kawalan harga, kawalan makanan, pengadukan bahan makanan atau barangan lain. Jadual persekutuan ini tidak menyebut soal halal, penetapan halal pada barang makanan tersebut. Yang disebutkan di sini adalah hanyalah soal kawalan. Jadi ambillah ayam tadi sekiranya ayam tadi tidak disembelih dengan betul selepas ini kita boleh adu kepada JAIS dan JAIS boleh menggunakan 121 (F) (i) untuk menghukum pesalah. Tetapi kalau ayam yang tidak disembelih mengikut syarak itu dijual dengan logo Halal maksudnya penyalahgunaan penandaan halal maka boleh didakwa orang itu di bawah Akta 730 atas kesalahan penandaan yang tidak betul. Setuju?. Hatta, kalau ayam yang disembelih betul itu pun menyebabkan penyakit dan kesihatan awam ia boleh dikeluarkan daripada pasaran dengan mengguna pakai Akta 730 Akta Persekutuan. tanpa mengganggu mana-mana seksyen dalam bahagian 10A yang dicadangkan. Jadi lihat di situ cantik dan indahnya bagaimana kuasa persekutuan digunakan untuk tujuan-tujuan penandaan dan penyalahgunaan logo halal tetapi kuasa-kuasa negeri digunakan untuk memperakukan sembelihan halal dan penyertuan yang halal. Dengan adanya orang-orang yang bertauliah yang membuat proses tersebut. Seterusnya saya ambil maklum akan kebimbangan Yang Berhormat Sungai Ramal, Hulu Kelang dan juga Yang Berhormat Permatang akan kemungkinan peruntukan-peruntukan yang digubal ini akan dicabar keabsahannya oleh mana-mana pihak yang menyebabkan ia boleh digugurkan akhirnya. Yang ini panjang sedikit tapi saya mohon sedikit kesabaran pada Ahli Dewan supaya kita jelas isu-isu yang dibangkitkan tersebut. Dalam keputusan kes Nik Elin Mahkamah Persekutuan antara lain memutuskan pembatalan peruntukan Seksyen 42 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (i) 2019 bagi negeri Kelantan iaitu kesalahan penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal. Kerana badan perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan tersebut. Untuk makluman, kesalahan berkaitan penyalahgunaan penandaan halal telah pun diperuntukkan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta Persekutuan 730 iaitu di bawah Perenggan 8 Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 dan sub perenggan 3(3) dan Perenggan 4 yang dibaca bersama dengan Perenggan 5 Perintah Perihal Dagangan Takrif Halal 2011. Dalam penghakiman kes Nik Elin Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada Preclusion Clause dengan izin dalam Senarai 2 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan yang mengehadkan kuasa badan perundangan Negeri untuk menggubal Undang-Undang berhubung dengan hukuman dan kesalahan berkaitan dengan ajaran Islam. Senarai 2 tersebut mengecualikan Negeri daripada

menggubal perkara berkaitan kesalahan dan hukuman berhubung dengan perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan. Dalam bahagian baru 10 (A) RUU 2024 yang dicadangkan terdapat 2 peruntukan berkaitan dengan kesalahan dan hukuman bagi perkara yang berhubungan dengan Halal. Iaitu perenggan 121 (E) yang memberi kuasa kepada majlis dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan kesalahan dan hukuman yang hanya terhad kepada perkara berkaitan perakuan orang yang layak melakukan sembelihan halal atau orang yang layak melakukan sertu. Itu sahaja. Peruntukannya boleh dibuat di bawah perenggan yang dicadangkan ini tidak menyentuh kesalahan berkaitan penandaan halal kerana kesalahan tersebut tertakluk pada Akta 730 saya sebut contoh ayam tadi. Kalau ayam tadi tak disembelih mengikut peraturan Negeri dan diletakkan loga Halal, penandaan itu boleh dihukum di bawah Akta 730. Dan Seksyen 121 (F) juga diwujudkan untuk kesalahan dan hukuman bagi mana-mana orang yang melakukan, cuba melakukan atau menyebabkan perakuan sembelihan halal atau sertu tanpa orang itu terlebih dahulu mendapat perakuan sebagai orang yang layak melakukan sembelihan halal atau sertu. Kedua-dua peruntukan kesalahan hukuman dicadangkan dalam RUU 2024 ini bukan merupakan kesalahan dan hukuman berkaitan dengan penandaan Halal yang termasuk di bawah perkara berkaitan dengan perdagangan atau trade yang berada dalam satu senarai persekutuan. Ini kerana kuasa untuk menentukan orang yang layak untuk melakukan sembelihan halal atau sertu adalah merupakan perkara yang termasuk dalam penentuan hukum dan doktrin syarak yang termasuk dalam Senarai 2 Jadual 9 Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, kedua-dua peruntukan yang dicadangkan berkaitan kesalahan dan hukuman dalam RUU 2024 tidak termasuk dalam Preclusion Clause dalam Senarai 2 Senarai Negeri yang dirujuk dalam penghakiman kes Nik Elin. Selain daripada peruntukan berkaitan dengan kesalahan dan hukuman dalam RUU 2024 semua peruntukan yang dicadangkan dalam bahagian 10 (E) juga merupakan perkara yang termasuk dalam penentuan hukum dan doktrin syarak. Peruntukan yang dicadangkan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang yang berkaitan penandaan halal yang telah diwujudkan iaitu Akta 730. Ini dapat dilihat dalam Sub Seksyen 121 (B) (i) yang mengiktiraf Akta 730 di mana peruntukan ini menjelaskan bahawa kuasa MAIS untuk memperakukan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang adalah halal merupakan kuasa MAIS sebagai pihak berkuasa berwibawa yang diberikan di bawah Akta 730. Ini bermakna semua perakuan persijilan halal yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri Selangor adalah tertakluk juga kepada Akta 730 itu sendiri. Dalam Perenggan 121 (E) (a) RUU 2024 diwujudkan juga kuasa MAIS untuk membuat peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berkaitan penentuan Halal. Perenggan E ini tidak menyentuh tentang tatacara pengeluaran persijilan halal seperti mana yang telah wujud di bawah Akta 730. Tetapi ia hanya terhad kepada tatacara penentuan aspek hukum syarak sama ada sesuatu makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal. Perkara ini selaras dengan Akta 730 yang memberi

bidang kuasa penuh kepada Majlis Agama Islam Negeri sebagai Pihak Berkuasa Berwibawa untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal. Dalam hal berkaitan pengurusan halal di Negeri Selangor, dua-dua Undang-undang sama ada undang-undang Persekutuan di bawah Akta 370 mahupun undang-undang Negeri perlu bergerak seiring dan dikuatkuasakan secara bersama. Kedua-dua undang-undang ini adalah undang-undang yang saling melengkapi. Perkara ini bukan suatu perkara yang asing dan telah pun dilaksanakan dalam perkara yang lain. Sebagai contoh, dalam perkara pendidikan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan dengan pendidikan adalah termasuk di bawah Senarai 1 Jadual Ke-9 Senarai Persekutuan. Dalam hal ini, walaupun Akta Pendidikan 1996 ataupun Akta 550 telah digubal yang mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya namun Akta 550 ini tidak terpakai kepada institusi pendidikan atau sekolah yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran agama semata-mata di mana ia merupakan perkara berkaitan dengan Agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

Justeru, perkara berkaitan dengan sekolah Islam di Negeri Selangor iaitu sekolah yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran agama Islam sahaja adalah tertakluk kepada enakmen pengawalan sekolah-sekolah 1988. Prinsip yang sama juga boleh dilihat dalam perkara pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam hal ini Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 telah digubal oleh Parlimen menurut kuasa di bawah Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua negeri atau lebih. Dan Akta 171 ini terpakai di Negeri Selangor. Namun begitu, Badan Perundangan Negeri masih mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang yang termasuk dalam kuasa PBT sebagai contoh, berkaitan dengan pengurusan tanah kubur. Menurut kuasa yang diberikan oleh Seksyen 98, Akta 171 tersebut Undang-undang Kecil berhubung dengan pengurusan tanah perkuburan Islam telah diwujudkan di Negeri Selangor dan diseragamkan secara kolektif serta diwartakan pada tahun 2005. Undang-undang Kecil ini digubal selari dengan kuasa PBT dengan Akta 171 tersebut. Dalam perkara berkaitan halal dengan persetujuan Majlis Raja-raja perkara berkaitan penandaan halal telah digubal di bawah Akta 730 bagi tujuan keseragaman Undang-undang. Namun begitu, menurut kuasa yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Negeri, melalui perintah-perintah di bawah Akta 730 Badan Perundangan Negeri masih boleh membuat undang-undang tetapi ia hendaklah digubal selari dengan kuasa MAIS yang diperuntukkan di bawah Akta 730 tersebut.

Sehubungan itu, sekali lagi ditekankan bahawa RUU 2024 khususnya berkaitan dengan pengurusan halal ini tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan malah ia digubal selari dengan Akta 730 serta perundangan subsidiari di bawahnya dan bertujuan untuk memperkasakan pengurusan halal khususnya di Negeri Selangor. Pada Yang Berhormat Hulu Kelang menyentuh Seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 Yang Berhormat.

Peruntukan ini ada tetapi ia tidak pernah dikuatkuasakan dan ia bukan seperti Seksyen 42 Enakmen Jenayah Syariah negeri Kelantan yang dikuatkuasakan. Jadi ia ada tetapi tidak pernah digunakan. Soalan Yang Berhormat Sungai Ramal mengenai format numbering peruntukan Undang-undang ini ..

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Tuan Speaker, minta Yang Berhormat ulang satu perenggan yang akhir tadi tu. Terima kasih.

Saya hanya sebut Seksyen 42 Enakmen Jenayah Syariah negeri Kelantan itu diguna pakai.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ini, saya nak minta yang ..

Seksyen 38?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat Hulu Kelang punya statement dan jawapan Yang Berhormat, saya nak penjelasan tu je.

Baik, baik.

Yang Berhormat Hulu Kelang menyentuh Seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Peruntukan ini ada dalam Enakmen tetapi ia tidak pernah dikuatkuasakan. Ia ada tetapi tidak dikuatkuasakan berbeza daripada Seksyen 42 Enakmen negeri Kelantan yang diguna pakai di negeri Kelantan. Jadi, saya hendak teruskan ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat berhubung Seksyen 38 Enakmen Jenayah Syariah Selangor, ia telah diwujudkan tetapi tidak pernah dikuatkuasakan. Jadi, saya hendak dapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat, sekiranya, saya harap tidak tetapi sekiranya, ada pihak yang mencabar Seksyen 38, apa pendirian Kerajaan Negeri? Apakah ini akan mendedahkan kepada kemungkinan Seksyen ini juga terbatal seperti Seksyen 42 Enakmen Kanun Jenayah Syariah di negeri Kelantan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Untuk penetapan perkara tersebut, kajian dan penelitian sedang dibuat oleh pihak Bahagian Undang-undang MAIS dan kita akan zahirkan perkara-perkara tersebut menerusi saluran MKI dan Jawatankuasa Khas MKI yang telah dibentuk di peringkat Persekutuan. Kita ada dua (2) bahagian MAIS di dalam itu, perkara-perkara seperti ini akan dibincangkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cuma Yang Berhormat EXCO, kita juga sedia maklum semalam juga dibangkitkan Jawatankuasa yang telah dibentuk oleh Tuanku Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI dalam Mesyuarat yang ke-70 telah menyatakan dengan tegas supaya Jawatankuasa ini dapat segera melihat keperluan, keharmonian di antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah dan

beberapa peruntukan yang perlu kita pertahankan. Namun kekesalan kita ialah Menteri Agama secara terbuka telah membuat kenyataan bahawa sebarang pandangan ataupun maklum balas beliau tidak yakin bahawa ia dapat dibentangkan dalam masa yang terdekat untuk melakukan pindaan. Jadi, perkara ini mungkin mengambil masa yang begitu panjang maka Yang Berhormat sebut tadi, kita sedang melihat apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perkara ini tidak dicabar oleh mana-mana pihak tetapi sekiranya Jawatankuasa itu mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali kepada MKI untuk mengesyorkan beberapa pindaan ataupun proses keharmonian, apa tindakan Kerajaan Negeri?

Saya kira saya tidak boleh menetapkan berapa laju Jawatankuasa tersebut akan menyelesaikan perkara ini kerana itu di luar bidang kuasa kita tetapi kebimbangan-kebimbangan yang ada di negeri sedang diteliti dan akan dizahirkan melalui saluran tersebut. Itu sahaja jawapan yang saya boleh beri setakat ini dan kita juga, saya setuju dengan pandangan daripada sebelah pembangkang semalam bahawa kita harus mengambil sedikit masa dan jangan kita terburu-buru terus hendak membuat gubalan-gubalan yang baru seperti mana ada negeri yang telah pun membuat keputusan yang sedemikian.

Baik, saya teruskan sahaja untuk soalan Yang Berhormat Sungai Ramal mengenai format numbering. Dalam peruntukan Undang-undang ini, saya dimaklumkan oleh pihak MAIS ini adalah format dalaman yang sedia ada yang digunakan di MAIS untuk penggubalan undang-undang. Yang Berhormat Taman Medan tidak ada tetapi semalam ada ditanyakan soalan. Sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah syarikat milik orang bukan Islam, adakah dengan undang-undang ini mereka itu boleh dijatuhkan hukuman? Saya tak pasti soalan ini sebab tidak disebut kesalahan apa. Cumanya yang boleh disebut di sini, enakmen yang bakal kita luluskan ini akan terkena kepada orang Islam dan orang bukan Islam masih boleh lagi didakwa di bawah Akta yang ada, Akta 370.

Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, saya berharap penjelasan ini akan dapat menenangkan dan meredakan keresahan yang ada. Itulah bila disebut bahawa penggubalan ini telah melalui kajian libat urus dan dibuat dengan cermat. Harus, kita juga hadapi cadangan sebegini dengan penuh keterbukaan dan husnuzon kepada para penjawat awam kita terutamanya Pengamal Undang-undang di kalangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka di atas penggubalan ini dan membekalkan fakta-fakta kepada saya pada hari ini. Terima kasih sekali juga kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk sesi perbahasan semalam dan tahniah kerana anda telah melakar sejarah menambah baik Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2023 dengan sekejap lagi akan meluluskan pindaan 2024 ini. Terima kasih Tuan Speaker, saya sekali lagi mohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama satu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2023.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini Fasal demi Fasal.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal I.

Pengerusi

Fasal I menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal II.

Speaker

Fasal II menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal III.

Pengerusi

Fasal III menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal IV.

Pengerusi

Fasal IV menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal V.

Pengerusi

Fasal V menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal VI.

Pengerusi

Fasal VI menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Pengerusi

Dewan bersidang semula.

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini, bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan Pindaan 2023Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2024. Aturan urusan seterusnya. Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan Pindaan 2023. Rang Undang-undang ini bernama satu Enakmen untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan 1999.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, tujuan Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini adalah untuk meminda Jadual dalam perenggan 1, Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan 1999, 1959 Enakmen SPN dengan meminda jumlah Elaun Tetap dan Elaun Temu duga yang dinaikkan kadarnya berkuat kuasa Jun 2023. SPN ditubuhkan dalam Bab 10 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Suruhanjaya dianggotai Ahli yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia yang terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lapan (8) orang anggota yang bertanggungjawab ke atas urusan melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap dan berpencen, menaikkan pangkat, menukar pelantikan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota penjawat awam Negeri Selangor yang diliputi oleh bidang khususnya. Menurut Seksyen 3 Enakmen SPN, saraan Ahli-ahli SPN Selangor adalah terdiri dari gaji, elaun dan keistimewaan yang ditetapkan dalam Jadual kepada Enakmen SPN dan saraan-saraan ini tidak boleh diubah sehingga menyebabkan kekurangan di pihak Ahli-ahli SPN Selangor selepas pelantikan. Semakan semula kadar elaun bagi Ahli-ahli SPN adalah sangat wajar memandangkan semakan semula kadar elaun Ahli-ahli SPN ini dibuat pada tahun 2013 iaitu lebih kurang 10 atau 11 tahun yang lalu yang dibuat melalui pindaan kepada Enakmen SPN pada tahun 2013. Justeru itu, kenaikan kadar elaun dan juga Elaun Temu duga Ahli-ahli SPN ini adalah diharapkan dapat menjadi pemangkin untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang cemerlang bagi para penyandang jawatan Ahli-ahli SPN Selangor. Kajian perbandingan juga dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri lain yang sama dari segi tugas, bebanan kerja, infrastruktur dan struktur organisasi. Untuk ini SPN dikelaskan sama tahap dengan

SPN Perak. Namun begitu dari segi kadar elaun yang diterima Pengerusi dan Ahli SPN Selangor menerima kadar elaun yang lebih rendah berbanding dengan elaun yang diterima oleh Pengerusi dan Ahli SPN Negeri Perak Darul Ridzuan. Sehubungan itu, suatu cadangan untuk semakan semula kadar elaun bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di Negeri Selangor telah diusulkan. Cadangan kenaikan kadar elaun Ahli-ahli SPN Selangor telah dibawakan ke dalam pertimbangan MMKN Bil. 1/2023 bertarikh 11 Januari 2023 dan telah disahkan dalam mesyuarat seterusnya iaitu bertarikh pada 18 Januari 2023. Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan Pindaan 2023 yang dicadangkan oleh Rang Undang-undang bertujuan meminda enakmen merangkumi pindaan pada kadar elaun tetap bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli SPN seperti berikut :-

i. Elaun tetap Pengerusi dinaikkan dari RM3,000 kepada RM4,000 ii. Elaun tetap bagi Timbalan Pengerusi ditingkatkan dari RM2,300 kepada RM3,000 iii. Elaun tetap bagi Ahli-ahli SPN Selangor dinaikkan dari RM2,000 kepada RM2,500

Selain itu pindaan Enakmen SPN juga dimasukkan ke dalam Rang Undang- Undang ini menaikkan kadar elaun temu duga dari kadar RM50 kepada RM100. Saya mencadangkan Yang Berhormat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya persilakan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan ini telah pun di sokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan tidak ada ADN atau pun Ahli Dewan Negeri yang mengambil bahagian perbahasan, saya mohon dan mempersilakan pihak Kerajaan sekiranya ingin gulung atau memberikan apa-apa penjelasan terhadap perkara-perkara yang perlu diperjelaskan lagi.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa penjelasan saya sudah jelas, sampai semua tidak membahas.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan Kali Yang Kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila TIDAK. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan 1959.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui. Ya saya mohon pencadang.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan di dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah dibincangkan dan dimaklumkan di dalam Dewan. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui, dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Pengerusi

Dewan bersidang semula. Pencadang-pencadang.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Hei, tidak kacau orang tidak boleh ke Hulu Kelang? Cuba bertaubat sikit.

Speaker

Tumpukan perhatian.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Bacaan ketiga pencadang, Tuan Speaker saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan di dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui, oleh itu saya mencadangkan agar Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan hendaklah diluluskan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Usul No. 6 Tahun 2024, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Subang JayaMotion

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini boleh dinamakan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Saraan Pindaan 2023. Aturan urusan seterusnya Usul No. 6 Tahun 2024, Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Subang Jaya.

Speaker

Silakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-Peraturan Tetap Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai pengurusan air, pertanian, infrastruktur dan mobiliti JPK Infragrow berhubung projek pembinaan Pakej A, Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2024. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai latar belakang Projek SJAM telah diumumkan akibat pencemaran air yang kerap berlaku antara tahun 2018 sehingga 2020. Projek SJAM Pakej A bernilai 128 juta ringgit dan Meta Construction Sdn. Bhd telah dilantik sebagai kontraktor untuk projek ini. Sebagai garis masa, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan pada tahun 2020 bahawa projek ini akan berlangsung semasa pembentangan belanjawan di Dewan yang mulia ini. Pada tahun 2021, Kerajaan telah mengumumkan bahawa projek ini akan siap

pada akhir tahun 2022. Pada Mei 2023 Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah mengatakan bahawa projek ini akan siap pada Oktober 2023. Jawatankuasa ini telah pun bermesyuarat pada 3 Januari 2024 dan semasa pendengaran bagi Pakej A, kami telah difahamkan bahawa peratusan persiapan adalah sebanyak 67.39% dan akan siap pada Oktober 2024. Jadi jelas dari garis masa bahawa projek ini telah dianjakkan beberapa kali. Semasa pendengaran, jawatankuasa telah memanggil beberapa agensi dan juga kontraktor, di antara sebab yang telah dikemukakan oleh pihak kontraktor ialah berkenaan kelewatan adanya 4. Yang pertama, kontraktor mengatakan bahawa tanah yang dinyatakan di dalam dokumen tender adalah .... clay tetapi semasa first cut telah dibuat dengan izin tanah yang dikenal pasti adalah silty clay. Selepas mendengar, jawatankuasa berpandangan bahawa sebab ini tidak boleh diterima. Yang pertama kerana dokumen tender adalah jelas dan menyatakan bahawa ia adalah tanggungjawab kontraktor untuk menjalankan SI sendiri.

Yang kedua, tanah yang dinyatakan dalam SI yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan adalah sebagai rujukan sahaja. Kami telah menerima keterangan dari pihak perunding kerajaan mengatakan bahawa dalam sebarang projek pun, sebarang kontraktor perlu dapat menguruskan keadaan di luar jangka. Jadi walaupun SI yang dibuat oleh kontraktor sendiri adalah dekat dengan hasil SI oleh pihak Kerajaan tapi jika first cut telah menyatakan bahawa hasil first cut itu adalah berlainan dari SI maka sebagai jurutera atau pun pakar mereka dapat menguruskan keadaan di luar jangka. Sebab kedua yang telah dikemukakan oleh pihak kontraktor adalah bahawa JKPP telah lambat sebanyak 2 bulan untuk meluluskan permohonan mereka yang telah buat pada Julai 2023. Sekali lagi jawatankuasa berpandangan bahawa sebab ini tidak boleh diterima kerana berdasarkan dokumen yang telah dikemukakan, kelewatan yang paling lambat adalah 27 hari dan bukannya 2 bulan, dan kelulusan yang paling cepat adalah 7 hari.

Seterusnya kontraktor juga telah mengatakan bahawa kebenaran merancang lambat diluluskan oleh pihak majlis. Setelah kami meneliti keterangan dan juga dokumen-dokumen, jawatankuasa sekali lagi tidak boleh menerima ini kerana kelewatan kelulusan KM boleh dikatakan juga adalah akibat tindakan kontraktor yang telah memohon untuk pengecualian sebanyak RM881 sahaja. Jawatankuasa pada masa yang sama berpandangan bahawa majlis sepatutnya balas surat yang dikemukakan dan boleh berunding dengan kontraktor dengan lebih cepat.

Sebab keempat yang telah dikemukakan oleh kontraktor adalah bahawa terdapat masalah bekalan konkrit di dalam projek ini. Walaupun di dalam kes ini perunding Kerajaan Negeri telah mengatakan bahawa projek lain juga menghadapi masalah yang sama tetapi jawatankuasa berpandangan bahawa kontraktor di dalam kes ini sepatutnya proaktif mencadangkan penggunaan bahan lain yang telah dibuat dalam kes ini. Pada peringkat awal pada peringkat yang agak lewat isu-isu lain projek ini yang diperhatikan oleh jawatankuasa ialah masalah tadbir urus pada peringkat kontraktor di mana masalah di mana kerja-kerja yang patut dilakukan pada musim

kering seperti pembinaan calvet dilakukan pada musim hujan. Jangkaan siap dibina menjadi persoalan, ini adalah disebabkan percanggahan fakta yang dikemukakan oleh board of directors yang mengatakan bahawa projek ini dapat siap pada bulan Julai tetapi pasukan pengurus projek mengatakan bahawa projek ini hanya boleh siap pada Ogos, agensi-agensi lain pula mengatakan bahawa kontraktor telah mohon EOT sehingga bulan Disember jadi jawatankuasa ini mendapati bahawa terdapat percanggahan komitmen dan oleh itu kami sangsi sama ada kontraktor komited untuk menyiapkan projek ini. Oleh itu, sebagai saranan jawatankuasa ini menyarankan agar ;

i. Kerajaan Negeri memantau dengan lebih rapat untuk memastikan Projek SJAM dapat siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024. Jawatankuasa berpandangan bahawa EOT hanya wajar diberikan untuk jangka masa yang setimpal bagi faktor-faktor di luar jangka dan kelewatan selebihnya patut dikenakan Liquidated Ascertained Damages (LAD) dengan izin seperti yang dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima.

ii. Jawatankuasa juga menyarankan supaya Jabatan Audit Negara Negeri Selangor menyiasat kelewatan dalam pelaksanaan Pakej A Projek SJAM dan mencadangkan penambahbaikan untuk mana-mana projek kerajaan lain supaya perkara ini tidak berulang lagi.

iii. Jawatankuasa menyarankan supaya perancangannya lebih rapi dari awal patut dipraktikkan dan amalan pemberian kelulusan EOT tidak sepatutnya dijadikan budaya terutamanya bagi projek-projek yang melibatkan kepentingan awam.

iv. Jawatankuasa menyarankan agar faktor-faktor kelewatan kemajuan Projek SeJAM diambil perhatian oleh semua pihak berkaitan agar tindakannya lebih progresif dan proaktif diambil untuk memastikan tiada lagi kelewatan kemajuan projek.

v. Negeri Selangor perlu berhati-hati memilih kontraktor bagi projek yang berkepentingan awam.

vi. Perlu memastikan bahawa kontraktor yang berprestasi lemah tidak dilantik semula bagi projek Kerajaan Negeri yang lain. Kerajaan Negeri juga disarankan untuk menyemak sama ada petender yang akan datang bagi projek lain mempunyai pengarah-pengarah dan pemegang saham yang sama. Syarikat-syarikat di dalam kategori tersebut juga tidak wajar dilantik bagi melaksanakan projek kerajaan negeri.

vii. Perkara keenam yang saya baru sebut tadi wajar dikongsi dengan Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri lain, agensi-agensi kerajaan dan

pihak-pihak berkuasa tempatan bagi mengelak masalah kelewatan menyiapkan projek berulang.

viii. Tadbir urus Meta iaitu kontraktor dalam Pakej A SJAM perlu diperkemas, jelas daripada percanggahan fakta bahawa badan pengarah dan pengurusan Meta tidak berkomunikasi dan ia juga nampak jelas kepada maklumat yang disampaikan oleh wakil pengarah Menta bahawa mereka tidak jelas dan tidak mengambil serius kemajuan projek.

ix. Jawatankuasa menyarankan agar kesemua agensi dan juga jabatan yang terlibat perlu memberi keutamaan kepada projek-projek kerajaan terutamanya projek yang berkepentingan awal dan belum menyenangkan proses permohonan.

x. Yang terakhir, dalam Kertas Bil. 8/2022, Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor berhubung projek bagi menghubungkan 600 ke Loji Rawatan Air SSB 1,2 dan 3 Rantau Panjang, off reverse storage KLIA – Semenyih, JPK telah menyarankan perkara seperti berikut dan Jawatankuasa ingin menegaskan kepentingan Kerajaan Negeri pemberian perhatian terhadap perkara ini, bahawa Jawatankuasa menyarankan supaya agensi yang mungkin terlibat dalam projek ini termasuk UPEN, Air Selangor, LUAS, SPAN, MPSP, MPKS dilibatkan pada peringkat awal untuk menyegerakan proses pelaksanaan. Dengan itu Tuan Speaker, Subang Jaya mohon menyokong.

Tuan Speaker saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Ya Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker ada 2 Penyata, JPK-INFRAGRO dan juga JPK-SEJAHTERA yang akan dibentangkan pada pagi ini. Tuan Speaker, memandangkan Usul Pindaan Pelantikan Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti atau JPK Infragro dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup ataupun JPK-Sejahtera baru sahaja dibentangkan dan diluluskan minggu lalu pada 29 Februari 2024 dan pindaan yang diluluskan secara sebulat suara oleh Dewan ini adalah mengenai keanggotaan dan juga komposisi Ahli-ahli Dewan Negeri dari Perikatan Nasional, maka saya selaku Ketua Pembangkang dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional, tidak dapat menerima Penyata ini pada petang ini dan kami ingin mencadangkan supaya content Penyata ini dapat dibentangkan semula dalam Mesyuarat Penuh Jawatankuasa ini

yang akan bersidang, saya percaya selepas Sidang Dewan Negeri kali ini dan pada pagi ini kami hanya mengambil maklum sahaja tentang apa yang dibentangkan oleh Subang Jaya. Bagi pihak saya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya dan juga Yang Berhormat Bukit Gasing yang telah mengambil inisiatif awal untuk mengadakan Mesyuarat tetapi ada perbincangan teknikal ketika itu di mana pembawa Usul itu sendiri telah bersetuju untuk menangguhkan dan beliau sendiri telah membawa semula pindaan pada minggu yang lepas, maka saya kira kami ingin terlibat secara aktif dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa penuh nanti. Maka itulah pandangan saya pada pagi ini, Tuan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa Urus setia ataupun Pejabat Dewan telah menerima pemberitahuan daripada Yang Berhormat Subang Jaya untuk membentangkan Penyata untuk JPK Infragro dan JPK-Sejahtera dan proses ini mematuhi Peraturan Mesyuarat 76 (1-7). Saya juga tidak menerima apa-apa Notis atau Pemberitahuan daripada kedua-dua Pencadang untuk meminda ataupun menarik balik Usul mereka dan oleh sebab itu kalau berdasarkan kepada Penyata ataupun Peraturan Tetap yang ada di hadapan kita, maka saya tidak dapat memutuskan bahawa Usul ataupun Pembentangan Penyata ini boleh ditarik balik. Dan juga kalau kita ikut kelaziman yang pernah berlaku di Dewan Negeri Selangor sebelum ini, dalam sesuatu sesi memang ada perubahan dan pindaan dari segi keahlian Jawatankuasa Pilihan ataupun Jawatankuasa Pilihan Khas dan perubahan itu tidak menjadikan pembentangan Penyata oleh sesebuah Jawatankuasa Pilihan ataupun Jawatankuasa Pilihan Khas itu tidak sah dan saya kira bergantung pada Pengerusi kedua-dua Jawatankuasa ini sekiranya isu yang dibentangkan dalam Penyata ini perlu diperhalusi semula ataupun perlu dibincangkan balik setelah menerima input baru atau maklumat baru daripada Kerajaan ataupun ahli yang baru maka saya rasa ia masih boleh dibincangkan dan dibentangkan dalam Sidang-sidang yang akan datang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak put on record, saya langsung tidak mencadangkan supaya Penyata pada yang dibentangkan itu ditarik balik ataupun dipinda. Saya tidak mencadangkan begitu. Cuma saya mencadangkan pertama, kami tidak akan terlibat dalam Perbahasan kerana anggota, keanggotaan kedua-dua Jawatankuasa ini belum lagi disempurnakan sehingga lah pada minggu lepas. Sebab itu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Bukit Gasing yang telah mengambil inisiatif awal. Cuma cadangan saya kalau boleh dalam Mesyuarat Penuh yang akan datang, yang akan diadakan selepas Sidang Dewan kami juga ingin terlibat untuk memberikan pandangan dan input bagi mengukuhkan Penyata ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Boleh, boleh.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Speaker, saya menghormati pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Cuma ada 3 point yang saya ingin kemukakan. Yang pertama, walaupun terdapat pindaan terhadap keahlian Jawatankuasa, tetapi kalau kami mengikuti Sidang Dewan DUN yang lepas, Jawatankuasa ini telah diluluskan mengikut majoriti.

Yang kedua, saya percaya bahawa semua Ahli yang telah diluluskan dalam Jawatankuasa Infragro pada Sidang DUN yang lepas telah dijemput untuk kesemua Mesyuarat, dan untuk semua Mesyuarat kami telah menepati Peraturan Tetap 73 (3) di mana cukup bilangan kuorum untuk setiap satu mesyuarat. Point yang seterusnya yang saya ingin bangkitkan ialah bahawa walaupun ahli-ahli Perikatan Nasional telah buat keputusan untuk tidak hadir tetapi Penyata ini sudah diedarkan pada peringkat awal dan terbuka kepada mereka untuk bahas juga pada hari ini. Sebagai Pengerusi saya tidak menghalang untuk pandangan dikemukakan selepas ini tetapi saya mohon Tuan Speaker, supaya pembentangan Penyata ini diteruskan pada hari ini. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tidak mencadangkan...saya tidak mencadangkan ditangguhkan, boleh dibahaskan.

Speaker

Saya faham, ya saya faham isu. Terima kasih Yang Berhormat, duduk. Saya faham pendirian daripada Hulu Kelang dan Pembangkang yang telah pun mencadangkan, Yang berhormat, Yang Berhormat, saya faham, saya faham. Boleh duduk, boleh duduk. Saya kira Penyata ini boleh diteruskan dan boleh diteruskan dan tidak ada masalah cuma kita menghormati cadangan daripada ataupun hujah daripada Pembangkang bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul, kedua-dua Usul ini cuma saya juga ingin...ya sila senyap ya. Cuma saya perlu mengutarakan bahawa Jawatankuasa ini telah pun disempurnakan sejak Sidang yang lepas cuma kali ini ada pindaan terhadap keahlian dan pindaan terhadap keahlian JPK-INFRAGO dan JPK-SEJAHTERA melibatkan seorang anggota sahaja, seorang daripada tujuh. Jadi saya kira tidak menimbulkan apa-apa masalah seperti apa yang saya sebutkan Pembentangan Usul ini perlu mematuhi Peraturan Tetap di bawah 76 dan saya tidak mendapat apa-apa masalah di situ. Jadi untuk itu saya tidak rasa atau apa-apa percanggahan dan saya buka untuk Perbahasan daripada semua Dewan. Sekiranya ada. Ya, Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengambil sedikit masa untuk bagi 5 minit ya. Singkat sahaja ya. Projek ini, projek SJAM ini adalah penting untuk rakyat Selangor memandangkan tahun hadapan 2025 adalah musim kemarau dan projek patut siap tahun ini. Kalau lah kontraktor tu ada lambat, okey, mereka dengan alasan yang munasabah, Kerajaan masih boleh terima tetapi bila Jawatankuasa memanggil kontraktor untuk soal jawab, keegoan mereka sangat kuat. Tanya kenapa Jawatankuasa terlalu peduli terhadap projek ini? Jadi, Pandamaran ingin memohon kepada Kerajaan kalaulah syarikat ini tidak dapat

menghabiskan projek ini, menyiapkan projek ini dalam masa yang ditentukan, selain menyenaraihitamkan syarikat ini saya juga menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya kita dapat mengambil tindakan yang keras serta menyenaraihitamkan Director dengan izin dalam syarikat ini sebab mereka memang sombong bila kami minta temu janji, soal jawab. Jadi ini lah daripada Pandamaran. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput kalau Kerajaan ada apa-apa Penggulungan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Speaker, terima kasih, Yang Berhormat Subang Jaya dan juga Pandamaran. Minta maaf banyak-banyak ya kalau dia kata mereka sombong. Saya tidak pula dia kata sombong. (ketawa).

Speaker

Yang Berhormat semua jangan mengganggu. Tenang, Yang Berhormat tenang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tapi yang pastinya saya tak suruh mereka menyombong lah. Itu tak adalah. Jadi saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK-INFRAGRO) kerana menyediakan laporan yang cukup lengkap dan sempurna ini dan kita akan memberi pertimbangan seseriusnya mengenai cadangan-cadangan yang telah disebut. Cuma saya nak sebut di sini dalam kita menguruskan projek ini dia akan berlaku kelewatan. Majoriti projek ini akan berlaku. Faktornya ada 3 jenis. Pertama ialah kesilapan dari pihak kita sendiri. Yang kedua memang kesilapan daripada kontraktor dan satu lagi ialah yang di luar jangkaan yang berlaku, musim hujan dan luar biasa, isu tanah, kajian dan sebagainya.

Jadi 3 kombinasi ini akan menyumbang kepada kemajuan projek. Jadi kita ambil pertimbangan dan kita faham memang ada fault di dan kita ada fault pun ada sedikit sebanyak dan juga faktor-faktor luar jangkaan pun ada. Macam contoh di projek yang pakej D, di Semenyih di dapati ada satu tempat bila nak buat paip jacking, piping di dapati tanah orang punya. Tak besar tanah dia, kita tak jumpa sebelum ini, jadi dia ada sedikit mengganggu. Contoh tapi pada amnya keseluruhannya findings ini sangat-sangat lengkap, sempurna dan cuba pertimbangan kita dalam memberi extension of time atau liquid damages dan sebagainya cadangan itu kita akan pertimbangkan mengikut kriteria tersebut 3 tadi. Jadi saya ucapkan tahniah dan sekali lagi terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah pun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi bahawa senya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur dan Mobiliti (JPK-INFRAGRO) berhubung projek pembinaan pakej A

Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 5 Tahun 2024.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul No. 7 tahun 2024, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit GasingMotion

Setiausaha Dewan

Aturan seterusnya. Usul No. 7 tahun 2024, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.

Pengerusi

Saya jemput Ahli Yang Berhormat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Nak kita stay sampai lepas lunch ke nak habis sebelum lunch? Kalau la sampai hari Isnin pun boleh kerana climate change ini ialah topik yang cukup besar. Okay, Tuan Speaker. Okay saya cadang macam ini.

Speaker

Yang Berhormat kembali kepada Usul.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya pendek sahaja tapi mungkin untuk Usul ini kita kerjasama, handphone kita letak bawah, WhatsApp’s tu boleh jawab kemudian, kita fikirkan tentang perubahan iklim untuk 10 minit. 10 minit. Letak, laptop boleh tutup, phone letak bawah, kita hayati isu perubahan iklim 10 minit okay? Tuan Speaker, lepas tu boleh balik.

Tuan Wan Dzahanurin Bin AhmadBERSATU · PNSungai Kandis

Cepatlah tumpang tak ada orang tu.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya menurut Peraturan 765 Peraturan -peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup, JPK Sejahtera berhubung pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2006. Inilah Kertas Mesyuarat Bilangan 6, ia ringkas dan straight to the point. Tuan-tuan dan Puan-puan bila bicara. Ahli-ahli Yang Berhormat minta maaf.

Speaker

Teruskan Yang Berhormat, Yang Berhormat sila teruskan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ada isu politik ini polisi.

Speaker

Ahli yang lain sila bertenang ya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ahli-ahli Yang Berhormat isu perubahan iklim ialah berkait rapat dengan admission dengan izin admission carbon atmosphere. Perubahan iklim ini harus diperangi kerana jika kita tidak buat apa-apa effect perubahan iklim ke atas masyarakat cukup berat. Apakah effect perubahan iklim? Pattern hujan berubah bila pattern hujan berubah kemungkinan banjir berlaku dan kita sudah mula merasai effect hujan dan effect banjir ke dalam keadaan yang sebelum ini tidak pernah dibayangkan ada hujan selama ini Subang Jaya ada banjir daripada saya budak kecil membesar tidak ada satu banjir pun tetapi sekarang dalam 10 tahun yang lepas sudah mula banjir. Paras air hujan cukup meningkat dengan cukup pantas ada kalanya kemarau tidak ada hujan tidak datang. Isu perubahan iklim bukan setakat banjir, isu penanaman padi adakah daya kebolehan penanaman padi di Malaysia dan Negeri Selangor dapat mengeluarkan hasil sedia ada jika pattern hujan dan cuaca terus berubah. Adakah ikan di dalam laut dan proses untuk menangkap ikan ini akan terjejas jika paras air laut be rubah dan jika suhu di dalam laut berubah. Adakah loji rawatan air kita bersedia untuk perubahan-perubahan iklim yang bakal datang? Adakah loji jana kuasa elektrik kita yang kebanyakan berada di tepi pantai bersedia jika paras air laut naik, loji jana kuasa di Malaysia ini semua di tepi-tepi pantai jika paras air laut naik adakah mereka terjejas? Bagaimana pula dengan IWK sistem kumbahan, kita flush tandas tidak fikir ke mana pergi selepas itu tetapi jika STP di Negeri Selangor mula ditenggelami air macam mana pula sistem kumbahan kita. Ada banyak effect perubahan iklim dunia ini sedang cuba perangi perubahan iklim dan cara kita perangai perubahan iklim, climate action adalah melalui 2 skop yang besar yang 1 kita cuba mitigasi, mitigasi ialah kita kurangkan pelepasan karbon. Bila kita kurangkan pelepasan karbon dan jika seluruh dunia berjaya cuba belajar daripada Sekinchan tapi belum tahap macam Sekinchan. Jika seluruh dunia berjaya kurangkan pelepasan karbon kita dapat maintain keadaan iklim sedia ada tetapi Malaysia malangnya hanya 0.7% daripada pelepasan karbon di seluruh dunia. Kalau Malaysia 2.5% daripada pelepasan karbon memang tanggungjawab kita untuk mengurangkan pelepasan karbon tetapi sekarang kita hanya 0.7% of global admission dengan izin. Kalau hari ini kita kurangkan pelepasan karbon kita sampai kosong pun tidak bawa apa-apa beza kepada dunia ini sebab kita adalah Negara dan ekonomi yang kecil berbanding ekonomi dunia dan pelepasan karbon kita 0.7%. Adakah itu bermakna kita tidak payah kurang? Tidak. Biar global citizen dengan izin sebagai global citizen yang beretika, yang bagus kita harus lakukan bahagian kami kita pun kena kurangkan pelepasan karbon tetapi oleh sebab effect daripada perubahan iklim sudah berlaku dan jika Negara-negara besar seperti China, Rusia, Eropah, Amerika mereka tidak melakukan tanggungjawab mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon maka perubahan iklim ini akan melanda Negeri Selangor, akan melanda Malaysia dan kita haruslah bersedia.

Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar perkara ini saya sudah bangkitkan berulang kali dalam dewan dalam 10 tahun yang lepas dan apa bila saya mendengar pengumuman daripada Dato’ Menteri Besar bahawa Selangor akan menubuhkan satu Pusat Adaptasi Perubahan Iklim saya amat berterima kasih kerana kebanyakan usaha yang dilakukan setakat ini adalah usaha mitigasi kita pasang panel solar untuk kurangkan pelepasan karbon, kita buat WTE Sekinchan sekarang bekerja keras untuk menjayakan WTE di Negeri Selangor ada banyak bantahan daripada pelbagai pihak tetapi Sekinchan berusaha keras tapi itu usaha mitigasi untuk kurangkan pelepasan karbon. Tetapkan usaha ini, kereta EV, solar, WTE teruskan usaha ini, ini adalah usaha murni tetapi pada masa yang sama adaptasi adalah sangat penting kita harus memastikan aspek-aspek kehidupan bandar, aspek-aspek kenaikan paras air laut, aspek-aspek impak terhadap utiliti pertanian, perikanan dijaga dengan baik. Kalau lihat muka surat 6 kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ada penyata atas meja tidak simpan dalam beg lagi bersedia untuk balik, tidak ada lagi kalau lihat muka surat 6 dalam saranan kita gariskan dalam 5.3, 8 perkara 8 area yang akan ada effect daripada perubahan iklim dan harus ditangani. Syor kami adalah kerana dalam sesi jawatankuasa apabila ada sesi pendengaran bersama UPEN dan Ahli EXCO kalau kita lihat pada muka surat 5, 3.7.6 Jawatankuasa difahamkan Pelan Perancangan Untuk Skop Kerja Pusat Adaptasi. Pusat Adaptasi ini dalam proses untuk dibentuk, Jawatankuasa difahamkan skop kerja setakat ini tertumpu pada pelaksanaan inisiatif-inisiatif teknologi hijau, langkah-langkah mitigasi dan kempen kesedaran terhadap isu-isu perubahan iklim seperti saya cakap tadi saya rasa semua Ahli-ahli Dewan boleh bersetuju ini semua nilai dan inisiatif murni teruskan tetapi selain daripada inisiatif-inisiatif murni kami sebagai Jawatankuasa yang telah bersidang dan berbincang isu ini mengharapkan dan memberi saranan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya Pusat Adaptasi Perubahan Iklim mengambil tugas untuk menjadi koordinator bagi pelbagai agensi Kerajaan supaya Pelan Adaptasi dapat di bentuk dan dapat di rancang dan dapat dilaksanakan. Betul, Pusat Adaptasi ini tidak mempunyai bajet yang besar tetapi kiraan kami daripada Jawatankuasa yang mendengar ulasan-ulasan daripada pegawai kami merasakan bajet yang besar tidak menjadi satu kriteria yang penting walaupun bajetnya kecil tidak apa sebab pusat ini tugasnya paling penting koordinat selaraskan contohnya penanaman padi di Sekinchan, Sekinchan sekarang output penanaman padinya cukup tinggi, tahniah Sekinchan tetapi adakah dalam 20 tahun dari hari ini tahap pengeluaran padi itu tetap sama jika perubahan cuaca berlaku jika cuaca lebih panas macam mana impak terhadap padi ini. Jika hujan lebih lebat macam mana impak terhadap padi kalau kemarau macam mana impaknya kepada padi.

Jadi Jabatan Pertanian perlu dipanggil, NAHRIM perlu dipanggil, MAP Malaysia perlu dipanggil duduk 1 meja dan selaraskan dapatkan data perubahan-perubahan iklim yang bakal berlaku dan rancangan infra-infra yang harus dibina untuk mengatasi effect daripada perubahan iklim. Kerja koordinasi ini kita harapkan Pusat Adaptasi ini buat kerana hari ini malangnya tidak ada mana-mana agensi Kerajaan yang melaksanakan kerja-kerja koordinasi untuk adaptasi. Kalau adaptasi itu memang dalam 1 jabatan

dan jabatan itu sahaja yang buat tidak apa tetapi kalau kita lihat senarai semua aspek-aspek yang perlu ada adaptasi ia melibatkan pelbagai Jabatan. Jadi apabila kami membuat saranan ini kami berharap isu perubahan iklim di ambil serius bukan sahaja dari segi pengurangan pelepas karbon yang itu bagus yang itu tolong teruskan tolong tambah usaha tetapi pada masa yang sama isu-isu adaptasi juga cukup penting harus ada koordination supaya agensi-agensi berkenaan sedar betapa seriusnya, betapa serius isu ini dan mula merancang gerak kerja supaya dalam 10, 15 dan 20 tahun daripada sekarang isu ikan tidak menjadi isu, isu penanaman padi, isu penanaman sayur, isu banjir di dalam kawasan bandar dan sebagainya tidak menjadi isu. Jangan tunggu isu itu menjadi kenyataan baru kita cuba cari penyelesaiannya kita harus melihat data-data, unjuran-unjuran masalah yang mungkin timbul dan macam mana kita hendak mengatasinya. Jadi itu lah saranan yang kita bawa ini dan dengan ini Tuan Speaker saya mohon mencadang.

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Speaker.

Speaker

Meru.

Saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong saya buka usul ini untuk dibahaskan. Memandangkan tidak ada yang bahas. Ya, Bukit Lanjan 5 minit.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Saya cuba ringkaskan. Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-ahli Dewan yang dihormati suhu dunia mengalami peningkatan drastik sejak beberapa tahun yang lalu dan hari ini kepada sesiapa yang berjalan di cuaca panas tadi sebelum hadir ke Dewan yang mulia pada pagi tahu ini bahang kepanasan di luar. Suhu ini disebabkan peningkatan konsentrasi gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana di atmosfera. Dengan pembentangan Penyata Jawatankuasa Khas Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor, Selangor berada pada landasan yang betul dan merupakan Negeri yang sedang menerajui . Tuan Speaker, Pusat Adaptasi Perubahan Iklim ini pakar memainkan peranan yang penting dalam membantu masyarakat menjadi lebih daya tahan terhadap kesan perubahan iklim. Melalui hasil perbincangan didapati bahawa adalah penting kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk merangkumi kerjasama secara menyeluruh dan koordinasi penuh daripada semua pihak. Kerjasama antara semua badan pelaksana adalah penting untuk membangun dan melaksanakan strategi adaptasi iklim bagi membantu masyarakat menyesuaikan diri dengan impak perubahan iklim. Ini termasuk kerjasama erat dengan pihak NARIM dan MAP Malaysia yang mempunyai data-data terkini untuk memudahkan pemberian maklumat mengenai sistem amaran awal, perkiraan modul, perubahan iklim, penentuan infrastruktur kritikan dan langkah

adaptasi menghadapi impak perubahan iklim. Sebuah dasar perubahan dasar iklim yang berjaya hanya boleh digerakkan melalui adaptasi masyarakat kesedaran tahap tertinggi harus diterapkan kepada semua masyarakat izinkan saya untuk mencadangkan lebih banyak produk kesedaran harus dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam bentuk video digital yang merangkumi lensa digital marketing dengan izin seperti mana yang dalam dunia korporat. Advokasi terhadap mitigasi dan kesedaran masyarakat berhubung dengan aplikasi myCuaca dengan izin now casting dan line-line halus digalakkan supaya penduduk Selangor cakna berhubung perubahan iklim yang memerlukan perhatian mendesak mereka.

Tuan Speaker, kerjasama antara Perhutanan Selangor dan PBT juga harus dipraktikkan, juga harus dipohon untuk galakkan untuk menambahkan penanam pokok di bandar. Selain itu, kerajaan harus menggalakkan setiap PBT untuk mewujudkan teduhan hijau bagi mengurangkan impak perubahan suhu. Selain itu, kerjasama antara Air Selangor dan SPAN untuk mencari sumber air alternatif bagi tujuan meningkatkan rizab air adalah mustahak untuk diguna pakai sebagai sumber keperluan air domestik. Selain itu, kerjasama antara LUAS, di LUAS untuk mengenal pasti sumber air alternatif boleh digunakan sebagai persediaan semasa musim kemarau khususnya dalam sektor pertanian. Akhir kata, pusat adaptasi perubahan iklim ini yang akan diterajui oleh Kerajaan Negeri Selangor mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri yang mengambil serius akan perkembangan alam sekitar. Kini tiba masanya untuk kita bertindak lebih pro aktif dengan menyediakan payung sebelum hujan. Pembentangan penyataan ini dan dasar yang bakal digubal diharapkan dapat dibawa bersama dengan komitmen negara dengan perjanjian Paris yang menetapkan untuk menghadkan peningkatan karbon kepada 1.5 celcius. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang menghala ke transisi masa depan berteknologi hijau dan berdaya tahan untuk menjamin Negeri Selangor yang terus mampan dan berdaya huni walau apa pun cabaran bencana alam yang mungkin datang. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker, Bukit Lanjan menyokong usul ini.

Speaker

Terima kasih kepada Bukit Lanjan. Saya mohon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berkaitan untuk memberi penjelasan sekiranya ada. Ya, Yang Berhormat Bandar Utama, silakan.

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih kepada Tuan Speaker dan juga kepada JPK-SEJAHTERA yang telah mengeluarkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pusat adaptasi perubahan iklim Negeri Selangor. Pertama sekali, saya memang mahu mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat tentang penubuhan pusat adaptasi perubahan iklim Negeri Selangor. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing sebentar tadi, walaupun di Malaysia ini kita hanya menyumbang kepada zero perpuluhan, 0.7 carbon admission, sekiranya dibenarkan, namun begitu, sebenarnya kempen kesedaran terhadap isu yang berkaitan dengan perubahan iklim, bencana alam, alam sekitar ini sangat penting. Kerana apa? Pertamanya, bukan sahaja untuk menyedarkan rakyat

atau warga Selangor bahawa pentingnya isu alam sekitar dan perubahan iklim tapi pada waktu yang sama ianya sebenarnya juga merupakan publisiti yang paling penting. Seperti yang dikatakan tadi, berpuluh-puluh tahun dahulu kita mungkin tidak mengalami bencana alam seperti kini dan baru-baru ini saya juga telah menghadiri penerbitan buku di mana ia menceritakan tajuk bukunya sebagai contoh ‘Ke mana hilangnya katak?’. Iaitu pada dahulu mungkin katak ada di mana-mana sahaja tapi oleh kerana perubahan iklim dan sebagainya ia membuktikan daripada..hm? Sebab tu...

Speaker

Yang Berhormat Pandan Indah ada soalan?

Puan Jamaliah Bin JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Kalau ada soalan boleh bangkitkan. Ok. Tapi kini katak tu dicari-carilah kerana isu perubahan iklim dan alam sekitar. Saya juga telah menghadiri dan memberikan kenyataan dan juga taklimat kepada JPK Sejahtera berkenaan dengan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor dan seperti yang dikatakan tadi yang sebenarnya kami masih dalam proses menyediakan rangka konsep penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor yang akan menjalankan peranan utama bagi memantau pelaksanaan pembangunan mampan serta meningkatkan kesedaran, kapasiti, daya tahan terhadap perubahan iklim dan inisiatif hijau secara keseluruhan. Jadi, apa yang saya bentangkan ketika itu adalah antara fungsi. Saya akan senaraikan secara ringkaslah. Ini termasuk penyelidikan dan penilaian, pembangunan kapasiti, pembangunan dasar, pemantauan dan penilaian, penglibatan komuniti dan kerjasama antara entiti lain di peringkat negeri, nasional, antarabangsa ini termasuk pihak swasta, NGO dan sebagainya bagi menukar pengetahuan dan pengalaman dalam bidang adaptasi perubahan iklim.

Pada tahun lepas kita telah mengumumkan RM800,000.00 telah diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri Selangor 2024 bagi melaksanakan peringkat awal penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor. Jadi, peringkat awal ini sebenarnya sebagai titik permulaan dan jumlah yang diperuntukkan ini merangkumi aspek-aspek keperluan seperti, pertamanya perancangan dan proses penubuhan. Keduanya, kajian keboleh laksanaan, ketiga penganjuran lawatan penanda aras bengkel dan seterusnya fokus group discussion. Jadi, selepas pelaksanaan tersebut, peringkat awal penubuhan dan pergerakan pusat adaptasi ini akan diteruskan dengan perbincangan isu-isu utama yang difokuskan oleh Kerajaan Negeri dan kita akan mengambil maklum cadangan dan maklum balas yang telah dinyatakan oleh JPK Sejahtera dan juga mengambil maklum balas oleh pihak Kerajaan Negeri sendiri iaitu termasuk risiko bencana yang kerap dihadapi Negeri Selangor pada ketika ini iaitu banjir, pencemaran air dan udara, perubahan panas, tanah runtuh, haba, kebakaran hutan dan sebagainya. Seperti yang dikatakan tadi peruntukan hanya mempunyai RM800.00. Walaupun begitu, JPK Sejahtera juga berpandangan peruntukan bukan segala-galanya. Ianya juga perlukan usaha dan sebagainya. Cuma saya nak tambah sedikitlah. RM800,000.00 itu pun hanya peruntukan untuk permulaan. Sekiranya kita

mahu melakukan lebih banyak projek yang dicadangkan, kita memerlukan lebih banyak. Untuk setiap topik pun kita memerlukan kajian, fokus grup, penyelarasan, pendapat yang profesional dan perkara ini perlukan peruntukan daripada segi bengkel, apa itu konsultasi daripada pihak yang profesional dan sebagainya. Oleh kerana itu, selepas penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim ini kita akan jenis peruntukan yang ada dan apakah perkara-perkara penting yang kita nak tujukan dan kita akan meminta maklum balaslah daripada bukan sahaja PBT, agensi kerajaan dan juga JPK Sejahtera. Semua fokus yang terletak kepada, semua fokus yang terletak ini, OK terpulang kepada peruntukan yang akan diberikan selepas persetujuan MMKN tahun yang seterusnya. Jadi, saya harap Ahli-Ahli Dewan Negeri yang lain bolehlah sokong untuk mempertingkatkan peruntukan ya. Saya rekod hari ini semua sokong, sokong, sokong. Jadi, saya harap kita boleh sokong. Isu perubahan iklim ini merupakan satu-satunya isu yang saya rasa perlu disokong oleh semua Ahli Dewan Negeri tanpa mengira parti dan collection. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim, Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama dan Wanita serta Kesejahteraan Hidup (JPK Sejahtera) berhubung Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 6 Tahun 2024.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Usul ini dipersetujui.

Usul untuk menangguhkan DewanMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul untuk menangguhkan Dewan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah kita telah melengkapkan keseluruhan agenda-agenda yang tersenarai untuk persidangan kali ini. Alhamdulillah juga kita telah mendengar perbahasan dan keseluruhan perbincangan yang telah dimuktamadkan dan diberikan maklum balas oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Justeru dalam sidang yang akan datang, InsyaAllah kita akan melihat beberapa perkara. Perkara pertama ialah penubuhan Jawatankuasa Pemilihan. Yang kedua, Rancangan Selangor Pertama dan juga beberapa perkara yang akan digariskan di dalam jadual dan agenda yang kita akan tetapkan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua. Semoga Ramadan ini akan memberikan keinfanan dan

ketakwaan kepada kita. “Man soma romadhona imanan wahtisaban ghufiro lahu maa taqoddama min dzanbih”. Terima kasih, saya cadang untuk menangguhkan Dewan.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, Urus Setia, Pelapor-Pelapor dan semua petugas yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dan komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar.

Kepada semua Ahli Yang Berhormat, sila semak draf penyata yang telah pun dan akan diedar berkaitan dengan ucapan Yang Berhormat dan kembalikanlah sekiranya ada perubahan ataupun pembetulan ke pentadbiran Dewan sekiranya ada yang perlu diperbetulkan supaya penyata rasmi dapat disediakan dan diedarkan seberapa segera yang mungkin kepada Yang Berhormat sekalian. Dengan ini saya menangguhkan persidangan hari ini sehingga ke satu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 1.00 TENGAH HARI)