Selangor · 9 July 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 555 turns · 44,919 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke Lima Belas pada 9 Julai 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa (doa dibaca).
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Pagi ini kita mengalu-alukan kehadiran daripada Majlis Perwakilan Penduduk Zon 15, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan rombongan dari Persatuan Penduduk Taman Delima Banting dan diketuai oleh Ahli Majlis, Saudari Ang Lie Yong dan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, saudara Lee Boon Chuan, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ini sebenarnya telah pun memulakan persidangannya yang pertama pada 8 Julai 1959. Jadi semalam merupakan hari ulang tahun yang ke-65 Dewan Negeri Selangor ini dan sebelum kita memulakan sidang Dewan hari ini dengan sesi soal jawab, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua Ahli-ahli Dewan sama ada yang Pembangkang, Kerajaan dan yang Bebas atau pun tidak mempunyai keahlian mana-mana parti, untuk kita turut meraikan ulang tahun yang ke-65 ini. Dan saya berharap untuk mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk menjadikan Dewan Negeri Selangor ini sebagai Dewan Negeri atau pun Dewan Perundangan melibatkan semua Dewan Undangan Negeri dan juga semua Dewan Parlimen menjadi antara yang terulung di negara Malaysia ini dan menjadikan agenda reformasi yang dimulakan khususnya sejak 16 tahun yang lalu, satu kenyataan dan satu kemajuan yang boleh dikecapi dengan lebih rancak lagi pada masa-masa yang akan datang.
Itu sahaja daripada saya, dengan ini saya memulakan sesi pertanyaan, dengan ini saya ingin menjemput Yang Berhormat ...
Tuan Speaker, Peraturan Tetap 24(8) yang menyebut semua pertanyaan bagi jawapan bertulis hendaklah dijawab dan jawapan bertulis hendaklah diedarkan kepada Ahli yang bertanyakan soalan tersebut pada minggu pertama persidangan Dewan. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Speaker dan juga Eksekutif, bahawa saya baru hanya menerima 5 jawapan bertulis daripada 10 soalan bertulis yang saya kemukakan dan saya mohon petua daripada Yang Berhormat
Speaker supaya saya boleh terima jawapan-jawapan bertulis tersebut dengan segera, terima kasih.
Terima kasih saya juga ingin mengambil kesempatan daripada perkara ini untuk mengingatkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan supaya pastikan semua jawapan kepada soalan bertulis dapat disediakan pada minggu pertama di mana ini telah pun dimaktubkan dalam Peraturan Tetap kita. Dan bagi mereka yang belum lagi mendapat jawapan bertulis, saya mohon boleh putuskan perkara ini secara rasmi kepada saya supaya ianya boleh diberi tindakan dan perhatian seterusnya. Saya berharap pada hari ini jawapan itu dapat disediakan. Terima kasih kepada Gombak Setia kerana membangkitkan perkara ini. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dalam sidang yang lepas, soalan yang ke? Lembah Jaya sudah, belum? Silakan Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 21.
21.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Skim Smart SewaQuestions
21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah pencapaian terkini program Skim Smart Sewa?
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik program ini dengan meluaskan jaringan kawasan lain di Negeri Selangor termasuk kawasan Lembah Jaya?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Soalan Lembah Jaya ada 2 soalan iaitu apakah pencapaian terkini program Skim Smart Sewa dan yang (b), apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik program ini dengan meluaskan jaringan di kawasan lain di Negeri Selangor termasuk di Lembah Jaya. Untuk jawapan Yang Berhormat, pada
tahun 2017 sehingga 2023, seluruh unit-unit di luluskan di bawah pembelian oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan Skim Smart Sewa adalah sebanyak 36 projek Rumah Selangorku atau pun RSKU yang merangkumi sebanyak 1,287 unit yang disewakan kepada orang awam dengan jumlah dana peruntukan sebanyak RM240 juta. Bagi jawapan (b), Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan skim sewa dengan matlamat utama adalah bagi membantu golongan yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan supaya dapat menyewa kediaman daripada Kerajaan Negeri dengan kadar sewa yang berpatutan berbanding harga pasaran. Mereka ini akan diberi tempoh 2 hingga 5 tahun penyewaan serta mendapat pulangan sebanyak 30% daripada kadar sewaan yang telah disewa.
Sehingga kini pembelian Rumah Selangorku telah dilaksanakan di setiap daerah dengan keutamaan projek RSKU yang telah siap, lokasi yang strategik, harga terkawal dan dengan mengambil kira spesifikasi bangunan dan kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan meneliti projek-projek RSKU yang berpotensi sekiranya ada di Lembah Jaya selaras dengan sasaran pembelian sebanyak 3,000 unit RSKU sehingga 2025, terima kasih.
Seri Kembangan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 22.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Pusat Bimbingan Dan Latihan WanitaQuestions
22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan pusat bimbingan dan latihan wanita di setiap DUN bawah jagaan WBS?
b)
Apakah strategi kerajaan untuk memperkasakan wanita Selangor secara bersasar dan bukan secara "one-off"?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan, soalan berkaitan adakah Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan pusat bimbingan dan latihan wanita di setiap DUN di bawah jagaan WBS. Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menubuhkan pusat bimbangan dan latihan yang beroperasi di premis setiap DUN. Walau bagaimanapun, program bimbingan dan latihan di laksanakan melalui program-program di bawah Pusat Wanita Berdaya (PWB) di mana program yang dijalankan oleh PWB DUN merangkumi modul kemahiran dan kapasiti. Antara program modul kemahiran seperti bengkel pemprosesan produk makanan hasilan soya, bengkel jahitan kreatif, khusus coklat, bouquet dan pelbagai lagi. Manakala bagi modul kapasiti, bengkel usahawan asas pemasaran digital, empowering her, Madamweb Premier On International Womens Day 2024, bengkel kelas online jualan TikTok dan juga bengkel e-marketing. Bermula Februari 2024 sehingga Mei 2024, sebanyak 225 program telah dijalankan oleh 30 penyelia PWB yang telah dilantik. Bagi soalan kedua, berkaitan apakah strategi Kerajaan untuk memperkasakan wanita Selangor secara bersasar dan bukan secara one-off, suka untuk dikongsikan bahawa inisiatif memperkasaan wanita yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah berpandukan matlamat dan pelan tindakan dasar wanita Selangor 2024 hingga 2026. Inisiatif-inisiatif tersebut dilaksanakan secara bersasar mengambil kira keperluan segmen wanita di Selangor. Antaranya adalah pertama Pusat Wanita Berdaya iaitu menyasarkan wanita di peringkat akar umbi dengan beri latihan kemahiran dan kapasiti bagi menjana pendapatan seterusnya meningkatkan status sosio ekonomi mereka. Yang kedua akademik kepimpinan wanita atau pun AKW memfokuskan pemerkasaan kepimpinan khusus bagi pemimpin wanita dalam sektor awam, korporat, politik dan komuniti melalui pengajian intensif selama 12 bulan. Untuk rekod, AKW telah memasuki kohort keempat pelaksanaannya pada tahun ini. Yang ketiga, sidang wanita Selangor ataupun SIWANIS memberi pendedahan kepada pemimpin wanita tentang aspek legislatif serta pembuatan dasar dan keputusan di peringkat Dewan Negeri. Yang keempat program USAHANITA Digital membantu usahawan wanita memajukan perniagaan mereka daripada aspek digital dengan menggalakkan kreativiti, mengasah kemahiran teknikal dan merangsang pemikiran inovatif terutama dalam media digital. Dan yang kelima program pembelajaran sepanjang hayat atau pun biasiswa WBS, menyediakan peluang kepada para wanita yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi yang lebih tinggi di pelbagai peringkat seperti Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk peningkatan kerjaya, membina kepakaran dan profesionalisme yang kemudian akan memberi sumbangan ke Negeri Selangor dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas tamat pengajian, terima kasih.
Ya, Seri Kembangan.
Yang Berhormat EXCO tadi ada mention tentang AKW. Sudah masuk kohort keempat, boleh saya tahu sudah berapa orang yang sudah bergraduasi dan ketiga kohort sebelum ini dan jika ada, apa kejayaan mereka selepas itu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat 3 kohort yang telah graduan AKW, kita telah menerima graduan sejumlah 282 pelajar. Dan kebanyakan daripada mereka aktif di komuniti masing-masing memegang portfolio atau pun memegang jawatan dalam organisasi dan juga terdapat sejumlah yang menjadi Ahli Majlis dan juga menjadi PWB.
Soalan tambahan.
Ya, Meru silakan.
Setakat ini, berapa ramaikah jumlah wanita yang telah menjadi usahawan yang berjaya yang telah mengikuti kursus-kursus atas latihan anjuran PWB, khususnya di bidang pembuatan, terima kasih.
Dalam rekod untuk tempoh 5 tahun, terdapat beberapa 5 orang kategori usahawan yang telah mengusahakan jenama sendiri. Tetapi terdapat juga wanita-wanita yang telah melaksanakan keusahawanan mereka yang secara berterusan dan untuk perincian kami akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Meru.
Kuang.
Terima kasih Tuan Speaker. Dari Sungai Bakap datang mesyuarat hari ketiga, soalan saya nombor 23.
Silakan Yang Berhormat.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. UniselQuestions
23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Sejauh manakah kesungguhan UNISEL dalam melaksanakan program TVET sepertimana yang telah dibentangkan dalam Bajet Selangor 2024 oleh Dato' Menteri Besar?
Terima kasih Kuang atas soalan yang telah dikemukakan. Menurut beberapa langkah telah dilakukan oleh pihak pengurusan UNISEL untuk memastikan UNISEL berjaya menjadi sebuah universiti teknikal dan vokasional menjelang tahun 2025. Antara langkah-langkah yang telah dilakukan ialah mewujudkan pusat profesional dan pembangunan perniagaan pada tahun 2021 dan menjalankan kursus-kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang. Sehingga Jun 2024, sebanyak lebih 2,000 peserta telah menjalani pelbagai usaha kursus pendek seperti kursus Forklift Safety and Skills, Forklift Train the Trainer, OSH Coordinator, Over lead Travelling Crane (OTC) Train The Trainer dan Kursus Asas Solekan
Mengubah suai beberapa program melalui Curriculum Review yang dilakukan secara berkala. Yang ketiga mewujudkan kursus baru supaya kurikulumnya fokus kepada kemahiran TVET melalui pengiktirafan Malaysian Board of Technologists. Selain itu, kita turut melaksanakan beberapa perbincangan melalui sektor kesihatan untuk mengisi kekosongan jururawat-jururawat yang sedia ada dan kita anggap perkara itu juga termaktub dalam TVET. Namun begitu saya percaya beberapa langkah yang lebih besar patut dilakukan termasuk memastikan bahagian hal ehwal pelajar dan hal ehwal akademik mengambil mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang teknikal dan vokasional supaya bersedia menerima lepasan-lepasan dari kolej STDC dan kolej-kolej teknikal dan vokasional yang lain di Malaysia, terima kasih.
Sungai Burong
Menang bergaya di Sungai Bakap, soalan saya nombor 24.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Isu Agro PelanconganQuestions
24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh menyelaras agropelancongan seperti homestay di kawasan sawah padi supaya tidak bercanggah dengan isu keterjaminan makanan?
b)
Adakah polisi penggunaan tanah yang sebelum ini 20% daripada keluasan tanah dibenarkan bagi kediaman dan lain-lain?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Sungai Burong yang menang bergaya, tahniah. Biarlah terus bergaya tidak mengapa, okay. Kerajaan Negeri boleh menyelaras agro pelancongan seperti homestay di kawasan sawah padi supaya tidak bercanggah dengan isu keterjaminan makanan dengan cara mengawal aktiviti pembangunan dan komersil di atas tanah pertanian sawah padi melalui perancangan pengawalan pembangunan yang teratur dan tersusun. Justeru, satu Garis Panduan Permit Khas Selain Pertanian (GP-PKST) sedang dirangka bagi memastikan aktiviti agro pelancongan di atas tanah berstatus pertanian dapat dikawal selia bagi memastikan ianya tidak mengurangkan hasil pengeluaran beras negara daripada kawasan jelapang padi.
Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah bekerjasama dengan pihak Malaysian Productivity Council (MPC) dalam menyediakan GP-PKST yang merangkumi gerak kerja pengumpulan data maklumat dari lapangan ke atas pihak-pihak Pemegang Taruh (Stakeholder) dari pelbagai peringkat agar ianya dapat difahami oleh semua pihak pengusaha homestay, pemilik tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Pejabat Tanah Daerah (PTD). Selaras dengan langkah ini, adalah dipastikan bahawa aktiviti agropelancongan di atas tanah jelapang padi akan disokong, namun tetap dikawal oleh PBN demi memastikan ianya tidak bercanggah dengan isu polisi penggunaan tanah 20% atau 1/5 bahagian dari keluasan keseluruhan tanah dalam satu hakmilik, adalah dikenakan atas tanah pertanian sahaja mengikut Seksyen 115(4)(a) Kanun Tanah Negara (Akta 828). Bagi tanah status bangunan kediaman, syarat tersebut diguna pakai. Namun dalam isu aktiviti komersil dalam bangunan kediaman, adalah disaran agar permohonan tukar syarat tanah daripada bangunan kediaman kepada komersil dibuat. Ia juga bergantung kepada aktiviti komersil yang dijalankan. Sekiranya Permit Khas dipohon untuk bangunan kediaman, tiada syarat luas minimum yang diperlukan. Hal ini kerana fi Permit Khas ke atas bangunan kediaman dikira berdasarkan luas meter persegi tapak yang digunakan atau diusahakan dengan aktiviti komersil yang berkaitan, sekian terima kasih.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, terdapat beberapa permohonan untuk permit khas daripada beberapa pengusaha agro pelancongan seperti contoh kunci air buang, ATV yang mana ada program aktiviti ATV di tengah sawah yang sangat famous sekali. Namun begitu permohonan dilaporkan masih belum mendapat jawapan atau kelulusan sehingga hari ini. Jadi soalan saya apakah langkah Kerajaan untuk mempercepatkan atau memudahkan permohonan untuk pengusaha-pengusaha agro pelancongan seperti ini.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang yang prihatin tentang agro tourism. Memang kita sedia maklum di kawasan jelapang padi khususnya di Sekinchan, Tanjong Karang, Sungai Besar sekarang giat dilaksanakan banyak aktiviti agro tourism homestay dan juga aktiviti riadah, ATV dan sebagainya. Semuanya mendapat sambutan daripada pelancong-pelancong yang suka ke Negeri Selangor, hendak bercuti Pusing Selangor dahulu, jangan lupa datang ke Anjung Utara. Ini Anjung Utara kita, memang menarik minat namun dalam konteks kelulusan, Kerajaan Negeri khususnya pihak berkuasa mereka mengambil masa sedikit untuk teliti kerana ada kekangan daripada pelbagai sudut tanahnya, dari sudut undang-undang dan sebagainya. Jadi saya akan pastikan pihak berkuasa khususnya PBT dan juga PTD dapat engage dengan baik dan kita akan teliti case by case supaya bolehkah kita bagi kelulusan berpihak atau tidak. Kalau perlu dibawa ke Mesyuarat MTES untuk kelulusan khas, inilah kaedah yang kita guna pakai pada dewasa ini, sekian terima kasih.
Ya, soalan ke-25 Perkhidmatan DRT telah pun dijawab bersekali dengan soalan yang ke-18, yang ke-15, dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 26.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Taman Rekabentuk Semikonduktor Di SelangorQuestions
26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Nyatakan kesan limpahan ekonomi ke atas pembangunan IC Design Park yang akan direalisasikan di Selangor.
Tuan Speaker, Negeri Selangor dijangka bakal menikmati pelbagai manfaat pulangan pelaburan atau pun (ROI) secara langsung seperti peluang pelaburan asing daripada syarikat semikonduktor bertaraf antarabangsa serta syarikat Modal Teroka ataupun venture capital bertaraf antarabangsa untuk mengembangkan perniagaan reka bentuk IC. Ini termausk peluang untuk membuka kilang pemprosesan di Negeri Selangor. Selain daripada itu, pulangan pelaburan secara tidak langsung adalah seperti penyediaan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan perkembangan ekonomi setempat antaranya makanan & minuman (F&B), perumahan dan pengangkutan dengan kewujudan bakat inovasi yang tinggi di Negeri Selangor.
Penubuhan Taman Rekaan IC Selangor merupakan perkembangan penting dalam industri semikonduktor Malaysia, mencerminkan peralihan strategik daripada "Dibuat di Malaysia" kepada "Dibuat oleh Malaysia”. Peralihan ini adalah penting kerana ia mewakili hasrat Malaysia untuk meningkatkan rantaian nilai semikonduktor, beralih daripada proses di bahagian belakang seperti pembungkusan dan pengujian kepada rekaan dan inovasi IC di bahagian hadapan ataupun upstream. Dengan memberi tumpuan kepada rekaan dan pembangunan, Malaysia menyasarkan untuk membangunkan kepakaran tempatan dan inovasi, mengurangkan pergantungan kepada teknologi asing dan meningkatkan nilai tambah dalam negara. Bagi pemain semikonduktor tempatan, ini bermakna peluang yang lebih besar untuk terlibat dalam kerja rekaan bernilai tinggi, akses kepada teknologi dan alat terkini, serta kerjasama dengan pemimpin teknologi global dan tempatan seperti CMSC, Inc, MaiStorage (anak syarikat Phison di Malaysia), SkyeChip Sdn. Bhd., dan Persatuan Industri Semikonduktor Shenzhen. Persekitaran ini dijangka akan membangunkan bakat dan syarikat tempatan yang mampu bersaing di peringkat global, akhirnya meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam industri semikonduktor. Lebih daripada itu, industri yang menawarkan pulangan gaji yang lebih tinggi ini dijangka dapat membantu mengurangkan isu penghijrahan cendekiawan atau pun brain drain dalam industri malah Kerajaan Negeri mensasakan lebih banyak rakyat tempatan yang telah berhijrah ke luar negara untuk pulang dan membangunkan industri semikonduktor bersama-sama, terima kasih.
Saya menjemput Dengkil.
Soalan nombor 27 Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Isu Pengambilan Tanah Di Kampung Orang Asli Bukit BajaQuestions
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status tanah adat orang asli di Kampung Bukit Baja yang akan dibangunkan oleh PKNS? Adakah mereka mendapat pampasan dan ke mana mereka akan dipindahkan sekiranya kawasan mereka akan diambil?
b) Adakah pampasan yang diberi bersesuaian dengan keadaan semasa?
Terima kasih Dengkil atas soalan yang telah dikemukakan. Seluruh Ahli Dewan sekalian, ini adalah merujuk kepada perkampungan Orang Asli Bukit Baja di dalam kawasan 243 ekar, kawasan yang dicadangkan pada suatu ketika dahulu sebagai Selangor Business Council oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Justeru untuk memastikan isu ini diselesaikan, saya ingin menjelaskan di sini. Perkampungan tersebut tidak pernah diwartakan sebagai perkampungan orang asli dan tanah itu masih lagi kekal sebagai tanah milik PKNS. Namun begitu sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin, kita telah melaksanakan beberapa perbincangan supaya kita boleh memuktamadkan kedua-dua pihak berapa dalam keadaan menang-menang di mana ada satu pewartaan untuk satu kawasan perkampungan orang asli dan pihak PKNS dibenarkan untuk membangunkan kawasan seluas 243 ekar itu. Justeru langkah pertama yang kita akan lakukan ialah kita akan mewartakan sejumlah 180 ekar, kawasan di sebelah yang mana tanah tersebut merupakan tanah milik Kerajaan Negeri sebagai kawasan perkampungan Orang Asli Bukit Baja yang selamat diwartakan dan seterusnya menjadi hak milik kepada perkampungan orang asli tersebut. Selain itu, beberapa penyelesaian-penyelesaian cadangan secara berkelompok juga kita selesaikan. Antaranya menyediakan tabung pendidikan, menyediakan tabung untuk jawatankuasa keselamatan kampung, turut menyediakan tapak perkuburan baru, turut menyediakan surau, balai raya, tadika dan juga tiga kedai kepada masyarakat dan juga kos infrastruktur secara keseluruhan.
Jadi ini akan mengambil begitu banyak kos, kalau kita lihat anggaran untuk kubur
baru saja RM217,000.00. Anggaran untuk kos naik taraf infrastruktur saja akan menelan belanja RM30 juta di 180 ekar kawasan terbabit. Manakala bagi setiap isi rumah juga mempunyai cadangan yang telah kita kemukakan dan kebanyakannya telah bersetuju iaitu menyediakan tapak-tapak rumah dan membina bangunan asas rumah mereka dan juga beberapa kos untuk perpindahan sementara mereka sebelum pembinaan baru itu selesai. Jadi itu antara perkara yang telah ditawarkan dan hasil daripada perbincangan yang diketuai oleh Tanjung Sepat bersama dengan pihak komuniti masyarakat orang asli di sana dan insyaAllah ia akan dimuktamadkan seberapa segera mungkin kerana dalam pada masa yang sama ia melibatkan kos yang agak tinggi di pihak PKNS selain potensi yang kita ingin bangunkan di kawasan 243 ekar tersebut, terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, silakan Dengkil.
Tadi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyatakan tanah ini adalah milik PKNS. Jadi status sebelum ini adalah claim ya daripada orang-orang asli di sana mereka mengatakan ini tanah mereka, jadi bolehkah saya dapat tahu status yang sebenar.
Definisi yang kita kemukakan sebagai kawasan perkampungan Orang Asli adalah setelah perkampungan itu diwartakan sebagai satu perkampungan Orang Asli. Apa yang berlaku sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang proses pewartaan terhadap perkampungan ini dan kita telah mengambil keputusan dalam exercise ini ataupun tindakan-tindakan pembangunan ini untuk mewartakan 180 ekar perkampungan ini. Ini mungkin disebabkan oleh perpindahan-perpindahan dahulu atau pun ia melibatkan kawasan rayau satu ketika dahulu. Tapi daripada rekod yang kita perolehi, perkampungan ini memang terletak di tanah milik PKNS. Itu pun pihak Kerajaan Negeri mengambil kira tempoh dan jangka mereka tinggal di sana, jadi kita melaksanakan perbincangan bukan baru sebenarnya, saya adalah Menteri Besar ke-tiga dalam sektor perbincangan ini. Alhamdulillah kita sudah muktamadkan dan saya percaya ia akan dapat membuka ruang untuk PKNS melaksanakan program pembangunan yang agak rancak di kawasan sini.
Untuk makluman tanah ini atau pun kawasan ini adalah betul-betul berdepan dengan Gamuda Cove yang ada di depan sana. Jadi kawasan itu merupakan kawasan sedia untuk pembangunan dan PKNS bersedia untuk melihat sebagai salah satu daripada komponen kepada pembangunan di kawasan IDRIS dan di kawasan Selatan Selangor, terima kasih.
Yang Berhormat Semenyih, Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 28.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pembangunan E-SukanQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Sejauh manakah peruntukan RM1 juta utk Pembangunan E-Sukan telah digunakan dan memberi manfaat kepada belia di Negeri Selangor?
b)
Nyatakan perincian bajet yg telah digunakan untuk Pembangunan E-Sukan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih. Saya mohon untuk dijawab soalan dari Semenyih berserta dengan soalan nombor 59 yang dikemukakan oleh Batu Tiga. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM 1 juta yang telah disediakan untuk pembangunan e-sukan di negeri Selangor masih belum digunakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang dalam usaha bagi merangka pelan tindakan yang lebih komprehensif untuk memastikan peruntukan ini akan memberi manfaat maksima kepada para belia di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juga sangat komited dan menyokong penuh apa jua pelan pembangunan sukan yang dijalankan oleh semua pihak di Negeri Selangor. Sukan e-sports atau sinonim sebagainya cyber games telah mula berkembang di Selangor sejak tahun 2014. Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama Persatuan E-Sports Selangor telah menjadi pelopor kepada pembangunan E-Sports di Malaysia. Antara acara-acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti Selangor Cyber Games, Selangor Aktif E-Sports dan E-Sports Development Programme.
Program-program sukan e-sports di Selangor yang dijalankan oleh Persatuan E-Sports Selangor lebih menumpukan kepada program-program akar umbi iaitu memberi pendedahan dan pendidikan awal berkenaan e-sports di peringkat pelajar-pelajar
sekolah dan juga ia berterusan ke peringkat pelajar institusi pengajian tinggi bagi melengkapkan ekosistem e-sports terutama dalam bidang akademik dan kerjaya. Selain daripada itu, pihak Majlis Sukan Negeri juga dan pihak e-sports Selangor rancak menganjurkan kejohanan-kejohanan sukan e-sports di Selangor ini secara berskala kecil mahupun besar untuk mengilap bakat-bakat baru yang berpotensi untuk dicungkil ke peringkat prestasi tinggi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pasukan Selangor Red Giants telah baru-baru ini menjuarai kejohanan Mobile Legends Bank-bank Professional League MPL musim ke-13 2024 anjuran Mounton dan Kementerian Belia dan Sukan bermula pada 29 Mac hingga 2 Jun 2024 bertempat di stadium tertutup Majlis Bandar Raya Subang Jaya. Selaku juara pasukan Selangor Red Giants telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM117,500.00 dan di atas kemenangan tersebut pasukan Selangor Red Giants kini sedang mewakili pasukan Malaysia di Kejohanan Mid Session Cup MSC 2024 yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak seratus ribu US dollar. Dan untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pasukan Selangor Red Giants kini sedang dalam peringkat play off dan akan menentang dengan pasukan Fly e-sports dari Turki dan seterusnya akan melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.
Setiap pemain daripada pasukan ini adalah merupakan pemain profesional yang dibayar pendapatan bulanan oleh Red Giants Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri Selangor tiada cadangan untuk memberikan sebarang nilai insentif memandangkan perolehan sumber pendapatan dan hasil kemenangan yang diperolehi oleh setiap pemain adalah tinggi di samping penerimaan penaja persendirian kepada setiap individu dan atlet. Buat masa ini Kerajaan Negeri Selangor masih lagi tidak memiliki sebarang fasiliti sukan yang berkaitan dengane-sport.
Ini memandangkan kos pembinaan mahupun penyelenggaraan sukan e-sport adalah pada kadar yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun bagi pelaksanaan kejohanan berskala besar Majlis Sukan Negeri akan menjalankan usaha sama dengan agensi-agensi yang terlibat bagi menyediakan fasiliti mahupun peralatan pertandingan yang bersesuaian dan kompetitif. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Kota Damansara.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan itu tadi. Soalan saya berkenaan dengan e-sport juga sebab kalau kita tengok e-sport ini kebanyakannya dia memerlukan gaming house, kadang-kadang dibuat di kawasan perumahan, kadang-kadang dibuat di kawasan perindustrian. Walau bagaimanapun di peringkat bawah, ground kebanyakannya, gaming house ini dia tak ada regulated maksudnya dari peringkat PBT dia orang sendiri
nak buat gaming house, dia orang tak boleh nak dapatkan lesen. Ini akan ada masalah sebab bila di bawah tengah banyak team tengah tumbuh. Lagi banyak team tumbuh lagi banyak talent pool kita dapat collect. Tapi walau bagaimanapun dia ada kekangan yang mana gaming house ini tak dapat dibuka secara legal. Jadi dia orang terpaksa buat secara illegal dan ini juga boleh menjadi masalah di masa hadapan. Dan yang kedua saya ingin mengucapkan tahniah kepada Selangor Red Giants, saya selalu tengok dia orang punya live dan dia orang telah layak ke play off dan kita doa-doakan untuk layak ke separuh akhir.
Kota Anggerik.
Ya, terima kasih Kota Damansara, sememangnya betul apa yang Kota Damansara sedang utarakan. Memang di peringkat belia sekarang ini banyak yang cuba mewujudkan gaming house ataupun pusat untuk mereka berlatih sukan e-sport. Walau bagaimanapun kita masih lagi belum ada polisi ataupun dasar yang berkenaan pusat e-sport ini melainkan kita ada pusat cyber cafe sebelum ini ataupun isu yang sebelum ini dibangkitkan oleh Gombak Setia tentang pusat snuker. Jadi kita dalam proses untuk meneliti segala masalah ini baik di peringkat pusat snuker dan juga gaming house untuk kita rangka bersama-sama dengan pihak PBT penyelesaian dan kaedah terbaik untuk kita memastikan program-program latihan atau pun atlet-atlet, bakat-bakat muda e-sport ini dapat dijalankan dengan baik di masa akan datang.
Ya Semenyih.
Okay, soalan tambahan, terima kasih Y.B. EXCO di atas jawapan yang diberikan. Berdasarkan jawapan yang diberikan tadi saya faham peruntukan itu lebih menjurus kepada pendidikan dan pendedahan awal kepada anak-anak dan peruntukan menganjurkan kejohanan. Saya percaya ia masih menjadi fenomena global dan boleh menjana pendapatan negara dan negeri, Soalan saya sejauh manakah usaha dan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan anak-anak muda ini bukan sekadar menjadi pemain tetapi bagaimana benar-benar mampu bukan setakat dapat hadiah daripada game yang dianjurkan tetapi bagaimana menjadi pengusaha atau pun kita kata setidak-tidaknya dapat mengurangkan kos pengangguran, dapat membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semenyih, sememangnya e-sport ini sekarang waktu kita lihat perkembangan di peringkat awal sekitar 2014, 2015 di mana e-sport ini dilihat sebagai salah satu segmen ataupun bidang
yang ketika itu persepsinya tidak mendatangkan apa-apa faedah. Maksudnya orang melihat belia ini main game tidak dapat apa-apa manfaat tetapi 10 tahun lepas Selangor sebagai salah sebuah negeri, satu-satu negeri yang menerajui perkembangan e-sport ini dan daripada penganjuran-penganjuran program yang kita laksanakan seterusnya dapat mencungkil dan menggalak potensi-potensi ataupun bakat-bakat sekarang ini yang merupakan antara juara di peringkat antarabangsa dan sememangnya di antara mereka ini dapat menjana pendapatan daripada menjadi pemain e-sport. Walau bagaimanpun ia agak exclusive kelompok yang terlibat di dalam e-sport ini bukan bersifat masa, bukan bersifat menyeluruh maksudnya bidang e-sport ini masih belum boleh lagi disebut sebagai salah satu bidang sukan yang boleh sustain dengan izin menjana pendapatan secara tetap, secara berterusan. Walau bagaimanapun , kita di peringkat Kerajaan Negeri memang sedang merangka program ataupun pendekatan yang mana kita tidak mahu melaksanakan program pembangunan e-sport itu lebih kepada one-off ataupun kita buat program mereka datang main, dapat hadiah dan habis begitu sahaja, yang kita nak buat ialah kita nak train mereka, latih dan seimbangkan penglibatan mereka dalam program-program e-sport ini dengan akademik mereka. Jadi di peringkat Kerajaan Negeri melalui Selangor Red Giants di bawah Persatuan Bola Sepak Selangor memang diwujudkan program sebegini dan kita memberikan komitmen untuk menyokong program ini kerana ia bersifat mencungkil bakat di peringkat akar umbi tapi pada masa yang sama kita pastikan mereka ini tidak ketinggalan atau pun tercicir dari segi akademik dan mungkin mereka ini yang sebelum ini tercicir dari segi akademik ada bakat, ada potensi di dalam bidang e-sport kita akan bantu dari segi mendedahkan mereka kemahiran-kemahiran teknikal yang boleh menambah baik dan memperdayakan mereka dari segi sahsiah dan kualiti hidup. Terima kasih.
Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Kota Damansara nombor 29.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 29. Anak Selangor Anak SihatQuestions
29. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah jangka masa panjang kerajaan terhadap program asas ini?
b)
Adakah kerajaan ingin bekerjasama dengan JKM bagi memastikan anak-anak ini cukup nutrisi?
c)
Berapakah budget bagi menjalankan program ini?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Soalan yang ditanyakan adalah apakah jangka masa panjang kerajaan terhadap program ASAS ini? Adakah kerajaan ingin bekerjasama dengan JKM bagi memastikan anak-anak ini cukup nutrisi dan berapakah budget atau pun belanjawan yang digunakan bagi menjalankan program ini? Program Pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor untuk Program Anak Selangor Anak Sihat atau pun lebih dikenali sebagai ASAS adalah untuk mengurangkan isu malnutrisi kanak-kanak dan perkara ini boleh dicapai melalui pengurusan data status pertumbuhan dan pemantauan kanak-kanak secara lebih sistematik dan efisien melalui aplikasi SELangkah serta penghasilan garis panduan bagi kesihatan kanak-kanak Negeri Selangor. Jadi buat masa ini pengurusan data sedang dalam proses pembangunan dan dijangka siap pada sekurang-kurangnya pada akhir tahun ini. Dan Kerajaan Negeri Selangor juga sedang dalam peringkat pelaksanaan penubuhan Hub ASAS di setiap DUN yang akan diselaraskan oleh Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor atau yang lebih dikenali sebagai SUKA. Melalui Hub ASAS ini, kanak-kanak akan menjalani proses saringan sebelum diberikan bantuan bakul makanan dan proses pemantauan akan dilaksanakan selama enam (6) bulan untuk menilai kadar perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut. Dan selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor juga telah laksanakan penambaikan di mana kita telah wujudkan karnival ASAS di sembilan daerah Negeri Selangor dengan tujuan untuk meningkat kesedaran di dalam kalangan ibu-bapa dalam penyediaan makanan bernutrisi untuk anak-anak dan pada ketika ini Kerajaan Negeri dalam proses menyelaraskan semua pelaksanaan program ini untuk memastikan pencapaian yang lebih efektif. Bertanyakan tentang kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kerajaan Negeri Selangor semestinya bersedia untuk bekerjasama dengan Kebajikan Masyarakat daripada aspek pelaksanaan program dan data berkaitan namun tertakluk kepada perbincangan lanjut di antara dua pihak supaya kerjasama strategik dapat dijalankan secara tersusun dan berkesan dan peruntukan untuk Program ASAS ini ialah sebanyak RM700,000 dan ini telah diperuntukkan untuk Program ASAS bagi tahun 2024.
Soalan tambahan.
Kota Damansara.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Soalan saya begini, mengikut data menujukkan 70 % kanak-kanak di Asia ini terbantut, jadi kalau di Malaysia kita tengok umur yang terbantut ini bermula pada umur 5 tahun sehingga 19 tahun, cuma program ASAS yang perlu dijalankan ini, ia memberikan kepada kanak-kanak yang bermula seawal umur 2 tahun sehingga umur 16, 12 tahun. Maaf, 12 tahun. Cuma saya ingin mencadangkan kepada pihak EXCO untuk intervensi ini di peringkat kerajaan ini dimulakan dengan yang mana umur 4 tahun sehingga 7 tahun sebab ini adalah waktu yang kita panggil paling kritikal sebab kita tak nak anak-anak kita khususnya di Negeri Selangor ini bila kita kekurangan nutrisi, mereka terbantut menyebabkan mereka tidak mempunyai kebijakan dan maknanya talent pool yang ada di Negeri Selangor akan menjadi makin kurang. Cuma saya minta apakah perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menambah baik dari segi umur yang bersesuaian dan makanan apa yang akan di provide kepada mereka ini sebab kita tahu RMT pun ada juga di provide oleh Kerajaan Pusat cuma di peringkat Kerajaan Negeri kita intervensi dari sudut sedikit apakah sarapan pagi, makan tengah hari atau malam, yang mana kita akan cuba bantu pada kanak-kanak yang kurang nutrisi ini.
Ya, Yang Berhormat Bandar Utama.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Kita akan melihat kembalilah cadangan umur 4 sehingga 7 tahun itu memang dia terlingkung di dalam umur sasaran kanak-kanak di bawah program ASAS ini iaitu seperti yang saya katakan tadi umur 2 tahun sehingga 12 tahun dan biasanya apabila kita approach ataupun bertinteraksi dengan ibu bapa yang tergolong di dalam kanak-kanak kekurangan nutrisi ini, ini berdasarkan kekurangan berat badan ataupun berdasarkan apabila kita turun ke padang, kita menjalankan proses-proses pemantauan tertentu dan selepas itu kita akan memberikan bakul makanan yang merangkumi makanan bernutrisi sebagai contoh susu tepung dan kadangkala mungkin energy bar juga dan cereal untuk mereka yang hendak pergi ke sekolah dan sebagainya. Jadi makanan itu memang kita pantau berdasarkan nutrisi yang ada dan bagaimana kesenangan untuk ibu bapa untuk prepare dengan izin ataupun menyediakan makanan itu ketika kanak-kanak hendak ke tadika atau pun sekolah dan sebagainya. Dan juga seperti yang dikatakan memang betul JKNS juga dia mempunyai lebih daripada 10 program yang berkaitan, cuma di bawah ASAS ini tujuan utama antaranya adalah untuk dijadikan pilot cases supaya Kerajaan Negeri mempunyai data yang tersendiri dan juga pilot cases itu kemudian kita pun ada melaksanakan Karnival ASAS supaya kita memahami apa isu yang ada untuk ibu bapa ini sebab kadangkala dia bukan setakat isu tidak berkemampuan. Itu adalah banyak tanggapan orang awam bahawa ibu bapa ini mereka tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi kadangkala ia juga berkenaan dengan pekerjaan ibu bapa. So mungkin ada segolongan parents yang mempunyai
pekerjaan yang memerlukan masa yang lebih banyak ketika kerja dan mereka tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menyediakan makanan yang berkhasiat. Oleh kerana itu ketika Karnival ASAS kita juga menyediakan pakar untuk memperjelaskan apakah jenis makanan yang berkhasiat namun boleh disediakan dalam jangka masa yang singkat supaya dia ibu bapa boleh menukar orang kata cara penyediaan makanan dan sebagainya.
Yang Berhormat Teratai.
Yang Berhormat, soalan saya nombor 30.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Penyelenggaraan CerunQuestions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk memastikan kawasan-kawasan cerun di sekitar Selangor di selenggara dengan baik?
b)
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan pihak pemaju untuk mengatasi masalah cerun, terutamanya di dalam kawasan Teratai?
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Yang Berhormat Teratai, Yang Berhormat Speaker. Teratai bertanyakan soalan berhubung dengan perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam menguruskan kawasan-kawasan bercerun di sekitar Selangor dan juga perancangan dari segi kerjasama dengan pihak pemaju untuk mengatasi isu pengurusan cerun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur dipertanggungjawab untuk menangani serta menguruskan berkaitan dengan isu-isu runtuhan cerun di Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh EXCO Infrastruktur sendiri. Susulan daripada terdapat terlalu banyak kes-kes ataupun aduan berhubung dengan isu-isu keruntuhan cerun terutama apabila berlaku banjir besar yang berlaku pada 2021 yang lepas, jadi jawatankuasa ini telah dibentuk sebagai medium perbincangan dan penyelarasan serta merangka strategi dan tindakan yang wajar secara bersepadu dalam kita menguruskan cerun yang ada di seluruh Negeri Selangor dengan lebih sistematik.
Jawatankuasa ini yang di urusetiakan oleh Seksyen Makro dan Penswastaan UPEN, dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Mineral dan Geosains, yang dua ini adalah yang paling ulung unggul dalam menguruskan cerun ini dan juga Pihak Berkuasa Tempatan PBT dan juga Pejabat Daerah dan Tanah. Terdapat dua kaedah pengurusan cerun ini yang diamalkan oleh JKR dan JMG, yang JKR ini dia lebih menumpukan linear base iaitu dia mengikut laluan atau jajaran jalan-jalannya atau cerun yang sudah ada di kiri dan kanan jalan, itu secara linear base yang diuruskan oleh pihak Cawangan Cerun JKR Malaysia dan juga JKR Negeri Selangor dan mereka juga sekarang sedang dalam proses melengkapkan penyediaan pelan, bahaya dan risiko linear base bagi jalan-jalan di Negeri yang masih di bawah tanggungjawab JKR Selangor.
Masih lagi ada penambahbaikan dari segi memang dah ada tetapi masih ada yang perlu diperincikan untuk mengenal pasti cerun-cerun yang berpotensi membawa bahaya di jalan-jalan sekitar jalan JKR di Negeri Selangor dan kita telah panjangkan perkara ini juga kepada pihak PBT terutama PBT-PBT yang berada di daerah Hulu Langat, Hulu Selangor dan Gombak. Itu melibatkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan yang terbaru ini Majlis Bandaraya Subang Jaya juga termasuk disebabkan dia berlaku beberapa kes cerun. Dan juga di bawah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) ini mereka pula merangka pelan bahaya dan risiko ini berdasarkan kepada area keluasan kawasan. Dia tidak ikut jalan, dia ikut kawasan. Itu disediakan oleh JMG. Jadi kombinasi dua ini membantu kita dalam menguruskan atau mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi dari segi keruntuhan cerun dan sebagainya. Penilaian bahaya dan risiko bencana geologi tanah runtuh secara alibi ini lebih terperinci ini menjadi satu keperluan bagi mengurangkan impak yang lebih besar dalam bangunan. Ia turut mengaplikasikan teori penggunaan teknologi LiDAR dan interpretasi geospatial dalam penghasilan peta-peta pengurusan bahaya dan risiko cerun. JMG juga turut mempunyai Sistem Nasional Geospatial Train dan Slope Information System yang mempunyai maklumat lengkap berhubung berkenaan dengan cerun-cerun serta terdapat maklumat yang penting di kawasan terbabit untuk tujuan pembangunan. Semua ini dikongsi di bawah jawatankuasa ini termasuk pengurusan cerun itu sendiri. Apa yang kita dapati dari segi penyelenggaraan cerun ini adalah satu sistem yang telah diamalkan dan dilaksanakan oleh pihak JKR Cawangan Cerun, Cawangan Jalan yang telah kita laksanakan dan kita telah minta semua pihak PBT terutama yang saya sebut lima tadi itu untuk menggunakan mengadaptasikan kaedah penyelenggaraan cerun ini untuk mengelakkan daripada perkara ini dari menjadi lebih serius. Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan-kawasan cerun di sekitar Selangor di selenggara dengan baik dengan membuat pemantauan dan pemeriksaan cerun ini secara berjadual dan berkala. Itu dia punya keyword. Berjadual dan Berkala. Sekiranya hasil pemantauan mendapati terdapatnya tanda-tanda awal kegagalan cerun di satu kawasan lokasi cerun maka
tindakan pembaikan dan penyelenggaraan akan dilaksanakan secara lebih intensif. Soalan bahagian kedua pula berhubung dengan pembangunan kawasan-kawasan baru yang ada cerun di dalamnya. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa bekerjasama dangan pihak pemaju dalam isu cerun di mana semua cadangan pembinaan di kawasan lereng bukit terutama kelas tiga dan kelas empat ini akan dibuat melalui Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor atau PLANMalaysia Selangor. Mereka bersama jawatankuasa teknikal yang lain untuk memastikan sebarang pembangunan kawasan yang melibatkan kawasan tanah tinggi atau kawasan sensitif ini memenuhi spesifikasi dan kriteria yang telah ditetapkan. Beberapa ketetapan telah digariskan untuk mengatasi masalah cerun iaitu Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan notis arahan tindakan atau surat arahan kepada pemilik tanah atau pemaju yang mempunyai tanah bercerun untuk memastikan pemilik tanah menyelenggara cerun dalam tanah masing-masing. PBT juga telah menetapkan syarat-syarat tertentu kepada pemaju yang berhasrat untuk membangunkan tanah-tanah yang bercerun untuk memastikan pembangunan di tanah cerun ini adalah selamat. Di samping itu juga, bagi aspek penyelenggaraan kawasan cerun di bawah pemaju lot individu adalah tanggungjawab pemaju sendiri manakala aset cerun yang didaftarkan di bawah MARRIS akan di selenggara oleh pihak JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Teratai.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada soalan tambahan tentang cerun. Bagaimana risiko kegagalan cerun di nilai dan diuruskan dan juga apakah langkah-langkah kecemasan yang telah disediakan sekiranya berlakunya kegagalan cerun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Itu yang saya sebutkan tadi dalam kaedah pemantauan pengurusan cerun ini kita menyediakan peta risiko itu akan menentukan kemungkinan-kemungkinan mana akan boleh berlaku. Tetapi kita kena faham bahawa kegagalan cerun ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita kesan daripada awal. Kadang-kadang tidak ada tanda-tanda langsung macam contoh yang berlaku di Batang Kali dan kita telah buka jalan baru-baru ini. Dia tidak ada menunjukkan tanda keretakan di peringkat permukaan. Dia berlaku hanya kegagalan di tapak di kaki dia. Ini antara perkara-perkara yang amat sukar untuk kita kesan. Kita menyediakan pelan ini supaya kita lebih mengenal pasti sama ada secara linear atau area untuk mengenal pasti kemungkinan tinggi boleh berlaku. Itu
sahaja. Kecuali di mana cerun-cerun yang sedia ada memang mempunyai tanda-tanda keretakan retention crack atau sebagainya itu memang kita pantau. Macam di MPAJ sendiri dia ada lebih daripada 352 cerun yang dipantau. Ini yang dah dipantau dan mempunyai kesan-kesan sama ada sikit atau besar itu soalan lain. Tapi memang ada kesan dan dipantau. Dan ada banyak lagi kawasan cerun lain yang tidak kita nampak ada kesan. Sebab itu adalah satu perkara yang agak sukar tetapi kita tidaklah menafikan keperluan itu untuk menyediakan pelan daripada peta bahaya dan risiko ini kita dah boleh kenal pasti yang mana kemungkinan akan berlaku dan kita akan laksanakan kaedah pengurusan yang saya sebutkan tadi yang telah disediakan oleh pihak JKR. Dia ada kaedahnya dari segi nak menyelenggara, memantau, nak pasang alat apa untuk menyukat keretakan. Ini semua dah ada SOP dan perlu dilaksanakan. Dan memang dah dilaksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Dengan nama kawasan Bukit Gasing tentunya banyak kawasan bercerun di dalam kawasan DUN saya. Saya ingin bertanya Yang Berhormat dengan kebanyakan cerun di kawasan DUN Bukit Gasing terletak di tanah persendirian tetapi di tepi jalan raya di mana kenderaan awam lalu di mana orang berjalan kaki di tepi cerun macam mana pemantauan Kerajaan Negeri terhadap cerun-cerun di tanah swasta tetapi bersebelahan dengan jalan raya dilakukan supaya kita dapat buat prevention sudah berlaku beberapa kali tanah runtuh di mana bila runtuh yang terkena orang awam bukan pemilik tanah. Pemilik tanah tak ada apa-apa sebab tanah itu tanah kosong. Yang terkena orang awam. Jadi macam mana pemantauan kerajaan terhadap cerun sebegini.
Itu yang saya sebutkan tadi bahawa bukan ada satu kaedah setakat yang saya temui, tidak ada satu kejadian di mana berlaku daripada kawasan private sahaja atau berlaku yang kerajaan punya sahaja. Dia akan berlaku kombinasi. Apa yang berlaku di Selayang dan di Kemensah Height ia berlaku di kawasan private tapi akhirnya masuk ke kawasan yang diselenggara oleh pihak kerajaan sendiri di bawah JPS, contohnya atau pihak JKR, pihak PBT. Ini berlaku memang begitu. Sebab apa?. Apabila berlaku mudflow ataupun berlaku keruntuhan ini dia akan meliputi beberapa kawasan. Dan biasanya dia akan meliputi kedua-dua kawasan. Jadi apa yang kita telah putuskan bahawa dalam pembangunan itu dia ada dua kaedah satu dalam nak membangunkan kawasan cerun satu lagi yang dah sedia ada. Yang sedia ada ini yang payah sikit kita nak uruskan. Yang baru kita dah boleh adakan syarat-syarat baru untuk kita kenakan supaya langkah yang ketat. Memang cerun telah tiga empat ni memang
kita tidak biasanya kita tidak benarkan pembangunan yang bersifat pembangunan yang besar. tetapi yang mana sejak ada ini apa yang kita buat iaitu kita mengarahkan dan mengeluarkan arahan kepada bila kita mengesan ada cerun-cerun yang perlu dipantau kita akan mengeluarkan NAT tadi itu Notis Arahan Tindakan kepada pemilik-pemilik ini untuk menyelenggara tempat ini tadi dan kita menyediakan khidmat teknikal untuk membantu mereka dari segi bagaimana nak menyelenggara dan kita dapati beberapa kejadian cerun ini yang sedia ada ini, yang runtuh ini, adalah kerana kegagalan menyelenggara dengan baik. Dia bila berlaku contohnya longkang daripada tingkat itu berlubang air masuk dan berhimpun di situ itu menyebabkan kelemahan struktur tanah. Ini yang berlaku di Bukit Permai. Contohnya. Jadi ini kejadian ini berlaku kerana tidak di selenggara dengan baik dan sempurna akhirnya membawa kepada keruntuhan. Ini melibatkan dua tanah persendirian atau tanah kerajaan. Dua ini kita kena uruskan bersekali. Kita bagi arahan dari semasa ke semasa supaya pihak tuan tanah menyelenggara kawasan mereka untuk memastikan cerun ini dijaga dengan baik. Terima kasih.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Morib.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 31.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 31. PerparitanQuestions
31. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status dan kajian yang telah dibuat oleh pihak JPS terhadap sistem perparitan sepanjang Jalan Sultan Alam Shah Kanchong Darat?
b)
Adakah peruntukan akan diberi untuk menaiktaraf sistem perparitan di sepanjang jalan ini?
c)
Apakah ketetapan penyelenggaraan parit-parit yang tidak bertuan?
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Berderet-deret pula ya. Jadi Morib bertanyakan soalan berhubung dengan isu status longkang yang diuruskan oleh JPS terhadap sistem perparitan di sepanjang Jalan Sultan Alam Shah Kanchong Darat dan apakah peruntukan yang diberikan untuk menaik taraf sistem perparitan ini dan bahagian (c) apakah ketetapan penyelenggaraan parit-parit yang tidak bertuan. Saya mungkin yang bahagian (c) akan jawab bersekali dengan penggulungan dan tak perlu nak ulang isu parit tak bertuan. Saya akan jawab di sini. Yang pertama, Untuk makluman Yang Berhormat, Jalan Sultan Ahmad Shah, Kanchong Darat merupakan Jalan Persekutuan sebenarnya (FT05). Jadi tanggungjawab itu memang saya dah sebut berkali-kali ini Jalan Persekutuan ini di bawah JKR Malaysia tetapi kita tetap membawa isu-isu berkaitan dengan Jalan Persekutuan ini untuk kita uruskan dan sediakan peruntukan. Biasanya kalau melibatkan federal kena mohon peruntukan. Jadi sebab dia tidak tertakluk dia bawah MARRIS. Kalau negeri kita ada MARRIS, lebih mudah kita uruskan. Yang keduanya jalan-jalan persekutuan ini paritnya adalah di bawah JKR, bukan di bawah JPS. Tapi kenapa berlaku tidak diuruskan dengan baik. Ini adalah isu teknikal. Ini berpuluhan tahun. Bukan nak bagi alasan cuma nak cerita. Di bawah JKR kalau longkang jalan yang melebihi 1.2 meter lebar dia tidak akan uruskan. Itu di luar skop dia. Jadi benda itu pihak JPS di minta untuk buat. Tapi JPS kata ini bukan parit dia. Itu antara perkara yang termasuk dalam parit yang tidak bertuan ini yang perlu diuruskan di peringkat ini bukan sahaja berlaku di negeri Selangor. Ia berlaku di seluruh negara dia mana berlaku sedikit isu teknikal dari segi siapa yang nak menguruskan parit ini. Jadi untuk ini, penaiktarafan ini perlu dinaik taraf parit ini atau longkang ini bersekali dengan penaik tarafan jalan itu dan setakat yang saya dimaklumkan pihak JKR Persekutuan yang perkara ini di JKR Malaysia belum ada lagi keperluan untuk menaik taraf jalan ini bahagian ini dan tidak ada lagi permohonan daripada mereka untuk meminta supaya di naik taraf. Dia akan naik taraf jalan bersekali dengan longkang. Itu yang akan berlaku. Jadi kita akan teliti dan tengok bagaimana. Tetapi untuk bahagian (c) ini, untuk tujuan parit tak bertuan ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang ada dalam ini banyak soalan saya dengar dalam ucapan tentang Kajian Separuh Penggal RS-1 banyak menyebut. Untuk makluman, kita ada berita baik yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah mesyuarat penyelarasan isu jalan longkang dan parit tidak bertuan kita telah diluluskan dan mendapat kelulusan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan satu kerja-kerja pembersihan secara one off untuk tahun ini kepada semua parit-parit dan longkang yang tidak bertuan ini peruntukan sebanyak RM5 juta telah diluluskan dalam proses perolehan sekarang. Fasa 1 RM2.5 juta melibatkan 162 kilometer parit ini. Jumlah keseluruhan panjangnya yang di bawah JPS yang dikenal pasti oleh JPS. Yang kedua fasa 2, RM2.5 juta lagi iaitu parit longkang yang dikenal pasti oleh JKR dan PBT dan Pejabat Daerah. Jadi akan dilaksanakan secara berfasa dan akan disiapkan sebelum menjelang monsun kita pada bulan Oktober nanti. Maknanya dalam proses perolehan sekarang di bawah peruntukan cerun dan parit sebanyak RM5
juta. Itu yang pertama kita akan laksanakan dan lulus dan dalam proses untuk kita mengenal pasti keseluruhan lebih dari 300 kilometer. Fasa pertama 162 kilometer. Pelbagai jenis longkang dan parit di bawah pelbagai jabatan dan agensi yang saya sebutkan tadi. Yang keduanya adalah kita akan menyiapkan dan mendapat syor yang telah diluluskan untuk menyiapkan kertas dasar berhubung dengan siapa hendak diserahkan nanti longkang dan parit tidak bertuan ini supaya dia ada tuan. Itu tujuan. Kena ada tuan akhirnya sebelum akhir tahun ini kita kena sediakan supaya bajet dapat disediakan tahun depan untuk mereka uruskan secara berkala. Terima kasih.
Ya Morib.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Nampak berita baik. Jadi saya harap bolehlah bukan sahaja di Morib tapi di seluruh Selangor jadi tidaklah ada Yang Berhormat lain yang akan rasa iri hati. Jadi soalan tambahan saya. Apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat EXCO berkenaan kepayahan untuk menetapkan jalan ini dan oleh sebab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi satu saya rasa bolehlah dimulakan untuk perbincangan dan mendapatkan satu keputusan yang jitu dan tidak perlu ada drag lagi.
Soalan yang saya nak ingin tambah sini, apakah tindakan Kerajaan Negeri berkenaan sistem perparitan yang berkawasan rendah yang mengakibatkan banjir kilat sebab kawasan rendah itu apabila sampai ke aduan JPS tidak boleh buat apa tidak boleh korek sebab kawasan rendah jadi itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Untuk makluman memang ini yang kita kenal pasti Menteri yang dekat dua tahun kita buat ini memang untuk meliputi keseluruhan Negeri Selangor itu memang yang pertama dan yang kedua yang ditanya tadi ialah memang saya sentiasa berhubung dengan pihak Persekutuan dengan Menteri Sendiri dengan Dato’ KSU sendiri untuk memaklumkan mengenai keperluan untuk bertindak dengan lebih cepat dan juga JKR sendiri Malaysia bertindak dengan lebih cepat dengan peruntukan mencukupi bagi menguruskan Jalan-jalan Persekutuan yang ada di Negeri Selangor. Ini keperluan itu saya sentiasa ingatkan ini bukan kali pertama boleh dikata saban kali kalau bertemu dengan mereka dan juga buat lawatan hormat kepada menteri yang berkaitan dan juga kepada ketua pengarah saya mengingatkan keperluan itu untuk menyediakan peruntukan dan juga tindakan cepat. Jadi banyak Jalan-jalan Persekutuan dan saya juga ada berbincang dengan pihak JKR keperluan untuk beberapa jalan saya akan sebut nanti dan masih dalam perbincangan untuk kita ambil alih di bawah Negeri makna kena di gazette, dinyah wartakan dahulu Jalan Federal untuk dijadikan Jalan Negeri. Itu saya tengah dapati termasuklah Jalan Hamzah Alang di Meru yang terlalu serius yang telah banyak kali kita
timbulkan tapi masih belum ada penyelesaian, kita mencadangkan supaya di nyah wartakan daripada Jalan Persekutuan untuk dijadikan Jalan Negeri. Ini kaedah-kaedah yang kita kena ambil tapi bukan semua jalan kita akan tengok supaya bila di nyah wartakan kita boleh didaftarkan di bawah MARIS untuk kita peruntukan. Tentang berhubung dengan soalan tentang longkang kawasan rendah ini macam ini sebab itu saya selalu sebut di dalam Dewan ini adalah di pihak JPS dia sediakan PISMA, Pelan Induk Saliran Mesra Alam yang telah siap di banyak tempat. PISMA bukan untuk kegunaan JPS sahaja, ini kegunaan untuk keseluruhan pihak yang berkaitan dengan air pengurusan air sebab dia akan mengenal pasti bila siap kajian itu dia akan menunjukkan kelemahan ataupun kekurangan yang ada pada sistem saliran parit. Mana yang kecil, mana yang rendah, yang mana yang tidak bersambung dengan baik, dia kenal pasti itu. Daripada situ kita akan laksanakan tindakan untuk menaik taraf atau membetulkan sistem saliran tetapi tidak semua kawasan yang siapa macam Kuala Langat saya tahu sudah ada, Sepang dan beberapa buah tempat di Klang sudah ada. Kita berterusan melaksanakan PISMA ini. Ini yang akan di siapkan dalam berterusan dan itu akan digunakan sebagai panduan kalau tidak kita tidak tahu parit mana tinggi parit mana rendah ada yang parit yang rendah kepada tinggi ia tidak akan mengalir air ada yang tidak cukup saiz dan sebagainya ini akan dikenal pasti oleh PISMA ini. Ini telah beberapa tempat kita sudah buat dan kita akan terus buat dan laksanakan langkah-langkah penaik tarafan mengikut kesesuaian ini. Terima kasih.
Paya Jaras.
Tuan Speaker soalan saya 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Status Pemilikan Tanah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Saujana UtamaQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status semasa pemilikan tanah tapak PPDK ini?
b)
Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk membangunkan tanah ini?
c)
Adakah tanah ini boleh diserahkan kepada persatuan penduduk berhampiran bagi tujuan pembangunan dan pengurusan PPDK?
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Berkaitan Status Pemilikan Tanah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Saujana Utama, untuk Makluman Yang Berhormat, Pusat Pemulihan dalam komuniti Saujana Utama terletak di tapak PT 5044 Jalan Lili 2, terdahulu pemaju telah membina sebuah unit rumah contoh di atas tapak berkeluasan 0.172 ekar tersebut. Berdasarkan semakan tapak tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan untuk tujuan tapak tadika dan dikawal selia oleh Jabatan Perpaduan. Soalan berkaitan Kerajaan Negeri, Rancangan Kerajaan Negeri membangunkan tanah ini sehingga kini tiada sebarang permohonan atau cadangan untuk membangunkan tadika di atas tapak tanah tersebut dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Oleh sebab PPDK Saujana Utama telah beroperasi selama 12 tahun dengan kapasiti 50 orang pelatih orang kurang upaya ataupun OKU dan 9 orang guru, Kerajaan Negeri berhasrat agar PPDK meneruskan operasi di tapak tersebut. Untuk rancangan seterusnya, PPDK diuruskan oleh usaha bersepadu Jawatankuasa PDK yang dilantik dalam kalangan komuniti setempat dan diselia pelaksanaannya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala tapak yang dimaksudkan di bawah kawal selia Jabatan Perpaduan. Oleh itu sebarang cadangan pembangunan di tapak tersebut tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan mengikut peraturan dan tatacara berkuat kuasa. Terima kasih.
Soalan Tambahan. Terima kasih kepada EXCO yang telah menjawab dan saya puas hati minta perkara ini diberi perhatian kerana jumlah pemohon yang hendak belajar adalah sangat tinggi dan maksimum 50 sahaja. Kalau boleh diberi perhatian supaya PPDK ini diberikan status yang lebih baik dan lepas ini saya akan mohon buat surat rasmi kepada pihak EXCO untuk mohon supaya tanah ini dapat di gazette kan sebagai tanah yang untuk PPDK. Soalan tambahan saya ialah PPDK ini agak kekurangan dan satu tempat di Sungai Buloh satu lagi di kawasan Saujana Utama. So adakan Kerajaan Negeri boleh memberikan bantuan kepada baik pulih PPDK seperti bumbung yang telah rosak adanya anai-anai dan juga barang keperluan lain itu yang utama dan kalau mereka hendak mohon apakah proses yang perlu diberikan yang perlu dibuat oleh PPDK ini untuk permohonan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan untuk makluman Yang Berhormat. PPDK adalah di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi Persekutuan yang mempunyai jadual kongsi bersama Negeri yang mana untuk bantuan pada infra adalah di bawah kuasa Persekutuan. Pun begitu terdapat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor untuk membantu dari segi sokongan kebajikan kepada guru-guru dan penyelia PPDK. Ini sedang kami
pertimbangkan dan untuk bantuan berkaitan infra saya kira permohonan tersebut boleh di perhalusi sekiranya boleh diselaraskan dengan JKM Negeri untuk bantuan tersebut memerlukan sebarang peruntukan daripada Persekutuan.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan Pelabuhan Klang nombor 33.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 33. Projek Pembaikan Bumbung Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan KlangQuestions
33. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status terkini permohonan pembaikan bumbung di Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang?
b)
Bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Soalan yang diajukan adalah apakah status terkini permohonan pembaikan bumbung di Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah Pelabuhan Klang dan kedua bilakah projek tersebut akan dilaksanakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah membuat permohonan kepada Jabatan Perumahan Negara, KPKT melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) pada tahun 2024 dan pihak Pengurusan Negara melalui surat bertarikh 14 Februari 2024 telah meluluskan pembaikan bumbung bagi kedua-dua Blok A dan B. Proses perolehan bagi kerja-kerja menaik taraf sedang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK). Kenyataan tawaran sebut harga telah diiklankan melalui laman web rasmi MBDK pada 3 Mei 2024 dan telah tamat pada 21 Mei 2024 dan pihak MBDK sedang dalam proses penilaian tersebut bagi kerja-kerja baik pulih Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah dan dijangka proses ini untuk pelaksanaan akan bermula pada bulan Julai 2024. Kami
berharap dengan terlaksananya program kerja-kerja baik pulih bumbung ini akan menceriakan lagi penduduk Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah Pelabuhan Klang. Insya-Allah.
Ya Pelabuhan Klang teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Sepat atas jawapan dan juga kelulusan pembaikan bumbung Pangsapuri Taman Teluk Gedung Indah yang dijangka dilaksanakan pada bulan Julai, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor. Selain daripada masalah kerosakan bumbung di Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah ini ia juga berhadapan dengan masalah pemendapan tanah. Apakah status kajian pemendapan tanah tersebut dan apakah tindakan yang selanjutnya bagi mengatasi masalah pemendapan tanah di Pangsapuri Taman Telok Gedung Indah?
Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang di atas soalan tambahan. Kajian awal dapati tiada masalah pemendapan pada struktur bangunan pangsapuri tersebut sebaliknya masalah tersebut adalah disebabkan oleh saluran air bumbung yang rosak yang sebelum ini tidak dapat diperbaiki dan kita harap dengan pembaikan bumbung ini akan menyelesaikan masalah ini dan pihak Pesuruhjaya Bangunan ataupun COB Majlis Perbandaran Diraja Klang telah dan sedang mengadakan perundingan dengan pihak pemaju Tetuan Land Developement Sdn. Bhd. untuk kajian berkenaan status tanah dan pembaikan kerosakan tersebut. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Pelabuhan Klang walau bagaimanapun susulan kajian permohonan pembaikan bumbung telah diluluskan di bawah KPKT bagi mengatasi masalah kebocoran dan isu tanah tersebut. Jadi pihak PBT akan memantau keadaan dengan lebih lanjut setelah pembaikan bumbung disiapkan nanti. Jadi saya memberi faktor tanah di kawasan perumahan ini Yang Berhormat merupakan satu juga tanah paya yang sebelum ini turut mempengaruhi masalah di Pangsapuri Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Pelek. Tekan mic Kota Kemuning.
Tuan Speaker, 24(2). Saya mengambil soalan bagi Sungai Pelek.
Saya Benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Pengurusan Zon BersihQuestions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah kemajuan pencapaian dan keberkesanan Zon Bersih bagi setiap PBT di Negeri Selangor pada 2024?
b)
Apakah kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan Zon Bersih di sesuatu kawasan dan nyatakan langkah-langkah bagi menanganinya?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Sungai Pelek dan Kota Kemuning yang ambil soalan 24(2) yang bertanyakan soalan pengurusan Zon Bersih. Tuan Speaker, pelaksanaan Zon Bersih telah ditamatkan pada tahun 2013. Walau bagaimanapun program ini masih mendapat sambutan yang amat menggalakkan di peringkat PBT di Negeri Selangor contohnya program yang dinamakan semula di MBSA iaitu Anugerah Kejiranan Hijau Zon Bersih Mini dan antara pencapaian yang dikecapi adalah seperti berikut; satu Johan dan Naib Johan Kategori Perumahan Bertanah dan Rumah Bertingkat untuk tahun 2019 dan 2020 Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan. Kedua, Johan Pertandingan Landskap Komuniti Terindah Sempena Hari Landskap Negara 2020 dan yang ketiga Anugerah Khas Yang Berhormat Menteri Wilayah 2019. Antara kekangan pelaksanaan Zon Bersih adalah kurangnya kerjasama, penglibatan dan kesedaran awam daripada komuniti setempat justeru itu pihak PBT menyasarkan Zon Bersih dengan melaksanakan program bersama penduduk setempat bagi menggalakkan dan memupuk semangat kekitaan di samping itu antara usaha lain adalah dengan mengadakan sesi taklimat kepada kumpulan sasar serta membuat hebahan seperti pengedaran risalah bagi memaklumkan kepada penduduk setempat mengenai kesedaran penjagaan alam sekitar dan kemudahan awam. Sekian, terima kasih.
Permatang.
Hebat langkah panglima soalan saya nombor 35.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 35. Wifi Smart Selangor Di Luar BandarQuestions
35. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Adakah program Wifi Smart Selangor yang dirancang untuk memberi liputan internet percuma turut dilaksanakan di luar bandar?
b)
Apakah kekangan yang dihadapi oleh kerajaan untuk melaksanakan program ini di kawasan luar bandar terutama sekali di DUN Permatang?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pematang bertanya mengenai wi-fi Smart Selangor luar bandar. Ada dua bahagian, bahagian pertama adakah program wi-fi ini dirancang untuk dilaksanakan di luar bandar?. Program W-iFi Smart Selangor telah pun dilaksanakan di bandar dan di luar bandar bermula tahun 2012 lagi. Namun Kerajaan Negeri sedang dalam mengkaji semula program wi-fi Smart Selangor ini memandangkan penggunaan wi-fi di kebanyakan tempat kurang memberangsangkan. Kerajaan Negeri menerusi Smartsel Sdn. Bhd. senang meneliti semula tahap perkhidmatan baru yang wajar diberikan dan juga kaedah pembiayaan yang lebih mampan untuk meneruskan perkhidmatan ini. Untuk wi-fi percuma di kawasan Permatang terdapat 36 AP ataupun access point yang telah dipasang semenjak 2015 lagi yang dipasang di kawasan masjid, balai raya dan perpustakaan. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada AP ini telah di nyah aktifkan bermula 1 Jun 2024 kerana tahap penggunaan wi-fi Smart Selangor oleh rakyat atau penduduk di kawasan tersebut adalah sangat rendah.
Untuk bahagian (b), bertanya mengenai apakah kekangan yang dihadapi untuk melaksanakan program Wi-fi ini di kawasan luar bandar terutama di DUN Permatang? Jawapan nya adalah di antara kekangan dan cabaran yang dihadapi adalah 2. Yang pertama infrastruktur kesalinghubungan ataupun dengan izin connectivity infastructure yang sangat terhad di kawasan luar bandar yang dikenal pasti dapat menyukarkan atau melewatkan pemasangan. Ini adalah kerana pelan infastructure syarikat-syarikat telco kebanyakannya lebih tertumpu kepada kawasan bandar dan berpenduduk padat di atas sebab (ROI) ataupun business case yang lebih menguntungkan. Untuk bahagian yang kedua, untuk teknologi yang berasaskan penggunaan acces point ini, kita mendapati bahawa kita kurang kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai ataupun public area yang menggunakan wi-fi dalam keadaan yang berterusan. Contohnya seperti masjid, perpustakaan, sekolah ataupun pusat-pusat pendidikan ataupun balai raya. Terima kasih.
Yang Berhormat Permatang, silakan.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Pertama sekali mengikut menurut jawapan Yang Berhormat EXCO tadi mungkin kekurangan penggunaan itu saya rasa pada pendapat saya mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun publisiti sendiri berkenaan dengan kewujudan wi-fi Smart Selangor di kawasan saya, di kawasan Permatang. Jadi saya pohon soalan saya kalau boleh, boleh tak saya minta untuk senaraikan semula berikan senarai di mana tempat pemasangan AP itu tadi untuk saya lihatlah. Untuk kita kaji semula kenapa makluman diberikan kekurangan penggunaan sedangkan kami di Permatang kita memang ada masalah berkenaan dengan internet ini tadi. Keduanya, soalan saya ialah bagaimana kami di Permatang kita, saya telah menghantar sendiri saya sendiri telah menghantar beberapa banyak beberapa aduan kepada MCMC sebenarnya berkenaan dengan isu liputan internet di kawasan Dun Permatang. Tapi sehingga kini jawapan yang diterima dan tindakbalasan itu agak mendukacitakan lah masih lagi tidak mendapat jawapan tidak mendapat penyelesaian. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah langkah yang telah Kerajaan Negeri buat bersama dengan MCMC untuk memastikan pembaikpulihan liputan-liputan internet di kawasan di Selangor ini khususnya di kawasan luar bandar.
Baik, Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama senarai untuk AP di kawasan Permatang kita boleh bekalkan secara bertulis. Yang soalan kedua mengenai drop call issue tidak ada liputan dan sebagainya, ini adalah di bawah bidang kuasa MCMC. Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses menyiapkan apa yang kita sebut sebagai Selangor Connectivity Master plan dan di antara perkara yang akan diselesaikan adalah isu-isu drop call ataupun kurangnya liputan internet oleh pembekal di kawasan-kawasan luar bandar. Jadi ini semua sedang dalam proses perancangan yang kita akan laksanakan bersekali juga dengan roll up plan 5G yang bakal disiapkan pada tahun 2025 yang akan datang ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kota Damansara.
Okay. Terima kasih pada Yang Berhormat EXCO. Saya ingin memohon kepada Yang Berhormat EXCO, di kawasan Kota Damansara ini, Masjid Subang Airport dia dah mohon lama dah. Masjid Subang Airport, jadi kawasan situ kawasan Airport jadi capaian Internetnya sangat rendah. Jadi wi-fi ini sangat membantu kepada mereka yang pertama. Yang kedua mungkin kadang-
kadang jumlah penggunaannya sedikit tapi perlu jadi ada kadang-kadang ada setengah tempat tu dia penggunaannya sedikit tapi perlu untuk digunakan, mungkin Kerajaan Negeri boleh tadi bila kata tadi nak dibincangkan balik bagaimana garis panduan mungkin untuk mengambil kira sebahagiannya contoh macam yang tadi saya sebutlah mungkin di masjid setengah kawasan dia tak ramai yang pakai tapi dia perlu. Di perpustakaan pun dia tak ramai tapi dia perlu. Jadi yang ini jangan dikeluarkan hanya semata-mata ikut jumlah yang ramai pemakaiannya. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, saya ambil maklum dan kita akan masukkan.
Sungai Panjang.
Buah Saga, buah nam-nam, soalan 36.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Program Basmi KemiskinanQuestions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kaedah kerajaan menentukan kadar kemiskinan dalam Negeri Selangor?
b)
Apakah status terkini jumlah KIR miskin tegar di Negeri Selangor sehingga Mei 2024?
c)
Agensi manakah yang menentukan KIR masuk dalam golongan miskin tegar?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang dan Tuan Speaker. Ada 3 soalan telah dikemukakan oleh Sungai Panjang tentang program Basmi Kemiskinan. Pertamanya adalah apakah kaedah kerajaan menentukan kadar kemiskinan dalam Negeri Selangor pertama. Kedua, apakah status terkini jumlah KIR maksudnya Ketua Isi Rumah miskin tegar di Negeri Selangor sehingga Mei 2024? Dan ketiga, apakah agensi manakah yang menentukan KIR masuk dalam golongan miskin tegar? Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Sungai
Panjang, kadar kemiskinan ditentukan melalui pendapatan ketua isi rumah, bagi satu keluarga dan garis kemiskinan ditentukan oleh Paras Garis Kemiskinan iaitu PGK. Data KIR miskin dan disiasat dan disimpan oleh sistem e-Kasih. Sistem e-Kasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional yang telah dibangunkan dan diguna pakai oleh Kerajaan bermula tahun 2008 untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan selain mengintegrasikan data dan maklumat ini isi rumah di bawah pendapatan garis kemiskinan. Seterusnya, kemiskinan tegar ditangani melalui Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih yang mana dijadikan rujukan oleh semua agensi pemberi bantuan Persekutuan dan juga Negeri. Bagi memastikan kiraan yang tepat dalam menentukan kategori kemiskinan, ICU JPM juga merujuk kepada jumlah pendapatan per kapita isi rumah iaitu keseluruhan bilangan ahli keluarga yang turut diambil kira yang mana diasaskan kepada formula perkiraan yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Bancian Pendapatan Isi Rumah 2022. Berdasarkan kiraan ini, sesebuah isi rumah akan diklasifikasikan kepada kategori “Miskin Tegar atau Miskin” di dalam Sistem e-Kasih. PGK per kapita semasa di Negeri Selangor adalah Ringgit Malaysia 343 bagi Miskin Tegar dan 768 ringgit bagi Miskin. Soalan B pula Sehingga 31 Mei 2024, seramai 1,434 KIR berstatus miskin tegar telah direkodkan di dalam sistem e-Kasih bagi negeri Selangor. Seterusnya Kerajaan Negeri telah membangunkan Sistem e-Kasih sebagai satu pangkalan data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia dan mengklasifikasikan kepada kategori Miskin Tegar atau Miskin berdasarkan (PGK) semasa melalui proses verifikasi di lapangan. Kriteria penetapan kategori kemiskinan bergantung kepada jumlah pendapatan perkapita isi rumah dan berdasarkan kepada formula perkiraan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Banci Pendapatan Isi Rumah tahun 2022. Data e-kasih dikumpul melalui pendaftaran KIR dan bancian yang dijalankan oleh pembanci yang dilantik oleh ICU Selangor telah ditetapkan di setiap daerah. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan. Agensi yang terlibat dalam menentukan KIR termasuk dalam kategori miskin dan miskin tegar adalah ICU JPM dan di Negeri Selangor di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor iaitu ICU Selangor. Sekian terima kasih.
Ya Sungai Panjang. Silakan.
Soalan tambahan. Sungai Panjang ingin bertanya. Bagaimana di peringkat Kerajaan Negeri Selangor menentukan ketelusan atau tatakelola dalam memilih KIR. Sebab kita mendapat maklumat daripada bawah ada yang
memilih daripada kalangan kenalan-kenalan mereka untuk dimasukkan dalam e-Kasih dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat kerana ada soalan tambahan. Untuk menjawab soalan itu saya rasa kita membuka ruang iaitu sistem e-Kasih adalah sebuah portal rasmi di mana kita boleh mendaftar diri online dan tapisan itu akan dibuat seperti mana saya telah menyatakan adalah ICU dan juga JPM. Tetapi saya melihat, aku bukan nak cakap tuduhan tetapi apa itu maklumat yang telah diberikan Yang Berhormat mungkin kita kena siasat. Kalau ada apa-apa maklumat terperinci tolong tulis kepada pejabat saya supaya saya boleh mengambil tindakan. Terima kasih.
Bandar Baru, Klang.
Terima kasih. Soalan saya Soalan 37.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Industri Penerbangan Di SelangorQuestions
37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah pelaburan kerajaan dapat daripada industri penerbangan dari tahun 2023 sehingga kini?
b)
Berapakah jumlah tenaga mahir diperlukan untuk menampung industri penerbangan?
c)
Apakah langkah-langkah kerajaan ambil supaya tenaga mahir yang dilatih kekal di Selangor?
Tuan Speaker, Pembangunan negeri Selangor sebagai hub utama bagi aktiviti perindustrian di serantau Asia Tenggara khususnya aeroangkasa adalah matlamat Kerajaan Negeri Selangor. Usaha dan strategi pembangunan industri aeroangkasa negeri ini dipacu oleh Pelan Tindakan Aeroangkasa Negeri Selangor 2020-2030. Secara global, industri aeroangkasa dijangka berkembang sebanyak RM2.6 trilion
menjelang 2030, dengan kadar pertumbuhan 5.9% setiap tahun. Perkara ini dapat dicapai dalam rangka pertumbuhan trafik penumpang yang dijangka meningkat sebanyak 6.1% dan penambahan aset kapal terbang syarikat-syarikat penerbangan sebanyak 3.5%. Selangor merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM55.3 bilion pada tahun 2023 yang melebihi sasaran RM45 bilion yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Merujuk kepada rekod kelulusan projek – projek pelaburan yang diluluskan oleh MIDA, projek perkilangan atau sektor pembuatan mencatatkan peningkatan tahun ke tahun iaitu RM19.3 bilion tahun lalu berbanding RM12.2 bilion pada tahun 2022. Sebahagian daripada nilai ini merangkumi pelaburan industri aeroangkasa. Antara projek-projek yang telah dilangsungkan dan sedang dilangsungkan adalah pembangunan untuk pengembangan aktiviti aeroangkasa bagi syarikat seperti Dassault Aviation, Collins Aerospace, Smartlink Engineering, Singapore Airlines Engineering (SIAEC) dan Malaysia Airlines Engineering (MABES). Dengan adanya projek infrastruktur seperti Selangor Aero Park (SAP) yang merupakan antara projek berimpak tinggi di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), ianya dapat menampung permintaan industri melalui infrastruktur yang bakal dibina, sekaligus menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penyelidikan, pembangunan, dan inovasi. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang memperhalusi insentif-insentif terkait industri aeroangkasa untuk pemain-pemain industri yang bakal berada di dalam ekosistem SAP. Hal ini penting, supaya pemain-pemain industri kekal komited untuk menyertai SAP, sejurus mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti untuk rakyat tempatan. Merujuk Rancangan Malaysia Ke-dua Belas (RMK-12) dan juga Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030 (MAIB 2030), jumlah tenaga mahir yang perlu dijana adalah sebanyak 32,000 menjelang tahun 2030 bagi memenuhi permintaan-permintaan dalam industri penerbangan dan aeroangkasa di Malaysia. Sebagai contohnya, syarikat seperti Singapore Airlines Engineering (SIAEC) memerlukan seramai 600 pekerja untuk fasiliti baru yang sedang dibangunkan di Subang dan Malaysia Airlines Engineering (MABES) juga memerlukan sebanyak 300 pekerja untuk tahun ini sahaja. Permintaan ini menunjukkan trajektori yang baik untuk ekonomi aeroangkasa ini Malaysia dan negeri Selangor khususnya. Kerajaan Negeri akan mengambil langkah – langkah yang lebih proaktif dalam usaha membekalkan tenaga mahir dan mempromosikan dan menyediakan insentif kepada belia tempatan untuk melibatkan diri di dalam industri ini. Antara inisiatif Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor supaya tenaga mahir yang dilatih kekal di Selangor adalah dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat aeroangkasa untuk memastikan projek-projek atau work packages berimpak tinggi dan berkualiti diusahakan di dalam negeri Selangor. Antara contoh usaha ini adalah sesi-sesi perbincangan, dan libat urus bersama syarikat-syarikat berkaitan, untuk membawa rantaian bekalan yang berimpak tinggi seperti pembuatan helikopter jenama terkemuka dari Turkiye ke negeri Selangor. Hasil kajian dan sesi libat urus yang telah dilaksanakan, didapati Malaysia adalah hot favourite bagi pelabur-pelabur asing untuk melabur di
rantau Asia Tenggara oleh kerana kefasihan tenaga mahir tempatan dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris. Melalui program Selangor Aerospace Apprenticeship Program (SAAP), Kerajaan Negeri memberi peluang kepada tenaga mahir terutamanya belia yang meningkatkan kemahiran diri melalui latihan-latihan yang disediakan melalui program ini. Kita juga mengekalkan tenaga mahir di negeri Selangor dengan insentif pembiayaan yang diberikan untuk program ini. Program Rumah Selangorku juga membantu tenaga mahir Malaysia untuk tinggal di Selangor untuk memiliki rumah mampu milik. Selangor Aero Park juga akan ada komponen lifestyle dengan penyediaan rumah dan hostel untuk pekerja-pekerja syarikat aeroangkasa di Selangor Aero Park. Namun begitu, walaupun kita berusaha untuk mengekalkan tenaga mahir di Selangor, kita juga tidak menghalang mereka untuk mencari rezeki dan peluang di negeri lain ataupun di rantau ini. Apa yang kita dapat lihat adalah trend tenaga mahir yang bekerja di overseas akan balik ke tanah air dan ke Selangor jua oleh faktor peribadi, keluarga dan kerana Malaysia merupakan tanah air mereka. Terima kasih.
Yang Berhormat sekalian waktu telah menunjukkan jam 11.30 pagi maka dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan usul Nombor 8 Tahun 2024 Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan usul Nombor 8 Tahun 2024 Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya silakan Yang Berhormat Kajang untuk menyambung perbahasan 15 minit. Yang Berhormat Kajang baru sahaja menjalankan rawatan Optometri. Ya silakan 15 minit
Terima kasih Tuan Speaker, Kajang sambung. Pengurusan landskap oleh pihak PBT Tuan Speaker, selari dengan terma strategik 3 di bawah bidang tumpuan 3 iaitu negeri rendah karbon. Kajang ingin membahas pengurusan landskap oleh pihak PBT. Selangor merupakan satu negeri maju di Malaysia dan disebabkan itu Selangor mesti terus menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Pada Kajang ingin membangkitkan mengenai pengurusan landskap oleh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor. Kajang melihat pengurusan landskap oleh PBT Selangor perlu dibaiki dari masa ke semasa sebagai contoh Kajang mendapat laporan bahawa pokok-pokok besar di Selangor di topping, botakkan begitu sahaja bukannya melalui proses trim pemangkasan yang kemas. Cuba bayangkan untuk sebuah pokok memerlukan masa 4 bulan hingga 6 bulan bagi menghasilkan daun untuk menjadi tempat teduhan. Kaedah topping boleh menyebabkan pokok dilihat hodoh dan dahan pokok lebih lemah atau reput. Kajang berharap pemangkasan di pokok-pokok di masa hadapan adalah lebih kemas melalui proses trim pemangkasan bagi mencapai fungsi pokok sebagai salah satu
tempat teduhan dalam bandar. Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun, Anak Syarikat JB-ABAS, Tuan Speaker dalam memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus berada di landasan yang betul dan terus mencapai sasaran di bawah Rancangan Selangor Pertama. Semak dan imbang amat penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri di sebabkan itu jawatankuasa diwujudkan. Kajang terlibat dalam perbincangan JB-ABAS yang membincangkan pengurusan oleh anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor sudah pasti pemandangan amat baik dan oleh anak syarikat mengenai hala tuju mereka. Tetapi Kajang percaya perkara ini perlu dibangkitkan di Dewan yang Mulia ini bahawa kerjasama diberikan oleh anak syarikat dalam JB-ABAS perlu diutamakan jika ada data atau persoalan yang dibangkitkan maka perkara ini perlu diambil serius dan disegerakan secepat mungkin. Seperti kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia kita mahu Negara ini melalukan reformasi dan membawa semangat Madani dalam menuju ke arah negara maju. Maka Selangor perlu menjadi negeri contoh kepada negeri lain dalam membawa agenda dan dasar Madani ini.
Proses kelulusan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, Tuan Speaker, kecekapan amat diperlukan dalam memastikan urusan rakyat dipermudahkan dalam urusan di pelbagai sektor terutama dalam mencapai Negeri Pintar Berdaya Huni dan Makmur. Kajang ingin membangkitkan mengenai tempoh kelulusan kebenaran merancang KM projek di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai negeri mempunyai nilai ekonomi terbesar di Malaysia dan sudah pasti banyak pembangunan ingin dilalukan dan memberi manfaat kepada rakyat negeri Selangor, ramai rakyat kita mahu membantu membangun Negeri Selangor tetapi prosesnya terlampau memakan masa dan merugikan mereka. Kajang ada mendapat aduan daripada beberapa syarikat pemaju yang mengatakan proses bagi mendapat kebenaran merancang KM memakan masa. Kajang difahamkan ada aduan sesetengah pihak berkuasa tempatan meminta pemaju untuk pre-council dengan izin dengan YDP atau Datuk Bandar dan bukan OSC atau Jabatan Perancang seperti kebiasaannya. Proses begini memakan masa kerana pihak pemaju perlu untuk tarikh perjumpaan YDP atau Datuk Bandar ada pihak telah menghantar surat untuk perjumpaan dari Disember tahun lepas tetapi hanya mendapat tarikh perjumpaan pada Mei lepas. Itu pun belum pasti jika ini adalah proses terakhir atau masih ada perjumpaan lain lagi. Cuma bayangkan kita telah kayakan pihak bank dengan memerlukan bayar kaedah kadar faedah atau pinjaman tetapi projek belum berjalan, kita boleh cepatkan proses dengan bekerja lebih masa kepada penjawat awam dan mereka akan dapat pendapatan tambahan melalui elaun kerja lebih masa. Perdana Menteri ada menekankan semasa perutusan beliau pada bulan Mei yang lalu di mana Malaysia perlu membina ekosistem perniagaan yang sihat yang akan membantu peniaga-peniaga tempatan dan malah akan menarik lebih baik pelaburan luar ke dalam Negara Malaysia maka Kerajaan Negeri perlu membawa mesej Perdana Menteri secara dasar di Negeri Selangor ini, justeru kerajaan ingin memohon penerangan daripada Kerajaan Negeri
berapakah tempoh kelulusan kebenaran merancang dan bangunan, building plan di peringkat PBT kerana kami tidak mendapat atau kami kurang jelas mengenai tatacara pengendalian piawai SOP bagi kelulusan bagi kedua-dua perkara ini bukan hanya isu kelulusan kebenaran merancang sahaja, Kajang juga mendapat aduan mengenai aktiviti perniagaan haram atau tiada kelulusan oleh Pihak berkuasa Tempatan di Kajang apabila kegiatan itu terbongkar atau ada pihak media membuat laporan maka Kajang sebagai Wakil Rakyat perlu menyelesaikan perkara ini agar tiada salah faham yang berlaku. Tetapi apa yang terjadi adalah seperti kajang cuba mengganggu periuk nasi peniaga-peniaga. Apa harapan daripada Kajang agar penguat kuasa terutama daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau dan membantu peniaga haram ini agar mereka boleh meniaga mengikut peraturan yang disediakan. Kajang percaya aktiviti peniaga haram perlu dibanteras tetapi kita juga kena membantu peniaga-peniaga agar melalukan peniaga mengikut peraturan setempat agar memberi keselesaan dan keadilan kepada semua lapisan masyarakat. Maka Kajang ingin mendapat penjelasan daripada Pihak Kerajaan Negeri terutama EXCO yang menguruskan PBT apakah tindakan serta penambahbaikan yang telah dan akan dibuat dalam meningkatkan prestasi kakitangan PBT di Negeri Selangor. Pada masa yang sama Kajang juga berharap Kerajaan Negeri dapat memberi penghargaan kepada penjawat awam yang telah menjalankan kerja mereka dengan sangat baik melalui kenaikan gaji mereka sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri menghargai penjawat awam seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara ini yang dibangkitkan oleh Kajang.
Masalah banjir kilat di Kajang, Tuan Speaker. Dari Kajang banyak marah-marah tetapi Kajang sekarang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Azmin, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Hulu Langat, Puan Christine Sharmini, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Abdul Halim Samad, Timbalan Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kajang Tuan Zamir JKR Daerah Hulu Langat dan semua pihak terlibat yang telah proaktif dan pantas dalam membantu dalam menyelesaikan isu banjir kilat yang berlaku pada 7 dan 8 hari bulan Mei yang lalu. Kecekapan mereka telah memudahkan dan banyak pihak terkesan masa banjir hari itu. Kajang mengambil kesempatan ini Dewan di Dewan yang Mulia untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak tersebut disebut tadi atas usaha cemerlang mereka terima kasih, banyak-banyak. Walaupun begitu kita masih perlukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam menggerakkan beberapa projek seperti Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat FASA 2 Pakej 1 Hulu Langat manakala di pihak Kerajaan Negeri Kajang mendesak agar Laporan Kajang Pisma dapat disiapkan secepat mungkin agar langkah-langkah dapat digerakkan segera dalam menyelesaikan isu banjir di Kajang.
Inap Desa di Selangor rakan-rakan Ahli Dewan sekalian, isu Inap Desa telah Kajang bangkit pada persidangan lepas ramai telah berbunyi mengenai perkara ini Kerajaan Negeri harus mewujudkan ada satu undang-undang kecil sekiranya Kerajaan Negeri tidak dapat mewujudkan undang-undang kecil ini Kerajaan Negeri harus mengeluarkan arahan rasmi mengenai apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di Inap Desa ini. Masalah anjing liar Tuan Speaker, pada 24 April 2024 lalu di mana terdapat penunggang motosikal yang mengalami kemalangan gagal mengelak anjing liar yang melintas jalan di jalan Saujana Impian, sehingga maut di tempat kejadian kerana digilis oleh kenderaan lain. Kajang ingin mencadangkan dalam meneruskan agenda ini langkah penangkapan mesti dilakukan secara serentak di semua DUN di Selangor. Kenapa Kajang memanjangkan cadangan ini adalah jika penangkapan hanya berlaku di sesetengah DUN sahaja, maka anjing liar ini akan bergerak ke kawasan DUN lain, seperti Semenyih, Balakong dan lain-lain dan akhirnya perkara ini tidak selesai kita perlu sedar bahawa agenda ini tidak memerlukan passport dengan izin untuk menyeberangi ke kawasan DUN lain. Kajang mohon agar Kerajaan Negeri perlu mengetuai usaha ini dan pantau usaha ini agar hasil positif dapat dihasilkan dalam menyelesaikan masalah ini. Kajang ingin mengingatkan penangkapan dan pengasingan agenda perlu dilakukan dalam mengawal pembiakan anjing liar ini, selagi isu pembiakan anjing liar tidak selesai maka tiada titik akhir bagi isu ini, Kajang ingin menegaskan seperti mana titah Tengku Permaisuri Selangor iaitu Kajang mesti memastikan penangkapan anjing liar adalah berperikemanusiaan dan anjing liar ini mesti di jaga dengan baik dengan diberi makan dan tempat tinggal yang selesa. Sudah pasti usaha ini akan memakankan kos tambahan dalam pembinaan tempat tinggal sementara bagi anjing liar ini maka usaha ini bukan hanya dilakukan oleh Kerajaan Negeri tetapi boleh dilakukan bersama dengan badan-badan bukan Kerajaan.
Kenaikan cukai di Selangor Kajang ingin menyuarakan mengenai Terma Strategik 4 bidang tumpuan 4 iaitu kemampanan hasil Kajang ingin memastikan dengan kenaikan cukai tafsiran akan meningkatkan mutu penghematan terutama penghematan perbandaran selain itu, di peringkat pusat Perdana Menteri selalu menekankan tata kelola yang baik di mana ketirisan dikurangkan dari masa ke semasa maka Kajang ingin membangkitkan mengenai apakah jaminan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada ketirisan yang berlaku dalam dengan hasil Kerajaan Negeri selari dengan kenaikan cukai ini. Mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri mengenai perkara ini. Isu sampah sarap di Kajang, Kajang mendapat berbagai laporan mengenai pencemaran udara disebabkan sampah sarap ditimpa Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras isu ini telah berlarutan lama dan malah ke Setiausaha Politik Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor dan EXCO PBT juga turun ke kawasan ini. Tapi masalah ini masih belum selesai malah saya juga dapat laporan daripada penduduk-penduduk sehingga ada anak-anak dan orang-orang tua mendapat jangkitan sinus dan athma disebabkan pencemaran udara ini.
Kajang mohon langkah penyelesaian yang drastik dan segera dalam memastikan isu ini diselesaikan segera. Isu milik strata pangsapuri kos rendah, isu hak milik strata isu ini yang serius yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri saya mendapat maklumat bahawa kebanyakan pangsapuri kos rendah di Selangor tidak mempunyai hak milik strata sehingga menyukarkan proses untuk tukar nama atau penjualan hak milik. Kajang mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri apakah solusi secara tuntas oleh Kerajaan Negeri mengenai isu ini dan boleh Kerajaan Negeri menyatakan senarai pangsapuri kos rendah yang masih belum mempunyai hak milik strata di Selangor. Jalan raya berlubang, selain Kajang ingin membangkitkan mengenai SOP dalam menguruskan jalan berlubang di Negeri Selangor pada peringkat Kerajaan Persekutuan mereka memberi jaminan dan komited untuk selesai isu jalan berlubang dalam 24 jam. Maka Kajang ingin kepastian daripada Kerajaan Negeri adakah Kerjaan Negeri mempunyai komited yang sama dalam menyelesaikan jalan berlubang di Negeri Selangor, adakah Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa jalan berlubang di Selangor akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam, pembinaan iklan di lebuh raya dalam Negeri Selangor. Isu terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai kenyataan Kementerian Kerja Raya pada Ogos 2023 yang menyatakan atau membuat kenyataan bahawa papan iklan di lebuh raya tidak memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri dan PBT. Kajang
Jaga masa
Last-last, Kajang berpendapat bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pandangan peguam negara kerana kebanyakan lebuhraya Negara di Selangor belum diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan masih berstatus tanah Kerajaan Negeri. Untuk maklumat semua pembinaan papan iklan di lebuh raya yang belum diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan masih berstatus tanah Kerajaan Negeri mengikut dasar dan garis panduan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, adakah Kerajaan Negeri ada menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya bagi memaklumkan mengenai perkara in supaya tidak berlaku salah faham di masa hadapan. Kesimpulannya Selangor adalah rumah kita semua sudah pasti kita mahu rumah kita sentiasa menjadi yang terbaik Kajang berharap setiap persoalan yang dibangkitkan oleh Kajang diterima dengan baik dan dijawab dengan untuk kefahaman rakyat di luar. Kajang ingin akhiri ucapan Kajang dengan satu petikan daripada Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu, “Changed or you will be changed. Leaders who neglect the good of their people will be forsaken. Leadership is a service, not a gateway to privilege” dengan izin, Kajang menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama ini. Sekian, terima kasih. Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku.
Terima kasih.
Ya, Taman Medan. Silakan, 15 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bagi memulakan perbahasan saya pada pagi ini, saya ada serangkap pantun untuk Tuan Speaker.
Dari Selangor ke negeri Kedah, singgah Taman Medan membeli gelang, PRK Sungai Bakap kami menang sudah, Tuan Speaker, bila pula PRK Selat Kelang?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Ahli Dewan atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat sama dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Saya ingin memulakan dengan quote daripada seorang philanthropist dan juga billionaire terkenal iaitu Bill Gates, “the most brilliant strategy won’t lead to success unless it’s executed effectively”. Inilah yang saya boleh gambarkan tentang Rancangan Selangor Pertama, kerana dalam rancangan ini memang strateginya nampak hebat tetapi bila kita lihat dari segi execution saya merasakan masih tidak effective dan masih banyak kelompongan yang perlu diperbaiki dan saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berani untuk membentangkan Kajian Separuh Penggal walaupun pencapaiannya tidaklah boleh kita banggakan lagi dan meresahkan kami terutamanya di barisan pembangkang melihat kepada pencapaian yang kita dapat lihat dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Pertamanya, kalau kita lihat daripada jumlah PPI atau Projek Program dan Inisiatif yang telah diumumkan dalam Rancangan Selangor Pertama hanya 18% sahaja yang telah dicapai manakala 82% lagi belum selesai. Daripada 20 Pemacu Perubahan 60% masih lagi dalam proses pelaksanaan, 15% masih rancang, 20 lebih peratus masih lagi dalam perancangan. Dan kalau kita lihat daripada teras-teras ini, yang mana saya akan highlight beberapa perkara dalam Rancangan Selangor Pertama ini, yang saya merasakan dalam kita hendak meletakkan negeri Selangor sebagai negeri terulung dalam Malaysia, meletakkan negeri Selangor sebagai pemain, bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga lebih penting di peringkat regional Asia Tenggara, saya melihatkan ada beberapa inisiatif yang seharusnya diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu yang sedang dihadapi oleh rakyat. Dalam Teras Dua (2), iaitu Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial, iaini dengan tumpuan pada soal kesihatan awam. Saya telah membangkitkan beberapa soalan termasuklah daripada segi perjawatan dan juga kemudahan-kemudahan yang kita ada di negeri Selangor. Saya terima jawapan tentang isu kesesakan di hospital dan juga isu Klinik Kesihatan yang berada dalam keadaan daif. Saya merasakan Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan yang lebih proaktif.
Pertama, saya ingin menyentuh tentang salah satu hospital yang paling utama di negeri Selangor iaitu Hospital Klang. Yang ini adalah hospital negeri. Saya tidak tahulah Yang Berhormat EXCO sudah melawat Hospital Klang ke belum atau kalau melawat mungkin mereka jamu makan tetapi belum tengok keadaan sebenar Hospital Klang kerana Hospital Klang ini, Yang Berhormat Pandamaran tidak ada, kalau tidak, boleh setuju dengan saya. Hospital Klang ini Yang Berhormat adalah hospital negeri, tetapi sehingga hari ini, Hospital Klang ini masih lagi menggunakan sistem manual. Rekod pesakit masih lagi bertimbun-timbun dan tidak cukup ruang untuk menyimpan rekod. Tidak ada wang yang cukup untuk hendak baiki facility. Kesesakan, kita tak usah ceritalah Hospital Klang ini. Daripada saya sebelum jadi doktor, sampai sekarang saya dah jadi Wakil Rakyat, nak masuk tiga (3) penggal, Hospital Klang ini masih lagi dilabel sebagai hospital paling sibuk dalam negara. Bahkan kesesakan yang dihadapi di Hospital Klang ini seharusnya mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat, Yang Berhormat ya, saya hanya menarik perhatian Yang Berhormat.
Ya.
36 (1), Seseorang Ahli hendaklah menghadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu. Saya hanya nak menarik perhatian Yang Berhormat.
Yang Berhormat Speaker, saya
Diam-diam, saya belum habis lagi iaitu berkenaan dengan Hospital Klang ini ataupun hospital mana-mana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Jadi, tidak pasti sama ada EXCO dia boleh jawab dengan jawapan yang tepat atau tidak tetapi boleh bahas, boleh bangkitkan tetapi saya hendak bagi peringatan kepada Yang Berhormat supaya tidak terlalu jauh keluar tajuk daripada Rancangan Selangor 1 ini.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya pun ada pengalaman Yang Berhormat Speaker, jadi EXCO Kesihatan dua (2) penggal dan saya pun pernah bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Jadi, tugas kita di peringkat negeri untuk highlight dan pressure Kerajaan Persekutuan, walaupun kita tahu Federal list dan State list tetapi kita ada peranan Yang Berhormat. Sebab itu saya hendak sebut, yang saya hendak cadangkan pada Kerajaan Negeri, saya tak nak Speaker rasa macam saya luar daripada tajuk. Sebab yang saya
hendak cadangkan kepada Kerajaan Negeri, memandangkan Hospital Klang ini ialah hospital negeri, seharusnya Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan menawarkan satu mekanisme supaya Hospital Klang ini dijadikan hospital angkat Kerajaan Negeri yang mana Kerajaan Negeri boleh melihat bagaimana projek-projek atau sebahagian daripada usaha-usaha yang boleh dibuat untuk memberikan peruntukan khusus pada Hospital Klang kerana kalau tak, orang negeri lain datang negeri kita, kita hendak tunjuk hospital mana? Takkan kita hendak bawa hospital swasta. Lebih-lebih pula lagi Hospital Klang ini telah memberi khidmat kepada rakyat Selangor yang teramai. Jadi, pandangan saya, Yang Berhormat EXCO mungkin boleh melihat dalam Rancangan Selangor Pertama ini, sebab banyak jawapan saya terima. Macam contoh, saya cerita ini tentang Klinik Kesihatan. Klinik Kesihatan di kawasan saya Taman Medan sekarang ini terpaksa menampung jumlah pesakit yang datang juga dari Klinik Kesihatan Kelana Jaya kerana Klinik Kesihatan Kelana Jaya tutup untuk renovasi. Maka saya sendiri telah menggunakan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM30,000.00 yang telah saya luluskan dan diluluskan oleh Pejabat Daerah baru-baru ini untuk kita naik taraf ruang menunggu di Klinik Kesihatan Taman Medan. Maka ada ruang sebenarnya kerana bila saya berbincang dengan pegawai-pegawai daripada jabatan-jabatan ini, mereka maklumkan, kami dah minta pada KKM, kami dah minta pada Kerajaan Persekutuan, tetapi peruntukan tidak sampai. Jadi, kalau kita di negeri ada ruang dan keperluan untuk berikan sumbangan seperti itu, saya merasakan Yang Berhormat EXCO dan juga Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan proaktif demi kita memberikan keselesaan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan lebih-lebih pula lagi bila kita sebut kesihatan awam di dalam Teras atau tumpuan yang kita berikan dalam Rancangan Selangor Pertama ini.
Dan saya juga tertarik untuk memberikan sedikit cadangan kepada Kerajaan Negeri memandangkan daerah Petaling, lebih khusus Petaling Jaya, bahkan permintaan daripada penduduk Petaling Jaya ini begitu ramai meminta supaya satu hospital baru dibina di Petaling Jaya. Jadi, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri sama ada Kerajaan Negeri boleh memasukkan dalam Rancangan Malaysia cadangan-cadangan supaya satu hospital baru dibina di Petaling Jaya kerana sekarang ini kalau orang Taman Medan sakit, dia sama ada pergi Hospital Kuala Lumpur atau dia kena datang ke Hospital Shah Alam. Okay lah, ada ampun sikit, dekat sikit Hospital Shah Alam ini. Kalau tak dulu Hospital Klang tetapi saya merasakan dengan kepadatan penduduk dan juga meningkatnya jumlah penduduk di kawasan Petaling Jaya, maka, adalah baiknya Kerajaan Negeri memasukkan juga cadangan untuk sebuah hospital baru dibina di Petaling Jaya. Saya juga ingin menyentuh tentang Pemacu Perubahan yang ke lapan (8) iaitu Iltizam Selangor Penyayang. Setakat jawapan yang saya terima daripada Yang Berhormat EXCO daripada Bandar Utama, Program Iltizam Selangor Sihat yang mana sehingga 19 Jun 2024, jumlah penerima Skim Iltizam Sihat Selangor (ISS) hanyalah
seramai 23,482 orang yang mana dalam laporan Rancangan Selangor Pertama Kajian Separuh Penggal memang menyebut itu adalah pencapaian sebelum ini. Yang mana, baru-baru ini kita tahu selepas Pilihan raya dibatalkan pendaftaran itu dan dibuat pembersihan dan didaftarkan semula. Dan setakat 19 Jun, yang mana dua (2) minggu sudah, hanya 23,000 orang sahaja yang berdaftar. Yang Berhormat, saya hendak ingatkan Yang Berhormat, kami di peringkat pembangkang ini tidak ada akses kepada sistem ini. Kami tidak boleh buat pendaftaran, kami tidak boleh buat semakan. Sekarang ini yang kami buat adalah, kalau rakyat telefon, kami jawab tolonglah pergi ke pejabat Penyelaras DUN. Bila lima (5) minit selepas itu dia telefon balik, kami dah pergi pejabat tutup. Jadi macam mana Yang Berhormat? Sebab itu, daripada awal sidang saya dah maklumkan janganlah kata kerana kami pembangkang maka kami tak sokong dasar Kerajaan. Bukan itu soalnya. Sebahagian daripada program-program ini, ya kita tahu boleh bawa manfaat kepada rakyat dan terbukti sekarang daripada bulan .. berapa kita menang hari tu? Bulan 11? Bulan 8? Bulan 8, dah nak masuk setahun Yang Berhormat, sepatutnya, kita ada 100,000 penerima tetapi hanya 23,000 orang sahaja yang dapat terima. Maknanya fail. Gagal pencapaian, gagal delivery of governance oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini. Kami nak bantu kerajaan supaya rakyat dapat manfaat kerana duit ini bukan duit saya, bukan duit Yang Berhormat Bandar Utama, bukan duit Yang Berhormat Sungai Tua. Ini adalah duit rakyat yang kita nak salurkan balik kepada rakyat dan kegagalan ini is glaring Yang Berhormat. 23,000 orang sahaja yang menerima. Seharusnya, penerima yang disasarkan, bukan saya buat sasaran, yang buat sasaran ini ialah Kerajaan Negeri, 100,000, paling kurang 50,000 dah berdaftar tetapi kenapa itu tidak berlaku? Jadi, saya mohon Yang Berhormat Bandar Utama dapat respond nanti bagaimana cara kaedah dan kami di sini bersedia untuk bantu Yang Berhormat Bandar Utama supaya tahun ini, sebelum hujung tahun, kita dapat capai sasaran 100,000 orang penerima dalam Program Iltizam Selangor Sihat ini. Kemudian, saya hendak bangkitkan tentang satu perkara baru-baru ini iaitu Skim Insurans INSAN kerana di peringkat SELCAT, kita telah umumkan dalam perbincangan mesyuarat kita untuk memanggil satu public hearing, pendengaran awam untuk membincangkan tentang Skim Insurans INSAN ini tetapi sehingga hari ini kita belum dapat lagi melaksanakan persidangan ataupun pendengaran awam ini. Jadi, saya mengharapkan kepada Yang Berhormat Speaker supaya dipercepatkan segera tarikh pendengaran awam ini selepas Sidang Dewan kita kerana saya percaya rakyat Selangor juga ingin mendengar dan tahu tentang apa isu sebenar Skim Insurans INSAN ini nanti.
Saya ingin membawa perbincangan kepada Teras Tiga (3) iaitu Pemacuan Kelestarian yang mana tadi saya sebut memang kita ada strategi yang hebat. Kita hendak jadi negeri Hijau, kita hendak buat itu dan ini tetapi pencapaiannya masih lagi tidak berlaku secara efektif. Saya hendak sebut ini tentang kadar kitar semula yang mana kita menyasarkan 15% menjelang tahun 2025 tetapi kita hanya mencapai 8.24% dan ini adalah laporan
daripada Kajian Separuh Penggal. Saya mengharapkan Yang Berhormat EXCO akan dapat benar-benar turun padang berjumpa dengan PBT, memastikan supaya sasaran ini dicapai kerana lebih-lebih pula lagi kalau Selangor ini selalunya dibandingkan dengan Pulau Pinang, maka kita masih lagi ketinggalan berbanding negeri Pulau Pinang. Maka saya mengharapkan Selangor menjadi negeri contoh dan kita dapat meningkatkan segera mencapai sasaran kadar kitar semula kita yang disasarkan pada 15%. Kemudian, saya ingin menyebut tentang Pemacu Perubahan 13 iaitu Waste To Energy Loji yang ingin dibina. Kita difahamkan, kalau saya baca buku ini, di muka surat depan ada sebut pasal Sultan Idris Shah Energy Plant (SISGE) yang ini saya difahamkan akan dibangunkan di Rawang. Yang ini hendak dibangunkan oleh pihak KDEB. Kemudian, kita ada ISWMC dan Loji WTE di Jeram yang ini pula dibangunkan oleh pihak Worldwide yang mana di bawah kawal selia MBI. Kalau di Jeram dan di Tanjung Dua Belas di bawah Worldwide, difahamkan 4800 tan sampah akan dapat diproses di loji WTE ini. Kemudian, di Rawang nanti saya tidak pasti berapa, sebab dalam ini tidak disebut. Berapa? 2,400 tan. KDBE maklum pada kita melalui media, mereka kutip sampah 7,000 tan setiap hari. Soalan saya pada Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat kena sedar benda ini, satu WTE Worldwide bina, satu WTE, KDEB bina. Yang kutip sampah di Selangor, KDEB. KDEB nak hantar ke WTE mana? Sebab sampah ini duit Yang Berhormat. Ini adalah duit. Adakah KDEB akan menghantar sampah ke Worldwide? Iaitu di Jeram. Atau bila Rawang siap nanti KDEB hanya akan hantar sampah ke Rawang. Jadi, ini soalan saya Yang Berhormat, sebab saya pun nak tahu apa perancangan sebenarnya tentang
Yang Berhormat, Bukit Gasing berdiri. Bagi tidak?
Kejap, kejap. Dan saya hendak tahu adakah sampah-sampah ini nanti cukup untuk sustain the business model yang ingin dibuat oleh Worldwide dan juga oleh pihak KDEB dari segi Waste To Energy ini? Saya hendak Yang Berhormat faham bukan kita tak sokong usaha untuk wujudkan Waste To Energy ini tetapi perancangan secara menyeluruh harus dilakukan di negeri Selangor supaya jangan nanti kita dah belanja jutaan ringgit, bilion ringgit tetapi akhirnya projek ini menjadi projek gajah putih. Silakan Bukit Gasing.
Yang Berhormat soalan-soalan seperti ini sudah banyak kali dijawab dan jawapan dia pun ada di internet. KDEB buat satu, Worldwide buat satu. Itu tak ada masalah, janji PBT akan hantar sampah ke satu WTE yang tertentu dan kontrak-kontrak dengan PBT pun sefaham saya sudah ditandatangani. So saya kira yang ini tiada masalah 3,000 tan untuk WTE di Jeram dengan 2,400 di Rawang itu masih jauh daripada sampah keseluruhan 7,000. Jadi, saya kira tidak ada
masalah. Mungkin kita tak payah kelirukan rakyat di luar sana dengan angka-angka dalam hujah Yang Berhormat.
Sebab itu Yang Berhormat, saya tanya pada EXCO saya tak tanya pada Yang berhormat sebab kita nak tahu exactly what is the plan sebab projek ini baru nak jalan. Kalau KDEB pun dah meng- enter to the business untuk buat WTE dalam keadaan Selangor dah ada pemain yang buat juga WTE, itu yang saya tanya because this is energy game dengan izin Yang Berhormat Speaker, yang perlu kita tahu. Kita tak nak semua buat, maksudnya MBI pun nak buat, KDEB pun nak buat jadi yang mana satu sebenarnya.. Tak apa Yang Berhormat, saya dah bagi laluan
jangan risau dua-dua syarikat buat pun tak ada masalah...
Sebut itu saya sebutkan tadi..kalau once siap
Yang Berhormat bagi ke tak tadi? Saya tak dengar tadi. Bagi tak?
Sebab kita dah tanya pada Worldwide tentang perjanjian, ya betul ada perjanjian dengan PBT tetapi yang kutip sampah di Selangor, KDEB jadi kita nak tahu what is the plan? Sebab saya nak Kerajaan Negeri beri sejelas-jelasnya once Rawang siap siapa yang akan angkat sampah ke situ, once Jeram siap siapa yang akan angkat sampah ke situ.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Gasing tunggu...
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tak banyak masa saya nak sambung isu lain. Saya akan bagi Bukit Gasing banyak masa nanti lepas ini, ada satu lagi topik saya tahu Bukit Gasing tunggu saya. Sabar, sabar Yang Berhormat.
Yang Berhormat, sila.. sila pandai-pandai guna masa.
Ya, ya.
Masa tak dipanjangkan.
Tak banyak dah, sedikit sahaja.
Ya, ya.
Saya juga ingin sentuh tentang teras keempat iaitu soal tadbir urus yang Smart dan juga berkesan. Saya tertarik tentang, dalam Rancangan Selangor Pertama menyebut tentang isu Lembah Klang Raya. Inisiatif yang ingin dibawa oleh Kerajaan Negeri dan saya juga telah menyatakan dalam ucapan saya sebelum ini bahawa saya menyokong usaha untuk mewujudkan Lembah Klang Raya ini. Cuma saya melihat apakah tahap keseriusan Kerajaan Negeri untuk membuat inisiatif ini? Saya tidak ada dengar sebarang engagement dilakukan, saya tidak dengar sebarang cadangan RUU atau Akta yang ingin dibentangkan untuk memberikan bidang kuasa kepada PBT-PBT supaya kita dapat koordinasi tentang mewujudkan Lembah Klang Raya ini dan saya ingin bertanya kepada Menteri Besar.. bilakah inisiatif Lembah Klang raya ini akan bermula? Apakah ke semua PBT yang terlibat? MBSA, MBPJ, Majlis Bandaraya Klang, MBSJ? telah bersetuju dengan rangka atau Program Inisiatif Lembah Klang Raya ini? Dan saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri apakah agensi negeri yang akan bertanggungjawab dalam soal merealisasikan Lembah Klang Raya ini?
Seterusnya saya ingin membicarakan sedikit tentang isu yang sedikit hangat beberapa hari ini di Negeri Selangor dan terutamanya di Petaling Jaya sebelum saya pergi terus kepada PJD Highway, PJD Link, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri kerana baru-baru ini dalam draf Rancangan Tempatan Seksyen 1951 dan 51A, Petaling Jaya yang sedang dalam proses pendengaran sebelum ini telah dibentangkan oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jadi saya mohon Yang Berhormat Sekinchan untuk jawab perkara ini tentang cadangan untuk mewujudkan Smart Tunnel di Petaling Jaya yang konon-kononnya kalau dalam laporan media itu boleh menyelesaikan dan mengganti projek PJD ini. Saya nak tengok betapa tak synchronize nya kerajaan ini.
Dalam jawapan saya dalam soalan yang bertulis saya berikan kepada Kerajaan Negeri saya tanya “Apakah alternatif kepada PJD Link”? dalam jawapan ini MBPJ jawab memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kesinambungan jaringan perkhidmatan railbus dan mobiliti first and last mile serta penyediaan kemudahan diutamakan, kemudian pengurusan trafik yang lebih pintar. Very generic answer tak ada sebut nak buat Smart Tunnel, ini jawapan apa? Yang tanya ini Ahli Dewan Negeri, bukannya cikgu sekolah yang tanya, bukannya jawapan karangan UPSR. UPSR pun dah batal tak ada dah. Kita tanya soalan yang serius, dia kata kalau nak ganti PJD kita guna E-Scooter di laluan pejalan kaki dan basikal. Laluan pejalan kaki pun tak ada, ini jawapan apa? Saya tak tahu ini EXCO mana yang semak jawapan ini? Yang Berhormat Speaker, saya maklum benda ini sebab apa saya pun ada pengalaman semak jawapan bukan saya tak ada pengalaman. I mean with due respect kita prepare soalan, tolonglah jawab dengan lebih efektif bukan jawab macam ini. Kalau MBPJ ada perancangan untuk nak buat Smart Tunnel siap umum nak belanja 350 Juta nak buat Smart Tunnel kenapa tak
letak dalam jawapan ini? Jadi, sebab itu saya kena tanya balik kalau saya puas hati saya tak tanya dah. Nak ganti PJD suruh naik E-Scooter, ini jawapan apa macam ini? Dan saya lebih,
Yang Berhormat, masa. Masa....
Lebih kaget...
Masa masukkan atau point yang terakhir..
Baik, baik. Speaker sabarlah...
Masa dah panjang...
Yang sesi lepas Speaker, Speaker macam banyak tak puas hati dengan saya...
Dah, dah, dah Yang Berhormat. Eh Yang Berhormat jangan...
Sabarlah Speaker. Bagilah time sikit.
Yang lepas tu biarlah lepas. Yang sudah tu biarlah sudah Taman Medan.
Dah nak habis...
Masa tak inilah apalah, sabarlah...
Yang Berhormat bermula pukul 11.40 pagi... Yang Berhormat saya bagi dah banyak masa...
Speaker...Speaker jaga keharmonian Dewan saya tengah cakap elok-elok...
Ya..ya..Saya cuma minta Yang Berhormat supaya ringkaskan atau pun padatkan dan masuk ke isu yang terakhir..
Asal saya je jaga time betul-betul common lah Speaker. Ini isu penting Speaker dulu ADUN Kampung Tunku kan? Ini kawaSAN Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat sudah mula, Yang Berhormat telah pun mula 11.45 pagi Yang Berhormat saya ingin memberi penjelasan bukan saya tidak adil, Yang Berhormat telah bermula ucapan 11.45 pagi sekarang sudah pukul 12.07 minit tengah hari sudah hampir 20 minit. Jadi saya minta Yang Berhormat supaya saya bukan kata Yang Berhormat tak boleh nak bangkitkan, point itu ada mungkin boleh ringkaskan dan kemudian akan ada jawapan daripada sebelah sana itu sahaja cadangan saya.
Yang Berhormat Speaker beri pandangan dan petua pada saya..saya minta tambahan 10 minit lagi...
Yang Berhormat saya bagi 2 minit dah sahaja lagi...itu sahaja..2 minit lagi..
Saya nak bangkit sebab apa 350 juta ini, MBPJ punya reserve hanya 127 ringgit, 125 juta ringgit. Reserve MBPJ. Nak buat tunnel 350 juta katanya nak suruh developer bagi kutipan derma bagilah pada MBPJ untuk buat Smart Tunnel ini saya kawan-kawan kita daripada PJ ini kena ambil maklum benda ini. Macam mana kita nak buat, pertama. Keduanya saya nak bangkitkan tentang PJD sebab baru ini Yang Berhormat Kampung Tunku sebut pasal Taman Medan, saya nak bangkitkan tentang PJD ini. Saya rasa cukup-cukuplah untuk Kampung Tunku guna terma-terma yang saya rasa agak emotional dan rhetoric seperti let’s bury the project, let the project die atau projek zombi. Ini projek pembangunan Yang Berhormat, kita bincang secara fakta dan juga data. Saya telah melihat sendiri laporan dan juga SIA yang telah diluluskan oleh Pelan Malaysia Negeri Selangor bukan Pelan Malaysia Negeri Zimbabwe, Pelan Malaysia Negeri Selangor yang luluskan SIA yang dikemukakan oleh pihak pemaju PJD. Betul, Yang Berhormat ada yang tak sokong. Saya ambil contoh di Kampung Tunku yang tak sokong adalah 47.2% kurang daripada 50% sebagai anggota Democratic Action Party, demokrasi maksudnya apa? The majority wins lah. Kalau majoriti sokong, minoriti tak sokong janganlah kita terus ambil pendekatan bahawa semua orang tak sokong projek ini.
Yang berhormat, masa. Jaga masa, masa.
Yang Berhormat, penting ini Yang Berhormat.. Dia orang tengah tekun dengar ini Yang Berhormat.
Ya. Saya minta Yang Berhormat ringkaskan sahaja.
5 minit sahaja..
Saya sudah bagi 2 minit tambahan Yang Berhormat. Ringkaskan saya bukan kata Yang Berhormat jangan bangkit, ringkaskan sahaja sebab ramai juga daripada pembangkang pun nak bahas.
Yang Berhormat tak ada siapa kacau pun Yang Berhormat.
Ya saya tahu, tetapi masa itu emas. Yang Berhormat point yang terakhir.
Yang Berhormat. Saya tak faham Yang Berhormat Speaker bila saya nak bentang, ini last..
Last, last. Saya bagi setengah minit lagi...
Isu last yang saya nak bawa..
Saya mohon Yang Berhormat berhenti sebelum 12.11.
Untuk makluman Ahli Dewan semua, untuk makluman Ahli Dewan semua, saya nak bangkitkan tentang PJD ini bukan kerana apa bukan kata saya support projek ini 100% tak. Saya nak bagi tahu penduduk Taman Medan sokong iaitu sebanyak 55.9%, penduduk Kinrara 57.6% sokong projek ini. Cuma saya nak bagi tahu Yang Berhormat, cadangan penswastaan projek Petaling Jaya Dispersal Link atau PJD Link ini telah diluluskan oleh Pelan Malaysia dan dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor Tahun 2035. Dah masuk pun. Jadi takkanlah salah bila ada pihak menyokong projek ini. Dah masuk dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.
Ya Yang Berhormat.
Muka surat
Yang Berhormat masa sudah pun melebihi..melebihi...
351
Melebihi...
Jadi...
3 minit lah...
Saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat Kampung Tunku, akhirnya kami di Taman Medan ini isu dia bukan isu kami tak nak naik bas Yang Berhormat. Bas pun ada, bas ada. Bas ada bukan kami tak nak naik. Kalau naik bas itu sama jam kereta yang lain isu terutama yang di Taman Medan ini kami ini jadi jalan untuk orang daripada Kinrara, orang pada Puchong gunakan sebagai jalan pintas untuk pergi ke Bukit Gasing ke Jalan Templer dan juga ke Kuala Lumpur dan sebab itu bila projek PJD ini...
Yang Berhormat terima kasih.
Diwujudkan, dicadangkan dia nak hubungkan 7 lebuh raya Yang Berhormat ini bukan soal penduduk Taman Medan semata-mata..
Yang Berhormat Taman Medan..
Sebab itu tadi saya sebut...Laporan SIA ini dah menunjuk...
Taman Medan, Taman Medan.
Bahawa sokongan cukup tinggi untuk projek ini dari penduduk. Jadi, kita serah kepada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan...
Taman Medan..
Jadi janganlah..
Akhirnya sekali, landing lah.
Akhirnya...
Dah lama ini..
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, saya tak fahamlah Speaker ini...
Janganlah faham, saya sudah pun fahamkan Yang Berhormat...
Speaker, kalau penggal ini macam inilah saya dapat..
Penggal yang lepas Yang Berhormat, dibenarkan peluang Yang Berhormat berdiri...
Saya dapat.. Penatlah saya..
Yang Berhormat tak nak bahas masa itu pukul 4 masih ingat. Tapi tak apa pun Yang Berhormat sudah mengambil masa lebih daripada 20 minit.
Akhir sekali Yang Berhormat Speaker,
Ya itu sahaja...
Speaker tak adil. Walaupun tadi saya minta, saya mata sakit, masa panjang dia tak bagi...
Tengok Yang Berhormat Taman Medan...
(Dewan riuh)
Speaker tak adil.
Jadi Yang Berhormat Kajang duduk....saya bersikap adil Yang Berhormat Kajang jangan cakap macam itu nanti dirujuk dengan Jawatankuasa Khas..
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Kajang tadi dah habis point. Tak ada minta tambah.
Gombak Setia duduk. Saya akan bersikap adil kepada semua. Ketua Pembangkang saya bagi sebenarnya 30 minit tapi dia ucap 50 minit, Taman Medan dah habiskan? Akhir-akhir, kira-kira semua tolak tambah lebih daripada 30 minit. Yang Berhormat duduk-duduk, cukup-cukup. Yang Berhormat telah banyak dah sebutkan PJD Link, tentang macam-macamlah jadi saya rasa olahan dia sudah ada.
Yang Berhormat, saya minta supaya Kerajaan Negeri lihat daripada kajian separuh penggal ini ambil iktibar dan bertindak ke atasnya
kerana kalau tidak, kami di pembangkang ini sokong bukan tak sokong cuma masalahnya dari segi pelaksanaan...
Sokong, sokong Kerajaan?
Secara efektif dan saya merasakan ada banyak kelompongan yang perlu diperbaiki. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana beri saya ruang.
Ya, ya. Bukit Gasing silakan...
Terima kasih Yang Berhormat Speaker memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasaan ini. Terima kasih Taman Medan kerana menyokong Rancangan Selangor Pertama rancangan daripada Kerajaan Perpaduan. Yang Amat Berhormat, saya ada beberapa cadangan yang saya ingin bangkitkan berkenaan RS-1 tapi mungkin sebelum saya masuk cadangan-cadangan saya dan komen saya berkenaan RS-1 saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana rancangan Selangor Pertama adalah dokumen bersejarah Negeri pertama yang membentuk satu rancangan sebegini. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai-pegawai yang bakal menggubal RS-2 untuk tahun 2026 ke hadapan. Sebelum kita masuk isu RS-1 saya rasa penting kita ulas sedikit dan jawab sedikit isu PJD Link yang dibangkitkan oleh Taman Medan. Sebenarnya, walaupun banyak kritikan terhadap lebuhraya ini, saya nak tegaskan saya menyokong pembangunan tetapi pembangunan yang lestari. Jika sesuatu pembangunan itu membawa manfaat kepada masyarakat, kita menyokong, kita harus menyokong dan kita harus melihat secara teknikal kebaikan dan keburukan. Kalau kita nak bergantung kepada code uncode demokrasi, bantahan atau sokongan terhadap projek, hampir semua projek pembangunan tak mungkin berlaku, lapangan terbang tidak dapat dibina sebab penduduk setempat akan membantah tetapi adakah itu bermaksud kita menghiraukan semua bantahan dan meluluskan apa-apa projek pembangunan? Saya rasa tidak. Saya rasa first of all Taman Medan, saya harap boleh menjelaskan sebab Hulu Kelang telah memberi kenyataan kalau podcast Keluar Sekejap, agak jelas Perikatan tidak menyokong lebuhraya ini. Tapi Taman Medan menyokong. Jadi apakah sebenarnya pendirian daripada Perikatan? Menyokong atau tidak menyokong?
Mohon laluan Yang Berhormat Bukit Gasing. Podcast yang sama Yang Berhormat Menteri Besar janjikan kepada rakyat Selangor, projek ini takkan berjalan, projek ini dibatalkan. Jadi Yang Berhormat tanya Menteri Besar dulu
Tak apa, saya akan tanya.
Kami sekarang ini Pembangkang, bukan kami Kerajaan. Jadi Yang Berhormat nak tanya, tanya sana. Jangan pandang sini. Yang Berhormat macam nak kami je jadi Kerajaan ni?
Jangan risau. Saya akan cuba tanya. Jangan elak, jangan elak daripada jawab.
Kalau Kerajaan Negeri Selangor tak tolak, Kerajaan Negeri Selangor tak tolak.
Yang Berhormat, ini adalah pentas, floor Bukit Gasing.
Taman Medan tak berani jawab.
Apa pula tak berani jawab? Saya dah tolong jawab.
Sokong ke tak sokong?
Saya tolong jawab, tanya MB.
Itu pendirian MB. Perikatan sokong ke tak sokong?
Ada dalam Rancangan struktur negeri. Rancangan struktur negeri siapa lulus Yang Berhormat?
Bukit Gasing, Yang Berhormat, sila duduk. YB., duduk. Ini adalah pentas Bukit Gasing, jadi mana-mana YB., Taman Medan ke, Gombak Setia ke, sila dapatkan kebenaran daripada Bukit Gasing sebelum tanya soalan.
Bukit Gasing bagi, Speaker. Sebab tu saya tanya. Rancangan struktur negeri, dilulus oleh Hulu Kelang atau dilulus oleh Sungai Tua?
Itu bukan soalan, soalan sekarang Perikatan sokong ke tak sokong? Jangan bagi …
Itulah jawapan dia.
Hulu Kelang bagitahu rakyat, Perikatan tak sokong lebuhraya ini. Tapi Taman Medan bagitahu sokong.
Okay, sekarang ni soalan saya kepada Yang Berhormat Bukit Gasing.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita tertib sikit. Bila Yang Berhormat Taman Medan menjawab atau pun bertanyakan soalan, dikasi dengar, dan selepas itu Bukit Gasing jawab, ataupun tanya soalan dan yang lain tu dengar jugak. Ya, Yang Berhormat?
Kalau taknak jawab tak apa, Hulu Kelang boleh.
Terima kasih, Bukit Gasing. Saya kira Bukit Gasing cuba mengelirukan Dewan. Bukit Gasing kena bezakan di antara PJD Link dengan KIDEX. Pendirian saya jelas, daripada awal malahan ketika itu Tony Pua, boss lama Bukit Gasing mencabar saya samada saya berani membuat keputusan dalam tempoh yang singkat atau sebaliknya. Ketika itu saya berucap di Dewan Sivik, Petaling Jaya atas kapasiti sebagai Menteri Besar dan saya umumkan dalam tempoh seminggu saya akan batalkan projek KIDEX. Ini mengejutkan ramai pimpinan DAP. Mereka sendiri tidak yakin dengan pendirian yang diambil oleh DAP. Tetapi saya kira atas pertimbangan keselamatan dan keselesaan dan kesejahteraan rakyat pada ketika itu. Dalam tempoh seminggu, saya telah batalkan KIDEX. Persoalan yang saya bangkitkan dalam podcast, sekiranya PJD Link ini tidak melakukan sebarang significant perubahan, dari segi jajaran, dari segi keperluan, saya akan tetap menolaknya. Jadi, jangan confused dan kelirukan Dewan dengan mengambil pendirian yang saya ambil sebelum itu kerana cadangan sebelum itu tidak mengambil kira pandangan dan keluhan rakyat di Petaling Jaya.
Yang Berhormat terima kasih. So, adakah dalam pandangan Yang Berhormat, PJD Link ini mempunyai significant perbezaan dengan KIDEX atau tidak, yang pertama. Yang kedua, dengan bentuk yang sedia ada, sokong ke tak sokong?
Saya akan jawab dalam penggulungan nanti. Jadi sebab saya tengok Bukit Gasing ini masih anggap saya Menteri Besar. So Speaker, dalam sesi penggulungan izinkan saya menggulung perbahasan Bukit Gasing.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat menggulung nanti kena kosongkan kerusi. Yang Berhormat Bukit Gasing teruskan.
Saya akan teruskan.
Saya mohon mencelah Bukit Gasing sebab Bukit Gasing tadi pandang saya. Boleh ya?
Bukit Gasing bagi ke tidak?
Okay, saya bagi.
Boleh ya? Terima kasih Bukit Gasing.
Melainkan Taman Medan, saya okay saya bagi ruang, lain kali Taman Medan pun kena bagi ruang juga saya nak mencelah.
Tadi saya nak bagi ruang, Bukit Gasing tapi Speaker kata masa tak cukup. Bukan saya taknak bagi, saya nak bagi. Sekarang sebab
Saya pun masa tak cukup.
Tak apa teruskan Yang Berhormat Taman Medan, bila sudah dapat masa teruskan.
Terima kasih Bukit Gasing. Saya tertarik bila Yang Berhormat Bukit Gasing mulakan tadi dengan menyebut takkan lah orang sokong saja maka kita nak sokong. Saya nak betulkan kenyataan Yang Berhormat Sebab Yang Berhormat kena tahu, yang luluskan ini bukan hanya SIA, yang luluskan ini termasuk EIA dan juga TIA yang telah dibuat oleh syarikat pemaju dan diluluskan oleh PLANMalaysia Negeri Selangor. Dah lulus. Maka saya ketika engagement dengan penduduk, dan ketika mereka menjemput saya untuk mendengar taklimat daripada PJD Link, saya mendengar semua perkara ini dan ini bukan pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini. Di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat highway, Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat reclamation. Proses yang sama, ada EIA, ada SIA, ada TIA dan sekarang ini Yang Berhormat, janganlah cuba menggambarkan bahawa projek ini projek Perikatan Nasional, tak ada. Projek ini adalah projek daripada pemaju, konsesi diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, minta kebenaran Kerajaan Negeri untuk teruskan projek. Itu sahaja. Jadi, kalau ada SIA, ada EIA, ada TIA yang telah diluluskan
oleh agensi, kalau kita taknak pakai laporan ini, kita nak pakai laporan mana Yang Berhormat?
Terima kasih. Walaupun mereka tidak berani untuk jawab pendirian, tetapi boleh lihat daripada cara hujah Taman Medan bahawa Taman Medan jelas menyokong lebuhraya ini. Saya cuma tanya sebab ramai di luar tu nak satu clarity, satu fahaman, pendirian. Jadi, okay kita harini nak clear the air, kita faham bahawa sebelah sini menyokong. For better or for worse itulah pendirian. Yang saya nak ajukan kepada kerajaan Negeri, ini perkara yang dah naik turun berkali-kali dan sebelum ini kerajaan dah mengumumkan dalam penilaian dan sebagainya kita dah tolak. Dan kita telah tolak ini, saya harap kita jangan ungkitkan balik setiap kali pemaju ini datang merayu. Sebab kalau ini, dia no ending. Dia akan berlanjutan selama-lamanya. Takkan setiap tahun kita nak terima rayuan dia dan tolak balik? Terima rayuan dia dan tolak balik. Kita dah cakap tidak, dia itu tidak and let’s move on. Let’s move on dan let’s lihat kepada pembangunan pengangkutan awam sebab seperti mana yang Taman Medan cakap, yang melalui kawasan Taman Medan ini daripada hujung nak pergi Bukit Gasing, sama kat Bukit Gasing, yang melalui Bukit Gasing, penduduk Taman Medan yang nak pergi Damansara, penduduk Taman Medan yang nak pergi Kuala Lumpur, dia melalui Bukit Gasing. Itu hakikat kita semua tinggal dalam satu bandaraya besar. Bandaraya Greater KL yang ada 8 juta rakyatnya akan bergerak daripada mana-mana satu tempat ke tempat yang lain dan dalam pergerakan manusia 8 juta orang ini kita mesti ada sistem pengangkutan awam yang cekap. Kalau nak bergantung kepada kereta, tak mungkin, mesti sesak dalam traffic jammed. Now saya nak tanya, siapa nak celah saya bagi. Saya nak tanya, seluruh Ahli Dewan Negeri Selangor, mana satu bandaraya di dunia ini yang mempunyai penduduk lebih daripada 2 juta orang yang boleh car-centric macam KL dan tak ada traffic jammed. Kalau 2 juta ke atas, kita jangan lihat bandar kecil yang 500 ribu orang. Kalau 2 juta ke atas, either dia ada public transport yang bagus, dengan ridership public transport yang cukup tinggi, ataupun dia ada traffic jammed. Tak ada satu bandaraya di seluruh dunia, di Amerika, di Eropah, di Australia, di Asia, tak ada satu pun bandaraya di seluruh dunia lebih daripada 2 juta orang yang mempunyai penggunaan kereta yang tinggi dan boleh mengatasi jammed dengan lebuhraya. Tak ada satu pun. Kalau kita mengharapkan Lembah Klang, Greater KL ini untuk menjadi bandaraya yang pertama yang boleh membina lebuhraya untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, ini tidak mungkin menjadi satu kenyataan. Tengoklah, example di seluruh dunia, negara maju, negara miskin, negara pertengahan, tak ada satupun bandaraya lebih daripada 2 juta orang. Siapa nak bagi satu contoh, bandaraya lebih daripada 2 juta orang yang penggunaan keretanya 80 peratus macam KL dan tak jammed? Mesti jammed. So,sekarang saya tanya kita nak mengatasi masalah jammed dengan serius atau kita nak main-main? Sebab kalau kita buat secara pembinaan satu lebuhraya sini, satu lebuhraya sana, seperti Pandan Indah huraikan. Lapan cadangan
lebuhraya dalam jawapan dia, kita tambah, tambah, tambah tetapi akhirnya masih jammed jugak. Kebanyakan rakyat masih stucked dalam traffic jammed. Yes, Hulu Kelang?
Terima kasih, Bukit Gasing. Tuan Speaker, saya ingin mohon penjelasan daripada Bukit Gasing. Sekiranya Bukit Gasing memahami bahawa itulah sifat-sifat perbandaran, traffic jammed, kesesakan dan sebagainya. Mengapa Bukit Gasing memilih lebuhraya daripada public transportation? Sedangkan at the national level, dengan izin, Tuan Speaker, ada dasar yang menuntut supaya 60% daripada pergerakan ini mestilah dengan sistem pengangkutan awam dan bukan pengangkutan persendirian. Sebab itu lebuhraya is not an option, correct? Bukan satu pilihan untuk menyuraikan traffic kerana kalau Bukit Gasing menggalakkan pembinaan lebuhraya sampai kiamat kita tak boleh mencapai matlamat yang telah digariskan dalam dasar di peringkat kebangsaan. Sebab Lebuhraya, you are transporting the vehicles. You are not transporting the comuters. Kita nak selesaikan traffic ini kita nak supaya comuters itu bergerak dengan jumlah yang lebih besar tetapi kalau lebuhraya dibina di tengah-tengah perbandaran, sudah tentulah kos pampasannya jauh lebih tinggi. Bukan soal Perikatan Nasional sokong atau tidak sokong, saya nak perbetulkan kenyataan Bukit Gasing. Pendirian kita mesti dibuat kajian secara menyeluruh. Bukan sahaja EIA, TIA, SIA dan juga apakah beban kewangan bukan sahaja kepada kerajaan Negeri tetapi juga kepada kerajaan Persekutuan dan yang keduanya, apakah matlamat national policy itu boleh dicapai kalau Bukit Gasing sebagai wakil rakyat di situ, tidak menggalakkan sistem pengangkutan awam, tetapi lebih berpihak kepada pemaju. Itu saya mohon penjelasan.
Hulu Kelang, saya tak pernah memilih lebuhraya daripada pengangkutan awam. Saya konsisten 11 tahun di Dewan ini memilih pengangkutan awam. Saya selalu meminta dan mencadangkan penambahbaikan untuk pengangkutan awam sebab saya sedar, kita tidak ada option untuk menyelesaikan masalah traffic dan masalah rakyat membazirkan banyak masa, duit dan tenaga dalam traffic jammed. Selain daripada penambahbaikan pengangkutan awam, mesti, tak boleh dielakkan kita harus ada, itu sebabnya kita mencadangkan daripada bas percuma, sistem DRT, Kumpool yang bermula di Petaling Jaya sebelum Negeri Selangor mengadaptasikannya sebagai Selangor Mobility, perkara ini adalah sangat penting. Saya juga menggesa kerajaan dan dulu kita telah buat transport master plan. Saya pun telah gesa dan MBPJ telah buat master plan untuk laluan bas. PBT-PBT di lain di negara ini tak buat tapi di MBPJ sudah buat atas gesaan saya dan ini adalah perkara yang saya akan fight for, dengan izin dan hari ini saya tegaskan kita mesti menggerakkan sistem pengangkutan awam ke hadapan. Pembangunan yes, pembangunan dari segi
pengangkutan awam. Yang Berhormat Speaker, sudah lampu kuning, ada tak saya sedikit masa tambahan? Kalau dia bagi sedikit masa..
Saya bagi sikitlah, saya bagi sikit.
Yang Berhormat Bukit Gasing. Mendengar penjelasan Yang Berhormat Bukit Gasing tadi, saya yakin Yang Berhormat Bukit Gasing menolak projek PJD Link ini. Dan sebagaimana yang disebutkan tadi oleh kerana projek PJD Link ini telah dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor, saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Gasing adakah wajar supaya Dewan ini membuat keputusan supaya menuntut kerajaan Negeri mengeluarkan projek ini daripada Rancangan Struktur Kerajaan Negeri supaya projek itu boleh dibatalkan serta-merta dan kita memberikan fokus kepada pengangkutan awam. Terima kasih.
Memang saya sentiasa meminta fokus diberi kepada pengangkutan awam dan saya terus akan memperjuangkan pengangkutan awam selagi saya di Dewan ini dan berkenaan nak keluarkan daripada Rancangan Selangor, ya, saya sokong. Sudah sampai masanya kita harus keluarkannya. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan, saya juga ingin membangkitkan dalam RS-1 ini kita mempunyai satu sasaran untuk menambah laluan pejalan kaki sebanyak 100 kilometer.
Saya ucapkan tahniah ada sedikit usaha untuk menambahkan laluan pejalan kaki yang penting supaya rakyat boleh menggunakan stesen MRT, LRT dan KTM tetapi saya harap kita boleh meningkatkan target kita sebab laluan pejalan kaki ini tak mahal, laluan pejalan kaki ini secara comparative dengan projek-projek lain tak begitu mahal. Mampu dibuat dan mampu dibuat oleh kontraktor-kontraktor tempatan yang begitu banyak. Mari kita perluaskan dan pastikan setiap stesen MRT, setiap stesen LRT, setiap stesen Komuter, setiap stesen ERT, lingkungan satu kilometer daripada stesen itu setiap bangunan akan disambungkan kepada stesen berkenaan dengan laluan pejalan kaki yang sempurna demi menggalakkan lebih rakyat menggunakan sistem pengangkutan awam dan yang kedua park and ride. Park and ride ini cukup penting dalam tempoh transisi. Contohnya di Putera Height, rakyatnya janganlah bawa kereta datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja, sebab bila dia datang dari Putera Height pergi ke Kuala Lumpur, ini satu contoh dia kena lalu Subang Jaya, kena lalu Petaling Jaya untuk sampai ke Kuala Lumpur. Kalau boleh kita kena pertingkatkan park and ride, lebih banyak kereta di kawasan suburb dengan izin, kena letak kereta di stesen LRT, MRT dan ambil pengangkutan awam untuk sampai ke pusat bandar ke tempat kerja mereka. Isu yang seterusnya, saya ingin membawa ialah isu perubahan iklim.
Boleh satu lagi?
Speaker bagi sedikit masa?
Saya tak bagi banyaklah. Tapi Yang Berhormat kena pandai-pandai guna masalah. Masing-masing kena ringkaskan.
Saya rasa perbahasan ini sekarang ada nyawa sebab bukan sahaja baca teks ucapan kita ada interaksi. Saya harap speaker menggalakkan interaksi demi membina idea.
Silakan, silakan.
Selama hari ini tuan speaker selama hari ini di sebelah sini pun yang ada nyawa pun, kita bahas kita benarkan. Cuma saya nak tanyalah park and ride, first mile, last mile dan juga public transportation termasuk DRT ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam yang menjadi dukungan Yang Berhormat Bukit Gasing. Apa pendirian yang berhormat sekiranya projek itu diberikan kepada suami seorang Menteri? Apakah ini satu perkara yang perlu diteruskan ataupun yang sebaliknya? Terima kasih.
Yang Berhormat, tak payah kita nak bawa isu ini lagi sekali telah di jawab oleh Kinrara banyak kali, boleh rujuklah jawapan tersebut. Kalau nak cadangkan procurement kerajaan mempunyai SOP yang baru cadanglah, dan tunjuklah di Kedah, di Terengganu, di Perlis, di Kelantan macam mana peraturan untuk procurement, macam mana peraturan proof of concept di empat negeri Perikatan Nasional yang lebih baik daripada sistem SOP yang ada di Selangor tiada masalah. Tunjuklah peraturan yang sedia ada di negeri sana. Saya teruskan.
Cuma Yang Berhormat Bukit Gasing, Yang Berhormat daripada DAP. Parti DAP antara parti yang paling kuat menyerang seorang menteri Federal sebelum ini, Dato’ Seri Shahrizat kerana dikaitkan dengan sebuah kontrak yang dianugerahkan kepada suaminya. Apa beza kontrak yang diberikan kepada suami pemimpin UMNO, dengan suami pemimpin DAP? Janganlah ambil pendirian yang berbeza-beza bila kena batang hidung sendiri semuanya dia halalkan, kalau orang lain semuanya salah. Ini tidak boleh. Saya setuju pandangan Bukit Gasing kalau ada SOP baru perkenalkan. Itulah SOP yang kita mengambil pendirian bersama ketika itu. Kita lawan di jalanan, tapi bila yang berhormat diberikan sedikit kuasa, kuasa itu telah disalah gunakan dengan sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada suami seorang menteri daripada parti DAP. Apa pendirian yang berhormat dalam konteks ini.
Tak payah lah kita.
Saya nak tolong..
Yang ini telah dijawab lah. Tak pa..
Bukit Gasing teruskan.
Yang tak berani jawab pun dari sebelah sana, manalah SOP di Kedah di Terengganu di Perlis yang jauh lebih baik.
(Dewan Riuh)
Saya nak maklumkan, saya tak minta Hulu Kelang tolong jawab kan, saya pun dah dapatkan jawapan dari Kinrara.
Tak, ini Selangor Yang Berhormat.
Yang Berhormat tengok masa, jaga masa.
Okay, saya balik kepada perubahan iklim. Usaha-usaha dalam 282 PPI ada beberapa yang berkenaan dengan perubahan iklim tetapi saya mengharapkan isu yang kami pernah bincang di dalam Dewan ini ialah pusat adaptasi, adaptation bukan sahaja usaha-usaha untuk mengurangkan karbon tetapi usaha pusat adaptasi untuk menyelesaikan perubahan, effect daripada perubahan iklim yang bakal menimpa perbandaran kami banjir, isu penanaman sawah padi, bekalan air dan sebagainya juga harus diberi perhatian dan kalau tak dapat dimasukkan dalam Kajian Separuh Penggal ini harap di masukan dalam RS-2 yang bakal datang.
Isu yang seterusnya saya ingin bangkitkan cadangan saya ialah berkenaan isu nak padankan pekerjaan terutamanya kepada golongan pekerja dalam umur 40 tahun ke atas. Kita ada banyak job fair, saya ucapkan terima kasih atas usaha Kerajaan Negeri yang melaksanakan job fair – job fair yang sedia ada dan memang beribu-ribu orang yang telah dapat pekerjaan daripada job fair-job fair tersebut tetapi ada cabaran kepada penduduk rakyat Selangor yang berumur 50 tahun 45 tahun yang mencari pekerjaan, terutamanya mereka yang mempunyai skill yang sederhana atau sederhana rendah. Kepada mereka dalam tahap Manager, Senior Manager senang untuk mereka melompat daripada satu syarikat ke syarikat yang lain. Tetapi yang bertaraf pertengahan middle management executive ataupun support staff dengan izin, mereka menghadapi cabaran untuk mencari pekerjaan. Bayak syarikat akan memilih untuk mengupah seorang pekerja
yang muda dalam jawatan-jawatan tersebut dalam kekosongan-kekosongan tersebut demi membantu rakyat Selangor dalam golongan ini saya harap usaha untuk memadankan mereka yang mencari kerja kepada kekosongan yang wujud dalam syarikat-syarikat di Negeri Selangor ini dapat di pertingkatkan. Saya harap Kerajaan Negeri boleh menubuhkan satu job center ataupun menggunakan satu kaedah untuk membantu golongan ini. Akhir sekali sebelum saya duduk, saya ingin sekali lagi mencadangkan bahawa dalam persediaan untuk kita membahaskan RS-2, sebab RS-1 ini tinggal satu tahun lagi, lapan belas bulan lagi sebelum kehabisan penggal untuk RS-1, bila kita nak masuk RS-2 ini, saya harap pembentangan RS-2 ini boleh dilakukan pada pertengahan tahun hadapan supaya kita dapat bahaskan sebelum bermula penggal 5 tahun RS-2 iaitu yang pertama. Yang kedua, saya harap sesi konsultasi bersama dengan stakeholder-stakeholder di luar dan juga bersama Ahli-ahli Yang Berhormat yang bukan kerajaan dapat di jalankan lebih awal dan diberi masa yang secukupnya untuk kita memberi feedback, untuk kita memberi maklum balas terhadap cadangan dan untuk kita mengutarakan cadangan, dan jika ini dapat dilakukan kita dapat membentuk satu RS-2 yang lebih mampan dan yang ketiga banyak PPI adalah bersifat jangka masa panjang. Itu saya kira bagus sebab memang ada projek yang dalam tempoh, yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun, bukan semua projek mesti siap dalam 5 tahun. So saya harap dalam semua PPI yang bersifat jangka masa panjang kita gariskan KPI 5 tahun. Apakah KPI dalam 5 tahun itu supaya kita dapat mengukur kejayaan PPI tersebut. Sekarang dalam RS-1 inisiatif itu di tulis tetapi tidak ada satu perincian apa KPI untuk pelaksanaan dalam 5 tahun sampai tahun 2025 dan apakah pencapaian selepas itu. Sebenarnya itu sahajalah ucapan saya ini di sini, saya sekali lagi menyokong kajian separuh penggal RS-1 dan diucapkan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri yang bukan sahaja mewujudkan dokumen ini, tetapi membawa Usul ini ke Dewan ini untuk di bahaskan. Terima kasih yang Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan seluruh Ahli MMKN. Sekian terima kasih.
Seterusnya, Kuang. Lima belas minit ya.
Sampai pukul satu la ni.
Lima belas minit.
Terima kasih Tuan Speaker sebab memberi peluang kepada Kuang untuk turut sama membahas RS-1. Kita telah dengar dengan teliti pembentangan berkenaan RS-1 telah dibentangkan sebelum ini. Saya lihat banyak inisiatif- inisiatif baik yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan inisiatif ini pun dilihat suatu yang telah di sediakan dalam bentuk first class oleh Kerajaan Negeri tapi bagaimanakah kita nak laksanakan sesuatu yang bertaraf first class dengan izin,
kalau kita masih duduk dalam mentality third class. Saya nak sebut benda ini penting sebab sehingga hari ini masih berlaku diskriminasi di antara ADUN- ADUN kerajaan dan ADUN- ADUN pembangkang dalam benda-benda yang sangat mudah. Semua sedia maklum bahawa semua inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam Teras 2 seperti RM300 sebulan Jom shopping dan lain-lain semuanya dilaksanakan oleh penyelaras bagi pihak DUN-DUN pembangkang. Kita tiada masalah, saya secara peribadi tiada masalah. Ada sahaja mana-mana permohonan daripada rakyat di DUN Kuang kita boleh panjangkan terus kepada Pejabat Penyelaras untuk dilaksanakan, kalau dia dapat Alhamdulillah dia akan ucap terima kasih kepada kami sebagai pembangkang kerana menyokong dan kalau tak dapat pun dia tak marah kami, dia akan marah Pejabat Penyelaras sebab telah disokong oleh ADUN. Perkara kedua yang saya nak sebut ialah yang sangat sedih mesyuarat-mesyuarat Majlis Tindakan Daerah yang sepatutnya dihadiri oleh ADUN-ADUN, tempat rakyat menyalurkan masalahnya adalah kepada ADUN-ADUN tetapi berlaku diskriminasi mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di peringkat itu pun ADUN-ADUN pembangkang tidak lagi dijemput dan dipanggil. Saya tak tahu ini arahan daripada siapa? Adakah...
Mohon mencelah.
Kota Damansara. Bagi laluan ke tidak?
Terima kasih pada Yang Berhormat. Tahu tak Yang Berhormat ketika zaman Hulu Kelang pun ketika menjadi Menteri Besar, ADUN-ADUN pembangkang waktu itu pun tak dijemput. Jadi dia jangan seolah-olah ketika waktu masa Hulu Kelang jadi Menteri Besar ADUN-ADUN tak di jemput ketika itu, ADUN-ADUN pembangkang khususnya saya ingat Y.B. Rizam pun ada lagi waktu itu, Yang Berhormat Rizam pun ada juga Sungai Air Tawar pun tak dijemput juga waktu itu, ada juga Yang Berhormat Sabak ketika itu pun tak dijemput juga tetapi ketika bila kena waktu sana jadi pembangkang dia tanya juga benda yang sama. Jadi maklum tak benda ini?
Baik, terima kasih Kota Damansara. Ini yang saya nak sebut ni. Are we moving forward? Adakah kita nak move ke depan atau kita masih lagi duduk dengan merujuk benda-benda lama. Toksah sebut benda 3 tahun, you boleh rujuk 30 tahun ke belakang.
Tak boleh macam tu, bila kena jadi kat kita, okay kita ke depan bila waktu kat dia, takpa kita sama. Status quo, tak boleh macam tu. Tak boleh macam tu.
(Dewan Riuh)
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Kita hari ini menang, esok bubar.
Jadi saya setuju, saya setuju dengan Kota Damansara. Kita kena adil kalau kita sebut dulu, ke depan pun kita kena sebut. Kenapa dalam kes tadi Yang Berhormat Hulu Kelang sebut pasal apa, NFC you tak nak pula rujuk dua-dua dan mengambil dua-dua sekali gus dan membezakan benda itu. I am telling you, saya ingin merujuk kepada Dewan, kita nak move forward kita nak jadi negeri contoh dan kalau kita sebagai ADUN masih lagi menggunakan mentality yang lama, sampai bila kita nak maju? Adakah kita nak jadi negeri contoh pada negeri-negeri lain ataupun kita nak berterusan begini sampai bila? Jadi tuan-tuan, saya nak teruskan terima kasih pada yang menegur dan beri pandangan. Baik, merujuk kepada beberapa perkara yang telah dibentangkan juga saya nak sentuh fasal isu pendidikan. Saya rasa isu pendidikan ini penting. Mewakili Kuang saya ada 8 tanah sekolah di Bandar Tasik Puteri sahaja tetapi hanya 3 sekolah telah dibina dan kepadatan pelajar di sekolah itu telah melebihi kapasiti yang ada. Tapi sehingga hari ini setelah 20 tahun saya belum nampak sebarang perancangan untuk membina sekolah-sekolah baru di Tasik Puteri dan saya sedar ini adalah masalah peringkat Federal tetapi masalah ini akan menjadi masalah negeri sekiranya Kerajaan Negeri tidak campur tangan di dalam menentukan keberadaan sekolah-sekolah. Ini belum lagi saya bercerita tentang Kundang. Antara projek-projek perumahan baru yang sedang dilaksanakan di dalam kawasan saya ini banyak developer ini. Jadi saya mohon EXCO Perumahan ambil perhatian perkara ini. Kita ada Scientex, Sunway, Sime Darby, Maira Garden dan beberapa lagi projek perumahan baru yang dibina yang bila saya lihat perancangannya tidak adapun persediaan sekolah-sekolah ataupun tanah-tanah baharu sedangkan sekolah yang ada telah melebihi kapasiti pelajar yang sepatutnya. Bila buka perumahan baru ini maka akan berlaku penghijrahan. Orang akan makin ramai masuk dan kita tak ada sebarang sekolah. Jadi saya nak cadang kalau boleh diambil perhatian di peringkat EXCO Perumahan kalau selepas ini kalau nak luluskan satu-satu projek perumahan baru, kalau boleh bukan sekadar digazet tanah-tanah sahaja sebagai tanah-tanah untuk sekolah maka perlu juga dipertimbangkan kalau boleh syarikat-syarikat perumahan besar ini membina juga sekolah. Dan menyerahkan sekolah tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau Daerah kerana kalau kita nak tunggu federal level untuk membina sekolah ini, saya rasa saya tak tahu bila benda itu boleh disediakan. Saya nak sentuh juga saya terima satu jawapan mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah seluruh Selangor. Sekolah Agama Rakyat sebanyak RM10,770,000.00, peruntukan kepada 457 sekolah iaitu RM23,000.00 lebih kurang satu sekolah agama. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM53,000.00. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
RM51,000.00 setiap sekolah. Sekolah Mubaligh atau Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, RM34,000.00 satu sekolah. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan bermula 2022 sebanyak 5,731 dan yang paling menarik Sekolah Menengah Persendirian Cina ada empat sekolah yang dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 di peruntukan sebanyak RM2 juta iaitu sebanyak RM500,000.00 satu sekolah setiap tahun. Saya mohon justifikasi daripada Kerajaan Negeri apakah formula yang diguna pakai. Kenapakah tidak berlaku keadilan di dalam pemberian peruntukan kepada sekolah-sekolah ini semua dan apakah formula yang dipakai sehinggakan sekolah menengah persendirian cina mendapat RM500,000.00 setiap tahun berbanding dengan sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang hanya mendapat RM50,000.00? Ini adalah satu nombor yang saya terima bukan saya reka-reka. Saya dapat dan saya nak tahu bagaimanakah Kerajaan Negeri buat justifikasi untuk memberi peruntukan-peruntukan. Kita di peringkat sidang DUN yang lepas kita bicara tentang cukai-cukai pintu kepada kampung-kampung dan baru-baru ini berlaku satu lagi cukai yang dikenakan untuk kenaikan cukai-cukai pintu untuk hampir semua penduduk-penduduk negeri Selangor yang kenaikannya pada peringkat awal hampir 90 ke 100 peratus. Saya nak bacakan reserve tunai PBT. MBSA RM485 juta. MBPJ RM125 juta. Majlis Bandaraya Subang Jaya, RM87 juta. Majlis Bandaraya Diraja Klang, RM257 juta. Majlis Perbandaran Selayang, RM94 juta. Majlis Perbandaran Kajang, RM136 juta.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Bukit Gasing. Bagi laluan?
Saya habis baca lepas tu you, you.. saya benarkan. Majlis Perbandaran Sepang, RM404 juta. Majlis Perbandaran Kuala Langat, RM137 juta, Hulu Selangor RM73 juta. Kuala Selangor, defisit RM8 juta dan Sabak Bernam RM1 juta. Sila.
Yang Berhormat, kebanyakan deposit tunai dalam bank adalah deposit daripada cagaran-cagaran iklan, cagaran sewa dewan, cagaran pembangunan dan sebagainya. Yang Berhormat kena bezakan wang cagaran itu tidak boleh digunakan oleh Majlis. Memang tunai dalam bank memang akan ternyata dalam laporan kewangan tetapi dia masih cagaran milik rakyat. PBT tidak boleh gunakan. Tak terkira.
Terima kasih, saya ambil maklum benda itu. Saya ambil maklum benda tu dan benda itu sebelum ini Kota Damansara dah pernah sebut. Tetapi hari ini bila kita soal benda ini dia tak nyatakan pun berapa boleh
ada anggaran tapi saya tak fikir RM485 juta yang dimiliki oleh MBSA adalah kesemuanya merupakan....
Yang Berhormat, saya boleh tolong Yang Berhormat.
Dia ini Yang Berhormat, cagaran ini bukan cagaran sekarang.
Maksudnya saya rasa Kuang tidak bertanya dengan detail la maksudnya. Dia tanya, lepas tu dia confuse mana satu reserve, mana satu cagaran.
Kuang nak bagi laluan pada siapa? Ya, Gasing, Gasing.
Yang Berhormat setiap tahun dibentangkan Penyata Kewangan setiap PBT. Dalam penyata kewangan tersebut akan dihuraikan dalam aset dan liabiliti itu jumlah deposit cagaran orang awam yang dipegang oleh PBT tersebut. Walaupun soalan yang ditanya mungkin dijawab secara spesifik kepada soalan atau pun makluman dalam kertas itu saya pun tak tahu kertas itu kertas apa tetapi kalau Yang Berhormat balik kepada Penyata Kewangan PBT yang diberi kepada setiap kami sebagai kertas mesyuarat boleh dilihat dalam aset liabiliti, kolum aset liabiliti itu berapa tunai dalam bank. Itu angka yang dibacakan tapi juga boleh dilihat kolum berapa cagaran yang dipegang. So kena tolak. Kena buat sedikit kerja tambahan dan kena baca balik daripada sesi yang lepas itu. Penyata itu dah tolak baru itulah reserve sebenar PBT.
Yang Berhormat terima kasih atas tutorial itu. Tetapi kita jauh lebih maklum pasal benda itu. Saya pun bekas Ahli Majlis juga dan kita tahu. Yang kita khuatir kepada PBT-PBT yang negatif. Bila PBT-PBT yang negatif, apa jadi kepada reserve, kepada cagaran-cagaran ini semua. Ada PBT yang negatif ini tetapi rata-rata PBT besar menunjukkan prestasi positif yang tinggi dan mempunyai reserve berdasarkan kepada cukai yang ditafsirkan sejak 20 tahun lalu sebagai alasan untuk menaikkan cukai yang baru. Saya ingin mencadangkan saya tak kata jangan. Tetapi kenaikan cukai dalam keadaan kita ekonomi yang belum betul-betul pulih dan rakyat hidup dalam keadaan masalah yang banyak dengan kenaikan penarikan subsidi diesel dan sebagainya suka saya mencadangkan pada Dewan yang Mulia ini juga Kerajaan Negeri kalaupun nak naikkan cukai, naiklah secara berperingkat 5% setahun.
Yang Berhormat, jaga masa. Landing dan ini.
Ya, saya ada lebih kurang 7 minit lagi.
2 minit sahaja lah Yang Berhormat. 15 minit seorang. Simplekan atau ringkaskan.
Jadi perlu satu tindakan yang lebih baik daripada Kerajaan Negeri sambil mengambil kira masalah yang dihadapi oleh rakyat kita di bawah. Itu yang pertama. Dua perkara saya dah sentuh. Ketiga, saya dah sebut tadi, Kuang ini satu kawasan yang sedang membangun dan tentu saya mempunyai masalah yang sama dengan Paya Jaras iaitu lori-lori yang tidak dapat dikawal selia langsung melalui jalan-jalan yang tidak digazet dan menyebabkan kerosakan kepada jalan-jalan. Ada dua masalah missing link di Kuang sebelum ini. Satu Alhamdulillah telah diselesaikan iaitu missing link di antara Kundang ke Tasik Puteri. Walau bagaimanapun ada satu lagi missing link daripada Tasik Puteri menghala ke Batu Arang. Jalan ini sangat penting kerana penduduk Tasik Puteri mesti pergi kepada klinik kesihatan di Batu Arang. Dan satu-satunya jalan yang ada di situ adalah jalan missing link dan saya mohon kepada Kerajaan Negeri supaya dapat mengambil perhatian serius terhadap jalan missing link daripada Tasik Puteri menghala ke Batu Arang supaya jalan itu segera kalau boleh diserahkan kepada JKR atau PBT dan dibaiki segera bagi mudahkan penduduk untuk menggunakan jalan tersebut untuk urusan harian. Tuan-tuan dan Puan-puan satu lagi masalah.
Yang Berhormat ringkaskan ya. Ini yang terakhir.
Satu lagi masalah saya baru-baru ini ada berbincang mengenai kaedah pelaksanaan penguatkuasaan terhadap lori-lori yang sering melalui jalan-jalan yang tidak digazetkan. Baru-baru ini saya ke Jakarta. Minta maaf tak ajak. Saya ke Jakarta baru-baru ini ada jalan itu digazetkan penggunaannya untuk genap ganjil. Maksudnya ada hari kenderaannya nombor genap dan ada hari untuk kenderaan nombornya ganjil. Bagaimana penguatkuasaan dibuat di Indonesia dia pasang kamera sahaja. Sepanjang jalan itu ada 4 pos kamera dan dia akan ambil gambar dan dia akan hantar 4 saman kepada kenderaan yang melalui jalan itu. Jadi tuan-tuan ada kaedah yang kita boleh guna pakai untuk penguatkuasaan dan saya sedar itu mungkin di bawah bidang kuasa JPJ mungkin juga di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat tetapi apa salahnya kalau kita di peringkat Kerajaan Negeri tidak boleh nak selesaikan masalah itu kita boleh mendesak atau memberi cadangan kepada Kerajaan Pusat juga sebab masalah ini adalah masalah negeri.
Yang Berhormat jaga masa.
Yang lain dapat masa tadi Speaker. Masalah-masalah rakyat ini penting untuk kita selesaikan kalau kita berbicara tentang satu pembentangan Rancangan Selangor Pertama yang memberi fokus kepada kelestarian rakyat. Saya tak boleh nak kata kami ini bahagia atau gembira macam sahabat saya Yang Berhormat lain, jadi saya mohon segala perhatian saya dan juga saya nak mohon jawapan daripada EXCO dalam sesi penggulungan berkaitan dengan beberapa perkara yang saya bangkitkan sebelum ini iaitu berkenaan dengan peruntukan-peruntukan yang diberikan dan juga saya minta supaya dipertimbangkan sekali lagi kadar kenaikan cukai pintu untuk rakyat Selangor yang sedang dibebani hari ini. Sekian, terima kasih.
Mohon mencelah.
Ya, sila.
Boleh mencelah?
Dah habis dah.
Sila, saya bagi laluan.
Habis dah. Habis dah. Tak boleh lagi. Masa sudah cukup. Sudah 57 ini.
Yang Berhormat Speaker, ada 3 minit Yang Berhormat.
Ya, ya cukup. Point taken, point taken. Itu sahaja Yang Berhormat.
Boleh celah?
Tak boleh, tak boleh. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Sentosa.
Selamat tengah hari Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada Sentosa mengambil bahagian. Cuaca sejuk.
Yang Berhormat teruskan ya. Tak perlu membuang masa.
Perbahasan Taman Medan hangat tadi. Saya akan cuba sejukkan balik. Rancangan Selangor Pertama adalah satu pelan pembangunan strategi yang telah dirancang untuk memajukan negeri Selangor. Ia merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan mampan dengan tumpuan pada aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Matlamat jangka panjang RS-1 adalah untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang maju yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa. Tuan Speaker, untuk melaksanakan Rancangan Selangor Pertama bukanlah satu tugas yang mudah dan berdepan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani. Pembangunan pesat sering kali datang dengan kos kepada alam sekitar mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan kelestarian dan alam sekitar merupakan satu cabaran besar. Selangor sebagai negeri yang pesat membangun perlu menangani isu seperti pencemaran penggondolan hutan dan penurunan kualiti udara dan air. Kerajaan Negeri Selangor perlu memastikan bahawa setiap projek pembangunan mematuhi garis panduan kelestarian dan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar adalah satu tugas yang rumit dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk industri kerajaan dan masyarakat termasuk pembangkang. Pembangkang harus mengalu-alukan naratif dan pendekatan politik yang baru yang lebih matang. Jangan hanya kutuk atau cari salah sahaja. It is not what you say Taman Medan, it is how you say it.
(Dewan riuh)
Yang Berhormat Sentosa. Duduk dulu. Semua duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, duduk, duduk. Sentosa kita sambung petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan 1 petang, dengan ini saya tangguhkan sidang Dewan ini ke jam 2.30 petang nanti. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Selamat petang diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran mahasiswa dari kawasan DUN Kampung Tunku seramai 20 orang yang diatur oleh Yang Berhormat ADUN Kampung Tunku yang diketuai oleh Encik Jason Ing Jun Ho, selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Dewan bersambung semula dan saya menjemput Yang Berhormat Sentosa untuk meneruskan perbahasan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, tadi Taman Medan minta tapi dia tidak ada di Dewan tapi saya sambung.
Silakan.
Tuan Speaker, dalam kita memberikan keutamaan kepada pembangunan ekonomi serta merakyatkan ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri perlu memberi perhatian khusus dalam menambah baik meningkatkan tahap infrastruktur awam seperti jalan raya. Keadaan jalan raya perlu dinaiktarafkan seiring dengan perkembangan aktiviti ekonomi. Di Sentosa dan juga di Sungai Kandis dan juga Kota Kemuning satu jalan utama iaitu Jalan Kebun bulatan di roundbout bertahun-tahun kita telah minta untuk naik taraf tetapi masih belum ada pelaksanaannya. Tuan Speaker, Sentosa juga ingin meminta perhatian khusus terhadap sektor pengangkutan awam di kawasan Sentosa agar perkembangan ekonomi di kawasan ini berkembang dengan seimbang seperti yang direncanakan di dalam Rancangan Selangor Pertama. Tuan Speaker, masalah budak sekolah nak ke sekolah menjadi rumit sekarang kerana tambang bas naik. Saya Sentosa ingin minta jasa baik Kerajaan Negeri atau pun menerusi PBT masing-masing untuk menggunakan Bas Selangorku untuk adakan perkhidmatan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan dari point ke point, mungkin ini boleh juga mengurangkan kos beban hidup warga Sentosa. Tuan Speaker, Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membantu menyelesaikan satu masalah perumahan di Ladang Nigel Gardner Hulu Selangor di mana isu perumahan lima ladang ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Sebanyak RM75 juta telah diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah perumahan ini. Harap isu perumahan-perumahan di ladang-ladang lain seperti Ladang Bukit Beruntung, Ladang Lata River, Ladang Bukit Cerakah, Ladang Bukit Choh, Ladang Brownson, Ladang Subang, Ladang Bukit Raja, Ladang Pulau Carey, isu perumahan di ladang-ladang ini telah berlarutan bertahun-tahun dan perlu diselesaikan dengan kadar segera. Sentosa juga sentiasa diberitahu di mana masih ada ugutan dan tekanan dari pemaju dan pemilik di atas beberapa jawatankuasa kuil dan tokong. Ada yang menduduki tanah ini lebih
daripada 30 tahun. Sebelum pemaju membeli tanah tersebut, mereka perlu selesaikan masalah atas tanah iaitu kuil atau tokong yang telah ada di kawasan tanah tersebut. Sentosa minta jangan luluskan proses pindah milik tanah jika pemilik tanah tidak dapat selesaikan masalah ini termasuk dengan PBT yang perlu zonkan kawasan sebagai rumah ibadat sebelum projek pembangunan dapat diluluskan kerana kalau selepas lulus kes ini di bawa ke mahkamah dan banyak isu-isu lain yang timbul akibat ini. Harap Kerajaan Negeri cari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kita juga ada masalah di kuil Seksyen 17, di Bukit Raja dan sebagainya. Kes ini ada di mahkamah dan ini menunjukkan seperti Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam tidak memberikan tanah untuk kuil dan tokong tersebut. Banyak tanah ladang telah diambil alih atau telah dibeli oleh pemaju dan mereka tidak tahu ke ada kuil atau tokong atas tanah ini. Saya minta pemaju selesaikan isu ini dengan baik. Jangan hanya hendak bawa Jawatankuasa Rumah Ibadat ke mahkamah. Bila hendak pindahkan kuil atau bagi tanah zonkan tanah untuk rumah ibadat tersebut yang ada atas tanah lebih daripada 30 tahun. Ada banyak kos terlibat, kos pindah, kos bina semula, kos upacara sembahyang dan sebagainya. Pemaju haruslah lebih prihatin untuk selesaikan masalah ini. Tuan Speaker, sumbangan kepada kuil juga perlu dikaji dan diperhalusi. Ada juga kuil-kuil yang hanya dapat RM5,000 tidak dapat untuk bayar bil air atau elektrik untuk satu tahun. Ada juga yang menerima jumlah yang kecil dan tidak mencukupi selain itu juga sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri membuat naikkan dana atau pun peruntukan yang lebih tinggi diberikan untuk kuil dan tokong.
Tuan Speaker, Kerajaan juga perlu membuat penilaian semula terhadap semua inisiatif bagi memperkasakan masyarakat India terutamanya dalam sektor keusahawanan golongan belia, program-program SITHAM dan I-Seed. Sentosa hendak tanya apa sudah jadi dengan I-Seed dan SITHAM? Masih sudah Julai masih lagi belum dilaksanakan Program SITHAM atau I-Seed. Adakah inisiatif ini telah mencapai sasaran Kerajaan Negeri tahun lalu? Dan juga Sentosa ingin membangkitkan isu lain terutamanya Sentosa ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang kerana luluskan projek di Taman Bukit Tinggi iaitu Taman Permainan Rama-Rama Butterfly Park dengan izin dan juga Taman Bukit Bandar Botanik di mana ucapkan terima kasih kepada jabatan taman terutamanya tetapi apa yang saya hendak cadangkan ialah memang setiap PBT ada jabatan taman tetapi untuk Kerajaan Negeri tidak ada Jabatan Landskap Negeri di mana mereka boleh bekerjasama dengan Jabatan Landskap Negara untuk membantu merancang, untuk menyelaras dan juga kawal selia program-program berkenaan dengan isu-isu taman dan sebagainya. Banyak juga dana yang diperuntukkan di Peringkat Landskap Negara untuk pihak Kerajaan Negeri atau pun PBT untuk guna pakai. Tuan Speaker, Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Majlis Bandaraya Diraja Klang kerana membantu merancang untuk menjayakan permintaan agenda Sentosa iaitu untuk naik taraf Taman Sentosa ke Bandar Sentosa dan juga permintaan-
permintaan lain seperti pasar awam dan juga balai polis Sentosa yang perlu dinaik taraf atau khususnya bina satu balai polis baru di DUN Sentosa.
Seterusnya DUN Sentosa ingin bawa ialah berkenaan permintaan, saya telah bincang dengan EXCO Sukan minggu lalu berkenaan dengan permintaan tapak latihan untuk permainan kabaddi. Baru-baru ini kita nampak Menteri Besar Kedah pun main kabaddi, ini menunjukkan permainan kabaddi ini bukan hanya untuk belia-belia berbangsa India sahaja. Banyak juga belia-belia Melayu juga main permainan kabaddi dan kita perlu merancang untuk menyediakan satu tempat untuk dibina gelanggang kabaddi, itu adalah satu permintaan. Seterusnya Sentosa juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandar raya kerana telah melantik KDEB sekali lagi untuk menguruskan tong kontrak sampah tapi Sentosa ingin minta kepada KDEB supaya lantikan-lantikan kontraktor ini jangan mereka pula melantik sub kontraktor. Kalau ada sub kontraktor-sub kontraktor dilantik, KDEB harus batalkan kontrak dan melantik kontraktor yang boleh melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Seterusnya Tuan Speaker, tahniah juga diucapkan kepada EXCO Kesihatan kerana meneruskan Program SUKA. Saya ada satu permintaan iaitu Sentosa ingin cadangkan kalau boleh sediakan satu peruntukan elaun bulanan untuk koordinator SUKA yang mainkan banyak peranan di DUN masing-masing dan saya minta kalau boleh sediakan satu peruntukan untuk memberi mereka peruntukan elaun secara bulanan. Terima kasih saya ucapkan kepada EXCO Kesihatan. Tuan Speaker, akhir kata saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari dapat meneruskan kecemerlangan memimpin Negeri Selangor untuk terus unggul di samping memartabatkan rakyat Selangor. Sekian, terima kasih. Sentosa menyokong.
Dengkil.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Y.A.B. Dato’ Seri Menteri Besar Selangor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama 2021-2025. Pada hari ini saya ingin menyentuh beberapa perkara tentang pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 dan pada hari ini kita akan tumpukan pada Kajian Separuh Penggal yang tersebut. Perkara satu ialah berkaitan dari segi masa. Sebenarnya kajian ini telah melangkau masa yang sepatutnya iaitu sepatutnya pada bulan Julai 2023 dan ini telah melebihi satu tahun iaitu Julai 2024. Ini bukan Kajian Separuh Penggal lagi dan sebetulnya telah menjadi dua pertiga penggal. Oleh itu perkara ini perlu diperbetulkan supaya lebih mudah untuk kita membuat penilaian sebenarnya tempoh untuk Rancangan Selangor Kedua ini. Perkara
kedua iaitu berkaitan dengan tujuan pelaksanaan. Perancangan yang dibuat di atas kertas amat menarik tetapi kemajuan pelaksanaan tidak memberangsangkan. Pada pendapat saya, pihak Kerajaan harus membentangkan hasil usaha selama separuh penggal yang terawal dengan statistik kemajuan yang sudah dilakukan serta kos-kos yang terlibat. Perkara ketiga iaitu jadual yang telah ditetapkan. Usaha-usaha yang lebih gigih perlu diambil oleh semua pihak mengikuti jadual yang ditetapkan. Sepatutnya apabila kerajaan Negeri sudah seiring dengan Kerajaan Persekutuan Madani seharusnya kemajuan rancangan akan jadi lebih lancar dan cepat daripada apa yang dirancang dan mengikut jadual pelaksanaan dan saya berharap pegawai Kerajaan yang terlibat untuk turut membantu Kerajaan Negeri menyenggarakan pelaksanaan projek ini projek-projek yang akan dijalankan. Apakah kesannya terhadap pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama ini. Ada empat tema strategik yang menjadi peneraju kepada Rancangan Selangor Pertama yang sepatutnya menjadi lebih rancak dan telah berada di dalam status pelaksanaan. Apabila sudah memasuki fasa selepas separuh penggal Rancangan Selangor Malaysia Pertama dan bukannya masih lagi di dalam perancangan dan kelulusan dan sepatutnya fokus kepada Kajian Separuh Penggal ini adalah untuk menilai keberkesanan kemajuan pelaksanaan dan keduanya melakukan beberapa anjakan baru seiring dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan bantuan dari prinsip ekonomi madani dari Persekutuan. Untuk kita melihat sejauh mana keberkesanan dan kemajuan yang sudah dilakukan seperti apa yang dirancangkan. Seperti mana yang YB-YB sedia maklum, Selangor menjadi penyumbang tertinggi di dalam KPDNK iaitu 25.9% pada tahun 2023 berbanding 25.5% pada tahun 2022 dan ini menunjukkan keupayaan Kerajaan Negeri untuk merangsang kepada projek pemangkin dalam Rancangan Selangor Pertama tapi pada hakikatnya kalau kita lihat kemajuan yang sudah dilakukan di dalam beberapa projek yang berada dalam Rancangan Selangor Pertama ini adalah tidak memberangsangkan. Contohnya seperti berikut, sebagai contoh di bawah Teras Ekonomi yang memiliki 93 PPI berlandaskan ekonomi dengan jumlah program dan inisiatif atau PPI yang telah ditetapkan tetapi hanya 18 PPI bersamaan dengan 19% yang telah dilaksanakan. Manakala 75 PPI bersamaan dengan 81% masih lagi dalam proses pelaksanaan. Pada pendapat saya usaha yang lebih kuat harus digerakkan untuk merealisasikan semua PPI yang telah dirancang. Kalau kita lihat jumlah keseluruhan terdapat sebanyak 282 PPI hanya 52 PPI iaitu 18% telah selesai pelaksanaannya dan masih memiliki baki 230 PPI iaitu 82% masih dalam proses pelaksanaannya. Seharusnya peratusan pelaksanaan menjelang tahun 2024 ini melebihi dari 50% kerana berbaki setahun setengah lagi sebelum kita memasuki akhir tahun 2025. Berikut adalah antara projek pemaju utama yang ingin saya tekankan. Pelabuhan ketiga Carey Selangor dengan hanya 25% pencapaian dan pelaksanaan projek ini dan ianya tidak memberangsangkan langsung dan menjadi persoalan. Kajian kebolehlaksanaan di peringkat pemenang Carey Selangor dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2022. Dan diangkat ke kabinet pada November tahun 2023
mengambil masa lebih setahun, jadi model perniagaan dan operasi dijangka dimuktamadkan menjelang tahun 2025. Persoalan di sini bagaimana projek Pelabuhan Ke-tiga ini dapat mencapai garis jangka masa siap 2025 hingga 2026. Sedangkan model operasi dan perniagaan hanya dimulakan pada tahun 2025.
Yang keduanya Galeri Seni Kontemporari dan Moden Shah Alam masih lagi di peringkat peranan konsep dan sedang dalam proses mendapat kebenaran. Bila projek ini hendak dimulakan? Jika kita asyik menunggu kelulusan, tahun ini dah 2024. Begitu juga tentang jalur lebar industri Selangor Jalin. Masih di peringkat mengenal pasti sepatutnya bukan peringkat mengenal pasti lagi ya, dah laksanakan. Zon-zon perindustrian Green Field dan Brown Field serta memuktamadkan perjanjian dengan pemaju. Jadi satu lagi ialah Selangor Aeropark, masih lagi di bawah kajian kebolehlaksanaan fasa 1 dan baru selesai tahun 2023. Kedudukan terkini usaha perancangan berterusan dari segi pelan induk dan konsep pembangunan. Kini sudah pun pertengahan tahun 2024, masih lagi membincangkan pelan induk dan konsep pembangunan, persoalannya bila kita hendak mula dan berapa lama anggaran jangka masa untuk siap? Yang kelima, Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selatan Selangor IDRISS. Terdapat 40,000 ekar tanah di Sepang dan Kuala Langat keseluruhannya. Semuanya masih lagi di peringkat pelbagai kelulusan dan reka bentuk. Satu keluasan projek yang besar seperti IDRISS ini perlu di teliti dan kesannya kepada kawasan sekelilingnya supaya tidak menjadi satu kontradiksi dengan keseimbangan ekonomi dan pembangunan di kawasan sekelilingnya. Ianya juga merangkumi fasiliti dan penggunaan infra yang dipastikan tidak mengganggu masyarakat sekeliling yang akan menanggung akibatnya seperti banjir dan kesesakan jalan raya.
Tuan Speaker yang dihormati, dari beberapa projek teras yang telah dibentangkan tadi dalam Rancangan Selangor ini dan dengan Selangor mencapai aspirasinya untuk menjadi negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang tahun 2025. Tetapi adakah aspirasi ini dapat dicapai jika kemajuan-kemajuannya yang kebanyakannya masih lagi di fasa rancangan. Tentang beberapa perkara, saya juga ingin menyentuh beberapa program-program yang perlu diberikan keutamaan iaitu pendidikan sebab pendidikan ini walaupun tunjang utamanya adalah di peringkat Persekutuan tetapi pendidikan adalah teras utama untuk merealisasikan aspirasi Negeri Selangor menjadi negeri pintar berdaya huni dan makmur. 19 PPI telah dikemukakan dalam hub pendidikan, dari level pendidikan pra sekolah sehingga ke peringkat universiti telah menjadi pemangkin kepada solusi pendidikan anak-anak Selangor. Terdapat isu-isu yang mengekang program ini dengan permasalahan tempat dan kapasiti untuk persediaan untuk pendidikan ini. Kerajaan Negeri harus bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menyediakan sekolah-sekolah yang sudah terlalu padat. Ketiadaan sekolah di kawasan yang padat tinggi sangat membimbangkan kerana ini boleh menimbulkan krisis pendidikan yang bermula dari sekolah. Rumusannya saya ingin mencadangkan beberapa perkara
berkaitan Kajian Sepenggal, Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Ke-1 ini iaitu pertamanya kajian ini sepatutnya dibuat pada tahun pertengahan 2023 dan bukannya sekarang dan tinggal setengah tahun lagilah menjelang tahun 2025. Kebanyakan projek masih lagi di peringkat ketentuan, konsep dan reka bentuk dan masih lagi belum ada sebarang keputusan. Saya cadangkan juga semua projek-projek yang dijalankan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor dimasukkan di bawah Rancangan Selangor Ke-2 bukan masukkan Rancangan Malaysia Ke-12 bersama dengan Rancangan Selangor Ke-1.
Yang Berhormat, Julai tahun 2023 Dewan telah pun dibubarkan. Saya hendak ingatkan saja.
Tak mengapa, tetapi untuk akan datang. Ini adalah untuk penambahbaikan bukan untuk komen yang memburukkan Kerajaan ya, ok. Perlu bina satu task force dari blok Kerajaan, Pembangkang dan pegawai serta agensi yang berkepentingan supaya semoga segala kemajuan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut ketetapan yang diberikan. Yang keempat, semua proses hendaklah mematuhi semua proses tatacara perolehan dan pembangunan dan mengikut tatacara kewangan yang berkuat kuasa masa kini supaya tidak timbul isu syarikat-syarikat yang tidak kompeten untuk menjalankan projek-projek ini. Yang kelima pastikan limpahan ekonomi yang dibawa mestilah dirancang dengan baik melalui spesifikasi dan skop kerja projek mestilah menepati dengan projek yang dijalankan. Yang keenam, dalam tujuan merangka Rancangan Selangor Ke-2 2026 sehingga 2030, kerja-kerja awalan sepatutnya telah pun dimulakan dari sekarang. Sekurang-kurangnya 2 tahun ya, bukannya tinggal lagi setengah tahun baru kita hendak mula merancang iaitu dengan pengumpulan data dan sebagainya. Dan sekiranya gagal memenuhi masa tersebut, saya yakin Rancangan Selangor Ke-2 juga akan tidak dapat mengikuti fasa-fasa tempoh perancangan dan kemajuan pelaksanaannya.
Satu lagi saya juga ingin menekankan sekiranya kontrak-kontrak yang telah pun diikat dengan kontraktor-kontraktor atau pun pemaju-pemaju yang telah gagal untuk menyiapkan projek-projek mereka, kita hendaklah tidak bertolak ansur kenalah mengambil tindakan tegas untuk menamatkannya setelah kita memberikan beberapa kali peluang. Dan saya juga berharap supaya perbincangan tentang keperluan-keperluan Rancangan Selangor Ke-2 ini nanti untuk dibincangkan dengan Stakeholders sebab kebanyakan projek di bawah Rancangan Selangor Pertama ini akan menjadi projek sambungan, saya yakin ia akan jadi projek sambungan dan jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh jawatankuasa task force yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Pengarah UPEN Selangor kerana hanya tinggal setahun setengah saja lagi
pelaksanaan dan Rancangan Selangor Ke-2 ini. Ini adalah untuk mengelakkan kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama yang masih terlalu rendah peratus kemajuannya. Dan kemajuan projek ini akan menjadi projek sambungan Rancangan Selangor Ke-2.
Semua teguran-teguran ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai Pegawai Pengawal di beberapa Kementerian serta beberapa badan berkanun. Ini adalah bagi mengelakkan kelewatan berterusan bagi Rancangan Selangor Ke-2 seperti yang berlaku pada Rancangan Selangor Pertama akibat daripada kesemua keperluan asas projek masih lagi dalam proses atau pun dalam peringkat kelulusan. Akhir kata walaupun Rancangan Selangor Pertama ini masih lagi tidak mencapai matlamat yang sepatutnya saya ingin mengucapkan syabaslah atas usaha YAB Menteri Besar dan pasukannya untuk memperkenalkan Rancangan Selangor Pertama, sekian terima kasih.
Ya, Kuala Kubu Baharu, silakan.
Terima kasih Tuan Speaker membenarkan Kuala Kubu Baharu mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk di Kuala Kubu Baharu atas sokongan dan kepercayaan kepada saya dan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu. Kemenangan ini membuktikan bahawa prestasi pentadbiran Kerajaan Selangor telah berjaya meyakinkan majoriti rakyat di Selangor.
Kenyataan ini disokong oleh kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Selangor dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama di mana statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Selangor berjaya mendahului semua negeri di Malaysia. Sekali lagi menjadi penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar dengan sumbangan sebanyak 25.9%. Kedua nilai ekonomi Selangor juga buat pertama kali dalam sejarah mencecah 406.1 bilion, sekali lagi menjadi Negeri Selangor pertama di Malaysia yang melebihi paras nilai RM400 bilion. Ini merupakan satu peningkatan sebanyak 103.9 bilion sejak tahun 2017 selepas pentadbiran baru mengambil alih pada tahun 2018. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan Kerajaan Selangor berada di landasan yang betul tetapi juga satu bukti di mana barisan pimpinan Selangor berjaya mengemudi negeri dengan semangat kita Selangor dalam mengharungi sebarang krisis kesihatan, ekonomi dan politik semasa dan selepas pandemik Covid-19.
Kuala Kubu Baharu, hendak bagi laluan?
Tahniah dan syabas kepada seluruh barisan pimpinan penjawat awam dan pihak swasta..
Kuala Kubu Baharu, Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Gombak Setia, Gombak Setia sila duduk, Kuala Kubu Baharu tidak beri laluan, tidak apalah.
Walau bagaimanapun ..
Kuala Kubu sikit saja, sikit saja.
Dia tidak bagi.
Sekejap lagi, saya hendak jawab.
Ramai sangat yang jealous.
Yang Berhormat, Yang Berhormat ...
Gombak Setia hendak minta laluan.
Tunggu, tunggu, tunggu, tunggu sekejap. Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, hendak beri laluan atau tidak?
Tidak.
Tidak, duduk Yang Berhormat Gombak Setia, duduk, duduk. Gombak Setia sila duduk. Kuala Kubu Baharu sila teruskan.
Kuala Kubu Baharu duduk belakang, lama, saya hendak tanya sedikit saja.
Gombak Setia duduk, Kuala Kubu Baharu sila teruskan.
Dengar dulu bahas, sekejap.
Ya.
Saya hendak sambung tentang pertumbuhan tadi, sikit saja.
Yang Berhormat Gombak Setia, tidak ada laluan, tidak ada laluan. Kuala Kubu Baharu sila teruskan.
Speaker tadi dia dah setuju, Speaker pun jaki juga, tidak bagi. Janganlah jealous Speaker.
Kuala Kubu Baharu sila teruskan.
Ok, ok, ok, cakap, cakap.
Gombak Setia sila duduk.
Ok, ok, beri, beri.
Terima kasih.
Duduk, duduk. Teruskan, teruskan.
Tuan Speaker, dia dah berikan tadi Speaker.
Teruskan, teruskan.
Baik terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Bagi, bagi, ya.
Saya dengar perbahasan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu yang cukup hebat, manis. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya pada Kuala Kubu, tahukah bahawa Kuala Kubu Baharu angka pertumbuhan ini dia tidak akan terus meningkat sepanjang tahun. Dia juga boleh meningkat, dia boleh juga berkurang. Dan sebagaimana yang kita jangkakan dalam matlamat kita dalam Rancangan Selangor Pertama ini, kita menjangkakan bukan kita menjangkakan, kita mensasakan matlamat kita, objektif kita itu untuk sumbang 30% kepada KDNK negara. Dan hari ini kita baru capai tahap 25% dan mungkin sebab itu
janganlah insyaAllah, sebab itu juga diunjurkan oleh Jabatan Statistik Negara bahawa pada tahun hadapan kita cuma akan capai 25.1% sumbangan kepada KDNK. Jadi sebab itu saya hendak minta komen dari Kuala Kubu tentang angka pertumbuhan ini dan yakinkah Kuala Kubu kita boleh capai matlamat 30% sumbangan KDNK negara pada tahun hadapan, terima kasih.
Ok, angka 25.9% adalah angka untuk tahun lepas dan Rancangan Selangor Pertama ini sampai tahun 2025 jadi saya yakin dengan pelaksanaan tepat dan cepat kita boleh itu lah semangat kita boleh. Seterusnya walau bagaimanapun ia adalah penting untuk memastikan hasil ekonomi diagih secara adil.
Kita Selangor bukan kita boleh.
Dan dinikmati di segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40 dengan izin. Menurut kajian separuh penggal Rancangan Selangor kadar kemiskinan mula di Selangor, mencatat sebanyak 1.5% manakala kadar kemiskinan relatif meningkat daripada 13% pada tahun 2020 sampai 14.2% pada tahun 2022. Kerajaan Selangor harus lebih berusaha untuk memastikan Selangor mencapai sasaran kemiskinan mutlak pada kadar 0.5% dan kadar 11% bagi kemiskinan relatif menjelang tahun 2025. Justeru saya ingin mencadangkan pihak Kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai program-program sosial seperti Program Bantuan Peralatan Perusahaan India Selangor, Iltizam Selangor Sihat, Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi an lain-lain lagi agar insentif kebajikan boleh diagihkan secara lebih adil dan saksama dan paling penting berkesan supaya ia dapat meringankan beban rakyat. Saya juga menyambut baik usaha Kerajaan untuk menambah baik pelaksanaan Program Bantuan Kehidupan Secara Selangor (BINGKAS) dengan memperluaskan syarat pendapatan bulanan isi rumah kepada RM5,000.00 dan ke bawah berbanding dengan RM3,000.00 sebelum ini. Inilah adalah satu kejayaan lagi di mana Kerajaan mengkaji dari masa ke semasa. Seterusnya saya ingin membangkitkan perkara sektor pelancongan di Hulu Selangor.
Bagi laluan Yang Berhormat Kuala Kubu.
Kuala Kubu Baharu bagi laluan kepada Taman Medan ataupun tidak?
Tidak cukup masa. Tidak.
Taman Medan sila duduk.
Sektor Pelancongan merupakan sektor tumpuan kedua dalam.
Saya hendak tanya.
Taman Medan duduk.
Saya hendak tanya.
Kekal dengan Gombak Setia sahaja.
Duduk. Taman Medan duduk. Tidak ada laluan.
Saya takut tidak cukup masa.
Duduk.
Saya hendak tanya sikit fasal.
Taman Medan duduk. Ini laluan Kuala Kubu Baharu tidak ada laluan. Duduk. Saya tanya sekali Kuala Kubu Baharu bagi laluan atau tidak?
Tidak.
Tidak, jadi duduk.
Mana boleh Pelabuhan yang jawabkan.
Gombak Setia bagi atau tidak?
Tidak.
Kita tanya Kuala Kubu Baharu.
Duduk. Ya, Silakan.
Ok, Sektor Pelancongan merupakan sektor tumpuan kedua dalam terma strategi satu pengukuhan ekonomi . Pada tahun 2023 Kerajaan Selangor melalui Kempen Pusing Selangor Dulu telah mencapai sasaran awal dengan kemasukan 6.54 juta orang pelancong. Ia adalah 4.4 juta pelancong domestik dan 2.1 juta pelancong antarabangsa. Satu lagi kejayaan di mana Selangor melepasi sasaran awal 5 juta orang pelancong. Apa yang lebih membanggakan adalah mengikut statistik pengunjung berdasarkan data operator aktiviti sukan lasak dan pengusaha inap dusun dara Hulu Selangor menarik sebanyak 336,894 orang pengunjung pada tahun lepas berbanding tahun 2022 adalah lebih kurang 220 ribu orang. Ini merupakan peningkatan sebanyak 52%. Ini membuktikan tawaran dan tarikan pelancongan di Hulu Selangor semakin berkembang dan bukan sahaja mendapat sambutan rakyat Malaysia malahan.
Kuala Kubu Baharu Permatang. Dari Permatang beri laluan?
Tidak. Biar saya habiskan point saya dahulu, minta maaf.
Tidak apa. Sila teruskan.
Ok, Ini membuktikan bahawa Hulu Selangor banyak lagi boleh menawarkan sektor pelancongan Selangor. Saya percaya dengan empat keunikan Kuala Kubu Baharu iaitu Bandar Taman Pertama di Malaysia, bandar yang kaya dengan nilai sejarah dan warisan, bandar pelancongan eco dan sukan lasak serta lokasi strategik yang berdekatan dengan Ibu Kota Negara Kuala Lumpur. Kuala Kubu Baharu boleh menyumbang lebih kepada pembangunan pelancongan di Selangor serta menjadi toptier weekend getaway destination di Malaysia.
Sekali lagi Yang Berhormat Permatang.
Sikit sahaja Hulu Selangor, sikit sahaja.
Sila.
Ok, saya tertarik dengan Kuala Kubu Bharu bercakap berkenaan dengan pelancongan di Hulu Sleangor. Baru-baru ini sewaktu di PRK Kuala Kubu Baharu saya sendiri berjumpa dengan Teras Adventure iaitu salah satu syarikat yang menguruskan pelancongan yang extreme adventure pelancongan di sana. Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat adakah Yang
Berhormat setuju seandainya sebab mereka mengadu kepada saya mereka mempunyai masalah dalam mendapatkan lesen ataupun permit untuk melakukan aktiviti di sana? Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya jika saya mencadangkan untuk kita sama-sama membantu syarikat-syarikat anak muda seperti ini untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan permit dan lesen supaya mereka dapat meneruskan pelancongan di kawasan Kuala Kubu Bharu?
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat. Saya percaya semua permit dan lesen yang dipohon kena mengikut undang-undang daripada MPHS tidak boleh cakap jika anak muda ke dia senior ke kita terus bagi lesen jadi kita kena kaji dengan teliti dan mengikut undang-undang MPHS. Seterusnya oleh demikian saya mencadangkan Kerajaan Selangor memasukkan Hulu Selangor khususnya KKB dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri dalam Rancangan Selangor Pertama yang sedang dalam proses pembangunan pada masa yang sama meningkatkan dan mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktarafkan kemudahan awam di sekitar destinasi pelancongan seperti jalan, tempat letak kereta dan tandas awam, papan tanda, tempat duduk, landskap dan sebagainya. Seterusnya saya percaya pelaksanaan cepat dan tepat amat diperlukan dalam persediaan kita untuk menyambut tahun melawat Selangor 2025 untuk mewujudkan pusat pelancongan yang lebih menarik, selesa, bersih, mampan dan paling penting accessible dengan izin. Yang ketiga.
Hulu Bernam.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, Hulu Bernam.
DUN sebelah.
Tidak, saya sambung dahulu.
Tidak diberikan. Diberi atau tidak diberi?
Tidak saya hendak sambung point golongan belia.
Jadi Yang Berhormat Hulu Bernam sila duduk.
Masih tajuk pelancongan.
Kuala Kubu Baharu teruskan.
Menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pengangguran Malaysia kekal stabil 3.3% pada Februari 2024 dengan bilangan penganggur pada 567 ribu orang. Bagaimanapun kadar pengangguran di kalangan belia mencerminkan situasi yang berbeza kadar pengangguran belia pada umut 15 hingga 30 adalah 6.6% bilangan penganggur adalah lebih kurang 434 ribu orang. Dengan meletakkan ini dalam konteks golongan belia yang berumur 15 sehingga 30 ini menyumbang kira-kira 77% daripada jumlah orang yang tidak mempunyai pekerjaan di Malaysia. Pengangguran belia yang berterusan boleh menjejaskan tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan juga Selangor. Ditambahkan dengan trade rekod insentif dan bantuan tunai yang banyak di Selangor ini juga akan meningkatkan beban Kerajaan untuk pembelajaran program sosial terutamanya bagi Negeri Selangor yang mempunyai paling banyak insentif kebajikan. Faktor penting yang menyumbang kepada masalah ini adalah ketidak sepadanan antara kemahiran yang dituntut oleh industri dan juga kemahiran yang diperoleh oleh golongan belia di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Maka membangunkan potensi golongan belia amat penting bagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan luar bandar terutamanya kawasan seperti Hulu Selangor dan KKB. Maka saya mencadangkan supaya lebih banyak upskilling dan skill matching scheme dengan izin untuk golongan belia terutama pelajar sekolah, diploma sarjana muda melalui program perkongsian awam swasta. Keempat saya ingin bangkit perkara perkembangan perindustrian dan masalah jalan raya di Hulu Selangor khususnya di Serendah. Serendah semakin berkembang dengan kewujudan pelaburan bernilai tinggi seperti Perodua, Kilang Fotovoltan daripada Longi dan sudah tentu perkembangan sektor industri akan menimbulkan masalah kesesakan dan kerosakan jalan raya. Jadi saya ingin mencadangkan Kerajaan untuk menaik taraf jalan B1113 Batang Kali ke Ulu Yam daripada seksyen 0.00 hingga seksyen 2.0 bagi melengkapkan kesempurnaan jalan serta meningkatkan keselamatan jalan dengan mengelakkan bottleneck dengan izin di seksyen two lane. Kelima adalah berkenaan meningkatkan tahap mobiliti di Kuala Kubu Baharu, sistem pengangkutan awam agak sempurna dengan kewujudan KTM, komuter yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Serendah, Batang Kali sampai Tanjung Malim. Dari segi jalan raya pula kita ada laluan Persekutuan FT001 namun demikian ada kekurangan di mana KKB hanya dua Bas Smart Selangor maka saya mencadangkan untuk meningkatkan keboleh capaian pengangkutan awam dengan mewujudkan van transit atas permintaan DRT di KKB. Kalau kita menimbang pelaksanaan DRT berdasarkan permintaan penumpang ataupun populasi kemungkinan besar kawasan luar bandar akan terpinggir kerana demografi penduduk yang tidak sepadat dengan kawasan bandar. Kedua saya juga mencadangkan keluasan perkhidmatan DRT harus fleksibel mengikut keperluan setempat masing-masing sebagai contoh penduduk di Kalumpang, Lembah Beringin perlu mengambil perjalanan yang jauh untuk ke Hospital Kuala Kubu Baharu dan
perkhidmatan e-Hailing bukan satu pilihan kerana harganya yang sangat mahal. DRT menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dan berkesan dan saya percaya pergerakan penduduk akan lebih senang dengan kewujudan DRT. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya percaya bahawa Rancangan Selangor Pertama adalah sangat penting untuk mengukuhkan Selangor sebagai Negeri yang pintar, berdaya huni dan makmur dan saya yakin Rancangan Selangor Pertama boleh mencapai sasarannya jika Kerajaan menggerakkan perlaksanaan dengan cepat dan tepat. Bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang. Dengan ini Kuala Kubu Baharu menyokong usul kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama.
Tidak sia-sia turun kempen hari tu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan kehadiran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ4 seramai 20 orang yang diatur oleh Yang Berhormat Subang Jaya diketuai oleh Puan Rosliza binti Ibrahim sebagai guru pengiring. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Jadi saya jemput Yang Berhormat Sungai Kandis.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu Sungai Kandis ingin mengucapkan terima kasih kerana dengan izin dan memberi ruang kepada Sungai Kandis dalam perbahasan usul kajian separuh penggal Selangor Pertama yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sungai Kandis ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk membahaskan usul yang dibawa ini dengan berlapang dada, cermat, teliti, jujur serta berhemah bagi memastikan kesemua agenda dan dasar memperkasakan rakyat Selangor dapat direalisasikan dan diterjemahkan bukan hanya sekadar kerangka di atas kertas. Yang Berhormat Tuan Speaker pertama Sungai Kandis masuk di dalam bab Selangor Mobiliti. Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan sebanyak RM25juta bagi memperkasakan sistem pengangkutan awam di bawah Projek Selangor Mobiliti dengan RM22juta diberi kepada 11 PBT untuk meneruskan pelaksanaan Bas Smart Selangor. Manakala RM3juta lagi bagi pelaksanaan Selangor Mobiliti yang pertama yang merangkumi perkhidmatan Van DRT iaitu Demand Responsive Transit. Sungai Kandis memetik kenyataan akbar Sinar Harian bertarikh 10 Oktober 2023 oleh Yang Berhormat EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Selangor berikutan pengumuman Kementerian Pengangkutan untuk menyelaraskan laluan bas di Peringkat Persekutuan melalui Prasarana Berhad Kerajaan Selangor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Mobiliti Selangor telah mengambil ketetapan mengkaji semula laluan-laluan bas Smart Selangor agar dapat diselaraskan bersama di dalam perancangan Kementerian Pengangkutan.
Soalan Sungai Kandis adalah apakah hasil daripada kajian ini dan adakah terdapat penyelarasan laluan-laluan bas Smart Selangor. Penyelarasan ini penting sebagai laluan-laluan ini lebih berintegrasi dan tidak bertindih antara satu sama lain memandangkan ketika ini terdapat tiga operator berlainan mengendalikan bas di Lembah Klang iaitu Rapid, Percuma Go KL dan DBKL dan juga Smart Selangor. Semua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT sepatutnya telah mempunyai data lampau hasil kajian laluan Bas Smart Selangor sedia ada di kawasan masing-masing bagi mengoptimumkan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh rakyat. Dengan penambahan perkhidmatan Van DRT di kawasan laluan sempit dan sukar di akses masuk serta kawasan berkepadatan tinggi. Perkhidmatan bas Smart Selangor sepatutnya menjadi pilihan pengangkutan awam rakyat Selangor.
Walau bagaimanapun kita tunggu hasil dapatan daripada projek rintis Van DRT yang dijangka tamat pada bulan ini iaitu Julai 2024 untuk menentukan hala tuju pelaksanaan perkhidmatan DRT kelak yang dijangka dapat memberikan impak positif yang maksimum kepada rakyat Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk Tadbir Urus, smart dan berkesan. Menyentuh mengenai teras 4, Tadbir Urus, smart dan berkesan, Teras ini memiliki sebanyak 52 PPI daripada jumlah PPI yang telah ditetapkan sebanyak 14 PPI iaitu 27% telah selesai dilaksanakan. Sementara sebanyak 38 PPI iaitu 73% masih dalam proses pelaksanaan. Pencapaian ini menunjukkan lebih banyak usaha perlu digerakkan bagi menambah baik prestasi pelaksanaan PPI. Pelaksanaan tema strategik ini melalui 52 PPI dan diukur melalui pencapaian iaitu 4 petunjuk makro antaranya ialah tahap kepuasan penduduk bagi perkhidmatan PBT. Pada 14 Jun 2024 satu taklimat berkenaan eksais penilaian semula bagi Majlis Bandar raya Diraja Klang telah diadakan bertempat di dewan MBDK. Taklimat ini diberikan kepada Adun-adun kawasan yang terlibat dengan MBDK. Hampir kesemua yang hadir sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang yang terlibat dengan MBDK mempersoalkan kewajaran kenaikan kadar cukai selain mendakwa perkhidmatan disediakan PBT tidak seperti yang diharapkan.
Saya percaya YB Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Pelabuhan Klang mesti setuju dengan saya dalam isu ini. Kalau PBT memberikan perkhidmatan yang baik tentu rakyat tidak akan mengeluh. Naiklah sedikit tetapi bukan secara mendadak. Masih banyak yang perlu ditambah baik. Saya ambil contoh di kawasan Sungai kandis masih banyak jalan-jalan yang berlubang tidak diselenggarakan dengan baik walaupun masalah ini dibangkitkan berulang ulang-ulang ulang kali. Begitu juga dengan masalah sampah, pokok-pokok yang mengganggu keselamatan masih tidak ditebang dan di selenggara mengikut jadual yang tertentu. Apabila penduduk membuat aduan mereka tidak mendapat pembelaan dan tindakan segera. Ada yang berminggu malah mengambil masa berbulan untuk diselesaikan. Bagaimana penduduk hendak berlapang dada atas kenaikan cukai oleh PBT yang tidak memberikan perkhidmatan. Sebagai contoh tentang
permasalahan yang sedang terjadi di dalam kawasan Kampung Sungai Kandis terutama mengenai kilang-kilang dan gudang yang tidak diketahui status pembinaannya di dalam juga di sekitar Kampung Sungai Kandis dan juga Johan Setia begitu juga di Andalas. Menimbulkan keadaan tidak tenteram kacau ganggu, keselamatan dan keharmonian kampung. Berikut adalah lot-lot tanah yang telah dibina yang akan dibina kilang atau gudang di atas tanah yang didakwa berstatus pertanian iaitu di kampung Sungai Kandis. Lot tersebut saya beri di sini saya mohon PBT mengambil tindakan. Lot 140183, Lot 1573, Lot 140184, Lot 1571 dan Lot 1541 di Kampung Sungai Kandis.
Mengikut pada pengetahuan penduduk kampung tanah lot berkenaan berstatus pertanian yang mana tidak sesuai untuk di tukar status kepada tanah perindustrian kerana tekstur infra nya. Kapasiti penduduk sistem perparitan dan sistem sisa pepejal yang masih tidak dibuat penambahbaikan yang mana mampu merosakkan keadaan infra. Terdapat banyak aduan-aduan yang masih belum diselesaikan mengenai masalah-masalah yang berlaku setiap hari di DUN kami. Jadi begitu juga dengan keadaan di Taman Seri Andalas. Di Taman Seri Andalas, laporan yang dibagi daripada Jalan Seri Damak 59, Jalan Seri Damak 22. Persatuan penduduk Seri Siantan, Persatuan Penduduk Seri Tanjung, Seri Damak 19 dan berbagai yang semuanya berada di sini termasuk gambar-gambar diberi pun tidak diambil perhatian setelah aduan dibuat berkali-kali. Jadi saya mohon sesangat kepada pihak-pihak yang berwajib jangan lah diambil leka akan apa yang sepatutnya tanggungjawab kita untuk melaksanakannya. Untuk keadaan PBT saya cuma berhenti di sini dan mungkin selepas ini saya akan memohon untuk diadakan satu perbincangan dengan pihak-pihak agensi terbabit.
Sungai Kandis mencadangkan agar Kerajaan Negeri boleh bantu pihak PBT dengan menambah sedikit peruntukan tahunan yang sedia ada sebanyak 10% kepada mereka untuk DUN Sungai Kandis sahaja. Ya, kami menuntut untuk lebih ada pembangunan atau pembaikan sebab alasan yang kita terima selalu adalah bajet yang tidak mencukupi. Jadi kita mohon untuk diadakan sedikit kelonggaran sebab Sungai Kandis sejak 10,15, 20 tahun tak kira kerajaan mana pun apa yang rakyat beritahu adalah begitulah Sungai Kandis dari dulu hingga sekarang. Orang lama kah orang baru kah sama termasuk saya juga. Jadi kita cuba hentikan apa rasa ketidakpuasan hati penduduk terutama di DUN saya dan saya percaya di DUN-DUN yang lain pun benda yang sama. Ya, apa guna kita ada result yang banyak tetapi kita tidak kembalikan kepada rakyat apabila mereka memerlukan. Fokus utama ketika ini adalah untuk meningkatkan pendapatan isi rumah supaya rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup. Berapa ramai peniaga kecil dan syarikat yang terpaksa gulung tikar pada ketika ini. Tetapi yang masih teguh berdiri adalah kilang-kilang haram yang jumlahnya masih banyak walaupun program pemutihan sudah lama berjalan. Mereka ini lah juga yang merosakkan segala
infrastruktur yang disediakan kepada penduduk kawasan yang akhirnya terpaksa dibaiki dengan menggunakan hasil cukai rakyat.
Jadi diharap masalah kilang-kilang haram tanpa mengira connector hubungan dengan sesiapa pun . Diharap kita ikhlas bekerja untuk membantu rakyat. Jangan kita menyeksa rakyat dengan membiarkan perkara yang menguntungkan sebelah pihak. Tetapi beban mangsa adalah daripada rakyat. Hendak berniaga pun bukan senang sekarang ini. Sekiranya Nasi Lemak dijual satu, kita tengok 5 Nasi Lemak punya stall yang ada di situ tetapi pembeli tetap adalah pembeli yang sama. Apatah lagi terdapat gerai-gerai yang dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja. Yang Berhormat Tuan Speaker, Iltizam Selangor Penyayang merupakan program induk yang merangkumi pelbagai kelompok dalam masyarakat dan bidang fokus yang berbeza termasuk kesihatan, pengangkutan, keusahawanan dan juga penjagaan kanak-kanak.
Program Selangor Mental Sihat ini saya ingin tujukan pada Bukit Tungku untuk ambil sedikit perhatian. Program Selangor Mental Sihat antara program-program yang di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Gangguan kesihatan mental merupakan masalah kesihatan kedua tertinggi di Malaysia. Menurut kajian kesihatan dan mobiliti oleh KKM mendapati 29.2% masalah kesihatan mental dihadapi oleh mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Ini bermakna 1 dalam 3 rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah gangguan mental. Menurut artikel yang disiarkan oleh BERNAMA pada 20hb Mei 2024 sebanyak 50 kes baharu diterima setiap bulan. Oleh yang demikian Sungai Kandis menyarankan pihak Kerajaan Negeri perlu mempergiatkan promosi kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan mental dalam golongan muda. Golongan muda ini mempunyai cabaran hidup berbeza berbanding zaman kita dahulu. Faktor kemiskinan, masalah sosial, penyalahgunaan substance, ketagihan, internet bully, keresahan dan kemurungan antara punca masalah gangguan mental. Sebenarnya di seluruh Malaysia kita cuma ada 4 buah hospital pengkhususan rawatan mental milik kerajaan di bawah KKM. Saya bacakan di sini 1 di Perak, 1 di Johor, 1 di Sarawak dan 1 di Sabah. Selebihnya hospital-hospital perubatan yang mempunyai hanya jabatan ataupun unit Psikiatri.
Kesihatan adalah tunjang utama pembangunan negara. Justeru itu Sungai Kandis ingin mencadangkan agar kerajaan Selangor memperbanyakkan juga Pusat Rawatan dan Rehabilitasi kesihatan mental yang komprehensif dan bersifat mampu di tanggung pesakit terutama golongan B40 dan M40. Berdasarkan tinjauan seorang pesakit, perlu membelanjakan sekurangnya RM 600 sebulan bagi tujuan rawatan tidak termasuk khidmat kaunseling daripada pakar. Ramai pesakit mental tidak berupaya mendapatkan rawatan yang efisien sekali gus menyebabkan masalah terus menjadi barah kepada masyarakat. Sungai Kandis ingin menawarkan sekiranya memerlukan sebarang bantuan
untuk menghubungi pihak-pihak ini terus sebab Sungai Kandis mempunyai hubungan baik dengan Pengerusi Mental Malaysia, Profesor Dr. Andrew. Jadi sekiranya perlukan bantuan untuk berhubung jangan segan untuk contact. Nombor telefon saya boleh dapat di mana-mana. So dengan adanya Pusat Rawatan dan Rehabilitasi Kesihatan milik Kerajaan Selangor yang komprehensif diharap kita dapat menangani isu kesihatan awam yang semakin penting terutamanya selepas Pandemik Covid-19 serta mengurangkan kadar masalah kesihatan mental yang semakin meningkat. Dalam kalangan awal remaja sekali gus memberikan kesan positif kepada kesejahteraan fizikal dan mental selari dengan Rancangan Selangor Pertama di dalam Teras 2 (Peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial). Sungai Kandis akan tetap kepada had limit yang ditetapkan oleh Yang Berhormat Speaker. Dan sekarang 15 minit 28 saat Sungai Kandis mohon diri. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Kandis. Ya, Meru.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada Meru berucap berbahas di Dewan yang mulia ini. Pertama-tama nya saya ingin mengucapkan tahniah, syabas dan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor di atas pembentangan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS1). Tahniah juga di mana telah diumumkan baru-baru ini oleh Jabatan Perangkaan bahawa Selangor menyumbang KDNK Negara sebanyak 24.9% tertinggi di Malaysia. Melebihi 400 bilion yang disumbangkan oleh Selangor. Rakyat Selangor harus berbangga dengan pencapaian ini sebenarnya, walaupun ada di sana sini pihak pembangkang cuba mencari kelemahan dan kelompangan tetapi kita mengambil teguran-teguran cadangan-cadangan daripada pihak belah sana khususnya untuk kita baiki. Kita amat terbuka dengan teguran-teguran tersebut. Tetapi tetap juga Selangor menjadi negeri terbaik di dalam Malaysia ini In sya Allah. Awalan nya Tuan Speaker, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KPKT yang diwakili oleh Y.B. Dato’ Aiman Athirah Sabu yang turun sendiri ke Pangsapuri Impian, Meru. Yang telah menyelesaikan masalah sijil menduduki yang sekian lama dinanti-nantikan oleh penduduk pangsapuri tersebut selama hampir 20 tahun. Ini lah pentingnya bila Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri selari dan seiring dan dapat menyelesaikan masalah sesegera mungkin dan sebenarnya ada banyak lagi beberapa lagi projek-projek perumahan yang sakit dan terbengkalai mungkin bukan di Meru sahaja dan di daerah-daerah lain.
Tuan Speaker, Malaysia telah tersenarai dalam indeks persaraan global tahun 2024 oleh International Living dengan izin sebagai salah satu daripada 10 tempat terbaik untuk
bersara masanya untuk berehat. Antara faktor yang menyumbang kepada pengiktirafan Malaysia sebagai destinasi persaraan atau berehat yang menarik ialah kos sara hidup yang lebih rendah berbanding Negara-negara lain, perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi infrastruktur yang baik keselamatan yang terjamin, serta kepelbagaian budaya dan Malaysia juga tersenarai dalam di antara negara yang teraman dalam dunia, sebagai negeri termaju di Malaysia Selangor mempunyai potensi yang besar untuk menjadi hub penjagaan yang mempunyai potensi ekonomi yang sangat signifikan hal ini didorong oleh permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penjagaan khususnya warga emas kesan daripada perubahan demografi yang berlaku di seluruh dunia, oleh itu Meru ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor meneroka strategik terbaik khususnya dalam aspek pembangunan dan infrastruktur yang mampan, kesihatan, pendidikan, dan latihan, pelaburan serta kerjasama dengan komuniti. Langkah ini bukan sahaja dapat menarik masyarakat antarabangsa memilih Selangor sebagai destinasi berehat atau destinasi persaraan ia juga dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan yang mampu milik dan berkualiti khusus kepada rakyat di Negeri Selangor. Seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu tadi saya mengulangi pada tahun 2003 kita telah berjaya menarik 6.54juta pelancong datang ke Selangor dengan 4.41juta daripada jumlah tersebut adalah pelancong domestik manakala selebihnya adalah pelancong antarabangsa, InshaAllah mungkin selepas ini kita boleh tingkatkan lagi kehadiran pelancong antarabangsa ke dalam negara kita. Sempena Tahun Melawat Selangor 2025 Kerajaan Negeri menjangkakan lonjakan pelancongan pada tahun 2025 dengan sasaran untuk menarik 7juta pelancong. Meru ingin bertanya secara spesifik apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menambah baik aplikasi Go Selangor terutama bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa Meru ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempelbagaikan strategik seperti tawaran Program Duta Pelancongan Selangor, kepada mempengaruh dalam dan luar Negara dalam mempromosikan makanan, budaya, warisan, destinasi dan lokasi pelancongan dan sebagai dalam bentuk video, fotografi, dan penulisan juga mengenal pasti lokasi dan destinasi pelancongan yang boleh menjadi tarikan pelancong di semua daerah di Negeri Selangor bukan sahaja di Hulu Selangor atau pun Hulu Langat tetapi malah banyak lagi tempat-tempat di daerah Negeri Selangor khususnya Meru pun ada boleh menjadi tarikan pelancong, dalam masa yang sama kita juga boleh mengetengahkan perkhidmatan usahawan dan komuniti wanita kepada pelancong menerusi kerjasama dengan Pusat Wanita Berdaya Selangor pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan seperti perkhidmatan ekopelancongan, aktiviti kraf tangan, bengkel masakan tradisional penjualan produk tempatan yang boleh membantu para wanita khususnya suri rumah untuk menjana pendapatan.
Meru juga mencadangkan dalam Rancangan RS-1 Kajian Separuh Penggal juga kerajaan perlu meningkatkan aktiviti merancakkan lagi aktiviti pertanian khususnya
pelaksanaan pertanian moden khususnya melibatkan petani-petani kecil untuk membantu mereka meningkatkan lagi hasil dalam Negeri Selangor ini dan kita boleh membantu memasarkan malah boleh mengeksport ke luar Negara saya kod kan di Meru juga banyak tanah-tanah yang daripada petani-petani kecil 14 ekar, dan sangat berpotensi untuk dipasarkan contohnya tanam nanas yankee dan sebagainya perlu Kerajaan beri perhatian dan mengenal pasti mereka ini, InshaAllah. Pada tahun 2004, ini kawasan saya tak ambil masa yang panjang, tuan Speaker di awalannya saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran melalui JPS yang telah memulakan projek Rancangan Tambatan Banjir Sungai kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar, projeknya telah bermula yang jangka pendek dan jangka panjang dan diharap bermulanya projek ini tidak ada dia akan berjalan dengan lancar namun begitu untuk makluman dewan yang mulia ini, pada tahun 2004 ini sahaja sejak bulan Mac hingga Jun telah berlaku 5 kali banjir kilat di kawasan Meru. Sudah tentu insiden banjir ini mengakibatkan kerosakan harta benda dan kerugian besar kepada penduduk ini juga telah dinyatakan oleh Yang Berhormat kawasan-kawasan lain juga. Hasil tinjauan dan hasil tinjauan saya dan pasukan saya mendapati projek kolam tadahan di Kampung Budiman yang sudah mula cetak yang telah dipenuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan akibatnya air kolam bila berlaku hujan lebat air kolam tadahan ini akan melimpah kerana tidak di selenggara dengan baik dan menyebabkan limpahan ini sehingga Jalan Hamzah Alang di kawasan sekitar Meru yang menyebabkan banjir kilat jadi saya minta kerajaan memberi perhatian kepada aspek mengatasi banjir ini dan isu kolam tadahan banjir di Kampung Budiman. Oleh itu saya ingin bertanya apakah status projek terkini projek ini adakah penyelenggaraan dibuat secara berjadual dan bilakah jangka projek ini akan siap, sebab difahamkan projek ini belum siap sepenuhnya.
Tuan Speaker, saya juga ingin membawa keresahan penduduk Meru berkenaan dengan projek-projek berskala besar yang sedang giat di Meru, seperti projek Sime Darby, Pembangunan SCRL, Hospital Kapar dan projek Pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara. Kita amat menyokong dan mengalu-alukan segala fasiliti yang dibangunkan untuk kemudahan rakyat di Meru dan sekitarnya. Namun apabila lori-lori bagi projek-projek ini membawa lebih muatan dan menggunakan jalan yang sepatutnya jalan kampung namanya Jalan Paip sebagai laluan utama menyebabkan berlakunya kerosakan jalan yang serius sehingga jalan mendap dan pecah saya sangat bimbang dengan keselamatan dan nyawa penduduk di Meru yang menggunakan Jalan Paip, penduduk juga sangat resah dan kecewa terutama apabila berlakunya insiden kemalangan maut di jalan tersebut baru-baru ini. Oleh itu saya ingin bertanya kepada JKR Jabatan Kerja Raya adakah tindakan segera diambil oleh JKR dengan meletakan papan tanda had muatan di persimpangan Jalan Mokhtar Dahari ke Jalan Paip, kedua bagaimanakah penguatkuasaan oleh JPJ dan pemantauan ke atas pemaju projek ke
atas lori-lori yang menggunakan jalan tersebut dapat ditingkatkan besar lah harapan Meru agar Kerajaan Negeri dapat membantu dan memberikan maklumat balas ke atas isu ini. Projek-projek ini juga menyebabkan Jalan Manan rosak teruk dan lampu tidak menyala sudah sekian lama di sepanjang Jalan Haji Manan ini begitu juga penduduk sekitar terjejas khususnya Taman Aman Perdana di mana berlaku banjir lumpur daripada limpahan air, daripada hujan lebat di projek Sime Darby ini. Meru mencadangkan perlunya ada pemantauan dan penyelesaian tuntas ke atas isu ini.
Tuan Speaker, seperkara lagi keresahan daripada penduduk khususnya penduduk Meru ialah lambakan atau pun berleluasanya warga asing yang berniaga tanpa permit dan yang seperti dapatan kita ialah mereka claim atau mereka mengakui bahawa mereka bekerja sedangkan dapatan kita daripada penduduk ialah mereka menyewakan permit atau pun lesen daripada warga tempatan. Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa Tempatan khususnya MBDK mengambil tindakan tegas dan agresif ke atas warga tempatan yang telah menyewakan permit dengan harga yang tinggi kepada warga asing supaya keadaan ini boleh dikekang atau pun boleh dihentikan supaya warga asing ini tidak berleluasa meniaga dan memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk meniaga. Tuan Speaker, akhir kalam dalam kita membangun dan mengurus Negeri perlu lah mengambil kira dan menepati SDG ataupun matlamat pembangunan mampan yang telah digariskan. Akhir kata Tuan Speaker, saya menyokong pembentangan Kajian Separuh Penggal RS-1 oleh MB Selangor, terima kasih. Assalamualaikum..
Jeram
Terima kasih Tuan Speaker, Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Dewan yang dimuliakan sepanjang tiga hari perjalanan sidang dewan kali ini saya telah mendengar dan meneliti Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama KSPRS-1 yang telah di bentang dan dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, biar pun dengan perancangan yang tercantik yang terlihat cantik di atas kertas saya tetap berasa bimbang berhubung pelaksanaannya. Saya akui ke empat-empat terma strategik yang telah digariskan sememangnya mempunyai amat penting dan akan mencorakkan masa depan Negeri Selangor untuk 5-10 malah 20 tahun akan datang. Perkara ini tentu sekali memberi impak yang positif kepada rakyat Selangor termasuklah di kawasan saya sendiri di DUN Jeram sekiranya segala apa yang dirancang benar-benar diusahakan dengan kompeten jujur dan juga bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri. Sidang dewan yang dimuliakan di bawah tema peningkatan kesejahteraan dan keterangkuman sosial, Kerajaan Negeri menyasarkan penurunan kadar kemiskinan mutlak dari 1.5 peratus kepada 0.5peratus dan kemiskinan relatif daripada 14.2 peratus kepada 11 peratus menjelang tahun 2025. Saya perlu tekankan bahawa isu kemiskinan yang membelenggu yang membelenggu masyarakat di DUN
Jeram khususnya merupakan aspek besar yang perlu ditangani secara serius, saya lihat terdapat banyak pemacu perubahan yang boleh diperkasakan di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Antaranya, antara lain namun sayang sekali saya lihat tidak dimaksimumkan sebagai contoh skim-skim bantuan Kerajaan Negeri lihat sahaja beberapa banyak aduan yang pejabat saya terima daripada pemohon untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau pun BINGKAS misalnya topik ini telah pun disebut oleh Yang Berhormat Medan sebentar tadi, setengah pemohon ini bukan sahaja tidak diluluskan malah enggan diproses sama sekali hanya kerana pemohon itu merupakan penyokong atau pun tidak merupakan penyokong sesetengah parti politik. Bagaimanakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani soal kemiskinan relatif ini dapat diteruskan? Sekiranya isu sekecil permohonan BINGKAS ini pun masih terbelenggu dalam mind set lama seperti yang mana disebut oleh Yang Berhormat Kuang.
Yang Berhormat Speaker, di samping itu informasi berkaitan bantuan-bantuan juga tidak disampaikan secara jelas kepada rakyat yang memerlukan kerana adanya tapisan maklumat kepada ADUN-ADUN pembangkang. Merujuk kepada ucapan perbahasan saya di sidang yang lepas sekali lagi saya ulangi pendirian bahawa sekatan yang diletakkan terhadap Adun Pembangkang sama sekali tidak akan membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan apa jua inspirasi murni kerajaan hari ini. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa penglibatan Adun Pembangkang tidak relevan kerana adanya penyelaras DUN, saya bukanlah ingin meminta untuk diberikan peruntukan yang lebih besar atau pun kuasa yang lebih besar tetapi sekurang-kurangnya biarlah komunikasi atau pun penyampaian maklumat ini dikongsi bersama Adun Kerajaan dan Adun Pembangkang. Ini juga melibatkan pejabat dan pusat-pusat khidmat Adun Pembangkang supaya usaha ini dapat dilipat gandakan agar hebahan ini dapat sampai ke bawah.
Yang Berhormat Tuan Speaker saya tertarik dengan isu kemiskinan ini secara spesifik kerana kawasan saya sendiri menempatkan B40 yang agak ramai bilangannya. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia meletakkan Daerah Kuala Selangor dalam kedudukan tiga (3) daerah termiskin di Selangor dari segi purata pendapatan isi rumah kasar bulanan. Sebagai salah seorang Wakil Rakyat di daerah ini, saya sendiri telah mengusahakan pelbagai inisiatif untuk warga DUN Jeram seperti pengedaran kotak makanan lebih 2000 kotak dari Ogos tahun 2023 sehingga kini. Namun begitu Yang Berhormat Tuan Speaker, kita semua faham bahawa pendekatan mengedarkan bantuan-bantuan seperti kotak makanan ini adalah satu usaha jangka masa pendek. Disinilah pentingnya peranan Kerajaan Negeri dalam menurunkan kadar kemiskinan relatif melalui RS-1.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, berdasarkan Kajian Separuh Penggal RS-1, Kerajaan Negeri telah menghuraikan beberapa keutamaan dan penekanan baru bagi tahun 2024 hingga 2025 di bawah lima (5) pemangkin agenda negeri. Salah satu daripadanya ialah inisiatif memperkukuh infrastruktur untuk mencapai pembangunan bandar dan luar bandar yang seimbang dengan perkembangan ekonomi terutamanya dari sudut penyediaan pengangkutan awam. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk meningkatkan ketersambungan hujung ke hujung serta akses kepada pengangkutan awam melalui inisiatif seperti ECRL, MRT, LRT dan bas Smart Selangor. Namun, Yang Berhormat Tuan Speaker persoalannya adalah sejauh manakah capaian ataupun outreach bagi projek-projek ini? Laporan KSP ataupun Kajian Separuh Penggal yang sedang kita bahaskan ini ada menyebut bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh usaha Kerajaan Persekutuan untuk mengembangkan jaringan LRT sebagai sebahagian daripada projek LRT3 serta usaha ke arah memperkukuhkan ketersambungan batuan akhir ataupun last mile melalui perkhidmatan bas. Walau bagaimanapun, saya agak hairan mengapa aspek ini tidak diolah dan diperincikan dengan mendalam dalam laporan ini. Saya juga ada merujuk Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) 2035 dan mendapati bahawa Iltizam ini juga tidak diketengahkan khususnya di kawasan saya Bandar Puncak Alam yang kita semua tahu pesat membangun.
Dalam siri perbahasan saya sebelum ini, ada dinyatakan secara konsisten bahawa pembangunan dan pengurusan pengangkutan awam ini perlu dititikberatkan selari dengan status quo kadar pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan. Saya boleh memahami sekiranya pembinaan MRT atau LRT ini dianggap terlalu besar dan memakan masa serta perancangan yang panjang. Namun bagaimana pula dengan kecekapan dan keefisienan pengangkutan awam yang sedia ada seperti bas Smart Selangor? Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin mengambil contoh khusus daripada kawasan, di dalam kawasan saya di Bandar Puncak Alam, beberapa buah bas dengan kod laluan KS02 yang menghubungkan Bandar Puncak Alam terus kepada stesen KTM Sungai Buloh. Sehingga hari ini, saya kerap menerima aduan pelbagai, berpuluh-puluh aduan daripada pengguna tentang bagaimana bas ini tidak bergerak mengikut jadual dan juga kekerapan yang sepatutnya. Komunikasi real time dengan pengguna juga dilihat sangat lemah dan tersasar terutamanya melalui aplikasi Selangor Intelligent Transport System ataupun SITS yang amat-amat jarang dikemaskini. Seandainya aspek sekecil ini, ketersambungan last mile melalui bas Smart Selangor ini pun tidak mampu diuruskan dengan baik, saya khuatir bagaimana Kerajaan Negeri akan dapat merealisasikan permohonan besar daripada rakyat seperti pembangunan LRT pada masa akan datang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, bidang tumpuan terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah perumahan mampu milik. Saya mengambil maklum dan menghargai segala
usaha Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan melalui Rancangan Tempatan MPKS 2035 dan Pelan-pelan Strategi lain ke arah menjayakan aspirasi ini. Unit Perumahan Rumah Selangorku misalnya dilihat sedang dibangunkan dengan pesat dan menerima sambutan yang menggalakkan oleh pembeli-pembeli khususnya, dalam DUN Jeram. Akan tetapi, oleh sebab RS-1 ini lebih berat memfokuskan kepada bilangan rumah yang akan dibina berbanding urusan pembelian dan juga kemasukan rumah yang lebih sistematik, saya kira terdapat banyak ruang penambahbaikan yang boleh saya senaraikan secara ringkas hasil daripada maklum balas dan engagement yang saya lakukan bersama penduduk di kawasan Bandar Puncak Alam. Seiring dengan perkembangan semasa saya ingin kemukakan dua (2) syor utama kepada Kerajaan Negeri bagi menambahbaik agenda perumahan ini. Yang pertama, saya mohon pihak Kerajaan Negeri mengetatkan lagi syarat-syarat pelantikan dan pemantauan kontraktor rumah Selangorku untuk projek-projek yang masih berbaki. Hal ini kerana ada segelintir syarikat ataupun sebahagian besar dari syarikat-syarikat pemaju ataupun kontraktor ini yang tidak mematuhi walaupun piawaian asas dalam kerja-kerja mereka seperti mendirikan rumah tanpa mengikut ukuran yang sepatutnya, membina rumah tanpa cerucuk ataupun piling dan juga pelbagai isu-isu asas yang lain. Kedua, saya suka sarankan supaya Kerajaan Negeri menetapkan Prosedur Standard, Prosedur Operasi Standard ataupun SOP dalam penyerahan kunci rumah yang seragam bagi semua projek rumah Selangorku. Pengambilan khidmat pihak ketiga ataupun konsultan dengan izin, third party consultant dalam menguruskan perpindahan masuk penduduk ini tidak menjadi satu masalah. Namun, pematuhan SOP yang sama dan seragam perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan isu-isu yang tidak diingini seperti fi pembayaran deposit yang tidak masuk akal. Seperti proses pengambilan kunci yang tidak cekap, pemberian masa yang terlalu lama sedangkan pengguna ataupun pembeli-pembeli, tuan-tuan rumah ini telah pun mula membayar ansuran, loan-loan di bank walaupun tidak lagi mendapat kunci rumah. Pengurusan kecacatan binaan yang tidak profesional dengan izin, defect liability serta juga komunikasi yang gagal.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kesimpulan penuh daripada perbahasan saya hari ini, adalah Kerajaan Negeri seharusnya mengambil pendekatan yang lebih fleksibel dan boleh lentur dalam menggerak dan melaksanakan Rancangan Selangor Pertama secara keseluruhannya. Benar kita boleh wujudkan walau seribu PPI sekalipun, di bawah Rancangan Selangor Pertama tetapi aspek terpenting yang perlu sentiasa dicerakinkan adalah sejauh mana keberkesanan agenda ini dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor dari semua sudut. Saya yakin ratifikasi ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan ini pada hujung harinya akan diiktiraf oleh rakyat sebagai kejayaan agenda Kerajaan Negeri. Sebaliknya juga tadbir urus yang menyusahkan rakyat dan sebaliknya tadbir urus yang menyusahkan rakyat akan sudah pasti terus dilabel sebagai kegagalan Kerajaan Negeri walaupun mungkin hanya dalam sebilangan kecil PPI sahaja. Oleh
yang demikian Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri janganlah teragak-agak untuk mengubah haluan ataupun membatalkan mana-mana PPI yang tidak diyakini boleh menyelesaikan isu pokok di Selangor. Akhir kata, saya juga menaruh harapan tinggi agar penambahbaikan Rancangan Selangor Pertama ini dalam hujah saya dan rakan-rakan di sebelah pembangkang ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya demi manfaat keseluruhan rakyat Selangor. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Dengan ini, saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi, bahawasanya Dewan yang Bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6:00 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata “Ya”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata “Tidak”. Usul ini dipersetujui. Saya jemput Yang Berhormat Morib.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama berbahas juga membahas Rancangan Selangor Pertama Kajian Separuh Penggal pada kali ini. Boleh dikatakan seluruh Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini mendengar dan meneliti berkenaan Rancangan Selangor Pertama Kajian Separuh Penggal ini dengan tekun. Morib melihat kawasan Morib ini adalah kawasan kampung dan saya merasa sedikit gusar jika pembangunan ini berlaku di kawasan Morib. Dan adakah pembangunan ini selari dengan kehendak dan kepentingan rakyat di kawasan Morib? Jadi, pembangunan ini amat baik tetapi kita juga kena lihat bagaimana pembangunan itu akan menambah nilai hidup serta ekonomi penduduk di kawasan itu. Morib mencadangkan supaya jadikanlah pedoman dan pengalaman ketidak kestabilan bandar-bandar yang sedia ada yang saya lihat sentiasa ada masalah daripada segi infrastruktur dan sosial di kawasan tersebut. Apa pun segala apa yang Kerajaan Negeri Selangor rancangkan, jika ia untuk kebaikan kepada rakyat dan Negeri Selangor, itu adalah satu yang dituntut oleh rakyat Selangor tetapi biarlah ia satu rancangan yang benar-benar akan dilaksanakan bukan hanya untuk penyedap rasa ataupun janji-janji yang manis. Rakyat akan terasa hati yang amat sangat jika janji-janji
itu tidak ditepati. Bagaimanakah hendak merealisasikan dan bilakah ianya akan siap? Semua itu mestilah dikaji sepenuhnya, bukan hanya cantik di atas kertas tetapi realitinya belum tentu sama seperti apa yang dirancang. Jadi, rancangan seperti rancangan projek IDRISS yang merangkumi tanah seluas 40,000 ekar dengan anggaran nilai permohonan kasar GDV sebanyak RM1 trilion amat membanggakan juga projek seperti Carey Selangor Pelabuhan Ketiga, SAP, SABDA dan lain-lain juga adalah satu perancangan yang amat baik tetapi tidak ada guna jika masalah-masalah yang sedia ada yang sekian lama, yang berlaku ini tidak diselesaikan. Tuan Speaker, apakah Kerajaan Negeri hanya mementingkan pembangunan dan projek-projek yang baru daripada memikirkan tentang keadaan semasa seperti infrastruktur, seperti jalan-jalan raya dan perparitan dan juga saliran yang dari dulu hingga kini sentiasa ada dan tidak selesai-selesai atas kekurangan peruntukan kewangan kepada pihak yang berwajib? Ini amat kritikal. Morib memerhatikan perbahasan yang dikatakan hampir semua Yang Berhormat, tidak kira di sebelah pembangkang, juga di pihak kerajaan di sebelah sana, masalah yang sama. Jalan raya, perparitan, saliran, trafik, sampah dan lain-lain yang berulang kali dibahaskan. Boleh dikatakan setiap kali perbahasan kita, isu-isu ini sering dibentangkan. Morib mencadangkan agar Belanjawan yang akan datang perlu diberikan peruntukan yang lebih dan munasabah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan kerana Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan amat pesat. Tuan Speaker, tidak guna jika kita bangga dengan simpanan ataupun reserve yang banyak berbilion ringgit tetapi rakyat menderita dan kemudahan serta infrastruktur Selangor yang amat teruk. Kita fikirkanlah. Tuan Speaker, bagaimana saya hendak bercakap berkenaan Rancangan Selangor Pertama ini adalah satu usaha untuk pembangunan dan untuk rakyat Selangor, jika masalah sedia ada masih belum selesai? Antaranya berkenaan rumah Selangorku di Morib yang sehingga kini masih belum selesai dan projek ini telah diberi peluang kepada pemaju sekian lama tetapi apa yang pembeli dapat? Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan barang asas makanan juga kesempitan hidup, adakah mereka ini harus diabaikan? Morib berharap Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian yang serius kepada projek rumah Selangorku Morib ini. Morib bertanggungjawab untuk terus memperjuangkan dan memastikan mereka ini terbela dan juga memastikan pembangunan kawasan di Morib ini terus maju. Jawapan yang saya terima dalam soalan lisan yang dimaklumkan daripada pihak EXCO yang mengatakan pemaju ada masalah dari segi kewangan, ya, jawapan yang diberi ini, pihak pemaju telah mengambil tindakan sewajarnya pada pihak bank Al-Rajhi Banking and Investment Corporation namun tiada penyelesaian dan berlarutan sehingga kini menyebabkan pihak pemaju tidak dapat menyambung semula pembinaan ini kerana sumber kewangan telah terjejas.
Jadi saya ingin bertanya adakah projek ini yang telah dijanjikan pada Persidangan yang lepas pada bulan Mac yang mengatakan pada bulan Disember pada tahun ini telah selesai tetapi apakah jawapan ini menyebabkan masih tertangguh lagi projek Rumah Selangorku di Morib ini? Jadi, saya berharap pihak kerajaan dah sampai masanya untuk bertindak dan jangan beri peluang lagi pada pemaju kerana kita kesian dah 5 tahun dah pembeli-pembeli ini dan sebenarnya pembeli ini sebahagian saya rasa ada yang menyokong kerajaan jadi kita kena ambil perhatian ya..meraka ini susah jadi bagi saya tidak perlu kita perlu beri peluang lagi kepada pemaju dan kita kena ingat pembeli-pembeli ini ada orang-orang yang bukannya kaya ya..dan sebahagiannya adalah golongan B40. Saya sedikit nak sambung dulu, dulu saya ada sebut lagi dan kali ini saya nak sebut dalam pantun ya.
Pergi memikat si burung merpati, Sambil bersantai di atas jeti, Berjanji Itu menyakitkan hati, Bila berjanji tidak ditepati.
Tuan Speaker, berkenaan Mesyuarat di bawah Pejabat Daerah dan Tanah dan juga Mesyuarat di bawah PBT di kawasan oleh Yang Berhormat seperti mana-mana rakan-rakan Yang Berhormat saya di sini kami tidak dipanggil untuk menjadi sebelum ini kami dipanggil 3 kali dalam mesyuarat tetapi kali ini tidak dipanggil jadi saya juga bersama rakan-rakan yang berhormat di sini amat kecewa dengan keadaan ini sebab bagi kami, kami adalah wakil rakyat yang sah dan kami berhak untuk datang dalam mesyuarat. Jadi saya tidak di Kota Damansara sebut mengatakan yang kerajaan dulu tak buat kali ini buat. Ini kerajaan perpaduan, kalau nak buat sesuatu yang terbaik dia kena mulakan dulu. Kalau kami besok akan jadi kerajaan kami akan panggil mereka betul? Jadi jangan ada seperti dulu dan sekarang kalau ini kita mulakan insyallah the next besok siapa sahaja yang jadi kerajaan siapa sahaja yang jadi pembangkang kita panggil sama-sama ini namanya untuk kita kata reformasi. Apa yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang jika ini pun meraka ada..
Ya Seri Serdang bagi laluan ke tidak?
Soalan sedikit, saya tertarik bila Yang Berhormat Kuang ada menceritakan bagaimana hubungan dia dengan Penyelaras DUN kalau program-program Iltizam Selangor Penyayang datang ke Pusat Khidmat ADUN Pembangkang dia mintak pergi ke Penyelaras DUN maksudnya ada hubungan yang baik antara ADUN dan juga Penyelaras DUN. Tak boleh ke masalah-masalah berkaitan dengan kawasan ADUN Aduan rakyat disampaikan dengan dibincang dengan Penyelaras DUN, Penyelaras DUN bawak dalam Mesyuarat Tindakan Daerah.
Saya rasa kita boleh harmonikan keadaan itu kerana ini polisi Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini ialah dengan kita meletakan Penyelaras DUN di setiap kawasan DUN yang diwakili oleh Pembangkang.
Terima kasih Seri Serdang, saya pun pernah jadi Penyelaras DUN pada 2018 di DUN Sijangkang. Kami..saya juga berurusan dengan masa itu Yang Berhormat Yunus tetap sini kita kena melihat memang saya pun ada hubungan baik bersama Penyelaras DUN point dia sekarang dalam Mesyuarat Tindakan Daerah saya rasa Yang Berhormat pun hadir, ok yang penyelaras hadir. Kami selama ini kami hadir sama-sama dan kami ini kita ini, ahli yang berhormat datang ke dewan dan boleh menyampaikan tapi adakah di peringkat penyelaras yang berlainan parti sesuatu perkara itu mereka nak berbincang dengan kami mungkin tidak hanya untuk hanya sekadar kawan tetapi dalam segi politik parti tak mungkin sebab mileage. Jadi kita kena faham jadi kerajaan Negeri Selangor kali ini kena faham kalau rasa nak kena berkesamaannya itu berlaku, kena buat dan saya sendiri bercakap dengan tuan DO dengan YDP bahawa mereka tak ada masalah tapi apa masalahnya yang berlaku kali ini. Kami di luar kami berkerjasama dengan penyelaras tetapi dalam Mesyuarat Dalam Majlis Tindakan Daerah itu penting sebab kami, orang ada datang kepada kami ada yang datang kepada penyelaras. Jadi itu jawapan yang saya beri dan pertimbangkanlah di peringkat kerajaan ya. Jadi, berkenaan dengan SRA Taman Kemuning. Saya ada soalan tapi saya tak tahu mungkin sempat atau tak sempat jadi saya harap pihak EXCO mungkin akan memberi satu jawapan yang terbaik sebab sekolah ini saya rasa dah 5 tahun pada 2018 kos projek adalah RM8 juta dan tahun awal persidangan hari itu dah meningkat ke RM15 juta jadi, saya mengharapkan Kerajaan Negeri akan merasa kerugian pada setiap tahun..5 tahun itu pending dia akan kerugian RM1 juta jadi kenapa Kerajaan Negeri nak rugi rm1 juta kalau projek ini ditangguhkan lagi? saya mohon penjelasan daripada pihak EXCO.
Tuan Speaker Morib juga tertarik pada Yang Berhormat Kajang berkenaan anjing liar. Anjing liar ini saya rasa semua ADUN, semua kawasan memang terlibat. Jadi bila Kajang mengatakan tangkapan-tangkapan ini jika anjing itu terlepas saya rasa Morib dahlah ada banyak anjing jadi daripada Kajang lagi, mungkin daripada Sepang jadi saya rasa ini masanya jadi saya rasa ini masanya untuk pihak Kerajaan Negeri di pihak EXCO perlulah buat satu keputusan yang saya rasa perlu dibuat sebab setiap kali persidangan perkara-perkara ini selalu dibentangkan jadi tidak ada jawapan yang betul-betul yang kita rasa boleh kita bawa dan menyelesaikan masalah anjing liar ini. Jadi itu saya mengharapkan kerana saya lihat di bawah Rancangan Selangor ini cukup hebat..
Ingin mencelah.
Bagi laluan?
Ya.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Morib dan Yang Berhormat Speaker. mengenai anjing liar ini, di kawasan saya telah berlaku 2 kejadian yang mengakibatkan kecederaan yang satunya agak serius sehingga patah tangannya soal saya ialah sama ada kerajaan bersetuju untuk memikirkan seriously secara serius tentang kekangan terhadap liarnya anjing-anjing yang banyak ini kerana kemungkinan kerajaan akan menghadapi risiko kewangan sekiranya pihak-pihak ini mengambil tindakan mahkamah dan sue kerajaan akhirnya kerajaan terpaksa mengeluarkan dana untuk membiayai kes seumpama ini. Setujukah Morib untuk pihak kerajaan diambil tindakan serius mengenai kejadian ini? Terima kasih.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Ramal dan boleh dimasukkan dalam perbahasan sayalah. Apa pun yang kita hendak beritahu kepada Kajang, Negeri Selangor pembangunan itu satu benda yang cukup baik tetapi kita kena lihat setiap kali pembangunan itu berlaku kena melihat dari segi ekonomi dan kemanusiaan. Ada tempat yang sesuai untuk kita bangunkan, ada tempat yang tidak sesuai untuk kita bangunkan sebab dari segi sosial, dari segi ekonomi itu kita kena lihat. Jika berlaku projek IDRISS saya mengharapkan agar pihak kerajaan dan Rancangan Selangor Pertama ini sentiasa di update ya. Kalau boleh sebulan sekali, dua bulan sekali atau pun tiga bulan sekali kepada dari semasa ke semasa kepada setiap pelaksanaan di kawasan-kawasan yang terlibat dan boleh diumumkan kepada rakyat kerana bagi saya satu projek yang besar ini sehingga 2025 satu benda yang besar saya tengok di bawah sana cukup hebat sampai saya sendiri pun nak tengok jalan mana, jalan mana. Cukup besar jadi saya harapkan, pembangunan ini dan perancangan ini seharusnya di update kepada rakyat dan bukannya kepada kami sahaja di pihak ADUN dan dijelaskan kepada rakyat pada semasa ke semasa dan yang terakhir ya. Saya rasa ini dapatlah juga menilai kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab dan Rancangan Selangor yang Pertama ini yang saya bagi tahu balik saya setuju untuk pembangunan di Selangor ini kerana kita sayang dengan Negeri Selangor ini dan apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk di pembangkang dan di pihak kerajaan untuk kita membahaskan Rancangan Selangor ini tidak semestinya benda ini tidak baik, tidak semestinya benda ini baik dan ini satu benda yang perlu kita bahaskan. Akhir kata saya nak buat satu lagi pantun, pantun yang baru datang okay.
Hari ini datang bergaya, Meraikan kemenangan Pilihan Raya,
Terima kasih Tuan Speaker mempertimbangkannya, Pilihan Raya Selat Klang seterusnya.
Terima kasih.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Balakong ingin menyentuh perkara mengenai kemajuan kelestarian dalam Rancangan Selangor pertama yang meletakkan sasaran untuk merangsang pembangunan matang dan daya tahan di Negeri Selangor. Kita sedia maklum kerajaan Negeri Selangor telah memberikan tumpuan kepada pengurusan bencana kerana trend kejadian banjir kilat terutamanya di kawasan bandar telah semakin meningkat. Walaupun kejadian banjir kilat bukanlah satu masalah baharu tetapi ianya sering berlaku tanpa sebarang amaran lalu menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian besar. Bagi tujuan penambahbaikan kemampuan dalam membebani bencana, Kerajaan Negeri Selangor telah bertindak proaktif dengan memperkenalkan program-program kesiapsiagaan bersama pelbagai agensi untuk mengurangkan impak bencana. Kerajaan juga menyediakan peruntukan yang besar untuk pelbagai projek tebatan banjir namun, kejadian banjir yang masih berulangan malahan peningkatan kekerapannya telah memberi satu indikator yang jelas bahawa banyak lagi perkara yang perlu kita berusaha bersama-sama dalam mencari punca serta penyelesaiannya. Dalam konteks ini, intensiti hujan yang luar biasa akibat perubahan iklim, pembangunan padat serta tidak terancang. Pencemaran serta kelemahan penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran dilihat sebagai penyumbang utama untuk itu pihak berkuasa tempatan sering dikatakan perlu memainkan peranan penting dalam merancang dan meluluskan pembangunan baharu dengan mengambil kira reka bentuk serta kapasiti sistem perparitan dan pembinaan infrastruktur bahan bencana.
Selain itu, masyarakat kita juga perlu sedar bahawa pencemaran alam sekitar khususnya pembuangan sampah haram juga akan mengakibatkan banjir kilat. Namun, kita sering menghadapi kekangan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan berkaitan dengan alam sekitar khususnya mengenai pelupusan sampah telah memberi kesan kepada kita terutamanya semasa mengambil tindakan terhadap culprit-culprit yang membuang sampah haram. Buat masa sekarang jumlah kompaun terhadap pembuangan sampah haram yang termaktub di dalam Seksyen 73 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil, Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 adalah sekitar RM1000 sahaja dan ini mungkin tidak mencukupi untuk menggerunkan pesalah yang membuang sampah haram. Ini amat berbeza berbanding dengan Seksyen 71 (8) Akta 672 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 ribu atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. Sehubungan dengan itu, Balakong berpandangan bahawa tandatangan Akta
672 perlu dimuktamadkan segera bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawas seliaan perkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Tuan Speaker, sedar akan kepentingan untuk mengurangkan jurang pembangunan antara daerah di samping mewujudkan persekitaran pembangunan yang seimbang dan inclusive di kawasan-kawasan bandar dan di luar bandar, maka pembangunan berasaskan geografi telah di ketengahkan dalam Rancangan Selangor Pertama di sertakan sasaran untuk memaju projek-projek perangsang di dalam sektor-sektor pertumbuhan tinggi. Balakong yakin akan pembangunan berasaskan geografi merupakan satu pendekatan yang tepat dan komprehensif dalam melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan kepada pelabur domestik mahupun pelabur antarabangsa. Balakong teruja dengan PPI seperti IDRIS, SABDA, zon kuala Selangor dan Hulu Selangor, ZPE SMG yang sudah pasti akan membawa impak ekonomi yang significant. Cuma Balakong juga rasa cemburu, kerana penglibatan Daerah Hulu Langat dan MPKJ dalam Rancangan Selangor pertama masih kurang ketara. Oleh itu, bergerak ke hadapan Balakong berharap Kerajaan Negeri juga mengambil kira kawasan-kawasan di bawah MPKJ dalam memperkenalkan taman-taman perindustrian dan perniagaan yang baharu. Satu pertiga daripada DUN Balakong merupakan Kawasan perindustrian. Sekiranya disuntikkan sokongan dan bantuan Kerajaan Negeri Selangor menerusi RS-1, maka saya percaya industri-industri domestik ini mampu meningkatkan keupayaan pembangunan produk serta infrastruktur dan ketersambungan ekosistem sekaligus menyelesaikan masalah rantaian bekalan global yang sering dirisaukan. Di samping itu limpahan pembangunan dari bandar-bandar besar bersebelahan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menjadikan daerah Hulu Langat khususnya Balakong sebagai bandar pilihan untuk didiami khususnya kepada working adults, dengan izin. Tambahan pula kawasan pentadbiran MPKj juga membangun sebagai pusat Pendidikan yang meliputi banyak universiti seperti UKM, UNITEN, UTAR dan sebagainya. Ini bermakna daerah Hulu Langat dan kawasan pentadbiran MPKj berpotensi untuk dijadikan hak bagi melahirkan pekerja-pekerja berkemahiran baharu dan tinggi lalu menjadi pelengkap kepada agenda RS-1 untuk menjadikan Selangor terus kekal berdaya saing di rantau ASEAN.
Tuan Speaker, penjenamaan semula Bas Smart Selangor Mobiliti pada tahun 2023 menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memodenkan sistem pengangkutan awam. Menerusi sistem penganalisaan data, lalu meningkatkan kebolehcapaian mobiliti di Selangor dengan menambahbaik kemudahan pengangkutan awam di Negeri Selangor. Di samping meneruskan program bas Smart Selangor, capaian first mile dan last mile juga diperluas melalui pelaksanaan DRT, serta penambahbaikan infrastruktur seperti laluan basikal dan pejalan kaki di bawah agenda
Selangor Mobiliti. Balakong menyokong penuh inisiatif ini selari dengan teras kelestarian dalam Rancangan Selangor Pertama yang memfokuskan matlamat Bandar Rendah Karbon dengan peralihan daripada penggunaan pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam secara optimum. Seperti yang telah disebutkan dalam sesi pertanyaan-pertanyaan, kawasan pentadbiran MPKj terkenal dengan sebuah perbandaran yang berkembang dengan ketersambungan melalui laluan MRT. Namun begitu ianya masih tidak sempurna untuk menyambungkan para penumpang ke stesen MRT dan rata-rata memerlukan kenderaan persendirian. Hal ini dapat dilihat apabila hampir kesemua park & ride termasuk bangunan parkir yang bertingkat adalah penuh pada setiap masa dan saya melihat ianya tidak mungkin akan mencukupi walau apa jua. Oleh itu Balakong ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Selangor supaya menerusi inisiatif Selangor Mobiliti connectivity khususnya dari rumah kediaman ke stesen MRT dapat dipertingkatkan. Baik dengan menambahkan laluan bas Smart Selangor atau memperluaskan perkhidmatan DRT ke kawasan pentadbiran MPKj ataupun meneliti semula kebolehlaksanaan untuk mewujudkan laluan pejalan kaki dan basikal yang selamat untuk menyambung kawasan-kawasan perumahan ke stesen MRT.
Tuan Speaker, Selangor telah berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan secara berturut-turut beberapa tahun sejak ini lalu menjadikan sebuah negeri yang berprestasi tinggi sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia. Pentadbiran Negeri Selangor di bawah YAB. Menteri Besar Selangor terbukti cemerlang dan berada pada landasan tepat. Kewujudan Rancangan Selangor Pertama pula telah menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan pembangunan negeri direncana dengan lebih terperinci. Di samping itu RS-1 juga penting kepada seluruh warga Selangor sebagai satu rujukan dalam berdepan dengan persekitaran makro yang dinamik serta era global yang semakin kompetetif. Jadi maka dengan ini Balakong mohon menyokong. Terima kasih.
Batang Kali.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih YB. Tuan Speaker memberikan ruang kepada Batang Kali untuk turut berbahas tentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (KSP RS-1 2021-2025). Kami di pihak pembangkang tidak menghalang pemajuan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan dalam RS-1. Bagi mencapai negeri pintar, berdayahuni dan makmur menjelang 2025 adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kami sebagai Ahli Dewan Negeri yang dipilih oleh rakyat walaupun sebagai pembangkang, untuk memastikan Rancangan Selangor Pertama ini memberikan kebaikan dan menjaga kepentingan rakyat di Negeri Selangor. Kita tidak mahu ia cantik di kertas tapi tidak di lapangan.
Peribahasa indah khabar dari rupa. Yang menjadi tanda tanya kepada kami ini sejauh mana kah Rancangan Selangor Pertama ini memberikan impak yang positif kepada rakyat di Negeri Selangor khususnya golongan B40 dan ke bawah. Impak kepada penjawat awam, kesan kepada penduduk luar bandar dan termasuklah golongan anak-anak muda yang menganggur di Selangor. Apa guna kita mencapai negeri maju jika rakyatnya masih menderita? Dengan mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malam tidak tahu hendak kais di mana.
Sidang Dewan yang dihormati, sepertimana ucapan YAB. Menteri Besar yang disampaikan dalam Dewan ini, pada hari Khamis 4 Julai 2024 pada minggu lepas, pemulihan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya sejak pasca Covid-19 Batang Kali berharap Kerajaan Negeri mengkaji dan menangguh kenaikan cukai pintu di beberapa PBT di Selangor khususnya kawasan Hulu Selangor termasuklah DUN Kuala Kubu, DUN Hulu Bernam dan juga Batang Kali supaya rakyat di kawasan kami dapat merasai limpahan Kerajaan Negeri Selangor yang dianggap sebagai kerajaan prihatin dan ia seiring dengan Rancangan Selangor Pertama iaitu berdaya huni dan makmur. Tunggulah sehingga rakyat benar-benar pulih dari segi ekonomi untuk melaksanakan kenaikan cukai tersebut, diharapkan Kerajaan Negeri dapat mendengar keluhan rakyat yang berada di luar sana. Menyentuh soal ekonomi digital, melalui terma strategi 1 ia dilihat lebih cenderung ke kawasan bandar atau wilayah yang mempunyai jaringan internet ataupun komunikasi yang baik sahaja, khususnya untuk perusahaan makro kecil dan sederhana (PMKS) dan terdapat seramai 1047 ahli PMKS daripada 44 ribu usahawan telah menerima geran perbadanan pendigitalan PKS Selangor sejak tahun 2021. Persoalannya, Batang Kali ingin bertanya: berapa ramaikah penerima geran tersebut yang berjaya dalam perniagaan mereka sehinggalah sekarang? Kerajaan Negeri perlu melihat juga kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor kerana masih banyak kawasan-kawasan yang menghadapi masalah jaringan telekomunikasi dan internet yang lemah.
Untuk pengetahuan Tuan Speaker, sebesar-besar kawasan Batang Kali hanya ada 1 bank sahaja. Itu menunjukkan bahawa jaringan di sana masih lemah dan juga peniaga-peniaga kecil ataupun mikro kampung atau desa ingin mengembangkan atau menjadikan perniagaan digital ini sebagai sumber pendapatan bagi menampung kos sara hidup tidak kesampaian memandangkan beberapa kawasan masih lagi mempunyai jaringan internet dan komunikasi yang sangat-sangat lemah. Sehingga tahun 2022, kemiskinan mutlak di Selangor masih mencatatkan sebanyak 1.5% dan ia masih tinggi daripada sasaran Rancangan Selangor Pertama sebanyak 0.5% dan kemiskinan relatif pula 14.2% dan ia masih jauh daripada sasaran Rancangan Selangor Pertama sebanyak 11%. Bagi menjayakan Rancangan Selangor ini Kerajaan Negeri perlu memastikan sasaran yang diletakkan perlu dicapai menjelang tahun 2025. Ini yang termaktub dalam kitab ataupun
Rancangan Selangor Pertama Kajian Separuh Penggal. Bagi Batang Kali apakah indicator yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengukur kadar kemiskinan tersebut dan sejauh manakah pencapaian terkini yang diukur secara komulatif berdasarkan kemiskinan mutlak dan relatif untuk rakyat di Negeri Selangor sedangkan khususnya di kawasan Hulu Selangor sendiri yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2022 dan sehingga tahun 2024 setiap tahun golongan asnaf, fakir dan miskin meningkat bukan menurun sebab itu Batang Kali ingin tahu dan penjelasan yang lebih jelas lagi kepada Kerajaan Negeri bagaimanakah ataupun indicator yang digunakan untuk mengesan ataupun mengukur kemiskinan rakyat di Negeri Selangor yang kita cintai ini.
YB. Tuan Speaker, banyak kali Batang Kali mendengarkan tentang kebahagiaan keluarga, indeks kebahagiaan keluarga. Dalam mengukur indeks kebahagiaan keluarga yang sekarang Kerajaan Negeri telah menukarkan kepada indeks kesejahteraan keluarga ataupun indeks kebahagiaan rakyat Malaysia yang diselaraskan kepada penanda aras kebangsaan iaitu 7.0 namun demikian masih terdapat 3 komponen pengukuran indeks kebahagiaan keluarga yang masih rendah. Faktor yang pertama adalah komponen perumahan dan alam sekitar. Faktor kedua faktor komponen keselamatan dan yang ketiga pengalaman emosi. Ketiga-tiga faktor ini menunjukkan bahawa masih ramai ataupun masih rakyat dicengkam kehidupan sehari-harian yang menunjukkan Kerajaan Negeri masih belum kukuh untuk membantu rakyat menerusi Rancangan Selangor Yang Pertama. Apa yang agak membimbangkan kita hanya tinggal tidak kurang lagi 6 bulan untuk menjelang tahun 2025. Adakah indeks yang diukur ini akan tercapai? Itulah persoalan yang dilontarkan daripada Batang Kali sendiri dan kami sebagai pembangkang nak tahu bagaimana ia dikira dan ke mana arah hala tuju pengiraan tersebut? Untuk membahagiakan keluarga yang berada di Selangor ini, Batang Kali mencadangkan ada dua cadangan. Yang pertama, Batang Kali mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membantu rakyat di Negeri Selangor dengan mencari atau mewujudkan satu jawatankuasa yang boleh membantu mengawal kenaikan kos bahan mentah ataupun makanan agar rakyat Negeri Selangor merasai kebahagiaan tersebut bukan meletakkan sepenuhnya kepada bahu Persekutuan. Saya yakin Kerajaan Negeri boleh buat dan tidak meletakkan sepenuhnya atau menepis apa yang soalan saya lontarkan pada pertanyaan mulut. Sorry, pertanyaan lisan yang telah ditolak oleh Speaker. Perkara yang kedua, Batang Kali mencadangkan supaya rumah mampu milik ataupun rumah teres dapat diberikan dengan harga
Batang Kali ada yang bangun ya. Bagi ruang tidak?
Bagi saya habis kejap.
Batang Kali tak bagi Kota Damansara.
Okay cadangan kedua Batang Kali mencadangkan supaya rumah mampu milik ataupun rumah teres dapat diberikan dengan harga kos RM200 ribu ke bawah agar rakyat di Negeri Selangor benar-benar dapat memilikinya walaupun harga diesel naik dan timbul lagi satu persoalan dalam minda Batang Kali dengan kenaikan harga diesel semasa yang agak drastik, adakah ia memberikan kesan kepada Rancangan Selangor Pertama? Okay, silakan.
Baik, terima kasih sahabat saya, YB. Batang Kali. Sebab YB. Batang Kali tadi mengatakan bahawa Kerajaan Negeri meletakkan 100% untuk kenaikan barang ini kepada kerajaan pusat. Tahukah Batang Kali bahawa Kerajaan Selangor pun melakukan intervensi dengan melakukan jualan JER (Jualan Mega Ehsan Rahmah) JER pun sebahagian daripada intervensi yang Kerajaan Selangor pun buat, kita buat di setiap DUN yang mana rakyat boleh beli dengan harga barang murah. Di pusat kita buat Jualan RAHMAH di negeri pun kita buat Jualan JER. Jadi tidak adillah untuk mengatakan kepada Kerajaan Negeri tidak melakukan apa-apa atau menyerahkan 100% kepada Kerajaan Persekutuan tapi Kerajaan Negeri juga dah buat JER ni, JER ni bukan kita buat tahun ini atau tahun pilihan raya, sebelum itu lagi kita dah buat intervensi kita dah kenalkan beras Selangor dan pelbagai lagi jadi saya ingat mungkin Batang Kali boleh menarik balik la untuk mengatakan seolah-olah Kerajaan Negeri ini tidak membuat apa-apa langsung dan serah 100% kepada Kerajaan Pusat.
Batang Kali jaga masa ya.
Okay, saya bercakap begitu berdasarkan apa yang telah di bagi kepada saya balik soalan-soalan yang saya lontarkan dikembalikan semula ditolak oleh Pejabat Dewan yang menyatakan bahawa ia adalah kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan, sebab walaupun saya tahu program-program jelajah ini tetapi ia bermusim bukan konsisten mengikut aturan setiap masa yang di perlukan. Sebagai contoh di kawasan Batang Kali sendiri terdapat hampir 7,416 orang yang dikategorikan sebagai asnaf fakir dan miskin itu yang berdaftar. Adakah program yang di anjurkan oleh Kerajaan Negeri JER ini mencapai sasaran? Sebab saya lihat sendiri di depan mata saya bagaimana program-program ini hanya untuk golongan-golongan yang tertentu dan tidak mencapai sasaran sepenuhnya di
peringkat semua kawasan. Sebab itu saya kata saya mohon sekali lagi penjelasan di peringkat Kerajaan Negeri mengapa soalan saya ditolak? Itu soalan saya.
Mencelah.
Rawang bangun ye.
Baik. Tadi Batang Kali ada sebut berkenaan dengan isu internet. Servis internet dekat Batang Kali, so tadi saya sempat semak di Batang Kali sebenarnya ada lebih daripada satu bank yang ada, 1 Public Bank dan 1 Bank Rakyat dan juga ada pelbagai ATM Machine di kawasan itu, kalau internet jadi satu isu tak mungkin pihak bank boleh memberi perkhidmatan seperti ATM ataupun Banking Service di kawasan Batang Kali. Nak minta pencerahan daripada Batang Kali.
Mencelah
Silakan.
Sedikit Batang Kali, berkenaan dengan Kota Damansara tadi Jualan JER, setuju tak jika kita sebutkan bahawa Jualan JER ni hanya untuk milage politik sahaja? Sebab berlaku di hadapan mata saya penduduk dah datang berkumpul jualan tidak di laksanakan lagi, dia semata-mata nak tunggu pemimpin dia datang nak tunjuk muka. Jadi baru jualan itu berjalan, jadi saya dengan apa saya bagi tahu benda ini tidak boleh berlaku macam ni. Setuju tak?
Okay saya setuju dengan Sungai Panjang boleh masukan dalam perbahasan saya juga sebab perkara ini realiti yang berlaku di banyak kawasan.
Batang Kali. Bagi laluan.
Batang kali bagi ruang ke tidak?
Sekejap bagi saya jawab soalan rakan saya daripada sebelah ini Rawang. Okay untuk pengetahuan Yang Berhormat Rawang hanya terdapat 1 bank sahaja yang berada di Bukit Beruntung, yang Bank Rakyat itu adalah pajak bukan bank itu adalah tempat pajak. Masih lagi kawasan-kawasan kampung yang mempunyai jaringan internet yang lemah saya rasa yang rakan-rakan pun ada pernah pergi.
Batang Kali. Mohon laluan.
Silakan.
Saya tak setuju dengan pandangan Sungai Panjang untuk mengatakan Jualan JER ni untuk milage politik. Sebab pertamanya kita adakan bukan untuk hampir pilihan raya sahaja dah tentu pemimpin setempat perlu juga hadir bila pemimpin tak turun tak tunjuk muka, saya nak tanya kepada Batang Kali sekiranya Batang Kali lah kerajaan adakah Batang Kali biarkan program berlalu begitu sahaja tanpa menunjukkan muka kepada masyarakat yang ramai untuk kita memperkenalkan diri kita? Dan saya nak maklumkan bahawa program tersebut biasanya jualan bermula pada pukul 9.30 pagi biasanya pengunjung akan datang lebih awal pukul 8.00 pagi dia datang. Ini memang realiti sebab kita akan beri secara nombor. Terima kasih.
Okay Meru, Yang Berhormat Meru, ini pandangan dari Batang Kali, rakyat yang susah mereka ada maruah. Adakah mereka perlu beratur panjang-panjang dengan masa yang lama dengan datang berjalan kaki, itu persoalannya. Ini pandangan saya, pandangan daripada Batang Kali untuk menunggu baru boleh membeli barang-barang tersebut.
Batang kali boleh tutup ya.
Dekat poster kita dah tulis pukul 10.00 pagi, jadi tetapi mereka datang lebih awal itu bukan..
Bagi ruang untuk Batang Kali tu tutup ye. Masa dah habis.
Saya minta budi baik Tuan Speaker.
Batang Kali, kita ada kekangan masa.
Minta maaf, sidang. Tuan Speaker isu tanah rizab Melayu di Selangor pada tahun 2018 terdapat 4122.22 ekar tanah rizab Melayu dan pada tahun 2024 jumlah tanah rizab Melayu yang masih ada 398767.420 ekar. Angka ini menunjukkan satu penurunan jumlah tanah rizab Melayu yang masih tinggal di Selangor sebanyak 2254.802 ekar tanah rizab Melayu telah dilupuskan dan tidak digantikan sehingga sekarang. Persoalan Batang Kali, apakah
punca tanah rizab Melayu ini berkurangan, sebab ini menimbulkan tanda tanya kepada kami sebagai pembangkang. Kami berharap Kerajaan Negeri perlulah pelihara dan memastikan tanah rizab Melayu di Selangor diuruskan dengan baik dan timbul lagi tanda tanya kepada kami apakah RS 1 yang di laksanakan oleh Kerajaan Negeri dapat menjaga dan memelihara tanah-tanah rizab Melayu supaya tidak dilupuskan.
Batang Kali, boleh tutup ya. Habiskan.
Hampir akhir. Yang Berhormat Tuan Speaker. Infrastruktur jalan yang baik juga perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri memandangkan kawasan luar bandar khususnya kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor. Jalan-jalan telah dibaik pulih tetapi tidak bertahan lama, di mana silapnya. Kerajaan Negeri perlu memastikan jalan-jalan yang dibaik pulih perlu mengikut piawaian dan ketahanan dalam tempoh jangka masa yang panjang secara tidak langsung kos ataupun bajet baik pulih jalan dapat di salurkan dengan baik dan ia dapat juga di salurkan ke jalan-jalan atau kawasan lain yang lebih memerlukan dan yang terakhir sekali, saya mewakili rakyat kawasan Batang Kali berharap projek pembangunan yang di laksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam RS1 ini dapat memberikan impak yang positif kepada rakyat dan menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat, memandangkan tarif air naik, tarif elektrik naik, kos jentera berat pun naik, kos barang dapur naik, kos bahan binaan pun naik, diesel pun naik. Apakah lagi akan naik selepas ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali. Saya persilakan Bandar Baru Klang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi perbahasan kajian separuh penggal RS1. Penglibatan semua Ahli Yang Berhormat dalam memberi idea dan cadangan sememangnya sangat membantu demi pembangunan negeri ini. Tuan Speaker hebatnya Selangor ada RS yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai wawasan untuk menjadikan sesebuah negeri yang lebih membangun. Bandar Baru Klang ingin memberi sedikit cadangan untuk penambahbaikan. Tuan Speaker, isu banjir. Banjir semakin buruk berikutan perubahan iklim, ia memberi kesan di seluruh Selangor. Bagi kawasan seperti Klang isu ini adalah masalah yang tidak berkesudahan kerana Klang berada di kawasan persisiran dan di atas tanah rata, setiap kali hujan semua orang bimbang akan musibah banjir berlaku. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Majlis Bandaraya Di-Raja Klang (MBDK) kerana menubuhkan pasukan petugas untuk menyelesaikan masalah banjir di Bandar Bukit Raja. Namun satu lagi kawasan yang sering di landa banjir adalah Taman Sia Hong, nilai projek sebanyak RM1.9 juta telah di peruntukkan dan tambahan RM300 ribu lagi telah diluluskan kepada kontraktor tetapi projek itu tidak dapat disiapkan tepat pada masanya. Bandar Baru Klang berharap agar Datuk Bandar MBDK memantau semua projek dengan teliti agar dana awam tidak dibazirkan. Bandar Baru Klang bertuah kerana mempunyai empat stesen LRT yang boleh memberi perkhidmatan kemudahan perjalanan, namun kesan negatif segera kepada Bandar Baru Klang adalah banjir di Jalan Meru dan Jalan Sireh. Banjir yang bukan bermusim ini juga telah diakui oleh MBDK. Antara cadangan kepada projek LRT, tiga pihak MBDK telah mengarahkan agar LRT meningkatkan saiz longkang dan membersihkan saluran bawah tanah sepanjang Jalan Meru hingga ke sungai Klang. Ini adalah jawapan bertulis yang diberikan kepada saya dalam sidang dewan yang lepas. Oleh itu, saya menggesa MBDK untuk tidak mengeluarkan CCC kepada LRT 3 sehingga isu-isu ini diselesaikan. Saya ingin melihat LRT 3 lebih proaktif dalam mengadakan dialog awam setiap dua bulan untuk mengemas kini kepada projek yang diuruskan oleh mereka.
Tuan Speaker, isu pelancongan perubatan, Selangor mempunyai pusat perubatan yang paling maju seperti Sunway Medical Center dengan Resort bersepadu bersama pusat membeli belah. Kumpulan hospital KPJ dan hospital Columbia. Kita juga mempunyai dua lapangan terbang, Lapangan Terbang Subang dan KLIA. Kita mempunyai hotel yang paling banyak ditambah dengan nilai ringgit kita yang lebih murah, kita berada pada kelebihan besar untuk menarik pelancongan dari Asia Tenggara. Menurut Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), pelancong perubatan membawa masuk kira-kira RM570 juta pada tahun 2011 dan RM1.7 bilion pada tahun 2019. Sebahagiannya di sumbang oleh lokasi geografi negara yang menguntungkan. MHTC menjangkakan industri pelancongan perubatan akan terus berkembang dengan pendapatan tahunan yang diunjurkan sebanyak RM2.0 bilion pada tahun 2025. Bandar Baru Klang ingin mencadangkan bahawa Tourism Selangor boleh merapatkan jurang antara pelbagai agensi dari hotel, restoran dan agensi pelancongan sebagai contoh, kita boleh menyediakan pakej dari lapangan terbang ke hospital, penginapan di hotel 5 bintang sambil menikmati makanan tempatan-tempatan, lepas tu cuti-cuti ke lokasi tempatan seperti Kuala Kubu Baharu atau Sekinchan. Kelebihan untuk pelancongan perubatan ialah mereka akan kembali setiap tahun untuk pemeriksaan tahunan mereka.
Dengan izin Quotation dari MHTC acting CEO Farizal Jaafar tells The Edge that along with indirect and induced expenditure such as investments as well as job and business opportunities, healthcare travel is expected to provide a fourfold spillover effect. This means that for every RM1 that a healthcare traveler spends on medical treatment,
another RM4 would flow into related industries, including tourism, transport, accommodation and food and beverage.
Bandar Baru Klang percaya di Malaysia dilakukan jika kita menyusun dengan betul. Isu industri Aeroangkasa, penyataan yang dikeluarkan oleh Invest Selangor menyebut bahawa Selangor menjadi tuan rumah kira-kira 47% pertandingan aeroangkasa di negara ini, ia meletakan negeri ini secara strategik untuk pembuatan berkualiti komponen aero dan penyelenggaraan dan pembahagian pesawat. Kemudahan menjalankan perniagaan infrastruktur serta pekerjaan mahir dalam bidang aeroangkasa adalah sebab nominal Selangor menjadi negeri pilihan untuk rantaian bekalan aeroangkasa global. Dengan adanya RS1, Selangor bersedia untuk memperkukuhkan lagi rantaian bekalan aeroangkasa. Oleh itu Kerajaan Selangor harus mempunyai pelan tindakan mengenai isu-isu seperti ketersediaan bakat dan kesediaan tenaga kerja dalam sains teknologi dan kejuruteraan matematik atau STEM dan isu keciciran cendekiawan atau dendrit. Kerajaan Selangor atau agensi berkaitan harus menubuhkan satu agensi seperti Talent Corp untuk mencari dan menarik pelajar masa depan di kolej teknikal dan universiti dengan memberi geran khas atau biasiswa untuk mengekalkan mereka sebagai tenaga kerja masa depan di Selangor.
Isu kesihatan. Kes denggi di Selangor semakin meningkat. Pada separuh pertama tahun ini kes denggi adalah 59,000 berbanding dengan 43,000 pada tahun lepas. Klang berada di kedudukan nombor 3 di Selangor memerangi denggi melibatkan pelbagai strategi. Langkah ini bermula dengan pendidikan di sekolah dan komuniti. Gotong-royong yang berterus dari semasa ke semasa yang dimulakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Bandar Baru Klang ingin mencadangkan pelepasan nyamuk yang dijangkiti bakteria Wolbachia untuk mencegah penularan virus. Kita boleh juga mendapatkan vaksin denggi yang terbaru iaitu Qdenga dalam rancangan kami untuk mengawal demam denggi. Vaksin ini baru tetapi berkesan. Kerajaan Selangor boleh memberi subsidi kepada vaksin tersebut dan baki bayaran dibayar oleh pesakit. Kesihatan adalah kekayaan sebenar. Jika kita melaburkan kesihatan kita dapat memastikan kualiti hidup yang baik. Rakyat yang sihat adalah aset dan sudah pasti dapat meningkatkan produktiviti kepada ekonomi.
Tuan Speaker, isu pusat pemulihan ibu lepas bersalin atau confinement center dan rumah persaraan untuk warga emas. Akhir-akhir ini kita dapat melihat banyak pusat pemulihan ibu dan rumah persaraan di Selangor terutama di Lembah Klang. Saya mencadangkan agar doktor ditempatkan di setiap pusat dengan nisbah 1 doktor bagi 20 ibu untuk memantau kesihatan ibu dan bayi baru lahir. Doktor melakukan pemeriksaan rutin harian pada waktu pagi dan bersedia untuk kecemasan. Pusingan wad dan semua aktiviti perubatan mesti direkodkan untuk audit dan rujukan pada masa depan.
Konsepnya sama seperti semua hospital di negara ini. Ini adalah percikan kesihatan bersepadu di pusat confinement dan rumah pesara yang setanding dengan negara maju. Bagi pekerjaan doktor kita tahu bahawa terdapat banyak doktor kontrak yang meninggal hospital kerajaan kerana kekurangan jawatan tetap di hospital awam. Sebanyak 3,046 doktor kontrak telah meletak jawatan dalam tempoh 3 tahun yang lalu menurut Kementerian Kesihatan. Ini adalah penyelesaian menang-menang untuk kedua-dua pihak kerana kita mendapat menyelesaikan masalah pengangguran doktor sambil menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti di pusat confinement dan rumah pesara. Doktor juga boleh diambil untuk bekerja di klinik-klinik atau hospital SelCare.
Tuan Speaker, isu Pihak Berkuasa Tempatan. Dengan peningkatan kenderaan elektrik atau EV dan pusat data yang semakin berkembang. Penggunaan elektrik akan meningkat. Kerajaan Selangor harus bertindak untuk mengurangkan jejak kawan kita. Kita boleh menggalakkan syarikat mega melabur dalam panel solar. Menggalakkan isi rumah dan kilang memasang panel solar dengan memberi rebat cukai. PBT juga harus mewajibkan semua perumahan baru dengan memasang sistem penuaian air hujan di rumah baru. Manfaat ini adalah untuk melambatkan agar air semasa hujan lebat ke sistem saluran kita dan yang penting ia juga mengurangkan beban bagi loji rawatan air. Bagi mengakhiri ucapan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah mencipta rekod KDNK sebanyak 25.9% dan Bandar Baru sokong kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama. Terima kasih.
Terima kasih Bandar Baru Klang. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Burong.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker serta Ahli-Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul pada hari ini untuk membincangkan satu topik yang amat penting iaitu kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021 – 2025. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam penyediaan laporan ini. Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama telah dirangka dengan visi untuk menjadikan Selangor sebuah negeri pintar, makmur dan berdaya tahan menjelang tahun 2025. Ini adalah satu visi yang besar dan penting. Yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk merealisasikannya. Namun begitu dalam kajian separuh penggal ini terdapat beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian secara kritis demi memastikan kita berada di landasan yang betul. Teras pertama pengukuhan ekonomi dalam tempoh dua
tahun pertama pelaksanaan RS-1 kita melihat beberapa perkembangan positif dalam sektor ekonomi. Menurut data dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri UPEN Selangor Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK Selangor mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.5% pada tahun 2022 berbanding dengan 2.9% pada tahun 2021. Namun kita juga perlu akui bahawa terdapat cabaran yang perlu diatasi kesan daripada pandemik Covid-19 yang masih dirasai dan ini mempengaruhi pelbagai sektor terutama sekali perusahaan kecil dan sederhana PKS tidak ketinggalan kepada para pesawah, petani yang turut terkesan khususnya selepas penyasaran subsidi yang tersasar. Saya mencadangkan agar kerajaan Negeri memperkenalkan lebih banyak inisiatif dan insentif untuk PKS termasuk sokongan kewangan latihan dan teknologi. Kajian menunjukkan bahawa 68% daripada PKS di Selangor memerlukan bantuan kewangan segera untuk mengekalkan operasi mereka. Kita perlu pastikan bahawa PKS yang merupakan tulang belakang ekonomi di negeri mendapat bantuan yang sewajarnya untuk terus berkembang. Pesawah pula sewajarnya diberikan insentif tambahan di peringkat negeri kerana kenaikan kos di banyak peringkat diserap oleh petani sendiri. Kebanyakan mereka juga tidak layak menerima insentif budi agro komoditi kerana hasil tuaian setahun di bawah julat RM50,000.00 hingga RM300,000.00 atau hanya 1 ekar dengan kenaikan rotor 1, 150 ke 210. Rotor 2, 140 ke 200. Rotor 3, 130 ke 190. Penuaian jerami pada 100 ke 150 cc daripada 200 ke 270 rotor bucket 100 per jam kepada 150 menuai RM400 per lot kepada RM550. Kebimbangannya ialah petani dah tak mahu lagi bertani kerana kos yang naik mendadak tidak berbaloi degan apa yang diusahakan dan ini sangat terjejas dengan apa yang disebutkan keterjaminan makanan Selangor sebagai sebahagian periuk nasi Selangor. Bagi petani sayur juga tidak kurang hal keadaannya harga lantai yang sudah lama tidak disemak semula sedangkan bahan input pertanian tinggi dan tidak dikawal. Tidak dinafikan banyak kursus yang dianjurkan untuk menggalakkan pertanian tetapi pemasaran yang tidak cukup untuk dibantu mengakibatkan lambakan hasil dan harga sayuran jatuh merudum. Bagaimana kita nak menokhtahkan kemiskinan bila beginilah keadaannya sedangkan Nabi pernah bersabda iaitu diambil sumber-sumber kekayaan itu daripada orang yang kaya di kalangan mereka dan dikembalikan secara langsung kepada golongan miskin yang ada. Manakala bila jurang ekonomi ini dapat dirapatkan di antara yang miskin dan yang kaya. Yang bandar dan yang desa itulah yang menjadikan empat tahap ekonomi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih sihat dan baik.
Tuan Speaker, teras kedua mempertingkatkan inklusiviti sosial dan kesejahteraan rakyat. Menurut laporan perumahan 2023 terdapat kekurangan sebanyak 10,000 unit rumah mampu milik yang diperlukan oleh rakyat Selangor. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri mempercepatkan pelaksanaan projek perumahan mampu milik supaya boleh menempatkan mereka yang masih tiada rumah sendiri. Tuan Speaker, jawapan bertulis yang diberikan kepada saya berdasarkan laporan Ketua Audit Negara. LKAN 42.5% tanah rizab Melayu yang belum digantikan di Selangor. Peratusan yang tinggi ini
sewajarnya boleh menempatkan mereka yang berada di tanah-tanah rizab jalan dan sungai seperti di Lorong Hamzah 1 dan 2, Jalan Tok Adam Sungai Burong, tanah-tanah di Sungai Sireh dan seumpamanya atau paling kurang setiap PBT mempunyai buffer zone untuk menempatkan mereka ini termasuk nasib-nasib peneroka bandar dan setinggan-setinggan yang ada. Jadi Sungai Burong ingin bertanya apa rancangan Kerajaan dalam perkara ini di tempat saya dan di seluruh negeri Selangor yang terlibat sama.
Tuan Speaker, teras ketiga ialah pemacuan kelestarian. Selangor berdepan dengan cabaran alam sekitar yang semakin meningkat isu seperti hakisan pantai, penebangan hutan dan pengurusan sisa perlu ditangani dengan serius. Sungai Burong juga ingin menekankan kepentingan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar. Menurut laporan Jabatan Kerja Raya Selangor, 25% daripada jalan raya di kawasan luar bandar masih berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Isu jalan-jalan kampung yang telah dilaporkan ke PLB dan JKR yang masih kurang menerima perhatian walaupun aduan berjujut-jujut sehingga sebahagian jalan hampir rebak seperti di Parit 2 Sungai Burong, Parit 4 Sungai Burong dan jika dibaiki setelah kemalangan berlaku ia pasti meningkatkan kos yang lebih berganda. Isu tambakan pantai dan sungai seperti di Bagan Pasir juga perlukan perhatian lebih intensif. Di mana kegagalan tebing yang amat tinggi di kawasan pinggir pantai. Mohon Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dengan pantauan rapat Kerajaan Negeri melihat dengan teliti perkara ini. Tak kan kita nak tunggu sampai viral di media sosial dan rakyat berdemonstrasi baru kita nak bertindak. Kita perlu memastikan bahawa semua rakyat negeri Selangor mendapat manfaat yang sama daripada pembangunan ini. Bukannya jurang yang makin melebar di antara bandar dan luar bandar. Justeru itu saya memohon agar Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet tambahan untuk projek-projek infrastruktur di kawasan luar bandar.
Tuan Speaker, teras yang keempat tadbir urus smart dan efektif. Rancangan Selangor Pertama juga menekankan kepentingan peningkatan kualiti hidup rakyat Selangor. Sungai Burong ingin membangkitkan isu pendaftaran Peduli Sihat yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taman Medan dan rakan-rakan yang lain. Update yang kerap kemas kini yang diminta secara kerap iaitu hampir setiap tahun amat membebankan rakyat. Mereka yang terlupa untuk update data terkini tidak akan dapat manfaat skim ini. Ini seolah-olah karenah birokrasi dan ketidaktelusan dalam pemberian insentif berkenaan. Inilah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Taman Medan tadi bagaimana pencapaian target 100,000 Peduli Sihat hanya baru mencecah 42,000 lebih dan ia jauh daripada sasaran yang diletakkan. Kami Yang Berhormat daripada Pembangkang bersedia untuk membantu Kerajaan Negeri dalam perkara ini. Tetapi
janganlah karenah-karenah birokrasi dan seolah-olah hendak memberi tapi tak mahu memberi berlaku lagi selepas daripada ini.
Kesimpulannya Tuan Speaker, Rancangan Selangor Pertama satu pelan yang komprehensif dan penting untuk masa depan negeri kita namun dalam melaksanakan rancangan ini kita perlu sentiasa bersikap kritikal dan proaktif. Mana mungkin pembangunan yang diharapkan itu tidak didahului dengan infrastruktur asas yang mantap. Jalan raya yang baik serta parit dan longkang yang mantap. Saya berharap MMKN dan seluruh Ahli Dewan dapat bekerjasama untuk memastikan RS-1 mencapai objektifnya bukan sekadar di kertas tetapi di alam nyata, di alam realiti dan memberi manfaat seterusnya kepada seluruh rakyat negeri Selangor. Seluruh, YB Sekinchan. Dengan izin Allah SWT usaha kita bersama saya kira Selangor akan terus maju sebagai negeri yang pintar, makmur dan berdaya tahan. Sekian dahulu, wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Waalaikumussalam terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Pembahas seterusnya daripada Yang Berhormat Rawang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan para Ahli Dewan Negeri Selangor. Saya ingin mengambil peluang hari ini untuk membahaskan tentang laporan Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama iaitu satu RS-1 merupakan rancangan sederhana atau pun medium term yang bertujuan untuk memberi ketelusan dan keterbukaan kepada semua pihak agar rakyat dan wakil rakyat termasuklah Pembangkang dapat bersama-sama memantau kemajuan serta memberi idea penambahbaikan bagi pembangunan Negeri Selangor yang tercinta.
Selain daripada projek-projek yang mega berskala besar yang disebut dalam RS-1 yang menjadi faktor penggerak kepada pembangunan ekonomi negeri. Kerajaan Negeri seharusnya memberi fokus juga kepada pembangunan lestari yang dengan izin, sustainable development. Ini adalah supaya projek yang dilaksanakan mampu di urus dengan baik dan manfaat pembangunan yang dihasilkan hari ini dapat dirasai oleh generasi masa hadapan tanpa memberi beban kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat. Penyelenggaraan harta-harta Kerajaan merupakan aspek penting yang rakyat ambil berat kerana ini adalah perkara yang mereka hadapi dan rasai setiap hari seperti pembersihan. Sebagai contoh hari ini JKR hanya melakukan pembersihan jalan sebanyak 9 kali setahun. Manakala pembersihan longkang hanya dilakukan 2 kali sahaja setahun. Ini adalah sesuatu yang perlu ditambah baik disebabkan kita nampak dalam jenis PBT, longkang ke, jalan ke, mereka buat pembersihan dan juga maintenance sebanyak beberapa kali seminggu tetapi di jalan raya JKR pula yang menghadapi
masalah seperti ini. 20, 30 tahun dahulu jalan-jalan ini mungkin hanya menghubungkan kampung-kampung dengan bilangan penduduk yang tidak seberapa ramai. Namun dengan penambahan penduduk dan pembangunan pesat terutamanya di Negeri Selangor isu-isu ini memerlukan perhatian dan tindakan yang serius.
Pandangan saya, Kerajaan sepatutnya tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur yang baru tetapi juga menyediakan perkhidmatan yang sempadan dengan negeri yang moden dan canggih seperti Selangor. Isu-isu kawasan saya seperti isu pembersihan yang mendesak adalah seperti longkang di jalan lama Rawang. Longkang ini tidak di selenggara oleh mana-mana pihak menyebabkan masalah aliran air yang tidak lancar dan mampu mengakibatkan banjir kilat. Dan baru-baru ini banjir kilat juga berlaku di Jalan Maxwell. Masalah ini perlu ditangani dengan segera mengelakkan kesulitan kepada penduduk setempat. Sebenarnya dua-dua isu ini terlibat dengan beberapa agensi kerajaan termasuklah JKR, JPS dan juga PBT. Kadang-kadang saya beberapa kali bertanya di Dewan ini berkenaan dengan isu ini. Setiap kali jawapannya berbeza, kadang-kadang jawapannya PBT yang bertanggungjawab, kadang-kadangnya JKR. So, akhirnya sehingga hari ini tempat itu tidak di selenggara oleh sesiapa. Sebagai wakil rakyat kita mengingatkan G to G adalah sesuatu yang senang untuk berurusan antara jabatan tetapi akhirnya, rasanya dia bukan sesuatu yang senang yang perlu melibatkan wakil rakyat untuk koordinasi dalam beberapa perkara ini.
Seterusnya adalah berkenaan Jualan Ehsan yang Batang Kali tadi ada sebutkan. Sejak pada tahun 2021, Kerajaan yang mewujudkan Jualan Ehsan ini, mungkin Batang Kali atau pun pihak Pembangkang telah lupa. Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan program ini disebabkan Kerajaan Perikatan pada ketika itu yang gagal mengawal harga barang ketika itu yang menyebabkan ayam yang harga meningkat, mendadak sampai di pasaran tidak menentu, harga telur yang meningkat mendadak yang menyebabkan juga rakyat setempat tidak dapat membeli telur di pasaran. Itu sebabnya ketika itu Kerajaan yang prihatin kita mengambil kesempatan ini untuk membantu rakyat untuk mewujudkan Jualan Ehsan pada ketika itu untuk membantu rakyat untuk meringankan beban mereka pada ketika itu. So, pada awal pelaksanaan program ini memang dapat sambutan yang sangat menggalakkan. Harga ayam ketika itu RM12, RM13 sekilo. Harga minyak masak mencecah lebih daripada RM45, 5 kg. Dan bekalan telur pula tidak mencukupi di pasaran. Ini menyebabkan bukan saja golongan B40 malahan golongan T20 ke, M40 ke turut beratur panjang untuk membeli barangan yang asas tersebut. Kini sambutan terhadap program Jualan Ehsan masih ada namun jumlah yang beratur tidak sepanjang seperti dahulu. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan hari ini, Kerajaan Perpaduan dan juga Madani telah berjaya mengawal harga dan bekalan barang dengan sebaik-baiknya. Namun kita tidak boleh berpuas hati, kini sudah tiba masanya Kerajaan untuk mengkaji bagaimana program ini dapat terus bertahan dan juga mencapai matlamat agar dapat
membantu golongan miskin. Sistem saringan perlu diwujudkan supaya program subsidi ini tidak menjejas ekosistem perniagaan di pasar dan juga kedai runcit. Dan dengan sistem saringan ini ia boleh mengurangkan ketirisan dan juga pembelian daripada pihak peniaga yang berulang beratur untuk membeli barangan murah yang di subsidi oleh pihak Kerajaan. So, akhirnya saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani yang telah berjaya membuktikan kewibawaan dalam mengawal harga dan juga bekalan barangan asas. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri atas usaha mereka untuk membantu meringankan beban rakyat. Kesimpulannya sebagai penutup saya ingin menegaskan bahawa Rancangan Selangor Pertama adalah satu usaha komprehensif untuk membawa Negeri Selangor ke tahap yang lebih tinggi dengan komitmen dan juga kerjasama daripada semua pihak. Kita yakin bahawa kita mampu mencapai visi pembangunan yang inklusif dan juga mampan. So, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Panjang.
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya mulakan dengan firman Allah dengan izin, (ayat al-Quran dibacakan) mafhumnya “ dan suatu tanda kekuasaan Allah yang maha besar bagi mereka adalah bumi yang kering kontang atau pun bumi mati. Kami hidupkan bumi itu dan kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan dan kami jadikan padanya kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan dari buahnya. Dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka sendiri, maka mengapakah mereka tidak bersyukur” surah Yasin, surah 36, ayat 33 hingga 35, juzuk 23, halaman 442. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.
Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan sekalian. Perbahasan pada petang ini Sungai Panjang turut serta dalam membahaskan Rancangan Selangor Pertama Kajian Separuh Penggal yang akan mengambil pada sub topik sektor tumpuan agro teknologi dan juga bidang tumpuan pendidikan. Dalam keterujaan Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri, Sungai Panjang ingin mengingatkan supaya jangan tergesa-gesa atau terburu-buru dalam erti yang kata lebih mudah berhati-hati memilih atau pun melantik kontraktor, konsultan atau apa-apa juga syarikat supaya syarikat-syarikat ini tidak ada terkait langsung dengan rejim Israel yang menyerang memusnahkan harta benda dan menceroboh serta membunuh rakyat Palestin termasuk wanita, kanak-kanak serta haiwan dan pembunuhan beramai-ramai. Yang ini bukan krisis bagi umat Islam, bukan lagi krisis akidah sahaja semata-mata tetapi ianya adalah krisis genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai. Sampai bila masyarakat
dunia harus berdiam? Situasi dan keadaan ini kalau kita lihat kematian, George Floyd warga Afrika Amerika yang mati kerana kekerasan polis boleh mendapat sokongan seluruh dunia, mengapa dalam isu Palestin ramai yang berdiam? Begitu juga pada minggu lepas atau pun pada tahun lepas, Alhamdulillah kita Bersidang selama 2 tahun 1445H dan masuk pada 1446H. Kita menzahirkan kecaman terhadap keganasan kepada pemain bola sepak dan kita menuntut keadilan, maka Kerajaan janganlah menjadi Kerajaan yang hipokrit dalam masa yang sama kata bersama-sama dengan Palestin tetapi masa yang sama juga sebagai mana yang dilakukan melantik kerajaan-kerajaan rejim Zionis, melantik syarikat-syarikat yang ada terkait dengan rejim Zionis Israel. Sungai Panjang mengesyorkan supaya Kerajaan supaya berhati-hati dalam tindakan memilih melantik mana-mana syarikat supaya tidak terkait dengan rejim Zionis Israel. Kalau tidak, jadilah kerajaan-kerajaan yang hipokrit, yang berkata tidak melakukan apa yang dikatakan. Hipokrit ini bahasa orang kita, kalau bahasa lain cakap tidak serupa bikin. Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Speaker, sektor tumpuan ...
Sungai Panjang boleh bagi laluan.
Meru bangun ya.
Kejap saya habiskan satu, saya habiskan satu. InsyaAllah kali ini tiada, tidak sempat saya hendak mengupas tentang kapitalis dan sosialis. Asal hendak kupas ekonomi kapitalis dan sosialis tapi tidak sempat. Sebab yang lebih dekat dengan saya adalah iaitu agro teknologi. Yang Berhormat Ahli Dewan, saya bawa sebutir beras, kalau dapat fokus sebutir beras, sebutir beras. Kenapa saya bawa hari ini? Kita kena merasai bahawa petani-petani ini mereka memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Saya yakin dan percaya hari ini semua makan nasi. Ada yang tidak makan nasi? Ada tapi tidak ramai, Bukit Tunku tidak makan nasi, ubi kayu. Apa jadi dengan sebutir nasi ini? Hanya dengan sebutir nasi ribuan tenaga di kerah supaya kita boleh makan nasi. Adanya jentera, adanya mesin padi, adanya traktor, adanya lori, adanya segala macam dikerahkan supaya kita boleh makan. Lihat betapa besarnya sumbangan para petani sebab itu dalam apa yang kita katakan sebagai agro teknologi di dalam Rancangan Selangor Pertama nak menjadikan pengeluaran utama produk pertanian penggunaan teknologi IR 4.0 bagi tujuan menjaga keterjaminan makanan yang diperuntukkan RM40 juta belanjawan negeri untuk keterjaminan makanan yang dibentangkan pada November 2023. Jika kita lihat di sini, di mana peranan Kerajaan Negeri kepada petani di waktu diesel naik yang memberi kesan kepada petani dan pengusaha jentera dan dalam masa yang sama juga PPK satu agensi yang rapat dengan petani dan pesawah ini juga tidak dapat subsidi diesel.
Bahkan mereka ada jentera dan ini memberikan kesan kepada petani dan juga pengusaha sebagaimana yang disebutkan oleh Sungai Burong, bajak naik, menebas naik, diesel naik, menolak naik, potong padi naik, petani masih pada tahap itu lagi. Petani masih lagi rumah papan, petani masih lagi naik kereta Proton Saga tetapi pelobi-pelobi di tengah ini mereka semua mengaut keuntungan-keuntungan. Dan persoalan yang kedua apakah agensi yang rapat paling rapat dengan petani iaitu IADA Barat Laut dan PPK bersetuju jika program pembajaan diuruskan oleh konsultan atau pun kontraktor yang dilantik, Kerajaan Negeri mesti tegas pada perkara ini sebab dalam cadangan kawasan yang dipilih adalah sawah sempadan sampai kepada Sungai Leman, kawasan ini adalah kawasan teras bagi beras, teras bagi padi, memang hasilnya tinggi. Kalau betul kerajaan hendak tolong, betul kerajaan hendak bantu, bantu kawasan yang jumlah hasilnya itu sikit. Jangan yang jumlah hasil yang sudah tinggi, dia claimed projek kami berjaya, tempat ini sudah bertahun-tahun hasilnya tinggi. Dia cuma kita kata mengambil keuntungan kepada perkara tersebut. Jadi adakah hal ini dipersetujui oleh IADA Barat Laut dan PPK jika program ini dilaksanakan. Hasil kesannya apa? Antara kesannya petani-petani yang mengangkut baja, yang bawa baja, bawa kenderaan, mereka sudah hilang pekerjaan. Habis pekerjaan mereka sebagai duit part time sebab telah ada lantikan-lantikan ini kerana itu satu lagi jika lantikan-lantikan ini ...
Yang Berhormat Sungai Panjang, masa sudah habis sila tutup ya.
Bukan 15 minit ke?
Sekarang ini semua 10 minit.
Tinggal dua saja, 15 minit boleh?
Saya bagi dua minit lagi, teruskan.
Sebab ada Meru ada hendak tanya lagi.
Teruskan, terus Sungai Panjang, jaga masa, saya bagi dua minit ya, teruskan.
Bagi Meru tanya dulu, Meru tanya saya boleh tambah masa.
Sungai Panjang teruskan.
Nak jaga masa, nanti panjang. Kita akan tanya luar.
Kita sampai 18 hari bulan yang diwartakan.
Teruskan Sungai Panjang.
Diwartakan sampai 18 hari bulan. Baik Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih. Maka hal ini yang perkara yang kedua adakah konsultan dan kontraktor ini dia tahu tentang SOP tanaman padi, lepas dari potong padi 50 hari sebelum tanam padi itu ada SOP, potong, bajak, tuai, sisih, apa semua. Kemudian bila tanam padi pada hari pertama sebab program yang hendak dibuat kita tidak menghalang program itu tapi program yang dia hendak buat itu dia hendak baja sekali. Hari ini tanam padi benih sini dan makan baja itu perlu pada hari yang sama, hari 45, bendang sebelah sini baru 25 hari, sebelah sini sudah 45 hari. Macam mana padi hendak makan. Satu memang dia perlu, satu dia belum sampai lagi untuk dia makan baja. Padi makanan dia baja. Kalau hendak datang ke Sungai Panjang, silakan. Tengok macam mana penanaman padi. Seri Serdang mungkin tidak pernah jumpa sawah, tak pernah jumpa belut, tak pernah jumpa ini sila datang.
Sungai Panjang, sila tutup ya.
Dan yang terakhir berkenaan dengan pendidikan. Pertamanya saya hendak mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi MBI, PNSB, Zakat, JAKIM, UPEN Selangor, SEMESTA, KPN, PWS kerana menyalurkan bantuan kepada SRA Harmoni yang saya bangkitkan walaupun di DUN Sekinchan. Banyak dapat di DUN Sekinchan mungkin Wallahu Ta’ala A’lam. Kalau Dun Sungai Panjang bangkitkan tak pasti dan berkenaan dengan pendidikan yang saya hendak sentuh di sini, saya lihat ada 23 program untuk pendidikan tetapi tidak ada satu program pun di peringkat kanak-kanak yang bersifat untuk untuk perpaduan, kata Kerajaan Perpaduan, tidak ada yang bersifat untuk integrasi, kalau kita lihat tahap integrasi pendidikan di Negeri Selangor ini adalah tahap yang paling rendah daripada agamalisasi, asimilasi, akulturasi, akomodasi dan segregasi, bukan gergasi.
Sungai Panjang, tutup ya. Saya sudah bagi dua minit tadi.
Dan tahap yang paling rendah betapa lemahnya..
Sungai Panjang, jangka masa..
Ini yang terakhir, pendidikan. Jadi Kerajaan Selangor perlu membuat sesuatu supaya sistem pendidikan di peringkat rendah lagi mereka ada pergaulan sesama masyarakat, paling kurang pun pada peringkat akulturasi dalam integrasi tersebut sebab saya ada ramai kawan, kalau kita lihat satu contoh dalam laporan Astro Awani 22 bulan 3, lelaki berusia 34 tahun dijatuhi hukuman bersalah 6 bulan denda dengan RM12,000 kerana hina kalimah Allah. Bila ditanya kenapa? Sebab saya tak tahu itu kalimah Allah, 34 tahun hidup di negara Malaysia tak tahu mana tuhan orang Islam, mana tuhan Buddha, mana tuhan Hindu dan sebagainya. Ini last...
Sungai Panjang, saya sudah bagi masa tiga minit lima minit.
Ini yang last dan saya juga ada kawan-kawan dia berasa gusar apabila pendidikan ini berada di peringkat segregasi yang paling rendah dalam tahap integrasi. Dia kata, “ saya ada perniagaan tak boleh bergaul dengan Malays, tidak boleh bergaul dengan anak Melayu sebab dia tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu”. Saya tanya dia, “you ada hantar tidak dia tuisyen maths science? So you hantar dia juga tuisyen di dalam Bahasa Melayu”. Penting sebab itu yang disebutkan oleh Kuang tadi berkenaan dengan pendidikan tanah, Sungai Panjang mencadangkan selepas ini permohonan tanah untuk sekolah hendaklah diletakkan syarat sekolah yang disifatkan inclusive bukan exclusive hanya untuk sebahagian-sebahagian sahaja. Maknanya terbuka untuk segalanya. Maka akhirnya pantun daripada etnik banjar.
Kursik kayuk habang warnanya, Kayuk jati ngintu ngarannya, Bagawik cangkal kade baganda, Gasan membangun nagara Malaysia.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Pembahas seterusnya Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani. Terima kasih sekali lagi kepada Yang
Berhormat Tuan Timbalan Speaker, pertama sekali Seri Serdang ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu yang telah dipilih di dalam pilihan raya kecil tempoh hari, ternyata pengundi Kuala Kubu Baharu mahukan perpaduan dan menolak agenda perpecahan dan adu domba yang hanya sia-sia. Keputusan PRK Kuala Kubu Baharu ini adalah suara sebenar rakyat Negeri Selangor pada ketika ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Selat Klang kerana memahami nadi denyut, nadi rakyat dalam Negeri Selangor khususnya dalam kawasan Selat Klang yang memerlukan perhatian khusus dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor pada hari ini. Tahniah jugalah saya ucapkan pada Parti Islam Se-Malaysia kerana berjaya mengekalkan DUN Sungai Bakap. Keputusan PRK Sungai Bakap ini tidak merubah apa-apa. Perdana Menteri tetaplah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri tetaplah Ketua Menteri yang ada pada hari ini. Di masa hadapan, saya merasakan kalau ada PRK lagi bagi laluan pada calon PAS sebab asal PAS bertanding menang. Jadi saya mengharapkanlah...
Seri Serdang Hulu Kelang bangun.
Saya baru mula Hulu Kelang, bagi saya habiskan dulu sekejap.
Saya hendak sentuh perkara yang sama. Saya minta pandangan Seri Serdang. Tidak berani.
Seri Serdang tidak bagi Hulu Kelang.
Asal PAS saja menang, satu lagi cadangan PAS sudah boleh bergerak solo kerana setiap kali PRK sudah boleh menang. Yang Berhormat Timbalan Speaker, hari ini kita membincangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama, bagi Seri Serdang Rancangan Selangor Pertama ini membawa satu arah tuju baru bagi Negeri Selangor. Seri Serdang percaya, perancangan telah pun dibuat dengan teliti mengambil kira semua aspek. Ternyata Rancangan Selangor Pertama ini telah merangkumi semua aspek terutama melibatkan kepentingan ke semua lapisan masyarakat. Setiap kejayaan bermula dari perancangan dan tanpa perancangan kita merancang untuk gagal. Seri Serdang mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan Rancangan Selangor Pertama ini. Tidak dilupakan Seri Serdang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam, kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus menjayakan Rancangan Selangor Pertama ini. Tanpa penglibatan ke semua agensi kerajaan mana mungkin Rancangan Selangor Pertama dapat dijayakan. Rancangan Selangor Pertama
membawa imej baru kepada Negeri Selangor misalnya Stadium Shah Alam terkenal sebagai ikonik bagi Negeri Selangor ini. Kini Stadium Shah Alam diberi imej baru, lebih segar dan menepati cita rasa semasa. Seri Serdang percaya apabila siap kelak nanti ia akan memberi manfaat kepada masyarakat di masa yang sama imej Selangor sebagai negeri yang aktif dengan sukan akan lebih terserlah. Pastinya rakyat Selangor akan berbangga dengan stadium baru ini nanti. Sukan adalah medium penyatuan, sukan adalah medium kesihatan, sukan juga medium terbaik meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Soal bagaimana ia direalisasikan, Seri Serdang percaya ia telah diperhalusi sebaik mungkin dan mengikut lunas undang-undang tatacara dan peraturan yang telah pun ditetapkan. Ia akan menjadi satu mercu tanda bagi Negeri Selangor dan membawa imej yang lebih baik kepada Negeri Selangor dan seantero negeri dan juga negara. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Seri Serdang juga ingin menyentuh tentang SABDA yang meliputi pembangunan di Utara Selangor, sudah sampai masanya kawasan Utara Selangor ini diberi fokus bagi diperdaya lagi. Tidak dinafikan pada ketika ini ketika kita berada di kawasan Lembah Klang terutamanya kita akan melihat kemajuan dan kepadatan di kawasan Lembah Klang ini. Dan apabila kita ke Utara Selangor seolah-olah ada perbezaan yang ketara antara kedua-dua belah tempat ini. Banyak sumber bumi yang berada di Utara Selangor ini boleh menambah nilai kepada kemajuan di Negeri Selangor, kini kawasan di Utara Selangor diberikan perhatian khusus di dalam Rancangan Selangor Pertama. Bertuahlah kepada penduduk di Utara Selangor dan apabila berjaya nanti pasti memberi manfaat yang banyak kepada penduduk di Utara Selangor. Soal sebelum ini, Utara Selangor seolah-olah dipinggirkan, banyak perancangan yang tidak berjayalah, biarkan ia di dalam lipatan sejarah. Ia tidak boleh datang semula, ke hadapan yang akan menentukan nasib dan kemajuan bagi Utara Selangor terutama kejayaan pembangunan SABDA di kawasan Utara Selangor ini.
Seri Serdang.
Gombak Setia bangun Seri Serdang. Seri Serdang nak bagi ruang?
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang. Saya melihat perbahasan Seri Serdang sebentar tadi berhubung SABDA dan dalam Rancangan Selangor Pertama yang kononnya diaturkan dengan rancangan yang cukup teliti dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada Seri Serdang berhubung dengan pembangunan SABDA ini. Sebab, kalau setiap rancangan itu dibuat dengan teliti, mana mungkin ada projek-projek yang telah digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama dan hari ini projek itu digugurkan ataupun dibatalkan. Misalnya, dalam SABDA ini yang saya dimaklumkan bahawa Pelabuhan Tuna, itu juga telah pun digugurkan ataupun dibatalkan daripada perancangan. Jadi, kalau dalam perancangan itu telah kita muatkan dan masukkan dan
kita nak capai target itu tahun depan dan tiba-tiba tahun 2024, satu (1) tahun sebelum projek itu yang sepatutnya dijayakan tapi projek itu digugurkan kerana feasibility study nya tidak berjaya. Maksudnya, perancangan itu sendiri tidak dilakukan dan tidak disusun dengan betul dan teratur. Jadi, bagaimana Seri Serdang mengatakan bahawa SABDA ini akan berjaya sedangkan projek tersebut telah pun digugurkan dan dibatalkan?
Itulah namanya perancangan.
Seri Serdang, Sungai Panjang.
Makna perancangan yang kerajaan mungkin pada awalnya melihat ia memberi kepentingan dan keuntungan kepada masyarakat tetapi akhirnya bila dibuat kajian semula benda lain lebih untung. Namanya pun perancangan.
Sungai Panjang pun bangun ya.
Saya hendak habiskan dulu kalau tidak masa tidak cukup.
SABDA, SABDA, SABDA .. orang Utara, orang Utara, SABDA.
Saya tidak bagi lagi, duduk .. duduk.
Seri Serdang tidak bagi ruang Sungai Panjang.
Orang Utara, SABDA ..
Duduk.
Mungkin ada yang memandang sinis kepada Rancangan Selangor ini. Apakah cukup masa untuk melihat kejayaan Rancangan Selangor ini? Bagi Seri Serdang, perancangan yang ada yang bersifat jangka masa panjang, ada yang bersifat jangka masa pendek. Yang paling penting, usaha dan tindakan yang konsisten yang menentukan kejayaan.
SABDA ni, SABDA, Sungai Panjang.
Biar masa yang menentukan. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Selain Kerajaan menfokuskan kepada RS-1
Seri Serdang, Seri Serdang
Seri Serdang tak bagi ruang, sila duduk ya.
Yang akan membawa kepada pelbagai manfaat kepada rakyat dan negeri. Seri Serdang ingin mengingatkan
Bukan tak bagi ruang, pandang pun tadi.
Seri Serdang, ni SABDA ni, SABDA.. ada tambahan sikit. SABDA..
Banyak yang hendak bersabda.
Seri Serdang tidak bagi ruang, Gombak Setia, Sungai Panjang sila duduk.
Dah lepas, dah lepas.
Ni SABDA ni, dah sebut dah tadi .. SABDA ..
Gombak Setia, Sungai Panjang, duduk ya.
Dah lepas, dah lepas.
Pasal, tadi dia ucap tahniah banyak agensi dah .. Seri Serdang.
Selain Kerajaan menfokuskan kepada Rancangan Selangor Pertama yang akan membawa kepada pelbagai manfaat kepada rakyat dan negeri. Seri Serdang juga ingin mengingatkan kepada Kerajaan Negeri kepada kepentingan menjaga dan menyelenggara infrastruktur
sedia ada. Cabaran yang lebih besar kerana ia melibatkan infra yang telah lama wujud di dalam kawasan dan memerlukan perhatian. Jalan raya misalnya, selain memastikan kondisi yang selamat digunakan pada bila-bila masa, kesesakan jalan raya terutama yang berlaku setiap hari ketika waktu puncak. Kesesakan jalan raya ini berlaku hampir di semua jalan utama di dalam negeri Selangor terutamanya Lembah Kelang. Kesesakan jalan raya ini memberi kesan bukan setakat kepada masa perjalanan tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Di Seri Serdang, kesesakan setiap hari berlaku di kawasan Pinggiran Putera dan memerlukan penyelesaian segera, dicadangkan agar Kerajaan Negeri memperuntukkan satu jambatan ataupun flyover, dengan izin, merentasi beberapa lampu isyarat yang menjadi punca kesesakan ini. Di kawasan ini sangat padat dengan penduduk, pengundi sahaja berjumlah 22,000 bagi satu PDM, belum lagi jumlah penduduk. Pengguna di jalan ini terpaksa berada di dalam kenderaan hampir dua (2) jam sebelum dapat memasuki persimpangan di taman perumahan mereka. Begitu juga dengan fasiliti riadah awam yang telah uzur terutama di kawasan strata atau flat kos rendah dan sederhana. Banyak yang perlu dinaik taraf atau diganti baru, fasiliti riadah inilah tempat anak-anak bermain dan bertemu kawan-kawannya, jika tidak diselenggara dengan baik, kekhuatiran Seri Serdang, ia boleh membawa kepada kemudaratan. Isu penyelenggaraan parit dan longkang juga perlu diberi perhatian serius. Masalah ini bukan baru dan Seri Serdang maklum sudah banyak tindakan segera telah dilakukan. Namun masalah ini masih berlaku. Faktor banjir ini bukan semata-mata kepada masalah perparitan dan longkang sahaja tetapi banyak lagi faktor yang menyumbang ke arah berlakunya banjir terutama banjir kilat. Di kawasan Seri Serdang masih sering terjadi banjir kilat yang menyusahkan penduduk terutama di kawasan kampung tradisi. Antara yang dicadangkan untuk mengurangkan atau menoktahkan masalah ini dengan memastikan parit dan longkang sentiasa bersih dan terhindar daripada sampah yang boleh menyekat aliran air keluar. Projek menaiktaraf saliran di Kampung Kuala Sungai Baru perlu dipercepatkan manakala projek RTB Sungai Kuyoh juga perlu dipercepatkan bagi penyelesaian fizikal masalah banjir ini. Tidak dinafikan juga sikap manusia yang kurang kesedaran berkenaan kebersihan, dengan membuang sampah sarap juga menyumbang kepada masalah kepada berlakunya aliran air yang tidak sempurna. Seri Serdang mencadangkan agar pihak PBT dan mungkin KDEB Waste Management juga boleh terlibat mengadakan taklimat kempen kesedaran menjaga kebersihan terutama melibatkan sampah. Jika tidak ada kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat, apa juga sistem dan peralatan yang canggih tidak akan berkesan dan kos pengurusan sampah juga akan terus meningkat. Yang Berhormat Speaker, selain infrastruktur awam, yang perlu diberi perhatian, premis sekolah terutamanya Kafa perlu diberi perhatian. Masih terdapat kafa yang memerlukan bantuan menaiktaraf infrastruktur terutamanya bangunan sekolah. Di Seri Serdang
masih terdapat Kafa yang daif dan perlu segera kepada menaiktaraf misalnya, di Kafa Batu 14 Puchong, meja dan kerusinya sudah sangat uzur seolah-olah dibeli ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri Tun Razak dahulu. Sukar untuk dibayangkan bagaimana anak-anak belajar dalam situasi meja dan kerusi yang telah uzur dan ada juga yang telah rosak. Begitu juga di Kafa Puchong Prima, mereka perlukan bangunan tambahan baru bagi menampung keperluan anak-anak yang semakin ramai. Struktur asas bangunan tambahan telah pun ada tetapi mereka tidak mampu menyiapkan disebabkan faktor dana yang tidak mencukupi. Anak-anak adalah aset negeri kita. Merekalah yang akan mewarisi negeri ini, sudah pastinya kita perlu memastikan keselamatan dan keselesaan mereka untuk menuntut ilmu. Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang ingin menyentuh satu perkara yang tidak kurang pentingnya. Ancaman pemikiran ghuluw. Ghuluw bahasa Arab, bahasa Melayu ialah melampau, sudah mula berada di kalangan masyarakat. Ia perlu dihindarkan dari rakyat. Apa yang terjadi di negara bergolak Timur Tengah bermula dari pemikiran yang melampau aku betul, engkau salah, ikut aku betul, ikut dia salah. Akhirnya, membawa kepada takfiri iaitu mengkafirkan sesama Muslim dan mengakibatkan peperangan saudara. Begitu juga yang berlaku kepada pemain bola sepak Selangor, Faizal Halim. Ia juga satu tindakan ghuluw, melampau, yang hampir meragut nyawa. Takkanlah kerana bola sepak semata-mata, hilang pertimbangan kemanusiaan dan berpolitik pun janganlah sehingga ghuluw. Menuduh Perdana Menteri sebagai agen negara asing. Memikul kayu ubi ketika penamaan calon sedangkan kayu ubi itu pernah menjadi makanan utama rakyat satu ketika dulu. Ketika penamaan calon inilah kita boleh melihat ubi kayu ini diheret ke sana dan ke sini. Berpolitiklah dengan fakta, jauhi pemikiran ghuluw yang membawa kepada tindakan yang melampau sehingga boleh merosakkan keharmonian di dalam masyarakat dan sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain boleh disebabkan oleh pemikiran ghuluw atau melampau ini. Siri kempen penyerahan, pencerahan terutama melibatkan Asatizah perlu diadakan bagi melawan pemikiran ghuluw ini. Peranan dan pengaruh Asatizah boleh membentuk gaya pemikiran masyarakat di samping program-program yang lain. Syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengadakan Program Turath dan Pengajian Hadis 40. Jika difahami dengan bersungguh, ia juga dapat menjadi medium bagi mengelakkan pemikiran ghuluw dan melampau ini dari dalam masyarakat. Begitu juga Program Selawat Perdana, satu program yang sangat baik bagi memupuk amalan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Seri Serdang mencadangkan agar Program Selawat Perdana ini diperluaskan ke seluruh kawasan DUN di negeri Selangor dan Seri Serdang bersedia menjadi hos bagi Program berselawat ini pada bila-bila masa. Yang Berhormat Speaker, sesi Sidang Dewan akan datang adalah Sidang Belanjawan
Seri Serdang, penutup ya.
Maaf.
Sila tutup ya.
Last, last. Sesi Sidang Dewan akan datanglah, Sidang Belanjawan 2025 bagi negeri Selangor. Seri Serdang mencadangkan bagi kos-kos penyelenggaraan infrastruktur jalan, parit dan saliran juga pengurusan sampah, pembangunan di sekolah Kafa dan program pendidikan terutama melibatkan pemikiran rakyat diberi perhatian dan ditambah lagi pada Belanjawan tahun hadapan. Seri Serdang memahami kos penyelenggaraan ini sangat tinggi dan mencabar tetapi pada masa yang sama bagi melestarikan komuniti dan kehidupan rakyat selain pembangunan baru di dalam Rancangan Selangor Pertama, penyelenggaraan perlu diberi keutamaan. Sementelah Kerajaan Negeri dan Persekutuan adalah aliran yang sama, Kerajaan Perpaduan moleklah dibincangkan bersama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi mencari penyelesaian tuntas berkenaan isu-isu infra terutama melibatkan kos yang tinggi. Yang Berhormat Speaker, Seri Serdang menamatkan perbahasan dengan menyokong pembentangan Rancangan Selangor Pertama yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar demi kebaikan rakyat dan negeri Selangor yang kita cintai. Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam. Terima kasih kepada Seri Serdang. Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul nombor 8 tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri Selangor. Sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat selama dua (2), tiga (3) hari ini dan dipersilakan EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Sungai Air Tawar.
Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada Sungai Air Tawar untuk turut mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Ketimbang negeri-negeri lain, Negeri Selangor Darul Ehsan terus menerajui amalan tadbir urus dan tata kelola yang terbaik. Apabila menggubal sebuah rancangan pembangunan jangka sederhana yang menjadi dokumen panduan kepada agenda pembangunan negeri yang holistik, Rancangan Selangor Pertama atau RS-1 ibarat model perancangan pembangunan di peringkat Nasional iaitu Rancangan Malaysia RMK. Dan menjadi komitmen Kerajaan Negeri di dalam merancang, melaksana dan
memantau kemajuan untuk tempoh lima (5) tahun bagi 2021-2025. Kita menginsafi bahawa perancangan semata-mata tidak cukup. Begitu juga hanya dengan perancangan dan pelaksanaan tetapi tanpa pemantauan adalah sukar untuk Kerajaan Negeri menjamin penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Justeru, Kajian Separuh Penggal atau KSP RS-1 ini mengambil kira perubahan-perubahan semasa serta cabaran-cabaran yang dihadapi dan mengambil sikap realistik dan fleksibel untuk menilai kemajuan dan langkah seterusnya demi memastikan agenda pembangunan yang direncanakan dapat benar-benar direalisasikan. Terkait perbahasan sempena Usul KSP RS-1 beberapa perkara ada dibangkitkan secara langsung oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung portfolio yang berada di bawah saya iaitu kawasan pembangunan Sabak Bernam atau SABDA yang merupakan salah satu daripada koridor ekonomi dan terletak di anjung Utara Selangor. Yang Berhormat Sabak ada membangkitkan mengenai beberapa perkara berkaitan SABDA khususnya melibatkan kemajuan dan status. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan di sini, juga selaku Pengerusi Majlis Perundingan Sabak Bernam atau SBCC untuk mengambil masa bagi menjelaskan secara terperinci beberapa perkara terkait dengan SABDA ini. Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Kerajaan Negeri telah memperkenalkan tiga (3) koridor ekonomi iaitu IDRISS, ZPE SMG dan SABDA. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Seri Serdang bahawa pembangunan koridor ekonomi ini khususnya SABDA bertujuan untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang di negeri ini khususnya kawasan Utara anjung Selangor untuk memacu pembangunan ekonomi setempat dan merapatkan jurang pembangunan dan sosioekonomi di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Pada awalnya, kepengerusian SABDA ini adalah di bawah Yang Berhormat EXCO Pertanian dan diselia oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yakni PKPS. Tetapi berkuat kuasa daripada bulan Oktober tahun lepas selari dengan ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya telah menerima tugas sebagai Pengerusi dan Yang Berhormat Sekincan sebagai Timbalan Pengerusi. Selain itu, Menteri Besar Selangor di bawah Perbadanan MBI bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) telah mengambil alih tanggungjawab Ketua Pembangunan Wilayah kepada SABDA dan merupakan urus setia kepada SBCC. Sejurus diberi kepercayaan untuk menerajui SABDA saya telah mengadakan siri perbincangan tuntas bersama-sama pihak MBI dan UPEN untuk meneliti keseluruhan projek-projek program dan inisiatif PPI yang menentukan status agar hanya projek-projek yang benar-benar mempunyai keboleh laksanaan dan potensi besar kepada ekonomi setempat yang diangkat untuk dipertimbangkan dalam bentuk pelaksanaannya. Terdapat 3 tonggak utama yang memandu agenda pembangunan SABDA iaitu memacu ekonomi makanan laut Selangor, keterjaminan makanan Selangor dan mempromosi eco dan agro pelancongan. Sehingga kini terdapat 18 PPI yang didaftarkan di bawah SABDA dan 2 projek terdahulu turut di gugurkan setelah mengambil kira keboleh laksanaan dan
prospek pelaksanaan. Daripada 18 PPI ini saya akui ada sebahagian bukanlah projek atau inisiatif baru ada yang merupakan projek sedia ada dan ada juga merupakan projek Kerajaan Persekutuan tetapi ia mempunyai kaitan langsung di dalam agenda pembangunan di SABDA dan dengan keterangkuman projek sedia ada di dalam PPI SABDA besarlah harapan Kerajaan Negeri agar projek seperti Kelip-kelip Sungai Panjang, Kelong Paradise dan sebagainya dapat diurus dengan lebih baik dan lestari supaya ia kekal sebagai tonggak pembangunan ekonomi di Sabak Bernam.
Saya mulakan dengan butiran lanjut berkaitan PPI SABDA dengan mengemas kini status dengan dua projek terdahulu yang digugurkan. Pertama pembinaan Kilang Kelapa Sawit PKPS, keputusan ini diambil kerana pembinaan kilang memerlukan keluasan berhasil sekurang-kurangnya 10 ribu ekar tetapi keluasan peladang sawit PKPS hanyalah seluas 8,272 ekar. Jadi daripada segi skala ekonomi pengeluaran kelapa sawit adalah tidak cukup untuk tujuan pemprosesan kilang. Kedua pembinaan Pusat Penyembelihan Awam Sekendi, MMKN telah memutuskan supaya projek ini digugurkan daripada SABDA dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 ataupun RMK-13 di lokasi yang akan dikenal pasti oleh pihak Jabatan Veterinar Selangor. Selanjutnya daripada 18 PPI 3 telah berada di fasa selesai dan sedang beroperasi iaitu pertama Kelip-kelip Sungai Panjang Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan penambahbaikan kawasan dan fasiliti pelancongan serta menyediakan pelan promosi pelancongan.
Kedua Lebuh Raya WCE Gerbang ke wilayah Pembangunan Sabak Bernam projek telah siap pada suku pertama tahun 2022 di mana Jalan Persekutuan FR5 yang menghubungkan Lebuh raya WCE telah siap sepenuhnya dalam kawasan Daerah Sabak Bernam dan telah mula beroperasi. Ketiga eco pelancongan Ban Canal program ini akan mengekalkan identiti asal dan tidak memberi gangguan radikal kepada kelestarian dan ekosistem alam semula jadi. Pada 8 hingga 10 Disember 2023 Karnival Ban Canal 2023 telah berlangsung dengan rekod pengunjung seramai 13,889 orang untuk tahun ini Karnival Ban Canal 2024 dicadangkan dianjurkan pada 15 hingga 17 November 2024. SABDA komited untuk menjadikan KBC ini sebagai acara tahunan dan dimasukkan ke dalam Kalender Tahunan Melawat Selangor 2025. Seterusnya terdapat tiga PPI telah masuk ke fasa pelaksanaan dan pemantauan.
Tuan Speaker.
Ada yang bangun ya.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada EXCO atas jawapan. Saya ingin sedikit penjelasan berkaitan dengan eco pelancongan ini yang rancak berlaku dalam pembangunan ataupun program SABDA ini
tapi waktu yang sama kebanjiran homestay-homestay ini sangat ketara mutakhir ini. Mungkin ini termasuk salah satu daripada kerancakan untuk menjayakan program SABDA ini dan apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap pertumbuhan ataupun bangunnya homestay-homestay ini dalam waktu yang sama dia telah banyak menukar tanah-tanah pertanian dan sekali gus tanah pertanian ini penting untuk dikekalkan dalam konteks untuk keterjaminan bekalan makanan, bekalan beras Negara sebab itu dalam konteks penukaran status daripada tanah pertanian untuk sawah padi ditukar kepada pembinaan homestay-homestay. Apakah Kerajaan Negeri ada dasar tertentu untuk menghalang ataupun membenarkan atau menggalakkan lagi untuk pembinaan-pembinaan ini di kawasan-kawasan pertanian ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Tentang keterjaminan makanan dan pelancongan bukan di bawah STANDCO saya Cuma SABDA ini di bawah saya dan tugas SABDA adalah untuk menggalakkan pembangunan di sekitar kawasan Sabak Bernam. Walau bagaimanapun saya sangat percaya pandangan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Sabak tadi adalah pandangan yang baik dan mungkin akan dijawab oleh EXCO yang berkaitan. Seterusnya terdapat 3 PPI yang sudah masuk ke fasa pelaksanaan dan pemantauan, pertama Pejabat Operasi dan Ruang Pameran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam buat masa ini pejabat beroperasi di Pusat Perniagaan Perdana Sungai Besar, kedua Taman Agro Pintar Selangor SSAP iaitu Sungai Air Tawar setakat ini terapat 4 pemaju yang telah dilantik di kawasan iaitu yang pertama Bernam Smart Agro 40 ekar tanaman nanas MD2 kerja-kerja pembersihan penyediaan tapak seperti bajak rotor dan batas kerja-kerja penanaman dibuat secara berperingkat, kedua Green World Genetics 15 ekar tanaman betik kerja-kerja pembersihan seperti bajak rotor dan batas kerja-kerja penanaman dibuat secara berperingkat. Betik telah mula dituai sebanyak 3 kali iaitu 300kg telah pun dituai. Koperasi Agro Selangor Berhad 12 ekar serai kampung contract farming telah ditandatangani dengan Tetuan Serai Malaysia, Jabatan Pertanian Selangor 50 ekar pembenihan kelapa matak sebanyak 5 pemaju dalam kawasan usahawan tempatan telah pun dilantik iaitu Lot 1 Rafalsia Holding Berhad 9 ekar, Lot 2 Muhamad Razali bin Zainal Abidin 9 ekar, Lot 3 Zulkifli bin Muhamada Abas 9 ekar, Lot 4 Mohamad Nizam bin Mohamad Sidek 9 ekar dan Lot 5 Jemik Bina Interprise 9 ekar dan Pejabat Ladang 5 ekar. Ketiga Jambatan Sungai Tawar Hutan Melintang ia ini SABDA bakal menerima kesan limpahan ekonomi berikutan projek pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar, Hutang Melintang akan menghubungkan Daerah Sabak Bernam dan Bagan Datuk. Projek ini akan meningkatkan ketersambungan dan membantu pembangunan eco sistem ekonomi dan logistik yang akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar dengan kos RM210.2 juta projek ini dijangka siap selewat-lewatnya November 2026 dan yang terakhir baki 12 PPI masih berada dalam fasa perancangan sama ada dalam peringkat reka bentuk dan perancangan atau konsep dan inisiatif PPI terlibat adalah
Industri Hiliran Laut, hasil laut dan Agro Makanan Sungai Lang, RnR Air Manis ataupun Kompleks Agro Politan Sabak Bernam, Kompleks Pemungutan Hasil Laut Sekinchan, Segi tiga Eco Pelancongan Air Tawar, Pembangunan Semula Hay Resort, Kompleks Jeti Nelayan Bagan Sungai Besar, Pelan Fiberasi Sabak Bernam, Ladang Agro Pintar Selangor Sungai Panjang, SSAF Jelutong Jati, SSAP Cangkat Menteri, Rizab Bio Sfera Sabak Bernam dan Pusat Kajian dan Penyelidikan SABDA.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menjelaskan kepada Dewan yang mulia bahawa kemajuan sebagian besar projek ini yang masih di fasa awal bukalah sengaja dilewatkan ataupun terdapat kelemahan pengurusan tetapi terdapat isu-isu teknikal khususnya berkaitan dengan tanah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum fasa pemasalahan kepada pelabur boleh dimulakan atas sebab itu lah bagi tahun 2024, 2025 pihak MBI dan UPEN akan memberi tumpuan berkaitan penyelenggaraan dan penyelesaian hal-hal tanah untuk memastikan tapak tanah bagi projek-projek di atas sedia untuk dibangunkan dengan lancar kelak dan yang terperinci juga akan dilaksanakan juga untuk dilaksanakan konsep pembangunan bersesuaian dengan keadaan tanah dan keperluan potensi industri di lokasi masing-masing.
Yang Berhormat Gombak Setia bangun.
EXCO.
Saya ada 4 minit sahaja lagi Yang Berhormat Gombak Setia.
Sedikit sahaja. Macam mana pun EXCO akan sambung esok. Saya hendak tanya sedikit tentang hal tanah tadi. Yang Berhormat EXCO terima kasih di atas ruang yang diberikan saya hendak bertanya sebab itu dalam perbahasan saya dan saya yakin di bahas juga oleh ramai Ahli-ahli Dewan Negeri bahawa satu-satu perancangan an unjuran itu mestilah dibuat secara tepat dan perancangan itu mestilah dibuat secara realistik dan berpijak di bumi nyata kerana kalau tidak inilah yang akan kita hadapi dalam apa-apa rancangan sekalipun. Ini bila dibentangkan tentang progress oleh SABDA terlalu banyak isu-isu tanah yang dibincangkan sedangkan saya kira dalam perbahasan saya ketika mana membahaskan Selangor Pertama ketika ia dibentangkan saya sudah sebut bahawa kalau kita tidak rancang betul-betul dalam soal SABDA ini saya sebut bahawa sebahagian tanah-tanah yang ingin dimajukan milik KDEB dan PNSB dan saya juga sebut bahawa dimaklumkan segala proses integrasi pemilihan tanah bagi menarik pelabur tidak akan tercapai dan menemui jalan buntu ataupun deadlock sesama anak syarikat dan hari ini saya juga dalam soalan bertulis saya.
Ya, Yang Berhormat EXCO sudah bangun.
Saya juga dalam soalan bertulis saya bila saya terima jawapan bila saya tanya tentang komited capital pun ia tidak boleh dinyatakan sebab apa? Sebab isu tanah ini masih lagi tidak dapat diselesaikan dan kalau ini yang berlaku Yang Berhormat Speaker saya hendak tanya Yang Berhormat EXCO yakin bahawa isu-isu tanah ini boleh diselesaikan dalam keadaan segera dan boleh memastikan projek SABDA ini dapat direalisasikan bukan tahun depan lah mungkin 5 atau pun berapa tahun lagi projek SABDA ini boleh dilunaskan.
Tunggu ada dua orang yang berdiri. Kita bagi ruang EXCO penjawab.
Terima kasih Gombak Setia kerana begitu peka dengan pembangunan SABDA ini pandangan Yang Berhormat Gombak Setia saya akan ambil maklum dan saya habiskan saya punya penggulungan pada petang ini.
Ada satu minit.
Tuan Speaker berhubung dengan soalan Yang Berhormat Sabak berkenaan dengan Kelong Paradise untuk makluman projek ini kini disekalikan di dalam Projek Segi Tiga Eko Pelancongan Sungai Air Tawar yang merangkumi Kelong Paradise, Pantai BNO dan Pantai Bumi Hijau akan dibangunkan secara berperingkat. Majlis Daerah Sabak Bernam telah menerima peruntukan kewangan sebanyak RM400 ribu daripada Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja penambahbaikan dan naik taraf Jeti Pantai BNO. Bagi Kelong Paradise ia beroperasi seperti biasa dan dalam proses penambah baikkan fasiliti sedia ada. Jumlah pengunjung bagi 4 tahun adalah seperti berikut bagi tahun 2021 seramai 1,055 orang, 2022 2,062 orang, 2023 3,103 orang dan 2004 sehingga Jun adalah 1,480 pengunjung. Walaupun penggal pertama Januari – Jun dipenuhi pelbagai perayaan seperti bulan puasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha jumlah pelanggan telah mencecah hampir 50% daripada jumlah keseluruhan pelanggan pada tahun 2023 dijangka angka ini akan meningkat menjelang separuh penggal kedua tahun ini. Selain itu saya juga ingin menggunakan Dewan ini untuk memaklumkan kepada Dewan.
Yang Berhormat EXCO sudah pukul 6.00 ya.
Bagi saya habiskan sedikit lagi.
Mohon bagi jawapan bertulis. Penjelasan bertulis ataupun sambung esok.
Ok. Tuan Speaker terima kasih saya akan beri jawapan bertulis demikianlah penggulungan saya terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan berkaitan SABDA saya berharap agar semua pihak terus memberi dukungan di dalam menjayakan agenda pembangunan pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif yang di rencana oleh Kerajaan Perpaduan ini demi memastikan kemakmuran warga rumpun Selangor dan Negeri Selangor yang kita cintai ini. Tuan Speaker saya mohon untuk menyokong usul kajian separuh penggal Rancangan Selangor Pertama. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum.
Walaikumussalam. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jam sudah pun pukul 6.00 petang maka Dewan ditangguhkan sehingga hari esok iaitu hari rabu 10 Julai 2024 bermula 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)