Selangor · 18 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · not final · 381 turns · 44,594 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera, aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kelima Belas pada 18 November 2024 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Kertas-Kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 39 Tahun 2024, Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023. Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat datang diucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya memulakan sesi pertanyaan, saya ingin mengalu-alukan lawatan ke Dewan Negeri Selangor oleh Perwakilan Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) dari Wanita Berdaya Selangor seramai 20 orang diketuai oleh Puan Salbiah. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor, dengan ini saya memulakan sesi pertanyaan lisan, saya menjemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang nombor 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Isu Tanah RuntuhQuestions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tanah runtuh di kawasan bukit?

b)

Apakah projek tebatan tanah runtuh yang sedang dilaksanakan?

c)

Bagaimana kerajaan memantau kawasan berisiko tinggi terhadap tanah runtuh?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang bertanyakan soalan berhubung dengan masalah tanah runtuh di kawasan bukit dan juga di jalan ya, kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama berhubung dengan usaha kerajaan untuk mengatasi tanah runtuh di kawasan bukit. Sebarang permohonan pembangunan bagi kelulusan Kebenaran Merancang yang melibatkan kawasan tinggi dan bercerun, kelas tiga dan empat perlu melalui Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh PlanMalaysia Selangor. Pemakaian Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi Negeri Selangor antaranya dalam meletakkan dalam zon penampan (buffer zone) bertujuan mengurangkan risiko dan bahaya cerun runtuh terhadap sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan serta impak terhadap kawasan sekitar. Selain itu pemasangan early warning system yang agak baru ya EWS di beberapa lokasi kawasan yang berisiko tinggi oleh Pihak JKR, pihak JMG iaitu Jabatan Mineral dan Geosains dan Pihak Berkuasa Tempatan di MPAJ adalah bertujuan memberi indikasi awal supaya persediaan dan tindakan susulan dengan segera dapat dilaksanakan dalam mengatasi masalah tanah runtuh.

Pada bahagian kedua, Yang Berhormat bertanyakan tentang projek-projek yang sedang dilaksanakan. Di bawah, ada 2 jenis pembinaan cerun, kawasan cerun ataupun kawasan pembetulan cerun ini, pertama ialah di kawasan jalan, di tebing jalan ataupun yang keduanya di kawasan yang tidak mempunyai jalan. Untuk yang jalan ini di bawah JKR kita telah menerima kelulusan pelaksanaan pembaikan cerun ataupun corrective work dengan izin di Jalan JKR Persekutuan dan Negeri seperti berikut; untuk jalan negeri ada 6. Untuk tahun 2024, iaitu yang melibatkan kos pembaikan sebanyak RM21.42 juta dan Jalan Persekutuan ada 10 lokasi yang melibatkan RM9.825 juta. Ini melibatkan kawasan-kawasan di terutama di kawasan tanah tinggi iaitu di daerah Hulu Langat, Sepang ada juga di Kuala Langat di Gombak, Hulu Selangor dan juga melibatkan juga peruntukan MARRIS di kawasan di Hulu Selangor dan juga di Daerah Hulu Langat dan juga di Batang Kali yang tanah runtuh telah siap tahun lepas, tahun ini.

Jadi, jumlah keseluruhan ialah RM31.168 juta. Dalam masa yang sama juga, terdapat juga permohonan-permohonan daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang menghadapi masalah pembetulan cerun ini terutama daripada kawasan tanah tinggi di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan juga Majlis Bandaraya Selayang yang di sekitar RM40 – 50 juta begitu ya. Ini pun sedang mereka, sebab kita tidak mempunyai pendanaan yang khusus tentang cerun ini yang sedang kita usahakan jadi mereka

membuat permohonan biasanya kepada Kerajaan Negeri untuk membantu dari segi usaha-usaha untuk pembaikan cerun ini.

Pada bahagian (c), bertanyakan mengenai pemantauan kawasan berisiko. Kerajaan Negeri telah pun siap, hampir siap menyediakan Pelan Bahaya Risiko Cerun (PBRC) bagi jalan-jalan yang di bawah JKR yang dijangka siap pada tahun 2025 ini. Dengan pelan ini kita dapat mengenal pasti kemungkinan-kemungkinan tinggi untuk kawasan-kawasan cerun yang akan kemungkinan runtuh ya. Ini untuk tujuan memudahkan kita dari segi pemantauan. Dalam masa yang sama, di kawasan-kawasan yang tidak melibatkan jalan terutama di kawasan dipanggil sebagai area punya ini runtuhan di kawasan yang tidak melibatkan jalan ini, pihak JMG iaitu Jabatan Mineral Geosains juga telah menyediakan Peta Bahaya dan Risiko iaitu Risk dan juga apa ini Damage, Hazard dan Risk Map iaitu dengan izin untuk Selangor dengan keutamaan kepada kawasan-kawasan bertanah tinggi iaitu di Hulu Selangor, Daerah Gombak dan Hulu Langat. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih.

Tuan Speaker, pada pertengahan Oktober Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada membuat kenyataan umum, terdapat 400 sehingga 600 kawasan hotspot di sepanjang kawasan Batu Kapur dari Hulu Kelang hingga Batu Caves, kawasan saya hinggalah kawasan Menteri Besar ada 400 hingga 600 hotspot. Hari ini, saya dapat jawapan daripada MPAJ yang mengesahkan bahawa jumlah cerun dalam Daerah Ampang ini 374. Persoalan saya apa pun jumlah yang telah dilaporkan ianya menuntut satu tindakan segera daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan kejadian tanah runtuh ini tidak berulang. Persoalan saya pada pagi ini ialah apakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mempamerkan Pelan Bahaya Risiko Cerun ini untuk kepentingan awam khususnya di kawasan-kawasan tanah tinggi dan berisiko tinggi dan yang keduanya apakah komitmen kerajaan untuk memasang RTS ataupun Robotic Total Station untuk memantau pergerakan cerun-cerun, permukaan cerun di 374 hotspot yang telah dikenal pasti oleh pihak MPAJ. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Ssebenarnya untuk makluman, di bawah Jawatankuasa Pemantauan Cerun Negeri Selangor yang saya pengerusikan. Kita mempunyai bukan sahaja Pelan apa nama Hazard dan Risk Map ini sahaja yang disediakan, terutama melibatkan saya sebut tadi daerah yang bertanah tinggi iaitu Hulu Selangor, Daerah Gombak dan Daerah Hulu Langat ada juga sedikit di kawasan-kawasan lainlah termasuk di Sepang dan juga di Petaling, ada, tetapi yang paling banyak sini dan inventorinya kita memang ada lengkap,

di dalam inventori daripada berdasar kepada map ini kita mempunyai lengkap kawasan-kawasan yang jauh di sekitar yang disebut tadi 400 lebih yang hotspot ini dan kebanyakannya macam saya sebut tadi, Ampang Jaya ini, MPAJ ini terletak kan di kawasan Hulu Langat dan juga Gombak, jadi 2 di kawasan ini melibatkan kawasan yang banyak.

Dia ada 2 pembahagian yang kita bincangkan dalam Jawatankuasa ini, 1 ialah apa yang dipanggil sebagai cerun yang melibatkan jalan. Ini man made punya intervention. Man made intervention maknanya kita masuk dan menyediakan binaan-binaan yang boleh menghalang keruntuhan. Itu 1 kategori, 1 lagi adalah kategori di mana keruntuhan itu berlaku di kawasan yang natural. Iaitu bukit-bukit dan sebagainya yang tidak ada jalan, ini yang banyak berlaku di Hulu Langat. Kita boleh tengok apa yang di panggil debris flow, aliran puing ini. Ini intervensinya kita tidak akan melakukan sebarang intervensi kerana di mana-mana negara yang kita lawati yang melibatkan cerun yang terbaru kita lawati di Hong Kong pun mereka tidak mengganggu proses, ia hanya membenarkan supaya dia flow tidak menyebabkan keruntuhan, masalah kepada rakyat.

Tetapi untuk intervene, intervene masuk dan membina ini adalah tidak mungkin kerana kos yang amat tinggi yang keduanya ia akan melibatkan kos yang saya sebut tadi, terlampau tinggi. Jadi, itu 2 kategori yang kita kenal pasti dan untuk tujuan-tujuan yang intervention daripada manusia ini yang kita perlu buat iaitu kita telah kenal pasti pada 2 jenis, 1 yang melibatkan tanah kerajaan, 1 yang melibatkan tanah persendirian, ini yang jadi masalah sikit kerana berlaku beberapa kes di mana keruntuhan itu berlaku di kawasan private, kita tidak ada kuasa untuk masuk dan untuk membina ataupun melaksanakan kerja-kerja di kawasan tanah persendirian. Ini tidak ada lagi peruntukan undang-undang yang membenarkan, malah ketika kami di Hong Kong baru-baru ini pun saya tanya, mereka pun tidak mempunyai kuasa untuk masuk, tetapi boleh, kita dalam fikirkan kaedah bagaimana kita dapat bekerjasama dengan pihak persendirian ini macam contoh di Kemensah Height itu, ia berlaku di kawasan persendirian tetapi akhirnya tanah itu masuk ke kawasan kerajaan.

Jadi, usaha untuk melaksanakan bukan mudah. Jadi, ini antara perkara-perkara perincian yang kita kena buat dan kita sedang teliti untuk bagaimana kita bertindak supaya perkara ini dapat diuruskan dengan lebih baik. Yang kedua, isu fasal penandaan seperti saya sebut tadi, tidak ada sebelum ini dalam di Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri peruntukan khusus macam MARRIS itu untuk kegunaan pembaikan cerun. Kalau dalam, kalau melibatkan jalan yang telah didaftarkan MARRIS mungkin kita boleh gunakan duit MARRIS, tetapi kalau tidak, dia tidak ada peruntukkan khas yang khusus untuk menyelesaikan isu cerun. Ini pun kita sedang tengok bagaimana kaedah untuk kita

danakan tentang pengurusan cerun ini dan yang ketiganya ialah Badan yang bertanggungjawab, selama ini JKR hanya menguruskan cerun yang di jalan mereka.

Pihak PBT menguruskan mereka, jadi tidak ada satu badan khusus. JMG pula dia melihat secara overall sahaja. Geological punya situasi dalam sesuatu kawasan. Jadi ini satu lagi yang kita lihat untuk kita perincikan. Early Warning System ini bagi saya banyak negara sebenarnya mereka tidak mengamalkan untuk meletakkan alat-alat detection ini kerana dah terlalu lambat kalau letak itu. Sebab dia fenomena aliran puing ini, faktor keruntuhan ini dia berlaku kadang-kadang tidak ada tanda-tanda. Jadi meletakkan alat-alat yang sensitif yang mahal ini tidak begitu boleh kecuali tempat-tempat itu telah ada tanda kita bolehlah sementara untuk melihat pergerakan keretakan tension crack dan sebagainya, ini boleh sedang kita teliti dan kita telah pun ada beberapa projek, pilot project yang kita akan buat untuk melihat keberkesanannya kalau didapati boleh memberi apa nama ini yang baik kita akan teruskan, tetapi saya berpandangan juga bahawa agak sukar ya untuk menentukan macam Batang Kali itu tidak ada tanda-tanda yang tanah itu akan runtuh dan dia berlaku dengan sekelip mata itu.

Tetapi, jadi Pelan Risiko itu , Hazard dan Risk Map itu penting untuk kita mengenal pasti kemungkinan-kemungkinan ya probability akan berlaku itu kena buat dan yang paling penting sekali nak sebut dekat sini ialah maintenance. Inilah, penyelenggaraan inilah yang penting kerana kita dapati di beberapa tempat yang runtuh ini ialah apabila tidak berlaku penyelenggaraan yang tidak baik, dia punya bomb drain itu bocor, air masuk dan menyebabkan tanah itu tepu dan keruntuhan berlaku. Ini banyak cases, kes yang berlaku begitu. Jadi sebab itu kita sekarang ini telah siapkan SOP penyelenggaraan yang kita perlu laksanakan untuk semua PBT dan juga JKR supaya kita dapat memastikan meminimakan risiko, tetapi akhirnya itu juga adalah dana itu sendiri yang kita kena tengok bagaimana kita nak menguruskan, ini pun memerlukan kos yang tinggi. Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker.

Speaker

Soalan kedua.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, EXCO tidak jawab soalan saya. Saya tak tanya soalan maintenance, saya tanya sama ada Kerajaan Negeri...

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sedikit sahaja, bersedia untuk mempamerkan pelan ...

Speaker

Yang Berhormat

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Risiko dan Bahaya atau tidak? Itu soalan saya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak apa, terima kasih. Saya tertinggal itu. Saya setuju, ada 2 pandangan tentang isu ini. Selain kita, kita boleh benarkan bahawa untuk menjaga kemaslahatan penduduk. Dalam masa yang sama, ada juga yang kurang bersetuju dijadikan, dipamerkan kepada awam kerana dia akan menyebabkan masalah spekulasi harta tanah di kawasan-kawasan ini. Jadi kalau kita pamerkan secara tanpa berfikir, secara implikasi yang proper, nanti akan ada spekulasi berkuasa ini akan menyebabkan kejatuhan harta tanah di kawasan berkenaan.

Ini di antara perkara yang dibuat tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh mengabaikan keperluan untuk maklum kepada rakyat bahawa kemungkinan tempat itu adalah amat bahaya. Jadi ini pertimbangan di antara dua ini kita akan tengok sebelum kita decide sama ada kita perlu pamerkan secara menyeluruh atau secara berperingkat-peringkat atau bagaimana. Ini kita sedang, kita sedang bincang cuma kita belum buat keputusan lagi bagaimana kita hendak cara hendak kita mempamerkan kepada orang awam, sekian, terima kasih.

Speaker

Bukit Gasing.

Tuan Speaker, Peraturan Tetap 24(2), saya mewakili Bukit Gasing untuk bertanya soalan nombor 2.

Speaker

Baik, dibenarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Pencapaian Rs-1Questions

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status pencapaian rancangan-rancangan Kerajaan Negeri dalam Rancangan Struktur Pertama setakat ini?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya baik, terima kasih Kota Damansara atas soalan yang dikemukakan oleh Bukit Gasing. Berkenaan dengan pencapaian di dalam Rancangan Struktur Pertama Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 September 2024, status pelaksanaan Projek/Program/ Inisiatif (PPI) bagi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) berdasarkan 282 PPI adalah seperti berikut:

i. 183 PPI (65%) masih dalam pelaksanaan; ii. 38 PPI (13%) dalam peringkat pra-pelaksanaan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025; iii. 30 PPI (11%) telah selesai sepenuhnya; iv. 22 PPI (8%) telah selesai untuk tahun 2024, iaitu bagi PPI yang berulang setiap tahun; dan v. 9 PPI (3%) masih belum bermula, dijangka akan bermula pada tahun 2025.

Suka saya menjelaskan kalau dalam proses 38 PPI atau 13% itu, adalah proses-proses yang dipanggil sebagai pra-pelaksanaan, apakah dia pra pelaksanaan, pra-pelaksanaan itu adalah dalam proses-proses permohonan dengan Pihak Berkuasa Tempatan, urusan Pejabat Tanah dan lain-lain perkara. Maknanya projeknya telah dibuat analisa dan juga kajian yang tertentu tapi dalam proses ingin permohonan dan dijangka tahun 2025 ia boleh dimulakan. PPI yang belum bermula ini adalah PPI-PPI yang masih lagi menunggu feasibility studies serta beberapa kajian untuk melihat sama ada projek-projek tersebut benar-benar perlu dan cepat dan perlu segera dilakukan ataupun ia betul-betul boleh dilaksanakan dengan kajian feasibilities dan sebagainya. Saya pecahkan pula mengikut Teras; Teras 1 (Ekonomi) dengan pencapaian 44.47%, Teras 2 (Sosial) dengan pencapaian 72.02%, Teras 3 (Kelestarian) dengan pencapaian 55.76% dan Teras 4 (Tadbir Urus) dengan pencapaian 61.69%. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai KOR RS-1 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memantau keseluruhan projek-projek ini berlangsung dan di adakan mesyuarat secara bulanan untuk memastikan projek-projek ini dapat mencapai sasarannya. Sementara itu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memaparkan prestasi pelaksanaan RS-1 atau Rancangan Satu melalui dashboard RS-1 di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor dan melaporkan prestasi pelaksanaannya setiap bulan. Justeru bagi sesiapa yang berminat mungkin boleh datang ke laman sesawang Kerajaan Negeri dan melihat capaian di dashboard tersebut untuk melihat keseluruhan pelaksanaan atau pun bagaimana perjalanan Rancangan Selangor Pertama. Maknanya secara keseluruhan, kalau boleh saya simpulkan hampir 65% telah mencapai atau pun telah mencapai titik-titik yang telah kita rencanakan, terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Soalan nombor 3.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Skim Biaya RumahQuestions

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

a)

Apakah status Skim Biaya Rumah berjumlah RM100 juta yang diluluskan untuk pelaksanaan dalam tahun 2023? Bagaimana Kerajaan Negeri membantu pembeli yang kurang berkemampuan untuk menyediakan deposit rumah pertama?

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Yang Berhormat Hulu Kelang bertanyakan tentang status Skim Biaya Rumah berjumlah RM100 juta yang diluluskan oleh pelaksanaan pada tahun 2023 dan bagaimana Kerajaan Negeri membantu pembeli yang kurang berkemampuan untuk menyediakan deposit rumah pertama. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan Skim Biaya Rumah berjumlah RM100 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor melalui pembentangan Belanjawan 2023 adalah bertujuan untuk membantu pembeli menyediakan deposit dan pembelian rumah khususnya rumah pertama berdasarkan kajian semula kaedah pelaksanaan skim biaya rumah, didapati program tersebut masih belum dapat direalisasikan kerana ia melibatkan proses kelulusan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan perlu perolehan seperti mana yang digariskan oleh enakmen Lembaga Perumahan Hartanah 2001. Sebagai alternatif pihak LPHS mempergiatkan penyediaan Skim Smart Sewa di mana bakal pembeli yang berkelayakan di sarankan untuk menyertai Skim Smart Sewa dan berpeluang untuk mendapatkan kembali 30% daripada jumlah bulanan yang boleh digunakan sebagai deposit kepada pembelian rumah pertama pada masa yang akan datang di samping mendapat keutamaan dan penawaran Rumah Selangorku atas kapasiti penyewa Skim Smart Sewa. Program ini juga adalah program yang pertama di laksanakan oleh Kerajaan Negeri di Malaysia. Oleh itu Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM460 juta bagi melancarkan pelaksanaan Skim Smart Sewa dengan sasaran pembelian sebanyak 3000 unit Rumah Selangorku sehingga 2025.

Bagi memenuhi permintaan daripada orang awam sehingga Oktober 2024, pembelian Rumah Selangorku Skim Smart Sewa dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 2,225 unit. Di samping itu, pihak LPHS telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan beberapa buah institusi kewangan seperti Maybank dan Bank Simpanan Nasional untuk mencari solusi untuk mendapatkan pembayaran deposit pembelian Rumah Pertama. Namun sehingga kini masih belum dapat lagi jalan penyelesaian. Yang untuk membantu pembeli rumah pertama yang menyediakan wang deposit agar hasrat untuk memiliki rumah tercapai pada moto LPHS iaitu Satu Rumah Satu Kediaman yang sempurna di mana usaha tersebut akan dimuktamadkan setelah proses urusan dengan Kerajaan Persekutuan diselesaikan.

LPHS juga bekerja rapat dengan syarikat jaminan kredit perumahan berhad atau pun SJKP melalui institut kewangan seperti Bank Nasional dan juga Bank Islam Malaysia Berhad sebagai langkah untuk membantu individu tanpa pendapatan tetap dan juga slip gaji untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan rumah daripada bank melalui Skim Pinjaman Kerajaan dan juga pinjaman perumahan untuk memudahkan individu mendapat pinjaman sehingga 100%. Manakala bagi penjawat awam penyediaan bantuan melalui program perumahan penjawat awam Malaysia atau pun dalam bentuk pendahuluan pembelian rumah dan penawaran belian pada harga subsidi. Sehubungan dengan itu selaras dengan kejayaan pelaksanaan Skim Smart Sewa dan makluman balas yang baik daripada peserta tersebut, RM100 juta yang telah diperuntukkan asalnya di bawah skim pembiayaan bagi digunakan menampung pembelian sebanyak 819 unit Rumah Selangorku yang dianggarkan sebanyak RM282.5 juta. Sebagaimana sasaran pembelian pada tahun 2025, sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, pembentangan Belanjawan bagi tahun 2025, terima kasih.

Speaker

Ya Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat Tanjung Sepat, setahun sudah berlalu namun program Skim Biaya Rumah tidak dapat dilaksanakan. Antara punca yang saya dimaklumkan ialah bidang kuasa Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dalam memberikan pinjaman. Maka persoalan saya, mengapa perkara ini tidak dibincangkan terlebih dahulu oleh Yang Berhormat EXCO dengan Kerajaan Negeri dan juga Bank Negara supaya kuasa ini dapat diturunkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk memberi pinjaman kepada mereka yang berminat untuk menyertai skim ini. Yang keduanya, Yang Berhormat mengaku yang program ini gagal dilaksanakan, maka peruntukan RM100 juta itu akan ditampung dalam satu program untuk membeli 819 unit dengan jumlah RM282.5 juta. Ini bercanggah dengan kenyataan daripada Dato’ Menteri Besar. Dato’ Menteri Besar sebut dalam pembentangan Belanjawan untuk tahun 2025, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak

819 unit dengan peruntukan tambahan sebanyak RM282.5. Jadi di mana kedudukan sebenarnya ini peruntukan tambahan atau pun diambil daripada Skim Biaya Rumah RM100 juta tadi untuk menjayakan projek Skim Smart Sewa, saya pohon penjelasan.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Kita tidak menyatakan bahawa kita gagal melaksanakan, kita masih dalam proses perundingan dengan pihak beberapa pihak bank dan juga pihak Kerajaan Persekutuan untuk mencari satu kaedah untuk membolehkan kita mengguna pakai peruntukan yang ada. Tetapi dalam masa yang sama peruntukan RM100 juta ini telah kita gunakan juga untuk pembelian Rumah Selangorku untuk disewakan atau pun Smart Sewa. Jadi kita tidak mengatakan bahawa kita gagal melaksanakan, kami masih lagi dalam perbincangan dan juga kita berhasrat supaya dengan adanya program yang kita laksanakan Smart Sewa ini ia dapat membantu bagi pembeli-pembeli yang gagal untuk menyediakan pembayaran deposit untuk rumah pertama. Jadi kita berterusan berbincang dengan agensi-agensi yang berkaitan dan peruntukan RM100 juta itu kita dah guna awal dan masih lagi mempunyai rizab yang boleh digunakan jika dapat kelulusan daripada pihak tertentu untuk menggunakan ini sebagai deposit, terima kasih.

Speaker

Dusun Tua.

Tuan Speaker, soalan No. 4.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Rancangan Tebatan Banjir Sungai LangatQuestions

4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Mohon dinyatakan perkembangan semasa projek tebatan banjir yang sedang dijalankan di Dusun Tua.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua. Yang Berhormat Tuan Speaker, Soalan Dusun Tua berhubung dengan perkembangan semasa projek tebatan banjir yang sedang dijalankan di DUN Dusun Tua. Untuk makluman Yang Berhormat berikut adalah status pelaksanaan projek tebatan banjir yang berkait di

kawasan Dusun Tua. Yang pertama di bawah peruntukan Kerajaan ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1, iaitu menelan belanja RM41 juta dan projek ini sebenarnya sudah sedia reka bentuk cuma ada sedikit isu dengan pengambilan tanah yang sedang diproses dan dijangka akan mula ditender untuk suku pertama tahun 2025. Maknanya tahun depanlah dalam masa tiga bulan ya untuk dibuat tender. Dalam masa yang sama juga kita mengambil kira juga isu-isu lain di dalam kawasan Dusun Tua yang memerlukan tindakan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir yang pertambahan. Di bawah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran diperuntukkan 3 projek bernilai keseluruhan RM21.5 juta untuk mengatasi banjir ini yang pertama ialah menaiktaraf Sistem Saliran Batu 16 di Kampung Dusun Tua, Mukim Hulu Langat, bernilai RM9 juta, ini pun di peringkat final draft juga akan ditender dalam masa terdekat ini dalam masa 3 bulan ini, hampir siap, draft detail design nya dan juga ada sedikit pengambilan tanah, itu pun sedang diselesaikan juga, ini di Batu 16.

Yang kedua ialah Projek Retrofit Sistem Saliran ataupun naik taraf sistem saliran Sungai Raya/ Sungai Sering di Kampung Sungai Raya, Mukim Cheras ini bernilai RM2.5 juta. Ini sudah di peringkat pra tender ya, dah sedia untuk ditender. Dan yang ketiga ialah Projek Tebatan Banjir di Kampung Batu 10, Mukim Cheras. Ini RM10 juta itu pun di peringkat pra tender. Jadi keempat-empat ini sudah bersedia untuk ditender untuk dilaksanakan bagi membantu masalah banjir di DUN Dusun Tua. Dalam masa yang sama juga kita baru saja menerima berita yang baik daripada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan projek Rancangan Tebatan Banjir bagi Sungai Langat Fasa 2 yang melibatkan Daerah Hulu Langat. Sebelum ini Kerajaan Persekutuan meluluskan untuk Rancangan Tebatan Sungai Langat Fasa 2 Daerah Sepang, kali ini untuk Daerah Hulu Langat dengan kos bernilai RM512 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-5 untuk tahun ini, untuk tahun depan. Perinciannya agak ini dengan kos yang besar itu, terutama komponen utamanya ialah penyelebaran pendalaman Sungai Langat, pembinaan ban-ban banjir, pembinaan water control gate, pembinaan sistem pam, pembinaan kolam takungan banjir dan meroboh dan membina semula jambatan dan lintasan di sekitar kawasan sungai berkenaan. Ini di antara perkara yang telah diluluskan atau baru diluluskan dan akan dimulakan dalam masa yang terdekat, insya-Allah, terima kasih.

Speaker

Ya, Dusun Tua.

Tuan Speaker, saya cuma hendak tanya minggu lepas kita adakan mesyuarat dengan JPS dan agensi kerajaan di Daerah Hulu Langat tentang projek ini tetapi difahamkan Persekutuan, bajet RM215 juta ini cuma boleh bermula difahamkan di antara Jun tahun hadapan. Cuma persoalan saya waktu sekarang cukup kritikal, pasir sungai sudah mula cetek, ada ke tidak usaha Kerajaan

Negeri supaya mengeluarkan sedikit bajet atau melantik agensi supaya dapat mengeluarkan pasir sungai ini mungkin boleh menambahkan hasil, banyak tempat yang cetek sekarang ini. Itu soalan saya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat, saya faham mengenai isu ini,dan kita terima juga permohonan daripada banyak ADN-ADN lain bagaimana kita dapat menyelesaikan sebab projek banjir saya selalu sebut dia makan masa ya prosesnya dan kita sedang teliti dan sudah ada pertemuan baru-baru ini untuk teliti, kadang-kadang kaedah perolehan kita kena perbetulkan macam peringkat reka bentuk kadang-kadang sampai setahun. Itu tak perlu, jadi kita akan tengok, itu di antara beberapa perkara yang kita akan menambahbaikkan yang kita akan buat. Yang kedua kita akan buat juga bagaimana kita dapat ambil langkah sementara sebab projek banjir ini tiga empat tahun sementara itu terpaksa banjir berkali-kali yang kita Kerajaan Negeri pun tidak boleh terima cari jalan juga bagaimana dapat boleh relief mengurangkan dulu tekanan, meminimumkan kesan banjir iaitu sehingga siap projek yang sebenar, jadi itu antara beberapa perkara. Tentang korekan sungai ini kita sebelum ini kita memberikan kebenaran untuk membuat pasir tapi masalahnya bila korekan pasir ini bila diluluskan, dia korek pasir di tempat yang ada pasir saja, jadi tempat-tempat yang tidak ada pasir dia tidak korek. Jadi kita kena pastikan juga supaya pengorekan itu berlaku mengikut dengan cross section atau pun reka bentuk yang kita hendak, jadi ini yang memerlukan sedikit kos daripada Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bila korek pasir itu boleh ambil tapi memastikan juga dalam masa yang sama cross section sungai itu dipertahankan dan tebing dijaga supaya tidak runtuh. Ini bila berlaku korekan dia akan melemahkan tebing. Ini pun perlu dibuat sekali untuk memastikan sungai kita akan peliharalah. Terima kasih.

Speaker

Ya Meru.

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 5. JAWA

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Proses Pensijilan HalalQuestions

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah langkah Selangor bagi mempercepat proses pensijilan halal bagi syarikat baru?

b)

Berapa bilangan pemegang sijil halal sedia ada dan yang dijangka mendapat manfaat dari sistem CRA baru?

c)

Bagaimana Selangor meningkatkan daya saing global sektor halal melalui inovasi dan teknologi?

JAWAPAN :

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Meru. Soalan ini saya menjawab sekali dengan soalan dari Yang Berhormat Hulu Bernam soalan nombor 86. Untuk bahagian pertama, apakah langkah Selangor bagi mempercepatkan proses persijilan halal bagi syarikat baru, ini pun lebih kurang sama dengan Bahagian (a), soalan daripada Hulu Bernam. JAIS telah mengambil beberapa langkah mempercepatkan proses persijilan halal di Negeri Selangor seperti berikut; yang pertama melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM 2.0). Inisiatif dilaksanakan mulai bulan November 2023. Permohonan sijil halal yang memenuhi kriteria yang ditetapkan melalui inisiatif ini telah berjaya mempercepatkan proses kelulusan sijil halal dalam tempoh kurang daripada 30 hari berbanding tempoh 60 hari sebelum ini. Namun proses sijil halal yang paling cepat telah diberikan kepada syarikat senarai putih atau pun white list yang mana kelulusan SPHM ini dapat diberikan di dalam tempoh 15 hari bekerja. Yang keduad adalah menambah Bilangan Auditor Halal. JAIS telah menambah bilangan auditor melalui peruntukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Yang ketiga, meningkatkan Sesi Bimbingan Pensijilan Halal melalui pelaksanaan program latihan berkala yang diadakan secara kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk agensi pembimbing usahawan dapat membantu pemohon memahami dan mematuhi syarat-syarat pensijilan halal, serta dapat membantu kelancaran proses permohonan tanpa perlu ditolak atau perlu diperbaiki berulang kali. Keempat, membangunkan Sistem Certificate Readiness Assessment (CRA), Kerajaan Negeri melalui HIS Toyyiba Sdn Bhd telah membangunkan sistem Certificate Readiness Assessment (CRA) bagi membantu pemohon membuat persediaan sebelum memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Melalui CRA juga dijangka akan mengurangkan risiko permohonan SPHM yang ditolak atau tidak lulus kerana tidak memenuhi syarat pensijilan.

Untuk bahagian (b) soalan mengenai berapakah bilangan pemegang sijil halal sedia ada dan yang dijangka mendapat manfaat daripada sistem CRA baharu sama juga dengan daripada Yang Berhormat Hulu Bernam, bilangan pemegang sijil halal yang aktif di negeri

Selangor sehingga 30 Oktober 2024 adalah sebanyak 7,300 melibatkan 2,705 syarikat perniagaan yang berdaftar. Daripada jumlah ini untuk tahun 2024 sahaja daripada Januari sehingga Oktober 2024 telah ada 2,456 permohonan yang baru akibat daripada SPHM diperkenalkan pada tahun lepas. Pengenalan Sistem CRA oleh HIS Toyyiba Sdn. Bhd dijangka akan membantu meningkatkan kelulusan sijil halal dengan anggaran sebanyak 500 sijil setahun. Untuk Bahagian (c), pertanyaan mengenai apakah, bagaimana Selangor meningkatkan daya saing sektor global halal melalui inovasi dan teknologi; bagi meningkatkan daya saing dari sektor halal di global, Kerajaan Negeri Selangor melalui HIS Toyyiba telah melaksanakan pelbagai inovasi teknologi melalui; pertama Pembangunan Pangkalan Data Digital Ramuan Halal. Fokus kepada ramuan halal bagi data halal dalam Central Information Platform (CIP). Secara tidak langsung, ia akan membantu kecekapan semakan dokumen serta bahan mentah halal di dalam permohonan. Kedua, Pembangunan Sistem CRA yang disebut tadi. CRA ialah sistem penilaian kendiri atas talian tahap kesediaan sesebuah organisasi sebelum memohon SPHM. CRA dibangunkan untuk menilai kesemua skim SPHM berdasarkan saiz organisasi. Laporan penilaian CRA ini akan menyenaraikan penambahbaikan yang diperlukan berserta anggaran kos dan durasi yang diperlukan sebelum memohon SPHM. CRA ini dibangunkan bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan sijil halal dan juga mengurangkan risiko permohonan SPHM yang gagal dan inisiatif yang terakhir adalah pembangunan sistem kebolehkesanan rantaian bekalan bahan mentah halal untuk mengupayakan logistik halal atau pun disebut system digital tracesibility. Ini dibuat untuk memastikan produk halal dikesan daripada awal sumber bahan mentah sehingga pengguna akhir bagi memastikan halal terpelihara di sepanjang rantaian bekalan termasuk di gudang-gudang simpanan termasuk juga logistik-logistik pengangkutan. Terima kasih

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker.

Speaker

Ya, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Yang Berhormat EXCO, saya ada satu dokumen daripada Halal Development Corporation. Yang Berhormat EXCO telah menyatakan beberapa langkah yang diambil oleh JAIS untuk mempercepatkan kelulusan sijil halal, namun kalau kita mengambil sedikit masa untuk melihat garis panduan yang telah dikeluarkan oleh HDC, dia hanya ada tiga saja langkah yang telah ditetapkan oleh Halal Development Corporation. Yang pertama Hire and train a full time halal compliant officer, dengan izin. Yang kedua, get access to certified halal ingredients. Ini antara perkara Yang Berhormat EXCO sebut rantaian bekalan yang berpunca dari sumber yang halal. Yang ketiga, cadangan HDC adalah tweak a bit the premise storage and layout to avoid cross contamination.

Maka kalau kita ada kerjasama yang baik dengan HDC, saya percaya usaha untuk meningkatkan kelulusan ini dapat dipercepatkan dan HDC juga menyebut bahawa getting a halal certificate is not difficult. It is rather inclusive than exclusive. Ini sebagai menjawab satu tuduhan liar seorang pemimpin politik yang mengatakan sijil halal ini menyulitkan dan menyusahkan. Yang keduanya Yang Berhormat EXCO, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat EXCO, betul kita ada usaha untuk meningkatkan kelulusan sijil halal tapi apakah Yang Berhormat EXCO faham bahawa terdapat 200,000 syarikat yang terlibat dalam halal yang related businesses tetapi sekitar hanya 8,000 sahaja yang memiliki sijil halal dan hanya 38% bumiputera yang 62% adalah bukan bumiputera. Yang ketiga, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pemohon untuk sijil halal ini tidak hanya menumpukan kepada sektor F&B kerana di dalam industri halal ini banyak sektor-sektor lain yang baru seperti medical devices, cosmetics and personel care, pharma and suplements. Jadi ini antara ekonomi baru yang dapat menjana hasil dan pendapatan yang lebih sustainable untuk masa depan. Jadi saya mohon penjelasan dari Yang Berhormat EXCO.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya rasa di dalam soalan satu dan dua yang saya sebut tadi. Panduan yang dicadangkan oleh pihak HDC itu, saya rasa telah dan sedang diteliti oleh pihak JAKIM buat masa HDC pun tidak lagi menjadi entiti on it’s own, bersendirian dan dia telah dimasukkan di bawah MITI dan JAKIM mengambil maklum rancangan-rancangan yang dibuat oleh HDC dan saya rasa di peringkat negara pun telah ada inisiatif penyegeraan tersebut, kelulusan dalam masa 60 hari telah disyaratkan untuk dikurangkan kepada 30 hari di peringkat Persekutuan. Di Negeri Selangor kita telah berjaya mengurangkan kepada 15 hari. Untuk bahagian kedua, penggunaan sijil halal tumpuan sektor dan produk lain, yang ini saya rasa sedang berlaku juga kerana ada kosmetik halal dan sebagainya. Kerajaan Negeri Selangor sebagai contoh, kita telah membuat suatu perundangan enakmen untuk memasukkan protokol sertu juga yang ini penting untuk mengupayakan gudang-gudang dan logistik dan juga tempat-tempat simpanan halal, begitu juga premis-premis percutian dan pelancongan sebagai contoh yang boleh disertu sebelum digunakan oleh orang Islam di masa hadapan. Saya kira satu lagi kalau kita nak sebut soal penambahan nilai ekonomi industri halal pada pandangan saya, sistem halal itu seharusnya dimasukkan juga sebagai pengiraan GDP penyumbangan ekonomi halal kepada negara Malaysia. Yang itu pada ketika ini tidak diambil kira tapi saya kira perbincangan sedang di peringkat Persekutuan untuk memasukkan jumlah itu kerana saya rasa nilai itu jauh lebih besar. Untuk butiran mengenai 200,000 perusahaan yang ada, realitinya Yang Berhormat di Malaysia ini , ada peniaga-peniaga yang ingin meniaga dan ingin membesarkan perniagaan mereka, ada juga peniaga-peniaga yang selesa dengan kadar yang rendah dan kecil. Jadi saya kira untuk yang memohon sijil halal ini

yang kebanyakan mereka yang mempunyai skill untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar negara kerana dengan adanya pengiktirafan sijil halal ini menyatakan bahawa produk mereka ini diiktiraf dan sedia untuk di pasar di pasaran dunia, jadi mereka yang mempunyai keupayaan sebegini adalah mereka-mereka yang berbelanja untuk masuk dan mendapatkan pensijilan halal manakala yang F&B perniagaan yang kecil-kecil ini ramai yang tidak ambil kerana pada ketika itu permohonannya lewat tetapi semua itu kepada tempoh masa yang lebih ringkas dan lebih pendek. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Meru.

Bagaimana usaha Kerajaan atau inisiatif kita untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan untuk khususnya usahawan halal untuk dieksport ke luar negara. Sebab saya kira masih ramai lagi mereka yang tidak memohon untuk mendapatkan persijilan halal. Jadi apakah galakan atau pun inisiatif usaha kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan untuk memohon sijil halal dan seperti kita maklum bahawa Thailand adalah satu hub halal khususnya di Asian jadi kalau boleh kita pun Selangor menjadi hub halal yang terkemuka walaupun bukan di peringkat Asia tetapi di peringkat Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih, soalan yang amat baik Yang Berhormat Meru. Saya kira sudah tiba masanya pada ketika ini melihat kepada bila kita sebut soal usahawan, kita harus fokus dan tumpu kepada usahawan yang betul-betul ingin dan mahu berjaya. Kerajaan Negeri saya rasa harus mengambil pendekatan yang strategik yang kita harus memilih bidang-bidang industri atau pun pemakanan atau pun produk yang boleh kita perkembangan dan bantu kembangkan. Jadi dengan falsafah ini saya kira di bawah jawatankuasa tetap industri halal tahun 2025 ini kita akan melihat kepada pembentukan konsep baru halal hub kedua untuk Negeri Selangor yang akan menjadi tambahan kepada halal hub pertama. Konsep halal hub pertama adalah kita sediakan kawasan kita minta sektor swasta masuk dan melabur tetapi di dalam halal hub yang kedua ini kita harus memikirkan atau pun penyedia-penyedia yang harus kita ambil dan strategik untuk berpangkalan di situ dan di situ akan jadi satu pusat di mana SME-SME boleh duduk, membuat inovasi-inovasi produk yang baru dengan adanya gudang-gudang simpanan dan sebagainya dan mendapat sijil halal yang mudah supaya produk-produk ini dapat dilahirkan, dibesarkan dan dikembangkan di peringkat pasaran global. Jadi halal hub kedua kita akan laksanakan tahun 2025 dan kita akan mulakan dengan konsep sebegitu supaya Negeri Selangor dapat menjadi satu hub penghasilan bahan-bahan ramuan utama untuk produk makanan di rantau Asean, jadi itu konsepnya. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Paya Jaras. Paya Jaras. Yang Berhormat, tidak izinkan.

Peraturan Tetap 24

Speaker

Saya tidak izinkan. Selat Klang, Selat Klang.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan saya nombor 7.

Peraturan Tetap 24 Tuan Speaker.

Speaker

Sudah lepas, sudah lepas. Selat Klang, Selat Klang. EXCO?

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. PelaburanQuestions

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri menjalankan proses pemilihan pelabur bagi pelabur-pelabur yang ingin melabur di Negeri Selangor?

b)

Apakah pula kriteria pelabur yang Kerajaan Negeri terima?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, secara dasarnya pertumbuhan pelaburan Kerajaan Negeri Selangor ditunjangi oleh dua sektor iaitu Sektor Perkilangan dan Sektor Perkhidmatan. Antara usaha Kerajaan Negeri menarik pelaburan bagi kedua-dua sektor ini adalah melalui program Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show yang dijalankan setiap tahun. Potensi transaksi perniagaan termasuk perjanjian persefahaman semasa kedua-dua program tersebut telah mencatatkan jumlah yang memberangsangkan sejak ia diperkenalkan iaitu RM22.8 bilion bagi SIBS dan RM6.23 bilion bagi Selangor Aviation Show. Selain itu Kerajaan Negeri secara aktif melaksanakan program-program promosi pelaburan dan misi lawatan penggalakan pelaburan keluar negara dan libat urus bersama Dewan perniagaan dalam dan luar negara sentiasa diadakan dalam dan di luar negara. Semasa program-program

tersebut sesi libat urus bersama para pelabur akan diselaraskan pihak Invest Selangor berhad bagi mengenal pasti pelaburan yang berpotensi untuk dibawa masuk ke negeri Selangor antaranya yang pertama Pelaburan yang bernilai tinggi yang menjana pekerjaan berkemahiran tinggi seperti aeroangkasa, automotif, sains hayat dan semikonduktor serta elektrik dan elektronik. Yang kedua, industri perkhidmatan logistik ataupun logistic services dan digital investment seperti Global Business Services (GBS), data centre serta creative content technology turut dikenal pasti sebagai industri yang mampu memberi lonjakan kepada Negeri Selangor. Yang ketiga keutamaan kepada pelaburan yang berasaskan automasi. Membekalkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan menekankan perancangan pemindahan teknologi yang dapat dimanfaatkan pekerja tempatan. Bagi memastikan Hasrat ini Berjaya Invest Selangor akan memantau dan menyelaras mesyuarat teknikal Bersama agensi yang terlibat bagi memastikan pembangunan yang dirancang oleh para pelabur dapat disiapkan dalam tempoh masa serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Secara umumnya Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang kriteria tertentu atau khusus kepada pelabur yang menyatakan Hasrat melabur di Negeri Selangor. Selagi mana ianya mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal yang berkaitan. Walau bagaimanapun keutamaan yang diberikan kepada pelaburan yang bernilai tinggi atau high value, high growth dan menawarkan gaji yang tinggi kepada rakyat Malaysia supaya Negeri Selangor dapat terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya maju. Terima kasih.

Datuk Abdul Rashid bin AsariBERSATU · PNSelat Klang

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jawapan yang begitu komprehensif dan holistik. Cuma saya nak bertanya berapakah jumlah pekerjaan yang telah diwujudkan bermula daripada 1 Januari hingga hari ini selepas pelaburan begitu banyak masuk ke dalam negeri Selangor. Yang keduanya, kita sedia maklum baru-baru ini Yang Amat Berhormat PMX telah bersetuju untuk bersama-sama dengan satu gabungan perdagangan yang besar iaitu BRICS. Di mana saya percaya gabungan dagangan ini lebih besar daripada US dan juga European Union combine dan apakah langkah-langkah Kerajaan Selangor supaya dapat bersama-sama dalam arena BRICS ini supaya dapat pelaburan yang lebih besar untuk masa-masa akan datang. Yang ketiganya, sekarang kita bercakap fasal EV, electric vehicle, jadi apakah tindakan atau langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor untuk bersama-sama terlibat dalam perusahaan ini dan apakah Kerajaan Selangor bersetuju untuk memberikan peluang-peluang pada pengusaha-pengusaha yang ingin membina ataupun membangunkan kiosk-kiosk untuk cas bateri apabila EV ini bertambah dan akan digunakan oleh banyak pengguna-pengguna di negeri Selangor ini. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih kepada Yang Berhormat Selat Klang atas soalan tambahan ini. Bagi soalan pertama berkenaan jumlah pekerjaan yang telah diwujudkan pada tahun ini yang ini saya akan semak dan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Selat Klang dan bagi soalan kedua berkenaan dengan BRICS saya nampak ini satu langkah yang pro aktif bagi Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai BRICS sebagai sebuah negara partner di dalam gabungan BRICS ini dan setelah kita menjadi partner dalam gabungan BRICS ini saya nampak banyak pertanyaan daripada negara-negara BRICS ini telah kita terima dan beberapa lawatan juga telah diadakan. Satunya adalah lawatan ke Rusia bersama Rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor turun menyertai rombongan itu ke Rusia dan kita dapat banyak pertanyaan yang berpotensi daripada negara itu. Selain itu, kita juga terima pertanyaan yang sangat bagi saya sangat menggalakkan dari Brazil berkenaan industri semikonduktor dan ini kami sedang mengadakan perbincangan bersama syarikat-syarikat semikonduktor khususnya bagi IC design, reka bentuk IC itu dari syarikat reka bentuk dari Brazil. Yang itu saya menantikan satu keputusan yang lebih kondusif dari antara Selangor dan juga Brazil. Dan bagi soalan ketiga berkenaan EV. Pengecas EV itu sebenarnya kita menggalakkan lebih banyak syarikat untuk memasang pengecas EV di seluruh Selangor dan kita menyasarkan iaitu pada tahun 2025 di seluruh Selangor sekurang-kurangnya kita akan mempunyai 1000 pengecas EV dan sekarang kita dah hampir mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan bagi syarikat yang berminat sebenarnya saya nampak dan saya juga terima banyak pertanyaan daripada syarikat yang ingin memasang pengecas EV ini di tepi jalan iaitu off road charger. Jadi ini sebenarnya mereka boleh menghubungi PBT di negeri Selangor untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh setiap PBT supaya pengecas EV ini dapat dipasang di lebih banyak tempat ataupun di parkir yang dimiliki oleh PBT. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Saya nampak Batu Tiga.

Yang Berhormat EXCO, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi Kerajaan Negeri tidak meletakkan jenis pelaburan yang disasarkan untuk masuk ke dalam Kerajaan Negeri. Namun saya melihat apa yang berdasarkan laporan MIDA setakat ini MBSA menjadi kedudukan pertama dari sudut pelaburan negeri Selangor Cuma bila tidak diletakkan jenis pelaburan itu saya kira apakah sebenarnya persiapan kita dalam banyak-banyak industri atau pelaburan yang masuk terutama di MBSA dari sudut persiapan

infrastruktur itu adakah ia boleh menampung sekiranya ada pihak yang nak datang untuk membuat pelaburan semi-konduktor sebagai contoh. Mungkin juga pusat data adakah Shah Alam sendiri berkemampuan dari sudut itu. Keduanya dari sudut persiapan itu juga ia melibatkan infrastruktur awam yang mana kalaulah yang saya melihat daripada pengamatan saya pusat logistik sudah banyak di MBSA. Dari sudut infrastruktur awam juga memberi kesan sebab pusat logistik akan menggunakan banyak jentera berat, kenderaan besar dan ia akan sedikit sebanyak memberi kesan pada infrastruktur awam kita. Jadi apa persiapan sebenarnya kalau kita nak melihat pada pelaburan masuk tapi perlu juga kepada kesediaan kita untuk menerima jenis pelaburan yang akan masuk nanti. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya rasa soalan pertama daripada Yang Berhormat adalah berkaitan dengan persiapan infrastruktur bagi industri-industri yang kita akan melabur di dalam negeri Selangor. Sebenarnya infrastruktur yang diperlukan adalah lebih kurang sama tetapi bagi data center tentunya mereka memerlukan bekalan elektrik, bekalan air dan juga connectivity fiber optik yang mencukupi. Jadi itu adalah sedikit perbezaan bagi data center dan juga industri lain. Bagi industri lain seperti logistik yang disebutkan oleh Yang Berhormat, ia memang menjadi satu lokasi tumpuan bagi industri logistik kerana lokasinya memang strategik tidak jauh daripada KLIA dan juga tidak jauh daripada Pelabuhan Klang. Jadi ini merupakan satu lokasi yang sangat sesuai bagi industri logistik dan MBSA selalunya berbincang dengan syarikat-syarikat ataupun pelabur-pelabur yang berkaitan untuk menaik taraf infrastruktur ataupun jalan raya di sekitar pembangunan hab logistik ini. Saya bagi satu contoh 2-3 hari yang lepas Invest Selangor baru memanggil satu mesyuarat bersama semua agensi yang berkaitan bagi satu logistik hab yang bakal dibuka tahun depan bersebelahan dengan Hicom Shah Alam. Jadi kita nampak dan masalah kesesakan lalu lintas bukan sahaja disebabkan oleh logistik hab tersebut. Kerana masalah kesesakan itu memang telah berlaku tetapi dengan tambahan 1 lagi logistik hab kesesakan lalu lintas mungkin akan bertambah teruk yang itu semua sedia maklum dan tindakan itu akan diambil supaya kesesakan lalu lintas di kawasan itu dapat dikurangkan dan infrastruktur dapat dinaik taraf pada masa yang sama. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya no. 8.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Jelajah Rumpun SelangorQuestions

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa ramaikah yang telah mendapat manfaat daripada program ini dan telah dilaksanakan di mana?

b)

Adakah program ini mencapai matlamat yang telah digariskan?

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Sentosa. Bagi soalan Jelajah Rumpun Selangor soalan 1 berapakah ramai yang telah mendapat manfaat daripada program ini dan telah dilaksanakan di mana dan kedua adakah program ini mencapai matlamat yang telah digariskan. Bagi soalan ini izinkan saya menjawab secara bersekali. Selangor ibarat mini Malaysia atas sebab itu program Gagasan Rumpun Selangor telah memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat rakyat Negeri Selangor melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan pelaksanaannya yang dirancang untuk dilaksanakan di sembilan buah daerah di seluruh negeri. Secara ringkasnya program ini berteraskan perpaduan dengan matlamat program untuk memperkukuhkan perpaduan dan memperkasakan masyarakat melalui interaksi langsung dengan penduduk tempatan serta mempromosikan identiti Selangor yang unik dan telah berjaya dicapai melalui penyertaan masyarakat setempat di dalam pelbagai aktiviti. Program seperti karnival, sukan rakyat, persembahan kebudayaan dan gotong-royong program ini juga memperkenalkan elemen baru seperti lawatan ke pusat-pusat kraf tangan dalam masa yang sama pameran ekonomi tempatan dengan penekanan kepada aktiviti yang boleh dikomersialkan untuk mempromosikan aktiviti di kampung. Sebagai sebahagian daripada usaha yang komprehensif program gagasan rumpun Selangor telah disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Dato Menteri Besar Selangor, yang Berhormat EXCO-EXCO dan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri dan Parlimen kawasan dalam usaha mendekati dan menyantuni komuniti setempat. Acara ini telah dilaksanakan di daerah Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Klang dengan pengisian yang menarik melibatkan penyertaan ribuan rakyat yang telah mencipta semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk di negeri ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO atas program ataupun satu idea yang dicetuskan oleh beliau. Soalan saya ialah adakah program ini akan diteruskan pada tahun 2025 dan adakah program ini boleh dibawa ke

kawasan-kawasan pedalaman supaya program ini boleh terus juga disampaikan di kawasan-kawasan penduduk yang ramai di kawasan pendalaman. Terima kasih.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa atas soalan tambahan. Iya memang program ini dalam perancangan yang akan dibawa ke tahun 2025 dan kami menyambut baik pandangan Yang Berhormat Sentosa berkenaan dengan program yang perlu di laksanakan di kawasan-kawasan yang lebih pedalaman. Insya-Allah pihak Kerajaan Negeri akan meneliti dan program ini akan dilaksanakan bagi tahun 2025 ke kawasan-kawasan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sentosa. Terima kasih.

Speaker

Seri Kembangan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya nombor 9.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Tahun Melawat Selangor 2025Questions

Puan Wong Siew KiDAP · PHSeri Kembangan

9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah strategi kerajaan secara keseluruhan untuk mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025?

b)

Adakah kerajaan akan memberi tumpuan kepada bahagian selatan Selangor seperti Serdang, Kajang dan Hulu Langat?

c)

Apakah program yang menglibatkan kerjasama dengan Pusat Khidmat DUN untuk mempromosikan kawasan masing-masing?

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman yang Berhormat, jawapan ini akan dijawab bersekali dengan pertanyaan lisan dari Ahli Dewan Negeri di Kawasan Teratai berkenaan Tahun Melawat Selangor Tahun 2025. Berikut merupakan strategi kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri untuk mempromosikan sektor pelancongan Negeri sempena

penganjuran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Satu, penganjuran Kempen Pengiklanan bersasar seperti Pengiklanan melalui pesawat Air Asia, Paparan Billboard ‘Outdoor’ dan ‘Digital, Media Cetak, Media Elektronik, Media Sosial. Dua, penganjuran Program Promosi Pelancongan Domestik, seperti Selangor Travel Fair, Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year, dan Program Jelajah Negeri. Tiga, penganjuran Program Promosi Luar Negara, seperti World EXPO 2025 Osaka, Japan, ITB Berlin 2025, OTM Mumbai, India 2025, ATM Dubai 2025, Sales Mission India, ITB China, Shanghai 2025 dan Sales Mission China, Macau dan Taiwan. Yang keempat, penganjuran Acara Pelancongan dan Kalendar Acara Tahun Melawat Selangor 2025, yang menyenaraikan beberapa acara utama seperti, Art of Speed 2025, Keretapi Sarong 2025, Anugerah Pelancongan Selangor, Festival Sawah Padi 2025, Festival Bon Odori 2025, Grad Prix Petronas Moto GP, Selangor Food Mega Festival bertemakan Sate & Durian dan Miss Kebaya Selangor. Yang kelima, penyediaan content kreatif dan promosi melalui laman media sosial seperti program promosi kempen bersama dengan pempengaruh, selebriti dan KOL, penyediaan travelog pelancongan dan sebagainya. Yang keenam, penganjuran program Mega FAM (Familiarization) Trip sepanjang tahun 2025 bersama agensi pelancongan, persatuan pelancongan, dan media tempatan serta antarabangsa. Yang ketujuh, memperkenalkan inisiatif Geran Industri Pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Geran khas ini diwujudkan bertujuan sebagai suntikan insentif kepada para penggiat industri pelancongan dalam usaha mempromosikan dan menyemarakkan kempen TMS2025. Yang kelapan, penganjuran program pembangunan produk pelancongan seperti Selangor Hos Komuniti, Program Heritage Walk dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri amat komited dalam memperkasakan perkembangan dan kelestarian industri pelancongan di Negeri Selangor oleh yang demikian strategi jangka panjang yang dirangka Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan industri pelancongan dengan eksploitasi cukai baharu yang akan dikenakan ke atas pelancong yang melancong di Negeri Selangor. Justeru, Kerajaan Negeri optimis dengan perancangan jangka panjang tersebut yang dijangka akan mampu menjana pendapatan tambahan oleh Sektor Pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat Seri Kembangan dan Teratai, pihak Kerajaan Negeri sememangnya memberi tumpuan kepada bahagian selatan Selangor dengan memperkenalkan program promosi khas Anjung Selatan Negeri Selangor, ia lebih terkenal sebagai ‘Pintu Masuk’ negara yang sememangnya mempunyai potensi dan peluang besar untuk memastikan setiap pelancong yang masuk ke Malaysia akan mengambil peluang untuk menginap dan berkunjung ke produk pelancongan yang ada di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia melibatkan beberapa buah daerah seperti Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling (Subang Jaya). Antara produk pelancongan yang terdapat di Anjung Selatan, antara produk-produk yang menjadi tumpuan adalah seperti berikut Tuan Speaker. Satu, Ladang Buah Naga, dua Pantai Bagan Lalang, tiga Ladang Buluh ( Bamboo Farm ), empat Sungai Sepang Besar,

lima Jeti Sirip Biru, enam Mitsui Outlet Park, tujuh Avani Sepang Gold Coast, lapan Homestay Banghuris, sembilan Gamuda Discovery Park, sepuluh Splash Mania, sebelas Paya Indah Wetlands, dua belas Bangi Wonderland, tiga belas Ladang Farm Fresh UPM, empat belas MAEPS Serdang dan lima belas Cyberjaya. Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sememangnya memainkan peranan di dalam mempromosikan produk pelancongan tempatan dan turut bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pusat Khidmat DUN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara program kerjasama yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Satu, mempergiatkan kempen domestik dan kempen TMS 2025, di setiap siri dan program promosi pelancongan yang dianjurkan atau disertai oleh Tourism Selangor dibuat di kawasan pelancongan di bawah kelolaan pihak Berkuasa Tempatan dan ADUN bertujuan untuk mewujudkan kesedaran produk baharu di daerah tersebut seperti Program Wings Of KKB, Pesta Sayap, pesta Ke Laut Kelanang, Pesta Ban Canal dan sebagainya. Yang kedua, Tourism Selangor turut berkolaborasi dengan PBT melalui penyertaan sebagai delegasi mewarisi Negeri Selangor ke siri promosi luar negara, seperti contoh ITB Berlin dan Malaysia Air Jepun penglibatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat. Menawarkan Lawatan FAM Trip kepada agensi pelancongan dan pengamal media, pihak media ke produk-produk pelancongan di daerah-daerah di negeri Selangor yang mempunyai potensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan dan pengamal media ke produk-produk pelancongan di daerah-daerah di Negeri Selangor yang mempunyai potensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan. Yang keempat penganjuran acara-acara pelancongan berbentuk komuniti best tourism yang dianjurkan di bawah kawasan berpotensi untuk dimajukan seperti kawasan tarikan pelancongan dan Kelima Program Lawatan Teknikal yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor dengan kerjasama dan penglibatan daripada agensi-agensi Kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempat, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) secara berkala ke tempat-tempat pelancongan berpotensi untuk di promosikan. Untuk makluman Yang berhormat Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima perkongsian idea dan dari Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usahakan untuk membangunkan sektor pelancongan di Negeri Selangor. Justeru sebarang cadangan atau idea yang dikemukakan, boleh dikemukakan melalui UPEN untuk diselaraskan bersama pihak-pihak yang berkepentingan. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Kajang ada satu Lorong Mendaling yang sesuai untuk membina Kerajaan Culture Street jadi saya hendak tanya Kerajaan ada atau tidak hasrat untuk membina cadangan ini? Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang berhormat Kajang di atas keprihatinan dengan tahun Melawat Selangor dan mempromosikan produk tourism. Memang ada cadangan daripada Yang Berhormat Kajang tentang untuk membangunkan Lorong Mendaling iaitu dijadikan seperti culture street ataupun lorong ataupun jalan yang berpaksikan kebudayaan. Memang pihak Tourism Selangor dan pihak saya sangat pihak Kerajaan Negeri kita menerima cadangan baik ini kita akan teliti dan kita akan minta pihak PBT khususnya Majlis Perbandaran Kajang untuk teliti dan berurusan dengan Yang Berhormat Kajang untuk mengadakan satu engagement, satu perbincangan yang khusus untuk meneliti keboleh laksanakan Lorong Mendaling ini sebagai culture street dan ini sangat penting. Saya ucap terima kasih kerana banyak membantu Kerajaan dalam mempromosikan Negeri Selangor dan sebagainya destinasi pelancongan. Jangan lupa tahun hadapan Tahun Melawat Selangor 2025 Hendak Bercuti Pusing Selangor Dulu, Suprising Selangor, Selangor Penuh Kejutan, (bahasa cina), terima kasih.

Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Kota Damansara.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tadi saya meneliti satu persatu ucapan Yang Berhormat EXCO berkenaan produk, culture dan sebagainya. Walau bagaimanapun mungkin saya hendak bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat satu lagi ruang atau satu lagi sisi yang mana kita panggil e-sport. Sebenarnya e-sport tourism sebab kalau kita tengok pada tahun ini hujung bulan 12 nanti M-series akan dilakukan di Malaysia dan akan dibuat Axiata tiketnya sudah habis, itu satu dan yang kedua kalau kita tengok ada pelbagai lagi jenis program yang e-sport daripada seluruh dunia hadir kesatu – satu tempat yang mana dia orang bukan datang satu, dua orang tapi datang ramai dan penyokong akan datang juga yang maknanya akan memberi ruang dan impak ekonomi yang sangat baik kepada Selangor dan kita memberikan promote Selangor khususnya Malaysia dan Selangor, sebab itu saya mohon sama ada daripada sisi yang lain yang mana pihak EXCO boleh bekerjasama dengan pihak EXCO Belia dan Sukan yang mana untuk melihat e-sport tourism bukan melihat culture tourism tetapi e-sport yang mana anak-anak muda yang hadir selalu yang culture ini ia lebih berumur sikit yang datang ini. Kalau orang-orang muda ini ia lebih kepada e-sport. Terima kasih.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara yang mencadangkan agak kita meneliti tentang tarikan daripada e-sport tourism untuk kita ke arah itu. Memang ini satu trend baharu, senario baharu, perkembangan baharu khususnya dapat menarik perhatian minat anak-anak muda kita Yang Berhormat Kota Damansara yang begitu muda anak muda kita yang pergi berketerampilan saya yakin

punya idea yang tersendiri. Saya minta Yang Berhormat boleh, kita boleh kerjasama dengan Kota Anggerik EXCO Belia dan Sukan kita sama-sama duduk bincang cari kaedah bagaimana kita hendak kembangkan e-sport sebagai satu tarikan bukan sahaja e-sport termasuk juga tourism untuk kita manfaatkan bersama sebagai satu tarikan bila mereka datang ke Selangor datang ke Malaysia Selangor bolehlah menginap 3 hari 2 malam dan sebagainya bukan sahaja main e-sport semuanya seluruhnya termasuk hendak bercuti, pusing Selangor dahulu. Sekian, terima kasih.

Speaker

Seri Serdang.

Soalan tambahan ke?

Speaker

Soalan seterusnya.

Soalan nombor 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Isu Gisb - Peranan Kerajaan Negeri Untuk Membantu Mereka Yang TerlibatQuestions

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

GISB pertubuhan yang berada di dalam Negeri Selangor. Apakah peranan Kerajaan Negeri membantu mereka yang terlibat dengan GISB ini untuk mereka kembali hidup di dalam masyarakat secara normal?

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang atas soalan yang saya kira sangat kontemporari pada ketika ini. Saya mengambil peluang ini juga untuk menjawab bersekali soalan daripada Yang Berhormat Rawang nombor 101 dan soalan daripada Yang Berhormat Sijangkang 273. Saya berdoa agar kesemua Ahli-ahli Dewan Kerajaan dan Pembangkang pada akhir pembentangan saya ini mendapat satu kesatuan hati dan sokongan. Kita sama-sama menyelesaikan masalah yang ada di depan mata kita ini kerana ini adalah masalah di negeri dan negara yang perlu kita selesaikan sekarang untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk Negeri Selangor. Kerajaan Negeri

sedang bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tindakan-tindakan penguatkuasaan, kawalan, perundangan, pemulihan serta kebajikan terhadap GISBH dan pengikutnya di Negeri Selangor. Apa tindakan-tindakan tersebut pertama saya mulakan pembentukan Jawatankuasa Khas dan Task Force Pelbagai Entiti di Peringkat Kerajaan Negeri, yang pertama adalah penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Isu GISBH di Peringkat MAIS yang di Pengerusikan Oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Saudah Sulaiman dan dianggotai oleh beberapa orang anggota MAIS yang terpilih di antaranya Ketua Polis Negeri, Mufti Selangor, Pengarah JAIS, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor serta Ketua-ketua Jabatan daripada Majlis Keselamatan Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Jawatankuasa Khas ini berfungsi untuk merangkan, menyelaras dan memantau tindakan pemulihan akidah mengikut pengikut GISBH Negeri Selangor merangkumi ahli-ahli yang dewasa, warga emas dan juga kanak-kanak. Wakil daripada Jawatankuasa Khas MAIS ini mewakili Kerajaan Negeri Selangor dan sebuah Jawatankuasa Khas GISBH di peringkat Persekutuan yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara. Kedua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor juga pada lapan Oktober 2024 telah menubuhkan sebuah Task Force pemulihan kanak-kanak GISBH yang di Pengerusikan bersama oleh saya sendiri dan juga Yang Berhormat Taman Templer dan dianggotai juga wakil-wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, MAIS, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan MBI Yayasan Islam Darul Ehsan dan Pakar-pakar Swasta Penjagaan dan Pemulihan Kanak-kanak yang terpilih. Task force ini sedikit berbeda daripada MAIS kerana ia berfungsi khusus untuk merancang dan melaksanakan pemulihan kanak-kanak yang telah diselamatkan daripada rumah-rumah amal GISBH. Pemulihan ini merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental, emosi dan psikologi pendidikan serta akidah kanak-kanak yang ini khusus kepada kanak-kanak sahaja dan harus tegaskan di sini bahawa tidak ada tindakan-tindakan yang bertindih di antara Jawatankuasa Khas MAIS dan Task Force Pemulihan Kanak-kanak MMKN ini ataupun di antara entiti-entiti ini dengan Kerajaan Persekutuan yang ada tadi. Sebaliknya tindakan-tindakan yang diambil ini adalah tindakan-tindakan yang membantu usaha-usaha yang sedang giat dibuat di peringkat Persekutuan.

Tindakan kedua Kerajaan Negeri adalah mewartakan mengharamkan GISBH. Pada 16 Oktober 2024, Jabatan Mufti dan Kerajaan Negeri Selangor telah mewartakan mengeluarkan fatwa fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISBH dan rangkaiannya. Ini telah difatwakan haram di Negeri Selangor. Tindakan ketiga, tindakan-tindakan penguatkuasaan yang lain telah di buat oleh JAIS menerusi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan yang telah melaksanakan tangkapan terhadap ahli GISB bermula 22 September 2024 sehingga 1 November 2024. Seramai 138 orang ahli GISBH telah

ditangkap dan didakwa yang terdiri daripada 41 orang lelaki dan 97 orang wanita. Mereka yang ditangkap ini akan didakwa di bawah Akta 611 Kanak-kanak. Di bawah kesalahan apa? Kesalahan Pemerdagangan dan Pelarian Kanak-kanak dan Akta Cukai Pendapatan 1967. 44 kertas siasatan telah dibuka, siasatan dilaksanakan adalah merujuk juga kepada Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 atas kesalahan melanggar fatwa berkenaan Al-Arqam dan Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. yang telah diwartakan haram pada tahun 1993, 1994 dan 2006. Bahagian Pengurusan JAIS juga telah menemu bual, telah menemu bual seramai 438 kanak-kanak GSBH iaitu seramai 266 orang yang disimpan di Selangor, 55 orang di Pulau Pinang, 14 orang di Johor, 3 orang di Negeri Sembilan yang berumur diantara 12 hingga 17 tahun untuk mendapatkan gambaran dan keadaan mereka sepanjang mereka berada di bawah kumpulan GISBH bagi membantu tindakan terhadap individu yang akan didakwa. Dari sudut penguatkuasaan undang-undang pula, JAIS akan mengambil tindakan berhubung pelanggaran peraturan dan Undang-Undang Syariah yang sedia ada di negeri ini. Diantara perkara yang disiasat adalah sekali lagi di bawah Seksyen 12 (C), berkaitan melanggar fatwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor Tahun 1995 serta siasatan berhubung pernikahan dan perkahwinan ahli anggota GISBH merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Tahun 2003. JAIS telah mendapati daripada 231 pasangan GISBH yang ditangkap mengaku sudah berkahwin. Rekod perkahwinan yang ada dalam Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia dan sistem online yang ada mendapati hanya 100 daripada 231 ini memiliki rekod kahwin.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Rawang, iaitu soalan (b) mengenai tindakan dan premis perniagaan GISBH di Bandar Country Homes, sebanyak 24 akaun lesen perniagaan yang telah dibatalkan bagi melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan GISBH di bandar Country Homes semenjak Ops Global pada 21 September 2024. Pemantauan berkala juga telah dibuat dan pada ketika ini premis-premis perniagaan GISBH ini tidak beroperasi. Untuk bahagian terakhir, tindakan-tindakan pemulihan yang ditanya oleh ketiga-tiga Yang Berhormat untuk program pemulihan umum agar ahli GISBH ini kembali hidup di dalam masyarakat secara normal, bahagian pemulihan Riqab MAIS telah menjalankan beberapa program berikut di rumah-rumah pemulihan dan rumah pelindungan MAIS. Yang pertama, melaksanakan program pemulihan akidah melalui 45 orang guru agama bertauliah daripada MAIS yang merangkumi saringan terperinci, rawatan kerohanian, pemulihan dan pengukuhan serta sokongan. Kedua mengadakan kelas kemahiran dalam pusat pemulihan seperti kelas memasak dan kelas automotif untuk mereka yang hilang pekerjaan yang dewasa. Ketiga, kelas akademik khusus kepada kanak-kanak dan remaja bekas GISBH dengan penglibatan 17 guru kaunseling daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Keempat, antuan melalui zakat kepada bekas ahli GISBH mengikut kelayakan selepas melalui proses pemulihan di rumah-rumah pemulihan MAIS.

Bahagian kedua ini saya nak sentuh bahagian pemulihan akidah yang sedang dilaksanakan sebab ada soalan-soalan menjurus kepada pemuliharaan akidah untuk kanak-kanak. Tindakan pemulihan terhadap ahli GISBH melibatkan dua kaedah iaitu pertama, secara sukarela dan kedua, adalah perintah Mahkamah. Bagi tindakan pemulihan terhadap ahli GISBH secara sukarela, serah diri, walk in atau melalui program rehabilitasi Majlis Keselamatan Negara, MAIS telah bekerjasama dengan MKN dalam Program Rehabilitasi selama 90 hari secara sukarela kepada ahli GISBH bermula 14 Oktober sehingga 14 November 2024. Program Rehabilitasi ini bertujuan memberi peluang kepada ahli GISBH untuk bertaubat secara sukarela dan disantuni sebagai mangsa dan bukan sebagai pesalah. Namun setakat 7 November 2024 hanya 11 orang peserta telah ditempatkan dan melalui program pemulihan ini berdasarkan modul Istitobah MAIS. Modul Istitobah yang digunakan merangkumi 4 bahagian iaitu saringan, rawatan kerohanian, pemulihan dan pengukuhan serta sokongan yang menitik beratkan perkara-perkara akidah, fardu ain dan pembentukan sahsiah. Sesi pendidikan formal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan JAIS juga dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berada di tempat selamat di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi ahli GISBH yang dijatuhkan hukuman menjalani pemulihan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah, proses pemulihan ini sedang dilaksanakan di pusat pemulihan pelindungan MAIS yang telah diwartakan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Seri Serdang.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat EXCO. Saya kira, kalau kita lihat kepada pembentangan ataupun jawapan daripada Yang Berhormat tadi berkenaan dengan penguatkuasaan dan pemulihan. Sedar atau pun tidak, sebenarnya mereka ini telah terasing daripada masyarakat. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan mereka kembali hidup secara normal di dalam masyarakat di negeri Selangor yang ada pada hari ini? Kita ada pengalaman ketika ada Al-Arqam dahulu. Kita buat penguatkuasan, tangkapan, pendakwaan dan sebagainya. Tetapi selepas itu seolah-olah dibiarkan mereka ini dan mereka kembali bersama kelompok mereka. Saya khuatir kalau pendekatan kita hanya kepada penguatkuasaan dan hanya akidah sahaja tetapi tidak diberikan satu pendekatan yang baharu untuk kembali ke dalam masyarakat, perkara ini akan berlaku lagi. Jadikan Kerajaan Negeri Selangor ini safe house, safe house bagi mereka yang terlibat dengan GISBH ini.

Safe house macam mana tu Seri Serdang?

Cuma jangan ada juta-juta dalam safe house la. Itu sahaja, sekian.

8.18 Y.B. TUAN DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH : Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Insya-Allah rumah-rumah pemulihan kita safe semuanya. Jadi, soalan yang baik kerana saya, kami pun di peringkat Jawatankuasa juga telah pun meneliti perkara ini dan telah membangkitkan isu ini sebab saya kita telah tegaskan kepada pihak MAIS dan JAIS bahawa modu-modul pemulihan ini perlu dilihat semula. Kita tidak boleh menggunakan modul yang sama, kaedah yang sama kerana kita lihat modul yang sama menyebabkan berulangan berlaku Al-Arqam jadi Rufaqa, Rufaqa jadi GISBH dan GISBH hari ini ada lagi satu cabang dia, AFT yang masih ada di luar sana kan. Jadi, saya rasanya modul-modul ini sedang dikaji dan ada keterbukaan di pihak MAIS dan JAIS untuk menyegarkan semula dan kita sewaktu program pemulihan ini dan kita pun sedang melihat bagaimana progress dan kemajuan anak-anak yang sedang kita pulihkan ini sama ada perubahan mereka pada iktiqad mereka dan pada amalan mereka. Perkara dua ini perlu kita perjelas dan perbaiki, dan sekiranya dapat dibaiki, saya rasa modul ini juga akan digunakan di peringkat MKN bagi pemulihan yang lebih besar di peringkat negara. Jadi itu untuk sudut akidahnya, tapi dari sudut kemahiran dan sebagainya tadi telah disebut bahawa ada program-program automotif dan kerjaya yang sedang kita laksanakan untuk memberi mereka peluang dan yang mana-mana contohnya, ada orang bising baru ini kata yang nak bayar hutang rumah tiada duit dan sebagainya sebab perniagaan telah terhenti, ada bantuan Riqab daripada MAIS untuk tujuan-tujuan yang sebegitu. Jadi, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Saya benarkan Meru.

Terima kasih Tuan Speaker. Seperti kita semua maklum kebanyakkan anak-anak ini dipisahkan daripada ibu bapa kandung mereka, semasa mereka, sebelum kita kesan GISBH. Setelah kita ambil anak-anak ini, apakah usaha kerajaan setelah pemulihan anak-anak ini supaya dapat dikembalikan mereka kepada kedua-dua ibu bapa kandung mereka?

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Soalan sangat baik juga. Buat masa ini kita telah membuat saringan yang lebih terperinci melihat kepada kalau Inggerisnya the degree of severity, bahasa Melayu nya tahap keparahan anak-anak ini dengan pegangan mereka, dengan ideologi yang dibawa oleh GISBH. Daripada hasil awal yang kita temui hanya sebilangan kecil lebih kurang dalam 10% hingga 15% sahaja anak-anak ini yang terkesan menunjukkan bahawa

kebanyakkan yang lain itu boleh dilepaskan dalam pada minggu ni dan minggu-minggu akan datang, akan ada satu mahkamah kanak-kanak akan ditubuhkan di mana anak-anak yang tidak terkesan ini akan dipulangkan semula kepada ibu bapa mereka dengan syarat itu pun jika ibu bapa mereka telah di clear kan oleh PDRM jika tidak terkesan. Tapi dalam perintah pelepasan nanti akan dimasukkan klausa di mana anak-anak ini akan diberi kunjungan dan akan dilakukan beberapa pemeriksaan dan sekiranya mereka ini pulang balik ke jalan asal akan boleh kita panggil balik untuk kita pulihkan. Jadi itu yang berlaku sekarang. Terima kasih.

Speaker

Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Soalan 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA)Questions

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah sasaran Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dan bilakah ianya dapat disiapkan?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia atas soalan beliau. Perancangan dan fasa-fasa dalam pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Fasa 1 telah bermula sejak Julai 2024 dan dijangka akan siap pada 30 Jun 2025. Kemajuan pada 30 Oktober adalah 45.81% dan ia telah menunjukkan peningkatan kerja ataupun kemajuan awal 3 hari daripada jangkaan yang telah ditetapkan. Apakah? Bilakah tarikh selesai Fasa 1 akan dapat disiapkan adalah pada tahun 2027 pada suku pertama iaitu diantara bulan Januari sehingga April tahun 2027 kerana komponen-komponen yang terkandung dalam Fasa 1 adalah Stadium Shah Alam, Terminal Bersepadu, plaza tempat letak kereta, tempat rekreasi dan padang latihan.

Manakala fasa kedua pula akan dibina bangunan teater tertutup, ruang niaga, sayap sukan dan sayap belia dan ia akan dijangka bermula pada pertengahan tahun 2027 dan berakhir pada 2029. Fasa ketiga merupakan pembinaan hotel yang akan dirancang

diantara tahun 2028 hingga 2030. Mengapakah kita perlu menjalankan kerja-kerja perobohan yang lebih besar di peringkat awal? Kerana kita juga akan turut berkolaborasi ataupun cuba menyesuaikan dengan proses operasi LRT 3. Maknanya LRT 3 akan beroperasi pada akhir tahun 2025 dan kalau kita tidak akan melaksanakan perobohan setelah LRT 3 beroperasi, kemungkinan kerja-kerja perobohan akan lebih sukar. Jadi kerja perobohan awal terpaksa dilakukan dengan lebih besar daripada kawasan yang dijangkakan untuk dibina pada fasa yang pertama.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Soalan tambahan.

Speaker

Ya Gombak Setia.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Terima kasih Dato’ Menteri Besar atas jawapan sebentar tadi. Saya ada terbaca dalam satu laporan yang terbaru yang mana Yang Berhormat EXCO Belia menyatakan bahawa stadium yang hari ini sedang proses perobohannya dilaksanakan akan selesai diroboh secara keseluruhannya pada Mei 2025 dan sebagaimana yang disebutkan oleh Dato’ Menteri Besar bahawa proses pembangunan ini dijangka siap fasa pertama termasuk yang merangkumi komponen Stadium Shah Alam pada suku pertama 2027. Persoalannya ialah sebagaimana kita yang semua pernah bahaskan sebelum ini ialah soal pembangunan, dana bagi pembangunan Stadium Shah Alam. Justeru itu kalau melihat kepada tarikh sebagaimana yang disasarkan, dia tidak boleh ada hiccup. Dia mesti selesai sahaja proses perobohan, ianya mesti terus dilaksanakan. Sebab itu saya nak bertanya kepada Dato’ Menteri Besar, apakah progress dari segi pembiayaan bagi pembangunan stadium Shah Alam?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Pihak Menteri Besar Incorporated ataupun MBI, yang dikawal selia oleh pihak Kerajaan Negeri yang di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan pihak pemaju untuk menuntaskan ataupun menetapkan apakah tanah-tanah gantian yang sesuai ataupun kaedah pembayaran yang dipersetujui bersama. Pada perjanjian pertama, mereka bersetuju untuk pada kadar pertukaran tanah dan ia kita masih lagi teruskan. Kita sudah semakin menjirus kepada 2 atau 3 lokasi berbanding dengan 8 atau 9 lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Lokasi-itu kita akan dimuktamadkan dan kita akan umum kemudian. Terima kasih.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Soalan tambahan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Bekalan 2025- Semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-Undang Bekalan 2025- Semua peringkat.

Speaker

Baiklah. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk membuka sesi berbahasan pada pagi ini. Dipersilakan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, pada pagi ini saya menggalas satu tanggungjawab yang besar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 Negeri Selangor untuk menjamin hala tuju kewangan dan pembangunan Negeri Selangor selaras dengan tuntutan dan cabaran semasa. Tanggungjawab saya dan 20 Ahli Dewan Negeri Selangor daripada Perikatan Nasional adalah untuk memastikan Kerajaan Negeri tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam merancang dan melaksanakan sebarang perbelanjaan. Mekanisme semak dan imbang bukan sekadar satu formaliti tetapi asas kepada pentadbiran yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab. Kami akan terus berperanan sebagai suara rakyat untuk meneliti setiap perbelanjaan dan dasar yang dibentangkan bagi memastikan ianya benar-benar berpaksikan kepentingan rakyat Selangor. Saya yakin bahawa Dato’ Menteri Besar memimpin satu pentadbiran yang berani menerima kritikan dan bersedia untuk memperbaiki kelemahan bagi memastikan Negeri Selangor sentiasa berada di landasan yang tepat. Untuk maksud itu, 21 Ahli Dewan Negeri Selangor dari Perikatan Nasional telah mengemukakan 420 soalan mulut dan soalan bertulis kepada Kerajaan Negeri yang terangkum di dalamnya perbagai aspek kehidupan rakyat, kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil, pelaburan dan perdagangan, perubahan cuaca dan teknologi hijau, pendidikan dan kesihatan termasuk kesihatan mental, peluang pekerjaan dan keadilan sosial, isu agama, budaya dan perpaduan kaum. Rakyat di luar sana sedang memerhati secara dekat apakah respons dan jawapan daripada Kerajaan Negeri terhadap isu-isu rakyat yang semakin menekan dan membebankan keluarga dan masa depan mereka. Justeru itu, Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk memanfaatkan setiap ruang dan masa yang telah diwartakan sehingga 28 November untuk menjawab dan menggalakkan perbahasan yang sihat. Jangan ambil jalan mudah Sekinchan dan memendekkan tempoh dan hari persidangan.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Sekinchan bukan Speaker. Tak boleh.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Peringatan. Kita bersidang dalam persekitaran yang amat mencabar. Ketegangan geo-politik menggoncang ekonomi global dan menggugat rantaian bekalan. Pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya, keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat menggamit pelbagai ketidak tentuan. Sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan negara perdagangan, Selangor mesti mengharungi cabaran semasa dengan lebih bertanggungjawab dan merencana dasar dan kebijakan yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi domestik dan rantau. Saya ingin memulakan perbahasan dengan mengajak Dewan ini untuk memberi perhatian kepada kesan pentadbiran Donald Trump ke atas Malaysia dan Selangor. Sepanjang tempoh pentadbiran Presiden Trump 2.0, kita boleh menjangkakan dasar protectionism seperti trade war dengan China akan memberi kesan yang mendalam ke atas negara-negara perdagangan seperti Malaysia. Dalam konteks Negeri Selangor yang merupakan nadi ekonomi negara apakah precautionary measures yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan sektor pembuatan di Selangor khususnya E&E dapat dilindungi daripada impak negatif akibat dasar protectionism Amerika Syarikat? Kita perlu mengambil langkah-langkah spesifik untuk menangani masalah ini kerana Presiden Trump akan pastinya mengambil pendekatan yang lebih keras dalam pentadbirannya dan akan mengenakan tarif ke atas pelbagai barangan eksport ke Amerika Syarikat. Selangor merupakan hub pembuatan dan perkilangan. Selangor mesti meneroka pasaran baru melalui CPTPP yang berpotensi meningkatkan eksport dalam sektor-sektor baru seperti E&E, bahan kimia, peralatan optik dan saintifik serta produk plastik. Saya pernah mengingatkan Dewan ini bahawa sebelum penyertaan Malaysia dalam CPTPP, duti import yang dikenakan ke atas produk-produk dalam sektor E&E di kalangan negara anggota mencecah 20% tetapi dengan CPTPP duti import telah dikurangkan atau dimansuhkan sepenuh.

Tuan Speaker, apa itu bajet? Apa itu belanjawan? Belanjawan dirangka dengan visi yang jelas dan keutamaan mutlak diberikan kepada pembangunan negeri. Bajet adalah mengenai pertumbuhan. Pembentangan bajet bukan dimuntahkan dengan jargon yang melampau, teori dan kata-kata yang menjadi keghairahan budak-budak di tingkat 21. Bajet mesti berpaksikan dasar yang dapat memacu pertumbuhan dan merancakkan pertumbuhan kerana tanpa pertumbuhan tidak ada pengagihan. Without growth there will be no distribution, dengan izin Tuan Speaker. Bajet 2024 yang telah diluluskan adalah berjumlah RM2.53 bilion. Tetapi hari ini di depan kita ada bajet tambahan berjumlah RM190 juta yang akan dicadangkan dan pastinya bajet tambahan ini akan melonjakkan jumlah keseluruhan untuk tahun 2024. Peringatan saya dalam sidang yang lalu mesti diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri iaitu perancangan kewangan yang berhemah dan bertanggungjawab untuk mengelak ketirisan dan peruntukan tambahan di hujung tahun bagi perbelanjaan yang sepatutnya dirancang dengan baik dalam pembentangan bajet tahunan. Hari ini kita memulakan perbahasan tentang Bajet

2025 yang dicadangkan berjumlah RM3 bilion. Belum tentu jumlah ini akan kekal sehingga hujung tahun 2025. Kalau inilah trend dan sikap Kerajaan Negeri yang tidak berbelanja secara berhemah dan bertanggungjawab, percayalah pada hujung tahun 2025 ada lagi bajet tambahan yang dibentangkan. Walau bagaimanapun, jumlah RM3 bilion ini bukanlah satu jumlah yang mengghairahkan. Ianya tidak mewujudkan peluang baru, tidak ada pertumbuhan baru dan tidak ada lonjakan baru. Sebagai perbandingan, ketimbang. Kencing, tipu, sembang, itu definisi ketimbang. Sarawak mengemukakan Bajet 2025 berjumlah RM15.8 bilion. Selangor pernah meluluskan Bajet 2017 berjumlah RM3.45 bilion dan 2018 Selangor pernah meluluskan bajet RM3.12 bilion. Hari ini kita diminta untuk berbahas RM3 bilion sahaja Pelabuhan Klang. Jadi, tak payahlah ambil masa yang panjang kerana jumlahnya terlalu kecil dalam suasana ekonomi yang getir pada hari ini. Bajet 2025 yang dicadangkan tidak memenuhi aspirasi rakyat walaupun dari segi jumlah terdapat sedikit peningkatan dari RM2.53 billion yang diluluskan dalam tahun 2024 itu pun belum ditambah dengan bajet tambahan RM190 juta kepada RM3 bilion untuk tahun 2025. Tetapi kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat mengambil sedikit masa untuk meneliti bajet yang dibentangkan ini, nyata dari segi perbelanjaan Kerajaan Negeri gagal memberi keutamaan kepada pembangunan dalam Negeri Selangor. Bajet yang dibentangkan mesti menonjolkan keberanian dalam perancangan dan prinsip kewangan yang berhemah dan telus. Antara prinsip yang sering saya tekankan adalah belanja pembangunan yang adil untuk merancakkan pembangunan di dalam negeri. Negeri Selangor pernah mencatatkan kejayaan menaikkan peratusan belanja pembangunan melebihi belanja mengurus selama empat tahun berturut-turut. Inilah yang dinyatakan sebagai prinsip ex ante accountability, yang mesti dipertahankan oleh Kerajaan Negeri dalam perancangan dan pengurusan belanjawan. Belanjawan 2018 mencatatkan keupayaan Kerajaan Negeri menaikkan perbelanjaan pembangunan kepada 53.2% dan menurunkan peruntukan belanja mengurus kepada 46.8%. Saya kesal Tuan Speaker kerana perancangan Bajet 2025 memperuntukkan belanja mengurus meningkat kepada 56.7% dan belanja pembangunan merudum kepada 43.3%. Semasa pembentangan Bajet 2024, Kerajaan Negeri meletakkan belanja mengurus pada kadar 52.6% manakala belanja pembangunan hanya 47.4%. Keadaan hari ini semakin malang bagi kita rakyat Selangor kerana Bajet 2025 mencadangkan kemerosotan yang amat mengecewakan hanya 43% untuk belanja pembangunan.

Tuan Speaker, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Dato’ Menteri Besar menyatakan bahawa Belanjawan 2025 menyaksikan peningkatan sebanyak RM100 juta ataupun 8.3% berbanding Belanjawan 2024. Ini hanyalah manipulasi angka dan data. Dari segi absolute figure, memang ada peningkatan perbelanjaan pembangunan dari RM1.2 bilion dalam tahun 2024 kepada 1.3 bilion dalam tahun 2025. Tetapi Dato Menteri Besar rakyat tidak terkeliru melihat peratusan peruntukan untuk belanja pembangunan yang saya nyatakan tadi telah merosot, daripada 47.4peratus bagi tahun ini kepada 43.3 peratus

untuk tahun hadapan. Ini adalah langkah mundur yang jelas menunjukkan penurunan komitmen yang serius ke atas agenda pembangunan negeri. Keutamaan kepada DE mesti dipulihkan segera, untuk memastikan kemajuan berterusan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat, pendidikan dan akses kepada kemudahan kesihatan dan rawatan yang berkualiti, pembangunan institusi Islam yang merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan masa depan Selangor. RM 8 juta telah dipotong kepada RM6 juta sahaja. Malang nasib anak-anak muda di Negeri Selangor ini, di bawah kerajaan Perpaduan dan Madani. Pendekatan yang berfokuskan kepada bajet pembangunan penting bagi memastikan kadar kemiskinan bandar atau urban poverty di Selangor dapat ditangani dengan berkesan. Pada tahun 2022 kemiskinan bandar di Selangor telah meningkat kepada 4.5 peratus daripada 3.9 peratus pada tahun 2019, kos sara hidup yang tinggi dalam bandar menyebabkan lebih ramai rakyat tertekan dan mengalami kemurungan dan masalah kesihatan mental yang serius. Tanggungjawab Bandar Utama untuk melihat perkara ini banyak masalah mental di luar dan di dalam Dewan ini. Maka segeralah teliti beberapa cadangan yang akan kami kemukakan untuk menangani masalah ini kerana dia ada kesan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.

Tuan Speaker, kos sara hidup yang saya tegaskan tadi perlu ditangani dengan bijaksana dan kalau kita melihat kepada data yang dikeluarkan oleh ICU, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 15 Oktober 2024, seramai 23,026 Ketua Isi Rumah di Selangor adalah dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar. Yang berhormat Banting teliti betul-betul, Yang Berhormat Banting bersetuju dengan saya dalam sidang yang lepas, amat mustahil untuk membasmi kemiskinan tegar tetapi ketua Yang Berhormat di Putrajaya mendakwa kemiskinan tegar di Selangor telah pun dihapuskan, maka statistik dari Jabatan Perdana Menteri sendiri yang bertarikh 15 Oktober 2024 terdapat 23,026 Ketua Isi Rumah di Selangor dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding Johor (13,418), Melaka (9,334), Negeri Sembilan (11,715), Pulau Pinang (18,314) dan Perlis (13,942). Saya ingin mencadangkan supaya inisiatif seperti program e-Kasih dan Program Bantuan Perumahan Mampu Milik perlu diperluaskan untuk memastikan golongan B40 di Negeri Selangor tidak terus ketinggalan. Yang Berhormat Banting dan Kerajaan Negeri janganlah bergaduh dan bermusuh dengan B40, M40. Sekarang T15 nak dijadikan sasaran. Ini adalah rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan daripada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Bantu lah mereka, dengarlah masalah mereka, belanjalah secara berhemah. Apa makna ada simpanan RM4 billion, kalau rakyat di bawah sana menderita menanti pertolongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker, satu lagi perkara yang serius yang perlu perhatian Dewan ini ialah, dalam Pembentangan Belanjawan 2024, Dato’ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan

usaha mempelbagaikan hasil negeri dengan strategik pemerkasaan hasil kerajaan Negeri dalam bentuk pemberian sumbangan dan dividen daripada anak-anak syarikat dan badan berkanun dan agensi kerajaan Negeri, tetapi sekali lagi seperti yang dicatatkan sehingga 13 November 2024 hasil negeri masih bergantung kepada premium tanah, premium tanah sahaja menyumbang 48 peratus, cukai tanah menyumbang 27 peratus dan pemberian Persekutuan menyumbang 10 peratus, berbaki 15 peratus daripada sumber lain termasuk hanya RM 30juta daripada sumbangan dan dividen. Saya ingin menarik perhatian Dewan, bahawa kebergantungan negeri kepada premium tanah dan cukai tanah dan pemberian Persekutuan semakin membimbangkan. Prestasi bukan semakin baik kerana pada tahun 2024 hasil negeri yang disumbangkan oleh hasil tanah mencatatkan 78.5 peratus. Tetapi seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar bagi tahun 2025 hasil negeri yang disumbangkan oleh premium tanah, cukai tanah dan sumbangan Kerajaan Persekutuan meningkat kepada 85 peratus. Di mana keberhasilan usaha kita untuk kerajaan Negeri mempelbagaikan hasil negeri dengan strategi yang baru, pendekatan yang baru, supaya hasil negeri bukan sahaja dapat terus meningkat tetapi dapat dipertahankan dan lebih sustainable di masa yang akan datang.

Tuan Speaker, dalam pembentangan Belanjawan 2025, Dato menteri Besar mendabik dada, bahawa Selangor mencatatkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 7.43 peratus. Bila Dato Menteri Besar menyebut angka-angka ini Ketua BBC tepuk kuat, menyokong. Apa pilihan yang ada pada Pelabuhan Klang? Lama menunggu di kerusi tersebut maka, yang boleh dilakukan tepuk lah Pelabuhan Klang. Tepuk sekali lagi pun boleh. Cuma Pelabuhan Klang, angka ini tidak menggambarkan prestasi sebenar ekonomi Selangor, kerana yang mendorong pertumbuhan KDNK sebanyak 7.43 peratus tadi adalah dari hasil tanah, premium tanah, cukai tanah dan saya telah berhujah di awal tadi, bahawa 85 peratus daripada hsil negeri adalah premium tanah dan cukai tanah. Apa yang nak dibanggakan dengan 7.43 peratus? Memang cantik, indah 7.43 peratus tetapi model ini, sekali lagi saya nak ingatkan Dato’ Menteri Besar model ini tidak baik dan tidak sustainable untuk masa depan negeri Selangor. Ini hanya short-term measures, pendekatan jangka pendek. Mana sumbangan hasil dan pendapatan negeri daripada teknologi masa depan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Hulu Kelang

Speaker

Hulu Kelang bagi laluan Pelabuhan Klang?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Bagi, saya nak habis ayat saya bagi. Kalau tidak dia tak faham. Saya nak tanya mana sumbangan hasil negeri yang baru? Seperti teknologi masa depan, kecerdasan buatan AI Artificial Intelligence, bukan Anwar Ibrahim, AI dan sustainability. Saya tidak ada komen. Ini soal, okay. Sepatutnya, eh

Amanah campur buat apa Amanah? Dah DAP seorang lagi pula. PKR tidak bersuara tengok, yang bersuara DAP dengan Amanah, inilah masalah PKR hari ini.

Speaker

Yang Berhormat, tadi Pelabuhan Kelang ada berdiri.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sepatutnya, balik bajet, bajet, bajet. Bajet, bajet. Sepatutnya sektor-sektor baru ini menyumbang 50 peratus daripada hasil negeri supaya masa depan negeri lebih terjamin dan sustainable, InsyaAllah. Saya beri kepada Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, membentangkan tentang hasil negeri dan cukai tanah, sememangnya negeri itulah pendapatan yang kita dapat daripada hasil tanah. Cuma saya nak tanya semasa Yang Berhormat Hulu Kelang, sebagai Menteri Besar pun itu juga hasilnya dan sekarang ini kita lihat memang ada usaha ke arah untuk menambah hasil baru dan sedang memang kalau kita tengok dalam belanjawan ini memang Kerajaan Negeri sedang berusaha ke arah itu, dan tapi saya nak tanya Yang Berhormat Hulu Kelang semasa Menteri Besar apa hasil baru yang diketengahkan?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pelabuhan Klang, soalan ini sama dengan soalan Bukit Gasing dalam sesi yang lepas dan saya telah memberikan jawapan. Tak ada whatsapp group ke? Yang ada dengan kami buat apa. Ada whatsapp group dengan PN tak apa sebab itu hubungan, tak ada masalah tetapi sesama PH pun mesti ada whatsapp group supaya tidak ada pertindihan dan pertembungan. Jawapan saya mudah, tidak benar kita tidak melakukan sesuatu pada ketika itu. Walaupun 10 tahun yang lepas sudah pastinya teknologinya tidak sama dengan teknologi hari ini tetapi pada ketika itu pun saya telah memulakan dan memperkenalkan Smart Selangor Initiatives, di mana menggunakan teknologi dan inovasi, mengurangkan birokrasi dalam pentadbiran, meningkatkan produktiviti, meningkatkan hasil dan pendapatan negeri. Ini yang telah saya lakukan semenjak 10 tahun yang lalu. Saya berharap setelah 10 tahun kemudian dan saya serahkan tampuk kepimpinan on the silver plate kepada sahabat saya daripada Batu Caves, dengan niat yang baik beliau dapat meneruskan tapi malangnya kerajaan ketimbang hari ini gagal untuk bawa negara dan negeri ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih Pelabuhan Klang yang memberikan bola tanggung dalam sidang pada pagi ini. Pickleball. Alhamdulillah Tuan Speaker baru dah masuk dah.

Mohon mencelah Yang Berhormat Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Silakan Meru. Ada.. ada..

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Meru selalu tanya Sungai Panjang

Timbalan Speaker

Hulu Kelang beri peluang ke kepada Meru?

Jangan pandang sinis la dekat kita, haa.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak. Nanti, nantilah.

Takkan Meru tak bagi, Hulu Kelang ni.. Hulu Kelang.

Boleh?

Timbalan Speaker

Hulu Kelang tak bagi, nanti kemudian.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak boleh, saya wakil pada Sungai Panjang.

Kalau bagi saya ruang, kita ada data.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Tuan Speaker, saya hendak mengingatkan Kerajaan Negeri lah supaya lakukan anjakan paradigma dengan segera kerana sekiranya model kebergantungan kepada hasil tanah termasuk premium, cukai tanah ini berterusan, negeri dan rakyat Selangor akan berdepan dengan kesan yang amat serius. Antara kesan negatif dengan dasar Kerajaan Negeri pada hari ini; pertama, akan wujud pasaran, ketidaktentuan pasaran, market volatility. Kedua, akan timbul masalah pencemaran yang serius. Yang ketiga, masalah sosio-ekonomi akibat displacement of people dan yang keempat, poor economic diversification. Empat perkara ini mesti diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri supaya Negeri Selangor ini akan kekal momentum untuk menyumbang kepada KDNK di peringkat kebangsaan. Maka saya hendak mencadangkan, sesi kali ini saya serang tapi saya ada solution. Sebab itu jangan buat laporan polis terhadap saya. Saya tak takut cuma saya mengingatkan, ini tanggungjawab saya sebagai Ahli Dewan Negeri melontarkan saranan dan cadangan. Yang Berhormat Sekinchan ada ruang untuk menggulung. Bukan beri ceramah politik, saya hendak ingatkan, menggulung perbahasan yang telah kami lontarkan. Saya hendak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk segera menjalankan kajian Land Impact Assessment yang komprehensif

supaya kita melihat apabila negeri terlalu bergantung kepada hasil-hasil tanah, apakah kesan yang akan berlaku kepada negeri berkenaan.

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Dan kita harus lakukan anjakan paradigma dalam dasar hasil dan pendapatan negeri.

Timbalan Speaker

Seri Serdang bangun.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya, Seri Serdang.

Terima kasih Hulu Kelang dan Yang Berhormat Speaker.

Meru dia tidak benarkan pula ya.

Saya bersetuju dengan jawapan Hulu Kelang, Kerajaan Negeri perlu mencari hasil-hasil lain selain daripada hasil tanah. Seperti yang telah dibentangkan ataupun telah pun diperjelaskan oleh Yang Berhormat EXCO Pelaburan kita. Banyak pelaburan-pelaburan lain, pelaburan-pelaburan luar yang akan masuk ke dalam Malaysia termasuk dengan penglibatan Negeri Selangor dalam BRICS yang baru diperkenalkan. Yang Berhormat Hulu Kelang sendiri yang menyatakan tadi ketidaktentuan ekonomi disebabkan pemilihan Presiden Amerika itu sendiri. Maka, sudah pasti pelaburan yang dibuat oleh ataupun usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini melihat kepada sudut BRICS, kita lari daripada konflik yang berada di Amerika Syarikat itu sendiri. Maka, saya merasakan sudah ada usaha-usaha daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk menambahkan hasil, cumanya di peringkat perancangan takkanlah dalam tempoh tiga bulan, empat bulan dah dapat hasil? Bahkan apa yang ada pada hari ini adalah hasil tinggalan Yang Berhormat Hulu Kelang ketika menjadi Menteri Besar dahulu. Jadi saya mohon pencerahan atau juga penjelasan daripada Yang Berhormat Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Seri Serdang. Memang perbincangan saya selepas ini ialah mengenai FTA, iaitu Perjanjian Perdagangan Bebas, Free Trade Agreement. Saya hendak mengambil sedikit masa untuk mengupas apa itu CPTPP, apa itu RCEP dan apa itu BRICS. Tetapi, saya hendak mulakan dengan BRICS. Sebab Yang Berhormat telah bangkitkan isu BRICS dan Yang Berhormat bangkitkan kerana Ketua Yang Berhormat pun sekarang bincang soal BRICS. Yang Berhormat Seri Serdang, kita kena faham pasaran global pada hari ini, di mana

saya akan cerakinkan selepas ini beberapa cadangan untuk meneroka pasaran-pasaran baru tetapi mengapa kita harus beralih daripada CPTPP dan RCEP kepada BRICS? Sedangkan pasaran dalam RCEP khususnya merupakan pasaran yang terbesar di dunia pada hari ini. BRICS tidak menawarkan sebarang insentif yang dapat kita manfaatkan. Malahan Presiden Putin telah pun mengumumkan pada awal tahun ini, kalau tidak silap saya, bahawa Rusia telah imposed a moratorium kepada new members into BRICS. Itu kuasa-kuasa besar yang menguasai BRICS telah pun membuat pengumuman rasmi. Tidak ada lagi keanggotaan baru dalam BRICS pada ketika ini kerana ada perkara-perkara yang sedang dibincangkan dalam anggota yang sedia ada. Sedangkan kita sudah pun menjadi anggota RCEP yang menawarkan pasaran terbesar di dunia, lebih 2.2 bilion populasi

Hulu Kelang

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti kejap, saya habiskan ini. Pasaran di ASEAN hanya sekitar 650 juta. Pasaran di Malaysia hanya sekitar 35 juta. Sebab itu antara saranan saya sebentar lagi ialah untuk mengajak Kerajaan Negeri membawa pengeksport-pengeksport daripada Negeri Selangor menembusi pasaran-pasaran baru di kalangan anggota RCEP dan juga CPTPP, kerana itu penting. Kalau pengeksport dan pengusaha hanya tertumpu pada pasaran dalam negeri ataupun dalam negara, peluang-peluang baru terlalu kecil. Kita mahu mereka diberikan capacity building, mereka diberikan technical assistance, mereka diberikan bantuan kemahiran supaya mereka boleh bersaing di peringkat global dan serantau.

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Eh tadi saya dah ..

Timbalan Speaker

Serdang mohon bangun

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Cukuplah, sebab saya nak.. panjang ni ..

Saya amat tertarik tentang pembentangan Hulu Kelang pada pagi ini.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tertarik, kalau tertarik, terima kasih duduk, saya akan sambung.

Cuma ada beberapa pencerahan yang saya perlukan dari Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya akan sambung lepas ini. Bagi saya jelas dulu, saya kata saya ada tiga (3). Ada tiga (3) FTA,

Kejap, tadi kata nak bagi Kota Damansara kejap.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada tiga (3) FTA.

Timbalan Speaker

Kota Damansara pun bangun juga.

Sebelum dia pergi jauh Hulu Kelang, saya nak minta pandangan Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Nanti.. nanti. Bagi saya sambung dulu.

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, Dato’ Menteri Besar

Bakal Timbalan Perdana Menteri ni.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada menyebut bahawa Dengar lah arahan bakal Perdana Menteri, duduklah.

Tapi, tapi pemilihan Parti tak bertanding. Pemilihan Parti tak bertanding.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang, Kota Damansara pun minta

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ada caranya .. ini inovasi teknologi

Timbalan Presiden lari, Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Kena guna AI, remote control. Kecerdasan buatan. Okay, Dato’ Menteri Besar ada menyebut bahawa kelembapan ekonomi China memberi kesan kepada Asia termasuk Malaysia. Atas alasan inilah, mungkin menjadi punca kepada prestasi ekonomi Negeri Selangor daripada bulan Januari hingga Jun 2024 mencatatkan hanya RM35 bilion sahaja. Sektor perkilangan menyumbang 20.9%, sektor perkhidmatan 79.04% manakala sektor utama mencatatkan RM245,000.00 sahaja. Namun, Yang Berhormat Kinrara pandangan ini terlalu simplistic, amat remeh sekali. Sebaliknya, saya hendak melontarkan satu cadangan ataupun satu gagasan Selangor tidak perlu bergantung pada China lagi. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada sesebuah ekonomi termasuk China dan apa yang perlu kita lakukan pada hari ini ialah mempelbagaikan pasaran eksport kita ke negara-negara lain. Dalam konteks ini, Bajet Selangor 2025 tidak langsung menggariskan sebarang strategi yang jelas dan bersasar bagi meletakkan dan memposisikan Selangor sebagai pemain utama dalam dinamik perdagangan serantau khususnya menjelang kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025.

Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Seri Serdang bangun lagi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, sekejap je, bagilah saya habis

Timbalan Speaker

Hulu Kelang tak bagi ruang

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

FTA, FTA ..

Timbalan Speaker

Untuk Kota Damansara tak ada juga? Tak ada?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Selepas inilah. Dia baru balik daripada Jakarta ke? Oh, okay. Tuan Speaker, ASEAN memainkan peranan penting dalam kerangka ekonomi serantau dan global. Maka Selangor sebagai kuasa ekonomi, economic power house dalam negara ini seharusnya menggubal pelan strategik yang spesifik untuk memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas, Free Trade Agreement. Seperti RCEP, CPTPP dan Selangor juga perlu pantas meneroka pasaran baru di Eastern Europe supaya ekonomi negeri ini terus segar dan berkembang pantas dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekarang sudah ada perbincangan awal untuk mewujudkan satu gabungan ekonomi rantau yang dipimpin oleh Korea Selatan. Maka, persoalan yang harus kita lontarkan kepada YB Kinrara, apakah Selangor sudah bersedia untuk menyertai secara aktif dalam perbincangan, wacana dan dialog ekonomi

seperti ini? Kerana sekali lagi, sebagai economic power house, kita tidak boleh ketinggalan dalam dunia yang amat mencabar ini. Saya pernah mengemukakan beberapa cadangan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Selangor melalui Regional Comprehensive Economic Partnership ataupun RCEP dan juga Comprehensive And Progressive Agreement For Transpacific Partnership. RCEP, saya nak tegaskan sekali lagi merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang terbesar di dunia. Namun, apabila kita teliti Belanjawan 2025 Negeri Selangor, Kerajaan Negeri belum ada perancangan dan Pelan Strategik untuk memanfaatkan. Pertama, pengurangan tarif ke atas barangan, ini penting. Saya sebut di awal tadi sebelum Malaysia menyertai RCEP dan CPTPP, beberapa negara anggota mengenakan duti import yang tinggi seperti United Kingdom apabila kita eksport produk-produk sawit ke United Kingdom, mereka mengenakan 12% duti import. Tetapi hari ini, apabila United Kingdom juga telah menyertai CPTPP, pengeksport daripada Selangor akan dapat manfaat zero tariff, zero duty import bagi produk-produk yang dieksport ke United Kingdom. Ini yang perlu kita lakukan. Untuk membantu industri masyarakat perniagaan dalam negeri, memberikan tumpuan kepada Perjanjian Perdagangan Bebas yang sedia ada, yang telah menawarkan tarif yang paling rendah atau pun zero tariff. Tidak perlu kita membuka perbincangan untuk BRICS pada ketika ini dalam keadaan pintu sudah ditutup oleh Presiden Putin.

Tuan Speaker, kita juga harus membantu pengusaha-pengusaha Selangor untuk melatih mereka dari segi Prosedur Perdagangan Global kerana mereka juga mesti tahu, mahir dan ada informasi tentang prosedur dan undang-undang di negara yang akan mereka perdagangkan produk dan juga perkhidmatan dan kita juga harus membantu peniaga-peniaga dan pengeksport Selangor tentang akses pasaran sektor perkhidmatan yang diperluaskan di bawah FTA ini. Sebagai contoh Negeri Selangor boleh mengetuai pertumbuhan eksport dalam industri bernilai tinggi seperti elektronik, produk dan juga komponen tenaga boleh baharu tetapi perancangan ini saya lihat tidak menjadi keutamaan. Sebab itu, sekali lagi saya nak minta Kerajaan Negeri supaya menyediakan program dan juga insentif bagi mengupayakan komuniti perniagaan untuk mendapat manfaat daripada CPTPP dan juga RCEP. Selain itu, saya melihat tidak ada perancangan untuk menyelaraskan industri dalam Negeri Selangor dengan tumpuan RCEP seperti perdagangan digital, sektor perkhidmatan bernilai tinggi, high value services sector’s ataupun harta intelek yang penting bagi meningkatkan daya saing di pasaran serantau. Maka, saya melontarkan idea ini supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan pelan tindakan RCEP peringkat Negeri Selangor untuk memastikan industri di negeri ini mendapat manfaat sepenuhnya daripada FTA tersebut dan ini termasuk inisiatif khusus untuk membantu PKS ataupun Perusahaan Kecil Dan Sederhana mendapat akses pasaran baharu serta pembiayaan bagi membangunkan kapasiti dalam sektor penting seperti e-dagang dan teknologi hijau. Saya menekankan peri pentingnya

RCEP dan CPTPP ini kerana perjanjian perdagangan bebas ini mampu dan berupaya menjana pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Inilah hasil baru, pendapatan baru bagi negeri serta mengukuhkan lagi kedudukan Negeri Selangor dalam rantaian bekalan global. Kita bukan nak jadi jaguh kampung, kita bukan nak jadi jaguh di Sekinchan sahaja tapi kita mahu jaguh di rantau dan dalam masyarakat global insya-Allah. Inilah Perikatan Nasional dasar dan kebijakkan yang boleh mengangkat martabat umat dan rakyat serta negara dan Negeri Selangor insya-Allah.

Tuan Speaker, perjanjian-perjanjian yang saya kupas sebentar tadi juga menawarkan peluang yang luar biasa dari segi pemindahan teknologi, pengembangan pasaran dan aliran masuk pelaburan. Belanjawan Selangor malangnya tidak mengintegrasikan prospek ini ke dalam agenda ekonomi negeri dalam konteks yang lebih luas. Kita sedia maklum bahawa Malaysia sedang bersiap sedia untuk mempengerusikan ASEAN di sinilah letaknya peluang untuk Negeri Selangor memposisikan dirinya sebagai hub kebangsaan bagi inisiatif di bawah satu pelan penting yang disebut pelan induk komuniti ekonomi ASEAN, AEC (Asian Economic Community 2025) dan penerusnya. Namun sekali lagi, dalam belanjawan ini langsung tidak disentuh bagaimana negeri ini dapat merancang atau menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau termasuk dalam pembangunan rangka kerja perdagangan digital serta logistik rentas sempadan bagi meningkatkan daya saing Selangor. Walaupun saya lihat ada projek infrastruktur seperti Jajaran Rel Kita Selangor, bukan kitar, Kita Selangor. Jajaran Rel Kita Selangor bagi saya satu usaha yang baik tetapi perancangan projek ini kekurangan pautan strategik kepada inisiatif kesaling hubungan ASEAN. Sekali lagi kalau Kerajaan Negeri dapat memperhalusi pelan induk kesaling hubungan Asean ini, kita dapat menyasarkan integrasi infrastruktur ini ke dalam rangkaian logistik dan perdagangan ASEAN. ASEAN, ASEAN. Saya sebut sekali lagi sebab Kinrara nampak memerlukan penjelasan mungkin saya menggulung selepas ini hari Khamis atau Jumaat saya boleh bantu penggulungan. Ya. Perancangan ini saya sebut kekurangan pautan strategik kepada inisiatif kesaling hubungan yang wujud dalam ASEAN, yang disebut sebagai pelan induk kesaling hubungan ASEAN (MPAC). Apa yang saya sarankan, Selangor perlu menyasarkan integrasi infrastruktur termasuk Projek Jajaran Rel Kita Selangor ini dalam rangkaian logistik dan juga perdagangan ASEAN yang lebih luas bagi meningkatkan peranannya sebagai hub transit dan juga perdagangan serantau.

Kedua, Selangor juga boleh dipromosikan sebagai lokasi utama untuk ibu pejabat korporat serantau. Terutamanya bagi perniagaan yang menyasarkan pasaran ASEAN. Ini boleh dicapai melalui pemberian insentif fiskal serta pembangunan infrastruktur yang sesuai untuk menarik minat pelabur-pelabur ASEAN. Walaupun Belanjawan Selangor cuba memposisikan negeri ini sebagai peneraju dalam pertumbuhan ekonomi, kelestarian dan inovasi namun saya melihat terdapat kekurangan yang amat ketara

dalam pendekatan strategik dan perancangan yang seimbang. Saya mencadangkan Selangor perlu segera menyusun dasar ekonomi yang lebih cohesive untuk memastikan peranannya sebagai pemain utama dirantau ini khususnya menjelang tahun 2025. Kalau Yang Berhormat Kinrara, merujuk kepada Halal Industry Master Plan, jangan rujuk kepada Seputeh. Rujuk kepada Halal Industry Master Plan. Saiz pasaran halal global menjelang tahun 2030 dijangka mencecah 5 trilion Dolar Amerika. Saya bersedia untuk berkongsi dokumen An Introduction To Malaysia Halal Eco-System supaya Kerajaan Negeri dan pihak yang berminat untuk menjana pertumbuhan baharu ini dapat mencadangkan beberapa pendekatan baru dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, tumpuan pasaran halal di Asia Pasifik berjumlah 2.8 trilion Dolar Amerika. Manakala industri halal di Malaysia dijangka berkembang kepada RM500 bilion menjelang 2030. Persoalannya, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan eko-sistem industri halal ini ke arah mengangkat Selangor sebagai pemain utama dalam industri Halal dalam pasaran global, sebahagian telah dijelaskan Yang Berhormat Seri Setia sebentar tadi dan saya akan menunggu sesi penggulungan nanti untuk kita berbahas supaya usaha ini betul-betul dapat diperkemaskan dan kita mahu Selangor bukan sahaja pemain utama dalam industri halal di Malaysia di rantau tetapi dalam pasaran global dan ini merangkumi dasar mesra industri halal dan perundangan. Meneroka pasaran baru untuk produk dan perkhidmatan halal, jangan hanya tertumpu kepada sektor F&B. Ini kita sempat berbahas sedikit pagi ini tetapi ada sektor-sektor baru yang mempunyai pasaran yang begitu besar, medical devices, cosmetic’s and personal care, pharmacy and supplement. Ini juga penting untuk Kerajaan Negeri bukan sahaja mengenal pasti tetapi membantu pengusaha-pengusaha PKS ini supaya mereka ada kefahaman tentang perundangan, mereka ada akses kepada pasaran, mereka ada bantuan teknikal dan capacity building dan dapat meneroka sektor baru dan kita juga perlu mewujudkan lebih ramai pakar halal untuk memenuhi permintaan global.

Tuan Speaker, jumlah eksport yang dicatatkan meningkat dari RM43.4 bilion dalam tahun 2017 kepada 59.5 bilion ringgit dalam tahun 2022. Namun , sekali lagi kalau kita mengambil sedikit inisiatif untuk melihat perinciannya, kita akan terpanggil untuk melakukan sesuatu kerana komponen yang terbesar adalah process food and beverages 51%, manakala industry chemicals hanya 2% dan pharmaceutical hanya 1%. Sebab itu, Yang Berhormat Seri Setia walaupun sijil dan logo halal Malaysia ini diiktiraf dunia, ia tidak menyulitkan tetapi dia membantu Selangor dan Malaysia masih lagi gagal untuk meraih peluang yang besar dalam pasaran global. Saya nak bagi satu contoh, numbers don’t lie. Permintaan pasaran halal dalam tahun 2020 adalah 3 trilion Dolar Amerika tetapi nilai eksport Malaysia dalam tahun 2022 hanya RM59.5 bilion atau pun 13 bilion Dolar Amerika. Berlaku kesenjangan yang begitu besar, permintaannya tinggi tetapi keupayaan dan kapasiti kita daripada Malaysia amat kecil. Yang ini negeri kena fikirkan segala bentuk bantuan untuk mendukung mereka menjayakan mereka dalam matlamat yang

murni ini. Saya juga telah menyentuh pagi ini bahawa daripada 200 ribu syarikat yang terlibat dalam halal related business hanya 7,845 syarikat yang mendapat sijil halal daripada JAKIM. Di mana 62% adalah syarikat bumiputera dan hanya 38% syarikat bumiputra. Di mana dakwaan bahawa sijil halal ini menyusahkan? Sijil halal ini tidak menyusahkan dan tidak membebankan. Ini cakap-cakap permainan politik yang menyinggung sesuatu pihak sedangkan sijil halal ini adalah untuk facilitate the business community bukan sahaja untuk mendapat pasaran baru dalam negara, tetapi sijil halal yang diiktiraf oleh antarabangsa ini dapat membantu syarikat-syarikat termasuk syarikat bukan bumiputera meneroka pasaran baru, bukan sahaja di timur tengah tetapi di Jepun, di Korea dan di banyak negara-negara dalam dunia ini. Maka statistik ini membuktikan bahawa sijil halal ini telah berjaya memanfaatkan rakyat Malaysia pengeksport daripada Selangor dan seluruh negara. Maka tanggungjawab kita untuk ..

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Memastikan...

Sikit sahaja.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

perkara ini dapat terus disuburkan dan peranan syarikat-syarikat tempatan ini dapat dipertingkatkan dalam pasaran global. Ya Kota Damansara.

Baik, terima kasih kepada Hulu Kelang, Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebab data Yang Berhormat Hulu Kelang sebut tadi ialah data berkenaan JAKIM. Jadi beban itu tak boleh diletakkan seolah-olah lebih kurang 200 ribu itu hanya kerajaan Negeri Selangor sahaja yang tak meluluskan, itu yang pertama. Kedua sedar atau tidak kepada Hulu Kelang, yang mana kerajaan Negeri Selangor juga ada menubuhkan satu anak syarikat, HIS iaitu khusus berkenaan halal untuk membantu syarikat-syarikat yang berada di dalam Selangor untuk mendapatkan sijil halal bukan hanya dari sudut makanan F&B dan juga bisnes-bisnes lain. Yang ketiga, yang ketiga ialah berkenaan seolah-olah pemimpin politik yang susah untuk mendapatkan sijil halal. Isu dia adalah untuk mewajibkan seluruh untuk mengambil sijil halal sebab kena faham Yang Berhormat Hulu Kelang, kalau andai kata mereka-mereka yang berniaga di gerai-gerai Majlis apa semua, kalau diwajibkan mereka juga akan terbeban dengan sijil-sijil halal ini. Kita mengalu-alukan, sebab itu Kerajaan Negeri telah menubuhkan HIS. Jadi saya nak maklum pada Yang Berhormat Hulu Kelang, maklum atau tidak HISi tu memang fokusnya untuk halal dan kedua data itu lebih baik spesifik kan, berapa banyak yang sebenarnya daripada Selangor, daripada 200 ribu itu? Sebab itu data daripada Malaysia itu.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, Kota Damansara. Saya tidak pernah menyebut bahawa 200 ribu syarikat yang beroperasi dalam halal related businesses ini adalah daripada Selangor. Memang benar ini adalah kertas yang telah diberikan oleh HDC yang menunjukkan data di peringkat nasional. Kelulusan sijil halal ini diberikan oleh JAKIM dengan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri, sebab itu saya menganjurkan supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan yang lebih pantas dan proaktif membantu syarikat-syarikat pengeksport Selangor yang saya sebut tadi, yang belum memiliki sijil halal dapat dipermudahkan proses itu dengan bantuan Kerajaan Negeri. Kerana dia ada syarat yang mudah yang saya sebut di awal pagi tadi iaitu How to Be Halal Certified? Tiga perkara Sahaja. Pertama, hire and train of full time halal compliance officer. Yang ini Yang Berhormat Kota Damansara merujuk kepada yang kedua, itu inisiatif ketika pentadbiran saya. Kita ada halal experts untuk membantu syarikat-syarikat dalam Negeri Selangor untuk comply permintaan daripada JAKIM. Itu tujuannya. Saya mendukung kerana usaha ini diteruskan tetapi saya sebut tadi mesti dipertingkatkan. Yang kedua, dia mesti get access to certified halal ingredients. Kadang-kadang syarikat-syarikat yang kecil ini, pengurusan yang kecil mungkin mereka tidak ada keupayaan. Saya sebut di awal tadi mesti ada capacity building, mesti ada bantuan teknikal, mesti diberikan latihan, kapasiti supaya mereka juga dapat bersama-sama dalam mainstream sector yang cukup menjamin masa depan. Dan yang ketiga, ini yang saya cadangkan ataupun yang HDC kemukakan, dia mencadangkan supaya premise storage dan layout itu kita dapat ubahsuai untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tajuknya amat jelas it is rather inclusive than exclusive, getting a halal certificate is not difficult. Cuma saya, peranan Kerajaan Negeri membantu, mendorong, memimpin mereka ke arah itu. Itu sahaja. Saya tidak mengatakan 200 ribu itu daripada Selangor, tetapi kalau daripada 200 ribu syarikat yang menjalankan operasi dan perniagaan halal yang dapat sijil hanya 7,845, saya percaya peratusan itu jauh lebih kecil kalau kita tumpukan syarikat di Selangor. Maka Kerajaan Negeri harus memimpin biarlah kita lebih agresif, lebih progresif daripada negeri-negeri yang lain.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri dapat membina ekonomi Islam yang lebih meluas dengan mempromosikan sektor perkilangan dan perkhidmatan halal termasuk perkhidmatan kesihatan dan pelancongan. Yang ini saya telah berulang kali menyatakan tadi pun Kota Damansara ada cited a simple example mengatakan dalam bidang pemakanan atau F&B. Haa respon. Tetapi saya kira sementara F&B itu satu sektor yang penting, banyak lagi sektor-sektor baharu yang perlu diterokai oleh syarikat-syarikat tempatan. Yang kedua, yang ini saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat EXCO Seri Setia tadi yang saya mendukungnya iaitu Kerajaan Negeri mesti mengenal pasti enablers termasuk perbankan dan sistem kewangan Islam dan sistem Ar-Rahnu kerana ini bukan sektor perniagaan tapi they are the enablers yang dapat merancakkan lagi pertumbuhan sektor industri halal ini.

Tuan Speaker, pelaburan langsung asing adalah the backbone of our economy termasuk Selangor. Pada tahun 2018, Selangor menerima 18.9 bilion pelaburan dengan kadar pertumbuhan KDNK Negeri mencapai 6.8%. Pada tahun 2023 walaupun pelaburan meningkat kepada RM22.5 bilion kadar pertumbuhan hanya mencapai 5.4%. Ini menunjukkan bahawa pelaburan yang diterima kini kurang memberi impak kepada pertumbuhan sebenar the actual growth economy Negeri Selangor. Pada pandangan saya salah satu sebab perkara ini berlaku adalah kerana FDI yang masuk ke Negeri Selangor bukanlah di dalam sektor pertumbuhan tinggi ataupun high growth sectors yang boleh menyumbang kepada ekonomi negeri. Pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor strategik seperti pembuatan teknologi tinggi dan perkhidmatan professional mesti diberikan keutamaan. Negeri Selangor memerlukan visi yang jelas untuk mendorong pelaburan yang bukan sahaja boleh mencipta nilai tambah tinggi tetapi dapat menjamin kelangsungan ekonomi masa depan sustainability. Selangor pernah menerima pelaburan yang besar dalam sektor aeroangkasa. Selangor pernah menerima pelaburan yang besar dalam E&E dan mencipta pekerjaan yang berkemahiran tinggi kepada rakyat Selangor tetapi nampaknya tumpuan sudah beralih kepada data centres ataupun pusat data. Pagi ini pun Yang Berhormat Kinrara ada menyebut salah satu penyumbang untuk melonjakkan ekonomi Negeri Selangor adalah untuk menarik pelaburan-pelaburan untuk membina pusat atau pun pangkalan data. Walaupun penting, saya nak mengingatkan persoalannya ialah apakah ianya menyumbang kepada ekonomi yang inclusive? Pengalaman negara-negara seperti Norway, Sweeden and China telah membuktikan bahawa pusat data memberi tekanan kepada bekalan tenaga serta sumber air. Selain itu negara-negara ini juga mendapati bahawa pusat data hanya menyediakan peluang pekerjaan yang terhad di mana kebanyakannya adalah tidak berkemahiran tinggi. Sebagai contoh, Google mengendalikan pusat data di Asia termasuk di Singapura dan Taiwan walaupun angka khusus mengenai pelepasan karbon bagi setiap pusat data tidak didedahkan secara umum diketahui bahawa pusat data merupakan pengguna elektrik yang significant yang membawa kepada pelepasan karbon yang ketara. Pada tahun 2023 Google melaporkan peningkatan sebanyak 48% bagi jumlah pelepasan karbon dalam tempoh 5 tahun dengan jumlah keseluruhan sebanyak 14.3 juta tan matrik karbon dioksida setara. Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh pengembangan pusat data untuk menyokong sistem kecerdasan bantuan. Sebab itu ini satu peringatan sementara pelaburan itu penting tetapi ada beberapa jenis pelaburan itu yang akan memberikan kesan kepada alam sekitar pencemaran penggunaan tenaga elektrik yang melampau dan juga bekalan air mentah untuk sektor yang berkenaan. Walaupun usaha mengurangkan pelepasan sedang giat dilakukan oleh Google, pertumbuhan pesat operasi pusat data khususnya bagi memenuhi permintaan AI terus menjadi cabaran dalam mengurus dan mengurangkan pelepasan karbon. Oleh itu kita perlu mengambil

pendekatan yang serius dan teliti dalam menilai samada pelaburan dalam pusat data sejajar dengan matlamat ESG dan Dasar Ekonomi Hijau Negara.

Tuan Yang Dipertua, saya melihat peruntukan sebanyak RM500 ribu bagi agenda Ekonomi Hijau Selangor sebagai satu komitmen hijau yang lemah. Jumlah ini tidak mencukupi untuk mencapai kemajuan yang setara ke arah rancangan Bandar Sifar Karbon 2050 yang bercita-cita tinggi. Aspirasi yang tinggi memerlukan pembiayaan yang besar, dan peruntukan ini gagal mencerminkan komitmen dan keperluan mendesak untuk menangani perubahan iklim. Walaupun projek Waste to Energy (WTE) adalah langkah ke hadapan, ia kekurangan daripada perspective scale ataupun skala. Dengan cabaran sisa yang semakin meningkat di Selangor, kerangka peraturan yang lebih kukuh dan pelaburan yang lebih tinggi dalam ekonomi kitaran atau circular economy harus diberikan keutamaan untuk memastikan pembangunan mampan. Saya meneliti pembentangan Belanjawan 2025 dan mendapati tumpuan pada inovasi dan kecerdasan bantuan atau AI adalah tidak memadai. Walaupun Selangor bercita-cita untuk menerajui dalam bidang-bidang ini, peruntukan RM5 juta sahaja untuk inisiatif AI adalah terlalu kecil. Untuk merealisasikan aspirasi seperti Silicon Valley atau Bangalore, pelaburan yang jauh lebih besar diperlukan dalam pembangunan kemahiran eko-sistem penyelidikan dan infrastruktur AI. Selangor memerlukan pendekatan yang lebih berani, terarah dan menyeluruh untuk menjadi peneraju dalam tenaga hijau, inovasi dan teknologi masa depan dan langkah ini adalah penting untuk memastikan Selangor kekal relevan dan competitive di peringkat serantau dan global. Tuan Speaker, bajet Negeri Selangor ini perlu menjadi model yang sebenar. Ini termasuk meningkatkan ketelusan melalui sistem e-perolehan yang menyeluruh mengurangkan ketirisan dan memastikan perbelanjaan pembangunan benar-benar sampai kepada rakyat dan langkah ini akan membantu meningkatkan keberkesanan dasar dan kebijakkan negeri untuk rakyat di dalam Negeri Selangor ini.

Tuan Speaker, saya ingin beralih kepada beberapa isu spesifik yang menuntut perhatian dan juga tindakan Kerajaan Negeri kerana perkara-perkara ini memberikan impak negatif kepada rakyat di Negeri Selangor keseluruhannya dan juga kepada beberapa daerah. Pertama, kejadian tanah runtuh di Ampang menuntut kerajaan Negeri untuk bertindak dengan cepat dan menyelesaikan untuk menjamin keselamatan rakyat, penduduk dan juga kesejahteraan rakyat. Kita telah bincang secara ringkas dalam sesi soal jawab pada pagi ini, di mana saya dimaklumkan terdapat 600 kawasan hotspot atau lokasi yang cenderung berlaku tanah runtuh di sepanjang kawasan batu kapur dari Hulu Kelang hingga ke Batu Caves. Pada bulan Oktober 2024 telah berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan E, Taman Melawati.

Saya telah melontarkan pertanyaan kepada Yang Berhormat Pandan Indah. Apakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk mempamerkan peta bahaya dan risiko cerun kepada awam khususnya di kawasan yang kritikal dan kerap berlaku kejadian tanah runtuh. Jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri pagi ini tidak memuaskan kerana pertimbangan yang diberikan ialah soal spekulasi hartanah yang mungkin akan berlaku sekiranya laporan ini didedahkan kepada awam. Maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pandan Indah, apakah spekulasi hartanah ini lebih penting daripada nyawa rakyat di negeri Selangor? Kita tidak boleh membenarkan kejadian tanah runtuh ini meragut nyawa rakyat negeri Selangor. Sebab itu bagi saya pelan ataupun peta bahaya dan risiko cerun ini sekiranya sudah diterima dan diwartakan oleh Kerajaan Negeri, ia mesti dipamerkan di lokasi- lokasi awam supaya rakyat dan penduduk kawasan sekitar dapat bersiap sedia di atas sebarang kemungkinan untuk menjaga keselamatan nyawa dan juga kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut. Pertimbangan spekulasi harga hartanah bukanlah satu pertimbangan yang mesti diberikan keutamaan jika kita ketimbang dengan nyawa rakyat dan juga kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang Dipertua, saya juga telah melontarkan soalan tentang komitmen Kerajaan Negeri untuk memasang RTS atau pun Robotic Total Station dan juga Global Navigation Satellite System. Tujuan devices ini bukan untuk memantau ketika kejadian itu berlaku seperti jawapan yang diberikan Kerajaan Negeri mungkin sudah terlalu lambat untuk bertindak, tetapi tujuan alat-alat ini dipasang adalah untuk memantau secara berkala pergerakan permukaan cerun di 600 hotspot yang telah dikenal pasti. Mungkin ada kos tetapi kita tidak lihat sebarang inisiatif atau peruntukan yang disediakan sedangkan kalau Kerajaan Negeri sudah ambil maklum seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mengesahkan secara bertulis mereka telah mengenal pasti 374 hotspot yang mungkin berlaku kejadian tanah runtuh. Ada hotspot yang kritikal, ada yang sedang dipantau tetapi kalau Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang peruntukan apatah lagi nak membebankan MPAJ atau mana-mana PBT, saya kira masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan secara komprehensif untuk kepentingan dan keselamatan rakyat. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat review balik perkara ini kerana bila saya teliti Belanjawan yang dibentangkan, Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan RM 500,000.00 untuk tahun 2025 bagi kerja-kerja membaik pulih cerun, pembaikan cerun, dan pembaikan pencegahan cerun untuk seluruh Negeri Selangor. Sekinchan masih ingat istilah ini? Dalam ucapan Belanjawan, seluruh Negeri Selangor RM500,000.00. Mana mungkin masalah ini boleh selesai. Di mana keutamaan Kerajaan Negeri? Ini soal nyawa, ini soal keselamatan dan ini soal kesejahteraan rakyat khususnya pembayar-pembayar cukai di dalam Negeri Selangor. Saya benar-benar mendesak Kerajaan Negeri dalam situasi perubahan cuaca hari ini, aliran permukaan air yang semakin tinggi, hujan yang semakin lebat, ketidak tentuan cuaca hari ini, letakkan lah keutamaan dalam menangani masalah ini supaya cerun-cerun bukan sahaja di Ampang, di Hulu Langat, di Gombak, tetapi

seluruh Negeri Selangor dapat satu peruntukan yang lebih munasabah untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat.

Tuan Speaker, pada hari yang sama ketika berlaku kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Taman Melawati ini dalam Hulu Kelang, Hulu Kelang ini dalam Parlimen Gombak. Yang Berhormat Pandan Indah, ingat baik-baik, ini Parlimen Batu Caves, sementara waktu, Sungai Tua. Pada hari yang sama, hujan lebat dan hujan lebat ini telah sekali lagi menjadi punca banjir kilat di Taman Melawati. Taman Melawati ini Tuan Speaker, sebelah Bukit Antarabangsa. 10 minit sahaja ke KLCC. Betul? Bagaimana boleh berlaku banjir kilat dalam bandaraya Hulu Kelang? Ini satu perkara yang perlu diselesaikan. Banjir kilat berlaku di Jalan J, Taman Melawati. Saya turun lebih awal daripada Ahli Parlimen.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Itu tanggungjawab sepatut turun. Tak perlu tunjuk.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya tak kata saya menunjuk, saya nak beritahu saya datang lebih awal. Mungkin ketika itu Dato’ Menteri Besar berada di Sekinchan, jauh. Tuan Speaker ada seorang mangsa banjir di Jalan J1, Taman Melawati, keluarga India. Dengar Sentosa. Dia kata “Azmin, beritahu dengan Kerajaan jangan datang dengan saya bagi RM200.00, RM300.00, kita bukan nak duit. Kita nak penyelesaian”. Kita mahu Kerajaan Negeri selesaikan masalah ini, nilai hartanah di Jalan J1, Jalan J2, Melawati sudah merudum kerana setiap kali hujan, banjir. Maka saya merujuk perkara ini kepada JPS. Saya tulis surat rasmi dan saya mendapat maklum balas terus daripada Timbalan Pengarah Operasi. Terima kasih kepada JPS yang pantas bertindak memberikan maklum balas. Ini lah amalan saya dulu, belum suruh sudah datang.

Hulu Kelang, sikit je Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Belum habis lagi. Ini masalah, ini masalah ini tak panggil, datang.

Sikit je, ini dah kali keempat Hulu Kelang.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang bagi ruang?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay.

Haah, macam itu lah. Macam tu lah bakal Timbalan Perdana Menteri. Yang Berhormat Hulu Kelang, tadi dah dinyatakan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah, isu banjir ini dia tak, kita dalam perancangan dan dia tak boleh selesai dalam masa dua tiga hari. Kita tidak ada Doremon yang ada poket keluar mesin, hari ini keluar, esok siap. Persoalan saya ketika Yang Berhormat Hulu Kelang menjadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apakah usaha menangani masalah banjir di kawasan Parlimen Gombak yang ketika itu Hulu Kelang juga sebagai Ahli Parlimen Gombak. Kalau usaha itu telah dimulakan awal, saya yakin hari ini Parlimen Gombak, DUN Hulu Kelang bebas daripada banjir.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Seri Serdang, ini mentaliti Amanah. Ini giliran, saya tak ganggu bila Seri Serdang bercakap. Sila duduk, saya tak bagi ruang.

Saya rasa kenapa perlu sebut manteliti Amanah? Ini satu persoalan yang saya ajukan kepada Hulu Kelang. Saya tak sebutkan, saya tak sebut pun ini mentaliti Bersatu atau mentaliti Perikatan Nasional.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih. Apakah Seri Serdang tak suka dikaitkan dengan Amanah?

Mentaliti, mentaliti

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Mentaliti?

Kenapa perlu disebut mentaliti Amanah. Tak ada kena pun dengan parti politik. Soalan saya spesifik tentang banjir Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tuan Speaker, saya nak adakan sesi Bahasa Melayu pada petang ini. Mentaliti, duduk, masa saya bercakap duduk. Masa Timbalan Perdana Menteri bercakap duduk.

Tapi tak bertanding pemilihan Parti itu susah sikit la Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Mentaliti maknanya pemikiran. Nanti dulu. Ini masalahnya. Saya tengah cakap, nak marah saya buat apa. Saya kata pemikiran Amanah. Baik tak? Salah ke? Tak salah kan. Macam ketimbang, marah seorang lagi, AMANAH seorang lagi. OhPengerusi, Pengerusi AMANAH tak bertukar-tukar, macam Pengerusi DAP dah bertukar dah.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Yang Berhormat minat? Minat DAP ke?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Okay, mentaliti maknanya pemikiran Tuan Speaker. Pemikiran Amanah. Macam istilah ketimbang, apa maksudnya? Kencing, tipu, sembang. Jadi saya nak beritahu...

Timbalan Speaker

Hulu Kelang rasanya, Hulu Kelang, Hulu Kelang maksud yang dibawa Hulu Kelang itu menimbulkan keraguan pada public nanti. Tujuan, maksud yang digunakan. Itu perbandingan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Amanah tu positif, pemikiran Amanah ialah supaya apa yang, apa yang Hulu Kelang buat dulu? Betul tak? Mengapa Hulu Kelang tak buat? Itu pemikiran Amanah Seri Serdang. Betul? Ya.

Hulu Kelang, saya tanya apa usaha Hulu Kelang ketika menjadi Menteri Besar ketika itu. Kan saya tanya dan tak perlu kaitkan parti pun.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Pengerusi Amanah macam malu Seri Serdang ni Amanah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pemikiran Seri Serdang.

Cuba jangan divert Hulu Kelang. Terus kepada jawapan yang saya tanya tadi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pemikiran Seri Serdang.

Saya tak nak tau pasal pemikiran Hulu Kelang, saya tanya pasal apa usaha Hulu Kelang ketika menjadi Menteri Besar dulu untuk isu banjir di Gombak.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Bagilah jawab dulu, duduk lah. Duduk lah.

Tuan Muhammad Hilman bin IdhamBERSATU · PNGombak Setia

Lain kali jangan tanya, bila kita nak jawab, tak boleh jawab.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Nak jawab celah. Duduk dulu, dengar jawapan.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang kita ada dua minit lagi. Cepatkan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Tak, saya. Saya belum habis lagi Tuan Speaker. Sebelum berehat. Bagus Speaker ini. Itu yang kita bincang dua hari lepas masa ada jamuan itu kan. Jadi pemikiran Seri Serdang yang merupakan seorang pemimpin Amanah ialah mengapa Hulu Kelang tidak melakukan sesuatu sebelum ini? Begitu lah andaiannya ya. Maka, jadi saya nak nyatakan pada petang ini, andaian itu tidak betul. Jadi pemikiran Seri Serdang, mewakili Amanah tidak betul. Apa yang kita telah lakukan, pada ketika itu saya boleh bawa Yang Berhormat berjumpa dengan keluarga ini mengatakan “Azmin, when you were the Chief Minister, you have done something to mitigate to this particular problem in Taman Melawati”. Bahasa Inggeris Seri Serdang, minta izin Tuan Speaker. Jadi cuma dia kata sekarang ini dikata perubahan cuaca tadi, dulu 10 tahun dulu hujan tak selebat macam 10 tahun kemudian. Jadi jumlah air, taburan hujan itu bertambah. Kalau dulu saya sudah buat, now dia nak perbesarkan lagi, dia nak perluaskan lagi, nak dalamkan lagi. Ini lah pemikiran yang patut kita bawa, pemikiran Seri Serdang mewakili Amanah bercantum dengan pemikiran Bersatu dan Perikatan Nasional, cantik masa depan negara dan Negeri Selangor.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang dah habis ya Hulu Kelang? Dah habis ke sambung lagi lepas ini? Dah habis?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya nak sambung lagi.

Speaker

Sambung lagi. Saya dah ingat dah habiskan dah.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Sekinchan, no way. Gate sudah tutup. You missed the boat.

Dato’ Ng Suee LimDAP · PHSekinchan

Saya tak minta pun. Tak minta pun masuk pula nama saya.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat waktu sekarang menunjukkan jam 1 tengah hari. Dewan akan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada rehat tengah hari. Kita akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Speaker

Salam sejahtera dan selamat datang ke Persidangan Dewan pada sebelah petang ini. Dewan sebelum saya menjemput Y.B. Hulu Kelang untuk menyambung perbahasan Dewan ingin merakamkan selamat datang untuk sekumpulan 25 orang mahasiswa daripada UiTM Shah Alam dan Universiti Islam Selangor yang diketuai oleh Muhammad Haikal bin Roslan pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM. Aturan oleh Pejabat Y.B. EXCO, Y.B. Seri Setia. Selamat datang ke Dewan Negeri Selangor. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput Y.B. Hulu Kelang untuk menyambung perbahasan. Silakan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Y.B. Speaker. Saya ingin meneruskan perbahasan saya pada petang ini. Dalam perbahasan dalam sesi pagi ketika saya membahaskan isu belanja pembangunan. Saya ada menyentuh tentang peranan Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada belanja pembangunan yang kita saksikan dalam bajet 2025 ini semakin mengecil jika dibandingkan pada tahun sebelumnya. Sebab itu saya meletakkan keutamaan kepada belanja pembangunan ini kerana ia nya dapat menjamin satu tahap kemajuan yang lebih inklusif dan juga lebih komprehensif. Sebagai contoh pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat dan juga pendidikan dan akses kepada kemudahan kesihatan dan rawatan yang berkualiti termasuk masalah kesihatan mental. Namun, saya meneliti dokumen Belanjawan 2025 Kerajaan Negeri yang langsung tidak memberi perhatian ataupun meletakkan kepentingan masalah kesihatan mental. Kalau kita dapat merujuk kepada statistik kesihatan mental, isu kesihatan mental di dalam negara kita, pada hari ini 29.2 % daripada populasi adult iaitu yang berumur 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental.

Maknanya 1 daripada 3 adult dalam negara kita menghadapi masalah kesihatan mental. Apabila saya merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Institute For Youth Research Malaysia 2021, keadaan ini bertambah membimbangkan, kerana pada tahun 2019 seramai 953 rakyat Malaysia, terlibat untuk commit suicide. Maknanya tend to commit suicide. Tetapi pada tahun 2020 angka ini telah meningkat daripada 953 kepada 2,119. Ini satu angka yang menuntut Kerajaan Negeri melihat apakah langkah-langkah dan mencari penyelesaian kepada masalah yang kritikal. Saya ingin mencadangkan supaya perjawatan Clinical Psychologist di Hospital Awam dan juga Klinik-Klinik Kesihatan dapat dipertingkatkan. Pada hari ini saya difahamkan hanya ada sekitar 400 Clinical Psychologist yang sedang memberikan khidmat mereka kepada pihak yang memerlukan rawatan. Tetapi jumlah ini amat kecil dan tidak dapat memenuhi permintaan yang semakin tinggi. Saya juga difahamkan bahawa ramai Clinical Psychologist Trainees yang

juga bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Maka, mungkin Kerajaan Negeri dapat melihat keperluan menarik Clinical Psychologist Trainees ini untuk memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada rakyat yang memerlukan rawatan. Saya juga melihat keperluan untuk membina Low-Cost Mental Health Clinics khususnya di kawasan perumahan penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kerana tidak mungkin bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana ini mendapat akses kepada rawatan di Hospital dan Klinik Swasta. Kerana perkhidmatan dan rawatan ini terlalu mahal. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan program-program sokongan untuk kesihatan mental bermula di sekolah. Kerana di sinilah anak-anak kita menghabiskan masa begitu banyak untuk menimba ilmu pengetahuan. Saya berharap perkara-perkara yang dilontarkan ini dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri supaya masalah kesihatan mental..

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini dapat kita tangani dengan lebih efektif dan berkesan.

Speaker

Ya, Yang Berhormat, Batu Tiga.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ya.

Ingin menambah. Terima kasih Hulu Kelang. Menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan kesihatan mental, ya saya bersetuju cuma saya ingin bertanya pandangan Hulu Kelang apakah kita boleh bersedia dari sudut kita mengembangkan perkhidmatan itu, instead of kita mewujudkan satu Pusat Khusus adakah kita boleh gabungkan dengan Klinik-Klinik Selcare yang sedia ada. Sebab saya memikirkan begini, akses kepada masyarakat ini, dia perlu dekat dengan komuniti. Dia tidak boleh kita buat satu pusat terlalu jauh ataupun susah untuk diakses dan saya juga nak emphasis bahawa kesihatan mental ini ramai di kalangan kita ini malu ataupun denial untuk pergi jumpa dengan Clinical Psychologist yang ada. So, mungkin pandangan itu boleh dimasukkan dalam ucapan Hulu Kelang. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih, saya amat bersetuju dan dalam hujah saya sebentar tadi saya menyebut secara spesifik supaya Low-Cost Mental Health Centers ini ataupun klinik ini kita bina di kawasan perumahan penduduk yang padat dan berpendapatan rendah dan sederhana dan sekiranya ada kemudahan dan fasiliti yang sedia ada kita boleh gabungkan tidak ada keperluan untuk membina klinik-klinik yang baru sebab yang saya juga sebut di awal tadi kita ada ramai

Clinical Psychologist Trainees yang memerlukan waktu perkhidmatan. Saya pernah mencadangkan kepada pihak yang mengemukakan laporan ini kepada saya supaya apakah mungkin Clinical Psychologist Trainees ini dapat kita tempatkan di Pusat Khidmat Ahli-Ahli Dewan Negeri termasuk Ahli Dewan Negeri daripada AMANAH pun kita setuju. Kita boleh letak mereka di situ supaya kawasan-kawasan perumahan yang padat itu dapat memanfaatkan Clinical Psychologist tadi. Seri Serdang dia dah mula terancam bila saya sebut itu. Tetapi tengok, macam apa Batu Tiga, dia tenang, jangan kelam kabut ok. Terima kasih.

Saya nak tutup perbahasan saya Tuan Speaker, dengan beberapa isu. Tadi kita bincang soal tanah runtuh, kemudian banjir kilat. Tetapi diganggu oleh Seri Serdang. Saya nak sambung sedikit sahaja lagi ya. Daripada maklumat yang saya terima daripada JPS ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, punca kejadian banjir kilat di Taman Melawati, Hulu Kelang ini adalah daripada Sistem Saliran Dalaman Taman yang tak dapat mengalir keluar ke sungai apabila paras air Sungai Klang tinggi. Seri Serdang bangun mencabar saya apa Hulu Kelang buat sebelum ini. Saya dah jawab, ketika itu 10 tahun yang lalu situasi berbeza. Hari ini kita bincang soal climate change, kita bincang soal global warming. Kita bincang soal rainfall yang semakin lebat. Taburan hujan yang semakin lebat. Sudah tentulah sistem perparitan kita tidak dapat lagi menampung keperluan air permukaan ataupun air hujan yang turun, walaupun ada inisiatif yang telah dilakukan sebelum ini, saya percaya tuntutan semasa memerlukan sejumlah peruntukan bagi menangani masalah ini.

Sebab itu saya ingin menggesa Kerajaan Negeri untuk menyegerakan kerja-kerja menaik taraf dan melebarkan sungai bagi menyelesaikan masalah banjir yang sudah berlarutan sekian lama. Tetapi, malangnya sekali lagi saya melihat dan meneliti dokumen Belanjawan 2025 yang mempamerkan bahawa Kerajaan Negeri tidak serius untuk membangunkan sistem saliran yang bersepadu dan komprehensif. Termasuk mitigasi air larian yang tinggi akibat perkara-perkara yang disebut tadi, kerana Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2025 hanya memperuntukkan RM2.07 juta bagi Tahun 2025 kepada JPS. Mana mungkin RM2 juta boleh menyelesaikan masalah banjir kilat di dalam Negeri Selangor. Saya berharap Kerajaan Negeri Selangor lebih serius untuk menyediakan sejumlah peruntukkan yang lebih reasonable, yang lebih baik kerana bila berlaku banjir kilat ataupun banjir, ataupun tanah runtuh, cerun runtuh, kos kepada Kerajaan Negeri itu jauh lebih besar daripada apa yang diperuntukkan..

Hulu Kelang.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Untuk melakukan mitigasi...

Kali ini boleh bagi ya.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

terhadap penyelenggaraan cerun dan juga pemulihan masalah banjir.

Speaker

Yang Berhormat Hulu Kelang, Meru.

Yang ini boleh bagi ya?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Baik. Ya.

Boleh bagi ya.

Speaker

Ya Silakan Meru.

Untuk makluman mungkin Hulu Kelang pun ada pengalaman sebagai Menteri Besar Selangor dalam menangani isu banjir ini sebenarnya bukan hanya satu Agensi iaitu JPS Negeri, Jabatan Parit dan Saliran di peringkat negeri, malah di peringkat persekutuan pun ada peruntukkan ya, di mana di DUN Meru pun sudah diluluskan RM220 juta ataupun di kawasan Kapar oleh Kerajaan Persekutuan dan RM130 juta itu hanya di kawasan DUN Meru. Bermakna, peruntukkan yang diluluskan oleh diumumkan oleh YAB Menteri Besar ini, maknanya tidak apa ini tidak bertindih dari segi Projek atau Rancangan Tebatan Banjir dengan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Begitu juga dengan kawasan-kawasan perumahan iaitu longkang-longkang dan sebagainya biasanya tindakan ini akan diambil oleh pihak PBT atau Majlis – Majlis dan juga tak silap saya selepas berlaku banjir Tahun 2021, saya dalam MBSA, kita dah luluskan ya SASUT sebuah peruntukan yang sangat besar oleh MBSA dan kita lihat sendiri banjir di kawasan Sri Muda sudah berkurangan. Jadi untuk makluman Hulu Kelang. Terima kasih.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Makluman ke soalan? Pendirian saya, sama ada peruntukan itu daripada negeri ataupun persekutuan, yang penting selesaikan masalah rakyat di bawah. Rakyat tak tahu peruntukan itu datang daripada Putrajaya ataupun datang daripada Shah Alam. Rakyat ingin tahu selesai masalah banjir di taman perumahan ‘aku’. Itu kehendak dan aspirasi rakyat. Apatah lagi ketika ini negeri dan persekutuan senada. Janganlah banyak sangat birokrasi, senada setakat petang ini, besok tak tahulah sebab nampak pun tadi dah mula dah goyang

Mencelah lagi boleh tak Hulu Kelang? Sebagai ADUN kawasan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Eh, saya tak bagi laluan ini.

Sebagai ADUN Kawasan boleh sahaja berurusan dengan agensi.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Speaker, dia tak tahu.. ok-ok.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi, kalau ada laluan barulah berucap ya. Y.B. Hulu Kelang ya teruskan.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Terima kasih Meru. Apa-apa WhatsApp jela kita bincang di luar. Isu seterusnya, ialah tentang penting Tuan Speaker bekalan air dan tekanan air rendah di Taman Seri Keramat, Hulu Kelang. Sekali lagi Hulu Kelang ini dalam Gombak. Ahli Parlimen Gombak adalah Dato’ Menteri Besar. Tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan secara efektif. Saya telah mengunjungi beberapa pemilik rumah di Jalan AU2/A yang menjadi mangsa tekanan air rendah di waktu puncak, semenjak Taman Perumahan ini dibangunkan. Saya telah merujuk perkara ini kepada Pengarah dan Ketua Perancangan Air Selangor dan Alhamdulillah sekali lagi saya mendapat respons yang cukup pantas daripada beliau yang menyatakan bahawa perkara ini telah pun diteliti dan tidak ada masalah. Sedangkan masalah real di bawah. Saya telah menyampaikan jawapan ini kepada penduduk di AU2 Hulu Kelang, mereka tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana sebahagian besar daripada penduduk di sini adalah warga emas, mereka yang sudah berusia dan pesara-pesara. Tekanan sasaran ini alasan yang diberikan oleh Air Selangor, tekanan sasaran mencukupi bagi premis rumah 2 tingkat dan tidak pernah ada aduan berkaitan tekanan rendah. Sebenarnya hujah ini tidak dapat diterima oleh penduduk-penduduk di Jalan AU2A Taman Sri Keramat. Malahan wakil penduduk menyarankan supaya beberapa pegawai Air Selangor dapat tinggal bersama mereka untuk beberapa hari dan dapat merasai sendiri kesusahan dan kepayahan yang dilalui dan dialami oleh penduduk-penduduk Taman Sri Keramat ini kerana sudah puluhan tahun tekanan air rendah akibat pembangunan yang begitu pesat berlaku di Hulu Kelang. Banyak permintaan tetapi bekalan air terawat ini semakin berkurangan dan mereka perlukan bantuan. Rekod Air Selangor juga dalam dokumen yang dibekalkan kepada saya menyatakan bahawa masih ada sejauh 0.6km paip jenis AC atau pun asbestos cement di kawasan ini yang masih belum diganti. Justeru itu, saya berharap program penggantian paip dapat diberikan keutamaan oleh Air Selangor dan menjamin mutu perkhidmatan yang lebih efisien bagi memastikan bekalan air sentiasa berkualiti.

Tuan Speaker, saya ingin merumuskan perbahasan saya pada petang ini dengan meletakkan satu harapan yang begitu tinggi kepada Kerajaan Negeri supaya lebih

bertanggungjawab untuk memastikan Belanjawan 2025 ini dapat memenuhi aspirasi rakyat di dalam Negeri Selangor. Kita telah membuktikan bahawa beberapa peruntukan yang telah di cadangkan di dalam Belanjawan 2025 ini tidak dapat memenuhi keperluan semasa dan cabaran semasa pada hari ini. Dan kita juga telah menyatakan dengan data, dengan fakta yang cukup jelas bahawa keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dengan terlalu bergantung pada hasil tanah tidak lagi sustainable dan perlu satu anjakan paradigma yang segera bagi mencari hasil-hasil dan pendapatan baru bagi menjamin masa depan yang lebih cemerlang untuk rakyat dan Negeri Selangor.

Untuk maksud itu, saya telah mengemukakan beberapa cadangan sama ada dalam sektor pelaburan, perdagangan, pendidikan, kesihatan, kos sara hidup dan saya harap perkara-perkara ini dapat dikupas oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri dalam sesi penggulungan. Banyak lagi perkara yang akan kami bahaskan, jangan pendekkan masa dan tempoh Persidangan. YB Kinrara memberikan senyuman seolah-olah beliau telah bersedia untuk memendekkan sesi kali ini. (Dewan bising). Saya kata senyuman jangan marah, seolah-olah, boleh. Memang itu perangai Kerajaan yang ada sekarang pun. Dalam sesi yang lepas, 5 hari dipotong, bukanlah soal elaun, tapi 5 hari, ini Kinrara saya hendak minta maaf, Speaker.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Bagaimana dengan zaman Hulu Kelang masa itu?

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Ini tidak habis-habis mentaliti. Tadi mentaliti Amanah, ini ....

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Ini hendak buat perbandingan, perbandingan itu, itu dulu Hulu Kelang sebagai Menteri Besar sebelah sini, masa juga dulu hari yang sama.

Speaker

Teruskanlah, teruskanlah. Masa itu emas.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Minta maaflah, Speaker beritahu minta teruskanlah, jangan layanlah Pandamaran. Saya hendak beritahu, dulu semasa saya duduk di sana, Pembangkang tak ada suara, kawan-kawan Dusun Tua, sunyi sepi. Jadi hendak bagi masa panjang-panjang buat apa? Tapi sekarang kami ada 21 Ahli Dewan Negeri (Ahli Dewan menepuk meja) dan kami bersedia untuk berbahas demi Negeri Selangor, itu sahaja kami minta. Tarikh sudah diwartakan, sesi yang lepas daripada 420 soalan yang dikemukakan oleh Perikatan Nasional yang dijawab oleh Kinrara dan rakan-rakan sekutunya hanya 27, ini yang saya hendak beritahu mahasiswa UiTM dan juga Universiti Islam Selangor sebab dia baru sampai. Kami kemukakan 420

soalan yang merangkumi soal ekonomi, kos sara hidup, inflasi. Orang muda kami hendak pertahankan, tengok-tengok Kerajaan Negeri potong 5 hari, adik-adik.

Tapi Kerajaan Negeri jawab. Zaman Hulu Kelang pun ada potong juga. Mana yang tidak sempat itu akan jawab.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Saya harap kali ini Kinrara bisik pada Menteri Besar jangan pendekkan tempoh persidangan ada 20 lagi Ahli Dewan Negeri Perikatan Nasional bersedia untuk berbahas demi rakyat dan Negeri Selangor, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Ya, saya jemput Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Silakan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Bismillahirrahmanirrahim. Janganlah kacau. Assalamulaikum WBT. Salam kita Selangor, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk turut serta di dalam perbahasan Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2025.

Terlebih dahulu, izinkan Pelabuhan Klang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua selaku Dato’ Menteri Besar Selangor atas pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2025 yang begitu komprehensif dan berpandangan jauh. Tema “Selangor Dinamik : Cita Sempurna Malaysia Madani” benar-benar mencerminkan aspirasi Kerajaan Selangor untuk terus menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju, makmur, dan menyeluruh dalam segala aspek pembangunan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama sekali Pelabuhan Klang ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri berkenaan prestasi kewangan yang semakin kukuh di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan rizab semasa kepada RM4.36 bilion dengan peningkatan yang ketara sebanyak RM751.46 juta berbanding akhir tahun 2023. Ini ialah satu pencapaian yang amat membanggakan dan menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri telah menguruskan kewangannya dengan cekap. Dalam konteks ini, Pelabuhan Klang ingin memuji usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan hutang-hutang yang membebani negeri sebelum ini seperti hutang Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor. Langkah ini membuka ruang bagi Kerajaan Selangor untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan tanpa bebanan kewangan yang tidak produktif.

Saya mendengar teliti hujah Yang Berhormat Hulu Kelang, saya tanya tadi soalan apa Yang Berhormat Hulu Kelang laksanakan semasa beliau sebagai Menteri Besar dan saya tanya apakah pencapaian yang beliau telah buat, apakah inisiatif-inisiatif baru dalam menghasilkan pendapatan Negeri Selangor, beliau kata beliau ada buat Yang Berhormat Hulu Kelang kata ada buat, tetapi apa yang kita lihat pada data yang ada menunjukkan rizab Negeri Selangor semasa Yang Berhormat Hulu Kelang sebagai Menteri Besar, rizab Negeri Selangor semakin menurun bermula daripada tahun 2015, rizab Negeri Selangor yang ditinggalkan oleh Yang Berhormat Allahyarham Tan Sri Khalis, sebanyak RM3.26 bilion menurun menjadi RM3.05 bilion. Kemudian pada tahun 2016, menurun sehingga RM2.84 bilion. Dan kemudian pada Disember 2017 menurun sehingga RM2.14 bilion. Jadi saya lihat pelaburan pun pada masa itu berdasarkan laporan yang ada menunjukkan semasa Yang Berhormat Hulu Kelang sebagai Menteri Besar adalah sebanyak RM7 bilion sahaja berbanding dengan Yang Berhormat Sungai Tua semasa menjadi Menteri Besar mendapatkan pelaburan sebanyak RM18 bilion.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Pelabuhan Klang, minta laluan. Mohon mencelah.

Speaker

Pelabuhan Klang bagi laluan atau tidak?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tak bagi, tak bagi.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Pelabuhan Klang, sekejap je. Sikit.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya tak bagi laluan sebab saya banyak lagi nak bercakap.

Speaker

Hulu Kelang, Hulu Kelang, duduk. Pelabuhan Klang tak bagi, teruskan Pelabuhan Klang, teruskan, teruskan. Itu adalah budi bicara Pelabuhan Klang. Yang Berhormat semua budi bicara Ahli yang bercakap. Pelabuhan Klang teruskan, budi bicara Ahli yang bercakap sama ada hendak beri laluan atau tidak. Pelabuhan Klang tidak beri, sila teruskan. Ya, sila teruskan. Pelabuhan Klang sila teruskan, teruskan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya bagi, bagi tapi bagi saya habiskan dahulu. Saya juga mendengar Yang Berhormat Hulu Kelang menyatakan banyak cadangan-cadangan untuk bagaimana untuk menambahkan hasil kepada Kerajaan Negeri Selangor. Saya cadangkan bawalah dulu cadangan-cadangan tersebut ke negeri-negeri Kerajaan Perikatan Nasional sebelum mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sebab kita ada cara kita dan rekod pun telah terbukti bahawa sepanjang

Yang Berhormat Sungai Tua menjadi Menteri Besar Selangor kita lihat rizab Kerajaan Negeri bertambah sehingga RM4.36 bilion.

Dato' Seri Mohamed Azmin bin AliBERSATU · PNHulu Kelang

Lauan, laluan, laluan, laluan..

Speaker

Pelabuhan Klang bagi laluan ke tidak?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dah panjang dah tadi Yang Berhormat Hulu Kelang dah bercakap.

Y.B. TUAN MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM

: Nak tanya fasal fakta tadi tu. Tak betul. Pelabuhan Klang? Boleh?

Speaker

Baik kalau macam itu, sila duduk Yang Berhormat Hulu Kelang, dia tidak bagi. Gombak Setia sila duduk.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dengan adanya kemajuan dalam pengurusan kewangan ini, saya yakin Kerajaan Negeri kini berada pada kedudukan yang lebih baik untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang akan dapat memberi manfaat jangka masa panjang kepada rakyat Negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Belanjawan ini bermula dengan Teras Pertama yang menekankan peranan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Pembangunan Insan sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negeri. Teras ini membuktikan bahawa Selangor bersedia untuk mendepani cabaran ekonomi global dengan pendekatan inovatif dan berpandangan jauh. Kita berada di ambang revolusi teknologi yang dikenali sebagai Revolusi Industri Keempat, di mana kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam mengubah landskap ekonomi dan sosial. Langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor untuk memanfaatkan teknologi ini mencerminkan keazaman untuk menjadikan negeri ini sebagai perintis dalam pembangunan teknologi pintar di Malaysia. Salah satu inisiatif utama dalam Belanjawan ini ialah Program Al Trailblazers yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama Google Cloud Malaysia. Program ini tidak hanya akan memperkenalkan aplikasi kecerdasan buatan dalam pentadbiran awam tetapi juga memberi fokus kepada integrasi teknologi AI dalam sektor perniagaan dan perindustrian. Dengan konsep “sandbox” selama lapan minggu, sebanyak 50 peserta dari pelbagai sektor akan diberi peluang untuk memahami dan mengaplikasikan teknologi ini secara mendalam.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Mohon laluan Yang Berhormat Pelabuhan Klang, fasal AI.

Speaker

Pelabuhan Klang bagi atau tidak?

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sikit fasal sandbox. Pelabuhan Klang? Sikit saja, fasal AI.

Speaker

Taman Medan sila duduk. Sila duduk Taman Medan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Selain itu, pembangunan Pusat Inkubator AI Selangor adalah satu lagi langkah yang patut dipuji. Dengan peruntukan RM5 juta, fasiliti ini bakal menjadi hab inovasi teknologi yang menyediakan latihan, pendidikan dan pembangunan produk kecerdasan buatan. Ia juga akan diletakkan di bawah kelolaan SLICE (Selangor International Innovation Centre of Excellence) untuk memastikan pelaksanaannya terancang dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang melihat inisiatif ini berpotensi besar untuk memberi manfaat kepada kawasan Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang merupakan hab logistik dan perdagangan yang strategik dan integrasi teknologi AI dalam sektor ini akan meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan memperkukuh daya saing di peringkat global.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Yang Berhormat.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sebagai contoh, penggunaan AI dalam pengurusan rantaian bekalan boleh membantu mengoptimumkan proses logistik di Pelabuhan Klang yang merupakan antara pelabuhan paling sibuk di Asia Tenggara. Ini akan membawa kesan positif bukan sahaja kepada ekonomi negeri tetapi juga kepada ekonomi negara secara keseluruhan. Apa lagilah Taman Medan? Jawablah dalam kau punya hujah.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Boleh? Sedikit sahaja.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat jawablah dalam Yang Berhormat punya hujah nanti.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Saya hendak bertanya kepada Pelabuhan Klang, takkan saya tanya, saya sendiri jawab, itu orang gila namanya.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan, sila duduk, tidak diberi laluan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Pelabuhan Klang.

Speaker

Taman Medan, sila duduk.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Memacu pembangunan teknologi Belanjawan Selangor 2025 ini juga telah memberikan yang signifikan kepada pembangunan modal insan

Speaker

Sila duduk.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dalam era persaingan global yang semakin mencabar, pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan bersedia mendepani cabaran masa depan. Langkah Kerajaan Selangor memperkukuh program pendidikan yang mencerminkan keprihatinan yang mendalam terhadap keperluan ini. Sejajar dengan matlamat untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan berdaya saing. Salah satu inisiatif utama yang diketengahkan di dalam Belanjawan Selangor 2025 ialah usaha memperkasakan Program Pendidikan STEM (Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik) dan juga Program Pendidikan TVET (Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional). Program-program ini bertujuan memastikan pelajar dan belia Selangor memperoleh kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa terutamanya dalam bidang teknologi tinggi. Peruntukan sebanyak RM13.65 juta untuk program IKTISASS (Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Iktisas Smart Selangor) yang memberi penekanan latihan kemahiran teknikal membuktikan komitmen Kerajaan Selangor untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeluruh. Program ini bukan sahaja melengkapkan belia dengan kemahiran teknologi tetapi juga membantu mewujudkan tenaga kerja mahir yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor. Pelabuhan Klang sebagai hub logistik dan perdagangan yang strategik menyambut baik langkah ini. Dengan adanya program seperti IKTISASS rakyat khususnya belia di kawasan Pelabuhan Klang akan mempunyai peluang untuk melibatkan diri di dalam sektor logistik yang semakin berkembang pesat seterusnya akan dapat membantu meningkatkan daya saing di Negeri Selangor. Selain itu pendidikan yang berorientasikan teknologi dan kemahiran ini akan dapat membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terutamanya dalam sektor teknologi dan perindustrian.

Selain daripada program STEM dan TVET Kerajaan Selangor juga dilihat tidak melupakan aspek pendidikan asas dan sokongan kewangan kepada pelajar. Program

Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) dan Baucar Buku Kita Selangor sebagai contoh adalah inisiatif yang memberi manfaat besar kepada pelajar dan keluarga mereka. Bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan tetapi juga akan memberikan galakan kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan di dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan program-program ini menunjukkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam memastikan tiada individu rakyat Selangor yang akan tertinggal terutamanya golongan B40 yang amat memerlukan sokongan dan bantuan tambahan daripada kerajaan. Bagi pelajar dan keluarga di Pelabuhan Klang, inisiatif ini dilihat membawa harapan baru dengan bantuan kewangan yang disediakan, akan lebih ramai pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dapat melanjutkan pengajian mereka tanpa perlu bimbang tentang kos pendidikan. Baucar buku pula bukan sahaja meringankan beban pembelajaran tetapi juga akan menggalakkan budaya cintakan ilmu di kalangan generasi muda.

Yang Berhormat Tuan Speaker, satu lagi aspek yang Pelabuhan Klang ingin tekankan ialah impak positif Belanjawan Selangor 2025 ini terhadap pembangunan sosioekonomi di Negeri Selangor. Sebagai negeri maju Selangor memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang bersifat inclusive mampan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di dalam belanjawan bukan sahaja memacu ekonomi tetapi turut memberi manfaat langsung kepada rakyat terutamanya melalui pembukaan peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran generasi-generasi muda. Salah satu inisiatif utama yang mendapat perhatian di dalam Belanjawan Selangor 2025 ialah pembangunan sektor semi konduktor, Projek Malaysia Semi Konduktor IC Design Park di Puchong. Sebagai contoh adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor dalam usaha membangunkan eko sistem teknologi tinggi yang berdaya saing. Taman ini telah menarik penyertaan 7 syarikat IC tempatan dan antarabangsa serta minat dari 8 syarikat lain dari negara-negara seperti China, Amerika Syarikat dan Jepun. Dengan pembukaan taman ini sebanyak 500 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi akan diwujudkan di mana gaji permulaan antara RM5,000 sehingga RM6,000 akan memberi motivasi kepada golongan muda untuk menceburi bidang ini. Lebih menarik lagi projek ini tidak terhenti di sini sahaja malah Kerajaan Selangor juga merancang untuk membuka Malaysia Semi Konduktor IC Design Park 2 di Cyberjaya pada tahun 2025. Rancangan ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai hub Semi Konduktor utama di Malaysia tetapi juga menyediakan peluang yang lebih luas untuk rakyat Negeri Selangor. Melalui pembangunan Taman Reka bentuk Litar Bersepadu IC Ke-2 ini Selangor tidak hanya memperkukuhkan daya saing dalam pasaran global tetapi juga menjamin kestabilan ekonomi jangka masa panjang. Bagi memastikan kejayaan inisiatif-inisiatif ini Kerajaan Selangor turut mengambil langkah bagi menyediakan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi, dalam hal ini Selangor Digital School memainkan peranan penting sebagai institusi yang akan menyediakan latihan khusus dalam bidang teknologi tinggi.

Institusi ini dijangka akan dinaik taraf menjadi advance semi condutor academy of Malaysia yang akan membangunkan kampus seluas 80,000 kaki persegi di Cyberjaya. Dengan kemudahan dan latihan yang disediakan, generasi muda Selangor akan lebih bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Selangor khususnya dalam semi konduktor dan teknologi tinggi. Dalam kontak sosio ekonomi inisiatif-inisiatif ini membawa pelbagai manfaat ;

1) Membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor.

2) Penglibatan belia di dalam sektor tinggi akan mengurangkan kadar pengangguran dan memastikan modal insan di negeri ini dimanfaatkan sepenuhnya.

3) Pembangunan sektor semi konduktor juga akan membawa limpahan ekonomi kepada sektor-sektor lain seperti pelabuhan, perindustrian, perkhidmatan, logistik, perdagangan dan juga pendidikan.

Pelabuhan Klang sebagai salah satu kawasan strategik di Negeri Selangor turut merasai manfaat daripada pembangunan ini dengan kedudukannya sebagai hub logistik dan perdagangan, Pelabuhan Klang berpotensi menjadi salah satu kawasan yang akan mendapat manfaat besar daripada perkembangan sektor teknologi tinggi. Selain itu, peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor teknologi ini juga akan memberikan kesan positif kepada komuniti setempat terutamanya di dalam kalangan golongan belia. Kerajaan Selangor juga melalui Belanjawan Selangor 2025 dilihat akan memastikan ekosistem teknologi tinggi ini disokong oleh pelaburan berterusan dan kerjasama strategik sebagai contoh inisiatif yang melibatkan Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation bertujuan untuk menarik pelaburan asing dalam semi konduktor. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan ekonomi negeri tetapi juga membuktikan komitmen kerajaan untuk membawa teknologi terkini ke Negeri Selangor. Pembangunan sosio ekonomi yang mampan juga memerlukan pemerhatian kepada latihan dan pembangunan modal insan. Di dalam hal ini, Belanjawan Selangor 2025 telah menyediakan peruntukan besar untuk program-program yang berfokus kepada pendidikan teknikal dan vokasional. Program-program ini tidak hanya memberi tumpuan kepada latihan kemahiran tetapi juga menyediakan laluan kerjaya yang jelas kepada belia untuk melibatkan diri di dalam sektor yang teknologi tinggi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Selangor 2025 juga tidak melupakan aspek pembangunan sosial dan kebajikan rakyat. Pelabuhan Klang ingin menzahirkan penghargaan yang tinggi atas langkah-langkah yang diambil untuk memperkukuhkan sektor pendidikan dan memastikan kebajikan rakyat terus diberikan perhatian. Langkah ini menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor bukan sahaja menumpukan usaha kepada

kemajuan ekonomi semata-semata tetapi memastikan rakyat mendapat manfaat yang menyeluruh sejajar dengan semangat Selangor sebagai sebuah negeri maju. Antara inisiatif utama yang wajar dipuji dalam Belanjawan Selangor 2025 ialah Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini telah terbukti berjaya meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di Negeri Selangor di dalam peperiksaan SPM dengan rekod lulus sebanyak 91.14% pada tahun 2023. Perluasan program ini kepada pelajar Tingkatan 4 adalah satu langkah bijak yang mencerminkan pemahaman mendalam Kerajaan Selangor terhadap keperluan pendidikan pelajar. Kita semua sedia maklum bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun ini adalah merupakan pelajar-pelajar yang tidak mengambil peperiksaan UPSR dan juga PT3 tetapi akan terus berhadapan dengan peperiksaan SPM. Dengan langkah Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan PTRS kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 ini secara tidak langsung ia akan membantu pelajar-pelajar Tingkatan 4 tahun ini untuk berhadapan dengan SPM pada tahun 2025 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta, Pelabuhan Klang yakin akan lebih ramai pelajar di seluruh Negeri Selangor akan mendapat manfaat sekali gus membantu mereka mencapai potensi penuh dalam pendidikan. Pelabuhan Klang dapat melihat bagaimana program ini telah dapat memberi impak besar kepada komuniti setempat. Ramai dari keluarga terutamanya dari golongan B40 bergantung kepada sokongan ini untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Program PTRS bukan sahaja memberikan akses kepada pendidikan tambahan tetapi juga membina keyakinan diri pelajar yang merupakan elemen penting untuk kejayaan mereka di masa hadapan. PTRS hanya di Selangor.

Kerajaan Selangor juga tidak melupakan infrastruktur pendidikan yang menjadi asas kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor dengan peruntukan sebanyak RM26.5 juta adalah bukti nyata komitmen ini. Peruntukan ini akan digunakan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan-kemudahan sekolah termasuk paip air, pendawaian elektrik dan infrastruktur asas yang lain. Langkah ini amat penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Bagi kawasan seperti Pelabuhan Klang yang mempunyai banyak sekolah dengan pelbagai keperluan program ini amat dinantikan dan amat dihargai. Apabila sekolah mendapat sokongan yang mencukupi, para pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih baik, manakala guru pula dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien. Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Selangor menjadikan Negeri Selangor sebagai contoh kepada negeri-negeri lain. Selain itu, langkah Kerajaan Selangor untuk terus memperkasakan pendidikan membuktikan kesungguhan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir. Kerajaan Selangor memahami bahawa pendidikan adalah asas kepada pembangunan insan dan masa depan negeri. Melalui inisiatif PTRS dan program bantuan sekolah

kerajaan Selangor telah meletakkan asas kukuh untuk melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor. Apa yang lebih membanggakan, inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja memfokuskan kepada pelajar tetapi juga memberi kesan langsung kepada keluarga mereka. Apabila pendidikan anak-anak mereka dijaga keluarga dapat merancang masa depan dengan lebih baik. Tanpa perlu risau dengan kos tambahan yang membebankan. Ini adalah satu contoh jelas bagaimana kerajaan Selangor benar-benar mendengar keperluan rakyat dan bertindak dengan langkah yang praktikal dan berkesan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Pelabuhan Klang ingin menyentuh mengenai teras kedua iaitu mendukung hasrat alam sekitar mampan dan infrastruktur berkualiti. Kerajaan Selangor telah menekankan tentang keutamaan terhadap kelestarian alam sekitar terutamanya melalui inisiatif seperti bandar rendah karbon dan Pelan Induk Net Zero 2050. Langkah-langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon tetapi juga memastikan pembangunan setiap bandar di Selangor selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar di peringkat global.

Terima kasih Pelabuhan Klang. Saya tertarik dengan penghujahan Port Klang tadi berkenaan dengan inisiatif yang diberikan kepada belia dan juga anak muda dari negeri Selangor. Tadi sebelum Hulu Kelang meninggalkan Dewan dia cakap tentang bagaimana Kerajaan Selangor tidak titik beratkan tentang muda belia dan sebagainya. Setuju atau tidak Port Klang sesungguhnya walaupun kita mempunyai rizab yang tinggi tapi kita boleh membelanja dan kita menitikberatkan soal pendidikan anak-anak dan belia dalam negeri Selangor. Dan apakah pandangan Port Klang tentang penghujahan Hulu Kelang Ketua Pembangkang yang mengatakan seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor ini tidak memandang kepada kebajikan dan juga pembangunan anak-anak muda belia dalam negeri Selangor.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sebab itu saya nyatakan tadi bahawa inisiatif seperti program tuisyen rakyat ini hanyalah dilaksanakan di negeri Selangor sebab kita Negeri Selangor mendukung pembangunan modal insan ini. Sebab itu kerajaan Negeri Selangor menyediakan juga inisiatif untuk program pendidikan negeri Selangor dan kita tidak boleh menafikan bahawa program seperti ini hanyalah di negeri Selangor sahaja.

Pelabuhan Klang sikit sahaja. Saya nak sambung sikit apa yang disebutkan oleh Hulu Kelang, pelajar UiTM dan juga UIS jangan risau Kerajaan Negeri memang prihatin tentang pembangunan anak-anak muda kita.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ok saya sambung lagi Tuan Speaker. Pelabuhan Klang sebagai kawasan yang terdedah kepada pencemaran alam sekitar akibat pelbagai aktiviti-aktiviti industri dan pelabuhan bakal mendapat manfaat besar dari dasar-dasar ini. Dengan peruntukan RM500 ribu usaha ini menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor dalam usaha untuk menangani berdepan dengan cabaran perubahan iklim di peringkat global. Selain itu, pengenalan Selangor agenda for green economy dengan peruntukan serupa memperlihatkan kesungguhan Selangor untuk menjadi peneraju dalam peralihan tenaga hijau. Selangor agenda for green economy bukan sahaja mengandungi pelan pengurangan karbon tetapi juga strategy innovative untuk mencipta peluang pekerjaan baharu dan mengubah landskap ekonomi rakyat. Di kawasan pelabuhan Klang langkah ini mampu membuka ruang bagi pelabur dalam sektor teknologi hijau. Sekali gus membawa impak yang positif kepada ekonomi tempatan. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam aspek tenaga bersih beberapa projek penting telah dirancang dan dilaksanakan mencerminkan usaha gigih Kerajaan Selangor dalam memastikan keperluan tenaga dipenuhi tanpa menjejaskan alam sekitar. Langkah-langkah ini tidak hanya berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tetapi juga menjamin kelestarian untuk generasi masa depan. Salah satu projek yang menjadi tumpuan ialah loji jana kuasa Pulau Indah PIPP yang terletak di Pelabuhan Klang yang dijangka akan beroperasi pada suku pertama tahun 2025. Dengan kapasiti 1200 megawatt loji ini merupakan langkah strategi untuk memenuhi permintaan tenaga di Lembah Klang yang semakin

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat

Speaker

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, ada Peraturan Tetap.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Peraturan Tetap 23 (c) Suatu kenyataan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, tohmahan, puji atau keji atau kalimah yang mengelirukan atau menyakitkan hati. Saya nak merujuk kepada kenyataan tadi mengenai program tuisyen rakyat, Yang Berhormat Pelabuhan Klang secara spesifik berulang kali menyebut bahawa seolah-olah negeri Selangor sahaja membuat program tuisyen rakyat ini. Walhal tak betul. Di negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan mewujudkan program tuisyen rakyat sejahtera (TRS) turut dilaksanakan di Negeri Kelantan. Jadi saya minta Yang Berhormat Pelabuhan Klang tarik balik kenyataan bahawa hanya Negeri Selangor sahaja yang buat bahkan negeri lain juga ada buat program tuisyen rakyat ini.

Speaker

Yang Berhormat ada menyebutkan tentang perkara itu?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Iya sebab Selangor hanya membuat program tuisyen rakyat secara online. Hanya di Negeri Selangor sahaja kita buat secara online sahaja dan semua pelajar dapat belajar tak kira yang kaya, yang miskin, semua dapat belajar.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Tadi Yang Berhormat Pelabuhan Klang sebut secara spesifik negeri lain tak buat.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan saya dah tanya ni sama ada ada yang mengelirukan atau tidak.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tidak. Memang PTRS itu hanya di negeri Selangor ini secara online. Hanya di negeri Selangor ada buat secara online.

Speaker

Taman Medan duduk. Saya belum habis siasat lagi. Saya nak tanya sekali lagi Pelabuhan Klang ialah bahawa ada disebut tentang PTRS ini apakah hujah dia.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

PTRS memang hanya dilaksanakan di Selangor sahaja kerana Selangor sahaja ada PTRS secara online.

Speaker

Itu adalah hujah.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini mengelirukan Dewan. Ini baru tambah secara online ini. Tadi tidak disebut.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Di Selangor memang dibuat secara online.

Speaker

Taman Medan duduk. Taman Medan duduk. Taman Medan jaga adab. Jangan macam tu. Duduk. Saya masih tengah siasat. Sekiranya ada pertanyaan ini adalah penjelasannya jadi saya rasa Peraturan Tetap di bawah tubuh 31 (c) ini tidak bertepatan dengan apa yang dinyatakan. Itu sahaja. Yang Berhormat, dengan itu cukup. Duduk. Kamu terima atau tidak, itu pendirian kamu. Kita teruskan dengan perbahasan ini. Yang Berhormat boleh bertanya soalan dan berdiri di bawah Peraturan Tetap ini tetapi jawapan telah pun diberi. Cukup. Ini adalah penjelasan dari beliau. Itu sahaja. Pelabuhan Klang teruskan.

(Dewan Riuh)

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam aspek tenaga bersih beberapa projek penting telah dirancang dan dilaksanakan mencerminkan usaha gigih kerajaan Selangor dalam memastikan keperluan tenaga dipenuhi tanpa menjejaskan alam sekitar. Langkah-langkah ini tidak hanya berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tetapi juga menjamin kelestarian untuk generasi masa depan. Dalam konteks ini usaha Kerajaan Selangor untuk memastikan projek besar seperti ini memberikan impak positif kepada komuniti setempat adalah langkah yang sangat dihargai. Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur tetapi juga kesejahteraan rakyat. Selain itu, pelabuhan Klang turut menyokong pelaksanaan projek waste tu energy di Jeram dan Tanjung Dua Belas. Teknologi WTE ini ialah satu inovasi yang sangat penting di mana sisa pepejal akan diubah menjadi sumber tenaga boleh diperbaharui. Pendekatan ini tidak hanya membantu menangani masalah pelupusan sisa pepejal yang merupakan isu dan masalah utama di kawasan-kawasan bandar di negeri Selangor. Tetapi juga menawarkan penyelesaian mampan terhadap cabaran berdepan dengan masalah penjagaan alam sekitar. Pelaksanaan teknologi WTE membuktikan kecekapan dan keupayaan Kerajaan Selangor dalam mengadaptasi teknologi moden untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Projek ini juga dijangka akan mencipta peluang pekerjaan yang baharu terutamanya dalam bidang kemahiran tinggi dan separa mahir. Sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat. Dengan langkah ini Kerajaan Selangor menunjukkan bahawa ia tidak hanya menumpukan kepada pembangunan teknologi tetapi juga memberi perhatian kepada impak sosial dan ekonomi projek-projek tersebut. Pelabuhan Klang ingin memuji Kerajaan Selangor kerana berjaya menyeimbangkan keperluan pembangunan dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Inisiatif seperti PIPP dan WTE menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor mempunyai wawasan yang jelas dalam memastikan pertumbuhan ekonomi tidak berlaku atas kemerosotan alam sekitar. Malah Selangor kini menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain di Malaysia dalam usaha untuk mencapai pembangunan yang lestari, inklusif dan mampan. Selain manfaat tenaga dan peluang pekerjaan projek-projek ini juga membawa impak positif kepada kualiti hidup rakyat Selangor. Dengan pengurangan pelepasan karbon melalui PIPP dan penyelesaian mampan untuk sisa pepejal melalui WTE rakyat akan menikmati persekitaran alam yang lebih bersih dan sihat. Ini sejajar dengan visi Selangor untuk menjadi negeri yang progresif dan inovatif tetapi tetap prihatin terhadap kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam konteks infrastruktur Kerajaan Selangor dalam usul Belanjawan 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM95.98 juta untuk menaik taraf jalan raya di seluruh negeri. Pelabuhan Klang sebagai hab logistik dan perindustrian utama amat memerlukan infrastruktur yang kukuh untuk memastikan kelancaran aliran perdagangan dan pengangkutan. Penambahbaikan jalan raya ini akan membantu mengurangkan kesesakan aliran trafik meningkatkan produktiviti ekonomi dan memperkukuh daya

tarikan kawasan Pelabuhan Klang sebagai pusat perdagangan strategi. Selain itu, usaha untuk menangani isu banjir melalui projek tebatan banjir dengan peruntukan sebanyak RM34.27 juta. Juga adalah langkah signifikan. Kawasan Pelabuhan Klang yang paling berhadapan dengan risiko banjir kilat akan mendapat manfaat besar dari projek ini terutama di Lembangan Sungai Klang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Sungai Panjang nak..

Speaker

Yang Berhormat bagi atau tidak Sungai Panjang?. Ia silakan Sungai Panjang.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat tadi sebut tentang kejayaan pendidikan yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor macam mana pun data yang saya dapat selepas cukai tahun kewangan 31 Disember salah satu anak syarikat bawah MBI yang memegang pendidikan iaitu UNISEL Sdn Bhd mengalami kerugian sebanyak RM4,239,196.00. Apakah ini berjaya bila menunjukkan kerugian selepas cukai berakhir 31 Disember 2023?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Apa yang rugi?. Rugi yang mana? Pelajarnya pencapaian cemerlang. Tak ada masalah. Anak saya dekat sana belajar dekat UNISEL. Cemerlang tak ada masalah.

Tuan Mohd Razali bin SaariPAS · PNSungai Panjang

Rugi pun tak apalah?.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dia bukan masalah rugi pun tak apa. Sebab tu ada pengurusan baru yang sedang meneliti kos operasi UNISEL sebelum ini yang diuruskan semasa Yang Berhormat Puan Halimah Ali sebagai EXCO pendidikan pada masa itu. Nak saya cerita panjang kat sini? Tak nak. Cukup jangan provok lagi. Dah la banyak lagi.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Ini berkenaan infrastruktur.

Speaker

Yang Berhormat Pelabuhan Klang bagi tidak?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Infrastruktur okay.

Speaker

Pelabuhan Klang bagi, jadi silakan Taman Medan.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Saya amat tertarik dan mengikuti ucapan Pelabuhan Klang pada

petang ini. Saya sebenarnya tadi nak boikot dah. Tapi sebab dah bagi ni saya duduk balik. Saya tertarik bila Yang Berhormat puji Kerajaan Negeri tentang isu pembangunan infrastruktur dan peruntukan yang disediakan. Tapi kita semua dalam Dewan ini maklum baru-baru ini Yang Berhormat viral satu Negara sampai panggil, seru Ketua Pengarah JKR datang ke Pelabuhan Klang untuk selesaikan isu jalan, isu infrastruktur. Saya tidak tahu kenapa tidak panggil EXCO Infra, tidak panggil PBT tapi panggil ek Ketua Pengarah. Saya hendak tanya Yang Berhormat adakah sebenarnya Yang Berhormat dalam Dewan ini Yang Berhormat rasa yang Berhormat kena puji Kerajaan Negeri tapi di luar perasaan Yang berhormat sebenarnya banyak masalah Kerajaan Negeri Selangor ini banyak masalah di peringkat Persekutuan ini sehinggakan jalan tidak selesai, jalan rosak Yang Berhormat terpaksa buat tiktok, viral seluruh Negara panggil Ketua Pengarah datang di tepi jalan tunjuk air melimpah ruah dekat situ berlubang-lubang. Jadi saya hendak pandangan Yang Berhormat, Yang Berhormat jujur bagi tahu kita puas hati ke atau tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Taman Medan boleh duduk saya jawab sekarang.

Speaker

Silakan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Apa yang saya bising itu adalah Jalan Persekutuan kalau kita tengok jalan-jalan Negeri dan jalan-jalan Daerah Klang semuanya ok dan baik dan prasarananya di Pelabuhan Klang baik sebab kita tunjukkan contoh yang baik bagaimana Kerajaan Selangor menguruskan data.

Speaker

Yang Berhormat Taman Medan kalau hendak minta penjelasan boleh la minta.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kita ada InfraSel yang menguruskan jalan-jalan raya di Negeri Selangor ini dan kita tengok bagaimana responsifnya EXCO Pandan Indah dalam usaha menangani masalah infrastruktur jalan raya dan tambatan banjir di Negeri Selangor kita boleh tengok perbezaan langit dan bumi.

Pengerusi Amanah.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sekarang ini Kerajaan Persekutuan ini mewarisi dari Kerajaan yang ditinggalkan dahulu. Semasa Perikatan Nasional dalam Kerajaan tidak mahu buat bila jalan itu tidak siap masa you all jadi Kerajaan lagi.

Speaker

Yang Berhormat tenang.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Sebabkan Yang Berhormat jawab macam itulah Yang Berhormat tidak dapat duduk situ lagi.

Speaker

Taman Medan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Setelah kita berbincang Alhamdulillah jalan tersebut dah siap sudah selesai pun.

Speaker

Taman Medan jangan langgar. Taman Medan perlu dapatkan kelulusan dari Pelabuhan Klang terlebih dahulu. Ya, teruskan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya teruskan berkenaan isu banjir tadi. Langkah ini bukan sahaja melindungi harta benda rakyat tetapi juga mengurangkan gangguan terhadap aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan yang sering terjejas. Jalan raya yang dinaik taraf akan membantu mengurangkan kesesakan trafik yang sering menjadi isu di kawasan ini terutamanya dengan jumlah kenderaan berat yang tinggi. Penambah baikkan ini juga akan meningkatkan produktiviti ekonomi memandangkan aliran perdagangan yang lebih lancar akan mengurangkan masa pengangkutan dan kos logistik. Lebih daripada itu ia akan memperkukuhkan daya tarikan Pelabuhan Klang sebagai Pusat Perdagangan strategik yang penting bukan sahaja untuk Selangor tetapi juga untuk Malaysia secara keseluruhan. Langkah Kerajaan Selangor ini memperlihatkan keupayaan dan keprihatinan dalam memastikan pembangunan infrastruktur terus relevan dengan keperluan ekonomi dan masyarakat. Pelabuhan Klang memuji langkah Kerajaan Selangor ini yang bukan sahaja dilihat bersifat reaktif tetapi juga proaktif dalam menangani cabaran perubahan iklim dan peningkatan risiko bencana. Melalui pelaksanaan projek-projek ini Kerajaan Selangor membuktikan kecekapan dan komitmennya untuk melindungi kesejahteraan rakyat serta memastikan aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan lancar.

Yang Berhormat Tuan Speaker Belanjawan Selangor 2025 terus mencerminkan keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap keperluan asas rakyat termasuk isu perumahan dan pembangunan komuniti. Pelabuhan Klang amat menghargai usaha Kerajaan Selangor yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 melalui inisiatif- inisiatif strategik yang mampu memberikan impak positif kepada kehidupan mereka. Dalam aspek perumahan Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Skim Rumah Selangorku Harapan dan Idaman yang menjadi bukti komitmen terhadap keperluan perumahan yang mampu milik dengan kelulusan 116,667 unit rumah, skim ini akan menyediakan peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana

untuk memiliki kediaman sendiri. Apa yang lebih membanggakan 4,552 unit rumah akan diperoleh secara percuma oleh rakyat daripada Kerajaan Selangor untuk program seperti Smart Sewa dan Rent to Own. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan rakyat tetapi juga memberi harapan kepada mereka yang selama ini sukar memiliki rumah akibat harga pasaran rumah yang tinggi. Skim ini amat relevan untuk kawasan seperti Pelabuhan Klang yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap rumah mampu milik dengan pembangunan perindustrian logistik yang pesat ramai penduduk tempatan dan pekerja dari luar memerlukan kediaman yang selesa tetapi mampu milik. Pelaksanaan skim ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan perumahan tetapi juga meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Selangor terus membuktikan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui langkah-langkah strategik yang dirancang dalam belanjawan Selangor 2025. Salah satu inisiatif utama yang diperkenalkan ialah penubuhan 100 pusat Kitar Semula di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Usaha ini amat siniskan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab bersama untuk menjaga alam sekitar. Langkah ini sejajar dengan matlamat untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sekali gus menyumbang kepada pencapaian ekonomi kitaran yang mampan. Kerjasama erat di antara Kerajaan Selangor dan Sektor-sektor swasta memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan inisiatif ini dengan memanfaatkan sumber dan kepakaran swasta Pusat Kitar Semula ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mengumpul bahan buangan tetapi juga pusat pendidikan untuk memupuk budaya hijau di kalangan masyarakat. Di kawasan Pelabuhan Klang usaha ini akan memberikan impak besar kepada komuniti tempatan mewujudkan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan memupuk gaya hidup yang lestari.

Yang berhormat Tuan Speaker dalam usaha untuk memacu kemajuan ekonomi Negeri Belanjawan Selangor 2025 turut menekankan pentingnya pembangunan boleh baharu. Antara projek utama yang diketengahkan ialah projek payung dan bidaan Large Scale Solar 5 (LSS5) kedua-dua inisiatif ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan Selangor sebagai Negeri yang inovatif tetapi juga menumbang kepada penjanaan peluang pekerjaan serta menarik minat pelaburan langsung asing. Projek LSS5 sebagai contoh berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi hijau di Negeri ini. Pelabuhan Klang melihat peluang besar untuk menyumbang kepada inisiatif ini melalui pelaksanaan program-program yang memperkasakan komuniti tempatan dengan ilmu dan kemahiran berkaitan tenaga boleh baharu. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan taraf hidup masyarakat tetapi juga menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mesra alam tambahan pula pelaksanaan projek payung mencerminkan usaha Kerajaan Selangor dalam memperluaskan akses kepada tenaga

solar khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Usaha ini membuktikan bahawa Selangor bukan sahaja berusaha untuk mencapai matlamat pembangunan hijau tetapi juga memastikan manfaatnya dinikmati secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat.

Yang Berhormat Tuan Speaker seterusnya Pelabuhan Klang ingin menyentuh mengenai teras ketiga iaitu memupuk Negeri Penyayang yang menunjukkan keprihatinan terhadap keadilan sosial, kebajikan masyarakat dan inklusif Kerajaan Selangor terhadap Rakyat di Negeri Selangor. Pertama sekali Pelabuhan Klang ingin menzahirkan rasa syukur terhadap komitmen Kerajaan Selangor dalam memperkukuhkan Institusi Agama Islam di Selangor sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAS) Masjid terbesar di Malaysia, masjid ini yang menjadi simbol keagungan Islam di Negeri Selangor telah berusia hampir 40 tahun sejak dibuka pada tahun 1988. Peruntukan ini sangat-sangat penting untuk memastikan keselesaan para jemaah yang hadir ke masjid tersebut terutama ketika program keagamaan berskala besar yang akan diadakan. Selain itu Kerajaan Selangor juga telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk menaik taraf 20 masjid kariah menjadi masjid pengurusan. Ini adalah langkah strategik untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran masjid memastikan pengurusan kewangan yang telus dan meningkatkan mengimarahkan masjid. Langkah ini mencerminkan usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan masjid sebagai pusat komuniti yang berfungsi bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai Pusat Perpaduan Umat Islam tambahan pula Pelabuhan Klang amat menghargai inisiatif Kerajaan Selangor untuk membina Kompleks Perkembangan Agama Islam Negeri Selangor dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Kompleks ini akan menjadi pusat kegiatan agama yang menyediakan maklumat terkini perkembangan Islam dan ruang untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan. Pelabuhan Klang yakin inisiatif seperti ini akan dapat menjadi pemangkin kepada usaha kita bersama untuk memartabatkan agama Islam di Negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Speaker dalam Belanjawan Selangor 2025, Kerajaan Selangor telah menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap aspek penjagaan kesihatan rakyat melalui peruntukan sebanyak RM40 juta untuk pelbagai inisiatif-inisiatif, program-program kesihatan. Langkah ini merupakan bukti jelas bahawa Kerajaan Selangor komited dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyatnya terutama golongan yang amat memerlukan. Di Pelabuhan Klang usaha ini amat dihargai kerana ia membawa manfaat yang besar kepada komuniti setempat khususnya golongan B40 yang sering berdepan cabaran mendapatkan akses kepada rawatan kesihatan. Salah satu inisiatif yang amat signifikan ialah Program Iltizam Selangor Sihat. Program ini yang sebelum ini telah banyak membantu rakyat mendapatkan rawatan asas secara percuma kini telah diperluaskan untuk merangkumi manfaat hospitaliti dan rawatan dialisis percuma selama

tiga bulan dengan had maksimum RM10 ribu. Langkah ini bukan sahaja meringankan bebanan kewangan golongan berpendapatan rendah tetapi juga telah memberi mereka peluang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang tanpa perlu risau tentang kos yang tinggi. Selain itu inisiatif kesihatan lain seperti Selangor Saring yang memfokuskan kepada saringan kesihatan awal turut menunjukkan keberkesanan dalam mencegah penyakit serius. Di Pelabuhan Klang program ini secara tidak langsung telah banyak membantu ramai individu mengenal pasti masalah-masalah kesihatan pada peringkat awal sekali gus meningkatkan peluang untuk rawatan yang lebih berkesan. Program seperti Selangor Mental Sihat juga sangat relevan dalam menangani isu kesihatan mental yang kini menjadi keutamaan global. Pelabuhan Klang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana turut memperuntukkan bantuan untuk rawatan penyakit kritikal seperti rawatan jantung yang menjadi penyebab utama kematian di Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker masalah demam denggi turut mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Selangor kerana.

Speaker

Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Taman Medan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Telah menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi memerangi wabak denggi.

Tuan Dr. Afif bin BahardinBERSATU · PNTaman Medan

Terima kasih Yang berhormat Pelabuhan Klang. Cuma saya ingin berkongsi sedikit Yang Berhormat Pelabuhan Klang hasil daripada soalan yang telah dibangkitkan dalam soalan bertulis saya tentang prestasi Program Iltizam Sihat Selangor atau Selangor Sihat (ISS) ini. Setakat 30 Oktober 2024 hanya 53,452 orang ahli sahaja yang berdaftar walhal sasaran yang diletakkan dalam Belanjawan tahun lalu atau Belanjawan 2024 adalah kita menyasarkan kepada 100,000 orang. Jadi Yang Berhormat Pelabuhan Klang, boleh tak kongsikan formula? Sebab Yang Berhormat lama dalam Dewan Selangor ini. Mungkin sebelum ini zaman Hulu Kelang menjadi Menteri Besar, semua orang dapat. Tetapi sekarang ini hanya 53,000 orang sahaja yang dapat. Saya ada laporan terperinci prestasi pendaftaran setiap ADN. Jika saya yang kalau kongsi kan nanti nampak saya macam menghina ADN. Jadi saya minta pendapat daripada Pelabuhan Klang apa langkah untuk hendak menyelesaikan masalah lebih dari 45% lagi sasaran tidak tercapai dan kita sudah sampai tinggal bulan 11 dan bulan 12 sekarang Yang Berhormat?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ya, Yang Berhormat Taman Medan jika di Pelabuhan Klang kita memang adakan kempen program-program kesihatan ini. Makna yang tidak mendaftar itu maknanya dia orang sihatlah. Sebab saya

sendiri. maknanya Yang Berhormat Taman Medan, jadi rakyat Selangor kira sihat lah. Ok. Ok. Dan kita memang pergi, dapatkan pendaftaran dapatkan program dari rumah ke rumah dan memang kita galakkan rakyat untuk mendaftar dan sekarang ini dipermudahkan boleh mendaftar ke sistem online. Kita menggalakkan Perikatan Nasional juga, kenapa tidak kempen sekali walau yang baik pun. Tolong daftarkan, tiada masalah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya balik dengan isu denggi, dengan kawasan yang berpopulasi yang padat, Pelabuhan Klang melihat langkah Kerajaan Negeri memperuntukkan kewangan sebanyak RM4 Juta ini adalah satu keperluan yang mendesak. Penyakit bawaan nyamuk seperti denggi sering kali bawa ancaman kepada kesihatan awam dan usaha proaktif Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkuatkan program mencegah dan kawalan adalah satu tindakan yang sangat terpuji.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam memastikan kebajikan rakyatnya terpelihara khususnya golongan yang memerlukan. Melalui Skim Khairat Darul Ehsan peruntukkan sebanyak RM20 Juta disediakan dalam Belanjawan 2025 untuk membantu keluarga yang kehilangan anggota keluarga yang tersayang. Bantuan Skim Khairat Kematian sebanyak RM1000 kepada rakyat Selangor berumur 50 tahun keatas adalah satu langkah yang amat bermakna khususnya kepada keluarga yang menghadapi tekanan kewangan selepas kehilangan pencari nafkah utama. Inisiatif ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor memahami cabaran yang dihadapi oleh rakyat Negeri Selangor dan bantuan ini sudah pasti dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Selain itu, Program Tajaan Penuh Haji kepada golongan B40 dengan peruntukan RM1.2 Juta turut mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap aspirasi keagamaan rakyat. Peluang menunaikan ibadah haji yang sering menjadi impian setiap muslim kini dapat direalisasikan oleh golongan yang kurang berkemampuan. Saya ada peserta dari kawasan DUN Pelabuhan Klang sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mendapat tajaan penuh pergi haji pada tahun 2023. Sebab itu saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana melalui Belanjawan 2025 program ini akan diteruskan, insha Allah. Saya yakin kita akan mendapat keberkatannya bersama-sama.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menangani cabaran pemilikan rumah melalui peruntukan sebanyak RM282.5 Juta untuk memperluaskan Skim Smart Sewa. Langkah ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan golongan B40 dan M40 tidak terpinggir daripada memiliki kediaman sendiri. Pelabuhan Klang percaya skim ini akan memberikan manfaat besar kepada rakyat Selangor termasuk masyarakat setempat di

kawasan Pelabuhan Klang. Skim Smart Sewa menawarkan peluang kepada rakyat untuk menyewa rumah pada kadar yang berpatutan sambil menyimpan untuk membeli rumah pada masa hadapan. Pendekatan ini sangatlah bijak kerana ia memberikan penyelesaian 2 dalam 1. Membantu rakyat memperoleh tempat tinggal yang selesa dan pada masa yang sama membina tabungan untuk pemilikan rumah.

Langkah ini amat sesuai dengan keperluan semasa, khususnya bagi golongan yang berdepankesukaran bagi mendapat pinjaman perumahan atau menghadapi masalah kekangan kewangan. Dengan peruntukan yang besar dan dan pelaksanaan yang teratur. Saya yakin Skim Smart Sewa berpotensi menjadi model perumahan mampan yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri yang lain di Malaysia. Di Pelabuhan Klang terdapat banyak keluarga yang akan dapat manfaat daripada skim ini, terutamanya golongan muda yang baru memulakan kehidupan berkeluarga. Melalui sokongan ini mereka dapat mengurangkan beban kos sara hidup sambil memastikan peluang untuk memiliki rumah sendiri kekal dalam jangkauan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, satu lagi Kerajaan Negeri Selangor juga akan melaksanakan pada tahun 2025 iaitu meneruskan Program Jualan Ehsan Rahmah (JER). Dan pada tahun 2025 Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan RM30 Juta bagi melaksanakan program tersebut. Kita semua sedia maklum bahawa Program Jualan Ehsan Rahmah ini menyediakan barangan asas lebih harga jauh lebih rendah, jauh lebih rendah daripada kedai-kedai biasa bertujuan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup.

Di kawasan Pelabuhan Klang, Program JER adalah program yang amat dinantikan oleh golongan B40 terutamanya. Adalah diharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri Selangor terus buat Program Jualan Ehsan Rahmah ini kerana ianya dekat di hati rakyat. Secara langsung dapat membantu meringankan beban kos rakyat. Kalau boleh buat dekat Pelabuhan Klang banyak sikit. (ketawa). Inisiatif ini diperkuatkan lagi dengan pelancaran Ehsan Mart yang dijangka akan membuka 10 premis baru pada tahun 2025. Yang ini hanya di Selangor. Langkah ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk memastikan akses kepada barangan asas yang berpatutan tidak terhad kepada program sementara semata-mata tetapi diperkukuhkan melalui infrastruktur kekal, kedai kekal seperti premis Ehsan Mart. Dengan pelaksanaan yang sistematik program ini pasti menjadi penyumbang utama dalam usaha untuk membantu tekanan kos sara hidup rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah di Negeri Selangor. Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor kerana melaksanakan Program Jualan Ehsan Rahmah dan juga akan menaikkan, akan melancarkan dan membuka 10 premis baru kedai Ehsan Mart pada tahun 2025.

Speaker

Pelabuhan Klang, Boleh tunggu sekejap?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ok.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, memandang Urusan Dewan ini masih panjang ini masih perlu disambung bagi urusan Dewan. Saya mempersilakan wakil Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar membawakan usul.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut: Bahawasanya Dewan yang Bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga 6.30 petang.

Datuk Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Usul ini DIPERSETUJUI. Saya jemput Pelabuhan Klang sambung.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Baru ada tenaga macam ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, menyentuh Teras ke-4 Belanjawan Selangor 2025 iaitu Menjuarai Urus Cekap dan Berwibawa. Belanjawan Selangor 2025 yang dibentangkan tidak sekadar menggariskan rancangan pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga menekankan kecekapan, tadbir urus dan memperkasakan teknologi sebagai pemankin kemajuan. Ini adalah satu langkah yang tepat untuk menjadikan Selangor negeri yang terunggul di Malaysia. Bukan sahaja memimpin dalam bidang ekonomi tetapi juga menjadi model pentadbiran yang progresif dan berpandangan jauh.

Dasar Speed Selangor adalah satu lagi komponen utama dalam Teras ke-4. Ini yang amat relevan dalam keperluan semasa. Dengan mempercepatkan proses kelulusan terutamanya dalam sektor perindustrian, dasar ini mampu menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor. Sebagai contoh, tempoh kelulusan merancang bagi kawasan industri terancang dipendekkan daripada 3 bulan setengah kepada 14 hari sahaja. Langkah ini bukan sahaja mempercepatkan pembangunan tetapi memberi mesej yang jelas kepada pelabur bahawa Selangor adalah destinasi yang mesra perniagaan, yang pelabur dan mesra perindustrian. Bagi kawasan Pelabuhan Klang yang merupakan Pusat Ekonomi Strategik, dasar ini amat penting. Ia bukan sahaja menarik pelaburan baru

dan tetapi juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk setempat terutamanya golongan muda yang memerlukan peluang pekerjaan yang berkualiti. Selain itu pendekatan seperti self-regulation dan industrial green lane yang diterapkan dalam dasar ini menunjukkan bahawa komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk memudahkan urusan perniagaan tanpa mengorbankan kepatuhan kepada peraturan. Pendekatan ini mencerminkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan tanggungjawab sosial.

Yang Berhormat Tuan Speaker, inisiatif Blueprint Lembah Klang Raya 2025 Belanjawan 2025 adalah langkah strategik untuk memperkukuhkan pembangunan di kawasan-kawasan bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang. Blueprint ini memberi tumpuan kepada pembangunan secara strategik, pembaharuan bandar, dan projek komuniti yang bertujuan untuk menjadikan bandar-bandar ini lebih mesra rakyat dan mampan. Sebagai Wakil Rakyat daripada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang melihat Blueprint ini sebagai peluang besar untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan Klang di masa hadapan. Projek-projek pembaharuan bandar yang dirancang akan memberikan nafas baru kepada kawasan lama menjadikannya lebih moden dan selesa untuk didiami. Kita semua sedia maklum bahawa kawasan Pelabuhan Klang, kawasan Bandar Klang merupakan kawasan bandar-bandar lama yang perlu mendapatkan perhatian daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi menaiktarafkan kawasan-kawasan Bandar Pelabuhan Klang dan juga kawasan Bandar Klang. Selain itu dengan Klang sebagai sebahagian daripada hub metropolitan Lembah Klang peluang untuk pembangunan infrastruktur, pengangkutan awam dan pelancongan juga akan meningkat. Pelabuhan Klang yakin bahawa pelaksanaan Blueprint ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat Klang dan Selangor secara keseluruhannya.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Belanjawan Selangor 2025 ini juga menekankan usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Peruntukan sebanyak RM600,000 bagi melaksanakan pengurusan sistem projek berimpak tinggi adalah satu langkah bijak dan wajar di puji. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pentadbir dengan memastikan setiap projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik. Bagi kawasan Pelabuhan Klang pelaksanaan sistem ini mempunyai kepentingan yang sangat besar. Sebagai kawasan yang berkembang pesat dengan pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan ekonomi, keupayaan untuk mengurus projek secara cekap adalah kunci utama untuk memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat mencapai matlamatnya. Sistem pengurusan projek berimpak tinggi ini dapat menangani kelewatan dalam pelaksanaan projek serta memastikan sumber kewangan yang diperuntukkan akan digunakan secara optimum. Pelabuhan Klang yakin bahawa sistem ini tidak hanya

menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan projek tetapi juga membantu meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan projek-projek pembangunan. Dengan pemantauan yang lebih rapi, setiap peringkat pelaksanaan projek dapat dikawal dengan lebih baik sekali gus mengurangkan risiko pembaziran ataupun salah guna kuasa ataupun salah guna dana awam. Langkah ini juga mencerminkan kesungguhan Kerajaan Selangor untuk memastikan setiap sen setiap duit yang dibelanjakan akan memberikan impak yang positif kepada rakyat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya Pelabuhan Klang ingin menyentuh mengenai teras yang terakhir iaitu Teras kelima, Ekonomi Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda. Teras ini bukan sahaja relevan tetapi amat-amat penting untuk memastikan pembangunan yang mampan serta mencipta peluang bagi generasi muda Selangor. Sukan adalah satu medium yang penting untuk membantu karakter, disiplin dan daya saing di kalangan generasi muda. Dalam Belanjawan Selangor 2025 yang dibentangkan baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM6 juta untuk Program Pembangunan Sukan mencerminkan komitmen Kerajaan Selangor terhadap pembangunan sukan dan kepentingannya dalam membina masyarakat yang sihat dan berdaya maju. Saya lihat peruntukan ini kalau berdasarkan pada tahun lepas peruntukan untuk pembangunan sukan ini adalah sebanyak RM8 juta tetapi ianya telah dikurangkan kepada RM6 juta. Saya merayu kepada Kerajaan Negeri agar dipertimbangkan semula supaya peruntukan untuk program pembangunan sukan ini dinaikkan semula ke RM8 juta ataupun perlu dipertingkatkan ke RM10 juta pada tahun hadapan kerana kita perlu menyediakan atlet Negeri Selangor bagi berhadapan dengan SUKMA yang kita sendiri Selangor akan jadi tuan rumah pada tahun 2026. Jadi, kita ada sukan yang kita target untuk menang, kita sasarkan untuk menang tapi ianya perlukan pembangunan dan pembangunan ini perlukan sumber kewangan dan sumber kewangan itu perlulah dipertimbangkan semula oleh pihak Kerajaan Negeri supaya dapatlah sekiranya menambah semula wang ataupun peruntukan ke dalam program pembangunan sukan ini. Sebab langkah ini sangat tepat untuk memastikan Selangor akan dapat melahirkan lebih ramai atlet yang akan mampu mengharumkan nama negeri dan seterusnya nama negara di peringkat antarabangsa.

Pelabuhan Klang, boleh minta laluan SUKMA?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Boleh, boleh.

Saya amat bersetuju dengan apa yang disebut tentang persiapan SUKMA yang mana tahun baru ini saya pergi ke Sarawak dan menyaksikan pertandingan SUKMA di Sarawak. Dan melihat

kepada persiapan itu, saya rasa ada dua perkara yang perlu kita perhalusi. Satu, ialah persiapan atlet kita dari sudut mempersiapkan atlet dari sudut latihan dan keduanya infra. Dan adakah Pelabuhan Klang bersetuju kalau sekiranya kita boleh memberikan sedikit tekanan, bukanlah tekanan memberikan sedikit galakan kepada kerajaan kita supaya kalau boleh infra itu siap sebelum SUKMA dijayakan, dilaksanakan pada tahun 2026 sebab dengan imej Negeri Selangor itu sebuah negeri yang gah dan maju saya harap fasiliti kita tidak kalah kepada penganjuran di Negeri Sarawak tempoh hari. Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya rasa ucapan Yang Berhormat Batu Tiga itu kita masukkan dalam ucapan saya dan mungkin saya berpandangan kemungkinan adalah sebab kenapa Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM6 juta ini. Mungkin kita dengarlah jawapan daripada tapi mungkin saya lihat mungkin ada kerjasama dengan pihak-pihak swasta yang juga akan menyumbang peruntukan kewangan ke dalam program pembangunan sukan. Sebab itu mungkin Kerajaan Negeri dapat mengurangkan kos di sini sebab adanya sokongan daripada syarikat-syarikat, penaja-penaja yang akan turut sama terlibat dalam program SUKMA yang akan dianjurkan di Negeri Selangor dua tahun daripada sekarang. Insya Allah sama-sama kita nantikan jawapannya dan apa pun kita Ahli-Ahli Dewan Negeri bersetuju untuk kita sama-sama mintalah supaya dinaikkan juga peruntukan program pembangunan sukan itu daripada RM6 juta kepada satu angka yang lebih munasabah, yang lebih realistik yang dapat membantu atlet-atlet kita dan dalam masa yang sama kita dapat menyiapkan infrastruktur-infrastruktur sukan sebelum SUKMA yang kita akan anjurkan di Negeri Selangor berlangsung.

Di kawasan Pelabuhan Klang, pembangunan sukan sentiasa menjadi agenda utama dalam melibatkan golongan belia, program pembangunan yang lebih berfokus termasuk klinik sukan dan kejohanan peringkat kawasan dapat memupuk minat generasi muda dalam pelbagai bidang sukan. Dengan sokongan Kerajaan Selangor melalui peruntukan ini, Pelabuhan Klang yakin bahawa lebih banyak bakat muda dapat digilap untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai disiplin sukan. Usaha ini juga akan dapat membantu menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup yang sihat di kalangan masyarakat. Kerajaan Selangor juga wajar menerima pujian atas usaha ini yang bukan sahaja tertumpu kepada sukan tradisional dan fizikal tetapi juga mengambil langkah berani dengan memberi perhatian kepada bidang E-Sport atau sukan elektronik. Penubuhan gedung E-Sport Selangor membuktikan bahawa Kerajaan Selangor peka terhadap trend semasa yang kian mendapat sambutan hangat khususnya di kalangan generasi muda. Bidang ini tidak hanya melibatkan aspek hiburan tetapi juga mampu menjadi sumber pendapatan dan kerjaya yang berdaya maju. Pelabuhan Klang memandang tinggi kejayaan pasukan E-Sport Selangor, Red Giant yang telah menunjukkan bahawa Negeri Selangor mempunyai keupayaan untuk menjadi peneraju

dalam arena E-Sport di Malaysia. Dengan sokongan seperti ini, Selangor mampu melahirkan lebih banyak pasukan bertaraf dunia, bertaraf antarabangsa sekali gus menjadikan negeri ini ataupun Negeri Selangor sebagai hub E-Sport utama di rantau ini. Pelabuhan Klang juga berharap agar usaha ini tidak harus terhenti di peringkat negeri sahaja. Program pembangunan E-Sport perlu diperluaskan di kawasan-kawasan luar bandar termasuk di kawasan Pelabuhan Klang untuk memberi lebih banyak peluang kepada belia-belia di seluruh Negeri Selangor. Pelabuhan Klang juga mencadangkan agar program pembangunan E-Sport ini disepadukan dengan inisiatif pendidikan di mana golongan belia bukan sahaja dilatih untuk bersaing dalam kejohanan tetapi juga diberikan juga pendedahan tentang aspek teknikal dan keusahawanan dalam bidang ini. Langkah ini sejajar dengan matlamat Kerajaan Selangor untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi juga berdaya saing dalam sektor ekonomi kreatif.

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam aspek keusahawanan peruntukan kepada Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) dan Platform Selangor (PLATS) merupakan inisiatif yang amat penting untuk menyokong perniagaan kecil dan mikro di Negeri Selangor. Pelabuhan Klang ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Selangor yang telah mengambil langkah pro aktif dalam memperkasakan usahawan khususnya kawasan Pelabuhan Klang di mana ramai usahawan mikro aktif dalam sektor perikanan, pelancongan dan makanan laut. Usaha ini bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Inisiatif yang dilaksanakan melalui DUMS dan PLATS ini berpotensi untuk memberi nafas baru kepada usahawan mikro membolehkan mereka mengakses sumber dan sokongan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan. Dengan adanya bantuan kewangan dan latihan yang sesuai, usahawan-usahawan ini akan dapat meningkatkan kemahiran mereka, memperluaskan rangkaian perniagaan dan menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pelabuhan Klang juga ingin memuji Kerajaan Selangor kerana mengatur program U-PLATS Expand yang dirancang untuk peniaga-peniaga, usahawan-usahawan menembusi pasaran luar. Ini adalah langkah yang tepat dan relevan pada waktu yang sesuai. Program ini bukan sahaja memberikan platform untuk mempromosikan produk tempatan tetapi juga membuka peluang baru untuk pertumbuhan dan diversifikasi perniagaan. Pelabuhan Klang berharap agar program-program ini akan dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Negeri Selangor. Memastikan bahawa usahawan-usahawan tempatan kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang pesat. Dengan pendekatan yang inklusif dan berkesan dari kerajaan kita dapat membantu mereka meraih kejayaan dan menjadikan Negeri Selangor sebagai pusat keusahawanan yang dinamik dan berdaya saing. Dengan usaha gigih ini, Pelabuhan Klang yakin

bahawa Selangor akan terus maju sebagai negeri yang memberi sokongan penuh kepada usahawan-usahawan dan perniagaan-perniagaan mikro.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai kesimpulan Belanjawan Selangor 2025 yang bertemakan Selangor Dinamik Cita Sempurna Malaysia Madani adalah satu dokumen yang bukan sahaja mencerminkan visi jangka panjang tetapi juga menampilkan strategi konkrit untuk menangani cabaran semasa dan masa depan. Ia merupakan satu manifestasi kepimpinan berwibawa yang mementingkan kesejahteraan, kelestarian alam dan keadilan sosial. Belanjawan 2025 Negeri Selangor ini yang dibentangkan oleh Y.A.B. Sungai Tua memperlihatkan kebijaksanaan Kerajaan Selangor dalam merangka perancangan yang menyeluruh dengan menitik beratkan lima teras utama yang mencerminkan satu visi yang inklusif, mampan dan progresif. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Selangor dalam tempoh ini adalah hasil daripada kepimpinan Y.A.B. Sungai Tua yang berwawasan, dasar yang jelas dan pelaksanaan yang berkesan. Belanjawan 2025 ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha tersebut dan mencerminkan azam yang tinggi untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh di Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Pelabuhan Klang mohon untuk menyokong penuh Belanjawan Selangor 2025 ini kerana Pelabuhan Klang yakin ia akan membawa manfaat besar kepada seluruh rakyat Selangor. Pelabuhan Klang juga menyeru agar semua anggota dewan, agensi-agensi kerajaan dan rakyat Selangor bersama-sama memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan aspirasi yang terkandung di dalam Belanjawan Selangor 2025. Dengan usaha yang berterusan, perpaduan dan kesungguhan Pelabuhan Klang percaya Selangor akan terus menjadi negeri maju, sejahtera dan berdaya saing bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di persada antarabangsa. Pelabuhan Klang menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker.

Indah berlabuh di Kuala Seberang, Kapal dagang membawa terang, Belanjawan Selangor begitu cemerlang, Membangun negeri rakyat terbilang.

Pertamanya, Subang Jaya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2025 dan dalam perkara ini Subang Jaya ingin membangkitkan tujuh perkara. Yang pertama..

Speaker

Saya bagi 15 minit.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Baik, terima kasih. 15 minit ok. Baik, terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya, Subang Jaya agak keliru apa yang disebutkan..

Speaker

15 minit, 15 minit.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang berkenaan pendapatan hasil negeri sebab kita duduk dalam Dewan yang sama, kita dengar ucapan yang sama tetapi saya keliru mengapa kesimpulan Ketua Pembangkang pula berbeza. Kerana jelas dalam ucapan Dato’ Seri Menteri Besar terdapat usaha untuk mempelbagaikan pendapatan. Contohnya yang pertama. Melalui dasar pelepasan sifar di mana dianggarkan bahawa hasil berpotensi sebanyak 12 juta pada tahun 2025, pertama. Kedua, apabila Ketua BBC Pelabuhan Klang bertanyakan apakah yang telah dilaksanakan pada masa Ketua Pembangkang? Arsenal ataupun senjata yang paling besar yang boleh disebutkan hanyalah berkenaan dengan Smart Selangor. Saya nak sebutkan di sini, as of 2025 Kerajaan Negeri Selangor akan lebih ke depan bawah Dato’ Seri Menteri Besar dengan memperkenalkan AI Trailblazer untuk meningkatkan efficiency penjawat awam. Jadi, Subang Jaya hanya hendak menegur di sini, kalau hendak menjadi pembangkang kena menjadi pembangkang yang bertanggungjawab. Ada fakta dalam ucapan Dato’ Seri Menteri Besar kenalah sebutkan fakta tersebut. Jangan mengelirukan Dewan yang mulia ini, itu pertama. Berkenaan hasil, Subang Jaya juga ingin mencadangkan di sini bahawa di Selangor kita sebenarnya mendapat satu peluang. Sekarang satu dunia sedang melihat bukan sahaja Kerajaan Negeri Selangor tetapi juga Malaysia di mana sudah tubuhnya beberapa data center iaitu Google, Microsoft dan juga Amazon Web Services yang akan ditubuhkan bukan sahaja di Johor tetapi juga di Selangor dan juga Pulau Pinang. Di sini terdapat satu peluang di mana Kerajaan Negeri Selangor boleh melaksanakan carbon credits. Carbon credits merupakan perdagangan karbon di pasaran yang memungkinkan berlakunya rundingan dan pertukaran hak pelepasan karbon (emisission) gas rumah kaca. Ini adalah kerana untuk data-data center berkenaan terdapat banyak pelepasan karbon yang akan dihasilkan mereka. Jadi terdapat keperluan syarikat-syarikat tersebut untuk membeli karbon daripada sumber lain dan salah satu sumbernya adalah hutan. Di Selangor kita telah melaksanakan satu moratorium pembalakan dan perkara itu adalah wajar memandangkan carbon sink tersebut adalah sangat penting supaya kita boleh memaksimakan peluang tersebut. Jadi Subang Jaya ingin bertanya, jika ada pelaksanaan ataupun usaha untuk melaksanakan carbon credit di Negeri Selangor, apakah statusnya dan adakah usaha lain untuk mempelbagaikan saluran pendapatan bagi Kerajaan Negeri Selangor? Itu merupakan perkara pertama.

Kedua, pengangkutan awam. Subang Jaya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengumumkan RM20 juta untuk Demand Reponsive Transit (DRT). Dalam Belanjawan 2023 iaitu tahun yang lepas, Dato’ Seri Menteri Besar telah mengumumkan konsep Selangor Mobiliti. Konsep ini merupakan sebuah sistem pengangkutan awam yang menggabungkan semua aspek pengangkutan di bawah satu bumbung iaitu bukan sahaja tumpuan kepada pengangkutan awam tradisional, seperti bas ataupun keretapi. Contohnya di Selangor kita ada LRT, kita ada komuter tetapi Selangor Mobiliti juga merangkumi jaringan first mile dan last mile, iaitu dengan izin juga merangkumi laluan pejalan kaki, laluan basikal dan juga e-scooter ataupun micro mobility. Jadi soalan Subang Jaya, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membina jaringan first mile dan last mile tersebut selain Demand Reponsive Transit? Di Subang Jaya kita sedang usahakan untuk melaksanakan micro mobility. Jadi pada 27 Jun 2024, MBSJ telah meluluskan satu garis panduan perancangan laluan kenderaan micro mobility di peringkat Selangor yang di mana kita akan melaksanakan satu sandbox mobility di SS15 dan juga di Taipan. Seterusnya pada bulan Julai terdapat satu mesyuarat di pejabat saya di mana Jabatan Kejuruteraan dan juga Jabatan Perancang MBSJ telah setuju untuk menumpukan fokus di SS15 dan persetujuan juga dicapai untuk menaiktaraf laluan-laluan di SS15 supaya boleh angkat perkara ini untuk kelulusan Menteri. Pada bulan Ogos saya difahamkan bahawa Jabatan Kejuruteraan juga telah mengesahkan bahawa inventori penaiktarafan laluan-laluan tersebut yang dikemukakan oleh Jabatan Perancang telah dilaksanakan di DAPAT. Soalan Subang Jaya, apakah status pelaksanaan micro mobility ini? Saya yakin bahawa kalau kita lihat data DRT di seluruh Selangor, DRT akan menunjukkan data tersebut akan menunjukkan bahawa hasil yang paling tinggi adalah daripada Subang Jaya dan ia ada sebabnya. Di Subang Jaya demografi kita lain daripada kawasan lain. Ini adalah kerana kita mempunyai 5 universiti terbesar walaupun swasta tetapi terbesar di seluruh Selangor iaitu Taylors, Sunway, INTI, SEGI dan juga MONASH. Kelima-lima university ini membawa lebih kurang 100 ribu pelajar ke dalam Subang Jaya setiap tahun. Jadi secara tidak langsung demand untuk pengangkutan awam adalah sangat tinggi dan secara tidak langsung demand untuk first mile dan last mile juga adalah sangat tinggi. Jadi penting juga untuk kita mempelbagaikan pengangkutan awam dengan melaksanakan mikro mobility. Jadi soalan Subang Jaya, apakah status pelaksanaan sebab kalau kita sudah bersedia maka kita hanya perlu mengangkat permohonan kepada Menteri Pengangkutan dan saya bersedia untuk bantu mendapatkan kelulusan tersebut. Perkara kedua.

Perkara ketiga adalah rumah ibadat bukan Islam. Pertamanya Subang Jaya ingin memuji Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri pada tahun 2008 apabila kita telah menjadi kerajaan bawah Pakatan Rakyat pada masa itu telah memperkenalkan tabung ataupun dana untuk rumah ibadat bukan Islam dan kita lihat dalam berita pada hari ini bahawa Negeri Perak juga mengikuti jejak Kerajaan Negeri di mana mereka telah mengumumkan

RM1 juta bawah belanjawan mereka untuk rumah ibadat bukan Islam. Jadi dengan penambahan penduduk dan juga migrasi penduduk daripada luar negeri ke dalam Negeri Selangor terdapat keperluan untuk kita menambahkan jumlah ini. Sebab prasarana sedia ada dalam rumah ibadat bukan Islam apabila kita guna banyak maka ada banyak yang akan rosak. Jadi saya mohon dengan rendah diri, supaya kita sebagai Kerajaan Negeri yang telah menerajui perkara ini boleh menaikkan peruntukan sedia ada iaitu RM4 juta kepada RM10 juta. Itu permohonan daripada Subang Jaya.

Perkara seterusnya, adalah berkenaan isu strata. Subang Jaya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan RM10 juta untuk tabung penyelesaian strata Negeri Selangor. Perkara ini amat-amat diperlukan untuk Subang Jaya. Kerana antara hartanah yang tiada hakmilik strata adalah contoh, Spectrum Apartment di PJS 11 dan juga Indah Villa Apartment di PJS 11. Tabung ini adalah untuk pangsapuri yang telah wujud 20 tahun tetapi untuk kedua-dua pangsapuri ini dalam Subang Jaya telah wujudnya 35 tahun tetapi sehingga hari ini tak ada hakmilik strata lagi. Antara puncanya adalah kerana kedua-dua pangsapuri ini sudah wujud sebelum wujudnya Majlis Perbandaran Subang Jaya iaitu masa Majlis Perbandaran Petaling Jaya sebelum Petaling Jaya menjadi bandaraya lagi dan kita tidak boleh mengenalpasti di mana Kebenaran Merancang dan juga pelan bangunan. Ianya tidak boleh dicari. Kedua, pemaju juga sudah gulung tikar. Jadi walaupun pemilik tanah masih ada tetapi tanggungjawab untuk memohon strata adalah bawah pemaju. Jadi dana ini amat membantu untuk melukis semula pelan bangunan yang kita tidak boleh cari sekarang. Walau bagaimanapun, Subang Jaya berharap agar Kerajaan Negeri juga akan memikirkan cara untuk mengambil tindakan atas pengarah-pengarah pemaju yang tidak menepati perjanjian jual beli supaya kita sebagai Kerajaan Negeri juga boleh claw back duit yang kita sudah membelanjakan sekarang untuk menyelesaikan masalah. Berapa baik hati pun Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu menghantar message yang tegas kepada semua pemaju bahawa mereka haruslah bertanggungjawab dalam perkara perumahan bagi rakyat jelata di luar sana. Pandangan Subang Jaya adalah bahawa kita sebagai Kerajaan Negeri merupakan pelindung rakyat dan kita mempunyai tanggungjawab untuk menuntut keadilan bagi pihak mereka. Dalam perkara ini Subang Jaya ingin membangkitkan isu Pangsapuri Angsana yang terletak di USJ 1. Dalam perjanjian jual beli, pemaju telah menjanjikan bahawa terdapat sebidang tanah di belakang tadika sedia ada yang patutnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menjadikan tadika sebenar. Jadi tadika sedia ada patutnya menjadi Dewan Orang Ramai. Walau bagaimanapun, dalam Rancangan Tempatan MBSJ sedia ada, tanah tadika tersebut masih di gazette sebagai tanah perumahan dan belum di serahkan kepada Kerajaan. Perkara ini saya pernah bangkitkan pada dua sidang yang lepas. Saya dimaklumkan oleh mantan Datuk Bandar bahawa MBSJ akan tulis surat kepada pemaju untuk minta ianya diserahkan kepada PTGS. Sejak itu malangnya saya tak pasti

apakah perkembangannya. Jadi Subang Jaya ingin bertanyakan apakah status perkara tersebut memandangkan bilangan penduduk Angsana adalah 8000 orang. Tanah institusi dan tanah rekreasi seperti ini adalah sangat penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka terutamanya memandangkan di mana mereka adalah bawah golongan B40.

Perkara seterusnya Akta 672. Subang Jaya ingin merekodkan persetujuan Subang Jaya bahawa kita perlu menandatangani Akta 672. Ini adalah kerana dengan kenaikan kos operasi Kerajaan Negeri perlu memikirkan solusi untuk memperolehi dana tambahan supaya kita boleh mengekalkan mutu perkhidmatan, mengutip sampah yang tinggi. Soalan Subang Jaya berkenaan Akta 672 adalah, bila agaknya Kerajaan Negeri akan menadatangani dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil kearah menandatanganinya sebab kita sebagai Kerajaan sebagai Backbencher ingin memastikan bahawa kita boleh membantu untuk menyokong Kerajaan Negeri ke arah tersebut.

Perkara seterusnya adalah berkenaan Dana Bantuan Guaman Selangor. Dana ini diperkenalkan pada tahun 2022. Ianya amat membantu mereka yang dinafikan akses kepada keadilan di mahkamah. Dana bantuan ini berperanan menuntut lompang dana-dana bantuan yang lain seperti dana bantuan guaman Malaysia (BAR) dan Jabatan Bantuan Guaman Negara. Kes-kes yang diliputi bawah Dana Bantuan Selangor tidak perlulah diliputi bawah dana bantuan guaman yang lain. Jadi dana mereka boleh digunakan untuk meliputi kes yang lain. Dalam jawapan kepada Kampung Tunku pada sidang yang lepas, ianya telah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri bahawa 47 orang telah menerima manfaat bawah program ini. Subang Jaya sedikit risau apabila Dana Bantuan Guaman Selangor tidak disebutkan belanjawan kali ini. Jadi soalan Subang Jaya adalah, samada Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini dan kalau ianya akan diteruskan, apakah jumlah peruntukan yang akan ditetapkan?

Air mengalir di celah batu, Hijau sawah luas terbentang, Hala tuju Negeri kekal padu, Bersama berjuang hingga gemilang.

Pantun ini mengakhiri perbahasan dengan tekad dan doa penuh keikhlasan. Semoga negeri terus maju ke depan. Rakyat bersatu, impian digenggam. Dengan itu Tuan Speaker, Subang Jaya menyokong.

Speaker

Sungai Burong?

Bismillahirrahmanirrohim. Terima kasih Tuan Speaker, seluruh Ahli Dewan yang dirahmati, selamat sejahtera. Diucapkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan Negeri Selangor yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Belanjawan 2025. Sepertimana yang kita tahu bahawa kini sudah mencecah 7 tahun berturut-turut belanjawan yang diumumkan adalah belanjawan deficit. Walaupun ianya adalah dibenarkan, tetapi ia melambangkan bahawa perbelanjaan ataupun perancangan ekonomi yang kurang tuntas. Bahkan permasalahan-permasalahan rakyat di bawah dengan adanya teras pertama AI dan seumpamanya walaupun ianya bagus, baik, menuju ke arah depan, tetapi seolah-olah tidak responsive dan tidak menjejak ke bumi kepada permasalahan-permasalahan rakyat. Sebagai contoh, permasalahan rakyat yang mengalami kos sara hidup dengan senarai cukai yang begitu banyak seperti cukai keuntungan modal, kadar 10-30%, cukai barangan mewah kadar 5-10%, cukai perkhidmatan digital kadar 6%, pelarasan kadar cukai pendapatan individu 2%, cukai keuntungan luar biasa kadar 3-5%, cukai plastik sekali guna dan begitu juga cukai minuman bergula dan itu belum lagi ditambah dengan penarikan beberapa subsidi yang sangat-sangat membebankan rakyat. Walaupun ada bantuan-bantuan kepada golongan sasar B40, tetapi Sungai Burong menganggap Belanjawan 2025 yang dikemukakan kurang responsive kepada masalah yang membelenggu rakyat kebanyakan.

Tuan Speaker, dalam kita memperkukuhkan perbelanjaan mengurus yang semakin meningkat dan banyak, Sungai Burong melihat supaya pengurusan perbelanjaan ini perlu diberikan tumpuan yang lebih dengan mewujudkan KPI jelas dan laporan berkala untuk memastikan dana digunakan secara berkesan. Bahkan menilai dan menambah baik perkara-perkara yang tidak mencapai sasaran melalui sebuah audit bebas. Ini pernah dinyatakan oleh Steven Covey, sesuatu perancangan gagal bukan kerana perancangannya semata-mata tetapi 70% kegagalan sesuatu perancangan adalah pada pelaksanaannya.

Tuan Speaker, dan Sidang yang dirahmati Allah, sewajarnya tumpuan pada mitigasi perubahan iklim yang mengakibatkan banjir dan inisiatif tenaga lestari perlu ditekankan kerana memandangkan perubahan iklim yang kritikal di Negeri Selangor. Apabila urusan banjir ini tidak diberikan penekanan maka kita melihat kerugian-kerugian yang keluar yang terbit daripada banjir itu sendiri, lebih besar kosnya berbanding peruntukan-peruntukan yang diperuntukkan untuk permasalahan banjir ini. Bahkan pelabur-pelabur dari luar ataupun tempatan menjadikan isu ini sebagai mereka takut untuk membuat pelaburan di Negeri Selangor. Jadi, bagaimanakah mahu berkembangnya ekonomi Selangor apabila masalah mitigasi perubahan iklim ini tidak serius dengan peruntukan bajet yang kurang memuaskan. Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang dirahmati Allah, saya ingin memetik cerita Zulkarnain dalam berkerajaan melalui Surah Al-Kahfi.

Zulkarnain mempunyai satu buah kerajaan yang begitu besar meliputi Timur dan Barat dunia. Ketika itu ada satu kaum yang meminta untuk membuat tembok tetapi dengan penyelesaian yang tuntas Zulkarnain berjaya untuk mengenengahkan bukan sekadar membuat projek tembok tetapi memberi dua (2) pengajaran yang saya hendak petik untuk diambil pengajaran oleh Kerajaan Negeri. Yang pertama, Zulkarnain membina modal insan bukan sekadar membuat projek tetapi menggalakkan rakyat untuk sama-sama membuat projek tembok ini supaya Zulkarnain pergi dan datang tetapi rakyat tidak selama-lamanya boleh bergantung pada Kerajaan dan manusia dan mati, takkan sampai bila-bila kita akan bergantung harap kepada manusia itu. Oleh sebab itu, dengan pembangunan modal insan ini, sudah sampai masanya Sungai Burong melihat dalam isu kemiskinan termasuk asnaf-asnaf zakat, sudah sampai masanya untuk mewujudkan pemantau-pemantau sebagai contoh, dalam isu zakat, pemantau-pemantau yang memantau rapat projek ekonomi sehingga berjaya mengeluarkan kepompong asnaf termasuklah miskin tegar ini. Sudah masanya untuk memberikan gaji yang khusus, peruntukan yang khusus kepada pemantau-pemantau ini untuk memastikan bukan sahaja golongan sasar menerima ikan tetapi mereka mula dapat menggunakan joran untuk memancing.

Tuan Speaker, yang kedua, Zulkarnain memberikan pendidikan spiritual. Pendidikan spiritual dalam kerangka membangunkan modal insan adalah sangat penting. Sebab sejarah membuktikan runtuh dan jatuh sesebuah tamadun dalam lipatan sejarah peradaban manusia, bukanlah kerana kurang tingginya piramid, bukan kerana kurang tingginya bangunan Petra di Jordan yang dibuat rancangan Indiana Jones ataupun filem. Dan bukan kerana kurang tingginya bangunan KLCC tetapi runtuh sesebuah tamadun dalam lipatan sejarah peradaban manusia kerana runtuhnya modal insan itu sendiri, maka pendidikan spiritual yang ditunjukkan oleh Zulkarnain kepada rakyatnya perlu dititikberatkan. Saya memandang Bajet Pembangunan Belia sebanyak RM2.8 juta, Bajet Modal Insan Sosial RM2.6 juta, Program Pembangunan Modal Insan Penjawat Awam RM1 juta, Pembangunan Mahasiswa RM8.7 juta dan yang lain-lain lagi adakah merespon kepada permasalahan di bawah. Baru-baru ini di Parlimen menyatakan sebanyak 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan semenjak lima (5) tahun lepas. Daripada jumlah itu, 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin. Ini daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bahkan sesuatu yang lebih mengejutkan lagi, kita menyaksikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang baru-baru ini memberikan jawapan bertulis di Parlimen mendedahkan kerisauan dan kebimbangan peningkatan dalam kes jangkitan HIV di kalangan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Ini melambangkan bahawa permasalahan di bawah Modal Insan yang berterabur walaupun adanya bajet-bajet yang diperuntukkan, adakah program-program yang disediakan merespon kepada apa permasalahan yang ada di bawah, ditambah pula apabila diumumkan Duti Hiburan yang dikurangkan kepada 10%

untuk artis Antarabangsa, artis Tempatan pengecualian penuh. Ini menjadikan hiburan-hiburan yang merangsang kepada masalah sosial yang mengakibatkan modal-modal insan ini akhirnya perlu dilaburkan kos lebih besar berbanding modal insan yang hanya perlu dibangunkan dari sudut ekonomi. Saya tekankan sekali lagi, saya ulang, pembangunan modal insan dari sudut spiritual perlu diberikan penekanan.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang dirahmati Allah S.W.T., Sungai Burong baru-baru ini ada juga menerima beberapa aduan daripada golongan yang disebut sebagai asnaf. Daripada lapan (8) golongan asnaf ini, salah satunya adalah golongan yang disebut sebagai mualaf. Mualaf ini mereka yang baru berjinak dengan Islam ataupun baru masuk Islam dan golongan ini diberikan peruntukan sebanyak ataupun zakat tujuh (7) tahun dan kebelakangan ini turun kepada lima (5) tahun, itu bukan perbahasannya. Tetapi perbahasan pada kali ini, golongan yang cukup kritikal dan fragile, dengan izin, apabila mereka ini sebanyak hampir enam (6) bulan tidak menerima zakat mereka dan mengakibatkan mereka tidak boleh juga mendatangi kelas. Kelas untuk mengukuhkan kefahaman agama. Bermakna apabila elaun mereka tertunda selama enam (6) bulan, bahkan kelas-kelas pengajian untuk mengukuhkan akidah mereka terencat, maka ini adalah permasalahan akidah yang membimbangkan apabila mereka boleh murtad kembali, wal’iyadzubillah. Oleh sebab itu, kita tidak ada masalah dari sudut asnaf fisabilillah, mungkin pengurangan penghantaran pelajar secara biasiswa di Jordan ataupun di Mesir dan seumpamanya, masih lagi pada perkitaran yang disebut sebagai khilaf yang boleh dibincangkan. Tetapi asnaf mualaf ini adalah asnaf yang tidak ada khilaf dalam penaksirannya yang perlu dibela untuk tujuan tersebut.

Tuan Speaker dan Sidang Dewan yang dirahmati Allah, saya berpindah kepada urusan di tempat ataupun kawasan saya di Sungai Burong, memandangkan setinggan-setinggan dan beberapa perumahan yang mengambil rizab-rizab sungai, rizab-rizab jalan bahkan buffer zone yang bahaya di tepi-tepi pantai yang dikategorikan sebagai setinggan, ini adalah bahaya apabila menjelang musim-musim banjir yang semakin kritikal. Oleh sebab itu, jawapan bertulis yang saya lihat yang diberikan, tanah rizab Melayu sebanyak 42.5%, saya ulang, 42.5% yang masih lagi tidak digantikan lagi, perlu diambil serius oleh Kerajaan Negeri untuk melihat golongan ini ditempatkan bahkan saya, Sungai Burong mencadangkan supaya dah masanya dan sampai tikanya untuk duduk bersama-sama dengan MAIS untuk tanah-tanah yang disebut sebagai wakaf ataupun duduk bersama dengan korporat-korporat yang mempunyai dana yang besar untuk memberi ataupun memberikan sebidang tanah ataupun beberapa keluasan tanah yang tertentu untuk golongan-golongan kritikal yang saya yakin tidak banyak ini untuk ditempatkan penempatan mereka. Tuan Speaker, saya pergi kepada masalah satu tempat rekreasi yang sepatutnya menjadi tempat mereleasekan tension, dengan izin, yang sesuai dengan peningkatan kadar, apa dipanggil, kadar mental yang semakin merisaukan kebelakangan

ini iaitu di Padang Astaka. Di Padang Astaka, satu ketika dahulu di Sungai Burong di malam harinya mempunyai satu aktiviti yang memberangsangkan dengan jualan-jualan yang meningkatkan ekonomi penduduk setempat, dengan aktiviti-aktiviti anak muda, permainan takraw, sukan-sukan lasak menjadikan ia adalah satu alternatif yang sihat, yang bagus bagi anak-anak muda di Tanjung Karang khususnya, di DUN Sungai Burong. Tetapi, apabila aktiviti malam ini tidak konsisten, kerana terganggu dek lampu yang kejap-kejap on, yang kejap-kejap off. Kejap-kejap menyala, kejap-kejap tidak menyala, mengakibatkan aktiviti ini terencat, bahkan aktiviti ekonomi yang dimarakkan oleh peniaga-peniaga yang sudah menyediakan bahan-bahan jajaan terpaksa dibatalkan apabila lampu ini tidak berfungsi dan tidak tahu bilakah jadualnya yang sepatutnya, ataupun adakah ada bangkangan daripada masyarakat setempat dalam isu ini. Maka, walaupun ada bangkangan, mungkin, pastinya perkara yang disebutkan tadi lebih signifikan untuk dipandang bagi diselesaikan.

Dan penutupnya, isu taman Tanjung Karang, ataupun Taman Ketam yang baru-baru ini hampir 20 tahun tidak mengalami banjir walaupun berdekatan dengan kawasan sungai. Saya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara tahun 2022, banyak yang ditegur, dua (2) antaranya yang saya akan relatekan ataupun hubungkan dengan masalah hentaman ini. Yang pertama adalah masalah Kolam Takungan yang mungkin tidak ada. Ia perlu diwujudkan untuk mengurangkan kadar limpahan air banjir ke rumah-rumah penduduk Taman Ketam, nama glamournya di tempat saya lah. Yang betulnya, Taman Tanjung Karang. Kedua adalah bagaimana kita tengok ARI (Average Recurrence Interval) iaitu longkang saiz yang mungkin masih lagi ketinggalan zaman, 30. Sepatutnya kita dah boleh pergi dalam keadaan iklim yang tidak stabil dan unjuran iklim yang semakin memburuk, kita boleh pergi kepada ARI 100 untuk longkang dan menampung air hujan yang semakin banyak tetapi paling kurang pun buatan longkang, ARI 50 sewajarnya diadakan untuk mengatasi masalah ini. Tuan Speaker, saya juga ingin menekankan bahawa di Taman Ketam ini ada satu jalan yang tidak selesai, apabila diajukan kepada JPS, JPS menyatakan kami tidak mampu untuk membuat maintenance lagi. Kerana apa, kerana maintenance bagi ban di situ perlu tanah kasaran ataupun tanah biasa, batu-batu kasaran. Tetapi yang itulah, yang ada di situ adalah jalan tar dan jalan tar ini yang sebahagiannya menjadikan maintenance JPS tidak dapat dilakukan dengan baik dan mengakibatkan limpahan air banjir. Maka, ini perlu diselesaikan ditambah pula penduduk di Taman tersebut complaint bahawa jalan tersebut yang melalui lorong-lorong rumah mereka menjadi satu jalan short cut ketika mana di Tanjung Karang di hujung-hujung minggu mengalami jammed yang begitu ketat. Oleh sebab itu, diminta seluruh agensi kerana teguran Laporan Audit Negara 2022 juga menyatakan link antara agensi yang lemah sebagai salah satu muhasabah, sebagai salah satu perkara yang perlu ditekankan untuk duduk bersama. Nyahkan kembali tar tersebut yang tidak disenangi oleh rakyat itu

sendiri bahkan menyelesaikan untuk di maintain ban tersebut supaya tidak berlaku limpahan air lagi di kawasan taman yang berhampiran.

Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli Dewan. Moga-moga apa yang dibangkitkan, kami sebagai check and balance di dalam Dewan ini dapat diberikan perhatian, sekian Wassalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Saya persilakan Yang Berhormat Dusun Tua.

Bismillahirrahmanirrohim. Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Kita Selangor, Salam Malaysia Madani. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian serta seluruh hadirin yang dihormati. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas pembentangan Bajet 2025 yang berpandangan jauh dengan jelas memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri yang mampan. Teras II Projek Pembinaan Jambatan. Selaku ADN Dusun Tua, saya rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri melalui pengumuman projek pembinaan jambatan ini. Ini merupakan bukti komitmen Kerajaan bagi menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan mampan untuk manfaat semua. Saya memohon Kerajaan Negeri untuk membantu dalam rangka pemulihan jambatan-jambatan yang runtuh khususnya di Dusun Tua selepas banjir 2021. Kejadian itu memberikan impak yang mendalam kepada penduduk dan pengumuman ini pasti akan menjadi simbol kesungguhan kita dalam membangunkan kawasan luar bandar yang sering terkesan akibat daripada bencana alam.

Seterusnya Teras II, Turapan Mega melalui Infrasel. Di Dusun Tua terdapat beberapa projek utama penyuraian trafik yang sedang dinaik taraf iaitu pelebaran jalan di persimpangan lampu isyarat Batu 9, Cheras dan persimpangan lampu isyarat Batu 14 yang sekian lama dinantikan oleh penduduk. Namun kebanyakan jalan yang sedia ada telah mengalami kerosakan yang teruk akibat kekerapan keluar masuk lori-lori dan jentera berat yang mana tiada pilihan alternatif bagi menghubungkan pengguna melalui jalan di Hulu Langat. Jumlah kenderaan yang semakin tinggi dan pengguna yang kerap berkunjung di Dusun Tua pada hujung minggu menjadi asbab bahawa Dusun Tua memerlukan satu jalan alternatif yang boleh menghubungkan kami keluar ke Kuala Lumpur atau pun ke Kajang. Saya memohon kepada Kerajaan Negeri agar Dusun Tua diberikan perhatian dalam Program Turapan Mega yang diumumkan bajet Jumaat lepas agar pengguna dapat merasakan keselesaan memandu tanpa jalan raya yang rosak dan berlubang. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, JKR yang telah turun pandang JKR Selangor, EXCO Infra, Pandan Indah yang turun juga. Yang meluluskan Projek Jalan Simpang Batu 9 dan Simpang Batu 14.

Seterusnya teras kedua, Taman Rakyat Madani. Taman Rakyat Madani yang diumumkan kali ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan ruang awam yang mesra komuniti. Saya memohon agar Padang Awam Batu 14 dan Padang Awam Kampung Sg Lui yang masih tidak dapat digunakan selepas baik pulih dijalankan dijadikan sebagai Taman Rakyat Madani. Baru-baru ini baik pulih dijalankan mungkin tidak cukup bajet di Padang Awam Batu 14 ini saya merayu supaya padang ini dapat disiapkan kerana ekoran banjir pada 2021 padang ini dijadikan tempat longgokan lumpur waktu banjir dan saya ucapkan terima kasih pengumuman yang dibuat oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar berkenaan program Madani ini merupakan satu berita baik dan saya berharap padang tersebut dapat diangkat dalam rangka program ini.

Seterusnya Projek Tebatan Banjir. Pengumuman peruntukan sebanyak 9.3 juta untuk Projek Tebatan Banjir di Lembangan Sungai Langat dilihat sangat bermakna bagi penduduk Dusun Tua yang kerap berhadapan isu banjir terutamanya pada musim monsun yang telah tiba. Dusun Tua ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kelulusan tebatan banjir daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM514 juta dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri meluluskan bajet RM21 juta untuk mengatasi masalah banjir di Dusun Tua. Saya memohon supaya pelaksanaan projek ini dapat dipercepatkan seperti di antara kawasan Sungai Lui dan Sungai di Kampung Jawa, Pekan Batu 18, Kampung Batu 16, Sungai Sireh Batu 10, Kampung Felda Semungkis dan Kampung Sungai Serai sering terjejas bila banjir melanda. Mereka mengalami trauma akibat kerugian harta benda malah juga insiden kehilangan nyawa.

Teras kedua Pembangunan Sistem Saliran. Pengumuman pembangunan sistem saliran yang lebih terancang dan mampat merupakan langkah penting khususnya bagi kawasan-kawasan yang sering terkesan akibat masalah banjir. Saya memohon agar Dusun Tua diberikan keutamaan dalam pelaksanaan projek ini. Sistem saliran yang kurang efisien sering menyebabkan air hujan melimpah dan menyumbang kepada banjir kilat di beberapa kawasan rendah terutamanya di kawasan kampung, Kampung Batu 10, Kampung Melaka, Kampung Sungai Serai, Pekan Batu 14 dan Batu 18. Dengan adanya pembangunan mahupun penyelenggaraan sistem saliran yang baik, saya percaya risiko banjir dapat dikurangkan sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang kerap terjejas banjir. Saya berharap agar perancangan dan pelaksanaan projek ini dilakukan dengan teliti serta melibatkan pandangan daripada masyarakat setempat untuk memastikan keberkesanan langkah yang diambil.

Seterusnya teras dua, Pelan Induk Saliran Mesra Alam iaitu PISMA. Pengumuman Pelan Induk Saliran Mesra Alam iaitu PISMA bagi daerah Hulu Langat sangat bermakna kerana daerah Hulu Langat sering menghadapi masalah banjir terutamanya semasa musim monsun pelaksanaan PISMA di kawasan ini akan membantu menangani isu saliran yang tidak terurus dengan baik sekali gus mengurangkan risiko banjir yang sering menjejaskan kehidupan harian penduduk dan ekonomi setempat. Dalam hal ini saya berharap agar PISMA dilaksanakan dengan pendekatan yang melibatkan semua pihak termasuk agensi teknikal pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat. Penglibatan masyarakat amat penting untuk memastikan penyelesaian yang dirancang sesuai dengan keperluan dan cabaran unit di kawasan ini. Saya percaya PISMA di Hulu Langat khususnya di Dusun Tua akan membawa kesan positif yang besar kepada kehidupan penduduk dan memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

Seterusnya, Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar. Terima kasih Yang Berhormat atas pengumuman bagi pembangunan infrastruktur luar bandar. Peruntukan ini amat penting bagi memastikan kawasan luar bandar terus mendapat perhatian dalam pembangunan negeri khususnya dari aspek infrastruktur asas yang berkualiti dan menyumbang kepada keselamatan serta kesejahteraan penduduk. Dusun Tua memohon sekali lagi agar diberi keutamaan dalam pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur luar bandar ini. Terutamanya dalam menyediakan lampu jalan di kawasan kampung. Banyak kawasan kampung di Dusun Tua, masih kekurangan lampu jalan yang bukan sahaja menjejaskan keselesaan penduduk tapi juga mengundang risiko keselamatan seperti kemalangan jalan raya dan kejadian jenayah.

Teras ketiga, Insentif Haji Selangor. Saya amat berterima kasih atas pengumuman lanjutan Insentif Haji Selangor yang diteruskan. Program yang sememangnya memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya golongan yang menunaikan ibadah haji. Saya sendiri sering mendengar ungkapan syukur dan penghargaan daripada meraka yang mendapat manfaat ini yang menyifatkan insentif ini sebagai bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap keperluan rohani rakyat. Saya yakin dengan adanya bajet yang menyentuh aspek kesejahteraan rohani seperti ini, Selangor akan terus menjadi negeri contoh dalam menyeimbang pembangunan duniawi dan ukhrawi.

Seterusnya teras ketiga, Jualan Ehsan Rakyat. Pengumuman peruntukan sebanyak 30 juta untuk inisiatif jualan Ehsan Rahmah di bawah teras ketiga adalah satu langkah yang amat tepat kerana ia memberi tumpuan kepada golongan pendapatan rendah, keluarga yang terjejas dan mereka yang memerlukan bantuan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya percaya bahawa dengan peruntukan ini, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja berusaha mengurangkan beban ekonomi rakyat tetapi juga mewujudkan satu sistem sokongan inklusif dan berterusan.

Seterusnya teras ketiga, cyber sekuriti Selangor, Cert Selangor. Inisiatif program cyber sekuriti Selangor ini amat penting dalam menangani penyebaran maklumat yang salah, berita palsu dan fitnah yang semakin berleluasa dalam era digital ini. Penyebaran maklumat palsu atau fitnah bukan sahaja memberi kesan kepada reputasi individu atau institusi tetapi juga boleh menggugat keharmonian masyarakat serta merosakkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan pihak berkuasa. Oleh itu, peranan Cert Selangor dalam mengawal dan menyelesaikan isu-isu berkaitan keselamatan cyber ini adalah satu langkah yang amat perlu dan sangat dihargai. Di Dusun Tua berita palsu atau fitnah sering berlaku terutamanya melalui platform media sosial, dengan adanya Cert Selangor saya yakin kita akan dapat menangani isu ini dengan lebih efektif dan memberikan perlindungan kepada masyarakat daripada pengaruh negatif yang boleh mengundang ketegangan dan perpecahan.

Saya ingin mengambil peluang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor atas pelaksanaan Geopark Gombak, Hulu Langat yang diciptakan oleh Kerajaan Negeri dalam Bajet tahun 2024. Pemasyhuran Geopark yang telah diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor pada 16 November 2024 yang lalu telah menjadi simbol kebanggaan kepada seluruh rakyat Selangor khususnya bagi kami di Hulu Langat. Dusun Tua amat gembira kerana Geopark ini melibatkan kawasan seperti Kolam Air Panas, Gunung Nuang dan Sungai Gabai Yang merupakan tarikan utama di kawasan kami. Namun, akibat tragedi banjir 2021 kawasan Sungai Gabai masih lagi terbiar dan tidak terurus ianya umpama kehilangan dan kerugian besar kerana keindahan kawasan tersebut merupakan tarikan pelancong masuk ke Dusun Tua. Dalam konteks Pembangunan Gombak, Hulu Langat Geopark saya berharap agar Sungai Gabai dapat dimasukkan sebahagian daripada rancangan pemulihan dan pembangunan semula. Dengan penglibatan komuniti tempatan saya percaya kawasan ini bukan sahaja dapat dipulihkan malah dapat dimanfaatkan sebagai tarikan eko pelancongan yang unggul sekali gus memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Penutup ucapan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar di atas Pembentangan Bajet 2025 menyeluruh, berfokus dan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat. Akhir kata, usaha gigih untuk membawa Selangor ke arah negeri yang lebih maju, sejahtera, berdaya tahan bajet 2025 ini adalah bukti komitmen dan visi jangka panjang Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat Selangor dinamik cipta sempurna Malaysia Madani Dusun Tua menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih Y.B. Dusun Tua, saya persilakan Y.B. Ijok dahululah. Y.B. Ijok..

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Yang Berhormat. Ijok berdiri dengan penuh semangat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Selangor 2025 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas.

Tuan Speaker perbahasan saya akan menyentuh beberapa perkara pokok terutamanya berkaitan dengan kawasan Ijok yang secara langsung mempunyai kepentingan di dalam Negeri Selangor yang kita sayang ini. Teras pertama, Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS). Sidang Dewan tempoh hari, ada diajukan berkenaan latihan di peringkat belia dalam bidang pertanian. Jawapan yang diterima adalah inisiatif kerajaan telah menyediakan Kursus Kejenteraan di Pusat Latihan, Tanjung Karang. Jika dilihat, STDC adalah sebuah pusat latihan yang menawarkan bidang dari jurusan penyaman udara, automotif, sistem komputer, kulinari, elektrik, motosikal dan pastri. Dimaklumkan juga bahawa di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian, Tanjung Karang mempunyai tenaga-tenaga mahir yang mana menjalankan aktiviti pengajaran kepada golongan belia yang berpengalaman dalam sektor kejenteraan pertanian dan pertanian itu sendiri.

Di dalam teras satu Belanjawan Tahun 2025 telah memperuntukkan sebanyak 13.65 juta untuk Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS). Persoalannya adakah program belia tani yang mana adalah salah satu program di bawah Pembangunan Modal Insan Jabatan Pertanian Negeri Selangor ini diiktiraf di bawah teras ini dan adakah ianya akan menjadi keutamaan dalam sudut latihan pembangunan dalam bidang pertanian untuk para belia di Negeri Selangor. Soalan yang kedua adakah pihak Kerajaan Negeri akan memastikan program tersebut mampu mencapai standard yang terbaik untuk memastikan golongan belia sentiasa ada untuk menyambung legasi petani-petani yang ada pada masa ini. Bagaimanakah pengalaman dan kepakaran tenaga kerja di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian, Tanjung Karang dapat diiktiraf oleh kerajaan dalam memastikan mereka ini sentiasa produktif untuk melahirkan generasi baharu petani di negeri ini.

Tuan Speaker, jika dilihat pada Belanjawan 2025 yang baru dibentangkan tempoh hari, di manakah teras yang boleh dirujuk bagi menjamin industri pertanian dan keterjaminan makanan? Mendengar keluhan para petani yang dicari-cari apakah teras yang boleh menjamin atau insentif kepada mereka? Negeri Selangor merupakan negeri yang maju dari semua aspek dari segi pembangunan kawasan pertanian, persijilan dan inovasi dalam pertanian. Bagi memberi keadilan kepada para petani dalam usahawan pertanian, perkara ini perlu diperjelaskan dengan beberapa perkara perlu dipandang serius. Pada masa ini kawasan tanaman padi dilihat semakin berkurangan di kawasan IADA Barat

Laut Selangor. Secara umumnya industri pelancongan sudah mula berkembang di kawasan sawah padi yang mana memberi gambaran positif dari sudut pelancongan. Akan tetapi pengeluaran padi dan hasil beras tempatan akan menurun secara umumnya sedangkan beras adalah produk utama bagi kawasan jelapang padi. Apakah solusi ataupun inisiatif Kerajaan Negeri yang boleh menggantikan hasil padi bagi kawasan-kawasan yang telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan? Adakah industri pelancongan akan terus diberi kelonggaran untuk dibangunkan dan dimajukan tetapi akan menjejaskan hasil padi dan beras bagi Kawasan ini.

Tuan Speaker, pada masa ini sedia maklum bahawa harga jualan padi telah mencapai RM1,600.00 akan tetapi kos pengeluaran atau operasi meningkat. Kos operasi dari harga baja, racun dan baja tambahan meningkat sehinggakan ada petani yang terpaksa mengeluarkan tambahan kos dan menjadikan petani tersebut terpaksa menanggung lebihan kos atau erti kata lain petani terpaksa makan pokok. Ini kerana pesawah ingin memastikan kadar pengeluaran yang tinggi dan berkualiti tetapi risikonya adalah menghadapi kos yang sangat tinggi. Ada juga petani yang tidak sanggup mengeluarkan kos tambahan bagi membuat kawalan penyakit, perosak dan sehinggakan membiarkan sahaja tanaman ini sehingga masa yang menuai. Tetapi hasil yang diperolehi sangat sedikit dan sehingga menyebabkan pesawah tidak mampu untuk membayar kos jentera bagi penyediaan tanah. Bagaimanakah Kerajaan dapat membantu petani ini memastikan pesawah dapat menghadapi masalah kenaikan harga input ini.

Tuan Speaker, pengeluaran hasil tanaman adalah salah satu elemen dalam memastikan keterjaminan makanan khususnya untuk rakyat di Negeri Selangor. Kawasan pertanian di negeri ini saban hari semakin mengecil didorong oleh faktor antaranya pembangunan dan kemahiran generasi baharu dalam bidang pertanian. Ada pula petani yang baharu untuk menceburi bidang pertanian dalam pelbagai jenis tanaman. Wujud pula kluster-kluster tertentu yang disarankan pada setiap daerah. Persoalannya: adakah dengan adanya kluster-kluster ini akan dapat memastikan kadar pengeluaran meningkat untuk kluster-kluster tersebut? Apakah inisiatif Kerajaan atau agensi hanya tertumpu kepada kluster sahaja? Bagaimana pula petani yang menjalankan aktiviti pertanian di luar dari kluster?

Tuan Speaker, seterusnya Ijok ingin membawa berkenaan dengan isu kebajikan guru KAFA. Guru KAFA bukan sekadar pendidik, tetapi juga pembimbing rohani dan penggerak pembangunan sahsiah generasi muda kita. Namun saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada isu kebajikan guru-guru KAFA yang semakin meruncing. Guru KAFA pada asalnya menjalankan tugas yang ringkas dengan tumpuan kepada pembelajaran asas agama. Namun dalam beberapa tahun ini, kebelakangan ini bebanan tugas kepada mereka semakin bertambah. Menyamai guru-guru di

Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini termasuklah penyediaan dokumen, laporan, pengurusan kokurikulum serta tugasan-tugasan pentadbiran. Malangnya, elaun bulanan mereka masih kekal pada kadar RM1,500.00. Dengan kenaikan hanya RM50 setiap 5 tahun. Dengan keadaan ekonomi yang mencabar hari ini, kos sara hidup yang meningkat, harga barang asasi yang melonjak serta kos pengangkutan yang membebankan. Jumlah ini jelas tidak memadai untuk menyara keluarga apatah lagi memberi motivasi kepada guru-guru ini. Selain daripada itu, isu pemindahan guru KAFA di daerah Kuala Selangor tahun lalu berdasarkan jarak tempat sehingga ada yang bergerak antara 20 hingga 30 kilometer adalah satu keputusan yang kurang peka. Pemindahan ini menambahkan bebanan kos bahan api dan masa perjalanan tanpa mempertimbangkan situasi sebenar mereka. Saya ingin menggesa Kerajaan Negeri terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor bahawa isu ini memerlukan perhatian yang lebih serius walaupun usaha menyelaraskan sistem Pendidikan KAFA dengan KPM adalah satu langkah yang baik, aspek kebajikan guru-guru ini perlu diberi keutamaan. Bagaimana kita boleh mengharapkan mutu pengajaran yang tinggi jika kebajikan mereka terabai? Kita sering melaungkan kepentingan pendidikan agama, tetapi adakah ini benar-benar menghargai mereka yang berada di barisan hadapan?

Tuan Speaker, saya ingin mengesyorkan beberapa cadangan penambahbaikan dengan langkah berikut:

1. Penggajian Tetap Guru KAFA Guru KAFA ini perlu diberi status pegawai bergaji tetap dan bukan hanya elaun. Dengan sistem penggajian tetap mereka layak mendapat faedah seperti perubatan di hospital, insurans dan lain-lain yang selayaknya;

2. Kenaikan Gaji Tahunan Memperkenalkan kenaikan gaji tahunan yang tetap sekurang-kurangnya RM50 setiap tahun sejajar dengan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

3. Insentif Khas Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan Guru KAFA yang telah berkhidmat lebih 10 tahun wajar menerima insentif khas ataupun bonus tahunan sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.

4. Elaun Pengangkutan Bagi mengurangkan beban guru yang dipindahkan jauh dari tempat tinggal, sediakanlah elaun pengangkutan ataupun subsidi bahan api.

5. Peluang Kerjaya Guru-guru KAFA yang mempunyai ijazah bolehlah ditawarkan pengajian di PLI secara percuma oleh Kerajaan Negeri. Guru KAFA yang berkelayakan ditawarkan

kursus dalam cuti KDC peringkat Diploma Pendidikan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan penghijrahan – ramai guru KAFA yang mahir ke KPM dan JAWI. Saya menyeru Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang sewajarnya agar kebajikan guru KAFA ini dipertingkatkan.

Seterusnya Tuan Speaker, teras yang kedua - Mendukung Hasrat Alam Sekitar Mampan dan Infrastruktur Yang Berkualiti

Masalah banjir di Selangor telah menjadi isu yang semakin meruncing terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai negeri paling maju di Malaysia, Selangor menghadapi cabaran serius dalam mengimbangi pembangunan pesat dengan keperluan perlindungan alam sekitar. Fenomena banjir bukan sahaja berpunca daripada hujan lebat yang berterusan dalam perubahan iklim global tetapi turut diperburukkan oleh perancangan bandar yang tidak lestari, penebangan hutan serta penyelenggaran infrastruktur saliran yang tidak memadai. Kesan banjir di Selangor bukan sahaja melangkaui kerosakan material semata-mata tetapi juga mencetuskan krisis kemanusiaan apabila ribuan keluarga kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan mereka. Memetik laporan Free Malaysia Today yang menggunakan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati Negeri Selangor yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 6.6 juta orang merupakan negeri yang paling terkesan ketika banjir besar 2021. Selangor mengalami kerugian sebanyak RM3.1 bilion. Kerugian daripada kerosakan rumah berjumlah RM1 bilion manakala hartanah pembuatan berjumlah RM0.8 bilion dan kerosakan kenderaan bernilai RM0.8 bilion. Apa guna kita menjadi negeri paling banyak pelaburan dan maju tapi perlu berhabis pula kerana kerugian yang dialami yang disebabkan banjir yang tidak diselesaikan dengan penyelesaian tuntas dan jangka panjang. Oleh yang demikian Belanjawan 2025 perlu memberi tumpuan yang lebih dalam menangani isu banjir di Selangor.

Tuan Speaker, Ijok juga tidak ketinggalan berkenaan dengan isu banjir. Banjir di Ijok dan RTD Sungai Buloh. Tuan Speaker, Ijok antara yang kerap terkesan akibat bencana banjir. Ianya telah menjadi acara tahunan khususnya buat penduduk yang berhampiran di Lembangan Sungai Buloh seperti penduduk di Kampung Ijok dan Parit Mahang. Sejak saya berada di dalam Dewan Yang Mulia ini tidak pernah saya terlepas menyuarakan isu pada setiap kali sidang Dewan. Saya tidak akan bosan dan lelah untuk membawa keluhan rakyat Ijok di sini sehinggalah masalah banjir ini selesai secara menyeluruh. Apalah sangat nak dibandingkan dengan kesusahan yang mereka alami oleh penduduk yang bertahun-tahun lamanya terkesan dengan banjir. Sehingga ke hari ini Projek Tebatan Banjir Fasa 1 Sungai Buloh masih belum berjaya disiapkan. Extension of time, dengan izin atau EoT telah diberikan beberapa kali kepada kontraktor bagi menyiapkan projek yang dikategorikan sakit ini. Pada sidang Dewan yang lalu Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa EoT kedua bagi Projek RTB Fasa 1 ini adalah dilanjutkan

sehingga 27 September 2024 dengan tempoh lanjutan semasa selama 267 hari. Hari ini saya sekali lagi ingin bertanyakan kepada Kerajaan Negeri bilakah Projek RTB 1 ini boleh disiapkan sepenuhnya dan apakah jaminan daripada Kerajaan untuk memastikan projek ini siap dalam masa yang telah ditetapkanj. Apakah Kerajaan akan bertindak dengan menamatkan kontraktor yang sedia ada dan membuka tender baharu bagi melaksanakan bagi projek yang perlu disiapkan. Jika ada, berapa lama pula proses pembukaan tender baharu dan pelantikan kontraktor baharu sekiranya Kerajaan Negeri bertindak demikian? Apakah sempat proses ini dapat dilaksanakan sebelum musim banjir yang seterusnya akan datang ini. Ini adalah persoalan-persoalan yang timbul bukan hanya daripada saya sahaja malah ia dipersoalkan oleh penduduk Ijok yang menjadi mangsa keadaan banjir. Melihat kepada Belanjawan Negeri Selangor 2025, ada diperuntukkan RM1 juta bagi Projek RTB Lembangan Sungai Buloh. Adakah ini tambahan kepada peruntukan projek sedia ada? Saya berpandangan bahawa Projek RTB Lembangan Sungai Buloh ini tidak boleh direhatkan pada Fasa 1 kerana terdapat keperluan untuk menyegerakan Projek RTB Sungai Buloh Fasa 2. Ini kerana hasil tinjauan di lapangan DUN Ijok terdapat satu ban yang pecah di kawasan yang tidak termasuk dalam projek Fasa 1 iaitu di arch stream. Air Sungai mengalir masuk melalui ban yang pecah ini ke kawasan ladang sawit dan seterusnya ke kawasan kampung yang berada di bahagian hilir. Ban yang pecah ini merupakan ban yang telah lama dan perlu binaan ban yang lebih kuat dan mampan di mana lokasinya saya boleh kongsikan di sini iaitu sebelum jambatan Bukit Mayong.

Isu sampah di log boom – masih lagi RTB Sungai Buloh. Tuan Speaker, kita ambil maklum berkenaan penggantian log boom baharu bagi Projek RTB Fasa 1 Sungai Buloh. Hasil daripada pemerhatian pihak saya dan wakil orang kampung terdapat longgokan sampah di log boom dari semasa ke semasa. Kami dapati ini berpunca daripada taburan sampah yang terkumpul dan mengalir di sepanjang jajaran Sungai Buloh. Sehubungan dengan itu, pihak kami memerlukan penjelasan adakah aktiviti pembuangan ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar memandangkan aktiviti-aktiviti ini berlaku berhampiran sungai. Adakah laporan EMR ataupun dengan izin, Environmental Monitoring Report dikemukakan setiap bulan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tujuan pemantauan. Pihak kami juga memerlukan penjelasan memandangkan isu pembuangan sampah ini memberikan impak kepada alam sekitar terutamanya sungai, adakah laporan EIA dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum kerja-kerja pembuangan sampah dilakukan dan adakah kawasan pembuangan ini telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar yang di gazettekan sebagai Kawasan pembuangan sampah. Ijok sangat berharap perangkap sampah atau log boom ini dapat disiapkan dengan kadar segera agar tahun hadapan kerja-kerja pembersihan ini dapat dijalankan oleh JPS Daerah Kuala Selangor. Namun begitu sekiranya isu tapak pembuangan sampah yang berhampiran dengan sungai tidak diselesaikan, Kerajaan akan terpaksa memperuntukkan dana tambahan bagi membolehkan kerja-kerja

selenggara ini tidak dijalankan dengan baik, besar kemungkinan ada menyebabkan log boom ini akan berlaku kerosakan. Log boom sedia putus kerana tidak mampu menampung lambakan sampah yang terdapat di tapak pembuangan sampah yang mengalir mengikut arus air sungai dan pihak kerajaan terpaksa sekali lagi menanggung kos baik pulih tersebut. Jika tidak, masalah ini akan timbul dan berulang-ulang sampai lah, saya pun tak tau nak cakap tapi ini lah Ijok terpaksa hadap dan beberapa kali diulang-ulang perangkap sampah tersebut tetap mempunyai sampah sekiranya kerajaan dan Pihak Berkuasa tidak mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lembangan sungai.

Teras yang kedua, projek pemulihan...

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Ijok, masa dah suntuk. Tambah seminit lagi.

Baik, baik. Untuk kawasan yang terakhir, Ijok ingin bertanya Tuan Speaker, berkenaan dengan projek pemuliharaan kualiti lembangan sungai, iaitu tanah kawasan tadahan air lembangan Sungai Buloh ataupun rizab sungai, di mana persoalan Ijok, apakah jaminan kerajaan negeri supaya status tanah ini tidak ditukar daripada tanah rizab sungai atau pertanian kepada tanah pembangunan dan industri. Ini kerana menjadi kerisauan sekiranya terdapat pembinaan atau aktiviti industri yang boleh menghilangkan fungsi kawasan tadahan air tersebut di masa akan datang. Dan terakhir yang soalannya apakah jaminan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan-pembangunan di sepanjang rizab sungai ataupun lembangan Sungai Buloh khususnya dan lembangan-lembangan sungai lain secara amnya tidak memperjudiskan kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian air demi generasi akan datang. Untuk akhirnya terima kasih Tuan Speaker kerana memberi Ijok peluang untuk berbahas pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Sekarang giliran Yang Berhormat Kajang.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kita Selangor. Kajang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker atas peluang diberikan kepada Kajang untuk membahas Bajet Tahun 2025 bagi Negeri Selangor. Kajang berharap persidangan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat di luar sana. Isu perobohan gerai penjaja di Kajang.

Ke pasar pagi membeli bawang, Singgah sebentar di gerai Pak Ali, Kedai di Kajang diroboh orang, Penjaja kecil merintih sepi.

Rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, setiap tahun kita pasti dengar tentang musim monsun yang menyebabkan gerai-gerai roboh atau rosak disebabkan angin yang kuat tetapi di Kajang kami bukan sahaja mempunyai musim monsun tetapi kami juga ada musim perobohan gerai-gerai penjaja oleh pihak PBT. Sungguh dangkal perbuatan ini. Kajang sangat kesian dan bersimpati dengan nasib penjaja yang telah terlibat dengan perobohan gerai penjaja oleh PBT. Penjaja ini berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan menjadikan hasil perniagaan mereka sebagai sumber utama rezeki bagi menyara kehidupan mereka. Bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kajang akui bahawa sebahagian penjaja ini tidak mempunyai lesen perniagaan daripada pihak PBT. Pada sidang DUN yang lalu Kajang ada menyuarakan jika ada orang membuat aduan tentang penjaja yang tidak mempunyai lesen berniaga dengan berniaga secara haram, pihak PBT berhak untuk ambil tindakan penguatkuasaan. Namun, atas berperikemanusiaan Kajang merasakan bahawa pihak PBT seharusnya menyediakan tapak yang sesuai untuk penjaja ini sebelum penguatkuasaan dilakukan agar sumber pendapatan mereka tidak hilang begitu sahaja. Kajang harap kerjasama daripada pihak Majlis dalam memastikan perkara-perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Kajang bukan berhasrat untuk menafikan pembangunan Kajang ke arah bandar raya namun Kajang juga harus memastikan kebajikan dan nasib masyarakat atau penduduk di Kajang terbela.

Kajang ingin bangkitkan juga mengenai Laman Niaga 1 dan 2 di Bandar Mahkota Cheras. Semasa kempen pilihan raya tempoh hari Kajang telah berjanji untuk membina bumbung untuk memberi keselesaan kepada peniaga-peniaga di kedua-dua Laman Niaga ini. Untuk Laman Niaga 1 sudah ada syarikat bersedia untuk menyumbang secara tanggungjawab, Social Corporate (CSR). Akan tetapi prosedur untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa memakan masa yang agak panjang. Oleh itu, Kajang mohon agar prosedur kelulusan pembinaan ini harus dipermudahkan dan dipercepatkan. Bagi Laman Niaga 2, bukan sahaja untuk penempatan penjaja, Kerajaan juga mencadangkan kemudahan beristirahat untuk pekerja-pekerja e-hailing seperti tandas, tempat mandi, tidur, rehat dan solat. Ini kerana mengikut statistik kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal, Kajang antara yang kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan. Oleh itu Kajang mengambil inisiatif ini untuk menyediakan kemudahan seperti di atas buat pekerja-pekerja e-hailing. Untuk itu hanya memerlukan kos yang amat

tinggi dan sukar untuk mendapat sumbangan CSR. Akan tetapi ada pelabur-pelabur yang bersedia untuk melabur bagi membangunkan Laman Niaga 2 ini termasuk cadangan kemudahan-kemudahan seperti di atas. Namun sambutan daripada pihak PBT adalah tidak memberangsangkan tetapi Kajang juga ingin menekan bahawa kadar sewaan mesti munasabah walaupun dapat sumbangan daripada pihak swasta.

Kajang juga ingin menyentuh berkaitan perancangan PBT sebagai contohnya isu yang berlaku berkenaan Laman Niaga Bandar Sungai Long, Kajang faham pada asalnya pihak PBT menerima RM650,000.00 peruntukan daripada kerajaan untuk membina struktur berbumbung bagi penjaja-penjaja di sana. Akan tetapi Kajang tidak bersetuju dengan perancangan tersebut kerana berhampiran dengan Universiti TAR. Tempat itu sepatutnya dibina sebuah pasar yang lebih moden dan canggih. Namun, sebelum sempat bangunan itu digunakan, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembinaan pasar baru ini. Ini telah menjadikan satu pembaziran duit rakyat oleh sebab perancangan PBT yang tidak holistik. Kerjasama yang tidak memberangsangkan, kerja sama antara semua pihak dalam kerajaan Negeri mesti diutamakan. Ini dalam memastikan semua gerak kerja yang memberi kebaikan kepada rakyat dapat difokus dan dipercepatkan dan sudah pasti apabila bercakap mengenai kerjasama perbincangan dan perkongsian maklumat penting mesti selalu dilakukan. Mungkin perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak, tetapi Kajang ingin membangkitkan mengenai kerjasama yang agak kurang di Kajang.

Di Kajang terdapat flyover dengan izin yang dalam pembinaan di Saujana Impian. Kajang cuba untuk mendapatkan Traffic Impact Assessment (TIA) bagi projek ini tetapi sampai sekarang belum dapat. Sudah empat kali surat dikeluarkan untuk memohon dokumen ini. Sebagai Wakil Rakyat sudah menjadi tugas kami dalam memantau semua projek di dalam kawasan kami dalam memastikan projek-projek ini mengikut garis panduan dari masa yang telah ditetapkan. Tetapi sampai sekarang belum dapat dokumen tersebut. Kajang faham tentang kerahsiaan tetapi permintaan Kajang adalah dokumen TIA dalam memastikan kita tiada masalah di masa hadapan. Boleh Kerajaan jelaskan adakah Wakil Rakyat tidak berhak mendapat dokumen projek dalam pembinaan atas tujuan pemantauan? Mohon penjelasan.

Tapak sampah haram di Selangor. Berkenaan tapak sampah haram di Selangor, Kajang berpendapat bahawa undang-undang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk menyelesaikan isu ini. Oleh itu Enakmen Pengurusan Sijil Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam tahun 2020 yang lebih menyeluruh harus dipinda dalam usaha untuk mengawal aktiviti tapak sampah haram yang semakin berleluasa hari ini. Kajang juga ingin membangkitkan isu kebocoran maklumat oleh Penguat kuasa sehingga menyebabkan banyak serbuan jadi tidak berkesan. Kajang mohon Kerajaan Negeri kaji semula SOP

tindakan Penguat kuasa yang sedia ada. Kajang ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKj, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat kerana berjaya menyelesaikan isu tapak pembuangan sampah haram di kawasan Tim Palm, Sungai Long. Tanpa usaha mereka tidak akan mampu menyelesaikan perkara ini secara sendirian. Kajang juga mohon maaf kepada pihak MPKj, Pejabat Tanah Hulu Langat dan agensi-agensi yang berkaitan sekiranya Kajang terkasar bahasa dan meninggikan suara sebelum ini. Sesungguhnya Kajang risau sekiranya pemasalahan ini berlanjutan akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di luar sana. Kajang juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Nazir bin Awang, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan JPPK, MPKj yang sangat komited dan telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan penuh integriti dalam usaha membanteras isu pembuangan sampah haram di kawasan Kajang. Namun dua isu tapak pembuangan sampah haram yang berdekatan Hanson Quarry masih belum selesai sepenuhnya walaupun berbagai-bagai usaha telah Kajang lakukan sehingga ke hari ini.

Pembinaan masjid di Kajang. Kajang merupakan satu kawasan yang sedang meningkat naik terutama dari sudut kepadatan penduduknya. Ini juga disokong dengan laporan pada tahun lepas bahawa Kajang mempunyai jumlah penduduk tertinggi di negeri ini dengan jumlah populasi di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) adalah seramai 1 juta lebih pada Mac 2023. Kepadatan penduduk ini menyebabkan rumah ibadah terutama masjid sudah mencapai maksimum sehingga terpaksa solat di luar masjid terutama pada waktu puncak seperti solat Jumaat. Maka Kajang ingin mencadangkan untuk Kerajaan Negeri membina masjid baharu di Bandar Mahkota Cheras yang mampu menampung 2 ribu jemaah pada satu-satu masa ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang menunaikan solat terutama pada waktu solat Jumaat.

Perniagaan kecil dan sederhana di Selangor. Tuan Speaker, Kajang percaya bahawa semua menyedari bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai nilai ekonomi tertinggi di Malaysia dan juga menyumbangkan KDNK terbesar bagi Malaysia. Sudah pasti dengan pencapaian ini menyebabkan banyak negeri menjadikan Selangor sebagai indikator dalam memperbesarkan ekonomi mereka. Kajang ingin membangkitkan mengenai perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia berdasarkan data jumlah PKS di Selangor adalah mengikut bancian ekonomi 2011 adalah sebanyak RM125,000,081.00 antara yang terbesar di Malaysia. Kita kena sedar bahawa PKS telah menyumbangkan sebanyak 6% dari jumlah pekerjaan di Malaysia. Kajang masih belum menjumpai satu dasar progresif oleh Kerajaan Negeri dan menaik taraf PKS di Selangor. Kenapa Kajang membangkitkan perkara ini adalah bahawa antara yang terlibat dalam PKS adalah golongan B40 dan M40 dan sudah pasti dengan memfokuskan kepada PKS, Kerajaan Negeri akan mampu menaik taraf mutu kehidupan rakyat tempatan. Kajang ingin

mencadangkan agar Kerajaan Negeri membantu golongan PKS dan menembusi pasaran global. Kenapa perkara ini penting digerakkan adalah dalam memastikan produk-produk tempatan ini dapat menembusi pasaran global dan ia akan memberi pulangan positif kepada ekonomi negeri Selangor. Antara langkah yang boleh digunakan adalah melalui rangkaian e-dagang tetapi PKS perlu bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui promosi pengurusan teknikal antara negara. Kajang berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan perkara ini, kemajuan negeri bukan hanya diukur melalui tinggi bangunan dan pelaburan luar negara tetapi juga adalah ekonomi daripada semua lapisan masyarakat seperti diterapkan dalam ekonomi Madani.

Tuan Speaker, Kajang mengulangi mengenai isu anjing liar di Selangor pada pembahasan lepas Kajang telah membangkitkan perkara ini dengan penuh fakta malah Kajang juga telah menerangkan solusi yang boleh digerakkan dalam menyelesaikan isu anjing liar ini. Tetapi Kajang mendapat laporan mengenai penguat kuasa yang menjadi lebih agresif dalam menyelesaikan masalah isu anjing liar ini. Kajang ingin menegaskan sekali lagi seperti mana Titah Tengku Permaisuri Selangor iaitu Kerajaan perlu memastikan penangkapan anjing liar adalah berperikemanusiaan dan anjing liar ini mesti dijaga dengan baik, dengan diberi makanan dan tempat tinggal yang selesa. Mohon Kerajaan Negeri mengambil perhatian mengenai perkara ini.

Sekolah daif dan uzur di Kajang. Pendidikan adalah satu perkara yang amat penting kepada anak-anak. Dengan pendidikan anak-anak mampu membina masa depan yang mereka mahukan. Sudah pasti dari belah Kerajaan kenal pasti proses dan keadaan pendidikan adalah berada dalam keadaan yang baik. Kajang agak kecewa dan sebab itu Kajang ingin membangkitkan mengenai keadaan sekolah uzur dan daif di Kajang. Di Kajang terdapat sebuah sekolah yang diberi kan sebagai sekolah Kebangsaan Seri Sekamat. Keadaan sekolah ini amat menyedihkan dan tidak selamat untuk anak-anak. Bumbung sekolah sudah hancur, lantai sudah rosak tetapi yang paling bahaya adalah lantai sekolah telah mendap sebanyak 8 inci. Boleh dikatakan tidak selamat digunakan oleh anak-anak. Kajang ingin bertanya, adakah Kerajaan Negeri ada kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah dalam memastikan dan memantau keadaan sekolah di Selangor? Kajang percaya penting untuk ada rutin pemantauan di semua sekolah di Selangor dalam memastikan keadaan sekolah adalah baik dan terjaga. Kajang juga ingin membangkitkan mengenai bilangan sekolah di Kajang macam Kajang kata sebelum ini, DUN Kajang merupakan satu kawasan yang padat, maka penambahan sekolah amat perlu dalam memenuhi keperluan penduduk. Sebagai contoh, di kawasan Bandar Mahkota Cheras hanya terdapat sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil sahaja dan tiada pun satu Sekolah Menengah di kawasan ini. Ini menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Kajang mohon pertimbangan permohonan Kajang ini iaitu bagi membina sekolah baru yang mampu menampung peningkatan penduduk Kajang. Perancangan Kerajaan Tempatan yang lemah. Kajang ingin membangkitkan Perancangan Kerajaan Tempatan yang agak lemah. Bila ada bangunan perumahan apartment atau kondominium, Kajang melihat tiada satu pelan perancangan khusus dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan pembangunan baharu itu. Sebagai contoh, baru sahaja pihak MPKj telah meluluskan satu pembangunan high rise building di Bandar Mahkota Cheras yang melibatkan pembinaan sebanyak 1,435 unit rumah dan beberapa projek di Taman Rakan. Kajang tidak mahu menjadi terjadi sepertimana yang terjadi Bandar Sungai Long yang mengalami kesesakan yang melampau.

Bagaimanakah pihak PBT dapat memastikan syarat-syarat yang dikenakan terhadap pemaju ini dapat membantu mengelakkan kesesakan jalan raya dengan lebih berkesan untuk jangka masa panjang. Kajang mahu menanyakan kepada kerajaan adakah kerajaan mempunyai satu sistem dalam pemantauan perkara ini dan adakah setiap pembangunan yang dilakukan mempunyai perancangan sehingga 20 tahun terutama dalam mengelakkan kesesakan lalu lintas. Mohon penjelasan mengenai perkara ini. Pemerkasaan belia di Selangor. Jumlah populasi belia di Selangor adalah 1.8 juta belia bagi Tahun 2020 dan belia juga menjadi segmen penting selepas pelaksanaan undi 18. Kajang sedar bahawa belia ini selalu dipandang sepi oleh beberapa pimpinan sehingga ada usaha mendiamkan suara mereka. Kajang sentiasa percaya bahawa belia ini merupakan pelapis masa depan, maka mereka ini perlu disediakan dengan ilmu dan kemahiran dalam memimpin bagi seluruh industri segmen negara. Dua perkara Kajang ingin bangkitkan, Kajang ingin Kerajaan Negeri menyediakan platform khas pada belia-belia dalam mempelajari Sistem Pentadbiran Kerajaan secara praktikal, kerana ini dapat memastikan bahawa belia-belia ini memahami ilmu-ilmu pentadbiran lebih awal dan bersedia mengetuai negeri satu hari nanti. Kedua adalah mengenai kesedaran kenegaraan. Kajang ingin bawa bahawa kesedaran kenegaraan kepada belia patut diperkemas kan agar kefahaman tentang kenegaraan berada di tahap optimum dan sasaran Kerajaan Negeri bukan hanya belia yang berada di Universiti tetapi juga di pelbagai segmen. Kita mahu Negeri Selangor mampu melahirkan bilangan pemimpin yang lebih ramai, berkualiti serta bermutu dan sudah pasti perkara ini akan memberi kebaikan kepada Negeri Selangor dalam jangka masa panjang.

Tuan Speaker, Kajang ingin minta masa tambahan untuk bahas isu di Kuala Langat di mana Kajang ada anak tempatan di sana. Kajang ingin membangkitkan beberapa perkara di Kuala Langat iaitu salah satu mengenai pembinaan jambatan di Kuala Langat. Kajang ingin menekankan bahawa Kuala Langat sangat memerlukan satu jambatan yang menghala dari Sungai Buaya ke Jenjarom bagi menyelesaikan isu kesesakan yang berlaku di sana. Kajang mohon, adakah Kerajaan Negeri ada bercadang untuk membina

satu jambatan di Jenjarom yang menghala dari arah Sungai Buaya, Banting? Jika tidak, Kajang mohon pertimbangan agar perkara ini difikir semula dalam memastikan isu kesesakan di kawasan Banting dapat diselesaikan. Balai Bomba, Balai Polis dan isu keselamatan di Negeri Selangor. Tuan Speaker..

Timbalan Speaker

Kajang banyak lagi ke?.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Tidak-tidak, 2-3 minit sahajalah.

Timbalan Speaker

Ok 3 minit saya bagi Kajang, 3 minit. Teruskan.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Keselamatan penduduk perlu sentiasa menjadi keutamaan kepada kerajaan. Selangor merupakan sebuah negeri yang maju dan pesat membangun. Sebagai bukti, banyaknya penempatan baru dibuka contohnya seperti di Bandar Mahkota Cheras, di Kuala Langat ada Rimbayu, Gamuda Cove, Tropicana Aman, Bandar Saujana Putera dan beberapa tempat lain. Di tempat-tempat ini adalah kawasan perumahan baru yang mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Selain itu, bilangan anggota keselamatan daripada Balai Polis dan Balai Bomba yang berdekatan juga tidak mencukupi untuk mengawal selia kadar kes di kawasan penempatan baru ini.

Ini sangat membimbangkan kerana isu keselamatan sangat penting dan menjadi keutamaan untuk keselesaan dan keharmonian semua. Oleh itu, Kajang ingin mencadang agar pihak Kerajaan Negeri menambah bilangan Balai Bomba dan Balai Polis di kawasan-kawasan bandar baru ini bagi memastikan kes jenayah dan insiden bencana dapat dibendung dengan cepat, cekap dan lebih efisien, demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan bandar baru ini. Integrasi antara daerah Selangor. Selangor adalah sebuah negeri yang maju terutama disebabkan dasar ekonomi yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sejak Kemerdekaan. Ini adalah yang perlu diperakui oleh kita semua. Tetapi kemajuan dan kemudahan ini perlu saksama dan adil di semua daerah di Selangor. Kajang telah membaca Rancangan Selangor Pertama dan sudah pasti Kajang menyokong usaha Kerajaan Negeri melalui RSP ini. Tetapi Kajang sedar ada beberapa perkara yang perlu di tambah baik iaitu integrasi antara daerah dari sudut ekonomi dan sosial. Kajang tidak menafikan bahawa Kerajaan Negeri ada membuat pelan dan koridor dalam membangunkan kawasan di pinggir Selangor khususnya. Cuma, keberkesanannya boleh dipersoalkan. Boleh Kerajaan Negeri terangkan apakah langkah yang sedang dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan perhubungan secara ekonomi dan sosial antara daerah di Selangor dapat diperkemas kan dalam memberi keadilan kepada semua rakyat Selangor dan juga siapakah yang

diberikan tanggungjawab dalam memantau pelan dan koridor yang diwujudkan di luar kawasan, tengah Selangor.

Industrial Hijau Selangor. Rakan-rakan Ahli Dewan sekalian, seterusnya saya ingin membangkitkan mengenai ekonomi masa depan. Dunia sedang menuju ke arah ekonomi atau industri yang lebih bersifat mesra alam atau juga dipanggil sebagai ekonomi hijau dan perkara ini juga difokuskan oleh Kerajaan Persekutuan dari Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Kajang menyedari bahawa Kerajaan Negeri ada memberi maklum balas dengan mengatakan dengan mengorak langkah ke arah peralihan tenaga ini, Worldwide Holdings Berhad selaku anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa projek peralihan tenaga strategik yang sejajar dengan NETR khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui iaitu penggunaan Taman Solar bersama-sama dengan penyedia tenaga utama ialah TNB.

Maka Kajang ingin menanyakan apakah perkembangan pembangunan Taman Solar ini. Berapa peratus sudah siap dan sedang disiapkan?. Kerana Kajang tidak mahu duit rakyat digunakan tanpa disemak imbang oleh kita semua. Selain itu, Kajang juga ingin menanyakan kepada Kerajaan Negeri apakah dasar lain yang sedang digerakkan dalam membawa Selangor ke arah Juara Ekonomi Hijau di Malaysia. Mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Timbalan Speaker

Y.B. Kajang, dah kena tutup dah.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Terakhir ya terakhir. Permohonan tanah RIBI Selangor, yang terakhir Tuan Speaker, terakhir Kajang ingin membangkitkan mengenai permohonan tanah RIBI di Selangor, 20 tahun lepas Kajang pernah membangkitkan mengenai birokrasi yang tidak perlu semasa permohonan tanah RIBI di Selangor. Kajang telah meneliti syarat-syarat bagi permohonan tanah RIBI yang semasa. Antara perkara yang perlu dibekalkan adalah salinan pelan akui JUPEM Selangor. Kajang percaya rakan-rakan di luar sana tiada masalah mengenai perkara ini, tetapi Kajang tidak setuju di dalam syarat permohonan ini juga disertakan dengan salinan pelan ukur atau dipanggil sebagai survey plan untuk menyediakan pelan ukur, pemohon perlu mengeluarkan beribu ringgit dalam mendapatkan pelan ukur itu. Kajang cadangkan pelan ukur perlu disediakan selepas permohonan telah diluluskan. Cuba bayangkan 10 orang memohon, tetapi hanya seorang sahaja yang dipilih. 9 orang yang lain hanya akan membazir beribu ringgit untuk menyediakan salinan pelan ukur ini. Persoalan daripada Kajang, adakah Kerajaan Negeri ada bercadang untuk mengetepikan salinan pelan ukur ini dalam syarat permohonan tanah RIBI. Jika tidak, boleh nyatakan sebab-sebabnya. Kajang juga ingin menyentuhkan peruntukan untuk jumlah Ibadat Bukan Islam yang diumumkan untuk Bajet Tahun 2025 telah dikurangkan ke RM4 juta berbanding dengan

tahun-tahun yang sebelumnya adalah amat menyedihkan hati. Kajang berharap pihak Kerajaan Negeri dapat mengkaji semula jumlah peruntukan yang akan diberi kepada Rumah Ibadat Selain Islam pada tahun hadapan, ini kerana kebanyakan Rumah-rumah Ibadat Selain Islam di negeri ini masih berada dalam keadaan yang daif dan perlu bantuan daripada semua pihak, terutamanya pihak Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, dalam Manifesto Perpaduan yang telah dilancarkan semasa Pilihan Raya Negeri telah berjanji akan menambah peruntukan untuk Rumah Ibadat Selain Islam di negeri ini. Penutup, akhir sekali

Timbalan Speaker

Belum tutup lagi ya Yang Berhormat.

Tuan Cheong Kian YoungPKR · PHKajang

Penutup, akhir sekali daripada Kajang kita perlu terus bekerja kuat untuk menjadi Selangor sebagai Negeri Maju bukan di Malaysia sahaja tetapi malah rantau ASEAN. Kajang ingin mengakhiri perbahasan ini dengan serangkap pantun.

Dari Kajang ke Dewan Persidangan, Laksanakan tanggungjawab untuk Malaysia, Kebajikan rakyat perlu diutamakan, Agar hidup aman dan sentosa.

Sekian, terima kasih dan Kajang menyokong Belanjawan 2025 ini. Salam Kajang Bersih dan Kajang Dihatiku.

Timbalan Speaker

Terima kasih Y.B. Kajang. Saya persilakan Y.B. Permatang.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Terima kasih Tuan Speaker,

Dengan Bismillah kalam di mula, Semoga majlis diberkati sentiasa. Mari kita bersama bekerja, Mencipta kejayaan membawa makna.

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Kita berkumpul hari ini bukan sekadar untuk membincangkan belanjawan tetapi untuk memastikan suara rakyat agar diberi perhatian. Saya berdiri di sini dengan satu tujuan, memastikan setiap peruntukan diagihkan dengan telus dan benar-benar memberi manfaat. Namun, adakah belanjawan kali ini benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Kita kena sama-sama pastikan ia bukan hanya sekadar retorik angka dan janji kosong tanpa pelaksanaan yang berkesan.

Hari ini saya ingin menyentuh 5 perkara iaitu berkenaan dengan isu peruntukan berulang, yang kedua isu projek Jajaran Rel Kita Selangor, yang ketiga Kebenaran Merancang dan Pembangunan Pelancongan, yang keempat Program Subsidi Tambang Bas Sekolah yang kelima Dasar Perumahan Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan pengulangan peruntukan bagi Projek Menaik taraf Jalan Ke SMK Tiram Jaya di DUN Permatang. Projek ini telah disebut berulang-ulang kali dalam beberapa tahun Belanjawan Negeri dengan sejumlah besar dana diperuntukkan, namun progress dan hasilnya masih tidak jelas. Projek ini Tuan Speaker, bukanlah satu projek yang besar, ia hanya Projek Menaik taraf Jalan Sekembang iaitu sepanjang 1.5 km. Namun begitu, projek ini telah disebut bukan 1 atau 2 kali, tetapi sudah muncul 3 kali Tuan Speaker dalam Belanjawan 2023, projek ini disebut di muka surat 40 yang projek ini menerima RM3.2 juta. Belanjawan 2024, di muka surat 45, disebut lagi dan baru-baru ini Belanjawan 2025 masih disebut lagi dengan peruntukan berjumlah RM1.22 juta, di muka surat 44 pula. Di sini Tuan Speaker, saya lihat ada kelemahan perancangan dan ketelusan apakah yang telah dicapai dengan dana sebelumnya. Dalam keadaan banyak lagi kawasan luar bandar yang masih memerlukan infrastruktur asas, mengapa projek yang sama diberi peruntukan berkali-kali. Kalau kita lihat semula, tidak mungkin di jalan yang hanya 1.5 km itu sampai 3 kali Belanjawan pun masih belum selesai rancangan dan pelaksanaannya. Kalau jalan yang sependek dan projek yang kita-kita kira sekecil ini tidak boleh diselesaikan, bagaimana pula dengan projek-projek mega yang lain.

Tuan Speaker, kami di Permatang hanya meminta jalan, kami bukan menunggu roadshow belanjawan tanpa kesudahan berkenaan dengan Jalan SMK ke SMK Tiram Jaya ini. Keduanya, saya ingin penjelasan dari dewan yang mulia ini mengenai perubahan besar dalam perancangan projek jajaran rel kita Selangor yang diumumkan pada belanjawan lepas yang saya kira dari Klang ke Kuala Selangor pada tahun 2024 belanjawannya menyatakan dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam serta meneroka potensi jajaran sedia ada yang belum dibina iaitu daripada Kuang ke Kuala Selangor.

Namun, pada belanjawan kali ini pula terdapat perubahan dari fokus asal pada jajaran sepanjang 211 km dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan. Ini menimbulkan persoalan serius yang memerlukan penjelasan Tuan Speaker. Saya sama sekali tidak menolak sebarang kemajuan dan seandainya kita mempunyai jajaran yang hebat dari Sabak hingga ke Negeri Sembilan, kerana ini adalah satu kemajuan yang perlu kita raikan. Namun begitu, projek yang pada awalnya difokuskan kepada kawasan utara Selangor sahaja, kini telah melibatkan jajaran yang lebih jauh, lebih panjang dengan skop yang diperluas dan sudah tentu saya pasti bukan sahaja kos projek meningkat dengan

ketara malah kos perancangan dan masa juga akan meningkat. Jadi persoalannya, berapakah kos terkini projek ini kerana di dalam Belanjawan 2025 tidak menyebut sebarang kos perancangan mahupun pelaksanaan. Tidak seperti Belanjawan 2024 yang lalu, yang menyebut kos rancangan sahaja RM3 juta untuk Kapar hingga ke sempadan Negeri Perak. Jadi, jika kita lihat perancangan awal lebih kecil dan mampu memberikan manfaat kepada kami di Utara Selangor, mengapa kini kita memilih perancangan yang lebih mahal tetapi kurang menyasarkan keperluan kami yang sangat kekurangan dari segi fasiliti pengangkutan berbanding dengan warga Selangor di bahagian Tengah dan Selatan.

Tuan Speaker, pada awalnya projek ini diumumkan dengan penuh gah kononnya untuk memperbaiki pengangkutan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di Utara Selangor. Namun apabila jajaran projek berubah menjadi lebih besar dan lebih kompleks, kita tertanya-tanya adakah ini benar-benar tentang memperjuangkan kami di Utara Selangor atas sebenarnya tentang mencantikkan kawasan bandar dan memanjakan ekonomi di Tengah Selangor hingga ke Negeri Sembilan pula. Jadi, soalan yang lebih mendesak ialah adakah kami di Utara Selangor patut bersedia untuk terus menjadi penonton dalam show room pembangunan Kerajaan Negeri. Kemudahan lain seperti Selangor Mobiliti juga dilihat sangat berpusat di kawasan bandar, seolah-olah memberi keutamaan hanya kepada kawasan yang sudah lengkap dengan infrastruktur. Lebih membimbangkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk Bas Selangor dan Demand Responsive Transit (DRT) nampaknya tidak menyeluruh seolah-olah mengabaikan keperluan rakyat di kawasan Utara Selangor. Perkhidmatan ini kelihatan seperti hanya tertumpu pada kawasan bandar, sedangkan keperluan kami di kawasan luar bandar juga amat mendesak.

Tuan Speaker, saya ingin menyuarakan kebimbangan serius juga terhadap dasar dan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam kebenaran merancang serta pembangunan pelancongan di luar bandar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas langkah-langkah mempercepatkan kelulusan kebenaran merancang melalui program Fast Track dan pendekatan lain untuk kawasan industri terancang. Langkah ini termasuklah kelulusan dalam tempoh hanya 7 hingga 14 hari sahaja adalah satu usaha yang baik, Tuan Speaker yang saya puji untuk kita sama-sama menarik pelaburan dan merangsang ekonomi negeri. Namun begitu persoalan utama saya adalah di mana kedudukan sektor lain yang sama penting seperti contoh sektor pertanian, pelancongan luar bandar dan juga penternakan. Kerajaan Negeri dilihat terlalu menumpukan perhatian kepada kawasan industri sehinggakan sektor lain seperti pertanian dan pelancongan luar bandar diabaikan dan dibiarkan berdepan dengan prosedur birokrasi yang sama rumit dan mengambil masa berbulan-bulan. Sebagai contoh Tuan Speaker, bayangkan pengusaha homestay kecil di kawasan luar bandar seperti di Tanjung Karang, sering

terkandas kerana keperluan teknikal yang tidak masuk akal. Mereka hanya ingin membuka 3 hingga 4 pintu homestay tetapi perlu melalui proses yang sama seperti pemaju hartanah. Begitu juga dengan pengusaha penternakan kecil pula, terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan kebenaran merancang dan ada juga yang akhirnya terpaksa menutup operasi kerana tidak berjaya mendapatkan lesen setelah kos dan pembaziran kos dan masa yang tinggi. Saya juga menyambut baik pengumuman RM8 juta untuk promosi dan naik taraf pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Kempen seperti Pricing Selangor sememangnya penting untuk merangsang ekonomi pelancongan domestik. Namun saya ingin bertanya bagaimana pula dengan usaha usahawan kecil yang ingin menceburi sektor agro pelancongan kerana ramai pengusaha homestay di kawasan luar bandar terpaksa berdepan dengan kesukaran mendapatkan lesen operasi kerana keperluan kebenaran merancang yang ketat. Namun begitu, sekejap saya izin, beri laluan.

Sikit, sikit, lama dah saya tunggu.

Timbalan Speaker

Permatang beri laluan kepada Batu Tiga?

Ok, boleh. Saya ingin bertanya tentang merancang yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri di atas inisiatif fast track ini tadi, saya bersetuju dengan itu. Namun disebutkan ada kepayahan mendapatkan kebenaran merancang di kawasan luar bandar, saya kira tidak boleh mengasingkan bandar perlu dimudahkan di kawasan luar bandar perlu disusahkan. Tidak ada diskriminasi dari sudut itu, pada saya apa jua standard yang ditetapkan ia terpakai dalam bandar mahupun di luar bandar. Saya kira itulah yang kita perlu betulkan sebab mungkin di kawasan luar bandar maklumat atau pun accessibility kepada pelaksanaan itu ya yang sedikit menyusahkan walhal di bahagian bandar aksesnya luas dan mudah untuk mendapatkan maklumat. Saya rasa itu perlu dibetulkan sedikit, terima kasih.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Rasanya Batu Tiga ada sedikit keliru dengan ayat saya tadi. Saya memuji kerana dalam Belanjawan yang lepas dalam Skim SPEED itu di mana diberi kemudahan untuk yang mendapat kebenaran merancang di kawasan industri tetapi ini tidak terguna pakai kebenaran merancang SPEED ini tadi hanya kepada kawasan industri. Apa yang saya maksudkan ialah di kawasan pertanian, jadi kita di kawasan pertanian juga kita ada juga prosedur untuk mendapatkan kebenaran merancang untuk mendapatkan lesen dan sebagainya. Jadi saya harap itu menjawablah pertanyaan Batu Tiga itu tadi. Okay, saya teruskan ya. Ada juga yang telah membina

homestay tetapi gagal mendapat sambungan elektrik kerana ketiadaan kelulusan rasmi menjadikan projek mereka ini terbengkalai seperti gajah putih. Baru-baru ini Tuan Speaker, ada soalan saya yang ditolak, antaranya adalah soalan saya bertanya tentang kajian tahap kepuasan pengguna terhadap proses permohonan TNB, adakah Kerajaan Negeri pernah membuat kajian berkenaan ini? Soalan kedua, bagaimana komunikasi dan penyelarasan antara TNB dan PBT dapat diperbaik pulih. Apakah rancangan jangka panjang untuk mengurangkan birokrasi TNB dan mempermudah akses terutama bagi penduduk luar bandar, itu soalan saya yang ditolak. Seolah-olah ini ditolak atas alasan di luar kuasa Kerajaan Negeri, namun ia jelas melibatkan ini adalah kuasa PBT dan TNB, ini adalah kuasa PBT. Jadi dengan itu saya ingin membangkitkan semula untuk perhatian EXCO nanti. Jadi jika isu birokrasi yang rumit dianggap perkara biasa, maka tidak hairanlah jika rakyat khususnya di luar bandar terus terpaksa bergelut dengan sistem yang tidak mesra dan kurang berkesan.

Tuan Speaker, sekiranya kita meminggirkan sektor pertanian penternakan dan pelancongan luar bandar, ini adalah amat tidak adil kerana ini juga adalah nadi ekonomi masyarakat di Selangor ini. Dengan membiarkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar yang semakin melebar, ia sama sekali bertentangan dengan prinsip pembangunan inklusif yang sering kita laungkan. Tuan Speaker, kejayaan Selangor ini tidaklah kita ukur hanya melalui angka pelaburan atau kelajuan pembangunan di kawasan industri. Kejayaan sebenar adalah apabila semua di sektor ekonomi termasuklah pertanian dan pelancongan luar bandar dapat berkembang dengan adil dan menyumbang kepada kesejahteraan seluruh rakyat. Jadi saya juga ingin menyentuh dan mengambil peluang untuk menyatakan pandangan saya terhadap program sumbangan subsidi tambang bas sekolah kepada pelajar India yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Belanjawan kali ini. Sementara saya menghargai usaha Kerajaan Negeri untuk membantu keluarga berpendapatan rendah terutamanya dalam memastikan anak-anak kita ini dapat ke sekolah dengan selamat, saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa perkara dalam pelaksanaan dasar ini yang perlu kita beri perhatian.

Program ini mensasarkan pelajar India yang bersekolah di SJKT sahaja. Saya menghargai niat Kerajaan untuk membantu komuniti India ini tetapi ingin mengingatkan bahawa ada juga anak-anak daripada komuniti India daripada keluarga yang susah bersekolah di SRK dan juga di SMK dan ada juga ke SKJC seperti contoh di tempat saya, di estet-estet ramai anak-anak estet belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan mempunyai masalah pengangkutan dan juga masalah kewangan. Sebagai contoh di estet Ladang Marie dan Sungai Tinggi. Jadi bagaimana keperluan mereka, adakah mereka ini tidak dianggap layak mendapat bantuan yang sama.

Tuan Speaker, isu ini telah beberapa kali saya sebut di dalam Dewan yang mulia ini, namun Belanjawan kali ini masih tidak menunjukkan perubahan dalam dasar ini. Bantuan subsidi ini seharusnya bersifat lebih eksklusif dan diberikan kepada semua pelajar India daripada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira jenis sekolah itu sendiri. Kemudian saya ingin menyentuh tentang pelaksanaan Skim Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman oleh Kerajaan Negeri. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan tahniah sekali lagi atas pencapaian Kerajaan Negeri dalam meluluskan 96 projek melibatkan 116,667 unit rumah sehingga Ogos 2024. Usaha ini adalah satu langkah penting dalam menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor. Namun terdapat beberapa perkara yang memerlukan penjelasan dan perhatian yang lebih mendalam. Kerajaan Negeri menjangka akan memperoleh 4,552 unit rumah secara percuma melalui skim ini. Jumlah ini dikatakan telah melebihi sasaran asal iaitu sebanyak 3,000 unit tetapi soalan utama saya adalah apakah kos sebenar unit-unit rumah percuma ini kepada pembangunan secara keseluruhan. Rumah percuma kita lihat di lihat sebagai kejayaan tetapi adakah ia memberi kesan kepada kos keseluruhan projek atau bakal menyebabkan kenaikan harga rumah lain di Selangor. Adakah pemaju perlu menanggung kos tambahan ini dan jika ya adakah ini akan diterjemahkan pula kepada harga rumah yang lebih tinggi untuk pembeli-pembeli biasa. Bagaimana rumah-rumah unit rumah percuma ini diagihkan dan soalan saya setakat ini berapa banyak rumah percuma yang sudah diperoleh oleh Kerajaan Negeri dan di kawasan mana rumah-rumah ini dibina dan apa status penggunaannya. Adakah ia benar-benar diberikan kepada mereka yang memerlukan atau pun masih dalam proses pengagihan.

Tuan Speaker, Selangor sebagai sebuah negeri yang pesat membangun. Berdepan dengan permintaan yang tinggi terhadap Rumah Mampu Milik. Namun demikian, kita perlu menilai dengan teliti sama ada jumlah rumah yang diluluskan benar-benar sepadan dengan keperluan di kawasan tertentu. Persoalannya, adakah rumah-rumah ini dibina di lokasi yang strategik dengan permintaan yang kritikal seperti di kawasan bandar atau kawasan industri yang padat atau sebaliknya. Hanya di kawasan yang kurang strategik yang menyukarkan proses penjualan atau penyewaan kerana perancangan yang tidak menyeluruh boleh mengakibatkan ketidak keseimbangan pasaran dan membazirkan sumber yang diperuntukkan.

Saya pohon agar Kerajaan Negeri memperhalusi secara terperinci bagaimana pendekatan yang dicadangkan akan memberi kesan kepada pasaran hartanah di Selangor khususnya daripada segi kestabilan harga rumah. Penjelasan tentang mekanisme yang akan digunakan untuk memastikan rumah-rumah ini tidak memberikan tekanan kepada harga pasaran terutama dalam kategori rumah mampu milik adalah amat penting. Tambahan pula, strategi untuk mengimbangi antara penyediaan rumah percuma dengan usaha mengekalkan kestabilan pasaran hartanah perlu kita rangka

dengan teliti agar matlamat sosial tercapai tanpa menjejaskan kepercayaan pelabur dan dinamika pasaran sedia ada.

Timbalan Speaker

Permatang sila tutup ya.

Puan Nurul Syazwani binti NohBERSATU · PNPermatang

Ok, akhir, akhir. Tuan Timbalan Speaker, usaha menyediakan rumah mampu milik ini adalah misi yang mulia tetapi ia perlu dilaksanakan dengan ketelusan dan kesaksamaan. Rakyat Selangor berhak mengetahui bagaimana sumber ini diuruskan sama ada rumah-rumah percuma ini benar-benar membantu mereka yang memerlukan dan bagaimana ia memberikan kesan kepada kos perumahan di negara ini. Akhir sekali Tuan Speaker, saya di sini Permatang menggesa Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula dasar dan Belanjawan dengan sehalusnya agar selari dengan aspirasi rakyat dan memastikan setiap sektor dan kawasan mendapat manfaat yang adil, sekian daripada saya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Permatang, silakan Yang Berhormat Bukit Lanjan.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.

Teguh berdiri pohon meranti, Teduh di bawah sejuk rasanya, Dari Bukit Lanjan saya ke mari, Membawa salam kepada semua.

Terlalu sejuk dalam Dewan ini, makin sejuk makin duduk lama, makin sejuk. Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Selamat petang dan salam kita Selangor kepada semua. Hadirin yang dihormati sekalian, saya terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan saya susulan daripada pembentangan Belanjawan Tahun 2025. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Barisan EXCO yang telah membentangkan sebuah Belanjawan yang akan membantu Negeri Selangor di ambang kita melangkah ke tahun 2025 sebagai terus kekal sebagai kuasa ekonomi utama bagi Negara di Malaysia. Belanjawan Tahun 2025 berjumlah RM3 bilion bertemakan Selangor Dinamik Cita Sempurna Malaysia Madani. Tema ini mencerminkan aspirasi Selangor untuk terus menggalakkan pembangunan ekonomi secara mampan inklusif dan menyeluruh. Pencapaian KDNK Selangor yang mencecah seramai 46.1 bilion menyumbang kepada 25.9% kepada KDNK Nasional menjadikan Selangor Negeri

pertama yang melangkaui paras ekonomi sejumlah RM400 bilion dan saya percaya ini bukan sekadar statistik rizab semasa Negeri sebanyak RM4.37 bilion dan prestasi kutipan hasil yang telah berjaya mencapai sasaran daripada anggaran menunjukkan asas ekonomi Selangor yang kukuh untuk memberikan ke hidupan rakyat yang selesa dengan izin the economy is not just about making money its about creating abetter life for the people. Segala rancangan ini hanya akan menjadi kenyataan jika kita sebagai pemimpin, pentadbir dan rakyat bergerak seiring.

Setiap usaha pembangunan setiap dasar yang dilaksanakan dan setiap ringgit yang kita belanjakan mesti bermakna kepada satu matlamat utama iaitu untuk memastikan bahawa tiada seorang pun rakyat Selangor yang tertinggal dan berseorangan you will never walk alone dengan izin saya rasa Dato Menteri Besar paling suka hashtag ini disebabkan beliau merupakan peminat Liverpool. Saya memuji Belanjawan Selangor tahun 2025 yang mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar sambil menangani cabaran urbanisasi yang pesat. Inisiatif Kerajaan seperti kerangka bandar rendah karbon dan cadangan Pelan Induk Net Ziro City 2025 menunjukkan visi yang berani untuk mewujudkan ruang bandar yang inklusif dan berdaya tahan. Pelaburan dalam tenaga boleh baharu terutamanya dalam projek ladang solar di Bernam Jaya turut selari dengan matlamat global untuk kemampanan usaha ini memperlihatkan Selangor sebagai peneraju dalam alam sekitar dan inovasi. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan penghargaan kepada inisiatif daripada JKR Selangor yang sedang dalam proses pemasangan Grid PV Tenaga Solar di premis mereka tahniah diucapkan. Disarankan juga Kerajaan Negeri turut mempergiatkan tenaga angin hydro power dan biomass seiring dengan matlamat peralihan Tenaga Nasional Malaysia (SEDA) yang bertujuan untuk mencapai 40% tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga utama menjelang tahun 2035. Sebagai satu contoh Selangor dengan kelebihan geografi sungai boleh memanfaatkan pembangunan tenaga hydro elektrik di mana tenaga hydro elektrik ini boleh mengurangkan tekanan pada grid yang ada semasa waktu penggunaan puncak terutamanya di kawasan bandar seperti Shah Alam ataupun Petaling Jaya yang hampir mencecah 800,000 penduduk.

Tuan Speaker, kesan daripada perubahan iklim suka saya ingin membawakan isu ini kepada perhatian Dewan ini dan perlukan satu penyelesaian yang segera di DUN Bukit Lanjan akibat kejadian bencana alam yang telah berlaku. Baru-baru ini telah berlaku kejadian banjir kilat tetapi ini bukan sahaja bukan banjir kilat yang tetapi merupakan banjir kilat yang berulang-ulang berlaku di Jalan FT 54 depan KTM Sungai Buloh yang telah mengakibatkan gangguan besar kepada kehidupan harian penduduk di DUN Bukit Lanjan. Saya mohon agar usaha-usaha dapat dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan mahupun KTM, MRT, JPS atau JKR sila ambil serius terhadap perkara ini. Alasan taburan hujan yang tinggi bukan lagi satu alasan yang boleh diterima dan selagi

tiada sebarang usaha yang kita lakukan. Saya mohon langkah-langkah penyelesaian dapat disegerakan untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko berlakunya insiden kejadian banjir kilat yang membawa bersama permasalahan penduduk setempat.

Tuan Speaker, dalam menyusuri insiden bencana Negeri Selangor harus memudah cara penyelesaian dengan menggunakan teknologi AI.

Selangor harus segera memperkenalkan sistem pemantauan banjir masa yang dibantukan oleh AI. Beberapa Negara asing yang telah berjaya menggunakan sistem pemantauan banjir masa nyata yang dikuasai oleh AI menggabungkan teknologi seperti AI, Internet Of Things dan Analytic Data Besar untuk meningkatkan ramalan tindak balas banjir. Contoh seperti sistem maklumat banjir IOWA dan di IOWA State, US yang mengintegrasikan modal aliran hujan dengan data masa nyata daripada sensor paras air menyediakan ramalan banjir lokasi khusus. Di UK pula sistem seperti Convolutional Neural Network (CNNS) digunakan juga dengan menganalisis image berkaitan banjir yang dikongsikan di media sosial semasa kejadian besar. Tuan Speaker saya melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang mengetahui cabaran dan kesan bencana alam daripada perubahan iklim namun Kerajaan juga harus tidak leka terhadap soil erosion dengan izin iaitu satu proses geologi yang mana sewaktu hujan lebat tanah akan terhakis daripada cerun di mana ini isu yang terhangat juga pada pagi ini mengenai tanah runtuh di DUN Bukit Lanjan adanya keperluan dan campur tangan khususnya daripada Kerajaan Negeri dalam isu tanah runtuh yang melibatkan Tanah Perkuburan Islam di Bukit Lagong Taman Ehsan yang menempatkan jenazah terdiri daripada kariah masjid dan surau sekitar Taman Ehsan juga menempatkan jenazah COVID-19. Kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan ini sejak bulan Oktober tahun lepas dan sehingga hari ini sudah satu tahun masih tersekat status pemilikan tanah dan apatah lagi usaha pembaik pulih cerun tersebut. Tuan Speaker, Belanjawan Selangor 2025 menekankan AI sebagai pemacu utama kemajuan ekonomi dan pembangunan masyarakat menekankan pandangan jauh. Penghargaan khususnya saya sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar Selangor yang telah mengambil langkah yang berani untuk menjadi peneraju dalam bidang AI. Program AI Trailblazer Selangor hasil Kerjasama dengan Google serta penubuhan pusat incubator AI Selangor dengan peruntukan RM5 juta adalah satu inisiatif yang sangat membanggakan. Dengan pasaran AI global dijangka mencecah USD 1.8 trilion menjelang 2030 Selangor dengan lokasi yang strategik dengan tenaga kerja yang pelbagai pada kedudukan unik untuk mengembangkan peluang ini. Maka tepat sangat inisiatif dalam Belanjawan Tahun 2025 orang bandar sebut memang kena untuk meletakkan Selangor sebagai hub AI Asia tenggara. Kertas putih dasar AI yang dinyatakan dalam Belanjawan merupakan langkah yang penting untuk memastikan pembangunan AI selaras dengan prinsip etika dan inklusif. Namun kejayaan dasar ini terkandung dengan pelaksanaan yang jelas. Saya ingin bercadang kepada Kerajaan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Etika Dan Pemantauan AI untuk memantau

pelaksanaan inisiatif AI secara saksama. Jawatankuasa Etika ini akan memudahkan koordinasi bangi melindungi privasi dan keselamatan data daripada jenayah scam yang semakin berluas-luasa di Selangor. Teknologi AI bukan sekadar alat tetapi juga merupakan satu kuasa transformasi yang boleh mentakrifkan semula cara kita hidup, bekerja dan berkembang sebagai sebuah Negeri. Selangor kini berada di ambang revolusi teknologi dengan melabur dalam AI mengutamakan inklusif dan menggalakkan inovasi kita dapat memastikan manfaatnya sampai ke setiap sudut di Negeri ini mengangkat golongan miskin dan kurang bernasib baik. AI juga berpotensi besar untuk merevolusikan kehidupan rakyat kita ke arah yang lebih inklusif. Teknologi diagnostik berasaskan AI dan platform Teli perubatan dapat membawa penjagaan kesihatan mampu milik ke kawasan luar bandar sekali gus meningkatkan kualiti hidup golongan miskin. Mengikut satu kajian sistem diagnostik kesihatan berkuasa AI telah menunjukkan ketepatan 95% dalam saringan awal. Di DUN Bukit Lanjan yang mempunyai lebih 100 ribu pengundi AI boleh memainkan peranan transformasi dalam perancangan Bandar Pintar. Penggunaan AI untuk kegunaan trafik dan pembangunan infrastruktur bagi mengatasi kesesakan dan meningkatkan mobiliti. Sama-sama kita menuju ke arah komuniti pintar Selangor yang mesra teknologi AI Program Inklusif Digital boleh diadakan melalui bengkel literasi AI percuma untuk belia atau warga emas makmal pembelajaran AI bergerak ke kawasan terpencil dan kerjasama dengan IPT Selangor untuk Literasi AI.

Tuan Speaker saya ingin berkongsi pandangan bahawa kegunaan AI boleh mengoptimumkan pengagihan utiliti awam seperti air dan elektrik mengurangkan kos isi rumah berpendapatan rendah sebagai contoh sistem pengurusan tenaga berasaskan AI di India adalah mengurangkan pembaziran elektrik sebanyak 20% di Singapura penggunaan AI dalam pengangkutan awam telah mengurangkan masa perjalanan sebanyak 15% selain itu China talah mengaplikasikan alat pertanian berasaskan AI dan telah meningkatkan hasil tanaman sebanyak 30%. Teknologi ini boleh digunakan di inisiatif SABDA Kerajaan Negeri. Penggunaan AI ini menunjukkan dapat mempercepatkan pendaftaran tanah dan perumahan awam mengurangkan risiko birokrasi dan rasuah. Inisiatif-inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap teknologi AI malah juga melahirkan perkhidmatan awam yang lebih efisien dan lebih berintegriti.

Tuan Speaker senada dengan pendengaran Belanjawan Tahun 2025 saya ingin membincangkan satu isu dekat di hati dengan saya iaitu pembangunan belia Selangor yang melupakan asas masa depan Negeri kita. Program Pembangunan Mahasiswa Anak Selangor dengan peruntukan RM8.7 juta membuktikan pengiktirafan Kerajaan terhadap peranan belia inisiatif seperti jerayawara mahasiswa yang merangkumi penglibatan dengan pelajar tempatan dan antarabangsa menyediakan platform untuk belia menyumbang idea dan berkembang sebagai pemimpin masa depan. Dalam dunia

semakin kompleks program seperti Konvensyen Mahasiswa Selangor Antarabangsa adalah langkah yang tepat untuk memperluaskan pandangan belia-belia dengan menggalakkan kerjasama merentas budaya. Dicadangkan agar bengkel literasi media dan penyelesaian konflik dimasukkan dalam program sedia ada bagi membantu belia Navigasi maklumat palsu serta polarisasi dengan lebih berkesan. Sebagai contoh Nadia merupakan seorang pelajar STAM Hulu Selangor beliau berhasrat untuk menjadi seorang pereka grafik tetapi cabaran kewangan sering kali menjadi halangan namun dasar Kerajaan Selangor dalam menyokong Program Keusahawanan Wanita Dan Pendidikan adalah menunjukkan asas yang kukuh ke arah perubahan. Untuk memperkukuhkan usaha ini saya mencadangkan meningkatkan peruntukan kepada inisiatif yang bertujuan memberikan wanita muda akses kepada peranan kepimpinan dan latihan dalam industri baharu. Ini termasuk memperluaskan capaian program seperti Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) dan Program STAM kepada wanita muda daripada komuniti terpinggir. Selangor perlu memberikan keutamaan untuk menarik pelaburan untuk memberi manfaat langsung kepada belia. Sebagai contoh sumbangan Negeri sebanyak RM50 juta kepada Malaysia Semiconductor IC Design Park adalah satu langkah yang jelas dalam mewujudkan pekerjaan yang bernilai tinggi namun saya mengesyorkan sokongan diperluaskan kepada syarikat permulaan dan perusahaan kecil yang di kendalikan oleh usahawan muda untuk memupuk inovasi dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Tuan Speaker saya menyambut baik terhadap inisiatif baru Kerajaan Negeri yang melibatkan Persatuan-persatuan Perkuburan Cina di bawah kategori aktiviti keagamaan berbentuk perayaan dengan peruntukan yang disediakan di bawah Jawatankuasa LIMAS. Ini sebagai usaha penghormatan kepada tradisi, aktiviti seperti Upacara Qingming dan perayaan lain di tanah perkuburan bukan sahaja bermakna bagi masyarakat Cina tetapi turut menanam nilai-nilai penghormatan terhadap generasi terdahulu. Tuan-tuan ini juga akan memudahkan persatuan ..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, jaga masa Yang Berhormat.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Last, Persatuan-persatuan ini untuk mengurus dan menyelenggara tanah perkuburan dengan lebih baik, sekali gus memastikan barisan budaya dan keagamaan terus terpelihara. Namun begitu, tidak dapat mengabaikan hakikat bahawa peruntukan untuk Jawatankuasa LIMAS ini telah berkurangan daripada RM6 juta pada tahun 2024 kepada RM4 juta pada tahun 2025, seperti yang telah diumumkan. Saya berharap Kerajaan dapat berikan pertimbangan secara rasional bahawa pengurangan ini serta memastikan ia tidak menjejaskan usaha kita dalam meraikan kepelbagaian agama dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini. Tuan Speaker, saat ini Selangor berada di persimpangan penting di mana visi dan tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan generasi yang akan datang. Belanjawan Selangor tahun 2025 adalah janji kita kepada rakyat, sebuah

aspirasi untuk mewujudkan negeri yang lebih inklusif, maju dan mampan bagi keluarga yang berjuang untuk menampung keperluan asas. Inisiatif kebajikan ini adalah harapan. Bagi belia yang mencari peluang dan makna dalam hidup, program pendidikan dan pekerjaan ini adalah masa hadapan bagi mereka. Bagi golongan yang tidak bersuara, tindakan kita hari ini adalah suara yang mereka perlukan. Saya yakin Selangor bukan hanya sebuah negeri tetapi ..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat boleh landing ya.

Puan Pua Pei LingPKR · PHBukit Lanjan

Okay, ayat yang terakhir. Tetapi sebuah keluarga besar di mana setiap di antara kita memainkan peranan yang penting dalam mencorak kejayaan ini. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker, Bukit Lanjan menyokong.

Timbalan Speaker

Terima kasih. Bukit Malawati, 12 minit boleh ya?

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Kena bagi saya lebih sikit lah. Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Bukit Melawati, keluarga kita, Yang Berhormat Speaker, saya mula mengikuti Belanjawan Negeri Selangor ini sejak saya berada di luar daripada Dewan yang mulia ini. Sehinggalah saya berada di dalam Dewan yang mulia ini, benarlah apa yang dikatakan sahabat saya menjadi Ketua Pembangkang pada ketika itu yang mana Belanjawan Selangor ini hanya cantik di atas kertas tetapi hakikatnya belum tentu cantik rupanya. Yang Berhormat Speaker, dalam kita menuju ke arah Negeri Selangor yang lebih dinamik, pada tahun 2025, jangan kita lupa akan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat di segenap lapisan. Kesusahan yang dirasai setiap hari akibat daripada keadaan ekonomi yang semakin mencabar hasil daripada dasar yang enklusif dan tidak menyeluruh. Kita juga perlu sentiasa proaktif, konsisten dalam mencari sumber baru kepada kewangan negeri. Di samping melabur secukupnya untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja khususnya di Negeri Selangor ini, pembangunan human capital, ini merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan kesinambungan pembangunan sesebuah negeri dan negara. Menurut Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) kadar inflasi Negeri Selangor kini berada pada tahap 2.3% di mana melebihi paras nasional iaitu pada kadar 1.8% kenaikan kadar inflasi akan turut menyebabkan kenaikan harga barangan yang semestinya akan memberikan kesan kepada kehidupan seharian rakyat. Inilah yang dinamakan domino dalam sektor ekonomi. Justeru, pada perbahasan kali ini, Bukit Melawati hadir dengan membawa tiga (3) indikator penting iaitu pertama, bantuan kepada rakyat melalui memperkasakan insentif sedia ada, penambahbaikan infrastruktur, menjamin keselesaan rakyat dan ketiga tatakelola yang terus mengekang ketirisan hasil negeri. Pertama, bantuan kepada rakyat melalui memperkasakan insentif

sedia ada, Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada Belanjawan yang dibentangkan pada 15 November yang lalu, tahun 2025 menyaksikan Negeri Selangor telah menitipkan visi untuk menjadi negeri pintar, berdaya huni dan makmur melalui Rancangan Selangor Pertama, sejumlah 262 Insentif telah dilancarkan di bawah empat (4) Tema Strategik Utama. Namun, persoalan yang penting, paling utama, apakah Insentif-insentif Sedia Ada ini berkesan dan dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Saya ambil contoh Jualan Ehsan Rahmah yang dilaksanakan oleh PKPS. JER ini merupakan salah satu Insentif yang bermanfaat untuk rakyat. Rentetan pengumuman peruntukan RM30 juta untuk JER ini saya mencadangkan Kerajaan untuk mempertimbangkan penambahan aset-aset berkaitan agar influensi JER Mobile ini akan dapat dipertingkatkan. Ini sekali gus akan memberikan akses kepada rakyat di luar bandar untuk membeli barangan keperluan harian yang berkualiti pada kadar bersubsidi.

Yang Berhormat Speaker, Program Bingkas merupakan satu insentif yang sentiasa dinantikan oleh rakyat di luar sana. Dalam keadaan ekonomi yang semakin menghimpit jumlah permohonan Bingkas saban tahun turut meningkat dari semasa ke semasa. Justeru, saya mencadangkan pihak Kerajaan untuk sentiasa mengemaskini kelayakan permohonan mengikut keadaan semasa. Kerajaan juga boleh mewujudkan kaedah permohonan melalui apps atau laman sesawang bagi memudahkan proses permohonan dijalankan. Saya senada dengan YB Ketua Pembangkang berkenaan Projek Smart Selangor yang dilancarkan semasa pentadbiran beliau. Kenapa kita tidak memanfaatkan projek ini untuk memastikan ketelusan dalam proses meluluskan satu-satu permohonan ini. Kedua, penambahbaikan infrastruktur menjamin keselesaan rakyat. Yang Berhormat Speaker, melihat kepada struktur Belanjawan tahun 2025, Kerajaan dilihat menggunakan fokus kepada pembangunan infrastruktur dengan peruntukan sebanyak RM404.1 juta. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon Kerajaan Negeri Selangor memberi tumpuan kepada pembangunan infra seperti kawasan parkir, tandas awam, gerai makanan di Dataran Keris Kuala Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, Dataran Keris ini merupakan salah satu hotspot di Kuala Selangor yang juga berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan tumpuan pelancong. Memandangkan kawasan ini berada di tepi sungai, selain lokasinya yang berdekatan dengan Bukit Melawati, hal ini akan dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat tempatan dan menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke Kuala Selangor. Selain itu, saya ingin juga membawa kepada sesi Dewan tentang beberapa perihal berkenaan penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur di kawasan DUN Bukit Melawati. Antara kawasan yang perlu diberi perhatian adalah pembersihan dan menaiktaraf Bangunan Mahkamah lama Kuala Selangor yang berada di atas bukit bersebelahan Dataran Keris ini. Kawasan ini juga boleh dijadikan sebagai Kompleks Kraf untuk mempamerkan dan mempromosikan dan mengkomersialkan kraf tangan produk tempatan.

Seterusnya, saya juga ingin memohon penurapan semula jalan-jalan kampung tradisi di bawah DUN Bukit Melawati kerana jalan-jalan ini menjadi akses utama untuk tujuan mobiliti penduduk setempat. Selain itu, pemasangan lampu solar di persimpangan utama seperti Kampung Teluk Penyamun, Kampung Kuantan, Kampung Assam Jawa, Kampung Api-api dan Kampung Bukit Kucing, Kuala Selangor ini amat diperlukan. Yang Berhormat Speaker, kelip-kelip di Kampung Kuantan Kuala Selangor merupakan satu habitat yang sangat terkenal, namun begitu kehadiran bot berenjin telah mengganggu habitat kelip-kelip ini. Justeru, saya percaya sudah tiba masanya kita mengaktifkan mod pengangkutan baru yang lebih mesra alam dan tidak mengganggu habitat kelip-kelip ini. Seperti bot yang menggunakan enjin berkuasa bateri. Langkah ini juga merupakan salah satu usaha untuk melestarikan sektor pelancongan di DUN Bukit Melawati. Ketiga, tatakelola yang telus mengekang ketirisan hasil negeri. Yang Berhormat Speaker, moto ucapan Yang Amat Berhormat Pengetua pada Jumaat yang lalu, visi kita untuk Selangor ialah sebuah Kerajaan yang berkeupayaan, bertanggungjawab, yang berkhidmat kepada rakyat dan cekap berwibawa. Justeru, saya ingin bertanya kepada Dewan yang mulia ini berhubung status sebuah syarikat bernama Darul Khusus Venture Sdn. Bhd.. Sebuah syarikat pengeluar air mineral yang mana saya difahamkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. merupakan pemegang saham majoriti. Syarikat ini dapat pegangan sebanyak 60%. Seperti mana terdapat dalam pegangan saya, berdasarkan maklumat diperolehi dalam sistem MyData SSM, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. ini adalah hak milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI). Kalau kita lihat dokumen yang ada di tangan saya ini menunjukkan bahawa Syarikat Darul Khusus Venture Sdn. Bhd ini konsisten mengalami kerugian selama dua (2) tahun berturut-turut. Jumlah sebanyak RM776,833.00, ini ditambah lagi dengan satu tuntutan bertarikh 18 Oktober 2024 daripada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang mana telah menuntut tunggakan sebanyak RM6.125 juta daripada Darul Ehsan Venture Sdn. Bhd.. Persoalan saya, bagaimana syarikat hendak membayar berkenaan jika pendapatan Syarikat Darul Ehsan Venture Sdn. Bhd. juga terkumpul pada kadar negatif RM7.5 juta? Ini bukti dia. Ya, ini bukti dia yang mana baki pada 30 September, Kumpulan Semesta menuntut RM6 juta lebih daripada Darul Ehsan Venture Sdn. Bhd.. Darul Ehsan Venture Sdn. Bhd. ini jugalah yang mana 60% sahamnya dipegang oleh Kumpulan Semesta. Maknanya, mak saman anak, minta duit, tuntut. Jadi, kenyataan ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak persoalan kepada saya memandangkan keseluruhan dana Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. sudah semestinya datang daripada Menteri Besar Incorporated. Kalau kita imbas kembali beberapa minggu yang lalu, Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad telah mengalami kerugian sebanyak RM42 juta melalui pelaburan mereka di dalam Syarikat Fashion Vallet. Berita ini menggemparkan seluruh negara, jadi selaku Ahli Dewan yang mulia ini, sudah semestinya saya tidak mahu perkara yang sama berlaku di Negeri Selangor. Oleh sebab itu, saya ingin menuntut penjelasan dari Dewan yang mulia ini berhubung perkara ini. Saya mohon kepada Pengerusi, Jawatankuasa Abas iaitu sahabat saya Bukit Gasing

untuk kita panggil dan siasat berkaitan aktiviti syarikat ini secara lebih teliti. Nilai RM6 juta bukanlah satu nilai yang sedikit ..

Timbalan Speaker

Bukit Melawati, minta maaf. Panjang lagi ke

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Saya sikit lagi ..

Timbalan Speaker

Kalau tak you kena tutup dah, kita dah ..

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Saya ingat tak banyak ..

Timbalan Speaker

Ataupun you nak sambung sikit lagi besok ke? You nak habiskan?

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Saya habiskanlah.

Timbalan Speaker

Okay, saya bagi

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Lagi sikit, penutup dah.

Timbalan Speaker

Satu (1) minit sahaja.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Bagi saya lima (5) minit lagi boleh?

Timbalan Speaker

Satu sahaja, tak boleh.

Dato' Noorazley bin YahyaBERSATU · PNBukit Melawati

Satu (1) minit? Dengan nilai yang sama, kita boleh laksanakan Bantuan asas yuran Universiti, Pembangunan Infra Luar Bandar serta Skim Jaminan Air Mentah jika dibandingkan secara terus dengan Belanjawan Selangor 2025 ini. Jadi, nanti Kerajaan Negeri kena tahulah kaedah bagaimana Syarikat itu nak menuntut jumlah sebanyak RM6 juta kepada anak syarikat beliau sendiri yang mengalami kerugian selama dua (2) tahun sebelum ini. Yang Berhormat Speaker, akhir kata saya mohon kepada semua Ahli Dewan untuk kita sama-sama memelihara kepentingan Negeri Selangor yang kita sayangi ini daripada sebarang bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dan awam bukanlah mainan tetapi penentu kepada kemasyarakatan rakyat secara keseluruhannya. Sekian, daripada Bukit Melawati, Bukit Melawati menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Ahli-ahli Yang Berhormat, Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 bagi Sesi

Petang hari ini telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam Perbahasan pada hari ini dan masa sekarang telah menunjukkan jam 6:30 petang dengan ini saya menangguhkan Sidang Dewan pada hari ini. Sidang Dewan akan bersambung semula pada hari esok Selasa 19 November 2024 jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.30 PETANG)