Selangor · 10 July 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 407 turns · 43,154 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Penggal Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 10 Julai 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa ( Doa dibaca).
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat semua ke sidang Dewan pada hari ini, pada masa yang sama Dewan Negeri Selangor juga mengalu-alukan lawatan daripada Akademi Kepimpinan Wanita di bawah Wanita Berdaya Selangor Sdn Bhd seramai 6 orang yang diketuai oleh Puan Rawiah binti Zakaria. Selamat datang diucapkan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya akan memulakan sesi pertanyaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya menjemput Yang Berhormat Jeram. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 38.
Silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971Questions
38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dengan meningkatnya kadar kemalangan akibat lembu-lembu yang berkeliaran di atas jalan raya, apakah status terkini cadangan Kerajaan Negeri dalam meminda Seksyen 5(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 untuk menaikkan denda terhadap pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab, iaitu daripada RM1,000 kepada RM10,000?
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Jeram bertanyakan soalan berhubung dengan status kajian berhubung dengan Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana untuk menaikkan denda kerana disebabkan oleh kemalangan yang banyak, lembu-lembu berkeliaran di jalan raya. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor sedang menyediakan draf pindaan Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 untuk melihat dan meneliti beberapa perkara yang menjadi kelompongan ataupun kelemahan untuk dilaksanakan untuk dikuatkuasakan supaya memudahkan dari segi pengurusan lembu-kerbau di negeri Selangor. Untuk makluman, tumpuan akan diberi kepada proses penyediaan draf Kaedah-kaedah Pelesenan Penternakan Lembu Kerbau supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan efektif. Undang-undang subsidiari ini dijangka dimuktamadkan sebelum 31 Disember 2024 selepas mendapat kelulusan ataupun kajian oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri. Kita sekarang sedang dalam proses ya. Setelah itu, kita Kerajaan Negeri akan melaksanakan sesi-sesi penerangan dan libat urus melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti pemimpin masyarakat, golongan penternak, beberapa jabatan/agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Polis sendiri, dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya Jeram silakan.
Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas jawapan. Selain daripada usaha untuk menaikkan Enakmen Undang-Undang itu dan menaikkan saman daripada RM1,000.00 ke RM10,000.00, adakah Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan usaha-usaha lain seperti melabelkan ataupun membuatkan tagging kepada setiap lembu-lembu atau kerbau ini? Kerana, suka saya nak mengingatkan dua hari lepas juga telah disiarkan di Buletin Utama, TV3 tentang isu lembu atau kerbau yang berkeliaran di Mersing yang disiarkan, begitu juga di kawasan saya di DUN Jeram yang sehingga hari ini, setahun yang lepas telah meragut lebih 10 nyawa disebabkan lembu-lembu yang berkeliaran yang tidak, apa ini, tidak mempunyai tuan ataupun ketika berlakunya kemalangan itu, tidak ada siapa pun yang mengaku bahawa lembu itu milik mana-mana tuan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram di atas soalan tambahan itu. Sebagaimana yang saya sering sebutkan dalam Dewan ini
sejak 5 tahun sebelum ini, bahawa isu lembu rayau ini merupakan satu isu besar yang penting yang perlu diselesaikan kerana kita tidak boleh membiarkan keadaan negeri kita, di mana, lembu-kerbau merayau sampai ke dalam supermarket, dalam hospital, ke jalan-jalan raya, menyebabkan masalah yang besar itu. Tetapi bila kita lihat kembali pada Enakmen ini kita dapati kelemahan yang agak ketara dari segi proses pelesenan itu. Sebab itu kita sedang buat proses itu sebelum kita laksanakan penguatkuasaan dan selepas ini, selepas penguatkuasaan ini tidak ada lagi kita benarkan lembu merayau-rayau di luar daripada kawasan yang dikenal pasti untuk penternakan mereka. Ada 3 komponen besar yang kita sedang lihat dan teliti ini, pertama ialah pelesenan, di mana kita akan lihat lesen akan dikeluarkan dengan syarat dengan lebih teratur, dengan penalti dengan bayaran dan sebagainya dan kawasan mana, bila di situ di dalam pelesenan itu akan disebut dan tempat, makna dia kalau tiada tempat kita tidak akan keluarkan lesen ini. Kemudian yang kedua, ialah tanda pengenalan pada lembu itu memang kena buat tagging. Tagging itu akan dibuat di bawah Enakmen ini sebab sekarang ini tak ada peruntukan itu untuk adakan tagging itu dan pengenalan ini akan bukan sahaja untuk mengenal pasti tuan dia, tetapi akan jadi bahan pembuktian nanti di Mahkamah kalau berlaku. Sekarang ini kita tangkap kita letak di kandang mana-mana dia datang ambil balik.
Kita tidak ada bukti kata kalau dia tak ambil kita tak boleh kata bukti, bahawa itu dia punya pemilikan syarikat mana ataupun individu mana yang memiliki lembu itu dan yang ketiga ialah pematuhan ini bersekali dengan pematuhan di bawah Undang-undang Kecil di bawah PBT. Sebenarnya kalau untuk makluman semua, Pihak Berkuasa Tempatan ini kebanyakan Undang-undang Kecilnya memang tidak membenarkan sebarang ternakan lembu-kerbau di dalam kawasan mereka, sebenarnya. Sudah lama. Tetapi kita tidak enforce kan sebab kita tidak ada alternatif lagi kepada penyelesaian jangka panjang isu lembu. Satu masa memang kita akui banyak aduan mengenai kemalangan dalam masa yang sama kita juga ada masalah sosial nanti, masalah maka ini punca pendapatan dan kita juga merupakan negeri yang paling rendah SSR (Self Sufficiency Ratio) dengan izin, yang rendah, lembu kadang-kadang tak sampai 5 %, daging lembu yang kita usahakan sendiri, semua import, sangat rendah.
Tetapi itu kita kena balance, kemalangan nyawa manusia kita tidak boleh biarkan, dalam masa yang sama kita perlukan juga ternakan lembu ini ada di negeri Selangor untuk menampung sekuriti makanan. Jadi kena balance 2 ini. Ini yang sedang kita usahakan dan kita yakin pada penghujung tahun ini selesai aspek undang-undang ini dan kita akan buat libat urus dan kita akan mula laksanakan berperingkat-peringkat dari segi moratorium, bila kita akan buat penguatkuasaan. Selepas penguatkuasaan ini, mana-mana lembu kita dapati kita akan tangkaplah. Kita akan ambil tindakan kepada tuan dia, ambil lembu buat apa kan dia binatang, jadi kita akan ambil tindakan, sekarang ini kita
tidak ada itu. Tidak lengkap dalam peruntukan Undang-undang Enakmen ini tidak lengkap untuk kita ambil tindakan kepada mereka-mereka yang membiarkan lembu berkeliaran, menyebabkan kemalangan terutamanya kepada orang ramai. Terima kasih.
Ya silakan Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, pertamanya saya nak tanya apakah status Ladang Ruminan di Bukit Changgang kerana tempoh hari beberapa isulah. Satu berkaitan dengan keadaan tanah yang mudah banjir, Olak Lempit, sorry. Olak Lempit yang mudah banjir. Kedua, jauh daripada tempat pengusaha-pengusaha untuk dihantar ke situ dan isu yang keduanya adalah berkaitan dengan lembu berkeliaran yang tak selesai di kawasan Bandar Chodoi dan juga Permatang Pasir ini yang sehingga Ketua Kampung letak jawatan. Saya lihat situ ada kawasan rintis TNB yang ialah kalau ikutkan syarat TNB ini dia tidak boleh buat pagar dan sebagainya, mungkin ada kaedah penyelesaian yang boleh menyelesaikan isu itu secara tempatan dan yang ketiga adakah mungkin tapak Veterinar atau tanah Veterinar di Seri Cheding itu boleh juga dijadikan sebagai satu alternatif untuk Ladang Ruminan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang yang sering kali bertanya isu-isu lembu, saya ingat siapa yang minat bertanya itu saya ingat. Terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya Olak Lempit ini sebenarnya ketika saya masuk jadi EXCO itu dah ada projek itu sedang berjalan. Sebenarnya itu lebih kepada dipanggil Pusat Translokasi, Translokasi Lembu ini tujuannya untuk menempatkan lembu-lembu yang inilah yang illegal ini yang perlu ditutup ataupun perlu dipindahkan. Kita sediakan tempat itu. Jadi cuma kelewatan itu ialah tempat itu ialah saya sebenarnya kurang bersetuju konsep itu. Tetapi bila dah mula dilaksanakan saya terpaksa selesai, lengkapkan. Cuma ada sedikit lambat, itu isu daripada bekalan air dan elektrik sebenarnya, bukan isu perpindahan dan sebagainya. Sebab sekarang ini, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita menyediakan tanah setakat yang kita mampu. Sama juga dengan pertanian, kita sediakan di bawah TKPM di bawah SSAP. TKPM ini Taman Kekal Pengeluaran Makanan di bawah Jabatan Pertanian, yang penternakan di bawah Veterinar, yang perikanan di bawah Perikananlah, Jabatan Perikanan.
Kerajaan Negeri juga menyediakan tanah-tanah yang lain di bawah SSAP (Smart Selangor Agro Park, Agro Farm) dan sebagainya yang sedang kita usahakan. Makna dia tanggungjawab pada penternak untuk memohon dan mendapatkan tanah-tanah ini. Dari masa ke semasa kita menyediakan di bawah Veterinar dan juga di bawah Jabatan Veterinar dan juga Jabatan Pertanian untuk tanaman dan juga lembu. Maka mereka
bertanggungjawab untuk memohon, sebab untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita nak buat konsep lembu yang jenis rayau kita perlukan kawasan yang sangat luas dan Selangor tidak mempunyai tanah yang luas. Jadi kalau nak buat ternakan lembu dia hanya boleh buat feed lot. Feed lot boleh. Kita sediakan makanan tempat dalam kandang kita bagi makanan tetapi kalau nak menyediakan tanah yang luas, 1 ekor mungkin perlukan berapa ekar, lembu untuk rayau ini.
Jadi, hampir mustahil di negeri Selangor untuk menyediakan dan saya yakin ramai yang penternak lembu di luar tahu isu ini sebab itu mereka lebih memilih sistem hybrid di mana rayau sikit dan juga feed lot ataupun full feed lot. Kalau dia sendiri nak pergi rayau semua ini memang takkan ada tanah di negeri Selangor ini minta maaf banyak-banyak, memang tidak ada tanah yang sesuai dan cukup dan menyebabkan mereka merayau-rayau di luar kawasan. Jadi sebab itu di bawah kaedah ini kita akan, selain daripada kita membuat penguatkuasaan dan juga melesenkan mereka. Juga kita akan beri khidmat bimbingan nasihat supaya jenis-jenis penternakan lembu macam mana yang sesuai di negeri Selangor ini supaya kita dapat co-exist. Lembu pun dapat kita ternak, dalam masa yang sama juga kita menjaga kemaslahatan supaya tidak merayau dan menyebabkan kemalangan dan sebagainya. Jadi ini memang kita akan sediakan. Tetapi mereka bertanggungjawab untuk membuat permohonan kepada kerajaan ataupun melalui Jabatan Veterinar untuk mendapatkan tempat-tempat dah ramai dah pun memohon mendapat tempat untuk menternak lembu di kawasan-kawasan di bawah TKPM dan sebagainya. Terima kasih.
Speaker.
Ijok.
Tambahan soalan tak boleh ke Speaker? Soalan tambahan.
Ijok. Sudah bagi 3. Ijok, Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 39.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Nikah SindiketQuestions
39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengekang nikah sindiket di luar negara yang dibuat tanpa kebenaran pihak JAIS malahan dilihat berani mempromosikan pakej pernikahan di luar negara seperti Thailand?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ijok atas soalan berkaitan isu nikah sindiket yang saya rasa ada sebahagian kecil yang berkeinginan tetapi ramai yang tidak berani melakukannya. Jadi saya ambil pagi ini satu peluang untuk kita jelaskan sedikit apa nikah sindiket ini. Jadi, nikah sindiket ini ialah satu pernikahan yang berlaku di luar negara tetapi tidak didaftarkan melalui Kedutaan yang menyebabkan tiadanya surat akuan nikah yang diiktiraf. Jadi, soalan daripada Yang Berhormat Ijok apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengekang nikah sindiket di luar negara? Jawapan, buat masa ini tiada peruntukan khusus yang diperuntukkan berkaitan nikah sindiket dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan di bawah Seksyen 124, berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan Seksyen 40(2), kesalahan berhubung akad nikah perkahwinan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 telah digunapakai untuk membendung kesalahan-kesalahan untuk aktiviti-aktiviti dalam nikah sindiket ini. Harus saya maklumkan juga, antara denda yang boleh dikenakan adalah RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika salah. JAIS juga giat memperluaskan aktiviti penerangan kepada masyarakat umum mengenai kesan ataupun impak pernikahan berkenaan kepada yang terlibat antaranya dari aspek kesahihan pernikahan. Antara cadangan dan gerak kerja dalam membanteras nikah sindiket ini adalah dengan melaksanakan program kesedaran tentang nikah tanpa kebenaran dan mencadangkan hukuman yang maksima untuk penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap pelaku.
JAIS juga sedang mengkaji pindaan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dengan menambah peruntukan jelas berkaitan individu atau ejen yang mempromosi atau menggalakkan pernikahan berlawanan dengan peruntukan undang-undang dan mencadangkan kenaikan hukuman bagi kesalahan berkaitan, termasuk kesalahan bersubahat. Pada tahun ini sahaja, 7 daripada 14 siri bengkel yang dirancang di peringkat JAIS telah dibuat bersama pihak berkepentingan melibatkan agensi agama yang lain termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor dengan nasihat Pegawai Syariah Pejabat Kamar
Negeri, Pegawai Undang-Undang JAIS bersama Sekretariat Bahagian Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor. Perancangan selanjutnya akan dibawa dalam Perbincangan Teknikal Jawatankuasa Undang-undang MAIS, sebelum pembentangan dalam Mesyuarat MAIS dan terakhir akan dibentang untuk Sidang DUN pada tahun 2026. Terima kasih.
Ya Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Seperti Yang Berhormat EXCO terangkan tadi, nikah sindiket ini selalu dikaitkan dengan poligami tanpa kebenaran. Saya mendapat maklumat daripada soalan bertulis saya, pada tahun 2023 kita ada terdapat 193 kes, namun hukuman denda atau penjara hanya 2 kes sahaja. Setakat 2024, sehingga Jun ini ada 52 kes, tetapi sehingga hari ini masih tiada lagi hukuman yang dikenakan. Jadi soalan saya, adakah Yang Berhormat setuju yang undang-undang dalam menangani poligami tanpa kebenaran ini dilihat agak tidak serius dalam kita menangani masalah ini dan kerana kita pun tahu punca utama kepada nikah sindiket ini ialah kebanyakannya poligami tanpa kebenaran lah. Jadi, mereka dilihat begitu berani untuk membuat begitu kerana undang-undangnya tidak serius dan banyak yang terlepas daripada hukuman yang sepatutnya itu. Jadi, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperketatkan undang-undang ataupun hukuman kepada poligami tanpa kebenaran ini kerana yang kita lihat penting ini juga penting untuk membela nasib wanita di Selangor khususnya. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Soalan ini memerangkap sebenarnya. Tak apa saya rasa kita ada dilema di antara undang-undang dan hukum syarak yang ada di negeri Selangor ini. Saya setuju bahawa kalau dilihat angka-angka kes poligami yang tinggi ataupun kes-kes yang tertangguh itu harus diselesaikan dengan lebih segera, tetapi kita ada isu di mana tak cukup Hakim dan seumpamanya, ada kekangan-kekangan di peringkat Jabatan Kehakiman Negeri Selangor. Tetapi saya setuju juga bahawa ialah perundangannya perlu diketatkan, mungkin hukuman yang perlu di dinaikkan perkara-perkara ini seperti yang sebut tadi, sedang diteliti di peringkat tertinggi. Insya-Allah.
Soalan tambahan.
Speaker.
Kemuning, eh bukan maafkan saya. Kota Damansara.
Baik, tadi Yang Berhormat EXCO ada menyebutkan tiada undang-undang khusus berkenaan nikah sindiket ini. Cuma, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan satu undang-undang sebab kita tidak boleh nak menghukum hanya pihak lelaki, tetapi kita kena hukum juga ejen-ejen ini. Dia orang ini juga sebenarnya sekarang kalau saya lihat dalam Facebook pun dia orang ada buat juga, promosi-promosi berbayar pula tu. Promosi untuk yang tengok, saya tak nampaklah mungkin orang lain nampak. Jadi mungkin sampai masanya lah untuk kita membela wanita-wanita di Selangor. Saya setuju dengan Permatang. Jadi, insya-Allah mungkin kita pertimbangkan untuk bawa satu undang-undang baru.
Ya terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Rupa-rupanya dalam waktu lapang tengok iklan eh, tak apa. Perkara ini sedang diteliti seperti yang saya sebut kerana tindakan daripada pihak JAIS sendiri pun ada lawatan berkala di mana kita, mereka pergi saya tidak terlibatlah. Pergi ke Songkla, Selatan Thailand untuk menjalinkan hubungan dengan pusat-pusat pernikahan di sana supaya data-data pernikahan-pernikahan yang melibatkan warga Malaysia yang berlaku di sana dapat dikongsi sama di negeri Selangor dengan Jabatan-Jabatan yang berkaitan di negeri Selangor dan undang-undang tadi saya dah sebut akan dibentangkan 2026 Enakmen baru, insya-Allah yang lebih memihak kepada kesejahteraan semua. Terima kasih.
Tambahan Speaker.
Speaker.
Sungai Ramal.
Sungai Ramal.
Terima kasih, yang pertamanya saya berharap Yang Berhormat jangan cakap tak berani tahu, saya berani bertanya soalan. Soalan yang saya nak kemukakan ialah tentang kempen kefahaman atau kesedaran kepada umum. Betul ada, tetapi tak sampai kepada khalayak. Sebab apa buktinya ialah bila mana ramai hari ini orang yang dengan selamba sahaja keluar di media pergi ke Mahkamah didakwa atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran, tanpa segan, malu. Jadi apakah benar-benar sampai ke bawah kempen kesedaran atau pengilmuan masyarakat itu atau sekadar berada di legar yang tertentu sahaja. Mohon penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Saya setuju kempen itu perlu digiatkan lagi dan diakar umbikan lagi. Kerana ramai mungkin tidak faham implikasi yang berlaku sekiranya berlaku perkahwinan yang sebegini yang akan melibatkan isu-isu faraid dan sebagainya di bawah lah, kalau tidak dilakukan dengan baik. Jadi saya setuju bahawa penerangan-penerangan tersebut harus diakar umbikan dengan lebih baik dan menyeluruh. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bagilah, Seri Serdang. Silakan Seri Serdang.
Yang Berhormat EXCO, oleh kerana sindiket pernikahan ini dah berleluasa, ada tak kajian kenapa pasangan berminat untuk bernikah secara sindiket daripada ikut jalan yang betul. Saya kira dalam peniaga sindiket ini bukan wanita sahaja yang teraniaya, lelaki pun teraniaya juga. Kalau pergi bernikah, bersama lelaki dan wanita yang pergi tu, bukan lelaki seorang sahaja pergi, kalau lelaki seorang sahaja pergi tak sah nikah itu. Jadi ada tak kajian di peringkat Jabatan Agama Islam khususnya kenapa pasangan ini memilih menikah secara sindiket daripada mengikut jalan yang sebenar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Kajian ada dan sedang i think telah ada dan banyak faktor-faktor. Dia satu yang sangat rumit kerana dia ada melibatkan kadang-kadang tak ada wali. Kadang-kadang ibu bapa tak setuju, kadang-kadang orang kata cinta itu buta. Jadi, banyak sebab-sebab yang berlaku kan. Kadang-kadang ya lah dah tak tahan kenalah kan. Ya lah itu keadaan-keadaannya yang berlaku dan ada kajian insya-Allah ada tindakan-tindakan susulan yang kita akan ambil daripada kajian tersebut dan kita akan masukkan dalam Enakmen yang bakal kita bentuk tahun 2026 nanti. Terima kasih.
Kota Kemuning.
Tuan Speaker, soalan nombor 40.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Peluang PekerjaanQuestions
40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kadar pelantikan bagi jawatan di Kerajaan Negeri/ agensi untuk memastikan semua termasuk orang Asli dan OKU diberikan peluang untuk menunjukkan keseimbangan perpaduan di Negeri Selangor?
b)
Apakah kadar pengangguran dan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangguran ini?
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kemuning kerana memberi soalan, peluang pekerjaan. Ada 2 soalan. 1 apakah kadar pelantikan bagi jawatan di Kerajaan Negeri atau agensi untuk memastikan semua termasuk orang Asli dan OKU diberikan peluang yang menunjukkan keseimbangan perpaduan di Negeri Selangor? Kedua, apakah kadar pengangguran dan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangguran ini? Tuan Speaker, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor sebagai Pihak Berkuasa Melantik anggota perkhidmatan awam di Negeri Selangor perlu mematuhi peraturan satu peratus peluang pekerjaan di setiap agensi awam kepada golongan Orang Asli dan OKU. Walau bagaimanapun, pematuhan atau pencapaian dasar ini bergantung kepada permohonan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya oleh pemohon pekerjaan yang berminat atau melalui pengenalpastian oleh agensi. Pelantikan bagi jawatan daripada kalangan Orang Asli dan OKU perlu mematuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam suatu skim perkhidmatan, kesesuaian calon dengan bidang tugas jawatan serta kemudahan yang disediakan oleh agensi kepada golongan yang terlibat. Dalam memastikan peluang keseimbangan disediakan kepada golongan ini, calon permohonan pekerjaan daripada golongan ini hanya dikenakan syarat minima dalam tapisan pengambilan berdasarkan syarat lantikan suatu skim perkhidmatan. Data pengambilan bagi permohonan jawatan daripada kategori Orang Asli Semenanjung dan OKU bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seperti berikut. Kita ada jadual, memang pada tahun 2023 permohonan daripada Orang Asli Semenanjung sebanyak 17 permohonan, jumlah yang temu duga hanya seorang. Jadi lebih kurang 16 permohonan itu tidak menepati syarat minima ya dan walaupun selepas temu duga tidak dapat dilantik sebab mungkin dia gagal dalam temu duga. Pada tahun 2024 pula, jumlah permohonan seramai 18 orang dan jumlah yang layak temu duga hanya 3 orang dan jumlah lantikan hanya seorang. Jadi ini adalah untuk Orang Asli di Semenanjung dan bagi Orang Kurang Upaya pula pada tahun 2023, jumlah permohonan ini lebih ramai sedikit ya, 57 orang pada tahun
2023 dan jumlah layak temu duga hanya 11 orang, jumlah lantikan hanya 2 orang dan 2024 pula jumlah permohonan seramai 50 orang, layak temu duga hanya 8 orang dan jumlah lantikan hanya bagi seorang. Jadi ini adalah jadual yang saya terima daripada Ketua Jabatan yang berkenaan.
Bagi jawapan soalan (b) pula, kadar pengangguran rakyat Malaysia yang direkodkan berdasarkan sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Laporan Tenaga Buruh tahun 2024 adalah seramai 566,400 orang telah dikenal pasti menganggur dengan purata 3.3% secara keseluruhan melalui data terkini bagi tahun 2024. Justeru, pelbagai usaha dan inisiatif telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat di negeri Selangor. Salah satu daripada inisiatif tersebut adalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia pada tahun 2023 bagi menggantikan Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Pekerja. Peranan bagi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia telah ditambah baik dan diperluas dalam pelbagai sudut untuk membangunkan dan melahirkan pekerja yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Jawatankuasa tetap ini juga memberi fokus kepada menyelesaikan masalah pekerjaan rakyat Negeri Selangor khususnya individu yang dikategorikan sebagai golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, OKU dan bekas banduan.
Dua (2) program utama yang berkonsepkan pameran kerjaya telah dijadikan sebagai Sasaran Kerja Utama (SKU) tahunan di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia. Program tersebut adalah seperti berikut; satu program Jelajah Jobcare dan yang kedua adalah program Mega Jobfair di Peringkat Negeri Selangor. Selain itu, Program Selangor Kerjaya yang dilaksanakan oleh pihak Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) untuk Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2021 juga merupakan satu inisiatif strategik pengurusan bakat dan tenaga kerja bagi rakyat di Negeri Selangor untuk menangani isu penawaran pekerjaan pasca Wabak COVID-19 dan pembangunan kemahiran tenaga kerja bagi memenuhi penawaran pekerjaan Abad Ke-21. Ia merupakan solusi pemadanan pekerjaan yang komprehensif bagi penempatan pekerjaan dengan menggunakan kaedah profiling, job matching, placement dan upskilling, dengan izin.
Dalam menangani masalah pengangguran, Selangor Kerjaya berusaha untuk menyelesaikan masalah ketidakpadanan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang bakat atau tenaga pekerja dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak majikan. Sehubungan dengan itu, semua peserta yang berdaftar dengan Selangor Kerjaya berpeluang untuk mengambil ujian profiling bagi menilai kemampuan kognitif, keperibadian, tingkah laku dan kemahiran berdasarkan Universal Competency Framework (dengan izin) yang akan dipadankan dengan profil
pekerjaan bagi menentukan kesesuaian peserta kepada peluang kerja yang ditawarkan. Bagi meningkatkan tahap kemahiran, calon yang berjaya ditawarkan pekerjaan yang akan menjalani bimbingan kerjaya dan latihan untuk meningkatkan kemahiran, sekiranya diperlukan oleh pihak majikan, calon akan menjalani latihan upskilling, dengan izin secara dalam talian selama setahun, di mana sijil penyertaan akan dikeluarkan. Pemantauan dalam bentuk mentoring juga akan diadakan secara berkala dalam tempoh setahun tersebut.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia sedang merancang untuk memberi bimbingan secara percuma kepada pencari kerja di negeri Selangor yang memerlukan khidmat untuk mempelajari asas penyediaan resume mengikut piawaian semasa di samping menyampaikan kemahiran menghadiri temu duga yang berkenaan. Semakan secara rawak daripada pihak majikan mendapati, rata–rata pencari kerja gagal dalam sesi temu duga disebabkan kekurangan kemahiran komunikasi serta penyediaan resume yang tidak teratur. Lantaran ini, bagi mengurangkan masalah tersebut daripada berlanjutan, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia sedang merangka inisiatif untuk memberikan perkhidmatan percuma ini kepada seluruh rakyat di negeri Selangor yang memerlukan bimbingan. Secara tidak langsung, ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat mengatasi setiap permasalahan yang timbul dalam kalangan pencari kerja ketika berhadapan dengan situasi temu duga. Aku juga ada maklumat tambahan.
Untuk maklumat tambahan Yang Berhormat Kota Kemuning, Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses melaksanakan satu program baru di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dengan usaha sama Jabatan Penjara Malaysia dan KDEB Waste Management yang telah mensasarkan bekas banduan termasuk orang di parol (ODP) dan orang diselia (ODS). Melalui perbincangan awal, KDEB bersetuju untuk menawarkan kepada bekas banduan dalam beberapa bidang bersesuai. Sehubungan itu Kerajaan Negeri mencadangkan agar memorandum persefahaman MUO ditandatangani di antara Jabatan Penjara dan KDEB pada awal bulan Ogos tertakluk kepada perbincangan susulan dan kelulusan. Inisiatif ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia tidak mengecualikan dan berusaha menyediakan platform kepada bekas banduan bagi mendapatkan peluang pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Soalan ini juga telah ditanya oleh Yang Berhormat Permatang dalam pada soalan saya 17 dan saya sekali lagi ucap tahniah kepada Yang Berhormat Permatang sering kali mengungkitkan soalan mengenai nasib orang-orang pekerja-pekerja estet. Sekian terima kasih.
Ya Batu 3. Kota Kemuning.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO, daripada jawapan Yang Berhormat bahawa data hanyalah satu percent yang di allocate bagi orang OKU. Dari itu hanya seorang sahaja yang mendapat pekerjaan bagi kuota itu. So saya nak tanya apakah tindakan lain yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri? Contoh adakah kita boleh allocate certain position dengan izin, bagi golongan yang kurang upaya ini supaya mereka dapat dan tahu bahawa posittion ini adalah untuk mereka. Ia lagi menggalakkan mereka untuk mendapatkan kerja itu. Kerana Yang Berhormat banyak yang datang ke tempat-tempat Pusat Khidmat kita yang OKU ia lebih untuk dia untuk lebih putus asa, kata saya tiada pekerjaan di luar sana, dah buat permohonan untuk dia more interested in getting the money through JKM instead looking for job dengan izin. So adakah tindakan lain yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kemuning atas soalan tambahan itu. Sebenarnya peluang yang diberikan oleh Kerajaan hanyalah 1% kepada OKU dan juga Orang Asli 1% tetapi memandangkan memang kita memberi ruangan kepada segelintir masyarakat ini, walaupun 1% tapi angka yang besar, sayangnya adalah pelantikan hanya seorang daripada kalangan Orang Asli dan pelantikan daripada 2 orang daripada orang kurang upaya menunjukkan kriteria mereka tidak memenuhi itu adalah very basic. Mereka memerlukan contoh sebagai we talk about the dengan izin, we talk about the waiters dalam restoran KFC. Saya nampak baru-baru ini KFC menawarkan pelbagai jawatan kepada OKU yang tidak boleh berbual dan sebagainya. Dia OKU fizikal tetapi tak boleh berbahasa, tak boleh cakap, jadi saya nampak mereka ini boleh buat kerja pembersihan contoh mengutip plate dan sebagainya. Tetapi walaupun dalam kategori itu mereka tidak dapat melepasi maksudnya mereka mungkin mengalami kegagalan ataupun kecacatan dalam fizikal seperti tangan, kaki dan mata dan sebagainya. Jadi kita kena melihat mendalam sedikit mengenai kriteria dalam pemilihan kerja ini. Tetapi saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Kemuning bahawa mungkin di peringkat Kerajaan kita boleh melonggarkan ataupun meluaskan lagi option-option yang kita ada kepada orang-orang seperti ini khususnya kepada orang-orang Asli ini. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi tetapi mereka mahir dalam sesuatu bidang seperti sukan dan sebagainya. Jadi apa kata kita memberikan mereka lebih peluang kepada skop tv job jadi saya menyokong dan berterima kasih kepada soalan tambahan yang dari Kota Kemuning tadi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Gombak Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat EXCO, trajektori ekonomi berdasarkan wilayah juga bergantung pada kadar pengangguran, sebab itu saya ingin bertanyakan beberapa soalan kerana apabila kita membincangkan, tentang bagaimana usaha untuk kita membasmi pengangguran secara keseluruhannya, saya melihat kita juga harus membincangkan soal pengangguran dalam segmen demografi ataupun dalam hal kewilayahan dan soalan yang Berhormat EXCO jawab tadi tentang masyarakat Orang Asli juga sama sekali terlibat dalam isu-isu tersebut. Sebab kebanyakan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membasmi pengangguran, itu akhirnya akan membawa masyarakat dari luar bandar ke bandar. Program-program yang dilaksanakan misalnya EXPO, ia hanya akan melibatkan syarikat-syarikat yang besar yang akhirnya akan membawa penduduk migrasi daripada luar bandar ke bandar. Jadi sebab itu saya nak bertanya apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha untuk memastikan kadar pengangguran di wilayah atau di daerah ataupun di satu-satu kampung tersebut, ianya dapat dibasmi dan pada masa yang sama, ia juga menyumbang kepada penyuburan ataupun vibersi kepada ekonomi di satu-satu kawasan setempat itu, maka ianya tidak ada perpindahan hanya ke kawasan-kawasan bandar? Terima kasih.
Terima kasih kepada Gombak Setia kerana soalan tambahan. Saya bersetuju dan juga di peringkat Jawatankuasa saya ada perancangan untuk membuat Jelajah Jobcare mengikut daerah masing-masing dan juga PBT. Walaupun saya telah menyediakan dalam jawapan saya dalam sesi penggulungan saya tapi tapi saya jawab juga. Memang pengangguran melibatkan ekonomi dan sebagainya, kita patut mengurangkan pengangguran saya tidak nafikan. Dalam program saya yang bakal mengadakan di seluruh Negeri Selangor, mungkin akan memberi peluang kepada masyarakat di semua lapisan baik daripada keluaran universiti dan juga orang berumur lebih daripada 50 dan sebagainya. Memang kita membuka peluang kepada semua pihak, tetapi masalahnya adalah kebanyakan mereka yang datang dalam pameran itu hanya sebagai pelawat, mereka tidak mengambil offer-offer kerja itu sebagai serius dan kebanyakan meraka juga dalam kategori ingin mendapatkan satu peluang yang lebih daripada mereka yang sedang membuat kerja yang lain. Dan satu lagi adalah di luar bandar ya, seperti mana Gombak Setia tanya saya lagi, di luar bandar kita mengumumkan dalam RS-1 tentang SABDA dan juga penubuhan pelbagai projek-projek penanaman dan juga kilang kelapa sawit dan sebagainya. Ini membantu sedikit sebanyak untuk mereka yang tinggal di luar bandar untuk menaik taraf diri mereka. Selain itu juga seperti mana mantan Perdana Menteri kita telah menyatakan pertanian adalah peniagaan jangan kita lupa in the end dengan izin kita juga perlu mengangkat pertanian ini satu perniagaan jadi hasil lumayan daripada pertanian itu dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka sekiranya mereka bertungkus-lumus bekerja kuat dalam industri masing-masing. Sekian terima kasih.
Bukit Melawati.
Terima kasih. Soalan saya nombor 41.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Skim Smart SewaQuestions
41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah unit rumah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri di bawah Skim Smart Sewa ini setakat 2024?
b)
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Smart Sewa ini.
c)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluas lagi inisiatif ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati yang menanyakan ada 3 soalan; berapakah unit rumah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri di bawah Skim Smart Sewa ini setakat 2024? Dan yang (b), nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Smart Sewa ini dan apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperluas lagi inisiatif ini? Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Smart Sewa merupakan projek Rumah Selangorku (RSKU) yang bukan dibina oleh Kerajaan Negeri malah kita beli unit-unit RSKU tersebut daripada pemaju. Sehingga tahun 2023 jumlah keseluruhan unit-unit yang diluluskan pembelian oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Skim Smart Sewa adalah sebanyak 36 projek Rumah Selangorku (RSKU) yang merangkumi 1,287 unit untuk disewakan kepada orang awam.
Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk Skim Smart Sewa ini bagi tahun 2017 sehingga tahun 2023 adalah sebanyak RM157,506,275.03 juta dengan menggunakan peruntukan di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor mensasarkan pembelian sebanyak 1713 unit Rumah Selangorku bagi merealisasikan sasaran sebanyak 3,000 unit Skim Smart Sewa sehingga tahun 2025. Terima kasih.
Hulu Bernam.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 42.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Cukai TaksiranQuestions
42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah kadar penilaian semula cukai taksiran ditentukan?
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Hulu Bernam yang mengemukakan isu soal cukai taksiran bagaimana kadar penilaian semula cukai taksiran? (A) kadar penilaian semula cukai taksiran bagi semua PBT Negeri Selangor adalah menggunakan nilai tahunan di dalam mengenakan kadar cukai taksiran sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, selaras dengan Seksyen 130 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Nilai tahunan bagi sesuatu pegangan melalui anggaran kadar sewa tahunan pada tahun semasa anggaran kadar sewaan tahun 2020 selaras dengan Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Bernam.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ada dua soalan tambahan untuk Yang berhormat Tuan EXCO berkaitan dengan kadar penilaian semula cukai taksiran ini. Yang pertama adalah berkaitan dengan rungutan-rungutan yang saya dengar sendiri daripada beberapa pihak, setelah kadar penilaian semula ini dikenakan. Yang pertamanya ialah berkaitan bagaimana penilaian tersebut dibuat sebab ada rumah yang dibina atas tapak rumah ini, bumbungnya lebih besar berbanding dengan rumah yang lain, namun bumbung-bumbung tersebut dibina untuk tujuan parking dan juga sidai pakaian. Jadi cukai taksiran yang terkini yang diterima oleh
pemilik rumah ini, jauh lebih tinggi berbanding rumah jiran mereka yang cukup baik tapi tak adalah makan ruang yang lebih besar, itu soalan saya yang pertama. Ini berlaku juga di Residensi Adelia 2 di Bangi iaitu perbezaan cukai taksiran ini mengikut tingkat, kalau saya merujuk kepada dapatan yang saya peroleh ini tingkat 9, cukai taksirannya RM228 berbanding dengan tingkat 12 cukai taksirannya RM244 dan semakin meningkat mengikut tingkat. Jadi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan bagaimana kadar penilaian ini ditentukan? Dan soalan saya kedua adalah berkaitan dengan berapakah jumlah permohonan pengecualian cukai yang dimohon oleh kediaman-kediaman kampung, yang sebelum ini tak pernah kena cukai kali ini dah dikenakan cukai, berapakah jumlah permohonan yang diterima untuk pengecualian setelah tarikh tutup pada 31 Mei yang lepas? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam yang prihatin tentang kadar nilaian cukai taksiran. Seperti apa yang dijelaskan tadi dengan dua, tiga soalan dengan contoh-contoh berapa kadar itu, itu semua kita akan tetapkan melalui nilaian semasa, semua notis telah edarkan dan kalau apa-apa tak puas hati tentang bantahan, boleh buat bantahan. Bantahan itu setiap pendengaran bantahan itu akan dibuat pendengaran oleh Jawatankuasa Pendengaran, jadi apa-apa yang penduduk ada masalah tentang kenaikan mereka tak puas hati, bagi tahu dan boleh berhubung dengan semua Ahli Majlis dan juga pihak Majlis untuk bantahan dan sebagainya. Itu prosedurnya sebab sekarang kita hanya bagi nilaian dan kadar bagi Kerajaan Negeri kita tetapkan dalam kadar kelulusan 25 sahaja untuk tahun hadapan 25 sahaja. Jadi Yang Berhormat boleh rujuk semua perkara ini. Jadi soal berapa lagi nilai kampung yang kita terima itu saya akan bagi jawapan bertulis. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Ramal.
Terima kasih Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya ingin menarik perhatian tentang kenaikan cukai pintu merujuk kepada kes di MPKJ. MPKJ ini adalah salah satu PBT yang telah berjaya menaikkan kadar cukai pintunya, sehingga menjadikan reserve tahun 2022 MPKJ sebanyak RM136.3 juta. Soalan saya ialah saya percaya 2023 pasti lebih banyak lagi lah, soalan saya ialah apakah peningkatan perkhidmatan yang dibuat oleh PBT yang telah mendapat kenaikan cukai pintu ini? Sedangkan, kerana saya melihat pada hari ini tidak ada apa-apa perubahan. Sama. Bahkan ada beberapa lokasi yang lebih teruk daripada yang sudah-sudah. Mohon penekanan daripada pihak EXCO untuk mendapatkan kesungguhan PBT meningkatkan kadar perkhidmatan ataupun service mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal yang menyatakan tentang MPKJ yang telah naikkan cukai taksiran, cukai pintu dan bagaimana dengan kesungguhan perkhidmatan nampak tiada perbezaan. Ini baru permulaan untuk tahun ini, untuk MPKJ dan saya dah sebagai EXCO PBT, saya dah minta semua PBT pastikan setiap PBT huraikan lima projek, lima projek yang penting boleh diselesaikan untuk rakyat. Projek Infra, projek apa-apa projeklah menaik tarafan jalan dan sebagainya, landskap dan sebagainya yang penting yang urgent untuk pembayar-pembayar cukai di kawasan PBT masing-masing, lima dalam seratus hari, dan lima projek dalam satu tahun supaya rakyat nampak inisiatif dan kesungguhan PBT selepas kita menaikkan semakan kadar nilaian cukai-cukai taksiran kerana kita sedia maklum kekangan untuk pihak PBT khususnya dalam pengurusan sisa pepejal dan sebagainya semakin hari semakin besar kerana faktor kewangan. Saya bagi contoh, bagi pengurusan sisa pepejal, setiap PBT ada yang menanggung lebih kurang 50%, 30 hingga 50% kos kutipan ini untuk bajet setahun. Di mana ialah dalam setahun perbelanjaan untuk PBT itu separuh untuk ke pengurusan sisa pepejal dan sebagainya. Oleh yang demikian, mereka ada banyak kekangan. Namun saya akan minta supaya PBT pastikan projek mana yang penting, yang harus diberi perkhidmatan yang terbaik dinaik taraf dan sebagainya untuk pembayar-pembayar cukai supaya pembayar cukai dapat menikmati dan merasai kewajaran semakan ini dan perlu dan mengikut kadar semasa. Sekian, terima kasih.
Ya, Kuala Kubu Baharu.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 43.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Pembangunan Industri Di Serendah Dengan Kewujudan EcrlQuestions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri di kawasan Serendah?
b)
Bagaimana kawasan Serendah dapat dimanfaatkan dengan kewujudan keretapi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ?
c)
Namakan beberapa potensi jenis pelaburan dan syarikat yang akan dibawa masuk ke kawasan Serendah.
Terima kasih Kuala Kubu Baharu. Tahniah kerana berjaya mengekalkan kerusi Kerajaan Perpaduan dan selamat datang ke Sidang Dewan Negeri Selangor. Kawasan Serendah telah dikenal pasti sebagai nukleus utama bagi Hub Pembuatan Pengangkutan yang mana Perodua, Tan Chong Motors, UMW Aerospace dan vendor-vendor automotif melabur dan membuka kilang di kawasan ini. Selain itu pembukaan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah oleh UMW Development Sdn. Bhd. telah menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan Serendah terutama selepas pemindahan Ibu pejabat UMW dari Shah Alam ke Serendah dan pelaburan oleh Longi Malaysia di kawasan ini. Selain ini, kawasan Sungai Buaya juga telah menarik pelaburan dengan pembukaan kawasan perindustrian oleh Brem Construction dan MJD Development.
Pembangunan ECRL telah membuka peluang baharu kepada kawasan Serendah bagi dimajukan sebagai Hub Logistik Negara. Dengan adanya Stesen Bandar Serendah yang bakal menjadi pertemuan antara rel dari pantai timur, selatan dan utara, Serendah dilihat berpotensi menjadi pusat pengedaran dan logistik. Pelabur boleh menggunakan ECRL bagi mengedarkan barangan ke timur menggunakan Pelabuhan Kuantan, manakala barangan dari timur boleh dihantar ke Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang melalui Stesen Bandar Serendah. Selain itu Stesen Bandar Serendah juga akan berfungsi sebagai stesen penumpang ECRL. Jenis pelaburan yang berpotensi untuk dibawa ke kawasan Serendah selepas adanya ECRL adalah syarikat-syarikat logistik. Selain ini pelaburan berasaskan aktiviti hiliran bagi pembuatan pengangkutan juga berpotensi dikembangkan di kawasan Serendah sesuai dengan fungsinya sebagai nukleus utama bagi Hub Pengangkutan Negara. Terima kasih.
Ya, Kuala Kubu Baharu.
Memandangkan ada projek pembangunan industri ataupun termasuk juga perumahan komersial yang juga telah diluluskan oleh MPHS, maka Kuala Kubu Baharu ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri, Negeri JKR dan juga UPEN untuk mengkaji macam mana kita nak menaik taraf jalan lalu lintas khususnya dari susur turun Rawang Bypass sampai ke KTM Serendah juga sebab ada dua hala jambatan, dua hala jalan yang menjadi punca kesesakan lalu lintas.
Tuan Speaker, ini merupakan satu cadangan dan Kerajaan Negeri ambil maklum, dia bukan soalan, ambil maklum berkenaan cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Terima kasih.
Batang Kali.
Soalan 44.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Isu Tanah Rizab MelayuQuestions
44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Tanah Rizab Melayu terjaga dan hanya dimiliki oleh Bangsa Melayu?
b)
Berapakah jumlah Tanah Rizab Melayu yang masih ada di Daerah Hulu Selangor mengikut Kawasan Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Ulu Bernam?
Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali di mana soalannya yang pertama iaitu apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan rizab Melayu terjaga dan hanya dimiliki oleh bangsa Melayu dan seterusnya berapakah jumlah Rizab Melayu yang masih ada di Hulu Selangor mengikut kawasan Batang Kali, Kuala Kubu Baharu dan juga Hulu Bernam. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan rizab Melayu terjaga dan hanya dimiliki oleh bangsa Melayu adalah dengan cara sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan Tanah Rizab Melayu tidak diceroboh ataupun pengambilan atau pembatalan secara penggantian berdasar kepada Pekeliling sedia ada iaitu Jabatan iaitu Pekeliling PTGS Bil 7/2001 : Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Rizab Melayu di Negeri Selangor dan juga Pekeliling PTGS Bil 3/2015 : Garis Panduan Pembatalan dan juga Penggantian Tanah Melayu, Rizab Melayu semasa Pengambilan bagi Tujuan Awam atau Kemudahan Awam bagi Kegunaan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Jawapan (b), jumlah keseluruhan TRM ataupun Tanah Rizab Melayu bagi Hulu Selangor adalah sebanyak 17,779 hektar dengan keluasan jumlah keseluruhan sebanyak 175,312 hektar menjadikan peratus keluasan TRM sebanyak 10.14 %. Bagi jumlah Tanah Rizab Melayu mengikut kawasan seperti berikut. Daerah Hulu Selangor, kawasan Batang Kali sebanyak 12,427 ekar, dan Kuala Kubu Baharu sebanyak 6,191 ekar dan juga kawasan Ulu Bernam sebanyak 11,111.
Ya, Batang Kali.
Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, sebanyak 12,187.95 ekar Tanah Rizab Melayu telah hilang. Yang digantikan hanyalah 5,570.19 ekar dan dalam tempoh lima tahun yang terkini, sebanyak 2,254.802 ekar tanah yang hilang ataupun tidak dapat dikesan. Soalan saya, sebelum soalan, saya nak bertanya tentang Lot 239, Kawasan Mukim Rasah, kawasan Batang Kali, sorry, kawasan Kuala Kubu Baru. Ini adalah contoh bagaimana Tanah Rizab Melayu dimiliki oleh kaum bukan Melayu, sebanyak tiga ekar di kawasan Kuala Kubu Baru. Ini salah satu contoh yang ada.
Yang Berhormat.
Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa perkara ini boleh berlaku ke atas tanah-tanah Rizab Melayu yang lain dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu yang hilang dalam jangka masa terdekat? Terima kasih.
Yang Berhormat, saya memohon supaya soalan ini dijawab secara bertulis kerana ianya meliputi, melibatkan soalan spesifik dan saya mohon Yang Berhormat Batang Kali untuk menyampaikan soalan ini secara bertulis kepada Yang Berhormat Tanjung Sepat untuk dijawab secara bertulis pada masa yang paling segera oleh Tanjung Sepat. Ya, itu sahaja. Sungai Kandis.
Sungai Kandis, soalan 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Bantuan Perniagaan Khas Kepada Wanita, Ibu Tunggal Dan OkuQuestions
45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah insentif yang disediakan untuk OKU Dewasa Selangor khususnya dari segi penjanaan ekonomi?
b)
Jika tiada, adakah kerajaan mempunyai perancangan menyediakan skim khas bantuan perniagaan untuk membantu golongan ibu tunggal dan OKU?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Kandis. Soalan tentang apakah insentif yang disediakan untuk OKU dewasa Selangor khususnya dari segi penjanaan ekonomi. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Anak Istimewa Selangor ataupun ANIS di bawah YAWAS telah menjalankan program Independent Living Support Centre (ILSC) bermula pada tahun 2022. Program ini berfokuskan kepada belia berumur 17 hingga 25 tahun dengan diberikan latihan pekerjaan serta penempatan pekerjaan selepas tamat latihan. Latihan diberikan kepada peserta yang terpilih selama tiga hingga enam bulan dengan dibiayai melalui geran ILSC. Selepas peserta mendapat tawaran pekerjaan, job coaching diberikan kepada peserta agar mereka terus mendapat pekerjaan yang ditawarkan dan tidak diberhentikan. Selain itu, kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU antaranya ialah kerjasama dengan PERKESO untuk mendapatkan peluang pekerjaan kepada peserta setelah tamat latihan. Sehingga kini, 25 daripada 35 orang pelajar yang telah tamat latihan di ILSC ditawarkan pekerjaan melalui syarikat panel PERKESO. Kerjasama juga dilaksanakan dengan Institut Kemahiran Belia Negara, (IKBN) dan badan NGO bagi menyediakan peluang pekerjaan untuk OKU.
Bagi soalan kedua, adakah Kerajaan mempunyai perancangan menyediakan skim khas bantuan perniagaan untuk membantu golongan ibu tunggal dan OKU. Secara umumnya, penyertaan bagi bantuan dan skim perniagaan yang disediakan oleh Kerajaan menerusi ILTIZAM Selangor Penyayang adalah inclusive dan terbuka kepada semua golongan termasuk ibu tunggal dan OKU. Antaranya ialah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Geran Dana Usahawan Madani Selangor di UMS serta Skim Hijrah Mikrokredit. Di bawah Wanita Berdaya Selangor pula, antara usaha untuk membantu golongan ibu tunggal adalah melalui program Pemberian Geran Ibu Tunggal sebanyak RM5,000.00 secara one off kepada persatuan-persatuan ibu tunggal berdaftar di Negeri Selangor. Pemberian geran ini bertujuan untuk menyuntik dana kepada persatuan agar
mereka dapat bergiat lebih aktif ke arah memperkasa golongan ibu tunggal serta ibu tinggal di Selangor termasuk dalam aspek kebajikan. Sekian, terima kasih.
Ya, Sungai Kandis.
Soalan Tambahan. Yang Berhormat EXCO, di atas penerangan nampak memang agak memuaskan, cuma kita nak tengok sekarang pencapaian percentage, peratusan yang menerima so that kita boleh dapat anggaran berapa yang mendapat manfaat daripada program tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat untuk soalan tambahan. Saya tidak mempunyai data spesifik buat masa ini. Saya akan memberikan jawapan bertulis kepada pihak Y.B. Yang Berhormat sekiranya setelah analisa telah dilakukan melalui percentage dan sebagainya.
Baik, terima kasih.
Saya akan bagi Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 46.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Program SithamQuestions
46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini bagi program Sitham?
b)
Berapakah jumlah permohonan bagi tahun 2024 dan berapa peruntukan telah dibelanjakan?
Terima kasih Sentosa. Untuk menjawab soalan Sentosa, untuk makluman Sentosa program SITHAM dalam pada tahun ini dan seterusnya sedang diselaraskan dengan I-SEED di mana kita dapati
program ini memiliki tujuan ataupun hasrat yang sama dan ianya dikhuatiri bertindan. Jadi untuk masa ini melalui UPEN telah membuat penstrukturan semula dan penyelarasan bagi program SITHAM dengan I-SEED iaitu Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor. Manakala di peringkat platform Selangor pula, di bawah MBI, kita sedang merangka juga program-program yang memfokuskan kepada golongan tercicir di kalangan masyarakat India dan insya-Allah akan diumumkan dalam masa terdekat. Dan untuk tahun 2024, tiada permohonan direkodkan untuk SITHAM dan manakala jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program SITHAM dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 adalah sebanyak 3.4 juta ringgit. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Ya, Sentosa.
Terima Tuan Speaker. Terima kasih EXCO untuk jawapan yang Sentosa tanya. Saya nak ada tanya berkenaan dengan program-program yang akan dirancang dan akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri menerusi MBI dan juga pejabat EXCO. Sementara itu, Kerajaan Pusat telah banyak memperkenalkan program-program melalui Kementerian Keusahawanan iaitu program TEKUN, Amanah Ikhtiar dan sebagainya. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat ataupun berkerjasama dengan Kementerian untuk membawa program-program ini untuk usahawan-usahawan di peringkat Negeri Selangor. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Sememangnya kita sedang dalam proses merangka keperluan-keperluan seperti yang Sentosa bangkitkan. Walau bagaimanapun, untuk buat masa ini kita ada inisiatif di bawah I-SEED tadi yang mana ianya juga berperanan yang hampir sama dengan SITHAM memberikan geran pendidikan, bantuan pendidikan dan juga geran perniagaan. Walau bagaimanapun, di peringkat platform Selangor kita baharu sahaja menyelaraskan unit sebelum ini SITHAM ini bersama-sama dengan platform Selangor dan mereka dan pada hari Jumaat ini kita akan buat anjurkan pertemuan dengan KUSKOP (Kementerian Usahawan dan Koperasi) untuk kita selaraskan program-program di peringkat Kerajaan Persekutuan yang boleh kita synchronize dengan izin, dengan Kerajaan Negeri khususnya dalam kita menyasarkan apa yang saya sebutkan tadi golongan yang keciciran di kalangan masyarakat India. Terima kasih Yang Berhormat.
Bukit Gasing.
Tuan Speaker, Subang Jaya mohon ambil soalan bagi pihak Bukit Gasing bawah Peraturan Tetap 24 (2).
Saya tidak benarkan. Meru.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Tahun Melawat Selangor 2025Questions
48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah strategi yang dirancang bagi mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 di media sosial?
b)
Adakah terdapat rancangan spesifik bagi memperkenalkan kawasan Meru sebagai salah satu destinasi pelancongan?
c)
Apakah perancangan untuk membantu agensi pelancongan tempatan dalam memeriahkan Tahun Melawat Selangor 2025?
Y.B. DATO’ NG SUEE LIM
: Terima kasih Tuan Speaker dan Terima kasih Yang Berhormat Meru. Untuk makluman Yang Berhormat jawapan ini akan dijawab, eh sorry....
Soalan 48.
Y.B. DATO’ NG SUEE LIM
: 40?
8.
8 ya?
Tahun Melawat Selangor.
Y.B. DATO’ NG SUEE LIM
: Untuk makluman Yang Berhormat, jawapan ini akan dijawab bersekali dengan pertanyaan lisan bilangan 224, Yang Berhormat KKB dan juga pertanyaan lisan bilangan 317, Yang Berhormat Selat Klang dan juga pertanyaan lisan bilangan 375, Yang Berhormat Kota Damansara berkenaan dengan Tahun Melawat Selangor 2025. Program dan kempen promosi pelancongan melalui platform media sosial merupakan antara inisiatif utama yang giat dilaksanakan untuk makluman Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mempunyai 16 akaun rasmi media sosial dalam pelbagai bahasa, yang mempunyai hampir 1 juta pengikut serta mendapat lebih 30,000 juta capaian dalam tempoh setahun. Berikut merupakan strategi yang dirancang bagi mempromosikan Kempen Tahun Melawat Selangor di platform media sosial. Satu, melaksanakan peraduan, contest secara berkala yang menawarkan hadiah merupakan baucar pelancongan, penginapan hotel, tiket masuk ke taman tema. Dua, mengutamakan kualiti dan kreativiti konten mengikut peredaran semasa dengan teknik suntingan gambar atau video yang menarik. Tiga, bekerjasama dengan pihak pempengaruh media sosial, youtuber dan vlogger bagi membuat konten menarik untuk mempromosikan kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Empat, mengadakan kempen pengiklanan media sosial berbayar seperti Youtube ads, Facebook ads dan TikTok ads, bagi meningkatkan capaian hantaran posting dan lima, menerbitan travelog khas sebanyak 12 episod bagi mempromosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sentiasa akan mencari produk-produk pelancongan baru mempunyai tarikan. Justeru itu, beberapa produk di kawasan Meru seperti gelanggang gasing di Kampung Bukit Kapar dalam proses kajian untuk dijadikan antara produk pelancongan di Bandaraya Klang. Usaha ini dilaksanakan melalui lawatan teknikal pelancongan yang melibatkan beberapa agensi yang berkaitan bagi memastikan produk pelancongan baru yang diperkenalkan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, berikut merupakan perkara yang perlu dititikberatkan apabila membangunkan potensi sesuatu kawasan pelancongan; satu, ianya perlu merujuk Undang-Undang Malaysia di bawah Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992 dan mengenal pasti status tanah atau kawasan yang ingin dijadikan kawasan pelancongan. Dua, pembangunan pelancongan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur, kemudahan jalan serta akses dan nilai komersial yang menggambarkan x-factor dan keunikan yang ada pada sesuatu kawasan tersebut dan tiga perancangan aktiviti promosi yang giat dilaksanakan pihak-pihak berkepentingan bagi memasarkan produk pelancongan melalui pakej pelancongan yang bersepadu.
Sempena penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sedang merancang untuk memperkenalkan inisiatif Geran Industri
merancang untuk memperkenalkan inisiatif bertujuan sebagai suntikan insentif kepada para penggiat industri pelancongan dalam usaha mempromosi dan menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Penggiat industri pelancongan dan agensi pelancongan boleh membuat permohonan dengan menghantar kertas cadangan bagi mendapatkan geran sehingga RM20,000.00 mengikut tema dan syarat yang akan ditetapkan. Secara tidak langsung geran ini akan membantu penggiat industri lebih aktif dalam mempromosi Negeri Selangor sebagai destinasi utama di Malaysia. Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 merupakan hala tuju kempen promosi pelancongan yang terbaharu yang akan menjalankan aktiviti promosi pelancongan dalam skala yang besar yang bertujuan untuk meningkatkan profil dan kemajuan industri pelancongan di Negeri Selangor.
Berikut merupakan inisiatif dan persediaan yang sedang dan akan dilaksanakan sempena penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Satu, penetapan matlamat dan sasaran keseluruhan Tahun Melawat Selangor 2025. Perincian seperti berikut ;
a) Sasaran kedatangan pelancong seramai 8 juta orang domestik dan antarabangsa. Itu sasaran. b) Sasaran resit pelancongan berjumlah RM11.7 billion. c) Sasaran program dan acara pelancongan melebihi 60 acara. d) Sasaran promosi pelancongan melebihi 50 inisiatif; dan e) Sasaran capaian media sosial 30 juta capaian dan tontonan.
Dua, sempena penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025, berikut merupakan segmentasi pelancongan yang akan diberikan penekanan khusus Tuan Speaker.
a) Pelancongan eko. b) Pelancongan agro. c) Pelancongan seni dan budaya. d) Pelancongan gastronomi ataupun makanan yang enak-enak. e) Pelancongan MAIS ataupun meeting, insentif, conference and exhibition. f) Pelancongan pengalaman, expedition tourism.
Tiga, kajian potensi pelancongan seperti analisis pasaran bagi menentukan segmen pelancongan berpotensi dan trend pelancongan semasa. Empat, menambah baik infrastruktur sistem pengangkutan awam dan mengenal pasti produk pelancongan baru di semua daerah di Negeri Selangor. Lima, menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi termasuk kempen pengiklanan, kempen digital dan media sosial siri promosi dan luar negara. Penganjuran acara pelancongan road show dan travel fair. Empat, mengadakan
kerjasama dengan penggiat industri pelancongan, agensi pelancongan, pihak syarikat penerbangan dan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan capaian pemasaran, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menawarkan pakej-pakej yang menarik. Tujuh, menganjurkan program latihan dan pendidikan pelancongan untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran penggiat industri terhadap keperluan pelancongan. Lapan, menyediakan kalendar acara pelancongan dan festival yang mempunyai daya tarikan unik. Sembilan, membuat persediaan dalam aspek keselamatan dan kebersihan di destinasi pelancongan dan kemudahan awam. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan menubuhkan Jawatankuasa Induk bagi pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 yang turut melibatkan penyertaan beberapa agensi Kerajaan Pusat selain daripada Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Induk ini segala program, aktiviti, promosi pelancongan, pelaksanaan dasar serta hala tuju perancangan tahunan akan diselaraskan dan disokong secara menyeluruh khususnya sepanjang tahun 2025. Berikut Tuan Speaker, perancangan yang dibuat oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dalam mempromosikan Daerah Hulu Selangor ya Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Satu, penyediaan pakej pelancongan yang berkonsepkan eko alam semula jadi sukan lasak, inap desa, inap dusun untuk agensi pelancongan dari dalam dan luar negara. Dua, penganjuran program fan trip di Daerah Hulu Selangor secara berkala bersama pengamal media dan agensi pelancongan. Tiga, penganjuran acara pelancongan seperti Wing of KKB, Selangor King of The Mountain (KOM), Challenges Hulu Selangor Adventure Challenges (SSAC), Hulu Selangor Ultra Trail (KKB), Star Fest, Paragliding International Accurancy dan Malaysia Adventure Festival Mix Fest. Empat, program promosi melalui media sosial yang telah dilaksanakan melalui skuad tiktok Tourism Selangor yang menjelajah dan membuat hantaran media sosial menarik bagi produk-produk pelancongan di Daerah Hulu Selangor. Pernyataan menerusi program promosi pelancongan dalam dan luar negara seperti ITV, Brain. Enam, pernyataan menerusi Networking Event International PJ Outdoor Expo Borneo Bird Race dan Culture Cameron Highland. Seterusnya tujuh, penganjuran Rakan Strategik Pelancongan Daerah Hulu Selangor yang melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), event organizer, MPKK, JKK dan komuniti setempat. Lapan, penaiktarafan mural di Lorong Seni Kuala Kubu Baharu yang dijadikan sebagai outdoor museum merangkumi tiga aspek utama iaitu lorong aktiviti sukan lasak, lorong sejarah Kuala Kubu Baharu dan lorong kehidupan masyarakat Asli Temuan Kuala Kubu Baharu dan penaik tarafan kawasan pelepasan aktiviti luncur udara iaitu paragliding yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Segala perancangan dan strategi promosi ini tidak lain dan tidak bukan nak pastikan kejayaan Tahun Melawat Selangor 2025 supaya sasaran 8 juta ini dapat kita capai. Jangan lupa. Nak bercuti pusing Selangor dulu. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Soalan saya ialah sejauh manakah penglibatan Kerajaan Selangor dalam menggalakkan pengusaha agro pelancongan terlibat dengan MAHA 2024? Ini salah satu juga cara untuk kita menarik pelancong untuk datang ke Selangor 2025. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Memang Tourism Selangor dan juga Kerajaan Negeri kita sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan penuh mana-mana exhibition, pameran yang boleh menarik dan memberi pendedahan kepada semua pengunjung-pengunjung, pelancong-pelancong sama ada domestik dan international seperti MAHA 2024 yang boleh menarik seramai mungkin pengunjung ke MAHA dan Tourism Selangor kita akan teliti kalau ada peluang dan ruang yang ada kita akan sebarkan di situ tentang produk-produk pelancongan di Negeri Selangor sementara orang tengok produk, pertanian dan sebagainya. Ini caranya Selangor kita tidak akan lepaskan apa-apa peluang yang dapat menonjolkan keunikan, kecantikan Negeri Selangor supaya ramai yang suka datang bercuti ke Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kota Damansara.
Terima kasih. Yang Berhormat EXCO, saya ingin menanyakan memandangkan tahun hadapan ialah merupakan Tahun Melawat Selangor, berapa banyak program kerjasama yang telah berjaya di lock oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama Kerajaan Pusat? Sebab apa? Apabila Kerajaan Negeri Selangor buat Tahun Melawat Malaysia, saya bagi contoh, contoh kerajaan Melaka. Bila tahun ini ialah Tahun Melawat Melaka, semua dia memastikan program-program Kerajaan Pusat ini dibuat di Melaka. Jadi, secara tidak langsung kalau hari Merdeka di Melaka. Kalau macam Malaysia mungkin kita boleh tarikkan, secure kan beberapa program-program utama di peringkat pusat ni dibuat di Selangor secara tak langsung kita boleh dan ada juga kita panggil bandar-bandar angkat khususnya di kawasan PBT-PBT. Mereka ini kadang-kadang buat MOU dengan bandar-bandar angkat. Sejauh manakah benda ini membantu untuk mereka promosi sekadar MOU dengan bandar-bandar angkat untuk promote Selangor? Jadi, secara tak langsung ini turut membantu Kerajaan Negeri.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara yang memberi cadangan yang bernas dan pandangan untuk bagaimana kita nak adakan kerjasama dan sebagainya. Tourism Selangor kita ada kekangan dari segi belanjawan. Yang penting dan Melaka tahun ini Tahun Melawat Melaka. Mereka, Kerajaan Negeri spend jumlah yang lebih besar dan saya difahamkan lebih RM40 juta mereka untuk perbelanjaan Tahun Melawat Melaka dan Tahun Melawat Negeri Selangor kita akan minta bajet tambahan paling kurang RM6 juta untuk bajet tambahan untuk kita bekerjasama dan promosi semaksimum mungkin dan pada masa yang sama kerjasama yang kita jalinkan dengan semua pihak termasuk di luar negara. Kita banyak adakan fan trip baru-baru ini daripada Northern East Negeri China daripada Thalian, daripada Senyang Changchun Haribin, kita telah bekerjasama dengan Negeri Melaka dan Negeri Pahang. Tiga negeri pertama kalinya melangkaui tiga negeri kita adakah satu trip secara percuma kepada 30 penggiat industri, pengusaha industri. Mereka ini semua adalah industri player yang besar di Northern East Negeri China ini. Kita telah adakan road show bersama Tourism Malaysia bulan tiga. Di sana kemudian apabila kita balik, kita adakan fan trip supaya mereka penggiat ini datang. Mereka dah tau dah kenali Selangor, dah kenali Malaysia tetapi produknya kita dah sebarkan ya, tentang keunikan, tentang kecantikan Negeri Selangor tetapi mereka tak nampak sendiri dengan deals sekali. Jadi, kita ajak mereka datang. Datang dengan tujuh hari enam malam. Tujuh hari enam malam. Di Selangor, tiga hari dua malam. Termasuk mereka pergi ke mana? Ke Sepang, HL Dragon Fruit dan kemudiannya mereka pergi ke Anjung Selatan kemudian ke Anjung Utara daripada Bukit Melawati Sky Mirror kemudian pergi ke Sekinchan, Pantai Redang, Wishing Tree, kemudian pergi ke mana? Sungai Panjang Konservasi Kelip-Kelip di Sungai Panjang. Yang Berhormat Sungai Panjang, kita bawa ke Sungai Panjang. Tengok kelip-kelip di situ. Saya bagi tahu kelip-kelip di Sungai Panjang unik, lain daripada yang lain. Sekali tengok kelip-kelip ini dia adalah sinaran yang membawa harapan kepada anda semua. Kepada pengunjung semua. Inilah harapan kita dalam kegelapan ada sinaran. Kelip-kelip bagaikan pokok Krismas. Mereka teruja. Mereka teruja nampak pokok Krismas yang boleh kelip-kelip. Berpuluh ribu kelip-kelip di situ. Wah! Mereka memang suka datang ke Negeri Selangor
Soalan tambahan Yang Berhormat, ada soalan tambahan.
Ya, ya. Saya nak beritahu tentang keunikkan. Belum lagi, belum lagi. Saya tengah. Oh tak ada masalah. Sabar
Bukit Melawati dulu soalan tambahan.
Saya cuma bagitahu kelip-kelip itu ada sinar harapan.
Sekinchan.
Ya.
Panjang lagi ke? Ada soalan tambahan dari Bukit Melawati.
Saya pendekkan. Pendekkan.
Bukit Melawati dulu soalan tambahan.
Saya belum habis. Sekejap sikit je. Dah habis baru bagi.
Yang Berhormat, Sungai Panjang menyebut, Sungai Panjang bertanya.
Mereka teruja dan kemudian mereka pergi ke Batu Caves. Pergi ke Batu Caves menyaksikan bagaimana keindahan Dewa Murugan di dalam Batu Caves itu dengan tangga 272 steps, anak tangga kena panjat. Mereka berpeluh tubuh. Inilah keunikan Geopark kita di Batu Caves. Jadi, saya nak bagi tahu keindahan Selangor, keunikan Selangor, tarikan Selangor memang banyak. Ahli-ahli Yang Berhormat kena bantu saya promosi semaksimum yang boleh. Pastikan nak bercuti, pusing Selangor.
Saya nampak Bukit Melawati, ya.
YB EXCO, pertamanya tadi YB EXCO ada bagi tahu di mana dalam media sosial lebih kurang dalam 1 juta pengikut. Jadi, saya melihat ada, tak berapa banyak media sosial yang ada dalam Selangor Tourism ini, yang paling aktif pun saya tengok Discovery Selangor yang mana promotion pun, promote pun tujuh hari yang lepas. Jadi, soalan saya macam mana kaedah yang lebih menarik untuk mempromosi Tahun Melawat Negeri Selangor? Bila saya tengok kebanyakan gambar pun banyak di Sekinchan je, adakah minat YB EXCO hanya di Sekinchan ataupun di tempat-tempat lain? Yang kedua, bila Tourism Selangor pergi ke luar negeri contohnya di ITB, Berlin, ATM, London tapi promotion yang dibuat di sana booth Selangor pun kecil sahaja. Jadi, menggambarkan YB EXCO ni sebenarnya minat tak minat untuk menjaga Tourism Selangor ataupun lebih minat untuk menjaga PBT? Itu soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati yang bagi pandangan dan cadangan, saya nak bagi tahu Bukit Melawati saya bawa pelancong daripada Negeri China kita bawa ke Anjung Utara termasuk Bukit Melawati. Bukit Melawati di kawasan DUN siapa? DUN Yang Berhormat. Saya bantu. Tak ada masalah. Sungai Panjang pun saya bantu. Jadi, Sungai Panjang pun tadi angguk. Setuju. Jaga saya. Kita bantu semua. Tak ada soal nak jaga PBT nak jaga pelancongan. Pergi ITB, ke Berlin dan sebagainya kadang-kadang kita tak buat booth besar. Kita ikut Tourism Malaysia dan sebagai atas jemputan sebab di sana perlukan kos yang terlalu besar. Kos yang terlalu besar. Dalam budget yang ada di Tourism Selangor ini kita tak mampu untuk buat yang besar. Tapi sekadar yang kecil tapi yang penting kesannya, impak itu kena ada. Delegasi yang pergi betul-betul kerja kuat untuk promosikan Selangor. Itu yang paling penting. Yang kemudian, saya juga nak respons tentang media sosial kita ada yang kurang, kurang kemas kini dan sebagainya. Saya akan pastikan Tourism Selangor teruskan upload dan gambar-gambar lebih-lebih lagi di Bukit Melawati, di Sky Mirror dan juga di Figger Healing. Figger dan helang yang begitu banyak. Bayangkan kalau kita naik perahu, naik bot kecil keluar di muara sungai dengan helang yang dua tiga ekor, tiba-tiba kita SMS, Whatapps dan messages kepada semua helang dalam sekelip mata lima minit semua helang empat jenis beratus ekor datang datang ke situ mengunjungi anda. Bagaimana suasana seperti itu? Itu yang nak saya katakan. Saya akan cuba semua gambar-gambar yang cantik ini masuk dalam media platform sebaran kita termasuk Bukit Melawati. Usah khuatir. Terima kasih.
Dusun Tua.
Tuan Speaker, soalan saya 49.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Projek Ekve (EAST Klang Valley Expressway) Dusun Tua – AmpangQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini projek tersebut?
b)
Apakah tanggungjawab kontraktor EKVE ke atas isu banjir kilat dan penyelenggaraan jalan, jambatan yang kerap rosak yang berada di sekitar kawasan pembinaan mereka?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Dusun Tua bertanyakan soalan berhubung isu ataupun status projek lebuh raya EKVE (East Klang Valley Expressway) dan juga apakah pihak kontraktor EKVE bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan banjir dan penyelenggaraan jalan dan jambatan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, sehingga 15 Jun 2024 projek Lebuhraya EKVE telah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 89.13% dengan kelewatan sebanyak 5.5% disebabkan masalah kontraktor dan masalah dalaman syarikat, consession ya, yang dihadapi bersama pihak kontraktor juga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak syarikat konsesi Lebuhraya EKVE telah menandatangani perjanjian konsesi tambahan kelima pada dengan tarikh penyiapan pembinaan keseluruhan Lebuhraya EKVE yang terkini telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2025. Walaupun kalau tengok peratusnya tak banyak ada lagi 11% untuk siapkan tetapi telah dilanjutkan kepada 31 Disember 2025.
Berhubung dengan isu banjir ataupun yang di bawah kawalan pihak Majlis Perbandaran Kajang ini, mereka telah mengambil tindakan ke atas pihak EKVE kerana telah menyebabkan banjir lumpur dalam kawasan pentadbiran MPKj iaitu di Taman Desa Budiman dan Terowong Twin Palm, Bandar Sungai Long di mana kompaun di bawah Seksyen 71, Akta Parit, Jalan Parit dan Bangunan 1974 dikeluarkan sebanyak RM250,000.00 di atas kegagalan mengawal tapak pembinaan dan menyebabkan banjir lumpur. Berdasarkan notis arahan pembaikan pihak EKVE telah pun mengambil tindakan pembaikan dengan menyediakan kolam perangkap kelodak atau silt trap di tapak pembinaan bagi mengawal aliran air dalam tapak projek. Bagi penyelenggaraan jalan dan jambatan ini, pihak di bawah jajaran ROW pihak JKR, mereka telah berurusan juga dengan pihak EKVE untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan ataupun menyenggara jalan jambatan yang rosak di bawah ketika kerja-kerja pembinaan EKVE ini dibuat. Terima kasih.
Dusun Tua.
Yang Berhormat EXCO, bolehkah saya mengetahui punca kelewatan projek delay dan dapat extension sampai Disember 2025. Apakah puncanya? Dan mohon perhatian tentang jambatan ini jangan sampai
ada meragut nyawa kerana cara maintainance jambatan ini menggunakan steel bar yang berat tanpa di welding dan motor ada yang tercerut dalam itu, amat merbahaya. Dan satu, sepatutnya bilakah tempoh siap? Sepatutnya. First kontrak dia.
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua kerana bertanyakan soalan tambahan ini. Saya sebenarnya memang sentiasa memantau di bawah Jawatankuasa Pemantauan Lebuhraya dan Projek Infra Utama memang kita secara berkala mengadakan mesyuarat dengan semua bukan sahaja EKVE, semua pemegang consessionaire bagi lebuhraya di Negeri Selangor dan extension ini sebenarnya di luar bidang kuasa kita dan dibuat di bawah Kementerian Kerja Raya dengan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan telah menilai dan meneliti permohonan mereka. Dan saya dapat makluman ini dalam ada banyak isu sebenarnya menyebabkan kelewatan tapi punca utama yang besar ialah dari masalah kewanganlah, dalaman syarikat yang telah pun berjaya diselesaikan sebahagiannya saya difahamkan dah diselesaikan sebahagian tapi masih ada lagi keperluan mereka dan itu telah pun ditandatangani baru-baru ini dan telah mendapat suntikan bagi meneruskan kerja-kerja menyiapkan lebuh raya ini. Dan isu dengan kontraktor pun ada tapi itu bukan isu utama mereka lebih kepada isu kewangan dan isu dalaman dan telah diselesaikan dan kerja-kerja dah mula berjalan. Saya akui memang kelewatan ini sepatutnya kalau ingat tarikh asal saya kata dah patut siap dah. Dah lama dah siap. Kalau ikut dari peratus tak banyak dah tetapi disebabkan masalah kewangan ini yang tidak, yang lambat itu menyebabkan itu terganggu. Sebab itu saya sentiasa memantau keadaan ini dan dari segi aspek dalam kita menyediakan projek infra ini terutama lebuh raya ini dalam pembinaan ini penting. Proses pembinaan. Sebab dalam itulah menyebabkan banyak kacau ganggu sama ada dari segi aspek longkang, parit, jalan dan kadang-kadang rumah. Ini sebab itu saya dah dalam mesyuarat pemantauan ini lebuh raya ini pihak-pihak PBT pun ada bersama, pihak Pejabat Daerah, PBT dan JKR pun ada bersama. Dan saya dah minta mereka supaya memantau termasuk LUAS juga. Isu-isu kekeruhan air Sungai Ampang itu menjadi isu besar yang kita kena tangani. Jadi, perlu jawatankuasa jabatan ini perlu ada aspek teknikal tu mereka kena berurusan dan bila ada isu-isu yang besar yang tidak dapat diselesaikan itu akan dibawa ke dalam Jawatankuasa Pemantauan untuk kita putuskan dan ambil tindakan-tindakan susulan. Ini yang berlaku secara berkala. Terima kasih.
Speaker.
Soalan tambahan, Hulu Kelang.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO. Tadi Yang Berhormat Exco telah memberikan penjelasan tentang tahap
kemajuan projek EKVE dan Dewan difahamkan ada lebih kurang 11% lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Lanjutan daripada soalan tambahan daripada Dusun Tua, saya ingin dapat penjelasan, apakah salah satu punca kelewatan menyiapkan projek EKVE ini adalah masalah pengambilan tanah di Ukay Perdana yang kita bincangkan pada minggu yang lalu, di mana pampasan tidak ataupun belum diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan sudah ada perintah mahkamah dikeluarkan kepada Kerajaan Negeri untuk membayar. Saya tidak ingin menyentuh perkara itu cuma persoalan saya ekoran daripada jawapan Yang Berhormat EXCO pada minggu lepas bahawa perkara ini sedang diteliti dan ada keputusan untuk tidak mengambil semula tanah tersebut maka ada cadangan untuk membuat realignment jajaran yang sedia ada. Tetapi apakah Yang Berhormat sedia maklum kalau Yang Berhormat turun ke lapangan, realignment yang dicadangkan ini menimbulkan tahap bahaya yang amat kritikal kerana terlalu sharp apa ini dia punya pindaan itu menyebabkan selekoh itu akan menimbulkan bahaya kepada pengguna lebuh raya yang berkenaan. Jadi saya berharap sementara Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk tidak mengambil tanah pemilik tersebut dan pampasan perlu dibayar tetapi realignment mestilah menjamin keselamatan pengguna lebuh raya yang berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat Hulu Kelang. Untuk makluman semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan tanah yang terlibat dalam projek lebuh raya adalah di bawah KKR (Kementerian Kerja Raya) dengan urusan di bawah, diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri dan pampasan itu perlu dibayar oleh pihak pemegang concessionaire. Jadi itu urusannya. Kita sebagai negeri sebagai ejen pelaksana sebab pejabat daerah/ pejabat tanah di bawah kita. Itu sahaja. Jadi kalau urusan itu, pampasan itu di bawah mereka. Mereka kena selesaikan urusan-urusan atau isu yang melibatkan pengambilan tanah di bawah projek lebuh raya. Itu yang pertama.
Yang kedua, urusan juga teknikal dari segi sama ada pertukaran dari segi design, reka bentuk dan sebagainya juga tanggungjawab di bawah LLM (Lembaga Lebuh Raya Malaysia) dan kita hanya, kita tidak mempunyai kuasa sebenarnya untuk menentukan sebab itu ada spesifikasi yang telah ditetapkan untuk memenuhi. Tidak akan tidak mungkin mereka akan melaksanakan satu design atau reka bentuk yang menyalahi peraturan di bawah engineering yang telah ditetapkan. Ini tidak mungkin berlaku. Kalau ada juga komen atau ulasan-ulasan daripada pihak tertentu, kita boleh fowardkan kita boleh bawa secara rasmi kepada pihak Lebuhraya Malaysia tapi saya berkeyakinan penuh sebab apa sebarang design atau reka bentuk mesti melalui diluluskan di bawah spesifikasi yang telah ditetapkan untuk lebuh raya pembinaan. Dia ada spec dia yang perlu dipatuhi dan sebagainya. Dan perubahan itu, perubahan untuk mereka tidak menggunakan ramp di situ pun adalah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Lebuhraya
Malaysia bersama pihak concessionaire bukan keputusan Kerajaan Negeri dalam menentukan sama ada nak ramp, nak buat begitu dalam kawasan tanah presint power ataupun tidak. Ini urusan.. tapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Kelang sebenarnya itu bukan punca delay yang besar. Yang pertamanya kerana kewangan. Syarikat telah pun berjaya difahamkan oleh pihak kami, pihak Kerajaan Negeri bahawa mereka telah selesaikan sebahagian besarnya untuk dan kerja-kerja dah mula berjalan semula saya juga dimaklumkan sebahagian lebuhraya ini akan dibuka dalam masa terdekat.
Untuk sebahagian yang dah siap untuk dibuka dalam masa terdekat. Saya akan dapatkan kepastian dan bila tarikh untuk sebahagian lebuhraya ini untuk digunakan. Terima kasih
Yang Berhormat soalan tambahan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah pun menunjukkan jam 11.33 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul nombor 8 tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Usul nombor 8 tahun 2024. Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri Selangor.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan dan saya mohon mana-mana Ahli MMKN yang telah bersiap sedia untuk memberi penggulungan. Silakan Banting.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor, kakitangan awam yang dihormati tuan-tuan puan-puan sekalian. Tahniah juga diucapkan atas kemenangan saudari Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Salam Sejahtera dan Salam Kita Selangor. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana kita dapat bersatu hati hari ini di dalam Dewan Negeri Selangor yang Mulia ini untuk sesi penggulungan perbahasan mengenai Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama RS-1. Saya pihak Kerajaan Negeri Selangor ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang telah mengambil bahagian dalam
penuh semangat dan dedikasi dalam perbahasan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang telah berlangsung selama beberapa hari yang lalu.
Saya juga percaya kepimpinan Dato’ Menteri Besar kita dalam merealisasikan RS-1 dengan semua rancangan termasuk Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA), Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), Gerbang Maritim Selangor (SMG), lain-lain demi kemajuan Negeri kita yang menetapkan tangga pertama kedudukannya di dalam KDNK negara kita yang telah mencatat 25.9%. Perbahasan yang kondusif dan penuh dengan idea yang bernas amatlah berharga bagi Negeri Selangor dalam usaha untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor ini. Tahniah kepada Dato’ Menteri Besar dan barisan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri dan juga tidak lupa dengan kakitangan awam yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk atau back bone kepada kesemua kejayaan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang dan Ahli-Ahli Dewan Negeri, pembangunan Pulau Carey dan Pelabuhan Carey secara berfasa dijangka akan mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuklah masyarakat Orang Asli sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, masyarakat Orang Asli di Pulau Carey juga akan dapat menikmati sistem rangkaian perhubungan serta infrastruktur dan utiliti yang lebih baik melalui pembangunan Pulau Carey. Masyarakat orang asli di Pulau Carey juga secara tidak langsung akan turut menikmati kesan positif dari pembangunan Pulau Carey dengan peningkatan peluang pekerjaan dan jaringan perhubungan yang lebih baik. Peningkatan aktiviti pelancongan pembangunan infrastruktur atas asas dan kerancakan aktiviti ekonomi selepas Pelabuhan Klang siap kelak. Misi utama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor adalah membantu masyarakat orang asli dalam meningkatkan taraf hidup meliputi 7 fokus utama iaitu;Tanah, Pendidikan, Infrastruktur, Ekonomi, Kepimpinan, Kebudayaan dan Kesihatan. Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor sentiasa berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor untuk mengeratkan Program-program dirancang di bawah 7 fokus utama tersebut. Di peringkat Kerajaan Persekutuan pula, pelbagai bantuan dan program dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan masyarakat Orang Asli. Antara program yang dijalankan adalah Program Anjakan Pelajar bagi pelajar yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun dan 16 tahun hingga 17 tahun. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama MARA dan TVET selain itu JAKOA juga menyediakan Program Motivasi Pelajar bersama Ibu Bapa bagi memberi pendedahan berkaitan kepentingan pendidikan sebagai medium peningkatan taraf kehidupan mereka. Pihak Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan pihak NGO untuk merancang dan melaksana pelbagai
program dengan menjadikan peningkatan pendidikan sebagai antara fokus utama. Antara program yang dijalankan adalah program menyemai budaya membaca di kalangan masyarakat Orang Asli dengan fokus kepada golongan kanak-kanak sebagai salah satu inisiatif bagi menerapkan kepentingan pendidikan sebagai inisiatif bagi sektor pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli.
Untuk makluman Yang Berhormat Paya Jaras serta Ahli-Ahli Dewan Negeri, antara rancangan yang jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk menyokong kesinambungan hidup keluarga miskin dan miskin tegar di bandar dan luar bandar termasuk langkah mengurangi kebergantungan kepada bantuan sosial adalah melalui program Iltizam Selangor Penyayang (ISP). ISP merupakan satu inisiatif berterusan malah menjadi strategi jangka masa panjang kerana Kerajaan Negeri Selangor dalam membasmi kemiskinan terutama keluarga miskin tegar. Ini kerana ISP merupakan program yang bentuk untuk memperdayakan rakyat di samping mengupayakan dan meningkatkan sosial seperti yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Program ISP ini terbuka kepada semua penduduk negeri Selangor yang layak tanpa mengira mereka tinggal di bandar atau luar bandar. Orang yang.. oleh yang demikian jurang kemiskinan antara kawasan bandar dan luar bandar ini amat dapat dikurangkan. Terima kasih...
Speaker.
Ya Hulu Kelang.
Yang Berhormat biar saya habiskan dan saya akan beri peluang. Terima kasih ya.
Topik kemiskinan
Yeah sure later. Terima kasih.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Paya Jaras juga di atas keprihatinan dalam membahaskan isu ketinggalan kawasan luar bandar dari segi peluang pekerjaan yang berkualiti menyebabkan migrasi penduduk ke kawasan bandar. Untuk makluman Yang Berhormat serta Ahli-Ahli Dewan yang Mulia ini, Kerajaan Negeri mengambil berat isu keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar serta sentiasa berusaha untuk merangsang dan menambah baik peluang pekerjaan di bandar dan luar bandar. Banyak peluang pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor telah diwujudkan di luar bandar hasil
daripada pelbagai inisiatif yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia komited dalam mempromosikan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar untuk diceburi oleh golongan graduan dan belia luar bandar melalui penganjuran program berkaitan kerjaya seperti berikut. Ada beberapa program pertamanya adalah program Selangor Mega Job Fair. Penganjuran program secara mega ini merupakan satu usaha proaktif bagi membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam membantu golongan belia yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan. Antara pengisian utama sepanjang tempoh program berlangsung adalah temu duga terbuka walk in interview oleh pihak majikan dan industri dan perkongsian ilmu kerjaya. Melalui program ini graduan yang berasal dari luar bandar boleh mengenal pasti peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang di kawasan tempat tinggal mereka. Pada tahun 2022 dan 2023 sebanyak 54,494 peluang pekerjaan yang merangkumi pelbagai sektor antaranya automotif, teknologi maklumat, perhotelan, sukan, pemasaran dan jualan makanan dan minuman (F&B), peruncitan, pentadbiran dan perkhidmatan serta lain-lain industri disediakan semasa pelaksanaan program Selangor Mega Job Fair. Kedua, program Selangor Kerjaya. Pada masa yang sama dalam usaha membantu golongan belia mendapat peluang pekerjaan, pihak MBI atau Menteri Besar Selangor Perbendaharaan juga telah melaksanakan Program Selangor Kerjaya yang menyediakan peluang pekerjaan eksklusif untuk warga Selangor. Program ini menawarkan peluang pekerjaan melalui pemadanan kerjaya yang berkesan dan memohon perlu mendaftarkan dengan laman web www.selangorkerjaya.com.my. Kemudahan laman web ini diberi secara percuma kepada majikan yang mahu mengiklankan jawatan kosong manakala calon pemohon yang melalui penilaian profile serta pemadanan kerjaya tertakluk kepada pekerjaan yang diiklankan dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh majikan yang daftar sebelum dapatan kerja sebenar berlaku. Setelah dapatan kerja berlaku calon juga mendapatkan latihan-latihan profesional dan akses pembelajaran atas talian. (C), Program Jelajah Job Care. Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Persatuan Keselamatan Sosial PERKESO Selangor dalam penganjuran program Jelajah Job Care melibatkan pelaksanaan di setiap daerah sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Program ini memberi keutamaan kepada majikan atau syarikat di dalam daerah berkenaan bagi menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor industri yang boleh dimanfaatkan oleh graduan yang berasal daripada luar bandar. Melalui program ini, para pencari kerja atau graduan luar bandar berpeluang menerokai potensi diri dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Majikan-majikan dalam daerah masing-masing mengikut kelayakan yang bersesuaian. Secara langsung program ini berupaya meningkatkan produktiviti masyarakat di luar bandar untuk memajukan diri dan menjana sumber pendapatan yang lumayan. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Ramal. Penganjuran Program Selangor Mega Job Fair ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi menyediakan medium untuk merangsang dan menambah baik banyak peluang pekerjaan di kalangan belia dan meningkatkan taraf
ekonomi rakyat Selangor. Program ini di peringkat negeri ini dihasilkan dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun 2022 di Pusat Konvensyen MBSA dan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan sekali pada tahun 2023 di Pusat Konvensyen MBSA.
Oleh yang demikian, melalui Program Selangor Mega Job Fair, Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan di dalam bidang kemahiran selain bidang-bidang yang lain termasuklah bidang perhotelan, makanan dan minuman dan sebagainya. Melalui program ini, setiap pemain industri terutama dari bidang kemahiran dan membuka banyak peluang pekerjaan dan menyenaraikan jumlah kekosongan di syarikat masing-masing. Secara keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan melibatkan penawaran kerja sebanyak 54,494 peluang pekerjaan bagi tempoh dua tahun penganjuran yang merangkumi pelbagai sektor dan jawatan ditawarkan. Bilangan majikan atau syarikat yang menyertai pula sebanyak 115 dan 102 masing-masing di Pusat Konvensyen dan sebanyak 145 di MAEPS. Sementara itu, bilangan pekerja, pencari kerja yang adil adalah sejumlah 20,764 orang. Selain menawarkan peluang pekerjaan dengan membuka kaunter penerangan dan temu duga terbuka oleh majikan atau syarikat, program ini juga menyediakan taklimat bimbingan dan kaunseling kerjaya bagi membantu peserta menambah pengetahuan berkaitan peluang kerjaya dan menambah baik kemahiran temu duga. Program yang dianjurkan berfungsi memudah cara dengan menyediakan ruang dan peluang di samping berkongsi ilmu dan kemahiran.
Kerajaan Negeri mengenal pasti beberapa isu pelaksanaan yang perlu diperkukuhkan bagi menangani masalah pengangguran di Negeri Selangor. Antara isu pelaksanaan dan cadangan penambahbaikan yang dikenal pasti adalah:-
a) Jawatan kosong yang ditawarkan tidak selari dengan kelayakan dan keinginan graduan pada waktu itu. Banyak lambakan graduan yang berkelayakan lebih tinggi (diploma dan ijazah sarjana muda) tetapi jawatan kosong ditawarkan semasa program hanya di peringkat rendah seperti pemandu, pembantu operator, pembantu am, kerani dan setaraf; b) Syarikat-syarikat utama dan mega tidak berminat menyertai program sebagai pempamer. Ini disebabkan syarikat seperti ini mempunyai proses lantikan dan promosi di peringkat mereka sendiri dan pihak penganjur perlu melakukan lebih banyak sesi libat urus dengan syarikat utama bagi menarik minat lebih ramai pengunjung; c) Fokus hanya kepada beberapa sektor F&B dan perkilangan sahaja. Fokus perlu dikembangkan kepada sektor utama lain termasuk bidang kemahiran, perhotelan,
kesihatan, teknologi maklumat, aeroangkasa dan lain-lain termasuk syarikat peringkat antarabangsa; d) Kurangnya peluang pekerjaan bagi golongan OKU. Kebanyakan syarikat tidak menawarkan kuota atau kekosongan khas kepada golongan ini menyebabkan pengunjung OKU dinafikan hak untuk bekerja; e) Tiada klinik atau program persediaan menghadiri temu duga kepada belia. Pencari kerja yang menghadiri temu duga terbuka semasa program tiada berpengalaman dan pengetahuan tentang persediaan ke temu duga menyebabkan gagal semasa ditemu duga oleh syarikat; f) Tiada kajian menyeluruh terhadap keperluan industri dan jumlah graduan selepas IPTA dan pusat latihan. Ini menyebabkan lambakan graduan tidak dapat mencari pekerjaan mengikut kelayakan graduan dan tidak seiring dengan keperluan pekerjaan atau industri yang sedia ada; last/terakhir g) Graduan lebih memilih kerja yang lebih bergaji tinggi. Kebanyakan gaji yang ditawarkan oleh syarikat yang terlibat dikatakan tidak setimpal dengan bebanan kerja menyebabkan belia lebih berminat dengan kerja sendiri atau menceburi bidang gig industri.
EXCO.
Yang Berhormat, Hulu Kelang. Nak bagi?
Silakan.
Ya, bagi.
Terima kasih.
Bagi laluan ya. Duduk, duduk.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya berpandangan Kerajaan Negeri memikul satu tanggungjawab yang amat besar untuk menangani masalah kemiskinan. Dan sebagai sebuah negeri yang maju, kemiskinan harus diberikan tumpuan bukan sahaja kemiskinan tegar namun satu fenomena baru hari ini adalah kemiskinan bandar. Cuma persoalan saya secara ringkas pada pagi ini sebelum saya lontarkan soalan tambahan, apakah kedudukan kemiskinan tegar di Selangor pada hari ini, dari segi jumlah dan juga status penyelesaian kemiskinan tegar? Saya ada soalan tambahan tapi saya perlukan jawapan terlebih dahulu daripada EXCO. Terima kasih.
Yang Berhormat Banting.
Terima kasih kepada Hulu Kelang kerana ada soalan mengenai miskin tegar dan angka-angka dan sebagainya. Memang saya ada dapat jawapan daripada jabatan berkenaan. Mungkin saya akan memberikan secara bertulis. Beri laluan untuk saya teruskan penggulungan saya. Sekian, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat..
Speaker, saya nak minta.
Yang Berhormat Hulu Kelang.
Saya teruskan dulu.
Sebab Yang Berhormat EXCO, saya faham Yang Berhormat akan kemukakan secara bertulis, cuma persoalan ini adalah soalan yang merupakan portfolio penting Yang Berhormat EXCO. Sepatutnya Yang Berhormat EXCO sudah ada maklumat itu di tangan, tentang statistik, data kemiskinan tegar sebab angkanya tidaklah besar dan tidak rumit untuk Yang Berhormat EXCO untuk menghadam angka-angka ini untuk dikongsi di dalam Dewan. Tapi oleh kerana Yang Berhormat EXCO ingin sampaikan secara bertulis, saya juga ada soalan tambahan.
Saya cuma. Memang angka itu lebih kurang 1,400 something. Saya tidak
Seribu?
Tak. Sebab itu saya tak pasti angka itu. Sebab saya tak nak memberi satu jawapan yang salah. Sebab itu saya nak bertulis secara rasmi supaya angka yang saya berikan itu tepat dan betul.
Saya rephrase soalan saya, sudah selesai atau belum?
Belum, belum.
Belum. Okay, terima kasih Yang Berhormat EXCO. saya nak rujuk kepada
Saya nak teruskan
Satu je. Satu je. Satu je. Yang Berhormat EXCO kata belum selesai kemiskinan tegar. Saya nak rujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 April 2024 di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Banting telah membuat kenyataan rasmi bahawa kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pulau Pinang telah berjaya dinoktahkan and that statement dengan izin, was issued in April 2024. Dua minggu kemudian, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pula keluar kenyataan kemiskinan tegar di Selangor dibasmi sepenuhnya Julai ini. Kenyataan ini dikeluarkan pada 1 Mei. Jadi saya lihat ada percanggahan. Perdana Menteri dalam bulan April mengatakan telah selesai, Menteri Besar beri tahu belum selesai dan akan selesai pada bulan Julai dan hari ini Yang Berhormat EXCO mengesahkan belum selesai. Apakah Yang Berhormat setuju dengan saya, bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bercakap benar pada bulan April? Terima kasih.
Ya Banting.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya memang. Saya juga memang baca artikel-artikel itu. Atas pandangan sebagai EXCO Pembasmian Kemiskinan, saya ingin mengatakan bahawa proses penelitian miskin tegar dan miskin adalah dia akan berbeza setiap kali kita membuat bancian ya. Bukan every time angka yang sama. Dan juga di peringkat negeri, kami di peringkat Ahli MMKN dengan bantuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengadakan satu formula di mana kita memberi bantuan, baik daripada JKM, baik daripada BINGKAS dan lain-lain bantuan untuk menoktahkan kemiskinan. Walau bagaimanapun, itu adalah hasrat Kerajaan Negeri yang begitu prihatin dan Menteri Besar kita yang sentiasa memikirkan masalah rakyat. Tetapi realitinya adalah mustahil ya. Mustahil. Dan kita boleh ke arah ke sana tetapi mustahil kita nak menoktahkan kemiskinan itu. Sekian, terima kasih. Saya teruskan penggulungan saya.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO.
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Selangor pada suku tahun 2024. Pertama, kadar pengangguran Negeri Selangor merekodkan penurunan bilangan penganggur yang paling ketara berkurang sebanyak 20.4% kepada 79.3 ribu orang. Kerajaan Negeri berharap kadar pengangguran akan terus berkurang dan terkawal.
Kerajaan Negeri komited untuk menambah baik penganjuran program bagi memastikan program yang dianjurkan berimpak tinggi dan kaedah pelaksanaan program mencapai objektif yang disasarkan serta manfaat dapat disalurkan secepat, tepat, pantas dan berkesan kepada golongan yang bersasar. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Bukit Gasing atas keprihatinan dalam membahaskan isu pekerja dalam kalangan warga emas. Untuk makluman Yang Berhormat serta Ahli-ahli Yang Berhormat, objektif serta peranan Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia telah diperluas bagi penggal baharu ini dalam pelbagai sudut untuk membangunkan dan melahirkan pekerja yang kompeten, proaktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di samping menyelesaikan permasalahan pekerjaan rakyat Negeri Selangor khususnya individu yang dikategorikan sebagai golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, OKU dan banduan, bekas banduan. Sorry.
Untuk makluman Yang Berhormat, selain pelaksanaan Program Selangor Mega Job Fair, terdapat satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri yang berkonsepkan pameran kerjaya yang dikenali sebagai Program Jelajah JobCare. Program ini adalah merupakan satu usaha Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang memerlukan kerjaya. Jadi kita ada lebih kurang sembilan buah daerah dan setiap daerah kami akan membuat job fair ini dengan pelbagai, apa itu pameran dan juga penglibatan PERKESO dan sebagainya. Bagi persoalan Yang Berhormat berhubung cadangan untuk memperluaskan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat berumur 45 tahun ke atas. Jawatankuasa Sumber Manusia sedang merangka satu program baru yang di cadang kesinambungan daripada Program Jelajah JobCare. Program yang dikenali sebagai JobCare Istimewa ini adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan rentan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Bagi masa ini, cadangan golongan rentan yang akan diberi fokus utama adalah merangkumi golongan kelainan upaya, Orang Asli dan warga emas B40. Kerajaan Negeri sedar akan peluang golongan rentan ini untuk mendapatkan pekerjaan tidaklah semudah seperti yang disangka. Justeru, melalui penganjuran program kerjaya sebegini Kerajaan Negeri percaya ramai pencari kerja dalam kalangan golongan rentan dapat dibantu di Negeri Selangor sekali gus memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.
Yang Berhormat EXCO.
Bagi tempoh permulaan awal, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia
Ya, Batu. Tiga.
EXCO, boleh saya menambah sikit?
Sila.
Batu Tiga silakan.
Tuan Speaker, bila disebutkan perbahasan tentang mencari pekerjaan untuk warga emas dan juga golongan rentan, saya ingin menarik perhatian sedikit kepada Yang Berhormat EXCO. Ada banyak lagi kumpulan yang kita kadang-kadang terlepas pandang. Antara contohnya seperti ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU yang pada satu ketika, ketika mereka, kedua-duanya bekerja, bila dapat anak OKU salah seorang terpaksa berhenti bekerja. So bila sampai suatu masa anaknya mungkin sudah berdikari ataupun mungkin sudah tiada, kita tidak pasti. Kadang-kadang ibunya perlu cari kerja semula. So itu akan sedikit menyukarkan keadaan sebab ketika itu umurnya sudah meningkat. Dan ini banyak berlaku termasuk dengan warga emas juga yang saya kira sebelumnya mungkin suri rumah tetapi kematian suami terpaksa mula bekerja semula. So ini adalah kumpulan-kumpulan yang kadang-kadang kita terlepas pandang yang mana mereka juga memerlukan sumber kewangan pada suatu ketika yang diperlukan. Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Memang pejabat saya pun meneliti perkara ini dan menerima pelbagai bukan aduan ataupun permohonan di mana we call it dengan izin, part timers bagi ibu-ibu yang menjaga anak-anak OKU itu. Mungkin pejabat saya dan pegawai-pegawai saya mereka satu formula di mana mereka dapat peluang pekerjaan bekerja daripada rumah dan sebagainya. Saya akan meneliti dan saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Batu Tiga. Terima kasih.
Bagi tempoh permohonan awal, Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia memperuntukkan dana sebanyak RM50,000 bagi penganjuran program ini dan menganggarkan sebanyak 50 majikan tempatan dan pelbagai industri yang berdaftar dan disahkan di bawah PERKESO akan mengambil tempat sebagai majikan. Berbeza dengan Program Jelajah JobCare. Pelaksanaan Program Job Care Istimewa ini akan diadakan hanya sekali dalam setahun semasa dengan berskala sederhana besar. Selain itu, pelaksanaan program ini akan mengguna pakai data dan maklumat daripada Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan (EIAS) PERKESO bagi senarai industri pilihan pencari kerja dan kekosongan aktif berdasarkan industri. Bagi tujuan pendaftaran dan rekod
pengunjung, program ini akan mengguna pakai sistem dalam talian menerusi portal iaitu MYFutureJobs di bawah PERKESO. Pelaksanaan program ini adalah dicadang untuk diadakan pada bulan September 2024. Walau bagaimanapun sebarang pindaan adalah tertakluk kepada kesesuaian dan perbincangan lanjut bersama pihak PERKESO.
Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Damansara, Kerajaan Negeri mengambil berat akan kebajikan bekas pekerja ladang Subang seramai 40 keluarga. Justeru itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Asli dan Minoriti sentiasa membantu perkembangkan dan status projek pembangunan perumahan di Kota Damansara yang dijanjikan untuk mereka dari masa ke semasa. Bagi menyegerakan pelaksanaan program projek dan memastikan isu yang timbul diselesaikan segera beberapa sesi perbincangan diadakan bersama pihak pemaju dan pihak lain yang terlibat. Pihak pemaju iaitu TTDI Jaya Land Berhad perlu menyelesaikan isu kelulusan pelan pembangunan dan kelulusan berkaitan tanah yang telah diambil tindakan sewajarnya oleh pemaju dan agensi berkaitan. Kelewatan mendapatkan kelulusan adalah disebabkan isu berkaitan utiliti dan perkara ini telah hampir diselesai. Bagi menyelesaikan isu berkaitan pelan dan tanah, pihak pemaju bersetuju untuk meningkatkan bantuan kewangan dan subsidi setiap 40 keluarga bekas pekerja ladang daripada RM25,000.00 kepada RM32,000.00 di mana pihak Sime Darby telah membayar sebanyak RM7,000.00 kepada pemaju dan setiap keluarga cuma perlu bayar sebanyak RM3,000.00 melalui ansuran 10 bulan iaitu setiap bulan RM300.00 ya bagi pembelian rumah itu, Rumah Selangorku (RSKU) jenis A. Justeru itu berkaitan kelulusan ini sedang di peringkat akhir dan dijangka selesai pada bulan Ogos 2024.
Selanjutnya pihak pemaju akan memulakan kerja-kerja pembinaan fasa pertama bagi rumah Pangsapuri RSKU bagi jangka masa tiga bulan dari tarikh kelulusan kebenaran merancang daripada Majlis Bandaraya Shah Alam. Kerajaan Negeri akan terus membantu memantau dan memastikan pembangunan projek ini berjalan dengan lancar dan teratur agar rumah dapat diduduki mengikuti perancangan tanpa sebarang masalah kelak.
Isu 40 keluarga Estet Ladang Subang dengan penduduk Kampung Bunga Raya, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya hendak membuat satu perbandingan di antara Penduduk Kampung Bunga Raya dengan penduduk bekas pekerja ladang di Subang. Inilah satu kawasan yang sama tetapi dua senario yang berbeza. Di mana penduduk yang tinggal di kawasan Bunga Raya adalah penduduk setinggan, manakala di Ladang Subang pula mereka adalah bekas pekerja ladang. Sebagai Kerajaan prihatin di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, kita Kerajaan Negeri sentiasa menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat kita dalam isu Kampung Bunga Raya. Jangan kita lupa jasa dan pertolongan yang telah dihulurkan oleh Mantan Ahli Parlimen Kawasan,
Saudara Yang Berhormat Sivarasa dan juga Yang Berhormat Kota Damansara untuk menyelesaikan perkara ini tetapi campur tangan pihak ketiga melalui pelbagai janji bintang dan bulan telah mengelirukan mereka sehingga datang ke hadapan pintu pagar SUK untuk pelbagai tuntutan yang Kerajaan Negeri tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana pemilikan tanah telah mendapat admission order dengan izin dari mahkamah. Saya berterima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dan Yang Berhormat Tanjong Sepat untuk menyelesaikan isu ini dengan menawarkan Rumah Selangorku dengan harga hanya RM42,000.00 bagi setiap seorang sekiranya penduduk tidak memiliki rumah untuk tinggal.
Untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning kerana mengungkitkan hal Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kinrara. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kinrara telah wujud sejak tahun 1946...
TUAN SPEAKER
: Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang Berhormat Banting, Hulu Kelang berdiri.
Isu perumahan, sebelum beralih kepada pendidikan. Yang Berhormat EXCO sedia maklum ada isu perumahan lima estet di Hulu Selangor dan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, Yang Berhormat telah mengambil kesempatan ini untuk menjanjikan pembinaan penempatan semula rumah-rumah pekerja-pekerja estet ini sebanyak 245 keluarga yang melibatkan Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan juga Ladang Minyak dan dalam sidang media itu yang turut dihadiri oleh Sentosa, Banting, Menteri KPKT, telah dijanjikan bahawa rumah-rumah ini akan dibina segera dengan kerjasama KPKT, Kerajaan Negeri dan juga Berjaya Corporation. Sekali lagi Berjaya terlibat dalam kepentingan di Negeri Selangor ini. Tak apa itu kita bahas dalam platform yang berbeza. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, apakah ini janji Pilihan Raya untuk membantu calon KKB atau jaminan yang bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Negeri untuk membina 245 buah rumah bagi menempatkan 245 keluarga di kalangan pekerja-pekerja ladang di lima estet ini? Sekiranya jaminan ini dapat diberikan di dalam Dewan bukan semasa kempen Pilihan Raya, saya ingin tahu berapakah kos yang terlibat untuk membina 245 buah rumah ini dan bilakah jangkaan rumah-rumah ini akan disiapkan? Sama ada dalam tempoh yang terdekat atau tunggu satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam Negeri Selangor untuk ditaburkan janji kepada pengundi-pengundi masyarakat India. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih kerana soalan tambahan ya mengenai isu perumahan bagi lima ladang di kawasan KKB atau Hulu Selangor. Untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM35 Juta dan Kerajaan Persekutuan melalui KPKT telah berjanji akan menghulurkan sebanyak RM40 Juta. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM75 Juta, tetapi untuk maklumat Dewan yang Mulia ini, kita belum mengambil kira premium kepada tanah yang bakal diserah kepada Kerajaan Negeri sebanyak 20 ekar. Jadi adalah melibatkan adalah hidden cost dengan izin, yang perlu dijelaskan dan tempoh pembinaan hanya memerlukan seperti mana Yang Berhormat KPKT telah memberi tahu satu setengah tahun selepas mendapatkan kebenaran merancang PBT kawasan itu. Jadi saya dan Yang Berhormat Tanjong Sepat juga telah membuat beberapa perbincangan mengenai isu ini dan perkara ini bukan hanya semata-mata kita menaburkan masa Pilihan Raya itu adalah satu fakta ataupun satu berita yang palsu. Kita telah berbincang pada awal tahun ini dan saya pasti Yang Berhormat Permatang telah membawa kepada pejabat saya isu ini pada Januari yang lalu. Dan daripada itu saya telah mengangkat perkara ini di peringkat Menteri Besar, Menteri Besarlah yang mencadangkan kita bincang perkara ini dan unfortunately dengan izin ada berlaku Pilihan Raya di kawasan itu. Tetapi sekali lagi saya ingin menekankan perkara ini telah dibincang di peringkat MMKN dan sebagai Mantan Menteri Besar, Yang Berhormat Hulu Kelang tahu apakah itu, kita telah selepas kita telah berbincang di peringkat MMKN perkara itu akan di carry out ataupun dilakukan dalam masa yang terdekat. Sekian terima kasih
Yang Berhormat EXCO ada satu maklumat baru yang Yang Berhormat EXCO kongsi dengan Dewan pada pagi ini iaitu tentang premium tanah seluas 20 ekar yang diperuntukkan oleh Berjaya. Saya difahamkan bahawa kelima-lima estet ini ataupun mungkin sebahagian besar daripada estet ini memang dimiliki oleh Berjaya. Dan adalah tanggungjawab Berjaya untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja ladang yang berkenaan, memastikan sumbangan dan khidmat mereka pada ladang-ladang ini harus diberikan pampasan dalam bentuk penyediaan perumahan yang boleh diduduki bukannya rumah usang, walaupun dalam estet. Jadi saya kira Yang Berhormat EXCO dan juga Kerajaan Negeri kena tegas dengan pemaju-pemaju ini, jangan mereka kerah dan perah tenaga pekerja-pekerja ini tetapi bila dalam konteks pembinaan rumah-rumah pekerja, dibebankan kepada Kerajaan Negeri untuk membayar premium tanah sedangkan tanah-tanah ini adalah tanah-tanah yang dimiliki oleh Berjaya. Jangan concede, jangan tunduk kepada mereka-mereka yang mahakaya ini. Orang-orang mahakaya ini, Yang Berhormat EXCO kena berani, supaya mereka juga menjaga kepentingan pekerja-pekerja ladang dengan menyediakan tapak dan Kerajaan Negeri membina rumah. Tetapi kalau Kerajaan Negeri terpaksa menyediakan dana untuk membina rumah, terpaksa membayar premium tanah, saya kira ini satu keadaan yang tidak adil kepada Kerajaan Negeri dan ini memberikan
kelebihan kepada pemaju-pemaju dan mereka yang kaya raya yang sedang berkuasa di Negeri Selangor. Jadi saya minta Yang Berhormat EXCO pastikan tanah itu telah diselesaikan semua masalah premium dan cukai-cukai tanah supaya Kerajaan Negeri boleh segera memulakan pembinaan rumah-rumah tersebut bagi keselesaan pekerja-pekerja ladang yang berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, saya mengambil maklum. Untuk maklumat Dewan yang amat Mulia ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kinrara telah wujud sejak tahun 1946 sebelum persempadanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di buat pada tahun 1974. Di mana garisan sempadan yang ditetapkan telah masuk di sebahagian kawasan sekolah tersebut. Sekitar tahun 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meluluskan pembinaan pangsapuri dua blok. Pangsapuri Residensi Wilayah dengan 1604 unit rumah yang terletak di sebelah sekolah tersebut. Dipisahkan oleh Jalan Mas iaitu sebuah jalan dua hala, lorong dua hala. Salah satu syarat yang ditetapkan oleh DBKL adalah pelebaran jalan, daripada dua lorong kepada empat lorong. Pelebaran jalan ini memerlukan pengambilalihan sebahagian kawasan sekolah tersebut yang terletak dalam pentadbiran DBKL.
Mesyuarat pada 7 Disember 2023 di Ibu Pejabat DBKL, yang telah membuat keputusan membenarkan pemaju, menaiktaraf jalan kepada tiga lorong sahaja buat masa ini. Ini tidak akan mengganggu mana-mana aset atau kawasan SJK di Ladang Kinrara. Kenyataan media yang dibuat oleh Yang Berhormat Kinrara pada 25 Mac 2024, cukup jelas menunjukkan pendirian beliau terhadap isu ini. Beliau menyeru pihak pemaju dan DBKL agar prihatin terhadap keperluan dan kebajikan 700 pelajar sebelum memutuskan pengambilan tanah tersebut. Dalam kenyataan media, Yang Berhormat Kinrara turut menegur pihak DBKL dan juga pemaju supaya mengambil langkah penyelesaian yang lebih baik dan tanggungjawab bagi memastikan pihak sekolah terbela. Seperti amalan biasa, pihak ketiga atau mereka yang langsung tidak kena mengena dengan isu ini telah ungkit isu ini untuk cheap publisiti dengan izin atau populariti murah. Saya menyeru kepada mereka-mereka yang menunggang hal ini jangan kelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih. Saya percaya Yang Berhormat Kinrara dan juga Yang Berhormat Seputeh telah memainkan peranan yang cukup mendalam dalam hal ini SJKT Ladang Kinrara sekian lama. Sebagai wakil rakyat kawasan, mereka telah menghulurkan bantuan yang cukup memberangsangkan selama ini, maka saya Yang Berhormat Kinrara, Yang Berhormat Siputeh akan terus membela nasib sekolah ini yang merangkumi seramai 700 pelajar.
Untuk maklumat Yang Berhormat Sentosa serta Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan sentiasa
menambah baik Program Bantuan i-Seed yang telah bemula sejak tahun 2021 dan telah memberi manfaat kepada seramai, ramai penerima berbangsa India. Jumlah permohonan yang diluluskan dan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah seperti berikut. Pada tahun 2021 jumlah penerima adalah seramai 260 orang dengan peruntukan 1.16 Juta. Pada tahun 2022 pula seramai 248 penerima dengan peruntukan sebanyak 1.251 Juta. Pada tahun 2023 pula seramai 175 orang dengan peruntukan sebanyak 1.185 Juta dan kali ini kita telah membuat program sebanyak 112 orang telah menerima manfaat daripada Program i-Seed ini dan di kawasan Klang pula seramai di Daerah Klang pula seramai 16 orang telah mendapat manfaat lebih kurang RM100,000.00 telah dibelanjakan dari jumlah lebih kurang RM700,000.00 telah dibelanjakan sehingga kini. Jawatankuasa, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Program i-Seed Fasa 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 19 hingga 22 Februari 2022, 2024 tahun ini. Seramai 2 orang penerima diluluskan di daerah Sepang, 2 orang penerima untuk kawasan Hulu Langat dan 11 orang penerima untuk daerah Klang. Status terkini program bantuan i-SEED adalah dalam peringkat pembekalan peralatan bantuan oleh pihak KoHijrah.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Program i-Seed Fasa 2 Tahun 2024 pula telah diadakan bermula 27 Jun 2024 sehingga 1 Julai 2024 bagi membincangkan dan meluluskan permohonan daripada 9 buah daerah di dalam negeri Selangor yang dibentangkan oleh Unit i-Seed. Bagi daerah Klang, Jawatankuasa telah menerima sebanyak sebanyak 25 permohonan dan meluluskan sebanyak 5 permohonan di penggal pertama. Baki permohonan akan diluluskan pada masa terdekat juga. Isu tanah dan Kuil di Selangor, saya ucapkan Tahniah dan Syabas kepada mantan dan EXCO mantan Yang Berhormat saudara Yang Berhormat Ganabatirau kerana beliau telah menyelesaikan banyak isu tanah dan kuil di Negeri Selangor iaitu lebih dari 200 buah tanah yang telah di gazetkan sewaktu beliau berkhidmat sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Sepertimana saya telah sebut tadi tentang isu Kampung Bunga Raya dan bekas pekerja ladang, kita perlu bezakan 2 senario yang berlainan untuk menuntut keadilan dan pampasan sesetengah kuil atau tempat beribadat dibina atas tanah kepunyaan orang lain dan dalam kes ini, mahkamah akan memberi keputusan kita semua mesti akur dan terima akan keputusan mahkamah jika sekiranya kuil atau tempat beribadat atau kubur itu. Sekian lama..
Kota Damansara ada mencelah...
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat EXCO atas menyelesaikan kes yang berada di Kota Damansara khususnya kes Kampung Bunga Raya yang telah memakan masa sehingga 25 tahun ke 30 tahun, akhirnya kes ini dan menjadikan satu noktah dan mereka telah menerima surat-surat tawaran. Jadi ini merupakan satu isyarat bahawa
kerajaan ini benar-benar peduli. Itu pertamanya dan keduanya kes ladang Subang pulak, Yang Berhormat EXCO mungkin Yang Berhormat EXCO boleh melihat yang mana kita boleh lihat di mana pemaju tersebut mungkin sedikit liat untuk menguruskan. Cuma baru-baru ini di kawasan ladang Subang, di rumah panjang ladang Subang rumah yang diduduki ini sangat daiflah bagi saya dan saya berkeyakinan tinggi sebagaimana pihak EXCO dan Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan kes 30 tahun Kampung Bunga Raya, saya percaya kes ini juga dapat diselesaikan dan Insya-Allah saya percaya ini keyakinan yang diberikan oleh rakyat Selangor kepada pihak EXCO dan Kerajaan Negeri. Terima Kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Memang saya mendapat pelbagai aduan daripada penduduk di tempat itu bahawa rumah yang terlalu usang dan sebagainya dan saya juga ingin berterima kasih kepada Kota Damansara dalam menyelesaikan isu bil TNB ya baru-baru ini dapat diselesaikan dan usaha untuk menyelesaikan bil air mereka juga ya. Seperti mana saya telah sebut tadi tentang isu Kampung Bunga Raya dan bekas pekerja ladang, kita perlu bezakan dua senario yang berlainan untuk menuntut keadilan dan pampasan setengah-tengah kuil atau tempat beribadat yang dibina atas tanah kepunyaan orang lain dan dalam kes ini biasanya mahkamah akan memberi keputusannya, kita semua mesti akur dan menerima keputusan mahkamah. Jika sekiranya kuil atau tempat beribadat atau kubur itu berada dalam estet, maka saya akan buat lawatan sebelum pemindahan atau urusan jual beli tanah atau berlakunya urusan SPA, disinilah pejabat saya akan membuat perundingan...
Banting, Sentosa berdiri.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana memberi ruang untuk Sentosa bertanya berkenaan apa yang telah YB EXCO telah bagi tahu berkenaan dengan tindakan mahkamah atas Jawatankuasa Kuil. Semalam dalam perbahasan saya, saya telah bentangkan bahawa kebanyakan kes mahkamah atas Jawatankuasa ataupun kuil adalah akibat tanah yang mereka duduki adalah lebih dari 30 tahun selepas pemilik dulu jual kepada pemilik baru, kenapa tindakan tidak diambil masa itu kepada Jawatankuasa atau pejabat tanah ataupun mana-mana agensi yang telah meluluskannya tanpa tengok atas tapak tanah itu ada tokong atau kuil? Sekarang saya ada isu di mana kuil, Jawatankuasa Kuil KPJ seksyen 17, Jawatankuasa, Setiausaha dia di bawa ke mahkamah. Selangor Specialist Hospital Sendirian Berhad dan Pathmanaban Krishnan di mana mereka mengambil tindakan atas Setiausaha mereka kerana tidak mengosongkan tanah. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan kes-kes begini, macam mana kita nak membantu mereka? Bukan cari tapak lain tetapi untuk
memastikan masa dulu bila tuan punya tanah telah jual kepada pemilik baru, kenapa mereka tidak menyelesaikan masalah itu pada masa itu. Sekarang lepas 30 tahun, 40 tahun, sekarang masalah tangan kerajaan ini, macam mana kerajaan sekarang pejabat YB EXCO nak menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa, Kawasan itu bukan 17, adalah 18 eh. Kawasan 18, Seksyen 18 dan melalui pejabat saya ataupun EXCO sebelum ini kita ada kuasa ELB ya, Estate Land Board. Hanya melibatkan tanah seluas 100 dan lebih ekar statusnya adalah pertanian tetapi ini memandangkan sebuah kawasan yang kecil dan mempunyai mungkin 2, 3 ekar dan sebagainya penglibatan Pejabat EXCO langsung tidak berlaku dalam hal ini, dan ia perlu berbincang antara pemilik tanah dan pemilik kuil yang ada di kawasan itu dan setahu saya pada tahun 2020, dibawa ke mahkamah ini adalah cabutan minit mesyuarat MMKN dan banyak perkara telah diputuskan dalam mesyuarat MMKN dan saya juga ingin tambah sedikit Kerajaan Negeri tidak meminggirkan sesiapa ya. Walaupun itu adalah tanah persendirian, saya di sini tidak ingin berhujah sejak bila mereka memiliki tanah itu dan sebagainya. Saya ingin menyelesaikan masalah ini ya dan latar belakang menyatakan bahawa permohonan ditolak secara summary rejection kerana tapak yang dipohon telah dizonkan sebagai kawasan hijau. Ini adalah satu lagi tapak yang mereka telah mohon dan satu lagi perkara di dalam mesyuarat cabutan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, MMKN 6/2021 bertarikh 17 Februari 2021 berkaitan isu permindahan Kuil Arulmihu Sri Maha Mariamman Seksyen 18, Shah Alam, MMKN mengambil maklum mengenai perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Ganabatirau, YB Rodziah Binti Ismail, Yang Berhormat Rodziah Binti Ismail mengenai isu ini pemindahan kuil dan mereka telah membincangkan panjang lebar perkara ini dan finally mereka telah membuat keputusan bahawa sebidang tanah di kawasan Kompleks Seksyen 18 juga telah diberikan kepada mereka tetapi dengan mungkin mereka ada fakta-fakta yang lebih mendalam mereka telah pergi ke mahkamah untuk menuntut keadilan dan perkara ini telah dipanjangkan kepada mahkamah dan saya rasa pihak kerajaan patut mengikut keputusan mahkamah dan akur apabila diputuskan peringkat atasan dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada EXCO mantan kita telah menyelesaikan masalah ini dengan begitu cepat sebab beliau lah telah meluluskan tapak yang baru di sebelah Seksyen 18. Di sinilah pejabat saya akan membuat perundingan selanjutnya dalam usaha mengekalkan kuil dan tapak perkuburan dan rumah pekerja ladang.
Isu kuil Seksyen 18 adalah berlainan berbanding dengan kuil yang berada di tanah estet sebelum pembangunan. Seperti mana saya telah menyatakan, sesebuah tanah seluas lebih daripada 100 ekar dengan berstatus pertanian, saya akan dijemput untuk membuat penyelidikan. Ini ialah isu di mana tidak melibatkan pejabat saya ataupun mantan EXCO
di peringkat negeri ya. Pada Dewan sidang yang lalu saya telah memberi beberapa dokumen kepada ADUN kawasan iaitu Yang Berhormat DUN Batu Tiga untuk menyelesaikan isu kuil di kawasan beliau, akan tetapi penglibatan pihak ketiga telah mengeruhkan perkara ini. Mereka itu adalah seasonal politician dengan izin, yang telah masuk campur dalam hal ini dan memberi keyakinan atau hope yang mereka terus untuk mengekalkan mereka di sana walaupun perintah mahkamah minta mereka harus berpindah ke, dari kawasan tersebut. Saya juga terima cadangan Yang Berhormat Batu Tiga sebagai ADUN kawasan mengenai isu ini untuk menyelesaikan secara aman dan damai. Yang mengelirukan masyarakat adalah mengeluarkan kenyataan media oleh pihak ketiga dengan harapan yang tidak boleh dilaksanakan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, biasanya pihak yang ketiga ini hanya muncul ataupun timbul dalam dua scenario. Mereka akan muncul pada musim pilihan raya ataupun PRK dan mereka juga akan muncul pada kemuncak masalah itu seperti temple Seafield yang telah menelan nyawa seorang. Saya merayu pada Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk membantu saya dan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu sensitif seperti ini dengan aman dan damai dan bukan sebaliknya. Sebelum sebarang kelulusan diberikan kepada sesuatu tapak yang ingin dibangunkan, pihak Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah Dan Tanah (PTD) akan menyemak terlebih dahulu keadaan di atas tapak terutamanya dari segi kesesuaian dari segi teknikal, seperti kawasan monsoon drain, rizab sungai dan rizab jalan. Dalam isu kewujudan rumah-rumah ibadat bukan Islam di atas tapak yang ingin dibangunkan oleh pemaju, pihak PBT, PDT serta pemaju akan mencari jalan penyelesaian bersifat menang-menang dan adil dan wajar. Sekiranya pihak pemaju tidak dapat menyelesaikan isu tersebut, perkara ini akan dibawa ke perbincangan ke peringkat Jawatankuasa Khas agama Buddha, Kristian, Hindu, Singh dan Tauf di negeri Selangor iaitu LIMAS supaya dapat membincangkan perkara tersebut di bawah peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN bagi mendapatkan pertimbangan pihak berkuasa Kerajaan Negeri. Perbincangan melalui Jawatankuasa Khas ini, meliputi semua aspek termasuk mendapatkan ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti JKR, Jabatan Pengairan dan Saliran Sungai (JPS) walau bagaimanapun kuasa Jawatankuasa Khas LIMAS ini adalah terhad kepada tanah-tanah Kerajaan sahaja. Tuan Speaker peruntukan bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam di bawah Jawatankuasa Tetap LIMAS adalah berdasarkan permohonan bagi tujuan berikut. Pertama, baik pulih bangunan keagamaan yang sedia ada. Kedua sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan dan pembinaan baru bangunan keagamaan, ketiga pendidikan keagamaan dan terakhir pembelian peralatan bagi tujuan bagi mengadakan kelas-kelas agama. Peruntukan kepada kuil adalah bersifat sumbangan dan tertakluk kepada permohonan semasa persatuan tersebut. Kerajaan Negeri komited dalam memberi sokongan dari segi sosial, senario permohonan pada hari ini menunjukkan trend peningkatan permohonan daripada kuil-kuil ini. Bagi memastikan pengagihan sumbangan yang adil dan saksama kepada semua persatuan yang mohon,
setiap permohonan akan disaring terlebih dahulu sebelum sebarang kelulusan diberikan. Seterusnya dan terakhir, untuk maklumat Yang Berhormat Batang Kali…
Sungai Ramal. Yang Berhormat Banting, Sungai Ramal.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Terima kasih Yang Berhormat EXCO, yang bercakap tentang keputusan LIMAS, Jawatankuasa LIMAS dalam menentukan kedudukan ataupun pembinaan rumah ibadat bukan Islam, untuk menjamin keharmonian dan mengelak daripada persengketaan khususnya masyarakat setempat. Saya merujuk kepada keputusan LIMAS mengenai pembinaan kuil di Taman Hill Park, Kajang yang telah mendapat keputusan LIMAS untuk meneruskan cadangan pembinaan kuil berkenaan, walaupun penduduk telah membuat permohonan berkali-kali supaya di tempatkan di tempat lain. Yang pertama, kedudukan kuil dicadangkan sangat rapat dengan rumah masyarakat setempat, lebih kurang lima meter sahaja. Yang kedua, sudah ada tapak disediakan untuk Rumah Ibadat Bukan Islam khususnya Hindu untuk pembinaan rumah ibadat yang serupa yang tidak digunakan oleh sesiapa setakat ini untuk maksud berkenaan. Cadangan yang diberikan oleh penduduk untuk menyelesaikan masalah Taman Hill Park ini ialah kenapa tidak pihak kerajaan, khususnya yang dicadangkan oleh MPKJ menempatkan pembinaan itu di tapak sedia ada. Jangan dikekalkan keputusan di tapak baru, mohon pertimbangan yang sungguh-sungguh pihak kerajaan supaya jangan berlaku keretakan keharmonian selepas ini jika diteruskan usaha membina kuil di tapak berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Perkara itu saya akan bangkit dalam Jawatankuasa LIMAS pada 18 hari bulan akan datang, cuma kalau ada maklumat terperinci tolong panjangkan kepada pejabat saya, terima kasih.
Kadar kemiskinan ditentukan melalui pendapatan ketua isi rumah (KIR) bagi satu keluarga dan garis kemiskinan yang ditentukan oleh paras garis kemiskinan (PGK). PGK pada tahun 2022 yang digunakan ini adalah mengikut kategori miskin dan miskin tegar serta mengikut status bandar dan luar bandar. PGK miskin di bandar dan luar bandar adalah satu angka yang bukan begitu besar tetapi bagi bandar ialah gaji sebanyak pendapatan jumlah sebanyak RM2,824, manakala kategori miskin di luar bandar adalah RM2,421. PGK miskin tegar di bandar pula adalah sebanyak RM1,274 dan bagi kategori miskin tegar di luar bandar adalah RM1,262. Sistem e-Kasih adalah bank data kemiskinan yang telah dibangunkan dan diguna pakai oleh Kementerian, Kerajaan bermula tahun 2008 untuk membantu merancang melaksana dan memantau program kemiskinan selain mengintegrasikan data dan maklumat isi rumah di bawah pendapatan garis kemiskinan. Data miskin dan miskin tegar disiasat dan dikumpul melalui pendaftaran dan bancian akan dijalankan oleh pembanci yang dilantik oleh ICU Selangor
yang ditempatkan di setiap daerah dan kemudian data akan dikemas kini dalam sistem e-Kasih.
Seterusnya, data e-Kasih ini dijadikan rujukan oleh semua agensi pemberi bantuan Persekutuan dan juga negeri bagi menyalurkan bantuan program-program pembasmian kemiskinan dan juga usaha-usaha pembasmian kemiskinan itu dapat dijalankan dengan lancar. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang disanjungi, sidang yang Mulia, di sini saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang penuh semangat dan bermakna serta kagum dengan komitmen dan dedikasi semua Ahli Dewan Negeri dalam memajukan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai segala pandangan, kritikan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat semua. Kerajaan Negeri akan mengkaji dan meneliti dengan cukup teliti semua pandangan, kritikan dan cadangan tersebut agar dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak serta kita akan dapat mencapai visi dan misi untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri maju, sejahtera dan berdaya saing. Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya ini, saya ingin sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sidang Dewan Negeri Selangor kali ini dan dengan ini saya juga mengucapkan tahniah dan sokong kepada Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama, sekian terima kasih.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Taman Templer. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor. Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Paya Jaras, Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Hulu Bernam, Yang Berhormat Lembah Jaya, Yang Berhormat Seri Kembangan, Yang Berhormat Meru dan Yang Berhormat Bandar Baru Klang, terima kasih dan ucapan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) khususnya bagi PPI yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Penjagaan Negeri Selangor. Sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan salam takziah kepada keluarga Almarhum adik Zayn Rayyan seorang anak autism dan juga seluruh keluarga autism di mana dalam rekod terkini dalam Parlimen dinyatakan bahawa rekod anak-anak yang di diagnose autism meningkat 663% dari tahun 2013 ke tahun 2023, dari angka 6,991 kepada 53,323. Jadi Kerajaan Negeri Selangor, cakna dan ambil
maklum tentang perkembangan ini dan kita akan berikan tumpuan khusus melalui penubuhan Yayasan Insan Istimewa Selangor pada tahun ini.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Subang Jaya telah mengetengahkan dua isu iaitu pendaftaran pra sekolah dan akses kanak-kanak ke pendidikan pra sekolah yang beri impak kepada kemiskinan. Seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat terdapat syarat khusus bagi tadika, dan taska untuk beroperasi di lot kediaman, itu yang diperuntukkan dalam garis panduan perancangan dan penubuhan tadika dan taska 2017. Kerajaan Negeri sedia maklum terdapat pengusaha tadika dan taska yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar berikutan operasi tadika tertakluk kepada pelbagai peruntukan, perundangan dan peraturan utama yang berkuat kuasa. Susulan beberapa siri libat urus yang dilaksanakan bersama pemegang taruh, Kerajaan Negeri menyedari bahawa isu ini bukan sahaja dihadapi oleh taska dan tadika, tetapi juga dilalui oleh pusat jagaan warga emas, OKU dan perkhidmatan penjagaan lain. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sedang meneroka penyelesaian yang tuntas bagi kesemua jenis pusat jagaan termasuklah menerusi konsolidasi dan penyeragaman peraturan yang berada di bawah bidang kuasa negeri seperti Undang-Undang Kecil di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Proses semakan, penilaian dan penambahbaikan terhadap peraturan sedia ada yang berkuat kuasa sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang meneroka strategi untuk menambah nilai kualiti penjaga dan pekerja penjagaan termasuklah dengan menawarkan kursus micro credential yang mensasarkan pengasuh di rumah serta para pengusaha dan guru tadika dan taska di Selangor. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, bagi menangani isu keciciran kanak-kanak dalam pendidikan awal, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif, pertama Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Program Asuh Pintar yang memberikan subsidi yuran taska dan tadika bagi memastikan agar kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir dari pendidikan awal. Kedua, bermula Julai 2023, YAWAS telah melaksanakan projek rintis perpustakaan permainan ataupun toy library di PPR Lembah Subang 2 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), ADUN Seri Setia, Ahli Majlis Zon 4 MBPJ, Pertubuhan Toy Library Malaysia, Play Unlimited Malaysia, Komuniti Tempatan PPR Lembah Subang 2 dengan sumbangan dana CSR PPB Groups Sdn. Bhd. Tujuan program ini atau projek ini adalah untuk menyediakan ruang komuniti yang selamat, inklusif dan mesra kanak-kanak untuk aktiviti pembelajaran yang inklusif dan mesra kanak-kanak.
Projek ini melibatkan, menekankan, penglibatan semua ahli komuniti khasnya, ibu bapa serta pengasuh di rumah dengan pendekatan belajar melalui bermain, play to learn
sebagai alternative menyediakan sistem sokongan kepada pengusaha penjagaan kanak-kanak di rumah. Tuan Speaker, Yang Berhormat Bandar Baru Klang ada mencadangkan penempatan seorang doktor bertauliah dengan bagi setiap 25 orang di pusat jagaan ibu bersalin dan warga emas. Kerajaan Negeri akan meneliti kesesuaian akan cadangan tersebut bagi menambah baik garis panduan sedia ada.
Tuan Speaker, saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Paya Jaras tentang program pembangunan ibu bapa muda. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor akan mengadakan program keibubapaan digital atau digital parenting. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ibu bapa terhadap cabaran digital serta memperkasa ibu bapa dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengurus anak-anak generasi hari ini. Program ini akan dilaksanakan sebanyak sepuluh siri di semua daerah di Negeri Selangor dengan sasaran tiga ratu orang peserta secara keseluruhan dan insya-Allah, kita akan mulakan pada 03 Ogos 2024 di daerah Petaling itu di PPAS Tun Raja Uda.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Lanjan dan Hulu Bernam memberi perhatian kepada usul pembudayaan wanita dalam aspek kepimpinan dan ekonomi. Untuk makluman Dewan yang Mulia, laporan jurang Gender Global 2024 oleh World Economy Forum melaporkan Malaysia berada di tangga ke-134 dalam aspek pemerkasaan politik dan di tangga ke-102 bagi penglibatan ekonomi. Jurang yang semakin luas ini menjadi petunjuk kepada realiti yang dihadapi oleh wanita yang memberi kesan rantaian kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Dalam konteks ini, saya berpandangan bahawa initipati perbahasan Yang Berhormat Lembah Jaya adalah sangat tepat. Usaha pembudayaan wanita merupakan pelaburan yang paling menyeluruh, meluas dan mempunyai kesan besar kepada manusia. Maka sebab itu, RS-1 telah mengangkat wanita dan keluarga sebagai salah satu bidang tumpuan pembangunan negeri. Yang Berhormat sekalian, Rancangan Selangor Pertama telah memberikan penekanan terhadap penyediaan ekosistem sokongan bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh dan mencapai matlamat kesaksamaan selaras dengan Dasar Wanita Selangor. Selain pemberian bantuan kewangan seperti TUNAS, Asuh Pintar dan Mama Kerja yang bertujuan untuk meringankan kos penjagaan anak, wanita berdaya Selangor akan meneroka modul aturan kerja anjal, flexible work arrangement yang relevan untuk dilaksanakan bagi membantu pekerja lelaki dan wanita mencapai keseimbangan keluarga kerjaya. RS-1 juga menggariskan inisiatif untuk menggalakkan pengusaha untuk mewujudkan pra sekolah di kawasan tumpuan dan berkeperluan tinggi. Untuk itu, Kerajaan Negeri pada tahun 2024 akan memberikan bantuan secara one-off dengan izin kepada pengusaha dan taska dan tadika yang sedang dalam peringkat pendaftaran dan
kelulusan agensi berkaitan namun mempunyai kekangan kewangan. Insya-Allah permohonan bagi program ini dijangka akan dibuka pada September 2024.
Tuan Speaker, bagi aspek kepimpinan kerajaan telah menambah baik pelaksanaan akademi kepimpinan wanita (AKW) bagi kohort keempat iaitu mewujudkan modul latihan khusus mengikut keperluan segmen pemimpin wanita termasuklah pemimpin komuniti, pemimpin politik, pemimpin sektor awam dan juga korporat. Hal ini bagi memastikan yang relevan peserta yang dilatih mempunyai ilmu dan kemahiran kepimpinan yang relevan yang seterusnya dapat mempersiskan lebih ramai pemimpin wanita di peringkat pembuatan keputusan.
Tuan Speaker, saya menyambut baik kesemua syor dan cadangan di kemukakan oleh Yang Berhormat Batu Tiga, Yang Berhormat Ijok, Yang Berhormat Lembah Jaya dan Yang Berhormat Meru berkenaan ekonomi penjagaan. Bagi pemberian elaun tambahan kepada petugas, guru dan penyelia pusat pemulihan dalam komuniti PPDK seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Tiga, Kerajaan Negeri akan menilai kebolehlaksanaan cadangan berdasarkan situasi kewangan semasa. Selaras dengan inisiatif RS-1 berkaitan Selangor Silver Workforce dengan izin, Kerajaan Negeri sedang merencana pelan tindakan terperinci dalam dasar ekonomi penjagaan negeri Selangor bagi menggalakkan warga emas produktif sesuai dengan keperluan dan kemampuan golongan tersebut.
Dalam hal ini, Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) sedang memulakan langkah awal projek perpustakaan insan atau Human Library dengan izin yang menyediakan platform kepada warga emas untuk menyumbang kepakaran dan kemahiran mereka pada golongan yang memerlukan. Tuan Speaker, Yang Berhormat Lembah Jaya mengemukakan cadangan untuk memperluas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap kawasan Dewan Negeri dalam tempoh sepuluh hingga lima belas tahun akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat tujuh belas Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Negeri Selangor.
Dan bagi perancangan jangka masa pendek, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor akan menumpukan kepada penubuhan PAWE di kawasan parlimen yang masih tidak ada PAWE, iaitu di Shah Alam dan di Hulu Selangor. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan meneliti keperluan mewujudkan PAWE di setiap DUN. Sebagai persediaan, menghadapi cabaran negeri menua. Saya turut bersetuju, dengan Yang Berhormat Meru, agar Selangor menjadi hub ekonomi penjagaan negara, malah di rantau Asia, berikutan status Malaysia sebagai destinasi utama persaraan global. Saya percaya sekiranya Selangor memanfaatkan peluang, dari permintaan yang tinggi, kita akan dapat melonjakkan ekonomi negeri menerusi penciptaan peluang pekerjaan. Merangsang
ekonomi inovasi perniagaan mikro serta menggalakkan pelaburan dan kerjasama peringkat tempatan dan antarabangsa.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Jeram, telah membangkitkan tentang isu permohonan bantuan kehidupan sejahtera Selangor, BINGKAS yang ditolak berdasarkan sokongan politik. Saya berpandangan kenyataan ini adalah kenyataan yang tidak berasas. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram, kelulusan permohonan BINGKAS, adalah berpandukan kepada syarat-sayarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Oleh itu, Yang Berhormat dipohon untuk mengemukakan aduan berserta bukti jika berlakunya isu seperti yang telah didakwa. Sebagai maklum balas kepada Yang Berhormat Kampung Tunku, berkenaan dana bantuan guaman Selangor (DBGS), Kerajaan Negeri sedang mempergiat promosi bantuan tersebut termasuklah menerusi perancangan untuk menambah beberapa agensi sebagai focal point dengan izin, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKES), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rumah-Rumah Perlindungan dan sebagainya.
Sekian, dengan ini saya menyokong pembentangan Dato’ Menteri Besar, Kajian Separuh Rancangan Selangor Pertama. Dan, sekian ucapan penggulungan saya, wabillahi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kota Anggerik.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya berkesempatan untuk membuat sedikit penggulungan terhadap perbahasan Ahli Dewan yang telah menyertai, sesi perbahasan Rancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Saya ingin, sukacita menyentuh sedikit tentang yang dibangkitkan oleh Sungai Ramal berkenaan dengan gejala rasuah di kalangan belia. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan sistem tadbir urus organisasi dan integriti yang dilaksanakan secara efisien, dalam membendung sebarang bentuk salah laku terutamanya di kalangan belia dan juga penjawat awam yang melibatkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Untuk maklumat Yang Berhormat, pada tahun 2022 sebanyak RM455,000.00 telah diperuntukkan bagi menganjurkan 131 program pembasmian rasuah, yang dilaksanakan di segenap peringkat, di pejabat SUK Negeri Selangor, pejabat-pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun serta agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Dalam mencapai hasrat ini, antara program dan inisiatif yang diambil oleh Kerjaan Negeri melalui Unit Integriti, Pejabat SUK Negeri, boleh dipanjangkan kepada pemegang-pemegang taruh belia, adalah seperti berikut, termasuklah mewujudkan hubungan langsung dengan pihak SPRM Negeri Selangor serta pihak Bahagian Pengurusan Integriti di ibu pejabat SPRM. Dalam mengambil langkah
pencegahan serta penguatkuasaan terhadap jenayah salah laku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kerajaan Negeri juga memberikan komitmen untuk turut serta menjayakan ikrar bebas rasuah (IBR) dengan melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, seperti ahli majlis, pengerusi JPKK, Penggerak Belia Negeri Selangor, dan juga pusat wanita berdaya dan pada masa yang sama, menyediakan saluran aduan integriti yang melibatkan, penjawat-penjawat awam melalui e-mel, talian telefon, faks, surat dan walk-in, di unit-unit integriti yang ditubuhkan, bagi memudahkan penyaluran aduan integriti sama ada di kalangan awam mahu pun swasta.
Seterusnya berkenaan dengan pembangunan sukan, telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Hulu Kelang dan juga Batu Tiga. Kerajaan Negeri Selangor komited dalam memastikan program persediaan kontinjen SUKMA negeri Selangor, diberi keutamaan, bagi memastikan negeri Selangor kekal sebagai peneraju kecemerlangan sukan di negara. Untuk tahun 2024, ini, saya rasa dah jawab dalam sesi soal jawab, peruntukan sebanyak RM8 juta telah diberikan untuk Majlis Sukan Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan dan persediaan sukan Malaysia. Dan , saya ambil peluang juga untuk jawab respons kepada yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang, dalam sesi soal jawab minggu lepas, tentang jumlah bilangan atlet dan juga jurulatih SUKMA. Untuk makluman Dewan, jurulatih negeri Selangor adalah sebanyak 128 orang. Ini yang terlibat dengan SUKMA, sebanyak 128 orang. Manakala atlet adalah sebanyak 682 orang. Menjadikan jumlah keseluruhan seramai 810. Ini yang terlibat dengan sukan Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, untuk keseluruhan bilangan jurulatih dan atlet dan jurulatih di negeri Selangor, untuk jurulatih, sebanyak 125 orang, manakala untuk atlet sebanyak 3,500 orang. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3625. Dan untuk sasaran pingat SUKMA, kita menetapkan unjuran sebanyak 61 pingat. Dan ini adalah antara unjuran yang kita rasakan realistik untuk kita berada di tempat kedudukan tiga yang teratas.
Berkaitan dengan pemberian insentif, bagi menghargai pencapaian yang telah diperolehi oleh atlet-atlet kontinjen SKMA negeri Selangor di temasya SUKMA ini, Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan insentif kepada mereka. Jadi ini adalah kadar yang telah kita gunakan sejak tahun 2010. Untuk pingat emas, bagi kategori individu akan menerima insentif sebanyak RM3500.00 seorang, dan untuk kategori berpasukan, kurang daripada 5 orang, emas, untuk pingat emas, sebanyak RM2500.00 seorang. Dan untuk kategori pasukan yang melebihi 5 orang, RM1500.00 untuk seorang. Dan ini, kadar pada, sejak 2010. Tapi kalau sekiranya pihak Kerajaan Negeri ada rancangan untuk menaikkan, kita akan mempertimbangkan dan Insya-Allah, akan ada pengumuman susulan. Kalau ada sekiranya ada keputusan untuk menaikkan insentif tersebut.
Yang Berhormat EXCO. Terima kasih, Yang Berhormat EXCO, atas jawapan yang diberikan. Cuma dalam pengalaman
saya, di negeri Selangor ini, usaha ataupun peruntukan yang diperuntukkan untuk memastikan pembangunan sukan itu dapat berjalan dengan baik, itu rata-rata, kira-kira sekitar RM7 juta ataupun sehingga ke RM8 juta setahun sahaja. Bagi saya, peruntukan ini sangat tidak mencukupi, kerana kita mempunyai talent pool yang begitu besar. Dan dalam keadaan hari ini, sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Seri Serdang pun, ketika membahaskan Usul tentang intimidasi kepada atlet sukan, kita mempunyai banyak potensi-potensi dan bakat khususnya dalam bidang sukan yang perlu kita angkat. Bahkan sampai satu tahap di mana kita lihat, banyak talent-talent kita ini, akhirnya, mereka lari ke negeri-negeri yang lain, oleh kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Saya boleh faham dalam keadaan hari ini, mungkin Kerajaan Negeri melihat ada kekangan kewangan. Tetapi saya juga melihat, kalau kita mempunyai anak-anak syarikat, yang, bagi saya mempunyai kekuatan dari segi kewangan untuk menganjurkan program-program sukan yang besar, misalnya, PKNS, baru-baru ini, menganjurkan Selangor International Cycling. Mungkin juga kita boleh mendapatkan bantuan daripada anak-anak syarikat ini, supaya kita boleh dapat satu jumlah kewangan yang mencukupi bagi memastikan usaha pembangunan sukan dalam negeri Selangor ini, boleh kita perhebatkan lagi seterusnya kita dapat mencungkil lebih banyak bakat-bakat dan potensi-potensi yang baru di kalangan anak muda di negeri Selangor.
Baik, terima kasih, Gombak Setia. Sememangnya pihak Kerajaan Negeri daripada masa ke semasa, memang kita engage, dengan izin, ataupun berhubung dengan anak-anak syarikat sama ada milik Kerajaan Negeri ataupun pihak swasta, untuk kita rangkul dan juga minta mereka bantu dari segi kewangan dan logistik dan sebagainya. Dan, Alhamdulillah, untuk persiapan dan persediaan untuk SUKMA, walaupun kita berada dalam kekangan peruntukan yang agak sedikit, agak terhad, sokongan daripada anak-anak syarikat cukup membantu. Misalnya, saya ada sebut sebelum ini, pihak syarikat MBI Selangor, pun menyumbangkan peruntukan sedikit sumbangan kepada persatuan ragbi Selangor dan juga persatuan memanah Selangor. Dalam masa yang sama, PKNS juga turut membantu terlibat dalam mendukung pembangunan sukan-sukan tertentu, seperti berbasikal, badminton, dan juga kita juga turut assign ataupun appoint, dengan izin, syarikat-syarikat millik Kerajaan Negeri ini, untuk menjadi bapa angkat kepada sukan-sukan yang kita lihat ada prospek besar untuk kita menang dalam kejuaraan SUKMA yang akan datang. Jadi kita terima baik cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, sorry, Gombak Setia, minta maaf. Dan saya kira, penting untuk kita melihat dan menyemak semula peruntukan untuk pembangunan sukan dalam rancangan Malaysia yang ke-13, yang akan datang kerana peruntukan sebanyak RM8 juta setahun, yang kita terima sebelum ini, sejak 5 tahun yang lepas, memangnya merupakan satu yang agak terkebelakang dari segi pembangunan sukan di negeri Selangor dan kita mengharapkan peruntukan yang lebih baik dan
munasabah yang akan kita terima pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya kalau boleh, kita nak ada dalam RM12 ke RM15 juta setahun, kepada pembangunan sukan di negeri Selangor. Itu secara realistik dapat membantu, bukan sahaja mengupayakan sukan-sukan seperti bola sepak, tetapi juga sukan berkumpulan, pasukan lain yang lebih mungkin ada potensi besar seperti badminton, hoki, ragbi, untuk terus berkembang dan melahirkan lebih ramai atlet di masa akan datang. Baik, saya...
Yang Berhormat, Seri Serdang.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tadi, Gombak Setia, mencadangkan berkenaan dengan GLC-GLC kita. Seperti yang SUKMA yang telah berlalu, peranan PBT juga, dalam menjadi bapa angkat kepada sukan-sukan yang dipertandingkan, yang akan kita bertanding ketika SUKMA nanti dan tidak dinafikan juga di bawah PBT-PBT ini banyak fasiliti-fasiliti sukan yang saya kira sangat sempurna dan boleh diguna pakai untuk melatih atlet-atlet kita. So, peranan PBT untuk kita berdepan dengan SUKMA di Sarawak ini, bagaimana? Dan amalan terdahulu juga ada ADUN-ADUN yang terlibat sebagai bapa angkat pada sukan-sukan yang dipertandingkan. Saya kira mungkin kali ini, mungkin ada cadangan daripada pihak YB EXCO, untuk diadakan juga ADUN-ADUN angkat, Gombak Setia dah tak sabar jadi bapa angkat sukan. Terima kasih.
Baik, terima kasih.
Cukup lah. Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik, Cuma saya maklum..
Taman Medan, angkat berat.
Saya maklum, bahawa dalam soal peruntukan ini, memang menjadi isu besar untuk pembangunan sukan di negeri Selangor. Bahkan dalam pengalaman kita, saya percaya sebahagian Ahli Dewan di sini, kita juga sering mendapat permohonan daripada persatuan-persatuan sukan local di kawasan kita, yang memohon peruntukan supaya dibantu mereka ini. Jadi saya nak mencadangkan kepada Yang Berhormat EXCO, kalau Yang berhormat boleh bawa pada peringkat MMKN, mungkin boleh diberikan peruntukan khusus kepada semua ADUN sebanyak tambahan RM50,000.00 untuk setiap ADUN-ADUN, supaya khusus untuk persatuan sukan di kawasan masing-masing. Jadi saya mintalah Yang Berhormat Kota Anggerik
memperjuangkan untuk semua ADUN-ADUN sebanyak RM50,000.00, extra tahun ini kepada semua persatuan-persatuan sukan dalam kawasan-kawasan kami. Setuju....
Setuju, setuju, setuju...
Ya, Kota Anggerik.
Baik, terima kasih, Seri Serdang dan juga Taman Medan. Tentang bapa angkat sukan, kita turut melibatkan untuk makluman Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, Pihak Berkuasa Tempatan yang maksudnya mereka ini ini membantu dari segi persiapan atlet, mungkin dari segi fasiliti, dari segi infrastruktur. Dan juga kita melihat juga kepada kekuatan kewangan setiap PBT. Kalau segi peringkat PBT yang dalam kategori bandaraya itu, mungkin kita beri sukan yang berprestasi tinggi, yang agak mahal dari segi kosnya dan untuk PBT kategorinya lebih kekangan, kekuatan kewangannya mungkin lebih kurang, kita beri sukan yang kosnya lebih rendah. Misalnya sukan yang tidak memerlukan kos yang agak tinggi seperti catur, misalnya. Itu kita serah kepada Majlis Daerah Sabak Bernam. Jadi, kalau yang besar-besar ini, dapat sukan yang tough sikit lah, dengan izin. Tapi itu di peringkat PBT. Cuma di peringkat ADUN-ADUN ini, kita belum lagi melihat dari segi keperluan untuk libatkan mereka sebagai bapa angkat, bukan kita tak mahu libatkan tetapi, macam tadi bila dibangkit, Taman Medan la, kita khuatir peruntukan yang ADUN-ADUN ini ada nanti akan mereka dituntut untuk cover yang lain pula. Jadi saya ingat, kita boleh pertimbangkan cadangan daripada Taman Medan. Saya sambung sikit je lagi lepas lunch. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah pun menunjukkan pukul 1.00 petang, dengan ini, saya menangguhkan sidang Dewan pada pagi ini ke pukul 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Kita sambung semula sesi penggulungan daripada pihak Kerajaan, saya persilakan EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya sambung sedikit lagi penggulungan saya untuk petang ini untuk Kajian Semula Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Saya mahu ulas tentang perkara dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang tentang fasiliti sukan yang tidak diselenggara bagi tujuan meningkatkan penyelenggaraan fasiliti di Negeri Selangor, pihak Sukan Negeri akan meneliti semula penyelenggaraan dan maintenance dengan izin sukan sedia ada serta menambah baik kemudahan-kemudahan tersebut agar lebih mesra pengguna seperti menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya dan warga emas. Dan sedikit tentang dibangkitkan oleh Kuala Kubu Baharu berkenaan pengangguran belia. Selain daripada penganjuran Selangor Mega Job Fair, Kerajaan Negeri juga mengambil beberapa inisiatif lain bagi mengurangkan kadar pengangguran di antaranya Skim Zero To Hero, Skim i-Business Dana Usahawan Madani Selangor serta Penganjuran Program Karnival Selangor Kerjaya di bawah MBI. Kerajaan Negeri turut mengadakan program upskilling dengan kerjasama Kerajaan dan Swasta. Selain daripada itu Kerajaan Negeri akan menggunakan agensi Belia dan juga Penggerak Belia Selangor untuk menyampaikan maklumat berkenaan peluang kerjaya yang dibuka untuk belia khususnya di Negeri Selangor. Sila kan Kuang.
Terima kasih Tuan Speaker.
Silakan.
Saya ada sedikit pertanyaan kepada Yang Berhormat EXCO. Seperti Yang Berhormat EXCO maklum, taman-taman perumahan dalam Negeri Selangor banyak yang mempunyai kemudahan-kemudahan sukan seperti padang-padang bola dan sebagainya. Baru-baru ini ada inisiatif baik sebenarnya di peringkat PBT-PBT untuk menaiktaraf padang-padang permainan di taman-taman perumahan. Padang-padang ini digunakan secara aktif oleh penduduk pada sebelah pagi pada hujung minggu dan pada sebelah petang pada hari-hari bekerja termasuk anak-anak muda, pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya. Apa yang menjadi persoalan hari ini ialah, apabila padang-padang ini dinaik taraf atau dibaiki dengan dibelanjakan oleh PBT dan sebagainya, PBT mengenakan kadar sewaan pula kepada penduduk, ini stakeholder yang duduk di keliling-keliling padang itu untuk menggunakan padang tersebut. Saya mohon petua dan pandangan daripada Yang Berhormat EXCO, apakah kaedah yang kita boleh gunapakai supaya penduduk setempat di keliling padang itu masih boleh menggunakan padang tersebut tanpa perlu membayar?
Sebab selama ini dia memang menggunakan padang itu dan itu antara tarikan semasa mereka membeli rumah. Ada padang, ada kemudahan-kemudahan sukan jadi saya mohon petua dan pandangan daripada Yang Berhormat EXCO tentang permasalahan ini. Terima kasih.
Baik terima kasih Kuang walaupun Kuang tak mengambil bahagian, bukan tak ambil bahagian, tak mention dalam perbahasan saya respons sikitlah, kita boleh lihat semula mungkin Kuang boleh beri maklumat lengkap kepada saya tentang masalah tersebut di kawasan mana lokaliti mana seharusnya kalau padang ataupun kemudahan sukan itu di bawah pentadbiran PBT ianya seharusnya diberikan dibuka penggunaannya kepada orang awam, kepada masyarakat khususnya di kawasan tersebut tetapi melainkan PBT telah mengambil keputusan menswastakan satu-satu kemudahan misalnya dewan ataupun padang permainan, padang bola sepak,mungkin di situ perlu ada sedikit pembayaran daripada syarikat pengendali tetapi sekiranya Kuang ada maklumat berkaitan dengan kawasan milik Kerajaan Negeri milik PBT yang dikenakan charge untuk penggunaannya kepada masyarakat kepada orang awam boleh kemukakan pada saya, saya akan bincang dengan EXCO PBT untuk kita ambil tindakan sewajarnya. Jadi saya ingat itu sahaja daripada saya untuk portfolio Belia, Sukan dan Keusahawanan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RS-1 pada Sidang Dewan kali ini. Dan mudah-mudahan apa yang kita bahaskan dan kita bangkitkan akan diambil diambil maklum oleh pihak Kerajaan Negeri dan kita sama-sama menjayakan setiap teguran pandangan yang bersifat konstruktif dari semua Ahli Dewan. Terima kasih. Assalammualaikum.
Wa’alaikummusalam. Terima kasih Yang Berhormat EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan. Saya mempersilakan penggulungan seterusnya dari wakil Kerajaan Seri Setia.
Terima kasih Tuan Speaker, izinkan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat- Yang berhormat, Pelabuhan Klang, Seri Serdang, Permatang, Semenyih, Kota Kemuning, Morib dan Batang Kali yang telah berbahas dalam usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor 1 dalam beberapa hari yang lalu dan menyentuh perkara-perkara yang terkait di bawah Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi & Inovasi, Infrastruktur Digital, Hal Ehwal Agama Islam dan Industri Halal. Dari segi konsep dan kerangka besarnya RS-1 ini ada adalah usaha pertama daripada kita untuk kita di sini adalah Kerajaan Negeri dan juga para penjawat awam dalam mengumpulkan inisiatif-inisiatif dan projek-projekdi negeri Selangor ini untuk kita mencapai beberapa objektif yang utama. Yang ini tidak disebut dalam dokumen asal
tetapi mungkin tiba masanya untuk saya kongsikan beberapa perkara. Yang pertama adalah untuk kita mengasah keupayaan kita, mengilhamkan, merangka dan melaksanakan kesemua projek-projek pembangunan besar untuk Negeri Selangor, dengan izin Tuan Speaker Dream, Pelan, Deliver and Repeat The Hold Process. Percubaan pertama ini juga adalah untuk memastikan program-program dan projek-projek pembangunan ini dapat dibuat dengan lebih teratur, dipantau baik tanpa duplikasi segala keberhasilan ataupun outcome dan dihasratkan dapat dicapai dengan baik. Maka kedua-dua objektif ini saya rasa adalah perkara yang pasti dilalui oleh mana-mana Kerajaan yang berhasrat memastikan negeri ini dapat dibangunkan dengan lebih teratur dan efisien. Ia bukanlah satu lagi pilihan malah wajib dilalui dan lebih cepat kita melalui proses ini, lebih cepat untuk kita menjadi suatu ketumbukan yang padu dan mampu terus membangunkan negeri sesuai dengan aliran zaman yang penuh dengan ketidaktentuan. RS-1 ini dimulakan takkala Kerajaan Persekutuan telah pun mempunyai Rancangan Malaysia Kedua belas walaupun Perdana Menteri kita pada kali ini masih belum cukup sepenggal mentadbir. Saya faham akan kebimbangan-kebimbangan dizahirkan oleh Yang Berhormat sekalian. Ramai yang telah ulas sama ada capai atau tidak sasaran realistik atau tidak ataupun bajet yang disediakan itu, mencukupi atau tidak. Saya nak mengambil perspektif membuat perbandingan RS-1 ini dengan Rancangan Malaysia yang pertama dan mungkin nak zahirkan satu fakta yang amat penting yang telah berlaku ketika RMK1 dilaksanakan. Jadi RMK-1 dilaksanakan pada tahun 1996 sehingga 1970 yang mempunyai objektif yang lebih kurang sama dengan RS-1 iaitu apa? Memajukan ekonomi seluruh negara, mengeratkan perpaduan rakyat, membangunkan ekonomi luar bandar, mempelbagaikan ekonomi negara, mengurangkan pengangguran dan memajukan sektor perindustrian lebih kurang sama apa yang kita ada pada hari ini. Apa yang dicapai dalam RMK-1? Yang dicapai adalah penubuhan FELCRA 1966 untuk majukan projek tanah Kerajaan Negeri, penubuhan MARDI tahun 1969 untuk penyelidikan dan pemasaran hasil tanaman, penstrukturan semula RIDA yang distruktur kepada MARA tapi ada satu juga perkara penting perkara besar berlaku, sewaktu RMK1 iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kenapa saya nak ambil dan tekankan 13 Mei 1969 ini? Kerana Yang Berhormat sekalian kerana peristiwa berdarah ini telah menghancurkan fabrik perpaduan sosial selepas merdeka dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Perpaduan itu penting dan perpaduan harus kita utuh dan kuatkan untuk kita pastikan Negeri Selangor ini kekal menjadi enjin ekonomi negara Malaysia dan kekal menjadi contoh sebuah negeri yang ditadbir dengan baik yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan ia selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertitah agar perpaduan negeri ini terus kekal utuh untuk rakyat yang berbilang kaum.
Kerajaan sentiasa peka dengan Pembangunan dan Perkembangan Dakwah Islami serta Pembangunan Modal Insan yang selari dengan perkembangan teknologi dan inovasi
semasa atau semangat zaman. Perkara ini kita bina dalam semangat perpaduan ummah dalam kerangka Madani yang diukir dari tradisi ketamadunan Islam membentuk kebersamaan dan toleransi di antara kaum dan agama. Kita menolak fahaman Hulk atau extreme pemecah belah masyarakat yang sentiasa membawa naratif kebencian fitnah dan sangka buruk sesama Muslim khususnya dan sesama manusia secara amnya. Mengungkap kembali apa yang disebut oleh Yang Berhormat Semenyih dalam ucapan beliau, setidaknya berusaha mengangkat nilai politik dari istilah political animal kepada nilai ketamadunan dan ilmu peradaban yang menjunjung ilmu agama dan budaya sebagai teras pembinaan masyarakat Madani yang akan membangun Negeri Selangor yang kita sayangi ini. Menurut al-Farabi, ilmu Bagdadi ada dua bahagian yang asas, yang pertama adalah pengajian tentang perlakuan cara hidup, tujuan dan matlamat hidup manusia termasuk membentuk konsep dan falsafah kebahagiaan yang kita cari. Di sini tersebut soal-soal adab, akhlak dan akidah dalam pembentukan masyarakat untuk membahagiakan masyarakat yang sedang kita bentuk.
Yang kedua adalah peranan dan fungsi institusi politik dan kerajaan dalam memastikan masyarakat Madani dapat dibangunkan dengan sempurna. Justeru masyarakat Madani di Negeri Selangor perlu dibangunkan dan disemarakkan dengan ilmu-ilmu ketamadunan terlebih dahulu seperti ilmu kemanusiaan ini. Ini disebut oleh Yang Berhormat Semenyih sendiri daripada sebelah sana. Saya ingin merujuk pada asas ini dan ingin saya cadangkan mungkin satu penyelesaian kepada sumber pengajian ini. Amat wajar untuk kita mengkaji kedua bahagian asas Madani itu tadi daripada nukilan Imam An-Nawawi. Iman Nawawi atau nama penuhnya Abu Zakaria Yahya bin Sharaf An-Nawawi hidup dalam real politik. Yang mana pada ketika itu masyarakat Islam terpecah, berkabilah, berbagai-bagai fahaman dan wujud juga ancaman daripada kuasa luar pada ketika itu Empayar Mongol, Empayar Byzantium, dan juga perang salib yang sedang melanda Palestin. Imam Nawawi muncul dengan nukilan ilmiah seperti Riyadhush Salihin dan Al-Majmu` Syarhul Muhadzdzab yang rata-rata bertujuan mengembalikan penyatuan umah dan membina semula jati diri umah ini melalui keilmuan dan nilai-nilai sejagat yang dikutip dari hadis dan sirah Rasulullah SAW. Kita semua arif dan maklum tentang keperluan untuk kita bersatu pada dan jangan berpecah surah Ali Imran; 103 dan saya hak quote juga di sini dalam hadis 35 dalam kitab hadis Imam Nawawi, Sheikh Ali Jum’ah telah bersyarahkan hadis dan beliau sebut jangan saling membelakangi antara satu sama lain. Yang bermaksud seorang itu membelakang saudara itu tidak mahu saling tolong-menolong, berkerjasama, berganding bahu, berkasih sayang serta wujudnya perselisihan. Inti pati hadis ini ialah membangunkan masyarakat Muslim yang saling berkerjasama dan bersatu padu. Seorang Muslim dengan seorang Muslim yang lain (ayat quran) ibarat bangunan yang saling menyokong antara satu dengan yang lain. Jadi itu adab kita yang sesama beragama Islam. Bagaimana pula adab kita dengan pemimpin? Ingin saya kongsikan satu lagi hadis daripada Riwayat Muslim hadis yang ke
65, dalam Kitabul Imarah kitab kepimpinan [nama kitab] sebaik-baik pemimpin dan seburuk-buruk mereka. Maksudnya Rasullullah SAW bersabda: “sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu dan mereka mencintai kamu dan mereka mendoakan kamu dan kamu dan kamu mendoakan mereka. Manakala seburuk buruk pemimpin, adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Lalu Baginda ditanya “Wahai Rasulullah tidakkan kita boleh memerangi mereka dengan pedang” Baginda bersabda “Tidak”. Selagi mana mereka mendirikan solat bersama kamu jika kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, maka bencilah perbuatannya dan jangan meninggalkan ketaatan kepadanya. Jadi di sini, Seri Setia mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri besar, atas usaha dan kesungguhan beliau untuk menghidupkan semula pengajian karya Imam An-Nawawi dalam pengajian thurath yang diperkenalkan dari Selangor yang saya rasa amat elok dihayati semula supaya penyatuan umat Islam berasaskan adab dan nilai-nilai yang betul dapat dijamin sekurang-kurangnya di Negeri Selangor.
Mohon bertanya Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat EXCO Seri Setia yang menukilkan tentang kitab Imam An-Nawawi dalam satu hadis ( ayat hadis ) kata Imam Nawawi menyebut bahawa, “Awas kamu berjaga-jaga perangai zalim, kerana zalim bawa kamu kepada kegelapan di hari kemudian”. Saya nak bertanya tentang keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri tentang peraturan kewangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang baru-baru ini, kepada wakil rakyat pembangkang. Oklah Kerajaan melantik penyelaras untuk menguruskan sebahagian daripada kewangan negeri, separuh daripada separuh kepada pembakang, separuh kepada Kerajaan. Tetapi kenapa, kenapa keputusan dibuat oleh pihak Kerajaan untuk menghadkan ADUN Pembangkang boleh menyalurkan sumbangan hanya kepada dua item sahaja iaitu, hanya kepada pendidikan, yang kedua kepada kesihatan dan limitkan kepada seribu sahaja tiap-tiap satu. Tidak boleh sumbang kepada surau, NGO tak boleh, semua tak boleh, itu tidak adil. Tidak adil bagi saya adalah zalim dan Imam Nawawi sebut, Imam Nawawi sebut “Kezaliman itu boleh membawa dia kepada kegelapan di hari kiamat” dan kita bukan memarahi batang tubuh Kerajaan tapi kita memarahi sikap dan keputusan Kerajaan. Mohon penjelasan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal. Isu-isu peruntukan ini telah pun dibahaskan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan saya rasa daripada apa yang dipersetujui pada peringkat awal, kita telah pun bahas beberapa kali dan kita telah naikkan. Contohnya RM400,000 yang diterima oleh Ahli Pembangkang pada ketika ini dan yang kedua dari segi penyaluran dan seumpamanya, saya rasa benda itu kalau masih ada
ketidakpuashatian kita masih terbuka untuk mendengar rintihan daripada sebelah sana. Tapi saya rasa ini adalah perkara, saya tak nak campur adukkan penggunaan hadis dengan tujuan politik dan sebagainya kerana biarlah Islam itu kekal di tempatnya.
Tapi Yang Berhormat yang memulakan mencatatkan Imam Nawawi. Saya hanya mencatatkan Imam Nawawi sahaja.
Betul. Kita kena tengok syarah tu. Saya bukan pakar meningkat syarah tu dengan..
Jangan macam tu Yang Berhormat. Yang Berhormat bawa hadis, saya bawa hadis.
Biar saya teruskan. Biar saya teruskan.
Sama-sama bin Ngah ni.
Teruskan Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat.
Seri Setia, teruskan.
Terima kasih. Baik. Saya sebut, kita kena ikut macam Sungai Panjang. Saya sebut ni Yang Berhormat sekalian sebab kita tidak mahu akibat berlakunya perkara-perkara seperti 13 Mei atau seumpamanya ini yang boleh berlaku sekiranya kalau kita tidak berhati-hati dan kita mempermainkan isu-isu perpaduan di kalangan masyarakat, di kalangan umat Islam dan menimbulkan kebencian-kebencian yang tidak sewajarnya. Jadi itu sebab saya bawa beberapa hadis tadi dan saya rasa in shaAllah..
Saya mohon mencelah Seri Setia.
Dah nak masuk point lain dah Taman Medan, duduk.
Tiada Hadis.
InshaAllah, aspek Pembangunan Masyarakat dengan penerapan nilai-nilai kerohanian ini..
Seri Setia tak bagi Taman Medan. Duduk.
Dengar. Ni kena dengar.
Sebab fasal perpaduan tadi. Saya tertarik untuk nak tanya pada Seri Setia.
Saya nak masuk point lain dah ni. Tak pe. Tak dibenarkan. Sila duduk.
Tiada hadis.
Tidak boleh. Saya sebut tadi aspek pembangunan masyarakat dan penerapan nilai-nilai kerohanian ini, saya akan cadang untuk dimasukkan ke dalam RS-2. Dan saya dengan ini juga ingin menjemput pihak Pembangkang terutamanya Y.B. Semenyih, Yang Berhormat Semenyih, Yang Berhormat Paya Jaras, Yang Berhormat Sungai Ramal ke siri-siri muzakarah yang saya akan laksanakan untuk kita tentukan pengisiannya bersama-sama. Ini penting sebab kita perlu, saya rasa rancangan-rancangan pembangunan ini kalau ada sedikit roh, sedikit spirit, sedikit asas untuk kita pastikan masyarakat yang kita bentuk itu dibentuk atas dasar dan nilai-nilai yang baik. Baik, maka sekiranya Rancangan Selangor ini berjaya dijadikan agenda pembangunan ekonomi yang utama untuk Negeri Selangor, saya percaya selepas beberapa siri Rancangan Selangor ini kita akan berpeluang membangunkan sebuah tamadun baru yang dilandasi dengan nilai-nilai yang murni dan peradaban yang boleh diterima semua merentasi agama dan bangsa.
Perpaduan. Ini perpaduan. Harus bermula dalam masjid-masjid kita seperti yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, penggal yang lepas pun, sidang yang lepas pun kita dah berjanji sama-sama sebelah sana kita jaga masjid kita dan, jangan jadikan dia pusat untuk kita mengembangkan pengaruh politk atau memecahbelahkan masyarakat. Namun, sehingga hari ini saya masih lagi terima aduan. Jadi, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa di masjid dan surau-surau di Selangor ini tidak boleh dijadikan tempat untuk memecahbelahkan masyarakat atau tujuan-tujuan politik dan saya seru rakyat terbanyak yang dekat luar ni, kalau dapat sebarang laporan, sila hantar sebarang aduan ataupun...
Seri Setia.
Rakaman yang boleh dihantar, kita di JAIS dan MAIS ada satu proses teras yang akan kita ambil tindakan..
Seri Setia Y.B. EXCO, ada yang bangun.
Baik, terima kasih Seri Serdang. Silakan.
Tadi Y.B. Yang Berhormat EXCO ada mengatakan bahawa masih menerima aduan berkenaan dengan masjid dan surau. Saya kira aduan itu mungkin melibatkan penceramah yang tidak bertauliah dan ketika Sidang yang lepas kita telah menggubal satu enakmen yang kita memberi peluang untuk mereka-mereka yang ditarik balik tauliah ini untuk mereka merayu kepada Kerajaan Negeri. Jadi saya rasa kenyataan Y.B. EXCO, Yang Berhormat EXCO itu agak berat kerana ia melibatkan titah Tuanku. Boleh nyatakan tak aduan-aduan itu dan jika ada, masih ada di kalangan parti-parti politik, pemimpin-pemimpin politik yang masih aktif memberi kuliah dalam masjid dalam kawasan Negeri Selangor kita.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Dia ada dua, kita ada dua isu di sini. Satu yang tidak ada tauliah, yang memang tak boleh, tak patut dibenarkan berceramah dalam masjid. Jadi isu yang kedua, yang ada tauliah tapi dia pegang tauliah itu dia juga memegang jawatan dalam parti-parti politik dan adalah diselit-selitkan beberapa perkara yang tidak patut diselitkan dalam ucapan dan ceramahnya. Jadi dua-dua ini masalah, dan di pihak JAIS dan MAIS kita sedang meneliti semula, kita sedang meneliti semula senarai yang ada dan mana-mana yang ada aduan, mereka semua akan diberikan dan diambil tindakan yang saksama. Jadi tak dibenarkan perkara ini. Di sebelah Kerajaan ataupun Pembangkang sama sahaja.
Baik, saya terus sahaja kepada sedikit pencapaian yang kita dengar beberapa hari yang lepas semualah tak cukuplah, tak kenalah kan. Saya rasa harus kita kongsi sini sedikit pencapaian dalam Rancangan Selangor Satu supaya dapat kita dendangkan usaha-usaha baik yang dibuat oleh para penjawat awam kita, anak-anak syarikat kita dan pemimpin-pemimpin kita dalam Kerajaan. Saya sini nak berkongsi sedikit di bawah industri halal, di antara kebimbangan besar yang banyak PMKS di luar sana adalah tempoh kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Ada satu inisiatif sekarang ini yang sedang dibuat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga di mana kita nak memendekkan tempoh pengesahan itu daripada 60 hari kepada 23 hari. Saya nak berkongsi dengan Dewan yang mulia ini, pada akhir tahun lepas kita telah berjaya
eksperimen di JAIS, di JAIS telah berjaya laksanakan dalam 15 hari, 15 hari dengan tambahan petugas. Maksudnya di sini boleh dibuat. Tapi yang kedua, masih ada lagi banyak ruang untuk kita automasikan proses yang ada kerana dia masih lagi manual. Sebab itu bila kita tambah orang dia boleh jadi segera dan cepat. Pointnya di sini adalah, kita telah menuju ke arah itu dan ini akan menggalakkan lebih banyak PMKS untuk turut serta dan mengambil pensijilan halal tersebut di Negeri Selangor.
Yang kedua saya nak kongsikan juga di sini adalah satu pangkalan data PMKS halal sedang dibangunkan. Yang ini akan merangkumi ke semua perniagaan-perniagaan mikro kecil dan sederhana di Negeri Selangor yang telah mendapat sertifikasi dan tauliahan halal ni tadi dan kita berada pada tahap 70%. Perkara ini sedang dilaksanakan akan siap in sha Allah pada hujung tahun ini. Dan yang akhir nak dikongsikan di bawah industri halal ini adalah SELHAC ataupun Selangor Halal Convention yang biasa dibuat secara bersendirian setiap tahun. Tahun ini kita telah gabungkan dia di bawah SIBS supaya kita dapat lebih ramai pengunjung yang dapat melihat kepada potensi-potensi perniagaan yang ada di dalam industri halal di Negeri Selangor yang akan dilangsungkan pada 16 hingga 19 Oktober 2024. Yang itu sedikit kemajuan untuk industri halal.
Sedikit Yang Berhormat tentang industri halal.
Ya, sila, silakan.
Terima kasih. Saya mengikuti penggulungan Yang Berhormat Seri Setia cukup teratur, seorang tokoh yang hebat dan bila saya dengar tentang industri halal ini, saya tertarik untuk terlibat sama. Yang Berhormat, industri halal ini baru-baru ini kami dalam Pre-Council ADN-ADN Pembangkang kita ada mendapat taklimat tentang industri halal. Dan antara concern yang kita bangkitkan dalam tu adalah bila kita melihat kepada jumlah penyertaan syarikat bumiputera, dalam industri halal ini, dalam pensijilan halal. Dan saya tau di Selangor juga jumlahnya itu tidaklah begitu membanggakan dari segi penyertaan syarikat bumiputera. Jadi pada pandangan Yang Berhormat Seri Setia, apakah ada usaha proaktif atau mungkin legislative yang boleh kita lakukan supaya syarikat-syarikat milik bumiputera ini disegerakan atau diwajibkan untuk mempunyai pensijilan halal supaya produk mereka itu dapat kita pasarkan dengan lebih baik.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Saya setuju dengan tujuan ataupun hasrat Yang Berhormat Taman Medan, saya rasa memang perlu disegerakan pensijilan ini dan kalau kita dapat pendekkan tempoh pensijilan tadi, saya rasa lebih ramai yang akan masuk. Kedua kos
juga saya rasa, kos untuk mengambil sijil halal tadi kan. Tapi yang harus difahami oleh PMKS kita adalah seandainya produk-produk ini mempunyai SPHM JAKIM itu, produk ini sebenarnya eksport ready kerana certification halal ini, pensijilan halal Malaysia JAKIM ini diterima pakai satu dunia. Jadi bayangkan kalau makcik yang bawa kerepek itu ada sijil halal daripada JAKIM dijual dekat Malaysia 33 juta penduduk di keluar ke Indonesia dia kena naikkan kepada 300 juta penduduk pasarannya. Bermaksud di sini ada banyak advantage ataupun kelebihan untuk PMKS-PMKS kita untuk mendapatkan pensijilan yang sewajarnya. Jadi saya terima baik cadangan daripada Yang Berhormat Taman Medan tadi.
Baik, daripada industri halal, saya terus ke sekolah agama. Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan Seri Serdang ada bertanya mengenai penggunaan teknologi digital untuk pengurusan sekolah dan murid terutamanya untuk sekolah-sekolah agama di Selangor. Pihak JAIS pada ketika ini sedang meneliti beberapa cadangan penggunaan teknologi digital seperti yang dilaksanakan di negeri-negeri lain untuk pembelajaran murid dan pengurusan sekolah-sekolah agama yang lebih berkesan. Keduanya juga saya telah mula mengarahkan pihak JAIS agar menggunakan data umat Islam Negeri Selangor dan diambil data daripada DOSM, data daripada pembayar zakat untuk kita buat unjuran peningkatan murid dan kapasiti sekolah agama untuk masa hadapan. Sebab perkara ini tidak dibuat sebegini sebelum ini. Dan saya rasa ini akan memudahkan lagi kita merencana dan merancang pembangunan dan kapasiti sekolah-sekolah dan juga standard guru-guru dan guru-guru yang kita perlukan untuk bertugas di sekolah-sekolah ini. Satu lagi yang boleh saya kongsikan berkenaan sekolah agama ini juga satu program pemutihan institusi tahfiz persendirian telah saya umumkan yang melibatkan 724 sekolah. Sebulan selepas tempoh pengumuman ini, sudah ada 450 sekolah yang berdaftar masuk dalam sistem dan kita sarankan agar pengusaha-pengusaha tahfiz persendirian yang masih belum berdaftar dengan JAIS, membuat pendaftaran ke dalam program ini sebelum Disember 2024. Sila Paya Jaras.
Mohon celah. Terima kasih kepada EXCO yang telah mengajukan soal berkaitan soal agama. Soal agama di sistem pendidikan itu perlu upgrade. Saya nak tanya sedikit tentang persediaan sekolah-sekolah JAIS sama ada di bawah SRA ataupun MITS ini, dalam sistem pengurusan data maklumat peperiksaan. Adakah mereka ini sekarang boleh akses kepada sistem baru. Baru ni semalam ada kecoh sikit tentang data sekolah markah yang di peringkat JPSK yang gagal dimasukkan oleh beberapa tahfiz. So adakah isu yang terlibat juga di sekolah-sekolah JAIS yang mana permohonan masuk ke U, ke matrikulasi dan juga asasi terganggu disebabkan, contoh di Pahang, ada yang katakan tak masuk markah JPSK dan termasuk juga ada beberapa sebelas ribu orang yang dimaklumkan sekolah swasta
dan juga sekolah agama. So adakah sekolah JAIS juga terlibat dengan masalah kemasukan data ke JPSK. Terima kasih.
Yang Berhormat Paya Jaras kalau saya faham tadi, permasalah mengakses keputusan mesyuarat kan.
Satu, tak satu lagi markah daripada sekolah ke sekolah, data online macam Kementerian SPM, SRA itu examnya macam mana. Yang kedua ialah isu berkaitan dengan markah kurikulum yang sepatutnya masuk kalau peperiksaan SPM tetapi beberapa sekolah tahfiz persendirian dan juga Negeri disebabkan tak boleh masuk data di data Kementerian, akhirnya budak itu tak dapat masuk.
Baik, baik. So ini dua terkait dengan soal infrastruktur digital yang digunakan di sebelah JAIS untuk menguruskan keputusan peperiksaan, maklumat murid dan seumpamanya. Saya faham. Ia menjadi satu masalah tiap-tiap kali ada keputusan peperiksaan ataupun keputusan nak masuk ke sekolah-sekolah yang lain. Baru-baru ini kita dah menaik taraf pusat data di JAIS. Kita telah belanja 1.3 juta dan kami telah dipusatkan dan saya sekarang telah mengarahkan mereka juga untuk melihat penggunaan teknologi pengkomputeran awam, awan supaya memastikan data ini boleh diakses sebab dia masalah kalau on-prem server ini, boleh seratus ribu orang akses pada satu masa dia akan jadi lock dan jammed. Tapi dia menggunakan pengkomputeran awan, in sha Allah masalah ini boleh kita atasi.
Yang Berhormat Paya Jaras juga ada bertanya soalan mengenai MITS dan saya bagi komitmen setakat ini MITS telah ada lima di Negeri Selangor dan kita berhasrat untuk menyiapkan sembilan kesemua. Jadi ada empat MITS lagi yang akan, baru yang akan kita bangunkan yang masih lagi dalam pihak perancangan pihak JAIS. Kalau kita tak sempat masukkan peruntukan untuk RMK-12 ini pastinya dalam RMK-13 kita akan masukkan. Jadi inshaAllah ini akan melegakan banyak ibu bapa di luar sana.
Yang Berhormat Permatang bertanya soal isu pewartaan tanah sekolah agama yang belum selesai iaitu sekolah agama rakyat KAFA Integrasi Al-Ridzuan di Kampung Bestari Jaya dan sekolah KAFA Integrasi As-Sulaimiah Kampung Sungai Yu. Yang Berhormat saya rasa ini peluang yang baik untuk Yang Berhormat bantu sekolah-sekolah ini sebab kalau saya nak turun Permatang selalu pun tak sempat. Jadi cerita Kafa Integrasi Al-Ridzuan Kampung Bestari Jaya ini adalah, pelan yang dihantar untuk pewartaan tapak itu adalah pelan yang melibatkan padang bola, gelanggang badminton dan tanaman sawit. Tapi bukan tapak sekolah, bukan pelan sekolah. Jadi pihak JAIS tidak boleh nak proses kerana pihak JAIS hanya boleh proses pelan untuk kawasan sekolah sahaja.
Kawasan-kawasan lain ini diselenggara oleh agensi-agensi lain, jadi mungkin boleh bantu mereka sedikit di situ. Dan yang kedua, sekolah KAFA Integrasi As-Sulaimiah di Mukim Permatang Kuala Selangor, permohonan ini telah ditolak pada 8 November 2019 kepada, oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah kerana lagi sekali pelan yang dikemukakan tidak lengkap walaupun setelah diminta mengemukakan pelan yang lengkap pada Mac 2012 dan juga Disember 2014. Baru-baru ini pada bulan Mei 2023, satu pelan telah dikemukakan tetapi tidak diukur mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Saya rasa dia tak ada isu tak boleh buat dia isu cuma kaedah itu mungkin tidak betul jadi saya mohon kalau kita boleh bantu pihak sekolah. Terima kasih.
Saya ingin, terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Seri Setia tadi. Jadi, apa yang saya difahamkan saya harap selepas ini mungkin kita, saya sangat-sangat bergembiralah kalau kita dengar bahawa sekolah-sekolah ini tadi sudah dihantar tapi masalahnya yang kita nampak hanya teknikal. Jadi, soalan saya, seandainya kami menghantar pelan yang baharu, yang mengikut spesifikasi berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat membantu untuk mempermudahkan untuk pewartaan dua sekolah tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Insya Allah kita akan bantu yang terbaik isu pewartaan ini. Baik, yang seterusnya Yang Berhormat Sementa ada bertanya mengenai Sekolah Rendah Agama Sungai Kapar bilakah akan dilaksanakan? Saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja awalan tapak akan hanya dilaksanakan awal tahun depan 2025 dan kita akan memastikan bahawa sedikit peruntukan akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 supaya boleh dimulakan pada tahun 2026.
Begitu juga Yang Berhormat Morib bertanya mengenai Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning dengan kos RM8 juta yang tak, masih ditangguhkan termasuk juga Yang Berhormat Seri Serdang bertanya mengenai KAFA Puchong Prima yang tak dilaksanakan sebab dana tidak cukup. Untuk kedua-dua sekolah ini memang tidak ada peruntukan dalam RMK-12 tapi kita akan masukkan ke dalam RMK-13. Sila Seri Serdang.
Yang Berhormat Seri Setia, kita memahami kekangan kewangan apabila berlaku ataupun apa yang kita utarakan permasalahan terutama di KAFA ini masalah yang lama bukan masalah yang baru. Mungkin ada cara lain ataupun sumbangan daripada contohnya Pusat Zakat ataupun badan-badan agensi yang lain yang boleh membantu dalam menyelesaikan segera isu infrastruktur yang terbengkalai, peralatan yang telah lama yang saya kira perlu
disegerakan kerana anak-anak ini mereka belajar dalam keadaan yang saya rasa tidak selamat apabila bangunan tidak siap. Rasanya anak-anak ini belajar dalam keadaan yang tidak selesa apabila kerusi dan meja mereka itu saya kira zaman Tun Razak dulu beli. Lama. Benda yang lama yang telah dibeli. Saya mohon pada Yang Berhormat EXCO mungkin ada dana lain ataupun sumbangan daripada pihak lain untuk cover masalah ini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Kita boleh cuba. Saya rasa yang kalau yang isu Zakat ni boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu sahajalah tapi kalau nak masuk sekolah mungkin tidak sesuai. Tapi MBI ada mungkin kita boleh cuba. Cuma saya bagi komitmen kat sini kita akan cuba bantu dalam RMK-13. Insya Allah ya. Daripada sekolah saya pergi...
Seri Setia ada yang bangun.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat EXCO sebut tadi pada kadar peruntukan RM8 juta. Peruntukan RM8 juta itu bermula pada 2018. Pada penggal yang awal Yang Berhormat EXCO juga menyebut dah naik ke RM13 juta. Jadi, kalau nak tangguh lagi setahun ke setahun akan pertambahan RM1 juta RM1 juta. Jadi, saya berharap sama juga saya sokong daripada Seri Serdang bolehlah, kalau boleh dipercepatkan sebab di tempat di KAFA yang ada ni memang tak boleh tampung dah dan projek ni pun saya rasa dah lama dah. Jadi, saya berharap pihak EXCO, Yang Berhormat EXCO dapat menilai semula. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Morib. Jarang kita tengok...
Sungai Panjang mencelah.
Seri Serdang ni. Tapi bagus tak ada masalah. Saya rasa memang kita faham keresahan yang ada.
Sungai Panjang pun bangun.
Ya Ustaz. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Berkenaan dengan SRA, kita cuma mungkin melihat satu sudut infra sahaja tapi
sebenarnya dari sudut sumber manusia iaitu guru, ada kebanyakan sekolah lima kelas hanya lima guru sahaja. Jadi, kalau guru yang pergi mesyuarat dan sebagainya kadang kerani terpaksa ganti mengajar. Ada berlaku, Guru Besar pun terpaksa back up. Jadi dari sudut sumber manusia juga kita kekurangan. Jadi, persoalannya apakah Kerajaan Negeri bersedia berbincang dengan KPM sebab dimaklumkan hal ini dah lama bincang cuma KPM memberi alasan bahawa pendidikan di JAIS ini dia hanya unit jadi dia tidak ada kuota untuk sumber tenaga manusia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya soal guru ni saya rasa dah tiba masa kita buat dua perkara. Satu, kita lihat semula kepada syarat minima kelayakan menjadi guru ni sebab saya turun ke sekolah-sekolah KAFA ni. Dia ada guru KAFA . Lepas tu ada satu lagi terma Guru Rakyat. Yang ni lagi best. Guru Rakyat ni PIBG yang bayar. Jadi, kalau PIBG yang pilih guru kita tak tau dia ajar apa, dia ajar macam mana dan seumpamanya. Jadi, saya rasa tiba masanya kita lihat semula dasar kita syarat-syarat kelayakan guru ni harus kena wajib kita naikkan. Dan saya sangat positif dengan perkara ni sebab dengan guru-guru sedia ada pun saya yakin dan percaya kebanyakan graduan-graduan yang gred-gred baik ni dalam SPM dan sebagainya ni budak-budak sekolah agama, kan? Saya sendiri pun budak sekolah agama. Yang Berhormat di sebelah sana pun ramai yang sekolah agama. Semua baik-baik hasil daripada guru yang ada dan baik kita naikkan lagi sekali. Itu yang pertama. Maksudnya dari segi kadar dan sebagainya. Yang kedua, soal guru yang tak cukup-cukup ni kan? Yang ni perlukan saya melihat, itu saya sebut tadi kita perlu menggunakan data sedia ada membuat unjuran sekolah dan kelas berapa banyak lagi yang perlu kita wujudkan dan dengan itu guru yang kena ada harus diadakanlah. Harus diwujudkan juga. Kalau kita sebut Kementerian Pendidikan Malaysia tidak cukup dana dan untuk membekalkan guru-guru KPM ni rasanya JAIS pun banyak dah bantu. Guru-guru KAFA pun banyak yang dibiayai oleh pihak JAIS. Yang Berhormat Batu Tiga dulu. Sila.
Saya menyambung usaha dan hasrat itu. Cuma saya ingin bertanya sedikit je. Persepsi kita ni di pihak Kerajaan Negeri, kita menganggap SRA ini bagaimana? Sebuah institusi yang patut kita angkat. Betul tak? Kita setuju begitu, ya? So, bila kita setuju bahawa SRA adalah sebuah institusi yang penting dalam pentadbiran kita, isu pendidikan kita, saya kira usaha tentang perjawatan, usaha tentang kita menilai semula gred, itu sepatutnya kita telah lama laksanakan. Namun, saya hormati pandangan itu. Mungkin kita boleh mulakan perbincangan kita yang ada pada hari ini sebagai pemula kepada usaha yang kita boleh jayakan. Terima kasih.
Terima kasih Batu Tiga. Saya sambut baik saranan itu. Itulah saya katakan tadi dalam pembentukan dasar ini saya sendiri dan saya rasa Stanco saya akan mulakan saya sebut daripada awal tadi seri muzakkarah saya nak libatkan pihak pembangkang sekali. Sebab ini kepentingan bersama untuk masa depan rakyat Negeri Selangor. Sungai Ramal silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ingat statement Yang Berhormat mengatakan mereka yang lahir sekolah agama ni baik-baik semua ni, saya ingat kalau kami mintak tauliah dapat kot. Insya Allah kami akan mengajar hadis Imam Nawawi je tak ajar yang lain. Saya nak menarik perhatian kepada statement Yang Berhormat mengenai guru yang dibayar oleh PIBG ini mungkin entah mengajar yang apa-apa. Statement ni bahaya Yang Berhormat. Saya ingat dinilai balik sebab kebanyakan guru-guru yang mengajar dibayar oleh PIBG ini adalah guru-guru KAFA juga. Mereka mengajar di tempat lain dengan elaun yang lain dan mereka mengajar ke tempat lain dibayar oleh PIBG guru yang sama. Jadi, mungkin kena nilai. Yang ketiga Yang Berhormat, minta maaf.
Terima kasih.
Saya betulkan.
Satu lagi, mengenai jemputan menghadiri muzakkarah, kami Insya Allah boleh hadir cuma memastikan penterjemah-penterjemah yang datang dari Arab ni, guru bahasa arab, guru sheikh daripada Arab, penterjemah Melayu. Tapi boleh tak control, siapa penterjemah ni jangan melencong jauh daripada kontenks ucapan guru tersebut? Terima kasih.
Tauliah sebenarnya kan? Tulah dia. So, tak apa. Tadi yang cerita guru-guru rakyat tadi bukan semuanya, sebahagiannya kan. Jadi, maksud saya di situ kita tidak ada kawalan tentang apa yang diajar sebab mereka pun tidak semestinya mengikut silibus-silibus yang telah kita bekalkan. Kita ada maklumat di situ pun. Baik, daripada sekolah saya nak learning dalam kubur. Isu kubur. Yang Berhormat Sungai Ramal tanya mengenai kubur di Bangi yang bakal tidak cukup. Apa perancangan Kerajaan Negeri? Untuk makluman Yang Berhormat, tanah perkuburan Islam yang berada di kawasan Bangi yang boleh digunakan adalah di tanah perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas yang mempunyai keluasan keseluruhan 33 ekar. Setakat ini saya dimaklumkan penggunaannya hanyalah pada 10 ekar sahaja. Jadi, ada 23 ekar lagi dan kalau kita ikutkan unjuran kematian yang direkodkan setakat ini, kita menganggarkan bahawa 23 ekar ini sekiranya tidak ada berlaku satu lagi wave Covid dan seumpamanya kapasiti penuh hanya akan dijangka pada tahun 2062. Sekiranya penuh pun, tanah perkuburan Islam yang berhampiran
dengan Bangi yang belum dan telah digunakan sebahagiannya adalah seperti berikut. Kita ada Tanah Perkuburan Islam Alam Sari yang berkeluasan enam ekar yang belum digunakan, Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar yang mempunyai baki 5.9 ekar, Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota Bangi yang mempunyai baki dalam 3.6 ekar dan akhir sekali Tanah Perkuburan Islam Kg. Bangi Lama yang mempunyai baki lebih kurang tiga ekar lagi. Jadi, seluas 18.5 ekar lagi yang masih belum digunakan di berhampiran dengan Bangi. Yang Bangi tu pun dah cukup sehingga 2062. Itu maklumat yang saya terima. Daripada kubur saya naik semula ke automasi kilang dan digital ok.
Satu Yang Berhormat, Speaker.
Sila.
Yang Berhormat merujuk kepada perkuburan yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi. Saya tidak membantah akan kekosongan dan ruang yang ada tu, cuma saya bimbang tentang unjuran yang disebut itu kurang tepat sebab kadar kematian begitu cepat untuk warga Bandar Baru Bangi, pertama. Yang kedua, fokus saya ialah tanah kubur yang disediakan untuk penduduk Bandar Teknologi Kajang yang keluasannya 5 ekar, yang kedudukannya di bawah perkuburan bukan Islam dan ada jurang yang besar menyebabkan begitu daif status kuburnya. Mohon perhatian pihak Kerajaan. Terima kasih.
: Sedikit Yang Berhormat fasal kubur. Boleh?
Silalah Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebab yang ni dia ada kaitan dengan Taman Medan dan juga Seri Setia. Sebab saya tahu Yang Berhormat pun maklum, kita ada Tanah Perkuburan PJS 4 yang saya percaya Yang Berhormat juga maklum tentang isu tanah di situ yang mana sepatutnya dah ada pembesaran tanah perkuburan itu. Jadi, saya mohon perhatian Yang Berhormat Seri Setia, Yang Berhormat EXCO supaya dipercepatkan proses itu. Jangan nanti takut nak tanam tak sempat nak lebarkan kawasan kubur tu.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal, Yang Berhormat Taman Medan. Tadi soal Bangi tadi tu, anggaran yang kita buat tadi tu adalah berdasarkan kadar kematian 30 hingga 40 kematian sebulan. Boleh kata satu orang meninggal seharilah kalau kita guna unjuran tu masih cukup hingga tahun 2062. Berkenaan dengan Tanah Perkuburan Bandar
Teknologi Kajang dan juga yang saya rasa di PJS 4 tu di Bukit Tandang kan? Yang ni semua sedang diteliti oleh pihak JAIS lah. Nanti kita akan semak dan kita akan bantu. Insya Allah. Jadi, saya nak pergi ke automasi kilang dan digital, menjawab soalan Yang Berhormat Hulu Kelang dan Kota Kemuning mencadangkan agar pendigilan industri di Selangor dan kekangan liputan 5G untuk industri di Selangor, saya jawab sekali dengan Yang Berhormat Dengkil juga bertanya mengapa Jalen belum dimulakan? Program Jalen diubah semula kepada suatu bentuk kajian keperluan semasa yang dinamakan IOT Enable Industrial Park (IEIP) yang telah diambil kira dan diberikan peruntukan dalam Belanjawan Negeri Selangor 2024. Kajian ini penting kerana kita bukan sahaja melihat kepada tanah-tanah sedia ada sama ada boleh dibekalkan dengan infrastruktur 5G tetapi apakah spesifikasi-spesifikasi spesifik yang perlu untuk kita wujudkan kilang-kilang automasi sebab mungkin dia tidak menggunakan keseluruhan spektrum 5G tapi mungkin dia memerlukan sebahagian daripada frekuensi-frekuensi tertentu untuk alat-alat peralatan yang digunakan dalam kilang-kilang tersebut. Jadi, tu satu kita sedang buat mengambil kira ada atau tidak teknologi 5G yang sesuai itu di sini yang boleh dibekalkan oleh pembekal-pembekal di sini dan yang kedua juga kita juga membuat sedikit libat urus dengan bakal-bakal pelabur daripada syarikat luar, dari luar negara maksudnya kalau mereka nak bawa satu GIGA factory ke Negeri Selangor ini apa teknologi 5G yang mereka perlukan dan apakah kadar-kadar kelajuan dan litency yang diperlukan dan sebagainya. Jadi, ini semua akan dimasukkan ke dalam kajian yang dilaksanakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri ini. Kita juga telah memulakan latihan AI dan generatif AI kepada industri yang dikendalikan oleh Selangor Human Resource Development Corporation yang boleh disertai oleh industri-industri di Selangor. Tahun ini sahaja kita telah memberikan latihan kepada 250 orang dalam tiga kategori. Pertama, pelajar lepasan SPM. Jadi, budak-budak yang baru habis SPM tahun lepas masuk baru-baru ini dalam setengah hari sahaja mereka telah boleh menghasilkan website yang mempunyai chart box yang berasaskan AI dan seumpamanya dan juga kepada penjawat awam dan pemain-pemain industri SME yang berada di Negeri Selangor. Akhir, saya menjawab soalan daripada Batang Kali, Yang Berhormat Batang Kali mengenai jaringan internet dan komunikasi yang sangat lemah, saya nak bentangkan di sini untuk makluman Yang Berhormat beberapa fakta yang pertama, ada sebanyak 40,078 fiber port maksudnya yang tersedia di Batang Kali. Maksudnya fiber port ini boleh menampung 40,078 pengguna-pengguna fiber yang baru di Batang Kali. Di samping itu, ada juga 177 stesen pemancar telco yang telah beroperasi dan tiga lagi sedang dibina dan saya rujuk juga setakat semalam daripada SKMM ada disebut bahawa hampir tiada aduan tiada liputan atau ganggu liputan yang dilaporkan sejak sebulan dua ini. Jadi, itu sahaja daripada saya, sekian sahaja...
Sila, sila Gombak Setia.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Saya mendengar dengan tekun penggulungan Yang Berhormat EXCO daripada awal sehinggalah habis kerana saya percaya Yang Berhormat EXCO sebagaimana membentangkan atau menggulung soalan-soalan yang dikemukakan oleh kami, sedang dengan gigih memperlihatkan bahawa banyak kejayaan-kejayaan Kerajaan sebagaimana yang dimasukkan dalam Rancangan Selangor Pertama ini. Cuma saya ingin mengambil perhatian Dewan pada petang ini terhadap satu lagi kejayaan yang bagi saya merupakan satu usaha yang besar daripada Kerajaan Negeri tetapi saya tidak lihat ianya ada dalam Rancangan Selangor Pertama. Saya nak merujuk kepada pengumuman Bursa semalam tentang penganugerahan kontrak sebenar RM673.8 juta untuk membangunkan, menyediakan dan menyelenggara IOT ataupun Internet of Things untuk inisiatif perniagaan pintar di Ampang Jaya oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Ini satu kontrak yang besar dan saya percaya ini satu usaha yang amat besar tetapi malangnya usaha yang sebesar hampir setengah billion ini ianya tidak dimasukkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Jadi, sebab itu saya nak tanya mengapa usaha sebesar ini ianya tidak dimasukkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Itu yang pertama.
Kedua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO bagaimana sebuah PBT ataupun Pihak Berkuasa Tempatan sebagaimana MPAJ akan membiayai projek sebesar ini? Sebab kalau saya lihat reserve yang ada dalam MPAJ pun hanyalah kira-kira RM40 juta. Jadi, bagaimana ianya boleh ditanggung oleh PBT untuk kontrak yang sebesar ini dan apakah juga asas kepada penganugerahan kontrak ini kepada syarikat, anak syarikat milik penuh Theta Edge Sdn. Bhd. ini sebab bila saya teliti kedudukan kewangan syarikat ini saya melihat bahawa kedudukan kewangannya sangat lemah. Keuntungannya setahun kira-kira RM10 juta sahaja dan ada liabiliti kira-kira RM71 juta dan untuk melaksanakan projek sebesar RM600 juta lebih, kalau kita ambil 20% pun daripada keseluruhan kontrak, tu ianya tak mempunyai kedudukan kewangan yang mencukupi. Jadi, sebab itu saya nak bertanya juga apakah dalam terma-terma penganugerahan kontrak ini ia juga ada melibatkan terma di mana untuk menghalang syarikat yang menerima kontrak ini iaitu Theta Edge untuk sub kerja ini kepada syarikat-syarikat yang lain. Sebab saya bimbang akhirnya nanti kita anugerahkan kontrak yang sebesar itu kepada syarikat Theta Edge ini kemudian nanti dia akan gunakan the loop holes dalam penganugerahan kontrak ini untuk award ataupun beri kontrak ini kepada sub-con misalnya HiTech Padu lah yang mungkin mempunyai kapasiti melaksanakan projek seperti ini. Saya bimbang kalau ianya terus dilaksanakan, ini di bawah MPAJ, mungkin Lembah Jaya pun bimbang juga akhirnya nanti dia akan jadi projek hoi hoi ya hoi. Jadi, sebab itu saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO tentang perkara-perkara yang saya bangkitkan.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Soalan dia banyak macam forensic accountant. Belajar daripada siapa saya tak pasti. Saya boleh sebut dalam Dewan ini bahawa keputusan yang ada yang telah diumumkan semalam itu dalam bidang kuasa MPAJ, tidak pernah diangkat ke pihak Kerajaan Negeri melalui Stanco saya ataupun MMKN dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gombak Setia. Jarang saya setuju ni. Sebab sekiranya projek sebesar ini hendak dilaksanakan ia harus berasaskan kepada kekuatan kewangan MPAJ. Yalah, kita nak gerenti konsesi dan sebagainya. Jadi, saya rasa saya mohon pihak-pihak yang terbabit meneliti perkara tersebut tapi perkara ini saya sebut tidak pernah dibawa di peringkat Stanco saya dan peringkat MMKN dan keputusan daripada MPAJ. Kalau hendak saya boleh dapatkan jawapan, sediakan jawapan bertulis nanti. Terima kasih.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Yang Berhormat EXCO, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri, kalau ada usaha yang sebesar ini sama ada di mana-mana peringkat pun termasuk di peringkat PBT, ianya juga mestilah melibatkan agensi-agensi ataupun elemen-elemen Kerajaan Negeri supaya juga kita nak dapat menambah pendapatan negeri secara tak langsung.
Setuju Yang Berhormat Gombak Setia. Saya bersetuju dan saya sendiri di peringkat Stanco Infrastruktur Digital saya pernah arahkan supaya semua perolehan ICT Negeri Selangor pelbagai peringkat yang kena lalu JP dan JT ICT ni, tu dia lalu tapi akhirnya tidak ada satu senarai yang menyebut apakah program dan projek yang dilaksanakan oleh mereka secara berpusat sekurang-kurangnya untuk makluman kami di EXCO supaya kita boleh pantau dan tidak berlaku duplikasi dan sebagainya. Yalah, kalau satu laptop pun kita nak lalu JP dan JT ICT apatah lagi benda-benda yang bernilai separuh billion ringgit. Saya rasa kita tak boleh biarkan begitu sajalah. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Saya hanya nak gulung sahaja. Sekian sahaja ucapan penggulungan daripada saya untuk menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor 1 Dewan Negeri Selangor yang dibawa oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Saya nak ingatkan Yang Berhormat EXCO yang masa Yang Berhormat EXCO dah ambil hampir satu jam ya.
Saya bukan nak tanya soalan cuma saya nak ucap terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO dan juga Jabatan Agama Islam. Saya difahamkan kerja-kerja atau mesyuarat untuk kerja-kerja tanah Masjid Lestari Putra akan dimulakan atau diadakan pada esok hari. Saya ucap terima kasih banyak kepada Yang Berhormat EXCO dan juga pada
Jabatan Agama Islam kerana menyegerakan kerja-kerja tanah di tapak Masjid Lestari Putra. Terima kasih.
Ada jawapan daripada Yang Berhormat EXCO? Tak ada? Itu sahaja ya Yang Berhormat EXCO. Ok. Terima kasih banyak Yang Berhormat EXCO Agama Islam, Pembangunan dan Pembudayaan Inovasi. Seri Setia. Wakil daripada kerajaan seterusnya yang bagi penjelasan Yang Berhormat EXCO Kesihatan, dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Kita Selangor. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi usul yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor iaitu berkaitan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama pada penggal ini.
Tuan Speaker Dewan, saya akan meneruskan penggulungan dengan menjawab perbahasan Ahli-Ahli Dewan yang menyentuh mengenai portfolio kesihatan awam dan juga alam sekitar. Dengan izin Tuan Speaker Dewan, saya ingin memulakan dengan isu-isu berbangkit berkaitan dengan alam sekitar. Tuan Speaker, ramai yang telah menyentuh tentang perubahan iklim secara ringkas. Yang pertamanya, merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Paya Jaras, Yang Berhormat Bukit Gasing tentang isu perubahan iklim yang sedang kita hadapi.
Tuan Speaker Dewan, merujuk kepada Teras Ketiga Rancangan Selangor Pertama yang memberikan fokus kepada kelestarian untuk memacu pertumbuhan ekonomi hijau dan menangani cabaran semasa termasuk dalam mendepani perubahan iklim dan bencana alam, pelepasan karbon dan juga pemeliharaan litupan hutan dan bio diversiti. Sepanjang tahun ini saya telah menerima banyak pertanyaan dan maklum balas berkaitan dengan isu-isu perubahan iklim. Oleh kerana itu, salah satu inisiatif utama Kerajaan Negeri Selangor pada penggal ini dalam berhadapan dengan isu perubahan iklim adalah dengan melaksanakan penubuhan pusat adaptasi perubahan iklim kerana pusat ini akan menjadi entiti utama bagi mencadangkan langkah adaptasi dan meditasi perubahan iklim serta inisiatif hijau secara keseluruhan di Selangor termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Dan pusat ini juga akan berorientasikan keberhasilan melalui kepakaran serta perancangan strategik bagi mengatasi risiko impak perubahan iklim yang berlaku di Selangor seperti banjir dan juga kebakaran hujan. Jadi, secara dasarnya pusat adaptasi perubahan iklim Negeri Selangor berperanan sebagai pertamanya mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau selaras dengan Sasaran
Rancangan Selangor Pertama. Keduanya, menggalakkan dan melaksanakan inisiatif yang berkaitan dengan produk-produk teknologi hijau ke arah pengurangan karbon dan seterusnya merancang, menyelaras dan mengawal pembangunan hijau mengikut rancangan pembangunan, dasar dan garis panduan dengan mengambil aspek perubahan iklim dan juga mempromosikan serta meningkat kesedaran dan pemahaman dan kesedaran awam dalam memperkasakan gaya hidup lestari dan mampan di pelbagai peringkat dan sektor dan seterusnya menyediakan pelaporan tahunan, inventori pelepasan karbon bagi penambahbaikan perancangan pembangunan aktiviti hijau dan menyelaraskan aktiviti pasaran karbon kredit di peringkat negeri, menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan dengan pengurusan alam sekitar dan risiko perubahan iklim. Dan seterusnya menyelaras dasar di peringkat negeri dan tempatan supaya ianya selaras dengan dasar dan polisi Kerajaan Persekutuan dan negara. Dan sudah tentu bagi memastikan pusat ini dapat dibangunkan secara lebih efektif dan cekap, segala cadangan dan pandangan yang dikumpulkan daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri dan juga melalui penyata JPK Sejahtera berhubung dengan pusat adaptasi perubahan iklim Negeri Selangor akan diteliti dan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pusat ini akan dijalankan dari semasa ke semasa.
Tuan Speaker, merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Subang Jaya berkaitan dengan gas rumah hijau ataupun GHG dan pengurangan karbon, saya sangat bersetuju bahawa kehendak politik ataupun political will dengan izin, dan kerjasama daripada semua pihak adalah sangat penting dalam memastikan sasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon tercapai. Ini kerana secara jujur, pada ketika ini kita masih berada di peringkat yang sangat awal dalam perkara yang berkaitan dengan inisiatif pengurangan karbon ataupun negeri rendah karbon. Perkara utama yang perlu kita laksanakan adalah pembangunan sistem inventori gas rumah hijau untuk Negeri Selangor. Dan pembangunan sistem pelaporan serta pengurusan inventori GHG adalah salah satu mekanisme bagi memantau tahap pelepasan karbon ke arah menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri rendah karbon serta sasaran zero admission menjelang tahun 2050 di peringkat kebangsaan. Jadi, bagi merealisasikan sasaran tersebut, pada ketika ini Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dengan kerjasama SSDU sedang menjalankan kajian ataupun penilaian dan semakan daripada aspek teknikal berkaitan dengan keupayaan, fungsi dan simpanan ataupun storage system serta dana serta kaedah ataupun mekanisme pelaksanaan sistem inventori GHG untuk diguna pakai di peringkat negeri serta di semua 12 PBT yang akan menjadi pelaksana utama untuk sistem ini. Dan penilaian ini penting kerana ianya melibatkan pengumpulan data yang meluas daripada pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, pihak yang daripada industri, komuniti perniagaan dan sebagainya agar kita dapat menyeragamkan data dan proses pelaporan dapat dilakukan. Dan selain itu, proses ini juga penting bagi memastikan keupayaan sistem untuk diguna pakai di peringkat negeri serta di kesemua 12 PBT bagi tujuan
penyeragaman dalam segala perihal data dan pelaporan. Dalam usaha menggerakkan pembangunan sistem ini, buat masa ini beberapa siri perbincangan di antara UPEN, BPM, SSDU dan MGTC telah diadakan untuk memperhalusi pembangunan sistem GHG ini selanjutnya sesi perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan MGTC juga akan diatur bagi mendapatkan pandangan dan penerangan yang lebih jelas dari segi ataupun aspek keseragaman sistem GHG ini terutamanya dari aspek pengiraan data karbon untuk memastikan sistem Kerajaan Negeri akan selaras dengan Kerajaan Persekutuan pada masa kelak.
Seterusnya, hasil kajian garis dasar baseline study dengan izin yang akan dilaksanakan akan membolehkan Kerajaan Negeri hasil kajian garis dasar baseline study yang akan dilaksanakan akan membolehkan Kerajaan Negeri membangunkan pelan tindakan bagi mencapai sasaran pengurangan bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau GHG, terutamanya dengan menilai industri-industri yang merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran GHG., terutamanya dengan menilai industri-industri yang berkaitan dan seterusnya Tuan Speaker Yang Berhormat, Bandar Baru Klang telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberikan fokus yang lebih terhadap program-program teknologi hijau seperti program panel solar dan Sistem Penuaian Air Hujan ataupun lebih dikenali sebagai SPAH. Untuk makluman, Kerajaan Negeri komited dalam usaha projek pemasangan panel solar berbumbung bermula di semua bangunan Kerajaan Negeri termasuklah yang di bawah penyeliaan Pejabat Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam aspek pemberian insentif, insentif-insentid berkaitan ada disediakan oleh pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari SEDA Malaysia terutamanya dalam Program Net Energy Metering NEM yang mana SEDA merupakan agensi yang mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme tariff galakan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Selain daripada itu, kembali kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar telah kami telah menyediakan Geran Kecil Alam Sekitar bagi projek Kebun Komuniti dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dan kemahiran pertanian mampan dalam kalangan penduduk tempatan. Pada masa ini juga , pelbagai inisiatif hijau sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan kesan perubahan iklim dan di antaranya adalah seperti kerjasama dengan pihak swasta untuk mengitar semula sisa elektronik (e-waste),Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management telah menyediakan pusat kitar semula berskala besar di Meru, Klang, Bukit Puchong, Subang dan Bukit Changgang dan Kuala Langat juga yang mampu mengendalikan kira-kira 20 tan bahan kitar semula sehari; Bersama – sama dengan Hospital KPJ Damansara kita juga lakukan Program Pengasingan sisa makanan. Bersama – sama dengan Syarikat MRCB bagi pemakaian program MS1525 (Energy Efficiency And Use Of Renewable Energy For Non-Residential Buildings) di Petaling Jaya. Melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar
secara berterusan di Jabatan Kerajaan,Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan NGO, dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor dalam perbincangan dengan pihak swasta bagi menjalankan program kitar semula dan minyak masak terpakai. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sijangkang yang telah mengetengahkan isu pembuangan E-Waste secara haram di kawasannya. Seperti yang semua maklum, penggunaan barangan elektrik dan elektronik pada masa kini memang sangat tinggi terutama sekali dari sektor industri dan isi rumah. Justeru, sebagai usaha untuk menangani perkara ini, Kerajaan Negeri sedang berusaha meningkatkan fasiliti bagi kaedah pembuangan sisa elektrik/elektronik (e-waste) dengan menyediakan kemudahan untuk melupuskan sisa e-waste tersebut dengan cara yang betul. Sebagai salah satu usaha terkini, Kerajaan Negeri sedang bekerjasama dengan syarikat ERTH, iaitu sebuah syarikat pengumpulan e-waste yang sah dengan menyediakan menyediakan fasiliti yang mudah dan praktikal untuk membantu warga Selangor menguruskan e-waste bagi mengelakkan sisa tersebut dibuang ke tapak pembuangan sampah yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.
Selain daripada itu, tindakan bersepadu Kerajaan Negeri terhadap pengurusan sisa e-waste juga dilaksanakan bukan sahaja oleh Kerajaan Negeri malah Alam Sekitar JAS Negeri Selangor dan juga Pihak berkuasa Tempatan. Secara umum, beberapa tindakan Jabatan Alam Sekitar bagi menangani isu pembakaran sampah haram dan juga plastik dan e-waste, adalah seperti berikut: Pertamanya rondaan pencegahan pembakaran terbuka terutamanya semasa cuaca panas dan kering; Penurunan kuasa menyiasat kes-kes pembakaran terbuka kepada agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan PBT, Polis Diraja Malaysia PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000. Dan seterusnya pihak JAS juga meningkatkan penggunaan drone bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya di kawasan-kawasan yang senang terbakar.Operasi bersepadu bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah PDT dan Polis DiRaja Malaysia PDRM. Operasi dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima. Dan seterusnya mengeluarkan surat arahan tindakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab ke atas tapak pelupusan sampah. Selain itu juga, ini termasuk kerjasama bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi memantau tapak-tapak pembuangan sampah haram bagi membanteras kewujudan tapak-tapak pembuangan sampah haram tersebut. Dan juga mengambil tindakan ke atas kes pembakaran terbuka di kawasan perumahan/ kejiranan di atas kesalahan kacau ganggu. Dan JKT telah mengeluarkan surat kepada semua PBT untuk meningkatkan penguatkuasaan ke atas kes-kes pembakaran terbuka kejiranan, sampah sarap dan kawasan pembinaan. Dan selain daripada itu juga kami mempunyai peningkatan program Communication, Educational and Public Awareness (CEPA) kepada orang awam untuk
melarang pembakaran terbuka dan perkara ini dijalankan melalui media sosial dalam bentuk e-poster, infografik dan video pendek dan sebagainya. Kita juga menjalankan sesi libat urus dengan komuniti dan pemegang taruh serta wawancara untuk hebahan larangan pembakaran terbuka.
Dan seterusnya Tuan Speaker, mengenai isu kuari di sekitar Bukit Lagong dan Desa Bukit Indah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, terhadap semua aktiviti pengkuarian dalam Negeri Selangor khususnya yang beroperasi dalam kawasan hutan simpanan kekal secara dasarnya yang memerlukan kelulusan yang tertentu daripada beberapa agensi teknikal sebelum dibenarkan operasi. Selain itu, pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga merupakan syarat utama yang dikenakan kepada setiap operasi kuari yang diluluskan dalam kawasan hutan simpanan kekal. Dalam hubungan itu, sebarang ketidakpatuhan ke atas syarat utama ini akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan kuasa perundangan yang berkaitan. Pihak Jabatan sentiasa mengingatkan dan mengarahkan pelesen atau operator kuari untuk menambah baik aktiviti pengkuarian dari semasa ke semasa terutamanya dalam aspek mitigasi dan mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor turut menjalankan Operasi Bersepadu bersama dengan agensi-agensi Teknikal seperti JAS, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan PDRM di kawasan lesen kuari sebagai usaha untuk membendung isu pelanggaran syarat-syarat lesen serta sebarang ketidakpatuhan kepada Akta-akta atau Garis Panduan lain yang berkaitan. Selain itu, mesyuarat Pemantauan Secara Berkala Bagi Operasi Pengkuarian semua operasi kuari di dalam hutan simpanan kekal di Negeri Selangor turut akan diadakan bagi mengenalpasti setiap isu yang timbul akibat pengoperasian kuari dalam hutan simpanan kekal. Bagi kawasan-kawasan lesen kuari yang tidak aktif atau telah tamat tempoh operasi, pihak pelesen diwajibkan untuk menjalankan aktiviti penanaman pokok untuk rehabilitasi dan memastikan kawasan kuari ini pulih semula.
Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin bergerak ke arah isu berkaitan dengan kesihatan awam. Yang Berhormat Taman Medan telah membangkitkan isu berkaitan dengan hospital kerajaan yang merupakan di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Ahli - Ahli Dewan Negeri atau semua yang sedang mengikuti perkembangan sidang ini, bahawa saya ingin ingatkan bahawa Jadual Ke-Sembilan (Ke-9) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bidang kuasa dan tanggungjawab di bawah senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama. Dan jelas juga telah dikatakan, perkara berkaitan dengan kesihatan dan perubatan adalah di bawah senarai persekutuan. Walaupun Yang Berhormat Taman Medan mengakui dan mengetahui tentang tanggung jawab ini di bawah senarai Kerajaan Persekutuan, namun begitu, Yang Berhormat Taman Medan masih dengan pandangnya dan menekan supaya
Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab ini dan memberikan cadangan untuk menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) atau juga Hospital Klang, sebagai contoh, sebagai hospital “angkat” di bawah Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri boleh memberikan peruntukan tambahan. Saya mengambil maklum pandangan Yang Berhormat Taman Medan yang ingin meletakkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terus di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri dengan alasan “mengambil tindakan proaktif demi memberikan keselesaan pada pelawat atau pesakit hospital”. Namun begitu, sekiranya tanggung jawab warga Selangor adalah keutamaan kita, kita perlu sentiasa peka dan teliti dalam menggunakan peruntukan Negeri Selangor dengan memastikan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor digunakan secara optimum.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Jadual Ke-9 telah menggariskan dengan jelas peruntukan tanggungjawab di setiap peringkat pentadbiran Kerajaan. Dan sekiranya Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk mengambil alih tanggungjawab ini, adakah peruntukan Jadual Ke-9 ini pada akhirnya akan diabaikan?Ya, kita iktiraf usaha Taman Medan yang telah membantu menambahbaik ruang menunggu Klinik Kesihatan Taman Medan dengan RM 30,000 yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor perlu menanggung kos menambah baik pusat fasiliti kesihatan yang lain, kita bukan bercakap tentang angka setakat RM 30,000 sahaja. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan, oleh Yang Berhormat Taman Medan, cadangan bagi penggunaan sistem Electronic Medical Record (EMR) bagi menggantikan sistem manual HTAR telahpun dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang pada ketika ini masih dalam penelitian kerana ianya melibatkan kos yang tinggi dan masih menantikan keputusan daripada pengurusan tertinggi KKM. Isu Utama di HTAR seperti kesesakan pesakit yang ramai di Jabatan Kecemasan, dan antara kes-kes yang menunggu kemasukan di wad adalah kes dari Zon Kuning, di Jabatan Kecemasan. Untuk makluman Yang Berhormat HTAR juga adalah sebagai Hospital negeri yang menjadi "Lead Kluster" bagi Kluster Klang Valley 3 (KKV3), di mana HTAR juga menerima dan membantu pesakit-pesakit yang dirujuk dari Hospital Shah Alam dan juga Hospital Banting serta bukan sahaja merawat warga Klang tetapi juga meliputi semua warga di Mukim Kapar. Oleh yang demikian, sebenarnya pada Hospital HTAR telah pun dijalankan Projek Rintis STAR yang diusahakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini dan telah mendapati keperluan untuk menyediakan lanjutan waktu operasi selepas waktu pejabat bagi mengatasi kesesakan di hospital yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan, di mana projek ini telah melibatkan lanjutan masa operasi daripada Klinik Kesihatan Bandar Botanik. Jadi memang ada usaha-usaha yang telah dijalankan saya ingat juga Yang Berhormat Taman Medan, ada membangkitkan fasiliti HTAR ini, dan untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, Projek Naik Taraf ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, juga telah dilaksanakan tahun lepas dengan kos keseluruhan projek bernilai (hampir RM 15 juta) yang dikawal selia oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri,
JKR Selangor. Projek ini telah dikategorikan sebagai Ruang ICU terbesar bagi hospital Kerajaan di Malaysia iaitu dapat menampung sebanyak 24 katil beserta 4 bilik isolasi dan ruangan kerja serta bilik rehat, juga kelengkapan-kelengkapan lain seperti system reverse osmosis & sterillizer, sistem pencegah kebakaran, dan sistem ELV beserta ICT. Dengan ruangan dan sistem yang disediakan ini dijangka dapat memenuhi keperluan dan kefungsian hospital serta meningkatkan penampungan bilangan pesakit yang sedia ada. Tuan Speaker, daripada maklumat yang saya kongsikan..
Mohon bagi laluan.
Taman Medan.
Yang Berhormat Bandar Utama. Sebelum saya tanya kepada Yang Berhormat, saya nak share qoute daripada Winston Churchill dengan Yang Berhormat. Winston Churchill pernah sebut “those who never change their minds never change anything. And to improve is to change To be perfect is to change often”. Saya maklum tentang isu federal list dan juga state list. Dan saya juga tahu tentang peranan itu. Dan itu adalah cara kita beroperasi sejak sekian lama. Cuma apabila saya mencadangkan supaya Hospital HTAR Klang ini diambil sebagai hospital angkat bukanlah saya mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil alih keseluruhan. Maksud saya adalah kerana perkara seperti ini berlaku, sebagai contoh Hospital Kuala Lumpur dia tidak di bawah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, dia adalah direct kepada KKM, maknanya segala peruntukan daripada KKM terus ke Hospital Kuala Lumpur. Yang saya cadangkan pada Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat sebab masa tak cukup masa tu. Yang saya nak cadangkan adalah, kalau Hospital Klang kita mulakan sebagai projek perintis yang mana Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab untuk mendengar apa permasalahan yang berlaku. Saya percaya di Hospital Klang ada 1001 masalah. We can tackle the low hanging fruits, yang mungkin tak perlukan peruntukan sampai berjuta-juta kerana perkara-perkara ini (the small changes yang kita boleh lakukan ini) sebenarnya akan memberi manfaat kepada rakyat dan juga kepada effectiveness dan juga keberkesanan perkhidmatan di Hospital Klang. Itu yang saya maksudkan. Bahkan bila saya ada sedikit perbincangan dengan Yang Berhormat Pandamaran, dia juga memaklumkan perkara yang sama kerana concern ini saya tengok Yang Berhormat Ahli Parlimen Klang pun gunakan isu yang sama, untuk membangkitkan tentang masalah di Hospital Klang. Jadi kalau kita hanya mengharapkan solusi daripada Kerajaan Persekutuan, sampai bila?
Apa salahnya kalau Kerajaan Negeri ambil pendekatan, ok, kita engage dengan pentadbiran Hospital Klang (HTAR), dengar apa masalah mereka dan mana yang kita boleh bantu untuk selesaikan kita selesaikan supaya akhirnya saya tak ada nak memberi
tanggungjawab itu sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri, kita tahu peranan itu. Cuma saya merasakan di Negeri Selangor ini daripada macam negeri-negeri lain hanya sibuk minta supaya lebih banyak dana diberikan kepada negeri, why not Negeri Selangor ambil inisiatif keluarkan sedikit peruntukan khusus untuk Hospital Klang dan kita dapat tunjukkan kepada federal bila ada synergy yang baik di antara federal dan juga negeri, maka yang dapat manfaatnya adalah rakyat. Sebab rakyat sama aje. Rakyat dia tak tahu Kerajaan Persekutuan ke Kerajaan Negeri ke, yang dia tahu dia pergi ke hospital dia mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada hospital itu nanti.
Saya tengok Yang Berhormat Taman Medan dah bersedia dengan qoute untuk perkara ini. Pada saya sebenarnya saya tadi telah pun menjelaskan. Cuma kita mempunyai pandangan subjektif yang mungkin berbeza. Biar saya sambung. Saya akan jelaskan pandangan daripada pihak saya. Seperti yang saya kongsikan tadi, Kerajaan Persekutuan telah pun menyediakan peruntukan untuk Hospital Klang sebanyak hampir RM15juta pada tahun lepas. Untuk memastikan tadbir urus yang baik tanpa ada pertindihan bidang kuasa dan perbelanjaan yang tidak cekap dan pada pendapat saya kita tidak seharusnya mudah membuat anggapan bahawa Kerajaan Negeri mesti perlu ambil alih tanggungjawab yang tertentu kerana peruntukan yang dikatakan sekiranya dengan hanya peruntukan beberapa juta ringgit sahaja ianya mampu menyelesaikan isu yang ada di Hospital Klang sebagai contoh. Sekiranya itulah yang terjadi, pihak Kerajaan Negeri boleh sahaja berbincang dengan Kerajaan Persekutuan. Namun saya ingin nyatakan di sini sebagai contoh secara keseluruhannya Hospital Klang ataupun HTAR menerima peruntukan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM480juta setahun. Ini menyatakan untuk actually saya rasa Yang Berhormat Taman Medan pun seorang doktor. Untuk melaksanakan operasi di sebuah hospital, dia bukan setakat RM5juta, RM10juta. Dia melibatkan RM480juta setahun dan senang untuk kita berbahas di dalam Dewan ini untuk Kerajaan Negeri memberikan sedikit peruntukan dan sebagainya. Namun tidak dijelaskan dengan teliti apakah jenis peruntukan seperti yang dikatakan sebagai contoh Yang Berhormat Taman Medan membangkitkan bahawa Hospital Klang memerlukan rekod yang lebih sistematik ataupun online record. That record dengan izin cost a lot of money. Dia bukan setakat RM1 juta ataupun RM2 juta. Oleh itu, penggunaan peruntukan negeri mesti difokuskan untuk melaksanakan inisiatif di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab di bawah Kerajaan Negeri demi kesejahteraan dan kebajikan warga Selangor. Namun demikian saya bersetuju..
Bandar Utama. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Ya, kita sedang bercakap tentang pertindihan dan permasalahan kitalah dari sudut bidang kuasa. Saya mungkin tidak menyentuh perkara yang disebut oleh Taman Medan. Tapi saya bersetuju dengan
Taman Medan. Cuma saya nak tertarik dengan perkara yang boleh kita masuk campur. Saya terpanggil untuk kita meneliti balik bagaimana Hospital Shah Alam dibangunkan pada beberapa tahun lepas. Cuma bila kita (bila siap) bangunan itu barulah kita tahu sebenarnya kapasiti katil yang ada itu hanyalah 300 katil di Hospital Shah Alam dan bila kita bandingkan dengan jumlah populasi di Shah Alam sangat tidak relevan. Dan bila saya tengok balik pada statistik HTAR pada tahun 2022 jumlah katil dah 1,261 mengikut rekod yang ada. So maksud saya, adakah boleh pihak Kerajaan Negeri untuk pembangunan hospital yang akan datang lihatlah sama pada jumlah kapasiti ataupun populasi di sekitar itu. Jumlah 300 sangat tidak relevan untuk penduduk di Shah Alam memandangkan dan pengalaman saya juga bawa isteri nak bersalin katil tak ada untuk bersalin. Akhirnya pergi ke Klang juga. So kita tak naklah berlaku situasi begitu yang sikit sebanyak akan membahayakan kesihatan anak dalam kandungan dan mungkin orang lain juga mungkin lebih teruk daripada saya. Mungkin pandangan Yang Berhormat?
Sekejap Yang Berhormat EXCO. Panjang lagi ke? Panjang lagi ya. Ok, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung bagi meneruskan urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut “bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang”.
Ada yang menyokong?
Yang Berhormat Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju silakan kata “ya”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata “tidak”. Usul ini ramai dipersetujui. Kita dengar suara tadi ramai yang bersetuju. Ni terus sambung Yang Berhormat EXCO.
Saya sambung Yang Berhormat Tuan Speaker. Namun yang demikian walaupun Yang Berhormat Taman Medan
Yang Berhormat, minta maaflah. Jaga juga masa ya.
Ok lah. Saya pendekkan ya. Kalau tak sempat saya berikan yang secara bertulis. Namun yang demikian, bukan semua yang daripada pandangan daripada Ahli Dewan Pembangkang kita nak bangkang. Sudah tentu antara perkara yang saya setuju adalah komunikasi berkenaan dengan cadangan menaiktaraf infrastruktur dan facility Pusat Kesihatan Awam akan sentiasa dimajukan ke perhatian peringkat Kerajaan Persekutuan. Saya rasa itu memang merupakan tanggungjawab daripada Kerajaan Negeri untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan awam kepada warga Malaysia dan Selangor khususnya. Jadi sekiranya ada apa-apa cadangan penambahbaikan ataupun isu-isu yang berlaku di hospital di bawah kawasan DUN masing-masing memang saya rasa itu merupakan perkara yang boleh kita bincangkan bersama, kita boleh duduk bersama dengan JKNS dan melihat apakah solusi yang boleh digunapakai dengan peruntukan yang praktikal dan realistik. Dan akhirnya pada masa yang sama saya rasa kita tidak seharusnya menidakkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kebajikan warga Selangor di mana di bawah Portfolio Kesihatan Awam, kita telah memperuntukkan hampir 5% daripada belanjawan pembangunan iaitu hampir RM60juta untuk lebih sepuluh program inisiatif di bawah Portfolio Kesihatan Awam dengan tujuan menyediakan manfaat yang boleh dinikmati oleh warga Selangor pada skala yang besar.
Tuan Speaker, seperti yang sedia maklum, pembangunan di Daerah Petaling juga sangat pesat dan buat masa ini semestinya kita masih tidak menerima apa-apa perancangan tentang pembinaan hospital awam yang baru. Namun begitu, sekiranya ini merupakan isu yang telah dibangkitkan kita boleh berbincang dengan JKNS untuk...
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Sedikit saya kongsi pengalaman ketika di Pulau Pinang. Kita banyak juga dapat permintaan daripada rakyat untuk wujudkan fasiliti kesihatan seperti ini. Jadi apa yang kita buat dahulu di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan ada engagement session dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya daripada Kementerian Ekonomi lah, bila nak buat Rancangan Malaysia semua dia akan ada engagement. Ketika itulah yang mana kita akan melobi untuk wujudkan hospital. Cuma saya tak pasti sama ada Kerajaan yang sekarang hari ini dari segi penjimatan kos dan sebagainya. Kerana di Petaling Jaya ni kita tahu ada banyak bangunan-bangunan yang terbiar dan sebahagiannya juga adalah bangunan kerajaan. Mungkinlah kita boleh mengubah fungsi bangunan-bangunan ini daripada kita membina sebuah bangunan baru untuk membuat fasiliti kesihatan. Jadi ini mungkin idea untuk Yang Berhormat EXCO boleh ketengahkan di peringkat Kerajaan
Negeri supaya dibawa dalam perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan. Ha? Kalau Yang Berhormat tak berapa jelas, saya boleh jelaskan lagi nantilah lepas sesi Dewan supaya...
Tak apa, tak apa. Kita ada nombor telefon. Ok. So untuk menjawab maklum balas daripada Yang Berhormat Taman Medan, saya mengucapkan terima kasihlah. Memang sebelum ini sebenarnya dalam masa dua bulan lepas pun kita ada engaged dengan izin dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kesihatan dan kita ada maklumkan. Dan untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, kebiasaannya setiap tahun kita akan berjumpa dengan YB Menteri untuk sekali ataupun dua kali untuk memaklumkan isu-isu yang ada di bawah Negeri Selangor dan juga bersama dengan negeri-negeri lain. Jadi sekiranya memang mempunyai keperluan, kita akan memperlihatkan isu yang telah dibangkitkan. Ok. Saya terus kepada yang seterusnya kerana kekangan masa Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Sungai Burung dan juga Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu juga telah membangkitkan isu berkaitan dengan jumlah ataupun kadar penerima ISS.
Untuk isu ini, sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor juga telah membincangkan faktor-faktor tentang perkara ini. Dan faktor yang telah dibincangkan bukan hanya satu sahaja. Jadi pertamanya, seperti yang sedia maklum penyelarasan semula ahli-ahli ISS telah dilaksanakan pada tahun 2023. Jadi pada tahun 2024 sebenarnya kita baru sahaja memulakan kerana hampir kesemua penerima ISS perlu didaftar semula. Dan proses ini sebenarnya hanya bermula pada 1 Februari 2024 memandangkan terdapat pertimbangan yang perlu diberikan kepada pusat-pusat khidmat yang memerlukan masa untuk say up dengan izin pusat khidmat masing-masing. Dan pada ketika ini, bagi menggalakkan pendaftaran semula, sebenarnya Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan pihak SELCARE untuk melaksanakan SMS blasting dengan izin kepada ahli-ahli yang lama dan menyarankan mereka untuk mengemas kini keahlian. Itu pertama.
Yang keduanya adalah cabaran yang melibatkan proses untuk memahami dan menguasai sistem oleh pihak DUN kerana banyak juga sebenarnya di kalangan kami seperti Yang Berhormat Taman Medan pun baru sahaja masuk ke dalam Sidang Dewan ini. Jadi ini termasuk juga pelantikan Penyelaras DUN yang baru. Oleh kerana itu, pihak SELCARE sebenarnya juga telah diarahkan untuk mengadakan sesi-sesi taklimat dan bengkel bagi menyelesaikan isu ini.
Dan seterusnya, isu yang dibangkitkan adalah melibatkan para pemohon yang mungkin tidak begitu arif tentang cara permohonan. Jadi untuk perkara ini sebenarnya Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa cara permohonan. Pertamanya, melalui Aplikasi
SELANGKAH ataupun melalui Pusat Khidmat sekiranya pemohon tidak pasti bagaimana untuk membuat permohonan tersebut. Dan sekiranya ada...
Yang Berhormat Bandar Utama, jadi mendengar jawapan Yang Berhormat tadi. Adakah Yang Berhormat EXCO boleh mengeluarkan arahan pada SELCARE supaya semua Pusat Khidmat ADN Pembangkang juga diberi akses supaya kami boleh tolong daftarkan dan juga dalam masa yang sama tolong update supaya take up rate peserta-peserta ini akan lebih ramai dan dapat mencapai matlamat yang disasar oleh Yang Berhormat EXCO? Kerana kami semua di sini berniat untuk membantu Yang Berhormat EXCO untuk mencapai sasaran kerja tahunan Yang Berhormat EXCO pada tahun ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan mewakili semua Ahli-ahli Pembangkang begitu mesra dan bersemangat untuk mendaftarkan ahli-ahli ISS ini saya rasa untuk penggal yang akan datang memang kita boleh melihatlah, apa itu prestasi ISS meningkat dengan komitmen yang diberikan oleh Yang Berhormat Taman Medan ini. Saya rasa perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini adalah berkenaan dengan cara permohonan dan dikatakan oleh Yang Berhormat Taman Medan bahwa cara itu sukar sulit dan kadangkala tidak dapat sampai ke Penyelaras. Ingin saya memberikan komitmen saya di sini, sekiranya ada isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran ISS boleh maklumkan kepada saya. Yang Berhormat Taman Medan pun mempunyai nombor telefon saya. Isu kawasan pun Yang Berhormat Taman Medan ada sampaikan, saya pun ada melihat apatah lagi isu. WhatsApp boleh, WhatsApp boleh cuma saya masih belum menerima WhatsApp berkaitan dengan isu ini. Kalau saya tahu isu ini, sebelum Sidang Dewan ini memang saya akan look into it dengan izin, cuma saya pun, saya beri cadangan jugalah sekiranya ada isu seperti ini pada masa yang akan datang sebenarnya kita tidak perlu menunggu sehingga Sidang Dewan untuk memperbahaskan isu ini dalam Sidang ini. Sebenarnya Yang Berhormat Taman Medan boleh WhatsApp pada saya sahaja bukan sahaja untuk jemputan rumah terbukalah, untuk isu-isu kawasan pun boleh di WhatsApp kan juga kepada saya. Insya’allah saya akan cuba jawab dan sekiranya dikatakan mempunyai Ahli-ahli Dewan daripada Kerajaan Negeri ataupun Penyelaras yang tidak bertanggung jawab boleh juga maklumkan kepada saya, saya akan berkomunikasi berinteraksi dan pejabat saya sendiri akan ambil alih tentang tanggung jawab ini.
Untuk isu pendaftaran, pejabat saya sebenarnya sentiasa mendapatkan maklum balas berhubung dengan Pusat-pusat Khidmat DUN dan Penyelaras sekiranya terdapat sebarang isu. Jadi sebagai contoh sebelum ini apabila Yang Berhormat Seri Kembangan membangkitkan isu berkenaan dengan pendaftaran ahli ISS, pihak UPEN dan SELCARE terus hadir ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya bagi menyelesaikan isu yang
berkaitan. Dan Yang Berhormat telah membangkitkan bahawa warga emas yang berumur 70 tahun yang ke atas, jangan menyusahkan mereka dengan slip gaji. Betul tak ataupun akuan bersumpah. Jadi kita bincang dan kita selesaikan melalui penyelesaian terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Jadi buat masa ini yang dibangkitkan adalah kesulitan kerana dokumen terlalu sulit. Buat masa ini antara dokumen yang diperlukan adalah borang permohonan ISS, slip gaji ataupun akaun pendapatan, salinan ic pemohon dan tanggungan, salinan kad oku jika ada dan juga salinan SPR. Dan dokumen ini diperlukan supaya kita boleh mendaftarkan ahli-ahli ISS yang benar-benar layak. Dan dengan adanya dokumen ini barulah kita boleh bertindak adil kerana terma dan syarat pendaftaran boleh disahkan melalui dokumen-dokumen berkenaan. Namun sekiranya ada penambahbaikan contohnya, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang rasakan dokumen itu tidak diperlukan, boleh berbincang dengan pihak kami, dan kami boleh melihat sama ada dokumen itu diperlukan ataupun tidak. Dan bagi menggalakkan pendaftaran baru, Kerajaan Negeri juga bukan menunggu sahaja kita juga melaksanakan tindakan proaktif, pertamanya seperti yang dikatakan sms blasting dengan izin, kepada ahli-ahli terdahulu. Keduanya membuka kaunter pendaftaran ISS di setiap Program Saring, Program Madani dan juga jemputan daripada DUN. Dan seterusnya kita kerap memantau keahlian DUN melalui sistem SELCARE dan menghubungi DUN yang mempunyai keahlian yang kurang dan juga kerjasama dengan pihak DUN dalam memproses permohonan sedia ada.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu juga telah menunjukkan keprihatinan dalam Program Iltizam Selangor Sihat, hampir saya lupa untuk ucapkan tahniah Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu kerana menjadi salah seorang pemimpin muda dalam Sidang Dewan ini dan terus Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu begitu prihatin sama ada peruntukan di bawah ISS ini mencukupi dan sama ada kita boleh memberikan bantuan tunai. Seperti yang sedia maklum program ini merupakan satu program yang mendapat perhatian yang tinggi selain daripada bantuan subsidi RM500.00 dan RM250.00 untuk individu, kita juga ketika ini melibatkan manfaat lain termasuk manfaat perlindungan tambahan sehinggalah manfaat hospitalisasi. Ertinya sekiranya mereka memang serius, ertinya mempunyai penyakit yang serius dan lebih kritikal sedikit perlu masuk hospital selain daripada pergi ke Klinik Kesihatan di bawah panel Kerajaan Negeri. Mereka boleh juga mendapat akses untuk ke hospital kerajaan ataupun hospital swasta dengan setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan maksimum penampungan subsidi sebanyak RM10,000.00 dan oleh kerana itu dan memang kita telah mempertimbangkan daripada segala segi untuk memastikan kita boleh memberikan yang terbaik kepada penerima ISS dan untuk bantuan tunai memang agak sulit untuk kita laksanakan kerana kita perlu mendapatkan dan menyediakan sistem serta simpanan data yang cekap bagi memastikan pelaksanaan yang memberikan manfaat ini dapat memberikan manfaat sebaiknya dan juga mengumpul data dan statistik yang diperlukan.
Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Kampung Tunku di atas keprihatinan beliau yang sentiasa memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan. Beliau telah bertanya tentang jenis penyakit yang mempunyai jumlah saringan yang tertinggi, semestinya jenis penyakit yang terlibat adalah penyakit tidak berjangkit dan juga kita sebenarnya mempunyai saringan gigi dan juga serviks. Ini adalah kategori saringan yang tertinggi di bawah Program Selangor Saring. Dan untuk jumlah peratus individu yang memerlukan rawatan mengikut demografi menunjukkan rawatan susulan adalah seperti berikut kebanyakannya hampir sama tetapi tumpuan dalam peratusan hampir 60% anggaran umur terutamanya mereka dalam golongan 31 hingga 64 tahun iaitu 31 hingga 45 sebanyak hampir 40%, 38.63 dan 46 hingga 64 juga mempunyai 38.63%. Dan kaum kebanyakannya Melayu iaitu 68.94% diikuti Cina hampir 20% dan kaum India sebanyak 8% dan lain-lain hampir 3%. Dan mereka yang menjalankan Selangor Saring ini merupakan mereka kebanyakan daripada mereka adalah golongan B40 ataupun kurang daripada pendapatan RM2,500.00 iaitu sebanyak 62.94%.
Dan seterusnya apabila kita melihat kepada keputusan saringan. Jumlah saringan yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 ialah hampir 160,000.00 dan pada tahun 2023 ada 233,554 dan daripada semua itu kita melihat ada sedikit penurunan. Contohnya high blood pressure sebelum ini 23%, kini pada tahun 2023 adalah sebanyak 16%. High blood sugar adalah 6.2% pada tahun 2022 namun sedikit menaik iaitu 9.16% pada tahun 2023. Kolesterol pada tahun 2022 adalah sebanyak 7.11% dan 2023 adalah 3.4%. Dan kita boleh melihat overweight obes telah sedikit berkurangan termasuk juga smoking di mana overweight sebelum ini 35% sekarang 30%. Obes 25% dengan izin, dan kini merupakan 22% dan smoking sebelum ini 9% dan kini 3.7%.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat kajian oleh International Agency For Research On Cancer, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Kerajaan Sedunia pada tahun 2022 telah sahkan kanser hati merupakan kanser ke empat tertinggi dan direkodkan di Malaysia dengan sejumlah 4.6%. Justeru itu Kerajaan Negeri Selangor kini sedang dalam perbincangan dalam sesi libat urus bersama pihak berkepentingan untuk menjadikan saringan kanser hati sebagai salah satu saringan di bawah Program Selangor Saring kelak.
Dan seterusnya Yang Berhormat Kampung Tunku bertanyakan tentang Program Anak Selangor Anak Sihat iaitu lebih dikenali sebagai ASAS yang merangkumi pelan jangka masa panjang dengan tujuan kajian penyelidikan oleh UIAM dan cadangan kerjasama dengan LAPAK bagi program asas. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan bukan setakat Program ASAS yang sebelum ini malah Karnival ASAS di sembilan daerah negeri bagi tujuan meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa dalam
menyediakan makanan bernutrisi dan semasa di karnival tersebut pelbagai jenis saringan telah dijalankan untuk mengetahui indeks BMI dan juga demonstrasi makanan juga telah dilakukan oleh Chef ASAS yang merupakan pakar nutrisi serta memberikan penerangan nasihat kepada ibu bapa dalam penyediaan makanan kanak-kanak yang berkhasiat dan selain daripada itu antara inisiatif ASAS adalah juga penubuhan hab asas dijangka akan bermula pada tahun ini berperanan sebagai Pusat Maklumat bagi hebahan maklumat berkaitan nutrisi kanak-kanak.
Dan hab ini akan diketuai oleh Kapten ASAS yang bertanggungjawab memperkasa pemahaman nutrisi kepada SUKA di setiap DUN di samping menyelaras saringan kesihatan kepada kanak-kanak yang merangkumi rekod ketinggian berat badan dan sebagainya. Juga untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tunku dan Ahli-ahli Dewan Negeri dan sebenarnya pada ketika ini, berbincang dengan berkaitan dengan pengurusan projek dan pengumpulan data sebenarnya Kerajaan Negeri bersama dengan Penyelaras ASAS telah berhasrat untuk melaksanakan rekod secara atas talian melalui Aplikasi SELANGKAH di samping itu penyelidikan akan juga dijalankan bagi memastikan program ini dilaksanakan berasaskan data dan hasil kajian saintifik yang diterajui oleh pakar-pakar kesihatan awam.
Jadi oleh kerana itu merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Kampung Tunku untuk mempertimbangkan cadangan penglibatan Aplikasi Lapak bersama UIAM dalam proses asas, saya rasa Kerajaan Negeri sentiasa terbuka bagi sebarang cadangan untuk penambahbaikan pelaksanaan program itu terutamanya sekiranya kita sudah pun mempunyai pengalaman hal ini bolehlah diselaraskan melalui UPEN bersama dengan pihak UIAM dan saya rasa pihak SELANGKAH juga boleh mengambil pengalaman daripada pengalaman Yang Berhormat Kampung Tunku.
Dan seterusnya berhubung dengan Program Selangor Mental Sihat, untuk makluman Yang Berhormat sekalian Kerajaan Negeri melalui UIAM selaku agensi pelaksana juga dalam perancangan menubuhkan hab mental sihat di setiap daerah bermula pada tahun ini juga sebagai projek rintis. Jadi setiap hab ini akan menyediakan khidmat seorang kaunselor yang akan memberikan bantuan sesi kaunseling kepada penduduk sekitar pada hari Sabtu untuk tempoh selama tiga jam. Nanti anggota SUKA juga akan dilatih bagi membuat Program Saringan Minda Sihat, mempromosi Program Kaunselor Sihat serta menggunakan Aplikasi Sihat. Kerajaan Negeri juga akan mengemukakan perincian tentang hab mental sihat ini pada masa yang akan datang dan justeru itu perluasan skop hab mental sihat kepada pembangunan kapasiti kaunseling seperti kaunselor pelatih akan dipertimbangkan bermula pada tahun hadapan. Dan cadangan untuk kerjasama dengan NGO, Rakan Muda, PeBS, Selangor Volunteer dan sebagainya akan diambil maklum dan juga Kerajaan Negeri bersedia untuk mengadakan perbincangan lanjutlah
bersama pihak yang berkaitan. Dan juga telah ditanyakan mengenai fasilitator-fasilitator Program SEHAT, sebenarnya mereka ada terdiri daripada mereka yang berkelayakan dalam bidang kesihatan mental. Ingin dimaklumkan bahawa semua fasilitator di bawah Program SEHAT terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pensyarah Perubatan Dan Kesihatan daripada universiti awam seperti UTAR, USM, UPSI, UIAM dan sebagainya.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Kandis yang sentiasa cakna akan kepentingan penjagaan kesihatan mental di kalangan rakyat Negeri Selangor dan juga terutamanya dalam golongan muda. Untuk golongan muda sebenarnya beberapa program telah dilaksanakan kepada untuk memberikan fokus kepada golongan muda contohnya Jelajah Bengkel Kesihatan Program SIHAT di enam (6) universiti terpilih iaitu UTAR, UNISEL, UNITEN, UITM, UIAM, UPM dan melalui jelajah ini seramai 320 mahasiswa telah menjalankan kursus modul kesihatan mental yang dibangunkan di bawah Program SIHAT seperti Module Foundation Of The Basic Listening Skill, Handling Crisis, Trauma And Grief And Compassion Fatigue And Self Care.
Seterusnya penyediaan video psiko pendidikan di bawah program SEHAT juga telah dilaksanakan dan juga penyertaan pasukan sihat pada program-program anjuran Kerajaan Negeri sebagai contoh Selangor International Business Summit Medic yang mana majoriti pengunjung adalah golongan muda.
Dan seterusnya, saya ingin ke isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sentosa tentang peruntukan elaun secara bulanan kepada koordinator sukarelawan SEHAT atau pun SUKA. Jadi saya ingin terangkan kembali tentang SUKA ini. Ia diperkenalkan pada tahun 2021 untuk meningkatkan tahap advokasi terhadap penjagaan kesihatan awam dan sebagai duta kecil di dalam mempromosikan Program Kesihatan Awam anjuran Kerajaan Negeri dan SUKA akan menjadi focal person antara Kerajaan Negeri dan juga akar umbi di bawah Negeri Selangor yang oleh kerana itu sebenarnya Kerajaan Negeri pada setiap tahun akan memperuntukkan sejumlah dana yang pada tahun ini (2024) bagi memudahkan tugas sukar sejumlah RM15,000 telah diperuntukkan bagi setiap SUKA di setiap DUN.
Mengambil maklum tentang cadangan yang berhormat Bandar Baru Klang eh Sentosa. Bandar Baru Klang nanti saya sentuh berkenaan dengan pemberian elaun secara bulanan kepada koordinator SUKA. Perkara ini telah diambil maklum pada Sidang yang sebelum ini pun. Namun, mengambil kira peruntukan tahunan SUKA adalah jauh rendah berbanding dengan program berbentuk sukarelawan seperti VBS ataupun Volunteer
Selangor sebab buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk pemberian alam secara bulanan kepada koordinator SUKA.
Untuk isu-isu lain, saya rasa saya akan ringkaskanlah. Basically untuk isu nyamuk Wolbachia ini sebenarnya dia berkesan tapi perlu diselaraskan secara besar-besaran dan juga dalam keadaan yang tertentu saya akan berikan jawapan bertulis. Saya dimaklumkan saya sudah lebih 1 jam. juga vaksin denggi ini sekarang Kerajaan Negeri sedang dalam tempoh perbincangan kerana vaksin denggi ini ada pro and cons kita mahu selaraskan untuk memastikan warga Selangor dalam keadaan yang Selamat untuk menggunakan vaksin ini dan perkara itu juga saya akan hubungi Yang Berhormat Bandar Baru Klang secara bertulis. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada EXCO kesihatan Awam dan Alam Sekitar. Wakil Kerajaan seterusnya Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan pelancongan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan dalam kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor-1 Usul yang di bawah oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuang, Yang Berhormat Batang Kali, Yang Berhormat Sungai Kandis, Yang Berhormat Dusun Tua dan juga Kajang yang membangkitkan isu berkaitan dengan kadar kenaikan cukai pintu. Kadar kenaikan cukai pintu seperti yang kita sedia maklum memang ramai ahli-ahli Yang Berhormat prihatin soal tentang masalah kos saraan hidup dan sebagainya kadarnya tetapi Kerajaan Negeri telah tetapkan oleh sebab apa, oleh sebab kita telah ada sampai 33 tahun tidak naik, ada 20 lebih tidak naik memang masa terlalu panjang dan peredaran kos itu tidak setimpal dengan bebanan yang kita hadapi. Jadi kita hendak pergi perkhidmatan yang baik kepada semua PBT, kepada semua pembayar cukai sebab itu Kerajaan Negeri mengambil sikap bertanggungjawab untuk memberi kelulusan semakan untuk tahun hadapan dan tahun ini kita semak 11 PBT untuk tahun hadapan dan MPKj sudah laksanakan kenaikan 1 Januari. Jadi kadarnya 25%. Itulah yang Kerajaan Negeri tetapkan. Kita akan pastikan banyak projek-projek berkaitan dengan rakyat yang berkepentingan seperti dewan baru, kemudahan-kemudahan infrastruktur jalan dan sebagainya. Pengurusan Sisa Pepejal ini semua dapat ditingkatkan apabila hasilnya dapat bertambah kita beri perkhidmatan yang terbaik selaras dengan peredaran masa. Tuan Timbalan Speaker, saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat..Yang Berhormat.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Terima kasih.
Gombak Setia. Gombak setia ada bahas kadar kenaikan? Tiada kan? tapi tidak mengapa. Saya beri sedikit kawan lama saya beri sedikit kalau sepatutnya tidak lah ye.
Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM
: Nasib baik mengaku kawan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya cuma nak bertanya dengan cadangan nilaian baru yang dibuat oleh PBT dan juga penilaian semula cukai tersebut, berapa anggaran tambahan pendapatan yang dapat dikutip oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun hadapan?
Terima kasih Yang Berhormat. Kita dalam kajian banyak ada bantahan. Oleh sebab banyak bantahan kita akan proses jadi ada setengah kadar tanah kosong dia tidak akan dapat satu angka yang tidak tepat pada ketika ini. Namun begitu saya akan..
Saya kata anggaran.
Hah?
Anggaran. Anggaran itu tidak tepat.
Anggaran Saya tidak mahu beri anggaran nanti kurang tempat. Jadi saya bagi kalau nak yang lebih tepat sidang yang akan datang kita bagi yang lebih tepat ye. Sabar.
Seterusnya terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning berkaitan dengan pungutan sampah oleh KDEB dan sebagainya. Memang, tahap kepuasan dan sebagainya kadang-kadang setengah tempah dia ada masalah dengan kontraktor dan sebagainya. KDEB sebagai Projek Management Company (PMC) jadi pihak PBT kita akan pantau dari semasa ke semasa dan juga sekiranya ada apa-apa masalah berlaku, tindakan akan diambil termasuk NTP. NTP iaitu Tindakan Notis Pembetulan juga akan dikenakan kepada mereka kepada kontraktor yang tidak perfom. Jadi kita pastikan semua kerja di lapangan dapat dilaksanakan dengan baik pihak Kerajaan Negeri dan pihak KDEB akan pantau dari semasa ke semasa.
Sijangkang, Sijangkang tiada saya tidak respon.
Yang berhormat.
Terima kasih.
Saya mohon Yang Berhormat teruskan jawapan untuk Sijangkang kerana beliau berada di Parlimen.
Ya dia di Parlimen tapi oleh saya ada bahas saya akan beri secara bertulis kepada pihak Sijangkang terima kasih Sungai Ramal yang cuba bantu. Kepada yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Hulu Bernam yang membangkitkan isu tentang banjir dan sebagainya. Ini saya rasa lebih baik dijawab oleh Yang Berhormat Pandan Indah yang lebih pakar dalam infrastruktur dan sebagainya saya serahkan sepenuhnya kepada Yang Berhormat. Pandan Indah yang memang expert dalam konteks inilah saya beri sepenuh kepercayaan
Dan seterusnya, berkaitan dengan Kota Kemuning Juga, Taman medan yang membangkitkan Selangor Greatest Klang Valley (Lembah Klang Raya) ini memang satu cadangan yang begitu baik, bernas, inisiatif daripada Kerajaan Negeri iaitu daripada YAB Dato’ Menteri Besar untuk mewujudkan Selangor Greatest Klang Valley di mana MBSA, MBPJ, MBSJ dan MBDK untuk mewujudkan satu Enakmen Lembah Klang Raya itu akan jadikan satu kota metropolis yang besar di mana empat (4) PBT yang besar ini di mana penduduknya lebih daripada 3.8 juta ini kita akan selaraskan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur perancangan transport dan sebagainya untuk pastikan ia menjadi sebagai 1 bandar raya yang begitu besar menjadi satu ikutan seperti Wilayah Iskandar di Johor dan sebagainya dan seperti Greatest London dan juga di Tokyo dan sebagainya.
Jadi inilah antara inisiatif Kerajaan Negeri dan kita telah wujudkan Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan (AJKV) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar sebagai pengerusi, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri, Y.B Penasihat Undang-Undang, Y.B Pegawai Kewangan, Y.B EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti, Y.B EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Y.B EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Y.B EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Y.B. EXCO Agama dan Pembudayaan Informasi, Pengarah PTG, dan juga Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Pelan Malaysia, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Datuk Bandar MBSA, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Bandar MPAJ dan juga Datuk Bandar MBDK, Pegawai Daerah Petaling, Pegawai Daerah Klang, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Ketua Pegawai Invest Selangor Berhad, mana-mana jemputan berasaskan keperluan dari semasa ke semasa lah dan banyak perkara-perkara termasuk UPEN, Pengarah UPEN juga dalam semua Jawatankuasa dan kita akan pastikan jawatankuasa ini dapat berfungsi dengan baik dan akan membentuk satu elemen baru pada
Yang berhormat, Taman Medan. Yang Berhormat, saya sikit sahaja sikit
Saya kawan-kawan tapi masalahnya tiada bangkit. Kalau ada saya izinkan.
Sampai hati Yang Berhormat Sekinchan lupa nak sebut nama saya. Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan memaklumkan tentang keanggotaan jawatankuasa ini. Cuma soalan saya simple sahaja. Mudah saja soalan saya, sudah berapa kalikah mesyuarat diadakan oleh jawatankuasa ini dan saya percaya majoriti daripada Ahli Dewan hendak tahu apakah hala tuju, tadi Yang Berhormat ada sebut secara ringkas bahawa satu enakmen akan diwujudkan untuk Lembah Klang Raya ini dan jika ya, apakah skop atau bidang kuasa enakmen ini untuk memastikan pelaksanaan Koridor Lembah Klang Raya akan berjaya.
Sekinchan. Tambah sikit daripada Taman Medan. Menyentuh kepada itu juga saya mohon kalau boleh dilibatkan sama ADUN sebab saya sendiri Yang Berhormat saya ada 3 PBT di bawah saya Subang Jaya pun ada Shah Alam pun ada Klang pun ada maknanya kalau nak kata terkesan dengan Lembah Klang Raya saya yang akan terkesan dulu. Saya harap kalau boleh dilibatkan saya bersama lah.
Terima kasih Yang berhormat Taman Medan yang prihatin dan juga Yang Berhormat Batu Tiga yang mahu penyertaan dijemput turut serta kita akan ambil perhatian dan juga pertimbangan sekiranya ada keperluan nanti kita panggil. Kita ada jawatankuasa induk dan jawatankuasa di bawah empat (4) orang ahli penyelidik dan sebagainya kita cuba kalau ada keperluan kita panggil termasuk Taman Medan kalau ada keperluan pun kita panggil sebab kan Taman Medan cukup prihatin dalam konteks ini. Ada keperluanlah (ketawa) baik.
Seterusnya berkaitan dengan apa yang disoalkan oleh Taman Medan Apakah skop dan juga kerjanya? Kita dalam rangkuman tengah buat ada empat penyelidik utama kita telah lantik kita sedang dalam set pejabat dan sebagainya skop kerja kita tengah rangka akan keluarkan blue print nya tidak lama lagi. Sabar disek lah wong jowo ngomong dengan izin.
Seterusnya, terima kasih Yang Berhormat Semenyih yang soal isu lalu lintas, isu kemudahan PBT akan memantau dan mengenal pasti jalan infrastruktur yang terlibatlah bagi mana-mana projek pembangunan, pemaju akan memastikan pemaju mematuhi
syarat iaitu Akta Jalan Parit Bangunan 1974, [Akta 133] Perenggan 8 telah menggariskan bahawa PBT telah membuat sesuatu jalan baharu atau telah melebar, membuka, membesarkan atau dengan cara lain memperelokkan sesuatu jalan awam, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri menuntut kos bagi mengambil tanah daripada pemaju yang berkenaan atau pemunya bidang hadapan atau kedua-duanya sekali bagi maksud itu pihak PBT berhak untuk memastikan pemaju, memastikan jalan-jalan di sekitar kawasan pembinaan baharu itu berada dalam keadaan yang baik dan aliran trafik juga dalam keadaan yang memuaskan. Kita akan pantau lah. Terima kasih Yang Berhormat Semenyih.
Kemudian saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kajang. Yang Berhormat Kajang ni walaupun lakukan operation dengan mata tetapi memang cukup prihatin dengan spek yang kacak dan gaya yang tersendiri. Banyak perkara yang ditindak tentang komitmen tentang lubang jalan, jalan yang berlubang macam-macam lagi. Banyak isu yang dibangkitkan. Buat masa ini kebanyakan PBT menyelaras dan menyelesaikan aduan lah berkenaan jalan, berlubang dalam masa 48 jam. Namun begitu PBT melaksana tindakan awal dengan melaksanakan kerja penampalan sementara ke atas jalan-jalan berlubang berdasarkan kepada aduan pengguna dan hasil pemeriksaan oleh pengawal teknikal. Seterusnya PBT akan melaksanakan pembaikan kekal secara oleh panel kontraktor berdasarkan kepada jadual perancangan menggunakan peruntukan sama ada MARRIS dan juga peruntukan daripada PBT dan sebagainya. Jadi kita akan pantau daripada masa ke semasa, pastikan jalan berlubang itu dapat diatasi. Kemudian, daripada Kuang, silakan.
Yang Berhormat, saya cuma tertarik sebab tadi Yang Berhormat ada sebut pasal Yang Berhormat Kajang. Saya masih ingat dengan jelas Yang Berhormat Kajang dalam perbahasan menyebut tentang anjing-anjing liar, ada ya, kalau ada terima kasih Yang Berhormat. Sebab saya tengok Yang Berhormat dah selesai Kajang.
Ya, ada tak anjing liar, memang Yang Berhormat Kajang banyak, bukan anjing liar saja, sampah haram pun ada, Yang Berhormat cerita sampah haram dengan gasnya, ada lagi isu, kalau saya tak tertinggal dengan masa yang ada, jadi cuba tentang Yang Berhormat Kajang berkenaan dengan isu PBT ya, tentang KM, kelulusan merancang yang lambat yang SOP dan sebagainya. Memang kalau ikut KM ini ada banyak kategori, ada kategori kecil, kategori sederhana, KM kategori besar jenis A, kategori besar jenis B, banyak kalau saya nak cerita panjang lebar. Tapi saya nak bagi tahu Yang Berhormat Kajang, soal ketidakselarasan dan kelewatan dan sebagainya ini mungkin ada pelbagai isu, kadang-kadang isunya PBT, kadang-kadang isunya consultan yang lambat bagi pelan bagi maklum balas, kadang-kadang daripada
segi perunding dan sebagainya banyak isu. Jadi oleh sebab itulah dalam Selangor Greaters Klang Valley dalam Jawatankuasa Induk kita telah set up satu Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Khas Penyeragaman PBT di mana akan saya panggil pengerusi saya akan panggil NGO dan juga persatuan pemaju, developer dan juga Ahli-ahli Dewan dan juga mana-mana stakeholder yang kita rasa ada keperluan, kita akan panggil mereka bagi cadangan dan sebagainya, aduan dan cabaran, cadangan supaya kita dapat mengkaji menambah baik SOP dan juga tatacara dan juga semua permohonan dapat diselaraskan supaya masa itu dapat dipendekkan. Itu harapan saya bersama Kajang, saya rasa kita serupa. Silakan.
Kajang, sokong.
Terima kasih Kajang, dia macam james bond sikit. Baik, kita akan uruskan yang sebab itu penyeragaman dalam masa terdekat bulan 8, bulan 9 kita akan adakan mesyuarat dan kita akan panggil termasuk OSC 3.0 yang akan kita selaraskan. Kita tahu Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim PMX, Perdana Menteri kita selalu memberitahu bahawa semua PBT Kerajaan Negeri kena bagi bantuan yang secukupnya, kerjasama yang secukupnya khususnya dalam konteks menerima pelaburan, kita kena cepat, kalau lambat pelaburan akan lari ke tempat yang lain. Sekarang kita nak tarik pelaburan bukan senang, sampai kalau mereka makan masa yang panjang, mereka tidak sabar walaupun sabar itu sebahagian daripada iman, tetapi oleh kerana dua itu, terpaksa bazir banyak duit, mereka akan pergi ke tempat lain, itulah kita ambil maklum perkara tersebut.
Berhubung dengan anjing liar dan sebagainya, kemudianlah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya, yang bertanyakan dengan masalah tentang sisa pepejal dengan mensasarkan lima belas peratus kadar kitar semula recycle isu yang akan kita lakukan sekarang, kita dapat lapan peratus, kita nak lima belas peratus dan sebagainya. Dan apabila masuk Akta 672, adakah itu akta pengurusan sisa pepejal dalam pembersihan awam 2007 ini adakah recycle ataupun kitar semula ini akan diteruskan. Kita akan teruskan, akan pastikan ianya merangkumi bersama KDEB, Kerajaan Negeri telah memutuskan dalam mesyuarat MMKN baru-baru ini kita telah memutuskan untuk menulis surat kepada Jabatan Sisa Pepejal Negara untuk menamakan KDEB sebagai konsesi tunggal untuk pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor apabila kita menerima pakai Akta 672 dan satu jemaah memorandum jemaah menteri akan dibentangkan oleh di dalam kabinet untuk memastikan dalam jangka masa sekiranya tiada halangan dalam akhir tahun ini, kita yakin kita akan dapat selesaikan semua dan kita akan bersama dalam Akta 672 dan pastikan banyak pembersihan, kutipan dan sebagainya di Negeri Selangor kita akan dapat tingkatkan dan pastikan Selangor lebih bersih dan juga sejahtera untuk semua, itulah harapan dan juga objektif matlamat Kerajaan Negeri.
Seterusnya, terima kasih kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang yang menyentuh tentang isu fasiliti sukan dan juga padang gelanggang dan tandas awam, permainan dan sebagainya. Ini memang akan kita terus pantau penyelenggaraan kebersihan kawasan taman permainan dilaksanakan secara tiga atau empat kali seminggu, Pelabuhan Klang tak ada, saya rasa ringkas sahaja. Kita akan pastikan PBT juga dianggarkan peruntukan RM2 juta hingga RM3 juta untuk menyelenggarakan fasiliti sukan. Oleh kerana ketua BBC pun tak ada, kita ringkas sahaja. Sebab adil, kalau Yang Berhormat Sijangkang pun saya tak respons, ini pun saya tak respons. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terus kepada isu berkaitan dengan Pelabuhan Klang juga, tak perlu, untuk Kota Kemuning dan juga Sementa berkaitan dengan pokok tumbang.
EXCO. Saya kira tak adil juga kalau kita misalnya ADUN yang bertanyakan soalan itu tak hadir, tetapi kita tak jawab, kerana bila kita berbahas di dalam Dewan ini, yang kita bahaskan itu ialah soal public interest case dan kita semua di dalam Dewan ini adalah Ahli Dewan Negeri Selangor, jadi saya kira sama ada kerajaan mahupun pembangkang, kalau dia tidak hadir, melihat kes itu ialah public interest case, kalau boleh kita kongsikan supaya kita juga ada pengetahuan tentang apa yang dipersoalkan. Terima kasih.
Saya nak komen sedikit, tapi mungkin juga ADUN boleh refer pasal Handsard itu nanti. Pada jawapan-jawapan daripada Speaker.
Dalam Hansard Speaker? benda yang tidak dijawab di dalam Dewan dia tak dicatatkan. Kita punya Handsard pun berterabur juga, EXCO jawab laju sangat.
Atau jawapan bertulis daripada Yang Berhormat EXCO.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Memang kalau ikut kelaziman di dalam Dewan Negeri Selangor, penggal lepas saya Speaker, saya tahu. Kalau yang tidak bertanya yang tidak berbahas dalam perbahasan, tak ada isu yang disentuh, dalam penggulungan sepatutnya tidak berhak untuk bertanya, kalau tidak, masa Dewan tidak akan control. Speaker akan sukar untuk kawal perjalanan masa, ini hak Speaker. Saya hormat Speaker. Kedua, saya nak..
Ini bukan soal kelaziman,
Yang Berhormat EXCO speaker mungkin boleh jawab secara bertulis.
Yang tak hadir, saya akan jawab secara bertulis.
Jawab secara bertulis, tak ada dalam Handsard.
Dapat jawab bertulis nanti.
Terima kasih, saya tidak mahu panjang dalam perkara ini. Seterusnya tentang Yang Berhormat Sementa. Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah awal untuk mempergiatkan aktiviti penanaman pokok di seluruh Negeri Selangor di bawah projek penanaman 11 juta pokok dengan kerjasama semua jabatan, agensi dan PBT Negeri Selangor sebagai persediaan kepada pelaksanaan pengumpulan kredit karbon di peringkat negeri bagi menyelenggara pokok-pokok lama berisiko tumbang. Kaedah yang dilakukan adalah melalui pemantauan berkala oleh jabatan landskap, PBT dan juga boris yang dilantik oleh PBT dan akan menganalisa tahap kesihatan pokok, pokok itu kena sihat juga, kalau pokok tak sihat, dia bahaya, dia boleh tumbang bila-bila masa, macam manusia juga, kalau tak sihat dia akan jatuh juga ada masalah juga, sebab kesihatan itu penting dengan izin, yang berusia lebih 20 tahun kita kena jaga kesihatan pokok.
Pihak PBT juga melantik boris yang bertauliah untuk menyelenggara, memantau semua pokok-pokok dan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan secara enam bulan hingga dua tahun sekali untuk menentukan keperluan pemeliharaan dan juga pemotongan bahagian pokok dan penebangan pokok mengikut spesis, tahap risiko semasa pokok, dan teknik pangkasan menanda serta menyingkap di mana penyenggaraan pokok dilakukan bagi meringan beban sidara pokok, bahagian atas pokok yang merangkumi cabang dan daun. Di samping itu, kawalan dan pemantauan pembangunan landskap dilaksanakan untuk cadangan tanaman landskap yang hanya terdiri pokok teduhan yang lambat matang dan memerlukan kos penyelenggaraan yang rendah. Seterusnya, pada masa yang sama, perlahan-lahan pokok serpihan ditebang atau dipotong oleh PBT diletak di bahu jalan akan dibersihkan, ini kaedah biasa. Seterusnya, saya respons balik kepada Yang Berhormat Kajang, yang ...
Tuan Speaker, boleh mencelah?
Sementa, sila-sila.
Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan tadi, cuma kalau boleh pihak kami boleh dapatkan atau tidak penjadualan cantasan pokok di DUN Sementa? Kita tidak mahu berlaku apa yang berlaku bulan lepas, pokok tumbang menghempap kereta yang sedang berjalan, itu cukup membahayakan dan tak nak berulang kembali di DUN Sementa. So kita minta supaya ada penjadualan itu diberikan salinan kepada pihak kami.
Saya ambil maklum Yang Berhormat Sementa. Memang di Klang ini, sekurang-kurangnya enam kontraktor dilantik untuk kerja-kerja pemmangkasan, pemotongan, cantas pokok dan peruntukan sebanyak tiga juta, DUN termasuk Yang Berhormat di Sungai Kandis, pemotongan pokok di situ kerap dijalankan antara yang paling efektif adalah di DUN Sungai Kandis. Jadi kita akan pastikan kerja-kerja diteruskan dan jadual itu kita berikan secara bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Kajang tadi saya sebutkan soal pengurusan landskap PBT yang perlu dibaiki tentang pokok, ini berkaitan dengan pokok dan sebagainya, perkara ini telah saya sebut kita akan pastikan di Kajang kita akan pastikan landskap dan sebagainya semua kita bangunkan dengan baik, jadikan Kajang sebagai satu bandar yang semakin moden ke hadapan, ini landskap kita perlu dinaiktarafkan.
Seterusnya saya sentuh sedikit daripada Yang Berhormat Meru, berkaitan dengan peniaga asing tanpa permit, Majlis Bandaraya DiRaja Klang telah mengambil tindakan tegas terhadap premis perniagaan di atas nama penduduk tempatan yang dioperasikan oleh warga asing. Ini isu dah lama, isu ini bukan boleh selesai sekelip mata, sukar seperti kompaun, sitaan, penutupan dan pembatalan lesen. Walau bagaimanapun, Majlis Bandaraya Diraja Klang perlu mempunyai bukti yang kukuh sebelum tindakan dapat diambil untuk mengelakkan isu perundangan dan sebagainya. Dan sekarang satu bengkel baru-baru ini di Genting Highlands oleh semua PBT kita adakan libat urus untuk undang-undang kecil, kita tengah cari bagaimana kaedah untuk buat satu undang-undang kecil untuk kita bukan saja boleh ambil tindakan terhadap premis yang berlesen, yang berlesen kita ambil tindakan tutup dan sebagai, yang tidak berlesen, yang haram, kita juga ada bagi punca kuasa yang besar untuk pihak penguatkuasaan untuk membuat tindakan, kalau tidak mereka akan jadikan ini sebagai satu peluang dan ruang untuk mereka dirikan premis tanpa izin dan sebagainya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, ini perkara saya tahu dilapangan sangat dan kita akan cuba lakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Seterusnya, pada Yang Berhormat Balakong, bangkit dengan..
YB Sekinchan, sikit berkaitan dengan warga asing tadi, boleh?
Boleh, boleh.
Terima kasih Tuan Speaker, juga Yang Berhormat EXCO. Saya ingin bertanya, saya tertarik dengan Yang Berhormat EXCO berkaitan dengan satu usaha yang Kerajaan Negeri bersama dengan pihak PBT ingin membuat satu peraturan kecil. Jadi saya ingin bertanya, bilakah perkara ini akan dinoktahkan kajian itu? Adakah memerlukan masa yang lebih panjang, setahun ataupun enam bulan sehingga ke hujung tahun ini? So kita boleh ada satu peruntukan bagi membolehkan PBT memberi satu tindakan kepada pekerja-pekerja asing yang secara haram ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam yang bangkitkan soal warga asing dan sebagainya. Memang dalam libat urus ini kita perlu semua pandangan daripada semua PBT dan sebagainya. Jadi undang-undang ini kita perlu juga pandangan daripada kamar PUU dan sebagainya. Kita ada sedikit masa, kita cuba yang terbaik akhir tahun atau tahun hadapan untuk kita rangka supaya kelulusan undang-undang kecil ini dapat dilakukan.
Yang Berhormat maksud tahun hadapan maksudnya setahun tempoh waktu yang ditetapkan?
Sebab kita tengah buat persediaan, kajian dan sebagainya daripada, saya cuba yang terbaik, kalau tidak akhir tahun, tahun hadapan. Sebab ini melibatkan undang-undang kecil jadi ia perlu sedikit masa. Isu soal warga asing ini memang sangat pening dan sekarang kita nampak ada lagi satu isu kadang-kadang Yang Berhormat pun pening, saya pun pening semua Yang Berhormat dengan izin iaitu di tepi di persimpangan-persimpangan traffic light ada orang jual barang tepi jalan, apabila kereta berhenti, siapa yang bertanggungjawab untuk menangkap mereka dan mengenforcekan untuk penguatkuasaan, itu pun kadang-kadang ada satu yang sukar kita laksanakan. Ini juga kita akan teliti, macam-macam lagi perkara.
Yang Berhormat mungkin saya boleh menambah sikit Yang Berhormat.
Yang terakhir.
Terima kasih Yang Berhormat, saya mengangkat usaha yang baik daripada Yang Berhormat EXCO kerana isu ini juga terkait di kawasan saya dan saya sangat berharap pada penghujung tahun hadapan sepertimana yang dijanjikan oleh Yang Berhormat EXCO, kita dapat selesaikan peruntukan-peruntukan kecil yang akan dinoktahkan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan ini. Terima kasih.
Sama-sama kita usaha, saya akan berusaha dengan keras ke arah itulah untuk wujudkan undang-undang kecil ini dan terima kasih kepada Yang Berhormat tadi Yang Berhormat daripada Balakong soal ia menyentuh jugalah isu peruntukkan UUK dan juga akta 171, akta 67(2).
Yang Berhormat Sekinchan.
Ya, Yang Berhormat?
Saya bimbang soalan saya tak dijawab. Sebab Yang Berhormat dah pergi ke tajuk lain. Saya membangkitkan tentang kesesakan lalu lintas, yang saya sebut dalam perbahasan.
Apa isunya?
Isunya adalah, masalah Yang Berhormat, ketika kami tak ada, disebut dalam Dewan, ketika EXCO tidak ada, kami tak tergamak nak sebut pula. Isu yang saya bangkitkan ialah isu, perbandaran yang melibatkan perancangan bandar, yang tidak membantu menyeimbangkan antara pembangunan dengan keperluan setempat. Saya ambil contoh, di Alam Sari, Sg. Tangkas, Bangi Avenue, Serene Height, yang begitu banyak pembangunan perumahan, tetapi menggunakan satu jalan, yang berukuran 6 kaki. Dan dia buat tindakan oleh pihak perbandaran, saya tahu, tetapi saya terpaksa mengangkat Dewan ini, Yang Berhormat, sebab, tindakan yang dibuat pihak berkuasa, tidak menghasilkan apa-apa result yang munasabah. Mereka buat perkara yang biasa, tapi tak membantu apa yang dirasai oleh masyarakat setempat tentang kesesakan yang sangat-sangat teruk. Mohon penjelasan pihak EXCO. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sg. Ramal. Tentang isu yang berbangkit, kita akan telitilah tentang perkara tersebut. Di mana perancangan-perancangan kadang-kadang kita juga ada kelemahan di banyak pihak. Dari segi strukturnya, dari segi aliran trafik dan sebagainya. Dan juga, macam-macam lagilah. Kita akan respons dengan bertulis tentang perkara yang dibangkitkan.
Seterusnya, saya ke arah respons kepada Yang Berhormat Sg. Kandis, tentang masalah kilang tanpa izin di Kampung Johan Setia dan sebagainya. Ini isu Yang Berhormat sangat, orang kampung sangat khuatir tentang masalah-masalah kilang tanpa izin tersebut. Memang sekarang ini, kita dah minta pihak penguatkuasaan sentiasa turun ke lapangan untuk memantau, untuk membuat operasi terhadap kilang-kilang tanpa izin. Kerana sekarang ini, ada satu trend, di mana di kampung-kampung terdapat sindiket-sindiket kilang-kilang yang berlindung untuk melakukan operasi-operasi recycle yang tidak mendapat kebenaran, tidak ada lesen dan sebagainya, mereka sorok di kampung-kampung. Kita khuatir, apa skala industri sedemikian berada di Kampung Johan Setia dan sebagainya. Saya akan cuba ambil masa juga. Ada masa, saya akan turun. Kita akan pergi spot check bersama Yang Berhormat Bandar Utama untuk kita kenal pasti, sama ada kilang-kilang ini, mereka adalah daripada mereka yang melakukan pollution ataupun pencemaran dan sebagainya. Dan dalam konteks lesen dan sebagainya. Pihak dapat kelulusan alam sekitar dan sebagainya. Ini akan kita teliti. Dan seterusnya, tentang..
Okay, untuk jawapan tersebut, baiklah, saya akan follow up dengan Yang Berhormat EXCO. Boleh saya masuk, saya ada tertinggal sikit soalan itu. So, mohon YB EXCO, Yang Berhormat EXCO, untuk bagi, jawapan segera, sekiranya ada. Ini satu, tentang gerai yang saya ingin fokus, gerai di Alam Impian, gerai yang belum dibuka, tetapi saya mendapat feedback daripada penduduk yang memang permohonan sudah ditutup, tetapi saya mohon untuk diberi keutamaan kepada penduduk Alam Impian sendiri untuk mendapat, diberi keutamaan sebelum diberi kepada orang di luar daripada Alam Impian. Ini, undian itu, saya harap dapat dibuat dengan adil lah.
Nombor dua, untuk Rumah Selangorku, saya mohon diberi sedikit, bukan kuota, tetapi keutamaan, sebab kami juga mempunyai satu atau dua orang yang sangat memerlukan rumah, tetapi kadang-kadang permohonan mereka ditolak atas alasan-alasan yang lain lah. Jadi sebagai wakil rakyat kepada penduduk, yang mana kita dapati mereka ini amat memerlukan rumah tersebut dan kita boleh bawa kepada Yang Berhormat EXCO, untuk diberi pertimbangan semula, agar penduduk yang sangat memerlukan rumah ini dapat diberi keutamaan.
Nombor tiga, lagi satu, tentang masalah pembuangan sampah di kategori sisa-sisa perut ayam, apa semua ini, daripada kedai-kedai runcit, kelapa-kelapa muda, yang mana pihak ini, tidak mengambil. Jadi kita mohon satu cara di mana penduduk-penduduk, penjual-penjual ini dapat membuang segala sampah-sampah, sebab mereka inilah yang akan melonggokkan sampah di tepi jalan sebab tidak ada tempat untuk membuangnya. Jadi kita mohonlah, saya mohon yang itu. Baik, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sg. Kandis yang bertanya isu pasal kedai, undian di Alam Impian, pentingkan orang-orang di Alam Impian dan sebagai. Ini, perkara ini, akan kita panjangkan kepada pihak PBT untuk diuruskan dengan adillah. Pastikan orang yang betul-betul berniagalah, itu yang penting. Kalau dapat tempat dia tak berniaga, sewa atas sewa, itu pun tidak membantulah. Kita pastikan, dia dapat, dia buat perniagaan di situ. Tak kira dia siapa. Yang penting, dia boleh menjana perniagaan yang baik di situ.
Dan kemudian, Rumah Selangorku, nanti kita serah kepada Yang Berhormat Tg. Sepat. Sebab LPHS, di bawah perumahan. Tentang Rumah Selangorku. Dan kemudian soal sampah, kita minta PBT turun ke kawasan Yang Berhormat dengan Ahli Majlis, boleh pantau bagaimana uruskan sampah tersebut di situ. Kalau bawa perkara yang kecil itu, sampai kat sini, kita agak pening, mumet, untuk nak lakukan. Tak apa, kita ambil maklum dengan perkara tersebut. Baik, berkaitan dengan isu yang, ya? Yang Berhormat Ketua Pembangkang, sila.
Ketua Pembangkang, sila.
Terima kasih, saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Speaker berhubung peranan PBT di Negeri Selangor. Saya telah memohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri tentang jumlah pinjaman yang diberikan kepada setiap PBT, di dalam Negeri Selangor mulai tahun 2018 sehingga 2023. Jawapan bertulis yang saya terima, memperlihatkan bahawa hampir kesemua PBT mendapat pinjaman daripada Kerjaan Negeri untuk tempoh yang saya nyatakan tadi, khususnya pada tahun 2022 hingga 2023. Persoalan yang ingin saya bangkitkan pada petang ini ialah mungkin sebahagian besar daripada PBT itu ada kemampuan untuk membayar balik pinjaman kepada Kerajaan Negeri. Tetapi sebagai contoh, Majlis Daerah Sabak Bernam, untuk tahun 2022 hingga 2023, lebih RM22 juta diberikan pinjaman. Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, untuk tempoh dua tahun ini, lebih RM32juta diberikan pinjaman. Persoalannya ialah, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, khususnya Yang Berhormat EXCO sendiri, untuk membantu PBT-PBT ini? Kerana sekiranya mereka tidak berupaya untuk membayar pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, apakah tindakan yang diambil?
Yang kedua, apakah mungkin Kerajaan Negeri dapat memperlihatkan bahawa sebahagian daripada projek-projek ini tidak boleh dibebankan kepada PBT. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh, ataupun bencana alam. Saya kira, wajar Kerajaan Negeri menimbangkan dalam bentuk geran kepada PBT-PBT yang tidak mendapat hasil yang tinggi, di beberapa daerah dalam Negeri Selangor. Supaya mereka tidak dibebankan
dengan pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya mohon penjelasan, supaya perkara ini dapat membantu PBT-PBT di Negeri Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang Hulu Kelang, yang menyatakan soalan pinjaman. Khususnya PBT-PBT yang kekurangan hasil, tapi dibebani dengan pinjaman, apabila sampai masa nak bayar, hutang itu satu masalah. Sama ada Kerajaan Negeri boleh bagi geran. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Bab ini, setuju sungguhlah. Sebab khususnya seperti di Sabak Bernam, kawasan jelapang padi, keterjaminan makanan, hasilnya kurang. Tetapi kita contribute, kita bantu untuk menjana hasil padi beras kepada seluruh negara untuk makan. Bekalan yang penting di situ. Sebab itu, pengorbanan rakyat di Sabak Bernam dan juga PBT di Sabak Bernam, wajib diberi pengiktirafan, geran-geran harus diberilah. Ini, saya juga setuju. Cuba panjangkan kepada Kerajaan Negeri untuk ke arah itulah.
Terima kasih. Kalau Yang Berhormat setuju dengan cadangan daripada Hulu Kelang, maka apakah wajar Yang Berhormat EXCO memperkenalkan cukai taksiran ataupun cukai-cukai pintu yang baru ini di kawasan-kawasan yang berkenaan? Kerana alasan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO sebelum ini, kerana PBT tidak mempunyai hasil yang besar. Jadi saya ingat, untuk PBT-PBT yang tidak mempunyai zon industri ataupun perkilangan ataupun aktiviti ekonomi yang besar, elok Kerajaan Negeri memberikan geran dan bantuan bukannya membebankan rakyat, di kawasan Sekinchan, di Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Jadi saya minta Yang Berhormat EXCO menimbangkan semula tentang cukai taksiran yang akan dikenakan dan amat membebankan rakyat di Selangor. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang di mana soalan esok pagi, pun, Yang Berhormat tanyakan cukai, cukai pintu. Jadi isu cukai pintu ini, tadi saya banyak jawab, tadi Yang Berhormat di luar pun, saya dah jawab. Geran dengan cukai pintu, berbeza sikit. Jadi tak mahu panjang dengan isu ini. Kita akan buat pertimbangan sewajarnya. Memang kita faham, pihak sebelah pembangkang dari perbahasan, dari tempoh hari, dua tiga hari yang lalu. Mereka akan bangkit soal isu sukai pintu dan sebagainya. Jadi kita dengar dengan khusyuk dan dengar dengan teliti tentang masalah dan sebagainya. Tetapi, bagi kita nak pastikan PBT menambah pendapatan, berdikari sendiri, iaitu kita kena ada hasil, di antaranya ialah cukai pintu juga adalah hasil. Di mana Sabak Bernam, 32 tahun, tak ada kenaikan. Jadi wajarlah dipertimbangkan kenaikan tersebut, semakan dan sebagainya. Untuk pastikan rakyat yang ada di situ, untuk ada disiplin bayar cukai pintu dan kemudian boleh perkhidmatan yang lebih baik daripada PBT. Dan PBT boleh naik taraf, pada satu hari
nanti, dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik. Ini yang saya nak respons kepada Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang kita. Dan saya teruskan kepada isu Semenyih, yang dibangkitkan. Cukuplah.
Yang Berhormat, satu sahaja, sebab soalan saya ada mengenai dengan PBT di Anjung Utara, tapi nombor 198, soalan. Memang tak naiklah.
Itu tak naik, tunggu lagi. Saya dah bahas. Tidak adil, tidak adil, Yang Berhormat Sg. Ramal.. Sebagai Timbalan Speaker satu ketika dulu, soalan susun, semua ramai pun ada yang tidak naik....
Apa kena mengena pula dengan Timbalan Speaker, Yang Berhormat..
Yang Berhormat , sila teruskan.
Ya, saya teruskan. Minta maaf. Tak munasabah, tak boleh respons. Minta maaf. Seadil-adilnya, kita bagi keadilan untuk semua. Minta maaf. Sebab nanti, Yang Berhormat lain pun bangun, saya pun 205, soalan saya. Tak terbangkit, macam mana.
Teruskan Yang Berhormat.
Bagaimana, tak adil.
Yang Berhormat EXCO, teruskan.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap...
Okay, terima kasih, terima kasih. Saya nak jawab, kepada respons Yang Berhormat Semenyih, Yang Berhormat Kajang, Yang Berhormat Morib,
Saya nak cadangkan, sebagai Ketua Pembangkang, kalau itulah hujah Yang Berhormat Sekinchan, bolehkah Yang Berhormat Sekinchan bersetuju dengan kami supaya perbincangan perbahasan Dewan ini ditamatkan pada 18 Julai, bukannya esok? Jadi tak perlu tergesa-gesa, jadi kita ada banyak hari boleh jawab soalan. Boleh mencecah sampai 200 soalan sehingga 18 Julai. Mengapa nak dipendekkan dan nak dikurangkan daripada tarikh yang telah
diwartakan oleh Tuanku? Jadi saya minta Yang Berhormat Sekinchan beri pandangan tentang perkara ini.
Terima kasih, yang Berhormat Hulu Kelang. Soal masa persidangan itu tertakluk kepada kebijaksanaan Tuan Speaker. Saya tidak boleh ambil kuasa Tuan Speaker.
Teruskan Yang Berhormat.
Sebab saya EXCO, bukan Tuan Speaker.
Yang Berhormat Sekinchan teruskan dengan perbahasan penggulungan.
Kita kena tahu dengan peranan kita. Kalau ADUN, ADUN. Kalau EXCO, EXCO. Kalau Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang. Kalau Menteri Besar, Menteri Besar. Jangan Menteri Besar, tiba-tiba jadi Tuan Speaker, ADUN, tiba-tiba jadi Speaker, Ketua Pembangkang jadi Speaker. Tak boleh.
Jadi EXCO jadi Speaker, jangan macam itu. EXCO jawab saja la.
Jadi saya...
Yang Berhormat EXCO, sila teruskan.
Jadi saya respons kepada Yang Berhormat Semenyih, Kajang, Morib, yang prihatin tentang anjing liar. Anjing liar, tadi ada soalan anjing liar. Yang dibangkitkan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa komited dalam usaha untuk mengawal dan menyelesaikan isu anjing liar di dalam Negeri Selangor. Untuk makluman semua, PBT menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bil 5 Tahun 2014, Tatacara Operasi Piawaian SOP, Penangkapan dan juga Pelupusan Anjing Terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada pekeliling ini, panduan Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksana perkara ini, adalah berpandukan peruntukan undang-undang sedia ada seperti berikut:-
a. Akta Kerajaan Tempatan 1976, [Akta 171] b. Akta Jalan, parit, bangunan, [Akta 133]
c. Akta kebajikan haiwan, [Akta 722] d. Undang-undang kecil pelesenan anjing dan rumah pembiakan PBT Negeri Selangor.
Seterusnya, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa cuba untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan pengawalan. Perkara ini agak bersesuaian semasa ke semasa. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk menambah baik UUK sedia ada agar pelaksanaan di peringkat PBT adalah lebih teratur serta dapat menyelesaikan isu di tapak selain daripada pengoperasian kepada anjing liar ini seperti penangkapan. Kerajaan Negeri dalam masa yang sama membendung isu anjing liar ini sebelum daripada akarnya akan melakukan pelbagai inisiatif seperti galakan kepada program pemandulan. Kerjasama dengan NGO dan menambah peruntukan undang-undang di dalam UUK dan memberi kuasa kepada PBT untuk memandulkan mana-mana anjing di kawasan PBT.
Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi perhatian kepada isu perikemanusiaan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kajang. Kerajaan Negeri telah melakukan pengoperasian di tapak akan melibatkan agensi berkaitan, PDRM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan melakukan operasi bersepadu. Antara fungsi penglibatan JPV adalah dalam memastikan kebajikan anjing ditangkap, diurus oleh PBT dengan lebih baik dan soal kebajikan dan sebagainya. Kita akan pastikan perkara ini kita lakukan dengan tertib dan baik sebab ramai pencinta-pencinta anjing terbiar dan kucing terbiar di merata tempat, kita nak pastikan..
Taman Medan bangun Yang Berhormat, tetapi jaga masa juga.
Ya, Taman Medan, ya-ya.
2 perkara Yang Berhormat, baru-baru ini kita tahu tular di sosial media dan di media utama tentang anjing yang dipukul oleh pemiliknya dan kita dapat lihat video bagaimana traumanya anjing itu dan saya nak tanya pada Yang Berhormat Sekinchan, saya percaya di bawah undang-undang negeri ada tentang pelesenan untuk memiliki anjing ini. Jadi untuk nak selesaikan isu ini, demi menjaga kebajikan haiwan ini, soalan saya, adakah Yang Berhormat Sekinchan bersetuju bahawa Kerajaan Negeri Selangor boleh memulakan usaha untuk melesenkan kepada semua pemilik-pemilik binatang ini, supaya kita dapat kawal selia, pertama boleh selesaikan isu anjing terbiar dan juga boleh selesaikan isu kebajikan haiwan. Dalam masa yang sama, mungkin ianya akan memberi rasa tanggungjawab yang lebih kepada pemilik-pemilik anjing peliharaan ini. Mohon pandangan Yang Berhormat Sekinchan.
Terima kasih Taman Medan walaupun Taman Medan tak bahas soal anjing dan sebagainya tetapi tak apalah kita bagi ruang dalam konteks ini. Baik, soal anjing ini kita ada berbagai kaedah. Seperti tadi saya kata, kita jaga dengan baik, tangkap dengan tertib, pemandulan dan sebagainya. Sekarang kita wujudkan Taman Rekreasi Perlindungan, ada Taman Rekreasi Kucing pun ada, Taman Perlindungan Anjing di mana tempat di PBT dan sebagainya supaya anjing-anjing yang terbiar dapat dikumpul di situ dan mereka yang cintakan anjing boleh datang ke sini untuk bawa anjing tersebut untuk ternak dan sebagainya. Macam-macam kaedah kita laksanakan, bukan mudah kita nak selesaikan isu anjing ini, anjing liar. Tetapi kita cubalah yang terbaik ya. Bagi mereka NGO-NGO yang penyayang anjing dan kucing, haiwan liar ini tolong bantulah kita sama sebagai satu pasukan, pastikan kita Selangor kita Love My Pet, kita Love Pet itu dengan baik, bukan kita pukul, bukan kita dera mereka, tendang mereka macam itu cara tidak boleh. Mereka walaupun bukan manusia, tetapi mereka haiwan yang mempunyai nyawa, kita kena sayang ya. Macam sayang anak kita jugalah. Itu cara kita ya.
Seterusnya, saya nak respons sedikit tentang isu yang dibangkitkan oleh Taman Medan berkaitan dengan perbandingan dengan Pulau Pinang membina apa soal WTE, sisa kepada tenaga ya, di mana di Tanjung Dua Belas, kemudian di Rawang, di Jeram kita akan wujudkan sisa kepada tenaga, di mana sampai itu, adakah Worldwide dengan PBT dengan KDEB akan bersaingan dengan sampah-sampah tersebut. Perkara ini kita dapat selesaikan masing-masing kita akan sign dengan PBT masing-masing dengan kuantiti sampah yang ditetapkan. Tak ada masalah dan Selangor dengan kepadatan penduduk 7 juta lebih penduduk belum campur di persekitaran yang warga asing dan sebagainya kita menguruskan sampah sehari lebih 7,500 belum campur dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya , 2,500 campur lebih 10,000 tan. Jadi, daripada kapasiti yang kita ada, kita mampu untuk pastikan ya pengoperasian WTE ini dapat mencapai objektif yang terbaik.
Memastikan kaedah-kaedah yang lama seperti landfill itu yang tidak mesra alam sekitar itu dapat dikurangkan dan kita dapat membawa satu suasana yang lebih baik, alam sekitar yang lebih baik. Urusan sisa pepejal yang lebih komprehensif pada masa hadapan. Inilah respons kepada Taman Medan dan seterusnya saya pusing kepada Nak Bercuti, Pusing Selangor dulu ya. Isu sedikit tentang tourism, tentang pelancongan. Oleh kerana masa tidak banyak, saya nak respons kepada Yang Berhormat Seri Kembangan, di mana mencadangkan agar Seri Serdang sebagai Bandar Bahagia. Itulah, cuba untuk nak promosi sebagai produk pelancongan di mana produk baik boleh ditonjolkan, di mana Sabak sebelum ini dia kata dia kurang bahagia, tapi-tapi kalau tak bahagia datanglah ke Serdang dan Seri Kembangan akan jadi lebih bahagialah ya. Selamat datang, sebab di
Selangor kita rasa rata-rata kita bahagia kerana cara pentadbiran dan juga pengurusan yang lebih baik dan kawasan menarik, percutian itu banyak di negeri Selangor dan menjadi tarikan kepada semua pelancong-pelancong luar ke negeri Selangor dan produk yang baik itu ialah daripada kampung-kampung baru dan makanan yang enak-enak ya akan kita ketengahkan khususnya di kampung-kampung baru, dijadikan produk pelancongan untuk negeri Selangorlah. Itu yang kita akan cuba ketengahkan. Terima kasih atas inisiatif Yang Berhormat Seri Kembangan dan kemudian juga Yang Berhormat Dusun Tua. Dusun Tua tak hadir jadi saya rasa sepintas lalu soal Sungai Gabai, infrastrukturnya yang tidak tersusun, oleh kerana, ada banjir kilat dan sebagainya, itu akan kita teliti dan kita akan naik taraf dan perbaiki pada masa hadapan. Sudah ada rancangan untuk baiki ya kawasan yang terkena dengan banjir pada satu ketika yang lalu ya, waktu tersebut. Di mana itu kawasan rekreasi yang disukai oleh orang-orang kampung di situ iaitu Sungai Gabai ya. Sungai Gabai dan seterusnya respons kepada Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Melawati yang menanyakan perkara bangkit dengan Taman Alam dan Bukit Melawati.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha memperbaiki pembangunan infrastruktur ekopelancongan di Kuala Selangor Anjung Utara. Kerajaan dalam jangka masa panjang kita akan menaiktaraf kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat pembangunan Taman Alam merupakan salah satu produk ekopelancongan dalam perancangan pelan induk pelancongan negeri 2021-2026 ya. Jadi kita akan pastikan Taman Alam ini menjadi sebahagian daripada produk pelancongan dan pihak perhutanan telah mengeluarkan kawasan pembangunan seluas 207.903 ekar ataupun 84.135 hektar dari status hutan kekal yang sebelum ini diwartakan untuk tanah milik dan akan menjadi suatu pembangunan ya, pada masa hadapan. Pihak Tourism Selangor bersama MBI akan diberi pemberimilikan TOL dalam jangka masa yang terdekatlah. Kalau akhir tahun 2024.
Selain daripada itu, tujuan pemulihan pemulihara ubah suai naik taraf boleh mohon geran daripada MOTEC. Boleh melalui MOTEC ya, Tourism Negeri. Seterusnya tentang perkara yang berbangkit daripada Bandar Baru Klang dan Medical Tourism, memang Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTH) untuk 46 hospital yang berada di negeri Selangor dan kita akan adakan fan trip dan juga adakan pameran ya Exhibition. Untuk makluman Yang Berhormat, Tourism Selangor bersama MHTC akan menganjurkan program promosi pelancongan perubatan. Pameran di Sata Medic Malaysia, Liburan Sihat Ke Selangor Aja, yang akan diadakan di Tanggungan Tunggangan Plaza, Surabaya, Indonesia pada 1 hingga 4 Ogos 2024 bersama 15 penggiat industri Hospital, Pusat Perubatan Negeri Selangor, pihak TSSP juga akan melancarkan kempen promosi khas pelangongan perubatan yang dinamakan Medical Travel Selangor pada penganjuran acara tersebut ya. Itu untuk makluman
Bandar Baru Klang dan Seterusnya Kuala Kubu Baharu, berbangkit tentang dengan Rancangan Selangor Pertama.
Maklum balas tentang perkara-perkara yang mana kita promosi pelancongan kita telah, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak ya, sekejap ya, berapa sebanyak RM2,480,000.00 untuk kemudahan-kemudahan infrastruktur di pelbagai tempat. Projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat ya, RM2,480,000.00 saya tidak panjangkan satu persatulah. Selain daripada itu, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) juga turut menawarkan inisiatif di bawah program pemelihara, pemuliharaanlah di bawah naik taraf PIPUN juga boleh kita mohon geran daripada situ untuk produk-produk pelancongan. Saya ucapkan terima kasih kepada Kuala Kubu Baharu yang cuba sedaya upaya ya, walaupun baru, saya ucapkan tahniah, dipilih oleh rakyat Kuala Kubu sebagai Ahli Dewan Negeri bagi Kuala Kubu Baharu, wanita yang paling muda ya, anak muda, yang paling muda di Dewan Negeri Selangor. Tahniah kepada Kuala Kubu Baharu atas kejayaan tersebut.
Ini akan melonjakkan lebih ramai anak muda menyertai politik, mereka akan suka dengan politik kerana banyak penyertaan anak muda dan kemudian Meru, Yang Berhormat Meru berkaitan dengan Agro Selangor dan sebagainya, sasaran tahun 2025 kita 7 juta. Tahun Melawat Negeri Selangor kita sasarkan 8 juta dan seterusnya kita nak pastikan nilai resit pelancongan sebanyak 1.17 bilion dapat dihasilkan untuk Tahun Melawat Selangor . Nak bercuti, pusing Selangor dulu. Kita nak pastikan medan-medan semua media sosial dan semua aplikasi yang boleh kita lakukan untuk menyebar promosi Negeri Selangor sebagai pusat destinasi yang unggul, yang unik di Malaysia ini. Pada masa yang sama, kerjasama bersama PWB (Pusat Wanita Berdaya) kita juga akan ya perkasakan supaya banyak penglibatan wanita-wanita di kampung untuk turut serta dalam pelancongan..
Yang Berhormat, ada yang bangun. Ada yang bangun.
Industri pelancongan, hiliran dan sebagainya. Inilah cara kita.
Bagi laluan, bagi, bagi laluan?
Yang terakhir, dengan untuk mempromosikan apa itu Tahun Melawat Selangor ini saya cadangkan adakah kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan KLIA dengan KLIA 2 supaya mereka boleh adakan satu booth yang berdekatan dengan arrival hall? Dengan izin, supaya kita boleh apa itu menjual produk-
produk di kampung kita dan juga brochure-brochure yang mempromosikan tempat kita, terima kasih.
Terima kasih Seri Kembangan. KLIA 1 dengan KLIA 2 kita akan ambil pertimbangan untuk kita lakukan sama ada boleh letak booth, kekangan dari segi kewangan yang sebagainya kita akan fikirkan yang terbaiklah. Cadangan yang baik, kita ambil maklum dan sebagai akhir untuk penggulungan kali ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli dewan yang minat dalam konteks pelancongan, PBT dan sebagainya. Sama-sama kita pastikan ya PBT kita lebih apa cemerlang, lebih baik perkhidmatannya, kualitinya dan juga pengurusan sisa pepejal, semuanya kita tambah baik dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan juga sasaran Tahun Melawat Selangor 2025 dapat kita capai dan saya jemput besok, besok pagi ya 9.00 pagi, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang sempat boleh datang kita ada upacara banner belakang bas ya. Belakang Bas Smart Selangor kita ada lancarkan iklan-iklan di Bas Smart Selangorku, pukul 9.00 pagi besok pagi di Wisma depan Wisma Dewan, 5 bas telah kita lakukan dengan banner belakang iklan itu untuk di jalan di mana-mana PBT kita akan tambah lagi dengan bas-basnya. Ini satu kaedah promosi dan kemudiannya untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam bulan 9 kita dah kerjasama dengan Daguni Services, bersama AirAsia, bulan 9 ini kalau tidak ada aral melintang kita belanja 2.6 juta untuk kita gunakan 15 aircraft untuk kita pasang di luggage box dengan di meteri untuk iklan Tahun Melawat Selangor ya, Nak bercuti pusing Selangor dulu. Supaya jajaran nak pergi negeri China, Surabaya, pergi ke Jepun mereka akan baca di situ di mana Batu Caves, di mana kelip-kelip, Sungai Panjang, di mana Sekinchan, di mana Shah Alam dan sebagainya. Nak bercuti, pusing Selangor dulu. Saya rasa sekian sahajalah. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Saya nak ingatkan juga, Yang Berhormat EXCO untuk memberikan penjelasan bertulis kepada isu yang di bawa oleh Yang Berhormat yang tiada di dalam dewan sebentar tadi. Seterusnya, wakil kerajaan daripada Yang Berhormat EXCO dari Tanjung Sepat. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada semua yang bahas pada dalam dewan yang mulia ini. Soalan yang pertama daripada Yang Berhormat Kota Damansara iaitu tentang Projek Nadayu, Subang Bestari. Iaitu untuk makluman Yang Berhormat, projek Rumah Selangorku yang dimaksudkan tersebut adalah projek Rumah Selangorku yang dibangunkan oleh pemaju Teguh Majuria Sdn Bhd yang merupakan Pangsapuri Nadayu 801, Seksyen 25, Shah Alam. Iaitu projek tersebut telah disiapkan di lapangan serta memperolehi CCC pada 4 Jun 2024. Berdasarkan maklumat daripada pihak pemaju melalui e-mel pada bertarikh
7 Jun 2024, pihak pemaju telah memberi maklum balas berkenaan dengan anggaran sasaran tempoh serah kunci adalah pada pertengahan bulan Julai ini. Jadi kita akan pastikan bahawa penyerahan itu akan dapat dibuat pada Julai. Oleh yang demikian, tiada isu projek tersebut yang akan terbengkalai, namun Kerajaan Negeri melalui LPHS telah mengenal pasti isu yang menyebabkan kelewatan penyerahan kunci kepada pembeli yang mengalami kelewatan tersebut adalah disebabkan oleh pemaju sedang menunggu kelulusan daripada KPKT untuk membenarkan penyerahan milik pemilikan kosong tanpa hak milik strata. Walau bagaimanapun kelulusan tersebut dijangka akan diperolehi dalam jangka masa terdekat dan seterusnya pemaju akan menyerahkan kunci kepada para pemilik mengikut tempoh yang ditetapkan.
Bagi menjawab projek terbengkalai di DUN Kota Damansara berdasarkan pada rekod LPHS terdapat 4 projek diketegorikan sebagai projek terbengkalai adalah di bawah KPKT. Di DUN tersebut di mana projek tersebut di dalam pelbagai peringkat pemulihan. Senarai projek tersebut adalah seperti berikut yang pertama Pangsapuri Kos Rendah Bunga Raya, Low Housing Sdn. Bhd. Pangsapuri Kos Rendah U5 ECL Management Sdn Bhd. Pangsapuri Kos Rendah U4 Juta Permai Sdn. Bhd. dan projek Anjung Lestari Tanah Lot bagi Gambaran Land Sdn. Bhd.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Morib. Yang Berhormat Morinbertanyakan tentang Rumah Selangorku di Morib yang dijanjikan pada Disember 2024 dapat siapkan. Untuk makluman Yang Berhormat berdasar pada jadual pelaksanaan terlebih dahulu jadual ini disiapkan sepenuh pada Disember 2024 yang sepatutnya. Morib tak ada. Namun demikian setelah pihak JPN dan LPHS meneliti kerja yang dilaksanakan di lapangan projek tersebut tidak dapat disiapkan dan diserahkan seperti yang telah dijanjikan oleh pemaju. Sehubungan dengan itu pihak JPN telah memutuskan untuk memberi tempoh sehinggga September 2024 kepada pemaju untuk menyiapkan fasa bebas sekiranya gagal, JPN akan mengeluarkan arahan perlindungan kepentingan pembeli bagi seluruh kemajuan tersebut untuk memastikan beberapa tempoh dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya kepada Yang Berhormat Permatang, iaitu mengenai status Taman Mutiara Di bawah Suasana Jemerlang Cemerlang Sdn. Bhd. yang dijangka mendapat sijil ataupun CCC pada Mei 2024 walau bagaimanapun sehingga Julai projek ini masih belum dapat dijelaskan. Untuk makluman Yang Berhormat projek perumahan Taman Mutiara oleh Suasana Cemerlang Sdn. Bhd. adalah satu projek swasta harga bebas yang mana ditawarkan secara terbuka kepada umum iaitu harga bermula daripada RM306 ribu sehingga RM430 ribu seunit. Projek tersebut telah dikategorikan sebagai projek sakit oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mana melibatkan 32 unit Teres Satu Tingkat Fasa 1, 32 unit Teres Dua Tingkat Fasa 2 dan 37 unit Teres Dua Tingkat Fasa 3. Projek ini bermula pada Mac 2018 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada Mac 2020.
Berdasarkan maklumat daripada pihak pemaju kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor ataupun MPKS, pihak syarikat mengalami masalah kewangan yang telah menyebabkan projek lewat disiapkan dalam tempoh sepatutnya. Walau bagaimanapun pihak pemaju sedang berusaha untuk menyiapkan baki 15%, kerja yang melibatkan keperluan agensi teknikal, pengurusan air Selangor Sdn. Bhd. dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR). Saya dimaklumkan Yang Berhormat maklum perkara ini bukan mudah kita nak memanggil pemaju, kekadang mereka tidak dapat hadir tetapi walau bagaimanapun dia ada aku janji memastikan hanya masalah teknikal utiliti, ataupun prasarana. Bagi mengeluarkan maka pihak pemaju pengeluaran bagi CCC pada akhir Ogos 2024. Ini telah dimaklumkan kepada pihak LPHS. Bagi projek Sungai Yu Indah dibangunkan oleh Tetuan Serambi Padu Sdn. Bhd. status terkini bagi permohonan tersebut adalah seperti berikut, 107 unit Kos Rendah Fasa 1 yang telah siap 2002 dan 120 Teres Kos Sederhana Setingkat Fasa 2 dah yang ini ada masalah sedikit masalah juga dengan utiliti yang melibatkan agensi kerajaan dan kita pastikan mereka akan boleh siap dan deliver pada 2024 dan juga 152 unit Teres Mampu Milik, Satu Setengah Tingkat dijangka siap suku pertama 2025, status di tapak sekarang hanya 72% ini mungkin kelewatan sedikit dan 120 Unit Rumah Teres Mampu Milik Satu Setengah Tingkat yang dijangka siap pada suku tahun kedua pada 2025, ditapak sekarang hanya 62.5%.
Seterusnya daripada Jeram, yang mana menekankan bahawa Kerajaan Negeri pada sebilangan Selangorku dibina berbanding dengan urusan pembelian rumah yang bermasalah iaitu syarat-syarat pelantikan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, semua perkara yang dibangkitkan merupakan perkara yang dikawal selia oleh Akta Pemajuan Perumahan ataupun Kawalan dan Pelesenan 1966 iaitu Akta 118 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi memastikan setiap pembangunan bebas atau harga kawalan melalui mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam memastikan suatu projek perumahan dapat disempurnakan secara komprehensif dan juga secara adil. Namun Kerajaan Negeri sedar bahawa terdapat beberapa isu yang dibangkitkan memerlukan kerjasama secara pentadbiran juga semasa kepada pihak jabatan dan juga agensi bagi tujuan memastikan hak-hak pembeli dipenuhi oleh pemaju sepanjang pelaksanaan proses-proses tersebut. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri kerjasama dengan Kementerian untuk menambah baik proses ini untuk menyelesaikan dalam jangka masa panjang. Bagi solusi jangka pendek Kerajaan Negeri melalui LPHS boleh bekerjasama dengan pemaju untuk mengadakan majlis penyerahan kunci secara rasmi bagi pembeli memastikan semua proses dan prosedur dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Seterusnya isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Teratai, tentang Taman Saga Jalan Saga 25, 26 dan 27 tiada maklum balas selama 2 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat rekod Jabatan status pengeluaran hak milik strata ini masih di bawah tindakan
oleh Juru Ukur Tegas Sejati. Sehingga tarikh ini tiada permohonan baharu diterima daripada Juru Ukur Tegas Sejati. Satu surat peringatan telah kita keluarkan kepada pemaju tersebut. Tetapi telah cuba dihubungi namun tidak ada respons daripada syarikat Juru Ukur Tegas Sejati. Sehubungan dengan itu pentadbiran dengan pihak MBI selaku pemilik tanah dan dimaklumkan pihak Juru Ukur Tegas Sejati sedang menyelesaikan isu dengan Pejabat Tanah Hulu Langat. Untuk makluman, pemasalahan ini timbul adalah punca daripada isu-isu tanah atas hak milik individu. Induk iaitu master title yang belum diselesaikan antara pemilik tanah pemaju dan juga Juruukur. Sebelum permohonan hak milik boleh dikemukakan ke pentadbiran ini walau bagaimanapun pentadbiran ini akan membuat susulan lanjut semasa ke semasa bagi memastikan pemilik tanah dan juga Pejabat Hulu Langat dan memaklumkan kepada pihak Yang Berhormat mengenai status terkini.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Kuang dan Sungai Ramal isu yang sama tentang menggazetkan tanah untuk pembinaan sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat, merujuk kepada manual garisan panduan piawaian bagi perancangan Selangor Edisi Yang Ke 4, telah diluluskan pemakaian di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 15/2022 pada 22 Jun 2022 dan disahkan oleh MMKN iaitu yang ke 16/2022 pada 6 Julai 2022 menyediakan kemudahan dan pendidikan sekolah rendah dan menengah adalah tertakluk kepada bilangan penduduk yang dijana dalam satu pembangunan. Bagi setiap 3000 orang penduduk akan disyaratkan satu penyediaan tapak sekolah seluas 6 hingga 8 ekar. Manakala bagi janaan 9000 penduduk akan disyaratkan menyediakan satu tapak sekolah menengah seluas 9 hingga 12 ekar. Pemaju tidak dikenakan syarat tersebut sekiranya cadangan yang dikemukakan tidak mencapai piawaian atau perancangan kemudahan pendidikan yang telah tetapkan. Namun begitu berdasarkan kepada NSCC yang telah disediakan tersebut lingkungan dalam sekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika kemudahan sedia ada berada di kawasan berdekatan atau dalam lingkungan tadahan, kemudahan tersebut dan kapasiti dapat menampung penduduk yang dijana maka keperluan tambahan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun pihak berkuasa merancang Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk dibangunkan kemudahan pendidikan dalam mempertimbangkan permohonan dalam rancangan sebegini agar isi kepadatan murid di setengah kawasan dapat dielakkan.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Kajang, iaitu mengenai strata juga. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 11/2023 pada 12 April 2023 telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan satu pasukan tugasan khas Taskforce. Berikut daripada keputusan MMKN tersebut satu Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 3 Mei 2023 bertujuan untuk mencari kaedah pelaksanaan dan penyelesaian bagi pemasalahan
ini. Untuk makluman Yang Berhormat Taskforce yang telah dicadangkan berikut masih dalam penubuhan berikutan kekangan peruntukan dan bagi mengambil kakitangan operasi tersebut. Buat masa ini terdapat satu unit kecil di bawah PTGS yang mengurus kes-kes ini. Unit ini bertanggungjawab mengumpulkan maklumat dan membuat siasatan dan lain-lain tugasan. Sementara menunggu penubuhan taskforce sempurna ini untuk menyelesaikan kes ini PTG telah mengumpul semua maklumat berhubung dengan yang tiada hak milik strata dan mengenal pasti isu-isu dan masalah berkaitan dengan perkara ini. LPHS telah juga maklum berhubung perkara ini dan bersama-sama ini memberi input serta cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Selain daripada itu kerjasama dari semua PBT Pejabat Daerah juga membantu dalam menyelesaikan isu ini. Walau bagaimanapun isu-isu seperti pemaju bankrap terutamanya dari segi penyelesaian premium, permohonan urusan tanah seperti permohonan pecah sempadan, permohonan serah balik beri milik semula dan juga masalah tiada pelan pembangunan adalah faktor-faktor yang menyumbang dalam isu ini. Tambahan juga masalah kewangan dari penduduk dan skim-skim berkenaan terutamanya bagi tujuan pembiayaan bagi bayaran ukur, penyediaan pelan dan juga lain-lain merupakan juga fakta bagi pemasalahan ini. Perkara tersebut sedang di tangani..
Yang Berhormat ada yang bangun.
Ya.
Mohon penjelasan atas penyataan tadi. Jadi bagi semua pembangunan strata di mana pemaju dan hilang bankrap, gulung tikar sebagainya. Adakah Kerajaan Negeri berpendapat ini adalah tanggungjawab penduduk untuk mencari dana dan menyelesaikan perkara-perkara yang tertunggak seperti premium dan sebagainya ataupun mungkin Kerajaan akan mambil beban tersebut terutamanya bagi pembangunan strata yang berkos rendah?
Terima kasih Bukit Gasing. Sebenarnya yang ini perlu kita dapat keputusan mahkamah dulu, kerana kita tidak boleh Kerajaan Negeri mengambil terus, ini memberi ruang yang besar kepada pemaju-pemaju. Mereka lepas tangan tak bayar premium Kerajaan Negeri bagi pelepasan, ini akan jadi precedent kes yang menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan. Sebab itu kita melihat keputusan Mahkamah apakah tindakan-tindakan sepatutnya diambil.
Yang Berhormat EXCO, boleh saya minta penjelasan? Bukankah sudah ada satu ketetapan sebelum ini, bahawa semua pemajuan yang akan dibangunkan oleh mana-mana pemaju khususnya pihak swasta, mereka perlu menyelesaikan pembayaran premium terlebih dahulu sebelum
kebenaran merancang itu diluluskan? Sebab tadi Yang Berhormat EXCO menyatakan bahawa premium itu tidak perlu dibebankan pada Kerajaan Negeri. Saya kira dasar itu sudah lama dilaksanakan di mana pemaju mesti membayar premium terlebih dahulu sebelum kelulusan kebenaran merancang diberikan kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih.
Yang Berhormat EXCO, perlu kita sambung jawapan dia?
Jawab sikit nanti sambung kemudian. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang ini sebenarnya, kes-kes ini berlarutan lebih 15 tahun. Jadi ini daripada Kerajaan yang dulu mungkin mereka telah tidak mengikut dasar yang ada. Sebab itu kerajaan kita sekarang cukup pandang serius ya. Pemaju mesti membayar premium dulu baru dia mendapat kelulusan KM. Jadi itu jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih, kita sambung, ada lagi ya Yang Berhormat EXCO? Dah habis, esok tidak ada sambung lagi. Terima kasih Yang Berhormat EXCO Perumahan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam sudah pun 5.30 petang, 5.31 petang. Dewan ditangguhkan sehingga ke hari esok iaitu pada hari Khamis 11 Julai bermula jam 10 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.31 PETANG)