Selangor · 5 July 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 333 turns · 42,652 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 05 Julai 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa (doa dibaca).
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, selamat pagi, salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat kembali kepada Meru, semoga semua ibadat diterima oleh Allah S.W.T dan mendapat haji yang mabrur. Kita mulakan urusan pertanyaan-pertanyaan lisan. Saya jemput, Pandamaran.
Tuan Timbalan Speaker, memandangkan Pandamaran baru sahaja selesaikan isu urusan pengkebumian ibu, mendiang beliau, maka menurut Peraturan Tetap 24(2), Subang Jaya mohon untuk mengambil bagi pihak beliau.
Silakan Subang Jaya.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Pelaburan AsingQuestions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-
a) Nyatakan jumlah pelaburan yang akan melabur di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2024.
b) Nyatakan jumlah pelaburan yang telah melabur di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2024.
c) Nyatakan jumlah jangkaan pelaburan yang melabur di Selangor pada tahun 2025.
Tuan Timbalan Speaker, pada waktu ini Invest Selangor sedang memantau sejumlah 63 projek pelaburan asing yang kini berada di dalam fasa akhir. Sebelum memasuki proses pemeteraian perjanjian sewa atau beli. Projek-projek tersebut telah melalui fasa lawatan tapak. Anggaran keseluruhan potensi pelaburan adalah kira-kira RM8 bilion. Jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan dalam sektor pembuatan ataupun perkilangan di Selangor dari tahun 2008 hingga Mac 2024, adalah sebanyak RM100.38 bilion dengan sejumlah 169,775 peluang pekerjaan dapat disediakan, berdasarkan 1955 projek yang diluluskan. Bagi jangkaan pelaburan tahun 2025, jumlah jangka pelaburan yang melabur di Selangor pada tahun hadapan hanya akan dapat dianggarkan setelah unjuran dilakukan berdasarkan prestasi pelaburan semasa. Jadi dia adalah terlalu awal bagi satu jangkaan pada masa ini. Sekian, terima kasih.
Tak ada soalan tambahan, saya teruskan dengan soalan seterusnya dari Seri Serdang.
Assalamualaikum Tuan Speaker, soalan saya nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Pembinaan Masjid Di SelangorQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :-
a) Mohon penjelasan status terkini pembinaan masjid Lestari Putra yang mempunyai peruntukan RMK12 di dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2024.
b) Mohon penjelasan status terkini pembinaan SRA Puchong Utama yang mempunyai peruntukan RMK12 didalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2024.
Terima Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Soalan ada dua bahagian, yang pertama adalah memohon penjelasan status terkini pembinaan masjid Lestari Putera. Jawapannya adalah, Pembinaan Masjid Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Namun pembinaan ini hanya akan dimulakan dengan kerja-kerja awalan pada tahun 2025, di mana dana RMK-12, sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan. Maknanya penyiapan masjid itu akan diteruskan dalam RMK-13 juga.
Untuk bahagian kedua, untuk status terkini pembinaan SRA Puchong Utama. Tiada kemajuan setakat ini dan saya dimaklumkan bahawa projek ini akan hanya dimulakan di bawah RMK-13, tetapi kita akan jadikan dia satu agenda yang akan kita laksanakan dalam RMK-13. Terima kasih.
Tuan Speaker, soalan tambahan.
Silakan.
Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO, kawasan ini agak padat dengan penduduk. Saya kira setiap kali sidang, kita bersidang, saya akan membawa isu yang sama kerana sudah lama kawasan ini menantikan pembinaan masjid yang agak besar dan selesa bagi mereka. Tadi YB EXCO ada maklumkan, akan bermula pada tahun hadapan. Jadi boleh pencerahan, bila agaknya construction secara fizikal boleh dilakukan di tapak pembinaan kerana telah lama sangat mereka menantikan masjid ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita ikut anggaran kos yang ada depan saya ini, kosnya adalah dianggarkan berjumlah RM20 juta. Dana awal untuk kerja awalan itu telah dibekalkan, yang akan digunakan pada tahun 2025, RM3 juta. Jadi bakinya kita akan masukkan dalam RMK-13, yang akan bermula 2026 sehingga 2030. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya dari Selat Klang. Tak ada. Saya teruskan dengan Rawang. Ada Ketua Pembangkang... Teruskan dengan Rawang.
Tuan Speaker, patut Sabak sebab soalan saya nombor 12. Yang seterusnya nombor 11.
Eh. Sabak.. Sorry, minta maaf, Rawang.
Sabak belum pindah tempat duduk lagi,
Tak tahu akan datang.
Soalan saya nombor 11.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Projek SabdaQuestions
11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Setakat ini berapakah jumlah pelaburan domestik dan pelaburan dari luar yang telah diterima?
b) Apakah kerja-kerja yang akan dilaksanakan untuk tahun 2024 dan 2025?
c) Bilakah projek ini dijangka akan diisytiharkan siap sepenuhnya?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Sabak. Tuan Timbalan Speaker, berhubung prospek pelaburan domestik dan asing di SABDA, untuk makluman Dewan, pembangunan pusat pemprosesan hasil laut Sungai Lang, pusat pendaratan ikan Sekinchan, dan pembangunan semula Hay Resort masih di peringkat perancangan dan terdapat isu-isu berkaitan tanah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pemasaran kepada pelabur boleh dimulakan. Bagi tahun 2024 dan 2025, pihak MBI dan UPEN, selaku urus setia pembangunan wilayah untuk SABDA akan memberi tumpuan berkaitan penyelarasan dan penyelesaian hal-hal tanah untuk memastikan tapak tanah bagi projek-projek di atas, sedia untuk dibangunkan dengan lancar kelak.
Kajian terperinci juga akan dilaksanakan untuk memastikan konsep pembangunan bersesuaian, dengan keadaan tanah dan keperluan serta potensi industri di lokasi masing-masing. Sekiranya terdapat perkembangan positif berkenaan hal-hal tanah untuk tapak projek di atas, proses RFP mungkin boleh dibuat seawal pertengahan tahun 2025
untuk mendapatkan pelabur dan pemaju yang sesuai untuk membangunkan projek-projek tersebut.
Sebagai tambahan, SABDA bakal menerima kesan limpahan ekonomi berikutan pembinaan jambatan Sungai Air Tawar – Hutan Melintang, yang akan menghubungkan daerah Sabak Bernam dan Bagan Datok. Projek ini akan meningkatkan ketersambungan dan membantu pembangunan ekosistem ekonomi dan logistik, yang akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar. Dan projek ini dijangka siap pada Jun 2026. Berkaitan dengan tempoh siap, untuk makluman Dewan, kebanyakan projek-projek di bawah SABDA adalah projek jangka masa panjang yang dijangka memakan masa tempoh lebih 5 tahun. Walau bagaimanapun daripada segi kemajuan projek, daripada 18 projek, 3 projek telah mencapai fasa selesai dan telah beroperasi iaitu Kelip-kelip Sungai Panjang, Lebuhraya WCE, gerbang ke wilayah pembangunan Sabak Bernam. Dan ketiga ekopelancongan, Ban Canal.
Baki projek masih dalam perancangan, sama ada diperingkat reka bentuk dan perancangan dan konsep dan inisiatif. Pihak MBI akan memaklumkan laporan kemajuan projek-projek ini dari masa ke semasa, lebih-lebih lagi projek ini merupakan antara pemacu perubahan di dalam Rancangan Selangor Pertama iaitu RS-1, di bawah teras satu pengukuhan ekonomi. Terima kasih.
Silakan Sabak.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya ingin sikit penjelasan. Apakah nanti akan melibatkan, soal pengambilan tanah-tanah penduduk tempatan dan adakah telah dilakukan libat urus dengan pihak-pihak yang, berkaitan dengan pengambilan tanah dan begitu juga dengan jambatan yang akan dibina. Bagaimana statusnya sekarang? Ini adakah juga akan melibatkan soal pengambilan tanah penduduk tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Buat masa ini tentang pengambilan tanah-tanah yang terlibat, kebanyakannya masih lagi adalah melibatkan tanah-tanah kerajaan. Khususnya jambatan Hutan Melintang ke Sungai Air Tawar. Cuma ada sedikit penglibatan itu, melibatkan daerah Bagan Datok. Tidak berlaku di daerah Sungai Air Tawar, di daerah Sabak Bernam.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya dari Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 12.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Pusat Data Di SelangorQuestions
12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apa perancangan negeri untuk menggalakkan lagi pelaburan pusat data di Selangor yang kini telah menunjukkan hasil seperti pelaburan Google di Elmina?
b) Nyatakan maklumat lanjut berkenaan pembangunan pusat data yang bakal dibina oleh Google.
c) Bagaimana pusat data akan memanfaatkan pembangunan negeri?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Rawang. Sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing, Selangor mempunyai kemampuan untuk menarik pelaburan di dalam pembangunan pusat data tempatan. Pelaburan pusat data didorong oleh gabungan faktor strategik termasuk kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan ketersambungan infrastruktur yang kukuh. Selain permintaan yang meningkat dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, penstoran data ataupun data storage dan teknologi berkaitan. Dengan adanya pusat data tempatan, kita dapat meningkatkan akses kepada perkhidmatan awan (cloud service). Sekali gus mengurangkan kos perniagaan. Secara dasar, infrastruktur ini adalah penting sebagai sistem sokongan untuk menjana pelaburan dan pembangunan industri bernilai tinggi di Selangor. Oleh itu, kajian mendalam mengenai pembangunan pusat data di Selangor perlu dilakukan. Antaranya adalah untuk mengenal pasti kapasiti sebenar pusat data yang diperlukan. Seperti bilangan dan jenis data center yang kita perlukan di negeri Selangor. Dan juga lokasi yang bersesuaian serta ketersediaan infrastruktur sokongan seperti bekalan utiliti tenaga dan air. Selain itu, pembangunan pusat data di Selangor juga perlu mengambil kira aspek pembangunan tenaga kerja kemahiran tinggi. Sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuk proses pemindahan teknologi kepada bakat tempatan dan juga penggunaan bahan
tempatan ataupun local content atau local participation di dalam projek pembangunan pusat data.
Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan sesi focus group discussion, melibatkan operator pusat data dan agensi-agensi berkaitan pembangunan pusat data baru-baru ini bagi membincangkan perkara berkenaan ketersediaan utiliti, kemudahan di dalam proses kelulusan dan sebagainya. Seperti sedia maklum, pihak Google telah memilih Elmina Business Park yang dibangunkan oleh Sime Darby Property sebagai lokasi bagi pembangunan pusat data mereka. Pusat data ini akan dibina atas tanah Sime Darby Property berkeluasan 19.83 hektar dan disewakan kepada Google dengan nilai kira-kira RM2 billion. Projek ini turut melibatkan syarikat tempatan seperti Gamuda Engineering Sdn. Bhd. yang dianugerahkan kontrak bernilai RM1.74 bilion untuk membangunkan pusat data ‘hyperscale’. Nilai pelaburan keseluruhan projek ini adalah berjumlah RM9.4 bilion. Pusat data yang dibangunkan akan memacu pertumbuhan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Selangor. Sebagai contoh, membina pusat data yang memerlukan pembangunan infrastruktur digital canggih seperti rangkaian fiber optik, grid elektrik yang stabil dan sistem penyejukan (cooling system), yang efisien menyumbang kepada peningkatan kualiti infrastruktur dan kemudahan asas di Selangor. Secara keseluruhan yang dimanfaatkan oleh industri dan penduduk tempatan. Pembangunan pusat-pusat data ini juga dijangka dapat menarik kehadiran syarikat-syarikat teknologi terkemuka dunia yang akan membawa pemindahan teknologi dan kepakaran baharu yang dapat dimanfaatkan oleh syarikat - syarikat dan rakyat tempatan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Rawang, soalan tambahan.
Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bahawa dalam 2 tahun telah menarik sebanyak 20 data centre telah bina di Johor. Soalan saya adalah berapanya yang akan bakal dibina di Negeri Selangor yang jenis data centre yang mega. Yang kedua adalah disebabkan data centre dia memerlukan tenaga elektrik yang besar, yang mega so apakah kesediaan infrastruktur tenaga itu untuk bekalan kepada data centre yang sedia ada.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rawang. Bagi soalan yang pertama, bilangan ya? Bilangan data centre yang ada di Negeri Selangor buat masa ini adalah 18 data centre yang berada di Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor juga terima banyak pertanyaan dan permintaan berkenaan pembangunan data centre tetapi itu merupakan satu cabaran dan kita perlu mengkaji. Saya sekarang masuk
ke soalan yang kedua, kita perlu mengkaji ketersediaan utiliti yang kita ada. Adakah kita mempunyai pembekalan tenaga khususnya yang mencukupi untuk membekalkan kepada industri data centre kerana data centre yang disebutkan sekarang ataupun permintaan yang paling tinggi, bukan data centre yang biasa. Ia adalah hyperscale ataupun untuk kegunaan AI. Jadi, ia memerlukan bekalan elektrik yang jauh lebih tinggi daripada data centre yang biasa. Jadi, ini merupakan satu perkara yang perlu kita kaji dengan teliti. Terima kasih.
Soalan tambahan dengan izin ya.
Silakan, Sungai Pelek.
Soalan tambahan dengan izin.
Silakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Berkenaan dengan data centre, saya berminat juga seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat Kinrara, memang kita nampak usaha negeri perlu ada dan perlu buat penyelarasan dari segi bekalan elektrik seperti contoh di Cyberjaya dia merupakan satu platform ataupun tempat yang sesuai untuk data centre. Tetapi malangnya sekali utiliti ataupun bekalan elektrik yang ada pada sekarang currently tidak cukup kerana di Cyberjaya cuma boleh bekalkan 130kv yang sedangkan data centre mempunyai keperluan seperti 235kv. Saya rasa usaha pihak negeri itu kena buat penyelarasan dari segi untuk membekalkan elektriklah dalam rate stable dan juga dalam kapasiti yang tinggi. Terima kasih.
Ini merupakan satu kenyataan, bukan soalan daripada Yang Berhormat Sungai Pelek. Tetapi walau bagaimanapun, ini adalah perkara yang benar itu adalah sebab kenapa kita perlu kaji dengan teliti berkenaan ketersediaan utiliti yang kita ada. Adakah kita mampu untuk terima lebih banyak data centre ke tidak, yang itu merupakan satu perkara yang penting ya. Terima kasih.
Minta izin ya, soalan saya adalah berkenaan dengan penyelarasan atau usaha daripada pihak negeri untuk kita nak dapatkan kerjasama daripada pihak utiliti supaya dia dapat bekalkan 230kv itu di Cyberjaya.
Ada. Perjumpaan bersama TNB dan juga Air Selangor selalu diadakan. Kita selalu mengadakan perbincangan bersama kedua-dua pembekal utiliti ini untuk memastikan setiap projek ataupun data centre yang ingin masuk ke Negeri
Selangor mempunyai bekalan yang mencukupi. Ada, kita selalu ada perjumpaan perbincangan bersama TNB dan juga Air Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Subang Jaya nombor 13.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Isu Penjualan Lot Bumi Kepada Bukan Bumiputera Di Usj One ParkQuestions
13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status penyelesaian isu penjualan lot bumi kepada bukan bumiputera di USJ One Park?
b)
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pemaju ataupun ahli lembaganya?
c)
Apakah langkah-langkah sistematik dan dari segi pentadbiran yang akan diambil untuk memastikan hak bumiputera terpelihara?
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya yang menanyakan ada 3 soalan iaitu yang pertama, apakah status penyelesaian isu penjualan lot bumi kepada bukan bumiputera di USJ One Park. Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya yang sering kali ya mengikuti perkembangan tentang isu ini dan saya telah mengambil pendekatan drastik untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan walaupun telah berlarutan melebihi 10 tahun ya.
Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa siri perbincangan telah diadakan berikutan penyelesaian bagi penjualan lot Bumiputera di USJ One Park dan mesyuarat terbaru telah diadakan pada 24 April 2024 yang mana Yang Berhormat hadir bersama dan juga Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan – HBA, JMB USJ One Park dan juga pelikuidasi
pemaju. Jadi, setelah salah satu penyebab yang mengheret perkara ini sekian lama berlaku adalah isu teknikal yang melibatkan ketidaksamaan jumlah yang diluluskan berbanding jumlah yang telah disiapkan. Jadi, yang ini sebenarnya melibatkan kehilangan 2 unit yang sepatutnya ada 425 unit, tetapi yang di submit ataupun yang disertakan oleh pihak pelikuidasi sebanyak 423. Jadi kehilangan 2 unit ini bukan satu kehilangan lot tetapi hanya teknikal. Jadi, saya harap Yang Berhormat Hulu Kelang jangan buat report polislah ya. Ini kehilangan bukannya kehilangan lot, tetapi hanya teknikal. Jadi menyebabkan ini penyelesaian ini dapat diselesaikan apabila kita bersama dengan pihak JUPEM, juruukur dan juga semakan dibuat melalui petak demi petak dan akhirnya kita bertemu pada Paras 13 iaitu (Strata tingkat 14), satu unit yang mana petak di Blok B juga, Tingkat 14 dan juga Tingkat 15. Di mana mereka telah menjadikan rumah ini ataupun kawasan lot ini iaitu tangki air dan rumah pam untuk syarikat, Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ertinya, teknikal menyebabkan tertangguhnya kelulusan ini kerana ada 2 lot yang tidak selari yang sepatutnya hanya 423 .
Semasa permohonan ‘blanket consent’ dan juga ‘blanket approval’ yang pihak pemaju asalnya ke PTGS, pihak pemaju telah mengira dua (2) unit seperti yang sebut tadi dan akhirnya bila jumlah itu sama ya seperti yang diberikan kepada pihak PTGS. Maka boleh diangkat ke MMKN untuk kelulusan. Jadi hasil perbincangan tersebut, kita telah menyegerakan permohonan pelepasan kuota bumiputera Negeri Selangor dan LPHS membolehkan, LPHS memproses itu tersebut dan insya-Allah ya pada 12 Jun yang lepas dia telah mengemukakan bagi pelepasan kuota bumiputera ke peringkat PTGS. Jadi, saya kali ini dalam proses semakan dan juga kita menyediakan pertimbangan serta seperti Yang Berhormat maklum, bahawa kami berjanji insya-Allah akan di selesaikan selewat-lewatnya akhir tahun ini ya akan selesai isu-isu ini.
Dan seterusnya soalan (b) iaitu isu jualan lot bumiputera kepada bukan bumiputera di USJ One Park. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi pemaju yang tidak mematuhi syarat kuota bumiputera atau terlebih jual unit kuota Bumiputera kepada pembeli bukan bumiputera maka proses ‘blanket consent’ tidak dapat diteruskan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Ini adalah salah satu syarat dan bagi pemaju dan Ahli Lembaga Pengarah pula, proses senarai hitam akan dikenakan daripada membuat sebarang permohonan pelepasan lot ataupun kuota bumiputera di LPHS dan dikenakan denda yang lebih berat dan bukan itu sahaja, malah mereka tidak dibenarkan untuk menjalankan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor akan yang datang.
Dan seterusnya untuk soalan (c), isu jualan lot bumiputera kepada non bumiputera di.. Okay, untuk makluman Yang Berhormat, bagi memastikan hak Bumiputera terpelihara, kuota jualan Bumiputera bagi suatu pembangunan minima adalah 30 peratus dan selaras
dengan dasar ke atas ekuiti pemilikan Bumiputera Nasional. Bagi pihak pemaju yang tidak mematuhi syarat kuota bumiputera atau pemaju telah terlebih menjual lot bumiputera pembeli. Maka, kita tidak akan bertolak ansur dalam segi untuk kelulusan dan sebagainya. Itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih.
Soalan tambahan?. Sila.
Ya, sebelum soalan tambahan, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana isu ini 10 tahun, akhirnya tahun ini dapat selesai ya. Jadi, saya ucapkan ribuan terima kasih. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri selain daripada menyenaraikan hitam syarikat yang menyusahkan pembeli seperti ini juga akan senarai hitamkan Ahli Lembaga terdahulunya memandangkan contoh dalam kes USJ One Park, syarikat ini telah digulung, jadi sudah tak wujud. Mungkin Ahli Lembaganya akan tubuhkan satu syarikat lain untuk membuat pembangunan dan akan mengulangi masalah yang sama di tempat yang lain. Jadi, itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat, itulah di antara isu yang sangat besar ya yang telah kita hadapi dan kita memang ada ruling untuk memastikan syarikat-syarikat ini mematuhi setiap syarat dasar LPHS. Jadi, kita juga sentiasa ya pada pemaju-pemaju yang melanggar kita juga mengenakan caj ataupun kita kenakan denda kepada mereka ini maksimum dan juga kita akan memastikan bahawa syarikat ini akan di blacklist atau di senarai hitamkan dari segi pembuat pembangunan khususnya di Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Batu Tiga.
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi Yang Berhormat Timbalan Speaker, soalan saya nombor 14. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Kesihatan MentalQuestions
14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah mental rakyat Selangor?
b)
Berapakah bilangan rakyat yang telah mendapatkan manfaat dari program Selangor Mental Sihat?
c)
Adakah kerajaan menyediakan sistem sokongan sosial kepada mereka yang menghidap masalah mental?
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga, Timbalan Speaker soalan yang ditanya adalah apakah inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah mental rakyat Selangor? Berapakah bilangan rakyat yang telah mendapatkan manfaat daripada program ini dan adakah sekiranya kerajaan menyediakan sistem sokongan sosial kepada mereka yang menghidapi masalah mental?
Timbalan Speaker, bagi membantu rakyat Selangor yang berhadapan situasi yang melibatkan kesihatan mental, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) pada tahun 2021 dan melalui program SIHAT ini, individu yang terkesan boleh mendapatkan bantuan melalui inisiatif yang disediakan di aplikasi SELangkah seperti talian SEHAT, saringan kesihatan mental, video psiko pendidikan dan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi. Melalui program SEHAT juga ia nya dapat membantu Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah kesihatan mental. Manakala, di peringat Kerajaan Persekutuan pula, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah juga dan sedang melaksanakan beberapa program berkaitan dengan kesihatan mental, seperti pertamanya program merintis ataupun pilot projek MyMinda yang akan dilaksanakan tahun ini di mana, Klinik Kesihatan di setiap Daerah akan menggunakan aplikasi di MySejahtera untuk saringan Minda Sihat dan seterusnya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan.
Keduanya, Talian Kaunseling iaitu Talian HEAL, 15555 yang dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan untuk orang awam yang beroperasi setiap hari. Ketika ini ialah Latihan MySAVE ataupun pencegahan bunuh diri untuk barisan hadapan anggota kesihatan diadakan pada 25 sehingga 20 Jun lepas yang melibatkan seramai 50 anggota. Seterusnya, pelaksanaan sudut Minda Sihat di KK dan Hab Minda Sihat di setiap PKD. Sambutan Hari Kesihatan Mental dan juga pencegahan bunuh diri yang akan diadakan di semua daerah pada bulan Oktober. Latihan Psychological First Aid ataupun PFA Peringkat Negeri Selangor, Unit JKNS dan Pejabat Kesihatan Daerah yang akan diadakan pada bulan Ogos, latihan Psychological First Aid
(PFA) di kalangan Sukarelawan Awam Kesihatan ataupun SUKA di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengenal pasti mangsa yang mempunyai masalah kesihatan mental dan seterusnya seminar pencegahan penderaan kanak-kanak peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 5 Jun lalu dengan kerjasama agensi lain seperti SUK, PDRM, JKM dan SUHAKAM dan sehingga 30 Jun 2024, statistik jumlah penerima Program SEHAT yang berdasarkan jenis program adalah seperti berikut; pertamanya, talian SEHAT. Seramai 1,354 orang yang telah menggunakan talian ini dan seterusnya, Subsidi rawatan psikiatri yang melibatkan konsultasi daripada Pakar Psikiatri menganggarkan kos rawatan RM200 bagi setiap satu sesi telah mempunyai sebanyak 281 orang pesakit dan seterusnya sebagai Projek Rintis, perbincangan kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor bersama Persatuan Kaunselor Antarabangsa Malaysia ataupun PEKAMA telah pun diadakan pada Jun lalu dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan kaunselor bersama PERKAMA yang dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun 2024, di mana perbincangan awal telah mensasarkan penempatan 9 orang Kaunselor bagi setiap daerah.
Soalan tambahan. Saya mengambil maklum perkara yang dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO, namun saya melihat isu tentang masalah mental ini satu perkara yang perlu kita anggap serius dan saya ingin bertanya kalau ada datanya dalam satu-satu kawasan contoh di daerah disebutkan tadi di PKD ada Pegawai Psikologi, berapakah sebenarnya nisbah yang cantik ataupun baik, melihat kepada bilangan penduduk di tempat itu dengan bilangan Kaunselor yang ada di tempat itu. Saya dimaklumkan LPPKN Negeri Selangor pun hanya ada satu orang kaunselor sahaja. So adakah nisbah itu mencukupi dan memandangkan kes semakin meningkat, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah yang ada? Mungkin sebahagian telah dijawab, saya cuma nak tengok bilangan kaunselor tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Sebenarnya pihak pejabat saya pun juga mempunyai perasaan yang sama bahawa kesihatan mental merupakan salah satu jenis kesihatan yang perlu dijaga terutamanya pada zaman kini di mana memang terdapat peningkatan kes kerana tekanan kerja ekonomi dan sebagainya. Oleh kerana itulah sebagai projek rintis kita telah mahu memulakan perbincangan dengan PERKAMA bagi menempatkan 9 orang kaunselor. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Batu Tiga, setakat ini memang kita tidak mempunyai data nisbah itulah with me on the spot, namun bagaimana kita memilih 9 daerah kerana ini merupakan pilot case, pilot project ataupun projek rintis kerana kita juga perlu mengambil kira sudut daripada peruntukkan dana yang diperuntukkan. Oleh sebab itu rancangan awal adalah untuk kita menjalankan projek rintis terlebih dahulu dan kita melihat feedback ataupun maklum balas setelah menjalankan pilot project ini dan
seterusnya kita akan mempertimbangkan dengan peruntukan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri selepas ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Satu lagi. Teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat Speaker pada EXCO soalan tambahan. Kita lihat kesihatan mental ini semakin kritikal dan meningkat di negeri Selangor. Jadi ada tak dapatan ataupun kajian apakah faktor sebenarnya menyumbang kepada perkara ini, satu dan bila kita tengok inisiatif-inisiatif yang diberikan kepada oleh Kerajaan Negeri Selangor bersifat merawat? Ada tak bersifat prevention dengan izin? Prevention, pencegahan.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan pertama tadi adalah berkaitan dengan punca. Saya tidak mempunyai maklumat di sini tapi melalui beberapa perbincangan sebelum ini memang puncanya di Selangor dan juga banyak negeri di Malaysia ini memang anggaran punca yang hampir sama. Tapi antara beberapa sebab utama yang pernah dibangkit adalah tekanan hidup di kawasan bandar sebagai contoh, tekanan ekonomi, pekerjaan, situasi keluarga, kes-kes keganasan domestik keluarga dan sebagainya, jadi itu adalah antara punca. Tetapi saya tidak mempunyai peratusan yang tepat buat masa ini. Dan juga semestinya kita memang mempunyai langkah-langkah prevent sebagai contoh kita mempunyai banyak latihan dengan pihak-pihak ataupun agensi-agensi yang berkaitan seperti yang telah saya sebutkan tadi. Kita juga telah melatih bakal melatih sukarelawan atau SUKA di bawah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pengetahuan asas tentang kes-kes kesihatan mental ini dan seterusnya sekiranya masyarakat umum di kawasan tersebut mempunyai isu-isu yang berkaitan, mereka mempunyai pengetahuan ataupun mempunyai pengalaman asas boleh membantu. Selain daripada itu, di bawah Kerajaan Negeri Selangor juga kita telah terbitkan program bual bicara berkaitan dengan kesihatan mental daripada pakar psikiatri di atas talian sebanyak 19 episod dan juga kita mempunyai 10 siri continues medical education kepada 540 pengamal perubatan dan kita telah menjalankan 6 bengkel kesihatan mental untuk 320 pemimpin mahasiswa dan juga kita mempunyai reruai promosi semasa Jelajah Selangor Penyayang Selangor, International EXPO dan Hari Belia dan hampir 3000 orang pengunjung-pengunjung tersebut dan secara dari pejabat saya juga bekerjasama baru-baru ini untuk menghasilkan video-video ringkas bersama dengan bekas atlet Olimpik Farah Ann untuk isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan mental. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya daripada Gombak Setia. Yang Berhormat Gombak Setia.
EXCO soalan saya nombor 15.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Demand-Responsive Transit (DRT)Questions
15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pelantikan operator bagi projek Demand-Responsive Transit (DRT) yang dilaksanakan secara proses RFP melalui proses RFP terbuka atau melibatkan jemputan sahaja? Apakah tempoh masa RFP tersebut dan berapakah jumlah syarikat yang menyertainya?
Tuan Timbalan Speaker. Dipohon agar soalan nombor 15 daripada Gombak Setia, soalan 16 daripada Sungai Ramal dan soalan 25 daripada Bukit Lanjan, dijawab secara bersekali. Untuk makluman Ahli Dewan Negeri, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah menetapkan bahawa syarikat-syarikat perlu mendapatkan kelulusan APAD untuk menjalankan proses pengujian Proof of Concept ataupun (POC) perkhidmatan Bus on Demand atau dikenali sebagai DRT. Berpandukan syarat yang ditetapkan oleh APAD, Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah bersetuju untuk pelaksanaan perkhidmatan DRT dibuka kepada semua syarikat yang telah diluluskan oleh APAD pada waktu itu. Memandangkan APAD telah mengesahkan hanya dua syarikat, iaitu Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. dan Badanbas Coach Sdn. Bhd., telah diluluskan oleh APAD dan layak untuk menjalankan proses pengujian POC untuk perkhidmatan Bus on Demand atau DRT pada waktu itu, maka kedua-dua syarikat telah dijemput untuk membuat pembentangan dan seterusnya telah dipersetujui untuk kedua-dua syarikat tersebut dilantik bagi mengelakkan sebarang isu atau persepsi tidak patuhan kepada tatakelola.
Sehubungan itu, pelantikan kedua-dua syarikat tersebut juga adalah untuk memperoleh data yang komprehensif dan proses pengujian POC Projek Rintis DRT untuk digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan perkhidmatan DRT sepenuhnya dan pelantikan syarikat-syarikat yang tidak mendapat kelulusan daripada APAD akan mengakibatkan
Kerajaan Negeri berhadapan dengan pelbagai masalah dari segi ketidakpatuhan pada undang-undang yang berkuat kuasa serta menimbulkan isu keselamatan kepada para pengguna.
Selain itu pelantikan Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. dan Badanbas Coach Sdn. Bhd. sebagai syarikat pengendali perkhidmatan untuk proses pengujian POC Projek Rintis DRT telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT setelah pembentangan dibuat oleh syarikat-syarikat tersebut dan seterusnya diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI dan sokongan Jawatankuasa Pelaburan Pengurusan Kanan MBI. Pelaksanaan proses pengujian Proof of Concept (POC) Projek Rintis DRT memberikan hasil dapatan dalam mengenal pasti keberkesanan perkhidmatan DRT di Selangor. Sekiranya perkhidmatan DRT dilaksanakan sepenuhnya, hasil dapatan proses pengujian POC Projek Rintis DRT akan menjadi panduan bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat memberikan impak yang tinggi kepada negeri Selangor. Proses pengujian POC ini akan berakhir pada Julai 2024. Pada masa ini maklum balas yang diterima daripada pengguna adalah berkenaan aspek keselamatan, kondisi kenderaan, keluasan radius perkhidmatan DRT di sesuatu zon, lokasi-lokasi tumpuan serta penetapan virtual stops, kekurangan tahap kesedaran rakyat berhubung manfaat perkhidmatan DRT dan lain-lain lagi.
Soalan tambahan.
Silakan.
Tuan Speaker, EXCO saya meneliti mendengar jawapan diberikan oleh EXCO dan alasan utama saya kira, memandangkan Kerajaan Negeri melantik ini adalah memandangkan hanya 2 syarikat. Ini mempunyai lesen ataupun telah mendapatkan lesen daripada APAD. Walau bagaimanapun saya ingin bertanya apakah Kerajaan Negeri tidak sedar bahawa banyak lagi pemain-pemain dalam industri DRT ini. Yang hari ini mereka juga masih belum memohon lesen untuk pelaksanaan DRT daripada APAD. Kerana saya semak dalam beberapa ketika ini misalnya RAPID dan saya juga bertanya kepada beberapa pegawai-pegawai di APAD, dia mengatakan bahawa sebenarnya banyak syarikat-syarikat khususnya terlibat dalam industri e-hailing yang sebenarnya sudah mencukupi dari segi kriteria untuk mendapatkan lesen daripada APAD. Namun memandangkan banyak pemain-pemain ini juga terlibat termasuklah RAPID misalnya. RAPID dia dah melaksanakan program DRT walaupun dia belum mempunyai lesen. Jadi apakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat, untuk memanggil juga syarikat-syarikat ini, memandangkan semua syarikat-syarikat ini juga mempunyai kapasiti-kapasiti untuk melaksanakan projek DRT? Itu yang pertama. Yang kedua, saya ingin bertanya mengapakan dalam jawapan Yang Berhormat EXCO
sebentar tadi, mengapa pelantikan syarikat ini hanya melibatkan MBI? Kelulusannya hanya melibatkan MBI dan tidak melibatkan agensi-agensi yang lain. Sedangkan MBI tidak mempunyai kepakaran dalam sektor-sektor dan industri ini bahkan kalau ia hanya melibatkan ahli lembaga pengarah MBI?
Gombak Setia, teruskan dengan soalan.
Ia juga tidak akan melibatkan Yang Berhormat EXCO sendiri sebagai EXCO yang bertanggungjawab dalam projek ini. Jadi saya mohon pertanyaan terima kasih.
Terima kasih Gombak Setia.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak Setia atas soalan tambahan yang dikemukakan tadi. Di sini saya rasa semua kena faham perbezaan antara e-hailing dengan DRT. Kedua-dua merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang tak sama. E-healing itu saya bagi contoh Grab sangat popular di Malaysia, tetapi Grab tu dia bukan self service. DRT adalah satu perkhidmatan mod pengangkutan awam di antara bas dengan e-hailing. Di mana dia merupakan satu perkhidmatan self service dan juga boleh buat tempahan seperti e-hailing seperti Grab jadi dia tak sama dan perkhidmatan yang diberikan oleh DRT dalam satu zon tentu sahaja. Taman Medan dia tahu apakah perkhidmatan DRT kerana Yang Berhormat Taman Medan dia sudah cuba, dia juga mohon perkhidmatan DRT di kawasan Taman Medan jadi ini kita tak boleh samakan perkhidmatan Grab dan juga perkhidmatan e-hailing yang itu pertama yang perlu kita jelaskan.
Yang kedua berkenaan banyak syarikat yang berkemungkinan layak ataupun boleh memberikan perkhidmatan di DRT seperti Asia Mobility dan Badan Bas, tetapi yang penting sekali saya telah jawab tadi. Kita sebagai Kerajaan Negeri apabila kita nak melaksanakan sesuatu projek kita harus mengikuti undang-undang dan kita harus memastikan keselamatan pengguna itu adalah yang faktor utama kita perlu rujuk kepada agensi-agensi yang menjaga bidang ini, iaitu APAD. Pada masa itu hanya dua syarikat yang diberi permit atau lesen oleh APAD. Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor hanya berkerjasama dengan dua syarikat ini dan saya nak jawab RAPID juga memberikan DRT. Saya tak pasti Yang Berhormat Gombak Setia sedar ke tidak sedar, sistem ataupun operator yang dilantik oleh RAPID sama dengan operator yang kita lantik, iaitu Asia Mobility dan Badan Bas dan juga Compo. Tiga syarikat yang belakang perkhidmatan DRT RAPID. Dan bagi soalan kedua, kenapa MBI dan kenapa bukan agensi lain, kerana kita memerlukan kepakaran apa tu, undang-undang daripada MBI. MBI dia ada legal department. Bagi perkara ini kita perlu bantuan daripada MBI dan kita juga perlu
pengalaman daripada MBI untuk memanggil syarikat-syarikat yang boleh memberikan perkhidmatan dan mula rundingan dengan syarikat-syarikat ini, jadi bukan sahaja MBI yang buat keputusan dia melalui proses kita dapat pengesahan daripada APAD dan juga dapat kelulusan daripada Jawatankuasa daripada Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor dan juga Jawatankuasa Pelaksanaan Projek Rintis DRT. Jadi ada banyak proses dan akhirnya diluluskan di dalam mesyuarat MMKN. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya percaya permintaan terhadap perkhidmatan DRT ini akan semakin meningkat dan sudah tentu akan membawa implikasi besar kepada Kerajaan Negeri Selangor. Jadi soalan saya adakah Kerajaan juga sedang meneliti satu pendekatan supaya perkhidmatan DRT ini dapat bergerak tanpa melibat satu dana Kerajaan yang sangat besar?
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Sekiranya projek ini dapat masuk ke fasa pelaksanaan selepas proof of concept. Fasa proof of concept. Sebenarnya kita telah ada perbincangan awal bersama operator supaya kita dapat memperolehi non fair revenue. Non fair revenue tu bermaksud kita boleh dapatkan iklan daripada syarikat-syarikat di dalam zon yang perkhidmatan tersebut. Sekiranya kita boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut untuk dapatkan iklan dan juga bagi syarikat yang berkemungkinan perlu perkhidmatan ini bagi pekerja mereka, kita boleh bekerjasama bersama syarikat-syarikat ini. Saya nak bagi satu contoh di Jepun. Di Jepun perkhidmatan DRT, POC, proof of concept bagi perkhidmatan DRT di Jepun telah masuk ke tahun kelima. Sekarang dah masuk tahun kelima, mereka masih menjalankan proof of concept kerana mereka juga perlu data-data untuk memastikan di kawasan mana perkhidmatan ini yang paling sesuai dan bagaimana mereka boleh memberi perkhidmatan ataupun keter sambungan yang terbaik kepada warga-warga di Jepun. Dan bagi pendapatan DRT di Jepun, dia ada tiga bahagian. Yang pertama, subsidi yang besar daripada kerajaan. Yang kedua, iklan, non fair revenue daripada syarikat-syarikat di dalam kawasan perkhidmatan tersebut. Dan ketiga, tambang. Jadi, dia merupakan tiga, mempunyai tiga revenue ataupun tiga komponen pendapatan oleh perkhidmatan daripada, bagi perkhidmatan DRT ini. Jadi inilah benda-benda yang kita perlu kaji, data-data yang kita perlu kaji, sebelum kita dapat masuk ke fasa pelaksanaan. Terima kasih.
Soalan tambahan tak habis lagi. Ada lagi ke? Saya bagi Balakong.
Bolehkah Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan untuk memperluaskan perkhidmatan DRT ini ke kawasan pentadbiran MPKj? Sebab apa, di kawasan pentadbiran MPKj terdapat banyak MRT stesen tetapi masih terdapat masalah first mount untuk menyambungkan penumpang dari kawasan perumahan ke stesen-stesen MRT. Terima kasih.
Memang salah satu tujuan utama ataupun fungsi utama bagi perkhidmatan DRT ini adalah untuk menyelesaikan first mount ialah small connectivity. Jadi itu, kita akan mengkaji kesesuaian di setiap kawasan. Sebenarnya permintaan itu tinggi. Permintaan tinggi kalau kita nak laksanakan perkhidmatan ini di setiap kawasan di Negeri Selangor, dia melibatkan satu kos yang cukup tinggi. Jadi kita perlu mengkaji di kawasan mana perkhidmatan ini mempunyai permintaan yang paling tinggi dan kita akan laksanakan perkhidmatan ini di kawasan itu selepas fasa POC ini. Yang paling penting sekali, kita perlu fikir bagaimana kita boleh mengoptimumkan setiap sen yang kita akan di memperuntukkan bagi perkhidmatan ini. Terima kasih.
Bagi ruang pada Sungai Ramal.
Terima kasih Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. EXCO bercakap tentang kepatuhan tatakelola. Saya percaya EXCO bersetuju dengan saya bahawa tatakelola ini harus dilihat dari dua sudut, yang pertama legally. Yang kedua, morally. Sama seperti undang-undang, soal hakim memberikan satu keputusan mesti bertindak adil dan dilihat bertindak adil. Saya nak bertanya kerajaan juga apakah sedar bahawa kerajaan perlu bertindak dengan tatakelola yang betul dan dilihat bertindak mengikut tatakelola yang betul. Dalam konteks ini YB Gombak Setia telah memberikan tentang teknikal. Saya bercakap tentang moral. Apakah Kerajaan Negeri tidak terfikir tohmahan akan terpalit kepada Kerajaan Negeri bila mana keputusan memilih syarikat Asia Mobility Technologies ini bermula daripada APAD, yang diputuskan oleh Menteri daripada parti DAP, turun ke Selangor, diuruskan oleh EXCO yang daripada parti yang sama dan diberikan kepada sesuatu syarikat yang pasangannya adalah daripada parti yang sama. Ini tohmahan. Apakah Kerajaan Negeri tidak berfikir serius mengenai tanggapan ini dan apakah ini bersedia menilai semua projek ini? Terima kasih.
Ini soalan memang tohmahan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Ramal kerana dia tidak terlibat langsung dengan siapa Menteri, pengauthorize, siapa Menteri pasangan tersebut. Ini kita memang ikut tatakelola hanya dua syarikat sahaja yang dapat permit pada masa itu dan kedua-dua syarikat, kedua-dua syarikat, kita lantik mereka untuk memberi perkhidmatan untuk menjalankan kajian POC. Jadi ini tatakelola yang terbaik kita rujuk kepada agensi APAD dan selepas itu, kita melalui proses-proses bukan satu peringkat sahaja. Banyak peringkat sehingga MMKN
meluluskan konsep perkhidmatan DRT ini diberikan kepada lapan zon di kawasan Negeri Selangor.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO.
Soalan tambahan yang terakhir tadi tapi saya bagi peluang kepada Taman Medan. Soalan terakhir.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sebab tadi Kinrara sebut nama saya, jadi saya kena bangkitlah tanya. Betul saya telah melihat sendiri dan juga mengkaji DRT ini sebelum isu ini pun dibangkitkan. Bahkan daripada awal ketika saya berada dalam Dewan ini, saya menyokong usaha Mobiliti Selangor untuk mengwujudkan the last miles dan juga the first miles untuk diselesaikan masalah ini terutamanya di kawasan saya di Taman Medan. Cuma bila saya mendengar taklimat daripada, saya tak jumpa Asia Mobility sebab yang itu kena tomah. Jadi saya tak nak jumpa. Jadi saya jumpa dengan satu lagi, Badanbas. Dan mereka memaklumkan saya bahawa konsepnya adalah betul Kerajaan Negeri telah melantik untuk Proof of Concept dan ridership itu akan di subsidize atau diberi subsidi oleh Kerajaan. Jadi, pertama soalan saya, bagaimana Kerajaan Negeri dari segi tatakelola dan juga untuk memastikan bahawa pembayaran itu mengikut ridership itu siapa yang sahkan. Siapa yang tentukan. Adakah hanya dengan syarikat ini menghantar kepada Kerajaan Negeri, tahun, bulan ini kami ada seratus ribu orang naik. Contoh. Maka diberi terus subsidi kepada mereka. Jadi ini soalan yang saya nak tahu bagaimana cara pembayaran atau adakah kita telah beri pun sejumlah dana kepada mereka, advance untuk mereka gunakan dan utilise sampai habis. Jadi ini saya nak tahu sebab claim daripada syarikat-syarikat ini adalah, mereka juga mengeluarkan dana untuk melaksanakan perkara ini, maka Kerajaan Negeri beri subsidi. Sebab benda ini kita kena tahu, sebab akhirnya dia melibatkan dana rakyat dan saya nak beri tahu pada Yang Berhormat Kinrara bukan kita tak menyokong usaha untuk buat menyelesaikan masalah ini tetapi yang lebih utama yang kita nak tahu, bagaimana pembayaran itu dibuat dan bagaimana utilization of budget Kerajaan Negeri. Kemudian, since Kerajaan Negeri mengambil pendekatan siapa sahaja syarikat yang dapat lesen DRT ini daripada APAD, adakah selepas ini semua syarikat yang dapat ini automatik boleh terus mohon pada Kerajaan Negeri dan beri kelulusan jika mencukupi syarat. Adakah tidak ada selepas Proof of Concept ini, adakah semua syarikat-syarikat ini terus boleh melaksanakan servis ini atau Kerajaan Negeri akan memberikan hanya kepada satu syarikat apabila selesai Proof of Concept. Terima kasih Yang Berhormat.
Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan kerana menyokong inisiatif DRT ini di Negeri Selangor. Bagi soalan yang pertama mengenai pembayaran. Ia ini merupakan satu soalan yang cukup penting. Subsidi yang diterima oleh Asia Mobility dan juga Badanbas adalah sebanyak 2.166 juta ringgit bagi setiap pengendali. Bermakna Badanbas terima 2.166 million dan bagi Asia Mobility juga terima amaun yang sama. Buat masa ini, kita belum bayar sepenuhnya kepada kedua-dua operator ini. Sebahagian besar masih di bawah kawal selia oleh MBI kerana kita harus mengkaji prestasi-prestasi selepas proof of concept ini. Jadi pembayaran itu belum dibayar sepenuhnya. Hanya dibayar sebahagian kepada kedua-dua syarikat pengendali ini. Dan adakah angka ini akan tetap sama pada masa depan. Tidak. Sebenarnya buat masa ini, tiada sesiapapun yang tau berapakah angka ataupun peruntukan yang sepatutnya kita salurkan kepada perkhidmatan ini. Kerana ini merupakan satu inisiatif baru, satu perkhidmatan baru di Malaysia. Jadi tiada sesiapapun yang boleh beri satu, satu anggapan yang tepat berapakah jumlah yang sepatutnya kita bagi kepada perkhidmatan ini. Jadi ini merupakan satu anggaran ada kemungkinan dia akan kurang sikit ataupun tambah sedikit selepas kita tamat tempoh ini dan semasa kita nak melaksanakan projek ini secara masuk ke fasa pelaksanaan.
Dan bagi soalan yang kedua, adakah semua syarikat yang mempunyai permit APAD akan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan ini. Buat masa ini ada tiga syarikat, iaitu Asia Mobility, Badanbas dan juga Kompo dan sebelum kita masuk ke fasa pelaksanaan kita akan sekali lagi dapat pengesahan daripada APAD berapa syarikat yang telah memperolehi permit daripada APAD. Sekiranya melebihi tiga syarikat, maka semua syarikat akan dijemput untuk membentangkan, membentangkan proposal mereka, cadangan mereka bagi perkhidmatan ini. Dan selepas kajian POC ini dibuat kita semua akan duduk bersama, semua agensi yang berkaitan duduk bersama untuk merangkakan satu, satu kaedah ataupun satu tata kelola yang terbaik bagi situasi di Selangor. Jadi semua syarikat yang mempunyai permit akan dijemput untuk memberikan pembentangan mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan seterusnya Yang Berhormat Kajang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya 17.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Isu Miskin Tegar Di Negeri SelangorQuestions
17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah bilangan miskin tegar di Negeri Selangor sehingga kini? Sila senaraikan bilangan miskin tegar mengikut daerah.
b)
Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mereka yang terlibat?
Terima kasih Tuan Speaker dan Yang Berhormat Kajang kerana membawa isu miskin tegar di Negeri Selangor. Ada dua soalan. Satu adalah berapakah bilangan miskin tegar di Negeri Selangor sehingga kini dan sila senaraikan bilangan miskin tegar mengikut daerah. Yang kedua adalah, apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mereka yang terlibat.
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Kajang, data jumlah miskin tegar Negeri Selangor diekstrak dari bank data kemiskinan Nasional e-Kasih. Sistem e-Kasih merupakan pangkalan data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan isi rumah miskin di Malaysia berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu PGK semasa yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Laporan banci Pendapatan Isi Rumah tahun 2022. Data e-Kasih adalah bersifat dinamik dan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa dan data ini akan disalurkan kepada agensi pemberi bantuan bagi pelaksanaan program kesejahteraan rakyat. Data yang telah dimasukkan ke dalam Sistem e-Kasih juga akan dibuat pemutihan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Sehingga 30 Mei 2024, sebanyak 1,434 KIR iaitu Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar telah direkodkan bagi negeri Selangor. Pecahan juga kita boleh melihat mengikut daerah mulai daripada Gombak sebanyak 153, Hulu Langat, 171, Hulu Selangor, 177, Klang, 253, Kuala Langat, 156, Kuala Selangor, 106, Petaling, 310, Sabak Bernam, 93 dan Sepang 15. Antaranya adalah kita boleh melihat Petaling walaupun kawasan bandar, tetapi PGK adalah mereka paling banyak iaitu 310.
Bagi soalan kedua pula, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan pelbagai program baru dalam usaha memberi manfaat berterusan kepada rakyat terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya golongan miskin dan miskin tegar. Dimensi yang diberikan fokus utama oleh Kerajaan Negeri dalam membantu keluarga miskin dan
miskin tegar ini adalah melalui Program Iltizam Selangor Penyayang iaitu ISP yang merangkumi 6 kluster utama. ISP merupakan satu inisiatif berterusan malah menjadi strategi jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam membasmi kemiskinan terutama bagi keluarga miskin tegar. Ini kerana ISP terdiri daripada program-program yang dibentuk khas untuk memberdayakan rakyat dalam masa yang sama berupaya meningkatkan pendapatan Ketua Isi Rumah dan sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi sekeluarga seperti hasrat Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar di Malaysia. Program ISP terdiri daripada 46 program dan antara program yang disasarkan untuk membasmi kemiskinan di Negeri Selangor adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sangat popular, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Jom Shopping Perayaan, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, Skim Air Darul Ehsan (SADE), Pengecualian Cukai Pintu bagi Rumah Kos Rendah, Pengecualian Lesen Fi Penjaja dan Program Jelajah Ehsan Rakyat yang menawarkan barangan keperluan asas di bawah harga pasaran semasa yang mampu membantu keluarga miskin tegar berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di kawasan bandar.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memberi kelulusan khas Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) kepada 328 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang telah dikenal pasti sehingga bulan Mei 2023. Di sini saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana keprihatinan beliau untuk meluluskan permohonan dengan serta-merta sebagai usaha mengeluarkan mereka dari kelompok miskin tegar. Selain BINGKAS, pihak JKM dan ZAKAT juga bersama-sama membantu usaha Kerajaan Negeri dalam menoktahkan miskin tegar di Negeri Selangor dengan meluluskan bantuan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan Ketua Isi Rumah miskin tegar di kawasan masing-masing. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan daripada Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri sudah ada ataupun mempunyai apa-apa rancangan, untuk menyediakan peluang pekerjaan maksudnya program atau inisiatif peluang pekerjaan yang khusus untuk golongan miskin tegar ini. Dalam membantu mereka mengeluarkan diri daripada kategori miskin tegar?
Terima kasih Yang Berhormat. Memang jawapan-jawapan soalan saya pada 36 , saya akan jawab dengan penuh sepenuhnya tetapi saya berterima kasih kerana mengungkitkan isu ini sebab memang
dalam Jawatankuasa Unit Pemberdayaan Pekerja di bawah saya, memang kita menganjurkan pelbagai inisiatif, kita juga membuat pelbagai pameran di merata tempat untuk membantu golongan khususnya yang keluar daripada universiti dan juga golongan-golongan yang B40. Tetapi kita juga fokus kepada untuk maklumat tambahan ya Yang Berhormat, kita juga fokus kepada banduan yang baru nak keluar daripada penjara. Saya telah membuat satu perjumpaan dengan KDEB dan juga dalam masa terdekat ini kita akan membuat satu MOU mengenai bagaimana kita boleh menerapkan golongan B40 dan juga bekas-bekas banduan ini untuk menetapkan pekerjaan mereka dalam KDEB ataupun pekerjaan yang di bawah Kerajaan Negeri supaya kita jangan lepaskan merekalah. Jadi, tak apa saya akan bentangkan jawapan itu dalam soalan ketiga puluh tujuh dengan lebih teliti. Sekian, terima kasih.
Sungai Burong. Satu lagi Sungai Burong.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat EXCO. Ada tak sebarang unjuran ataupun agakan kepada golongan miskin yang mungkin jatuh kepada miskin tegar khususnya selepas isu penyasaran subsidi petrol? Jelas? Ada tak sebarang unjuran ataupun agakan masa depan kepada masyarakat Negeri Selangor? Kita bimbang daripada miskin tegar ini bilangan 1000 lebih ini di Kuala Selangor 106 ni mungkin akan meningkat khususnya selepas penyasaran subsidi petrol. Diesel, minta maaf. Advance, advance.
Terima kasih Yang Berhormat kerana mengemukakan soalan ini. Sebenarnya kita tidak membuat ataupun dapat menjawab soalan itu dengan sebelum kita membuatkan kajian meneliti perkara itu. Tetapi untuk bagi soalan Yang Berhormat pula saya rasa kita di peringkat Kerajaan Negeri dan usaha Yang Berhormat Kebajikan, kita telah berganding bahu bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini di peringkat pejabat kami. Tetapi bagi pertanyaan soalan Yang Berhormat kita belum ada jawapan lagi. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya dari Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 18.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 18. Pembangunan Sukan Negeri SelangorQuestions
18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan sukan ke arah RMK13?
b)
Apakah rancangan kerajaan untuk menambah kemudahan seperti pusat latihan, penganjuran kejohanan dan sebagainya bagi sukan selain daripada bola sepak?
c)
Bagaimana kerajaan mengelakkan kehilangan atlet kepada negeri lain?
Terima kasih Tuan Speaker. Menjawab soalan daripada Kampung Tunku. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan program pembangunan sukan di seluruh negeri. Stanco Sukan melalui Majlis Sukan Negeri telah membuat perancangan dalam mempertingkatkan kualiti dan program pembangunan sukan sedia ada bagi memastikan negeri Selangor menjadi peneraju kecemerlangan sukan di Malaysia. Perancangan tersebut akan dibuat selari dengan hala tuju dan matlamat yang telah disusun oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dan Majlis Sukan Negara. Saban tahun keperluan peruntukan bagi pelaksanaan program pembangunan sukan akan meningkat. Antara faktor utama penambahan belanjawan peruntukan sukan berlaku adalah disebabkan; pertama, penganjuran kejohanan sukan/temasya berskala besar untuk semua peringkat dari akar umbi hingga ke elit. Kedua, perubahan dari segi penggunaan teknologi semasa peralatan sukan mengikut peredaran masa. Ketiga, pendekatan dan penggunaan dari segi keperluan sains sukan dan keempat pembiayaan bagi keperluan pembangunan atlet berperingkat akar umbi hingga ke peringkat atlet berprestasi tinggi ataupun elit.
Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor yang mana peruntukan ini diluluskan berdasarkan kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri. Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-13 iaitu daripada 2026 hingga 2030, sememangnya Kerajaan Negeri Selangor akan memberi keutamaan terhadap peruntukan yang melibatkan pembangunan sukan secara keseluruhan di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juga sangat mengambil berat terhadap semua kemudahan sukan di seluruh Negeri Selangor. Kebanyakan fasiliti dan kemudahan sukan tersebut adalah di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
ataupun PBT. PBT di seluruh Negeri Selangor telah diarahkan untuk memastikan kemudahan mahupun fasiliti yang berkaitan Sukan perlu diselenggara dengan baik, diperbaiki dan dipastikan berada pada tahap yang baik untuk kegunaan orang awam. Majlis Sukan Negeri Selangor selama ini juga telah menjalankan beberapa program pembangunan atau program latihannya dengan mengguna pakai pusat latihan atau fasiliti sukan di bawah PBT.
Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan pembinaan semula Kompleks Sukan Shah Alam ataupun KSSA untuk memenuhi keperluan komuniti sukan. Pembinaan KSSA ini juga akan melibatkan kemudahan-kemudahan sukan selain bola sepak seperti stadium tertutup (indoor sports), kemudahan sukan extreme untuk skateboard dan wall climbing dan padang awam yang boleh digunakan oleh pelbagai jenis sukan. Di samping itu juga, Majlis Sukan Negeri Selangor sedang merancang untuk membina sebuah kompleks Sukan di Seksyen 16 Shah Alam yang melibatkan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, skate park, gimnasium, trek basikal, trek joging, court badminton, driving range golf dan gelanggang serba guna untuk sukan memanah, skuasy, bola jaring dan bola keranjang dan khususnya untuk pusat latihan bagi atlet-atlet di peringkat sukan berprestasi tinggi.
Negeri Selangor juga mempunyai jumlah kumpulan elit yang sangat besar dalam melahirkan atlet dari peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat elit. Oleh yang demikian, terdapat banyak kes memancing atlet Negeri Selangor untuk mewakili negeri lain dan menyebabkan kita kehilangan atlet berpotensi pada masa akan datang. Justeru, antara kaedah atau inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengelakkan kita dari kehilangan atlet ke negeri lain antaranya adalah dengan menawarkan pembayaran elaun latihan mengikut kelayakan atau kategori atlet, memberi insentif kemenangan atlet dan memberi iktiraf melalui kurniaan Pingat Kebesaran Sukan Negeri Selangor, penganugerahan sukan negeri, tawaran pakej pendidikan (biasiswa sukan), pendedahan terhadap kursus-kursus keusahawanan, kemahiran dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji lebih mendalam kaedah dan cara untuk mengelakkan atlet-atlet kita daripada berhijrah atau dipancing negeri lain bagi memastikan ekosistem pembangunan sukan di Negeri Selangor terus stabil dan dapat dikekalkan kecemerlangannya.
Soalan tambahan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma please correct me if i’m wrong dengan izin, saya difahamkan di bawah RMK-12, RM40 juta diperuntukkan untuk sukan dan within those five years dengan izin, kita terpaksa membahagikan lah. So dalam satu tahun ada RM8
juta. Kalau guna RM9 juta pada tahun seterusnya, tahun seterusnya seterusnya kena balance again dengan mengurangkan jumlah bajet sukan pada tahun itu. So, soalan saya ialah kami dalam arah masuk RMK-13 adakah kami akan mendapat berita baiklah peningkatan peruntukan sukan dalam tempoh RMK-13. Dan soalan kedua, berkenaan dengan insentif kemenangan. Adakah ia lebih kepada sukan individu ataupun sukan berpasukan? Sebab kalau ragbi dia berpasukanlah. Dan akhirnya kalau boleh dipertimbangkan lagi, saya ingin minta supaya Kompleks Seksyen 6 Shah Alam juga mempertimbangkan satu padang ragbi. So, itu sahaja. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Kampung Tunku. Untuk peruntukan dalam RMK-13, memang kita baru-baru ini pun terlibat dengan bajet vetting dengan pihak UPEN dan kita telah utarakan kepada mereka agar diberi pertimbangan untuk menaikkan lagi peruntukan sukan khususnya di Negeri Selangor ini dan seperti yang saya jelaskan dalam sidang semalam peruntukan daripada Kerajaan Negeri hanyalah berjumlah RM7 juta sepanjang tahun cuma tahun ini kita ada RM8 juta. Tetapi secara realistiknya kalau kita buat anggaran maksudnya dari segi pembangunan sukan, pembayaran elaun atlet dan jurulatih, kita memerlukan kurang lebih sekitar RM20 juta untuk memberikan peruntukan yang lebih munasabah dan secara komprehensif kepada persatuan-persatuan sebab kita semua sedia maklum di Negeri Selangor ini the large amount dengan izin, ataupun peruntukan yang besar diberikan kepada pembangunan sukan bola sepak. Cuma bila kita melihat feedback daripada persatuan-persatuan sukan yang lain, kita melihat ada keperluan dan kewajaran untuk kita bantu sukan-sukan berprestij tinggi yang lebih memiliki prospek untuk kita mendapat pingat seperti badminton, seperti ragbi dan hoki yang mana daripada masa ke semasa kita memang membuat penambahbaikan dari segi peruntukan. Dan untuk makluman YB pun, baru-baru ini di peringkat anak syarikat Kerajaan Negeri kita telah memberikan sumbangan kepada pihak Kelab Memanah Selangor dan juga Kelab Ragbi Selangor. Dan ini juga sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri melalui anak syarikat untuk membantu menampung sebarang bentuk kekangan dan kekurangan di peringkat persatuan dan kelab.
Yang kedua, untuk menjawab tentang insentif ataupun ganjaran kepada atlet-atlet kita, pihak Majlis Sukan Negeri kita tidak meletakkan syarat hanya kepada sukan individu sahaja tetapi sekiranya ada sukan-sukan berpasukan seperti ragbi ataupun hoki misalnya yang boleh ataupun mencatatkan kecemerlangan ataupun kejuaraan di peringkat tinggi misalnya di peringkat antarabangsa, tidak ada halangan untuk pihak MSN memberikan ganjaran. Baru-baru ini kita telah memberikan ganjaran kemenangan kepada dua atlet Selangor. Pertama adalah saudari Natasha Roslan yang pada tahun lepas telah menjuarai kejohanan boling dunia di Kuwait dan juga diiktiraf sebagai Olahragawati Kebangsaan dan yang kedua adalah saudari Faizah yang menjuarai kejohanan lawn ball
pun diberikan insentif daripada pihak Kerajaan Negeri. Dan kita terbuka dengan sebarang cadangan penambahbaikan untuk Kompleks Sukan di Seksyen 16. Memang kita baru selesai menandatangani Memorandum of Understanding dengan pihak yang terlibat Cuma masih lagi boleh dirunding untuk kita tambah baik kemudahan ataupun fasiliti di kawasan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sentosa. Ringkaskan ya.
Saya ingin tanya kepada EXCO Sukan dan Keusahawan, berkenaan dengan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan kabaddi? Memandangkan sukan kabaddi dah sampai ke peringkat antarabangsa tapi di Selangor kita tidak ada satu gelanggang yang mencukupi ataupun tidak adalah. Mungkin Kerajaan Negeri boleh membantu mencari tapak dan membina satu tapak gelanggang kabaddi untuk merancakkannya lagi. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Sentosa. Sememangnya kabaddi ketika ini merupakan salah satu sukan yang sedang berkembang dengan agak agresif di Malaysia dan juga tersenarai sebagai salah satu sukan dalam Sukan Malaysia yang akan datang. Kita di Negeri Selangor memang menjalinkan kerjasama dan juga engagement dengan izin, dengan pihak Persatuan Sukan Kabaddi dan kita telah mengenal pasti antara kelemahan ataupun kekurangan adalah mereka ini tidak memiliki gelanggang sendiri dan terpaksa menyewa di dewan-dewan ataupun premis-premis lain untuk menjalankan latihan dan insyaAllah dalam perancangan kita untuk menambah baik fasiliti sukan, kita akan berbincang dengan Persatuan Kabaddi Negeri Selangor dan mungkin YB pun boleh memudahcarakan pertemuan tersebut untuk kita kenal pasti sekiranya ada tanah ataupun tapak yang boleh kita manfaatkan untuk dijadikan gelanggang. Kabaddi ini sukan dia tidak memerlukan luas gelanggang yang besar sangat tetapi memadai dengan kemudahan yang sedia ada. Kita berikan keselesaan dan juga mungkin bumbung dan yang penting kita kena kenal pasti dahulu Yang Berhormat lokasi ataupun tapak yang sesuai untuk kita gunakan untuk kita bangunkan gelanggang training Kabaddi nanti. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adalah sejauh mana keterlibatan syarikat-syarikat besar dalam membantu untuk membangunkan sukan dalam negara kita sebagai contoh mungkin Nestle. Yang satu syarikat peringkat antarabangsa boleh membantu sukan-sukan yang tertentu kalau dapat
semua sukan ada penaja-penajanya dan kalau ada mungkin boleh memaklumkan atau kalau tidak secara detail boleh diberikan secara bertulis. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk penajaan ataupun penglibatan pihak korporat ataupun syarikat-syarikat swasta dalam Pembangunan Sukan Negeri Selangor, kebanyakan daripada engagement ataupun perhubungan kita ini lebih kepada anak-anak syarikat negeri misalnya PKNS yang banyak terlibat dalam membantu pembangunan sukan bola sepak, sukan badminton dan juga sukan berbasikal MBI khususnya yang secara aktif membantu sukan ragbi dan juga sukan memanah. Cuma pada masa yang sama kita juga ada mendapat penajaan ataupun sokongan daripada syarikat-syarikat jenama sukan seperti syarikat Viktor yang baru-baru ini antara penaja utama Kejohanan Badminton Asia Championship yang dianjurkan di Selangor. Selain itu kita juga mendapat sokongan daripada pihak pemaju SP Setia yang turut memberikan sokongan dalam konteks penyediaan lokasi untuk penganjuran program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam masa yang sama kita terus menggalakkan ataupun memberikan ruang dan sokongan kepada Persatuan-Persatuan Sukan untuk mereka bersifat lebih independent ataupun mandiri dan memberikan mereka feasibility untuk berunding dan juga mendapatkan tajaan-tajaan daripada luar. Sebagai contoh yang Berhormat Kampung Tunku sebagai Presiden Kelab Ragbi Selangor memang saya lihat beliau antara, beliau seorang wanita tetapi memimpin Persatuan Sukan Ragbi dan menggunakan jaringan dan juga konteks beliau untuk mendapatkan sponsorship dan tajaan daripada pihak-pihak swasta khususnya yang bukan daripada agensi di bawah kerajaan negeri Selangor. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Soalan seterusnya daripada Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 19.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Sra Kampung Taman MedanQuestions
19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status perancangan pembinaan semula Sekolah Rendah Agama Kampung Taman Medan?
b)
Berapakah kos pembinaan SRA ini dan bilakah dijangka siap?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Soalan berkenaan Sekolah Rendah Agama Kampung Taman Medan. Ada dua bahagian. Yang pertama adalah mengenai status perancangan pembinaan semula Sekolah Rendah Agama tersebut. Sekolah ini untuk makluman Yang Berhormat terletak di sekeping tanah yang dimiliki oleh pihak JAIS yang kali ini diwartakan sebagai tapak masjid. Sekolah itu pun sebelah Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Saya sendiri sudah turun dan tengok. Sekolah memang dalam keadaan yang uzur dan perlu diperbaiki dan jadi untuk memulakan proses pembinaan semula ini kita harus selesaikan isu-isu pewartaan tanah. Jadi sekarang ini warta tapak masjid itu sedang diubah kepada warta tapak Sekolah Rendah Agama, dan jangkaannya sekiranya proses ini dengan baik kita boleh serah kepada pihak kontraktor untuk memulakan kerja-kerja awalan seawal April 2025. Untuk bahagian kedua berapakah kos pembinaan SRA dan bila dijangka siap. Kita menjangkakan oleh pihak JKR menganggarkan kos pembinaan yang itu adalah sebanyak RM14,701,905 ataupun RM14.7juta dan akan mengambil masa pembinaan sehingga 24 hingga 30 bulan daripada mula kerja awal tapak.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Cuma saya nak tarik perhatian Yang Berhormat EXCO tentang sekolah SRA Kampung Taman Medan ini kerana dua perkara Yang Berhormat. Pertama tentang soal tanah itu. Warta tanah ini saya difahamkan ini bukan hanya melibatkan SRA Kampung Taman Medan, isu ini nak bahagi sama ada tanah itu tanah masjid atau tanah untuk kegunaan pendidikan. Dan saya difahamkan di peringkat Pejabat Tanah memang sedang memperhalusi masalah ini tetapi dah drag agak lama. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat EXCO boleh beri sedikit perhatian supaya semua Pejabat-Pejabat Agama Daerah, dapat berkerjasama dan mungkin diwujudkan satu jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah ini di seluruh negeri Selangor, termasuk di SRA di Kampung Taman Medan ini. Kerana situasinya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat maklum SRA Kampung Taman Medan ini dia bukan takat uzur dan daif dia dah tak boleh pakai dah. Dan pelajar-pelajarnya telah dipindahkan ke sekolah-sekolah lain. Dan benda ini dah berlaku sejak daripada sebelum Covid tempoh hari yang mana sekarang ini sebahagian sekolah-sekolah agama yang ada di kawasan saya di Taman Medan, pelajarnya hampir 50 orang satu kelas. Dan ada permintaan yang banyak yang menyebabkan sekolah pun tak boleh
nak terima. Jadi dengan kepadatan penduduk dan jumlah pertambahan penduduk yang semakin ramai, saya mengharapkan kalau sekolah ini siap pun dia mungkin mengambil masa tiga tahun lagi. Jadi proses tanah ini kena selesai cepat Yang Berhormat ya, pertama. Keduanya dari segi soal belanjawan ini maknanya dari segi bajet yang disediakan saya difahamkan sebahagian daripada Kerajaan Negeri daripada Majlis Agama dan sebahagian lagi daripada Kerajaan Persekutuan, untuk melengkapkan RM14 juta ini. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat EXCO boleh beri sedikit perhatian supaya bila masuk dalam rolling plan nanti benda itu benar-benar ada. Saya tak nak nanti jadi macam dekat Sungai Bakap. Yang mana RM3.5 juta dah diluluskan untuk buat Sekolah Tamil lepas tu dibatalkan. Jadi sekarang sekolah tak jadi buat dan sekarang jadi isu pula pilihan raya di Sungai Bakap jadi saya harap benda ini tak jadilah. So, saya nak minta respons daripada Yang Berhormat EXCO.
Soalan seterusnya.
Terima kasih Yang Berhormat. Punya dia takut Taman Medan jadi macam Sungai Bakapkan nak siap Sekolah Agama ini. Tak apa, tak ada masalah Taman Medan pun sebelah Seri Setia saja, tak ada masalah. Baik sesi yang pertama tadi, soalan saya ambil maklum isu-isu tanah itu sedang diteliti setelitinya oleh antara pihak JAIS dan Pihak Berkuasa Negeri dan untuk yang kedua sekiranya warta itu selesai insya-Allah kita memang akan masukkan dalam RMK-13 lah dengan syarat isu tanah itu dapat diselesaikan.
Soalan tambahan. Satu.
Satu lagi. Ya Paya Jaras.
Terima kasih kepada EXCO. Saya nak tanya sikit tentang sekolah-sekolah agama yang agak-agak bukan sekadar di Taman Medan tapi di banyak kawasan. Ada tak perancangan daripada kerajaan negeri Selangor khususnya pihak negeri Selangor untuk membuat satu jawatankuasa menyemak semula, atau pun kaji tahap sekolah-sekolah yang lama contoh di Paya Jaras sendiri contohnya, SRA Merbau Sempak memang dah kecik ramai orang, SRA Paya Jaras, SRA Merbau Sempak, dua SRA yang sangat lama dan sangat daif. Ada tak perancangan pihak kerajaan untuk membuat Jawatankuasa Khas Taskforce untuk memastikan bahawa ada perancangan jangka pendek dengan panjang untuk mengatasi sekolah-sekolah lama yang di bawah JAIS ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Saya rasa isu sekolah tak cukup ini memang bukan sahaja khusus kepada
sekolah agama tapi saya rasa sekolah-sekolah yang bukan agama pun ada masalah yang sama. Itulah kejayaan kerajaan kita mentadbir negeri Selangor walaupun belum ada RS-1 orang semua dah datang Selangor sekolah-sekolah kita pun orang duduk dengan selesa dan bahagia, anak-anak makin ramai tempat tak cukup. Tepuk sikit. Khusus kepada soalan Yang Berhormat tadi saya rasa pihak JAIS memang ada matriks melihat kepada merit dan keperluan sekolah-sekolah yang ada ia memang dalam perancangan kita untuk menyelesaikan masalah yang ada ini tetapi kita juga akan melihat kepada model-model baru bagaimana kita membuat unjuran yang lebih pintar mengenai keperluan sekolah-sekolah agama di Selangor berdasarkan angka data umat Islam yang ada di negeri Selangor. Jadi itu sedang diteliti oleh pihak saya. Terima kasih.
Soalan seterusnya dari Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 20.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK)Questions
20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status lantikan pengerusi JPKK yang terkini?
b)
Apakah masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan sehingga isu lantikan pengerusi JPKK tertangguh beberapa kali?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sementa. Soalan Yang Berhormat, apakah status pelantikan fungsi JPKK yang terkini dan yang kedua apakah masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan sehingga isu lantikan pengerusi JPKK tertangguh beberapa kali. Saya mohon untuk soalan 20 (a) dan (b) dijawab secara bersekali. Terkait dengan pelantikan pemimpin komuniti seperti Ketua Kampung Tradisi adalah menjadi amalan seperti yang diamalkan sebelum ini di mana formula pengagihan akan ditentukan berdasarkan rundingan dengan
pemimpin parti-parti politik dalam gabungan kerajaan. Apabila persetujuan dicapai barulah proses pemilihan Ketua-Ketua Kampung Tradisi akan dilaksanakan mengikut Garis Panduan Dasar Tatacara Peraturan Mengenai Pelantikan Dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Negeri Selangor. Alhamdulillah kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah kerana saat ini perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi sedia ada yang berakhir pada 30 Jun baru-baru ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, MMKN telah meluluskan pelantikan 373 orang pengerusi JPKK Ketua Kampung Tradisi untuk penggal baru berkuat kuasa 1 Julai 2024 yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa Dan Luar Bandar, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pejabat Daerah Dan Tanah. Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat EXCO. Saya difahamkan ada beberapa pelantikan Ketua Kampung daripada kalangan wanita. Yang pertama, betul atau tidak. Ketua Kampung daripada wanita. Saya mohon bila ianya dimulakan pelantikan tersebut? Sesi bila dia mulakan? Dan apakah pra syarat yang dikenakan ataupun apakah perbezaan antara wanita dengan lelaki? Supaya Dewan ini dapat maklum. Dan juga berapa ramai bilangan Ketua Kampung di kalangan wanita tersebut yang dilantik untuk sesi ini? Dan yang terakhir apakah ada perancangan kursus berkala kepada Ketua-Ketua Kampung ini. Terima kasih.
Tuan Speaker saya nak tanya apakah niat soalan Sementa tu?
Tak apa. Kita tunggu jawapan daripada Yang Berhormat EXCO dulu nanti kita boleh tanya soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Memang ada pengerusi JPKK daripada kalangan wanita. Ini saya ingat di kalangan Ahli Dewan pun ada wanitalah. Jadi tak ada masalah berkenaan dengan pelantikan wanita sebagai pengerusi JPKK kerana kita mengangkat wanita juga berkemampuan untuk menjadi pimpinan di peringkat kampung-kampung dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Sementa juga pelantikan seperti saya perkatakan tadi telah pun dilantik berkuat kuasa 1 Julai 2024 kerana penamatan pengerusi yang lepas berakhir pada 30 Jun. Jadi pelantikan baru itu bermula pada 1 Julai dan semua pengerusi JPKK ini syarat-syarat
pelantikannya telah pun ditetapkan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan selepas ini gerak kerja sedang disusun dan akan ada beberapa kursus serta surat lantikan watikah akan diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar selepas sidang Dewan ini berkemungkinan pada tarikh 15 Julai. Terima kasih.
Ada soalan tambahan yang lain. Subang Jaya ada pertanyaan?
Jumlah keseluruhan Ketua Kampung adalah 373. Yang wanita saya belum dapat data yang penuh, nanti saya akan beri secara bertulis. Wanita. Jumlah, jumlah tu. Jumlah. Terima kasih.
Kita nak cakap jumlah.
Kenapa kalau dengar jumlah Yang Berhormat Sementa ada masalah. Allergic?
Kami tak ada isu cuma nak tahu dan nak tambahkan.
Sementa nak banyak ke nak kurang?
Nanti saya akan beri jawapan secara bertulis dengan jumlah Pengerusi JPKK wanita.
Yang Berhormat Speaker, sikit soalan tambahan.
Sekejap je 30 saat.
Saya tertarik dengan isu tentang kuota ketua kampung wanita ini dan saya ingat Sementa lupa kami dah start lama dah lagi kita angkat wanita sebagai kepimpinan di negeri Selangor ini. So, soalan saya, baru nak bagi soalan, baru nak bagi soalan. Soalan saya adakah benar-benar usaha ini boleh diteruskan lagi sebab dalam masa peringkat awal kita mengangkat ketua kampung ini daripada kalangan wanita bilangan itu pada saya, daripada parti saya sendiri kita tambah untuk 1 Julai ini kita tambah seorang lagi di Sungai Besar sebagai Ketua Kampung. So, adakah usaha ini akan diangkat lagi pada masa akan datang? Dulu dua orang, tambah satu lagi okay lah.
Ada, persoalan itu telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Sekarang jam dah pukul 11.00. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Usul di bawah Peraturan Tetap 17(1) oleh Yang Berhormat Seri SerdangMotion
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Usul di bawah Peraturan Tetap 17(1) oleh Yang Berhormat Seri Serdang.
Silakan Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ada kawan-kawan yang whatsapp tanya Usul apa nak bawa ini. Apa yang takut sangat. Bismillahirrahmanirrahim Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon membawakan Usul yang berbunyi seperti berikut; rentetan dari kejadian 5 Mei 2024 (Ahad) pada jam 4.40 petang seorang pemain bola sepak negeri Selangor Encik Mohd Faisal bin Abdul Halim yang disimbah asid sulfurik pekat di sebuah pusat membeli belah di Kota Damansara dan mengakibatkan melecur tahap 4 serta kesan trauma dan kemurungan seperti kenyataannya pada 13 Jun 2024, “saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga semua selamat”. Rentetan daripada peristiwa ini ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan Selangor juga telah menzahirkan kemurkaan Baginda di atas kejadian tersebut di dalam kenyataan Baginda pada 26 Jun 2024 dan Baginda perkenan untuk pihak Selangor FC menghantar satu penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih 2024 kepada Malaysian Football League (MFL). Terdapat lagi insiden memukul pemain bola sepak dan insiden memecah cemin kereta pemain bola sepak yang lain yang dijangka kan bertujuan menakut-nakutkan atau pun tujuan-tujuan lain yang tidak sepatutnya berlaku.
Oleh yang demikian, saya mengusulkan agar Dewan Negeri Selangor yang Mulia ini mengecam tindakan yang mengancam keselamatan nyawa dan karier atlet terutama pemain bola sepak. Ini boleh membantutkan usaha negeri Selangor bagi melahirkan lebih ramai lagi atlet yang berwibawa di dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini. Tuan Speaker, saya mohon usul ini dibawa. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Pejabat Speaker telah menerima dan mempertimbangkan Usul menangguhkan Dewan ini di bawah Peraturan 17(2), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan daripada Yang Berhormat Seri Serdang. Tuan Speaker berpuas hati bahawa Usul tersebut menepati tiga (3) syarat yang telah diperuntukkan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan iaitu; ia adalah satu perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu di
segerakan. Oleh yang demikian, Peraturan 17(3)(a) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan, saya dengan ini menempohkan usul ini sehingga pukul 3 petang hari ini. Setiausaha.
Sambungan Usul Nombor 8 Tahun 2024, Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri SelangorMotion
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, sambungan Usul Nombor 8 Tahun 2024, Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri Selangor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Tiga untuk menyambung perbahasan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Speaker dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dengan serangkap pantun sebab saya nak bagi tahu kat Tuan Speaker jangan lupa masa saya semalam lah.
Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Tuan Speaker jangan lupa beri saya lebih masa.
Semalam kita sudah bercakap tentang beberapa perkara di peringkat awal perbahasan saya, saya gariskan sedikit tentang Zon Pembangunan Ekonomi SMG yang mana peringkat permulaan, pemula kepada projek zon ekonomi ini akan bermula di DSA05 di Seksyen 24. Namun dalam mengambil kira pembangunan ekonomi itu akan berlaku selaras dengan kita menaikkan kawasan zon di panggil buffer zone JPS ini saya harap ada beberapa perkara yang penting untuk diambil kira oleh kerajaan negeri supaya ia tidak berulang lagi. Saya mengambil satu contoh yang telah berlaku di Pangsapuri Indah Ria yang mana pembangunannya di sebelah sungai Damansara dan kejadian itu berlaku menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos yang agak tinggi untuk menampung semula kerosakan atau pun mendapan yang berlaku di kawasan Indah Ria. Dan kejadian ini juga amat merisaukan kita apabila kawasan buffer zone kawasan Sungai Damansara dan juga Sungai Klang ini pernah terjejas dengan banjir pada tahun 2021. So dengan harapan kita bahawa, kita hendak meningkatkan ekonomi kita melalui Zon Pembangunan Ekonomi SMG ini saya berharap agar perkara-perkara tentang keselamatan dan juga pembangunan ini juga diambil berat dan memandangkan jajaran ini akan melibatkan 3 ataupun 4 PBT, ada 4 PBT; Majlis Bandaraya Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang, maka saya berharap pihak PBT juga akan melihat dengan lebih teliti dari aspek pembangunan supaya struktur yang kita benar-benar, yang kita akan bina itu melalui siapa pun kontraktor yang kita lantik adalah menepati aspek yang kita harapkan akan kekal berpanjangan. Saya tidak mahu isu-isu ini terus berulang. Semalam telah
pun saya sebut tentang pencapaian yang telah kita dapat walaupun tanpa Zon Pembangunan Ekonomi belum lagi kita bermula tetapi dengan usaha melalui pelebaran, kita korek buang sampah, kejayaan-kejayaan itu telah pun kita sebut kan semalam dan saya harap itu dapat kita teruskan lagi di masa yang akan datang.
Tuan Speaker, mungkin saya boleh menyentuh sedikit satu kajian Centre Of Governance and Political Studies yang menyebut beberapa buah bandar utama di Malaysia berisiko tenggelam pada tahun 2050. So ini mungkin kita boleh ambil satu rujukan kita di Jakarta yang mana sekarang ini telah dibina tembok di sepanjang pantai itu yang memang melihat kepada paras air laut itu lebih tinggi berbanding dengan tanah di Jakarta. So, kita harapkan unjuran ini ataupun kita punya study kita kepada aspek pembangunan di kawasan tebing sungai ini juga mengambil kira faktor-faktor yang saya telah sebutkan. Sudah pasti kalau kita benar untuk kita laksanakan Zon Pembangunan di SMG ini saya kira kos yang perlu kita tanggung di peringkat awal akan jauh lebih tinggi sebab kita perlukan struktur yang kuat berbanding dengan kalau kita hendak repair, buat satu pelan pula selepas pada itu. Maksud saya kalau kita boleh dari peringkat awal memastikan struktur itu kuat maka saya rasa di hujung itu nanti, beberapa tahun lagi kita tidak perlukan kos tambahan untuk kita baiki kawasan-kawasan yang mendap itu. So saya harap pertamanya Kerajaan Negeri terutamanya memperhalusi aspek pembangunan yang saya sebutkan.
Keduanya, apa sebenarnya succes rate yg kita sasarkan daripada projek SMG dari sudut pembersihan dan meningkatkan kualiti air. So apa success rate yang kita harapkan? Apa kajian yang kita telah buat dan apa sebenarnya bacaaan yang kita perlu dapatkan? So saya harap SMG dapat keluarkan maklumat itu supaya kita tahu dalam masa yang sama dua perkara ini jalan dengan serentak, pembersihan pun kita perlu buat, pembangunan pun kita buat. Kita dapat both benefit ekonomi juga solusi kepada alam sekitar. Dan bila saya sebut tentang SMG ini , saya tertarik dengan satu dokumen
Taman Medan bangun.
Bagi saya 1 lagi, 1 lagi. So, bila saya sebut, saya tertarik dengan 1 dokumen daripada Urban Nature Atlas yang mana kajian ini adalah Output daripada Naturvation Project daripada Central European University menyebut projek SMG ini juga merangkumi 5 aspek dalam SDG. Yang pertama ialah climate action, marine protection, green space, water management, economic development. Saya harap perkara yang telah kita laksanakan ini sedikit sebarang menyumbang kepada pembangunan SDG peringkat antarabangsa. Taman Medan silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya percaya Batu Tiga, Taman Medan kita berkongsi dari segi laluan SMG kerana sungai itu sama dan dia melibatkan MBPJ, MBSJ, MBSA, dan Majlis Bandaraya Klang. Cuma apa pandangan Yang Berhormat sebab semalam kita dapat lihat laporan audit tentang Project River Of Life di Kuala Lumpur sebab kita tahu sungai ini bukan sungai daripada PJ, sungai ini asalnya dari Ampang sebenarnya. Sepatutnya MPAJ dilibatkan sama dalam usaha ini. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya supaya MPAJ dan juga perundingan di antara Kerajaan Negeri Selangor dan juga Persekutuan terutamanya dalam pengurusan sungai ini harus dilibatkan dan dibesarkan tentang SMG ini? Kerana kalau kita nak selesaikan di bawah sahaja tetapi di peringkat KL, Kuala Lumpur tidak selesai RM3 bilion telah dibelanjakan tidak selesai untuk Project River Of Life dan di peringkat MPAJ tidak ada perancangan menyeluruh tentang perkara ini maka saya hendak mencadangkan mungkin Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya supaya boleh diperluaskan tentang inisiatif SMG ini. Jangan lah SMG ini dilihat hanya sebagai projek pembangunan semata-mata tetapi lebih kepada bagaimana jika nak menjadikan Sungai Klang ini sebagai sungai yang benar-benar dapat memberikan kehidupan semula kepada rakyat negeri Selangor.
Terima kasih Taman Medan. Sudah tentu saya bersetuju. Lebih ramai pihak yang boleh kita libatkan bersama adalah lebih baik. Hari ini mungkin kita bercakap tentang beberapa PBT yang terlibat dan saya harap kita boleh tambahkan lagi di masa akan datang. Saya beralih kepada tajuk yang kedua ialah Pulau Carey yang mana saya melihat kepada kenyataan media Menteri Pengangkutan dan juga statement dan juga saya merujuk kepada Laporan Kajian Separuh Penggal ini mungkin saya melihat kepada pelaksanaan Pulau Carey ini mungkin akan sedikit tersasar makanya pembinaan itu masih belum dimaklumkan bila tarikh penubuhannya. Namun saya melihat kepada satu usaha yang sangat baik daripada pihak Kerajaan Negeri iaitu pengembangan West Port 2 yang mana usaha ini walaupun di peringkat awal Carey Selangor yang kita sasarkan akan meningkatkan kapasiti sebanyak 50 percent daripada pelabuhan sedia ada namun saya melihat kepada pengembangan West Port yang saya percaya akan dimulakan dalam masa terdekat ini dapat cover semula kapasiti yang kita nak tingkatkan yang saya dimaklumkan pengembangan West Port akan meningkatkan 2 kali ganda kapasiti yang berada di pelabuhan sedia ada. Itu ringkas tentang pelabuhan.
Namun saya melihat satu perkara lagi di Shah Alam hari ini sudah dibangunkan banyak pusat logistik international yang terbaharu ialah di pihak kerajaan bekerjasama dengan sebuah syarikat gergasi GV membangunkan Shah Alam International Logistic Hub yang mana logistic hub ini bukan yang pertama di Shah Alam tetapi telah pun berlaku ataupun telah ditubuhkan beberapa antaranya Maple Tree dan adakah usaha menubuhkan Pusat
Logistik ini juga menyokong usaha kepada pembinaan logistik Pelabuhan tambahan ini. Saya berharap kalaupun di bina logistic hub di pusat-pusat bandar saya berharap integration nya dengan pelabuhan ini tidak kita lupakan sebab mereka ini memerlukan kawasan ruang yang sangat besar dan sudah tentu saya menyokong usaha ini sebab dia akan meningkat atau pun menambah lagi peluang-peluang pekerjaan di kawasan-kawasan bandar.
Tuan Speaker, saya beralih kepada sedikit berkenaan dengan sosial. Saya ingin menyentuh satu isu yang mungkin tidak disebutkan dalam perbahasan kita ataupun RS-1 ini yang khususnya menyentuh tentang emosi para ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU. Kita selalu bercakap tentang apakah bantuan yang akan kita berikan kepada warga OKU, apa yang boleh kita berikan secara terus dalam sudut monetary, duit ataupun peralatan tetapi kita lupa tentang satu aspek yang mana kita sebut tentang emosi yang berada dan berlegar dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak OKU. Saya harapkan agar kita boleh ambil satu panduan yang mana saya kongsikan sebuah kajian daripada Taylors University yang diketuai oleh Dr. Wan Melati mengatakan, kajian mengatakan tekanan emosi ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU ini jauh lebih besar ataupun jauh lebih kuat.
Kenapa saya boleh katakan begitu? Sebab pertamanya ia berlawan antara dua. Pada waktu anak OKU kecil ibu bapa yes, tenaganya masih kuat, masih muda dan kemampuan kewangannya mungkin masih mampu untuk menjaga anak-anak OKU daripada umur yang kecil. Tetapi apabila anak itu meningkat dewasa, tenaga ataupun berat badan anak makin bertambah. Keperluannya juga makin meningkat dari sudut makanan dan keperluan lain dan di situ lah berlaku penurunan kemampuan ibu bapa itu. Maka bila anak ini meningkat dewasa, keperluannya meningkat kemampuan ibu bapa juga semakin menurun ketika itu. So di situlah berlaku satu keadaan di mana emosi para ibu bapa ini sangat-sangat tidak stabil dan tertekan dan sampai ke tahap mungkin berasa satu tempoh aku kena hantar anak aku ke kawasan atau pusat jagaan. So ini berlaku banyak kali dan saya melihat kepada sebuah kajian ini yang bila dibuat pelaksanaan itu, lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang memang tidak ada kemampuan untuk dari sudut fizikalnya. Physically memang terlantar atau pun memerlukan terapi yang sangat banyak terutamanya tentang kos yang kita sebutkan.
So ini akan menjerumus kepada masalah emosi. Dan saya harapkan Kerajaan juga memberi perhatian kepada isu ini sebab kalau kita terus memberi tumpuan kepada anak sahaja semata-mata, kita akan lupa dan kita akan kesampingkan kumpulan ibu bapa ini yang mana mereka ini setiap hari berfikir tentang masalah bagaimana ataupun siapa nak jaga anak aku kalau aku tiada. Ini perkara yang sangat besar dan sangat penting untuk kita sama-sama fikirkan. Dan memang penjaga ini tidak mempunyai masa rehat yang
cukup. Mereka tertekan dengan waktu dan tempoh masa ini. So saya harapkan kita boleh memberikan sedikit penekanan mungkin dengan saya boleh mencadangkan kita menubuhkan pusat-pusat kalau biasanya kita sebut tentang pusat rehab kanak-kanak, mungkin juga perlu sebuah pusat rehab yang beri healing kepada mak-mak, ibu bapa ini sementara pusat ini menjaga anak-anak OKU itu. So pusat ini boleh tengok anak-anak mungkin pada hujung minggu dan mak ayah boleh ambil masa sedikit untuk berehat pada hujung minggu. Dan...
Ringkaskan ya.
dan saya nak sentuh sikit pasal PDK. Kalau boleh diberikan sedikit elaun tambahan oleh pihak Kerajaan sebab hari ini elaun-elaun guru PDK, petugas PDK dan juga penyelia di bawah paras gaji minima. Saya harapkan Kerajaan beri tumpuan sebab kita nak kalau boleh diberikan injection itu, maka motivasi petugas-petugas di PDK juga akan semakin meningkat.
Sedikit lagi Tuan Speaker. Tak banyak dah, saya nak pergi kepada kepentingan ekonomi penjagaan. Yang ini juga tidak disebut secara khusus dalam Rancangan Selangor Pertama. Sebab bila kita sebut tentang K-ekonomi dan saya puji pihak Kerajaan mewujudkan sebuah EXCO khas berkenaan dengan K-ekonomi. Saya puji. Memang itu satu perkara yang sangat baik. Cuma bila saya sebut tentang perkara itu, ada satu artikel daripada Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia. Ini bukan ISIS yang jahat tu. ISIS yang baik punya. Dia buat kajian. Dia kata dalam aspek penjagaan ini sebenarnya kita kehilangan hasil GDP yang mana direkodkan dalam sekitar RM379 billion. Maknanya industri penjagaan kita setakat hari ini semuanya berjalan secara unformal, semuanya tidak berdaftar dan semuanya tidak ada pihak yang ingin melihat kepada perkara ini. So dalam kehilangan GDP itu, nombor dua di bawah pembuatan, saya kira usaha yang sangat bagus daripada pihak Kerajaan menubuhkan sebuah EXCO yang khusus berkenaan dengan perkara ini. Namun saya melihat K-ekonomi, kita bukan memberi tumpuan anak-anak sahaja, bukan kepada taska di rumah, bukan kepada penjagaan yang unformal seperti itu maka malah kita kena melihat jauh lebih ke depan ialah ageing population kita, ageing group kita yang semakin tinggi. Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan kita, teknologi dan ubat kita yang sangat baik, memanjangkan umur, usia warga Malaysia ini. Namun perhalus, halus daripada itu ialah aspek penjagaan mereka sebab umur makin meningkat dan kemampuan makin menurun. Yang terakhir Tuan Speaker,
Tutup terus.
Yang terakhir, yang terakhir. Saya nak sentuh sedikit tentang Skim Bekalan Air Rasau dan saya kira ini juga satu usaha yang sangat baik daripada pihak Kerajaan
Banyak lagi ke Batu Tiga?
Ya?
Tutupkan terus.
Okay, okay. Last, last. Terakhir. Dan saya puji dan saya harap projek ini terus dilaksanakan dan kejar masa untuk kita siapkan sebab loji ini antara yang termaju di Asia Tenggara dan fasa pertama kalau berjaya disiapkan kita mampu membekalkan 700 juta liter air terawat sehari. So ini akan mampu menyelesaikan masalah air yang berlaku di Negeri Selangor. Dan sudah tentu kalau diekstrak air ini daripada Sungai Klang juga menyumbang kepada sumber bekalan air mentah baharu yang boleh kita jana dan ini bukan sahaja menyelesaikan banyak perkara terutama masalah bekalan air, maka kita boleh gunakan unused water yang sebelum ini kita salurkan semua ke laut, kita boleh ambil sebahagiannya masuk ke dalam Pusat Rawatan Air kita.
Yang terakhir Yang Berhormat Speaker, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan. Di Melaka telah diwujudkan sekian lama dulu namanya JAPERUN. JAPERUN ini Jawatankuasa Pembangunan DUN di setiap DUN tertentu. So, kami di ADUN-ADUN di Negeri Selangor ini, kita setiap kali berubah ADUN ke sebagainya kita kena cari pejabat baru dan diberi peruntukan oleh Kerajaan Negeri. Okay, saya okay bab itu. Tetapi bila melihat tentang kos jangka panjang, saya mencadangkan kalau boleh diwujudkan sebuah pusat yang tetap, yang memang fix dekat situ. Berubah siapa pun ADUN kat situ, tempatnya masih di situ. Dia tak confuse kan orang awam untuk cari kat mana pula la Pejabat DUN selepas pada ini. Cari lagi tempat, tempat tak jumpa so ADUN kena sewa tingkat 2, tingkat 3. Menyusahkan rakyat untuk datang. So saya harapkan dengan adanya pusat seumpama JAPERUN di Melaka ini boleh bantu masyarakat kita dan juga kita mengurangkan kos di pihak Kerajaan.
Yang terakhir, satu last. Saya ucapkan tahniah saja. Tahniah saja. Yang terakhir ni tahniah saja. Last. Yang terakhir, saya ucapkan tahniah pertamanya kepada Selat Kelang kerana menyokong Kerajaan Perpaduan, meyakini Kerajaan Perpaduan hari ini di Negeri Selangor yang boleh menyumbangkan kepada kemajuan masyarakat. Saya juga ucapkan tahniah kepada KKB yang sudah selesai mengangkat sumpah semalam sebagai Ahli Dewan Negeri. Selamat maju jaya. Saya juga ucapkan tahniah kepada MP
Tanjong Karang yang masuk menyertai Bersatu dan saya juga ucapkan tahniah Gombak Setia tak ada. Naik pangkat pergi ke seat yang lebih baik. Cuma saya harap mungkin Gombak Setia bolehlah ambil seat Hulu Kelang lah. Sebab Hulu Kelang semalam sebut, dia kata mungkin tahun depan dia tak jadi lagi Ketua Pembangkang. Mungkin nak seberang sini kot. So saya harapkan kita masuklah DAP ke, seberang sini ke. Saya doakan Gombak Setia boleh jadi Ketua Pembangkang pada satu masa nanti. Terima kasih banyak-banyak semua. Assalamualaikum W.B.T.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya mempersilakan pembahas seterusnya daripada Yang Berhormat Paya Jaras.
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Satu yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua.
Perkara pertama ialah berkaitan isu ketidakseimbangan pembangunan ekonomi. Selangor menyumbang kepada sebahagian besar KDNK negara. Namun ketidakseimbangan dalam pembangunan antara kawasan bandar, luar bandar, di negeri semakin ketara. Kawasan luar bandar masih lagi ketinggalan dari segi infrastruktur dan peluang pekerjaan menyebabkan migrasi penduduk ke bandar-bandar utama seperti Shah Alam, Bangi dan Petaling Jaya. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu melaksanakan dasar pembangunan yang lebih seimbang dan inklusif dan memastikan semua kawasan di Selangor mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Perkara kedua ialah saya mencadangkan Program Reverse Migration atau bandar ke luar bandar. Disebabkan kos sara hidup yang semakin menekan di kawasan bandar, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil langkah melakukan Program Reverse Migration iaitu bandar ke luar bandar dengan melalui langkah-langkah seperti Program Sewa Rumah, Rumah Sewa Percuma bagi mengelakkan golongan keluarga-keluarga muda kembali ke desa, seterusnya membina semula ekonomi luar bandar. Melalui Program Pelaksanaan Reverse Migration, Kerajaan boleh melaksanakan penyewaan tanah milik kerajaan bagi tujuan pertanian. Antara langkah yang boleh dilaksanakan dengan melaksanakan penanaman skala besar dan melibatkan pelbagai jenis tanaman yang boleh dihasilkan melalui pengeluaran segera, untuk membantu penjanaan pendapatan rakyat yang akhirnya memberikan impak positif kepada rakyat dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.
Perkara yang ketiga yang saya ingin tekankan ialah tentang peluang pekerjaan yang berkualiti. Selangor telah mencatatkan nilai purata, nilai pelaburan sebanyak RM39.4billion. Dalam sektor-sektor utama yang kompleks antara tahun 2021 hingga 2023. Namun kita perlu bertanya, apakah manfaat sebenar pelaburan ini kepada rakyat biasa? Adakah ia benar-benar mencipta peluang pekerjaan berkualiti? Atau hanya meningkatkan keuntungan korporat yang besar? Kita perlu pastikan bahawa laluan ini membawa manfaat yang menyeluruh dan adil kepada semua lapisan masyarakat.
Tuan Speaker, saya ingin menyentuh kepada perkara yang keempat iaitu berkaitan dengan keperluan menggiatkan ekonomi, menggiatkan usaha ketahanan ekonomi. Ini perkara yang penting yang kita bahaskan dalam RS-1. Selangor perlu lebih tangkas dalam menghadapi ancaman seperti perubahan iklim, bencana alam dan faktor luar yang lain yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat. Perubahan iklim telah mengakibatkan kejadian cuaca ekstrem yang semakin kerap. Manakala bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh telah menjejaskan infrastruktur dalam kehidupan masyarakat. Dalam beberapa hari ni banyak berlaku banjir kilat di banyak kawasan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada masyarakat.
Sehubungan itu, ketidaktentuan ekonomi global juga memberikan tekanan kepada ekonomi kita menuntut kita untuk lebih bersedia dan berdaya tahan, dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Melaksanakan dasar teknologi hijau adalah langkah yang paling berkesan. Ini supaya dapat merangsang guna tenaga tapi juga meningkatkan daya tahan ekonomi dalam alam sekitar untuk jangka panjang. Antara langkah yang boleh diambil termasuk meningkatkan pelaburan dalam sumber tenaga yang boleh diperolehi seperti tenaga solar dan angin. Semalam saya dapat taklimat daripada pihak agensi yang mengatakan teknologi perlu dikembangkan lagi dan kita perlu menyokong dengan sepenuhnya. Kalau ini dapat dibesarkan lagi, dikembangkan lagi maka ia akan memberikan satu impak yang besar kepada ekonomi Negeri Selangor. Memberi insentif kepada syarikat yang menggunakan teknologi hijau, menggalakkan tiga amalan iaitu pertanian lestari, memastikan pengurusan air yang efisien, mempromosikan pendidikan dan pembangunan dalam teknologi hijau, menyokong usahawan dan Pengusaha Kecil/Sederhana (PKS), yang mengekhaskan produk dan perkhidmatan yang mesra alam. Serta mengintegrasikan dengan alam sekitar dalam kurikulum sekolah dan universiti.
Dengan melaksanakan langkah-langkah ini, bukan saja dapat mencipta peluang pekerjaan yang baharu dan mengurangkan kadar pengangguran tapi juga memastikan bahawa ekonomi di Selangor lebih berdaya tahan terhadap, ancaman-ancaman masa hadapan dan usaha ini perlu dilakukan secara kolektif dan berterusan untuk memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terjamin untuk generasi yang akan datang.
Akibat daripada pembangunan, antara perkara yang sering dibahaskan oleh masyarakat, atau dibincangkan ialah bagaimana kuari-kuari yang baru dibuka. Dan saya ingin menyentuh kepada isu kuari di sekitar Bukit Lagong dan Desa Bukit Indah. Tanpa menafikan keperluan dalam pembangunan yang kita lalui hari ini, isu pengurusan kuari di sekitar Sungai Buloh khususnya, perlu diberikan tumpuan khusus sekitar Bukit Lagong dan Desa Bukit Indah. Isu yang diadukan oleh penduduk antaranya ialah; pertama keretakan dinding-dinding rumah. Yang kedua bumbung rumah yang jatuh, peralatan elektrik yang rosak, habuk yang tebal dalam rumah, lori besar yang lebih muatan dan merosakkan jalan, lori besar yang membahayakan pengguna-pengguna jalan raya, letupan kuari setiap hari, tiada jadual kepada penduduk dan semakin kuat letupan; dan yang terakhir masa operasi yang berterusan sepanjang minggu. Dan ini memberikan kesan yang besar kepada masyarakat dan mengganggu kehidupan mereka dan ini perlu diberikan perhatian. Sebagai negeri yang maju sepatutnya isu ini telah diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri dengan cara yang khusus untuk kuari beroperasi dengan bukan hasil-hasil yang telah diperolehi daripada kuari-kuari yang dibina ini.
Perkara yang keenam yang saya ingin bahaskan ialah perkara yang telah disentuh oleh ramai pihak, khususnya semalam Pelabuhan Kelang sebut termasuk juga Sabak menyebutkan tentang pembangunan RS-1 mulai secara adil. Jurang infra di kawasan bandar, pinggir bandar dan kampung tradisi. Isu berkaitan perparitan, longkang, jalan sempit, penyelenggaraan jalan, kutipan sampah serta kemudahan asas elektrik dan air perlu diselesaikan.
Peruntukan yang mencukupi amat penting kerana ketidakseimbangan ini akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Kawasan luar bandar tidak boleh diabaikan khususnya, berkaitan dengan penggunaan asas dan peruntukan perlu adil dan tidak boleh mengutamakan keselesaan penduduk tertentu sahaja tetapi mengabaikan penduduk asal yang wajib dihormati oleh setiap penduduk. Selain itu, penyelesaian isu lot lidi, yang sering berlaku di kawasan Paya Jaras dan mungkin di kawasan-kawasan lain juga perlu dilihat secara teliti dan ini adalah antara masalah yang wujud di kampung tradisi dan perlu diselesaikan dengan segera. Pembangunan RS-1 tidak bermakna sekiranya kampung tradisi masih dalam keadaan terpinggir dan daif termasuk miskin tegar yang belum dapat ditangani dengan sebaiknya.
Perkara ketujuh ialah berkaitan dengan banjir, yang sering berlaku di banyak kawasan dan dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat dalam Dewan ini. Satu aspek yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi yang lestari ialah isu banjir yang masih belum jelas penyelesaiannya di Selangor. Isu ini sentiasa dibangkitkan kerana ini masalah utama di Negeri Selangor. Khususnya yang berkaitan di kawasan Sungai Buloh yang melibatkan kawasan Paya Jaras, Merbau Sempak, Kubu Gajah dan sekitarnya. Masih jauh lagi daripada penyelesaian yang diharapkan. Saya memohon Kerajaan Negeri
berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh dengan peruntukan yang mencukupi. Terima kasih kerana projek pertama telah bermula iaitu Tebatan Banjir Sungai Subang telah bermula tapi, banyak lagi kerja-kerja yang dilakukan dan ini perlukan satu komitmen yang begitu tinggi daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Kerosakan harta benda dan tekanan emosi, serta kerisauan yang seakan-akan berlaku. Isu utama ini perlu diselesaikan, Rancangan Selangor Satu perlu melihat pembangunan ini secara komprehensif. Pembangunan kampung-kampung tradisi ini juga jangan diabaikan kerana pengabaian ini akan menyebabkan masyarakat akan tertinggal dan akhirnya, masyarakat akan sentiasa dalam keadaan yang disebutkan ketinggalan dari semua aspek termasuklah dalam pembangunan, emosi dan sebagainya. Jadi isu banjir ini perlu diberi perhatian kerana isu banjir ini isu yang cukup kritikal. Masa tenaga dihabiskan dan menyebabkan masyarakat terpaksa ambil cuti, kadang terpaksa juga menukar barang dan akhirnya menyebabkan masalah ekonomi juga berlaku.
Tuan Speaker, yang saya nak sebutkan adalah Pembangunan Remaja ataupun young parents. Ini isu berkaitan yang disebutkan oleh EXCO tadi, tentang soal emosi, soal psikologi, soal tekanan yang dihadapi oleh anak-anak muda pada hari ini. Baru-baru ini kalau kita tengok dalam, yang viral di Youtube berkaitan yang ayah yang marah anak kerana disebabkan potong rambut yang menyebabkan semua netizen mengkritik. Perkara ini menyebabkan kita berfikir, apakah situasi yang sebenar ada pada hari ini. Apakah anak-anak kita ini kurang dapat didikan, maka ini perlu diberikan perhatian. Dalam aspek bangunan insan yang holistik, pendidikan sistematik non formal untuk Young Parents dalam mendidik anak perlu diberikan. Young Parents ini perlukan bimbingan kadang-kadang mereka ini dapat anak tapi kadang-kadang mereka tidak mampu untuk didik anak. Sebab apa mungkin pengalaman tidak ada ataupun kesibukan bekerja menyebabkan mereka ini perlukan bimbingan. Saya mencadangkan dalam RS-1 ini Program Pembangunan Insan khususnya kepada young parents, yang semakin meningkat ini perlu diberikan perhatian. Kaedah mendidik anak zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Maka saya mengesyorkan supaya dalam Rancangan Selangor-1 ini Program Pembangunan Remaja perlulah ditekankan. Saya dapati dalam laporan ini ada satu program dipanggil Pembangunan Remaja. Tetapi program itu umum tidak ada keterangan detail saya mengharapkan ada pendetailan daripada pihak Kerajaan Negeri. Supaya ia dapat dijelaskan. Supaya masyarakat dapat ikut dapat melaksanakan. Kestabilan emosi kemampuan untuk menghadapi kawasan persekitaran perlu diberikan tumpuan untuk menjadi bahagia. Program yang dirancangkan perlu kreatif dan berbagai.
Perkara yang saya nak sebutkan lagi berkaitan tentang pendidikan. Aspek pendidikan perlu diberikan dan saya mengesyorkan supaya, Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai Maahad Tahfiz Integrasi yang ditubuhkan sejak 2008 ini, diberikan tumpuan. Masyarakat hari ini semakin cenderung, melihat ramai golongan teknokrat, saintis profesional dan cendekiawan, yang terdiri daripada mereka yang hafal Quran yang diyakini dapat memberikan nilai yang tinggi. Dalam aspek sumber manusia dan kemajuan dalam sektor industri dan ekonomi. Saya mengesyorkan supaya program-program seperti ini dikembangkan lagi bagi memastikan dalam Rancangan Selangor-1 ini disyorkan ini lah masa yang terbaik supaya program ini dicorakkan dikembangkan kepada peringkat yang lebih luas lagi. Seperti Program Pembudayaan Sains Teknologi Engineering dan Matematik, artificial intelligence, internet of things, big data, robotic technology, renewable energy, food severity dan nuclear. Saya sekali mencadangkan agar MITS ditubuhkan setiap daerah di Negeri Selangor, dalam memastikan Rancangan Selangor-1 dapat dicapai dengan sebaiknya. Yang kedua, mengenai sekolah-sekolah uzur. Selain daripada aspek pendidikan, terdapat sekolah-sekolah lama yang di bawah Kerajaan Negeri yang perlu dinaik taraf. Contohnya di kawasan Paya Jaras iaitu SRA Merbau Sempak dan SRA Paya Jaras antara sekolah yang perlu naik taraf. Kerana keadaan yang uzur dan jumlah murid semakin meningkat. Perkara yang ketiga ialah berkaitan kebajikan dan profesion pendidik. Selain daripada kebajikan pelajar, kebajikan guru MITS, KAFA dan Sekolah Agama Tahfiz juga diberikan tumpuan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sistem penggajian dan latihan perlu diberikan tumpuan. Pusat Latihan Profesional dan pembangunan talent guru dari pelbagai bidang ilmu perlulah ditingkatkan mengikut keperluan semasa. Saya ingin mencadangkan supaya pusat latihan profesional guru Selangor diwujudkan lagi dengan kerjasama daripada Universiti Islam Selangor dan UNISEL. Perkara yang keempat iaitu adalah pembangunan pendidikan Bahasa Arab. Bahasa Arab yang merupakan bahasa ilmu yang telah menjadi bahasa antarabangsa dan digunakan meluas penggunaan negara Timur Tengah. Peluang ini perlu diambil oleh Negeri Selangor dalam pembangunan pendidikan Bahasa Arab. Saya ingin mencadangkan agar Universiti Islam Selangor, membangunkan Pusat Latihan Profesion Bahasa Arab bersama iaitu ISESCO iaitu Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization di Rabat, Morocco dan yang terakhir Tuan Speaker, saya ingin menyentuh tentang naik taraf jalan Kuala Selangor dan Kepong. Ini adalah aspek yang menjadi perbincangan masyarakat di kawasan saya dan projek ini penting untuk menaik taraf jumlah jalan raya keran,a menampung kenderaan yang semakin bertambah setiap tahun. Namun kebajikan penduduk yang terlibat dalam projek ini perlulah diberikan perhatian. Adalah penting bagi pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi mengadakan perbincangan libat urus, yang berterusan dengan mereka. Penduduk dan peniaga telah menyuarakan rasa kebimbangan dan kerisauan mereka kerana mereka terpaksa keluar daripada kawasan yang telah mereka tinggal. Mereka telah pun mendirikan rumah dan tinggal, maka saya memohon agar bayaran ex gratia yang diberikan perlulah sesuai,
dengan kadar ekonomi semasa dan ditawarkan Rumah Selangorku dan bantuan pinjaman yang mereka perlukan.
Yang terakhir, kebajikan warga tua. Satu aspek yang perlu dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, kebajikan warga emas yang semakin meningkat jumlahnya. Disyorkan untuk rumah-rumah jagaan oleh NGO, diberikan oleh pihak kerajaan dan dipantau oleh satu piawaian yang ditetapkan. Saya mencadangkan dalam RS-1 aspek pembangunan kerohanian sosial dan kemanusiaan perlu diberikan keutamaan kerana kepincangan sosial akan memusnahkan pembangunan yang dibina.
Kesimpulannya dengan mengambil langkah-langkah ini kita dapat memastikan ekonomi Negeri Selangor terus berkembang dan mampan. Dan memberi manfaat kepada kesemua lapisan masyarakat sekali gus menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhannya. Kita juga perlu memastikan dasar-dasar ekonomi yang inklusif dilaksanakan agar semua rakyat negeri ini mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang termasuk memperkukuhkan infrastruktur di kawasan luar bandar Negeri Selangor. Memperluaskan akses teknologi inovasi serta memperkenalkan langkah-langkah yang lebih efektif untuk memastikan rumah mampu milik dan keperluan asas diakses oleh semua lapisan masyarakat. Maka saya ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam Rancangan Selangor-1, menekankan juga aspek modal insan yang holistik, sekian terima kasih, Assalamuaikum W.B.T.
Tuan Speaker, Damansara.
Waalaikumsalam, terima kasih Paya Jaras. Pembahas seterusnya. Yang Berhormat Kota Damansara.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan Salam Kita Selangor. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Kota Damansara. Kota Damansara juga ingin turut serta dalam Perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu yang dipilih dalam Pilihan Raya Kecil ini. Ini menunjukkan bahawa satu referendum telah diberikan oleh rakyat Selangor khususnya menunjukkan kepercayaan kepada Yang Berhormat Menteri Besar dan juga kepada PMX. Tuan Speaker, Kajian Separuh Penggal ini yang kita tengok Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan bahawa Selangor telah mencatatkan peningkatan 0.4% sumbangan KDNK iaitu sebanyak 25.9%. Peningkatan yang besar ini menjadikan Selangor negeri yang pertama menyumbang lebih RM400 bilion kepada negara. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada seluruh barisan pimpinan dan juga seluruh penjawat awam Negeri Selangor. Kejayaan ini tidak boleh dibuat dengan satu susuk tubuh tetapi tapi saya percaya dengan sokongan daripada penjawat awam dan pimpinan daripada EXCO dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor saya percaya ini juga dapat dicapai dan insyaAllah saya rasa yang telah ditetapkan untuk kita memberikan satu KDNK sehingga 30% itu boleh dicapai. Saya ingin menarik perhatian Dewan, iaitu jumlah PPI yang telah dicapai oleh pihak kerajaan iaitu sebanyak 282 daripada 18% iaitu 52 PPI yang telah selesai manakala 82% sedang dijalankan. Saya ingin menekankan tema strategi yang pertama iaitu pengukuhan ekonomi iaitu sektor aeroangkasa. Di kawasan Kota Damansara sendiri terdapat Subang Airport yang akan dinaik taraf iaitu membolehkan lapangan tersebut boleh menerima sehingga 8 juta penumpang setahun pada tahun 2028. Jadi kalau kita tengok di sini kita melihat kawasan sekeliling merupakan kawasan industri aeroangkasa. Ketika ini Subang Airport hanya memenuhi 1 juta penumpang. Jadi kalau kita tengok keadaan keliling Subang Airport ini banyak industri-industri aeroangkasa. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memfokuskan walaupun ada perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mengalihkan beberapa sektor di kawasan Sepang, walau bagaimanapun saya minta di Kawasan Kota Damansara masih dikekalkan, kenapa ini merupakan satu market kepada penduduk di Kota Damansara. Antara saya punya kesan ialah dalam keadaan bila kita nak meningkatkan penumpang sehingga 8 juta penumpang setahun, apa yang saya menjadi concern ialah di situ perlunya satu mekanisme untuk memastikan seluruh infrastrukturnya terjaga dan disusun lebih awal. Ini kerana apa, di kawasan itu juga merupakan pintu laluan masuk ke Lebuhraya DASH dan saya minta la, kalau andai kata kita target lah Airport tu nak berada 100 tahun di situ, perancangan juga perlulah dalam tempoh 100 tahun. Kalau kita tengok juga Rancangan Kajian Separuh Penggal yang pertama, kita tengok Teras Pertama iaitu di bahagian pertumbuhan KDNK kita mensasarkan perlu pertumbuhan KDNK sebanyak 6.5 hingga 7.0% pada menjelang 2025. Walau bagaimanapun pada tahun 2022, Selangor telah mencatatkan 8.5% iaitu lebih daripada target asal. Yang kedua kita tengok pula dalam teras yang sama, pelaburan yang diluluskan dalam sektor utama dan berkomplikasi tinggi. Kita mencapaikan target pada tahun 2025, jumlah pelaburan yang sampai ke Selangor jumlah 23 hingga 35 bilion. Walau bagaimanapun jumlah yang telah sampai pada Selangor sebanyak. 39.4 bilion pada tahun 2023. Ini kita dua tahun awal kita dah mula mencapai beberapa target.
Jadi tengok komponen seterusnya ialah kemiskinan mutlak. Kita target daripada 2025 kita menurunkan sehingga 0.5% pada 2022 jumlah kemiskinan mutlak sebanyak 1.5% dan kalau kita tengok pada Teras yang ketiga iaitu Teras Kebersihan Air Jamin. Air Bersih yang terjamin, kita targert 2025 kita telah mencapai 24 jam sentiasa ada air terjamin. Saya percaya sehingga hari ini baliklah rumah mana-mana, bukalah paip 24 jam sentiasa ada air. Walaupun ada beberapa seketika kita memberikan gangguan air, tapi gangguan
air yang berjadual. Bukan balik, buka tiada air. Saya pasti orang-orang kat dalam Dewan ini, Yang Berhormat di kawasan-kawan Yang Berhormat pun sentiasa ada air. Ini antara perkara-perkara yang dicapai oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Amat Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan cukai pintu. Kawasan Kota Damansara mempunyai 2 PBT. Iaitu MBSA dan MBPJ. Kedua-dua PBT ini tidak menaikkan cukai pintu sehingga 20 tahun. Memahami beban kewangan bagi pihak PBT, saya memaklumkan bahawa perlu ada kajian yang mendalam dan tidak mempunyai kenaikan yang terlalu tinggi. Saya mencadangkan kepada PBT iaitu untuk memberikan 100 hari janji. Jadi kita kita tidak boleh sekadar semata-mata menaikkan atas alasan sudah tidak lama menaikkan atau beban kewangan tapi setiap PBT yang ingin menaikkan cukainya walaupun yang saya diberitahu tidak melebihi 25 peratus perlu berikan 100 hari janji....
Minta izin.
Kalau nak minta izin dengan Speaker bukan dengan saya.
Ada bagi ruang ke?.
Boleh, boleh.
Sahabat saya Kota Damansara, saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat tadi mengenai dua PBT di bawah DUN Yang Berhormat. Soalan saya adalah adakah Yang Berhormat tahu berapakah reserve tunai PBT-PBT di bawah DUN Yang Berhormat sekarang?. Terima kasih.
Y.B. TUAN MUHAMMAD IZUAN BIN AHMAD KASIM
: Kalau daripada 2 PBT yang saya maklum sebab saya bukan Ahli Majlis saya jadi ADUN. Kedua-dua PBT yang ada reserve tidak terlalu banyak, tapi kalau kita tengok pun daripada MBPJ daripada MBSA dia kadang-kadang reserve yang ada ini bukannya nilai yang diorang pegangan dalam bentuk kewangan. Tapi nilai reserve yang diorang ada ini kebanyakannya ada yang dimasukkan dalam fix deposit. Ada juga yang dimasukan deposit daripada duit yang dikumpulkan deposit. Yang bila mana kontraktor minta dia kena pulang semula duit itu hanya dipegang untuk sementara sahaja, itu yang pertama.
Yang kedua, kalau kita tengok balik jumlah-jumlah kos pentadbiran yang telah diuruskan, hanya kos sampah sahaja saya bagi contoh daripada MBPJ ketika itu 2016. Kos sampah
untuk menguruskan sampah sahaja RM56 juta ketika 2016, tapi ketika ini kos untuk menguruskan sampah sahaja RM74 juta. Jadi ini antara perkara-perkara yang telah memberikan impak kewangan yang paling besar kepada PBT-PBT selain daripada membuat jalan dan sebagainya. Apa pun kesemua penduduk hanya mengharapkan servis yang terbaik daripada PBT. Mereka tak ada masalah untuk kenaikan yang tidak terlalu tinggi tapi rata-rata bila kita buat kita buat pertanyaan dan kita buat sesi dialog mereka hanya minta servis yang terbaik. Kebanyakannya mereka minta servis yang terbaik sebab itu saya mencadangkan setiap PBT kalau mereka yang mewartakan peningkatan ini, apakah 100 hari janji daripada setiap PBT. Selalunya kita orang politik ini yang kita memberikan 100 hari janji. 100 hari jadi MB, 100 hari jadi Perdana Menteri, tapi walau bagaimanapun PBT pun kena buat perkara yang sama dan program-program impak yang perlu dibuat ni perlulah memberi impak kepada penduduk. Tak ada lah hanya program-program, hanya satu projek-projek yang tersusun atau indah sahaja sebab itu andai kata kalau, andai kata ada yang pesan pada saya, YB kalau diorang nak naik pun atleast kaunter kerajaan yang ada 10 itu janganlah buka 2 sahaja, bukalah 8. Ini adalah antara pesan-pesan yang boleh saya sampaikan. Di kawasan Kampung Melayu Subang, sebagai ADUN Kota Damansara saya tidak boleh untuk tidak berbicara berkenaan banjir,saya dengan Paya Jaras ini sama. Kalau Paya Jaras banjir, saya pun banjir, kalau saya banjir Paya Jaras pun banjir tapi kalau Paya Jaras banjir selalu dia akan telefon sayalah. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada pihak JPS kerana telah membina tebing di kawasan Taman Setia Warisan dan dimaklumkan pihak JPS akan menyambungkan pembinaan tebing yang berbaki 50 meter. Ini akan membantu, sangat-sangat membantu bagi penduduk Taman Setia Warisan yang kerap kali mengalami banjir. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, air daripada Kampung Melayu Subang ini bukan hanya datang daripada Kampung Melayu Subang sahaja, dia melalui dari Kawasan seksyen U5, Subang Bestari. Saya telah mengadakan lawatan di 2 kolam takungan air di Seksyen U5 yang di bawah kelolaan JPS. Kolam tersebut tidak berfungsi, menjalankan fungsi dengan baik. Jadi saya mohon daripada pihak JPS untuk menyelenggara atau untuk menjalankan projek untuk kerja-kerja menaiktaraf di kawasan kolam di bawah seliaan JPS di Seksyen U5/122 pembaikan outlet kawalan air, desilfing pembaikan tebing. Permohonan penyelenggaran atau projek untuk kerja-kerja menaiktaraf kolam di bawah seliaan JPS ini akan mengurangkan impak di monsoon drain di sekitar Jalan Tembusu. Sebab kalau andai kata monsoon drain yang ada ini tidak di maintain, jadi air ini akan terus lalu dan menyebabkan kawasan-kawasan Kampung Melayu Subang ini sering kali mengalami banjir. Jadi orang akan bertanya apakah fungsi utama retention point yang ada. Satu lagi ialah dry pond di depan kedai Motor Azam. Ini kawasan wajib kalau andai kata Paya Jaras banjir, kawasan ini kat kawasan Damansara ini akan naik kawasan sini. Berfungsi bilamana dry pond tersebut tidak menakung air malah dry pond sendiri itu lebih tinggi daripada jalan. Jadi sepatutnya dry pond ini dia sepatutnya lagi rendah. Dia akan collect air daripada kawasan sekeliling tapi walau
bagaimana pun dia pula yang kering, jalan pula yang banjir. Jadi sepatutnya JPS mula memikirkan untuk meletakkan pam dan mendalamkan dry pond yang saya maksudkan itu. Ubah cara pendekatan yang daripada dulu sebab pond itu dah lama ada tapi tidak memberikan impak kawasan penduduk Kampung Melayu Subang. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga kepada MBSA kerana telah melantik kontraktor dan menjalankan kerja-kerja pembaiki tebing di kawasan G-Mart setelah permohonan saya pada tahun lepas di dalam Sidang Dewan yang Mulia ini juga saya mohon kepada pihak JPS untuk segera menjalankan projek tebatan banjir kawasan Sungai Damansara tolonglah buat korekan di Sungai Damansara terutamanya di Jalan Jati dan Jalan Muhibbah. Kawasan ini ialah kawasan yang mana di mana dia punya pasir tu dah terlalu tinggi. Jadi dalam keadaan tidak hujan pun dia masih lagi tinggi, jadi kalau andai kata hujan boleh bayangkan impak dia.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya ingin membawakan kes isu Jalan Persiaran Atmosfera ke Kwasa Land. Alhamdulilah proses jalan ini mula menampakkan pergerakan, cuma saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan dan pihak MBSA untuk terus dengan cadangan membina culvert sebab kalau kita tengok daripada jawapan yang telah diberikan dalam mesyuarat yang lepas, proses pengalihan sungai ini memakan jumlah yang tinggi dan kedua kita perlu membuat pengambilan tanah, jalan yang sepatutnya dibina pada tahun 1993 telah mengambil masa sehingga kini tidak dibina. Jadi saya mencadangkan untuk pihak JPS untuk memberi sedikit ulasan dan hanya perlu membinakan culvert, jadi kita tak perlu alihkan sungai, kekalkan sungai sedia ada sebab pihak developer dah ready nak buat. Cuma bila sungai tidak dialihkan selama 30 tahun, jadi dia akan menjadikan masalah yang panjang. Sebab kalau kita tengok kebenaran merancang pada tahun 1994 perlu diubah sebab kebenaran merancang ketika itu tapi bila tidak dilaksanakan hampir 20 dah hampir 30 tahun, jadi kebenaran merancang yang sama tidak boleh diguna pakai perlu ada pindaan kebenaran merancang untuk kita selesaikan kes ini secara tuntas.
Tuan Speaker, saya ingin memberi maklum balas berkenaan projek Selangor Penyayang. Saya mohon pihak Kerajaan untuk memperluaskan kegunaan bagi projek Selangor Penyayang. Peraturan yang terlalu ketat menyebabkan projek-projek tidak dapat dibuat akhirnya tidak dapat membantu masyarakat setempat. Pihak pejabat daerah juga telah tidak dapat peruntukkan untuk membaiki longkang dan perniagaan selepas diperkenalkan projek Selangor penyayang ini tapi projek Selangor Penyayang ini tidak dapat dijalankan bagi menampung kerja-kerja yang pernah dibuat di pejabat daerah dulu. Jadi sebab itu saya mohon kepada pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan kembali dan memperluaskan kembali sebab mana kami di pihak ADUN-ADUN untuk memperkenalkan projek Selangor Penyayang ini tak boleh dibuat kerana kalau 10 kami cadangkan, 5 ditolak atas sebab tak boleh dibuat binaan baru dan sebagainya. Sebab
kadang-kadang kalau kita nak buat, bantu contohnya masjid dan sebagainya kita nak buat awning binaan baru, dia tak boleh buat sebab atas binaan baru. Jadi benda perkara macam ini perlu dipertimbangkan dan perlu dikaji kembali. Jalan raya di sekitar Subang Bestari U5 dan U6, baru-baru ini ada program Selangor Serumpun Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah singgah ke Kota Damansara khususnya di kawasan Seksyen U5 ,saya sendiri sebagai ADUN kawasan agak segan kerana jalan di kawasan tersebut tidak memuaskan, bila mana yang DYTM Raja Muda Selangor terpaksa mengguna jalan tersebut. Bayangkan lah penduduk di Kawasan Subang Bestari yang memakai jalan itu, hari-hari pakai. Saya sendiri pun dah jumpa dengan Raja Muda rasa segan dengan apa yang jadi. Jadi saya minta kalau kita tengok daripada berulang kawasan utara MBSA khususnya daripada 15 kawasan jalan itu, 11 di kawasan saya. 15 aduan tertinggi, 11 di kawasan saya jadi perlu ada mekanisme yang penting. Untuk projek perumahan di Nadayu kawasan Subang Bestari telah mengalami kelewatan yang sangat lama. Saya ingin menegaskan kepada pihak pemaju, saya minta pihak kerajaan khususnya Lembaga Perumahan Selangor sebab ini merupakan kerjasama antara Lembaga Perumahan Selangor dan pemaju. Pada sidang yang lepas saya telah bertanya apakah update berkenaan projek tersebut. Tetapi walau bagaimanapun pihak kerajaan Selangor dan melalui pemaju telah memberi tahu pada bulan April kemungkinan mereka akan dapat kunci daripada rumah tapi walau bagaimanapun sehingga hari ini pembeli di kawasan-kawasan Kota Damansara khususnya di projek perumahan Nadayu, mereka belum dapat kunci. Sebab di kawasan Kota Damansara ini kalau nak ikutkan ada 5 projek terbengkalai. Jadi saya tak nak projek-projek yang seperti ini akan menyebabkan tertangguh lama, tak diberikan DB atau CC dan sebagainya akhirnya menyebabkan satu lagi projek terbengkalai. Jadi saya minta khususnya LPHS untuk Lembaga Perumahan Selangor untuk mengambil satu tindakan yang tegas khususnya kepada developer kerana kita harus membantu pembeli-pembeli ini, mereka dah lebih kurang 72 bulan lewat. Bayangkan daripada 72 bulan lewat. Ini kalau ada anak umur tahun ni mereka sudah pergi ke sekolah. Jadi saya minta khususnya kita tak nak ada perkara lagi seperti ini berlaku bila ada projek-projek seperti ini, kalau perlu pun projek yang seperti ini developer seperti ini senaraikan hitam. Cukuplah dia dah buat sekali projek di negeri Selangor dan mereka tak boleh deliver dan akhirnya kita senaraikan hitam biar mereka buat bisnes di tempat lain. Seterusnya ialah kes rumah di ladang Subang. Perkara yang sama juga dah 3 tahun dijanjikan untuk menyiapkan rumah ialah ini kawasan yang mana mereka merupakan pekerja estet telah dipindahkan ke rumah panjang dah dipindahkan panjang dicadangkan untuk memberi rumah dalam 3 tahun, satu cerucuk pun tak pasang lagi untuk mereka. Jadi nanti dia akan jadi kes berlanjutan di Kampung Bunga Raya di kawasan saya yang setelah 20 tahun. Jadi ini antara perkara-perkara yang saya minta sangat khususnya di kawasan lembaga perumahan Selangor dan EXCO untuk menelitikan projek-projek yang bermasalah seperti ini.
Di kawasan MBSA khususnya kawasan Kota Damansara telah mempunyai pasar awam di Seksyen U6, Pasar Awam Seksyen U6 mula dibina sebelum saya menjadi Ahli Majlis, sampai saya jadi Ahli Majlis sampai saya jadi ADUN tak siap. Jadi kalau tengok daripada luar dah cantik dah tapi still tidak boleh diguna pakai. Jadi saya nak tanya pada pihak MBSA bila dan mengapa pasar ini tak dapat disiapkan dan bila pasar ini boleh digunakan? Sebab kawasan sekeliling bila pasar tak digunakan, kita tak mahu dia jadi projek gajah putih, projek yang tak siap. Dia jadi projek yang sakit mata. Saya nak kalau andai kata projek tu boleh disiapkan sebab kita menggunakan dana kerajaan. Bila kita buat dengan dana kerajaan kita nak perkara ini disiapkan dan boleh diguna pakai sebab ramai peniaga-peniaga di keliling kawasan situ mereka perlukan tempat berniaga tapi pasar itu dah ada. Tapi diorang berniaga tepi-tepi pasar tepi jalan. Jadi saya minta MBSA untuk menyiapkan dan pasar ini perlu disiapkan dalam apa cara sekalipun agar MBSA ini setaraf dengan taraf bandaraya.
Saya tengok banyak video-video baru ini pihak Imigresen banyak, mula buat operasi-operasi tapi banyak fokusnya di kawasan Klang, mungkin saya nak bantu pihak Imigresen, pihak polis di kawasan Kota Damansara ni ada 2, iaitu Kampung Baru Sungai Buloh, Kampung Baru Subang. Dua kawasan ini ialah kawasan paling banyak pendatang tanpa izin. Saya boleh sebut pendatang tanpa izin. Kenapa saya kata pendatang tanpa izin sebab kalau setiap kali bila kita buat spot check dengan MBSA lari semua. Tapi kalau dengan izin dia tak lari sebab dia confident. Jadi benda-benda macam kita tak boleh biarkan terlalu lama, sebab saya tahu Klang dia kawasan yang agak tinggi dia punya kadar jenayah tapi walau bagaimanapun Petaling kawasan yang paling padat. Jadi di kawasan Kota Damansara ini di Kampung Baru Sungai Buloh ni ada satu perkampungan dipanggil perkampungan Bangla. Sampai to very end. Maksudnya penduduk tempatan sendiri dah panggil dah.
Nak celah.
Ya sila.
Terima kasih Yang Berhormat bagi peluang pada saya. Sebenarnya soalan saya adakah Yang Berhormat setuju supaya pemantauan yang lebih kerap untuk pemantauan ke atas kerja-kerja yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan supaya dapat menyempurnakan dalam masa yang dihadkan. Saya rasa bukan sahaja di tempat Yang Berhormat, saya rasa perkara ini berlaku di semua termasuk di PBT dan lain-lain lah. Adakah Yang Berhormat setuju dan nombor dua soalan saya adakah Yang Berhormat setuju supaya orang kata operasi bersepadu digerakkan supaya dapat dapat kesan atau cari mana pendatang asing yang menjalankan perniagaan. Kalau
menurutnya Undang-Undang Kecil di PBT memang tak dibenarkanlah perniagaan tersebut. Itu soalan saya, terima kasih.
Baiklah terima kasih Yang Berhormat, saya setuju pemantauan ini memang apa-apa agensi kerajaan pun perlu ada pemantauan. Tetapi walau bagaimana pun kita pun maklum juga bukan semua agensi mempunyai cukup kekuatan tapi walau bagaimanapun kadang-kadang ada info-info yang diberikan daripada penduduk mahupun daripada ADUN-ADUN, mahu agensi yang berkaitan mahupun PBT kepada pihak Imigresen dan pihak polis untuk mengambil tindakan. Jadi ini secara tidak langsung membantu juga pihak imigresen. Operasi bersepadu saya pun bersetuju saya minta sangat perbanyak operasi bersepadu, cuma jangan banyak sangat meeting sebelum nak operasi bersepadu. Meeting pertama, meeting kedua, meeting ketiga, meeting keempat, meeting kelima baru kita buat operasi bersepadu. Jadi dia dah sampai yang ke hujung orang tu orang tu dah sempat lari dulu. Jadi kalau boleh sekali dua lepas itu terus jalan. Jadi ini perkara-perkara sebab kita nak bukan apa Tuan Speaker, saya tak ada mempunyai masalah dengan warga asing, cuma saya ada masalah dengan warga asing tanpa izin. Ini yang ada masalah. Sebab mereka telah banyak membuka perniagaan di kawasan saya tidak mempunyai lesen, secara tak langsung PBT hilang kewangan. Satu kita punya aliran kewangan telah keluar banyak daripada mereka. Kalau dia datang dengan izin dengan mohon secara proper, atleast secara tak langsung dia memberikan sumbangan kepada negeri Selangor, di negara dan pihak PBT. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada Puan DO Petaling dan seluruh staff Pejabat Daerah Petaling kerana kekerapan membuat mesyuarat tindakan daerah kerana cuba menyelesaikan masalah kawasan kami khususnya di kawasan Kota Damansara. Credit is to be given when its due, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan DO, cuma saya ingin menegur juga kepada wakil-wakil PBT untuk hadir ke mesyuarat tindakan. Sebab saya tengok pejabat Puan DO dah bersemangat dah buat mesyuarat apa semua tapi walau bagaimanapun ada wakil-wakil yang tak hadir. Jadi kami diperingkat ADUN ni yang hadir kami menunggukan maklum balas pada agensi-agensi tapi kami tak boleh dapat maklum balas tu. Jadi kadang-kadang perkara kami tak lah perlu bawa ke Sidang Dewan, ada perkara yang boleh diselesaikan di peringkat daerah sahaja, tapi bila ada agensi yang tidak hadir dan tidak memberi maklum balas, kami di peringkat ADUN ini kadang-kadang kena tunggu. Nasib baik DO Petaling ini buat mesyuarat 2 bulan sekali. Kalau andai kata dia buat mesyuarat 4 bulan sekali, kang tak dapat tu kena tunggu lagi 4 bulan untuk dapat maklum balas. Jadi saya minta kepada semua yang dijemput hadir ke mesyuarat tu tolong hadir dan hantar wakil. Itu tidaklah terlalu berat yang permintaan saya sebagai ADUN kawasan. Pada sidang yang lepas Tuan Speaker, saya pernah bercakap dalam Dewan ini.
Boleh tutup ya, kita dah pukul 12 dah.
Sambung balik ya.
Dah tak ada sambung dah. Lama sangat dah bagi, tutup terus.
Okay, pada sidang yang lepas Tuan Speaker, saya ada bercakap dalam Dewan ini.
Dah pukul 12 lah, boleh tutup.
Okay Tuan Speaker jadi saya dengan sini, Kota Damansara menyokong.
Terima kasih Kota Damansara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 12 tengah hari dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 3 petang ini. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Salam sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan disambung semula.
Usul di bawah Peraturan Tetap 17, Usul bagi menangguhkan mesyuarat, perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai berkehendak disegerakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandangkan pembawa Usul ialah Ahli Yang Berhormat dari Seri Serdang, maka saya mengizinkan untuk perbahasan Usul ini seorang ADN masing-masing daripada setiap parti yang diwakili di Dewan Yang Mulia ini kecuali parti diwakili oleh Seri Serdang untuk mengambil
bahagian dalam perbahasan Dewan ini dan diberi masa setiap orang lima minit dan kemudiannya Yang Berhormat EXCO akan gulung. Masa Yang Berhormat Seri Serdang dan Yang Berhormat EXCO ialah sepuluh minit setiap orang. Jadi saya jemput perbahasan daripada Yang Berhormat Seri Serdang. Sepuluh minit.
Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum W.B.T, terima kasih Tuan Speaker Yang Berhormat Speaker dan semua seluruh Yang Berhormat- Yang Berhormat yang berada dalam dewan ini.
Negeri kita, negara kita dikejutkan pada 05 Mei 2024 di mana seorang pemain bola sepak Negeri Selangor, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kita dapat berita dia disimbah dengan asid (sulfuric) di sebuah shopping mall dengan izin dan mengakibatkan kecederaan yang serius kepada pemain tersebut. Pemain tersebut bernama Faisal Halim, Encik Faisal Halim. Sebelum itu, seorang lagi pemain dipukul di fahamkan dipukul di bahagian kakinya dan selepas insiden-insiden Faisal Halim ini, seorang lagi pemain bola sepak, keretanya dipecahkan ketika parking di kawasan rumah beliau. Rentetan daripada peristiwa-peristiwa ini, kegusaran kita berkenaan dengan keselamatan pemain-pemain yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan perkara ini dilihat sebagai sangat serius apatah lagi apabila ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor sendiri menitahkan agar pasukan Selangor FC menangguhkan perlawanan. Tak silap saya Piala Sumbangsih disebabkan oleh kecelakaan yang terlah terjadi kepada seorang pemain Selangor. Malangnya, pihak MFL meneruskan juga permainan dan Selangor FC dikenakan denda tiga perkara denda, salah satunya adalah dengan bayaran seratus ribu. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor terutamanya EXCO sukan dan juga Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, kita melancarkan kutipan seringgit seorang untuk membiayai saman yang dikenakan oleh MFL kepada pasukan Negeri Selangor. Apakah MFL ini tidak ada hati tidak ada perut dan perasaan? Seorang pemain yang disimbah asid dilakukan sebegitu rupa, tidak diambil peduli oleh pihak MFL. Sedangkan pemain ini sangat berpotensi besar di dalam negara kita. Bahkan ke bawah Duli Tuanku menitahkan dan menzahirkan rasa kekesalan baginda terhadap apa yang telah terjadi kepada pemain bola sepak kita. Justeru, kita tidak mahu perkara ini berulang lagi, kita tidak mahu perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini berulang kepada mana-mana atlet walau apa juga sukan.
Selangor dikenali sebagai kilang yang melahirkan banyak atlet-atlet yang berwibawa. Kita tidak mahu kehilangan mana-mana atlet apatah lagi kita berhadapan dengan sukan Malaysia tidak lama lagi, persiapan telah pun dibuat, kontinjen kita sudah bersedia, takkan kita terpaksa meninggalkan sukan-sukan disebabkan oleh kecelakaan yang kita tidak tahu asal Usul dan kenapa diperlakukan sebegitu rupa. Justeru, saya mewakili Seri Serdang melihat isu ini sebagai satu isu yang sangat serius dan memohon agar Usul ini,
Dewan Yang Mulia ini kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan kepada pemain-pemain bola sepak sama ada Faisal Halim dan lain-lainnya kerana mereka itu adalah aset Negeri Selangor, mereka itu adalah aset negara kita, mereka juga membawa harumnya nama negeri, mereka juga membawa harumnya nama negara. Justeru, saya memohon kepada semua Ahli-ahli Dewan agar kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada pemain-pemain kita terutama Faisal Halim, memberi semangat kembali kepada beliau, saya difahamkan dia dah start training balik dengan pasukan kita dan kita boleh lihat kecederaan yang dialami oleh Faisal Halim sangat mendukacitakan. Apa salah beliau, dan kita lihat statement-statement dia sampai dia kata dia rela untuk hilang gaji berpuluh ribu asalkan keselamatan diri dia dan keluarga dia terjamin. Kita tidak tahu apa punca berlaku sebegini rupa, tiga empat insiden yang berlaku ini menggambarkan atlet kita dalam keadaan yang tidak selamat, maka sudah tentulah kita sebagai Yang Berhormat dalam Dewan ini menyokong Usul ini dan kita kecam tindakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kepada Faisal Halim dan juga kawan-kawan dan juga semua atlet di dalam negara dan negeri kita. Tidak boleh kita biarkan perkara ini terus berlaku, kita tidak boleh biarkan nasib-nasib pemain-pemain kita ini atlet-atlet kita ini tidak terjamin bahkan jasa mereka para atlet kita ini sangat besar dalam mengharumkan Negeri Selangor dan juga negara kita Malaysia yang kita cintai ini. Justeru, saya memohon kepada Dewan Yang Mulia ini, pada Tuan Speaker dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar menyokong Usul ini dan kita nak pastikan supaya ini tidak berulang lagi dan saya juga menyeru kepada pihak Polis Diraja Malaysia, kita yakin dengan kredibiliti PDRM yang pada hari ini sangat efisien, tolong segerakan siasatan dan dedahkan hasil siasatan itu kepada masyarakat umum supaya kita tahu kenapa perkara ini dilakukan dan siapa pelakunya. Jadi, saya mengharapkanlah sokongan daripada semua wakil rakyat, semua Yang Berhormat agar kita memberi semangat kembali kepada atlet-atlet kita yang terkena dengan musibah sebegini dan Insya-Allah usaha kita ini akan terus meningkatkan lagi semangat para atlet kita apatah lagi kita berhadapan dengan Sukma pada bulan lapan ini insya-Allah dan kita memberi semangat kepada mereka dan akan menghasilkan satu kecemerlangan bagi kontinjen Negeri Selangor. Sekian dulu Yang Berhormat Tuan Speaker, Assalamualaikum W.B.T.
Saya jemput Gombak Setia.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas ruang yang diberikan. Tuan Speaker, saya tampil pada petang ini bersama-sama seluruh ketumbukan Ahli-ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional, mendukung sepenuhnya Usul mengecam tindakan jenayah keganasan yang mengancam keselamatan dan juga nyawa atlet sukan khususnya hero bola sepak Negeri Selangor saudara Faisal Halim. Pada masa yang sama, Gombak Setia juga ingin menzahirkan rasa simpati ke atas insiden jenayah keganasan yang turut menimpa
saudara Akhyar Rashid dan pemain ataupun dan serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan saudara Syafiq Rahim yang juga merupakan pemain bola sepak negara. Saya tak pasti sama ada ianya suatu suratan mahupun kebetulan. Kejadian ini berlaku dan kejadian yang berlaku ke atas semua pemain-pemain bola sepak ini, ia juga berlaku dalam satu tempoh yang hampir sama. Sesungguhnya kejadian ini bukan sekadar isu jenayah keganasan, ianya juga merupakan isu kemanusiaan, akibat daripada tindakan dan kegilaan yang dibuat tanpa sifat ihsan dan perikemanusiaan. Pada masa yang sama insiden yang berlaku merupakan satu tragedi hitam, buat industri sukan negara di mana kegiatan sukan yang seharusnya menjadi wardah kesatuan dan juga perpaduan rakyat tetapi kini diancam oleh extrimis yang cuba memecahbelahkan kita demi kepentingan tersendiri. Saya bimbang jika pada hari ini tanpa rasa takut, tanpa rasa curiga dan tanpa rasa takut jenayah, ke atas public figure ataupun ke atas tokoh-tokoh masyarakat, boleh berlaku sebegitu rupa sehingga mengancam kecederaan fizikal dan nyawa. Maka apakah jaminan yang boleh kita berikan kepada khalayak rakyat yang berada di bawah.
Justeru, Dewan Yang Mulia ini harus mendesak supaya pihak PDRM pada hari ini, untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh, secara tegas dan profesional tanpa sebarang kompromi. Gombak setia mendesak PDRM untuk memberi maklum balas kepada khalayak umum. Berhubung status siasatan kes sehingga ke hari ini dan mengapa sehingga hari ini belum ada sebarang pendakwaan yang dibuat berdasarkan insiden yang berlaku. Sekiranya kes ini berlarutan tanpa sebarang tindakan, Gombak Setia dan kami semua bimbang trend jenayah keganasan seperti ini akan terus berlaku, melibatkan tokoh-tokoh masyarakat yang lebih besar dan lebih terkemuka pada masa-masa hadapan. Kami mahu pihak yang terlibat dengan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini, wajib diheret ke mahkamah tanpa sebarang kompromi. Peristiwa ini telah mencemarkan nama baik negara menggugat keharmonian dan kesentosaan rakyat serta memberi kesan trauma khususnya kepada mangsa dan keluarga mereka.
Akhirnya Tuan Speaker, Gombak Setia juga ingin merafak sembah menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, yang murka dengan tindakan dan insiden keganasan ini. Sesungguhnya, pendirian dan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menzahirkan keagungan dan kedaulatan Tuank,u sebagai payung nusa dan watan tempat rakyat berlindung dan berteduh dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan. Kedaulatan Tuanku adalah wibawa rakyat, rakyat dan raja berpisah tiada. Gombak Setia dan sekalian seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri daripada Perikatan Nasional berdiri teguh dengan tegap akan terus berikhtiar mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan institusi raja-raja Melayu. Tuan Speaker, sekian perbahasan daripada Gombak Setia, mendukung penuh Usul yang dibentangkan oleh Seri Serdang, terima kasih.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Insiden Faisal Halim merupakan titik hitam bukan sahaja dalam sejarah bola sepak negara tetapi juga kepada arena sukan negara. Kita menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kerana prihatin tentang insiden ini. Ia bukan semata-mata menang atau kalah sesebuah pasukan, ini melambangkan prinsip dan semangat kesukanan yang patut kita mendukung. Selama ini sukan memainkan peranan sebagai alat perpaduan dan persahabatan. Biarpun berlainan daripada segi agama, bangsa mahupun fahaman politik, namun ketika kita menyaksi atlet negara kita beraksi, tembok perbezaan itu boleh dihapuskan. Kita sama-sama bersorak sama-sama menjerit dengan satu harapan atlet dapat mengharumkan nama Malaysia menerusi sukan.
Oleh itu, kita tidak akan benarkan sebarang ancaman yang boleh merosakkan amalan dan keharmonian ini. Bagi tujuan memajukan bidang sukan negara, penyertaan dalam mana-mana acara sukan tidak harus terhad kepada pihak tertentu sahaja tetapi ianya harus membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat berkebolehan malahan berdedikasi. Balakong juga merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor kerana telah mengerahkan tabung solidariti bersama Selangor FC dan berjaya mengumpul dana hampir lapan puluh ribu. Namun apa yang membanggakan bukan pada jumlah wang ringgit yang telah dikumpulkan, tetapi semangat yang telah ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mencintai sukan bola sepak tanah air. Tuan Speaker, adalah sangat penting untuk kita memastikan persekitaran sukan di negara adalah selamat dan adil. Oleh itu, mengambil iktibar daripada insiden Faisal Halim, mulai hari ini juga kita perlu meningkatkan perlindungan terhadap atlet-atlet negara kita dari segala keganasan sama ada secara fizikal ataupun verbal dan kembalikan semangat kesukanan yang sebenar. Jadi dengan ini Balakong menyokong.
Hulu Bernam. Hulu Bernam silakan, lima minit.
Terima kasih Tuan Speaker, kerana memberikan sedikit ruang, kepada Hulu Bernam untuk bersama-sama turut serta membahaskan Usul yang dibawa oleh Seri Serdang pada pagi tadi. Di bawah peruntukan peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan. Mewakili suara anak muda, pencinta sukan dan DUN Hulu Bernam, saya ingin menzahirkan empati saya yang sangat mendalam, terhadap segala apa yang telah berlaku kepada atlet-atlet negara. Paling sinonim, dengan negeri kita adalah kejadian yang menimpa saudara Faisal Halim. Pada 05 Mei yang lalu. Peristiwa sebegini telah memberikan kesan buruk yang sangat besar, terhadap dunia bola sepak negara, sehingga mencetuskan trauma kepada Faisal Halim sendiri, keluarganya, para pemain yang lain dan juga para penyokong. Syabas,
saya rakamkan kepada Selangor FC, kerana telah membuktikan kalian turut bersolidariti dengan tragedi dan trauma yang menimpa Faisal Halim dan para pemain, dengan membuat keputusan tepat, menarik diri daripada perlawanan Sumbangsih, baru-baru ini, demi keselamatan para pemain dan penyokong. Kita mengambil maklum, pada awalnya Selangor FC meminta untuk perlawanan ditangguhkan. Tetapi setelah mendapat reaksi negatif, daripada Liga Bola Sepak Malaysia, keputusan menarik diri daripada perlawanan adalah jalan yang terbaik. Sudah pasti, ketiadaan Faisal Halim, di atas padang telah membuatkan aksi Harimau Malaya, kurang taringnya. Sudah pasti, penyokong Harimau Malaya dan The Red Giants, merindui larian dan juga hantaran bola daripada Faisal Halim. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan rasa kesal, di atas bebanan yang perlu negara tanggung hari ini, disebabkan pemain yang pernah memenangi anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023, di Qatar, pada Januari lalu. Dijangka tidak dapat beraksi selama minimum 5 atau 6 bulan. Sekali gus, negara akan kerugian, dua perlawanan pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027, menentang Kazakstan dan juga Taiwan, awal Jun lepas, untuk menampilkan pemain sayap yang digeruni ini.
Kita sama-sama dapat merasai kesakitan, kecederaan, penderitaan dan trauma yang terpaksa ditanggung oleh pemain sayap Selangor FC ini, yang mana bahagian tubuh Faisal Halim yang terkena simbahan asid sulfurik pekat ini disahkan melecur tahap 4. Seperti yang kita sedia maklum, melecur tahap 4 ini, parah, kerana bahagian tubuh yang cedera bukan sekadar kulit, tetapi ia sudah merosakkan bahagian otot dan juga tulang. Saya memuji langkah yang diambil oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, yang segera berkenan menanggung kos rawatan dan perubatan buat Faisal Halim. Berkat kesungguhan baginda Raja Muda dan seluruh yang bersimpati, yang mendoakan pemain Selangor FC ini, Alhamdulillah, Faisal Halim kelihatan semakin sembuh dan dijangka pulih sepenuhnya lebih cepat daripada jangkaan asal. Umum kita mengenali Faisal Halim sangat senang, dengan karektornya yang mudah bergaul dan peramah dengan semua orang. Tiada siapa dapat menjangkakan orang sebaik ini, dijadikan sasaran pelaku yang sungguh tidak berperikemanusiaan. Hulu Bernam mendesak pihak polis dan pihak berkuasa, menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya. Pihak yang terlibat dengan kejadian ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Sebagai mengakhiri perbahasan saya, saya mendoakan semoga saudara Faisal Halim, diberikan kesembuhan fizikal dan mental sepenuhnya, dan menolak keganasan terhadap atlet sukan dalam arena sukan. Hulu Bernam berpendirian, sukan adalah medium perpaduan, bukan medium menyemai kebencian dan keganasan. Oleh itu Hulu Bernam mendukung penuh Usul ini.
Seterusnya, Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-ahli Dewan yang mulia. Saya tidak akan berbahas panjang, kerana sahabat-sahabat sebelum ini, telah menyuarakan pandangan masing-masing. Dan saya tidak perlu ulang, apa yang lahir dari fikiran Ahli-ahli Dewan, yang pasti kita kongsi bersama. Perbahasan mengenai isu bola sepak, pemain bola sepak Faisal Halim, yang disimbah asid, beberapa bulan yang lepas, merupakan isu yang sangat serius, dan memerlukan pendekatan yang sensitif dari segi moral dan undang-undang. Dewan Negeri Selangor perlu mengambil peranan penting dalam membincangkan Usul atau perkara ini, dengan memberi tumpuan kepada dua aspek penting, iaitu semangat kesukanan dan nilai moral atau agama.
Pertama sekali, semangat kesukanan merupakan aspek yang paling penting dalam sukan. Termasuk atau lebih-lebih lagi dalam sukan bola sepak. Sukan membawa bersamanya komuniti, mendorong perpaduan, dan membangunkan semangat kesaudaraan. Sukan antara sejumlah aktiviti kecil yang mampu merentasi segala perbezaan sama ada ras, sosioekonomi,pendirian politik, agama, geografi dan sebagainya. Sebagai contoh, saya bersama Yang Berhormat Taman Medan, tonton bola sepak, bersama-sama. Betul. Nanti pergi lagi. Siapa nak join, boleh. Tindakan keganasan, seperti menyimbah asid kepada seorang pemain bola, bukan sahaja, pasukan negeri tetapi negara, tidak hanya melanggar hak asasi manusia, individu tersebut. Tetapi juga mencetuskan kecaman dan tidak kepercayaan dalam masyarakat terhadap nilai-nilai, dengan izin, fair play, dan semangat kesukanan.
Kedua, dari perspektif agama, terdapat prinsip asas dalam Islam dan agama-agama lain yang menekankan tentang tidak menyakiti atau menyebabkan kemudaratan kepada orang lain terutama mereka yang sekomuniti atau satu komuniti. Hadis Nabi Muhammad SAW, menyatakan dengan jelas, bahawa menyakiti seseorang yang sama agama adalah tindakan yang amat dibenci dan dilarang. Oleh itu, sebagai perwakilan rakyat Negeri Selangor, Dewan Negeri dan ahli-ahlinya perlu memainkan peranan penting dalam pertama sekali mengutuk tindakan keganasan yang menimpa Faisal Halim dan pemain-pemain bola sepak yang lain, seperti Ahkyar Rashid, dan menyuarakan kecaman yang tegas, terhadap tindakan serupa di masa yang akan datang. Kedua, menyuarakan keprihatinan terhadap keselamatan atlet-atlet dan ahli sukan negeri dan juga negara, serta mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan dan perlindungan terhadap atlet-atlet ini. Ketiga, menggalakkan kempen kesedaran masyarakat tentang bahaya keganasan dan pentingnya menjaga semangat perpaduan yang boleh lahir, akibat aktiviti kesukanan. Keempat, dan akhir sekali, mengambil langkah undang-undang yang tegas, untuk memastikan penjenayah yang terlibat dalam serangan seperti ini, dihukum dengan setimpal, dan memberi amaran yang jelas kepada mereka,yang akan cuba atau terfikir untuk cuba memecahbelahkan masyarakat dengan keganasan. Dalam menjalankan
perbahasan ini, Dewan Negeri Selangor harus mengambil kira, nilai kemanusiaan, agama dan moral, yang mendasari tindakan serta sikap masyarakat. Ini bukan hanya tentang kejadian individu, atau beberapa individu, tapi juga bagaimana kita, sebagai masyarakat, dapat memberi respons yang bermakna dan memastikan keselamatan serta keamanan bersama diutamakan dalam setiap lapisan masyarakat. Saya rasa, kami semua dalam Dewan, Ahli-ahli semua boleh setuju, yang kita semua merafak sembah dan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor apabila tuanku bertitah tentang isu ini. Kami rakyat Selangor Darul Ehsan, bersolidariti bersama Faisal Halim dan rakan-rakannya dan juga Selangor FC.
11 atas padang, 7 juta di belakang, Selangor sampai mati, Padang ini tiada lalang.
Terima kasih.
Ya, Sungai Kandis.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sungai Kandis mohon untuk involve, dengan izin, dalam perbahasan ini. Terkejut saya apabila membaca suspek kedua, ditangkap, di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 6 Mei, menyusuri insiden Faisal Halim, tonggak Selangor FC disimbah asid pada 05 Mei, di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya. Menyebabkan penjaring gol tercantik Piala Asia ni, mengalami kelecuran tahap 4. Untuk pengetahuan, saya bukanlah seorang pemain bola sepak ataupun peminat bola sepak ataupun peminat sebarang sukan. Tetapi, saya rasa amat kesal, dengan apa yang telah berlaku, saya rasa adakah kita ini berada di Colombia? Sehingga pemain-pemain profesional, yang berada di negara sendiri pun, sudah tidak selamat, dengan kegilaan. Mungkin ini sudah seperti Y.B. Hulu Langat sebut, ekstrem sampai yang bukan-bukan. Ini bukan ekstrem lagi, ini sudah insane, gila. Tergamakkah kita melakukan perkara sedemikian, kepada seorang, sesama manusia, kerana, ya kalau insane, gila, saya mohon untuk Kerajaan Negeri Selangor menambahkan lagi, pusat-pusat rehab mental. Mungkin pembuat perkara ini, boleh dibawa ke sana. Jadi saya juga memohon, saya juga memohon agar pihak PDRM terus, terus-terusan korek si insane ini, untuk ke muka pengadilan sehingga ke lubang cacing.
Mohon mencelah.
Ya, Kampung Tunku.
Jadi.. masa yang diberi, 5 minit. Kejap sayang.
Nak bagi laluan. Bagi ke tidak. Sungai Kandis bagi laluan ke tidak. Sungai Kandis nak bagi ke tidak? Bagi laluan?
Bagi, bagi.
Yang Berhormat Sungai Kandis, bagi cakap bagi, sebab saya tak dengar.
Sungai Kandis terpukau.
Gentleman la ya. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis bagi laluan. Tetapi saya rasa, saya kena perbetulkan apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Sungai Kandis berkenaan perlakuan orang yang insane, dengan izin. Sebenarnya, ia adalah palsu bahawa orang yang merupakan pesakit mental adalah orang yang lebih ganas, malah pesakit mental yang menjadi mangsa keganasan. So, saya minta Yang Berhormat Sungai Kandis untuk menarik balik pernyataan itu. Terima kasih.
Kita bahas dengan baik-baik. Jadi berdasarkan kepada fakta...
Tak ada masalah untuk saya menarik balik, sebab saya bercakap berdasarkan kepada cara perlakuan yang dilakukan. Memang, di dalam insane, atau mental...
Ini kelakuan manusia yang tidak bertamadun.
Bertamadun, yes.. Jadi, saya di sini, tidak seperti yang lain, menyediakan teks sebelum berucap. Jadi saya jalan terus. Sebab saya bercakap pada kebenaran. Jadi saya mohon, dan saya mendesak bagi pihak Sungai Kandis agar pihak PDRM meneruskan usaha terbaik mereka, tanpa ada campur tangan daripada mana-mana pihak. Koreklah sehingga ke lubang, ke mana pun, untuk mengeluarkan si pelaku. Nanti marah pula, dia, si pelaku tersebut dan kita mohon di sini, sama ada di pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang, kita sokong Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Langat, tanpa, Ohh, Serdang.
Seri Serdang, Seri Serdang.
Usul yang dibawa oleh Seri Serdang, tanpa mengira umur, parti, kepercayaan dan sebagainya. Sekian terima kasih.
Jadi saya minta Yang Berhormat Kota Anggerik, untuk gulung.
Terima kasih Tuan Speaker. Pertama, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Seri Serdang, dan semua Ahli-ahli Dewan, yang mengambil bahagian, dalam perbahasan Usul ini. Gombak Setia, Balakong, Hulu Bernam, Lembah Jaya, Sungai Kandis dan Kg Tunku. Saya percaya ke semua yang mengambil bahagian tadi, mewakili keseluruhan rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat, baik daripada blok kerajaan mahupun blok pembangkang, yang mana kita dapat bersetuju, untuk menyokong Usul ini, seterusnya, merakamkan pendirian Dewan Negeri Selangor, bahawasanya kita menolak sebarang bentuk keganasan dalam sukan. Tidak hanya dalam sukan bola sepak, bahkan dalam segenap sukan di dalam negara ini. Seperti mana Yang Berhormat Gombak Setia huraikan sebentar tadi. Jika isu ini boleh terkena ataupun melibatkan seorang public figure, dengan izin, seperti pemain bola sepak kebangsaan. Ia tidak mustahil, boleh berlaku kepada mana-mana individu. Baik pemimpin masyarakat, pakar-pakar, tokoh-tokoh dan sebagainya. Jadi kita mengambil pendirian yang sama, untuk kita zahirkan penolakan kita terhadap keganasan ini.
Bola sepak seharusnya menjadi sukan bukannya memecahbelahkan masyarakat. Jika dulu kita lihat, zaman, mungkin zaman saya, sebagai anak muda gombak setia dan juga taman medan. Kita membesar menyokong pasukan Selangor. Dan ketika itu, kita menyokong pasukan Selangor FC itu, atas faktor kenegerian. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna bila kita sokong Negeri Selangor, sebagai pasukan bola sepak idaman dan pilihan kita, kita memiliki sentimen ataupun kebencian terhadap pasukan bola sepak negeri lain. Tapi apa yang berlaku hari ini, telah jadi terbalik. Sukan bola sepak yang seharusnya bersifat menyatupadukan rakyat, menyatupadukan negara, dan merentasi batas kenegerian. Kini dilihat semakin menular sentimen ataupun ketaksuban yang melampau. Jika negeri nya Selangor, dia marah, tak nak orang lain sokong Selangor, dia saja yang Selangor. Jika negeri nya mungkin kedah, dia sokong kedah sahaja. Tapi kita ucap terima kasih kepada menteri besar kedah, yang baru-baru ini, menzahirkan sokongan juga kepada pasukan Selangor FC. Inilah contoh, inilah bukti di mana kalau kita lihat sukan itu merentasi batas kenegerian, bahkan merentasi batas politik. Kerana apa hari ini kita boleh bersetuju untuk bersama-sama menyokong Usul ini dan kita di peringkat Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan ucapan terima kasih dan juga pendirian kita cukup tegas dan jelas sejak daripada awal insiden ini berlaku kita menuntut dan mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Polis untuk tampil telus mendedahkan
ataupun sekurang-kurangnya memberikan kita penjelasan tentang status siasatan ini, siapakah culprit dengan izin ataupun pelaku yang dituntut oleh Sungai Kandis tadi, siapakah ataupun dalang di sebalik insiden ini. Kerana sehingga hari ini sejak daripada 5 hari bulan Mei, di mana saudara Faisal Halim disimbah dengan asid tidak ada sebarang perkembangan ataupun tidak ada sebarang update dengan izin daripada Pihak Berkuasa tentang status kes ini dan kita di peringkat Kerajaan Negeri juga telah mengambil tindakan untuk menzahirkan solidariti kepada pasukan Selangor baru-baru ini dengan kita lancarkan Tabung Solidariti bersama Selangor FC dan Alhamdulillah dengan kutipan lebih daripada RM70,000.00 sekurang-kurangnya ini sebagai penzahiran kepada sokongan daripada masyarakat, bukan hanya di Negeri Selangor tetapi juga daripada seluruh negara. Silakan, Taman Medan.
Mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Cuma saya nak tarik perhatian sebab tadi bila saya amati ucapan-ucapan kita terlepas satu perkara. Saya rasa saya nak Yang Berhormat boleh masukkan dalam ucapan Yang Berhormat juga supaya Dewan ini juga mengecam tindakan yang dibuat oleh posting daripada Johor Southern Tigers yang seolah-olah menggambarkan ‘ladies and gentlement, i present to you the real tokong of Malaysian Football’. Terminologi tokong ini seolah-olah nak menggambarkan Selangor ini jadi tokong dan saya rasa itu satu kenyataan yang sangat tidak bertamadun, yang juga mengganggu keharmonian kita sebagai rakyat Negeri Selangor. Dan saya mengharapkan mungkin Kerajaan Negeri, Yang Berhormat EXCO sendiri, boleh kita lakukan satu laporan Polis selepas ini supaya Johor Southern Tigers ini diambil tindakan. Jadi kalau Yang Berhormat setuju, kita boleh pergi ramai-ramailah, ajak Sekinchan sekali pergi.
Baik, saya setuju untuk dimasukkan pandangan daripada Taman Medan tadi sebahagian daripada ucapan penggulungan saya dan sebab itu saya tegaskan tadi kita menolak sekeras-kerasnya budaya keganasan ini dan yang paling mustahak adalah kita menjunjung kasih ke bawah titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang telah menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan Baginda terhadap isu yang sedang kita bahaskan pada hari ini. Sebelum ini kalau kita lihat sukan ini tidak ada sebarang perkara-perkara ataupun isu-isu yang tegang sehingga memungkinkan seorang Sultan untuk menegur ataupun melontarkan pandangan beliau, pandangan Baginda dan kita sebagai rakyat sebagaimana yang kita sebut tadi. Daulat Tuanku itu adalah wibawa rakyat dan kita sangat-sangat menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Selangor. Walau apa pun orang nak kata tentang Tuanku kita ini, saya yakin dalam Dewan Negeri Selangor ini, semua Ahli-Ahli Dewan Negeri baik di peringkat kerajaan dan peringkat
pembangkang kita akan berdiri teguh di belakang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Daulat Tuanku. Apa dia? Kita harap.
Yang Berhormat, Hulu Kelang nak tanya soalan.
Ada, Yang Berhormat? Kita ingat Hulu Kelang nak lead report Polis nanti. Baik saya teruskan.
Yang Berhormat..
Dan akhirnya, saya ingat. Sila.
Yang Berhormat, saya rasa mungkin untuk rekod Dewan ini, Yang Berhormat boleh memberi satu kemaskini tentang jumlah kutipan Tabung Solidariti Selangor dan mungkin selepas ini bagi kemaskini juga bagaimana dana-dana tersebut akan digunakanlah.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Untuk tabung solidariti itu kita dah tutup sebelum ini. 2 hari lepas kita dah tutup sebarang bentuk sumbangan tetapi kalau ada yang masih nak menyumbang boleh teruskan menyumbang kepada Selangor FC. Saya difahamkan Yang Berhormat Lembah Jaya pun telah beri komitmen untuk menyumbang sebahagian daripada royalti tahunan beliau sebagai penyanyi kepada Selangor FC dan kita ucap terima kasih banyak dan untuk kutipan tabung solidariti itu keseluruhannya lebih daripada RM76,000.00 yang kita telah kutip setakat daripada 26 hari bulan Jun sehingga 2 Julai dan itu bukan..
Yang Berhormat EXCO.
Kota Damansara.
Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Pertama sekali semestinya kami di peringkat ADUN-ADUN di Selangor khususnya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat EXCO apakah tindakan selepas ini daripada Selangor FC kerana kita diberitahu Selangor FC akan mengambil tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan yang bersesuaian untuk mempertahankan hak bagi Selangor FC. Jadi mungkin Kerajaan Negeri boleh update dengan kami Ahli-Ahli Dewan, yang pertama. Kedua, Yang Berhormat EXCO boleh mengajak kami semua seluruh Dewan ini, sebab esok perlawanan Selangor lawan
Kuching. Tetapi bukan masuk percuma, semua kena bayar masing-masing. Jadi, terima kasih. Itu sahaja.
Baik, berkenaan dengan status tadi, Faisal Halim sekarang dia sedang menjalani treatment dan saya difahamkan telah turun menjalani latihan ringan di padang latihan Selangor FC dan untuk program ataupun perlawanan esok yang melibatkan Selangor menentang pasukan Kuching. Kuching ini sebenarnya bukan pasukan Kuching dia pasukan daripada Negeri Sarawak, tetapi dia dah dijenamakan sebagai pasukan Kuching. Cuma kalau di Pahang, dia jadi Sri Pahang. Jadi kalau besok sekiranya ada masa untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah kita ramai-ramai menzahirkan sokongan kepada pasukan Selangor yang berhadapan dengan pasukan Kuching nanti dalam liga, dalam saingan Piala FA dan janganlah kita nak masuk free, kalau kita boleh beli, kita belilah tiket. Kita beli tiket dan kita zahirkan sokongan kepada pasukan Selangor FC bantu mereka ini dan tadi Yang Berhormat minta status apa yang telah dilakukan yang sedang dalam progress Selangor FC.
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Selangor FC sekarang ini sedang dalam proses untuk membawa kes hukuman yang telah dijatuhkan oleh Malaysian Football League baru-baru ini ke peringkat yang lebih tertinggi. Mereka telah hire dengan izin peguam dan akan membawa kes ini ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan. Sedang mempertimbangkan, boleh saya betulkan ayatnya, mempertimbangkan untuk membawa kes ini ke pihak Mahkamah Timbang Tara Sukan, kerana apa adalah sesuatu yang kita lihat zalim apabila hukuman yang dijatuhkan oleh MFL ini sebelum ini mungkin lebih keras tetapi susulan daripada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan baru ada sedikit pertimbangan dan pengurangan, tetapi walau bagaimanapun pihak Selangor FC masih akan meneruskan rayuan dan seterusnya membawa kes ini ke peringkat keadilan yang lebih tinggi.
Taman Medan. Tekan mic, tekan mic.
Ucapan, kenyataan titah Tuanku, Tuanku ada sebut ‘Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung di dalam FAS, namun jika Beta merupakan Peneraju Kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa-masa tertentu. Satu perkara yang kita kena sedar dalam Dewan ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku pernah menerajui bola sepak, arena bola sepak Selangor dan juga negara ketika itu dipimpin oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan ketika itu tidak ada insiden-insiden seperti ini. Bahkan Selangor ini hebat, jadi pasukan dalam bola sepak negara ini berdekad lamanya. Jadi, bolehkah Yang Berhormat EXCO kongsi kan, adakah kita bersedia untuk mengambil petua daripada titah Tuanku ini, supaya satu tindakan
yang lebih rebellious dalam kita berhadapan dengan MFL ini dan juga mereka yang membuat keputusan yang saya rasa sehingga hari ini, sebahagian besar penyokong-penyokong Selangor, rakyat Selangor merasakan sangat tidak adil dan berat sebelah kepada kita di Negeri Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan, soalan dia susah nak jawab tetapi kita kena jawab dan saya nyatakan pendirian kita, kalau kita nak melihat daripada sudut emosi ataupun macam yang sebut tadilah ketaksuban dan kemarahan, mudah sahaja sebenarnya untuk pasukan Selangor FC peringkat pengurusan ataupun pimpinan FAS menarik diri daripada liga. Tidak ada masalah tetapi kita perlu melihat dan memikirkan dalam kerangka yang lebih besar kerana kita kena ingat Selangor FC ini adalah salah satu stakeholders ataupun stakeholder dengan izin ataupun pasukan utama dalam liga kita. Seandainyalah, seandainya pasukan Selangor FC tarik diri daripada Malaysian Football League ini, kita boleh bayangkan apa yang berlaku, apakah implikasi kepada Liga Malaysia? apakah implikasi kepada bola sepak Malaysia? Dan ini yang kita nak elakkan.
Kita junjung kasih kepada bawah titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas pandangan yang Baginda zahirkan dan sememangnya itu antara concern dengan izin dan juga pandangan yang diwakili oleh orang-orang bawahan, oleh rakyat bawahan bila kita jumpa rakyat di bawah penyokong-penyokong bola sepak Selangor memang ada suara-suara ataupun gesaan agar pasukan Selangor FC menarik diri daripada Liga Malaysia. Tetapi kita harus fikirkan dan saya rasa di peringkat pengurusan Selangor FC memikirkan pelbagai rasional dan untuk masa ini proses yang pihak pengurusan Selangor FC sedang ambil adalah mengikut saluran yang betul untuk merayu keputusan tersebut dan seterusnya membawa proses keadilan itu di peringkat yang lebih tinggi tetapi kalau di tanya kepada saya selaku peminat bola sepak tidak salah untuk Selangor misalnya bersaing dalam Liga-Liga Antarabangsa di negara lain misalnya di Indonesia ataupun di Thailand yang mana mungkin liga mereka lebih kompetitif tetapi kita harus lihat dan cadang atau kemukakan cadangan tersebut kepada Selangor FC untuk mereka menilai dan mengkaji sebarang bentuk potensi ataupun peluang yang mungkin mereka boleh ambil daripada insiden ini dan saya hargai pandangan daripada Taman Medan tadi.
Tidak ada masalah untuk kita membantah ataupun membuat cadangan tetapi ia nya perlu ada keputusan ataupun sebarang keputusan itu perlu diambil dalam konteks yang lebih rasional dan munasabah. Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi ke? Kalau tak ada saya nak gulung, secara habis, secara kesimpulannya kita merakamkan sekali lagi penghargaan kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan baik daripada bangku kerajaan dan bangku pembangkang atas solidariti yang telah dizahirkan pada petang ini untuk membantah dan menolak keganasan dalam sukan dan ia nya harus kita pastikan pihak
berkuasa terus mengambil tindakan dan juga menjalankan siasatan dan seterusnya memberi makluman kepada kita apakah status terkini siasatan tersebut, bukan hanya siasatan melibatkan Faisal Halim sahaja tetapi semua atlet-atlet atau ahli-ahli sukan yang terlibat yang telah mengalami insiden kemalangan baru-baru ini. Jadi kita rakamkan sekali lagi penghargaan dan saya mewakili Kerajaan Negeri sebulat suara menyokong dan berterima kasih dalam Usul ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Sungai Air Tawar. Ada di sini. Ya boleh gulung juga wakil daripada UMNO.
Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL
: Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t., terima kasih Tuan Speaker atas peluang yang diberikan untuk saya turut mengambil bahagian menyampaikan ucapan penggulungan ringkas di dalam perbahasan Usul mengejut yang cukup penting ini kerana arena sukan bola sepak Selangor khususnya dan tanah air amnya. Sememangnya sukan seharusnya menjadi medan perpaduan dan kesatupaduan sesama kita. Meskipun kita datang daripada kepelbagaian latar belakang, berbeza agama, bangsa, etnik dan kelas sosial apabila berada di padang kita semua berkongsi satu aspirasi yang sama mendukung pasukan bola sepak Gergasi Merah kebanggaan kita. Sukan harus menyatukan bukan memisahkan, justeru saya berkongsi semangat dan aspirasi yang sama dengan sekalian rakan-rakan Ahli Dewan untuk memastikan kita menyediakan ruang selamat dan rasa kebersamaan sesama kita demi memastikan sukan kekal menjadi titik perpaduan di dalam kalangan kita.
Sudah pasti kita semua sangat terkejut dengan insiden ekstrem baru-baru ini yang menyebabkan penjaring gol pasukan Selangor FC mengalami kecederaan parah dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan pemain dan peminat bola sepak. Maka saya mengajak Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengecam keras insiden keganasan seumpama ini dan menggesa agar Pihak Berkuasa memberi tumpuan khusus di dalam penyiasatan dan memastikan penjenayah ini diheret ke muka pengadilan. Tidak ada siapa pun yang kebal daripada undang-undang, lebih-lebih lagi kepada pelaku jenayah keganasan ini. Saya menyeru kepada ke semua sekalian warga rumpun Selangor untuk terus bersama-sama memastikan sukan kekal sebagai wadah perpaduan dan mengelakkan insiden seumpama ini berulang lagi. Tuan Speaker, marilah kita sama-sama menjunjung kasih titah kasih Duli Yang Mana Mulia Sultan Selangor yang menzahirkan keprihatinan Baginda dalam isu ini menunjukkan betapa sukan ini benar-benar merapatkan institusi Istana dan rakyat jelata. Bersama kita pastikan bumi Selangor ini selamat untuk kita semua dan pasukan kebanggaan gergasi merah kita kekal menjadi wira kita. Merah kuning kebanggaan kita. Sekian. Saya mohon turun menyokong Usul Seri Serdang.
Yang Berhormat Sungai Air Tawar.
Ya.
Tuan Speaker saya nak minta panduan. Sungai Air Tawar ini berucap atas sifat apa pada petang ini?
Gulung.
Gulung? Kita terima Usul dari Seri Serdang dan wakil-wakil kesemua parti telah terlibat secara aktif dalam perbahasan. Dan kita mengambil ketetapan mendukung Seri Serdang sebulat suara dan EXCO yang bertanggungjawab telah pun merumuskan Usul yang dibentangkan oleh Seri Serdang dan mengambil maklum dari semua perbahasan dari semua Ahli-ahli Dewan Negeri, dan saya kira di mana peranan Sungai Air Tawar, pada petang ini untuk berucap selepas EXCO yang bertanggungjawab dalam portfolio sukan ini merumus tentang Usul yang di bawa oleh Seri Serdang. Saya faham Sungai Air Tawar ingin..
Yang Berhormat berdiri di atas Peraturan Tetap apa?
Saya nak dapatkan panduanlah.
Okay terima kasih.
Tak apa Yang Berhormat.
Kami tak tahu boleh mencelah atau tidak ataupun sebagainya. Sebab EXCO telah merumuskan dan mengambil ketetapan tentang Usul Seri Serdang. Jadi saya hanya minta panduan daripada Speaker. Kalau tidak you set a wrong precedent kalau ada EXCO, telah menggulung kemudian ada EXCO lain nak tambah saya ingat satu perkara tidak pernah berlaku di dalam Dewan. Terima kasih.
Saya merujuk kepada Peraturan Tetap 17 dan saya ingin menarik perhatian kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa Usul di bawah peraturan 17 ini adalah Usul tergempar dan tidak ada peraturan mana-mana pun yang mengatakan bahawa penggulungan daripada EXCO itu hanya dihadkan kepada seorang EXCO sahaja. Walaupun begitu saya biasa mengikut kebiasaan kelazimannya memang EXCO yang menjaga portfolio tertentu boleh memberi penggulungan dan pernah dalam sejarah perbahasaan ini sama ada perbahasan di bawah Peraturan Tetap 17 ataupun 26 ataupun
Rang Undang-undang ada lebih dari seorang EXCO untuk memberikan penggulungan. Contohnya EXCO yang berkaitan akan memberi penggulungan tetapi kadangkala Menteri besar akan memberi penjelasan untuk memberi maklumat tambahan dan kalau Yang Berhormat sekalian dapat memerhati soalan-soalan yang ditanyakan kepada Kerajaan sebenarnya dikeluarkan atas nama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan EXCO-EXCO berkaitan menjawab soalan tersebut bagi pihak Yang Berhormat Menteri Besar. jadi pada masa sekarang mengikut apa yang ada pada saya termasuk Peraturan Tetap dan juga kelaziman rasa tidak ada kesilapan yang besar dan walaupun saya tadi benarkan seorang parti seorang tapi Pribumi tapi nampaknya dua orang pembahas jadi kita pun, tiga termasuk yang bertanyakan soalan tambahan atau pun mencelah. Jadi saya rasa eloklah kalau Yang Berhormat Sungai Air Tawar dia mempunyai perkara yang hendak dirumuskan atau digulungkan, saya rasa kita boleh terima apa sahaja penggulungan yang ada padanya. Itu sahaja daripada saya. Ya terima kasih. Dengan itu Yang Berhormat Sungai Tawar ayat terakhir ya.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sebenarnya pandangan saya Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Hulu Kelang sepatutnya bersifat terbuka juga. Ini menunjukkan solidariti kita dalam perkara yang menimpa atlet pemain bola sepak, jadi sepatutnya penggulung saya ini diterima dengan baik tanpa ada rasa syak wasangka dari kita. Yang Berhormat saya dah beri penjelasan dan saya dan saya dah dengan penjelasan Yang Berhormat. Bagi saya habiskan hujahan saya.
Semua sokong Seri Serdang dalam konteks ini, jadi tidak timbul soal syak wasangka. Yang pentingnya Sungai Air Tawar kena beri sepenuh keyakinan kepada Kota Anggerik sebab..
Saya memberikan sepenuh keyakinan kepada Kota Anggerik tetapi Yang Berhormat Hulu Kelang juga perlu menghormati perbahasan saya.
Beliau membawa portfolio yang penting kalau tidak Sekinchan nak gulung tak selepas ini?
Yang Berhormat Hulu Kelang, kalau laluan tidak diberikan Sungai Air Tawar. Sungai Air Tawar teruskan sambung. Saya mohon semua tenang, tenang, tenang, tenang jangan smash. Tenang kita ini bahas.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, sekian saya mohon untuk turut menyokong Usul oleh Seri Serdang terima kasih Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahawa masalah di hadapan Dewan ini adalah satu Usul yang berbunyi Dewan Negeri Selangor yang mulia ini mengecam tindakan yang mengancam keselamatan nyawa dan karier ahli terutama pemain boleh sepak. Ini boleh membantutkan usaha Negeri Selangor bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berwibawa di Malaysia.
Ahli-ahli Yang Bersetuju sila kata ‘ya’ Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’ Dipersetujui.
Sambungan Usul nombor 8 tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Pertama Dewan Negeri SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Usul nombor 8 tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Pertama Dewan Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mempersilakan Yang Berhormat menyambung perbahasan. Saya jemput Yang Berhormat Ijok.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pada Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ijok ingin mengambil bahagian untuk membahaskan ucapan Sungai Tua, dalam Rancangan Selangor Pertama Bagi Kajian Separuh Penggal. Ijok akan menyentuh teras dua sosial berkenaan Peningkatan Kesejahteraan Ke Rangkuman Sosial Bagi Platform Pekerjaan Warga Emas Selangor. Di mana ia masih dalam pembangunan konsep program menjelang suku keempat dan pelancaran program rintis ini. Dijangka menjelang tahun 2025. Yang Berhormat Tuan Speaker, memandangkan Selangor akan menjadi negeri tua 2040, justeru itu Ijok ingin menarik perhatian berkenaan perkara ini memberi lima cadangan yang mungkin boleh diambil kira bagi menjayakan program ini. Pertama apakah terdapat rancangan untuk penyediaan latihan dan pendidikan semula kepada warga emas. Ini kerana penyediaan program latihan dan pendidikan semula yang khusus disesuaikan untuk keperluan warga emas, dapat membantu meningkat kemahiran mereka menjadi lebih relevan di pasaran pekerjaan semasa. Dan meningkatkan kebolehan mereka untuk beradaptasi dengan teknologi dalam perubahan dalam pasaran kerja. Kedua platform ini hendaklah dijayakan dengan membangunkan rangkaian sokongan komuniti. Dengan mewujudkan rangkaian sokongan komuniti penyediaan bimbingan sokongan sosial dan mentorship, untuk warga emas yang mencari pekerjaan.
Ini boleh membantu mereka mengatasi rasa kurang keyakinan, memberi nasihat praktikal dan menyediakan akses kepada sumber daya yang berguna. Ketiga keperluan mengadakan kempen kesedaran dan pendidikan, untuk majikan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan majikan mengenai nilai tambah yang dibawa oleh warga emas sebagai pekerja. Ini termasuk menyuarakan kebaikan memberi peluang pekerjaan kepada warga emas seperti kestabilan melalui pengalamannya dan dedikasi mereka terhadap kerja. Keempat pelaksanaan platform perlulah disertakan dengan cadangan pembebasan cukai atau insentif untuk majikan yang mengambil warga emas, sebagai pekerja. Ini dapat meningkat minat majikan untuk menggaji, warga emas serta menggalakkan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan ini. Kelima, keperluan menyediakan dengan izin, platform digital yang mudah dicapai untuk iaitu dengan memastikan platform pemadanan kerjaya ini mudah diakses dan diguna oleh warga emas. Ini termasuk memastikan antara muka pengguna dengan yang mesra dengan mereka yang mahir dalam teknologi.
Yang Berhormat Tuan Speaker seterusnya, Ijok ingin membahaskan teras 3 mengenai daya tahan dan pengurusan bencana. Iaitu mengenai pemacu kelestarian. Ini kerana kelestarian khususnya, berkaitan dengan alam sekitar sangat dekat dengan demografi dan geografi di dalam DUN Ijok. Bicara mengenai sosial, soal kelestarian terdapat 3 tiang utama, yang menyokong konsep kelestarian ialah alam sekitar, sosial dan ekonomi. Ketiga-tiga aspek ini sangat penting dalam mendukung konsep kelestarian bagi menjambin kemajuan sesebuah negeri. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok mengikuti rapat mengenai pengurusan bencana di Negeri Selangor. Tahniah, saya ucapkan kepada jabatan-jabatan Kerajaan yang sangat pantas dalam memberi respons acap kali terdapatnya bencana yang berlaku. Ijok senantiasa menjadi tumpuan, bencana terutamanya bencana banjir yang boleh dikatakan menjadi acara tahunan bagi penduduk di Ijok. Rancangan Tebatan Banjir 1 Fasa 1, semakin menghampiri penghujungnya. Ijok kerap melakukan pemantauan di lapangan, bersama dengan wakil-wakil penduduk pihak JPS dan pihak RTB sendiri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, hasil dapatan daripada pemantauan ini, Ijok telah kongsikan 9 masalah dan cadangan kepada EXCO Infrastruktur dan pertanian melalui surat yang telah dihantar pada 18 Jun 2024 yang lepas. Antaranya adalah screw pump, screw pump di parit BCYZ pintu Ijok dan Parit Gajah. Hasil pemantauan kami, mendapati pemasangan screw pump, di kawasan tersebut telah dipasang dan hanya menunggu pemasang sub station elektrik. Yang mungkin memakan masa yang lama untuk pembinaannya. Justeru itu sekiranya berlaku banjir kami ingin mencadangkan agar screw pump ini boleh diguna pakai dalam mengambil pendekatan mempergunakan genset bagi menghidupkan scew pump bagi mengeluarkan air dari borrow pit. Ia bagi mengeluarkan air yang bertakung di kebun-kebun, sekitarnya yang termenung sekian
lama. Walaupun Ijok tidak hujan, tetapi kawasan Kota Damansara tadi ada maklumkan, air daripada Kota Damansara pergi ke Paya Jaras, Paya Jaras turun ke Ijok sebelum pergi ke laut. Dia akan termenung dan bertakung di kebun-kebun yang ada di sekitar sungai Buloh di Ijok. Jadi memandangkan screw pump tadi sudah siap, jadi saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan. Menjalankan operasi screw pump tadi menggunakan genset sementara menunggu pembinaan sub station elektrik tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di atas kelewatan RTB ini, Ijok berharap kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Agar mengambil perhatian dan tindakan untuk menyegerakan projek ini bagi menghadapi cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini. Ia telah menyebabkan banyak, pihak yang terkesan antaranya pendapatan pekebun kecil kepala sawit terjejas di sebabkan kerap berlakunya banjir termenung di kebun-kebun mereka. Sehinggakan ada yang hampir setahun tidak ada dapat pendapatan. Penduduk trauma dengan keadaan ini dan mereka juga sering kerugian di atas kerosakan perabot barang dapur dan kelengkapan harian. Menjadi salah satu tempat pembuangan sampah haram yang menyebabkan pencemaran alam dan air.
Yang Berhormat Tuan Speaker merujuk kepada Belanjawan 2024 untuk menaik taraf sistem saliran di kampung Jaya Setia Mukim Ijok Daerah Kuala Selangor yang bernilai RM3 juta bagi pembangunan negeri. Justeru itu Ijok berharap perunding yang dilantik agar dapat turun ke lapangan untuk berjumpa dengan orang tempatan, mangsa banjir dan pekebun untuk mendengar dan ambil kira pandangan mereka dalam skop kajian. Dalam kajian konsep mereka, kerana orang tempatan ini lebih tahu tentang kawasan mereka. Jadi saya mengharap Ijok mengharapkan jururunding yang dilantik, sebelum menjalankan kerja dapat turun ke kawasan atau ke kampung untuk berjumpa dengan orang tempatan yang tahu asal usul air untuk keluar daripada mana, punca daripada mana.
Yang Berhormat Tuan Speaker seterusnya berkenaan dengan pengurusan air. Ijok sangat menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri, berkaitan pengurusan air. Antara strategik utama yang dibentangkan di dalam Rancangan Selangor 1 adalah mengenai pemantau kualiti air dan penguatkuasaan pencemaran air sungai. Untuk maklumat Tuan Speaker, ketika Ijok melakukan pantauan di sepanjang jajaran lembangan Sungai Buloh di Ijok, kami telah menemui satu tapak pelupusan sampah di kawasan tadahan banjir di antara jambatan Bukit Mayong hingga ke jambatan besi. Ijok ingin bertanyakan kepada Y.B. EXCO, adakah tapak tersebut telah diluluskan oleh Agensi Kerajaan bagi dijadikan tapak pelupusan sampah. Ini kerana Ijok berpandangan adalah sangat tidak sesuai, tapak tersebut dijadikan tapak pelupusan sampah kerana tujuan asal kawasan tersebut adalah berfungsi sebagai kawasan tadahan banjir sekiranya sungai ini tidak dapat
menampung air. Seterusnya sampah-sampah ini akan mengalir ke hilir yang menyebabkan risiko kepada penduduk mendapat penyakit. Sekiranya tiada kelulusan, Ijok menggesa agar pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan terhadap aktiviti pembuangan sampah tersebut.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Ijok tertarik dengan izin Friend of River Selangor dibawah pengurusan air. Sungai, parit atau longkang besar merupakan satu bentuk infrastruktur yang berperanan mengalirkan air larian permukaan untuk mengelakkan banjir dan mengimbang kelembapan tanah. Sumber air semula jadi ini amatlah penting bagi melestarikan kehidupan flora dan fauna serta manfaat kepada masyarakat terutamanya di kampung. Di sini, Ijok ingin melontarkan cadangan agar parit-parit atau longkang besar yang mempunyai potensi untuk dijadikan tempat-tempat rekreasi di sesuatu kawasan itu perlu diberi perhatian. Secara tidak langsung ianya menjadi salah satu aktiviti penduduk untuk menjaga kebersihan parit dan longkang. Sebagai contoh, terdapat satu saliran parit besar yang tidak jauh daripada loji rawatan air Selangor di Kampung Bukit Badong iaitu di Jalan Abdul Manan yang mana ianya berpotensi untuk dijadikan tempat rekreasi. Adalah dipohon pihak LUAS, JPS Daerah, Air Selangor, Roji Rawatan Air Selangor serta pihak-pihak yang berkenaan untuk membuat sedikit kajian di mana lepasan air loji rawatan air Selangor ini yang dikatakan oleh orang kampung menjadi salah satu punca, banjir di kampung Jaya Setia dialirkan sebahagiannya ke jalan ataupun ke parit blok Jalan Abdul Manan dan air ini boleh terus mengalir ke Sungai Selangor. Justeru itu, Ijok ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri menyokong usaha penduduk tempatan atau NGO yang berminat menjaga dan menjadikan parit atau longkang besar sebagai tempat rekreasi? Kedua, adakah Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan program denai sungai yang pernah dianjurkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air sebelum ini, diimplementasikan di parit atau longkang besar sebagai tempat aktiviti berasaskan alam sekitar sebagai satu mekanisme kawalan pencemaran air, dan risiko banjir serta tanah rebah? Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan ini adalah sebagai usaha memanfaatkan sumber air semula jadi dalam meningkatkan kualiti sosial ekonomi penduduk setempat dan mengelakkan banjir serta masalah rebah yang sering, masalah tanah rebah yang sering berlaku akhir-akhir ini. Sekian, terima kasih.
Ya, Teratai.
Yang Berhormat Tuan Speaker, EXCO-EXCO Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, terima kasih kerana memberikan ruang kepada Teratai untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Dalam ucapan ini, izinkan saya membawa beberapa usul dan membawa beberapa perihal-perihal berkenaan yang mampu menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju dan berdaya saing.
Tuan Speaker, isu pembangunan semula kawasan perumahan adalah satu topik yang hangat pada hari ini. Isu ini bukan sahaja berkaitan dengan aspek fizikal pembangunan tetapi juga dengan kesejahteraan sosial ekonomi dan alam sekitar. Pertama sekali, marilah kita lihat keperluan mendesak untuk pembangunan semula perumahan. Banyak kawasan perumahan lama tidak, yang tidak lagi selamat dan sesuai untuk diduduki. Keadaan infrastruktur yang uzur, risiko keselamatan dan juga kekurangan kemudahan asas adalah antara faktor utama yang mendesak kita untuk berpindah. Pembangunan semula ini akan memberikan persekitaran hidup yang lebih selesa dan selamat kepada penduduk. Selain daripada itu, pembangunan semula perumahan juga memberikan impak besar pada kesejahteraan sosial. Dengan perumahan yang lebih baik, kita dapat mengurangkan kadar jenayah, meningkatkan kesihatan mental dan fizikal penduduk, serta memperkukuhkan ikatan sosial dalam komuniti. Kawasan perumahan yang teratur dan bersih juga akan meningkatkan rasa bangga dan kepunyaan di kalangan penduduk. Dari segi ekonomi, pembangunan semula perumahan dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi tempatan. Projek pembangunan akan membuka peluang pekerjaan dan merancakkan sektor pembinaan. Selain itu, nilai hartanah di kawasan yang dibangunkan semula akan meningkat, memberi manfaat kepada pemilik hartanah dan meningkatkan hasil cukai kepada Kerajaan Tempatan. Pembangunan semula perumahan juga haruslah mengambil kira kelestarian alam sekitar. Penggunaan bahan-bahan yang mesra alam, teknologi hijau dan reka bentuk yang lestari dapat mengurangkan jejak karbon dan memelihara alam sekitar. Ini penting untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat. Akhir sekali, pembangunan semula perumahan mesti melibatkan penglibatan aktif komuniti setempat. Penduduk perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan dan keperluan mereka. Hanya dengan cara ini, pembangunan yang dilakukan dapat memenuhi aspirasi dan keperluan sebenar masyarakat.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, satu masalah yang kami sering menghadapi pada hari ini adalah projek-projek perumahan dan pembangunan yang menjejaskan pemilik rumah untuk memperolehi geran hak milik. Di antara punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah ini adalah projek terbengkalai pemaju yang gagal membayar cukai tanah kepada pejabat tanah yang berkemungkinan telah bankrap dan sebagainya. Sebagai contoh, terdapat beberapa taman dan kawasan di bawah Tun Teratai mengalami masalah ini, di mana telah berpuluh-puluh tahun pemilik rumah atau premis tidak mempunyai satu, mempunyai atau memperoleh geran mereka. Sejak mereka menduduki di situ, ia termasuk sebahagian daripada Taman Lembah Maju, Taman Saga, Pandan Perdana dan sebagainya. Di bawah kawasan Teratai juga mengalami masalah yang lama tidak diselesaikan ini. Kini, hak milik tanah di kawasan yang saya sebut tadi adalah didaftar di bawah liquidator. Terdapat banyak, terdapat
beberapa cabaran yang mungkin timbul dalam pengurusan hak milik tanah di bawah liquidator. Konflik atau pertikaian mungkin timbul antara pemiutang, pemilik asal dan juga pihak ketiga yang menuntut hak terhadap tanah tersebut. Nilai tanah mungkin menurun jika pasaran hartanah tidak stabil atau terdapat isu-isu undang-undang yang belum diselesaikan. Proses undang-undang yang rumit dan memakan masa boleh melambatkan proses liquidasi dan penjualan tanah. Hak milik asal tanah sama ada syarikat atau individu sepatutnya dilindungi oleh undang-undang semasa proses liquidasi. Liquidator mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa penjualan aset dilakukan dengan telus dan adil serta hasil jualan digunakan dengan sewajarnya untuk membayar hutang. Selain itu, pemilik asal tanah mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat mengenai proses liquidasi dan status tanah mereka. Hak milik tanah di bawah liquidator adalah isu yang memerlukan perhatian dan pengurusan yang teliti. Dengan memastikan bahawa liquidator menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan integriti, kita dapat melindungi hak dan kepentingan semua pihak yang terlibat.
Tuan Speaker, saya sebagai ADN Kawasan Teratai ingin mengambil kesempatan ini untuk membahas atas isu ini. Pada dua tahun yang lepas, satu tragedi yang melibatkan nyawa empat orang maut akibat kemalangan tanah runtuh yang berlaku di kawasan Taman Bukit Permai Teratai. Selain kerugian harta benda yang boleh, yang sudah tidak terkira, penduduk di kawasan Taman Bukit Permai yang terdedah dengan bahaya tanah dan cerun runtuh juga terkesan daripada segi mental dan fizikal. Lebih malang bagi mereka yang sudah menjadi mangsa hingga ke saat ini gagal mendapat pampasan mahupun daripada syarikat insurans ataupun mana-mana pihak yang tertentu. Permohonan tuntutan pampasan kepada syarikat insurans oleh mangsa-mangsa ini selepas menunggu selama dua tahun selepas kejadian adalah ditolak atas alasan tidak, tiada bukti kecuaian daripada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPAJ. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dengan memberi, dengan pemberian ex gratia dengan izin sebagai satu inisiatif membantu mereka dalam meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka.
Tuan Speaker, penjawat awam merupakan aset dan nadi kepada barisan hadapan Negara. Keselamatan dan kesihatan pekerja adalah aspek kritikal yang tidak boleh diabaikan kerana ia mempengaruhi bukan sahaja kesejahteraan individu tetapi juga produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan awam secara keseluruhan. Ia merupakan asas kepada persekitaran kerja yang konduktif bagi penjawat awam yang berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan Negara aspek ini adalah lebih penting. Penjawat awam yang bekerja dalam keadaan yang selamat dan sihat akan lebih produktif, bersemangat dan berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Pelbagai risiko keselamatan dan kesihatan wujud di tempat kerja termasuk pendedahan kepada
bahan kimia berbahaya, risiko ergonomik, tekanan kerja dan faktor-faktor persekitaran seperti pencahayaan dan kebisingan. Sebagai contoh, penjawat awam yang bekerja di sektor kesihatan menghadapi risiko pendedahan kepada penyakit berjangkit. Manakala mereka yang bekerja di pejabat mungkin terdedah kepada masalah ergonomik akibat penggunaan komputer yang berpanjangan. Kerajaan telah menggariskan pelbagai polisi dan garis panduan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penjawat awam. Undang-undang seperti akta keselamatan dan kesihatan pekerja, pekerjaan 1994 memberikan rangka kerja yang jejas, yang jelas mengenai tanggungjawab majikan dan pekerja dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat. Selain itu, pelbagai kursus dan latihan keselamatan juga dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran pekerja dalam mengurus risiko di tempat kerja. Di antara ini, saya bercadang untuk, saya bercadang supaya penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor menyertai program NIOSH iaitu National Institute of Safety and Health yang merangkumi penyelidikan dan membuat cadangan untuk pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Penjawat awam sendiri perlu proaktif dalam menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Ini termasuk mematuhi peraturan keselamatan, melaporkan sebarang bahaya atau kemalangan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Penglibatan aktif pekerja dalam program keselamatan dan kesihatan pekerja akan membantu dalam mengwujudkan budaya keselamatan yang kukuh di tempat kerja.
Penjawat awam yang bekerja dalam persekitaran yang selamat dan sihat adalah aset penting kepada Negara. Marilah kita bersama-sama memastikan bahawa tempat kerja kita adalah tempat yang selamat dan sihat demi kebaikan kita semua dan demi kepentingan negara. Saya dengan penuh rendah diri ingin mengucapkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini. Setiap kali saya hadir ke sini, saya sentiasa akan diingatkan bahawa setiap masa dan ketika saya ketika yang kita luangkan di sini adalah amanah dan pinjaman daripada rakyat. Masih ada ramai rakyat Selangor yang hidup susah, melarat dan tenat. Maka, saya ingatkan diri saya dan semua untuk sentiasa bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk Selangor dan segala isinya. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin untuk berkhidmat sebagai seorang ADUN. Ayuh sama-sama buang yang keruh ambil yang jernih. Dengan ini juga saya akhiri ucapan saya dan menyambut baik Rancangan Selangor Pertama yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan pada hari ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung untuk meneruskan urusan Dewan yang mulia ini. Saya mempersilakan wakil YAB Dato’ Menteri Besar untuk membawakan Usul.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut peraturan 11 dan 20, 6 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.30 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’.
Usul ini dipersetujui. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Sijangkang, orang lama.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullah hitaala hiwabarakatuh. Alhamdulillah terima kasih, di atas ruangan yang diberikan kepada saya untuk turut berbahas dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada hari semalam. Jadi, alhamdulillah pertamanya saya melihat bahawa ini adalah aspirasi yang besar kepada Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang pintar, berdaya huni dan juga makmur. Dan, saya juga mengambil kesempatan di sini di atas tahniah di atas persembahan prestasi oleh YAB Dato’ Menteri Besar, semalam di atas pembentangan kemajuan Rancangan Selangor 1. Dan saya melihat dimaklumkan juga semalam apabila KDNK kita telah menunjukkan sedikit kenaikan 25.99% seperti mana yang dilaporkan oleh DOSM dan saya kira melihat bahawa ini adalah satu pencapaian yang baik cuma sasaran kita, untuk berada pada KDNK 30% menjelang 2025 adalah sesuatu yang pada pengamatan saya dengan prestasi yang telah dilaporkan kemajuan Rancangan Selangor 1 semalam, saya kira bukannya mudah untuk kita mencapai target ataupun sasaran tersebut. Tetapi walau bagaimanapun segalanya saya kira, boleh berlaku sebarang kemungkinan itu. Seperti mana semalam saya tidak berada di sini kerana urusan di Parlimen tetapi saya sempat mengamati ucapan kepada pembahas yang terakhir daripada Batu Tiga yang saya kira dia menyebutkan kejayaan Rancangan Selangor 1 ini bukan hanya terletak kepada satu batang tubuh. Bukan hanya terletak kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri tetapi peranan yang dimainkan oleh kakitangan-kakitangan kerajaan, peranan kita sebagai Ahli Dewan Negeri tak kira sama ada di sebelah kerajaan ataupun di sebelah pembangkang memainkan peranan untuk merealisasikan apakah akhirnya Rancangan Selangor 1 ini dapat berjaya ataupun tidak.
Saya sangat menghargai prinsip yang diamalkan itu cuma saya merasakan mungkin ini boleh dilihat oleh Kerajaan Negeri, oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sendiri. Jangan kita hanya sekadar retorik, jangan hanya sekadar bercakap tetapi tidak melakukan apa yang sepatutnya kita berlaku seperti mana prinsip yang dibawa oleh Batu Tiga itu. Saya melihat kerana saya dapat peranan pembangkang juga sebagai semak dan imbang yang memberikan sesuatu kekuatan untuk menzahirkan apa juga perancangan Kerajaan Negeri adalah satu perkara yang sangat penting. Tetapi saya dapat maklumat baru-baru ini bahawa pembangkang sudah tidak lagi dilibatkan dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan di peringkat daerah. Kalaulah ini keputusan daripada MMKN, saya kira ini sesuatu yang sangat meragukan. Kalau disebutkan dari salah satu seorang daripada kalau tidak silap saya Kota Damansara tadi bahawa banyak perkara-perkara yang kita boleh selesaikan di peringkat Majlis Mesyuarat di peringkat daerah sama ada Majlis Mesyuarat Pembangunan Tindakan Daerah ataupun Mesyuarat Libat Urus di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi apabila ini tidak berlaku, saya kira kita juga sebagai wakil rakyat kepada kawasan kita apabila dilontarkan perkara-perkara oleh rakyat kita tidak mampu menjawab, ataupun kita tidak mampu menyelesaikan walaupun perkara yang mudah akhirnya ia akan membantutkan bagaimana keseragaman kita untuk terus membangunkan Negeri Selangor ini. Jadi, saya minta apakah justifikasi yang telah dibuat oleh peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar sehingga pada hari ini kita tidak boleh terlibat di dalam Mesyuarat Pembangunan Jawatankuasa Daerah di peringkat negeri? Saya kira ini satu kerugian yang amat besar. Kemudian saya melihat bahawa begitu juga dengan soal saya nak sentuh soal peruntukan, kepada pembangkang. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberikan peruntukan RM400,000.00 kepada pembangkang. Tetapi saya melihat ada keputusan yang menghadkan penggunaan peruntukan ini terutamanya sumbangan hanya kepada pendidikan dan juga perubatan. Saya mengalami masalah yang saya kira agak sukar terutamanya apabila Penyelaras DUN dilantik dengan agak begitu lewat dan terutamanya peruntukan ini saya kira juga turun ke Pejabat-Pejabat Daerah agak digunakan oleh DUN juga agak lewat. Walaupun saya tak nafikan, apa pun kaedahnya boleh diselesaikan sama ada menggunakan duit imbuhan gaji dan juga elaun kepada ADN-ADN. Kita tetapi saya kira di bawah sana, walaupun kita melihat KDNK yang tinggi realitinya hari ini rakyat masih berada di dalam keadaan yang sukar di dalam kehidupan. Keperluan hidup yang tinggi dan saya boleh merasakan perbezaan selama berada penggal keempat pada hari ini. Bagaimana lebih ramai lagi rakyat datang disebabkan, oleh tidak mampu untuk membayar rumah sewa. Masih lagi ramai yang tidak mampu untuk membayar bil api, sehingga dipotong. Masih ramai lagi yang tidak mampu untuk membayar bil air kerana dipotong. Saya kira ini antara perkara-perkara yang saya kira kita memerlukan peruntukan-peruntukan Kerajaan Negeri, yang diberikan kepada kita untuk diberikan
kepada mereka tanpa sebarang halangan. Cuma isunya mungkin timbul apabila ada pertindihan-pertindihan yang sepatutnya pada hari ini kalau kita bangunkan dataraya kita yang boleh dikongsi bersama isu ini dapat diselesaikan. Saya tidak mahu ini dijadikan sebagai satu bahan politik yang akhirnya dia memberikan impak yang sangat besar kepada rakyat di negara kita ataupun di Negeri Selangor yang kita cintai ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Tuan Speaker yang saya kasihi, hari ini saya ingin memfokuskan kepada berkaitan dengan pengukuhan ekonomi iaitu pelabuhan dan logistik yang saya kira ini bertepatan dengan kedudukannya di dalam kawasan saya dalam pemacu perumahan 1 iaitu Carey Selangor ataupun Pelabuhan Ketiga iaitu Pembangunan Pembangunan Zon Ekonomi Bebas (Specific Economy Zone), Pembangunan Bercampur, Kawasan Perindustrian, Komersial, Logistik, Pelabuhan dan Aktiviti Rekreasi. Tujuannya adalah untuk merangsang meningkatkan ekosistem maritim, menambah baik ketersediaan tanah bagi tujuan pembangunan perindustrian, meningkatkan kesaling hubungan pelabuhan darat dan menyokong penggunaan domestik dan perdagangan asing di dalam jangka masa panjang. Disebutkan pencapaian oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga di dalam buku Kajian Separuh Penggal ini pembangunan kedua-dua pelabuhan dan juga Zon Ekonomi Khas ini, berada pada peringkat awal kelulusan, Kerajaan Pusat Persekutuan dan juga negeri selaras dengan garis masa jangkaan pembangunan 2025 – 2026. Pembangunan pelabuhan kajian ini boleh dilaksanakan untuk pelabuhan ketiga telah diluluskan kajian keboleh laksanaan untuk pelabuhan ketiga telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2022 dan kabinet pada tahun 2023. Modal perniagaan dan operasi dijangka akan dimuktamadkan menjelang 2025. Pembangunan Zon Ekonomi Khas, Kajian Pelan Pembangunan Pulau Carey telah diselesaikan oleh PLAN Malaysia dan diluluskan oleh MMKN Disember 2023. Pada peringkat awal apabila berlaku pembentangan, yang mana pembentangan Rancangan Selangor 1. Ini bukan sebelum tahun pelaksanaan dan juga bukan semasa tetapi selepas juga tahun pelaksanaan saya juga merasakan kenapa Pelabuhan Klang ini dimasukkan di dalam Rancangan Selangor 1 walhal perancangannya adalah pada tahun 2025? Saya faham soal pembangunan itu bukan satu yang statik. Dia bersifat dinamik. Memerlukan persiapan kesediaan dan saya kira itulah persiapan ataupun kesediaan untuk kita pelaksanaan daripada projek-projek ini. Cuma saya kira di Negeri Selangor ini kita mempunyai pengalaman pembangunan yang amat luas, dari pelbagai sektor. Cuma saya melihat adalah bagaimana daripada kesiap siagaan kita, terutamanya dalam pembangunan Carey Selangor ini. Kita juga mengambil pengalaman-pengalaman dulu supaya ia menjadi satu rujukan kita akhirnya yang kita akan buat ini yang terbaik. Tidak memangsakan rakyat dan memberikan kesan yang maksimum kepada pembangunan itu sendiri. Saya suka merujuk beberapa perkara pembangunan yang berlaku sebelum ini seperti pembangunan Tadom City di Kuala Langat Utara yang pada peringkat awalnya sehingga memungkinkan Kampung Orang
Asli Bukit Kemandol dipindahkan kepada Desa Kemandol dan kawasan rayaunya dipindahkan kepada Negeri Pahang dan juga Negeri Sembilan. Impaknya sangat besar kerana bagaimana mereka mahu berada dalam kehidupan seperti budaya mereka dalam keadaan kawasan rayaunya yang begitu jauh.
Begitu juga sebahagian daripada tanah pembangunan Tadom City, ini yang melibatkan reserve Melayu digantikan reserve di Hulu Selangor dan juga di kawasan Pulau Carey di tanah di kampung Melayu Pulau Carey. Yang mana di situ juga ada peneroka India yang akhirnya mereka terpaksa keluar daripada kampung itu disebabkan tanah itu telah direserved sebagai reserve Melayu, dan telah dijanjikan untuk penggantian tetapi tidak berlaku. Sebenarnya semasa saya berada di dalam kerajaan dahulu saya telah membawa perkara ini. Dan telah diluluskan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Negeri sendiri sebagai tapak gantian di Pulau Carey ini, untuk menyelesaikan isu peneroka India yang memang sah dan diakui oleh penduduk Kampung Melayu itu sendiri. Mereka terpaksa keluar daripada tanah yang diteroka sebab disebabkan oleh reserve yang telah berlaku begitu juga dengan tapak penerokaan mereka yang mempunyai permasalahan bertindan dan juga isu bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli. Yang saya kira saya juga telah mengutarakan dalam soalan bertulis saya dan dijawab bahawa jawapannya mengatakan bahawa sudah diluluskan hanya untuk pelaksanaan tetapi senarai nama yang terakhir, diserahkan kepada saya dan kita tidak membuat penyelesaian sehingga pada hari ini. Tetapi pada tapak yang saya kira tapak yang berbeza dengan apa yang telah kita dicadangkan pada ketika itu. Ini saya ingat antara perkara-perkara yang melibatkan supaya menjadi panduan kepada kita. Begitu juga dengan pembangunan yang berlaku di KLIA sebagai contoh, Orang Asli terpaksa berpindah ke perkampungan Orang Asli di Seri Cheding di Busut Baru dan di Bukit Cheding. Yang saya kira akhirnya sepatutnya ini menjadi sebagai panduan kepada kita. Kerana apa saya katakan begitu, pembangunan di Pulau Carey ini juga melibatkan kalau tidak secara langsungnya pun Kampung-Kampung Orang Asli tetapi secara tidak langsungnya apabila ada pembangunan pelabuhan ini dan juga pembangunan zon ekonomi khas ini dia akan menyebabkan ekologi dan juga ekosistem yang akan berubah dan akhirnya juga akan memberi kesan kepada sumber ekonomi pekerjaan Orang-Orang Asli di kawasan situ yang kebayakan adalah masyarakat non-marine, yang mencari mata pencarian sebagai nelayan. Hari ini pun mereka sudah, sudah terlalu risau sebab sebahagian besar daripada kawasan Pulau Carey, persisir pantai Pulau Carey itu sudah dijadikan sebagai port limit. Ekoran daripada itu saya juga melihat sebagai persiapan untuk pembangunan ini beberapa perkara yang seharusnya diselesaikan pada peringkat awal ini. Termasuklah isu berkaitan dengan infrastruktur, jalan yang sesak, perparitan yang tidak lancar ya. Terutamanya yang melibatkan jalan-jalan ini pada masa ini pun jalan yang saya boleh katakan jalan yang menuju ke Pulau Carey ini, sudah berada dalam keadaan yang kritikal kesesakan pada waktu-waktu yang tertentu melibatkan FT5.
Melibatkan jalan Carey lama melibatkan Jalan Segenting yang hari ini Jalan Segenting juga ada kawasan-kawasan perindustrian dan jalan yang terlalu sempit, jalan yang berlopak-lopak saya kira tidak lagi saya, masih belum lagi diselesaikan dengan keadaan yang terbaik. Begitu juga dengan adanya Jambatan Kampung Sawah, dan di Kampung Sawah itu juga, sendiri ada kawasan perindustrian yang saya kira apabila siap kawasan perindustrian ini dan pembangunan yang berlaku di Pulau Carey. Ini ia akan menambahkan kesesakan yang berlaku. Sebab itu saya melihat bagaimana persiapan kita. Di peringkat negeri, jalan, seharusnya diberi naik taraf buat masa peringkat awal ini supaya apabila berlaku program-program pembangunan itu dia akan memberikan kesan yang sangat minimum kepada kesesakan dan ia tidak menjadi permasalahan kepada pengguna-pengguna jalan raya.
Jadi Alhamdulillah, saya kira ini pengalaman kita. Kalau saya nak sebutkan soal kesesakan di kawasan-kawasan saya di Bandar Saujana Putra sebagai contoh. Di jambatan saya kira di jejambat saya kira yang kita tangguhkan berkali-kali, Alhamdulillah hari selesai. Walaupun keyakinan daripada EXCO tempoh hari sehingga saya mengatakan jangan sebutkan tarikhlah saya pun susah di kawasan saya kerana rakyat akan selalu mempertikaikan sepatutnya yang dijanjikan. EXCO cukup yakin dengan bulan Mac ya, apa pun Alhamdulillah bulan lima selesai dan saya kira saya baru mendapat surat jemputan daripada PKPS di dalam dua jam yang lalu akan berlaku Majlis Pembukaan Jejambat Bandar Saujana Putera pada esok hari pukul 11.30 malam. Jadi insya-Allah saya akan hadir sebagai juga menghargai usaha yang telah dilakukan dan meraikan rakyat yang saya kira menjadi penyelesaian, kepada kesesakan yang ada di situ. Jadi, Tuan Speaker saya melihat daripada saya suka melihat kepada apa yang disebutkan sebagai teras-teras ataupun terma strategik di dalam pelan pembangunan pengukuhan ekonomi, peningkatan kesejahteraan dan ketepenggunaan sosial, pemacu kelestarian, tadbir urus SMART dan berkesan. Cuma, saya kira istilah yang menyebutkan tempatan impak ataupun saya kira, impak kepada tempatan itu harus juga dilihat sebagai satu yang saya kira yang sepatutnya yang paling adil. Kita berikan kepada rakyat kerana apa saya sebutkan di sini. Di mana kita sedia maklum kita di samping pembangunan yang kita adakan bagaimana persiapan ataupun ketersediaan kita di dalam membangunkan masyarakat di situ. Selain daripada membangun kesiapan kita menjaga ekologi dan ekosistem di situ. Sudah tentu apabila ada pembangunan pelabuhan-pelabuhan, mungkin akan menyebabkan ombak-ombak besar, ban-ban mudah rebak. Bagaimana kita melihat ini dan mungkin menyebabkan Hutan Simpan Paya Bakau juga akan berubah sifatnya. Bagaimana kesiapan kita dalam melihat bahawa pengekalan ini kelestarian kehidupan itu dapat kita jaga dengan sebaik mungkin.
Cuma yang akhir saya melihat bahawa, bagaimana usaha kita terutamanya melibatkan orang-orang tempatan di dalam pembangunan yang akan kita lakukan di Carey ini.
Bagaimana usaha kita daripada sudut pendidikan, bagaimana usaha kita dari sudut mata pencarian ekonomi dan juga sosial kepada masyarakat tempatan. Kalau nak saya sebutkan mungkin majoritinya adalah masyarakat Orang Asli. Bagaimana kita nak meletakkan mereka ini setaraf dengan keadaan yang keberadaan kita pada hari ini? Saya tidak menafikan di peringkat kerajaan ini sebelum ini kita ada beberapa inisiatif untuk masyarakat Orang Asli. Daripada sudut pendidikan termasuklah Sagong Tasi dan sebagainya tetapi saya melihat saya nak mungkin juga saya nak minta respons daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dengan peruntukkan Sagong Tasi yang kita peruntukkan untuk masyarakat Orang Asli. Sebagai contoh kita pernah memberikan RM10 juta. Kita peruntukkan dalam Sagong Tasi untuk Orang-Orang Asli peringkat IPTA dan juga sekolah menengah. Berapa peruntukkan ini yang telah kita gunakan? Kalau kita tidak dapat manafaatkan dengan sebaik mungkin, mungkin saya kira kita boleh melihat semula adakah kita telah menyediakan yang sepatutnya kita berikan kepada mereka ataupun kegagalan kita untuk membantu mereka dalam soal pendidikan di peringkat sekolah rendah dan juga peringkat sekolah menengah. Saya kira itu lebih besar tumpuannya kerana saya melihat bahawa walaupun Pulau Carey ini berada di kawasan luar bandar, tetapi bukan satu perkara yang mustahil untuk kita bangunkan Orang-Orang Asli ataupun orang-orang yang berada di luar bandar ini termasuklah orang Melayu, India dan juga kerana saya melihat bagaimana keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini daripada Sekolah Menengah Pulau Carey. Yang rata-ratanya adalah masyarakat India, orang Asli dan orang Melayu. Ada seorang pelajar yang boleh mendapat keputusan 9A dalam SPM dalam salah satu mata pelajaran yang diambil adalah matematik tambahan yang tidak ada kelas matematik tambahan pun. Yang tidak ada guru matematik tambahan pun tetapi dia belajar dengan guru matematik biasa. Kalau ini kedudukan peluang yang dia ada dengan keadaan yang begitu terhad tetapi mereka mampu saya kira sesiapa pun, masyarakat yang ada di kawasan itu juga boleh setanding apabila kita berikan peluang kepada mereka dari sudut pendidikan dan sebagainya. Sebab itu saya kira ini harus menjadi pengajaran kepada kita bagaimana kita nak bangunkan sesuatu pembangunan itu sudah tentulah kita tidak mahu akhirnya, ada masyarakat yang tercicir dan tinggal di arus pembangunan terutamanya masyarakat tempatan dan bagaimana kelestarian yang sepatutnya kita jaga daripada sudut geografiknya dan juga ekosistem dan juga kemasyarakatan sosial di situ dapat kita jaga supaya akhirnya apa yang kita ciptakan itu memberikan faedah kepada semua. Jadi Tuan Speaker, dah habis masa Tuan Speaker?
Yang Berhormat dah habis?
Ada lagi. kita ada tinggal berapa minit sebab saya tengok lampu merah dah lama dah.
Saya bagi satu minit lagi la.
Satu minit. Jadi saya kira untuk akhir saya nak sentuh satu perkaralah di Kuala Langat ini, saya kira antara tempat yang cukup terkenal dengan pembuangan sampah haram. Longgokan-longgokan sampah harap termasuklah e-waste dan sebagainya. Kalau baru-baru ini saya ingat lebih daripada sebulan ataupun dua bulan yang lalu bagaimana berlaku pembakaran secara terbuka yang asalnya kita tak pasti kerana kita tidak dapat lihat daripada luar. Rupanya ada satu bentuk aktiviti yang mana mereka membuang sampah di tanah-tanah milik di dalam kawasan yang agak dalam dan dibakar pada waktu malam. Memberikan ketidakselesaan kepada penduduk di sekitar situ. Rupanya ini adalah longgokan-longgokan sampah yang sifatnya banyak sampah-sampah e-waste. Dan saya juga mendapat salinan edaran daripada Penolong Pegawai Daerah Bahagian Penguatkuasaan, Unit Penguatkuasaan. Surat ini adalah surat kepada Ketua Polis Daerah Kuala Langat. Yang mana daripada dapatan yang telah dilakukan melalui penguatkuasaan, ada 14 tempat pembuangan lokasi tapak-tapak sampah haram dan sebahagian besarnya adalah bersifat plastik dan juga e-waste. Yang agak mengejutkan saya adalah dimaklumkan di situ bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana dia melibatkan unsur gengsterisme. Sebab itu surat ini ditujukan kepada Ketua Polis Daerah. Yang ini saya harapkan perkara ini bukan perkara yang mudah untuk diuruskan, tetapi saya kira perlu tindakan bersepadu untuk menjamin kelestarian untuk membanteras pencemaran-pencemaran seperti ini. Kalau saya lihat di sini 14 lokasi dan sebahagian besar adalah di kawasan-kawasan FELCRA, Batu 8, Sijangkang yang melalui jalan Sijangkang Utama dan juga Jalan Garuda dan saya mengharapkan ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik. Ini penyakit apabila keterlibatan gengsterisme-gengsterisme, dalam perkara-perkara seperti ini dia amat menyukarkan dan memberikan ketakutan kepada penjawat-penjawat awam yang mahu membuat penguatkuasaan di situ. Dan saya kira ini adalah bukan sahaja tanggungjawab di peringkat Kuala Langat tetapi Kerajaan Negeri kena memainkan peranan yang besar. Jadi Tuan Speaker saya kira sekadar itulah, untuk memberikan peluang kepada yang lain juga walaupun ada beberapa perkara yang lain tapi saya kira itu antara perkara-perkara yang penting yang saya nak sebutkan di dalam Perbahasan Ucapan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Separuh Pertama. Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Permatang.
Terima Kasih Tuan Speaker. Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang isu perumahan mampu milik, yang menjadi bidang tumpuan antara menjadi bidang tumpuan dalam Rancangan Selangor Pertama. Dasar perumahan mampu milik negeri Selangor dikatakan memerlukan pemaju untuk
membina 60 ribu unit rumah mampu milik menjelang 2025. Namun begitu saya ingin menarik perhatian Dewan, kepada masalah perumahan sakit di Selangor. Sehingga bulan Januari 2024 yang lalu sebanyak 128 projek sakit yang melibatkan 20,734 unit. Di Permatang, Tuan Speaker pada sidang yang lalu saya ada membawa tentang dua perumahan. Dua projek perumahan yang masih lagi sakit dan tak sihat-sihat sampai sehingga ke Sidang ini. Pada 4 Mac yang lalu saya ada merujuk kepada saya ingin merujuklah kepada handsard Dewan pada muka surat 83 di mana Yang Berhormat Tanjong Sepat, memaklumkan Taman Mutiara di bawah Suasana Cemerlang Sdn. Bhd. dijangkakan akan mendapat CCC pada Mei yang lalu. Tapi hari ini sudah Julai pun tapi namun begitu mendukacitakan kita masih belum lagi mendapat masih dengan izin delivery of vacant possession dengan projek ini. Begitu juga dengan projek Sungai Yu Indah, yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tanjung Sepat yang akan dijangka siap pada pertengahan tahun 2024. Namun sehingga hari ini nasibnya masih sama. Jadi sekali lagi saya ingin menggesa Kerajaan Negeri, untuk membantu rakyat untuk memastikan isu perumahan mampu milik ini mencapai objektifnya. Saya juga ingin merujuk tentang memperkukuh infrastruktur pembangunan bandar dan luar bandar. Saya ingin mencuri perhatian Dewan kepada Jalan Raja Musa di kawasan saya. Merujuk kepada soalan Dewan, soalan ini pasal sesi yang lalulah Sesi Tiga Tahun 2022 sebenarnya, berkenaan jalan laluan alternatif melalui jalan terusan besar, daripada Parit Empat, Sekinchan ke Jalan Raja Musa. Kerajaan telah memberi jawapan tentang pelaksanaan bagi projek menaik taraf jalan dan kerja-kerja berkaitan daripada jalan terusan utama B110 ataupun dikenali juga sebagai Jalan Ban Canal sehingga Jalan Raja Musa B42 Tanjung Karang. Daerah Kuala Selangor adalah secara berpakej. Huraiannya adalah seperti berikut. Pakej satu adalah di laluan jalan terusan utama sepanjang 12 kilometer dan pakej dua pula di laluan setanjung iaitu sebanyak 4.5 kilometer. Kedua-dua pakej ini Tuan Speaker, dikatakan melibatkan kos berjumlah RM160juta dan pelaksanaan projek bagi kerja-kerja reka bentuk dijangka bermula pada penghujung tahun 2023. Namun dukacitanya sehingga hari ini Julai 2024, projek ini masih belum dijalankan. Jadi saya menggesa agar Kerajaan Negeri dapat memberi pencerahan berkenaan projek ini dan kalau boleh dipercepatkan. Seperti yang dirancang. Saya juga selain itu ingin memohon juga perhatian untuk penyelenggaraan dan memanjangkan di antara Jalan Ban Canal sehingga ke Jalan Mawar. Supaya boleh terus keluar ke jalan besar dan tidak mengganggu jalan kampung, yang mana saya rasa penting bagi memastikan keselamatan Kampung Seri Tiram Jaya.
Ketiga Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada Teras Pendidikan yang juga menjadi bidang tumpuan utama di dalam Rancangan Selangor Pertama, dan menjadi salah satu faktor pemacu perubahan atau pun dengan izin sebagai game changer yang diperlukan untuk menyediakan modal insan berkualiti kepada negeri Selangor ini. Isu pendidikan ini adalah satu isu yang amat saya tekankan pada dahulu sebenarnya. Terutama sekali
tentang isu akses kepada sekolah-sekolah terutama sekali di kawasan saya kawasan-kawasan yang estet pendalaman. Yang mana kebanyakan anak-anak estet ini adalah anak-anak daripada masyarakat India. Saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Banting yang telah bersama cuba menyelesaikan beberapa masalah di kawasan ini. Antara isu di sini Tuan Speaker, adalah ketiadaan dan kesusahan anak-anak yang tinggal di estet ini untuk pergi ke sekolah. Jadi saya di sini ingin merujuk kembali kepada artikel surat khabar yang mana pada 27 November 2024 Yang Berhormat Kinrara ada mengalu-alukan kalau kata ADN-ADN di kawasan pedalaman, untuk berjumpa dengan nya bagi membincangkan penyediaan pengangkutan di kawasan mereka khususnya dalam isu murid sekolah, untuk memastikan anak-anak ini dapat ke sekolah. Jadi, saya sebenarnya sudah beberapa kali untuk berjumpa dengan tuan tanah iaitu Taga Properties tetapi saya pun mungkin atas alasan-alasan mereka. Mereka ada beberapa kekangan yang masih lagi tidak menjawab untuk berjumpa jadi selain daripada itu, saya memohon Kerajaan Negeri supaya dapat membantu kami di Permatang berkenaan dengan isu ini. Juga saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu pewartaan tanah Sekolah Rendah Agama di kawasan saya di Permatang. Antaranya adalah Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi Al Ridzuan Kampung Bestari Jaya Selangor dan Sekolah KAFA Integrasi As-Sulaimiah Kampung Sungai Yu kerana kedua sekolah ini dikatakan masih lagi tidak selesai pewartaannya. Jadi kita ada menghadapi beberapa masalah jadi sekiranya urusan pewartaan sekolah ini belum selesai saya minta agar dipermudah dan dipercepatkan proses pewartaan ini.
Selain daripada itu Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan inisiatif untuk mengembangkan hub pertanian. Hub pertanian di kawasan barat Kuala Selangor. Di Permatang Tuan Speaker, kita ada industri pertanian terbesar adalah sawah padi. Pesawah sebelum ini Tuan Speaker, di sana kami memang selalu terhimpit. Dengan isu-isu seperti contoh harga padi yang rendah dan kekurangan dari segi keuntungan juga. Namun kini , kami ibarat sudah jatuh di timpa tangga semenjak penarikan subsidi diesel diumumkan. Kenaikan harga diesel telah membebankan golongan pesawah tambahan lagi program Budi Agri-Komoditi yang dikata...
Yang Berhormat saya mohon semua Ahli Yang Berhormat dan juga Pegawai dan juga Pelawat di Galeri Awam untuk matikan bunyi handphone masing-masing supaya tidak mengganggu perjalanan Dewan dan petua ini telah pun saya kemukakan sejak hari pertama Sidang Dewan. Dan ini pun bukan petua baharu, petua-petua sebelum ini speaker sebelum ini pun ada. Saya mohon kita ikut. Silakan Permatang. Maaf.
Ini boleh minta masa lebih ni.
Seminit lagi lah.
Tambahan lagi dalam Program Budi Agro-Komoditi Tuan Speaker, yang seakan kita lihat kami mempunyai masalah untuk mendaftar dan sebagainya kerana program ini seakan meminggirkan kami kelompok pesawah dengan tidak memperhalusi mekanisme pemberian subsidi. Itu sendiri kerana kos operasi sebenarnya penggunaan diesel pesawah adalah amatlah tinggi dan sebenarnya skim berkenaan tidak dapat sebenarnya meringankan beban atau pun menoktahkan kemiskinan yang ditanggung oleh pesawah-pesawah di tempat saya. Saya ingin memetik Tuan Speaker, salah satu artikel yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian yang sebenarnya memang wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani. Namun menjelaskan mereka layak untuk menerima subsidi berkenaan. Semua penanam padi yang menggunakan diesel diberikan subsidi. Pendaftaran sebenarnya sedang berjalan dan katanya salah faham. Ini akan berlaku dalam masa sebulan dua ini sahaja. Masalahnya Tuan Speaker, ‘sebulan dua’ ini yang mungkin kita-kita di sini atau pun Yang Berhormat Menteri, tiada masalah tetapi pesawah-pesawah di tempat saya sekarang banyaknya dalam proses dah mula nak menanam di Sawah Sempadan. Kami dalam proses nak membuka kunci air yang memerlukan diesel. Juga untuk beroperasi dan juga di tempat seperti Sungai Panjang sekarang ini sudah musim menuai atau dikenali sebagai kita panggil sebagai musim panen. Jadi kat sini ‘sebulan dua’ ini amat besar dan banyak isu sebenarnya kalau berkenaan. Banyak masalah setelah penarikan subsidi diesel itu.
Tuan Speaker, kos operasi penggunaan diesel pesawah adalah antara 6,000 liter sehingga 10,000 liter semusim. Jadi, diesel ni kita guna dalam macam-macam perkara antara dalam proses pam air, dalam jentera-jentera dan macam-macam lagi. Namun begitu semenjak pengumuman penarikan subsidi diesel saya dapat aduan yang mana nak beli diesel pun dah susah. Dia ibaratnya, macam beras tempatan hari itu. Ramai yang bertanya kepada saya adakah di tempat saya banyak beras tempatan tapi kita pun nak dapatkan beras tempatan pun susah. Tetapi mungkin kita boleh dapat ketika jualan-jualan rahmah kita dapatlah jumpa beras tempatan kalau tak kat kedai masih lagi susah walaupun kawasan saya itu tempat pengeluar padi.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Sekinchan tiada kat sini tapi saya rasa dia pun sependapat dengan saya. Kerana dahulu Yang Berhormat Sekinchan pun pernah buat demo aman dulu. Untuk menggesa kerajaan untuk menaikkan harga siling padi untuk menampung kos membeli baja dan racun. Kerana tuan speaker kalau kita lihat dalam kes sawah ini kita punya potongan basah adalah tinggi. Kalau dulu 17% setiap tan sekarang dah sampai mencecah 20%. Masalah kita sekarang, ialah masalah-masalah seperti contoh kegagalan kunci air yang tidak berfungsi, infrastruktur tidak diselenggarakan,
benih dan baja yang mahal dan sememangnya pendapatan pesawah-pesawah ini dilihat seperti sudah lama seperti tidak berbaloi. Dengan penat lelah mereka membuat sawah itu. Jadi hari ini penarikan subsidi diesel itu telah mengakibatkan peningkatan kos. Saya bukan apa, apa yang saya risau ialah seandainya pesawah-pesawah ini terus ditekan dan tidak mustahil tak lama lagi ramai pesawah akan berhenti membuat sawah dan ini akan mengganggu gugat keterjaminan makanan bukan sahaja di Selangor malah di Malaysia.
Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang mengucapkanlah tahniah terima kasih kepada insentif tahun lalu yang kerajaan beri sebanyak RM500 kepada pesawah. Insentif tunai namun begitu Tuan Speaker bantuan tersebut merangkumi RM300 tunai dan RM200 untuk input pertanian mengikut kawasan. Tapi namun begitu apa yang mendukacitakan kawasan saya mereka maklum kan RM300 itu kita dah dapat tunai. Tetapi baki RM200 itu katanya hendak diberi benih tetapi sampai sekarang rupa benih itu pun mereka tidak dapat lihat lagi. Jadi kat sini, saya memohon pihak kerajaan untuk melihat isu ini juga.
Keduanya Tuan Speaker, subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pesawah adalah melalui pendaftaran My Budi Agro. Tetapi namun begitu birokrasi proses permohonan seperti contohnya isytiharkan pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dan kenderaan atau jentera itu sendiri haruslah berdaftar dan mempunyai permit, dan juga mempunyai roadtax di bawah JPJ. Ini juga agak memberi penambahan kos kepada petani kerana ramai oleh sebab itu ramai petani gagal untuk membuat permohonan kerana mereka kebanyakannya jentera itu jentera lama dan sebagainya. Jadi selain daripada itu, pesawah juga merupakan kebanyakannya pesawah-pesawah kami terdiri daripada warga emas dan kaedah permohonan itu melalui online. Adalah dilihat seperti tidak mesra kepada golongan pesawah ini. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, kepada Kerajaan Negeri agar boleh memberi bantuan insentif tunai sebagai contoh RM500 ke RM1,000 secara terus kepada pesawah dan pengusaha jentera supaya untuk memampan impak penarikan subsidi diesel ini. Sebenarnya, tanpa perlu kita membuat pendaftaran seperti contoh My Budi tadi dan sebagainya, Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti pesawah-pesawah dan pengusaha jentera secara terus. Supaya insentif ini tadi dapat diberikan terus kepada golongan sasar. Sebagai contoh Tuan Speaker, insentif tunai tadi boleh diberikan melalui Bernas, berpandukan kad pintar Bernas. Kalau kat kampung kita panggil kad kupon yang mana kad ini Tuan Speaker, setiap musim kita kena renew. Jadi pesawah-pesawah ini dengan izin adalah genuine dan ternyata golongan sasar dan berkenaan empunya jentera, pemilik jentera, pengusaha jentera mungkin boleh diadakan kad pintar atau pun pengenalan melalui PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) kerana di setiap kawasan-kawasan PPK memang ada senarai jentera tadi yang masih beroperasi dan
sememangnya mereka adalah golongan sasar. Jadi, apa guna birokrasi yang melampau kalau kita nak bantu rakyat, kita mesti bantu sebolehnya tanpa perlu kita menyusahkan mereka.
Tuan Speaker, saya juga ingin membawa perhatian Dewan tentang satu soalan saya yang telah ditolak oleh Dewan baru-baru ini yang berbunyi:
Soalan a : Senaraikan langkah atau kajian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri terhadap tindakan penyasaran semula subsidi bahan api diesel baru-baru ini.
Soalan b : Senaraikan langkah atau insentif yang bakal diberikan oleh Kerajaan Negeri terutama kepada peniaga bagi mengelakkan harga barang daripada melambung tinggi akibat penyasaran semula subsidi bahan api diesel itu tadi.
Tuan Speaker, soalan ini ditolak atas alasan tidak berkaitan, kerana pertanyaan di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri sedangkan apa yang saya tanyakan apakah insentif Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat di Selangor ini. Jadi saya hendak tanya Kerajaan Negeri adakah bila soalan ini dikatakan tidak berkaitan bermakna memang Kerajaan Negeri tidak mahu langsung membuat kajian atau membantu peniaga dan pengusaha yang terkesan atau pun apakah Kerajaan Negeri memang berpendapat dan menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan. Berkenaan subsidi RM200 itu yang cukup dan tidak akan mengambil mengakibatkan kenaikan harga barang ini nanti.
Jadi saya berharap.. saya juga Tuan Speaker ingin memetik ini kisah tahun 2021 memetik satu akhbar yang bertajuk “Segera Tampan Kenaikan Harga Barang, Contohi Selangor” kenyataan ini dikeluarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika itu beliau masih lagi ketua pembangkang di mana ketika itu Y.A.B Perdana Menteri memuji Kerajaan Selangor yang dilihat bersedia untuk memampan kenaikan harga barang. Tetapi hari ini apabila soalan saya dilihat tidak berkaitan, saya lihat seolah-olah Kerajaan Negeri seolah-olah telah menutup kedua belah mata. Sedangkan kita ini negeri yang makmur dan termaju di Malaysia, Kerajaan Negeri seharusnya tuntas dalam membuat kajian berkenaan kesan kenaikan harga diesel dan harga barang ini kepada negara kita
Habiskan yang terakhir atau point terakhir.
Jadi Kerajaan Negeri saya berharap jangan memandang enteng isu kenaikan harga barang ini. Sebagai contoh dahulu Kerajaan Negeri sendiri telah bertindak melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Dalam melaksanakan langkah awal pengawalan harga barangan makanan tetapi hari ini, jangan lah dikatakan isu ini adalah di luar bidang. Jadi akhir
sekali Tuan Speaker, saya juga saya tadi ada tertarik dengan hujah Yang Berhormat Bandar Utama tadi dia ada cakap yang mengatakan antara faktor kesihatan mental ini adalah berpunca daripada tekanan ekonomi. Jadi saya betul-betul merayu kepada Kerajaan Negeri agar dilihat dan dikaji lah isu ini supaya jangan nanti makin ramai pula yang mengalami masalah kesihatan mental itu nanti. Jadi itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Bukit Lanjan. Bukit Lanjan.
Bukit Lanjan sudah tadi, saya bagi kepada Jeram? bukan? Bukit Melawati.
Assalamualaikum WBT salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh Ahli Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti kita sedia maklum sejak kebelakangan ini, masalah kos sara hidup semakin menghimpit rakyat di segenap lapisan warga. DUN Bukit Melawati juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah yang sama. Hal ini merupakan kesan domino daripada pelaksanaan dasar yang tergesa-gesa dan akhirnya menekan rakyat di bawah sana. Bermula 10 Jun 2024 yang lalu subsidi diesel ditarik serta-merta, telah menyebabkan berlaku peningkatan kos dalam sektor logistik, pertanian, perkilangan serta pembinaan yang membawa kepada kenaikan harga barangan yang mendadak. Justeru, Rancangan Selangor Pertama, di bawah tema dua dan tema tiga yang mengetengahkan kesejahteraan dan kebajikan secara seimbang dan inklusif di samping menekankan soal kesejahteraan rakyat. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban rakyat yang semakin terhimpit ini? Mewakili rakan-rakan di blok pembangkang, sudah pastinya kita inginkan satu solusi yang tuntas demi menyelesaikan semua permasalahan di peringkat akar umbi.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Zon Pembangunan Kuala Selangor dan Pelancongan Di Kuala Selangor. Saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam menggariskan Zon Pembangunan Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Zon ini menggariskan beberapa kluster ekonomi seperti ekopelancongan, perikanan dan pertanian. Zon pembangunan ini juga turut meletakkan projek-projek penting dalam RS-1 seperti Loji Waste to Energy dan jaminan air mentah. Kuala Selangor juga akan menerima manfaat hasil, daripada pelaksanaan Jajaran Rel Selangor ini. Justeru, besar harapan saya agar insentif yang telah digariskan di bawah Zon Pembangunan Kuala Selangor. Ini dapat dijalankan sepenuhnya tanpa mengetepikan soal kelestarian alam sekitar. Hal ini selaras dengan tema ketiga Rancangan Selangor Pertama iaitu kelestarian yang mana Negeri Selangor
ingin menjadi peneraju pembangunan lestari bagi memulihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang. Saya juga menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk memberi fokus kepada penambahbaikan infra di spot tumpuan pelancongan yang ada di sekitar Bukit Melawati. Seperti Taman Alam Kuala Selangor, Galeri Seni Sasaran Bukit Melawati, Sky Mirror dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Janganlah kita hanya sibuk membina semula aset-aset yang baru sehingga yang sedia ada kita lupakan begitu saja. Bak kata pepatah.
Sudah dapat gubah dikarang, Bunga sekaki dicampak buang.
Sebagai contoh, saya bawakan satu kertas ringkasan pengisian dan penyediaan Muzium Sejarah. Muzium Budaya dan Makmal Kajian di Daerah Kuala Selangor bertarikh 8 Ogos 2003. Kertas ini merupakan kertas cadangan, naik taraf beberapa bangunan bersejarah di Bukit Melawati sebagai muzium-muzium. Kalau saya boleh bacakan sedikit inti pati di dalam minit mesyuarat yang ada di tangan saya ini:
“Lembaga Muzium Selangor telah mencadangkan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor dan Kediaman Jurutera JKR dijadikan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dan Muzium Budaya Kuala Selangor”.
Namun apa yang saya kesali hingga ke hari ini keadaan kedua-dua muzium ini masih menjadi tanda tanya. Ada yang dah diperbaiki tetapi tidak di selenggara dengan baik. Sehingga rosak semula dan ada yang masih belum dilaksanakan apa-apa lagi. Jadi, sekali lagi saya mohon agar Kerajaan Negeri memberi fokus yang sewajarnya untuk menyelesaikan perkara yang tertunggak lebih dua abad ini.
Penglibatan Adun Pembangkang Dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah. Saya merujuk kepada Yang Berhormat Kota Damansara tadi. Yang mana beliau begitu teruja memasuki di Mesyuarat Tindakan Daerah ini. Jadi saya yakin dan percaya kerajaan yang ada pada hari ini sangat menjunjung prinsip demokrasi dan hak serta kebebasan bersuara. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri kenapa kami (Ahli-ahli Dewan Negeri (ADUN Pembangkang) ini tidak dilibatkan langsung dalam Majlis Tindakan Daerah? Bukankah kami wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat. Dalam pilihan raya yang baru ini? Kenapa diberi pula mereka yang kalah? Kemudian dilantik sebagai penyelaras dan masuk ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah? Libatkan kami, berilah ruang kepada kami untuk berkhidmat dan bekerja untuk rakyat, yang telah dipilih oleh rakyat. Saya ambil contoh di Pulau Pinang (di sini ada salinan jemputan di tangan saya). Kesemua Ahli Dewan Negeri serta Ahli Parlimen baik kerajaan atau pembangkang dijemput, untuk masuk ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di negeri
yang ditadbir oleh blok yang sama dengan Selangor. Jadi apa alasan kita di Selangor tak nak jemput wakil-wakil rakyat yang ada (yang menang) pada hari ini? Tunjukkan sebagai contoh senarai edaran di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Sungai Dua (Perikatan Nasional) juga dijemput oleh Kerajaan Negeri untuk memasuki Mesyuarat Tindakan Daerah. Jadi saya ambil inti pati daripada Teras 4 Rancangan Selangor Pertama iaitu tadbir urus (SMART) dan berkesan yang menekankan sebuah kerajaan tersusun, produktif, tangkas dan bertanggungjawab. Dalam melaksanakan mandat dan menjalankan pendekatan berpaksikan rakyat. Justeru, saya mohon perkara ini diselesaikan dengan segera demi menyelesaikan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya. Yang Berhormat Tuan Speaker, pembangunan infrastruktur dan..
Mohon mencelah Yang Berhormat.
Ya. Silakan Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Saya tertarik bila Yang Berhormat sebutkan tentang isu bahawa Ahli Dewan Negeri daripada Perikatan Nasional tak boleh masuk dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Bahkan ketika awal kita mula menang tempoh hari, saya difahamkan banyak saja yang kami dapat jemputan dan dapat masuk. Dan saya merasakan di peringkat pegawai-pegawai kerajaan tak ada masalah pun untuk kami berada dalam mesyuarat-mesyuarat itu. Dan saya merasakan ini mungkinlah ada little napoleon atau pemuka-pemuka politik yang rasa jaki, dia dengki dia kalah Pilihan Raya, dia tak bagi kita masuk. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sebenarnya tindakan yang berlaku sekarang ini seolah-olah cuba menghalang kita daripada masuk dalam mesyuarat ini adalah sebenarnya tindakan politik dan tidak profesional yang menyebabkan delivery of governance dalam kita nak mencapai RS-1 ini sepatutnya dilibatkan semua pihak. Termasuklah kami daripada pembangkang yang telah dipilih menjadi wakil rakyat untuk turut sama menyumbangkan idea dan juga memberikan pandangan dan hujah kami di dalam mesyuarat-mesyuarat yang penting seperti ini?
Terima kasih Taman Medan. Saya harap pun begitu jugalah. Kalau boleh selepas ini, habis Dewan ini kita dapat masuklah, untuk menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah. Dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, ada beberapa perkara melibatkan pembangunan infrastruktur di Kuala Selangor dan DUN Bukit Melawati. Yang menarik perhatian saya antaranya adalah mitigasi banjir, jalur lebar dan lain-lain infrastruktur am sebagai contoh Projek Tebatan Banjir bagi kawasan Sungai Buloh yang akan mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan. Di samping itu, saya juga berharap, agar projek solar skala besar
Malaysia RSS-5 yang akan menjana sehingga 52% megawatt tenaga elektrik setiap hari akan berjaya direalisasikan. Namun begitu, saya juga ingin memberi penekanan terhadap pelaksanaan projek-projek, pembangunan infrastruktur am seperti penambahbaikan infra, pendidikan, baik pulih jalan raya dan lampu jalan agar dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan segera mengikut keutamaan masing-masing. Sebagai contoh, penaikan taraf jalan-jalan kampung yang telah lama tidak dinaik taraf. Saya juga menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan tumpuan kepada keadaan tanah-tanah perkuburan Islam di sekitar DUN Bukit Melawati. Keadaan pagar yang uzur dan keadaan kubur yang semak samun boleh mengundang pelbagai ancaman terutamanya dalam aspek keselamatan baik pengunjung mahupun mereka yang melalui kawasan tersebut. Justeru, saya meminta pihak yang berkenaan agar mengambil kira perkara ini. Selain itu juga, saya turut berharap pihak Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kadar populasi dengan akses internet yang kini mencecah 83.6% di Kuala Selangor. Merujuk kepada Kajian Separuh Penggal RS-1, hal ini selari dengan usaha ke arah digitalisasi perniagaan di Kuala Selangor di samping meningkatkan akses kepada bahan-bahan pendidikan atas talian kepada anak-anak (pelajar) di Kuala Selangor. Saya harap agar menjelang tahun 2025, kadar populasi dengan akses internet di Kuala Selangor ini mampu mencecah 95% dalam usaha kita memacu ekonomi dan taraf hidup rakyat selari dengan Teras 1 RS-1 iaitu pengukuhan ekonomi yang menjangkakan penembusan jalur lebar mencapai 70% bagi setiap 100 buah premis di Negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam keghairahan kita merealisasikan Rancangan Selangor Pertama, kita perlu memastikan pembangunan di kesemua sembilan daerah di Negeri Selangor ini bergerak seiring. Saya yakin dan percaya Rancangan Selangor Pertama, adalah satu pelan komprehensif yang berpotensi membawa perubahan positif kepada Negeri Selangor. Khususnya kepada penduduk di daerah Kuala Selangor dan di DUN Bukit Melawati. Walau bagaimanapun sebagai Ahli Dewan Negeri dari pembangkang, saya akan terus bertindak sebagai agen semak dan imbang dan akan sentiasa mengingatkan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan segala pelan dan insentif yang telah digariskan dalam RS-1 dengan telus, adil dan berkesan. Saya yakin dan percaya, yang semua pihak harus diberi peluang yang sama untuk menikmati manfaat daripada pelan ini dan kepentingan rakyat harus diutamakan. Saya terus memantau pelaksanaan RS-1 ini dan memberi cadangan serta kritikan yang konstruktif demi kebaikan semua. Sekian daripada Bukit Melawati. Terima kasih.
Bukit Lanjan Tuan Speaker.
Ya Bukit Lanjan.
Sudah lama berdiri.
Ya.
Dah berdiri berapa kali tak sampai-sampai.
Ha, tengoklah.
Okay.
Tengok, Speaker kena marah ni.
Tak apa. Masa tengah jalan. Saya teruskan.
Macam mana? Ha.
Terima kasih Tuan Speaker.
Setengah jam.
Daun periuk pandai menari, Menari anak putera mahkota, Bukit Lanjan datang ke mari, kerana hendak bertemu mata.
Yang dihormati Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, yang dikasihi petugas-petugas dan kakitangan awam, para pemerhati dan seluruh rakyat Selangor yang saya cintai. Saya rasa bersyukur kerana kita semua dapat kembali ke Dewan yang mulia ini untuk bersidang bagi membincangkan isu-isu yang terkait dengan kehidupan seluruh rakyat Selangor. Rancangan Selangor Pertama merupakan satu strategi pembangunan yang menyeluruh dan dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menetapkan arah negeri ini dalam tempoh lima tahun. Rancangan Selangor mewakili satu visi yang berani untuk menjadikan Selangor sebagai contoh pembangunan lestari dan inklusif yang terkemuka di Malaysia. Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berhubung dengan isu pengangkutan awam yang merupakan seumpama top notch (dengan izin) ataupun keperluan yang sangat penting bagi sebuah negeri yang pintar seperti Negeri Selangor. Sistem pengangkutan awam yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk kita menarik pelaburan. Namun kesesakan lalu lintas yang terlalu tinggi pada masa ini bukan sahaja akan menyebabkan pembaziran masa tetapi juga meningkatkan pencemaran udara. Menurut kajian dari Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS), Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 15% dalam jumlah kenderaan di jalan raya setiap tahun. Dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan dan pencemaran, Rancangan Selangor merangkumi Pelan Selangor Mobiliti yang melibatkan pembinaan rangkaian bas yang lebih meluas, kemudahan pengangkutan transit yang menghubungkan laluan MRT serta LRT dan lain-lain. Satu kajian mendapati bahawa pengangkutan awam di Lembah Klang mempunyai cabaran untuk menjadi sistem pengangkutan lestari global. Cabaran utama termasuk bilangan penumpang yang rendah, kekurangan integrasi antara mod dan cabaran kesalingberhubungan peringkat awal.
Walau bagaimanapun, usaha Kerajaan Selangor untuk menangani isu-isu ini adalah menjanjikan percubaan awal perkhidmatan DRT mempunyai potensi untuk peningkatan penggunaan pengangkutan awam di kawasan yang kurang akses. Tambahan pula ketika Selangor berusaha untuk menarik lebih ramai pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan, permintaan untuk pengangkutan awam yang cekap dijangka akan meningkat. Rancangan Selangor telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penduduk negeri kepada 3.5 hingga 3.8 juta menjelang tahun 2025. Yang lebih meningkatkan keperluan untuk rangkaian pengangkutan awam yang mantap dan boleh di akses. Di kawasan Bukit Lanjan yang mempunyai tiga stesen KTM dan empat stesen MRT yang keseluruhannya menunjukkan keperluan pengangkutan secara konsisten. Malah kadar penggunaan orang awam terhadap BRT walaupun sekarang masih dalam tempoh proof of concept yang telah dilaksanakan melalui Mobi Selangor buat masa ini meliputi sebahagian kawasan DUN Bukit Lanjan yang masih berada di peringkat amat rendah. Saya rasa usaha baik ini perlukan usaha Kerajaan Negeri untuk melibatkan dengan promosi dan hebahan di semua peringkat termasuk PBT dan Agensi yang berkaitan. Walaupun sekarang masih di peringkat proof of concept. Selain daripada itu, dalam usaha digitalisasi, sistem pengangkutan pintas Selangor merupakan satu inisiatif yang melibatkan bas Smart Selangor yang membolehkan penumpang untuk mengetahui stesen bas yang terdekat.
Saya memohon Kerajaan Negeri boleh review balik dengan izin, aplikasi ini dengan menambah baik supaya dijadikan lebih mesra digunakan dan secara langsung dapat memanfaatkan perkhidmatan bas Smart Selangor kepada rakyat atau penumpang sebagai contoh mungkin boleh mengandungi juga info perkhidmatan pengangkutan yang lain seperti MRT ke LRT ke KTM dan sebaginya dalam satu Apps sahaja. Selangor harus melihat jauh juga ke hadapan dengan menerajui bas Smart negeri yang mampu mengatasi kelewatan akibat kesesakan jalan. Kerajaan harus menggunakan teknologi menyelia laluan dan jadual bas berdasarkan keadaan trafik semasa bagi membolehkan bas mengambil laluan yang paling efisien untuk mengelakkan kawasan yang sesak dan tidak lupa juga untuk usaha bagi mewujudkan lorong khas smart bas.
Tuan Speaker, usaha yang begitu bagus yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor dengan menyempurnakan lagi penggunaan pengangkutan awam akan tetapi masalah kesesakan lalu lintas, saya sebelum ini saya ada dengar banyak isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negeri yang lain pun banyak yang mengenai kawasan isu kesesakan lalu lintas. Isu masalah isu kesesakan lalu lintas juga berlaku di kawasan DUN Bukit Lanjan yang di mana DUN Bukit Lanjan ni merupakan kawasan yang pertengahan yang menyambung antara kawasan Kepong, KL, Sg Buloh, Selayang dan juga Petaling Jaya khususnya isu kesesakan lalu lintas yang berlaku amat serius sekarang yang berlaku di Jalan FT54 Jalan Kuala Selangor Kepong Seksyen 46. Masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius dan luar biasa yang ini dia berlaku setiap hari tanpa kira waktu puncak ataupun waktu biasa. Saya rasa Ahli Dewan Negeri DUN Kuang pun akan rasai sebab dia tinggal di kawasan DUN Bukit Lanjan juga sebab yang ini merupakan jalan utama untuk kita pergi menghala ke Sg Buloh ataupun keluar melalui Exit Sg Buloh ataupun nak pergi PJ...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuang ada mengundi Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Saya tak pasti dia pengundi DUN Bukit Lanjan ke tak. Tapi rumah memang kat DUN Bukit Lanjan.
Ohhh yeke.
Boleh bagi laluan.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Bagi saya habis dulu....
5 saat.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Selepas saya habis saya punya ucapan baru saya bagilah..
5 saat.
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Boleh boleh boleh.
Boleh ya?
Saya cuma nak merakamkan saya menyokong segala apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan tadi tu.
Tapi Yang Berhormat Kuang, nanti kena kosongkan kerusi. Jangan sokong sebarangan. Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Okay, ya..
Bukit Lanjan
Y.B. PUAN PUA PEI LING
: Kesesakan lalu lintas ini dia berlaku serius mengapa saya cakap serius kerana ia berlaku setiap hari tanpa mengira waktu puncak, waktu biasa dia pun jammed sahaja sampai masa berjalan 15 minit dah jadi 3 jam walaupun saya pun terpaksa terseksa dalam traffic jammed itu dengan izin. Dan jammed itu dia sampai 5km saya rasa dari MRR2 sampai Bulatan Batu Caves dan dah masuk kawasan Dato’ Menteri Besar dah. Itu memang satu perkara yang amat serius dan saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri sebagai sebuah negeri yang dengan pertumbuhan ekonomi agak pesat, saya ingin menarik perhatian dan memohon Kerajaan Negeri dalam bantu dan kerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan sebab difahamkan Jalan FT54 ini di bawah Persekutuan untuk bantu selesaikan masalah ini memandangkan isu ini telah menyebabkan rakyat Selangor tak tanpa kira walaupun dia warga Bukit Lanjan ke ataupun warga kat mana-mana, janji dia pakai jalan tu terpaksa terseksa setiap hari.
Tuan Speaker, Selangor komited untuk berada di garisan hadapan dalam pembangunan lestari untuk memastikan persekitaran yang bersih dan berdaya tahan untuk generasi yang akan datang. Pelan Rancangan Selangor yang menggariskan strategi untuk mengalihkan negeri ini ke arah masa depan berkarbon rendah termasuk projek hijau dan amalan pengurusan sisa yang lestari adalah dialu-alukan. Namun, mengikut prestasi petunjuk makro semasa kadar kitar semula sisa masih jauh dari sasaran iaitu 15% menjelang tahun 2025, Selangor menghasilkan lebih daripada 3000 tan sisa pepejal setiap hari dengan kadar kitar semula sisa memerlukan lebih daripada 20%. Kerajaan harus meningkatkan bilangan lokasi Pusat Kitar Semula yang moden dan berkesan di pelbagai lokasi, strategik di Negeri Selangor khususnya kawasan perumahan yang berpotensi tinggi. Selain itu Kerajaan Selangor boleh menawarkan insentif seperti ganjaran kewangan ataupun diskaun tunai kepada individu perniagaan ataupun komuniti yang aktif dalam Program Kitar Semula di samping menggalakkan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk menyokong inisiatif Kitar Semula dengan memberikan sumbangan ataupun sponsorship dengan izin kepada program-program pendidikan dan kesedaran alam sekitar. Rancangan Selangor-1 mempunyai satu nilai pembangunan
infra ekonomi yang cukup besar dan mega. Ini akan membuka kepada ribuan peluang pekerjaan namun tatkala kita ghairah membina pembangunan untuk rakyat, jangan kita kesan sampingan kedudukan alam dan ekosistem. Saya mengambil penelitian khususnya dalam perkara ini berikutan ujian alam sekitar pada masa ini yang tidak boleh diduga. Saya merujuk kepada insiden banjir kilat yang berlaku sepanjang jalan MRR2 menghala ke arah Sg Buloh pada minggu yang lepas. Saya mengajak Ahli-ahli Dewan mengambil iktibar dan tidak leka bahawa insiden bencana alam besar seperti kejadian banjir yang berlaku pada tahun 2021. Tidak mustahil untuk berulang kembali jika tindakan pengawas seliaan tidak mampan. Kawasan tanah yang terdedah kepada hujan akan menyebabkan hakisan tanah yang mana tanah-tanah ini akhirnya akan termendap dalam saliran sungai dan laluan air longkang. Di tambah pula dengan sampah sarap dan sisa-sisa yang tersumbat dalam longkang yang memburukkan keadaan sewaktu banjir adalah menjadi tanggungjawab yang penting bagi semua PBT di Negeri Selangor mahupun JKR, JPS dan agensi yang berkaitan untuk sentiasa memastikan saliran bandar dan luar bandar ini adalah sentiasa terancang dan strategik. Jangan sampai nak berlaku kejadian banjir baru kita nak ambil tindakan segera.
Tuan Speaker yang di hormati, Rancangan Selangor Pertama mengiktirafkan bahawa Pemberdayaan Wanita adalah penting untuk mencapai visi negeri pintar. Wanita ini memainkan peranan yang penting dalam memacu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan Negeri harus terus mengorak langkah dan menjadi model ataupun teladan ataupun contoh dengan memperkasakan wanita melalui representasi wanita dalam jawatan kepimpinan dengan matlamat sekurang-kurangnya 30% wanita dalam Lembaga Pengarah, Penasihat dan Pengurusan Anak Syarikat Negeri. Selain menghalusi sistem sokongan penjagaan kanak-kanak dan warga emas untuk membolehkan lebih ramai wanita mengimbangkan tanggungjawab kerja dan keluarga.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian, sebagai penutup saya ingin mengingatkan semula bahawa cabaran-cabaran dan kesusahan yang kita lalui tidak harus membatasi penglihatan kita akan peluang-peluang yang tersedia dengan syarat Rancangan Selangor Pertama merupakan satu pelan yang begitu komprehensif dan bercita-cita tinggi yang menggambarkan masa depan negeri yang harmoni, maju dan berdaya huni tinggi dengan semangat kerjasama. Kita dapat membina sebuah negeri yang cintakan keharmonian dan sebagai sebuah negeri yang unggul di Rantau Asia Tenggara. Tuan Speaker, Bukit Lanjan menyokong Usul ini, sekian terima kasih.
Hulu bernam.
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk
mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama 2021 hingga 2025 ini.
Ahli Dewan yang dihormati sekalian, semalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menunjukkan prestasi dan pencapaian yang menunjukkan separuh penggal yang lalu. Saya turut mendengar dan meneliti setiap perenggan yang dibentangkan semalam. Daripada empat tema strategik yang dibentangkan hanya satu tema strategik iaitu teras strategik yang indicatornya mengikut sasaran yang ditetapkan dan selebihnya tiga tema strategik lagi memerlukan perhatian yang serius Kerajaan Negeri sebelum tahun 2025 menutup tirai.
Saya ingin menyentuh tema strategik kedua, Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial yang mana indicator bagi miskin mutlak dan miskin relatif tersasar daripada sasaran RS-1. Tuan Speake,r di Negeri Selangor ini, paras gaji kemiskinan adalah pendapatan di bawah RM2,830.00 dengan isi rumah tiga orang. Saya memberi contoh jika saya seorang jika saya seorang lepasan SPM, menjadi pekerja am di sektor perkilangan dengan gaji mula RM1,500.00, kemudian saya mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Saya dan ahli keluarga berada di bawah paras gaji kemiskinan. Begitu juga sekiranya saya seorang lepasan kolej ataupun universiti yang baru memulakan kerjaya dengan gaji mula RM2,500.00 dan telah berumah tangga dan dikurniakan seorang anak, saya turut berada di bawah paras gaji kemiskinan.
Tuan Speaker, kelompok ini membentuk kelompok terbesar dari kalangan anak-anak muda yang baru memulakan kerjaya, baru berumah tangga dan juga yang baru dikurniakan seorang anak, Kerajaan Negeri perlu memberikan perhatian khusus dan juga memberi perhatian yang penuh dari sudut sokongan dan juga bantuan khusus pada kelompok ini. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri meneliti semula inisiatif-inisiatif di dalam Iltizam Selangor Penyayang yang tersebut supaya kuotanya dibuka kepada lebih ramai lagi. Saya beri contoh ramai rakyat di tempat saya yang sebelum ini tidak dapat mengemas kini laman web BINGKAS. Yang mana ada yang bertanya pada saya adakah kuotanya akan dibuka. Jadi semalam saya boleh memuji Yang Berhormat EXCO Kebajikan telah pun mengumumkan sejak daripada semalam, hingga 15 Ogos, laman web BINGKAS boleh dikemas kini dan juga syaratnya telah dilonggarkan sehingga ke RM5,000.00 betul dan juga itu kita mengangkat baik apa yang di bawa oleh Yang Berhormat EXCO. Skim Sewa Smart Selangor, perlu diperbanyakkan lagi, Yang Berhormat bagi membantu generasi muda baru memulakan pekerjaan. Saya juga mencadangkan Kerajaan Negeri perlu memperkasakan lagi keterlibatan para wanita ke dalam sektor ekonomi dan meluaskan lagi bantuan sokongan seperti ASUH Pintar. Bagi jagaan anak supaya mereka dapat turut membangunkan ekonomi negeri dan
sepertimana yang di bawa oleh Bukit Lanjan dan juga keluarga dalam masa yang sama Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap jagaan anak-anak mereka.
Tuan Speaker, meneruskan perbahasan saya pada petang ini dengan menyentuh tema strategik yang ketiga, Pemacuan Kelestarian untuk memacu pertumbuhan ekonomi hijau, dan mendepani pertumbuhan dan mendepani perubahan iklim serta bencana alam. Kita perlu mengambil pengajaran yang lalu bahawa, Selangor pernah menanggung RM25.5 Juta. Kos menangani tragedi banjir pada tahun 2022 yang lalu, yang merupakan empat negeri yang terjejas teruk pada waktu itu. Mengambil inti pati Titah Ucapan DYMM Tuanku Sultan Selangor sempena pembukaan Dewan Penggal Kedua Ke-15 yang lalu bahawa Tuanku sangat prihatin terhadap rakyatnya yang terjejas dengan banjir di Negeri Selangor. Jadi saya ingin turut mengambil peluang mengangkat isu setempat di kawasan saya.
Yang pertama adalah isu struktur tebing Sungai Bernam di Kampung South Kinta Consolidated, SKC yang terjejas dengan banjir yang semakin lama makin terhakis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hakisan tebing ini telah pun menghampiri ban yang sedia ada yang berfungsi menahan limpahan air sungai, ketika air sungai meningkat dan sekiranya ban ini runtuh bersama tebing tersebut. Seluruh Kampung Seri Keledang dan sebahagian kampung SKC terjejas dengan banjir, 2 buah kampung ini sahaja ada 177 buah rumah. Hasil tinjauan saya, keadaan ini sangat memerlukan perhatian segera, kerana gambar yang saya ambil sebelum ini menunjukkan tebing yang berbaki ada ban di atasnya. Saya ingin merujuk satu surat daripada JPS Hulu Selangor, telah pun dihantar kepada Penolong Pengarah Kanan Pengurusan JPS Selangor. Sebelum ini yang bertarikh 8 Disember 2023. Yang bertajuk Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan 2024 di mana yang dimasukkan di dalam jadual tersebut diletakkan di jadual yang teratas yang paling prioriti iaitu kerja-kerja memulihara serta kerja, penstabilan struktur tebing sungai bernam serta kerja berkaitan kerja Kampung South Kinta Consolidated SKC. Dan telah pun diletakkan pada turutan yang tertinggi sebagai paling utama namun saya sangat kesal. Kerana saya difahamkan sehingga semalam peruntukkan bagi kerja-kerja ini belum lagi diperolehi. Sudah separuh tahun adakah Kerajaan Negeri ada memberi perhatian pada perkara ini soalan saya pada Kerajaan Negeri mengapakah peruntukkan bagi projek ini belum lagi diluluskan? Bukankah projek ini telah disenaraikan sebagai keutamaan nombor satu dalam jadual yang dilampirkan? Saya mohon penjelasan Kerajaan Negeri tentang perkara ini.
Tuan Speaker saya ingin menarik perhatian Sidang Dewan, berkaitan isu kedua di kawasan saya iaitu masalah parit yang tidak diselenggara yang turut menyumbang pada isu banjir. Saya telah menerima aduan daripada penduduk di Kampung Lalang di Sungai Serisik berkaitan banjir yang berlaku di kampung mereka malah saya telah turun ke lokasi
menyaksikan rumah mereka yang telah dinaiki air sungai. Saya bersama pegawai JPS telah melakukan tinjauan keadaan sungai utama di situ, dalam keadaan yang baik namun parit-parit di situ yang menyalurkan anak-anak sungai sangat penuh dengan semak dan pokok-pokok liar. Juga telah tumbuh dalam parit tersebut dan semakin cetek ketika hujan lebat parit-parit ini penuh dengan air dan menyebabkan air melimpah dan membanjiri kampung tersebut. Hal yang sama turut terjadi kepada penduduk di Kampung Serigala Sungai Serisik dan untuk makluman Yang Berhormat EXCO, parit-parit ini telah lama tidak diselenggara dan saya mohon, Kerajaan Negeri semak semula dengan pihak-pihak MPKK yang berada di sana mengenai isu ini dan saya ingin mendapatkan jawapan, apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?
Tuan Speaker petang ini saya tidak lama untuk berbahas dan juga sebelum mengakhiri perbahasan saya, ingin mengangkat isu yang ketiga di kawasan saya iaitu berkaitan di jalan-jalan gelap yang perlu dicerahkan. Semasa raya Aidilfitri yang lepas saya ada melihat program Kerajaan Negeri yang dilaksanakan di tempat saya di Felda Sungai Tengi saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga YB EXCO ada melalui laluan daripada Bukit Tagar ke Sungai Tinggi selatan sebelum sampai ke Felda Sungai Tengi ketika waktu malam laluan ini sangat gelap kerana kiri dan kanan jalan laluan hanyalah ladang-ladang sawit dan ladang KPS jalan utama inilah. Yang digunakan oleh penduduk-penduduk di Felda Sungai Tengi dan juga Felda Sungai Tengi selatan malah pengguna laluan ini meningkat pada hujung minggu dan pada cuti-cuti am kerana, ahli keluarga mereka pulang ke kampung jadi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di laluan ini saya ingin memohon supaya Kerajaan Negeri dapat memasang lampu LED solar di laluan ini. Supaya pengguna di laluan ini supaya dapat lebih peka dengan haiwan liar yang melintas, pokok yang tumbang atau tanah runtuh dan kenderaan yang rosak di tepi jalan agar tiada kemalangan dan kehilangan jiwa berlaku laluan ini. Jadi saya mohon permohonan ini dapat dimasukkan dalam senarai laluan yang akan dipasang lampu solar Kerajaan Negeri. Tuan Speaker saya tidak berniat untuk memanjangkan perbahasan saya dan saya mengakhiri dahulu perbahasan saya dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang dan ruang untuk saya untuk saya sertai perbahasan Kajian Separuh Penggal kajian Rancangan Selangor RS-1 ini terima kasih.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker saya segera ke isu yang saya nak bawa semasa perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal rancangan Selangor KSP RS-1 dewan Negeri Selangor. Topik yang pertama berkenaan dengan kesihatan awam tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas usaha membawa program Selangor saring kesemua 56 DUN di Selangor supaya rakyat di Selangor sedar tentang
kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri dalam Tahun 2023 apakah jenis penyakit ataupun masalah top 3 dengan izin antara mereka yang telah disaring? Berapakah peratus yang memerlukan follow up? Dengan izin dan daripada kumpulan itu apakah demograpic mereka dari segi jantina, umur, kaum dan taraf dari segi sosio ekonomi? Selain itu adakah terdapat kadar penambahbaikan penyakit tak berjangkit Non-communicable Diseases (NCDs)? Dengan izin di Negeri Selangor as a effect of program Selangor Saring dan program-program kesihatan awam negeri yang lain. Kedua mengenai program anak Selangor anak sihat asas program ini amat relevan memandangkan isu kebantutan dan kesusutan antara kanak-kanak di bandar, laporan UNICEF bertajuk dengan izin families on the edge yang diterbitkan pada Mei 2024 yang mengkaji isu nutrisi dikalangan kanak-kanak PPR di lembah Klang bagi mendapati bahawa menangani kos sara hidup yang tinggi pencari nafkah bekerja lebih keras ataupun bekerja lebih dari 2 kerja mengurangkan perbelanjaan mereka malah kurangkan pemakanan mereka sehingga 1 daripada 2 daripada kanak-kanak yang dikaji makan kurang daripada 3 kali sehari. Dalam masa jangka panjang kebantutan dan susut antara kanak-kanak akan memberi impak negatif kepada produktiviti negeri oleh itu saya meminta pencerahan tentang rancangan jangka panjang bagi program asas tak cukup kita bagi susu, beg makanan atau multi-vitamin secara one off saya difahamkan bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedang menjalankan kajian melalui program asas dan saya ingin tanya apakah skop dan tujuan kajian itu? Di DUN Kampung Tunku sebagai satu eksperimen pejabat saya telah memulakan kerjasama dengan start up yang berasal daripada DUN Kampung Tunku kita panggil Straight Outta Kg Tunku mereka dengan izin telah menghasilkan Apps LaPaQ bunyinya macam loghat orang utara tapi nama penuh mereka ialah Laveraging on Appetite Quality (LaPaQ) boleh digunakan oleh ibubapa, pengasuh, operator taska untuk mencatat dan pemantauan anak. Data yang dikumpul untuk menjana nasihat kesihatan adakah anak ini kekurangan protein dan bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. LaPaQ telah mendapat sokongan daripada agensi seperti Meranti pusat penyelidikan perkembangan kanak-kanak negara (National Child Delevelopment Research Centre) dengan izin dan jabatan kebajikan Malaysia (JKM). Semasa menjalankan program asas kami telah menjemput LaPaQ bagi memberi penerangan kepada ibupada dan menjemput mereka untuk mencuba Apps ini. Daripada outreach ini dengan izin kami berharap kami mendapat satu study group dengan izin untuk melihat sama ada tahap kesihatan anak-anak bertambah baik dengan khidmat nasihat berjangka panjang daripada LaPaQ. Setakat ini LaPaQ sepatutnya mendapat kebenaran untuk memasuki Tabika Kemas tetapi jika Kerajaan Negeri sudi mempertimbangkan LaPaQ untuk dengan izin end reach kajian berkaitan asas ini akan menjadikan program asas ini lebih komprehensif.
Topik kedua berkenaan dengan kesihatan mental, pada bulan Mei 2024 kajian kesihatan mobiliti, National Health Mobility Survey dengan izin NHMS telah mendedahkan bahawa
kira-kira sejuta orang atau 4.6 peratus daripada golongan berumur 15 tahun ke atas di Malaysia mengalami kemurungan. Bilangan orang yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda 2019 sehingga 2023. 50% daripada mereka pernah terfikir mencederakan atau membunuh diri. NHMS juga mendapati bahawa kadar kemurungan lebih tinggi iaitu 7.9 % dikalangan belia berumur 16 sehingga 19 tahun dan 7.6% di kalangan belia berumur 20 hingga 29 tahun. Bagi golongan berumur 30 tahun ke atas kadar kemurungan adalah sekitar 3% di sini saya ingin cadangkan agar Kerajaan Negeri fokus kepada training of trainers dengan izin dan pembangunan kapasiti terutamanya di peringkat kaunseling antara limitasi in insentif subsidi psikiatri ialah it is online dengan izin now we need to bring it to the grass roots dengan izin. Mungkin Kerajaan Negeri boleh berkolaborasi dengan rakan muda PEBS tetapi kita kena pastikan fasilitator kesihatan mental dengan izin medical leave with evidence based.
Ketiga berkaitan Dana Guaman Selangor. Jawapan dalam Sidang yang lepas menunjukkan bahawa 46 permohonan telah diterima bagi Dana Guaman Selangor DGS sejak pada program tahun 2022 sehingga Mac 2024 di mana 4 kes berkaitan pekerjaan dan 27 kes kekeluargaan sivil telah dibuka inisiatif DGBS bagi kes syariah pula akan dimulakan pada tahun ini. Di sini saya ingin memuji Kerajaan Negeri Selangor kerana yang menjadi yang pertama untuk mengasaskan DBGS namun saya kira perlu untuk menghebahkan DBGS lebih aggresif lagi malah kita boleh bekerjasama dengan agensi seperti PERKESO untuk memberi perkhidmatan pelengkap bagi pekerja yang tertindas melalui DBGS kita dapat menampilkan ideologi kerajaan perpaduan yang membuka jalan kepada mereka yang tertindas untuk menuntut keadilan. Inilah wajar kerajaan yang progresif yang penyayang yang pejuang untuk rakyat. Isu yang terakhir, isu yang PJD link saya minta maaf kerana membawa isu ini tetapi saya ingin meluahkan rasa kecewa bahawa kes PJD link is back on the table dengan izin dalam sidang yang lepas apa yang saya kata saya ulanginya hari ini cukuplah lets this project die, lets this project be buried dengan izin adakah PJD Link seperti zombie yang tak mati-mati dan masih merunsingkan penduduk Petaling Jaya. Ingin saya tegaskan bahawa lebuhraya bukan penyelesaian masalah kesesakan trafik we want to move people not cars dengan izin banyak kajian telah bahawa menambahbaikan jaringan perkhidmatan bus, LRT, MRT dan KTMB termasuk usaha menyelesaikan masalah first mile, last mile dengan izin merupakan langkah yang lebih lestari dalam jangka masa panjang. Inisiatif Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan demand transif projek mobility di samping kemunculan semula PJD Link seolah-olah one step foreward, two steps back dengan izin saya faham isu PJD Link dan saya kesal Yang Berhormat Taman Medan tak ada di sini sebab beliau menyokong PJD Link masalah pengangkutan awam di DUN Taman Medan dapat perhatian secukupnya. Sebenarnya DUN Taman Medan mempunyai perkhidmatan bus t625 t629 PJ free bus dan stesen Kampung Dato Harun. Stesen seterusnya ke arah Shah Alam
adalah stesen Seri Setia namun penduduk DUN Taman Medan susah nak access kerana mereka disepit kedua lebuh raya.
Yang Berhormat Kampung Tunku YB Taman Medan duduk di sana?.. sebab dia tidak ada di sini.
Saya tak tahu tapi tak apa isu penduduk Taman Medan yang kononnya menyokong PJDLink menjadi satu point dalam perbahasan PJD Link ini tapi apa yang saya nak katakan ialah penduduk Taman Medan mereka sukar nak access jaringan perkhidmatan awam di sebabkan mereka tersepit di antara lebuh raya MPE dan lebuh raya Persekutuan. Tapi kewujudan PJDLink tidak akan menyelesaikan masalah ini malah akan memburukkan lagi keadaan dengan izin stop giving PJDLink the time of the day semakin lama isu ini muncul kononnya selesai muncul semula semakin rapuh kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ini saya minta maaf kerana berbunyi kasar tetapi the matters of integrity dengan izin, what weight does your promise carry, dengan izin Kerajaan Negeri telah mengasaskan KPI dengan cemerlang demi manfaat Selangor saya ucapkan tahniah, namun sebagai sebuah kerajaan dengan izin it is not about only doing things right is about doing the right things saya tinggalkan ini untuk pertimbangan Ahli-ahli Berhormat yang saya hormati berkaitan isu PJDLink dan saya ingin saya lihat kepada row pembangkang tak ramai yang duduk untuk perbahasan ini saya harap pembangkang berada di luar sambil meminum kopi tolonglah masuk ke Dewan dan tolonglah dengar perbahasan supaya tidak berlaku isu. Setakat ini perbahasan, dengan ini Kampung Tunku menyokong.
Yang Berhormat Semenyih
Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih di atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada Semenyih untuk turut berbahas dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tidak dinafikan faktor limpahan ekonomi yang pesat di Kuala Lumpur, selain lokasi Selangor yang strategik. Maka dari aspek ekonomi, Selangor merupakan pusat perkembangan ekonomi negara sejak beberapa dekad yang lalu. Maka sebagai mukadimah, Semenyih ingin merakamkan ucapkan tahniah terlebih dahulu di atas usaha Kerajaan Negeri Selangor membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 dengan hasrat Selangor menjadi negeri pintar, berdaya huni dan makmur. Sudah tentu secara asasnya sebagai warga Negeri Selangor, kita akan menyokong dan berbangga dengan hasrat dan cita-cita murni tersebut. Pun begitu, secara sekali imbas, pembentangan Rancangan Selangor Pertama
tersebut yang dilihat cukup indah dengan kerangka yang cantik dengan ratusan projek, program dan inisiatif yang menarik, izinkan Semenyih untuk melontarkan beberapa pandangan dan cadangan agar rasa bimbang dan risau kita terhadap kebolehlaksanaan impian bersama kita dalam Rancangan Selangor Pertama dapat diatasi. Tidaklah nanti ibarat kata pepatah, senduk besar tidak mengenyang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, realitinya setakat hari kedua kita berbahas soal Rancangan Selangor Pertama ini, kita sendiri dapat membuat kesimpulan awal bahawa rata-rata perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat masih lebih tertumpu dan berkisar kepada isu infrastruktur yang masih kelihatan sebagai isu utama di kawasan masing-masing berbanding Rancangan Selangor Pertama yang dibentangkan. Kita tidak mahu pelan strategik seumpama Rancangan Selangor Pertama yang baik ini bakal dilihat sebagai satu lagi siri-siri retorik politik yang bakal di persenda masyarakat sebagai indah khabar daripada rupa. Ingat, kita bukan lagi berada pada zaman masyarakat yang tidak mempunyai akses maklumat, bahkan saya yakin dan percaya ramai sahaja cerdik pandai di luar sana termasuk para penjawat awam yang sebenarnya mampu merangka secara lebih realistik, profesional dan praktikal jauh dari daripada kepentingan dan agenda politik. Merujuk kepada dokumen Rancangan Selangor Pertama, Semenyih seperti biasa sentiasa rasa terpinggir dalam mana-mana pembentangan di Dewan Yang Mulia ini. Bermula dari Belanjawan Negeri tempoh hari sampailah kepada pembentangan Rancangan Selangor Pertama ini, ibarat melukut di tepi gantang. Mungkinkah inilah perasaan mereka dalam konteks federal, negeri-negeri yang terasa seperti dianak tirikan, Kelantan mungkin, Terengganu, Perlis, Kedah, mungkin juga Sabah dan Sarawak. Bukan tiada, tetapi kelihatan sipi-sipi sahaja. Semenyih berharap dan mengingatkan agar outcome yang ingin tercapai daripada Rancangan Selangor Pertama dari sudut sosial. Selangor akan menjadi negeri unggul untuk didiami dengan menerapkan tahap-tahap kesejahteraan dan kebajikan bagi masyarakat yang lebih baik seimbang dan inklusif, benar-benar dapat direalisasikan. Setakat pemerhatian Semenyih, sebagai contoh usaha mengukuh connectivity dengan merancang pembangunan infrastruktur rel logistik dan pengangkutan awam seperti pembangunan Jajaran Rel Kita Selangor, ECRL. MRT, LRT 3 dan sebagainya tidak sampai ke Semenyih. Begitu juga perancangan pembangunan wilayah ekonomi seperti SABDA, IDRISS, ZPE-SMG, Pelabuhan Ketiga Pulau Carey, apatah lagi Lembah Klang Raya Selangor, Semenyih seperti terus terpinggir dah dilupakan. Justeru, setidak-tidaknya Semenyih merayu dan mencadangkan agar diselitkan kawasan kami untuk turut dilibatkan sebagai kawasan pembangunan baharu bersekali dengan Kuala Selangor dan Hulu Selangor untuk diberikan tumpuan mempertingkatkan hub pertanian, agrokultur dan eko pelancongan untuk merangsang pembangunan pertanian luar bandar. Saya percaya, Dusun Tua yang merupakan penyelaras bagi Dun Semenyih, boleh bersetuju dengan cadangan ini kerana Hulu Langat sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi tarikan untuk eko
pelancongan dan agro pelancongan, sesuai dengan hasrat penubuhan Hutan Warisan Diraja Selangor. Untuk itu, Semenyih sedang menunggu dengan penuh minat dan pengharapan agar rancangan membina denai sejauh 120km merentasi kawasan Central Forest Spine dari Hulu Selangor ke Hulu Langat direalisasikan dan sampai kepada kami di Semenyih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam merealisasikan Rancangan Selangor Pertama ini, selain aspirasi dan hala tuju jelas, tema-tema strategik yang mantap dan deretan program, projek, inisiatif, faktor yang sangat penting untuk memastikan kebolehlaksanaannya sebagai key enablers adalah pembangunan sumber manusia yang menghuni dan membangun negeri pintar berdaya huni dan makmur ini. Dengan kata lain, Semenyih percaya dalam kita merancang cita-cita murni ini, aspek pembangunan insan adalah sangat penting dan Semenyih percaya gagasan Madani yang didukung oleh Kerajaan Negeri pastinya faham betapa elemen insan dan manusiawi sangat penting untuk dititik beratkan agar pembangunan yang kita rancang ini seimbang dan terancang.
Justeru, Semenyih percaya Selangor yang merupakan model mini Malaysia, mampu menjadi game changer dan model kepada persekitaran suasana dan seluruh politik tanah air dalam skop yang lebih luas. Bila bercakap soal Madani, nama-nama seperti Al-Farabi, Ibn Miskawayh, Ibn Khaldun dan Ghorushi merupakan antara tokoh pemikir yang awal membicarakan gagasan masyarakat Madani pada tahap yang jauh lebih maju dan tinggi berbanding tokoh-tokoh pemikir barat atau timur termasuk Plato dan Aristotle. Setidaknya berusaha mengangkat nilai politik daripada istilah political animal kepada nilai ketamadunan dan ilmu peradaban yang menjunjung ilmu agama dan budaya sebagai teras pembinaan masyarakat Madani yang akan membangun Negeri Selangor yang kita sayangi ini. Menurut Al-Farabi, ilmu Madani terbahagi kepada dua bahagian yang asas. Pertama pengajian tentang pelakuan cara hidup, tujuan dan matlamat hidup manusia termasuk membentuk konsep dan falsafah kebahagiaan yang kita cari. Kedua, peranan dan fungsi institusi politik dan kerajaan dalam memastikan masyarakat Madani dapat dibangunkan dengan sempurna. Justeru, masyarakat Madani di Negeri Selangor ini perlu dibangunkan dan disemarakkan dengan ilmu-ilmu ketamadunan terlebih dahulu seperti ilmu kemanusiaan.
Yang Berhormat, ini ucapan pembangkang ke kerajaan?
Saya tak ada masalah, kita benda yang real. Kita profesional.
Iyalah, sila teruskan.
Tak ada masalah, benda baik. Cuma kadang-kadang kita takut cakap benda yang kita tak tahu, itu masalah. Maka ilmu-ilmu yang sangat penting dalam pembangunan sebuah negeri adalah ilmu kemanusiaan seperti anthropology, ilmu kemasyarakatan, sosiologi, psikologi, kebudayaan, moral dan etika dan ilmu kenegaraan seperti political science economy dan ilmu sivik. Pendidikan dan budaya ilmu ini perlu menekankan aspek manusiawi agar rakyat yang terlahir daripada sistem itu benar-benar menjiwai nilai murni, tidak hanya dilihat kaya dan berjaya, tetapi kosong hati nurani. Ringkasnya, kita memerlukan masyarakat yang cintakan kemajuan dan penghayatan ilmu dan hasilnya sehingga mencipta sesuatu yang benar-benar dinamakan tamadun dengan sikap saling memahami dan menghormati sedia berbeza pandangan walaupun berlain parti agama dan bangsa. Kemudian tamadun tersebut wajib ditadbir urus oleh kerajaan yang terdiri daripada kumpulan yang fokus dan bersungguh-sungguh menjalankan kegiatan ilmu, ekonomi dan politik yang bermoral dalam diri manusia, keluarga dan masyarakat tanpa mengira parti politik agama mahupun bangsa.
Hakikatnya kita semua mempunyai naluri fitrah serta keinginan semula jadi yang sama. Kita semua suka berkenalan, bekerjasama, bermasyarakat, bahkan kita semua sebenarnya bukan sahaja boleh menerima perbezaan, bahkan lebih daripada itu kita sebenarnya sukakan kelainan. Tinggal lagi disinilah peranan kerajaan dan politik mendidik masyarakat untuk mengharmoni dan mendamaikan kepelbagaian yang wujud dan bukannya menekan menindas apatah lagi membakar api kebencian dan permusuhan dengan segala bentuk persepsi, fitnah yang tidak berkesudahan dan merugikan di sebalik kepelbagaian ini.
Semenyih percaya semua ini dapat diatasi dengan menyemarak budaya ilmu dalam masyarakat dalam erti kata sebenar. Menurut ibnu khaldun, antara faktor yang membawa kepada kekuatan satu-satu bangsa dan negara, yang pertama faktor perpaduan sosial atau kesetiakawanan. Kedua faktor quatulhayyah, motivasi tinggi untuk kelangsungan hidup dan ketiga faktor kekuatan dalam berfikir dan menjayakan budaya ilmu. Justeru, Semenyih ingin mencadangkan agar Gagasan Bandar Ilmu diberikan perhatian yang lebih serius dan sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor agar cita-cita dan hasrat murni ingin menjadikan University Bostan dan Univeristy Oxford sebagai model bandar ilmu menjadi kenyataan. Berperanan mengangkat Universiti-universiti kita sebagai pusat ilmu dan diterjemah dalam bentuk sikap dan jati diri masyarakat sekitar yang berjaya berilmu, bersatu padu dan bertamadun jauh daripada persengketaan, berperangsangka dan kebencian. Dalam konteks ini, Universiti Islam Selangor (UIS) berada di dalam Dun Semenyih, diharapkan menjadi pemangkin bandar ilmu yang diharapkan akan mencorak dan mempengaruhi budaya ilmu dan maju kepada masyarakat sekitar sama ada dari segi kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial,
sains teknologi dan alam sekitar, hasil daripada program aktiviti inovasi dan perkembangan ilmu di sekitarnya.
Kita tidak mahu ilmu yang dipelajari sekadar menjadi kilang melahirkan robot-robot atau produk-produk yang rasa cukup dan bahagia dengan mengejar kertas di dalam hidup mereka. Setakat ini, bukan tiada usaha yang dilakukan, tetapi Semenyih percaya kita mampu melakukannya secara lebih agresif dan berimpak tinggi lagi. UIS perlu dimasyarakatkan lagi dan dirasai manfaat dan kewujudannya kepada masyarakat setempat khususnya di Semenyih. Saya bersedia untuk menjadi jambatan agar hasrat dan cita-cita ini menjadi realiti, tapi janganlah pula nanti Naib Canselor atau para pensyarah dan pegawai pula diambil tindakan andai dilihat bergambar dan bekerjasama dengan ADUN yang sah dari pembangkang ini.
Semenyih juga percaya selayaknya UNISEL juga boleh menyumbang secara lebih efisien dan efektif sebagai think tank memacu pembangunan dan perindustrian Negeri Selangor. Malangnya setakat ini impak dan peranannya kelihatan sangat terbatas. Selain itu, dengan perkembangan semasa pada hari ini kita menyaksikan banyak sekolah-sekolah agama khususnya sekolah-sekolah tahfiz telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat nasional dalam siri-siri peperiksaan SPM akhir-akhir ini. Besar harapan Semenyih agar sekolah tahfiz sains atau setidaknya sekolah tahfiz bertaraf menengah di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor ataupun Jais boleh dirancang dan diusahakan bukan sahaja di Semenyih tetapi juga sekurang-kurangnya di setiap daerah di Selangor.
Semenyih percaya inilah wajah-wajah yang akan mewarnai dan mencorak masa depan negeri pintar, berdaya huni dan makmur ini dengan acuan kita di Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam konteks isu tempatan, apabila berbicara soal Rancangan Selangor Pertama ini Semenyih tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan isu kerosakkan infrastruktur asas, kesan daripada pembangunan kawasan perumahan baru. Semenyih mengharapkan agar Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT dapat membangunkan SOP yang lebih adil dan efisien khususnya untuk masalah masyarakat sekitar berbanding dilihat lebih melihat kepada pihak pemaju. Dengan projek perumahan mega yang pasti memakan masa panjang bahkan bertahun dan menguntungkan mungkin mencecah berbilion ringgit, sewajarnya kepentingan rakyat dan masyarakat setempat diberikan keutamaan. Apa salahnya infrastruktur asal seperti laluan dan jalan utama, longkang, lampu dan sebagainya disiapkan dengan kualiti dan spesifikasi yang sesuai dengan lori dan jentera yang bakal lalu lalang setiap hari sebelum sesebuah projek dimulakan. Tak adalah masyarakat setempat bakal menyaksikan siri tampal dan rosak tampal dan rosak sepanjang projek disiapkan yang makan bertahun lamanya. Itu belum dikira soal kerosakan kenderaan dan habuk debu tanah, termasuk kebarangkalian banjir kilat yang mencemari rumah-rumah dan kawasan kampung sekitar.
Selain itu, Semenyih ketika ini dibanjiri dengan isu anjing liar yang semakin tidak terkawal. Bukan sahaja bilangannya semakin banyak, bahkan anjing-anjing ini sudah mulai mencederakan masyarakat awam khususnya, anak-anak yang berjalan kaki ke sekolah. Perhatian dan tindakan tuntas sangat diharapkan, terlalu banyak aduan telah dilakukan, namun respon dan jawapan yang diberikan pihak berkuasa tempatan, sangat mengecewakan masyarakat setempat.
Sewajarnya isu yang sudah menjangkau lebih sedekad ini, telah pun mendapat satu penyelesaian yang berkesan demi kesejahteraan masyarakat di negeri pintar berdaya huni dan makmur ini. Akhirnya, Semenyih percaya sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang menjunjung nilai-nilai amanah, keadilan dan prinsip demokrasi yang sejahtera, kita di Selangor, mampu berpolitik dengan lebih matang dan sejahtera. Cukup-cukuplah, kita terbawa-bawa pendekatan politik lama dan kuno, ala-ala Badwi dan Jahiliah, suatu ketika dahulu, sarat dengan pendekatan menekan, mendikriminasi, berat sebelah dan berpuak-puak. Jauh daripada nilai-nilai madani yang kita laungkan. Semenyih percaya, ungkapan dan seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dalam prakata Dokumen Rancangan Selangor Pertama, bahawa semua ini tidak akan tercapai secara persendirian, semangat kebersamaan akan menolong kita mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk Negeri Selangor. #SelangorMajuBersama, bukan omongan kosong. Bahkan satu komitmen jujur, untuk keperluan semua pihak, untuk sama-sama turut serta menjayakan hasrat murni ini.
Yang Berhormat, masa dah merah.
Okay, nak landing dah.
Landing la.
Untuk akhirnya, suka Semenyih ingin mengingatkan satu kata-kata yang menarik, disampaikan oleh seorang pakar atau professor dalam bidang sosiologi dan pendidikan sosial daripada Universiti of Chicago, apabila beliau berbicara soal civil society, dengan izin.
“A civil person when he has to decide an act in a situation in which, there is a conflict . Thinks premerily of a civil society as the object of his obligations, not of the member of his family, or his village, or his party, or his ethnic group, his social task or his occupation.”
Sebagai penutup, Semenyih sudahi dengan serangkap pantun untuk mudah-mudahan menjadi renungan kita bersama. Hilang la pula.
Terang bulan berkat mentari, Terang hati suluhan Robbani, Kepentingan peribadi dikurangkan, Keutamaan rakyat dicari, itulah ciri masyarakat Madani.
Sekian, terima kasih.
Ya, terima kasih. Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, sila.
Sebelum Tuan Speaker bertanya, saya bagi tahu, saya pengundi Bukit Antarabangsa.
Ya, pengundi Bukit Antarabangsa.
Sekali undi Timbalan Speaker, dua kali undi Ketua Pembangkang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani. Lembah Jaya ingin mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang untuk berbahas dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Pepatah Melayu mengatakan, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Ertinya, sesuatu kejayaan tidak mungkin datang dengan sendiri tanpa sebarang usaha gigih. Pertumbuhan ekonomi Selangor, pada tahun lalu menyaksikan negeri kita menerajui sumbangan dalam, keluaran dalam negara kasar iaitu KDNK negara, sebanyak 25.9%. Nilai ekonomi Selangor pula mencapai RM406.1bilion. Negeri pertama di Malaysia yang mencecah paras RM400bilion. Kejayaan-kejayaan ini bukan sesuatu yang datang bergolek, ataupun datang melayang, tetapi adalah hasil daripada perencanaan yang teliti, diperingkat penggubalan dasar, diikuti dengan tatakelola yang baik diperingkat pelaksanaan dasar. Senergi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amiruddin Shaari, bersama-sama Kerajaan Persekutuan, yang dipimpin pula oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sudah pasti mampu melancarkan pergerakan jentera ekonomi Selangor yang mempunyai potensi yang sangat tinggi selari dengan niat asal menjadikan Rancangan Selangor Pertama sebagai, dengan izin, A Living Document, yang akan mengambil kira dinamika landskap global yang sentiasa berubah.
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk purata nilai pelaburan tahunan antara RM23 hingga RM35 bilion, pada tahun 2021 hingga 2023. Kerajaan Negeri ini telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan dengan purata nilai pelaburan sebanyak RM39.4 bilion, dalam sektor-sektor utama yang kompleks. Lembah Jaya berharap, selari dengan peningkatan pelaburan dalam sektor-sektor utama yang kompleks ini, penglibatan, dengan izin, local talent, atau anak Selangor sendiri didalam sektor ini, tidak dilupakan. Walaupun ada pihak yang seolah-olah tidak mahu menyaksikan peningkatan di negeri ini dan sentiasa bermain dengan sentimen dan modal perkauman, hakikatnya di dalam Selangor, dibawah pentadbiran sekarang ini, kita mengorak langkah maju ke depan bersama. Peningkatan pelaburan sudah tentu memerlukan pembangunan infrastruktur dan eko-sistem, tetapi isu tenaga kerja juga amat penting, seperti yang di utarakan sahabat saya daripada Kota Kemuning. Kerajaan Negeri kelihatan sudah mula, mengaktifkan satu strategi jangka masa panjang, bagi melahirkan lebih ramai anak muda daripada Selangor, yang teribat dalam sektor kompleks seperti, dengan izin, artificial intelligent dan machine learning. Lembah Jaya percaya, terdapat ruang yang luas di dalam sektor-sektor kompleks ini, atau dengan izin, future jobs, buat anak-anak muda Selangor, dimana Kerajan Negeri perlu memainkan peranan pro aktif, menarik minat pelajar-pelajar, bermula dari sekolah khususnya didalam bidang STEM.
Tuan Yang Dipertua, memetik kata-kata Melinda France Gate, di dalam buku beliau, The Moment Of Live How Empowering Women Changing The World, dengan izin, “If you want to live up humanity empower women, it is the most comprehensive pervasive high leverage investment, you can make human being”. Jika kita mahu memajukan sesuatu ummah, berdayakan wanita-wanitanya. Ini merupakan pelaburan yang paling komprehensif, berimpak tinggi, untuk sesebuah masyarakat. Lembah Jaya sangat tertarik dengan usaha-usaha pemberdayaan wanita yang terlihat didalam ekonomi penjagaan yang digagaskan di dalam Rancangan Selangor Pertama melalui Iltizam Selangor Penyayang. Ekonomi penjagaan merangkumi pelbagai sektor, seperti kesihatan, pendidikan awal kanak-kanak, penjagaan orang tua dan banyak lagi. Wanita sering menjadi tulang belakang kepada sektor-sektor ini, memberikan sumbangan yang tidak ternilai, dalam menjaga kesejahteraan masyarakat. Wanita dalam ekonomi penjagaan, bukan sahaja bekerja keras tetapi mereka menunjukkan dedikasi, kasih sayang dan keprihatinan tinggi. Mereka adalah heroin yang kurang didendang, yang sering kali mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan orang lain sekeliling mereka, berada didalam keadaan baik dan selamat. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan wanita yang terlibat dalam penjagaan keluarga. Bantuan kewangan ini membantu mereka meringankan beban kewangan yang membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan penjagaan yang lebih baik kepada ahli keluarga mereka. Sebagai seorang anak kepada ibu tunggal, saya ucapkan terima
kasih, atas usaha Kerajaan Negeri ini. Ini adalah langkah yang sangat dialu-alukan dan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan wanita. Program Latihan dan pembangunan kemahiran juga telah diperkenalkan untuk wanita dalam sektor ekonomi penjagaan. Latihan ini memberi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kemahiran mereka. Seterusnya membuka peluang pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan mereka. Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik dalam memperkasakan wanita dan menggalakkan penyertaan mereka didalam ekonomi setempat. Program-program latihan ini telah berlangsung di Lembah Jaya dan saya yakin, kita akan melihat kesannya dalam masa terdekat ini. Insya-Allah.
Tuan Yang Dipertua, selain golongan wanita, terdapat satu golongan yang sering dilupakan dalam teras peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial iaitu golongan warga emas. Populasi warga emas di Malaysia saban tahun meningkat, berikutan peningkatan jangka hayat di negara kita. Statistik menunjukkan penduduk 65 tahun ke atas, hanya 3.89% pada tahun 2000, tapi angka itu meningkat dua kali ganda kepada 7.02% pada tahun 2020. Mengikut sebuah kajian Exploring Ageing Population Trend In Local Council, The Case of Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, mempunyai peratusan warga emas tertinggi di Malaysia. Lembah Jaya ingin menarik perhatian Dewan ini tentang persediaan Negeri Selangor dan menguji persediaan-persediaan tersebut, dalam menghadapi negara Malaysia yang menjadi negara tua, menjelang 2030. Yang mana saya berpandangan, eloklah diperluaskan lagi pusat aktiviti warga emas atau dikenali PAWE ini di setiap kawasan Dewan Negeri, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun yang akan datang, berdasarkan Rancangan Selangor Pertama.
Saya ingin juga mengambil peluang ini untuk menguji, pihak pembangkang yang ingin bekerjasama dan juga turut serta dalam mesyuarat majlis tindakan di kawasan-kawasan masing-masing. Saya ingin memuji sekali lagi juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita kerana memberi peruntukan sebanyak RM400,000.00 kepada ADUN-ADUN Pembangkang. Saya rasa lebih tinggi daripada peruntukan ADUN Pembangkang di negeri seperti Pulau Pinang.
Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras dalam pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama. Kejayaan yang telah kita capai adalah hasil daripada usaha dan komitmen semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Selangor. Marilah kita terus bersama-sama terus berganding bahu, berusaha dengan penuh dedikasi dan memastikan setiap langkah yang kita ambil membawa kita lebih dekat kepada matlamat yang telah ditetapkan. Marilah kita sama-sama, tidak endahkan suara-suara sumbang, yang mengatakan Rancangan Selangor
Pertama ini, hanya angan-angan. Negeri Selangor tidak akan terus menjadi teraju Persekutuan Malaysia ini, jika kita tidak memasang niat untuk mencapai langit sambil mencurah usaha ke bumi Darul Ehsan ini. Saya juga ingin memetik kata-kata seperti Ahli-ahli Dewan Negeri lain, kata-kata daripada sahabat baik saya, budak Subang Jaya, Johan Ishak, atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow, dalam lagu beliau yang berjudul, Apa Khabar;
Angan-angan menjadi impian, Impian menjadi cita-cita,
Dan sebagai contoh, angan-angan dan impian beliau yang bermula di Subang Jaya, Selangor, membuahkan persembahan di luar negara, yang akan berlangsung dalam beberapa jam sahaja lagi. Bukan kali pertama, beliau anak Selangor ini, membawa nama negara dan negeri ini, keluar negara. Dan InshaAllah, bukan kali terakhir. Cita-cita yang dirangka dalam Rancangan Selangor Pertama, apabila dikahwinkan dengan usahasama semua pemegang taruh, akan melahirkan reality yang sebelum itu hanya angan-angan. Dengan itu, saya sebagai wakil rakyat Lembah Jaya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dan barisan eksekutifnya, dan menyokong penuh pembentangan separuh penggal Rancangan Selangor Pertama. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, Sementa.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberi peluang kepada Sementa,
Sementa merah hari ini, ya. Cantik.
Kita berkawan dengan semua. Pandai Tuan Speaker. Kerana memberi peluang kepada Sementa, untuk terlibat dalam perbahasan pada sidang kali ini yang membahaskan Rancangan Selangor kali yang Pertama, Kajian Separuh Penggal. Tuan Speaker, mengambil kesempatan ringkas yang ada ini, saya dengan penuh takzimnya, menjunjung kasih dan ingin menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 26 Jun 2024 lepas, yang sangat tegas dan amat bertepatan dalam menangani dan membela nasib pasukan Selangor FC baru-baru ini. Yang berturutan dirundung malang, umpama jatuh ditimpa tangga. Ketegasan Tuanku, menggambarkan keprihatinan yang amat mendalam terhadap bukan sahaja, terhadap pasukan Selangor, malahan barisan pemain serta peminatnya. Titah ini benar-benar memberikan satu
isyarat yang jelas bahawa semua pihak bertanggungjawab, jika benar-benar ingin melihat perkembangan bola sepak khususnya dan sukan-sukan lain amnya. Mestilah menjalankan budi bicara secara professional, dan matang yang mampu membawa perjalanan sukan di negeri dan negara ini, lebih jauh ke hadapan tanpa berlandaskan kepada emosi dan pertimbangan singkat semata-mata.
Tuan Speaker, perkara yang pertama, saya ingin sentuh berkaitan belia dan sukan. Menyentuh berkaitan sukan, selain daripada bola sepak, yang rapat dengan kita semua, sukalah saya memanjangkan harapan kepada Kerajaan Negeri Selangor, agar dapat juga memainkan peranan yang lebih aktif, serius dan tersusun bagi mengembangkan sukan-sukan yang berpotensi di negeri ini. Antaranya sukan sepak takraw. Kejayaan negara menjadi juara dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024, baru-baru ini. Dalam kategori double dan juga regu, wajar menjadi pemangkin kepada sukan di Negeri Selangor. Peruntukan dan usaha yang mencukupi, perlu turun kebawah, bagi menggalakkan anak-anak muda, khususnya, kembali aktif dan rancak bersukan lantas membina kesatuan antara mereka dengan gaya hidup yang sihat pada zaman yang penuh cabaran dan dugaan cara hidup dan tekanan perasaan pada saat ini. Kita jenguklah ke bawah, berapa banyak padang yang tidak rata, gelanggang yang tidak berlampu, trek dan laluan yang rosak. Dan semua ini tidak membantu dalam merealisasikan harapan, kita semua terhadap nasib dan masa depan anak-anak muda di luar sana. Justeru, saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk melihat semula terutamanya di DUN Sementa dengan melihat dan kita perhatikan bagaimana padang-padang rumputnya panjang, taman permainan, peralatan yang rosak. Supaya dapat dipantau dan diperbaiki. Begitu juga dengan isu cantasan pokok yang cukup memberikan rasa gerun dikalangan rakyat di Selangor. Ini dan baru-baru ini berlaku bagaimana pokok tumbang dan menghempap 2 kereta di jalan raya Batu 6, Jalan Kapar.
Alhamdulillah tidak melibatkan nyawa, tetapi perkara ini menggusarkan rakyat, apabila hujan lebat dan pokok-pokok yang ada di laluan utama tidak dicantas ataupun ditebang dalam keadaan yang reput dan sebagainya. Dari segi pandangan lain, kerancakan sukan-sukan elektronik e-sport pada masa ini turut juga menjadi trend. Kita semua sedia maklum, pengaruh dan ancaman gajet dalam kehidupan masyarakat telah menghilangkan sebahagian besar minat, sebahagian besar minit dan jam kehidupan kehidupan untuk berinteraksi secara fizikal antara masyarakat. Walau bagaimanapun, ia masih boleh diterjemahkan keberhasilan yang sangat memanfaatkan, jika dijadikan siri-siri pertandingan e-sport yang tersusun dan meluas dinaungi oleh agensi-agensi rasmi kerajaan yang dapat menukarkan ancaman kepada peluang dan potensi kepada masyarakat Selangor khususnya ke generasi muda di negeri ini. Perkara yang kedua, Tuan Speaker saya ingin menyentuh tentang pendidikan.
Tuan Speaker saya, mohon mencelah Sementa, boleh? Saya sikit tambah je, saya nak menyokong.
Ya sila.
Nak tambah, terima kasih Tuan Speaker, menyentuh tentang isu menyentuh tentang e-games dan disebut tadi, konotasinya agak negatif. Saya mungkin ingin membetulkan ataupun menambah sedikit. Industri e-games hari ini bukan lagi dilihat sebagai sebuah bidang yang dilihat negatif. Budak-budak buang masa dan akhirnya taka da hala tuju. Saya ingin menambah baru-baru ini saya hadir ke pertandingan MPL, peringkat kita peringkat Malaysia dan akhirnya negeri kita sendiri, Selangor Giants terpilih sebagai pemenang berlawan dengan Home Boys dan kedua-dua pasukan ini akhirnya sekarang berada di Riyadh Saudi untuk bertanding. So, saya harap bila kita bincang tentang e-games ini kita bawalah satu naratif yang baik supaya kita menggalakkan mereka. Kalau betul serius untuk terlibat dalam bidang ini, ini salurannya. Maknanya negeri Selangor juga menyediakan platform itu. Terima kasih banyak.
Okay, saya setuju dengan Batu Tiga yang mana sukan ini ada hala tuju dia dan sehingga mencapai di tahap world, dunia insya-Allah. Perkara yang kedua Tuan Speaker, berkaitan tentang isu pendidikan, yang mana disebut oleh rakan-rakan yang lain. Tentang isu kepadatan penduduk dan disebut oleh Yang Berhormat EXCO juga. Ini bermakna Selangor sebagai maju dan ramai suka tinggal di sini. Namun begitu perlu ada seiring dengan pertambahan bangunan-bangunan sekolah untuk kita memberikan pendidikan yang terbaik, kepada generasi yang akan datang. Justeru Sementa memohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menuntut kepada Kerajaan Pusat tentang isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang yang telah melebihi jumlah 3,000 murid di sana dan tapak baru sudah ada. Cumanya kita menunggu bilakah ia nya akan dimulakan. Begitu juga dengan Sekolah Rendah Agama Sungai Kapar Indah yang kini anak-anak muridnya bersekolah di KAFA di Sungai Kapar Indah, yang mana tapaknya difahamkan sudah ada, namun penduduk di sana amat menunggu dan nak melihat bilakah projek Sekolah Rendah Agama Sungai Kapar Indah akan dimulakan. Begitu juga dengan penempatan pelajar-pelajar Tingkatan 1 ya yang mana kita tahu rakyat di Selangor ini memang mengharapkan anak-anak mereka boleh menyambung bila tamat di darjah 6, di Tahun 6 untuk menyambung ke Tingkatan 1, maka mereka mengharapkan dapat masuk ke Sekolah Agama (SAM) ataupun Maahad Tahfiz di bawah Kerajaan Negeri itu sendiri. Namun begitu kita memahami kekangan yang ada, murid-murid, anak-anak kita di Tahun 6 pada tahun lepas seramai 44,054 orang. Namun tempat yang disediakan untuk
kemasukan ke SAM, Sekolah Agama Menengah hanya sekadar 3,684 dan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO saya memahami, namun kita mengharapkan sejajar dengan Rancangan Selangor Pertama ini dapat difikirkan, bagaimana kita boleh menambahkan lagi penempatan untuk anak-anak kita di Tingkatan 1 ini, insya-Allah.
Yang seterusnya, perkara ketiga Tuan Speaker, iaitu yang disentuh oleh Sementa, berkaitan tentang infrastruktur pengangkutan awam. Infrastruktur penjadualan dan pemantauan sistem pengangkutan awam juga kelihatan masih lagi lemah, sedangkan ia telah berada pada posisi alternatif pada rakyat berpindah kepadanya sebaik sahaja dengan kenaikan diesel baru-baru ini. Perhatian perlu diberikan agar penjadualan yang berkesan, struktur tambang yang berpatutan, penambahbaikan fasiliti pejalan kaki, pengguna basikal dalam cuaca hujan dan panas tidak menentu. Sepanjang tahun dan untuk memastikan, kelancaran akses pengguna dari rumah ke stesen yang sesuai wajib dijadikan agenda kerajaan bagi mengimbangi kesan ini. Rakyat terhukum dengan tindakan yang ada pada hari ini dan ia tidak boleh melepas diri daripada mengambil tanggungjawab mereka dengan segala bebanan rakyat di bawah sana. Perkara yang keempat, tatakelola dan kecekapan tadbir urus menyentuh tentang pemanfaatan hasil kekayaan negeri satu aspek penting mestilah diberikan perhatian iaitu isu berkaitan tadbir urus dan tata kelola. Keberkesanan dan kecekapan pentadbiran negeri dapat diberikan perhatian serius untuk dipertingkatkan amatlah malang apabila membaca rumusan audit terhadap Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang menyatakan kedudukan kewangan yang stabil, namun tadbir urus korporatnya berstatus kurang memuaskan dan pencapaian objektif yang digariskan pada tahap belum mencapai objektif. Jika diperincikan lagi ia meliputi pencapaian keberhasilan dan pencapaian output berada pada status yang tidak mencapai sasaran.
Begitu juga dari segi pengurusan aktiviti termasuklah kutipan tunggakan dan pengurusan pembangunan hartanah yang dapat dirumuskan sebagai lemah, malah turut terpalit di DUN Sementa sendiri. Sebagai contohnya Taman Perepat Indah, walaupun sasaran pulangan hasil pembangunan hartanah bernilai RM5.59 juta telah pun dicapai 100 %, namun menjadi kemusykilan di manakah silapnya masih berbaki 505 unit ataupun 3.6 % belum disempurnakan pembinaannya yang melibatkan rumah teres kos rendah, sederhana rendah, rumah pangsa kos rendah, rumah teres kos rendah sederhana dan unit kedai atas alasan kedudukan tanah yang tidak stragtegik. Tiada kemudahan infrastruktur dan kurang permintaan walaupun PNSB tidak lagi mempunyai kepentingan dan kawalan terhadap pemaju setelah perjanjian penyelesaian telah ditandatangani namun ia, memberikan pengajaran berguna kepada kita semua terhadap kecekapan pengurusan keberhasilan bagi setiap perancangan yang dibuat.
Begitu juga saya ingin menyentuh keseriusan jawatankuasa taskforce banjir, yang dilaporkan mulai penemuan audit. Tidak pernah menjalankan mesyuarat pada sepanjang tahun 2022 dan hanya 2 kali pada tahun 2021 sedangkan keperluan mesyuarat 4 kali setahun telahpun digariskan sejak awal penubuhannya melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Malahan dilaporkan ketika mesyuarat bersidang juga, agenda-agenda kritikal, seperti isu parit tidak bertuan dan pewartaan kolam takungan tidak dibincangkan dan ini menimbulkan kegusaran kepada kami semua di dalam ini. Diharapkan kegagalan ini tidak akan menjejaskan segala janji dan harapan yang telah diberikan kepada rakyat selama ini dalam memuktamadkan penyelesaian terhadap isu banjir yang seolah-olah tidak berkesudahan. Namun begitu, di sini saya ingin tarik perhatian untuk dilihat antara hotspot di DUN Sementa iaitu di Jalan Pinang Sebatang, Bukit Kapar dan juga Kampung Sungai Pinang, Klang. Tuan Speaker, untuk seterusnya perkara yang kelima berkaitan.
Yang Berhormat boleh pendekkan, ringkaskan, masa semakin mencemburui kita.
Ya, yang kelimapembangunan ekonomi era baharu yang memanfaatkan rakyat seluruhnya. Saya melihat banyak perancangan yang telah diatur bagi merancakkan lagi ekonomi negeri, ruang ini sewajarnya membuka dan meluaskan potensi kejayaan anak-anak tempatan dan tidak pula menjadi faktor lambakan tenaga asing yang tidak terkawal. Lantas mencetuskan kebanjiran yang berpotensi membawa ke masalah sosial setempat. Pada masa yang sama sangatlah baik sekiranya dapat dibentangkan kajian dan perancangan bagi memastikan siri pembangunan ini tidak menjadi punca yang menjejaskan alam sekitar. Di Kapar contohnya, pembangunan rancak oleh pihak Klang Group, meliputi K International Industrial Park dan Kapar 2 merupakan satu projek berskala besar yang memiliki pemegang taruh yang besar dan luas. Maka saya ingin meminta di dewan yang mulia ini memberikan perhatian terhadap potensi kesan sosial ekonomi terhadap masyarakat disekitarnya. Antaranya dijangka akan berlakunya peningkatan kenderaan berat di kawasan terbabit dan kesan terhadap infrastruktur jalan raya sedia ada. Adakah akan dinaik taraf bersesuaian bagi menampung perkara ini.
Aspek keselamatan khususnya penunggang motorsikal juga perlu diberikan perhatian di sini. Adakah laluan khas atau pendekatan yang bakal diambil oleh pihak yang berkaitan. Selain itu, saya memohon agar pihak Kerajaan Negeri dapat membentangkan kertas putih perancangan pembangunan kawasan industri ini, baik dari segi segmen industrinya, potensi pelaburan serta paling penting peluang kerjaya yang bakal diwujudkan terhadap rakyat yang setempat. Maka itu akhirnya Tuan Speaker, saya berharap agar segala usaha baik kita ini dirahmati oleh Allah S.W.T dan sama-samalah
kita melaksanakan tugasan kita ini demi rakyat yang telah meletakkan amanah di bahu-bahu kita semua yang kelak bakal dipertanggung jawabkan di akhirat kelak. Wallahualam, sekian. Assalamualaikum.
Okay baik, terima kasih Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker, tengok masa dah agak 6.30.
Teruskan, teruskan 2 minit lagi teruskan. Teruskan, teruskan Kajang. Teruskan, mula-mula.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, atas peluang diberikan kepada Kajang untuk membahas Usul cadangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama pada persidangan ini. Tuan Speaker, sebelum memulakan perbahasan Kajang ingin menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana terus memimpin negeri Selangor dengan penuh kebijaksanaan dalam memastikan kebajikan rakyat Selangor terus terpelihara dan dilindungi. Kajang juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas pencapaian yang cemerlang berdasarkan petunjuk maklum bagi Rancangan Selangor Pertama ini. Kita dapat lihat bahawa Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan peluang pekerjaan dan pelaburan seperti disasarkan dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Tahniah dan syabas Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar. Pengurusan landskap oleh pihak PBT, Tuan Speaker selari dengan terma strategi 3 di bawah bidang tumpuan 3 iaitu negeri rendah karbon, Kajang ingin membahas mengenai pengurusan landskap oleh pihak PBT. Apa itu? Apa itu? Minggu depan? Boleh, terima kasih.
Yang Berhormat panjang lagi ke? Panjang lagi ya. Kita sambung minggu depan. Hari Selasa. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, jam telahpun menunjukkan waktu, ya Taman Medan? Taman Medan berdiri untuk apa? Waktu telahpun menunjukkan pukul 6.30 petang, jadi Dewan ini ditangguhkan ke 9 Julai 2024. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)