Selangor · 4 July 2024

15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 259 turns · 39,690 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke Lima Belas pada 4 Julai 2024 dimulakan dengan

i. Bacaan Doa; dan ii. Proklamasi

Penolong Setiausaha Dewan

(i) Bacaan Doa (Doa dibacakan)

(ii) Proklamasi.

OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA.

BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara LXX Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri:

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J., DENGAN KURNIA ALLAH, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara LXX Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 4 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024, 9 Julai 2024 hingga 12 Julai 2024 dan 15 Julai 2024 hingga 18 Julai 2024 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan yang Kelima Belas yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 17 haribulan Mei 2024.

DENGAN TITAH PERINTAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan selamat datang dan selamat pagi kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan para pemerhati sekalian. Jadi bertemu sekali lagi dalam Mesyuarat Kedua Dewan yang Mulia ini bagi Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang Kelima Belas. Tanpa melengahkan masa, sekarang saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat untuk pagi ini. Silakan.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, membentangkan kertas-kertas mesyuarat.

1) Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2024 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak

Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung

Projek Selangor Maritime Gateway (SMG)

2) Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2024 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air,

Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK – INFRAGRO) Berhubung Projek

Pembinaan Pakej A Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)

3) Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2024 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perubahan Iklim,

Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Agama Dan

Wanita Serta Kesejahteraan Hidup (JPK – SEJAHTERA) Berhubung Pusat

Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor

4) Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2024 - Resolusi Dewan Negeri Selangor Bagi Penutupan Akaun Kumpulan Wang

Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel Di Bawah

Subseksyen 10(2) Akta Tatacara Kewangan 1957

5) Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2024 - Penyata Kewangan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor Bagi

Tahun Berakhir 31 Disember 2023

6) Kertas Mesyuarat Bilangan 13 Tahun 2024 - Laporan Tahunan 2021 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

7) Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2024 - Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama 2021 – 2025 Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur

Aturan Urusan mesyuarat seterusnya ialah upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah oleh Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu yang baru dilantik. Dengan ini dipersilakan Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu tampil ke hadapan untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah.

Puan Pang Sock TaoDAP · PHKuala Kubu Baharu

Dengan nama Tuhan, maka dengan lafaz ini saya Pang Sock Tao setelah dipilih menjadi seorang Ahli Dewan Negeri bagi Negeri Selangor dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai Ahli Dewan Negeri dengan jujur dengan segala daya upaya saya bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Selangor dan bahawa saya akan memelihara melindungi dan mempertahankan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Kepada Tuhan saya serah.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-Pertanyaan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 2, menetapkan kerusi Ahli.

Speaker

Ya Hulu Kelang. Apa dia? Kuatkan suara, saya tak dengar.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum kita meneruskan Aturan Mesyuarat pada pagi ini, saya ingin mencadangkan supaya kita atur kerusi Ahli Dewan Negeri terlebih dahulu. Kerana by convention Tuan Speaker, dalam mana-mana Dewan ada dua blok, blok kerajaan dan blok pembangkang. Ada seorang Ahli Dewan Negeri yang telah mengisytiharkan sokongan kepada pihak kerajaan, tetapi masih berada di dalam Blok Pembangkang. Maka pada pagi ini, saya ingin mohon Petua daripada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana seperti Tuan Speaker sedia maklum keahlian Selat Klang dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta, seperti yang termaktub di dalam Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu, kerana ketidakpatuhan Selat Klang kepada arahan-arahan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. Dan untuk makluman Tuan Speaker, seperti yang telah saya maklumkan secara rasmi, satu notis memaklumkan bahawa beliau bukan lagi ahli Bersatu telah pun dikeluarkan pada 12 Jun 2024, bermakna Yang Berhormat Selat Klang telah sedia maklum secara rasmi bahawa beliau bukan lagi Ahli Bersatu dan Perikatan Nasional; dan ini Tuan

Speaker, selaras dengan Perlembagaan DAP, yang Tuan Speaker sendiri menjadi ahli parti ini. Saya ada Perlembagaan DAP pada pagi ini, bukan tujuan untuk menyertai DAP tetapi sebagai rujukan. Dalam Fasal 3 keahlian parti DAP ada disebut mana-mana ahli parti yang merupakan Wakil Rakyat di Dewan Rakyat, Senator yang dilantik ke Dewan Negara atau Wakil Rakyat dalam atau Ahli Dilantik ke mana-mana Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam Persekutuan Malaysia akan tertakluk kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat, berhenti menjadi Ahli Parti selepas melakukan apa-apa ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan yang selari dengan Seksyen 9 (j) Perlembagaan DAP.

Speaker

Yang Berhormat pendekkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, di mana Perlembagaan DAP, perkara 9 Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa Tuan Speaker pun sudah hafal.

Speaker

Yang Berhormat tanya tentang tempat duduk Selat Klang betul tak?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, tapi saya nak bagi rentetannya sebab Tuan Speaker sedia maklum...

Speaker

Tapi terlalu panjang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Satu minit lagi. Dan saya percaya KKB juga faham undang-undang DAP ya. Di mana Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya. Jadi arahan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bahawa mengikut Fasal 10.4, Ahli Dewan Negeri Selat Klang telah terhenti serta-merta keahliannya. Maka mengapa beliau masih lagi duduk di dalam Blok Pembangkang?. Dalam politik ini mesti ada prinsip. Dia bukan Ahli Dewan Negeri Bebas, sebab kalau bebas dia tidak perlu kosongkan kerusi. Sekarang ini ada permohonan secara bertulis yang telah saya kemukakan pada Tuan Speaker supaya kerusi Selat Klang mesti dikosongkan serta-merta, mengikut Perlembagaan dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Tapi itu tak apa, saya serahkan pada Tuan Speaker untuk membuat keputusan kerana di bawah undang-undang, Tuan Speaker mempunyai 21 hari. Tetapi sementara menunggu keputusan itu, mengapa Selat Klang masih lagi berada di sebelah saya?. Saya tidak ada masalah secara peribadi tapi secara prinsipnya mesti jelas ada Blok Pembangkang dan Blok Kerajaan.

Sekarang ini ada permohonan secara bertulis yang telah saya kemukakan pada Tuan Speaker supaya kerusi Selat Klang mesti dikosongkan serta-merta. Mengikut Perlembagaan dan juga undang-undang tubuh Kerajaan Selangor. Tapi itu tak apa saya serahkan pada Tuan Speaker untuk membuat keputusan kerana di bawah undang-undang Tuan Speaker mempunyai 21 hari. Tetapi sementara menunggu keputusan itu, mengapa Selat Klang masih lagi berada di sebelah saya. Saya tidak ada masalah secara peribadi tapi secara prinsipnya mesti jelas ada blok Pembangkang dan blok Kerajaan. Dan beliau telah isytiharkan beliau menyokong Kerajaan, maka pindahkanlah ke sebelah Kerajaan dan tidak berada dalam Blok Pembangkang. Ini keharmonian dalam Dewan. Jadi saya mohon petua Tuan Speaker supaya perkara ini dapat diselesaikan sebelum kita meneruskan Aturan Mesyuarat dan juga sidang seterusnya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin memberi sedikit juga pemberitahuan perkara-perkara ini. Terlebih dahulu saya mewakili Dewan Negeri Selangor ingin mengalu-alukan kehadiran Kolej Tingkatan Enam Tengku Abdul Rahman Putera seramai 25 orang yang diketuai oleh En. Masakir bin Mohd Ali selaku Penolong Kanan Kokurikulu, Selamat datang kepada semua. Kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, saya dengan sukacitanya ingin memberitahu kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian bahawa memang merupakan fakta pada 6 haribulan Mac saya telah terima satu salinan kenyataan daripada Yang Berhormat Selat Klang bahawa beliau menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan kenyataan sama juga menerangkan kedudukannya pada masa itu masih sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada masa itu 6 haribulan Mac. Dan pada 21 Jun saya menerima notis dari Yang Berhormat Hulu Kelang bahawa keahlian Ahli Yang Berhormat Selat Klang dalam Parti Bersatu telah pun diberhentikan bermula 7 Jun 2024. Dari menyusuli fakta yang mana sekarang ini Yang Berhormat Selat Klang bukan lagi Ahli Parti Bersatu, maka pertukaran tempat duduk adalah wajar mengikut amalan Westminster dan dalam Parlimen Malaysia dan sukacitanya ingin saya menarik perhatian Ahli- Ahli Yang Berhormat mengenai Peraturan Tetap 2 (2) yang berbunyi “Speaker sebaik-baiknya difikirkan munasabah sesudah dia dipilih sebagai Speaker boleh ditetapkannya kerusi bagi setiap ahli dan boleh lah diubahnya ketetapan itu dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut” dan juga Peraturan Tetap 2(3) juga berbunyi “kerusi akan untukkan mengikut timbangan Speaker dan keputusannya dalam perkara ini adalah muktamad”. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, pertukaran yang diputuskan saya ini, pada sementara waktu melibatkan tempat duduk antara Yang Berhormat Selat Klang dengan Yang Berhormat Sijangkang dan pertukaran ini, adalah dengan pertukaran ini tempat duduk Yang Berhormat Selat Klang adalah di antara Perikatan Nasional dan Kerajaan Perpaduan. Dengan mengambil kira kedudukan Yang Berhormat Selat Klang sebagai Ahli Dewan Negeri yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti. Yang kedua, mengambil kira kekananan beliau atau dalam

Bahasa Inggeris seniority sebagai ADUN Penggal Kedua dan juga kekananan ataupun seniority beliau yang pernah memegang jawatan kanan dalam Kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Jadi cadangan saya terima sebenarnya pada 2 haribulan Julai untuk menukar 3 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Gombak Setia menduduki tempat Selat Klang, dan juga Yang Berhormat Jeram menduduki tempat Gombak Setia dan Yang Berhormat Sungai Kandis dibaris yang keempat ke tempat Jeram. Jadi ini adalah satu pertukaran yang melibatkan 3 orang ADUN dari Parti Bersatu melangkaui 4 baris. Jadi pada pendapat saya pada masa itu, cadangan ini adalah agak drastik tetapi apa pun sekali saya mengikut amalan dan convention Parlimen telah pun memohon pagi tadi, untuk mendapat penjelasan dan butiran terperinci daripada Yang Berhormat Hulu Kelang berkenaan dengan kedudukan ketiga-tiga ADUN ini dari segi kekananan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu dan saya baru terima pukul 9.30 pagi tadi, dengan adanya makluman tersebut saya akan membuat keputusan setelah berbincang dengan Pejabat Dewan untuk menjalankan arrangement ataupun aturan yang seterusnya. Itu adalah daripada saya dan saya ingin memberi perhatian kepada semua juga Yang Berhormat berkenaan dengan satu perkara berkenaan dengan imuniti berparlimen. Yang ini adalah sangat penting sebelum kita memulakan sesi soal jawab ini saya ingin mengingatkan semua Ahli Dewan, Ahli Yang Berhormat bahawa hak dan kebebasan serta hak keistimewaan seseorang Ahli Dewan terutamanya dari segi imuniti berparlimen telah pun termaktub dalam perkara No. 2 Jadual Undang-undang Tubuh Negeri iaitu “Maka hendaklah ada kebebasan bercakap dan perbahasan atau prosiding dalam Dewan dan dalam kebebasan bercakap dalam perbahasan atau prosiding itu tidaklah boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di luar Dewan”. Tujuan perlindungan atau imuniti ini diizinkan pada Ahli Dewan adalah supaya mereka dapat menyampaikan suara bagi rakyat tanpa ada perasaan takut dan bimbang bahawa mereka akan menghadapi tindakan undang-undang, sama ada siasatan jenayah atau pun dakwaan sivil oleh individu atau syarikat atau kedua-duanya. Saya juga ingin memperingatkan Ahli Yang Berhormat bahawa imuniti berparlimen yang melindungi semua ini adalah bersifat bersyarat atau pun dia bukan bersifat mutlak sebaliknya imuniti hanya terpakai kepada kenyataan, percakapan, perbahasan atau prosiding Ahli-ahli Dewan di dalam Dewan yang Mulia atau mana-mana jawatankuasanya sahaja. Oleh itu, saya ingin memperingatkan semua Ahli Dewan supaya berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat di luar prosiding Dewan kerana tindak tanduk serta kenyataan Ahli-Ahli di luar prosiding Dewan Yang Mulia ini tidak dilindungi oleh imuniti berparlimen ini. Dan hakikatnya Dewan Negeri sahaja yang boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat mana-mana Ahli Dewan yang mengeluarkan kenyataan percakapan, perbahasan yang melanggar peraturan Dewan atau mana-mana Undang-Undang di dalam Dewan ini ataupun di dalam mana-mana Jawatankuasa Dewan Negeri Selangor atau Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor boleh menjalankan tugas untuk menyiasat dan

mengenakan hukuman yang sewajarnya jadi hak dan tanggungjawabnya jawatankuasa ini sudah pun terkandung dalam Peraturan Tetap Dewan yang Mulia ini dan seterusnya Enakmen Penghinaan Dewan Negeri Selangor yang digubal pada tahun 2009 juga membolehkan siasatan jenayah dikenakan terhadap sesiapa sahaja termasuk mereka yang bukan Ahli Dewan Negeri yang didapati mengingkari arahan dan ketetapan Dewan Negeri Selangor dan mana-mana Jawatankuasa Dewan. Jadi mana-mana Ahli Dewan yang menghadapi masalah atau mendapati adanya pelanggaran Peraturan Tetap atau undang-undang ataupun Enakmen yang ada berlaku di Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasa bolehlah mengemukakannya secara bertulis kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekiranya berlaku apa-apa insiden pelanggaran hak dan kebebasan Dewan Negeri untuk disiasat. Tapi untuk percakapan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini ianya adalah terlindung di bawah Peraturan Tetap dan juga undang-undang yang sedia ada. Itulah saja daripada saya. Jadi Yang Berhormat saya berharap ini dapat memperjelaskan perkara ini kepada semua Ahli Dewan sama ada yang baru ataupun yang lama.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Speaker yang telah membuat ruling, Petua dan juga keputusan berhubung permohonan kami mengenai perubahan tempat duduk Ahli Dewan Negeri Selangor daripada Perikatan Nasional dan saya memberi jaminan keputusan ini pastinya akan mewujudkan keharmonian dalam Dewan untuk perbahasan dan juga perbincangan. Yang keduanya saya juga mengalu-alukan kenyataan Tuan Speaker berhubung hak keistimewaan dan imuniti Ahli-Ahli Dewan Negeri. Perkara ini juga sebenarnya saya bangkitkan dengan Tuan Speaker baru-baru ini supaya Kerajaan Negeri Dato’ Menteri Besar mempertahankan dan melindungi prosiding Dewan Negeri ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menjamin perbahasan secara bebas dan kenyataan-kenyataan yang diberikan di dalam Dewan ini dilindungi mengikut peruntukan-peruntukan yang sedia ada. Jadi ini akan memberikan ruang kepada Ahli-ahli Dewan Negeri untuk membangkitkan isu-isu rakyat secara terbuka, berfakta dan sekiranya ada perkara-perkara yang difikirkan oleh Kerajaan Negeri tidak tepat, Kerajaan Negeri ada ruang, Tuan Speaker dalam sesi penggulungan bukannya keluar Dewan buat laporan polis tetapi gunakan sesi penggulungan itu untuk memperbetulkan perbahasan daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri dengan memberikan keterangan dan fakta yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih kepada semua. Ya, Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Peraturan Tetap 87. Mengenai satu Usul yang saya telah kemukakan kepada dewan ini mengenai perkara yang Tuan Speaker

sebut sebentar tadi iaitu merujukkan perkara yang berkait dengan hak dan kebebasan Ahli Dewan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Itulah yang saya terima pagi ini, Usul saya ditolak oleh Pejabat Speaker, berkenaan perkara tersebut. Ada dua perkara yang berbangkit di sini Tuan Speaker. Yang pertama, hak kebebasan Ahli Yang Berhormat untuk berbahas, berhujah berdasarkan semua perkara yang berkait dengan kepentingan rakyat. Isunya adalah, ada satu pihak, tak tahu dari pihak dalam atau luar Dewan, yang buat laporan polis sehingga membawa Yang Berhormat Hulu Kelang ke Mahkamah.

Speaker

Yang Berhormat nak minta apa dari saya sebenarnya?

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya punya Usul adalah, saya nak minta diberikan pertimbangan kerana Usul saya ialah supaya dewan ini mengecam usaha intimidasi mana-mana pihak yang mengganggu hak kebebasan dan itu pun memerlukan komitmen Dewan ini. Saya mohon supaya dipertimbangkan Usul saya supaya kita berbahas dan berikan ruang kepada Dewan ini untuk kita kecam mana-mana pihak yang berbuat demikian.

Speaker

Yang Berhormat, saya telah pun mempertimbangkan Usul daripada Yang Berhormat Sungai Ramal dan saya mendapati bahawa memang menjadi amalan dan juga tradisi mana-mana Dewan pun dan memang termaktub pun dalam Peraturan Tetap, dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan, dalam Perlembagaan Persekutuan, bahawa imuniti ataupun perlindungan ini memang sudah ada. Dan dalam bahasa Inggeris kita menggunakan perkataan it is Trite Law memang bahawa ia telah pun termaktub dan saya telah pun menegaskan bahawa sekiranya mana-mana Ahli Dewan atas percakapan dan perbahasan mereka di dalam kamar Dewan yang Mulia ini yang menyebabkan mereka didakwa di bawah kes jenayah atau sivil di mana-mana prosiding, tribunal atau mahkamah, maka ia adalah tidak dibenarkan dan kerana mereka dilindungi oleh imuniti ini. Tetapi itu tertakluk kepada percakapan di dalam Dewan yang Mulia ini sahaja. Jadi apa yang berlaku di luar itu dan juga terdapat juga beberapa peruntukan di bawah undang-undang seperti Akta Hasutan dan sebagainya yang membolehkan sebenarnya seseorang Ahli Dewan sama ada Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen atas percakapannya yang menyentuh dan melanggar Akta Hasutan sebagai contoh, yang membolehkan beliau boleh didakwa di mahkamah, ini secara langsung membuktikan bahawa perlindungan itu ada tetapi ianya bukan mutlak. Tetapi apa pun sekali kalau percakapan dan perbahasan Dewan adalah berkaitan dengan isu rakyat yang secara amnya dan tidak menyentuh apa-apa undang-undang seperti Undang-Undang Hasutan dan sebagainya, maka ia adalah dilindungi hanya untuk percakapan di dalam Dewan ini atau dalam mesyuarat mana-mana jawatankuasa. Jadi ini adalah peringatan saya kepada semua Ahli Yang Berhormat dan saya berharap sama ada yang

baru ataupun yang lama, yang dalam Kerajaan, yang sebagai penyokong kerajaan, yang tidak ada jawatan dalam parti, tidak ada keahlian dalam parti, yang dalam Parti Pembangkang semua harus faham dan perlu faham sebab ini sangat penting. Itu sahaja daripada saya. Jadi Yang Berhormat saya teruskan dengan sesi soal jawab. Saya jemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Minta izin sikit. Tuan Speaker, lanjutan dari Sungai Ramal tadi saya faham tentang ruling yang dibuat oleh Tuan Speaker tetapi maksud Sungai Ramal ialah apa yang dibincangkan dalam Dewan yang tidak ada sebarang unsur hasutan, tidak boleh ada sebarang provokasi dan intimidasi dan ini hanya satu syor dan gesaan daripada Sungai Ramal supaya semua pihak hentikan provokasi dan intimidasi. Saya kira itu satu pendirian yang wajib diambil oleh pihak Kerajaan kerana dalam konteks saya Tuan Speaker, tidak ada hasutan. Saya tidak mahu go into detail sebab saya telah buat Semakan Kehakiman tetapi pokoknya apa yang saya hujah dan bahas dalam Dewan ialah tentang salah guna kuasa dan penyelewengan oleh pengurusan PKNS, dengan angka-angka dan data. Sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar bangun dalam sesi penggulungan untuk memberi jawapan yang tepat sekiranya hujah saya itu tidak tepat. Tetapi bukan dilakukan sebaliknya. Jadi itu yang disebut sebagai intimidasi dan provokasi yang sedang berlaku dalam Dewan ini. Mungkin hari ini kena pada saya, esok mungkin ada Ahli Dewan Negeri yang lain yang mungkin akan dikaitkan dengan provokasi dan intimidasi. Jadi, prinsip yang diambil oleh Sungai Ramal ialah amalan ini harus dihentikan oleh pihak Kerajaan. Gunakan kuasa, kedudukan dan maklumat yang ada di dalam Kerajaan Negeri untuk dikongsi di dalam Dewan dan bukan gunakan pihak lain untuk mengugut Ahli-Ahli Dewan Negeri khususnya daripada Pembangkang. Prinsip dan semangat ini mesti kita pertahankan Tuan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Jangan bimbang, saya rasa perkara ini telah pun, akan diambil maklum oleh pihak Kerajaan nanti dan sekiranya ada peluang untuk mereka menjawab pastinya akan diberi jawapan. Jadi itu sahaja Yang Berhormat semua, saya menjemput

Speaker, Tuan Speaker..

Speaker

Saya teruskan dengan...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat Speaker, saya ingin membangkitkan Peraturan tapi bukan berkenaan yang ini, ini berkenaan lain.

Speaker

Yang Berhormat, duduk-duduk sebab masa tidak mengizinkan dan kita sudah hampir setengah jam tadi. Saya menjemput....

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini berkenaan dengan soalan Yang Berhormat.

Tuan Speaker, saya rasa Petua dari Tuan Speaker sudah sangat clear dah. Jadi kita tidak perlu diulang-ulangkan lagi. Kita teruskan kepada agenda mesyuarat kita Tuan Speaker.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini peraturan mesyuarat. Peraturan Mesyuarat 20.

Tuan Speaker, Tuan Speaker dah buat Petua tadi, saya rasa dah sangat clear. Ruang pun dah bagi, kita teruskan lagi mesyuarat

Tuan Muhammad Hilman Bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Ini Peraturan Mesyuarat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan mesyuarat, tenang. Relax lah. Peraturan Mesyuarat.

Speaker

Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang, Taman Medan duduk. Pelabuhan Klang kalau ada apa-apa kita akan bagi selepas ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Speaker

Peraturan Mesyuarat apa?

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

20, pertanyaan boleh dikemukakan kepada Menteri Besar sebab ini berkenaan soalan saya yang ditolak Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat Speaker, kalau amalan sebelum ini Yang Berhormat maklum kenapa tolak. Jadi saya hendak tahu kenapa kali ini soalan bertulis saya satu ditolak.

Speaker

Boleh Yang Berhormat utuskan surat balas kepada Pejabat Dewan tentang perkara ini.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tak, sebab Yang Berhormat Tuan Speaker pada sesi yang lepas ambil peluang untuk beritahu apa kesalahan saya, depan khalayak kenapa soalan saya ditolak. Kenapa kali ini soalan saya yang telah saya teliti dan saya amati, saya kaji, saya tanya, Yang Berhormat Dewan tolak tetapi hari ini Yang Berhormat Speaker tak mahu beri penjelasan.

Speaker

Ya, saya ambil maklum pendirian Yang Berhormat itu, nanti saya mohon Yang Berhormat untuk tulis satu surat kepada Pejabat Dewan untuk meminta penjelasan yang selanjutnya dan kiranya boleh saya akan jawab.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab itu saya bangkitkan Peraturan.

Speaker

Ya, saya tahu, saya ambil maklum sebab saya tidak kata saya tidak jawab, saya minta Yang Berhormat untuk masukkan secara bertulis dan kemudian kita akan menjawab sama ada secara bertulis atau pun...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab saya merasakan tidak adil, Yang Berhormat sebab last sesi Yang Berhormat sebut kepada semua, kenapa tolak?

Speaker

Kerana pada masa itu soalan Yang Berhormat dan soalan Yang Berhormat Sabak sama.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

So adakah kali ini salah saya atau Kerajaan tak nak jawab soalan ini, tak adil.

Speaker

Itu saya rasa perlu dikemukakan kepada Ahli-Ahli Dewan bahawa kita tidak boleh mengulangi soalan yang sama.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya hendak tahu Yang Berhormat.

Speaker

Ahli-Ahli Dewan hendaklah tahu bahawa kita tidak boleh mengulangi soalan yang sama kerana itu akan ada isu peniruan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Betul. Saya tahu Yang Berhormat.

Speaker

Itu sebab saya perlu pastikan...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Betul, pada sesi yang lepas Yang Berhormat Speaker bangkitkan soalan ditolak.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan, duduk. Yang Berhormat Taman Medan bila Tuan Speaker bercakap sila duduk. Saya tekankan sekali lagi, pada sesi yang lepas soalan daripada Yang Berhormat Taman Medan dengan Sabak sama. Ada unsur peniruan, perlu dibagikan supaya orang ramai dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lain jangan mengulangi perkara yang sama. Duduk-duduk, saya belum habis lagi. Jadi untuk

soalan ini yang ditolak, saya tidak kata Yang Berhormat tiru daripada sesiapa, saya perlu semak balik apakah sebab dan sebagainya. Jadi berilah sedikit masa untuk kita semak balik dan saya akan menjawab sama ada secara bertulis ataupun di dalam Dewan yang Mulia. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang, saya terima aduan ataupun rayuan daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh selepas ini masukkan secara bertulis dan kita akan semak. Itu sahaja Yang Berhormat. Jadi saya jemput Pelabuhan Klang. Silakan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor 1.

Speaker

Bandar Utama.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Pemulihan Kawasan HutanQuestions

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah kawasan hutan yang rosak di Negeri Selangor?

b)

Apakah rancangan untuk menggalakkan pemulihan kawasan hutan yang rosak di Negeri Selangor?

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pelabuhan Klang bertanyakan berapa jumlah kawasan hutan yang rosak di Negeri Selangor dan apakah rancangan untuk menggalakkan pemulihan kawasan hutan yang rosak di Negeri Selangor? Tuan Speaker dan Yang Berhormat Pelabuhan Klang, kawasan hutan yang miskin atau terosot dianggarkan kurang daripada 5% dari kawasan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor dan buat ketika ini Kerajaan Negeri Selangor sering kali bekerjasama dengan JPNS untuk menggalakkan pemulihan kawasan hutan yang rosak di Negeri Selangor melalui terutamanya kempen penanaman pokok dan kempen ini dapat direalisasikan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk komuniti, pertubuhan bukan kerajaan atau pun NGO dan juga agensi-agensi yang lain. Dalam pada masa yang sama pelbagai program bersama komuniti dan juga Corporate Social Responsibility (CSR) juga sedang

giat dijalankan ke arah usaha ini. Pada tahun ini contohnya sekadar merujuk kepada beberapa contoh, Program CSR bersama Klang Worldwide di Hutan Simpan Kapar telah diadakan pada bulan Jun lepas menganggarkan sebanyak 100 anak pokok yang telah di tanam dan selain dari itu, JPNS juga bekerjasama dengan Komuniti Haris Puncak Alam pada Februari lepas di Puncak Alam bagi penanaman sebanyak 100 pokok juga dan pada 8 Jun yang lalu sebanyak 100 pokok hutan telah ditanam bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor semasa pelancaran Ikon Alam Sekitar Negeri Selangor. Dan program penanaman pokok ini turut disertai oleh para pelajar dari SK Seri Fajar, SK Sungai Tengi dan Persatuan Benih Hijau.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Satu ketika dulu Kerajaan pernah memutuskan Program Pemulihan dan Pemuliharaan Hutan. Saya spesifik kerana isu itu spesifik kepada Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara yang dahulunya telah dinyah warta untuk pembangunan kemudian diwartakan semula, selepas ada bantahan daripada rakyat. Apakah status terkini yang mungkin hutan di seluruh Selangor tetapi spesifiknya pada Hutan Simpan Kuala Langat yang dikategorikan juga sebagai hutan rosot dan mungkin ada peruntukan-peruntukan yang tertentu untuk mengembalikan kerana itu sahajalah hutan yang ada di Kuala Langat, yang kecil yang kira perlu dibangunkan untuk kepentingan masyarakat di Kuala Langat, terima kasih.

Puan Jamaliah Binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Yang Berhormat, saya tidak mempunyai info yang terperinci tetapi seingat saya ketika itu mereka juga telah menjalankan proses penanaman pokok di Hutan Kuala Langat tersebut malah lebih daripada beberapa ratus kalau tak silap saya mencecah 1,000 penanaman pokok terbaru. So biasanya di Hutan Simpan yang terosot yang memerlukan perhatian kita akan memberikan perhatian khusus dan penanaman lebih banyak pokok dan pokok pioneer biasanya yang lebih kepada pokok yang asal daripada kawasan hutan tersebut bagi menggalakkan pemulihan kawasan itu dengan cepat. Terima kasih.

Speaker

Ya Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 24(8). Pada 6 Mac yang lalu Tuan Speaker, saya telah mengemukakan satu pertanyaan kepada Dato’ Menteri Besar. Atas jawapan Dato’ Menteri Besar, kalau ikut Hansard yang telah dirasmikan pada muka surat 65, tentang 13 unit kondo mewah untuk residency, Yang Amat Berhormat menjawab bahawa ia adalah sebahagian daripada konsep penyelesaian.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat ini nak tanya tentang pertanyaan lisan yang lepas atau pun...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Peraturan Mesyuarat 24(8) ada pertanyaan bertulis yang sepatutnya dijawab dalam tempoh minggu pertama persidangan tetapi sehingga hari ini saya belum terima jawapan bertulis tersebut dari Dato’ Menteri Besar.

Speaker

Soalan itu adalah pada penggal, soalan sidang kali ini atau..

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pada 6 Mac yang lalu.

Speaker

6 Mac yang lalu

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

6 Mac yang lalu, Dato’ Menteri Besar berjanji akan membuat jawapan secara bertulis tentang siapakah penyewa-penyewa kondominium mewah yang diambil oleh PKNS....

Speaker

Yang Berhormat, itu soalan untuk jawapan bertulis dalam sidang yang lepas atau pun semasa perbahasan Yang Amat Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Semasa penggulungan, Yang Amat Berhormat tidak ada jawapan di tangan beliau dan dia berjanji akan buat secara bertulis.

Speaker

Ya Yang Berhormat, itu adalah perbahasan, sekarang ini kita di dalam sesi soal jawapan lisan. Jadi untuk perkara itu Yang Berhormat boleh bangkitkan dalam perbahasan mana-mana nanti ataupun Yang Berhormat mengemukakan surat kepada Yang Amat Berhormat untuk mendapatkan penjelasan. Sebab masa sekarang ini adalah untuk sesi soal jawab. Saya ingat Yang Berhormat berdiri untuk bertanyakan soalan yang seterusnya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Itu selepas inilah.

Speaker

Tapi itu saya rasa Yang Berhormat boleh uruskan dengan Yang Amat Berhormat, terima kasih ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya rujuk Peraturan, janganlah marah Sekinchan. Saya bangun dengan Peraturan.

Speaker

Ya, Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tapi kalau Tuan Speaker tak bagi, tak apa lah. Saya ikut Speaker, saya bukan ikut Sekinchan.

Speaker

Yang Berhormat, soalannya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ikutlah Perlembagaan DAP. Jadi Tuan Speaker, oleh kerana Tuan Speaker tak benarkan saya bertanyakan soalan susulan walaupun saya menggunakan Peraturan 24(8).

Speaker

Saya tidak kata saya tidak benarkan. Saya kata itu adalah penggulungan jawapan yang dibekalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar semasa penggulungan, sesi perbahasan atau pun Usul Menjunjung Kasih Tuanku jadi selepas ini ada perbahasan tentang Rancangan Selangor 1, Yang Berhormat boleh bangkitkan secara terbuka di dalam sidang Dewan ini ataupun kedua, memohon ataupun mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat secara bertulis. Ada cara dia, jadi sekarang ini adalah sesi soal jawab, jadi Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat kemukakan soalan yang seterusnya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, boleh tak saya minta penjelasan sedikit sebab kalau 24.8 ini eh, 24(8), semua pertanyaan bagi jawapan bertulis, saya faham konteks Yang Berhormat Tuan Speaker ambil ialah soalan bertulis yang kita kemukakanlah tapi di dalam konteks ini pun, janji Kerajaan Negeri akan dibuat secara bertulis, itu pertanyaan saya dan jawapan dibuat secara bertulis. Jadi saya ingat konteksnya sama, tapi tak dapat lagi sampai pagi ini.

Speaker

Tak sama.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Jadi itu jadi peringatan untuk Dato’ Menteri Besar, dia pun tak datang lagi sampai sekarang dah pukul 11.00 tapi saya ingat pegawai-pegawai dia akan ambil maklum. Baik, soalan nombor 2.

Speaker

Baik, terima kasih. Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Geran Pembangunan Sektor SukanQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi atlet dan jurulatih sukan Negeri Selangor dan nyatakan jumlah geran pembangunan yang diperuntukkan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bagi setiap tahun?

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Klang. Saya mohon untuk menjawab soalan dari Hulu Klang berserta dengan soalan dari Selat Klang nombor 100. Soalan meskipun sama tapi tak serupa. Kerajaan pernah serupa. Kerajaan Negeri Selangor sangat komited dalam memastikan kecemerlangan atlet negeri sentiasa berada pada tahap yang terbaik seiring dengan matlamat untuk Negeri Selangor kekal sebagai sebuah negeri yang cemerlang di dalam bidang sukan di Malaysia. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah merangka dan melaksanakan beberapa langkah atau strategi dalam meningkatkan prestasi atlet dan jurulatih sukan di Negeri Selangor. Pelbagai bentuk strategi dan kaedah yang dirancang serta dijalankan mengikut keperluan dan kesesuaian setiap bidang sukan. Bagi meningkatkan prestasi atlet, antara perkara asas adalah program latihan fizikal dan teknikal yang berterusan, penggunaan peralatan yang terkini, keselamatan dan keselesaan pusat latihan serta penyertaan ke kejohanan untuk mengukur prestasi dari semasa ke semasa. Selain daripada itu program sukan sokongan yang lain seperti kem latihan atlet, program pengukuhan mental dan psikologi juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan atlet yang terbaik. Kesemua keperluan ini adalah diperlukan secara holistik dan berterusan untuk memastikan kemajuan dalam pembangunan prestasi atlet dari semasa ke semasa. Bagi tujuan meningkatkan prestasi jurulatih pula, pihak Majlis Sukan sentiasa memberi pendedahan dan menyediakan platform pembelajaran berterusan kepada para jurulatih seperti ilmu teknikal yang terkini melalui kursus atau bengkel sains sukan, seminar kejurulatihan dan juga kursus teknikal berdasarkan spesifikasi sukan yang tertentu. Setiap jurulatih perlu meningkatkan kefahaman dan menambah baik ilmu teknikal dalam sukan mereka kerana ianya penting untuk melatih atlet dengan teknik yang betul dan beretika. Selain itu, pihak Majlis Sukan juga telah mengambil inisiatif untuk membantu jurulatih lantikan Majlis ini dengan lebih proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan pasukan – pasukan dari luar negara agar dapat menimba ilmu secara langsung atau tidak langsung. Pihak Majlis telah menjalin kerjasama melalui Memorandum of Understanding (MOU) dengan izin antaranya dengan Majlis Sukan Gyeonggi, Korea Selatan dan Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) di Aceh bagi tujuan peningkatan ilmu kesukanan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa mencari platform baru untuk merangka dan mempelbagaikan serta memperhebatkan lagi program agar memberi impak yang positif dapat diraih oleh

atlet dan jurulatih ini supaya mereka dapat menjalani latihan berterusan dan juga dapat meningkatkan prestasi mereka untuk tempoh jangka masa panjang. Untuk makluman Dewan, jumlah peruntukan tahunan yang diterima oleh Majlis Sukan Negeri Selangor daripada Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM7 juta setiap tahun dan peruntukan yang disediakan pada tahun ini adalah RM8 juta memandangkan kita berhadapan dengan persiapan dan persediaan menghadapi Sukan Malaysia dan peruntukan RM7 juta ini adalah sama ketika Hulu Kelang menjadi Menteri Besar dulu. Terima kasih.

Speaker

Ya, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya menyambut baik keterangan yang diberikan bahawa Kerajaan Negeri memberikan tumpuan untuk meningkatkan prestasi jurulatih dan atlet Negeri Selangor kerana saya percaya Negeri Selangor bukan sahaja maju dalam bidang ekonomi dan industri tetapi kita juga mahu sukan menjadi salah satu perkara penting yang diberikan perhatian. Namun peruntukan yang diumumkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi, saya kira masih rendah. Yang Berhormat EXCO sendiri menyatakan peruntukan ini sama ketika saya berada di kedudukan Menteri Besar. Ketika itu, jumlah bidang ataupun sukan yang disertai, jauh lebih rendah daripada jumlah yang disertai sekarang khususnya SUKMA Malaysia yang akan berlangsung di Negeri Sarawak.

Dan kalau peningkatannya hanya RM1 juta sahaja, saya difahamkan RM1 juta ini hanya untuk tambang kapal terbang bagi jurulatih dan atlet, untuk bawa dari Selangor ke Kuching, kosnya hampir RM1 juta. Jadi penambahan ini bukan untuk pembangunan sukan ataupun ganjaran kepada jurulatih dan atlet tetapi hanya untuk tambang kapal terbang.

Yang keduanya, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat EXCO, berapa jumlah jurulatih dan atlet yang ada di dalam Negeri Selangor? Saya difahamkan lebih daripada 2,000 atlet dan jurulatih dan sebahagiannya ialah golongan elit di kalangan jurulatih tetapi elaun ataupun ganjaran yang dibayar oleh Kerajaan Negeri terlalu rendah di bawah gaji minimum. Saya difahamkan untuk atlet, hanya RM400.00 sebulan dan jurulatih hanya RM1,200.00 sebulan. Kalau inilah jumlah elaun yang dibayar kepada jurulatih dan atlet, mana mungkin mereka dapat meningkatkan prestasi termasuk dalam persiapan untuk Sukan Malaysia yang akan datang. Jadi saya pohon supaya Yang Berhormat EXCO dapat meneliti semula ganjaran-ganjaran dan elaun bagi atlet dan jurulatih Negeri Selangor dan kalau perlu, bawa satu kertas untuk pertimbangan dalam Belanjawan Negeri bagi tahun hadapan dan kita boleh bahas dan pertimbangkan untuk kemajuan sukan di Negeri Selangor, terima kasih.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang atas cadangan dan pandangan yang beliau telah kemukakan. Seperti mana yang kita sedia maklum tentang kekangan yang kita sedang hadapi khususnya dalam membuat persiapan dan persediaan ke arah Sukan Malaysia yang akan datang. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kekangan tersebut, kita masih lagi Alhamdulillah kita dapat kerjasama dan dukungan yang baik daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan PBT dan juga anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang turut memberikan sokongan dan dukungan daripada segi logistik dan kewangan. Cuma dalam konteks akan datang kita akan meneliti dan mengkaji semula keperluan-keperluan sukan, atlet dan jurulatih kita. Dan untuk elaun mereka saya sambut baik cadangan dari Hulu Kelang dan kita akan teliti semula untuk mungkin pembentangan belanjawan akan datang, kita akan minta peningkatan daripada Kerajaan Negeri agar kebajikan atlet dan juga keperluan jurulatih ini mendapat sokongan dan juga dukungan yang lebih wajar daripada pihak Kerajaan Negeri, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, Batu Tiga.

Tuan Speaker, saya ingin sambung daripada apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang. Disebut tentang peruntukan itu sepatutnya ditambah, memandangkan tahun ini ialah tahun kejohanan SUKMA saya ingin bertanya, adakah ia mencukupi? Soalan pertama. Keduanya, berapakah sasaran kita? Maknanya dengan penambahan RM1 juta itu adakah kita boleh pergi pencapaian kita jauh lebih baik mungkin berbanding dengan tahun sebelum itu. Dan saya lihat betul yang disebutkan itu, kita perlu satu injection yang baik untuk diberikan kepada atlet dan juga jurulatih. Berapa sasarannya Yang Berhormat, terima kasih.

Speaker

Ya, silakan Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik. Sasaran untuk SUKMA ataupun pingat, kalau sasaran untuk pingat itu kita telah unjurkan dalam 61 pingat emas untuk pasukan Selangor. Dalam mana kita berdepan dengan kekangan-kekangan tadi, insyaAllah kita akan dapat sekurang-kurangnya ke arah 61 tadi. Walaubagaimanapun, saya ambil maklum juga apa yang Hulu Kelang dan Batu Tiga utarakan untuk kita perkemasan dan meningkatkan lagi belanjawan atau pun peruntukan kepada sukan ini, Walaupun orang nampak sukan ini satu bidang yang mungkin tidak mendatangkan keuntungan secara profit tetapi ianya adalah salah satu bidang yang boleh meningkatkan sense of patriotism di peringkat negeri, boleh mengukuhkan perpaduan di kalangan

rakyat dan sukan seharusnya merupakan salah satu segmen atau pun bidang yang bukan memecahbelahkan tetapi menyatupadukan rakyat khususnya di Negeri Selangor dan di negara Malaysia ini, terima kasih.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, satu soalan tambahan boleh?

Speaker

Ya Kota Kemuning, silakan.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat EXCO, seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat tadi, salah satu aspek penting dalam sukan adalah kemudahan facilities bagi mereka dilatih. Tetapi apa cara yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk baik pulih facilities tersebut? Contoh, dalam di mini stadium USJ 23. Stadium ini digunakan oleh atlet-atlet di Negeri Selangor untuk melatih dan juga mengadakan sukan. Saya percaya ia di bawah Jabatan Pendidikan tetapi bagaimana kita boleh menambah baik mini stadium tersebut supaya ia dijadikan tempat yang kondusif bagi latihan atlet-atlet kita.

Tuan Mohd Najwan Bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Baik terima kasih Yang Berhormat. Soalan berkenaan infra ini sebenarnya telah kita ulas dan kita huraikan dalam sidang-sidang terdahulu tetapi saya boleh sentuh semula. Berkenaan dengan kemudahan baik di stadium mini di USJ 23 atau pun di mana-mana kemudahan sukan di Negeri Selangor , ianya tertakluk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Kita kena tengok bidang kuasa ataupun siapa penyelianya. Kalau kemudahan tersebut di bawah PBT, maka PBT yang ada ialah ejen ataupun agensi yang bertanggungjawab. Kalau di bawah Majlis Sukan, maka kita akan mengambil tanggungjawab sewajarnya tetapi walau bagaimanapun, kita faham di peringkat PBT ada mungkin yang mengalami kekangan daripada segi peruntukan dan di situ kita boleh menilai semula dan mengkaji sama ada kemudahan tersebut mendapat manfaat yang baik kepada rakyat, kepada masyarakat sekeliling sekiranya ada keperluan, kita akan tambah baik dalam kaedah dan peraturan yang sewajarnya, terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Nombor 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Lebuh Raya Baru Untuk SelangorQuestions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Senaraikan semua cadangan lebuh raya baru yang dicadangkan di Negeri Selangor, sama ada dari agensi kerajaan atau syarikat swasta.

b)

Apakah status kelulusan untuk setiap cadangan tersebut?

Tuan Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bissmillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Bukit Gasing yang bertanyakan soalan berhubung dengan cadangan lebuh raya baru di Negeri Selangor dan status bagi setiap lebuh raya berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan lebuh raya baharu di Negeri Selangor dan status adalah seperti berikut:

i) Cadangan Lebuh raya Putrajaya – Bangi (Putrajaya – Bangi Expressway (PBE) yang sedang menunggu keputusan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan projek ini. Sedang menunggu keputusan untuk diteruskan.

ii) Cadangan Lebuh raya Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE) – Ini masih di peringkat rundingan teknikal antara Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dengan Syarikat yang mencadang.

iii) Cadangan Lebuh raya Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) – Kelulusan prinsip oleh Kerajaan Persekutuan telah tamat. Ini sedang menunggu hala tuju bagaimana dengan Lebuh raya ini.

iv) Cadangan Lebuh raya Pintasan Lebuh raya Persekutuan (PINTAR) - Sedang di peringkat penelitian oleh Kerajaan Persekutuan

v) Cadangan Lebuh raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KL SKYWAY) - Sedang di peringkat penelitian Kerajaan Persekutuan

vi) Cadangan Lebuh raya Bertingkat Sungai Klang Link (SKL) – Ini pun sedang dalam peringkat penelitian oleh Kerajaan Persekutuan.

Dan yang terbaru dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Lebuh raya dan Projek Infra Utama Selangor minggu lepas yang saya pengerusikan lebih kurang seminggu yang lepas, dimasukkan semula cadangan yang baru daripada PJD Link yang telah diteliti di peringkat awal oleh Jawatankuasa Pemantauan Lebuh raya, sekian terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan

Speaker

Silakan, silakan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Saya hendak bertanya berkenaan yang terakhir itu yang cadangan baru itu, boleh huraikan apa sebenarnya yang berlaku mereka dah dapat kelulusan semula daripada Kerajaan Persekutuan atau pun dia terus masuk ke Selangor dan hendak dapat kelulusan Selangor dulu?

Tuan Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tahu soalan ini akan ditanya semula. PJD Link ini saya tidak tahu apa yang panas sangat tetapi keputusan Kerajaan Negeri sangat jelas ya berhubung dengan PJD Link. Kita menyebut keputusan dalam Mesyuarat MMKN ialah kita menolak jajaran di Petaling Jaya ataupun minta dikaji semula jajaran Petaling Jaya itu disebabkan bantahan yang terlalu tinggi. Itu berdasarkan kepada laporan SIA itu, Sosial Impact Assessment yang telah dibuat dan telah dihantar kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Jadi kita telah pulangkan balik keputusan itu kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan ketika itu bila dihantar balik mereka telah tamat tempoh sebenarnya untuk penyelesaian dalam cadangan pelaksanaan lebuh raya itu. Jadi kita keputusan itulah kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Jadi mereka telah meminta supaya melihat semula dan diberi tempoh masa yang pendek untuk melihat sama ada pembetulan yang mereka buat pada jajaran itu di Petaling Jaya itu, bahagian Petaling Jaya itu sama ada boleh diterima atau tidak. Jadi perkara itu yang mereka bentangkan pada Jawatankuasa Pemantauan yang saya pengerusikan baru-baru ini dan kita melihat ada 6 lebih kurang 6 kalau tidak silap saya, 5 atau 6 tempat yang mereka telah buat penambahbaikan atau pun perubahan pada jajaran.

Jadi itu keputusan mesyuaratlah kita rasa ada mitigasi yang baik yang telah dicadangkan dan perkara itu akan dibawa nanti ke dalam MTES untuk diteliti semula sama ada wajar atau tidak, jajaran itu yang dicadangkan pembaharuan dan penambahbaikan adakah menepati kehendak. Tapi kita dah syaratkan juga SIA bagi bahagian-bahagian ini kena dibuat semula. Makna dia, dia kena engage semula dengan penduduk di kawasan yang dibuat mitigasi ini atau pun buat penambahbaikan ini untuk mendapatkan feedback, maklum balas daripada mereka sama ada acceptable di boleh terima atau tidak. Makna proses dia masih panjang untuk sama ada perkara ini atau diangkat atau pun tidak.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Berkenaan tambahan masa singkat tetapi proses yang masih panjang mungkin Yang Berhormat EXCO boleh bagi masa yang jelas, berapa bulan tambahan yang disebutkan tadi, yang pertama. Yang kedua yang SIA baru yang harus dibuat. Kebanyakan rakyat tidak akan percaya SIA yang dibuat oleh pemaju. Boleh tidak Kerajaan Negeri beri komitmen untuk Kerajaan Negeri yang melantik konsultan SIA, biar dia yang bayar tapi konsultan SIA itu kena dilantik oleh Kerajaan Negeri supaya lebih adil.

Tuan Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebagaimana yang saya sudah jelaskan sebelum ini di sidang Dewan banyak kali, sebarang keputusan berhubung jajaran sama ada masa extension dan sebagainya adalah di bawah pihak Kerajaan Persekutuan bukan Kerajaan Negeri yang menentukan. Cuma mereka bawa semula dalam Jawatankuasa Pemantauan Lebuh raya ini biasanya ialah ini mesyuarat Jawatankuasa yang pertama yang akan meneliti sebarang cadangan lebuh raya baru atau pun projek infra baru sebelum kita akan buat keputusan sama ada hendak bawa ke MTES atau pulangkan kembali kepada Kerajaan Persekutuan. Ini biasa di bawah Jawatankuasa inilah, jadi kita tengok kewajaran itu ada dan mereka hendak tahu hala tuju. Saya kata kalau kita bawa semula kepada MTES melalui proses yang kita sudah ada SOP, bentangkan di MTES, kalau mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor berpandangan bahawa wajar diteruskan maka akan diteruskan. Masa itu dia akan bagi masa, kalau kata MTES dalam mesyuarat akan datang ini menolak, maka mereka akan tamatkan keputusan atau pun cadangan untuk pembinaan lebuh raya yang berkenaan.

Yang tentang berhubung dengan SIA, sebenarnya memang kita menetapkan bahawa yang akan membuat kajian ini adalah konsultan yang independent yang mempunyai kelulusan ataupun kelayakan yang sesuai dan dia independent walaupun dibayar oleh pihak konsultan. Kita meneliti dan kita pernah menolak laporan SIA itu kerana tidak memenuhi syarat yang kita tetapkan. Ini memang kita akan teliti, kita akan pastikan dan memang dalam projek mana pun memang ada konsultan. Konsultan ini mesti kena independent dan akan buat secara profesional dan secara betul dalam menetapkan. Kalau mereka submit laporan itu yang berlaku yang lepas, kalau kita tidak berpuas hati, ada unsur-unsur yang kita tidak rasa tidak berapa tepat, kita akan suruh buat semula, itu sebenarnya yang berlaku sebelum ini yang telah kita tetapkan.

Dan saya memang objektif SIA yang dibuat sebelum ini memang objektif dan memang jelas menunjukkan bantahan-bantahan itu sebab saya sebutkan tadi memang tinggi di Petaling Jaya tetapi di bahagian Puchong nampaknya macam boleh menerima lebuh raya yang berkaitan. Jadi ini yang kita syaratkan dan juga saya perlu maklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah Peraturan yang baru yang telah kita tambah baik sekarang ini sebarang projek lebuhraya baru ataupun infra utama yang baru, kita wajibkan buat SIA dahulu, SIA dahulu sebab kita hendak tahu bantahan macam mana dan bila bantahan itu berlaku, kita hendak tahu langkah mitigasi, langkah penambahbaikan. Saya sebenarnya beritahu PJD Link ini, dia kalau buat SIA dulu dan dia akan selesaikan bantahan-bantahan di tempat tertentu, saya rasa kalau dia masuk semasa itu agak mudah sikit, saya nampak ada kewajaran apabila dia bentang baru-baru ini, saya tidaklah hendak lompat kepada keputusan tetapi saya lihat ada kewajaran langkah-langkah penambahbaikan itu saya nampak reasonable. Tapi walau bagaimanapun, perkara ini perlu dibawa kepada MTES untuk di bincang lebih secara teliti sama ada Kerajaan Negeri boleh terima atau tidak, itu antara termasuklah SIA bagi kawasan-kawasan yang telah dibuat penambahbaikan jajaran, terima kasih.

Speaker

Ya Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bertanya kepada EXCO, Yang Berhormat Bukit Gasing bangkitkan projek-projek lebuhraya yang sedang dalam perancangan dan persetujuan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Saya ingin merujuk kepada projek lebuhraya yang telah berjalan tetapi sebahagian jajarannya tertangguh iaitu EKVE. Ditangan saya pada pagi ini ada satu dokumen iaitu Perakuan Perintah terhadap Kerajaan, janganlah lapor polis pula, saya hendak tanya saja. Bila kita keluar dokumen dia tak jawab, dia pergi lapor polis. Ini Perakuan Perintah terhadap Kerajaan atau disebut sebagai Certificate of Chargement Against The Government, di mana respondennya adalah Pentadbir Tanah Daerah Gombak dan juga Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Selangor.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap Perakuan Perintah terhadap Kerajaan ini, yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Julai 2023 yang difailkan oleh pemohon Prestint Power Sdn. Bhd. di atas pengambil alihan tanah di kawasan tersebut, yang pampasannya berjumlah RM14 juta, tetapi Kerajaan Negeri gagal bayar sehingga hari ini dan ini satu penghinaan kepada keputusan mahkamah. Saya tidak mahu Kerajaan Negeri mengambil sikap menghina mahkamah sedangkan mahkamah bukan saja telah mengeluarkan Penghakiman tetapi Perakuan Perintah kepada Kerajaan. Ini satu perkara yang serius yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan

masalah ini supaya jajaran EKVE itu dapat dilengkapkan dan ianya dapat menyelesaikan masalah trafik di kawasan Hulu Kelang dalam Parlimen Gombak, terima kasih.

Tuan Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Walaupun tidak ada kaitan dengan soalan ini, tetapi saya bagi secara umum. Sebenar kita bukanlah tidak memaklumi perkara ini, perkara ini perkara lama ya yang telah berlaku. Dan semalam dalam Mesyuarat EXCO semalam pun kita bincangkan lagi dibentangkan oleh Penasihat Undang-Undang berhubung status isu ini. Sebenarnya untuk makluman semua, ini melibatkan Prestint Power ini apabila kita decide hendak buat ramp, bukan kitalah tapi lebuhraya telah memutuskan untuk buat ramp akhirnya apabila berlaku banyak sangat perbalahan dengan tuan tanah, akhirnya keputusan dia adalah berubah design supaya tidak terkena tanah dia. Jadi memang tidak adalah, jadi sebenarnya ini tidak mengganggu kemajuan projek ini sebenarnya. Yang mengganggu sebenarnya adalah masalah dalaman mereka, kewangan. Itu yang menyebabkan EKVE tidak siap-siap lagi delay itu, bukan kerana isu ini. Tapi isu apa yang berlaku adalah tuan tanah itu mengambil tindakan undang-undang walaupun keputusan akhirnya tidak menggunakan tanah mereka tetapi mereka terambil sebab sudah mula dulu. Jadi itu terbabit, kita membantu sebagaimana semua sedia maklum, Pejabat Tanah kita membantu Kerajaan Persekutuan, mereka yang membuat proses pengambilan tanah ini, kita sebagai ejen, jadi kita terpalit sekali. Kita faham setakat ini, memang sekarang dalam proses tindakan undang-undang dan mahkamah itu Negeri kita aware dan kita telah dibentangkan status dan kita mengambil langkah-langkah yang perlu.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya hendak bantu Yang Berhormat EXCO sikit. Pejabat Daerah telah keluarkan Borang H, jadi ini bukan dibebankan kepada pemilik tanah lagi, sebab usaha pengambilalihan tanah telah berlaku, Pejabat Tanah telah keluarkan Borang H, persetujuan telah dicapai, cuma pampasan tidak dibayar. Sekarang mahkamah sudah membuat keputusan dan saya mohon pendirian Kerajaan Negeri terhadap perintah dari Mahkamah.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, saya hendak pesan dan kepada semua Yang Berhormat, bila hendak bertanya soalan tambahan kena minta izin daripada Tuan Speaker dulu. Jadi saya mohon supaya Pandan Indah jawab soalan itu.

Tuan Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Okay, tak mengapa kita sebenarnya keputusan untuk menentukan jajaran ini sama ada perubahan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berhubung dengan lebuhraya ini. Dan mereka telah buat keputusan tukar design dan tidak akan melibatkan tuan tanah. Tapi walau bagaimanapun, kes mahkamah itu dah berlaku dan kita akan ambil segala langkah yang perlu untuk memastikan, semalam pun sudah dibentangkan saya sudah sebutkan tadi

dalam Mesyuarat EXCO dan kita memang memantau untuk melihat dan melaksanakan mengikut lunas undang-undang yang ada, kita akan ikut apa yang perlu diselesaikan. Itu saya boleh bagi perinciannya, nanti kita boleh dapatlah secara detail tentang kes ini.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Pemberdayaan Masyarakat Orang Asli Tempatan Dalam Pembangunan Pulau Carey Dan Pelabuhan CareyQuestions

4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -

a)

Apakah inisiatif kerajaan bagi memberdayakan masyarakat orang asli tempatan (Mah Meri) untuk berada sejajar dengan persiapan pembangunan di Pulau Carey dan Pelabuhan Carey?

b)

Apakah status kampung orang asli Sungai Kurau dalam pembangunan Pelabuhan Carey?

Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Sijangkang bertanya soalan berhubung dengan pemberdayaan masyarakat orang asli tempatan dalam pembangunan Pulau Carey dan Pelabuhan Carey. Soalan (a) adalah apakah inisiatif kerajaan bagi memberdayakan masyarakat Orang Asli tempatan (Mah Meri) untuk berada sejajar dengan persiapan pembangunan di Pulau Carey dan Pelabuhan Carey?

(B) adalah apakah status kampung orang asli Sungai Kurau dalam pembangunan Pelabuhan Carey? Yang Berhormat Sijangkang, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan kebajikan masyarakat sekitar sebelum suatu pembangunan dilaksanakan. Bagi perancangan pembangunan Pulau Carey dan Pelabuhan Carey, tiada kampung Orang Asli terdekat yang terjejas dan kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan 5 buah kampung Orang Asli yang berdekatan sebagai Kampung Tradisi Orang Asli. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan kebajikan Orang Asli dalam mencari sumber pendapatan terutama dengan nelayan-nelayan pinggir pantai akan terus diperkasakan

melalui bantuan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Kawasan.

Untuk makluman juga, masyarakat Orang Asli diberikan peluang yang sama rata dengan masyarakat setempat dalam pembangunan Pelabuhan Carey ini, menerusi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Pulau Carey. Antara aktiviti yang sesuai adalah pelancongan dengan memperkenalkan dan mempromosikan kebudayaan dan kraf tangan masyarakat Orang Asli yang terkenal dengan sangat unik dan halus. Selain itu, JAKOA juga sedang dalam proses memperkasakan Pembangunan Modal Insan untuk memastikan anak-anak Orang Asli meneruskan persekolahan sehingga peringkat menengah untuk membantu mereka menceburi bidang-bidang yang bersesuaian. JAKOA juga akan menjalankan aktiviti atau program TVET yang bersesuaian bagi keperluan anak-anak Orang Asli di kawasan Pulau Carey ini.

Soalan (b) pula, melalui semakan pihak JAKOA, Kampung Orang Asli Sungai Kurau adalah kawasan Orang Asli Rizab Sakai yang berkeluasan 64.57 hektar dengan populasi seramai 254 orang penduduk. Kampung ini juga tidak terjejas dalam pembangunan yang dirancang di Pulau Carey. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Sijangkang silakan.

Terima kasih EXCO, dalam jawapan itu, cuma saya menjangkakan walaupun disebutkan bahawa JAKOA melihat beberapa perkara-perkara dalam permohonan Orang Asli, saya menjangkakan ada usaha di peringkat Kerajaan Negeri sendiri untuk memberdayakan Orang Asli ini pada sudut pendidikan sebagai contoh, sudut sosial sebagai contoh, daripada sudut ekonomi sebagai contoh. Dengan pembangunan ini sendiri pun pada hari ini kita lihat terutamanya di Pulau Carey ini adalah kaum Mah Meri yang boleh saya katakan ada 80% adalah nelayan. Apabila berlaku pembangunan terutamanya melibatkan pelabuhan Carey ini, walaupun pembangunan dia bercampur, sudah tentu akan melibatkan juga ekosistem yang terganggu, hari ini pun mereka sudah mempunyai kesusahan untuk mendapatkan kayu niris sebagai contoh untuk tujuan kraf mereka, kayu nipah dan sebagainya. Jadi saya melihat harus ada sesuatu yang boleh dijalankan sendiri oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan masyarakat Orang Asli sendiri sebab saya lihat walaupun di luar bandar, Pulau Carey ini ditakrifkan tetapi boleh melahirkan anak yang mempunyai keputusan yang terbaik, SPM ada yang dapat 9A, ambil mata pelajaran yang tidak ada di sekolah tetapi mereka mampu. Jadi kalau saya melihat bahawa Sungai Kurau ini juga terlibat kawasan yang melibatkan nelayan akan terganggu nanti, apakah destinasi lain yang

mungkin boleh lihat, mungkin daripada sudut akuakultur ataupun nelayan yang kita, ekonomi perikanan di darat dan sebagainya boleh dibangunkan, terima kasih.

Speaker

Ya Banting.

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memang cadangan-cadangan yang cukup bernas, memandangkan keluasan tanah tadi sebanyak 64.57 hektar itu, saya ingat cukup untuk guna pakai agrokultur dan sebagainya tetapi untuk nelayan-nelayan pinggiran itu kalau, saya setujulah dengan pandangan ataupun idea di mana mereka kehilangan pendapatan mereka. Jadi mungkin saya boleh memanggil Persatuan dan juga Jabatan Perikanan untuk mengadakan satu pertemuan antara mereka supaya kita mencari satu jalan penyelesaian yang lebih hemah dan baik kepada orang-orang asli di kawasan Pulau Carey, terima kasih.

Speaker

Meru. Batu Tiga.

Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 24(2), saya mewakili soalan nombor 5.

Speaker

Ya, saya benarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Inisiatif Latihan Kemahiran Teknikal Dan Vokasional (TVET)Questions

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status Program Latihan Kemahiran Tahfiz di bawah STDC?

b)

Apakah rancangan bagi memastikan kadar kebolehgajian (employability rate) bagi graduan STDC?

c)

Bagaimanakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik minat belia menyertai bidang TVET?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Panjang. Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih atas soalan yang telah dikemukakan. Speaker, mulai tahun 2021 Kerajaan Negeri telah mengumumkan satu program yang dinamakan sebagai Program Latihan Kemahiran Tahfiz di bawah STDC. Dan program ini meletakkan beberapa syarat yang minima antaranya had umur 16 tahun dan tidak memerlukan syarat kelayakan akademik di peringkat sekolah menengah kerana menyedari pelajar-pelajar tahfiz ini kemungkinan kehilangan peluang untuk memiliki peluang di antara tingkatan 1 hingga tingkatan 5 untuk menamatkan pengajian hufaz atau pun tahfiz mereka. Untuk rekod semenjak daripada tahun 2021 sehingga 2023 seramai 103 orang anak-anak tahfiz telah terpilih dan berminat telah mengikuti program ikhtisas yang dijalankan di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 hingga 4. Program ini telah menerima peruntukan berjumlah RM1,143,125.00. Meliputi yuran pengajian, pendaftaran dan yuran asrama sepanjang pengajian mereka di STDC. Bantuan ini diharap dapat menaikkan semangat mereka untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di samping menambah kemahiran di kalangan pelajar-pelajar dan graduan tahfiz di Negeri Selangor, selain program fast track yang telah diselenggarakan oleh pihak Kerajaan semenjak tahun 2019 lagi. Program fast track adalah anjuran pihak Kerajaan Negeri yang disusun atur oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor terutamanya di Bahagian Pendidikan.

Untuk soalan (b), rancangan-rancangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memulihkan pengajian atau pun kebolehan pengajian atau pun yang bagi graduan STDC yang melibatkan beberapa inisiatif berikut; pertama, perbadanan kurikulum yang relevan dengan industri. Memastikan kurikulum yang ditawarkan selari dengan keperluan industri semasa di mana perbadanan ini dibuat secara berkala untuk memastikan keperluan-keperluan kemahiran yang diperlukan untuk bidang industri-industri tertentu secara relevan dengan teknologi terkini. Contohnya aplikasi seperti dalam kursus motosikal dan automatif di mana modul tambahan kenderaan elektrik ataupun EV telah dimasukkan dalam kurikulum pembelajaran. Yang kedua, program sangkutan industri menyediakan program sangkutan industri ataupun on job training ataupun internship sebagai syarat wajib untuk graduan khususnya kepada pelajar Sijil Kemahiran SKM Tahap 3 dengan matlamat memberikan pelajar pengalaman kerja sebenar di lapangan. Yang ketiga Sijil Kompetensi atau pun profesional selain memiliki SKM, pelajar di STDC turut berpeluang memperoleh sijil tambahan kompeten profesional yang boleh menjadi tambahan nilai kepada kadar kebolehgajian pelajar antara contohnya kursus yang terlibat adalah Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4, kursus Pentadbiran Sistem Komputer dan memperoleh Sijil SwiftUI Academy daripada Apple. Yang kedua SKM Tahap 3, kursus penyamanan udara akan memperoleh Sijil Juruteknik Pembekuan dan Penyaman Udara daripada Jabatan Alam Sekitar.

Yang Keempat, penyediaan kemahiran insaniah graduan. Menyediakan program latihan tambahan seperti kursus kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, dan pengurusan diri untuk meningkatkan daya saing graduan dalam pasaran kerja. Yang kelima, Sokongan pemindahan kerjaya. Menyediakan program sokongan pemindahan kerjaya termasuk bimbingan hala tuju kerjaya, bengkel penulisan resume dan etika menghadiri temu duga bagi mempersiap pelajar dan memasuki dunia pekerjaan. Seterusnya yang keenam, penyelidikan pasaran kerja. Melakukan penyelidikan dan analisa terkini mengenai keperluan pasaran kerja untuk memastikan program kemahiran (TVET) yang ditawarkan sentiasa relevan dan bersesuaian. Yang terakhir yang ketujuh Rangkaian Alumni. Membangunkan rangkaian alumni yang aktif untuk menyokong perkongsian maklumat pekerjaan, testimonial, mentor-mentee dan pembangunan profesional.

Untuk soalan (c), Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam usaha menggalakkan pelajar lepasan SPM dan belia untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang kemahiran (TVET). Antara inisiatif dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Negeri Selangor adalah menawarkan program-program pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang menekankan ekosistem latihan kemahiran dan orientasikan industri. Syarat kemasukan bagi program ini juga adalah pada syarat minima iaitu Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (3M) bagi menggalakkan lepasan sekolah SPM mengikuti pengajian dalam bidang yang diminati. Yang kedua menawarkan Program Kemahiran Profesional dengan kolaborasi bersama syarikat dan institusi antarabangsa antaranya Siemens.Ins, Apple.Inc, FESTO, Dassault Systemes dan Technical University of Munich (TUM). Program ini menjurus kepada pemindahan teknologi dengan memberi fokus kepada industri teknologi digital dan pembuatan termaju melalui pembangunan inkubator industri bagi memacu transformasi Revolusi Industri Keempat dan pendidikan industri. Untuk makluman Yang Berhormat hasil lawatan terakhir di beberapa buah lokasi terutamanya di Jerman kita turut menandatangani persefahaman bersama KENX dan MENDIX yang mempunyai kaitan dengan Siemens dan seterusnya pada akhir tahun ini kita percaya STDC akan mampu menawarkan dua lagi tawaran kemahiran teknologi tinggi yang selaras dengan transformasi industri 4.0. Yang ketiga menawarkan bantuan kewangan iaitu Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) kepada pelajar-pelajar yang layak mendaftar dan meneruskan pengajian seterusnya di UIS dan UNISEL dalam pelbagai bidang yang ditawarkan dan yang keempat menganjurkan program job fair di peringkat Negeri ataupun Selangor Job Care di peringkat Daerah dan Zon secara tahunan dengan penyertaan syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan di dalam bidang kemahiran teknikald an vokasional. Terima kasih.

Soalan Tambahan.

Speaker

Dusun Tua.

Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 6.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Tanah PajakanQuestions

6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah polisi kerajaan terhadap tanah – tanah yang telah tamat tempoh pajakan 99 tahun?

b)

Bagaimanakah proses penilaian ke atas tanah ini dibuat?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker atas soalan yang telah dikemukakan. Terdapat beberapa polisi-polisi dan langkah-langkah kerajaan khususnya berkenaan tanah-tanah yang telah tamat tempoh 99 tahun. Secara asasnya ataupun secara peraturan yang secara general ataupun secara asas, bagi tempoh-tempoh pajakan tersebut hak tanah tersebut akan menjadi milik Kerajaan Negeri. Namun begitu kita cukup faham tentang pemilikan yang berkenaan dengan kediaman-kediaman terutamanya dan biasanya pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah akan mula membuka peluang kepada pemilik-pemilik tanah tersebut untuk menyambung pajakan-pajakan mereka bersesuaian dengan premium yang akan ditetapkan bergantung pada harga yang telah ditetapkan dan masih lagi berdasarkan kepada dasar sebelum ini iaitu memberikan diskaun dan pemilikan nominal untuk perumahan-perumahan ataupun kediaman-kediaman bagi unit-unit tanah yang telah tamat pajakan untuk disambung. Dan kita juga menasihatkan semenjak daripada 5 ke 8 tahun yang lepas supaya pemilik-pemilik tanah dan bangunan ini bersedia untuk menyambung di peringkat awal tidak tunggu di peringkat akhir kerana memerlukan proses-proses tertentu dan mungkin mengambil masa dan juga daripada kos premium jumlah pajakan maksimum adalah 99 tahun, mereka tidak perlu menyambung sampai 99 tahun hanya

berbaki yang perlu diselesaikan. Kalau 30 tahun lagi maknanya kalau 99 tahun perlukan 60 tahun lagi sudah pasti tanah premium itu mempunyai formula dan formula itu adalah berdasarkan tahun lama kepada satu pemilikan tersebut. Untuk pemilikan-pemilikan komersial juga begitu kita akan menawarkan atau bersedia menyambung kalau ada keperluan-keperluan. Namun begitu kita juga memahami kadang-kadang setiap industri dan komersial yang memerlukan pemindahan ataupun teknologi yang lebih terkini tidak memerlukan saiz yang lebih besar dan itu juga disyaratkan ataupun di sarankan untuk mereka merancang lebih daripada awal. Jadi kalau ikut asas sahaja ia menjadi tanah hak Kerajaan tatapi Kerajaan juga faham dan menyedia untuk menyambung dasar-dasar pemilikan mereka jika ada keperluan meliputi tiga jenis yang saya sebut tadi ataupun saya sebut dua sebenarnya ada tiga, yang pertama adalah pemilikan pertanian, yang kedua pemilikan bangunan ataupun rumah dan yang ketiga pemilikan secara komersial industri. Ini tiga hal ehwal tanah yang biasa kita berikan tetapi ia terpulang kepada pemilik-pemilik tersebut. Proses penilaian akan dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mengikut nilaian pasaran semasa. Faktor yang diambil kira dalam penilaian adalah jenis kegunaan tanah yang dipohon, keadaan tanah, tempoh pajakan, lokasi, bentuk dan saiz tanah yang dipohon. Terima kasih.

Tuan Speaker.

Speaker

Ya, silakan.

Soalan tambahan saya, Yang Amat Berhormat menyebutkan tadi memohon lebih awal. Kalau boleh ada satu panduan lagi 10 tahun lagi 2 tahun ke 3 tahun ke panduan untuk renewal ini berapa lama? Lagi 2 tahun hendak tamat, lagi 3 tahun hendak tamat? Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat biasanya kita akan mula pertimbangkan mengikut permohonan-permohonan. Biasanya untuk perumahan kita akan mula memikirkan semula atau memberikan peluang dalam memberikan tempoh bawah 30 tahun. Maknanya dari 30 tahun dan ke bawah supaya mudah pihak Kerajaan menguruskan ataupun memberikan peluang di samping pihak pemilik-pemilik juga mempertimbangkan daripada segi urusan mendapatkan kewangan yang cukup untuk membayar premium sama ada membayar premium secara penuh ataupun nominal bagi proses-proses bangunan ataupun tanah dalam bentuk bangunan ataupun dalam bentuk premis-premis perumahan. Terima kasih.

Kawasan kampung begitu juga?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Sama. Sama, dia kampung ataupun taman dan sebagainya pemilikan 99 tahun kita mula pertimbangkan di bawah 30 tahun. Biasanya pemilik-pemilik akan memohon daripada tempoh 25, 20 tahun dan sebagainya tapi dalam rekod kita yang paling awal pernah dipohon ialah 30 tahun. Jadi kita mula meletakkan kelaziman itu tidak ada peraturan yang spesifik tetapi biasanya pihak pemilik rumah akan menggunakan kewangan mereka untuk membangunkan aset-aset dan juga premis mereka, jadi biasanya mereka akan mengambil tempoh yang lebih pendek sebelum tamat tempoh.

Speaker

Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Terima kasih Speaker. Yang Amat Berhormat, sekiranya pemilik tanah itu mendapat tawaran untuk sambung, apakah pendirian Kerajaan sekiranya mereka tukar kepada memohon daripada pajakan kepada freehold. Terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat sekalian, pemilikan ada proses untuk pemilikan freehold dan juga pemilikan secara pajakan ataupun 90 tahun leasehold ya Yang Berhormat. Namun begitu untuk masa depan pembangunan Negeri dan sebagainya adalah lebih wajar untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan leasehold kerana masa-masa tertentu proses pembangunan yang berterusan akan memerlukan Kerajaan mengeluarkan kos yang tinggi bagi pemilikan-pemilikan tetap ataupun pemilikan tetap ataupun pemilikan selamanya berbanding leasehold. Justeru memang tidak banyak yang kita tetapkan kecuali hal-hal tertentu sahaja sememangnya sebahagian besar daripada proses-proses penyambungan itu ditumpukan kepada pemilikan-pemilikan secara pajakan. Terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat terdapat banyak persatuan penduduk di kawasan di DUN Bukit Gasing yang telah menulis surat kepada Yang Amat Berhormat untuk berjumpa Yang Amat Berhormat untuk membincangkan isu-isu berkenaan tempoh pajakan yang hampir luput di beberapa kawasan di Petaling Jaya. Adakah Yang Amat Berhormat boleh memberi mereka satu ruang untuk bermesyuarat dalam bulan ini?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Buat appointment dalam Dewan. Yang Berhormat sekalian, saya asalnya tidak ada halangan tetapi arahan terakhir saya dalam

Jawatankuasa Tetap Pejabat Tanah kepada Pejabat Tanah dan Daerah dan Stanco supaya kita dapat merumuskan satu kaedah khususnya untuk menangani isu yang berlaku di Petaling kerana hal ini juga akan turun berjangkit di daerah-daerah yang lain. Apa yang terjadi di Daerah Petaling Khususnya di kawasan Oldtown pada ketika ini adalah pemilikan-pemilikan komersial yang pada saiz-saiz yang tertentu mempunyai valuation yang sangat tinggi sesuai dengan valuation terkini. Justeru saya cukup faham pihak-pihak ini juga tidak mampu untuk menyambung lease dan juga pajakan mereka pada kadar semasa dan mereka ini pula duduk di kawasan komersial dan tidak ada nominal seperti di kawasan perumahan sebagaimana yang telah ada dalam polisi Kerajaan Negeri. Justeru satu rumus baru yang perlu kita putuskan pihak pejabat tanah sedang merumuskan dan kalau kita telah dapat rumusan itu saya percaya menjelang akhir tahun ini atau tahun depan kita dapat menyediakan satu rangka baru untuk sambung supaya kita boleh bersedia kepada kemungkinan-kemungkinan tempat-tempat lain. Sebab ini adalah pajakan yang akan tamat di Petaling selepas ini akan merebak di Shah Alam, mungkin di Klang, mungkin di Ampang dan tempat-tempat lain, jadi kita bersedia untuk memberikan kadar yang lebih berpatutan berbanding dengan kadar yang sangat tinggi saya rasa sangat membebankan kepada pemilik-pemilik tanah untuk pajakan mereka. Tetapi kita kena lihat semua sebab Kerajaan Negeri juga memerlukan hasil dan hasil tanah merupakan sumbangan terbesar kepada Kerajaan negeri dan kita tidak boleh mengurangkan hasil kita di samping permintaan dan demand di atas pertambahan penduduk yang sudah mencecah 7 juta di Negeri Selangor. Terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih yang Berhormat Speaker soalan saya nombor 7.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Sistem Dan Rekod Penanaman Pokok Sebagai Landskap Mengindahkan Alam SekitarQuestions

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Senaraikan bilangan pokok yang ditanam menurut kaedah landskap di seluruh Selangor menurut PBT sepanjang 2023.

b)

Berapakah belanja yang dikeluarkan oleh setiap PBT di seluruh Selangor bagi tujuan di atas?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Sentosa di atas pertanyaan ini mengenai pokok. Untuk (a), bilangan senarai pokok yang ditanam di seluruh Negeri Selangor mengikut PBT sepanjang tahun 2023 adalah seperti berikut, satu, Majlis Bandaraya Shah Alam, 117,041. Dua, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 2,050. Tiga, Majlis Bandaraya Subang Jaya, 305,645. Empat, Majlis Bandaraya Diraja Klang, 500,000. Lima, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, 60,573. Majlis Perbandaran Kajang, 68,203. Majlis Perbandaran Sepang, 82,758. Majlis Perbandaran Selayang, 42,031. Majlis Perbandaran Kuala Langat, 152,281. Majlis Perbandaran Kuala Selangor, 178,175. Majlis Perbandaran Hulu Selangor, 99,544. Majlis Daerah Sabak Bernam, 11,499 dan jumlahnya 1,120,300.

Untuk (b), belanja yang dikeluarkan oleh setiap PBT di seluruh Negeri Selangor bagi tujuan di atas adalah seperti berikut; Majlis Bandaraya Shah Alam, RM1,148,680.00. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, RM37,733.00. Majlis Bandaraya Subang Jaya, RM150,000.00. Majlis Bandaraya Diraja Klang, RM500,000.00. Majlis Perbandaran Ampang Jaya, RM4,235,908. Majlis Perbandaran Kajang, RM90,000.00. Majlis Perbandaran Sepang, RM18,293,915.55 termasuk kos penyelenggaraan. Majlis Perbandaran Selayang, RM1,341,250.00. Majlis Perbandaran Kuala Langat, RM200,000.00. Majlis Perbandaran Kuala Selangor, RM302,230.00. Majlis Perbandaran Hulu Selangor, RM302,230.00. Majlis Perbandaran Hulu Selangor, RM100,000.00. Majlis Daerah Sabak Bernam, RM228,197.50 termasuk kos penyelenggaraan, jumlah RM26,627,914.05. Ini untuk pokok-pokok kosnya yang dibelanjakan ini untuk Yang Berhormat Sentosa.

Soalan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi, sebelum saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran para ADUN Muda 2024 ke Sidang Dewan yang Mulia ini. Seterusnya saya juga ingin memaklumkan bahawa jawapan kepada soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan mula diedarkan pada hari ini dan juga hari esok. Memandangkan esok ialah hari yang terakhir untuk minggu persidangan ini. Saya memohon supaya Ahli EXCO dan juga pegawai kerajaan untuk

mempercepatkan penyediaan jawapan tersebut. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Usul nombor 8 Tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri SelangorMotion

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Usul nombor 8 Tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri Selangor.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Kita Selangor. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan sukacitanya saya ingin membawa satu Usul di dalam Dewan yang Mulia ini yang berbunyi seperti berikut; Bahawa Dewan yang Mulia ini mengiktiraf bahawa Negeri Selangor Darul Ehsan mencipta sejarah dengan sumbangan KDNK Malaysia sebanyak 25.9% dengan nilaian ekonomi sebanyak 406.1 bilion bahawa Negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar KDNK Malaysia memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya saing dan kemampuan ekonomi negara untuk terus berkembang dan menjadi antara 30 ekonomi utama dunia. Menyedari kepentingan ini bahawa usaha perancangan untuk membangunkan negeri dengan lebih mampan yang memberi fokus kepada aspek meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat sebagai keutamaan di samping meningkatkan kapasiti penyampaian perkhidmatan kerajaan di peringkat pihak berkuasa negeri dan PBT, pihak berkuasa tempatan agar lebih strategik, pragmatik dan bersifat tangkas untuk membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti dan bergaji tinggi dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri Selangor. Mendorong usaha Kerajaan Negeri mempunyai PR menilai keberkesanan sistem dan kemampuan untuk melaksanakan perancangan yang dibangunkan buat julung kali nya dalam tahun pembangunan 5 tahun, dalam Rancangan Pembangunan 5 tahun dalam 2 fasa iaitu tahun 2021-2023 serta beberapa aspek baru yang telah menerusi siri libat urus secara inklusif dengan pelbagai pemegang taruh yang ingin dilaksanakan dalam Fasa 2 iaitu di tahun 2024 sehingga 2025. Meningkatkan keupayaan dan kemampuan negeri kepada rakyat serta komuniti perniagaan termasuk pelabur dalam negeri serta dari luar negara supaya Selangor mempunyai daya tarikan paling efektif dan mampan di rantau ini. Dengan izin Tuan Speaker, saya memohon kepada Dewan yang Mulia untuk meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang merangkumi usaha yang dilaksanakan pada fasa pertama iaitu dari tahun 2021-2023 serta usaha yang sedang dilaksanakan dalam fasa kedua iaitu di tahun 2024-2025 bagi mencapai hasrat utama Negeri Selangor sebagai Negeri Pintar, Berdaya Huni, Makmur menjelang tahun 2025. Bagi merealisasikan hasrat ini, 4 tema strategik yang menjadi asas kepada Rancangan Selangor pertama terus diperkasakan iaitu pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial, pemacuan kelestarian dan keempat, tadbir urus pintar dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam tempoh 3 minggu akan genap 2 tahun setelah saya berdiri di dalam Dewan yang Mulia untuk membentangkan buat julung kali nya satu usaha perancangan pembangunan 5 tahun yang dinamakan sebagai Rancangan Selangor Pertama. Dua hari yang lalu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengiktiraf Selangor telah mencipta rekod apabila sumbangan Selangor kepada KDNK ataupun Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebagai tertinggi dan meningkat daripada 25.5 kepada 25.9. Buat kali pertama nilai ekonomi Selangor mencatatkan 406.1 bilion ringgit. Negeri pertama di Malaysia yang mencecah paras 400 bilion ringgit. Apabila saya bentangkan Rancangan Selangor pertama (RS-1) 2 tahun yang lalu, peratus Selangor dari gig Ekonomi Negara berjumlah 24.8% dan Alhamdulillah setelah ikhtiar pentadbiran ini untuk melaksanakan perancangan yang terkandung dalam RS-1 kita sudah mula melihat bahawa pencapaian Selangor sudah meningkat berbanding dalam tempoh-tempoh sebelum ini. Hari ini kita tiba di fasa seterusnya setelah sesi atau siri libat urus yang mencapai kemuncak dengan keberadaan para Ahli Dewan Negeri ini pada hari ini dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor penggal pertama yang mempunyai 2 fokus. Pertama, menilai keberkesanan sistem pelaksanaan negeri dan kedua, melakukan beberapa anjakan baharu seiring dengan usaha-usaha baharu negeri yang terkandung dalam 5 Tekad 5 Tahun serta beberapa usaha baharu Kerajaan Persekutuan seperti yang diterapkan dalam 5 prinsip Ekonomi Madani dan pembangunan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) serta usaha kita pada hari ini iaitu Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Menampilkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memantau pelaksanaan pelan pembangunan 5 tahun Negeri Selangor yang pertama selain melaksanakan semakan di detik separuh penggal selaras dengan fahaman rancangan jangka masa sederhana seumpama RS-1 adalah satu dengan izin, living document yang memerlukan pendekatan agile dengan mengambil kira situasi rantau dan dunia yang sentiasa berubah. KSP ini ataupun Kajian Separuh Penggal ini mengguna pakai pendekatan sistematik dalam menilai kemajuan dan mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam fasa pertama pelaksanaan RS-1 dan melaksanakan pelarasan yang diperlukan. Sepanjang pelaksanaan Kajian Separuh Penggal ini lebih daripada 120 pemegang taruh daripada pihak kerajaan dan swasta telah terlibat melalui pelbagai bengkel dan perbincangan bersemuka. Pendekatan ini diguna pakai bagi memastikan dapatan kajian disahkan dengan sumber-sumber yang sahih dan tepat serta rancangan-rancangan yang akan datang telah mendapat persetujuan dan sokongan daripada pemegang-pemegang taruh yang berkaitan. Selanjutnya beberapa sesi pengesahan telah dilaksanakan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak pentadbiran Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi-agensi dan anak-anak syarikat untuk memastikan kajian Rancangan Selangor Pertama ini dilaksanakan secara menyeluruh. Selain itu prestasi dan kesesuaian petunjuk-petunjuk makro bagi RS-1 telah dinilai bagi memastikan

pengukuran impak tersebut bersifat praktikal, relevan dan bermakna. Memandangkan kita sudah pun melangkaui tempoh separuh penggal dalam Rancangan Selangor pertama. Izinkan saya mengambil peluang untuk menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih sepenuh hati saya kepada Ahli Mesyuarat Majlis Negeri yang lalu dan kini, agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri, pelaksana-pelaksana inisiatif, semua pemegang taruh dan rakyat Selangor secara am nya kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan perancangan Rancangan Selangor Pertama sejak pelancarannya. Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Dewan yang budiman, kita telah menyaksikan perubahan pada landskap makro ekonomi global sejak bermulanya tempoh Rancangan Selangor Pertama pada tahun 2021. Ekonomi global sudah mula bertambah baik pasca Covid-19 namun pemulihannya belum sempurna sepenuhnya. Peperangan di Ukraine telah mengakibatkan pertumbuhan global menjadi perlahan mengakibatkan berlakunya satu siri krisis makanan dan tenaga yang memburukkan lagi isu-isu sedia ada. Termasuk isu inflasi, kos sara hidup yang tinggi, perang dagang dan bencana berkaitan iklim. Ketegangan yang semakin memuncak di rantau Timur tengah pula akibat keganasan regim zionis terhadap rakyat Palestin menyebabkan berlakunya ancaman dan ketidakpastian baharu terhadap pertumbuhan ekonomi global. Global Economy Prospect by World Bank 2023 pada bulan Jun OECD ataupun Economic Outlook Interim Report (September 2023) dan IMF World Economic Outlook (Oktober 2023) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan pada tahun 2024 iaitu 2.7 hingga 2.9%. Tinjauan ekonomi 2024 oleh Kementerian Kewangan menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang pada kira-kira 4% pada tahun 2023 dan mengunjurkan kadar pertumbuhan 4 - 5% saja pada tahun 2024, disokong oleh rangka kerja Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat, Negeri Selangor terus cemerlang dengan mencatatkan sumbangan terbesar kepada keluaran Dalam Negara Kasar dengan jumlah sumbangan sebanyak 25.9% pada tahun 2023 berbanding 25.5% pada tahun sebelumnya iaitu 2022 dan 24.8% di tahun 2021. KDNK Selangor pada tahun 2021 mencatatkan nilai pertumbuhan 5% dan melonjak kepada 11.9% pada tahun 2022. Selangor merupakan negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang paling tinggi pada tahun 2023 dengan nilai 5.4% berikutan unjuran pertumbuhan rekod di dunia yang dijangka perlahan pada tahun 2024. Prospek ekonomi Selangor diunjurkan pada kadar 5.2% untuk tahun 2024 dan dijangka lebih baik daripada unjuran KDNK negara sebagaimana pencapaian-pencapaian yang lalu.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, Kajian Separuh Penggal merupakan satu usaha dan proses yang dibangunkan bagi menilai semula 4 tema strategik dalam kerangka Rancangan pembangunan 5 tahun Kerajaan Negeri. Teras pertama iaitu pengukuhan ekonomi. Tema strategik 1 mempersiapkan ke arah merangsang pembangunan ekonomi yang mampan di Selangor dipacu oleh projek

pemangkin ataupun pemacu perubahan inisiatif pendigitalan pembangunan bakat dan program-program kemajuan teknologi. Projek pemacu perubahan tersebut tertumpu kepada sektor-sektor utama dan kompleks dan juga pembangunan wilayah strategik untuk memanfaatkan kelebihan daya saing Selangor. Hal ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan mendorong aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih kukuh. Khususnya dalam mendukung perusahaan mikro kecil dan juga sederhana. Kemajuan di bawah tema ini pada am nya bergerak seperti yang dirancang dengan inisiatif-inisiatif yang selesai dilaksanakan terutamanya di dalam sektor ekonomi digital yang memberikan fokus kepada usaha untuk menyokong pendigitalan PMKS pada fasa pemulihan Pasca Covid-19. Sejak tahun 2021, PMKS telah menjalani latihan untuk mencipta kehadiran secara dalam talian dan membina kedai web serta penggunaan awan ataupun cloud utilization. Dianggarkan 44,000 orang usahawan telah mendaftarkan perniagaan mereka di dalam platform dalam talian melalui kempen e-bazar Selangor pada tahun 2021, manakala 1,047 PMKS menerima geran di bawah program geran padanan pendigitalan PKS Selangor. Usaha pendigitalan ini telah memperkasakan PMKS dengan meningkatkan keterlibatan atau keterlihatan mereka dalam talian memperluas capaian pasaran dan menambah baik kecekapan operasi mereka. Operasi Infrastruktur dan perindustrian yang utama dalam pembangunan berasaskan Geografi dan sektor pelabuhan dan logistik masih berjalan dan dipacu oleh sektor Awam dan Swasta. Memandangkan betapa besarnya skala projek-projek ini kebanyakan berada dalam fasa reka bentuk dan kelulusan dengan tarikh selesai projek melepasi garis-garis pada masa RS1. Manfaat utama ekonomi ataupun manfaat ekonomi utama antara tahun 2021-2025 akan berpasak pada pelaburan pembinaan manakala pertambahan nilai dijangkakan akan berlaku di dalam fasa-fasa seterusnya melalui peningkatan pelaburan sektor swasta pendapatan yang lebih tinggi dan perbelanjaan individu yang lebih tinggi. Walaupun kemajuannya pada am nya adalah seperti yang dirancang projek pemangkin kerap memerlukan kelulusan pada peringkat negeri dan juga pelarasan antara agensi contohnya dalam hal ehwal tanah, bekalan air, keluasan reka bentuk dan sebagainya. Oleh itu pelaksana projek tersebut perlu dipercepat agar manfaat kepada rakyat Selangor perlu direalisasikan. Kemajuan dalam industri-industri, teras seperti pelancongan, elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, aeroangkasa dan industri halal adalah seperti yang telah dirancang dalam Rancangan Selangor Pertama. Tanda-tanda awal yang menunjukkan impak terhadap sektor-sektor tersebut sudah dapat dilihat. Bilangan pelancong Domestik dan Antarabangsa yang melawat Selangor telah mencapai dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Usaha untuk menyokong Pembangunan Modal Insan dan fasiliti penyelidikan dan pembangunan sedang dijalankan dan dijangka akan menarik pelaburan ke dalam sektor E&E dan M&E serta Sains Hayat. Peningkatan keupayaan industri Aero Angkasa yang berterusan dan pertumbuhan Industri Halal melalui proses digitalisasi, pembangunan modal insan dan aktiviti promosi menyumbang kepada kerancakan ekonomi dan daya tahan negeri Selangor. Selari dengan tema sosial,

usaha dihalakan ke arah mempertingkat pengagihan kekayaan khususnya melalui pembangunan wilayah yang strategik dan memperkukuh keterjaminan makanan untuk meningkatkan pendapatan pengeluaran makanan dan mendukung pengeluaran makanan untuk mencapai sasaran bagi tema kelestarian pembangunan dan program pembangunan bakat E&E dan M&E merangkumi inisiatif tenaga baru. Manakala projek agroteknologi direka bentuk untuk meminimakan pencemaran tanah dan air dan eko-pelancongan pula di promosi di dalam kedua-dua sektor pelancongan dan pembangunan berasaskan geografi. Pencapaian dan kemajuan utama teras strategik ekonomi. Teras ini memiliki 93 projek.

Program inisiatif ataupun PPI yang disusun dalam 9 sektor tumpuan dan diterapkan dengan 4 strategi utama untuk memastikan sasaran teras ini dapat dicapai. Daripada jumlah PPI yang telah ditetapkan, sebanyak 18 PPI ataupun 19% telah selesai dilaksanakan sementara 75 PPI atau pun 81% masih dalam proses pelaksanaan. Pencapaian ini menunjukkan lebih banyak usaha perlu digerakkan bagi menambah baik prestasi perlaksanaan dan pencapai PPI. Pelaksanaan tema strategi ini melalui 93 PPI dan diukur melalui pencapaian iaitu empat petunjuk makro. Yang pertama Pertubuhan KDNK Negeri. Dalam pengumuman terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia 2 Julai yang lalu, Selangor telah mencatatkan purata pertubuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 7.43 peratus untuk tempoh 2021 sehingga 2023. Angka ini sebenarnya melebihi sasaran purata pertumbuhan KDNK daripada tahun 2021 sehingga 2025 yang telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama iaitu antara 6.5 peratus sehingga 7 peratus. Kejayaan ini mencerminkan keupayaan Selangor untuk menggalakkan pertubuhan ekonomi yang mampan dan berkesan dalam negeri. Dalam konteks ini, Kerajaan berperanan penting dalam menyokong pencapaian matlamat strategik ekonomi negeri memastikan setiap langkah dan inisiatif di ambil sejajar dengan pertumbuhan yang positif dan berkekalan. Sebahagian daripada proses kajian separuh penggal ini adalah untuk menilai semula beberapa sasaran utama yang ditetapkan seiring dengan keadaan dan konteks semasa dan memandangkan hala tuju yang seiring dengan Persekutuan dan Negeri serta dengan pendekatan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan negeri-negeri lain supaya dapat lebih maju pentadbiran ini meletakkan hasrat sumbangan Selangor kepada KDNK Negara telah disusun semula kepada 27%, dengan selesai sepenuhnya usaha-usaha lonjakan ekonomi yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama. Pelaburan yang di lulus dalam sektor-sektor utama dan berkompleksiti tinggi, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk purata nilai pelaburan tahunan antara 23 billion ringgit sehingga 35 billion. Di tahun 2021 sehingga 2023, Kerajaan Negeri telah mencatat pencapaian yang mengagumkan dengan pencapaian purata nilai pelaburan adalah sebanyak 39.4 billion ringgit dalam sektor-sektor utama yang kompleks. Kejayaan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri

dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan dan berkesan serta memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat pelaburan utama di rantau ini.

Teras kedua, iaitu peningkatan kesejahteraan dan ke terangkuman sosial. Tema strategik dua ini memberikan fokus kepada peningkatan ke terangkuman sosial di seluruh Negeri Selangor meliputi semua segmen masyarakat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tema strategik dua tidak hanya meletakkan sasaran untuk meningkatkan pendapatan isi rumah kebajikan sosial atau membantu keluarga berpendapatan rendah ia turut meletakkan sasaran untuk mewujudkan negeri yang inklusif dari sudut sosial dengan mensasarkan usaha kepada golongan wanita, kanak-kanak dan golongan kelainan upaya serta berkeperluan khas. Walaupun terdapat pelbagai program yang menyantuni kumpulan-kumpulan sasar ini capaiannya terhad kerana program-program tersebut amat bergantung pada ketersediaan peruntukan. Daripada segi kemajuan program dan inisiatif Rancangan Selangor Pertama di dalam tema strategik ini kebanyakannya berjalan seperti dirancang dan akan dengan mencapai program dan inisiatif berada pada fasa-fasa pelaksanaan. Oleh sebab pelaksanaan program-program ini hanya bermula pada tahun 2021 dan 2022 kesan daripada program-program sosial ini terhadap petunjuk-petunjuk makro hanya dapat dilihat pada akhir tahun 2023 dan seterusnya. Untuk memastikan program-program ini memberikan impak yang signifikan terhadap penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan indeks kebahagiaan adalah penting untuk memperluas jumlah penerima manfaat dan meningkatkan kesan positif nya terhadap lebih banyak rakyat dan pemastautin di Negeri Selangor. Namun demikian dengan pelbagai program sosial yang sedang dilaksanakan di Negeri ini masih terdapat ruang untuk meningkatkan pengurusan sumber bagi mencapai impak yang diinginkan dengan memberikan keutamaan kepada program-program yang paling efektif dalam setiap bidang tumpuan atau pun kumpulan sasaran ia berpotensi untuk menghasilkan impak yang lebih signifikan terhadap indikator-indikator sosial. Iltizam Selangor Penyayang merupakan program induk yang merangkumi pelbagai kelompok dalam masyarakat dan bidang fokus yang berbeza termasuk kesihatan, pengangkutan, keusahawanan dan penjagaan kanak-kanak. Dari segi pendidikan terdapat banyak inisiatif yang dijalankan daripada penyediaan bantuan kewangan, kepada penyediaan kelas tuisyen tambahan, penggalakkan R&D, pembangunan modul Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan pelbagai program pemerkasaan pelajar. Sasaran utama bagi inisiatif berkaitan pendidikan ini adalah untuk mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Semua usaha ini memerlukan perubahan dan perancangan sistematik untuk mencapai aspirasi Rancangan Selangor Pertama.

Pencapaian dan kemajuan utama teras strategik sosial, teras ini merupakan asas yang penting dengan sejumlah 98 PPI yang disusun dan diatur dalam 6 bidang tumpuan yang

diterapkan melalui 24 strategik utama untuk mencapai sasaran teras. Dari jumlah PPI yang telah ditetapkan, 12 PPI atau 12% telah siap pelaksanaan sementara 86 PPI ataupun 88% masih dalam proses pelaksanaan. Pelaksanaan tema strategik ini diukur melalui 98 PPI dengan penekanan kepada pencapaian 4 petunjuk makro. Pendapatan isi rumah menengah. POendapatan isi rumah menengah di Negeri Selangor telah mencapai 9,983 ringgit, ia telah melepasi sasaran yang telah ditetapkan bagi Wilayah Tengah dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-12 iaitu 9,290 ringgit menjelang tahun 2025. Kejayaan ini mencerminkan kestabilan dan kemajuan ekonomi di Selangor serta usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kemiskinan mutlak. Selangor telah menambah baik sasaran pencapaian kemiskinan mutlak dari 0.7 peratus kepada 0.5 peratus. Ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mempergiat usaha dalam mengurangkan kadar kemiskinan secara bersasar. Pada tahun 2022, insiden kemiskinan mutlak di Negeri Selangor mencatatkan sebanyak 1.5 peratus, namun ia masih tinggi berbanding dengan sasaran 0.5 peratus, menjelang tahun 2025. Kerajaan Negeri sedar bahawa terdapat cabaran yang perlu dihadapi untuk mencapai sasaran ini dan sedang berusaha keras untuk memperbaiki keadaan sosial ekonomi bagi semua lapisan masyarakat di Negeri Selangor.

Kemiskinan relatif. Incident kemiskinan relatif di Negeri Selangor yang merupakan pertunjuk penting dalam ekonomi moden menunjukkan perubahan yang signifikan dari tahun ke tahun. Selangor mensasarkan kemiskinan relatif pada kadar 11 peratus menjelang 2025 berbanding dengan pencapaian 14.2 peratus pada tahun 2022. Untuk mencapai sasaran usaha yang lebih bersasar dan bersepadu perlu ditumpukan bagi menangani kemiskinan bandar dan juga tindakan kemiskinan di luar bandar. Selangor telah berjaya menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun 2022, walaupun insiden kemiskinan tegar di Selangor telah mencecah 0 peratus pada tahun 2022 lebih banyak usaha intervensi bersasar, diperlukan untuk menangani kemiskinan mutlak dan relatif bagi menyokong wawasan ekonomi madani iaitu memperkasa rakyat ekonomi madani dalam membasmi kemiskinan tegar di dalam Negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Indeks kebahagiaan rakyat Selangor atau Malaysia. Indeks kebahagiaan rakyat Malaysia kini digunakan sebagai indikator utama yang menggantikan indeks kebahagiaan keluarga bagi maksud penyelarasan dengan penanda aras Kebangsaan. Selangor pada tahun 2021 mencatatkan kedudukan sederhana bahagia, dengan indeks sebanyak 5.74 yang masih berada di bawah sasaran kebahagiaan nasional sebanyak 7.00 menjelang 2025. Dalam memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kebahagiaan di Selangor tiga komponen tertinggi dalam indeks kebahagiaan adalah keluarga iaitu 6.53, amalan kerohanian 6.27, dan penggunaan masa 6.04, ini antara pencapaian kebahagiaan tertinggi. Manakala tiga komponen yang paling rendah adalah aspek perumahan dan alam sekitar 5.50, keselamatan awam 5.35, dan pengalaman emosi atau pun keadaan emosi 5.32 peratus.

Teras ketiga pemacuan kelestarian, tema teras tiga memberikan fokus kepada kelestarian untuk memacu pertumbuhan ekonomi hijau dan mendepani perubahan iklim serta bencana alam, pengurusan air, pelepasan karbon, pengurusan sisa dan pemeliharaan hutan dan biodiversiti. Langkah-langkah aktif sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mendepani dan menangani cabaran-cabaran ini seperti Penubuhan Pusat Koperasi Bencana Daerah DDOC, Pembangunan Skim Bekalan Air Sungai Rasal, Pembangunan Stesen Jana kuasa Pulau Indah, Pembangunan Loji Waste To Energy (WTE) dan Hutan Warisan Diraja Selangor. Pada keseluruhannya tema kelestarian ini berjalan seperti di rencana dalam memacu pembangunan yang mampan di Negeri Selangor dengan kebanyakan daripada inisiatif menunjukkan kemajuan seperti yang dirancang untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan menjelang tahun 2025.

Pencapaian dan kemajuan utama, teras strategik kelestarian teras ini mengandungi 39 petunjuk prestasi utama yang dikategorikan dalam 5 bidang tumpuan dan dilaksanakan melalui 14 strategik utama untuk mencapai matlamat teras. Sebanyak 8 PPI ataupun 20% daripadanya telah selesai dilaksanakan sementara 31 PPI ataupun 80% dalam proses pelaksanaan. Pelaksanaan tema strategik ini dinilai melalui 4 petunjuk makro yang pertama ketersediaan air bersih 24jam. Berkenaan agenda pengurusan air di Selangor Kerajaan Negeri telah mengambil langkah yang tepat untuk meningkatkan rizab margin simpanan air daripada 13.8% pada 2023 kepada 15.6% menjelang tahun 2025 melalui usaha seperti pembangunan skim bekalan air baharu seperti Skim Bekalan Air Sungai Rasau tambahan pula usaha untuk menangani aduan berkenaan gangguan bekalan yang dipacu oleh inisiatif-inisiatif seperti program pengurangan air tanpa hasil yang bertujuan untuk mengurangkan keseluruhan bilangan paip yang pecah dan penggantian paip lama di Negeri Selangor. Hasil daripada inisiatif dan usaha yang berterusan ini Kerajaan Negeri berjaya mencapai sasaran ketersediaan air bersih setiap jam dalam sehari. Kadar kitar semula sisa, pengurusan sisa dan kitar semula merupakan tugasan yang mencabar untuk Selangor khususnya dalam pengurangan pembuangan sampah secara haram meningkatkan kadar kitar semula. Selangor mencapai kadar kitar semula sisa sebanyak 8.24 peratus pada tahun 2023, namun untuk mencapai 15 peratus kita memerlukan usaha bersama terutamanya di kalangan masyarakat usaha menjayakan ini ataupun menjayakan usaha ini semua PBT perlu memperkenalkan atau telah memperkenalkan program dan fasiliti kitar semula sisa di daerah masing-masing untuk menggalakkan kadar kitar semula yang lebih tinggi termasuk beberapa inisiatif yang akan kita umumkan di Belanjawan Tahun 2025. Untuk mengurangkan sisa yang dihantar ke pusat pelupusan sampah dan menambah baik proses pengurusan sisa, Kerajaan Negeri sedang menjalankan inisiatif berskala besar termasuk penubuhan loji-loji waste to energy dan membangun fasiliti pengumpulan dan pemulihan bahan atau pun MRCF. Dengan hala tuju jangka panjang ini pengumuman Belanjawan Selangor 2024

mengetengahkan rancangan untuk membina Loji Sultan Idris Shah Green Energy Pelan dan Selangor Recycle Search yang akan mempercepatkan hasil usaha MRSF. Mengekalkan liputan hutan simpan kekal, kerajaan Negeri turut menunjukkan usaha yang baik dalam mengekalkan hutan simpan kekal seiring aspirasi bagi menjadikan negeri rendah Karbon, Hutan Warisan Diraja Selangor, yang baru diwartakan mencerminkan komitmen Selangor untuk menjaga liputan ataupun Hutan Simpan Kekal yang kita berada pada tahap 31.7 peratus di samping menunjukkan lebih banyak kawasan-kawasan rekreasi untuk dinikmati oleh masyarakat. PBT sedang aktif menanam pokok dengan tujuan untuk menanam sejuta pokok sebagai mana yang diumumkan di dalam Belanjawan Selangor 2024. Lebih utama lagi Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan sistem inventori gas rumah hijau untuk menetapkan garis dasar pelepasan gas rumah hijau yang lebih baik bagi menjejak dan menguruskan pelepasan gas-gas tersebut.

Teras keempat, tadbir urus smart dan berkesan. Tema teras empat meletakkan sasaran untuk memodenkan sektor awam dengan mentransformasikan Kerajaan agar menjadi lebih bertanggungjawab, berkesan, cekap dan berpaksikan rakyat dalam penyampaian perkhidmatan awam melalui pendekatan whole of goverment. Tumpuan terhadap pendigitalan serta peningkatan kemahiran dan kecekapan yang relevan dengan kerja di seluruh agensi di Selangor adalah penting untuk mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan mengurangkan birokrasi. Bagi meningkatkan kepercayaan umum melalui komunikasi yang berkesan dan telus tumpuan diberikan kepada libat urus yang aktif dan kerap bersama dengan rakyat melalui pelbagai medium dan platform seperti penyertaan belanjawan dengan melibatkan kumpulan-kumpulan industri di dalam sesi dialog awam atau kumpulan fokus semasa penyediaan belanjawan tahunan Selangor. Sementara itu, untuk mengtransformasi tenaga kerja awam, Kerajaan Negeri terus menyokong para penjawat awam dalam pembangunan kerjaya melalui pelbagai program latihan dan sesi libat urus bersama dengan pekerja, termasuk pembinaan kapasiti digital, program mentor menti dan sesi libat urus bersama penjawat awam di seluruh negeri berkongsi pandangan dan mendapatkan maklum balas mengenai cadangan pembaharuan Pengurusan Sumber Manusia dan Sistem Saraan dan Perkhidmatan Awam. Bingkas daripada krisis Covid-19, tumpuan Selangor dituju ke arah merangsang penjanaan hasil dan mencipta eko-sistem untuk menarik pelabur daripada sektor-sektor utama. Kerajaan Negeri telah menikmati sebahagian daripada bayaran dividen berjumlah RM40 juta daripada syarikat-syarikat berkaitan negeri ataupun GLC, hasil daripada strategi mempelbagaikan pelaburan dengan membina model pelaburan berdaya tahan yang berasaskan pasaran portfolio pelaburan negeri Selangor telah meningkat kepada 5.2% dengan jumlah sebanyak RM989.41 juta.

Walaupun Selangor disasarkan untuk menerajui penggunaan digital di Malaysia, keutamaan usaha perlu dinilai semula bagi mendapatkan komitmen atau penerimaan daripada pemilik-pemilik inisiatif dan para pemegang taruh untuk menerima guna inisiatif-inisiatif digital yang dibangunkan oleh pihak negeri. Oleh sebab inisiatif-inisiatif ini biasanya melibatkan banyak pemegang taruh dan pelaksanaannya melibatkan pelbagai agensi, adalah penting bagi Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kurangnya pelarasan dan kerjasama antara agensi dengan memberikan arahan yang lebih jelas dengan menggunakan pendekatan top down yang perlu disampaikan kepada keseluruhan struktur negeri. Pencapaian kemajuan utama bagi Teras Strategi Tadbir Urus ini, teras-teras ini memiliki lebih 52 atau memiliki sebanyak 52 PPI di organisasi dan disusun dalam lima (5) bidang tumpuan dan diterapkan dengan 12 strategi utama untuk memastikan sasaran teras ini dapat dicapai daripada jumlah PPI yang telah ditetapkan. Sebanyak 14 PPI ataupun 27% telah selesai dilaksanakan sementara 38 PPI ataupun 73% masih dalam proses pelaksanaan. Pencapaian ini menunjukkan lebih banyak usaha perlu digerakkan bagi menambah baik prestasi pelaksanaan PPI. Pelaksanaan Tema Strategi ini melalui 52 PPI akan diukur melalui pencapai bagi empat (4) petunjuk makro. Yang pertama iaitu Kemajuan Projek Pemacu Perubahan. Aras satu telah mengenal pasti 20 Pemacu Perubahan merentas keempat-empat Tema Strategi untuk memangkinkan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan mampan di dalam negeri. Inisiatif-inisiatif pemangkin ini merangkumi inisiatif yang diterajui oleh sektor awam dan sektor swasta serta kerjasama awam swasta sivil. Kajian separuh penggal mendapati bahawa semua Pemacu Perubahan tersebut menunjukkan kemajuan yang masih sedang dijalankan dalam pelbagai peringkat. Sehingga tahun 2023, 49% daripada pemacu-pemacu perubahan tersebut berada dalam fasa pelaksanaan. Manakala selebihnya masih dalam fasa awal iaitu konsep reka bentuk dan perancangan dan mendapatkan kelulusan. Pencapaian ini adalah seperti yang dijangkakan bagi projek-projek pembangunan jangka masa panjang dan berskala besar di mana kesemua fasa pembangunan projek adalah disasarkan mengikut jadual menjelang tahun 2025.

Penarafan bintang Pihak Berkuasa Tempatan. Sasaran penarafan PBT telah dikenal pasti atau dikemaskinikan dengan mengsasarkan semua 12 PBT mencapai SSR 95% dan ke atas. Berbanding sasaran sebelum ini, 10 PBT di kedudukan teratas di peringkat Kebangsaan dan 10 PBT ini berjaya mencapai lebih daripada 95% sasaran dan piawaian utama yang telah ditetapkan. Waimma demikian, prestasi ini tidak boleh memberikan ruang untuk PBT-PBT leka serta selesa dan menganggap tanggungjawab mereka telah selesai. Kita harus mengambil pendekatan bahawa sentiasa ada ruang untuk memantapkan tahap dan kualiti perkhidmatan dan PBT mempunyai tanggungjawab yang memberikan impak secara terus kepada kehidupan rakyat seperti infrastruktur awam asas yang meliputi jalan, kawasan riadah, taman-taman, dewan mahupun balai raya, kutipan dan pengurusan sisa serta perparitan terutamanya di kawasan perumahan dan

komersial. Hanya dengan pendekatan sentiasa ingin meningkatkan prestasi, dapat kita memenuhi permintaan rakyat yang sering kali mengharapkan kualiti, khidmat di Selangor bertaraf tinggi, dan boleh bersaing dengan negeri-negeri maju dalam dan luar negara. Tahap kepuasan penduduk bagi perkhidmatan PBT. Tahap kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan di Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor adalah di tahap yang baik iaitu pada kadar 89.8% pada tahun 2023. Keputusan ini melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu 85% menjelang tahun 2025. Kepuasan yang tinggi tersebut perlu dikekalkan secara berterusan dan ia menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Secara keseluruhan, walaupun terdapat beberapa sasaran yang belum dicapai sepenuhnya, pencapaian di negeri Selangor dalam bidang Tadbir Urus menunjukkan komitmen yang kuat dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan pendekatan digital dan meningkatkan kepuasan mereka terhadap perkhidmatan tempatan.

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, status pelaksanaan keseluruhan PPI, Rancangan Selangor Pertama. Selepas penilaian semula RS-1 terdapat peningkatan bilangan PPI daripada 262 PPI kepada 282 PPI. Peningkatan PPI ini adalah hasil daripada penjajaran kepada pelan dan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian yang Baharu 2030, dan Pelan Hala tuju Peralihan Tenaga serta Lima Tekad Lima (5) Tahun. Pecahan PPI mengikut tema adalah seperti berikut, Ekonomi sebanyak 93 PPI, Sosial sebanyak 98 PPI, Kelestarian sebanyak 39 PPI dan Tadbir Urus 52 PPI. Setakat tahun 2023, daripada 282 PPI, 18% ataupun 52 PPI telah selesai pelaksanaannya dan 82% ataupun 230 PPI sedang dilaksanakan serta dijangka akan berjalan sehingga tahun 2025 serta selepas tempoh itu. Peningkatan jumlah PPI dan penyelesaian sebahagian daripadanya menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam melaksanakan projek-projek strategik untuk memajukan ekonomi, meningkatkan aspek sosial, memelihara alam sekitar serta meningkatkan kecekapan dalam Tadbir Urus. Ini sejajar dengan matlamat untuk mencapai sasaran-sasaran pembangunan yang telah ditetapkan untuk jangka masa panjang. Status pelaksanaan 20 projek Pemacu Perubahan daripada keseluruhan Rancangan Selangor Pertama yang meliputi 262 program sebanyak 20 projek berimpak tinggi merentasi empat-empat Teras iaitu tujuh (7) dalam program ekonomi, tiga (3) bagi meningkatkan kesejahteraan dan kerangkuman sosial, lima (5) bagi memacu kelestarian dan lima (5) bagi mengukuhkan Tadbir Urus yang pintar dan berkesan. Sehingga kini, 13 ataupun 65% daripada Pemacu Perubahan sudah berada di peringkat pelaksanaan iaitu Jalur Lebar Industri Selangor (JALIN), kawasan pembangunan Sabak Bernam (SABDA), Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selatan Selangor (IDRISS), Zon Pembangunan Ekonomi (ZPE), Iltizam Selangor Penyayang (ISP), Selangor Maritime Gateway (SMG), Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang, Skim Bekalan Air Rasau, Pembangunan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu dengan Loji Rawatan Waste

to Energy, Selangor Government Data Exchange (SELGDX), Stesen Jana kuasa Pulau Indah (PIPP), Kerjasama Awam-Swasta-Sivil (PPCP) dan Selangor Implementation and Performance Monetary Unit (SIAP), Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Ini 20 yang kita gariskan sebagai Pemacu Utama. Sebanyak dua (2) projek, 10% daripada Pemacu Perubahan sudah berada pada peringkat reka bentuk dan perancangan iaitu Selangor Aero Park dan Pembangunan Sistem Inventori Gas Rumah Hijau Selangor. Manakala lima (5) projek iaitu 25% dalam fasa konsep iaitu permulaan iaitu Carey Island atau Carey Selangor iaitu Pelabuhan Ketiga, Galeri Seni dan Kontemporari dan Moden Shah Alam (SAMA), Program Pekerjaan Warga Emas Selangor dan keempat, Jawatankuasa Pengurusan Berisiko Berpusat (RMC) dan yang terakhir menubuhkan Intelligent Analytic Unit (IAU) negeri.

Keutamaan dan inisiatif baru 24 hingga 25, memandangkan pelaksanaan RS-1 telah bermula sejak 2021 terdapat peralihan dan landskap atau ekonomi dan geopolitik antarabangsa, bagi mendepani perubahan ini, dasar-dasar terkini negara dan negeri seperti National Energy Transition Road Map, New Industrial Masterplan (NIP) 2030, Ekonomi Madani Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, Rancangan Struktur Negeri Selangor Lima Tekad Lima Tahun telah pun diselaraskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama untuk memacu pencapaian menjelang tahun 2025. Memperkukuh Infrastruktur Pembangunan Bandar dan Luar Bandar Jajaran Rel Selangor. Untuk menyeimbangkan pembangunan bandar dan luar bandar dan mewujudkan peluang ekonomi baru di Pantai Barat, Selangor telah memperuntukkan bajet atau peruntukan bagi meneroka kebolehlaksanaan pembangunan Jajaran Rel Selangor dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam serta peluasan daripada jajaran yang sedia ada dari Kuang ke Kuala Selangor. Jajaran Pantai Barat tersebut mempunyai potensi untuk membangunkan Kapar, Jeram, Kuala Selangor, Sekinchan dan Sabak Bernam serta dapat memberikan manfaat sehingga sempadan negeri Perak Darul Ridzuan. Usaha ini akan melengkapkan East Coast Rail Link ataupun ECRL yang menghubungkan Selangor dengan Pantai Timur Semenanjung selain Jajaran Rel antara bandar tersebut, Selangor menyokong usaha Kerajaan Persekutuan untuk mengembangkan jaringan transit aliran ringan sebagai sebahagian daripada projek LRT 3 dan usaha ke arah memperkukuh ketersambungan batuan akhir ataupun last mile, ketersambungan batuan akhir yang dipanggil last mile melalui perkhidmatan bas.

Selangor Mobility. Projek Selangor Mobility yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 menunjukkan komitmen besar dalam memodenkan sistem pengangkutan awam dan memperbaiki kebolehcapaian mobiliti di negeri Selangor. Inisiatif ini berfokus pada integrasi semua aspek pengangkutan di bawah satu bumbung menggunakan analisa data dan menyediakan sistem yang lebih efisien dan selesa bagi rakyat. Ini adalah langkah progresif yang akan memberi manfaat kepada penduduk Selangor dalam jangka

masa yang panjang. Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di samping meningkatkan capaian first mile, last mile, projek Demand Responsive Transit ataupun DRT telah diperkenalkan yang kini dalam fasa akhir pelaksanaan projek rintis. Projek rintis tersebut dijangka akan tamat pada Julai 2024 dan hasil dapatan atau analisa kelak akan digunakan sebagai rangka asas dan rujukan bagi Kerajaan Negeri menentukan hala tuju ke depan bagi pelaksanaan DRT Klang termasuk model pelaksanaan terbaik yang boleh memberikan impak positif yang maksimum kepada rakyat dan Kerajaan Negeri. Zon Pembangunan Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Zon Pembangunan Kuala Selangor dan Hulu Selangor merupakan inisiatif untuk mengembangkan hub pertanian dan akuakultur di kawasan Barat Kuala Selangor melalui penggunaan teknologi moden seperti automasi dalam pertanian, penggunaan sensor ataupun pengesan untuk pengawasan tumbuhan dan penggunaan teknik hidroponik ataupun aeroponik yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor pertanian. Ia tidak hanya membantu meningkatkan hasil tanaman tetapi juga memperkenalkan amalan pertanian lestari yang lebih baik. Lembah Klang Raya Selangor. Lembah Klang Raya Selangor akan ditubuhkan sebagai sebuah model metropolitan untuk memperkukuhkan ketersambungan ekonomi dan fizikal antara empat (4) Bandar raya iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Lembah Klang Raya merupakan model bandaraya metropolitan canggih. Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menyediakan kualiti infrastruktur fizikal dan digital yang mampu bersaing dibandingkan kota-kota utama di Asia. Tambahan kepada itu, jumlah penduduk di keempat-empat bandaraya ini sahaja adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di mana-mana negeri di Malaysia. Ini kerana kemajuan empat (4) kawasan ini bermula lebih awal dan sebahagian besar sudah mencapai tahap matang. Bergerak ke hadapan, cabaran utama adalah untuk menggerakkan proses rejuvenasi, kawasan seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang yang sudah pun mencapai menjadi tapak dan enjin ekonomi negeri dengan membuka pintu kepada industri yang tidak bergantung sepenuhnya kepada keluasan tanah semata tetapi kemampuan teknologi tinggi seperti automasi. Ini amat penting untuk kita menyeimbangkan ekonomi kawasan-kawasan ini yang sudah pun ke hadapan bermula di tahun 70an seperti Petaling Jaya dan kemudiannya Shah Alam, diikuti terus aktif bersaing dengan metropolis-metropolis utama di Asia serta global. Pada masa yang sama Lembah Klang Raya akan menjadi test bed untuk teknologi infrastruktur dan pengurusan trafik pintar serta membolehkan kerajaan negeri untuk beralih mod pengangkutan masyarakat daripada perlu bergantung pada kenderaan peribadi kepada peratusan yang lebih tinggi dalam mod pengangkutan awam seperti rel, bas, van serta mikro mobiliti. Dua (2) hari yang lalu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Lembah Klang Raya Selangor yang akan menggerakkan usaha ini serta membangunkan Enakmen Lembah Klang Raya Selangor yang disasarkan untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia pada tahun hadapan. Mempercepat peralihan

kepada penggunaan tenaga hijau dan pembangunan mapan. Pertumbuhan hijau merupakan strategi peningkatan negara dalam usaha untuk kekal berdaya saing dan meningkatkan pelaburan dalam sektor pertumbuhan baru serta memposisi Selangor sebagai hub menarik untuk pelaburan dalam tenaga bersih ke dalam negeri ini atau dalam negeri ini.

Peluncuran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional ataupun NETR dan New Industrial Master Plan (NIMP) akan mempercepat peralihan tenaga sementara Selangor kepada pertumbuhan hijau dan sektor pembuatan bernilai tinggi. Pembangunan Taman Solar Besar dan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGEP) di Rawang. Pembangunan taman solar berskala besar dan loji tenaga hijau di Rawang adalah langkah untuk mengurangkan keterbergantungan kepada sumber tenaga fosil dan menggalakkan kelestarian. Projek ini tidak hanya membawa manfaat dalam meningkatkan kapasiti tenaga hijau tetapi juga mencipta peluang pekerjaan tempatan dalam sektor tenaga melalui boleh diperbaharui. Loji waste to energy dapat menjana hampir 58 megawatt melalui pemprosesan 2400 tan sampah setiap hari. Visi tenaga Net Zero 2040 oleh Air Selangor, visi ini menetapkan komitmen Air Selangor untuk mencapai sifar karbon menjelang 2040. Dengan meningkatkan kecekapan dan pengurusan tenaga dan penggunaan teknologi hijau dalam operasi mereka. Ini termasuk peningkatan dalam penggunaan tenaga solar untuk menjalankan loji air dan inisiatif lain untuk mengurangkan jejak karbon. Air Selangor meletakkan sasaran untuk mencapai kapasiti penjanaan tenaga total sebanyak satu (1) gigawatt menjelang 2030. Skim Jaminan Air Mentah ataupun SJAM. Selangor telah membuat ketetapan untuk melaksanakan tindakan-tindakan jangka panjang dan jangka pendek dalam mengatasi masalah henti tugas loji rawatan air akibat daripada insiden pencemaran sumber air mentah dan memastikan kelestarian air kepada pengguna di bawah skim jaminan air mentah. Perancangan di bawah SJAM ini merangkumi 2 fasa; Fasa pertama, menangani isu pencemaran air Sungai Selangor yang dijadualkan siap pada akhir tahun 2024; dan Fasa kedua, memastikan kecukupan air mentah bagi menghadapi musim kemarau dan fenomena kemuncak iklim atau Climate Change.

Memperkukuh agenda keterjaminan makanan sekatan perdagangan telah memberikan impak kepada Malaysia secara langsung dan mengganggu rantaian bekalan makanan global. Menjadikan keterjaminan makanan sebagai agenda keutamaan Selangor, peningkatan kos operasi tenaga dan baja menjejaskan agenda keterjaminan makanan di Selangor jika tidak ditangani dengan baik. Dalam masa yang sama, Selangor meletakkan sasaran untuk mencapai tahap sara diri yang lebih tinggi bagi beradaptasi cabaran-cabaran dalam rangkaian bekalan. Hari ini akan tercapai dengan meletakkan Selangor sebagai pengeluar hasil utama bagi produk-produk pertanian bernilai tinggi dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan hasil pengeluaran dan kualiti tanaman

makanan dan ternakan utama dengan menggunakan teknik dan teknologi pertanian moden memandangkan ketersediaan tanah yang terhad di dalam negeri disebabkan oleh kadar benih sasi yang tinggi. Program Pemecut Agroteknologi Selangor memperkenal beberapa projek yang mengguna pakai teknologi pengeluaran makanan yang canggih seperti teknologi compose hidroponik, fertigasi, sistem maklumat geografi dan sistem kawalan. Selain projek-projek tersebut, Dasar Pengeluaran Makanan ataupun pengeluaran akuakultur dan ayam turut dikaji semula untuk menyokong pemodenan dan menghasilkan pengeluaran yang lebih tinggi dan bersih. Kawasan pembangunan Sabak Bernam ataupun SABDA daripada perspektif pembangunan berasaskan geografi inisiatif baru di bawah SABDA adalah Taman Agro Pintar Selangor (SSAP) dan Ladang Agro Pintar Selangor (SSAF) di Sungai Air Tawar, Jelutong Jati, Changkat Menteri dan Sungai Panjang yang memberikan fokus kepada pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging. Memperkasa peranan PKPS bagi memperkukuhkan terjaminan makanan Belanjawan 2024 memperuntukkan peruntukan sebanyak 40 juta untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan kualiti tanaman serta ternakan utama penggunaan teknologi moden. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bertanggungjawab memastikan stok makanan seperti beras, ikan dan daging mencukupi dalam menghadapi ketidakstabilan bekalan akibat perubahan iklim dan juga krisis geopolitik. Memacu momentum digital dalam tadbir urus dan ekonomi pendigitalan telah berkembang pesat secara global dengan dorongan yang kuat oleh Kerajaan Malaysia ia telah mengubah landskap ekonomi dan memberi impak kepada komuniti.

Pusat Kecerdasan Buatan. Sektor tumpuan ekonomi digital memperkenal Pusat Kecerdasan Buatan Selangor ataupun AI sebagai inisiatif utama untuk menarik pelaburan dan bakat baru serta menyediakan peluang pekerjaan. Usaha ini akan meliputi penjalinan kerjasama dengan syarikat teknologi atau berteknologi yang mempunyai kepakaran dalam bidang artificial intelligent. Memperkukuh agenda pembasmian kemiskinan dan ekonomi penjagaan. Walaupun pelbagai program sosial dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah pengangguran penunjuk makro berkaitan kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif belum menunjukkan perubahan yang positif dan signifikan daripada tahun 2020 sehingga 2022. Dalam fasa berikutnya KSP, Kajian Separuh Penggal ini berhasrat untuk menilai semula keutamaan dan meningkatkan usaha untuk membasmi kemiskinan. Program pembasmi kemiskinan iaitu memperluas Program Bantuan Blueprint, Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor dan Dana Usahawan Madani Selangor serta meningkatkan aspek keberkesanannya. Langkah-langkah ini bertujuan untuk memastikan peningkatan pendapatan yang mampan bagi golongan yang terjejas. Rangka tindakan ekonomi penjagaan 2024/2028 di perkenalkan untuk menangani cabaran dalam perkhidmatan penjagaan, mengiktiraf sumbangan dan memastikan kesejahteraan para penjaga. Majlis Tindakan Ekonomi Penjagaan turut telah ditubuhkan untuk tujuan ini. Meningkatkan

akses kepada pembiayaan melalui perkongsian awam swasta akses kepada pembiayaan telah dikenal pasti sebagai salah satu instrumen peting untuk memastikan PPI berjaya dilaksanakan dengan menghasilkan impak yang lebih tinggi. Pembangunan pelbagai projek infrastruktur rancangan pembangunan berasaskan geografi dan inisiatif-inisiatif ekonomi memerlukan sumber kewangan yang mampat. Selangor sedang meneroka mekanisme pembiayaan mapan untuk meningkatkan pembiayaan di luar pembiayaan awam untuk menampung kos pembangunan projek. Selain itu, pelbagai bentuk instrumen ekonomi juga sedang dikaji seperti mengenakan cas pencemaran bagi pembuangan sisa ke dalam sistem saliran cara untuk memberikan insentif kepada amalan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Usaha-usaha seperti ini adalah penting untuk memastikan kelestarian jangka panjang projek-projek tersebut.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, Kajian Separuh Penggal Selangor pertama adalah usaha julung kali yang dibuat oleh mana-mana negeri yang menampilkan keberanian pentadbiran ini yang bukan sahaja merangka pelan pembangunan ekonomi tahunan yang dibuat melalui belanjawan tahunan negeri. Proses pembangunan dan pelaksanaan pelan ini telah memberikan pengajaran kepada pentadbiran tentang kapasiti pelaksanaan yang dimiliki di peringkat negeri mahupun di peringkat daerah dan sudah pasti di samping kejayaan yang telah dicapai terutamanya dalam projek berimpak tinggi terdapat juga aspek-aspek yang perlu diperbaiki dari segi prestasi bukan hanya untuk mengekalkan Negeri Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia tetapi mampu bersaing secara mampan dengan negeri-negeri atau pun wilayah-wilayah lain di luar sana.

Kita bangunkan rancangan seumpama ini bukan sekadar untuk melaksanakan projek berimpak tinggi ataupun program-program sosio-ekonomi. Kesemua usaha ini adalah dengan izin, vehicle untuk kita mencapai garis-garis makro utama yang bertujuan untuk mencapai satu hasrat utama iaitu meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat di seluruh Negeri Selangor. Itu yang melatari dan menjadikan asas kepada ikhtiar Rancangan Selangor Pertama iaitu Selangor sebagai sebuah negeri pintar, berdaya huni dan juga makmur. Negeri yang memberikan peluang pekerjaan baharu yang berkualiti tinggi terutamanya kepada generasi muda dan anak-anak muda Selangor, negeri yang bersifat penyayang kepada anak-anak, wanita, ibu bekerja yang mampu menawarkan peluang hidup selesa kepada warga emas dan banyak bakti dalam membangunkan negeri ini sebagai negeri maju, mereka inilah yang menjadi pemegang taruh utama dan pendorong kita untuk sentiasa memantapkan prestasi. Dan seperti yang saya katakan tadi, rancangan ini bukan satu dokumen statik tetapi Kajian Separuh Penggal ini membolehkan usaha kita menjadi dengan satu izin living document ataupun memberi respon balas kepada keperluan dan tuntutan semasa, inilah framework ataupun kerangka utama pentadbiran ini dan saya yakin kalau kita bekerja sebagai satu pasukan kita akan berjaya mencapai hasrat yang disasarkan.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Masalah di hadapan dewan ini adalah satu Usul yang telah di bawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama atau pun KSP RS-1 Dewan Negeri Selangor. Oleh itu saya kemukakan Usul ini untuk dibahaskan. Silakan Pelabuhan Klang. Ya, silakan. Teruskan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana telah memberikan ruang kepada Pelabuhan Klang untuk memulakan perbahasaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebentar tadi. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di atas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Seperti yang kita semua sedia maklum Rancangan Selangor Pertama adalah satu dokumen yang amat penting yang memberikan gambaran yang jelas tentang hala tuju pembangunan Negeri Selangor dan secara tidak langsung mencerminkan usaha Kerajaan Negeri dalam merealisasikan visi dan misi Selangor sebagai negeri pintar dan berdaya saing dengan 4 teras utama iaitu Pengukuhan Ekonomi, Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial,Pemacu Kelestarian serta Tadbir Urus Smart dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di sebalik kejayaan yang telah diumumkan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama, Pelabuhan Klang juga ingin menyentuh isu asas yang masih memerlukan perhatian yang serius iaitu isu kesesakan jalan raya. Walaupun kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mengatasi isu ini namun Pelabuhan Klang ingin memberikan pandangan dan cadangan tambahan memandangkan isu ini masih lagi belum dapat diselesaikan walaupun dalam penyelesaian jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Di Dewan yang Mulia ini Pelabuhan Klang ingin mencadangkan supaya kerajaan Negeri Selangor dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi mendapatkan data pendaftaran dan penggunaan jenis-jenis kenderaan yang tepat dan terkini di Negeri Selangor. Data ini sangat penting untuk digunakan bagi merancang dengan lebih efektif serta memahami trend peningkatan jumlah kenderaan dan dapat mengenal pasti kawasan-kawasan yang paling terjejas disebabkan oleh kesesakan jalan raya di Negeri Selangor.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga perlu melaksanakan kajian impak trafik secara menyeluruh bagi memahami kesan unjuran jumlah dan jenis-jenis kenderaan yang digunakan di jalan-jalan raya di Negeri Selangor yang dijangka akan bertambah banyak pada masa hadapan. Kajian ini harus melibatkan semua pihak yang berkepentingan bagi merancang penyelesaian jangka masa pendek dan panjang yang tepat dan berkesan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya, meningkatkan kualiti hidup penduduk dan memastikan kelancaran aliran trafik yang lebih baik pada masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, seperti yang kita semua sedia maklum Negeri Selangor merupakan pintu masuk ke Malaysia melalui tiga pintu masuk utama iaitu melalui Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. Bagi menarik lebih ramai pelabur luar untuk melabur di Negeri Selangor keadaan infrastruktur jalan raya di tiga pintu masuk utama tersebut mestilah berada di dalam keadaan yang baik. Memandangkan ketiga-tiga infrastruktur jalan raya di tiga pintu utama ini adalah milik Kerajaan Persekutuan, maka dengan itu adalah penting untuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berkerjasama bagi memastikan jalan-jalan di sekitar pintu masuk utama ini selesa,selamat, berkualiti dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya perlulah dilaksanakan dengan kadar segera tanpa perlu menunggu aduan daripada pengguna-pengguna jalan raya tersebut.

Ini termasuklah memastikan lampu-lampu jalan dipasang dan menyala serta penyelenggaraan sistem tanda-tanda isyarat lalu lintas yang jelas untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna jalan raya tersebut terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang yang kita semua sedia maklum bahawa kawasan jalan raya di Pelabuhan Klang ini di pelopori oleh kenderaan-kenderaan berat. Selain itu, kebersihan dan keceriaan jalan raya di tiga pintu utama ini juga memainkan peranan yang penting dalam mencipta persekitaran yang menyenangkan dan menarik serta sedap mata memandang. Pelabuhan Klang ingin mengusulkan supaya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berusaha untuk memastikan pembinaan landskap yang menarik dan lestari di jalan raya tiga pintu utama ini bagi meningkatkan dan menaikkan imej Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menyediakan peruntukan kewangan setiap tahun yang cukup bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan-jalan raya di tiga pintu utama ini.

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga perlulah bekerjasama untuk menyelenggara dan membaiki jalan raya yang paling penting ini di Selangor iaitu Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan juga Negeri Selangor. Kalau kita lihat sekarang, keadaan muka jalan di Lebuh Raya Persekutuan ianya tidak melambangkan ianya sebagai negeri yang maju. Memandangkan ini adalah jalan persekutuan, bukan lagi bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor, oleh itu Kerajaan Negeri kena mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengambil serius untuk menyelenggara jalan-jalan Persekutuan ini. Sebab rakyat dia tak tahu, ini jalan persekutuan ke ataupun jalan negeri ke, tetapi dia akan beritahu ini jalan di Negeri Selangor. Dan Pelabuhan Klang berharap agar isu ini dapat diselesaikan. Kalau kita lihat Lebuhraya Persekutuan ini pada waktu malam lampu-lampunya tidak menyala dan ini tidak melambangkan Selangor sebagai sebuah negeri yang maju. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri kena mendesak Kerajaan Persekutuan kerana saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bahawa peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan raya, sistem lampu di jalan raya Lebuhraya Persekutuan ini tidak mempunyai peruntukan kewangan yang cukup daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu Kerajaan Negeri perlu mendesak Kerajaan Persekutuan untuk pastikan peruntukan yang cukup untuk menyelenggara Lebuhraya Persekutuan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam usaha kita merealisasikan Rancangan Selangor Pertama, saya ingin menyorot isu penting yang berkait rapat dengan peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial khususnya dalam sektor pendidikan. Di Pelabuhan Klang adalah kritikal untuk Kerajaan Negeri memastikan keperluan pendidikan bagi setiap anak Selangor dapat dipenuhi dengan baik. Sebagai sebuah negeri dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat setiap tahun, keperluan untuk mempunyai fasiliti pendidikan yang mencukupi adalah amat mendesak. Sebagai contoh saya berikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang jumlah pelajarnya telah mencecah lebih 4,000 orang dan ianya setiap tahun mempunyai permohonan untuk kemasukan pelajar baharu Tingkatan Satu. Ini adalah angka yang terlalu tinggi untuk sebuah sekolah, menunjukkan keperluan mendesak untuk pembinaan sekolah-sekolah baharu agar setiap kawasan mempunyai sekolah yang mencukupi bagi menampung jumlah murid-murid yang semakin bertambah. Contoh lain yang saya ingin berikan ialah seperti di Kampung Telok Gong. Walaupun Sekolah Kebangsaan Telok Gong mempunyai murid sekolah rendah seramai 1,650 orang, namun masih tiada sekolah menengah di kawasan tersebut. Akibatnya pelajar-pelajar ataupun murid-murid terpaksa berulang-alik ke kawasan yang lebih jauh untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah. Dengan pembinaan sekolah-sekolah baharu kita dapat memastikan setiap anak Selangor mendapat akses pendidikan yang lebih dekat dengan tempat tinggal mereka sekaligus mengatasi masalah ponteng sekolah akibat kesukaran pengangkutan. Selain pembinaan sekolah, Kerajaan Negeri juga perlu mencadangkan

kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya menambah bilangan guru di sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Penambahan ini penting untuk memastikan setiap guru tidak terbeban dengan bilangan murid yang terlalu ramai. Dengan bilangan murid yang lebih terkawal dalam setiap kelas, guru dapat memberikan tumpuan yang lebih baik kepada setiap murid dan proses pembelajaran juga akan dapat berjalan dengan lebih efektif. Saya ada sekolah di kawasan Pelabuhan Klang ini yang muridnya melebihi 40 orang, ada yang mencecah sehingga 50 orang murid Darjah 1, satu kelas. Dan ada juga permohonan untuk masuk ke sekolah tersebut tapi sekolah sudah tidak boleh terima kerana kekurangan kelas dan juga kekurangan guru. Malah tidak ada sekolah lain yang berdekatan dengan tempat tersebut. Jadi kelas yang terlalu padat bukan sahaja menjejaskan kualiti pembelajaran tetapi juga memberi kesan yang negatif kepada keselesaan dan juga tumpuan murid. Selain itu Pelabuhan Klang juga ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengenalpasti sekolah-sekolah kebangsaan yang perlu ditingkatkan infrastruktur sedia ada terutamanya di dalam konteks pembelajaran secara digital. Banyak sekolah-sekolah kebangsaan masih belum menggunakan teknologi digital dalam sesi pembelajaran. Penggunaan teknologi digital adalah penting untuk memastikan murid-murid kita tidak ketinggalan dalam era digital yang serba maju ini. Kerajaan Negeri harus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan sekolah-sekolah di Negeri Selangor dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang mencukupi. Pelabuhan Klang juga ingin menyeru Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk mengenalpasti semula tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai tapak sekolah di Negeri Selangor. Adakah tanah-tanah yang diwartakan ini berada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya? Sebagai contoh, di Klang baru-baru ini kita dikejutkan di sebuah tapak sekolah di Bandar Botanik terdapat pembinaan-pembinaan yang tidak sepatutnya, bangunan-bangunan kekal yang kami dimaklumkan bahawa pembangunan-pembangunan ini tidak mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang. Kita lihat ianya telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu dan mengakibatkan penduduk-penduduk persekitaran yang tahu bahawa itu tapak sekolah tapi kenapa sekolah tidak dibina sebaliknya bangunan-bangunan perniagaan berbentuk kekal yang telah dibina di situ tanpa mendapat kebenaran merancang kelulusan kebenaran merancang daripada pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang. Dan apa yang lebih mengejutkan lagi tanpa kelulusan kebenaran merancang pihak Tenaga Nasional Berhad, pihak Air Selangor boleh membekalkan elektrik dan juga air kepada bangunan-bangunan ini. Bagaimanakah ianya boleh berlaku sedangkan apabila membekalkan sesuatu utiliti itu ianya perlulah ada kelulusan kebenaran merancang tetapi ianya berlaku sebaliknya dan tapak sekolah ini telah digunakan untuk tujuan yang lain. Apakah yang akan berlaku kepada tapak sekolah tersebut pada masa akan datang? Dan tapak sekolah juga ada di kawasan Pelabuhan Klang ini, tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pendamar yang telah diwartakan sekian lama tapi sebab sekolah tidak dibina akhirnya

tapak sekolah ini telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram dan ianya sudah semakin tinggi dan ianya juga tidak dapat diselesaikan sekarang. Apakah yang akan berlaku kepada tapak sekolah ini pada masa akan datang apabila ianya telah ditimbuni dengan sampah-sampah haram? Jadi tapak sekolah adalah tapak sekolah dan ianya tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Jadi Pelabuhan Klang berharap agar Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat melihat isu ini dengan lebih serius, teliti dan menyeluruh agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Kawasan yang telah diwartakan sebagai tapak sekolah perlulah digunakan hanya untuk pembinaan sekolah sahaja.

Terima kasih Pelabuhan Klang. Nak dapatkan pandangan sedikit. Saya amat bersetuju dengan perbahasan yang dibuat oleh Pelabuhan Klang, cuma kita mungkin terlepas pandang kepada KAFA. Apa pandangan Pelabuhan Klang berkenaan dengan premis-premis KAFA yang saya kira kalau di Kawasan Seri Serdang, KAFA ini juga perlu diberi perhatian dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Apakah pandangan Pelabuhan Klang berkenaan dengan penelitian kepada premis-premis KAFA yang ada dalam Negeri Selangor ini? Terima kasih.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kalau kita lihat juga premis-premis KAFA ada yang daif dan ada yang kalau kita lihat dalam keadaan yang bukan berbentuk sekolah. Fasilitinya kurang dan saya setuju juga dengan Seri Serdang agar sekolah-sekolah KAFA, sekolah-sekolah agama ini juga perlu diberikan perhatian di Negeri Selangor dengan imej kita ni sebagai Selangor sebuah negeri yang maju.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor bersama Kementerian Pendidikan Malaysia melakukan kajian unjuran peningkatan jumlah murid setiap tahun dan jumlah sekolah yang diperlukan bagi menampung peningkatan jumlah murid pada masa hadapan. Pertanyaan utama seperti berikut juga boleh dimasukkan di dalam kajian tersebut seperti; berapa banyak kah sekolah yang diperlukan untuk menampung jumlah murid di negeri ini pada masa hadapan, berapakah unjuran peningkatan murid setiap tahun pada masa hadapan di Negeri Selangor.

Dan saya percaya maklumat-maklumat ini sudah ada, data-data ini sudah ada namun memerlukan usaha semua pihak untuk mengumpulkan kesemuanya dan data yang lengkap dan tepat ini adalah penting sebagai rujukan dan panduan bagi mengutamakan pembinaan infrastruktur pendidikan mengikut daerah. Dengan kerjasama ini kita akan dapat memastikan setiap anak Selangor akan mendapat pendidikan yang berkualiti dalam suasana yang selesa dan kondusif pada masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh isu fasiliti sukan dan rekreasi di kawasan-kawasan awam. Fasiliti sukan dan rekreasi merupakan elemen penting dalam kehidupan masyarakat terutama bagi anak-anak muda yang memerlukan tempat untuk beriadah dan menjalani gaya hidup sihat. Malangnya banyak fasiliti sukan di Negeri Selangor ini tidak diselenggara dengan baik terutamanya fasiliti sukan dan juga rekreasi yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan. Menyebabkan kemudahan tersebut tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh anak-anak muda. Antaranya ialah permukaan padang bola yang tidak sekata sehingga meningkatkan risiko kecederaan kepada pemain. Tiang gol yang rosak dan tidak stabil juga menjadi punca masalah keselamatan. Di beberapa gelanggang-gelanggang sukan seperti gelanggang futsal kita dapati jaring penghadang telah koyak dan permukaan gelanggang yang retak menjadikannya tidak selamat dan sukar untuk digunakan untuk bermain. Kemudahan tandas di kawasan rekreasi yang tidak berfungsi atau kotor juga mengurangkan keselesaan pengguna. Selain itu kemudahan seperti papan tanda arah, lampu di kawasan sukan seringkali rosak dan tidak diperbaiki dengan segera. Sebagai contoh di beberapa taman permainan kita dapat lihat alat permainan seperti buaian dan gelongsor yang telah patah atau berkara menjadikannya berbahaya untuk kanak-kanak yang menggunakannya. Di beberapa kawasan tempat duduk dan bangku yang disediakan untuk orang awam juga telah rosak atau hilang sehingga menimbulkan ketidakselesaan bagi mereka yang berkunjung datang untuk beriadah. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerosakan infrastruktur sukan ini mempunyai kesan yang negatif yang besar kepada masyarakat terutama sekali kepada anak muda. Tanpa fasiliti sukan yang boleh digunakan, mereka kehilangan tempat untuk beriadah dan bersukan. Ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal mereka, tetapi juga boleh menyumbang kepada masalah gejala sosial seperti peningkatan aktiviti-aktiviti tidak sihat dan juga jenayah. Anak-anak muda memerlukan tempat untuk meluangkan masa mereka dengan cara yang sihat. Namun fasiliti sukan dan rekreasi yang rosak, menghalang mereka daripada berbuat demikian. Untuk mengatasi masalah ini Pelabuhan Klang ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan di setiap daerah. Pertama, adalah penting untuk meningkatkan penyelenggaraan fasiliti sukan secara berkala. PBT perlu menjalankan pemeriksaan rutin dan melakukan pembaikan segera terhadap sebarang kerosakan. Ini termasuk memastikan bahawa padang-padang bola, gelanggang sukan, gelanggang futsal dan taman permainan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Kedua, untuk mengurangkan kegiatan vandalisme kita perlu memperkenal langkah-langkah pengawasan yang lebih ketat seperti cadangan pemasangan kamera keselamatan di kawasan fasiliti sukan tersebut dan juga meningkatkan rondaan oleh pihak berkuasa. Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh

melibatkan komuniti setempat seperti MPKK, KRT dan juga persatuan-persatuan penduduk dalam usaha menjaga dan mengawasi kemudahan ini. Dengan kerjasama masyarakat kita dapat meningkatkan rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga fasiliti sukan dan juga taman-taman permainan. Selain daripada itu Pelabuhan Klang juga ingin mencadangkan supaya padang-padang bola atau padang permainan serta gelanggang sukan di kampung-kampung dan di taman-taman perumahan dilengkapi dengan lampu awam. Pemasangan lampu ini akan membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan tersebut pada waktu malam. Ini amat penting bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk beriadah atau bersukan pada waktu siang kerana bekerja. Dengan adanya lampu tersebut, ianya boleh digunakan sepanjang hari meningkatkan lagi penggunaan dan memanfaat fasiliti tersebut kepada masyarakat. Isu fasiliti sukan dan rekreasi awam yang tidak diselenggara dengan baik adalah masalah yang memerlukan perhatian dengan kadar segera. Kita perlu memastikan bahawa setiap rakyat Selangor terutama anak muda mempunyai akses kepada fasiliti sukan yang berkualiti dan selamat. Dengan menambah baik penyelenggaraan, memperkenalkan langkah-langkah pengawasan yang lebih ketat, dan melengkapkan padang bola dengan lampu awam, Kerajaan Negeri dapat memastikan kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya dan membawa manfaat kepada masyarakat khususnya golongan belia.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Saya tertarik untuk memberikan sedikit pandangan dan juga bertanya pada Pelabuhan Klang, adakah Pelabuhan Klang setuju untuk semua fasiliti-fasiliti sukan dan kemudahan awam yang ada di Negeri Selangor ini, kita tahu kebanyakannya di urus, di selia oleh Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran. Adakah wajar untuk Kerajaan Negeri dalam RS-1 ini, untuk mewujudkan satu data base yang menyeluruh dan terperinci supaya semua ini kita dapat pantau sekali. Saya sebut ini sebab dekat Penang pernah buat supaya, cuma Penang kecil sikit berbanding Selangor. Masa tu saya ada bagus lah sekarang dah tak bagus. Jadi Yang Berhormat Pelabuhan Klang, saya nak tanya kepada Pelabuhan Klang, adakah Pelabuhan Klang setuju selain daripada nak naik taraf itu semua betullah itu melibatkan kos, tetapi untuk lebih efektif supaya kita tahu macam contohlah di kawasan Taman Medan sebagai contoh, ada ramai budak main bola sepak tapi padang bola tiada. Jadi mungkin di situ, kita boleh ada data sistem supaya daripada data itu kita boleh analize dan kita boleh fokuskan di mana facility yang sepatutnya kita upgrade dan juga adakan.

Tuan Azmizam Bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Taman Medan tentang data yang perlu kita kumpulkan dan kita selaraskan di peringkat Kerajaan Negeri bagi kita mengenal pasti kawasan-kawasan yang tidak mempunyai fasiliti sukan dan kawasan-kawasan yang ada fasiliti sukan tetapi tidak digunakan. Dan kalau pada pembangunan fasiliti sukan pada

masa hadapan kita boleh pastikan kawasan mana yang perlu kita utamakan dahulu dan di Majlis Bandaraya di Klang saya lihat ia telah pun dilaksanakan tetapi mungkin ia tidak lagi, saya tidak pasti sama ada ianya diselaraskan di peringkat Kerjaan Negeri dan saya setuju dengan cadangan tersebut dan saya harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan daripada Taman Medan untuk menyelaraskan data ataupun senarai gelanggang-gelanggang sukan taman-taman permainan padang-padang bola yang ada di dalam Negeri Selangor yang diselenggarakan oleh pihak kerajaan melalui pihak berkuasa tempatan. Seterusnya Pelabuhan juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri mengenai isu yang turut berkaitan dengan pemacuan kelestarian alam iaitu pemuliharaan alam sekitar melalui penanaman semula pokok-pokok. Penanam semula pokok-pokok adalah langkah penting dalam memastikan kita mempunyai persekitaran hijau dan sihat. Namun pokok-pokok yang di tanam di tempat-tempat awam perlulah di selenggara secara berkala dan tidak boleh dibiarkan membesar tanpa pemantauan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk maklumat Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat-Berhormat sekalian, masih banyak lagi pokok-pokok yang tidak diselenggara dan ditangkas terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang. Dan ini boleh mendatangkan risiko kemalangan terutamanya pada musim hujan akibat angin yang kuat. Pokok-pokok yang tidak diselenggara dengan baik boleh menjadi ancaman apabila dahan-dahannya dan juga batang-batang pokok yang rapuh jatuh atau tumbang yang boleh menyebabkan kecelakaan atau kemalangan kepada pengguna-pengguna jalan raya atau pun kepada rumah-rumah penduduk yang berhampiran. Untuk mengatasi masalah ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak berkaitan. Pertama adalah penting untuk memastikan pokok-pokok yang ditanam diselenggara secara berkala. Penyelenggaraan ini termasuk pemangkasan dahan-dahan yang sudah tua atau rapuh, pemeriksaan kesihatan pokok dan pemantauan tumbesaran pokok, ini akan membantu mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh pokok-pokok yang tidak diurus dengan baik. Kedua kita perlu memperkenalkan sistem pemantauan yang lebih efektif, PBT perlu mempunyai pasukan khas yang bertanggung jawab untuk memantau keadaan pokok-pokok di kawasan masing-masing. Pasukan ini perlu dilatih untuk mengenal pasti pokok-pokok yang memerlukan perhatian segera dan mengambil tindakan yang di perlukan. Selain itu kerjasama dengan masyarakat setempat juga penting dalam usaha untuk memastikan pokok-pokok di kawasan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan baik. Yang Berhormat Tuan Speaker dengan penyelenggaraan yang baik pokok-pokok ini bukan sahaja akan menjadi lebih selamat tetapi juga pokok-pokok ini akan memberikan manfaat kepada alam sekitar dan juga masyarakat. Pokok-pokok yang sihat membantu mengurangkan suhu persekitaran menyerap karbon dioksida dan meningkatkan kualiti udara selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memacu kelestarian. Di samping itu kawasan hijau yang terjaga dengan baik juga akan meningkatkan nilai estetika dan kesejahteraan mental penduduk. Kesimpulannya

pemuliharaan alam sekitar melalui penanaman semula pokok-pokok adalah langkah yang penting, namun ia perlu diiringi dengan penyelenggaraan yang berterusan dan pemantauan yang rapi. Kita perlu memastikan bahawa setiap pokok yang ditanam dijaga dengan baik agar ia dapat memberikan manfaat yang optimum dan tidak menjadi ancaman kepada keselamatan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, kesimpulannya kajian separuh penggal RS-1 menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang betul namun masih banyak yang perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak dari pimpinan negeri pihak berkuasa tempatan dan juga rakyat di Negeri Selangor, Pelabuhan Klang yakin Kerajaan Negeri mampu mencapai misi dan visi yang telah di tetapkan. Marilah kita terus berusaha dan bekerja keras demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor yang tercinta saya berharap semua ahli-ahli yang berhormat dalam dewan yang mulia ini daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang akan memberikan sokongan termasuk bebas ye. Akan memberikan sokongan padu kepada segala perancangan yang telah di rancang dan di laksanakan di dalam RS 1. Oleh itu sekian daripada Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang menyokong.

Speaker

Terima kasih.

Memandangkan tadi Pelabuhan Klang menggunakan masa 30 minit, saya berikan juga 30 minit kepada Yang Berhormat Hulu Klang.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya Ketua Pembangkang, dia Ketua Whip, saya memohon masa tambahan sikit lah.

Speaker

Baik-baik gunalah. Kita mulakan dengan 30 minit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Walaupun baki ditinggalkan oleh Pelabuhan Klang hanya 8 minit, tapi saya akan sambung belah petang Tuan Speaker sebab saya mempunyai banyak cadangan untuk memperkemaskan lagi Rancangan Selangor Pertama ini. Cuma sebelum saya memulakan perbahasan kita pada petang ini, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa, “Tiada Ahli Dewan Undangan Negeri boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang di perkatakan olehnya di dalam prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri atau apa-apa Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri”. Kedua, Seksyen 3 Jadual di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 memperuntukkan seperti berikut; dengan izin, “Tiada ahli boleh dikenakan apa-apa prosiding sivil atau jenayah, ditangkap, dipenjarakan atau dikenakan membayar ganti rugi disebabkan oleh apa-apa perkara atau benda yang mungkin dibawa olehnya

melalui Petisyen, Rang Undang-Undang, Ketetapan Usul atau selainnya atau telah diperkatakan dalam Dewan atau di hadapan mana-mana jawatankuasa”. Justeru itu, saya menggesa Dato’ Menteri Besar untuk melindungi prosiding Dewan Negeri Selangor dan mempertahankan hak kebebasan bersuara dan perbahasan di dalam Dewan Negeri yang telah pun diberi jaminan oleh kedua-kedua Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Saya juga mendesak Kerajaan Negeri supaya menghentikan semua intimidasi dan mana-mana cubaan untuk menyekat kebebasan dan hak serta keistimewaan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor. Semua bentuk ugutan dan intimidasi untuk menghalang Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor daripada membangkitkan dan membahaskan isu-isu rakyat dan negeri adalah satu penghinaan kepada proses demokrasi di negeri kita. Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama, dibina atas empat teras. Antara teras yang dikenalpasti adalah Pengukuhan Ekonomi, yang kalau kita rujuk dalam Kajian Separuh Penggal yang telah dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar pada pagi ini, ianya bertujuan untuk mengukuhkan lagi status sebagai nadi pertumbuhan ekonomi dan destinasi utama pelaburan berkualiti di Malaysia dan juga di Rantau Asia ini. Pastinya apabila Dato’ Menteri Besar membentangkan Kajian Separuh Penggal, tujuan Ahli-Ahli Dewan Negeri berada di dalam Dewan ini adalah untuk menyemak kemajuan ataupun progress projek-projek yang telah digariskan di dalam Rancangan Selangor Pertama dan kita ingin mengkaji keberkesanan projek-projek tersebut sama ada ia telah memberikan manfaat kepada rakyat di dalam Negeri Selangor. Dan sudah tentulah tanggungjawab kita sebagai Ahli Dewan Negeri untuk membahaskan secara berfakta tentang usaha-usaha untuk memperbaiki Rancangan Selangor Pertama ini dan bukanya hanya menjadi pak turut dan mengiyakan apa yang telah dibentangkan seperti yang disarankan oleh Pelabuhan Klang sebentar tadi. Tuan Speaker, indikator pencapaian di bawah teras 1 adalah pertumbuhan KDNK Tahunan di antara 6.5% sehingga 7%. Ini yang telah digariskan di dalam Kajian Separuh Penggal dan juga di dalam dokumen awal Rancangan Selangor Pertama yang sewajarnya bermula daripada tahun 2021 sehingga 2025. Tetapi kita juga harus merujuk kepada pembentangan belanjawan Dato’ Menteri Besar untuk tahun 2024, dimana Dato’ Menteri Besar di dalam dewan ini juga telah menegaskan bahawa perkembangan ekonomi Negeri Selangor pada tahun 2024 mencatatkan bahawa KDNK ataupun pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Selangor pada tahun 2023 adalah 5.4%, Dan prospek pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Selangor untuk tahun 2024 adalah 5.2%. Pada masa yang sama Dato’ Menteri Besar juga menyebut di dalam ucapan belanjawannya bahawa ada dua sektor utama dalam ekonomi negara ataupun sektor ekonomi di dalam Negeri Selangor. Pertama ialah sektor pembuatan dan kedua adalah sektor perkhidmatan. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri mengakui di dalam pembentangan Belanjawan 2024 bahawa sektor pembuatan menyaksikan pertumbuhan yang amat perlahan, iaitu pada kadar hanya 1.8% dan sektor perkhidmatan juga menyaksikan pertumbuhan yang amat perlahan iaitu 5.8%. Maka pertimbangan kita pada pagi ini adalah apakah langkah-

langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pertumbuhan bagi dua sektor utama ekonomi Negeri Selangor ini dapat dipacu dan dijana dengan lebih aktif supaya kita dapat mencapai sasaran KDNK Tahunan di antara 6.5% sehingga 7.0%. Yang dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal pagi ini oleh Dato’ Menteri Besar ialah itu purata daripada tahun 2021 sehingga 2023. Tetapi apa yang digariskan di dalam Rancangan Selangor Pertama adalah pertumbuhan KDNK Tahunan di antara 6.5% hingga 7%. Ini dua benda yang berbeza. Purata perkembangan ekonomi bagi sesebuah negeri dengan pertumbuhan KDNK Tahunan bagi negeri-negeri berkenaan. Jadi saya mohon supaya Dato’ Menteri Besar dapat memberikan pencerahan, bukan membuat laporan polis, tetapi memberikan pencerahan di dalam Dewan ini, bagaimana angka-angka ini dapat kita capai dalam keadaan pertumbuhan ekonomi dalam dua sektor utama ini amat perlahan sekali. Jadi Tuan Speaker saya akan sambung pada jam 2.30 petang terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, waktu telah menunjukkan jam 1.30 petang dengan ini Dewan di tangguhkan ke pukul 2.30 pada sebelah petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa kedudukan tempat duduk bagi beberapa Yang Berhormat Selat Kelang, Sijangkang, Gombak Setia, Jeram dan Sungai Kandis telah diubah seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Hulu Kelang untuk menyambung perbahasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pertama sekali mewakili Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah menerima notis dan bersetuju dengan cadangan yang telah saya kemukakan. Saya

ingin meneruskan perbahasan pada petang ini yang ada hubung kait dengan Rancangan Selangor Pertama.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pembangunan yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan melalui Rancangan Pembangunan Berasaskan Pelan Pembangunan Wilayah seperti yang digariskan di dalam teras pertama pengukuhan ekonomi, antaranya adalah Pembangunan Serantau Bersepadu di Selangor Selatan atau pun IDRISS dengan anggaran nilai GDV bernilai RM1 trilion. Dan yang kedua Zon Pembangunan ekonomi Selangor Maritime Gateway atau pun SMG, dengan anggaran pelaburan sebanyak RM2.2 bilion. Projek pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dan juga Carey Selangor atau pun Pelabuhan Ketiga dengan anggaran sumbangan KDNK bernilai RM4.71 bilion pada tahun 2045. Dan ini adalah antara projek-projek pemangkin yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri dalam teras pertama pengukuhan ekonomi Rancangan Selangor Pertama. Beberapa projek utama juga telah disenaraikan sebagai game changers, Carey Selangor mempunyai objektif untuk membangunkan Special Economic Zone seluas 6,000 hektar bagi mixed development yang terangkum di dalamnya 3 industri utama iaitu sektor pembuatan, pelabuhan dan juga logistik and distribution hub. Dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal pada pagi ini, Dato’ Menteri Besar telah menyentuh tentang industri pendigitalan dan saya ingin menarik perhatian Dewan tentang perkara yang sama, kerana sesebuah ekonomi itu boleh ditafsirkan sebagai digital apabila nilai ekonomi atau pun economic outcome dijana oleh teknologi dan juga penggunaan teknologi. Maknanya, kita mahu semua aktiviti ekonomi di dalam Negeri Selangor ini, must be powered, dengan izin, by technology, dan ekonomi terangkum di dalamnya pelbagai industri. Sebab itu antara langkah yang perlu kita ambil ialah untuk mendigitalkan ekonomi Negeri Selangor supaya kita dapat melihat setiap industri, sama ada dalam sektor pembuatan, sektor perkhidmatan dan juga sektor utama mestilah bermula dengan aktiviti pendigitalan. Dan, kita juga melihat apa yang berlaku pada hari ini, apabila sesebuah negara atau pun negeri membentangkan Pelan Pembangunan Ekonomi, ada beberapa kelemahan yang perlu kita tangani segera.

Saya hendak beri contoh, kita sedia maklum bahawa di peringkat Nasional, kita mencatatkan nilai eksport sebanyak 30% dalam sektor E&E (Electrical and Electronics). Tetapi apakah kita pernah bertanya, berapa banyak sumbangan daripada GDP tersebut atau pun pendapatan daripada tersebut, adalah sumbangan daripada teknologi dan ekonomi digital ini. Sebagai contoh, kalau kita eksport satu cip daripada sebuah company di Pulau Pinang yang bernilainya RM100, kita harus ingat cip ini bukan designed by our local players dengan izin, ataupun local employees di Malaysia. Malahan fabrication of the wafers juga dilakukan di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Korea dan Taiwan. Dan packaging juga sebahagian besarnya bukanlah dilakukan di Malaysia. Kita import produk-produk ini dan pekerja-pekerja dalam negara di semua kilang melakukan operasi untuk

menggunakan automation ataupun machine-machine supaya we put the dice into the packages sebelum kita eksport produk tersebut. Maknanya, nilai yang dapat kita jana daripada pengeksportan itu bukanlah nilai RM300 atau pun RM100 tadi, tetapi mungkin jauh lebih kurang daripada nilai tersebut dan ini harus kita teliti dan inilah yang saya hendak bicarakan petang ini supaya kita memberikan fokus kepada sektor pembuatan. Saya memulakan perbincangan pada petang ini, pada pagi tadi dengan mengingatkan pembentangan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam Belanjawan yang lalu telah mengesahkan bahawa sektor perkembangan, sektor pembuatan ini terlalu perlahan. Maka tanggungjawab kita untuk menyemak semula Rancangan Selangor Pertama ini supaya sektor pembuatan ini benar-benar dapat menjana pertumbuhan yang lebih kuat, yang lebih positif. Untuk itu, kita kena lihat apakah fokus atau pun tumpuan dalam sektor pembuatan di dalam Special Economic Zone dalam Rancangan Selangor Pertama ini.

Tuan Speaker, kebanyakan syarikat E&E di Selangor masih lagi fokus kepada low value segment dalam rantaian bekalan sektor E&E dan kita menghadapi cabaran yang agak besar untuk meningkatkan penyertaan syarikat-syarikat tempatan dalam high value segments seperti yang saya kupas tadi, wafer fabrication, chip design dan juga R&D. Kerana kalau kita tidak dapat memenuhi permintaan pasaran dalam sektor yang melibatkan high value segment ini, kita akan terus berada di takuk yang sama untuk tahun-tahun yang akan datang. Saya juga mengambil maklum bahawa banyak isu dan cabaran yang telah menjejaskan pertumbuhan sektor ini di Selangor. Justeru itu, kita melihat dari segi statistik pertumbuhan sektor pembuatan ini masih lembab dan perlu dijana satu pertumbuhan yang lebih besar. Antara cabaran yang harus kita kenal pasti dan ambil langkah segera adalah akses kepada tanah perindustrian, dan yang kedua infrastruktur yang baik. Pelabuhan Klang bangkitkan masalah jalan raya, bukan saja di Pelabuhan Klang, hampir di seluruh Negeri Selangor. Itulah aduan yang kita terima sama ada daripada pihak industri atau pun pembayar cukai, masalah penyelenggaraan jalan termasuk di kawasan-kawasan industri yang perlu diberikan perhatian segera. Dan yang ketiga ialah masalah ketiadaan bakat bagi memenuhi permintaan industri ini.

Seterusnya kita juga mengenal pasti ada kelemahan liputan dan jaringan 5G di banyak kawasan-kawasan industrial park yang telah membantutkan pertumbuhan sektor ini. Dan menghalang syarikat-syarikat yang terkait dengan high value segment ini daripada membina infrastruktur berteknologi tinggi. Maka saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat meneliti perkara-perkara ini kerana kita mahu pengeluaran dan produktiviti Negeri Selangor ini dapat dipertingkatkan dan sudah tentu antara cadangan yang saya kemukakan pada petang ini pengeluaran dan produktiviti Negeri Selangor tidak boleh lagi bergantung pada tenaga buruh yang intensif tetapi mesti beralih segera kepada automasi dalam skala yang besar.

Tuan Speaker, saya juga merujuk kepada pembangunan 10 projek di bawah Game Changer yang kelima iaitu pembangunan IDRISS yang melibatkan tanah seluas 40,000 ekar dalam daerah Sepang dan Kuala Langat. Saya difahamkan Jawatankuasa SGT atau pun Selangor Golden Triangle bertanggungjawab untuk menggalakkan pelaburan berimpak tinggi dan bernilai tinggi dalam dua daerah ini iaitu Sepang dan Kuala Langat. Persoalan yang saya hendak bangkitkan pada petang ini ialah apakah Kerajaan Negeri telah memperhalusi cadangan-cadangan dan saranan dalam Rancangan Selangor Pertama ini supaya saranan dan cadangan pembangunan ini selari ...

Yang Berhormat Tuan Speaker saya mohon pencerahan.

Timbalan Speaker

Untuk makluman ...

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya teruskan. Kerajaan Negeri perlu memperhalusi cadangan-cadangan di dalam Rancangan Selangor Pertama supaya ianya mestilah selari dengan aspirasi National Semiconductor Strategies atau pun NSS yang merupakan satu road map untuk melonjakkan aktiviti dan juga rantaian nilai ataupun value chain industry E&E dalam negara termasuk di Negeri Selangor kepada aktiviti yang bernilai tinggi seperti integrated circuit ataupun IC Design and high end semiconductor manufacturing advanced packaging dan manufacturing niche equipment. Yang ini saya telah kupas sedikit di awal tadi. Maka saya hendak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri perlu bertindak pantas untuk membantu industri tempatan di Selangor to move up the value chain daripada OSAT ataupun out source semiconducter assembly and test kepada higher end activities. Dan untuk makluman Dewan ini MITI telah menyediakan insentif bernilai RM25 bilion untuk melaksanakan NSS ataupun National Semiconducter Strategy ini. Jadi sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berjaya mendapat manfaat insentif termasuk RM5 bilion untuk pengecualian cukai bagi tempoh 5 tahun dalam sektor semikondukter. Ada juga insentif yang terkait dengan capital grant, RM2 bilion bagi Semiconducter Industrial Park, insentif bernilai RM1.6 bilion untuk Advanced Packaging Center dan RM4 bilion untuk Energy Transition Facility dan Green TechFinancing Scheme.

Tuan Speaker saya ingin merujuk kepada laporan The Edge baru-baru ini pada Jun 10 hingga Jun 16 yang telah mencerakinkan insentif-insentif yang bernilai RM25 bilion di bawah program National Semiconducters Strategy yang perlu digarap dan diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri supaya sektor pembuatan di Negeri Selangor ini dapat terlibat dalam high end activities dan ianya dapat membantu pemain-pemain tempatan untuk melibatkan diri dalam sektor yang baru ini.

Tuan Speaker, saya pernah mencadangkan di dalam Dewan ini supaya Kerajaan Negeri membantu syarikat semikondukter melalui insentif DSIF atau pun Domestic Strategic Invesment Fund yang berjumlah RM1 bilion. Saya bangkitkan semula perkara ini supaya Kerajaan Negeri dapat segera menyemak cadangan dan target di dalam Rancangan Selangor Pertama kerana kalau kita gagal menjajarkan cadangan-cadangan ini selari dengan aspirasi di peringkat Persekutuan, khususnya insentif yang telah disediakan oleh MITI, saya bimbang Selangor tidak dapat mencapai matlamat yang disasarkan. Saya juga pernah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri terlibat dalam talent programmes for training upskilling high skilled engineers dan technician dan dalam NSS mereka menyediakan dana sebanyak RM1.2 bilion untuk maksud ini.

Tuan Speaker saya ingin beralih kepada Game Changer 19. Kalau kita lihat Rancangan Selangor Pertama, Game atau pun Pemacu Perubahan ke-19 adalah pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam. Kita bersidang 4 Julai, secara kebetulan 2 Julai kerja-kerja perobohan pun bermula. Sebentar tadi ada pameran pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam, cantik tapi ada isu yang saya hendak bawa pada petang ini. Saya bukan hendak menolak pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam tetapi saya hendak merujuk Tuan Speaker kepada perbahasan saya pada 14 November 2023, di mana antara persoalan pokok yang saya bangkitkan, saya quote sini, ”Persoalannya apakah Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai Projek Pembangunan KSSA?, sekiranya tidak apakah kaedah pembiayaan termasuk nilai tanah yang terlibat dengan pertukaran tanah ataupun kaedah land swap.”. Isu ini masih belum dijawab. Sehingga hari ini rakyat di luar sana masih lagi menunggu-nunggu jawapan dari Kerajaan Negeri, sedangkan ini merupakan salah satu pemacu perubahan dalam Rancangan Selangor 1 yang mensasarkan bahawa projek ini mesti disiapkan pada tahun 2026. Sekarang kita sudah sampai ke pertengahan tahun 2024. Baru dua hari lepas memulakan kerja-kerja perobohan dan kerja-kerja perobohan ini pula mengambil masa satu tahun, atas alasan hendak menggunakan cara-cara konvensional, tetapi persoalan yang saya pernah bangkitkan saya hendak tau siapa yang membiayai kerja-kerja perobohan ini? Apakah Kerajaan Negeri? Apakah MBI? Apakah pemaju? Belum dijawab. Kerana pada satu ketika, kita difahamkan kerja-kerja perobohan juga akan dibiayai oleh pemaju dengan kaedah pertukaran tanah. Maka hari ini saya hendak tanya, kerja perobohan sudah bermula dua hari yang lalu, mengambil masa satu tahun, nilainya difahamkan 45 juta. Saya mahu pengesahan di dalam Dewan ini, siapa yang membiayai kerja-kerja perobohan ini?, sama ada Kerajaan Negeri, MBI atau pemaju? dan sekiranya pemaju membiayai kerja-kerja ini, saya juga ingin Kerajaan Negeri mencerakinkan apakah tanah-tanah yang telah dipersetujui sebagai pertukaran tanah ataupun land swap bagi membiayai kerja-kerja perobohan Kompleks Sukan Shah Alam. Itu yang pertama. Tak ada maknanya kita ada pameran yang hebat tetapi pelaksanaannya itu kalau tidak diteliti dengan baik, pastinya akan ada yang merencatkan pembangunan Kompleks

Sukan Shah Alam yang saya telah nyatakan di dalam Dewan ini dengan tegas. Sebagai rakyat Selangor, sebagai anak Selangor, kita mahu Kompleks Sukan ini dibangunkan dengan kemudahan yang canggih, yang terkini, dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang baik tetapi kalau kerja-kerja perobohan pun mengambil masa satu tahun dan kita tidak tahu pun kaedah pembiayaan, bagaimana mungkin rakyat dapat diberikan maklumat tentang pembiayaan Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka mencecah kos RM3.28 bilion ringgit. Sekali lagi di dalam perbahasan saya pada tarikh yang saya sebut tadi iaitu pada 14 November, saya bertanya, apakah tanah-tanah yang akan digunakan sebagai pertukaran tanah? Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di dalam Dewan ini menyatakan pada 13 Mac 2023, Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun mengadakan Libat Urus dengan pelbagai pihak yang terlibat dengan cadangan pertukaran tanah,13 Mac 2023, hari ini sudah 4 Julai 2024, mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk membentangkan di dalam Dewan ini sekurang-kurangnya dalam Kajian Separuh Penggal pada pagi ini oleh kerana projek ini mesti disegerakan, diberikan keutamaan sepatutnya dalam Kajian Separuh Penggal, Menteri Besar kena datang di dalam Dewan dan menyatakan inilah tanah-tanah yang telah dikenal pasti dan dipersetujui untuk kaedah pertukaran tanah ataupun land swap bagi membiayai Projek KSSA sebanyak RM3.28 bilion ringgit.

Tuan Speaker, saya mendapat maklumat daripada Yayasan Selangor. Ini tanah-tanah Yayasan Selangor yang telah dicadangkan untuk diberikan kepada pemaju, Lot No. Lot PT88 seluas 36.948 ekar, Lot PT679- 4.229 hektar, Lot PT552- 524.22 hektar, Lot PT357-7 hektar, Lot PT358-18 hektar, Lot PT359- 230.3 hektar dan Lot PT647 – 456 hektar menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 1,277 hektar atau 3,156 ekar tanah milik Yayasan Selangor di Pulau Carey. Saya hendak bertanya kepada Dato’ Menteri Besar apakah tanah-tanah ini telah pun dikenal pasti untuk kaedah pertukaran tanah? Saya hendak minta penjelasan. Bukan saya nak minta Dato’ Menteri Besar buat laporan polis, tidak. Tak apalah biarlah 20 kali pun, ini peringatan kepada semua, peringatan kepada KKB sebagai pemimpin muda yang baru, Saya mengucapkan tahniah kepada Kuala Kubu Baharu yang telah dipilih, tetapi sebagai anak muda Kuala Kubu Baharu, kita kena bangkit, kena tegur kerajaan ini tetapi tegur dengan fakta, tegur dengan ilmu, tegur dengan data. Saya kemukakan data untuk memberi peluang kepada Menteri Besar dan EXCO menjawab. Bukan pergi pergi keluar pergi IPD, jangan. Saya tidak ada masalah, saya telah disiasat, kena panggil ni bertahun-tahun tetapi biarlah asas itu betul. Saya bukan hendak menolak pembangunan KSSA, saya sokong, tapi saya hendak tahu tanah mana sebab sekiranya kalau ini berlaku Yang Berhormat, apa ini Sekinchan..

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Hendak borang DAP tak? Saya bawa borang DAP sebab Yang Berhormat Ketua Pembangkang sayang dengan DAP ini hah, saya bawa ini. Kalau minatlah ya. Saya pelawa sikit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nyatakan dengan tegas dan berani tidak sama sekali saya menyertai DAP. Sebab, Yang Berhormat, kalau benarlah tanah-tanah ini telah dikenal pasti untuk kaedah pembiayaan KSSA, apa pulangan kepada Yayasan Selangor? Ini tanah-tanah yang sudah diberikan hak milik kepada Yayasan Selangor. Apa pulangan kepada Yayasan? Dan apakah penilaian telah dibuat ke atas tanah-tanah yang sejumlah 1,277 hektar ini, yang dicadangkan, saya difahamkan telah diberikan maklumat ini kepada pihak MRCB dan sudah ada rundingan dengan beberapa bank tempatan untuk melihat sama ada tanah-tanah ini boleh dijadikan sandaran untuk membiayai projek ini. Ini suatu perkara yang serius, tanpa pengetahuan kita. Dan saya hendak tahu juga, apakah Kerajaan Negeri ada memberi government guarantee ataupun jaminan kerajaan terhadap tanah-tanah kerajaan yang akan disandarkan pada pihak bank dan institusi kewangan untuk membiayai satu projek yang bernilai RM3.28 bilion ringgit. Kalau ini berlaku, saya tidak tahu, Dato’ Menteri Besar atau pun EXCO sila bangun, berikan penjelasan tetapi kalau ini berlaku maka kedudukan jabatan dan agensi Kerajaan seperti Yayasan Selangor akan tergugat. Tanah Yayasan Selangor seluas 1,277 hektar hendak diserahkan kepada pihak pemaju. Apa pulangan yang akan diperolehi? Malahan hasil keuntungan masa hadapan yang sepatutnya dapat dijana daripada tanah Yayasan Selangor seluas 3,156 ekar ini akan hanya dinikmati oleh MRCB sekali lagi, itu yang pertama. Yang kedua, kita lihat juga dalam rancangan Carey Selangor ini, dalam Rancangan Selangor pertama di bawah Teras 1 Ekonomi, apakah tanah-tanah Pulau Carey ini yang saya sebut tadi terlibat di dalam pembiayaan pembangunan KSSA. Kalau ini berlaku maknanya jumlah keluasan tanah di Pulau Carey yang sepatutnya dibangunkan untuk mencapai sasaran dan matlamat Rancangan Selangor Pertama pastinya akan terjejas kerana 3,156 ekar tanah ini sudah menjadi milik pihak pemaju dan bukan lagi Yayasan Selangor atau pun Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker, saya juga ingin bertanya tentang status Special Economic Zone di Pulau Carey kerana salah satu industri yang diberikan fokus adalah pembangunan sea port malahan Yang Berhormat EXCO telah pun mengumumkan pada 17 November 2023, saya quote di sini. “Cadangan Pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey oleh LPK atau Lembaga Pelabuhan Klang telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2022 dan dijangka akan mendapat kelulusan kabinet pada tahun hadapan”, maknanya tahun ini sebab jawapan EXCO adalah pada 17 November 2023. Di peringkat Kerajaan Negeri pula melalui Pelan Malaysia Selangor telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pulau Carey untuk menyokong pelaksanaan Pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey yang dirancang. Jadi persoalan saya Rancangan Selangor pertama ini sudah sampai ke penghujungnya, sudah 2024 sedangkan perancangan ini adalah 2021- 2025. Sekarang sudah pertengahan tahun 2024, maka persoalan saya, apakah status perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dalam

pembangunan sea port atau pun elabuhan yang ketiga di Pulau Carey ini, untuk supplement the existing maritime economy ecosystem dalam Negeri Selangor?. Itu saya harap Yang Berhormat Kinrara boleh bantu memberikan jawapan supaya kita dapat lihat, apakah status dalam Kajian Separuh Penggal RS-1 ini, perkara-perkara ini perlu dinyatakan dan saya juga ingin tahu, apakah syarikat-syarikat tempatan mahupun antarabangsa yang telah menyatakan minat untuk membangunkan sea port di Pulau Carey ini. Saya dapat maklumat ada beberapa syarikat tempatan sekurang-kuranya ada dua yang berminat. Apakah pertimbangan Kerajaan terhadap cadangan-cadangan tersebut dan apakah kapasiti sea port yang baru ini dan saya juga ingin tahu, bilakah pembangunan ini akan bermula dan kaedah pembiayaan projek yang besar ini. Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang pemacu perubahan yang digariskan dalam RS-1 ini iaitu projek Selangor Maritime Gateway ataupun SMG. Kalau kita lihat di muka surat 18 RS-1, disenaraikan di sini pemacu perubahan yang ke-10, Selangor Maritime Gateway, pembersihan dan pemulihan Sungai Klang dan perinciannya ada di muka surat 141. Disebut di sini, objektif utama SMG ini adalah untuk membolehkan peluang-peluang baru, peningkatan kualiti hidup dan pembangunan kelestarian di sepanjang sungai. Dengan mempertingkatkan keadaan keseluruhan Sungai Klang dan anak sungai. Sekali lagi Yang Berhormat Tuan Speaker, saya telah membangkitkan perkara ini agak panjang lebar pada 14 November 2023, semasa membahaskan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini. Dan antara perkara yang saya bangkitkan, ialah berhubung permohonan Berjaya Land Berhad kepada Dato’ Menteri Besar untuk mendapat sebidang tanah tambahan kerana Berjaya Land Berhad telah diberikan tanah seluas 600 ekar tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan ini. Tetapi Berjaya Land Berhad melalui surat bertarikh 13 Julai 2022 muka surat 3, para 5.1 telah memohon tambahan 100 ekar tanah di daerah Dengkil iaitu Nombor Hak Milik HSD 15898 dan HSD 28823 yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan pembangunan SMG. Dan Berjaya Land Berhad mengaku dalam surat ini bahawa dengan izin Tuan Speaker, “LLBSB would greatly benefit from the additional land as it allows LLBSB to be financially sustainable in the near future”. Inilah hujah yang saya kemukakan pada 14 November 2023, di mana kenyataan yang dibuat oleh Berjaya Land Berhad ini mengesahkan bahawa Berjaya Land Berhad tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi membangunkan projek SMG ini. Malahan dalam surat ini juga Berjaya menuntut supaya semua tanah-tanah kerajaan ini, yang terlibat diberikan hak milik kepada LLBSB dan disebut dalam surat yang sama tanah-tanah ini akan dicagarkan kepada bank untuk tujuan pinjaman kewangan. Ini sekali lagi membuktikan Berjaya Land Berhad tidak ada keupayaan untuk membiayai projek SMG ini. Yang disenaraikan antara pemacu perubahan yang penting dalam Rancangan Selangor Pertama. Persoalan saya ialah apabila perkara ini dibangkitkan pada 14 November 2023, Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar ada memaklumkan bahawa permohonan tersebut ditolak. Walaupun saya tidak dapat melihat secara hitam putih penolakan permohonan Berjaya Land Berhad tetapi kalau saya terima jawapan daripada

Dato’ Menteri Besar bahawa permohonan ini sudah ditolak saya ingin bertanya soalan tambahan kalau permohonan itu sudah ditolak, sedangkan permohonan itu adalah untuk membantu Berjaya Land Berhad mendapat kedudukan kewangan yang lebih kuat bagi membiayai projek ini maka bagaimana mungkin Berjaya Land Berhad boleh meneruskan projek SMG?. Itu persoalan yang mudah, yang tak perlu dilaporkan kepada polis. Yang diperlukan..

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Hulu Kelang boleh saya tanya.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang?

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kota Kemuning. Iya.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Hulu Kelang,saya masih ingat dalam perjanjian tersebut di antara untuk SMG telah jelas menyatakan bahawa Kerajaan ataupun agensi kerajaan tidak akan membenarkan apa-apa cagaran. Kalau begitu surat yang ditulis oleh Berjaya menunjukkan bahawa mereka tidak faham terma-terma perjanjian tersebut. Dan adalah betul bagi kerajaan untuk menolak permintaan tersebut. Setuju?

Timbalan Speaker

Saya nak ingatkan Yang Berhormat Hulu Kelang juga, saya bagi 5 minit. Kalau boleh tutup. 5 minit sahaja. Tadi yang dinyatakan oleh Speaker tadi 30 minit tapi saya tambah lagi 10 minit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tambah lagi 1 jam, saya banyak ni. Saya Ketua Pembangkang setakat hari ini. Bulan depan tak tahulah. Tapi setakat hari ini saya Ketua Pembangkang.

Takut bulan depan masuk sini pula? Bulan depan pindah sini ke?

Timbalan Speaker

Hulu Kelang saya tambah lagi 10 minit.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sabar, Lagi 10 minit. Saya Ketua Pembangkang, saya nak bangkit perkara ini, ini injury time tak kira. Ini Tuan Speaker, kita ada sampai 18 Julai, ini tarikh yang diwartakan oleh Tuanku Sultan Selangor. Tadi bermulanya sidang Setiausaha Dewan bangkit dengan berani, tegas menyatakan tarikh-tarikh ini telah diwartakan. Hidup Setiausaha Dewan. Beliau melaksanakan tugasnya mengingatkan kita ada sampai 18 Julai. Yang nak tergesa-gesa buat apa?. Rang Undang-Undang pun tak ada langsung kali ini, Tuan Speaker. Yang ada hanya usul dan

ada penyata-penyata beberapa jawatankuasa yang akan mudah kita bahaskan, jadi janganlah limitkan perbahasan. Bukan saya nak bincang petang ini, saya dah bawa perkara ini dalam pertemuan saya dengan Speaker. Saya dengan Yang Berhormat Sungai Ramal kami mengambil inisiatif supaya harmoni sidangan Dewan ini tak mahu lah berkelahi macam Sekinchan dulu, saya tak mahu. Saya nak Speaker dan Timbalan Speaker mengambil pendekatan yang lebih harmoni. Masa panjang.

Timbalan Speaker

Kita jaga masa juga. Kita bagi 10 minit tadi masa berjalan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kalau saya dua jam, saya nak Ahli-Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional diberi sekurang-kurangnya 20 minit. Jadi kita boleh habiskan sampai 18 Julai. Saya dengar, ada usaha daripada EXCO Kerajaan Negeri saya tak tahu mungkin Sekinchan yang cuba menamatkan sesi ini pada 9 Julai. Mana boleh. Saya kata mungkin.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, kalau boleh kita teruskan dengan perbahasan. Ada 7 minit lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Eh tadi tak kiralah Tuan Speaker. Saya membantu Tuan Speaker. Terima kasih Tuan Speaker. Bangkit kepada Kota Kemuning, saya setuju. Persoalannya saya sebut dalam perbahasan saya, berdasarkan jawapan Dato’ Menteri Besar dia memaklumkan dia sudah tolak. Kerajaan Negeri tolak permohonan Berjaya Land Berhad. Walaupun saya kata saya tak tengok tetapi tak apalah saya percaya dengan Dato Menteri Besar, untuk maksud ini. Saya pun terima jawapan dia. Tapi persoalan seterusnya kalau berjaya Land Berhad gagal mendapatkan tanah tambahan sebagai usaha untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagaimana projek ini nak berjalan?. Itu maksud saya. Rancangan Selangor Pertama ini, telah mencerakinkan bahawa antara pemacu Projek Rancangan Selangor Pertama adalah SMG. Kalau pemaju yang diberikan hak untuk membangunkan SMG tidak ada kekuatan kewangan, projek ini akan gagal. Bila projek ini gagal, kerajaan Negeri yang akan terkesan. Baik untuk kami, mudah kami kempen dalam pilihan raya yang akan datang, termasuk di Selat Kelang insya Allah dan Tanjung Karang, kegagalan projek-projek dalam Rancangan Selangor Pertama. Saya nak membantu tetapi Kota Kemuning tidak faham maksud saya. Saya ingin cari penyelesaian, kalau Berjaya Land tidak ada kedudukan kewangan yang kukuh bagaimana mungkin Kerajaan Negeri dapat menjayakan projek SMG yang telah pun dimasukkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Ini patutnya perkara dibentangkan dalam semakan Kajian Separuh Penggal pada pagi ini tapi oleh sebab mungkin tidak cukup ruang maka kami bertanggungjawab

untuk membantu melihat apakah penyelesaian yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek SMG ini. Ya Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat setiap kali kita bahas Yang Berhormat membawa isu yang sama MB pun dah jawab berkali-kali. Jadi lets move on. Kita ada banyak isu masyarakat mungkin kita boleh dengar cadangan penambahbaikan RS-1 daripada blok pembangkang adakah kesemua inisiatif yang diterima di sini terbaik dah. Kenapa tidak ada cadangan yang baru daripada Yang Berhormat. Lets focus on improving this daripada kita selalu ungkit perkara yang sama yang sudah dijawab berkali-kali.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bukit Gasing tidur. Tadi saya sebut dalam Special Economic Zone apa yang perlu dilakukan. Sekarang ini aktiviti semi konduktor yang berlaku dalam Negeri Selangor ini tidak menggunakan high end punya technology. Saya mencadangkan, ada, siapa kata tiada. Saya mencadangkan.. nanti dulu. Saya mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan. Kalau syarikat tempatan hanya menggunakan low end ataupun teknologi, ia tidak dapat meningkatkan produktiviti dalam sektor pembuatan. Sebelum itu, saya mulakan hujah sektor pembuatan di negeri Selangor ini terlalu lembab, 1.8% perkembangannya. Maka saya cadangkan beberapa solutions gunakan high end technology artificial intelligence dan beberapa kaedah yang lain. Mungkin ada keterbatasan atau kekangan bagi syarikat-syarikat tempatan untuk beralih kepada automasi dan teknologi tinggi. Saya juga mengemukakan cadangan kerana saya ada hubungan yang baik dengan Kementerian MITI. Mereka ada insentif sebanyak RM25 bilion. Saya cerakinkan satu persatu malahan saya tolong Bukit Gasing untuk memahami laporan The Edge. Jadi Bukit Gasing jangan sebut saya tak beri cadangan. Ada banyak cadangan. Saya akan teruskan. Tapi sebelum saya cadang saya kritiklah dulu. Pembangkang. Itulah kerja dia. Tetapi kritik yang membina. Kritik yang memberikan kebaikan.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Lets move on.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak move on sebab tu saya perlukan dua jam. Macam mana saya nak move on kalau bagi 7 minit. Tak boleh Speaker.

Timbalan Speaker

Ada 5 minit saja lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tidak sama sebab yang dijawab oleh Dato Menteri Besar permohonan itu telah ditolak. Jadi saya nak move on la. Kalau ditolak bagaimana nak lengkapkan projek ini.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Sudah dijawab pada sidang lepas.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bila? Tidak. Dia hanya jawab, Berjaya Land Berhad tidak dapat dipertimbangkan permohonan 100 ekar. Tapi tidak habis di situ, sebab Berjaya sebut permohonan itu untuk membantu kedudukan kewangannya. Jadi apakah salah saya bertanya kepada Kerajaan Negeri, kalau Berjaya tidak ada kemampuan kewangan bagaimana nak selesaikan?. Tak boleh ke Bukit Gasing?.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Boleh tetapi sudah dijawab. Projek ini masih belum selesai.

Timbalan Speaker

Teruskan Hulu Kelang. Kalau boleh ini penutup ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Penutup. Baik. Tuan Speaker saya juga nak merujuk pada Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritime Gateway ataupun ZPESMG yang mempunyai perancangan untuk pembangunan ekonomi yang melibatkan 4 PBT iaitu MPK, MBSA, MBSJ dan MBPJ. Dan antara sasaran yang telah ditanyakan dalam Rancangan Selangor Pertama ini, adalah pembinaan 50% daripada jumlah rumah mampu milik di atas tanah seluas 234 ekar dalam tahun 2023. Dan melancarkan Riverfront Development di Seksyen 24 Shah Alam menjelang tahun 2024. Jadi saya nak tanya, dengan izin Bukit Gasing, apakah status kedua-dua projek pembangunan ini? Boleh ya? Terima kasih maknanya semua boleh. Projek pembangunan ini memandangkan kita sudah berada di pertengahan tahun 2024. Tuan Speaker, satu perkara penting yang harus kita berikan perhatian ialah tentang Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN). Keperluan pengubahan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN) 2035 merangkumi antara lain LPPO ataupun Laporan Pemantauan dan Penilaian Outcome. Saya ingin mendapat penjelasan dari Kerajaan Negeri, sejauh mana LPPO diberikan tanggungjawab untuk memastikan penerapan agenda perancangan serta isu dan cabaran pelaksanaan pembangunan di dalam Perancangan Selangor Pertama ini. Sebab peranan LPPO itu amat penting dan kritikal untuk memastikan semua agenda pembangunan di dalam Rancangan Struktur Pertama mestilah terikat dengan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Ini penting ia tidak boleh sebaliknya, dia tidak boleh Rancangan Selangor Pertama ini digubal supaya RSN ikut RS-1. Tidak boleh begitu. Sebab RS-1 ini merupakan hala tuju agenda pembangunan tetapi pembangunan itu mesti diikat dan mesti patuh kepada syarat-syarat pembangunan yang termaktub dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Maka, saya mahu jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan pengubahan Rancangan Struktur Negeri

Selangor 2035, yang saya difahamkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah pun melanjutkan tempoh pendengaran awam sehingga Jun baru-baru ini. Saya mahu Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 ini menyatakan dengan jelas di dalam RSN 2035 supaya tidak ada pembangunan high intensity seperti yang dicadangkan dalam RS-1 di kawasan-kawasan sensitif alam sekitar, kawasan-kawasan risiko berbahaya dan juga kawasan risiko bencana. Ini penting untuk memastikan, apa juga pembangunan yang ingin dilaksanakan di dalam Rancangan Selangor Pertama ini mestilah menggunapakai panduan, peraturan dan kaedah yang terkandung dalam RSN 2035. Seperti yang saya sebut tadi, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor telah melanjutkan tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi draf Rancangan Struktur Negeri 2035 ini sehingga 22 Jun 2024 dan saya berharap semua pandangan dan maklum balas daripada orang ramai dan juga pihak yang berkepentingan, Tuan Speaker mereka berhak memberikan maklum balas dan mengemukakan bantahan kerana ini adalah selaras dengan Agenda 21 United Nations dan juga Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ataupun Akta 172. Jadi sekiranya Rancangan Selangor Pertama ini dapat memberikan jaminan bahawa semua panduan ini dipatuhi, khususnya yang saya sebut tadi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi, kawasan-kawasan sensitif alam sekitar tidak ada sebarang pembangunan yang dibenarkan di dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Jadi Tuan Speaker saya mengucapkan terima kasih diatas peluang yang telah diberikan kepada saya. Saya berharap Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional diberikan masa yang adil untuk membahasakan satu dokumen yang penting. Kalau Kerajaan Negeri menganggap RS-1 ini satu dokumen dan hala tuju penting maka benarkan perbahasan secara terbuka dan seluas mungkin tetapi kalau hendak buat secara tergesa-gesa bermakna Kerajaan Negeri sendiri tidak mengiktiraf ini satu dokumen yang penting untuk masa depan Negeri dan rakyat Selangor dan saya berharap perkara ini tidak berlaku kerana sidang ini telah diwartakan sehingga 18 Julai dan saya berharap Tuan Speaker sabar untuk duduk di kerusi sehingga 18 Julai yang akan datang. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kerana memberikan peluang kepada Kota Kemuning untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO Negeri Selangor kerana menunjukkan satu prestasi yang cukup kagum dan komitmen mereka dalam menjadikan Selangor sebagai penyumbang utama KDNK Negara yang paling besar iaitu 25.9%. Tepuk sikit. Dan peningkatan sebanyak 5.4% dalam pertumbuhan ekonomi, well done dengan izin. Saya

ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN baru kita juga Kuala Kubu Baharu kemenangan beliau telah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Besar menjadi pilihan majoriti rakyat Negeri Selangor, betul suka saya juga menyatakan sokongan penuh saya kepada Faizal Halim dan juga Selangor FC saya percaya bahawa pihak pembangkang dan juga Kerajaan akan berdoa supaya beliau sembuh dan juga segera kembali beraksi. Seterusnya Tuan Speaker, Kota Kemuning mempunyai beberapa perkara yang perlu dibahaskan khususnya berkenaan Kajian Separuh Rancangan Selangor 1. Hasil daripada Kajian Separuh Penggal RS-1 ia menunjukkan 3 bahagian dalam menerajui Negeri Selangor sebagai Negeri pintar berdaya huni dan makmur. Yang pertama adalah sebanyak 282 di bawah bahagian projek program dan inisiatif, yang kedua adalah 20 projek di bawah pemacu perubahan dan yang ketiga adalah 7 inisiatif di bawah pemboleh daya. Tuan Speaker kalau kita lihat kepada laporan ini bagi bahagian pertama ia menunjukkan masa untuk perancangan ini adalah lebih kurang dari tahun 2020 hingga tahun 2021 sekarang adalah 2024 projek yang berjaya disiapkan hanyalah 18%.

Oleh itu saya ingin penjelasan daripada Kerajaan apakah status pencapaian kerja-kerja yang belum siap dan adakah sekiranya target pelaksanaan projek ini tidak dapat dilakukan pada tahun 2025 apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan implementasi kesemua projek-projek tersebut mengikut hala tuju yang kita ada dan saya hendak fokus kepada bahagian ketiga iaitu tindakan Kerajaan Negeri menjadi Negeri sebagai Negeri pintar. Apakah projek yang telah inisiatif di bawah 7 projek yang diinisiatifkan di bawah bahagian ketiga kerana saya percaya Tuan Speaker sekarang Kerajaan Madani telah banyak membawa syarikat-syarikat gergasi seperti Microsoft, Nvidia untuk melabur di Malaysia secara domino effect pelaburan ini adalah perkembangan dalam AI saya minta untuk Kerajaan Negeri untuk memberikan tumpuan dalam dua isu utama iaitu yang mempengaruhi masa depan Selangor satu kekurangan bakat dalam industri kecerdasan buatan AI dan kedua kemajuan terkini dalam mencapai matlamat yang ditetapkan dalam rancangan proses Rancangan Selangor Pertama. Pertama sekali kekurangan bakat dalam industri AI merupakan satu cabaran yang besar yang kita perlu selesaikan saya percaya Hulu Kelang juga sebagai mantan Menteri tahu syarikat besar seperti Microsoft, Dell, Infineon mereka mempunyai satu cabaran untuk mendapatkan kepakaran di mana talent pool di Negara kita adalah kurang. Sekiranya kapasiti lebih kurang 100 mereka mencari Malaysia kalau lebih daripada 100 ataupun 1000 mereka lebih cenderung untuk invest di India. So ini adalah satu perkara yang perlu kita beri perhatian kerana Selangor menghadapi kemahiran dalam bidang yang berkembang pesat ini. Untuk itu langkah-langkah strategik perlu digariskan dalam RS-1 ini untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan rakyat Selangor dalam teknologi AI. Kita perlu meningkatkan program latihan dan pendidikan bekerjasama dengan institusi pendidikan dan sektor swasta untuk menyediakan kursus yang relevan seperti pengatur

cara, analisis data dan pembelajaran mesin. Selain itu pendedahan awal kepada teknologi AI dalam kurikulum sekolah perlu diperluaskan namun bina asas kukuh dalam kalangan generasi muda. Kedua adalah penting untuk meneliti sejauh mana kemajuan kita dalam mencapai matlamat RS-1 yang berkaitan pembangunan bakat. RS-1 bertujuan untuk menjadikan Selangor sebagai satu Negeri yang pintar dan berkemampuan menjelang tahun 2025. Tuan Speaker saya baru surf satu artikel, artikel menunjukkan bahawa pada tahun 2030 Malaysia akan mendapat pelaburan AI sahaja dalam lingkungan USD118 bilion so ia menjadikan Malaysia sebagai satu tumpuan utama bagi pelaburan AI maka kita perlu menyediakan kita di Negeri Selangor untuk membekalkan tenaga kerja ini untuk menampung cabaran dan juga pelaburan yang akan datang dari segi pelaburan AI.

Oleh itu Tuan Speaker, kerjasama yang kukuh dengan sektor awam dan swasta penting untuk memastikan penyediaan tenaga kerja kemahiran ini mencukupi dan relevan dengan keperluan pasaran kerja. Inisiatif-inisiatif seperti program latihan kolaborasi dengan industri insentif kepada syarikat-syarikat yang melabur dan pembangunan kemahiran perlu diberi penekanan yang lebih untuk memastikan dan ia memberi kesan yang positif dengan kekangan dalam masa jangka masa panjang. Saya percaya bahawa dengan langkah-langkah ini ia dapat menyiapkan rakyat Selangor dan juga menghadapi cabaran global dan semakin kompleks serta memanfaatkan peluang yang ada dalam pembangunan ekonomi dan sosial Negeri. Tuan Speaker seterusnya ada juga dalam RS-1 kita berbincang berkenaan dengan pendidikan tetapi baru-baru ini ada satu isu di mana kita juga perlu memberi perhatian kepada isu-isu sekolah. Saya membawa satu isu yang di mana baru-baru ini sesetengah pihak yang kita panggil spin master cuba menjadi populis dengan mereka sengaja melemparkan tuduhan liar kepada Kerajaan Negeri kononnya Kerajaan Negeri telah mengabaikan SRJKT Ladang Kinrara. Orang-orang ini lepas spin terus membuat permohonan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang itu isu lain. Oleh itu Kota Kemuning ingin tahu apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan isu sekolah SRJKT Ladang Kinrara dan saya amat sokong dan berterima kasih dengan pendirian Yang Berhormat Kinrara EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti atas ketegasan beliau bahawa supaya tidak membenarkan apa-apa tindakan terhadap sekolah itu sehingga semua pihak yang terlibat dan juga yang pihak yang mempunyai lokus untuk mencari holistic solution dengan izin dalam kes ini Tuan Speaker. Tuan Speaker dalam RS-1 ada satu faktor ataupun aspek yang telah pun saya rasa tiak diberi penelitian iaitu berkenaan dengan penternakan. Ini adalah penting Tuan Speaker, saya mendapati bahawa penternak-penternak haiwan ternakan yang kecil khususnya lembu tenusu dan kambing-kambing secara kecil-kecilan dan kebanyakan mereka adalah B40. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki tanah ataupun tempat untuk menjalankan aktiviti penternakan mereka lazimnya mereka selalu menggunakan tanah-tanah kosong milik Kerajaan dan juga Agensi Kerajaan tetapi

apabila diperlukan tanah tersebut mereka perlu dikosongkan tanah itu, mereka tidak mempunyai alternatif lain. So saya minta Kerajaan Negeri untuk memberikan perhatian kepada golongan ini juga untuk menaikkan sektor penternakan yang mana juga akan menyumbang besar kepada Kerajaan Negeri dari segi food security dan saya pohon supaya Kerajaan Negeri memberikan satu tanah kepada mereka secara sewaan ataupun kita mengadakan satu mekanisma di mana kita boleh membantu mereka supaya isu penternakan ini masih boleh dijamin dan juga dibuat oleh penternak-penternak kecil ini.

Dan seterusnya Tuan Speaker adalah penting seperti mana Menteri Besar, bahaskan tadi ataupun memberi ucapan bahawa Subang Jaya, Shah Alam akan menjadikan satu metropolitan so dengan itu adalah penting untuk kita memastikan bahawa infrastruktur asas itu perlu dijadikan dengan lebih berkesan dan isu ini adalah berkenaan dengan banjir di mana khususnya di kawasan Kota Kemuning Tuan Speaker, ia adalah satu isu yang besar di mana semasa hujan group - group WhatsApp di DUN Kota Kemuning penuh di mana mereka bimbang dan trauma dengan keadaan banjir di kawasan khususnya di Taman Sri Muda dan Bukit Kemuning. Memang Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan pada awal tahun 2021 telah merangka satu tindakan komprehensif untuk mengatasi masalah banjir dengan membaiki persaliran dan melaksanakan projek tebatan banjir di Seri Muda iaitu yang dinamakan sebagai satu projek SASUD yang diumumkan pada tahun 2022 untuk memastikan semua perparitan di Taman Seri Muda dibaiki dan dipantau dengan lebih baik dan mengurangkan risiko banjir namun demikian Tuan Speaker saya difahamkan bahawa projek SASUD ini telah pun tidak diteruskan. So saya tidak tahu kerana peruntukan telah pun di umum ataupun bajet telah pun di umumkan oleh MBSA pada 2022 bahawa 63 bilion telah pun di sediakan untuk menjalankan 18 Projek kerja-kerja tebatan banjir untuk mengatasi masalah banjir di Seri Muda tapi setahu saya hanya 4 atau 5 projek yang telah dijalankan dan saya nak tahu kenapa tiada projek SASUD ini diberhentikan kenapa tiada apa-apa rancangan untuk meneruskan projek SASUD kerana kita telah pun membuat satu pelan tindakan komprehensif bagi mengatasi masalah banjir di Sri Muda. Dan saya juga ingin membawa perhatian kepada Tuan Speaker bahawa dalam kes Sri Muda 3 pam Skru telah dipasang tetapi masih menggunakan generator tidak dapat energize dengan TNB ini kerana ada Tuan Speaker kerana ada isu KUSEL mengenalkan caj yang tidak munasabah kepada kontraktor untuk menjalankan atau menyambungkan kabel TNB ini. So Tuan Speaker saya pohon supaya Kerajaan Negeri mempunyai satu dasar atau polisi yang jelas untuk menyegerakan bagi kerja-kerja yang melibatkan keselamatan khususnya projek Tebatan Banjir supaya jangan kenakan sekatan sebegini dan ia melambatkan proses penyiapan Projek Tebatan banjir di kawasan Seri Muda. Tempat lain seperti kampung Bukit Lancong, Taman Bunga Indah, Lot-lot Batu 8, Batu 5 dan kawasan perindustrian Bukit Kemuning dan juga Taman Bukit Kemuning. Ini adalah tempat-tempat yang sering mengalami banjir lebih kalau kalau hujan lebih 30 minit dah sudah banjir Tuan Speaker.

Dan saya telah berkali-kali telah memintak supaya mengambil tindakan dalam perkara ini sampai hari saya tidak dapat lihat apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Dun Kota Kemuning Tuan Speaker. Tuan Speaker isu kedua adalah isu traffic saya rasa semua pun telah mengambil maklum berkenaan isu traffic. Di Kota Kemuning adalah salah satu isu yang paling besar Tuan Speaker di mana (mencari kertas) sorry di mana ia menunjukkan lebih kurang 2 jam untuk penduduk Kota Kemuning untuk ke dari USJ ke Kota Kemuning, so ia mengambil 2 jam just to travel over the road. So Tuan Speaker ia adalah satu isu yang mana tindakan pun telah pun diambil kajian dibuat dia dalam kategori F tapi tiada inisiatif Tuan Speaker. Saya minta sangat kerana untuk kita memperkembangkan ekonomi kita perlu mempunyai satu infrastruktur yang cukup cekap. Baru kita boleh kembangkan kalau tidak wherever we do is not going happen. So dengan izin Tuan Speaker. So saya minta supaya Kerajaan Negeri mengambil tindakan secepat mungkin melaksanakan cadangan yang telah diberikan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Sistem Aliran Trafik dan pengurusan Mobiliti iaitu inisiatif untuk menambah baik infrastruktur jalan raya dan juga pengurusan traffic yang lebih efisien. Tuan Speaker saya juga pohon supaya Kerajaan Negeri untuk memberikan peruntukan dalam RS dalam bajet nanti untuk membina flyover di Kota Kemuning, Tuan Speaker. Kerana setiap kali dalam 3 untuk mengatasi 3 roundabout itu ke Rimbayu telah menjadi lebih dalam satu jam penduduk perlu stuck in the traffic Tuan Speaker. So seterusnya Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Boleh penutup ye.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ya. Ya saya lagi satu point je. Lagi satu juga jalan JKR saya rasa Pelabuhan Klang pun telah dan juga Hulu Kelang telah membangkitkan isu JKR jalan-jalan JKR. Di jalan JKR Bukit Kemuning Tuan Speaker, keadaan teruk sangat. Tiada usaha untuk menampalkan kalau kita buat complain 2 bulan atleast. That also if you are lucky enough Tuan Speaker. So tiada lampu, tiada lampu jalan di sepanjang jalan Kemuning Utama. Terdapat lebih kurang 3 kemalangan dalam seminggu. Baru-baru ini 3 mangsa terlibat dalam kemalangan termasuk satu kanak-kanak kerana tidak, keadaan adalah gelap sangat dan juga menyusahkan mereka untuk melihat apa ada di hadapan mereka. Ini adalah isu yang saya selalu terima adalah seperti mana diberitahu oleh Hulu Kelang. Bila kita tanya kenapa tidak dibuat tiada peruntukan daripada Federal. So saya pohon Kerajaan Negeri memberi inisiatif ataupun memberikan penekanan kepada Kerajaan Pusat untuk menyalurkan peruntukan tersebut secara secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah infrastruktur di kawasan semua kawasan termasuk kawasan Bukit Kemuning Tuan Speaker. Kita perlu mencari satu mekanisme kalau ada kelewatan daripada peruntukan kita perlu satu peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu supaya tidak menyusahkan rakyat kita Tuan Speaker. Dan ada beberapa isu lain adalah berkenaan

dengan kilang-kilang yang dibina tanpa kebenaran yang mana menghalang saliran air. Kilang-kilang ini bukan sahaja menjejaskan sistem saliran tetapi menambahkan beban kepada sistem perparitan yang sedia ada dan saya menyeru supaya tindakan diambil yang paling tegas terhadap kilang-kilang ini untuk memastikan pematuhan kepada peraturan ditetapkan. Dan ada beberapa isu lain Tuan Speaker di mana dalam perancangan sesuatu Bandar, kita lihat bahawa bagaimana pemaju-pemaju tidak ingin menurut ataupun mematuhi peraturan yang dikenalkan melalui KM ataupun spec yang perlu diikuti. Di mana baru-baru ini Tuan Speaker ada pemaju yang dikatakan AM Reality dan Paramount di Taman Bukit Rimau sampai hari ini tiada penyelenggaraan dibuat kepada Taman Permainan. Salah satu faktor MBSA tidak ataupun PBT tidak akan menyelenggara kerana ia tidak diserahkan. Tetapi bila kita tanya pemaju, pemaju kata saya cuba serahkan PBT tak nak ambil. So isu ini yang terkesan adalah penduduk di kawasan tersebut. Saya minta satu polisi dasar yang perlu diperhatikan oleh PBT dan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Ia mengambil masa lebih 5 @ 6 tahun hanya untuk buat penyerahan kawasan of a common areas Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Kota Kemuning,

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Isu terakhir, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Sila

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Last, last Tuan Speaker, Last page already. So Tuan Speaker saya juga ingin membangkit isu berkenaan kecekapan agensi-agensi dalam mengurus sisa dan pembersihan dan tebang pokok yang mati. Prestasi agensi-agensi ini di dalam menjalankan kerja-kerja adalah penting untuk memastikan kepercayaan rakyat ditahan. Keutamaannya membersihkan dan pungutan sampah adalah satu isu yang memerlukan perhatian serius. Pejabat saya telah banyak mendapat aduan berkenaan dengan kelemahan perkhidmatan yang diberikan. Saya menyeru Kerajaan Negeri untuk menilai prestasi-prestasi agensi ini dan mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah cekap dan memuaskan. Kecekapan dan pengurusan sisa adalah penting memastikan kebersihan dan keselesaan penduduk. So selain itu saya perlu ada pengawasan. We have to inspect, monitor dengan lebih ketat dengan prestasi-prestasi kontraktor yang dilantik memastikan mereka memenuhi piawaian condition yang telah ditetapkan. Demi kepercayaan rakyat terhadap Dewan, kita perlu menunjukkan bahawa kita adalah commited untuk menyelesaikan isu-isu mereka Tuan Speaker. Tuan Speaker saya percaya kita mempunyai hala tuju yang cukup jelas (RS1) dan saya percaya..

Timbalan Speaker

Boleh tutup ye Kota Kemuning.

Tuan Preakas A/L SampunathanDAP · PHKota Kemuning

Ya, ya saya ingin menyokong usul ini Tuan Speaker. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Kota Kemuning. Saya persilakan Dusun Tua. Yang Berhormat Dusun Tua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kita Selangor. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker memberi Dusun Tua mengambil bahagian perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama (KS1) dengan Dewan Negeri Selangor. Selangor merupakan negeri yang maju dan progresif serta menjadi pintu masuk utama di samping lokasi yang strategik dengan kemudahan infastruktur yang maju dan memenuhi kehendak kelompok industri utama. Selangor terkenal dengan kepelbagaian tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan inovatif. Dengan kemampuan ini Selangor sekali lagi telah berjaya menerajui sumbangan Keluaran Dalam Negara (KDNK) negara sebanyak 25.9%. Ini membuktikan keyakinan penuh komuniti perniagaan dan rakyat terhadap perkhidmatan Kerajaan Negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan. Pentadbiran yang stabil dan konsisten Kerajaan Negeri ia nya mampu memberi pulangan yang lebih besar kepada pendapatan negeri dan secara tidak langsung dipulangkan kepada rakyat melalui pembangunan Infra dan kemudahan asas yang selesa dan moden. Kejayaan Selangor melepasi ekonomi paras nasional mendahului Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan adalah kerana keyakinan pelabur tempatan dan luar negara dengan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri dan prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dalam mencari solusi yang mampan kepada cabaran perubahan iklim bagi menjamin kualiti infrastruktur kekal, cekap dan maju. Pencapaian ini sangat membanggakan namun harus diingat Kerajaan Negeri perlu memberi pulangan balik kepada rakyat ini bermula dari bayi sehingga akhir usia sama ada dalam bentuk penyediaan kemudahan infrastruktur awam yang selesa atau program dan inisiatif yang boleh dirasai secara menyeluruh agar menjamin kehidupan yang tenang dan tenteram sebagaimana yang digariskan dalam teras kerajaan Malaysia Madani. Sebagai contoh, inisiatif khas kita Selangor, bonus sebulan gaji atau minimum RM 1000.00 kepada semua penjawat awam negeri pada Aidilfitri yang lepas merupakan tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada semua tenaga kerja yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kejayaan pencapaian negeri Selangor hari ini. Terima kasih penjawat awam Selangor dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dusun Tua atas inisiatif tersebut. Begitu juga dengan insentif Kerajaan Negeri dalam pakej Iltizam Selangor Penyayang yang menjadi pemangkin dalam terus membantu rakyat di Selangor. Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Selangor sebagai negeri pintar berdaya huni dan makmur menjelang 2025 telah menyediakan Rancangan

Selangor Pertama dengan menggariskan empat (4) Tema Utama yang mengandungi 25 bidang Tumpuan, 51 strategi komprehensif dengan pelaksanaan berfokus 262 projek, program dan inisiatif. Dalam tempoh berbaki setahun setengah, sebelum penghujung 2025 Kerajaan Negeri perlu memastikan pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama berjaya dilaksanakan dengan sempurna sebelum ia dinilai secara keseluruhan oleh rakyat yang sentiasa ingin melihat pencapaian dari setiap apa yang telah direncanakan.

Dusun Tua mengucapkan tahniah atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua kerana Rancangan Selangor Pertama yang telah dibentangkan tadi berada pada landasan yang tepat, menepati garis masa yang telah ditetapkan dan yang lebih utama ialah segala hasrat pelaksanaan program dan inisiatif telah menampakkan memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat Selangor khususnya dan kepada penduduk negeri ini secara amnya. Dengan jangkaan situasi ekonomi yang sarat dengan ketidakpastian strategi kutipan hasil perlu diperkemas dan gerak kerja intensif perlu dirancang dan dilakukan dengan lebih awal. Penetapan, penilaian kenaikan cukai taksiran pada kadar maksimum 25% kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah satu langkah awal bagi memastikan hasil konsisten dan tinggi. Penetapan ini adalah berdasarkan kadar sewaan semasa walaupun langkah ini tidak popular tetapi ia sangat wajar kerana terdapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak pernah menaikkan cukai taksiran dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Dengan pelaksanaan kenaikan ini, diharap dapat memberikan lebih kesempurnaan kepada pembayar, penyediaan infrastruktur yang selesa, pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan perkhidmatan yang berkualiti.

Dusun Tua mencadangkan kepada Dewan, satu (1) kajian terperinci khusus di Hulu Langat mahupun negeri Selangor berkenaan pengurusan sisa pepejal di kawasan kampung. Berikutan isu tersebut, banyak sampah yang dibuang tidak ditadbir urus dengan baik dan ia menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Wujudnya juga tempat pembuangan sampah haram, ini adalah disebabkan sistem pengurusan yang tidak jelas di antara Pihak Berkuasa dan penduduk tempatan. Buat masa kini, diberi kepercayaan kepada KDEB melaksanakan secara CSR di kawasan kampung-kampung. Kalau CSR habis, bagaimana hendak mengendalikan sampah-sampah di kawasan kampung? Selain itu, langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan melipatgandakan usaha mengutip tunggakan terutamanya cukai tanah, menyemak semula semua perjanjian yang melibatkan Kerajaan Negeri terutama berkaitan dengan skop penjanaan hasil kepada Kerajaan Negeri dan mengemaskini enakmen serta peraturan-peraturan, kaedah-kaedah yang melibatkan kadar-kadar caj yang telah lama digunapakai. Selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia 2030 (My Digital Malaysia) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bolehlah meluas penggunaan bayaran atas talian bagi memudahkan bayaran hasil kepada Kerajaan Negeri secara sempurna.

Tuan Timbalan Speaker, Selangor mempunyai daya tarikan tersendiri dalam industri pelancongan di negara ini dengan kekayaan budaya dan pelbagai tarikan lain yang boleh meningkatkan kehadiran pelancong dalam dan luar negara. Sektor pelancongan yang sebelum ini terjejas teruk mesti segera dipulihkan agar kembali menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negeri. Langkah-langkah pembugaran kepada strategi yang boleh menarik kehadiran pelancong perlu sentiasa dimantapkan agar kita boleh menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama negara kita. Di kawasan Dusun Tua khususnya terdapat banyak lokasi tumpuan yang mampu menarik pelancong hadir seperti kawasan rekreasi keluarga, air terjun, Sungai Gabai, Sungai Congkak, Sungai Lopo, peminat aktiviti outdoor adventure boleh merasai mendaki Hutan Lipur Gunung Nuang dan pelbagai lagi. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu menyediakan sistem pengurusan yang tersusun rapi bagi memastikan destinasi pilihan pelancong ini diselenggarakan secara berkala selain mempunyai landskap yang menarik, mesra foto dan penyediaan kemudahan awam yang selesa, bersih dan mencukupi kerana ia juga merupakan faktor kehadiran semula pelancong ke lokasi-lokasi tersebut. Banyak pelancong yang hadir di Dusun Tua buat masa kini terdapat banyak aduan traffic jam dan jalan yang rosak. Jalan rosak disebabkan buat masa ini adalah pengorekan air, penggantian paip air. Kemalangan sering berlaku dan jalan yang sempit. Saya rasa dah sampai masanya tempat-tempat tertentu perlu dinaik taraf jalan-jalan ini supaya kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan segera. Selain itu, penyediaan insentif yang menarik kepada penyediaan produk baru pelancongan seperti ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan kesihatan pastinya akan membuat mereka mempergiat dan mengembangkan lagi kebolehpasaran produk yang mereka sediakan.

Tuan Timbalan Speaker, tahun 2021 menyaksikan beberapa bencana alam yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kejadian banjir yang melanda daerah Hulu Langat dan beberapa daerah lain selain siri kejadian tanah runtuh termasuk tragedi di Batang Kali adalah antara yang paling diingati. Sesungguhnya semua malapetaka ini mengingatkan kita betapa pentingnya untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan alam. Kelestarian alam sekitar memberi impak besar kepada kewujudan iklim stabil membabitkan pengurusan sumber semula jadi dengan mampan dan melindungi biodiversiti kegagalan melestarikan alam sekitar bakal membawa bencana besar kepada rakyat dan masa depan negara. Seperti di Dusun Tua kawasan Sungai Gabai merupakan salah satu pusat pelancongan terkenal di Hulu Langat namun, setelah banjir 2021 kawasan tersebut masih tidak dibaikpulih sepenuhnya. Dusun Tua memohon kepada Kerajaan Negeri agar kawasan ini dapat dipulihkan dengan segera kerana sumber pelancongan ini sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi warga tempatan. Menyentuh isu terkini Dusun Tua ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan status geopark di Hulu Langat. Baru-baru ini penduduk di Sungai Gabai telah menerima notis berkenaan tanah di Sungai Gabai yang

dimaklumkan juga merupakan tapak geopark di Hulu Langat. Mereka telah mendiami kawasan tersebut sejak daripada tahun 1949 lagi. Namun, tiada sebarang maklum balas berkenaan permohonan mereka bagi mendapat kebenaran menduduki sementara mahupun untuk mengusahakan geopark di kawasan Sungai Gabai ini. Oleh itu, apa sahaja kegiatan penerokaan alam bagi tujuan ekonomi mestilah berpaut kepada tanggungjawab memelihara sumber asli dan khazanah negeri, agenda kelestarian alam sekitar perlu bersifat konsisten dan berlanjutan agar generasi kejadian ini sama, tidak berulang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sebagai penutup Dusun Tua mengajak kita semua untuk membulatkan tekad dan keazaman untuk terus berganding bahu antara satu sama lain agar setiap perkara yang kita rancang dan laksana akhirnya dapat sama-sama kita jayakan sekali gus memberi limpahan kebaikan kepada rakyat negeri. Saya petik kata-kata yang pernah diungkap oleh Babe Ruth, pemain lagenda sukan baseball pasukan New York, katanya, bermain secara berpasukan akan menentukan kejayaan. Pasukan anda mungkin memiliki barisan bertaraf bintang namun jika mereka tidak dapat bermain secara berpasukan maka pasukan tidak punya nilai mencipta kejayaan (The way a team plays as a whole determines its success. You may have the greatest bunch of individual stars in the world, but if they don't play together, the club won't be worth a dime.” — Babe Ruth). Dengan ini Dusun Tua menyokong usul Sungai Tua, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.

Tuan Ir. Izham Bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.

Timbalan Speaker

Ada penyokong?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila katakan ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang

Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Saya teruskan dengan Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Terima kasih Speaker di atas ruang yang diberikan untuk Gombak Setia turut terlibat dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor yang Pertama. Tuan Speaker, saya ingin memulakan perbahasan bagi sebuah dokumen penting iaitu Rancangan Selangor Pertama dengan mengajak dan mengingatkan setiap Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor supaya membahaskan dokumen yang maha penting ini dengan jujur dan ikhlas demi kemakmuran negeri dan juga kesejahteraan rakyat dalam negeri Selangor. Ini penting kerana dokumen ini merupakan satu tekad untuk kita menyemak semula perancangan, meneliti semula unjuran, mengadaptasi suasana dan situasi ekonomi terkini demi mencapai kemajuan serta objektif dan matlamat utama dalam sebuah perancangan jangka masa sederhana dan juga jangka masa panjang. Tanpa kerangka dan unjuran yang tepat tidak mungkin kita dapat menghasilkan perancangan dan pelan ekonomi yang baik. Begitu juga tanpa kejujuran dan iltizam yang teguh, tidak mungkin kita dapat menyemak dan mengkaji perancangan yang akhirnya akan memberikan manfaat buat rakyat khususnya dalam negeri kita ini. Sebab itu Tuan Speaker, Gombak Setia konsisten. Sejak awal lagi, daripada mula dibentangkan dokumen Rancangan Selangor Pertama pada penggal yang lalu, saya menegur Kerajaan Negeri supaya memastikan setiap perancangan yang dilaksanakan ataupun yang dibuat, mestilah berdasarkan unjuran yang tepat tanpa perlu memetik angka-angka yang besar daripada langit, untuk semata-mata mencetuskan keterujaan demi kepentingan politik tetapi sebenarnya bersifat delusional dan tidak realistik, sama sekali. Saya tegaskan ketika itu bahawa perancangan penting untuk mencapai pertumbuhan yang organik dan mampan tetapi jangan sampai ianya memperlihatkan sikap kita yang delusional, just because we want to impress with big numbers.

Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua pada Julai 2022 menggariskan matlamat untuk Kerajaan Negeri Selangor menyumbang 30% kepada KDNK Negara dan saya telah tegaskan pada ketika itu, ketika membahaskan dokumen tersebut bahawa objektif itu sendiri sudah bersifat delusional dan sangat tidak pragmatik. Saya berikan hujah ketika itu, fakta berdasarkan angka sumbangan negeri Selangor kepada KDNK Negara bermula tahun 2020 iaitu sebanyak 24.3%, begitu juga 2021, sebanyak 24.8%. Maksudnya Tuan Speaker, ketika itu kalau Selangor nak sasarkan sumbangan 30% kepada KDNK negara, dalam tempoh lima (5) tahun ke depan mengambil kira sumbangan 2020, begitu juga 2021 kita perlu catatkan tambahan angka pertumbuhan kita kira-kira 7%. Dan untuk capai 7% Selangor perlu mencatatkan pertumbuhan secara apa yang disebut sebagai compounded annual growth rate ataupun CAGR sekurang-kurangnya 9.5% setiap tahun untuk tempoh empat

(4) tahun ke depan. Sebab itu saya sebut, angka pertumbuhan 9.5% setiap tahun itu adalah unjuran yang tidak masuk akal. Ia terlalu jauh, jauh lebih tinggi daripada kadar purata pertumbuhan Nasional, jauh lebih tinggi daripada kadar purata pertumbuhan rantau Asia, kadar pertumbuhan Global bahkan kadar purata bagi negara-negara, pertumbuhan negara-negara maju. China, Amerika, begitu juga negara-negara Eropah bahkan di Timur Tengah pun tidak boleh catat angka pertumbuhan sehingga lebih 9.5%. Sebab itu, daripada objektif sumbangan 30% KDNK kepada negara sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, saya lihat dia dah mula sedikit goyah bila dalam Belanjawan tahun 2024 yang dibentangkan November tahun lalu, dia dah turunkan sedikit expectation dia tu. Daripada sasaran 30% dia dah turunkan kepada hanya 27% hingga 27.5% sahaja. Tetapi kononnya, masih lagi boleh capai 30% jika ada ripple effect daripada pembangunan-pembangunan yang dilaksanakan. Sebentar tadi, kita sekali lagi mendengar bahawa Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebut pula dalam laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menyaksikan angka sumbangan terbaru Selangor kepada KDNK Negara bagi tahun 2023 baru mencatatkan 25.9%. Itu tahun 2023. Maksudnya ada 2024 dan nak capai 30% 2025. Sebab itu, saya sebut ia mustahil untuk kita dalam tempoh tahun ini dan tahun hadapan untuk mencatatkan pertambahan angka sumbangan kira-kira 6% lagi berdasarkan apa yang dilaporkan oleh DOSM bagi tahun 2023.

Tuan Speaker, sebab itu saya ingin mempersoalkan. Memang Kajian Separuh Penggal ini merupakan satu inisiatif yang baik. Sebagaimana saya sebut tadi, untuk kita menyemak kembali strategi ataupun perancangan yang telah kita laksanakan. Begitu juga untuk kita adapt kepada suasana dan juga persekitaran ekonomi hari ini. Tetapi mengapa Kajian Separuh Penggal yang dibentangkan ini ia tidak meneliti semula matlamat dan sasaran supaya kita dapat mencerakinkan objektif yang benar-benar realistik dan tepat, yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakyat negeri Selangor secara keseluruhannya. Kerana bagi saya, kalau matlamat dan objektif pun sudah meleset sebagaimana yang saya bentangkan dan saya cadangkan tadi, tidak mungkin kita dapat melaksanakan agenda-agenda yang dirancang dengan sempurna. Sebab itu Tuan Speaker, dari awal lagi, saya tegaskan bahawa apa juga perancangan dan kebijakan yang ingin dibuat itu, mestilah benar-benar direncanakan dengan realistik, teliti dan bertanggungjawab. Maksudnya kita bukan bangga dengan pengumuman-pengumuman projek raksasa, projek mega, petik nilai angka yang besar-besar tapi akhirnya meleset dan kita tidak dapat kawal projek tersebut sama ada ia akhirnya akan selesai ataupun tidak. Sebab itu saya sebut, kita kena pastikan perkara ini semuanya dapat berjalan dengan baik, dirancang dengan teliti dan penuh tanggungjawab kerana pembangunan IDRISS, SABDA, Selangor Maritime Gateway, bahkan Kompleks Sukan Shah Alam. Semuanya menuntut tanggungjawab sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri untuk menjamin pelaksanaan setiap komponen-komponen pembangunan dalam projek-

projek raksasa tersebut supaya ianya dapat disiapkan dengan sempurna bagi mencapai matlamat nak sumbang 30% kepada KDNK Negara tadi. Tuan Speaker, secara jujur saya melihat bahawa Rancangan Selangor Pertama ini bakal meleset kerana Rancangan ini dibayangi oleh projek-projek yang sebenarnya bukan dalam kawalan Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Tadi, dengar Dusun Tua dengan yakin dan bangganya umum ada 262 projek tapi adakah kita boleh ataupun berjaya untuk kawal 262 projek ini dan pastikan ianya siap sebagaimana yang kita rancangkan? Sebagaimana yang kita bentangkan? Sebab itu, saya suka untuk mengajak kita semua ambil pedomanlah daripada bidalan Melayu untuk kita semua ini, ukur baju di badan sendiri. Pengumuman kita boleh umum, tetapi apakah benar-benar kita mampu laksanakan dengan keupayaan dan kekuatan yang kita ada? Sebab, kalau tidak, ia akan hanya mencerminkan ataupun menzahirkan sifat kita yang saya sebut tadi, delusional dan akhirnya ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat. Kita hendak nampak hebat, kita boleh umum, projek IDRISS misalnya, GDV sampai RM1 trilion, nak bangunkan pembangunan di atas tanah seluas 40,000 ekar. Tetapi, akhirnya sekali lagi saya melihat Kajian Separuh Penggal ini ia gagal untuk mencerakinkan dan memperincikan soal kemampuan dan juga keupayaan fiskal Kerajaan Negeri untuk melaksanakan semua projek-projek ini, begitu juga dengan kapasiti anak-anak syarikat dan juga berapa committed capital daripada pihak swasta yang terkini yang telah diperolehi setakat ini daripada pihak swasta. Begitu juga dengan hasil-hasil kajian risiko serta what if analysis dan juga sensitivity analysis yang seharusnya mengambil kira persekitaran ekonomi semasa, kesan perang, disruption in supply chain dan begitu juga kesan daripada inflasi global. Ini adalah perkara yang amat penting untuk sebenarnya dimuatkan dalam Kajian Separuh Penggal ini kerana setakat November 2023 yang lalu misalnya, dalam soal Committed Capital, dalam jawapan kepada pertanyaan saya kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua, Yang Amat Berhormat Sungai Tua sebut bahawa Committed Capital yang telah diperolehi setakat November itu, setakat suku ketiga 2023, itu baru kira-kira RM29.1 bilion. Kita Rancangan Selangor Pertama ini, kita ada empat (4) pillars. Ia ada IDRISS, ada SABDA, Selangor Maritime Gateway, ada Kompleks Sukan Shah Alam, ada empat (4) projek. Ambil IDRISS sahaja, IDRISS sahaja GDV dia RM1 trilion. Kalau RM1 trilion projek yang GDV nya RM1 trilion, Committed Capital yang kita dapat baru RM29 bilion, maksudnya baru 2.9% daripada nilai permohonan GDV tersebut. Apakah kita yakin dengan hanya 2.9% tersebut kita mampu melaksanakan projek-projek ini dan juga mampu merealisasikan apa yang kita rancangkan dalam Rancangan Selangor Pertama ini, dalam tempoh lima (5) tahun? Sebab itu Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama ini, ini Rancangan lima (5) tahun, dari tahun 2021 hendak siap ataupun sehingga 2025. Kita hendak sumbang 30% kepada KDNK Negara. Kita hendak laksana projek yang GDV nya nilai RM1 trilion. Tetapi kita harus berlapang dada dan sebab itu di peringkat awal tadi saya sebut kita harus

membahaskan dokumen ini dengan jujur, dengan ikhlas sebab kita hendak pastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat negeri Selangor secara keseluruhannya. Saya teliti dalam dokumen ini antaranya dalam muka surat 35, soal pencapaian dan juga kemajuan-kemajuan utama, ada kira-kira 20 Pemacu Perubahan dalam ini. Dan kalau kita lihat soal pencapaian dan kemajuannya, rata-rata baru, menyebut tentang soal pembangunan konsep, baru sebut soal mengenal pasti kawasan-kawasan dan sebagainya. Maka, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah projek-projek yang akhirnya tidak akan siap untuk tempoh 2021-2025 ini? Apakah akhirnya nanti semua ini akan juga dimasukkan ataupun ditolak semula ke dalam Rancangan Selangor Kedua yang mungkin akan bermula 2026 sehingga 2030. Sebab itu Tuan Speaker, saya menyatakan rasa bimbang saya dan saya melihat semua ini, perlu kita cerakinkan dengan baik dan paling penting sekali, kita harus benar-benar memberikan fokus tentang objektif dan juga matlamat Rancangan Selangor Pertama ini supaya ianya berdasarkan angka unjuran yang tepat dan kita tidak dilihat menipu diri sendirilah dalam melakukan perancangan-perancangan ke hadapan supaya ianya benar-benar dapat memberikan manfaat kepada rakyat negeri Selangor, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Seterusnya Yang Berhormat Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang perbahasan pada Seri Kembangan. Bagi memulakan perbahasan Seri Kembangan, saya ingin kongsikan satu berita baik iaitu Serdang telah tersenarai sebagai Bandar ke 166 yang paling bahagia di seluruh dunia pada tahun 2024 iaitu dengan izin Global Happiness City List. (Ahli Dewan menepuk meja). Terdapat 250 bandar dalam senarai ini di seluruh dunia dan dua (2) bandar sahaja di Malaysia telah terpilih. Bandar yang satu lagi adalah Kuala Lumpur yang mendapat tempat ke 188 dengan kata lain, Serdang boleh dikatakan sebagai bandar yang paling bahagia di seluruh Malaysia. (Ahli Dewan bersorak) Sekinchan belum lagi (ketawa). Penilaian bagi senarai ini adalah berdasarkan potensi masa depan sesebuah bandar termasuk pendidikan dasar inklusif, ekonomi, mobiliti, perlindungan alam sekitar, ruang hijau dan inovasi. Aspek-aspek ini adalah penting untuk kualiti hidup penduduk. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Selangor kerana saya anggapkan kejayaan ini merupakan salah satu kejayaan perancangan Pembangunan lima (5) tahun negeri kita iaitu Rancangan Selangor Pertama. Dengan ini saya ingin menyentuh tentang sektor pelancongan di kawasan Seri Kembangan dan juga kawasan sekeliling. Tahun depan merupakan Tahun Melawat Selangor dengan gelaran Bandar Paling Bahagia ini, Seri Kembangan mempunyai potensi tarikan yang cukup untuk menjadikan salah satu tempat tumpuan pelancongan bagi negeri kita. Serdang mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik seperti dengan izin, Malaysian Chinese Museum, Farm Fresh, MAEPS, Sungai Kuyoh, Bukit Serdang dan sebagainya. Serdang merupakan satu tempat yang penuh dengan budaya

dan sejarah kerana kita mempunyai kampung baru Seri Kembangan yang merupakan kampung baru terbesar di Malaysia. Serdang terkenal dengan makanan yang sedap seperti yong tau foo, nasi ayam, masakan hakka, masakan ikan tamban duri, restoran masakan kambing pun ada. Daripada segi produk pelancongan, dengan bantuan Kerajaan Selangor, Seri Kembangan telah mempunyai beberapa produk baik Selangor yang berkualiti dan menarik hati seperti sos cili, cili manis, cili masin, pencuci mulut, teh halia dan sebagainya. Terdapat juga kraf tangan yang istimewa, ada bawa seperti (tunjuk barang) satu kraf tangan yang dibuat oleh saya pun tak tahu kucing ke anjing (gelak) tetapi dia satu-satu kraf tangan yang dibuat oleh recycle plastik makanan dan membuat anyaman sebegini dan juga kita juga ada kasut buatan tangan yang dihasilkan di Serdang.

Pada tahun ini, kita telah bekerjasama dengan pihak sekolah dan Badan Bukan Kerajaan untuk menghasilkan peta pelancongan serdang dari segi pengangkutan awam terdapat juga tiga Station MRT di sekitar Serdang, Bas Percuma Smart Selangor dan juga DRT baru dikenali di sekitar UPM. Boleh dikatakan Serdang telah bersedia dari semua aspek untuk menjadi salah satu tempat pelancongan yang layak dipromosikan di Selangor. Saya amat berharap pihak kerajaan akan memberi tumpuan bagi mempromosikan Serdang di Pameran Antarabangsa dan juga media lain. Pada masa yang sama saya juga ingin memohon peruntukan dan kerjasama dari pihak kerajaan supaya menjalankan program-program pelancongan di Seri Kembangan.

Walaupun Seri Kembangan merupakan bandar paling bahagia di Malaysia kita masih menghadapi masalah yang menyebabkan kita tidak begitu bahagia seperti isu tapak pembuangan sampah haram di Bukit Serdang, Seksyen 5 dan Seksyen 7 yang telah berlaku bertahun-tahun. Pada sesi Sidang Dewan yang lepas saya pernah mengemukakan soalan berkenaan tentang isu ini dan dapatnya jawapan seperti berikut:

Majlis Bandaraya Subang Jaya telah ambil tindakan pendakwaan terhadap 6 individu di atas 5 pertuduhan di bawah seksyen 82(5) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70A(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Dalam perkara ini dua orang pemilik tanah telah mengaku salah/bersalah pada 24 Oktober 2023 dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4000 setiap orang. Manakala pihak peguam bagi kes-kes lain telah mengemukakan representasi untuk pertimbangan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor bagi menggugurkan pertuduhan terhadap pemilik tanah. Tapak pembuangan sampah haram yang cukup serius sehingga Ahli Parlimen dan Menteri Besar juga turun padang tetapi hanya dihukum RM4000 bagi dua orang pemilik tanah dan pemilik tanah yang lain cuba gugurkan tuduhan tersebut. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah rampasan tanah akan dijalankan bagi semua tanah yang

terlibat ini? Isu tapak pembuangan sampah haram bukan isu yang baru ia bukan sahaja terlibat dengan pengurusan tanah yang gagal tetapi juga melibatkan kontraktor sisa pepejal yang tidak terkawal di dalam kawasan Seri Kembangan kita boleh nampak tong roro yang penuh dengan sampah diletakkan merata-rata tempat. Terdapat nama dan nombor telefon pemilik atas semua tong roro ini. Namun begitu, tiada tindakan keras diambil terhadap kontraktor sisa pepejal ini walaupun kita mempunyai bukti yang kukuh bahawa dia menggunakan tanah-tanah kosong sebagai tempat transit sampah atau parkir persendirian tong roro dia. Saya ingin meminta kerajaan supaya menunjukkan keazaman untuk menangani isu pembuangan sampah haram dan membasmikan kontraktor sisa pepejal haram dengan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap mereka. Bukan setakat memberi amaran mulut atau membuat sitaan satu atau dua tong roro sahaja setiap kali tindakan diambil. Selain daripada isu pembuangan sampah haram, lagi satu isu yang menyebabkan penduduk Seri Kembangan kurang bahagia adalah kekurangan sense of urgency dengan izin daripada pegawai agensi kerajaan terutamanya pegawai daripada JKR. Penutupan lorong pusingan U di jalan besar Seri Kembangan telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2023 telah memasuki tempoh 1 tahun sekarang malah tiada apa-apa tindakan susulan selepas penutupan ini. Saya pernah bangkitkan isu ini pada Sidang Dewan yang lepas juga dan pada masa itu jawapan yang saya terima merupakan pihak JKR perlu memohon peruntukan tambahan untuk menaiktarafkan jalan tersebut. Ini bermaksud masa membuat keputusan untuk menutup lorong pusingan U tersebut pihak JKR belum memohon peruntukan untuk penaik taraf susulan. Selepas isu ini dibangkit dalam Sidang Dewan yang lepas sehingga sekarang 3 bulan telah pun berlepas hari jadi setahun penutupan itu pun telah pun berlepas saya ingin mendapatkan perkembangan terkini berkenaan tindakan susulan yang akan diambil dan juga penjelasan atas kelewatan projek penaik tarafkan jalan besar Seri Kembangan dari pihak kerajaan dan saya difahamkan jalan ini adalah di bawah JKR Persekutuan bukan JKR Selangor.

Apabila kita bincangkan tentang kekurangan sense of urgency dengan izin saya juga ingin bangkitkan isu prestasi segelintir pegawai di Pejabat Daerah dan Tanah seperti Hulu Langat dan Petaling. Saya penah bekerjasama dengan Hulu Langat semasa saya merupakan ADUN Balakong pada masa itu saya tiada, tidak menghadapi masalah untuk memproses peruntukan tetapi sampailah sampai masa sekarang saya berkerjasama dengan Petaling proses pengurusan peruntukan kadangkala akan mengambil masa 2 bulan atau lebih. Kalau melibatkan projek kecil pula akan mengambil masa lagi panjang dan ini menyebabkan sumbangan ataupun bantuan kita tidak dapat sampaikan ke tangan penduduk tepat pada masa.

Bukan sahaja berkenaan dengan masa yang diambil untuk memproseskan peruntukan dan projek kecil kadangkala permohonan yang berkenaan dengan penggunaan tanah

juga mengambil masa yang terlampau panjang. Saya bagi satu contoh, persatuan penduduk Bayu Heights 2 telah memohon untuk menggunakan tanah rizab TNB sebagai tapak parkir penduduk dan telah pun dapat kelulusan daripada TNB dan juga MPKJ permohonan ini telah dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan mendapat balasan daripada Hulu Langat Persatuan penduduk tersebut perlu membayar sewaan. Persatuan penduduk terus menghantar surat rayuan untuk memohon pengecualian sewaan kerana mereka tidak menggunakan tapak tersebut untuk menjana apa-apa pendapatan surat rayuan ini tidak dapat apa-apa balasan daripada pihak Hulu Langat sehingga sekarang iaitu selama 5 bulan mereka menunggu. Saya mempunyai pengalaman yang sangat baik semasa berkomunikasi dengan Pegawai Daerah Hulu Langat dan Petaling sehingga sekarang mereka respon dengan cepat atas apa-apa jua pertanyaan saya yang respon lambat merupakan segelintir sahaja kakitangan yang menguruskan dokumen dan permohonan. Saya harap pihak kerajaan dapat memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh kakitangan-kakitangan. Adakah mereka menghadapi masalah kekurangan staff atau pun tidak mempunyai motivasi yang cukup untuk bekerja dengan sense of urgency. Sekiranya mereka dapat meningkatkan prestasi mereka kerajaan dan pejabat Ahli Dewan Negeri boleh bergerak dengan lebih pantas dan cekap untuk membantu rakyat. Ini merupakan faktor yang penting untuk membina satu negeri yang lebih baik dan bahagia.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat kami memahami bahawa jabatan-jabatan kerajaan terutamanya Pejabat Daerah dan Tanah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan sangat sibuk. Kita boleh lihat bahawa setiap hari kedua-dua jabatan ini penuh dengan orang. Beban kerja yang besar ini mungkin salah satu sebab yang mempengaruhi prestasi kakitangan-kakitangan dan juga menyebabkan penduduk perlu mengambil masa yang lebih panjang untuk menjalankan urusan berkenaan dengan jabatan-jabatan ini. Saya mengambil maklum juga PBT sedang melancarkan inisiatif masing-masing untuk memudahkan rakyat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon mencelah..

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Kepada...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sahaja

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Rasanya tidaklah...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sahaja

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Sebab 4.30 sekarang...

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit sahaja

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa, tak apa.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebab tak berapa faham..

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Tak apa, tak apa.

Timbalan Speaker

Taman Medan...

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Maaf ya, saya tidak membenarkan terima kasih. Saya mengambil maklum juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada MBSJ atas pelancaran WhatsApp MBSJ bagi kali pertama saya menerima WhatsApp daripada MBSJ berkenaan tentang dengan maklumat bil cukai taksiran dan ini adalah satu cara penyebaran maklumat yang sangat berkesan. Pelaksanaan WhatsApp ini merupakan perkhidmatan saluran pemudah cara kepada pelanggan untuk membuat semakan dan pertanyaan berkaitan dengan enam perkhidmatan utama yang merangkumi Cukai Taksiran MBSJ, Kompaun Trafik MBSJ, Lesen Perniagaan dan Permit Perniagaan berniaga, Permit Bangunan saluran bayaran serta pembersihan iaitu maklumat sisa pepejal dan pembersihan awam termasuk maklumat pengurusan sisa kitar semula, sisa restoran dan industri. Inisiatif-inisiatif sebegini perlu mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri termasuklah bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk mempromosikan inisiatif memudahkan orang ramai ini kepada lebih ramai penduduk Selangor. Saya ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya membina perhentian bas yang bersolar panel dan mempunyai LED screen untuk memaparkan informasi bas dan juga inisiatif-inisiatif kerajaan. LED screen yang sama boleh juga dipasang di lampu isyarat juga untuk memberi maklumat kepada para pengguna jalan raya semasa menunggu lampu isyarat. Sedikit penambaik ini akan membawa impak yang besar kerana ia dapat menyebarkan informasi kerajaan dengan bersasar, pantas dan berkesan.

Seterusnya saya ingin memberi penghargaan setinggi-tingginya kepada Kerajaan Selangor juga kerana melancarkan Program Insan iaitu Skim Insurans Am Selangor. Pada minggu yang lepas seorang penduduk di kawasan Seri Kembangan meninggal dunia selepas satu kemalangan jalan raya. Mendiang pernah datang ke Pusat Khidmat Masyarakat saya dan saya membantu mendiang untuk mendaftarkan INSAN. Ahli-ahli

keluarga berasa bersyukur kerana dengan insurans percuma dan mereka tidak membayar apa-apa tetapi mereka mendapat insurans yang bernilai RM10 ribu ringgit ini dapat mengurangkan beban mereka selepas kehilangan suami dan bapa mereka. Walau bagaimanapun terdapat juga kes yang tidak terlindung dalam INSAN seperti kematian atas sebab penyakit. Saya ingin mencadangkan pihak kerajaan untuk merangkumi kematian atas sebab penyakit akut yang berlaku tiba-tiba seperti penyakit jantung yang tiada gejala. Baru-baru ini seorang pemain badminton remaja China Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam kejohanan badminton remaja Asia di Jogyakarta, Indonesia. Telah mengejutkan masyarakat. Tragedi ini bukan kali pertama malangnya ia tidak akan menjadi kes terakhir juga, kehidupan semakin sibuk kekurangan rehat, gaya hidup yang tidak seimbang dan sebab-sebab lain menambahkan risiko kes kematian mengejut. Hal ini menunjukkan keperluan merangkumi kes kematian atas sebab penyakit akut di dalam Program INSAN dan amat berharap cadangan-cadangan saya dapat menambahbaikkan Rancangan Selangor Pertama yang dibentangkan oleh Y.A.B. Menteri Besar dengan ini saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Sabak.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih dan Salam Sejahtera dan terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Speaker saya mengambil sedikit masa pada petang ini untuk berbahas terhadap usul yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor yang Pertama dan saya bercakap dalam nada Sabak Bernam walaupun Sabak Bernam tidaklah menjadi Bandar Kampung Bahagia yang bahagia tetapi (gelak) orangnya bahagia kerana kami berpijak di bumi yang nyata dan bercakap dalam konteks bahasa yang taknak tinggi-tinggi tapi hasilnya tidak mencerminkan apa-apa sebagaimana yang disebut oleh Gombak Setia sebentar tadi. Saya hanya nak merujuk terhadap Projek SABDA, Sabak Bernam Development Area yang telah pun dibentangkan salah satu daripada pemaju terhadap Rancangan Selangor Pertama 2021 hingga 2025. Baik, dalam Rancangan ataupun dalam SABDA sebagaimana kita sedia maklum, dalam buku yang disediakan, satu projek yang melibatkan 1317 hektar dan nilai pelaburan dijangka RM1.9 bilion dan akan mencipta 3600 kerja dan akan membawa keuntungan lebih kurang RM248 juta setahun. Itu satu angka yang indah bila dengar angka sahaja bahagia orang Sabak Bernam tapi realitinya wallahualam sebab kita sendiri saya sendiri ada pandangan bahawa tidak meyakini projek ini akan dapat mencapai. Ada beberapa fakta ataupun beberapa kriteria yang saya akan sebut dalam perbincangan ini. Walaupun Yang Amat Berhormat dalam kenyataan pengumumannya, ketika berkunjung di Nazbell Cottage & Garden Sungai

Besar, projek yang akan diperkenalkan ada sebanyak 6 projek ini akan siap sepenuhnya pada 2026. Jadi kalau 2026 ini kita hanya ada 2 tahun sahaja lagi. Jadi apa yang saya sebut bahawa saya tak berapa yakin berdasarkan kepada laporan ataupun buku yang telah disediakan pada persidangan ini. Saya ingin merujuk kepada beberapa kerja-kerja, antaranya menyebut tentang kerja yang selesai – Lebuhraya WCE, Gerbang Ke Wilayah Pembangunan SABDA. Lebuhraya ini telah pun lama dirancang dan telah pun siap tapi tidak sepenuhnya melainkan dalam kawasan Sabak Bernam telah pun siap tapi saya difahamkan belum dilakukan penyerahan daripada pihak pemaju kepada pihak Kerajaan sendiri atau pun Kerajaan Tempatan. Dan kerja yang sedang dijalankan, saya merujuk kepada muka surat 62 – kerja yang sedang dijalankan terutama ialah Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sungai Lang. Memorandum perjanjian MOA bersama pihak operator utama telah ditandatangani pada tahun 2023. Dalam soalan saya dalam Sidang yang lepas, saya bertanya kepada Kerajaan Negeri berhubung kait dengan syarikat yang berminat untuk membangunkan, hanya ada 1 syarikat sahaja. Jawapan daripada EXCO hanya ada satu syarikat iaitu syarikat Alpha Ocean Resource Berhad. Itu pun masih dalam peringkat kajian dan kita tak tahu apa hasil kajian sampai hari ini. Kemudian yang kedua ialah Projek Operasi Ruang Pameran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam, ini proses baik pulih pejabat. Saya telah perhatikan ada pejabat walaupun kecil, usaha memuktamadkan barang-barang untuk dipamerkan dan ketersediaan pangkalan data untuk para pelabur dan masyarakat tempatan sedang dijalankan. Hakikatnya pun tidak tahu berapa banyak pelabur setakat ini yang berminat untuk membangunkannya. Kemudian Segitiga Ekopelancongan Sungai Air Tawar – Kerja-kerja baikpulih di Kelong Paradise telah selesai pada tahun 2022. Kelong ini tak payah masuk sebab bukan tak payah masuk, tapi sebenarnya Kelong ini telah ada, telah lama dah. Ia dibina, terbiar, baikpulih, terbiar lagi tak tahu dah berapa kali baikpulih dah. Kadang-kadang menarik minat, kadang-kadang tidak menarik minat, sekarang orang kurang minat pulak pasal dia tidak menarik minat kerana ikan dah tak berapa ada dah. Yang Berhormat. Sungai Air Tawar pun dah dua tiga kali ajak saya memancing tapi sampai hari ni belum pergi-pergi lagi. Ikan tiada.

Kemudian berkaitan dengan Eko Kelip-Kelip Sungai Panjang. Kelip-Kelip Sungai Panjang ni pun sebenarnya telah lama, 2019. Saya ingat lagi, waktu itu yang berminat ialah Cik Elizabeth Wong, ADUN Sungai Lanjan, ketika itu, Bukit Lanjan, minta maaf. Bukit Lanjan. Minta maaflah Sabak kurang bahagia sikit. Jadi waktu itu, sekarang ni tak berkelip dah. Saya pun tak tahu bagaimana nak, supaya dia berkelip-kelip lagi untuk menarik pelancong. Kemudian yang lain itu, yang 5 di bawah itu, itu hanyalah untuk memuktamadkan masih peringkat memuktamadkan, rekabentuk – R&R Air Manis, Kompleks Agropolitan Sabak Bernam, kemudian Kompleks Pendaratan Hasil Laut. Pembangunan Air Manis ni sebenarnya bersekali telah diluluskan pada tahun 2008. Dan telahpun 14 tahun termasuk Perumahan Air Manis. 14 tahun, 16 tahun. Waktu Sungai

Air Tawar jadi pembangkang pun dah dua tiga kali dah dibangkitkan ni. 16 tahun tapi tak nampak, belum siap katanya akan siap sepenuhnya pada tahun 2029, Wallahualam. Jadi makan masa berapa puluh tahun, itu projek perumahan Air Manis. Ini projek SABDA yang jauh lebih besar, nak siap tahun 2026 saya tak percaya. Tak bahagia. Tak manis. Kemudian, begitu juga Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan. Projek ini masih berada pada peringkat awal, padahal ini sudah 2024. Begitu juga Jambatan Sungai Air Tawar, Kompleks Jeti Nelayan Bagan Sungai Besar, Pelan Fiberisasi Sabak Bernam dan Pembangunan Semula Hay Resort. Ini semua masih lagi di peringkat awal. Jadi termasuk juga beberapa yang telah disenaraikan. Jadi yang lain itu banyak yang masih lagi di peringkat awal. Sedangkan pengumumannya nak siap pada tahun 2026. Jadi saya tak fikir akan berjaya. Ini ditambah lagi dengan beberapa suasana domestik yang tidak membantu untuk merancakkan lagi projek-projek SABDA. Pameran tadi saya tengok pameran secara materialnya hanyalah pembangunan melibatkan soal Stadium Shah Alam, saya tak nampak ada pameran secara material tentang SABDA, tentang IDRISS yang lain-lain macam sebab sebelum ini bahasanya ialah nak membawa pembangunan kawasan utara Selangor. Tapi realitinya begitulah orang Sabak Bernam. Sebab tu saya kata saya tak berapa yakin sebab penyelenggaraan terhadap infra yang sedia ada pun dalam keadaan yang teruk. Ambillah umpamanya, berkaitan dengan Stadium Sabak Bernam. Stadium masih tidak dibaikpulih sampai sekarang. Trek yang berlopak-lopak, itu kalau hari hujan boleh bela ikan tuna di situ. Sampai hari ini tidak dibaikpulih, kawasan yang semak-samun, dindingnya hampir runtuh. Sebab saya sebut ikan tuna ni, nak membawa pendaratan ikan tuna di Sungai Lang saya tak tahu daripada mana ikan ini. Itu yang saya persoalkan. Jadi elok di situ. Sebutlah sahaja tentang WCE, alhamdulillah telah siap. Tapi persoalannya persekitarannya tidak kondusif dan selamat. Saya telah menyebut berkaitan dengan pokok-pokok yang tinggi-tinggi di kiri kanan jalan, pokok kelapa, masih belum ada penyelenggaraan, yang sekiranya angin rebut kuat kalau tumbang, terutama yang menghala ke jalan raya dia akan tumbang ke jalan raya. Ini membahayakan pengguna-pengguna. Sebab itu ambil perhatian, kita nak cakap projek yang besar-besar, 1.9 bilion, kelapa pun tak dapat nak urus.

Sabak, boleh mencelah?

Ya, sila, sila.

YB. Sabak menceritakan tentang SABDA yang tidak berjaya dan sebagainya. Ya, kita terbuka harini untuk menerima kritikan cuma saya nak tanya kepada YB. Sebab YB. juga adalah ADUN pada sesi yang lepas, YB. sendiri adalah EXCO takkan tak ada usaha langsung yang dilaksanakan? Dan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh YB. sendiri di kawasan

YB. sendiri yang boleh dibanggakan sebab itulah kita sebut ini adalah perancangan yang patutnya YB. semua boleh berikan kritikan, kita terbuka harini namun berikan cadangan untuk kita buat penambahbaikan. Dan bila ada sesuatu perkara yang boleh dibanggakan oleh YB. sendiri ketika YB. jadi YB. dan EXCO ketika itu, sila bawakan dalam ini dan kita bawakan pandangan-pandangan yang menarik. Terima kasih.

Terima kasih kepada Batu Tiga. Itu biasalah, kalau kita berbahas macam ni dia kebelakang lagi, sesi lepas padahal sesi lepas saya bukannya ADUN pun. Itu mungkin Batu Tiga kena check semulalah. Mungkin nampak bayangan saya di sini, tapi saya tak ada di sini. Saya EXCO, saya tak dapat pencen EXCO pun sebab saya EXCO hanya berapa bulan sahaja. Tapi nak cerita pasal apa yang saya bawa nanti tak jadi ganjaran pahala pada saya. Tapi saya boleh ceritalah, jumpa di luar nanti saya boleh cerita tetapi tak cukup masa saya bercakap soal SABDA ni. Baik. Jadi itu saya menyebut tentang tapi kalau rasa kritik saya ini agak tak berapa nak sedap telinga, hadap jelah memang reality saya cakap berdasarkan kepada bumi yang saya pijak, realitinya begitu. Tak bahagia, kurang bahagialah. Tak macam Seri Kembangan. Kemudian begitu juga sekolah-sekolah, mengadu sampai ke hari ini kurang guru dan sebagainya. Guru tak masuk kelas pasal tak ada guru. Ambillah umpamanya sekolah MITS antara sekolah yang terbaik yang Sungai Tawar pernah jadi Pengerusi PIBG sampai sekarang masih lagi menghadapi masalah, realitinya. Kemudian begitu juga tentang balai raya-balai raya, ini yang instrument masyarakat yang patutnya dibangunkan, patutnya dijaga tapi banyak balai raya yang tutup, balai raya yang tidak diselenggara, naik selaput. Ini realiti. Batu Tiga bolehlah turun ke Sabak Bernam, tengok sesekali. Jadi ini hakikat bila kita bercakap tentang SABDA, sebab itu saya kata bila orang Sabak Bernam mendengar tentang projek berbilion, dia ambil tak kisah, kita cakap sebab dasar kepada nak membangunkan Agropolitan, kita nak meningkatkan hasil pertanian dan sebagainya. Realitinya, petani-petani sudah tidak minat bersawah dah sekarang ni, kalau ada modal dia takkan buat sawah dah. Sebab itu yang ada modal sekarang ni, dia dah mula buat homestay, banyak-banyak dah. Yang tak ada, di sebelah rumah saya belakang, tepi kebun saya, ada sawah tapi dia tak boleh buat. Sebab dia kata kalau buat pun rugi, lebih baik tak payah buat. Nak bangunkan dia tak ada modal. Dan banyak kes-kes yang seperti ini. Tapi kita bercakap 2026 akan selesai projek SABDA ini. Jadi ini yang saya sebut berkaitan dengan projek SABDA yang saya fikir kerajaan perlu memperhalusi dan betul-betul serius. Kalau nak bawa pembangunan ini supaya dapat dinikmati oleh rakyat di utara Selangor, biarlah realistik dalam kontek pembangunan domestik yang ada, suasana domestik Sabak Bernam yang sedia ada. Sebab sebelum daripada ini, pengalaman kita banyak projek tapi banyak juga yang terpaksa, sebagaimana saya sebut Air Manis. Sekarang penjenamaan semula, terpaksa cari pulak syarikat lain untuk bersama dengan PNSB bagi membangunkannya. Lepas ni, habis penjenamaan semula, gagal, penjenamaan semula pulak. Jadi, itulah realitinya

yang disaksikan oleh masyarakat Sabak Bernam. Jadi kerajaan serius tentang SABDA ini. Sebab itu bila sebut SABDA, rakyat Sabak Bernam buat tak reti je. Macam dulu juga, dia kata. Oleh sebab itu, saya tak tahulah dalam Sungai AirTawar yang hati nurani dia mungkin sama dengan dia jugaklah, boleh jadi lah Wallahualam, saya pun tak tahu. Jadi apa pun kita akan bantu sebab impaknya boleh kepada rakyat Sabak Bernam. Tapi serius. Pembangunan ini mesti dilakukan secara serius, sedangkan rakyat sendiri ramai yang tidak tahu tentang projek SABDA ini. Sebab tu saya bertanya dan harap EXCO dapat menjawab dalam soalan lisan saya, bila sebenarnya projek ini akan selesai. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker

Terima kasih YB. Sabak, saya mempersilakan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Subang Jaya ingin bermula dengan mengucapkan tahniah kepada YAB. Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan Kajian Separuh Penggal RS-1. Sebenarnya kalau kita duduk dalam Sidang kali ini, tak payah susah-susah bentangkan kajian separuh penggal. Mengapa nak ungkitkan kritikan daripada pihak sebelah sana kan? Tetapi ini maksudnya akauntabiliti dan ini menunjukkan prinsip Kerajaan Pakatan Harapan sekarang di mana kita berani untuk berdepan dengan hakikat dan ini akan mewujudkan keyakinan di kalangan penduduk dan juga pelabur. Inilah kerajaan yang telah di pilih inilah prinsip yang mereka nak dan inilah apa yang kita sedang buat dalam pembentangan kajian separuh penggal ini. Jadi untuk Subang Jaya kita ada satu pepatah dalam English yang menyebutkan (dengan izin) Give Credit When Credit Is Due. Dulu mungkin dekat pihak sana ada banyak muka baru tetapi kalau pernah ada di sini pada penggal yang lepas, kawan-kawan yang dah dua penggal tiga penggal akan tahu kawasan Subang Jaya tiap kali tahun 2018-2019 akan menghadapi masalah gangguan air berjadual setiap bulan. Jadi setiap Sidang saya akan berdiri di belakang sana dulu untuk membawa isu ini. Tetapi atas usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui RS-1 dengan mengetatkan undang-undang dengan meningkatkan penguatkuasaan dan sebagainya dalam tiga tahun yang lepas Subang Jaya tak pernah ada masalah gangguan air. Jadi Subang Jaya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dalam bergerak ke depan saya juga ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri sebab kita bukan sahaja berhenti di sini selesai masalah berhenti di sini, tetapi kalau kita ingin tarik lebih pelaburan maka usaha ini kena berterusan jadi melangkah ke depan satu cadangan berkenaan isu air untuk memastikan kelestarian adalah untuk mengurangkan beban loji rawatan air dan tadi di tempat ruang makan di bawah sana selepas Sidang Dewan pada pagi ini saya pun telah lihat bahawa Power Plant dekat Pulau Indah pun telah merangkumi cadangan ini, iaitu untuk membenarkan kilang-kilang sama ada kilang kertas atau pun kilang keluli yang tak perlukan air terawat supaya mereka dibenarkan untuk mengekstrak daripada sungai menghasilkan air sendiri dan dengan itu kita boleh

mengurangkan beban daripada loji rawatan air supaya air tersebut boleh disalurkan ke kawasan kediaman. Jadi saya berharap dasar ini berterusan dan dibuka kepada syarikat-syarikat yang lain yang tak perlu air yang di mineralisasi ataupun mineralize (dengan izin) supaya kita tak perlulah bina terlalu banyak loji rawatan air dan kita secara tidak langsung dapat juga memastikan kelestarian air dan meningkatkan lagi keyakinan pelabur terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Kita tak nak macam dekat Kedah ye, ada syarikat yang telah melabur di sana Lita Center tetapi akibat tak ada air yang mencukupi pula menghadapi masalah untuk deliver hasil mereka.

Perkara kedua Subang Jaya ingin bangkitkan adalah berkenaan gas rumah hijau. Subang Jaya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana dalam RS-1 mempunyai sasaran untuk mencapai pengurangan karbon sebanyak 35% pada tahun 2025, dan ini sebenarnya merupakan satu cita-cita yang sangat tinggi yang perlu banyak political willl untuk memastikan kita mencapai sasaran tersebut. Kajian asas atau pun base line study merupakan satu perkara yang sangat penting supaya kita boleh mengenal pasti punca karbon itu datang daripada mana sama ada dia datang dari pengangkutan daripada tanaman daripada industri dan sebagainya dan kita boleh merangka dasar supaya dia boleh menjurus kepada sektor-sektor tersebut. Jadi kita tahu bahawa BESA dan juga Suruhanjaya Sekuriti telah menjadikan pelaporan ESG sebagai manergi pada tahun ini iaitu tahun 2024, jadi ia menjadi penting untuk Kerajaan Negeri Selangor menggubal dasar untuk membantu syarikat-syarikat ini menghadapi transisi yang sebenarnya sangat besar tersebut. Dan kita perlu memastikan bahawa SME atau pun perusahaan kecil dan sederhana dapat menghadapi ekosistem yang baru ini. Mengapa? Hakikat ia adalah bahawa sistem ESG ini akan menggalakkan pemain industri besar untuk mengira inventori GHG mereka atau pun inventori karbon mereka yang merangkumi skop 1,2 dan 3 dan ia akan membawa impact terhadap sistem upstream dan downstream operasi mereka. Jadi bagaimana? Ini bermakna kita mungkin akan menghadapi keadaan di mana syarikat besar sama ada global atau pun tempatan akan memilih pembekal yang kurang intensitinya dari segi karbon ya dan secara tidak langsung pemain-pemain yang lebih kecil yang tidak mampu untuk menghadapi transisi tersebut akan tercicir daripada sistem. Oleh itu pentingnya untuk kerajaan untuk memastikan bahawa kita semua dapat maju bersama dan tiada sesiapa yang akan tertinggal akibat perubahan ini. Saya bagi satu contoh, pertanian merupakan satu sektor yang mengeluarkan karbon yang agak tinggi dan untuk Kerajaan Negeri Selangor, kita tahu bahawa kelapa sawit dan beras merupakan tanaman yang terbesar untuk negeri ini. Jadi antara dasar-dasar pengurangan karbon yang boleh diamalkan adalah satu untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti biogas ataupun solar. Yang kedua mengamalkan pertanian lestari seperti contoh menggunakan kacang sebagai cover crock supaya kita boleh memerangkap karbon ke dalam tanah dan ketiga untuk menggunakan semula bio produk seperti sekam, daun dan batang pokok untuk tujuan-tujuan lain. Jadi

kita tak tebang tak bakar macam tu sahaja dan menyebabkan pengeluaran karbon. Jadi Subang Jaya berharap bahawa cadangan-cadangan ini dapat di pertimbangkan supaya kita boleh memastikan bahawa semua syarikat besar, kecil, mikro, makro dapat sama-sama kita majukan bersama bawah Kerajaan Negeri Selangor. Perkara ketiga adalah berkenaan usaha untuk meningkatkan mobiliti rendah karbon.

Jadi untuk memastikan perkara ini kita juga sama perlu banyak political will untuk mencapai sasaran tersebut sebab kita perlu memastikan adalah kita adanya pelan untuk membina infrastruktur pejalan kaki, basikal, lorong bas khas supaya kita boleh mencapai mobiliti rendah karbon dan terdapat juga bukti-bukti negara lain yang menunjukkan bahawa sebenarnya kalau kita bina lebih bayak jalan ia tak menyelesaikan masalah trafik. Saya bagi satu contoh, dekat Texas A&M Transport Institute, mereka telah buat satu kajian di Bandar Houston dan meraka nampak bahawa dengan membina lebih jalan ia sebenarnya telah meningkatkan kesesakan trafik sebayak 23% dalam jangka masa 10 tahun, dan di Malaysia mengikut data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jumlah kereta berdaftar telah meningkat pada tahun 2013 daripada 10.5 juta kepada 17.4 juta pada tahun 2023 iaitu tahun lepas. Dan ini menunjukkan peningkatan sebayak 65% iaitu sangat tinggi. Saya bagi contoh lain, negara lain di mana mereka telah mengamalkan dasar berbeza, iaitu mereka wind down usaha untuk membina jalan dan mengubah supaya kita mewujudkan lebih infra struktur yang rendah karbon. Contoh seperti negara Belanda dan Denmark. Dahulu mereka tidak mempunyai infrastruktur pejalan kaki atau pun basikal yang baik, tetapi sekarang mereka berjaya untuk mengurangkan penggunaan kereta. Contoh di Amsterdam, mereka telah melabur dalam bayak laluan basikal dan ini telah membawa kepada 38% perjalanan bandar yang dilakukan dengan basikal. Contoh satu lagi di Copenhagen, mereka juga telah melihat penurunan yang sagat ketara dalam penggunaan kereta iaitu sebayak 62% penduduk sekarang yang menggunakan basikal atau pun berjalan kaki ke tempat kerja atau pun ke sekolah. Ini adalah data pada tahun 2019, oleh itu Subang Jaya berharap sebagai sebahagian.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Bagi saya habiskan perangkap akhir ini. Saya akan benarkan ya.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Okay, terima kasih.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Untuk RS-1 ataupun mungkin untuk RS2, Subang Jaya sarankan supaya Kerajaan Negeri mewajibkan semua Majlis Bandaraya dan juga semua Majlis Perbandaran untuk menyiapkan satu pelan laluan pejalan kaki,

laluan bas khas, laluan basikal yang terikat kepada tempoh masa pelaksanaan yang di kenal pasti. Ya sila kan Taman Medan.

Tuan Dr. Afif Bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Kerana membandingkan dengan Copenhagen, Amsterdam, bandar-bandar yang hebat dalam soal low carbon mobiliti ini. Cuma saya nak banding Subang Jaya dengan Taman Medan lah, tak yah pergi jauh, sebelah je. Dari segi connectivity ini, kita sebab kita bercakap tentang perkara laluan basikal, laluan pejalan kaki apa semua ini, adakah Yang Berhormat sedar bahawa dalam kita bercakap di dalam dewan ini, mungkin pandangan Yang Berhormat Subang Jaya boleh kongsikan nanti, bahawa usaha kita itu tak capai target yang kita mahu. Sebab kenapa saya sebut begini, saya ambil contoh di Taman Medan bila saya cuba untuk berbasikal di Taman Medan, laluannya tiada dan dari segi keselamatan, memang nasib baiklah saya elak kalau tak PRK. Dan masalah ini sebenarnya masalah yang serius dan Selangor sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia, kalau kita nak bandingkan Shah Alam bandingkan Petaling Jaya dengan Copenhagen dengan Amsterdam, jauh sangat Yang Berhormat. Boleh tak kita be realistic pada pandangan Yang Berhormat untuk kita lakukan secara holistik bagaimana nak selesaikan masalah mobiliti ini, bukan hanya soal laluan ini, tetapi bagaimana nak menggalakkan penggunaannya. Sekarang kita kena jujur, berapa ramai kakitangan SUK Kerajaan Negeri yang kayuh basikal pergi office yang berjalan kaki ke office? Kita pun saya rasa kalau kita buat statistik kita tak akan nampak satu statistik yang baik untuk kita sebut benda ini berulang kali dalam dewan setiap kali sidang kita sebut benda ini dan saya mohon pandangan Yang Berhormat Subang Jaya apa lagi? It’s not just enough to say kita nak kena ada fasiliti ini tetapi akhirnya penggunaannya tiada.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya saya setuju dengan Taman Medan, masih ada banyak ruang penambahbaikan itu kita tidak menafikan. Saya bandingkan dengan Copenhagen dan juga di Denmark sebab ia merupakan success story untuk menunjukkan bahawa ia boleh dilaksanakan dalam bandar-bandar yang lama didirikan dengan pavement dia yang tidak rata pun mereka boleh mewujudkan keadaan begini, jadi saya harap ia akan menjadikan inspirasi kepada Kerajaan Negeri Selangor. Jadi itu sebabnya kita perlu satu pelan yang holistik dekat mana kita nak bina pejalan kaki ini dekat mana kita nak bina laluan bas khas ini kalau tak ada pelan ke arah itu, maka ia tak akan menjadi. Jadi tu sebabnya cadangan Subang Jaya adalah supaya Kerajaan Negeri memastikan bahawa setiap Majlis Bandaraya dan setiap Majlis Perbandaran kalau belum ada lagi mula ke arah usaha tersebut dan saya berharap juga untuk Taman Medan supaya Taman Medan juga akan diliputilah. Jadi Tuan Speaker saya beralih ke isu ke empat, yang Subang Jaya ingin bangkitkan iaitu Iltizam Selangor Penyayang, dan di Selangor ia merupakan satu-satunya negeri di mana daripada lahir sehingga seseorang meninggal kita mempunyai program untuk semua orang jadi masalah sekarang adalah

kita ada banyak program yang kita perlu untuk memastikan kesinambungan dari segi pendaftaran dan juga pencarian maklumat sebab kita lihat di lapangan bahawa terdapat banyak agensi yang bertanggungjawab atas program dan mereka semua berlainan dan mereka semua mempunyai platfom berlainan untuk mendaftar untuk menebus dan untuk mereka menguruskan bantuan. Contoh BINGKAS menggunakan wavepay untuk menyalurkan bantuan manakala SMUE menggunakan baucar yang masih hardcopy dan pada masa yang sama Bantuan Sihat Selangor dan Skim Air Darul Ehsan menggunakan hardcopy yang masing-masing kena hantar kepada agensi yang berlainan. Jadi bagi saya Subang Jaya lihat bahawa tidak mustahil untuk Kerajaan Negeri Selangor mungkin contoh melalui SSDU untuk mewujudkan platform digital untuk memasukan semua maklumat dan carian pendaftaran melalui satu super aplikasi, supaya maklumat tidak, maaf kata berselerak seperti kini. Jadi ini merupakan satu masalah yang bagus untuk dihadapi sebab nampaknya bahawa Kerajaan Negeri Selangor berjaya untuk mewujudkan banyak program jadi kita kena menghadapi masalah yang bagus di lapangan. Jadi usaha sekarang adalah untuk mengusahakannya. Saya bagi satu contoh di Singapura melalui Agensi GovTech. Mereka telah mewujudkan satu aplikasi Life SG. Jadi peranan Agensi GovTech di Singapura adalah untuk membangun dan juga menyelenggara teknologi ataupun aplikasi yang di perlukan oleh mana-mana agensi kerajaan dan ini adalah untuk mengelakkan redundancy memastikan kepakaran dan juga kesinambungan.

Perkara seterusnya Tuan Speaker adalah berkenaan kitar semula. Jadi Kerajaan Negeri Selangor kini telah mencapai 8% kadar kitar semula dan kita nak memastikan 15% menjelang tahun 2025. Jadi Subang Jaya mencadangkan supaya kita mewujudkan satu sistem pengumpulan bahan kitar semula dari rumah. Sekarang kita ada program banyak. Bagus tapi kesinambungannya menjadi persoalan. Jadi di Subang Jaya kita telah bantu untuk tengok sama ada sistem yang kita telah pilotkan mampu untuk membawa perubahan dan syukur untuk kita untuk saya maklumkan kepada Dewan ini bahawa melalui usaha pilot yang dilaksanakan pada tahun lepas di setengah DUN Subang Jaya kita berjaya melipat gandakan bahan yang dikumpul sebanyak 6 kali ganda. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri Selangor ataupun Majlis akan membenarkan kontraktor untuk mengitar semula sebab saya difahamkan bahawa dalam kontrak perkhidmatan ada sedikit cabaran di mana kontraktor tidak dibenarkan untuk mengitar semula dan untuk kontrak-kontrak yang akan diperbaharui memandangkan ada banyak majlis di mana KDEB telah sampai hayat 7 tahunnya ataupun dalam keadaan di mana kita menandatangani Akta 672 Subang Jaya berharap bahawa perkhidmatan kitar semula akan dimasukkan dalam kontrak kontraktor untuk memastikan keberkesanan sistem dan untuk memastikan kita mencapai sasaran 15% mengitar semula tersebut. Perkara keenam adalah berkenaan kanak-kanak. Jadi Subang Jaya tertarik degan Rancangan Selangor 1 pendaftaran kanak-kanak di pra sekolah menjadi petunjuk kemiskinan.

Namun Subang Jaya berpendapat bahawa ia penting untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk mengkaji syarat-syarat pendirian pusat jagaan. Pada saat ini operator menghadapi kesukaran memenuhi syarat-syarat contohnya perlu beroperasi daripada banglo ataupun lot penjuru. Dan untuk mereka yang beroperasi dalam skala yang kecil ada dua tiga orang kanak-kanak sahaja yang mereka mengasuh mustahil untuk mereka memenuhi syarat tersebut. Dan kalau mengikut Presiden Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia iaitu Puan Siti Azha dalam berita The Star juga telah memaklumkan bahawa pusat jagaan kanak-kanak yang tidak didaftar adalah lima kali ganda bilangan pusat jagaan dalam sistem JKM. Dalam sistem JKM pada tahun tersebut terdapat 420 unit yang telah didaftar untuk seluruh Malaysia. Jadi Subang Jaya mencadangkan antara syarat-syarat yang boeh disemak semula adalah benarkan operasi daripada lot rumah intermediate. Benarkan operasi dari pangsapuri tapi pada aras tertentu untuk memastikan keselamatan. Syarat bomba pun kalau nak minta tempat seperti ini untuk membina tangga daripada aras dua mungkin tak praktikal. Jadi mungkin ia boleh diubahsuai syarat mengikut kesesuaian jenis kediaman tersebut. Contoh, mewajibkan latihan kebakaran atau fire drill. Mewajibkan penyediaan pemadam api dan pengesan asap. Dan tidak membenarkan grill tingkap dan sebagainya. Jadi saya percaya bahawa kalau Kerajaan Negeri dapat memudahkan proses permohonan kebenaran keadaan ini akan meningkatkan bilangan pra sekolah yang sah. Yang sekali gus akan meningkatkan accessibility pra sekolah kepada golongan yang miskin. Keadaan ini juga akan memberi impak yang positif pada pengurangan kemiskinan kerana kita memberikan peluang pendidikan awal yang lebih baik untuk kanak-kanak daripada lapisan masyarakat yang kurang berkemampuan. Dan selain itu kita juga akan meningkatkan akses kepada pra sekolah yang besar dan mengurangkan kemungkinan operasi pra sekolah secara haram yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak. Dengan itu Tuan Timbalan Speaker, Subang Jaya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan menyokong pembentangan usul kajian separuh penggal RS-1. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Ramal.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dah salam bahagia. Tuan Speaker dan Yang Berhormat sekalian, saya mengambil kesempatan ini untuk sama-sama berbahas tentang laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor 1 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pagi tadi. Saya akan mengambil beberapa point penting itu yang pertama mengenai keseimbangan pembangunan dan keperluan orang ramai. Kedua mengenai masalah pengangguran belia di Selangor. Yang ketiga tentang kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan kerajaan dan juga belia Negeri Selangor. Kesemua ini ialah

rangkuman bagi maksud untuk melihat Selangor ini maju dengan kadar yang seimbang. Pembangunan fizikalnya, spiritualnya, emosinya diseimbangkan, supaya rakyat Selangor akan hidup dalam keadaan yang bahagia, berdaya huni, sentosa, dan sebagainya. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyebut beberapa angka yang sungguh sedap didengar, angka-angka yang lumayan, pencapaiannya berita-berita yang membugarkan jiwa dan memberikan harapan-harapan yang bahagia. Namun selepas berakhirnya pembentangan Dato Menteri Besar menyusul ialah Ketua BBC. Dalam perbahasan Ketua BBC ini, backbencheryang ada dua perenggan yang saya dengar memuji dan menyokong usul yang dibentangkan oleh Dato Menteri Besar. Perenggan pertama dan terakhir. Di tengah-tengahnya ialah masalah semuanya. Sama seperti mendengar oleh Yang Berhormat Seri Kembangan yang menyatakan bahagianya Serdang tapi selepas itu semuanya masalah. Saya pun confuse, tang mana bahagianya.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Bahagia memang ada tapi boleh tambah baik. Bahagian itu 166 kedudukan dia boleh membahagikan lagi.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Yang Berhormat Speaker, dia seolah-olah kita ini bercakap tentang sesuatu yang berilusi keadaannya. Kalaulah semua Yang Berhormat, hampir semua yang Berhormat bercakap tentang masalah macam tidak ada signifikannya dasar ataupun Rancangan Selangor 1 yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri. Tak apalah, saya amat menyambut baik Rancangan ini dan mudah-mudahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. In sha Allah, kita semua akan bahagia. Dengan pembangunan yang dibentangkan, ada pelbagai projek besar IDRISS, SABDA, ZPESMG, WTE, KSSA dan sebagainya termasuk inisiatif kerajaan dalam iltizam Selangor yang begitu diuar-uarkan, saya bercakap tentang aspek keseimbangan. Keseimbangan dan keperluan kehidupan selesa, keperluan kehidupan rakyat teramai dari utara Selangor, tengah sampai ke selatan negeri ini. Saya bimbang bangunan yang dibuat atau dirancangkan akan memberikan kesan yang negatif atau ketidakcukupan keperluan rakyat teramai dan rakyat akan terus sesak dengan keadaan yang tidak seimbang seumpama ini. Saya ambil contoh tiga perkara Yang Berhormat Speaker. Yang pertama masalah sekolah. Yang kedua masalah kesesakan lalu lintas. Yang ketiga masalah tanah kubur, yang juga memerlukan pertimbangan yang serius oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menjadikan sebuah negeri yang berdaya huni dan bahagia. Melihat kepada keperluan sekolah, hari ini kita melihat pembangunan perumahan begitu pesat yang tidak terkira jumlahnya, beribu-ribu hektar dibangunkan untuk maksud pembangunan kependudukan. Tapi persekolahan atau sekolah tidak ditampung sebegitu rupa. Saya ambil contoh di kawasan saya Sungai Ramal bersempadan dengan DUN Semenyih dengan berbagai-bagai projek perumahan yang begitu besar beribu-ribu isi rumah akan masuk ke kawasan ini, sekolah tidak ada. Begitu banyak keluhan ibu bapa yang saban hari semakan teruk, merungut di mana nak dihantar anak-anak mereka.

Jumlahnya mereka beribu-ribu orang jumlahnya. Sekolah yang ada ialah sekolah lama. Sekolah yang dibangunkan tahun 70an dan 80an. Saya ambil contoh bagi penduduk di sekitar Bangi Avenue sampai ke Semenyih. Sekolah yang ada adalah sekolah Semenyih, Sekolah Bangi Lama yang melibatkan pendidikan asas. Ini baru pendidikan asas. Belum universiti atau IPT. Bayangkan sekolah lama, infrastruktur yang lama, bangunan yang lama, diminta memasukkan pelajar beribu-ribu jumlahnya. Sekolahnya sempit, padangnya kecil nak buat kegiatan kokurikulum terpaksa pergi jauh dari kawasan sekolah. Ini menjadikan kehidupan tidak selesa dan tidak bahagia. Justeru saya memohon sangat-sangatlah pihak Kerajaan Negeri ambil inisiatif yang bersungguh-sungguh dengan inisiatif Kerajaan Persekutuan supaya ditambah atau dibina satu, dua atau tiga walaupun tidak berpuluh-puluh, cukup tiga yang awal untuk membahagiakan sebahagian besar penduduk di kawasan ini. Saya merujuk kepada MPK, majlis Perbandaran Kajang yang menjadi pentadbir kawasan ini sudah menyediakan lebih 30 buah kawasan tempat tapak sekolah tapi satu pun sekolah baru tak dibina di kawasan ini yang menjadikan kesengsaraan menggantikan kebahagiaan. Yang dua mengenai tanah kubur. Kita jangan bercakap tentang kehidupan pembangunan manusia sahaja. Kita akan mati. Saya akan mati mungkin lebih awal, kalau ikut umurlah. Kalau ikut penyakit mungkin orang lain lebih awal pergi daripada saya. Itu takdir Allah SWT. Tanah kubur menjadi aspek penting yang kita mesti lihat. Yang tidak cukup, Bandar Baru Bangi menunggu masa tidak lebih daripada 10 tahun, akan sesak. Kubur yang besar. Sebagi contohlah, sebagai contoh saya ambil tanah kubur.

Yang kedua, untuk Bandar Teknologi Kajang merangkumi Taman Jasmin dan sekitarnya berpuluh ribu penduduk di sini, tanah kubur yang disediakan hanya seluas 5 ekar. Dah la 5 ekar separuh itu adalah jurang seperti jurang yang perlu ditampung beratus-ratus lori jumlahnya nak diletakkan tanah di situ. Yang kedua, kedudukan tanah kubur orang Islam sangat-sangat terhina saya rasa. Tanah kubur orang bukan Islam di puncak bukit. Tinggi. Orang Islam punya tanah kubur nun di bawah sana, ada jurang lagi. Saya melihat dengan mata kepala sendiri saya rasa cukup-cukup terhina tindakan pihak Kerajaan, mungkin bukan kerajaan yang sepuluh tahun ini. Mungkin yang lama, tetapi perlu ada tindakan yang tegas, bersungguh-sungguh, besar daripada pihak kerajaan yang ada pada hari ini. Bukan nak alihkan tanah kubur tetapi mengambil tindakan yang besar untuk memastikan keselesaan anak cucu kita yang akan dikuburkan di sini akan bahagia keluarga mereka. Dan yang ketiga, tajuk yang sama mengenai kesesakan lalu lintas. Ya, kita memang gembira dengan pembangunan. Kalau orang punyai tanah lebih 10 ekar dijemput pemaju untuk bangunkan kawasan perumahan yang ramai akan diduduki oleh penduduk daripada luar tetapi malang sekali jalannya kecil, rumahnya besar-besar, kependudukannya sangat ramai. Jalannya kecil bayangkan di kawasan persekitaran Kajang 2, Alam Sari, Sungai Tangkas, Bangi Avenue, Serene Height. Lingkaran ini rumahnya melebihi 50,000 unit, bahkan boleh mencecah 100,000 unit akan dibangunkan

sikit masa lagi. Jalannya seperti jalan di Hulu Langat, jalan 6 kaki. Ada usaha pihak Perbandaran untuk melebarkan jalan selebar 2 kaki sahaja. Itu maksimum yang PBT boleh buat, tak lebih daripada itu. Tetapi tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan penduduk di sini bahkan bukan penduduk biasa-biasa, pegawai kerajaan berperingkat menengah dan tinggi ada DO duduk situ, Ada pegawai PBT duduk situ, dan mereka pun sengsara kerana kesesakan lalu lintas yang mereka hadap hari-hari. Mereka nak bercakap, takut sentuh kawan sendiri. Dia kata Yang Berhormat cakap kat Dewanlah. Saya cakap pada hari ini untuk berkongsi cita rasa dan kemahuan kebahagiaan kita untuk memastikan keselesaan. Biarlah pembangunan itu berterusan, dan pembangunan itu wujud tetapi jalan raya biarlah selesa untuk digunakan oleh masyarakat sekitar. Itu yang pertama mengenai keseimbangan.

Speaker saya hendak pergi yang kedua iaitu kadar pengangguran di Negeri Selangor. Dalam pada angka-angka pencapaian yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar yang dikatakan sangat-sangat menarik pada hemat Kerajaan Negeri sendiri, pada masa yang sama kadar pengangguran di negeri ini terutama melibatkan belia masih sangat-sangat tinggi. Pada Sidang yang lepas, Kerajaan Negeri melalui EXCO berkaitan ada menyebut tentang penurunan angka pengangguran di Selangor sebanyak 1.5% pada tahun 2023 berbanding tahun 2022. Iaitu pada hari ini, pada hari EXCO menjawab November 2022, menyatakan bahawa 2023 menyatakan bahawa jumlah penganggur khususnya belia di Selangor seramai 67,200 orang iaitu penurunan sebanyak 1.5% berbanding tahun sebelumnya. Mungkin, kata Yang Berhormat EXCO ini adalah keberkesanan program yang besar dianjurkan beberapa kali dalam program Selangor Mega Job Fair. Persoalan saya ialah bagaimana program yang sebesar ini, yang saya pasti dan yakin bahawa kosnya sangat tinggi, dia buat begitu banyak di semua daerah tetapi kadar pengangguran tidak berjaya diturunkan dengan bentuk yang significant, jumlah yang significant. Apakah pihak Kerajaan Negeri bersedia?, atau membuka laluan untuk diaudit program sebesar ini? Contohnya, program Selangor Mega Job Fair ini, supaya biarlah program yang Kerajaan Negeri buat itu berbaloi dengan hasil ataupun input yang diperolehi daripada program-program yang sebegini. Kita bimbang dan takut bahawa program itu bagus, menjadi bualan mulut Kerajaan Negeri sendiri tetapi kesannya tidak sangat-sangat menarik orang untuk bekerja. Dan kalaulah audit menyatakan tidak sesuai program ini wajar sangat-sangat digantikan dengan program lain supaya kadar pengangguran belia di Negeri Selangor akan berjaya dikurangkan dengan jumlah yang sangat-sangat significant. Dato’ Menteri Besar menyebut pagi tadi bahawa Negeri Selangor berjaya menamatkan miskin mutlak. Saya tidak boleh memberi komen ya ataupun tidak tetapi saya hendak bercakap tentang apakah usaha kerajaan yang lebih besar, lebih significant, lebih berskala tinggi untuk memastikan penduduk Selangor khususnya para belia ini akan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka. Jangan sekadar ada program tetapi kesannya sangat-sangat sedikit. Yang Berhormat Speaker,

saya percaya kerajaan mampu melakukannya jika ikhlas dan bersungguh-sungguh dan kami tidak ada masalah untuk menyokong semua usaha kerajaan sekiranya dibuat dengan cara yang betul, ada audit-auditnya, ada kira-kiranya, cuma jangan hanya syok sendiri, cakap cukup berbunga-bunga tetapi kesannya tidak ke mana.

Yang ketiga, iaitu angka rasuah. Angka rasuah yang disebut oleh SPRM, saya telah bentangkan pada sesi yang lepas tetapi hari ini saya hendak bentang secara lebih detail lagi. Ada dua (2) aspek yang saya hendak sebut di sini Tuan Speaker, yang pertama, rasuah di kalangan kakitangan awam, yang kedua, rasuah di kalangan belia Selangor. Saya bukan hendak mengatakan teruknya kakitangan awam, tidak. Dan saya tidak mengatakan bahawa teruknya belia kita, tidak. Tetapi kita harus melihat angka-angka ini demi memastikan Selangor yang mempunyai kakitangan kerajaan yang paling ramai di Malaysia akan terpelihara. Ini adalah enjin kerajaan. Jangan sampai enjin ini rosak. Dan lebih teruk lagi ialah rosaknya enjin ketika awal penggunaannya iaitu usia belia sudah tertangkap, kena rasuah. Dan saya memberikan pandangan ini supaya suatu yang sungguh-sungguh, serius dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan kakitangan kita akan terpelihara dari gejala rasuah, belia-belia kita begitu juga dan kita akan hidup di peringkat lanjut dengan keadaan yang lebih bahagia.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Sungai Ramal, ringkaskan. Tutup dah terus.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Ha, dua (2) muka surat sahaja.

Timbalan Speaker

Panjang tu.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Pendek je. InsyaAllah 10 minit.

Timbalan Speaker

Seminit sahaja.

Tuan Mohd Shafie Bin NgahPAS · PNSungai Ramal

Saya mengambil data ini daripada SPRM yang dihantarkan ke Pejabat saya baru-baru ini dan saya bentangkan untuk perhatian kita bersama. Yang pertama, maklumat tentang amalan rasuah di Selangor adalah berjumlah 4,438 dari tahun 2019 hingga 2023. Dengan jumlah itu kesalahan berunsur rasuah, saya ulang, kesalahan berunsur rasuah berjumlah 2,480 iaitu 55.88% daripada jumlah maklumat yang SPRM terima. Dari jumlah 2,480 itu, sebanyak 506 iaitu 20.40% kertas siasatan dibuka dan yang penting ialah daripada 506 itu, sebanyak 231 adalah melibatkan kakitangan awam. Jumlahnya ialah 45.65%, separuh daripada jumlah itu. Last page Speaker. Jumlah tangkapan SPRM. Dari tahun 2019 sehingga 2023, terdapat 496 individu ditangkap atas kesalahan rasuah oleh SPRM. Daripada 496 itu,

45.6% atau 228 orang adalah golongan belia iaitu berumur 40 tahun ke bawah. Ada dua (2) perkara di sini yang saya hendak ulang balik ialah yang pertama, jumlah kakitangan awam Selangor yang terlibat dengan kes rasuah adalah 45.65%. Dan jumlah belia Selangor yang ditangkap atas laporan rasuah kepada SPRM itu juga sama iaitu 45.6% bermakna hampir separuh dari jumlah kakitangan awam yang dilaporkan itu adalah besar, sebahagian besar kesalahan ia terlibat dengan rasuah dan hampir separuh laporan yang dibuat tentang belia juga adalah akan didakwa atas kesalahan rasuah. Bermakna angka ini sangat besar dan serius, mohon pihak kerajaan perhatikan supaya Rancangan Selangor yang dibugar-bugarkan itu akan real memberikan pembangunan fizikal, sama juga dengan pembangunan spiritual dan emosional kita. Terima kasih Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya persilakan Yang Berhormat Batu Tiga.

Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, atas ruang yang diberikan dan seterusnya saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri. Pertamanya, yang kita bahaskan hari ini ialah berkenaan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor 1 namun memandangkan masa amat sangat-sangat mencemburui saya maka kebahagiaan, kadar kebahagiaan saya sudah semakin menurun. Saya mohon masa saya diberikan tambahan pada esok hari. Tuan-tuan, Yang Berhormat sekalian ..

Timbalan Speaker

Kita tengok dulu. (Ahli Dewan ketawa)

Yang Berhormat sekalian, yang kita sedang bahaskan ialah Kajian Separuh Penggal yang mana kita percaya bahawa Rancangan Selangor Pertama ini tidak akan hanya boleh dilaksanakan oleh satu (1) batang tubuh sahaja. Ia adalah gabungan bersama semua pihak yang mana dari pihak kerajaan, daripada Dato’ Menteri Besar kemudian Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk dengan Ahli-ahli Yang Berhormat semua, daripada kerajaan mahupun pembangkang termasuk juga dengan penjawat-penjawat awam. Sebab itu saya kira Rancangan Selangor Pertama ialah sebuah asas kepada sebuah pembangunan yang sangat menarik yang boleh kita unjurkan ke hadapan nanti dan tahun demi tahun kita menanti termasuk juga saya menanti juga setiap tahun dari tahun 2021 ketika buku ini dibentangkan, kita juga menanti apakah progress dan pencapaian yang boleh dilaksanakan. Namun, kalau kita ambil, sebenarnya kalau ikut daripada istilahnya, separuh penggal sepatutnya ia dibahaskan pada tahun lepas 2023, kira ngam-ngamlah separuh-separuh, memandangkan tahun lepas ialah tahun pilihan raya maka tempoh yang terhad itu dibawa ke tahun 2024 maka baki tinggal hanyalah setahun setengah

berbaki untuk kita jayakan. Dan ini, saya sebutkan tentang semua kita, perlu sama-sama tidak hanya boleh satu (1) batang tubuh. Saya hendak gambarkan seolah-olah begini Tuan-tuan, Yang Berhormat semua.

Ada satu contohlah, satu-satu contoh, ini contoh. Ahli Parlimen, bukan dari Malaysia, berlari 200km dari negeri dia pergi ke Parlimen. Dan bila dia berlari, penat berlari ni 200 km ni berlari ada dua (2) orang Ahli Parlimen potong tang corner ambil kredit. Kita tak nak jadi begitu. Ini bukan negara Malaysia, negara luar. Bila lari 200 km dah jauh, dah sampai, nak berjaya dah ni, nak sampai ke mesej yang bagus itu, sampai-sampai ada Ahli Parlimen lain datang potong tang corner ambil kredit daripada larian itu. Kita bukan begitu di Negeri Selangor. Di Negeri Selangor yang mengemudi Kerajaan Negeri ini ialah Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat dari Sungai Tua dan kita seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri terutama Blok Kerajaan dan saya jemput bersama Blok Pembangkang, sama-sama kita jayakan buku yang kita panggil Rancangan Selangor Pertama ini, boleh Tuan-tuan, Yang Berhormat sekalian? Sebab itu saya hendak sebut, dalam beberapa point saya yang saya hendak cuba gambarkan kepada semua dalam masa yang berbaki tidak panjang, ada beberapa point penting daripada empat (4) Teras ini yang saya hendak sebut satu persatu. Namun, saya kira banyak lagi perbahasan-perbahasan daripada Ahli-ahli Dewan yang lain akan menyentuh point-point yang sama.

Daripada empat (4) Teras ini, yang pertamanya Pengukuhan Ekonomi, kedua, Peningkatan Kesejahteraan Dan Keterangkuman Sosial, yang ketiga, Pemacuan Kelestarian dan yang keempat Tadbir Urus Smart Dan Berkesan. Sudah pasti, saya percaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga akan mengambil bahagian dalam setiap topik yang kita akan bahaskan. Yang pertama, saya akan sentuh pada zon pembangunan ekonomi di bawah Selangor Maritime Gateway. Kebetulannya, Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Speaker, zon pertama yang akan dibangunkan ialah di Zon SA05 di Seksyen 24 Shah Alam, kebetulannya sahaja dan berada di DUN Batu Tiga. Saya hendak sebut, ini adalah satu projek yang sangat menarik untuk kita bincangkan, sangat bagus untuk pembangunan negeri sebab bila saya masuk ke DUN Batu Tiga pada kali pertama bertanding kita lihat dalam kawasan DUN Batu Tiga ini sudah tidak ada kawasan yang boleh dibangunkan. Tanah kita hampir sebahagiannya sudah habis, maknanya reserve untuk pembangunan kita agak terhad sebab kawasan ini telah bangun 30 tahun ataupun 40 tahun yang lalu so reserve kita sudah hampir tiada tetapi bila didatangkan idea SMG ini saya kira ia adalah satu perkara yang menarik. Kita mengangkat kawasan reserve sungai ini sebagai sebuah zon yang boleh dikira sebagai penyumbang kepada ekonomi. Namun ada beberapa perkara yang perlu kita perhalusi di sebalik kita melihat kepada kejayaan yang telah dilaksanakan oleh SMG ini dengan pelaburan dan komitmen, jalinan kerjasama kita dengan berjaya, saya lihat antara kejayaan yang boleh kita banggakan, yang pertama ialah 67,000 tan metrik sampah telah kita kumpulkan.

Maknanya hendak sebut dalam Sungai Klang kita ini, belum sampai lagi pasir ni, pasir yang boleh kita jual ni tak sampai lagi ia baru sampah-sampah, sampah-sampah dan selut yang hitam yang telah lama berada di dalam sungai so itu telah kita kumpulkan. Yang kedua, yang boleh kita banggakan ialah bacaan indeks. Indeks Kualiti Air (WQI) naik dari Kelas empat (4) ke Kelas tiga (3). Ini satu anjakan yang kalaulah tanpa projek SMG ataupun namanya sebagainya, saya rasa pencapaian ini mungkin tidak akan dapat kita, dapat pada kali ini. So, ini satu perkara yang boleh kita banggakan dan saya mohon dengan masa empat (4) saat berbaki, saya mohon masa tambahan pada esok hari. Terima kasih banyak.

Timbalan Speaker

Terima kasih Batu Tiga. InsyaAllah kita sambung esok hari. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam sudah pun 5.30 petang. Maka Dewan ini ditangguhkan sehingga ke hari esok, Jumaat 5 Julai 2024 bermula jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)