Selangor · 11 July 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 554 turns · 52,715 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 11 Julai 2024 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa. (Doa dibaca)
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua Ahli-Yang Berhormat . Dewan ini akan bermula dengan sesi pertanyaan dan sebelum saya memanggil Hulu Klang untuk berdiri, saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa pada 4hb Julai terdapat satu persoalan daripada Taman Medan tentang soalan beliau yang ditolak oleh Pejabat Dewan. Soalan yang ditolak itu adalah berbunyi seperti berikut, “Zoo Negara, apakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan khusus untuk memindahkan Zoo Negara di Kamensah dan digantikan di lokasi lain di Negeri Selangor?” Soalan ini ditolak kerana ia bukan diletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Semakan saya mendapati bahawa soalan ini telah pun ditanya dan dijawab di Dewan Rakyat pada bulan Mac ini dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ialah Zoo Negara ini dikendalikan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai yang dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu untuk soalan dari Taman Medan, ia tidak dijawab oleh Kerajaan Negeri kerana ia bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Saya menyarankan kepada semua Ahli Yang Berhormat, sekiranya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan khususnya dalam sesi soal jawab bolehlah dikemukakan dengan mengaitkan seberapa rapat yang boleh dengan mana-mana program, dasar dan aktiviti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri termasuk badan berkanun, anak syarikat atau pun agensi-agensi Kerajaan Negeri, maka ia boleh dipertimbangkan. Itu sahaja dari saya. Dengan ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Hulu Klang.
Tuan Speaker saya kemukakan soalan nombor 50.
Ya silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 50. Senarai Nilaian Baru 2020Questions
50. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah proses untuk meneliti dan menimbangkan bantahan yang dikemukakan oleh pemilik harta/ pegangan terhadap kenaikan mendadak nilai tahunan baru/ cukai pintu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan? Bilakah Senarai Nilaian Baru 2020 akan dikuatkuasakan?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Hulu Kelang atas soalan tersebut, senarai nilaian baru 2020. Tuan Speaker selaras dengan Seksyen 142(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171, “Segala bantahan hendaklah disiasat dan mereka yang membuatnya hendaklah diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu sama ada mereka sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa selaras dengan peruntukan undang-undang”. PBT perlu mengadakan proses berikut sebelum senarai tersebut disahkan oleh Kerajaan Negeri. Satu, menerima semua bantahan secara bertulis daripada penduduk. Dua, kesemua bantahan disiasat atas alasan yang telah dinyatakan dalam Seksyen 142(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171 dan nombor tiga pemunya akan diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu sama ada mereka sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa. Walau bagaimanapun bagi pemilik pemegang harta di kawasan Majlis Perbandaran Kajang, senarai nilaian baru tahun 2020 telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2024 kerana senarai tersebut telah disahkan oleh Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2023. Sekian, terima kasih.
Ya Hulu Kelang.
Tuan Speaker, soalan yang saya kemukakan adalah jelas, saya ingin mengetahui, Apakah proses untuk meneliti bantahan bukan untuk membuat bantahan. Proses untuk membuat bantahan, kita sedia maklum, mereka boleh mengemukakan sama ada secara e-mel, online kepada pihak PBT yang berkenaan. Tetapi setelah pihak PBT dan pihak Kerajaan Negeri menerima bantahan daripada pemilik-pemilik hartanah tersebut, Apakah proses untuk menelitinya?. Yang Berhormat EXCO menyebut mengikut Akta 171 Seksyen 142(2) Akta Kerajaan Tempatan
memang ada proses libat urus dan pendengaran awam. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, apakah akan dibentuk satu panel ataupun jawatankuasa khas di setiap PBT dan apakah tempoh yang akan diberikan kepada pembantah-pembantah ini. Kerana apa yang saya dimaklumkan di pihak MPAJ sendiri, bantahan yang diterima dengan jumlah yang begitu besar. Maka sudah tentulah proses meneliti bantahan itu mesti dibuat dalam satu tempoh yang reasonable, yang munasabah. Supaya pihak PBT dapat mendengar setiap bantahan, itu yang pertama. Jadi persoalan saya apakah akan dibentuk satu panel atau pun jawatankuasa khas yang independent, untuk mendengar bantahan-bantahan ini di setiap PBT dan yang kedua, kita sedia maklum bahawa pelbagai jenis bantahan yang dikemukakan sama ada kadar itu tidak munasabah terlalu mendadak kerana banyak juga pandangan mengatakan kadar itu mesti dibuat secara berperingkat. Dan yang kedua ialah tentang apakah kenaikan ini commensurate dengan level of service di setiap PBT? Dan ini saya percaya Yang Berhormat EXCO bersetuju kita tidak boleh menerima satu kenaikan yang mendadak, tapi pada masa yang sama perkhidmatan yang diberikan amat tidak memuaskan. Soal penyelenggaraan jalan, sampah, taman-taman permainan, dewan serbaguna, begitu juga aduan-aduan yang lambat diberikan tindakan oleh pihak PBT. Jadi bagaimana mungkin pembayar cukai boleh menerima kenaikan yang mendadak ini kalau level of service itu masih rendah dan tidak diperbaiki, jadi saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, Ketua Pembangkang yang prihatin terhadap keadaan kadar nilaian. Memang kita ada satu jawatankuasa di semua PBT, jawatankuasa bantahan di setiap PBT akan ditubuhkan yang diketuai oleh Yang Dipertua, Dato’ Bandar dan sebagainya. Mereka akan mendengar semua bantahan, semua bantahan yang dikemukakan mereka akan adakan sesi pendengaran tersebut, dan mereka kena datang, kalau tidak datang ejen pun kena datang. Apabila bantahan diterima atau tidak diterima mereka akan mendengar tersebut dan mereka akan bawa ke full board, selepas mendengar semua akan bawa ke full board untuk diluluskan. Kalau diterima, terima, kalau tidak diterima, tidak diterima. Itu akan terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara jawatankuasa tersebut. Memang ada jawatankuasa tersebut. Kedua, soal tentang kadar kenaikan dan servis yang tidak setimpal. Kita kena sedia maklum, memang Kerajaan Negeri kita tidak boleh ambil langkah yang popular atau kita biarkan keadaan, kita sudah lama lebih kurang kalau di MP Kajang sudah 39 tahun 1985, kalau di Majlis Daerah Sabak Bernam 1986, 38 tahun, ada yang 28 tahun. Puratanya lebih 25 tahun. Puratanya semua PBT-PBT kita tidak ada semakan kenaikan untuk kadar cukai taksiran ini sejak 25 bayangkan bagaimana 25 tahun kos nya dari segi gajinya, dari segi operation kos, operation PBT dan sebagainya bandingkan sekarang. Sesungguhnya saya yakin Hulu Kelang walaupun beliau pertahankan cuba hendak bincang soal kadar dan soal perkhidmatan yang diberikan
tetapi kita kena base kepada realiti juga. Ongkos dahulu dan sekarang jauh beza jadi kita kena ada semakan dan kemudian saya setuju iaitu kita kena bagi perkhidmatan yang terbaik. Itu saya sudah arah semua PBT kena terus bekerja kuat, saya yakin mereka selama ini juga bekerja kuat tapi kena tambah kerja kuat, bagi perkhidmatan yang terbaik dan bertanggungjawab, responsive kena cepat supaya semua aduan-aduan itu dapat ditangani secepat mungkin supaya rakyat yang di bawah membayar cukai pintu itu mereka puas hati dengan perkhidmatan di Negeri Selangor. Ini yang Kerajaan Negeri akan teruskan lakukan yang terbaik ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan.
Terima kasih kepada EXCO, saya hendak tanya tentang ada PBT khususnya MPKS yang dimaklumkan vendor tidak menyampaikan lagi notis kenaikan cukai pintu ini. Dan dimaklumkan sehingga ke hari ini masih tidak menerima lagi dan dimaklumkan juga dia extend kepada 5 Julai. Tetapi kalau tempoh 5 Julai, Bagaimana mereka hendak buat bantahan? Jadi saya mohon adakah pihak Kerajaan Negeri dan PBT untuk melanjutkan lagi tempoh sebab mereka tidak mendapat notis, dimaklumkan vendor tidak menghantar lagi. Saya mohon pandangan EXCO bolehkah dilanjutkan lagi, MPKS ini dilanjutkan ke tempoh yang sesuai. Kalau tempoh dapat hari ini, esok hendak buat notis, saya ingat bantahan tidak sesuai. Jadi saya mohon pandangan EXCO. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras yang mengemukakan isu tentang ada yang tidak dapat notis dan sebagainya. Ini mungkin kes terpencil. Saya minta Yang Berhormat kemukakan satu surat detail kepada YDP, sekiranya ada keperluan untuk lanjut dan sebagainya akan dipertimbangkan tapi kena bagi senarai dan sebagainya kes-kes tunjukkan memang ada yang tercicir kalau tidak kita secara rambang sahaja kita tidak dapat trace dengan baik ya, terima kasih.
Tuan Speaker, EXCO gagal jawab soalan saya.
Soalan tambahan?
Yang saya telah, bukan. Memang ada dalam soalan bertulis saya, bilakah senarai nilaian baru akan dikuatkuasakan?
Bilakah ia akan dikuatkuasakan?
Memang ada dalam soalan.
Ayat yang terakhir itu.
2020, untuk senarai ini kita sekarang dalam semakan dan proses ini tidak akan habis dan 11 PBT, Kajang sudah selesai dan sudah kita laksanakan, itu untuk Kajang. Kajang sudah selesai untuk kita laksanakan dan 11 PBT yang lain kita dalam proses semua, kita akan mengikut masa yang ada, yang mereka peruntukan dalam Seksyen yang saya katakan tadi 142 dan sebagainya. Mereka akan tunggu masa sampailah ke akhir tahun ini kalau semua sudah selesai akan dibentang ke bantahan sudah didengar semua akan di bentang ke MTES dan akan diluluskan. Yang mana dah sampai semua sudah selesai dengan segala urusan akan sampai ke MTES dan Kerajaan Negeri akan pertimbangkan untuk kelulusan. Mana yang sampai akan kita pertimbangkan, tunggu masa. 11 PBT ini sekarang tengah buat, tiada masa yang depan sikit, ada yang belakang sikit. Saya tak dapat bagi semua detail lah, sekian terima kasih.
Ya terima kasih. Dewan Negeri Selangor mengalu-alukan juga kehadiran rombongan mahasiswa DUN Seri Setia, Universiti Islam Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 13 orang yang diketuai oleh Encik Norman Abdullah Kuthy. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Baik Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menjemput Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan nombor 51.
Sijangkang, Sijangkang. Sungai Kandis tak ada ya, Sijangkang teruskan. Saya tidak tahu mengapa Sungai Kandis berdiri. Sijangkang.
Soalan saya nombor 51 Tuan Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Sekolah Agama Persendirian Menjadi SabkQuestions
51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah atau menggalakkan lebih banyak lagi Sekolah Agama Persendirian menjadi SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) disebabkan permintaan yang tinggi di peringkat menengah?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Soalannya bertanya mengenai adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah atau menggalakkan lebih banyak lagi Sekolah Agama Persendirian menjadi SABK, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan disebabkan permintaan yang tinggi di peringkat menengah? Yang Berhormat untuk makluman, Sekolah Agama Persendirian selalunya dibina untuk tujuan atas dasar-dasar commercial venture dan sekiranya commercial venture itu menjadi maka tidak ada keperluan untuk mereka menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Faktanya di bawah adalah setakat ini hanya ada 24 SABK di Selangor dan jumlah bilangan sekolah agama itu jauh lebih tinggi lebih kurang ada 200 yang ada di Negeri Selangor. Baik, namun begitu Kerajaan Negeri amat menggalakkan lebih banyak sekolah persendirian menjadi SABK. Namun, permohonan menjadi SABK adalah di atas permohonan sekolah Agama Persendirian itu sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam akan menjadi pemudah cara antara sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu proses permohonan tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira dengan keadaan kelembapan ekonomi sehingga tidak memungkinkan ibu bapa untuk meneruskan atau menghantar anak ke sekolah-sekolah persendirian di peringkat menengah ini. Saya mengharapkan juga ada inisiatif dari pihak Kerajaan Negeri untuk menggalakkan contohnya satu Sekolah Persendirian, Agama Persendirian di Banting yang sudah dinaik tarafkan sebagai SABK. Pun begitu saya melihat, apakah mungkin ada kaedah-kaedah untuk facilitate kepada ke arah itu. Dan apakah tumpuan Kerajaan Negeri pada hari ini untuk melihat juga SABK-SABK, 24 SABK yang ada di Negeri Selangor ini, dinaik tarafkan sebab sekolah yang terlalu lama, uzur, sebahagiannya tidak selamat dan tidak teratur kedudukannya. Saya kira ini adalah sebahagian dari tanggungjawab Kerajaan Negeri juga daripada sudut pembangunan dan juga infrastrukturnya. Dan apakah fokus kepada, oleh Kerajaan Negeri untuk melihat semula, agar dia dapat juga memberi peluang lebih ramai lagi apabila dinaiktarafkan penglibatan daripada anak-anak kita di sekolah peringkat menengah. Dan saya nak tahu juga apakah
status tanah 10 ekar di Sekolah Agama Menengah Tinggi SAMTTAR yang pada hari ini saya dimaklumkan sudah tidak jelas kedudukannya di belakang daripada kompleks SAMTTAR itu sendiri. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya rasa yang soalan akhir itu sedikit khusus dan saya mohon dijawab secara bertulis, hendak dapatkan sedikit maklumat daripada yang itu. Untuk soalan mengenai bidang kuasa Kerajaan Negeri, tadi saya setuju bahawa bangunan-bangunan SABK yang uzur itu memang dalam tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri perlu mengoptimakan penggunaan dana peruntukan pembangunan untuk penyelenggaraan dan sebagainya. Jadi ada keutamaan-keutamaan perlu untuk kita berikan. Jadi itu untuk sekolah sedia ada tapi untuk menangani masalah dengan lebih tuntas di masa hadapan, pandangan saya begini, kalau sekiranya SABK itu boleh dibuat oleh pihak persendirian dan apabila dilaksanakan tidak menguntungkan pulang balik kepada Kerajaan Negeri, untuk Kerajaan Negeri selesaikan bersama dengan KPM sebab masing-masing ada jawatankuasa dia. KPM dan Kerajaan Negeri ada bidang kuasa dalam pengurusan SABK ada ini. Mungkin modul yang baik ke depan sekiranya perkara ini dapat di franchise kan keluar maksudnya silibus, guru-guru, kemudahan itu semua disyaratkan dan dibekalkan oleh Kerajaan Negeri tetapi mungkin pihak-pihak swasta boleh mengambil alih bangunan-bangunan dan pusat-pusat yang mempunyai capex yang tinggi ini. Cara itu mungkin lebih baik dan lebih sesuai kepada pihak swasta di luar dan juga Kerajaan Negeri tetapi ini semua perlu dilakukan dengan menggunakan data yang tuntas dan tepat daripada Kerajaan Negeri mengadakan unjuran di mana keperluan sekolah menengah sebenarnya, supaya bila sekolah itu buka memang ada student dan ia akan menguntungkan kedua-dua pihak. Terima kasih.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 52.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Permohonan Mpkk Kampung Sungai Samak Dan Kampung Baru Batu ArangQuestions
52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan status permohonan untuk wujud MPKK di Kampung Sungai Samak dan Kampung Baru Batu Arang.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Rawang yang mengemukakan soalan tentang MPKK Kampung Sungai Samak dan Kampung Baru Batu Arang. Kerajaan Negeri mendapati bahawa Kampung Batu Arang tidak dapat mencapai kriteria minima yang ditetapkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) untuk diiktiraf sebagai sebuah kampung kerana berada di kawasan perbandaran dan taman perumahan. Sehubungan itu permohonan untuk mewujudkan MPKK Kampung Batu Arang tidak dapat dipertimbangkan. Bagi cadangan perwujudan Kampung Sungai Samak pula, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak PTG sedang menyediakan satu kertas ringkasan untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor MMKN. Kertas Ringkasan adalah dalam peringkat akhir semakan oleh PTG sebelum di angkat ke MMKN oleh pihak UPEN. Jadi itu mungkin boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Rawang.
Berkenaan dengan Batu Arang memang population populasi di situ amat tinggi dan sebelum 2008 dia pernah wujud Ketua Kampung Cina dan Kampung Tradisi, dua-dua wujud sekali dan mengikut apa yang ada infrastruktur rumah dan juga pembangunan di situ memang serupa kampung. Saya mohon Kerajaan boleh mempertimbangkan balik dengan permohonan ini dan satu soalan lagi apakah pandangan Kerajaan berkenaan wujudnya kampung-kampung tetapi tidak diwarta atau pun didaftar bawah Kerajaan Negeri? Maksudnya tidak wujud MPKK tapi kampungnya ada.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang dengan soalan tambahan. Soal Batu Arang ini kita akan pertimbangkan dan tengok balik tetapi memandangkan dia punya prosedur, dia punya kriteria banyak benda kita kena tengok. Banyak permintaan bukan saja Batu Arang, ada juga kawasan-kawasan kampung yang lain, mereka cuba hendak wujudkan MPKK yang baru untuk mudahkan mereka mengurus dan sebagainya, sebab ada ketua dan sebagainya. Namun, kriteria yang ditetapkan oleh JPBD dan sebagainya kita kena tengoklah satu persatu. Namun saya kena ambil maklum untuk kita teliti dan tengok balik apakah kemungkinan yang boleh bantu dan sebagainya. Kedua, soal kampung-kampung yang tidak diwarta dan daftar
mungkin tidak ada ketua kampung dan sebagainya. Mana-mana lagi yang dikatakan ada lagi keperluan tersebut, warta dan sebagainya boleh dikemukakan kepada pihak pejabat sayalah, kita tengok satu persatu. Mana satu yang boleh, kita lakukan ya, terima kasih.
Tuan Speaker dengan izin. Soalan tambahan.
Sungai Pelek.
Dengan izin, terima kasih Tuan Speaker, ada perancangan daripada Selangor untuk mengkaji semula seperti yang dikatakan daripada Rawang ini kampung-kampung baru yang perlu buat inventori atau pun kajian untuk buat semula kajian tersebut supaya dapat dikesan semua kampung termasuk Kampung Tradisi termasuk kampung saya. Terima kasih.
Baik terima kasih soalan tambahan dari Sungai Pelek, kita pihak UPEN dan juga STANCO kita sentiasa melalui Pejabat Daerah dan Tanah kita sentiasa pantau kampung-kampung termasuk kampung tradisi, mana-mana kampung yang ada permintaan dan sebagainya yang hendak diwujudkan semuanya akan dibentangkan untuk diteliti dengan inventorinya, dengan kajiannya. Kalau sesuai ada permintaannya itu mematuhi dan kita akan cubalah untuk lakukan yang terbaik untuk dipertimbangkan namun banyak kekangan, bukan semua. Sekarang sudah banyak kampung semua, Kampung Bagan, Kampung Baru pun sudah 77 dan kita tengok mana dan kalau ada keperluan dengan popularisinya yang tak cukup kriterianya kita tidak akan pertimbangkanlah, namun kita tengok case by case, terima kasih.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Program SmueQuestions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah penerima baucar SMUE (hari jadi) dari tahun 2020 hingga 2023 mengikut DUN.
b)
Nyatakan jumlah penerima wang khairat kematian dari tahun 2020 hingga 2023 mengikut DUN.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Pandamaran. Berkaitan soalan jumlah penerima baucar SMUE atau pun Skim Mesra Usia Emas dari tahun 2020 hingga 2023 mengikut DUN secara umumnya adalah seperti berikut; pada 2020 sejumlah 145,359 penerima. Pada tahun 2021, 179,673 penerima. Pada tahun 2022, 185,103 penerima dan 2023, 263,141.
Maklumat berkenaan jumlah penerima mengikut DUN akan diperincikan secara bertulis akan diberikan kepada Yang Berhormat. Dan soalan (b), jumlah penerima wang khairat kematian dari tahun 2020 hingga 2023 mengikut DUN. Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah makluman tersebut. Pada tahun 2021, sejumlah 3,648 penerima khairat kematian. Pada tahun 2022, sejumlah 6,280 penerima dan pada tahun 2023, sejumlah 6,331 penerima khairat kematian. Maklumat jumlah penerimaan mengikut DUN juga akan diperincikan kepada Yang Berhormat.
Ya Permatang.
Soalan tambahan. Merujuk kepada Belanjawan pada tahun 2024 yang baru-baru ini, Kerajaan Selangor ada merancang untuk menambah baik program SMUE melalui digitalisasi sistem dan penebusan baucar boleh dibuat di atas talian. Jadi soalan saya, bagaimanakah proses ke arah digitalisasi ini dan bilakah Selangor akan dapat menikmati program, rakyat akan dapat menikmati program digitalisasi ini sepenuhnya.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang di atas soalan tambahan tersebut. Perbincangan untuk proses perubahan sistem ke arah digitalisasi Skim Mesra telah dilakukan sejak akhir tahun lalu. Pun begitu ada beberapa tatacara bagi penggunaan IT yang sedang diteliti dan pada bulan Julai selepas Sidang Dewan ini akan dibentangkan cadangan pelaksanaannya dan sekiranya ia dilaksanakan lebih kepada pendaftaran secara atas talian dan juga penebusan. Ini akan mengurangkan beban di pusat khidmat dan untuk ke arah Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor, Skim Mesra ini juga akan menyokong menjadi salah satu pelaksanaan untuk ekonomi penjagaan kerana penerima manfaat adalah di kalangan warga emas. Jadi kita akan bentangkan perlaksanaannya Insya Allah pada sidang yang akan datang.
Soalan tambahan Speaker.
Pandamaran.
Pandamaran ingin tanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah Kerajaan akan meningkatkan nilai wang khairat yang sedia ada dari RM500 ke RM800, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Jumlah khairat kematian masih kekal pada nilai RM500, pun begitu terdapat insentif-insentif lain di bawah ISP yang juga menawarkan khairat kematian. Saya sedang semak di mana di bawah INSAN juga ada khairat kematian disebabkan kemalangan, di Skim Mesra, khairat kematian bukan disebabkan oleh kemalangan tapi kerana penyakit dan kita lihat di bawah ISS Insentif Sihat Selangor juga ada juga menawarkan khairat kematian. Jadi konsolidasi semua tawaran khairat kematian perlu kami perhalusi dan sekiranya tawaran tersebut ditingkatkan dari segi jumlahnya, ia perlu melibatkan peruntukan kewangan dengan teliti untuk tahun 2025.
Ya Seri Serdang.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Premis PerniagaanQuestions
54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pendirian kerajaan berkenaan premis perniagaan di atas nama penduduk tempatan tetapi dioperasi sepenuhnya oleh warga asing?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Kerajaan Negeri tidak membenarkan warga asing mengoperasikan premis perniagaan di mana pemilik lesen penjaja dan peniaga kecil adalah warganegara
Malaysia. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 berhubung Dasar Aktiviti Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Selangor yang perlu diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini. Premis perniagaan di atas nama penduduk tempatan yang di operasi sepenuhnya oleh warga asing akan dikenakan tindakan tegas seperti kompaun, sitaan, penutupan dan pembatalan lesen dilaksanakan selaras dengan Perkara 7 di dalam pekeliling ini. Sekian, terima kasih.
Ya Seri Serdang.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dan ada premis-premis yang dijalankan oleh pihak warga asing tetapi mereka itu mempunyai permit yang sah. Itu saya rasa tidak menjadi masalah kepada kita. Yang menjadi masalah ada dua benda, Yang Berhormat EXCO. Yang pertama sekali perniagaan, premis perniagaan yang dioperasikan oleh mereka-mereka pendatang asing yang jelas menyalahi visa atau permit kerja mereka. Permit ladang, buka kedai runcit. Permit construction pembinaan, buka kedai pasar malam, pasar tepi jalan dan sebagainya, ini jelas. Yang kritikalnya ialah sekarang Yang Berhormat EXCO bila warga asing ini dia nak dapatkan lesen, dia faham kesusahan kesalahan yang dia sedang buat, dia berkahwin dengan warga tempatan dan mungkin muka dia handsome dah macam Shah Rukh Khan dan sebagainya menyebabkan wanita kita terpikat dengan warga asing ini Wallahu A’alam tapi dia menjadi satu benda baru di mana mereka ini berkahwin dengan orang tempatan mungkin tujuannya ada tujuan cinta dan sebagainya tapi pada masa yang sama nak dapatkan lesen perniagaan daripada PBT dan bila kita penguatkuasa dari PBT datang untuk membuat pemeriksaan dan sebagainya yang di hadapan kaunter itu ialah isteri dia atau suami dia yang warga tempatan. Bila penguat kuasa kita balik, dia masuk baliklah suami atau pun isteri yang warga asing. Dekat sini ada sedikit cabaran yang mana kita hendak uruskan dan minta pandangan dari EXCO supaya memudahkan penguat kuasa kita menjalankan kerja mereka di lapangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang yang bangkit soal warga asing yang menyalahgunakan permit. Memang di mana-mana sekarang ini ada fenomena sedemikian, ini tidak dinafikan. Di mana-mana kawasan dan apabila penguatkuasaan membuat operasi dan serbuan ke situ, kadang-kadang kita bersama juga Imigresen dan sebagainya untuk ke situ, akhirnya kita nampak ada yang salah guna permit seperti yang dikatakan permit pembinaan tapi permit perdagangan estet, perdagangan dia datang tapi kerja di situ, itu salah. Yang itu kita boleh ambil tindakan tetapi apabila mereka sudah kahwin dengan warga tempatan. Dia sudah kahwin, kalau
sudah ada jodoh ya macam Tanjong Karang tidak ada jodoh lain cerita, dia sudah ada jodoh, jadi mereka dah kahwin macam mana pula kita nak halang mereka. Itu satu cabaran besar untuk pihak PBT, pihak berkuasa untuk nak halang mereka. Jadi kita telah bincang dalam satu libat urus di Genting Highlands baru-baru ini melibatkan semua PBT, semua agensi-agensi, kita hendak cari satu solusi bagaimana kita hendak cegah fenomena sedemikian. Tapi masih belum dapat satu solusi yang terbaiklah, kita dalam pencarian. Namun kita pandang serius tentang perkara ini. Sukar kita nak kesan tapi kita nampak mereka duduk di situ, warga tempatan (Bahasa Jawa) Benggala, abang la. Abang la kita nak macam mana pula, ada jodoh kahwin. Ini yang jadi masalah ya, jadi dalam pencarian satu solusi yang terbaik untuk atasi perkara ini, sekian terima kasih.
Soalan tambahan, satu lagi.
Ya, Rawang, Rawang, Rawang.
Dalam pemantauan saya, memang warga asing dah bermula berniaga dan mereka bermula perniagaan dengan yang paling simple dengan penjaja, dia memasak. Di Pulau Pinang, mereka mengawal warga asing berniaga dengan bermula dengan penjaja. Mereka apa itu, mengehadkan orang yang memasak perlu adalah daripada orang tempatan. So, adakah Kerajaan akan mengambil pertimbangan tersebut supaya bermula dengan penjaja kita menghadkan mereka yang memasak mesti daripada orang tempatan supaya boleh mengawal orang asing untuk bermula berniaga sebagai penjaja.
Terima kasih Yang Berhormat Rawang bagi cadangan bagaimana dilaksanakan di Pulau Pinang. Cara dilaksanakan di Pulau Pinang di mana yang mengoperasi, operate, yang masak itu adalah orang tempatan. Ini memang satu identiti yang baik, memang satu perkara yang sangat baik untuk memastikan kualiti perkhidmatan makanan itu terjaga. Tapi di Negeri Selangor kita oleh kerana Negeri Selangor penduduknya ramai, lebih 7 juta, apabila kita laksanakan perkara sedemikian, ada banyak saya yakin ada banyak pengusaha mereka akan protes. Kerana apa, kerana tidak boleh dan sebagainya namun perkara yang dicadangkan oleh Rawang ini kita akan teliti dan kita akan rujuk balik di Pulau Pinang bagaimana pelaksanaan mereka. Kalau sesuai, kita akan cuba lakukan di Negeri Selangor dengan cara sedemikian. Terima kasih atas cadangan tersebut.
Soalan tambahan.
Selat Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. PkpsQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah perancangan PKPS dalam memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor?
b)
Berapakah jumlah ladang yang mencatat keuntungan dan kerugian dalam tempoh masa setakat ini?
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Selat Kelang, Yang Berhormat Tuan Speaker. Selat Kelang bertanyakan soalan berhubung dengan perancangan PKPS dalam memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor dan juga ladang-ladang yang menunjukkan keuntungan dan kerugian dalam masa terdekat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor atau PKPS adalah juga merupakan satu-satunya badan atau agensi di Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab untuk menerajui atau menguruskan sektor pertanian bagi Negeri Selangor dan dengan itu tertakluk juga kerja-kerja atau usaha mereka di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor atau PETA. Dalam usaha membantu dan menjayakan program pembangunan atau pun Pelan Transformasi Agro Selangor ini, PKPS memainkan peranan penting dalam beberapa perkara. Pertama, keselamatan makanan ataupun food security. Pertama mewujudkan hak makanan simpanan untuk rakyat Selangor yang dibuat dengan beberapa peringkat. Di peringkat awalnya mereka telah mewujudkan simpanan di beberapa buah tempat-tempat, outlet ataupun tempat jualan mereka dengan menyediakan makanan-makanan ataupun produk-produk fresh, fresh produce ataupun segar seperti sayur dan buah-buahan dan juga makanan yang diproses melalui PKPS Ehsan Marketing.
Dan yang kedua dalam komponen ini bertanggungjawab juga untuk mewujudkan gudang apa yang kita panggil sebagai gudang makanan Selangor iaitu pusat stock simpanan atau stock pile makanan Selangor yang dah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar peruntukan RM40 juta pada tahun ini untuk memulakan stock pile
bagi ini yang kita letakkan tanggungjawab ini di bawah PKPS. Untuk supaya berlaku krisis dan sebagainya kita ada stok makanan disimpan ya. Yang kedua ialah memaksimakan atau mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah yang banyak terdapat tanah-tanah PKPS di seluruh Selangor, Sabak Bernam, di Kuala Selangor, di Hulu Selangor dan Kuala Langat terutamanya, untuk memaksimumkan penggunaan sedia ada dan membuat perancangan dari segi pengurusan ladang-ladang ini dan tidak hanya tertumpu pada ladang-ladang sawit sahaja yang sebelum ini juga kepada ladang-ladang, tanaman-tanaman yang kontan dan sebagainya termasuklah yang di Kuala Selangor contohnya di Selangor Fruit Valley. Kalau di Sabak itu di Sungai Tawar di SSAP ataupun Smart Selangor Agro Park di Sungai Air Tawar dan juga di Kuala Langat dan juga Hulu Selangor. Dan juga dalam masa yang sama di tanah ini kita telah bangunkan juga usahawan-usahawan tani untuk mereka menguruskan dengan plot-plot tanah yang melibatkan pelbagai jenis tanaman yang diusahakan.
Yang keempatnya, yang ketiga itulah Pembangunan Usahawan. Yang keempat ialah Digitalisasi dan Pemodenan. Ini pun kita telah masukkan sebagai komponen penting di bawah Negeri Selangor ini, memang di bawah Pelan Tranformasi Agro itu pemodenan adalah merupakan satu aspek penting bagi memastikan supaya produk yang dikeluarkan itu bermutu dan juga memberi pulangan yang baik kepada warga tani kita. Jadi sebab itu kalau di high tech Selangor Fruit Valley ini kita melaksanakan pertanian-pertanian yang menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi dan digalakkan dan ditingkatkan penggunaan dan ia disebarkan luas di seluruh Negeri Selangor. Dan yang kelima ialah komponen yang juga sangat penting dalam kita membangunkan pertanian ini yang juga telah diusahakan di bawah PKPS ialah pewujudan apa yang kita panggil sebagai agriculture centre excellent (ACE) yang menjalankan pelbagai kaedah R&D untuk pertanian yang lebih baik. Ini termasuk kajian tentang tanaman tahan penyakit, pengeluaran benih pisang dan vanilla, dan juga inovasi dalam teknik penanaman sayuran. Juga kita berusaha juga mengumpulkan kemudahan di bawah ACE ini untuk menganalisa tanah dan baja yang telah kita laksanakan ya. Itu yang buat, yang disebut sebagai profiling tanah itu ya.
Berhubung dengan bahagian (b), ada lagi, ada lagi, ada lagi ini penting ya. Projek ternakan ayam yang selama ini yang banyak diusahakan oleh PKPS ialah ternakan ayam. Kita telah tingkatkan bukan sahaja setakat kita menternak ayam untuk daging untuk diproses untuk daging sebab ayam ini merupakan sumber protein yang penting dalam negeri yang pertama ya. Kita telah juga perluaskan kembang luas dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam untuk membangunkan feeder farm. Kita nak juga proses nak di peringkat hiliran, huluan untuk kita keluarkan benih-benih anak ayam yang lebih baik supaya kualiti ayam, ternakan ayam yang kita buat sekarang lebih baik. Itu yang dan ini satu lagi yang penting juga
yang perlu disebut sini juga ialah melalui anak syarikat juga PKPS, SELagro ini, ini syarikat bersepadu yang kita menggabungkan aktiviti pertanian dan penternakan juga memanfaatkan kitaran semula jadi dan kedua-dua ini untuk mengurangkan sisa buangan. Jadi di sinilah kita melaksanakan program-program yang membawa impak besar kepada PKPS dan negara termasuklah isu industri susu segar, jagung bijian yang kita telah war-warkan itu, yang sekarang ini secara meluas ditanam di Kuala Langat, jagung bijian ataupun dipanggil corn grain dan juga bekalan lembu daging yang menjadikan pertanian kita lebih mampan dan produktif. Ini antara beberapa perkara yang saya kalau hendak sebut banyak lagi ya, tapi ini antara perkara-perkara penting yang sedang dilaksanakan oleh PKPS.
Dan daripada segi soalan bahagian (b) pertanyaan mengenai ladang, untuk makluman sekarang ini bergantung pada sawit masih tinggi dan kita mempunyai 11 ladang sawit di bawah PKPS daripada setakat ini 8 tahun memang mencatatkan keuntunganlah tidak ada kerugian pada sawit ini, walaupun ada naik turun harga sawit ini yang kita sedia maklum, tapi setakat ini mencatatkan keuntungan yang baik yang memberangsangkan. Untuk tahun ini saja Januari hingga Mei, ladang sawit memperolehan 6 bulan pertama ialah RM27 juta dengan keuntungan lebih daripada RM7.64 juta. Terima kasih.
Selat Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat. Satu jawapan yang begitu komprehensif, holistik untuk makluman rakyat di Selangor. Cuma saya ada satu soalan iaitu adakah PKPS telah pun membangunkan suatu sistem teknologi moden seperti yang dilakukan di negara Jepun, di mana di Jepun mereka membangunkan satu sistem pertanian yang begitu baik yang melibatkan sistem pengurusan tanah, air, pemasaran, pengeluaran produk-produk pertanian dan sebagainya. Adakah PKPS bercadang untuk membangunkan sistem tersebut? Sistem di Jepun ini dipanggil NARO, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Selat Kelang. Ini yang saya sebutkan tadi bahawa pemodenan ini adalah merupakan satu komponen penting dalam pelan transformasi agro yang bukan dilaksanakan oleh PKPS sahaja. Tapi semua jabatan, agensi pertanian yang ada di Negeri Selangor memang menjadikan agenda pemodenan ini sebagai salah satu komponen penting dalam kita menjayakan di bawah dasar agro makanan negara ini atau pun pelan tindakan sekuriti makanan negara. Ini bukan satu perkara yang mudah ya, sebab kita satu perkara yang melibatkan pembinaan ini ialah dia kos awalannya agak tinggi walaupun pulangan dia lebih cepat tetapi kosnya lebih tinggi dan kita di Selangor dan kita telah berjaya beberapa projek yang kita laksanakan perintis yang berjaya membuktikan bahawa hasil pendapatan yang tinggi
dengan penggunaan teknik moden ini termasuklah sistem IOT, penggunaan yang kaedah yang saya sebutkan tadi hidroponik dan fertigasi memang berjaya. Dan kita ada banyak contoh-contoh di Negeri Selangor ini termasuklah di PKPS ini di Selangor Fruit Valley yang melaksanakan sistem kaedah moden ini dan berjaya membuat pulangan yang baik. Saya beri contoh walaupun contoh di ladang jagung yang di Kuala Langat ini. Di tanah yang tanah pit soil, tanah gambut tak pernah dengar ya orang tanam jagung di tanah gambut ini sebab apa dia proses dia hendak mesin tak boleh masuk dan sebagainya tapi ditanam dengan menggunakan kaedah fertigasi dan sebagainya dan pemodenan lain daripada segi baja dan sebagainya kita dapati hasilnya ialah kita dapat kos. Sekarang ini jualan jagung bijirin ini ialah sekitar RM1,300 satu tan. Dari situ saja kita berjaya buat dengan manual labour ini sebab mesin tidak boleh masuk sebab tanah lembut, kita dapat kos hanya dalam sekitar RM600 sahaja. Potongan hampir lebih pada 50% ini merupakan satu petanda peluang potensi yang baik sebenarnya sedangkan keperluan kita, negara ini 4 juta tan jagung ini.
Setahun yang kita import 97%, 3% saja ditanam dalam negara. Jadi potensi besar untuk diusahakan jadi ini contoh-contoh perintis yang dibuat oleh PKPS dan sekarang kita menerima banyak pertanyaan dari Pahang, dari Sabah untuk bersama-sama membangunkan tanaman corn grain atau pun jagung bijirin ini. Ini contoh yang saya beri antara pertanian moden yang sedang diusahakan, terima kasih.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 56.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 56. Kes Gangguan MentalQuestions
56. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Nyatakan kes gangguan mental mengikut daerah dari tahun 2020 hingga kini.
b)
Apakah punca berlakunya gangguan ini?
c)
Strategi kerajaan dalam menangani masalah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak telah menanyakan berkaitan dengan kes gangguan mental, di mana pertamanya nyatakan kes gangguan mental mengikut daerah dari tahun 2020 hingga kini dan punca dan juga strategi Kerajaan dalam menangani masalah ini. Tuan Speaker, dapatan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 iaitu kajian yang terbaru adalah sebanyak 4.6% ataupun 1 juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas mengalami kemurungan. Dan prevalence mengikut umur adalah 7.9% untuk mereka yang berumur 16-19 tahun, 7.6% untuk mereka yang berumur 20 sehingga 29 tahun dan 3.1% untuk mereka yang berumur 16 tahun dan lebih. Dan prevalence bagi umur diantara 30 hingga 59 tahun adalah dalam lingkungan 2.4% sehingga 4.1%. Laporan penuh mengikut negeri masih belum diterbitkan. Oleh kerana itu, bila diminta kes gangguan mental mengikut daerah dari tahun 2020 sehingga kini, statistik yang paling tepat dengan daerah adalah menggunakan bilangan kes gangguan mental di klinik kesihatan mengikut daerah di Selangor tahun 2020 hingga 31 Mac 2024.
Jadi mungkin saya bagi keseluruhan secara bertulis kerana ia agak panjang tapi saya boleh bagi gambaran secara orang kata ringkasnya adalah bilangan kes yang mental yang pergi ke Klinik Kesihatan agak stabil kerana trend bagi 4 tahun lebih kurang sama bagi setiap tahun dan di daerah Klang merupakan daerah yang mempunyai merawat pesakit tertinggi iaitu dalam bilangan 500 kes setahun diikuti oleh Petaling, dalam anggaran 400 pesakit setahun dan Sepang dalam anggaran 300 pesakit setahun dan untuk lain-lain di antara mungkin 70, 80 kes hingga 200 kes. Dan seterusnya Yang Berhormat bertanyakan faktor penyebab gangguan mental hari ini saya mempunyai faktor yang lebih sedikit terperinci. Yang pertamanya faktor dalam diri sendiri faktor genetik dan faktor personaliti seperti tahap ketahanan mental yang rendah terhadap cabaran hidup menyebabkan individu sukar untuk menguruskan cabaran hidup. Jadi individu seperti ini biasanya perlu dikelilingi oleh sokongan sosial bagi membantu menguruskan cabaran hidup dan faktor gaya hidup juga memainkan peranan yang penting seperti kurangnya kemahiran menguruskan tekanan, terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah dan kurang aktiviti fizikal dan ni adalah faktor yang menyumbang kepada keadaan ini. Seterusnya faktor tekanan hidup, antara cabaran hidup yang dihadapi seperti yang saya telah katakan hari itu termasuklah isu kewangan, keluarga dan rumah tangga, kesihatan fizikal, persekitaran perumahan yang tidak menyokong sera isu kerjaya ataupun isu di tempat kerja yang terdapat juga faktor seperti trauma pengalaman lalu. Faktor ini juga menyumbang kepada keadaan ini dan akhirnya stigma terhadap kesihatan mental. Keadaan ini menyumbang kepada keengganan individu yang terkesan dengan kesihatan mental untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Biasanya rasa malu dilabel sebagai kurang siuman, mental, gila adalah senario yang biasa kita temui. Masyarakat sebenarnya perlu membantu meningkatkan kesedaran ke arah menyokong individu yang terlibat supaya
mereka selesa untuk mendapatkan perkhidmatan. Jadi untuk Ahli-ahli Dewan yang hadir dan semua yang sedang menonton kita jangan menambahkan stigma dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti gila, sakit mental dan sebagainya dalam perbahasan ucapan biasa dan sebagainya kerana ini akan meninggalkan kesan kepada orang yang memang dalam situasi tersebut. Jadi saya akan mulakan dengan usaha daripada JKNS kerana sebelum ini saya pun telah terangkan usaha Kerajaan Negeri. Strategik Kerajaan ataupun JKNS dalam menangani masalah ini termasuk dalam lingkungan 6 hingga 7 strategi. Yang pertamanya adalah Pengukuhan Kolaborasi Inter-Sektoral Serta Kerjasama Merentas Agensi. Oleh kerana itu sekurang-kurangnya sekali setahun Mesyuarat Teknikal Kesihatan Mental Di Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan diadakan melibatkan semua pihak berkepentingan seperti pakar psikiatri, kaunselor, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya bagi membincangkan pencapaian program membincangkan isu dan langkah penambahbaikan serta kolaborasi dengan agensi yang lain. Seterusnya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi pengendalian kesihatan mental di peringkat fasiliti kesihatan primer dan juga unit kesihatan ibu dan anak. Jadi untuk ini kita mempunyai Perkhidmatan Minda Sihat di Fasilliti Kesihatan Primer dan pilot program MyMinda di 1 Klinik Kesihatan bagi setiap daerah serta saringan kesihatan mental untuk client yang berisiko di Jabatan Pesakit Luar dan seterusnya strategi ke 3 adalah Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Mental dalam Kalangan Masyarakat melalui Literasi Kesihatan Mental iaitu Pelaksanaan Modul Literasi Kesihatan Mental di Peringkat Kesihatan Primer dan juga perkara ini masih sedang menunggu tarikh ToT daripada Pusat Kecemerlangan Kesihatan dan Mental Kebangsaan dan KKM untuk dilaksanakan kepada anggota kesihatan yang lain. Selain daripada itu juga kita ada jalankan Psychological First Aid yang akan dilaksanakan di kalangan anggota SUK, ketua komuniti, Agensi barisan hadapan dan sebagainya.
Dan seterusnya strategi keempat adalah Pemerkasaan Kesihatan Mental di Tempat Kerja di mana pelaksanaan sudut minda sihat di fasiliti kesihatan di kalangan warga kerja terutamanya di KKM dengan kerjasama Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan seterusnya Sambutan Hari Kesihatan Mental dan Hari Pencegahan Bunuh Diri yang dilaksanakan setiap bulan September hingga Oktober dengan kerjasama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dengan kerjasama SUK dan seterusnya Pelaksanaan Aktiviti-aktiviti Pencegahan Tingkah Laku Bunuh Diri di bawah Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope) dan juga seterusnya penambahbaikan Perkhidmatan Kesihatan Mental bersama dengan agensi-agensi lain dan tidak lupakan Talian bantuan kesihatan mental iaitu Talian HEAL yang telah diwujudkan sejak 21 Oktober 2022 dan dibuka setiap hari dari 8.00 pagi sehingga 12 tengah malam termasuk cuti umum. Sedikit peringatan Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya juga telah memperkenalkan Program Selangor Mental Sihat pada tahun
2021 yang melalui program ini individu yang terkesan boleh mendapatkan bantuan melalui inisiatif yang disediakan di Aplikasi SELangkah seperti Talian Sihat, Saringan Kesihatan Mental, Video Psiko Pendidikan dan subsidi psikatri dan psikologi. Jadi melalui program kesihatan ini sebenarnya pesakit layak menerima rawatan subsidi sehingga 5 sesi oleh yang telah subsidikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga seperti yang dikatakan semasa penggulungan hab mental sihat sedang dicadangkan untuk dimulakan di setiap daerah pada tahun ini sebagai projek rintis di mana setiap hab akan menyediakan hikmat seorang kaunselor yang akan memberikan bantuan dan sesi kaunseling kepada penduduk sekitar setiap hari Sabtu untuk tempoh 3 jam.
Sabak.
Terima kasih kepada Yang Berhormat, atas jawapan yang cukup padu dan holistik. Dan saya hendak tahu Yang Berhormat, apakah instrument yang digunakan untuk menilai dan mengukur bahawa seseorang itu ada masalah gangguan mental dan yang kedua selain kemurungan dan penggunaan perkataan-perkataan tadi macam mana kalau sikap perwatakan suka membahalulkan orang, suka membodohkan orang, suka berbohong, apakah ini ada masalah-masalah penyakit masalah mental. Terima kasih.
Terima kasih soalan Yang Berhormat. Mungkin ada rakan-rakan Yang Berhormat mengalami situasi macam itu dan Yang Berhormat perlukan nasihat, kalau perlukan nasihat yang ringkas sebenarnya aplikasi SELangkah kita mempunyai saringan lah secara orang kata asas ataupun basic jadi saringan itu mempunyai saringan kemurungan dan juga pelbagai jenis saringan kalau tidak silap saya, ada beberapa saringan berbeza. Jadi mungkin untuk mereka Yang Berhormat rasakan ada isu-isu yang menjurus kepada kesihatan mental untuk permulaan boleh mendapatkan saringan daripada aplikasi SELangkah, melalui talian HEAL ataupun SEHAT dan sebagainya. Namun begitu sekiranya memang perlu mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci memang dicadangkan untuk menghadiri sesi kaunseling ataupun rawatan di klinik. Jadi untuk sebagai contoh aplikasi SELangkah kita memang ada saringan dan juga talian SEHAT dan sekiranya pengendali yang menjawab talian SEHAT itu merasakan individu ini memang dalam keadaan yang sangat serius mereka akan menasihatkan supaya individu ini untuk hadirkan diri ke klinik kesihatan ataupun panel di bawah program SEHAT ini dan selepas menjalankan orang kata sesi interaksi bersama doktor yang bertugas mereka akan menjalankan penilaian sama ada pesakit ini boleh mendapatkan rawatan subsidi lah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jadi sehingga kini memang kita melihat ada pesakit-pesakit yang telah mendapatkan rawatan subsidi di bawah program SEHAT dan kebanyakan adalah depression disorder iaitu jumlah pesakit sebanyak 134 orang.
Nasihat daripada Tuan Speaker kepada semua Ahli Dewan kena sentiasa menjaga kesihatan mental masing-masing. Kalau tidak jaga, akan hilang kelayakan kerana tidak sempurna akal. Saya jemput Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker soalan Kajang, 57.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Isu Tanah-Tanah Glc Untuk Tender Rfp Dikendali Oleh Pmc SwastaQuestions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapakah GLC Kerajaan Negeri tidak menggunakan pegawai-pegawai dan kepakaran sendiri, malah menerima perkhidmatan daripada PMC-PMC swasta dengan yuran yang tinggi?
Terima kasih Kajang atas soalan yang telah dikemukakan. Yang saya kira saya cuba menjawab lebih luas daripada apa yang dibentangkan atau apa yang ditanya oleh Kajang. Soalan Kajang adalah menjurus kenapakah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri menggunakan institusi swasta untuk PMC ataupun program manager consultant dan sebenarnya saya ingin menjawab daripada segi bagaimana keterkaitan kita dengan syarikat-syarikat swasta ataupun perunding-perunding swasta memandangkan kita mempunyai beberapa kekangan-kekangan tertentu. Kalau saya boleh menjawab begini kita mempunyai 3 induk anak-anak syarikat. Tiga induk itu adalah PKPS, PKNS dan juga MBI kerana bagi setiap induk-induk ini mempunyai jaringan anak-anak syarikat mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan masing-masing. Justeru kita terpaksa mengambil syarikat-syarikat ataupun perunding-perunding luar disebabkan pembangunan-pembangunan tertentu yang kita laksanakan ataupun projek yang dicadangkan adalah di luar daripada kemampuan dan di luar daripada kepakaran yang ada pada anak syarikat-anak syarikat terbabit contohnya PKPS. PKPS tumpuannya adalah dalam bidang pembangunan pertanian sudah pasti dalam sektor pertanian, perladangan dan sebagainya kita akan menggunakan kepakaran-kepakaran sedia ada. Itu pun kadang-kadang kita terpaksa mengambil perunding-perunding luar contohnya kita membuat untuk ternakan susuan
ataupun tenusu. Ternakan susuan lain pula, ternakan tenusu terpaksa merujuk kepada beberapa perunding-perunding luar dan syarikat-syarikat yang telah berjaya dalam sektor tenusu yang telah mula kita laksanakan sekarang. Tadi dalam jawapan Pandan Indah beliau sebutkan tentang jagung bijirin. Kita juga mendapatkan expert luar kerana di situ ada kepakaran-kepakaran yang telah berjaya terutamanya apabila satu tokoh ataupun satu anak muda yang telah berjaya di Negeri Kedah dengan keluasan lebih kurang 800 ekar dan kita merujuk kepada kejayaan beliau dan alhamdulillah kita berjaya menuai hasil yang agak memberangsangkan dan dalam masa yang sama PKPS juga kadangkala terpaksa membina bangunan dalam bentuk property kerana dalam masa yang sama kita turut menguruskan Pasar Borong Selangor dan di kawasan sekitar itu ada kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan dari sudut property. Jadi di situ lah perunding luar diperlukan daripada rekod yang kita diperolehi pula kalau kita lihat di PKNS, PKNS jarang-jarang menggunakan perunding luar mungkin daripada konsultan arkitek atau sekali skala untuk projek yang besar kadangkala kita menggunakan perunding luar tapi lain-lain tidak ada seingat saya dalam senarai pembentangan dan perbincangan dengan PKNS sepanjang mempengerusikan satu sahaja yang kita bincang iaitu berkenaan Selangor Business Capital itu memang betul kita ambil perunding luar untuk membuat arkitektur daripada perunding-perunding yang terkenal dan terkini. Yang ketiga adalah MBI, MBI juga dibangunkan daripada sektor property sebahagiannya dan PNSB, KHB dan sebagainya. Di sana mereka mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu tetapi selepas aktiviti round tripping yang dilaksanakan pada tahun 2009, 2010 kita memperoleh tanah-tanah dan kawasan-kawasan tanah ataupun diarah untuk menerima kawasan tanah di luar daripada senarai stok tanah yang biasa dilazimi oleh MBI.
Justeru ada beberapa kawasan tanah itu dekat kawasan tinggi ada sebahagiannya adalah kawasan-kawasan jarang sangat kita arif dengan kawasan-kawasan tersebut dan di sanalah fungsi konsultan-konsultan ini diperlukan untuk membangunkan kawasan-kawasan terbabit. Untuk mengelakkan pelaburan-pelaburan itu menjadi pelaburan-pelaburan yang merugikan kepada anak syarikat kerana akhirnya konsultan ini akan memberikan satu pandangan dan satu analisa yang lebih objektif serta satu analisa yang lebih independent dan lebih impartial dengan izin, kepada pengurusan pihak MBI. Jadi itu antara sasaran yang dibuat namun begitu kalau projek-projek yang senarainya kecil atau nilainya kecil atau pun jumlahnya kecil kita akan laksanakan secara dalaman. Dan sebenarnya semenjak daripada tahun 2021 sebaik untuk menangani masalah Covid memang saya telah mengarahkan MBI untuk membina expertise sendiri daripada bidang pembangunan tanah sebagainya supaya kita elakkan daripada hanya bergantung kepada konsultan ataupun perunding-perunding luar yang nilai fee nya ataupun nilai barangnya yang agak tinggi dan itu sedang dibangunkan oleh anak syarikat seperti PNSB dan juga KHSB ataupun Central Spectrum. Terima kasih.
Soalan tambahan, izin.
Kajang.
Terima kasih Yang Berhormat dengan jawapan yang mantap. Itu adakah kerajaan boleh mempertimbangkan ambil anak syarikat lain macam PKNS sebagai PMC sebab saya nampak PKNS memang ada kepakaran sejak dulu ramai engineer dia dalam dan di PNSB pun sama juga. Sejak dulu mereka boleh buat tender IFP secara sendiri tanpa guna PMC luar. So mungkin cara ini atau dengan PKNS dengan fees yang dapat pun masuk ke dalam anak syarikat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan itu memang kita kadang-kadang kita ambil pertimbangan, Urban Cube sebagai contoh ini antara contoh syarikat pembangun yang kita turut rujuk apabila MBI ataupun PKNS melaksanakan projek pembangunan yang dibangunkan Central Spectrum dan KHSB. Itu memang berlaku. Namun begitu kita juga tidak menghalang ataupun tidak menggugat dengan hanya menghadkan kepada keluarga ataupun ekosistem kita sahaja. Kita sahaja maksud saya buat masa ini mungkin sekali kita kena buka kepada perunding-perunding luar kerana kadangkala mereka dapat memberikan pandangan dengan jaringan-jaringan perniagaan mereka ataupun jaringan networking mereka yang besar sampai ke peringkat antarabangsa. Sebab pada masa yang sama kita harus mendapat sudut pandang secara objektif dan sudut pandangan secara impartial. Itu kadangkala kita buat terutamanya apabila kita melaksanakan projek yang di luar daripada nalar ataupun di luar daripada kerangka biasa. Kadang-kadang apabila kita buat contohnya Projek Idaman. Ini antara contoh yang tak pernah dibuat oleh mana-mana tempat dan kita menawarkan daripada segi satu format yang luar dan tak pernah dibuat oleh orang lain. Dengan keluasan 1000 ekar dan keluasan 1000 kaki persegi, dengan kemudahan-kemudahan tertentu. Dan cadangan itu datang daripada satu anak syarikat dan kemudian berdasarkan daripada cadangan perunding-perunding yang terbabit. Ini adalah contoh bagaimana kalau kita buat benda yang baru kita tak mungkin kita boleh dapatkan daripada perkara biasa. Kalau pembinaan setakat 20x35, rumah-rumah biasa, rumah-rumah teres ataupun rumah-rumah apartmen yang pernah dibangunkan itu saya rasa tidak jadi masalah. Tapi apabila kita nak buat satu nilai projek yang besar ataupun ada satu nilai yang tinggi dengan GDV yang kita anggarkan dengan nilai yang tinggi kadangkala kita masih perlukan perunding-perunding luar ataupun perunding-perunding swasta. Terima kasih Yang Berhormat.
Subang Jaya.
Terima Kasih Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 58.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Projek Sjam Ssp 1,2,3Questions
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini Projek SJAM di SSP 1,2,3 termasuk peratusan kerja di tapak?
JAWAPAN :
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya yang bertanya soalan berhubungan status projek SJAM ataupun Skim Jaminan Air Mentah. Walaupun ini merujuk kepada SSP 1,2,3 Sungai Selangor, saya cerita keseluruhan lah kemajuan projek yang kita sedang tunggu untuk disiapkan. Bagi pakej, dia ada 4 pakej projek SJAM ini iaitu Pakej A : DSSP 1,2, dan 3 yang melibatkan kerja-kerja pengepaman dan juga piping, kerja-kerja di tapak telah mendahului jadual sebanyak 0.43% di mana kerja-kerja ini berasaskan kepada yang extension of time yang terakhir ya, di mana kerja-kerja di tapak telah mencapai 83.65% berbanding jadual sebanyak, sebenar ya sebanyak 83.22% jadi hanya 0.43%. Kerja-kerja di tapak dijangkakan siap pada bulan September 2024 dan bekalan elektrik akan disambung ditetapkan pada pertengahan September 2024. Dan kita memerlukan masa sebab itu 2 minggu untuk testing dan commissioning iaitu pengujian dan pentauliahan selama 2 minggu sebelum dapat dioperasikan.
Jadi maknanya ini yang Pakej A pengepaman di SSP 1,2,3. Pakej B pula ialah di huluan ataupun di upstream kepada Pakej A iaitu di Rantau Panjang. Kerja-kerja fizikal telah siap sepenuhnya. Ini siap 100% siap dan telah pun disambung bekal-bekalan elektrik dan dah bersedia dah masuk fasa testing commisioning. Untuk kerja-kerja Pakej C yang dilihat bersekali dengan Pakej A iaitu kerja-kerja pelencongan sungai di Pakej C ini di SSP 1,2,3 ini telah mencapai 95.04% dan dijadualkan siap pada bulan Jun ini. Bulan ini lah, bulan lepas. Bulan Julai, eh bulan ini siap. Yang tadi Pakej B pun Julai ya kita dah boleh sambung. Yang Julai 2024 dan juga sebab itu diikuti juga dengan testing dan commisioning ke atas pengoperasian dan dibuat serentak dengan pengepaman. Makna Pakej A dan C ini dia ada dibuat serentak untuk testing dan commisioning nanti ya. Makna nya September ni ya walaupun dia dah kita dah hampir-hampir siap pelencongan ini. Dan Pakej D ini pula ini ada sikit isu yang Pakej D ini ialah di Sungai Semenyih. Yang mengalami kelewatan sebanyak 6.23%. Kerja-kerja di tapak telah mencapai 92.97% berbanding 99.2% yang patut siap pada 30 Jun. Punca utama ini yang terbaru ini ialah disebabkan berlakunya kejadian di luar jangka yang mana semasa pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja pemicuan paip bersaiz 2400milimiter piping untuk air yang dibawa dari kolam sepanjang 22.5 meter merentasi jalan utama satu Jenderam Hilir. Pihak kontraktor telah menemukan paip HDPE saiz 500 milimiter merentangi jajaran kerja-kerja pemicuan tersebut. Kerja-kerja pemicuan paip telah bermula pada 8 Mei 2024 dan dijadualkan siap pada awal Jun. Namun penemuan paip ini yang terbaru dijumpai oleh Air Selangor, HDPE ini pada 16 Mei 2024 menyebabkan kerja-kerja ini terpaksa dihentikan hingga kerja pengalihan paip ini dibuat. Peringkat awal dulu apabila buat (GPR) Ground Penetrating Radar, tidak menemui paip ini tetapi ditemui kemudian apabila kerja-kerja korekan dibuat. Ini akan sedikit terganggu dan kita sedang melihat dengan teliti bagaimana kita hendak nak segerakan pengalihan paip ini supaya dapat dilaksanakan dan disiapkan. Kerajaan Negeri telah memaklumkan pada pihak kontraktor bahawa tiada lagi kelulusan lanjutan masa akan dipertimbangkan sekiranya kelewatan tersebut jelas disebabkan oleh pihak
Kontraktor sendiri. Sebaliknya ganti rugi tertentu pada kadar yang telah ditetapkan untuk tempoh sepanjang kerja-kerja tersebut tidak disiapkan dia kena selaras dengan peruntukan yang telah dipersetujui dalam Condition of contract. Terima kasih.
Ya, Subang Jaya.
Tuan Speaker saya ada 2 soalan tambahan. Berkenaan Pakej D memandangkan keadaan di luar jangka yang disebutkan tadi, maka apakah tarikh siap yang baru dan berkenaan Pakej A, saya difahamkan bahawa EOT telah diberikan dalam pendengaran berkenaan isu ini bahawa Jawatankuasa INFRAGRO terdapat 4 sebab yang dikemukakan berkenaan kelewatan iaitu KM dikeluarkan lewat, tukar design, tanah yang lembut dan juga bekalan konkrit yang lambat. Jadi Subang Jaya nak tanya atas alasan apa EOT terkini diberikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, itu yang saya dah terangkan dalam dewan sebelum ini pun memang sebelum ini memang ada kelewatan daripada projek ini disebabkan oleh isu box culvert di tanah yang sangat lembut dan juga pertukaran design dari segi sistem pam dia yang bertukar kepada jenis yang berbeza dan menyebabkan ada beberapa perubahan pada reka bentuk. Itu semua merupakan cerita lama tapi yang itu telah kita kenal pasti dan kita telah berikan extension of time. Itu yang saya sebut tadi kita berikan sehingga Oktober untuk disiapkan semuanya. Dan sekarang ini jadual berjalan mengikut perancangan untuk Pakej A. Pakej D ini yang kita, ada isu yang patutnya sudah hampir siap tetapi kita menemui baru yang sebelum ini kita tidak dapat kesan melalui GPR pun kita tidak dapat mengesan tentang kewujudan paip berkenaan. Ini yang menyebabkan akan ada berlaku saya anggarkan sekitar 2 bulan juga untuk delay bagi kita menyelesaikan alihan paip ini sebelum dapat kita sambung. Tapi kerja nya pun juga tidak banyak cuma kita alihan paip ini saja dan kita akan teruskan untuk siapkan dan saya berkeyakinan semuanya akan kecuali Pakej B ni lah sebenarnya Pakej B ini lah bulan depan dah boleh dioperasikan tapi di Rantau Panjang di Sungai Selangor tetapi itu tak besar sangatlah itu ye yang lain yang besar tu akan selesai by September atau Oktober ini untuk dilaksanakan atau dioperasikan. Terima kasih.
Ijok.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Pertamanya terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas Projek SJAM yang berada di Ijok lah. Cuma Ijok nak berkongsi berkenaan dengan tapak, mungkin tapak pembuangan sampah haram yang tidak jauh daripada kolam (SJAM) ini di Rantau Panjang. Apa yang kita khuatir, tapak pembuangan sampah tadi itu akan menyebabkan ada bahan licik masuk ke dalam Kolam HORAS . Jadi saya mengharapkan ada pemantauan daripada pihak yang berkuasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Saya rasa soalan ini ada ditimbulkan dalam bahas baru ni. Saya akan jawab dalam penggulungan tentang isu sampah haram. Ada disebut ya. Ini ataupun tempat yang berbeza?
Itu Sungai Buloh.
Oh, ada pula ya.
Ini dekat SJAM.
Okay. Jadi kita akan tengok
Tidak jauh daripada kolam tersebut ada tempat pembuangan sampah yang kita khuatir bahan licik itu masuk ke dalam Kolam HORAS.
Kita akan tengok ya apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu. Terima kasih.
Soalan yang ke 59 telah pun dijawab bersama dengan soalan yang ke 28. Dengan ini saya menjemput Gombak Setia.
Speaker, soalan nombor 60.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Cukai TaksiranQuestions
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kriteria-kriteria bagi nilaian baru cukai taksiran yang dikenakan oleh PBT? Bagaimana proses penilaian tersebut dilaksanakan?
JAWAPAN :
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Gombak Setia. Isu berkaitan juga Cukai Taksiran, apakah kriteria. Tuan Speaker, tempoh sesuatu senarai nilaian Cukai taksiran adalah 5 tahun. Satu senarai nilaian baru Cukai Taksiran boleh dibuat setelah mencapai tempoh itu selaras dengan seksyen seperti saya kata 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 171 dan perlu memenuhi proses penilaian sebelum ianya boleh dikuatkuasakan seperti berikut;
1) Seksyen 127, mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengenakan kadar. 2) Seksyen 137(3), Penyediaan senarai nilaian oleh PBT.
3) Seksyen 141(1) & (3), Pengeluaran notis mengenai senarai nilaian dibuat proses warta iklan di Surat Khabar. 4) Seksyen 142(1), menerima bantahan secara bertulis daripada pihak yang membantah. 5) Seksyen 142(2) & 143(3), Pendengaran dan siasatan terhadap bantahan tersebut. 6) Seksyen 143(1), Pengesahan senarai nilaian baru.
Ha ini proses dia. Terima kasih.
Soalan tambahan. Speaker, soalan saya berbunyi apakah kriteria-kriteria, bagi nilaian baru cukai taksiran yang dikenakan oleh PBT. Dan bagaimana proses penilaian tersebut dilaksanakan. Yang Berhormat EXCO jawab soalan saya yang nombor 2, tentang bagaimana proses penilaian tersebut dilaksanakan. Soal kriteria, saya nak tahu apakah kriteria-kriteria yang diletakkan dalam nilaian baru tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia. Bab kriteria tersebut nanti saya bagi secara bertulis lah mungkin ia ada kesilapan sedikit ya. Terima kasih.
Nanti akan dijawab saja bertulis lah.
Sebab Yang Berhormat EXCO nak jawab bertulis. Saya minta juga Yang Berhormat EXCO supaya beri juga jawapan, kerana penentuan cukai taksiran ini cara ataupun kaedah kiraan dia ialah peratus kadar cukai nilaian tahunan, di darab dengan nilaian tahunan sesuatu pegangan di mana nilaian tahunan adalah kadar sewa kasar bagi tempoh setahun yang diterima daripada pegangan tersebut. Jadi saya nak mohon supaya Yang Berhormat EXCO juga menjawab mengambil kira nilaian hartanah yang berdasarkan sentimen pasaran. Bagaimana Kerajaan Negeri boleh mengadaptasi suasana Pasca Covid-19. Dan juga usaha pemulihan ekonomi serta kuasa ekonomi yang rendah yang pastinya akan juga memberi implikasi, kepada nilai pasaran hartanah?. Jadi saya minta 2 jawapan tersebut, soal kriteria tadi dan juga soalan yang saya bangkitkan tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat sudah ada jawapan. Kriteria telah pun disebut tadi, nilai tahunan dengan peratusan. Jadi Yang Berhormat
Sebab itu saya tanya daripada Kerajaan. Saya nak tahu apakah kriteria yang digunakan? Jadi Speaker, saya tanya kepada kerajaan. Speaker, Speaker mengendalikan mesyuarat.
Ya, saya tahu. Cuma saya dengar tadi Yang Berhormat sudah ada jawapan. Kriteria adalah dua sahaja
Sebab itu saya tanya dia soalan, Speaker. Sebab bila soalan yang saya tanyakan itu, saya nak melihat. Apakah
benar dia menggunakan kriteria yang betul ataupun tidak. Sebab tu saya minta kedua-dua jawapan.
Yang Berhormat saya rasa,
Speaker boleh faham?
Saya faham. Saya faham. Yang Berhormat boleh duduk. Duduk, duduk. Ya duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.
EXCO?
Yang Berhormat tadi kata apa? Yang Hormat tadi kata apa? Tuju kepada saya sebagai EXCO? Yang Berhormat saya ingin menegur Yang Berhormat dari Gombak Setia supaya tarik balik. Sila berdiri, tarik balik. Sila berdiri, amaran kedua. Tarik balik.
Saya tarik balik.
Terima kasih. Yang Berhormat saya nak bagi tahu kepada semua Ahli Yang Berhormat, saya di sini bukan hendak mencampur tangan dengan mana-mana jawapan, perbahasan atau soalan daripada sesiapa. Soalan ini telah pun ditanya, jadi hanya bagi tahu bahawa kepada Sekinchan untuk jawab seberapa banyak boleh. Cuma daripada apa yang saya dengar tadi sudah ada jawapan. Nampak sudah ada. Saya hanya memberi penjelasan kepada semua supaya semua faham. Cuma saya mohon juga kepada Yang Berhormat Sekinchan untuk jawab seberapa yang boleh mengikut apa yang ditanya khususnya soalan kedua tadi. Gombak Setia telah mengemukakan dua soalan tambahan tadi khususnya soalan kedua saya rasa itu lebih relevan untuk dijawab. Itu sahaja. Sungai Ramal.
Tuan Speaker, soalan no. 61.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Penutupan Kilang GoodyearQuestions
61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah tindakan intervensi Kerajaan Negeri dalam membantu lebih 500 orang pekerja di kilang Goodyear Shah Alam?
b)
Siapakah pemilik tanah bagi tapak kilang tersebut?
c)
Apakah cadangan kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah berkenaan nanti?
Terima kasih Sungai Ramal yang bertanyakan tentang penutupan kilang Goodyear. Semua sedia maklum pada 7 Mac 2024, syarikat pengeluar tayar global Goodyear Malaysia Berhad telah membuat keputusan untuk menutup operasinya di Shah Alam. Dan sebagaimana pemakluman yang telah dikemukakan oleh pihak Goodyear dan beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan ia adalah selaras dengan pelarasan global yang dilaksanakan oleh Goodyear disebabkan permintaan kepada tayar-tayar sedunia yang terkesan akibat beberapa faktor tertentu. Justeru pihak Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dengan kerjasama PERKESO telah mengambil tindakan intervensi dengan mengadakan satu sesi perjumpaan dengan wakil Goodyear pada 26 Mac 2024 yang membincangkan soal kebajikan dan melibatkan hampir 500 pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan susulan penutupan operasi tersebut. Beberapa inisiatif dan pendekatan yang telah dibincangkan dan dipersetujui antara inisiatif yang dipersetujui ialah menyediakan peluang pekerjaan melalui temu duga fizikal melibatkan 22 syarikat tempatan daripada pelbagai industri di kilang Goodyear pada 22 hingga 26 April 2024. Yang kedua, Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan penyertaan pekerja-pekerja ini untuk menghadiri temu duga kerjaya dalam program Jelajah Jobcare anjuran Kerajaan Negeri bersama dengan PERKESO. Program tahunan berkonsepkan pameran kerjaya dilaksanakan di sembilan daerah. Ini kita juga alu-alukan mereka bersama dan pekerja yang berminat menyertai perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan di bawah ekonomi gig menggunakan kenderaan pacuan dua roda pula akan ditawarkan untuk memohon bantuan di bawah program Bikecare-1000. Program di bawah EXCO yang terbabit yang mana program ini memberikan sumbangan berbentuk wang pendahuluan RM1,000.00 yang berkelayakan membeli motosikal yang bersesuaian. Oleh yang demikian beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dalam menangani dan menyerap kesan daripada penutupan kilang ini mampu untuk mengurangkan kesan-kesan khususnya kepada 500 pekerja yang terkesan secara langsung. Untuk soalan (b), kilang Goodyear di Seksyen 15 merupakan hak milik Goodyear dari bentuk leasehold yang akan tamat pada tahun 2078. Berkenaan cadangan Kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah berkenaan insyaAllah ini
antara inisiatif yang saya dah arahkan untuk syarikat-syarikat induk Kerajaan Negeri GLC induk untuk meneliti ini bukan satu kawasan sahaja. Sebab menjelang tahun 2025 dan 2026 beberapa lokaliti yang bermula daripada Petaling Jaya sampailah ke Shah Alam akan mengalami tempoh matang dan tempoh matang ini terutama di kawasan-kawasan industri yang sebenarnya telah bermula sekarang sedikit sebanyak perlu diuruskan dengan baik oleh pihak Kerajaan Negeri supaya kita boleh menyusun kembali industri dan kawasan perkilangan di kawasan-kawasan terbabit sesuai dengan teknologi terkini dan keperluan kepada sektor perkilangan yang susah masuk kepada industri 4.0. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Saya tertarik kepada yang disebut Petaling Jaya dan kawasan industri. Adakah kawasan industri di Petaling Jaya yang luput tempoh pajakan akan dibenarkan untuk renew ataupun tidak dibenarkan untuk renew.
Terima kasih Yang Berhormat. ia bergantung kepada keputusan dasar pihak Kerajaan Negeri nanti. Sebab pihak Kerajaan Negeri sedang berkira-kira untuk mempertimbangkan mengambil alih ataupun menggunakan tanah tersebut untuk redevelopment atau rejuvenation kawasan perkilangan di kawasan terbabit yang sesuai dengan trend terkini. Dalam pada masa yang sama kita sedang meneroka bidang semikonduktor sebagai contoh dan juga sudah pasti kemasukan apa yang dikatakan data center yang sangat aktif dan sangat luar biasa dan saya kira kawasan-kawasan terbabit merupakan antara kawasan tumpuan. Cuma formatnya bagaimana. Dan untuk proses-proses tertentu sambungan dan sebagainya itu kita perlu mengambil masa satu dua tahun dan hal ini merupakan perkara yang kita akan menjadi salah satu priority list kita ketika merangka apa yang kita panggil sebagai Lembah Klang Raya ataupun Greater Klang Valley. Terima kasih.
Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 62.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Pemerkasaan Undang-Undang SyariahQuestions
62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status kajian kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan?
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Soalan ditanyakan mengenai status kajian kaedah memperluaskan kompetensi Badan Perundangan Negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah. Pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor sedang dalam proses menyediakan draf pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Bagi menghormati Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 Ogos 2023, yang telah menitahkan penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-undang Islam di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk mengkaji kompetensi Dewan Negeri dalam menggubal undang-undang Islam, draf pindaan kepada EJSS 1995 yang sedang disediakan akan mengambil kira hasil kajian Jawatankuasa Khas MKI tersebut. Jawatankuasa Khas MKI tersebut diberikan masa. Pada masa ini, jawatankuasa penyedia draf undang-undang yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor masih menunggu edaran daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai urus setia kajian Jawatankuasa Khas MKI berkaitan hasil kajian yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Terima kasih.
Ya saya menjemput Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 63.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 63. Kerja Penyelenggaraan PokokQuestions
63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Nyatakan bilangan arboris berakreditasi di PBT dan agensi Kerajaan Negeri Selangor.
b)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan bilangan arboris dan memastikan setiap PBT mempunyai arboris bagi kelestarian penyelenggaraan pokok?
Terima kasih Kampung Tunku. Terima kasih Tuan Speaker. Bilangan arboris berakreditasi di PBT dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut. Majlis Bandaraya Shah Alam (1), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Tiada), Majlis Bandaraya Subang Jaya (2), Majlis Bandaraya Diraja Klang (Tiada), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Tiada), Majlis Perbandaran Kajang (Tiada), Majlis Perbandaran Sepang (1), Majlis Perbandaran Selayang (1), Majlis Perbandaran Kuala Langat (Tiada), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (Tiada), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (Tiada), Majlis Daerah Sabak Bernam (Tiada). Jumlah lima. Agensi Kerajaan Negeri Selangor ialah Universiti Putera Malaysia (4) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (1). Jumlahnya lima. Untuk (b), bagi meningkatkan bilangan arboris di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri menerusi PBT di Selangor akan mengesyorkan untuk menghantar kakitangan-kakitangan di Jabatan Landskap PBT yang berjawatan Arkitek Landskap, Pegawai Pertanian, Penolong Arkitek Landskap dan Penolong Pegawai Pertanian untuk mengikuti Kursus Persijilan Arboris bagi meningkatkan jumlah arboris berakreditasi. Sekian sahaja, terima kasih.
Kampung Tunku.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya gembira mendengar bahawa Kerajaan Negeri akan meningkatkan, I mean menghantar pegawai-pegawai tersebut untuk kursus. Apakah sasaran bilangan arboris daripada kumpulan ini dan apakah peruntukan yang akan digunakan dan dari manakah peruntukan itu akan datang? Daripada PBT atau Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Bagi pihak PBT sesungguhnya mereka ada sasaran dan target. Jadi peruntukan pun daripada pihak PBT juga dan kalau Yang
Berhormat nak angka tersebut oleh kerana soalan ini tidak ada dalam perkara tersebut kita boleh bagi secara bertulis. Terima kasih.
Ya Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Semalam dalam perbahasan saya tanya berkenaan dengan Jabatan Landskap Negeri memandangkan hanya kita ada Jabatan Landskap di PBT masing-masing. Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan satu Jabatan Landskap memandangkan soalan yang ditanya oleh Kampung Tunku pun berkenaan dengan arboris dan sebagainya. Mungkin kita boleh dapat pengalaman ataupun daripada Jabatan Landskap Negara untuk membantu menjayakan agenda ini. Terima kasih.
Baik. Satu cadangan yang baik dan kita akan cuba pertimbangkan perkara tersebut. Terima kasih.
Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya no. 64
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Isu Projek Pelebaran JalanQuestions
64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status projek pelebaran jalan PJS2 bawah kelolaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya?
b)
Bilakah projek ini dijangka siap?
Tuan Speaker. Terima kasih Taman Medan. Untuk a, Projek pelebaran jalan PJS 2 setakat bulan 31 Mei 2024 rancang 57%, sebenar
di lapangan 49%. Kelewatan 8%. Faktor lewat ialah Kerja-kerja pengalihan aset utiliti oleh pihak TNB dan pihak TM yang sedang dilaksanakan di tapak bagi sepanjang jalan PJS 2. Yang kedua, terdapat kes mahkamah berkenaan Isu pencerobohan gerai tanpa kebenaran (Gerai Wawasan 2020) di mana pihak Majlis tidak dapat melaksanakan perobohan dan menaiktaraf sistem saliran, laluan pejalan kaki dan jalan di kawasan tersebut. Untuk (b), projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Disember 2024. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sekinchan. Bila Yang Berhormat sebut projek ini dijangka siap Disember. Tapi Yang Berhormat juga sebut tentang dua isu besar, iaitu soal pengalihan utiliti dan juga soal kes mahkamah yang masih pending. Jadi saya mohon maklumat daripada Yang Berhormat Sekinchan, sebenarnya betul ke Disember 2024 akan siap? Sebab benda ini dah berlarutan begitu lama kerana inilah laluan utama, Yang Berhormat dan menyebabkan kemalangan dah beberapa kali. Dan saya mengharapkan Yang Berhormat Sekinchan, dapat berikan perhatian serius tentang perkara ini supaya dua isu besar itu diselesaikan segera. Jadi mohon maklumat dari Yang Berhormat Sekinchan.
Memang terdapat isu di lapangan seperti yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat Taman Medan. Isu ini kita kena selesaikan tapi jangkaan Disember tapi kadang-kadang kalau belum lagi selesai kita terpaksa drag jangkaan itu biasa tapi kadang-kadang di luar jangka ini berlaku akhirnya kita terpaksa tunda lagi masa. Tetapi oleh kerana bila tanya bila dijangka siap saya kena bagi satu jawapan. Kalau tidak, tidak dijangkakan. Jadi saya bagi Disember dulu untuk ini. Tapi kita cuba sedaya upaya untuk siap secepat mungkin. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul Nombor 8 tahun 2024, Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Usul Nombor 8 tahun 2024, Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama Dewan Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin untuk menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan. Dengan ini saya jemput Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Negeri yang telah menyentuh isu-isu berkaitan pelaburan, perdagangan, industri, pembangunan SME, wilayah ekonomi baru serta mobiliti Selangor. Sesungguhnya, peluang perbahasan yang telah diberikan kepada semua ADUN Kerajaan dan pembangkang membuktikan keseriusan pihak kerajaan dan seluruh Ahli Dewan Negeri untuk bersama membantu perancangan Rancangan Selangor 1 yang merupakan satu dokumen penting dalam memacu ekonomi dan kelestarian kehidupan rakyat Selangor.
Tuan Speaker, seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, negeri Selangor telah menjadi negeri pertama yang mencatatkan saiz ekonomi melebihi RM400 bilion. Ini seiring dengan usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri khususnya pasca pandemik Covid 19 untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lestari dan berdaya huni. Di satu sudut, kita melihat pelaburan-pelaburan di Selangor kian rancak dengan nilai pelaburan baru iaitu pada tahun 2023 mencecah angka tertinggi iaitu RM55.3 bilion. Di satu sudut yang lain, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua juga, Selangor sedang berusaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini melalui inisiatif-inisiatif kebajikan Iltizam Selangor Penyayang tidak lama lagi. Kedua-dua indikator ini adalah petanda baik Selangor berada di landasan yang betul dalam masa kita menjana peluang kerja berkualiti melalui pelaburan-pelaburan berimpak tinggi Kerajaan turut memberi penekanan memastikan no one left behind dalam proses pembangunan negeri Selangor Darul Ehsan.
Tuan Speaker, izinkan saya memulakan penggulungan saya dengan menyentuh perihal berkaitan projek-projek perindustrian yang menjadi tumpuan di dalam RS-1 iaitu IDRISS, Selangor Aero Park dan Pelabuhan Ketiga Carey Selangor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Gombak Setia dan Yang Berhormat Dengkil. Mengenai pembangunan IDRISS, projek ini terdiri daripada beberapa projek pembangunan di daerah Sepang dan Kuala Langat. Pembangunan projek-projek dalam IDRISS dilaksanakan oleh syarikat swasta di atas tanah milikan mereka sendiri. Dalam usaha merealisasikan perancangan pembangunan tersebut, Kerajaan Negeri bertindak proaktif memainkan peranan untuk memudah cara proses-proses kelulusan pembangunan yang dikemukakan dan juga membantu menyelesaikan isu-isu pembangunan yang berbangkit. Antara usaha yang berjalan adalah mesyuarat bersama pihak pemaju dan juga jabatan-jabatan teknikal. Diadakan secara berkala setiap tiga (3) bulan. Pihak pemaju akan membentangkan status pelaksanaan projek serta isu-isu yang berbangkit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas pelaksanaan projek pembangunan IDRISS yang diadakan. Mesyuarat
ini akan menjadi medium untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terhadap perkara yang berbangkit agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Projek-projek dalam pembangunan IDRISS di atas tanah seluas 40,000 ekar merupakan projek hartanah berskala besar dan mengambil tempoh yang panjang untuk dibangunkan dan melangkaui tahun 2025. Namun begitu, terdapat satu (1) projek iaitu NCT Smart Industrial Park oleh NCT Land yang dijangka akan mula dibuka kepada pelabur pada tahun 2025. Untuk makluman, salah satu projek di bawah agenda pembangunan IDRISS adalah Selangor Aero Park yang ditetapkan untuk dibangunkan di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ataupun KLIA. Hasrat untuk membangunkan SAP adalah bagi melengkapi ekosistem aeroangkasa yang tersedia di kawasan tersebut. Bagi tujuan ini, rancangan sedang dibuat untuk membangunkan satu pelan konsep berserta kajian awal kebolehlaksanaan bagi memastikan projek tersebut berdaya laksana. Pelan konsep tersebut dijangka siap pada suku keempat tahun 2024 dan kebolehlaksanaan projek adalah termasuk kaedah padanan model, struktur dan model pelaksanaan, jangkaan kos dan perincian lain yang lebih jelas. Tempoh pelaksanaan dan jangka siap projek hanya akan dapat ditentukan berdasarkan pelan konsep yang akan dimuktamadkan kelak. Perkara ini memerlukan perbincangan lanjutan dengan pemilik tanah dan pemegang taruh lain untuk memastikan kejayaan projek dan kepentingan semua pihak ketiga.
Tuan Speaker, dengan izin, a journey of thousand miles begins with a single step. Berdasarkan rekod cemerlang Kerajaan Negeri memudah cara pelaburan serta perancangan dan unjuran-unjuran yang ditetapkan di dalam RS-1, kita yakin ini adalah satu permulaan yang positif untuk memacu agenda pelaksanaan IDRISS ke aras yang ditetapkan yang dilaksanakan secara berterusan melangkaui tempoh masa tahun 2025.
Yang Berhormat EXCO.
Yang Berhormat Kinrara bagi? Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan sebentar tadi. Cuma, saya ingin bertanya, pertama, mengapa dalam lebih ada 13 projek-projek yang disusun, ataupun yang direncana pada peringkat awal dalam IDRISS ini. Akhirnya banyak projek-projek yang digugurkan dan ianya dalam jawapan yang saya terima daripada Kerajaan, menyatakan bahawa sebenarnya tiada perancangan oleh pemaju untuk melaksanakan pembangunan di atas tanah tersebut dalam Rancangan Selangor Pertama. Jadi, sebab itu saya nak tanya kenapa ketika pengumuman diumumkan seolah-olah IDRISS ini projeknya GDV RM1 trilion, tanahnya 40,000 ekar. Tapi akhirnya bila disenaraikan semua projek-projek ini, tak sampai ke tahap itu pun. Dan apabila ia digugurkan ini, ini menunjukkan seolah-olah Kerajaan Negeri
tangkap muat. Habis semua tanah-tanah developer di situ, dimasukkan dan akhirnya digugurkan oleh kerana tiada perancangan oleh pemaju untuk membangunkan dalam tempoh tersebut. Jadi kalau pemaju tidak ada perancangan, mengapa ia dimasukkan dalam rancangan kita?
Baik, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Gombak Setia. Inilah kita panggil Kajian Separuh Penggal. Kajian Separuh Penggal itu ada yang tambah, ada yang kurang dan bagi projek-projek di dalam pembangunan IDRISS dah kita banyak kali sebutkan, ini merupakan projek swasta. Projek swasta kita tidak ada kawalan bila mereka nak mula projek tersebut. Mereka akan kaji situasi semasa. Adakah viable, dengan izin, for untuk mereka untuk melaksanakan projek tersebut. Pada permulaannya mereka maklumkan mereka memang ada rancangan nak melaksanakan projek dalam tempoh ini, nak memulakan. Tetapi sekarang, mungkin situasi semasa tidak selari dengan rancangan dalam syarikat mereka, maka mereka minta tangguh sementara. Itu sebab kenapa kita nak transparent, kita nak jujur, kita nak tunjuk apa yang telah ada dan apa yang akan, projek apa yang akan berjalan dalam Rancangan Selangor Pertama. Ini tujuan, tujuan mid term review ataupun Kajian Separuh Penggal.
Jadi, saya nak sambung kepada bagi pembangunan Pulau Carey pula. Seperti yang kita sedia maklum kajian kebolehlaksanaan untuk cadangan pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2022 dan Kabinet pada November 2023. Seterusnya, model perniagaan dan operasi bagi pembangunan tersebut dijangka akan dimuktamadkan menjelang tahun 2025. Bagi membantu memudahkan pelaksanaan projek-projek pembangunan di Pulau Carey, Plan Malaysia telah menyiapkan Kajian Pelan Induk Pembangunan Pulau Carey, ha ini. Pelan Induk Pembangunan Pulau Carey telah diluluskan untuk pemakaian oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 31/2023 bertarikh 13 Disember 2023, kemudian akan dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat, Pengubahan Ketiga dan akan menjadi rujukan untuk pembangunan di Pulau Carey. Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan yang telah dibentangkan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey adalah berdasarkan unjuran perancangan 40 tahun sehingga 2060. Oleh yang demikian, rancangan Selangor yang dibentuk berperanan untuk memastikan kemajuan pelaksanaan projek adalah mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Kabinet telah meluluskan cadangan projek ini pada 3 November 2023 untuk diteruskan secara prinsipnya, antara lainnya turut menyatakan yang pertama, bersetuju dengan penubuhan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh semua Kementerian atau agensi Kerajaan
serta pihak yang berkepentingan untuk memperincikan tanggungjawab ataupun peranan masing-masing dalam perancangan pembangunan serta mengenal pasti kaedah pelaksanaan terbaik dan yang kedua supaya pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Kelang di Pulau Carey dilaksanakan melalui tender terbuka setelah isu-isu berkaitan tanah, keperluan infrastruktur dan model perniagaan ataupun business model yang terbaik dikenal pasti. Kementerian Pengangkutan juga telah mengadakan satu bengkel pada 6 dan 7 Mei 2024 bagi membincangkan isu-isu yang perlu diperjelaskan konsesi sebelum Terms of Reference disediakan, misalnya, isu pemilikan tanah, keperluan infrastruktur dan model perniagaan. Pihak Kementerian juga dalam perancangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas, selaras dengan keputusan jemaah Menteri berhubung perkara ini. Ringkasnya, walaupun cadangan pembangunan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey disasarkan untuk dilaksanakan pada 2025 dan 2026, pelaksanaan perancangan cadangan pembangunan ini perlu dimulakan lebih awal memandangkan ia melibatkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pelbagai agensi yang boleh dipantau dengan lebih baik melalui Rancangan Selangor Pertama sebagai salah satu medium pemantauan.
Mengenai Special Economic Zone ataupun SEZ, cadangan ini telah dibawa oleh Lembaga Pelabuhan Klang ke Kerajaan Persekutuan untuk proses kelulusan. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk membangunkan zon khas ini berdasarkan terma-terma dan kelulusan yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Tuan Speaker, saya meneliti ucapan Yang Berhormat Hulu Kelang yang memberi cadangan-cadangan yang meningkatkan kualiti pelaburan di dalam bidang semi konduktor
Boleh?
Belum habis ..
Okay.
Bagi ruang? Bagi ruang?
Saya hendak merujuk kepada jawapan Yang Berhormat EXCO, berhubung pembangunan Pelabuhan yang ketiga di Pulau Carey. Dalam perbahasan saya tempoh hari, saya telah melontarkan beberapa perkara. Yang saya menuntut penjelasan daripada Kerajaan Negeri khususnya, berkenaan syarikat-syarikat tempatan ataupun syarikat antarabangsa yang telah menunjukkan minat untuk terlibat dalam pembangunan Pelabuhan yang ketiga di Pulau Carey ini. Dan sekiranya ada syarikat-syarikat yang telah menunjukkan minat, persoalan saya dalam perbahasan tempoh hari, bolehkah Yang Berhormat
memaklumkan kepada Dewan ini. Apakah ada syarikat tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam pembangunan Pelabuhan yang ketiga ini? Keduanya, yang saya juga lontarkan dalam perbahasan, apakah kapasiti, pelabuhan baru ini untuk menampung keperluan tambahan yang sedia ada di Pelabuhan Kelang dan juga pelabuhan-pelabuhan yang sedia ada? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Bagi soalan yang pertama, syarikat tempatan ataupun syarikat antarabangsa yang telah menunjuk minat, ini sebenarnya adalah di bawah jurisdiction ataupun bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Maka saya belum terima maklumat daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan adakah syarikat itu telah dilantik atau belum, saya akan semak dengan Kerajaan Persekutuan untuk soalan ini. Dan yang ketiga, saya rasa soalan Yang Berhormat Hulu Kelang merujuk kepada berapa TEU, kapasiti TEU yang kita mampu untuk mengendali, semasa, apabila projek ini telah siap kerana projek ini mengambil masa yang panjang sehingga perancangannya sehingga tahun 2060. Saya tidak berapa, tak ingat berapakah jumlah, saya pernah baca tapi saya tidak ingat jumlah TEU yang boleh, pelabuhan yang baru ini, pelabuhan yang ketiga ini boleh handle. Tetapi saya akan semak dan saya akan bagi tahu sebenarnya tak susah pun kalau kita Google saya rasa kita boleh nampak, boleh dapat maklumat berapa TEU yang akan dapat kita. Ya....
Kalau Yang Berhormat minta saya...
Tak, tak saya akan...
Google...
Carikan maklumat, saya akan carikan maklumat....
Jadi kita pun bolehlah tamatkan sidang ini pada hari ini. Jadi tak payahlah kita ada perbahasan dan penggulungan....
Saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat Hulu Klang. Ya saya tak boleh ingat angka kerana ini soalan spesifik yang melibatkan angka-angka. Saya tak boleh ingat sebab angka tetapi apa yang saya ingat ini perancangan ini adalah sampai 2060. Maka, dia secara berperingkat. Jadi setiap, setiap fasa itu ia mungkin dia dapat mengenali jumlah TEU yang berbeza tetapi yang saya, saya, saya masih ingat adalah dia sekurang-kurangnya double up kapasiti di Pelabuhan Klang yang sedia ada.
Berilah jawapan begitu..
Ya
Tak payahlah suruh saya Google...
Tak, tak. Saya kata kalau kita Google boleh dapat. Saya akan carikan.
Cuma..kalau Yang Berhormat sebagai Yang Berhormat EXCO boleh rujuk kepada dokumen yang dibentangkan sendiri oleh Menteri Besar. Disebut di sini Pelabuhan yang baharu yang dicadangkan akan mempunyai kapasiti tambahan sebanyak 35.5 juta TEU hah..yang ini dilaporkan.
Ya. Saya tak boleh ingat semua angka...
Okay sebab itu saya tanya dalam Kajian Separuh Penggal ini. Apakah sasaran ini akan kekal ataupun akan disemak semula. Itu berdasarkan kemajuan projek pembangunan inilah. Itu yang saya lontarkan dalam perbahasan. Sepatutnya Yang Berhormat ada tempoh 4 hari selepas perbahasan saya, mengambil sedikit masa untuk membuat penggulungan berdasarkan fakta. Janganlah katakan Yang Berhormat tak ingat. Saya bahas pada 4 Julai, hari ini sudah 10 Julai. 6 hari sudah berlalu, perkara ini bukan perkara baru saya bangkitkan. Saya telah nyatakan dalam perbahasaan saya...
Yang Berhormat bagi ruang ke tak Yang Berhormat? Kalau tak berikan nak teruskan...
Jadi, maklumat dalam Rancangan Selangor Pertama ini, buat masa ini apa yang..yang kita dapat baca ini adalah untuk masa ini tetapi dia akan dikaji dari semasa ke semasa. Jadi,
Yang Berhormat EXCO,
Tuan Speaker saya meneliti ucapan Yang Berhormat...
Ada Gombak Setia bangun, bagi ruang ke tak Yang Berhormat?
Nak sikit saja tentang...
Okay, teruskan.
Okay. Tak apa, tak apa saya bagi..
Terima kasih EXCO. Saya dengar teliti jawapan-jawapan EXCO tadi. Dan saya bersetuju bahawa kebanyakan projek-projek ini ianya perlu mengambil tempoh atau pun masa yang lebih panjang. Cuma saya nak tanya pandangan EXCO, apakah projek-projek yang hampir kesemuanya baru di peringkat pra permulaan ianya akan juga dilanjutkan dalam Rancangan Selangor Kedua?, itu yang pertama. Yang kedua, apakah pandangan Yang Berhormat EXCO sebagaimana Yang Berhormat EXCO sendiri jawab tadi, begitu juga dalam yang saya tegaskan dalam perbahasan saya masalah dalam Rancangan Selangor Pertama ini, kerana ianya dibayangi, bukan saja projek-projek yang dalam kawalan Kerajaan Negeri tetapi ianya juga mencakupi projek-projek di dalam kawalan Kerajaan Persekutuan dan swasta. Maka, banyak perkara-perkara yang mungkin tidak dapat kita capai dan ianya perlu dilanjutkan untuk tempoh-tempoh akan datang. Jadi untuk Rancangan Selangor Kedua kalau, Apakah kalau kita meneruskan dalam skop yang sebegini akhirnya nanti ianya akan terbeban kepada rancangan-rancangan yang seterusnya. Sebab ianya berbeza daripada Rancangan Malaysia, kalau Rancangan Malaysia semuanya memang di bawah bidang kuasa ataupun di bawah control Kerajaan Persekutuan tetapi ianya tidak dalam control Kerajaan Negeri.
Baik, projek-projek yang terlibat di dalam Rancangan Selangor Pertama khususnya di dalam kawasan pembangunan IDRISS. Semua merupakan projek yang besar dia tidak dapat sempurnakan ataupun projek-projek tersebut tidak dapat siap dibina dalam masa 1-2 tahun. Jadi, kesemua projek itu akan melangkaui tahun 2025 itu perkara yang biasa bagi rancangan dan satu tujuan utama kenapa kita adakan Rancangan Selangor Pertama kerana kita nak memudah carakan permohonan-permohonan daripada projek-projek yang tersenarai dalam rancangan ini. Kita nak memberi bantuan, tadi saya telah jawab kita ada bersara berskala supaya kita dapat membantu syarikat-syarikat swasta ini untuk memudah carakan proses permohonan mereka. Inilah salah satu tujuan utama kita perlu memantau dan membantu projek-projek tersebut. Okay. Okay Tuan Speaker saya meneliti ucapan Yang Berhormat Hulu Kelang yang memberi cadangan-cadangan untuk meningkatkan kualiti pelaburan di dalam bidang semi konduktor. Saya petik ucapan Yang Berhormat Hulu Kelang. Ya..
Yang Berhormat EXCO, sebelum you move to soal semi konduktor, saya nak sentuh tentang pembangunan IDRISS. Saya ingin pengesahan daripada Yang Berhormat EXCO. Apakah benar salah satu faktor kejayaan pembangunan di IDRISS ini, adalah kebergantungan kepada tanah seluas 2000 ekar yang dimiliki oleh Sime Darby Plantation? Dan saya difahamkan perbincangan awal, adalah untuk Sime Darby Plantation menyerahkan tanah-tanah tersebut kepada Sime Darby Property. Supaya tanah-tanah ini dapat dibangunkan dan menjayakan
matlamat yang digariskan dalam pembangunan IDRISS. Ini yang dibangkitkan oleh Gombak Setia, kalau kita terlalu bergantung kepada pihak yang ketiga, kebimbangan kita ialah sasaran dan matlamat yang telah digariskan dalam RS-1 ini. Tidak dapat dicapai pada tarikh dan tempoh yang telah ditetapkan. Saya dimaklumkan bahawa Sime Darby Plantation belum pun bersedia untuk menyerahkan tanah-tanah itu kepada Sime Darby Property. Dan kalau ini berlaku, maknanya sebahagian besar daripada sasaran RS-1 di dalam pembangunan IDRISS ini akan terbantut dan tidak dapat dicapai. Jadi, pertama pengesahan tentang 2000 ekar tanah milik Sime Darby Plantation yang menjadi salah satu faktor kejayaan IDRISS. Dan kalau ini tidak dapat dijayakan, apakah langkah yang akan diambil oleh Yang Berhormat EXCO untuk memastikan pembangunan IDRISS ini dapat diteruskan walaupun selepas 2025, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya percaya soalan ini berkait dengan Selangor Aero Park yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang, 2000 ekar miliki Sime Darby Plantation. Berkenaan Sime Darby Plantation dan juga Sime Darby Property, perbincangan antara dua sister company kita tak campur tangan eh kita serahkan kepada property dan plantation untuk meneruskan perbincangan mereka. Tetapi kita telah memulakan perbincangan bersama semua, bukan ini sahaja dengan tuan tanah yang lain, Sime Darby Plantation dan juga lain berkenaan kemungkinan kita boleh berkerjasama untuk membangunkan Selangor Aero Park tetapi saya mohon Yang Berhormat Hulu Kelang sabar sedikit pengumuman berkenaan projek ini akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar hujung bulan ini ataupun paling lewat semasa Selangor Aviation Show pada bulan Disember. Kita akan mengumumkan lokasi dan partner untuk membangunkan Selangor Aero Park.
Dan okay ya, saya petik ucapan Yang Berhormat Hulu Kelang, apakah Kerajaan Negeri memperhalusi cadangan dan sasaran dalam Rancangan Selangor Pertama agar ia selari dengan ekspresi semi-konduktor strategi yang merupakan road map untuk melonjakkan aktiviti dan rantai nilai dalam Industri E&E seperti IC Design, High End Semi Conductor Manufacturing, Advanced Packaging dan Manufacturing Niche Equipment. Selain itu YB Hulu Kelang juga menggariskan insentif-insentif daripada MITI sejumlah RM25 bilion yang perlu diambil perhatian supaya agenda memperkasakan sektor semi konduktor akan berkembang from end to end. Untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan MIDA Selangor untuk memastikan Selangor tidak ketinggalan di dalam bidang-bidang kritikal seperti semi konduktor. Beberapa siri perbincangan bersama MIDA telah diadakan bagi membincangkan insentif-insentif tersebut. Maklumat mengenai syarikat-syarikat Selangor yang memperolehi yang memperoleh manfaat insentif tersebut sedang direkodkan secara holistik dan boleh dikemukakan menjelang suku pertama tahun 2025. Rekod dan dapatan ini adalah penting memandangkan Malaysia telah pun menjadi
sebahagian daripada peserta utama dalam rantaian berkala semi konduktor Global dengan 7% aluran perdagangan semi konduktor Global adalah menerusi negara ini. Malaysia adalah pengeksport elektronik dan ataupun semi konduktor keenam terbesar Global dan industri dijangka terus berkembang dan mencecah 1 trilion US Dolar menjelang tahun 2030. Menyedari hakikat ini, Selangor mengorak langkah sebagai negeri pertama sekali lagi sebagai pemacu pembangunan taman reka bentuk litar bersepadu atau IC Design Park. Pada waktu ini, as we speak rundingan bersama beberapa pemain industri IC Design sedang berjalan malahan tawaran pekerjaan telah pun dibuka untuk para graduan atau mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang sains komputer pada Mei yang lalu untuk bekerja di Selangor IC Design Park. Kerajaan Negeri menjangkakan lebih banyak peluang pelaburan pemprosesan cip akan terhasil dengan pembinaan IC Design Park ini. Apa yang lebih penting sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan negeri dan negara, industri yang menawarkan pulangan gaji lumayan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan isu brain drain. Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor Berhad dan Selangor Information Technology and Digital Economic Cooperation ataupun SIDEC sedang giat bertemu dengan rakyat-rakyat kita yang telah pun berjaya membina perusahaan di dalam bidang IC Design sama ada di Eropah, Asia mahupun ASEAN agar kembali membina industri ini bersama-sama.
Tuan Speaker, pengangkutan bandar dan kemudahan infrastruktur adalah berkait rapat dengan produktiviti pekerja dan pembangunan ekonomi. Seperti yang selalu saya utarakan di dalam sidang yang lalu, masalah kesesakan jalan raya khususnya dalam pengangkutan bandar telah menjadi isu utama dan ia menjadi topik perbahasaan Ahli Dewan kali ini. Isu kesesakan Mobility Selangor dibangkitkan Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Permatang, Bukit Gasing, Taman Medan, Sementa, Bukit Lancang, Sungai Ramal, Kuala Kubu Baharu, Sungai Kandis, Subang Jaya dan juga Balakong. Secara dasarnya Kerajaan Negeri mengambil serius mengenai peningkatan jumlah kenderaan dan kesesakan jalan raya di negeri ini, khususnya di 4 bandar raya utama di dalam Selangor Greater Klang Valley. Menyedari hal itu, Kerajaan Negeri telah menimbangkan dan meluluskan secara dasar cadangan penubuhan Selangor Mobility Lab oleh Selangor Information Technology and Digital Economic Cooperation. Selangor Mobility Lab yang bakal ditubuhkan adalah sebagai sebuah pusat penyelidikan dan pusat analisis trafik pintar Negeri Selangor yang bertujuan sebagai pusat pengumpulan data berteraskan kecerdasan muatan atau pun AI untuk mengumpul data trafik pergerakan semua kenderaan di Negeri ini yang dikemas kini secara masa nyata atau pun real time. Selain daripada tujuan utama untuk menganalisis dan menyediakan rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam yang baik Negeri Selangor, Selangor Mobility Lab juga disasarkan untuk memberi manfaat terhadap pengenal pastian insiden trafik dan anomali secara langsung bagi kelancaran aliran trafik di kawasan bandar serta
penyelesaian masalah kesesakan trafik di jalan-jalan utama dan kawasan-kawasan tumpuan yang terdapat di Negeri Selangor. Susulan daripada keputusan dasar Pihak Berkuasa Negeri tersebut satu sesi telah diadakan dengan pihak Kerajaan Persekutuan pada 26 April 2024 pihak Kerajaan Persekutuan menyokong pelaksanaan Selangor Mobiltiy Lab kerana inisiatif seumpama ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada pengurusan perkhidmatan pengangkutan awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Cadangan penubuhan Selangor Mobiltiy Lab sedang dikemas kini untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Selangor untuk penelitian lanjut sebelum dapat dibentangkan semula untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri sewajarnya.
Selain daripada cadangan untuk menubuhkan Selangor Mobiltiy Lab, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi tujuan menangani kesesakan trafik dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam. Perkara ini dibincangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa mengenai keselamatan dan kesesakan jalan raya secara berkala. Mesyuarat tersebut membincangkan semua aspek yang perlu diteliti dalam meluluskan satu-satu projek berkaitan jalan raya dan pengangkutan awam termasuk kajian kesesakan trafik dan perancangan projek-projek pembangunan di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi. Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri juga sedang menyusun semula laluan-laluan Bas Smart Selangor yang akan dilakukan pada suku keempat tahun ini, selepas penganjuran bengkel untuk menyelaraskan semua laluan Bas Smart Selangor dan membangunkan pelan induk Smart Selangor Mobility. Berdasarkan data-data sedia ada daripada sistem SEEDS, projek rintis van DRT dan laluan-laluan pejalan kaki.
Tuan Speaker, berhubung pertanyaan daripada Yang Berhormat Taman Medan
Ya, Hulu Kelang?
Saya ingin merujuk kepada jawapan Yang Berhormat EXCO berhubung aktiviti dan industri E&E sebentar tadi. Di mana Yang Berhormat EXCO, telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sedar bahawa ada keperluan yang mendesak untuk push up the value chain di kalangan pemain-pemain dan syarikat E&E di Negeri Selangor ini. Kerana ketika ini fokusnya masih lagi, seperti yang saya bahaskan pada sektor yang low value segments dan Kerajaan Negeri, sedang berusaha untuk, mengalihkan syarikat-syarikat ini supaya mereka dapat meningkatkan penyertaan dalam high value segments seperti yang dinyatakan, wafer fabrication, chip design, advanced packaging dan juga R&D. Cuma dalam perbahasan saya yang belum diberikan respon oleh Yang Berhormat EXCO, ada cabaran, ya, selain daripada insentif yang mungkin boleh kita bekerjasama dengan MITI, tetapi ada cabaran-cabaran lain yang
telah saya gariskan dalam perbahasan saya. Antaranya ialah akses kepada tanah perindustrian dan juga infra yang baik. Ini banyak diperkatakan oleh pelabur-pelabur asing, yang melabur di Negeri Selangor. Yang keduanya, kelemahan liputan dan jaringan 5G di kebanyakan industrial park dalam Negeri Selangor, yang telah membantutkan pertumbuhan sektor ini. Dan yang ketiganya sudah tentulah soal bakat yang dapat memenuhi permintaan teknologi-teknologi baharu. Yang Berhormat EXCO ada menyentuh sedikit tentang talent dan bakat yang sedia ada. Dengan mengadakan libat urus dan bertemu dengan rakyat di Selangor, tetapi saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan yang lebih proaktif. Sebagai contoh, sekiranya pelabur itu datang daripada Jepun ataupun daripada Jerman, mungkin boleh kita rundingkan dengan syarikat berkenaan. Ramai pelajar-pelajar Malaysia termasuk daripada Selangor yang sedang mengikuti kursus-kursus dan latihan tertentu di negara-negara yang berkenaan. Sebaiknya syarikat-syarikat ini dapat mengambil mereka, di negara yang berkenaan untuk menjalani latihan-latihan awal dan dalam satu tempoh mereka boleh dibawa balik ke Negeri Selangor, untuk meneruskan khidmat mereka dengan kepakaran yang baharu, kemahiran yang baharu, yang diperolehi daripada syarikat yang berkenaan di negara asal. Maka ini dapat mengembangkan lagi talent pool yang ada di Negeri Selangor. Dan dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan high value segments di dalam aktiviti E&E di Negeri Selangor.
Baik, saya jawab satu demi satu. Bagi akses tanah perindustrian, sebenarnya kalau kita nak rujuk kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, yang high value dengan low value. Saya rasa kita merujuk kepada downstream of semiconductor industry atau upstream of semiconductor industry. Tetapi bagi IC design ini ataupun chip design ini adalah di sebelah upstream, yang itu yang dimaksudkan oleh high value. Yang ini kita tidak perlu kawasan ataupun tapak perindustrian buat masa ini kerana IC design company ini bukan bertapak di kawasan indutri, dia bertapak di kawasan komersil. Dan syarat-syarat utama yang mereka perlu ataupun syarat-syarat teknikal yang diperlukan di IC design park adalah ya, yang tadi disebutkan tadi, 5G. Yang apa itu, fiber 5G yang stabil yang itu penting. Yang kedua adalah kestabilan bekalan elektrik. Yang itu juga adalah salah satu syarat yang sangat penting dan kedua-dua ini adalah salah apa tu, adalah merupakan kriteria yang bagaimana kita boleh mencarikan satu kawasan ataupun satu tapak yang sesuai untuk menjadikan IC design park. Tetapi ini untuk fasa yang permulaan. Tetapi selepas syarikat IC design chip ni, IC design ini masuk ke dalam kita punya IC design park, ada kemungkinan vendor-vendor mereka ataupun pembekal-pembekal mereka akan masuk untuk membina kilang semi konduktor ataupun ada yang berkaitan dengan ekosistem yang tersebut maka masa itu fasa yang kedua mereka mungkin memerlukan tapak perindustrian. Jadi pada waktu ini Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam rancangan untuk mencari beberapa lokasi yang sesuai yang dapat menepati kriteria-kriteria yang
diperlukan untuk menjadikan tapak tersebut sebagai Selangor Hitech Park atau pun Selangor Semiconductor Park. Jadi yang berkenaan talent pool ataupun bakat yang disentuh oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, sebenarnya cadangan tadi kita telah laksanakan. Kita telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang akan masuk ke kita punya IC design park. Kita bukan sahaja memberi, memberi apatu aspiring training kepada kita punya engineer, tetapi kita juga ada program train the trainer supaya kita boleh dapat memberikan latihan yang lebih cepat supaya lebih ramai graduan-graduan daripada universiti di Malaysia ini dapat belajar training yang terkini, keperluan yang terkini di dalam industri semiconductor. Terima kasih sekali lagi kepada cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Taman Medan, berkenaan tarikh pendengaran awam ataupun public hearing bagi program Skim Insuran Am Selangor (INSAN). Perkara ini akan dimaklumkan oleh Pejabat Dewan Negeri kelak.
Akhirnya Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menyentuh mengenai isu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kinrara yang baru-baru ini menjadi polemik dan bahan politik bagi sesetengah ahli politik dari jauh ataupun dari dekat, dari negeri-negeri lain pun ramai. Pihak terbabit menuduh Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Subang Jaya tidak prihatin dengan kebajikan pelajar dan tidak berbuat apa-apa untuk melindungi bangunan sekolah tersebut. Seperti yang disebut oleh EXCO yang bertanggungjawab Yang Berhormat Banting, saya sebagai Ahli Dewan Negeri Kinrara perlu menegaskan bahawa beberapa sesi libat urus bersama pihak berkepentingan iaitu Lembaga Pengelola sekolah bersama pihak berwajib telah diaturkan semenjak lebih setahun yang lalu. Mesyuarat melibatkan pihak Pejabat ADUN bersama Pejabat Ahli Parlimen Seputih bersama pihak DBKL serta pemaju yang terbaharu bersama Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor bagi mencari penyelesaian tapak baharu bagi pembinaan semula blok bangunan bagi menggantikan blok sedia ada yang perlu diserahkan kepada pihak DBKL bagi projek pelebaran jalan. Secara khususnya saya tekankan Pejabat ADUN dan Kerajaan Negeri telahpun berurusan dengan pihak LPS dan juga pihak sekolah iaitu pihak yang berautoriti dalam membuat keputusan bagi pihak sekolah. Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan jemputan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk hadir ke Selangor International Business Summit 2024. Siri pertama yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai, ini jemputan
Jangan duduk lagi ya. Ada soalan tambahan.
Pada 25 hingga 27 Julai 2024. Tahun ini kita perlu asingkan kepada 2 siri kerana kekangan tempat dan permintaan yang semakin meningkat daripada
para pempamer. Siri kedua nanti akan berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober. Surat jemputan akan dihantar dalam masa terdekat. Semoga kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat dapat merancakkan lagi aktiviti SIBS tahun ini. Ya, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat EXCO, sebelum Yang Berhormat EXCO duduk, saya ingin merujuk kepada laporan yang terkini yang baru dikeluarkan oleh UNCTAD iaitu United Nations Conference On Trade and Development 2024. Yang boleh saya kongsi dengan Dewan iaitu, World Investment Report 2024 di mana dalam table 1 yang bertajuk; “FDI Flows By Region and Economy By 2018 Until 2023”, Malaysia mengalami kejatuhan sebanyak, 50% dari segi jumlah pelaburan masuk ke Malaysia pada tahun 2023 berbanding dengan tahun sebelumnya. Jadi saya nak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO walaupun ini statistik di peringkat nasional, pastinya oleh kerana yang diuar-uarkan Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara Malaysia, Selangor menyumbang 400 bilion tetapi UNCTAD telah mengeluarkan satu laporan yang terkini menyatakan bahawa “FDI flows into Malaysia has dropped by 50% in 2023 compared to 2022”. Jadi apa pendirian Yang Berhormat EXCO dalam perkara ini supaya perkara ini dapat diperjelaskan dalam Dewan. Terima kasih.
Yang itu 2023 atau 2024?
Laporan ini dikeluarkan 2024 tapi datanya adalah 2023 berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Jadi saya belum baca laporan ini. Mungkin nanti Yang Berhormat Hulu Kelang boleh Whatsapp kepada saya. Tapi bagi 2023, bagi Negeri Selangor kita mencapai sasaran kita, bukan mencapai, kita melebihi sasaran kita. Jadi bagi Kerajaan Negeri Selangor, I think we are on the right track kerana kita dapat mencapai sasaran kita pada tahun 2023 dan bukan tahun 2023 sahaja, kita yakin 2024 kita juga akan dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, dan bersama-sama kita merealisasikan agenda Rancangan Selangor Pertama demi pembangunan rakyat Selangor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah untuk memberi penjelasan bagi pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat saya dipertanggungjawabkan
untuk mengulas ataupun memberi jawapan balas kepada isu-isu yang dibangkitkan, yang dibahaskan ketika membincang mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama. Jadi saya ambil kesempatan ini pada peringkat awal untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta dalam membahas isu-isu berkaitan dengan infrastruktur dan juga pertanian. Walaupun sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan ini bukanlah merupakan isu yang utama dalam Kajian Separuh Penggal ini tetapi sebagaimana semua sedia maklum bahawa infrastruktur memainkan peranan penting sebagai integral part iaitu bahagian komponen penting dan memastikan kejayaan ataupun pencapaian dalam sebarang projek atau pelaksanaan projek-projek yang di bawah Rancangan Selangor Pertama. Jadi walaupun ada juga isu-isu yang dibangkitkan ini membabitkan isu-isu yang lama, yang saya telah jawab tapi saya akan sebut lagi sekali sebab perancangan kadang-kadang terutamanya macam tebatan banjir ini bukan satu projek yang boleh dibuat segera dalam masa satu bulan, dua bulan. Dia kadang bertahun jadi nak sampai setahun, dua tahun itu kadang-kadang 3-4 kali sidang akan timbul 3-4 kali lah benda yang sama yang akan saya perjelaskan juga. Walau bagaimanapun ,saya ucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin merujuk pertamanya kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Sementa berhubung dengan isu mesyuarat task force. Untuk makluman memang sebelum ini mesyuarat task force banjir ini memang 4 kali dijadikan syarat untuk 4 kali mesyuarat dalam setahun dan kita telah buat perubahan kerana kita telah mewujudkan satu badan ataupun satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Jaminan Air Mentah (SJAM) ini. SJAM ini bukan hanya projek ya, dia merupakan satu jawatankuasa yang menghimpunkan, menggabungkan semua agensi dan juga jabatan yang terlibat dengan pengurusan air. Ini merupakan satu jawatankuasa yang pertama dalam negeri di Malaysia ini, Selangor ini yang pertama di mana di bawah itu kita membincangkan semua aspek berkaitan air ini. Samada air mentah, air yang dirawat ataupun air kumbahan. Itu letak di bawah yang melibatkan LUAS, Pengurusan Air Selangor, melibatkan JPS dan juga ada IWK dan juga agensi-agensi lain yang terlibat dalam pengurusan sungai ataupun air. Jadi kita disebabkan itu ada 2 kali mesyuaratnya jadi kita, mana pihak JPS perlu membuat juga laporan tentang isu banjir ini di dalam mesyuarat ini. Jadi tidak perlu diulang lagilah. 4 kali, jadi kita buat ini 2 kali dalam SJAM dan 2 kali lagi dalam task force dan ini telah sebenarnya kita kekal 4 kali juga.
Dalam masa yang sama kita juga untuk makluman Yang Berhormat Sementa, kita juga mengadakan mesyuarat-mesyuarat tambahan contohnya macam yang disebut mengenai longkang ataupun parit tidak bertuan, ini dia ada mesyuarat yang berbeza. Ini sebab yang di urusetiakan oleh UPEN dan menghimpunkan juga agensi jabatan yang berkaitan itu kita bincang secara berasingan dan kita adakan berkali dan saya ada sebut baru ini dalam jawapan lisan bahawa kita telah pun meluluskan untuk melaksanakan pelaksanaan ataupun one-off pembersihan longkang-longkang parit tidak bertuan yang
akan bermula dalam masa terdekat ini yang kita akan selesaikan secara dua fasa sebanyak peruntukan RM5 juta sebelum datang bulan monsun yang dijangka pada bulan sepuluh nanti. Itu yang saya sebutkan yang itu kalau di peringkat fasa satu ini yang dikenal pasti oleh JPS di sekitar 162 kilometer. Kemudian yang fasa 2 itu yang juga akan dibuat selepas itu, melibatkan lebih 300 sebenarnya. Saya dah tengok balik, 332 kilometer yang dikenal pasti oleh JKR oleh PBT dan PDT, pejabat Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat Daerah dan Tanah. Sebenarnya banyak tetapi bukan lah semua parit tu besar-besar, ada yang kecil dan sebagainya jadi kita anggarkan keseluruhannya kalau di campur 332 kilometer hampir 500 kilometer longkang dan parit tidak bertuan ini yang kita akan uruskan berperingkat-peringkat ya. InsyaAllah. Dan juga dalam..
Tuan Speaker. Mencelah, boleh ya. Takut terlupa.
Tak habis lagi.
Bagi ruang ke?.
Sikit, sikit je. Takut terlupa, takut terlupa. Boleh? Sikit je. Okay.
Belum habis lagi. Sekejap ya duduk dulu. Dan satu lagi yang dibangkitkan dalam pewartaan kolam takungan. Ini pun kita ada mesyuarat berbeza dan kita telah kenal pasti untuk makluman semua saya telah sebut banyak kali dalam dewan ini di sekitar 600 kolam takungan yang ada di Negeri Selangor ini, kolam takungan banjir ini ada lebih kurang 600 dan banyakan kita ada masalah ini kolam yang lama-lama, sekarang ini kita syaratkan baru dia kena siapkan dulu buat perserahan dan sebagainya sebelum kita dapat berikan dia punya CCC dan sebagainya. Kalau dulunya dia dapat CCC atau CF dulu masa itu, dia dapat tetapi dia belum buat penyerahan kolam menyebabkan kolam itu tidak diserahkan dan kita ada banyak kolam-kolam ini yang perlu dibuat penyerahan. Masalahnya sebahagian yang buat ini, pemaju ini dah pun bankrap dan sebagainya ada yang telah tiada dan sebagainya. Jadi kita terpaksa mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan kolam ini dapat diambil alih, baru kita boleh buat kerja-kerja selenggaraan. Kalau kita buat, kita pernah, pihak JPS pernah disaman kerana dianggap menceroboh, sedangkan dia perlu menyelenggara kolam-kolam ini yang telah dibiarkan cetek dan sebagainya ada hutan penuh dengan semak samun. Jadi ini antara usaha itu, dia ada satu jawatankuasa berbeza yang di uruskan oleh pihak JPS untuk makluman semua, masih ada lagi banyak yang kolam-kolam ini yang kita buat secara berperingkat-peringkat. Sebanyak 57 buah
kolam-kolam ini masih belum dibuat pewartaan. Ini pewartaan ini satu lagi, pewartaan akan di jalan kan seperingkat dan pihak JPS telah membuat perancangan untuk perolehan juruukur pula bagi sebahagian kolam takungan yang akan di wartakan. Di daerah Klang sahaja kita jangka ada 7 buah kolam takungan yang diwartakan melibatkan peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi proses pelantikan juruukur yang dijangka akan dilantik pada penghujung bulan Julai 2024 ini. Itu yang jawapan. Jadi, sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan tadi. Berkaitan tentang kekerapan mesyuarat itu sebab itu merujuk kepada teguran audit kan yang setahun empat kali. Maka apa yang berlaku tidak sebegitu. Itu yang kita bangkitkan dalam Dewan yang Mulia ini. Apa pun terima kasih di atas penjelasan tadi. Yang keduanya berkaitan tentang perparitan yang tidak bertuan, yang fasa pertama melibatkan 160 kilometer ini , kami memohon untuk senarai nama-nama parit tersebut khusus yang terlibat, yang melibatkan Parlimen Kapar untuk kita pantau sama-sama.
Kita memang ada lengkap inventori sebab itu kita sebut kita memerlukan masa hampir 2 tahun untuk kita menghimpunkan dan kita ada senarai dan kita akan bekalkan kepada semua pihak Ahli Yang Berhormat yang berminat kita boleh sedia dan berikan secara bertulis senarai longkang ataupun parit yang tidak bertuan ini yang terletak di bawah pelbagai jabatan dan agensi. Insya-Allah. Soalan yang seterusnya ialah daripada Yang Berhormat Dusun Tua berhubung dengan kawasan rekreasi Sungai Gabai. Jadi ini antara kawasan yang terlibat teruk dalam banjir besar 2021 ini adalah satu fenomena yang sebenarnya dah lama tapi masa 2021 itu yang banjir besar itu lah yang jadi popular, apa ini yang dipanggil sebagai banjir puing atau pun dalam istilah bahasa Inggerisnya dengan izin ialah dipanggil sebagai debris flows. Kalau kita memandu di sekitar Hulu Langat itu kita boleh tengok kiri kanan bukit bukau kita boleh nampak bagai dicakar-cakar bukit itu. Itu adalah dipanggil fenomena debris flows di mana berlaku apabila hujan yang terlampau lebat turun di kawasan tinggi dan aliran anak sungai biasanya kalau kawasan tinggi anak sungai kecil dia bila ke bawah makin besar makin besar jadi dia tidak boleh menampung air hujan yang banyak dia akan mencipta jalan baru ataupun alir sungai baru. Itu lah yang bawa turun pokok-pokok yang besar, batu-batu yang besar itu sebagainya yang berlaku fenomena itu yang kita boleh lihat di sekitar Hulu Langat terutamanya yang kita boleh nampak yang kita perhati bukit-bukit nampak bagai di cakar. Debris flows itu menampakkan kawasan itu tidak stabil. Jadi kita proses untuk menstabilkan tempat ini dia memakan masa yang lama. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri ketika selepas berlaku peristiwa itu, kita telah memberikan peruntukan. Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah memberikan peruntukan sebanyak RM49,560 dan 160ribu kepada JPS untuk melaksanakan kerja-kerja segera penstabilan tebing sungai berkenaan. Dua kerja dibuat selepas kejadian
2021, dan telah pun siap iaitu pada 28 November 2023 telah siap di Sungai Gabai serta kerja-kerja berkaitan Batu 22, Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Dan juga kerja-kerja penyelenggaraan lain pada bulan April 2022 pun sudah siap. Sebayak RM79,950ribu dan kerja-kerja Sungai Gabai dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Gabai mukim Langat pun pada 5 Ogos 2022 pun telah siap RM48,000ribu. Ini semua kerja yang telah di peruntukan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja awal. Tetapi urusan seterusnya ini, dalam kawasan itu sendiri keseluruhan adalah di bawah hutan simpan kekal dan ini di bawah seliaan Jabatan Perhutanan. Jadi Jabatan Perhutanan kalau ada perlu buat kajian apa lagi langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan di kawasan rekreasi berkenaan. Seterusnya jawapan kepada isu yang dibangkitkan oleh Kota Kemuning berhubung dengan pam... Ya.
Yang Berhormat, saya ingin memohon pencerahan sikit pada Yang Berhormat EXCO. Certain bajet tadi dah disebut tapi mungkin tidak berkait tentang buka semula. Sekarang ini tidak berfungsi sebelum berlaku banjir 2021 itu berfungsi, pelancong datang setiap minggu penuh jadi sekarang ini tidak boleh dibuka. Jadi apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri, saya tak pasti di bawah Kerajaan Persekutuan ke. Kalau boleh saya mohon supaya dapat di buka semula Hutan Lipur Sungai Gabai ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang ini di luar portfolio saya sebenarnya. Jadi di bawah Jabatan Hutan, dia perlu menyediakanlah kalau ada keperluan untuk hutan rekreasi ini, tempat rekreasi ini maka dia perlu menyediakan kalau ada komponen yang melibatkan infra kita akan beri pertimbangan untuk kita sumbangkan kepakaran kita dan bajet bagi kita membetulkan keadaan. Tapi dia bukan hanya melibatkan sungai melibatkan banyak isu di situ yang perlu diberi perhatian oleh Jabatan Hutan ataupun agensi yang berkaitan bagi kita menyelaras kerja-kerja pembukaan semula tempat berkenan. Untuk yang Kota Kemuning ini yang berhubung isu Taman Sri Muda, yang dah siap screw pump atau pam skru, isu ini pun telah pun ada kelewatan. Actually dari bekalan elektrik. Ini kita sedia maklumlah di kawasan pintu air yang terkenal yang berlaku banjir itu. Kita telah tambah screw pump kat situ berkapasiti tinggi dan telah pun siap. Dan permit telah diluluskan pada 21 Jun 2024 sekarang ini hanya perlu menunggu TNB untuk menyelesaikan bayaran-bayaran yang perlu untuk dia melaksanakan yang dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada hujung Julai 2024. Untuk Bukit Lanchong berhubung dengan isu pertanyaan Yang Berhormat juga iaitu Bukit Lanchong yang kawasan ini adalah tempat yang sering mengalami banjir. Kita telah melaksanakan projek mitigasi saya telah sebutkan sebelum ini kita telah laksanakan mitigasi banjir di Kampung Bukit Lanchong dengan kos RM563,651.00. Sebanyak RM514 ribu ialah menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri dan selebihnya peruntukan Amanah Caruman Parit. Manakala Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan
sebayak RM662,500,106.00 untuk melaksanakan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT) yang melibatkan Kampung Bukit Lanchong dan kerja pembentukan penstabilan tebing. Ini ialah projek yang termasuk di bawah sekali projek Sungai Rasau. Berikut adalah kerja-kerja yang mitigasi ini, kerja yang disebutkan tadi kerja-kerja penyelenggaraan ini bernilai RM137,941.00 di Bukit Lancong ini telah pun siap pada bulan April 2023. Kerja-kerja penyelenggaraan ini ROW parit Kg Tengah dan Kampung Bukit sedang dalam penyelenggaraan dan ada yang siap sebanyak RM137,100.00 yang kerja-kerja pengukuhan ban di PPRT Puchong yang berkaitan ya. Penstabilan dan pengukuhan tebing pun dah siap pada bulan September 2023 dan juga pengukuhan tebing ban parit seluang dan lain-lain kerja berkaitan di Kampung Bukit Lancong juga telah pun siap pada bulan Oktober 2023 yang lepas. Untuk yang Persekutuan ini ialah yang besar, projek ini iaitu yang melibatkan RM661juta ini sedang menunggu kelulusan untuk lantikan kontraktor dan surat saya difahamkan telah pun keluar surat setuju terima daripada bulan Julai telah pun dikeluarkan untuk pembinaan projek yang besar ini iaitu yang melibatkan kolam takungan dual fungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah Sungai Rasau Negeri Selangor. Ini antara dan satu lagi yang kita sedang dalam proses sebut harga ialah pembinaan denai sungai Klang dan lain berkaitan di Kampung Bukit Lancong dan melibatkan menaik taraf lagi ban sungai Klang sebanyak RM230ribu yang dalam proses nilaian sebut harga. Jadi ini antara beberapa projek-projek yang sedang dilaksanakan dan saya boleh berikan secara terperinci lah kepada Yang Berhormat. Ia panjang lagi senarai ini.
Yang Berhormat, ada yang bangun kat belakang tu.
Yang Berhormat saya ada satu soalan berkenaan dengan projek SASUD, kalau kita lihat kepada projek SASUD yang telah diumumkan sebelum ini, ada 18 projek yang perlu dibuat. Apakah status projek SASUD tersebut?.
Projek SASUD ini ialah Shah Alam punya Urban Drainage System yang saya pernah sebut di dalam Dewan ini yang bernilai RM300 juta untuk 5 tahun, yang melibatkan penaiktarafkan longkang dan parit dan sistem pam. Ini pun berjalan dengan mengikut jadual dan di Sri Muda sendiri pun saya tidak ada ini, sebab ini adalah tambahan ya. Saya tidak ada secara detail terperinci tetapi memang saya rasa di dalam mesyuarat SJAM itu memang pihak MBSA melaporkan kemajuan projek-projek ini semua berjalan dengan baik dan dia sebab projek ini ialah projek 5 tahun cuma yang Sri Muda itu dia masih ada yang dah siap ada yang dalam proses. Saya akan dapatkan terperinci lah macam mana keadaan projek SASUD itu sendiri ya.
Yang Berhormat kalau boleh, boleh bagi saya secara bertulis berkenaan peringkat status tersebut. Terima kasih.
Ya, okay terima kasih. Seterusnya kepada RTB ataupun Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh yang dibangkitkan oleh Paya Jaras. Ada Paya Jaras ya, okay. Yang ini pun saya pun dah banyak kali dah sebut. Cuma saya faham kedudukan Yang Berhormat kena timbulkan perkara ini ya untuk mendapatkan status ataupun kemajuan. Saya faham perkara ini cuma saya nak sebut di sini bahawa isu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh ini ada dua fasa. Yang Berhormat pun sedia maklum saya dah sebut fasa satu sedia berjalan sekarang dan ada sedikit delay dan di Jeram akan timbulkan juga isu yang menyebabkan Ijok menjadi masalah ada sedikit gangguan di situ, tetapi yang fasa dua ini kita telah pun membuat permohonan kepada Kementerian Ekonomi dan juga kita telah bentangkan bahawa ini bernilai sangat besar iaitu RM781 juta keperluan untuk pelaksanaan ini agak kritikal bagi RTB yang melibatkan kawasan-kawasan di Paya Jaras dan juga Ijok dan sebagainya. Ini melibatkan RTB Sungai Buloh fasa dua. Ini adalah merupakan satu permohonan yang kita telah panjangkan kepada 4 Jun dulu kita dah bentangkan secara terperinci dan kita mengharapkan kelulusan segera termasuk juga yang melibatkan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat yang menyebabkan banjir besar baru-baru ini di Kajang itu, kita buat ini dua ini kita buat permohonan yang secara terperinci perlu penyelesaian kelulusan bajet ataupun kelulusan segera daripada pihak Persekutuan. Untuk yang lain itu yang sedang dilaksanakan dan ditimbulkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras. Kerja-kerja peruntukan negeri yang melibatkan kawasan yang berkaitan kita telah memperuntukkan kerajaan Negeri sendiri melalui JPS kita telah membelanjakan RM23.2 juta. Dan di bawah Kerajaan Persekutuan RM34.6 juta bagi kerja-kerja yang berikut. Pertama, menaiktaraf Sungai Kedondong iaitu RM5.9 juta ini telah siap. Yang kedua adalah Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2 ini RM10 juta. Yang ini dalam reka bentuk. Jadi jangkaan tender adalah pada suku terakhir tahun ini. Jadi nanti dalam sidang Dewan akan datang Yang Berhormat akan tanya lagi. Masih dalam proses tender, akan berlaku pada hujung tahun ini. Sekarang ini dalam reka bentuk. Yang ini melibatkan Fasa 2 Sungai Kedondong. Yang ketiga, Sungai Subang ini dalam pelaksanaan. Yang Berhormat sedia maklum ia dalam pelaksanaan, itu RM7.3 juta dan jangka siap pada bulan Ogos 2025. Yang ini Sungai Subang yang sekarang ini dalam pelaksanaan.
Kalau dapat, sebab penduduk tanya bila projek ini siap. Kalau dapat sedikit EXCO berikan kepada kami at least jadual tentang anggaran mereka, jadi nampaklah progress itu dan ini melibatkan banyak kawasan. Kalau boleh dapatlah EXCO bagi pada kita. Kota Damansara sama juga isu. Ada satu pelan yang jelas supaya bila kita jumpa penduduk ada tindakan daripada pihak berkuasa dan ini dapat membantu penduduk. Terima kasih.
Boleh. Kita tak ada masalah. Kita ada bekalkan. Kita memang ada perancangan. Biasanya projek tebatan banjir ini peringkat kajian hidrologi atau hidraulik kita memerlukan reka bentuk ini makan masa juga kemudian perolehan, kemudian pelaksanaanya bila. Jadi bila kita ada sehingga siap. Jadi kita ada, biasa akan 3 tahun, ada yang 4 dan 5 tahun, ada yang 2 tahun. Jadi ini kita ada setiap projek ini kita ada dan kita boleh bekalkan. Kalau Yang Berhormat nak tengok rancangan kita untuk pelaksanaan RTB ini Rancangan Tebatan Banjir ini, kita ada pelan dan sebagainya.
Yang seterusnya, Subang tengah berjalan lah 5%, jadual 5% dan sebenarnya 5%. Akan siap pada bulan Ogos tahun depan. Untuk Persekutuan, ini yang saya sebut tadi yang Sungai Buloh Fasa 1 itu yang 34.5 juta ini yang pelaksanaannya sepatutnya, sepatut dah siap. Tapi sebenar hanya 67%. Jadi ada isu-isu kontraktor yang dah disebutkan menjadi masalah yang kita kena ambil tindakan susulan untuk bagaimana kita nak selesaikan isu ini dan kemungkinan besar dalam syarat lepas yang kita ada kita mungkin ambil tindakan drastik lah dalam isu ini. Ini masalah besar sikit. Delay dah terlalu lama. Yang tadi telah saya sebutkan, yang terbaru RM781 juta itu merupakan satu projek besar dan kita mengharapkan Kerajaan Persekutuan akan meluluskan kerana suasana agak kritikal dua ini. Satu yang melibatkan Sungai Langat, satu lagi yang melibatkan Sungai Buloh ini. Dua ini adalah merupakan satu projek besar yang belum dapat kelulusan lagi. Untuk Kota Damansara yang bertanyakan beberapa perkara berhubung dengan juga isu banjir, saya tumpu pada isu air dan banjir dulu. Di bawah soalan pertama ialah berhubung kerja penyelenggaraan kolam takungan di AU5/122 Jalan Tembusu ini, untuk makluman Yang Berhormat, JPS telah melaksanakan penyelenggaraan kolam takungan pada tahun 2023. JPS Negeri Selangor sedang dalam tindakan untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi meneruskan kerja penyelenggaraan kolam ini. Dan dijangka akan dilaksanakan pada suku keempat tahun 2024. U-Drain itu di bawah seliaan pihak MBSA Jalan Tembusu itu dan kita akan juga menyelaras kerja dan pastikan supaya kolam takungan dan U-drain semua berfungsi dengan baik. Untuk dry pond yang disebut tadi, dekat Kedai Motor Azam tadi telah kita bina pada tahun 2022 untuk membantu mengurangkan paras banjir melibatkan jalan besar. kita akan kaji semula keperluan kolam ini untuk kesesuaian menaiktaraf dry pond ini untuk pastikan ia berfungsi dapat mengurangkan impak risiko banjir di Kampung Melayu Subang. Untuk Tebatan Banjir Sungai Damansara ini satu lagi projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang telah lulus dalam pelaksanaan iaitu bernilai RM545 juta ini sedang dalam proses perolehan untuk pelaksanaan projek ini dan dia dalam proses awal untuk pelaksanaan ini dan kita akan cari kaedah terbaik untuk mempercepatkan pelaksanaannya.
Kota Damansara.
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih atas jawapan Yang Berhormat EXCO. Cuma apa yang menjadi masalah saya ialah di dry pond yang dimaksudkan di depan Motor Azam itu walaupun dibina pada tahun 2022 atau 2023 tapi dia punya pembinaan ketika itu dia masih lagi tinggi daripada jalan biasa. Jadi bila ketika dibina itu pun dry pond itu lebih tinggi dari keadaan jalan. Jadi jalan banjir dulu, dry pond kering dulu. Jadi saya minta kalau boleh pedalaman dulu. Lagi satu, baru-baru ini banjir dan saya arahkan beberapa penduduk melihat bagi dua kolam takungan banjir yang dimaksudkan ialah U5/122. Saya boleh hantar kepada pihak EXCO bahawa ketika hujan lebat yang melanda dalam tempoh 3 hari lepas atau 2 hari lepas, kolam takungan itu dilihat tidak berfungsi akibat tidak diselenggara. Jadi seolah-olah saya maklum kalau diperlukan penyelenggaraan kemungkinan ada keperluan di pihak JPS untuk note di kawasan situ penyelenggaraan perlu dibuat bukan suku keempat tapi dimasukkan pada tahun hadapan suku kedua dah mula ada penyelenggaraan.
Terima kasih. Saya faham kedudukan bukan kolam ini sahaja. Ada beberapa kolam yang kita dah kenal pasti yang dia dari segi hidraulik tidak berfungsi dengan tujuan asalnya. Jadi ini kalau tak silap saya di Kota Puteri ada satu lagi. Jadi kes ini kita biasa kaji balik call JPS dan buat perubahan pada keperluan hidraulik ini untuk memastikan kolam ini berfungsi. Kalau tak berfungsi ia tiada berguna kolam itu ada di situ. Ini tidak memenuhi kriteria jadi kita ambil pertimbangan dan sebagaimana yang saya sebut tadi kita akan kaji balik semula supaya dapat membantu mengurangkan impak risiko banjir di Kampung Melayu Subang. Dan seterusnya yang di Jalan Atmosfera menaiktaraf jalan ini yang dibuat oleh MBSA kita tiada halangan untuk melaksanakan kerja-kerja pengalihan Sungai Kedondong dengan syarat ada melibatkan pengalihan sungai. Jadi kerja-kerja pengalihan sungai ini kita kena sangat berhati-hati kerana kena kaji dengan betul dia punya hidraulik supaya tidak menyebabkan nanti berlaku runtuhan dan sebagainya. Jadi ini pihak JPS akan melibat dari segi teknikal. Bagaimana kita nak buat cadangan yang akan dibuat oleh pemaju untuk memastikan sungai ini dialihkan dibuat dengan baik supaya fungsinya dan peranannya sebagai sungai tidak akan menyebabkan masalah yang besar. Tentang Sungai Kedondong yang disebutkan RTB Sungai Kedondong Fasa 2 ini dia bernilai RM10 juta yang menaiktaraf Sungai Kedondong ini yang saya sebutkan tadi Kota Damansara dan Paya Jaras ini memang berkait. Projek tebatan banjir ini kadang-kadang melangkaui sempadan DUN masing-masing. Kita lihat secara lembangan dan ini perkara yang saya sebutkan tadi RM10 juta dalam peringkat perincian dan akan ditender pada penghujung tahun 2024 ini. Insya-Allah.
Seterusnya saya nak jawab yang dibangkitkan oleh Hulu Bernam. Hulu Bernam ada? Hulu Bernam ini dia menimbulkan isu struktur tebing Sungai Bernam di kawasan Kampung SKC Hulu Selangor yang semakin terhakis. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah peruntukkan pada tahun ini RM6.7 juta kepada JPS bagi kerja-kerja penstabilan mengukuhkan tebing. Dan untuk kawasan di daerah Hulu Selangor sahaja kita dah berikan RM800 ribu kita peruntukkan. Untuk kerja-kerja pengurusan tebing di Sungai Liam, Sungai Chinchin, anak sungai berhampiran perumahan Taman Melur Bukit, Beruntung dan Sungai Buaya. Walau bagaimanapun ketika itu kita lihat SKC ini tidak masuk dekat SKC. Jadi kita akan tengok balik keperluan itu kalau ada mendesak dan kalau cerita tentang tebing ini memang kita tak cukup dana kita. Tapi kalau ada keperluan mendesak itu kita akan dapatkan daripada caruman parit untuk kita laksanakan kerja-kerja tebing ini. Saya dah minta supaya pihak JPS melibat balik yang isu yang dibangkitkan di Kampung SKC ini serta tebing Sungai Bernam ini kalau ada keperluan kita akan dapatkan bajet daripada tabung amanah caruman parit untuk dilaksanakan kerja-kerja ini.
Hulu Bernam bangun.
Yang Berhormat EXCO, berkaitan dengan kerja-kerja yang disebut oleh Yang Berhormat EXCO sebentar tadi, seperti mana surat yang saya terima, itu telah dimasukkan dalam jadual Pertama dalam senarai yang menjadi prioriti untuk JPS untuk jalankan projek-projek tebing tersebut. Jadi saya mohon Yang Berhormat EXCO, berikan satu prioriti supaya bajet itu dapat pada tahun ini dan kerja-kerja itu dapat dijalankan Kampung SKC ini. Terima kasih.
Kita akan tengok macam yang saya sebut tadi, saya minta JPS Daerah supaya melihat dan meneliti dan menghantar laporan kalau keperluan itu ada untuk kita buat, kita akan dapatkan peruntukan. Sebab isu cerun dan tebing ini saya memang beri keutamaan. Kalau kita dapat tahu ada unsur-unsur ini kita akan dapatkan. Ini membahayakan. Tempat-tempat yang melibatkan tebing ataupun cerun yang kritikal ini.
Untuk bahagian pertanyaan berkenaan Sungai Selisik berkenaan parit, ini kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Selisik dan kerja berkaitan ini kita telah meluluskan 19,990 kerja yang dilaksanakan pada akhir bulan Julai 2024. Ini akan dilaksanakan pada akhir bulan ini. Kita dah isu sikit ni Yang Berhormat, kalau kawasan luar bandar ini beginilah dia. Jalan-jalan parit ini biasanya dimiliki oleh lot individu. Banyak yang private. Bukan tanah kerajaan. Jadi sebahagian itu dia menghalang. Dia tidak benarkan kita masuk untuk membuat kerja-kerja. Di Hulu Selangor pun sama. Kita hadapi masalah yang sama. Di Hulu Langat pun sama. Dia menghalang kita ini jadi sukar sikit pihak kerajaan untuk
masuk dan jika tempat itu agak kritikal kita kena dapatkan buat pengambilan akan proses lagi kos dan masa yang panjang. Ini antara perkara-perkara yang menjadi kekangan pada kita dalam menguruskan sebahagian daripada parit-parit kampung ini. Walau bagaimana kita akan cuba untuk meyakinkan pemilik ini untuk membenarkan pihak JPS untuk masuk bagi membuat kerja-kerja penyelenggaraan parit-parit ini.
Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat tak bincang isu parit ni.
Tak apa. Boleh. Ini perbahasan bagi penggulungan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat, ada menyebut bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan kepada penyelenggaraan cerun dan juga kejadian tanah runtuh ini. Saya ingin bertanya, apakah Kerajaan Negeri akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan MARRIS. Yang sebelum ini memang tujuan asalnya adalah untuk penyelenggaraan jalan-jalan yang telah dicerap oleh Kerajaan Negeri. Tetapi saya ingat ketika saya berada di dalam Kerajaan Negeri, kita telah berunding dengan Kerajaan Persekutuan supaya skop mandat yang diberikan pada MARRIS itu diperbesarkan dan melibatkan cerun dan juga kejadian tanah runtuh. Jadi saya ingin tahu berapakah jumlah, peratusan yang digunakan daripada peruntukkan tahunan MARRIS itu bagi tujuan memperkukuhkan cerun-cerun dan tebing-tebing. Khususnya di kawasan-kawasan yang sensitif di negeri Selangor ini. Terima kasih.
Memang tepat sekali Yang Berhormat. Sebenarnya memang kita telah diluluskan diberi kebenaran sekarang untuk menggunakan peruntukan MARRIS ini bagi kerja-kerja melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan cerun. Tapi kena ingat, ini hanya yang tertakluk pada jalan-jalan sahaja. Tapi kalau cerun-cerun yang di kawasan persendirian yang tidak melibatkan jalan yang tak didaftar dengan MARRIS, itu kita kena cari cara dan kaedah lain untuk menyelesaikan. Itu yang saya sebutkan tadi. Tapi kalau melibatkan jalan-jalan JKR ataupun PBT yang dah berdaftar dengan MARRIS boleh digunakan peruntukkan untuk menyelenggara tahunan itu untuk digunakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Ini sebenarnya telah pun kita buat. Kita telah mula laksanakan. Tapi ini isu yang saya sebut tadi itu adalah melibatkan tebing sungai.
Tebing sungai ini tidak cover, tidak cover di bawah MARRIS ini. Jadi ini yang menjadi isu. Kalau tebing sungai itu lalu di tepi jalan, bolehlah kita pertimbangkan tapi kalau sungai itu sendiri tebing, kita terpaksa dapatkan peruntukan tahunan atau pun kalau dalam
keadaan emergency, kita gunalah peruntukan daripada Tabung Amanah Caruman Parit untuk kita. Itu pun tidaklah banyak mana, tapi bolehlah kalau emergency untuk kita gunakan ya.
Yang Berhormat EXCO, boleh?
Ya silakan.
Okay, saya ucapkan terima kasih berkaitan dengan keprihatinan untuk kerja-kerja selenggara parit di Sungai Selisih Yang Berhormat EXCO sebutkan. Jadi memang di Hulu Bernam ini kawasan luar bandar ini memang mengalami masalah yang macam Yang Berhormat EXCO sebutkan untuk turunkan jentera sebab isu-isu tanah peribadi. Jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat EXCO, sama ada kita ada satu undang-undang yang kita boleh pakai ke?. Sekiranya mengalami kesukaran hendak buat kerja-kerja yang melibatkan keselamatan awam. Sebab di kawasan di luar bandar ini memang banyak kawasan-kawasan yang sebegitu, saya tidak nafikan jadi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat EXCO bagaimana akan datang berlaku lagi perkara yang sebegini, terima kasih.
Saya tidak tahu, Yang Berhormat Hulu Kelang mungkin boleh jawab soalan ini. Saya tidak tahu macam mana, sebab hendak buktikan bahawa keselamatan awam itu macam mana. Sebab tanah itu, tanah milikan, kita sudah buktikan adakah kerana kita tidak menang, kita buat selenggaraan menyebabkan banjir dan membahayakan keselamatan awam, sangat sukar Yang Berhormat. Jadi sekarang ini saya tidak nampak lagi ada kaedah bagaimana kita hendak, kecuali kita pujuk dialah, atau pun kita bagi imbuhan sikit untuk dia benarkan kita buat. Jadi kita akan tengoklah macam mana lagi kaedah lain untuk pastikan selenggaraan ini dapat dibuat. Saya menghadapi masalah yang besar ini dalam isu ini. Ada tempat di Hulu Langat ini, kalau dia tunggu saja kita masuk, kita masuk saja dalam kawasan dia, dia terus akan ambil tindakan undang-undang dan kita telah kalah banyak kali. Ini ada berlaku, saya tidak perlu sebutlah nama itu tapi ada terkenal di situ. Jadi ini yang menjadi sedikit masalah dan sebahagian sungai ini terutama sungailah, anak sungai dia dah berlaku maraan backman dring, jadi tanah ini bukan bawah tanah milikan tapi bila dah bergerak sungai ini, dia masuk jadi ada setengah sungai ini, atau anak sungai ini dah jadi milik, tanah milikan. Ini menjadi amat sukar untuk kerja-kerja untuk membuat selenggaraan tapi kita akan tengoklah apa kaedah yang ada untuk bantu menyelesaikan isu-isu ini ya.
Saya beralih kepada Ijok, Yang Berhormat Ijok yang bertanya beberapa soalan berhubung dengan isu banjir ini ya atau pun Rancangan Tebatan Banjir ini. Pertama ialah permohonan berhubung dengan untuk menempatkan genset di Parit B, C, X, Y, Z
ini, Ijok dapati dan juga Parit Gajah ya. Yang ini kita sebenarnya tidak ada isu sebenarnya dari segi peralatan itu semua dah ada tapi masalahnya kita ada sikit isu dengan kerja-kerja sivil, jadi tidak siap sivil ini tidak boleh masuk benda ini untuk dipasangkan. Jadi kita sedang push untuk siapkan kerja-kerja tapak, kerja-kerja sivil ini supaya komponen M&E ini, mechanical electrical ini dapat kita masukkan segera untuk bagi operasi pam itu. Jadi kita akan cuba sedaya upaya untuk cepatkan dengan kerja-kerja sivil ini dulu. M&E dah ready ya, dah ada semua alat dia. Dan berhubung dengan projek naik taraf saliran di Kampung Jaya Setia ini, kita sudah RM3 juta telah diperuntukkan untuk projek ini menaik taraf sistem saliran Kampung Jaya Setia dan ini dalam proses reka bentuk terperinci ya. Ini dalam reka bentuk terperinci yang buatnya, jadi dia makan masa ini dan kita akan tender awal tahun depan untuk selepas siap teknikal punya spek ini hidraulik sebagainya, kita akan baru buat tender dan salah satu daripada skop perunding ialah untuk memastikan saliran Kampung Jaya Setia ini dilihat secara menyeluruh. Ini kita akan tengok secara seluruh memang itu sentiasa peranan konsultan ini untuk melihat secara menyeluruh kesan daripada program-program tebatan banjir ini bukan hanya melibatkan kawasan yang berkenaan, jadi kawasan keseluruhannya. Untuk lagi satu yang saya hendak sebut di sini yang kita ambil kira, kita ambil kira juga dalam masa yang sama sistem saliran yang sedia ada di kampung ini. Jadi itu antara sebahagian daripada tugas konsultan ini mengenal pasti apa yang sedia ada dan apa yang pembaharuan yang perlu dibuat. Jadi ini yang termasuklah kata ada andaian bahawa loji rawatan air Sungai Selangor itu yang melepaskan itu menyebabkan salah satu punca, itu pun akan dimasukkan dalam perkiraan aspek yang saya sebut hidraulik tadi ini untuk memastikan bahawa apabila perancangan rancangan tebatan banjir ini dia akan mengambil kira semua benda ini supaya untuk menyelesaikan secara menyeluruh.
Dan satu lagi saya hendak sebut berhubung dengan sampah tadi ya, yang dibangkitkan. Isu sampah ini kita dah semak dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor memberikan maklum balas bahawa tidak pernah ada permit dikeluarkan untuk menyediakan tapak kelulusan sampah di kawasan Yang Berhormat sebutkan dekat dengan Jambatan Bukit Mayong ini. Jadi makna dia, dia ini adalah kawasan yang tidak sah ya, illegal yang kita akan ambil tindakan susulanlah daripada pihak PBT untuk mengambil tindakan susulan untuk memastikan tempat ini tidak menjadikan tempat pelupusan sampah haram di situ ya.
Ijok.
Satu lagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Ijok ialah berhubung dengan, sekejap bagi saya habiskan ini satu lagi iaitu berhubung dengan cadangan ataupun usaha penduduk tempatan GO yang berminat hendak menjadikan parit longkang dan sebagainya tempat rekreasi. Saya sebenarnya
di program ini dah lama, saya pernah sebutkan dalam Dewan ini di bawah Friend of Rivers yang saya pengerusikan Jawatankuasa Pemuliharaan sungai-sungai ini, dia ada satu badan pertemuan yang kita dengan Friend of Rivers, makna kita buka kepada semua orang untuk daftar sama ada komuniti ke atau pun NGO ke yang berminat untuk hendak menguruskan sungai-sungai ataupun anak sungai dan sebagainya untuk dijadikan tempat itu sebagai macam anak angkat mereka. Ini kita dah lama buat, jadi saya harap kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat atau pun mana-mana komuniti yang berminat, kita boleh ada garis panduan dan kita ada peruntukan lagi kita bagi untuk mereka menguruskan tapi of course tertakluklah kepada syarat yang dibuat binaan-binaan yang tidak dibenarkan pula di tempat-tempat itu. Tapi kita ada garis panduan itu dan kita ada badan yang telah, yang akan menguruskan ataupun yang menyelaras kerja-kerja ini. Ini sebenarnya dah ada dan kalau Ahli-ahli Yang Berhormat berminat atau Yang Berhormat Ijok, boleh kita boleh hubungi pihak LUAS untuk menyusun atau mengatur program yang berkaitan, terima kasih.
Terima kasih kepada YB EXCO yang menjawab soalan-soalan daripada Ijok. Pertamanya berkenaan dengan screw pump di Parit B, C, X, Y, Z, kebetulan waktu itu memang Ijok kerap turun bersama dengan penduduk, untuk memantaulah kerja-kerja yang dilakukan di RTB. Jadi apa yang Ijok nampak screw pump itu dah siap, M&E dah siap. Cuma untuk jalan Ijok rasa Ijok dah bagi surat kepada pihak EXCO. Ijok ada mencadangkan, menemui 9 masalah dan dihadirkan juga dengan cadangan yang mana salah satunya tadi yang Ijok sebutkan ada berkenaan dengan screw pump. Ijok faham, berkenaan proses-proses daripada TNB tapi untuk jangka, cadangan jangka pendek untuk mengeluarkan air daripada kebun, pekebun-pekebun kecil, yang terpaksa tidak mendapat pendapatan. Jadi bolehlah dipertimbangkan untuk mengeluarkan air-air dari kebun-kebun tersebut.
Di samping itu juga, Ijok ingin menambah berkenaan dengan masalah banjir termenung ya. Sampai sekarang pun walaupun tak hujan, dekat Ijok ini masih lagi banjir di kebun-kebun kecil. Terutamanya di Blok C, di sekitar Jalan Makmur, Jalan Hasil Tiga dan Jalan Parit Mahang 6B, Kampung Parit Mahang. Adalah dicadangkan untuk Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan bagi membina pembetung dan jambatan, untuk penduduk kampung ini bagi mengeluarkan hasil sawit. Kerana sebelum ini penduduk di Jalan Makmur, Jalan Parit Mahang ini ada membina jambatan, sebelum ini untuk mengeluarkan hasil-hasil mereka. Tetapi yang saya difahamkan oleh penduduk telah dirobohkan semasa pembinaan projek dan WCE. Jadi mohon pertimbangan daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebutlah. Jadi sekali lagi Ijok juga mengharapkan agar pihak EXCO dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan jangka pendek dan jangka panjang yang Ijok cadangkan. Seterusnya terima kasih sekali lagi berkenaan dengan
jawapan daripada pihak EXCO, berkenaan dengan rakan sungai itu tadi, insya-Allah Ijok akan gunakan itu untuk tujuan komuniti, terima kasih.
Terima kasih Ijok.Kita akan pertimbangkan, memang kita ada menerima cadangan daripada Yang Berhormat yang selalu aktif turun ke tempat dan tempat itu. Memang saya akui memang sangat mencabar kawasan yang sangat rendah dan kita rancangan RTB Sungai Buloh ini mula salah satu ini sebenarnya tujuan dia untuk meningkatkan ban itu dan juga memperkemaskan burrow pit itu tapi ini masih ada berlaku delay daripada kontraktor yang saya sebutkan tadi itu, yang kontraktor yang kita kena ambil tindakan, kita tengah tengok macam mana tindakan drastik yang kita perlu ambil untuk selesaikan. Sebab dan RTB Sungai Buloh 2 ini penting untuk memastikan keseluruhan walaupun dalaman parit dalam itu yang sebut tadi, pembetung dalaman itu yang perlu di bawah tindakan sama ada di bawah Pejabat Daerah atau pun Majlis Perbandaran Kuala Selangor, kita akan selaraskan bersekalilah untuk pastikan semua ini dapat buat. Tapi untuk sementara kalau perlu sebab itu saya dah minta JPS, kita dah tambah bajet untuk beli pam mudah alih yang banyak. Sebab selama ini pam mudah alih banyak tapi bila saya check balik dia tidak jadi mudah alih sebab apa dia bila projek itu sedang dibuat RTB dia letak pam itu di situ, pam itu akan kekal di situ. Sebab dia tidak boleh nak alih, memang dia sebenarnya mudah alih tapi tak boleh dialihkan sebab selagi projek RTB itu tidak siap. Jadi saya kata itu saya anggap bukan mudah alih. Jadi kena hadap betul-betul yang boleh alih, yang boleh di transfer ke sana sini bila berlaku emergency. Yang ini yang kita tambahkan baru-baru ini dan saya sudah sebut dalam sidang Dewan yang lepas kita ada tambah banyak unit yang berkapasiti tinggi sebab dia tidak boleh beli on the shelf, dia kena tempah, jadi makan masa dan kita telah beli dan kita bersedia kalau tempat-tempat ada keperluan untuk segera kita buat pengepaman ini, kita akan hantar pam-pam yang berkapasiti tinggi ini. Yang Berhormat tidak bincang pun isu banjirkan?
Tak bukan, saya hendak tanya Yang Berhormat Pandan Indah sama ada Yang Berhormat akan mengulas tentang soalan yang saya bangkitkan itu terutama berkenaan alternatif kepada PJD Link ini. Akan sambunglah, akan sambunglah sebab masa dah nak habis.
Masa dah nak habis nak buat macam mana. Tulis sajalah.
Tak sebab saya hendak bangkitkan sebelum ini, saya minta Yang Berhormat respons dalam ini supaya rakyat di luar sana pun hendak tahu.
Saya sudah jawab cukup jelas dah isu PJD Link ini, kedudukan negeri dan sebagainya. Cukup clear, kita ada SOP. Kita jangan tolak projek atau pun pembangunan ini semata-mata kita tidak suka orang bawa, kita tidak suka nama projek ke, kita ada SOP. SOP dia ialah dia kena buat semua ini, laporan SIA, TIA. Yang Berhormat sebutkan lulus itu, lulus daripada segi teknikal, result dia atau hasil dia itu adakah kita lulus, hah itu soalan kedua. Dia bukan lulus maksud lulus itu sama ada dia lulus daripada segi teknikal, metodologi dia betul, kita luluskan. Tapi bila pelaksanaan kita tengok hasil dia, hasil dia menunjukkan bantahan yang tinggi 50%, hampir 50% pun tinggi. Walaupun daripada 50% lagi yang bersetuju. Jadi cara yang terbaik adalah cara mitigasi dia ialah cari jalan tengah, dia modified sikit alignment itu supaya boleh memenuhi kedua-dua pihak. Itu yang dicadangkan dan kita telah dan saya dah sebut akan dibawa ke MTES. Jadi tolak atau tidak adalah di bawah Kerajaan Pusat, mereka projek ini penswastaan highway ini, lebuh raya ini adalah di bawah Kerajaan Pusat. Negeri hanya boleh komen dari segi benda-benda yang berkait dengan negeri, jajaran dan sebagainya, laporan dan sebagainya.
Tapi kita tahu di peringkat Kerajaan Pusat sekarang ini ...
Yang Berhormat ada panjang lagi ke macam mana?
Saya rasa ada perlu lagi dalam setengah jam kot.
Nak kena sambung lagi selepas lunchlah.
Sambunglah lepas lunch lah.
setengah jam. Tapi saya akan letakkan PJD Link ini hujung sekali kalau tidak nanti tidak sempat nanti.
Okay tidak mengapa duduk dulu Yang Berhormat EXCO.
Okay, sambung.
Ahli-ahli Yang Berhormat masa menunjukkan jam 1:00 tengah hari dengan ini saya tangguhkan urusan Dewan sehingga jam 2:30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Kita sambung semula urusan Dewan petang ini, saya menjemput Yang Berhormat EXCO Infra dan Pertanian untuk menyambung penjelasan bagi pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya menyambung jawapan atau pun penggulungan daripada tengah hari tadi ya. Ini daripada Yang Berhormat Kajang ucap terima kasih tentang keupayaan jabatan agensi kita dalam menguruskan banjir kilat Pekan Kajang ini cuma Yang Berhormat bertanya berhubung dengan penyelesaian jangka panjang. Itu yang saya sebutkan, kita telah pun membuat permohonan melalui JPS Selangor telah dibentangkan pun. Mereka sendiri membentangkan di Kementerian Ekonomi pada 4 Jun untuk memohon supaya rancangan asal awal dulu iaitu Rancangan Tebatan Banjir Langat Fasa 2 ini untuk daerah Hulu Langat bernilai RM511.8 juta ini diluluskan bagi kita menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan banjir di kawasan di daerah Hulu Langat. Jadi kita menunggu kelulusan daripada Kementerian tentang isu yang berkaitan.
Berhubung dengan soalan pertanyaan tentang PISMA, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM900,000.00 kepada JPS Selangor untuk melaksanakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi daerah Hulu Langat. PISMA ini dalam proses penyediaan tender dan akan tender pada bulan Ogos 2024 dan akan bermula kajian pada suku ke-empat. Bermakna sebelum akhir tahun ini untuk memulakan kajian lanjut mengenai PISMA. Untuk Yang Berhormat Morib ada? Kejap lagi tunggu dia masuk. Saya ingin menyentuh mengenai pertanyaan daripada Yang Berhormat Sungai Burong berhubung dengan isu penambakan sungai, yang ini pun saya sudah jawab dulu, saya ulangi lagi perkara ini berkaitan hakisan ini.
Sebab projek ini memakan masa ya. Yang pertama untuk penyelesaian pada masalah isu hakisan ini di tebing pantai di sungai kawasan berkaitan. Dan ini diperuntukkan RM9.57 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk 2 projek kawalan hakisan yang pertama ialah melibatkan benteng pantai di kawasan Kampung Lembah Pantai, Sungai Panjang, Tanjung Karang daerah Kuala Selangor iaitu bernilai RM4.96 juta. Ini dalam pelaksanaan baru dia bermula pada 21 Jun yang lepas dan akan siap dalam masa 2 tahun sehingga 21 Jun 2026. Ini baru mula ya, satu lagi projek kawalan hakisan dan memperkukuhkan benteng pantai di kawasan Sungai Janggut dan Kampung Tok Adam daerah Kuala Selangor. Ini bernilai berjumlah RM4.6 juta juga bermula pada masa yang sama 21 Jun dan akan berakhir pada 21 Mei 2026, ini pun dalam pelaksanaan.
Bagi tindakan jangka panjang, risiko hakisan ini kita memang meneliti semua sebab kita sudah beritahu dalam Dewan ini juga bahawa panjang benteng pantai kita ini sepanjang di Negeri Selangor ini adalah hampir 300 kilometer. Ini semua sedang kita sediakan laporan lengkap berhubung dengan isu prestasi bukan saja melibatkan kelemahan ban ketinggian, sebab kita senang terdedah kepada peningkatan aras laut. Ini sudah buat kajian dan kemungkinan besar kita kena tingkatkan naik lagi 1 ke 1.15 meter daripada ban sekarang ini kena naik satu meter ke 1.15 meter lagi dah ada kajian awal dibuat dan kita memohon nanti peruntukan di sekitar RM50 juta lagi untuk kita senarai masukkan dalam di bawah PETRA di bawah rolling pelan ke-5 untuk tujuan ini. Jadi ini tidak ada ini kita dah buat permohonan untuk dimasukkan melibatkan kawasan-kawasan projek tebatan banjir termasuk Sungai Tengi, Kuala Selangor. Ini dalam permohonan dan itu akan sedikit banyak akan terlibat isu-isu yang berkaitan hakisan ini.
Untuk Yang Berhormat Meru, pertanyaan mengenai isu yang ketanggungan banjir di Kampung Budiman ini. Kita dah meneliti pertanyaan itu dan sebenarnya untuk Kampung Budiman ini ialah untuk mengurangkan risiko di kolam takungan banjir di Kampung Budiman ini untuk mengurangkan risiko di Kampung Budiman serta mengawal air itu di masuk ke sungai Bakul dan terus ke Sungai Binjai, di mana Sungai Binjai ini akan melalui kawasan Meru itu ya. Dan menyebabkan banjir di Meru, jadi projek naik taraf kolam ini akan memberikan perlindungan yang baiklah kepada 100ARI bagi Kampung Budiman, Jalan Paip dan sebagainya Jalan Hamzah. Jadi susulan daripada itu kita telah melaksanakan mesyuarat teknikal dah dibuat untuk menyemak reka bentuk pelan tersebut dan peruntukan daripada 2 outlet kolam ini dipasang pintu kawalan air, ada sedikit perubahan reka bentuk untuk dikawal air bagi mengawal aliran puncak mengalir terus ke Sungai Binjai. Kita tidak benarkan air terus mengalir ke Sungai Binjai kerana dia akan menyebabkan tekanan banjir di Meru. Jadi itu antara yang kita telah putuskan. Dan dari segi takungan dia memenuhi kapasiti 450 ribu cuma kerja-kerja penyelenggaraan itu kita tidak boleh ganggulah kerana masih di bawah pihak kontraktor sedang melaksanakan tugas itu, jadi kita tidak boleh mengganggu kerja dia. Dan penyerahan
nanti kita hanya boleh bagi arahan dari semasa ke semasa supaya maintenance dapat dibuat dengan baik sebelum diserah balik kepada kita.
Tapi yang paling pentingnya di sini saya ingin sebut, untuk Meru penyelesaian yang penting ialah projek tebatan banjir Sungai Kapar Besar dan Sungai Kapar Kecil yang kos RM220 juta yang telah diluluskan. Ini yang sebenarnya akan membantu menyelesaikan yang jangka panjang isu-isu berkaitan banjir ini di kawasan Meru. Ini projek yang telah di bawah Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (PTBBT) yang berjumlah RM220 juta ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat inilah dah dapat kelulusan untuk dilaksanakan.
Yang Berhormat EXCO, sikit saja. Cuma saya hendak ucapkan terima kasih kepada Pejabat EXCO, JPS dan juga Kerajaan Persekutuan sebab signboard untuk projek tebatan banjir itu telah ada dan didirikan yang menyebabkan rakyat Meru agak lega tetapi saya mengharapkan kolam tadahan banjir di Kampung Budiman itu juga perlu diselenggarakan dan dikorek didalamkan sebab dah jadi macam padang bola Yang Berhormat. So, minta jasa baik atau pun bantuan Yang Berhormat bagaimana boleh bincang dengan kontraktor untuk korek longkang itu sedikit. Sebab dia akan melimpah juga ke Jalan Paip dan Jalan Chempaka, terima kasih.
Tak apa itu kita akan uruskan sebab dalam masa kontrak ini dia bertanggungjawab juga untuk menguruskan memastikan kolam itu berfungsi. Mana dia tidak perlu tunggu sampai dah habis projek baru hendak buat, jadi kita akan minta secara berkala supaya dia pastikan kolam itu di maintained dengan baik.
Tentang kawasan Taman Aman Perdana yang dibangkitkan oleh sebab banjir itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM15 juta untuk projek pelaksanaan tebatan banjir di Sungai Batu 6 Sementa daerah Klang. Ini juga akan melibatkan juga kawasan berkaitan RM15 juta ini dalam proses pra tender, muktamad skop di kawasan yang akan dilaksanakan di mana kawasan ini perlu dinaik taraf melibatkan keperluan ada sikit isu pengalihan utiliti. Ini akan sedikit mengganggu tapi itu peruntukan itu sudah ada untuk RM15 juta, bagi projek tebatan banjir di Sungai Batu 6, Sementa Daerah Klang.
Seterusnya bagi Yang Berhormat Rawang ada sedikit pertanyaan berhubung dengan isu banjir di Jalan Maxwell ini. Memang ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Selayang tetapi pihak JPS sendiri juga mengambil inisiatif juga untuk membantu mengurangkan kesan daripada banjir itu dengan menyediakan pam di Jalan Maxwell untuk mengepam air, cuma kita menghadapi masalah sampah yang banyak. Jadi saya akan minta JPS menyelaras dengan pihak MPS (Majlis Perbandaran Selayang) supaya dia dapat ambil
satu kaedah, bagaimana dia hendak menguruskan. Situasi ini hampir sama berlaku di Seri Muda. Kita walaupun ada fasiliti yang cantik, kolam takungan yang besar tapi sampah sangkut, air tidak boleh masuk ke kolam, ia menyebabkan banjir. Jadi sampah ini satu isu yang kecil yang menyebabkan kerosakan pada pam kita dan sebagainya. Kadang-kadang kita sediakan dia punya racking sistem itu hendak halang, itu pun tersumbat. Jadi ini antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk dalam menguruskan supaya dia dapat membantu mengurangkan tekanan atau pun banjir di kawasan berkaitan.
Mencelah.
Yang Berhormat Rawang bangun.
Ya dalam ucapan saya sebenarnya saya ada sentuh dua perkara, satu perkara adalah Jalan Maxwell yang seperti yang tadi Yang Berhormat EXCO telah menjelaskan bahawa dia adalah di bawah JPS dan juga MPS. Cuma sebelum ini JPS memang pernah mengatakan bahawa boleh untuk membuat cadangan untuk menaik taraf pam dan juga saliran air di kawasan Jalan Maxwell, ini satu. Yang kedua adalah Jalan Welman ini yang saya pernah beberapa kali tanya di dalam Dewan bahawa siapa yang patut bertanggungjawab atas longkang di Jalan Welman sentiasa MPS yang tolak, JKR pula yang tolak kepada MPS. Menjadikan di longkang tersebut dah retak pun tidak ada orang hendak buat maintenance atau pun baik pulih.
Itu Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi, jalan parit tidak bertuan ini, ini yang termasuk kategori yang sebutkan dan kita dah ada penyelesaian yang saya dah bentangkan. Kita akan tengok balik nanti, cuma untuk one-off nanti kita akan buatkan tapi untuk jangka panjang nanti ada agensi-agensi yang akan kita serahkan. Ini kalau tidak dia akan itu adalah termasuk dalam kategori itu yang saya sebutkan tadi hampir 500 kilometer longkang dan parit yang tidak bertuan ini ya.
Yang Berhormat EXCO, mohon laluan. Meru juga ada soalan berkaitan dengan Jalan Paip yang pecah itu.
Nanti kita ceritakan fasal air dulu ya, kalau ada masa lagilah. Ok, yang seterusnya pertanyaan daripada Subang Jaya. Subang Jaya bertanya isu mengenai dasar penggunaan air tidak terawat oleh kilang-kilang ini. Ini sebenarnya di bawah LUAS, memang kita ada peruntukan untuk mengawal air-air yang sumber air yang diambil yang bukan air terawat. Jadi lesen ada dikeluarkan bagi pengambilan sumber air sama ada daripada bumi atau pun permukaan. Makna dia ambil direct dari sungai atau pun dari bawah bumi, itu kena ada lesen sebenarnya. Itu diambil uruskan oleh pihak LUAS (Lembaga Urus Air Selangor). Jadi sehingga rekod
setakat Disember 2023 jumlah lesen abstrak C sumber air ini telah dikeluarkan pada industri ialah 426 lesen. Dengan jumlah isi padu sebanyak 72,370,000 cubic meter ataupun, meter padu setahun, banyak ya. Jadi jumlah permohonan sumber air tersebut bersamaan 4% daripada jumlah pengambilan air di semua loji rawatan air 4% daripada air yang kita rawat adalah merupakan abstraksi direct daripada sungai atau pun daripada bawah tanah. Jadi itu sedikit sebanyak memang kita kawal, kita kawal semuanya.
Untuk yang pertanyaan daripada Yang Berhormat Morib tentang isu berkait dengan sistem paritan di kawasan rendah. Ini macam saya sebutkan tadi ini merupakan satu fenomena yang penting yang berkomponen yang penting dalam kita menguruskan banjir di Selangor. Jadi kawasan-kawasan rendah ini dan kita hanya boleh mengetahui kawasan rendah ini memanglah secara visual kalau banjir kita nampaklah, tapi dari segi saintifik teknikalnya itu kita perlukan kajian PISMA yang saya sebutkan itu. Tadi saya sebutkan sekarang ini akan dibuat untuk Hulu Langat tapi untuk Kuala Langat sebenarnya dah pun siap. Ada 2021 kita dah siap dan itu dijadikan panduan kepada semua agensi jabatan berkaitan untuk dalam mereka bentuk parit longkang dan badan air yang naik taraf atau pun hendak dibaiki hendak dibesarkan naik taraf dan sebagainya supaya mengelakkan daripada berlaku kawasan-kawasan parit longkang ini yang tidak mengalir mengikut ketetapan atau invert level yang betul. Ini tujuan PISMA itu dibuat dan sudah adapun untuk Kuala Langat, jadi saya mengharapkan benda ini dapat diuruskan oleh pihak agensi yang berkaitan dalam bantu mereka.
Soalan tambahan Yang Berhormat. Ok, saya mendengar daripada Yang Berhormat EXCO, boleh tak di perincikan dan dapatkan detail mana-mana projek-projek di bawah PISMA itu. Untuk yang sedang dijalankan dan akan dijalankan di seluruh kalau boleh di Morib dan seluruh Selangor. Terima kasih.
Nanti saya akan dapatkan detail, saya ingat ada beberapa tempat yang dah siap. Sepang, Kuala Langat, Klang, Meru saya rasa ada beberapa tempat. Dia ada yang di peringkat daerah, ada yang di peringkat bandar atau pun kawasan yang lebih kecil. Ini macam Hulu Langat sedang dalam proses tender. Kita ada saya boleh dapatkan secara terperinci nanti tapi kehendak kita ialah kita hendak buat keseluruhan. Dengan kawasan-kawasan keutamaan yang sering banjir ini, itu kita hendak buat dahulu hendak selesaikan dulu supaya untuk mengelakkan daripada ketidak keselarasan antara longkang dalaman Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Pejabat Daerah dangan JPS. Jadi benda ini lah common ground, common platform nya PISMA ini kita gunakan sebagai panduan dalam kita membangunkan sistem saliran kita. Berhubung dengan isu jalan yang dibangkitkan Pelabuhan Klang, Kota Kemuning bertanya berhubung dengan jalan rosak di Bukit Kemuning FT190 saya sebut saya umum isu berkaitan dengan federal Jalan-jalan Persekutuan ini kita walaupun dipantau di bawah
JKR Selangor dan kita membuat permohonan jadi saya cakap umum yang mana melibatkan Federal Road iaitu jalan Persekutuan termasuk Lebuh Raya Persekutuan. Kita sentiasa memantau dan memohon peruntukan-peruntukan untuk pelaksanaan dan kita memohon kerjasama bersama Roadcare yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan selenggaraan Jalan-jalan Persekutuan. Jadi ini kadang-kadang ada berlaku sedikit bila kita bajet yang kita minta tidak dapat, dapat separuh kadang tidak diluluskan jadi itu menyebabkan ada sedikit dan kita tidak boleh menggunakan peruntukan MARRIS bagi tujuan Jalan-jalan Persekutuan. Jadi kita cuba takat mana yang saya sebut saya umum sebab kalau saya hendak cerita memang panjang soalan-soalan sebab banyak pertanyaan-pertanyaan berkait dengan Jalan-jalan Persekutuan yang perlu kita uruskan. Memang permohonan banyak kita buat tetapi peruntukannya tidak diterima dan sebagaimana yang kita kehendaki. Sama juga dengan yang mana dibangkitkan oleh Kota Kemuning dengan FT190 juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Kembangan berhubung dengan uturn di jalan Seri Kembangan tadi itu pun sama masih kita buat permohonan dan kita mengharapkan kelulusan segera daripada pihak Persekutuan untuk di laksanakan projek-projek ini.
Tentang daripada Yang Berhormat Sungai Ramal ada sedikit tentang kajian kesesakan lalu lintas ini. Untuk makluman siap bangunan jalan JKR dan kita akan laksanakan Kajian Impak Trafik (TIA) dan dengan kajian itulah kita akan tahu bagaimana kedudukan sama ada level of service berapa dan apa yang proses penaik tarafan yang diperlukan. Ini kena ada satu menjadi pra syarat asas kepada kita sebelum decide untuk besarkan, hendak lebarkan dan sebagainya dan ini perkara asas yang kita laksanakan. Yang Berhormat Bukit Lanjan juga bertanya soalan yang sama ini berkaitan Jalan Federal lagi sekali yang berkaitan konsesi Roadcare ini telah dihubungi untuk mereka laksanakan kerja-kerja berkaitan dengan sistem saliran atau saliran longkang jalan yang tidak teratur untuk mengelakkan perkara ini dan hal ini melibatkan FT54 ini pun telah kita maklum kepada pihak Roadcare untuk supaya dapat menyelesaikan.
Permatang ada bertanya soalan berhubung dengan pencerahan berkaitan status reka bentuk Jalan Ban Canal ini Jalan Negeri B110. Projek naik taraf jalan berkaitan Jalan Terusan B110 hingga ke Jalan Raja Musa B42 Tanjung Karang adalah di peringkat perancangan. Kerja-kerja reka bentuk dan akan dimulakan sejurus setelah perunding sudah masuk dalam perancangan untuk dilaksanakan dan dalam peringkat melantik perunding untuk dilaksanakan merangkumi menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 12 kilometer bagi pakej 1 dan 4.5 kilometer bagi pakej 2 bagi jalan-jalan yang disebutkan tadi. So nanti saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat bila jadual pelaksanaannya dan sekarang dalam peringkat melantik konsultan dulu. Saya rasa selain dari Jalan Federal bukan tidak bertuan saya sudah umum saya sudah bagi tahu awal.
Saya masuk kepada tajuk yang dinanti-nantikan yang saya sudah ulang berkali-kali tetapi sebelum itu saya hendak sebut sedikit ada satu soalan tentang pertanian ini yang dibangkitkan oleh Permatang. Ini berhubung dengan isu yang dibangkitkan tentang BUDI komoditi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat walaupun di Federal ia ada sedikit komponen Negeri yang saya perlu perjelaskan di sini. Antara perkara-perkara yang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri laksanakan bagi membantu pesawah ialah supaya kita dapat tingkatkan hasil pertanian mereka, ini adalah langkah kita termasuk di dalam Pelan Transformasi Agro itu antara tujuan kita. Jadi untuk menampung kos pembajakan yang ditimbulkan Kerajaan telah mengumumkan kadar insentif pajakan dinaikkan daripada RM100.00 per hektar per musim kepada RM160.00 per hektar per musim. Jadi daripada RM100.00 dan naik sekarang ini RM160.00 untuk kerja-kerja pembajakan satu hektar satu musim dan memperkenalkan insentif baharu dipanggil Insentif Penuaian ini pada kadar RM50.00 satu hektar satu musim makna kalau campur dua ini RM210.00 sekarang, dulu RM100.00 sekarang RM210.00 makna sekali ganda lebih naik untuk insentif kepada mereka dalam pembajakan dan dalam penuaian ini yang akan dilaksanakan. Kemudian dalam masa yang sama juga Kerajaan Negeri telah pun bagi kalau penggal lepas kita sudah bagi RM500.00 satu hektar sebagai insentif, RM300.00 dalam bentuk tunai kita sudah bagi dan RM200.00 dalam bentuk benih yang kita telah belikan untuk mereka satu hektar RM200.00 kita bagi sebagai subsidi. Jadi untuk makluman Kerajaan Negeri akan cuba menyelesaikan Pelan Bantuan Benih bernilai RM200.00 satu hektar bagi pesawah di kawasan Tanjung Karang dengan membawa resit belian benih sah untuk buat tuntutan di PPK Tanjung Karang. Jadi kalau beli sendiri ada tuntutan resit sah kepada PPK Tanjung Karang kita bayar balik sebab yang lain kita sudah selesaikan maknanya pesawah yang menyertai ladang benih pihak pengeluar benih akan membuat tuntutan kepada PPK yang berkaitan. Jadi akan buat melalui Pertubuhan Peladang kawasan dan untuk makluman pihak Yang Berhormat bantuan benih Kerajaan Negeri untuk pesawah kawasan PPK Sungai Besar telah selesai pada musim yang pertama 2024 kemudian diikuti dengan PPK Pasir Panjang pada musim kedua 2024 ini sudah selesai tetapi kaedah pemberian pada tahun tersebut diberikan pada nilai yang setara dengan tempahan benih oleh pesawah dengan menggunakan garis panduan bantuan khas sumbangan tunai Kerajaan Persekutuan sebagai rujukan kita guna senarai untuk tujuan ini tetapi ada yang sudah beli directly melalui PPK ada yang beli sendiri yang ini Tanjung Karang beli sendiri buat claim daripada PPK Tanjung Karang.
Sedikit Yang Berhormat. Yang tadi Yang Berhormat maklumkan Sungai Besar dan Sungai Panjang sudah selesai. Jadinya maksudnya Tanjung Karang masih belum lagi selesai.
Sekarang dah boleh dilaksanakan.
Jadi maksudnya, apa yang difahamkan yang tadi Yang Berhormat menerangkan, soalannya kita boleh beli dan claim kepada PPK Tanjung Karang?
Musim ini lah dan sekarang ini boleh dibeli dengan resit yang sah itu dan pergi PPK dan dapatkan dan saya beri contoh kalau pesawah itu tempah 8 beg benih bernilai RM448.00 jadi pesawah itu bayar bakinya RM248.00 sahaja kerana ia akan tolak RM200.00 daripada pembelian penuh. Jadi boleh buat begitu yang penting bawa resit dan kita buat ini semua melalui Pertubuhan Peladang jadi kalau Tanjung Karang kena pergi Pertubuhan Peladang kawasan Tanjung Karang itu urusan di situ. Lagi satu insentif yang diberi harga belian padi telah dinaikkan daripada RM1,200.00 per metrik tan sekarang ini kepada RM1,300.00.
Permatang bangun lagi, hendak bagi ruang ke?
Cepat saya tidak ada banyak masa lagi.
Berkenaan dengan yang insentif RM100.00 naik kepada RM160.00. Saya dimaklumkan, yang insentif itu masih sampai hari ini sudah diumumkan. Baru-baru ini dalam perjumpaan kami bersama AIDA Barat Laut pun sudah buat perjumpaan. Tapi cuma saya ingin minta penjelasan untuk dipastikan kembali. Sebab walaupun sudah ada pengumuman, tetapi masih lagi tidak ada ketentuan waktu yang akan bila insentif ini akan dimulakan. Kerana baru dalam peringkat perancangan lagi jadi harap dapat push kan sikit untuk dipercepatkan.
Saya rasa sudah lulus pelaksanaannya itu sahaja nanti kita akan hubungi pihak Kementerian. Ini di bawah Kementerian Pertanian kita akan hubungi untuk pastikan benda ini dapat dilaksanakan dengan segera dan tapi sebenarnya kelulusan bukan perancangan sudah diluluskan kadar itu dan yang terakhirnya saya hendak sentuh mengenai isu PJD Link ini saya sudah bagi ucapan sudah jawab secara lisan baru-baru ini. Jadi ada 2, 3 perkara yang saya hendak sebut. Pertama projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan saya sudah sebut banyak kali sebarang keputusan menolak ataupun menunda sebagainya adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Ini sudah termaktub semua tahu di bawah 20(a) Penswastaan Lebuh Raya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Kaedah Negeri ini kita hanyalah facilitate. Biar saya habis dahulu .
Sikit sahaja.
Tidak saya tidak benarkan. Saya hendak habiskan dahulu ucapan sebelum comment. Yang keduanya Negeri hanya facilitate bangunan daripada Federal. Ini tanggungjawab kita sebagai Negeri yang bertanggungjawab dengan federal tidak kira siapa yang memerintah Federal pun kalau ada sebarang perancangan atau untuk mengusahakan sebarang projek-projek pembangunan di Negeri Selangor kita ada kaedah untuk kita selesaikan. Kita ada Jawatankuasa Pemantauan yang akan meneliti dahulu yang saya Pengerusikan meneliti ada kewajaran untuk dibawa ke MTES. Jadi kita akan bawa bila ada kewajaran dan kita dapat surat rasmi daripada KKR berkaitan Highway ini daripda KKR kita akan pertimbangkan dan kita tengok kalau ada cukup benda-benda yang hendak dibentangkan itu dan ada surat maknanya kita bawa kepada MTES. Dalam MTES kita ada kaedah beberapa kali 3 kali kita akan bentangkan daripada peringkat awal selepas laporan dan selepas selesai dia punya tandatangan ataupun konsesi ada perjanjian konsesi. Jadi 3 kali cuma pembawa ini kita buat pembaharuan sekarang ini projek lebuh raya terutamanya dan infrastruktur kita minta dia buat SIA dahulu, bentang SIA dahulu sebab kita hendak tahu bantahan macam mana bila tahu bantahan dan apa langkah-langkah mitigasi yang hendak dibuat. Ini yang dulu punya tidak menentu buat dahulu maksudnya buat kajian dan sebagainya baru dibentangkan kali kedua laporan SIA sebab TIA dengan EIA itu tidak apa sangat tapi itu pun diperlukan. Saya boleh faham itu cara Negeri makna kita tolak atau terima projek ini bukan kerana nama projek atau keperluan itu kita tengok adakan membawa kebaikan kepada Negeri, kepada rakyat dan benda ini adakah bersesuaian kalau dilaksanakan apa akan menyebabkan masalah dan sebagainya ini kita sudah kaji semua sebelum kita buat keputusan dan kita hanya keputusan untuk menyebut bahawa Negeri menerima cadangan itu bukan meluluskan kita tidak ada kuasa meluluskan. Cuma kita tengok jajaran ini okay kena tanah siapa? Ada bantahan? Adakah menyebabkan pencemaran sungai? Kita jadi kita akan cadangkan supaya perkara ini dapat dibuat dengan baik. Jadi lepas itu kita akan buat keputusan sama ada Negeri tidak ada halangan sebagainya tetapi keputusan hendak award dan teruskan sebagainya bukan di bawah Negeri ia adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Itu keputusan ataupun kedudukan daripada segi Negeri dalam berkaitan dengan lebuh raya dan sebagainya. Terima kasih.
Bagi Hulu Kelang ke? Bagi?
Yang Berhormat suka saya teliti penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Dan saya faham bahawa projek-projek daripada Kerajaan persekutuan, memanglah akan diteliti oleh Kerajaan Negeri dan sewajarnya kita cuba facilitate untuk pembangunan yang berkenaan. Tetapi untuk Yang Berhormat EXCO menyatakan Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa, untuk menolak ataupun membatalkan sebarang cadangan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya kira perkara ini
perlu diteliti semula. Kerana Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab kepada rakyat di dalam Negeri berkenaan, sama ada pembangunan itu adalah pembangunan berkualiti dan tidak memberikan bebanan ataupun menimbulkan masalah kepada rakyat di dalam Negeri yang berkenaan. Saya memberi contoh yang saya sebut dalam perbahasan saya dalam minggu yang lalu, bahawa Projek Lebuh Raya (KIDEX), yang dijenamakan semula sebagai PJD Link. Ianya juga adalah projek Kerajaan Persekutuan, tetapi apabila dilontarkan kepada Kerajaan Negeri, walaupun Kerajaan Negeri pada ketika itu tidak lah senada dengan Kerajaan Persekutuan. Tetapi kita mengambil pertimbangan yang cukup teliti. Melakukan semakan dan kajian bagaimana penerimaan projek itu, di kalangan penduduk-penduduk di Petaling Jaya. Dan akhirnya penduduk Petaling Jaya menuntut Kerajaan Negeri menolak projek yang berkenaan. Dan itulah pendirian yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menolak Kidex pada ketika itu. Jadi saya nak perbetulkan Yang Berhormat EXCO, Kerajaan Negeri ada kuasa jangan tunduk dan melutut kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata kerana asakan daripada Ketua di Putrajaya. Kita ada kepentingan negeri. Kita ada kepentingan pembayar Cukai dalam negeri Selangor. Jadi saya harap..
Nak ceramah ke tu? Saya nak jawab masa tak banyak.
Saya harap lebuh raya PJD Link ini teliti betul-betul.
Ok. Saya faham Yang Berhormat.
Nanti kejap. Sikit lagi.
Tak, tak saya tak benarkan. Cukup.
Betul sekejap. Sikit lagi.
Cukup. Saya dah cukup Clear.
Daripada Bukit Gasing..
Hulu Kelang boleh duduk Hulu Kelang.
Sebab dia dah bagi laluan tadi. Bagilah saya habiskan hujah saya.
Sudah, sudah, cukup. Saya nak tanya Yang Berhormat Hulu Kelang ni, yang dia hebat sangat. Dia tolak Kidex itu atas alasan apa? Adakah SIA dibuat? Dia berjumpa dengan penduduk berapa orang? Inilah dia saya kata kerajaan ini kerajaan yang bertanggungjawab. Saya taknak dialog, biar saya cakap.
Sebab itu beri saya habis..
Kita menolak..
Kita tolak, sebab setelah kita adakan libat urus rakyat Petaling Jaya tidak menerima projek ini.
Yang Berhormat tolak projek..
Yang kedua, dalam perbincangan kita dalam Dewan, saya sebut ketika itu ada dasar, supaya rakyat menggunakan sistem pengangkutan awam..
Minta duduk dululah Hulu Kelang. Dah terkeluar daripada tajuk..
Melebihi 60%. Bukannya sistem pengangkutan persendirian.
Yang Berhomat Hulu Kelang duduk dulu bagi ruang pada EXCO untuk menjawab.
Ini, Taman Medan hendak sangat projek ini. Yang bercanggah dengan..
Yang Berhomat Hulu Kelang boleh duduk dulu. Terima kasih. Taman Medan pun duduk.
Saya tidak benarkan.
Betul, saya tidak setuju dengan EXCO. Bukan saya hendak projek. Saya minta YB EXCO tarik balik.
Minta maaflah.
Bukan Taman Medan hendak projek. Tidak betul.
Bukan. Taman Medan hendak projek ini dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. Saya faham.
Yang Berhormat, saya bukannya saya nak. Yang saya sebut dalam perbahasan saya, saya refer kepada laporan Yang Berhormat bagi.
Okay, okay tidak apa. Kalau Yang Berhormat taknak saya tarik balik. Jadi kita rekodkan, Yang Berhomat tidak berminat dengan projek PJD Link.
Cuma, cuma Yang Berhormat..
(Dewan Riuh)
Sila duduk. Taman Medan sila duduk..
Duduk, duduk..
Tidak, sikit je saya nak tanya..
Saya tidak benarkan.
Taman Medan duduk dula ya. Nanti bangun semula.
Saya dah banyak kali beritahu, kita tolak projek ini atau sebagainya, kita tidak terima apa alasannya. Kerajaan bertanggungjawab. Adakah kerana 2, 3 orang jumpa kita, kita tolak? Kita kena buat SIA. This is the scientific way.
Ya, ya, ya.
Pelaksanaan social impact assessment ini tujuannya hendak tahulah bantahan itu betul tak betul. Itu yang kita nak. Jadi daripada SIA lah kita tahu dimana bantahan yang berlaku dan apa langkah mitigasi. Macam mana nak kita betulkan. Projek ini bagus tetapi masalahnya jajaran. Jajaran itu macam mana hendak betulkan? Kita kena dengarlah. Kalau kita tengok jajaran yang dicadangkan baru
ini pun tidak boleh selesai, jadi kita kata tidak bolehlah. Itu sahaja. Kuasa menolak itu bukan kuasa kita. Kuasa dibawah federal, ini dah termaktub dibawah seksyen 20 A.
EXCO, saya hendak tanya. Apa pendirian Kerajaan Negeri? Apakah projek ini akan diteruskan atau tidak?
Itu saya kata tadi, kita tengok sekarang dia kata ada penambahbaikan di kawasan jajaran di Petaling Jaya. Kita hendak dengarlah apa dia.
Tetapi sebelum, eh Sekinchan, you EXCO apa? Kalau EXCO tourism tu diam jelah. Kalau setakat nak pusing-pusing Selangor tu diam jelah. Memang tak layak pun.
Yang Berhormat EXCO yang teruskan ke atau nak bagi ruang?
Sebab itu saya cadangkan DAP lantik KKB dilantik sebagai EXCO. Keluarkan Sekinchan daripada EXCO.
Yang Berhormat EXCO. Jangan habiskan masa Dewan ya. Yang Berhormat EXCO nak teruskan ke nak bagi ruang?
Dah jadi Menteri Besar pun tak faham. Malulah.
(Dewan Riuh)
Yang Berhormat EXCO. Hendak teruskan ataupun nak bagi ruang pada Hulu Kelang?
Saya tak bagi dah. Tapi dia masih teruskan.
Teruskan Yang Berhormat EXCO.
(Dewan Riuh)
Saya tanya..
Yang Berhormat Hulu Kelang, sila duduk.
Tidak. Saya tanya pendirian Kerajaan Negeri..
(Dewan Riuh)
MTES nanti akan bawa. Kita nanti tengok dengan teliti kalau ada kewajaran dan kita minta dia buat balik..
Hey, tarik balik Menteri Besar! Ni perangai hodoh. Baru balik haji tidak ada akhlak.
(Dewan Riuh)
Hey, janganlah cakap macam itu. Tak sopan.
Yang Berhomat Hulu Kelang, Taman Medan duduk. Kita bagi ruang Yang Berhormat EXCO untuk jawab.
Yang Berhormat EXCO, saya nak tanya sebab..
Taman Medan, Hulu Kelang. EXCO tak bagi..Ini floor EXCO.
Saya tak habis lagi soalan. Dia bagi, Sekinchan yang kacau.
Saya minta tolong Hulu Kelang, Taman Medan, duduk.
(Dewan Riuh)
Ini apa hal ni? Apa benda ni?
Yang Berhormat EXCO dah habis ke? Okay terima kasih Yang Berhormat EXCO.
Macam mana belum habis lagi jawapan..
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Infra dan Pertanian.
Apakah ini satu kebanggaan Kerajaan Negeri? Apakah ini yang hendak dibanggakan?
Saya dengan ini menjemput YAB Dato’ Menteri Besar untuk memberi penjelasan kepada penggulungan.
EXCO tidak berani menjawab jawapan soalan daripada pihak Pembangkang. Apakah ini Dewan yang mulia? Apakah tujuannya? Kalau EXCO tak boleh jawab, cakap tak boleh jawab. Saya tanya pendirian Kerajaan Negeri hendak teruskan atau tidak? Sebelum Pilihan Raya, Menteri Besar..
(Dewan Riuh)
Mantan menteri tidak faham bahasa. Penjelasan sudah..
Tolong duduk Hulu Kelang, Taman Medan, Pandamaran duduk. Kita bagi ruang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk beri penjelasan. Penjelasan daripada Dato’ Menteri Besar.
Kalau macam tu pecat la semua EXCO. Biar Menteri Besar jawab sorang.
Faham peraturan Dewan. Bila Speaker bercakap, duduk. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Izinkan saya untuk menggulung Perbahasan Usul berkenaan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama yang telah bermula semenjak seminggu yang lalu atau pada kali pertama pada hari Khamis yang lalu dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 41 Ahli Dewan yang telah membahaskan Usul ini dalam pelbagai sudut dan juga pelbagai sudut pandang untuk sama-sama kita melihat dan memastikan rancangan-rancangan yang di rencana dalam Rancangan Selangor Pertama dapat dimuktamadkan dengan mengikut perancangan yang telah direncanakan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian saya ingin mengimbas beberapa sedikit perkara kepada kelahiran Rancangan Selangor Pertama. Sebenarnya Rancangan Selangor Pertama ini adalah sebahagian daripada Pelan yang telah mula dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri apabila kita berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan. Saya baru nak mula. Sabar.
Kata nak jawab PJD Link. Jawab lah dulu.
Sabar lah, baru nak mula.
Hulu Kelang.
Jawablah yang itu dulu. Lanjutan daripada Pandan Indah, jawab lah yang itu dulu.
Baru nak buka. “Gelojoh sangat fasal apa? Sabarlah sikit dah tua dah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian justeru pihak Kerajaan Negeri pada ketika itu melihat bahawa penyelesaian terhadap situasi yang dipanggil unprecedented situation itu harus dilaksanakan secara long hall ataupun dalam satu kerangka yang penuh. Saya sebutkan dalam Dewan Negeri saya sebutkan di dalam ucapan kepada rakyat ataupun kepada masyarakat pada ketika itu, Kita berada dalam situasi cognitive challenge of war di mana pada ketika itu kita kena mengubah sedikit pendekatan kita sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada ketika itu. Justeru pada ketika itu saya telah melihat beberapa rangka-rangka yang telah dimulakan dengan klasterisasi Ekonomi dan kemudian dirangkumkan di dalam Rancangan Selangor Pertama yang telah dibentangkan kali pertama pada bulan Ogos tahun 2022 dan pelaksanaan nya sebenar telah bermula sejak daripada tahun 2021. Kenapa 2021 kita tak boleh dibentangkan kerana selepas bulan Julai dan bulan Ogos saja selepas proses vaksinasi dapat diselesaikan baru Dewan dapat bersidang dan kita hanya dapat bentangkan pada tahun 2022 kerana atas sebab-sebab tertentu kita harus membentangkan belanjawan kita harus mendengar titah pembukaan pada bulan Mac dan pada sesi pertengahan baru dapat kita bentangkan Rancangan Selangor Pertama.
Jadi untuk saya pertamanya memberikan maklum balas kepada Dengkil perkara mengatakan bahawa kajian separuh penggal ini merupakan kajian sudah terlepas. Sebenarnya tidak apa yang dibentangkan dan kertas-kertas yang dikemukakan pada hari ini adalah kertas yang telah dimuktamadkan pada akhir tahun 2023. Kenapa kita tak bentangkan pada tahun 2023 dan awal tahun 2024? Sekali lagi kerana kita kena bentangkan belanjawan, kita kena membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan hanya dapat dibentangkan sekarang tetapi sebahagian daripada kertas-kertas atau pun angka-angka yang dibentangkan ini dimuktamadkan pada akhir tahun 2023. Dan dalam pembentangan nanti khususnya untuk menjurus kepada bagaimanakah kita mampu untuk melaksanakan ataupun bagaimanakah pencapaian terkini sehingga Jun tahun 2024 saya akan kemukakan beberapa angka-angka yang saya tak kemukakan
dalam pembentangan kerana ia bukan kajian Separuh Penggal kerana ia adalah prestasi semasa yang dinilai daripada sudut ataupun daripada situasi kita lihat daripada pemantauan dan sebagainya.
Justeru saya percaya dengan beberapa petunjuk-petunjuk Makro yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, Ada satu perkara yang dibentangkan iaitu berkenaan dengan Kadar Sumbangan KDNK dan juga Kadar pertumbuhan. Ia sedikit sebanyak disentuh Hulu Kelang dan juga Gombak Setia dalam perbahasan tersebut. Saya nak sentuh tentang kadar sumbangan KDNK. Kadar Sumbangan KDNK yang disasarkan memang diletakkan dengan kadar yang agak tinggi di peringkat awal iaitu pada kadar 30% sumbangan KDNK. Dan saya telah menjelaskan beberapa petunjuk-petunjuk yang memungkinkan kita boleh mencapainya dan saya sebutkan mungkin dalam Kajian Separuh Penggal kita boleh menilai semula berdasarkan kepada prestasi semasa. Sebab itu dalam pembentangan dan Kajian Separuh penggal ini, dengan melihat beberapa perubahan-perubahan semasa yang saya sentuh di peringkat awal ialah dalam bidang Geopolitik yang telah memberikan kesan dagang seluruh dunia mahupun kepada pertumbuhan Ekonomi Global yang sedikit perlahan dan beberapa dasar-dasar baru yang dirangka oleh pihak Kerajaan Persekutuan, NETR, NIMP, Rangka Ekonomi Madani, dan kajian Rancangan Malaysia ke-12. Kesemua ini telah dirangkumkan kembali dalam Kajian Separuh Penggal ini. Jadi kita telah menutukkan bahawa untuk sampai tahun 2025 berdasarkan kepada prestasi semasa, kemungkinan untuk kita sampai 30% itu adalah dalam keadaan yang agak sukar. Justeru kita telah menurunkan kadar sasaran kita saya sebutkan dengan jelas ketika pembentangan kepada kadar 27% dengan kadar-kadar perkembangan terkini. Yang kedua, Hulu Kelang menyebutkan tentang kadar purata. Kadar purata yang telah berjaya dicatatkan pada tahun 2023 ialah 7.43% perkembangan. Dan ia melampaui pada kadar 6.5 hingga 7 yang ditetapkan dalam Rancangan Selangor Pertama. Dan beliau menyebutkan itu adalah pencapaian tahunan. Saya ingin memaklumkan bahawa kadar purata didapati daripada kadar tahunan. Kerana daripada kadar tahunan itu ditambah dan dibahagi dengan tahun tersebut maka kita dapatlah purata tahunan bagi 3 tahun terbabit. Jadi walaupun nak sebut ia berbeza dan sebagainya tetapi pada akhirnya angka itu adalah angka yang sama. Ini adalah pertimbangan perangkaan yang biasa kita pertimbangkan dan angka itu menunjukkan kita berada ahead ataupun di depan sedikit daripada kadar yang telah ditetapkan sedikit sebanyak kerana ia disumbangkan oleh pertumbuhan yang sangat luar biasa pada tahun 2022 dengan pertumbuhan lebih daripada 11% pada ketika itu.
Namun begitu kita masih lagi menunjukkan prestasi yang baik dengan kadar 5.4% dengan jumlah nilai dagangan lebih 400 bilion Ringgit Malaysia. Peningkatan lebih daripada 41 bilion daripada tahun 2022. Daripada 2021 ke tahun 2022. Dari 360 kepada 340 kepada 380 billion dan saya ingat meningkat lebih kurang 20 bilion lebih kepada 406
bilion pada tahun 2023. Dan dengan beberapa keputusan-keputusan yang dirangka antaranya ialah menambah petunjuk Makro daripada 14 kepada 16 dan juga menambah jumlah projek yang telah ditetapkan secara keseluruhan daripada 292 kepada 282. Kita percaya dengan progres yang telah ditunjukkan itu kita boleh mencapai minimum 27% sumbangan KDNK kepada Nasional pada tahun 2025 nanti ataupun apabila selesai Rancangan Selangor yang Pertama. Ini adalah sudut pandang yang saya rasa harus diteliti dengan besar dan saya ingin menjawab beberapa angle yang telah diberikan khusus oleh pihak Pembangkang daripada Dengkil, Hulu Kelang dan juga Gombak Setia semasa membahaskan capaian dan juga hala tuju rancangan Selangor pertama sebagai rancangan yang komprehensif. Ahli Yang Berhormat tadi saya juga mendengar bagaimana Gombak Setia untuk mencadangkan pada rancangan yang seterusnya supaya kita tidak cuba merangkum semua. Kita hanya menumpu kepada projek-projek kerajaan Negeri sahaja. Saya kira ini tidak bertepatan dengan hasrat yang terkandung dalam pemikiran Kerajaan Negeri supaya kita dapat merangkum dan juga merangkul keseluruhan pelan dan rancangan yang telah dikemukakan. Apa yang berlaku cabaran pada kita ialah bagaimana untuk memastikan pihak swasta terutamanya dapat melaksanakan projek sebagaimana yang telah dirancang dan direncanakan. Sebab itu saya ingin melaporkan di sini setelah 6 bulan pertama tahun 2024, kalau diukur daripada sudut pencapaian kita telah berjaya melonjakkan prestasi pencapaian keseluruhan. Ini yang terkini yang kita catatkan pada Jun 2024 kepada 64%. 64% berbanding 49% pada 2023. Angka yang dibentangkan 2023 tapi pencapaian terkini adalah 64%. Kenapakah 64% ini berjaya kita lonjakkan. Pertama kerana kita telah berjaya memuktamadkan tentang kepimpinan dan juga masa depan lima tahun, empat tahun Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Negeri 2023. Itu yang pertama. Kestabilan itu telah memberikan keyakinan pelabur untuk meletakkan pelaburan-pelaburan dan juga kerja-kerja yang dilaksanakan.
Yang kedua, di pihak Kerajaan Negeri juga sudah mula memperkasakan SIAP di mana SIAP menjadi agensi penting supaya dapat memantau keseluruhan projek ini dapat berlangsung ataupun tidak di samping taklimat-taklimat dan juga pelarasan-pelarasan di pelbagai peringkat. Saya sendiri telah bertemu bukan hanya di kalangan pegawai-pegawai daerah dan juga Dato’ Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan sahaja malahan saya bertemu sampai di peringkat ADO dan Setiausaha dan Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengarah-Pengarah di Pihak Berkuasa Tempatan supaya mereka juga menggariskan apakah projek-projek dan apakah rencana dalam Rancangan Selangor Pertama yang ada kaitan dengan mereka. Ada satu sesi dan dua sesi sebenarnya saya telah bertemu dengan mereka. Dengan sesi taklimat yang dilakukan Unit Perancang Ekonomi dan pihak-pihak berkenaan. Yang kedua, saya juga telah melaksanakan beberapa sesi dengan CEO anak-anak syarikat bukan hanya CEO induk tetapi CEO anak syarikat yang lain di kalangan keluarga MBI, di kalangan keluarga
PKNS, di kalangan keluarga PKPS. Dengan MBI saya telah dua sesi kita laksanakan diikuti taklimat dan juga libat urus dengan pihak-pihak terbabit dan kita percaya dengan keseluruhan jentera kerajaan yang dapat bergerak dengan kukuh ini kita akan dapat mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan. Yang ketiga, sudah pasti ada beberapa perkembangan baru kita harus menyusun atur kembali dengan dasar-dasar NIMP. Dengan dasar-dasar NETR sebagai contoh di peringkat persekutuan dan antara yang kita dapat lihat ialah bagaimana kita dapat dalam masa tempoh yang singkat 6 bulan atau 7 bulan pertama sahaja kita telah berjaya untuk memastikan projek ataupun program semi konduktor dalam bertapak di negeri Selangor dengan lebih kukuh dengan ekosistem yang lebih mampan dan Kementerian Ekonomi turut membantu dengan sebahagian dana yang telah disumbangkan malahan selepas ini kita telah dapat komitmen pula untuk membuka pusat industri yang menumpu kepada semikonduktor ini supaya ekosistem itu dapat kita rebut sesuai dengan wave ataupun gelombang relocation saya ingat Yang Berhormat Hulu Kelang sedar yang ini relocation tentang situasi di kawasan China, Taiwan dan sebagainya dan alhamdulillah mereka telah memilih Selangor sebagai lokasi pilihan mereka. Hanya kita perlu segera menetapkan dan ia akan memberi impak sedikit sebanyak kepada sektor E&E. Ini saya rasa satu perkara telah didapati atau telah berjaya kita capai sebagai contoh kalau kita lihat kepada Stadium Shah Alam kalau ikut daripada apa yang ada di atas kertas ia mungkin hanya pada sekitar 5 atau 6% tetapi dengan aktiviti perobohan telah dimulakan sebenarnya kita telah hit dalam sekitar 8 ke 7% daripada situasi semasa. Dan saya nak sedikit menyentuh tentang apa yang disebut oleh Hulu Kelang kemungkinan untuk swapping iaitu melibatkan tanah Yayasan Selangor saya nak sebutkan tanah itu tidak akan dilibatkan kerana tanah tersebut tanah Yayasan Selangor yang telah kita kenal pasti itu kita minta supaya PKNS lead untuk pembinaan pelabuhan Pulau Carey. Jadi tanah itu kemungkinan akan di kerjasama dengan PKNS dan juga pihak yang akan dilantik oleh pihak Persekutuan untuk membangunkan Pulau Carey.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar. saya nak merujuk kepada penjelasan tentang usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, untuk menjayakan program relocation of some of the major industries from our regional economy partner seperti China, Taiwan dan beberapa negara yang lain. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Apakah pertimbangan yang diberikan kerana dalam keghairahan kita, untuk push up the value chain di kalangan local players ini. Mereka mesti disediakan dengan keupayaan untuk, menerima pendekatan ESG dalam aktiviti mereka. Sekiranya mereka tidak menerima pakai kaedah ESG ataupun teknologi-teknologi hijau ini, kebimbangan kita ialah mereka tidak mendapat tempat dalam supply chain, syarikat-syarikat MNC. Dan ini menyebabkan produk-produk mereka tidak dapat dieksport ke Negara-Negara Eropah khususnya. Jadi apakah langkah-langkah kerajaan,
untuk memastikan the local players industry tempatan E&E di Selangor ini. Untuk segera beralih daripada labour intensif kepada automasi dan teknologi-teknologi hijau ini. Supaya mereka juga mendapat peluang menjadi rantaian bekalan kepada syarikat-syarikat gergasi daripada negara-negara luar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang telah dikemukakan. Kalau saya ambil contoh bagaimana kita tidak mahu agar pelaburan yang datang itu tidak memberikan impak khususnya kepada SME di peringkat Negeri Selangor yang mana SME-SME ini akan menjadi industri-industri sokongan kepada MNC ataupun syarikat-syarikat bernilai tinggi sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang sebentar tadi. Dalam semikonduktor mission yang telah kita laksanakan sebahagian daripada pelan yang telah kita rencanakan dengan kementerian Ekonomi dan komitmen yang telah diberikan oleh Kementerian Ekonomi bernilai RM60 juta dalam tempoh lima tahun daripada sekarang adalah untuk membina startup-startup dan SME-SME supaya mereka bersedia mampu untuk menjadi peniaga ataupun pembantu kepada bidang semikonduktor ini dan salah satu daripada aspek yang ditekankan itu adalah aspek-aspek E atau environment dalam ESG itu supaya mereka dapat menepati ciri-ciri tersebut dan ia disokong pula oleh dasar-dasar pihak Kerajaan Negeri sebagai contoh Polluter Pays Principle (PPP) ataupun Zero Discharge Policy (ZDP) yang telah dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Negeri supaya ia dapat memastikan keseluruhan operasinya itu menepati aspek-aspek ESG sebagaimana yang ada dalam dasar-dasar oleh pihak Kerajaan Negeri. Malahan tadi waktu makan tengah hari kita juga melancarkan E-Waste atau kitar semula E-Waste ini contoh bagaimana kesedaran itu harus dikemukakan dan kita bersedia untuk melatih selepas ini dengan kerjasama pihak-pihak terbabit supaya industri ini dapat menepati aspek-aspek environment atau teknologi hijau dan juga pendekatan hijau ketika dalam pelaksanaan operasi mereka kerana dalam bidang semikonduktor sebagai contoh apabila kita bersedia nanti untuk mendapat industri yang dipanggil sebagai wafer sebab semikonduktor ini ada tiga, IC design, advance packaging dan wafer. Kita belum sampai tahap wafer. Yang wafer yang besar ini contohnya ialah Infineon di negeri Kedah dan sebab itu Kedah mendapat beberapa nilai pelaburan yang tinggi tapi hasil daripada 1 projek iaitu Infineon RM25 bilion tahun lalu. Dan itu juga ada nilai yang lain atau ada kesan yang lain. Kesan yang lain itu adalah tentang pengaliran tenaga dan juga tentang penyaluran air. Sebab itu kita berdepan dengan masalah di kawasan-kawasan utara Kedah dan beberapa buah negeri kerana mereka ada wafer industri ini yang turut akan menggunakan air yang sangat besar ketika operasi dan juga tindakan mereka. Jadi itu antara perkara yang ada dapat dilaksanakan dan kita bersedia bekerjasama dengan kementerian terbabit khususnya supaya melihat industri ini bersedia bukan hanya merebut peluang ekonomi tapi juga menjamin aras ketiga atau pun pasak ketiga dalam Rancangan Selangor Pertama supaya kita dapat mencapai sebuah negara yang livable atau negeri yang livable pada tahun 2025. Ahli
Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin menyentuh tentang hal ehwal kemiskinan yang juga disentuh oleh Yang Berhormat Banting dalam penggulungan sebentar tadi.
Yang Berhormat, tadi, Yang Berhormat ada sentuh tentang tanah-tanah Yayasan Selangor. Boleh Yang Berhormat tegaskan sekali lagi, bahawa tanah-tanah tersebut tidak akan dipindah milik dan tidak digunakan sebagai kaedah pertukaran tanah untuk, pembangunan kompleks sukan Shah Alam.
Saya ingin sahkan sehingga jam 3.26 petang ini tidak ada rencana dan rancangan untuk kita swap tanah tersebut. Tetapi tanah tersebut kita akan jadikan sebagai kapital pihak Kerajaan Negeri untuk memegang minimum 20% kepada usaha dan juga operasi pelabuhan ketiga kerana kita belajar daripada apa yang berlaku di North Port, West Port dan South Port. Semua pelabuhan itu beroperasi hasil kepada kerajaan Negeri hanyalah mengalir dalam bentuk cukai. Tetapi kapital kita adalah 1000 hingga 1500 ekar tanah Yayasan Selangor itu dan tanggungjawab itu diletakkan kepada PKNS dan tidak ada usaha untuk swap kerana usaha untuk swap itu hanya melibatkan di antara MBI. Terima kasih.
Yang Amat Berhormat, setakat 3.26 sejumlah 1277 hektar tanah Yayasan Selangor, tidak akan dipindah milik. Setakat jam 3.26. 3.27 belum tahu lagi. Belum habis, sabar, sekejap rehat dulu. Minum air. YAB. batuk. Kesian. Saya nak tanya, jawapan tu tak berapa kuat, Yang Amat Berhormat sebab Yang Amat Berhormat sebut 3.26. Mungkin 3.45, mungkin 4 petang ini, mungkin malam ini, lebih baik Yang Amat Berhormat beli satu kenyataan yang tegas dalam Dewan. Bahawa 1277 hektar tanah Yayasan Selangor di Pulau Carey, tidak akan berpindah milik untuk pembangunan KSSA. Kerana Yang Amat Berhormat, nyatakan tadi tanah-tanah ini akan digunakan sebagai pegangan certain percentage untuk pembangunan pelabuhan yang ketiga. Itu yang pertama. Keduanya sekiranya Yang Amat Berhormat menegaskan bahawa tanah-tanah ini tidak akan digunakan dalam kaedah pertukaran tanah, untuk pembangunan KSSA. Boleh tak saya memohon penjelasan, apakah kaedah pembiayaan pembangunan KSSA, yang belum terjawab sehingga hari ini kerana jumlahnya terlalu besar. RM3.28 bilion. Itu yang pertama. Yang kedua dalam perbahasan saya, saya juga ingin tahu siapakah yang membiayai kerja-kerja perobohan yang bermula pada 2 Julai yang baru lalu. Terima kasih.
Terima kasih. Proses perobohan itu dibiayai di peringkat awal oleh pihak MRCB yang telah kita lantik untuk melakukan aktiviti perobohan dan pembinaan kawasan Kompleks Sukan Shah Alam. Itu yang pertama. Yang kedua,
kita telah mengeluarkan beberapa formula, formula dia sama ada ia dalam bentuk hibrid atau pun dalam bentuk land swapping. Ini dua formula yang kita dah tetapkan dan kita mempunyai setahun daripada 2 Julai untuk mengenal pasti tanah-tanah untuk kita pindah milik atau swap bagi memastikan kos pembinaan Stadium baru Shah Alam dan juga Kompleks Sukan di sekitar itu dapat dibangunkan. Senarai tanah-tanah yang telah kita lihat ada yang berpotensi sebahagiannya ada di Kuala Langat dan sebahagiannya ada di Daerah Hulu Selangor yang kita telah senarai pendekkan dan senarai itu sedang dalam perbincangan di antara pihak Setiausaha Kerajaan Negeri yang mewakili MBI dan pihak MRCB. Itu antara senarai yang telah kita dapat.
Dato’ Menteri Besar, saya mengikuti jawapan Yang Berhormat Menteri Besar tentang isu ini kerana jawapan yang saya terima memang ada dua (2) lah soalan yang saya tanyakan. Yang ada relate pasal Stadium Shah Alam ini. Satu (1) memang clearly jawapan yang diberikan menyebut bahawa projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam adalah melalui kaedah tanah gantian, land swap. Tak adalah dinamik-dinamik lain tu, tak ada, land swap sahaja disebut. Kos keseluruhan merangkumi kos perobohan dan kos pembangunan. Dan juga dalam jawapan yang saya terima tentang senarai dan nilai tanah yang Kerajaan Negeri telah serahkan kepada MBI, saya terima satu, dalam jadual yang diberikan ini, tiga (3) plot di bandar Shah Alam dalam proses mendapatkan nilaian daripada JPPH, yang mana pihak MBI akan gunakan untuk pembangunan stadium. Jadi, mohon penjelasan Menteri Besar sama ada adakah ini land swap?
Bukan, ketika hendak bangunkan projek tersebut, tanah tersebut masih hak milik Kerajaan. Jadi, bila projek itu dibangunkan di atas muka depan MBI dengan lantikan oleh pihak ini, jadi tanah itu harus diberikan kepada pihak MBI. Jadi tiga (3) plot itu adalah tiga (3) plot kawasan stadium kerana semua kemudahan yang telah ataupun yang akan dibangunkan di situ akan diserahkan balik kepada pihak Kerajaan Negeri. Sama ada central station, sama ada hotel, dewan dan sebagainya, akan diserahkan balik kepada pihak Kerajaan Negeri dan ia sedikit berbeza apa yang telah dicapai di antara Kerajaan Persekutuan sebelum ini ketika membangun semula ataupun mereka bentuk ataupun refurbish, dengan izin, ataupun menyelenggara semula Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2017. Ada sedikit berbeza.
Bagi ruang pada Gombak Setia?
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Tadi, Yang Amat Berhormat sebut bahawa Kerajaan Negeri ada tempoh satu (1) tahun. Untuk memuktamadkan bagaimana pembiayaan itu dibuat. Saya ada
beberapa soalan. Soalan saya yang pertama ialah apakah tempoh satu (1) tahun itu, adalah satu tempoh yang menyebabkan Kerajaan Negeri memilih untuk melakukan kaedah perobohan yang mengambil satu tempoh masa yang panjang sehingga masa satu (1) tahun, maka, Kerajaan Negeri ada tempoh masa yang lebih panjang untuk membincangkan soal pembiayaan, yang sehingga hari ini belum dimuktamadkan? Itu yang pertama. Yang kedua, kalau tempoh pembiayaan itu kita nak muktamad dalam tempoh satu (1) tahun. Hari ini dah 2024, tahun depan dah 2025, saya lihat ada pengumuman mengatakan bahawa Kompleks Sukan Shah Alam ini akan siap sepenuhnya 2026. Maka, apakah benar dan Kerajaan Negeri yakin bahawa ia memang boleh disiapkan sepenuhnya dalam tempoh satu (1) tahun pembinaan sahaja. Terima kasih.
Terima kasih. Satu (1) tahun proses perobohan adalah mengikut kepada terma-terma yang telah ditetapkan oleh Majlis Tempatan kerana memandangkan keseluruhan kawasan Seksyen 13 itu juga merupakan kawasan penempatan dan kawasan perniagaan so aktiviti kebisingan itu tidak boleh melebihi tujuh (7) decibel, tak silap saya yang telah ditetapkan sebab itu kaedahnya masih lagi menggunakan kaedah konvensional. Pada hari ini saya ingin menyemak kembali sebab janji mereka nak bawa lebih banyak machinery dan saya harap selepas ini kita kalau boleh semak untuk pastikan machinery itu dapat dirobohkan ataupun bangunan itu dapat dirobohkan dengan tempoh satu (1) tahun yang telah ditetapkan. Dan sebahagian daripada aset-aset itu juga boleh digunapakai semula antaranya runtuhan batu-batu yang telah kita gunakan itu kita boleh gunakan semula untuk menjadi kawasan hakisan pantai, sebagai contoh. Kita telah mengenal pasti satu dua tempat dan kerusi-kerusi yang masih baik sebahagiannya kita akan berikan kepada stadium-stadium lain yang ada di Sabak Bernam, yang ada di Sungai Besar, yang ada di Selayang, yang masih lagi tempat duduk simen dan sebagainya. So, menggunakan kaedah segera dengan menggunakan letupan bukan opsyen yang terbaik kerana ia akan memberikan kesan kepada perumahan dan kediaman sekeliling. Yang ke dua tadi apa ni? Saya lupa.
2026, siap sepenuhnya.
Dan mengikut kepada bagaimana pengalaman MRCB daripada tahun 2017 kita yakin mereka boleh selesaikan pembangunan semula kerana apa yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil berdasarkan daripada briefing yang telah diberikan kepada kita itu hampir bina semula, hampir bina semula ya. Dan mereka dapat siapkan dalam tempoh satu (1) tahun daripada tahun 2016 hingga tahun 2017. Untuk menjawab soalan Hulu Kelang tadi, bukan bila-bila sebab saya dah tegaskan tadi saya hanya bagi simbolik 3.25, sekarang dah 3.35 pun. Kita tak ada perancangan untuk swap tanah tersebut kerana memang tanah tersebut kita khususkan
untuk pembinaan Carey Island ataupun pembinaan Pelabuhan Pulau Carey dan pembangunan Pelabuhan Pulau Carey telah ditetapkan semenjak dari tahun 2022 lagi akan diserahkan tanggungjawab tersebut kepada PKNS yang akan mewakili pihak Kerajaan Negeri. So, kita tidak akan swap tanah tersebut sebaliknya kita akan kenal pasti tanah-tanah lain yang saya sebut tadi.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat menyebutkan bahawa kos perobohan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh MRCB. Jadi, soalan tambahan saya, berapakah kos perobohan stadium ini. Dan apakah pulangan yang akan diberikan kepada MRCB? Saya jangka mana-mana pihak tidak akan melakukan kerja ini secara percuma ya, jadi saya nak tahu kos perobohan dan apakah pulangan kepada MRCB? Dan yang ketiganya, Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat memerlukan masa setahun, untuk kerja-kerja perobohan atas nasihat daripada MBSA. Tetapi pada masa yang sama tempoh ini akan digunakan untuk mengenal pasti tanah-tanah, untuk kaedah pertukaran tanah. Persoalan yang saya bangkitkan dalam Dewan ini, dalam sidang yang lalu pun, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri telah memulakan libat urus dengan pemegang taruh ini semenjak Mac 2023. Sekarang sudah Julai 2024, belum lagi kenal pasti tanah-tanah yang berkenaan. Apakah Yang Amat Berhormat yakin dalam masa setahun ini Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti tanah-tanah yang bersesuaian untuk membiayai KSSA? Sekiranya dalam tempoh setahun gagal mengenal pasti kerana tahun yang lalu sudah pun gagal. Kalau setahun tambahan pun gagal, apa akan jadi kepada KSSA? Stadium sudah roboh. Penilaian tanah belum dibuat, mengenal pasti tanah belum dibuat, pembiayaan belum dikenal pasti, jadi, saya tidak mahu, projek ini menjadi projek gajah putih di tengah-tengah Bandar raya Shah Alam. Jadi, saya hendak jaminan daripada Kerajaan Negeri supaya segera kenal pasti tanah-tanah supaya Dewan ini dimaklumkan tanah-tanah mana yang akan diberikan kepada MRCB bagi membangunkan KSSA. Terima kasih.
Meroboh adalah sebahagian daripada aktiviti pembinaan kompleks baru. So, ia tidak termasuk kita roboh dan kita bayar dia begitu ya. Nilainya saya tak pasti, saya akan bagi kepada Yang Berhormat tetapi saya anggarkanlah. Dianggarkan pada tempoh setahun yang lepas, nilainya dalam RM30 juta untuk merobohkan stadium tersebut. Itu anggaran ya, nanti saya akan bagikan angka yang exact kalau kita dapat balik angka tersebut. Dan ia bukan tugas MRCB meroboh, sebab tugas MRCB ialah meroboh dan membina kompleks tersebut dan itulah nilainya, akan digantikan dengan tanah-tanah yang telah disebutkan. Kalau usaha yang dibuat oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, memang setahun yang lepas kita cuba list down semua. List down itu belum pun kita mulakan negotiate dengan MRCB sebab kita nak muktamadkan dulu usaha segera meroboh dan kesediaan mereka meroboh baru kita
mulakan perbincangan sebagaimana dalam pre-agreement perbincangan untuk mencari tanah itu selepas ataupun semasa proses perobohan itu dimulakan berbanding dengan kita mulakan sebelum tempoh perobohan. Jadi, kita yakin dengan list yang telah disiapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dengan pertimbangan-pertimbangan baru yang dikemukakan oleh pihak MRCB dan sebagainya nanti, kita akan dapat muktamadkan pada tahun 2025 Julai dan pada masa yang sama 2026 selepas operasi itu berjalan dan sebagainya berjalan kita dapat memuktamadkan pembinaan itu pada akhir tahun 2026 sebagaimana dalam rencana jadual yang telah diputuskan oleh pihak MBI kerana di pihak MBI kita bukan hanya melantik Pegawai Urusan, COO dan sebagainya sahaja untuk melihat benda itu, kita turut melantik bekas Pengarah Jalan JKR, bekas Pengarah Negeri Selangor JKR Negeri Selangor, untuk mengetuai satu (1) committee khas menilai aspek-aspek teknikal dan kemampuan teknikal syarikat berkenaan. Terima kasih.
Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Bila Yang Berhormat maklumkan tadi bahawa MRCB bila dilantik, mereka adalah tujuannya bukan hanya meroboh tetapi juga meroboh dan membina, sebahagianlah daripada keseluruhan. Membangunkan semula Kompleks Sukan ini. Persoalan yang timbul di benak pemikiran saya, pada petang ini adalah dalam keadaan kita tak ada keputusan yang muktamad, list tanah tak ada, semua ini tak ada. Adakah Yang Amat Berhormat tak merasakan ini satu risiko bahawa once we flattened the stadium, dalam tempoh setahun daripada sekarang dan ada kemungkinan besar, stadium itu tidak dibangunkan? Adakah Yang Amat Berhormat bersetuju dengan saya bahawa itu risiko yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah ambil dalam membuat keputusan ini?
Kita kena menggerakkan sesuatu, let the ball rolling, kalau kita hanya bincang dan bincang dan bincang daripada tahun 2008, 2009 nak bangun nak bina balik, takkan bina apa-apa. Sebab itu kena move kan ke depan sebab itu proses yang dibuat dengan berhati-hati walaupun proses perobohan saya janjikan pada akhir tahun 2023, kita bincang balik supaya hal itu dapat dimuktamadkan dengan betul dan kita melaksanakan dengan penuh teliti. Sama ada dalam bidang teknikal ataupun dalam urus tadbir korporat ataupun dalam perbincangan secara perniagaan, itu semua diuruskan supaya kita dapat mencapai cita-cita tersebut. Kita masih yakin, saya tak nak menjawab spekulasi ataupun jangkaan-jangkaan yang hodoh, jangkaan saya kita akan cuba siapkan juga pada tahun 2026 dan MRCB telah terbukti kerana telah berjaya refurbish Stadium Bukit Jalil dalam tempoh setahun di mana proses refurbish itu hampir 70% membina baru kawasan Stadium Bukit Jalil yang saya rasa Yang Berhormat kalau datang Stadium Bukit Jalil pun tahu bagaimana perubahan situasi Stadium Bukit Jalil selepas proses tersebut.
Ada satu lagi Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat sebut tadi ada satu Jawatankuasa Khas yang dibentuk yang diketuai oleh bekas Pengarah JKR Negeri Selangor, Dato’ Haji Roslan. Bolehkah Yang Amat Berhormat berkongsi dengan Dewan ini siapakah keanggotaan Jawatankuasa ini dan boleh tak Yang Amat Berhormat pertimbangkan, supaya EXCO Belia dan Sukan juga diberikan pertimbangan untuk menduduki dalam Jawatankuasa ini sebab dalam dua (2) sesi sidang yang lalu, bila persoalan ini berbangkit, dia sendiri tidak ada keupayaan untuk menjawab. Kerana, saya tidak salahkan Kota Anggerik, sebab dia tak ada maklumat. Dan saya semak rupanya dia bukan ahli dalam Jawatankuasa Khas ini sedangkan EXCO Belia. Dia EXCO Belia, dia EXCO Sukan. Seorang yang cukup berpengaruh dalam sektor Belia dan Sukan di negeri Selangor tapi tak diberikan peluang. Seolah-olah Yang Amat Berhormat, tidak mempercayai keupayaan Kota Anggerik untuk duduk dalam Jawatankuasa ini. Jadi, boleh tak Yang Amat Berhormat pertimbangkan supaya berilah peluang kepada Kota Anggerik menduduki Jawatankuasa ini, (Ahli Dewan membuat bising) membantu Kerajaan Negeri, membangunkan KSSA mengikut matlamat yang telah disasarkan? Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Terima kasih. Saya akan berikan jawapan yang holistik. (Ahli Dewan ketawa). Suka sangat (ketawa). Yang Berhormat, kalau saya tak percaya, saya tak lantik beliau menjadi EXCO Belia dan Sukan Negeri Selangor. (Ahli Dewan membuat bising). Sebab itu Yang Berhormat, saya tegaskan bahawa Jawatankuasa itu more on technical. Lead ataupun diketuai oleh Dato’ Roslan yang ada kemahiran teknikal, ada wakil daripada pihak Majlis Tempatan, ada wakil daripada pihak MBI dan kita turut akan melantik wakil daripada MSN. Selaku Pengerusi kepada Majlis Sukan Negeri, beliau sudah pasti boleh mendapatkan laporan secara langsung daripada pihak terbabit ataupun laporan-laporan terkini yang dibentangkan dalam MTES dan sebagainya untuk meneliti perkembangan pembangunan ataupun pembinaan Kompleks Sukan ini yang juga akan menjadi pusat kepada pembangunan keluarga secara keseluruhan. Saya dah dapat dah kos roboh untuk kawasan stadium ini secara provisional kita telah menetapkan tahap nilai RM35 juta. Yang Berhormat, saya dah mendapat angka yang telah ditetapkan tadi. Selesai ya, stadium? Jadi, kita berharap pada tahun 2026 Disember akan dapat dimuktamadkan malahan kita cuba juga untuk mempercepatkan tapi kita tak nak percepatkan sebagaimana pengalaman bila kita lihat stadium di Terengganu. Stadium Terengganu mereka nak jadi tuan rumah SUKMA 2008, mereka percepatkan dalam tempoh satu (1) tahun, dua (2) tahun ia runtuh. Runtuh, jadi masalah besar kepada semua. Jadi Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kalau saya ingin menyambung apa yang disebutkan tadi bahawa status pelaksanaan bagi 20 projek pemacu perubahan sehingga Jun 2024 adalah 66.4% berbanding 49% pada Disember 2023. Prestasi pelaksanaan projek ini dinilai berdasarkan tahap kemajuan
fizikal berbanding jadual, memandangkan kebanyakan projek pemaju merupakan projek infrastruktur berskala besar yang berjangka panjang penjadualan projek-projek ini dilaksanakan secara berfasa. Contoh yang saya sebut tadi adalah kompleks sukan yang kita bahas yang agak panjang dan juga Projek Skim Bekalan Air Sg Rasau yang melibatkan dua fasa dan juga Projek Carey Selangor pelabuhan ketiga yang juga dibahaskan sedikit sebanyak yang merangkumi 3 Fasa.
Jadi, daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat sekalian. Dalam Rancangan Selangor Pertama juga kita telah menjangkakan sebahagian projek itu akan lengkap tetapi bukan lengkap di atas lengkap on the ground lengkap dalam bentuk Fasa. Fasa Pertama..Fasa Kedua dan Fasa Ketiga sebahagiannya mungkin Fasa Ketiga itu berlangsung pada Rancangan Selangor Kedua. Daripada senarai keseluruhan 282 projek ini, daripada senarai semak terbaru hasil daripada perkembangan terkini kita jangkakan ada 69 projek nanti yang akan melangkaui tempoh masa tahun 2025 dan perlu disambung dalam Rancangan Selangor yang Kedua dan ini mungkin meliputi projek Pulau Carey dan juga projek seperti Kompleks Sukan Shah Alam yang mungkin akan lengkap sepenuhnya, sepenuhnya, kalau saya cakap stadium itu sahaja saya yakin boleh siap tahun 2026 tetapi sepenuhnya termasuk Dewan Serba Guna termasuk Hotel, termasuk Parking Berpusat ataupun termasuk Central Station untuk station kemudahan pengangkutan awam kita boleh lantik secara keseluruhannya atau pun lengkapkan selepas setahun 2026 nanti.
Tuan Speaker.
Silakan.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita difahamkan pada 2026 akan ada SUKMA sesi yang tahun itu dan difahamkan juga Selangor berminat untuk menjadi tuan rumah kepada SUKMA 2026 ya, dan pada pandangan daripada khidmat Yang Amat Berhormat Menteri Besar apakah stadium ini kita boleh gunakan sebagai venue dalam SUKMA pada 2026 dan sebagai satu benda yang kita boleh bawa sebagai satu modal kita untuk menghadapi ataupun kita nak..nak membina SUKMA 2026. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita telah mendapat tawaran, bukan kita membida perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak EXCO Sukan Kota Anggerik bahawa kita telah mendapat tawaran untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2026 dan pembangunan stadium ini juga akan menjadi kayu ukurnya sama ada kita mampu siapkan lebih awal tapi kalau kita dapat siapkan lebih awal selepas kita mahu jadi kita perlu bincang sekali lagi saya sebutkan kita tak mahu tergesa-gesa
kerana pengalaman tergesa-gesa ini akhirnya ia akan membawa kemusnahan atau pun masalahan yang lebih buruk atau membawa isu yang lebih tidak jadi sebagaimana yang berlaku di Terengganu yang saya sebutkan tadi.
Seperti Yang Ahli-Ahli Berhormat sedia maklum, RS-1 merupakan inisiatif baharu yang memerlukan masa dan proses adaptasi penambahbaikan dalam proses kerja. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah membangunkan struktur tadbir urus penyampaian RS-1 di mana bahagian 1 di kalangan daripada struktur ini adalah bahagian pembuat dasar iaitu terdiri daripada MMKN dan MTES. Bahagian kedua adalah pemantauan berpusat iaitu Jawatankuasa Pemantau Pelarasan Resolusi yang akan diketuai sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Peneraju dan Bahagian Peneraju ini kita lantik unit-unit tertentu sebagai contoh tema Ekonomi ia akan diurussetia sendiri oleh MBI, tema sosial atau terangkuman sosial yang dirangkumkan sebagai Fasa Kedua akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi, tema kelestarian akan dirancang atau pun akan di rencana oleh Unit Perancang Ekonomi, tema tadbir urus akan ditadbir oleh Bahagian Pengurusan, Setiausaha Kerajaan Negeri kerana ia banyak aspek-aspek pengurusan negeri.
Kesemua teras melaporkan status pencapaian PPI secara berkala iaitu setiap bulan kepada Selangor Implementation and Performance Manitoring Unit menyedari kepentingan aspek pemantauan dan pelaksanaan PPI Kerajaan Negeri memperkasakan Unit SIAP agar pelaporan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, sistem pemantauan ada satu dibangunkan bagi memudah pemilik teras mengemas kini status pencapaian PPI masing-masing, status pencapaian tersebut dipaparkan melalui dashboard Sistem Pemantauan Rancangan Selangor Pertama. Sepanjang pelaksanaan RS-1 terdapat beberapa sesi libat urus, townhall yang telah saya sebutkan sebentar tadi dan ia telah membawa banyak kemajuan khususnya antaranya adalah Program Out Reach RS-1 bersama wakil daerah pada 21 September 2023 dan beberapa sesi-sesi yang saya sebutkan lagi termasuk dengan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Pelaksanaan RS-1 berhadapan dengan beberapa cabaran significant dalam negara antaranya perubahan tampuk Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan dan keadaan ini menyumbang kepada penambahbaikan dan juga pengatursemulaan dasar-dasar Persekutuan dan dasar-dasar Negeri dan turut mempengaruhi kepada kajian separuh penggal itu.
Justeru, sesuai dengan perubahan yang berlaku di Kerajaan Persekutuan dasar seperti NETR, dasar seperti NNIP, Kerangka Ekonomi MADANI di samping tekad 5 tekad 5 tahun yang telah saya kemukakan sebelum Pilihan Raya Umum 2023 Laporan Penilaian dan Pemantauan Outcome (LPPO), Rancangan Struktur 2035 dan Hala Tuju Baharu telah ditetapkan dalam KSP ini telah menggariskan beberapa perkara baru antaranya
adalah Jajaran Rail Selangor. Jajaran Rail Selangor ini perkara baru kita dah masukkan dalam kajian pada tahun 2024 jadi saya harap kita boleh dapat memulakan suatu yang satu significant pada tahun 2025. Selangor Mobility dengan pengenalan DRT, Zon Pembangunan Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Lembah Klang Raya yang disebut oleh Taman Medan (dah keluar pula Taman Medan) dan Pembangunan Taman Solar Besar dan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris (SISGE) di Rawang, Visi Skim Jaminan Air Mentah (SJAM), Pusat Kecemerlangan Tenaga Mampan, Pusat Pemecut Agro Teknologi, Pembanguan Smart Selangor Gigabart Network dan Pusat Kecerdaasan Buatan ataupun AI Center dan untuk Greater Klang Valley atau pun Lembah Klang Raya ini sebenarnya kita telah bermula.
Pada tahap awal sekarang ini sehingga 2025 kita akan menumpu kepada usaha merangka satu enakmen yang tersendiri supaya mereka dapat beroperasi dan bertindak kerana ia merangkumi beberapa Pihak Berkuasa Tempatan dan juga tertakluk Akta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Justeru satu enakmen baru ia diketuai oleh bekas Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan kita di Negeri Selangor, bekas Timbalan Datuk Bandar, Dato’ Puasa dan turut dianggotai oleh Dato’ Dr Syamsaini bekas Pengarah Pelan Malaysia di Selangor dan juga Johor dan juga pernah menjadi Pengarah Pelan Malaysia di peringkat Persekutuan dan beberapa perancang-perancang yang kita telah kemukakan nama mereka dan mereka telah memulakan langkah ini dan di samping masa tersebut kita telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pertama dua minggu lalu dan dalam Jawatankuasa Induk itu turut melibatkan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan secara keseluruhannya supaya kita dapat merangka atau pun merancang jajaran atau pun apa yang dipanggil sebagai Greater Klang Valley ataupun Lembah Klang Raya.
Bagi itu, Rancangan Selangor Pertama telah dibangunkan di peringkat awal menggariskan hala tuju dan keutamaan strategik bagi Negeri Selangor dan terus kepada pertumbuhan trajectory yang dirancang kekal sebagai salah sebuah negeri termaju dan di Malaysia manakala kajian separuh penggal menekankan komitmen teguh Kerajaan Negeri daripada segi pelaksanaan dan bagaimana mencapainya. Jadi kalau saya boleh simpulkan keseluruhan topik rancangan asal yang pertama ia diilhamkan dan di rencana daripada awal selepas kita berdepan dengan keadaan luar biasa pada tahun 2020 dan diikuti beberapa perangkaan dan perancangan yang dikendalikan dan diketuai oleh penjawat-penjawat awam kita, Unit Perancang Ekonomi kita sendiri dan daripada situ kita bertemu melakukan libat urus, melakukan perbincangan sampailah meneliti aspek-aspek tertentu dan pemantauan yang dilakukan dan kita telah mencapai sasaran-sasaran yang tertentu malahan telah mencapai sasaran lebih awal sebagaimana yang saya sebut tadi kadar pertumbuhan secara purata yang telah melebihi 7.43 lebih daripada kadar 6.5 hingga 7 sebagaimana yang telah ditetapkan.
Namun begitu, kita masih mengalami beberapa perkara yang lewat kalau tengok daripada macam buku ini kita akan ada siapa nak...kita akan dapat lihat ada beberapa nampak meningkat sepadan dan ada yang ke belakang dan antara yang agak tertinggal adalah isu kemiskinan dan kita melihat isu kemiskinan ini sesuai kita cuba selaraskan dengan hasrat pihak Kerajaan Persekutuan terutamanya untuk menoktahkan kemiskinan menjelang tahun 2024 dan pihak Kerajaan Negeri sesuai dengan apa yang telah kita terima daripada laporan pihak ICU bahawa kita ingin juga untuk menoktahkan usaha-usaha atau pun gejala kemiskinan ini melalui bantuan yang telah didapatkan. Pada Mei 2024 kita mendapat tahu ada berbaki 700 lebih daripada 8000 senarai mereka yang dianggap miskin tegar di Negeri Selangor yang telah di lock atau pun atau yang telah dimuktamadkan pada tahun 2022.
Daripada 700 tersebut kita menyemak semula bantuan-bantuan yang mereka terima dan akhirnya sebahagian besar daripada mereka itu kita keluarkan kerana sebenarnya mereka telah menerima sumbangan daripada zakat, daripada JKM dan sebagainya dan ada berbaki lebih kurang 400 lebih dan 400 lebih itu telah kita berikan BINGKAS dengan pemberian BINGKAS tersebut kita percaya mereka telah keluar daripada rangka miskin tegar pada Julai 2024 dan itu adalah salah satu daripada usaha yang kita buat kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya bagi memastikan kemiskinan tegar ini dapat dimuktamadkan.
Namun begitu, gejala kemiskinan ini dia bukan berjalan dengan apa kita lock 2022 dia akan kekal apa yang kita lock dia berjalan setiap masa. Justeru daripada masa ke semasa saya ingin sarankan setahun kita ada dua kali proses penilaian terhadap unit ataupun senarai yang ada daripada senarai PADU dan senarai eKasih kerana senarai-senarai eKasih ini adalah satu bentuk yang dinamik dia berjalan dari semasa ke semasa dan dapat kita muktamadkan khususnya miskin tegar yang lebih sukar kepada kita ialah bagaimana menangani miskin relatif. Sebab miskin relatif ini ia bergantung isi rumah, ia bergantung pendapatan, ia bergantung dengan jumlah keseluruhannya dan ia akan menjadi satu agenda khusus yang kita telah tetapkan pada tahun atau pun pada..pada setiap kali Mesyuarat MTPNG untuk memastikan mesyuarat ini dapat memuktamadkan senarai kemiskinan terbabit.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya beralih pula dalam bidang pendidikan antara yang disentuh ialah kenapakah kita meneruskan apa yang telah kita laksanakan semenjak daripada 2014 dan 2015 iaitu pemberian kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina yang 4 nilainya itu kepada RM500 ribu dan tidak menyalurkan lebih banyak kepada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat. Sejak 2009 Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM101 juta kepada Sekolah-Sekolah
Agama Rakyat. 72.5juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 16 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian dan 59.6 juta kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil, 6.8 juta Sekolah Mubaligh dan juga Sekolah Menengah Jenis Persendirian dan 3.3 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah. Insyallah pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk melihat semula nilai-nilai yang telah diberikan ini bersesuaian dengan jumlah pelajar dan juga permintaan yang sedia ada kerana sedia maklum bahawa Sekolah-Sekolah Agama dan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ini sebahagiannya adalah sekolah bantuan separa kerajaan. Kalau Sekolah Swasta ini memang sepenuhnya pada mereka cuma di Negeri Selangor mutakhir ini juga berkembang Sekolah-Sekolah Private atau Sekolah-Sekolah Swasta Agama yang sangat banyak yang sebenarnya telah bertapak Al-Amin dan sebagainya di Negeri Selangor yang sangat lama prestasinya atau pun sangat lama operasinya kita sedia menilai kembali aspek-aspek tersebut demi menguji sejauh mana ia mampu memberi kesan kepada aspek-aspek pendidikan dan perjanjian-perjanjian yang telah diberikan.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin menyentuh tentang Zon Pembangunan Ekonomi Selangor Maritim Gateway (ini Pandan Indah masuk tak tadi? Tak ada) Yang Berhormat Hulu Kelang membangkitkan dan mendakwa atau menganggap bahawa syarikat yang dipertanggungjawabkan projek Selangor Maritim Gateway tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dan saya di sini ingin memaklumkan perjanjian langganan dan pemegang saham yang dimeterai pada 27 Januari 2021 berjaya menubuhkan Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd ataupun LLBSB iaitu sama di antara Landasan Lumayan Sdn Bhd dan Berjaya Land Berhad dan menurut klausa 4 perjanjian itu pihak Berjaya Land bertanggungjawab mendapatkan sumber kewangan sehingga kini pihak terbabit telah menyuntik sejumlah 15.26 Juta bagi membiayai pembinaan infrastruktur pembayaran premium tanah serta program pembersihan Sungai Kelang.
Tambahan kepada itu, seluas 26.29 ekar di Seksyen 24 Shah Alam telah mendapat kelulusan kebenaran merancang pelan susun atur daripada MBSA pada 20 mei 2024 bagi tujuan Pembangunan Riverfront. Keseluruhan pembangunan ini melibatkan 1922 unit-unit rumah dan 40% daripadanya adalah dibangunkan kepada rumah mampu milik dan dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2025 setelah perkara berkaitan dan kelulusan lanjut diselesaikan. Jadi saya juga ingin memaklumkan bahawa sudah pasti SPV yang telah ditetapkan itu harus mendapat ataupun harus disuntik kewangannya apabila sesuai masa yang telah ditetapkan. Pada ketika ini antara langkah-langkah yang perlu mereka laksanakan dan telah dilaksanakan ialah proses-proses pembersihan Sungai Klang dan mereka telah menyuntik yang saya sebut tadi lebih RM15 juta dan kosnya adalah lebih kurang RM4 juta hingga RM5 juta tiap-tiap tahun dan ini akan membantu untuk meningkatkan kualiti air Sungai Klang sebelum projek itu
terbabit. Dan apabila projek itu akan mula dilaksanakan, suntikan daripada pihak Berjaya adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak Berjaya untuk membangunkan atau menyuntik kewangan tersebut.
YAB. Dato’ Menteri Besar, jawapan YAB. Sebentar tadi menyatakan bahawa, dana pembangunan ini akan dibiayai ataupun sumbernya adalah daripada Berjaya Land Berhad. Tetapi dalam perbahasan saya pada 14 November 2023, saya telah merujuk perjanjian yang sama SSA yang dimeterai pada 27 Januari 2021. Klausa 4.2, dengan izin Tuan Speaker: “notwithstanding the above, the parties confirmed that it is their intention that the funding requirements of LLBSB, ini SPV yang baharu, “shall be obtained by LLBSB”. Maknanya not purely on Berjaya Land Berhad. Ini Klausa 4.2. Maknanya SPV ini, akan bertanggungjawab untuk mencari dana bagi pembangunan tersebut “through unsecured commercial borrowing from the external financing”. Jadi apa yang saya bahaskan, mengapa SPV yang baharu ini dibentuk dan membebankan Landasan Lumayan. Dan bukan kepada Berjaya Land Berhad? Sebab itu Berjaya Land Berhad terpaksa menulis surat, kepada YAB. Bertarikh 13 Julai 2022 memohon tanah tambahan sebanyak 100 ekar lagi. Tapi YB. telahpun menyatakan tanah itu tidak dipertimbangkan, maka persoalannya apabila tanah tambahan ini tidak dipertimbangkan, apakah Berjaya Land Berhad ada keupayaan untuk membiayai projek ini? Itu je persoalan saya.
YAB., kita usul dulu ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih belum selesai, maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan YAB. Dato’ Menteri Besar untuk membawakan usul.
Tuan Speaker dah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi: “Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri hendaklah menyambung persidangan sehingga selesai semua urusan Dewan”.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telahpun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila katakan “ya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata “tidak”.
Usul ini dipersetujui. Lebih ramai suara bersetuju.
Sila teruskan YAB. Dato’ Menteri Besar.
Terima kasih. Kalau kita imbas balik jawapan saya, dia juga harus melihat kepada 4.1,4.3 dan 4.4. Di dalam agreement yang telah ditetapkan itu juga menetapkan bahawa ia adalah peruntukan untuk LLSB. Saya tak ingat detail, YB., tapi saya telah menjelaskan bahawa ia tidak boleh hanya dibaca 4.2, dia kena baca 4.1, 4.3 dan 4.4 di mana perkara-perkara 4.1, 4.2 dan 4.4 itu dijuruskan kepada Berjaya Land Sdn Bhd. Diluluskan ataupun diserahkan kepada Berjaya Land Sdn Bhd. Jadi macamana sekalipun kita nak sebutkan ada terma 4.2 ia diikat dengan perkara 4.1, 4.3 dan 4.4 yang memberikan bebanan kepada Berjaya Land untuk membiayai kursus.
Boleh saya bantu YAB. Dalam sesi penggulungan ini? Iaitu perkara 4.1 dia menyatakan dengan jelas di sini dengan izin, Tuan Speaker. “BLB (Berjaya Land Berhad) agrees, that it shall falls the financial support required by LLBSB for the undertaking of the river initiatives and projects undertaken, under the river initiatives and the funding enable LLBSB to make repayment”. Dia sebut situ “repayment of the State loan”. Saya setuju 4.1 menyebut Berjaya Land Berhad bertanggungjawab. Untuk membantu kewangan LLBSB, dalam pembangunan sungai dan juga projek ini. Dan juga to make repayment of the State loan. Persoalan saya ialah walaupun ada Klausa 4.1 yang meletakkan tanggungjawab ini, kepada Berjaya Land Berhad, maka Berjaya Land Berhad menulis surat kepada YAB. Oleh kerana ada klausa ini yang meletakkan bebanan ini kepada Berjaya Land, maka dia tidak ada kemampuan, maka dia tulis surat pada 13 Julai 2022. Dan saya sebut ni, dengan izin Tuan Speaker: “LLBSB would greatly benefit from the additional land as it allows LLBSB to be financially sustainable in the future.” Dengan jelas menyatakan Berjaya Land Berhad tidak ada keupayaan kewangan. Dia mohon 100 ekar tambahan lagi dan tanah yang dipohon ini, ada mesyuarat exco sebentar, saya tangguh sekejap. Boleh sambung ya? Dah beri maklumat yang betul pada Menteri Besar? Okay, jadi persoalannya apabila Berjaya Land Berhad memohon tanah tambahan, dan tidak dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, saya sokong dan tanah yang dipohon ni pulak takde kena-mengena dengan SMG. Dia mohon di daerah Petaling. Saya ingat mungkin kerana nilainya lebih tinggi maka dia mohon tanah ini. Keputusan Kerajaan Negeri, tidak menimbangkan permohonan itu, saya dukung sepenuhnya. Tetapi, dengan penolakan itu, menyebabkan Berjaya Land Berhad berada dalam keadaan 4.1 memerlukan dana untuk membiayai projek ini. Itulah persoalan saya. Sekiranya Berjaya Land masih lagi gagal mendapat pembiayaan, maka projek ini juga akan gagal, dan matlamat dalam Rancangan Selangor
Pertama juga akan gagal. Kerana ini salah satu pemacu perubahan yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama. Terima kasih.
Sebahagiannya berfakta, tapi sebahagiannya andaian. Kalau saya nak lihat, surat yang dikemukakan oleh pihak Berjaya sebenarnya adalah kepada anggaran awal. Jumlah tanah yang boleh dibangunkan di sepanjang Sungai Klang. Kalau ikutkan daripada senarai yang telah diberikan di peringkat awal, kita menganggarkan ada 1000 ekar sebenarnya masa YB. mula-mula melancarkan SMG, kita anggarkan ada 1000 ekar. Daripada 1000 ekar itu kemudian, bila kita buat kajian di atas lapangan yang secara realistik boleh diambil alih ataupun dibangunkan senarainya adalah berkurang menjadi 700 ekar. Jadi daripada 700 ekar yang telah kita kemukakan itu kita semak kembali hakmilik-hakmilik yang telah ditetapkan dan hakmilik itu sebahagiannya dimiliki individu, dimiliki Kerajaan Negeri. Jumlahnya telah berkurang lagi kepada sekitar 500 ekar ataupun 400 ekar lebih kurang. Jadi pada anggapan Berjaya, mereka ingin membangunkan pada kadar pembangunan di antara 500-600 ekar. Jadi mereka ingin menambah jumlah yang kurang itu dan kita tidak berkompromi kerana kita yakin cukuplah 200-300 ekar yang telah dikenalpasti sekarang telah dimuktamadkan untuk kawasan pembangunan boleh kita bangunkan dengan peruntukan dan juga dengan pembiayaan daripada Berjaya. Jadi ia bukan dalam erti Berjaya tidak mampu, tetapi Berjaya ingin memaksimumkan kawasan pembangunan sesuai dengan apa yang dikemukakan ketika Letter of Intent ataupun ketika mereka ingin membangunkan kawasan terbabit. Jadi kita masih percaya Berjaya adalah satu kumpulan yang besar. Kalau Berjaya Land tidak cukup duit saya rasa the parents boleh memberikan kewangan kepada mereka dan ia tertakluk kepada agreement yang telah kita tetapkan dalam memastikan pembangunan SMG dapat dibangunkan daripada sekitar 1000 ekar pada bayangan pertama, jatuh 700-600 dan pada hari ini saya rasa kurang daripada 300 ekar yang sebenarnya yang boleh dibangunkan untuk kawasan pembangunan itu dan itulah yang telah dapat kebenaran merancang oleh pihak MBSA pada baru-baru ini. Ahli Yang Berhormat,
YB., boleh? YAB. Dato’ Menteri Besar, saya menyentuh dalam perbahasan saya ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal. Saya menyentuh tentang bagaimana aspek keselamatan ataupun pembangunan yang akan dibangunkan di zon pembangunan ekonomi SMG sebab saya mengambil kira beberapa keadaan yang berlaku di setengah kawasan lagi-lagi pasca banjir tahun 2021 banyak kawasan sungai kita, reserve tamban kita yang agak, tanah dialah tanah tidak kuat saya tak tahu istilah apa kita nak gunakan. Sudah tentu YAB. juga maklum tentang Pangsapuri Indah Ria yang telah kita telah keluarkan kos yang agak tinggi untuk kita baiki kawasan itu termasuk dengan hari ini sedang berlaku di Seksyen 22 juga beberapa kawasan mendap di kawasan tebing Sungai so saya harap
SMG dapat mengambil kira perkara tersebut dalam pembangunan zon pembangunan ekonomi SMG. Terima kasih.
Memang kebetulan saya baru nak masuk topik yang dibangkitkan oleh YB. Pembangunan di sepanjang jajaran Sungai Klang yang di bawah perancangan SMG telah disyaratkan harus mematuhi garis panduan Pembangunan di atas reserve Sungai Klang oleh PLANMalaysia yang telah berkuat kuasa semenjak 20 April 2022. Berdasarkan garis panduan itu pihak berkuasa tempatan perlu memastikan pembangunan dapat meningkatkan kualiti persekitaran reserve sungai. Memastikan tanah reserve sungai lebih selesa, selamat dan terurus serta mewujudkan peluang ekonomi baharu berteraskan kelestarian kawasan Sungai, mengelakkan sebarang pencerobohan reserve sungai. Usaha ini sudah mula mendatangkan hasil. Berdasarkan kadar kutipan sampah yang turun dengan pembuangan ke dalam sungai dan kutipan sampah telah menurun sebanyak 67% daripada 2016 hingga 2023 dan projek SMG mensasarkan pengurangan kutipan sampah terapung sehingga 70% pada tahun hadapan. Dan sebenarnya YB. Batu Tiga PLANMalaysia telah bersedia awal semenjak daripada tahun 2022 kerana kita faham bahawa Kerajaan Negeri sudah mula merangka perancangan sepanjang reserve Sungai Klang. Ini adalah satu contoh Pembangunan baharu yang terancang dan tersusun kerana kita juga melihat banyak negara-negara besar, negara Eropah, kalau kita datang ke London, United Kingdom kita tengok di sepanjang Sungai Thames kita akan lihat ada kawasan-kawasan pembangunan di reserve Sungai. Kalau kita pergi ke negara seperti Korea di Seoul dan sebagainya, sepanjang reserve sungai itu juga dibangunkan. Paling tidak adalah kawasan rekreasi kepada rakyat dan kepada masyarakat dan ada aspek sustainabilitynya. Jadi kalau di negara lain boleh, kenapa tidak boleh di negara kita. Justeru, PLANMalaysia sedang merangka garis panduan ini dan gais panduan ini yang telah ditetapkan akan menjadi kayu ukur kepada kemampuan mana-mana syarikat ataupun Landasan Lumayan, Berjaya yang ktia telah pertanggungjawabkan untuk membangunkan sepanjang reserve Sungai Klang. Namun begitu kita masih berdepan cabaran. Sudah pasti dengan isu tentang peningkatan kadar air ataupun paras air dan juga isu-isu banjir dan lain-lain perkara khususnya kalau ada sebahagiannya melibatkan kawasan-kawasan reserve tanah bakau, ini semua akan diambil kira dalam pembangunan tersebut dan Alhamdulillah Kerajaan Negeri telah belajar dengan cukup banyak. Kerajaan Negeri akhirnya berbelanja melalui MBSA lebih daripada RM28 juta untuk Apartment Dahlia di belakang CSR Sugar sebagai contoh dan ia telah kita muktamadkan dan memastikan kualiti perumahan yang ada di sana dapat dijamin dengan jaminan Kerajaan dan juga kita tidak mahu peristiwa yang berlaku di Apartment Dahlia itu berlaku di tempat-tempat lain pada hari ini.
Ahli Yang Berhormat, penguatkuasaan kuari Bukit Lagong oleh Paya Jaras. Pemantauan yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Daerah Gombak hanya dijadualkan operasi daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan Hari Isnin hingga Jumaat manakala 8.00 pagi hingga 2.30 petang pada hari Sabtu. Ini bermaksud tiada operasi yang dibenarkan pada hari Ahad ataupun pada waktu hari-hari perayaan yang lain. Bagi kerja-kerja penutupan kuari, operasi pemantauan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan dibenarkan beroperasi pada hari Isnin sehingga Khamis dari jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. Kerja-kerja ini hanya dapat dijalankan setelah mendapat kelulusan membeli, membawa dan membangunkan bahan letupan daripada Polis Diraja Malaysia. Jadi kita dah tetapkan tempohnya mungkin kita kena pertingkatkan dari segi kawalan dan pemantauan sebagaimana yang dibangkitkan oleh pihak Paya Jaras. Saya ingat Yang Berhormat sekalian saya telah menjawab.
Terima kasih, saya nampak macam nak berhenti je. Saya nak sambung sikitlah. Yang Amat berhormat saya nak rujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat sendiri pada 2 Julai yang lalu, tentang sumbangan Selangor kepada KDNK negara. Yang ini menjadi mukadimah dalam penggulungan Yang Amat Berhormat, sebentar tadi. Cuma yang saya nak mohon pencerahan daripada Yang Amat Berhormat, tentang para yang kedua, di mana dinyatakan di sini. Selangor berjaya mencipta sejarah dengan nilai aktiviti ekonomi yang berjumlah RM406.1billion, ini juga menjadi kenyataan yang disebut oleh beberapa Ahli Dewan Negeri di sebelah kerajaan. Cuma saya kira, untuk berlaku adil kepada Dewan ini, kita harus melihat perincian yang dikeluarkan oleh DOSM. Dalam memberikan angka-angka ini, dan bukan hanya mengambil angka yang besar sahaja. Sebagai contoh di antara aktiviti ekonomi yang di nyatakan oleh DOSM untuk Negeri Selangor adalah sektor perkhidmatan. Tetapi DOSM juga menjelaskan bahawa sektor perkhidmatan yang berlaku di dalam Negeri Selangor ini hampir kesemuanya adalah sub sektor yang bernilai rendah, low end services. Sebagai contoh utilities, transportation, retail, FNB. Ini sub sektor, yang bergiat rancak di Negeri Selangor. Berbanding dengan higher end services yang amat kurang sebagai contoh perkhidmatan profesional, RND dan juga sektor teknologi. Jadi, dalam memberikan perincian ini saya harap Kerajaan Negeri dapat memberikan angka-angka yang lebih terperinci. Apakah aktiviti ekonomi ini dapat membantu kemampanan ekonomi Negeri Selangor untuk masa yang akan datang? Yang keduanya, DOSM juga memberikan perincian tentang beberapa sektor, sebagai contoh sektor pembuatan. Pada tahun 2017, perkembangan sektor pembuatan adalah 7.9% berbanding dengan tahun 2023, perkembangan sektor ini hanya 2%. Dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2017 perkembangan sektor perkhidmatan adalah 7%. Berbanding dengan tahun 2023 perkembangan sektor perkhidmatan hanya 6.1%. Dan satu lagi sektor pertanian yang dicerakinkan oleh DOSM, adalah sektor pertanian. Pada
tahun 2017, sektor pertanian berkembang pada kadar 11.5% tetapi 2023 sektor pertanian menguncup 7.3%, angka Yang Amat Berhormat beri ini adalah absolute numbers ye, RM406.1billion which may not account for inflation sebab ini angka yang absolute. RM406.1billion pada tahun 2024 mungkin nilainya hanyalah.
Tuan Speaker. Tuan Speaker. Nak tahu ini pertanyaan ke sesi perbahasan?
Saya minta penjelasan, biarlah Menteri Besar..
Tak. Tak saya nak guna..
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bagi ruang. Teruskan.
Dia bagi ruang, saya nak minta sebab..
Tak. Sebab kami tengah nak dengar Penggulungan dari Menteri Besar.
Ya lah. Ini Penggulunganlah.
Tapi pertanyaan Ketua Pembangkang terlalu panjang lebar.
Itu bukan soal Balakong. Ini soal Menteri Besar.
Takpa Hulu Kelang. Hulu Kelang teruskan.
Menteri Besar dengan tenang mendengar persoalan dari saya, berilah Menteri Besar jawab. Mengapa Balakong takut. Saya percaya Menteri Besar boleh jawab..
Tak bukan takut. Bukan takut ini semua pertanyaan dia terlalu panjang lebar..
Tak ada peraturan yang mengehadkan berapa saat berapa minit dalam perbahasan dan penggulungan dan pertanyaan. Apabila EXCO dan juga Menteri Besar memberi laluan saya bangkit dan memohon persetujuan dan saya lontarkan soalan.
Baik teruskan dengan soalan.
Terima kasih Tuan Speaker. Jadi persoalannya ialah angka-angka yang diberikan ini, harus juga dilampirkan dengan perincian supaya kita dapat membantu sektor-sektor ini seperti dalam perbahasan saya, saya cadangkan supaya macam semikonduktor ndustri harus dipacu supaya kita dapat move the value chain dikalangan players kita. Jadi saya mohon penjelasan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, angka yang dilontarkan ini, apakah dapat diberikan justifikasi, supaya ianya lebih adil kepada perbincangan kita dalam Dewan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil maklum tentang data-data tersebut dan memang saya membacanya beberapa kali, melihat beberapa sektor-sektor penting yang harus di upayakan supaya ia terus berkembang dan mampu untuk memberikan sumbangan ekonomi yang besar. Dan kita mendapat lonjakan yang agak besar dari sektor pembinaan, Yang Berhormat sebenarnya, kerana dalam sektor pembinaan khususnya ketika pandemik covid 19 kita telah membuat beberapa perubahan-perubahan dasar tentang pemilikan rumah, tentang pembinaan rumah mampu milik dan juga tentang beberapa insentif-insentif yang telah diberikan. Tetapi beberapa aspek-aspek tertentu khususnya dalam bidang pembuatan dan bidang pertanian memang terkesan teruk ketika pandemik covid 19, walaupun kerajaan banyak membantu tapi bantuan-bantuan itu bukan dalam bentuk insentif untuk memperkemas dan memperkayakan aktiviti-aktiviti mereka. Walaupun kita sebut modern farming, precision farming dan sebaginya, ia masih lagi mengambil masa yang panjang dan perlukan proses-proses yang lain. Saya rasa Yang Berhormat Pandan Indah tadi jelaskan bagaimana kita terpaksa membuat proses soil treatment untuk kawasan-kawasan padi kita yang mana kita dah selesaikan baru di Sabak, belum masuk Tanjung Karang dan kawasan-kawasan yang lain yang melibatkan kos yang besar. Jadi kadangkala kalau kita ambil langkah-langkah treatment atau pun langkah-langkah kawalan seperti soul treatment yang di buat sudah pasti ia tidak dapat immediate effect. Jadi immediate effect yang kita tengokkan adalah selepas tahun 2024 dan 2025 khususnya dalam sektor-sektor yang disebutkan. Saya mengambil maklum tentang sektor perkhidmatan, kerana sektor perkhidmatan telah di susun semula atau pun berlaku satu, berlaku restructure yang sangat besar-besaran ketika pandemik Covid-19, dan sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh MIER kepada kita saya rasa ketika saya menjadi EXCO selepas saya menjadi Menteri Besar kita telah memanggil MIER, apa
antara saranan MIER, saranan kepada MIER kepada Kerajaan Negeri adalah untuk memperkasakan sektor pembuatan, kerana sektor pembuatan kita belum lagi beralih kepada satu tahap yang lebih baik iaitu berteraskan kepada sains dan teknologi ataupun automasi yang bertepatan dengan industri 4.0, di mana Selangor sebenarnya belumlah bersedia untuk melompat kepada sektor perkhidmatan sepenuhnya sebagaimana yang berlaku di Singapura.
Jadi saya sedia maklum mungkin ia adalah melibatkan kesediaan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut untuk beralih kepada digitalisasi dan ini menjadi tanggungjawab kepada EXCO terbabit untuk bantuan kepada syarikat-syarikat pemula yang sebelum ini kita berikan geran padanan bernilai RM5juta yang pernah kita laksanakan itu ditumpukan kepada sektor-sektor perkhidmatan mereka, sektor-sektor perkhidmatan ini supaya mereka dapat beralih kepada digitalisasi atau pun digitalization supaya ia dapat mampu untuk berkembang dalam sektor-sektor yang telah dibangkitkan sama. Jadi hal ini pun telah dikemukakan oleh DOSM dalam statementnya dan ia adalah dokumen terbuka dan masing-masing boleh melihat apa yang saya sebutkan daripada tempoh 5 tahun sejak dari tahun 2018, saya telah atau pun pentadbiran sedia ada pada hari ini telah mengangkat pertambahan lebih dari 100billion daripada angka yang kita perolehi sejak dari 2018 daripada sudut pembangunan ekonomi dan juga program-program pembangunan ekonomi dan petunjuk terhadap peningkatan sumbangan 25.9 itu adalah satu trend yang berterusan meningkat trend kita sejak dari tahun 2009 ada sekali sahaja penurunan iaitu berlaku pada tahun 2014 dan ia berlaku disebabkan pada ketika itu, saya percaya kita berdepan dengan ketidaktentuan kepimpinan sebelum Hulu Kelang mengambil alih pada akhir tahun 2014, dan selepas itu kita mencatatkan pertambahan yang berterusan dan lonjakan yang paling besar ialah pada tahun 2022 lebih 0.7% daripada 24.8% kepada 25.5% dan kali ini menyederhana balik kepada 0.4%. Jadi hal ini harus kita teliti dan sedikit sebayak ia ada kesan-kesan politik dan kesan-kesan situasi keadaan semasa yang berlangsung di Negeri Selangor.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Almarhum Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ke 3 yang dikenali sebagai Bapa Perpaduan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-3 dari tempoh 76 hingga 80 menyatakan tugas-tugas pembangunan sosioekonomi kita yang kita laksanakan adalah penuh dengan cabaran dan lebih lagi memandangkan keadaan keselamatan negara yang kita hadapi. Sambil memandang masa depan dengan penuh keyakinan kita mestilah melakukan dengan cermat ketika kita bergerak menuju ke arah matlamat-matlamat akhir yang kita harapkan. Kita tidak boleh mengambil jalan ringkas sekiranya kita hendak membangun asas-asas yang terjamin kita tidak boleh lah berpuas hati dengan apa yang dicapai selama ini, kita tidak boleh lalai dan berasa puas hati dengan apa yang diperolehi. Cerita-cerita sebegini harus terus tersemat apabila kita merangka satu pelan ataupun perancangan ekonomi. Adapun persoalan-persoalan yang
sangsi sebagai contoh dengan angka KDNK yang kita unjurkan dan sebagainya yang kita catatkan dalam RS-1 dan saya ingin tegaskan bahawa angka-angka ini berdasarkan kajian dan juga penelitian yang telah dirangka bermula oleh Pengarah Ekonomi, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan penjawat-penjawat awam kita sampai di peringkat daerah sampai di peringkat ADO dan sebagainya dan inilah satu rasa kebanggaan saya dapat bersama-sama penjawat-penjawat awam Negeri Selangor yang bersedia menyahut cabaran mengambil langkah yang sedikit berbeza tidak hanya mengulang, tidak hanya mengulang klise atau pun mengulang rutin harian sebaliknya mengambil cabaran untuk dikemukakan ke dalam Dewan dan menjadi perancangan kepada pihak negeri dan kita juga masih memerlukan semak imbang sebagaimana yang dilaksanakan oleh pihak pembangkang dalam Dewan ini untuk memastikan perancangan kita berjalan dengan baik. Saya menyambut baik atas kesediaan, saya nampak keseluruhan Ahli Dewan Pembangkang dan Kerajaan mengambil langkah dan sikap positif terhadap perancangan ini, tetapi kritikan terhadap sampai atau tidak sampai, betul atau tidak betul itu terpulang kepada semua, di pihak kerajaan pun ada bentangkan dan ini adalah satu perkembangan yang positif yang boleh menjadi contoh di Malaysia bagaimana Dewan ini berbincang daripada sudut dasar dan merangka penelitian-penelitian nya dan tidak hanya tertakluk kepada perkara titik bengik dan persoalan-persoalan kecil sebaliknya menumpu kepada hasrat dan tumpuan kita untuk menjadi pesaing utama di peringkat rantau dan Selangor terus maju dan cemerlang, Selangor sebagai negeri berdaya huni Selangor sebagai sebuah negeri yang makmur dan Selangor sebagai sebuah negeri yang pintar. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat satu buku Dasar Wanita Selangor telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Buku dasar yang telah dilancarkan pada 31 Mei 2024 yang lalu merupakan dasar dan pelan tindakan Wanita Selangor 2024/2026 yang menjadi living document atau dokumen bergerak bagi segala usaha dan inisiatif pembedayan wanita di Negeri Selangor iaitu di bawah portfolio Yang Berhormat Taman Templer, Yang Berhormat Puan Anfaal Binti Saari. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi Dewan Yang Mulia ini meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang merangkumi usaha yang dilaksanakan pada fasa pertama iaitu dari tahun 2021 sehingga 2023 serta usaha yang sedang dilaksanakan dalam fasa kedua iaitu dari tahun 2024 sehingga 2025. Bagi mencapai hasrat utama Negeri Selangor sebagai Negeri Pintar Berdaya Huni Dan Makmur menjelang tahun 2025.
Ahli-ahli yang berhormat yang bersetuju sila katakan ‘ya’.
Ahli ahli yang berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’.
Usul dipersetujui.
Usul Nombor 9 Tahun 2024, Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi penutupan akaun Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel di bawah ...Motion
Aturan seterusnya. Usul Nombor 9 Tahun 2024, Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi penutupan akaun Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel di bawah Sub Seksyen 10 (2) Akta Tatacara Kewangan 1957.
Sila.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya dengan sukacitanya memohon membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut, bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut, menutup Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel dan segala baki wang di dalam akaun ini dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri. Sekiranya terdapat keperluan untuk membuka semula akaun ini pada masa yang akan datang, ia hendaklah dilaksanakan dengan teratur berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tuan Speaker, Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel merupakan Akaun Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Berdasarkan pelaporan di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor beraudit yang dikelaskan di bawah Akaun Amanah Disatukan. Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel adalah bertujuan khusus untuk membantu masyarakat yang menetap di negeri Selangor bagi mendapatkan dokumen-dokumen peribadi asas dan penting seperti dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan, sijil kelahiran dan kad pengenalan serta menyelesaikan masalah-masalah anak-anak yang tidak mempunyai surat beranak akibat daripada sindiket perkahwinan di sempadan termasuklah kegagalan ibu bapa untuk mendaftar kelahiran anak-anak mereka di atas sebab-sebab tertentu. Pegawai MySel merupakan peranan dalam membantu untuk UPEN menyelaraskan dan menyediakan dokumen-dokumen dan keperluan berkaitan dan memastikan setiap permohonan yang dikemukakan kepada agensi dan jabatan berkenaan adalah lengkap dan teratur. Pegawai juga bertanggungjawab memastikan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat dimanfaatkan oleh setiap rakyat di negeri Selangor. Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 29/2023 pada 8 November 2023 dan disahkan oleh MMKN Ke 30/2023 pada 6 Disember 2023 telah menerima dan meluluskan secara dasar cadangan penstrukturan semula semua unit-unit khas di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan dan Hal Ehwal Orang Asli Minoriti Negeri Selangor. Oleh yang
demikian, dua (2) orang pegawai telah dilantik bagi tahun 2024 berdasarkan calon yang dikemukakan oleh Yang Berhormat EXCO. Dua (2) calon itu saya telah sambung sebenarnya, bukan lantik ya, saya sambung sebab saya melihat dengan pengalaman mereka yang begitu luas dalam isu imigresen dan juga isu MySel ini. Statistik penerimaan manfaat di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel dari tahun 2018 sehingga 2024, adalah seramai 2,121 orang. Dengan permohonan sebanyak 6,079 orang.
Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kayu ukur bagi pencapaian prestasi Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel ini tidak boleh dilihat melalui jumlah permohonan yang diluluskan di bawah program ini kerana setiap permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pendaftaran Negara iaitu JPN. Pada hemat saya, pencapaian prestasi program ini wajar diukur berdasarkan jumlah permohonan yang telah dikemukakan kepada JPN sekali gus menandakan program ini sentiasa aktif bergerak. Cadangan penutupan Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel ini diangkat untuk pertimbangan atas justifikasi berikut, perbelanjaan terlibat di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel ini telah menggunakan peruntukan mengurus one-off jabatan-jabatan di negeri Selangor melalui VOT B01 555000-29000 Seksyen Sektoral sejak tahun 2022. Peruntukan tersebut adalah bagi menampung pembayaran emolumen, bantuan khas kewangan, pengurusan program dan lain-lain keperluan di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel. Walau bagaimanapun, inisiatif bagi Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel masih diteruskan memandangkan terdapat keperluan dan permohonan masih diterima sehingga kini. Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957, memperuntukkan bahawa Dewan Undangan bagi sebuah negeri selain daripada Sabah dan Sarawak boleh dari masa ke semasa dengan resolusi menentukan Kumpulan Wang bagi maksud-maksud Seksyen ini dan Sub Seksyen – Sub Seksyen 1 B2 dan 3 hendaklah dipakai kepada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana terpakai kepada Kumpulan Wang yang ditentukan dalam Jadual Ketiga. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan ini saya memohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini, adalah satu Usul yang telah pun dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi penutupan akaun Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel di bawah Sub Seksyen 10 (2) Akta Tatacara Kewangan 1957. Oleh itu saya kemukakan Usul ini untuk dibahaskan. Saya, ya ..
Sungai Ramal.
Ya. Sungai Ramal.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat EXCO yang membentangkan Usul ini. Saya melihat tujuan asal Kumpulan Wang ini, berkait langsung dengan kepentingan sebahagian daripada warga negeri kita yang memerlukan bantuan langsung dari pihak Kerajaan, bagi memastikan status-status pendaftaran khususnya kewarganegaraan mereka dibantu dan dijamin. Dan ia harus memperlihatkan keberjayaan program ini sebab bagi saya penting. Saya pernah bertugas sosial, di beberapa estet di Selangor dahulu, inilah masalah yang melingkari warga estet khususnya. Sebab itu saya percaya usaha ini sangat bagus. Cuma persoalan saya ialah, berapa peratus kah kejayaannya? Kerana Yang Berhormat EXCO menyebut tentang sukar untuk mengukur keberjayaan program ini. Sebab dipegang dokumennya oleh Jabatan Pendaftaran Negara tetapi saya tidak boleh menerima bulat-bulat begitu sebab mesti ada kayu ukur, dan pencapaian yang boleh kita ukur bagi memastikan program ini berjaya sebelum akaun ditutup. Yang kedua, apakah agensi lain yang akan mengambil alih tugas serupa? Saya percaya ada juga kepentingan-kepentingan lain yang harus kita pelihara bagi memastikan bahawa anak tempatan warga Selangor mesti dibantu juga. Masih ada golongan yang tertinggal. Pendaftarannya, keciciran sekolahnya dan sebagainya. Jadi, apakah agensi lain yang akan mengambil alih tugas ini? Yang ketiga, kemanakah pegawai-pegawai MySel ini akan dipindahkan selepas ditutup akaun ini? Yang keempat, bagaimanakah kebajikan mereka sama ada dilihat serius, secara serius ataupun menyerahkan sebulat-bulatnya kepada mereka. Terima kasih Speaker.
Jika tidak ada Ahli Yang Berhormat yang ingin membahas, sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Ramal.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal kerana pertanyaan itu. Dalam Program MySel ini, saya mendapati bahawa walaupun apa yang Sungai Ramal menyatakan biasanya masalah ini tertimbul di dalam estet-estet, itu betul, dan juga di kawasan orang asli tetapi mengikut jumlah yang saya ada di tangan saya, jumlah yang telah lulus tadi saya telah memberitahu adalah 2,121 daripada 6,079 permohonan dan saya tambah sedikit untuk makluman Dewan yang mulia ini, di kalangan mereka, di antara mereka Melayu ya, kaum Melayu sahaja seramai 2,431 iaitu 40% dan kaum Cina 1,823 - 30% dan kaum India seramai 1,702 orang bermaksud 28% dan lain-lain adalah sebanyak 2%. Untuk soalan kedua adalah dimanakah mereka akan ditetapkan daripada penubuhan MySel itu tahun 2008? Sebenarnya, pemindahan
itu telah berlaku sejak tahun 2022 di mana pegawai-pegawai itu telah dipindahkan kepada pejabat YB EXCO dan saya cuma menyambungkan mereka. Sungai Ramal, yang soalan ketiga tadi?
Yang ketiga tentang apakah agensi lain yang mengambil alih tugas ini?
Ok, saya berterima kasihlah. Memang saya sering kali mengadakan perjumpaan dengan jabatan-jabatan berkenaan. Biasanya, kami akan berjumpa dengan JPN, Jabatan Kebajikan dan juga Jabatan Imigrasi dan sebagainya. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kaunter biasanya adalah apabila mereka itu, pemohon itu tanpa dengan dokumen yang seperti, even wanita yang hamil itu tidak ada buku untuk pendaftaran anak mereka. Saya ada beberapa isu yang..apa..penting dalam soal jawab ini, mereka adalah tidak ada dokumen yang lengkap seperti yang biasanya wanita yang melahirkan anak itu, we call it red book ya, tak, tak ada. Mereka tidak dapat membekalkan. Satu lagi adalah anak kelahiran, we call it di luar nikah dan sebagainya. Ha, itu yang masalah besar. Satu lagi masalah yang besar adalah anak angkat di mana mereka memerlukan dokumen-dokumen seperti, daripada mahkamah dan sebagainya. Dan finally, saya juga terima pelbagai points daripada pihak pegawai saya menyatakan bahawa, biasanya mereka perlu mengambil DNA Test untuk apa tu, memastikan anak-anak itu kepunyaan dia dan sebagainya. Tapi, saya ada sedikit huraian, biar saya baca ya, Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel ini ditubuhkan untuk memudahcara permohonan dengan memberi panduan serta saluran yang betul kepada pemohon bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri khususnya kepada rakyat di negeri Selangor. Segala permohonan adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat semasa di bawah bidang kuasa beberapa pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehubungan dengan itu, kebanyakan permohonan yang gagal di bawah program ini adalah berdasarkan beberapa faktor utama yang telah dikenalpastikan seperti berikut :
1. Tidak menepati syarat 2. Tidak mempunyai dokumen sokongan yang lengkap 3. Tempoh permohonan melepasi tarikh akhir
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mencari solusi terbaik serta memperbaharui kaedah pelaksanaan dan kita nak bantu sebenarnya dan apabila saya membuat perbincangan dengan pegawai-pegawai yang berpengalaman itu, sebenarnya, Jabatan Kebajikan boleh mengambil alih tugas ini. Tetapi bagi mereka bebanan kerja dan sebagainya adakah mereka boleh mengambil tugas ini 100%? Tetapi
saya melihat memang tidak boleh, oleh sebab itu, pegawai-pegawai saya hanya membantu mereka bukan mengambil alih tugas. Yang Berhormat kena faham, kita bukan mengambil tugas 100% daripada imigresen ataupun JPN dan sebagainya. Kita membantu untuk melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh mereka di sana, seperti kadang-kadang, Sungai Ramal telah beritahu bahawa di kawasan perladangan dan pendalaman, biasanya kadang-kadang mereka itu tak fasih dalam bahasa dan tidak tahu tatacara yang dokumen, melengkapkan dokumen dan sebagainya. Jadi, pegawai-pegawai saya ni pergi ke tempat mereka, jumpa dengan mereka, mengadakan hubungan dua hala dan membantu mereka mengisikan borang dan mendapatkan borang-borang yang telah hilang dan sebagainya. Biasanya dengan laporan polis, apa tu, syarat-syarat itu dan sebagainyalah ya. Sekian, terima kasih.
Penjelasan Yang Berhormat. Cuma penjelasan Yang Berhormat, menyatakan tentang masih ada keperluan untuk membantu mereka walaupun agensi yang ada di tangan Kerajaan Negeri sekarang ini bukanlah mengambil alih tugas JKM misalnya, tetapi oleh sebab dikatakan masih ada keperluan untuk membantu masalah komunikasi, masalah bahasa dan saya melihat masalah status kedudukan kewangan pun mempengaruhi, kenapa mereka perlu dibantu. Jadi saya, melihat khususnya warga india yang rapat dengan saya mereka wajib dibantu dan bukanlah menjadikan Kerajaan, sebagai pihak yang mengambil alih tapi memudah cara. Dengan menutupnya akaun ini, apakah usaha itu akan terhenti di mana sumber boleh digunakan untuk membiayai tugas-tugas baru yang STANDCO Yang Berhormat akan buat? Terima kasih.
Terima kasih Sungai Ramal. Seperti mana saya jelaskan tadi perbelanjaan terlibat di bawah program Pusat Komuniti ini diambil alih oleh Seksyen Sektoral yang mana mereka memberi one off payment kepada Seksyen Sektoral supaya program ini dapat diteruskan seperti mana yang Sungai Ramal mengatakan bahawa keperluan program ini memang saya nampak valid sebab dengan izin sebab sebanyak 6,079 permohonan telah dikemukakan baki lebih kurang 4,000 permohonan belum dapat diselesaikan dan satu lagi masalah yang biasanya kami menghadapi adalah permohonan dan juga bayaran fi dengan jabatan-jabatan berkenaan, kadang-kadang saman, denda dan sebagainya. Oleh yang kerana itu saya dan juga pejabat saya memang kita mengekalkan program ini dan juga kita ada satu lagi cadangan dengan Kerajaan Negeri untuk menurun lagi sedikit, menambah sedikit bantuan kewangan kepada Program MySel ini untuk membantu secara menyeluruh. Jadi pegawai-pegawai saya dapat pergi ke alamat tempat duduk mereka kadang-kadang mereka pergi ke Sabak Bernam, baru-baru ini saya telah mengadakan booth di KKB untuk membantu mereka di sana seramai lebih kurang 17 permohonan telah diterima pegawai saya dan walaupun Sabak Bernam itu terlalu jauh masih pegawai saya pernah
pergi dan kawasan Sabak Bernam dan orang-nelayan itu seramai 11 permohonan dikemukakan kepada pegawai saya. Jadi saya biasanya saya mengarahkan pegawai-pegawai saya ini pergi ke semua tempat mengikut ADN ke mengikut permintaan orang, Ahli Majlis, Ketua Kampung ke sila pergi ke kawasan luar supaya kita mengurangkan bebanan mereka biasanya hendak datang dari sana ke sini memakan satu amaun yang besar contoh hendak pakai teksi, memakai kenderaan biasa dan sebagainya. Jadi pegawai saya terlalu rushing Cuma mungkin saya perlukan satu format mungkin saya tambahkan elaun dan sebagainya. Terima kasih Sungai Ramal bertanya perkara ini kita hendak memerlukan kewangan yang lebih sikit. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut. Menutup akaun Kumpulan Wang Amanah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri (MySel) dan segala baki wang di dalam akaun wang ini dipindahkan ke akaun hasil disatukan Kerajaan Negeri. Sekiranya terdapat keperluan untuk membuka semula akaun ini pada masa akan datang ia hendaklah dilaksanakan dengan teratur berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju sila kata ‘tidak’.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul Nombor 10 Tahun 2024. Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.
Bukit Gasing silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan ini. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri untuk mula mengambil alih pengurusan rumah kos rendah berstrata demi kesejahteraan rakyat Selangor yang menduduki kediaman tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai satu permulaan saya ingin menjelaskan bahawa terdapat rumah kos rendah berstrata dan PPR dan ini sebenarnya adalah 2 jenis perumahan yang berbeza. Rumah PPR adalah rumah yang dimiliki oleh Kerajaan dan disewa kepada rakyat dalam harga RM124.00 ataupun RM250.00 tetapi
dimiliki dan diuruskan oleh Kerajaan. Usul saya hari ini adalah untuk membicarakan rumah kos rendah, ini adalah hak milik individu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang miskin, yang membelinya dengan memenuhi syarat-syarat pada waktu tersebut dan ada rumah yang berusia berpuluh tahun dan ada rumah yang lebih baru tetapi rumah kos rendah ini adalah sekarang hak milik mereka dan mengikut peruntukan Undang-undang sedia ada hari ini rumah ini harus lah Skim Strata ini haruslah mempunyai MC atau JMB untuk menguruskan kebersihan dan bangunan flat tersebut.
Hari ini saya membawa usul ini kerana kita menghadapi satu cabaran banyak skim strata kos rendah ini menghadapi cabaran untuk melakukan penyelenggaraan terhadap bangunan-bangunan ini ada kes di mana lif tidak berfungsi kerana JMB tidak berupaya untuk menyelenggarakan bangunan tersebut, ada skim strata ini di mana bumbung sudah lama bocor dan tidak boleh dibaiki. Ada banyak kes kebersihan di mana tidak ada pekerja yang diupah untuk menjaga kebersihan dan sebagainya. Saya mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan rumah-rumah kos rendah ini. Berapakah unit yang ada di Selangor? Ini bukan sedikit, bukan 5,000 atau 10,000 unit tetapi mengikut data JPPH terdapat 184,000,00 rumah kos rendah berstrata. Ini tidak kira rumah kos rendah secara teres, ini tidak kira rumah kampung dan ini tidak mengambil kira rumah PPR dan rumah kos berstrata ada 184,000,00 unit. Kenapa saya rasa kerajaan harus masuk, yang pertama Kerajaan hari in menjaga kawasan di luar rumah bagi golongan M40 dan T20. Kalau kita tengok di rumah-rumah teres di luar rumah semi D, di luar rumah banglo, di luar pagar sahaja longkang dijaga oleh PBT dijaga oleh Kerajaan. Jalan raya dijaga oleh Kerajaan, potong rumput dijaga oleh Kerajaan, padang permainan dijaga oleh Kerajaan, lampu jalan dijaga oleh Kerajaan mereka adalah golongan yang tidak perlu menubuhkan satu JMB atau MC untuk menjaga persekitaran rumah mereka tetapi flat untuk kos rendah mereka terpaksa menubuhkan MC atau JMB ini dan kebanyakan dan ramai penduduk dalam skim ini tidak mampu untuk menubuhkan.
Saya pernah tanya dalam Sidang yang lepas dan memperoleh jawapan bahawa di dalam skim kos rendah terdapat 500 lebih skim strata yang tidak mempunyai MC atau JMB. Jadi tidak ada siapa yang jaga, tidak siapa yang sapu koridor dan tiada siapa yang pastikan lampu koridor lampu tangga menyala tidak siapa yang pastikan gebok sampah dibersihkan. Jadi saya ingin mencadangkan bahawa kita mungkin ambil sedikit pengajaran kita di selatan di Singapura rumah HDB ini tidak diuruskan oleh MC atau JMB rumah kondominium ia yang ada swimming pool, gym dan pelbagai fasiliti mereka mempunyai security guard mereka ada MC mereka menguruskan bangunan mereka sendiri mereka membayar yuran bulanan yang mencukupi untuk menguruskan bangunan mereka sendiri tetapi untuk skim kos rendah kalau kita tengok di Singapura flat-flat HDB mereka tidak diuruskan oleh MC yang ditubuhkan oleh penduduk tetapi Kerajaan yang mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan menjaga pengurusan flat-flat ini.
Itu sebabnya kita nampak perbezaan yang cukup ketara kalau di sana flat semuanya bersih kalau di sana undang-undang kecil mereka dikuatkuasakan by law flat tidak ada masalah seperti di sini siapa yang ikut house rules dengan izin dan saya kira perkara ini satu boleh dilakukan dengan kemampuan Kerajaan Negeri yang sedia ada. Mungkin akan tertanya berapa kos yang perlu dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk berbuat demikian?
Tuan-tuan dan Puan-puan Yang Berhormat jika kita kira anggaran kos penyelenggaraan yang dibayar oleh setiap pemilik 1 rumah ini adalah dalam lingkungan RM30.00 hingga RM60.00 sebulan yang ada lif, yang mempunyai 20 tingkat kosnya memang lebih tinggi yang bangunan 4 tingkat kosnya lebih rendah mungkin purata kos setiap bulan adalah RM50.00. Jika kita anggarkan purata kutipan daripada rumah-rumah ini dalam lingkungan RM30.00 subsidi Kerajaan untuk menanggung shortfall ini adalah lebih kurang RM20.00 satu unit dengan 184,000.00 jika suatu hari nanti kita ambil alih semua mungkin tidak lebih daripada RM44 juta ringgit. Mungkin kita round up lah dengan izin RM50 juta. Ini adalah 2% daripada bajet Kerajaan Negeri Selangor tetapi saya kira kalau kita melakukan tindakan ini ia akan membawa kepada satu keadilan sosial kepada penduduk-penduduk rakyat termiskin di Negeri Selangor untuk kita membela kualiti kehidupan mereka. Kalau tidak ramai di antara mereka ini terpaksa hidup dalam keadaan tersebut kalau tempat itu JMB tidak dapat ditubuhkan kerana tidak cukup bilangan rumah yang sanggup hadir Mesyuarat Agong Tahunan then macam mana rakyat yang berminat hidup dalam keadaan yang bersih, keadaan selamat dan selesa tidak dapat jangan kita memaksa rakyat kita tinggal di flat kos rendah untuk abandon rumah mereka dan terpaksa tinggal dengan keluarga mereka kerana kawasan persekitaran mereka sangat teruk. Saya bangkitkan isu ini bukan sebab kawasan DUN Bukit Gasing banyak flat kos rendah sebenarnya tidak kawasan saya ada 3 sahaja skim strata flat kos rendah tetapi rakan saya daripada Pelabuhan Klang ini ramai, rakan saya dari Taman Medan, Seri Setia ramai dan Sentosa pun banyak, Batu Tiga juga banyak dan ada flat yang diuruskan dengan baik kebetulan mereka mempunyai sekumpulan penduduk yang sanggup tetapi ada juga 500 lebih skim pada hari ini yang tidak dapat menubuhkan MC atau JMB. Ini confirm tidak ada penyelenggaraan tidak tubuhkan MC tidak dapat tubuhkan JMB ada yang dapat tubuhkan MC dan JMB tetapi MC atau JMB tidak dapat bergerak dengan lancar tidak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna yang itu angka mungkin meningkat lebih banyak.
Jadi Tuan-tuan dan Puan-puan saya mencadangkan pada hari ini bahawa Kerajaan Negeri mengkaji, saya tahu beban kerja tinggi saya tahu Tanjung Sepat kalau hendak jawab ini susah tetapi saya cadang seperti mana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kata you have start the ball rolling kena bermula kalau tidak bermula tidak ke mana-mana saya cadangkan pada hari ini kita bincang secara prinsip adakah kita harus
melakukan perkara ini dan mungkin Kerajaan Negeri saya cadangkan langkah pertama tubuhkan satu jawatankuasa untuk meneliti cadangan ini meneliti beban untuk mengambil alih tanggungjawab ini dan untuk meneliti kewangan untuk melaksanakan perkara ini. Jangan sebagai Kerajaan kita menjaga di hadapan rumah banglo tetapi tidak menjaga di hadapan rumah flat kos rendah tidak adil kepada rakyat yang miskin. Kepada mereka yang akan bertanya ada atau tidak undang-undang strata kita membenarkan Kerajaan untuk masuk. Jawapannya di dalam undang-undang strata kita memberi kuasa kepada COB, Commissioner of Buildings untuk melantik ejen pengurusan di mana MC atau JMB tidak dapat ditubuhkan menggunakan kuasa tersebut betul, ada yang mencadangkan kita kena rombak Akta Strata. Akta Strata itu kalau hendak rombak itu biarlah Parlimen bincang hendak rombak tetapi dengan Akta Strata yang sedia ada COB boleh melantik ejen pengurusan. Kalau hendak mengharapkan sektor swasta masuk mungkin ramai yang tak nak masuk dan nak buat kerja yang susah ini. Sektor swasta, pengurus bangunan swasta dia akan mencari kondominium untuk mengurus sebab itu ada bayaran yang lebih, dia dapat untung yang munasabah tetapi flat kos rendah ini saya mencadangkan kalau tiada siapa yang akan membuatnya. Akhir sekali, Kerajaan jangan tinggalkan penduduk ini, Kerajaan ambil tanggungjawab ini dan COB boleh melantik satu agensi badan GLC Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan tugas ini. Kita sudah ada satu GLC di bawah Lembaga Perumahan yang menjaga dan menyelenggara semua perumahan PPR, jadi bagaimana pula dengan flat kos rendah? Tuan Speaker, inilah cadangan yang saya bawa hari ini, saya mohon mencadang.
Penyokong. Penyokong siapa? Penyokong, ya Seri Kembangan.
Tuan Speaker, saya menyokong. Ahli-ahli Yang Berhormat izinkan saya mengongsikan satu simpulan bahasa dalam bahasa Cina iaitu “Yi Shi Zhu Xing” yang menyatakan bahawa empat keperluan yang paling asas rakyat ialah pakaian, makanan, kediaman dan pengangkutan. Rumah kos rendah merupakan satu inisiatif Kerajaan cuba membantu golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Inisiatif ini memang bagus kalau semua berjalan lancar. Masalah muncul apabila bila MC atau pun JMB pangsapuri-pangsapuri kos rendah ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Di dalam kawasan DUN Seri Kembangan sahaja terdapat 24 buah pangsapuri kos rendah dan hampir separuh daripada pangsapuri kos rendah ini tidak mempunyai JMB atau pun MC yang berfungsi dengan baik. Sebab-sebab JMB dan MC ini tidak berfungsi bermacam-macam tetapi kebanyakan aduan dan kes apabila sampai di depan Ahli-ahli Dewan Negeri, dan menjadi situasi penduduk enggan membayar sebab perkhidmatan penyelenggaraan tidak memuaskan atau langsung tiada perkhidmatan tersebut. Dan MC atau JMB yang sedia ada tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik sebab tiada fee penyelenggaraan
yang cukup. Ini sudah menjadi masalah dengan izin chicken and egg. Akibat masalah ini adalah tiada kerja penyelenggaraan dijalankan di kawasan penduduk di ini dan bil fasiliti seperti air dan juga electrical tidak dijelaskan. Kerosakan fasiliti awam tidak terjaga dan menyebabkan pembaziran atau membahayakan keselamatan penghuni-penghuni. Di dalam kawasan Seri Kembangan sahaja terdapat pangsapuri kos rendah, sederhana rendah yang mempunyai hutang bil air sebanyak RM500,000 dan satu contoh lagi dalam kawasan DUN Seri Kembangan juga mempunyai hutang bil elektrik sebanyak RM2,000,000.00. Saya difahamkan Kerajaan Negeri sentiasa menyalurkan bantuan melalui Pesuruhanjaya Bangunan iaitu COB untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada MC dan JMB sedia ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. COB juga akan melantik ejen pengurusan untuk menyelenggara dan mengurus pangsapuri yang menglibatkan bagi MC dan JMB yang tidak aktif, namun begitu menurut kepada jawapan yang diberikan oleh Kerajaan kepada soalan Yang Berhormat Sentosa pada Sidang Dewan Sesi Pertama tahun 2023, pelan tindakan ini sukar dibuat kepada skim kos rendah yang daif berikutan tiada ejen pengurusan yang berminat untuk menguruskan bangunan memandangkan melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat dengan izin, development is about transforming the life of people not just transforming economies. Semasa kita mempersoalkan tentang pembangunan Negeri Selangor, apa yang sama penting adalah kehidupan orang Selangor, rakyat Selangor. Jika bukan Kerajaan yang bantu untuk menghentikan masalah dengan izin chicken and egg ini siapa lagi? Saya mengharapkan Kerajaan Selangor dapat mengkaji satu cara untuk mula mengambil alih pengurusan rumah kos rendah berstrata sekiranya dia melibatkan kos yang besar, sekurang-kurangnya Kerajaan boleh memulakan dengan menyediakan dana untuk memulihkan penyelenggaraan harian dan pengurusan kepada keadaan normal. Meyakinkan penghuni-penghuni bahawa keadaan akan menjadi lebih baik dan selepas ini baru mengutip balik fi penyelenggaraan dan kumpulan wang penjelas iaitu dengan izin sinking fund yang sepatutnya di bayar oleh penghuni-penghuni rumah kos rendah ini. Kerajaan Selangor merupakan satu kerajaan yang berjiwa rakyat. Itu sebabnya kita dapat memenangi pilihan raya selama 4 penggal dan dengan itu saya rasa kita memang perlu meletakkan kepentingan rakyat di depan kita mengutamakan isu ini yang bukan dihadapi oleh pangsapuri kos rendah tetapi sekarang juga dihadapi oleh sebahagian pangsapuri kos sederhana rendah supaya kehidupan rakyat Selangor yang menduduki kediaman tersebut aman, damai dan bahagia. Dengan ini saya menyokong.
Yang Berhormat sekalian, saya buka Usul ini untuk dibahas. Ya Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberi peluang Pelabuhan Klang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul yang di bawa oleh Yang Berhormat Bukit Gasing di bawah Peraturan Tetap 26 (1). Yang Berhormat sekalian dalam kita melangkah ke arah pembangunan yang lebih maju, kita tidak boleh alpa terhadap tanggungjawab sosial kita terutama sekali dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. Rumah kos rendah berstrata telah lama menjadi pilihan utama bagi golongan ini untuk memiliki kediaman sendiri di Negeri Selangor. Namun begitu pengurusan rumah-rumah ini sering kali menghadapi pelbagai masalah yang boleh menjejaskan kualiti hidup, penduduk dan masyarakat. Antara isu utama yang dihadapi adalah isu penyelenggaraan yang tidak memuaskan, masalah keselamatan dan ketidakcekapan pihak pengurusan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan penghuni malah boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan meningkatkan risiko kemalangan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penyelenggaraan yang tidak memuaskan adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh penghuni-penghuni kos rumah rendah berstrata. Kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembaikan lif, penggantian lampu jalan, lampu awam, pembersihan longkang dan penyelengaraan kawasan hijau dan lain-lain masalah sering kali tidak dijalankan dengan baik. Ini menyebabkan keadaan persekitaran menjadi tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami. Lif-lif yang rosak misalnya bukan sahaja menyusahkan penghuni terutama golongan warga emas dan kurang upaya tetapi juga boleh membahayakan nyawa mereka jika berlaku kecemasan. Selain itu, masalah seperti kebocoran paip, kerosakan sistem elektrik dan kerosakan struktur bangunan sering kali diabaikan atau ditangguhkan pembaikannya. Ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup penghuni tetapi juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda yang lebih serius. Jika masalah-masalah ini tidak ditandatangani dengan segera ia boleh mengakibatkan kos pembaikan yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Yang Berhormat sekalian, keselamatan adalah salah satu isu kritikal yang dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah kos rendah berstrata. Kawasan perumahan yang tidak mempunyai sistem keselamatan yang baik serta sering kali menjadi sasaran penjenayah seperti kes pecah rumah, kecurian dan vandalisme. Ketiadaan pengawal keselamatan, cctv dan pencahayaan yang mencukupi di kawasan umum juga boleh meningkatkan risiko kejadian jenayah. Ini menyebabkan penghuni-penghuni berasa tidak selamat dan terpaksa hidup di dalam ketakutan. Selain itu kebakaran, bencana alam seperti banjir juga merupakan ancaman keselamatan yang perlu diambil serius. Kebanyakan kos rumah rendah berstrata tidak dilengkapi dengan sistem amaran kebakaran yang berfungsi dengan baik. Alat pemadam api yang tidak mencukupi dan laluan kecemasan yang jelas. Ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang besar jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Yang Berhormat sekalian, ketidakcekapan
pihak pengurusan dalam menguruskan rumah kos rendah berstrata adalah satu lagi masalah yang perlu di atasi. Pihak pengurusan yang tidak cekap sering kali gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Mereka mungkin tidak mempunyai kepakaran, pengalaman atau sumber yang mencukupi untuk menguruskan rumah kos rendah berstrata dengan berkesan. Kegagalan dalam menguruskan kewangan, mengutip yuran penyelenggaraan dan menjalankan audit yang telus boleh mengakibatkan masalah yang serius. Ini menyebabkan penyelenggaraan dan pembaikan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan akhirnya menjejaskan kualiti hidup penghuni.
Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan rumah kos rendah berstrata adalah satu langkah proaktif dan wajar. Dengan mengambil alih pengurusan Kerajaan Negeri boleh memastikan piawaian yang lebih tinggi dalam aspek penyelenggaraan dan keselamatan. Kerajaan Negeri juga boleh memperkenalkan program-program yang lebih holistik untuk meningkatkan kesejahteraan penghuni seperti program pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan. Dalam aspek pendidikan, Kerajaan Negeri boleh menyediakan pusat pembelajaran dan bimbingan untuk anak-anak penghuni rumah kos rendah berstrata. Kelas-kelas tuisyen percuma, bengkel kemahiran dan program motivasi boleh dianjurkan untuk membantu mereka mencapai prestasi akademik yang lebih baik.
Selain itu, perpustakaan mini dan pusat sumber diwujudkan di kawasan flat ini untuk menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam aspek kesihatan, Kerajaan Negeri boleh menjalankan program pemeriksaan kesihatan secara berkala dan secara percuma untuk penghuni. Klinik bergerak dan kempen kesedaran kesihatan juga boleh diperkenalkan untuk memastikan penghuni sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Program senaman dan rekreasi seperti senamrobik, yoga dan sukan komuniti juga boleh dianjurkan untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat. Dalam aspek kemasyarakatan, Kerajaan Negeri juga boleh memperkenalkan perbagai aktiviti untuk menggalakkan interaksi sosial dan semangat kejiranan. Program-program seperti program gotong-royong, sambutan perayaan dan pertandingan sukan juga boleh dianjurkan secara berkala.
Yang Berhormat, mohon mencelah Yang Berhormat sebab saya tengok kita bincang Usul ini pasal management saja. Ini sudah sampai hendak buat kenduri kendara semua ni, boleh Yang Berhormat jelaskan?
Sabar, ini kesan kalau kita tengok apabila persekitaran tidak selesa.
Jauh Yang Berhormat, sampai hendak buat kenduri kendara.
Itu kesan.
Sebab Tanjung Sepat dok signal kat saya untuk saya mencelah, sebab itu saya celah itu.
Taman Medan kalau hendak datang tengok masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk pangsapuri kos rendah ini boleh datang ke tempat saya tengok macam mana suasana kehidupan mereka.
Tempat saya pun banyak, saya pun hendak bahas, tapi kalau sudah sampai kenduri kendara..
Itu saya kata, kalau kita boleh ambil alih, inilah program-program yang kita boleh anjurkan. Okay, pusat komuniti juga boleh diwujudkan sebagai tempat pertemuan dan aktiviti bagi penghuni ini sebab Kerajaan kalau ambil alih untuk penyelenggaraan saja juga tetapi kena juga menaikkan taraf hidup masyarakat di kawasan flat kos rendah ini. Kerajaan juga seperti yang dicadangkan oleh Bukit Gasing tadi bolehlah untuk menubuhkan satu badan khusus yang bertanggungjawab untuk memantau dan menguruskan rumah-rumah kos rendah berstrata. Badan ini boleh terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengurusan harta, keselamatan dan pembangunan komuniti. Dengan adanya badan khusus ini, sebarang masalah yang timbul boleh ditangani dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh memperkenalkan sistem aduan dan maklum balas yang lebih berkesan untuk penghuni rumah kos rendah berstrata, sistem ini boleh dijalankan secara dalam talian atau melalui pusat aduan fizikal di setiap kawasan perumahan. Dengan adanya saluran ini penghuni boleh melaporkan sebarang masalah yang dihadapi dan mendapatkan bantuan dengan segera.
Yang Berhormat sekalian, pengambilalihan rumah kos rendah berstrata oleh Kerajaan Negeri juga boleh membuka peluang untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif yang lebih mesra rakyat. Contohnya Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan program-program kitar semula, penjagaan alam sekitar di dalam kawasan perumahan ini. Program ini akan dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan rumah kos rendah dan juga akan dapat membantu menjadikan Selangor sebuah negeri yang lebih hijau dan lestari. Kalau kita tengok kehidupan masyarakat-masyarakat di rumah-rumah kos rendah ini, kalau kita tengok jauh bezanya dengan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan rumah teres,
kawasan-kawasan perumahan mewah so mereka ini juga adalah golongan yang kita perlu ambil berat dan perlu prihatin juga kepada mereka kita kena menyediakan kawasan mereka dengan kemudahan-kemudahan seperti di kawasan-kawasan perumahan yang lain.
Jadi dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak saya yakin kita akan dapat memastikan pengusaha rumah kos rendah berstrata di Selangor ini akan dapat mencapai piawaian yang lebih baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adalah penting untuk kita sedar bahawa usaha untuk mengambil alih pengurusan rumah kos rendah berstrata ini memerlukan komitmen dan sokongan daripada semua pihak ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi dengan kerjasama dan dedikasi kita dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Pelabuhan Klang yakin bahawa dengan sokongan padu daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian usul ini akan dapat dilaksanakan daripada masa hadapan. Pelabuhan Klang ingin menegaskan bawah kesejahteraan rakyat adalah keutamaan kita dengan mengambil alih pengurusan rumah kos rendah berstrata Kerajaan Negeri akan dapat memastikan bahawa rakyat Selangor yang menduduki kediaman ini juga akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa, lebih selamat dan lebih sejahtera. Inilah tanggungjawab kita sebagai Kerajaan, sebagai pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan inilah yang perlu Kerajaan Negeri lakukan untuk memastikan masa depan yang lebih baik untuk mereka. Sekian, Pelabuhan Klang menyokong.
Ya, Taman Medan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang untuk saya terlibat sama dalam usul ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing kerana membawa satu usul yang saya rasa amat penting. Tetapi masih lagi memerlukan perbincangan yang panjang mungkin sebelum bawa usul ini patutnya dibincangkan dulu di peringkat Kerajaan Negeri supaya sebelum bawa usul ini, sebab pada saya usul ini agak terlampau generik dan general dan saya merasakan kekangan yang bakal ditanggung oleh Kerajaan nanti amat besar tetapi tak apa yang ingin saya bangkitkan adalah dalam cadangan yang dibawa oleh Bukit Gasing ini, walaupun cadangannya adalah untuk mengambil alih makna Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan strata di rumah kos rendah di seluruh Negeri Selangor. Saya masih lagi percaya bahawa kita perlu fokus, kepada bagaimana kita empower komuniti kita. Dan saya merasakan dalam pengalaman saya sebelum ini di Pulau Pinang yang turut sama berhadapan dengan isu yang sama seperti ini dan sekarang di Taman Medan, yang ada banyak jumlah blok rumah kos rendah yang berhadapan juga dengan situasi seperti ini. Saya melihat dari tahun ke tahun sebenarnya bila ada satu bentuk pendidikan komuniti, yang mana kita empower komuniti dan juga
penduduk di situ. Saya percaya mereka boleh lakukan tetapi masih memerlukan handholdinglah daripada pihak kerajaan daripada pihak berkuasa dan juga terutamanya kalau dalam kes ini menurut Akta Strata adalah pihak COB sendiri dan saya, saya tak yakin kerajaan mampu untuk melaksanakan ini Kerajaan Negeri. Kerana dari segi kos dan juga setakat pengalaman saya yang singkat dengan Kerajaan Negeri Selangor, antara perkara yang saya bangkitkan tentang Pangsapuri Perangsang di Jalan PJS1 yang mana tak ada sistem pembetungan sampai hari ini saya minta tak banyak RM2 juta sahaja daripada Kerajaan Negeri, yang itu pun sampai hari ini Kerajaan Negeri tak mampu nak salurkan untuk sambung pembetungan daripada rumah-rumah flat, ini ke saluran pembetungan IWK jadi apatah lagi nak cerita nak take over the hold Negeri Selangor. Jadi, cuma kalaulah Kerajaan Negeri bercadang untuk melakukan seperti apa yang dicadangkan oleh Bukit Gasing, saya merasakan ianya haruslah satu pelan yang konkrit jangka panjang dengan akhirnya matlamatnya adalah untuk empower balik komuniti. It cannot be Kerajaan Negeri terus menerus mengambil alih pengurusan ini sampai bila-bila kerana ia won’t be sustainable tidak akan jadi sustainable. Kita kena ambil pendekatan holistik dalam perkara ini. Jadi, saya tak mahu ambil masa panjang saya ucap terima kasih pada Yang Berhormat Bukit Gasing atas usul yang dibawa Taman Medan menyokong usul ini.
Ya, Sentosa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Cabaran yang dihadapi oleh kehidupan pemilik kos rendah memang yang di sayang seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing satu cara yang terbaik. Kaedah penggunaan JMB untuk golongan ini memang tidak sesuai kerana kebanyakan mereka ialah dari golongan B40 dan banyak juga unit-unit yang telah dibeli, disewakan kepada orang-orang asing, warga asing. Berapa cabaran kesukaran dan masalah telah timbul akibat syarat penubuhan JMB tidak ada orang nak bantu untuk menubuhkan jawatankuasa ini dan juga tidak ada sesiapa yang ingin berkhidmat dengan suka rela. Contoh Sentosa ada satu cabaran di mana Pangsapuri Sri Era di mana seperti macam apa Seri Kembangan bagi tahu bil air dah berlambak sampai RM1 juta ini adalah kerana tidak ada meter individu. Right, ada pula yang curi air, ada paip pecah bawah tanah tidak ada sesiapa pun nak membantu golongan ini untuk mengatasi masalah mereka. Ada suatu ketika bil-bil meter telah dipotong dan akibat ini beberapa hari tidak ada bekalan air. Sentosa terpaksa untuk bantu runding dengan Air Selangor dan untuk dapatkan bekalan balik penduduk ada segelintir sahaja yang bayar dan orang lain tak datang untuk bayar so ini tidak boleh berlaku ini perlu diselesaikan bil elektrik juga satu lagi masalah yang dihadapi, lif rosak, right, orang tua orang sakit macam Port Klang juga bagi tahu saya tak nak mengulang saya tahu Taman Medan nak balik awal (gelak) tapi
yang tua, yang sakit. Dah keluar dah?. Yang tua yang sakit tak dapat turun masa kecemasan dan sebagainya.
Sentosa ,menyokong penuh usul ini kerana perlu ada penglibatan Kerajaan untuk bantu selesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah. Ada juga masalah dan cabaran lain yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kos rendah ini. Macam bunyi bising, pemeliharaan binatang baik ada banyak isu-isu lawan dan polis terpaksa masuk untuk menyelesaikan perkara-perkara ini. Tempat letak kereta adalah terhad, yuran penyelenggaraan tidak dapat dikutip baik..dan dana terikat di mana masalah-masalah telah diberitahu, bumbung rosak. Right, ada kebocoran di antara tingkat, antara dan sebagainya tidak dapat diatasi.
So oleh itu, itu balik kepada ADN kawasan atau Ahli Parlimen untuk menyumbang dana untuk membetulkan keadaan. So kita perlu satu cara untuk menyelesaikannya dengan sempurna. Lagi satu masalah yang kita masih hadapi ialah penyerahan pengurusan daripada pemaju kepada JMB. Masih tidak dapat diserahkan kerana tidak ada sesiapa yang layak, masih lagi pemaju selepas 20 tahun di Sentosa ada juga satu blok perniagaan dan blok penduduk rumah-rumah penduduk masih tidak dapat diselesaikan ini juga satu lagi masalah. So apa yang Sentosa ingin sarankan ialah Kerajaan perlu memainkan peranan untuk bantu pemilik pangsapuri kos rendah jika Kerajaan mengambil alih tanggungjawab ini boleh memberikan beberapa manfaat dan cabaran yang perlu dipertimbangkan satu pengurangan beban kewangan penduduk-penduduk tidak perlu membayar yuran pengurusan yang dapat dan juga dapat meringankan beban kewangan. Penyelenggaraan yang lebih teratur, keselamatan dan kebersihan, kepastian dan stabiliti penduduk akan mempunyai kepastian bahawa kawasan perumahan mereka diurus dengan baik tanpa perlu risau tentang pengurusan bersama yang mungkin tidak berkesan. Kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam membantu golongan pemilik pangsapuri kos rendah dengan kerjasama pihak berkepentingan iaitu menggalakkan kerjasama antara Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, Pemaju dan Komuniti Pemilik untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Dengan cadangan usul ini Kerajaan dapat membantu mempermudahkan semua cabaran memastikan golongan pemilik pangsapuri kos rendah mendapat sokongan yang diperlukan untuk bantu uruskan harta mereka dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih Sentosa mohon menyokong.
Batu Tiga.
Assalamualaikaum WBT. terima kasih Tuan Speaker dan seluruh Ahli Dewan. Saya tertarik dengan usul yang dibawa ini lama saya ada beberapa perkara nak bertanya dan juga nak dapatkan
kepastian. Saya merujuk kepada Skim Ceria apabila dibentangkan dalam soalan Dewan yang lepas, setiap tahun diperuntukkan pada tahun 2018, 13 juta dan akhirnya menurun sampai ke 2023, 7 juta dan bila saya lihat senarai dalam lampiran ini disebutkan memang disentuh Skim Ceria ini menyentuh kepada semua isu yang telah di..di utarakan oleh Ahli Dewan sebelum ini. Maknanya isu bumbung, isu lif, tong sampah, mengecat dan sebagainya dan saya kira kalau kita nak mengambil ambil secara keseluruhannya ia memerlukan kos yang sangat tinggi saya cuba untuk berlaku rasional dan dalam masa yang sama saya juga nak menyokong supaya kita boleh melihat kepada jalan yang kita boleh cari. Dalam keadaan kita juga sedang membincangkan tentang kos rendah, kenapa usul ini juga tidak dibincangkan kos sederhana dan juga sederhana rendah sebab saya kira dia akan berlaku sigmentasi kenapa kita pilih satu pihak dan tidak kita masukkan pihak yang lain. Ini adalah persoalan-persoalan saya ingin utarakan sebab kan isu yang kita sendang bincang isu rakyat terutamanya memang kita sedang cakap tentang hak dan keperluan mereka namun di sana ada grey area yang perlu kita selesaikan saya yakin nanti Tanjung Sepat akan cari jalan macam mana nak buat dan dari sudut bajet dari grey area ini. Grey area ini maksudnya apa? Sekarang ini kita berlawan sederhana rendah dia ada..ada pihak yang ambil tanggungjawab, sederhana ada tiba-tiba kos rendah tak ada termasuk juga dengan cukai atau pun cukai taksiran kita kecualikan kos rendah tetapi sederhana dan ini tidak dikecualikan termasuk juga yang saya nak sebut kalau kita lihat daripada secara umumnya katalah semua JMB ini berfungsi dengan baik ada pihak JMB yang mengutip dapatan atau pun collection.
Batu Tiga, Bukit Gasing berdiri...nak bagi laluan?
Boleh sila...Ini sila-sila..
Cuma nak jawab sedikit. Saya cadang kos serendah pun ramai yang kata beban yang terlalu besar mungkin satu cabaran yang terlalu besar jadi saya langkah pertama kos rendah, langkah kedua kos sederhana rendah no problem boleh dipertimbangkan. Langkah ketiga flat kos sederhana pun boleh dipertimbangkan tapi tak apa kita ambil satu langkah first kita ambil langkah pertama dan antara semua jenis perumahan di Negeri Selangor yang paling kritikal yang paling memerlukan intervensi pada kiraan saya ialah flat kos rendah. Jadi saya itulah rasional kenapa saya bercadang flat kos rendah ini dan bagilah kita mulakan dengan satu skop kerja yang lebih manageable dengan izin sebelum kita kembangkan kepada skop kerja yang lebih besar.
Baik, terima kasih Bukit Gasing. Sebab itu saya sebut saya tidaklah menyanggah saya
memang nak menyokong cuma kita nak cari satu jalan yang boleh melihat kepada solusi yang menyeluruh. Termasuk juga dengan isu yang saya nak sampaikan ada setengah yang tadi dibangkitkan oleh Sentosa ialah warga asing yang menyewa kawasan kos rendah tetapi ada juga isu yang saya nak lontarkan ialah dalam kita mengutip collection JMB ini, ada sebahagian kita yang mungkin tinggal di sederhana atau pun sederhana rendah yang dari yang mereka ini daripada kalangan penerima zakat. Zakat yang membayar sewa rumah dia, sudah tentu daripada sudut itu juga tidak memungkinkan mereka untuk membayar kutipan bulanan itu. So ini adalah lontaran-lontaran saya supaya ia diambil segala pertimbangan ini dan memang untuk memulakan sesuatu saya boleh bersetuju dengan kita mulakan dengan kos rendah namun kita kesampingkan kategori sederhana rendah dan juga sederhana ini juga memerlukan perhatian kita. Namun daripada Skim Ceria yang telah dilaksanakan saya memuji Kerajaan Negeri kepada usaha ini mungkin saya ingin mencadangkan janganlah amaun itu semakin menurun sebab 13,01057 juta nanti macam mana baki akhirnya jadi kita bercakap hari ini kita nak ambil alih ke semuanya maknanya amaunnya kena terus meningkat. Saya dengan ini menyokong usul ini, terima kasih.
Gombak Setia.
Terima kasih. Saya tak mahu berbahas panjang kerana bagi saya kita semua menyokong apa juga inisiatif untuk kita membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat (tepuk tangan). Yang penting holistik (gelak) dan yang paling penting juga, dalam apa juga usaha yang kita nak laksanakan ini bagi saya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, yang peduli rakyat atau prihatin. Kita sepatutnya mempunyai keazaman ataupun iltizam politik, untuk melakukan satu-satu perubahan tersebut. Dan saya ingin bertanya dan juga mencadangkan beberapa perkara dalam ucapan ringkas saya ini sebab bila saya lihat perbahasan-perbahasan, khususnya yang dibangkitkan oleh rakan-rakan daripada BBC, backbenchers, Kelab Penyokong Kerajaan saya yakin, Kerajaan sepatutnya mengambil perkara ini dengan serius. Tapi saya tengok memek muka Tanjung Sepat. Tadi saya boleh agak apa jawapan yang akan diberikan dalam.
Jangan sangka jahat. Bagi dia jawab dahulu baru buat tuduhan.
Tidak, saya bukan sangka saya kata saya boleh agak jawapan yang akan diberikan. Justeru itu saya hendak bertanya kepada Kerajaan, kerana dalam Belanjawan yang dibentangkan pada tahun 2023 ada satu program yang mempunyai peruntukan RM100 juta dan program tersebut adalah Program Skim Biaya Rumah Selangorku yang sepatutnya dilaksanakan tetapi
program itu tidak dapat dilaksanakan oleh sebab katanya LPHS sedang mencari kaedah ataupun disebabkan kekangan bidang kuasa Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dalam memberikan pinjaman. Dan dalam Belanjawan tersebut, diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua peruntukan RM100 juta ini adalah antara peruntukan yang terbesar, dalam Belanjawan tersebut sehingga hari ini belum lagi dapat dilaksanakan. Justeru apakah Kerajaan boleh mempertimbangkan supaya usaha murni sebagaimana yang dicadangkan oleh backbenchers, sebagaimana yang juga ada dalam manifesto Pakatan Harapan. Itu boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan dengan memulakan inisiatif tersebut? Tidak perlu laksanakan semua mungkin boleh pilih beberapa kawasan ataupun rumah-rumah apartmen kos rendah ini, dan kita mulakan mungkin pilot projek yang mana akhirnya dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat sebab saya nampak dalam hal kewangan ini Kerajaan Negeri tidak ada masalah. Saya sebut tadi Program Skim Biaya Rumah Selangorku, ini ada RM100 juta sehingga hari ini tidak dibelanjakan lagi sebab program tersebut tidak boleh dilaksanakan dan saya juga dimaklumkan LPHS ada rizab tunai sehingga hari ini kira-kira RM750 juta jadi tidak akan Yang Berhormat EXCO dalam jawapan boleh belanja sedikit supaya memberi semangat dan dorongan dari rakan-rakan saya daripada Kelab Penyokong Kerajaan. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya tidak ada ADN yang hendak bahas lagi jadi saya mohon wakil Kerajaan beri sebarang ulasan jika ada.
Terima kasih Tuan Speaker terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dari pihak Kerajaan Negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gasing atas usul yang dibawa mengenai pengurusan rumah kos rendah berstrata di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menyedari kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan komitmen untuk memastikan keadaan hidup yang lebih baik, selesa kepada semua penduduk terutamanya mereka yang menghuni di rumah kos rendah. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang membahaskan usul ini iaitu Yang Berhormat Seri Kembangan, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Taman Medan, Yang Berhormat Sentosa, Yang Berhormat Gombak Setia, Yang Berhormat Batu Tiga dan kepada semua Yang Berhormat. Cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan rumah pangsapuri kos rendah berserta perlu dilihat dari segi implikasi dan kajian menyeluruh sebelum pertimbangkan sebarang cadangan ambil alihan tentang pengurusan pangsapuri kos rendah oleh Kerajaan Negeri. Cadangan ini perlu dilihat dari pelbagai sudut seperti kewangan, perundangan, sosial dalam pertimbangan usul daripada cadangan Yang Berhormat Bukit Gasing. Implikasi kewangan terutamanya pangsapuri kos rendah tanpa JMB ataupun MC sering menghadapi cabaran besar dalam untuk mengumpulkan dana untuk penyelenggaraan bersekala dan pembaikan struktur bangunan. Berdasarkan contoh pengiraan jika kita menganggap kos penyelenggaraan
tahunan bagi satu pangsapuri sekitar RM125 ribu maka kita ada 549 skim seperti yang disebut Bukit Gasing tadi yang masih lagi tiada JMB dan juga MC di Selangor. Peruntukan tahunan yang diperlukan sebanyak sekitar RM68,625,000.00. Jadi anggaran ini penting untuk memastikan dana mencukupi untuk mematuhi keperluan asas penyelenggaraan dan pembaikan. Jadi itu antara yang kita dalam pengiraan. Untuk memastikan keberkesanan pengambilan dan juga pengurusan pangsapuri kos rendah ini Kerajaan Negeri perlu menjalankan kajian kewangan menyeluruh ini termasuk mempertimbangkan kos pemulihan, utiliti seperti bil air dan juga elektrik. Ini disebabkan tadi ada tunggakan RM1 juta, RM500 ribu kerana bil air mereka pukal mereka tidak boleh membayar dan JMB tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Hari ini dilantik esok letak jawatan, bukan pengerusi letak jawatan tetapi seluruh jawatankuasa letak jawatan.
Yang Berhormat EXCO.
Dan apa yang usul yang tumbuh bukan sekadar hendak.
Sebab itu kalau boleh biar Kerajaan ambil alih biar Kerajaan letak jawatan.
Yang Berhormat hendak bagi laluan atau tidak? Tanjung Sepat hendak beri laluan?
Yang Berhormat nanti dulu tidak dengar apa Yang Berhormat cakap tadi?
Satu biar Kerajaan Negeri yang ambil alih dan Kerajaan Negeri letak jawatan.
Yang Berhormat kalau hendak bertanyakan soalan ataupun mencelah kena minta. Daripada tanjung Sepat sekiranya diizinkan barulah boleh mula.
Ya, saya benarkan tadi. Ini adalah bebanan yang disambung oleh pihak JMB dan ia juga terikat kepada Akta 757 nanti saya jelaskan. Jadi tentang collection.
Yang Berhormat mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat EXCO saya mendengar dengan teliti jawapan EXCO yang akan menilai, mengkaji, termasuk melihat kepada implikasi kewangan, yang akan
ditanggung oleh pihak Kerajaan. Soalan saya adalah sementara menunggu kajian itu selesai, dan dapatan itu memuaskan hati. Apakah pihak Kerajaan tidak melihat secara lebih dekat isu ini semasa hari ini bila mana keadaan hujan dan ribut sangat teruk pada hari ini, yang memerlukan pengurusan bangunan ini dibantu bumbung satu flat pecah semua. Jadi apakah usaha terdekat quick win pihak Kerajaan untuk membantu masalah ini sebelum kajian selesai. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Ramal saya belum habis lagi jawab banyak lagi jadi sabar. Saya tidak marah geram sahaja. Yang untuk baik pulih bumbung semua kita memang ada dalam skim yang disebut Batu tiga kemudian ada juga pangsapuri-pangsapuri atau rumah kos rendah yang diinsuranskan oleh pihak JMB tetapi kebanyakan mereka gagal menginsuranskan ini menyebabkan perkara ini ditanggung oleh kerajaan. Seterusnya ingin saya sebut tadi tentang tunggakan-tunggakan utiliti, bil air, bil elektrik dan sebagainya. Ini disebabkan kegagalan mereka untuk membayar yuran-yuran yang telah ditetapkan. Kenapa mereka gagal sebab kawasan perumahan ini banyak yang di antaranya disewakan kepada orang-orang asing yang penduduk asal sudah pindah ke rumah flat sederhana mewah yang tinggal rumah ini dijadikan rumah sewa kepada pendatang asing dan juga sebagainya. Baik, untuk pengelolaan hutang dan tunggakan tersebut memerlukan perancangan teliti untuk memastikan bekalan utiliti terus berjalan tanpa gangguan. Ini kita kena tengok kajian sepenuhnya kalau kita hendak bantu kita pastikan bahawa setiap perjalanan pembayaran baki ini tidak ada gangguan lagi dan Kerajaan Negeri perlu bersiap sedia untuk perbelanjaan tambahan yang mungkin timbul seperti kecemasan mendadak, pembaikan yang tidak dirancang sebelumnya ini yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Ramal tadi kita kena kaji dan kena pastikan dengan penggunaan sumber kewangan yang efisien untuk kestabilan untuk jangka masa panjang itu kita akan buat kajian walaupun Yang Berhormat kata tadi dalam kajian bantuan kita tetap teruskan juga walaupun ada kekangan dan sebagainya. Dari segi perundangan juga Kerajaan Negeri perlu memastikan langkah-langkah yang diambil selaras dengan perundangan yang sedia ada termasuk Akta Hak Milik Strata 1985 iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu Akta 757. Ini adalah pekeliling untuk mematuhi undang-undang ini menggalakkan kemungkinan timbul masalah undang-undang dan memastikan semua pihak terlibat memahami patuh kepada peraturan yang ditetapkan. Selain daripada itu dalam konteks pengambilalihan pengurusan pangsapuri kos rendah yang telah mempunyai hak milik strata pemilikan sudah menjadi pemadanan pengurusan ataupun MC bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan menyelenggara harta bersama. Oleh itu pengambilan pengurusan oleh Kerajaan Negeri perlu selaras dengan akta dalam hak milik strata 1985 iaitu Akta 757 walaupun yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing tadi bahawa JMC boleh melantik agen tetapi ini melibatkan kos juga ia melantik agen siapa yang hendak bayar Kerajaan Negeri kita terpaksa kaji juga bukan kita boleh serah kepada
mereka, mereka lantik dan itu lama-lama mereka tidak boleh melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Maka sebarang tindakan perlu mendapat persetujuan daripada pemilik petak dan perbadanan pengurusan untuk mengelakkan sebarang kompleks ataupun dari segi undang-undang. Itu saya kata tadi perjalanannya jauh kita belum tentu boleh buat kenduri, hendak buat program hendak rewang semuanya ini lambat. Proses ini jalan begitu banyak tapi perancangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang itu kita anggap sebagai satu perancangan selepas program dapat dilaksanakan. Kebanyakan. Ya
Yang Berhormat EXCO saya dengar kajian-kajian, macam-macam hendak dibuat tadi tu sebab itu saya sebutkan tadi dalam hal ini saya lihat yang penting ialah Kerajaan Negeri mempunyai iltizam politik untuk melaksanakan perubahan tersebut. Jadi sebab itu saya hendak tanya ok lah kalau Kerajaan hendak buat kajian, berapa lama tempoh masa Kerajaan perlu buat kajian-kajian ini supaya kalau tidak saya lihat Pelabuhan Klang sudah masam. Tadi sudah senyum sikit sudah mula berbisik walaupun duduk sebelah. Jadi berapa lama saya yang akan diambil dan bagaimana usaha yang murni ini dapat juga kita laksanakan.
Terima kasih Gombak Setia. Bagi saya jelaskan dahulu nanti kita akan bagi tahu last sekali bila boleh dilaksanakan. Jangan mencelah dahulu banyak lagi. Berdasarkan analisis terhadap keberhasilan JMB dan MC di pangsapuri-pangsapuri itu yang berjaya faktor utama yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu pangsapuri adalah kemahuan, komitmen, kerjasama komuniti pangsapuri itu sendiri dalam membawa perubahan positif. Komitmen dan juga membantu mengubah pangsapuri-pangsapuri menjadi kawasan yang lebih bersih, ceria dan harmoni Kerajaan Negeri telah mengaturkan pelbagai program untuk menggalakkan pemilik petak berhubung JMC dan MC sebagai contoh di Pangsapuri Sementa di Klang yang usang di mana Kerajaan Negeri telah menyediakan Bantuan Skim Ceria seperti yang saya sebutkan tadi dalam pembaikan bumbung, taklimat yang diberikan kepada penduduk dan menggalakkan pertumbuhan JMB yang disambut baik dan disokong oleh penduduk sepenuhnya. Jadi dalam bilangan yang kita sebut tadi tidak semuanya majoriti yang begitu tetapi ada juga pangsapuri kos rendah ini yang dapat berjalan dengan baik diuruskan dengan baik tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing memang ada peratus yang tinggi yang tidak join JMB tidak dapat function dengan begitu baik. Pesuruhjaya Bangunan atau COB setiap PBT akan menggunakan Seksyen 86 Akta 757 untuk melantik agen bagi ini yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gasing tadi yang berpotensi untuk ditubuhkan JMC. Yang paling penting iaitu KPKT hendaklah segera, yang ini KPKT Kerajaan Perumahan membuat pindaan kepada Akta 757 dengan mengambil kira kepentingan JMB MC memudahkan prosedur untuk ditubuhkan badan tersebut. Yang saya sebutkan tadi kadang-kadang JMB ini mereka menyampaikan
keluhan resah bukan sekadar nak menyelesaikan kutipan, bil utiliti, kadang-kadang masalah rumah tangga pun mereka mengadu dengan JMB. Masalah penceraian, kunci hilang, kereta kena curi. Mereka tidak sanggup, letak jawatan. Bukan sekadar Pengerusi dengan jawatankuasa letak jawatan. Ini kesimpulan nya Kerajaan Negeri berpendapat ni kesimpulan sebut pada Gombak Setia tadi, kesimpulannya Kerajaan Negeri berpendapat pengambil alihan Pangsapuri Kos Rendah berstrata memerlukan kajian yang lebih mendalam dan komprehensif. Jadi implikasi kewangan, perundangan dan sosial perlu dipertimbangkan secara teliti dan keputusan yang diambil memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Jadi saya mencadangkan supaya kita akan menubuhkan Jawatankuasa bertindak untuk memastikan dapat dilaksanakan. Ya silakan Y. B Sentosa.
Terima kasih Tanjung Sepat EXCO. Jawapan Y.B EXCO, Yang Berhormat EXCO kami terima. Tapi untuk membantu dalam segi dari segi kajian dan sebagainya. Boleh tak kita pilih satu, dua pangsapuri kos rendah dan cuba ini dengan kadar segera dan tengok apa yang kita belajar daripada eksperimen eksperimen ini. Mungkin kita boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Sebenarnya kita tidak boleh nak membuat kajian dengan cara begitu. Nanti dia mendatangkan implikasi yang begitu seolah-olah Kerajaan Negeri mengambil satu tindakan menjadikan itu sebagai tempat ujian dan sebagainya. Lebih baik saya cadangkan supaya kita menubuhkan jawatankuasa untuk tindakan ini kerana kita lihat bagaimana implikasi dari segi kewangan, perundangan, dan apa segala aspek. Jadi itu lah yang sekadar yang saya dapat ulas daripada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya nak sambung sedikit atas cadangan daripada Gombak Setia sebentar tadi.
Ya, silakan.
Berkenaan dengan reserve ataupun simpanan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Saya nak maklumkan sebahagian besar daripada tabungan itu hasil daripada bayaran denda yang dibuat oleh pemaju-pemaju perumahan di atas kebenaran setelah melalui pelbagai peringkat dan juga pelbagai saringan untuk mereka menjualkan unit perumahan Bumiputera. Jadi simpanan itu sebenarnya adalah untuk perumahan Bumiputera. Justeru dasar Kerajaan Negeri agak jelas kita hanya akan menggunakan rumah-rumah itu ataupun wang itu untuk pembelian unit-unit dan unit-unit itu akan dimanfaati atau sebahagian besarnya 90% kita hanya buka 10% saja untuk yang Bukan Bumiputera untuk program Smart Sewa. Jadi apa yang berlaku ialah biasanya wang itu kita akan gunakan untuk membeli unit rumah. Dan rumah
itu memang telah bertambah. Dulu 2018 kita ada dalam sekitar 400 buah rumah. Sekarang rumah-rumah itu menjelang tahun 2026 nanti kita boleh jadi 3000 tetapi sekarang kita ada 1000 unit rumah. Dan itu yang kita beli dan itu kita program Smart Sewa. Walaupun asasnya adalah Bumiputera tapi kita buat majoriti, 90% untuk Bumiputera dan 10% kita buka kepada kelompok lain sesuai dengan trust deed atau sesuai dengan apa peraturan hal tersebut. Jadi nak ambil suka-suka hati memang kalau boleh kita nak ambil daripada juta-juta tapi dia ada kekangan terhadap tabungan yang telah dikemukakan. Terima kasih.
Yang Amat Berhormat, itu jawapan tentang LPHS. Bagaimana dengan program ataupun Skim Biaya Rumah Selangorku yang sampai hari ini masih belum dilaksanakan. Kalau boleh diperuntukkan untuk melaksanakan hal-hal yang murni ini sebagaimana yang dicadangkan oleh Bukit Gasing.
Di peringkat awal pihak Kerajaan Negeri memang menganggarkan untuk menggunakan peruntukan 100 juta yang ada dalam tabungan LPHS untuk program biaya tersebut. Tapi bila kita dah laksanakan program biaya, kita dapat kertas kerja pembentangan daripada Institusi Perbankan kebanyakannya akan membebankan balik kepada penerima-penerima ataupun kepada pengguna-pengguna. Sebab asasnya mudah, Kerajaan Negeri tidak boleh menjadi penjamin. Kerajaan Negeri juga tidak boleh mengenakan caj kepada rumah-rumah tersebut ataupun rumah-rumah tersebut tidak boleh double charge dengan izin. Double charge dengan erti kata kita berikan 10% dengan sesetengah caj terhadap perumahan tersebut. Lagi 90% di cajkan lain untuk institusi perbankan lain atau institusi perbankan tersebut. Jadi ini antara kekangan yang besar dan bila LPHS pula nak mengeluarkan pinjaman awal yang sebagaimana, isu besar nya adalah menyediakan 10% jadi kita terpaksa mengambil sedikit jalan jauh menempatkan mereka di Smart Sewa dan di Smart Sewa 30% pinjaman sewaan mereka akan dipulangkan balik. Biasanya dalam tempoh 5 tahun mereka sudah mempunyai sedikit asas dalam sekitar 10 hingga 12 ribu untuk menjadikan deposit perumahan mereka dan 10, 12 ribu ini maknanya boleh beli rumah type C yang berharga 100 hingga ke 120 ribu ringgit. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Yang Mulia ini mula menggesa Kerajaan Negeri mula mengambil alih pengurusan Rumah Kos Rendah Berstrata demi kesejahteraan rakyat Selangor yang menduduki kediaman tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata “ya”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju Sila kata “tidak”.
Usul ini dipersetujui.
Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat, Perkara 87 untuk mendapatkan Petua Speaker. Tuan Speaker pada 21 Jun yang lalu, saya telah memberikan notis kekosongan kerusi Selat Klang kepada Speaker. Secara tangan dan menurut perkara 65(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor. Apabila Speaker Dewan menerima Notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Negeri, mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan Ahli Dewan Negeri di bawah perkara ini, Speaker Dewan hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka dan memberitahu Suruhanjaya Piliha Raya sewajarnya dalam tempoh 21 hari daripada tarikh dia menerima notis bertulis tersebut. Yang Berhormat Tuan Speaker telah menerima Notis Bertulis daripada saya pada 21 Jun 2024, jadi pada petang ini saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Tuan Speaker, bilakah Yang Berhormat Speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, tentang kekosongan di kerusi DUN Selat Klang. Saya mohon supaya pertimbangan yang akan di buat oleh Tuan Speaker itu adalah berdasarkan Perlembagaan dan Undang-undang Negara. Kerana Dewan Yang Mulia ini juga telah meluluskan Akta Lompat Parti secara sebulat suara kerana kita yakin, keputusan yang dibuat itu adalah untuk memastikan kestabilan dan keharmonian dalam negeri dan negara ini. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Tuan Speaker, bilakah tarikh Yang Berhormat Tuan Speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya tentang kekosongan kerusi Selat Klang. Terima kasih Tuan Speaker.
Saya lihat.
Tuan Speaker. Saya.
Yang Berhormat Bukit Gasing, berdiri. Berdiri atas Peraturan Tetap.
Peraturan Tetap 87 juga. Minta Petua Speaker. Saya ingin mencadangkan boleh tak kita habiskan 3 lagi Usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Negeri, lepas tu kita boleh di, Tuan Speaker boleh memberi kata putus ataupun ulasan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang.
Tidak apa, saya di sini ingin membuat memandangkan terdapat 2 Ahli Dewan yang berdiri di atas Peraturan Tetap 87 yang memohon Petua Speaker untuk membuat keputusan dalam sebarang perkara tafsir dalam mana-mana
jua Peraturan Tetap ini atau berkenaan dengan kelaziman dan keputusan Speaker adalah muktamad. Berkenaan dengan notis daripada Yang Berhormat Hulu Kelang itu saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat tetapi tidaklah terlalu lewat dan saya akan cuba mempercepatkan sejurus selepas semuanya siap sedia. Jadi itulah Petua daripada saya. Tidak akan terlalu lewat. Ya.
Cuma minta maaf Tuan Speaker, tidak terlalu lewat itu agak very subjektif, kerana mengikut Peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, Yang Berhormat Tuan Speaker mempunyai tempoh 21 hari daripada tarikh menerima Notis secara bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan.
Ya.
Saya menyerahkan Notis pada 21 Jun 2024 maknanya tempoh Yang Berhormat Tuan Speaker, membuat keputusan adalah tempoh yang telah ditetapkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya akan membuat keputusan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah tarikh akhir untuk membuat keputusan itu perlu dibuat?
Tarikh kalau mengikut Undang-undang
Hari Jumaat kan?
Ya. Undang-undang Tubuh..
21 Hari, 3 minggu.
Itu tafsiran Yang Berhormat Speaker. Tetapi saya sekadar membaca Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor di mana apabila Speaker menerima Notis daripada mana-mana Ahli Dewan, Speaker hendaklah memberitahu SPR, dalam tempoh 21 hari dari tarikh dia menerima Notis bertulis itu. Tarikh Yang Berhormat Speaker terima Notis saya adalah 21 Jun 2024. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih. Jadi jelas lah bahawa saya perlu membuat ketetapan ataupun pemastian dalam jangka masa 21 hari daripada 21 hari Jun. Kalau
ikut kiraan saya hari itu hari kalendar dan esok adalah hari yang terakhir. Tetapi saya akan cuba mempercepatkan dan saya tidak akan menunda perkara ini terlalu lewat.
Satu lagi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tafsirkan esok. Apakah itu antara punca Kerajaan Negeri menamatkan Sidang pada hari ini?
Itu tidak ada kaitan.
Supaya tidak ada perbincangan dalam Dewan Negeri. Apabila Yang Berhormat Tuan Speaker membuat keputusan.
Tidak ada kaitan. Petua saya tidak ada kaitan. Jawapan saya Petua saya tidak ada kaitan.
Tidak ada kaitan.
Ya. Tidak ada kaitan.
Okay, sebab Tuanku Titah 18 Julai Yang Berhormat Speaker tapi nampak tergesa-gesa nak tamatkan hari ini kerana ada keputusan besar yang akan dibuat oleh Tuan Speaker.
Tidak ada kaitan.
Tidak ada kaitan?
Saya akan cuba percepatkan. Saya tahu semua sedang menunggu.
Terima kasih.
Ya, jangan bimbang. Dalam bahasa cina ada disebut pepatah dengan izin, (Bahasa Cina). Maksudnya kita jalan slow-slow kita akan dapat keputusan yang lebih jelas dan sebagainya.
Tak boleh slow-slow Tuan Speaker.
Saya tahu.
Sebab ini negeri Selangor. Negeri yang maju. Kita kena pantas kena cepat.
Ini macam satu kraf tangan.
Dan ini satu keputusan yang tidak sulit. Satu perkara yang mudah.
Ya saya tahu, tapi ini seperti satu kraf tanganlah jadi jangan bimbang. Saya akan mempercepatkan. Saya faham.
Yang Berhormat Speaker. Saya ada satu soalan sahaja.
Ya Yang Berhormat berdiri atas Peraturan Tetap apa?
Atas peraturan yang sama Yang Berhormat Tuan Speaker.
Peraturan Tetap yang sama sudah dibangkit oleh dua orang Ahli yang sama. Jadi tak payah lah.
Simple sahaja soalan saya.
(Dewan Riuh)
Saya memberi jaminan, Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Batu Tiga pun duduk
Saya ingat Tuan Speaker boleh teruskan.
Ya, ya. Duduk, duduk. Masa itu emas. Walaupun slow-slow tapi kena percepatkanlah.
Notis kekosongan luar jangka itu.. Tak apa harini sampai urusan selesai. Masa memang emas tapi harini sampai urusan selesai pukul 12.
Ya Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya akan teruskan. Jangan bimbang, jangan bimbang saya memberi jaminan akan ada keputusan dalam masa terdekat.
Tak sebab kami menunggu dengan sabar 21 hari.
Taman Medan duduk
Speaker pun dah jawab. Saya ingat Taman Medan ni boleh slow-slow sikitlah. Saya ingat Speaker boleh balik ulang pepatah dari Cina tadi. Ada 3 lagi Usul, saya harap Usul ini boleh disegerakan supaya kita boleh proceed kepada perkara-perkara lain. Saya ingat Taman Medan boleh duduk, jawapan pun telah diberikan. Kita boleh teruskan dulu, kita selesaikan dulu. Terima kasih Speaker.
Batu Tiga boleh jadi Speaker.
Ya, terima kasih Batu Tiga. Saya mohon Setiausaha untuk meneruskan.
Usul seterusnya. Usul Nombor 11 Tahun 2024. Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1) oleh Yang Berhormat Bukit Gasing.
Banyaknya. Demi kebaikan Selangor. Alright kali ini lebih pantas, isu ini lebih mudah difahami. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut bahawa Dewan yang Mulia ini menggesa Kerajaan Negeri menyiapkan pemasangan Panel Solar di semua bangunan Kerajaan Negeri Selangor demi mempercepatkan agenda karbon rendah. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Hulu Kelang kenapa balik? Jangan lah lari. Takut apa?
Ada kajian, ada kajian.
Yang Berhormat teruskan.
Tuan Speaker relax don’t worry boleh bahas saya rasa jawapan kali ini boleh berubah. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ini adalah cadangan saya, saya pernah kemukakan dalam perbahasan saya
sebelum ini. Tetapi hari ini saya hendak bawa satu Usul untuk meminta Kerajaan Negeri mengambil satu pendekatan yang serius dan saya harap perkara ini dia merangkumi semua EXCO, dia bukan satu EXCO sahaja. Bukan Bandar Utama sahaja, sebab yang jaga bangunan-bangunan kerajaan ini berbeza-beza. Yang paling banyak Sekinchan, PBT ini cukup banyak fasa, cukup banyak medan selera, cukup banyak bangunan dewan orang ramai tetapi di bawah Pejabat Daerah pun cukup banyak bangunan, Jabatan Agama Islam pun cukup banyak bangunan. Saya ingin menyeru Kerajaan pada hari ini, kita ambil satu langkah yang proaktif untuk mempercepatkan pemasangan panel solar di semua bangunan kerajaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada beberapa cara untuk pasang panel solar dan skim yang ada untuk bangunan kerajaan hari ini adalah Skim Net Energy Metering dengan izin, Skim NEM 3.0. Skim ini memberi satu insentif yang cukup baik untuk bangunan kerajaan. Kalau bangunan komersial dia hendak skim macam ini tapi malangnya dia tidak dapat, tapi bangunan kerajaan dapat menggunakan skim ini. Apakah cara kita boleh pasang, satu kita beli sistem solar tersebut. Sistem solar merangkumi panel solar, inverter dan bateri tidak payah beli dah, ada skim NEM, dia sambung kepada TNB, pendawaian dan sebagainya. Kalau kita beli perlukan upfront, cash yang tinggi. Mungkin yang itu peruntukan tidak cukup seperti Gombak Setia suka berkata hari ini kena kaji dulu sebab kalau kita buat cara itu, memang peruntukan yang cukup tinggi diperlukan. Tetapi terdapat ada cara lain untuk kita memperoleh sistem solar. Cara yang kedua kita boleh buat solar leasing setiap bulan kita bayar pajakan, kita bayaran bulanan. Bergantung pada saiz sistem solar yang dipasang. Yang ini pun tak perlu dibuat sebab ada cara ketiga iaitu Power Purchase Agreement (PPA), solar PPA yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat. Sistem solar PPA ini adalah sistem di mana syarikat solar akan memasang sistem solar di bangunan tersebut atas kos mereka tidak ada satu sen yang dikutip untuk pasang. Dia yang keluarkan kos untuk pasang dan selepas dia keluarkan kos untuk pasang, dia pasang satu meter solar dan bangunan tersebut akan ada 2 meter, satu meter daripada TNB pada waktu malam tidak ada matahari, meter tersebut berjalan. Kalau waktu ribut hujan, tidak ada matahari, meter tersebut berjalan tetapi pada waktu siang ada matahari dia akan ambil elektrik dia daripada panel solar dan masa itu meter panel solar yang berjalan. Jadi setiap bulan bayar 2 bil. Satu kepada TNB, satu kepada syarikat solar. Dan kalau kita buat dengan cara itu, tak payah keluarkan wang pembangunan. Satu sen wang pembangunan tidak payah dikeluarkan kita hanya perlu 2 bil. Now, adakah kalau kita buat cara ini, adakah tenaga daripada syarikat solar ini lebih murah atau pun lebih mahal daripada TNB. Jawapannya tenaga yang dijual oleh syarikat solar pada hari ini adalah lebih murah. Kebanyakan bangunan kerajaan membayar tarif komersial, tarif 50.9 sen satu kilowatt sejam, tarif 50.9 sen tetapi syarikat solar menjual tenaga tersebut dalam kadar yang lebih murah dan kebanyakan kesnya dalam 30 lebih sen satu kilowatt hour.
Nanti Yang Berhormat KKB, kawan saya dia akan perincikan satu case study di kawasan Hulu Selangor, Pejabat Daerah tak silap saya, 38 sen mereka bayar. Jika Kerajaan Negeri hendak mempercepatkan, kita perlu menawarkan kepada syarikat-syarikat solar yang tersenarai di laman web yang berdaftar di SEDAR iaitu agensi Kerajaan Pusat yang bertanggungjawab menyelia industri ini. Kita harus pelawa kepada mereka untuk datang masuk dan melabur. Mereka yang keluarkan kos untuk memasang panel solar di setiap bangunan, di pasar, di pejabat, di dewan orang ramai dan sebagainya. Dan bayaran yang kita harus bayar kepada dia setiap bulan adalah bergantung pada meter. Kita bayar ikut penggunaan apa yang lari dalam meter. Kalau panel solar sistem itu rosak, sistem itu tidak berfungsi, elektrik tidak mengalir, tidak payah bayar. Kalau dia mengalir, kita bayar. Sistem ini bukan stand alone, dia sama dengan bersekali dengan TNB, bila tidak ada solar, sebab kitakan negara yang selalu hujan, kadang-kadang tidak ada matahari. Kadang-kadang pejabat atau pun bangunan itu digunakan pada waktu malam, dia menggunakan tenaga daripada TNB. Jadi ringkas saja Usul saya di sini, tak perlu keluarkan duit CUEPACS, tak perlu keluarkan peruntukan kerajaan hanya perlu usaha untuk mempelawa syarikat dan saya harap bila kita pelawa syarikat, kita buat secara terbuka, tender terbuka demi mendapat harga yang terbaik dan kita boleh pakejkan bangunan-bangunan di seluruh Negeri Selangor mungkin satu daerah satu pakej untuk menarik syarikat ini datang masuk melabur. Cukup banyak syarikat di pasaran, saya rasa mari kitalah masukkan usaha sekarang. Skim NEM 3.0 ini adalah sehingga hujung tahun ini. Kita tidak tahu tahun depan skim itu menjadi lebih susah atau pun secara kewangan lebih tak akteratif sebab skim untuk komersial itu dah menjadi semakin tak akteratif. Sebab terlalu ramai orang hendak pasang solar, jadi sebelum hujung tahun ini saya harap kita jangan lepasi peluang untuk kita pasang di seluruh setiap bangunan kerajaan dan jadi negeri pertama di Malaysia di mana keseluruhan penggunaan tenaga elektrik di setiap bangunan kerajaan Negeri Selangor dan agensinya adalah tenaga hijau, sekian saya mencadangkan.
Subang Jaya.
Tuan Speaker, Subang Jaya menyokong dalam menyokong Usul Bukit Gasing. Subang Jaya ingin menyentuh berkenaan sebab mengapa agenda ini penting bukan sahaja kerana penjimatan tetapi kita hendak mempercepatkan agenda rendah karbon. Jadi usaha solar akan ada kesan secara langsung terhadap perlindungan alam sekitar. Dan bukan sahaja itu, tetapi jaminan masa depan sebab pengeluaran karbon ada kesan terhadap masalah yang kita hadapi sekarang. Banjir dari Meru, banjir daripada Dusun Tua, banjir daripada Pandamaran. Ada kaitannya dengan karbon, ini adalah kerana apabila kita sebagai kerajaan ataupun development membina sesuatu terdapat andaian-andaian contohnya berkenaan kadar
penurun hujan, kelajuan angin dan juga suhu. Benda yang kita tanam pun bersandarkan pada andaian-andaian tersebut, jadi apabila berlakunya perubahan iklim akibat pengeluaran karbon, maka andaian itu akan terlari. Jadi cara kehidupan kita ...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Subang Jaya, saya mohon Kota Anggerik, sila jangan ambil gambar dengan flash light dalam Dewan. Ya, saya tahu apa-apa yang hendak ambil tapi jangan, jangan, jangan. Subang Jaya teruskan. Ini amaran ya Kota Anggerik ini amaran.
Jadi kehidupan kita juga akan terjejas. Saya ingin merujuk kepada emission per capita pada tahun 2023, berdasarkan satu website iaitu ourworldindata.org ya, jadi kita tahu bahawa pengeluaran karbon terbesar kalau kira dari segi negara adalah empat. United States, China, United Kingdom dan juga India ya. United State mengeluarkan 14.9 tan per kapita, China 8 tan, United Kingdom 4.7 tan dan India 2 tan per kapita. Kalau kita rujuk kepada average dengan izin, pengeluaran per kapita karbon untuk satu dunia ia adalah 4.7 tan. Untuk Malaysia kita telah melangkau average tersebut di mana pengeluaran per kapita kita telah sampai 8.6 tan. Jadi kita kena ambil serius perkara ini. Masalah dengan agenda rendah karbon adalah kerana kita sedang berbicara dengan gas. Karbon ini kita tidak boleh lihat, tidak berbau jadi kita ambil ringan perkara ini ya. Dan itu sebabnya kita dengan izin tidak ada sense of urgency. Saya hendak meminjam satu ungkapan yang saya telah belajar daripada seorang anak muda. Dan untuk makluman Yang Berhormat sekalian, anak muda kita sedang menghadapi satu keadaan yang dipanggil climate anxiety kerana mereka rasa mereka tidak boleh mengawal climate changes tersebut maka wujudnya satu masalah daripada kesihatan minda iaitu anxiety. Ungkapan tersebut berbunyi berikut iaitu “kita tidak mewarisi dunia ini daripada nenek moyang kita, kita yang meminjamkan dunia ini daripada anak-anak kita”. Jadi kalau kita lihat kajian-kajian base line daripada seluruh daripada negara seluruh dunia ini, punca karbon balik-balik kepada beberapa sektor sahaja iaitu pengangkutan, penanaman, aktiviti industri dan juga tenaga.
Barangkali pengangkutan dan tenaga merupakan sektor pengeluaran karbon yang paling tinggi. Jadi dengan mengubah cara kita menggunakan elektrik daripada fossil fuel dengan izin, kepada solar maka kita dapat memastikan bahawa Kerajaan Negeri Selangor boleh menjadi teladan yang baik supaya kita boleh menerajui sasaran net zero bagi seluruh Malaysia ini. Jadi dengan itu Tuan Speaker, Subang Jaya menyokong, terima kasih.
Ada sesiapa yang hendak bahas?
Bukit Lanjan.
Kuala Kubu Baharu. Saya nampak Kuala Kubu Baharu berdiri.
Terima kasih Tuan Speaker atas keizinan untuk saya bahas dalam Usul ini. Konsep NEM government membolehkan panel solar di premis kerajaan di mana tenaga yang dihasilkan daripada sistem tersebut akan diguna terlebih dahulu manakala tenaga di hasil berlebihan akan di salur ke grid berasaskan kepada one to one side basis dengan izin untuk tempoh 10 tahun. Menurut SEDAR Malaysia, 100 megawatt telah ditawar di bawah NEM Government sejak tahun 2021 dan saya baru semak baki kuota terkini adalah 47.83 megawatt.
Tuan Speaker saya ambil Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor sebagai contoh, sistem panel solar di premis PDT Hulu Selangor bermula operasi sejak bulan Januari tahun 2024. Apabila kita membantingkan penggunaan tenaga dalam kilowatt dengan jumlah bil elektrik bagi tempoh 6 bulan sebelum dan selepas sistem panel solar beroperasi. Bagi tempoh bulan Julai hingga Disember 2023 jumlah penggunaan tenaga adalah 214,222 kilowatt hour. Jumlah bil elektrik adalah RM134,408.90. Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun 2024 pula, jumlah penggunaan tenaga adalah 230,062 kilowatt. Jumlah bil elektrik adalah RM133,919.45. Secara keseluruhan penggunaan elektrik meningkat sebanyak 7.4% tetapi Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor mencapai penurunan bil elektrik sebanyak RM489.45 ataupun 0.36%. Walaupun penurunan bil elektrik ini tidak significant tapi ini tetap adalah satu penurunan kerana kita tidak lihat peningkatan bil elektrik yang seiring dengan peningkatan penggunaan elektrik akibat cuaca panas, heatwave dengan izin atau pun faktor lain. Jadi bagaimana kita boleh memastikan penjimatan bil elektrik selain daripada kita melaksanakan energy audit dengan izin, ataupun tukar barangan elektrik seperti penghawa dingin yang tidak cekap. Jawapannya adalah sangat straight forward dengan izin, ia adalah untuk menambah solar panel. Apabila kita meneliti bil elektrik Jun 2024, kadar yang dikenakan oleh TNB untuk tenaga konvensional adalah 50.9 sen, manakala kadar untuk tenaga solar yang ditawarkan oleh GSPARKX adalah lebih murah iaitu 38 sen. Jika kita menjual lebihan tenaga solar yang dijana, kadar jualannya adalah 50.9 sen. Ini bermaksud bahawa PDT Hulu Selangor membeli tenaga solar pada kadar 38 sen tetapi menjual balik ke Grik pada kadar 50.9 sen. Dengan menambah solar panel ia akan menjanakan lebih banyak tenaga solar dan sudah tentu akan membawa lebih penjimatan bil elektrik kepada bangunan kerajaan.
Saya ingin menunjukkan, Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan tentang bil elektrik Jun tahun 2024. Bil elektrik adalah lebih kurang RM20,000.00. Jadi, jika kita lihat penjanaan tenaga konvensional ia adalah lebih kurang 35,000 penjanaan elektrik, 35 kilowatt. Tapi kalau kita tengok penjanaan daripada solar panel adalah lebih kurang
3,900 kilowatt. Ia ada perbezaan yang sangat tinggi kerana solar panel tidak cukup. Jadi, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memanfaatkan ruang di atas bumbung ataupun tempat letak kereta untuk bangunan yang sedia ada yang sudah dilaksanakan pemasangan solar panel. Dan, di samping itu untuk bangunan yang belum membuat pelaksanaan pemasangan solar panel kita kena mengkaji macam mana kita boleh dapat mekanisme yang paling cost effective di mana kita boleh memanfaatkan ruang yang sedia ada untuk mendapat penjimatan yang lebih signifikan. Jadi, saya mencadangkan bahawa Kerajaan mengkaji semula pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan supaya kita boleh memperkukuhkan negeri Selangor sebagai negeri yang pintar, mampan, berdaya huni dan juga karbon rendah. Sekian, terima kasih. Saya menyokong Usul ini.
Sekiranya tidak ada ADN yang ingin berbahas, saya mohon EXCO untuk mengulas.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Bukit Gasing yang telah membawa Usul Nombor 11 dalam Dewan yang mulia ini untuk menggesa Kerajaan Negeri menyiapkan pemasangan panel solar di semua bangunan Kerajaan Negeri Selangor demi mempercepatkan agenda karbon rendah. Dan untuk pengetahuan semua cuma mengingatkan, sekadar mengingatkan sebelum ini, memang mengikut keputusan MMKN oleh Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, satu keputusan telah diambil oleh Kerajaan Negeri supaya meminta bangunan-bangunan utama yang bersesuaian untuk dipasang panel solar. Jadi, sebenarnya pada hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gasing kerana membangkitkan Usul ini bagi mengingatkan kita dan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu yang juga menyumbang dalam Usul pada kali ini. Saya sangat gembira apabila Usul ini dibangkitkan kerana ia juga boleh dikatakan menyumbang kepada kesedaran awam termasuk pegawai-pegawai yang ada, termasuk Ahli-ahli Dewan Negeri supaya kita mengetahui inisiatif-inisiatif tambahan yang boleh kita lakukan dan menjadikan ia sebagai win-win situation, dengan izin. Dan ia juga penting kerana sebenarnya salah satu isu yang pernah kita bincangkan sebelum ini dalam mesyuarat yang berkaitan dengan panel solar adalah kita masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah. Secara umumnya masih ramai yang kurang menyedari tentang kebaikan panel solar dan maklumat tentang kebaikan pemasangan panel solar biasanya agak terhad kepada mereka yang berkemampuan untuk memasang panel solar. Jadi hari ini sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gasing yang telah menaikkan Usul ini dan juga kepada Yang Berhormat Subang Jaya, Kuala Kubu Baharu, yang telah membahas pada Usul ini dan menambah pengetahuan tentang Skim NEM 3.0, change
climate anxiety, dengan izin, dan juga kebaikan ataupun penurunan sebanyak 0.36% selepas memasang panel solar.
Pejabat saya akan lihat dan semak semula status serta cadangan pemasangan yang ada dan saya mengambil maklum isu yang telah dibangkitkan mengenai kadar kelajuan pemasangan solar di bangunan Kerajaan Negeri Selangor untuk diteliti dan selebihnya dibincangkan di MMKN sekiranya perlu. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri menyiapkan pemasangan panel solar di semua bangunan Kerajaan Negeri Selangor demi mempercepatkan agenda karbon rendah.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul Nombor 12 Tahun 2024. Usul di bawah Peraturan Tetap 26 (1) oleh Yang Berhormat Batu Tiga.
Saya menjemput .. pencadang? Batu Tiga. Ini adalah Usul ADN Muda ya.
Sokong ya. Jangan bantah.
Ya, silakan, silakan.
Jangan membantah. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang mulia ini mencadangkan supaya Usul yang telah dibahas dan mendapat undian tertinggi oleh peserta-peserta ADN Muda pada 28 Mei 2024 yang lalu dibawa ke Dewan yang mulia ini iaitu menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan-perniagaan yang dikendali oleh warga asing yang menyalah guna lesen perniagaan milik warga tempatan. Saya ingin memberikan sedikit maklumat secara ringkas untuk kita dapatkan overview secara umum, namun di akhir nanti saya mengharapkan agar ia dapat dibahas dan diterima. Secara umumnya kita sudah sedia
maklum tentang lesen yang dibuat secara Ali Baba yang pemilik lesen ialah warga tempatan namun disalah guna ataupun disewakan kepada pemilik warga asing. Dan ini adalah perkara yang sudah pun kita sedia maklum, lebih-lebih lagi kepada Ahli-ahli Dewan yang semuanya berpengalaman sebagai Ahli-ahli Majlis. Namun, adapun Usul ini, adalah Usul daripada ADN-ADN Muda, saya just ingin highlight tentang isu berkaitan dengan ADN Muda sahaja. Bukan isu, just nak praise ataupun berikan ucapan tahniah saya kepada Pejabat Speaker.
Pertamanya, saya ingin ucapkan tahniah kepada Pejabat Speaker dan Dewan Negeri Selangor kerana berjaya menganjurkan program ADN Muda ini dan ini memberikan pendedahan yang sangat luas kepada barisan pemimpin-pemimpin muda kita pada masa akan datang. Ini satu pujian yang boleh saya berikan kepada Pejabat Speaker pada sesi ini yang mengambil satu langkah yang sangat-sangat baik ini. (Ahli Dewan membuat bising). Memang pemilihan itu bermula daripada awal dan diakhirnya ada anugerah yang diterima, itu semua berjalan dengan sangat lancar. Dan saya kira, usul yang dibawa oleh ADN Muda ini adalah perspektif yang mana dilihat daripada sudut pandang non politician dan kebanyakan mereka mungkin melihat daripada perspektif kaca mata di bawah. Di harap pandangan ini diambil oleh kerajaan dan diambil juga peduli oleh seluruh Ahli Dewan supaya ia tidaklah kita kesampingkan hanya kerana mereka ADN Muda tetapi isu yang mereka bawa inilah isu besar yang boleh melibatkan kepada perkara-perkara lain.
Dan saya menyambung sedikit Usul itu dengan mencadangkan beberapa perkara sahaja secara ringkas. Yang pertama ialah kita menyelaras semula nilai kompaun yang diberikan oleh pihak PBT dengan nilai yang tinggi. Yang kedua, tidak memberikan diskaun kepada nilai kompaun itu dan yang ketiga, yang terakhir, sangat ringkas, menghadkan perniagaan ataupun menghadkan penglibatan yang boleh diberikan kepada warga asing ini, tidak terlibat dalam industri penyediaan ataupun pengurusan makanan. Sebab ia akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan lain dan juga pengurusan makanan oleh warga asing. Itu sahaja cadangan saya. Yang boleh saya panjangkan dalam Usul ini, saya mohon mencadang. Terima kasih.
Ya, Kota Damansara.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, Kota Damansara ingin menyokong usaha yang dibawa oleh Batu Tiga, walaupun kekosongan dapat dirasai dalam sidang Dewan ini yang mana parti pembangkang pun tidak bersama-sama walau Usul ini dibawa. Sifar pembangkang. Ada satu Bebas di sana jadi, secara tak langsung ini ialah Usul yang dibawa oleh pemuda, ADN Muda Selangor. Jadi, itu sahaja daripada saya, terima kasih. Saya menyokong.
Saya menjemput kalau ada mana-mana dari pihak Kerajaan, Sekinchan? Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga dan Yang Berhormat Kota Damansara atas Usul tentang perniagaan warga asing ini. Saya ambil maklum tentang perkara ini tapi ada satu perkara yang kita kena, harus akui di mana ramai antara rakyat kita, ramailah, antara rakyat kita tidak begitu minat dalam banyak aspek bidang perniagaan dan sebagainya, akhirnya ramai warga asing mereka lebih ke arah itu, mereka dapat mengambil peluang, sekiranya mereka boleh mengikut peraturan dan sebagainya kita tak ada, kalau mereka ikut apa yang saya katakan tadi, ikut peraturan dan mereka kahwin dengan orang tempatan, seperti pagi tadi saya cakap (ketawa), isteri mereka dengan suami, kalau suami tak balik bantu, isteri marah. Isteri marah, betul tak? Itu yang jadi masalah. Jadi, kita kena minta, rakyat kita kena lebih gigih berusaha meniaga dari semua bidang jangan bagi peluang kepada lain orang. Saya rasa ini lebih baiklah. Saya rasa kita kena santuni. Kalau Malaysia ini tanpa bantuan mereka, warga-warga asing ini, kita juga susah. Tak ada siapa nak bekerja. Kosong, kekosongan. Jadi ada wujud soal diskriminasi dan sebagainya. Tapi tak apa saya ambil maklum dan kita akan pastikan peraturan dikuatkuasakan. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ini adalah Usul yang dibawa oleh ADN Muda dan pertama sekali dibawa ke sidang Dewan ini untuk dibahas, diterima oleh Kerajaan. Jadi, ini adalah satu yang luar biasa dan pertama sekali dalam sejarah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya Dewan yang mulia ini mencadangkan supaya Usul yang telah dibahas dan mendapat undian tertinggi oleh peserta-peserta ADN Muda pada 28 Mei 2024 yang lalu di bawa ke Dewan yang mulia ini iaitu menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan-perniagaan yang dikendali oleh warga asing yang menyalah guna lesen perniagaan milik warga tempatan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul Nombor 13 Tahun 2024. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Seri Serdang.
Ya, Seri Serdang silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Usul ini istimewa sikit bagi saya pasal dia ada dua (2) benda. Satu, jawatankuasa ini Jawatankuasa ABAS. Nama pun Abbas. Yang keduanya melibatkan portfolio Pandan Indah, Pandan Indah ni bos Parti Amanah Selangor. Jadi, demi jawatankuasa, apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa saya bawakan. Bahawasanya Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai agensi badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS), bagi Dewan Negeri Selangor berhubung projek Selangor Maritime Gateway (SMG) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2024.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam Mesyuarat Bilangan 3/2024, Jawatankuasa Pilihan mengenai agensi, badan berkanun dan anak syarikat negeri Selangor (JP-ABAS) yang bertarikh 29 Januari 2024, Jawatankuasa mengambil maklum mengenai operasi pembersihan Sungai Klang yang dilaksanakan oleh sebuah anak syarikat negeri Landasan Lumayan Sdn. Bhd. Antara isu yang dibangkitkan ialah keberkesanan operasi pembersihan sungai yang dijalankan, sumber pendanaan operasi, penjualan tanah rizab sungai kepada pihak ketiga dan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri di bawah projek Selangor Maritime, Maritime Gateway (SMG). Jawatankuasa bersetuju untuk mendapatkan penjelasan dari pihak Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) mengenai isu ini. Dalam Mesyuarat Bilangan 4/2024 yang bertarikh 19 Februari 2024 pihak MBI telah memberikan penerangan tertutup kepada Jawatankuasa. Dalam Mesyuarat Bilangan 6/2024 yang bertarikh 1 April 2024 Jawatankuasa memutuskan untuk membuat lawatan ke tapak operasi projek SMG. Ahli-ahli JP-ABAS telah melawat ke tapak operasi Interceptor 002, Interceptor 005 dan log boom Sungai Pinang yang bertempat di sepanjang Sungai Kelang pada hari Isnin 22 April 2024 jam 10:00 pagi untuk meninjau operasi pembersihan sungai yang dijalankan oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. itu sendiri.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penemuan Jawatankuasa. Jawatankuasa mendapati yang model operasi pembersihan sungai sedia ada yang dibiayai oleh melalui kutipan premium tanah adalah tidak mampan untuk jangka masa panjang. Jawatankuasa juga mendapati yang tidak ada mana-mana agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja mengeluarkan sampah dari sungai.
Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saranan jawatankuasa, jawatankuasa menyarankan pihak Kerajaan Negeri untuk menggunakan bajet mengurus untuk perbelanjaan berkala yang dijangka akan di jalankan secara konsisten setiap tahun untuk memastikan sungai Klang sentiasa berada dalam keadaan bersih, kaedah pembajaan ini adalah lebih mampan dalam jangka masa panjang untuk kerja-kerja pembersihan sungai. Jika kerajaan bergantung dengan kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh syarikat pemaju sahaja yang bersumberkan daripada pembangunan tanah-tanah di tebing sungai akan tiba satu masa nanti di mana tanah yang boleh dikurniakan akan habis dan aktiviti pembersihan sungai akan terhenti akibat ketiadaan dana. Jawatankuasa juga menyarankan pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan mandat kerja-kerja pengeluaran sampah sarap dari sungai kepada satu agensi berserta dengan sumber yang diperlukan. Agensi tersebut pula boleh melantik kontraktor secara tender terbuka. Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat penyata ini di bincang dan diluluskan oleh dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor (JPK-ABAS) Bil.8/2024 pada 29 Mei 2024. Sekian Yang Berhormat Speaker saya mencadangkan.
Penyokong?
Balakong menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah pun disokong, saya buka untuk dibahas. Sekiranya tidak ada yang hendak membahas saya mohon kerajaan untuk memberikan sedikit ulasan sekiranya ada.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mewakili kerajaan, kita mengambil maklum segala yang telah di bagi oleh Jawatankuasa ABAS, dan inshaAllah kita akan teliti dan beri pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat , adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri JP ABAS bagi Dewan Negeri Selangor berhubung projek Negeri Selangor Maritime Gateway's (SMG) telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat bilangan 8 tahun 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak’.
Usul ini di persetujui.
Usul untuk menangguhkan DewanMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya.
Usul untuk menangguhkan Dewan.
Speaker dan Ahli Dewan sekalian, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 Peraturan Tetap Dewan Negeri.. Eh salah.. salah.. salah. Tuan Speaker kita telah selesai urusan Dewan dengan itu saya mencadangkan agar Dewan ini ditangguhkan.
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya pertama sekali mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Pegawai-pegawai Kerajaan di atas kerjasama diberikan bagi melicinkan perjalanan mesyuarat kedua persidangan penggal ke-2 kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada setiausaha dan penolong setiausaha, urus setia, pelapor-pelapor dan semua petugas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua, dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Kedua, kepada semua Yang Berhormat sila semak draf penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan dengan ucapan yang berhormat dan kembalikan semula ke pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi itu dapat disediakan dan diedarkan segera kepada yang berhormat sekalian. Seterusnya ingin saya merujuk kepada peruntukan dalam perkara LXVA undang-undang tubuh Kerajaan Selangor yang saya tidak perlu ulangi di sini. Di bawah Perkara LXVA (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, apabila Speaker Dewan menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Negeri mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan Ahli Dewan Negeri, Speaker Dewan hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu. Setelah seorang Speaker menerima notis tersebut, soalan utama yang sewajarnya berlegar di mindanya ialah: Bagaimanakah beliau, sebagai seorang Speaker, akan mengesahkan dan memastikan bahawa sememangnya ada dan berlaku, kekosongan luar jangka itu?. Dengan segala hormatnya, saya tidak bersetuju dengan mereka yang locus standi atas isu ini, yang menyatakan bahawasanya seorang Speaker mesti secepatnya mengumumkan kekosongan luar jangka sejurus notis bertulis diterima. Ini seolah-olah berkata bahawa Speaker adalah dengan izin adalah rubber stamp. Saya rasa bahawa ini bukan cara yang betul untuk mentafsir Undang-Undang
Tubuh Kerajaan Negeri kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Speaker Dewan, di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, perlu menjalankan usaha wajar ataupun due diligence dan bertindak secara quasi-inquisitorial dengan izin untuk memastikan sama ada berlakunya kekosongan luar jangka seperti yang ditetapkan oleh Perkara LXVA (1) dan (2). Saya nak pentingkan ialah perkara LXVA dan bukan nya perkara LXV sebagaimana yang disebut oleh pihak-pihak tertentu. Notis bertulis yang diberikan juga haruslah disokong dan dengan sumber-sumber bukti yang lain dan perkara ini telah pun disahkan oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-undang. Alasan di sebalik keputusan ini adalah mudah. Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, mana-mana Ahli Dewan Negeri boleh memberitahu Speaker tentang kekosongan luar jangka seseorang Ahli Dewan Negeri yang lain. Jika Speaker Dewan, sejurus penerimaan notis bertulis itu, terus mengumumkan kekosongan luar jangka itu tanpa melakukan apa-apa usaha wajar untuk mengesahkan, menyiasat atau menanyakan peristiwa tersebut, maka akan berlakulah banyak kekosongan luar jangka yang tidak tersangka dari semasa ke semasa. Saya percaya ini bukan dan tidak pernah menjadi tujuan Perundangan (Legislative) dalam meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri ini.
Hal ini serupa dengan keadaan kekosongan luar jangka yang berlaku apabila mana-mana Ahli Dewan Negeri meninggal dunia. Contoh terdekat ialah pemergian mantan Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Kuala Kubu Baharu, yakni Yang Berhormat Lee Kee Hiong. Kematian beliau tidak terus menyebabkan pengumuman kekosongan luar jangka. Speaker Dewan, setelah menerima khabar berita akan kematian beliau, akan berurusan dengan pihak-pihak berkuasa terlebih dahulu, yakni pihak hospital yang telah merawat beliau, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hanya setelah dokumen-dokumen berkaitan telah dikeluarkan seperti Sijil Kematian, dsb., maka Speaker Dewan mengumumkan berlakunya kekosongan luar jangka dan Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya diberi notis secara rasmi agar Pilihan Raya Kecil dapat dijalankan dalam masa enam puluh hari. Oleh yang demikian, perlu saya menjelaskan bahawa fungsi Speaker menurut perlembagaan, adalah untuk menyiasat terlebih dahulu setelah menerima notis tersebut. Dalam konteks kita, soalan-soalan utama akan berkisar Perkara LXVA(1)(a)(ii) dan Perkara LXVA(2)(c). Perkara LXVA(1)(a)(ii) menetapkan bahawa seseorang Ahli Dewan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Speaker Dewan, jika setelah dipilih ke Dewan Negeri sebagai anggota suatu parti politik, dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu. Fasal ini perlu dibaca bersama dengan Perkara LXVA(2)(c) yang menetapkan bahawa, seseorang Ahli Dewan Negeri tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Negeri itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya. Adalah diakui dalam perdebatan di Dewan Rakyat, bahawasanya ada kelopongan (lacuna) dalam undang-undang berkaitan anti lompat parti. Walaupun begitu, mantan Menteri
tersebut ada mencadangkan jikalau parti-parti politik ingin melindungi kepentingan parti masing-masing maka boleh dipinda perlembagaan parti untuk menetapkan bahawa seorang Ahli Dewan Negeri yang mewakili parti mereka tidak lagi menjadi anggota parti tersebut, jika beliau mengingkari arahan-arahan yang dikeluarkan oleh parti. Saya faham bahawa terdapat parti-parti politik tertentu yang telah pun meminda perlembagaan mereka untuk memberi kesan sedemikian seawal tahun 2022. Yang Berhormat Selat Klang telah bertanding sebagai calon BERSATU dan memenangi kerusinya pada 12 Ogos 2023. Kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri Selat Klang pada 19 September 2023. Pada 6 Mac 2024, Yang Berhormat Selat Klang mengeluarkan satu kenyataan media yang menzahirkan sokongan terhadap Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya telah bertanyakan hal ini dengan beliau pada hari yang sama dan beliau mengakui memang benar beliau mengeluarkan kenyataan itu.
Pada 1 April 2024, pindaan perlembagaan BERSATU telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Menerusi suatu notis yang diterima oleh Pejabat Tuan Speaker pada 21 Jun 2024 daripada Yang Berhormat Hulu Kelang, telah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Selat Kelang, melalui satu surat BERSATU bertarikh 12 Jun 2024, telah diumumkan sebagai tidak lagi menjadi anggota BERSATU berkuat kuasa 7 Jun 2024. Terdapat dua lampiran yang dilampirkan bersama notis ini untuk rujukan saya, yakni Lampiran A dan Lampiran B. Lampiran A dan Lampiran B telah membuat pelbagai rujukan kepada pindaan terbaharu perlembagaan BERSATU. Pindaan ini telah dibuat dengan cara memasukkan, yakni, kemasukan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6. Sebagai proses untuk menentukan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka atau tidak, dan demi prinsip audi alteram partem, ini Bahasa Latin, iaitu saya perlu dengar kedua-dua belah. Saya telah meminta Yang Berhormat Selat Klang untuk menjelaskan kedudukan beliau dalam parti beliau bersamak bukti. Saya juga telah meminta penjelasan yang lebih lanjut dari Yang Berhormat Hulu Kelang akan hal ini. Kedua-dua pihak telah mengemukakan bukti-bukti dan dokumen-dokumen mereka yang perlu untuk saya meneliti. Saya juga telah meminta maklumat lanjut dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mengesahkan isi kandungan kesemua dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Saya telah mendapati bahawa pada 12 Ogos 2023, 19 September 2023, iaitu tarikh angkat sumpah dan 6 Mac 2024, Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6 tidak wujud dalam perlembagaan BERSATU. Saya juga diberikan satu salinan surat rasmi dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertarikh 1 April 2024 yang berbunyi:
Adalah disahkan bahawa naskhah undang-undang yang salinannya dikembarkan berserta ini telah diluluskan dan boleh dijalankan mulai tarikh: 01 April 2024. Peruntukan undang-undang baharu ini menggantikan undang-undang lama seperti tarikh kuat kuasa di atas.
Dalam kes Saifuddin Nasution Ismail (Mendakwa sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, untuk dan bagi pihak Parti Keadilan Rakyat) v. Zuraida Kamaruddin [2023] 10 CLJ 128, Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Akhtar Tahir memutuskan:
“(1) the bond was an agreement which fulfilled all the requirements of a valid contract as specified under the Contracts Act 1950. The plaintiff had signified to the defendant its willingness in choosing the defendant as a candidate in the 14th Parliamentary Election and allowing the defendant to use all its paraphernalia and goodwill while standing in the election. The defendant, on her part, signified her assent to the proposal of the plaintiff by standing in the 14th Parliamentary Election and winning the Parliamentary seat on behalf of the plaintiff. This mutual promise on both the plaintiff and the defendant which were subsequently carried out, amounted to a consideration for each other's promises. A valid agreement between the parties was thus formed. (paras 6 & 8-10)”
Dalam kes Common Law, John v. Rees [1969] 2 All ER 274, McGarry J, menyatakan bahawa: “The question is that of the terms of the rules of that association, as constituting the contract which binds the members to each other.”
Saya juga telah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memberi peluang untuk meneliti kelakuan (conduct) kedua-dua pihak demi menentukan adakah keahlian Yang Berhormat Selat Klang diberhentikan atau dipecat dari BERSATU? Merujuk persoalan ini, rujukan telah dibuat kepada Lampiran A dan Lampiran B.
Lampiran A juga mengandungi satu Arahan Bertulis, satu draf pernyataan dan satu Akujanji dan Bai’ah untuk ditandatangani oleh Yang Berhormat Selat Klang untuk menarik semula sokongan kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua dan memberitahu Speaker agar beliau didudukkan semula di blok ADN Pembangkang.
Lampiran B ialah satu notis bertarikh 12 Jun 2024 dari BERSATU kepada Yang Berhormat Selat Klang yang menyatakan bahawa keahlian beliau dalam BERSATU tidak lagi sah berkuat kuasa 7 Jun 2024.
Fasal 10 Perlembagaan BERSATU adalah sedemikian rupa di mana fasal ini mengandungi perkataan “PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN”.
Saya juga telah menerima ucapan Hari Raya Haji dari Yang Berhormat Selat Klang
bertarikh 12 April 2024 melalui WhatsApp yang mempunyai logo Perikatan Nasional dan BERSATU. Beliau telah menjelaskan kepada saya bahawa sehingga dan setakat 7 Jun 2024, beliau menganggap dirinya sebagai ahli BERSATU dan Perikatan Nasional. Yang Berhormat Selat Klang juga pada 9 Julai 2024 telah memberi jawapan bertulis kepada saya. Dalam surat tersebut beliau memberitahu bahawa beliau pernah membalas surat kepada BERSATU dengan bertanyakan tentang tiga perkara berikut iaitu:
(a) Keabsahan tarikh, tempat, senarai kehadiran ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang membuat keputusan tersebut, (b) Tentang ketidakpastian keabsahan keahlian dua orang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, di mana salah seorang daripadanya ialah Ahli Yang Berhormat Kuang, di mana kedua-duanya dikatakan sebagai bukan berbangsa Pribumi, (c) Tentang pindaan Fasal 7 Perlembagaan BERSATU yang dibuat tanpa kelulusan ROS dan EGM atau AGM BERSATU.
Saya tidak dapat memberi apa-apa komen terhadap ketiga-tiga perkara yang disebut kerana ianya di luar bidang kuasa saya. Perlembagaan parti BERSATU telah dipinda dan berkuat kuasa pada 1 April 2024 dengan memasukkan FASAL 10.4, 10.5 dan 10.6 dalam FASAL 10 “PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN” seperti berikut:
FASAL 10.4 Mana-mana ahli BERSATU yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri yang melakukan ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi yang selari dengan Fasal 10.5 adalah disafatkan sebagai terhenti keahliannya dari Parti BERSATU secara serta-merta
Fasal 10.5 Majlis Pimpinan Tertinggi boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri. Semua arahan yang dikeluarkan di bawah Fasal ini hendaklah dibuat secara bertulis.
Fasal 10.6 Merujuk kepada Fasal 10.4, Setiausaha Agung di atas arahan Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah mengeluarkan satu Notis kepada ahli berkenaan yang memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta- merta dan bahawa nama beliau telah dikeluarkan daripada system pendaftaran keahlian BERSATU.
Fasal 10.2, sub-Fasal 10.2.5, Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6 semuanya di bawah “FASAL
10 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI”. Saya tertarik dengan Fasal 10.2 dan sub-Fasal 10.2.5 juga berbunyi seperti berikut:
Fasal 10.2 Keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta apabila berlaku mana-mana satu yang berikut: 10.2.1 … 10.2.2 … 10.2.3 … 10.2.4 … 10.2.5 Dipecat setelah proses dan tatacara disiplin parti menurut Fasal 22.
Fasal 22.5 (e) Perlembagaan BERSATU juga berbunyi:
Fasal 22.5 Setiap aduan bertulis……dan seterusnya membuat keputusan seperti berikut: (a) …; (b) …; (c) … ; (d) … ; (e) … ; (f) … ; (g) …; (h) Dipecat daripada Parti.
Perlembagaan DAP juga telah dipetik dalam perjumpaan bersama Yang Berhormat Hulu Kelang pada 21 Jun 2024. Pindaan perlembagaan DAP dibuat pada 1 Nov 2022, iaitu sebelum PRU dan PRN yang lepas dan ianya mengikat semua wakil rakyat dan ahlinya bermula tarikh tersebut, dengan memasukkan klausa-klausa berikut:
FASAL III KEAHLIAN dimasukkan Seksyen 4, iaitu:
“Mana-mana ahli Parti yang merupakan wakil rakyat di Dewan Rakyat, Senator yang dilantik ke Dewan Negara, atau wakil rakyat dalam atau ahli dilantik ke mana-mana Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam Persekutuan Malaysia, akan, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat, berhenti menjadi ahli Parti selepas melakukan apa-apa ketidakpatuhan terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan yang selari dengan Seksyen 9(j) Klausa XII Perlembagaan ini. "
dan,
FASAL XII KUASA-KUASA JAWATANKUASA TERTINGGI PUSAT, dimasukkan Seksyen 9 (j), iaitu:
“Jawatankuasa Tertinggi Pusat boleh mengeluarkan apa-apa arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakil rakyatnya di Dewan Rakyat, Senator yang dilantik ke Dewan Negara, atau wakil rakyatnya di atau ahli yang dilantik ke mana-mana Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam Persekutuan Malaysia. Semua arahan yang dikeluarkan di bawah Seksyen ini, melainkan diarahkan oleh Setiausaha Agung, perlulah dibuat secara bertulis." Perlembagaan DAP juga mengandungi satu FASAL berasingan iaitu FASAL VII Tatatertib yang memperuntukkan kuasa kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk memecat seseorang ahli setelah melalui proses siasatan dan pendengaran terhadap mana-mana aduan.
Susunan fasal-fasal dalam perlembagaan DAP menetapkan bahawa “PEMBERHENTIAN” ahlinya diasingkan dan tidak bercampur-aduk dengan “PEMECATAN“ ahlinya. Ini bermaksud setelah seorang wakil rakyat DAP dipilih, dan kemudian melanggar mana-mana arahan Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau Central Executive Committee (CEC), keahlian beliau dalam DAP akan terhenti. Perkataan-perkataan seperti surat tunjuk sebab, tindakan tatatertib, atau sebarang tindakan remedi atau pembaikan seperti yang berlaku dalam kes Yang Berhormat Selat Klang, tidak terkandung dalam FASAL III dan XII Perlembagaan DAP.
Gabungan kekuatan dokumen dan isi kandungannya membolehkan kesimpulan-kesimpulan berikut:
a) Tiada bukti dokumen yang membuktikan pindaan perlembagaan BERSATU berkuat kuasa retrospektif, iaitu sebelum 1 April 2024. Tindakan Yang Berhormat Selat Kelang menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Sungai Tua dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu, pada bulan Mei, dan dipetik dalam Lampiran A, bukanlah satu Maklumat Pertama atau First Information Report. Peristiwa ini berasal daripada kedudukannya pada 6 Mac 2024 dan berlaku sebelum pindaan perlembagaan parti BERSATU berkuatkuasa oleh Pendaftar Pertubuhan bertarikh 1 April 2024. Mengikut keputusan dalam Saifuddin Nasution Ismail v Zuraida Kamaruddin [2023] dan John v. Rees [1969], pindaan kepada perlembagaan BERSATU hanya mengikat tindakan wakil rakyat BERSATU yang dipilih selepas, dan bukan sebelum 1 April 2024,
b) Penelitian kedua-dua lampiran ini menunjukkan bahawa isi kandungan surat-menyurat menunjukkan bahawa ianya lebih mirip kepada surat tunjuk sebab ataupun show cause letter yang dikeluarkan di bawah prosedur biasa tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli dan dalam kes ini, ianya telah mengakibatkan pemecatan Yang Berhormat Selat Klang, walaupun notis yang dihantar tidak mengandungi perkataan “pemecatan”. Kita harus melihat kepada kandungan (substance) dan bukan label yang diletakkan semata-mata, dan;
c) Fasal 10 mengandungi perkataan “DAN”. Ini bermakna Fasal 10 tidak sepenuhnya membezakan sepenuhnya antara "PEMBERHENTIAN" dan "PEMECATAN" menunjukkan kedua-duanya lebih cenderung dibaca secara konjunktif dan bukan disjunktif. Jika dibaca secara disjunktif, fasal ini sepatutnya berbunyi "PEMBERHENTIAN ATAU PEMECATAN AHLI". Ini diperkukuhkan dengan wujudnya perkataan seperti "Dipecat" dan "FASAL 22" mengenai “DISIPLIN" dalam Fasal 10 ini.
Pemberhentian keahlian Yang Berhormat Selat Kelang dalam BERSATU dengan ini didapati sebagai satu pemecatan terancang atau constructive expulsion di bawah operasi Perkara LXVA 2(c) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Notis dan bahan bukti dari Yang Berhormat Hulu Kelang tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya.
Terdapat satu rangkap Rule of Equity yang berbunyi “Those who seek equity must come with clean hand and do equity”. Intihanya, selamat untuk disimpulkan atas skala pertimbangan kebarangkalian atau balance of probability, bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa kerusi Selat Klang tidak dikosongkan.
Speaker, saya nak respon. Tuan Speaker..
Dengan ini saya menangguhkan Persidangan hari ini ke satu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan. (Tukul dipukul)
Saya nak respond, macam mana you bagi ruling dalam dewan, tapi tak boleh kita bincang. Apa tindakan Speaker tidak professional. Ini perangai DAP. Tidak professional langsung. Malu lah. Bertindak sebagai… Malu lah. Malu, malu, tindakan. Penakut, jawablah. Ingat hebat sangat bagi panjang lebar, tak boleh bahas.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 7.00 PETANG)